Dewan Rakyat · 13 March 2014

15th Parliament, session 2, meeting 1 · not final · 1,438 turns · 41,324 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Juslie bin AjirolUMNO · BNLibaran · question

1. Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan pelan strategik bagi memastikan bekalan elektrik di Sabah tidak kerap berlaku terputus bekalan dan berapa jumlah kes gangguan bekalan elektrik di Sabah sejak 10 tahun lalu.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat khususnya. Kerajaan amat peka akan masalah kualiti penyampaian bekalan elektrik dan gangguan bekalan elektrik yang masih dihadapi oleh pengguna-pengguna di Sabah. Secara umumnya kejadian gangguan bekalan elektrik di Sabah adalah disebabkan oleh reserve margin dengan izin yang tipis, jaringan penghantaran dan pengagihan elektrik yang masih belum kukuh menyebabkan lucutan beban atau emergency load shedding dengan izin, kadangkala terpaksa dilakukan dan kes kecurian elektrik yang kerap menyumbangkan kepada insiden gangguan bekalan elektrik. Kerajaan melalui Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah mengambil langkah-langkah mitigasi jangka pendek seperti penempatan set jana kuasa mudah alih dengan kapasiti sebanyak 80 megawatt, rehabilitasi dan selenggaraan stesen-stesen jana kuasa diesel lama, pembinaan Stesen Janakuasa Kubota di Tawau, pemulihan set jana kuasa di Stesen Janakuasa Batu Sapi, Sandakan serta pemindahan set jana kuasa mudah alih berkapasiti 8 megawatt dari Tanjung Aru ke Labuk, Sandakan. Langkah-langkah ini telah memperlihatkan hasil yang baik dan dibuktikan melalui pengurangan catatan System Average Interruption Duration Index atau SAIDI di Sabah iaitu daripada 2,867 minit setiap pengguna setahun pada tahun 2009 kepada 423.99 minit seorang pelanggan setahun pada tahun 2013 atau pengurangan sebanyak 85.2%.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Set jana kuasa yang telah dipinda dari Teluk Ewa ke Sabah bagi pembinaan Stesen Janakuasa Kubota di Tawau telah memulakan operasinya pada tahun 2013. Ini diikuti dengan pemulihan set jana kuasa Batu Sapi di Sandakan bagi tambahan 20 megawatt dan pemindahan set jana kuasa mudah alih 8 megawatt dari Tanjung Aru ke Labok, Sandakan. Tambahan kapasiti sebanyak 92 megawatt ini dalam grid Sabah telah memberi sedikit kelegaan kepada sistem grid di Sabah sebelum projek penjanaan lain iaitu Projek Stesen Janakuasa Cash Horse (10 megawatt) berasaskan biomass, Projek Stesen Janakuasa SPR Energy (100 megawatt) dan Kimanis Power (285 megawatt) disiapkan secara berperingkat mulai suku kedua tahun 2014. Projek-projek penjanaan lain yang di dalam pembinaan dan perancangan bagi selepas 2014 adalah Stesen Janakuasa Tawau Green Energy 30 megawatt berasaskan sumber geoterma di Apas Kiri, Tawau. Pada tahun 2016 Stesen Hidroelektrik Ulu Padas 180 megawatt pada tahun 2019 dan sebuah stesen jana kuasa besar yang berasaskan gas dengan kapasiti 300 megawatt di Pantai Timur Sabah pada tahun menjelang 2019. Di samping itu perancangan pengimportan tenaga hidro dari Sarawak sehingga 700 megawatt dan talian penghantaran kedua Southern Link bagi menyalurkan tenaga dari Pantai Barat ke Pantai Timur akan membantu memperkukuhkan sistem pembekalan elektrik di Sabah untuk jangka masa panjang. Langkah-langkah yang telah diambil oleh SESB bagi menambahbaikkan sistem penghantaran dan pengagihan pula adalah seperti penukaran konfigurasi talian 66KV bagi meningkatkan sistem perlindungan pada pepasangan-pepasangan SESB, pelaksanaan sistem pengurusan reactive power dengan izin, dan kawalan voltan serta penyelenggaraan yang lebih kerap pada talian berkapasiti 33KV dan 11KV bagi mengenal pasti tahap teknikal talian tersebut yang melakukan pembaikan sekiranya perlu. Bagi memperkukuhkan sistem penghantaran dan pengagihan yang terdedah kepada gangguan cuaca, tambahan sistem perlindungan kilat dan penggantian komponen-komponen sistem penghantaran seperti alat ubah pengasing, capacitor voltage transformer yang telah berusia serta penggantian talian tidak salut atau bare lines kepada pengalir berpenebat apa yang kita sebut dengan izin aerial bundled cables (ABC) telah dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi tempoh 10 tahun yang lalu jumlah kes gangguan bekalan elektrik yang direkodkan adalah seperti berikut:

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

| Jenis Gangguan |Bilangan Gangguan| |------------------------|----------------:| |Gangguan berjadual | 32347| |Gangguan tidak berjadual| 209454| |Jumlah | 241801|<END_TABLE_MARKER>

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Akan tetapi seperti mana saya katakan tadi, ini cerita lamalah. Dalam dua hingga tiga tahun ini peningkatan begitu ketara sekali dan kita yakin kita akan terus dapat mengurangkan lagi SAIDI di negeri Sabah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu panjang. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kerajaan telah berusaha termasuklah di kawasan saya. Saya ingin tahu berapa jumlah atau senarai IPP yang dilaksanakan di Sabah dan juga jumlah penjanaan tenaga dalam megawatt oleh IPP tersebut. Saya juga ingin tahu jumlah kes gangguan bekalan elektrik yang tidak berjadual di negeri Sabah dan rancangan penambahan kapasiti penjanaan di Sabah dan juga Labuan serta inisiatif bagi menambah baik sistem pembekalan elektrik di Sabah dan Labuan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Untuk menjawab soalan tersebut, sejumlah sembilan IPP keseluruhan di Sabah dan syarikat-syarikat ini adalah seperti berikut: (i) ARL Tenaga di Kota Kinabalu dengan kapasiti 48 megawatt; (ii) Serudong Power Sdn. Bhd. Tawau dengan kapasiti 36 megawatt; (iii) Sandakan Power Corporation dengan kapasiti 32 megawatt; (iv) Stratavest Sdn. Bhd. di Sandakan dengan kapasiti 60 megawatt; (v) Ranhill Powertron 1 Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu dengan kapasiti 190 megawatt; (vi) Sepangar Bay Power Corporation (SBPC) di Kota Kinabalu dengan kapasiti 100 megawatt; (vii) Ranhill Powertron 2 Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu dengan kapasiti 190 megawatt; (viii) SPR Energy di Kimanis yang bakal memulakan penghantarannya dalam tiga bulan ini dengan kapasiti 100 megawatt; dan

(ix) Kimanis Power yang juga bakal membakar dengan kapasiti 285 megawatt apabila tiga peringkatnya dapat disiapkan pada tahun ini juga dengan menggunakan gas. Jadi daripada keseluruhan semua ini, sembilan dari segi kadar purata jualan tarif ini, ia berasas kepada perjanjian syarikat masing-masing dengan pihak SESB. Dari segi tidak berjadual, ertinya ini adalah yang tidak dijangka blackout terjadi dan satu daripadanya apa yang telah pun terjadi pada awal tahun ini. Saya telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada pihak media dan semua pihak pengguna di Sabah, apa yang terjadi pada 17 Januari 2014 itu, yang malangnya telah menelan 260 jumlah SAIDI dalam satu hari itu. Pihak Suruhanjaya Tenaga atau ST dalam peringat terakhir membuat investigation, penelitian apa sebenarnya yang telah terjadi supaya langkah-langkah akan diambil untuk tidak lagi perkara tersebut diulangi. Dari segi jangka panjang, saya telah katakan tadi beberapa projek yang bakal dilaksanakan untuk mengurangkan SAIDI keseluruhan. Satu, dari segi generation atau penjanaan, beberapa projek yang telah saya sentuh tadi khususnya Ulu Padas dan juga 300 megawatt yang berasas kepada gas sedang dalam proses pengemaskinian. Selepas itu, cabaran adalah sebenarnya dari segi transmission southern link, kita sedang kaji semula berbanding kepada cadangan terkini mengenai dengan stesen gas yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat bersama dengan kerajaan negeri. Terakhir, langkah-langkah untuk mengganti wayar- wayar atau kabel-kabel yang tidak dibungkus ini, uncoated wires yang mana 80% daripadanya di Sabah adalah masih dalam bentuk tersebut Untuk menukar itu kepada aerial bundled cable (ABC). Itulah sebabnya apabila pokok tersentuh wayar, boleh tersangkut. Burung besar hinggap di situ terjadi blackout penjanaan di peringkat daerah. Ini satu cabaran yang besar. Saya yakin dengan peruntukan yang Kerajaan Pusat telah luluskan sejumlah RM1.7 bilion untuk tiga tahun, kita boleh menuju ke tahap di mana penyampaian pengagihan akan berada dalam tahap yang lebih memuaskan.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri beberapa soalan yang ringkas berkaitan dengan masalah gangguan elektrik di negeri Sabah. Pertama, saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah pihak SESB telah membayar tuntutan ganti rugi kepada lebih setengah juta pengguna yang mengalami kerugian dalam gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada 17 Januari 2014? Kedua, adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai setiap satu

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

mekanisme bagi membolehkan pihak seperti SESB untuk membayar ganti rugi kepada pengguna yang mengalami gangguan elektrik di Sabah yang akan datang? Ketiga, adakah pembinaan loji penjana kuasa LNG di Lahad Datu akan bermula pada tahun ini? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Berkaitan dengan persoalan mengenai ganti rugi, sememangnya dalam hal ini ada proses-proses dan prosedur yang merupakan amalan biasa di mana pihak pengguna boleh membuat laporan. Berasaskan kepada laporan- laporan tersebut, seperti laporan polis dan bukti-bukti mengenai dengan kerosakan maka seperti mana yang diamalkan walaupun di peringkat TNB ataupun SESB adalah jawatankuasa yang meneliti ini. Selepas itu, berasas kepada tuntutan tersebut baru keputusan dibuat adakah ini sah dan berapa yang perlu dibayar. Jadi, memang ada proses-proses tertentu. Mengenai dengan peranan Kerajaan Pusat untuk memastikan kalau ada gangguan pada masa hadapan supaya pampasan diberi, ini tertakluk kepada peraturan- peraturan dan seperti mana saya katakan tadi standard operating procedure biasa bagi setiap entiti seperti SESB dan TNB. Jadi, di bawah Akta Bekalan Elektrik ini, memang ada peranan ST untuk meneliti supaya kepentingan awam dan orang ramai itu diambil kira dalam semua operasi pembekalan elektrik khususnya di peringkat pengguna. Akan tetapi follow the standard operating procedures. Dengan izin, when you file damages rising from a blackout. You just follow rule dan ada committee yang menentukan untuk tujuan tersebut. Dari segi perkara 300 megawatt LNG yang dicadangkan di Lahad Datu itu, pihak Kerajaan Pusat sedang dalam proses mempertimbangkan semula cadangan tersebut berasas kepada kajian terkini yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga and MyPower di mana dicadangkan dari segi jangka panjang, lebih tepat dan lebih sesuai jika cadangan tersebut ditukar daripada menggunakan LNG kepada menggunakan gas.

Ini adalah cadangan terkini, masih dalam peringkat penelitian pihak kerajaan. Akan tetapi dia mencadangkan menggantikan LNG itu dengan menggunakan direct usage gas pipe in dari Wales ataupun dari Kimanis ataupun dari Gayang, Kota Kinabalu. Ini perkembangan terkini nanti apabila sudah dikenal pasti dalam dua bulan ini, saya yakin Kerajaan Pusat akan membuat pengumuman yang wajib. Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Untuk Semenanjung pula Tuan Yang di-Pertua fasal masalah elektrik ini ada kaitan dengan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan. Dari Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Tadi itu dari Kota Kinabalu?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Itu dari Kota Kinabalu tetapi ini dari Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua

Ya tetapi yang sekarang ini giliran masih saya beri kepada Barisan Nasional. Kalau saya benarkan, terpaksa saya beri kepada Barisan Nasional.

Yang Berhormat Pokok Sena, ini soalan asal dari Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan duduk dahulu Yang Berhormat Putatan. Biar bergilir-gilir Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Gilirlah, bergilir, Sabah, Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua

Ya saya tahu tetapi ini...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini buat apa bagi Sabah lagi.

Saya ada soalan, saya ada soalan sini.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu Sabah itu sudah dijawab.

Soalan semalam tidak jawab.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu Sabah sudah dijawab.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu dua-dua Yang Berhormat. Duduk dahulu saya berfikir sekejap. [Ketawa] Yang Berhormat Putatan duduk Yang Berhormat Putatan. Saya fikir dahulu.

Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Eh! Yang Berhormat Putatan, duduk dahulu Yang Berhormat Putatan. Belum lagi saya panggil [Ketawa] . Saya kalau perkara itu saya terhidu bahawa dia condong kepada keadilan, saya buat. [Disampuk] Bukan Keadilan parti Yang Berhormat Gombak [Ketawa] .

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya beri sama Yang Berhormat Pokok Sena tetapi lain kali ingat, apabila saya beri sama Barisan Nasional, jangan ada suara-suara yang tidak elok didengar. Sila.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan soal elektrik ini. Saya hendak dapatkan satu penjelasan. Ini berkaitan Semenanjung dan juga Sabah, tentang kemungkinan berlaku kesilapan bacaan meter. Ini sebab perkara ini sudah berlaku kepada seorang di dalam kawasan saya yang diakui sendiri oleh TNB berlaku kesilapan bacaan meter. Susah hendak cari orang yang boleh dia pergi tengok di meter di rumah dia itu, bila dia hairan dia kata dia dengan isteri dia sahaja duduk, sekali- sekala sahaja anak cucu balik, tiba-tiba meter itu melambung naik. Ini cukup payah hendak cari. Oleh sebab itu berlaku, ini ada surat dokumen kepada saya Abdul Manaf, Taman Mutiara. Lebihan diakui sendiri bila dia buat pengiraan, dia hantar report kepada TNB, akhirnya TNB mengakui tentang lebihan tersebut sebanyak RM43.40...

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Persoalannya, diakui di sini bahawa pengiraan itu silap di dalam sistem pengiraan itu tersilap. Kalau boleh berlaku kepada satu orang, satu rumah pengguna, saya fikir bahawa kemungkinan ia boleh berlaku kepada berjuta orang, berjuta pengguna. Dia boleh berlaku. TNB mengakui bahawa lebihan tersebut akan dikredit di dalam bil bulan yang akan datang. Okey bagi saya tetapi persoalan sekarang ini, saya sendiri tidak pernah pergi tengok meter rumah saya. Dapat bil bayar.

[Dewan riuh]

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bukan tugas kita hendak pergi kira meter rumah-rumah kita.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi sebab itu, saya hendak minta bahawa bagaimana kemungkinan yang boleh berlaku kepada semua pengguna yang ada dalam negara kita? Saya bimbang bahawa ini juga boleh berlaku kepada rumah orang lain dan sudah tentu bahawa kalau kesilapan ini berlaku...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Satu penganiayaan kepada orang ramai. TNB boleh duit juta walaupun akhirnya dia hendak dikredit balik dalam bil akan datang tetapi dia sudah dapat duit. Saya minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, sebelum Menteri menjawab, saya bagi komen sekejap. Yang Berhormat Pokok Sena, kalau buat selalu begitu, saya tidak izinkan. Begini Menteri, kalau Menteri mahu menjawab juga, boleh. Saya benarkan tadi oleh kerana hal soal tenaga ini mustahak bagi kita semua, itu saya benarkan. Jadi ada dua perkara di sini. Pertama, soalan ini spesifik. Jadi Yang Berhormat Pokok Sena, dia

Tuan Yang di-Pertua

terlampau naik tinggi sangat. Pokok bukan, terlampau tinggi. [Ketawa] Dia melencong jauh daripada soalan. Kedua, yang dibincang ini ialah tenaga elektrik yang mati. Ini pula overcharge. Jadi, dua pelencongan di situ. Terpulang kepada Menteri jawab atau tidak. Lain kali Yang Berhormat Pokok Sena...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hendak pastikan pampasan kerana bekalan elektrik terputus.

Tidak perlu jawablah Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Sama sahajalah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekadar mengatakan bahawa itu satu tuduhan yang begitu liar sekalilah. Meter-meter yang digunakan telah diuji dengan begitu teliti, bukan sahaja pihak TNB, pihak Suruhanjaya Tenaga tetapi consultants. Namun, terdapat juga aduan semasa ke semasa. Sila nanti saya telah mengambil perhatian kepada perkara ini dan telah meminta supaya satu petugas khas membuat sampling yang lebih rapi khususnya di tempat-tempat dan meneliti aduan-aduan yang spesifik tetapi mengatakan aduan dalam bentuk begitu tiadalah. Dari segi aduan yang diterima pun begitu sederhana. Namun, kita kena ambil perhatian ini. Berhubung bahawa RM43.40 ini menyeluruh kepada semua, itu tidak betullah. Sila berikan saya maklumat yang telah diberi tadi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau saya benarkan lagi saya sendiri melanggar Peraturan Mesyuarat 4 sudah. [Ketawa] Itu kuota Yang Berhormat sudah habis.

Thomas Su Keong SiongDAP · PHKampar · question

2. Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timor] minta Menteri Kesihatan menyatakan statistik jumlah kes denggi dan kes kematian wabak denggi yang berlaku di Malaysia dalam tempoh tahun 2012-2013. Nyatakan keberkesanan kajian atau langkah kementerian menggunakan “Genetically Modified Mosquitoes” untuk menangani wabak denggi di Malaysia.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Soalan ini ada dua bahagian. Pertama tentang jumlah kes denggi, yang kedua tentang GMM (Genetically Modified Mosquitoes). Tentang jumlah kes denggi, kalau kita lihat angkanya Tuan Yang di- Pertua:

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

| Tahun |Jumlah Kes Denggi|Jumlah Kematian| |-------------------|----------------:|--------------:| | 2011| 11824| 36| | 2012| 21900| 35| | 2013| 43346| 92| |2014 (hingga 9 Mac)| 20066| 44|<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, saya kira berkat usaha semua pihak, maka peaknya telah menurun dan angka sudah menurun sedikit. Kalau ikut angka bulan Februari, setiap seminggu ada lebih kurang 2,500 kes. Akan tetapi untuk bulan Mac sudah menurun kepada 1,600. Maknanya, kes ini sudah pun mendatar ataupun sudah plateau Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan GMM (Genetically Modified Mosquitoes), ini adalah cubaan oleh pelbagai pihak untuk hendak mengurangkan jumlah vektornya iaitu nyamuk aedes. Di Malaysia, projek ini telah bermula pada tahun 2006 oleh IMR dengan kerjasama Oxford University melalui syarikatnya Oxitec. Di Malaysia, kita telah pun membuat cubaan. Kita lepaskan 6,000 nyamuk GMM di Bentong, di kawasan hutan di Bentong dan sebanyak 6,000 nyamuk yang biasa. Nyamuk jantan Tuan Yang di-Pertua, bukan nyamuk betina, yang ini yang jantan. Tujuan kajian itu ialah untuk melihat satu, the flight range, berapa jauh dia boleh terbang dan life cycle dia. Maknanya jangka hayat dia. Didapati dalam kajian itu, jangka hayat dan flight range berapa jauh dia terbang, lebih kurang sama dengan nyamuk yang normal, sama. Akan tetapi jangka hayat yang betina, dia panjang sedikit Tuan Yang di- Pertua, sehingga dua minggu. Jadi ini berlaku di Malaysia tetapi kajian itu bukanlah untuk hendak - cuma hendak tengok itu sahaja, flight range dengan dia punya life span. Akan tetapi, kita belum lagi buat kajian tentang sama ada nyamuk ini boleh mengurangkan jumlah nyamuk aedes ini di Malaysia, belum lagi. Akan tetapi di negara lain macam di Cayman Islands, mereka sudah buat. Nampaknya sudah ada kejayaan. Di Brazil pun ada kejayaan, iaitu mereka dapat mengurangkan jumlah populasi nyamuk aedes ini kepada kurang sehingga 85% Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kajian tentang relation dia dengan kurangnya aedes mosquito dengan kes denggi belum lagi dibuat lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya juga ada dua bahagian. Yang pertama, kenapa kami masih menghadapi situasi outbreak wabak denggi ini walaupun begitu banyak usaha dan

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

langkah telah diambil oleh agensi-agensi dan pihak kerajaan. Adakah kita tidak cukup peruntukan ataupun ada masalah yang tertentu? Saya juga hendak tahu adakah satu kementerian ataupun satu komiti inter ministry ditubuhkan untuk menangani wabak denggi yang sedang berlaku di negara kita. Kedua mengenai GMM ini. Adakah kami boleh tahu kos yang terlibat untuk menjalankan ujian atas GMM itu. Teknologi ini iaitu menggunakan GMM bukanlah satu teknologi yang baru, ... telah pun memulakan menggunakan research nya sejak tahun 1999, lebih dari sepuluh tahun. Jadi, saya hendak tahu apakah rasional kerajaan perlu lagi menjalani ujian untuk seperti mana yang dikatakan oleh Menteri flight path dan juga life span mosquito itu. Adakah ini semua telah pun diketahui setelah GMM ini ada dan wujud lebih dari sepuluh tahun? Saya hendak tahu adakah kerajaan akan mengambil langkah selanjutnya untuk menggunakan GMM ini, apakah kesan ataupun keberkesanan GMM untuk menangani wabak denggi memandangkan hasil yang telah dijalankan oleh kerajaan di Bentong itu. Itulah soalan tambahan saya.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan soalan yang pertama tadi berkenaan outbreak yang masih lagi tinggi. Saya dah sebutkan tadi bahawa insiden ataupun kes denggi sudah mula menurun, mendatar, flato semenjak bulan Mac telah turun kepada lebih kurang 1,600 kalau dibandingkan dengan bulan Februari sehingga 2,400 seminggu, sudah turun. Walaupun kita dapati yang menyebabkan peningkatan ialah kerana perubahan serotype. Kita ada empat jenis denggi. Sebelum ini serotype empat sudah tukar kepada serotype dua. Yang dulu sudah imun kepada serotype empat, sudah tidak kenalah, yang kes yang banyak. Hari ini sudah bertukar kepada serotype dua, ramai lagi yang belum imun kepada jenis ini, maka dia kena. Bila dia kena gigit nyamuk, dia kena penyakit denggi ini. Jadi, ia boleh berubah. Kedua tentang bukanlah kita tidak kempen, kita kempen berterusan Tuan Yang di-Pertua, melibatkan pelbagai pihak. Di bawah kementerian sendiri memang tiap-tiap, KK – klinik kesihatan, tiap-tiap hospital memang ada program untuk hendak turun ke padang dan membuat pemeriksaan tentang premis-premis. Setakat ini Tuan Yang di- Pertua, saya ada angka tentang usaha yang telah dibuat sepanjang masa ini. Contohnya pada tahun 2013 berbanding dengan 2012, jumlah premis yang diperiksa banyak Tuan Yang di-Pertua, hampir 4,599,000 premis di seluruh Malaysia. Di Selangor sahaja, Selangor adalah satu negeri yang paling banyak kes denggi. Kita telah periksa 367,813 premis dan jumlah kompaun yang dikeluarkan memang banyaklah Tuan Yang

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

di-Pertua. Di Selangor sahaja 1,800 pada tahun 2013 dan di seluruh Malaysia 15,359 kes. Kompaun yang kena pun banyak, yang bawa ke mahkamah pun ada dan sebagainya. Kempen ini melibatkan orang ramai, jadi sikap masyarakat kita kena ubah Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang kita lihat pegawai kita turun ke padang tetapi penduduk di kawasan itu tidak memberi kerjasama, jadi masalah. Kawasan-kawasan yang banyak pembangunan construction, itu pun banyak kes sebab construction site ini banyak lubang, tempat takungan dan sebagainya. Ini juga boleh menyebabkan peningkatan jumlah nyamuk Tuan Yang di-Pertua. Jadi usaha ini diteruskan. Kita mendapat kerjasama daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mereka juga bertanggungjawab untuk, PBT bertanggungjawab untuk bekerjasama dan memeriksa premis-premis. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan tadi bahawa kajian dibuat untuk melihat pengurangan jumlah nyamuk jantan ini, nyamuk yang gigit nyamuk betina menggunakan kaedah ini. Akan tetapi, belum ada kajian untuk melihat relationnya antara pengurangan nyamuk ini dengan pengurangan kes denggi, belum lagi. Yang ini kita akan usaha untuk menjalankan. Akan tetapi, kosnya Tuan Yang di-Pertua, amat prohibitive. Hendak buat kajian selanjutnya, kos lebih kurang RM100 juta yang diminta oleh Amerika Syarikat. Jadi, kita sedang berunding tentang perkara ini Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan berdasarkan pengalaman kerana sesi Parlimen yang lepas saya tidak dapat hadir ke Parlimen kerana saya kena denggi dan terlantar di CCU, Hospital Besar Kuala Lumpur. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Menteri, sewaktu saya sebagai pesakit, selain daripada rawatan dan pemerhatian yang dibuat oleh doktor, saya diberikan pelbagai jenis ubat termasuk yang katanya sedang dicuba iaitu ekstrak daun betik. Waktu saya platelet counts bagi darah saya yang diuji, setelah turun menghampiri 0, sampai 5 dan 6 platelet counts, saya dah orang cakap apa pun semua saya telan waktu itu termasuklah saya diberikan ekstrak daun betik. Katanya yang disediakan oleh Medical Research Institute. Akan tetapi, oleh kerana pada masa yang sama saya juga menelan perkara- perkara lain termasuk pine needles extract dan saya juga telan hempedu porcupine sebab keadaan dah agak panik kerana keadaan saya menjadi begitu lemah. Jadi, saya sendiri tidak dapatlah mengesahkan bahawasanya turning around, berubahnya kesihatan saya itu kerana ekstrak betik tadi. Jadi, apakah tahap penyelidikan yang

dilakukan sekarang telah dapat mengesahkan bahawasanya ekstrak daun betik itu adalah satu daripada kaedah merawat denggi kerana seperti mana kita tahu kalau denggi, setengah kata minum 7up, minum air sup ketam nipah dan sebagainya, semuanya saya lalui belaka. Jadi di tahap mana dari segi penyelidikan bagi perawatan? Keduanya, waktu saya mula-mula menghidap denggi, saya dimasukkan ke hospital di Institut Jantung Negara. Kemudian saya dimuatkan ke dalam ambulans, dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Saya bertanya kenapa saya dipindahkan ke GH Kuala Lumpur? Diberitahu kepada saya bahawasanya jumlah doktor-doktor yang benar-benar pakar dalam bidang ini boleh dikatakan agak terbatas dan sudah tentu di IJN tidak mempunyai kepakaran yang sedemikian. Jadi soalan saya, berapakah jumlah doktor-doktor yang boleh dianggap pakar dalam bidang merawat pesakit-pesakit denggi dan apakah usaha-usaha kerajaan untuk menambah bilangan doktor yang boleh dianggap sebagai specialist dalam merawat penyakit yang sedemikian.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Terima kasih Yang Berhormat. Memang saya tahu Yang Berhormat kena denggi teruk hari itu, Alhamdulillah dapat sembuh seperti sedia kala. Tentang betik ini Tuan Yang di-Pertua, tentang ekstrak betik ini memang kajian dibuat oleh MRI ke atas 200 pesakit. Ini telah pun dipublish tentang kajian dan didapati memang efektif, memang berkesan untuk meningkatkan platelet dengan cepat. Tuan Yang di-Pertua, macam-macam petua ada, di kampung ada berbagai- bagai termasuk juga minum air abu. Bakar arang, bakar kayu, ambil satu sudu abu, bancuh dengan satu liter air, minum. Overnight katanya boleh meningkatkan platelet, ini orang kampung kata, mereka lebih pandai daripada kita.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Jadi ceritanya air abu adalah alkaline water macam air zamzam. Air zamzam juga alkaline. Jadi memang jadi ubatlah. Jadi ini kajian orang kampung. Mungkin kita boleh juga adakan trial tentang perkara ini. Tentang pakar Tuan Yang di-Pertua, tentang pakar yang competent untuk handle kes-kes sebegini, yang ini saya tidak ada figure. Insya-Allah saya akan dapatkan figure itu. Insya-Allah.

Ahmad Fauzi bin ZahariUMNO · BNSetiawangsa · question

3. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah kajian yang dijalankan bagi sebarang jalinan kerjasama antara Proton dan Perodua bagi menghasilkan kereta hibrid tempatan yang lebih banyak pada masa akan datang dengan harga yang berpatutan bagi memberi inisiatif kepada rakyat yang ingin mengurangkan penggunaan petrol.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Soalan pokoknya adalah kereta hibrid tempatan. Terima kasih. Semoga ada penjelasan. Oleh kerana kedua-dua syarikat Tuan Yang di-Pertua mempunyai pelan hala tuju yang tersendiri termasuk aktiviti perluasan pasaran, peningkatan produktiviti serta kualiti termasuk juga pengurangan kos dan pembangunan rantaian bekalan, maka terus terang saya katakan di sini bahawa setakat ini tiada jalinan kerjasama mahupun kajian di antara Proton dan Perodua di dalam membangunkan kereta ataupun enjin hibrid tempatan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Menteri, ada beberapa surat khabar yang melaporkan bahawa Proton memohon sebanyak RM3 bilion daripada Kerajaan Malaysia bagi maksud pembiayaan modal kereta baru. Sementara Proton menyangkal laporan tersebut, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengesahkan dengan izin, ‘It is still work in progress and the request was not unusual’. Soalan saya adakah pembiayaan ini sekiranya betul meliputi pembangunan kereta hibrid yang mana kereta hibrid ini environmental friendly dan dapat menjimatkan penggunaan minyak. Sekiranya wang pembiayaan itu bukan untuk membangunkan kereta hibrid ini, apakah tujuan wang pembiayaan tersebut? Minta penjelasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Semua pengusaha kenderaan termasuk Proton, Perodua dan lain-lain memang ada memohon geran-geran yang tertentu daripada kerajaan. So, dalam soal ini termasuk Proton tetapi angkanya bukanlah RM3 bilion. Angkanya masih dalam proses penyemakan tetapi bukan RM3 bilion, termasuklah untuk pembangunan kereta hibrid. Terus terang saya katakan setakat ini Proton sendiri sudah pun membangunkan kereta prototaip berenjin hibrid. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2012, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk Proton bagi membina kereta hibrid dan juga model elektrik. Pada tahun yang berikutnya 2013, kerajaan sekali lagi memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi maksud yang sama. Pada 27 September 2012, Yang Berhormat Menteri MITI telah mengesahkan bahawa Proton telah melabur sejumlah RM500 juta untuk pembinaan kereta hibrid dan kereta elektrik dengan kerjasama sebuah syarikat daripada United Kingdom yang bernama Frazer-Nash Research.

Persoalan saya ialah dengan jumlah pelaburan mencecah hampir RM1 bilion sama ada dana daripada kerajaan dan juga pelaburan oleh pihak Proton sendiri yang telah disahkan oleh Yang Berhormat Menteri, maka apakah hasilnya dengan pelaburan setinggi itu? Ini kerana pada tarikh yang sama Yang Berhormat Menteri telah memberikan jaminan bahawa Proton akan memulakan penjualan kereta elektrik pada tahun 2014, tahun ini. Maka saya ingin mengetahui apakah status penjualan kereta elektrik yang telah diberi jaminan oleh Yang Berhormat Menteri yang dikatakan akan bermula pada tahun ini. Soalan saya yang kedua ialah Proton telah diambil alih oleh pihak swasta dan telah berpindah milik kepada Syed Mokhtar. Persoalannya mengapa kerajaan masih meneruskan pembiayaan subsidi untuk individu yang bernama Syed Mokhtar? Proton bukan lagi milik kerajaan. Apakah kerajaan bercadang untuk bail out sekali lagi Syed Mokhtar? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gombak, kawan lama. Sebenarnya kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri MITI tentang peruntukan yang disalurkan ataupun diluluskanlah mudah kata kepada Proton adalah satu perkara yang biasa. Cuma dari segi perbelanjaan. Saya tidak ada angka berapa banyak daripada yang diluluskan telah pun disalurkan. Ini bergantung kepada berapa banyak tuntutan daripada pihak Proton di dalam membangunkan kereta EEV sebab kerajaan tidak boleh salurkan dalam bentuk pukal. Akan tetapi saya minta maaf angka yang sebenar saya tidak ada. Tentang status kemajuan kereta EEV sama ada hibrid atau pun EV itu sendiri, setakat ini Proton telah pun membangunkan kereta prototaip sebanyak tiga jenis iaitu hibrid, Rotary Energy Evasion Vehicle (REEV) dan juga Energy Evasion Vehicle (EEV) itu sendiri. Tidak kurang daripada- lebih kurang 10 buah. Angka saya tidak ada. Itu kemajuannya. Cuma untuk menjawab soalan Yang Berhormat Gombak dari segi pengeluaran untuk tujuan jualan, setakat ini Proton belum lagi mampu untuk mengeluarkan kereta hibrid atau pun kereta EV bagi tujuan jualan. Cuma yang boleh saya maklumkan ialah insya-Allah pada akhir tahun ini daripada prototaip yang sudah pun dibangunkan ke atas ketiga-tiga jenis EV tadi, hibrid akan mula dikeluarkan menjelang akhir tahun ini. Ini yang saya dapat komitmen daripada pihak Proton itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tanya soal prototaip. Prototaip memang ada 30 unit yang dibina oleh Proton dengan kos RM9

juta seunit. Pelaburan yang dibuat oleh Proton untuk prototaip ini ialah RM270 juta tetapi persoalan saya setelah tiga tahun dijalankan penyelidikan dengan jumlah pelaburan mencecah RM1 bilion dan Yang Berhormat Menteri telah beri jaminan di dalam Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua bahawa tahun 2014 Proton akan keluarkan dan menjual kereta hibrid dan elektrik. Oleh sebab itu persoalan saya jadi spesifik. Apa status pembinaan kereta hibrid dan elektrik kerana ini sudah suku tahun pertama. Pelaburan sudah RM1 bilion. Jadi kementerian kena beri pengakuan bahawa penyelidikan itu gagal ataupun Proton gagal, sebab itu Proton akan terus memberi subsidi kepada Syed Mokhtar. Itu persoalan yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya menjawab tentang status ke atas geran yang telah pun diperuntukkan kepada Proton. Statusnya itulah dia. Cuma bila Yang Berhormat Gombak bertanya tentang status jualan ataupun pengeluaran bagi kereta EV, saya berterus terang setakat ini, setakat bulan Mac ini belum ada lagi.

Cuma dijangkakan untuk fasa pertama, kenderaan hibrid akan mula dikeluarkan, dijual menjelang akhir tahun ini, itu statusnya. Kedua tentang Proton yang sudah pun diambil alih oleh syarikat lain seperti yang saya sebutkan tadi dan mengapa kerajaan harus memberikan lagi geran ataupun bantuan. Sebenarnya dasar yang sedia ada kerajaan memberikan semua syarikat pengeluaran kenderaan di seluruh negara sama ada Proton, Perodua dan juga syarikat-syarikat yang lain yang ingin membangunkan kereta dalam negara Malaysia, kerana inilah yang termasuk dalam NAP 2014. Di mana kereta Malaysia, insya-Allah yang ingin kita rancang untuk Malaysia akan menjadi sebuah hab pengeluar dan penjual kereta bagi rantau Asia yang berjumlah tidak kurang daripada RM6 juta. Sekian, terima kasih.

Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah · question

4. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kadar kesuburan (fertility rate) negara kita. Apakah implikasi kadar kesuburan ini dalam usaha kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kadar kesuburan jumlah ataupun total fertility rate dengan izin, merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

hingga akhir tempoh umur produktifnya iaitu antara 15 hingga 49 tahun. Dalam hal ini kadar kesuburan jumlah di Malaysia berada pada paras 2.1 pada tahun 2012. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kadar 2.1 ini merupakan paras penggantian, di mana bilangan anak yang dilahirkan hanya cukup untuk menggantikan ibu bapanya sahaja. Kadar kesuburan jumlah di negara kita terus mencatatkan penurunan yang pesat daripada 6.7 orang anak pada tahun 1957 kepada 4.9 orang anak pada tahun 1970, 3.0 orang anak pada tahun 2000 dan seterusnya 2.1 pada tahun 2012. Kesan penurunan kadar kesuburan ini adalah seperti berikut: (i) penurunan kadar kesuburan ini telah menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia menurun. Banci penduduk dan perumahan tahun 2010 menunjukkan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan adalah 2.0% bagi tempoh 2000 hingga 2010. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2.6% bagi tempoh 1991 hingga 2000. Adalah dijangkakan kadar pertumbuhan penduduk ini terus menurun kepada 1% untuk tempoh 2020 sehingga 2030; (ii) penurunan kadar kesuburan jumlah atau peningkatan jangka hayat penduduk juga telah menyebabkan peratusan warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas semakin meningkat. Berdasarkan banci penduduk dan perumahan, peratusan warga emas telah meningkat pada 7.8% daripada jumlah penduduk pada tahun 2010 berbanding 6.2% pada tahun 2000 dan 5.4% pada tahun 1991. Adalah diunjurkan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara menua pada tahun 2030 apabila 15% daripada jumlah penduduknya terdiri daripada warga emas; dan (iii) peningkatan peratusan warga emas kesan daripada penurunan kadar kesuburan seterusnya akan memberi kesan kepada beban tanggungan warga emas. Beban tanggungan warga emas ditakrifkan sebagai bilangan penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15 hingga 59 tahun yang akan menanggung setiap seorang warga emas. Adalah dijangkakan beban menanggung seorang warga emas akan semakin berat iaitu daripada lapan orang penduduk bekerja yang perlu menanggung seorang warga

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

emas pada tahun 2010 kepada enam orang penduduk bekerja yang perlu menanggung seorang warga emas pada tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, penurunan kadar kesuburan ini tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Statistik Jabatan Perangkaan mendapati peratusan tenaga buruh iaitu 15 hingga 59 tahun pada tahun 2010 adalah sebanyak 64.7%. Angka ini akan dijangka akan terus meningkat kepada 65.4% pada tahun 2020. Justeru negara dijangka mempunyai tenaga buruh yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga buruh dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Dengan penduduk yang bekerja pada masa kini secara umumnya lebih berpendidikan, kurang tanggungan anak akibat penurunan kadar kesuburan dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Golongan bekerja pada hari ini dapat menyumbang ke arah meningkatkan lagi pendapatan per kapita negara. Sumbangan ini mampu memacu negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon sedikit penjelasan lagi. Ini kerana suatu masa dahulu di bawah Perdana Menteri yang keempat kita pernah mempunyai dasar dan pernah ada visi beliau bahawa sebagai negara maju berpendapatan tinggi kita boleh menampung 70 juta penduduk. Apa yang saya hendak tahu ialah apakah yang telah terjadi kepada visi itu? Apakah visi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang berkenaan dengan jumlah penduduk Malaysia, satu. Kedua, sekiranya kadar kesuburan kita di bawah 2.1, sekarang tepat 2.1 pada tahun 2012 dan menurun malah di bawah 2.1, maka populasi kita akan mengecut. Jadi mana mungkin kita cukup pasaran tenaga kerja untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi kalau ia semakin mengecut. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Tuan Yang di-Pertua, kajian memang telah dibuat bahawa dasar ke arah 70 juta penduduk itu kalau mengikut keadaan sekarang ini tidak akan tercapai. Walau bagaimanapun bermacam-macam inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi kadar kesuburan rakyat di Malaysia ini. Akan tetapi disebabkan sekarang ini umur berkahwin itu semakin meningkat, kaum wanita pun sekarang berkahwin pada umur 25.7 tahun sudah. Ini disebabkan oleh kerana wanita sekarang bersekolah dan tempoh persekolahan sudah meningkat, dia sudah sampai ke peringkat tertiary. Selepas itu dia tidak akan berkahwin, dia akan bekerja pula, dia akan menumpukan masanya kepada

kerjaya dan seterusnya dia mahu melihat kerjayanya itu mencapai tingkat yang lebih tinggi lagi. Jadi masa untuk berkahwin itu sudah dilewatkan. Dengan yang demikian kesuburan juga akan menurun dan anak akan kurang. Sekarang ini tahapnya pada 2.1 iaitu setakat untuk menggantikan kedua-dua ibu-bapanya sahaja. Walaupun begitu kerana tempoh masa kita mencapainya tadi, tahap berpendapatan tinggi pada tahun 2020 mengikut perangkaan yang ada, dengan kedudukannya, tenaga kerja kita yang ada sekarang ini yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan juga pengalaman yang luas. Dalam masa yang sama jangka umur kita meningkat iaitu kita akan sampai menjadi sebuah negara yang menua pada tahun 2030. Disebabkan lebih ramai orang yang berumur 60 tahun ke atas, yang akan ada maka kita masih lagi dapat menyumbang kepada peningkatan usaha kita ataupun cita-cita kita menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ya. Saya menerima baik pandangan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa menuju kepada 70 juta itu tidak praktikal. Akan tetapi saya hendak tahu adakah dengan fertility yang dibuat sekarang, sebenarnya masalah yang besar di negara ini adalah di mana ramai di antara anak-anak yang dilahirkan sekarang, a big proportion adalah daripada anak-anak warga asing iaitu yang bekerja di sini tetapi telah berkahwin dengan warganegara kita. Apakah dasar dan apakah polisi untuk mengawal situasi tersebut? Ini kerana ramai di antara mereka tidak mempunyai surat kelahiran atau jika ada surat kelahiran bukan maknanya menjadi warganegara di Malaysia ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa yang berkaitan adalah keadaan sosial yang terjadi kerana warga asing ini yang berkahwin dengan warga negara kita. Apakah kajian yang telah dibuat dan tindakan susulan yang diambil?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau boleh jawab, jawab tetapi pendapat saya dia melencong jauh daripada soalan asal.

Ya Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya itu ada kaitan dengan jabatan dan kementerian yang lain. Cumanya tadi kita bercakap tentang kesuburan kita sudah menurun, bukannya meningkat, menurun sebenarnya. Tetapi berkaitan dengan apa Yang Berhormat tadi kemukakan itu adalah berkaitan dengan kementerian yang lain dan tidak ada kena mengena dengan soalan ini. Terima kasih.

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

5. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Pertahanan menyatakan: (i) apakah rancangan terkini kementerian ke arah peningkatan kebajikan dan kebolehpasaran pesara tentera; dan (ii) apakah usaha-usaha kementerian dalam melahirkan usahawan dan pengusaha industri kecil dan sederhana dari kalangan pesara.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menjawab persoalan Yang Berhormat Sekijang bersekali dengan soalan Yang Berhormat Padang Besar bertarikh 26 Mac 2014 soalan nombor 22 kerana kedua-duanya menyentuh isu dan persoalan yang sama iaitu mengenai rancangan peningkatan kebajikan, kebolehpasaran pesara serta program keusahawanan bekas tentera. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sekijang, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan telah menubuhkan dua agensi khusus untuk menjaga kebajikan dan kebolehpasaraan veteran tentera iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Jabatan Hal Ehwal Veteran yang telah ditubuhkan pada tahun 2002, memberikan tumpuan khusus kepada tanggungjawab menjaga kebajikan anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia seperti menguruskan pencen, menyediakan perkhidmatan dan peralatan perubatan, menyalurkan bantuan persekolahan dan bantuan institut pengajian tinggi awam kepada anak-anak veteran, mengenal pasti dan menyediakan rumah kepada veteran yang amat memerlukan serta memberikan bantuan kecemasan kepada veteran yang mengalami bencana dan lain-lain bantuan kebajikan. Manakala PERHEBAT berperanan menyediakan latihan teori dan praktikal pra persaraan ataupun latihan peralihan kepada anggota tentera Malaysia termasuk veteran yang telah berpencen. Latihan yang dilaksanakan ini adalah disesuaikan mengikut bidang dan kecenderungan pelatih berdasarkan kepada rancangan masa hadapan masing-masing. Latihan yang telah disediakan ini adalah bertujuan untuk menyediakan bakal pesara ATM di dalam pasaran kerja kedua selepas menamatkan perkhidmatan. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, kursus-kursus dan latihan-latihan yang bersesuaian juga disediakan dalam bentuk hard skill dan soft skill.

Datuk Abdul Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kudat

Tuan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Padang Besar berkaitan usaha Kementerian Pertahanan untuk melahirkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana dari kalangan veteran, sukacita saya ingin menyatakan di sini bahawa setakat ini seramai 2,229 orang yang telah dilatih iaitu 1,226 orang dalam bidang IKS dan 1,003 orang dalam bidang peruncitan. Mengikut pemantauan PERHEBAT, sejumlah 30% daripada mereka telah menceburi bidang perniagaan dan telah berjaya dalam perniagaan sebenar. Melalui kerjasama dengan TEKUN pula kita telah berjaya mendapatkan pinjaman sejumlah RM8 juta daripada RM13.5 juta yang telah disediakan oleh UKAS dengan pinjaman maksimum RM50,000 setiap orang iaitu melalui Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Dengan peruntukan khas yang telah disediakan oleh Perdana Menteri iaitu sebanyak RM50 juta pada tahun 2012, PERHEBAT juga sedang melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Baru di kalangan veteran tidak berpencen dan telah menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 usahawan baru dapat dilahirkan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Padang Besar berkaitan penubuhan koperasi kecil yang melibatkan veteran ATM, sukacita saya nyatakan di sini mengikut rekod KPDNKK sebanyak 84 buah koperasi berkaitan veteran ATM telah ditubuhkan dan 67 daripadanya adalah bergiat aktif dalam bidang perniagaan seperti bidang kredit, pertanian, perumahan, perindustrian, pengangkutan dan lain-lain yang juga melibatkan seramai 7,783 orang ahli. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Cuma, rakyat tahu antara badan berkanun yang juga bertanggungjawab membantu para pesara tentera ini adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Kita tahu LTAT ini juga berfungsi membuat potongan gaji kepada anggota tentera dan baru-baru ini pulangan pelaburan yang diberikan juga amat baik melalui pemberian bonus dan dividen sebanyak 16% dengan jumlah RM818.2 juta bagi 116,000 orang pencarum. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kementerian melihat LTAT ini dapat membantu para pesara tentera terutama dalam urusan melibatkan pembelian dan melangsaikan hutang para-para pesara tentera ini seperti kediaman, kenderaan, kematian dan juga kehilangan upaya mereka dalam perkhidmatan tentera ini?

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya Lembaga

Tabung Angkatan Tentera Malaysia adalah merupakan satu agensi yang begitu berjaya dan bukan sahaja memperoleh keuntungan yang lumayan dan telah memberikan dividen yang tinggi kepada pencarum-pencarum tetapi yang lebih penting lagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga adalah berperanan dalam membantu bekas-bekas tentera dalam pelbagai bantuan yang diberikan iaitu bantuan pendidikan, bantuan penyediaan rumah-rumah mampu milik, bantuan sara hidup dan subsidi harga barang runcit. Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah menyediakan bantuan one-off sebanyak RM1,000 kepada bekas tentera yang tidak berpencen dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM84,394,000 dan separuh daripada sumbangan ini adalah disumbangkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang telah dibayarkan pada tahun lalu iaitu RM42 juta adalah sumbangan LTAT. Selain daripada itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan. Misalnya memberikan sumbangan sebanyak RM6.5 juta sebagai sumbangan kepada Tabung Hari Pahlawan dan memberikan juga sumbangan bungkusan Hari Raya setiap tahun kepada BAKTI dan juga Angkatan Tentera Malaysia sejumlah RM5.2 juta dan bagi melalui Yayasan Warisan Perajurit Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan syarikat-syarikat kumpulannya juga telah menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar dan anak-anak pesara dan bantuan ini telah disalurkan sebanyak RM49.1 juta selain daripada pemberian bantuan sara hidup secara topping up kepada bekas anggota tentera bagi membolehkan bilangan pencen dan hilang upaya mereka dapat ditambah. Banyak lagi program yang disediakan oleh LTAT. Selain daripada itu ialah juga untuk membangunkan usahawan-usahawan daripada kalangan bekas anggota tentera seperti menyedihkan program francais, kedai mudahan 7-Eleven dan ini adalah merupakan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh LTAT dan kita amat mengalu- alukan bukan sahaja LTAT tetapi jika ada syarikat-syarikat GLC ataupun syarikat- syarikat yang berkeupayaan untuk memberikan bantuan kepada anggota tentera yang tidak berpencen. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara antara pencen bekas anggota yang terdahulu dengan anggota yang baru menamatkan perkhidmatan.

Justeru, saya ingin tahu apakah formula baru boleh dihasilkan untuk pemberian pencen kepada veteran yang lama dan baru supaya diberikan secara berpatutan dan mengikut kos sara hidup semasa? Saya juga ingin tahu pendirian kerajaan berkaitan dengan anggota-anggota yang sedang berkhidmat, apakah pendirian dan layanan kementerian kepada mereka yang menyatakan kebenaran? Case in point Tuan Yang di- Pertua, dengan izin ialah Mejar Zaidi yang baru-baru ini didakwa di Mahkamah Tentera hanya kerana beliau membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang tidak kekal dan dakwaan ini diakui oleh SPR dan kenapa tindakan diambil terhadap pegawai yang berani ini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab, ada dua soalan yang dikemukakan tadi tetapi soalan yang kedua itu agak tidak relevan kerana ia tidak begitu berkait dengan soal faedah-faedah yang kita berikan kepada anggota tentera.

[Dewan riuh]

Cuma mungkin Yang Berhormat boleh membangkitkan isu ini dalam perbahasan nanti. Saya cuma ingin nyatakan di sini bahawa kes tersebut telah pun dibicarakan di Mahkamah Tentera. Beliau mempunyai kemampuan untuk mengambil peguam-peguam dan juga pihak-pihak yang boleh membela beliau dalam perbicaraan untuk memastikan kalau beliau tidak bersalah, beliau tidak bersalah. Kita mempunyai hakim-hakim yang berkebolehan untuk menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak dalam kes tersebut.

[Dewan riuh]

Berkaitan dengan soal perbezaan pencen yang telah pun Yang Berhormat bangkitkan tadi, memanglah bagi mereka yang berpencen pada tahun 70-an ataupun pada tahun 80-an di mana pada ketika itu bayaran gaji masih jauh lebih rendah dan demikian juga bayaran pencen. Sudah tentu terdapat perbezaan. Misalnya, seorang yang berpangkat jeneral, yang bersara pada tahun 70-an mungkin hanya mendapat pencen yang agak begitu rendah berbanding dengan mungkin pencen yang mereka terima itu setara dengan mungkin hanya brigadier general sedangkan mereka itu adalah empat bintang. Ini berlaku dalam semua perkhidmatan, bukan sahaja anggota tentera tetapi juga perkhidmatan awam secara keseluruhan. Sudah tentulah jika kita ingin menyelaraskan ia memerlukan satu kos yang begitu banyak. Akan tetapi kita memang sentiasa melihat khususnya mereka yang berpendapatan rendah, melihat dari semasa ke semasa dan ini adalah bergantung pada keputusan kerajaan dan kajian secara menyeluruh. Sekiranya terdapat keperluan dan memang kita melihat bahawa perbezaan itu sangat nyata dan ada keperluan untuk mengkajinya, kita akan mengkajinya. Akan tetapi setakat ini, ia bergantung pada keupayaan kerajaan. Terima kasih.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

6. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan nilai ringgit berbanding dengan mata wang asing sejak tahun 2000 hingga 2014, apakah usaha kerajaan untuk mengukuhkan nilai ringgit dan apakah punca nilai ringgit semakin rendah.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan-soalan Yang Berhormat Ahli Parlimen Cheras dan Yang Berhormat Jasin pada 26 Mac dan 2 April kerana soalan-soalan tersebut menyentuh perkara dan isu yang sama. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kedudukan nilai ringgit adalah berdasarkan kepada kuasa pasaran. Dalam jangka masa pendek, pergerakan ringgit ditentukan oleh sentimen pasaran terhadap perkembangan global dan domestik. Memandangkan sentimen pasaran mudah berubah, kadar pertukaran akan naik atau turun pada jangka masa pendek manakala untuk jangka masa panjang, trend asas pergerakan ringgit akan mencerminkan asas-asas kekukuhan ekonomi negara. Perlu diambil kira bahawa Bank Negara Malaysia tidak mempunyai sebarang sasaran tahap bagi kadar pertukaran berbanding dengan mana-mana mata wang tunggal. Ringgit beroperasi di bawah sistem kadar pertukaran apungan terurus, dengan izin manage float berbanding dengan sekumpulan mata wang rakan perdagangan utama negara. Ini lebih mencerminkan sifat hubungan dagangan kita yang pelbagai. Pada keseluruhannya semenjak Malaysia beralih kepada sistem kadar pertukaran apungan terurus pada 21 Julai 2005, ringgit telah meningkat sebanyak 15.9% secara purata berbanding dengan Dollar Amerika dan meningkat secara purata sebanyak 9.2% berbanding dengan mata wang sepuluh rakan dagangan utama negara. Kekukuhan ringgit sepanjang tempoh ini mencerminkan prestasi ekonomi yang menggalakkan dan pengukuhan asas-asas ekonomi negara. Semenjak pertengahan tahun 2013, mata wang kebanyakan ekonomi membangun yang berkembang pesat termasuk ringgit telah menyusut nilai berikutan laporan mengenai kemungkinan ketika itu berlaku pengurangan program pelonggaran kuantitatif dengan izin, quantitative easing di Amerika Syarikat dan seterusnya pengumuman yang dibuat oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mula mengurangkan kadar pelonggaran kuantitatif. Ringgit dan mata wang dalam negara yang lain juga dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan ekonomi serantau. Contohnya ialah sentimen berhubung perkembangan di beberapa ekonomi sedang pesat membangun seperti Argentina, India dan Turki.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Seperti mana-mana sistem kadar pertukaran, terdapat segmen dalam ekonomi yang mendapat manfaat daripada ringgit yang menyusut nilai dan segmen yang mengalami kerugian. Sebagai contoh, apabila ringgit menyusut nilai, pengeksport akan mendapat manfaat kerana barangan dan perkhidmatan negara akan menjadi lebih murah berbanding negara asing. Walaupun begitu, pada masa yang sama harga barangan dan perkhidmatan yang diimport akan menjadi lebih tinggi. Memandangkan pergerakan kadar pertukaran jangka pendek yang tidak menentu, Bank Negara Malaysia akan terus memastikan bahawa keadaan di pasaran pertukaran asing kekal teratur. Perkembangan pasaran pertukaran asing ringgit berserta dengan liberalisasi akaun kewangan sejak daripada tahun yang lepas juga telah membolehkan pemadanan permintaan dan penawaran, dengan izin, supply and demand ringgit yang lebih baik. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, menyebutkan bagaimana kedudukan nilai ringgit kita bergantung pada sentimen pasaran global. Apa yang kita lihat hari ini, adakah kerajaan sedar nilai ringgit dalam negara kita sendiri semakin menyusut. Kalau dulu nilai ringgit, satu ringgit sekarang mungkin nilai sudah menjadi 90 sen atau 80 sen akibat daripada kenaikan kos hidup, kenaikan harga barang. Jadi, sudahlah negara kita berdepan dengan nilai ringgit yang semakin menyusut di pasaran global, dalam negara rakyat tertekan dengan kos hidup yang tinggi berpunca secara tak langsung daripada pengurangan subsidi secara bertindan dan sebagainya termasuk juga GST yang bakal akan dikenakan kepada rakyat. Jadi, apa usaha yang akan dibuat oleh kerajaan untuk memastikan nilai ringgit bukan sahaja di pasaran global tetapi dalam negara lebih stabil, maknanya lebih mantap untuk kepentingan rakyat dan negara kita? Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita membandingkan dengan sebelas nilai mata wang asing, saya ingin menyatakan di sini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dibandingkan dengan Dollar Amerika, nilai ringgit mengukuh 15.9%, Pound Sterling mengukuh 21.2%, Euro 2.9% positif, Yen Jepun 4.8%, Won Korea meningkat 19.2% dan Ringgit Malaysia meningkat dibandingkan Rupiah Indonesia 36.9%. Jadi, kalau kita hanya menyatakan bahawa nilai ringgit ini merosot dibandingkan secara umum, ia tidak benar. Memang merosot dibandingkan dengan Australia, Singapura, Baht Thai, Peso Filipina dan Renminbi China. Lima dibandingkan itu merosot tetapi enam dibandingkan kita meningkat. Soalan Yang Berhormat mengenai kos hidup,

nilai satu ringgit sekarang dibanding nilai satu ringgit dahulu, pengurangan subsidi dan GST. Itu hal yang berbeza dengan persoalan ini. Namun, apa yang dibuat oleh kerajaan yang penting ialah apakah langkah-langkah tambahan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan bantuan terhadap kos. Ada banyak. Kalau kita lihat subsidi misalnya, kita meneruskan subsidi. Setiap satu liter RON95, kita beri 65 sen subsidi. Setiap satu liter diesel, kita meneruskan 80 sen subsidi.

Begitu juga kita meneruskan masih ada lagi 10 sen subsidi gula. Kemudian ada lagi subsidi minyak masak, gas memasak. Gas memasak itu sepatutnya satu tong gas berharga RM54 tetapi oleh kerana kita hendak membantu rakyat, dijual di pasaran cuma RM27 dan RM27 lagi dibayar oleh kerajaan dalam bentuk subsidi. Begitu juga tepung dan juga beras, masih lagi ada subsidi. Selain daripada subsidi-subsidi ini, BR1M sudah banyak kali dijelaskan. Kita juga ada bantuan pendidikan. Untuk memastikan nilai ringgit yang disebut oleh Yang Berhormat itu tidak terjejas dari segi nilainya di banding dengan dahulu. Walaupun yang demikian, kesan inflasi ini kuasa beli dalam negara bukan masalah nilai pertukaran ringgit dengan mata wang luar. Kita mengakui ada peningkatan dari segi CPI (Consumer Price Index) itu tetapi ia masih lagi dalam lingkaran yang terkawal. Selain daripada itu, banyak usaha dilakukan sehinggakan mereka yang berpendapatan RM8,000 dan ke bawah pun boleh memotong cukai pendapatannya sebanyak RM2,000 dan dia untung RM470. Mereka yang berpendapatan sehingga RM8,000 pun semacam dapat BR1M. Ini ramai yang tidak mengetahuinya, maka saya maklumkan di sini. Selain daripada itu, kita terus menjaga kos hidup yang lain dari segi kadar-kadar barangan komoditi contohnya harga getah, harga sawit supaya rakyat semua sentiasa akan dapat apa yang mereka patut dapat dari segi jualan dan juga perdagangan dan perniagaan pun kita bantu dengan pelbagai tabung yang banyak. RM100 juta kita bagi untuk dana pasar malam, RM100 juta untuk dana IKS. Kemudian RM700 juta tambahan untuk TEKUN, RM300 juta tambahan untuk Amanah Ikhtiar Malaysia. Banyak perkara yang kita bantu untuk membantu rakyat bagi mengatasi kos sara hidup ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia telah mengalami kejatuhan sejak tahun lepas sebanyak 7%, ekoran daripada pengurangan rangsangan ekonomi US terhadap ekonominya. Jadi, ini juga berlaku secara global. Apa yang berlaku di India kejatuhan Rupee sebanyak 15%. Di Indonesia,

Rupiah jatuh sebanyak 10%. Begitu juga Lira di Turki dan juga Riyal di Arab Saudi tidak terkecuali, Ruble di Rusia dan yang paling teruk sekali Baht di Thailand. Jadi kejatuhan ini sebenarnya menjejaskan ekonomi pada tiap-tiap negeri. Jadi apa yang saya hendak soal kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, negara kita sebenarnya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang cukup memberangsangkan, selain daripada inflasi kita yang cukup rendah dan juga hutang luar negara kita yang cukup terkawal, apatah lagi kemiskinan dan juga pengangguran kita yang paling hebat. Akan tetapi apabila kita bandingkan kedudukan kita dengan Australia dan Singapura, kita sebenarnya telah jauh terkebelakang berhubung dengan nilai mata wang kita. Jadi saya hendak tanya, apakah sebenarnya senario yang menyebabkan perkara ini berlaku? Keduanya, setiap kenaikan dan juga pengukuhan ataupun kelemahan mata wang ringgit kita, ada kebaikan dan keburukannya terhadap ekonomi domestik dan juga secara global. Jadi saya hendak tanya, secara relatifnya, apakah sebenarnya kebaikan yang telah kita dapati? Pertamanya daripada kita punya eksport. Kedua, kemungkinan daripada perkara-perkara lain misalnya daripada sektor pelancongan kita. Ramai orang datang ke negara kita kerana kita boleh menawarkan harga yang lebih berpatutan, berbanding dengan keadaan kalau ekonomi ataupun mata wang kita lebih mengukuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebahagian daripada soalan Yang Berhormat, Yang Berhormat telah jawab sendiri. Sebagai contoh, apabila nilai ringgit kita merosot, maka eksport kita lebih murah dan dari segi sektor pelancongan akan meningkat. Saya ingin menjelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jasin tadi berlaku penyusutan nilai ringgit di mana-mana. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan ataupun pengumuman pengurangan program pelonggaran kuantitatif (quantitative easing). Apakah maksud quantitative easing ini? apabila berlaku peningkatan quantitative easing, maksudnya Amerika membeli government bond mereka dan mereka juga membeli treasury bill mereka. Apabila mereka membeli, maka wang Amerika akan masuk ke pasaran ke dalam negara-negara membangun. Maka akan berlaku inflow yang tinggi. Dengan sendiri, nilai ringgit ataupun nilai mata wang di negara-negara yang berlaku inflow itu akan meningkat. Akan tetapi apa yang berlaku ialah pengumuman kemungkinan pengurangan program QE ini. Apabila quantitative easing ini dikurangkan, maka Amerika kurang membeli government bond mereka, kurang membeli treasury bill mereka. Jadi, sedikit wang

Amerika itu melingkar di pasaran dunia. Ini menyebabkan berlaku outflow dan apabila berlaku outflow, maka nilai-nilai ringgit dan nilai-nilai mata wang di negara-negara yang berkaitan akan menyusut. Ini yang dimaksudkan sebagai QE, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat. Tadi Ahli Yang Berhormat Jasin juga ada menyebut tentang nilai ringgit dan kesan hutang Kerajaan Persekutuan misalnya. Hanya 3% daripada hutang Kerajaan Persekutuan ini adalah hutang luar negeri. Oleh kerana itu, apa juga yang berlaku dari segi penyusutan ataupun peningkatan nilai ringgit dibandingkan dengan mana-mana nilai, ia tidak menjejaskan dari segi hutang Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

7. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan keluasan ladang yang diuruskan oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) ketika ini untuk tanaman getah dan sawit dan sejauh manakah ia dapat memberikan pulangan hasil yang maksimum dan terbaik kepada pekebun kecil.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lipis yang telah bertanya. Tuan Yang di-Pertua, RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) merupakan syarikat milikan RISDA yang bertindak sebagai ejen mengurus dan dilantik oleh pemilik tanah untuk mengurus kebun mereka dengan kaedah pendekatan tanam semula komersial (TSK). Keluasan ladang yang telah diuruskan oleh RPSB setakat ini adalah sejumlah 41,600 hektar. Keluasan bagi tanaman getah adalah seluas 5,400 hektar. Jadi, luas berhasil adalah 2,400 hektar dan tanaman sawit seluas 36,300 hektar dan luas berhasil adalah 33,000 hektar. Bagi memastikan pulangan yang terbaik, syarikat telah melaksanakan pendekatan tanam semula secara berkumpulan, di samping mengamalkan amalan pertanian baik iaitu good agricultural practices dalam pengurusan ladang yang dimiliki oleh pekebun kecil. Selain itu, RPSB menyediakan juga perkhidmatan pemasaran hasil ladang getah dan sawit pekebun kecil untuk memberi penawaran harga yang lebih kompetitif di peringkat ladang yang lebih menguntungkan pekebun kecil serta melaksanakan perkhidmatan kontrak kerja-kerja pembangunan kawasan penyelenggaraan dan kutipan hasil getah dan sawit. Dengan kaedah ini, pekebun kecil mendapat pulangan pendapatan yang lebih tinggi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan soalan tambahan. Dalam usaha kerajaan melalui agensi

RISDA bagi mengurus ladang untuk pemilik pekebun-pekebun kecil, amat baik sekali. Akan tetapi dalam usaha ini, kalau melihat daripada jawapan pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya 2,000 lebih hektar sahaja yang dapat mengeluarkan hasil daripada getah dan daripada 5,000 lebih yang diusahakan.

Berertinya hampir separuh tidak mengeluarkan hasil. Maka, apakah langkah kementerian semasa melaksanakannya. Adakah kajian-kajian dibuat kerana mungkin meliputi bukit, meliputi paya yang tidak boleh ditanam. Maka, dalam usaha ini ia akan menjadi pendapatan yang kecil yang diterima oleh pekebun-pekebun. Ada saya mendapat maklumat pekebun-pekebun hanya menerima dalam persekitaran RM300- RM400 yang ekarnya berjumlah antara tiga ke lima ekar. Maknanya dalam tempoh tiga bulan, berertinya sebulan hanya menerima lebih kurang RM100 saja daripada tiga, empat ekar ini. Maka, ini sudah pasti kalau dibandingkan dengan pengusaha sendiri yang mungkin boleh menerima sebanyak mencecah RM1,500-RM2,000. Berertinya dalam RM500 sebulan. Berbeza antara lima kali ganda. Maka, dalam usaha ini saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah langkah-langkah seterusnya yang membolehkan mereka mendapat hasil yang lebih daripada sedemikian rupa? Adakah pihak kementerian berhasrat untuk sebagaimana ucapan saya semalam, berhasrat untuk meletakkan harga lantai bagi getah yang kebanyakannya kita di negara kita masih lagi di dalam, masih lagi ramai pekebun-pekebun kecil. Mungkin boleh berbincang dengan kementerian-kementerian berkaitan.

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab dari belakang dulu ya? Berkenaan dengan isu harga lantai ini memang sudah diperbincangkan dengan kementerian yang lain sebab seperti mana Yang Berhormat tahu harga ini, komoditi ini adalah terletak dalam kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. RISDA ini kita jaga masyarakat, komuniti. Jadi, kalau isu ini ia perlu diperbincangkan di pihak atasan. Jadi untuk membantu pekebun-pekebun kecil ini supaya mereka tidak terjejas sangat ataupun merasa terbeban, kejatuhan harga ini, memang kementerian sudah memikirkan beberapa langkah untuk membantu pekebun- pekebun kecil ini dalam pendapatan mereka. Memang apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah kenyataan. Jadi, pihak RISDA yang bertanggungjawab sudah juga tahu segalanya masalah itu dan Yang Berhormat kalau saya hendak memberi maklumat yang sepenuhnya yang ada

pada saya mungkin dia mengambil masa begitu panjang. Akan tetapi saya akan memberi sedikitlah. Buat masa sekarang kerajaan ataupun kementerian melalui RISDA telah memikirkan bagaimana hendak membantu. Saya tidak hendak mengumumkan di sini terlalu awal saya mengumumkan, tetapi memang kita akan membantu. Jadi, langkah- langkah yang kita sudah ambil bantuan sara hidup mereka, peruntukan-peruntukan yang telah diberi. Misalnya peruntukan RM5,740,000 melibatkan 957 orang peserta telah kita beri kepada pekebun dalam tahun 2013 dan ini akan kita buat berterusan juga. Jadi, yang terperincinya kadar bantuan RM500 sebulan seorang selama 48 bulan telah diberi kepada mereka yang layak dan bergantung hidup sepenuhnya kepada pekebun yang menyertai program tanah semula bagi tahun 2013. Jadi, yang lain adalah dari bentuk bekalan benih. Kita bantu juga input kepada kebun mereka, bekalan baja. Jadi begitu juga kita ada program di mana kita membantu mereka dengan kos kita membina prasarana infrastruktur, development cost, mereka kita bantu juga. Jadi, kalau kita ambil kira semua ini memang banyak kita bantu untuk mereka ini. Jadi, supaya mereka tidak dibebani sangat dengan kejatuhan harga ini dan juga kalau kita menceritakan hal kejatuhan harga ini, ini adalah fungsi supply demand lah. Di sini juga Tuan Yang di-Pertua ceritanya panjang lebar. Oleh kerana ia merangkumi global scenario pasaran getah ini dan juga ada property agreement kita dengan negara Thailand, Indonesia dan sebagainya. Jadi oleh itu, RISDA memang agak peka sangat, tahu sangat dengan masalah pekebun-pekebun kecil. Jadi, tadi dibuat perbandingan kalau mereka mengusahakan sendiri dan RISDA mengusahakan, RISDA ambil kira semua kos, development cost. Kos input juga kita masuk ke sana sebab kita mengambil kira secara profesional. Jadi,kalau pekebun kecil mereka mungkin tidak ambil daripada kos input mereka ataupun baja itu tidak juga dibeli dengan secara good agriculture practice. Oleh itu, kalau kita buat perbandingan ia ada memang lain tetapi hakikatnya apa mereka dapat dalam satu bulan. Itulah yang penting. Jadi, saya berharaplah kalau jawapan ini tidak memenuhkan kehendak Yang Berhormat oleh kerana maklumat ini banyak sangat sini, bolehlah kita panjangkan dengan cara bertulis juga. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”. [12 Mac 2014]

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya ada usul 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang ini untuk saya bacakan usul 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya sudah jawab Yang Berhormat punya usul.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Bolehkah Tuan Yang di-Pertua benarkan bacaan kerana 5 juta rakyat mengalami masalah ini dan saya harap Tuan Yang di- Pertua benarkan usul ini dibaca di sini supaya sekurang-kurangnya Dewan ini ada relevan dengan isu yang...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk dahulu. Kalau tidak silap saya soalan ini telah pun dijawab oleh kerajaan pada 11 hari bulan, soalan nombor tiga dengan soalan yang sama. Jadi, kalau saya benarkan Yang Berhormat bermakna kita menghabiskan masa. Akan tetapi kalau juga Yang Berhormat betul-betul mahu sentuh dengan perkara, saya akan nota di sini bahawa Yang Berhormat dikasi peluang untuk berbahas nanti dan sentuh saja fasal ini secara spesifik. Yang itu boleh saya buat.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya minta Tuan Yang di-Pertua kalau boleh minggu depan benarkan satu perbincangan

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

spesifik tentang isu air kerana isu air memang mengakibatkan masalah untuk keluarga- keluarga di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Ini untuk makluman kepada ahli Yang Berhormat yang lain. Sudah menjadi budaya kita bahawa kalau sewaktu bajet ataupun usul berbahas Titah Diraja, elakkan lah. Jangan buat usul bawa kepada saya 18(1). Saya tidak akan layan. Because you have the opportunity to bahas waktu bahas. Like Yang Berhormat Petaling Jaya Utara kelmarin, dia bahas sejam lebih mengenai dengan satu isu sahaja. Kita dengar pun, okey. So kalau Yang Berhormat benar-benar mahu isu ini close to your heart, then participate. Tidaklah satu jam kerana Ketua Pembangkang pun belum ada. Dia pun belum berucap lagi. Kelmarin sudah dihad setengah jam. Sila Setiausaha. Ya, saya menurut nota di sini yang perlu menyambung perbahasan ialah Yang Berhormat Gerik. Tolong ambil perhatian kepada masa yang telah dihadkan iaitu setengah jam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Maksud saya baki setengah jam itu. [Ketawa]

Tidak mengapa, saya lewat. Tajuk yang seterusnya ialah sanctuary gajah.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Gerik, apa yang saya dapat nota daripada pihak sebelah kiri saya ini Yang Berhormat Kelana Jaya supaya kita tidak menghabiskan masa. Sedia Yang Berhormat Kelana Jaya.

Saya menyambung.

Tuan Yang di-Pertua

Ya because Yang Berhormat Kelana Jaya punya turn. PAS sudah, DAP sudah. So it should be from PKR. Sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya bersedia. Terima kasih.

Terima kasih. Sentri gajah. Daerah Hulu Perak banyak gajah, melebihi 300 ekor. Ekoran gajah yang banyak di Gerik menyebabkan ada dua kesan. Satu ancaman kepada penduduk tempatan yang memberi kesan kepada pekebun-pekebun kecil. Ancaman yang kedua, gajah itu sendiri diburu oleh pemburu-pemburu yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan gading. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Maka di Gerik telah dibincangkan pelbagai perkara tentang gajah ini dan pihak kementerian melalui PERHILITAN telah menyelesaikan sedikit sebanyak dengan mendirikan pagar gajah. Terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Masalah yang timbul lagi ancaman tersebut berterusan dan paling istimewa dalam Parlimen saya rakyat boleh melihat gajah liar di sepanjang jalan di waktu-waktu tertentu. Umpamanya waktu musim hujan dia hendakkan panas dia rapatkan dengan jalan daripada Kelantan ke Gerik. Maka kita boleh melihat secara mata kasar kumpulan- kumpulan gajah di Gerik. Memandangkan ada ancaman seperti yang telah saya nyatakan, saya mohon dapatkan kerjasama daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar dapat memikirkan dan duduk bersama dengan kerajaan negeri. Kita jadikan sepanjang ataupun keluasan yang tertentu daripada Tasik Temenggor menuju ke Gerik untuk kita jadikan sanctuary gajah walaupun saya menyedari di Pahang dan di Kelantan ada tempat-tempat longgokan gajah tersebut. Akan tetapi saya menghadapi tekanan daripada pengundi-pengundi saya, daripada masyarakat Orang Asli yang ketika ini sudah mempunyai satu kesedaran untuk menanam pokok getah tetapi ancaman yang paling utama ialah apabila ditanam pokok getah maka makhluk gajah tadi ia memusnahkan pokok-pokok tersebut kerana mungkin pokok sekarang ini ia memberi satu nikmat kepada gajah yang makan pokok tersebut. Maka saya sudah berbincang bersama dengan PERHILITAN peringkat negeri dan mereka kata boleh dibuat sentri gajah. Saya percaya kalau sekadar kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan gajah tersebut tidak memberi makna kerana kita tahu ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Saya yakin kerajaan negeri akan memberi kawasan hutan simpan yang ada bersebelahan dengan Royal Belum dan bila mana ada sanctuary gajah, pertama ia boleh menyelamatkan daripada ancaman kepada pekebun- pekebun kecil terutama Orang Asli, penduduk sekitar di belah Bersia begitu juga di sebelah Parlimen Lenggong. Hari ini pun tindakan segera yang PERHILITAN boleh buat ialah pemindahan gajah yang memerlukan belanja dan kawasan yang mereka lambakkan gajah untuk dipindahkan tadi ialah di kawasan sekitar Royal Belum.

Yang Berhormat Gerik minta laluan.

Saya amat berharap supaya pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama kerajaan negeri dapat menjayakan permohonan saya tersebut dan saya percaya saya akan membantu...

Yang Berhormat Gerik minta laluan.

Ya.

Yang Berhormat Jerantut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Gerik apakah masalah gajah yang sekarang ini banyak ditimbulkan oleh beberapa negeri. Akhir-akhir ini kita melihat gajah dengan manusia ini telah berlaku konflik terutama di kawasan ataupun di negeri yang masih lagi banyak baki hutan seperti di Pahang terutama di kawasan Parlimen Jerantut juga ada konflik antara manusia dan gajah ini. Apakah Yang Berhormat Gerik bersetuju bahawa kerajaan perlu melihat dengan lebih luas bahawa kita kena pilih sama ada kita sayangkan gajah atau sayangkan manusia atau sayang kedua-duanya. Maka kerajaan perlu serius menangani isu gajah ini dengan mengambil kira mengadakan peruntukan yang khusus agar gajah-gajah yang berkeliaran ini ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu seperti di negeri-negeri yang bersempadan misalnya Pahang, Terengganu dan Kelantan wujudkan satu kawasan dan kawasan itu mesti ditentukan tidak ada sesiapa dan tidak ada sebarang aktiviti yang boleh menggugat ketenteraman gajah-gajah tersebut seperti perhutanan dan juga perlombongan. Apakah Yang Berhormat Gerik bersetuju?

