Dewan Rakyat · 17 March 2014

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,851 turns · 58,466 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan · question

1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat pendaratan ikan tuna dan pusat ikan sangkar bagi mengambil kesempatan ke atas pesawat kargo udara yang kosong dari Labuan ke destinasi lain selepas ia membawa masuk kargo-kargo keperluan industri minyak dan gas ke Labuan. Untuk makluman ada sembilan (9) pesawat kargo udara berjadual setiap minggu ke Labuan.

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan yang telah mengemukakan soalan berkenaan dengan Pelabuhan Tuna dan juga ikan dalam sangkar di Labuan. Tuan Yang di-Pertua, Labuan memang sesuai menjadi pusat daratan ikan tuna dan juga ikan dalam sangkar. Sumber ikan di kawasan Laut China Selatan sangat banyak, dengan sebab itu kerajaan memang mempunyai perancangan untuk menjadikan pelabuhan sebagai pusat pelabuhan ikan tuna dan juga ikan dalam sangkar. Walau bagaimanapun sambutan daripada pihak swasta adalah penting untuk menjadikan pusat seperti itu jadi viable. Pada masa ini pengusaha-pengusaha ikan sangkar lebih suka menggunakan kawasan di Tanah Besar Sabah disebabkan faktor kos pengeluaran dan lain-lain kos. Terdapat hanya sebilangan kecil nelayan ikan sangkar dan pengeluaran hanya lebih kurang tiga metrik tan setahun sahaja buat masa ini. Manakala pengusaha ikan tuna pula lapan buah bot jongkong tuna, 18 buah sampan kecil tuna dan dua buah pukat jerut tuna dengan nelayan hanya sebilangan kecil berjumlah lebih kurang 70 orang, dan mengeluarkan lebih kurang 5,000 metrik tan sahaja setahun buat masa ini. Kemudahan telah pun disiapkan dengan perbelanjaan sebanyak RM8 juta dengan kapasiti untuk lebih kurang 50,000 metrik tan boleh digunakan kemudahan yang ada pada masa ini di Kampung Kiam Sam. Walau bagaimanapun, penggunaannya oleh nelayan-nelayan pengusaha tangkapan ikan setakat ini hanya lebih kurang 1.5 metrik tan sahaja. Jadi terdapat excess kapasiti lebih kurang 45,000 metrik tan yang masih boleh diguna pakai. Akan tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi pengusaha-pengusaha atas faktor kos dan sebagainya lebih berminat ataupun lebih menjalankannya di kawasan Sabah seperti di Semporna dan sebagainya. Dalam pada itu pengusaha ikan tuna laut dalam, Laut China Selatan memang satu sumber ikan yang begitu banyak sekali. Walau bagaimanapun, saya difahamkan tidak ramai players yang buat masa ini berani untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di Laut China Selatan seperti di sekitar Pulau Spratly dan sebagainya atas faktor keselamatan. Ini kerana di kawasan itu terdapat territorial dispute di antara

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pasir Salak

pihak kita dan juga pihak luar. Ini menyebabkan nelayan-nelayan daripada Malaysia orang- orang kita tidak begitu sanggup untuk menghadapi masalah keselamatan ini. Manakala memang ada minat daripada pelabur-pelabur, syarikat-syarikat daripada negara China umpamanya yang hendak menjalankan aktiviti ini dan menggunakan Pulau Labuan sebagai pusat. Akan tetapi ada faktor daripada segi pertimbangan, kita bimbang nanti mereka akan menggunakan lesen yang diberikan lebih kepada untuk menangkap ikan di kawasan yang menjejaskan nelayan-nelayan tempatan. Kalau sekiranya ini berlaku ianya tidak menguntungkan bagi pihak kita. Sekian terima kasih.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti yang dikatakan tadi laut berdekatan Labuan dan Spratly memang mempunyai tuna yang banyak. Labuan mempunyai facility yang cukup besar untuk industri ini termasuklah cold storage facility yang baru siap yang dimiliki oleh Kementerian Wilayah.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Saya difahamkan nelayan-nelayan yang berasal daripada Labuan sebenarnya memang tidak begitu pakar di dalam penangkapan tuna dan kebanyakan yang menangkap tuna walaupun secara kecil-kecilan adalah datang daripada sebelah Semporna, Sabah yang mula datang ke Labuan tetapi tidak cukup banyak. Jadi saya lihat memerlukan satu usaha untuk mengajak nelayan-nelayan Labuan untuk menceburkan diri di industri yang lucrative ini. Dengan itu adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk membuat program-program latihan dan seterusnya membantu nelayan-nelayan yang kita akan convert kepada nelayan tuna di Labuan dalam masa terdekat ini. Apakah usaha-usaha lain yang sedang dirancang untuk perikanan tuna ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Labuan. Kerajaan mempunyai satu pelan strategik, ada satu buku ‘Pelan Strategi Pembangunan Industri Tuna 2012 dan 2020’. Mengikut pelan strategik ini, ringkas sahaja sepintas lalu saya hendak sebut, kerajaan menganggap bahawa ada potensi yang begitu besar kepada ekonomi negara sekiranya industri penangkapan tuna ini dapat dijayakan. Apabila saya kata potensi yang begitu besar, buat masa ini umpamanya tangkapan ikan dalam sangkar hanya baru dalam kira-kira 60 ribu metrik tan setahun. Manakala potensi boleh pergi kepada 200 ribu metrik tan setahun. Manakala tuna pula buat masa ini hanya sekitar dalam 10 ribu metrik tan setahun dan potensinya begitu besar kita mempunyai sasaran untuk menghasilkan 60 ribu metrik tan setahun. Ini target kita, sasaran kita mengikut pelan strategik pembangunan industri tuna ini. Untuk melaksanakan pelan strategik ini, pelbagai langkah perlu dibuat termasuklah latihan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Labuan itu, man power, human resource, training, orang-orang kita tidak begitu mahir. Buat masa ini kebanyakan nelayan kita dapati orang-orang tempatan bukan sahaja tidak minat tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam industri ini dan banyak orang luar seperti Vietnam, Thailand yang boleh dikatakan menjadi tenaga ataupun awak-awak, tekong-tekong dan juga pengusaha, business operators kebanyakannya orang luar. Jadi kita punya participation, pengambilan bahagian dalam industri ini begitu kecil sekali. We want to do more about that, we want to increase our participation, we want to increase the industry, our target is very big, and we hope this industry will be one of the economic engine for the country. Ini Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya tegaskan iaitu latihan amat penting. Untuk sepintas lalu saya hendak sebut juga, untuk menjayakan pelan strategik ini kita memerlukan perbelanjaan yang begitu besar. Mengikut apa yang diberitahu kepada saya, we need about RM1.5 billion kalau sekiranya kita hendak mencapai ini. Jadi esok kalau ada umpamanya kerajaan buat peruntukan dalam bajet, janganlah ada pula pihak sebelah sana bangkang- bangkang, ini untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

2. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah bilangan orang yang mempunyai anugerah gelaran Dato’, Datuk, Dato Paduka, Dato’ Seri, Tan Sri dan Tun mengikut 13 negeri-negeri, Wilayah Persekutuan dan kategori masing-masing setakat ini.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat Persekutuan, jumlah pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan yang membawa gelaran Tun, Tan Sri dan Datuk termasuk penerima yang telah meninggal dunia adalah seramai 2,049 penerima. Pecahan pengurniaan mengikut jenis kurniaan adalah seperti berikut:- | Jenis Kurniaan |Gelaran|Jumlah Penerima| |---------------------------------|-------|--------------:| |Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)|Tun | 39| |Seri Setia Mahkota (SSM) |Tun | 43| |Panglima Mangku Negara (PMN) |Tan Sri| 134| |Panglima Setia Mahkota (PSM) |Tan Sri| 802| |Panglima Jasa Negara (PJN) |Datuk | 662| |Panglima Setia Diraja (PSD) |Datuk | 169| |Jumlah | | 2049|<END_TABLE_MARKER> Jumlah kurniaan di atas adalah tertakluk kepada hak kurniaan yang ditetapkan di dalam statut darjah kebesaran masing-masing. Bagi pengurniaan darjah kebesaran di peringkat negeri, ia adalah kuasa prerogatif duli-duli yang maha mulia raja-raja atau tuan- tuan yang terutama Yang Dipertua Negeri dan rekod penerima diselaraskan oleh pihak pejabat setiausaha kerajaan masing-masing.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih wakil kerajaan. Anugerah kebesaran, darjah kebesaran adalah satu perkara yang berprestij. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan mereka yang menerima gelaran darjah kebesaran ini adalah benar-benar individu yang mempunyai jasa besar kepada masyarakat dan negara. Tadi saya kurang puas hati tentang jawapan Yang Berhormat Menteri yang diberikan hanya peringkat Persekutuan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan yang mulia ini, berapakah jumlah Datuk-datuk, Dato’ Sri di peringkat semua negeri mengikut negeri, khususnya negeri Pahang, Selangor dan negeri-negeri lain. Saya hendak tanya kepada...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sekarang saya tanya soalan, dengar dulu, sabar- sabar. Adakah pihak kerajaan menerima sebarang maklumat. Pertanyaan saya, pernahkah kerajaan menerima sebarang maklumat ada pihak yang terlibat dalam niaga gelaran kebesaran. Adakah kerajaan mempunyai maklumat dan jika ada, apakah cadangan tindakan yang diambil untuk menjaga martabat prestij darjah kebesaran negara kita. Ini persoalan saya, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan anugerah negeri maka kita beria dapatkan dari kerajaan-kerajaan negeri. Saya percaya Yang Berhormat ada kawan-kawan di sana yang boleh Yang Berhormat mendapatkan maklumat. Akan tetapi kalau sekiranya Yang Berhormat berkehendakkan kita tolong dapatkan maklumat, maka saya boleh berbuat demikian. Berhubung dengan darjah kebesaran di peringkat Persekutuan, ianya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Jabatan Perdana Menteri dan wakil daripada pihak awam. Dalam keadaan sekarang, wakil pihak awam adalah berjawatan Menteri. Jadi pemberian gelaran sama ada di peringkat Persekutuan atau pun negeri harus ikut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Semua ini diambil kira. Ada setengah orang dia mempunyai prestasi yang tinggi di peringkat negara tetapi pihak negeri memberi pengiktirafan. Jadi, pengiktirafan di peringkat

negeri ini bukan didasarkan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi iaitu melalui pembayaran. Dalam Islam, hukumnya haram iaitu kita buruk sangka dan kita menuduh. Kalau Yang Berhormat ada bukti bahawa ‘Datuk’ ini diperniagakan, kita hendaklah bawa ke tengah sebab ini adalah ada hubungan undang-undang negara dengan didasarkan kepada pembuktian dari segi fakta buat laporan polis sekiranya ada bukti ‘Datuk’ diniagakan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Betul jujur, ikhlas ya. Betul ya?

Jujur ya.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan selain daripada anugerah-anugerah yang telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan- Sultan dan juga Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, kita juga sering mendengar terlalu ramai yang mendapat anugerah daripada pihak luar antaranya Filipina, Indonesia. Mereka ini juga meletakkan di hadapan mereka dengan taraf sama ada datuk, datuk seri dan sebagainyalah. Ada juga di kalangan mereka yang menggunakan simbol tertentu di kenderaan masing-masing, crown dan sebagainya. Jadi, sejauh manakah sehingga hari ini bilangan-bilangan ini yang ada dalam negara dan bagaimanakah cara pemantauan dibuat oleh sama ada pihak protokol di Jabatan Perdana Menteri? Ini kerana kita bimbang dengan terlalu ramai orang-orang yang mendapat bogus ‘datukships’ ini dengan izin, maka ianya mencemarkan status atau pun orang-orang yang mendapat ‘datukships’ secara genuine ini daripada Tuanku Sultan dan sebagainya. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan ini. Kita hendak bagi tahu bahawa pada masa sekarang kita belum ada undang-undang yang mengikat mereka yang mendapat gelaran dari luar negara termasuklah gelaran yang diberikan oleh Sultan yang belum disahkan. Kita belum ada lagi undang-undang dan insya- Allah kita akan perkenalkan dalam bulan Jun ini. Apakah tindakan yang akan diambil? Apabila rang undang-undang ini diperkenalkan nanti mereka akan terikat dengan rang undang-undang tersebut. Pada masa sekarang mungkin penerima tersebut tidak tahu bahawa dia tidak boleh menerima daripada luar dari Malaysia. Keduanya, mungkin mereka tahu tetapi oleh sebab ada perjanjian tertentu dan sebagainya maka mereka menerima anugerah tersebut. Semua anugerah ini tidak dapat diiktiraf dan saya akan bagi jawapan yang bertulis kepada Yang Berhormat dari segi jumlah orang yang mendapat gelaran di luar daripada yang telah ditentukan. Akan tetapi saya beri hanya jumlah. Saya tidak bagi nama sebab saya tidak mahu mengaibkan mereka ini kerana ada di antara mereka yang menerimanya, mereka tidak mengetahui bahawa mereka tidak boleh menerima. Mereka tidak tahu kerana tidak ada undang-undang yang mengikat mereka. Akan tetapi ada yang menerima di atas niat yang lain, mungkin untuk menceritakan bahawa dia ini Datuk dan sebagainya walapun bukan daripada gelaran yang diberi oleh Raja-Raja atau pun Yang di-Pertua Negeri. Apakah tindakan yang akan diambil? Saya sebut pada Yang Berhormat, bila undang-undang ini diperkenalkan nanti mereka yang menerima gelaran tersebut akan terikat dengan undang-undang yang telah disebutkan kerana ada sebuah kawasan di luar negara ini yang nampaknya memperagakan gelaran ini kepada pihak-pihak tertentu di negara ini yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Abdul Aziz bin Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu · question

3. Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, kebanjiran pelajar asing dalam negara yang terlibat dengan jenayah semakin berleluasa ini sehingga dikatakan negara kita mudah dibolosi oleh pihak luar dan bagaimanakah kementerian memantau isu-isu pelajar asing termasuk mengawal dan membendung penyalahgunaan pas pelajar di kalangan mereka dan berapakah statistik jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar asing sepanjang tahun 2010 hingga 2013.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, minta maaf tidak dapat jawab pantunlah. Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia sejumlah 117,833 orang pelajar asing telah didaftarkan sehingga 31 Disember 2013. Tidak dinafikan memang terdapat

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

pelajar asing yang telah melanggar akta atau pun peraturan imigresen serta terlibat di dalam aktiviti negatif dan jenayah. Walau bagaimanapun jumlah mereka yang terlibat itu adalah terlalu kecil. Kes-kes utama yang sering dilaporkan adalah di bawah seksyen 15(4), Akta Imigresen iaitu kesalahan tinggal lebih masa dan peraturan 39(b) bagi kesalahan salah guna pas pelajar. Manakala kes-kes jenayah yang dilaporkan ialah yang berkaitan dengan jenayah kekerasan, harta benda dan penyalahgunaan dadah. Bagi tempoh 2010 hingga 2013, sebanyak 5,217 kes tinggal lebih masa dan sebanyak 57 kes salah guna pas telah dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk tempoh yang sama juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 40 kes di bawah kategori jenayah kekerasan, 31 kes di bawah kategori jenayah harta benda, 505 kes di bawah Akta Dadah Berbahaya dan 1,403 jenayah komersial. Jadi di dalam perkara ini pihak KDN bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan dan kawal selia telah melakukan sesuatu tindakan terutamanya kita telah melakukan pemantauan melalui kumpulan kerja pengurusan dan pemantauan pelajar antarabangsa di mana KDN bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Kumpulan kerja ini memainkan peranan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pelajar antarabangsa termasuk mengkaji semula prosedur pengambilan dan pengurusan pelajar antarabangsa.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, angka 5,000 kalau kita ambil dari 117,000 angka pelajar terkini merupakan hampir 5% daripada pelajar-pelajar ini yang tinggal lebihan masa. Jadi rakyat selalu melihat bahawa kadang kalanya masalah tenaga asing sama ada pelajar atau buruh asing ini adalah kerana persepsi rakyat, kegagalannya banyak disebabkan oleh banyak polisi kerajaan yang dibuat ini ia banyak flip-flop, ia berubah-ubah mengikut angin.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Kerajaan juga dilihat kurang tegas dan melakukan banyak enforcement ini berkala. Kurang tegas dari segi bahawa setiap kali Yang Berhormat Menteri, bila menteri baru datang, kita ada program pengampunan. Jadi tenaga-tenaga asing ini dia rasa bahawa kalau dia duduk overstay pun, akan ada masa di mana kerajaan akan buat pengampunan secara besar-besaran ini. Jadi, pada zaman Yang Berhormat Dato’ Seri jadi menteri ini, apakah langkah dan program kerajaan untuk memastikan bahawa masalah keselamatan yang agak besar di kalangan rakyat yang dirasai rakyat ini, pembanjiran tenaga asing sama ada pelajar ataupun buruh dapat kita kendalikan dengan lebih baik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita harus membezakan pekerja asing tanpa izin dan juga pelajar. Saya ingin memaklumkan bahawa pas pelajar ini kerap disalahgunakan terutama oleh pusat-pusat bahasa yang menawarkan kemudahan kononnya belajar Bahasa Inggeris di Malaysia dan menarik pelajar-pelajar ini. Jabatan Imigresen khususnya Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan penyiasatan secara rapi. Pelajar-pelajar ini hanya mendapat pas pelajar bekerja di tempat lain, ertinya bukan belajar. Kita telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan untuk menutup pusat-pusat bahasa ini. [Tepuk] Ini bukan flip-flop dan tidak bermusim, insya- Allah tidak bermusim. Saya akan lakukan sebaik mungkin yang boleh. Kita tahu bahawa melalui jawatankuasa yang mengkoordinasi pas pelajar ini, kita telah mengeluarkan i-Kad di mana setiap pelajar akan diberikan atau telah diberikan i-Kad di mana i-Kad ini digunakan sebagai gantian kepada dokumen perjalanan yang ada dan kita letakkan di situ biometrik yang mereka tidak boleh tipu dan juga bar code yang mengandungi semua dokumen mengenai pelajar itu tanpa boleh ada pemalsuan dilakukan. Ciri-ciri keselamatan itu telah kita utamakan. Mengenai pekerja asing ini, saya ingin sebutkan bahawa antara pelajar yang menjadi pekerja asing ini adalah pelajar daripada Nigeria dan ini masalah besar. Saya ingin sebutkan, melalui rekod Jabatan Imigresen, statistik kesalahan melibatkan pemegang pas pelajar mengikut seksyen 15(4) - tinggal lebih masa, pelajar yang dikatakan “pelajar Nigeria” yang bukan pelajar sebenarnya terdapat seramai 1,608 orang, yang menyalahgunakan pas mereka juga, yang melakukan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda - Nigeria 24, bangsa Afrika yang lain 13. Akta Dadah Berbahaya, Akta Racun - Nigeria 340 orang

berbanding dengan Iran 26 orang dan lain-lain negara. Jenayah komersial - Nigeria - 1,178 orang. Saya tidak berprasangka kepada mana-mana negara tetapi ini adalah maklumat rasmi. Saya ingin bagi tahu Dewan yang mulia ini, setakat ini lebih 400 pelajar daripada Nigeria ini kononnya pelajar berada di penjara Malaysia kerana kesalahan-kesalahan itu. Saya harap kita prihatin terhadap mereka ini dan mereka memang menimbulkan masalah. Bukan di negara kita, mereka telah mula menguasai kongsi gelap di Bangkok dan menguasai kumpulan Yakuza di Tokyo. Kita harap pihak sana dan pihak sini bekerjasama betul-betul supaya orang-orang ini tidak menguasai jenayah dan melakukan kesalahan- kesalahan di negara kita.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya kena perlu berhati-hati hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kerana dia khalifah kepada seni mempertahankan diri, bomoh MH370 baru- baru ini. Sebab saya takut..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Soalan, soalannya Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nanti silap, dia tampar saya macam buaya.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Soalan ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya takut kalau tersilap tanya, dia tampar saya macam buaya, bahaya. Minta maaf!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak payahlah hendak melencong, tak payah melencong.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa bising Tambi? Okey, soalan penjelasan. Berkaitan balik kepada soalan asal sahabat saya dari Kulim-Bandar Baharu. Antaranya ialah yang berkaitan dengan soal bagaimana negara kita ini mudah dibolosi oleh pihak luar. Jadi isu yang saya hendak tanya ini berkaitan dengan dua orang penumpang MH370 yang dikatakan berjaya bolos masuk dan bolos keluar dengan menggunakan pas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak berkaitan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya? Tidak, tidak, ini soal pembolosan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ada, ada ayat ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Soalan, soalan adalah soal pelajar.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, betul, betul. Mungkin ini masuk sebagai pelajar. Itu saya hendak tanya, adakah mereka ini dapat dikesan..

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Tanya soalan yang bernas Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bahawa sebelum ini mereka menggunakan pas pelajar, menggunakan pasport palsu seperti mana yang pernah ditemui..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

... 90 degree menyeleweng.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh pihak berkuasa baru-baru ini. Satu perkara lagi yang saya hendak tanya, apa jadi dengan repot polis yang pernah dibuat terhadap kes kecurian sejumlah yang besar pasport pekerja Indonesia yang dicuri dan dibawa lari oleh agen pekerja asing.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, mana masuk itu?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang saya fikir bahawa ada kaitan dengan soal imigresen. Ada kaitan dengan soal-soal imigresen. Jadi bagaimana isu ini boleh ditangani supaya tidak berlarutan..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bomoh dari mana ini?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Seperti mana yang berlaku dalam MH370. Yalah, anak murid..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri boleh tak jawab Yang Berhormat Menteri pasal tak masuk ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa jawab juga sebab soalan-soalan menyeleweng ini [Ketawa] Kerana dia [Disampuk] dan saya menghormati kerana beliau juga Naib Presiden.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, Ketua Penerangan sekarang.

Ya, oleh sebab telah kalah, maka dilantik sebagai Ketua Penerangan.

[Dewan riuh]

Saya walaupun soalan itu menyindir, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak kenal langsung orang itu. Bomoh itu tak kenal. Saya tak kenal bomoh itu langsung. Dia memang kenal sayalah, macam saya kenal Yang Berhormat. Akan tetapi salah seorang daripada yang dayung itu [Sambil menunjukkan cara berdayung] dia sudah pegang kelapa itu daripada Pokok Sena. Pasti! [Dewan riuh] [Ketawa] Boleh check! Boleh check! [Tepuk] Saya khuatir, saya khuatir gurunya adalah Ahli Parlimen Pokok Sena.

[Dewan riuh]

[Ketawa] Jadi, sepatutnya..

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat kena ambil tindakan kepada bomoh itu yang mendakwa bahawa beliau adalah khalifah kepada seni mempertahankan diri bomoh itu.

Bila saya kata tak kenal Tuan Yang di- Pertua, saya tidak pernah. Yang Berhormat kena tahu sebagai Ahli Politik kita ada musuh. Musuh politik yang di luar kita nampak. Saya tahu musuh politik dalam PAS, tahu. Yang Berhormat punya. Akan tetapi musuh dalam betul, kita tak tahu. Ini blog saya sudah tengok dah ini. Ini ada orang hendak permain-mainkan saya ini. Saya ingat orang itu pun saya fikir sama gila dengan bomoh itulah. [Ketawa] Untuk maklumat, terdapat 40.2 juta pasport yang hilang yang telah dilaporkan kepada Interpol, 40.2 juta. Dua pasport yang digunakan oleh dua warganegara Iran itu bukan pasport palsu, pasport yang asli, genuine pasport. Penumpang Iran itu mengikut laporan polis datang daripada Teheran, naik Qatar Airways ke Doha, Doha ke Phuket. Di Phuketlah pasport itu dibeli. Dengan menggunakan pasport Austria dan Italy itu, mereka datang ke Malaysia dan tidak benar jika pasport itu palsu.

Ertinya pasport itu adalah dokumen yang sebenarnya tetapi saya telah memanggil dua orang Pegawai Imigresen yang menjaga kaunter itu ketika mereka masuk dan dua orang lagi ketika mereka keluar dan kami telah melakukan siasatan dalaman. Saya tidak mahu berikan maklumat ini sekarang tetapi dalam masa penggulungan nanti insya-Allah, saya akan maklumkan sepenuhnya bahawa ada sindiket yang dilakukan ini terutama oleh negara jiran. Pihak Jabatan Imigresen terutamanya KDN tidak akan pernah berkompromi dalam hal sindiket ini, insya-Allah [Tepuk] Soal keselamatan bukan soal di sini sahaja, soal di sana juga. Jadi jangan main-main ya. Bomoh tidak main-main tetapi perhatikan anak murid bomoh itu datang dari Pokok Sena [Ketawa]

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan: (i) tarikh Pelan Utiliti kawasan Lembah Klang yang dibekalkan kepada MRT Corporation untuk kegunaan perancangan pembinaan MRT; dan (ii) susulan kejadian paip pecah di Mutiara Damansara pada 15 Februari, adakah dokumen itu menggambarkan keadaan semasa kelengkapan utiliti di kawasan pembinaan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNTimbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan selamat pagi. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai yang bertanya mengenai dengan Pelan Utiliti kawasan Lembah Klang yang dibekalkan kepada MRT Corporation untuk kegunaan perancangan pembinaan MRT dan juga kejadian paip pecah pada 15 Februari. Pelan Utiliti pemasangan paip air bagi kawasan Lembah Klang yang telah dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) dibuat secara berperingkat kepada kontraktor MRT Corporation bermula pada 4 Oktober 2011 sehinggalah ke 28 Februari 2014. Bagi kawasan Mutiara Damansara, kementerian dimaklumkan bahawa SYABAS telah mengemukakan Pelan Utiliti pemasangan paip air bagi kawasan tersebut kepada kontraktor MRT Corporation iaitu Muda Jaya Sdn Bhd pada 16 Mac 2012. Kejadian paip pecah yang berlaku di Mutiara Damansara pada 15 Februari 2014 bukanlah disebabkan oleh jajaran paip yang tidak dapat dikesan kerana Pelan Utiliti bagi kawasan tersebut telah pun diserahkan kepada MRT Corporation. Hasil siasatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mendapati bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh kerja-kerja di tapak yang tidak dibuat dengan sempurna. Susulan kejadian tersebut satu mesyuarat telah diadakan antara pihak syabas, MMC Gamuda dan juga Muda Jaya supaya langkah-langkah sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak berulang pada masa hadapan. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya fikir tidak memadai kerana kalau dilihat khusus bagi jajaran Sungai Buloh ke Kajang, projek MRT ini sekitar tahun 2012 menelan belanja RM23 bilion tetapi kalau diambil alasan bahawa jajaran di tapak yang berlakunya kerosakan itu adalah jajaran yang tidak dapat dikesan, maka saya persoalkan mengapa menurut SYABAS telah dikesan sebanyak 32 kes paip pecah disebabkan oleh kerja pembinaan MRT dan LRT yang berlaku sejak tahun 2012? Saya tidak faham kenapakah MRT Corporation bersama SYABAS ataupun utiliti lain tidak mampu mendapatkan peta utiliti secara keseluruhan yang terbaru dan terkini. Kalau di England misalan bagi underground mereka, dengan izin, mereka mengguna pakai teknologi kombinasi electrotocation dan juga radar penetrasi bawah tanah. Jadi saya minta pihak kementerian kalau boleh menjelaskan kerana kita bercakap tentang 32 kes iaitu bagi pihak SYABAS, secara total pihak MRT menyatakan 97 kes yang membabitkan kerosakan utiliti di lokasi projek MRT. 51 daripada pihak SYABAS dan 27 daripada milik TNB. Untuk mengelakkan lebih banyak gangguan kerana bila paip pecah tentunya pengguna termasuklah di Universiti Malaya, di Kampung Kayu Ara, seluruh Lembah Klang akan terkesan. Apakah langkah-langkah yang akan diputuskan oleh kementerian untuk memastikan MRT Corporation bukan sahaja membuat satu perancangan Pelan Utiliti sebelum kerja-kerja seterusnya dan jajaran seterusnya? Ini kerana sekarang MRT Sungai Buloh-Kajang sudah hampir 40% selesai supaya tidak lagi berlaku kerosakan- kerosakan sedemikian. Saya mohon jawapan yang jelas. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, untuk kes di Damansara seperti yang saya jelaskan tadi kejadian paip pecah yang berlaku di Mutiara Damansara itu disebabkan oleh kerja-kerja menarik luar sheet pile yang menyokong paip sebesar 900mm yang sedia ada oleh kontraktor MRT Corporation. Oleh yang demikian, pihak SYABAS, MMC Gamuda dan Muda Jaya memutuskan supaya sheet pile dibiarkan pada kawasan paip yang pecah. Jadi ini saya jawab secara khusus kepada Mutiara Damansara yang disebut dalam soalan asal kerana sheet pile ini telah

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

dikenali sebagai cerucuk yang sering kali diguna pakai dalam industri pembinaan sebagai bahan penahan benteng-benteng yang dikorek. Jadi apabila ditarik sheet pile itu di situ dan keadaan tanah yang lembap dan akhirnya tanah itu runtuh menyebabkan sheet pile itu terkena pada paip. Ini khusus apa yang berlaku di Mutiara Damansara. Menjawab secara keseluruhan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi berhubung dengan apa tindakan kerajaan dan juga tindakan MRT bagi menentukan kerja-kerja sepanjang - sebenarnya MRT ini panjangnya sudah 51 kilometer dan ada 31 stesen semua sekali. Permohonan MRT untuk kerja-kerja underground ataupun dipanggil underground station sebanyak 12 dan elevated alignment yang di atas sebanyak sembilan. Jadi ianya adalah banyak dan untuk tujuan itu di peringkat kementerian kita mempunyai sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa PEMANDU yang dipengerusikan oleh kementerian oleh KSU dan di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kita mempunyai Jawatankuasa Teknikal yang kesemua sekali daripada MRT Corporation dari SYABAS, SPAN menduduki Jawatankuasa Teknikal dan memantau dari semasa ke semasa. Pelan Utiliti ini boleh diberi awal dan seperti saya katakan tadi mengambil tempoh selama dua tahun lebih kurang untuk memberi Pelan Utiliti secara berperingkat kepada pihak MRT Corporation. Jadi pada saya pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk melihat bahawa tidak ada di mana-mana kejadian paip yang pecah yang kemudiannya boleh menyebabkan kerugian kepada masyarakat. Mengenai dengan teknologi yang digunakan itu saya tidak ada maklumat detail. Saya boleh beri kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

Sapawi bin Amat WasaliUMNO · BNSipitang · question

5. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sejauh mana kesan dan manfaat daripada langkah merekrut anggota Skuad Muda 1JPJ membantu penguat kuasa JPJ menjalankan pemeriksaan, bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sejak tiga tahun lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat social engagement, dengan izin, dengan orang awam khususnya semasa musim perayaan supaya rakyat menjadi mata dan telinga JPJ untuk melaporkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Inisiatif ini didapati berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang pemanduan berhemah dan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya selain memupuk semangat kesukarelaan di kalangan rakyat secara amnya. Bagi meningkatkan lagi social engagement dengan orang awam Kementerian Pengangkutan melalui JPJ telah menubuhkan Skuad Muda 1JPJ.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

Penubuhan ini adalah untuk mewujudkan satu komuniti yang peka terhadap isu-isu keselamatan jalan raya yang berperanan membantu kerajaan dalam menjalankan advokasi dan kempen keselamatan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ahli skuad ini tidak akan dilibatkan dalam aktiviti penguatkuasaan, namun ianya berperanan membantu JPJ dalam melaporkan kesalahan-kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna- pengguna jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan daripada aspek advokasi, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran, pelancaran Skuad Muda 1JPJ ini yang dilancarkan pada 26 Januari 2014 bertepatan dengan musim perayaan Tahun Baru Cina 2014, dilihat sebagai langkah yang tepat dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Ini terbukti dengan perangkaan daripada PDRM yang menunjukkan kes kemalangan jalan raya sepanjang Ops Selamat IV telah menurun daripada 16,287 kes pada tahun lalu kepada 14,836 kes pada tahun ini dengan kadar penurunan sebanyak 8.9%. Selari dengan penurunan ini, bilangan kematian juga telah menurun daripada 159 kematian berbanding 194 kematian pada 2013 iaitu penurunan sebanyak 18.04%. Langkah kerajaan

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNTimbalan Menteri Pengangkutan · Sri Gading

melibatkan ahli skuad ini dalam Ops Tahun Baru Cina yang lepas merupakan suatu pendekatan National Blue Ocean Strategy di mana anggota penguatkuasaan JPJ ditempatkan bersama ahli-ahli Skuad Muda 1JPJ di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Di samping anggota penguatkuasaan JPJ yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan, ahli skuad pula berperanan memberikan khidmat nasihat dan kesedaran kepada pengguna jalan raya. Selain daripada aktiviti keselamatan jalan raya, ahli Skuad Muda 1JPJ juga turut dilibatkan dalam aktiviti JPJ seperti Program 1Komuniti 1JPJ serta bantuan mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi bin Haji AhmadUMNO · BNSipitang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada JPJ khususnya kementerian yang mewujudkan Skuad 1JPJ ini dengan menunjukkan serius terhadap kematian, kemalangan yang meragut ratusan nyawa dalam isu kemalangan jalan raya di negara kita ini. Soalan saya ialah mohon pihak Yang Berhormat Menteri menyatakan, apakah sebenarnya persiapan ataupun kelengkapan dari sudut latihan yang dibekalkan kepada Skuad 1JPJ ini supaya dia lebih berkesan dan memberikan satu rangsangan dan semangat sebagai sukarelawan kepada golongan remaja ini. Adakah usaha yang terancang pihak kementerian untuk mewujudkan kempen kesedaran terutama sekali di kalangan pelumba haram ini, golongan remaja supaya kesedaran itu dapat benar-benar dihayati dan mereka menjadi penyumbang kepada usaha matlamat 1JPJ itu sendiri. Di samping itu, adakah skuad ini akan diperbesarkan di peringkat Parlimen ataupun menjadi satu kegiatan ko- kurikulum yang formal seperti mana Kadet Polis, Bomba di sekolah-sekolah ataupun dalam perkembangan di peringkat Parlimen dan di negeri-negeri di seluruh negara ini. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, mengenai persiapan, memang pihak kerajaan telah membuat persiapan bagi melengkapkan ahli-ahli skuad JPJ ini. Dalam konteks itu, pihak JPJ telah mengadakan beberapa engagement melalui kursus-kursus keselamatan jalan raya dengan ahli-ahli skuad. Program ini memang pastinya sedang dalam pembesaran kerana pada ketika ini sasaran untuk mencapai 300,000 ahli menjelang tahun 2015 belum lagi tercapai dan setakat ini baru 26,777 ahli sahaja. Jadi maka pihak JPJ sedang mempergiatkan, memperbesarkan ahli skuad JPJ ini untuk kita membangunkan satu masyarakat yang ada kesedaran untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Ini kerana kita sedia maklum bahawa pada hari ini kadar kematian adalah 18 kematian kemalangan setiap hari, maka ini satu angka yang membimbangkan. Maka sebab itu kerajaan melibatkan semua masyarakat yang terlibat dalam bidang permotoran. Maka oleh itu, kelab-kelab permotoran sangat-sangat digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Skuad Muda 1JPJ.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi rahmani rahim. Saya melihat Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah mendedahkan satu jumlah angka kemalangan jalan raya di Malaysia ini yang meningkat semakin ketara. Kalau tahun 2000, dia ada 250,429 kes. Tahun 2010, 414,421 kes dan kita melihat disebut jumlah kematian juga meningkat. Pada tahun 2000, 6,035 kes dan tahun 2010 6,872 kes. Jadi apa yang kita lihat daripada trend angka yang dikemukakan oleh MIROS ini, dia juga menjangkakan tahun 2015 akan datang angka kematian ini akan meningkat, dijangka pada 8,760 kes dan tahun 2020, 10,700 kes. Ini menarik fasal kematian ini biasanya kita tidak tahu bila hendak mati, siapa hendak mati tetapi MIROS telah membuat satu jangkaan berdasarkan kepada trend ini dan unjuran ini telah dikukuhkan dengan kajian yang dibuatkan oleh WHR yang meletakkan Malaysia ini adalah negara di tangga ke-20 di dunia angka kematian mengikut kadar kematian akibat kemalangan. Jadi persoalan dia, trend ini tidak keterlaluan jika sekiranya kita andaikan keperluan kepada insurans ataupun takaful kenderaan dan juga hayat ini semakin tinggi. Jadi, apakan dengan kenaikan tarif insurans dan juga takaful ini, dia akan memberikan lebih tekanan kepada rakyat kerana saya melihat pendedahan angka kematian seperti mahu menggesa rakyat memiliki insurans dan takaful dengan harga yang lebih tinggi. Terima kasih.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kenaikan angka kematian sebenarnya daripada tahun 2012 kepada tahun 2013, angka tersebut telah menurun walaupun ia tidak begitu besar. Akan tetapi penurunan itu telah ada kerana pada 2012 hingga 2013, ia tidak meningkat dan ini adalah usaha JPJ dan semua pihak dalam memastikan untuk kita mengurangkan kemalangan. Maka sebab itu, pihak kerajaan sebenarnya tidak ada usaha untuk kita memaksa pengguna bagi membayar insurans yang lebih tinggi.

Datuk Ab. Aziz bin KaprawiUMNO · BNSri Gading

Itu tidak ada dalam program kerajaan untuk mengenakan bayaran insurans yang tinggi kepada pengguna-pengguna jalan raya. Sebab itu pihak kerajaan mewujudkan Skuad Muda 1JPJ ini bagi memberi khidmat kepada masyarakat dan melibatkan golongan muda yang bermotosikal ini yang merupakan golongan yang tertinggi terlibat dalam kemalangan. Maka program ini adalah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Di samping itu juga ianya dapat mengimbangkan kepada memperkasakan jati diri kepada anak-anak muda ini dalam pembangunan modal insan kerana kita tidak mahu kerugian kehilangan kematian anak-anak muda ini akan merugikan kepada modal insan negara. Seterusnya dalam konteks ini dengan perwujudan Skuad Muda 1JPJ ini akan dapat mewujudkan agent of change kesedaran keselamatan jalan raya dan seterusnya mendisiplinkan pemandu-pemandu di Malaysia ini, terima kasih.

G. Manivannan a/l GowindasamyPKR · PRKapar · question

6. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah peranan dan strategi untuk mengelakkan fungsi PERMATA bertindih dengan Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembangunan pendidikan awal yang lengkap dan sempurna; dan (b) sumber kewangan dan jumlah peruntukan yang disalurkan untuk PERMATA setiap tahun sejak ia ditubuhkan dan dari mana lebihan peruntukan PERMATA disalurkan, setelah peruntukan bajet tidak setara dengan kenyataan pihak PERMATA bahawa kerajaan menyalurkan RM 150 juta kepada mereka.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, Salam 1Malaysia. PERMATA negara melaksanakan program asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak sejak lahir hingga usia 4 tahun yang menekankan kepada pendekatan bagi membina keupayaan kanak-kanak untuk merangsang minda mereka. Objektif utamanya ialah bagi memastikan setiap kanak-kanak yang lahir akan diberikan peluang memulakan pembelajaran terbaik, the best start in life melalui program asuhan dan didikan yang berkualiti. PERMATA Negara yang dimulakan sejak tahun 2007 telah dirancang dengan begitu teliti bagi mencapai objektif penubuhannya. Pada tahun 2009 PERMATA Negara telah diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara dan sehingga kini terdapat 684 buah taska di bawah kelolaan beberapa agensi kerajaan. PERMATA Negara juga telah menggubal kurikulumnya sendiri yang kini telah diguna pakai oleh taska di bawah kelolaan kerajaan dan sebahagian kelolaan pihak swasta. Di samping itu PERMATA Negara telah melaksanakan kursus PERMATA Negara bagi menyelaraskan program latihan untuk semua pendidik, pengasuh dan juga penyelia taska. Dari segi pelaksanaannya pula, ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri berikutan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan program bagi kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Di bawah program ini satu kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak telah digubal bagi diguna pakai oleh semua taska yang menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi memastikan pendidikan yang berkualiti dapat diberikan kepada mereka.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Kementerian Pendidikan menjalankan Program Pendidikan Pra Sekolah kepada kanak-kanak berumur lima dan enam tahun bagi menyediakan pengalaman pembelajaran sebelum melangkah ke persekolahan formal. Kedua-dua program ini mempunyai kumpulan sasar yang berbeza dan keperluan mereka adalah unik mengikut umur dan individu. Namun ianya telah dirancang agar kesinambungan bersifat complementary. Pada tahun 2009 Bahagian PERMATA telah menerima peruntukan sejumlah RM150 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besar digunakan untuk memperluaskan program PERMATA Negara ke seluruh taska kelolaan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat - KEMAS, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu serta taska tempat kerja dan taska komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, pihak JPM akan menyalurkan peruntukan tersebut kepada mana-mana projek JPM yang mengalami kekurangan peruntukan. Pihak PERMATA akan sentiasa mengamalkan langkah berjimat cermat dalam langkah perbelanjaannya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk bahagian pertama saya ingin mempersoalkan apakah indicator yang digunakan untuk menilai keberkesanan Program PERMATA dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dan adakah ianya akan diterapkan sebagai dasar pendidikan pada jangka masa yang panjang. Adakah juga Kerajaan Barisan Nasional bercadang untuk pembangunan pendidikan kanak- kanak ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat khususnya Jabatan Kemajuan Masyarakat iaitu KEMAS dan dipantau oleh Kementerian Pendidikan dan bukannya dikendalikan di bawah Jabatan Perdana Menteri atas alasan penaungnya ialah isteri Perdana Menteri semata-mata. Untuk bahagian kedua, saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan bagi butiran awal kanak-kanak PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk tahun 2013 ialah RM40,726,900. Tetapi PERMATA telah menerima RM150 juta menurut Setiausaha Bahagian PERMATA iaitu Puan Saidatul Akmar Hassan. Apakah rasional peruntukan sebegitu banyak tidak dimasukkan dalam peruntukan bajet dan bagaimana Jabatan Perdana Menteri membuat justifikasi apabila peruntukan PERMATA yang sebegitu banyak tidak dinyatakan dalam bajet dan apakah peratus peruntukan ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Terima kasih, salam reformasi.

Salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa PERMATA memberi perhatian kepada anak-anak sejak lahir sehingga umur empat tahun. Lima dan enam tahun dimasukkan di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi apakah indicator sama ada ianya terbaik atau pun tidak. Kita ada pelbagai didikan kanak-kanak di peringkat awal yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan. Di pihak kerajaan kita ada di bawah Jabatan Perdana Menteri 89 buah pusat, KEMAS yang mengoperasi kurikulum PERMATA ialah 383 taska, Jabatan Pemanduan dan Integrasi Nasional mengoperasi 40 buah taska, Terengganu 40 buah taska dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengoperasi 107 buah taska. Mereka ikut kerana kurikulum PERMATA ini adalah baik. Oleh kerana kita tidak dapat memasukkan semua sekali, kita masukkan perlahan- perlahan. Itu sebab daripada jumlah beribu Taska KEMAS, kita hanya dapat bagi kepada 383 buah. Sama ada peruntukan ini dimasukkan di bawah bajet ataupun tidak maka jawabnya ya! Kalau tidak dimasukkan dalam bajet, sudah pasti Yang Berhormat tidak mengetahuinya pada hari ini. Tidak ada peruntukan yang lari dari bajet. Kalau sekiranya kita keluarkan di bawah wang luar jangka sekalipun ia akan dimasukkan di bawah bajet tambahan yang kita pohon dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Menteri boleh semak, memang tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum bahawa sejak PERMATA diwujudkan, 656 pusat PERMATA telah dilaksanakan melibatkan 27,000 pelajar. Ini bermakna PERMATA telah memainkan peranan yang penting ke arah memberikan pendidikan awal kepada anak-anak daripada peringkat setahun ke empat tahun. Apakah langkah-langkah intensif pada masa akan datang yang perlu ditokoh tambah ke arah

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

mempertingkatkan lagi kualiti dan juga pembelajaran awalan di PERMATA ini sehingga kita boleh melahirkan anak-anak kita yang bukan sahaja pintar, cemerlang tetapi berdedikasi dan juga mengetahui akan negara mereka, akan apa yang perlu mereka lakukan untuk masa hadapan sebab kita tahu dan sedar bahawa pengisian sesebuah negara itu bergantung kepada remaja dan modal insan masa hadapannya, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau sekiranya sebahagian besar daripada kita yang sebelah sana masuk di bawah program PERMATA, sudah pasti negara ini tidak timbul kelam-kabut dan keluh-kesah seperti sekarang. Tujuan utama PERMATA ialah hendak pastikan supaya didikan awal ke arah pembentukan minda anak-anak daripada satu dan dua tahun itu, diberi perhatian. Kalau pembentukan minda itu bermula dengan baik, sudah pasti ia berakhir dengan baik. Kalau pembentukan minda itu dimasukkan pemikiran-pemikiran songsang, maki hamun kepada kerajaan, kebencian, satu hari dia akan jadi manusia yang benci. Sekarang ini mungkin kita suruh benci kepada seseorang atau pemimpin dan sebagainya tetapi nanti bila tidak ada lagi orang yang perlu dibenci, dia akan benci mungkin kepada keluarganya sendiri dan sebagainya. Jadi, program PERMATA mengambil kira semua aspek ini supaya anak-anak yang dididik dan dibentuk pemikiran mereka melalui PERMATA, insya-Allah akan menjadi anak-anak yang hebat di masa akan datang. Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak supaya tadika-tadika swasta, supaya mengambil program taska ini dimasukkan ke dalam program masing-masing terutamanya taski.

...Cinta kepada UMNO.

Cinta kepada UMNO, itu yang terbaiknya.

[Dewan riuh]

Kemudian yang keduanya, soalan yang kedua ialah apakah kerajaan akan memperluaskan secara intensif. Jawapannya ya dan ada soalan pada Parlimen yang lepas iaitu sama ada ia akan dipanjangkan di tiap-tiap Parlimen di negara ini. Jawapannya ya. Kita sedang berusaha untuk memperbesarkan program ini sampai di peringkat Parlimen. Terima kasih.

Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim · question

7. Datuk Seri Ong Ka Chuan [Tanjong Malim] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan liputan WiFi percuma di kawasan yang diduduki penduduk bagi golongan miskin seperti di rumah- rumah pangsa dan di kawasan rumah kos rendah.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tanjong Malim yang menanyakan soalan. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, pihak kementerian sememangnya tidak pernah meminggirkan masyarakat berpendapatan rendah di kawasan-kawasan bandar. Seboleh mungkin, pelbagai kemudahan dan perkhidmatan juga akan disediakan termasuklah perkhidmatan internet dan WiFi percuma untuk kumpulan masyarakat sebegini. Oleh yang demikian, seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2013, sebanyak 100 Pusat Internet 1Malaysia ataupun PI1M telah dirancang untuk dilaksanakan di kawasan perumahan rakyat di bandar-bandar utama. Pusat internet ini dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan ICT terkini serta perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Pelaksanaannya telah pun dimulakan dengan fasa rintis yang mana sebanyak dua lokasi pusat internet telah pun siap beroperasi iaitu di PPR Seri Pantai dan PPR Kerinchi, Kuala Lumpur. Pelaksanaan pusat internet seterusnya dijangka akan dimulakan pada suku kedua tahun 2014. Berdasarkan kepada rekod, penggunaan internet dan perkhidmatan WiFi daripada Mac 2013 sehingga Januari tahun ini, seramai 15,000 penduduk di PPR tersebut dan kawasan berhampiran telah mendapat manfaat daripada projek ini. Terima kasih.

Datuk Seri Ong Ka ChuanMCA · BNTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang baik. Saya cuma hendak tanya, adakah kerajaan mempunyai perancangan dengan apa cara pun memberikan kemudahan akses internet kepada masyarakat terutamanya golongan yang miskin dengan melibatkan syarikat-syarikat telco supaya mereka juga boleh menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka, supaya liputan seberapa luas yang boleh supaya rakyat kita dapat menggunakan kemudahan WiFi untuk mendapat maklumat yang lebih baik dan tepat? Sekian, terima kasih.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, sebenarnya di bawah program USP, terdapat pelbagai inisiatif lain yang telah dimulakan oleh pihak kementerian melalui SKMM. Seperti yang saya telah perjelaskan di jawapan sebelum ini, selain daripada projek Pusat Internet ini, kita ada program Kampung Tanpa Wayar yang mana ia telah disediakan sejumlah 4,699 Kampung Tanpa Wayar setakat ini dengan peruntukan sejumlah RM475 juta. Selain daripada itu, di peringkat luar bandar di bawah program Pusat Internet 1Malaysia, kita telah menyediakan sejumlah 426 pusat setakat ini dengan jumlah kos sebanyak 760 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebenarnya program USP ini dibuka kepada semua pemberi perkhidmatan iaitu pemegang lesen dan cara proses pengagihan ialah melalui pembidaan. Terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan kewujudan cyber cafe yang begitu berleluasa dan selalunya menjadi tumpuan pelajar-pelajar dan juga remaja muda, adakah kerajaan bercadang supaya mempergiatkan lagi atau mempercepatkan segala rancangan untuk membekalkan perkhidmatan WiFi percuma supaya cyber cafe yang selalunya berunsur perjudian ini dapat dilenyapkan dan dapat dihapuskan?

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, kewujudan cyber cafe adalah di bawah kementerian- kalau tidak silap saya di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Akan tetapi sebenarnya program free WiFi ataupun WiFi percuma adalah inisiatif- ada kebanyakan negeri yang melaksanakan program inisiatif kampung WiFi ini, WiFi percuma, maaf. Sebenarnya, untuk di bawah kementerian ini sahaja, di bawah program Kampung Tanpa Wayar dan juga pusat internet yang kita sediakan ini, memang kita telah rencanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan bandar-bandar, sebenarnya kita telah merencanakan berfasa. Di fasa pertama, yang mana kita telah mencadangkan lebih kurang 40 akan dibina dan fasa kedua, sejumlah 60 lagi akan dibina. Ini selaras dengan announcement yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk di luar bandar, kita akan bina lagi 50. Kita harap dengan adanya pembinaan Pusat Internet 1Malaysia ini, ia akan membolehkan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati kemudahan internet termasuk juga mereka yang berpendapatan lebih kurang RM3,000 dan ke bawah. Terima kasih.