Amat bersetuju sebabnya kawasan saya menjadi mangsa bila mana gajah-gajah liar yang berada dalam negeri Perak, yang berada dalam negeri Kedah yang ditangkap oleh PERHILITAN ia akan dipindahkan ke Gerik. Satu budaya gajah baru dipindahkan ini, ini yang selalu dia kacau kebun-kebun orang ini. Kalau gajah tempatan, dia pun ada gajah tempatan dan gajah luar. Gajah tempatan ini dia kenal kawan. Dia tidak kacau kawasan, dia sudah biasa malah dia akan pergi ke kawasan tempat habitat dia sendiri. Jadi itu sebabnya saya berharap sangat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dapat membantu mewujudkan kawasan sanctuary gajah di sebelah Royal Belum. Kalau saya menentang cara lain pun, gajah itu pun tetap mereka akan pindahkan di situ. Maka kerana hari ini Ahli Yang Berhormat di Dewan ini kalau hendak tengok gajah hidup tepi jalan, mari datang daripada Kelantan ke Gerik. Insya-Allah kalau betul, ada rezeki berjumpa.

[Bangun]

Saya pernah sekali keluar daripada kawasan Orang Asli sebelah malam duduk tengah jalan tetapi dengan gajah jangan cakap besar. Saya kata saya hendak tumpang lalu kemudian gajah tadi geleng-geleng kepala dengan saya selepas itu dia terus turun masuk dalam hutan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.

Ini bukan cerita lawak, cerita betul. Yang Berhormat Lenggong pun hendak tanya juga?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bapa gajah.

Hendak bantu cikgu. Terima kasih Yang Berhormat Gerik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita nampak joke, nampak lawak tetapi ini serius Tuan Yang di-Pertua, memang serius.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya kawasan saya pun ada gangguan gajah Yang Berhormat.

Ya betul. Hampir keseluruhan banyak kawasan terlibat. Saya hendak sebut di sini banyak projek-projek kerajaan atau individu yang sedang dan telah dilaksanakan di daerah Hulu Perak termasuk sebenarnya kawasan saya dengan kawasan Gerik ini dekat. Agropolitan Gandar beribu-ribu ekar kita bangunkan. Projek yang dibangunkan oleh FELDA, RISDA dan FELCRA mengalami kerugian beratus-ratus ribu ringgit. Di sesetengah kampung kawasan yang dibangunkan oleh penduduk kampung dengan RISDA kadang-kadang hampir musnah 400 ekar, 500 ekar. Bayangkan kalau seorang pekebun kecil dia rugi RM1,000 untuk satu ekar, bayangkan kalau satu kampung 400 ekar RM400,000 kerugian dialami. Jadi kalau kita kira kerugian ini memang amat banyak sekali. Oleh sebab itu untuk mengatasinya saya amat menyokong sentri gajah. Makna gajah-gajah ini ditempatkan dalam satu kawasan. Saya percaya komitmen Yang Berhormat Gerik saya bantu di peringkat daerah kita untuk menyokong dan melobi kerajaan negeri untuk memberikan kawasan itu saya fikir tidak ada masalah sebagaimana disebut Yang Berhormat Gerik tadi. Di samping kita letakkan gajah-gajah berkenaan, kita boleh- untuk jadikan kawasan pelancongan di Gerik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, masa Yang Berhormat Gerik sudah habis Yang Berhormat.

Boleh nanti terkenal dengan orang tengok gajah dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Masuk dalam ucapan saya juga. Masa saya tidak cukup. Pasal gajah juga? Bolehlah.

Terima kasih. Saya terpanggil juga untuk menyertai cerita gajah dan cerita hidupan liar ini. Jadi, di kawasan saya di Jelebu pun macam itu juga. Akan tetapi, dia bukan cerita gajah tetapi ada kaitan dengan jabatan yang sama. Jadi, orang kampung datang mengadu, dia kata “pencuri banyak sangat di kampung”. Jadi, saya pun kata, “hairan, mana datangnya pencuri?”. Rupanya yang mencuri itu beruk. Jadi, beruk-beruk dan kera ini sudah sampai ke rumah. Ia menjadi satu ancaman dan RELA pula kalau dahulu dia boleh menembak dan menghapuskan tetapi sekarang ini di bawah halangan-halangan yang pelbagai, maka mereka tidak lagi dibenarkan melakukan kerja-kerja ini. Jadi, beruk-beruk dan kera ini datang, import daripada pembangunan yang di buat, kawasan-kawasan tertentu, binatang-binatang ini dipindahkan ke kawasan yang tidak membangun ini. Jadi, akhirnya kawasan-kawasan seperti Jelebu ini mendapat tempat - dijadikan tempat pembuangan binatang-binatang liar, beruk dan kera yang sekarang ini menjadi ancaman bukan sekadar kepada keselamatan penduduk, malah tanaman-tanaman ini menjadi ancaman. Terima kasih, saya minta jabatan mengambil tindakan.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Seterusnya, point saya yang kedua menyambung lagi ialah tentang bencana alam, musim kemarau. Apa yang saya lihat hari ini bila berlaku bencana alam seperti banjir, ribut, taufan dan yang paling baru kemarau, pihak Majlis Keselamatan Negara sentiasa membantu kita di peringkat daerah. Akan tetapi, saya melihat bencana kemarau ini tempat saya paling teruk. Terbakar di sana, terbakar di sini, kebun getah pun terbakar. Akan tetapi kita melihat, kalau rumah terbakar cepat tindakan kita ambil. Akan tetapi kalau kawasan hutan terbakar, kita lihat hanya pihak bomba sahaja kadang- kadang yang mengambil tindakan. Sedangkan dalam hutan itu terdapat pelbagai makhluk Allah. Ular, burung, telur burung, tumbuhan itu sendiri, mereka juga makhluk Allah yang berdoa untuk turun hujan. Maksud saya di sini ialah pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara ambil kira juga masalah kebakaran kawasan hutan dan kawasan kebun. Tiba masanya tanpa mengira- bila kita tengok kita punya kerajaan pada hari ini sedikit sebanyak bila berlaku kejadian bencana baru kita ambil tindakan. Maka, di daerah sudah ada Jawatankuasa Bencana Alam.

Maka, Jawatankuasa Bencana Alam ini mesti kena ada mesyuarat pada tiap-tiap tahun di peringkat daerah. Jangan kita fikir peringkat negeri dengan peringkat kebangsaan. Peringkat daerah, yang mana saya melihat bila berlaku satu bencana baru kelam kelibut, banjir mari. Kadang-kadang jabatan-jabatan yang hendak membantu, enjin bot tidak boleh start, bot bocor, tali yang hendak tarik itu pun kadang terputus. Maka, saya mencadangkan kepada pihak yang berkuasa terutama Majlis Keselamatan Negara berpakat di peringkat daerah supaya persediaan awal dibuat untuk mengatasi bencana yang ada. Saya bukan apa, kawasan Parlimen saya bermula musim kemarau bulan 12 sehinggalah hari ini sekali sahaja yang hujan. Itu pun sekadar membasahi kawasan-kawasan yang tertentu. Maka, di sini saya sebagai Ahli Parlimen dalam Gerik hendak menghargai pihak bomba yang telah bertungkus-lumus memadamkan api. Kita boleh bayangkan kita selaku Ahli Parlimen keluar daripada Parlimen kita rasa bahang. Bagaimana mereka anggota bomba yang hendak memadam api, tambahan kawasan saya bukan kawasan datar tetapi berbukit-bukit terpaksa naik bukit dan kaedah hendak mencegah kebakaran pun terpaksa cara kaedah lama. Jaga sempadan, hendak simbah air sudah tentu tidak sempat. Maka, sekali lagi saya mengharapkan semua pihak membantu. Saya percaya musim kemarau ini setiap anggota masyarakat mesti mempunyai satu tanggungjawab. Jangan merokok dengan membuang api di merata tempat. Ini boleh berlaku kebakaran. Ada sekumpulan manusia yang memang sabotaj. Dia seronok tengok waktu kemarau, dia hendak bakar, tengok api naik. Apakah ini kita sudah menganiayai makhluk lain? Begitu juga bomba terpaksa tidak boleh tidur. Sana terbakar, sini terbakar. Saya rasa dalam Parlimen saya lebih daripada 100 hektar kawasan hutan simpan, kebun getah dan pelbagai lagi telah terbakar. Saya berterima kasih di peringkat Gerik baru ada jawatankuasa hendak digerakkan. Kerana pada saya kebakaran ini mesti ada kerjasama daripada semua jabatan dan orang ramai. Polis kena tengok kalau ada sabotaj. Orang ramai sama-sama bertanggungjawab kerana kebun kita terbakar, hutan simpan kita yang terbakar. Ia akan memusnahkan hasil negara. Jadi, saya mengharapkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh habiskan. Boleh habiskan?

Ada satu point lagi. Saya mengharapkan supaya perkara tersebut diberi perhatian. Perkara yang akhir, point yang akhir Kementerian Pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kita selalu melihat pelan ini boleh membuat satu perubahan kepada pendidikan negara. Saya

percaya kita tidak boleh kompelin, tidak boleh memberi satu tohmahan yang tidak tepat, melihat daripada satu sudut ke satu sudut. Akan tetapi kita kena tengok, pelan yang hendak dibawa oleh Kementerian Pendidikan ini bermula daripada prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke pusat pengajian tinggi. Selama ini kita kompelin UPSR, tumpuan waktu peperiksaan waktu PMR, SPM dan STPM. Kita pun boleh lihat sebagai ibu bapa. Waktu anak kita di Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 kita tidak peduli. Bila masuk Tahun 6, barulah kita hendak cari tuisyen. Kalau masyarakat Islam buat bacaan Yasin. Ini menggambarkan penumpuan masyarakat terhadap peperiksaan. Akan tetapi hari ini bila Kementerian Pendidikan ingin membuat perubahan supaya anak-anak yang dihantar ke sekolah bukan sekadar mendapat ilmu tetapi sahsiahnya, peribadinya dibentuk untuk menjadi manusia yang boleh dilahirkan sebagai modal insan yang berguna kepada negara. Maka, saya percaya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini dibuat untuk memastikan anak-anak kita diberi kejayaan bermula daripada Tahun 1. Kementerian menyasarkan Tahun 1 sampai Tahun 3 mesti menguasai 3M. Boleh membaca, boleh mengira dan boleh kenal huruf. Kemudian, bila Tahun 6 ambil UPSR, kononnya bukannya mansuh UPSR tetapi mansuh cara peperiksaan. Markah peperiksaan cuma 60% dan 40% lagi dinilai oleh sekolah, PBS tadi. Sedangkan saya bekas cikgu. Waktu saya mengajar dahulu pun sudah ada tiap- tiap bulan peperiksaan, cuma kita catat dalam buku mengajar. Apa yang menjadi kompelin kerana kementerian hendak buat satu sistem yang lebih canggih iaitu markah yang ada pada tiap-tiap bulan key in dan online dengan kementerian. Masalahnya mungkin kementerian tidak duduk bersama kementerian komunikasi. Serba tidak cukup sehinggakan cikgu-cikgu sampai sebulan hendak masukkan markah pun tidak dapat. Akhirnya, kerana tidak dapat masuk markah dalam online, kita menyalahkan satu sistem. Sedangkan saya sebagai bapa dan sebagai ibu, saya mempunyai satu pandangan bahawa hari ini saya boleh mempunyai impian untuk anak saya boleh dapat cemerlang. Bagaimana? Peperiksaan 60% dan 40% lagi dinilai oleh sekolah. Takkan sekolah tidak akan bagi 35%. Campur. Bermakna anak-anak kita peringkat UPSR pun sudah boleh dapat keputusan cemerlang. Begitu juga bila anak kita naik di Tingkatan 1 kita biarkan. Akan tetapi hari ini dengan adanya sistem PBS dari Tingkatan 1, Tingkatan 2, sampai ke PMR sama juga kaedah. Bertulis 60% dan 40% lagi datangnya daripada penilaian daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. Dibuat lagi perubahan. Bermula pada PMR, anak yang lulus PMR boleh masuk ke kolej vokasional yang tidak pernah

dibuat sebelum ini iaitu untuk melahirkan anak-anak yang berkemahiran masuk ke Tingkatan 4, ganti Tingkatan 4 kolej vokasional. Belajar empat tahun boleh dapat diploma daripada kolej vokasional.

Bermakna,apabila kita memperkatakan perubahan yang hendak dibawa oleh Kementerian Pelajaran ini, kita kena tengok dari Tahun 1 sekolah rendah, sekolah menengah. SPM, dia tidak buat perubahan. Kita kena memastikan anak belajar di Tingkatan 4, Tingkatan 5. Peperiksaan SPM 100% soalan yang keluar daripada Lembaga Peperiksaan. Manakala Tingkatan 6 sudah diubah. Ada tiga semester. Masa zaman saya dahulu ada 6 Rendah, 6 Atas. Apabila 6 Rendah kita kata kita belajar waktu honeymoon. Oleh sebab itu diharapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini perlu disokong oleh semua rakyat terutamanya kefahaman kepada kita selaku wakil rakyat untuk menerangkan kepada rakyat, sedikit sebanyak mesti ada masalah. Tetapi saya yakin hala tuju yang jelas telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjayakan pelan pembangunan pendidikan ini difahami setiap ibu bapa. Kalau semua kita memberi perhatian, kalau kita complaint, sana tidak kena, sini tidak kena, bila masa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini akan berjaya? Maka, berdasarkan kepada ini, suasana dalam negara saya merasai kerajaan perlu fikirkan satu perkara sistem persekolahan satu aliran, perlu diperkenalkan bagi membentuk perpaduan selain mewujudkan interaksi berbilang kaum terutama generasi muda. Ini saya pinjam daripada kata-kata Profesor Dr. Teo Kok Seong. Bermakna kalau kita ada satu aliran bahasa kebangsaannya ialah bahasa Malaysia, bahasa Inggeris ada sekali dan bahasa-bahasa lain dibenarkan. Ini suasana negara yang ada pada hari ini, apa akan berlaku lima tahun lagi? Apa akan berlaku 10 tahun lagi? Apakah kita antara pelbagai bangsa dalam negara ini akan bergaduh dengan suasana masing-masing mengatakan itu ini, saya amat bimbang. Maka saya cadangkan kementerian fikir-fikirkan supaya sistem persekolahan satu aliran perlu dilaksanakan dan yang lain-lain kita mansuhkan untuk memastikan negara kita aman dan damai.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, habiskan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat. Itu tidak betullah.

Betul tidak betul, ini pandangan saya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Prof. Teo Kok Seong guna nama saya.

Kerana orang-orang macam pembangkang ini bercakap di luar sahajalah yang menyebabkan sistem kita ini tidak dapat dijayakan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Bukan bercakap di luar tetapi pandangan Yang Berhormat yang tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk.

Mana tidak betulnya. Setiap yang kerajaan buat, semua hendak kata tidak betul. Mana boleh macam itu? Tidak boleh. [Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Datuk Saravanan a/l Murugan) berjalan masuk ke dalam Dewan]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Tanyalah MIC, hendak hapuskan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

MIC, MIC, dia kata hendak hapuskan UEC. Apa pandangan MIC sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Cuba nilai bahasa Malaysia yang diajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah, duduk Yang Berhormat. Lebih rendah dari sekolah kebangsaan. Kita hendak mempertahankan benda macam ini. Hari ini tuntutan apa dari masyakat sana yang akan memecahbelahkan negara? UEC hendak minta...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Macam mana Yang Berhormat kata memecahkan negara?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

This one is too much. BN tentu kalah di Pilihanraya Kecil Kajang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik, masa habis Yang Berhormat.

Jadi pada saya kerajaan mesti bertegas... tuntutan pengiktirafan UEC. Saya minta kerajaan bertegas kerana kalau kita lepas kali ini, sekali lagi tidak tahu gelombang apa yang menghadapi masalah dalam negara kita. Jadi saya tidak hendak... saya akan bagi peluang kepada rakan-rakan lain dan dengan ini sekali lagi saya menyokong usul Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, kenapa Yang Berhormat Gerik boleh cakap dua jam? Semalam sampai sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

What is your point? Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang mengambil bahagian perbahasan Titah Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan simpati saya kepada semua yang terlibat dan juga tersentuh dengan MH370. Tuan Yang di-Pertua, izinkan perbahasan saya menyentuh tiga perkara. Pertama, adalah tentang caucus TPPA dan perkembangan politik terkini. Kedua mengenai ekonomi negara, ketiga mengenai syarikat Wilmar dan industri kelapa sawit. Tuan Yang di-Pertua, 10 bulan telah berlaku sejak saya menjadi ahli Parlimen Kelana Jaya. Dalam masa itu saya telah mengalami satu transformasi diri dari seorang peguam, seorang teknokrat dan juga seorang pemerhati politik kepada seorang ahli politik sepenuh masa. Dengan izin, for better or worse I have become a full time politician. Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu saya terpilih menyertai caucus TPPA. Melalui caucus ini saya telah diberi peluang untuk menggunakan pengetahuan saya dalam bidang korporat dan juga undang-undang untuk menjaga kepentingan negara dalam isu perdagangan bebas antarabangsa. Penyertaan saya dalam caucus telah juga sedikit sebanyak mengubah pandangan saya terhadap rakan-rakan caucus lain khasnya dari Barisan Nasional. Saya dapati Yang Berhormat Jasin sebagai seorang dengan izin, old school gentleman dan Yang Berhormat Kota Tinggi telah menonjolkan kefahaman politik antarabangsa yang mendalam. Saya juga terharu apabila Yang Berhormat Putatan pula merupakan seorang Sabahan yang bertekad dengan izin Yang Berhormat Putatan is honestly concern about the impact of TPPA on the Sabah poor. Dari lawan politik kami menjadi rakan sekerja TPPA. Walaupun pandangan kami berlainan tentang banyak isu, tentang chapter-chapter TPPA, semua saya rasa bekerja memastikan kepentingan negara terjaga. Caucus TTPA ini memberi sedikit harapan kepada saya secara peribadi kerana melalui caucus ini terbukti negara kita boleh menjadi the middle path, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, isu itu ialah senario tahun lalu. Kini nampaknya gelombang politik kezaliman melanda negara lagi. Apa-apa semangat politik kerjasama terjana di

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

caucus TPPA tahun lalu, sekarang mungkin terjejas dan tergendala. Kami dari Pakatan Rakyat sedar sekarang konsep national reconciliation ini hanyalah retorik tanpa apa-apa keikhlasan. Selagi yang berkuasa dipengaruhi oleh orang politik lama di luar Dewan ini, Dewan ini tidak akan dapat cari middle ground selagi puak extremist diberi ruang menentukan arah politik dan selagi Yang Amat Berhormat Pekan tidak mengambil tindakan keras terhadap extremist, Dewan yang mulia ini tidak akan ke mana. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “If Yang Amat Berhormat Pekan remains in decisive on stern actions against extremist, this House will remain divided”. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bukit Gelugor dijatuhkan hukum, siapa lagi sasaran baru? Adakah Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Seputeh? Memandangkan keadaan politik sudah berubah, saya bersama-sama Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Sungai Siput dan juga Yang Berhormat Kota Bharu akan mengkaji semula peranan dan penglibatan kami di caucus TPPA. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini ekonomi negara secara umum dijangka, diramalkan akan terus merosot. Kegiatan ekonomi negara kita tidak mempunyai dengan izin, keyakinan investor’s confident. Situasi ini berpunca dari dasar fiskal baru iaitu Bajet 2014 Kerajaan Barisan Nasional yang saya hendak kata separuh masak. Separuh masak sebab subsidi rakyat dipotong secara mendadak, tetapi perbelanjaan boros dan mega projek seperti TRX yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat PJ Utara semalam dan kegiatan kroni capitalism berterusan. Kemerosotan investor’s confident juga berpunca dari keadaan politic extremist yang bersifat agama dan berkawan. Gelombang jenayah yang tidak terkawal dan keselamatan rakyat terjejas juga menambah kemerosotan keyakinan ini. Di kawasan Parlimen saya Kelana Jaya, penduduk sentiasa dalam ketakutan jenayah. Sekiranya penduduk takut, pelabur juga sama takut. Dengan kes Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bukit Gelugor, keyakinan terhadap kehakiman terus terhakis.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ini menambahkan kebimbangan pelabur asing dan domestik bahawa di Malaysia, keadilan itu memang susah didapati. Terkini ialah isu pengambilan aset oleh syarikat- syarikat air di Selangor melalui WASIA. Ini menimbulkan kebimbangan pelabur yang ketara sekali. Ia menimbulkan satu pertanyaan pelaburan asas iaitu adakah Kerajaan Barisan Nasional tidak menghormati dengan izin the sanctity of contract. Pakar-pakar

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

ekonomi dari CIMB dan juga Maybank, kedua-duanya bank kepunyaan negara. Kepunyaan kerajaan pada semalam telah membuat satu analisa yang paling negatif terhadap tindakan kerajaan. Saya ingin memberi sedikit nasihat kepada kerajaan bahawa sekiranya kerajaan merampas harta tanpa pampasan yang adil, ia akan menghantar suatu mesej yang tersangat buruk kepada pelabur asing dan juga domestik. Sedarkah Yang Amat Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan bahawa langkah nationalization mempunyai implikasi yang ketara kepada ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, keburukan investor confident ini semua berpunca daripada satu isu iaitu persepsi buruk pimpinan Yang Amat Berhormat Pekan. Persepsi siapakah ini? Persepsi ini tidak lain daripada Tun Daim Zainuddin sendiri, mengkritik Yang Amat Berhormat Pekan pada 25 Februari 2014 dalam satu interview dengan Kini Base di mana Tun Daim memberitahu bahawa Yang Amat Berhormat Pekan dalam bahasa Inggeris adalah ‘Neither firm nor decisive enough’. Lembik dan tidak boleh membuat keputusan. Tun Daim juga meminta Yang Amat Berhormat Pekan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan asingkan kerja Perdana Menteri dengan kerja Menteri Kewangan. Tun Daim juga kata inilah pendapat atau feedback daripada orang ramai termasuk komuniti peniaga. Tuan Yang di-Pertua, data Bank Negara sendiri menunjukkan bahawa pada bulan Julai 2013, 45% bon Kerajaan Malaysia dan juga 24% ekuiti di Bursa Malaysia dipegang oleh institusi asing. Mulai bulan September 2013 hingga Disember 2013, ini data terkini, Tuan Yang di-Pertua. Institusi asing asyik menjual bon dan saham Malaysia. Penjualan pada tempoh empat bulan tersebut adalah mencecah RM11 bilion. Apa yang sangat merunsingkan adalah institusi kewangan kami seperti EPF, Khazanah terpaksa membeli untuk menyokong harga bon dan saham yang dijual oleh institusi asing. Apa yang kita lihat sekarang ialah satu pengaliran keluar pelaburan asing yang terus meluas dan akan terus meluas pada tahun ini disebabkan oleh program Tempering of Quantitative Easing di Amerika. Keadaan ini sangat mencemaskan kerana GLC, GLIC dan juga institusi kewangan negara kami kemungkinan besar tidak akan mampu menyokong harga saham dan bon apabila terhadap penjualan yang terlalu besar daripada institusi asing. Isu serius ini menuntut perhatian segera Menteri Kewangan. Dengan pengaliran keluar pelaburan asing, mata wang kami terus menurun. Yang lebih merunsingkan adalah penyusutan nilai mata wang ini tidak bermanfaat kerana penambahan eksport negara tidak berlaku. Ini terbukti daripada data Kementerian Kewangan Negeri di mana

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

ia meramalkan pada tahun 2013 dan juga 2014, current account surplus dijangka akan turun ke kadar 5% GDP sahaja. Sebagai bandingan, pada tahun 2009, kadar current account surplus kita 45% GDP. Maknanya penurunan yang terlalu drastik. Selain itu, bagi semua rakyat, pengguna, inflasi membuat harga barang kita terus naik. Inflasi naik dari bulan ke bulan pada kadar yang sangat membimbangkan. Ia naik 3.3% dalam satu bulan iaitu bulan Disember 2013. Satu tindakan monitoring policy perlu dilakukan dengan segera untuk mengawal inflasi. Bagi rakyat yang rajin menyimpan wang, kebiasaannya kalau orang itu simpan wang dan tidak boros, dia itu okey dari segi ekonomi. Akan tetapi bagi rakyat yang rajin menyimpan wang pun mereka mengalami masalah besar sebab kadar inflasi sekarang telah menjadi tidak terkawal dan mereka mengalami negative interest rate iaitu satu situasi di mana kadar inflasi melebihi kadar faedah bank. Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir ialah tentang kelapa sawit dan juga tentang syarikat antarabangsa iaitu Wilmar International Limited. Tuan Yang di-Pertua, Wilmar International Limited adalah syarikat gergasi yang berheadquarter di Singapura dan mempunyai market capitalization sebanyak RM60 bilion. Ia merupakan syarikat gergasi kelapa sawit yang telah mengeluarkan satu polisi pada Disember 2013 iaitu dasarnya dalam bahasa Inggeris. No defrost station, no peak, no exportation. Ia merupakan satu inisiatif kononnya untuk melindungi alam sekitar. Sebagai background, pada tahun 2012, Wilmar pernah dinamakan dengan izin Will List Environmentally Family Company oleh Majalah News Week dan ekoran pengumuman tersebut, pada tahun 2013, Government Pension Fund of Norway, institusi kewangan terbesar di Eropah telah menjual semua saham Wilmar yang dipegang oleh mereka. Oleh demikian, saya percaya bahawa Wilmar sudah berubah dan sekarang lebih mementingkan alam sekitar. Akan tetapi saya lebih percaya Wilmar masih memberi keutamaan kepada keuntungannya. Jadi dasar baru polisi ini mempunyai satu impak yang ketara kepada Malaysia. Polisi ini bukan hanya melibatkan syarikat-syarikat kelapa sawit tetapi juga bakal menjejaskan pendapatan 150,000 buah keluarga Malaysia khasnya keluarga peneroka dan juga pemilik tanah ladang kelapa sawit kecil-kecilan. Pada masa kini, semua pengusaha kelapa sawit di Sarawak khasnya menghadapi ancaman bahawa dasar Wilmar akan mengurangkan pembelian minyak sawit keluaran daripada Sarawak. Sabah, it’s on standby. Oleh itu saya meminta penjelasan polisi terperinci daripada menteri yang berasal daripada Sarawak. Bagaimanakah Kerajaan Malaysia akan mengatasi isu ini? Saya tidak menerima pendapat menteri bahawa ini adalah perkara business to business

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

arrangement. Syarikat Wilmar menguasai 50% supply chain kelapa sawit dunia. Implikasi micro economic isu ini adalah satu perkara mengenai monopoli dan anti trust dan oleh itu memerlukan perhatian yang amat serius. Ini adalah satu-satunya contoh di mana satu syarikat gergasi melalui satu polisi boleh menjejaskan ekonomi negara kita. Dengan kesudahan itu saya menyeru Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk selalu berwaspada...

Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya boleh Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya yang telah memberikan satu perkara yang cukup baik sekali yang mempunyai implikasi yang cukup mendalam sekali terutamanya kepada pembangunan ekonomi negara kita kerana kelapa sawit ini sebenarnya adalah komuniti yang terbesar sekali daripada keluaran daripada negara kita yang kita eksport. Kedua, apabila Yang Berhormat sebut tadi pertama tentang investees confident. Saya fikir saya hendak betulkan Yang Berhormat sedikit kerana pada tahun lepas kita telah mencatatkan satu pelaburan FDI yang tertinggi sekali sebanyak RM38.8 bilion. Jadi maknanya keyakinan pelabur masih begitu kental terhadap kestabilan ekonomi dan juga politik dalam negara kita. Ketiga, Yang Berhormat ada sebut tadi tentang pencapaian ekonomi kita. Ekonomi kita juga sebenarnya walaupun dalam keadaan ekonomi yang perlahan global sekarang tetapi kita masih berkeupayaan mencatat 4.7% pada tahun lepas dan inflasi kita yang masih terkawal. Saya faham apabila cerita tentang kenaikan kos sara hidup pada ketika ini, walaupun pada bulan 12 yang lalu – Disember tahun lepas kita mencatat angka yang tertinggi iaitu 3.2%.

Akan tetapi ini satu langkah yang patut kita harapkan kerajaan mestilah ambil bagi memastikan supaya angka inflasi ini tidak akan terus meningkat. Ketiganya, Yang Berhormat ada sebut tadi, tentang keadaan ekonomi kita yang tidak dapat diuruskan dengan baik. Akan tetapi saya berharap perkara ini tidak timbul kerana saya baru terima satu mesej ini daripada CIMB. [Sambil memegang telefon] CIMB Preferred, dia kata “Malaysia, economy see 5% economic growth for the year 2014”. Jadi, maknanya ini bukan sahaja keyakinan yang dibuat oleh penganalisis para ekonomi bahkan kita rasa dengan keyakinan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat. Kita yakin pencapaian kita akan boleh dibuat. Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sebagai reply, balasan saya pada pendapat Yang Berhormat Jasin. Saya cuma hendak katakan

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

persepsi yang ditimbulkan oleh Tun Daim, dia bukan orang sembarangan. Dia pernah menjadi Menteri Kewangan yang sangat lama sekali dan dia juga ada banyak perniagaan. Dia menimbulkan persepsi bahawa ekonomi Malaysia tidak baik. Ini bukan juga persepsi dia seorang. Saya hendak nasihat pada Yang Berhormat Jasin untuk membaca The State of the Nation Report daripada The Edge. The Edge adalah surat khabar perniagaan, business newspaper yang paling penting di Malaysia, yang paling tahu tentang isu-isu ekonomi. Mereka menimbulkan satu situasi di mana seperti perkara-perkara yang telah saya timbulkan, satu situasi ekonomi yang tidak baik. Inflasi is going out of control. Persepsi investor confidence teruk. Apa data-data yang diberi oleh Yang Berhormat Jasin benar, 2013 memang terdapat banyak FDI. Akan tetapi pada data yang sama daripada Menteri Kewangan, FDI ini mula keluar dengan mendadak. Satu perkaranya, quantitative easing tapering off tetapi terdapat juga investor confidence issue. Kes Dato’ Seri Anwar juga Yang Berhormat Bukit Gelugor menimbulkan perkara ini lagi. Jadi, yang terperinci, yang terbaru ialah investor confidence memang menurun, ya. Saya memang berharap kerajaan mengambil tindakan yang benar dan yang patut untuk menolong ekonomi kita sebab semua...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya silakan.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Sudah berapa kali Yang Berhormat Kelana Jaya menyebut tentang kejatuhan ekonomi ini, ekonomi negara ini akan ada impact kalau berlakunya keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor. Cuma saya hendak tanyalah kalau sebelum ini ada beberapa keputusan mahkamah yang kita lihat menyebelahi pula Yang Berhormat Permatang Pauh. Adakah Yang Berhormat Kelana Jaya melihat keadaan ekonomi kita akan nampak rancak, nampak hebat, nampak bagus sedangkan kalau kita lihat kenyataan- kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi, semua yang berlaku terutamanya apabila melibatkan keputusan mahkamah, ia akan memberikan kesan tidak baik kepada ekonomi negara. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Isu tentang kehakiman Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor bukan isu sama ada hakim-hakim itu telah dipengaruhi atau tidak. Isu dia dalam proses di mana terdapat kecepatan ataupun the speed of the trial menimbulkan banyak

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

isu. Bukan sahaja daripada Pakatan Rakyat tetapi daripada semua international jurist yang hadir pada hari itu. Itu tidak boleh dinafikan langsung. Jelas pada kita di...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Minta laluan Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Let me finish, thank you.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sedikit sahaja.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Tidak apa, let me just finish the answer first. Thank you. Isu ialah tentang apa yang ditulis daripada pemerhati-pemerhati international, international jurist yang berada di situ menunjukkan bahawa tidak ada kepastian bahawa sistem kehakiman kita akan menunjukkan satu confidence level untuk investor. Itu isu dia. Saya tidak menimbulkan isu tentang sama ada hakim-hakim itu dipengaruhi atau tidak. That is not the issue. The issue here is the perception of the investor confidence is there, it is very negative.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menarik perhatian Yang Berhormat Kelana Jaya kerana Yang Berhormat Kelana Jaya banyak menyebut tentang speed. Sebenarnya kalau kita tengok dalam kes Yang Berhormat Permatang Pauh, kes Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya rasa kes-kes ini bukan kes baru, sudah makan masa bertahun-tahun. Malah Yang Berhormat Permatang Pauh telah membuat mungkin lebih daripada 60 kali proses rayuan. Jadi, apabila mahkamah menetapkan keputusan dan tarikh perbicaraan sedemikian rupa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Kes ini masih di peringkat...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Tidak, saya tidak, saya cuma membincangkan tentang pentadbiran kehakiman bukan isu kes itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi, di sini Yang Berhormat Kelana Jaya tidak sepatutnya menyebutkan bahawa institusi kehakiman kita ini bias dan sebagainya. Ini kerana institusi kehakiman telah memberikan ruang yang secukupnya dalam perbicaraan kes tersebut. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sekijang bahawa adakah benar kenyataan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya bahawa dengan adanya kes Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Bukit Gelugor menyebabkan memberi kesan kepada naik turun prestasi ekonomi kita. Itu terlalu subjektif.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi saya berpendapat, saya hendak beri pendapat saya bahawa apabila kita boleh menunjukkan kepada dunia tentang perjalanan sistem kehakiman kita yang telus, yang tidak ada campur tangan dan sebagainya. Itu akan lebih mendatangkan lagi minat dan confidence level kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur. Sekarang ini kalau kita lihat laporan daripada Kementerian Kewangan sendiri pun jumlah pelaburan kepada negara kita sebenarnya meningkat, bukan berkurangan. Itu yang sebenarnya. Terima kasih.

Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya, Yang Berhormat Batu.

Okey, terima kasih. Saya ingat Yang Berhormat Tasek Gelugor separuh betul. Beliau telah sentuh tentang persepsi. Apa Yang Berhormat Kelana Jaya ingin – saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Kelana Jaya ialah apa yang kita hadapi sekarang ialah persepsi antarabangsa. Bila kes-kes yang high profile dalam isu rasuah dan isu penyelewengan tidak menghadapi apa-apa tindakan. Sebaliknya ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang selain daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Permatang Pauh, saya sendiri, Yang Berhormat Pandan, ramai lagi telah menghadapi tindakan mahkamah dan ada kemungkinan hilang kelayakan jadi Ahli Parlimen. Ini sudah tentu di dalam pandangan antarabangsa, negara ini menghadapi satu suasana yang kurang demokratik yang bertentangan dengan apa yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri pada suatu ketika sebagai menjadikan contoh negara demokratik yang terbaik di dunia. Jadi inilah yang dimaksudkan, adakah ini yang dimaksudkan Yang Berhormat Kelana Jaya, bahawa kita seolah-olah ke reverse gear?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya terimalah apa Yang Berhormat Batu cadangkan dan juga sebagai part of my ucapan. Saya hendak jawab terus kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor sebab isu dia senang Yang Berhormat Tasek Gelugor, bukan complicated sangat. Data-data belum lagi keluar daripada tahun yang terkini. Apa yang kita tahu persepsi itu, persepsi itu memang terkini, data-data ekonomi akan keluar dalam masa sembilan bulan daripada hari ini. Akan tetapi kita tahu persepsi semua surat khabar international telah membuat satu kritikan yang teruk sekali terhadap kerajaan. Kritikan ini akan dibaca penganalisis ekonomi juga. Ini akan menambahkan kemerosotan, keyakinan pelabur di Malaysia, itu isu dia. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengakhirkan ucapan saya dengan memberitahu kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Bahawa kita kena

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

berwaspada dan berjaga-jaga semasa berurusan dengan syarikat-syarikat gergasi khasnya syarikat-syarikat gergasi luar negeri seperti Wilmar. Ini kerana matlamat utama mereka bukanlah pembangunan negara tetapi matlamat utama mereka ialah memperjuangkan kepentingan pemegang-pemegang saham mereka dan juga keuntungan syarikat tersebut. Sampai sini sahajalah ucapan saya. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] Saya ada lima perkara Tuan Yang di-Pertua dan saya harap saya dapat menghabiskan lima perkara pokok sewaktu saya mengambil bahagian dalam menyokong usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dalam sesi perasmian Parlimen baru-baru ini. Sewaktu negara kita dibentuk dan perlembagaan digubal, ada empat perkara pokok yang mendahului perlembagaan ataupun mendahului catatan dalam pembentukan perlembagaan. Empat perkara pokok ini Tuan Yang di-Pertua, telah termaktub dengan kejapnya dalam perkara 1 atau Bahagian I Perlembagaan Persekutuan iaitu negara ini diberikan nama, negara ini digariskan wilayah-wilayahnya, negara ini ditetapkan undang- undangnya dan negara ini antara satu-satunya negara atau persekutuan yang diberikan agamanya. Dalam hubungan ini, yang ingin saya tegaskan ialah ada sebab-sebab yang tertentu kenapa persekutuan diberikan agama baginya dan Islam telah dipilih sebagai satu-satunya Agama Persekutuan. Perkara ini sewaktu di awal penubuhan negara, tidak pernah menjadi kecaman ataupun seharusnya menimbulkan sebarang kebimbangan kerana Islam sebagai Agama Persekutuan dan sejarah juga membuktikan Islam adalah agama keamanan. Islam juga adalah agama perpaduan, Islam adalah agama persaudaraan, Islam adalah agama tolerant dan Islam adalah cara hidup yang menyeluruh, yang dalam lipatan sejarah telah membuktikan hampir 700 tahun pemerintahan Islam termasuk menguasai Eropah, rakyat pelbagai kaum, pelbagai agama telah dapat hidup aman damai di bawah kebijaksanaan pemerintahan Islam. Berbeza dengan apabila Ferdinand dan Isabella mengambil alih tampuk pemerintahan tersebut, keadaan keselamatan umat Islam diancam dalam masa yang singkat sehingga seluruh umat Islam terpaksa bertempiaran lari dari Eropah ke Benua Afrika. Saya menyebutkan perkara ini kerana di dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebut “Beta menyeru semua Ahli Yang Berhormat sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara

serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan”. Dalam hubungan ini, tentang kedudukan agama Islam yang akhir-akhir ini dilihat dicabar, sehingga kemuncaknya ada yang membangkitkan seolah-olah penyebar- penyebar agama Islam termasuk khutbah-khutbah yang dibaca sebagai bukti bahawasanya terdapat orang-orang Islam yang mahu memusuhi bukan Islam. Sukalah ditegaskan dalam Islam, Rasulullah SAW sendiri telah memperingatkan tentang hak-hak orang lain yang bukan Islam. Bukanlah semata-mata kerana mereka tidak merupakan ahli syahadah, mereka mesti dizalimi, mereka mesti dianiaya. Malah Rasulullah pernah bersabda, “Barang siapa menzalimi kaum Zimmi, akulah musuhnya”. Ertinya, Nabi bergalang ganti kerana ingin menjamin keadilan kepada orang-orang yang bukan Islam. Akan tetapi yang menjadi persoalan dalam sejarah dan peradaban perkembangan Islam ialah dan hanyalah apabila orang-orang Islam itu dimusuhi, apabila sifat-sifat Zimmi bertukar menjadi Harbi. Bukan sahaja tidak menjadi ahli syahadah di bawah kerajaan dan pemerintahan Islam tetapi mengambil tindakan- tindakan secara halus ataupun secara nyata untuk menghakis ataupun memusuhi Islam. Itu menyebabkan mereka yang bukan Islam menjadi Harbi dan memanglah kafir Harbi dalam Islam adalah kafir yang wajib diperangi dan tiada dua mengenainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, sejarah negara kita telah membuktikan kita membangunkan sebuah bangsa Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan kita telah membentuk dalam negara kita ini masyarakat berbilang agama.