Siti Mariah binti MahmudPAS · PRKota Raja · question

8. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesihatan menyatakan, peratus peruntukan kementerian yang dikhususkan untuk pelbagai jenis pendidikan kesihatan untuk rakyat dan apa rancangan kementerian untuk membendung penyakit- penyakit yang berkaitan dengan cara hidup rakyat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2013, Kementerian Kesihatan telah pun memperuntukkan sebanyak 0.3% daripada peruntukan keseluruhannya untuk tujuan pendidikan kesihatan. Bagi tahun 2014 juga, sejumlah kadar yang sama iaitu 0.3% iaitu lebih kurang dengan kuantumnya, jumlahnya ialah RM5.4 juta. Kementerian telah pun melaksanakan pelbagai usaha untuk membendung penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup rakyat. Penekanan pendekatan sihat sepanjang hayat sebagai tunjang utama melalui pelbagai intervensi cara hidup sihat telah dimulakan daripada peringkat awal kehidupan dengan menggunakan strategi bina upaya dan berdasarkan individu. Tuan Yang di-Pertua, saya akan perincikan program yang telah pun dijalankan. Mulai daripada tadika Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini, kita telah mula masuk kepada tadika. Kita ada projek rintis Tunas Doktor Muda. Ini kita ambil satu negeri satu tadika dan

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

target kita sekurang-kurangnya 15 buah tadika pada tahun ini. Tujuannya ialah untuk menerapkan nilai-nilai kesihatan melalui makanan dan juga aktiviti dan kita terapkan. Saya kira anak-anak ini akan balik dan beritahu kepada ibu bapa mereka tentang kesihatan ini. Kedua, program Doktor Muda di sekolah rendah. Ini pada tahun 2013, kita sudah libatkan 1,979 buah sekolah dan sasaran pada tahun 2014 ialah sebanyak 300 buah sekolah baru.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Selain itu, juga kita juga menerapkan nilai-nilai kesihatan dengan harapan pelajar- pelajar ini akan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan mereka di sekolah. Pada tahun ini, kita hendak extand, kita sambung lagi kepada Program Doktor Muda Sekolah Menengah pula. Sekurang-kurangnya, target kita ialah sasaran ialah 22 buah sekolah menengah akan dilaksanakan sebagai perintis. Ini juga menggunakan modus operandi yang sama juga iaitu kita memberikan pengetahuan kepada kumpulan pelajar di sekolah tersebut juga dengan harapan mereka akan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan mereka tentang kesihatan, aktiviti sihat dan juga tentang pemakanan. Bagi universiti pula kita ada Program Siswa Sihat (PROSIS). Pada tahun 2013 kita sudah masuk kepada 13 IPT dan pada tahun 2014 target sasaran kita ialah tujuh IPT baru. Ini juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu memberi penekanan tentang kesihatan kepada sekumpulan pelajar dan mereka akan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan mereka. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga ada Kempen Hendak Sihat. Kempen Hendak Sihat ini fokus kepada remaja dan majlis pelancaran telah pun dijalankan pada 7 September 2013 serentak di seluruh negara. Seramai 75,000 belia terlibat di seluruh negara dalam majlis pelancaran tersebut. Kempen ini diteruskan menerusi kempen media cetak, media elektronik dan juga media sosial. Sehingga Februari tahun 2014, kalau kita tengok Facebook kita, 1NakSihat mempunyai 230,000 likes dan Twitter add 1NakSihat hendak sihat mempunyai 53,000 followers. Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua kita juga ada portal myhealth.gov.my. Ini pun kita boleh masuk dan melihat, segala-galanya ada di situ. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua kita juga ada Program COMBI cara hidup sihat. COMBI adalah singkatan kepada Communication for Behavioral Impact (COMBI). Sekarang ini kita sudah ada 1,668 kumpulan COMBI di seluruh negara. COMBI ini sebenarnya telah berjaya mengurangkan kes dengki di kawasan masing-masing. Kita sudah pun tambahkan lagi tugas COMBI ini kepada Kempen Kesihatan Fizikal dan Kempen Makanan Sihat. Daripada tahun 2013 kita sudah mula dengan 163 projek COMBI dan pada tahun ini jumlah yang kita target sasarannya adalah 110 COMBI lagi yang akan terlibat dengan projek fizikal di mana tugas mereka ditambahkan lagi dengan aktiviti fizikal dan makanan Asia. Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita sudah ada satu lagi program yang disebut sebagai Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Baru-baru ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada 13 Februari tahun ini di Kampung Kuala Paya, Segamat. Sasaran kita pada tahun ini ialah 3,300 buah kampung yang akan mengadakan KOSPEN. Ini adalah dengan kerjasama KEMAS dan Rukun Tetangga. Kita berharap dengan sejumlah kampung itu yang terlibat- kita harap sehingga tahun 2013 target sasaran kita ialah mewujudkan 50,000 sukarelawan tentang cara hidup sihat ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga ada Kem I Want. Kem ini adalah Kem Saya Warga Aktif dan Sihat. Pada tahun 2013 kita sudah mengadakan 147 buah kem dengan penyertaan 113,515 orang pengunjung. Pada tahun 2014, sasaran kita ialah 142 buah kem dengan sasaran 200,000 orang pengunjung. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga mempunyai Program Gegar 10000 Langkah Merdeka. Program ini telah pun dilancarkan dan dijalankan secara serentak di seluruh negara. Pada tahun 2012 penyertaannya melibatkan 92 buah lokasi dan 196,000 orang peserta. Manakala pada tahun 2013, kita mengurangkan sedikit lokasinya kepada satu negeri satu lokasi dan jumlah penyertaan ialah 75,000. Pada tahun ini 2014 kita extend, sambung balik, tambah lagi lokasinya, cadangan yang dibuat ialah 142 lokasi serentak dan sasaran penyertaan sebanyak 150,000 penyertaan Tuan Yang di-Pertua.

Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang · question

9. Tuan Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, program-program serta kemudahan khusus yang disediakan oleh pihak SME Bank bagi membantu usahawan kecil sederhana tempatan terutamanya dari golongan bumiputera Dayak bagi meningkatkan daya saing mereka di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya bangun tadi tetapi saya ingat saya bangun terlalu awal, datuk tidak beri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya menunggu tetapi tidak nampak bangun. Tidak nampak Yang Berhormat ...

Ala, sedikit teknikal. Saya bangun tetapi saya ingat sebelum dijemput itu saya duduk semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Terlepas sudah. Yang Berhormat Seputeh sudah nampak. Saya tengok dia tidak bangun sebab itu saya tengok, tidak bangun. Jadi, saya terpaksa panggil the next one. Tidak apalah, saya minta maaf Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang telah diberikan mandat untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), SME Bank sentiasa bersedia membantu PKS yang berdaya maju. Sejak penubuhannya pada bulan Oktober 2005 sehingga kini SME Bank telah pun meluluskan pinjaman atau pembiayaan hampir RM18 bilion kepada sekitar 11,000 PKS. Daripada itu 90% adalah PKS bumiputera. Bagi negeri Sarawak jumlah keseluruhan pembiayaan semenjak penubuhan bagi negeri Sarawak adalah sebanyak RM1.2 bilion untuk 591 PKS Sarawak dan jumlah pembiayaan SME Bank yang telah diluluskan kepada golongan bumiputera Dayak di Sarawak ialah sebanyak RM14.83 juta yang melibatkan 35 pelanggan daripada tiga buah bandar iaitu di Kuching, Miri dan Bintulu. SME Bank juga menawarkan pelbagai dana dan program kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana. Program ini terbuka kepada semua PKS dari peringkat, dengan izin, start up sehinggalah ke peringkat antarabangsa iaitu export ready sebagai contoh, dan Dana Usahawan Muda dan juga Tabung Usahawan Siswazah diwujudkan bagi membantu golongan muda memulakan perniagaan. Manakala Dana Pembangunan Halal diwujudkan khusus untuk membantu PKS mengeksport produk mereka ke luar negara. Ini contoh. Akhir sekali di samping kemudahan pembiayaan SME Bank melalui anak syarikat iaitu Centre for Entrepreneur Development and Research. Sdn. Bhd. (CEDAR) turut menyediakan latihan keusahawanan bagi mempertingkatkan kemahiran usahawan dalam menguruskan perniagaan, latihan berkenaan dilaksanakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut. Untuk makluman bahawa SME Bank telah banyak membantu golongan usahawan bumiputera. Baru-baru ini saya menerima aduan daripada seorang pengusaha restoran yang berbangsa bumiputera Dayak yang menyatakan permohonannya kepada pihak SME Bank untuk membuka sebuah restoran yang tidak halal telah ditolak. Maka, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah kriteria yang dinilai oleh pihak SME Bank dalam meluluskan pinjaman dan apakah SME Bank hanya mengehadkan pinjaman kepada perniagaan industri makanan yang dikategorikan sebagai halal. Jika ya, apakah terdapat rancangan oleh pihak kementerian untuk menilai semula syarat-syarat permohonan bagi membantu golongan bumiputera bukan Islam terutamanya di Sabah dan Sarawak yang turut berminat untuk memasarkan produk makanan tidak halal. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Seperti yang saya sebutkan tadi, secara umumnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Hulu Rajang ialah syarat-syaratnya kepada syarikat-syarikat ataupun PKS yang berdaya maju. Ia tidak timbul soal syarat-syarat tertentu yang berkaitan dengan halal dan sebagainya. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Hulu Rajang ada contoh yang spesifik seperti tadi, boleh terus merujuk kepada saya. Mungkin saya boleh lihat apakah sebab utama ataupun sebab-sebab lain yang menyebabkan permohonan tersebut gagal. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, saya tidak melihat Yang Berhormat Bandar Kuching dalam Dewan pada ketika ini dan soalan nombor sepuluh tidak boleh dikemukakan. Walau bagaimanapun, tempoh untuk sesi soal jawab lisan ini sudah berakhir. Setakat itu Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat di bawah perkara 12(1), saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua... [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 18 Mac 2014.”

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, berkaitan apa Yang Berhormat?

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara. Sebelum ini saya ada bangkitkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan pagi ini saya telah pun menerima satu surat daripada Tuan Yang di-Pertua memaklumkan bahawa usul saya telah pun ditolak. Usul saya ini adalah berkenaan dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, setakat itu Yang Berhormat, ya.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Surat Tuan Yang di- Pertua berkata bahawa Yang Berhormat boleh bangkitkan perkara dalam sesi Perbahasan Titah Diraja yang sedang berlangsung sekarang ini.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, ada juga dinyatakan dalam surat Tuan Yang di-Pertua bahawa perkara penyenaraian keluar Syarikat BERNAS ini adalah tidak akan menjejaskan kepentingan dan keselamatan negara. Itu adalah satu alasannya kenapa usul saya ditolak tetapi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Saya percaya bahawa Tuan Yang di-Pertua telah dikelirukan oleh pihak berkuasa, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sebentar. Jangan masuk kepada isu. Soal Yang Berhormat berkenaan Peraturan Mesyuarat 18(1), jika ditolak tidak boleh dibahaskan dalam Dewan tetapi saya rasa jelas dalam isu atau perkara ini bahawa apa juga kekeliruan yang dikatakan itu boleh dibawa dalam perbahasan. Maka itulah tujuan dan matlamat Peraturan Mesyuarat 18(1). Mana- mana perkara yang jika tidak ada masa dan ruang untuk dibahaskan, mungkin ini boleh diangkat melalui Peraturan Mesyuarat 18(1) tetapi pada ketika ini, Tuan Yang di-Pertua berpendapat bahawa perkara itu boleh dibahaskan dalam ruang yang masih ada pada perbahasan Usul Titah Ucapan Diraja.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini adalah peluang yang terakhir untuk Dewan ini berunding atas isu yang berkepentingan nasional, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, isu penting dalam Peraturan Mesyuarat 18(1), saya rasa kita kena hentikan budaya untuk memprotes perkara-perkara yang ditolak dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua. Kita hentikanlah, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat Alor Star tidak pertikai keputusan penolakan tetapi pertikai alasan yang dikemukakan yang tidak mengikut peraturan. Jadi ada alasan tambahan. Jadi saya percaya Tuan Yang di-Pertua boleh memberi ruang untuk dia persoalkan alasan tambahan yang diberikan yang berdasarkan maklumat dari Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya tidak ada kuasa untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, saya memang ada alasan-alasan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, boleh bahas nanti Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Sejak, sejak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh Yang Berhormat, do not go in to it…

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjelaskan sahaja apakah perkembangan yang berlaku sejak usul saya dimasukkan, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya terikat dengan peraturan mesyuarat yang mengatakan bahawa perkara yang ditolak dalam kamar tidak boleh dibahas, Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, pada hari Jumaat... Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak ada kapasiti untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Setakat itu, Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ada pengumuman yang telah dibuat oleh BERNAS Malaysia Tuan Yang di-Pertua yang mengatakan bahawa BERNAS sekarang akan disuspended di Bursa Malaysia pada 21 Mac ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak benarkan lagi Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ini adalah peluang yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Ada juga kenyataan-kenyataan yang berbeza dan bercanggah. BERNAS telah pun mengeluarkan satu kenyataan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

...Tuan Yang di-Pertua, bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Mereka menafikan dakwaan-dakwaan atau kenyataan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini bahawa NAFAS dan NEKMAT akan diberikan 5% saham selepas BERNAS relief, disenaraikeluarkan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Inilah masalah kita. Keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tidak diendahkan, Yang Berhormat. Setakat itulah, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, ini satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak ada kapasiti, tidak boleh.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya minta teliti sekejap. Dengar, dengar dahulu.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini hendak mempertahankan syarikatkah atau hendak mempertahankan NAFAS dan NEKMAT?... Dengar dahulu!

Tuan Yang di-Pertua, boleh berucap dalam waktu perbahasan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ini kerana Tuan Yang di- Pertua, kalau kita menangguhkan...

Tidak payah gunakan ruang ini.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau kita tangguh, it will be take over taken by events. Itu sahaja.

Cakap waktu perbahasanlah. Boleh bercakap, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Ya. Perbahasan- itu yang tidak dengar, dengar dahulu.

Tidak payahlah guna ruang ini. Ruang perbahasan boleh guna.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kalau perbahasan, Tuan Yang di-Pertua. Kalau perbahasan, tarikh - bursa saham dia tidak tunggu perbahasan. Ini tidak baca, ini yang susah. Baca pun tidak! Dengar pun tidak!

Ini bukan soal tidak baca, tidak tahu peraturan, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Kita di Dewan ini hendak mempertahankan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar ataupun hendak mempertahankan petani dan peladang? Ini prinsipnya

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Alor Star hendak mempertahankan peladang. Ini hendak hidup Melayu, ini hendak mempertahankan Tan Sri Syed Mokhtar.

[Bangun]

Ini soal peraturan. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak tahu. Ini bukan soal tidak boleh berucap.

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPermatang Pauh

Apa ini? Malu! Cakap hidup Melayu, hendak pertahankan golongan peladang pun tidak berani. Malu!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya terikat dengan peraturan mesyuarat, Yang Berhormat. Saya terikat dengan peraturan mesyuarat.

Ini soal peraturan, peraturanlah.

Ya, peraturan mesyuarat.

Ikutlah peraturan Yang Berhormat Permatang Pauh. Malu, peraturan tidak tahu!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya terikat dengan peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Mana-mana yang ditolak dalam kamar, I cannot review it here. Ya, that’s all.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya tidak boleh ulang kaji keputusan yang sudah dibuat dalam kamar.

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Kita ada prosedur dan ada peraturan mesyuarat yang boleh. Saya tidak bercakap tentang isu. Saya tidak bercakap bahawa tidak ada masa, ini hari yang terakhir, dan ini peluang terakhir, tidak! Perkara ini telah dirujuk kepada Tuan Yang di-Pertua dan telah ditolak dalam kamar.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya terikat bahawa ianya tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh dirayu pada peringkat ini dengan secara yang begini.

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Saya hendak minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Ini bukan kali pertama kita tidak benarkan perbahasan. Yang Berhormat, bukan kali pertama, sudah berulang-ulang pun. Argument Peraturan Mesyuarat 18(7) itu pun sudah berulang-ulang. Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(7) ini mesti ditafsirkan dengan betul.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan bahawa NAFAS dan NEKMAT akan diberikan 5% saham selepas BERNAS disenaraikeluarkan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tidak faham.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Akan tetapi ini dinafikan oleh BERNAS, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ia sudah ditolak, tidak bolehlah Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ini adalah satu perkara nasional yang harus dibincangkan, Tuan Yang di-Pertua.

[Menyampuk]

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Ini kerana kalau tidak, bagaimana kita hendak menjamin nasib petani-petani dan penternak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Jika ada sesuatu keputusan Tuan Yang di-Pertua yang tidak dipersetujui, boleh diangkat melalui usul. That’s all. I cannot review it here.

Tidak, supaya kita jelaslah. Jangan buat benda yang silap itu berulang-ulang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak payah. Use that argument, buat satu usul. Buat satu usul kepada Tuan Yang di-Pertua terhadap keputusan.

Tidak, saya hendak minta penjelasan. Adakah boleh Tuan Yang di-Pertua mengklasifikasikan Peraturan Mesyuarat 18(7) ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ianya harus dibuat dalam bentuk usul. Dalam bentuk usul, Yang Berhormat.

Tuan Gooi Hsiao-LeungPKR · PRAlor Star

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh izinkan saya baca sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan baca usul sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak boleh dibaca. Cukuplah, Yang Berhormat.

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas”. [13 Mac

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Lenggong untuk menyambung perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini cuma ada 16 orang Ahli Parlimen yang sempat berbahas untuk usul ini dan kita cuma ada empat hari dengan beberapa lanjutan masa mesyuarat. Saya ingin maklumkan bahawa

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

perbahasan ini akan dihadkan setakat 20 minit bagi setiap Ahli mulai Yang Berhormat Lenggong.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung perbahasan saya. Sejak pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, pelbagai teori dan spekulasi liar timbul oleh pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar. Malah, ada segelintir yang hari ini cuba menunjukkan bahawa mereka mahir dalam bidang penerbangan dan menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan apa juga pandangan. Semua mahu menjadi hero dan menganalisis isu ini.

[Timbalan Yang di Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Kita lihat di media sosial sebahagian daripada rakyat kita menggunakan video ini untuk menunjukkan pelbagai perkara dan membawa khabar angin tanpa rasa bersalah. Masing-masing mahu menjadi orang pertama yang bercakap soal isu ini...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Bomoh 1Malaysia.

Lebih malang Tuan Yang di-Pertua, segelintir rakyat tidak sensitif, tergamak mengejek dan menjadikan insiden ini sebagai bahan jenaka, merendah-rendahkan usaha mencari dan menyelamat, malah ada yang melemparkan tohmahan termasuklah mengatakan bahawa ini konspirasi Kerajaan Barisan Nasional. Lebih parah memainkan isu ini dengan memutar belitkan gambar dan ada di antara kita yang kononnya menceritakan bahawa keluarganya juga terlibat. Ramai rakyat respons. Akhirnya dia memberitahu bahawa dia tidak terlibat. Ini satu keadaan yang tidak baik dan menjadi persoalan. Mengapa sebahagian rakyat Malaysia menjadi begini? Gemar melakukan seumpama ini, mencipta imaginasi setiap kali wujudnya isu panas dan bercakap perkara-perkara yang tidak patut bercakap apabila berlaku tragedi yang tidak diduga. Di mana hilangnya sensitif dan peka rakyat Malaysia? Malah, sebagaimana saya sebutkan tadi, acap kali perkara-perkara yang berlaku dituding jari, disalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Sedangkan kita sepatutnya... [Disampuk] Hah, ini bukti tuan-tuan sekalian.

Sedangkan kita sepatutnya bersikap sensitif, mengelak dari merosakkan lagi keadaan, lebih rasional. Ini yang sepatutnya berlaku kepada rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti yang tinggi. Cuma, saya hairan dan sebab itu dalam Dewan yang mulia ini, saya hendak lahirkan rasa kecewa kerana ada pemimpin kita Yang Berhormat Permatang Pauh, kita tengok dalam Dewan ini memutar belitkan keadaan, nyata Kerajaan Vietnam tidak pun menarik diri daripada operasi ini. Dia sebut bahawa Vietnam telah menarik diri. Nyata dia berbohong. Barisan Nasional – UMNO, kita tolak pluralism, kita tolak liberalism, kerana ia bertentangan dengan agama. Apa lagi soal bomoh. Ini kerana bomoh ini ternyata syirik. Akan tetapi, Yang Berhormat Permatang Pauh tuduh bukan sahaja di sini, di luar, di Kajang juga mengatakan bahawa UMNO terlibat dalam isu bomoh. Ini nyata tidak betul. Oleh sebab itu tuan-tuan sekalian, isu ini, isu MH370 ini bukan bahan jenaka. Ini soal krisis nasional.

Yang Berhormat Lenggong boleh?

Oleh sebab itu juga...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Sepang.

...Yang Berhormat Lanang, saya tidak hairan kalau...

Yang Berhormat Lenggong.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Lenggong.

Sekejap, sekejap. Nanti saya bagi, saya bagi.

Okey, bagi.

Tidak apa. Oleh sebab itu saya tidak hairan Yang Berhormat Sepang kalau sebahagian daripada rakyat kita yang menyokong sebelah sini bercakap, memutar belit keadaan, mereka berani berkata kerana pemimpin yang menipu. Ini kerana pemimpin yang memutar beli keadaan. Kalau pemimpinnya putar belit keadaan, tidak hairan pengikut juga bersikap sedemikian rupa. Yang Berhormat sekalian...

Okey, sudah?

... Krisis MH370...

Boleh lah?

Hah, sekejap. Saya ada – tidak lama.

Ini fasal inilah, tengah isu ini lah.

Okey, sekejap boleh? Sekejap sahaja. Setengah minit, setengah minit.

Okey, okey.

Krisis MH370 ini bukan isu kecil. Ini sebenarnya ujian kepada orang Islam, ujian Allah SWT kepada kita. Ujian bagaimana mahu melihat Malaysia mengendalikan krisis yang sedemikian rupa. Bayangkan ini baru kehilangan sebuah pesawat. Bagaimana kalau berlaku dalam negara kita lebih parah daripada isu Lahad Datu, dan kita diserang sebagaimana di Iraq? Apa keadaan kita? Kalau ini rupanya rakyat, pemimpin sebahagian pemimpin kita yang menimbulkan sesuatu yang tidak baik dan ini sebenarnya menguji kita. Oleh sebab itu, Yang Berhormat sekalian sepatutnya krisis ini tanpa kita kira latar belakang, politik kita, fahaman kita, apa juga keadaan kita, kita kena bersatu. Ini masa untuk kita bersatu untuk menghadapi krisis ini sekalian. Sila Yang Berhormat Sepang.

Okey, terima kasih.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, sila Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Jangan lama Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang ini karang bercakap lebih daripada kita pula.

Duduk dulu, relax dulu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lenggong tadi. Cuma saya hendak bertanyakan, pertamanya kalau Yang Berhormat Lenggong dengar betul-betul ucapan daripada Ketua Pembangkang, beliau menyatakan simpati, cumanya- duduk dulu.

Sudah, sudah. Lebih seminit.

Tidak, saya baru hendak cakap. Nanti you, ikut peraturan lah [Ketawa] Okey, apabila Ketua Pembangkang menyatakan bahawa yang dibangkitkan adalah cara kita mengendalikan. Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Lenggong punya...

Hah, sudah-sudah. Cukup. Cukup. Cukup.

Tidak. Saya belum...

Cukup, cukup. Cukup. Saya faham. Saya faham lah. Saya faham.

Eh, sabar dahulu.

Saya faham, saya faham. Duduk dahulu.

Ini bagi serupa tidak bagi lah.

Sekejap sahaja.

Tidak. Cara, cara yang kita mengendalikan itu kenyataan-kenyataan yang berbeza. Itu yang dibangkitkan. Yang keduanya, kalau betul kita tidak mahu memalukan negara kita, saya hendak tanya kenapa kita benarkan bomoh itu mendayung di lapangan terbang. Ini satu perbuatan yang memalukan. Sepatutnya kalau kita tahu benda ini memalukan jangan benarkan dia mendayung di situ.

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong...

[Bangun]

Yang Berhormat Sepang, kalau tengok dari sini Yang Berhormat Sepang...

Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Sepang kena ingat...

Makna tindakan Kerajaan Barisan Nasional yang membuka ruang untuk memalukan kerajaan....

...Untuk mengendalikan krisis MH370 bukan kita buat sewenang-wenangnya. Kerajaan mesti mengikut standard antarabangsa.

Kenapa biarkan bomoh dalam itu?

Mencelah. Yang Berhormat Lenggong.

Mesti mengikut tatacara yang ditentukan oleh badan antarabangsa.

Mana ada orang selesaikan isu-isu ini panggil bomoh. Malulah.

Bukan kita buat sewenang- wenangnya.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Sepang, kita cakap fasal peraturan. Ikut peraturan lah. Sila Yang Berhormat Lenggong.

Saya bagi Yang Berhormat Pengerang sekejap.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lenggong ya, kalau kita tengok

surat khabar semalam, hari ini keluar berita antarabangsa daripada surat khabar UK, Daily Mail mengatakan kononnya ada hubungan - yang bawa kapal terbang, pilot itu dengan bau- bau parti pembangkang. Apa komen Yang Berhormat Lenggong?

[Dewan riuh]

Saya hendak kata sini...

Ini lagi sangka jahat.

Saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, lihat bagaimana profesionalnya kerajaan. Kita pun tahu tetapi kita tidak mahu menjadikan itu alasannya. Ini kerana kita bersikap rasional dan kita profesional. Kerajaan profesional. Perdana Menteri tidak mengambil kira itu semua. Yang penting sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri kita soal keselamatan nombor dua. Yang penting kita letakkan kepentingan rakyat kita, rakyat negara luar yang terlibat dalam isu ini. Walaupun kita tahu sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang tadi. Saya hendak sebut di sini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita...

Yang Berhormat Lenggong, minta pencelahan.

Ada peristiwa yang sebesar ini yang menyebabkan media antarabangsa membuat liputan tanpa henti secara bertubi-tubi. Kita tengok berita daripada Reuters, daripada AFP, daripada AP melaporkan kalau kita tengok 70 item berita berkaitan Malaysia dan MH370 tanpa henti. Dikemas kini setiap masa. Kita tengok stesen televisyen, akhbar, majalah, portal berita di seluruh dunia memberi fokus kepada isu ini. Daripada pakar-pakar penerbangan, di Amerika Syarikat, di China, di Australia hinggalah kesemua, berbilion rakyat di seluruh dunia, melihat, memberi tumpuan kepada isu ini...

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Lenggong, minta pencelahan.

Yang Berhormat sekalian...

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong?

Oleh sebab itu...

Yang Berhormat kakanda Lenggong.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Berbilion-bilion manusia di seluruh dunia sebenarnya menunggu...

Tidak berani kah?

...Apa berita yang sebenarnya terjadi.

Tidak berani kah? Bagilah, adinda peluang.

Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Yang Berhormat Kapar, tidak bagi laluan Yang Berhormat Kapar.

Oleh sebab itu Malaysia sebenarnya tidak mudah untuk mengendalikan isu ini. Kita tengok sejarah bagaimana Dana Air di Nigeria, bagaimana Bojan Airlines terhempas di Islamabad, Pakistan. Tidak mendapat liputan sebagaimana yang berlaku dalam negara kita. Begitu ramai pihak yang ingin mengetahui isu dan masalahnya. Pihak berkuasa antarabangsa pun hairan dengan

teknologi, sokongan Amerika Syarikat dengan China, dengan India, Australia pun tidak dapat mengesan sehingga hari ini lokasi di mana MH370 hilang sekalian. Oleh sebab itu sekalian, apa pun hakikatnya, saya dalam Dewan ini mengharap supaya kita kerajaan mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ini pada masa hadapan. Kita mesti menyediakan peruntukan yang cukup untuk mendapatkan aset dan menyediakan teknologi yang terkini, menyediakan pasukan yang terbaik untuk meningkatkan kecekapan kita menyelamat dan perkara-perkara lain. Memang Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mengadakan kerjasama dengan negara lain misalnya yang ditunjukkan dalam operasi ini tetapi ada risiko tertentu termasuk soal- soal keselamatan dan ia penting diberikan penekanan kerana ia juga melibatkan nilai-nilai strategik nasional. Apa pun dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua agensi kerajaan, semua negara-negara yang terlibat walaupun kita masih lagi tidak menemui MH370, tetapi keupayaan negara kita, bagaimana Perdana Menteri kita begitu tenang menghadapi krisis untuk mengendalikan isu ini.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kita berkeupayaan dan mampu untuk mengendalikan ia dengan baik. Oleh sebab itu, saya harap bahawa dalam Dewan yang mulia ini mari kita bersatu hati untuk menghadapi keadaan dan kemungkinan-kemungkinan dalam negara ini untuk meletakkan kepentingan negara melebihi dari kepentingan lain. Saya bimbang kalau rakyat dalam negara kita tidak meletakkan kepentingan negara lebih kepada soal politik, ia boleh mengundang masalah yang tidak baik kepada kita. Oleh sebab itu, saya juga ucap tahniah kepada laporan-laporan daripada RTM, ASTRO, TV3, BERNAMA dan media-media lain kerana memberi laporan yang baik kerana banyak masa mereka terpaksa digunakan untuk menafikan dan membetulkan isu-isu dan putar belit yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya sebut sini bahawa dunia siber ini memang ia sebahagian daripada kehidupan manusia. Ia penting dalam usaha untuk mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya sebutkan tadi ia juga memberikan kesan yang tidak baik, negatif kepada masyarakat. Ini isu besar. Oleh sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya harap kerajaan melakukan sesuatu kerana sepatutnya internet, media ini dijadikan dan memberi manfaat sebagai alat komunikasi terkini dan menjadi wadah kepada penyebar maklumat bagi menghantar ilmu dan maklumat. Namun saya bimbang, saya amat bimbang apabila kerajaan tidak mengawalnya, membiarkan kewujudan laman atau perkara-perkara yang merosakkannya dengan macam- macam maklumat, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga perkara-perkara negatif yang sebenarnya yang boleh merosakkan negara. Kita lihat sesetengah negara, China umpamanya. Dia tetap maju ke hadapan walaupun ia mengambil pendirian yang juga lebih agresif daripada kita. Ia juga mengamalkan penapisan maklumat secara total ataupun separa total. Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis maklumat yang mungkin akan merosakkan fikiran orang awam. Ya, kerajaan tidak mahu mengongkong kebebasan bersuara rakyat. Akan tetapi kita juga harus berfikir kesan yang tidak baik kepada kita. Oleh sebab itu sebagai pemimpin dan rakyat, saya harap kita mesti mengajak rakyat untuk sama-sama mengambil langkah positif kerana peluang yang diberikan oleh kerajaan ini tidak bermakna kita mendidik rakyat untuk melakukan apa sahaja, mengeluarkan apa juga pandangan yang boleh merosakkan masa depan kita. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu dalam Dewan yang mulia ini saya menyokong rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh kerana kalau hendak harapkan Konsensus Nasional yang kononnya diutarakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh bukan main gah lagi bunyinya, melibatkan semua pihak. Akan tetapi apabila keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan, terbalik pula jadi keadaannya. Oleh sebab itu ia retorik semata-mata dan sebab itu RNN yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan hari ini perlu diberi sokongan kerana ia penting untuk perpaduan rakyat dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap soal kebebasan ini, sebab itu dalam Dewan ini juga saya hairan ada sebahagian daripada kita, sahabat kita ini Yang Berhormat Seputeh, ketika kita sama-sama ingin menyambut Tahun Baru Cina, saya Yang Berhormat Seputeh di kawasan saya, saya sendiri menyambutnya. Akan tetapi dia meraikan dengan cara yang tidak bagus. Oleh sebab itu saya tidak mahu mengkritik dia tetapi saya hanya ingin menasihati jangan buat begitu Yang Berhormat Seputeh, tidak baik kerana ia boleh mengundang keadaan yang tidak baik di kalangan rakyat

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih atas publisiti yang diberikan oleh Yang Berhormat Lenggong...

Eh! Belum bagi laluan lagi. Nanti dahulu...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Dan juga UMNO...

Sekejap, sekejap. Sekejap lagi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Yang pada mulanya tidak banyak orang tengok.

Sekejap lagi. Duduk, duduk. Nanti saya bagi.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sekarang hit dia telah lebih 20 kali ganda pada hari ketiga Tahun Baru Cina.

Yang saya hendak sebut di sini, jangan kita timbulkan suasana yang tidak baik di kalangan rakyat kerana ia...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang timbul suasana itu orang UMNO bukan kita.

Sama juga. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pun sama juga.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang dalam video tidak ada isu berkaitan dengan perkauman tetapi UMNO yang api-apikan. Ini kerja-kerja UMNO.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau Yang Berhormat Petaling Jaya Utara hendak sambut Hari Kekasih, sambutlah tetapi jaga sensitiviti rakyat, orang Islam dalam negara ini. Hendak sambut, sambutlah, hendak raikan, raikanlah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Mana ada dalam video itu...

[Dewan riuh]

Jangan putar belitlah Yang Berhormat Lenggong. Tak nak bagi floor, lepas itu putar belit lagi. Tengok video itu betul- betul. Jangan putar belit!

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Mana? Tunjukkan statement dalam video itu berkenaan agama Islam. Tidak ada! Yang Berhormat Lenggong... [Dewan riuh]

Jangan putar belit, jangan mengelirukan Dewan.

Saya tidak putar belit.

[Dewan riuh]

Akan tetapi jangan sentuh soal sensitiviti agama Islam.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Hei! Mana ada...

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Mana ada sentuh soal sensitiviti agama Islam. Ini satu pengeliruan daripada pihak UMNO...

[Dewan riuh]

Jangan kita menyalahgunakan kehebatan kita...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Satu pengeliruan daripada Yang Berhormat Lenggong. Mana ada sebut tentang agama.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak berbalik kepada tajuk lain. Saya hendak beralih.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya lah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jangan kelirukan Dewan!

Saya hendak beralih kepada tajuk lain. Saya hendak sebut soal kemiskinan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini pembohongan.

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Satu penipuan UMNO. Tidak ada pengeliruan mengenai agama.

Yang Berhormat Lenggong. [Dewan riuh]

Saya hendak cakap soal kemiskinan.

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya cabar Yang Berhormat Lenggong sebut dekat luar.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya!

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebut dekat luar. Kita kasi saman. Sebut dekat luar.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kita menonton bersama.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jangan jadi coward dalam Dewan ini.

[Dewan riuh]

Saya hendak pergi soal kemiskinan.

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa minit sahaja ini. Saya hendak sebut soal kemiskinan.

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan...

Yang Berhormat Lenggong.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kenapa, pernah menonton kah? [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain duduk ya.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Lenggong, sila terus.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Ipoh Barat, duduk dahulu Yang Berhormat Ipoh Barat. Sudah jumpa peraturan baru boleh bangun.

Yang Berhormat Lenggong.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Bintulu diam sedikit. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain- lain diam ya. Peraturan berapa Yang Berhormat Ipoh Barat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengelirukan Dewan mengenai bila mengatakan hal berkaitan dengan agama dalam video tersebut.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ini tidak benar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya tidak dengar, bising ini. Balik semula. Peraturan Mesyuarat 36?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan Mesyuarat 36(12).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Memesongkan Dewan. Minta tarik balik....

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mengelirukan Dewan, menghina seorang Ahli Parlimen, mengatakan yang tidak benar yang dikatakan oleh Yang Berhormat Seputeh. Saya pohon agar dia meminta maaf dan menarik balik perkataan tersebut.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tarik balik.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong ada Peraturan Mesyuarat 36(12), jika menyentuh Ahli yang lain.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham apa yang disebutkan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Peraturan Mesyuarat 36(12), mengelirukan Dewan dan juga menyentuh Ahli yang lain.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik.

Saya tidak mengelirukan Dewan. Saya cuma sebut jangan melakukan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak kelirukan Dewan, dia yang keliru.

...Perkara-perkara yang sensitif, yang boleh mengundang kepada suasana yang tidak baik di kalangan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey.

Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa.

Berlainan juga dengan jangan melakukan perkara-perkara yang...

Berlainan ini, tidak tarik balik ini.

Tadi lain, sekarang lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Sepang sila duduk, saya hendak dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong.

Saya sebut bahawa yang penting jangan menggunakan isu-isu yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik di

kalangan rakyat.

[Dewan riuh]

Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua sebab saya tinggal beberapa minit lagi.

Ini dua kali bohong ini.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dia mengelirukan Dewan sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, yang lain duduk. Saya berpuas hati, yang lain duduk. Saya hendak bagi keputusan ini.

Orang menerangkan kekeliruan, dia mengelirukan benda yang keliru.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sepang, duduk.

Yang Berhormat Lenggong, dua kali keliru.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila teruskan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak boleh, tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya telah mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong dan tidak mengelirukan Dewan. Sila Yang Berhormat Lenggong.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada satu minit lagi Yang Berhormat Lenggong

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Lenggong, tadi cakap ada penghinaan dalam video tersebut. Tidak ada dan dia tidak tarik balik.

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu yang orang minta tarik balik

[Dewan riuh]

Dia mengata menghina agama Islam.

Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Ini berlainan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu kena tarik balik Tuan Yang di-Pertua. Mana adil.

Tarik balik. Perkataan hina Islam itu tidak ada.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya hendak dengar yang mana satu ini. Cakap seorang-seorang. Saya sudah beritahu dan telah membuat keputusan Yang Berhormat Lenggong telah menjelaskan. Sila Yang Berhormat Lenggong teruskan. Ada satu minit lagi.

Yang Berhormat Lenggong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ada satu minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya mencelah boleh? Yang Berhormat Lenggong...

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beralih ke tajuk lain.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila Yang Berhormat Lenggong.

Saya hendak mencelah.

Ini soal kemiskinan. Soal kemiskinan.

Boleh? Yang Berhormat Lenggong, hendak mencelah.

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana menumpukan pelbagai usaha…

Yang Berhormat Lenggong, hendak mencelah.

…Dalam soal hendak membasmi kemiskinan rakyat.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tidak tarik balik, jadi boleh lagi sambung.

Ia telah menunjukkan kesan yang baik kepada rakyat negara pada hari ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua kalau dia telah terlajak cakap dia kena tarik balik.

Oleh sebab itu dalam Dewan yang mulia ini... Eh! Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

[Dewan riuh]

Kacau lah Yang Berhormat Shah Alam. Duduk, duduk.

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Shah Alam, apa ini?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia buat pertuduhan yang tidak berasas.

Sebab itu…

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia kena tarik balik Tuan Yang di- Pertua.

Ya, Tuan Yang di-Pertua. [Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak boleh main tuduh ikut suka hati.

Kita meletakkan satu precedent yang salah. [Disampuk]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ianya mengelirukan Dewan. Tidak boleh…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, saya sudah buat keputusan. Saya sudah buat keputusan setelah mendengar penjelasan Yang Berhormat Lenggong, saya berpendapat Yang Berhormat Lenggong tidak mengelirukan Dewan.

Saya tidak menuduh. Saya kata buatlah akan tetapi jangan sentuh sensitiviti antara kaum, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau tidak puas hati kita boleh buat usul, ya. Okey, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia jelas mengatakan menghina Islam.

Itu tidak salah! Buatlah dan hendak sambutlah atau apa juga tetapi jangan sentuh sensitiviti agama lain. Itu sahaja.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oleh sebab sensitiviti agama lain…

Tuan Yang di-Pertua, dia cakap lain, penjelasan dia lain.

[Dewan riuh]

Saya bukan tuduh. Saya tidak tuduh.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak tuduh apa, jelas cakap!

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sebut nama lagi. Kamu tidak tahukah dekat luar itu ada India!

Maknanya orang itu sudah cakap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Berapa lama sudah jadi Ahli Parlimen? Tidak tahukah dekat luar boleh dengar!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Lenggong, sila habiskan ucapan. Sila habiskan ucapan.

Oleh itu, saya harap kerajaan dalam soal membasmi kemiskinan ini melakukan pelbagai usaha.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Saya sokong usaha rasionalisasi…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah, cukuplah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak…

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat yang lain sila duduk. Sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat.

Saya harap...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kesalahan ini perlu diperbetulkan.

...Kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini…

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan mesyuarat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak boleh diletak dalam Dewan yang mulia ini bahawa ada satu penipuan yang berlaku, yang tidak ditarik balik.

…Apakah perancangan dan program-program yang dilakukan hasil daripada penjimatan subsidi itu tadi?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada ucapan mengatakan penghinaan Islam yang dia cakap itu tetapi dia selepas itu enggan menarik balik tuduhan tersebut. Adakah ia boleh dibenarkan? Itu yang menjadi isu mengatakan video itu ada sensitiviti tersebut.

[Dewan riuh]

...Dan di dalam Dewan yang mulia ini juga saya harap kerajaan dapat melakukan usaha-usaha untuk menambah lagi green, menambahkan lagi program-program RTC. Oleh sebab itu, mewakili rakyat di kawasan saya, saya minta juga kerajaan untuk mengubah suai pusat pemprosesan industri pekasam Lenggong menjadi mini RTC di Lenggong.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua lain kali kita buat pertuduhan, kita buat pertuduhan menghina Cina, menghina India, menghina agama yang lain dan tidak payah tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak ianya diterima sebagai standard meeting.

Ada precedent ini. Hari ini precedent sahaja.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita semua boleh tuduh. Sama-sama kita tuduh!

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita letak precedent baru.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau beginilah Tuan Yang di- Pertua, sama-sama boleh buat tuduhan…

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jangan double standard, Tuan Yang di-Pertua!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini lain. Saya sudah jelaskan bahawa setelah mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong…

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Lenggong tidak jelaskan.

Penjelasan tadi tidak ada kena mengena dengan…

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat! Yang Berhormat Shah Alam! Saya hendak dengar apa Yang Berhormat Petaling Jaya Utara beritahu saya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua sekarang tidak hendak dengar penjelasan daripada pihak kita kerana penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong tidak menjelaskan tuduhan yang dibuat ke atas Yang Berhormat Seputeh.

Eh! Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya kata hendak sambut, sambutlah.

Tadi kata lain.

Akan tetapi jangan sentuh sensitiviti agama lain, itu sahaja. Saya bukan tuduh!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dia tidak jelaskan tuduhan kepada Yang Berhormat Seputeh dan jelas perkara lain. Mana boleh terima Tuan Yang di- Pertua!

Saya tidak tuduh! Saya kata adil!

Yang Berhormat Lenggong…

[Dewan riuh]

Kalau hendak sambut apa sambut, jangan sentuh hal lain sahaja. Saya bukan kata dia sentuh! Saya tidak kata!

Okey, kita check Hansard.

Sebutan hina agama Islam. Kata Yang Berhormat Seputeh hina agama Islam, Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu cakap dia tauke video. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang buat video!

Ini isu serius.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siapa suruh buat!

Ini isu serius, Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menghina!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hak dialah dia hendak buat! Apa salahnya dia buat.

[Dewan riuh]

Apa kena mengena dengan Islam?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak bertanggungjawab. Kerajaan kena tangkap Yang Berhormat Seputeh!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa salahnya buat video?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Menghina!

Tengok ini, tengok ini! Tambah- tambah lagi, tambah lagi. Kalau tadi Tuan Yang di-Pertua point of order, tidak ada benda ini berlaku.

Yang Berhormat Seputeh, saya kata tadi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara hendak sambut, sambut tetapi jangan sentuh hal agama lain. Itu sahaja.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat cukuplah, cukuplah.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat cukup, cukup! Semua duduk, semua duduk. Yang Berhormat Lenggong habis ya ucapan?

Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat.

Kenapa Yang Berhormat Petaling Jaya Utara pertahankan habis-habisan?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini kerana dia tidak buat salah!

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini tidak adil!

Tidak payah tahan-tahan. Ini isu dasar, ini isu dasar. Cakap macam budak kecil ini.

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini kebenaran!

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat! Yang Berhormat! [Timbalan Yang di-Pertua mengetuk meja]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat! Cukup, cukup, cukup. Yang Berhormat Lenggong, habiskan ucapan. Kalau Yang Berhormat Lenggong sudah habis saya pohon Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Lenggong sudah habis? Cukuplah Yang Berhormat Lenggong, cukuplah.

Yang Berhormat Lenggong duduklah.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung sedikit Tuan Yang di-Pertua. Ini soal rakyat di kawasan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu minit, satu minit.

Saya minta Tuan Yang di- Pertua, ini soal krisis makanan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Cukup tidak adil.

Walaupun kita tahu bahawa negara kita tidak terkesan tetapi soal kenaikan barang juga berlaku. Ia juga berlaku hasil daripada krisis makanan. Sebab itu saya minta supaya usaha-usaha dilakukan untuk menambah dan meningkatkan keupayaan kita menyediakan kawasan-kawasan keperluan makanan. Di kawasan Parlimen saya, kita telah sedia oleh kerajaan negeri seluas 2,900 ekar untuk Program Lenggong Agro Valley. Oleh sebab itu, saya minta EPU untuk membantu kita bagi meningkatkan infrastruktur bagi membolehkan pelaburan-pelaburan dari luar masuk untuk membantu menghasilkan industri makanan. Lain-lain Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan kalau boleh [Disampuk]

[Dewan riuh]

Program MyHome, saya puji kerajaan kerana program ini cukup baik kerana kerajaan menyediakan subsidi kepada rakyat yang beli rumah-rumah yang diusahakan oleh pihak swasta. Cuma saya minta kerajaan untuk mempertimbangkan supaya Program MyHome ini juga diberi subsidi RM30,000 kepada rakyat yang membina rumah secara persendirian. Kalau ini kerajaan boleh buat, kalau kementerian boleh bagi inisiatif, Program MyHome yang selama ini diberi kepada swasta menjalankan projek perumahan tetapi diberi kepada rakyat yang membina rumah secara persendirian. Ia cukup baik sekali. Saya minta Tuan Yang di-Pertua last sekali, ijazah guru-guru yang terbuang ini, hari ini kita difahamkan berlaku lambakan guru-guru yang keluar dari universiti, ijazah. Jadi mereka hanya mahir dalam bidang perguruan. Kalau boleh dikaji untuk membolehkan guru- guru ini belajar juga bidang lain kalau mereka tidak boleh menjadi guru, mereka boleh untuk melakukan kerjaya-kerjaya lain. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini teori kangkung daripada Yang Berhormat Lenggong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang mengizinkan saya untuk terlibat dalam perbahasan Titah Diraja. Pertama, saya ingin merakamkan rasa sedih dan dukacita atas peristiwa insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 yang sudah pun berlarutan sehingga hari ini, yang masih belum ada satu keputusan dan kepastian yang boleh kita lakukan. Cuma saya agak kecewa sehingga sekarang. Sepatutnya bagi saya bahawa pihak kerajaan khususnya boleh datang ke Parlimen ini atas satu-satu usul, sama ada usul yang berkaitan dengan penjelasan Menteri ataupun usul 18 untuk sama-sama membolehkan kita turut berbahas dan memberikan pendapat dan pandangan khususnya mendengar secara khusus daripada pihak kerajaan. Perdana Menteri sendiri pun tidak datang memperjelaskan secara terperinci. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh apa yang dinamakan pasukan yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan pemangku Menteri Pengangkutan pun banyak persoalan yang timbul. Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri lanjutan daripada itu juga menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan baru yang perlu diperjelaskan. Sehingga kalau kita lihat bahawa - kalau sebelum ini saya - sebab itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan apabila dikatakan sebelum ini bahawa ada radar TUDM dapat mengesan satu pesawat yang tidak boleh diidentify yang melintasi ruang udara. Saya tidak tahu apakah tindakan lanjut yang telah pun dibuat oleh pihak yang berada di radar TUDM, yang mengawal radar TUDM. Adakah mereka telah memberitahu radar KLIA ataupun radar-radar TUDM ataupun radar-radar pihak yang lain yang juga boleh membantu dalam hal ini? Bagi saya bahawa bila pihak Kementerian Pertahanan daripada

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

kenyataan Panglima Tentera Udara, hanya memberitahu beberapa hari selepas itu. Saya fikir bahawa - menunjukkan bagaimana masalah pertahanan keselamatan negara kita ini begitu lemah. Saya nampak kita tidak belajar daripada peristiwa Lahad Datu tempoh hari.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bagaimana saya katakan bahawa sepatutnya pihak yang mengawal radar TUDM itu bila satu pesawat yang tidak boleh diidentified, sepatutnya mereka harus bertindak untuk mengenal pasti. Paling tidak bagi saya bahawa menghantar pesawat pemantau untuk memintas pesawat yang tidak boleh dikenal pasti. Mereka harus mengesyaki bahawa berkemungkinan pesawat-pesawat yang tidak boleh dikenal pasti itu adalah pesawat yang menceroboh ruang udara. Pesawat perang yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara kita. Jadi bila pihak yang hanya melihat dia beritahu bahawa tidak boleh diidentified, kemudian tidak ada apa-apa tindakan. Kita pun tidak pernah diberitahu apakah tindakan. Jadi sebab itu saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pertahanan, apakah langkah-langkah dan tindakan yang telah pun dibuat apabila perkara ini berlaku. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan tentang bagaimana peranan yang telah dimainkan oleh satu radar yang diperoleh oleh pihak kerajaan kita di bawah Kementerian Pertahanan iaitu digital radar Malaysia Air Defense Environment yang dikatakan diperoleh dalam tahun 2012 daripada Perancis kalau tidak silap saya, iaitu radar yang boleh mengesan satu keluasan yang begitu luas dikatakan mungkin keseluruhan ASEAN ini boleh dikesan oleh radar ini. Jadi saya hendak tahu, fungsi radar yang saya maksudkan tadi. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan ialah berkaitan dengan bila kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar baru-baru ini. Akan tetapi sayang kenyataan itu tidak ada satu soal jawab, hanya semacam kenyataan sebagai pembaca warta berita yang saya fikir bahawa sepatutnya- saya tidak hendakkan, kalau Perdana Menteri tidak memilih untuk menjawab kepada pemberita tetapi seharusnya datang untuk menjawab, memberikan penjelasan dan menjawab di Dewan yang mulia ini iaitu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kenyataan beliau baru-baru ini mengatakan bahawa memang mereka sudah mengenal pasti bahawa ada orang yang mengalih haluan pesawat tersebut. Jadi bagi saya, seolah-olah memberikan satu gambaran harapanlah bahawa pesawat itu masih baik, dalam keadaan baik sebab tidak ada pun disebut bahawa alih haluan dan kemudian jatuh di dalam laut ataupun di mana-mana tempat. Akan tetapi, alihan yang bermakna bahawa seolah-olah gambaran bahawa alih haluan itu seolah-olah adalah rampasan walaupun tidak disebut secara spesifik, tetapi kefahaman yang boleh dibuat bahawa seolah-olahnya ada rampasan. Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya. Kalau betul ia rampasan, sebab itu kerajaan perlu memperjelaskan sekarang ini apakah kerajaan sudah mendapat signal-signal yang tertentu yang cuba hendak dilindungi daripada pihak kita bahawa sebenarnya memang berlakunya rampasan sudah tahu pun di mana. Oleh sebab bagi saya bahawa kalau betul rampasan, dia orang rampas sudah tentu dia mendarat kecuali kalau berlaku perebutan di dalam pesawat tersebut, meletup, itu wallahualam. Akan tetapi kalau dia dirampas, sudah tentu dia sudah mendarat dan dia sudah mendarat dengan izin pihak berkuasa mana-mana negara. Apakah kerajaan tidak mendapat apa-apa pun makluman daripada mana-mana pihak berkuasa negara tersebut atau memang kerajaan tidak ada ataupun dia mendarat di negara yang kita tidak punya hubungan diplomatik yang mereka tidak akan memberitahu kita. Jadi sebab itu bagi saya bahawa ini menimbulkan persoalan di dalam fikiran saya, benak saya ini bahawa di mana sebenarnya, apa sebenarnya yang telah dan sedang berlaku. Apakah kerajaan sudah mengetahui bahawa memang berlaku rampasan. Saya katakan bahawa kalau betul rampasan...

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Signal, bagi tahu. Saya katakan tidak mustahil bahawa bagi saya jikalau rampasan, pesawat itu masih baik, keadaan mereka itu masih selamat, penumpang dan krew itu masih selamat.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Sungai Petani Yang Berhormat Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Seminit, ya. Setujukah Yang Berhormat Pokok Sena dengan saya, oleh sebab kita Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di bawah, kita pun kadang-kadang membaca daripada Internet dan juga mendapat laporan akhbar, adakah wajar di peringkat ini Menteri Pengangkutan datang dan membawa usul untuk menceritakan sedetail-detailnya kepada kita supaya Ahli Parlimen faham dan boleh kita cerita di bawah. Sekarang semua orang baca daripada ini akhirnya keliru semua orang. Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, sebab itu- saya bersetujulah. Oleh sebab itu saya katakan daripada awal, sepatutnya kerajaan sama ada Menteri Pengangkutan, pemangku ataupun Perdana Menteri datang memberikan penjelasan Menteri. Ada satu clause tetapi itu tidak boleh dibahaskan tetapi di bawa satu usul di bawah Perkara 18 yang saya fikir bahawa boleh sedikit sebanyak boleh dibahaskan. Saya katakan kalau usul yang tidak boleh dibahaskan pun tidak mengapa, tetapi berikan penjelasan yang sedetailnya dan kemudian kita boleh manfaatkan dalam perbahasan Titah Diraja ini. Akan tetapi sampai sekarang, kerajaan tidak memberikan apa-apa penjelasan. Jadi sebab itu saya harap pihak kerajaan harus datang untuk memberikan penjelasan yang sangat penting ini. Keempatnya Tuan Yang di-Pertua ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memperjelaskan bahawa siasatan sekarang ini tertumpu pada krew pesawat dan juga penumpang pesawat dan dihebohkan melalui media apabila rumah pilot, core pilot didatangi oleh pihak berkuasa, pihak polis untuk buat siasatan dan sebagainya sehingga timbul berbagai-bagai cerita. Saya hendak katakan bahawa itu soal yang dibawa oleh media. Akan tetapi bila pihak Perdana Menteri memberikan penjelasan mengatakan bahawa siasatan tertumpu pada krew, isunya ialah kerana mengalih haluan perjalanan. Seolah-olahnya diletakkan dalam pemikiran masyarakat seluruhnya masyarakat antarabangsa yang mengalih haluan itu ialah pilot. Saya tidak tahu apakah yang berlaku sebenarnya tetapi saya katakan jikalau perkara tersebut belum ada kepastian, tidak sewajarnya kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan ini. Ini akan meruntuhkan kredibiliti MAS yang sudah pun runtuh kredibilitinya. Saya bimbang selepas ini orang tidak berani naik kapal terbang MAS, takut pilot bawa lari. Saya katakan bahawa kenyataan ini adalah satu kenyataan yang tidak bijak, kita sudah menghadapi masalah MAS. Saya percaya bahawa saya difahamkan Yang Berhormat Bagan Dato sedang menjalankan tugas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Saya difahamkan bahawa MAS juga memberikan kesan kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan pelancongan dalam negara kita, sektor pelancongan. Bila timbul ada chef yang mengkritik nasi lemak bogel...

Nasi lemak telanjang.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Nasi lemak telanjang, tidak ada apa. Jadi ini memberikan imej yang tidak baik kepada sektor pelancongan. Bagaimana MAS sepatutnya menjadi agensi yang membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saya cukup berbangga dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Padang Rengas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang berusaha untuk hendak meningkatkan usaha untuk meningkatkan pelancong-pelancong datang ke negara kita. Dengan mendapat khidmat daripada National Geographic, Nick Baker membuat satu penggambaran berkaitan dengan Royal Belum. Ini satu usaha yang sangat baik untuk hendak memperkenalkan sebab rancangan tersebut dan Nick Baker itu seorang yang sudah pun dikenali ramai dan ini dapat memperkenalkan Malaysia. Akan tetapi dengan isu MAS dan isu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat kenyataan yang tidak wajar ini bagi saya, ini akan menyebabkan orang takut datang ke Malaysia, orang takut hendak naik kapal terbang MAS dan orang takut hendak datang ke Malaysia bila digambarkan melalui kenyataan Menteri Pengangkutan, pemangku

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Perdana Menteri dan sebagainya, soal isu pasport palsu orang boleh bolos, kemudian radar kita tidak dapat mengesan. Orang melihat bahawa seolah-olah keselamatan pertahanan Malaysia ini longgar. Orang takut hendak datang. Betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dua Yang Berhormat bangun. Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Kuala Langat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekejap. Yang Berhormat menjelaskan tadi bahawa betul dua orang itu bukan pengganas. Isunya bukan dua orang itu pengganas ataupun tidak, isunya ialah orang boleh membunuh pasport orang lain untuk membolos masuk dan keluar daripada Malaysia. Kebetulan itu bukan pengganas, kalau kena pengganas? Ini persoalan yang harus dilihat. Jadi kena tanya bomoh [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Khalifah tidakkan boleh tanya?

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi Yang Berhormat Pokok Sena telah menjelaskan kepada kita bagaimana satu igauan buruk dan juga suatu pengalaman yang sangat ngeri sedang melanda negara kita berkait dengan soal keselamatan dan seumpamanya. Bagaimana kalau saya cadang, apakah Yang Berhormat Pokok Sena boleh bersetuju jika sekiranya kerajaan mengambil satu tanggungjawab sebagaimana yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir seperti tanggungjawab yang diambil oleh Menteri di Jepun apabila berlaku insiden pesawat jatuh, kereta api tergelincir, mereka mengambil langkah untuk meletakkan jawatan. Saya cadang, mungkin Menteri Pengangkutan boleh berbuat demikian termasuk Menteri Pertahanan.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya terima kasih Yang Berhormat Temerloh yang beri kenyataan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pokok Sena, ada enam minit lagi.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Enam minit.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sedikit.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tun Dr. Mahathir dia sendiri pun tidak letak jawatan dulu [Ketawa] Bila dia tidak ada jawatan, dia suruh orang letak jawatan. Ini pun satu kepala yang pening juga kita.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Pokok Sena, boleh...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang ini pun lebih kurang macam bomoh jugalah [Ketawa] [Disampuk]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Pokok Sena, sedikit boleh?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya hanya ada enam minit. Sorry, sorry. Saya bagi. Tidak apa. Masa dihadkan 20 minit.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Mengigaukah? Yang Berhormat Pokok Sena mengigau banyak sangat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya minta maaf. Minta maaf, minta maaf. Kalau saya ada masa, saya bagi. Saya cukup seronok bincang ini. Jadi sebab itu, saya minta pihak kerajaan khususnya datang untuk memperjelaskan. Sebab saya katakan tadi, peristiwa ini telah memberi gambaran yang lemah kita. Bila lemah kita, saya takut nanti, 13 negara yang turut terlibat dalam search and rescue ini, dia tengok kelemahan, maka mereka akan ambil kesempatan. Sudah tentu bahawa memanglah itu kerja agen-agen CIA dan sebagainya. Akan tetapi atas kelemahan kita, mempamerkan radar kita tidak boleh kenal pasti, tidak boleh identify, kemudian pasport itu dan sebagainya, jadi orang akan ambil kesempatan. Hantar kapal yang baru untuk membantu kita. Betul, saya bersetuju mereka membantu kita. Akan tetapi, sejauh mana persediaan kita, saya hendak tanya. Persiapan kita ini dalam menerima bantuan mereka supaya mengelak daripada ada unsur-unsur yang boleh berlakunya sabotaj ataupun

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

pengintipan daripada pihak asing. Jadi, ini yang saya minta dan saya harap bahawa saya minta penjelasan sungguh-sungguh daripada pihak kerajaan perjelaskan. Pertama, saya katakan bahawa kalau pesawat ini dirampas dan kerajaan tahu di mana dia mendarat, betul rundingan- sebab saya katakan kalau dirampas, sudah tentu sedang dirunding apa yang mereka mahu daripada pihak perampas [Disampuk] Mesti, mesti kata. Jadi saya minta bahawa kalau betul dirampas, beritahu di mana. Dalam rundingan, saya menawarkan diri bersama dengan rakan-rakan daripada Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjadi galang ganti tebusan kepada penumpang-penumpang dan krew

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kami sedia, kami sedia. Yang penting bagi saya ialah kami hendakkan penumpang dan krew itu selamat balik untuk menemui keluarga mereka [Tepuk] Kami bersedia. Beritahu di mana sahaja, kita akan bersedia untuk menjadi galang ganti sebagai tebusan pengganti kepada mereka. Saya hendak juga memberikan satu cadangan kepada pihak Tuan Yang di-Pertua khususnya kepada pihak Tan Sri supaya dapat menganjurkan satu sembahyang hajat di Dewan Bankuet esok pada jam waktu Zohor. Selepas berjemaah Zohor, kita sama-sama mengadakan sembahyang solat hajat untuk mohon kepada Allah SWT bagi cepat menyelesaikan persoalan ini, insya-Allah. Baik. Kita sudah buat di mana-mana tetapi kita hendak buat atas kesepakatan Ahli Parlimen. Kesepakatan Ahli Parlimen semua. Saya fikir bahawa cadangan ini tidak perlu dimain-mainkan tetapi ini satu cadangan kita hendak mohon kepada Allah. Kita buat di mana-mana. PAS dok buat setiap malam tetapi kita hendak buat atas nama Ahli Parlimen [Disampuk] Ya, tetapi jangan panggil bomoh jadi tok imam. Ini banyak ini Yang Berhormat Bagan Datok, Yang Berhormat Pasir Salak juga didakwa bahawa orang kuat tok bomoh. Tok bomoh itulah dakwah [Disampuk] Khalifah pula, khalifah. Yang Berhormat Tanjong Karang, “Hoi! Banyak ini. Ini bahaya. Kita kena berhati-hati kalau berucap”. Baik. Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah isu Menteri Pertanian, rakan saya masuk. Isu berkaitan dengan padi. Dalam sidang yang dulu, Yang Berhormat mengumumkan bahawa akan mengumumkan harga baru bagi padi. Baru-baru ini pun Yang Berhormat umum tetapi saya agak keliru dan agak kecewa bahawa yang diumumkan, yang dimaksudkan ialah harga siling. Bukan harga lantai yang dituntut oleh petani-petani. Oleh sebab itu bagi saya bahawa bila diumumkan harga siling ini, harga ini, pengumuman ini tidak menggambarkan kita pro kepada petani. Sebaliknya, harga siling ialah harga yang menunjukkan bahawa kerajaan lebih pro kepada pengilang-pengilang. Dia pro kepada pengilang sebab harga siling maknanya, pengilang tidak boleh beli lebih daripada RM1,200 satu tan. Tidak boleh beli. Dulunya, harga lantai yang ada sekarang, yang masih rasmi ialah RM750 kalau tidak silap saya harga lantai. Maknanya, pengilang tidak boleh beli bawah daripada RM750 satu tan tetapi kalau dia beli lebih, tidak salah. Oleh sebab itu berlaku perlumbaan pengilang-pengilang beli sampailah di kawasan MADA RM1,050 ataupun RM1,100 kalau tidak silap saya. Di Tanjong Karang, Selangor sampai RM1,200 hingga RM1,300. Tidak salah beli lebih. Jadi yang untungnya ialah petani. Saya percaya rakan saya daripada Yang Berhormat Jerlun tentu bersetuju sebab kita hendak memberikan keuntungan kepada petani. Jadi bila kerajaan mengumumkan harga siling, bermakna bahawa pengilang tidak boleh beli lebih daripada RM1,200. Kalau di Selangor sebelum ini ada orang dapat sampai RM1,250 hingga RM1,300. Dia tidak boleh beli, itu salah. Itu menjadi satu kesalahan daripada apa yang telah pun diputuskan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya katakan bahawa ini akan merugikan petani dan memungkinkan boleh berlaku satu kesepakatan daripada pengilang-pengilang. Oleh sebab itu, Persatuan Pengilang-pengilang Padi Bumiputera dan juga non- bumiputera Kedah dan Perlis, menyambut baik kenyataan Yang Berhormat. Ini kerana bagi saya bahawa, kalau saya katakan saya pengilang contohnya, saya kata, “Buat apa saya beli sampai RM1,200. ‘Meh’ kita pakat-pakat semua beli RM1,100”, umpamanya. Jadi sudah tentu ini akan merugikan petani. [Disampuk] Ya, kartel. Jadi sebab itu saya katakan bahawa, saya minta, saya tahu bahawa kerajaan selalu memberikan alasan iaitu tidak boleh menaikkan harga lantai padi kerana akan berlaku kenaikan harga beras. Akan tetapi bila naik harga minyak, tidak pula berhujah bahawa tidak boleh naik harga minyak sebab akan berlaku kenaikan harga barang. Jadi, biarlah ada kemunasabahannya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh sebab itu saya katakan bahawa, kalau tidak boleh naikkan harga lantai daripada RM750 kepada satu harga yang lebih munasabah, saya katakan bahawa saya cadangkan, naikkan harga subsidi padi, subsidi harga. Dinaikkan harga subsidi itu secara yang lebih baik untuk membolehkan pendapatan petani bertambah. Pendapatan petani itu dapat bertambah dan sekarang ini saya lihat bahawa kalau ikut pengiraan yang dibuat oleh rakan-rakan saya daripada pihak petani maknanya, mereka hanya mendapat dalam sekitar RM610 sahaja. Malah dengan kadar baru ini, saya telah pun dimaklumkan oleh mereka pengiraan sebab bila RM1,200, ia akan membawa kepada permutuan sebenarnya. Bila permutuan sebenarnya, ia menyebabkan pemotongan yang akhirnya akan merugikan pihak petani.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, gulung.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Gulung.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik. Jadi saya harap bahawa ini suatu yang harus diperjelaskan oleh pihak kerajaan, satu. Tabung Haji - ada rakan saya daripada Yang Berhormat Baling? Tidak ada. [Disampuk] Tidak apa. Tabung Haji saya hendak tanya, kenapa bonus Tabung Haji ini berkurangan sebanyak 0.5% sedangkan keuntungannya bertambah berbanding dengan 2012? Kalau keuntungan tahun 2013 ialah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34% berbanding dengan RM2.8 bilion pada tahun 2012. Bermakna bahawa peningkatannya berlaku. Kalau tahun 2012, dividen Tabung Haji, bukan bonus ya, dividen Tabung Haji 2012 untuk semua iaitu sebanyak 6.5%, campur bonus. Pada 2012, ia tidak sebut bonus apa, ia sebut bonus sahaja 1.5%. Akan tetapi pada tahun 2013, ia mengumumkan bahawa dividennya 6%. Bermakna bahawa kekurangan 0.5%. Kemudian, ia beri pula 0.2% untuk bonus Tabung Haji. Bonus Tabung Haji 0.2% ini bukan dapat kepada semua pendeposit tetapi hanya dapat kepada orang yang belum untuk menunaikan haji. Dengan mengambil kira kadar 0.2% itu iaitu kadar harga tambang haji iaitu RM9,980. Jadi bagi saya sebenarnya bahawa, ia mengalami kekurangan 0.5%. Saya hendak tanya, kenapa boleh berlaku kekurangan tersebut? Kedua, saya hendak tanya, berapa bonus yang telah diberikan kepada pekerja- pekerja Tabung Haji? Berapa pula ganjaran keuntungan, gratuiti yang diberikan kepada CEO?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya telah sebut kalau dalam tahun 2011 dahulu sekian banyak telah diberikan, kerajaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerana keuntungan kita beri kepada dia, gaji dia pun naik. Jadi berapa gratuiti yang telah pun diberikan kepada CEO dan juga kepada top ten management dalam Tabung Haji? Berapa pula kenaikan gaji daripada keuntungan pendapatan yang telah pun diperoleh oleh pihak Tabung Haji? Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mendapatkan penjelasan sekali lagi rakan saya Yang Berhormat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini menjawab berkaitan dengan soal isu pengiraan meter salah. Pengiraan meter salah ini dia kata tidak betul. Saya hendak kata dia itu tidak betul, kenyataan dia itu tidak betul. Saya ada dokumen, pengiraan yang salah yang dibuat oleh pihak TNB. Walaupun RM45, Ketua Pembangkang, walaupun RM45 tetapi bukanlah salah Ketua Pembangkang, jangan salahkan Ketua Pembangkang pula. Semua, la ini pakat dok salah Ketua Pembangkang, hujan tidak turun pun salahkan Ketua Pembangkang. Jadi baik, walaupun RM45 Tuan Yang di-Pertua, walaupun RM45 tetapi saya katakan RM45 ini satu perkara yang besar. Oleh sebab itu saya katakan bahawa kalau kesilapan itu seperti mana yang diumumkan oleh TNB kepada jawapan yang diberikan kepada seorang rakyat dalam kawasan saya, atas kesilapan. Mereka mengakui kesilapan tersebut, dia kata kesilapan itu pengiraan salah dalam sistem. Dalam sistem ia bukan hanya membabitkan seorang, ia sudah tentu membabitkan ramai. Orang ramai, orang kampung mana tahu hendak kira. Kawan saya yang kira ini dia bekas pensyarah universiti. Dia kira. Macam saya katakan bahawa yang duduk dengan

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

isteri dia sahaja sekali sekala sahaja anak cucu dia balik tiba-tiba berlaku kenaikan tarif elektrik, bil elektrik yang begitu tinggi. Jadi saya hendak minta penjelasan bahawa berapa, apa tindakan dan langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memperbetulkan dan adakah kerajaan sendiri, pihak TNB akan membuat pengiraan semula terhadap semua pengguna dalam negara kita ini untuk memperbetulkan dan membayar kembali iaitu kredit dalam bil. Akhir sekali ialah ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya lah TNB akhir TNB ini ialah supaya saya hendak tanya tentang deposit ataupun wang pendahuluan yang kita bayar, cagaran. Ini sebab cagaran itu sentiasa naik. Bila kita guna bil lebih cagaran kita akan bertambah. Jadi apa sebenarnya kegunaan cagaran ini? Sepatutnya bagi saya bahawa cagaran ini harus dikira saya cadangkan sebagai satu saham daripada ...

Dibayar dividen.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Yang boleh dibayar dividen kepada pengguna-pengguna yang menggunakan TNB ini. Ini kerana ia makin naik maka sepatutnya ia harus dilihat sebagai satu share, saham dapat pulangan, dapat dividen kepada kita. Jadi sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita doakan semoga pesawat MH370 itu akan dapat selamat. Saya cadangkan macam tadi saya minta Menteri, Perdana Menteri datang berikan penjelasan. Saya harap Tuan Yang di- Pertua boleh panjangkan kepada Tan Sri untuk penganjuran sembahyang hajat esok di Dewan Bankuet waktu zuhur. Kemudian kami menawarkan kalau betul kapal itu dirampas, kami sedia menjadi galang ganti untuk tebusan menyelamatkan penumpang dan juga krew. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat sejahtera. Saya juga ingin turut membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam keadaan kita berbahas ramai lagi ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370 yang masih berdukacita. Sehingga hari ini kita belum dapat menentukan untung nasib, berbagai-bagai spekulasi, berbagai-bagai andaian, berbagai-bagai dakwaan dan berbagai-bagai tuduhan. Menuduh antara satu dengan yang lain sedangkan hakikat sebenarnya- saya walaupun pada peringkat awalnya bahawa kerajaan dan juga pihak operasi mengesan mempunyai kebuntuan, kelemahan dan kesilapan akan tetapi kelemahan dan kesilapan itu telah mendewasakan pihak-pihak penguat kuasa kita untuk meneruskan usaha mengesan MH370 yang hilang pada hari ini. Berbagai-bagai andaian dibuat dan terkini merasakan bahawa ada unsur-unsur kekerasan digunakan. Akan tetapi dalam masa sembilan hari, masih belum ada apa-apa bayangan. Saya merasakan bahawa kapal ini memang telah tidak dapat ditemui pada masa ini. Walau bagaimanapun, hasrat kerajaan untuk tidak berhenti mencari adalah merupakan satu langkah yang bijaksana. Dalam masa yang sama kita memang memerlukan mana-mana individu, mana- mana pihak untuk turut membantu dengan apa cara sekalipun. Malangnya ada pihak-pihak tertentu yang menggelar kan dirinya dia Raja Bomoh pula. Saya tahu amalan ritual seumpama ini seharusnya kalau kita ikhlas melakukannya kita akan lakukan secara senyap-senyap, kita akan lakukan diam-diam, di dalam bilik kah, di dalam hotel kah tetapi ini dibuat ritualnya di hadapan orang ramai, dipanggil reporters seluruh dunia, wartawan. Pada saya ini perbuatan yang riak, syirik, sombong dan bongkak...

Nanti kena tampar pula.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Saya meminta pihak tertentu ambil tindakan dengan seberapa segera sebab itu lihat lima tahun yang lalu. Saya telah

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan ketika itu Yang Berhormat Bera supaya kita mengkaji, meletakkan satu akta undang-undang, iaitu Akta Perubatan Tradisional sebab kita tidak mahu ada perlanggaran yang sebegini. Perbuatan ini telah menyebabkan negara kita Malaysia dan umat Islam telah diperlekehkan oleh semua pihak dengan berbagai-bagai versi, palsu.

...Itu Yang Berhormat Shah Alam atur punya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini masalah. Seharusnya dalam keadaan negara memerlukan sokongan antara satu sama lain, kita seharusnya bersatu menentukan masalah ini boleh selesai. Akan tetapi ada pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan. Pada saya kalau kita umat Islam kita harus sedar bahawa kehidupan yang kita lalui ini bersifat sementara. Kita akan menuju kepada satu alam yang kita akan dihisab oleh Allah SWT. Jadi kita jangan terlampau riak Yang Berhormat Shah Alam sebab semua yang kita miliki ini semunya bersifat pinjaman...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia sebut Yang Berhormat Shah Alam Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Shah Alam tadi cakap bomoh Barisan Nasional, saya cakap jangan riak.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tanya kerana ada video bomoh itu cakap,”Khairy awak ingat saya orang PAS kah? Awak ingat saya orang PKR kah? Saya orang kapal layar,” dia kata [Ketawa] Jadi saya lihat untuk hendak jaga nama baik Barisan Nasional ....

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak bagi dia laluan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sepatutnya dia berhentilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kinabatangan tidak bagi laluan Yang Berhormat Shah Alam sila duduk.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, pasal sebut Yang Berhormat Shah Alam kan, jangan sebut.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini hijack ini, ini rampas kuasa namanya, ini hijack saya punya floor [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, walaupun mungkin pihak-pihak tertentu itu, itu yang saya katakan dia boleh menggunakan berbagai- bagai nama pemimpin yang dahulu dan yang sekarang. Apabila kata tegur dia hendak tampar orang, hendak masukkan kita ke alam ghaib. Saya tidak tahulah kuasa apa yang dia ada. Akan tetapi saya mahu minta penguat kuasa memberhentikan perbuatan-perbuatan syirik yang sebegini walaupun kita mungkin mahu memerlukan bantuan untuk menemukan MH370. Pada saya apa yang dilakukan oleh kerajaan amat berpatutan, di mana belum pernah berlaku 13 buah negara terlibat, 54 buah kapal terbang, 43 buah kapal laut bermacam-macam NGO membantu dengan teknologi yang canggih. Akan tetapi hairan juga di mana kerajaan negara China menghantar tiga buah kapal dengan teknologi yang terkini tetapi dia pun menemui kebuntuan. Ini menunjukkan sehebat-hebat manusia pun, bahawa Allah SWT lebih hebat dari segala-galanya.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dengan kecanggihan apa pun, Allah kata kamu tidak akan jumpa, tidaklah berjumpa. Jadi jangan kita riak di atas apa yang kita ada.

Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Duduk di muka bumi ini, bukan hak milik kita.

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh celah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua orang yang bangun.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya rasa saya mahu teruskan. Saya ada sebelas perkara mahu dibicarakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi bukan tidak beri, tunggu lain masa [Ketawa] Seri Paduka Baginda juga menyentuh soal betapa perlunya kita memelihara perhubungan kaum, antara negara dan perlu ada tindakan tegas diambil kepada mereka yang cuba mencetuskan huru-hara di antara bangsa, agama dalam negara ini. Saya bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Lenggong, baru-baru ini semasa merayakan Tahun Baru Cina, salah seorang Ahli Parlimen kita, Ahli Parlimen Seputeh mungkin bermegah-megah dengan kemenangan majoriti yang tinggi mengeluarkan satu video yang boleh mencetuskan huru-hara di kalangan kaum, bangsa dan agama.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat.

Itu niat jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya minta pihak penguat kuasa...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat, siapa yang cetus huru- hara?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Satu lagi syak wasangka buruk...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Laporan polis sudah dibuat, suruh tangkap Yang Berhormat Seputeh.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

...Yang memburukkan nama, menjatuhkan nama Parlimen ini ialah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dengan pihak-pihak yang tertentu

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita ada undang-undang, kena tegakkan undang-undang. Mereka yang melanggar undang-undang perlu ditangkap.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Macam mana Yang Berhormat Kinabatangan boleh...

Kurang asam jika macam itu.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau dia juga terlibat, kalau Yang Berhormat Rasah juga terlibat, tangkap Yang Berhormat Rasah!

Tangkap! [Ketawa]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Suka-suka tangkapkah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan beri peluang menghancurkan perpaduan kaum dalam negara kita.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Langsung tidak ada bukti ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk!

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, tidak dibenarkan sentuh...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Apa duduk?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa tidak ada bukti?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Di keluarkan menyatakan bahawa di Sabah tidak selamat. Kalau ada pelancong datang, mesti nampak pirate dan apa semua. Apa ini?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peraturan mesyuarat [Disampuk]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inilah pemimpin-pemimpin yang taksub.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Shah Alam, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Siapa punya peraturan mesyuarat? Peraturan mesyuarat apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, ada peraturan mesyuarat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sabarlah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa yang saya tahu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam tidak pernah ikut peraturan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk!

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Macam mana saya beri peraturan, dia tidak pernah ikut peraturan.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia tidak pernah ikut peraturan, macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, ada peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tadi saya berucap dia hijacked saya punya tempat, sekarang dia hendak peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat apa?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam peraturan mesyuarat berapa, Yang Berhormat Shah Alam?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bomoh mana lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bomoh siamkah?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peraturan Mesyuarat 36(12) bagi Yang Berhormat Kinabatangan kerana mengelirukan Dewan mengatakan video menimbulkan ataupun merupakan satu video yang menimbulkan ketegangan agama dan kaum, sedangkan tiada salahnya mana-mana Ahli Parlimen mengkritik Barisan Nasional dan UMNO dan membuat political satire ataupun komedi politik yang mempertikaikan perangai dan tindakan pemimpin-pemimpin yang tertentu. Ia tidak ada kena mengena dengan soal kaum, tidak ada kena mengena dengan soal agama kerana yang ditegur terdiri juga daripada yang bukan Islam dan yang bukan Melayu. Akan tetapi bagaimana ianya boleh dikaitkan kepada persoalan ketegangan kaum dan agama dalam keadaan yang dikritik itu daripada kaum dan agama yang berbeza?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan satu pertuduhan yang tidak berasas dan mengelirukan Dewan. Saya minta Yang Berhormat Kinabatangan dan

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

juga Yang Berhormat Lenggong tadi seharusnya tarik balik kenyataan mereka. Jangan hendak timbulkan persoalan perkauman dalam keadaan tidak ada. Kalau tidak ada, maka yang menimbulkannya adalah Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lenggong sendiri, bukan Yang Berhormat Seputeh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara mengenai Ahli Parlimen Seputeh juga telah kita serahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan. Jadi siasatan dibuat tidak semestinya yang dilakukan oleh Yang Berhormat Seputeh itu salah atau tidak. Jadi pandangan daripada Yang Berhormat Kinabatangan untuk menasihatkan Ahli-ahli yang lain supaya tidak menimbulkan perkara-perkara seperti itu. Jadi, terpulang kepada Yang Berhormat Kinabatangan untuk meneruskan ucapan kerana...

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sekejap, Yang Berhormat Shah Alam. Ini kerana di bawah Peraturan 36(12), seseorang Ahli itu kalau kita tidak berpuas hati, dianggap mengelirukan Dewan, boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terserah kepada Yang Berhormat Shah Alam untuk merujuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya belum habis lagi, Yang Berhormat Shah Alam.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu terus Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenyataan yang dibuat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ia bukan umum, ia khusus. Dia sebut video Yang Berhormat Seputeh. Kalau dia hendak beri peringatan secara umum, kita boleh terima tetapi bila dia sebut video Yang Berhormat Seputeh...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang Yang Berhormat Seputeh tauke video.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Ianya bukan merupakan perkara yang umum, ianya merupakan khusus dan ianya merupakan pertuduhan yang tidak berasas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini buang masa saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam, saya- Yang Berhormat Kinabatangan, sekejap. Duduk sekejap. Oleh sebab itu saya nyatakan awal, saya juga beri teguran kepada Yang Berhormat Lenggong Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi kalau tidak berpuas hati boleh kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh tolak tanggungjawab sebegini bila ada kesalahan di depan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, saya belum habis lagi. Jadi sebab itu saya kata terpulang kepada yang berucap sama ada hendak menarik balik atau tidak. Saya sudah nyatakan. Jadi kalau dia tidak mahu tarik balik, terpulang kepada Ahli Yang Berhormat yang lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 200 lebih laporan polis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tidak ada...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau kita hendak, 500 pun kita boleh buat. Ini mainan sahaja, buang masa polis sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hak saya untuk berhujah.

BN suka buat laporan polis. Mat Sabu dahulu 1,000 lebih...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jangan buat penipuan dalam Dewan yang mulia ini!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada penipuan!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat-Yang Berhormat

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pembohong! Hasut! Hasut! Hasut!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang yang tipu DAP!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Semua tipu! You also tipu, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

That is one more.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Duduklah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduklah!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dalam ucapan, tunjuk mana segmen dalam video bangkitkan isu perkauman?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Duduk!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Mana segmen dalam video bangkitkan isu agama?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau tidak ada...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Jangan buat penipuan dalam Dewan yang mulia ini.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau tidak terlibat jangan cakap!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, jangan salah gunakan kuasa dalam Dewan ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Yang Berhormat Petaling Jaya Utara terlibat, tangkap dia, sumbat dalam penjara.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Suruh dia duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa masalah?

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Suruh dia duduk.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau takut tidak duduk dekat sini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sepang, kalau terlibat tangkap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, duduklah Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Hormatlah Dewan yang mulia ini, ini bukan pasar. Duduk, duduk, duduk.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau bukan buat - tuduhlah saya buat penipuan.

[Dewan riuh]

Ini bukan pasar borong.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi bila mereka buat penipuan, kita bagi lepas. Mana boleh macam ini Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, cukup. Teruskan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya mahu teruskan.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi sebab itu saya minta mana- mana pihak bertanggungjawab termasuk Yang Berhormat Ipoh Barat juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Ipoh Barat, peraturan mesyuarat berapa?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

peraturan Mesyuarat 36(12).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sama Yang Berhormat Ipoh Barat, cukup.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Ipoh Barat, kita sudah jelas Peraturan Mesyuarat 36(12). Kalau yang berucap tidak mahu menarik balik ucapannya, boleh kita bawa usul untuk rujuk.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Boleh saya mengemukakan usul untuk merujuk dia ke Jawatankuasa?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Begini, kena Yang Berhormat yang lain kena bawa usul. Saya tidak boleh mengatakan, mengarahkan Yang Berhormat Ipoh Barat atau Yang Berhormat Sepang untuk buat usul. Jadi terpulang kepada Yang Berhormat untuk buat usul. Usul bertulis Yang Berhormat, bukan bangun terus. Ya, terus. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu teruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya tetap tegas dengan hujah saya bahawa perlu ada penyiasatan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak diingatkan sebelum ini usul kena buat sekarang. Kita hendak buat sekarang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara juga terlibat, dan Yang Berhormat Sepang, tangkap tiga-tiga juga.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tadi diperingatkan kalau usul buat esok, sudah terlalu lewat.

[Dewan riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita tidak mahu ada orang dalam negara kita yang menghancurkan pelbagai kaum dalam negara kita.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita hendak buat usul sekarang! Tuan Yang di-Pertua!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu teruskan Tuan Yang di-Pertua hujah saya iaitu..

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, usul kena buat sekarang!

Ada orang perasan jadi Ketua Polis Negara pula!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Usul kena buat sekarang bukan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa yang duduk, apa yang berdiri? Macam pasarkah?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita hendak bawa usul kena buat sekarang!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You dari pasar borongkah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Pasar, pasar ini. Pasar Kinabatangan!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bukan pasar boronglah!

Yang Berhormat Kinabatangan jadikan Parlimen ini pasar. Buat usul main tangkap suka hati. Polis tidak siasat pun dah main tuduh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ha ini dalam peraturan ini!

Siapa yang mula? Bertenang- bertenang, duduk dulu!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua.

Ini bukan pasar boronglah Yang Berhormat Kinabatangan!

[Ketawa]

Pasal Hulu Langat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ingin meneruskan hujah saya iaitu kebebasan media. Kebebasan media ini apakah ia harus bebas 100% atau masih ada undang-undang? SKMM apabila ada kita tegur dia kata kena ada laporan baru boleh buat tindakan. Adakah undang-undang yang begini? Kalau ada orang membunuh tetapi tidak ada laporan membunuh, maka polis tidak boleh ambil tindakankah? Ini kerana apabila media ini secara terbuka, saya setuju media ini tidak perlu kita kongkong...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Akan tetapi perlu ada kawalan undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, peraturan dari Yang Berhormat Ipoh Barat. Ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia mengacaulah!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain diam ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu sebagai seorang Speaker bila kita merujuk sesuatu perkara, you need not be specific. Ya, Speaker tahu mengenai perkara tersebut tetapi saya rasa walaupun kita tidak mengatakan aturan yang kena mengena tetapi ada berkaitan. Boleh saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 26(1)(p), Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Semasa a motion relating to a matter of privilege when it occurred pada masa sekarang, maka usul itu perlu dibuat sekarang sahaja. Serta-merta Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya kemukakan usul tersebut dan pohon kedua-dua Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Parlimen Lenggong dirujuk kepada Committee of Privileges.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ya, lain, berapa orang?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sokong? [Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pembangkang bangun]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berapa mahu Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, sila duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengangkat satu usul sebab Yang Berhormat Seputeh bersekongkol dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Sepang mengeluarkan video yang ada unsur-unsur memecahbelahkan kaum.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Di mana bukti? Di mana bukti Yang Berhormat Kinabatangan?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya minta mereka juga dihadapkan kepada jawatankuasa dan saya mahu kita semua menyokong.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita habis sekarang ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya cabar. Yang Berhormat Kinabatangan saya cabar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan jangan jadi bahan ketawa, satu dunia tahu.

Cari doktor, cari doktor. Cari wad, bagi empat orang...

[Dewan riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Malu betul ini Yang Berhormat Kinabatangan.

Apa punya ini?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menjatuhkan, mencemarkan nama paling terbaik Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat! Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu teruskan hujah saya sebab usul tadi sudah terima kedua-dua pihak.

Usul bawah berapa?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Termasuk Yang Berhormat Sepang.

Bawah peraturan berapa?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Usul bawah peraturan mana ini Tuan Yang di-Pertua?

Ini usul apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Ipoh Barat, usulkan semula. Ini usul..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat semua berucap. Yang Berhormat Shah Alam, yang lain

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

berucap, ramai-ramai, saya hendak dengar macam mana? Yang Berhormat Kinabatangan, usul apa tadi? Peraturan mana?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, sudah buat keputusan kepada usul saya?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Usul, tidak berucap pun!

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Wah, bunyi macam Ibrahim Mat Zin!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini bomoh Shah Alam. Bomoh Shah Alam pun tidak menang!

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Satu bomoh Malaysia! Betul-betul dididik oleh Raja Bomohlah ini! Anak murid Raja Bomohlah ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa lagi merapu itu Yang Berhormat Sepang? Tamak, kelabu pun Sepang, get out! Tidak makan!

Yang Berhormat Shah Alam, saya cadang lebih bagus pergi Damansara. Sambung lagi supaya tau satu dunia.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu sambung Tuan Yang di-Pertua.

Kamu dulu sudah pau banyak kali punya orang tempat itu. Tempat sana kasi pau lagi bagus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, masa sebenarnya sudah habis Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kalau saya bercakap banyak burung yang kehilangan mata. Kenapa? [Disampuk] Mungkin tidak ada sarang, tidak ada makan. [Ketawa] Kelaparan mungkin...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini lepas tadi juga.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sudah buat keputusan merujuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tadi saya sudah buat keputusan. Saya berpendapat Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kinabatangan tidak mengelirukan Dewan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Habis usul kita? Usul yang dibangkit?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya yang mengemukakan usul tersebut. Maka Yang Berhormat Speaker boleh mendapat undi dari sini untuk merujuk perkara itu.

Kita sama-samalah undi. Sini pun undi juga.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sama-samalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Eh hospital, hospital..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya sudah buat keputusan. Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan keputusan saya jangan buat usul. Saya sudah buat keputusan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita minta, kita bawa usul.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Usul dari kita...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita pun bawa usul.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita tolak.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita pun usul pergi juga.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Mana boleh!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa masalah?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apa kena mengena yang kita buat ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You ingat sebelah sini tidak hendak buat usulkan? Lain orang you boleh mainlah Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. You jangan main dengan sayalah. You tidak makanlah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, jangan main-main.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You bukan standard sayalah. Tidak ada kelaslah!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, kita bawa usul.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini ada...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Apa jenis Parlimen kerja macam ini?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Hari ini Yang Berhormat Seputeh... Dia tahulah!

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini pun tidak fahamkah? Haiya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini mengganggu hujah saya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita bawa usul Tuan Yang di- Pertua tolak usul.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini tidak ada adab. Tidak ada peraturan, kata ada peraturan. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, you sit down, this is my floor!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

You yang liar. You orang liar. Orang liar, jangan masuk Parlimen!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kau gila! Kau yang gila! Orang gila macam kau masuk Tanjung Rambutan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, siapa ini liar? Siapa kurang siuman.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Kena adil Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, otak sudah buat gila sebab itu tidak boleh memerintah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua minta bawa usul

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masuk kandanglah. You boleh tendang binatangkah?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Haiya!

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

What did he say?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Binatang.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini dua orang boleh masuk kandang binatang. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sama Yang Berhormat Kapar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kinabatangan, sila teruskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu teruskan. Saya mahu minta Suruhanjaya Pilihan Raya mentadbir undang-undang...

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Sebab kita tidak mahu ada wakil rakyat sebab ada Parlimen atau pun ADUN ikut suka hati apabila menang letak jawatan tanpa ada apa-apa sebab.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan lagi ini. Gangguan terlampau banyak. Peraturan apa? Kami orang mengikut peraturan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Dia mesti duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila, sila.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain diam.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung daripada Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau usul yang sama, peraturan yang sama, saya sudah buat keputusan.

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Itu yang saya hendak beri pendapat dan minta penjelasan dari Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Usul itu telah dibawa oleh Yang Berhormat Ipoh Barat bukan untuk keputusan Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah untuk keputusan Dewan. Ramai ahli daripada pihak sini sudah bangun untuk meminta pengundian. Sekarang kita kena buat pengundian. Pengundian atas usul. Itulah cara kita buat. Tuan Yang di-Pertua tidak boleh tolak sebab itulah Usul untuk merujuk Yang Berhormat Lenggong dan Yang Berhormat Kinabatangan kepada jawatankuasa.

Yang Berhormat Menteri diamlah...

[Dewan riuh]

Tuan R. SivarasaPKR · PHSubang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila Tuan Yang di-Pertua kata Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan, boleh jelaskan apa keputusan sebab keputusan itu patut dibuat oleh Dewan sama ada mereka patut dirujuk kepada Jawatankuasa atau tidak. Asalkan Tuan Yang di-Pertua kata langsung tidak ada pasal...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, minta nasihat kasi rehat dahulu lima minit tidak mengapa. Kita rujuk, minta nasihat apa yang kena buat. Tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan tadi. Saya berpendapat setelah mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Kedua-dua Ahli Yang Berhormat tidak mengelirukan Dewan. Itu keputusan saya. Kalau tidak puas hati bela dalam usul yang lain. Jadi begini Yang Berhormat, kita pun sudah pukul 1 petang. Kita tangguh Dewan sehingga pukul 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan. Masa sudah habis Yang Berhormat tetapi bagilah satu, dua minit lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sebab kena kacau Tuan Yang di-Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Point of order, point of order.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Which point of order Yang Berhormat?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan 26(1)(p). Saya ada bawa satu usul pagi ini untuk merujuk Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Parlimen Lenggong ke Committee of Privileges. Semasa itu Tuan Yang di-Pertua boleh membuat keputusan tetapi bila saya mohon agar ia dirujuk untuk belah bahagi, masa telah cukup hingga pukul satu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi saya pohon, adakah perbincangan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua mengenai perkara tersebut atau satu keputusan boleh dikeluarkan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua, beliau telah pun membuat keputusan terhadap Peraturan 36(12) yang dibangkit. Keputusan bahawa tidak ada perlanggaran terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan terhadap Peraturan 36(12). Oleh sebab itu 26(p) yang dibangkitkan itu tidak berbangkit Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Bukan, tadi Tuan Yang di- Pertua ada sebut kalau tak setuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, Dewan boleh bawa usul...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang merujuk kepada Peraturan 43 yang boleh dirujuk keputusan Speaker itu.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak. Tadi dibangkitkan apa keputusan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya sudah semak dengan Speaker, itu yang dimaksudkan. Oleh sebab itu dalam kekecohan mungkin ada yang tidak mendengar apa dia keputusan Speaker buat pada ketika itu.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya rasa perkara ini tidak adil kerana pihak Speaker telah pun membuat satu keputusan yang berat sebelah. Yang berat sebelah kerana jelas pihak Yang Berhormat Kinabatangan telah pun menuduh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kalau...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Menuduh Yang Berhormat Seputeh telah pun membuat video yang menghina agama Islam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu satu pertuduhan yang cukup serius yang perlu dibetulkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau tidak, saya...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak pernah....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, saya minta duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak pernah menyebut dia – video menghina agama Islam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan duduk, Yang Berhormat Kinabatangan. Duduk, duduk...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya kata, dia membuat video mahu mencetuskan huru-hara di kalangan kaum.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan duduk. Sebentar ya, kita tak mahu kecoh. Okey, kalau itu yang dipertikaikan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, kalau katakan Speaker berat sebelah, rujuk kepada Peraturan 43, boleh dirujuk, Speaker boleh dirujuk. Keputusan Speaker itu boleh dirujuk melalui satu usul bertulis. So, keputusan Speaker jika hendak dikaji, buat dalam bentuk usul seperti dalam peraturan mesyuarat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit. Dulu bila kita hendak buat rujukan kepada Committee of Privileges dalam Dewan, hendak penjelasan. Kita diberitahu bahawa rujukan tersebut perlu dibuat semasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Perkataan-perkataan itu disebut dan tidak boleh dirujuk selepas perkara itu berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, baik. Oleh sebab itu saya katakan Yang Berhormat...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kalau kita hendak rujuk..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

...Tidak salah pun. Yang Berhormat bangkitkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) tetapi dalam kekecohan itu Speaker telah buat keputusan 36(12) yang dibuat awal itu tidak ada perlanggaran. Maknanya Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tidak berbangkit untuk rujuk.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ia berbangkit kerana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Rujuk Peraturan 36(12), tidak ada perlanggaran. Speaker telah membuat keputusan terhadap perlanggaran. Oleh sebab itu Peraturan 36(1)(p) tidak berbangkit.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Duduklah, cukuplah.

[Dewan riuh]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, Speaker buat keputusan selepas...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulalah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Peraturan 26(1)(p) dibangkitkan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mana ada point of order? Ini argument.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Speaker buat keputusan, kita boleh rujuk kepada Hansard esok, tetapi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini argument.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu pun kita takut bila dirujuk esok..

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Argument biasalah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Speaker akan buat keputusan kata, “Oh! Perkara ini tidak dibangkit hari ini. Oleh sebab itu tidak lagi...”

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sudah dijelaskan Speaker tadi, sudah dijelaskan Speaker. Speaker sendiri sudah jelaskan bahawa tidak ada perlanggaran terhadap Peraturan 36(12).

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada perlanggaran.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Speaker kata Peraturan 36(12), pihak Yang Berhormat Kinabatangan sudah jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Selepas itu kalau tak puas lagi boleh bangkit usul dan kita bawa usul. Itu cara yang kita buat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita ikut dalam peraturan mesyuarat ini, bawa Usul. Akan tetapi Speaker tak boleh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya dimaklumkan oleh Speaker bahawa...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Akan tetapi Speaker tak boleh bawa usul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Speaker telah buat keputusan 36(12), tiada perlanggaran. Itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul, membuat fitnah, unparliamentary language, itu semua dibenarkan Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak, Peraturan 36(12) untuk merujuk seseorang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan 26(1)(p)?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak ada perlanggaran 26(1)(p), tidak berbangkit. Itu sahaja.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkait mengenai hal ehwal Islam...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Then, kalau keputusan Speaker menolak Peraturan 36(12) itu tak sesuai, buat dalam bentuk Usul seperti dalam peraturan mesyuarat. Itu sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

[Dewan riuh]

Tidak faham juga!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sudah, cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan Mesyuarat 36(1)(p) tak perlu...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu teruskan Tuan Yang di-Pertua, kacaulah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Itulah keputusan saya, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masa 10 minit saya dikacau oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Speaker dalam Dewan ini tidak adil. Macam mana Dewan ini dapat berfungsi?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terpaksa tambah lagi 15 minit lagilah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Hari-hari mereka ini buat tuduhan yang liar kepada kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jangan buat macam itu, jangan buat tuduhan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa lagi, Yang Berhormat PJ Utara?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

I told you, saya bagi tahu secara baik. Kalau keputusan Speaker tak adil seperti yang dikatakan, buat dalam bentuk usul, rujuk keputusan Speaker. You cannot argue here, don’t argue here.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan 21(6)(p) tak perlu usul Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak berbangkit 26(1)(p) kerana 36(12) ditolak oleh Speaker tadi. That’s all.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kinabatangan habiskan, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bincang dulu, bincang dulu. Saya mahu teruskan ucapan saya Tuan Yang di-Pertua dan saya tidak mahu ada gangguan.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bila kejadian berlaku Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Speaker sudah tolak Peraturan 36(12) tak berbangkit Yang Berhormat. Tak kena.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Peraturan 26(1) tak langsung...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak ada perlanggaran.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Langsung tidak berkaitan dengan keputusan Speaker.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada pernah guna Tuan Yang di-Pertua. Ada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak apalah, setakat itu. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan, kalau kita membenarkan sedemikian, kita mengajak mereka...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tiap-tiap orang akan buat begitu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bercakap yang tidak betul.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak adil kepada Yang Berhormat Seputeh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jangan argue. You don’t have to argue with me. Kalau Speaker tak buat keputusan secara adil, buat dalam bentuk usul.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dan usul akan di belakangkan, tidak akan dibahaskan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Provided for in the peraturan mesyuarat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dalam Dewan ini. Cukup adil Dewan ini.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

That is what in the peraturan mesyuarat.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

You like it or not!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

World class Parliament!

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bila Tuan Yang di-Pertua adil...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Inilah sikap, inilah sifat yang tak bagus.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tak pernah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak bagus ya. Yang Berhormat Kinabatangan, satu, dua minit sahaja Yang Berhormat. Jelas dan pendek ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua ya, saya setuju. Cuma gangguan masa saya tidak tentu fasal, diambil oleh Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Itu tidak adil. [Disampuk] Tuan Yang di- Pertua, kebebasan media.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, cukuplah. Yang Berhormat...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inilah dia, tengok. Inilah yang tak ada adab. Ini namanya biadab!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak boleh macam itu Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tak boleh macam itu Yang Berhormat, tak boleh macam ini.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ucapan yang...

[Bangun]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Pada saya itulah yang biadab.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cukuplah – tauke video duduk!

Sebab kegagalan Speaker membuat keputusan terhadap mereka, ini biadab.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya tidak mencetus huru-hara, saya tidak menghina agama Islam. Yang Berhormat...

Ini biadab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tauke video duduk!

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat ini bohong dalam Dewan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dewan yang mulia ini berkata begitu digunakan oleh seorang lagi...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia mahu jadi artis kah?

Seorang lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat, duduklah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan, peraturan. Saya hendak rujuk kepada peraturan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dalam seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa lagi peraturan?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 36(4) adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat pernyataan yang seksis...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat!

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tadi Yang Berhormat Kinabatangan menggunakan perkataan biadab. Yang Berhormat Kinabatangan telah menggunakan perkataan “biadab”. Ini adalah peraturan mesyuarat yang menggunakan bahasa kurang sopan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan sebut apa tadi Yang Berhormat? [Disampuk] Sebentar. Cukup, cukup. Yang Berhormat Kinabatangan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Perkataan itu “biadab” dalam ini.

Tuan M. Kula SegaranDAP · PHIpoh Barat

Unparliamentary.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sila buat keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, sebut apa tadi? Kurang adabkah, biadab?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kurang adab, kurang adab. Memang pun kurang adab.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Bohong!

Tuan Yang di-Pertua, bohong!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pembohong!

Tidak akanlah Tuan Yang di- Pertua tidak dengar?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pembohong dalam Dewan!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kurang adab sama dengan biadab!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini orang tidak ada maruah!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Istilah Bahasa Melayu- kurang adab bermakna biadab.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada maruah!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kurang adab bermakna biadab!

Tarik balik! Tuan Yang di-Pertua, tarik balik!

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Pembohong! Penipu! Pengecut!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kau pengecut! Kau pengecut. Mari sini, apa kau mahu?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

You tidak aku. Apa yang you cakap you tidak aku.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Pengecut apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, habiskanlah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau barua, kata barua!

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 36(4).

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya teruskan ini. Ini pengacau ini.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak berani mengaku! Bukan jantan!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Inilah Tuan Yang di-Pertua...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Dua kali sudah, dua kali.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, yang begini pun tidak ikut peraturan.

Sebelum rehat dan selepas rehat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, minta saya untuk Yang Berhormat Kinabatangan ikut peraturan. Yang begini pun tidak ikut peraturan. Which one?...

[Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

You can’t shout. Who give you the right to shout – can you shout? You can’t do like that.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara joget tadi, mana ada adab?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

That is out of order. Itu out of order.

Daripada pagi buat kacau.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Kita ada hak untuk mempertahankan kita sendiri. Mana boleh macam ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Jangan fikir keadilan pada Yang Berhormat sahaja. Keadilan pada semua.

Bagi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara itu rehatlah. Dia sudah tension.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebab Speaker melihat keadilan kepada semua.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dia yang gunakan perkataan kasar, kita yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang itu pun tidak ikut peraturan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Dia yang keluar perkataan kasar. Saya dengar, tapi kita yang ditegur. Mana boleh macam ini Tuan Yang di-Pertua.

Tidak ada interfere daripada Tuan Yang di-Pertua. Itu masalahnya.

Kalau tadi ada ruling, tidak berlaku macam ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, cukuplah Yang Berhormat.

Kena ada ruling, kena ada ketetapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Boleh diam tidak? Boleh duduk tidak? Bercakap macam ini tidak boleh juga. Tidak ikut peraturan.

Beliau jadi pemfitnah bersiri sudah hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebab itu saya minta penjelasan. Yang Berhormat Kinabatangan, saya minta habiskan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya mahu habiskan...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi macam mana...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah.

Macam mana ini Tuan Yang di- Pertua? Kena tarik balik. Dia belum tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduklah, Yang Berhormat lain duduklah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya dengar bunyi tadi mana ini?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya masa dalam membahaskan... Dalam memelihara keamanan dan kemakmuran rakyat...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(4).

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Cukuplah Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia ada jelaskan dia menyebut perkataan kurang adab.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tidak ada. Dia kata dua kali. Dua kali dia kata perkataan biadab. Dua kali.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Istilah Bahasa Melayu, kurang adab bermakna biadab.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sudah aku sudah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tiga kali sudah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sudah aku.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang betul pun.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sudah kata tiga kali. Kalau macam ini Peraturan Mesyuarat...

Tiga kali Tuan Yang di-Pertua! Tidak ada apa-apa keputusan?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sila buat keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Budak Serdang ini...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Gunakan bahasa kurang sopan, biadab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Inilah kurang adab, tiada sopan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, jangan gunakan perkataan biadab pada Ahli Parlimen.

Tarik balik! Tarik balik!

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sila arahkan Yang Berhormat Kinabatangan untuk tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat. Saya tegur itu cukuplah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya Utara cakap saya barua. Kalau dia tarik, saya boleh tarik. Dia tidak tarik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik apa?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

You tidak tarik, saya tarik hidung. Saya mahu teruskan Tuan Yang di-Pertua. Ini gangguan.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya minta Yang Berhormat habiskan ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya saya mahu habiskan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik!

Mana satu ini? Tarik balikkah...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tarik balik, tarik balik!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya sudah – Yang Berhormat, siapa..? Sebentar Yang Berhormat. What is wrong with it Yang Berhormat Petaling Jaya Utara? Saya buat keputusan...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

What is wrong with you?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia ada sakitlah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar. Yang lain duduk. I want to deal first okay. Saya tidak buat keputusan, saya tidak buat arahan untuk tarik. Saya kata I reprimand myself. Saya bagi arahan pada dia untuk tidak buat ulangan terhadap Ahli Parlimen perkataan yang diguna. Itu keputusan saya. Saya tidak suruh tarik balik. Saya cakap itu amaran kepada beliau untuk tidak meneruskan sebutan perkara kepada Ahli Parlimen yang lain. Cukup, cukuplah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Kenapa mesti ada...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

...Lebih sesuai ialah untuk minta Yang Berhormat Kinabatangan untuk tarik balik perkataan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apalah Yang Berhormat. It’s a good amaran kepada dia.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Itu sahaja.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukup. Itu keputusan saya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Minta Yang Berhormat Kinabatangan jangan pakai perkataan macam itu. Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Kalau dia sebut balik, then kita minta. Tidak apa, kita bagi amaran kepada dia. Keputusan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia panggil saya barua, mana boleh? Itu tidak patut.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Akan tetapi Yang Berhormat Kinabatangan tidak ikut. Keputusan itu keputusan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan tidak ikut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak. Selepas saya buat keputusan, dia belum sebut lagi balik Yang Berhormat. Belum sebut.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Minta dia tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlu saya buat keputusan macam itu. Tidak perlu arah saya macam itu Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, please habiskan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya mahu habiskan Tuan Yang di-Pertua. Iaitu apabila memelihara kaum di antara Malaysia, kita ada pelbagai negara majmuk. Negara fragile, negara yang mudah pecah, telur di hujung tanduk. Apabila ada Valentine Day, mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa haram bagi umat Islam. Tiba- tiba Yang Berhormat Petaling Jaya Utara masuk campur. Ini apa namanya? Bukankah ini biadab namanya? Mencampuri urusan umat Islam, dia...