[Bangun]

Boleh celah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Masyarakat berbilang agama ini Tuan Yang di-Pertua telah dibentuk untuk menjadi masyarakat yang bertolerant. Dengan itu dalam negara kita, perbezaan agama tidak lagi menjadi masalah, perbezaan kaum tidak harus menjadi masalah, perbezaan adat resam tidak lagi menjadi masalah dan ini amat bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk memberi laluan kepada sesiapa pun.

Kalau begitu janganlah minta laluan.

[Dewan riuh]

Saya hendak habiskan dalam masa 30 minit ini mengenai perkara-perkara yang ingin saya sampaikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat. Tidak ada isu, duduklah.

Isu ini serius.

Apalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Batu.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua…

Kalau ini, lempar tuduhan tetapi tidak berani.

Apa punya Ahli Parlimen. Tidak ada classlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak payah bising Yang Berhormat, duduk. Tidak ada isu.

Ahli Parlimen apa semua tidak bagi laluan.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Duduklah, duduk, duduk.

Bacul!

Tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan.

Bacul! Tidak bagi laluan, bacul! Ahli Parlimen apa tidak bagi laluan ini. Semua Ahli Parlimen BN tidak bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu duduk. Yang Berhormat Sepang duduk.

Tidak perlu menimbulkan polemik-polemik selagi mana...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Hoi! Mabukkah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang, duduk.

Islam adalah dilaksanakan berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam yang sebenarnya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang.

Tuan Yang di-Pertua, saya baru berada di peringkat mukadimah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jangan ganggu Yang Berhormat.

[Menyampuk]

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Hoi! Apa mabuk ini?

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang mengganggu, duduk.

Justeru itu, saya tidak faham kenapa yang melenting-lenting ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya pun tidak faham Yang Berhormat.

Saya baru menghuraikan permulaan ucapan. Ini bermakna...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tiada isu Yang Berhormat Sepang. Dia tidak bagi, duduklah. Tidak bagi, duduk. Itu sahaja.

Insya- Allah, keamanan yang telah kita kecapi sejak merdeka yang mana negara ini merdeka dalam keadaan Islam...

Time kita cakap minta laluan. Time dia cakap tidak hendak bagi laluan. Apa punya Ahli Parlimen. Balik kampunglah macam ini.

...Adalah agama bagi Persekutuan, akan terus menjamin kebebasan beragama, akan terus menjamin keadilan dan akan terus menjamin kesejahteraan ...

Masa Yang Berhormat Petaling Jaya Utara minta laluan, tidak bagi, apa ini?

Datuk Seri Ronald KiandeeBERSATU · PNTimbalan Yanag di-Pertua · Beluran

Yang Berhormat Sepang.

...Selagi mana Islam dilaksanakan dengan baik dan dengan sempurna.

Yang Berhormat Sepang keluar minumlah, keluar minum.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan dalam meneruskan agenda pembangunan nasional ini, kita telah lihat model-model politik yang berada di hadapan kita. Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pemerintahan Perikatan dan Barisan Nasional tidak dapat dinafikan telah dapat membentuk persefahaman agama, keharmonian kaum sehingga kita dapat hidup dalam keadaan aman sehingga ke hari ini. Dalam perkembangan yang sama, kita juga melihat model-model yang cuba dibentuk oleh parti-parti pembangkang dengan cara mereka tersendiri. Kita boleh mengucapkan tahniah juga kepada pihak pembangkang yang akhir-akhir ini dapat menunjukkan satu kerjasama dan persefahaman terutamanya rakan-rakan daripada parti PAS dan juga parti DAP. Kita mengharapkan kerjasama ini bukan hanya berasaskan kepada suatu keselesaan sementara. Kita berharap ia berpaksikan kepada persefahaman dasar-dasar yang telah diperjuangkan.

Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah kita mengucapkan tahniah kepada parti PAS terutamanya kerana telah berjaya membentuk satu kerjasama dengan sebuah parti yang dahulunya banyak sekali yang menganggapnya sebagai parti yang dikuasai oleh sekumpulan kecil pemimpin-pemimpin cauvinis Cina. Akan tetapi, nampaknya senario ini berubah dan itu satu perkara yang positif dan saya harap tanda-tanda positif ini membawa kebaikan kepada dakwah Islamiah seperti mana yang selalu dibawa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Dalam kaitan ini Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya bangkitkan ialah dalam usaha dan tanggungjawab bagi pemimpin-pemimpin Islam, dalam meneruskan pelaksanaan Islam secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan dan kemampuan, umat Islam dan pemimpin Islam dikehendaki meneruskan melaksanakan syariat Islam dalam urusan negara. Dalam negara kita sebahagian daripada urusan negara berteraskan Islam telah pun dilaksanakan mengikut sekadar mana yang

termampu buat masa ini berasaskan realiti jalur politik yang ada dalam negara kita. Akan tetapi, banyak lagi tuntutan-tuntutan tentang pelaksanaan Islam yang kita kedengaran sama ada di pihak parti kerajaan dan juga pembangkang. Satunya adalah tentang pelaksanaan hukum hudud. Preamble ucapan saya tadi adalah untuk menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan soal hukum hudud. Baru-baru kita telah diberitahu bahawasanya negara Brunei Darussalam telah pun melaksanakan atau pun meluluskan pelaksanaan hukum hudud. Dalam negara kita tidak dapat dinafikan lagi bagi pemimpin dan mereka yang beragama Islam tugas untuk melaksanakan syariat Allah adalah satu perkara yang wajib termasuklah tentang pelaksanaan hukum hudud. Seluruh pemimpin UMNO yang beragama Islam seperti mana yang telah kita demonstratekan dalam sewaktu memilih dan mengundi di peringkat Dewan Undangan Negeri ke arah pelaksanaan hudud telah pun memberikan sokongan kepada pelaksanaan hukum hudud. Kita berharap dengan kefahaman dan akrabnya parti-parti komponen dalam pembangkang, DAP dan PKR merupakan satu langkah mendekatkan kita ke arah pelaksanaan hukum hudud. Dalam hubungan ini oleh kerana tidak ramai termasuk pemimpin PAS yang membuat pengesyoran di dalam Dewan yang mulia ini, jangan kira yang di luar, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru setelah tiga cabang perundangan di Kelantan – executive, legislative dan juga judiciary. Di peringkat executive, kepimpinan Kerajaan Kelantan telah membawa dan mempelopori usaha ke arah pelaksanaan hukum hudud. Satu usaha yang patut dipuji kerana itu adalah suatu kewajipan. Perkara ini telah dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan di Dewan Undangan Negeri juga secara sebulat suara telah diluluskan. Dalam pada itu pilihan raya demi pilihan raya telah kita lalui dan rakyat Kelantan pelbagai kaum termasuk kaum Cina memberikan sokongan yang bulat kepada kerajaan di negeri Kelantan. Bermakna sentimen rakyat, sentimen kerajaan negeri, sentimen Dewan Undangan Negeri telah turut menyokong pelaksanaan hukum hudud ini. Selanjutnya ia telah dipersembahkan ke bawah Duli Sultan Kelantan dan saya difahamkan ianya juga mendapat persetujuan Sultan. Terakhirnya pihak judiciary peringkat negeri Kelantan, Ketua Hakim Mahkamah Syarie kalau tidak silap saya telah membuat kenyataan terbuka bahawasanya pihak judiciary juga telah pun bersedia untuk melaksanakan hukum hudud. Maka Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya ini adalah suatu perkembangan yang sangat membanggakan. Tentangan daripada pihak pembangkang saya percaya tidak harus lagi berbangkit kerana PKR dan DAP adalah rakan akrab kepada parti PAS.

Tentangan rakyat tidak lagi berbangkit kerana rakyat terus memberi mandat yang besar di peringkat negeri Kelantan. Masalah tiga-tiga cabang tidak lagi berbangkit kerana ketiga-tiganya telah pun memberikan persetujuan. Maka, saya mengesyorkan dan mendoakan agar setidak-tidaknya kalau di peringkat negeri-negeri lain belum bersedia tidak harus dihalang usaha untuk melaksanakan hudud, setidak-tidaknya di peringkat negeri Kelantan seperti mana yang dihasratkan oleh rakyat dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. Langkah-langkah patutlah diambil. Saya difahamkan undang-undang yang diluluskan belum pun lagi digazet. Kalau benar, saya harap kerajaan negeri segera menggazetkan dan kalau telah digazet, kita harap langkah-langkah untuk pelaksanaannya disegerakan. Ini kerana kalau hendak dianggapkan national reconciliation barangkali inilah titik yang pertama kita harus usahakan. Akan tetapi, kalau kita berpandangan secara cauvinis dan sebagainya, isu ini tidak akan selesai. Tidak ada negara dalam dunia ini menjadi huru-hara kerana pelaksanaan hudud. Tidak ada negara di mana melaksanakan hudud menimbulkan kerosakan kepada negara. Maka, tidak perlu dihantar signal-signal yang negatif melainkan sepatutnya ada usaha yang bersungguh-sungguh ke arah melaksanakan hudud. Ada juga yang menjadikan alasan bahawasanya Perdana Menteri tidak membenarkan. Saya cuba membaca perlembagaan. Saya cuba membaca perundangan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tiada hak dan kuasa untuk menghalang sesiapa hendak melaksanakan hudud selagi mana ianya menurut aturan- aturan dan peraturan-peraturan yang tertentu. Maka, saya berharap dalam konteks ini satu pendekatan yang positif disokong oleh semua pihak termasuk pembangkang terutamanya DAP ke arah untuk melaksanakan hukum hudud Ini. Kalau perlu dibincangkan di peringkat Parlimen, ianya juga harus dibincangkan dan private bill boleh dibawa oleh sahabat-sahabat daripada parti PAS. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang termaktub di dalam perlembagaan ialah perkara-perkara yang ditekankan berhubung dengan soal pendidikan. Sebelum daripada itu oleh kerana nampaknya ada umpanan-umpanan untuk membahaskan sesuatu yang sensitif, Tuan Yang di-Pertua, saya kalau boleh sengaja hendak mengelakkan daripada memberikan respons kepada beberapa ucapan yang datang sebelum daripada ini. Akan tetapi, inilah masalah kita Tuan Yang di-Pertua, apabila situasi timbul seolah-olahnya bila jadi pembangkang ertinya privilege. Bila jadi pembangkang mesti semua betul. Bila terkena pada pembangkang semuanya zalim. Bila timbul pada situasi seperti inilah

menimbulkan barisan pembangkang yang bongkak lagi sombong di dalam Dewan ini. [Tepuk] Saya ingin menjelaskan Tuan Yang di-Pertua, Dewan ini dipanggil Dewan yang mulia kerana apa? Dewan ini dipanggil Dewan yang mulia kerana ia ada decorum- decorum yang tertentu. Ia ada peraturan-peraturan yang tertentu. Orang yang menang dalam pilihan raya, Dewan inilah yang memberikan gelaran mengiktiraf dan sebagai Ahli Yang Berhormat. Orang yang menang dalam pilihan raya bila masuk ke Dewan, Speaker dan Dewan ini memberikan penghormatan sama ada dia Ketua Pembangkang, dia parti apa, dia latar belakang apa, mungkin satu ketika dia banduan, satu ketika kaki sodomi, satu ketika dia kaki gigit telinga, satu ketika dia kaki menghina Raja, masuk dalam Dewan ini, Dewan memberi penghormatan kepada dia.

Apa pula menghina Raja! Awak juara! Ahli Parlimen Ketereh juara menghina Raja!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang.

Akan tetapi, dalam dunia politik di Malaysia..

[Menyampuk]

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Dewan mempunyai aturan-aturan dan peraturan.

Datuk Mohd Idris bin JusiPKR · PRBatu Pahat

Yang Berhormat Ketereh tengok muka sendiri. Tengok cermin muka sendiri.

Dari segi pakaian, dari segi tutur kata, dari segi bahasa, dari segi kaedah..

Tidak berani bahas.

Dari segi tatacara politik adalah sebahagian daripada perlembagaan. Ia bukan peraturan biasa. Sebahagian besar dalam perlembagaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang!

...Menghuraikan bagaimana perjalanan Parlimen ini. Teruskan.

Cakap itu ada lah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, jangan ganggu Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu duduk itu.

[Menyampuk]

Speaker...

Ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat. Tidak bagi jalan duduklah. Very simple. Tidak bagi jalan duduk Yang Berhormat.

...Beberapa hari sebelum persidangan dibuka, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaporkan gering. Oleh sebab kepentingan dan kemuliaan Dewan, Seri Paduka yang gering sanggup datang berangkat ke Dewan yang mulia ini kerana menghormati Dewan.

Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Saya minta laluan, laluan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Orang sakit, Tuanku yang sakit sanggup datang. Tuanku yang sakit datang dengan pakaian mengikut aturan surat-surat jemputan. Itu kerana Ke bawah Duli menghormati institusi Parlimen.

[Dewan riuh]

Tetapi ingin menjadikan Parlimen ini sebagai medan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat...

...Untuk mereka menarik perhatian rakyat dan....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

...Masyarakat - Saya tidak hairan ramai bangun sebab nanti mereka semua akan rasa penat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Tidak bagi laluan, tidak bagi laluan, duduklah. Dia tidak bagi jalan.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Sambung di luar. Kita sambung di luar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduk.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Minta laluan, minta laluan.

...Kita ingin bertanya, kalaulah...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Yang Berhormat Ketereh, minta laluan.

...Diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Peraturan mesyuarat..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

... Menyatakan percubaan untuk tidak menghadiri Dewan ada...

Peraturan Mesyuarat 14...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Point of order. Sekejap.

Peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ada point of order Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Batu, saya hendak dengar point of order Yang Berhormat.

Saya, Peraturan Mesyuarat 14.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan Mesyuarat 14, apa Yang Berhormat?

Yang Berhormat Ketereh membuat satu tuduhan bahawa Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak mengikut peraturan. Saya ingin mendapatkan satu penetapan daripada Tuan Yang di- Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan Mesyuarat 14 berapa itu Yang Berhormat?

Hari pertama...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan Mesyuarat 14.

Peraturan Mesyuarat 14, kita telah senaraikan perjalanan Dewan. Kita ingin mendapatkan penetapan daripada Tuan Yang di-Pertua, sama ada hari pertama semasa Titah Diraja disampaikan, adakah Ahli- ahli Pakatan Rakyat melanggar apa-apa peraturan? Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik.

Oleh sebab tuduhan ini bukan kali pertama...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Dari Yang Berhormat Ketereh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat...

Ada lagi Ahli-ahli yang lain telah membawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan bawa perbahasan ini nanti.

Saya ingin mendapatkan penjelasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Pada peringkat ini tidak berbangkit.

Oleh sebab kalau tidak, kita akan berterusan dengan tuduhan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat Ketereh. Menteri akan jawab nanti.

Bukan Menteri, ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak, takkanlah Tuan Yang di-Pertua jawab tentang itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun] [Menyampuk]

Ini isu Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun] [Menyampuk] Tuduhan ini dibuat- kami melanggar peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Bagi saya itu adalah perbahasan Yang Berhormat, Menteri akan jawab ...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Akan tetapi itu di bawah bidang kuasa Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua telah membuat penjelasan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada pun.

...Di dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan Mesyuarat 14 yang diinvoke itu tidak ada kena mengena pun sebab itu saya kata, biarlah Yang Berhormat Menteri yang jawab.

Ya, saya hendak tahu apa kesalahan...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ini prosedur.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa kesalahan kami dikatakan. ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada. Dia tidak ada tuduh pun, tidak tuduh.

...Peraturan Mesyuarat ini 14,

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua...

...Semua telah senaraikan- perjalanan dan pakaian.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, tidak payahlah Yang Berhormat.

Saya ingin mendapatkan...

...Semalam Yang Berhormat Shah Alam ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Saya memutuskan Peraturan Mesyuarat 14 tidak berbangkit, dan saya minta Yang Berhormat Ketereh untuk menjawab.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Akan tetapi dibangkitkan oleh ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apalah...

...Oleh pembahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tadi pun saja hendak invoke Peraturan Mesyuarat 14, sebab hendak meminta jalan, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah.

Kita hendak tahu sama ada kita langgar apa-apa peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada pun.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu kita tidak ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya katakan tidak ada pelanggaran, sebab itu saya kata Yang Berhormat Menteri jawablah nanti isu yang dibangkitkan itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, apa yang saya katakan, apa namanya, dia kata tidak ada pelanggaran.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Dia menuduh dan mendakwa. Jadi kita minta penjelasan. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada pelanggaran pun kepada Peraturan Mesyuarat 14 [Disampuk]

...Yang Berhormat Ketereh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang begini yang salah, mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua salah itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey kami hendak tahu apa yang kami langgar peraturan...

Boleh saya teruskan?

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya meminta Yang Berhormat Ketereh untuk teruskan, tidak payah, duduk.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Jangan syok sendiri. Bagi laluan. Baru ada debate.

Tuan Yang di-Pertua...

Kalau tidak ada pelanggaran...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak mahu berbahas dengan Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Bukan, bukan. Kehadiran mereka di dalam Dewan ini...

Tuan Yang di-Pertua sepatutnya nasihatkan...

...Adalah sebagai tanda memprotes...

...Sesiapa yang bagi ucapan memprotes jangan bangkitkan hujah itu lagi.

...Di atas hukuman ataupun keputusan...

Dakwaan itu tidak tepat...

...Yang telah dikeluarkan oleh mahkamah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sabar Yang Berhormat, tidak payahlah.

...Terhadap dua pemimpin mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dua hari lalu pembangkang pun sama juga.

Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah perjalanan mahkamah dalam negara kita, kita boleh sebutkan berapa banyak kes yang mana dimenangi oleh pembangkang. Antaranya Yang Berhormat Permatang Pauh pernah menang dalam kes samannya terhadap Blogger Papa Gomo. Mereka menang tetapi kenapa tidak dianggapkan ada campur tangan eksekutif. Bekas Menteri Besar Perak menang saman fitnah terhadap TV3...

Padan muka.

...Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga pernah memberikan menang kepada bekas Menteri Besar Perak terhadap Utusan Malaysia. Yang Berhormat Permatang Pauh pernah diisytiharkan menang dalam saman terhadap salah seorang Ahli Parlimen lain dalam Dewan ini. Yang Berhormat Permatang Pauh juga pernah menang kes saman fitnah terhadap - oleh Ketua Pembangkang terhadap Datuk S. Nallakaruppan...

Padan muka.

Ada juga yang kalah tetapi berjiwa besar tidak complaint. Presiden PAS kalah dalam kes mahkamah tetapi tidak ada pula hendak menuduh sesiapa apabila beliau kalah dalam kes mahkamah setelah disaman oleh wakil PKR.

Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan, fakta tidak betul ini, fakta tidak betul.

Persoalannya, apakah kerana mereka berada dalam barisan pembangkang...

Fakta tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh tidak bagi jalan.

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Mereka mesti mendapat keistimewaan...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Peraturan mesyuarat...

...Sebab itulah dalam hal ini...

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...

...Urusan yang telah diputuskan oleh mahkamah tidak seharusnya menjadi asas...

Peraturan mesyuarat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh duduk.

...Untuk percubaan merendah-rendahkan kedudukan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yeah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat...

...Dan peranan wakil rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat.

...Di dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh, sebentar peraturan mesyuarat.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin invoke Peraturan Mesyuarat 36(12) mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Tadi ada kenyataan daripada Ahli Parlimen Ketereh yang mengelirukan. Dia mengatakan Presiden PAS kalah dalam kes. Pertamanya saya hendak tahu kes yang mana? Kalau kes terbaru yang melibatkan di Kuala Terengganu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tahu dahulu invoke- invoke 36(12).

Mengelirukan, mengelirukan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jika Yang Berhormat pun tidak tahu kes yang macam mana?

Mengelirukan sebab beliau...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Kes mana tidak tahu.

...Mana kalah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Oleh sebab itu Yang Berhormat pun tidak tahu kes yang mana. Kes mana tidak tahu.

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebab itu Yang Berhormat pun tidak tahu kes yang mana...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

[Bangun] [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh macam ini Yang Berhormat.

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Minta penjelasan kes mana satu... rujuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebenarnya Yang Berhormat minta penjelasan tetapi dalam peraturan mesyuarat, jika yang berdiri itu yang sedang berucap tidak bagi jalan, tidak ada.

Tidak, persoalannya kenyataan ini mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh.

...Kenyataan ini mengundang - tidak ada kes Presiden PAS kalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak ada kuasa untuk memberhentikan dia untuk memberi ruang kepada Yang Berhormat membuat penjelasan.

...Mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

So, fine.

...Tidak ada kalah kes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik sebab itu saya katakan Yang Berhormat invoke 36(12).

Yes.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Maknanya Yang Berhormat sendiri pun tidak tahu kes mana yang disebutkan. Macam mana Yang Berhormat invoke 36(12)...

Tuan Yang di-Pertua tidak faham, apabila dia kata...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh.

Tuan Yang di-Pertua, dengar dahulu saya cakap apabila dia kata Presiden PAS kalah kes, tidak ada kes pun dia kalah, mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik, sampai di sana boleh, kita boleh tanya. Oleh sebab itu saya tanya, saya tanya tetapi hendak invoke perkara yang sendiri pun tidak tahu macam mana Yang Berhormat?

Apa pula tidak betul, saya betul.

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?

Tuan Yang di-Pertua tidak faham peraturan mesyuarat kah? Saya akan ajar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak, you’re wrong again. Saya tahu apa di sebalik itu saya tahu, hendak minta penjelasan.

Saya hendak minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jangan gunakan perkara peraturan mesyuarat untuk mendapatkan penjelasan, wrong!

Kenapa tidak boleh pula, why?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Salah begitu.

Mengelirukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Oleh sebab Yang Berhormat Batu pun guna tadi, Yang Berhormat pun guna.

Saya minta kenapa dia mengatakan Presiden PAS kalah, mengelirukan

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya dia beri penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Apa dia yang mengakibatkan kalah.

Tuan Yang di-Pertua, soalnya dalam sistem negara kita..

Yang mana kalah?

Bila sampainya masanya kita tidak akan lari daripada rakyat. Sejarah Barisan Nasional, setiap kali pilihan raya...

Tuan Yang di-Pertua, dia tidak jawab Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dia tidak jawab. Apa yang kalah?

Kita akan serahkan mandat kepada rakyat, tidak ada masalah.

Apa yang kalah, apa yang kalah?

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Habis.

Akan tetapi sekarang ini tanda-tanda keangkuhan...

Apa yang salah? Bagi penjelasanlah.

...Dan bongkak pembangkang, telah capai pada tahap yang tertinggi

[Dewan riuh]

Inilah masalah.

Siapa yang bongkak? UMNO, Barisan Nasional yang bongkak, sombong, tidak sedar diri.

Tak faham undang-undang.

Tidak ada apa yang salah, bagi mereka semua tidak betul.

Di mana kes Presiden PAS kalah?

Raja-Raja pun tidak betul, sistem undang-undang pun tidak betul.

Tidak jawab.

Hakim tidak betul, polis tidak betul, angkatan tentera tidak betul.

Ahli Parlimen yang kena betul.

Suruhanjaya Pilihan raya tidak betul. Yang betul hanya Yang Berhormat Permatang Pauh. Buat apa pun semua betul

[Dewan riuh]

Ini satu fitnah.

Dewan ini untuk menyelesaikan aib..

Satu fitnah. Jangan sombong dan bongkaklah.

Tidak perlu kepada- sombong.

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan bagi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat..

Oleh kerana selama ini...

Tidak bagi...

[Bangun]

Tidak bagi penjelasan. That mean you allow.

Gentleman.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Nanti, rembatlah nanti, peluang pembangkang berucap nanti rembatlah...

Minta laluan, laluan.

Ini tidak betul, tidak akan Speaker..

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Beri laluan.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ada main pekik-pekik Tuan Yang di-Pertua macam itu pula.

Dia minta laluan.

Minta laluan, minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua minta la penjelasan, come on

[Dewan riuh]

I plea for it...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya

Tidak ada kes yang kalah. Mana yang kalah? Tunjukkan..

Tuan Yang di-Pertua...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Mana kes yang kalah? Kita menang di England, di Daily- bayar RM500,000..

Yang Berhormat Ketereh laluan, Yang Berhormat Ketereh minta laluan.

Kes mana yang kalah? Kes Presiden mana yang kalah? Beritahu. Tunjuk mana kes yang kalah. Kes mana yang kalah? Kes Presiden mana yang kalah, beritahu.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang..

Beritahulah.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak payah seperti itu Yang Berhormat Sepang, sudahlah.

Tuan Yang di-Pertua, saya, saya terpaksa tanya begini sebab beliau tidak beri penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya pun susah tetapi peraturan mesyuarat kata kalau tidak bagi jalan, saya sendiri pun tidak boleh. Tidak boleh paksa, tidak boleh

[Dewan riuh]

Maknanya- penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Tidak boleh paksa, you have to accept the fact, peraturan mesyuarat

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan.

Adakah dia boleh bagi penyataan yang mengelirukan tanpa apa-apa..

Tuan Yang di-Pertua izinkan..

Tuan Yang di-Pertua adakah Ahli Parlimen boleh..

Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNKetereh

...Saya untuk meneruskan..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Saya tidak ada pelanggaran...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Ketereh...

Tuan Yang di-Pertua peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

Apa dia?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap..

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Itu yang saya sebut beberapa kali

[Dewan riuh]

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

...Dengan syarat, Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh pengerusi.

Dia tidak cakap lagi Yang Berhormat Ketereh tidak cakap lagi, Yang Berhormat Lenggong tidak cakap lagi.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh..

Yang Berhormat Ketereh cakap lagi, inilah penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Ketereh.

Dia tidak cakap lagi.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh, sambung petang nanti.

Sikit saja lagi.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sambung petang nanti Yang Berhormat. Yang Berhormat sambung petang nanti.

Tidak berani hendak bagi.

Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNKetereh

Ulasan yang saya berikan ini adalah...

Tuan Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKuala Langat

Tidak berani Yang Berhormat Ketereh hendak bagi...

Berasaskan dakwaan yang dibuat oleh pembangkang sendiri.

Apa lah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh sambung petang Yang Berhormat. Sambung petang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dijemput Yang Berhormat Ketereh.

Berapa minit lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Berapa minit lagi?

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sepatutnya Tuan Yang di-Pertua yang bertanya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih kerana mengingatkan Tuan Yang di-Pertua, ya.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang

Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana pagi tadi panas, saya sambung dengan tajuk yang sejuk sedikit iaitu air. Tuan Yang di-Pertua, dalam negara kita, kita sentiasa - setiap tahun mendengar permasalahan yang berkaitan dengan air dan seperti mana yang kita tahu negara kita bukanlah sebuah negara yang seharusnya miskin air kerana Allah SWT menganugerahkan kita dengan jumlah hujan yang turun dengan begitu lebah, negara yang dilingkungi dengan lautan, mempunyai rangkaian sungai yang cukup besar. Malah, segala-gala yang berkaitan dengan air kita telah dilimpahkan dengan rezeki yang sangat banyak. Jumlah penggunaan air bagi sektor domestik, industri dan pertanian menunjukkan peningkatan tahun demi tahun dengan cukup tinggi. Pada masa ini 17% daripada jumlah air digunakan untuk tujuan domestik manakala 21% untuk industri dan 62% digunakan untuk sektor pertanian. Ketiga-tiga sektor ini setiap tahun mengalami masalah ketidakcukupan air. Pada masa yang sama, perlembagaan negara kita telah menetapkan bahawasanya air termasuk dalam ruang lingkup bidang kuasa kerajaan negeri. Bagi sebuah negara yang tidak terlalu besar, pengurusan air secara segmen ataupun secara petak-petak yang kecil di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sudah tentu tidak memungkinkan pengurusan air yang cukup berkesan. Pada masa ini pun kita menghadapi masalah di mana keupayaan daripada satu negeri ke satu negeri adalah berbeza-beza. Dalam keadaan sekarang ini pun, Kerajaan Pusat terpaksa membantu dalam pelbagai bentuk termasuk pinjaman dengan jumlah yang mencecah berbilion ringgit. Namun begitu saya dapati kerajaan masih lagi menggunakan pendekatan yang tidak cukup komprehensif. Walaupun penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional, ia tertumpu semata-mata kepada urusan- urusan perkhidmatan dan bekalan air. Apa yang jelas, tidak ada dalam negara kita ialah satu badan yang menguruskan sumber air secara komprehensif. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mula mengkaji ke arah penubuhan Perbadanan Air Malaysia (PAM) ataupun apa-apa juga nama bagi sebuah perbadanan yang mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap pengurusan, perancangan serta perbekalan air bagi seluruh negara. Ini adalah bagi memungkinkan suatu perkongsian secara bijaksana diadakan di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Perbadanan ini boleh diberi milik bersama. Kerajaan negeri tidak perlu merasakan akan kehilangan apa-apa sekiranya perbadanan ini turut dimiliki oleh kerajaan-kerajaan negeri yang menganggotai sama dalam perbadanan ini.

Seperti mana yang kita tahu, kerajaan telah meminta supaya negeri-negeri mewartakan kawasan tadahan air di negeri masing-masing menjelang tahun 2015. Sekali lagi urusan ini amat bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan-kerajaan negeri untuk berbuat sedemikian dan ini juga menimbulkan kepada situasi yang tidak ekonomik dan tidak seragam. Begitu juga kawalan-kawalan bagi kawasan-kawasan yang sudah dibangunkan. Tiap-tiap kerajaan negeri mempunyai piawaian dan tahap penguatkuasaan yang berbeza-beza, maka seharusnya sampailah masanya agar segala aspek yang berhubung dengan air diletakkan di bawah satu perbadanan yang mempunyai tanggungjawab secara menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, kita juga dapati kurang sekali pelaburan untuk jangka panjang bagi bekalan air. Masih banyak lagi program berjalan secara ad hoc termasuk sistem bekalan air bagi kegunaan pertanian. Sistem bekalan air bagi kawasan MADA, kawasan KADA, dan lain-lainnya masih lagi berjalan secara ad hoc dan setiap tahun petani-petani mengalami masalah setiap kali musim kemarau. Saya ingin mengulangi sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini bahawasanya sebarang perancangan jangka pendek tanpa perancangan yang komprehensif hanya merugikan negara. Setiap musim kemarau melanda bagi kawasan KADA sahaja kerajaan dan rakyat kerugian mencecah RM80 juta ke RM90 juta. Kenapakah kerajaan begitu segan dan teragak-agak untuk mengadakan projek yang mungkin menelan belanja RM100 juta ke RM200 juta di Kelantan dan ia akan menyelamatkan ratusan juta setiap tahun berbanding dengan pendekatan yang diambil oleh kerajaan sekarang membelanjakan secara piecemeal dan tidak menyelesaikan masalah? Saya tidak dapat bersetuju dengan alasan yang pernah diberikan oleh kementerian yang menyatakan sekiranya membuat empangan, boleh membawa kepada banjir. Terdapat banyak model di dunia yang mana masalah banjir bukan sahaja bekalan air dapat diatasi, malah maslah banjir juga dapat turut dikawal apabila adanya sistem pembinaan empangan-empangan untuk jangka masa yang panjang. Pada masa ini bekalan air untuk domestik menggunakan air di empangan-empangan yang awalnya adalah untuk tujuan tebatan banjir dan bukan untuk bekalan air. Semua keadaan ini hendaklah diubah oleh kerajaan kerana semakin negara membangun, tidak ada petanda yang menunjukkan permintaan dan kegunaan air akan menurun. Oleh itu, saya sesungguhnya mengesyorkan supaya kerajaan membuat satu kajian jangka panjang ke arah penubuhan satu perbadanan yang dimiliki bersama antara negeri-negeri dan mengadakan satu rancangan komprehensif jangka panjang bagi bekalan air negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit tentang peristiwa yang telah menimpa negara kita apabila pesawat MH370 hilang dan sehingga kini belum mendapat tanda-tanda ia ditemui.

Tuan Yang di-Pertua, banyak sekali komentar yang datang dari pelbagai pihak. Namun saya berharap janganlah kita lupa sebenarnya negara kita berada pada satu kedudukan yang cukup istimewa dalam bidang civil aviation. Negara kita mempunyai satu rekod yang diiktiraf oleh dunia. Malah negara kita adalah antara hanya beberapa negara di kalangan negara membangun yang menduduki sebagai ahli majlis ataupun ahli exco bagi International Civil Aviation Organization, satu badan utama dunia yang mengawal tentang perjalanan civil aviation. Kita bukan sahaja menang buat pertama kali dipilih, malah kita sudah tiga penggal berturut-turut bukan dilantik tetapi melalui proses pemilihan. Tahun lalu negara- negara ASEAN termasuk Indonesia berhempas-pulas untuk menjadi anggota ICAO tetapi tidak berjaya untuk menyingkirkan Malaysia kerana Malaysia tetap dipilih sebagai anggota tetap atau anggota Majlis International Civil Aviation Organization. Ini menandakan dalam bidang civil aviation, negara mempunyai satu rekod yang cemerlang. Begitu juga Malaysia Airlines (MAS), walaupun mengalami pelbagai kesusahan, kerajaan melalui Khazanah bersedia melaburkan beribu juta ringgit malah menampung kerugian-kerugian kerana memikirkan soal aviation mesti diletakkan dan perkhidmatan MAS mesti diletakkan pada tahap par excellence yang boleh diterima oleh masyarakat dunia. Malaysia Airlines menerima pelbagai anugerah antarabangsa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ketereh boleh habiskan.

Apabila perkara ini berlaku, banyak sekali yang mengambil beberapa pendekatan simplistik yang sebenarnya tidak menggambarkan keadaan kesusahan sebenar. Ada yang menggambarkan apabila hilang sahaja pesawat daripada radar, Perdana Menteri terus boleh dikejutkan dan Perdana Menteri terus bekerja. Ada juga yang menyatakan kenapa mesti menunggu sampai jam 7? Ertinya kita tidak efisien untuk memaklumkan. Sebenarnya dalam civil aviation, ada protokol-protokol tertentu yang harus diikuti. Memandang remeh kepada usaha yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sebenarnya tidak membantu apa-apa. Sepatutnya kita, malah saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan penghargaan yang setinggi- tingginya kepada semua pihak yang sedang bertungkus-lumus untuk usaha-usaha

mencari, menyelamat nyawa bukan sahaja rakyat negara kita malah juga kita seperti mana kita tahu, rakyat negara-negara lain. Kita juga harus merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Dato’ Seri Hishammuddin sebagai pemangku Menteri Pengangkutan kerana saya tahu pada malam peristiwa itu berlaku, beliau terus bergegas meninggalkan majlis ataupun tempat di mana beliau berada dan sehingga ke hari ini beliau bersama berhempas-pulas membantu dan juga untuk memastikan segala usaha dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku kepada Malaysia Airlines diakui oleh dunia sebagai satu yang rather unreprecedented di mana pesawat hilang dengan tidak dapat ditentukan di manakah tempatnya. Sekiranya peristiwa ini berlaku dengan kita tahu di manakah beradanya bangkai pesawat ataupun adanya mayday warning dan sebagainya, prosesnya sudah tentu berbeza. Akan tetapi ini buat pertama kali berlaku kepada pesawat MAS kita. Walaupun begitu, dalam keadaan negara mungkin sedang mencari dan seluruh dunia membantu dan sebagainya, saya fikir elok juga kita memastikan agar tindakan- tindakan kita mempunyai tahap profesionalisme yang tertentu. Tindakan-tindakan membawa bomoh dengan amalan-amalan yang sangat tidak boleh diterima sehinggakan penggunaan ayat-ayat al-Quran, bacaan ayat-ayat dengan cara yang tidak betul, sebutan nama nabi, Nabi Yusuf AS, dan sebagainya amat memalukan kepada bangsa Melayu, negara Malaysia dan umat Islam. Pihak yang berwajib tidak harus membiarkan perkara yang seperti itu dilaksanakan. Maka kita berharap ambillah perkara itu sebagai satu iktibar agar kita tidak dilihat sebagai satu bangsa yang panik dan mudah hilang pedoman...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan, penjelasan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua sebagai rumusan...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan sikit sahaja.