Satu kali lagi dengan perkataan biadab.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling, minta Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mufti sudah buat fatwa.

Dengar tadi biadab? Dengar perkataan “biadab”? Tuan Yang di-Pertua tidak dengar? Tidak payah dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduk, saya handle.

Come on lah Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya boleh urus yang lain. Tidak payah berteriak macam itu. Tidak payah berteriak. Yang Berhormat Kinabatangan, saya minta tarik balik perkataan biadab terhadap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tarik balik Yang Berhormat.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Tarik balik!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tarik balik sahaja perkataan “biadab”.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Saya bersedia menarik tapi dia tidak sopan sebab mengganggu umat Islam sedangkan mufti telah mengeluarkan fatwa...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tarik balik “biadab” Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tarik baliklah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Akan tetapi dia campur tangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tarik balik “biadab” Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, dia kurang ajar, saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Jangan ingkar perintah.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sudah, Yang Berhormat Kinabatangan sudah tarik balik Yang Berhormat. Duduklah ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, berapa kali mahu tarik? [Ketawa] Mahu jadi teh tarikkah?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tarik sampai you tidak hendak tarik lagi.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Sampai tidak boleh tarik lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Penjelasan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sudah tarik, tidak ada penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, sudah tiada lagi penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak bagi jalan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti you punya turn, you balaslah. Yang Berhormat ada floor sendiri, Yang Berhormat jelaskanlah. Ini saya punya floor. Ini tiada peraturan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, duduk Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti saya kenakan lagi, susah. Berapa kali kita mahu tarik?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Nanti jadi teh tarik. Duduklah. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, duduk.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Dalam masa yang sama saya...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan. Duduklah Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Saya mempersoalkan kredibiliti SKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan Mesyuarat 36(6). Peraturan Mesyuarat 36(6), Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini niat jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab kita ada peraturan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya memang merasakan bahawa tidak perlu kita ada kawalan media.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlulah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Akan tetapi kena ada undang- undang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Peraturan mesyuarat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ini bukan sangkaan jahatkah?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak apa.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua buat ruling bahawa ini bukan sangkaan jahat?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Sangkaan jahat ke atas Ahli-ahli yang lain, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa lagi budak ini mahu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, habiskan Yang Berhormat, habiskan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini budak-budak, mana boleh pakai punya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua, kena buat ruling sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak ada perlanggaran. Cukuplah Yang Berhormat. Tidak payahlah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Point of order. Adakah ini sangkaan jahat? Tuan Yang di-Pertua, buat ruling. Saya terima ruling. Saya hendak dengar daripada Tuan Yang di-Pertua sama ada ini sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya dengar daripada sana.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Okey, Peraturan Mesyuarat 36(6). Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Itu sesuatu yang dilanggar oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Yang di-Pertua, sila buat penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya minta penjelasan Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu kasi habis Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan, yang dituduh Yang Berhormat membuat sangkaan jahat terhadap Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak ada membuat sangkaan jahat tetapi itulah yang saya terima laporan daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Baik, cukuplah Yang Berhormat. Tidak perlu Yang Berhormat.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima laporan daripada sangkaan jahat bukan sangkaan jahat?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Laporan daripada mana? Utusan Malaysiakah, Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlulah Yang Berhormat. Cukuplah, cukuplah. Yang Berhormat Kinabatangan habiskan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya mahu habis sudah ini.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Saya minta dengar Tuan Yang di-Pertua kata itu bukan sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Saya kata, saya concur dengan dia, dia tidak ada niat untuk berniat jahat kepada Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada. Buat apa saya buat? Niat saya suci murni Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana keadaan Akta Multimedia kita? Kita mahu tidak terkawal, bebas. Memang saya setuju tidak perlu tidak kawalan, tetapi sekurang-kurangnya ada akta dan undang-undang. Mana-mana pihak yang dikira melanggar termasuk Red Bean Army yang didukung oleh DAP, oleh Yang Berhormat Seputeh, oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Mana bukti, mana bukti?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

[Dewan Riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Sampai hari ini tidak ada bukti.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Fitnah, pembohongan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Mana bukti?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini penyokong-penyokong Red Bean Army…

[Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Let him finish. Bagi dia habis bercakap. Bagi dia habis bertanya...

[Dewan Riuh]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

...Untuk menuduh Perdana Menteri. Bagaimana boleh macam itu?

Tuduhan yang tidak munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana boleh dibenarkan ‘ais kacang’ cakap di sini, tuduhan seperti ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mereka tuduh UMNO, BN macam-macam.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Dewan yang mulia ini tidak boleh digunakan untuk tuduh menuduh seperti ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita tuduh DAP, dia terus tuduh kita.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

...Menggunakan bukti yang...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Kinabatangan, mabuk ini. Mabuklah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Orang makan cili, dia rasa pedas.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kalau BNBBC macam itu, seluruh BBC macam itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan sudah habis sudah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya saya habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab itu saya minta...

Cukup, cukup.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tarik balik, tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

SKMM banteras Red Bean Army bukan satu kumpulan yang tidak boleh di...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Ini parti mana ini? Boleh cakap sewenang- wenang. Taruh saja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Belumlah. Sekejap.

Sudah, sudah. Cukup!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu kerajaan ambil tindakan terhadap kumpulan Red Bean Army sebab dia macam untouchable sahaja.

Cakap yang bukan-bukan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tarik balik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Biar suka-suka fitnah, dia suka- suka buat macam-macam melalui media internet, dan tidak ada tindakan.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Kinabatangan balik kandanglah. Balik kandang cepat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Isu terakhir Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Pasir Salak ambil gambar. Yang Berhormat Pasir Salak ambil gambar dalam Dewan. Tolong berhentikan dia. Yang Berhormat Pasir Salak ambil gambar dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak usahlah Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Itu main-main dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, habis sudah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Isu terakhir...

[Dewan Riuh]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian enam orang belia...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh, duduklah Yang Berhormat Seputeh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Enam orang belia dalam satu festival iaitu...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, 36(6) sangkaan jahat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Future Music Festival Asia.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Peraturan 36(6), sangkaan jahat tentang Red Bean Army dikatakan di dalangi oleh kami.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia minta, biarkan Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau Yang Berhormat Seputeh bukan orang yang didalangi, tidak apalah. Diam-diamlah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Mana ada Red Bean Army.

Mana boleh buat aligasi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan tidak perlu rujuk siapa-siapalah Yang Berhormat ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, okey. Saya tidak rujuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Susah, susah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau, saya kata.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlu rujuklah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini bohong di dalam Dewan ini... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh, duduklah Yang Berhormat Seputeh.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mahu habis sudah. Saya mahu kerajaan mengkaji kenapa asal ada festival macam ini mesti ada yang mati. Kematian dia pula pengambilan dadah berlebihan. Kenapa dibenarkan di dalam konsert sebegini ada pengambilan? Tahun lepas pun ada juga mati. Jadi ini sebetulnya, program serupa ini baik tetapi saya tidak tahu macam mana tidak ada kawalan ke arah untuk mengekang persoalan-persoalan yang begini. Saya juga menyentuh soal keselamatan. Tuan Yang di-Pertua harus ingat, di Kota Kinabalu ada dua terminal. Satu Terminal 1, intent antarabangsa, satu Terminal 2. Terminal 2 ini digunakan oleh AirAsia dan terminal ini saya rasa tidak selamat dan kita baru dalam kedukaan di mana MH370 kehilangan. Saya mahu DCA dan juga pihak penguat kuasa Malaysia Airport Berhad mengambil tindakan supaya menutup Terminal 2 dan meminta AirAsia beroperasi di Terminal 1 sebab banyak, berjuta-juta, beratus ribu pendatang, pelancong asing datang menggunakan Terminal 2 dan mereka menyatakan mereka apabila sampai, mereka bimbang dengan keselamatan sebab terminal itu tidak menjamin apa-apa keselamatan kepada penumpang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, habiskan ya.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Justeru itu, AirAsia harus diarah dan dia boleh berdegil-degil lagi. Dia kena pindah kepada Terminal 1 untuk memastikan keselamatan penumpang dan kapal terbang dia juga. Ini kerana kalau tidak nanti, satu hari kerajaan juga akan disalahkan apabila pelancong-pelancong kebanyakannya daripada China datang, mereka mengeluh dengan keadaan airport di Terminal 2. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya ingin ingatkan Yang Berhormat, had masa 20 minit.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Masa 30 minit tidak apa.

Yang Berhormat Kinabatangan satu jam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ada had. Tuan Yang di- Pertua berkali-kali bagi tahu dia, 20 minit Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia kacau saya Tuan Yang di- Pertua. Saya mahu tunggu kacau dia sahaja.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dia tidak boleh kacau saya. Saya prepared speech. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan kepada sidang media bahawa Kerajaan BN akan memulakan usaha pendamaian untuk menyatukan rakyat- seolah-olah dibahagikan seperti ditunjukkan dalam pengundi, trend polarisasi dalam pilihan raya. Beliau berkata langkah itu akan dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sebagai cara ke hadapan untuk dasar yang lebih sederhana untuk negara dan menolak politik pelampau, perkauman dan pelampau agama. Walau bagaimanapun, apa yang rakyat telah menyaksikan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order Tuan Yang di- Pertua.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Selepas 5 Mei......

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan 30, point of order....

Peraturan 30 berapa?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Peraturan 36(6).

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ada asaskah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia sangkaan jahat. Dia menuduh UMNO, Barisan Nasional...

[Dewan Riuh]

[Bangun]

Ini betul-betul gila. Saya kata jahat, bukan dia jahat.

Tidak siuman.

Yang Berhormat Kinabatangan dapat penyakit bomoh Malaysia. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak payah cakap tidak siuman Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

In fact ada basis bawalah, jangan sengaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Peraturan 36(6) Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mengapa tidak ada?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kalau tidak ada basis, malukan Yang Berhormat saja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kenapa malu. Ini bukan tuduhan melulu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

As Ahli Parlimen, berdiri di sini, bawa budak- budak dalam Parlimen. Budak-budak bolehlah...

[Dewan Riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa mahu kacau. Jurucakap UMNO iaitu Utusan Malaysia...

[Dewan Riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Telah meneraju serangan tersebut tanpa berhenti.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Baru-baru ini, tindakan balas politik telah diambil Kerajaan Negeri Melaka...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order. Dia sentuh UMNO.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan menjadikan Jonker Walk kepada Jonker Drive.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mana boleh, duduk. Duduk, duduk.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hanya pemimpin-pemimpin politik dengan pemikiran...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, ya sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Barat, point of order Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Yang akan memotong undi untuk tidak menyokong mereka.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, berhenti dulu. I get to respect the point of order involved by Yang Berhormat Kinabatangan. Ya Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia sentuh tadi UMNO.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, apa salah? Betullah.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mana boleh. Tadi saya sentuh DAP tidak boleh.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

UMNO untouchable, untouchable.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak payah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

UMNO untouchable.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tarik balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa tarik balik, racist party ini...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Macam mana kata UMNO untouchable.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa dia mahu cakap.

Sejak bila UMNO antiperkataan “biadap”. Tadi ada UMNO, okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa salah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Masalahnya Peraturan 36(6) Yang Berhormat...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kau mana tahu?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan, sebentar. Peraturan Mesyuarat 36(6) merujuk kepada Ahli. Yang Berhormat Ipoh Barat ada rujuk pada ahli, mana-mana Ahli? Yang Berhormat, 36(6) sangkaan jahat terhadap ahli dalam Dewan ini...

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya satu dari Ahli Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sebentar, sebentar.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia kata UMNO. Tadi saya sentuh DAP, kenapa dia marah?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, DAP Yang Berhormat Seputeh Yang Berhormat rujuk. Saya tidak merujuk Yang Berhormat Kinabatangan.

Yang Berhormat Kinabatangan, pergi minum kopilah. Minum kopi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak tahu apa saya cakap.

Minum kopi...

[Dewan Riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, there is a saying in English...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu tidak pakai. Tidak ada class.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak perlulah, tidak perlu Yang Berhormat Sepang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Get out.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, there is a saying in English Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, teruskan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, there is a saying in English.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta diamlah Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, there is a saying in English, if you don’t know, don’t open your mouth…

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

If you want generalized that, are you saying that to me?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Don’t know, don’t open your mouth.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

You saying that to me Yang Berhormat? Are you saying that to me, I don’t know, I should not open my mouth?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Definitely not to the Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Why you get involve with me Tuan Yang di- Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

I thought you are saying that to me.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

I am not.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Okey.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua must give orders. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan you must send to school to inform dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Diamlah Yang Berhormat, diam. Kalau kita cakap Peraturan Mesyuarat dan pelanggaran Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat bercakap tanpa arahan, tanpa dibagi laluan, itu semua melanggar peraturan. Kita mesti kalau cakap fasal peraturan, kalau ada ahli sebelah sini melanggar peraturan, semua jangan langgar peraturan mesyuarat. Please okay. Yang “hah hah hah” belakang itu pun setuju 100%. Ya teruskan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hanya pemimpin-pemimpin politik dengan pemikiran primitif yang akan menghukum pengundi untuk tidak menyokong mereka. Apa yang menyedihkan dan mengecewakan adalah bahawa Perdana Menteri telah memilih untuk berdiam diri apabila bangsa itu dan dendam politik adalah jelas bertentangan dengan seruan beliau untuk perdamaian nasional.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tahun dulu Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam telah dikemukakan di Dewan ini. Akhir sekali ia telah ditarik balik. Akan tetapi apa yang tertulis di sana, sangat menjejaskan perhubungan di antara orang Islam dan bukan Islam. Undang-undang itu saya hairan dibawa ke Dewan ini. Dengan ini, saya hendak bertanya kepada Perdana Menteri, apakah Yang Amat Berhormat komited kepada proses perdamaian kebangsaan? Saya akan bagi beberapa faktor yang akan menunjukkan bahawa tidak ada komitmen oleh Yang Amat Berhormat. Nombor satu, apakah perkara sebenarnya yang telah dilakukan sejak itu sehingga sekarang? Minggu dulu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berucap tentang Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan parti pembangkang yang telah menerajui kerajaan negeri dan menubuhkan Majlis Perpaduan Negara. Adakah semua ini yang beliau boleh bercakap? Adakah ia akan menjadi realiti? Nombor dua, sehingga hari ini, tiada tindakan diambil terhadap pelampau yang membangkitkan kebencian agama serta serangan yang tidak mempunyai alasan seperti terhadap Yang Berhormat Seputeh yang nyata kepada pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja. Akan tetapi, tindakan pantas telah diambil terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang sekiranya mendapati sebarang kesalahan yang remeh, kecil-kecil [Dewan riuh] Nombor tiga, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, “Negara ini telah mengekalkan keamanan selama 56 tahun dan ketegangan agama telah hanya mula meningkat selepas pilihan raya Mei lima tahun lepas”. Sejak Pilihan Raya Umum Ke-13, hasil daripada politiking dan persepsi negatif yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tertentu, hubungan baik kerajaan yang telah wujud mula tegang. Walau bagaimanapun, kenapa beliau tetap mendiamkan diri dan tidak mengambil sebarang tindakan apabila beliau patut untuk bersuara dan mengambil tindakan dalam situasi-situasi yang terkenal? Daripada kenyataan 10 Jun tahun lepas, pada satu fungsi Barisan Nasional yang mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memberi ucapan mengatakan sedemikian. Mesej yang jelas adalah bahawa majoriti orang Melayu, India, bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam dan juga di Sabah dan Sarawak, masih menyokong Barisan Nasional. “Kami akan terus memberikan mereka bantuan yang lebih besar daripada apa yang mereka tanya. Itulah yang akan kita lakukan”. Beliau dipetik sebagai berkata sedemikian. Tidak syak lagi bahawa Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu mesej yang negatif kepada rakyat umum dan termasuk terutama kepada pihak-pihak yang menyokong Barisan Nasional bahawa mereka akan - sesiapa yang tidak menyokong, akan dihukum. Sangat jelas bahawa beliau merujuk kepada masyarakat Cina kerana aduan ada dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, memberi asas-asas yang tidak boleh dipakai langsung. Selepas itu beliau juga berkata, “Tsunami tahun 2012 adalah akibat oleh pengundi-pengundi masyarakat Cina”. Hukuman kepada pengundi untuk tidak menyokong kerajaan bertentangan dengan semangat demokrasi dan mesej Timbalan Perdana Menteri, sama sekali tidak boleh diterima. Ini adalah perkara biasa bahawa dalam demokrasi yang matang, pengundi akan menghukum sebuah parti politik atau sesiapa juga untuk pelaksana yang gagal melaksanakan dasar yang tidak dialu-alukan. Akan tetapi di Malaysia, kita mempunyai sebuah kerajaan yang berpendapat bahawa dia boleh menghukum pengundi sebagai dendam politik. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa walaupun negara setelah mempunyai 13 pilihan raya umum, demokrasi kita dan ahli-ahli politik Barisan Nasional masih belum mencapai kematangan. [Tepuk] Saya menyeru kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menjelaskan sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu. Izinkan saya mengingatkan Yang Amat Berhormat bahawa selepas 5 Mei, pemilihan keputusan, beliau tidak bercakap tentang keperluan untuk perdamaian nasional. Beliau juga telah bercakap tentang mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat, untuk semua bangsa di negara ini.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh berdiam diri apabila Timbalannya dalam kerajaan, dalam Kabinet yang membuat kenyataan itu dan menolak suruhan untuk perdamaian nasional. Malah, kegagalan Yang Amat Berhormat untuk menghentikan Utusan Malaysia daripada meneruskan dengan artikel-artikel tentang bangsa dan laporan telah menyebabkan persepsi orang ramai bahawa pemikiran konservatif UMNO telah meningkat selepas 5 Mei, dan bahawa dia telah menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang tidak berwibawa. Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Februari ini...

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

‘Biawa’?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak apa, tidak apa. Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat sangat fasih dalam Bahasa Malaysia, very good because you are Malay, my friend. I am not Malay. I am also proficient as I can…

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi tidak apalah Yang Berhormat, tidak apa. [Disampuk] No, no. Dia hendak perli.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak. Mereka dengar salah, Yang Berhormat. Saya pun dengar.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You know what I mean bukan? If I am speaking in Tamil, you fahamkah? Tidak fahamkan. Saya fasih five languages, you dua sahaja. Diamlah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang lepas kami baca kenyataan ...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita dengar tauke video.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Pensiangan iaitu Menteri yang jaga perpaduan nasional, yang menyeru pengundi Cina di Kajang itu, mestilah undi calon kaumnya sendiri. Apakah ini bermaksud yang kenyataan seperti ini sebenarnya...

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...bercanggah dengan perpaduan nasional tetapi ia satu bentuk kenyataan yang berbaur perkauman?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, nombor satu, saya hairan ini adalah dikeluarkan oleh Menteri national unity. Apa unity? Dia fahamkah persaingan? Kalau hendak pergi kempen politik, pandai-pandailah. Jangan tanpa asas. It is very widely reported in all the newspapers. Menunjukkan standard Menteri – I am very sorry to you.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tidak boleh sampai refer Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Menteri ada di sini. Kalau tidak, tolong nafikan. So you can safe your face.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat, kalau tidak must be fair. Macam mana dia boleh pergi kempen menggunakan perkataan sedemikian rupa. Kalau lain Menteri atau lain Ahli Parlimen, okeylah, saya tidak kisah. Itu pun kurang standardlah.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita Malaysia, kita punya Ahli Parlimen standard kurang, tidak apa, itu tidak apa. Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat sebagai Menteri berkenaan untuk menjaga jabatan tersebut menggunakan sekatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, lain Ahli Parlimen tidak kisahkah Yang Berhormat?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

You tidak layak jadi Speaker, you diamlah [Ketawa] Jadi, macam mana Yang Berhormat boleh pergi ke Kajang menggunakan perkataan tersebut? Boleh berdiri dan memberi jawapan? Kalau tidak, ini saya sendiri mengaku bahawa Yang Berhormat telah berkata sedemikian.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph KurupPBRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Pensiangan

Boleh, boleh. Nanti saya jawab. When my floor come, then I will answer you. Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

That should be the way.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita tunggu, kita tunggu tetapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Itu memang ada standard. Bukan macam Yang Berhormat Kota Belud.

[Dewan riuh]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, dengan sekali gus jelas menunjukkan bahawa Menteri telah menggunakan perkataan tersebut. Kalau tidak, dia akan menafikan perkara tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Tidak, dia akan menjawab. Sama ada dia menggunakan atau tidak gunakan dia akan jawab nanti.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Biar dia jawab, Yang Berhormat Speaker jangan terlibat. Let him answer. Saya tahu dia orang Sabah. Yang Berhormat mungkin daripada parti yang sama, hendak tolongkah, itu cerita lain tetapi...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ada niat tidak elok itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Tarik balik, tarik balik.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tarik balik, tarik balik, lagi apa ada? Poorah!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

[Ketawa] Yang Berhormat, jangan ada niat tidak elok terhadap Speaker. Jangan ada niat tidak elok terhadap Speaker Yang Berhormat. Saya cakap itu, saya cakap, he has been so polite, he will answer during his menggulung, cukuplah.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Thank you, thank you. Bukan... [Disampuk] Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang ahli Kabinet...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sangkaan Yang Berhormat bahawa saya satu parti dengan dia pun tidak betul.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau itu kenyataan tidak benar, dia patut memberitahu kepada surat khabar bahawa itu tidak benar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Cukuplah. Dia sudah bangun tadi memberitahu dia akan jawab nanti.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak apalah, tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Proceed, proceed sahaja.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua,...

You better be here when I answer you.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Daripada apa yang kita tengok tadi, dia punya member support sama dia kita tahulah dia membuat kenyataan tersebut. Akan tetapi ini yang menunjukkan bahawa ini adalah standard dalam negara ini yang mana kita ada Menteri-menteri tidak tahu fungsi dan apakah tanggungjawab sebagai seorang Menteri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Itu yang sangat memalukan kita. Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Februari tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah Tamil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Ini pasal pilihan raya-pilihan raya kecil ini, panas sangat dalam Dewan ya.

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jauh tetapi dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Panas sangat Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sejuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Boleh bertenang tidak Ahli- ahli Yang Berhormat semua? Saya tahu kita sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil Kajang dan Balingan tetapi Dewan ini kita boleh ikut peraturan. Senyap-senyap semua. Ya, jangan sensitif sangat Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kami mengalu-alukan pelancaran tersebut untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Pelan Tindakan oleh Perdana Menteri dan Profesor Datuk Dr. N. S. Rajendran yang telah dilantik untuk melakukan kajian penuh kepada sekolah-sekolah Tamil. Banyak mesyuarat dan perbincangan telah diadakan dengan semua pihak seperti guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan ahli akademik. Pelan tindakan mengesyorkan 11 teras yang utama. Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua pada bulan Jun tahun 2011, DAP sebenarnya telah digesa untuk merangka sebuah rangka tindakan dan kita telah mengorganisasikan sebuah perbincangan meja bulat di Parlimen yang dihadiri oleh Yang Berhormat Padang Rengas dan dua Timbalan Menteri dari MIC. Dalam perbincangan meja bulat pada 21 Mei itu, saya telah berkata antara isu-isu utama yang kita perlu berikan keutamaan dan kajian adalah: (i) keadaan sekolah-sekolah Tamil yang terletak di tanah persendirian di estet-estet dan di luar bandar; (ii) keperluan sekolah-sekolah baru dan perkembangan sekolah-sekolah di kawasan bandar; (iii) bantuan kewangan yang cukup bagi sekolah-sekolah tersebut; (iv) penutupan hampir mungkin 50% dari sekolah-sekolah Tamil akan ditutup dan kehilangan kerja untuk lebih 4,000 guru- guru di negara ini dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun dari sekarang. Guru-guru dan kakitangan yang dihantar ke sekolah-sekolah Tamil, patut fasih berbahasa Tamil. Saya mengalu-alukan pelan tindakan kerajaan seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun ia masih belum dapat dilihat bagaimana kejayaan pelaksanaannya. Dalam melancarkan rancangan tersebut, National Action Plan for Tamil School, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menarik perhatian bahawa rancangan akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ini adalah untuk mengelakkan konflik di antara kedua-dua rancangan dan saya percaya ia boleh diselaraskan untuk mencapai objektif yang sama kata Perdana Menteri. Ini menimbulkan kebimbangan rakyat kerana pelaksanaan ini akan menghadapi halangan. In fact saya percaya bahawa rancangan ini kalau di bawah Kementerian Pelajaran will be cap on cold storage, rekod Kementerian Pelajaran dalam merawat SJK(T) tidak dapat meyakinkan orang ramai. Oleh itu, saya mencadangkan supaya pelan tindakan ini diletakkan di bawah penjagaan khas Jabatan Perdana Menteri dan laporan tahunan mengenai pelaksanaannya akan dikemukakan kepada Parlimen untuk bincangkan oleh Ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, tahun lepas pada bulan November Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa, vernaculars school can not just relay on government. Ini satu pendirian yang luar biasa kerana mengikut akta-akta pelajaran yang tertumpu di negara ini dengan sekali gus menunjukkan bahawa ada obligasi oleh kerajaan untuk memberi bukan sahaja dana kewangan tetapi lain-lain bantuan kepada sekolah- sekolah vernaculars seperti yang diberi kepada sekolah-sekolah kebangsaan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Akan tetapi dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun dahulu menunjukkan there is a shift ke satu arah yang baru di mana obligasi kerajaan saya rasa sekarang tidak ingin membiayai perbelanjaan sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil terutamanya. Saya hendak tahu adakah ini pendirian baru oleh kerajaan dan boleh kah ia mengatasi obligasi-obligasi yang ternyata di dalam akta. Tuan Yang di-Pertua, selama 56 tahun d tidak ada satu sekolah menengah Tamil di negara ini. Setiap kali ada permintaan kepada kerajaan oleh orang ramai dan murid- murid untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah Tamil kerajaan memberi alasan bahawa tidak ada tanah atau beberapa faktor yang lain. Akan tetapi baru-baru ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengagihkan sebuah tanah yang luas untuk pembinaan sekolah menengah Tamil. Saya difahamkan dua minggu yang lalu permohonan kepada Kerajaan Persekutuan telah ditolak atas alasan bahawa obligasinya tidak ada dan mereka tidak boleh mendirikan sekolah tinggi atas alasan bahawa ada akta-akta yang tertentu yang mengikat Kerajaan Persekutuan untuk membuat sedemikian. Kalau betul, saya telah tengok akta- akta tersebut tidak ada yang nyatakan dengan jelas. Saya kata bahawa keengganan kerajaan untuk membina sekolah menengah itu menunjukkan bahawa bila ada situasi yang betul-betul tanah ada di hadapan, tanah diberi, kerajaan sekarang mencari jalan, usaha untuk lari dari tanggungjawab. Penang association...

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong bangun.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat terhadap kenyataan daripada Ketua Pengarah Pelajaran di mana beliau mendakwa bahawa Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil tidak diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Jikalau Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dapat diwujudkan di negara ini, mengapa Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil tidak dapat diwujudkan. Sila bagi sedikit pandangan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat Tanjong, saya setuju. Sekarang kita ada lebih kurang 50 buah sekolah menengah Cina tetapi yang satu ini kenapa kerajaan ingin berdiskriminasi. Saya rasa tidak masuk akal, saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri akan membawa perkara ini ke Kabinet supaya mendapat approval, kerana ada Yang Berhormat Menteri daripada MIC di sini juga. Saya berharap perkara ini akan di bawa kerana ada permintaan. Jika tanah sudah sedia ada, kalau lesen boleh diberikan dan dana boleh disediakan semestinya sekolah itu boleh disediakan. Tuan Yang di-Pertua, Penang Hindu Association Deputy President, M. Murugiah mengatakan bahawa hak untuk mother tongue education adalah hak kepada sesiapa pun di negara ini. Itu adalah mengikut akta Federal Constitution. Maka, itu adalah kehendak mereka. Saya berharap kerajaan akan mengulang kaji perkara ini dan memberi kebenaran dengan seberapa segera yang boleh. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi arena yang lain adalah di mana pada pelancaran National Action Plan for Tamil School, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa RM100 juta wang yang telah diagihkan untuk sekolah-sekolah Tamil masih dengan kerajaan dan ia tidak dapat disalurkan pada pihak-pihak berkenaan atas sebab kemungkinan besar. Dia kata tidak ada alasan dia boleh pergi tetapi saya tidak boleh faham kenapa wang itu tidak diberi kepada pihak-pihak sekolah yang perlukan wang tersebut walaupun wang itu telah disediakan. Saya percaya itu adalah kerja-kerja Little Napoleon yang tidak membenarkan atau tidak menyalurkan wang-wang tersebut. Apa yang mustahak adalah di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa wang itu akan diagihkan kepada Parent-Teacher Associations untuk menjalankan projek-projek dana ini. Bolehkah kerajaan memberitahu setakat ini berapa jumlah sekolah yang telah dipilih, berapa wang yang telah diagihkan dan adakah ini formula baru yang akan dijalankan oleh kerajaan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Berkaitan dengan ini adalah community chest, wang community chest berjumlah berjuta-juta ringgit diberi oleh orang-orang- benevolent people in this country dan kerajaan mengatakan bahawa itu adalah dana utama untuk sekolah-sekolah Tamil dan sekolah- sekolah Cina. Adakah kerajaan sekarang melarikan dari tanggungjawab untuk memberi dana kepada sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina. Tuan Yang di-Pertua, pada 9 dan 10 Mac 2011, International Criminal Court telah mengadakan Asia Pacific Conference, Parliamentarians for Global Action telah diadakan di Parlimen ini, di mana Tuan Yang di-Pertua telah datang ke function tersebut, dan lebih kurang sepuluh hari selepas itu, Kabinet telah memberi approval untuk kita menjadi ahli International Criminal Court. Walaupun ia sudah hampir empat tahun, setiap kali sebelum tahun 2011, kerajaan memberi macam-macam alasan...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Masa sudah cukup.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Ini duta apa dia buat di sini? Ambil gaji buta dan duduk sini. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Apa? Lebih baik pergi cari kapal terbang. Ya, boleh. Keluar, keluar pergi cari [Ketawa] Apa ini? Jadi Tuan Yang di-Pertua, Asia Forum- selepas itu Kabinet telah memberi approval dan Peguam Negara telah mengatakan bahawa perlu membawa beberapa akta tertentu supaya ikut niat itu semua telah dijalankan dan telah dicapai. Apakah yang menjadi sekatan untuk kita menjadi anggota walaupun selepas pengumuman Kabinet Malaysia? Pada tahun 2011 pada bulan Mac, lebih sepuluh negara telah menjadi ahli dan satu di antara sebab adalah kerana kita ada forum tersebut di Parlimen Malaysia di mana peguam-peguam negara lain datang, belajar, faham, dan kata ini adalah satu obligasi dan integriti yang baik. Apakah tentangan kerajaan untuk menjadikan perkara ini walhal Kabinet telah memberi announcement mengatakan bahawa kita akan menjadi anggota? Bukankah kakitangan kerajaan mereka patut menjalankan tugas untuk mendeposit instruments of Assertions di United Nations. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, hari ini seperti biasa kita dengar pada minggu lepas Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18. Tuan Yang di-Pertua, saya harap satu kajian dibuat. Kalau kita tengok di Parlimen ini lebih 50 tahun. Setiap kali di mana-mana perkara pun kalau membawa Usul 18, ia tidak perlu diberi satu blanket cover di mana mengatakan bahawa ini adalah semasa untuk semua Ahli Parlimen boleh berucap, maka minggu hadapan satu jawapan boleh diberi. Maka ada ruangan untuk mereka membahaskan perkara tersebut dan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 tidak boleh dibawa. Saya minta maaf tetapi saya berpendapat pandangan Tuan Yang di-Pertua mungkin perlu dikaji balik. Ini kerana seperti kehilangan pesawat MH370 sepatutnya Menteri patut datang. Kita telah mengusulkan satu usul oleh Yang Berhormat Pokok Sena beberapa hari sebelum itu, patut didengar dan hari itu juga. Satu debate perlu diadakan supaya Parliament is relevant. Perkara-perkara yang hangat dan perkara-perkara yang terkini dapat dibincangkan pada masa itu sahaja. Ia bukan macam yang kita buat sekarang, ia macam untuk semua sesi sekarang. Nampaknya di sesi yang pertama, tidak boleh membawa usul langsung. Saya rasa ini sangat mencacatkan pekerjaan dan tugas kita...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Ipoh Barat, mencelah sekejap.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh habiskan Yang Berhormat.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Adakah Yang Berhormat Ipoh Barat tahu bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mengeluarkan undangan kepada sebilangan Ahli-ahli Dewan rakyat untuk mengikuti satu taklimat pada 18 hari bulan, jam 8.30 malam di ALOFT Kuala Lumpur Sentral. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Parlimen daripada barisan, kita tidak dijemput langsung.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Ipoh Barat, sekejap. Saya hendak tanya juga Yang Berhormat Ipoh Barat, adakah itu satu ketidakadilan dan kenapa isu yang begitu penting tidak diberitahu kepada semua wakil rakyat? Ini kerana kita juga mewakili rakyat dan kita menang 52% pengundi di Malaysia. [Tepuk] Kita kena jelaskan isu- isu ini kepada seluruh Malaysia. Saya hendak Yang Berhormat Ipoh Barat tolong perjelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Saya pun hairan Tuan Yang di-Pertua bahawa ada jemputan kepada Ahli Parlimen untuk berbincang mengenai tragedi MH370. Kenapa kita tidak dipelawa untuk pergi ke sana? Adakah ini sebenar-benarnya merupakan satu perkara yang merupakan sangat sulit dan pihak pembangkang tidak dijemput? Saya harap pihak-pihak yang menganjur perkara tersebut mengambil tahu bahawa ini adalah berkaitan dengan negara. Semua wakil rakyat ada hak untuk pergi dan saya harap semua wakil rakyat tidak kisah di sana atau di sebelah sini dijemput untuk memberi briefing oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya terkejut kerana jemputan hanya diberi kepada Ahli Parlimen- ahli Parlimen Barisan Nasional. Walaupun saya berpendapat bahawa yang dari pembangkang semestinya ada banyak pandangan yang boleh membina negara ini dan dalam ucapan saya telah mengatakan di mana National Reconciliation, this is not National Reconciliation. This is national damaging activity yang dibuat oleh kerajaan. Saya harap tindakan dapat diambil supaya semua Ahli Parlimen dapat dijemput untuk projek tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang Yang Berhormat Seputeh kongkalikung. Yang Berhormat Seputeh mana pernah betul?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Dia sudah lupa. Yang Berhormat Seputeh ingatkan perkataan itu.

Ya, nanti orang cakap dia marah. Selalu kalau dia silap, dia salah, tidak mengaku. Kalau kita terangkan kesilapan dia, dia menjadi hura hara. Inilah masalah Yang Berhormat Seputeh, tidak faham-faham. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang ini untuk mengemukakan beberapa perkara dalam isu-isu yang saya kemukakan. Terlebih dahulu saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan keprihatinan terhadap insiden yang berlaku ke atas MH370 penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac 2014 dan melahirkan rasa simpati kepada semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut serta keluarga mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyentuh isu pesawat MH370. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua mungkin berada di tengah. Terdapat banyak perkara yang mereka tidak berpuas hati. Saya rasa kita kena ambil perhatian ke atas isu-isu ini. Contohnya seperti maklumat yang kita beritahu rakyat marah ataupun pihak antarabangsa marah kita. Mula- mula kita beritahu masa 2.40 pagi. At 2.40 a.m. in the morning, lost contact. Akan tetapi lepas itu kita keluarkan lagi satu kenyataan kata pada pukul 1.07 am. kita sudah lost contact. So ada satu kekeliruan kepada antarabangsa ataupun mana-mana keluarga yang ada terlibat dalam isu ini. Rakyat berasa kenapa kita tidak boleh mengeluarkan satu maklumat yang tepat? Saya rasa MAS ataupun TCA mestilah ambil perhatian perkara ini dan kata kebetulan. Lain kali kalau kita belum tentu, jangan kita umumkan lagi.

Walau bagaimanapun, pihak antarabangsa atau mana-mana pihak tidak boleh terima. Ini kerana dari Vietnam beritahu, kapal terbang ini bila diserahkan kepada mereka, mereka tidak dapat detect. Akan tetapi dia ada hubung kepada TCA, control tower tetapi control tower tidak jawab. Dia menghubungi dua kali. Jadi perkara ini kita mesti terangkan kepada rakyat siapa yang bersalah terhadap isu ini. Akan tetapi akhir sekali kita keluar kenyataan pada pukul 1.07 a.m.. Saya rasa kita bukan sahaja siasat kapten ini ataupun kakitangan pesawat tetapi termasuk juga TGA dan MAS kita kena siasat betul-betul daripada mana puncanya masalah ini.

Kalaulah apa-apa insiden berlaku di mana-mana kalau ada rakyat terlibat. Contoh macam negara China. Kalau kita pergi buat sidang media, janganlah kita punya pegawai dipertanggungjawab di negara China itu tidak mahu buat sidang media. Dia minta satu marketing. Vice President buat sidang media. Tadi bila dia buat sidang media, rakyat banyak marah kerana dia punya muka serupa mahu makan orang. Dia marah. Inilah satu kelemahan kita yang saya rasa kita mesti baiki. Satu lagi isu ini, bila dia tukar satu, lagi-lagi buat sidang media. Kemungkinan dia in charge di Beijing sana. Bila dia buat sidang media, dia pandai cakap bahasa Mandarin tetapi dia tidak mahu guna. Dia buat sidang media, dia buat bahasa Inggeris. Lagi keluarga marah sama kita. Inilah atas kemalangan atau insiden MH370 ini berlaku, temper keluarga memang tidak boleh di kontrol. Memang emosi. Kenapa kita lagi tambah emosi? Saya harap MAS ambil ini sebagai perkara yang serius. Bilalah, di mana-mana negara buat satu tugas, mestilah mahu jaga imej negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kalau DCA rasa radar ini sudah lama, apa salahnya kita minta kerajaan menaik taraf ataupun tukar satelit ataupun radar yang baru dan canggih untuk keselamatan semua penumpang bila dia guna radar itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu sentuh masalah timbul di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tadi Yang Berhormat Menteri ada tetapi sudah lari. Mengenai flash flood di Bintulu, sudah dua kali dalam dua minggu. Pada masa 29 Disember, pertama kali. Kali kedua, 22 Januari 2014. Isu flash flood, isu ini sudah lama saya timbulkan perkara ini hendak minta kita buat dredging di Bintulu ini di Sungai Kemena, Sungai Sibiyu dan river mouth Sungai Kemena. Akan tetapi kementerian ini tidak cukup ambil perhatian. Tidak mahu ambil tahu masalah dan isu ini. Semua buat tidak tahu. Kali ini rakyat sudah kena, mereka sengsara. Mereka banyak kerugian walaupun kerajaan kita sekarang hendak timbang. Sudah bantu. Baru-baru ini bantu. Saya pun mahu ambil peluang ini mahu ucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara sudah bantu terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan bin Kassim. Dia cukup ambil perhatian dan jalankan tugas membantu rakyat Bintulu. Bagilah ada token bagi RM500 bagi sesiapa yang terlibat dalam banjir ini. Akan tetapi di sini saya mahu minta- Yang Berhormat Menteri sudah masuk. Terima kasih. Saya mahu minta bantuan lagi. Ada banyak lagi dalam ini. Round pertama, bagi bantuan. Ada lagi banyak. Mereka tidak isi borang, mereka tidak lapor kerana mereka tidak pergi pusat pemindahan sana di Dewan Suarah. Nama mereka tidak masuk. Saya minta kalau boleh tolonglah kali ini kita buat senarai yang baru. Tolonglah kita kaji balik semula. Bantulah mana-mana yang kita boleh lagi dan bagi pada yang mana belum lagi bagi token kepada semua mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu ini tadi saya kata flash flood ini saya harap kementerian ini betul-betul ambil serius perkara ini. Tadi saya difahamkan dia daripada bahagian Sumber Asli dan Alam Sekitar sudah bagi panjang penerangan lebar projek hendak buat. Memang dalam mesyuarat di Bintulu tempoh hari kita ada suarakan anggaran ini memang tidak cukup. Minta dan mestilah buat kajian betul-betul berapa anggaran hendak diguna untuk ini Sungai Kemena dan Sungai Sibiyu dan river mouth Sungai Kemena. Jangan lagi bagi saya jawapan- dari tahun yang lepas, dia bagi saya jawapan bertulis. Dia kata deepening Sungai Sibiyu ataupun Sungai Kemena bukan tanggungjawab kita tetapi tanggungjawab Lembaga Sungai-sungai. Kalau ini pun dia tidak faham, saya rasa pegawai itu kena hantar pergi kursus lagi. Barulah dia faham siapa punya tanggungjawab. Janganlah buat Ahli Parlimen macam kongkalikung tidak faham apa kita buat kerja. Janganlah jawab suka hati sahaja jawab. Jawablah betul-betul. Harap Yang Berhormat Menteri ambil serius perkara ini kerana kita sekarang bagi token, rakyat memang

tidak senang hati berapa kerugian dia sudah ada. Berapa barang-barang dia sudah kena banjir dan tidak boleh digunakan. Harap pegawai-pegawai faham. Kalau rumah kita kena, sama juga saya rasa kita punya hati pun sama juga kita marah. Saya harap ini kali bila jawab, jawab betul-betul. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk isu pengangkutan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Isu ini memang banyak masalah. Tuan Yang di-Pertua, saya pelik dan saya terkejut bila saya punya kawasan, asal masuk tender ini, hendak tender ini untuk transportation, hantar minyak kepada kawasan pedalaman.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Drummingkah, Yang Berhormat?

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Drumming. Projek drumming. Program drumming.

Ya, memanglah projek drumming. Kita tidak payah sebutlah. Mereka pun faham, bukan? Ini isu drumming. Kalau tidak faham, kita sebutlah drumming. Kita punya pengangkutan, hantar pergi pedalaman, mereka masuk tender, minta wakil rakyat bagi surat sokongan. Saya memang ada bagi surat sokongan. Beberapa buah syarikat saya bagi. Akhir sekali mereka tidak dapat. Mereka ada minta tolong lagi. Bila saya pergi jumpa Menteri, Menteri macam tidak berminat mahu dengar. Tidak mahu dengar, tidak apa. Akan tetapi di bawah jawatan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, seluruh Sarawak dia beritahu ini kontrak Bintulu, Ahli Parlimen Bintulu sudah ambil. Apa maksud dia, apa maksudnya? Termasuk Ahli Parlimen daripada Kapit sikit mahu gaduh dengan saya. Saya kata bila saya ambil kontrak? Saya bagi surat sokongan. Akhir sekali, sampai hari ini, saya faham kontrak ini seorang pegang habis walaupun company lain-lain. Ini isu pertama. Isu kedua. Akhir sekali saya turun padang dan siasat. Bila saya turun padang dan siasat, ada banyak tempat punya pos, itu pos pun kongkalikung. Cuma hantu duduk dalam hutan sahaja. Tidak ada apa-apa pun. Itu hutan. Macam mana kita hantar minyak pergi hutan? Bagi sama hantu guna. Inilah Menteri tidak berminat. Saya mahu bagi cakap sama dia. Dia kata sudah, sudah. Saya banyak kerja. Kalau Ahli Parlimen sampai mahu beritahu, bagi maklumat dan Menteri pun tidak mahu dengar, macam mana kita mahu jalankan tugas? Ini memanglah kongkalikung punya. Ini isu lagi satu. Kedai-kedai saya pergi, itu saya pergi, kedai memang ada lokasinya. Kami sampai dia punya tempat. Saya tunjuk dia kata eh, sayanglah lesen pun tiada. Macam mana hendak jual ini minyak? Akan tetapi macam mana kita hantar, hantar pergi mana? Inilah menunjukkan selalu kita tambah kuota, tambah kuota, diesel tidak cukup, semua petrol pun tidak cukup...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan bangun, Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan?

Ini pun you ada masalahkah?

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Bintulu, di kawasan saya pun sama di mana kontraktor tempatan tidak diberi peluang sebaliknya kontraktor daripada luar pula. Saya rasa Menteri ini perlu dikajilah kedudukannya. Dia mungkin tidak faham soal drumming ini. Setujukah Yang Berhormat bahawa Menteri ini tidak pandai buat kerja dia. Kalau kita hendak cari Menteri yang pandai buat kerja, jangan menyusahkan rakyat. Setujukah, Yang Berhormat?

Memang. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Memang saya setuju tetapi saya rasa di sini, tidak tahulah pegawai tidak tahukah ataupun Menteri tidak tahu. Kalau Menteri tidak tahu, kenapa masa wakil rakyat datang mahu bagi jelas, dia tidak mahu dengar.

Ini akhir sekali hentam balik kata wakil rakyat ambil kontrak ini semua. Jadi, saya hendak minta siasat balik semula. Kontrak ini ditamatkan, mula tender sekali lagi kerana ada orang dapat LOI. LOI sudah dapat. Bila ada satu group masuk, ini yang dapat LOI, semua diketepikan. Apa masalahnya? Tadi bila saya bahas, saya cakap sama Menteri, kalau macam ini bukan adil. Bila saya masuk dia, dia sudah akhir sekali kontrak orang lain, sign kontrak melalui telefon. Hari Jumaat telefon, minta dia hari Isnin pagi mesti sampai, sign. Apa fasal? Kalau betul-betul tender keluar, kenapa tidak boleh melalui surat? Beritahu tempoh bila sign, apa fasal hari Jumaat petang panggil, hari Sabtu mesti mahu sign? Hari Isnin mahu sign pagi. Apa masalah? Tadi akhir sekali saya sudah complaint sama Menteri. Menteri barulah panggil mereka jumpa saya cakap ini kontrak, tiga kontrak kasi Yang Berhormat Bintulu. Eh! Saya cakap saya bukan itu kontraktor. Saya cuma bagi surat sokongan. Tidak kena mengena sama saya. Saya cuma soal isu tidak adil. Kita mestilah mahu tolong jaga kepentingan rakyat. Kepentingan negara. Semua kuota ini kita kasi tambah kepada kawasan pendalaman. Akhir sekali, tidak sampai. Kawasan pendalaman mahu cari diesel, petrol, semua tiada. Mana pergi semua itu? Hantar pergi mana? [Disampuk] Itulah selalu kita beritahu kementerian ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ini memang ada orang yang curi diesel tetapi tidak mengaku. Selalu kita beritahu tidak mengaku. Kalau kita panggil lain agensi, maritim pergi tangkap, maritim boleh tangkap. Kita minta polis marin pergi tangkap, polis dapat tangkap. Apa masalah? Kenapa kementerian tidak tahu? Ini semua daripada pembangkang punya penyokong.

[Dewan riuh]

Betul. Ini siapa-siapa buat ini, perangai pembangkang punya penyokong.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

[Bangun]

Saya terus terang hari ini.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bintulu, minta mencelah?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila pembangkang ada Menteri Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengar Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Shah Alam mungkin ada syer juga.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila pembangkang jadi Menteri? [Ketawa]

Minta penjelasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Minta Yang Berhormat Bintulu ini tarik balik lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, dengar sahajalah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bintulu minta penjelasan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Bila pembangkang ada Menteri?

Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.

Ini buat illegal, kita semua terus terang. Kalau mereka tidak puas hati, di luar saya boleh cakap.

Yang Berhormat Bintulu, minta penjelasan.

Siapa-siapa itu di Bintulu sana buat. Boleh check itu, siapa punya penyokong. Yang Berhormat pergi tanya itu, Yang Berhormat Bandar Kuching lagi faham kalau you tidak faham. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini memang saya tidak setuju.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat?

Saya minta siasat balik semula. Yang Berhormat Kapar tidak payahlah. Ini kongkalikung punya peguam, apa bikin?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

Kacau sahaja, dia bukan faham. Saya minta agensi-agensi berkenaan tolonglah siasat betul-betul. Kalau tidak, bila-bila masa bila tambah kuota diesel seluruh Sarawak memang tidak mencukupi. Bila diesel tidak mencukupi, lorry transporter marah sama kita. Hari-hari lori parking di petrol station, panjang sangat menunggu diesel. Bila tanya ini, Shellkah, Petronaskah, semua kata mereka tidak tahu apa masalah.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bintulu, minta celah Yang Berhormat Bintulu. Stampin, boleh?

Tidak payah, you pun sama juga kongkalikung, you apa hal?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bintulu.

Orang cerita itu airport punya teksi, you cerita tiada teksi punya.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Bagi celahan? Bagi celahan. Saya ada satu cadangan. Kasi chance, saya ada satu cadangan.

Tidak payahlah, you tidak pernah faham. Jangan kacau

[Dewan riuh]

Langsung tidak gentle Yang Berhormat Bintulu ini. Tidak gentle. [Ketawa]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Kalaulah Yang Berhormat Bintulu...

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, pengumuman. Rehat sebentar, ada pengumuman. Duduk Yang Berhormat ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini delegasi dari Communist Party of Vietnam (CPV) yang diketuai oleh His Excellency Hoang Binh Quan, Head of Communist Party of Vietnam (CPV), Central Committee’s Commission for External Affair serta empat orang delegasi. Kepada His Excellency Hoang dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Ya, teruskan Yang Berhormat Bintulu.

Tuan Yang di-Pertua, isu kita ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mesti ambil perhatian juga. Kita nampak sekarang, rakyat pun banyak yang marah kita, banyak barang naik harga. Memang hari itu kita tahu elektrik mahu naik harga. Bila elektrik ini naik harga, kita memang minta kaji balik semula. Harap Menteri perasan dan rasa kerana Menteri memberi penjelasan. Memang hari itu mengatakan daripada beberapa watt kita guna, memang tidak naik. Below daripada berapa mark, tidak kena naik harga. Akan tetapi di sini kita mesti lihat kilang-kilang memang kena semua. Kalau kilang kena, barang memang naik harga. Semua rakyat kena, kita mesti faham. Kalau perkara ini kita tidak lihat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Shah Alam ini, ketua samseng ini, Yang Berhormat Shah Alam ‘pau’ sini, ‘pau’ sana

[Dewan riuh]

Tapak bila orang kerja, dia pergi ‘pau’. Dia berani cakap tidak ada. Dahulu saya kerja kontrak sana, dia berani ‘pau’ saya punya site apa.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya tidak ada jual roti paulah Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, isu ini saya harap kementerian-kementerian yang mana ada terlibat, barang-barang ini kita mesti ambil perhatian dan lihat. Kalau barang-barang dari kilang naik harga, semua barang-barang akan naik harga. Semua rakyat kena. Kita bukan tidak boleh naik. Kita faham. Government subsidi ini, kes-kes harga sudah naik banyak tinggi. Jadi, kalau boleh kita sebagai kerajaan mesti mahu kaji balik semula macam mana kita adjust dia punya harga bila kita naik ataupun kurangkan itu subsidi, perlahan-lahan kita kurangkan. Jangan satu kali buat terkejut, nanti terkejut-terkejut rakyat boleh jadi heart attack, tahu. Nanti bukan kongkalikung, terus ‘parai’. Orang Iban kata ‘parai’, ‘parai’ bermaksud terus habis. Inilah saya harap kementerian. Yang Berhormat Tumpat, you bukan kongkalikunglah Yang Berhormat Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ucap terima kasih dan saya memohon menyokong. Habis. Bagi peluang kepada Yang Berhormat Putatan nanti panjang sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuantan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk saya membahaskan perbahasan Titah Ucapan Diraja. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan solidarity kepada ahli keluarga mangsa MH370. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak negara-negara lain yang telah sama-sama membantu di dalam search and rescue operations untuk sama-sama mencari apa yang berlaku kepada kapal terbang MH370. Tuan Yang di-Pertua, di sini kita sama-sama merasakan kesedihan yang dilalui oleh ahli-ahli keluarga sebab perkara yang paling menggusarkan ialah the feeling of uncertainty, dengan izin. Tidak tahu sama hidup atau mati. Kalau hidup di mana? Kalau mati kuburnya di mana? Kalau mati boleh diadakan upacara, kalau hidup boleh ditunggu kepulangan. Itu yang sebenarnya yang membuatkan ahli-ahli keluarga begitu gusar. Jadi, di sini saya ingin menyatakan juga kekesalan saya, kekesalan Kuantan kerana Parlimen yang merupakan cabang tertinggi di dalam proses membuat keputusan dalam negara tidak dapat membahaskan usul tergempar di dalam Parlimen. Seharusnya cabang legislatif boleh memanggil cabang eksekutif untuk memberitahu kepada Dewan yang mulia ini apa sebenarnya usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak eksekutif. Melainkan kalau pihak Ahli-ahli Parlimen sendiri tidak faham peranan kita sebagai ahli legislatif Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kekesalan itu kekesalan yang amat sangat. Ini kerana perkara itu memang perlu disegerakan dan berkepentingan ramai. Akan tetapi, ditolak atas alasan siasatan terperinci sedang dibuat. Saya bukan mempertikai soalan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya kesal keputusan yang dibuat oleh Chambers Tuan Yang di-Pertua.

Seolah-olah legislatif ini diperlekehkan, tidak ada langsung kredibiliti ataupun kedudukan rasmi sah sebagai badan pembuat keputusan paling tinggi. Seharusnya kalau kita pergi ke parlimen-parlimen lain di dunia, panggil menteri, parlimen panggil menteri, menteri tidak berani kalau tidak jawab. Akan tetapi yang sedihnya, Pejabat Tuan Yang di-

Pertua melindungi Menteri. Ini yang saya kesal sangat kerana legislatif tidak boleh memainkan peranan untuk sama-sama membahaskan, membincang, bertanya hendak tahu apa khabar. Selepas seminggu baru kita dapat berita hijack, kapal terbang itu dihijack dan kita masih lagi tertanya-tanya. Tidak boleh tanya secara terbuka. Kemudian keluar pula circular. Ini yang lebih sedih lagi. Keluar circular daripada Menteri Pengangkutan yang ditujukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat terhad bertarikh 14 Mac memanggil kepada taklimat di Aloft Kuala Lumpur Sentral pada esok malam, 18 Mac jam 8.30 malam di Ballroom A, Level 2, di tandatangan oleh Menteri Pengangkutan. Soalannya, kenapa Menteri Pengangkutan pilih-pilih hendak bagi taklimat kepada Ahli Parlimen? Ahli Parlimen ialah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Letterhead Menteri Pengangkutan, letterhead kementerian digunakan, ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan. Terpilih, dipilih. Ia ditulis dekat situ, “Serahan melalui faks atau tangan sahaja. Edaran terhad.” Tuan Yang di-Pertua, bukankah Menteri bertanggungjawab kepada Dewan? Salahkah kalau Ahli Dewan bertanya Menteri untuk menjawab kepada Dewan? Bukan menjawab kepada Ahli Parlimen yang terpilih. Bukan menjawab kepada Ahli Parlimen supaya Ahli Parlimen dalam ini boleh pula defend eksekutif dekat dalam Dewan yang mulia ini. Ini pada saya memperlekehkan kedudukan dan peranan Dewan Rakyat, Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua. Dalam keadaan seluruh keluarga mangsa MH370 menanti-nanti apa yang berlaku kepada keluarga mereka, Parlimen Malaysia tempat membuat keputusan paling tinggi boleh memperlekehkan.

Siapa lekeh?

Saya sudah jelaskan tadi, memperlekehkan dengan tidak mahu Menteri menjawab kepada Dewan. Tidak memberi peluang, memilih-milih Ahli Dewan yang mana yang dipanggil untuk diberi taklimat. Kalau Dato’ Seri Hishammuddin secara peribadi hendak cakap dengan individu-individu, itu cerita lain. Akan tetapi Menteri dengan letterhead kementerian dengan tandatangan sebagai Menteri memanggil Ahli-ahli Parlimen tulis dekat surat itu Ahli Yang Berhormat, itu saya sebagai Ahli Parlimen boleh menyoal kepada Menteri kenapa surat begitu dikeluarkan. Kenapa surat itu tidak dikeluarkan kepada semua Ahli Parlimen supaya kita boleh bertanya dan berdialog? Tidak perlulah hendak defend lagi. Kalau kita mahu meneruskan integriti Parlimen Malaysia, integriti Dewan yang mulia ini, harus kita sama-sama menilai perkara ini, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau di Parlimen Westminster di London dan kita sentiasa mengatakan kita mengikut cara kaedah Westminster, perang di Crimea, perang di Ukraine pun Perdana Menteri dan Menteri Luar datang ke Dewan Rakyat Parlimen Westminster di London untuk memberi penerangan kepada Parlimen Britain. Jadi oleh kerana tindakan dan keputusan Menteri Pengangkutan Yang Berhormat Kuantan, elok tidak kalau kita bawa usul yang beliau ini menghina Parlimen, menghina Dewan Rakyat kerana enggan bertemu dengan kita tetapi memberi suatu sidang yang sulit? Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Menteri yang menjaga Parlimen, dalam sejarah Parlimen Britain, Tuan Yang di-Pertua lebih maklum, masa Perang Dunia Kedua, sesi-sesi Parlimen yang tertutup, secret session of Parliament diadakan untuk memberi penerangan peluang kepada Perdana Menteri Winston Churchill dan Ahli-ahli Parlimen mengikuti perkembangan Perang Dunia Kedua secara sulit. Kalau isu ini terlalu sulit, tidak beri pegawai atau wartawan tahu, kita syorkan dan saya yakin ada peruntukan kita punya peraturan mesyuarat untuk membolehkan satu sidang Dewan Rakyat dijalankan secara sulit untuk Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan memberi penjelasan kepada Dewan tentang insiden MH370 ini. Terima kasih.

Ya Yang Berhormat Tumpat, Parlimen Malaysia mewarisi sistem pentadbiran Westminster. Akan tetapi malangnya, kita sudah lari jauh, menyimpang jauh daripada amalan-amalan yang diamalkan oleh

Westminster. Kita banyak parliamentary reform yang perlu kita lakukan. Menteri ada di sini dan saya harap menteri juga mendengar berkenaan bagaimana kita boleh membawa reform ataupun penambahbaikan di dalam Parlimen Malaysia ini. Saya setuju, saya sokong apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tumpat bahawa sekiranya perkara ini betul, perlu diberi taklimat kepada semua wakil rakyat, tentu sekali boleh kita mengadakan sesi tertutup. Tidak ada wartawan. Malah kalau diperlukan kami mengangkat sumpah rahsia sekali pun, seluruh wakil rakyat, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini yang terdiri daripada Pakatan Rakyat yang cintakan negara dan Malaysia ini sama- sama boleh mengangkat sumpah kerahsiaan untuk tidak keluar berita itu di luar Dewan Rakyat ini. Akan tetapi, please, maksud saya setiap Ahli Dewan Rakyat adalah wakil rakyat. Kami bertanggungjawab kepada rakyat. Kita semua sama status di sisi rakyat yang telah mengangkat kita menjadi suara mereka ke dalam Dewan yang mulia ini. Menteri harus faham itu. Menteri jangan pilih kasih. Amanah Menteri berada di tempat itu bukan untuk menjadi Menteri bertanggungjawab kepada UMNO, tetapi Menteri yang bertanggungjawab kepada semua rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada perkara yang seterusnya iaitu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tanjong Karang, pendek sahaja ya Yang Berhormat Tanjong Karang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Tanjong Karang baru masuk.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baru masuk pun, saya dengar dekat luar. Ini Yang Berhormat ketinggalan zaman ini. Janganlah ingat saya dengar dalam Dewan sahaja. Dekat luar saya sudah dengar. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Saya setuju hujah-hujah Yang Berhormat dari Tumpat ini betullah. Akan tetapi saya percaya malam ini taklimat yang dipanggil, saya pun ada jemputan, ini ialah taklimat yang diberi kepada Ahli Parlimen. Baik. Saya percaya apabila isu ini sudah selesai, pasti akan ada satu pembentangan kertas putih ataupun usul akan dibawa oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi kalau benda ini belum lagi final, kita tengok sekarang ini belum lagi buat keputusan, pembangkang sudah spin isu ini. Even isu...

[Bangun]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti sekejap, saya hendak beritahu. Yang Berhormat Tumpat kata masa zaman...

Okey, saya sudah dapat point itu, Yang Berhormat Tanjong Karang. Ini floor saya, Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Isu ini pun nanti akan di spin ini.

Yang Berhormat Tanjong Karang...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya. Saya sudah dapat point dia. I got the point.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya. Bagi I...

Boleh saya sambung Tuan Yang di- Pertua, boleh saya teruskan? Point yang pertama Tuan Yang di-Pertua, tarikh dia 18 hari bulan ya, bukan hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kalau tidak mahu bagi jalan, jangan bagi jalan dengan dia Yang Berhormat.

Saya bagi jalan tetapi saya kata cukuplah, saya sudah faham point dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya, dia masih tidak habis lagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, saya belum minta penjelasan. Saya minta jalan saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Boleh saya minta?

Tapi kalau Yang Berhormat Tanjong Karang panjang, masa saya pendek. Saya sudah dapat point dia tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Okey.

Point dia saya sudah dapat faham. Sudahlah itu Yang Berhormat Tanjong Karang. Duduklah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak. Maksud saya, yang Yang Berhormat Tumpat cakap masa British, itu betullah. Zaman itu integriti Ahli Parlimen mereka bukan macam integriti Ahli Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Pembangkang sekarang ini. Dulu-dulu tiada media sosial. Percayalah cakap saya, kalau panggil pihak Pembangkang ini, benda belum lagi diputuskan secara muktamad, taklimat belum habis lagi, sudah disebar ke seluruh dunia. Jadi biarlah. Apa salah Menteri bagi taklimat kepada Ahli Parlimen? Esok mungkin dia akan terang kepada Ahli Parlimen. Masing-masing ambillah bahagian. Yang hendak marah Menteri berkaitan ini fasal apa? Nak spin lagi isu itu.

Yang Berhormat Tanjong Karang, Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Teruskan Yang Berhormat.

Pertama, Yang Berhormat Tanjong Karang silap tarikh. Ia bukan malam ini, esok, 18 Mac, hari Selasa. Kedua, taklimat ini dipanggil oleh Menteri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam surat itu tulis, “Yang Berhormat, jemputan menghadiri majlis taklimat insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.” Kalau Dato’ Seri Hishammuddin selaku naib presiden panggil Ahli-ahli Barisan Nasional, itu biasa punya cerita. Ini pakai letterhead kementerian, sign sebagai Menteri. Ini yang tidak faham ini. Ini masalah- Yang Berhormat Tanjong Karang, saya tidak bagi floor...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, bukan.

Ini yang masalahnya bila Menteri tidak faham, bila Menteri salah guna kuasa. Bila Ahli Parlimen tidak faham, tidak faham peranan mereka sebagai backbencher, masing-masing hendak defend executive. Kita ini legislative.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, ini...

Ini masalahnya tidak faham. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Jadi ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan. Hendak bagi laluan atau tidak bagi?

Saya tidak bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak bagi laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran panggil, panggil Ahli Parlimen.

Saya tidak bagi laluan- yang buruk sangka pula, lepas ini kata kita akan spill, kita akan keluarkan cerita ini di luar. Belum apa- apa lagi sudah buruk sangka. Sudahlah salah guna kuasa. Ini dia masalahnya.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat yang buruk sangka.

Okey. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Memanglah macam malam ini Menteri Pelajaran...

Dia bagi Sepang, bukan bagi Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Menteri Pendidikan panggil Ahli Parlimen, apa salah...

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Panggil ahli-ahli backbencher. Yang hendak persoalkan kuasa Menteri ini fasal apa?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa pula?

Yang Berhormat Tanjong Karang, memang kerja legislative menyoal apa kerja Menteri.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yalah. Bukan.

Apa yang tidak faham lagi.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak, Menteri tidak bagi keputusan lagi sudi hadir atau tidak.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Soalnya ini bukan seorang Menteri, banyak Menteri. Kita memang tiap-tiap malam diberikan taklimat oleh pihak Menteri. Apa salahnya?

Dia pandai membodek sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Tanjong Karang.

It’s now my turn.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bagi laluan atau tidak bagi laluan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Masalahnya dia tidak faham. Macam malam ini, Yang Berhormat Menteri Pelajaran panggil kita bagi taklimat. Apa salah? Ini taklimat kepada BBC. Nanti esok bila dibentangkan dalam Parlimen, Yang Berhormat bercakaplah.

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Yang Berhormat Tanjong Karang...

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu sahaja.

You’re missing the point. You’re missing the point. Duduklah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Isu tengok macam kata contoh surat jemputan...

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi masa sedikit kepada yang Sepang kerana ada banyak perkara hendak bahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, sudah.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Surat jemputan itu kepada BBC, sudah sampai kepada Ahli Parlimen pembangkang, menunjukkan sekarang ini angkat sumpah pun sudah tidak ada makna sudah.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa yang hendak persoalkan apa Menteri buat. Esok bila dia bentangkan dalam Parlimen, Yang Berhormat bahaslah.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan. Soalan saya, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa apabila dalam menerangkan isu sepenting ini pun, Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk mendapat maklumat. Setuju tidak ini semua membuka ruang spekulasi dan maknanya sebagai wakil rakyat sendiri tidak mendapat maklumat. Jadi, adakah patut kerajaan menyalahkan pihak-pihak seperti media sosial apabila kerajaan sendiri tidak bersifat transparent dalam menerangkan isu ini. Itu yang pertama. Keduanya, tidak perlu kita hendak pergi kepada Westminster, mungkin terlalu tinggilah untuk difahami oleh ahli-ahli Barisan Nasional ini. Kita tengok di Selangor pun sudah cukup. Kita berani hendak bagi ideologi. Kita berani bagi letak Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional itu untuk mengetuai PAC. Ini yang kita buat. Jadi kalau dalam menjaga wang negara pun kita benarkan supaya Ketua Pembangkang- di Sepang ini kita ada dua pembangkang. Saya pembangkang, DUN mereka di Dengkil pun pembangkang, pembangkang di DUN Selangor. Maknanya kita benarkan untuk mereka ketuai PAC. Apa komen Yang Berhormat Kuantan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Kuantan.

Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Betullah, sebenarnya proses check and balance ini oleh backbencher ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak difahami oleh Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana. Akan tetapi saya rasa cakap pun macam curah ke daun keladi Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat.

Ini kerana tiap-tiap kali kita tengok tidak faham-faham. Seolah-olah Ahli Parlimen BN itu kerjanya...

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat, boleh sedikit? Sedikit sahaja.

...Saya hendak sambung. Seolah- olah kerjanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak hendak bagi laluan.

...Membodek para Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuantan ada empat minit.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan kepada isu yang seterusnya.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Yang Berhormat Menteri tidak bagi keputusan pun, hendak terima atau tidak terima. Jangan tuduh dahulu.

Saya Tidak bagi. Duduklah. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada isu yang seterusnya iaitu berkenaan dengan pengurusan banjir. Menteri duduk dulu. Nanti dulu. Tunggu saya cakap dan bahas berkenaan dengan banjir. Seperti yang kita tahu bahawa di daerah Kuantan baru-baru ini pada bulan Disember melalui satu fasa banjir yang teramat buruk, malah yang terburuk dalam 40 tahun yang diketahui bahawa lebih daripada 20,000 keluarga yang terlibat dan juga melibatkan lebih kurang 40 pusat pemindahan banjir. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat hari terakhir saya berada di Dewan ini sebelum saya balik ke kawasan pada pagi itu, saya membawa usul tergempar berkenaan dengan keadaan banjir di Kuantan. Saya memohon diisytiharkan darurat Tuan Yang di-Pertua kerana keadaan banjir pada ketika itu yang terbukti pada hari ini, pada pagi itu memang tidak jelas, tetapi pada hari ini terbukti bahawa banjir itu merupakan satu keadaan banjir yang cukup luar biasa, yang terburuk dalam keadaan 40 tahun. Memang Kuantan biasa dilanda banjir. Fenomena banjir itu biasa di Kuantan. Tiap- tiap tahun memang kita buat persiapan banjir. Selalunya pusat-pusat pemindahan banjir itu hanya mampu menampung dalam 500 mangsa banjir. Akan tetapi pada kali ini pusat-pusat itu terpaksa menampung 3,000, 4,000. Ada juga satu sekolah itu menampung 5,000 mangsa banjir. Yang Berhormat Menteri pun tahu keadaan di Kuantan. Saya berhubung dengan Yang Berhormat Menteri sentiasa berkenaan dengan keadaan di Kuantan dan memohon, meminta dan merayu supaya diselesaikan masalah-masalah. Saya begitu kesal kerana keadaan darurat tidak diisytiharkan. Ini kerana sekiranya darurat diisytiharkan, tentu sekali seluruh jentera pusat akan digerakkan ke Kuantan untuk membantu. Malah saya rasa kesalahan saya hanyalah kerana saya mendahului Perdana Menteri. Apabila saya baca di dalam website ini, darurat ini hanya boleh diisytiharkan oleh Perdana Menteri. Jadi apabila Ahli Parlimen pembangkang yang bawa usul, maka terimalah tohmahan-tohmahan daripada Ahli Parlimen lain. Bukan hendak tahu masalah sebenar tetapi ditohmah dan dihalau, disuruh balik dan ditolak langsung bulat-bulat usul tersebut. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, kita gagal. Saya boleh kata gagal. Kita cuba sedaya upaya, tetapi apa yang warga Kuantan lalui ialah kekecewaan yang amat sangat. Saya lihat sendiri dengan mata saya bagaimana warga Kuantan di pusat pemulihan menadah tangan untuk kira biskut, untuk mendapatkan biskut. Saya dengar tangisan- tangisan anak-anak yang lapar. Saya tengok beras bertimbun. Ini Yang Berhormat Menteri tahu juga. Saya tengok beras bertimbun Tuan Yang di-Pertua, tetapi warga complaint lapar. Saya sendiri tidak faham kenapa perkara ini berlaku. Mereka complaint lapar, mereka complaint kebulur tetapi beras bertimbun.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini pelakon drama bersirikah Tuan Yang di-Pertua?

Tarik balik. Tarik balik Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan cukuplah memalukan Dewan yang mulia ini. Cukuplah! Tarik balik!

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa yang ditarik?

Kata kita pelakonlah dan sebagainya. Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat memang pelakon sebetulnya.

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat ini memang berlakon dari dulu sampai sekarang. Isu yang dia bangkit yang kerajaan sudah buat, dia kata tidak buat.

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memalukan rakyat dan Dewan Rakyat sahaja. Sayang punya Yang Berhormat begini.

Tuan Yang di-Pertua, biar Menteri yang menjawab.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau saya rakyat di Kuantan, saya tidak undi dia.

Nasib baiklah. Kinabatangan pun nasib apalah dapat Yang Berhormat macam ini. Saya...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Rasa kalau dia dekat Kuantan pun, rakyat tidak undi dia fasal rakyat tidak akan terima kepimpinan macam ini.

Orang Kuantan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Cakap merapu. Main tuduh tidak berasas.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini lagi satu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini lagi satu...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Minta tarik balik. Macam mana dia boleh keluarkan kata-kata macam ini terhadap Ahli Parlimen yang seorang lagi.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Suka ‘pau’. Ini memang tukang ‘pau’. Ini tukang ‘pau’ ini.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tukang ‘pau’ sangat, Yang Berhormat Shah Alam ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Peraturan Mesyuarat 36(6), mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak ada pura-pura punya. Dia suka mencampuradukkan, tukang ‘pau’ ini. Tidak ada guna punya wakil rakyat.

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya di Shah Alam. Shah Alam punya wakil rakyat, orang rakyat rugi memilih dialah. Orang yang sebegini...

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Tidak layak duduk dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kinabatangan. Ya Yang Berhormat Kuantan.

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ular-ular dalam semak, inilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah Yang Berhormat Kinabatangan, cukup.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ular dalam semak, Yang Berhormat Shah Alam ini.

Cukuplah. Cukuplah. Orang Kuantan kata kalau Ahli Parlimen Kinabatangan datang Kuantan, mereka selamkan dalam banjir. Cukuplah itu. Cukuplah itu apa orang Kuantan cakap. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, macam mana ini? Boleh dia keluar kata-kata macam itu. Ular dalam semak, pelakon. Apa sudah jadi Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Biarlah ada decorum sedikit.

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau hendak cakap pun, tidak bolehlah keluar tuduhan-tuduhan macam itu.

Yang Berhormat Shah Alam, walaupun saya setuju dengan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini lebih kurang standard bomoh sahaja itu.

Yang Berhormat Shah Alam, walaupun saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam tetapi saya rasa kita tidak boleh buat apa sudah dengan Yang Berhormat Kinabatangan ini. Sudah tidak boleh buat apa. He is a gone case. Sudahlah. Lupakan dia. Beyond redemption, beyond repair. Dia tidak boleh diubat, tidak boleh diubah. Saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya. Sila gulung.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya dengar masalah yang mengatakan bahawa mereka lapar, tetapi dalam masa yang sama beras bertimbun. Jadi kita siasat kenapa jadi macam ini. Rupa-rupanya Tuan Yang di- Pertua, apabila banjir itu besar, maka electricity perlu ditutup. Bila electricity perlu di switch off, maka air pun tidak ada. Apabila air tidak ada dan peralatannya cukup untuk memasak 500 orang, maka jawatankuasa yang mengendalikan pusat itu tidak mampu untuk mengatasi masalah. Saya ulang. They will not able to solve the problem.

Mereka tidak ada kemampuan dalam problem solving sebab mereka JKKK. Jadi mereka ini fikir pasal “Rumah aku pun kena juga”. Apabila orang marah, dia kata, “Kami pun mangsa banjir juga. Janganlah bising. Kami juga tidur atas lantai tiga hari, kami juga sama. We are trying to solve the problem”, itu jawapan mereka. Jadi Yang Berhormat Menteri dengar ya Yang Berhormat Menteri, apabila kita siasat-siasat rupanya itulah masalahnya. Air tidak ada, peralatan sikit, beras banyak tetapi tidak boleh masak. Kemudian, bila air tidak ada, banyak masalah yang timbul dan sekolah pula dikelilingi oleh air. Jadi sebab itu saya mengatakan bahawa pengurusan banjir ini, yang kita claim one of the best in the world, antara yang terbaik di dunia, sebenarnya jauhlah daripada kebenarannya. Ini kerana kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah. Apabila saya masuk, saya identify the problem, saya telefon kepada Yang Berhormat Menteri, saya kata, “Tolong hantar SMART Team. Jangan bagilah JKKK duduk di sini sebab mereka tidak mampu untuk hendak selesaikan masalah”. Mereka hanya tenggelam di dalam kemelut mereka sendiri iaitu mereka kata rumah mereka pun kena banjir. Mereka kata mereka pun teruk kerja di sini. Jadi, harus kita uruskan dengan lebih baik, kita harus ada SMART Team, team dedicated yang boleh kita selesaikan, menguruskan dengan baik. Ada satu tempat itu Yang Berhormat Menteri, dia hantar SMART Team, alhamdulillah. Selepas pada itu, semua dapat makan, semua dapat minum dan sebagainya. Akan tetapi kita masih tidak dapat tikar, masih lagi tidur atas lantai tiga malam. Sebab itu saya akui, mustahil kita dapat bagi tikar, bagi tilam kepada semua sebabnya kita tidak mungkin boleh bagi kalau 5,000, 3,000, 4,000 satu sekolah. Akan tetapi saya mainkan peranan dan saya katakan, “Kita tidak boleh bagi”. Saya kata, “Saya setuju apa yang kerajaan sedang cuba, Menteri sedang cuba. Jadi kita berikan kepada yang memerlukan”...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, habiskan ucapan.

Nantilah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Jadi dia banyak kacau [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini MKN belum melangsaikan lagi bayaran kepada mangsa- mangsa banjir. JKM telah mengangkat nama pada 26 Disember tetapi MKN belum melangsaikan lagi bayaran-bayaran. Saya pohon Yang Berhormat Menteri tengok kepada masalah ini. Pengurusan pasca banjir perlu diuruskan dengan segera, ini sudah tiga bulan lebih dah ini. Ada ramai lagi yang belum dapat bantuan dan ada juga nama-nama yang tercicir. Saya sudah pun berhubung berkenaan dengan mereka yang tidak berdaftar di pusat banjir dan untuk mendaftar di pejabat daerah dengan pejabat DO dan itu sudah pun kami laksanakan. Akan tetapi MKN perlu selesaikan dan langsaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat. Akhir sekali, satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan gender responsive budget, saya hendak cepat sikit.

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuantan.

Gender responsive budget – saya minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Baling. Tidak bagi laluan.

Yang Berhormat Kuantan, bagilah laluan saya hantar tilam, hantar dapur, hantar makanan semua, terima kasih pun tidak ada.

Saya ucapkan terima kasih.

Perdana Menteri turun sana sewaktu pemilihan parti tinggal, turun menziarahi, bantu, terima kasih pun tidak ada.

Okey, saya jumpa...

Semua tuduh, tuduh yang liar, tidak patutlah Yang Berhormat Kuantan.

Saya jumpa dan saya ucapkan terima kasih, betul.

Hah! Bila saya cakap baru hendak terima kasih. Tadi condemn sahaja.

Saya ucap terima kasih secara peribadi tetapi saya katakan ...

Saya Baling, tinggalkan Baling pergi tolong Kuantan. Yang Berhormat Kuantan jumpa saya malam itu merayu-rayu minta tolong, saya tolong. Akan tetapi keluar dalam Yang Berhormat Kuantan punya Facebook tidak ada sebut terima kasih, gambar Yang Berhormat Kuantan sahaja. Tidak baik bohong.

Tuan Yang di-Pertua...

Jangan terus deceit the Dewan.

Memang Yang Berhormat Baling bagi tetapi...

Saya bantu siang dan malam, lima hari saya di Kuantan. Satu SMS ucap terima kasih pun tidak ada

[Dewan riuh]

Jangan buat tuduhan liar begini. Tidak baik!

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling janganlah buat tipu. Saya ucap terima kasih depan seluruh warga Kuantan.

Tidak ada satu patah perkataan yang ucap terima kasih kepada Perdana Menteri.

Yang Berhormat Baling hendak ucap terima kasih. Tidak payah Yang Berhormat Baling. Buang. Tidak payah beritahu.

Hei! You diamlah!

[Dewan riuh]

Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Baling di depan Menteri Besar. Saya ucap terima kasih seluruh warga Kuantan dengar.

Relaks, relaks, relaks.

[Bercakap dalam bahasa Tamil] Sit down!

Relaks, relaks, relaks.

Saya tengah bercakap dengan Yang Berhormat Kuantan. Hei! Yang Berhormat Kapar, jangan kacau. You duduk.

Relaks.

Yang Berhormat Baling, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Baling di Sekolah Kampung Belukar, depan semua warga Kuantan, saya kata, “Terima kasih sebab datang ke Kuantan. Terima kasih”.

Perdana Menteri turun, Datuk Menteri sudah ada di situ daripada semalam. Marilah beradab sikit. Kita orang Islam!

Eh! Saya ucap terima kasih.

Bila saya tegur baru hendak cakap. Tidak ikhlas!

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Baling, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Baling pada 5 hari bulan malam itu bila saya jumpa Yang Berhormat Baling di sekolah. Apa lagi Yang Berhormat Baling hendak? Yang Berhormat Baling hendak suruh saya sebut dalam Facebookkah apa? Saya sudah ucapkan terima kasih face-to-face kepada Yang Berhormat Baling. Saya ucapkan terima kasih face- to-face kepada Yang Berhormat Baling, “Terima kasih Yang Berhormat Baling”

[Dewan riuh]

Sebab hendak melututkah, hendak agungkah yang ini tidak ikhlaslah ini bagi. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir. Berkenaan dengan gender responsive budget dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 22 Januari 2014 yang berkenaan dengan Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2015 pada muka surat 8, menyebut berkenaan dengan analisis gender. Di sini, circular ini meminta setiap kementerian di dalam penyediaan bajet menggunakan pendekatan analisis gender. Jadi Tuan Yang di-Pertua, selama ini, kita tidak ada pendekatan gender responsive budget. Kita hanya ada pendekatan Outcome Based Budgeting. Jadi mewakili kokus wanita Parlimen Malaysia, saya ingin bercakap kepada Menteri Kewangan untuk melibatkan kokus di dalam memastikan bahawa analisis gender ini terangkum di dalam proses buat bajet, penyediaan bajet bagi tahun 2015. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga merakamkan di sini peranan kokus dengan pejabat Peguam Negara di dalam merangka rang undang-undang untuk wanita berkenaan dengan sexual harassment dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dengan itu kita juga merayu, memohon kepada pihak Kementerian Kewangan supaya serius di dalam melaksanakan circular ini. Kokus sedia untuk membantu dan dalam seluruh proses itu kerana saya tahu gender focal point di kementerian-kementerian setakat ini, kurang berfungsi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Jadi gender focal point mungkin tidak boleh membantu di dalam analisis gender ini dan kita tidak mahu gagal sekali lagi dalam melaksanakan gender responsive budget. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua bagi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan di sinilah untuk berkongsi kesedihan dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia di atas kehilangan pesawat MH370, sudah masuk hari kesembilan hari ini. Walaupun musibah melanda negara kita, tetapi saya rasa terpanggil untuk memuji seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik, bersatu hati menunjukkan sikap keprihatinan kita terhadap insiden dan ahli keluarga penumpang dan juga krew yang terbabit. Kita hanya berdoa kepada Allah semoga kita diketemukan semula pesawat MH370 dan mengharapkan kesemua penumpang insya-Allah akan berada di dalam keadaan yang selamat. Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan saya dengan merujuk kepada tuntutan dan keperluan asas rakyat seharian. Pada umumnya, dengan izin, a basket of basic needs terdiri daripada lima perkara. Pertamanya, tentang keamanan dengan kadar jenayah yang rendah. Keduanya, apabila jenayah yang rendah, aktiviti ekonomi yang rancak akan boleh kita dapati. Ketiganya, apabila ekonomi kita tumbuh, kita dapat menjana banyak peluang pekerjaan. Justeru itu, akan dapat meningkatkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Dalam masa yang sama juga, kita mampu untuk membasmi kemiskinan yang dibantu yang pertama, kadar inflasi kita yang rendah dan keadaan ekonomi kita yang terus meningkat. Marilah kita sama-sama mengaudit secara objektif prestasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengemudikan sosioekonomi negara kita. Pertamanya tentang keamanan. Daripada segi keamanan dan juga keselamatan, adalah jelas sekali Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mengurangkan kadar jenayah yang merupakan salah satu daripada tujuh NKRA yang telah kita tetapkan. Pada tahun 2009, indeks jenayah keseluruhan adalah sebanyak 746 kes setiap 100,000 penduduk.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah berjaya menurunkan sebanyak 15% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan sebanyak 16% lagi pada tahun 2011. Kejayaan ini sudah tentu membanggakan kita kerana kita telah jauh melebihi sasaran 5% yang telah ditetapkan menjelang akhir tahun 2012. Kejayaan tersebut sebenarnya telah diperkukuhkan lagi oleh ukuran Global Peace Index yang mana tahap keamanan negara telah meningkat daripada tangga ke-22 pada tahun 2010 kepada tangga ke-19 pada tahun 2011. Di kalangan negara-negara ASEAN pula kita kekal di tangga teratas manakala di benua Asia pula kita berada di tangga kedua selepas Jepun. Saya ingin menyebut perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana malam tadi saya melihat satu poster di Kajang yang sudah dipaparkan. Kononnya jenayah kita terus meningkat, rakyat terus sengsara. Maknanya orang yang meletak poster ini ialah mereka yang tidak langsung faham tentang keadaan keselamatan di dalam negara kita. Namun begitu keadaan yang kelihatan cukup aman dengan kadar jenayah yang rendah dan menurun telah berubah pada tahun 2013. Kadar jenayah berat sebanyak 14,811 kes pada enam bulan pertama tahun 2012 telah meningkat kepada 2% kepada 15,098 kes pada tempoh yang sama pada tahun lepas 2013. Kedudukan Malaysia dalam

CPI sudah semestinya turut mencerminkan keadaan kita yang berubah daripada kedudukan ke-19 kita naik semula ke tangga 29. Jadi hasil kajian pihak yang tertentu menunjukkan bahawa peningkatan jenayah tersebut adalah korelasi daripada yang pertamanya pemansuhan Akta ISA. Keduanya pembatalan tiga Ordinan Darurat 1966, 1969 dan 1977. Ketiganya kerana kita menyemak semula Akta Kediaman Terhad 1933 dan keempatnya apabila kerajaan mengambil keputusan pada 15 September 2011, membatalkan Akta Buang Negeri 1959 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sebagaimana yang kita saksikan sekarang, suara-suara yang berbau perkauman semakin lantang. Penghinaan terhadap agama semakin menjadi-jadi dan serangan ke atas institusi raja semakin keras dan begitu biadab sekali. Impaknya hubungan antara kaum semakin tegang, keharmonian hidup kita berkocak dan keamanan kita tergugat. Lantaran itu saya merayu di Dewan yang mulia ini agar pihak kerajaan khasnya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri lebih pantas, tegas dan tangkas bagi menangani ancaman-ancaman tersebut bagi untuk kita memelihara perpaduan kaum dan juga keamanan negara yang menjadi anak kunci kerancakan ekonomi dan juga kemakmuran negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gerik bangun. Gerik. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada pandangan Yang Berhormat Jasin, kenapa kita sudah rasa aman damai sejak merdeka sehingga tahun 80-an dan 90-an, tiba-tiba masalah agama ini mula nampak melanda dalam negara dan ada kumpulan yang tidak menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan. Saya hendak dapatkan komen daripada Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya fikir ucapan saya cukup jelas tadi. Bahawa apabila kita mengamalkan sikap keterbukaan dan kita telah memansuhkan beberapa akta yang saya sebut tadi. Pertamanya ISA, keduanya Emergency Ordinance dan yang ketiganya tentang buang daerah. Maka seolah-olah kumpulan-kumpulan tersebut yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan segala peluang untuk menuduh kerajaan menyebarkan pembohongan dan juga menyebarkan bermacam-macam fitnah seolah-olah kerajaan kita gagal. Kalau kerajaan kita gagal kita tidak akan mencatat banyak kejayaan dan pertumbuhan ekonomi serta banyak daripada pelabur-pelabur asing terus datang ke negara kita. Tuan Yang di-Pertua saya teruskan kepada ucapan saya. Lantaran itu saya merayu Dewan yang mulia ini, supaya kerajaan bertindak adil mengikut lunas undang- undang tetapi tidak wajar teragak-agak dan berkompromi dalam menangani ancaman- ancaman seperti ini yang kadang-kadang sampai pada satu tahap yang cukup biadab sekali. Sehubungan itu adalah disyorkan agar kerajaan supaya menimbangkan semula supaya Akta ISA ini dan EO ini serta memperkenalkan Les Majeste seperti yang terdapat di Thailand [Tepuk] Juga memperkenalkan undang-undang yang boleh menangkap serta menghukum mereka-mereka yang suka berbohong, menipu, yang suka memfitnah dan memutarbelitkan fakta sehingga boleh menimbulkan kekacauan, merosakkan keamanan dan menggoncang kestabilan negara dan juga kerajaan. Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengesyorkan agar undang-undang sedia ada yang relevan, akta undang-undang baru digubal untuk mendakwa dan menghukum mereka yang merosakkan nama baik negara kita. Berlatar belakangkan landskap ekonomi global yang lemah dan lembap itu maka pencapaian pertumbuhan ekonomi negara kita sebanyak 4.7% pada tahun lalu, walaupun ia rendah lebih daripada 5.6% pada tahun 2012 adalah sebenarnya satu perkara yang cukup membanggakan sekali. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang perlahan seluruh peringkat global pada ketika ini, akan tetapi kita masih berkeupayaan untuk mencatat satu angka yang cukup meyakinkan. Namun kita hendaklah berusaha gigih supaya sekurang-kurangnya kita setara dengan purata prestasi ekonomi lima negara ASEAN iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan juga Vietnam iaitu sebanyak 5% pada tahun 2013. Jadi kita berharap dan berdoa dan kita yakin dengan maklumat yang terakhir ini yang saya dapati daripada CIMB Prefered iaitu IMF telah menyebut dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dia kata, “…Malaysia to record healthy growth at 5% for this year 2014”. Tuan Yang di-Pertua dalam pada itu, sukalah saya tegaskan bahawa yang pentingnya bukanlah pertumbuhan kita yang tinggi. Apa yang penting dan perlu diusahakan serta diuruskan dengan cekap dan berkesan ialah

pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sustainable dengan izin, sustainable economic growth. Tuan Yang di-Pertua rekod menunjukkan bahawa di bawah Model Baru Ekonomi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya untuk menjana pertumbuhan ekonomi kita yang mapan bagi tahun 2010 hingga 2013 pada kadar purata 5.7%. Dalam tempoh tersebut GNI per kapita kita meningkat 19% daripada RM27,000 kepada RM32,100. Jadi strategi MBE ini untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi nampaknya kita berada pada landasan yang cukup yang kukuh sekali. Tuan Yang di-Pertua kita wajar berbangga atas kejayaan ini. Namun masih lagi terdapat ruang-ruang untuk kita perbaiki lagi prestasi kita. Ini kerana kita telah berjaya mencatat pertumbuhan purata yang lebih tinggi lagi iaitu sebanyak 6.8% setahun semasa Dasar Ekonomi Baru ataupun DEB semasa kita laksanakan. Pada masa yang sama saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, dalam kita menangani perkembangan yang membimbangkan di bawah MBE ini.

Kebimbangan kita adalah jurang pendapatan dan juga jurang kekayaan kita semakin melebar sejak MBE dilaksanakan. Strategi keterangkumannya nampaknya tidak begitu berjaya. Jurang tersebut bukan menguncup seperti semasa kita di bawah Dasar Ekonomi Baru dahulu. Jurang pendapatan kita semakin melebar apabila kita dapat lihat bagi tempoh tahun 2009 hingga 2012 melalui nisbah pendapatan antara kaum dan juga antara luar bandar, majoriti bumiputera bandar, dan majoriti bukan bumiputera semakin membesar. Sebagai contoh pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh bumiputera, orang Cina memiliki RM1.38. Akan tetapi pada tahun 2012, setiap RM1 yang dimiliki oleh bumiputera, orang Cina kini memiliki sebanyak RM1.43. Begitu juga keadaan di luar bandar berbanding dengan bandar pada tahun 2009, setiap RM1 yang dimiliki oleh isi rumah luar bandar, isi rumah bandar memiliki sebanyak RM1.85. Akan tetapi pada tahun 2012 setiap RM1 yang dimiliki oleh isi rumah luar bandar, isi rumah bandar pula memiliki sebanyak RM1.86. Sepatutnya perkara ini kita bahaskan dan kita berikan keutamaan supaya jurang ini dapat kita sama-sama rapatkan, supaya tidak ada masalah, tidak ada rasa tidak puas hati di antara kita dan lebih mendukacitakan lagi Tuan Yang di-Pertua, pemilikan kekayaan aset walaupun ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dipertingkatkan dalam NBE telah merosot di bawah landskap ekonomi yang berkembang. Izinkan saya untuk membacakan sedikit keratan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Disebut sini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “A fair distribution must encompass the whole spectrum of measuring wealth such as equity ownership other financial and non financial asset and excess to wealth creating opportunities such as long term concession and contract. Even in measuring ownership, you should go beyond equity to include other properties business asset such as retail, landed properties, commercial building, intellectual property and other services as well as managerial position”. Ini ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri .Akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebagai contoh, bagi tempoh tahun 2009 hingga 2012, pemilikan harta kita terutama dalam terrace factory. Untuk bumiputera, dengan izin, merosot sebanyak 45% kepada 35%. Bangunan kediaman kita menurun daripada 27% kepada 26% dan pemilikan industrial complex kita pula mengecil daripada 3% kepada hanya 0.2% sahaja. Sebenarnya kaum bumiputera yang baik hati ini, kita hanya mampu merintih kerana pemilikan saham kita dalam PNB yang diwujudkan khas untuk kaum bumiputera. Akan tetapi sebenarnya kita telah jauh menyimpang dan penguasaan kita hanya sebanyak 70% sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi inilah perkara yang patut kita bincangkan bersama supaya rasa pihak yang tidak puas hati di antara kaum tidak akan timbul. Ini kerana kita dapat lihat bukan sahaja pemilikan, penguasaan kita, jarak begitu jauh sekali, dan jurang begitu besar sekali. Kadang-kadang banyak cakap-cakap yang kita dengar bahawa seolah-olah banyak mempersoalkan kalau satu atau dua pun kekayaan yang dimiliki oleh bumiputera. Sepatutnya mereka ini patut kita bantu, kita lahirkan banyak lagi kekayaan yang dimiliki oleh bumiputera bukan kita persoalkan.

Akan tetapi pada ketika ini kita dapat lihat ramai daripada kawan-kawan kita yang tidak segan silu menyebut nama-nama bahkan Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat daripada Forbes 50 yang terkaya. Dia bukan sahaja jutawan, dia jadi billionaires. Malaysia ini lebih daripada 90% adalah daripada orang Cina. Berapa peratus yang dimiliki daripada bumiputera? Jadi sepatutnya perkara ini tidak boleh ditimbulkan dan jangan lagi dipersoalkan kerana kerajaan kita sebenarnya begitu baik sekali dan begitu terbuka memberikan peluang kepada semua kaum untuk memiliki ataupun mendapatkan kekayaan daripada negara kita.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jasin. Saya amat tertarik dengan hujah yang telah dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Jasin. Boleh dinyatakan kalau jurang pemilikan pada bumiputera khususnya orang Melayu terus macam yang dinyatakan, apa akan berlaku pada negara kita? Kita melihat contoh di Indonesia yang mana penduduk 5% Cina pun bila pemilikan tinggi, akhirnya bergaduh di Indonesia. Maknanya, persoalannya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin saya hendak minta dinyatakan dengan lebih jelas lagi dari segi pemilikan orang Melayu dibandingkan setelah kita selesai menjalankan Dasar Ekonomi Baru. Minta Yang Berhormat Jasin ulaskan.

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya sebenarnya cukup terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik kerana sekurang-kurangnya dapat membangkitkan satu perkara yang cukup relevan sekali. Ini kerana saya sebut tadi 50 terkaya dalam Malaysia, 90% daripadanya terdiri orang Cina. Sebenarnya kerajaan kita banyak mendorong mereka. Janganlah dipersoalkan sedikit peluang yang diberikan kepada bumiputera. Saya pun tidak suka kepada orang yang monopoli kekayaan tetapi sedarkah kita kerajaan telah banyak membantu mereka? Pertama dari segi permit, daripada segi lesen, daripada segi kuota, kelulusan tanah, concession, AP, dan apa sahaja kita sebut sahaja. Soft loan, geran kewangan, insentif cukai, projek, perolehan, dan tender-tender kerajaan semua kita beri. Tuan Yang di-Pertua kita tidak pernah persoalkan kekayaan mereka bahkan kalau kita lihat ada orang yang terkaya itu telah memiliki ataupun menguasai, monopoli perniagaan gula dan juga tepung sehinggakan digelar sebagai Sugar King. Pernahkah kita persoalkan? Orang dia dapat bukit, dapat tanah, dapat lesen, dan dapatkan pinjaman kita tidak pernah bangkitkan tetapi kita lihat apa yang ditulis dalam blog menghentam dua ke tiga orang bumiputera yang dapat sedikit kekayaan, patutnya kita bantu mereka lahirkan lebih banyak lagi jutawan-jutawan bumiputera supaya keseimbangan ini dapat kita sama-sama rapatkan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sebenarnya bertanggungjawab supaya kita mahu negara kita terus aman, negara kita terus makmur, tidak ada masalah dan kita jalan terus the way forward. Ini kerana kita mahu melihat supaya tahun 2020 kita akan terus menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Jasin, sila gulung.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Beri laluan, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jasin. Tadi Yang Berhormat Jasin sebut mengenai pendapatan isi rumah. Jadi saya hendak dapat pandangan Yang Berhormat Jasin, daripada penyiasatan pendapatan isi rumah ataupun PPIR yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri, didapati bahawa peningkatan pendapatan isi rumah di antara bandar dengan luar bandar ini masih ada jurang lagi. Sebagai contohnya dalam tahun 2009, pendapatan isi rumah di bandar RM4,705, tahun 2012 naik RM5,742. Akan tetapi di luar bandar Yang Berhormat Jasin, hanya pada tahun 2009 RM2,545 sahaja dan tahun 2012 ini hanya meningkat RM3,080 sahaja. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Jasin untuk kita merapatkan jurang pendapatan isi rumah antara bandar dengan luar bandar.

Terima kasih sahabat daripada Yang Berhormat Kota Bharu, memang cukup tepat angka itu. Akan tetapi kita mesti jangan lupa, selain daripada jurang pendapatan isi rumah di antara bumiputera dan bukan bumiputera, di antara bandar dan juga luar bandar. Akan tetapi yang penting

sekarang kita kena persoalkan tentang GNI. GNI per kapita kita sekarang telah meningkat kepada angka RM32,100. Kita mahu menghala kepada USD15,000 yang bersamaan lebih kurang dalam RM50 ribu, itu matlamat kita. Kita yakin dengan peningkatan dari tahun ke tahun ini, kita akan berjaya untuk mencapai tahap yang kita harapkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya gulung Yang Berhormat Jasin, sila gulung.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Secara ringkas, saya hendak sebutkan di sini bahawa beberapa sebab kenapa jurang ini berlaku dan apa yangpatut kita buat. Kita dapat lihat pada ketika ini kita terima hakikat dan mengakui kesilapan kita. Kita sama-sama bantu supaya kita dapat memperbetulkan keadaan. Pertamanya kita dapat melihat kerajaan kita telah melanggar wasiat Raja-Raja Melayu. Seterusnya dasar kerajaan yang lebih mengutamakan pertumbuhan dan kurang menekankan kepada agihan. Ketiganya, dasar kita yang pro orang kaya dan juga orang bandar. Padahal orang luar bandarlah sebenarnya sebahagian besar daripada jumlah 30 juta rakyat Malaysia. Selepas itu, kita dapat lihat pendapatan kapitalis kita melonjak, yang miskin tertinggal semakin jauh. Seterusnya kita kena mengakui bahawa kerajaan kita melebihkan pasaran dan juga mengurangkan campur tangan kerajaan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, government intervention ini adalah sangat penting untuk kita merapatkan jurang supaya penguasaan bumiputera akan terus dapat kita tingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah ke hadapan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera yang merupakan sebahagian daripada agenda nasional, maka saya syorkan pertama, merangsang pertumbuhan, mewajibkan agihan. Ringkasnya mewujudkan semula dasar ekonomi baru yang telah terbukti berjaya itu tetapi hendaklah membuang segala kelemahan. Keduanya, kita mahu menggubal dan melaksanakan dasar induk iaitu mother policy yang mendahulukan bumiputera ataupun bumiputera centric. Kita mahu melaksanakan dasar dan program yang berintegrasi, yang mendatar dan menegak, horizontal dan vertical integration. Kita mahu juga kalau boleh kita kurangkan kuasa pasaran, market force dan kita lebihkan peranan intervensi kerajaan. Kita mahu kalau boleh kita meratakan padang permainan yang lebih adil lagi dan menyemak semula dasar-dasar yang membunuh bumiputera seperti sistem kuota. Pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut selain daripada PNB yang patut dikuasai 100% oleh bumiputera, sekarang biasiswa kita telah diturunkan sebanyak 55%, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun mengikut struktur kaum bumiputera adalah 68% termasuk orang Sabah dan Sarawak, 68%. Sepatutnya kita berikan keutamaan yang disebut dalam Perlembagaan kita tetapi mengapa kita turunkan sebanyak 55% sahaja. Tuan Yang di-Pertua tengok PTPTN, Tuan Yang di-Pertua dulu pengerusi. PTPTN sekarang kalau kita ikut daripada biasiswa mereka, bumiputera hanya memiliki 19% sahaja. Tuan Yang di-Pertua mungkin bersetuju dengan saya, 81% dikuasai oleh bangsa lain. Jadi maknanya kalau ikut daripada struktur kaum adalah kita memang tidak adil langsung. Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati masa. Tuan Yang di-Pertua sudah pandang saya beberapa kali tadi. Saya daripada Melaka Tuan Yang di-Pertua, membawa satu tugas iaitu menyebutkan tentang Selat Melaka, pentingnya Selat Melaka. Selat Melaka adalah satu selat, perairan yang cukup tersibuk dalam dunia. Justeru itu kita dapat lihat kapal yang lalu begitu banyak sekali. Jadi peluang perniagaan pun ada juga Tuan Yang di- Pertua. Sepatutnya kepada orang tempatan tetapi apa yang berlaku tentang perkara ship- to-ship ini. Saya hendak sebut, Tuan Yang di-Pertua bagi saya peluang kerana perkara ini sebenarnya kalau dulu kita bagi pada enam konsesi tetapi hanya satu konsesi sahaja yang aktif sejak bulan November 2012. Akan tetapi apa yang terjadi Tuan Yang di-Pertua, daripada enam konsesi ini telah dibuat sebanyak 14 konsesi pula, konsesi ini di pecah-pecah dan mengapa kita mengabaikan operator kita yang sedia ada yang mempunyai kebolehan dan pengalaman dan juga telah menanam modal. Mengapa kita lantik operator-operator yang tidak mempunyai dengan izin existing organization structure. Ia tidak ada track record dan juga kelengkapan-kelengkapan yang lain. Jadi seharusnyalah perkara ini dapat kita perbetulkan

kerana walaupun ada peluang perniagaan tetapi kalau kita telah pecahkan terlalu banyak compartment kepada 14, maka mereka yang sedia ada, yang telah diberikan konsesi akan susah hendak cari makan. Yang terakhir satu lagi Tuan Yang di-Pertua tentang BR1M. Saya hendak ucap tahniah kepada kerajaan, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tahun depan kita bagi lagi. Inilah sahaja sebenarnya peluang yang kita berikan terutamanya ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Jasin.

...Kepada mereka-mereka yang berpendapatan rendah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Apa yang saya hendak bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kerajaan sebenarnya bagaimanakah taburan BR1M ini kita dapati mengikut kaum kerana apa yang kita lihat banyak daripada kaum-kaum lain tidak ada mempunyai pendapatan yang dibuat oleh Lembaga Hasil. Jadi kebanyakan orang kaya dapat BR1M, kita orang bumiputera yang miskin ini kadang-kadang ada yang tidak dapat, dipotong pula itu. Jadi kita hendak kalau boleh ada keadilan, kita mahu kalau boleh kerajaan terangkan tentang pecahan mereka yang dapat menerima BR1M. Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati masa...

Yang Berhormat Jasin, saya hendak celah sedikit fasal BR1M.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat Gerik, terima kasih.

Pembayaran baucar, kita bagi baucar ini, Maybank, CIMB dan Bank Simpanan Nasional mengehadkan bilangan boleh cash. Minta ketiga-tiga bank ini bagilah, siapa datang dengan baucar, bagi cash terus. Macam mana Yang Berhormat Jasin?