Sebagai rumusan adalah...

Datuk Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Penjelasan.

Kelmarin apabila dicadangkan supaya Menteri letak jawatan, Perdana Menteri letak jawatan, saya fikir itu bukanlah caranya. Apakah bila berlaku sahaja satu-satu peristiwa maka lari daripada tanggungjawab dengan meletakkan jawatan. Sebenarnya contoh yang ditunjukkan itu adalah sebagai satu tindakan sinis yang tidak perlu diambil berat. Dalam

negara kita, kita tidak mengamalkan pendekatan apabila ada masalah, kita lari daripada tanggungjawab.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan letak jawatan sekiranya yang berlaku peristiwa Tuan Yang di-Pertua...

Yang sepatutnya, kalau hendak diikutkan, hendak diikutkan letak jawatan, dalam negara kita...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Letak jawatan kerana tak tangani dengan cekap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Beza.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

MP Barisan Nasional tak pernah beri laluan daripada pagi tadi, hendak minta buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam, Shah Alam. Ya, Yang Berhormat Ketereh habiskan.

Dalam negara kita tidak seperti yang disebut di negara Jepun. Di negara Jepun pun sebenarnya tidak semacam itu. Yang Berhormat Shah Alam sahaja sebut begitu. Kalau hendak diikutkan, apabila berlaku sahaja satu malapetaka, maka letak jawatan. Dalam negara kita Malaysia ini,...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak betul begitu.

Kena dakwa di mahkamah, jatuh hukum pun tak letak jawatan. Di Indonesia kalau...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia, Tuan Ketereh dia tak faham.

Di Indonesia, Ahli Parlimen dituduh menonton filem lucah, di Malaysia default dan jatuh hukuman pun tak letak jawatan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tentang soal judgment default dan judgement demerit, dia tak faham. Yang saya ingat, dia patut balik tanam pokok ketapang, balik kampung tanam pokok ketapang lagi baik

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Saya nasihatkan...

Ingatkan cerdik tapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Ketereh...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ketereh, saya minta Yang Berhormat Ketereh habiskan ucapan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Okay, tarik balik perkataan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah negara kita ini akan jadi lebih aman dan makmur bila adanya barisan pembangkang yang lebih bertanggungjawab. Buat masa ini dukacita rakyat Malaysia, situasi itu tidak berlaku. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya telah pun dengan izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan ruang menangguhkan kerana urusan- urusan yang terpaksa saya selesaikan semalam dengan Mahkamah Rayuan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita tentunya memulakan dengan menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kita hadir atas tanda kasih dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong walaupun kita telah maklumkan dalam surat khas atas nama saya, Tuan Guru Hadi Awang dan Yang Berhormat Lim Kit Siang kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong, kita hadir sebagai tanda hormat taat setia dan menjunjung kasih tetapi kita tidak bersama dalam perbarisan dan tidak bersama dengan majlis jamuan kerana membantah sikap rakus, zalim dan menindas Barisan Nasional [Tepuk] Kita rasa tidak selesa untuk duduk bermuka-muka, pura-pura berbaik-baik, senyum-senyum padahal mereka menggunakan kaedah yang cukup zalim dan jahat [Tepuk] Ini saya akan sertakan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua supaya untuk rekod Parlimen dan tidak diputar-belitkan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjerit tidak tentu arah tanpa mengetahui fakta. Sebab itu berikutnya pada hari berikut, kita juga telah mengambil keputusan memulaukan satu hari sidang Parlimen ini sebagai tanda bantahan kita terhadap sikap dan keputusan, bukan sahaja mahkamah tetapi kezaliman yang terus-

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

menerus, rasuah yang terus-menerus dilakukan dan cara kaedah pentadbiran tidak telus yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, saya masih dalam ikat jamin. Kata Yang Berhormat Ketereh, sepatutnya sudah letak jawatan. Yang Berhormat Ketereh lupa bahawa dia pun ada kes yang lebih berat

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Cuma dalam kes dia, dia tak tangkap. Kereta dia sahaja dirampas. [Ketawa] Ini satu yang lucu.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Maknanya kereta didapati salah. Kalau kes lembu, lembu didapati salah. Orang yang buat tidak salah. Jadi, kalau ini kaedah hukum hendak ajar kita, pergi belajar undang-undang dahulu dan jangan buat biadab di sini kerana saya ada maklumat yang lebih, kalau dicabar saya boleh keluarkan. [Tepuk]

Lari sudah! Lari sudah! [Merujuk kepada Yang Berhormat Ketereh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat lain diam.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Keadilan, negara ukur undang-undang bagi orang Islam atau bukan Islam, bagi Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Dia tidak ada dua kaedah dan ini ditetapkan sebagai panduan yang disebut dalam al-Quran, al-Maaidah ayat lapan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini perintah kepada orang beriman, menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah. Menegakkan kebenaran. Jangan sekali-kali kebencian kamu kepada orang atau kaum, dalam konteks ini pembangkang yang menyebabkan dan mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Hendaklah kamu berlaku adil kepada siapa juga, kawan dan lawan kerana sikap adil itu hampir kepada takwa. Bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan. Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar hendak merujuk kepada kes saya, kepada yang lain juga. Beberapa kes penghinaan, ugutan menampar Ahli Parlimen, kerana pembangkang dibolehkan. Hukum mana, dunia mana yang boleh mengesahkan tindakan begitu. Kita mungkin benci, kita mungkin tidak setuju dasar tetapi kita tidak layak jadi pemimpin kalau tidak faham prinsip asas keadilan itu [Tepuk] Apatah lagi kalau kita mewakili budaya Melayu, budaya Islam yang dicemuh dan dibenci kerana sikap biadab kita dan tidak melahirkan kesungguhan dan kesediaan melakukan keadilan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, ada yang cuba kaitkan termasuk Yang Berhormat Johor Bahru, masalah undang-undang tetapi dijawab dengan baik oleh Yang Berhormat Shah Alam. Tidak payah orang lain, adik sahaja boleh selesaikan. Tidak payah saya campur. Kononnya tidak pertikai badan kehakiman. Orang ini, dia terkenal dalam sejarah kononnya kerana mempertikaikan tindakan Mahkamah Persekutuan pada ketika itu yang diperalatkan penguasa, menyingkirkan hakim, bantah, keluar parti. Sekarang mengatakan semua yang teratur itu dapat dipertahankan. Tuan Yang di-Pertua, saya boleh cerakinkan, mana pernah dalam sejarah kes management Mahkamah Rayuan diketuai oleh Hakim Aziah sendiri. Kemudian, tarikh saya 7 sampai 10 April. Ditetapkan mesti 6-7 Mac. Dipercepatkan. Peguam saya kata, sudah bagi 7-10 April. Doesn’t matter, you have to appear. Ada kes bunuh lain, doesn’t matter you have to appear. Ada kes di Johor Bahru, never mind I will cancel that. Apa maknanya? Maknanya keputusan yang dibuat yang tidak boleh dirundingkan lagi. Baik, kita jalan. Kita tentunya ambil pertikai proses keadilan bila peguam UMNO sejak 1998, ini bukan kenyataan luar. Kenyataan dalam CV dia sendiri. “Saya Shafee Abdullah bertugas sejak 1998 untuk membantu Tun Mahathir dalam semua kes melawan Anwar Ibrahim sampai sekarang dan saya sekarang Ketua Pendakwa”. Dialah peguam, dialah ketua pendakwa. Saya jumpa dia di mahkamah. Yang Berhormat Pasir Salak, saya kata pada dia, bila hendak jadi hakim? Senang, complete Alice in Wonderland punya cycle. Itu yang menyebabkan kita buat repeated application yang akhir katanya pasal apa bertangguh-tangguh kerana kita dapat maklumat bulan Disember dia didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam dan disahkan oleh Hakim Zaleha di Mahkamah Tinggi. Kalau ketua pendakwa dihukum atau didenda, jadi kita kata adalah kes. Tidak apa, boleh tolak, tidak apa. Akan tetapi Mahkamah Persekutuan, beritahu orang yang hendak pertahankan prinsip keadilan just get the fact right. Hendak boleh hukum saya tidak apa, saya sudah lalui. Jangan ingat hendak ugut saya, takut masuk penjara. Saya sudah duduk lapan tahun dalam penjara, saya sanggup berdepan Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] Akan tetapi soalnya kena pertahankan proses. Mana pernah Tuan Yang di-Pertua, application siap jam 3 untuk disqualify Shafee Abdullah. Pukul 4.30 kuorum penuh Mahkamah Persekutuan bersidang. Satu setengah jam. Karpal kata, “Saya datang ini hendak minta appointment, saya tidak ada robe”. Mahkamah Persekutuan dalam sejarah inilah kali pertama boleh masuk tanpa robe kerana kes Anwar Ibrahim. Mesti selesai hari itu, dengar setengah jam, tolak.

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tidak apa, tidak apa, Allah ada.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya bukan kata kawan- kawan daripada Barisan Nasional. Tidak apa dengar. Tidak setuju tidak apa, bahawa Anwar ini memang pengkhianat, penjenayah, anti nasional, rendah moral. Okey, boleh tetapi kena jawab tentang proses undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Indera Mahkota, hati-hati mengeluarkan ayat itu, perkataan-perkataan.

Saya minta maaf...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik, terima kasih.

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Saya pun merasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, perkataan bunuh tidak bagus. Kena tarik balik.

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, bunuh sahaja Ketua Pembangkang ini senang.

Sudahlah!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, ya betul. Tidak apa, sabar. Tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak apa, terima kasih. Tidak, maksud dia semua sudah buat. Penjara sudah, pukul sudah, hina sudah. Yang belum bunuh sahaja. Itu maksud dia. Dia tidak kata suruh buat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, ini yang kita pertikaikan. Umpamanya dalam kes hukuman Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dia bagi dua setengah, tiga minggu untuk mitigation bawa dokumen kesihatan supaya hakim boleh putuskan berdasarkan dokumen. Dalam kes saya sekarang, mitigation sekarang. Kita kata, “Ada rekod perubatan di HKL, di hospital pakar”. “Tidak apa, tidak apa. Tidak payah”. Peguam kata, “Saya peguam. Saya bukan doktor pakar”. Hendak tangguh satu hari pun tidak boleh kerana hari itu hari Jumaat. Tangguh satu hari, selisih nanti dengan penamaan calon Kajang. Sejak bila Mahkamah Persekutuan ada bicara soal ini. Kalau hendak kata ini kita ikut proses hukum, saya hendak dengarlah hukum apa. Sudah didapati bersalah mitigation

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

sebagai proses dalam kes Yang Berhormat Bukit Gelugor, dia bagi sampai tiga minggu. Dalam kes saya sejam kena selesai semua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila saya tahu saya memang ambil keputusan untuk rayu dan saya ada ikat jamin tetapi bila celoparnya beberapa ucapan Ahli Yang Berhormat seolah-olah mengetepikan ini. Tidak ada, kita ini negara yang tunduk kepada sistem perundangan yang telus dan adil dan tidak ada satu pun tindakan yang hendak memalukan Ketua Pembangkang. Ini hanya proses biasa. Sama ada dia betul-betul jahil murakab atau memang tidak faham prinsip keadilan seperti mana yang disebut oleh calon Pakatan Rakyat di Kajang terhadap Ketua Pemuda UMNO. Tidak pernah rasa dan experience apa itu erti keadilan. Hidup dengan mewah dengan senang. Mana faham. Semua orang jahil. Siapa yang menentang kerajaan semuanya zalim. Itu sebabnya mengapa pengalaman kita, perit derita rakyat, duduk di kampung, faham rakyat itu melayakkan kita jadi pemimpin yang lebih prihatin dan peka. Jadi sebab itu saya pohon pengertian, mengapa kita mengambil tindakan yang tegas dan keras terhadap proses penghinaan perlembagaan mahkamah dan prinsip keadilan. Sebelum ini memang kita bicara soal konsensus nasional.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Perdana Menteri menyebut rekonsiliasi, kita mengambil masa untuk bincang. Akhirnya pada pimpinan Pakatan Rakyat kata, “Baiklah. Kita setuju adakan dialog”. Tidak ada jawapan dan dialog kita cerakin beberapa isu. Ada kelompok kecil dalam UMNO termasuk mantan Perdana Menteri yang menyerah, tidak mahu mengizinkan ada pertemuan di antara- kalau dibayangkan kemungkinan pertemuan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Itu urusan mereka termasuk bekas Menteri Kewangan sebelum saya yang saya sudah umum cara terbuka orang di antara Menteri Kewangan yang paling corrupt dalam sejarah, Ahli Parlimen Merbok dulu. Saya sengaja menyebut begini, mengundang siasatan. Sampai sekarang tidak ada. Saya ada beberapa rekod dan dokumen untuk membuktikan, termasuk pada suatu ketika saya diminta menjadi penasihat oleh Presiden Tanzania untuk menemui Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara pada tahun 2006 begitu- Bank Negara Tanzania, dan bila saya masuk, dia bagi maklumat. Gabenor Bank Negara Tanzania menyebut, bekas Menteri Kewangan mempunyai bank. Saya tanya “Urusan apa, bank?” Tidak ada kegiatan. Yang ada hanya untuk menyimpan wang. Bawa dari Malaysia, simpan wang, tidak ada kegiatan bank di Tanzania. Jadi saya kata kepada Gabenor Bank Negara, patut siasat. Mana ada bank begitu. Dia guna ambil wang, tempat untuk simpan saja. Ia bank, commercial bank di

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tanzania. Itu sebagai satu contoh untuk mengukuhkan hujah saya dalam perkara ini, dan tentunya orang ini dia cukup takut. Kita hendak adakan perbincangan yang dipersetujui oleh pimpinan BN, UMNO khususnya tetapi tidak berani kerana tekanan- tekanan yang sedemikian. Maka pada bulan Ogos dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, kita ulang. Kita tidak guna istilah rekonsiliasi yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita gunakan konsensus nasional. Lama mereka bincangkan, akhirnya kata setuju. Ada rundingan peringkat kedua yang diteruskan tetapi tidak ada keberanian untuk berdepan, berbincang. Akhirnya tindakan-tindakan terus, baik kontrak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tentang 1MDB ataupun sehinggalah penswastaan dan masalah gula, beras, inflasi, GST tanpa ada apa-apa kesepakatan dan akhirnya, dengan hukuman kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya percaya kalau ikut urutan ini, ramai yang akan beratur dan saya hendak maklumkan di sini bagi notis di Parlimen, kita tidak akan ambil dan pandang sambil lewa. Kita akan bantah keras. Kita akan lawan sekeras-kerasnya segala bentuk kezaliman [Tepuk] Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita sudah buat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebahagian yang saya kenal, termasuk juruterbang. Dr. Azizah dan Ahli Parlimen Lembah Pantai pergi walaupun tidak mendapat layanan, banyak sekatan. Akan tetapi dia tidak ada masalah kerana saya setuju dengan beberapa saranan kawan-kawan daripada Ahli Yang Berhormat dari BN juga, kita fokus membantu, menyokong semua langkah, mendoakan dan menyelamatkan. Saya percaya, sama ada persendirian, kumpulan, baik di Permatang Pauh, kawan-kawan kita di Kajang, selepas Maghrib, solat hajat khas sentiasa diadakan. Itu ikhtiar kita. Akan tetapi bila kita tegur, pelaksanaan, cara, kaedah yang dikatakan itu mempolitikkan, ada beza Tuan Yang di-Pertua kerana sekarang ini melahirkan kelemahan besar kita menangani krisis. Kalau hendak katakan Malaysia tidak ada pengalaman, tidak benar. Tahun 1975, bangunan AIA yang pada masa itu menampung beberapa kedutaan asing, Sweden, Amerika dan beberapa telah diserang oleh Japanese Red Army (JRA). Malaysia pada masa itu hadapi krisis pertama besar, international. Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri menugaskan seorang pegawai cukup kompeten, Tan Sri Osman Cassim, KSU Kementerian Dalam Negeri menyelaras semua kegiatan dan berakhir dengan cukup cemerlang kerana satu petugas. Kenyataan yang konsisten, tidak

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

menyorok apa-apa pernyataan, tidak guna bomoh dan sebagainya. Memalukan. Maka mendapat liputan media yang cukup baik dalam negara dan luar negara.

Yang Berhormat Permatang Pauh, mencelah Yang Berhormat Permatang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pandan. Sila.

Yang Berhormat Permatang Pauh ada menyebut tentang pengurusan krisis yang berlaku, yang sehingga sekarang sudah menjejaskan imej negara. Saya mahu pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai satu laporan akhbar di dalam Utusan Malaysia bertarikh 11 Mac yang memetik Menteri membuat kenyataan, “Tidak salah menggunakan khidmat bomoh” Apakah pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh kerana kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini sendiri yang menyebabkan ramai bomoh sekarang mencuba nasib sehingga Presiden Obama sendiri kagum dengan ‘kebodohan’ kita mengendalikan krisis ini?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pertama, tentunya Menteri dalam kes ini keliru. Keduanya, Utusan itu hanya konsistenlah. Kalau Utusan memang sesuai. Dia tidak faham akidah, tidak faham akhlak, tidak faham cara Islam yang betul dan bahkan mengesahkan cara bomoh. Baik, biar saya sambung [Disampuk] Ya, tetapi Utusan itu media yang dimiliki oleh UMNO. Baik, tetapi soalnya yang disebut “incompetence”- bukan saja New York Times. “Incompetence” kerana sampai pagi tadi BBC mengatakan, “Why cannot we get the authorities to update us with the news. Why cannot we have one channel authority”. Dalam kes Japanese Red Army, seorang, Tan Sri Osman Cassim dikawal seliakan oleh Tun Ghazali Shafie pada ketika itu, tetapi dia mendapat begitu cemerlang sehingga mendapat anugerah tertinggi Raja Sweden. Dalam kes-kes yang lain, yang kecil yang saya bantu, Highland Towers kerana Highland Towers juga melibatkan orang asing dan semasa kegelapan satu Semenanjung, soal TNB. Arahan pada masa itu satu orang. Orang lain buat kenyataan, dia merujuk. Ini tidak. Pemangku Menteri Pengangkutan, empat pemilik pasport palsu. Mari Interpol, dua pemilik pasport palsu. Ketua Polis Negara, dua. Ini apa? Kemudian apabila orang pertikaikan, akhirnya hendak politikkan. Mana boleh. Ini krisis! Nyawa orang, masa depan orang, imej negara. You cannot handle [Tepuk] Ini yang disebut oleh New York Times, Guardian, international media. “Oh! Tidak. Ini Barat Amerika saja”. Siapa kata? Xinhua, akhbar China menyerang berulang kali

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kerajaan Amerika. Vietnam sekarang hilang sabar, tarik daripada operasi mencari. China dalam kenyataan, kenyataan China telah menegur dalam akhbar Xinhua kerana Kerajaan Malaysia... [Disampuk]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

No. I read the full Foreign Ministry statement...

[Dewan Riuh]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Ada kenyataan bertulis

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri boleh duduk. Yang Berhormat semua duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sila duduk. Yang Berhormat Permatang Pauh duduk kejap.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri ya.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Permatang Pauh sila duduk. Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota duduk. Ini Ketua Pembangkang pun sudah duduk.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak, Ketua Pembangkang pun sudah duduk [Disampuk] Begini, kalau kita hendak minta pencelahan tidak kiralah backbencher, Menteri kah, kalau yang berucap itu - kalau dibenarkan tidak ada masalah tetapi Yang Berhormat Menteri…

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, biasanya barisan hadapan kita ini menteri-menteri tidak terlibat dalam pencelahan tetapi...

[Dewan riuh]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Backbencher sudah hilang.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya hari ini saya bertugas. Saya

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kota Belud

Menteri bertugas hari ini. Jadi apabila bertugas, apabila saya mendengar banyak pembohongan, saya terpanggil untuk bangun sebab saya bertugas hari ini.

Backbenchers tolong. Backbenchers, hilang sudah, lari semua.

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya faham Yang Berhormat Menteri bertugas cuma dalam peraturan, kalau Yang Berhormat Permatang Pauh izinkan Yang Berhormat Menteri mencelah, saya tidak ada masalah.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Minta ruang sedikit boleh?

Backbencher curi tulang.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bertugas hari ini.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak tunjukkan Tuan Yang di-Pertua Menteri ini dia ada dan dia jaga decorum perangai dia... [Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya tidak setuju. Ketua Pembangkang mempunyai decorum.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Hormatlah Speaker! Sebaik Tuan Yang di-Pertua kata duduk, saya terus duduk.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Ketua Pembangkang juga tidak boleh…

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Menteri Tuan Yang di-Pertua suruh duduk, dia tidak duduk. Dia ingat backbencher, memang dia layak backbencher tidak layak jadi Menteri. Faham?

[Dewan riuh]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ketua Pembangkang pun tidak layak. Ketua Pembangkang pun ada decorum.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sekarang saya bagi ruang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, ya sila Menteri Yang Berhormat Permatang Pauh, sila.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak. Saya cuma hendak memperbetulkan. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau Yang Berhormat kata Menteri ada decorum saya setuju, tetapi betul juga Ketua Pembangkang pun kan ada decorum. Bukan macam budak yang baru belajar politik, itu satu. Keduanya tentang Vietnam tadi. Telah dikatakan di dalam CNN pun mengatakan bahawa Vietnam tidak menarik balik misi search and rescue. Tidak betul. Saya ada baca CNN dan saya juga tengok video yang dibuat oleh CNN yang disiarkan oleh CNN. Jadi

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

kenyataan itu yang saya ingin perbetulkan. Itu yang saya katakan tadi bahawa Vietnam memang mereka merasakan informasi tidak sampai, tetapi dengarlah dahulu. Akan tetapi Yang Berhormat tidak boleh samakan ini dengan serangan Japanese’s Red Army itu. Oleh sebab yang ini kita tidak tahu. Kita tidak tahu Yang Berhormat where is the plane. So, apa yang kita minta ialah supaya pihak pembangkang- betul ada kekeliruan. Kita pun merasakan bahawa insiden ini agak [Disampuk] Luar biasa sebab kita tidak mempunyai petunjuk. So we are working in the dark. Jadi kita minta supaya pihak pembangkang supaya memahami keadaan ini. Itu sahaja, terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau setakat macam itu Menteri cakap, okeylah. Ini terjerit-jerit, selepas itu duduk, tidak bolehlah

[Dewan riuh]

Itu Yang Berhormat Pasir Salak punya standard.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya ucap terima kasih kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli Yang Berhormat yang lain- ya, Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli Yang Berhormat yang lain pun kalau duduk tetapi janganlah mengganggu. Hormat kepada Ketua Pembangkang ini. Kita hendak jadikan dia pemimpin, hormat jadi Ketua Pembangkang, okey.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Penjelasan Menteri tepat sebab dalam kenyataan saya kata, Vietnam menangguhkan kerana memohon penjelasan terperinci dari Malaysia tetapi apabila Kedutaan Kementerian Luar minta teruskan, mereka teruskan. Keras lagi ialah daripada negara China kerana dianggap maklumat tidak sampai. Jadi bukan dia suruh maklumat tanya kapal terbang di mana, kerana itu bomoh sudah jawab [Ketawa] Soalnya ialah maklumat itu mesti disampaikan. Betul ia tidak sama dengan Japanese Red Army kerana kita tahu siapa. Akan tetapi maksud saya…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

…Managing a crisis, cara menangani krisis.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi ini yang dibawa oleh banyak. Malaysia failure to manage crisis exposes leadership limit. Mereka ingat ini masalah dalaman tidak mengapalah dia kontrol media semua. Sekarang ini seluruh internasional media datang, tidak boleh tipu lagi. Kalau tidak sekarang TV3, Utusan! Dia cakap dia layan. Biar saya sambung.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Boleh minta penjelasan?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Ini tidak ada sebab saya memberi penghormatan kepada Ketua Pembangkang. Kalau yang lain-lain itu bercakap saya tidak ganggu sebab tidak ada nilai. Ini Ketua Pembangkang

[Dewan riuh]

Jangan ingat besar sangat Yang Berhormat Kota Belud.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tidak ada standard. Come on you don’t used ‘low language’ like that.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat saya Menteri bertugas hari ini. Saya cuma hendak minta penjelasan dalam artikel yang ditulis oleh Bloomberg itu saya pun baca sendiri Yang Berhormat. Akan tetapi saya kira to be fair artikel itu lebih banyak berbaur politik. Saya membaca daripada awal sampai habis. Artikel yang dibuat oleh Koresponden Bloomberg itu, kalau Yang Berhormat baca betul-betul Yang Berhormat akan bersetuju dengan saya bahawa artikel itu lebih banyak berkait kepada pandangan politik daripada isu yang diketengahkan. Itu pandangan saya Yang Berhormat mungkin saya salah tetapi saya sudah baca artikel itu...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Menteri...

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Saya tidak perlu ulas sebab saya tidak sebut pun Bloomberg News. Saya sebut New York Times, saya sebut Guardian, saya sebut Xinhua News, saya sebut Jakarta Post semalam dan The Editorial the Nation Bangkok.

Mana ada Bloomberg!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya tidak sebut Bloomberg. Saya cabut pun daripada BBCA, BCC News dan keduanya Bloomberg only the title. I didn’t use the material yang digunakan di dalam. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih atas pandangan itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Baliklah Yang Berhormat Kota Belud.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Pergi Google lah.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Menteri tidak ada nilai.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Pergi Google.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya sebenarnya hendak minta Menteri tunggu pasal dia cakap, orang lain cakap semua tidak ada kelas, tetapi biar kita nilai ucapan dia. Dia masih tidak faham apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Permatang Pauh iaitu maklumat yang bercanggah-canggah itu dia tidak faham! Memang dia tidak layak jadi Menteri. Itu sebabnya berdiri. Sepatutnya seorang Menteri dia faham akan ada peluang hendak jawab apabila time penggulungan, tidak perlulah jawab sekarang. Dia masih mentaliti backbencher. Saya cadangkan kepada Perdana Menteri turunkanlah dia supaya dia boleh berkhidmat sebagai backbencher. Persoalannya maklumat bercanggah. Ha! Tidak faham...

[Dewan riuh]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tukar.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak payah jawab yang itu ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik saya hendak gulungkan soal MH370 ini yang sekarang ini masalah imej. Kawan-kawan Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional menganggap kita ini mempolitikkan tetapi kita kena faham. Imej Malaysia walaupun dibayar RM70 juta kepada APCO terpadam semuanya. Allah Maha Besar. Kamu hendak guna, hendak promote peribadi kamu, sekarang dengan cara kita manage crisis ini jahanam imej kita, hendak repair teruk. Sudahlah kerana percanggahan. DCA kata lain, IGP kata lain, Menteri kata lain, MAS kata lain, tidak boleh Yang Berhormat. This is a crisis period.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Permatang Pauh setujukah Yang Berhormat bahawa kita bukan sahaja kehilangan kapal terbang MAS MH370, tetapi kita juga mengalami kehilangan kredibiliti negara dan pemimpin negara?

Dahsyat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya setuju kerana bukan sahaja pandangan seperti dikatakan pandangan New York Times, pandangan negara- negara ASEAN walaupun Menteri Luar ataupun Perdana Menteri negara itu lebih reserve, melainkan Kementerian Luar Negara China tetapi semua media menegur cara kita mengurus krisis. Cukup lemah seolah-olah kita tidak ada pengalaman sama sekali. Ini ditambah pula sekarang kata tok bomoh mungkin Anwar, salah Anwarlah hantar bomoh ini. Akan tetapi sebenarnya siapa bagi kuasa? Mana JAKIM? Mana Menteri Jabatan Perdana Menteri? Siapa yang bagi kebenaran buat begitu, kerja begitu? Sudahlah khurafat, syirik dibayar, kemudian dipanggil pula sidang media antarabangsa. Tidakkah nampak bodohnya kita? Tidak malu kah kita? Saya sendiri pun dapat ratusan email daripada luar negara. Katanya “Anwar what’s happening to your country?” You see. Saya kata, “No we know that. You just can ask the Prime Minister or his wife [Ketawa] No, I said ask. I’m not saying anything, you just ask.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya decorum. Tanya, tanya Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya kata tanya, saya tidak buat tuduhan apa-apa. Saya kata tanya. Baik. Mana boleh. Sekarang ini kata bahawa kami tidak campur. Mana boleh tidak campur. Utusan mengesahkan, Yang Berhormat Menteri mengesahkan, siapa bagi kebenaran masuk bab situ? Mesti ada kebenaran. KLIA, MAS, DCA, Menteri Dalam Negeri. Ini apa? Menteri Dalam Negeri lebih sibuk dengan Terresa Kok daripada masalah keselamatan negara. Ini pun problem juga [Menyampuk] [Ketawa] Itu- tidak cukup. Saya harap Tuan Yang di-Pertua soal ini kerana ini soal imej negara. Teruskan betul, ini point juga untuk bagi Pakatan Rakyat, pembangkang tetapi ia tidak menguntungkan kerana imej negara diuruskan begini. Jadi, orang tahu betul-betul. Seumumnya yang kita tidak dapat pertikai apa? Dia terlalu selesa dengan media yang dikongkong.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi, apabila berdepan dengan media bebas antarabangsa, dia kelam kabut. Media mana dalam negeri yang berani tegur empat pasport, dua pasport, hilang, patah balik. Air force kata, patah balik. Tidak, tidak. Bukan patah balik, tiga hari lepas kejadian kapal terbang patah balik. Masuk perairan kita. Kemudian, selepas itu semalam tidak, tidak, kita tidak pasti. Tidak boleh. Kita tidak boleh urus criticism begini. Kenyataan mesti disahkan. Saya panggil semalam bekas Ketua Angkatan Tentera, mantan Panglima Angkatan Tentera hendak tanya nasihat dia, how do you do. Dia kata you can’t, dia mesti ada central command, mesti ada satu kenyataan dan tidak boleh ragu-ragu. Mungkin patah balik, mungkin tidak, mungkin terbang, mungkin tergantung macam bomoh. Akan tetapi saya soal bomoh ini saya hendak gesa mesti ada siasatan penuh kerana ada satu kejadian yang merosakkan dan memalukan negara. Saya hendak tanya siapa luluskan, siapa bayar, siapa bagi kebenaran? Semua, sepenuhnya kerana ini satu insiden yang mencemarkan imej negara. Akan tetapi, itu terang. Lencana 1Malaysia itu terpampang. Bomoh 1Malaysia. Baik, saya hendak sambung tentang Titah Diraja menyentuh tentang jenayah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jenayah ini mengikut statistik PEMANDU dan PDRM walaupun jenayah ini tinggi, kata sudah menurun. Akan tetapi cuba perhati bagaimana ditentukan index crime, non index crime. Cara kita membuat laporan menyebabkan, kita menunjukkan kadar jenayah itu menurun. Saya tidak payah jelaskan ini tetapi jelas ada manipulasi kadar jenayah kerana mengalih crime index ini kepada non crime index. Jadi, statistic can change, Timbalan Menteri tahu. Statistik itu membantu tetapi kita boleh tafsir mengikut kehendak kita. Jadi, saya hendak bagi di sini objectively ini bagaimana kita letak index crime dengan non index crime. Jadi, kalau kita pindahkan maka tentulah index crime menurun. Akan tetapi ini termasuklah seksyen 382 panel kod dan saya minta Menteri Dalam Negeri bagi penjelasan perkara ini kerana dalam NKRA yang ditetapkan kepada polis, sekian peratus maka dia mesti capai. Akan tetapi, apa kenyataannya? Saya bagi contoh kaji selidik yang dibuat oleh Universiti Malaya- UMCEDEL dan juga Merdeka Center di Kajang. Itu yang menyebabkan bila kaji selidik itu nampak saya punya dukungan itu meningkat. Terus guna mahkamah rayuan, menyekat. Akan tetapi saya beritahu Tuan Yang di-Pertua jangan kita takbur. Jangan anggap kita boleh guna mahkamah untuk derail kebangkitan rakyat. Dengan izin Allah tidak boleh. Kita boleh mahkamah sementara tetapi kalau

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

rakyat dan Allah izinkan, tidak ada kuasa yang boleh menghalang. Saya yakin insya- Allah kita akan menang besar di Kajang. Akan tetapi dalam soal yang disebut, tengok di antara apa yang dikatakan disconnect. Dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem bebas, sistem demokrasi, pimpinan itu adalah suara hati nurani rakyat. Akan tetapi bila kita bicara kadar jenayah menurun tanya rakyat ada dua independent survey termasuk Universiti Malaya yang dibayar oleh kerajaan UMCEDEL. Bila ditanya kepada penduduk- penduduk Kajang apa masalah terbesar yang kamu hadapi yang meningkat tahun demi tahun? Mereka jawab soal keselamatan dan jenayah yang meningkat setiap hari. Perbezaan dengan jawapan Menteri Dalam Negeri dan polis jenayah menurun setiap hari. Jadi, ada disconnect di antara kenyataan menghimpit rakyat, menakutkan rakyat, anak-anak kalau sekolah anak-anak perempuan sekarang kalau ke sekolah atau balik mahu diiringi kerana takut keselamatan mereka. Tentu soal lain yang dibangkitkan di Kajang termasuk kesesakan trafik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri ini salah Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Menteri Besar. Padahal infrastruktur asas yang besar itu masih tanggungjawab persekutuan. Kalau jalan negeri itu tanggungjawab Kerajaan Negeri.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, begitu juga jenayah. Salah Menteri Besar. Baik, saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua tentang kos sara hidup yang semakin meningkat dan cadangan kerajaan berkeras hendak teruskan GST dengan segala kempen. Saya ingat kempen itu kalau ikut cara kerajaan menanganinya seperti APCO RM70 juta, lingkupnya begitu sahaja, imej negara rosak. Dia hendak bayar RM700 juta negara pun tidak boleh repair. Imej pengendalian MH 370 dan imej bomoh. Sekarang GST. Masalahnya saya ulang. Keutamaan mestilah mengurangkan ketirisan, kebocoran dalam menguruskan wang negara yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, bukan pembangkang. Ketua Audit Negara menjelaskan kebocoran yang dianggarkan minimum RM28 bilion. Apa dia tindakan yang tegas selain daripada retorik slogan- slogan lunak yang mengagumkan, penyokong-penyokong tegar tetapi menekan rakyat. Boros terus, pembaziran terus, rasuah meningkat. Oleh sebab itu kita bantah GST selagi keborosan, pembaziran tidak ditangani dan pendapatan rakyat tidak meningkat. Lihat sahaja umpamanya siswazah yang keluar. Isu dia berat yang mereka terpaksa pikul adalah hutang. Hutang PTPTN yang tidak dapat ditangani. Kita hanya cadangkan pelupusan hutang itu tidak sukar kerana dia boleh mula penghidupan baru.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pinjaman kereta, mendirikan rumah tangga tetapi tidak mampu difikirkan begitu dengan tenang selagi keluar universiti, problem paling pokok adalah problem hutang dalam keadaan negara lumayan pendapatannya. Kalau negara itu miskin, papa kedana tidak apa. Ini rakyat yang papa, pemimpin hidup dengan boros. Kemudian kita pun tahu juga...

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Pelaksanaannya itu harus juga dimulakan dengan menghentikan monopoli. Kita tengok harga beras, gula, tepung. Bila monopoli soalnya tidak ada saingan. Untung satu syarikat. Bila saya sentuh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary UMNO, bloggers semua kata, “Tengok Anwar dia sibuk marah Melayu kaya, Cina kaya dia tidak gaduh. Bila Melayu kaya Tan Sri Syed Mokhtar al- Bukhary dia marah.” Saya tidak kira, saya hendak Melayu kaya, Cina kaya, India, Dayak- saya tidak kira. Akan tetapi jangan tekan orang. Dia hendak kaya seorang tetapi rakyat kena bayar tambahan 34 sen yang diumumkan oleh Menteri Kewangan. Perdana Menteri yang tolong umumkan seolah-olah ini suatu yang tidak boleh dipertikaikan. Kita pertikai sebab tidak ada persaingan, monopoli. Kita mesti berhentikan ini dengan Anti Profiteering Act, penguatkuasaannya dengan antimonopoly-monopsoni dengan cara yang sedemikian kita boleh bantu...

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Pandan.

Kenyataan Yang Berhormat Permatang Pauh menyentuh tentang dasar ekonomi kerajaan sekarang bersabit juga dengan subsidi kerana monopoli ini menyebabkan subsidi ditarik.

Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan satu kajian terbaru yang dibuat oleh Centre for Poverty and Development Studies di Universiti Malaya oleh Profesor Fatimah Kari yang menyebut bahawa, “…oleh kerana dasar kerajaan sekarang yang menarik subsidi dan menaikkan harga minyak, keadaan kemiskinan orang Melayu bumiputera di negara kita sekarang sama dengan tahun 1970 iaitu sebelum Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan.” Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Ini laporan, kebetulan ada dalam - ya Profesor Universiti Malaya- Centre for Poverty and Development Studies, Fatimah Kari yang menyebut.. “Kaum yang paling terkesan dengan pemotongan subsidi atau yang diistilahkan sebagai rasionalisasi subsidi oleh Kerajaan Barisan Nasional…”, Itu saya tambahlah Kerajaan Barisan Nasional. “…Dengan pemotongan subsidi ini adalah kaum Melayu bumiputera yang daif, hidup Melayu.” Slogannya “Hidup Melayu”, rasionalisasi subsidi itu kesan ikut kajian telus. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak baca, without prejudice, just read the report and argue the case out. Saya cuma hendak rumuskan kajian...