Saya setuju dengan Yang Berhormat Gerik, kita pulangkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh berkenaan dengan isu PBS walaupun esok akan dibuat pengumuman penting oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap sebagai Menteri Pendidikan. Satunya adalah berkenaan dengan PBS yang menjadi rungutan dari kalangan guru-guru. Bukan soal untuk kita melarikan sistem pendidikan kita dengan exam oriented dengan izin, iaitu budaya peperiksaan ini cuba kita elakkan. Akan tetapi yang ditimbulkan di sini ialah soal mekanisme, soal prasarana yang ada yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah. Kita tidak mahu mengulangi seperti mana kegagalan dalam PPSMI iaitu untuk hendak mengukuhkan bahasa Inggeris melalui pendidikan Matematik dan Sains. Walaupun pada ketika itu ditentang oleh ramai dari kalangan cendekiawan termasuk dari kalangan profesor-profesor seperti mana Profesor Abdullah Hassan daripada UPSI, begitu juga dengan Profesor Shahril Md. Zin, anak Melayu pertama yang mendapat PhD dalam bidang matematik, menjadi pensyarah UKM pada ketika itu. Bukan bererti mereka menentang soal berkenaan dengan belajar dalam bahasa Inggeris tetapi kaedahnya melalui penggunaan hendak belajar bahasa melalui Matematik dan Sains itu bukan caranya kerana bahasa ini ada seni yang tersendiri. Walaupun saya mengaji Arab

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

termasuk juga Tuan Yang di-Pertua yang belajar Arab, ‘doroba-doroba dorobu dorobad’, belajar. Kita belajar belum tentu kita boleh mengajar untuk bahasa Arab.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Begitu juga dengan orang yang belajar Sejarah, walaupun dia belajar ekonomi di Amerika, belum tentu dia boleh mengajar bahasa Inggeris kerana bahasa ada seni yang tersendiri. Perkara ini ditentang habis-habisan tetapi kerajaan turut juga buat. Akhirnya kita tengok kerajaan terpaksa rugi sebanyak RM6 bilion. Wang habis dan juga hasilnya kita lihat gagal. Begitu juga dengan PBS yang diperkenalkan sejak tahun 2011. Sepatutnya program seperti begini baik tetapi sepatutnya dikenakan kajian rintis dahulu terhadap sekolah-sekolah. Tiba-tiba kita paksa. Ada idea sedikit, malam ini kita mimpi, esok kita hendak laksanakan. Maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah guru, yang menjadi mangsanya ialah anak murid. Maka wang negara juga akan habis. Walaupun diumumkan oleh Menteri Pendidikan II, ada 55,000 responden yang ditemui bersetuju. Memang kalau kita hendak anggap bahawasanya untuk kita hendak melahirkan pelajar- pelajar yang kita keluar daripada sistem exam oriented, dengan izin, maka memang kena buat tetapi persoalannya yang kita tengok di negara-negara lain boleh kita buat. Syaratnya pelajar dalam satu kelas itu seramai 25 orang. Sekarang saya hendak harapkan Menteri tolong turun ke padang. Pergi tengok sekolah-sekolah, bagaimana ada di kalangan sekolah yang anak muridnya lebih daripada 40 orang. Macam mana mereka hendak menilai dari segi penilaian yang baik kalau itu anak murid lebih daripada 40 orang. Kalau 25 orang macam sekolah asrama penuh, sekolah MRSM okey tetapi kita tengok sesetengah sekolah yang melebihi daripada 40 orang, macam mana cikgu hendak membuat penaksiran terhadap pelajar tersebut? Kemudian pula, ditambah pula dengan bebanan untuk di key-in data. Saya tahu pasal isteri saya seorang cikgu. Dia menjadi mangsa sebab itu ustaz hendak marah sedikit ini [Ketawa] Yang Berhormat Lenggong tidak ada pula. Yang Berhormat Lenggong ini cikgu tetapi dia tidak ada hari ini pula. Tuan Yang di-Pertua, maka dengan sebab itu soal dalam perkara ini kita harapkan supaya perkara yang perlu kita hendak buat biarlah prasarananya lengkap. Penilaian pelajar baik untuk pelajar bertemu dengan pelajar, bertemu dengan guru dan guru dapat membuat penilaian yang baik kepada pelajarnya. Itu yang kita hendak. Sekarang kita tengok macam mana. Sepatutnya hendak buat perkara begini, kementerian juga kena selesai dahulu dari sudut pembangunan fizikal sekolah. Saya hendak beri contoh sekolah dekat dengan Taman Sri Gombak. Taman Sri Gombak, sekolah itu hampir dekat dengan 20 tahun. Sekolah didirikan waktu penduduk taman itu tidak ramai. Sekarang sekolah yang samalah juga ada sehinggakan sekolah tersebut padang pun tidak lengkap. Bangunan sekolah tidak cukup dan sekolah terpaksa ada dua sesi. Saya dengar cadangan kementerian hendak buat sekolah satu sesi sudah lama. Tidak boleh buat ini bukan pasal apa, soal kerana bangunan sekolah tidak cukup. Tiba-tiba kita perkenalkan pula dengan PBS ini tanpa kita melaksanakan projek rintis dahulu sekurang-kurangnya tiga tahun. Kita tengok. Ambil beberapa pilot projek dengan izin untuk kita tengok berjaya atau pun tidak. Mungkin sekolah-sekolah di asrama penuh boleh buat. Satu lagi yang mengajar bahasa. Mengajar bahasa pula penilaian bahasa mesti ada makmal bahasa. Berapa banyak sekolah yang ada makmal bahasa? Banyak sekolah yang tidak ada makmal bahasa. Akhirnya sekolah kata “Ikut awaklah buat asalkan macam mana pelajar itu boleh bercakap, awak bagi penilaian”. Jadi, prasarana kita tidak ada. Kita suruh kita buat. Ini orang panggil nafsu kuat tetapi tenaga tidak ada. Maka sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga kesal terhadap tindakan yang diambil terhadap Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang ditukar keluar daripada sekolahnya di Jerantut ke kawasan lain dengan serta-merta. Maka ini satu tindakan yang kita anggap tidak baik kerana cikgu ini hanyalah menyuarakan suara hatinya. Dia seorang yang kita boleh anggap sebagai wira, pendidik kerana hendak bela. Ramai lagi di sana yang tidak bersetuju tetapi mereka mungkin tidak berani untuk ke depan. Cikgu Mohd Nor Izzat berani untuk ke depan bagi menyatakan bantahan secara terbuka terhadap PBS ini. [Tepuk] Inilah yang kita hendak, yang kita perlu lakukan dalam konteks yang kita sebut tadi.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, kita harapkan juga soal guru ini biarlah mereka diberikan penekanannya soal pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini yang sepatutnya diberikan penekanan dalam sistem pendidikan oleh Kementerian Pendidikan kerana guru-guru hari ini kita tengok semua tugas dia buat. Macam mana masa dia hendak bersama-sama dengan pelajar? Dulu kita tengok pelajar-pelajar sekolah, masalah disiplin tidaklah sedahsyat hari ini. Hari ini kita tengok masalah disiplin memang amat mengerikan. Maka dengan sebab itu antara bendanya kerana hubungan cikgu agak akrab sebabnya bebanan tugas cikgu waktu itu agak berkurangan. Hubungan sosial dengan anak murid agak lebih baik. Akan tetapi hari ini mereka tidak boleh laksanakan dengan bebas tugas yang cukup banyak. Antaranya ialah soal perkeranian untuk key-in data, dengan izin. Hendak masukkan markah pelajar-pelajar dengan PBS ini walaupun kata Menteri Pendidikan I, dia mengatakan guru-guru boleh masuk data walaupun dengan melalui off-line. Tidak perlu tunggu internet. Soalnya kena masuk juga walaupun off-line, kena masuk juga. Saya pernah bertanya soalan supaya minta kepada Kementerian Pendidikan menyediakan pembantu guru yang bertugas sebagai kerani di sekolah. Sekurang-kurang kalau pembantu makmal, kita ada pembantu makmal yang dibayar gaji untuk menguruskan, untuk membantu guru makmal sains, untuk menyediakan alat-alat lab sebelum dia mengajar pelajar-pelajar dalam makmal. Apa salahnya kementerian menggunakan satu kerani, sepuluh orang. Cikgu hanyalah mengajar berhubung dengan budak, buat penilaian dengan budak, untuk masuk data biarlah dari kalangan kerani-kerani yang kita lantik. Ini yang perlu kita lakukan kepada guru-guru. Itu kita tidak kira lagi guru juga kadang-kadang jadi driver ambulan. Pelajar sakit dia kena pergi. Kalau jenis ustazah pula kadang-kadang pelajar-pelajar yang kena rasuk histeria, dia pula kena baca doa, hendak kena halau pula hantu, jin dan sebagainya. Banyak tugas. Budak-budak hendak keluar cikgu pula jadi police traffic. Maknanya guru ini sudah menjadi multipurpose- serba guna.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Baharu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Tadi Yang Berhormat Bukit Gantang menyebut bagaimanakah untuk meringankan beban guru ini dicadangkan pihak kementerian melantik pembantu guru. Mungkin Yang Berhormat Menteri apabila menjawab akan beritahu bahawa kerajaan sudah laksananya benda itu. Akan tetapi saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang. Ada satu kes yang real case lah. Kebetulan adik-beradik saya di sebuah sekolah di Sungai Petani. Memang sekolah itu dia dapat pembantu guru. Seorang saja tetapi gurunya 100 lebih. Apa komen Yang Berhormat Bukit Gantang? Terima kasih

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Ini yang kita tanyakan tadi sebab itu kerajaan kena buat unjuran. Misalnya kita katakan seorang guru, makna sepuluh orang guru ada seorang kerani yang kita lantik melalui SPA dan sebagainya. Jadi sebab itu ini yang perlu. Kalau seorang guru sampai beratus orang tidak ada makna.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya ialah berkenaan dengan soal isu penggunaan sekolah oleh parti politik. Baru-baru ini berlaku pada 27 Januari 2014 di kawasan saya di Sekolah Kebangsaan Cheh, kawasan Parlimen Bukit Gantang. Sekolah itu digunakan iaitu untuk Program Transformasi 100 Hari UMNO Bukit Gantang. Kebetulannya meraikan kemenangan Ketua UMNO Bahagian baru, Syed Abu Husin yang mengalahkan Dato’ Rosli. Maka dia meraikan, buat di sekolah. Tidak apalah kalau hendak guna sekolah itu pasal kita tahu sekolah itu memang hak pusaka daripada... Hak UMNO dan BN. Kita tak ada masalah.

Tahu tak apa!

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, persoalannya, pernah Ahli Parlimen kawasan Bukit Gantang hendak bagi buah kurma ke sebuah sekolah di Changkat Jering, hendak bagi buah kurma. Apabila bagi buah kurma, guru sekolah tersebut dipanggil oleh PPD. Hendak bagi buah kurma, bulan puasa. Bukan hendak bersyarah bab kurma... [Ketawa] Bukan hendak

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

bersyarah, hendak bagi buah kurma. Ini yang kita agak sedih sangatlah. Sebab itu kita harapkan, biarlah profesional sikit dalam pengurusan ini. Isu yang ketiga ialah berkenaan dengan... Ini hendak tanya kepada Kementerian Kewangan ataupun Kementerian Jalan Raya iaitu cukai tiga peratus yang dikenakan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di R&R PLUS. Ini bukan GST ini. GST itu geng songkok tinggi, itu lain. Tiga peratus ini cukai kepada peniaga PLUS. Kepada peniaga PLUS, tiga peratus yang dikenakan. Saya tanya mereka cukai apa? Dia kata, “Kami pun tak tahu ustaz”. Dia kata yang baru dikenakan belum sampai setahun. Kadang-kadang sesetengah peniaga, kebetulan kawasan saya itu R&R buah itu, yang peniaga itu bagi tahu kadang-kadang sampai sebulan mereka bayar RM1,000 sampai RM3,000 pun ada sebulan mereka terpaksa bayar tiga peratus setiap jualan, mereka kena bayar tiga peratus. Saya hendak tanya, cukai apakah yang dikenakan oleh PLUS kepada peniaga R&R ini? Isu yang keempat ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal hari ini trend bank komersial yang duduk tutup bank-bank kecil. Mungkin kerana atas asas mereka kerana mereka berniaga. Kalau bank itu tidak untung, mungkin mereka tutup. Kes yang terbaru berlaku, notis yang ada di kawasan Parlimen saya iaitu Ambank dekat Kuala Sepetang yang notis sudah pun dinaikkan iaitu pada 19 April 2014, bank ini akan ditutup. Cawangan tersebut akan ditutup. Saya berada hari Jumaat lepas di bank tersebut. Hampir dua jam saya tunggu. Saya tengok orang tak putus-putus datang. Persoalan dia, kenapa bank ini ditutup? Sebelumnya, lebih kurang enam kilometer daripada Kuala Sepetang, Bank RHB, Bank CIMB telah ditutup, dan mereka kalau tutup pula Kuala Sepetang, menyusahkan penduduk-penduduk tempatan terutama dari kalangan warga tua yang hendak ambil wang, yang hendak simpan wang yang agak sukar. Maka sebab itu, saya meminta kepada pihak Kementerian Kewangan, biarlah ada satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh bank- bank yang ada pada hari ini untuk membolehkan penduduk di situ ataupun mereka yang berada di kawasan luar bandar ini mendapat kemudahan untuk sistem perbankan ini. Akhir sekali ialah isu berkenaan dengan penggunaan bomoh untuk hendak mencari MH370. Saya harap kawan saya Menteri dari Jerai dapatlah menjawab kenapa benda ini berlaku sehinggakan surat khabar Arab pun tulis. Tulis surat khabar Arab dalam satu surat khabar dia, dia kata, “Akhir taariq” atau “Jalan terakhir”, orang Malaysia. Hendak cari kapal terbang hilang menggunakan sihir. Saudara saya di Mesir waktu hendak renew dia punya visa, pelajar-pelajar dekat Tahrir minggu lepas apabila Arab tanya, “min aina”, “min Malaysia”. Dia pun senyum. Dia kata hebat, dia kata, “Kamu menjadi sahru taa’irah”. Maknanya ‘bomoh kapal terbang’. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kalau P. Ramlee hidup pun, dia pun senyum. [Ketawa] Kerana Laksamana Do Re Mi, P. Ramlee setakat dok atas daun upih sahaja. Dia tak ambil bubu dan juga dia tak letak buah kelapa. Jadi sebab itu...

Teropong ada, teropong?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Teropong. Teropong pula, teropong buluh. Jadi itu yang kita agak sedih juga kita tengok.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Bukit Gantang, bagi Sekijang sekejap.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Boleh, no problem.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Minta izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat daripada Bukit Gantang menyebut tentang media antarabangsa yang kita lihat menggunakan cerita-cerita berkaitan dengan bomoh dan sebagainya ini yang saya kira mereka mendapat maklumat ini pun sebenarnya bukan daripada media rasmi kita, melalui TV1, TV2, TV3 ataupun saluran-saluran rasmi daripada kerajaan.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Jadi, setuju tak Yang Berhormat, kita minta kalau media-media antarabangsa ini jika ada sebarang isu-isu besar berkaitan dengan negara terutamanya kalau hal yang berkaitan dengan seperti kehilangan kapal terbang dan sebagainya ini, boleh tak kita minta mereka rujuk kepada media rasmi dalam negara kita supaya maklumat yang mereka sampaikan itu adalah maklumat yang tepat dan maklumat yang benar dan bukannya maklumat yang menghina negara lain ataupun dilihat seolah-olah seperti tidak menghormati suasana dan peristiwa yang berlaku untuk negara tersebut. Saya minta pandangan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, lepas ini boleh gulung.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gantang, setuju tak dalam kes yang melibatkan MH ini, sebenarnya memang media asing berada di negara kita sendiri? Sebagai contoh, wartawan CNN, wartawan daripada BBC, New York Times. Maknanya mereka tak perlu hendak rujuk kepada media kita sebab media mereka ada bertanya soalan dengan pihak-pihak yang memberi penjelasan. Itu yang pertama. Yang keduanya, kalau kita lihat kepada isu ini juga, kita lihat, sebagai contoh hari ini, baca dalam The Star, satu artikel daripada Martin Corr, beliau sendiri pun- ini akhbar rasmilah. Boleh katakan milik MCA ini. Beliau sendiri menyatakan bahawa memang adanya percanggahan maklumat. Manakala surat khabar yang rasmi kerajaan sendiri pun, bersetuju bahawa dari segi kita handledkan masalah ini, kita tidak memberikan satu kenyataan yang konsisten, coherent. Bermaknanya, buat apa kita hendak salahkan media asing? Itu hakikat yang berlaku, setuju tak?

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau maklumat yang hendak daripada RTM, memang kita tunggu ikan keli tumbuh sisik, baru maklumat itu boleh tepat. Maka sebab itu, kita lihat apa yang berlaku ialah mereka boleh akses maklumat melalui dunia yang terbuka pada hari ini. Saya hendak kaitkan di sini ialah supaya menteri yang jaga bahagian agama, kawan saya dan dulu juga satu kitab mengaji sama dengan saya, tetapi sekarang saya sebelah sini, dia sebelah sana, tak apalah, tetapi sekurang-kurangnya dia mesti untuk memastikan supaya gejala-gejala seperti begini- ini kerana kita lihat isu MH370 ini, kuasa manusia, ilmu manusia, sains yang ada kepada manusia sudah tidak dapat lagi menjangkau. Maka dengan sebab itu, kita mesti kembali kepada khaliq yang mencipta sains, yang menjadikan ilmu itu sendiri. Maka sebab itu kita bimbang, takut dengan perlakuan-perlakuan yang kita buat tadi menyebabkan Allah Taala hijab.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Benda itu mungkin sudah hendak nampak tetapi amalan-amalan yang kita buat membuatkan perkara yang kita hendak dapat tadi terhijab. Akhirnya, kita lihat inilah yang berlaku pada hari in yang menjadi misteri kerana kuasa manusia, kehebatan dari seluruh dunia untuk hendak mencari MH370 sampai hari ini tidak ketemui. Walau bagaimanapun, kita sebagai orang-orang yang beriman, setiap kali kami daripada parti Islam sentiasa berdoa untuk supaya keselamatan diberikan kepada semua penumpang MH370 supaya inilah harapan kita terakhir... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat sekalian, kita telah hadkan masa 20 minit. Ramai di kalangan wakil rakyat Yang Berhormat telah terlajak sampai 30 minit, 27 minit. Jadi, saya harap masa tepat untuk kita berikan peluang yang ramai lagi kepada Yang Berhormat yang lain. Selepas Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Marang. Ya, sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Tuanku di dalam Dewan yang mulia ini pada 10 Mac. Saya ingin merakamkan rasa sedih dan dukacita atas kehilangan pesawat MAS MH370 sejak hari Sabtu, 8 Mac 2014. Kehilangan misteri ini telah mencantumkan dunia ini berusaha untuk mencari dengan memberikan perkara-perkara yang terbaik. Hari ini kita lihat seluruh dunia berkumpul menyediakan enjin-enjin kapal, kapal terbang, alat-alat yang canggih yang berkelas dunia dan pakar-pakar pelbagai bidang berkumpul untuk berusaha mencari di manakah kedudukan pesawat ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Pertahanan, pemangku Menteri Pengangkutan yang telah mengetuai usaha-usaha berterusan ini walaupun dengan banyak kritikan dan sebagainya. Juga terima kasih kepada pasukan search and rescue, dengan izin, yang telah bertungkus- lumus bekerja sudah sampai hari yang kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, mari kita sama-sama bayangkan bagaimanakah nasib penumpang-penumpang di dalam kapal terbang pada ketika ini atau mari kita bayangkan bagaimanakah perasaan ahli keluarga dan sanak-saudara mereka yang terlibat. Marilah kita betul-betul kongsi perasaan ini dan rasa sedih ini untuk kita sama-sama menghayati apa yang dirasai oleh mereka ini. Saya sendiri pernah kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Dalam sekelip mata sebab tidak ada sakit, tidak ada apa. Inilah yang terjadi kepada penumpang di dalam MH370 ini yang dalam sekelip mata hilang. Jadi bayangkan orang-orang yang kita sayang terlibat dalam insiden ini. Cuba kita bayangkan kalau mak dan ayah kita di dalam kapal terbang, cuba kita bayangkan kalau anak kita di dalam kapal terbang. Orang-orang yang terdekat dengan kita dan kita lihat hari ini usaha- usaha fizikal yang maksimum telah dilakukan. Walaupun semua orang tidak berputus asa tetapi kita masih menemui jalan buntu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, seruan saya marilah kita semua sama-sama berdoa dengan sesungguh doa... [Membaca sepotong ayat al-Quran] dan kita melakukan amalan- amalan yang dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT untuk menarik rahmat Allah SWT untuk mendapat petunjuk di manakah pesawat ini berada. Doa merupakan senjata kita dan apa yang berlaku ini adalah ujian daripada Allah SWT. Allah SWT hendak mentarbiahkan kita, bagaimana kita hendak menyelesaikan perkara. Inilah masanya kita bermuhasabah dan insaf akan kekerdilan kita. Masa inilah kita patut bersama-sama. Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat, juga kita sama-sama sepatutnya bersatu hati, contohnya buat amalan solat hajat. Hari ini sudah hari kesebelas. Kita sudah berbahas di Dewan ini sudah banyak hari sudah, tetapi kita belum secara kolektif kita Ahli-ahli Yang Berhormat di sini untuk bersama-sama. Jadi janganlah kita sibuk bertegang leher, menuding jari mencari salah antara satu sama lain. Janganlah kita terpengaruh dengan berita-berita yang tidak tentu, tidak jelas dan tidak ada bukti. Inilah masa untuk kita ketepikan fahaman yang berlainan dan marilah kita bersatu, beristighfar dan berdoa untuk menarik Nusrah Allah SWT...

[Bangun]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua...

Boleh sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Sepang.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

... Tarbiah Allah SWT untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hendak bagi laluan?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sebentar. Untuk memulakan bibit- bibit national reconciliation plan, bibit-bibit untuk menyatukan kita. Inilah yang sepatutnya yang kita nampak. Bukan kita nampak perkara-perkara lain. Pada ketika ini apa yang afdal? Apa yang afdal ketika ini? Apakah keutamaan pada ketika ini? Fokus kita, kesungguhan doa kita, doa dengan meminta pada Allah, merayu kepada Allah dengan tangisan kerana

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

doa begitu sahaja mungkin tidak ada makna, mungkin orang tidak ada penghayatan doa. Maksud saya di sini adalah hakikat doa itu sendiri... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Akan tetapi doa yang bagaimana? Doa yang terbaik ialah kita bertaubat. Doa yang terbaik ialah kita banyak istighfar. Malah yang terbaik lagi kalau kita dapat melakukan sedekah, kita melakukan puasa, kita bernazar, kita berdamai dan kita bermohon kepada Allah SWT dengan sesungguhnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, insiden yang berlaku ini bukanlah untuk kita hendak check kenapa lambat ataupun kita tanya letak jawatan. Ini bukan ceritanya tetapi fokus kita patut pada penghayatan, keinsafan, kesedihan yang patut kita letak dengan izin, putting ourselves in the shoes of the people who are involve in the incident. Sanak-saudara yang keletihan sekarang, dengan susah hatinya dan sebagainya...

Boleh ya sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai, saya berkongsi sama dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi dan adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju dengan saya, maknanya kita perlu ambil pendekatan holistik dalam isu ini. Dengan lain perkataan di samping kita berdoa, sepatutnya kita juga bersama menunjukkan solidarity ini kita ‘walk the talk’. Tadi telah dibentangkan ada satu briefing tetapi tidak diberikan kepada dan tidak dijemput Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat. Setuju tidak dengan saya bahawa ini salah satu bibit-bibit menunjukkan bahawa kita tidak menunjukkan solidarity. Itu yang pertama. Keduanya, Islam juga mengajar kepada kita apabila kita berdoa ini kita juga harus muhasabah juga sebab apabila kita biasa menzalimi orang juga, kadang-kadang doa orang yang dizalimi ada hijab.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Sepang, saya sudah dapat maksud itu. Terima kasih. Jadi saya mencadangkan kita melakukan...

Jadi kena janganlah...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih. Kita melakukan perkara ini walk the talk, dengan izin, this is walk the talk. Kita sudah cakap banyak hari sudah.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kita secara kolektifnya belum lagi melakukan solat hajat bersama.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kita pergi ke Bankuet sana, bersila dan kita solat sama-sama.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Bagan Serai, minta izin.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sekejap ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Saya setuju dengan sahabat kita Yang Berhormat daripada Sepang. Betullah sebenarnya program penerangan ini sepatutnya diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen dan terima kasihlah kepada Pengerusi BNBBC kerana telah menghantar surat dan memaklumkan kepada pihak kementerian untuk memberikan penerangan kepada kami pada malam besok. Jadi pandangan daripada Yang Berhormat Sepang dan juga penerangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai tadi, saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju bahawa penerangan ini seelok-eloknya kalau betul kita minta, biarlah minta

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

dengan pihak kementerian untuk mengadakan penerangan tersebut. Jadi tidaklah kita ini terkapai-kapai dengan maklumat dan sebagainya dan kita boleh faham tentang keadaan apa yang berlaku sebenarnya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Satu lagi apa kata kalau kita beramai-ramai cuba dapatkan satu bas, kita sama- sama pergi ke Everly. Kita pergi ke hotel tempat penginapan, kita lihat suasana macam mana, kita dapat menghayati bersama. Kalau kita duduk di sini dan bertegang leher, maka perkara ini juga tidak akan mendatangkan manfaat yang banyak.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Transformasi Negara telah menunjukkan hasil hari ini yang mana kebaikan telah ada pada negara ini. Laporan pertumbuhan ekonomi oleh Bank Negara menunjukkan negara boleh bertahan pada tahap 5.1% dan tahap pendapatan per kapita telah meningkat sejak 2009. Walaupun dalam keadaan krisis global economy tetapi kerajaan dapat bertahan. Jadi, tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib kerana membuat keputusan yang penting untuk negara. Walaupun keputusan ini keputusan yang dikatakan tidak popular, tetapi keputusan ini ialah keputusan daripada orang yang bertanggungjawab. Keputusan yang berani dan keputusan yang saya kira betul untuk menyelamatkan negara, untuk menyejahterakan rakyat. Rasionalisasi subsidi adalah untuk mengawal kedudukan fiskal dan memperkukuhkan ekonomi negara kita. Saya percaya dengan tersimpannya dana ini, maka peruntukan untuk pembangunan akan dapat ditingkatkan dalam RMKe-11. Contohnya, banyak lagi sekolah perlu dibina, jalan-jalan raya perlu dibina, peruntukan untuk kesihatan perlu dan juga untuk contohnya rancangan tebatan banjir dan sebagainya. Kita lihat hari ini, peruntukan untuk subsidi sehingga RM40 bilion sedangkan peruntukan untuk pembangunan cuma RM46 bilion yang mana peruntukan untuk petrol memakan sampai RM22 bilion. Jadi, inilah dengan rasionalisasi subsidi ini, kerajaan cuba mengurangkan subsidi pukal untuk menghala kepada subsidi yang bersasar dan kerajaan sangat sensitif dan bertindak dengan cepat atas pilihan dan masalah rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat hari ini kalau diberikan subsidi petrol umpamanya, semua orang dapat. Yang kaya dapat, yang miskin dapat, bukan warganegara dapat, PATI dapat, semua orang dapat. Jadi makna ini berlaku ketidakadilan. Sedangkan apabila subsidi dikurangkan dan harga minyak naik sedikit, siapakah yang terkena? Siapakah yang merasa perkara ini? Tentulah orang-orang yang miskin, yang ada masalah. Jadi hari ini, dengan subsidi ini, maka kerajaan dapat menyimpan dan memberikan BR1M umpamanya. BR1M yang diberikan, BR1M 3.0 diberikan pada 7.9 juta isi rumah dengan peruntukan RM46 bilion. Kerajaan dapat berjimat sebanyak RM3.3 bilion setahun dengan subsidi minyak ini. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, tentang subsidi gula, mempunyai dua dalam satu. Satunya, kerajaan dapat berjimat dan memberikan banyak peruntukan untuk pembangunan dan satu laginya adalah untuk kesihatan. Hari ini kita tahu bahawa kita patut ada kesedaran yang tinggi bahayanya gula, tahap kesihatan membimbangkan. Jadi kerajaan hari ini hendak mendidik rakyat, kerajaan yang prihatin yang sayangkan rakyat supaya kesejahteraan kesihatan berlaku. Jadi hari ini negara menuju kejayaan, menuju negara yang berpendapatan tinggi dan juga menuju kepada rakyat yang sihat. Hari ini kita lihat kalau orang kena kencing manis pada saat komplikasi, mereka boleh jadi buta, kaki kena potong. Ada yang kena kegagalan buah pinggang. Ada yang kena strok dan ada yang kena serangan jantung. Jadi, ini akan menaikkan kos perubatan dan akan melambatkan proses untuk mencapai negara maju. Tidak dapat dinafikan dengan implementasi subsidi ini secara beransur, ada kejutan-kejutan sementara. Contohnya, memang ada sedikit kenaikan harga barang umpamanya dan rakyat terpaksa melalui proses ini, pengorbanan ini. Saya hendak bagi contoh, contohnya seorang doktor. Seorang doktor dia diagnose orang ada sakit dan dia kata kena masuk hospital, kena pembedahan. Jadi dia akan merasa sakit. Adakah doktor ini bagi dia sakit untuk merosakkan dia? Tidak, tetapi dia terpaksa melalui proses ini. Proses kesakitan ini, proses pembedahan ini, proses sakit ini, the pain process ini, dengan izin, adalah supaya dia sihat dan dia cepat dapat berlari dengan cepat dan dapat berlari dengan lebih lama. Dalam sakit ini kalau

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

kesakitan ini maka doktor akan beri dia painkiller iaitu analgesic- ubat tahan sakit. Ini adalah kaedah-kaedah sementara. Jadi inilah yang kerajaan prihatin dan sensitif untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menjaga rakyat daripada menanggung bebanan yang berat dan kos kehidupan hari ini. Contohnya BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Khas Awal Persekolahan, Klinik 1Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia dan sebagainya. Jadi hari ini, satu perkara lagi, walaupun dalam keadaan ini, kerajaan haruslah melihat adakah semua isu telah dikenal pasti? Contohnya orang sakit perut. Orang sakit perut kita bagi ubat sakit perut, dia hilang sakit perut. Akan tetapi sebenarnya sakit itu adakah dia itu sebenarnya kena gastrikkah atau apendikskah atau keracunan makanankah?,. Ataupun orang yang batuk. Bagi ubat batuk, lega batuk dia tetapi apakah root cause, dengan izin, apakah perkara sebenarnya? Adakah dia kena tibikah atau asmakah? Jadi kerajaan perlu tangani struktur yang menjadikan penyebab kenaikan harga umpamanya. Mungkin ini disebabkan persaingan dalam kalangan pembekal atau produktiviti yang tidak mencukupi ataupun isu, isu-isu tingkah laku yang tidak bermoral, yang monopolistik dan pencatutan yang dilakukan oleh orang yang ingin mengaut keuntungan. Tuan Yang di-Pertua, natijah ETP akhirnya adalah untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan model ekonomi baru yang berteraskan kepada tiga komponen: peningkatan pendapatan; keterangkuman; dan kemampanan ini hanya akan berlaku bila ada perancangan yang berkesan. Pertumbuhan ekonomi dapat dimanfaatkan oleh wilayah- wilayah atau kumpulan-kumpulan masyarakat yang berkeupayaan. Saya ingin bagi contoh umpamanya di Pulau Pinang, pendapatan perkapita RM36,700 setahun sedangkan di Perak pendapatan per kapita adalah RM20,000 setahun. Jadi, bagaimanakah kawasan- kawasan wilayah di antara ini dapat menikmati apa-apa pertumbuhan ekonomi yang berlaku? Hari ini kita lihat Jambatan Pulau Pinang Kedua telah dirasmikan dan akan ada interchange ataupun exit jalan keluar highway di kawasan Parlimen Bagan Serai. Apakah tarikan untuk ke Perak Utara? Hari ini ibarat saya katakan, hujan lebat sudah turun tetapi di mana tadahannya? Hujan lebat sudah turun, di mana baldinya?. Jadi perlu ada, sebab contohnya di Parlimen saya di Parlimen Bagan Serai, ada potensi untuk berubah. Akan tetapi kita perlukan mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Contohnya, menyediakan institut pengajian tinggi, akan menarik pelaburan dan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di Parlimen ini. Saya memberi contoh umpamanya kita menyediakan kolej universiti, MRSM, sekolah berasrama penuh. Hari ini kita lihat kawasan yang terbaik kerana di antara Taiping umpamanya dengan Pulau Pinang, Parlimen Bagan Serai ini adalah agak ketinggalan dan banyak orang yang masih dalam suasana yang miskin. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Bagan Serai hari ini kedudukan pendidikannya adalah baik kerana pencapaian UPSR, PMR dan SPM adalah kedua dalam negeri Perak dan saya ingin ulang, di Parlimen Bagan Serai tidak ada institut pengajian tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kesihatan merupakan elemen yang sangat penting untuk kesejahteraan hidup. Kesihatan adalah harta kita. Status terkini amat membimbangkan di negara kita kerana penyakit tidak berjangkit, jangkitan dan alam sekitar dengan perubahan iklim telah menyebabkan banyak masalah. Contohnya, National Health and Mobility Survey tahun 2011, dengan izin terkini menunjukkan 2.5 juta orang adalah obes, 2.6 juta orang mengalami kencing manis, 5.8 juta orang mengalami penyakit darah tinggi dan 6.2 juta insan di sini menghadapi tahap kolesterol yang tinggi dan penyakit jantung merupakan pembunuh utama di negara ini. Apa masalahnya hari ini? Saya kira Tuan Yang di-Pertua- saya namakan ini ‘2M’. Di negara kita ini hari ini yang pertamanya ‘mewah makan’; kedua, ‘malas senaman’. Hari ini pengambilan gula tinggi, pengambilan garam tinggi, makan pun banyak, makan pun banyak kali dan makan pada lewat-lewat malam. Ini kita lihat suasana di negara kita ini. Jadi kita tidak tahu hari ini kalau kita tanya, adakah orang makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Yang mana satu? Ataupun kita hari ini makan untuk mati?

Makan untuk mati.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Makan untuk mati. Perkara yang kedua ialah kenaikan kes-kes kanser di negara ini. Walaupun ada R&D iaitu research and development, dengan izin, alat-alat yang serba canggih dan ubat-ubat yang serba terkini dan juga pembedahan tetapi kes-kes kanser masih meningkat dan paling membimbangkan

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

hari ini, denggi merupakan satu epidemik di negara kita. Satu keadaan yang serius dan bahaya. Pada tahun 2012, 21,900 kes dengan 35 kematian. Pada tahun 2013, 43,346 kes dengan 92 kematian. Peningkatan sebanyak 98% dan pada tahun ini 2014, saya mendapat data ini pada 4 Mac hari itu, terdapat 18,145 kes yang mana pada masa yang sama tahun lepas, cuma ada 4,370 kes. Maknanya, peningkatan 316%...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila gulung.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Setakat ini 36 orang sudah meninggal. Jadi, saya ingin juga membawa isu ini iaitu isu di Parlimen Bagan Serai, ingin mengetahui status hospital baru di Parlimen Bagan Serai dan juga ingin sekali lagi menyarankan bahawa pentingnya mewujudkan hospital yang berpakar serta ingin juga meminta daripada kementerian untuk mewujudkan satu lagi klinik di antara Bagan Serai hingga Kuala Kurau iaitu Klinik Matang Gerdu kerana klinik di Bagan Serai dan Kuala Kurau ini congested, dengan izin, sehingga 300 orang satu hari dengan keadaannya yang hampir sama dengan hospital di Parit Buntar. Jadi, permintaan ini adalah klinik type three atau jenis ketiga yang mana tanah telah diperoleh tetapi menunggu pelaksanaan oleh kementerian. Tuan Yang di-Pertua, bagi masa sedikit lagi, sedikit. Sempena dengan Tahun Melawat Malaysia, saya ingin membawa satu lagi isu iaitu destinasi pelancongan di Parlimen Bagan Serai yang mungkin tidak mendapat banyak promosi. Ada tiga destinasi pelancongan yang boleh dan sepatutnya dimajukan oleh Kementerian Pelancongan. Tarikan ini boleh menjadi tarikan pelancongan di Malaysia dan juga di dunia serta boleh meningkatkan ekonomi tempatan. Pertama Pulau Orang Utan di Bukit Merah yang lebih dari sepuluh tahun di mana inilah pusat perlindungan dan pemulihan. Hari ini ada 24 Orang Utan yang terdapat di sana. Tarikan Bukit Merah ini telah membawa ramai pelancong-pelancong dari luar negara. Saya percaya dengan wujudnya Pulau Orang Utan ini di mana spesies ini dapat dilakukan kajian, dapat menambahkan ilmu tentang bagaimana spesies yang hampir pupus ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cukuplah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup lah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dua, tiga minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukuplah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sedikit, sedikit sahaja. Dalam seminit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Buat celahan, celahan. Cukuplah, cukup. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagan Serai mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Marang.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Alhamdulillah... [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab]

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan Titah Diraja. Pertama-tama saya bersama rakan-rakan, semua Ahli Parlimen sama ada daripada kerajaan atau pun pembangkang menyertai Titah Yang di-Pertuan Agong menyatakan simpati kita terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370, penerbangan Malaysia pada Sabtu, 8 Mac 2014. Dalam keadaan yang seperti ini atau pun dalam keadaan yang cemas menjadikan manusia akan bergantung kepada Tuhan sama ada orang Islam atau pun bukan Islam, sama ada yang mempercayai agama termasuk yang tidak percaya kepada agama, sama ada yang tahu agama termasuk yang paling jahil akan berusaha secara masing-masing memohon kepada Allah supaya diselamatkan kerana ada sentuhan kemanusiaan dalam hati masing-masing. Bagi kita penganut Islam marilah kita kembali kepada Quran yang menyatakan rahmat Allah yang luas bukan sahaja di bumi termasuk di langit, di laut dan di angkasa, manusia dan binatang kita pohon rahmat ini. Allah menyebut dalam surat Al-Mulk... [Membaca ayat al-Quran] Ayat 19, surah Al-Mulk. Bila rujuk penterjemahannya, “Adakah mereka tidak lihat, perhatikan bagaimana burung yang terbang di udara di atas mereka berbaris-baris. Burung itu tidaklah boleh bertahan terbang menahankan dirinya melainkan dengan rahmat daripada Tuhan yang Maha Pemurah melimpah rahmatnya”, dan Tuhan itu Maha Melihat segala-galanya termasuklah mereka yang ada dalam pesawat itu dilihat oleh Tuhan. Kalau burung dilihat, manusia lebih lagi dilihatnya. Dalam surah Yasin menjadi amalan semua umat Islam khususnya di dalam kesusahan. Tuhan berfirman... [Membaca ayat al-Quran]. “Di antara tanda kebesaran Tuhan itu ialah Dia menjadikan manusia berada di atas kenderaan. Zuriat keturunan Ahmad Adam berada di atas kenderaan laut yang boleh membawa mereka dalam air yang lembik tidak tenggelam. Dan kami ciptakan seumpamanya kenderaan-kenderaan yang lain termasuk juga di udara dan jika kami kehendaki kami tenggelamkan mereka semua dengan dibinasakan tanpa mendengar suara laungan sedikit pun dan mereka tidak boleh menyelamatkan diri melainkan dengan rahmat daripada kami dan menjadi kebahagiaan untuk sementara waktu”. Marilah kita harapkan rahmat ini dengan kita semua memohon kepada Tuhan supaya diselamatkan semua penumpang, semua kru yang ada di dalam pesawat itu diselamatkan oleh Allah. Walaupun kita melihat di sana ada mereka yang berdoa secara jahil, berdoa secara agama masing-masing. Itu satu hal yang lain. Pernah disebut oleh Ibnu Qayyim Al- Jauzi dalam kitab karangannya tentang ‘al-Albiya’- orang-orang bodoh. Pernah berlaku pada zaman dahulu apabila berlakunya kemarau yang terlalu dahsyat menyebabkan binatang-binatang ternakan mati, maka seorang yang dungu, yang bodoh, yang bebal kasihan melihat binatang itu berdoa oleh kerana semua orang bejat dengan dosa, maka Tuhan terima doa orang yang bodoh ini, diterima oleh Tuhan. Maka diturunkan hujan. Tiba melihat rumput yang tumbuh dengan subur, lalu si bodoh ini berkata, “Wahai Tuhan kalau aku tahu engkau ada keldai aku bawa keldai itu pergi makan.” Lalu seorang Nabi pada zaman itu mahu pergi menegurnya kerana kejahilan si bebal ini. Tuhan penternak keldai dan Tuhan mewahyukan kepada Nabi itu jangan pergi. Itulah akalnya, kemampuannya. Biarlah dia dalam keadaan begitu. Walaupun ada kesilapan, perbetulkan kesilapan itu. Bagi orang Islam ini tanggungjawab Jabatan Agama untuk membetulkan. Apa yang Penting kita mengambil kira semua pihak bersimpati terhadap peristiwa yang berlaku. Ini satu perkara yang perlu diberi penekanan dan inilah perkara yang mengandungi hikmat untuk menyatukan seluruh rakyat daripada semua kaum, semua agama, semua bangsa dan menyatukan manusia di seluruh dunia dan kita perlu mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ilmu, teknologi yang ada pada masing-masing daripada semua negara untuk memantau, untuk mencari seberapa daya yang dapat walaupun di sana ada kelemahan-kelemahan manusia, yang ada perlu membetulkan kelemahan-kelemahan ini. Perlu dikaji di mana kelemahan teknologi kita, radar kita dan sebagainya perlu disiasat. Jangan kita act tidak mahu mengaku kelemahan-kelemahan itu. Ini perlu, dalam masa yang sama kita mengucapkan syabas kepada semua pihak. Ia perlu dilakukan.

Oleh kerana segala usaha telah dilakukan oleh semua pihak untuk mencari tidak ada tanda-tanda kemalangan. Kemungkinan adanya unsur-unsur keganasan. Sekiranya ada unsur-unsur keganasan maka semua pihak perlu melaknat dan mengutuk keganasan ini. Menentang keganasan ini habis-habisan tanpa mengira sama ada adanya unsur dalam negara atau pun luar negara atau pun kuasa besar dunia mesti ditentang habis-habisan kerana peristiwa yang berlaku mengorbankan nyawa seperti ini tidak mengambil nilai kemanusiaan sejagat. Di sana ada kanak-kanak, ada perempuan, ada orang tua. Apa lagi itu kapal terbang awam, bukan kapal terbang perang. Ini perlu dihormati oleh seluruh dunia, perlu hormat. Kalau adalah unsur-unsur keganasan ini, maka perlu tindakan bersama secara menyeluruh tanpa mengira siapa. Ini perlu kita kutuk dan kita laknat.

Saya ingin menarik perhatian, banyak kenyataan yang dibuat dalam media kita, media arus perdana seperti RTM, TV3, ASTRO AWANI dan lain-lain, kenyataan daripada pemimpin negara dan pegawai tinggi yang dipancarkan di seluruh negara, yang didengari oleh majoriti di rantau ini 300 juta yang boleh berbahasa Melayu, tiba-tiba kenyataannya bahasa Inggeris kerana menghormati beberapa orang kakitangan media yang ada tanpa kita mengambil kira majoriti rakyat yang lemah yang mendengar ini di mana mengikut Islam, simpati orang-orang yang lemah sangat penting, simpati orang yang daif sangat penting di mana kadang-kadang doa orang yang daif, yang lemah ini diperkenankan oleh Tuhan. Oleh sebab itu, peranan media supaya sampai kepada seluruh rakyat sangat penting. Mengapa kita menggunakan bahasa Inggeris? Apa yang saya rasa sangat sedihlah bila pegawai berkenaan buat kenyataan dalam bahasa Vietnam, yang China dalam bahasa Cina, kita buat dalam bahasa Inggeris. Jangan kita ulangi lagi peristiwa perjanjian gencatan senjata dengan komunis yang berlaku tahun 80-an apabila wakil Thailand berucap dalam bahasa Thai, wakil Malaysia dalam bahasa Inggeris, Chin Peng cakap dalam Bahasa Melayu. Itu tidak wajar perkara ini kita ulang lagi. Bukan kita tak mahu kita tahu bahasa asing sebanyak-banyak tetapi bahasa jiwa bangsa. Maklumat perlu sampai kepada semua orang, ini sangat penting. Seterusnya saya tarik perhatian, jadikan aspek ini sebagai aspek menyatukan umat, menyatukan rakyat oleh kerana Islam memberi perhatian yang penting. Peranan agama Islam tak diberi khususnya dalam membetulkan beberapa kesilapan. Perlembagaan Persekutuan walaupun sudah ada dalam Perlembagaan itu Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain bebas. Islam agama Persekutuan, agama lain bebas tetapi Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan menyatakan bidang agama yang diberi kepada negeri sangat terhad, sangat terhad. Bidang kuasa agama, bidang kuasa negeri. Negeri tak boleh lebih daripada yang diberi oleh Persekutuan. Berlakunya percanggahan ini. Pembetulan perlu dibuat dalam perkara ini supaya bagi kita orang Islam perlu kita menunjukkan ajaran-ajaran Islam yang sangat menarik dalam menyelesaikan masalah ekonomi, menyelesaikan masalah jenayah, menyelesaikan masalah perpaduan, menyelesaikan masalah pendidikan, menyelesaikan semua masalah. Islam boleh mengatasi segala teori dan ideologi. Dalam masalah perbankan Islam yang sudah dilaksanakan, di mana muamalat Islam masih belum menyeluruh. Cara-cara konvensional Barat masih diamalkan. Tak beri tempat kerana masih terikat dengan akta-akta kewangan, akta bank. Apa salahnya kita amal konsep feudalisme yang sudah ada, bidang kuasa agama, dengan kita pinda Jadual Kesembilan ini memberi ruang kepada negeri-negeri, negeri yang majoriti orang Islam seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor diberi ruang untuk melaksanakan Islam dengan cara menyeluruh supaya kita dapat memberi peranan kepada Islam dan tunjuk kepada kaum lain bahawa Islam adalah satu model yang sangat baik, adil untuk semua. Dalam aspek keadilan, aspek mahkamah, aspek perundangan, banyak aspeknya yang kita ketinggalan dengan sebab adanya kekangan tersebut. Seterusnya saya tarik perhatian kepada ucapan Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong supaya dalam kita mengejar kemajuan ekonomi jangan kita membebankan rakyat, dibebankan rakyat dengan masalah inflasi dan seumpamanya. Di sana ada cadangan GST, cukai barangan yang akan dikenakan kepada rakyat. GST ini dalam sejarah percukaian dalam Islam, dilakukan secara darurat. Adakah negara kita benar-benar dalam keadaan darurat?

Pernah berlaku pada zaman Kerajaan Abbasiyah apabila kaum Tatar menakluki Baghdad, pusat kerajaan Islam, mereka menakluki sehingga Syria. Mekah dan Madinah dalam ancaman, Mesir dalam ancaman, lalu Sultan Muhibuddin Qutuz di masa itu mahu mencadangkan GST, dikenakan cukai kepada semua rakyat. Dipanggilnya ulama-ulama. Di situ ada seorang ulama iaitulah Izzudin, seorang ulama dalam Mazhab Syafii memberi pandangan adalah haram bagi kerajaan mengenakan cukai kepada semua rakyat selagi tidak dibelanjakan wang-wang lebihan, selagi tidak dikenakan kepada mereka yang berada terlebih dahulu, termasuklah kalangan-kalangan atasan yang bermewah-mewah ini. Kenakan mereka dahulu barulah kena pada orang miskin. Ini perlu dalam hal ini. Kita melihat sumber negara kita sangat banyak. Sumber bumi ada petroleum, ada pertanian, ada galian. Sumber korporat, sumber pelabur asing masih ada di negeri kita ini. Sumber-sumber ini perlu disusun dengan baik, dengan cara yang baik. Cuma perlu kita atasi supaya jangan ada bocor, jangan ada boros. Kalau bocor dan boros ini dapat diatasi, saya yakin dan percaya GST akan dapat kita tangguhkan. Tidak membebankan rakyat apa lagi sekiranya berlaku inflasi. Dengan sebab belum ada, dah berlaku inflasi, kenaikan harga barang-barang. Ini satu hal yang kita kena sedar. Dalam masa yang sama, dalam masalah subsidi sebagai contoh. Beri subsidi duit. Saya mengalu-alukan kerajaan untuk menilai semula subsidi ini supaya jangan bocor, ini baik, tetapi di sana perlu subsidi yang merangkumi semua. Sepatutnya subsidi ini ditumpukan bukan dengan bagi duit tetapi menurunkan harga baja, menurunkan harga makanan haiwan, menurunkan kos bahan pertanian. Sepatutnya itu supaya sumber makanan negara, sumber kalangan miskin dapat diperkaya dengan cara yang menyeluruh, bukan dengan cara yang terpilih. Itu cara yang kita hendak atasi. Kita melihat bagaimana negara-negara maju dalam dunia, negara besar seperti Jepun, Amerika, Jerman, Britain walaupun mereka maju dalam aspek industri, namun mereka tidak lupa dalam aspek pertanian dan kita melihat bagaimana keuntungan dalam bidang-bidang yang lain disubsidikan kepada aspek pertanian. Jepun, saya ulangi sekali lagi, pernah dalam Dewan acap kali saya ulang, pernah memberi subsidi sehingga 99% kepada petani untuk mencukupkan makanan negara dan untuk mencukupkan bekalan masa darurat. Bahkan negara seperti Amerika boleh membantu negeri yang kebulur. Ini satu hal yang sangat penting perlu menjadi pengajaran kepada kita. Akhirnya, saya ingin menarik perhatian kepada isu luar negeri, isu Palestin. Umat Islam dilanda oleh pencerobohan Israel yang sudah melampau. Mengancam Masjid Aqsa, kiblat kedua bagi orang Islam. Ini tak boleh dibiarkan. Dengan sebab itu, kita melihat keangkuhan Israel perlu dipadukan penentangannya di kalangan negara-negara umat Islam. Malaysia perlu memainkan peranan dengan rakan-rakan OIC dalam menghadapi ketakburan Israel ini dengan cara yang bersepadu. Walaupun kita sedar kebiasaannya negara-negara Barat tidak mengizinkan bagi negara umat Islam membina kekuatan bukan sahaja dalam isu Palestin, dalam masalah isu yang lain pun tak diizinkan. Contohnya pernah dahulu Almarhum Necmettin Erbakan, Perdana Menteri Turki mencadangkan supaya mata wang Dollar digantikan dengan Dinar, disokong oleh Tun Mahathir. Masa itu saya masih ingat lagi, disokong Tun Mahathir. Bagaimana ia mendapat tentangan dari Amerika. Amerika telah menentang, Erbakan digulingkan dan bagaimana terpaksa syor ini senyap dan diam begitu sahaja. Kita tak tahu dolar Amerika ini kertas kosong kah atau ada cagaran. Mungkin kertas kosong kerana mentang-mentang dia kuasa besar dunia, kertas kosong, kita tunduk kepada dia. Dengan sebab itu, adalah lebih penting kerjasama di kalangan negara umat Islam diutamakan, negara ASEAN diutamakan daripada kerjasama dengan negara kuasa besar. Bukan tak boleh ada hubungan, ada hubungan tapi jangan kita terikat dengan syarat-syarat mereka. Sepatutnya kita berpadu dengan negara-negara lemah. Kalau kita tak hidupkan kembali, tunduk kepada kuasa besar, saya bimbang sejarah Syarikat Hindia British, Syarikat Hindia Belanda akan berulang. Berulang penjajahan ekonomi, kemudian penjajahan politik.

Nak diulang senario itu balik, dengan sebab itu kita perlu berwaspada dalam masalah ini. Saya ingin menarik isu yang berkait dengan Bangladesh. Perkara itu berlaku di Bangladesh. Apabila beberapa orang pemimpin gerakan Islam dikenakan hukum mati oleh kerajaan dia. Pada hal mereka menyertai NGO yang demokrasi, parti yang demokrasi

semata-mata kerana dendam tahun 70-an apabila pemimpin-pemimpin menentang Bangladesh dipecahkan dari Pakistan. Dahulu Pakistan itu macam barat, berlakunya diskriminasi, berlakunya tidak puas hati maka ditubuh negara Bangladesh. Kalangan ini tidak setuju, berpecah. Yang tidak setuju ini, dijadikan penjenayah dikenakan hukuman mati. Ini satu perkara yang sangat memalukan dan saya harap rakyat Malaysia dapat memainkan peranan terutamanya kita ada hubungan dengan Bangladesh, pekerja-pekerja mereka ada sini. Kemudian Islam di Afrika Tengah ini tidak boleh dibiarkan. Perlu kita mainkan peranan melalui OIC. Gunakan pengaruh kita bersama rakan-rakan lain. Saya rasa itulah beberapa perkara yang saya dapat ucapkan, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jerlun.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya juga diberi peluang untuk turut membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada istiadat perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Malaysia pada 10 Mac yang lalu. Saya Yang Berhormat Jerlun menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Antara inti pati penting di bawah Titah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda adalah kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Kemakmuran tidak akan memberi makna jika masih ada golongan rakyat hidup dalam kesusahan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh beberapa perkara yang ringkas yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dekat berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran terutama sekali di luar bandar. Pertamanya adalah berkaitan dengan industri padi. Malaysia telah menghasilkan hampir 2.6 juta, (data yang tidak rasmi) juta tan padi pada tahun 2013 dan kini tahap SSL atau sara diri negara dalam industri beras ini ialah hampir 70%. Pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil padi terutama sekali dari segi yield ataupun hasil melalui pelbagai projek pengairan di dalam kawasan jelapang juga sokongan kepada penyelidikan dan pembangunan skim subsidi yang berjumlah RM2,645 untuk setiap hektar. Kolaborasi di antara agensi kerajaan dan juga swasta segala jenis amalan pertanian yang baik dan juga sudah tentulah mutakhir sekali pelarasan harga padi. Di Kedah contohnya RM1,050 kepada RM1,200 satu tan. Namun kita menyedari industri pengeluaran padi cukup dinamik dan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman. Antarnya yang paling penting adalah penyakit yang pelbagai, cuaca yang semakin tidak menentu. Kadang-kadang banjir besar, kadang- kadang baru-baru ini macam kemarau yang berterusan. Sudah tentulah ianya memberi kesan yang amat mendalam, tinggi kepada hasil dan juga bottom line sekali adalah pendapat kepada petani. Terkini dalam industri padi kita menghadapi satu lagi cabaran terbaru yang melanda iaitu bacteria leaf blight ataupun bahasa kita disebut sebagai hawar daun bakteria. Di laporkan BLB, bacteria leaf blight memberi kesan hampir kepada 40% kawasan tanaman di Barat Laut Selangor pada musim yang baru lalu. Di Kedah di kawasan MADA melibatkan 2,000 hektar tanah yang telah ditanam. Malahan dilaporkan di luar negara seperti negara-negara ASEAN, hampir 20% di Indonesia, di Filipina dan di Thailand. Malahan di Vietnam dilaporkan, masalah ini mendatangkan musibah merebak hampir 70% kawasan tanaman di Delta Mekong. Difahamkan masalah BLB ini tidak mempunyai pendekatan menggunakan chemical ataupun kimia. Jadi tidak ada bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang kita bimbangkan ialah BLB ataupun bakteria hawar daun ini akan merebak ke seluruh negara dalam tujuh kawasan jelapang utama ini sekiranya kita tidak mengambil pendekatan mengawal pergerakan benih padi antara negeri. Jadi apakah jawapan kepada isu ini. Kita sedar kita bukan hanya sekadar hendak mendengar dan melihat isu ini berlaku. Jadi apakah mampu kita menghasilkan benih padi yang kebal dan boleh menahan ancaman penyakit ini. Apakah pula besok-besok kerajaan akan diminta untuk membayar wang ihsan kepada petani sekiranya penyakit ini berleluasa. Umpamanya

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

apabila kita diancam pendapatan apabila berlaku banjir dan kemarau. Maka kita memohon dan saya mencadangkan supaya untuk penyelesaian jangka panjang, sudah tentulah kita perlukan pendekatan memperkenalkan padi hybrid dalam negara kita ini secara komersial. Kita sedar, ketika ini memang ujian sedang dibuat, penyelidikan sedang dibuat untuk benih-benih padi hybrid untuk diperkenalkan dalam negara. Namun, kita sedar bahawa ianya seketika ini adalah sekadar untuk penyelidikan dan mungkin mengambil masa yang agak panjang, mungkin empat lima tahun 10,12 musim. Jadi sudah tentulah kita bimbang ianya boleh memberi kesan kepada petani sekiranya BLB ini berleluasa. Difahamkan bahawa padi hybrid ini mempunyai kekuatan, ketahanan untuk mengatasi masalah BLB ini. Maka sudah tentulah kita mengharapkan pendekatan yang jauh lebih cepat iaitu daripada kita menunggu hasil kajian yang dibuat yang mungkin akan mengambil masa yang agak lama iaitu dengan memberi ruang untuk kita importkan benih padi hybrid ini untuk tujuan komersial. Namun kita sedar, kita sedar bahawa kita mempunyai Akta Kuarantin Tanaman 1976 yang hanya boleh membenarkan, akta ini hanya membenarkan import benih padi ini bagi tujuan penyelidikan. Akan tetapi di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 yang disebut sebagai Akta 522, Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa dan budi bicara untuk membenarkan memberi pertimbangan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan pengeluaran padi ini dapat diberikan kelulusan khas. Maka kita berharap dan mencadangkan supaya mungkin kebenaran untuk memasukkan benih-benih hibrid ini dapat dibuat dengan skala yang lebih besar untuk memastikan masalah yang kita hadapi ini dapat kita atasi dengan seberapa segera. Cadangan ini dibuat kerana kita sedar ketika ini kita semua selalu berkata tentang borderless world, iaitu dunia tanpa sempadan. Kita bercakap tentang teknologi-teknologi baru yang mungkin pada ketika ini kita masih baru dalam percubaan. Namun beberapa negara sudah pun terkehadapan. Kita juga sedar bahawa setiap R&D, penyelidikan dan pembangunan ini mengambil masa yang agak panjang untuk melihat hasil dan keberkesanan sebenarnya. Untuk mengatasi masalah-masalah pelbagai penyakit dan juga mengikut finding ataupun dapatan FAO sendiri, di mana kita sedar untuk masa hadapan bagi kenaikan pengeluaran hasil hanya 10% bergantung kepada expansion of areas ataupun memperluaskan kawasan tanaman, 20% daripada crop intensification dengan izin, dan juga 70% daripada R&D Inovasi dan juga dasar-dasar. Maka di atas perkara yang ketiga itu, 70% bergantung kepada dasar, mungkin kita mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya kerajaan dapat melihat semula Akta 522 iaitu Akta Kawalan Padi dan Beras serta juga akta yang berkaitan dengan kuarantin tanaman pada tahun 1976 itu dapat dikaji supaya kita dapat memasukkan benih-benih baru ini supaya kita dapat mengatasi secara keseluruhan masalah yang saya kira boleh menjadi ancaman yang besar.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Seterusnya sudah tentulah kita juga menghadapi masalah siput gondang emas. Ini memang biasa kepada masyarakat petani di mana siput ini merupakan satu jenis binatang yang membawa ancaman. Sejenis spesies yang menjadi ancaman. Pada mulanya hanya dibawa untuk bahan hiasan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Jerlun, boleh? Boleh saya tanya sedikit?

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Tolong quick one, ya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Okey, sedikit sahaja tentang siput tadi sebab siput ini dimakan di Thailand. Siput gondang tadi dan saya sendiri pernah makan siput gondang yang dimasak di Thailand. Jadi, yang saya sebut ialah kerana saya rasa agak hairan kenapa kita tidak makan siput tadi? Terima kasih.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Saya ingat dari segi ancamannya, ia lebih banyak di mana setiap tahun dilaporkan siput gondang emas ini membawa kerugian sebanyak RM100 juta kepada industri padi negara. Jadi, kalau kita hendak makan, bolehlah makan

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

tetapi saya ingat ia tidak boleh dimakan macam ikan. Siput ini pula dia boleh hidup walaupun kemarau baru-baru ini. Katanya dia boleh duduk di dalam tanah sehingga tujuh meter dalam. Bila air disalirkan, ia akan kembali hidup. Masalahnya ialah soal makan atau tidak makan ini pada saya tidak menjadi hal tetapi masalahnya ia menjadi satu ancaman, satu masalah yang besar kepada industri padi yang mendatangkan kerugian setiap tahun. Mengikut laporan hampir RM100 juta. Jadi, sudah tentulah pada saya ia memerlukan satu pendekatan yang integrated, yang segera dan sepadu antara agensi kerajaan, swasta dan sebagainya untuk kita atasi masalah ini. Seterusnya, saya hendak sentuh sedikit tentang masalah getah. Getah memang ketika ini rakyat merungut dan mendatangkan masalah terutama sekali di luar-luar bandar tidak kiralah di Baling, di Sik termasuk juga di Jerlun di mana harganya agak rendah. Akan tetapi di Kedah, kita mempunyai perancangan. Kerajaan mempunyai perancangan pembangunan Rubber City di Kota Putra. Kita mengharapkan pembangunan Rubber City ini yang mempunyai kawasan antara 1,200 hektar sehingga 1,600 hektar dapat dipercepatkan. Ia merupakan satu kawasan yang akan integrate, yang akan menyatupadukan antara production atau pengeluaran tanaman dan juga kepada aktiviti hiliran, aktiviti tambah nilai dalam industri getah dengan harapan apabila Rubber City ini dapat disiapkan, maka insya- Allah banyak lagi bahan-bahan baru dapat diperkenalkan. Dengan harapan supaya permintaan terhadap getah ini akan dapat ditingkatkan seterusnya akan meningkatkan harga di masa depan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain berkaitan dengan MH370. Sudah banyak dinyatakan, diperdebatkan dan sebagainya. Pada saya apa yang berlaku pada MH370 ini mempunyai pelbagai blessing dan sebagainya kepada kita. Seharusnya kita melihat, kita mempunyai banyak pihak berkepentingan ataupun stakeholders. Sudah tentulah yang pertama sekali anak kapal, penumpang dan juga keluarga mereka. Kita amat bersimpati dan berdoa semoga MH370 ini akan balik dan semua yang terlibat masih hidup dan dapat kembali ke negara masing-masing, insya-Allah. Sudah tentu juga stakeholder yang kedua ialah MAS. MAS mempunyai kepentingan kerana ia pemilik syarikat penerbangan dan ia sudah tentu akan memberi impak jangka panjang sama ada positif atau negatif. Kita pun sedar MAS sudah tentu tanpa MH370 ini pun sedang menghadapi pelbagai masalah apatah lagi apabila MH370 ini berlaku, ia memberi reputasi yang buruk kepada syarikat tersebut. Sudah tentu juga, tanpa sedar atau tidak, Boeing sendiri sebagai brand atau jenama kapal-kapal terbang itu pun mempunyai kepentingan kerana dia pun takut orang tidak percaya dengan Boeing dan mahu naik airbus. Rolls-Royce sendiri sebagai enjin yang ada di kapal terbang itu pun mempunyai kepentingan. Katanya kononnya enjin Boeing ini, enjin Rolls-Royce ini mempunyai device yang boleh mengesan di mana letaknya kapal itu tetapi dia pun tidak dapat kesan. Sama juga dia dengan McDonnell Douglas. Itu saingnya. Kita juga mungkin tidak lupa satu lagi stakeholder yang amat penting ialah pembekal teknologi. Pembekal teknologi umpamanya pembekal radar dan sebagainya yang hairan bagaimana radar mereka tidak dapat mengesan kapal tersebut. Jadi, sudah tentulah yang lain termasuk juga kerajaan yang mempunyai kepentingan yang amat besar kerana selain daripada ia berlaku di negara kita. Rakyatnya terlibat maka sudah tentulah kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kerajaan Barisan Nasional ini memang terbukti dan sedang berusaha keras untuk memastikan segala apa juga yang perlu dapat dibuat untuk mengesan dan sudah tentu menyelamatkan kapal tersebut. Seterusnya stakeholder adalah rakyat yang bertanggungjawab. Rakyat yang bertanggungjawab yang memang turut bersedih dan mungkin kebanyakan kita hanya mampu berdoa tetapi kita tidak mengelirukan orang lain dengan pelbagai maklumat- maklumat palsu. Mungkin ada juga sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab merasa seronok bila kejadian ini berlaku sedangkan sepatutnya ia kita anggap sebagai satu tragedi dan jangan kita lupa sesungguhnya ini adalah satu kes study, yang pertama dalam sejarah penerbangan dunia. Federation International Aviation (FIA) sendiri pun mempunyai stake yang penting kerana mereka sendiri pun buntu. Jadi, kita anggap bahawa dengan berlakunya MH370 yang sudah pun masuk hari kesepuluh atau kesebelas ini, ia bukan untuk sesiapa hendak menuding jari kepada sesiapa. Semua orang bertanggungjawab dan sudah tentulah kita berharap ia selain daripada menjadi satu test case, kes study yang amat unik, yang tidak pernah berlaku

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

dalam sejarah penerbangan, sejak daripada orang mula naik kapal terbang sampailah ke hari ini. Semua pihak yang banyak kepentingan ini amat menanti dengan penuh debaran dan penuh mencabar. Sudah tentulah mereka mengharapkan ia dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh. Tidak ada sesiapa pun yang seronok. Orang-orang yang bertanggungjawab ini tidak akan berasa seronok dengan kejadian ini kerana pada saya ia adalah satu ujian yang perlu ditangani bersama dan bukan untuk kita mengambil kesempatan untuk menuding jari dan menuduh sesiapa yang tidak mampu dan sebagainya. Jadi, sudah tentulah kita mengharapkan dengan penglibatan tambahan daripada 14 buah negara kini sudah menjadi 25 buah negara maka kita harapkan MH370 ini akan dapat dikesan seberapa segera yang mungkin. Kita harapkan insya-Allah anak-anak kapal yang ada di dalam itu, semua penumpangnya akan selamat dan kembali ke destinasi masing- masing dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jerlun mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin mengambil kesempatan ini menzahirkan rasa simpati kepada penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370 serta keluarga mereka dan sama-sama kita berdoa agar mereka selamat kembali ke tanah air masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, negara kita juga terpaksa berhadapan dengan cabaran daripada ketidaktentuan ekonomi global. Maka perancangan dan pelaksanaan projek mega perlu lebih berhati-hati dan kajian sedalam-dalamnya dan menyeluruh mesti dijalankan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil. Projek mega yang saya maksudkan bukan hanya oleh Kerajaan Persekutuan tetapi juga projek yang akan dilaksanakan oleh negeri- negeri. Saya ingin tanya bagaimana dengan pengawalan dan pemantauan Kerajaan Persekutuan terhadap projek-projek mega oleh pihak kerajaan negeri. Contohnya di negeri Melaka, projek mega Melaka Gateway. Satu projek mega yang dikatakan bernilai RM40 bilion yang akan juga terlibat dengan projek Taman Laut. Saya percaya Kementerian Kewangan dan EPU pun sedar dan meluluskan. Kalau tidak, mengapa Perdana Menteri sanggup hadir dan merasmikan upacara pecah tanah projek ini?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, adakah projek ini viable dan praktikal? Saya rasa ragu. Namakan syarikat yang akan melaksanakan projek mega ini dan bagaimanakah dengan kedudukan kewangan syarikat ini dan latar belakang syarikat ini? Apakah pengalamannya dalam projek mega? Tuan Yang di-Pertua, negeri Melaka telah mengalami kegagalan beberapa projek mega yang pada mulanya diheboh-hebohkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional seperti projek Pulau Melaka, Bandar Baru Golden Valley, Baba Nyonya Resort dan banyak lagi. Semua projek mega ini sungguhpun dikatakan projek swasta, akan tetapi kerana penglibatan pemimpin atasan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, maka terdapat ramai pelabur tempatan dan asing terperangkap dan jadi mangsa di dalam projek-projek yang telah gagal atau telah terbengkalai pada masa kini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri menyatakan dengan detailnya asas pertimbangan dan kajian-kajian yang telah dijalankan dan juga langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan satu lagi projek mega yang akan gagal. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya bangkit ialah tentang bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ini kerana banyak aduan kita terima tentang amaunnya. Ada RM650, ada RM450, RM300 dan juga RM270. Dari aduan yang saya terima, penerima-penerima BR1M ini tidak ada sebarang pertambahan dalam pendapatan mereka dan status mereka pun sama. Akan tetapi, tiba-tiba kali ini mereka dapat kurang.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Apakah sebabnya? Harap kementerian dapat menjelaskan perkara ini dan juga nyatakan cara untuk mereka merayu. Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar impian rakyat untuk memiliki rumah yang selesa pada harga berpatutan terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar termasuk penjawat awam. Memandangkan tanah pembangunan di bandar begitu terhad dan harga rumah di bandar pun terlampau tinggi, maka saya sokong pelaksanaan projek PR1MA. Bukan hanya dapat mengatasi masalah ini, ia juga dapat mewujudkan sebuah kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan dan keperluan asas. Saya juga percaya bahawa kajian pasti telah dijalankan tentang market demand jenis rumah yang dipohon oleh golongan tertentu ini. Saya ingin tanya bagaimana dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Melaka dalam menjayakan projek ini? Tuan Yang di-Pertua, untuk mengukuhkan dan meningkatkan kedudukan negara kita sebagai negara destinasi pengunjung dunia yang terkenal, tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia 2014. Saya ingin bertanya usaha-usaha dan program-program tambahan yang akan dilancarkan untuk memastikan kejayaan projek ini. Dalam usaha ini, saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri tentang beberapa perkara di negeri Melaka yang saya percaya ia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, Jonker Walk telah jadi satu destinasi pelancongan utama di negeri Melaka. Ia dikenal sebagai dengan izin Tuan Yang di-Pertua, a weekend pedestrian night market. Jalan Hang Jebat ini ditutup untuk perniagaan malam dan pertunjukan pentas pada hari Jumaat hingga hari Ahad dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Tidak boleh dinafikan, selepas 14 tahun, usaha Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja telah berjaya menjadikan Jonker Walk ini satu tapak pelancongan terpilih untuk setiap pelancong yang datang melawat Melaka. Saya harap kedudukan ini boleh dikekalkan dan cara perniagaan Jonker Walk ini tidak akan berubah. Satu lagi tapak pelancongan yang menarik di negeri Melaka ialah perkampungan Portugis. The only one Portuguese settlement di Malaysia dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Budaya dan cara hidup kaum Portugis sudah menjadi salah satu tarikan pelancongan seperti Pesta Saint John, San Pedro, Hari Krismas – berpuluh ribu pelancong melawat kampung ini. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, pagar besi di sepanjang sea front walk pavement dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sudah berkarat dan juga runtuh ke laut. Lampu jalan pun langsung tidak berfungsi. Ini amat berbahaya kepada pelancong terutama kanak-kanak. Demi mengelakkan sebarang insiden yang tidak dingini, saya mohon kementerian agar dapat membaik pulih kemudahan-kemudahan ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjanji secara umum, akta-akta yang dianggap sebagai luput, tidak wajar atau bercanggah dengan semangat perlembagaan, standard antarabangsa atau hal kemanusiaan akan dikaji semula dan dipinda atau dibubarkan. Salah satu yang dijanjikan akan di bubar iaitu Akta Hasutan. Saya ingin tahu bilakah ia akan dibentangkan di Dewan ini untuk dibubarkan? Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sering kali berjanji ia akan mengkaji dan membuat pindaan kepada undang-undang jika mendapat kesan atau impak yang negatif apabila satu undang-undang itu dikuatkuasakan. Pada tahun lepas, Dewan ini telah meluluskan pindaan atas Akta Duti Hiburan. Satu perintah telah dikeluarkan, Perintah Duti Hiburan (Pengecualian bagi Taman Tema) (Pembatalan) 2013, satu caj sebanyak 25% ke atas setiap bayaran masuk ke mana-mana tempat hiburan, taman tema. Memandangkan perintah ini telah membawa banyak tentangan dan bantahan dari pelabur-pelabur taman tema dan juga orang ramai dengan alasan seperti ia akan menjejaskan sektor pelancongan dan sektor pelaburan. Kementerian dapat mengutip cukai dari keuntungan mereka dan juga pelbagai. Jika masih ingin kutip 25% dari bayaran masuk ini, memang akan jadi cukai berganda dan tidak adil kepada mereka. Jika pengusaha-pengusaha taman tema ini terpaksa menaikkan harga bayaran masuk, ini diyakini membawa bebanan kepada pengunjung-pengunjung dan juga akan menjejaskan kejayaan projek Tahun Melawat Malaysia 2014. Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011, saya ingin merujuk kepada bayaran pemeriksaan dan kuarantin. Satu caj pemeriksaan untuk setiap ekor binatang yang diimport dari negara asing di mana bagi anjing, RM50; kucing, RM40. Saya anggap ini masih boleh diterima. Akan tetapi, RM50 untuk setiap ekor reptilia seperti cicak, kuda-kuda,

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

ular dan satu kadar yang sama dan tidak ikut nilai adalah amat tidak wajar. Terdapat kadar caj pemeriksaan ini kadang-kadang hampir sama dengan nilai binatang itu. Ini telah menjejaskan perniagaan bidang ini dan akan mengakibatkan kenaikan harga binatang di pasaran juga. Harap dapat kaji semula dengan satu cara caj yang lebih munasabah. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya ingin bangkit kali ini adalah tentang wabak denggi. Wabak ini bukan hanya wabak musim, malah wabak sepanjang tahun. Dari angka yang kita terima, nampaknya kementerian masih tidak mempunyai satu langkah yang berkesan untuk mencegah wabak ini. Saya sendiri pun menjadi mangsa kepada wabak ini. Semasa saya dirawat di hospital, doktor pakar memberitahu saya pada masa kini masih tidak ada ubat khas yang boleh merawat sakit denggi. Ia terpulang kepada tubuh badan pesakit sendiri untuk melawan virus ini. Pihak hospital hanya boleh memantau keadaan pesakit terutama blood count dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the white blood cell dan platelet. Doktor tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan tradisi luar.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Lima hari saya diwadkan dan keadaan semakin teruk. Saya dinasihatkan oleh kawan-kawan mengambil sejenis jus daripada daun setawar. Keesokan harinya bacaan dia bertambah baik. Bacaan platelet naik balik dan saya dibenarkan keluar dari wad. Inilah pengalaman saya sendiri. Sejak saya sembuh dari bulan September tahun lepas hingga sekarang, saya sudah membantu dan membekalkan jus daun setawar ini kepada tidak kurang dari 2,000 orang pesakit denggi. Ia telah terbukti berkesan. Saya mohon pihak kementerian menjalankan kajian kepada jus daun setawar dan lain-lain rawatan tradisi. Kemungkinan besar negara kita akan dapat mengenalkan satu ubat baru untuk merawat demam denggi. Dengan itu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berpeluang juga bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam membahaskan usul ucapan terima kasih menjunjung kasih di atas Titah Tuanku ketika merasmikan sidang Dewan. Saya bersekutu dengan kawan-kawan yang lain berhubung dengan kehilangan pesawat MH370, sesungguhnya merupakan sesuatu yang sangat menyedihkan dan sangat meruntun perasaan. Ia sesuatu yang mengejutkan sehinggakan sekarang ia dianggap bukan kes tanggungjawab Malaysia semata-mata, malah dunia sudah menumpukan segala kekuatan dan kemampuan untuk sama-sama mencari di manakah pesawat MH370 ini berada. Jadi ia suatu yang pertama kali dialami. Saya merakamkan perasan sedih dan sama-sama berdoa supaya pesawat MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat dan kembali ke pangkuan kita. Tuan Yang di-Pertua, banyak kita pelajari daripada krisis ini bagi kita yang mahu melihat, mahu muhasabah bagaimana ia terjadi dan apakah yang perlu kita pelajari. Dalam tempoh yang sedemikian rupa, banyak pihak, banyak pandangan dan banyak analisa diberikan kepada insiden ini, tragedi ini sehinggakan kita yang tidak tahu soal aviation pun, sekarang ini pun sudah ada yang berlagak bergaya sebagai pakar. Jadi pelbagai andaian dibuat. Semua orang menunggu dengan tidak sabar untuk mengetahui selepas sembilan hari ini di mana beradanya MH370. Oleh sebab itu banyak pandangan yang berbeza-beza yang pelbagai yang menyebabkan menjadi keliru, menjadi semakin tidak faham dan semakin merumitkan keadaan apa lagi kepada keluarga. Jadi oleh kerana itu, seharusnya kita yakin dan percaya kepada pihak berwajib khususnya kerajaan, kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan usaha-usaha mencari pesawat ini. Jadi oleh kerana itu kalau hendak dikatakan kurang pemberitaan, setiap hari ada diberikan laporan akhbar ataupun kenyataan-kenyataan akhbar. Akan tetapi kita kena faham bahawa setiap maklumat yang hendak diberikan berkaitan dengan kedudukan pencarian MH370 ini tentulah dibuat dengan teliti, berhati-hati dan pasti supaya ia tidak dibuat berasaskan andaian-andaian dan juga

perkara-perkara yang belum dapat disahkan oleh sumber-sumber dan juga pakar-pakar dalam bidang penerbangan. Oleh sebab itu kerajaan mengambil masa dan melaporkan sesuatu yang sudah pasti. Jadi oleh kerana itu, jangan kita merasa ragu dan kita menyalahkan kerana kononnya tidak punya laporan yang lengkap, kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu. Saya fikir tidak ada yang mahu disembunyikan oleh kerajaan dalam hal ini. Ini berkaitan dengan nyawa manusia dan ia merupakan sesuatu yang terbuka kepada soal antarabangsa. Pencarian juga dibuat oleh banyak pihak. Bukan dibuat oleh negara kita semata-mata. Amerika, China, Australia, Singapore yang menggunakan peralatan-peralatan canggih dan tidak mungkin kerajaan merahsiakan sesuatu dari pengetahuan rakyat. Jadi yakinlah bahawa apa yang lapor dan apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini berada pada landasan yang betul dan insya-Allah kita doa semoga kita akan menemui MH370 dalam tempoh yang terdekat ini. Tuan Yang di-Pertua, jadi berkaitan dengan Titah Tuanku ketika membuka sidang ini, ada kaitan dan manifestasinya dapat kita lihat di dalam insiden MH370 ini. Apabila kita mungkin melihat sesuatu insiden, kejadian dan perkara yang ada dalam negara ini dari perspektif politik yang keterlaluan. Semuanya dilihat dari perspektif politik, bagaimana sesuatu itu boleh kita terjemahkan dan memberi manfaat kepada sokongan politik dan sebagainya. Ini sangat tidak baik dan sebab itulah mungkin Tuanku menyatakan supaya kita berhemah, kita menjadi Ahli Parlimen yang boleh memainkan peranan secara berkesan, secara berhemah dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat, dengan tujuan agar dapat membentuk keharmonian dan juga kemakmuran kepada negara dalam keadaan maruah, integriti dan nilai penghormatan rakyat tempatan dan dunia kepada Ahli Parlimen diangkat begitu tinggi. Jadi, ini boleh disempurnakan dengan melihat kepada politik yang lebih matang. Melihat cara yang lebih tersusun, bukan melihat dari perspektif bagaimana sesuatu boleh kita manipulate. Bagaimana sesuatu kita boleh ambil kesempatan untuk mengelirukan dan mendapat dividen politik daripada semuanya. Ini yang dihadapi dalam negara ini kadang-kadang kerana manipulasi yang keterlaluan sehinggakan usaha-usaha kerajaan bukan terbantut oleh kerana tidak wujudnya kestabilan politik, bukan terbantut oleh kerana tidak punya idea dan gagasan yang bernas, tetapi kadang-kadang terbantut kerana adanya cara kita yang sentiasa mencari sesuatu yang baik itu tetapi mencari kelemahannya, mencari kekurangannya. Apa yang baiknya tidak kita mengetengahkan tetapi kita cuba mempengaruhi, mengetengahkan dan menimbulkan kepada rakyat kekurangan-kekurangan yang kadang-kadang itu tidak masuk akal. Kerajaan dalam soal untuk membina rakyat, memberi kesejahteraan rakyat apabila melakukan rasionalisasi subsidi umpamanya, dalam membuat GST, ini pertimbangan- pertimbangan jangka panjang dan jangka pendek. Oleh sebab itu kesan-kesannya sudah diambil kira oleh kerajaan maka diberi bantuan-bantuan yang berupa BR1M dan seumpama itu sebagai gantian kepada kehilangan subsidi yang mungkin kita terima walaupun kita tahu subsidi minyak umpamanya banyak manfaat pergi kepada mereka yang berada dan tidak kepada mereka yang betul-betul menjadi sasaran.

Oleh sebab itu distruktur semula, mekanisme subsidi itu dikaji semula. Akan tetapi sesetengah pihak tidak membantu. Ini pembangkang yang seharusnya menjadi pengukuh, check and balance, sepatutnya sama-sama memberikan kredit dan sokongan kepada usaha Kerajaan Barisan Nasional dalam mengimbang kesan daripada rasionalisasi ini. Rasionalisasi ini sesuatu yang baik untuk jangka pendek dan jangka panjang akan manfaatnya. Jadi oleh sebab itu, politik kita perlu anjakan, perlu perubahan cara. Kalau kita pun lihat tadi banyak peraturan yang ada, yang kita sendiri pun tidak ikut dan sebagainya. Jadi ini menyebabkan orang hilang hormat kepada kita. Oleh sebab itu, kalau kita lihat dalam Barisan Nasional khususnya dalam UMNO, sudah melakukan perubahan- perubahan bukan sekadar cara, tetapi orangnya juga sudah berlaku perubahan. Sudah banyak kali. Daripada Tun M sebagai Perdana Menteri dan Presiden dengan lancar, baik, kemas, tertib berpindah kepada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Begitu juga Tun Abdullah dengan tertib dan dengan kemas menurunkan pusaka kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Ini sudah berlaku, ini sudah dibuat perubahan-perubahan itu. Jadi sampailah waktunya perubahan itu juga harus berlaku dalam pihak pembangkang. Jadi harus perubahan dan beri laluan kepada yang baru dengan menghormati jasa dan usaha yang telah diberikan. Dengan perubahan baru itu akan membawa satu bentuk senario politik yang lebih menjurus ke arah melahirkan idea, keupayaan yang berkesan dan penuh dengan penghormatan dan cara yang tertib. Jadi, itulah di antaranya supaya kita dapat membentuk budaya politik yang baru supaya yang betul kita kena pertahankan, tidak kiralah ia daripada pembangkang ataupun kerajaan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab kerajaan ialah untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan selamat dan rakyat hidup harmoni dan selesa. Akan tetapi dalam urusan itu, ada perkara-perkara yang kadang-kadang di dalam kawalan dan kadang-kadang di luar kawalan. Oleh sebab itu sebagai pembangkang yang berkesan, kita harus menjadi pembangkang yang produktif. Mana yang bagus dilakukan oleh kerajaan, harus mendapat pujian dan sokongan secara bersama. Akan tetapi yang salah itu, yang tidak betul itu, harus diketengahkan dan kerajaan harus respons secara positif bagi menjamin masa depan rakyat dan negara. Jadi abang dari Kota Bharu, minat juga. Silakan.

Dato' Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertariklah dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi khususnya mengenai - kalau dalam istilah yang popular sekarang ini ke arah rekonsiliasi nasional, umpamanya yang diperkatakan sekarang ini. Dengan mengatakan bahawa kalau pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk memajukan negara, pihak pembangkang pun perlu perkara yang sama juga. Saya amat bersetuju begitu. Akan tetapi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jelebu, apa yang kita perkatakan, kadang-kadang tidak sama dengan apa yang kita laksanakan. Sebagai contoh, layanan yang sewajarnya diberikan kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat umpamanya wakil rakyat, tidak kira daripada pembangkangkah ataupun dari kerajaan, kadang-kadang amat berbeza. Saya bagi contohlah yang tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, satu insiden yang besar dalam negara iaitu MH370, kononnya, taklimat yang hendak diberikan oleh kementerian yang berkenaan kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Parlimen masih lagi menunjukkan tidak ada kebersamaan sama ada daripada kerajaan dan juga pembangkang. Contohnya dikatakan esok hendak bagi taklimat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional sahaja. Ini satu contoh. Banyak lagi contoh yang lain. Jadi, adakah Yang Berhormat Jelebu bersetuju kalau saya katakan bahawa hendak menarik semua pihak untuk memajukan negara, membangunkan bangsa dalam negara ini perlu melibatkan semua pihak tanpa ada satu diskriminasi atau pilih kasih dan sebagainya? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya bersetuju dengan pandangan itu. Daripada segi prinsipnya, semua rakyat, semua wakil rakyat, harus memperoleh layanan yang setara dan setaraf dengan hak masing-masing. Tidak ada pilih kasih harus dilakukan. Mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan, mana yang diperuntukkan oleh peraturan, itu harus diberi secara sama rata. Jadi soalnya, bak kata orang Negeri Sembilan, “Adat lalu tengah terang, pakat runding dalam gelap”. Ini kadang-kadang dalam amalan kehidupan biasa begitu. Ada perkara yang boleh dibuat secara terbuka. Ada perkara yang kita runding secara tertutup. Ini kerana kebaikan kalau dibincangkan secara terbuka, mungkin mudaratnya besar tetapi berpakat secara rundingan yang tertutup itu, kerana hendak menjaga maslahatnya. Ini semua orang melakukannya. Akan tetapi daripada segi prinsipnya, keadilan ataupun hak mengikut perlembagaan, undang-undang dan peraturan itu terpakai kepada semua. Jadi itulah yang boleh saya beri pandangan. Jadi berkaitan, balik-balik kepada pengajaran tadi itu. Soal tragedi MAS MH370 ini merupakan sesuatu yang sepatutnya menggabungkan kita, menyatukan kita sebagai sebuah negara, sebagai bangsa kita. Tidak kira apa fahaman, tidak kira apa keturunan, tidak kira apa agama. Ini soal yang bukan disengajakan dan ini bukan soal yang boleh kita lakonkan. Akan tetapi ini soal keselamatan dan ini soal antarabangsa. Oleh sebab itu kalau

ada pihak-pihak yang sinis, yang mempermainkan dan meletakkan kerajaan sebagai pihak yang bersalah, saya fikir itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan. Akan tetapi sepatutnya segala kepakaran tidak kira dasar, latar belakang kita harus bersama-sama mempertahankan dan berusaha. Kalau sesuatu itu di luar bidang kuasa kita, memadai dengan doa, itu pun sudah alhamdulillah. Akan tetapi bukan dengan merendah-rendahkan usaha dan sebagainya, itu mungkin akan merumitkan. Jadi berbalik kepada tanggungjawab kita sebagai ahli politik, sebagai Ahli Parlimen yang mempunyai kelas tersendiri, wawasan dan ketertiban. Jadi mulai sekarang, kita harus meningkatkan usaha kita, cara kita supaya dapat melahirkan satu bentuk rakyat dan satu bentuk negara yang termaju dan dihormati di seluruh dunia. Jadi berkaitan dengan itu, pembangunan dalam negara yang harus kita lihat, saya punya pandangan iaitu supaya satu apa yang dipanggil sebagai pendemokrasian pembangunan itu haruslah mendapat kajian semula atau menjadi satu dasar baru bagi pihak-pihak yang terlibat di dalam merencana pembangunan. Sebab pendemokrasian pembangunan itu bermakna doktrin, cara konvensional yang ada kepada pengkaji ekonomi khususnya Economic Planning Unit (EPU) supaya penentuan prioriti projek hendaklah diubah bentuk dan caranya. Kalau mengikut ahli ekonomi, sudah tentu projek-projek yang berimpak tinggi khususnya projek berkaitan dengan prasarana akan diberi keutamaan kepada kawasan- kawasan yang boleh menjana ekonomi dan pertumbuhan. Oleh sebab itu kawasan luar bandar yang tidak mempunyai tarikan dan kriteria itu, sudah pasti selalunya tidak akan menjadi keutamaan kepada kerajaan dalam memberi projek-projek yang berimpak tinggi ini. Oleh sebab pulangan dalam bentuk pembangunan dan penjanaan ekonomi itu tidak sebaik kalau sekiranya projek berkenaan dilakukan di kawasan yang memang sudah maju. Seperti kawan-kawan dan rakan-rakan lain cakap, kekuatan kerajaan selama ini, kesetiaan datang dari luar bandar.

Oleh sebab itu, kerajaan bertanggungjawab, Economic Planning Unit bertanggungjawab kalau hendak bina jalan raya yang baik harus dimulakan di kawasan luar bandar. Tetapi, kalau teres menerus semua kemudahan, semua teknologi, semua prasarana mesti dibuat di bandar bagi memenuhi permintaan, bagi mencukupkan dan melengkapkan keperluan penduduk yang begitu tinggi. Jadi oleh sebab itu, kalau pendemokrasian pembangunan prasarana ini tidak dibawa, tidak diubah doktrinnya dalam kita menentukan priority project untuk dibina maka kawasan luar bandar akan terus ketinggalan dan akan menjadi kawasan yang terakhir untuk menerima pembangunan dan ini sesuatu yang sangat merugikan. Kita kena pulangkan balik kepada rakyat di kawasan luar bandar sebab itulah kerajaan tidak boleh menilai projek-projek yang berimpak tinggi khususnya prasarana jalan raya dan kemudahan-kemudahan institusi tinggi dalam perkiraan ekonomi biasa. Tetapi ia harus menjadi sebagai sesuatu hadiah, sesuatu yang penting di kawasan itu untuk membangunkan dan menjadi nukleus bagi pembangunan kawasan luar bandar dan ini membolehkan penduduk yang berlebihan di kawasan bandar ini balik ke kampung dan ditempatkan di kawasan luar bandar dan mengurangkan masalah-masalah jangka panjang di kawasan bandar. Jadi di dalam konteks itu, saya memahami bahasa badan speaker kita. Jadi satu, dua perkara dengan ringkas saya hendak sampaikan Tuan Yang di-Pertua. Iaitu pertama, berhubung dengan pendemokrasian pembangunan prasarana tadi. Jadi sebagai kawasan Parlimen Jelebu, jikalau tidak ada jalan yang cukup baik untuk mengeluarkan kawasan ini daripada kepompong itu maka pembangunan di kawasan Jelebu tidak akan dicapai. Sebab itu jalan ini merupakan jalan yang boleh menghubungkan Jelebu dengan kawasan-kawasan Lembah Klang, Melaka dan sebagainya. Dengan itu akan menyebabkan pembangunan boleh berjalan dengan baik di masa akan datang. Jadi keduanya, sebagai nukleus pembangunan yang segara, satu pusat pengajian tinggi dalam konteks pendemokrasian pembangunan tadi juga harus diwujudkan di Parlimen Jelebu supaya ia memberi kesan, impak kepada permintaan domestik yang meningkat dan menyebabkan pembangunan boleh berjalan dengan baik. Walaupun dalam

perkiraan EPU, mungkin kawasan-kawasan luar bandar ini kalau hendak dibuat hospital baru, hendak dibuat balai polis baru, bilangan penduduk tidak cukup, pengguna tidak cukup ini alasan biasa yang diberi. Akan tetapi itu tidak boleh menjadi sebab kenapa hospital-hospital ini tidak boleh diberikan peralatan-peralatan canggih dan peralatan-peralatan baru yang sofistikated, setaraf dengan yang diperoleh di dalam bandar. Jadi jikalau bangunan baru tidak dapat katil, alat-alat kepakaran harus sampai kepada kawasan-kawasan luar bandar ini. Sebab itu Jelebu tidak ketinggalan untuk memohon Kementerian Kesihatan bagi melihat aspek ini dalam meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan luar bandar. Seterusnya yang akhir, iaitu memohon penjelasan daripada kementerian yang berkaitan dengan apakah ada rancangan dan usaha ke arah untuk mewujudkan harga lantai bagi komoditi-komoditi utama yang menjadi sumber pendapatan kawasan luar bandar ini umpamanya, getah, sawit dan sebagainya. Kalau orang kampung memohon supaya suatu dasar berkaitan dengan harga lantai ini diusahakan oleh kerajaan sebagai jaminan bahawa mereka mempunyai pendapatan yang mungkin tidak turun daripada apa yang sepatutnya dan sewajarnya. Akhir, ini betul akhir ini Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh bank-bank. Jadi perkhidmatan yang dikenakan oleh bank berkaitan dengan penggunaan cek. Ini sesuatu – bank membuat untung berbilion-bilion ringgit. Kita pelanggan dia yang menggunakan cek, pergi ambil cash kena RM2. Itu sebagai sebahagian daripada perkhidmatan. Sepatutnya bank ini carilah untung bukan kepada pelanggan- pelanggan tetapi menerusi perniagaan dan sistem pinjaman yang lebih canggih. Masuklah ke peringkat antarabangsa pun tetapi janganlah kenakan kepada pelanggan yang menggunakan cek, pergi bank cash cek kena RM2. Sekarang ini pula dikenakan caj kalau urus niaga untuk clearing pun katanya akan dikenakan caj 50 sen ke RM1 saya tidak pasti...10 sen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

50 sen.

50 sen. Jadi ini semua harus mendapat pertimbangan Kementerian Kewangan supaya melihat semula agar bank-bank ini tidak keterlaluan dalam usaha untuk meningkatkan keuntungan mereka dan anggaplah semua itu adalah core business dia dan dia harus menjadikan itu sebagai satu perkhidmatan kepada pelanggan mereka yang banyak sebenarnya memberi keuntungan dan pulangan kepada mereka dalam bentuk simpanan-simpanan yang ada. Tuan Yang di- Pertua, saya...

Sikit, sikit Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sudah habis masa Yang Berhormat .

Pasal bank ini, hendak sokong.

Okey sila-sila Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih kepada kawan saya Yang Berhormat Jelebu. Saya juga mendapat surat-surat aduan daripada beberapa NGO, mereka mengatakan bahawa pihak khususnya pihak Maybank lah yang bertindak freeze account pemegang akaun apabila adanya default daripada mereka. Jadi tindakan membekukan tanpa menyaman, freeze dulu satu tindakan yang dilihat mendatangkan kesusahan kepada ramailah. Ada beberapa bank yang mempunyai peruntukan seperti itu. Jadi setuju kah kalau saya katakan bahawa kalau boleh ada satu review terhadap clause seperti itu. Sebab apabila kita freeze satu akaun atau bekukan akan menyebabkan dalam keadaan – walaupun saya memang tahu bank berhak untuk ambil tindakan yang munasabah tetapi apabila kita freeze akaun itu dia akan mendatangkan kesusahan yang lebih besar. Jadi saya harap – saya setuju katakan kalau sudah sampai masanya unfair treaty, unfair terms act ini supaya diperkenalkan supaya kita dapat protect pengguna- pengguna ini dengan lebih baik lagi. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Jadi itu pandangan yang harus diberikan perhatian oleh pihak Kementerian

Kewangan supaya apa juga tindakan-tindakan yang harus dibuat oleh mana-mana pihak juga janganlah sampai membebankan dan tidak melaksanakan keadilan di dalam sistem yang ada sama ada di dalam bank atau mana-mana institusi yang ada di dalam negara ini supaya hak dan kepentingan yang sewajarnya dan sepatutnya rakyat terima harus dipertahankan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya nyatakan supaya kita sama-samalah menjaga negara kita tidak kira di mana kedudukan kita berpijak kepada kebenaran, bagi yang benar kita nyatakan benar, bagi yang tidak betul kita perbetulkan tanpa melihat perspektif politik yang keterlaluan dan manipulasi yang keterlaluan dan ini tidak akan menguntungkan masa depan negara dan tidak akan menguntungkan diri kita dalam jangka panjang. Jadi dengan kata-kata itu saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berucap membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menyentuh isu yang kurang menarik yang dibahaskan, tidak hot tetapi penting iaitu kesihatan. Tapi sebelum itu, saya ingin menyebut tentang tiga perkara besar negara kita yang saya rasa yang perlu disebut. Pertamanya saya juga ingin merakamkan rasa sedih saya peribadi dan juga kawan-kawan terhadap kehilangan jet MH370 dan berdoa supaya semua yang ada di dalam jet itu krew dan penumpang semuanya selamat kembali.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Keduanya, saya juga ingin merakamkan rasa sedih tentang kematian enam orang anak muda dan remaja dan awal dewasa akibat terlebih dadah methamphetamine dan alkohol yang dikaitkan dengan satu festival muzik. Sebagai seorang yang ada anak yang berusia demikian, saya dapat merasakan kehilangan ibu bapanya dan kesedihan mereka dan berharap supaya benda ini dikaji dan dilihat sampai tuntas apa masalahnya dan bagaimana boleh berlaku supaya dapat dielakkan daripada berlaku lagi di masa depan. Ketiganya saya ingin menyebut juga perkara-perkara besar dalam negara mengenai Mahkamah Rayuan, kes rayuan Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah Rayuan yang lepas. Saya tidak ingin menyebut fakta mahkamah atau penghakiman iaitu dalam peringkat rayuan tetapi tindak-tanduk Mahkamah Rayuan itu menghantar mesej bahawa apa yang kita, kebanyakan rakyat bimbang iaitu tentang sistem kehakiman belum boleh bangun berdiri sebagaimana zaman sebelum Tun Salleh Abas dipecat dahulu, sebelum rejim Tun Mahathir ketika itu mengembirikan mahkamah itu masih berlaku. Itu kebimbangan kita, demi masa depan anak cucu kita. Tuan Yang di-Pertua, isu kesihatan penting dan sangat penting walaupun bagi ahli politik ia mungkin bukan suatu yang hot tetapi kita kena tahu bahawa Kementerian Kesihatan diberi peruntukan pada bajet yang lepas sebanyak RM22 bilion lebih dan ini bukan dijangka akan berkurang tetapi akan bertambah dari tahun ke tahun. Sedangkan, kematian kerana penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan strok itu meningkat, bukan berkurangan. Ini menjadikan beban yang sangat besar kepada negara kita, kewangan negara kita. Malahan, projection dengan izin, oleh pakar- pakar di Amerika sendiri pun boleh membankrapkan negara apatah lagi negara kita yang kita juga punya masalah-masalah lain untuk diatasi. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, tidak ada apa yang misteri dan rahsia tentang apa yang harus kita lakukan untuk mengatasi ledakan penyakit cardiovascular, penyakit diabetes, obesiti dan lain-lain lagi yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Memang kita antara yang tertinggi di Asia, tertinggi di dunia, tetapi itu boleh diatasi dan tidak ada misteri. Kita cuma perlu pergi kepada sains yang baik, the good science dengan izin. Ada benda-benda yang memang kita boleh buat, cuma kita perlu sedikit kekuatan, political will dengan izin untuk bersungguh-sungguh melakukannya.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Kita ada kajian-kajian yang cukup besar yang boleh kita manfaatkan. Bukan kita lakukan. Dilakukan dengan belanja dan dengan tenaga kepakaran orang-orang lain yang cukup-cukup besar tetapi malangnya tidak kita manfaatkan kerana kita menganut beberapa doktrin kesihatan yang pada saya merupakan ajaran-ajaran sesat yang telah menyesatkan kita, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ada apa yang disebut Framingham Heart Study di Massachusetts, Amerika yang telah berlangsung sejak tahun 1948. Itu satu kajian yang cukup besar, berlangsung di tahun 1948. Sebahagian besar Ahli Parlimen kita yang generasi saya, yang awal 50-an tidak lahir lagi dan ia sudah berlangsung sampai sekarang. Ada jumpaan-jumpaan yang boleh kita manfaatkan. Ada satu lagi yang disebut Nurses Health Study yang berlangsung sejak tahun 1976, cukup besar, melibatkan 238,000 orang peserta dan dilaksanakan dengan belanja dan dengan kepakaran National Institute of Health, US dan Universiti Harvard dan Zutphen, satu kajian perubatan yang cukup besar di Belanda. Ini semua kita boleh manfaatkan dalam menghasilkan dasar-dasar yang baik untuk mencegah ledakan penyakit diabetes, obesiti dan lain-lain lagi tadi. Hanya kita perlu political will dan kesungguhan politik yang sesungguh untuk menterjemahkan semua finding di sini, semua jumpaan ini kepada dasar-dasar yang baik. Apa masalah yang menyebabkan berlaku obesiti, diabetes, sakit jantung dan strok? Ada tiga sahaja yang besar. Pertamanya lemak trans iaitu lemak ciptaan manusia. Keduanya terlebih lemak Omega-6 dalam makanan dan ketiganya ialah gula. Ini kita boleh atasi berdasarkan segala latest science, sains terakhir yang ada. Lemak trans ialah lemak ciptaan. Marjerin dan juga shortening itu boleh kita haramkan walaupun ada kesukarannya tetapi berbaloi kita haramkan sekarang untuk mengelakkan belanja lebih besar untuk mengubat penyakit kanser, kencing manis, diabetes, kerosakan buah pinggang dan lain-lain lagi. Ada negara-negara yang telah melakukan pengharaman dan berjaya. Denmark negara pertama. Austria melakukannya, Belanda melakukannya. Kemudian negara-negara di Eropah Barat. California pernah melakukannya. Hasilnya di sana diabetes antara punca - sekurang-kurangnya menurun di Eropah Barat ketika di seluruh dunia meningkat. Pengharaman lemak trans ada saya bincang dengan Timbalan Menteri Kesihatan dan ada kita sebutkan dan diketahui oleh Kerajaan Malaysia dan kita perlu kaji dan kita haramkan dan kita... Susah sedikit untuk permulaan. Itu pengalaman semua negara yang mengharamkan lemak trans tetapi akhirnya pulangannya jauh lebih baik. Itu lemak trans. Kemudian tentang terlebih lemak Omega-6 dalam makanan. Itu diketahui daripada kajian-kajian sains yang cukup solid. Lebih lemak Omega-6 menyebabkan pelbagai penyakit kronik tadi berkait dengan obesiti dan lain lagi. Omega-6 juga berkait dengan haiwan sebab utamanya haiwan dipelihara, diberi makan tidak sebagaimana fitrahnya yang dicipta oleh Allah SWT. Lembu perlu makan rumput, kita bagi makan dedak. Ayam perlu makan pelbagai kerana dia omnivor, kita paksa makan dedak sahaja. Kita boleh ubah cara pertanian tadi, Tuan Yang di-Pertua. Ada yang disebut beyond organic farming. Pemeliharaan haiwan melangkaui daripada organik. Itu maksudnya. Itu boleh Google, tidak susah mana. Boleh Google dan kita boleh terapkan. Walaupun ada sedikit kesusahan tetapi akhirnya benda ini memberikan pulangan yang jauh lebih baik. Kita dapat daging haiwan, kita dapat susu, kita dapat telur yang sihat dan rakyat akan sihat dan tercegah daripada itu tadi. Itu boleh atasi. Gula. Gula telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kita naikkan harga gula untuk mengelakkan diabetes. Ada alasan, ada juga hujahnya tetapi ada satu gula yang lebih mahal dan juga gula tadi kalau kita tidak kendalikan dengan baik isu menurunkan consumption atau penggunaan gula tadi, dia tidak berapa berkesan. Ada satu gula yang lebih bahaya, lebih banyak digunakan dipanggil HFCS, High Fructose Corn Syrup, Tuan Yang di-Pertua. Ini hampir tidak disentuh langsung sebab dia tidak masuk dalam kategori gula sukrosa yang disebut gula tebu. High Fructose Corn Syrup digunakan untuk membuat minuman ringan. Minuman ringan terbukti ialah satu benda yang berbahaya kepada masyarakat dan menyumbang terus kepada masalah yang kita sebut obesiti semua ini. Kita perlu lakukan dengan mudah. Ini negara kita, negara yang berdaulat, kita menjaga kedaulatannya, kita boleh beritahu kepada Coca-Cola, dia tidak dibenarkan menggunakan HFCS misalannya, kalau dia mahu menjual minumannya di sini. Apa halangannya Tuan Yang di-Pertua? Ini negara kita. Kalau dia hendak jual, okey, tetapi dia tidak boleh buat saiz giant, maaf dengan izin. Saiz apa?