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

I will give, I will give. Don’t worry, I will give. Pada tahun 1970... Sebab you tidak baca lagi, Yang Berhormat Pasir Salak sebab you tidak baca lagi. Saya hendak suruh baca.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudah baca? Ha, okay thank you, very much. Ini masalahnya dia baca laporan tahun 1969 [Ketawa]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Ketawa] Jangan marah, relaks. Saya yang hendak dimasukkan dalam penjara pun relaks. You yang bebas pun hendak gaduh apa, relaks. Sekarang ini dia kata dia baca dari dahulu, dia pakar ekonomi. Laporan ini laporan baru. Dia banding tahun 1970 yang dibaca dahulu itu di Universiti Malaya. Saya tahu you Presiden AMSU memang hebatlah. Masa itu [Ketawa] Kemudian, pada tahun 1970, dia bagi pendapatan. Kita bagi nisbah, bagi jelas. RM1 penduduk pedalaman iaitu sama RM2 penduduk bandar. Pada tahun 2012 kerana rasionalisasi subsidi, ini yang mengejutkan. Saya minta pimpinan UMNO kalau tidak setuju buat kajian pertikai laporan ini. Jangan tanya MCA, MCA tidak berapa relevan, UMNO mungkin. Dia sebut kerana subsidi ini Malaysia terutama nasib Melayu bumiputera kedudukan dan status kemiskinan mereka kembali kepada tahap tahun 1970 tatkala Allahyarham Tun Abdul Razak, melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang pada masa itu semua kita sokong. Saya juga sokong. Sebab tujuannya yang kita faham, ialah untuk mengangkat taraf ekonomi orang miskin. Akan tetapi rasionalisasi subsidi rupa-rupanya guna Dasar Ekonomi Baru tetapi memperkayakan keluarga dan kroni jadi bilion-bilion.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Oleh sebab itu mantan Perdana Menteri umpamanya marah betul apabila kita hendak cakap perubahan kerana anak dia di antara paling kaya. Banyak untung besar dari Dasar Ekonomi Baru menyebabkan anak bekas Perdana Menteri itu top ten terkaya di Malaysia. Hidup Melayu, yang Melayu di bawah? Kadar kembali kepada status tahun 1970. Kalau ada usaha hendak mempertikaikan laporan ini silakan. Sekurang- kurangnya kita dapat wacana yang lebih segar. Tidak payah pula nanti hendak diugut atau dibuang pula profesor ini. Oleh kerana dia buat kajian membuktikan ekonomi dan pembangunan desa yang menjadi teras dalam Dasar Ekonomi Baru. Speaker orang Pahang, tahu benar dan saya dalam hal oleh saya tidak dolak-dalik, saya memang setuju dengan program Almarhum Tun Abdul Razak masa itu. Ini kerana tekanan dia itu fokusnya itu orang boleh tidak setuju banyak-banyak keputusan politik dia yang lain. Akan tetapi fokusnya itu mengangkat martabat nasib rakyat miskin desa, dia tidak tolak ansur. Malangnya kenyataan sekarang terutama dengan kecelaruan, boros dan tamak haloba yang ada di kalangan pimpinan sekarang, hal ini dikorbankan. Saya sentuh soal jerebu kerana keadaan hari ini umpamanya, sudah sampai ke tahap yang agak berbahaya. Saya minta supaya kerajaan dengan ringkasnya, menumpukan perhatian mengadakan satu pasukan yang sudah diumumkan tetapi tidak nampak ada keberkesanan. Ini dilalui, saya juga pernah lalui. Ada yang katakan ini daripada Indonesia, tetapi ada juga kesan dia daripada kebakaran yang berlaku di negeri kita. Jadi ada juga kesan daripada kebakaran yang berlaku di negeri kita. Jadi kita kena tangani masalah ini. Bukan sekadar mempersalahkan, tetapi mengambil tindakan-tindakan yang boleh membantu apa juga dan kita akan tetap menyokong kerana ini menyentuh keselamatan dan kesihatan rakyat terbanyak. Saya juga sentuh secara ringkas tentang kenaikan kos perubatan yang tidak diumumkan oleh Menteri Kesihatan. Ini satu penyakit kita. Apabila BR1M dia jadi nasional punya program tetapi apabila naik kos, termasuk kos perubatan, naiknya berapa? Sebanyak 14.4%, meningkat dari RM10 ke RM35. Kadar baru RM30 ke RM125. Ini kenyataan pengasas Procare Nursing Rehabilitation Centre yang dilaporkan. Kenaikan itu sangat tinggi dan kenaikan sepatutnya kalau pun naik 6% hingga 8% tetapi naik sekarang 14%. Kenyataan Menteri Kesihatan apa dia apabila ada kenaikan ini? Kenaikan ini adalah kenaikan yang berpatutan. Ini tidak langsung rasa sensitif tentang derita rakyat di bawah. Naik sahaja 14%, berpatutan. Naik sahaja minyak berpatutan. Naik sahaja gula, berpatutan. Yang turun kangkung dan ayam RM1 [Ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya pergi ke Kajang dua malam sudah. Sebelum ceramah saya singgah di warung. “Encik, bagi ayam seringgit”. Dia tengok saya. “Tidak ada Dato’”. “Eh, Perdana Menteri umum, kamu jangan main-main tahu, saya hendak juga RM1”. Dia kata, “Boleh Dato’, kaki ayam Dato’.” [Ketawa] Ya, saya tidak tambah. Orang warung Kajang, Wak Lemankah, Wak apa dia pun cerdik, dia buat begitu. Kalau Dato’ hendak seringgit kaki ayam Dato’. Ini politik kaki ayam. [Disampuk] Yang Berhormat Pasir Salak ada ayam RM1?

Di kampung, kalau di Parlimen tidak usahlah cakap macam itu. [Ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik-baik tidak apa. Saya terima baik teguran itu. Saya pun tidak sambung lagi. Saya terima baik sensitif Yang Berhormat Pasir Salak. Janganlah ulang benda-benda Parlimen, nanti orang dengar. Perdana Menteri, Yang Berhormat Pasir Salak, bagilah nasihat. Dia punya pakar ini tidak ada Perdana Menteri sebelum ini ada pakar keliling dia begitu ramai. Di antara nasihat dasar ekonomi, dua saya ingat. Satu harga kangkung, satu harga ayam [Ketawa] Parah. Jadi itu yang orang ingat. NKRA, transformasi, rasionalisasi orang lupa habis. Tidak apa, oleh kerana nasihat Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak ulang lagi. Akan tetapi yang peliknya kenyataan Menteri Kesihatan, saya minta dia jawab. Bukannya saya kata kenaikan berpatutan, tetapi hendak protect public interest. Menteri ini, protect the interest of company and the rich, bukan hendak protect public interest. Kalau public interest you renegotiatelah. Jangan naik itu mendadak. Kalau ia pun dalam kes-kes tertentu harga ubat tinggi you have to deal with it. Saya faham tetapi janganlah senang-senang ada lobi daripada syarikat terus setuju. Kemudian apabila berhenti esok jadi director syarikat. Ini kalau belum lagi kita bicara soal GST dan TPPA yang bakal diluluskan oleh Barisan Nasional.  1540 Saya sentuh tadi tentang laporan Universiti Malaya. Saya hendak rumuskan begini- ini kerana ia menyentuh masalah kesihatan dan masalah rizab negara yang saya tidak akan sentuh di sini, tetapi dalam laporan ini, apa permasalahan pokok kita? Semua angka dalam apa yang disebut tentang transformasi ekonomi ini, membuktikan masalah kesenjangan yang kian melebar di antara golongan maha kaya dengan miskin. Itu problemnya. Masalah yang grinding poverty, yang menambah masalah inequality dalam negara.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita tidak boleh buat kenyataan macam Yang Berhormat Menteri dari Arau. Hanya bagi kenyataan umum. Kita semua senang. Dengan izin Allah SWT....

Tidak baik!

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, tidak. Saya tidak kritik. Saya ulang. Jangan salah faham. Saya sebut dengan izin Allah SWT. Kita hanya bertanggungjawab kepada Allah SWT dan insya-Allah kita akan buat sesuatu yang baik. Okey, alhamdulillah. Itu kenyataan bagus dan doa. Saya setuju. Setuju itu betul.

Yang Berhormat, tidak betul. Saya tidak pernah cakap pun macam itu.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Eh, betul you kata.

Saya kata, setelah kita berusaha, kita serah kepada Allah SWT.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya, betul, betul. Itu betul. Ya, okey. Saya setuju. ‘Fatawakkal alallah’- kita ikhtiar. ‘Faiza‘azamta. Fatawakkal alallah. Innallaha yuhibbulmutawakkilin. Sadakallahulazim’. Maknanya tawakal kepada Allah. Betul. Akan tetapi realiti kenyataan laporan menunjukkan sebaliknya. Kita guna istilah hendak serah kepada Allah SWT, balak hilang. Harga barang meningkat. Keuntungan kroni meningkat. Akan tetapi kita lapik dengan izin Allah SWT. Kita kena terjemah penghayatannya. Itu sahaja. Saya tidak kritik ucapan tetapi saya hendak pertikai pelaksanaan. Ini laporan tadi - University Malaya Center for Poverty Development Studies, Laporan tahun 2014. Bukan sahaja tentang pengurangan subsidi tetapi kesan yang disebut kesenjangan - inequality ini memang masalah besar, bukan sahaja di Malaysia. Laporan di Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan kebobrokan sistem kapitalis yang tidak terkawal. Dalam tahun 2010 sehingga 2012, ratusan million Dolar Amerika- kekayaan baru yang dikumpulkan tetapi manfaatnya kepada kurang 1% rakyat- 99% rakyat tidak terkesan. Apa bezanya dengan Malaysia? Melihat kepada laporan University Malaya Center for Poverty Development Studies di mana kesenjangan dan indeks kesenjangan ini yang disebut Gini Coefficient Index. If you still remember your first year university lectures dulu, ya Yang Berhormat Pasir Salak. Iaitu purata itu melebar. Ini dari Unit Perancang Ekonomi. Menurut kajian yang sama, nisbah pendapatan antara penduduk bandar-pedalaman. Ini yang disebut tadi meruncingnya. Data Perangkaan Nasional menunjukkan bahawa nisbah pendapatan rakyat Malaysia berbanding KDNK pada tahun 2013 pada 23%; Thailand sebanyak 31%;

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

United Kingdom sebanyak 44%; Jepun dan Amerika Syarikat sebanyak 52%. Nisbah pendapatan rakyat berbanding KDNK untuk Malaysia pada 21% pada 2013, mendapati penyusutan daripada 28% pada tahun 2008. Fakta menunjukkan, dengan segala transformasi ekonomi yang dihebahkan, kesenjangan kian melebar. Menurut ramalan PEMANDU sendiri, nisbah dijangka menyusut kepada 21% pada tahun 2000. Yang ini saya tidak faham, sebab kita sudah kritik. Bagaimana PEMANDU boleh terima ini sebagai satu kenyataan, dan tidak ada satu tekanan besar untuk melebar- kerana pemikir dan perencana ekonomi PEMANDU itu melihat kepada pertumbuhan ekonomi, kekayaan negara tetapi tidak pemerataan kekayaan serta pendapatan rakyat. Ini yang saya anggap- sudah pun ditegur, dan ini saya anggap angka yang dibuat oleh PEMANDU tanpa menunjukkan keprihatinan kepada permasalahan kesenjangan indeks dan juga pendapatan masyarakat desa luar bandar yang majoriti Melayu dan bumiputera. Ini sangat membimbangkan. Ini ada kaitan dengan inflasi yang menekan rakyat walaupun Perdana Menteri dalam satu, dua kes mempertikaikan tetapi angka yang sebenarnya peningkatan itu meningkat. Kita juga tahu ia ikut basket. Baik index poverty ataupun harga barang, dan ini ada yang mempertikai, dan saya tidak hendak ulas itu. Cuma kenyataannya, meningkat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Siapa yang kata tidak meningkat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Boleh beri jalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya dengar ucapan Yang Berhormat Permatang Pauh cukup teliti dan kata Perdana Menteri pun ramai penasihat. Mungkin salah menasihati. Yang Berhormat pun kata tadi, tidak pernah Perdana Menteri punya ramai penasihat. Saya daripada Selangor. Seingat saya Selangor pun tidak pernah ada Penasihat Ekonomi kecuali pertama kalilah. Mungkin Yang Berhormat Menteri dari Bandar Tun Razak tidak berapa reti mentadbir dan terpaksa melantik Yang Berhormat menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Saya hendak tanya Yang Berhormat sebagai penasihat. Bercakap pasal penasihatkah atau ‘punahsihatkah’ terpulang kepada Yang Berhormat. Ini saya hendak

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

tanya sebagai Penasihat Menteri Besar, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ini, gaji ADUN dan gaji Menteri Besar lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri. Apa Yang Berhormat nasihat Menteri Besar ini? Pasal isu air, perjanjian air. Menteri Besar tidak tanya kepada penasihatkah? Apa tugas penasihat? Sebab apa? Inilah tugas penasihat. Yang Berhormat Permatang Pauh cakap pasal tugas penasihat...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa? Yalah. Yang lain bising kenapa? Ini lebih teruk daripada pembodek bos. Ini semua hendak bodek boskah? Diamlah. Kalau Yang Berhormat bising, Yang Berhormat merendahkan kebolehan Ketua Pembangkang. Yang Berhormat pandai, Yang Berhormat jadilah Ketua Pembangkang. Memalukan sahaja. Bagilah saya cakap sekejap. Belum habis lagi. Belum habis. Saya hendak tanya. Saya hendak beritahu Ahli-ahli Pembangkang ini. Janganlah hendak bodek bos. Kalau saya tidak betul, biarlah Ketua Pembangkang cakap saya tidak betul. Yang bising-bising dekat belakang ini kenapa?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa, apa, apa boo? Dengar dulu. Saya cakap soal penasihat. Apa tugas penasihat? Yang Berhormat seolah-olah merendahkan tugas-tugas penasihat, seolah-olah ekonomi kita ini teruk sangat. Negeri kita teruk sangat. Saya ambil contoh- sebab ini tugas Yang Berhormat sebagai Penasihat Negeri Selangor. Apa jadi kepada Kerajaan Negeri Selangor ini? Masalah air. Mengapa penasihat cakap lain? Mengapa Menteri Besar cakap lain? Saya tanya Yang Berhormat. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, bersetuju atau tidak bersetuju Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Pusat? Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak gaji ADUN dan gaji Menteri Besar dinaikkan lebih tinggi daripada gaji Ahli-ahli Parlimen?

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa..., saya tanya banyak? Janganlah merendahkan Ketua Pembangkang. Ketua Pembangang ini hebat. Apa?

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Penasihat Menteri Besar seorang. Penasihat Perdana Menteri beratus. Penasihat Menteri Besar elaun seringgit walaupun difitnah kata RM150,000. Penasihat Perdana Menteri gaji berpuluh juta setahun dikumpulkan. Biar saya habis. Itu yang pertama. Kedua, Menteri Besar naikkan gaji dan elaun. Dia tidak ambil tanah, tidak ambil balak, tidak ada kontrak, tidak ada tipu, tidak ada share, tidak ada komisen, tidak ada

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

naik kapal terbang mahal dan tidak ada beli berlian. Oleh sebab itu saya hormat dia dan isteri dia. Cukup simple hidupnya. Tidak membebankan rakyat. Itu pertama [Tepuk] Saya tidak mahu tambah. Siapa hendak pertahan, boleh pertahan. Keduanya...

Jawablah.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Baik saya akan jawab. Jangan bimbang. Soal elaun dan gaji yang dicadangkan. Memang kita bawa dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan menasihati Menteri Besar supaya mengkaji semula, menurunkan kadar elaun itu. Itu kerja penasihat. Ingat penasihat Perdana Menteri berani? Tidak. Baik. Yang kedua. Yang kedua. Yang kedua pasal air...

Pasal air.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya macam mana?

[Menyampuk]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, dia ikut. Ini masalahnya kaki cucuk, Yang Berhormat Arau ini. Hang cakap soal Islam. Allah, Allah, Allah. Dengarlah dulu. Dia buat. Cuma dia cadangkan daripada turunkan kerana kena bawa Dewan Undangan Negeri akan datang....

Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak, tidak. Biar saya habis sekejap. Saya habiskan ini. Habis ini. Baik, baik, baik. Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan kena dibetulkan oleh Mesyuarat Dewan Undangan Negeri akan datang.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sementara itu Menteri Besar dan Exco mengambil kira nasihat yang diberikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengatakan tidak boleh diambil elaun tambahan dan dipindahkan kepada Yayasan Pendidikan. Ada orang UMNO boleh buat macam itu? Haram tidak adanya.

Yang Berhormat ini untuk semua untuk kepentingan Ahli Parlimen. Apakah Yang Berhormat bersetuju supaya elaun Ahli-ahli Parlimen dinaikkan? Cakap cara rasmi, secara rasmi. Kalau Yang Berhormat setuju saya akan buat report dalam Mesyuarat Kabinet akan datang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat Menteri...

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak apa itu saya tidak ada masalah saya jawab. Saya sudah menulis kepada Tuan Yang di-Pertua, saya pun

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

sudah dua kali runding dengan Yang Berhormat Menteri. Saya pada peringkat awal tidak setuju kerana kenaikan terlalu tinggi pada keadaan rakyat banyak beban. Akan tetapi bila dirungkai semula untuk bantu staf, untuk bantu penyelidikan, pejabat di kawasan dan kenaikan yang dianggap terkawal. Saya sudah bagi jawab setuju sudah [Tepuk] Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat, bila Utusan lapor Dato' Seri Anwar bin Ibrahim setuju naik elaun mendadak jadi susahlah saya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Walaupun kita cakap Allah, Allah, Allah tipu fitnah boleh juga. Ini masalah dia.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya jawab sudah bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, saya terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri pun panggil saya bincang dan saya juga maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya kata saya setuju. Dia tanya sebab apa tidak setuju peringkat awal. Saya tidak setuju kerana kenaikan itu mendadak. Sudahlah keadaan orang menghadapi kekangan ekonomi jadi kita sama-sama derita. Jangan rakyat sahaja derita kita dok sibuk naik tinggi. Kemudian bila dibincang semula dan katakan bahawa patut beri servis Ahli Parlimen itu dari segi perkhidmatan maka di pejabat kawasan. Pemandu gaji RM1,500 umpamanya tidak munasabah. Itu dinaikkan supaya gaji pemandu ditingkatkan. Umpamanya hal-hal begitu termasuk kenaikan yang dikira dalam kadar yang munasabah. Saya sudah jawab kepada Yang Berhormat Menteri saya setuju. Jadi tidak ada masalah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat bagi saya laluan dahulu.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Air, air.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebelum masuk air, sebelum masuk air.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sebelum masuk air.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebelum masuk air ya sebelum masuk air.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia kata belum masuk air [Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebelum masuk air empat sentimeter dalam itu yang ini. Sebelum masuk air yang dalam itulah sebelum masuk air. Isu air yang sangkut itu. Isu air. Sebelum masuk air. Tadi Yang Berhormat saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat kata tadi gaji naik tidaklah naikkan cukai, tidak menyusahkan rakyat, penasihat tidak berani tegur Perdana Menteri. Pertama Yang Berhormat, kita tidak tegur Perdana Menteri pun kita tidak zalim. Ini Menteri Besar tidak dengar cakap penasihat hendak dipecat Menteri Besar, sanggup ada pilihan raya kecil semata-mata hendak terbalik. Lagi zalim, lagi zalim. Ini satu tindakan zalim. Menteri Besar tidak dengar cakap buat pilihan raya kecil Kajang hendak jadi Menteri Besar. Ini zalim, ini satu tindakan zalim. Itu yang pertama. Biarlah kita, biar kita kata tidak tahu, kita tidak boleh menasihati Perdana Menteri tidak apa tetapi kita jangan zalim. Sampai orang tidak dengar cakap kita, Oh! Kamu tidak layak jadi Menteri Besar ada pilihan raya kecil aku hendak jadi Menteri Besar. Ini betulkah?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti, nanti belum lagi. Satu, satu nanti dahulu Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudahlah okey.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat nanti dahulu belum habis lagi.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih, terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Cara cakap macam itu pergi dekat Kajanglah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, tidak saya hendak tanya.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Hendak politik pergi Kajang, pergi Kajang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kedua, yang kedua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat kalau Yang Berhormat betul-betul bagi saya jalan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Hendak politik pergi Kajang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya sudah dengar saya hendak jawab.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat cukai, cukai ...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Pergi Kajang malam ini pergi Kajang jom.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak tambah...

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tanya Tuan Yang di-Pertua, tanya Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

No, no

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak jawab, saya hendak jawab jangan hendak tipu rakyat. Saya orang Selangor, Menteri Besar ada. Dengar...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Hendak politik pergi Kajang malam ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baik masalah cukai, masalah cukai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebagai penasihat ekonomi, sebagai penasihat ekonomi apa Yang Berhormat nasihat kepada Menteri Besar? Cukai, cukai tanah naik. Di Selangor cukai tanah naik, cukai tanah pertanian waktu Barisan Nasional memerintah...

Cukai udang naik, udang naik tidak?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Satu ekar kita bayar RM350 waktu hari ini di negeri Selangor cukai premium tanah pertanian naik sampai RM36,000. Apa punya penasihat ini? Hendak cakap fasal kerajaan federal yang tugas Yang Berhormat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Yang Berhormat gagal jalankan tugas hendak ajar kerajaan federal. Ajar kerajaan negeri itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat Tanjong Karang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Nak nasihat Perdana Menteri cukai tanah pun gagal. Untuk ekonomi negeri Selangor padang golf pun dijual. Yang Berhormat bersetujukah sebagai penasihat ekonomi padang golf pun kerajaan negeri jual. Setuju, apa ini?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey, okey.

Cukuplah duduklah duduk.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Okey.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hendak cakap penasihat- penasihat, apa punya penasihat ekonomi.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya hendak jawab pun tidak boleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua macam mana.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa punya penasihat ekonomi. Padang golf pun sanggup dijual. Harta kerajaan pun sanggup dijual.

Ini hendak cerita masalah negara bukan padang golf. Tauke udang kecewa!

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa tidak apa Yang Berhormat Pokok Sena duduk. Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Pokok Sena duduk, duduk.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Patut, patut...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat. Panjang lagi Yang Berhormat Permatang Pauh?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Sekarang Yang Berhormat saya hendak jawab fasal...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kenapa Yang Berhormat Tanjong Karang tidak bertanding di Kajang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sekarang kita faham sebab apalah Perdana Menteri gugur dia sebagai Menteri [Ketawa]

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat okey tidak apa...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ahli-ahli Pembangkang: Gugur, gugur, gugur.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa, Yang Berhormat kalau saya jadi Menteri saya tidak ada peluang cakap macam inilah Yang Berhormat. Saya sokong jadi Menteri saya hendak tengok di Selangor Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bila saya sebut sahaja itu Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional pun gelak [Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Fasal dia kena gugur [Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini penasihat apa ini? Penasihat yang paling zalim tidak dengar nasihat sanggup hendak tolak Menteri Besar. Apa punya penasihat. Kerajaan yang zalim penasihat zalim belum jadi Perdana Menteri sudah zalim. Zalim!

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya zalim kepada...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Zalim penasihat. Kasihan Bandar Tun Razak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Tanjong Karang cukuplah, cukuplah Yang Berhormat Tanjong Karang cukup. Yang Berhormat Tanjong Karang cukup.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jangan meroyan sangat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat, Yang Berhormat saya minta Yang Berhormat Permatang Pauh lagi 10 minit ya. Lepas itu Yang Berhormat Tanjong Karang boleh berbahas selepas ini. Sila.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih. Saya tertarik sebab ada Yang Berhormat Barisan Nasional pun ketawa sama bila digugurkan [Ketawa] Baik tetapi soal Menteri Besar yang dibangkitkan sekarang ini saya kagum juga. Yang Berhormat Tanjong Karang di antara yang paling kuat menyokong Menteri Besar Selangor [Ketawa] [Tepuk]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak kita menegakkan keadilan

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita menegakkan keadilan. Ini parti tidak adil, ini hendak adil apa.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau niat dia...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Paling-paling tidak dia orang Selangor.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

...Hendak lagakan...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Paling-paling tidak dia orang Selangor, saya mesti sama-sama Selangor, pertahankan Selangor [Ketawa] Ini apa ini?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Memang munafik besar.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Selangor pertahankan. Rompak Selangor adalah.

Rugi Selangor, Selangor rugi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rakyat Selangor sudah tolak UMNO Barisan Nasional. Berlagak. Sudah dua kali kalah. Daripada dahulu sekarang kita sudah ada 2/3. Cermin muka dahulu [Ketawa]

Yang Berhormat minta penjelasan sedikit boleh tidak seminit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya.

Saya hendak tanya Yang Berhormat apakah Yang Berhormat selaku orang nombor satu PKR bercadang untuk mengekalkan Menteri Besar sekarang ataupun menggantikan dengan Timbalan Presiden PKR?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Permatang Pauh ini satu rekod yang baiklah. Maknanya menteri- menteri berminat hari ini [Ketawa] Sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Backbencher tidak boleh harap, backbencher tidak boleh harap. Menteri pula terbalik kuasa.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ramai orang UMNO minat dengan Selangor patut tanding di Kajang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau ada deal, kalau ada deal sekarang, kalau setuju kerana banyak masalah, ada kemelut politik dan ekonomi. Kalau Yang Berhormat Arau boleh bagi pengakuan hendak minta Perdana Menteri turunkan, saya akan minta Menteri Besar pun letak jawatan

[Dewan riuh]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sekarang ini dia masih lagi Menteri Besar, tidak ada masalah.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Baik, soal air, you tanya soal air, saya hendak jawab soal air. Soal air seperti yang kita tahu rundingan sejak tahun 2008. Umum ketahui, Menteri Besar memang libatkan saya untuk bincang beberapa perkara, dipersetujui semua, ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Kemudian diambil alih semula, saya minta Menteri Besar sambung dan kita tentunya minta, yang kita minta dikaji dan diteliti beberapa aspek untuk pertahankan kepentingan rakyat Selangor termasuk Langat Dua kerana nampak UMNO, BN ini dia kira bukan selesai masalah air, dia kira Langat Dua kerana kontrak RM8 bilion

[Dewan riuh]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Awal-awal sudah tetapkan siapa kontrak, itu ini. Saya beritahu Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid ini korporat, dia lurus, saya kata, “Tan Sri kena ingat, deal pada mereka itu, yang lain MoU, yang ini agreement binding and irrevocable”. Jadi kita nasihat, tidak ada masalah tetapi sekarang saya panggil juga Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat Marang duduk dengan Tan Sri Menteri Besar dan kita punya keputusan, kita sokong keputusan mencari penyelesaian di antara negeri dan persekutuan disokong oleh Pakatan Rakyat...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjung Karang bangun.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Sudah banyak sangat

[Dewan riuh]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya dah bagi tiga, empat kali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh sebab fakta tidak betul.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk lah...

[Dewan riuh]

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat tahu bukan Sabah, di Selangor dia kalah teruk dah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hei! Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Dia sekarang hendak jadi jaguh, jaguh Melayu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hei! Yang Berhormat, ini fakta tidak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, kalau betul-betul anak jantan, bagilah saya jalan. Apa penakut kah? Malulah Ketua Pembangkang.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tidak adalah, saya kalau cakap...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak bercakap fakta.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau setakat Yang Berhormat Tanjung Karang, tidak takutlah cuma hendak wacana dengan orang macam ini, terjerit terlolong, bukan stail sayalah. Kalau dengan Yang Berhormat Shah Alam boleh lawan dia, dengan saya tidak payahlah

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oleh sebab dia, Yang Berhormat sebab Yang Berhormat Shah Alam saya dah cuba, dia bukan standard saya.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Biar Yang Berhormat Shah Alam sahaja lawan dia, tidak payahlah saya

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlulah Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dulu dia pergi Shah Alam, kita buat muzakarah fasal kalimah Allah, dia kata hendak sekolahkan saya tetapi saya cukup kecewa, tidak ada hujah. Akhirnya dia kata saya bukan pakar, awak bukan pakar, hendak debat apa?

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau bukan pakar, cabar saya debat buat apa? Bodoh punya! Tindakan yang tidak berakal, sesuai untuk budak

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudah habis?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudah habis? Sudah habis?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini masalah yang ada pada Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa punya floor ini? Yang Berhormat bagi floor pada siapa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia bagi pada Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak minta pada Tuan Yang di-Pertua, beri masa lebih sedikit pada Yang Berhormat Permatang Pauh, banyak gangguan, bukan sekadar daripada backbencher, gangguan daripada Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Teruskan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Gangguan daripada Menteri dan Timbalan Menteri, berilah setengah jam lagi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak betulkan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Patut tadi untuk rumuskan, rumuskan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Permatang Pauh tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya dah bagi banyak laluan dan Yang Berhormat Tanjong Karang ini dia tukang jerit sebab itu digugurkan sebagai Menteri. Jadi saya pun tidak mahu layan, Perdana Menteri tidak layan dia, saya hendak layan dia buat apa.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, saya kena gugur daripada Menteri tidak teruk macam Yang Berhormat. Digugurkan sebagai timbalan Perdana Menteri, lagi malulah.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

[Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Digugurkan dengan tidak bermoral.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Saya, sebab saya lawan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu fasal lawan, ini gugur fasal tidak cekap.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hendak cakap berkenaan, apa ini?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Tanjong Karang duduklah.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Bekas Menteri, Ahli Parlimen debat pun terlolong-terlolong begitu tidak kena, jadi saya tidak layanlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terlolong apa?

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

In the full view of television, tengok orang begitu, jerit itu ini, itu sahaja.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ha! Bagilah jalan, bagi laluan.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua benar, sampai tidak benarkan, dia jerit juga. Jadi,, saya ingat boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ha! Sudah tidak bagi laluan.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Jadi saya rumuskan daripada soal badan kehakiman kepada soal ekonomi dan sosial, kepada MAS MH370 yang melambangkan apa? Termasuk inisiatif kita tentang konsensus nasional. Ia melambangkan kegagalan, kelemahan atau incompetence pimpinan negeri ini menangani permasalahan negara dan rakyat. Bagi pihak Pakatan Rakyat, perkara ini dah berterusan walaupun bagi kami mandat majoriti rakyat kekal dan saya yakin insya- Allah prestasi kita di Kajang akan cukup juga meyakinkan. Ia tidak beri ruang dan pilihan kepada kita, tanpa mengambil sikap yang keras dan tegas menolak kecurangan, kezaliman dan kerakusan Barisan Nasional [Tepuk] Segala ruang untuk berbincang dengan baik sudah kita berikan dan mereka akan jawab hanya dengan tohmahan, media yang di control sebab itu memalukan. Belum pernah dalam sejarah negara kita imej negara tercalar begini rupa. Dunia tahu bagaimana badan kehakiman dikongkong, dunia tahu bagaimana media dikongkong sehinggakan semua penulisan menunjukkan cara kita tangani baik isu MH370 atau isu pergelutan agama dan kaum yang menjadi kian sengit dan tidak ada tindakan. Polis akan hanya diarah untuk bertindak kepada pembangkang dan semua tindakan keterlaluan oleh kelompok-kelompok yang didukung oleh UMNO dibiarkan begitu rupa. Ini bukan cara kita tangani, gunalah nama Allah banyak mana pun, kalau zalim itu menjadi cara dan kaedah, kita wajib tentang habis-habisan. Terima kasih [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Saya tertarik, hendak sambung dengan apa Yang Berhormat Permatang Pauh kata mengenai imej negara.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tunggulah... [Merujuk kepada Yang Berhormat Permatang Pauh yang keluar dari Dewan] Okey, Yang Berhormat Permatang Pauh kata imej.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa pakat kah?

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Jangan keluar, jangan keluar.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudah tidak boleh calon, pakat baik.

Hendak bagi nasihat, dah terus-terus.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Permatang Pauh pakat dengan Menteri Besar sebab dia tidak boleh jadi calon, dia takut menteri Besar kekal, itu yang dia buat pakat itu. Saya hendak ulas mengenai ucapan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang mengatakan bahawa imej negara amat tercalar. Sebenarnya yang memainkan peranan untuk yang menyebabkan imej negara tercalar tidak kurang daripada pihak pembangkang. Saya ambil satu contoh, bagaimana pihak pembangkang boleh merendah-rendahkan keputusan mahkamah, peranan mahkamah, di kempen di Kajang, di dalam blog mereka menuduh mahkamah kita tidak adil, mereka menuduh campur tangan politik di dalam mahkamah. Sebagai rakyat Malaysia, kalau kita tidak menghormati sistem kehakiman kita, bagaimana orang lain hendak hormat? Kita dilatih supaya memegang pada Rukun Negara. “Keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang- undang” tetapi apabila mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Ketua Pembangkang pada minggu lepas di Mahkamah Rayuan, dijadikan isu seolah-olah macam kita pula

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

hendak menghalang Yang Berhormat Permatang Pauh daripada bertanding di pilihan raya kecil di Kajang. Tuduh kita pula membuat konspirasi. Ini ialah satu contoh yang mana kita lihat bahawa pembangkang, mereka sentiasa mencari sebab, mencari alasan untuk memburuk-burukkan imej kerajaan. Sebaliknya hari ini mereka pula menuduh kita yang memalukan dan menjatuhkan imej negara. Saya hendak cabar kepada pembangkang, hormatilah undang-undang. Kalau tidak mahu menghormati undang-undang, kita jangan pergi ke mahkamah. Bila kes liwat satu, Mahkamah Tinggi mendapati Yang Berhormat Permatang Pauh bersalah, Mahkamah Rayuan kata dia bersalah, 4-0, empat hakim dengar, keempat-empat kata dia bersalah. Bila pergi kepada Mahkamah Persekutuan, tiga hakim dengar, dua kata dia tidak bersalah walaupun berlaku hubungan tetapi tidak ada buktinya yang kukuh, ertinya dia boleh lepas. Lima hakim, tujuh hakim dengan kes liwat satu, lima kata bersalah, dua kata tidak bersalah, lepas kerana itu sistem kita. Begitu juga dengan kes yang baru, Mahkamah Tinggi bebaskan dia. Waktu Mahkamah Tinggi bebaskan beliau, tidak ada pun cerita. Tidak ada pun cerita kata mahkamah tidak adil, tidak ada pun timbul apa- apa. Bila Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman, terus kaitkan dengan pilihan raya kecil seolah-olah kita hendak menghalang. Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, saya amat kesal Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh bertanding. Kita hendak dia bertanding, kita hendak tengok apa yang akan berlaku. Bertanding kerana apa? Hendak jadi Menteri Besar, Menteri Besar masih hidup lagilah, macam mana tiba-tiba dia hendak jadi Menteri Besar?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita hendak tengok kalau dia menang, betulkah dia boleh tukar Menteri Besar? Jadi sebab itu, dia sudah terjerat dengan cara dia. Dia yang membuat story ini. Dia yang buat konspirasi. Sudah tahu kes sudah dekat-dekat hendak didengar di Mahkamah Rayuan, dia boleh arah pula ADUN Kajang, masih sihat lagi, tiba-tiba suruh letak jawatan, kerana apa? Ini kerana hendak kaitkan kes dia dengan kes mahkamah? Jadi sebab itu saya hendak beritahu, kalau tidak menghormati sistem kehakiman kita, janganlah buat rayuan. Ini buat rayuan juga ke Mahkamah Persekutuan. Esok kalau ditakdirkan dia bersalah, lagi sekali sistem kehakiman kita akan dikutuk, dihina dan akan digembar-gemburkan di peringkat antarabangsa. Kalau kita tidak menghina sistem kita, sudah tentu orang akan menghormati kita. Akan tetapi kalau kita pula tokok tambah, sudah tentu orang tidak mahu menghormati kita.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ucapan daripada Ketua Pembangkang tadi cukup memalukan kerana memandang rendah terhadap kita dan nampak tugas sebagai penasihat Perdana Menteri ini seolah-olah semuanya tidak betul, takut hendak nasihat. Keterangan dia pun tidak betul. Dalam Dewan ini dia menipu. Saya hendak tunggu dia. Isu air, saya tahu. Ketua Pembangkang kata dia bersama-sama dengan Menteri Besar memikirkan. Saya hendak bagi tahu bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah sama sekali untuk menolak supaya Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih pengurusan air Selangor. Tidak pernah! Kita kata, “Ambillah pengurusan air ini, dengan konsep willing buyer, willing seller”. Menteri Besar tokoh korporat. Yang hendak ambil alih ini, syarikat-syarikat yang besar. Bukan hendak beli syarikat RM2, bolehlah. Bukan ambil syarikat sendirian berhad. Ada prosedurnya. Ada willing buyer, willing seller. Kita kata, “Tidak ada halangan. Ambillah syarikat ini, bincanglah baik-baik”. Jelas. Yang kita hendak ini ialah Langat 2 kerana Langat 2 ini amat penting. Ini kerana tanpa Langat 2 dan kita sudah nampak bahawa 15 tahun dahulu sewaktu Barisan Nasional memerintah, kita sudah nampak Selangor akan menghadapi masalah air. Ini ialah beza di antara Barisan Nasional dengan kerajaan pembangkang. Kerajaan pembangkang ad hoc [Tepuk] Kita kata, “Air tidak ada”. Oh! Dia kata, “Sebab apa tidak ada? Air longkang ada, air lombong ada, air sungai ada, banyak air ada”. Sampai saya buat analogi. Menteri Besar tidak faham masalah air bersih dengan air dirawat dengan air biasa. Saya buat contoh antara padi dengan beras. Kita bercakap soal beras. Menteri Besar bercakap soal padi. Siapa hendak makan padi? Kalau padi banyak pun, tidak ada proses kilang hendak jadikan beras, rakyat akan lapar. Tidak mungkin rakyat hendak makan padi. Saya sudah buat contoh tetapi ketika itu Menteri Besar bukan main beria-ia tidak boleh, tak nak, tidak bersetuju, kerana apa? Ini kerana ketika itu Yang Berhormat Permatang Pauh jadi penasihat. Bila Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi penasihat, Menteri Besar tidak ada pilihan. Dengar nasihat Yang Berhormat Permatang Pauh. Dia dijadikan kuda. Dia dijadikan alat oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Dengar sahaja apa Yang Berhormat Permatang Pauh cakap tetapi apabila Yang Berhormat Permatang Pauh hendak singkirkan dia daripada Menteri Besar, Yang Berhormat Permatang Pauh hendak terajang Yang Berhormat Bandar Tun Razak daripada Menteri Besar, saya ingat pada masa itu barulah Yang Berhormat Menteri Besar Selangor terfikir, “Oh! Rupa-rupanya selama ini saya hanya menjadi hamba. Ikut apa yang disebut oleh Penasihat Ekonomi Selangor iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh”. Dia sudah ikut. Tiba-tiba sampai jawatan Menteri Besar pun hendak dirampas.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa lebih zalim, yang kata kita ini zalim? Belum jadi Perdana Menteri sudah zalim. Kalau jadi Perdana Menteri lagi zalim! Jadi oleh itu tidak akan jadi Perdana Menteri! Orang yang zalim seperti ini adik-beradik siapa? Kalau keputusan mahkamah menyebelahi beliau, “Oh! Adil!”. Kalau keputusan mahkamah tidak menyebelahi beliau, “Oh! Tidak adil!” Heboh! Reformasi apa? Bukannya dia didapati bersalah memperjuangkan hak rakyat. Kalau dia memperjuangkan hak rakyat tidak mengapa, rakyat boleh sokong. Ini antara dia dengan Saiful, berdua. Siapa yang kenalkan Saiful dengan dia? Saya ingat mungkin Yang Berhormat Pandan kenalkan Saiful dengan Yang Berhormat Permatang Pauh. Mungkin Yang Berhormat Shah Alam- lari sudah keluar. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Melaka mungkin tidak. Jadi siapa yang kenalkan dia? Ini masalah peribadi. Biarlah. Apa yang hendak diheret rakyat dengan masalah-masalah peribadi macam ini? Jadi Tuan Yang di-Pertua, pasal air, saya tahu. Saya duduk dalam jawatankuasa air. Saya tahu bahawa air yang kita minta, dahulu kita kata bahawa yang penting ialah Langat 2. Akan tetapi nampak sangat pemikiran Ketua Pembangkang ini macam pemikiran dia jadi Menteri Kewangan II. Minta maaf waktu itu dia menjadi Menteri Kewangan. Sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan, siapa yang memulakan kroni kalau tidak Yang Berhormat Permatang Pauh? Kontraktor berwibawa. Direct nego. Siapa yang mulakan? Dia ingat sewaktu dia jadi Menteri Kewangan, dia ingat pemimpin UMNO hari ini macam pemikiran dia juga. Sebab orang kalau sudah biasa salah, dia ingat orang ikut macam dia. Kalau orang sudah biasa membuat salah, dia ingat orang pun akan ikut macam dia buat salah. Tidak ada! Macam mana dia kata kroni UMNO hendak dapat? Dia buat open tender. Syarikat-syarikat antarabangsa pun masuk bid, masuk tender. Macam mana dia di dalam Dewan boleh menuduh perkara-perkara seperti ini? Jadi Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kita hadapi hari ini ialah gembar- gembur. Saya kata GST. Siapa heboh sangat fasal GST ini? GST ini akan dimulakan tahun hadapan. Beritahu kita tidak ada satu projek pun yang kerajaan buat yang tidak mendapat bangkangan daripada pihak pembangkang. Sebut sahaja projek apa. Projek Jambatan Pulau Pinang. Masa mula-mula kita hendak buat- oh! Tentangan hebat! DAP pun hebat! Lawan, tidak bersetuju, membazir duit rakyat. Hari ini sudah buat jambatan kedua. Yang Berhormat Gelang Patah salah satu yang cukup menentang. “Oh! Ini Jambatan Pulau Pinang membazir duit rakyat”. Hari ini cuba lihat. Tidak cukup jambatan satu, buat jambatan dua. Tidak cukup, buat tunnel. Saya hendak tanya projek tunnel ini direct nego ataupun open tender? Sebab apa? Ini penasihat Yang Berhormat Gelang

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Patah ada. Tanya dia. Janganlah hendak tengok kita. Berapa bilion buat projek bawah tanah?...

Anak dia!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ada buat open tender? Tidak ada. Jadi, jangan salahkan kita. Bermakna, apa juga projek yang kerajaan buat, pembangkang tidak akan sokong. Kita buat apa? Kita buat KLIA. “Oh! Ini KLIA akan jadi gajah putih”. Saya masih ingat lagi. Sebab itu semasa saya belajar di London, pada masa itu tahun 1980-an, bila pemimpin-pemimpin pembangkang datang ke luar negara, itulah yang dia hasut kami. Waktu itu saya masih pelajar lagi. Dia kata, “Jambatan Pulau Pinang membazir, KLIA membazir”. Hari ini kita tengok KLIA. Tidak cukup KLIA, buat KLIA2, buat LCCT. Kalau dengar cakap pembangkang ini, kita tidak akan maju. Sama juga dengan GST. Hendak mula tahun hadapan, 2015. Bising-bising sangat kenapa? Tunggu dan lihat! Saya penuh yakin, tidak mungkin Kerajaan Barisan Nasional hendak bunuh diri. Kalau kata GST itu memang benar betul-betul menyusahkan rakyat, sudah tentulah rakyat akan menghukum Barisan Nasional dalam pilihan raya yang ke-14. Kalau betul dari segi politiknya, kalau betul GST ini menyusahkan rakyat atau membebankan rakyat, patut pembangkang lagilah suka. Biar rakyat marah dengan Barisan Nasional. Pilihan raya ke-14 tentu rakyat tidak akan sokong Barisan Nasional. Akan tetapi mengapa hari ini diheboh-hebohkan? Ini sebab perkara belum lagi berlaku dan mereka takut bila GST ini dilaksanakan, rakyat lebih gembira. Oleh kerana itu, mereka cuba meracuni pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan. Supaya mereka ada platform untuk mereka berceramah, mereka menghasut rakyat dan terus menghasut rakyat. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta juga bahawa pihak kerajaan teruskan projek ini. Kalau kita dengar segala apa percakapan dari pembangkang, negara kita tidak akan maju. Ini kerana kita kena ingat, sebut sahaja kerajaan dan untuk Kerajaan Barisan Nasional, Allah SWT itu Maha Kaya. Cakap pandai sangat. “Nah! Ambil kamu Selangor. Ambil kamu Pulau Pinang. Tadbir dan tengok”. Selangor, apa jadi kepada Selangor? Oh! Dia kata, “Naik gaji Menteri Besar”. Tidak cukai rakyat itu apa? Daripada duit mana dapat? Apa yang kerajaan sebagai penasihat ekonomi dan juga Menteri Besar, apa satu projek yang boleh dibanggakan dalam negeri Selangor? Tadi Yang Berhormat Shah Alam act sangat. Sudah menang penggal kedua. Apa yang kita boleh bangga? Melainkan yang kita boleh lihat apa yang kita buat, itulah

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

yang dijual. Sampai padang golf pun dia jual. Kenapa dia jual? Buat projek mewah. Siapa yang mampu untuk beli projek mewah? Adakah orang-orang Melayu yang dia kata Melayu itu mampu membeli projek-projek mewah yang akan dibuat di padang golf? Padang Golf Templer. Padang Golf Templer sudah tentu kawasan hijau tetapi bila ada tanah, Pertubuhan Peladang di Kuala Selangor hendak buat projek perumahan, terus diwartakan sebagai kawasan hijau 63 ekar. Ini PPK hendak buat rumah untuk rakyat tidak dibenarkan, distopkan. PPK sebagai kawasan hijau yang padang sudah hijau, padang golf sudah elok dijual untuk buat rumah murah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

PPK hendak buat rumah rakyat distop, digazet, diwartakan sebagai kawasan hijau. Apa ini perjuangan? Ini contoh kerajaan yang sudah diberikan kuasa. Saya hendak beritahu tentang cukai tanah. Di kampung saya, saya ada bukti, saya ada bangkitkan. Sewaktu kita memerintah, tanah pertanian yang telah diterokai sejak 40 tahun dahulu- teroka tanah ini, dia teroka, teroka tanah bila sekarang ini kita mohonkan 5A, dapat borang 5A, waktu kita memerintah kalau tanah seperti itu...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Harga bayar RM350 satu ekar, token kita beri kepada rakyat. Hari ini kerajaan negeri jual tanah mengikut harga pasaran, RM36,000. Seolah-olah dia tidak ambil tanah rakyat, dia jual balik kepada rakyat, bayar RM36,000. Inikah yang kita katakan kerajaan yang baik, ini bukan zalim namanya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Ini mestilah penasihat ekonomi yang zalim, bukan zalim kepada rakyat tetapi juga zalim kepada Menteri Besar sendiri sebab itu Menteri Besar tidak mahu dengar lagi cakap penasihat sudah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, ada Yang Berhormat Menteri yang bangun Yang Berhormat .

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya meminta sedikit laluan Tuan Yang di-Pertua sebab saya Menteri yang bertanggungjawab pada hari ini. Saya ada sedikit kekeliruan. Jadi saya ingin minta pandangan kalau boleh diberikan ruang oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Tadi kita dengar, saya mendengar dengan teliti hujah daripada Yang Berhormat Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang. Beliau menuduh kerajaan dan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memelihara

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

orang kaya, kroni kepada orang kaya dan sebagainya dan mengatakan bahawa kita bertanggungjawab ke atas ketirisan dan bermacam-macam tuduhan yang dibuat, sedangkan saya minta pandangan Yang Berhormat. Sedangkan apabila kita menstrukturkan subsidi contohnya, Yang Berhormat kata tadi tentang GST. Apabila kita menstrukturkan subsidi ini dengan satu perasaan tanggungjawab untuk mengelakkan ketirisan, jangan orang kaya yang dibela oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ini diberikan subsidi, kita beri kepada orang yang memerlukan, orang miskin. Kita struktur subsidi kita...

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Akan tetapi saya merasa amat hairan...

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Kenapa beliau...

Saya agak kita sudah out of order.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no Yang Berhormat...

Sebab kalau satu perkara yang sangat essential...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, you have never respected decorum at this Parliament.

...Yang Berhormat Menteri hendak mencelah Parlimen, okey.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...You never respect...

...Okey, tetapi inilah adalah perbahasan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

This is my floor.

No, it’s not your floor..

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no.

You are out of order.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No. How is it out of order?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no. You show me.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat.

...Wasting time, kita punya masa perbahasan diberi oleh- mana boleh.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya Menteri yang bertanggungjawab dalam Parlimen hari ini, you are never respected decorum... [Disampuk] Never.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua- buat rulling, dia bukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dia bukan interject untuk...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya...

...Untuk sesuatu..

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat...

...Untuk memperbetulkan fakta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sudah.

Satu, dua perkara...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

...Kita boleh bersabar.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no.

...Sekarang sudah ambil masa perbahasan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Pertanyaan kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat minta masa saya, bukan masa Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

[Menyampuk]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Bukan. Ini ambil masa yang bermakna sebagai Ahli Dewan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Apa ini pembangkang tidak tahu peraturan, Yang Berhormat tidak tahu peraturan, Yang Berhormat duduk!

Kenyataan di Dewan. Ini Menteri tidak faham. Kalau tidak mahu...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Masa saya. Ini masalah pembangkang.

...Duduk balik sana.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Pembangkang ini dia tidak ada ikut peraturan...

Betul. Sebab itu saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Dia tidak mengikut peraturan...

...Adakah ini dibenarkan?

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tidak.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini penyamun. Ini penyamun. Hei, Yang Berhormat Batu you penyamun masa saya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya...

Tuan Yang di-Pertua, adakah ini dibenarkan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Heh Yang Berhormat Batu, you penyamun masa saya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua...

Adakah ini dibenarkan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa ini penyamun!

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, saya hendak jawab Yang Berhormat. Sekejap Yang Berhormat.

Bolehkah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya...

Panjang lebar untuk berhujah...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Memanglah saya...

...Menyertai satu perbahasan

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Relaxlah brother.

Ini bukan lagi celahan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

... Untuk sesuatu ...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, betul, saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Apa yang takut sangat ?

No, you quote untuk which one? Erskine Maykah peraturan...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, saya...

...Saya tidak akan membenarkan Menteri untuk menyertai perbahasan seperti ini.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di- Pertua membuat rulling, saya hendak beritahu, sekejaplah...

...Ini telah mengambil masa kita yang berbahas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Menyampuk]

Menteri ...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Yang Berhormat Batu, saya tanya Yang Berhormat Tanjong Karang...

[Dewan riuh]

[Menyampuk]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

[Bangun]

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta Yang Berhormat Tanjong Karang.

You are out of order, kerana ini bukan masa untuk Menteri.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no, no. You are always been out of order.

You are out of order.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No...

Ini bukan masa Menteri untuk menjawab.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanyakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang ini lagi Yang Berhormat...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Bagaimana...

Tanya kepada backbencher, apa soalan ini. Yang Berhormat Menteri tanya kepada backbencher apa...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat, saya hendak minta pandangan...

Menteri tanya kepada backbencher.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya bukan...

...Hendak dapatkan pendapat daripada backbencher….

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya minta...

...What kind of stupid Menteri you are...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

You are stupid, not me. You are the one who stupid.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

No, no. Duduklah.

Betul, saya tidak pernah dalam Parlimen, sungguhpun saya baru.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Saya Menteri yang bertanggungjawab pada hari ini. When you bawa...

Saya tidak nampak other Parlimen di mana...

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Kalau you tidak hormat kepada...

...Menteri menyertai perbahasan semasa kita masih lagi masa untuk backbencher ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ini pun out of order Yang Berhormat.

Tidak boleh.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Yang Berhormat Tanjong Karang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ini pun out of order.

Dia kena duduk.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Yang Berhormat Tanjong Karang, saya tidak boleh layan orang gila ya. Saya tidak boleh tanya orang gila...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Biar kita out of order daripada hari pertama Yang Berhormat Batu ini datang ke Parlimen ini, semuanya out of order. I was there, saya adalah backbencher.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...None of tidak ada satu pun perkara yang sacred dalam Parlimen ini tidak dibuat oleh Yang Berhormat Batu, so you have no right to lecture me. Saya hendak tanya satu sahaja sebab saya Menteri. Saya sudah katakan tadi. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, ringkaskan.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

...Saya sudah minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua sebab hari ini Yang Berhormat Batu, saya adalah Menteri yang bertanggungjawab dalam Parlimen, hari ini. Saya bukan Menteri yang berdiri atas nama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya berdiri di atas satu kapasiti yang diberikan kepada saya hari ini untuk melihat perjalanan dan juga bertanggungjawab, tidak apalah. Saya minta- apa ini? Katakan kita mengutamakan orang kaya, ketirisan katanya. Kita buat satu subsidi secara bersasar, berpukal dan akhirnya mereka juga yang membantah penstrukturan struktur. Saya minta satu jawapan daripada Yang Berhormat untuk merungkaikan kekeliruan saya ini. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Terima kasih Yang Berhormat, inilah masalahnya dengan pembangkang. Dia tidak tahu tetapi dia hendak tunjuk pandai. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Batu, tolong tunjukkan dalam peraturan mesyuarat yang mengatakan Menteri tidak boleh mencelah. Tidak ada. Mana? Yang Berhormat kena bercakap mengenai peraturan, Yang Berhormat yang sebenarnya...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, Yang Berhormat- tentang peraturan..

Dia bagi laluan. Bagi laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Bercakap tentang peraturan beritahu peraturan mana yang kata Menteri...

...Bila sudah bahas, bagi laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak boleh mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Peraturan yang mana?

I hendak bagi, bagi laluanlah kalau hendak bahas.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, tidak apa saya bagi laluan. Akan tetapi kalau Yang Berhormat tidak jawab, saya hendak peraturan yang mana, itu sahaja. Tidak berhujah, tolong tahu peraturan, bukan berhujah.

Peraturan...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa saya bagi laluan. Akan tetapi Yang Berhormat kalau tidak jawab, saya hendak tahu peraturan berapa? Itu sahaja, tidak berhujah. Tolong beritahu peraturan, bukan berhujah.

Peraturan...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau Yang Berhormat berhujah, Yang Berhormat duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Hendak jalan Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa, saya mahu tengok dia, peraturan mana yang kata Menteri tidak boleh mencelah.

Peraturan ini, Menteri yang menjaga dan memantau ini, dia bukan untuk menjawab soalan ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak ada, kalau tidak tahu jawapan duduk. You are not valid. You are very stupid.

Tengok, tengok ini...

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You are stupid.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar.

Saya hendak...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You are very stupid. You tidak faham peraturan...

Saya hendak... tengok, tengok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Batu.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudahlah Yang Berhormat batu, you are very stupid. You tidak faham soalan saya.

Apa yang berlaku tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sekejap, saya kata he is stupid. He is stupid, very stupid kerana tidak faham pertanyaan saya

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Soalan saya senang. Peraturan mana? You sebutlah peraturan mana.

Dia beri laluan, saya belum cakap lagi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You are very stupid. You kata orang stupid.

Dia beri laluan, saya belum start lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu.

You beri laluan atau tidak? I belum start lagi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya hendak tanya peraturan berapa? Itu sahaja, you jangan ulas. Peraturan berapa? Cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau hendak ulas, saya tidak benarkan.

Dia beri laluan atau tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya pun tidak faham. Beri laluan atau tidak Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya beri laluan tetapi jangan berhujah. Peraturan berapa yang mengatakan Menteri tidak boleh mencelah? Tolong beritahu.

Ini bukan. I bukan stand-out for peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Okeylah, dia sudah beri laluan Yang Berhormat.

I stand-out to explain Parliament Convention.

Datuk Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

Mana ada convention? You yang broke every convention of Parliament.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, minta laluan, setuju?

I minta laluan. Dia hendak beri atau tidak, I tunggu. Dia kata beri, saya berucap.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa convention? Kita ada peraturan. Dia tidak tahu, kah?

Dia beri atau tidak? Kalau bagi saya berucap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia beri. Yang Berhormat beri laluan Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduk, you are wasting my time.

Tidak payahlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak payahlah. You duduk lah you tidak faham apa soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia tidak beri Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak payahlah, you duduk lah. You tidak faham apa soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

You tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya teruskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia jadi penyamun masa saya. Cuba dia bagi Yang Berhormat Menteri bercakap elok-elok tadi, tidak adalah masa saya terbuang. Masa pun masa saya terpulang pada sayalah saya hendak bagi siapa. Yang Berhormat hendak sibuk-sibuk fasal apa?

You bagi laluan I berdiri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tahu. Okey duduklah, sudahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Duduk lah. You sudah cakap duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu.

...Berucap

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu, kalau tidak bagi laluan duduklah...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia mana ada ikut peraturan, polis pun dia lawan

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Eleh, generasi apa? Eh nasib saya tidak menjadi Menteri KDN, kalau tidak, you lama sudah saya terajang masuklah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Tepuk]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, nasib baiklah saya sudah tidak jadi Menteri, kalau saya jadi Menteri, lagi teruk saya kerja. Okey Yang Berhormat betul, kita sudah beritahu istilah dia apa, potong subsidi, mana ada potong subsidi? Kita kata menyusun semula subsidi. Subsidi minyak kita potong 20 sen, kita jimat-jimat kerajaan boleh simpan lebih kurang dekat-dekat RM4 bilion. Gula kita potong 34 sen sekilo, kita simpan boleh jimat lebih kurang RM1 bilion. Duit ini kita boleh jimat lebih kurang RM4 bilion. Duit ini yang kita serah balik kepada rakyat. Bagaimana cara kita serah kepada rakyat? Kita bagi melalui BR1M. Kita belanja lebih RM35 bilion. Kita serah balik kepada rakyat pada bantuan awal persekolahan. Kita bagi pula pada baucar buku budak-budak sekolah, dulu RM200 sekarang naik RM250. Ini semua zaman ini zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang buat dasar. Dia susun balik subsidi. Subsidi kita tetap bagi lebih kurang RM4 bilion kita terus bagi.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Mana-mana subsidi yang terus kepada rakyat seperti petani, nelayan dan penternak, saya tahu. Ia bukan sahaja kerajaan kekalkan malahan kerajaan tambah lagi dekat RM600 juta. Kerajaan tambah. Ini yang kerajaan buat. Mana yang kata kita bela pada orang miskin? Dia cakap harga beras. Dia pun tidak faham harga beras. Harga beras ini ada dua kategori. Apa yang kita ada harga beras sekarang ialah harga kawal dan yang kita import itu harga yang tidak dikawal. Mana yang mampu beli harga yang mahal, belilah! Mana yang tidak mampu belilah harga beras tempatan yang kita kawal harga ini. Ada tiga kategori kawal harga. Jadi semua perkara ini yang menjadi negara kita ini kelam kabut dan menjadi negara kita ini dilihat menjatuhkan imej negara bukannya kita, ini pihak pembangkang! Mereka memainkan peranan. Dasar politik atau pilihan raya kita, kita pakai sistem electoral system. Ini tidak! Popular vote, pakai popular vote, pelik! Kalau ada pakai popular vote, tidak adalah by-election. Dia bertanding berdasar kepada elektro sistem. Bila dia dapat majoriti popular vote, “Oh! Tidak layak. BN ditolak oleh rakyat sebab dia

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

dapat 51%, BN dapat 49%.” “Oh! Sebab orang Bangladesh datang, 40,000 orang dan kemudian didominasi.”...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Oh! Lampu padam!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Hendak beri laluan?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Semua tipu. Tidak apa, saya beri laluan.

Okey. Kita dalam Pakatan Rakyat, kita bukan tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih melalui sistem daerah ini. Itulah sebab kita mengiktiraf kerajaan. Hanya apabila kita sebut popular vote itu sungguhpun parti yang menang majoriti kerusi bentuk kerajaan, itu kita tidak tolak, hanya kenalah hormati sentimen majoriti yang 52% yang sokong Pakatan Rakyat. Itulah sebab cadangan untuk membincangkan isu nationally conciliation. Cadangan untuk bincang apa maksudnya, konsensus kebangsaan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Faham!

Maksud kami, bukan kerana 52% tidak mengiktiraf kerajaan yang dibentuk oleh parti yang memegang kerusi majoriti.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Faham.

Kerusi majoriti berhak untuk bentuk kerajaan. Kita tidak tolak.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Alright.

Hanya kerajaan yang bentuk kerajaan dengan sokongan minoriti harus juga hormati rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara majoriti.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Itu sahaja. Prinsip itu kena faham.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, faham.

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Beri saya jawab dahulu. Okey, boleh. It is not the problem. Yang Berhormat lagilah saya seronok. Tajuk bahas sampai tidak faham. Orang cakap tajuk bahas kalimah Allah sudut pada perundangan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia pergi hendak jadi ulama. Macam mana? Dia pun tidak faham tajuk, dia kata kita bodoh. Dia lagi sepuluh kali lagi bodoh tidak faham. Okey, nanti saya berilah Yang Berhormat. No problem. Kalau itu standard Yang Berhormat sudah berdebat dengan saya, saya tidak takutlah Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat saya hendak beritahu ini, saya tengok Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat kata menghormati kami menang, betul! Mengapa mengadakan Black 505? Untuk apa mengadakan Black 505? Itulah!

Itu hak perlembagaan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu hak perlembagaan. Itu kerana proses pilihan raya tidak adil.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu kerana proses pilihan raya tidak adil. Tidak faham, faham!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudah habis?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah masalahnya. Walaupun tajuknya hendak bahas dari sudut undang-undang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak! Tidak! Saya Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi jelas undang-undang itu adalah hasil berhubung dengan ugama Islam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka, bila kita hendak rujuk pada persoalan undang-undang yang digubal, kita kena rujuk juga kepada persoalan asas yang menimbulkan undang-undang itu sama ada ianya wajar ataupun sebaliknya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, sudah Yang Berhormat. Sudah cakap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita sudah mula bincang tentang undang-undang terpisah daripada isu yang asas.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, tidak apa.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini, walaupun Yang Berhormat Tanjong Karang ini katanya peguam tetapi saya rasa mungkin kena patah balik kepada industri udang?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak fahamlah fasal kalau benda macam– sudah asas yang macam itu pun...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudahlah!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Tidak faham, you cannot talk about the law in a cortical and isolated case.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang tidak beri jalan Yang Berhormat. Cukuplah itu. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

You must revert back to the fundamental issues.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, sudahlah! Sudah, sudahlah cakap, sebab itulah saya tidak mahu layan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Inilah yang kita hendak jelaskan. Macam dia tahu, cakap Bahasa Malaysia tidak faham, kita jelaskan dalam bahasa Inggeris.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, cakaplah! Yang Berhormat cakaplah.

[Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih. Ya, tadi saya sudah dengar dalam perbahasan tadi. Saya cukup kagum pada hari ini apabila segala konvensyen Parlimen sudah buang keluar daripada tingkap. Menteri boleh bangun tanya soalan pada backbencher.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biasanya, backbencher yang tanya kepada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi dalam keadaan hari ini, with all due respect.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Menteri boleh mencelah untuk meminta penjelasan terhadap debat yang mengenai kementerian.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Kementerian sahaja, boleh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi secara konvensyen selama ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Boleh Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Ianya tidak pernah dilakukan. Malahan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Boleh...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri sudah diberi ruang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Pernah dilakukan Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menteri ada ruang khas sebagai Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tahu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Untuk menjawab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Akan tetapi Menteri secara konvensyen pun boleh minta penjelasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak mengatakan benda ini haram.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebagai Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh menilai terlalu awal sama ada ianya berkaitan dengan kementerian beliau atau tidak.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sama ada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebab itu saya izinkan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Akan tetapi kita tidak tahu apa yang diminta jelas oleh Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi saya rasa sebagai Tuan Yang di-Pertua, sudah pasti Tuan Yang di-Pertua pun mengakui ianya tidak pernah berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Pernah berlaku. Dalam ini ada Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, tahu. Selama lima tahun kita duduk dan bersidang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ada. Semasa saya mempengerusikan mesyuarat ini pun ada Menteri yang minta penjelasan spesifik tentang debat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi dalam kes ini ia jelas bukan spesifik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Perkara yang sedang jelas.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ia menunjukkan bahawa ianya telah melanggar konvensyen kerana dia bertanya pun bukan benda yang spesifik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Itu saya tidak boleh control Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ia cara benda yang umum. Hendak masuk dalam perbahasan. Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Akan tetapi yang berdiri begini tidak diberi laluan ini pun...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Tanjong Karang dia beri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Ini pun tidak konvensyen juga. Tidak boleh juga.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, Yang Berhormat Tanjong Karang beri tadi. Dia minta saya berucap sebab dia kata dia sudah habis point. Itu yang dia duduk. Itu yang saya timbulkan isu konvensyen yang telah dilanggar,

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tiba-tiba Yang Berhormat Menteri boleh bertanya kepada backbencher tentang isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan khusus tentang kementeriannya. Akan tetapi yang saya hendak sebut juga apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Batu. Kita kena akui, Barisan Nasional kena

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

akui mereka adalah parti kerajaan yang memerintah yang hanya mendapat 47% sokongan popular. Oleh kerana itu, seharusnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Menghormati hakikat bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat Tanjong Karang pun sudah habis.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Rakyat majoriti...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak, sekarang ini...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, Yang Berhormat Tanjong Karang beri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Parlimen ini bapa dia yang punya. Biar dia yang cakaplah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia yang beri, bukan saya yang ambil. Dia yang beri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Inikah? Ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak. Sekarang ini saya katakan bahawa masa dia sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak ada? Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Habiskan masa.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau orang yang tahu malu, saya cakap fasal undang-undang dia faham.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Akan tetapi tadi masa Yang Berhormat Permatang Pauh berhujah, dia pun duduk kacau, tidak beri peluang kepada Yang Berhormat Permatang Pauh untuk terus menyampaikan hujah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Asyik masuk ganggu, ganggu dan ganggu. Orang cakap fasal nasional dia hendak cakap fasal Selangor. Kenapa?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini kerana ADUN-ADUN Barisan Nasional dekat Selangor sudah tidak adakah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Cakaplah! Cakap!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

ADUN-ADUN Barisan Nasional dekat Selangor sudah tidak adakah?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masa saya masih ada...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Semua ADUN Barisan Nasional dekat Selangor semua tidak mampu hendak berucap? Pergi ke Dewan Undangan Negeri Selangor semua diam! Tidak berani hendak tanya. Dekat sini hendak tanya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Akan tetapi Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedangkan ini bukan tempatnya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cakap fasal...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rujuk kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat cakap fasal Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang ini pun samalah ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, apa pun sekarang Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana beri laluan kepada saya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, nampak sangat Yang Berhormat Shah Alam ini memang tidak berapa sihat. Dia tidak sihat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tidak sihat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia- contoh, tengok bangun lagi. Apa ini?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau tidak sihat pun dia sudah pening...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Macam mana kalau saya sihat? [Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak apa.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pengsanlah dia [Ketawa]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kadang-kadang orang gila, dia tidak tuduh dia gila.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ada...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Dia merujukkan diri diakah Tuan Yang di-Pertua? Dia merujukkan diri diakah Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Macam kata orang, pertanyaan Yang Berhormatlah. Yang Berhormat ini satu hari dia melawat pergi ke Tanjong Rambutan tengok orang gila. Orang gila ini dia memancing ikan dalam timba. Yang Berhormat pergi tanya, eh! Ada banyak dapat ikan? Yang Berhormat gilakah? Dalam timba ini mana ada ikan. Itulah macam itu dia tidak tahu yang dia pun gila lebih teruk. Sudah macam mana depan mata saya dia kata saya sudah habis pramp untuk- Yang Berhormat, cukup. Tidak pernah Yang Berhormat kata saya sudah tidak ada modal, saya sudah duduk. Apa ini? Depan mata saya buat satu tuduhan. Tidak tahu malukah? Kalau saya tidak ada, bolehlah. Masa saya menjawab duduklah!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh, tadi bukan Yang Berhormat Tanjong Karang yang beri laluan kepada sayakah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya ingat semua orang nampak tadi Yang Berhormat Tanjong Karang yang duduk suruh saya cakap, betul tidak?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Eh! Malulah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia yang beri laluan kepada saya Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Malulah Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita boleh check Hansardlah Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa ini, langau ini?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia yang duduk, dia serah kepada saya, kata saya ada banyak benda.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Fasal apa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tidak ada benda mahu cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sudahlah Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sebab apa? Fasal ini orang bertanya kalau kita layan sampai esok pun tidak habis. Yang Berhormat bercakap. Saya tadi bila Yang Berhormat Permatang Pauh tidak beri jalan, saya hormat dan saya duduk. Saya duduk. Betul, saya duduk tadi. Padahal banyak yang bila saya bercakap, saya ulas semula. Selepas saya ini Yang Berhormat ulaslah apa yang saya cakap!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat sudahlah cakap merapu. Saya hendak balik ini tadi. Saya sudah bagi tahu dengan Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat duduk luar, keluar masuk, keluar masuk, tak dengar apa yang kita cakap. [Disampuk] Betullah konvensyen siapa kata tak pernah berlaku? Ini tanya Yang Berhormat Gelang Patah lagi lama. Saya sudah lima penggallah duduk dekat dalam Parlimen ini. Yang Berhormat baru berapa penggal? [Disampuk] Siapa kata tak pernah? Pernah berlaku! Benda tak tahu hendak bercakap ini, inilah problem dengan pembangkang! Dia hendak tunjuk pandai tetapi dia bukan pandai hendak memandai-mandai. Dia tak pandai pun. Hendak tunjuk pandai. Yang Berhormat janganlah kata buat tuduhan yang melulu, pernah berlaku. Apa, siapa kata tak pernah berlaku? Dia bila Menteri, dia jawab kementerian dia. Sebagai Ahli Parlimen, dia juga berhak juga untuk minta penjelasan. Apa salah? Saya pernah bangun. Semasa saya jadi Menteri, waktu Yang Berhormat Permatang Pauh, saya pernah bangun mencelah. Tak ada jadi masalah. Jadi, saya balik kepada isu ini. Betul, kalau kita menghormati sistem demokrasi kita, kita berdasarkan kepada kawasan pilihan raya, hormatlah. Tak payahlah bawa Black 505. Buat tuduhan. Pun mahkamah tak adil! Sudah habis berapa petisyen yang kita bawa ke mahkamah? Ada yang Mahkamah Tinggi tolak, ada yang sampai ke rayuan, sekali lagi mahu buktikan pembangkang, Yang Berhormat Shah Alam tidak menghormati keputusan mahkamah. Sudah bawa, berlawan dekat mahkamahlah. Janganlah cakap dekat Dewan pilihan raya tak adil, pilihan raya tak adil. Kalau pakai popular vote, pembangkang ini tak layak. Dekat Selangor pembangkang tak layak. Popular vote ini bermakna, Yang Berhormat tahu popular vote ini dia kena satu single party. Bukan sampai tiga parti bergabung satu. Itu tak boleh pakai. Kalau kata pecahkan undi tak patut, pakai...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Barisan Nasional berapa parti Tuan Yang di-Pertua?

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merapu ini. Dia orang gila, tak sedar dia gila. Inilah dia

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sudah, duduklah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat, duduk.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Barisan Nasional berapa parti?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dengarlah saya cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita ada tiga, dia tiga belas, berbelas-belas. Tak, dia kata kita pula yang tak betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, duduk dahulu. Ini menunjukkan kebodohan yang nyata. Kebodohan yang nyata oleh Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Yang di-Pertua, dia sentiasa mengulang perkataan ”bodoh” dalam Dewan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tak kata dia bodoh tetapi kebodohan. Ini kebodohan bukannya saya kata dia bodoh. Kebodohan sebab...

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua....

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, biasanya dia sudah tidak ada hujah, macam inilah.

Tuan Yang di-Pertua, dia sentiasa mengulang perkataan “bodoh”..

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak ada hujah, dia main caci orang, dia label orang

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia guna istilah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang boleh habiskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak bagi tahu..

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dengar duduklah.

Tuan Yang di-Pertua, minta dia tarik balik..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, saya hendak bagi tahu ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Tak apalah Yang Berhormat, dia bukan tujukan kepada siapa-siapa Yang Berhormat. Duduklah.

Menteri duduk, Menteri duduk.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak sekolahkan dia.

Dia seorang sahaja pandai dalam Dewan ini.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa? Saya hendak sekolahkan dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang habiskan Yang Berhormat.

Hei, diamlah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hei, apa ini? Sudahlah! You jadi Speaker bawah pokok bolehlah. Dalam Dewan Rakyat...

[Dewan riuh]

Ini bukan rumah kamu tau!

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi Speaker bawah pokok! Dia tengah Speaker. Sudahlah duduklah.

Dah tak ada modalkah, dah tak ada modal.

You tak ada layak... [Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Bawah pokok sebab Barisan Nasional rampas...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, saya hendak sambung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Okey, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Gajah duduk Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia Speaker bawah pokok tetapi ada sokongan rakyat, bukan rampas kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, dengar dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak apa, tak apa.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Bukan rampas kuasa. Kerajaan Barisan Nasional Perak rampas kuasa. Betul tak?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Betul!

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia tak malu, rampas kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang boleh...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, cukuplah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri cukuplah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya hendak kena fahamkan dia sebab ini sistem...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang boleh habiskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sistem yang dia sebut ini dia main... Sebab kita kena faham...

Dato' Abd. Rahman DahlanUMNO · BNKota Belud

[Menuding jari ke arah pembangkang]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa tunjuk, tunjuk, tunjuk, tunjuk? Apa tunjuk, tunjuk?... Menteri apa ini?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita bertanding, okey, apa ini? Kita bertanding, kita popular vote Tuan Yang di-Pertua, kita bertanding mengikut lambang parti. Barisan Nasional walaupun komponen banyak tetapi kita pakai satu lambang, lambang Barisan Nasional. Mereka bertanding tiga parti, tiga lambang dan juga mereka juga bergaduh. Terbukti ini Ahli-ahli Parlimen PAS. Kalau saya jadi Ahli-ahli Parlimen PAS, saya cukup malu apabila presiden saya disaman oleh bekas talent PKR. Malu! Malu ini apa guna jadi lawyer? Sampai Presiden PAS kena saman RM2 juta, apa pembangkang buat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa hendak dimalukan? Apa masalah dia?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Malulah! Malulah!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan dia rasuah, bukan dia bunuh orang. Kes Altantuya tak malu!

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Shah Alam ini kes apa, kes apa?

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kes apa, apa kes, apa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, duduklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang boleh habiskan Yang Berhormat ya. Habiskan ya.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia bercakap, dia hendak menafikan.

Ini idola Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Dia hendak menafikan bahawa mereka ini parti Pakatan Rakyat yang tidak berdaftar, pertubuhan parti yang haram. Tidak ada yang berdaftar? Mengapa tidak daftar? Kita pilih popular vote berdasarkan kepada single party yang bertanding. Kita bertanding

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita bertanding. Ini saya hendak bercakap, janganlah putar belit.

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta?

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hari ini..

Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hari ini kita lihat kalau mereka ini satu parti yang betul, mengapa banyak kawasan yang bertanding sama- sama parti?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Walaupun satu parti, hakikatnya Barisan Nasional 47%...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduk Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

The fact cannot be denied.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, kalau kita pakai popular vote is single party [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pergi kempen pergilah [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang boleh habiskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tak, saya hendak betul ini popular vote yang mereka dok laung-laungkan. Inilah kalau ibaratkan pepatahlah, kalau kita hendak bertanding popular vote, kita pakai sistem popular vote betul-betul daripada mula. Ini ibaratkan tanam mangga, tiba-tiba hendak harap durian yang tumbuh. Mana boleh? Kena sistem yang betul. Jadi saya hendak nyatakan bahawa inilah tindakan-tindakan perangai-perangai pembangkang yang memalukan imej negara. Tadi Yang Berhormat Shah Alam, “Oh, sebab pilihan raya tak adil. Pilihan raya tak adil”. Jadi, bila kita kata pilihan raya kita tak adil, apa tanggapan orang di peringkat antarabangsa? Seolah-olah kerajaan yang dipilih ini kerajaan yang tidak adil. Padahal mereka bertambah lagi, mereka ramai yang menang. Jadi jangan, itu sebab perangai dia sampai dia menang. Sampai dia menang baru dia adil. Barulah adil. Sampai dekat mahkamah kalau dia menang, barulah dia, barulah adil. Akan tetapi apabila mereka ini berkuasa, mereka jauh lebih zalim daripada Barisan Nasional. Terima kasih banyak [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tuan Yang di-Pertua saya berdiri dengan perasaan duka cita untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung Titah Diraja. Ini masuk hari keenam hilangnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal. Lima hari telah berlalu dengan penuh rasa perit dan hiba buat keluarga, sahabat handai kesemua 239 individu serta mereka yang mendoakan keselamatan mangsa tanpa mengira kaum, agama, pandangan politik atau kewarganegaraan dari dalam dan luar negara. Namun tiada sebarang kesan atau tanda yang ditemui meskipun usaha menyelamatkan oleh pihak-pihak dari pelbagai negara yang melibatkan 34 pesawat udara, 40 buah kapal untuk mendapatkan sebarang petunjuk tentang apa yang sebenarnya berlaku mahupun untuk menunjukkan lokasi terakhir pesawat tersebut. Setiap hari yang berlalu harapan dan doa kita buat 239 penumpang dan anak kapal MH370 untuk berada dalam keadaan yang selamat atas apa yang telah menimpa mereka menjadi semakin tipis.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Namun begitu, kita tidak harus putus asa dan mesti terus mendoakan keajaiban buat MH370. Kesemua rakyat Malaysia malah semua orang di seluruh dunia tanpa mengira kaum, agama dan nationality telah bersatu-padu untuk mendoakan keselamatan 239 penumpang dan anak kapal MH370. Kita tidak boleh berpura-pura seolah-olah tidak banyak persoalan yang ditimbulkan sama ada dari pihak keluarga mangsa, sahabat handai ataupun masyarakat dunia tidak kira di dalam mahupun di luar negara yang kian bertambah hari demi hari mengenai tragedi MH370 namun jawapan kepada persoalan-persoalan ini harus ditangguhkan kerana keutamaan dan fokus sekarang adalah untuk menemui pesawat terbabit. Pun begitu, rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mesti diberi jaminan bahawa pada waktu dan tempat yang tepat semua jawapan untuk setiap soalan yang ditanya di dalam dan di luar negara mesti diberikan. Parlimen Malaysia yang mewakili rakyat Malaysia mesti memainkan peranan dalam tragedi MH370 ini bukan sahaja dalam memberi sokongan terhadap usaha mencari dan menyelamatkan oleh kerajaan dan agensi berkaitan tetapi juga untuk seterusnya melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH370 dan kontroversi serta kekeliruan termasuklah kenapa Perdana Menteri dan pemangku Menteri Pengangkutan tidak dimaklumkan segera apabila MH370 dengan 239 penumpang tiba-tiba hilang dan hanya mengetahui tentangnya berjam-jam kemudian. Sama ada operasi SAR dimulakan serta-merta sekurang-kurangnya sejam selepas pesawat tersebut dilaporkan hilang. Memandangkan sebarang lengah akan mengakibatkan pesawat SAR yang dilengkapi sistem seperti forward looking infrared tidak dapat mengesan heat signature dari rangka badan pesawat dan enjinnya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Bila hubungan dengan pesawat tersebut terputus sama ada pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia lebih kurang sejam setelah berlepas dari lapangan terbang KLIA atau pada 2.40 pagi. Kekeliruan tentang pasport yang dicuri sama ada dua atau empat, sama ada kelihatan seperti orang Asia berkulit hitam atau warga Iran. Kekeliruan tentang bagasi yang dibawa masuk dengan kenyataan yang bercanggah dan kekeliruan daripada Pengarah Penerbangan Awam, Ketua Polis Negara dan Malaysia Airlines. Sama ada pesawat tersebut tersasar daripada laluan sepatutnya yang mengakibatkan kawasan carian semakin meluas daripada Laut China Selatan sehingga ke Selat Melaka dan Lautan Andaman. Atas sebab ini saya menyeru supaya ditubuhkan segera Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tentang bencana untuk memberi sokongan penuh kepada operasi

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

mencari dan menyelamat pesawat MH370 serta melaksanakan siasatan selepas operasi SAR tersebut bagi menangani kesemua persoalan berkenaan tragedi MH370. Saya berharap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pemangku Menteri Pengangkutan dapat memberi sokongan penuh kepada mereka tentang cadangan ini. Tragedi kehilangan MH370 bukan satu-satunya detik hitam bagi negara ini pada minggu lalu. Pada minggu lalu telah terjadi dua lagi perkara buruk dalam negara iaitu percubaan untuk menghilangkan kelayakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang daripada Permatang Pauh dan Pengerusi Kebangsaan DAP Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor perbuatan yang juga boleh dianggap sebagai percubaan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Bukit Gelugor. Dengan pilihan raya bagi kawasan Permatang Pauh mungkin diadakan seawal sebelum sidang Parlimen berikutan dalam bulan Jun. Percubaan untuk menghilangkan kelayakan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor berlawanan dengan dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa beliau serius tentang perdamaian dan konsensus kebangsaan dan bersedia untuk mengetepikan perbezaan politik bagi menamatkan krisis kepimpinan dalam negara yang berlarutan sejak 10 bulan lalu iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Dalam jawapan bertulis kepada Presiden PAS Yang Berhormat Marang semalam mengenai rancangan perdamaian kebangsaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyelitkan buat kali pertama dalam tempoh sepuluh bulan lalu membuat kenyataan tentang dasar 1Malaysia. Dasar ini kelihatan seolah-olah beliau lupakan atau sisihkan sejak selepas PRU-13 walaupun ia adalah dasar utama beliau sejak menjadi Perdana Menteri April 2009. Menurut beliau konsep perdamaian kebangsaan selari dengan Gagasan 1Malaysia yang bertujuan memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat untuk turut sama-sama berperanan membina negara Malaysia yang bersatu padu dalam mendepani cabaran masa depan. Apakah PM telah mendapatkan sokongan DPM terhadap rancangan 1Malaysia dan rancangan perdamaian kebangsaan dengan meyakinkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mengakui bahawa beliau adalah peserta pertama sekali sebagai warga Malaysia (Malaysian first) dan seterusnya sebagai orang Melayu. Jika belum, sejauh manakah kita boleh menganggap rancangan perdamaian kebangsaan sebagai satu yang benar-benar bermakna apatah lagi kerana Dasar 1Malaysia ditolak oleh bekas Perdana Menteri sendiri iaitu Tun Mahathir yang secara terbuka menyatakan bahawa pertama beliau tidak faham makna 1Malaysia dan kedua

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

beliau tidak pernah melihat jurang perkauman dan keagamaan yang lebih luas berbanding sewaktu Dasar 1Malaysia dilaksanakan. Apakah jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi permasalahan jurang kaum dan agama yang semakin luas post PRU-13 paling luas dalam sejarah 56 tahun negara ini sehingga Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) bulan lalu mengingatkan bahawa kegagalan kerajaan untuk bertindak tegas dalam menangani insiden-insiden yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan akan membawa akibat yang buruk. Dalam salah satu kenyataan NUCC menyebut bahawa Putrajaya perlu bertindak segera kerana peningkatan ketegangan keagamaan dan merupakan usaha meningkatkan perpaduan kebangsaan. Majlis itu menggesa kerajaan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan secara aktif meningkatkan perpaduan kebangsaan dengan mengambil tindakan segera terhadap kenyataan dan tindakan yang bersifat proaktif dan mampu membawa kepada ketegangan dan menimbulkan akibat buruk sehingga menjejaskan keamanan, kerukunan hidup dan perpaduan kebangsaan. Apakah respons Yang Amat Berhormat terhadap gesaan NUCC itu serta terhadap harapan rakyat Malaysia agar kerajaan bersifat proaktif malah mengambil langkah-langkah preemptive bagi mencantas peningkatan insiden menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan menerusi penebaran fitnah dan pembohongan dengan tujuan melaga-lagakan kaum dan agama di negara ini tanpa mempedulikan akibat daripada perbuatan itu yang mungkin akan memusnahkan sama sekali negara Malaysia yang masyarakat berbilang kaum, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya. PM tidak menawarkan sebarang janji untuk menyelamatkan negara ini dengan cara menutup ruang bagi pihak yang membuat rancangan jahat dan menyebarkan kebencian dan kekerasan. PM sebaliknya hanya menyarankan dalam catatan blog beliau yang berjudul “A National Reconcilation Update”, di hujung bulan lalu agar rakyat Malaysia mengabaikan sahaja tuntutan para penghasut dan pelampau iaitu dengan tidak memberikan mereka ruang berita atau publisiti. Tiada rancangan yang lebih buruk dari itu untuk menyelamatkan negara ini dari pihak yang bertekad untuk melaga-lagakan kaum dan agama di negara ini dengan tujuan menimbulkan kekacauan apatah lagi kerana pihak menghasut berkenaan diberi tempat dalam media cetak, elektronik dan media sosial di bawah kawalan UMNO dan BN khususnya Utusan Malaysia serta radio dan televisyen di bawah kawalan UMNO dan BN.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Apakah PM akan mengeluarkan arahan dengan segera kepada Utusan Malaysia dan semua media di bawah kawalan UMNO BN untuk berhenti memberi nyawa kepada para penghasut dan pelampau dengan menafikan ruang publisiti untuk mereka. Jika PM tidak sanggup mengeluarkan arahan sedemikian tidakkah itu bermakna beliau sengaja membiarkan para penghasut dan pelampau menjalankan kegiatan melaga-lagakan kaum dan agama dengan tujuan meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan. Sekurang-kurangnya kita mengharapkan Perdana Menteri mengeluarkan amaran terakhir kepada semua pihak dan mengumumkan bahawa kerajaan dan semua agensi di bawahnya termasuk polis dan AG Chambers akan digerakkan untuk memastikan keamanan, keharmonian, kemajuan dan kemakmuran semua warga negara Malaysia tidak diganggu-gugat oleh rancangan jahat oleh segelintir pihak yang mahu menimbulkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan. Akan tetapi PM tidak mempunyai tekad politik komitmen daya pimpinan dan wawasan yang cukup untuk menyelamatkan Malaysia daripada para penghasut dan pelampau yang tidak henti-henti cuba meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan bila hanya sanggup meminta rakyat Malaysia memusnahkan para penghasut dan pelampau dengan menaruh keyakinan terhadap diri sendiri dan saudara-saudara senegara. Beliau sama sekali tidak menyebut bahawa undang-undang akan digunakan ke atas sesiapa sahaja yang mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan. Jika itu sahaja lah yang mampu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tawarkan bagi memastikan keamanan, keharmonian, kemajuan dan kemakmuran semua rakyat Malaysia maka beliau tidak perlu menjadi Perdana Menteri kerana jawatan yang lebih sesuai bagi beliau ialah sebagai- pendakwa yang menjelajah dari jalan ke jalan dan dari kampung ke kampung menyeru kepada kebaikan dan menghindari perbuatan jahat. Mengapa nasib tiba-tiba menunjukkan sifat belas kepada para penghasut dan pelampau yang cuba memusnahkan masyarakat majmuk Malaysia. Apakah gunanya pejabat peguam negara dan agensi-agensi kebangsaan yang lain jika para penghasut dan pelampau tiba-tiba diberikan imuniti dan impunity untuk melanggar undang-undang dan menghancurkan negara.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Ada lima perkara berlaku dalam tempoh 28 hari selepas Perdana Menteri mengumumkan rancangan pendamaian kebangsaan iaitu selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Januari dan dalam catitan blog beliau pada 25 Februari yang berjudul,

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

“A National Reconciliation Update”. Lima perkara yang menimbulkan persoalan serius tentang sama ada kepimpinan Perdana Menteri benar-benar mahukan pendamaian kebangsaan dan perpaduan, kebangsaan dan Konsensus Kebangsaan. Pertama, walaupun pengumuman PM selepas mesyuarat Jemaah Menteri tentang pembentukan reconciliation pelan kebangsaan pada 29 Januari adalah respons kepada pelawaan Ketua Pembangkang pada 26 Januari kepada Barisan Nasional bagi pihak Pakatan Rakyat untuk membentuk Konsensus Kebangsaan bagi menghapuskan suara kebencian dan menggerakkan negara ini ke depan. Tiada sebarang langkah diambil sepanjang tiga puluh hari yang lalu untuk menganjurkan sidang kemuncak pemimpin BN dan PR bagi perpaduan kebangsaan. Kedua, PM tidak peduli untuk menghadiri sebarang acara, World Interfaith Harmony Week 2014 yang disambut di seluruh dunia pada 3 hingga 9 Februari walaupun pada hari pertama sambutan World Interfaith Harmony Week tahun lalu beliau telah melawat rumah ibadat lima agama terbesar di negara ini di Kuala Lumpur. Ketiga, tunjuk perasaan ayam dan tampar oleh majlis yang digelar sendiri sebagai Majlis NGO Islam menawarkan ganjaran RM500 kemudian ditingkatkan kepada RM1,200 dan setelah itu RM2,000 kepada sesiapa yang berjaya menampar naib pengerusi kebangsaan dan Ahli Parlimen Seputeh diikuti dengan tindakan menyembelih dan menyembur darah ayam ke atas gambar para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat sambil membuat beberapa jenis kesalahan termasuk membuat criminal incitement, sedition, hasutan serta incitement kekerasan terhadap seorang wanita, incitement terhadap seorang Parlimen serta criminal incitement untuk mengadakan 13 Mei. Sehingga ini polis belum bertindak ke atas pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan pihak terbabit dan tunjuk perasaan Majlis NGO Islam yang telah melakukan beberapa kesalahan jenayah. Keempat peletakan jawatan P. Waytha Moorthy dan sebagai Timbalan Menteri pada 10 Februari kerana menurut beliau PM dari segi sejarah telah khianat terhadap semua rakyat dari kaum India dengan tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam MoU yang dicapai antara BN dan Persatuan HINDRAF Malaysia sebelum PRU-13. Ini adalah petanda jelas bahawa BN tidak memenuhi janjinya untuk melayani kelompok minoriti secara saksama. Ini adalah tamparan hebat terhadap rancangan untuk mengadakan perdamaian nasional dan kelima, reaksi buruk dan penuh kebencian terhadap saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup pada 22 Februari agar ruang bangsa dalam borang-borang rasmi dihapuskan sebagai langkah penting yang pertama ke arah pembentukan jati diri kebangsaan yang tunggal.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Antaranya reaksi yang ditunjukkan menerusi rencana terbitan Utusan Malaysia, akhbar rasmi oleh pengarang akhbar Zaini Hasan yang memberikan amaran bahawa saranan Menteri itu adalah langkah pertama untuk meyakinkan orang Melayu supaya menyerahkan status bumiputera serta keistimewaan lain yang diberikan kepada kaum itu. Semenjak PRU-13 pada 5 Mei tahun lalu, negara telah diserang krisis enam serangkai atau I’ll call six-tuplet, enam national crisis. Pertama pembinaan negara dan perpaduan nasional yang dipergiatkan dengan polarisasi kaum dan agama terburuk dalam sejarah negara. Amat menyedihkan bahawa sehingga sekarang Kabinet masih gagal mengikut solusi sepuluh perkara seperti yang dibentangkan oleh Kabinet pada dan diluluskan oleh Kabinet pada April 2011 untuk menyelesaikan kontroversi Bible dengan Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet memisahkan daripada Ten- Point Solution ini. Kedua krisis ekonomi yang semakin meruncing mengakibatkan oleh kenaikan harga barang dan kemungkinan kenaikan harga yang bakal berlaku dalam minggu dan bulan akan datang dengan puncaknya ialah pelaksanaan GST pada kadar 6% pada April 2015. Ketiga, krisis rasuah yang tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa akan ada kempen serius untuk melawan rasuah besar dan menamatkan pembaziran melampau serta salah guna dana awam. Minggu lalu apabila PM menyebut bahawa beliau bersedia untuk meletakkan kepentingan jangka panjang negara di hadapan populariti jangka pendek ini, beliau kata sebenarnya membatalkan, dia kata bahawa puluhan tahun dekad perlu untuk usaha anti rasuah untuk membuahkan hasil. Ini sebenarnya membatalkan sebarang hasil anti korupsi yang berkesan sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri. Negeri China, usaha melawan rasuah di bawah kepimpinan Presiden China, Xi Jinping sedang menyiasat dan membuka semula skandal rasuah dalam pembinaan empangan terbesar dunia. Empangan Three Gorges yang bernilai US60 bilion yang mengunjur sehingga lebih dua dekad lalu sehingga 1952 apabila kerja-kerja awal membangunkan empangan tersebut dimulakan. Adakah PM bersedia untuk membuka semula siasatan skandal rasuah di Malaysia dalam masa dua dekad yang lalu. Menjangkau bukan sahaja Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah malah Tun Mahathir juga. Adakah PM bersedia untuk membuka fail berusia lebih 20 tahun dalam pertarungan melawan rasuah. Krisis keempat, kualiti pendidikan nasional yang semakin menurun sehingga kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berusaha mengelak daripada menyebut apa-apa tentang prestasi buruk dalam TIMSS 2011 dan PISA 2012.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tidak kita di peringkat rendah atau pun menengah sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan prestasi yang amat lemah. Beranikah Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan untuk membuat satu Ministerial Statement di Parlimen untuk menerangkan kenapa Singapura berhasil memasukkan dua universiti untuk empat tahun berturut-turut ke dalam ranking pendidikan tinggi, Times Higher Eduation untuk 100 universiti dengan reputasi terbaik dunia dan pun empat tahun berturut-turut ranking senarai 400 tertinggi, 400 top universities tetapi tidak satu pun dari Malaysia. Krisis kelima, krisis keselamatan orang ramai, pelabur dan pelancong. Memandangkan pihak polis masih berusaha untuk melakukan perubahan menjadi perkhidmatan polis yang cekap, bebas dan profesional, bertaraf dunia yang berdedikasi untuk melakukan tugas kepolisian secara demokratik dan bukan sekadar mempertahankan rejim walaupun ia bermakna melakukan pelanggaran yang teruk terhadap norma-norma dan standard-standard hak asasi manusia. Pembunuhan Koperal Raja Aizam Raja Mohamad dan kecederaan yang dialami Koperal Mohd Aidil Mustafa oleh warga asing di Klang awal bulan ini memberi petunjuk bahawa tahap keselamatan negara berada dalam satu tahap baru. Bukan sahaja rakyat Malaysia malah anggota polis pun tidak selamat di negara mereka sendiri. Keenam, kembalikan Malaysia ke zaman mimpi ngeri. Musnahnya kebebasan, kesaksamaan dan integriti badan kehakiman. Hari-hari gelap zaman lewat 80-an dan 90-an di mana badan kehakiman dikompromi. Apabila Tan Sri, masa itu Tan Sri Dzaiddin dilantik menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan pada bulan Disember 2000, harapan kita menggunung untuk melihat usaha rumit dan penting Malaysia mengembalikan keyakinan umum terhadap kebebasan, kesaksamaan dan integriti pada kehakiman. Namun pada waktu beliau menjawat jawatan tersebut selama kurang tiga tahun, beliau hanya mampu menghentikan the rot badan kehakiman tetapi tidak dapat melancarkan reformasi badan kehakiman secara meluas bagi mengembalikan keyakinan umum kepada badan kehakiman. Apa yang telah terjadi kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor di mana badan kehakiman menjadi alat kepada eksekutif untuk melaksanakan kerja jahat mereka. Melucutkan pemimpin Pakatan Rakyat daripada badan legislatif negara tidak kira di Parlimen atau Legislatif Assembly, telah mengembalikan mimpi ngeri, the nightmare reputasi buruk badan kehakiman sekitar lewat tahun 80-an dan 90-an

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah hari ini menafikan bahawa badan kehakiman telah mengundur kembali ke zaman dikompromikan sekitar lewat 1980-an dan 1990-an. Kata-kata apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Tun Arifin? Adakah bekas presiden dan bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di zaman gelap Badan Kehakiman Malaysia Tun Hamid dan Tun Eusoff Chin mengakui kesalahan mereka mempengerusikan badan kehakiman yang tercemar, tercela dan dikompromi pada zaman mereka. Adakah Barisan Nasional bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan friend reconciliation bagi menangani krisis enam serangkai ini? Nampaknya daripada pendakwaan dan penindasan terhadap Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor baru-baru ini jawapan kelihatan tidak memberangsangkan. Saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masalah pembangunan tidak terkawal di Iskandar Malaysia yang bukan sahaja mencemar khazanah alam sekitar yang sangat bernilai tetapi juga memusnahkan rezeki rakyat setempat khasnya golongan berpendapatan rendah yang hidup bergantung kepada hasil alam sekitar. Kes ini berlaku di kawasan Pendas dan Tanjung Kupang dalam kawasan Parlimen Gelang Patah, Daerah Johor Bahru yang terletak di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Sejak bulan Januari lepas, satu projek penambakan laut telah dijalankan dengan rancak di perairan Selat Johor berdekatan Tanjung Kupang tidak jauh dari jambatan LinKedua dan sempadan maritim Malaysia dan Singapura. Tiada papan tanda, tiada maklumat awam, tiada kelulusan dari pihak berkuasa sama ada agensi Kerajaan Persekutuan, Jabatan Alam Sekitar, Iskandar Regional Development Authority atau IRDA ataupun kerajaan negeri yang sepatutnya mengawal semua kegiatan tanah. Penambakan laut ini skalanya begitu besar, lebih kurang 2,500 ekar luasnya. Saya telah melawat ke kawasan ini pertama kali pada 15 Februari dan kemudian pada 24 Februari tahun ini dahsyat dan mengejutkan. Di tengah-tengah laut, sebuah pulau sedang tumbuh dan ia berkembang dengan begitu cepat berlipat kali ganda saiznya dalam dua lawatan saya itu. Saya telah mengkaji peta-peta terbitan rasmi kerajaan dan boleh disahkan bahawa pulau ini tidak wujud. Pulau yang ada paling dekat dengan pulau baru ini adalah sebuah pulau kecil yang bernama Pulau Merabong di sempadan Malaysia dan Singapura. Pulau baru yang tidak wujud di peta Malaysia ini telah saya namakan sebagai Pulau Ubah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Untuk maklumat Dewan ini, berlaku di dalam kawasan pembangunan Iskandar Malaysia. Pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adalah sebuah agensi yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. IRDA diberikan mandat untuk merancang dan mengawal aktiviti pembangunan dalam kawasan Iskandar Malaysia di selatan Johor. Ratusan juta wang kerajaan yang dibelanjakan untuk menggaji konsultan-konsultan canggih dari seluruh dunia untuk membuat pelan pembangunan kajian, blueprint dan macam-macam yang sepatutnya menempatkan Iskandar Malaysia ini sebagai satu wilayah ekonomi dan terulung di rantau ini. Dalam Comprehensive Development Plan (CDP) yang diluluskan oleh IRDA dan Kerajaan Malaysia sebagai master plan Iskandar Malaysia Projek Pulau Ubah ini tidak wujud dalam perancangan berkenaan. Dalam blueprint Iskandar Malaysia yang berjudul Shoreline Management Plan terbitan 2013 kawasan perairan Tanjung Kupang ini dikenali pasti sebagai kawasan yang sangat kaya dengan biodiversiti marin kerana ada rumpai laut atau seagrass bed yang mungkin antara terbesar di dunia. Dalam pelan tersebut, agensi kerajaan IRDA bukannya sebarang NGO dalam alam sekitar mencadangkan supaya kawasan ini dilindungi dan diwartakan sebagai Marine Protected Area. Kawasan ini penting untuk memastikan sumber perikanan tidak terputus dan ada potensi untuk dimajukan untuk ekopelancongan. Ia juga merupakan warisan begitu unik dan bernilai sekali untuk anak cucu kita di Tanjung Kupang. Komuniti persisiran pantai tempatan yang majoritinya nelayan pantai orang Melayu menduduki tempat ini sejak ratusan tahun dahulu dan di sini mereka mencari rezeki. Ada dugong, kuda laut, udang dan ratusan jenis ikan lain. Ada yang diambil sebagai rezeki, ada yang dibiarkan untuk kelestarian alam sekitar. Penduduk tempatan begitu sayangkan khazanah kurniaan Tuhan. Cara hidup yang unik buat nelayan pantai di kawasan ini sepatutnya dilindungi di mana boleh dijadikan tarikan pelancong ke kampung nelayan pantai yang tulen dan asli supaya kehidupan asal mereka di situ boleh dilindungi tetapi yang sebaliknya telah berlaku. Datanglah kontraktor pasir dan manusia yang bergerak dan pemaju memulakan projek penambakan pasir ini. Lebih kurang 1,000 hektar satu kawasan laut berukuran 3 kilometer yang kaya dengan sumber perikanan kini sedang ditukarkan menjadi tanah. Sejak bulan lepas dilaporkan ikan-ikan ternakan dan ikan laut sudah mati secara besar-besaran di perairan Selat Johor. Nilai kerugian sampai berjuta-juta ringgit. Pengusaha ikan sangkar rugi, nelayan pantai mengeluh tetapi agensi kerajaan

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

mengetepikan isu ini sebelum laporan siasatan disiapkan, pihak-pihak berkenaan telah mendakwa bahawa kematian ikan tidak berkaitan langsung dengan penambakan laut. Saya hairan adakah nelayan boleh mencari ikan nanti di atas tanah tambakan lebih kurang 2500 ekar ini yang sebelumnya laut. Bagaimana mereka dan anak-anak mereka boleh bersaing dengan pekerja-pekerja asing untuk mendapat kerja di tapak pembinaan di mana kampung halaman mereka selepas ini? Mereka nelayan pantai. Mengikut statistik Jabatan Perikanan, terdapat 613 nelayan di Daerah Johor Bahru, 415 Melayu, 147 Orang Asli, 51 Cina, Gelang Patah adalah pusat perikanan utama di Daerah Johor Bahru. Di Pendas dan Tanjung Kupang ada 250 nelayan pantai dan 95% daripada kaum Melayu. Kerja sebagai nelayan mungkin bukan idaman semua orang. Nelayan pantai menggunakan bot dan enjin kecil mencari ikan dan hasil laut hanya di persisiran laut dengan alat biasa dan tradisional. Mereka ini bukan seperti nelayan bot besar pukat tunda tetapi tanpa mereka yang mengharungi ombak dan panas matahari, mana datangnya ikan dan udang untuk menjadi makanan dan sumber protein murah yang penting untuk masyarakat tempatan. Perikanan hanya menyumbang kepada lebih kurang 1% GDP Malaysia tetapi sumbangan nelayan pantai ini terhadap masyarakat kita, peranan mereka dalam adat budaya dan identiti Malaysia tidak dapat disukat sekadar nilai GDP. Saya minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan apakah dasar kerajaan untuk menjaga hak nelayan pantai. Adakah dasar kementerian melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Perikanan adalah membangunkan industri akuakultur besar, menggalakkan pertumbuhan perikanan lautan antarabangsa oleh syarikat tetapi untuk nelayan pantai ini kecil dan tradisional tidak ada apa-apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan mereka terus terpinggir dalam arus pembangunan negara. Perkembangan ini menunjukkan betapa jauhnya beza realiti kehidupan dan penderitaan rakyat biasa berbanding dengan janji-janji manis Kerajaan Barisan Nasional. Betapa jauh beza cara pelaksanaan projek-projek yang kononnya bertujuan memanfaatkan rakyat tetapi realitinya hanya memusnahkan khazanah alam sekitar dan kehidupan tradisional secara membuta tuli. Semua ini berlaku tanpa mematuhi undang-undang negara malah melanggar kewajipan Malaysia dari segi undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Adakah saya atau nelayan-nelayan pantai ini menentang penambakan laut ataupun menolak pembangunan semata-mata? Sememangnya tidak tetapi ada pertimbangan sosioekonomi dan ada prosedur undang-undang yang harus diikuti oleh pemaju, kontraktor dan kerajaan sendiri kalau projek penambakan hendak dilakukan. Antaranya

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

perundingan terbuka dengan masyarakat tempatan. Prosiding yang betul diikuti untuk memastikan penambakan laut tidak memusnahkan sumber laut serta sikap yang betul dalam rancangan keutamaan pembangunan sama ada ianya dilakukan untuk segelintir pelabur dan golongan berada ataupun melibatkan masyarakat setempat sehingga mereka ini juga dibawa bersama ke dalam arus pembangunan utama. Parlimen ini membuat undang-undang Akta Alam Sekeliling pada 1974 atau Environmental Quality Act dan kemudian di bawah EQA telah dibuat Undang-undang Kajian Impak Alam Sekitar atau Environment Impact Assessment yang mengatakan proses EIA ialah mandatori untuk kegiatan-kegiatan tertentu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Saya merujuk kepada prescribe activities EIA ini dan jelas penambakan laut atau pesisiran pantai, coastal reclamation perlu ada EIA. Sebarang pembangunan yang melebihi 500 ekar memerlukan EIA. Kenapa projek Pulau Ubah ini yang berkeluasan 1,000 ekar yang dibenarkan untuk berlaku tanpa EIA? Saya minta Menteri Alam Sekitar menjelaskan perkara ini. Lupakan bandar dari Cina buat sementara. Fokuskan kepada isu tempatan, khazanah alam sekitar dimusnahkan tanpa mengikut undang-undang yang digubal di Dewan yang mulia ini. Jerebu teruk, nasib nelayan tidak menentu tetapi Menteri minat dengan bandar sahaja. Saya minta Perdana Menteri sebahagian daripada Pengerusi Iskandar Regional Development Authority untuk menjelaskan perkara ini. Perdana Menteri harus berikan penjelasan juga kerana telah timbul ura-ura khasnya di masyarakat Johor bahawa lesen judi atau kasino sudah dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diberikan kepada syarikat besar untuk mendirikan industri kasino baru di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia telah mula wujud. Projek penambakan laut seperti Pulau Ubah ini yang kononnya untuk pembangunan bercampur atau mix development, pembangunan residential dan komersial bertingkat di tengah-tengah laut. Adakah ini permulaan tapak pembangunan industri kasino kedua ini? Akhir sekali, saya rasa ingin kembali kepada pangkal persoalan isu ini. Apakah matlamat pembangunan yang Malaysia kejar-kejar sejak merdeka? Pembangunan untuk memanfaatkan rakyat, untuk membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama hidup dengan lebih selesa dan hidup dengan lebih bermakna dan bermaruah. Bolehkah kami buat bangunan tertinggi di dunia, stadium paling besar ataupun jika perlu menambak laut untuk pembangunan. Akan tetapi kalau kita sesat seperti Kerajaan Barisan Nasional yang mengejar projek-projek mega tanpa

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

mempertimbangkan faktor sosial ekonomi dan alam sekitar, hak rakyat tempatan akan terus ditindas. Contohnya di Tanjung Kupang Gelang Patah, apakah maknanya pembangunan untuk komuniti nelayan pantai ini? Adakah hidup mereka lebih selesa dan pemurah? Gelang Patah hanya satu di Malaysia tetapi corak pembangunan ataupun dengan istilah lebih tepat kemusnahan ini sedang rebah seperti penyakit berjangkit ke seluruh negara Malaysia di bawah pemerintahan BN. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, masa depan Malaysia di tangan wira Ops Kerdil atau Malaysia’s in the hand of ordinary heroes yang sanggup mempertahankan kerukunan hidup dalam masyarakat majmuk, pilihan raya bersih dan sistem pendidikan yang lebih baik. Masa depan Malaysia berada di tangan wira kerdil yang sanggup mempertahankan kerukunan hidup dalam masyarakat majmuk, pilihan raya bersih dan sistem pendidikan yang lebih baik. Rakyat biasa seperti Azrul Mohd Khalib, Ally Hazran Hashim, Siti Kassim, Mejar Zaidi Ahmad dan Mohd Nor Izzat, putera-putera bumi Malaysia yang the salt of the earth yang berusaha memastikan Malaysia menjadi sebuah negara erat dan bukannya sebuah negara gagal, a failed state. Azrul Ali dan Siti Kassim terlibat dalam gerakan Walk for Peace yang disertai oleh rakyat biasa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang mengambil berat tentang negara mereka dan ingin membina kembali jambatan penghubung antara kaum dan agama. Semuanya bermula pada hari Ahad, 5 Januari tahun ini di luar Our Lady of Lourdes Church di Klang di mana sekitar 1,000 penganut katolik yang keluar untuk beribadat pada hari itu menjangka mereka akan berdepan dengan kumpulan Muslim yang marah berikutan isu penggunaan kalimah “Allah”. Sebaliknya mereka bertemu sekumpulan Muslim progresif yang membawa bunga sebagai tanda solidarity dan sebagai tanda kesanggupan mereka untuk mempertahankan gereja dari protes yang telah dirancang. Di kalangan Muslim progresif yang hadir pada hari itu ialah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir. Setelah itu, Walk of Peace diadakan di Taman KLCC, Pulau Pinang, Kajang dan Ipoh. Seorang lagi wira Malaysia yang tidak dikenang adalah juruterbang Angkatan Tentera Udara Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad yang sepatutnya diberikan ganjaran dan bukannya dihukum kerana bersuara tentang isu dakwat kekal sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau kini sedang menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana membuat jasa besar sebagai seorang patriot.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, pemimpin Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) sedang berdepan dengan penindasan dan hukuman dari Little Napoleon dalam Kementerian Pendidikan. Manakala Menteri Pendidikan telah sibuk untuk masuk campur. Beliau juga salah seorang wira yang tidak dikenang di Malaysia. Adakah Nor Izzat seorang criminal? Tiada. Beliau sebaliknya telah membuat bakti dengan menerajui bantahan terhadap Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang tidak boleh dirancang yang dirumuskan dengan baik. Beliau sepatutnya diberikan ganjaran kerana memberi sumbangan positif mendesak Kementerian Pendidikan menggantung SBA tetapi sebaliknya beliau dikenakan tindakan tidak wajar. Negara ini perlu mengakui sumbangan para wira yang tidak dikenang ini yang berusaha untuk mengekalkan kerukunan hidup antara kaum dan agama, sistem pilihan raya yang bersih serta sistem pendidikan lebih baik untuk anak- anak kita. Mereka adalah patriot tulen yang seharusnya menjadi contoh teladan untuk semua rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Menteri-menteri. Jika ini dilakukan, masa depan Malaysia akan cerah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya dahului ucapan saya ini dengan merakamkan ucapan terima kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disampaikan pada 10 Mac lalu. Saya anggap ucapan ini cukup baik dan bermakna sekali. Sebagai rakyat dan pemimpin kita mesti menghayati segala ucapan baginda kerana ia memberi makna besar kepada kita semua. Tuan Yang di-Pertua, hari ini masuk hari yang keenam tragedi yang begitu menyayat hati yang telah terjadi kepada MH370. Pelbagai pihak melihat tragedi yang begitu menyayat hati ini dan ia bukan hanya menarik perhatian masyarakat dan rakyat dalam negara ini tetapi tentu juga masyarakat antarabangsa. Oleh sebab itu, kita lihat bahawa pelbagai negara telah memberikan kerjasama termasuk kita lihat daripada kuasa besar sehinggalah ke negara-negara jiran kita. Kita difahamkan lebih daripada 12 buah negara terlibat dengan menghantar pelbagai kelengkapan tentera, kapal terbang, kapal selam, semua untuk menjurus, membantu tragedi yang jarang berlaku dalam negara kita. Oleh sebab itu sebagai rakyat dan sebagai pemimpin dalam negara ini mari kita beri sokongan padu kepada pihak berkuasa dan dalam Dewan yang mulia ini saya ingin

merakamkan ucapan penghargaan yang amat sangat kepada seluruh anggota keselamatan kita daripada Perdana Menteri, kerajaan, kepada semua jentera-jentera walaupun masih lagi kita tidak ketemui, belum ada petanda tetapi pengorbanan yang mereka lakukan ini amat besar nilainya dan bukan senang Tuan Yang di-Pertua untuk mengurus satu tragedi yang amat besar ini. Pentagon sendiri, CIA sendiri tertanya-tanya di mana hilangnya pesawat ini. Oleh sebab itu sekalian, saya mengharapkan walaupun kita berbeza latar belakang, politik, fahaman dan sebagainya mari kita bersatu hati. Inilah waktu dan ketikanya kita sebagai rakyat dalam negara ini untuk bersatu dan jangan kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan atau komen-komen yang menyukarkan lagi keadaan. Oleh kerana itu kita lihat hari ini media masa, RTM, TV3, Astro Awani, Utusan Malaysia, Berita Harian dan pelbagai media yang ada dalam negara kita ini terpaksa pula untuk membuat penafian, untuk memaklumkan perkara-perkara yang hari ini kita lihat ramai di antara kita yang menjadi pakar, yang menjadi jurucakap yang tidak bertauliah, bercakap perkara-perkara yang tidak benar yang menyukarkan pihak berkuasa dan pihak media. Oleh sebab itu dalam Dewan ini juga saya hendak rakamkan ucapan terima kasih kepada media-media ini, kepada RTM, kepada TV3, kepada Utusan Malaysia, Berita Harian, Astro Awani, TV Al-Hijrah dan pelbagai TV termasuk media antarabangsa yang melaporkan perkara ini untuk perhatian dan maklumat rakyat. Sebab itu saya percaya kalau kita berdoa kepada Allah SWT dan kita yakin dengan ketentuannya kita dapat merungkai peristiwa yang amat besar dalam negara ini dalam waktu yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap soal dunia siber. Dunia siber ini merupakan sebahagian daripada hidupan manusia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?

Panjang Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Kita sambung Isnin.

Oh, kena sambung Isnin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sambung Isnin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 17 Mac 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.]