Raksasa.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saiz raksasa. Saiz besar itu. Saiz itu dia oversizing dengan izin. Konsep itu dipanggil oversizing. Dimaniskan berkali-kali ganda dan dibesarkan saiznya, maka orang minum lebih banyak. Itu ialah finding ataupun jumpaan pembuat makanan segera. Maka dibuat begitu, dijual dengan saiz yang besar. Kita boleh letakkan syarat, kalau hendak menjual Coca-Cola, Pepsi Cola di sini, saiznya telah kita tentukan, saiz kecil. Itu dilaksanakan di New York misalannya walaupun ada masalah. Akan tetapi dicuba dilaksanakan di New York. Ini negara kita, kita boleh buat laksanakan sebab pulangannya lebih baik. Kalau kita tidak selesaikan masalah tadi, maka kita akan sentiasa bersalah. Kemudian, satu lagi gula sebagai pengawet. Gula sebagai pengawet Tuan Yang di-Pertua, ini tidak sama sekali tidak ada usaha untuk mengatasi masalah gula sebagai pengawet sedangkan inilah masalah yang terbesar. Gula bukannya dibancuh minum itu sedikit. Gula sebagai pengawet. Kita perlu duduk dengan segala pengilang makanan, beritahu dia peraturan kita. Ini memerlukan political will. Walaupun pengilang makanan itu ialah subsidiari ataupun anak syarikat kerajaan, kita beritahu dia kena ikut begini. Dia tidak boleh guna gula sebagai pengawet. Dia kena declare, dia kena beritahu berapa banyak gula. Setengah orang tidak tahu biskut yang dia makan untuk sarapan pagi, yogurt misalnya tiga atau empat camca gula sudah ada. Orang tidak tahu. Jadi sentiasa terlebih. Itu semua boleh kita lakukan. Kita perlukan political will, Tuan Yang di-Pertua dan kita perlukan kesungguhan dan ini yang saya sebut bahawa kita perlu lakukan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Setuju tidak Yang Berhormat Kuala Kedah saya katakan kalau political will sahaja tidak cukup sebab apa self-will is more important. Hari ini kita kurangkan subsidi gula ada siapa-siapa kurangkan gula? Orang yang berkemampuankah, tidak berkemampuankah memang harga gula naik tetapi saya tengok semua orang makan manis makin banyak lagi. Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Kedah?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya itu saya setuju bahawa banyak benda diperlukan tetapi yang lacking yang kurang itu pada saya ialah political will. Macam gula secara pengawet tadi itu memerlukan political will, paksa pembuat makanan. Kalau pembuat makanan tidak mahu ikut, kita ambil tindakan undang-undang, kita gubal undang- undang dan dasar-dasar yang baik tadi. Seterusnya kita kawal Omega-6, kita kawal lemak trans pada saya mesti dihapuskan, diharapkan tidak ada cara lain dan gula tadi kita kawal kita kembali kepada makanan tradisional. Itu yang kita gagal lakukan. Makanan tradisional saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua kerana ini banyak pada saya terdapat satu yang disebut anti-fat doctrine ataupun doktrin anti lemak yang dianut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bila kita tidak sebut dengan begini terus dianuti dan disebarkan. Satu bentuk ajaran sesat Tuan Yang di-Pertua. Kita dalam Framingham Heart Study tadi saya sebut dalam bahasa Inggeris; in the Framingham Massachusetts ini adalah salah satu daripada kesimpulannya, the more saturated fat one ate, the more cholesterol one ate, the more calories one ate, the lower the person’s serum cholesterol, the slimmer and the healthier and the more active the person is. Ini adalah satu jumpaan yang dalam masa 1948 mula Framingham Heart Study, 1978 pengarah Framingham pada waktu itu mengeluarkan kenyataan tadi. Apakah dia saturated fat atau lemak tepu. Di sini didapati kalau kita gunakan banyak lemak tepu kita lebih sihat, kita bebas dari penyakit dan lain-lain lagi. Lemak tepu yang dalam konteks masyarakat kita ialah minyak kelapa, santan, minyak sapi, lard bagi orang yang makan khinzir, butter, cheese dan lain-lain lagi. Itu kita dalam doktrin anti lemak kita, kita memberitahu pesakit sampai hari ini jangan makan. Kita boleh dengar kempen melalui radio Kementerian Kesihatan beritahu jangan makan lemak, kurangkan lemak. Itu tidak betul Tuan Yang di-Pertua. Itu telah dibuktikan oleh beribu-ribu kajian sains, oleh kertas- kertas saintifik bahawa itu tidak betul. Negara pertama yang keluar dari doktrin tadi ialah Sweden. Sweden meninggalkan doktrin anti lemak tadi dan dia semakin sihat. Eropah Barat itu satu sebab kurang terjadinya, sudah kurang insiden kencing manis dan obesiti misalannya. Itu kena

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

perbetulkan. Jadi doktrin anti lemak ini bermula daripada industri makanan dan pharmaceutical Amerika Syarikat. Dia ada nabi palsunya bergelar bernama Ancel Keys saintis tidak beretika yang beberapa kali menipu, didapati menipu itu yang dianuti oleh kita dengan Lipid Hypothesisnya. Kita kena keluar daripada ini Tuan Yang di-Pertua balik kepada makanan tradisional yang memang asal kita makan 20% sampai 40% lemak. Orang Melayu dahulu makan santan, guna minyak kelapa, makan pulut dan lain-lain lagi dan sihat. Sekarang bila berdiet semua masing-masing obes dan sakit. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada lagi kajian lain dan health study juga bahawa lemak tradisional itu tidak boleh menyebabkan penyakit. Sudah distudy 238,000 subjek dari tahun 1976. Ada study juga di Belanda. Jadi orang yang cukup lemak tepu sihat walaupun dia merokok dia tidak jadi sakit jantung, sakit strok dan lain-lain lagi. Jadi itu kita kena balik itu glaring mistake dengan izin, kesilapan yang jelas nampak. Itu kena lakukanlah dan kita kembalikan. Dengan itu insya-Allah kita boleh mengatasi tanpa membuang banyak masa. Sebelum saya berakhir hendak saya sebutkan bahawa krisis ini berlaku, masalah ini berlaku semata-mata sebab besarnya sampai 80% kerana makanan bukan kerana kurang bersukan, kurang bersenam. Itu diketahui dari beribu-ribu kajian sains. Kita tidak perlu membuka gimnasium, menghabiskan banyak masa dan tenaga dan wang ringgit dengan gimnasium dan sukan. Kalau hendak bersukan untuk memang pingat itu cerita lain tetapi jangan kita kaitkan bahawa untuk mengelakkan ledakan diabetes, obesiti dan lain-lain lagi. Itu telah terbukti tidak berjaya. Di Amerika negara sukan tidak berjaya. Sebelum berakhir lagi sedikit sahaja tentang kawasan saya di Kuala Kedah dua isu saya Tuan Yang di-Pertua. Singkat sahaja, pertama harga padi. Kita minta harga lantai, kita dapat harga siling RM1,200 maka itu tidak selesai masalah. Akan tetapi kalau kita tidak. Saya faham sekarang harga beras dunia menurun trendnya dan kita kata untuk dapat beli daripada Vietnam beras murah misalannya. Akan tetapi kalau kita tidak suburkan industri padi, tidak jadikan ia industri yang viable yang boleh hidup, yang boleh tegak berdiri sendiri kita tidak akan dapat menarik minat golongan muda, bakat-bakat baru ke dalam industri padi. Akhirnya bila berlaku perubahan harga naik itu ialah business cycle dengan izin, tetap akan berlaku. Harga padi turun, esok dia akan naik ataupun Vietnam tidak menjual beras kepada kita, Thailand tidak menjual beras kita akan ada masalah. Jadi kena hidup industri padi ini dan saya mohon supaya dilihat kembali dan kita betulkan, kita berikan harga lantai dan bukan harga siling. Sedikit tentang ikan kerana laut penting. Ikan dan hasil laut ialah sumber utama Omega-3 kita yang sangat penting untuk kesihatan. Tadi Omega-6 terlebih bahaya omega 3 perlu lebih, perlu banyak. Ikan di Kuala Kedah pada saya walaupun telah banyak dilakukan banyak juga benda yang tertinggal. Saya melawat ke Kuala Kangkung di Parlimen Kuala Kedah, pelantar ikannya tidak ada walaupun bekalan elektrik. Kita terpaksa buat collection dengan orang kampung dan masukkan elektrik. Jadi walaupun berbagai- bagai dilakukan tetapi yang asas macam elektrik tidak ada itu sangat-sangat mengejutkan dan sangat pada saya memalukan. Kalau ada pelawat dari Kembojakah misalannya. APMM dijadikan agensi penguat kuasa Akta Perikanan itu daripada maklum balas yang saya dapat tidak berkesan. Apa yang diminta oleh nelayan sekarang ialah kita balik sistem lama Jabatan Laut mengadakan penguatkuasaan bagi Akta Perikanan, pukat dan lain-lain lagi oleh Jabatan Laut. Ini kerana itu merupakan satu kepakaran tertentu. APMM ada tugas lain dari segi penguatkuasaan di laut. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya berharap sama-sama kita dapat serba sedikit kebaikan. Semoga kita dapat memperbaiki dan memperelokkan lagi kesihatan kita dan juga yang saya sebut tadi isu-isu local tempatan itu juga kita, dapat hadapi dengan baik, atasi dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana mengizinkan saya menjunjung kasih dan mengambil bahagian dalam perbahasan di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menyeru semua rakan- rakan Ahli Dewan mengambil iktibar nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya kita mesti menjaga, melindungi, mempertahan dan memelihara perlembagaan negara setiap masa. Saya juga menjunjung keprihatinan Tuanku kepada isu semasa dan kesedihan yang diratapi oleh seluruh warga Malaysia dan masyarakat antarabangsa di atas tragedi MH370 yang masih belum terungkai pada masa dan ketika ini. Namun saya yakin dengan kesungguhan, keupayaan, komitmen dan tahap profesionalisme pasukan penyelamat kita. Digalas oleh aset dan kepakaran serta bantuan dan keprihatinan pasukan SAR negara-negara jiran dan kawan insya-Allah, jawapan kepada misteri yang menghiris perasaan ini akan terungkai juga akhirnya. Semoga semua dalam keadaan yang selamat dan mudah-mudahan ianya membawa hikmah penyatuan negara. Tuan Yang di-Pertua, di perbahasan kali ini marilah kita bersama menyokong usaha kerajaan memandu dan membawa negara ke status negara maju sepenuhnya menjelang atau sebelum tahun 2020. Status negara maju pada lazimnya diukur dan dinilai berdasarkan kriteria, ekonomi normatif, kawalan dan fiskal negara serta ekonomi perdagangan antarabangsa. Dalam usaha yang sama juga kita tidak akan dapat lari daripada membuat perbandingan dengan beberapa negara yang telah mencapai status tersebut sekian lama. Antara lain negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan lain-lain negara dalam Kesatuan Eropah. Di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, salah satu usaha kerajaan untuk memperkukuhkan dasar ekonomi dan mengurangkan defisit fiskal negara adalah dengan membuat rasionalisasi menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi secara berperingkat beberapa sektor perkhidmatan dan peruncitan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Pengurangan subsidi terhadap bahan bakar petrol RON95 dan diesel dua tahun yang lalu adalah sesuatu permulaan yang amat baik. Sebelum langkah tersebut, kerajaan menanggung beban perbelanjaan berjumlah RM24.8 bilion. Menurut data dan perangkaan unjuran Kementerian Kewangan, jumlah peruntukan perbelanjaan subsidi bagi tahun 2014 masih lagi tinggi. Jumlah peruntukan pelbagai subsidi RM27.6 bilion, perbelanjaan pelbagai insentif RM884.5 juta, perbelanjaan perkhidmatan sosial RM10.9 bilion. Walaupun jumlah ini berkurangan sebanyak 15.6% dari tahun sebelumnya, namun ianya masih tinggi. Jumlah ini difikirkan lebih afdal dan praktikal dari segi guna pakai ekonomi dibelanjakan untuk sektor-sektor lain atau diguna untuk memperkukuhkan dan mengurangkan defisit fiskal negara bertabirkan unjuran pendapatan hasil RM224.1 bilion. Dengan bermulanya sistem percukaian baru GST yang dijadualkan pada 2015, kemampuan kewangan dan fiskal negara dijangka akan bertambah kukuh. Saya akur Tuan Yang di-Pertua, bahawa negara-negara yang sudah maju pun masih meneruskan program sosial untuk rakyatnya yang kurang berkemampuan. Di Amerika Syarikat misalnya masih terus mengamalkan salah satu bantuan subsidi atau program bantuan sosial dengan izin, social security system yang komprehensif kepada rakyatnya yang tergolong dalam kategori yang memerlukan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun masih tidak perlu atau terlalu awal untuk Malaysia mencedok mana-mana sistem bantuan sosial untuk menggantikan sistem perbelanjaan subsidi yang ada sekarang, pada dasarnya sudah tibalah masanya kerajaan dan rakyat Malaysia merubah kebergantungan kepada subsidi. Dalam hal yang demikian, marilah kita bersama menyokong usaha kerajaan untuk membuat rasionalisasi menyeluruh sistem pemberian subsidi yang ada pada masa ini. Seperti mana di beberapa negara lain, ada negara maju yang masih mempertahankan bantuan kepada sektor pertanian terpilih seperti pengusaha ladang kacang soya, ladang alfalfa dan bunga matahari sebagai contoh. Sistem yang sama juga diamalkan oleh negara-negara di hemisphere utara kepada industri perikanan udang karang. Apa yang perlu dijadikan teras dan inti pati, apa juga sistem pengganti, ianya mestilah berfokus kepada golongan yang memerlukan. Kepada industri dan sektor ekonomi pula, kita melihat industri pembangunan asas tani, ternakan dan perikanan masih memerlukan satu mekanisme bantuan supaya sentiasa dapat berfungsi dan berupaya terus

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

menyumbang kepada sektor industri pemakanan negara. Walaupun menghadapi banyak cabaran, langkah demi langkah dan peringkat demi peringkat kemajuan positif dalam banyak aspek telah dicapai oleh negara kita. Sebagai negara yang muda dan kecil, pencapaian kita cukup membanggakan dan sekarang kita mempunyai potensi untuk mencapai misi untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat ini. Akan tetapi kita memerlukan kerjasama semua pihak. Sebagai sebuah negara yang kecil, kita tidak mempunyai kelebihan-kelebihan yang ada pada negara-negara yang besar. Oleh sebab itu, kita kena leverage dengan izin, kelebihan kita sebagai negara kecil. Sebagai negara kecil, kita sepatutnya lebih mudah untuk mendapatkan perpaduan rakyat, lebih mudah diurus, kita boleh menjadi negara yang kuat di mana setiap lapisan masyarakat mempunyai semangat patriotik yang tinggi, adat yang tinggi, menghormati negara dan pemimpin. Kita sepatutnya lebih mudah untuk mencapainya selain daripada saiz kecil tetapi juga sebab kita masih buluh yang muda dan masih boleh dilentur. Akan tetapi ianya menjadi susah apabila negara sedang membentuk, berusaha untuk membentuk warganya supaya menjadi warga yang baik, yang berlapang dada, bersyukur, penyayang dan sebagainya. Ada pihak yang berusaha membentuk dan melahirkan warga yang marah, kecewa, membenci dan melakukan perkara-perkara yang menggugat keamanan yang sepatutnya menjadi kekuatan dan kelebihan negara kita. Semua pihak sepatutnya melaksanakan peranan masing-masing dengan baik dan bekerjasama untuk mencapai misi yang sama iaitu menjadikan negara kita negara yang layak digelar berstatus maju dalam tahun 2020. Dengan itu, Labuan mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac, Tuanku telah meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai aspek amat penting dalam Titah Ucapan Tuanku. Tuanku juga telah bertitah, kemakmuran tidak akan memberi makna jika masih ada golongan rakyat hidup di dalam kesusahan. Tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia di mana pelancong-pelancong antarabangsa disambut dengan pelbagai acara dan program. Di antara program yang telah di isytihar berjaya oleh kerajaan adalah medical tourism atau pelancongan perubatan dan educational tourism atau pelancongan pendidikan, dari aspek berjaya menarik ramai pelancong dan pulangan kewangan. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan juga menerima peruntukan bajet tertinggi di Malaysia tetapi kedua-dua kementerian ini juga merupakan kementerian yang banyak mengalami masalah kemerosotan mutu perkhidmatan dan prestasi. Medical tourism telah begitu berjaya menarik warga Indonesia yang paling ramai dan rakyat India sebagai kedua teramai ke Malaysia. Ini disebabkan kos perubatan, kos hotel dan melancong yang umumnya lagi murah berbanding dari Singapura dan Australia. Hari ini ratio atau kadar doktor berbanding jumlah rakyat adalah 1:780 dan kerajaan bercadang mencapai ratio 1 hingga 400 menjelang tahun 2020 iaitu sekali ganda lagi seperti disyorkan oleh World Health Organization, dengan izin. Masalah ekonomi kos sara hidup yang tinggi dengan harga barangan dan keperluan minyak, elektrik, makanan yang naik, ramai orang tertekan sehingga statistik 2014 menunjukkan 10% rakyat Malaysia iaitu 2.8 juta senantiasa memerlukan rawatan hospital-hospital kerajaan. Ramai sudah tidak mampu pergi ke klinik dan swasta hospital. Kementerian Kesihatan menjangkakan pada tahun 2015 akan berlaku 5% pertambahan pesakit memasuki hospital kerajaan iaitu pertambahan lebih kurang 150,000 lagi. Pada tahun 2007, kita mempunyai 130 hospital kerajaan dan pada 2011 kita mempunyai 132 hospital kerajaan iaitu hanya tambahan dua hospital dalam waktu empat tahun. Sekarang ini Malaysia mempunyai 72 lebih banyak hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas bahawa diberi peruntukan yang tinggi untuk Kementerian Kesihatan tetapi kita tidak juga dapat mempunyai hospital kerajaan dan katil bagi pesakit yang mencukupi. Sementara itu, hospital swasta bertambah dengan pesat dan adakah

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

rakyat miskin terpaksa melihat sahaja pelancong dan orang kaya dirawat sementara mereka terus merana menunggu dan mungkin tenat sebelum berpeluang menerima rawatan yang diperlukan di negara sendiri. Kalau dahulu ada pepatah ‘beruk di rimba disusukan, anak di pangkuan mati kebuluran’, sekarang ‘pelancong asing dibelai kesihatan, anak tempatan mati diabaikan’.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Ketua Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Tourism, Dr. Mary Wong dalam temu bual di New York Times Travel Show pada awal Mac menyatakan, industri perubatan pelancongan akan bertambah dengan sangat pesat terutamanya dari negara maju untuk datang ke Malaysia. Pada tahun 2012, pelancongan perubatan telah menyumbang RM594 million dan dijangka naik pada RM680 million. Dr. Mary Wong juga dari Malaysia Healthcare sangat aktif membuat promosi dengan Tourism Malaysia. Dengan ini, mungkin khidmat perubatan hospital kerajaan dan doktor-doktor dan khidmat pesakit akan menghadapi lebih persaingan dan penjejasan kualiti khidmat. Ratio doktor berbanding pesakit di Malaysia masih separuh daripada apa yang disyorkan oleh World Health Organization. Bagaimana negara kecil seperti Malaysia boleh memastikan tahap kualiti khidmat kita tidak terus terjejas? Realiti hari ini, Malaysia sebagai contoh, pesakit terpaksa menunggu begitu lama untuk masuk hospital kerana kekurangan katil dan ruang. Banyak hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan katil alternatif. Ada masa hospital terpaksa menggunakan katil kanvas atau katil lipat atau juga menggunakan kerusi biasa sementara menunggu katil di wad. Mulai tahun 2014, hospital kerajaan menerima peningkatan pesakit yang tinggi kerana peningkatan kos hidup dan ramai tidak mampu ke klinik dan hospital swasta lagi. Ada pesakit yang menyamakan wad-wad hospital seperti pasar malam. Di Hospital Besar Kuala Terengganu sendiri, pesakit denggi berada di dalam wad yang sama dengan mereka yang sakit darah tinggi, lelah dan demam biasa dan ini menghadapi risiko tinggi jangkitan. Inilah senario di negeri kaya minyak iaitu dipanggil ‘Kuwait’ Malaysia. Katil-katil diletak begitu rapat dan padat. Sebagai contoh, pada 10 Januari tahun ini, ada pesakit jantung yang telah dua kali dirawat di IJN dikejar ambulan rawatan kecemasan tetapi dilepaskan selepas dua atau tiga jam walaupun telah dimohon diberi perkhidmatan sekurang-kurangnya 24 jam oleh Wakil Rakyat Parlimen sendiri iaitu saya. Sepatutnya sekurang-kurangnya diberi perhatian 48 jam dengan dibuat dua kali ECG. Dalam perjalanan beliau pulang ke rumah setelah disuruh pulang, pesakit telah kena strok dan sekarang ini tidak dapat bergerak dan mungkin hilang penglihatan matanya. Ini berlaku di hospital besar Malaysia. Adakah ini sikap hospital kerajaan untuk meringankan beban ramai pesakit diterima dengan memproses secara ekspres pesakit walaupun ada rekod masalah jantung sebelumnya? Adakah ini budaya baru rawatan cepat ala mi segera? Risiko tinggi diambil atas pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan di mana bergantung harapan sepenuhnya kepada hospital kerajaan. Dalam New York Travel Show juga Dr. Mary Wong telah menyatakan, dia telah melancarkan satu buku yang bertajuk ‘Pesakit Tanpa Sempadan’ yang ditulis oleh Josef Woodman yang menggambarkan pesakit dari negara maju boleh datang ke negara Malaysia untuk rawatan cepat dan murah. Akan tetapi, adakah pesakit Malaysia yang kurang kemampuan boleh buat perkara yang sama di negara maju yang lain? Di negara sendiri pun tidak dapat layanan yang sepatutnya. Semasa kenaikan harga minyak, elektrik dan bekalan makanan naik, kos khidmat doktor pula telah dinaikkan dengan senyap-senyap kepada maksimum RM155 untuk khidmat biasa dan maksimum RM235 untuk khidmat pakar. Kenapakah kenaikan mendadak ini berlaku dan dilakukan secara diam-diam sejak 15 Disember 2013 tanpa pengetahuan Ahli Parlimen dan menambahkan beban rakyat? Di manakah keprihatinan kerajaan atas penderitaan rakyat? Seolah-olah membenarkan orang yang sudah jatuh untuk dihempap tangga pula.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Kita beralih pula pada industri pelancongan pada Tahun Melawat Malaysia 2014. Bidang pendidikan, education tourism, adalah satu sektor yang maju dan diberi tumpuan oleh kerajaan. Walaupun ini dilihat baik tetapi malangnya, ini diberi keutamaan dan tumpuan oleh kerajaan at the expense of local education, dengan izin. Malaysia tiada lagi universiti di dalam senarai 300 universiti terbaik dunia walaupun pernah mempunyai beberapa universiti termasuk Universiti Malaya dalam senarai 100 terbaik di dunia. Singapura mempunyai empat universiti dalam senarai 100 terbaik. Dalam ranking antarabangsa PISA, penuntut-penuntut berusia 15 tahun terletak di nombor 55 dari 60 negara terbaik, lebih rendah dari negara-negara jiran kita yang dahulunya jauh di belakang kita termasuk Vietnam dan Cambodia yang melalui perang besar pada tahun 1970-an. Dalam masa banyak universiti swasta dari England, Australia dan Amerika ditubuhkan di Malaysia, mutu pendidikan universiti dan sekolah-sekolah tempatan terus merosot di mana anak-anak tempatan keluarga sederhana dan keluarga miskin jauh ketinggalan ke belakang. Dalam masa yang sama, Menteri Pendidikan dan juga Timbalan Perdana Menteri pada tahun lepas masih tidak menerima realiti kenyataan dengan menyatakan universiti dan mutu pendidikan Malaysia sama taraf dengan Britain dan Amerika. Sementara mereka yang kaya boleh menghantar anak mereka ke universiti swasta dan luar negara, apakah nasib anak orang biasa untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu? Walaupun pendidikan dan kesihatan merupakan dua kementerian yang menerima peruntukan bajet tertinggi tetapi kedua-dua kementerian ini menghadapi kemerosotan kualiti yang ketara. Nyata bahawa peruntukan kewangan tidak dapat menyelesaikan segala masalah tanpa political will dan perancangan yang rapi. Contohnya, ada sebuah projek taman ilmu di Terengganu yang kosnya RM300 juta yang dimulakan pada tahun 2005, sehingga kini masih belum digunakan. Dengan kawasan yang begitu besar dan kos tinggi masih tidak mengenal pasti universiti untuk beroperasi. Dalam masa yang sama, sekurang-kurangnya dua bangunan mungkin perlu dirobohkan kerana kerosakan. Inilah menunjukkan perancangan yang tidak teliti dan pembaziran wang di dalam sektor pendidikan. Janganlah kerajaan membuka pintu seluas- luasnya untuk pelajaran asing sementara pintu peluang pendidikan berkualiti anak watan tempatan disempitkan. Bidang pendidikan bukanlah patut dieksploitasikan untuk pulangan kewangan sahaja untuk kerajaan tetapi merupakan tanggungjawab sosial kepada rakyat biasa yang patut diutamakan juga. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan satu isu tentang pembinaan terowong MRT bawah tanah dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara sepanjang lebih kurang 100 meter yang menjangka kos RM350 juta. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengesahkan kepada pihak berkenaan, kerajaan dan pihak MRT, tentang cadangan tersebut oleh GAMUDA. Adakah pihak berkuasa serta kerajaan bersetuju cadangan di atas memandangkan, pertama, kos amat tinggi iaitu RM350 juta untuk 100 meter iaitu RM3.5 juta untuk satu meter, di antara tertinggi di dunia dan sudah pasti memasuki Malaysia Guinness Book of Record sebagai struktur yang paling mahal. Risiko tinggi keselamatan dan ancaman nyawa ditentang oleh pihak berkuasa seperti bomba atas isu-isu keselamatan kerana dibina di bawah tanah dengan menjejas struktur-struktur bangunan hotel dan pejabat di atas terowong tersebut. Pulangan pelaburan yang juga tidak ada justifikasi yang munasabah dan elemen tawaran kontrak yang berat sebelah yang hanya menguntungkan kontraktor dengan sangat lumayan berlipat kali ganda. Adalah lebih baik kita fikir kalau jejantas didirikan dengan kos kurang daripada 10% daripada mendirikan struktur sedemikian rupa. Kami mohon penjelasan adakah pihak kerajaan ingin meneruskan cadangan ini dan diterima tawaran yang sedemikian rupa? Akhir sekali, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan kesedihan Tuanku atas tragedi MH370 dan nasib malang dialami oleh MAS. Marilah kita merenung nasib, khusus syarikat penerbangan, kakitangan-kakitangannya dan penumpang yang hilang. Kita semua rakyat Malaysia sangat sayang kepada syarikat MAS kita yang synonymous dengan negara Malaysia. Pelbagai anugerah antarabangsa dan dunia telah dimenangi oleh MAS untuk berpuluh-puluh tahun tetapi kenapakah MAS masih tahun demi tahun mengalami kerugian demi kerugian? Kerugian terakhir melebihi RM1.2 bilion. Sudah tentu ada hikmah di sebalik tragedi yang berlaku hari ini.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Sudah sampai masanya maruah syarikat MAS dan negara kita dinaikkan semula dengan political will sebenarnya.

Dato' Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Kalau kerajaan serius memulihkan prestasi MAS, mengapakah beberapa tahun lalu sebaik sahaja pengurusan utama MAS ditukar, saman untuk menuntut kembali beratus juta dari bekas Ketua Pengurus MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli ditarik balik? Bukankah ini boleh memulihkan kewangan MAS? Mengapakah pula syarikat atau syarat-syarat penyelesaian luar mahkamah berjuta-juta ringgit wang MAS yang dituntut dari Tan Sri Tajuddin Ramli tidak diumumkan tetapi dirahsiakan? Baru-baru ini pula, Chef Wan telah menegur kualiti nasi lemak dalam penerbangan MAS yang dikatakan kosong tanpa kacang dan ikan bilis yang menjatuhkan imej MAS dan nasi lemak di persada antarabangsa. Bukankah dahulu dilaporkan di dalam Parlimen ini juga, kos bekalan nasi lemak ini hingga beratus ringgit sepinggan. Bagaimanakah dengan kos begitu tinggi, tiada kacang dan bilis pun disediakan? Sudah sampai masanya MAS diselamatkan dari perosak-perosak dan campur tangan kotor di dalam syarikat penerbangan kita. Kakitangan MAS telah berpuluh-puluh tahun membina nama yang harum di persada antarabangsa, memenangi anugerah demi anugerah. Janganlah kita sia-siakan usaha murni dan sumbangan murni kakitangan MAS selama ini terutamanya selepas tragedi MH370. Sudah cukuplah nama MAS dimusnahkan oleh berbagai-bagai tangan tersembunyi. Selain daripada Petronas, hanya MASlah menjadi ikon utama Malaysia di peringkat antarabangsa dan dunia. Inilah permata negara dan rakyat Malaysia telah begitu bangga dengan MAS dan pencapaiannya. Seluruh dunia sedang memerhati Malaysia dan juga MAS. Biarlah tragedi MH370 membuka mata rakyat betapa MAS telah dianiayai dan mereka yang diamanahkan perlulah menjaganya sebaik mungkin. Ada diura-urakan sebelum tragedi ini pun atas kerugian MAS, MAS mungkin akan diswastakan sekali lagi. Biarlah exercise ini dijalankan dengan begitu teliti dan begitu rapi. Tuan Yang di-Pertua, hanya enam tahun lagi untuk sampai tahun 2020. Dengan 10% rakyat Malaysia selalu sakit, hospital kerajaan yang menyedihkan serta rakyat mengalami harga kos hidup tinggi, bagaimana produktiviti hendak dipertingkatkan? Dengan kadar gaji minimum masih belum dilaksanakan, bagaimana mungkin kita mencapai tahap negara maju beberapa tahun lagi? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Malaysia walaupun dahulu mempunyai potensi begitu tinggi, tetapi realitinya hari ini kita terperangkap di tahap lama sementara jiran-jiran kita di ASEAN telah jauh meninggalkan kita di belakang. Perkara-perkara pokok dan aspek- aspek pendidikan serta kesihatan perlulah dipulihkan dari tahap yang tenat sekarang ini. Seperti Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tadi, kemakmuran tidak akan memberi apa-apa makna jika masih ada rakyat di dalam kesusahan. Matlamat tahun 2020 sebenarnya lebih jauh dari apa yang kita jangka. Pada waktu ini, kelihatan satu mimpi yang masih jauh dari realiti. Saya mohon menyokong Titah Tuanku. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Padang Besar.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, dalam menyokong perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, negara menikmati keamanan, kemajuan, pembangunan dan berjaya bersaing dengan negara maju lain di peringkat antarabangsa. Dengan prospek KDNK kita 5% ke 55% lebih baik daripada tahun lepas, pendapatan per kapita kita meningkat kepada RM34,000 daripada RM32,000 pada tahun

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

lepas dan juga anggaran inflasi hanya 3%, kadar pengangguran 3.1%. Itu pun ramai buruh asing yang terdapat di negara kita kerana rakyat kita memilih kerja. Ini adalah kejayaan yang tidak dapat dinafikan oleh rakyat kecuali pihak pembangkang dan juga mereka yang sentiasa mencari kesalahan kerajaan. Akan tetapi kita sedar, manusia ini tidak sempurna. Begitu juga dengan kerajaan. Tentulah ada sesetengahnya kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki. Oleh sebab itulah kita bahas dan juga kita bincang supaya kita mendapat satu kerajaan yang lebih baik dalam Kerajaan Barisan Nasional kita pada hari ini. Akan tetapi malang sekali bagi negara kita, kita mendapat pembangkang yang selalunya memberi kritikan-kritikan yang tidak membina. Lebih kepada menghina, memfitnah dan juga mengutuk. Kita sedar, adakah kita hendak membina sebuah kerajaan itu atas dasar fitnah? Sudah tentulah kerajaan yang dibina atas dasar fitnah ini tidak akan kekal lama. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat pembangkang di negara kita ingin mempolitikkan semua perkara termasuklah isu Lahad Datu dulu, isu MH370 ini, semuanya hendak dipolitikkan. Kita dengar tadi, ada daripada pihak pembangkang yang menghentam Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kerana kononnya tidak memanggil pembangkang, padahal permohonan tidak pernah dibuat pun oleh pihak pembangkang. Kita di pihak kerajaan pun selalunya tiap-tiap hari kita mendapat taklimat, kita dipanggil. Akan tetapi kita memohon melalui BNBBC. Akan tetapi ini adalah satu cara bagaimana mereka ingin mempolitikkan semua perkara. Begitu juga apabila pihak-pihak pembangkang ini mempolitikkan isu-isu yang kita sekarang ini menghadapi kesedihan, kita menghadapi nama baik negara di peringkat antarabangsa tetapi terdapat pihak-pihak terutamanya penyokong-penyokong pembangkang yang sentiasa mencari jalan mengkritik. Saya hendak tunjuk SMS salah satu daripada blog pembangkang. MH370 crashed because God is angry, kerana penetapan Anwar Ibrahim. Anwar adalah wali Tuhan, kami pengikut akan memberontak. Ini adalah SMS yang terdapat mereka yang ingin mempolitikkan isu-isu yang negara ini sedang hadapi. Janganlah kita membuat perkara-perkara yang ingin merosakkan negara kita. Saya mengambil contoh lagi tentang isu-isu yang berlaku. Seperti contohnya isu Jambatan Kedua Pulau Pinang. Isu Jambatan Kedua Pulau Pinang ini di mana Kerajaan Barisan Nasional telah membina untuk negeri yang mendapat jambatan ini adalah negeri pembangkang. Walaupun Perlis negeri yang menang besar, tiga Parlimen tidak dapat apa- apa projek tetapi Pulau Pinang dapat. Dapat jambatan, Jambatan Pulau Pinang yang harganya berbilion-bilion. Jadi kita lihat di sini, saya hendak ambil contoh SMS ini, apa yang disebut oleh seorang blog penyokong DAP. Saya tahu siapa yang buat ini dan mereka ini adalah Jawatankuasa DAP. Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan Kedua Pulau Pinang, I don’t even know, who he is. Is he still alive and what he has contributed to the country? Forget it. I am calling the bitch after his nama. I prefer the letter. Ini adalah contoh- contoh SMS yang kalau saya cerita lagi, banyak lagi SMS yang terdapat dan saya bertanya, apakah pihak Peguam Negara sedang lakukan terhadap SMS yang seperti ini? Kita sedar bahawa Suruhanjaya Komunikasi telah cuba mengambil tindakan tetapi mereka mengatakan bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak mahu mengambil tindakan. Ini adalah satu perkara yang amat mengecewakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sikit tentang BR1M di mana BR1M ini kita lihat satu perkara yang cukup baik untuk kita berikan kewangan, bantuan kewangan kepada rakyat yang miskin. Akan tetapi dari segi BR1M ini, kita lihat terdapat beberapa kelemahan di mana kelemahan-kelemahannya, di antaranya terdapat mereka yang susah tidak mendapat BR1M dan mereka yang senang mendapat BR1M. Saya baru-baru ini, saya lalu ke tempat pemberian BR1M dan saya pun panggil. Saya lihat, tengok kebanyakannya kereta-kereta mewah mendapat BR1M. Jadi saya lihat di sini bahawa pemberian BR1M ini yang buat, siapakah mereka yang membuat kajian untuk memberi BR1M ini terdapat kelemahan-kelemahan. Jadi saya menyarankanlah kepada kerajaan kalau boleh BR1M ini biarlah pemimpin-pemimpin memberi sokongan. Tidak kiralah pemimpin pembangkang atau pemimpin kerajaan. Biarlah mereka yang tahu siapa yang susah di kampung, siapa yang perlu dapat, kita memberi sedikit rekomenlah. Contohnya satu lagi BR1M ini kalau boleh janganlah kita kata satu isi rumah itu, seorang sahaja dapat BR1M.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Seorang sahaja yang mana kadang-kadang ada seorang itu dia kahwin tiga atau empat. Kadang-kadang bergaduh siapa yang perlu dapat BR1M ini. Bergaduh sebab bini empat, dia seorang dapat. Kadang-kadang dia minta, ada isteri yang tidak dapat. Jadi kalau boleh, BR1M ini biarlah kita agih tiap-tiap orang dapat BR1M kalau mereka susah dan layak mendapat BR1M. Ini adalah satu cadangan. Satu lagi saya hendak sentuh sedikit. Saya terlupa tentang pengkritik dan pengutuk yang terdapat dalam negara kita ini. Ini adalah hasil daripada pihak-pihak pembangkang yang sentiasa, kadang-kadang dia bagi kritikan terbina. Kebanyakan penyokong pembangkang ini mengkritik dan mengkritik ini pula kadang-kadang saya lihat, peribadi. Mari sentuh kadang-kadang dalam blog itu mengkritik peribadi. Saya ada dua tiga SMS lagi saya tengok mengkritik isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengkritik peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya mintalah kalau boleh, pihak-pihak pembangkang ini beritahulah penyokong-penyokong mereka. Kalau boleh biarlah kita bina satu negara. Kalau kata tidak kena, kita bincang sama kita. Kita ada Dewan Parlimen. Ini saya tengok SMS ini ‘jambatan rosjib’. Ini SMS. Lepas itu satu lagi tentang Pulau Pinang ini. Saya dengar tadi masa di Parlimen, isu 1MDB berkenaan dengan pemberian tanah. Saya ingin menyentuh sedikit di Pulau Pinang ini. Dahulu, tanah-tanah yang orang Islam tidak mampu untuk membayar cukai, dirampas kerana mereka tidak membayar cukai tetapi dirampas Majlis Agama Islam mengambil tanah tersebut dan membayar dan ia menjadi hak kepunyaan Majlis Agama Islam. Akan tetapi sekarang ini di bawah Kerajaan DAP, tanah-tanah tersebut dirampas terus, tidak diberi kepada Majlis Agama Islam. Jadi saya lihat ini, apakah parti-parti lain...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yakah?

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak. Saya dapat ini telefon, dapat daripada orang Majlis Agama Islam, beritahu saya, tolong cakap di Parlimen, “Apa Kerajaan PAS dengan PKR buat untuk membantu?”.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Minta bagi contoh-contoh supaya kita boleh ambil tindakan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak apa, saya akan hantar kemudian. Saya akan bagi laporan.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Beritahu sini. Jangan sebut umum begitu.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak apa, kita akan bagi laporanlah. Kita akan bagi tahu. Saya akan minta, saya beritahu tanah mana yang dirampas. Begitu juga...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau cakap umum begitu, nanti pandangan orang tidak betul. Bagi contoh.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak apa, kita akan bagilah.

Dato' Abdul Manan IsmailUMNO · BNPaya Besar

Sudah kena terasa pula!

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tuan Yang di-Pertua, kenapakah perkara ini berlaku?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Apa dia?

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Perkara ini berlaku kerana pengundi-pengundi memberi undi kepada parti pembangkang walaupun mereka ini bersikap pengkritik, memfitnah dan menghina pemimpin, menghina sesama sendiri, menghina di antara parti politik. Saya minta kalau bolehlah, tidak ada masalah kalau hendak kata hendak kutuk, kah? Hendak buat apakah tetapi biarlah benda itu berasas.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Kadang-kadang saya tengok macam di Parlimen tadi tentang tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pihak pembangkang, ini adalah tuduhan yang tidak ada bukti juga.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Tidak apalah, saya bagi pandangan. Kalau PM buat, you boleh komen. You pun selalu komen juga, kan? Satu lagi berkenaan dengan GST. Saya ingin menyentuh GST ini sebab pembangkang telah mengatakan bahawa GST ini akan menaikkan harga barang berlipat kali ganda. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, harga barang naik begitu mendadak kerana kononnya harga tol naik, harga elektrik naik, harga minyak petrol naik dan kenaikan barang ini tidak munasabah. Apabila GST naik, maka kita jangkakan harga barang akan naik tetapi kenaikan harga barang ini adakah ia disebabkan oleh kerajaan. Siapakah mereka yang menaikkan barang ini? Ini adalah disebabkan oleh kartel-kartel dan orang tengah dan bukan kerajaan yang orchestrate ataupun bukan kerajaan yang merancang kenaikan ini, terdapat mereka yang menaikkan harga barang ini dengan sewenang-wenangnya. Hari ini pembangkang menuduh, “Kalau GST ini, harga barang naik berlipat kali ganda”. Saya beritahu kepada rakyat, janganlah kita percaya bahawa harga barang ini naik kerana GST. Harga barang akan naik kerana manipulasi oleh pihak orang tengah. Saya ambil contoh Thailand sebab dan P.001 dekat dengan sempadan Thailand. Malaysia- Singapore. Di Thailand, harga minyak naik tinggi. Kalau banding harga minyak Malaysia dengan Thailand, maka harga minyak Malaysia ini lebih murah daripada Thailand, maka penyeludupan berlaku. Sebab itu harga minyak di Thailand mahal. Akan tetapi Ahli Yang Berhormat, GST- Thailand adalah sebuah negara yang mengamalkan GST tetapi harga barangan, murah. Semua murah. Harga servis murah, sayur murah, daging murah.

Servis apa?

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Servis, servis. Servis ini maknanya angkat barang, tolong angkat barang. Bukan servis benda itu, kan? [Ketawa] Murah semua.

Kita hendak tahu servis apa? Spesifik!

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kenapakah harga barang di Malaysia ini, kita tidak mahu GST tetapi harga barang kita lebih tinggi daripada Thailand. Begitu juga dengan Singapore, sebuah negara yang mengamalkan GST tetapi di Singapore, semua barang mahal daripada Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalaulah ada pihak yang menuduh bahawa GST ini akan menaikkan harga barang berganda-ganda, ini tidak benar. Harga barang ini bergantung kepada pelbagai faktor. Sebab itulah baru-baru ini, kita bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana sedia buka AP makanan ini. Sedia buka sebab kita tahu harga gula sesetengah negara lebih murah daripada harga Malaysia walaupun kita bagi subsidi tetapi di luar lebih murah. Kita benarkan import gula. Begitu juga beras. Tuan Yang di-Pertua, semua orang makan nasi. Kaya, miskin, Sabah dan Sarawak, Semenanjung, tua, muda, semua makan nasi. Jadi harga beras ini, dicontrol oleh BERNAS. Ini adalah satu perkara yang cukup tidak munasabah kerana BERNAS ini sebuah syarikat, boleh control pula harga barang. Harga beras di negara yang kita ambil, murah tetapi bila sampai ke negara kita, jadi mahal kerana adanya BERNAS dan BERNAS ini sahaja yang boleh import beras. Ini satu perkara yang cukup tidak logik. Sebab apa? Orang kaya, pagi- pagi dia boleh makan Corn Flakes, Koko Crunch, pancake, roti tetapi bagi orang susah, pagi nasi goreng, tengah hari nasi, malam makan nasi yang tidak habis. Jadi beras ini cukup penting. Kalaulah kita hendak kurangkan kos sara hidup rakyat ini benar-benar, maka kita kena ambil tindakan drastik. Kita tidak boleh bagi BERNAS. BERNAS ini syarikat swasta pula boleh mengagihkan subsidi kerajaan. BERNAS berbilion ringgit. BERNAS, dia pula bagi subsidi. Duit kerajaan, dia tolong bagi kepada petani dan pesawah ini. Apa sistem ini? Kita pun hairan. Saya hendak beritahu, kita lihat bahawa kalau kita kata koko, ada Lembaga Koko, kalau kita lihat nanas, ada Lembaga Nanas, kita lihat ikan, ada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, minyak sawit pun ada PORLA, semua ada. Kenaf dengan tembakau pun

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

ada lembaga tetapi beras tidak ada. Dahulu ada Lembaga Padi dan Beras Negara tetapi kita mansuhkan. Jadi kita mintalah, diwujudkan balik Lembaga Padi dan Beras Negara ini supaya rakyat ini kita lihat rakyat terbela terutama pesawah, ada mereka yang membela pesawah. Bukan kita bagi kepada BERNAS. BERNAS ini kalau kita tarik balik pun, tidak rugi apa-apa. BERNAS tidak bankrap. Janganlah BERNAS ini memanipulasikan rakyat supaya rakyat dapat beli beras yang mahal. Siapa hendak import beras, kena melalui BERNAS. Dapat komisen buta sahaja. Jadi ini adalah satu perkara yang saya lihat kerajaan perlu kaji semula. Tuan Yang di-Pertua, P.001 Padang Besar ini adalah kawasan yang menang banyak, kawasan penyokong Barisan Nasional, P.001 Padang Besar. Kita menang semua DUN termasuk ada satu DUN MCA, semua menang. Semua DUN menang dan kita meningkat undi 40%. Pembangkang kata hendak tawan Perlis tetapi tidak berjaya. Hanya dapat satu di Arau, satu di Kangar. Di Padang Besar bersih. Maka orang Padang Besar pun tunggulah apakah ganjaran dan insentif yang akan diberikan oleh kerajaan. Tunggulah ini. Maknanya tentulah kerajaan akan bagi satu projek yang besar di Padang Besar kerana kita penyokong tegar, kuat. Kita sapu bersih. Tunggu punya tunggu Tuan Yang di-Pertua, dapat projek buang sampah. Satu sampah dari Perlis akan dibuang di Padang Besar. Saya ingatkan dapatlah sekolah baru sebab kita sudah banyak minta sekolah baru di Padang Besar itu sebab di kawasan Padang Besar ada satu projek kontena kereta api yang mana kontena itu hendak jatuh di sekolah sudah. Jadi kita mintalah sekolah baru dipindahkan. Kita harap-harap dapatlah sekolah baru ataupun kita harap-harap dapat hospital kerana lima tahun sudah diluluskan Hospital Padang Besar dan waktu itu, peruntukan itu dibawa ke Kangar. Jadi kita haraplah pada tahun ini, apabila pilihan raya, kita dapatlah peruntukan sebuah hospital baru. Tiba-tiba dapat tempat buang sampah. Tidak apalah, tempat buang sampah pun jadilah. Kita pun seronok juga tempat buang sampah tetapi yang kita hairan itu, tidak bincang pun dengan ADUN. Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional tidak dibincang. Akhirnya, ADUN buat demonstrasi. Saya ada gambar SMS ADUN buat demonstrasi. Ahli Parlimen pun tidak tanya.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Kerajaan Persekutuan, Menteri, Barisan Nasional. Kerajaan negeri, Barisan Nasional. Tidak tanya ADUN Barisan Nasional dan juga Ahli Parlimen Barisan Nasional. Apa sistem saya tidak faham ini. Jadi kita lihat kerajaan perlulah melihat benda ini. Janganlah main buang, lepas itu sampah yang dibuang itu dekat dengan bandar, dekat dengan bandar Padang Besar dan kawasan yang kita luluskan untuk buat bandar baru, dekat-dekat. Oh, kita kata tidak boleh buat dekat sini sebab jangka masa panjang, kawasan ini akan membangun takkan hendak beri tempat buang sampah. Tidak, tempat buang sampah ini begitu canggih. Canggih buang sampah tapi buang sampah bukan ada incinerator, buang sampah dalam tanah, canggih. Lima tahun akan busuk. Di Padang Besar ini ada satu kawasan hutan simpan beratus ekar. Kita kata pindahlah dekat tempat itu. Bukan kita tidak setuju projek ini. Pindah, kita minta pindah tetapi semua buat tidak tahu, tidak pindah malah masih berkeras. Jadi saya merayulah kepada Kerajaan Persekutuan, kepada Menteri berkenaan tolonglah, janganlah kita buat sampah dekat situ. Tempat ada, bukan kita tidak setuju projek tersebut tetapi kita harap dapat pindah ke kawasan lain yang tidak ada pengundi. Kawasan tersebut sebelah ada Felda Rimba Emas, pengundi. Depan itu ada tiga kampung pengundi. Kasihanlah mereka kerana terpaksa bau sampah walaupun mereka ini penyokong kuat Barisan Nasional. Kedua, berkenaan dengan sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Di Padang Besar ini terdapat sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam Perlis yang dibiayai oleh kerajaan negeri. Baru-baru ini kerajaan negeri jual institut pengajian tinggi. Saya pun tidak faham kerana kerajaan negeri berkata dia tidak mampu lagi hendak jaga sebuah pusat Institusi Pengajian Tinggi Islam. Sebuah pusat pendidikan agama terpaksa dijual kepada orang tidak silap orang Kelantan kah orang Terengganu, saya tidak tahu tetapi dijual. Saya merasa sedih sebab kita ini mempunyai Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah mengikut maqasid syariah. Memerintah mengikut maqasid syariah dan terpaksa jual. Kerajaan negeri terpaksa menjual pusat pengajian agama. Ini ialah satu perkara yang cukup menyedihkan dan di Malaysia tidak pernah berlaku lagi. Saya berharaplah Kerajaan Persekutuan tolonglah lihat perkara ini supaya kita membela sedikit.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Di Padang Besar itu kita berharap tambah pusat pengajian tinggi, bukan kita kurangkan Pusat Pengajian Tinggi Islam. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak menyentuh sedikit tentang PLKN. PLKN ini kita lihat satu benda yang cukup baik. Kita melatih anak muda supaya mereka ini mempunyai jati diri yang baik. Satu program kerajaan yang cukup baik. Akan tetapi yang saya hairan itu, kita mintalah sebab kebanyakan negara yang buat national service (NS) ini tidak melibatkan pelajar-pelajar wanita. Sebab saya lihat tempat untuk PLKN ini tidak semestinya penuh tetapi terdapat mereka yang terlepas daripada PLKN ini tetapi ini rayuan daripada kebanyakan ibu bapa. Kalau boleh biarlah pelajar lelaki sahaja yang dikenakan PLKN dan tidak perlulah pelajar-pelajar perempuan. Ada masa sikit lagi, kan? Saya ingin menyentuh sikit tentang program halal ini. Program halal ini di mana saya melihat umat Islam perlu memberi perhatian tentang program halal ini. Saya ingin memberitahu bahawa laporan kajian Astro Awani lebih 50% masyarakat Islam Malaysia tidak yakin kehalalan ayam yang memasuki pasaran umat Islam. Keperluan harian ialah 800,000. Namun rumah penyembelihan hanya mampu menyembelih 600,000. Dari mana datangnya 200,000? Dari Thailand dan China. Saya hendak beritahu bahawa 38 pusat penyembelihan yang besar di Kuala Lumpur adalah milik bukan Islam. Kebanyakan ayam-ayam yang disembelih tidak mengikut syarak meskipun sebahagian sijil halal. Sebanyak 280 rumah penyembelihan di Kuala Lumpur tiada sijil halal. Namun hasil sembelihannya memasuki pasaran umat Islam. Mereka ini adalah pembekal- pembekal ayam ke hypermarket. Jadi saya mintalah Majlis Agama Islam carilah jalan macam kita hendak membina satu tempat pusat penyembelihan ataupun bina lebih dua, tiga pusat penyembelihan agar kita dapat memenuhi keperluan terutamanya untuk umat Islam di sekitar Kuala Lumpur. Ini kerana ia amat penting sebab makanan halal ini boleh memberi kesan kepada kesihatan kita juga terutamanya kepada umat Islam. Jadi saya ingin menyebut sikit sabda Rasullulah SAW, “Wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), perbaikilah makananmu, makanlah makanan yang halal. Nescaya engkau yang akan menjadi orang yang selalu dikabulkan doanya dan demi jiwaku yang ada di tangannya, sungguh jika ada seseorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan amalannya selama 40 hari dan seseorang hamba yang dagingnya tumbuh hasil dari menipu dan riba, maka nerakalah lebih layak baginya”. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh sikitlah tentang insurans ini. Saya dengar insurans ini akan dinaikkan 15%. Saya tidak faham kerana kebanyakan syarikat insurans ini untung berbilion, bukan ratusan juta, bilion, kebanyakan syarikat insurans. Hari ini kereta, motor bertambah. Setiap tahun 500,000 kereta dan motor bertambah dan tentulah pendapatan syarikat insurans ini bertambah. Jadi saya tidak faham kerana mereka mengatakan bahawa mereka tidak untung dan mereka terpaksa menaikkan peratus insurans kepada 15%. Ini adalah satu yang kita rasakan cukup menekan terutamanya mereka yang di kampung dan orang-orang yang susah yang menggunakan khidmat insurans ini. Ini ialah orang kata insurans ini is a legal way to single money. Jadi saya berharap– dan Ahli Parlimen ini pun tidak tahu. Kita hendak naikkan harga insurans kita tidak tahu tiba-tiba insurans dinaikkan. Jadi saya inginlah kalau boleh pihak Kementerian Kewangan terutamanya Bank Negara supaya mereka ini lebih prihatin dan janganlah cuba menaikkan insurans dan menekan dalam keadaan sekarang ini di mana harga barang naik, barang kebanyakan contohnya minyak naik dan segala naik dan ini membebankan rakyat dan kita mintalah kalau boleh perkara-perkara ini diberhentikan ataupun ditangguhkan sementara. Jadi, saya Yang Berhormat Padang Besar mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. ‘Sebelas hari telah berlalu,

Di manakah kamu tersembunyi, Seluruh dunia amat pilu, Mengenang nasibmu yang sebegini’. Saya pasti doa semua rakyat negara kita dan antarabangsa akan dengan secepat mungkin menemukan kita dengan MH370. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melantik Bank Dunia untuk menjalankan kajian Public Expenditure Review pada tahun 2011 untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan sektor awam. Apakah hasil kajian yang dibuat oleh Bank Dunia itu? Nyatakan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Bank Dunia untuk memantapkan lagi pengurusan wang oleh sektor awam. Saya memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi penjelasan terperinci berhubung dengan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, masalah penyeludupan merupakan satu fenomena yang semakin berleluasa di negara kita. Mengikut rekod kerajaan pada tahun 2012, sejumlah 6,764 kes penyeludupan telah berjaya dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM440.9 juta. Ini merupakan satu jumlah yang cukup besar dan membimbangkan. Berapakah jumlah kes penyeludupan yang ditangkap pada tahun 2013 dan nilai rampasan yang terlibat. Walaupun kita ada pelbagai agensi penguat kuasa tetapi masalah ini masih tidak dapat dibendung sepenuhnya. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kes-kes penyeludupan pada tahun 2014 dan seterusnya. Penglibatan rakyat dalam permainan judi menjadi semakin ketara buat masa ini. Judi menjadi semakin lumrah di kalangan semua lapisan masyarakat, tidak mengikut bangsa, jantina, umur dan status sosial ekonomi. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kementerian untuk mengeluarkan lesen aktiviti perjudian seperti kasino, pertaruhan nombor ramalan dan mesin gaming. Berapakah punca pendapatan cukai yang diterima oleh kerajaan daripada lesen-lesen perjudian ini setiap tahun dari 2009 hingga 2013. Berapakah peratusan cukai yang dikutip itu berbanding dengan jumlah keseluruhan cukai yang dikutip oleh kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Sambung esok Yang Berhormat.

Lima belas minit esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 18 Mac 2014.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam]