Dewan Rakyat · 25 May 2015

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 663 turns · 53,054 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi · question

1. Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Menteri Kesihatan menyatakan Hospital Langkawi memberi khidmat bukan saja pada 120,000 orang penduduk Langkawi malah terpaksa menampung pesakit dari kalangan 3.6 juta pelancong yang mengunjungi Langkawi. Akibatnya kesesakan katil bagi pesakit dan kadang kala terpaksa meletakkan katil tambahan di luar ruang bilik. Di samping itu kakitangan hospital pun tidak mencukupi. Apakah ada perancangan kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Tuan Yang di-Pertua, memang saya faham tentang masalah Langkawi. Terdapat sekarang ini seramai 120,000 penduduk berbanding dengan 20 tahun dahulu cuma 55,000. Apa yang penting juga ialah pelancong ada 3.6 juta sekarang. Ini yang berdaftar. Yang tidak berdaftar ramai lagi. Yang datang harian, yang duduk homestay, yang duduk rumah keluarga, rumah tumpangan dan sebagainya, mungkin angka 3.6 juta memang lebih daripada itu, mungkin 5 juta. Jadi berkenaan dengan Hospital Langkawi, sekarang ini ada 110 katil dan sekarang kadar pengisian katil ataupun beds occupancy rate (BOR) pada tahun 2013 ialah 80% dan tahun 2014 meningkat laju kepada 90%, Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal ini, kita ada 30 perjawatan doktor semua dan 29 diisi dan di antara doktor itu ada enam orang pakar, dan pakar-pakar adalah bidang-bidang yang saya sebut di sini iaitu: (i) bidang pembedahan am; (ii) pembedahan ortopedik; (iii) perbidanan dan sakit puan; (iv) bius anestelogi; (v) kanak-kanak atau pediatrik; dan, (vi) perubatan am. Memang keadaan sesak Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali dalam bidang bahagian ortopedik sebab ramai pelancong yang datang. Kalau kita lihat daripada segi jumlah inpatient atau patient dalaman yang masuk ialah 85,000 pada tahun 2014, foreigner atau pelancong-pelancong asing yang masuk ke wad adalah seramai 6,088 orang. Kes-kes banyak kerana accident berlaku dan kes ortopedik dan juga penyakit cirit-birit, Tuan Yang di-Pertua. Memang saya tahu keperluan mendesak untuk menambahkan lagi kemudahan. Buat sementara waktu Tuan Yang di-Pertua, kita hantar kes-kes yang terlalu urgent sangat ke Hospital Sultanah Bahiyah menggunakan ambulans laut. Tiap-tiap bulan didapati ada 15 hingga 30 kes yang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dari Kuah ke Kuala Kedah dan kosnya tinggi Tuan Yang di-Pertua. Tiap-tiap trip kita bayar RM3,500 dan standby fee RM60,000 sebulan.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat ini untuk perancangan seterusnya, kita telah pun memohon untuk ditambah lagi 140 buah katil. Bermakna satu blok baru di belakang hospital itu, 140 buah katil kita telah pohon untuk Rancangan Malaysia Kesebelas, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.

Dato' Ir. Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup baik sebentar tadi. Saya ingin bertanya dalam soalan tambahan saya, salah satu masalah staf Hospital Langkawi ialah pertukaran yang tinggi. Dalam dua tahun mereka hendak minta tukar kerana berbagai-bagai masalah. Salah satu daripada masalah yang timbul ialah kerana di Langkawi tidak mencukupi jumlah bilangan kuarters menyebabkan mereka terpaksa menyewa rumah yang agak mahal. Sebab itu mereka tidak berapa gembira untuk tinggal di Langkawi kerana masalah ketidakgembiraan dalam kehidupan ini menyebabkan kualiti kerja mereka menurun. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Di samping itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Langkawi ini selalunya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong datang ke Langkawi tetapi keadaan Hospital Langkawi tidak ada tempat untuknya. Kadang-kadang dia masuk ke Hospital Langkawi dalam keadaan yang tidak baik dan ada juga Menteri-menteri dan bekas Perdana Menteri kita yang datang ke Langkawi, yang pernah masuk ke Hospital Langkawi. Saya memohon kerajaan untuk melihat keadaan ini dan apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Memang saya amat faham. Saya pun baru-baru ini melawat Hospital Langkawi. Sambil-sambil saya ada program di sana, saya melawat Hospital Langkawi. Pengarah bawa saya tunjuk seluruh hospital itu dan memang tidak ada wad VIP. Yang ada first class, second class, third class, wad VIP tidak ada. Jadi kalau VIP masuk, dia kena kosongkan satu bilik yang hujung itu dan masukkan VIP di situ. Ini berlaku selama ini dan ini perkara yang kita kena selesaikan. Jadi, melalui perancangan kita untuk Rancangan Malaysia Kesebelas Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut tentang pakar-pakar yang bermastautin di Hospital Langkawi. Ada enam orang semuanya dan memang saya faham. Saya pun berjumpa dengan mereka dan mereka beritahu terpaksa buat on call duty selang sehari. Memang penatlah Tuan Yang di- Pertua. Termasuklah nurses kita pun sekarang ada 135 perjawatan. Tinggal lapan buah yang kosong tetapi yang saya diberitahu bahawa katil ini bukan yang rasmi 110 buah tetapi yang sebenarnya sudah tambah banyak kerana keperluan mendesak, terpaksa masuk bilik yang sepatutnya ada empat buah katil, dimasukkan enam buah katil dan sebagainya. Memang saya tengok sendiri.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNBalik Pulau

Jadi, memang terdesak, jadi sementara menyelesaikan masalah ini kita juga ada hantar pakar-pakar sebagai visiting, pakar-pakar yang melawat dalam bidang psikiatri, ENT, eye dermatitis, chest position, nefrologi, kardiologi dan juga pakar-pakar kecemasan pun kita hantar juga, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itulah yang saya sebut tadi bahawa kita merancang untuk dalam RMKe-11 untuk menyelesaikan semua masalah ini, Tuan Yang di- Pertua.

Ko Chung SenDAP · PRKampar · question

2. Tuan Ko Chung Sen [Kampar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) bilangan anggota polis dan bajet yang diperuntukkan untuk menangani ancaman Islamic State (IS) dan keganasan; dan (b) sama ada kesemua 126,000 anggota polis kini ditugaskan untuk memantau laman media sosial bagi menjejak bakal pengganas.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, ada dua bahagian soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar. Kita mengetahui bahawa kerajaan melalui KDN dan PDRM telah pun bersiap siaga dengan beberapa persiapan dan perancangan yang amat rapi. Bagi penugasan, terutamanya pegawai dan anggota PDRM dalam operasi bagi menangani ancaman IS ini. Kerajaan

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

yakin dengan bajet dan kekuatan yang sedia ada, insya-Allah PDRM mampu untuk membendung serta menyekat kegiatan kumpulan ini agar tidak terus berleluasa. Bagi menjawab soalan (b), setiap anggota polis diberi tugas dan pertanggungjawaban mengikut spesifikasi yang telah ditentukan sebagaimana yang termaktub di dalam seksyen 20(3), Akta Polis 1967. Namun, sekiranya kekuatan setiap satu-satu cawangan di dalam formasi PDRM tidak mencukupi, Menteri Dalam Negeri selaku Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis boleh mengarahkan Ketua Polis Negara menyandarkan atau menempatkan mana-mana anggota di dalam mana-mana cawangan yang kritikal dan amat memerlukan khidmat mereka. Untuk itu Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, bahawa setiap anggota telah dilatih sepenuhnya untuk menjalankan tugas-tugas kepolisan. Ia termasuk memantau semua media-media sosial yang telah dan masih menjadi platform kepada kumpulan pengganas untuk menggerakkan kegiatan mereka. Sungguhpun ada pengkhususan tugas dan tanggungjawab oleh cawangan- cawangan tertentu di dalam PDRM. Namun, saya amat yakin semua anggota polis mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh pertanggungjawaban dan berkesan. Tidak kira di mana mereka ditugaskan.

Tuan Ko Chung SenDAP · PRKampar

Terima kasih Menteri. Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia memang berterima kasih dan terhutang budi kepada Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia. Bulan lalu, 17 orang berkaitan dengan kumpulan militan IS telah ditahan dan bahan letupan dirampas dari mereka. Antara sasaran kumpulan ini adalah bangunan Parlimen dan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Antara kalangan 107 orang militan yang telah ditangkap setakat ini, berapa orangkah direkrut melalui internet dan berapa ramai pula direkrut secara perjumpaan langsung? Berapa orangkah telah dikenal pasti terlibat dalam keganasan atau jenayah sebelum ini? Ada seorang anggota militan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada Jun 2001. Dia yang berusia 49 tahun dari Kedah adalah seorang anggota ganas Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang telah diharamkan. Tahanan ini juga pernah menjalani latihan di Afghanistan pada Jun 1989 dan Sulawesi, Indonesia pada November 2000. Tahanan ini terlibat dalam rancangan untuk merompak senjata api di Balai Polis Guar Cempedak pada Februari 2001. Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah militan ini dengan sejarah panjang dan teruk dapat melakukan perjalanan ke Syria untuk latihan ketenteraan pada Ogos 2014 dan pulang ke Malaysia pada bulan Disember. Minta Menteri jelaskan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya kagum dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kampar, mungkin beliau senegeri dengan saya. Maklumat itu diperoleh dengan cukup tepat. Akan tetapi untuk maklumat Dewan yang mulia ini, daripada 107 orang yang telah ditangkap itu kita dapati bahawa mereka yang telah ditahan, terdiri daripada enam orang bekas tahanan ISA. Ini termasuk lima kumpulan KMM dan seorang daripada JI atau Jemaah Islamiah. Kita dapati bahawa bekas tahanan-tahanan ISA ini selepas pemansuhan ISA, mereka telah dibebaskan. Mereka terlibat untuk berhijrah ke Syria dan Iraq bagi menyertai kumpulan militan. Kita melakukan pemantauan bersama-sama dengan Interpol. Akan tetapi agak sukar kerana Syria dan Iraq yang diisytiharkan oleh puak IS sebagai Khurasan. Khurasan adalah wilayah mengikut sirah Islam atau sejarah Islam di mana Semenanjung Tanah Arab dan bahagian Utara Afrika adalah termasuk dalam Khurasan ketika itu. Dalam hal ini saya mohon supaya rakyat Malaysia harus mengetahui bahawa dengan adanya beberapa langkah yang telah dilakukan oleh militan IS hingga dapat menawan Ramadi dan hanya mengambil kira-kira satu jam 30 minit sahaja untuk sampai ke Baghdad. Ini telah memberikan semangat baru kepada militan IS. Ini juga dikhuatiri akan mempengaruhi militan yang ada di Malaysia. Oleh kerana 75% daripada para militan ini direkrut melalui media sosial. Kita tahu bahawa kebanyakan pengamal-pengamal dan aktivis dalam media sosial adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun dan ini amat dikhuatiri. Pihak polis melalui Cawangan Khas dan Bahagian Anti Keganasan melakukan pemantauan terhadap bukan sahaja beberapa laman sosial tetapi memantau beberapa individu yang ada di dalam suspect list, dengan izin, ataupun senarai syak yang ada pada PDRM.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terdapat beberapa kumpulan militan daripada Malaysia, Indonesia dan juga Filipina yang telah membuat kenyataan menyokong perjuangan IS dan menyatakan kesetiaan mereka pada perjuangan ini disebabkan ada persamaan perjuangan yang mereka lakukan. Jadi, saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang diambil oleh kerajaan dalam mengekang penularan ancaman dan pengrekrutan ekstremis IS di Malaysia? Terutama yang melibatkan penggabungan militan-militan dari Asia yang bersatu di bawah nama IS? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Ini merupakan satu soalan yang agak relevan dengan situasi semasa. Di mana kita ketahui bahawa para militan sama ada mereka ini bergerak di Malaysia atau di negara- negara jiran, mereka mempunyai rangkaian yang cukup rapat. Mereka juga mempunyai pegangan yang sama. Malah mereka berhajat untuk mewujudkan Daulah Islamiyah Asia Tenggara atau negara Islam di Asia Tenggara.

Ini bukan sahaja meliputi Kepulauan Melayu tetapi meliputi negara-negara daripada Cambodia ke Thailand, ke Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Maklumat yang kita peroleh mendapati bahawa dokumen-dokumen yang mengesahkan pertemuan antara pemimpin-pemimpin ini, memang mereka berhajat untuk mewujudkan hubungan bukan sekadar di rantau Asia Tenggara tetapi juga di seluruh kawasan yang saya sebut, Khurasan tadi dan semua pihak di peringkat antarabangsa yang mempunyai ideologi yang sama dengan mereka. Itulah sebabnya langkah-langkah pencegahan termasuk POTA yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan langkah-langkah pencegahan ini tidak mencukupi bagi saya jika tidak ada kempen kesedaran dilakukan. Setakat ini pihak polis dan pihak KDN telah melakukan penjelajahan untuk mengadakan kempen-kempen kesedaran atau dalam bahasa Inggeris dipanggil awareness campaign di mana kumpulan-kumpulan sasaran yang telah kita lakukan. Ini termasuklah di universiti-universiti awam dan swasta, di masjid-masjid dan di beberapa premis yang telah ditentukan mengikut permintaan oleh pihak penganjur pada ceramah-ceramah berkenaan. Akan tetapi saya juga ingin memaklumkan bahawa POTA adalah merupakan satu alat perundangan yang boleh kita gunakan bukan sahaja untuk pencegahan tetapi dalam jangka panjang boleh digunakan untuk menentukan tidak ada elemen-elemen baru yang wujud bagi perekrutan kepada bakal-bakal militan di Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia kena tengok semua arah, yang terpandang dahulu akan dipanggil. Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, ramai pelajar muda kita yang pergi ke Syria menuntut di madrasah-madrasah dan juga universiti- universiti sebelum berlakunya peperangan di Syria. Apabila tercetusnya peperangan di Syria, kerajaan ada memberikan notis kepada mereka supaya kembali kerana peperangan berlaku tetapi ramai juga pelajar-pelajar kita tidak kembali kerana kadang-kadang mereka tinggal satu hingga dua semester sahaja. Sekarang ini ramai yang telah pun graduate saya dimaklumkan tak berani balik ke Malaysia kerana mereka mendapat maklumat kalau mereka balik, mungkin mereka akan ditahan oleh kementerian dan mungkin akan disoal siasat dan mungkin ditahan dalam satu jangka panjang. Ini memberikan dilema kepada pelajar-pelajar kita. Kalau dia tak balik, lagi lama dia tunggu di Syria, saya bimbang mereka juga akan direkrut oleh pihak-pihak tertentu. Kalau dia balik, adakah kerajaan akan menempatkan mereka sama kategori sebagai mereka yang terlibat dalam IS ataupun kumpulan-kumpulan lain. Saya kira kerajaan harus ada satu tindakan untuk maklumkan kepada pelajar-pelajar ini, kebanyakannya pelajar- pelajar ini pelajar-pelajar persendirian. Jadi, saya sudah pasti rekod tidak berada dengan Kementerian Pendidikan ataupun dengan Wisma Putra tetapi ramai pelajar-pelajar kita di sana yang saya kira telah pun graduate dan menghadapi masalah ini. Apakah kerajaan

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

berhasrat dan berhajat untuk maklumkan kepada mereka yang kalau mereka balik dan mereka tidak terlibat dalam gerakan ini, keadaan mereka terselamat. Terima kasih Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan, KDN khususnya dan polis khasnya tidak sekejam atau sezalim itu jika ada di kalangan pelajar- pelajar Malaysia sama ada ia melalui pembiayaan keluarga atau dibiayai melalui sumber- sumber yang lain untuk ditahan dalam jangka yang panjang sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Daripada maklumat yang kita peroleh sekarang ini terdapat 63 orang rakyat Malaysia yang masih berada di Syria, di mana kanak-kanak yang berumur antara satu hingga sepuluh tahun seramai empat orang, dua orang laki-laki dan dua orang perempuan. Wanita yang berumur 11 hingga 30 tahun seramai lapan orang dan lelaki dewasa yang berumur hingga 60 seramai 51 orang. Apa yang kita lakukan, daripada mereka yang kembali ke Malaysia, terdapat tujuh orang di mana ia termasuk seorang bekas tahanan ISA, enam telah ditangkap dan satu masih bebas walaupun kita tahu mereka kembali ke sini. Ertinya, apa yang kami akan lakukan bukan untuk terus menghukum tetapi melakukan soal siasat. Kalau mereka tidak terlibat maka kerajaan terutamanya polis tidaklah sezalim yang disangka untuk menahan mereka dalam jangka panjang. Apa yang dikhuatiri ialah apabila tahanan-tahanan ISA, saya sebutkan tadi sama ada dalam KMM atau JI yang berhijrah yang ke sana untuk memperoleh bukan ilmu di dalam institusi pengajian tinggi tetapi ilmu peperangan secara gerila. Mereka pulang bukan sahaja untuk merekrut tetapi disebutkan oleh Yang Berhormat Kampar tadi, 17 orang daripada mereka berhasrat untuk melakukan aktiviti rompakan dengan penyediaan bahan-bahan letupan, ini kita khuatir. Oleh sebab itu, kita bekerjasama dengan semua pihak, research di peringkat antarabangsa dengan izin, supaya mereka yang student statusnya akan dapat balik dan saya yakin apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan ialah dengan memberikan tempat untuk mereka menyambung baki sesi pengajian mereka hingga mereka tamat. Dengan syarat subjek yang dipelajari itu mempunyai nilai kredit supaya dilakukan credit transfer bagi mereka menamatkan pengajian di Malaysia.

Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan AhmadUMNO · BNKuala Kangsar · question

3. Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta Perdana Menteri menyatakan beban tekanan yang bertambah berat sehingga tidak menggembirakan boleh membahayakan seseorang dan dikatakan boleh membawa kepada munculnya penyakit-penyakit seperti ulser, kardiovaskular, barah, penyakit otot dan sebagainya. Adakah pihak Kementerian Kesihatan telah melakukan kajian tentang kadar stres di kalangan penjawat awam. Sekiranya kajian tersebut telah dijalankan, apakah dapatan kajian tersebut. Jabatan atau agensi kerajaan manakah yang mempunyai bilangan pegawai dan kumpulan pekhidmat yang paling ramai mengalami tekanan atau stres.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam termasuk urusan psikologi dalam kalangan penjawat awam. Pada tahun 2011, satu kajian telah dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap stres di kalangan penjawat awam. Berdasarkan kepada dapatan kajian tersebut, 67% responden berada di tahap stres kerja sederhana manakala 27.1% berada di tahap stres kerja tinggi. Sementara itu perbandingan tahap stres antara jantina mendapati lebih ramai responden lelaki iaitu 30.4% berada di tahap stres kerja tinggi berbanding dengan responden perempuan iaitu 25.3%. Perbandingan mengikut kumpulan perkhidmatan pula mendapati 36.9% daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional berada di tahap stres kerja tinggi berbanding dengan Kumpulan Pengurusan Tertinggi 27.3% dan Kumpulan Pelaksana 23.2%. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat bahawa sekarang ini masalah tekanan stres bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal tetapi menjejaskan kesihatan mental, kesihatan jiwa yang boleh mendorong kepada kemudaratan kesihatan dan juga mendorong kita membuat keputusan ataupun tindakan yang tidak rasional dan berbahaya. Bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi juga di kalangan semua peringkat swasta yang melibatkan kepentingan awam seperti tenaga pengajar, pembuat-pembuat dasar, pelatih-pelatih,

pengawal-pengawal keselamatan, pemandu-pemandu bas, teksi dan juga malahan pilot yang boleh menjejaskan keselamatan penumpang-penumpang. Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan akan mewajibkan bukan sahaja pemeriksaan fizikal seperti HIV kepada bakal-bakal penjawat jawatan kakitangan kerajaan malahan meletakkan satu Occupational Stress Indicator (OSI) di kalangan pekerja-pekerja sedia ada dan juga meletakkan satu dasar, peraturan baru yang wajib kepada bukan sahaja kakitangan kerajaan malahan pihak swasta. Seperti meletakkan kaunselor-kaunselor ataupun one stop centre di pusat-pusat supaya masalah stres yang melibatkan masalah fizikal dan mental ini tidak menjadi satu perkara yang boleh membahayakan keadaan keselamatan awam dan juga membangunkan negara kepada kepentingan awam melalui tekanan stres yang berada di semua kalangan penjawat-penjawat awam dan juga kepada pihak swasta. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian daripada jawapan ini kita akan bagi secara bertulis setelah kita berunding dengan Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Menteri stres.

Belum habis lagi.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jangan cengil sangat. Jangan cengil.

Cengil tidak tetapi boleh tahanlah. [Ketawa]

Saya ingat kita pun stres. Bukan stres ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat.

Macam stres pagi, saya boleh selesaikan dengan Speaker tengah hari sekejap lagi. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang, perjawatan bagi Pegawai Psikologi di kementerian dan agensi berjumlah 648 jawatan. Sebanyak 518 jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 130 lagi jawatan dalam Kumpulan Sokongan. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengatasi apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan, saya ingin maklumkan tentang kajian yang dibuat dengan Jabatan Penjara. Ini sebagai contoh. Baru-baru ini, JPA telah membuat kajian dengan Jabatan Penjara. Daripada 3,470 pegawai penjara, hasil kajian mendapati 56% ataupun 1,943 pegawai penjara mempunyai tekanan kerja pada tahap tinggi iaitu 37% ataupun 1,285 berada pada tahap sederhana dan 7% berada pada tahap rendah. Jadi, berdasarkan kepada dapatan kajian tersebut, menunjukkan sebilangan besar penjawat awam berada dalam keadaan stres. Ini Jabatan Penjara. Jadi untuk menangani fenomena tekanan dalam kalangan penjawat awam, JPA telah membangunkan modul pengurusan stres penjawat awam sebagai panduan bagi menangani stress dan lapan indeks kesejahteraan kendiri penjawat awam yang merupakan alat saringan kesejahteraan kendiri. Jadi alat ini berkemampuan untuk mengukur lapan indeks kesejahteraan daripada segi aspek kesejahteraan minda, emosi, sosial, fizikal, spiritual, kewangan, pekerjaan dan juga persekitaran dan ia boleh dijadikan sebagai psychological screening terhadap pekerja bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan awam. Dalam masa yang sama, sebagai contoh untuk membolehkan supaya pegawai tidak berada dalam keadaan yang begitu sepanjang masa, jadi antara pendekatan yang kita ambil ialah untuk memperkenalkan 1Serve. 1Serve ini telah diperkenalkan oleh KSN pada 23 Oktober 2014. Jadi 1Serve ini contohnya macam orang awam yang ingin pergi ke Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung dengan pencen. Kemudian dalam masa yang

sama, dia ingin juga berhubung dengan bahagian-bahagian lain seperti bahagian kewangan dan sebagainya. 1Serve ataupun one stop centre ini boleh menolong untuk mengawal keadaan supaya kembali kepada normal. Jadi, pelbagai cara yang dibuat untuk memastikan supaya anggota awam tidak berada di tahap stres yang boleh mengganggu perkhidmatan masing-masing. Yang Berhormat, kerajaan sedar tentang perkara ini dan kita tidak berdiam diri mengenainya. Berhubung dengan soalan Yang Berhormat yang saya rasa ada hubung kait dengan Kementerian Kesihatan, biarlah saya bagi secara bertulis. Puas hati?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, sebenarnya saya hendak sebut di sini, stres ini bukan tidak baik semata-mata tetapi kita perlu juga sedikit stres kerana stres itulah yang sebenarnya menjadi pemangkin kepada performance. Namun kalau terlalu berat, memanglah ada orang yang tidak boleh menangani ataupun cope dengan stress, dengan izin. Sebahagian daripada apa yang saya hendak tanya sebenarnya telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengetahui tadi sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan kursus tentang stress management tetapi tadi Yang Berhormat Menteri telah menjawab bahawa sudah ada modulnya dengan JPA. Cuma daripada segi pelaksanaannya, adakah ia menjadi satu perkara yang wajib dan mesti kepada kakitangan kerajaan kerana perkara ini perlu diperkenalkan dengan awal, bukan hanya bila mereka menghadapi stres itu sahaja baru mereka hendak mengikuti kursus tentang pengurusan stres ini? Kedua ialah jumlah kaunselor yang terlatih, yang sepatutnya ada pada semua jabatan sumber manusia yang ada sekarang dan sejauh mana pihak kementerian bersedia untuk menghadapi era mendatang ini dengan memperbanyakkan lagi kaunselor-kaunselor yang terlatih untuk membantu kakitangan atau penjawat awam dan menangani stres? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali, seperti yang saya telah sebutkan bahawa kita memperkenalkan modul dan juga diiringi dengan latihan. Tentang jumlah penjawat awam dalam bahagian psikologi, saya telah sebutkan tadi Yang Berhormat iaitu sebanyak 648 jawatan merangkumi 518 adalah dalam Kumpulan Pengurusan dan 130 jawapan dalam Kumpulan Sokongan. Pertama sekali Yang Berhormat, secara umumnya, jabatan-jabatan diminta untuk memastikan supaya anggotanya hadir kursus yang dianjurkan oleh JPA berhubung dengan perkara ini dari semasa ke semasa. Ini berhubung dengan psikologi. Yang Berhormat, tekanan sekarang ini agak berlainan daripada dahulu. Jadi sekarang ini juga pendekatan baru sebab manusia sekarang berada dalam keadaan bahawa mudah berkata-kata dengan tulisan ataupun selepas itu diiringi dengan perkataan. Contohnya macam Yang Berhormat Parlimen mana itu? Yang Berhormat Petaling Jaya, saya tidak pasti. Dia kata saya macam- macam, padahal jawapan saya bagi dari Pejabat Setiausaha Parlimen. Setiausaha Parlimen sudah pasti juga ialah Pejabat Speaker Dewan Negara. Kalau dia kata saya bahlul, maka dia kata pada Parlimenlah. Bukan pada saya sebab saya jawab 100% daripada Parlimen. Jadi ke’pekak’kannya itu merupakan satu stres atau tekanan [Ketawa] dan digalakkan untuk hadir kursus psikologi sebab saya tengok penggunaan bahasa dalam kalangan puak-puak ini agak teruk. Kalau mereka memerintah, rakyat Malaysia akan kotor kerana menggunakan perkataan-perkataan kotor dari semasa ke semasa. Padahal saya sendiri secara peribadi tidak pernah dilatih untuk menggunakan perkataan-perkataan demikian rupa. Ini latihan anak-anak tok lebai macam ini. Jadi, tiba-tiba mari di sini menggunakan perkataan ‘bahlul’ dan ‘bodoh’, macam itu sahaja. Saya tidak akan galakkan anak-anak saya untuk menggunakan perkataan tersebut. Perkataan tersebut bukan sahaja tidak beretika tetapi ia boleh menyebabkan kesan kepada agama. Jadi Yang Berhormat, berbalik kepada tajuk ini...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Streskah? Streskah?

Stres? Ya?

[Dewan riuh]

Bagi gaji baru pun tidak cukup. Jadi stresnya sebab belum dapat lagi. [Ketawa] Jadi Yang Berhormat, di samping kita menggalakkan tetapi kalau sampai ke tahap yang meruncing macam Jabatan Penjara ini, ia mesti satu pendekatan secara menyeluruh. Bukan sahaja kursus Yang Berhormat sebab di Jabatan Penjara ini, tekanannya ialah kerja ikut syif, pegawai mungkin tidak cukup dan sebagainya. Itu juga diberi perhatian. Bukan sahaja kursus tetapi kedudukan perjawatan di kementerian dan juga agensi berkenaan juga diambil kira. Bila pegawai tidak cukup, mereka berada dalam keadaan stres untuk melakukan pekerjaan. Akan tetapi pada pandangan saya akhirnya, kita kena kembali kepada pendekatan kerohanian. Bagi orang Islam, dekatkan diri dengan agama. Bagi orang-orang lain, dekatkan diri dengan agama masing-masing ataupun hadirlah kursus-kursus murni yang bernilai moral supaya kita boleh berinteraksi dengan secara yang tidak stres. Boleh berinteraksi dengan bahasa yang tidak boleh menimbulkan tersinggungnya orang yang kita hendak berinteraksi. Terima kasih.

Soalan, Yang Berhormat Kota Tinggi soalan tambahan untuk stres.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sebelah ini pun ada soalan stres ya, Yang Berhormat. Saya bagi Yang Berhormat Kuala Langat ya, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sungguh bijaksana lagi budiman. Yang Berhormat Menteri, saya tekun mendengar jawapan Menteri atas stres dan juga langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tetapi pada pandangan saya secara peribadi, disebabkan juga dasar yang bertukar-tukar dan arahan yang tidak konsisten dari ketua-ketua jabatan yang tidak efisien dan tidak berkelayakan, maka soal tekanan tidak dapat diselesaikan. Soalan saya ialah seperti mana yang dilakukan di negara-negara luar, contohnya Jepun mengamalkan senamrobik untuk langkah-langkah mengatasi stres dan tekanan sebelum bekerja. Jadi, adakah kerajaan juga boleh melaksanakan sedemikian untuk melegakan sebelum mereka menjalankan tugas. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Lagi stres.

Yang Berhormat, ini ialah untuk di sini, pengalaman saya di Federal ini kita ada doa, nyanyi dan sebagainya. Dahulu kita pernah buat, kita pernah buat latihan-latihan ringan. Akan tetapi semasa saya di Perlis dahulu, itu merupakan syarat utama kerana tiap-tiap minggu pegawai kerajaan dan keluarga sekali dua hari berturut-turut mesti berada di kawasan-kawasan rekreasi, kawasan hutan dan sebagainya. Pada hari Isnin dan juga hari Khamis bagi orang Islam disyaratkan untuk berpuasa. Jadi kita dapati oleh kerana kita mengurangkan tekanan itu menyebabkan prestasi kerjanya agak tinggi. Yang Berhormat, pada dasarnya manusia ini emosinya tinggi kalau sekiranya tenaga berlebihan. Jadi selalunya minta maaf cakaplah kan orang yang kurang exercise ini dia kuat bersyarah. Bila dia kuat bersyarah emosinya tinggi sebab dia tidak lepaskan tenaga dan sebagainya. Akan tetapi bagi orang yang kuat exercise dia kurang sedikit bercakap dan emosinya tinggi. Jadi kalau kawan-kawan daripada pembangkang ini kalau kita beriadah seminggu dua kali saya rasa perbahasan kita dia jadi lain sedikit. Akan tetapi kalau tidak pernah exercise langsung jadi emosinya agak tinggi. [Ketawa] Saya tahu tentang kawan-kawan di sini yang kurang exercise sebab dia lebih exercise dengan mulut daripada tenaga yang lain. Jadi berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bahawa anggota kerajaan membuat riadah ringan, ini dibuat. Ini memang dibuat, tetapi sekarang ini saya tengok ada terhenti sedikit. Dahulu dibuat dan saya tengok ada pergerakan-pergerakan ringan yang dibuat. Akan tetapi bagi saya pengalaman di negeri tadi ini adalah syarat yang dimestikan. Akan tetapi di sini saya lihat cuma kita menyanyi lagu Negaraku, selepas itu berdoa selepas itu dengar ucapan. Akan tetapi dahulu di peringkat awal memang dibuat

saya ingat empat ataupun lima tahun yang lepas kita membuat pergerakan-pergerakan ringan bila kita berpeluh apa orang kata keluarkan peluh awal sedikit, peluh awal ini dengan itu kita kurang sedikit pemikiran kita hendak fikir sesuatu benda yang tidak baik. Akan tetapi kalau kita duduk diam macam itu kita akan melihat sesuatu benda itu sentiasa negatif. Kita kena pendekatannya adalah positif. Contohnya macam Yang Berhormat fikir negatif fasal GST, 1MDB positif kan. Kita akan dapat jawapan tidak lama lagi. Positif, maka kuranglah stres. Akan tetapi bila kita fikir bahawa ini adalah satu beban, ini kesalahan kerajaan yang mesti dihentam dan sebagainya, streslah. Orang yang bercakap pun stres, orang yang mendengar pun stres, rakyat pun jadi stres. Kita kurangkan stres dengan positif kan pemikiran kita dan baik sangka. Carilah helah berkawan dan elakkan punca gaduh. Terima kasih.

Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan · question

4. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah serta jenis peruntukan kepada semua sekolah secara terperinci di kawasan Batu Kawan (Perai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun serta Pulau Aman) dari tahun 2005 sehingga kini.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan atas soalan. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan peruntukan mengurus kepada JPN Pulau Pinang untuk tahun 2013 sebanyak RM2.05 bilion dan pada tahun 2014 sebanyak RM1.42 bilion bagi tujuan perbelanjaan mengurus emolumen dan pengoperasian semua jenis sekolah di Pulau Pinang termasuk sekolah-sekolah di kawasan Batu Kawan. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di 29 buah sekolah di Parlimen Batu Kawan iaitu 10 buah sekolah kebangsaan, enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, lapan buah sekolah menengah dan satu kolej vokasional melibatkan peruntukan sebanyak RM1.22 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga tahun 2014. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan bagi pakej rancangan khas di Parlimen Batu Kawan dari tahun 2012 hingga tahun 2014 adalah sebanyak RM720,000. Jumlah tersebut termasuklah peruntukan sebanyak RM150,000 kepada SJK(T) di Parlimen Batu Kawan. Terima kasih, Yang Berhormat.

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya ada dua soalan sini yang berkaitan. Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. Apakah justifikasi peruntukan RM50 juta bagi SJK(C) dan SJK(T) tahun ini berbanding dengan RM100 juta tahun lepas. Kedua, saya ingin bertanya di sini adakah mana-mana sekolah di Batu Kawan diberi pengiktirafan oleh kementerian sebagai Sekolah Amanah iaitu sebuah sekolah kerajaan yang separuh ditaja oleh sektor swasta tanpa peningkatan yuran untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah amanah kerana Bajet 2015 ini memperuntukkan RM10 juta. Setakat ini dijalankan di Johor, Sarawak, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. Jika tiada sila nyatakan mengapa. Memandangkan pelajar-pelajar di sekolah aliran telah mengukir nama Malaysia di persada antarabangsa saya ingin tahu, mohon Menteri menjawab sekiranya ada rancangan untuk sekolah-sekolah di Batu Kawan dijadikan Sekolah Amanah. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat atas soalan tambahan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Memang apabila peruntukan ini diturunkan daripada yang pernah diberi sebelum ini RM100 juta ke RM50 juta. Memang rancangan kita ini mungkin serba sedikit akan terganggu. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan sedaya- upaya membantu mana yang boleh tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa memberi ruang dan peluang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya memerlukan peruntukan tambahan, kita boleh memohon. Saya pasti Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri yang prihatin terhadap pembangunan semua sekolah termasuk Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan membantu sekolah-sekolah berkenaan. Untuk soalan mengenai Sekolah Amanah memang Kementerian Pendidikan Malaysia akan menggalakkan dan kita memang ada perancangan dan kita akan membantu. Hasrat kita lebih banyak Sekolah Amanah akan ditubuhkan berdasarkan kepada syarat- syarat dan prestasi sekolah tersebut. Kita tidak akan meminggirkan mana-mana sekolah dalam proses penambahbaikan ini malah kita akan membantu. Guru-guru telah pun dilantik untuk membantu sekolah-sekolah ini untuk menambah baik taraf mereka supaya sekolah- sekolah ini juga boleh terlibat dalam sekolah amanah. Terima kasih, Yang Berhormat.

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

5. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf Jalan Persekutuan FT03 daripada dua lorong kepada empat lorong terutamanya di kawasan Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kerana telah berlaku kesesakan di jalan tersebut terutamanya pada musim perayaan, musim cuti persekolahan dan cuti hujung minggu.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Persekutuan 3 atau FT03 dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu termasuk di Bandar Permaisuri, Setiu yakni sebuah laluan yang dicadangkan untuk dinaik taraf kepada laluan empat lorong dua hala sebagaimana Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Lebuh raya Semenanjung Malaysia atau HNDP di antara tahun 2008 hingga tahun 2020. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat berikutan ia melibatkan kos yang tinggi.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kementerian ini telah menerima kelulusan agensi pusat untuk menaik taraf laluan dari KM10 hingga KM21 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu dengan harga kontrak sebanyak RM68 juta. Projek ini telah dimulakan pada bulan Februari 2015 yang lalu dan dijangka mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan iaitu dijangkakan pada bulan Februari 2017. Kesinambungan naik taraf laluan ini akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas tertakluk kepada kelulusan agensi pusat. Untuk jangka panjang pula, kerajaan juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 dari Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan bagi melengkapkan rangkaian lebuh raya di bahagian Pantai Timur. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan FT03 ini, sebenarnya perkara ini telah lama. Sekarang ini kalau adapun laluan alternatif, tetapi keadaannya juga sama. Jalan sempit, dia bumping, kemudian berselekoh dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu, bila sebenarnya kali terakhir pihak kementerian menjalankan kerja-kerja penaikan taraf jalan FT3 tadi yang disebut terutama di sekitar Bandar Permaisuri? Ini kerana selagi tidak dibuat – saya mendapat berbagai-bagai tohmahan. Maknanya, sebagai wakil rakyat, sudah dua tahun tak tahu apa yang dibuat. Itulah yang sesetengah yang dipanggil wakil rakyat cap ayam dan sebagainya. Ini berlaku. Nasib baiklah, kalau sardin cap ayam itu boleh tahan juga. Kalau benda-benda lain cap ayam disebut, susah kita dibuatnya. Satu lagi ini, di Bandar Setiu juga, kalau musim banjir, biasanya jalan akan tenggelam. Dia terlampau rendah. Jadi inilah yang saya perlu tanya kepada pihak kementerian. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan tambahan dan terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya ingin menjawab– ada dua soalan Yang Berhormat bangkitkan.

Pertamanya mengenai perancangan kerajaan ataupun kementerian untuk jalan di Parlimen Setiu yang saya kira mampu untuk mengatasi masalah kesesakan dan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Selain daripada beberapa projek yang saya sebutkan dalam jawapan awal tadi, saya ingin maklumkan Yang Berhormat, saya yakin Yang Berhormat Setiu ini Tuan Yang di- Pertua, merupakan Ahli Yang Berhormat yang rajin bekerja, rajin membawa isu-isu kawasan ke peringkat kementerian. Yang cap ayam ini saya kira yang hanya menggunakan spekulasi untuk memenangi pilihan raya. Akan tetapi Yang Berhormat saya yakin merupakan Ahli Parlimen yang efektif. Saya ingin maklumkan di sini Yang Berhormat, beberapa projek pelaksanaan terutama yang menjurus kepada beberapa jalan yang dikira merupakan jalan di kawasan Parlimen, Yang Berhormat. Terdapat tiga projek yang telah siap dari segi naik taraf iaitu laluan Persekutuan yang melibatkan FT03 iaitu di KM69 hingga KM72, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Pekan Permaisuri sendiri Yang Berhormat, yang telah siap pada tahun 2009. Selain daripada itu, memperelok jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di KM54 hingga KM58, Chalok Kedai, Laluan 3, Setiu dan juga menggantikan jambatan rosak di atas Sungai Tong, Daerah Setiu. Ini projek-projek yang telah siap Yang Berhormat. Juga, terdapat juga projek dalam pembinaan iaitu pelebaran jalan di Seksyen 35.50 hingga 35.90 iaitu berhampiran dengan Jambatan Sungai Nerus, laluan Persekutuan FT247 Jalan Sungai Tong, Kuala Terengganu, Daerah Setiu dan projek yang dijangka akan di tender iaitu pada bulan Jun, menggantikan jambatan sedia ada di Setiu, Terengganu iaitu di Sungai Bintan, Yang Berhormat, yang dijangkakan akan menelan kos sebanyak RM5 juta yang ditender, insya-Allah, pada 1 Jun. Juga, beberapa projek juga disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Yang Berhormat, termasuklah menaik taraf Jalan Persekutuan FT3 di KM43 hingga KM47 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Selain daripada itu Yang Berhormat, memperelok jalan KM64 hingga KM74 Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu, laluan FT3 juga iaitu di kawasan Yang Berhormat, Setiu. Selain daripada itu, memperelokkan jalan KM52.5 hingga KM54 di Sungai Lerek, Setiu dan juga projek menggantikan jambatan sedia ada di Sungai Guntung dan yang terakhir adalah menaik taraf simpang Bandar Permaisuri di bawah projek penguraian trafik Jalan Persekutuan. Yang Berhormat juga telah menyentuh mengenai jalan alternatif tadi. Izinkan saya untuk menjawab iaitu jalan alternatif tersebut Yang Berhormat, merujuk kepada jalan negeri iaitu T1 daripada Kuala Terengganu melalui Gong Badak ke Penarik dan seterusnya ke Kampung Raja. Jalan raya ini untuk pengetahuan Yang Berhormat, telah dinaiktarafkan dalam tempoh lima tahun yang lalu di mana ia masih dalam keadaan selesa dan trafik yang rendah kecuali pada masa-masa tertentu iaitu masa-masa perayaan. Jalan ini Yang Berhormat, adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Terengganu. Memang kita akui Yang Berhormat, penduduk lebih suka menggunakan jalan ini disebabkan oleh ia merupakan jalan pesisir pantai, jalan coastal dan terdapat beberapa restoran seafood kalau tidak silap saya, di sekeliling jalan tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, keseluruhannya ada tiga jalan utama menghubungkan Kemaman ke Kuala Terengganu iaitu LPT2, FT14 iaitu daripada Jerangau ke Jabor dan juga FT03 sendiri, jalan pantai ataupun coastal yang merupakan jalan alternatif yang boleh dipilih oleh pengguna jalan raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah · question

6. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kadar kesuburan mengikut kaum di Malaysia dan minta dijelaskan apakah kementerian ada sasaran kadar kesuburan tertentu mengikut kaum di Malaysia.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kadar kesuburan jumlah (KKJ) atau dengan izin total fertility rate adalah merujuk kepada purata bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita dalam tempoh umur reproduktif antara 15 hingga 49 tahun.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Pada tahun 2012, kadar kesuburan jumlah di Malaysia adalah 2.1 orang anak iaitu bersamaan dengan paras penggantian. Paras penggantian merujuk kepada bilangan anak yang dilahirkan hanya cukup untuk menggantikan ibu bapa sahaja. Kadar kesuburan jumlah mengikut kaum pada tahun 2012 mendapati etnik Melayu mencatatkan kadar kesuburan jumlah yang lebih tinggi iaitu 2.6 orang anak berbanding Cina dan India, masing-masing 1.6 dan 1.5 orang anak. Kementerian ingin memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang sasaran ditetapkan berkaitan kadar kesuburan mengikut kaum di Malaysia. Walaupun begitu, pihak kementerian amat mengambil berat terhadap isu penurunan kadar kesuburan jumlah dan ini kerana penurunan kadar kesuburan jumlah akan mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, kadar kesuburan jumlah Malaysia pada tahun 2012 adalah 2.1 orang anak dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjurkan bahawa kadar kesuburan jumlah Malaysia pada tahun 2020 ialah 1.91 orang anak. Terima kasih.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana jawapan. Daripada jawapan tadi, kita jelas bahawa populasi kita sedang mengecut dan kalau kita ambil kadar pada tahun 2020 kita akan bukan saja mengecut tapi akan lebih tua, yang muda akan kurang dan yang paling terkesan ialah komuniti Cina dan India. Soalan saya ialah apakah kerajaan berpendapat ini satu yang tidak perlu dilakukan apa-apa intervensi dan keduanya ialah apakah kerajaan tidak menyebar luaskan maklumat ini dan implikasinya kepada penduduk Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang diketahui bahawa segala apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa saya selalu menyebut juga di dalam Dewan yang mulia ini bahawa menjelang 2035, negara kita akan dinamakan negara tua ya sebab di mana populasi kita 15% adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kalau mengikut unjuran sekarang, menjelang tahun 2020, jumlah penduduk kita mengikut kadar yang sekarang adalah 32 juta. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, memang kita selalu menguar-uarkan dan untuk makluman, kami berada di dalam satu jawatankuasa yang diketuai oleh EPU untuk menentukan dari segi jumlah dan juga segala program yang ada di dalam negara. Oleh yang demikian Yang Berhormat, memang ini satu daripada perbincangan yang sangat penting yang diadakan di antara policy makers dan saya ingin memaklumkan juga bahawa banyak negara juga mengadakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan kadar kesuburan. Yang Berhormat, memang kita mengadakan pelbagai program termasuk untuk memaklumkan bahawa ideal, keluarga yang ideal. Kita pernah membuat kajian adalah mempunyai daripada 3-4 orang. Akan tetapi Yang Berhormat rata-rata sekarang ini dia sehingga dua orang. Ada yang lebih kurang. Akan tetapi Yang Berhormat di sini kita tidak boleh memaksa ya. Kita memaklumkan, kita menggalakkan tetapi terpulang kepada keluarga tersebut dan sebagai contoh ya saya ini adalah elok untuk kita semua di dalam Dewan yang mulia ini mengetahui bahawa sebagai contoh Singapura, dia melaksanakan skim dinamakan Baby Bonus dan di Sweden setiap anak yang dilahirkan akan mendapat elaun bulanan. Cara-cara negara-negara ini, pelbagai negara. Jadi bagi kita juga kita insya-Allah cuba mempertimbangkan pelbagai cara. Akan tetapi Yang Berhormat hakikatnya ia terserah kepada pasangan untuk menentukan berapa jumlah anak yang mereka rasa yang terbaik untuk pasangan tersebut. Akan tetapi Yang Berhormat ini semua bukanlah kami tidak mengetahui dari segi kadar mengecut dan sebagainya, tidak. Kita mengetahui dan kita mengambil pelbagai langkah termasuk kita ada klinik yang kita namakan Klinik Kesuburan. Sekira semula jadi tidak boleh lah Yang Berhormat, kita ada juga Klinik Kesuburan. Bermakna cuba itu secara biological. Ini doktor-doktor ya, Yang Berhormat semua fahamkan. Kita juga ada Klinik Kesuburan untuk kita hendak mencapai supaya pasangan menjurus kepada 3-4 orang

anak, lima orang anak dan sebagainya tetapi masih seperti saya katakan ia adalah terpulang kepada pasangan masing-masing. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa pelbagai galakan terutamanya dari segi kesuburan. Akan tetapi soalan tambahan saya adalah adakah kementerian, ada setengahnya dia subur tapi dia tidak hendak menambah. Jadinya saya hendak bertanya dengan kementerian, Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk memberikan satu insentif, galakan dalam usaha untuk meningkatkan bilangan anak dalam sesuatu keluarga, dalam usaha untuk meningkatkan penduduk di Malaysia ini dan juga secara tidak langsung boleh juga membantu mengurangkan stress seperti tadi yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di JPM tadi. Terima kasih.

Yang Berhormat Parit Sulong anak berapa?

Terima kasih Yang Berhormat daripada Parit Sulong. Sedikit ya hendak memberi juga faktor penurunan kadar kesuburan ini secara semula jadi dan tidak semula jadi. Satu, sebenarnya sebab sekarang ini ramai yang telah melewatkan perkahwinan ya. Melewatkan perkahwinan dan ramai wanita dalam institusi pengajian tinggi dan bekerja, jadi hendak memulakan keluarga ini lambat sedikit dan juga ada masalah penjagaan kanak-kanak. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat menjawab soalan Yang Berhormat, jadi bagi penjawat awam kemudahan perkhidmatan kesuburan seperti saya katakan tadi diberi bagi biological requirement dengan izin kepada pasangan yang mengalami masalah kesuburan tetapi bagi yang lain kita pastikan bahawa untuk kaum bapa yang bekerja di sektor awam, kita juga memberi cuti isteri bersalin kepada bapa untuk mereka sama-sama merasakan tanggungjawab menjaga anak ini daripada tiga hari kepada tujuh hari. Selepas itu kita menyediakan waktu bekerja yang lebih fleksibel kepada keluarga di mana kita mengadakan flexi work arrangement di mana mereka juga boleh bekerja dari rumah, mereka boleh memendekkan masa bekerja satu minggu, compress kan supaya ada lebih masa untuk bersama keluarga dan juga boleh memilih mungkin mula kerja 10.00 pagi sebab hendak menguruskan urusan keluarga dan dikongsi bersama suami. Cuti bersalin ditambahkan daripada 60 hari hingga 90 hari. Lepas itu kita menyediakan geran untuk jabatan-jabatan menubuhkan taska atau pusat penjagaan anak di tempat kerja. Kita memberi geran RM200,000. Lepas itu kita memudahkan akses kepada perkhidmatan berkeluarga dan kesihatan reproduktif. Kita ada hari keluarga di mana, mana-mana jabatan, organisasi, agensi ada meraikan hari keluarga, dia boleh tuntut balik, dikecualikan daripada cukai, cara- cara kita. Lepas itu kita menggubal Dasar Keluarga Negara dan untuk sektor swasta ada pengecualian cukai 10% untuk kos pembinaan pusat penjagaan anak di tempat kerja dalam masa tempoh 10 tahun ya dan pengecualian cukai 100% kepada mana-mana syarikat ke atas perbelanjaan bagi melaksanakan hari keluarga kepada kakitangan mereka. Sebenar Yang Berhormat, kita cuba untuk mencari pendekatan yang mesra keluarga supaya di sini juga memberi satu keseimbangan, insya-Allah supaya berkerjaya dan juga untuk kita menyumbang kepada negara khususnya dari segi tidak perlulah kita hendak menyekat berapa anak tapi kalau dapat kita hendak seramai mungkin anak itu lagi elok untuk pembangunan negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri ada menerangkan beberapa perkara. Satu yang ingin saya sambung di sini ialah berhubung dengan punca-punca kurangnya kesuburan di kalangan keluarga ini. Nombor satu masalah ekonomi keluarga itu sendiri. Jadi mereka mengambil langkah untuk mengurangkannya. Kedua, punca – Yang Berhormat Menteri ada sebut soal penambahan cuti di pihak kerajaan. Apakah usaha kementerian untuk memastikan cuti bersalin dapat juga dikembangkan kepada pekerja-pekerja swasta dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian kepada golongan-golongan ini supaya mereka sedar bahawa perkara ini boleh dibincang secara bersama dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat memainkan peranan yang terbaik untuk kesejahteraan keluarga. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, memang ini adalah seperti yang dikatakan satu daripada faktor bahawa pasangan telah mengambil keputusan untuk mengadakan bilangan anak yang sesuai - perkataan yang macam ini, ‘sesuai dengan kebolehan pendapatan keluarga’. Namun Yang Berhormat, kita memang menggalakkan kalau dapat mengadakan lebih ramai sebab seperti dikatakan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, penguncupan ini juga ada kesan kepada jumlah penduduk di dalam negara. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, memang daripada segi ekonomi keluarga sebab di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas - insya-Allah, selepas ini adalah macam-macam perbahasan, saya juga haraplah Yang Berhormat menggunakan kesempatan dan forum ini, jangan lupa daripada segi penduduk. Ini disebabkan kadang- kadang kita ghairah bercakap fasal yang lain, kependudukan ini, saya minta sama-sama difikirkan dan insya-Allah, kami di kementerian, bersama seperti yang saya katakan tadi EPU, sentiasa menentukan bahawa di manakah keadaan kita sekarang ini daripada segi penduduk, daripada segi kedudukan ekonomi, daripada segi apa fokus negara kita dan sebagainya. Insya-Allah Yang Berhormat, ekonomi keluarga ini sebab kita hendak menjurus kepada negara maju berpendapatan tinggi. Jadi insya-Allah, daripada segi ekonomi. Akan tetapi Yang Berhormat, ini adalah trend biasa. Bukan sahaja Malaysia tetapi memang kebanyakan negara dalam dunia iaitu lagi negara itu maju, penguncupan daripada segi populasi itu memang berlaku. Oleh sebab yang demikian, kita sentiasa mengingatkan. Sebab itu kita mewujudkan macam-macam termasuk Dasar Keluarga Negara, mesra pejabat yang mesra keluarga dan sebagainya untuk mengingatkan kepada pasangan bahawa jangan terlampau ghairah untuk quality living, memang, tetapi ingatkan juga bahawa untuk zuriat ya, untuk zuriat, untuk masa panjang negara kita. Tadi mengenai penambahan cuti ini Yang Berhormat, daripada segi sektor awam, syukur alhamdulillah, 90 hari dan saya tahu pihak-pihak union, mereka memang bekerja kuat dan ada union yang telah berjaya untuk mereka sama-sama mempertingkatkan - kalau tidak salah saya banking, ya. Banking itu mereka dapat 90 hari tetapi union-union yang lain itu, saya tahu mereka masih mengadakan perbincangan supaya mereka dapat juga cuti yang panjang. Selain itu Yang Berhormat, mungkin digalakkan flexible work arrangements, dengan izin, juga di tempat swasta. Di mana kementerian saya bersama dengan TalentCorp, kita ada dua geran di dalam satu program yang dinamakan women carrier comeback, yang mana kita menggalakkan wanita kembali bekerja selepas mereka membesarkan anak yang mana ada dua geran disediakan. Satu geran untuk memperkenalkan pekerja ini balik bekerja dan kedua adalah Retention Grant yang mana mana-mana majikan dapat mengekalkan wanita itu kembali bekerja selama lebih enam bulan, mereka juga boleh memohon daripada TalentCorp geran untuk diberikan kepada majikan dan juga mereka yang memperkenalkan employee ini untuk balik bekerja. Terima kasih Yang Berhormat.

Wilfred Madius TangauUPKO · PHTuaran · question

7. Datuk Madius bin Tangau [Tuaran] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan keluasan ladang kelapa sawit di seluruh negara serta perincian terkini industri komoditi ini di Sabah dan Sarawak.

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Sungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Mac 2015, keluasan tanaman sawit di Malaysia berjumlah 5.46 juta hektar yang mana 2.63 juta hektar atau 48% ditanam di Semenanjung, 1.52 juta hektar iaitu 28% di Sabah dan baki keluasan sebanyak 1.30 juta hektar iaitu 24% di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, mengikut perangkaan pada bulan Mac 2015, secara perinciannya sebagaimana dipohon, untuk keluasan tanaman sawit dalam hektar mengikut

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Sungai Besar

daerah di Sabah dan Sarawak khususnya adalah seperti berikut. Saya mohon izin untuk membacakan sebahagian sahaja Yang Berhormat Tuaran. Ini kerana ia melibatkan sampai 24 daerah di Sabah dan juga 11 residensi di Sarawak. Saya akan ambil yang mempunyai keluasan yang besar. Bakinya saya akan serah ya, sebelah ini sahaja. [Merujuk kepada kedudukan tempat duduk Yang Berhormat Tuaran] Untuk daerah di Sabah, Kinabatangan mempunyai 362,630 hektar, Lahad Datu mempunyai 279,187 hektar, Labuk dan Sugut mempunyai 232,018 hektar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Itu kawasan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Oh! Okey. Saya dari tadi tanya Labuk ini di mana Tuan Yang di-Pertua. Tawau mempunyai 231,550 hektar, Sandakan mempunyai 181,586 hektar diikuti dengan Keningau, Kunak, Semporna, Beaufort, Ranau dan lain-lainnya termasuk Tuaran antara yang mempunyai keluasan yang agak kecil iaitu 427 hektar. Manakala perincian keluasan mengikut hektar di Sarawak pula adalah mengikut residensi iaitu Miri mempunyai 366,145 hektar, Mukah mempunyai 232,835 hektar, Bintulu mempunyai 208,452 hektar, Samarahan mempunyai 115,669 hektar, Sibu mempunyai 113,069 hektar diikuti dengan kawasan Kapit, Kuching, Sri Aman, Betong, Limbang dan Sarikei. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan soalan tadi. Soalan tambahan saya adalah sejak kebelakangan ini, harga minyak sawit sudah merudum, sudah jatuh, dikatakan the lowest in the last five years. Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian telah membuat kajian tentang kesan, impaknya terhadap sosioekonomi pekebun kecil khususnya dan saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menstabilkan harga minyak khususnya untuk membantu pekebun-pekebun kecil? Terima kasih.

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tuaran. Tuan Yang di-Pertua, memang mutakhir ini tidak dapat dinafikan kita melihat penurunan harga komoditi termasuklah harga sawit. Walau bagaimanapun untuk sektor sawit, saya kira harganya masihlah boleh dianggap agak stabil berbanding dengan komoditi getah, misalnya. Walau bagaimanapun untuk makluman secara kasar, saya memaklumkan di sini bahawa harga pasaran dunia produk sawit, kita semua maklum bahawa ia pasti ditentukan oleh penawaran dan permintaan minyak dan lelemak lain di peringkat dunia. Begitu juga kepada keadaan ekonomi negara-negara pengimport, kelembapan ekonomi negara-negara yang menggunakan atau yang mengimport sawit dan juga kelebihan hari ini kita melihat kelebihan minyak kacang soya di peringkat pasaran dunia yang mana sedikit sebanyak turut mempengaruhi harga minyak sawit kerana harga minyak kacang soya ini sangat kompetitif berbanding dengan minyak sawit kita. Namun, sebagaimana saya katakan tadi, ia tetap memberi kesan. Turun naik harga ini pastinya memberi kesan kepada pendapatan harga pekebun-pekebun kecil khususnya yang memang bergantung 100% kepada pendapatan kelapa sawit, hasil kelapa sawit. Antara langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menstabilkan harga sawit ini bagi membantu pekebun kecil daripada mengalami terus penurunan pendapatan, kerajaan telah memulakan dan akan meneruskan beberapa langkah strategik untuk memperkukuhkan harga sawit ini di pasaran termasuklah antaranya kita memberi fokus kepada meningkatkan penggunaan domestik produk-produk sawit yang mana antara yang signifikan adalah program B7 biodiesel mulai November 2014 dan telah dijayakan di seluruh negara.

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Tidak perlu saya sebut Sabah Sarawak, seluruh negara. Nanti ada yang membuat persepsi negatif. Ini turut memberi kesan kepada peningkatan penggunaan minyak sawit, secara tak langsung mengurangkan stok sawit tempatan. Untuk B7 kita menggunakan dalam 600,000 ke 650,000 tan setahun. Jadi, itu dapat membantu menstabilkan harga dan kedua, meningkatkan juga permintaan untuk memperkukuhkan pasaran sedia ada melalui aktiviti-aktiviti promosi, misi-misi perdagangan teknikal, lawatan-lawatan melibatkan kepentingan tinggi MPOB dan juga kementerian. Misalnya, terus mempromosikan produk

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

sawit, meningkatkan akses pasaran di peringkat antarabangsa dan meneruskan dengan kempen-kempen untuk memperbaiki imej sawit di mata dunia, khasnya kepada kempen- kempen yang pernah berlaku di Eropah, misalnya untuk anti-sawit labeling. Kita juga terus mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (research and development), dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk memperbanyakkan produk nilai tambah di peringkat hiliran dan juga yang agak signifikan adalah kita sudah mula menstruktur semula cukai eksport sawit. Di mana ini untuk mempertingkatkan daya saing eksport sawit, kita menstruktur semula cukai eksport. CPO menurunkan kadar cukai pada mulanya dalam lingkungan 23% ke 24% kepada 4.5 ke 8.5%. Hari ini bermula Januari 2013, langkah ini telah merangsang eksport CPO ini dan mengurangkan stok minyak sawit tempatan. Pada hari ini, April – Mei masih lagi mengenakan 0% kepada cukai eksport dan akan sentiasa dikaji semula. Satu lagi skim yang memberi kesan pada langkah jangka panjang adalah Skim Tanam Semula Sawit dan Skim Tanam Baru Sawit. TSS dan TBS. Skim Tanam Semula dan Skim Tanam Baru yang juga telah kita masukkan di bawah projek NKEA di bawah EPP1. Di mana bantuan diberikan kepada pekebun kecil sebanyak RM7,500 di Semenanjung dan RM9,000 di Sabah dan Sarawak untuk penerima manfaat ini dan masih lagi berterusan sehingga tahun 2015 ini. Selain itu, kita ada satu program baru iaitu Skim Bantuan Baja Sawit kepada pekebun kecil. Nilai sebanyak RM3,000 untuk pekebun kecil. Pekebun kecil, maknanya pekebun kecil yang mempunyai hektar ladang di bawah 100 ekar tetapi maksimum kepada tiga hektar sahaja. Ini juga kepada pekebun kecil yang tidak atau yang belum pernah menerima Skim Tanam Semula Sawit atau Skim Tanam Baru Sawit, Tuan Yang di-Pertua. Untuk Tanam Semula Sawit kita beri bantuan lagi- Bantuan Penyelenggaraan Kebun sebanyak RM500 sebulan selama dua tahun. Itu yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan hasil sawit. Jadi, bila tanam semula, mereka tidak ada pendapatan dan penyelenggaraan kebun ini kita berikan selama dua tahun. Itu antara yang besar yang memberi impak sedikit sebanyak kepada menstabilkan pendapatan pekebun kecil, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, daripada penjelasan awal tadi memperlihatkan bahawa Sabah merupakan salah satu negeri yang banyak mengeluarkan buah kelapa sawit untuk produk negara. Jadi, apakah kerajaan tidak berhasrat untuk mungkin membuat aktiviti hiliran di kawasan di negeri Sabah, khususnya ataupun mungkin dibuatkan sebagai research centre untuk kelapa sawit memandangkan negeri ini sebuah negeri yang mengeluarkan produk hasil sawit yang besar untuk negara? Hari ini kita lihat di kawasan Kinabatangan, di kawasan Beluran, salah satu kawasan Parlimen yang juga banyak mengeluarkan produk kelapa sawit ini tetapi rata-rata syarikat-syarikat yang memiliki ladang sawit yang besar di Kinabatangan mahupun di lain- lain kawasan ini, mereka mengangkat hasil kekayaan mereka daripada Daerah Kinabatangan, daripada Sabah, diangkat ke lain tempat dan kita tinggal orang masyarakat setempat tidak mendapat apa-apa impak ekonomi langsung. Jadi, ini menampakkan perniagaan tidak adil. Orang lain mengaut keuntungan tetapi masyarakat setempat ini tidak ada apa-apa imbuhan. Jadi, apakah kerajaan mungkin mengkategorikan sebagai satu syarat syarikat-syarikat besar, ladang-ladang besar ini mesti mewujudkan downstream activity. Sekurang-kurangnya membuat research centre, membuat pelbagai aktiviti hiliran untuk memberi ruang kepada masyarakat setempat dan mungkin dijadikan sebagai research centre negara untuk sawit, khususnya di Sabah dan di Sarawak. Terima kasih.

Dato' Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Saya kira agak tidak adil kalau kita katakan limpahan bantuan-bantuan dan skim insentif tadi tidak sampai kepada pekebun kecil kita di Sabah, khasnya di Kinabatangan. Ada Yang Berhormat tetapi mungkin dalam bilangan yang kecil. Ini kerana apa yang saya bacakan tadi mengikut ratio keluasan dan pekebun kecil. Kalau saya lihat kepada jadual Skim Tanam Baru Sawit dan Skim Tanam Semula Sawit ini, ia menjangkau banyak juga kepada negeri Sabah, kepada dua-dua skim ini – Tanam Baru dan Tanam Semula.

Dato' Noriah binti KasnonUMNO · BNSungai Besar

Untuk hiliran, memang antara EPP nya di bawah NKEA Sawit ini, antaranya adalah mempertingkatkan projek-projek hiliran yang boleh value add, dengan izin, ataupun yang boleh menambah pendapatan. Melalui research and development juga Yang Berhormat Kinabatangan, cuma mungkin saya harus semak, takut fakta saya salah. Mungkin tidak ada khusus dibuat di dalam Parlimen Kinabatangan. Namun, idea yang bagus Yang Berhormat, untuk kita galakkan syarikat-syarikat perladangan yang besar ini untuk membuat research centre, dengan izin, di Kinabatangan. Saya akan bawa kepada peringkat kementerian. Akan tetapi projek-projek hiliran kalau yang diletakkan di bawah PYC, projek kluster kelapa sawit ini memang ada. Dua di Sabah, dua di Sarawak dan bakinya di Semenanjung dan itu turut memberi limpahan kepada aktiviti-aktiviti hiliran yang memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil, Tuan Yang di- Pertua.

Ahmad Baihaki bin AtiqullahPAS · PRKubang Kerian · question

8. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Pendidikan menyatakan setelah sekian lama diperkenalkan dan mendapat hasil yang agak baik, apakah sebab utama kerajaan telah menghentikan sistem pembelajaran j-QAF daripada sekolah-sekolah aliran kebangsaan.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk menjimatkan masa, saya tidak akan berpantun. Soalan Yang Berhormat sebenarnya jawapannya paling mudah. Terlebih dahulu ucap terima kasih lah kepada Yang Berhormat kerana memberi pengiktirafan dan pujian kepada sistem pembelajaran j-QAF yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berhormat ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bercadang untuk menghentikan sistem pembelajaran j-QAF di sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Oleh yang demikian, status soalan Yang Berhormat menghentikan sistem pembelajaran itu tidak betul.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Tujuan program j-QAF adalah untuk memperkasakan pendidikan Islam dan penghayatannya dalam kalangan murid-murid Islam di sekolah rendah. Pada masa ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti dan membuat semakan semula keperluan guru j-QAF setelah norma guru pendidikan Islam dan guru j-QAF diluluskan penggabungannya oleh agensi pusat. Urusan pengambilan guru akan dibuat setelah semakan tersebut selesai. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Ahmad Baihaki bin AtiqullahPAS · PRKubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dan saya mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk menguruskan program j-QAF ini yang sebenarnya banyak membantu pelajar untuk celik al- Quran dan asas agama Islam yang lebih baik. Cuma yang saya ingin tahu, dalam usaha untuk membantu memperkukuhkan lagi penguasaan dan juga usaha yang berterusan, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk menjadikan mata pelajaran Agama Islam sebagai subjek wajib lulus dalam UPSR khususnya untuk pelajar yang beragama Islam dan meneruskan program j-QAF ini ke peringkat sekolah menengah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian di atas soalan tersebut. Kita akan sentiasa menambah baik ciri-ciri pembelajaran j-QAF ini dalam sistem pendidikan negara. Mana yang boleh, contoh di antara cadangan-cadangan yang kita telah kemukakan dalam semakan semula ini ialah norma yang berasingan iaitu norma guru akademik kokurikulum bersepadu sekolah rendah dan juga yang mana KSRR guru bahasa Arab dan juga guru pendidikan Islam. Kita juga memansuhkan sistem yang sedia ada seperti ada pelbagai gelaran jawatan yang kita akan mansuhkan, keperluan guru berasaskan jenis sekolah dan sebagainya, pelaksanaan dua waktu. Tentang aspek untuk wajib lulus ini kita akan melihatkan keadaan semasa dan kita akan buat perbincangan dengan stakeholders untuk membuat keputusan tersebut dan

sekiranya berkesan kita juga boleh laksanakan ini dalam program-program yang lain dalam sektor Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 26 Mei 2015.”

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Tumpat.

Peraturan Mesyuarat 18(1). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

18(1) ditolak dalam kamar Yang Berhormat.

Ya, oleh sebab usul saya untuk membahaskan kes hukuman gantung terhadap bekas Presiden Morsi di Mesir telah ditolak dalam kamar atas alasan bahawa kerajaan Malaysia berpegang pada prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara dan tidak mencampuri urusan kehakiman. Akan tetapi soalan saya ataupun usul saya Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa saya petik, “Ia perlu disegerakan sehingga hari ini Wisma Putra belum lagi membuat apa-apa kenyataan untuk menyuarakan kegelisahan rakyat”. Jadi, yang saya tekankan ialah Wisma Putra dan bukannya apa yang berlaku di Mesir. Berbeza apa yang disuarakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang mengkritik, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Turki yang telah mengkritik dengan keras tetapi akhirnya nampaknya akan menyelesaikan isu itu dengan memberikan perlindungan kepada bekas Presiden Morsi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.

Jadi ini kelemahan kerajaan dan Wisma Putra kita yang saya ingin usul ini dibahaskan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar ulasan Yang Berhormat tadi. Walau bagaimanapun, mana- mana perkara yang ditolak, perkara usul di bawah 18(1) yang ditolak dalam kamar, saya tidak ada kuasa untuk mengkaji semula pada ketika ini. Yang Berhormat sedia maklum peraturan-peraturan yang membolehkan Yang Berhormat untuk mengusul, mengkaji keputusan yang dibuat oleh Speaker. Terima kasih Yang Berhormat.

Usul — Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [21 Mei 2015]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini iaitu Usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Ya sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah hirabbil A’lamin, Allah yang sentiasa mendengar dan melihat. Allah yang sentiasa tahu apa yang tersurat lagi tersirat, Allah akan menyoal serta mengadili serta segala amal perbuatan insan. Tidak ada apa yang boleh disembunyikan kerana tidak ada apa yang mampu terlepas daripada pengetahuan Yang Maha Esa. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat seluruh alam. Penggerak islah pembaharuan risalah sejagat, pendukung prinsip keadilan dan hikmah dalam segala urusan pembina khairatul ummah, umat terbaik serta umat wasatha, umat pertengahan, penunjuk kaedah meletakkan keutamaan agar tujuan syariah dan sinar Islam dapat diterjemahkan sepanjang zaman. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Allah berfirman dengan maksudnya, “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan

agar Rasul Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”. Surah al-Baqarah 143. Saya dengan tawaduknya berdiri insaf menggantikan pemimpin rakyat dan pencetus islah iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan bagi pihak rakyat teramai 52% satu lagi Usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Perdana Menteri 21 Mei 2015 lepas. Tuan Yang di-Pertua, serta Ahli-ahli Yang Berhormat. Manusia merancang Allah menentukan. Pelbagai dokumen semenjak kemerdekaan melibatkan perancangan pembangunan negara daripada RMKe-1 sampai ke RMKe-11, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Wawasan 2020, Dasar Transformasi Negara dan bajet-bajet tahunan telah dibentangkan dalam Dewan ini oleh enam Perdana Menteri. Salah satu perkataan yang mendasari semua dokumen ini adalah “perancangan” dan kita pula diperingatkan oleh Perdana Menteri, kemampuan manusia merancang amat terbatas. Ini kerana sebaik baik perancang adalah Tuhan seru sekalian alam. Persoalannya, adakah apa dan bagaimana perancangan itu dibuat agar bukan sahaja diberkati, dirahmati tetapi akan ditunaikan dengan izin Yang Maha Kuasa. Perancangan yang dibuat secara telus, efisien, inklusif, berintegriti dengan kepakaran sewajarnya dan bila mana dirancang serta dirangka secara jujur, ikhlas dengan niat demi kepentingan dan keutamaan rakyat insya-Allah akan dapat restu yang maha adil. Rakyat menyaksikan bagaimana cogan kata model-model, unjuran-unjuran sasaran ekonomi, janji-janji, kempen-kempen serta seruan untuk rakyat berusaha gigih menjayakan hasrat tersurat rasmi tetapi sebaliknya apa yang tersirat adalah nyata untuk kepentingan segelintir golongan elit mengakibatkan RMK tersasar dan hutang negara menggunung. Kepentingan rakyat diabaikan apabila dengan nyata sekali GST tetap dilaksanakan walaupun rakyat teramai belum bersedia dan kita masih di tahap negara berpendapatan sederhana. “Sudah terang lagi bersuluh” apabila ketirisan, pembaziran, serta aliran wang haram yang semakin hari semakin berganda mencecah bertrilion ringgit sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara atau Laporan Antarabangsa Global Financial Integrity.

Ini menjadi tanda tanya yang belum terjawab, mahupun diperjelaskan seperti penjelasan sepenuhnya mengenai 1MDB yang masih kita tertunggu-tunggu. Oleh demikian, sudah tiba masanya kita bermuhasabah kerana ini adalah lap atau pusingan lima tahun terakhir atau disebut sebagai lonjakan akhir sebelum tiba garis penamat tahun 2020 yang diwawasankan untuk kita menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Jika kerajaan benar-benar beriltizam dan berniat mahu menjayakan impian rakyat, maka prinsip-prinsip tersebut wajib menjadi amalan dalam membuat perancangan agar dianugerahkan ketetapan oleh Yang Maha Kuasa. Memang benar manusia merancang, Allah menentukan. Prinsip utama yang wajib adalah tata kelola pemerintahan baik iaitu good governances dalam pengurusan dan pembangunan negara seperti berikut. Objektif pembangunan inclusive manfaat dinikmati semua; proses perancangan telus dengan penglibatan pihak berkepentingan; pelaksanaan efisien; bebas rasuah, bebas ketirisan dan bebas pembaziran; pemantauan rapi, tepat dan benar. Penilaian pencapaian jujur impak kepada rakyat jelas tercapai. Sudah tentu prinsip tata kelola pemerintahan baik yang menjamin dan melindungi kepentingan rakyat akan terlaksana apabila dipaksikan kepada amalan demokrasi seperti prinsip pemisahan kuasa, proses timbang tara (check and balance), kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, seandainya RMKe-11 tidak berpaksikan demokrasi, kita khuatir RMKe-11 yang sedang dibahaskan akan gagal. Ini akan menambahkan lagi kehilangan potensi KDNK Malaysia, Malaysia GDP potential lost dengan izin. Sebagai rujukan bersama, mengikut satu laporan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menjangkakan potensi pertumbuhan KDNK Malaysia adalah 505% atau lima kali ganda dari tahap sekarang. Jika kualiti pendidikan negara tinggi dan terjamin dengan izin, “The study on global school rankings by the Organization for Economic Co-operation and Development estimates Malaysia’s growth potential…” our growth potential “…at 505% of its current GDP, indicating

a direct correlation between education and economic growth. The report jointly written by Stanford University’s Eric Hanushek and Ludger Woessman of Munich University, said that a country’s standard of education is a “powerful predictor of the wealth that countries will produce in the long run.” It also warned that countries that maintain poor education policies and practices will remain in a permanent state of economic recession.” Tuan Yang di-Pertua, malangnya penilaian prestasi kualiti pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan kajian PISA, meletakkan mana tahap-tahap pelajar-pelajar kita. Pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun ataupun Tingkatan 3, Form 3. Form 3 kita, Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 Singapura, jiran kita dan Darjah 6 Vietnam. Ini menunjukkan kita ada apa-apa yang tidak betul dan bagaimana our future, masa depan kita. Ranking universiti kita, okeylah yang itu Tingkatan 3. Ranking universiti kita pula, yang terbaik adalah pada anak tangga 151, Universiti Malaya. Dahulu Universiti Malaya itu memanglah tempat yang dikatakan the dream of the students. Manakala UKM adalah pada tangga 259 berdasarkan QS World University Rankings 2014/2015. Di mana silap kita? Where we did, we go wrong? Apabila pendidikan dipolitikkan dan diperdagangkan, apabila kebebasan akademik disekat dan apabila mahasiswa dirantai AUKU, yang untung siapa, yang rugi siapa? Apabila ditambah lagi faktor penyebab kehilangan potensi KDNK Malaysia dengan kajian oleh Pengarah Eksekutif, Stewart Forbes daripada Malaysian International Chamber of Commerce and Industry yang mendapati bahawa tahap produktiviti Malaysia berbanding Korea Selatan adalah 19 tahun ketinggalan ke belakang. Kita 19 tahun ke belakang daripada Korea yang dahulunya setaraf tahap produktiviti Korea Selatan pada tahun 1995 menjadikan kita rasa terpedaya dengan hala tuju negara yang dilaung-laungkan. Seperti yang pernah dihuraikan mantan Ketua Pembangkang, saudara Anwar Ibrahim dalam Agenda Ekonomi Malaysia (Malaysian Economic Agenda) pada tahun 2008 bahawa jurang KDNK antara Malaysia dan Korea Selatan pada tahun 1970 adalah hampir setaraf, khususnya apabila Malaysia dengan KDNK per kapita sebanyak USD400 mengatasi Korea Selatan dengan pada masa itu USD290. Pada hari ini, telah jauh ketinggalan apabila untuk tahun 2014, Korea Selatan yang tidak ada sumber asli seperti minyak petroleum - Menteri kena keluar, tidak dapat dengar. Terima kasih. [Ketawa] Saya ulangi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Menteri JPM, EPU ada mendengar dalam Dewan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi pada tahun 2014, Korea Selatan yang tiada sumber asli seperti petroleum, kita ada minyak, mendahului Malaysia sebanyak USD23,892 berbanding colleague kita Malaysia, USD6,990 iaitu melebihi 340% atau 3.4 kali ganda. Proton dan Hyundai dilahirkan sekitar abad yang sama. Satu hanya jaguh kampung dan satu lagi sudah menjadi juara dunia. Ini bermakna, jika wujudnya tata kelola pemerintahan baik berpaksikan demokrasi tulen, insya-Allah based on true democracy and good governance, dari RMKe-1 lagi itu, jadi kita boleh andaikan bahawa KDNK kita per kapita rakyat Malaysia adalah USD35,000 bukan USD6,990 sekarang. Dengan KDNK per kapita USD35,000 dan bukan USD6,990, sudah tentu ia memenuhi matlamat yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri, sasaran sosioekonomi yang lebih saksama sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Di mana silap kita? Kita ada pandai-pandai, mana silap kita? Apabila peluang ekonomi dipolitikkan, apabila ketirisan, rasuah dan pembaziran telah menafikan rakyat untuk menikmati gaji lumayan, sebaliknya rakyat dibebankan pula dengan beban kos sara hidup yang menghimpit. Pihak yang untung siapa? Pihak yang rugi siapa? Adakah kita perlukan RMKe-12, RMKe-13, RMKe-14, RMKe-15 lagi untuk mencapai potensi KDNK yang tinggi?

Tuan Yang di-Pertua, elok senyumnya. Strategi tepat membawa kejayaan. Menyemai dahulu baru menuai kemudian. Malaysia masih dalam perangkap negara berpendapatan sederhana, middle income trap. Untuk kita keluar dari perangkap ini,

semestinya kita merancang dan melaksanakan pembangunan negara dengan strategi transisi berpendapatan sederhana, middle income transition strategy seperti yang disarankan Michael Spence, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Sains Ekonomi. Input-input utama strategi ini adalah pendidikan berkualiti, penyelidikan bernilai tinggi, research dan urbanisasi mapan, education research and urbanization yang dapat menjana pertumbuhan pesat. Penstrukturan utama strategi ini adalah untuk menjamin wujudnya persaingan dan bukan monopoli atau dasar-dasar pengherotan pasaran, market distortion dalam aktiviti ekonomi mikro. Pasaran yang wajib menentukan industri dan perniagaan mana yang berjaya dan mana yang gagal, tidak boleh diselamatkan dengan bailout atau dilindungi dengan monopoli. Faktor penentu kejayaan strategi ini adalah tata kelola pemerintah baik berpaksikan demokrasi. Nyata sekali kita gagal membina asas ekonomi yang produktif serta mampu bersaing dan bukan hanya bergantung kepada projek-projek infrastruktur mega yang menguntungkan segelintir mereka yang terpilih, only the chosen one. Perancangan atau lebih tepat sekali pelaksanaan rancangan ekonomi perlu mengikut ketertiban dan keutamaan yang sewajarnya, appropriate sequence and priority. Seperti petani, kita mesti menyemai baru menuai. Sepatutnya kita bermula dengan RMK-RMK sebelum ini untuk menyemai benih-benih pendidikan berkualiti, penyelidikan bernilai tinggi dan urbanisasi terlebih dahulu. Sekarang pada RMKe-11, kita sudah patut menuai hasil yang begitu lumayan seperti yang disebutkan tadi dengan KDNK per kapita lima kali ganda iaitu USD35,000 dan bukan USD6,990 seperti hari ini. Kehilangan potensi KDNK Malaysia sebanyak lima kali ganda menjadi bukti bahawa pelaksanaan RMK selepas krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan 1998 gagal berpegang kepada tiga faktor strategi transisi ekonomi berpendapatan sederhana iaitu pelaburan berganda untuk pendidikan berkualiti, penyelidikan bernilai tinggi dan urbanisasi mapan, penstrukturan mikro ekonomi untuk persaingan terbuka dan tata kelola pemerintahan baik berpaksikan demokrasi. Tuan Yang di-Pertua, saya ulangi sebab point ini adalah penting. RMKe-10 harapan berkecai, matlamat tersasar, rakyat dihampakan. Sebelum kita meneliti RMKe-11, adalah wajar kita menilai kembali RMKe-10 dahulu. Dua perkara pokok yang kita boleh lihat yang menggagalkan pencapaian sepenuhnya RMKe-10 adalah ketiadaan kayu pengukur yang tepat untuk memastikan dasar-dasar yang tepat, the right measurement to make the right policy dan kelemahan tata kelola pemerintah baik berpaksikan demokrasi good governance. Kita masih ingat lagi bahawa RMKe-10 diasaskan dengan model ekonomi baru dan dasar transformasi negara yang dipandu arah katanya oleh PEMANDU. Berbagai-bagai akronim seperti GTP, ETP, PTP telah memberikan harapan tinggi kepada rakyat. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai akronim tersurat tetapi apabila akronim 1MDB muncul disusuli akronim GST, harapan rakyat dihampakan kerana ini menjadi simbol atau akronim tersirat agenda sebenar RMKe-10. Ketika RMKe-10 dilancarkan, satu iklim politik baru dapat dirasa badainya apabila permulaan yang baik untuk demokrasi melalui pemansuhan Akta ISA, janji menghapuskan Akta Hasutan dan pelancaran agenda wasatiyyah atau kesederhanaan telah mengangkat tinggi harapan rakyat untuk satu perubahan baru. Akan tetapi, sinar cahaya demokrasi ini mula malap apabila awan-awan gelap autokrasi, penjenamaan atau rebranding semula ISA dengan POTA sampai pukul 3 pagi diluluskan, pengwajahan baru Akta Hasutan dengan pindaan-pindaan drakonian, pendakwaan terpilih serta pemenjaraan patriot-patriot demokrat dan terpadamnya wasatiyyah menghadapi tuntutan suara perpecahan pelampau sekali lagi menghancurkan harapan rakyat yang dahagakan pembangunan inklusif, bukan politik eksklusif yang anti demokratik untuk membangunkan negara. Tuan Yang di-Pertua, RMK sasaran pertumbuhan ekonomi pesat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bangun. Ya sila.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Permatang Pauh tentang confident level. Sudah tentu negara tidak akan ke mana-mana kalau sekiranya confident level bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga investors dari luar negara yang agak tidak begitu yakin selepas ini untuk melabur lagi ke dalam Malaysia disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Sebagai contoh Yang Berhormat Permatang Pauh, ramai pedagang luar negara yang apabila menandatangani perjanjian-perjanjian dengan rakan dagang mereka di Malaysia, mereka minta supaya mahkamah yang akan membicarakan isu-isu timbang tara tidak berlaku di mahkamah Malaysia malah mereka memilih Hong Kong atau pun Singapura. Ini menunjukkan bahawa pedagang-pedagang luar negara, investors ini rasa yakin bahawa kalau sekiranya timbang tara ini berlaku di Malaysia, kebarangkalian untuk tidak mendapat keadilan itu ada. Oleh sebab itu mereka lebih yakin untuk diadakan timbang tara ini sama ada di Hong Kong atau Singapura. Bukankah ini memberikan mesej bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem kita? Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh tentang perkara ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Memang betul, satu persepsi bahawa sistem keadilan kita tidak adil dan juga kita juga jaguh dalam corruption. Saya sambung, Tuan Yang di-Pertua. Kita mula penelitian Rancangan Malaysia Ke-10 dengan melihat prestasi kadar pertumbuhan KDNK yang menjadi pengukur utama. Pada empat daripada lima tahun daripada RMKe-10, pencapaian adalah di bawah sasaran 6%. Tahun-tahun itu adalah tahun 2011 dengan kadarnya 5.1%, tahun 2012 pada kadar 5.6%, pada tahun 2013 pada kadar 4.7% dan pada tahun 2015 dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia sendiri pada 4.5%. Berdasarkan prestasi ini, agak sukar untuk Malaysia mencapai sasaran pendapatan kasar nasional (GNI) sebanyak USD15,000 pada tahun 2020. Berdasarkan analisa oleh Dr. Lee Hwok Aun dari Universiti Malaya, Malaysia perlu mencatatkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7.7% setahun untuk lima tahun berturut- turut mendatang ini untuk mencapai sasaran GNI tersebut. Sebagai perbandingan, [Disampuk] Menteri boleh jawablah. Sini saya quote pakar ekonomi.

Sebagai perbandingan, negara China yang paling pesat membangun di dunia hanya mencatatkan kadar purata 7.2% semenjak 2014 sehingga kini. Pakar ekonomi terulung yang juga menjadi penasihat kepada Bank Negara Malaysia iaitu Dr. Yeah Kim Leng yang juga Dekan Fakulti Perniagaan Malaysia University of Science and Technology berpendapat, hasrat Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi bakal tergugat dalam keadaan kadar inflasi dan kadar faedah pinjaman yang tinggi, kenaikan harga barangan akibat GST dan juga kenaikan kadar faedah pinjaman akibat pengukuhan kadar faedah dolar Amerika Syarikat boleh menyumbang kepada risiko ini. Pengerusi United States Federal Reserve iaitu Puan Janet Yellen juga telah membayangkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat akibat kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat. Ini bakal menyebabkan penurunan harga komoditi antarabangsa dan juga penyusutan nilai mata wang ringgit berterusan. Ini perlu diambil kira dalam RMKe-11 kerana akibat faktor-faktor luaran yang dijadikan alasan tersasarnya KDNK RMKe-10. Memang benar manusia merancang, Allah menentukan tetapi bukankah pakar-pakar PEMANDU, perunding-perunding antarabangsa seperti McKenzie, A.T. Kearney, Boston Consulting dan lain-lain dari dalam dan luar negara sepatutnya merancang dengan lebih teliti menggunakan kaedah-kaedah pembangunan ekonomi yang sedia ada termasuk menggunakan analisa risiko dan unjuran sewajarnya. Apabila Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) satu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dengan 12 buah negara termasuk Malaysia yang bakal ditandatangani selepas Senate Amerika meluluskan kuasa fast track kepada kuasa Obama, mesti juga diambil kira kesan yang negatif kepada rakyat kerana laporan cost benefit yang dijanjikan kerajaan begitu lama. Mananya? Dijanjikan hanya akan dibentangkan ke Parlimen pada bulan Julai depan untuk penelitian. Demi menjamin ekonomi negara dan

RMKe-11 tidak tergugat oleh TPPA, adalah dicadangkan agar kokus TPPA segera dinaiktarafkan kepada jawatankuasa terpilih Parlimen dan kuasa meratifikasikan perjanjian ini diserahkan kepada Parlimen. Sekali lagi pihak kerajaan pimpinan BN langsung tidak mengambil kira faktor-faktor luaran ini yang bakal memberi kesan kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara. Sikap acuh tidak acuh dalam merangka pelan jangka masa panjang sebeginilah amat berbahaya. Bak kata Benjamin Franklin, “If you fail to plan, then you are planning to fail”, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. RMKe-10 sasaran latihan kemahiran tersasar. Jika faktor-faktor luaran atau externalities yang dikatakan adalah luar kawalan kita menjadi alasan tersasar kadar pertumbuhan KDNK, maka sasaran latihan kemahiran yang berada dalam kawalan kita tidak sepatutnya tersasar juga. Patut diingatkan bahawa latihan kemahiran yang menjadi sebahagian pendidikan ialah salah satu faktor input utama yang menjadi penanda aras potensi pencapaian status negara berpendapatan tinggi. Sasaran RMKe-10 ini telah gagal dicapai sepenuhnya walaupun skim latihan vokasional dan kemahiran juga telah dirancang. Dikatakan bahawa tenaga kerja sedia ada dapat ditingkatkan menerusi latihan kemahiran, Tuan Yang di-Pertua dalam RMKe-10 dengan sasaran 33% tenaga kerja terlatih. Malangnya, pencapaian sebenar hanyalah sebanyak 25%. Teramat jelas kita telah gagal mencapai sasaran tenaga kerja terlatih dalam RMKe-10. Namun begitu, lain pula kisahnya kepada tenaga kerja tidak terlatih terutama pekerja asing dengan izin dan tanpa izin yang mana kerajaan telah melangkaui sasaran yang ditetapkan sepanjang program RMK. Pada tahun 1992, 500,000 orang pekerja asing. Tahun 2011, 1.6 juta dan pada lewat tahun 2014, Menteri Sumber Manusia sendiri telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa terdapat 2.1 juta tenaga kerja asing yang telah direkodkan dan Tuan Yang di-Pertua, 4.6 juta tenaga kerja asing yang tidak direkodkan, menjadikan sejumlah 6.7 juta orang kesemuanya. Fakta ini penting kerana sebarang dasar baru untuk mengurangkan kesenjangan pendapatan, pertambahan peratusan gaji kepada GDP, kenaikan gaji minimum dan pengurangan kemiskinan, kesemuanya sukar ditangani dengan berkesan apabila angka sebenar jumlah pekerja asing di negara ini pun tidak diketahui dengan tepat. RMKe-10 sasaran pegangan ekuiti bumiputera sektor korporat tersasar. Sasaran RMKe-10 ialah 30% dan nampaknya sasaran ini masih belum tercapai walaupun telah diulang berkali-kali oleh pihak UMNO-BN sepanjang 20 tahun yang lalu sebagai matlamat perdana besar ekonomi. Setelah gagal selama 20 tahun, perancangan dan pendekatan baru harus diambil untuk memastikan sasaran ini tercapai. You cannot get new results or outcomes using same old ways, dengan izin. Pada tahun-tahun terakhir RMKe-10, kita dapati warisan strategi lama lagi lapuk untuk memilih individu-individu bumiputera tertentu sebagai penerima bantuan dan habuan kerajaan masih berjalan tetapi kali ini bukan ramai individu bertuah tetapi nampaknya hanya beberapa bumiputera sahaja yang terpilih. Mustahil untuk kita capai sasaran 30% ini selagi mana kapitalisme kroni terus segar di negara ini. Sudah tentu ini bukan ekonomi inklusif yang dijaja tetapi ekonomi cukup eksklusif yang disengaja. Pelbagai kajian termasuk kajian Thomas Piketty dalam nukilan beliau Capital in the Twenty-First Century menunjukkan bahawa pelaburan dalam pasaran saham ialah salah satu cara terbaik untuk menambahkan pegangan ekuiti serta mengurangkan kesenjangan pendapatan. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat membangunkan 300,000 buah keluarga bumiputera dengan pegangan ekuiti yang bertambah setiap tahun berbanding dengan 30 individu bumiputera yang sama, yang terus kaya dan mengaut kebanyakan kekayaan negara. Lebih baik kita mengadakan siling bagi bumiputera yang sudah mencapai kekayaan RM20 juta untuk mereka berdikari dan bukan terus bergantung kepada projek kerajaan. Lebih afdal lagi jika prinsip needs base dan bukan race-based affirmative action yang lebih inklusif seperti yang pernah disarankan oleh saudara Anwar dahulu terutama melibatkan golongan bawahan 40% ekuiti rumah diperluaskan untuk sebarang skim saham. Sekadar ini di sini penilaian kembali RMKe-10 yang tertumpu kepada perkara-perkara tunjang dalam perancangan pembangunan negara.

Sekarang saya masuk ke RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-11 diteliti kerana rakyat menanti apakah janji yang mesti ditepati.

RMKe-10 telah gagal mencapai seluruh sasarannya dan saya bimbang sekiranya sasaran RMKe-11 yang juga merupakan finale the last print kita sebelum 2020 gagal dicapai. Tidak lama lima tahun sahaja lagi. Kebimbangan ini amatlah berasas kerana RMK ini juga akan diterajui oleh para pimpinan, para perunding tempatan dan asing dan kesemuanya pernah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan RMKe-10 yang kaya akronim tetapi miskin pencapaian. Saya akan mengemukakan kebimbangan utama saya pada setiap bab yang dicadangkan dalam RMKe-11 seperti berikut; Bab 1, Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat - Kerajaan mestilah ikhlas dan jujur dalam mengemukakan angka-angka statistik pembangunan kepada rakyat. Pembentangan RMKe-11 telah dimulakan dengan melihat kepada angka-angka tahun 1970 yang dibandingkan dengan tahun 2015. Benar, terdapat beberapa pencapaian dan boleh dibanggakan berdasarkan angka-angka tersebut. Namun, realiti sebenar di kalangan rakyat terbanyak di desa mahupun di kota amatlah jauh berbeza. Kita amat menghargai enam teras strategik dan enam pemacu perubahan yang dibentangkan untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Namun begitu kita mempersoalkan adakah enam teras dan pemacu ini benar-benar mampu memastikan pencapaian sasaran ini? Bab 2, Memperkukuhkan Daya Tahan Ekonomi Makro Untuk Pertumbuhan Mampan - Saya meneliti soal kutipan GST dengan penuh kebimbangan. Lebih setahun yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan ada memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa GST akan hanya menambah pendapatan kerajaan sebanyak RM690 juta. Anehnya - tidak ada Menteri tinggal seorang, okey dua - Anehnya dalam bab kedua ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan telah menyatakan bahawa asas pencukaian negara ini telah diperkukuhkan. Ini kerana kerajaan dijangkakan akan mengutip RM31.4 bilion dari GST setahun untuk lima tahun mendatang. Dalam kata lain sekurang-kurangnya RM155 bilion akan bakal dikutip daripada rakyat menerusi GST selama lima tahun ini. Kenapa wujud perbezaan ini? Saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat memaklumkan kepada rakyat penggunaan sebenar daripada kutipan GST ini. Mana duit kita pergi? [Disampuk] Tidak, kita takut jika pergi ke 1MDB tidak bayar, hutang itu banyak itu. Dikatakan juga bahawa inflasi akan menyusut pada kadar kurang daripada 2% hingga 3% pada tahun 2015. Akan tetapi ini bukannya rakyat dapati apabila kita pergi ke pasar. Bawang pun sudah naik harga. Berkaitan pelaburan. Yang Amat Berhormat Pekan melaporkan bahawa pelaburan sektor swasta kekal kukuh. Kita gagal melihat bukti sebegini dan kita mohon agar pihak kerajaan mendedahkan kerajaan makroekonomi sebenar terutama sektor pelaburan dan memperincikan portfolio pelaburan green field, brown field, hot money, paper money dan ini penting dan entiti wang bukan tunai 1MDB yang dipanggil unit.

Yang Berhormat minta pencelahan, boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini berkaitan dengan isu 1MDB dan unit yang amat merunsingkan. Dahulu Yang Amat Berhormat Pekan mengatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa duit Cayman Islands dalam bentuk cash tetapi baru-baru ini beliau mengatakan ia bukan dalam bentuk cash tetapi dalam bentuk unit. Yang Berhormat Permatang Pauh soalan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan unit? Bolehkah kita masing-masing cetak unit untuk bayar hutang? Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu Menteri Dalam Negeri kah itu yang bertanya itu? [Ketawa]

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Kita hendak tanyalah Yang Amat Berhormat Pekan, Perdana Menteri boleh usulkan di Dewan ini agar boleh diiktiraf sebagai wang sah atau legal tender dan selesai masalah. Langsailah hutang kerajaan, hutang rakyat semua. Akan tetapi menyentuh mengenai kadar hutang negara, kita tunggulah usul unit daripada Yang Amat Berhormat Pekan bahawa sasaran untuk menurunkan tahap hutang negara kepada 45% KDNK dalam RMKe-11 ini. Akan tetapi tunggulah ya, kita akan tunggu lagi dengan sabar tetapi tidak pernah dengar saya unit ini. Saya pun sendiri tidak tahu walaupun saya tidak tahu banyak tentang ekonomi ini. Tuan Yang di-Pertua, Bab 3 Memperkukuhkan Inclusivity Ke Arah Masyarakat Yang Saksama - Tahniah kerana cuba membantu golongan yang dinamakan B40, bawah 40% ini saya mohon digunakan istilah yang lebih baik kerana mereka ini juga rakyat yang perlu dikelaskan dengan istilah yang lebih bermaruah dan bukanlah dengan istilah seumpama ubat atau vitamin. Mengapa kita tidak boleh kembangkan kepada golongan berpendapatan pertengahan? Kalau golongan yang berpendapatan pertengahan ini dipanggil M40 – menengah 40, golongan atasan A19 – atasan 19 dan golongan paling kaya PK1 – paling kaya 1%. Nampaknya minat atau kesempurnaan kepada akronim masih segar menyubur. Kita harus melihat wajah sebenar rakyat sebalik B40, we must put a face to this acronym Tuan Yang di-Pertua. Jadi konsep inclusive mesti berasaskan empathy, memahami dan menyelami sanubari setiap rakyat tidak kira kaum atau agama. Ini kerana empathy melahirkan kesedaran sejagat bahawa kita semua sama, kita semua manusia. Oleh itu kemanusiaan inilah menjadi nilai membina perpaduan nasional paling teratas. Secara mudah adalah dengan menyatakan bahawa orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Dayak, Orang Asal, Orang Asli dan ramai lagi kaum di Malaysia yang berbagai-bagai ini semua sama. Semua hendak makan, semua hendak rumah, semua hendak kenderaan, semua hendak berpendidikan, semua hendak aman, semua hendak kemajuan kerana kita sama, kita semua manusia ciptaan Tuhan. Sebelum ini kita mahu naikkan tahap pendapatan dan kekayaan isi rumah B40, kita harus mengkaji tahap sebenar permasalahan ini. Kita wajib melihat dua perkara yang pertama iaitu kesenjangan kekayaan dan pendapatan, draft and income inequality yang cukup melebar. Kedua menggunakan kayu ukur atau measurement yang sewajarnya agar penghapusan kemiskinan tegar dan relatif tercapai. Sekiranya kerajaan terus menggunakan garis kemiskinan yang rendah, maka jumlah sebenar akan kekal rendah. Walau bagaimanapun kita menyambut baik satu permulaan akhirnya untuk menggunakan Multidimensional Poverty Index Tuan Yang di-Pertua dalam RMK ini yang sudah lama dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Pakatan Rakyat sudah cadangkan lama sudah. Ini reality poverty bukannya semua yang katakan yang dapat banyak itu. Kita ada reality poverty. Nisbah kadar pendapatan bulanan antara B40 dan atasan 20% adalah 5.6 kali ganda iaitu pada tahun 2014, B40 dengan RM2,537 berbanding atasan 20% yang berpendapatan RM14,300 sebulan. Bila dilihat dengan beban 6% GST ke atas 80% lebih pendapatan digunakan untuk perbelanjaan kos sara hidup bulanan. Realiti rakyat menjadi lebih jelas sebalik istilah B40 ini. Seperti yang disebutkan di awal tadi bahawa negara kita sudah pun kehilangan potensi KDNK negara sebanyak 500% atau lima kali ganda akibat perancangan dan pelaksanaan pembangunan negara yang tersasar. Ini kerana tidak berpandukan pada strategi transisi ekonomi berpendapatan sederhana serta kelemahan atau kelolaan pemerintahan baik berpaksikan demokrasi.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat bangun.

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Mengikut unjuran yang diberikan oleh Perdana Menteri pada Rancangan Malaysia Kesebelas, memaklumkan bahawa perangkaan golongan B40 ini sekitar 2.5 juta dan disasarkan B40 ini meningkat penggajian mereka tidak lebih kurang RM2,500 sebulan pada tahun 2014 kepada lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020. Jadi Yang Berhormat Permatang Pauh, apakah bersetuju dengan saya, lagi lima tahun sasaran 2020, pendapatan gaji minimum hanya RM900. Kalau dicampur dengan suami isteri, baru RM1,800. Adakah boleh atau memungkinkan sasaran RM5,000 itu dicapai dalam keadaan sekarang yang mendesak dengan sistem cukai yang membebankan pekerja dan rakyat yang membolehkan mereka mencapai RM5,000 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan baru-baru ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh dalam isu ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Memanglah itu yang kita soal. Apakah janji ‘dicapati’? Ditepati. [Ketawa] Janji. Apakah janji boleh ditepati kalau dikatakan begitu? Minta maaf ya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Permatang Pauh, Bagai Serai.

Ya, silakan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tidakkah kita sepatutnya sebagai rakyat Malaysia mempunyai satu fikiran yang positif kerana kita semua bermimpikan negara maju berpendapatan tinggi dan kerajaan telah menyediakan pelan dan fokus untuk mencapai. Contohnya yang kita bincangkan tentang B40 tadi yang gajinya RM2,500 sekarang, di bawah paras kemiskinan untuk mencapai lebih daripada RM5,000. Kerajaan telah menyediakan pelan. Hendak menyediakan latihan-latihan dan berbagai-bagai kursus untuk meningkatkan pendidikan dan kemahiran dan juga memberi bantuan sokongan untuk menjadi keusahawanan dan sebagainya. Jadi, rakyat sepatutnya positif. Bukan sahaja kita mengharapkan kepada kerajaan yang bertanggungjawab tetapi rakyat juga mesti jadi orang yang bertanggungjawab. Tidakkah begitu, Yang Berhormat Permatang Pauh? Kita patut yakin dan kita patut bagi positif yang kita boleh capai lebih daripada RM5,000 sebulan. Terima kasih.

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Permatang Pauh. Bersekali. Bersekali dengan Yang Berhormat Bagan Serai. Bersekali. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh dan terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Boleh Tuan Yang di-Pertua ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Yang Berhormat Bagan Serai kena realistik. Sekarang ini...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tanya sayakah? Tanyakah atau Yang Berhormat...

Ini floor saya. Floor saya. Floor saya.

Duduk, duduk. Dia hendak jawab. Duduk dulu. Dengar dulu.

Yang Berhormat Bagan Serai sudah luahkan iltizam dan juga cita rasa yang pada pandangan Yang Berhormat Bagan Serai...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Bagan Serai dengar dulu. Ini Menteri Penerangan.

...boleh mempositifkan keadaan. Saya pula berhak untuk menyatakan realitinya di dalam lapangan iaitu sekarang ini, below 40% daripada penggajian yang ada ialah bawah paras RM900. Itu pun terkial-kial hendak dapat RM900. Tiga tahun pun tidak mencapai sasaran. Mana mungkin pada lima tahun dari sekarang kita boleh mencapai RM5,000. Ini adalah laporan yang kita terima di bawah. Jadi, pada pandangan peribadi saya selaku yang memimpin 11.3 juta pekerja di bawah ini, mengkhuatiri bahawa sasaran ini sebagai igauan di siang hari. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Terima kasih.

Memang betul apa yang dikatakan. Yang Berhormat Bagan Serai tidak dengar saya sudah bercakap sebegitu lama. RMKe-10 sudah dibuat satu perancangan. Sasarannya terbabas. Sebab itu saya katakan RMKe-11 ini hendak cakap lagi pasal latihan. Hendak cakap lagi pasal penyelidikan, hendak cakap lagi pasal organisasi. Itu tidak dibuat daripada dulu. Sebab itu kita pergi 19 tahun ke belakang. Itu sebabnya. Kita bukan positif atau tidak positif. Kalau kita positif macam mana pun, kalau realitinya tidak, tidaklah. [Tepuk] Terima kasih. Saya sambung.

Yang Berhormat Permatang Pauh, sikit ya.

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Dalam keadaan RMKe-10 tadi dikatakan tersasar. Dalam keadaan RMKe-10 dulu, kita tidak ada berlakulah isu-isu seperti 1MDB, RM42 bilion semua ini. Sekarang dalam keadaan skandal yang begitu besar ini, adakah kita boleh positif bahawa perancangan RMKe-11 ini akan mencapai sasaran? Apatah lagi orang yang memperkenalkan Vision 2020 itu, Tun Dr. Mahathir, dia sendiri pun tidak yakin. Dia sendiri merasakan bahawa dalam isu 1MDB ini, kerajaan tidak dapat memberi jawapan yang meyakinkan rakyat. Jadi, saya harap Yang Berhormat Permatang Pauh dapat memberikan satu jawapan kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Adakah RMKe-11 ini adalah satu benda, vision yang memang boleh dicapai dalam keadaan skandal-skandal yang berlaku terlalu jelas ini. Macam mana pendapat Yang Berhormat Permatang Pauh?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh sikit sahaja? Sikit sahaja. Sikit lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya hendak jawablah. Tidak payahlah. Cukuplah.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak apalah. Sikit lagi.

Saya jawab sudah. Saya sudah jawab pun. Yang Berhormat Bagan Serai, saya sudah jawab tadi.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sudah banyak sangat negatif. Sudah banyak sangat negatif. Sudah banyak sangat negatif itu.

Tidak payah.

Bahas nanti, bahas nanti, bahas nanti, bahas nanti.

Yang Berhormat Sepang tanya saya, bukan tanya Yang Berhormat Bagan Serai.

Sudah, sudah, sudah. Duduk, duduk, duduk. Duduk. Duduk, duduk.

Ini floor saya.

Jangan kacau. Nanti boleh bahas. Nanti boleh bahas. You duduk. Duduk!

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Eh, engkau duduk!

Tuan Yang di-Pertua, tengok tidak mahu duduk.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih.

Ha, duduk. Ha, duduk.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bagi saya tiga minit.

Nanti bahaslah. Jadi, janganlah bagi bola tanggung. Jangan kacau.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa, Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai. Sekejap ya. Saya hendak tanya Yang Berhormat Permatang Pauh sama ada benarkan pencelahan daripada Yang Berhormat Bagan Serai?

Tidak, saya bagi Yang Berhormat Shah Alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam. Ya, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya rasa selama ini, inilah pendekatan yang telah digunakan oleh Barisan Nasional. Dia ingin supaya rakyat dibuai dengan mimpi yang indah. Tiap-tiap lima tahun, datang dengan janji-janji yang begitu manis. Menjanjikan bahawa akan berlaku keadilan dari segi agihan ekonomi negara. Akan berlakunya pembangunan, rakyat semua akan mendapat manfaat dan sebagainya. Atas janji-janji dan mimpi indah ini, mereka mengharapkan bahawa rakyat akan terus memberikan peluang kepada mereka untuk meneruskan dalam keadaan mereka terus memerintah. Akan tetapi kali ini, Yang Berhormat Permatang Pauh, apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh? Saya rasa ada sedikit perbezaan. Mungkin mimpi-mimpi indah ini bukan sekadar ditujukan kepada rakyat tetapi kepada di kalangan orang UMNO pun sendiri. Di mana Perdana Menteri mengharapkan bahawa dia akan terus diberikan peluang. Biar dia buat kerja tetapi orang semua saya rasa, termasuk sebahagian daripada orang-orang UMNO dan Barisan Nasional sudah letih dan sudah hilang kepercayaan. Apa pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh?

Yang itu kita tinggalkan kepada orang UMNO dan Perdana Menteri tetapi kita pandang dan lihatlah.

Susah soalnya kalau hendak jawab.

Oleh kerana apabila saya tengokkan mantan– kita memang sudah kritik lama. Akan tetapi apabila mantan Perdana Menteri yang begitu lama menjadi Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri mengkritik sekarang yang dipilihnya sendiri, itu menunjukkan sesuatu yang tidak kenalah. Bukan satulah tetapi banyak yang tidak kena. Kita tunggu dan lihat. Kita tidak payah buat banyak-banyak kerja sebab kita adalah untuk rakyat dan bukan untuk jawatan. Tuan Yang di-Pertua, kita wajib menggunakan kayu ukur. Saya sambung lagi ya. Ini RMKe-11. Kita wajib menggunakan kayu ukur yang tepat untuk merangka dasar yang tepat. Right measurements to make the right policy. Kerajaan ini terus menggunakan property life income (PLI) pada tahap RM930 untuk Semenanjung Malaysia, RM1,070 untuk Sabah dan RM990 untuk Sarawak. Saya mencadangkan pihak kerajaan untuk mengguna pakai indeks Selangor di bawah Pakatan Rakyat pada tahap RM1,500 sebulan. Sabah pula sepatutnya RM1,800 dan Sarawak RM1,600. Ini akan memberikan gambaran yang lebih

jelas agar dasar-dasar yang dirangka tepat, kena pada sasaran dan bukan seperti lazimnya asyik tersasar.

Untuk membantu golongan B40 ini, kita mencadangkan menggunakan pendekatan konsep total affordability atau kemampuan menyeluruh. Pendekatan ini akan memberikan cara yang lebih berkesan untuk mengukur dan mengimplementasikan kemudahan awam dan perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar. Sebagai contoh, agak sukar golongan B40 mendapatkan bantuan kewangan untuk rumah, pembinaan rumah mampu bilik di kawasan yang agak murah dengan jaringan pengangkutan awam atau transportation connectivity network yang baik akan membantu golongan ini berjimat dan seterusnya mempunyai kelebihan pendapatan. Berbeza dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan perumahan PR1MA yang agak mahal di kawasan bandar dan tidak pula dilengkapi dengan transport connectivity yang baik akan terus menekan pendapatan golongan B40 ini. Lebih malang lagi B40 ibarat jatuh ditimpa tangga dengan pembuatan dasar apabila tidak ada sebarang perincian mengenai jumlah peruntukan yang bakal diberikan kepada golongan B40 ini walaupun sejumlah RM260 bilion telah diperuntukkan kepada RMKe-11. Saya ingin tahu apakah program-program yang bakal diwujudkan untuk membantu B40 dan berapakah peruntukan dan kos program tersebut? Bagaimana pula dengan kenyataan bahawa kerajaan akan memantau dan menambahkan penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barang akibat GST sedangkan kerajaan yang bertanggungjawab akibat kenaikan tersebut. Tambah pula dengan isu bayaran kabotaj di Sabah dan Sarawak yang terus menekan rakyat di sana. Kita juga amat terkesan dengan pendedahan bahawa RM8.6 bilion untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) yang telah diberikan kepada sejumlah 413,278 orang usahawan bumiputera tidak mencapai sasaran melahirkan kelas pertengahan bumiputera. Kita juga kurang faham bagaimana golongan B40 bakal dibantu menerusi Skim Amanah Saham Wawasan dan Amanah Saham 1Malaysia sedangkan mereka tiada pendapatan lebihan untuk mereka melabur ke dalam skim-skim ini. Begitu juga dengan Real Estate Investment Trust (REIT) yang dicadangkan untuk B40. Di manakah logiknya golongan B40 digesa untuk melabur di dalam satu derivative tanpa pegangan aset fizikal yang juga mempunyai nilaian yang turun naik mengikut pasaran semasa dan tidak stabil? Ini seperti konsep wang unit 1MDB sahaja. Bantuan untuk wanita, warga emas, OKU, kanak-kanak dan Orang Asli dan Asal juga disebut dalam RMKe-11 sebagai kumpulan sasar. Kita harap dana yang akan diperuntukkan untuk golongan ini sampai kepada sasaran dan bukan tersasar seperti RMKe-10. Yang Berhormat Bagan Serai ya, dia banyak tersasar sebab itulah kita kritik. Bab 4, Peningkatan Kesejahteraan Rakyat - Kita menyokong kenyataan Yang Amat Berhormat Pekan selaku Perdana Menteri untuk meningkatkan mutu dan pencapaian pasukan bola sepak negara yang berada pada tangga ke-164 sebagai membina kehidupan yang sihat dan memupuk perpaduan. Malangnya bukan sahaja tahap bola sepak kita tercorot lagi mencorotkan malah senarai tercorot dalam banyak lagi bidang seperti pendidikan, rasuah itu kita dapat nombor satu. Aliran wang haram yang harus berikan penjelasan dan penyelesaian. Tuan Yang di-Pertua, sebelum memasuki bidang politik ini yang cukup menarik dan mencabar, saya telah berkhidmat selama 14 tahun sebagai seorang doktor kerajaan dan walaupun kerajaan bersungguh-sungguh ingin memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik pada rakyat, mengapakah terdapat banyak pengurangan peruntukan kerajaan untuk sektor ini? Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengurangkan perbelanjaan untuk kesihatan memandangkan perkhidmatan ini mempunyai kesan dan berhubung kait rapat dengan pembangunan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, WHO 2012 mencatatkan bahawa Malaysia hanya memperuntukkan 4.4% perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan berbanding dengan negara seumpamanya pada 6% ke 7%. Jelas kita jauh ketinggalan daripada piawaian dunia dan giat menswastakan sektor ini yang juga akan di GST kan. Maksudnya sektor perkhidmatan kesihatan ini diswastakan dan perkhidmatan ini di hospital swasta dikenakan GST untuk kita mendapatkan rawatan. Ini adalah membebankan. Selain itu kerajaan harus

mengekang usaha-usaha untuk menswastakan institusi-institusi seperti Institut Jantung Negara agar B40, bawah 40% ini dapat manfaat juga dan bukan hanya untuk kroni PK1.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa]

Bukan PKR, PK1. Yang Berhormat Kinabatangan, you tak dengar kah?

[Dewan riuh]

PK1 atau Paling Kaya Satu Peratus. Saya tidak tersasar itu ya, saya memang tahu. [Tepuk] Yang Berhormat yang salah dengar.

Yang Berhormat Sungai Petani, support sedikit Yang Berhormat Sungai Petani.

Apa dia? Selain itu...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .

Cakap sahaja, tak payah bangun. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus mengekang usaha- usaha untuk menswastakan iaitu IJN. Kita mengambil maklum akan hasrat murni untuk memperbanyakkan CCTV di kawasan yang banyak jenayah. Okey, yang disambung terus kepada PDRM tetapi saya juga ingin menegur pihak PDRM agar benar-benar fokus kepada tugasan memantau dan meneliti rakaman langsung CCTV ini dan bukan fokus kepada tweet sahaja. [Tepuk] Untuk meningkatkan tahap keselamatan, kita harus menimbangkan untuk memasang body camera pegawai petugas dan dashboard camera untuk setiap kereta peronda. Saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Pekan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2016 kelak, kita akan setuju sebulat suara. Pada masa yang sama, kita terkejut dengan kemunculan semula Automated Enforcement System (AES). Apa trafik polis kita dah tak cukup? Yang bakal diluaskan lagi penggunaannya dalam RMK-11. Pihak yang memperkenalkan AES ini sudah mendapat habuan yang banyak Tuan Yang di-Pertua tetapi malangnya statistik nahas negara masih lagi di tahap yang kurang memuaskan. Saya mohon pihak kerajaan menjelaskan keberkesanan saman AES yang lebih tinggi dan meluas akan dapat mengurangkan kadar kematian dalam nahas jalan raya kah? Bab ke-5, Meningkatkan Pembangunan Modal Insan Untuk Negara Maju - Banyak telah diperkatakan tentang Technical Vocational Education Training (TVET) ketika RMKe- 10 dan seperti yang saya sebut tadi, bahawa sasaran RMK-10 telah gagal dicapai sepenuhnya. Kelihatan seolah-olah pihak kerajaan akan mengambil sikap lepas tangan dengan menyerahkan program TVET ini kepada industri dan sektor swasta. Adakah ini satu bentuk penswastaan pendidikan oleh sektor swasta? Sasaran RMKe-10 untuk 33% pelajar vokasional juga tersasar kepada hanya 25%. Banyak telah dinyatakan tentang pencapaian universiti awam dalam kajian dan penerbitan. Namun begitu, isu kualiti dan kreativiti penerbitan dan kajian tersebut tidak pula dinyatakan. Saya amat bimbang dengan kualiti graduan tempatan dan tahap employability yang bergantung kepada kemahiran insaniah. Mediocrity should not be celebrated. Ini penting kerana kualiti graduan dapat menjamin pertumbuhan ekonomi yang mapan. [Sambil mengangkat buku Rancangan Malaysia Kesebelas] Saya nak tunjuk ini sebab apa, apa yang dalam graf ini menunjukkan yang mendapat banyak CGPA 3 and above. Tidak lah sampai 3.85 tetapi CGPA 3 above ini dia kurang mendapat employment.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang 3.85 pun nampak mendukacitakan.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

.

Itu saya tidak mahu nilai. Ini yang ditunjuk dalam graf ini menunjukkan bahawa employability adalah soalannya. Merujuk kepada exhibit dalam RMKe-11 menggesa pihak kerajaan untuk menjalankan satu kajian mengenai kadar pengangguran graduan tempatan untuk tempoh satu tahun ke tiga tahun selepas tamat pengajian. Ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kualiti sebenar graduan tempatan. Saya juga merujuk kepada exhibit lima ke tujuh di mana 6.5% daripada para graduan telah mendapat CGPA tiga ke atas. Namun, 44% sahaja merujuk kepada exhibit

lima ke lapan yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tiga bulan ke enam bulan selepas tamat pengajian. Ini mungkin bermakna bahawa piawaian CGPA kita adalah lebih rendah daripada biasa ataupun graduan kita lebih tertumpu kepada kursus-kursus dalam industri yang semakin malap. Tuan Yang di-Pertua, bab enam dekat hendak habis ini ya. Bab ini saya amat minati dan ianya banyak memaparkan warna rasmi rakan seperjuangan kita iaitu warna hijau. Kita ingin bangkitkan bahawa satu lagi isu iaitu Energymix Negara. Sepanjang empat tahun ke lima tahun lalu, kita telah banyak mendengar ura-ura penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik. Saya meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi jaminan kepada Parlimen bahawa tenaga nuklear tidak akan digunakan memandangkan kita masih lagi mempunyai rizab gas selama 42 tahun lagi. Janganlah kita mewariskan bahaya nuklear kepada generasi akan datang. Bab 7, Memperkukuhkan Infrastruktur Bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi - Tiada salahnya untuk kita memperbaiki keperluan logistik dan pengangkutan serta pembinaan infrastruktur berasaskan bandar pintar atau Smart City. Jelas kesemuanya ini adalah komponen penting untuk memajukan ekonomi negara untuk mencapai taraf negara maju. Mengenai kerangka kerja industri air di Selangor, kita amat berharap agar kesemua pihak dapat memuktamadkan perjanjian ini secepat mungkin. Insya-Allah. Seterusnya kita juga bimbang dengan sumber dana untuk membiayai projek- projek infrastruktur. Dalam RMKe-11, adakah proses tender akan dilakukan secara terbuka dan telus? Berapakah projek yang dibiayai secara Public Private Partnership (PPP) dan Private Finance Initiative (PFI)? Pembaziran, ketirisan dan kesilapan perancangan akan hanya merosakkan ekonomi negara. Model penswastaan dan pemberian lesen untuk lebuh raya bertol dan penjana kuasa bebas (IPP) perlu disemak dan didedahkan kepada Dewan yang mulia ini kerana ia bukan sahaja membebankan B40 tetapi semua lapisan masyarakat yang membelanjakan jumlah yang besar untuk tol dan elektrik. Bab 8, Mereka Rasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran - Penstrukturan semula sektor-sektor industri utama sama ada dalam sektor minyak dan gas, pertanian dan perladangan untuk memacu pertumbuhannya adalah amat dialu-alukan. Diharap isu mengurangkan penggunaan tenaga pekerja asing akan diberikan perhatian yang lebih serius. Kita juga mendengar mengenai usaha memodenkan pertanian. Dana NFC yang sepatutnya meningkatkan keselamatan makanan, food security dari RMK sebelum ini juga tersasar walaupun RM3 bilion telah dibelanjakan untuk usaha memastikan bekalan makanan terjamin. Sebagai wakil rakyat di Selangor dan di Pulau Pinang saya amatlah kecewa dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional yang tidak patut untuk tidak memasukkan sebarang bandar dari kedua-dua negeri ini sebagai Bandar Kompetitif. Petaling Jaya, Shah Alam dan juga Georgetown. One heritage, Georgetown kaya dengan inovasi dan adalah penyumbang terbesar kepada cukai negara tetapi ini tidak pula diambil kira dalam RMKe-11 sebagai Bandar Kompetitif. [Tepuk] Inilah yang dikatakan tafsiran inclusive terpilih oleh kerajaan. Apa tidak inclusive kami pun. Apa punya tafsiran. Bab 9, Mentransformasikan Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti - Jika diteliti bab ini, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk tidak lagi mengambil tenaga kerja baru dan juga mengurangkan tenaga kerja yang sedia ada. Pihak CUEPACS telah menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan isu ini. Saya berpendapat bahawa tidak wajar tenaga kerja awam dikurangkan tatkala negara sedang dihimpit dengan kesukaran kehidupan akibat GST. Kita tahu bahawa ramai penjawat awam yang menanggung bebanan hutang. Sekiranya mereka hilang punca pendapatan maka seluruh keluarga mereka juga akan terkesan. Terdapat sejumlah 1.4 penjawat awam. Sekiranya 10% sahaja mereka diberhentikan, maka sekurang-kurangnya 140,000 isi rumah yang melibatkan 500,000 rakyat jelata akan hilang punca pendapatan dan ini akan mengurangkan konsumsi ekonomi yang menjejaskan pembangunan. Ini bukan soal pengurusan fiskal, mengawal perbelanjaan penjawat awam, tetapi sepatutnya dimulakan dengan pembanterasan rasuah dan pembaziran dan bukannya dengan mengurangkan penjawat awam ketika ini.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat bangun.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh baru-baru ini laporan akhbar ada menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk mengurangkan sekitar 5,000 pekerja-pekerja penjawat awam disebabkan oleh mereka ini dikatakan tidak efisien setelah sekian lama mereka bekerja. Daripada itu, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju dengan saya daripada pembaziran, pemborosan dan ketirisan yang berlaku berbilion-bilion ini, adakah lebih baik diatasi daripada mencari salah laku ataupun memberikan kesan buruk kepada pekerja penjawat awam yang hendak diberhentikan kerja. Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh setuju dengan pendapat saya? Terima kasih.

Memanglah Yang Berhormat Kuala Langat setuju, tepat sekali. Tuan Yang di-Pertua, saiz perkhidmatan awam adalah relatif kalau kita masih lagi kekurangan guru, doktor, jururawat dan anggota polis. Apabila kita melihat kepada hajat mengurangkan saiz perkhidmatan awam, kita mesti melihat dari sudut perikemanusiaan. Kita tahu bahawa Jabatan Perdana Menteri sahaja mempunyai 40,000 kakitangan. 40,000 kakitangan. Jika mahu diteruskan juga maka Yang Amat Berhormat Pekan sepatutnya memulakan dengan jabatan beliau terlebih dahulu. [Tepuk] Bab ini juga mengingatkan saya kepada mantan Ketua Pembangkang dalam banyak perbincangan saya dengan beliau berkenaan masa depan negara beliau banyak menekankan keperluan kepada kepimpinan yang jujur, amanah dan mempunyai tekad politik untuk membuat perkara yang benar. Doing the right thing. Kita amat menghargai aspirasi Yang Amat Berhormat Pekan membina satu negara, satu bangsa dan satu impian untuk mencapai sasaran-sasaran seperti dalam bab 10 ini. Yang Amat Berhormat Pekan tidak perlu tunggu lima tahun lagi tetapi terus melaksanakan hari ini dengan membuat perubahan sewajarnya untuk meluaskan lagi demokrasi. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pekan tetapi janganlah tersasar lagi terutama dengan masalah 1MDB. Cadangan penambahbaikan demi kejayaan RMKe-11.

Tuan Yang di-Pertua, dengan keizinan, saya mohon mencadangkan tiga perkara untuk dipertimbangkan dalam RMKe-11. Harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian, terima kasih. Pertama, wajib ada reformasi politik. Bukan transformasi ekonomi sahaja. RMKe- 11, tidak ada perancangan untuk mereformasi politik di negara ini. Apabila kita menyoal, menyebut soal reformasi politik, kita maksudkan keperluan sebuah suruhanjaya pilihan raya yang bebas, proses persempadanan yang berasaskan piawaian antarabangsa, kebebasan media dan tiada penahanan tanpa bicara [Tepuk] . Kesemua ini hak asasi akan membantu ekonomi negara. Tanpa kebebasan sebegini, rakyat akan terus berhijrah ke negara lain dan negara akan kehilangan modal dan bakat modal insan yang amat diperlukan untuk memajukan negara kita Malaysia yang ku cinta. Lihat sahaja bagaimana pertumbuhan ekonomi yang telah dicapai di negara jiran seperti Indonesia apabila ruang kebebasan dibuka untuk rakyat. Respective human rights has economic dividend, dengan izin. Justeru, kita perlu menghapuskan Akta Hasutan, mengusulkan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) seperti di Selangor dan Pulau Pinang [Tepuk] Kerajaan Pakatan Rakyat untuk diguna pakai di peringkat negeri dan Persekutuan. Kebebasan akademik harus dibenarkan di institusi pendidikan tinggi bagi membenarkan para pelajar kita untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi, insya-Allah. Kedua, reformasi bukan transformasi produktiviti golongan pekerja dengan memperkukuhkan peranan kesatuan sekerja. Yang Berhormat Kuala Langat, take note. Dalam soal produktiviti dan pendidikan kemahiran, amat penting untuk kita membenarkan kesatuan sekerja untuk wujud dan beroperasi sewajarnya. Kita tidak boleh terus kekalkan piawaian-piawaian buruh yang rendah seperti Bangladesh, Zimbabwe dan sebagainya dan isu akses pendidikan kemahiran yang adil perlu ditangani. Saya percaya, model yang lebih

baik seperti special market economy, harus diguna pakai kerana ia menggalakkan perkongsian di antara pekerja dan pengurusan untuk merangsang inovasi, produktiviti dan kualiti seperti yang berlaku di negara-negara Scandinavia dan Jerman. Ketiga, reformasi bukan transformasi struktur dan falsafah ekonomi sahaja. Seperti negara Asia lain, Malaysia mengamalkan model pembangunan yang mana negara berperanan besar. Tun Dr. Mahathir telah mengguna pakai contoh dari Jepun dan Korea Selatan. Walaupun Malaysia cuba mencipta chaebol dan zaibatsu, namun Malaysia gagal kerana melindungi serta menggunakan bailout untuk syarikat-syarikat gergasi yang gagal. Ini ialah satu isu kapitalisme kroni yang ditentang oleh mantan Ketua Pembangkang selama ini. Tuan Yang di-Pertua, lonjakan akhir ke garis penamat 2020 perlukan ikhtiar dan iltizam baru. Manusia merancang, Allah menentukan, menjadi peringatan semua. Jika ada ikhtiar, iltizam dan niat kerajaan mahu menjayakan impian sebuah negara berpendapatan tinggi, prinsip-prinsip berikut wajib menjadi pegangan serta amalan. Prinsip utama adalah seperti yang saya katakan, tata kelola pemerintahan baik berpaksikan demokrasi good governance seperti berikut: (i) objektif pembangunan inklusif, manfaat dinikmati semua, bukan segelintir sahaja; (ii) proses perancangan telus penglibatan pihak berkepentingan diambil kira. Jangan terus dipaksakan; (iii) pelaksanaan efisien, bebas rasuah, bebas ketirisan dan bebas pembaziran dengan memperkukuhkan Akta Rasuah tetapi janganlah jadi semacam Teoh Beng Hock; (iv) pemantauan rapi cepat, tepat dan benar. Penilaian pencapaian jujur, impak kepada rakyat jelas tercapai. Saranan Tuan Yang di-Pertua sendiri agar penambahbaikan sistem Parlimen diangkat dan dilaksanakan segera oleh kerajaan dan kami akan sokong yang mana yang baik. [Tepuk] Untuk memantapkan pelaksanaan RMKe-11 ini, adalah dicadangkan ‘Jawatankuasa Fiskal Parlimen’ yang akan membantu proses merangka belanjawan tahunan atau akan saling memperkukuhkan proses penilaian perbelanjaan kerajaan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang sedia wujud. PAC, kita melihat apabila wang itu telah dibelanjakan tetapi ini insya-Allah, akan melihat sebelum dibelanjakan. Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, masih belum terlambat untuk kita mencapai impian satu negara, satu bangsa. Akan tetapi kita perlu jujur dan sedar bahawa Malaysia benar-benar berada dalam persimpangan. Malaysia tidak banyak masa lagi, Malaysia tidak ada jalan lain melainkan kita menunaikan tanggungjawab dan amanah kepimpinan membina negara adil. Jangan melakukan kezaliman, jangan kita sama-sama bersubahat dengan kezaliman dan perlembagaan kita dengan kadar segera. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Ya, Yang Berhormat Pengerang.

Empat minit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, boleh sambung pukul 2.30 petang.

Ataupun kita hendak - tidak apalah. Saya hormati Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kesebelas, kita mendengar pada hari Khamis berkenaan dengan RMKe-11 ini sebagai salah satu daripada pendekatan matlamat modern economy baru bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. RMKe-11 ini disifatkan sebagai kemuncak 30 tahun perjalanan menuju wawasan ke tahun 2020. Proses

merangka Rancangan Malaysia Kesebelas ini dinyatakan kita telah mewujudkan satu proses yang inklusif. Bermaknanya, banyak pertemuan telah dilakukan untuk mendapat pandangan daripada rakyat. Kalau kita tengok kepada penyediaan RMKe-11 ini yang berpandukan kepada strategi pembangunan nasional Malaysia yang memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan kepada rakyat dan ekonomi berteraskan kepada modal dengan pelaksanaan program dan projek berimpak tinggi boleh dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada kerajaan. Kalau kita tengok yang paling utama dalam penyebutan tentang Rancangan Malaysia Kesebelas ini ialah tentang perkataan ‘inklusif’ yang mana perkataan ‘inklusif’ ini dipakai yang mana salah satu daripada pendekatan Rancangan Malaysia Kesebelas ini ialah pendekatan yang mengambil kira semua rakyat Malaysia, tidak mengira daripada segi umur mereka, gender mereka, jantina mereka, perkauman mereka dan juga agama mereka. Jadi, bila kita dengar tentang Rancangan Malaysia Kesebelas, saya selaku Ahli Parlimen di kawasan luar bandar memang begitu bersyukur kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan harapan yang begitu tinggi, mengharapkan supaya segala yang dinyatakan menjadi satu kenyataan. Itu sebabnya saya tengok daripada teras yang telah disediakan ini, kita dapat melihat bahawa antara teras-teras ini, pengkhususan yang telah diberi setiap satu daripada teras ini adalah supaya kita yang membaca Rancangan Malaysia Kesebelas ini dan melihat kepada cadangan-cadangan yang telah hendak diturunkan ini, kita tengok bahawa adanya peranan yang mungkin boleh dimainkan oleh rakyat, tidak kira daripada mana aspek. Saya hendak menyentuh kepada teras kedua iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat dan saya hendak tengok kepada aspek dalam segi aspek kesihatan. Saya banyak kali bila berdiri dalam Parlimen ini, sebelum Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Ketua Pembangkang yang baru ini, banyak kali saya sebut tentang isu kesihatan. Kita tidak boleh menafikan cabaran kita dalam negara kita ini ialah masalahnya kawasan kita yang begitu besar. Hendak tengok hospital daerah saya sendiri dalam kawasan Pengerang, Hospital Daerah Kota Tinggi mempunyai 50 buah katil, tiga buah kawasan Parlimen hendak lebih kurang memberikan fokus kepada 300,000 lebih jumlah rakyat, tidak kira lagi pendatang asing. Jadi, berkali-kali saya sebut bahawa perlunya kita satu pendekatan yang lebih holistik. Satu strategik yang lebih ke depan dan suka atau tidak suka, kita mesti berpegang kepada strategi yang lebih proaktif seperti kewujudan mobile hospital. Saya tengok dalam pernyataan ini, kerajaan hendak wujudkan 16 mobile hospital tetapi saya hendak tanya kepada kerajaan terutama sekali Kementerian Kesihatan, kalau hendak mobile hospital setakat klinik bergerak yang beri panadol, tidak payah. Ini yang saya tidak hendak. Kalau klinik bergerak beri panadol, itu pun saya boleh beli panadol di farmasi. Saya pula Pengerusi CCM, pengerusi kedai ubat bagi kerajaan. Isu yang saya hendak timbulkan di sini, kalaupun kita hendak wujudkan mobile hospital, kita mesti kepada mobile berimpak tinggi. Pertama, ia mesti mempunyai surgery room, bilik pembedahan. Bilik pembedahan yang mana boleh membuat pembedahan kepada pembedahan yang dia boleh buat, tidak payah pergi kepada hospital besar. Apendiks kah, orang putus jari kah, macam-macam. Itu yang penting, pertama. Sudah pukul 1 Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pengerang, kita sambung.

Saya tahu Tuan Yang di- Pertua sudah pusing, saya tahu hendak suruh berhenti makan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ya, kita sambung...

Saya sambung ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Pengerang untuk menyambung perbahasan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk berbahas dan menyambung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11. Saya berhenti tadi bercakap tentang mobile hospital ya, yang mana kalau kita tengok dalam Rancangan Malaysia Ke-10, yang disebut oleh kementerian yang mana kerajaan menyatakan hendak diwujudkan 16 mobile hospital. Saya tegur, kalau mobile hospital itu berbentuk kepada klinik bergerak untuk beri panadol, pakai MA, Medical Assistant, bagi saya tidak payahlah sebab kalau kita tengok cabaran hari ini bagi kawasan luar bandar itu ialah lokasi hospital daerah itu sendiri begitu jauh. Harga katil- satu kewujudan hospital di bawah kerajaan RM1.2 juta. Hospital daerah kalau ada 50 katil- Pengerang itu sendiri di bawah daerah, Hospital Kota Tinggi ada 50 buah katil, tiga buah kawasan Parlimen, habis macam mana hendak jaga? Pengundi ada nak dekat lebih kurang 36,000, belum campur lagi penduduk. Jadi campur tiga buah kawasan Parlimen lebih kurang 300,000 orang, tolak campur. Jadi dalam perkara ini, kita perlu kerajaan lebih kreatif dalam membantu mewujudkan bantuan ataupun mewujudkan health care kepada rakyat yang mana kerajaan mesti lebih peka kepada isu destinasi, isu rakyat luar bandar itu hendak pergi hospital, bukan semuanya boleh pergi dalam kawasan saya. Kalau dia duduk dekat belah DUN Tanjung Surat yang jauh itu, dia hendak pergi ke Kota Tinggi punya hospital dengan bas kah, naik teksi kah, naik kereta- sudah lah dia sakit, sudahlah dia uzur, dia terus hendak pergi hospital ini sendiri macam mana? Jadi daripada kita hendak suruh pesakit pergi hospital, kita suruhlah hospital pergi kepada pesakit. Akan tetapi, saya hendak ingatkan pada kerajaan, janganlah kita berangan adanya klinik bergerak yang hanya keluarkan panadol dengan ubat batuk kah, macam- macam ubat yang MA keluarkan. Apakah bezanya dengan yang ada sekarang? Saya tengok daripada sasaran Rancangan Malaysia Ke-11, nisbah doktor ialah satu kepada 400. Ini nisbah doktor. Kita tengok katil hospital 2.3 katil bagi setiap 1,000 penduduk. Saya hendak bagi tahu pada Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini akan menjadi satu cabaran yang begitu besar kepada rakyat dalam isu health care bukan saja di Sabah dan juga di Sarawak. Kalau kita tengok sendiri ya dalam kewujudan luar bandar, kewujudan luar bandar ini apa yang mereka perlukan? Specialist, doktor pakar. Apa yang mereka perlukan? Bilik surgeri, bilik pembedahan. Apa yang mereka perlukan? Bilik X-ray. Ini semua yang mereka perlu tetapi kalaulah hospital bergerak ataupun klinik-klinik kesihatan yang diwujudkan kerajaan hanya berpaksi kepada hospital daerah sahaja, perkara ini ada, saya hendak beritahu kepada kerajaanlah, kalau hendak bantu, bantulah sepenuhnya. Jangan bantu sekerat-sekarat jalan sebab isu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, di kawasan saya, Yang Berhormat...

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Kita lebih perlu Klinik Desa dari Klinik 1Malaysia.

Betul. Inilah yang saya katakan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Klinik 1Malaysia dekat bandar, Yang Berhormat.

Betul. Inilah cabaran dia. Sebab kalau kita tengoklah, kalau betul kerajaan hendak bagi komitmen daripada bina sebuah hospital daerah harga RM50 juta lebih, buatlah mobile hospital. Lebih kurang RM10 jutakah, RM5 juta kah, RM15 juta kah, dia boleh bergerak, pusing dengan doktor ya. Kalau doktor pakar itu mungkin ada sistem teknologi maklumat. Sekarang ini dengan sosial media yang begitu canggih, sistem WiFi yang begitu agresif, boleh pemantauan- ini yang berlaku bagi negara luar sekarang. Australia sebagai contoh, mereka tahu bahawa keadaan penduduk yang begitu jauh, hendak bawa penduduk ke hospital itu memang satu perjalanan yang serik, kita bawa hospital kepada penduduk. Point yang kedua Tuan Yang di-Pertua, tentang aspek tentang kesihatan ini. Saya hendak timbul tentang kewujudan pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua tahu tidak, hari ini kalau kita bayar RM50 ya pergi hospital kerajaan tapi di peringkat klinik kesihatan kah, hospital daerah kah, RM50, pekerja asing ini dia duduk, tunggu doktor macam rakyat kita tunggu doktor. Kita tidak boleh diskriminasikan. Mana kita tahu pekerja asing yang duduk ini ada tibi kah tidak ada tibi, atau batuk kering kah? Batuk kering itu sama dahsyat dia dengan penyakit AIDS, tapi penyakit AIDS ini kata orang dia ada persentuhan yang berlaku melalui darah, melalui hubungan. Akan tetapi batuk kering ini yang dia dok batuk, ‘koh koh koh’, dia dok salam. Masya-Allah, semua dekat hospital boleh dapat batuk kering. Benda ini kita tidak pantau hari ini. Kita ghairah kejar pembangunan, kita ghairah dapat pekerja asing, kita tidak pantau tahap kesihatan. Yang datang dari Bangladesh, datang dari Nepal, datang dari Myanmar, datang dari Filipina, kita tidak tahu apa yang dia orang bawa masuk kepada negara kita. Hari ini cabaran disease control, dengan izin, satu cabaran yang diharungi oleh semua kerajaan seluruh negara, seluruh dunia katakan. Jadi saya hendak cadang kepada kementerian, kalau kita terlampau sibuk sangat hendak bina hospital secara fizikal, kuranglah sikit. Buatlah pakej kesihatan, siasatan kesihatan, pemantauan. Datang pekerja asing, kita test dulu dekat imigresen. Kalaupun masukkan pelancong-pelancong yang kita war-war ini pelancong Malaysia begitu ramai, berjuta-juta ini, kita pantau dalam aspek hospital, aspek masuk dalam kawasan Malaysia, kita pantau. Sebab, kita tidak tahu yang mereka datang pada negara kita, apa penyakit yang mereka bawa. Itu sebabnya dalam keghairahan kita Tuan Yang di-Pertua, kita mesti berjaga-jaga. Saya pujilah kerajaan dalam niat untuk membantu dalam aspek kesihatan tetapi saya hendak mengingatkan kepada kerajaan, keghairahan ini mungkin meletakkan rakyat kita pada tahap mangsa. Saya diberitahu hari ini ya, bahawa tahap kesihatan kita ini, kita ini memang senang hendak demam dengan selesema sekarang berbanding dengan dulu. Bukan lagi kita, kalau anak-anak kita, mereka yang lebih muda, apakah yang sedang berlaku pada hari ini? Point ketiga saya, saya hendak tanya pada Kementerian Kesihatan pada komitmen ini, dialysis centre. Saya dimaklumkan hari ini dialysis centre ini dilaksanakan oleh kerajaan. Saya hendak mencadangkan kepada kementerian, privatize lah dialysis centre. Dialisis ini tidak susah, Tuan Yang di-Pertua. Dia duduk, cucuk, empat jam dia duduk, dia tengok TV. Akan tetapi dia kena ada bawalah barang dia. Akan tetapi kalau kita ada sistem red tape, kita hendak letak dialysis centre, saya hendak cakap pada hari ini kawasan luar bandar, kawasan saya sendiri, dialysis centre banyaknya swasta. Kalau hendak tunggu kerajaan dialysis centre ini bukan satu perkara yang mudah. Jadi kalau adanya dialysis centre dalam negara kita ini, saya hendak mintalah kepada kementerian ya, untuk lebih peka, lebih relevan dalam isu ini sebab kita mesti kata orang lebih mengingati bahawa hari ini kalau kerajaan hanya cakap tentang pembangunan fizikal saja dan tidak bercakap tentang pembangunan secara bukan fizikal- inilah perlu menjadi fokus. Saya puji Rancangan Malaysia Ke-11. Saya baca bersemangat, enam teras. Akan tetapi persoalan saya kepada kerajaan ialah komitmen, timeline.

Ada tidak pemantauan yang kita buat? Kalau setakat kita dok sebut-sebut cakap, semua orang boleh cakap Tuan Yang di-Pertua. Berapa orangkah yang boleh laksanakan? Sebagai wakil rakyat kawasan luar bandar saya memang hari-hari berhadapan dengan satu masalah yang begitu besar iaitu masalah kesihatan. Inikan pula dengan projek Rapid ini Tuan Yang di-Pertua, beribu-ribu pekerja asing. Saya tidak tahu masalah sosiallah. Tidak tahulah orang kita hendak kahwin dengan orang sana. Hendak hidung mancung kah, hidung tidak mancung, tetapi daripada segi kesihatan, sejauh mana pemantauan? Saya tengok dalam aspek Rapid ini Tuan Yang di-Pertua separuh daripada DUN saya DUN Tanjung Surat ini telah dipotong untuk projek Rapid. Saya tengok pertama dalam aspek kebakaran, accident and emergency. Ini dalam bidang minyak ini. Storagekah, pembakarankah bukan perkara yang boleh main-main. Akan tetapi takkanlah daripada DUN Tanjung Surat itu hendak lari ke Parlimen Kota Tinggi itu hendak dapatkan bantuan kesihatan, accident terbakar hendak pergi bawa, semua banyak. Kes accident tengah jalan naik kereta pun ramai yang meninggal disebabkan sistem ambulans yang ada hendak bawa masuk ke bandar. Jadi perkara inilah perlu kita tengok. Saya tengok pula dalam aspek ini kehadiran orang luar ini bagi saya- saya hendak minta pada kerajaanlah supaya lebih peka dalam apa yang berlaku, dalam aspek kesihatan yang mungkin akan berlaku dalam projek Rapid, itu yang saya hendak cakap dalam teras yang berlaku iaitu teras yang saya sebut tadilah. Saya seterusnya hendak bagi tentang apa yang bagi saya yang disebut sebagai teras ketiga. Teras ketiga ini kita lihat sebagai meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju. Kalau kita tengok teras ini memang saya ucapkan tahniahlah kepada kerajaan, dengan teras ini dia hendak mengkhususkan sistem latihan kemahiran yang berlaku kepada anak-anak muda kita ya. Saya memuji tindakan kerajaan yang mahu supaya lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan yang hanya 25% daripada tenaga kerja seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Rancangan ini bermatlamat melonjak jumlahnya kepada 35%. Inti patinya Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) akan diperkasakan. Peruntukan RM1 bilion akan diperuntukkan ke Tabung Pembangunan Kemahiran berbanding dengan RM500 juta pada tempoh rancangan yang dulu. Selepas TVET berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan nilai tambahan yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, penerbangan, perkapalan serta automotif. Program sistem latihan dual national disesuaikan daripada model latihan TVET di negara Jerman yang mana 7% daripada kandungan latihan adalah berorientasikan apprenticeship. Ia dijangka meningkat jumlah pelatih daripada 164,000 pada 225,000 orang pelatih pada tahun 2020. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program ini, kerajaan bercadang untuk memberi inisiatif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua melihat bahawa pendekatan yang hendak disebutkan dalam TVET ini bagi saya satu pendekatan yang cukup baik. Akan tetapi saya hendak tanya pada kerajaan, sejauh mana komitmen? Saya hendak sentuh kepada kawasan saya ya, projek Rapid. Saya hendak bercakap pada Tuan Yang di-Pertua, saya setiap kali saya berdiri benda yang sama saya cakap. Di manakah the buy in, dengan izin, buy in. Jadi anak-anak muda ini yang hendak beri latihan ini. Anak-anak muda yang kita hendak latih ini, jangan hendak cakap SPM, ini yang tidak lepas SPM ini, apakah yang kita hendak buat dengan dia orang untuk latihan? Bagaimanakah kita hendak bagi latihan? Saya khuatir kalau kita terlampau banyak dan terlampau begitu banyak syarikat-syarikat meletakkan pekerja- pekerja asing disebabkan kemahiran mereka sebagai contoh dalam bidang gas dan minyak, mereka akan terlepas peluang generasi anak-anak muda dalam kawasan Parlimen saya. Sebab pertama sekali kalau orang hendak berniaga dia hendak kos yang murah. Dia kalau ambil pekerja tempatan dia kena bayar EPF, dia kena melabur dalam SOCSO, dia kena tengok pada insurans, dia kena di bawah Akta Pekerja, dia kena lihat tentang isu persatuan pekerja. Siapakah yang berniaga hendak rugi? Orang berniaga semua hendak untung. Bila syarikat-syarikat gergasi ini, projek Rapid ini kalau kita tengok ini di mana pelaburan peringkat antarabangsa, macam-macam antarabangsa. Pula dipimpin oleh Petronas, fortune five hundred. Huh, dahsyat Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi orang

tempatan, orang Pengerang, DUN Tanjung Surat, DUN Penawar, Parlimen Pengerang, mereka tengok sahaja Tuan Yang di-Pertua. Hari-hari lalu tengok, lalu tengok, lalu tengok itu sahaja. Apa hal? Hendak suruh Petronas turun hendak tanya? Jangan hendak suruh Petronas turun tanya rakyat, wakil rakyat langsung Petronas tak tanya. Agaknya saya punya nama pun dia tidak tahu. They got no time for us. Dia Fortune 500, Tuan Yang di-Pertua. Perniagaan dia semua tahap antarabangsa. Ya, kita boleh cakap Dasar Ekonomi Baharu, dia jawab kita ada senarai pendaftaran, daftarlah. Saya tahu. Akan tetapi orang berniaga dekat Pengerang ini Tuan Yang di-Pertua bukannya hendak berniaga hendak pergi bagi komitmen niaga, hendak hantar kabelkah, hendak hantar botol, tidak ada. Itu yang saya cakap dulu, kalau orang Pengerang ini bagi kerja bukan security guard, lorry driver, dua sahaja, security guard, lorry driver. Itu level, level ekonomi orang terdatang dalam projek berbilion ringgit. Saya turun cakap fasal projek Rapid, orang Pengerang ini orang Johor, orang Johor ini semangat Barisan. Esok lusa dengan saya-saya agaknya kena buang sebab orang marah. Ini saya hendak tanya pada kerajaan, apakah komitmen secara terperinci? Adakah kita wujudkan regulatory body? Kalaupun kita hendak buat perkara-perkara ini yang kita hendak buat dalam TVET ini, saya setuju. Ini lah pendekatan yang terbaik. Inilah pendekatan yang perlu kita lakukan. Saya setuju.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong bangun Yang Berhormat.

Sekejap, sekejap. Akan tetapi bagaimana buy in ataupun komitmen. Pertama komitmen tempatan. Komitmen ketua kampung, komitmen Majlis Belia, komitmen Kementerian Belia dan Sukan, komitmen masyarakat setempat, komitmen koperasi itu yang saya hendak tanya kepada mereka. Jangan setakat kibar TVET, TVET, TVET, yang masuk orang luar selepas itu budak-budak semua hidung mancung lebih kurang muka Shah Rukh Khan. Apa hal? Sila Yang Berhormat Lenggong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong pun mancung hidung nampak.

Ha, memang betul.

Saya lagi mancung daripada Yang Berhormat Lenggong Tuan Yang di-Pertua.

Saya dua-dua. Dua-dua bergaya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong dan tertarik dengan perbahasan daripada Yang Berhormat Pengerang. Kalau kita lihat usaha kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, untuk menambah baik pengurusan pekerja asing ini. Kita tahu bahawa antara sasaran ialah kita hendak kurangkan kebergantungan pekerja asing yang berkemahiran rendah ini kepada 30% dalam sektor pertanian, pembuatan dan dihadkan 50% menjelang tahun 2020. Sasarannya baik. Isunya juga ialah bagaimana kita hendak menyediakan rakyat tempatan untuk mengisi perancangan untuk kekosongan ini. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Pengerang. Hari ini kita ada satu program yang dibuat oleh kementerian berkaitan misalnya Destini Anak Bangsa. Ada di kalangan bekas pelajar kita yang tidak masuk ke universiti awam kerana kekurangan kelulusan yang rendah tetapi dimasukkan dalam program Destini Anak Bangsa ini tetapi ditempatkan di UiTM misalnya. Isunya oleh sebab kelulusannya agak rendah maka kualiti mereka keluar nanti agak kurang dan tidak berapa mencapai tahap sebagaimana yang diinginkan dan universiti pula daripada tahap yang begitu baik UiTM dia turun sampai ke tahap yang sepatutnya tidak berlaku kerana mungkin kerana program seumpama ini. Adakah Yang Berhormat Pengerang bersetuju kalau saya cadangkan kelompok rakyat Malaysia ini, di kalangan ini ditempatkan di pelbagai institusi kemahiran lain. Di IKM, Kolej Komuniti dan beberapa buah institusi lain seperti di IKBN misalnya supaya kumpulan ini benar-benar dilatih dan dapat mengisi kekosongan-kekosongan yang dirancang untuk kekurangan ini. Jika tidak nanti kita akhirnya akan melihat bahawa tidak ramai anak-anak

tempatan yang dapat peluang sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pengerang tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Memang Yang Berhormat Lenggong cakap itu semua betul, siapa menafikan. Isu dia sekarang ini bukan isu ada tidak ada, isunya siapa yang hendak buat? Bilakah hendak buat? Cepatkah lambat kah sebab saya ini hendak kejar 2020. Ini sebenarnya Yang Berhormat Lenggong masalah kita sebab masalah kita ialah benda yang paling mudah yang boleh dilakukan di Pengerang Yang Berhormat Lenggong, Sekolah Menengah Vokasional, itu sahaja saya minta. Jumpa Timbalan Menteri, Timbalan Perdana Menteri yang jaga pelajaran saya bercakap, jumpa KSU saya bercakap, soalan Parlimen saya timbulkan, berbuih-buih saya cakap macam mana anak-anak muda mahu tahu tentang isu kemahiran dan vokasional kalau mereka tidak diberi pengalaman vokasional di peringkat sekolah menengah. Itu yang saya tanya. Hendak tunggu IKBN, Pengerang ada IKBN, IKBN Bandar Penawar. Saya buat masa saya Menteri.

Budak-budak hendak belajar, berapa banyak yang boleh masuk keluar. Oleh sebab hendak cari kerja dalam Rapid ini Tuan Yang di-Pertua, kena ada kursus khas safety and security. Takut terbakar badan. Saya faham, mereka membayar. Akan tetapi, isu ini ratio pekerja asing dengan tempatan ini maksud saya ialah kerajaan mesti memberikan komitmen yang positif bahawa penurunan pekerja asing bila projek Rapid itu tamat. Barulah saya boleh menerima bahawa orang tempatan akan mendapat habuan dan jaminan kepada projek yang berbilion-bilion ringgit. Kalau setakat hendak tunggu TVET, sampai kiamat nanti orang Pengerang terlepas. Sekolah vokasional pun tidak ada. Yang Berhormat Shah Alam dia tidak faham fasal dia bandar. Saya ini orang kampung. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua pada saya, komitmen buy in daripada kerajaan. Saya hendak minta- saya sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, bukan Yang Berhormat Shah Alam. Saya marah untuk rakyat. Yang Berhormat Shah Alam marah untuk dia. Isunya Tuan Yang di-Pertua ialah komitmen kerajaan. Saya hendak tanya kepada kementerian yang relevan. Sejauh mana timeline buy in- kita tengok India sekalipun, mereka ada syarikat-syarikat gergasi yang menjadi rakan kongsi kepada kursus-kursus yang diwujudkan. Habis kursus, bekerja dengan syarikat gergasi. Keduanya, janganlah budak-budak kita hanya belajar-belajar, jaminan kerja tidak ada. Apakah bezanya? Jadi dalam perkara ini, janganlah kita terlampau seronok melatih yang kita lupa menentukan bahawa mereka mesti mendapat pekerjaan. Jadi, saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua hanya hendak mengingatkan kepada kerajaan. Saya rasa Rancangan Malaysia Kesebelas yang mereka cakap ini memang benda yang baik tetapi komitmen sejauh mana. Kalau tidak saya tengok 200 lebih pun pekerja asing yang datang beratus ribu, habislah orang Pengerang kena duduk luar dari Pengerang sebab pekerjaan itu tidak ada. Kembali kepada isu ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah tentang isu yang mana Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia menyebut tentang content Malaysia ya. Saya hendak bercakap pada Tuan Yang di-Pertua pada hari ini, kalau kita tengok pada generasi anak muda kita iaitu generasi social media, mereka mempunyai satu kemahiran yang tidak ada kepada kita. Anak-anak kita dilahirkan dengan handphone, anak- anak kita dilahirkan dalam elemen digital content. Mereka seperti kata– saya teringat Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir sebut tentang isu analog dan juga digital. Maknanya, bahawa dunia sudah berubah. Jadi kemungkinan bahawa anak-anak kita tidak begitu minat dalam pasaran yang tradisional kerana anak-anak kita mahukan pasaran yang canggih kepada kehidupan mereka. Bermakna, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tentang content digital itu memang betul. Saya banyak kali berkata bahawa generasi muda kita dalam Malaysia memang suka kepada hiburan. Mereka suka kepada berlakon, mereka suka kepada nyanyian, mereka suka menjadi produser, menjadi director, semua mereka suka. Akan tetapi sekarang ini isu kita ialah kalau kita hendak tengok ini sebagai satu mata pencarian

yang positif kepada negara kita- kita tahu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok pengarah yang begitu terkenal tetapi dia ini orang Malaysia, dia duduk Australia. Sekarang ini Fast and Furious dia jadi pengarah antarabangsa tetapi lahir di Malaysia. Orang tanya dia, dia kata dia orang Australia tetapi sebenarnya dia orang Malaysia. Dia sebagai contoh berjaya dalam elemen antarabangsa Hollywood. Tuan Yang di-Pertua, bila cakap tentang teknologi maklumat ini, kita boleh dapat duit daripada digital content hanya menggunakan pemikiran. Itu sebabnya kalau kita tengok handphone kita, sistem application yang begitu banyak sama ada RM1.20 kah, RM3 kah apa-apa. Malaysia pun ada, luar negara pun ada sebab itulah pasaran market hari ini. Orang berniaga online, orang download application, orang beli handphone. Jadi sekarang ini, pasaran itu, situlah dunia perniagaan yang sedang wujud dalam elemen kita pada hari ini. Bererti bercakap tentang tahun 2020, agaknyalah kepimpinan kita berkempen pilihan raya, kita mungkin pakai sistem computer generation. Macam kes Modi di India. Ada tempat dia tidak boleh turun, dia pergi hantar macam cerita Star Trek. Dia punya figure itu dihantar- orang itu bercakap macamlah dia bercakap. Kemungkinan itu yang berlaku pada negara kita. Maknanya bahawa landskap kita sedang berubah dan akan berubah. Jadi itu sebabnya saya hendak tanya kepada kerajaan, bila kita bercakap tentang generasi muda kita yang begitu minat dalam teknologi maklumat, apakah komitmen kerajaan kepada aspek content iaitu creative content kepada aspek content digital? Saya melihat bahawa ini ialah satu perkara yang akan menjadi ukuran kejayaan kita dan saya yakin, anak-anak muda kita mempunyai kemahiran yang memang boleh di sama taraf kepada kemahiran yang berlaku di dunia. Saya hendak cakap sebagai contoh. Kita tengok apa yang berlaku dalam sistem application sebagai contohnya Apple. Kita tengok kepada Google, kita tengok kepada Yahoo!. Banyak orang bercakap bahawa ini adalah the way forward. Kalau kita bercakap tentang filem Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh lari daripada animasi kreatif yang dipanggil Computer Generated Imagery (CGI). Kita tidak boleh tengok bahawa hari ini apa yang berlaku ini- dulu bolehlah pelakon macam arwah P. Ramlee itu, dia berdiri, dia berlakon, dia tukar baju. Cerita Bujang Lapok itu, semua dia. Dia boleh tukar macam ini, macam itu. Sekarang ini sudah tidak payah dah. Dia tekan butang orang itu boleh keluar. Main tekan butang belakang itu kita boleh berada di Paris, di New York tanpa kita keluar dari Kuala Lumpur. Begitu advance teknologi hari ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya melihat bahawa ini ialah satu perkara yang mana anak muda kita yang minat kepada teknologi boleh pergi ke hadapan. Saya hendak minta kepada kerajaan terutama kepada Yang Amat Berhormat Pekan, kita tidak boleh memperlekehkan imaginasi anak-anak muda kita. Kita sudah tidak boleh lagi cakap anak kita hendak jadi lawyer, doktor, engineer. Sudah tidak boleh lagi dah. Anak-anak kita yang begitu canggih dalam social media, kita mesti menerima bahawa inilah masa depan yang akan berlaku kepada diri mereka. Jadi saya hendak minta kepada Yang Amat Berhormat Pekan bahawa kerajaan mesti begitu kreatif. Tuan Yang di-Pertua, intellectual property ya, hartanah intelek. Saya dulu bekas peguam. Bukan boleh main-main Tuan Yang di-Pertua. Semuanya berharga berjuta-juta ringgit. Itu sebab bila kita tengok bola, kita tengok final bola kah, tengok FA kah mana- saya dengar tadi Yang Berhormat Pematang Pauh cakap tentang pasukan Malaysia susah hendak menang. Saya terpaksa setujulah, mantan Belia dan Sukan. Saya pun tidak tahulah macam mana Menteri Belia sekarang ini hendak beri menang. Akan tetapi, tidak apalah. Kita berharap sebab sukan bola sepak ini satu yang digemari oleh rakyat. Akan tetapi, saya tidak tahulah dalam aspek perlawanan-perlawanan yang kita buat ini, pasukan-pasukan antarabangsa ini turun kadang-kadang - baguslah kita hendak tengok orang luar turun. Akan tetapi, mereka bukan perkara yang murah, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua tahu atau tidak Lewis Hamilton yang bawa F1 itu, Felipe Massa yang bawa F1 itu, berjuta-juta-juta ringgit. Tangan, telinga, muka, jari berharga disebabkan konsep intellectual property. Jadi itu yang sebenarnya yang kita hendak bagi rakyat bahawa kita boleh mewujudkan ekonomi permodalan yang baru daripada konsep yang baru yang disebut kepada konsep intellectual property. Saya berharap sangatlah kepada kerajaan, kita tidak bersifat konservatif bila bercakap tentang kejayaan anak-anak kita. Poin saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan isu wanita. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Yang Amat Berhormat Pekan bercakap

tentang wanita dalam badan korporat, dalam decision making. Akan tetapi saya hendak tanya kepada Yang Amat Berhormat Pekan dan kepada Menteri-menteri yang relevan, bila bercakap tentang komitmen wanita, saya hendak tanya, Fortune 500 buah syarikat dalam Malaysia ataupun mungkin kita tengok kepada government-linked companies, adakah wanita boleh memimpin dalam PNB, dalam TNB, dalam Telekom? Saya bukannya tidak yakin tetapi saya tengok ini sebagai satu perjalanan yang agak perlahan. Ya, saya terima hakikat bahawa kita hendak letakkan 30% daripada wanita ini dalam corporate body untuk dilatih. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan. Akan tetapi, syarikat private atau private companies Sendirian Berhad, kita tidak boleh mengarahkan mereka untuk mewujudkan sistem kuota kecuali kita mewujudkan satu undang-undang. Saya dengar tetapi saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar- I am not sure tetapi saya hendak buatkan kenyataan saya bahawa saya diberitahu syarikat Khazanah Malaysia tidak akan membenarkan wanita duduk di dalam Lembaga Pengarah. Saya pun tidak tahu betulkah atau tidak. Akan tetapi, ini satu isu yang bagi kita yang sampai pada tahun 2015, saya rasa kita tidak boleh bercakap tentang isu gender. Sepatutnya, kalau mereka itu berkemampuan, mereka perlu diletakkan kepada tempat tersebut. Jadi saya hendak beralih pula kepada isu kerajaan. Jangan bercakap tentang Menteri Kabinetkah, exco kerajaan negerikah, Menteri Besar wanitakah tetapi kita tengok kepada contoh. Contohnya kerajaan tempatan. Saya tahu bahawa kita adanya pegawai daerah wanita. Saya dimaklumkan kalau kita tengok bagi aspek kerajaan, kerajaan kita memang ramai pemimpin kementerian terdiri daripada wanita. Akan tetapi, bilakah swasta itu- jadi bagaimana kita hendak wujudkan satu keadaan yang lebih proaktif? Adakah kita mewujudkan satu sistem percukaian ataupun kita mewujudkan satu sistem latihan bahawa mereka perlu memahami. Saya tidak tahulah berapa benar perkara ini tetapi ramai orang berkata bahawa kalau hendak pergi kerja-kerja yang susah itu senang bagi pada orang lelaki daripada orang perempuan. Sebab orang perempuan ini kadang-kadang pada masa tertentu dia kena balik rumah, masa tertentu dia kena menjalankan kerja keluarga. There’s a lot of assumptions Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi walau bagaimanapun saya puji kerajaan David Cameron, British, UK baru-baru ini election, dia janji ramai kepimpinan kerajaan wanita diberi. Oleh sebab mereka menerima hakikat bahawa wanita pengundi yang paling loyal, dengan izin. Jadi, saya hendak berkata kepada Yang Berhormat Menteri yang relevan kepada isu wanita, perlu satu komitmen kepada kemasukan wanita dalam politik. Tidak kisahlah pembangkang ataupun Barisan Nasional. Bagi saya perlu kita memperbanyakkan, memberikan galakan supaya wanita merasakan bahawa mereka diterima. Kalau kita bercakap tentang elemen-elemen syarikat, jangan cakaplah tentang syarikat-syarikat kerajaan tetapi bercakaplah tentang syarikat- syarikat swasta, perlunya satu komitmen yang lebih positif. Saya tahu kita melatih demi melatih tetapi isu ini bukan mengatakan wanita perlukan latihan yang lebih. Akan tetapi kalau mereka mempunyai qualification, kualifikasi yang sama, sepatutnya perkara ini jadi. Jadi, saya apa pun Tuan Yang di-Pertua, saya rasa hebatlah kepada Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat, Presidennya wanita. Saya rasa hebat betul. Saya dengar perbahasan beliau, dahsyat saya tengok, hebat. Saya pun terdengar beliau cakap bahawa ada beberapa elemen dia berbincang dengan mantan Yang Berhormat Permatang Pauh. Yalah suami isteri bincang atas katil, bincang turun katil, saya pun tidak tahu. Akan tetapi sekarang tidak adalah, sekarang dia bincang tempat lain. Akan tetapi isunya, suami tidak dapat, bagi kepada isteri. Saya rasa mungkinlah Ahli Parlimen Pengerang, Ahli-ahli Parlimen ini, bagilah kita kepada adik-beradik, kita bagikan satu komitmen. Tidak boleh kita, kita bagi adik-beradik kita, bagi isteri kita, bagi suami kita. Akan tetapi isunya ialah tidak kisah, itu kroni. Akan tetapi Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Johor Bahru lebih kurang, adik-beradik tetapi inilah kita tengok, itu lain. Akan tetapi sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya hendak menyatakan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Menyampuk]

Macam mana hendak cakap ini, saya tidak dengar. Dia hendak cakap, dia berdirilah. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia sudah berdiri Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya sudah berdiri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya...

Yang Berhormat Shah Alam tidak ada idea.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lenggong itu yang tanya Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak, saya kasihan melihat Yang Berhormat Pengerang, pasal nampak macam habis point, sampai isu suami isteri pun hendak masukkan dalam ucapan. Lalu saya hendak nasihat kepada dia, kalau tidak ada isu tidak payahlah teruskan, berhentilah sahajalah daripada hendak bawa isu-isu yang remeh, yang memang tidak layaklah untuk seorang Ahli Parlimen berucap...

Yang Berhormat Shah Alam pun tidak ada isu. Dia bangun tidak tahu hendak cakap apa, merepek itu. Tidak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Lenggong.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...sebagai orang yang pertama bagi Barisan Nasional, tidak ada point lainkah? Orang tengah bincang RMKe-11 Tuan Yang di- Pertua. Takkanlah isu remeh macam itu pun, nampak sangat tidak ada point. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, pasal Yang Berhormat Shah Alam tidak ada pointlah dia cakap macam itu. Saya hendak menyatakan dalam kenyataan saya tentang RMKe-11, tentang isu wanita. Janganlah kita menggunakan wanita sebagai alat politik, mendapat simpati. Fasal kita gunakan inilah strategi politik yang kita hendak buat sebab bagi saya- this is my floor. Bagi saya...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

This shows, sikap terhadap perempuan, tipikal, stereotype. Perempuan digunakan sebagai alat. Yang bercakap sendiri tidak percaya kepada kemampuan perempuan. Dia sendiri pun tidak percaya kepada kemampuan perempuan. Apa masalahnya kalau wanita itu ada kemampuan, apa salahnya?

Saya boleh cakap, saya boleh bercakap. Saya hendak bercakap, biar saya habis bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam.

Isunya ialah jangan- ini masalah dengan pembangkang. Isunya sekarang, hari ini isunya. Saya hendak timbulkan bahawa tentang apa yang berlaku.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa hendak distereotypekan perempuan.

Tidak saya hendak menyatakan mana yang bagus.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam, duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

Saya mengatakan bahawa parti politik itu memang bagus, ia memberi wanita. Akan tetapi semua orang tahu bahawa apabila kita tidak boleh pergi jalan yang depan, kita menggunakan pendekatan untuk meraih simpati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ampang bangun Yang Berhormat.

Ya, sekejap. Akan tetapi yang lebih penting ialah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kita kepada rakyat yang mengundi kita. Ini saya tengok ini masalah yang berlaku ini, selalunya kita ini kadang-kadang tamak hendak jadi orang politik. Semua jawatan kita hendak. Kita pegang ADUN, kita pegang Ahli Parlimen tetapi kita kena memberikan penumpuan kepada rakyat. Itu yang saya sebut dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Rakyat perlu diutamakan dan salah satu daripada komitmen rakyat diutamakan ialah wakil rakyat itu mesti memberikan khidmat kepada rakyat. Janganlah semua kita buat kerana saya selalu cakaplah marah nyamuk bakar kelambu, menjadi suara untuk memberi kebebasan. Apakah ini? Rakyat perlu diutamakan. Ia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang saya hendak cakap tentang Rancangan Malaysia Ke-11.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, hendak bagi Yang Berhormat Ampang, Yang Berhorma..., tidak bagi?

Bagi saya- sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh sedikit tentang penglibatan wanita dalam komitmen Kerajaan Barisan Nasional mengenai penglibatan 30% wanita. Walaupun disebut tentang Presiden Keadilan menggantikan suami dan sebagainya tetapi pada dasarnya kelayakan Presiden Keadilan itu harus dibanggakan. Oleh sebab beliau bukanlah setakat seorang suri rumah tangga tetapi dengan qualification profesionalnya dan kepimpinannya dari tahun 1999 dan sebagainya terbukti bahawa dia ketua pembangkang pertama dalam negara ini daripada seorang wanita. Ini harus kita iktiraf. Ya, bukan senang hendak dapatkan kedudukan itu. Barisan Nasional 50 tahun memerintah, gagal untuk meletakkan menteri wanita seramai 30%. Itu satu isu selama satu ketika Yang Berhormat Pekan menjadi Menteri Wanita. Apakah sudah jadi? Jadi, inilah perkara yang harus kita tingkatkan. Jangan kita cakap ini. Kita harus buat, ini sampai seolah-olah tidak ada Wanita UMNO yang layak untuk diletakkan sebagai Menteri. Itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini Yang Berhormat Pengerang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Pasal tadi apabila hendak berucap tadi kita bertelagah. So, biarlah jelas.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, pencatat Hansard pun susah hendak catat Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, tidak mengapalah, itulah masalahnya. So, kita repeat baliklah. Ini saya cukup terkejut dengan sikap yang dizahirkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Ini yang dikatakan stereotyping. Apabila letak seorang perempuan, letak isteri, dia kata, ‘Oh, ini atas simpati’, seolah-olah wanita itu tidak ada kemampuan. Sebagai seorang Ahli Parlimen wanita, sepatutnya Yang Berhormat Pengerang mempunyai satu sikap yang lebih positif atas dasar kemampuan memimpin yang telah terbukti. Ini bukan kali pertama, dahulu apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan buat kali pertamanya, Yang Berhormat Permatang Pauh telah dimenangi oleh Dato’ Seri Wan Azizah. Kali ini rakyat Permatang Pauh sekali lagi memberikan kemenangan yang

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

cemerlang baginya, bukan oleh sebab dia tidak boleh menjadi wakil rakyat yang baik. Sekiranya benar dia telah menjadi wakil rakyat yang tidak baik, maka kenapa dia dimenangkan? Sikap stereotype yang menganggap bahawa wanita, isteri tidak layak, tidak pandai, tidak mampu dan sebagainya, malangnya ditunjukkan oleh Yang Berhormat Pengerang. Sepatutnya diterima bahawa Dato’ Seri Wan Azizah mempunyai kelayakan dan mempunyai kepimpinan. Itulah sebabnya kenapa dia menang sekali lagi...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ringkaskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerang, bagi Lenggong.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

So, apakah yang diucap itu bercanggah dengan point yang dia hendak sampaikan. Ini kalau letak perempuan atas sebab hendak simpati, atas sebab kasihan sedangkan kemampuannya ada, terbukti.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya rasa saya mintalah Yang Berhormat Pengerang untuk tarik balik kenyataan yang tidak berasas itu. Hanya stereotyping terhadap wanita yang sepatutnya dibela.

Yang Berhormat Pengerang, memang betullah Yang Berhormat Permatang Pauh diberi peluang untuk menjadi Ketua Pembangkang, iktiraflah tetapi saya percaya bukan semua pun iktirafnya. Parti PAS pun saya ingat Yang Berhormat Shah Alam sahaja yang iktiraf, yang lain tidak.

Ini fitnah Tuan Yang di-Pertua, ini memang fitnah. Mana boleh dia bercakap bagi pihak orang lain. Bagi hujahlah, apa ini fitnah-fitnah. Kita semua sudah setuju. Dia hanya spesies-spesies tersasar, itu tersasar, ini pun tersasar, dua-dua tersasar. Tidak tahu golongan apa, tidak tahu spesies apa. Ini semua tersasar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sorang-sorang Yang Berhormat.

Tengok Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan hanya memberi bayangan Kabinet dia sendiri. Dia tidak setuju Yang Berhormat Permatang Pauh dapat, dua-dua Kabinet Yang Berhormat Permatang Pauh dia tidak setuju, dia calon diri sendiri...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Pekan pun orang tidak mahu, lagi teruk Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa Tuan Yang di- Pertua, masalah dengan Yang Berhormat Shah Alam ini, dia bersuara untuk isu wanita, hebat. Akan tetapi isu hudud dengan DAP dia tidak bersuara pula. Isu hudud dan wanita menjadi mangsa keadaan, diskriminasi Yang Berhormat Shah Alam bercakap kononnya berjuang wanita, sudahlah Yang Berhormat Shah Alam. Saya cabar Yang Berhormat Shah Alam...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Masalah dia orang ini apabila orang bercakap tidak boleh. Selepas ini cakaplah Yang Berhormat Lenggong. Ini Yang Berhormat Shah Alam.

Tengok Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan pun tidak berani komen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Langat duduk.

Ya, Yang Berhormat Bagan tidak ada langsung. Ini sebenarnya masalah...

[Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar duduk.

Masalahnya dia bercakap tentang Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya cakap tentang rakyat Kajang. Kajang, Permatang Pauh lantik mengundi tidak mengapalah, biarlah tetapi dalam ucapan bercakap sebagai majoriti, apalah...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Majoriti Yang Berhormat Permatang Pauh jauh mengatasi majoriti Yang Berhormat Pengerang. Majoriti Yang Berhormat Permatang jauh mengatasi majoriti Yang Berhormat Pengerang.

Tuan Yang di-Pertua, dia diam sahaja. Itu kerusi Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan kena duduk depan. Tengok Yang Berhormat Kinabatangan duduk diam sahaja. Kerusi Yang Berhormat Kinabatangan pun sudah rampas. Orang lama pun tidak bagi duduk depan. Kasihan dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar, duduk Yang Berhormat.

Tanya Yang Berhormat Bagan, tanya Yang Berhormat Bagan.

Tiga penggal duduk depan, kesian dia. Yang Berhormat Kinabatangan...

Yang Berhormat, saya senang sahaja. Saya dengar Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya memang dengar, cukup kesian dengan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Bukan sahaja dia hendak jaga Kajang, dia hendak jaga Permatang Pauh, Sungai Buloh pun dia hendak jaga. Itu yang saya kata mereka mengguna dan ‘mengkudakan’ Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini masalah pembangkang. Kalau betul-betul hendak berkhidmat kepada rakyat, dia orang tidak akan melantik Yang Berhormat Permatang Pauh untuk mewakili menjadi- ini sebenarnya pembangkang ini yang saya hendak cerita...

Boleh?

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat. Hendak beri?

Jadi, saya selaku Pengerang, ingin menyokong kepada Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.

Ya, boleh?

Bukan downgrade Menteri kepada Ahli Parlimen kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habis. Sudah habis Yang Berhormat?... [Disampuk] Ya, sudah habis.

Tidak ada poin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduklah. Tidak ada, duduklah.

Dia sama dengan Menteri, tiba- tiba duduk. Hebat dia!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Lazimnya selepas dua orang pembahas untuk mana-mana usul sebegini, kita akan hadkan masa dan saya putuskan bahawa masa sekarang dihadkan kepada 30 minit seorang. Yang Berhormat Bagan.

Jawab Yang Berhormat Bagan, jawab.

Tengok, belum mula sudah kacau. Itu masalahnya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. Pada tahun 1991, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah mengemukakan satu wawasan baru untuk negara kita iaitu Wawasan 2020. Sampai hari ini, Wawasan 2020 masih menjadi petanda dan usaha kita untuk mencapai status sebuah negara maju, bukan sahaja daripada segi pencapaian ekonomi tetapi merangkumi politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial kerohanian, maruah bangsa dan juga tentang sains dan teknologi. Pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas pada hari Khamis yang lalu merupakan satu peluang keemasan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengesahkan semula komitmen beliau kepada prinsip-prinsip Wawasan 2020 dan menggariskan jalan ke arah wawasan tersebut, malangnya peluang keemasan ini dilepaskan dengan begitu sahaja. Di mana dasar baru yang akan mewujudkan sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh? Hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil daripada segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing, dinamik, cergas dan kental sepertimana yang digambarkan oleh Tun Dr. Mahathir, ini tidak wujud langsung. RMK yang dibentangkan adalah sesuatu dokumen yang amat mengecewakan, dengan izin, totally underwhelming and a huge disappointment. Dokumen ini tidak berasaskan realiti, tidak telus dan tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh dikatakan sebagai pemacu perubahan ataupun game changer. Kalau ada game changer, hanya 1MDB sahaja. Inilah saya rasa apabila RMKe-11 dibentangkan. Ia diharungi, ia dibelenggu oleh skandal 1MDB yang sehingga hari ini kita tidak mendapat cahaya langsung, masih meraba-raba dalam kegelapan. Sehingga Yang Amat Berhormat Pagoh merangkap Timbalan Perdana Menteri terpaksa secara terbuka menyatakan pandangan beliau adalah bahawa Lembaga Pengarah 1MDB harus dibuang habis. Kalau daripada seorang Timbalan Perdana Menteri, ini bukan pandangan peribadi. Sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, susah untuk berikan pandangan peribadi. Kalau orang nombor dua di Malaysia menyatakan lembaga pengarah mesti dibuang, kenapakah hari ini masih belum kena buang? Saya rasa dalam Dewan yang mulia ini, kita pun tahu mana Yang Berhormat daripada UMNO yang sokong pandangan ini dan mana yang tidak sokong. Akan tetapi saya tidak mahu terjebak dalam krisis politik dalaman UMNO. Itu masalah keluarga UMNO. Akan tetapi yang penting di sini untuk rakyat Malaysia, sampai bilakah skandal krisis 1MDB boleh diatasi? Bilakah hasrat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri boleh dilaksanakan? Kita ada perbezaan politik dan saya berterus terang, perbezaan politik ada. Akan tetapi dalam perkara ini, saya ingin menyatakan sokongan parti DAP ke atas cadangan Yang Amat Berhormat dari Pagoh, buang, pecat Lembaga Pengarah 1MDB [Tepuk] Mengapa Ahli-ahli UMNO tidak berani tepuk meja?

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kita sokong cadangan daripada Timbalan Presiden UMNO... [Disampuk] So, itulah yang penting kerana skandal ini betul-betul telah mencacatkan pertumbuhan dan juga kesihatan ekonomi

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Malaysia. Saya hendak berikan satu contoh, sejauh manakah 1MDB telah mencacatkan ekonomi Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi pada tahun lepas dikatakan amat memberangsangkan, 6% di antara yang terbaik di benua Asia. Akan tetapi mengapakah pada tahun 2014, semasa kita mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang begitu baik, ikut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 6%, nilai pasaran modal saham Bursa Malaysia jatuh 6%? Pertumbuhan ekonomi naik 6%, nilai pasaran modal Bursa Malaysia turun 6% dan merupakan bursa saham yang menunjukkan prestasi yang paling buruk seluruh Asia Tenggara. Sebagai satu contoh untuk menunjukkan begitu teruk sekali prestasi Bursa Malaysia, sebagai perbandingan Thailand negara jiran, pertumbuhan ekonomi hanya 1% sahaja tetapi bursa, pasaran modal di Thailand naik 15%. Mengapakah ini berlaku? Tambah lagi nilai mata wang Ringgit jatuh. Singapura, SGD1 dahulu boleh dapat RM2.20, sekarang RM2.70, RM2.80. Pergi Thailand pun serupa, kalau dahulu RM950, sekarang RM870. Pergi mana-mana pun nilai mata wang ringgit turun. Mengapa boleh berlaku sedemikian kalau ekonomi begitu sihat, begitu mampan, begitu cergas? Semua ini adalah berpunca daripada satu faktor sahaja iaitu skandal krisis 1MDB. Ini bukan setakat menggunakan wang negara atau khazanah negara untuk menyelamatkan 1MDB, sampai Tabung Haji membeli tanah daripada 1MDB itu menyebabkan kawan-kawan yang beragama Islam riuh-rendah. Mengapa, kalau ia begitu baik, kalau ia begitu menguntungkan? Ini kerana itu untuk orang Islam, melibatkan Tabung Haji untuk sesuatu yang berskandal, mana boleh. Saya mesti sebut di sini Tuan Yang di- Pertua, saya kena akuilah, di antara mereka yang terlibat dalam 1MDB ada seorang individu yang datang dari Penang. Tahu siapakah? Jho Low. Saya pun rasa segan sedikit, sebut nama sebegini. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita hendak tahu sejauh manakah penglibatan Jho Low dengan 1MDB. Mengapa bila kita sebut tentang skandal ini, tidak mahu jawab. Cayman Islands, tadi Yang Berhormat Kapar sebut Cayman Islands, wang masuk kepada bank Singapura. Ini dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekarang ubah jawapan. Jawapan yang diberikan dalam Dewan diubah. Ini satu penghinaan ke atas Dewan yang mulia ini. Jangan salahkan kakitangan kerajaan. Itu sebab Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri cakap Lembaga Pengarah 1MDB kena pecat habis [Tepuk] Berani kah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, UMNO berdiri bagi pihak integriti dan juga kedaulatan undang-undang bagi pihak rakyat Malaysia, kita hendak selesaikan 1MDB buang semua pengarah 1MDB [Tepuk] Cayman Islands, RM1.2 bilion wang cash, wang tunai di bank Singapura. Sekarang jawapannya bukan wang tunai. Sebenarnya ialah...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanjong Karang bangun Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Nanti saya bagi. Saya bagi nanti sekejap. Saya habiskan hari ini. Unit, apakah unit itu? Kita hendak dapatkan penjelasan. Apakah bentuk aset yang boleh dipindah kepada Cayman Island ke Singapura kalau bukan wang tunai? Saya hendak tahu, apakah bentuk aset itu. RM1.2 bilion, adakah ini gold bars? Ini saya tidak tahu. Sila.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya dengar ucapan Yang Berhormat ini balik-balik 1MDB... [Disampuk] Sabarlah. Jadi saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat, apakah komen Yang Berhormat apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat pengumuman bahawa 1MDB ini akan disiasat? Audit dan juga PAC. PAC ini Yang Berhormat sedia maklum bukan sahaja terdiri daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang memulakan isu 1MDB juga di dalam PAC. Adakah adil kita membuat sesuatu keputusan sebelum kita mendapat jawapan yang sebenarnya, itu sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya rasa kalau Yang Berhormat rasa untuk kita buat satu penghakiman ataupun satu keputusan adalah tidak adil apabila siasatan belum selesai. Saya rasa Yang Berhormat pun marah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak adil. Ini kerana Yang Amat

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Berhormat Timbalan Perdana Menteri sudah cakap bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB kena pecat. Sungguh pun siasatan belum habis, tapi kena pecat kerana beliau sendiri tahu tidak betul. Kalau hendak saya hantar itu video klip Yang Amat Berhormat, takut kah? Kalau tidak ada, saya boleh hantar. Di mana beliau sendiri menyatakan buat laporan polis, ambil tindakan. Akan tetapi mengapa tidak ambil tindakan. CEO kena pecat, ahli lembaga pengarah kena pecat. Kalau tidak tahu, saya boleh hantar kepada Ahli Yang Berhormat.

Dia pun hadir masa itu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Oh, Yang Berhormat pun ada kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, mengapa tanya pula, perlu adakan siasatan itu bila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak perlu siasat, buang habis! Itu yang penting. Sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya pun hairan dengan komen yang dibuat oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebenarnya kita bukan hendak siasat apa-apa dulu. Kita tanya sahaja soalan, duit itu di mana? Jawab sahajalah soalan itu. Lepas itu bila tak mahu jawab orang marah, hendak marah fasal apa? Siasat dulu. Jawab sahajalah duit itu di mana? Full stop. Dapat pinjaman daripada siapa? Tiap-tiap bulan kena bayar banyak mana? Manakah hendak dapat duit hendak bayar pinjaman? Jawab sahajalah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya rasa itulah soalan, perkara pokok yang kita hendak tahu. Kita hendak asal usul, kita hendak periksa sampai habis kerana ia melibatkan wang yang begitu besar RM42 bilion telah dipinjam seperti Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri sebut. Kalau kita pinjam wang yang begitu besar satu hari beratus-ratus juta faedah kena bayar. Macam mana hendak bayar? Ini bukan ucapan saya, ini ucapan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ada salah kah? Tidak ada salah. Kalau untuk bagi UMNO ada salah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Kapar bangun. Ya, Yang Berhormat Sepang.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bagi kawan adik ipar dulu.

[Ketawa] Yang Berhormat Sepang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, saya sempat juga mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan bukan sahaja beliau meminta supaya seluruh anggota lembaga pengarah itu dipecat. Malahan beliau meminta supaya polis siasat masuk kepada 1MDB itu siasat. Jadi saya hendak tanyalah, setuju atau tidak kalau kita Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini bersama-sama dengan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita suruh dia buat laporan polis. Kita ikut beliau sama-sama buat laporan polis. Setuju atau tidak Yang Berhormat Bagan?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya setujulah tentu. Akan tetapi mungkin Ahli-ahli Parlimen UMNO tidak berani setujulah [Ketawa] Saya hendak teruskan ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut impak 1MDB besar sampai apabila RMKe-11 dibentangkan, kita boleh lihat bukan sahaja nilai mata wang turun tetapi kita lihat daripada segi Bursa Malaysia untuk hari Khamis, hari Jumaat, hari ini juga terus jatuh. Macam mana boleh memulihkan keyakinan orang ramai dan termasuk juga pelabur. Kalau kita lihat RMKe-11 masih menunjukkan satu persepsi yang tidak realistik. Mengapakah saya bercakap macam itu Tuan Yang di-Pertua? Sasaran kedudukan fiskal berimbang sasarannya, sasaran kedudukan fiskal berimbang. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KBDK atau Federal Government Debt to GDP ratio bawah 45% pada tahun 2020. Adakah sasaran-sasaran ini realistik?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau kita lihat daripada segi various budget sejak tahun 1998 sehingga sekarang, Kerajaan Pusat tidak pernah ada belanjawan berimbang. Tiap-tiap tahun belanjawan defisit. Tahun terakhir di mana kita ada belanjawan berimbang ialah bila mantan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Hanya beliau masa itu baru ada belanjawan berimbang. Sekarang tiap-tiap tahun rugi. So, dengan menyatakan bahawa kita boleh ada belanjawan berimbang saya rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana selagi ada skandal-skandal seperti 1MDB, payah untuk kita capai sasaran tersebut. Lagi sebut tentang KDBK atau Federal Government Debt to GDP ratio 45%. Sekarang kalau kita lihat hutang Kerajaan Pusat adalah sebanyak RM600 bilion. Ini merupakan Federal Government Debt to GDP ratio sebanyak 52% mengikut jawapan terakhir Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi ini tidak tambah dan campur kontinjen liabiliti. Kalau kita tambah dan campur kontinjen liabiliti sebanyak RM100 bilion ia jauh melebihi apa yang ditetapkan oleh undang-undang iaitu melebihi 55%. So, dengan kedudukan sedemikian tidak mungkin ini boleh dicapai. Pada 17 Mac 2015 ada sebuah agensi penarafan ataupun rating agency. Fitch Ratings mengumumkan kemungkinan penurunan penilaian ataupun ratings downgrade untuk Malaysia daripada A- kepada triple B. Di antara sebab untuk penurunan penilaian termasuk kejatuhan harga minyak mentah, kejatuhan dalam lebihan akaun semasa dan peningkatan liabiliti luar jangka ataupun kontinjen liabiliti akibat termasuk daripada hutang 1MDB. Balik-balik 1MDB. Itulah sebabnya kita sebut bahawa 1MDB bukan 1Malaysia Development Berhad tetapi 1Malaysia Dalam Bahaya itulah 1MDB. Okey dalam masa yang sama kita lihat perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-11- RM290 bilion untuk lima tahun iaitu lebih kurang RM52 bilion setahun daripada setiap tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka ini amat membimbangkan Tuan Yang di- Pertua ini kerana bermakna daripada segi peratusan bajet persekutuan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dijangka akan kurang daripada 20% pada tahun 2016 hingga ke tahun 2020. Sebagai perbandingan, pada puratanya 30% daripada bajet diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dari tahun 2001 hingga tahun 2005. 24% dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Lebih kurang 20% dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Dengan belanjawan masa depan yang pastinya lebih daripada RM273 bilion yang diunjurkan untuk 2015 ini bermakna bahawa peratusan bajet untuk perbelanjaan pembangunan akan merosot tahun demi tahun. Siapakah yang rugi apabila perbelanjaan pembangunan merosot? Tentulah rakyat Malaysia. Macam mana ia boleh digelar sebagai pertumbuhan berpaksikan rakyat, saya tidak tahu. Adakah ini satu petanda bahawa Kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan pembangunan akibat daripada kemerosotan pendapatan dan juga hutang yang telah naik mendadak. Adakah ini disebabkan oleh peningkatan kontinjen liabiliti yang perlu diselamatkan ataupun bailout oleh Kerajaan Persekutuan. Inilah soalan yang harus dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Pada masa yang sama, daripada segi masalah sosial, ketidaksamaan dan kemiskinan masih belum ditangani dengan baik oleh kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa kemiskinan di Malaysia hampir dibasmi oleh sebab statistik kerajaan menunjukkan kadar kemiskinan yang kurang daripada 1% pada tahun 2014. Pada masa yang sama, purata pendapatan bulanan isi rumah pada tahun 2014 diumumkan sebanyak RM6,141 untuk tahun 2014. Adakah ini realistik? Adakah ini benar bahawa kemiskinan dapat dibasmikan? Pergi ke Sabah, pergi ke Sarawak termasuk di Kuala Lumpur, tidak ada masalah gelandangan, hendak haramkan gelandangan. Adakah ini menunjukkan bahawa tidak ada kemiskinan lagi dan adakah benar bahawa ada keluarga yang sudah mendapat pendapatan secara purata RM6,141? Tanyalah rakyat adakah ini benar? Itulah sebab kita cakap ini bukan berpaksikan rakyat. Ini berpaksikan kroni sahaja. Kroni siapa? TST, tahu sama tahu. Sekali lagi, adakah ini menunjukkan bahawa RMKe-11 ialah satu rancangan yang tidak berasaskan realiti untuk rakyat Malaysia tetapi hanya disediakan oleh para perunding bergaji tinggi yang mendapat bayaran tinggi tetapi tidak turun padang pergi ke akar umbi untuk tahu realiti sebenarnya. Sampai Yang Berhormat Pengerang tadi pun mengamuk

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

kerana tidak dapat sekolah vokasional. Adakah ini ditangani oleh konsultan-konsultan yang berpendapatan tinggi ini? Kalau berpendapatan tinggi, bukan rakyat. Berpendapatan tinggi ialah konsultan-konsultan. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat daripada segi tiga aspek iaitu keselamatan negara, ekonomi dan masalah sosial tidak ditangani oleh RMKe-11. Keselamatan negara sekarang bertambah genting. Bukan sahaja daripada segi jenayah. Rakyat Malaysia, keselamatan asas kita, kita diculik oleh pengganas-pengganas dari luar yang berlaku dekat Sabah. Mengapakah tidak ada tindakan? ESSCOM. ESSCOM ditubuhkan untuk tujuan ini tetapi mengapa ia tidak berkesan untuk memastikan bahawa rakyat selamat di tanah air mereka sendiri? Mengapa dalam perkara ini kita tidak melihat rakyat atau Ahli Parlimen Sabah menyuarakan masalah keselamatan ini dengan lantang, minta tindakan diambil? Kalau tidak, minta Menteri Dalam Negeri duduk dekat Sabah supaya dapat selamatkan dua orang rakyat Sabah yang telah pun diculik.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan bangun Yang Berhormat.

Boleh Yang Berhormat Bagan? Saya Ahli Parlimen dari Sabah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sekali sahaja.

Oleh sebab Yang Berhormat sentuh pasal Ahli Parlimen dari Sabah itu berdiam, tidak bising, tidak menyuarakan keperluan rakyat tentang ESSCOM, itu tidak benar. Ertinya itu bohong. Yang Berhormat, kami telah pun membuat satu usul...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Cukup.

...Pada minggu yang lalu Yang Berhormat dan semua Ahli Parlimen Sabah bersuara soal keselamatan di negeri Sabah. Jadi kenyataan Yang Berhormat itu saya harap tarik balik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tadi saya sebut tentang Menteri Dalam Negeri. Mengapakah tidak minta Menteri Dalam Negeri duduk dekat Sabah sehingga dua orang yang kena culik ini boleh diselamatkan? Itu yang saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat, jangan putar balik kenyataan Yang Berhormat tadi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Duduklah Yang Berhormat. Kalau hendak...

Ini tidak betul.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau hendak tunjuk keberanian, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Rakyat negeri Sabah mendengar hujah Yang Berhormat ini. Seolah-olah kami dari Sabah ini diam, tidur dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau hendak tunjuk keberanian pergilah Sabah, dengan pengganas tunjuklah keberanian. Janganlah tunjuk dengan saya.

Itu tidak baik, Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan tunjuk pada saya, tunjuk kepada pengganas. Balik Sabah tunjuk kepada pengganas! Beranikah?

Sebab Yang Berhormat...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Beranikah? Duduk!

Kalau mahu tunjuk, sama Menteri bukan saya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini floor saya, duduk.

Ya, saya akan duduk.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Duduk, ini floor saya. duduk.

Tadi Yang Berhormat bagi laluan kepada saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Putatan, pencelahan Yang Berhormat.

Saya mencelah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak bagi.

Kenyataan Yang Berhormat itu tidak betul.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini kuasa saya. Faham standing order?

Penipu! Pembohong! Pembelot!

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dia sudah tidak parliamentary tapi mungkin dia tidak berpengalaman, saya maafkan sama dia [Ketawa] Kalau hendak tunjuk...

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak bagi jalan, duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Yang Berhormat Putatan, duduklah. Jangan bikin malulah. Kalau tidak, cakap baik-baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau hendak tunjuk keberanian untuk mereka yang telah diculik di Sabah, tunjuk kepada pengganas di Sabah, janganlah tunjuk dekat Dewan yang mulia ini sahaja...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Satu lagi perkara yang saya hendak menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua, tentang keselamatan. Ini bukan saya cakap dekat Sabah tapi cakap dekat seluruh Malaysia. Jenayah. Bekas Timbalan Menteri rumah kena geledah, cedera, keluarganya cedera. Sungguh pun cakap ada penurunan kadar jenayah tapi saya hanya hendak tunjukkan satu angka sahaja. Kalau kita lihat daripada segi keselamatan awam, kita lihat pengawal keselamatan swasta berbanding dengan anggota polis, apa yang mengejutkan ialah jumlah pengawal keselamatan swasta adalah lebih daripada anggota polis. Ini jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Jumlah pengawal keselamatan swasta seramai 173,534 orang berbanding dengan anggota PDRM seramai 141,365 orang. Mengapakah kita kena melantik, menggaji pengawal keselamatan swasta lebih daripada anggota polis? Saya rasa itu yang harus kita fikir dengan masak-masak. Jelas menunjukkan dalam aspek keselamatan awam tidak memuaskan. Saya rasa kalau kita lihat tentang kes-kes jenayah yang berlaku, perlu diberikan perhatian oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan kalau tidak, saya rasa telah gagal untuk menjalankan tugas ini. Janganlah tak habis-habis cari pasal dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Gunakan Akta Hasutan tangkap sana, tangkap sini. Ahli Parlimen pun kena masuk lokap. Bukan pencuri, bukan penjenayah, bukan pembunuh. Bila-bila masa Ahli Parlimen rela untuk kerjasama tapi ditahan dekat lokap. Sengaja hendak susahkan Ahli Parlimen dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau boleh, berikan perhatian lebih tangkaplah pencuri, penjenayah, pembunuh. Saya rasa ini tanggungjawab asas yang harus dijalankan oleh pihak polis. Saya tidak marah polis dalam perkara ini kerana polis hanya menjalankan tugas ikut arahan tetapi yang saya tidak puas hati ialah arahan seperti ini yang dikeluarkan oleh, tidak tahu sama ada IGP atau Menteri Dalam Negeri. Jangan salah gunakan kuasa untuk jadi ahli politik kepada UMNO dan Barisan Nasional. Itu bukan tanggungjawab pihak polis.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tanggungjawab pihak polis ialah untuk jaga rakyat, bukan jaga pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-11 digambarkan sebagai satu rancangan yang akan menyebabkan penghasilan yang luar biasa oleh sebab pengenalan enam buah pemacu perubahan ataupun game changer. Sebagai contoh, pemacu perubahan melabur dalam bandar berdaya saing ataupun investing in competitive cities. Pemacu ini menyenaraikan beberapa sasaran yang baik dan progresif seperti pembangunan berorientasi transit bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan pihak berkuasa tempatan sebagai pemacu strategik bagi pembangunan sosioekonomi setempat. Akan tetapi apa yang langsung tidak disebut kuasa dan pendapatan tambahan yang perlu diberikan kepada pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan mereka untuk menjadi bandar-bandar yang betul-betul berdaya saing bukan sahaja di Malaysia tetapi dirantau Asia Tenggara dan bahkan di gelanggang antarabangsa. Georgetown di Pulau Pinang mempunyai aspirasi untuk menjadi sebuah bandar utama di Malaysia dan rakyat dekat Georgetown dan juga Pulau Pinang berusaha untuk membangunkan bandar raya Georgetown sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa dan pintar. Akan tetapi untuk mengaturkan laluan bas yang baru pun mesti memohon lesen dan kebenaran daripada Kerajaan Pusat melalui SPAD. Dengan izin, macam mana kita boleh memperkasakan bandar raya kita sekiranya pihak Kerajaan Pusat masih monopoli segala kuasa? Ini saya rasa satu contoh sahaja.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bila kita lihat tentang bandar raya berkompetitif, saya rasa amat kesal bahawa Pulau Pinang tidak termasuk dalam senarai bandar raya kompetitif. Sungguhpun termasuk pula bandar raya selain daripada ibu kota bandar raya Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu tetapi tidak disenaraikan Pulau Pinang. Mengapakah ada diskriminasi sedemikian? Adakah kerana Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Adakah kerana Pulau Pinang bukanlah sehala atau sehaluan dengan Kerajaan Pusat? Sedangkan semua tahu bahawa Pulau Pinang bandar raya kedua dekat Malaysia. Sebagai sebuah tapak warisan dunia UNESCO dan juga merupakan lokasi pilihan pelaburan. Saya rasa sudah sampai masanya tumpuan diberikan kepada Georgetown dan Pulau Pinang supaya dapat dibangunkan sama rata dengan bandar raya-bandar raya yang lain. Saya rasa untuk konsultan-konsultan tersebut saya harap mereka boleh jawab. Mengapakah Pulau Pinang dipinggirkan dan digugurkan daripada senarai tersebut? Saya rasa tidak ada sebab yang saya rasa yang berasas, yang munasabah kecuali ia merupakan satu tindakan politik untuk menghukum Pulau Pinang kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat. Saya ingin juga mengambil kesempatan untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati rakyat Pulau Pinang. Kita mesti ingat rakyat Pulau Pinang juga rakyat Malaysia. Mengapakah dia di bawah RMKe-11 rakyat Pulau Pinang dilupakan sama sekali? Pulau Pinang dilupakan sama sekali. Akan tetapi bila hendak tempatkan pendatang hanyut orang Rohingya, Pulau Pinang pula diingat sebagai sebahagian dari Malaysia. Akan tetapi RMKe- 11 lupa sama sekali. So, itulah saya rasa sesuatu yang sungguh tidak adil. Sebagai Ketua Menteri dan juga sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang saya harap...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh tanya sedikit? Ya terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya terdengar Yang Berhormat menyatakan bahawa Pulau Pinang dilupa dalam RMKe-11 cuma diingat semasa untuk menempatkan pelarian Rohingya yang hanyut. Jadi apakah ini antara sebab Yang Berhormat Pulau Pinang tidak bersetuju dan menolak cadangan untuk meletakkan pelarian ini di Pulau Pinang sebab Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan isu-isu tersebut?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membuat soalan ini. Saya tidak salahkan soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi kerana Yang Berhormat hanya baca surat khabar yang dikuasai oleh Barisan Nasional [Ketawa] Apa yang saya sebut ialah tentang keselamatan awam, tentang kepentingan nasional, tentang kedaulatan negara. Kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk DAP tidak

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

akan bermain politik dalam isu-isu penting ini. Kita rela bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan sungguhpun kita tidak sehaluan daripada segi politik. Contohnya dalam isu pulau-pulau Spratly dekat Laut China Selatan yang dituntut oleh beberapa buah negara. Pendirian parti DAP dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong 100% pendirian Malaysia untuk memastikan kedaulatan kita tidak tercemar oleh mana-mana pihak. Kita sokong 100%. Kita tidak main politik. Tentang masa orang hanyut dia cakap tentang isu ini kita sedia bekerjasama tetapi janganlah buat pengumuman seorang sampai kita tidak tahu langsung. Hanya tahu bila ditanya oleh pemberita. Bila kita menghulurkan tangan cakap kita rela kerjasama dengan pihak Kerajaan Pusat. Datang pula Menteri Dalam Negeri buat cabaran sana sini, gigit sama kita lagi. Cakap, “Oh! Kena buat itu, buat ini.” Saya rasa semua tahu bahawa dalam aspek orang pelarian kuasa ini imigresen, kuasa tentera, kuasa polis, terletak di bawah Kerajaan Pusat. Kita tidak ada kuasa langsung. Majlis Keselamatan Negara pun tidak memberikan sebarang maklumat, tidak hubungkan sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Akan tetapi buat perhubungan macam mana kita hendak jawab. Macam mana kita hendak jawab? Bila kita cakap kita hendak kerjasama Menteri Besar Negeri Kedah Yang Amat Berhormat Tan Sri Mukhriz menyatakan tidak mahu orang pelarian Rohingya. Mengapa Menteri Dalam Negeri tidak mengkritik dan menjawab tentang kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Bila kita cakap kita sedia kerjasama, sedia bincang kita boleh dibelasah sana sini. Saya rasa ini yang sungguh tidak adil. Daripada segi kemanusiaan janganlah main politik. Saya tahu mungkin Menteri Dalam Negeri hendak lepas geram selepas kalah dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh [Ketawa] Tidak syok lepas kalah ingat boleh menang, akhirnya kalah teruk. Saya tahu apabila bukan acara macam ini untuk balas dendam sama saya. Bukan cara ini untuk balas dendam tentang isu kemanusiaan dan keselamatan negara. Jangan main-main dengan kepentingan nasional. Itulah perjanjian kita. Saya rasa Yang Berhormat pun setuju kita harus kerjasama. Kalau tentang isu orang yang kena culik dekat Sandakan, Yang Berhormat sendiri pun pernah timbulkan. Apa guna ESSCOM apa guna belanjakan ratusan juta. Kalau masih ada orang kena culik oleh pengganas sampai Yang Berhormat cakap sendiri pun takut pergi balik Sabah [Ketawa] Betul tidak? So itu bukan isu politik. Saya tidak mahu cakap lebih panjang lagi kerana saya benar-benar simpati sama Yang Berhormat. Balik kena asalnya tidak berani kerana masalah keselamatan. Ini yang saya hendak tanya sama Kerajaan Pusat macam mana kita boleh jaminkan keselamatan rakyat Sabah biasa, rakyat Malaysia biasa itulah isu yang penting. Janganlah main politik tentang perkara-perkara penting berkaitan dengan rakyat. Kalau betul-betul hendak berpaksikan rakyat tunjuk dan tindakan bukanlah main politik dengan begitu remeh sekali. Tuan Yang di-Pertua, balik kepada RMKe-11. Apabila perkataan inclusive digunakan, ia membawa maksud bahawa apa-apa pembangunan yang dirancang akan menghasilkan manfaat yang akan dikongsi oleh semua rakyat Malaysia. Namun, adakah RMKe-11 ini benar-benar inclusive sebagaimana yang janjikan apabila jelas terdapat wilayah-wilayah tertentu yang tidak diberikan perhatian yang secukupnya? Saya balik lagi ke Pulau Pinang. Sungguhpun Pulau Pinang telah berusaha daripada segi pelaburan menarik sektor-sektor pembuatan dan juga perkhidmatan. Ini menyebabkan daripada segi infrastruktur, komunikasi amat terdesak termasuk juga Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Tahun lepas kita merekodkan jumlah penumpang sebanyak enam juta orang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Satu kenaikan atau peningkatan lebih 10% kalau berbanding dengan tahun 2013. Saya di sini telah menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi malangnya tidak dapat satu jawapan pun. Apa yang kita minta, memandangkan bahawa pada tahun ini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka akan dapat memenuhi ataupun melebihi kapasiti penumpang sebanyak 6.5 juta. Adalah diharapkan boleh dijalankan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kalau tidak apa yang kita lihat sekarang, sekarang pun belum sampai 6.5 juta pada waktu pagi betul-betul macam pasar malam. Begitu ramai orang di terminal-terminal dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Keengganan untuk menjawab

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

ataupun menjalankan projek pembesaran. Kalau bersetuju tentang ini pun kena tunggu empat lima tahun baru siap. Akan tetapi kalau tidak dijalankan langsung saya pun tidak tahu macam mana kita boleh menampung kemasukan pelabur-pelabur dan juga penumpang- penumpang yang kian meningkat datang ke Pulau Pinang.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya ingin kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat hendak lihat dengan mata sendiri apa yang sebenarnya berlaku dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Saya boleh menjemput semua Ahli Parlimen menjadi tetamu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan lihat dengan mata sendiri apa yang berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Boleh lihat tempat-tempat tarikan pelancong. Ya, sekejap. Perkara terakhir kerana- ada banyak perkara lagi. Khususnya dengan kegagalan untuk menangani masalah. Saya rasa satu isu yang saya hendak bawa ialah GST. Di sini, kita masih hendak tahu apakah jumlah sebenarnya kutipan GST yang boleh diperoleh oleh pihak Kerajaan Pusat. Oleh sebab kalau tidak silap saya, saya ada baca satu jawapan Parlimen bahawa setakat ini telah kutip sampai RM20 bilion lebih untuk tahun ini. Ini pun tidak sampai 12 bulan. Kurang daripada 12 bulan tetapi boleh kutip RM25 bilion kalau tidak silap saya. Tuan Yang di-Pertua, ini satu jumlah besar dan sebahagian besar jumlah ini adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia biasa. Ia memang membebankan rakyat. Di sini saya ingin sekali lagi meminta pihak Kerajaan Pusat menimbang semula kerana bukan sahaja memudaratkan kehidupan rakyat tetapi banyak menyusahkan kerajaan negeri. Sebagai satu contoh, kerajaan negeri akan bayar hampir RM50 juta tambahan setahun semata-mata untuk membayar GST. Itu untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja. Saya rasa bukan sahaja Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kena tetapi semua kerajaan negeri pun akan kena, siapakah rugi? Rakyat yang rugi. Saya tidak faham langsung mengapa bila kita buat jalan untuk rakyat, buat longkang untuk rakyat, buat dewan orang ramai untuk rakyat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Mengapakah kita kena bayar GST?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini tidak masuk akal sama sekali.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan. Bagan Serai.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya habis ini, saya akan bagi.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Sekejap.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Mengapakah kita kena bayar GST? Itulah sebabnya pihak kerajaan negeri buat keputusan mengarahkan kerajaan tempatan untuk mengecualikan rakyat daripada bayar GST. Sebaliknya, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan tempatan yang akan cari wang sendiri untuk bayar pada Jabatan Kastam dan Kementerian Kewangan. Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang berbuat demikian. Johor, Pulau Pinang, selepas itu Terengganu. Akan tetapi hanya untuk tahun ini. Untuk negeri Pulau Pinang, kita akan menyerap bayaran GST setiap tahun dan ia disusuli saya rasa semalam oleh negeri Sarawak. Saya tidak tahu sama ada negeri-negeri lain akan ikut sama. Akan tetapi ini menunjukkan bahawa ia memang membebankan rakyat. Untuk kedua-dua kerajaan tempatan, bila diserap oleh kedua-dua majlis tempatan di Pulau Pinang, bermakna bahawa rakyat akan menjimatkan RM21.5 juta yang akan dibayar oleh pihak kerajaan tempatan. Akan tetapi mereka masih perlu bayar bayaran GST lain yang saya sebut tadi. RM46 juta. Hampir RM50 juta. Akan tetapi untuk pihak kerajaan tempatan di mana kebanyakannya adalah orang biasa. Letak kereta kena GST. Sekarang diserap oleh pihak kerajaan tempatan. Kita harap bahawa kecualikanlah pihak kerajaan daripada membayar GST kerana projek ini adalah untuk kepentingan rakyat. Bukan sahaja saya yang membuat

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

rayuan sedemikian. Dekat Johor pun serupa. Dekat Terengganu, dekat Sarawak pun serupa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dikecualikan. Kalau boleh untuk semua rakyat Malaysia, sehingga ekonomi pulih, saya rasa mansuhkanlah GST. Sila.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Bagan dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan macam mana Yang Berhormat Bagan ini dia berjaya mengelirukan ramai orang. GST ini dibuat untuk rakyat. GST ini penstrukturan cukai untuk membantu rakyat. Kita baru mula sahaja dan kalau ada kutipan yang banyak, kutipan ini telah dijanjikan oleh kerajaan untuk diberi kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dengar Yang Berhormat Bagan, saya beritahu. Di Malaysia ini kita ada berapa juta orang? Kita ada hampir 29 juta orang. Yang bekerja lebih kurang dalam 12 juta. Yang bayar tax berapa banyak? Berapa banyakkah yang bayar tax? Yang bayar tax hampir satu juta, di mana kerajaan akan dapat banyak lagi untuk membantu rakyat. Jadi, ini satu penstrukturan. Apabila diambil GST ini, akan diberi balik. Kita jangan takut-takutkan orang dengan angka yang besar. Rakyat jadi susah.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tanya itu tanya. Tanyakah atau bahas?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bagan boleh habiskan, Yang Berhormat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mencelahkah, Yang Berhormat?

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, saya hendak tanya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Jadi, saya harap Yang Berhormat Bagan tidak mengelirukan rakyat lagi dengan kata negeri ini hendak serap, negeri ini hendak serap. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bagan boleh habiskan Yang Berhormat ya.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Bagan, sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Indera Mahkota pun bangun, Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Negeri yang serap pun terdiri daripada Barisan Nasional. Bukan sahaja PR sahaja. So, yang penting saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat masih belum sedar macam mana GST bebankan rakyat, tolonglah turun padang. Janganlah duduk dekat bilik air-cond sahaja. Tanya sama rakyat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Pembangkang ini apa-apa kerajaan buat semua tidak kena...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, kalau perlu lihat daripada segi beban kepada rakyat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Semua yang kerajaan buat, semua salah! Selepas tiga, empat tahun, jadi baik, semua jadi elok! Bagus.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Dulu orang miskin tidak bayar cukai. Sekarang orang miskin kena bayar cukai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Jambatan Pulau Pinang, KLIA. Dulu GST tetapi dua tiga tahun kita lihat pembangkang akan setuju dengan GST. Terima kasih.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itulah ketidakadilan yang saya katakan tadi. Tidak apalah. Kita tengok pilihan raya. Kita tengok rakyat setuju atau tidak setuju. So, saya hendak habiskan dengan...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, belakang. Belakang, Yang Berhormat Bagan. Indera Mahkota di belakang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan. Macam mana orang memberi pendapat orang yang dikatakan duit itu akan pergi balik kepada rakyat? Duit GST ini masuk ke consolidated fund. Kalau kata duit itu hendak bayar GST, itu kemungkinan. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan? [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya setuju. Kita belum pasti macam mana balik kepada rakyat. Mungkin salurkan kepada 1MDB mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri ucapan dengan harapan bahawa pihak Yang Amat Berhormat boleh memberikan tumpuan kepada tiga jenis golongan yang harus diberikan bantuan atau di perkasa. Tiga jenis golongan yang harus diperkasa seperti berikut. (i) individu; (ii) masyarakat; dan (iii) institusi Rakyat atau individu tidak dibantu sama sekali. Tidak mendapat, sebaliknya kena GST. Beban ditambah. Masyarakat secara umumnya kita lihat daripada segi keselamatan, daripada segi sosial amat kurang sekali. Ketiga, institusi. Institusi sama ada untuk lawan rasuah. Sama ada untuk menegakkan keunggulan Parlimen sebagai institusi yang paling tinggi. Ini tidak diberikan perhatian langsung. Di sini saya ingin menyatakan sokongan penuh ke atas usaha Tuan Yang di-Pertua untuk menegakkan martabat Parlimen dan memastikan ia dihormati oleh pihak kerajaan Eksekutif dan bukan menjadi salah sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bagan atas sokongan. Jadi, kita bermula dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas ini bahawa kita menunjukkan kepada masyarakat di luar sana, apabila kita berbahas, kita ikut betul-betul masa dan biarlah kualiti perbahasan itu nampak bahawa semua kita bekerja dengan serius. Dalam senarai yang ada di depan saya, giliran seterusnya daripada penyokong kerajaan. Jadi, nama yang tertulis di sini ialah Yang Berhormat Pasir Gudang. Kalau tidak ada Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Lenggong sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Lain kali untuk perhatian, jangan tulis-tulis nama sahaja. Lain kali siapa yang ada, itu yang saya panggil. Sila Yang Berhormat Lenggong. Saya difahamkan setengah jam.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rancangan Malaysia Kesebelas pada petang ini. Saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri dan jentera kerajaan yang telah merangkumkan dan mempersembahkan satu yang baik dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Bukan senang kita merangka rancangan ini dalam ketika perkembangan ekonomi dunia dan pertumbuhan ekonomi di sesetengah negara yang begitu mencabar pada hari ini dengan penurunan harga minyak, kejatuhan harga komoditi dan begitu juga nilai ringgit.

Semua ini kesan kepada negara tetapi keupayaan kita mengemukakan sesuatu yang menarik dan baik walaupun mendapat pelbagai reaksi yang negatif daripada rakan- rakan di sebelah sana, tak apa. Akan tetapi hakikatnya kita tahu bahawa rancangan ini baik dan ia merupakan kesinambungan daripada rancangan-rancangan sebelum ini untuk mencapai apa yang dihajatkan dalam tempoh beberapa tahun lagi bagi membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, inklusif, mampan dan yang lebih menarik apabila rancangan ini dengan jelas memperlihatkan dan bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat. Bermakna walaupun kita bincang perkara-perkara yang berskala besar, ekonomi yang bersifat besar tetapi dalil menunjukkan bahawa apa yang terkandung dalam ini tetap membicarakan dan memberi keutamaan kepada golongan bawah dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh rakyat. Saya lihat bahawa walaupun kita bercakap tentang Rancangan Malaysia Kesebelas, kalau kita imbas kembali bagaimana pencapaian Rancangan Malaysia Kesepuluh misalnya kita lihat dan diakui bahawa memang berlaku pencapaian. Misalnya kalau kita lihat daripada segi kemiskinan, kita berjaya kurangkan kepada 0.6% berbanding 3.8% pada tahun 2009. Maknanya berlaku penurunan. Ini bukti kepada kejayaan usaha untuk membasmi kemiskinan. Kalau kita lihat pula daripada segi keusahawanan dan kesukarelawan, kita berjaya menarik penglibatan generasi muda kepada angka sehingga 896,612 orang belia. Angka ini juga menunjukkan berlaku peningkatan daripada pelbagai usaha yang dibuat berbanding dengan usaha dahulu. Ini bukti sedikit daripada banyak lagi bukti lain, kita berjaya misalnya daripada segi program Kampung Tanpa Wayar. Kita berjaya meningkat sampai ke tahap 5,737 buah kampung. Ini bukti yang dikukuhkan dengan data-data yang ada. Ini menunjukkan bahawa banyak perancangan yang dibuat oleh kerajaan memang berjaya dan sudah tentu ia perlu ditambah nilai, ditingkatkan bagi membolehkan kita terus memacu ekonomi dan pembangunan negara ke landasan yang betul bagi kita letakkan negara ini untuk lebih berdaya saing bagi mencapai sebuah negara maju. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya percaya bahawa rangka Rancangan Malaysia Kesebelas yang dirangka pada kali ini, saya sebut awal tadi ialah kesinambungan daripada rangka rancangan sebelum ini dan juga bagi mencapai pelan pembangunan dan penyusunan supaya negara ini maju menjelang tahun 2020. Dirangka oleh pemimpin- pemimpin sebelum ini sebagaimana disebut oleh Yang Amat Berhormat Pekan bahawa rancangan ini adalah rancangan kesinambungan yang dibawa sebelum-sebelum ini dan kita sesuaikan dengan perubahan dan perkembangan semasa ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas kita tahu berasaskan kepada enam strategi yang diberi tumpuan untuk membolehkan negara kita maju. Memperkukuhkan beberapa perkara termasuklah meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini strategi yang kedua, membangunkan modal insan ke arah lebih maju dan banyak lagi. Ada beberapa lagi strategi yang dibuat ini, semua ini baik untuk kita semua. Satu perkara yang disebut di sini ialah apabila kita memberi penekanan agar setiap lapisan rakyat memperoleh kebaikan daripada kemakmuran dan pembangunan negara dan sebab itulah melalui strategi ini fokus kita berikan kepada golongan berpendapatan 40% terendah. Maknanya tumpuan kepada golongan B40. Saya ucap tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan kerana kali ini memberi fokus kepada kumpulan ini yang memang kita harap supaya mereka akan berada pada tahap yang baik kerana pada kita, tidak ada gunanya negara kita capai satu tahap yang tinggi tetapi kumpulan ini masih berada di tahap yang rendah. Oleh sebab itu kalau kita lihat bahawa kumpulan ini besar, ia mencecah angka 2.7 juta isi rumah. Ini kumpulan yang perlu dibantu untuk meningkatkan pendapatan purata isi rumah daripada hanya RM2,500 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM5,000 menjelang tahun 2020. Saya tahu bahawa bukan senang kita nak merangka strategi bagi membolehkan melonjak lebih satu kali ganda daripada pendapatan mereka seumpama ini. Tentunya usaha ini mesti kita teruskan dan paling penting, isu sekarang ialah dalam kita merangka pelbagai perkara, isu yang paling diutamakan ialah isu kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini dan tentu kita jangkakan perkara ini juga akan berlaku pada masa akan datang.

Maknanya, sementara kita merangka pelbagai program pembangunan, isu-isu yang berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup ini mesti diberikan penekanan dan ini mesti diberi keutamaan supaya kelompok dan golongan ini tidak tertekan dalam keadaan yang mencabar ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya percaya untuk mencapai pendapatan bulanan yang tinggi kepada golongan ini, maka usaha-usaha seperti meningkatkan kemahiran, meningkatkan kepakaran dan pendidikan di kalangan kelompok ini mesti diberikan keutamaan. Saya percaya ia tidak cukup dengan cara kita melakukan program-program jangka masa pendek tetapi usaha jangka masa panjang mesti ditingkatkan. Oleh kerana itu saya percaya kalau usaha kita berikan tumpuan kepada tiga aspek ini iaitu kemahiran, kepakaran dan pendidikan, saya percaya akan diberi dan akan membantu kepada usaha tersebut. Oleh sebab itu saya harap supaya tadi Yang Berhormat Pengerang sebut soal bagaimana kita nak memberi peluang kepada golongan rakyat di kelompok tertentu bagi mendapat nikmat daripada pembangunan yang sedia ada. Oleh sebab itu saya bersetuju supaya apa juga pembangunan yang kita hendak lakukan hari ini daripada segi guna tenaga kerja maka saya minta kerajaan memberi dan mengutamakan rakyat dan golongan tempatan yang ada pelbagai kepakaran ini untuk mengisi ruang dan peluang dan golongan dan pakar daripada luar terutama pekerja-pekerja asing ini diberikan peluang terkemudian daripada rakyat kita sendiri. Namun demikian, saya percaya dan saya harap supaya usaha-usaha diteruskan dan dilipatgandakan misalnya untuk meningkatkan lagi program-program bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup ini. Oleh sebab itu kita ucap tahniah kepada kerajaan apabila mewujudkan pelbagai Klinik 1Malaysia, kita wujudkan program-program Menu Rakyat 1Malaysia, kita ada Kedai Rakyat 1Malaysia. Ini produk-produk yang baik dan oleh kerana dia baik, saya harap supaya ia diperbanyakkan. Tidak ditumpukan kepada tempat tertentu atau di kawasan-kawasan itu sahaja tetapi dilebarkan terutama sekali ke kawasan-kawasan luar bandar. Satu lagi, saya percaya kalau kerajaan juga memberi tumpuan untuk menambah nilai kepada pelbagai lagi program yang telah pun sedia ada yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak dahulu lagi dan program-program ini ditambah nilai dan dijenamakan semula supaya ia nampak baik. Contohnya, kita lihat bahawa kerajaan ada program yang membantu rakyat untuk dikecualikan bayaran bil elektrik kepada golongan dan kelompok tertentu. Ini baik sebenarnya tetapi kita lihat bahawa kadang-kadang rakyat tidak tahu bahawa ini produk yang baik kepada negara dan kepada rakyat. Apa salahnya ini diberi jenama baru dan ditingkatkan dan ditingkatkan jumlah yang diberikan kepada rakyat. Misalnya pengurangan bil hari ini kepada bil bawah RM20 ditingkatkan lagi supaya ia lebih manfaat dan banyak mereka yang dapat. Misalnya satu lagi program-program di bawah Kementerian Pendidikan. Selain daripada usaha kerajaan memberi bantuan melalui one-off, banyak program, wang KWAPM, buku teks percuma dan pelbagai lagi, tambang bas, yuran dan sebagainya. Saya harap program-program seumpamanya ini ditambah nilai dan dipertingkatkan supaya ia tidak hanya tertumpu pada Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia tetapi program-program yang telah pun sedia ada, yang dibuat oleh pelbagai kementerian hari ini ditambah nilai dan diperkukuhkan lagi, diberi jenama baru dan dipertingkatkan penglibatan rakyat pelbagai peringkat. Saya percaya kalau ini dapat dilakukan, kita tentu dapat untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama kelompok dan kumpulan sasar yang perlu diberikan bantuan dan peruntukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana dalam usul ini kita lihat bahawa pelbagai kelompok dan kumpulan sebenarnya diberikan perhatian, diberikan penglibatan. Contohnya kumpulan golongan wanita, belia, kanak-kanak malah kumpulan orang kelainan upaya (OKU) juga diberikan penekanan. Oleh sebab itu dari awal tadi saya sebut bahawa kerajaan walaupun bercakap soal ekonomi berskala besar tetapi kumpulan-kumpulan ini diberikan keutamaan. OKU misalnya, memang hari ini kita lihat bahawa penglibatan mereka dalam sektor awam masih lagi di tahap yang rendah dan sasaran untuk meningkatkannya kepada tahap yang lebih tinggi, baik. Oleh sebab itu saya percaya jika kumpulan ini diberi peluang,

diberi ruang ia sebenarnya adalah kumpulan yang juga produktif, yang mampu untuk membantu membangunkan negara di pelbagai sektor. Hari ini kita bercakap tadi, tadi saya dengar...

Minta pencelahan.

Ya, sila Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tadi saya tekun dengar Yang Berhormat Lenggong dia ada katakan bahawa golongan kanak-kanak pun diberi jaminan dalam RMKe-11. Saya ingin tanya secara terperinci dalam RMKe-11 ini di manakah ataupun apakah yang telah diberikan untuk kanak-kanak untuk naik tarafkan mereka? Padahal kalau kita tengok Tuan Yang di-Pertua, GST membebankan bayi yang belum lahir, bayi yang lahir, kanak-kanak semua derita dengan GST. Bagaimana Yang Berhormat Lenggong berkata RMKe-11 menjamin masa depan mereka? Penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, keutamaan juga diberikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini ialah pembangunan modal insan, pendidikan. Pendidikan bermula di awal usia sehinggalah tahap tinggi mana mereka boleh belajar. Contohnya ialah pewujudan taska, digalakkan untuk pewujudan di pelbagai sektor kerajaan. Ini ialah kelompok Yang Berhormat Kapar maksudkan tadi. Takkanlah perkara mudah pun Yang Berhormat Kapar tidak boleh fikir. Puas hati? Tuan Yang di-Pertua...

Tidak bagi sudah.

Mencelah sedikit.

Ha, boleh.

Terima kasih, Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh mengenai galakan untuk mengadakan taska di jabatan-jabatan kerajaan. Sudah sampai kepada Rancangan Malaysia Kesebelas, sudah hampir 20 tahun. Tahu atau tidak angka berapa yang ada taska-taska yang ada di jabatan-jabatan kerajaan? Sudahlah tidak mencecah, mencapai dia punya target. Malah jauh, jauh ke bawah dari segi pencapaian itu. Jadi, kalaulah yang kerja-kerja lama bertepek-tepek lagi belum buat, macam mana hendak capai lagi RMKe-11 ini.

Yang Berhormat Ampang, saya sebut awal tadi. Rancangan Malaysia Kesebelas jugalah kesinambungan daripada rancangan sebelum ini. Kita tahu bahawa usaha sudah dibuat begitu lama lagi tentang taska ditambah nilai, ditingkatkan lagi kerana kita tahu keperluannya semakin bertambah. Permintaan semakin meningkat. Oleh sebab itu...

Yang Berhormat Lenggong asas pun tidak ada, hendak tambah nilai apa?

Sekejap, sekejap. Sekejap lagi saya bagi lagi. Oleh sebab itu, oleh kerana ia penting membantu mengurangkan kos sara hidup dan sebagainya di samping kita bagi ruang kepada contohnya kalau ibu bapa bekerja di sektor awam, anaknya dijaga dengan begitu baik. Diberi tempat penjagaan di kawasan tempat beliau bekerja, ini beri kebaikan kepada ibu bapa dan juga beri peluang kepada anak-anak mendapat pendidikan awal usia dengan begitu baik dan tersusun. Bukan bermakna kita sebut bahawa ini gagal. Apa yang hendak dibuat oleh kerajaan saya rasa bahawa ini untuk ditingkatkan dan ditambah nilai. Oleh sebab itu saya kata nikmat kepada Rancangan Malaysia Kesebelas ini Yang Berhormat Kapar, ia mencukupi semua kelompok dan semua golongan daripada kecil sehinggalah dewasa. Oleh sebab itu saya lihat bahawa ini satu rancangan yang memberi penekanan kepada semua kelompok dan semua golongan. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua saya harap...

Yang Berhormat Lenggong, boleh?

Sekejap. Saya harap program-program taska seumpama ini, program-program ini dilebarkan tidak hanya ditumpu di kawasan-kawasan bandar tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Isu-isu dan program-program seumpama inilah sebenarnya boleh membantu mengurangkan kos sara hidup. Kalau tidak Yang Berhormat Batu Gajah, kalau anak Yang Berhormat Batu Gajah diserahkan kepada pembantu daripada luar nanti dia cakap pun ikut bahasa Indonesia sekalian. Dia tidak cakap bahasa Malaysia kerana terlalu lama sangat dijaga oleh orang lain. Sila, Yang Berhormat Batu Gajah.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Lenggong. Saya berbalik kepada awal ucapan Yang Berhormat Lenggong yang mengatakan bahawa Rancangan Malaysia Kesepuluh telah berjaya dan satu daripada indicator yang diberikan adalah berkaitan dengan kadar kemiskinan telah dikurangkan sehingga 0.6%. Akan tetapi Yang Berhormat Lenggong, saya hendak tanya, ada tidak Yang Berhormat Lenggong bersetuju bahawa paras garis kemiskinan yang kita ada pada hari ini iaitu pada tahap RM830 dan juga untuk miskin tegar RM520 itu terlalu rendah dan paras kemiskinan ini perlu dianjak kepada tahap yang lebih tinggi. Kalau kita ubah paras kemiskinan ini mungkin peratusan ini akan menjadi lebih tinggi. Mungkin kita tidak menyelesaikan masalah ini. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan paras kemiskinan yang ada pada hari ini?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Gajah saya percaya Menteri akan jawab dan saya juga hendak maklumkan bahawa memang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah soal kemiskinan tadi memang terkandung dalam perkara ini. Itu usaha-usaha untuk menyelesaikan perkara- perkara yang berkaitan dengan isu kemiskinan. Memang ada, dengan jelas. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat Batu Gajah baca dan faham buku tebal yang diberi itu supaya kita tahu bahawa ini sebahagian daripada kandungan yang perancangan yang telah dibuat untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan sebagainya.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Saya setuju dengan Yang Berhormat Lenggong tetapi apa yang saya hendak beritahu ialah kita gunakan ini sebagai satu benchmark. Paras kemiskinan RM830 ini sebagai benchmark untuk mengatakan bahawa paras kemiskinan negara kita sudah turun kepada 0.6%. Akan tetapi saya berpendapat bahawa kita harus ganjak paras kemiskinan, garis kemiskinan ini kepada tahap yang lebih tinggi sebab RM830 pendapatan isi rumah itu memang terlalu kurang. Yang Berhormat Lenggong kita kena sedar. Paras untuk miskin tegar RM520 itu terlalu kurang, Yang Berhormat. Jadi kalau kita naikkan garis kemiskinan ini mungkin kita akan capai 0.6%, mungkin tinggi lebih daripada itu. Itu yang saya hendak beritahu. Jadi kita tidak boleh kata Rancangan Malaysia Kesepuluh telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan negara kita. Itu pandangan saya.

Tidak saya sebut tadi Yang Berhormat Batu Gajah. Saya sebut awal tadi bahawa kemiskinan berjaya dikurangkan kepada 0.6% berbanding 3.8% tahun 2009. Saya bukan kata telah berjaya tetapi berjaya dikurangkan. Oleh sebab itu usaha ini diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kerana usaha untuk membasmi kemiskinan ini belum mencapai tahap sebagaimana – tetapi hakikatnya ia telah berjaya mengurangkan daripada sebelum ini. Ini indeks yang menunjukkan bahawa kejayaan berlaku dalam usaha ini. Oleh sebab itu kita berharap bahawa pihak kerajaan meneruskan usaha yang baik ini kerana kita hendak dalam usaha kita, dalam sasaran kita mencapai sebuah negara maju isu-isu ini tidak lagi ada dan ia selesai. Harapan kita dan kita harap ia memberi keuntungan kepada rakyat di semua kelompok dan golongan. Oleh sebab itu saya sebut tadi bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini banyak kelompok, kumpulan sasar yang diberikan tumpuan dan ia baik kepada kita.

Oleh sebab itu kita sebagai pemimpin dan semua pihak di zon kerajaan kena usaha bersungguh-sungguh kerana untuk memastikan bahawa usaha ini berjaya, dia mesti mendapat dorongan dan sokongan daripada pelbagai peringkat kerana yang penting kepada kita soal pelaksanaan kerana apabila ia dirancang tentu rakyat mahu lihat apa keberkesanan, apa usaha dibuat.

Sedikit lagi Yang Berhormat Lenggong. Sedikit. Boleh?

Sekejap ya..

Isu, isu sama. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Saya dengar apa Yang Berhormat sebut seolah-olah semua isu-isu yang dalam RMKe-11 ini adalah untuk penerusan daripada RMKe-10 dan sebagainya agar untuk mencapai sebab itu kita kena teruskan. Jadi pada dasarnya apakah benchmark dia mengatakan bahawa rancangan- rancangan ini berjaya, tidak berjaya? Kenapakah semuanya selalu tidak berjaya dan harus diteruskan, teruskan dan teruskan? Apakah isu-isu di sebaliknya?

Ini seorang lagi tidak faham. Saya sudah sebut tadi sudah pun tetapi dia ulang balik benda yang sama.

Datuk Yang di-Pertua, saya nak sebut bahawa, contohnya... [Disampuk] Tan Sri Yang di-Pertua, minta maaf Tan Sri. Tan Sri, ini gangguan banyak sangat, Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua, golongan yang juga diberikan perhatian ialah golongan belia misalnya. Ini satu lagi kelompok, kumpulan yang penting kepada pembangunan negara. Kelompok-kelompok, kumpulan yang akan mewarisi negara ini. Saya minta kerajaan supaya fokus betul-betul dan arahkan ke mana mereka ini hendak dibawa. Program-program yang dibuat pada hari ini memang baik, memenuhi tuntutan dan kehendak generasi muda tetapi mesti diarahkan kepada apa yang hendak kita capai. Jangan sahaja kita buat program atau aktiviti yang hanya mahu memenuhi tuntutan dan keinginan semasa mereka tetapi tidak membawa ke arah matlamat yang hendak kita capai. Jadi saya percaya, penting kepada mereka ialah memberi kemahiran dan meningkatkan kualiti pendidikan kepada mereka di semua kelompok dan golongan. Di waktu kita memberi tumpuan kepada kelompok yang boleh dan berjaya masuk ke menara gading tetapi kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya ini juga mesti diberi perhatian. Oleh sebab itu saya sebut dan celah Yang Berhormat Pengerang sebut tadi bahawa hari ini sebenarnya kita mempunyai banyak institusi pendidikan yang telah diwujudkan sekian lama. Misalnya kita ada kolej komuniti, kita ada GIATMARA, macam-macam institusi ada. Saya harap supaya kerajaan manfaatkan semua ini dan beri peluang kepada golongan dan kelompok tertentu yang saya sebutkan tadi untuk mengisi semua institusi ini. Saya minta kerajaan juga mengkaji misalnya usaha yang dibuat melalui Program Destini Anak Bangsa. Saya setuju sangat program ini tetapi saya harap dikaji semula dan tidak ditempatkan di UiTM misalnya. Kalau kelompok ini ditempatkan di UiTM, UiTM adalah sebuah institusi yang dahulunya hebat tetapi hari ini nampaknya turun. Turun ke paras yang bukan sebagaimana dahulu. Jadi mungkin ia ada kesan daripada program ini. Jadi kalau kelompok dan kumpulan anak-anak yang kita hendak bantu melalui Program Destini Anak Bangsa ini yang tidak mendapat kelulusan sebagaimana yang diharapkan tetapi diberi peluang juga untuk belajar, mereka ini ditempatkan di institusi lain seperti di IKM, di IKBN, jangan diletakkan di institusi pendidikan yang berprestij dulunya tetapi ia memberi kesan akhirnya kepada kita. Oleh sebab itu perkara ini hendaklah diberikan perhatian. Saya juga harap – misalnya di kawasan Parlimen saya, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Besar dan akan mula beroperasi pada Julai ini. Akan tetapi jumlah pelajar yang hendak masuk pun baru 60 orang sedangkan kapasitinya boleh masuk sehingga 1,850 orang. Hendak tunggu penuh mungkin empat atau lima tahun lagi. Ini mesti dilihat supaya tidak berlaku pembaziran di situ. Pembaziran dari segi bangunan yang ada dan sebagainya. Oleh sebab itu, mesti dibuat program-program.

Saya hendak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini, kita buat Blue Ocean Strategy. Kita tahu bahawa di UTM sekarang tidak ada lagi kursus peringkat Diploma kerana memberi tumpuan kepada peringkat degree, sarjana dan juga PhD sebagai sebuah research university. Jadi kepakaran, mungkin peralatan di UTM itu ada boleh tidak dipindahkan kepada institusi seumpama ini. Dipindahkan kepada MARA misalnya, supaya MARA melaksanakan perkara ini dan memberi manfaat. Kalau ini dibuat, collaboration program, program kembar dan sebagainya, misalnya di Lenggong boleh dibuat, maka kita boleh manfaatkan semua institusi yang baik ini kepada negara dan kita boleh maksimumkan penggunaannya. Saya percaya, banyak juga institusi lain yang mungkin dalam keadaan sama. Oleh sebab itu, dalam usaha kita untuk melahirkan tenaga pakar dalam beberapa bidang, maka keutamaan ini hendaklah diberikan perhatian utama.

Yang Berhormat Lenggong, Sibuti.

Sila Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saudara ku Yang Berhormat Lenggong. Apabila kita melihat, mendengar bahawa universiti kita, sekolah kita dan sebagainya kita dengar selalunya dituduh menurun, menurun, semua prestasi menurun dan kita mengharapkan semua pelajar kita dan juga yang keluar dari universiti itu boleh diiktiraf. Boleh tak, fahaman Yang Berhormat Lenggong, kita hantar juga pengajar-pengajar kita dan juga lecturers kita dari mana-mana institusi kita keluar negara supaya mereka dapat mempelajari lebih ilmu untuk kita bawa ke institusi kita di sini supaya anak bangsa kita juga lebih daripada itu? Terima kasih.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Tadi Yang Berhormat Lenggong ada menyatakan mengenai satu program di UiTM yang dinamakan program MDAB ataupun Mengubah Destini Anak Bangsa. Saya tak berapa setuju dengan apa yang Yang Berhormat Lenggong nyatakan tadi bahawa program ini dilihat kurang berjaya. Ini kerana, saya melihat ini adalah satu program memberi peluang kedua kepada mereka yang dilihat berpotensi tetapi waktu ketika itu mungkin dianya tidak memperoleh keputusan yang diperlukan. Mungkin Yang Berhormat Lenggong sama ada setuju atau tidak dengan saya, mungkin program ini boleh dikembangkan ke tempat lain, di universiti lain dan kemudiannya boleh dibuat secara berkolaborasi bersama dengan industry player, dengan izin? Saya hendak memberi satu contoh satu program yang dibuat oleh MAI ataupun Malaysia Automotive Institute di mana mereka ini bila selepas sahaja dia train anak buah dia orang atau pun student ini, dia terus link kan dengan industry player dan setakat ini alhamdulillah, tidak ada masalah pengangguran. Mungkin itu boleh dipertimbangkan?

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lenggong, ada lima minit lagi Yang Berhormat Lenggong.

Ha, tu dia. Saya bukan tak setuju dengan Program Destini Anak Bangsa, saya bersetuju. Cuma, saya tidak berapa bersetuju kalau ditempatkan di institusi dan di kelompokkan di UiTM misalnya. Ia menyebabkan UiTM boleh turun dari segi kualiti dan sebagainya. Mereka ini ditempatkan juga di institusi lain, di pusat-pusat kemahiran lain. Misalnya, saya tadi sebut, KKT Mara Lenggong, kosong. Ditempatkan di tempat seumpama ini. Program ini baik tetapi dikaji semula dari segi aspek itu supaya kualiti universiti itu tidak turun. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sibuti sebut tadi, memang perlu malah ia memang diusahakan oleh kerajaan dan kita akui juga sebenarnya, usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian sebagaimana yang selalu dilaporkan oleh Menteri Pendidikan II bahawa memang kita dapat lihat bahawa pencapaian universiti tempatan hari ini pun juga sudah begitu baik malah mencapai tahap-tahap tertentu.

[Bangun]

Akan tetapi Yang Berhormat Putatan, mesti kita tingkatkan, mesti kita tingkatkan termasuk usaha-usaha

diperbanyakkan hantar ke luar negara dan sebagainya. Sikit sahaja ya, sebab dah diberi warning tadi.

Memang sikit. Yang Berhormat Lenggong, saya hormati perbahasan Yang Berhormat Lenggong soal standard UiTM ini. Saya sebenarnya seorang daripada produk daripada UiTM. Kalau Yang Berhormat Lenggong bilang standard UiTM ini rendah, itu saya tak setuju, Yang Berhormat Lenggong. Kalau tidak saya standard, saya tidak akan berada di dalam Dewan yang mulia ini. [Ketawa] [Tepuk] Ya, Yang Berhormat Lenggong, soal standard UiTM ini bukannya dia gagal. Kita memberi peluang kepada anak-anak bumiputera kita untuk mendapat ruang peluang untuk mendapat tempat di institusi tinggi. Jadi kalau kita sekat, memilih yang hanya penuntut- penuntut yang berkebolehan tinggi, itu saya tidak setuju Yang Berhormat Lenggong sebab kebanyakan daripada penuntut-penuntut ini adalah terdiri daripada anak-anak orang kampung daripada luar bandar. Minta pendapat Yang Berhormat Lenggong ini. Nanti kita kalau cakap Yang Berhormat Lenggong, rakyat marah.

Okey, okey, okey, Yang Berhormat Putatan. Setuju, setuju. Bukan saya sebut kepada UiTM ini rendah. Yang Berhormat Putatan masuk tengah-tengah tadi, tak masuk daripada awal tadi. Saya sebut bahawa UiTM ini rendah, saya bimbang kalau kumpulan ini dilambakkan di universiti itu. Sebab saya sayang. Saya bukan produk daripada UiTM tetapi sayang saya kepada UiTM lebih daripada Yang Berhormat Putatan ini. Sebab saya tak mahu UiTM jatuh kerana kita lambakan banyak sangat. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Parit Sulong sebut tadi, kita tempatkan di mana tempat-tempat lain di industri dan sebagainya supaya kredibiliti UiTM yang lahir mahasiswa dan produk macam Yang Berhormat Putatan ini lebih baik lagi, bukan? Itu yang kita hendak. Kalau lebih sikit, tentu kena kepala saya. Ini kita hendak. Bukan saya merendahkan UiTM. Saya hendak jaga harap UiTM ini terus jadi institusi pendidikan yang hebat, malah mesti nombor satu dalam negara ini Yang Berhormat Putatan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Lenggong, sikit.

Itu saja. Jadi ini yang saya maksudkan. Sebab itu kita hantarlah pelajar-pelajar. Dalam sementara kita bagi peluang kepada kelompok ini, dalam program Destini Anak Bangsa ini, kita tempatkan di pelbagai institusi supaya dalam waktu kita bagi peluang kepada kelompok ini, kita jaga juga kualiti sesebuah institusi itu supaya dalam waktu kita jaga ini kita runtuhkan dan kita rendahkan apa yang ada.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Okey Yang Berhormat Lenggong, sikit sahaja, sikit.

Jangan panjang sangat ya, saya hendak pergi kawasan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Seminit tidak sampai. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teruja dengar perbahasan Yang Berhormat Lenggong yang menceritakan tentang begitu banyak yang kerajaan buat untuk menjaga rakyat, untuk mengurangkan kos kehidupan rakyat, untuk membantu rakyat mengharungi suasana kehidupan yang makin mencabar hari ini. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Lenggong, setuju tidak dengan saya bahawa inilah kerajaan yang prihatin, inilah kerajaan bertanggungjawab kerana kita lihat macam-macam dibuat, macam-macam bantuan ada, BR1M dan sebagainya dan sanggup melakukan keputusan-keputusan yang mungkin nampak tidak popular tetapi pada akhirnya adalah untuk membantu rakyat. Setuju tidak Yang Berhormat Lenggong?

Memang setuju sangat- sangat. Masukkan dalam ucapan saya sebab kalau kena senaraikan kerajaan buat, cakap bab ini boleh sampai pagi esok tidak silap. Banyak sangat kesulitan yang kerajaan buat,

memang banyak. Jadi Yang Berhormat Putatan, apa yang saya hendakkan tadi supaya di sini ada bangsa ini ditambah nilai dan ditingkatkan dan buat pelbagai supaya dalam waktu kita beri peluang kepada kelompok ini, kita jaga institusi yang ada, malah kita pergi dan kita tingkatkan apa yang ada termasuklah mungkin kita link kan dengan pelbagai industri atau syarikat yang lain supaya mereka terus mendapat peluang sebagai Yang Berhormat Parit Sulong cadangkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan luar bandar di teruskan, malah ditingkatkan. Hendak buat jalan, hendak tingkatkan bekalan elektrik. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Ini usaha yang begitu baik malah sebutkan tadi rancangan kali ini mendapat perhatian sehingga makcik-makcik di kampung pun sebab saya pun balik kawasan dia kata, oh bagusnya, kami hendak rumah kami dibaiki, ini peluang terbaik. Itu menunjukkan bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas dibentangkan oleh Perdana Menteri menyentuh hati rakyat di peringkat bawah. Walaupun tadi Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kapar kah tidak setuju tapi rakyat hakikatnya bersetuju. Sebab itu untuk menjayakan semua ini kita bagi sokongan dan ini juga kesempatan kepada saya untuk juga memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan rakyat di kawasan saya. Misalnya saya harap supaya projek perumahan ini ditingkatkan, disegerakan kerana inilah isu yang dibangkitkan oleh rakyat. Saya harap supaya di peringkat persekutuan mungkin boleh bekerjasama dengan...

Minta penjelasan.

...Peringkat negeri supaya mungkin di peringkat kerajaan negeri boleh menyediakan kawasan-kawasan, tanah dan sebagainya. Kerajaan persekutuan tumpukan pembinaan rumah, misalnya projek yang hendak dilaksanakan di Lenggong misalnya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bagi peruntukan bina infrastruktur dan tanah disediakan oleh pihak kerajaan. SPNB bina rumah. Kalau program seumpama ini diperbanyakkan, saya percaya sasaran kerajaan untuk membina 1 juta rumah akan tercapai.

Yang Berhormat, lalu.

Ini yang hendak dilaksanakan. Kejap Yang Berhormat Kapar, saya sikit saja. Sat gi saya sudah tahu.

Tadi ada sebut fasal Kapar dia kata.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap program jalur lebar ini...

...Memang saya setuju ia dilaksanakan oleh kerajaan tetapi saya harap kerajaan juga memberi tumpuan dan tambahkan peruntukan untuk usaha-usaha memberi content nya, jangan kita hanya sediakan prasarana saja tapi kita hendak programnya, apa pengisian kepada program jalur lebar yang hendak dibuat. Kalau kita hanya sediakan program tingkatkan 4G, 5G, seronok sebelah sini. Mereka yang mengisinya. Mereka menggunakan ruang itu hentam kerajaan lagi. Sebab itu kita hendak pada waktu kita tingkatkan infrastruktur ini, usaha untuk menambahkan input program, apa pengisian yang kita hendak masukkan dalam program itu, content nya perlu ditingkatkan. Saya difahamkan peruntukannya dikurang, yang ini perlu ditingkatkan oleh kerajaan supaya usaha kerajaan ini dapat dimanfaatkan dan sebab itu saya juga minta kerajaan supaya memberi perhatian kepada kampung-kampung di seberang Sungai Perak di kawasan saya di Bukit Sapi, di Chepor, di Kampung Luat, di Beng. Ini kawasan-kawasan yang perlu ditukar sistem talian telefonnya bagi membolehkan jalur lebar dimasukkan ke kawasan-kawasan ini. Ini sebahagian daripada usaha untuk memberi dan memanfaatkan pembangunan kepada rakyat keseluruhannya. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya minta sangat-sangat supaya projek Lenggong Agro Valley diberikan keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ini projek impak besar. Kerajaan negeri telah memberi kawasan yang luas untuk pembangunan Lenggong Agro Valley ini, projek pertanian yang baik dan saya harap ini

diberi perhatian khususnya oleh Yang Berhormat Pasir Salak sebagai Yang Berhormat Timbalan di kementerian yang berkaitan untuk projek Lenggong Agro Valley dan oleh kerana Lenggong juga adalah kawasan yang telah pun diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, kawasan tanah rakyat diambil dan dia berada di tengah-tengah rakyat, saya harap kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan memberi fokus untuk pembangunan dan percepatkan usaha ini kerana pengiktirafan telah diberi dan kita harap hasilnya hendak dilihat oleh rakyat. Selain daripada itu, oleh kerana kerajaan telah beri peruntukan untuk Program Tebatan Banjir Sungai Perak, saya harap juga di Lenggong khususnya mendalamkan Sungai Perak daripada Empangan Chenderoh ke Hulu dilakukan kerana ia menjadi punca kepada banjir dan kesannya juga kepada Pasir Salak. Sebab itu ia harap diberi perhatian dan Hulu Perak juga diberikan fokus untuk program ini. Selain daripada itu saya minta Tuan Yang di-Pertua, Jambatan Kampung Sumpitan di Lenggong akan diberi perhatian kerana ia adalah kawasan yang jadi punca banjir. Seterusnya jalan Kampung Talong, Beng dan Intan Suraya di Sungai Siput dimasukkan juga dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Ia menjadi pemangkin pembangunan Lenggong Agro Valley. Jadi secara kesimpulannya, tidak apalah, rakan-rakan kita hendak kritik, kritiklah sebab dia mengkritik dan melihat daripada aspek politik kerana atas kepentingan itu tetapi hakikatnya Rancangan Malaysia Kesebelas adalah rancangan yang cukup baik, manfaat kepada rakyat dan saya harap ia benar-benar akan dijelmakan dengan program-program. Apa yang penting tumpukan kepada usaha untuk pelaksanaan kerana tentu rakyat akan melihat kesannya. Terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sebelum saya panggil Ahli Yang Berhormat seterusnya yang berbahas dalam RMKe-11 ini saya suka ingatkan iaitu di depan saya sekarang ini ramai Ahli Yang Berhormat yang bercakap. Jadi kalau setengah jam itu telah diperuntukkan setengah jam, maka siapa yang berhujah itu harus pandai time management. Kalau banyak point yang hendak diketengahkan, jangan layan pencelahan. Apabila you layan then point yang hendak dikemukakan itu tidak dapat disebut semua. Jangan takut dikatakan bahawa pengecut kenapa tidak kasi saya laluan dan teman pula yang minta laluan itu perlu bertimbang rasa. Jangan buat peluang itu sebagai berdialog atau berbahas. Minta penjelasan saja kepada perkara-perkara yang tidak jelas dan sedemikiannya. Jadi dalam senarai depan saya Yang Berhormat Rantau Panjang setengah jam. Jangan beri Yang Berhormat Putatan masa untuk mencelah nanti.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ataupun mana-mana Ahli Yang Berhormat yang mengganggu. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Putatan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RMKe-11 yang mana Mei 2015 ini menyaksikan berakhirnya Rancangan Malaysia Kesepuluh dan kita menyusul memasuki Rancangan Malaysia Kesebelas dalam keadaan negara kita masih lagi banyak ketempangannya. Kita lihat di sini banyak lagi perkara-perkara dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang belum selesai. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah setakat ini pencapaian ini daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh, berapakah projek-projek yang masih belum selesai dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sepanjang tempoh lima tahun yang lalu. Apakah perkara-perkara yang masih belum selesai itu dan berapa kos-kos projek yang terlibat?

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat apa dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, rakyat menyambut dalam keadaan yang dingin. Kenapa? Kerana rakyat kurang yakin dengan apa yang dibentangkan oleh kerajaan dengan bertemakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat”. Sedangkan rakyat dalam keadaan derita.

Tanggung kos hidup yang mahal, dengan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat dalam keadaan negara kita berdepan dengan nilai ringgit yang semakin rendah. Berdepan dengan tekanan, terutama anak-anak kita yang belajar di luar negara. Mereka terpaksa mengekang perut dalam keadaan biasiswa mereka walaupun sejumlah yang telah diperuntukkan tetapi nilai ringgit yang semakin rendah menyebabkan tekanan kepada hidup mereka. Begitu itu juga kepada para peniaga, para pedagang berdepan dengan tekanan. Kita lihat hutang negara yang semakin membengkak, yang semakin banyak. Infrastruktur yang masih lemah di seluruh negara. Jurang pembangunan antara wilayah yang masih tinggi antara wilayah timur dan barat. Sistem pengangkutan awam yang masih lemah, pencapaian indeks dari sudut pendidikan negara kita masih tercorot. Begitu juga indeks rasuah kita yang masih tinggi dan kalau tengok indeks kebebasan media kita yang masih tercorot. Begitu juga dengan keborosan yang masih berleluasa dalam negara. Ini menjadi satu persoalan, apakah realiti, target yang hendak dicapaikan, wawasan negara maju 2020 hanya tinggal lima tahun sahaja lagi akan dicapai sebagaimana yang diuar-uarkan oleh pemimpin. Seolah-olah kita lihat jauh bezanya, bicara pimpinan dengan realiti kehidupan rakyat yang ada di bawah sana. Rancangan Malaysia Kesebelas, kita melihat di mana kerajaan menyasarkan untuk mencapai rakyat yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan USD15,000 sebulan. Sedangkan realiti yang ada pada hari ini, RM2.4 juta ataupun 73% rakyat negara kita masih berada di bawah pendapatan rendah. Sebanyak 40% daripada isi rumah berpendapatan bawah daripada RM1,847 sebulan. Sebanyak 40% rakyat golongan middle class yang berpendapatan bawah pada RM4,573 sebulan, hanya 20% sahaja pendapatan rakyat negara yang mencecah RM12,159 sebulan. Jadi, kita melihat begitu jauh beza antara jurang pendapatan golongan bawah dan golongan atasan. Jadi, apakah program-program yang memberi jaminan kepada kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat dengan keadaan pertumbuhan ekonomi negara kita yang sangat perlahan. Dengan keadaan kos hidup yang semakin tinggi, cukai yang semakin tinggi dan dengan keadaan inflasi yang semakin meningkat. Jadi, sejauh mana jaminan kerajaan bahawa RMK ini dapat menyelesaikan segala permasalahan yang disebut oleh kerajaan dan akan mencapai target rakyat berpendapatan tinggi dengan keadaan kedudukan rakyat yang ada pada hari ini. Kita lihat juga contoh dari sudut pelaksanaan GST yang telah diluluskan oleh kerajaan bermula dari April yang lepas. Dari situ, kita melihat bagaimana kerajaan telah mengenakan cukai kepada rakyat dalam keadaan rakyat, ramai lagi berpendapatan rendah. Kita dimaklumkan di dalam Dewan ini setiap kali pembentangan Laporan Ketua Audit Negara, Ketua Audit membentangkan ketirisan yang berlaku dalam pengurusan kewangan kerajaan. Antara RM20 bilion hingga RM40 bilion setahun ketirisan wang negara. Sedangkan sumber kalau kita lihat hasil daripada GST, apa yang disebut dalam RMKe-11 ini, target kerajaan akan mencapai jumlah RM31 bilion setahun kutipan daripada cukai GST. Andainya ketirisan ini dapat dibendung, negara kita dapat menghapuskan segala bentuk ketirisan, bermakna kita boleh jimat wang negara kita hampir RM40 bilion setahun. Tidak perlu kita menekan rakyat dengan cukai GST. Jadi, apa perlunya, apa sebenarnya kebijaksanaan kerajaan dalam keadaan sekarang ini, mengenakan cukai kepada rakyat dan dalam masa yang sama terus tidak menguatkuasakan ketirisan yang terus berlaku. Bukan itu sahaja, kita melihat pemborosan yang semakin banyak berlaku dalam negara kita. Apa yang telah disebut oleh ramai Ahli Yang Berhormat, apa yang berlaku dalam negara kita tentang skandal 1MDB, termasuk dengan Tabung Haji, termasuk dengan penggunaan wang KWSP. Banyak lagi isu-isu yang

sebenarnya memedih hati rakyat dalam keadaan kerajaan mendakwa hendak membawa Malaysia kepada negara maju tetapi rakyat terus terbeban. Jadi, saya ingin penjelasan daripada kerajaan, sejauh mana perkara ini telah diberi perhatian oleh kerajaan untuk memastikan segala bentuk ketirisan, segala bentuk penyalahgunaan, segala bentuk keborosan, target sifar supaya tidak berlaku apa-apa bentuk pemborosan dan ketirisan untuk mencapai negara maju dalam menjelang tahun 2020 ini, insya-Allah. Kalau kita lihat dalam rolling plan yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana kita ada bajet tahunan. Walaupun bajet itu nampak elok, seimbang ataupun defisitnya yang tidak seberapa tetapi setiap kali kita di dalam Dewan ini dibentangkan dengan bajet tambahan. Dua hingga tiga kali bajet tambahan setahun. Jadi, kita melihat di situ di mana kejujuran kerajaan sebenarnya. Seolah-olah menyembunyikan supaya tidak nampak masa pembentangan bajet seolah-olah negara kita dalam keadaan yang stabil dari segi ekonomi. Begitu juga kita tengok Rancangan Malaysia. Setiap kali kita tengok Rancangan Malaysia, pelan lima tahun. Walaupun Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi saya dimaklumkan hampir 40% lagi projek-projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang belum selesai, yang terpaksa dibawa kepada Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya ingin tahu, apa sudah jadi tentang perancangan, perspektif yang melibatkan jangka panjang, 10 tahun. Saya dimaklumkan telah ditamatkan pelan ini tahun 2010 lagi. Apakah ia masih relevan? Macam manakah kerajaan untuk menentukan hala tuju 10 tahun akan datang? Saya minta perkara ini dijelaskan oleh pihak Menteri dalam sesi jawapan nanti, insya-Allah. Saya ingin menyentuh tentang enam teras yang telah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini yang mana kita melihat dari segi teorinya memang hebatlah untuk memperkasakan. Di antaranya, saya sebutkan di sini ialah untuk memperkasakan komuniti, untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera. Di mana di antaranya adalah program untuk meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan. Di mana kita dapati dalam negara kita, 48.7% daripada penduduk negara kita adalah wanita dan 61% daripada mahasiswa dalam negara kita adalah wanita. Jadi, di sini kita melihat bagaimana pentingnya peranan wanita dalam pembangunan negara. Soalnya di sini, sejauh mana sistem sokongan yang telah diberi oleh kerajaan? Kita dapati pada hari ini sebagaimana yang disebut dalam pelan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kerajaan akan menyediakan sistem sokongan. Akan tetapi kita lihat contoh sistem sokongan kepada pekerja wanita. Daripada 3,000 pusat asuhan kanak-kanak yang ada di seluruh negara, hanya 1,000 buah sahaja yang berdaftar. Ini bermakna, 2,000 buah belum berdaftar. Kalau kita tengok apa yang diuar-uarkan dalam media, hari ini kita melihat contoh, tahun 2013 sahaja enam kematian bayi di pusat asuhan, taska ataupun asuhan kanak-kanak. Pada tahun 2014, didedahkan tujuh kematian bayi di tempat asuhan kanak-kanak. Jadi, sejauh mana jaminan kerajaan? Macam mana kalau kita dengar tadi dalam perbahasan Dewan, dalam jawapan Menteri di Dewan, begitu tinggi kadar stres di kalangan penjawat awam. Apa lagi kalau di kalangan ibu, wanita yang mempunyai anak kecil? Macam mana mereka tidak stres apabila keselamatan anak-anak mereka tidak terjamin semasa mereka keluar bekerja. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana perancangan kerajaan untuk memastikan kebajikan ataupun kesejahteraan untuk anak-anak, terutama semasa ibu mereka bekerja dapat diberi jaminan? Saya ingin tahu setakat ini berapa jumlah taska yang telah dikelolakan di bawah kerajaan? Oleh sebab kita dimaklumkan, hendak bandingkan dengan keperluan yang ada di seluruh negara, terlalu sedikit jumlah taska di bawah kendalian jabatan kerajaan sendiri, apalagi di pihak swasta. Saya mencadangkan supaya kerajaan meletakkan ketetapan supaya semua bangunan yang akan dibina mesti memastikan ada premis yang sesuai untuk dibuka kelas-kelas taska, pendidikan atau asuhan kanak-kanak. Oleh sebab kita lihat banyak di kalangan ibu-ibu ataupun wanita-wanita yang ingin mengendalikan pusat pengendalian kanak-kanak tetapi kerana bangunan yang tidak sesuai, yang tidak boleh dibuat pusat asuhan kanak-kanak. Jadi, saya ingin supaya kerajaan meletakkan satu dasar semua jenis bangunan, premis yang akan dibina mesti ada tempat khas untuk taska kanak- kanak untuk memberi kemudahan kepada ibu-ibu yang bekerja.

Begitu juga jabatan dan juga pihak kilang ataupun pihak swasta, mesti dikuatkuasakan peraturan ini baru ia jadi realiti. Kalau tidak, kita akan melihat apa yang berlaku. Wanita ramai yang berkelayakan tetapi mereka tidak diberi sistem sokongan yang baik untuk mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Saya ingin juga minta penjelasan yang berkaitan dengan sistem jadual kerja waktu anjal yang dilaksanakan pada hari ini. Sejauh mana penguatkuasaan ini dikenakan kepada pihak majikan di sektor swasta? Oleh sebab kita tengok ramai pekerja wanita di sektor swasta yang mereka ditekan, bukan setakat mereka tidak diberi peluang jadual kerja yang anjal. Malah ada di kalangan mereka yang dipaksa bekerja. Ada yang tak boleh berhenti untuk solat. Ada juga yang dipaksa buka tudung. Saya bagi pihak diri saya menyentuh – saya pernah berjumpa dengan pekerja bahagian penerbangan di mana saya dimaklumkan, contoh penerbangan AirAsia di mana mereka mengatakan mereka tidak diberi hak untuk cuti. Contoh, kalau mereka cuti, mereka kena bayar RM250 sehari. Jadi, di mana hak kepada pekerja? Begitu juga pekerja-pekerja MAS di mana kita dimaklumkan mereka akan diberhentikan, lebih kurang 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan. Apa hak mereka? Apa jaminan mereka? Mereka dalam keadaan ibarat tunggu buah yang tak gugur. Tak tahu apa akan jadi pada masa depan mereka. Jadi, sejauh mana jaminan?

[Bangun]

Apabila sebut kepada sistem penerbangan, saya dapat aduan ramai daripada pekerja-pekerja wanita. Mereka sebenarnya ingin berpakaian menutup aurat, bertudung. Akan tetapi, kekangan tugasan menghalang mereka untuk menutup aurat. Jadi, saya ingin satu dasar apabila Perdana Menteri menguar-uarkan Maqasid Syariah yang akan dilaksanakan dalam negara ini. Inilah masanya kerajaan, kita tak nampak pun dalam pelan Rancangan Malaysia Kesebelas ini apa yang nak dicapai dalam Maqasid Syariah yang menjadi target dalam pentadbiran negara.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Malah kita lihat...

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang berdiri di belakang.

Baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Yang Berhormat Rantau Panjang, sepertimana yang dimaklumkan kepada umum 25 Mei 2015 satu pertiga, hampir 8,000 pekerja MAS akan dibuang. Setelah diambil kira Akta MAS yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini diterima pakai oleh Khazanah untuk menganiayai dan untuk melepaskan permasalahan dengan membuang pekerja-pekerja tersebut. Maka, apakah Yang Berhormat Rantau Panjang bersetuju dengan saya? Dalam masa yang sama, kerajaan telah melonggarkan ataupun terjadinya tragedi 1MDB yang melibatkan RM42 bilion yang mana tidak diambil tindakan secara efisien ataupun dalam keadaan yang lebih manfaat kepada negara. Dalam masa yang sama, Khazanah nak buang 8,000 orang. Apakah tindakan ini dianggap adil ataupun dianggap sebagai “melepaskan batok di tangga”. Apa pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih. Memang jelas apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Nampak di sini di manakah sebenarnya kesungguhan, keseriusan kerajaan yang dikatakan rakyat didahulukan. Berapa kali kita nyatakan bahawa bukan slogan yang kita mahukan tetapi kita nak realiti pelaksanaan. Kalau sebelum ini diuar-uarkan bahawa 1Malaysia bahawa rakyat didahulukan tetapi kita lihat rakyat yang didahulukan untuk dibebankan. Sekarang ini kita lihat apa yang berlaku pada pekerja MAS. Apabila 8,000 pekerja MAS bakal dibuang, bayangkan berapa ribu nasib isteri, anak-anak mereka yang akan menanggung hasil daripada pembuangan kerja? Ini adalah satu kezaliman sedangkan di masa yang sama kerajaan seolah-olah

pejam sebelah mata isu yang berkaitan penyelewengan dana rakyat yang melibatkan 1MDB lebih daripada RM42 bilion. [Tepuk] Ini wang rakyat. Ini adalah hak rakyat. Kita sebagai kerajaan adalah bertanggungjawab, bukan sahaja kita bertanggungjawab dengan manusia, dengan rakyat tetapi kita bertanggungjawab dengan Allah SWT di akhirat. Saya ingin pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hari ini menilai apa yang dibuat hari ini bukan soal di sini. Kita akan berdepan dengan soal jawab di akhirat. Jadi sebab itulah saya inginkan hak ini diberi kepada rakyat. Pastikan kebajikan rakyat, semua pekerja, kalau mereka nak dibuang mesti mereka mendapat pampasan yang setimpal, diberi ganti pekerjaan yang sesuai untuk menyambung kehidupan mereka. Begitu juga hak untuk melaksanakan kepatuhan kepada syariat. Saya cukup terkilan apabila ada pekerja-pekerja wanita dilarang untuk berpakaian menutup aurat. Mereka dipaksa pakai skirt pendek, terpaksa buka tudung semata-mata kerana mencari sesuap nasi di bumi Malaysia ini. Apakah yang dikatakan maqasid syariah yang nak dibina di bawah kepimpinan Perdana Menteri hari ini? Jadi sebab itu, saya ingin penjelasan apa yang disebut oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan negara, saya harap perkara ini diberi pertimbangan di semua sudut. Jangan hanya melihat dari sudut fizikal tetapi kena lihat dari sudut syariah, dari segi kepatuhan, dari sudut kebajikan, hak kesamarataan, begitu juga disebut hak kekeluargaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang kebajikan yang berkaitan dengan kebajikan warga emas. Jadi kita lihat hari ini apa yang disebut dalam strategi B5 Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu menambah baik persekitaran kehidupan warga emas. Jadi saya ingin pastikan sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan warga emas dalam negara kita mendapat kebajikan yang sepatutnya dan bukan setakat fizikal tetapi dari segi kerohaniannya sebagai persiapan mereka untuk bersiap menuju Allah SWT di akhir usia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh iaitu berkaitan dengan teras yang seterusnya iaitu mentransformasikan luar bandar untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat iaitu berkaitan dengan pertumbuhan wilayah, keseimbangan antara wilayah. Di mana dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, disebutkan bahawa kerajaan akan membangunkan pembangunan wilayah iaitu dengan mengadakan kajian semula Pelan Induk Pembangunan Wilayah. Disebutkan akan membina beberapa tebatan banjir termasuk juga pembangunan ECER dan juga beberapa kawasan sempadan. Apa yang paling saya sedih, saya dah bertahun melaungkan keperluan tebatan banjir di Parlimen Rantau Panjang. Sampai hari ini tidak ada sepatah perkataan pun pembinaan tebatan banjir untuk Rantau Panjang. Sedangkan kita di Rantau Panjang adalah sempadan di sebelah Timur. Sempadan Malaysia–Thai. Di mana sebenarnya yang dikatakan pembangunan yang seimbang? Pembangunan yang menyeluruh yang meliputi semua keperluan rakyat. Sedangkan berkali-kali di sini ada pusat pembangunan, pendapatan rakyat melalui aktiviti-aktiviti ekonomi. Aktiviti ekonomi lumpuh, pertanian lumpuh hasil daripada banjir. Jadi sebab itulah saya ingin menegaskan kerajaan mesti bertanggungjawab. Kami juga pembayar cukai. Kami juga rakyat Malaysia. Kenapa hak rakyat di Rantau Panjang, hak rakyat Kelantan khususnya sebab ia meliputi hampir separuh Kelantan. Perairan Sungai Golok, kenapa tidak diberi hak? Kita melihat di sini apa yang disebutkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh hingga Kesebelas ini, disebutkan ada beberapa projek yang akan dibuat iaitu Plaza Peruncitan di Bukit Bunga, pembangunan semula Kampung Laut dan sebagainya. Saya tak menafikan keperluan di Parlimen lain tetapi saya nak menyatakan CIQ di Rantau Panjang di antara CIQ yang tersibuk. Kalau di musim perayaan, jammed. Saya dimaklumkan projek ini sepatutnya dibina tetapi dibawa projek ini ke Bukit Bunga. Saya tanya pegawai kastam. Di Bukit Bunga tak ada orang. Penggunaan laluan terlalu sedikit berbanding dengan keperluan Rantau Panjang dengan Golok. Akan tetapi, diberi keutamaan sebab ia kawasan Menteri. Apakah ini keadilan? Ini kerana Parlimen Rantau Panjang tidak diwakili oleh Menteri? Ini kerana Parlimen Jeli diwakili oleh Menteri maka projek yang penting untuk kepentingan ekonomi rakyat dibawa ke kawasan Menteri? Apakah ini keadilan? Saya ingin tanya kepada pihak pemerintah kalau mengatakan itu keadilan. Jadi sebab itulah perkara ini harus dijawab dan kami tidak akan reda, kami tidak akan halal perkara kezaliman kepada rakyat.

Begitu juga tentang pembinaan pemulihan jalan kereta api yang kita semua tahu di antara pengangkutan utama. Sekian lama kereta api antara Sungai Golok dengan Malaysia diputus, ditutup sedangkan dia boleh menjana ekonomi di sebelah Pantai Timur. Saya ingin penjelasan apa sebenarnya tujuan kerajaan dengan landasan yang ada tetapi ditutup. Kenapa kerajaan tidak ada strategi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk membina rancangan yang lebih baik untuk buka semula kereta api yang menghubungkan dengan negara Thai sebagaimana kita boleh buat dengan Singapore, hendak buat laluan kereta api laju lagi. Kenapa kita tak buat usaha yang sama di sebelah Pantai Timur? Inilah yang dikatakan jurang begitu besar. Begitu juga saya ingin tanya bilakah pemulihan jalan kereta api antara Tumpat dan Kuala Lumpur yang menjadi pengangkutan penting bagi ekonomi terutama rakyat-rakyat tempatan, terutama bagi golongan petani dan golongan dalam kawasan pendalaman. Kenapa tidak disebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas? Cuma disebutkan kerajaan akan membina lebuh raya antara Kota Bharu dan Kuala Krai. Tidak selesai masalah. Kami berterima kasih perkara ini sudah lama disebut berkali-kali diulang dalam Dewan ini, Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu. Akan tetapi penyelesaiannya bukan setakat Kuala Krai-Kota Bharu. Kenapa tidak buat lebuh raya yang menghubungkan terus Kota Bharu dengan Kuala Lumpur! Yang mana yang banyaknya berlaku kemalangan accident melibatkan ratusan nyawa, ribuan nyawa rakyat di lebuh raya melalui Gua Musang yang jalannya cukup mencabar. Kenapa tidak diletakkan dalam perkara ini? Sekali lagi rakyat Kelantan melihat Rancangan Malaysia Kesebelas ini satu lagi penindasan dan anak tiri kepada rakyat Kelantan. Jadi, sudahlah royalti kami sudah tidak diberi, terpaksa masuk ke mahkamah. Berapa kali mahkamah. Kenapa perkara ini? Saya ingin keadilan untuk rakyat. Jadi sebab itulah saya ingin penjelasan jawapan yang sebaiknya daripada kerajaan kenapa perkara ini berlaku tidak dirancang. Menteri yang datang yang ada di Kelantan contohnya yang ada dalam Menteri Kabinet yang asal daripada Kelantan, kenapa tak beri pembelaan yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat Kelantan. Kami berterima kasih apabila kerajaan mencadangkan untuk membesarkan landasan kapal terbang di Airport Pengkalan Chepa. Sudah berapa puluh kali kami sebut. Terima kasih di atas ruang untuk pembesaran. Di saat mungkin kerajaan sudah tidak ada sebab untuk tolak lagi. Apakah perlu menunggu berapa kali Rancangan Malaysia lagi untuk kami dapat menikmati kemajuan di sebelah Timur sebagaimana yang ada di sebelah barat. Di sebelah barat ini berapa lapisan landasan ataupun jalan lebuh raya yang akan baru dibina. Berlapis-lapis lebuh raya dibina tetapi di sebelah Timur, tuan-tuan tengok sendirilah apa yang berlaku. Jadi sebab itulah saya ingin minta supaya kerajaan berlaku adil kepada rakyat supaya mendapat keberkatan dalam setiap kerja yang kita lakukan. Saya ingin menyentuh juga ialah tentang memperkasakan modal Bumiputera. Saya ingin menyentuh setakat ini berapa ramai kah Bumiputera yang telah berjaya kita bina untuk mencapai sasaran berpendapatan memiliki ekuiti ataupun pendapatan tinggi sebagaimana yang di target oleh kerajaan. Kita tidak mahu kalau kita tengok dalam Dasar Ekonomi Baru dengan target 30% ekuiti bumiputera sampai Rancangan Malaysia Kesebelas pun kita lihat masih kita gagal untuk mencapai 30% ekuiti bumiputera. Jadi saya ingin tahu bumiputera yang mana telah berjaya? Apakah ada satu atau dua orang yang terkaya? Ataupun UMNO Putera yang terkaya? Ramai lagi belum berjaya. Apakah itu yang menjadi ukuran? Jadi sejauh manakah pengukuran ini dibuat? Berapa jumlah? Apakah program-program yang telah dilaksanakan. Saya ingin juga penjelasan tentang pemilikan – hendak tahu tentang sebagaimana yang disebut dalam E3 meningkatkan syer pemilikan kekayaan Bumiputera. Saya ingin tahu setakat ini berapakah syer pemilikan kekayaan bumiputera dalam negara kita di semua sektor. Sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh MARA, TEKUN, dan badan-badan yang lain berkaitan untuk meningkatkan kemampuan Bumiputera dapat bersaing di persada negara kita, nasional dan di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin bertanyakan tentang berkaitan dengan meningkatkan kesejahteraan rakyat di mana kita melihat banyak lagi perkara-perkara yang

kegagalan berlaku di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang masih belum mencapai tahap kesempurnaan hingga masuk kepada Rancangan Malaysia Kesembilan. Termasuk juga tentang keperluan asas rakyat termasuk dari segi infrastruktur, keperluan air, keperluan elektrik dan sebagainya. Jadi saya melihat di sini apa yang disebut oleh Kementerian yang di bentang oleh Menteri di sini, kita melihat ada banyak lagi keperluan-keperluan asas yang masih belum capai. Saya ingin tanya tentang apakah projek-projek yang dikhususkan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat untuk negeri Kelantan. Khususnya dari sudut kemudahan air bersih yang mana kita dimaklumkan dalam Dewan ini 36% lagi kekurangan penggunaan air bersih di Kelantan mungkin kerana mereka banyak menggunakan telaga- telaga tiub dan sebagainya. Jadi sejauh mana peruntukan yang diberi kepada Kerajaan Kelantan untuk meningkatkan lagi kualiti air bersih di seluruh negeri Kelantan. Begitu juga tentang kemudahan jalan raya dari segi lampu-lampu jalan termasuk juga tentang kemudahan infrastruktur yang lain yang kami banyak terdedah terutama dengan bencana banjir dan sebagainya. Jadi sebanyak mana program-program ini dibuat, dilaksanakan dan disusun untuk memastikan kesejahteraan ini dapat diseimbangkan setaraf negeri-negeri lain. Jadi sekadar itu dulu Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Pembahas seterusnya daripada pihak penyokong kerajaan. List depan saya Yang Berhormat Limbang. Kalau Yang Berhormat Limbang tidak ada, Yang Berhormat Silam. Selepas Yang Berhormat Silam barulah Yang Berhormat Putatan. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Khamis yang lalu. Setelah membaca dan mendengar pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya melihat bahawa perancangan itu adalah amat baik, tepat, realistik dan sesuai untuk rakyat di Malaysia ini untuk kita mencapai negara maju pada tahun 2020. Seperti kawasan-kawasan lain di Malaysia ini Yang Berhormat Silam juga ingin mengikuti pembangunan-pembangunan supaya Yang Berhormat Silam tidak ketinggalan dalam arus pembangunan mencapai kemajuan dalam tahun 2020 sebagai negara maju. Satu daripadanya ialah kita ingin mendapatkan beberapa kemudahan-kemudahan terutamanya kemudahan pengangkutan supaya dinaiktarafkan di kawasan Silam supaya dia akan menjana ekonomi yang lebih baik dan lebih tepat di masa-masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, Lapangan Terbang Lahad Datu telah dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1943. Selepas Perang Dunia Kedua Kerajaan Sabah masa itu telah mengambil alih ataupun Kerajaan Borneo pada masa itu telah mengambil alih lapangan terbang ini dan diperbaiki sehinggalah sekarang di mana dia boleh menampung pesawat- pesawat ATR ataupun Fokker Friendship. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Penerbangan Awam pada tahun 2009 sebelum dilancarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh telah membuat satu kajian untuk menimbang dan mengkaji sama ada keperluannya ada untuk membuat dan membina sebuah lapangan terbang baru di Lahad Datu. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa memang amat sesuai untuk diadakan lapangan terbang baru di Lahad Datu. Satunya ialah lapangan terbang yang ada sekarang ini betul-betul di tengah-tengah bandar Lahad Datu dan ia sudah tidak sesuai. Trend sekarang ialah untuk membawa lapangan terbang keluar daripada kawasan bandar. Jadi sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman telah bersedia dan telah bermurah hati untuk menyediakan sebidang tanah berukuran seribu ekar di kawasan Silabukan, Lahad Datu untuk dibina sebuah lapangan terbang yang baru. Jadi saya merayu kepada Yang Amat Berhormat dan juga Menteri Kewangan Malaysia supaya memberi pertimbangan kepada pembinaan sebuah lapangan terbang yang baru yang telah dikenal

pasti untuk dibina di kawasan Silabukan, Tungku yang lebih kurang 25 kilometer daripada pusat bandar.

Kita harap dengan adanya lapangan terbang ini, maka perusahaan-perusahaan, perindustrian-perindustrian seperti POIC Lahad Datu yang menjadi pusat industri hiliran bagi minyak kelapa sawit akan menjadi lebih matang. Sekarang ini, para pelabur yang datang ke POIC untuk melabur biasanya bertanya kemudahan-kemudahan yang ada yang boleh ditawarkan di Lahad Datu. Satu daripadanya ialah perhubungan udara. Jadi itu sebabnya amat penting kerajaan memberi pertimbangan supaya lapangan terbang baru Lahad Datu ini dapat dibina dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Satu perkara juga ialah dengan kemudahan pelancongan yang ada di Lahad Datu, dengan adanya lapangan terbang ini, maka pelancong-pelancong yang datang ke Lahad Datu untuk melawati Lembah Danum dan juga Tabin dan lain-lain kawasan pelancongan di Lahad Datu yang amat disukai, digemari oleh pelancong-pelancong dari luar negara dapat berkunjung ke Lahad Datu dengan pantas, tidak lagi perlu turun di Kota Kinabalu dan naik sebuah lagi pesawat atau bermalam di Kota Kinabalu untuk datang ke Lahad Datu. Jadi ini harapan kita supaya atas sebab-sebab sedemikian, maka sebuah lapangan terbang baru akan dibina. Saya juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana pada pembentangan bajet pada tahun 2015, telah diumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM50 juta untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Lahad Datu. Dalam soalan saya kepada Kementerian Pengangkutan, saya dimaklumkan bahawa dengan jumlah RM50 juta ini kerajaan tidak merancang untuk melebarkan atau memanjangkan Lapangan Terbang Lahad Datu, hanya setakat untuk membina sebuah terminal dan lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh lapangan terbang. Jadi saya melihat bahawa peruntukan RM50 juta ini tidak menjanjikan bahawa Lapangan Terbang Lahad Datu itu boleh dibesarkan dan dapat menampung pesawat-pesawat lebih besar seperti Boeing 737 dan juga Airbus A320. Penduduk Lahad Datu ataupun Silam amnya, samalah juga dengan rakyat di kawasan-kawasan lain, juga mengharapkan dengan adanya lapangan terbang baru yang akan dibina ini, maka pesawat-pesawat seperti Boeing 737 dan juga Airbus A320 dapat mendarat. Dengan itu, maka syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah akan dapat datang ke Lahad Datu dan ini adalah satu kemudahan yang boleh digunakan oleh rakyat di Lahad Datu. Ini kerana, sekarang penduduk di Lahad Datu sudah memikirkan untuk melancong ke luar negeri. Jadi dengan adanya kemudahan tambang murah ini, maka tentu sekali kemudahan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh penduduk di Lahad Datu. Seperkara yang ingin saya sentuh Tuan Yang di-Pertua, ialah pada 28 Ogos 2010, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran telah berkunjung ke Lahad Datu untuk berbuka puasa di Masjid Al-Raudhah, Lahad Datu. Pada masa itu, Yang Amat Berhormat di hadapan lebih kurang 5,000 orang yang sama-sama berbuka puasa telah mengumumkan bahawa sebuah sekolah agama kerajaan Lahad Datu akan dibina di Lahad Datu dengan kos lebih kurang RM70 juta. Sehingga sekarang ini, projek itu belum dapat dilaksanakan. Saya pun tidak tahu apa masalahnya, tetapi saya mengharapkan supaya projek ini dapat dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas sebab ini adalah sebuah janji, satu janji yang diumumkan di khalayak ramai di Lahad Datu di Masjid Al-Raudhah dan ia perlu ditepati. Kita tidak mahu rakyat akan merasa bahawa kerajaan berjanji tetapi tidak ditepati. Saya sudah tidak kuasa lagi menjawab pertanyaan-pertanyaan rakyat di Lahad Datu, di Silam khasnya, bertanya bilakah sekolah menengah kerajaan Lahad Datu ini dibina. Seperkara yang saya ingin tekankan di sini bahawa Lahad Datu mempunyai penduduk lebih 90% adalah beragama Islam. Keperluan untuk diadakan sebuah sekolah menengah agama ini amat penting sebabnya kita mempunyai beberapa sekolah rendah agama di Lahad Datu yang menjadi feeder school kepada sekolah menengah agama ini. Jadi, penduduk-penduduk di Lahad Datu di mana ibu bapa yang inginkan anak mereka melanjutkan di sekolah menengah agama terpaksa menghantar ke Kota Kinabalu, Sandakan atau juga Semporna.

Akan tetapi ada juga ibu bapa yang berjumpa dengan saya mengatakan bahawa anak-anak mereka yang bersekolah di Semporna dan juga di kawasan-kawasan lain ini terpaksa dipanggil balik untuk bersekolah di Lahad Datu, di sekolah biasa sebabnya mereka tidak mampu lagi menampung kos yang begitu tinggi. Jadi saya amat sedih dan itu sebabnya saya merayu kepada kerajaan supaya memasukkan projek sekolah agama menengah ini di Lahad Datu dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Seperkara yang saya ingin tunjukkan juga di sini ialah perkara berhubung dengan tebatan banjir. Projek tebatan banjir di Lahad Datu ini, kajian dan reka bentuknya telah dilaksanakan pada tahun 2000 dan projeknya telah dimulakan pada tahun 2004. Projek ini mempunyai siling RM120 juta pada masa itu dan projek ini merangkumi tiga batang sungai yang melalui Pekan Lahad Datu iaitu Sungai Pancuran, Sungai Tabanak dan Sungai Sepagaya. Kita berterima kasih kepada kerajaan dan juga jabatan yang berkenaan sebab Sungai Pancuran dan Sungai Tebanak sudah 90% siap, selesai. Oleh sebab itu, sudah tidak berlaku banjir kilat setiap kali berlakunya hujan dua jam atau tiga jam. Akan tetapi malangnya, Sungai Sepagaya belum lagi dapat dimulakan projeknya. Jadi, saya merayu kepada kerajaan supaya Sungai Sepagaya ini juga dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas supaya dapat diatasi banjir kilat yang sering berlaku. Di Sungai Sepagaya ini, setiap tahun dua atau tiga kali berlaku. Bila mana ada hujan lebat dua jam, tiga jam, dia akan naik dan berlakulah banjir kilat yang tidak juga lama, mungkin dua jam atau tiga jam banjir kilatnya, tetapi dia memusnahkan banyak kemudahan yang ada di kampung itu. Kampung ini sebenarnya ia berhampiran dengan Pekan Lahad Datu. Jadi, saya merayu sekali lagi kepada kerajaan supaya memberi pertimbangan supaya projek ini diteruskan sebabnya telah bermula pada tahun 2000, tahun 2004 dan sekarang sudah hampir 90% selesai, cuma yang ketinggalan ialah Sungai Sepagaya. Tuan Yang di-Pertua, Lahad Datu merupakan satu kawasan yang pesat membangun. Sebenarnya, di Sabah ada 23 daerah. Daerah Lahad Datu adalah satu- satunya kawasan yang pesat membangun. Saya yakin dan percaya kerajaan telah memikirkan untuk menaikkan taraf Daerah Lahad Datu kepada sebuah majlis perbandaran. Ini kerana ia telah memenuhi keperluan-keperluan, syarat-syarat yang diperlukan untuk mencapai sebuah bandar yang bertaraf majlis perbandaran. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Lahad Datu ini ada tiga jalan raya yang masuk ke dalam Pekan Lahad Datu. Satu daripadanya ialah Jalan Silam iaitu jalan daripada Tawau. Sebuah lagi, Jalan Segama yang masuk daripada sebelah Sandakan. Sebatang jalan lagi ialah Jalan Tengah Nipah iaitu jalan yang digunakan oleh penduduk di FELDA Sahabat untuk masuk ke Lahad Datu. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Jalan Silam telah diluaskan, dinaiktarafkan menjadi empat hala dan sekarang ini telah digunakan. Jalan Segama, kerajaan tahun lepas telah memberi peruntukan berjumlah RM123 juta untuk melebarkan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Jalan Silam dan Jalan Segama ini adalah sebahagian daripada Pan Borneo Highway. Jadi telah dibesarkan dan Jalan Segama ini mungkin dalam dua tahun akan selesai dinaik taraf. Satu perkara yang saya ingin menyentuh di sini ialah Jalan Tengah Nipah. Jalan Tengah Nipah ini saban hari sesak dan keperluan untuk menaiktarafkannya amat mendesak. Saya dalam jawapan bertulis yang diberi kepada oleh kementerian berkenaan, dia mengatakan bahawa jalan ini adalah kepunyaan negeri, state road. Jadi kerajaan tidak akan mengambil perhatian terhadapnya. Terpulang kepada kerajaan negeri. Akan tetapi kalau diserahkan kepada kerajaan negeri, tentu sekali mengambil masa 10 tahun atau 20 tahun untuk dinaiktarafkan. Jadi saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya berbincang dengan kerajaan negeri sebabnya sama ada ia jalan kerajaan negeri atau jalan Kerajaan Persekutuan, rakyatnya sama juga. Itulah juga yang mengundi setiap kali pilihan raya kepada Barisan Nasional. Jadi saya harap Kerajaan Persekutuan berilah perhatian. Kalau masalah yang dihadapi ialah sebahagian jalan negeri, saya rasa ada cara untuk mengatasinya. Saya rasa ada caranya di mana Kerajaan Persekutuan boleh menggunakan peruntukannya untuk

menaiktarafkan Jalan Tengah Nipah ini sebab jalan ini adalah jalan yang amat perlu digunakan oleh FELDA Sahabat. FELDA Sahabat adalah satu kawasan FELDA yang terbesar di Malaysia. Ia lebih kurang 250,000 ekar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Jadi ia menghasilkan revenue kepada kerajaan. Jadi saya rasa Kerajaan Persekutuan tidak akan merasa kerugian sekiranya jalan ini dinaik taraf menjadi dua hala. Tuan Yang di-Pertua, Lahad Datu, Silam dan juga negeri Sabah amnya memang mengalami masalah bekalan elektrik yang berkurangan. Saban hari kita merasai bekalan elektrik terputus. Demikian juga di Lahad Datu, kita mengalami gangguan bekalan elektrik yang dicatu dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, saya risau sebabnya Lahad Datu mempunyai satu taman perindustrian yang begitu maju yang dinamakan POIC Lahad Datu di mana kerajaan telah membuat satu dasar Kerajaan Negeri Sabah telah membuat sebuah dasar bahawa kerajaan tidak lagi mahu mengeksport semua CPOnya. Ini akan dikurangkan tahun demi tahun supaya CPO ini tidak lagi dieksport sepenuhnya ke luar negeri malahan ia akan diproses di Lahad Datu untuk mendapatkan revenue, harga yang lebih tinggi, hasil yang tinggi daripada minyak kelapa sawit. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekiranya bekalan elektrik tidak mencukupi, bukan sahaja ia mengganggu kepada penduduk yang menggunakan bekalan elektrik tetapi juga perusahaan di POIC akan tergendala. Sebenarnya apabila pelabur-pelabur datang ke Lahad Datu untuk memikirkan untuk melabur di POIC, pertanyaan pertama adalah macam mana bekalan elektrik di kawasan ini. Jadi ini menjadi satu masalah bagi kami di kawasan Lahad Datu sebabnya berkemungkinan projek ataupun bekalan elektrik yang tidak mencukupi ini akan membantutkan kemajuan perusahaan di POIC Lahad Datu. Di Sabah Tuan Yang di-Pertua, bekalan elektrik yang boleh dibekalkan ialah 1154.7 megawatt tetapi keperluan yang diperlukan setiap hari ialah 897 megawatt. Selebihnya itu adalah reserve tetapi reserve ini tidak mencukupi apabila berlaku emergency seperti baru- baru di Segeliut, sebuah palong terjatuh dan terputus bekalan elektrik ke kawasan Pantai Timur Sabah, maka reserve yang ada tidak mampu untuk menampung keperluan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah. Jadi terpaksa bergelap dalam beberapa jam. Jadi ini merunsingkan kita dan kita harap kerajaan mengambil perhatian sebabnya Pantai Timur Sabah memerlukan bekalan elektrik sepenuhnya dari Pantai Barat melalui kabel-kabel yang digunakan. Jadi ini tidak mampu sebab terlalu jauh. Saya difahamkan grid yang digunakan dari Pantai Timur Sabah ke Pantai Barat adalah terpanjang di seluruh Malaysia dan ini merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Beberapa tahun dahulu iaitu tahun 2004 Yang Amat Berhormat telah membentangkan dan mengumumkan dalam Bajet Tahun 2014 bahawa kerajaan akan membina satu projek besar di Lahad Datu iaitu projek Regasification Terminal (RGT) di POIC Lahad Datu yang bernilai hampir RM2 bilion. Malangnya projek ini telah dihentikan disebabkan oleh bekalan gas setelah dikaji adalah terlalu tinggi. Oleh sebab itu, tidak boleh digunakan untuk projek terminal ini sebabnya akan merugikan kepada pihak-pihak berkenaan. Saya amat gembira sebabnya baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa Petronas Carigali ataupun anak-anak syarikatnya telah membuat kajian cari gali di kawasan Silam di kawasan Pantai Timur Sabah dan hasilnya amat positif. Saya difahamkan dan mungkin kalau ditemui gas di kawasan ini, mungkin ini boleh membantu untuk menjana loji elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga bekalan air di Lahad Datu. Bekalan air di Lahad Datu, jumlah bekalan yang dapat ditawarkan di Lahad Datu oleh pihak yang berkenaan adalah 68 juta liter sehari manakala keperluan air di Lahad Datu adalah 91.5 juta liter sehari. Jadi maknanya bekalan tidak boleh menampung keperluan di Lahad Datu. Ini sebenarnya saya difahamkan kalau mengikut projection of water demand for Lahad Datu dari tahun 2013 hinggalah tahun 2025 peningkatannya begitu tinggi menjangkau 42.5 juta liter sehari setiap tahun. Jadi ini adalah satu perkara yang harus diambil perhatian sebabnya kalau tidak ada tindakan diambil oleh kerajaan untuk membina loji baru berkemungkinan bekalan elektrik akan menjadi satu krisis yang amat besar di kawasan Silam dan juga khasnya di Lahad Datu.

Jadi dengan itu saya merayu kepada kerajaan supaya membina satu lagi loji air di Lahad Datu. Sekarang ini ada dua buah loji yang boleh mengeluarkan 68 juta liter sehari tetapi tidak boleh mencukupi. Maka satu lagi loji perlu dibina di Lahad Datu di Sungai Segama, kita mempunyai sebuah sungai yang cukup besar. Jadi sebuah loji yang boleh dibina yang bernilai lebih RM200 juta. Ini akan mampu menampung bekalan air ke daerah Lahad Datu sampailah tahun 2025. Saya harap kerajaan akan memberi pertimbangan atas pertimbangan ini sebabnya kalau tidak ada tindakan yang dibuat terhadap masalah bekalan air di Lahad Datu ini maka dalam masa yang terdekat ini akan menjadi satu krisis yang sukar diatasi oleh kerajaan dalam tempoh masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat terharu dan amat menyokong kepada usaha- usaha yang telah disuarakan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Parlimen ini iaitu untuk memberi kuasa autonomi kepada Parlimen. Saya rasa itu adalah satu perkara yang baik dan satu cadangan saya ialah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 perlu dihidupkan semula.

Akta ini telah dimansuhkan pada 1992 oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Muhammad. Selepas itu, maka semua urusan pentadbiran Parlimen ini telah diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri. Kita mahu demi untuk memastikan pembahagian kuasa ataupun separation of powers itu dapat diperkasakan, dikuatkan. Supaya menjelang tahun 2020, bukan sahaja kita maju daripada segi infrastruktur tapi juga dari segi separation of powers. Kita mendapat satu Parlimen yang punya autonomi, yang betul-betul bebas untuk mentadbir. Tidak ada persepsi bahawa Parlimen itu adalah di bawah pegangan ataupun di bawah arahan pihak kerajaan ataupun pentadbiran. Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang ingin saya sentuh sedikit ini adalah berhubung dengan pengambilan pekerja. Lahad Datu adalah satu kawasan ladang kelapa sawit. Kita tahu di Lahad Datu ini, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, double bay ini mempunyai hampir satu juta hektar tanah yang ditanam dengan kelapa sawit. Jadi, masalah sekarang ini ialah masalah pengambilan pekerja. Saya sering dimaklumkan oleh syarikat-syarikat ladang atau pengurus-pengurus ladang yang berada di Lahad Datu ini, mereka amat sukar untuk mendapat pekerja-pekerja untuk bekerja di ladang mereka. Bukan sebab tidak dapat, bukan sebab tidak mampu tetapi prosesnya terlalu rumit, terlalu susah. Mereka terpaksa menguruskan, berjumpa dengan banyak jabatan. Jadi, saya merayu supaya kerajaan mempermudahkan proses pengambilan pekerja-pekerja daripada luar ini. Kita tahu rakyat di Sabah tidak mahu kerja di ladang. Anak-anak muda tidak suka kerja di ladang-ladang kelapa sawit. Jadi, memang pekerja yang kita perlukan ialah dari luar negara, terutamanya daripada Indonesia. Akan tetapi proses pengambilan ini bukan sahaja levinya mahal tetapi prosesnya juga susah dan rumit untuk mendapatkan pekerja. Mengambil bulan untuk mendapat sejumlah pekerja yang diperlukan di ladang. Jadi, saya merayu kepada kerajaan supaya mempermudahkan proses ini dan juga kalau boleh ditempatkan di satu tempat. Semua jabatan mengenai berurusan dengan pengambilan pekerja ini ditempatkan di satu bangunan supaya senang peladang-peladang ini ataupun orang yang mengambil pekerja luar untuk mendapatkan pekerja-pekerja daripada luar. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih sekali lagi kerana dapat membahas...

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Silam. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Silam bahawa kita pada ketika ini berhadapan dengan satu masalah yang cukup rumit sekali. Kita kekurangan pekerja, bukan daripada sektor perkilangan, bahkan daripada sektor perladangan. Jadi, bagaimana pendapat Yang Berhormat Silam, kalau saya mencadangkan supaya mereka, pelarian yang bertujuan untuk mendapatkan suaka politik, terutamanya daripada Myanmar dan juga daripada Bangladesh yang pada ketika ini beribu- ribu orang datang. Selain daripada kita terpaksa bagi dia makan, kita terpaksa menunggu masa untuk UNHCR menempatkan mereka untuk dunia ketiga ataupun tempat di negara-negara lain. Bagaimana cadangan saya, pendapat Yang Berhormat Silam, kalau mereka yang able bodied ini yang mempunyai kekuatan, kita ambil mereka bekerja untuk satu masa tempoh

yang ditetapkan supaya kita tidak perlu untuk import lagi pekerja-pekerja asing yang pada ketika ini telah mencapai satu angka yang cukup menakutkan iaitu lebih daripada dua juta pekerja asing yang datang untuk mencari rezeki dalam negara kita. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Silam?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jasin sebab sebenarnya di Sabah sahaja dikatakan ada lebih kurang 500,000 PTI yang ada di Sabah. Mereka ini tidak boleh bekerja dengan sah. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jasin, bahawa apa salahnya kalau kita legalize mereka. Beri mereka kemudahan supaya mereka boleh bekerja. Sebelum ini, sebenarnya PTI ini di Sabah, mereka bekerja secara tidak sah di ladang-ladang. Akan tetapi apabila penguatkuasaan dilaksanakan oleh ESSCOM, masuk ke ladang-ladang, maka terpaksa mereka beredar dan diganti dengan pekerja-pekerja yang sah yang dibawa masuk daripada Indonesia. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi proses ini terlalu susah, terlalu rumit. Banyak jabatan yang perlu didapati dan sebelum kita mendapati pekerja daripada luar, kita terpaksa membuktikan bahawa kita tidak boleh dapat pekerja dari orang-orang tempatan. Jadi, ini merumitkan kepada ladang-ladang. Jadi, saya amat setuju dengan Yang Berhormat Jasin. Kalau boleh, mereka yang berada di sini yang boleh dianggap sebagai PTI ini, kalau boleh mereka dilegalize supaya mereka boleh bekerja di ladang-ladang dan perusahaan-perusahaan. Jadi, tidak perlu lagi kita mengambil pekerja daripada luar sebab mereka sudah berada di negara kita. Terima kasih. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong kepada Rancangan Malaysia Kesebelas.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Silam kerana telah berhujah dalam masa yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Kelana Jaya. Selepas Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Putatan bersedia. Selepas Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Bandar Kuching. Sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas RMKe-11 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan pada Khamis yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi fokus kepada dua perkara sahaja. Perkara pertama ialah mengenai bab dua, tentang ekonomi makro. Perkara kedua, mengenai bottom 40 ataupun dipanggil B40 dan dikemukakan dalam bab tiga. Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan isu ekonomi makro. Bidang macroeconomics, dengan izin, memberi fokus kepada cara dan proses sebuah ekonomi negara berfungsi. Ia mengguna pakai beberapa penanda ataupun indikator seperti GDP ataupun yang kita panggil KDNK, pendapatan per kapita, kadar inflasi, isu kadar pengangguran, unemployment rate dan isu fiskal surplus ataupun defisit. Tuan Yang di-Pertua, tujuan kita memerhati ekonomi dari cara makro adalah untuk memberi kefahaman kepada isu yang paling penting iaitu tahap pendapatan nasional (the national income). Kita buat kajian makroekonomi untuk memerhati apakah national income negara kita dan faktor-faktor juga yang boleh mempengaruhi jangka panjang pertumbuhan ekonomi negara. Analisis dalam isu-isu dan indikator-indikator ekonomi makro boleh menolong kerajaan dalam merancangkan pembangunan dan juga penilaian keadaan ekonomi semasa. Dengan izin, the study of macroeconomics will enable government to plan and evaluate economic growth. Oleh demikian, bagi saya daripada semua bab RMKe- 11 ini, saya rasa isu makroekonomi ataupun ekonomi makro adalah yang paling penting sekali. Tuan Yang di-Pertua, apabila Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat menerima laporan yang tebal, cantik seperti RMKe-11 ini, kita sebenarnya diberi satu peluang untuk membuat peninjauan yang lebih kritikal terhadap data ekonomi yang dikemukakan. Oleh itu, saya akan mengambil kesempatan ini untuk meminta Menteri yang berkenaan untuk memberi indikator-indikator ekonomi yang lain daripada apa yang telah dipaparkan di dalam

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

RMKe-11. Saya cuma berharap Menteri akan memberi data yang berkualiti dan berdasarkan jujur ikhlas kepada saya. Ini penting supaya rakyat dapat diberikan gambaran ekonomi makro yang benar dan menyeluruh, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, so that we can get a true and complete picture of the Malaysian economy.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Saya rasa dengan adanya jujur, ikhlas dan transparency dengan izin, daripada Menteri, Parlimen boleh berfungsi dengan lebih efektif dan agenda transformasi Parlimen yang diminta oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri boleh direalisasikan. Dengan izin, the Minister must provide honest and qualities answer so that our Parliament can transform into a first class institution as per the aspiration of Tuan Yang di-Pertua himself. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca dokumen RMKe-11 ini sejak hari Khamis, hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad. Saya meneliti isu dalam bab dua, penulisan tentang pencapaian RMKe-10 dari tahun 2011 sampai ke tahun 2015. Pada pendapat saya perlu diambil dengan izin, with a pinch of salt. Data yang diberi seperti purata KDNK iaitu pada tahap 5.3% dan purata inflasi pada tahap 2.5% adalah susah dipercayai. Pada pendapat saya, tidak memberi pandangan yang benar ataupun realistik. Terdapat sebab-sebab teknikal kenapa data yang realiti sangat berlainan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita turun padang berjumpa rakyat dan kita beritahu rakyat itu, katalah kita jumpa seorang uncle di pasar, kita tanya dia. Kita beritahu uncle itu, “Pertumbuhan kita 5.3% KDNK.” Orang itu akan tanya balik, “Eh! Saya tidak nampak pun gaji saya tumbuh 5.3% selama lima tahun berterusan”. Jawapannya tentulah dia akan kata kita Ahli Parlimen ini a bit fictional. Kalau kita ke pasar pula kita tanya harga ikan kembung naik dan kita kata inflasi 2.5% selama lima tahun. Akan tetapi semua orang tahu ikan kembung tidak naik pun 2.5% setahun. Jadi orang ramai akan marah, mungkin maki kita pula di pasar. Dengan izin, the people, the rakyat will look at us and not believe. Some of them will think that we are not from Malaysia, we from Mongolia or Kazakhstan. Jadi mengapakah Tuan Yang di-Pertua, indicator KDNK dan inflasi berbeza sangat dengan realiti hidup orang ramai. Tuan Yang di-Pertua, pada saya isu mikroekonomi adalah berdasarkan KDNK adalah indicator pertumbuhan ekonomi pada keseluruhannya. Akan tetapi sekiranya pertumbuhan itu dibolot oleh orang maha kaya yang maha berkuasa maka nikmat pertumbuhan 5.3% itu tidak akan sampai ke golongan orang ramai. RMKe-11 jelas memberitahu kita bahawa pampasan kerja kepada pekerja adalah terlalu rendah berbanding dengan negara-negara lain. Ini data daripada RMKe-11 sendiri, ia mengatakan pekerja kita, pekerja biasalah bukan CEO, bukan Ketua 1MDB, pekerja biasa. Bayaran pampasan adalah setengah dari apa yang dibayar kepada pekerja daripada South Korea. Oleh demikian Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan KDNK ekonomi tidak semestinya bermakna atau bersama dengan pertumbuhan gaji pekerja. Bila kita dapat 5.3% kenaikan KDNK ia cuma bermakna orang maha kaya telah membolot nikmat pertumbuhan 5.3% ini. Dalam perkara inflasi elemen-elemen di dalam basket of goods dengan izin, tidak sebenarnya membayangkan kehidupan orang biasa. Pakar-pakar ekonomi sudah banyak kali kata, sudah banyak tulis tentang isu ini. Isu dia ialah what do you put inside the basket of goods dengan izin. Sekiranya orang tidak dapat menikmati kenaikan gaji, tidak setaraf dengan kenaikan KDNK sekurang-kurangnya kerja kerajaan ialah untuk memastikan kos sara hidup tidak naik. Apabila kerajaan menyatakan bahawa inflasi adalah 2.5% sahaja selama lima tahun yang lepas, ini adalah satu misleading statistik. Bukan sahaja Kerajaan Barisan Nasional gagal memastikan tiada kenaikan harga barang. Pada tahun ini mereka telah mengemukakan GST yang begitu regresif dan GST pula menjadi punca kenaikan harga berterusan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan boleh tai chi lah dan katakan harga barang adalah kerja-kerja peniaga yang tamak, peniaga-peniaga yang tidak bermoral. Saya cuma hendak beri nasihat sedikit bahawa apa kerajaan kata tentang GST ataupun punca kenaikan harga ini, orang ramai tidak percaya. Lebih baik kerajaan insaf dan memberitahu rakyat bahawa sebenarnya GST adalah punca harga naik. Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya keinsafan barulah kita boleh baru mula memperbaiki keadaan ini. Khasnya Yang Amat

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Berhormat Pekan memberitahu rakyat bahawa pada masa pembentangan Bajet 2015 tidak lama dahulu. Beliau memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dan cuma akan mengumpulkan RM690 juta hasil tambahan. Padahalnya pada dokumen RMKe-11 ini saya memerhati specifically pada bab 2- 23 dengan izin. Tuan Yang di-Pertua kalau boleh saya baca teks RMKe-11 ini bahasa Inggeris nya, “The introduction of GST will bring in an estimated average of RM31.4 billion revenue per year over the next five years compared to an average of RM15.5 billion collected in sales tax”. Maknanya, tahun lalu Yang Amat Berhormat Pekan kata RM690 juta sahaja hasil tambahan, tahun ini tidak sampai dua bulan GST kerajaan cakap lain. Sekarang kata bakal menerima RM15 bilion hasil tambahan daripada GST. Saya rasa dalam kes 1MDB kita tidak diberi– banyak orang rasa kita tidak diberi data yang penuh tetapi diberi confusion. Dalam perkara GST pula kita masih tidak memberi data yang baru, lebih confusion. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Menteri berkenaan berdasarkan apa yang telah didedahkan dalam dokumen RMKe-11 ini. Pertama, saya memerhati dengan penuh minat isu tentang sektor perlombongan khasnya sektor minyak dan gas. Saya hendak minta Menteri berkenaan memberi laporan terperinci tentang Dasar Susutan Negara ataupun National Depletion Policy. Saya nampak perkara ini dipanggil di bab dua itu. Ini adalah kerana apabila kita perhatikan financial statement dan juga Annual Report Petronas kita tidak dapat gambaran jelas atau sepenuhnya tentang status kedudukan oil and gas di Malaysia. Pada halnya kita semua tahu industri oil and gas memberi sumbangan sebanyak 40% bajet kita. Saya juga membaca dengan amat minat di mana pada muka surat 2-21 dikatakan dengan izin dalam bahasa Inggeris, based on 2015 estimated the reserve life of crude oil would be a further 28 years and further 42 years for gas. Ini semua adalah bagi saya data-data barulah. Kalau orang yang kerja di Petronas ataupun Menteri Kewangan dia mungkin tahulah. Akan tetapi bagi Dewan ini saya rasa ini data yang penting sekali. Saya hendak tanya Menteri, apabila kita buat, kita tahu bahawa reserve life itu adalah terhad. Kita tahu satu hari akan sampai sama ada 23 tahun, 24 tahun, 42 tahun minyak dan gas ini akan kosonglah, sampai ke tahap kosong. Saya hendak tahu bilakah Malaysia akan mencapai status peak oil? Peak oil dengan izin, dalam bahasa Inggeris definisinya ialah, “The point in time when the maximum rate of extraction of petroleum is reached after the production is expected to enter terminal decline”. Maknanya apakah masa produksi minyak kita akan sampai ke tahap yang paling tinggi lepas itu jatuh secara terminal, decline. Terminal macam cancer lah terminal itu cancer. Fenomena peak oil ini akan berlaku. Kita tidak boleh berhentikan sebab kita tahu reserve kita ada limit dia. Soalnya bilakah ia akan berlaku? Ini penting sebab kita kena buat plan berapa bilion atau trillion pelaburan yang akan lesap daripada ekonomi apabila peak oil berlaku? Saya cuma berharap dalam RMKe-11 kerajaan mula mengambil langkah yang serius untuk mula melepaskan pergantungan terlalu besar terhadap hasil minyak dan gas. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we have to stop our over dependency on oil and gas for our fiscal needs.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Hasil minyak dan gas perlu disimpan di dalam satu sovereign wealth fund untuk kepentingan generasi-generasi yang akan datang seperti yang diamalkan di negara Norway. Akan tetapi penjagaan sovereign wealth fund ini saya rasa Dewan ini akan setuju, tidak boleh diberi kepada Yang Amat Berhormat Pekan. Kalau tidak, saya takut 1MDB mungkin berulang lagi. Saya cadangkan ada baiknya kita bagi kawalan sovereign wealth fund oil, minyak dan gas diberi kepada Ahli Parlimen senior seperti Yang Berhormat Gua Musang yang mempunyai wawasan yang sama seperti apa yang saya cadangkan tadi. Baik juga sovereign wealth fund ini dipantau oleh Yang Amat Berhormat Pagoh kerana sekurang- kurangnya Yang Amat Berhormat Pagoh mempunyai kebijaksanaan apabila nampaknya satu badan seperti 1MDB seperti sudah tidak boleh berfungsi dengan baik lagi, Yang Amat

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Berhormat Pagoh berani meminta keseluruhan lembaga 1MDB dan pengurus besar dipecat. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalih fokus saya kepada isu pelaburan swasta. Kerajaan menjangka mendapat anggaran purata pelaburan sebanyak RM290 bilion setahun. Ini pada pendapat saya adalah satu ramalan yang saya akan kata dengan izin terlalu ambitious. Apa yang kita lihat pada tahun 2014 dan tahun 2015 adalah kejatuhan ringgit. Kejatuhan ringgit ini adalah berdasarkan kepada satu isu sahaja. Satu ombak capital flight yang telah berlaku. Ada banyak orang kata kejatuhan ringgit ialah tentang eksport, hendak buat eksport kita lebih kuat semua ini sebenarnya dia senang. Dua faktor. Satu, penjualan bon oleh syarikat-syarikat foreign holdings. Bila dia jual bon, dia ambil duit Amerika dan dia keluar. Jadi ringgit kita jatuh. Kedua, banyak peniaga takut dengan sistem ekonomi. Dia takut dengan isu-isu politik dan dia bawa duit itu keluar. Park di Hong Kong, park di Singapura. Jadi itu menjatuhkan duit ringgit. Confidence. Apa yang dikatakan oleh Tun Daim memang betul dan tepat. It’s about confidence, the ringgit. Jadi saya hendak tanya berapa besar capital flight pada tahun 2014 dan tahun 2015? Kalau Yang Berhormat Menteri tidak tahu itu, minta tanya dengan Bank Negara sebab mereka buat rekodnya. Kalau capital flight terlalu besar, macam mana ramalan peningkatan pelaburan swasta 9.4% setahun akan tercapai dalam RMKe-11 khasnya pelaburan langsung di dalam negeri, direct, domestic investment akan terus hilang sekiranya ada capital flight. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri dengan izin dalam bahasa Inggeris. If we remove all the investments of all the GLCs and the GLICs, what is the real domestic private sector investment from the Malaysian public? Tuan Yang di-Pertua, saya telah berjumpa banyak peniaga-peniaga, pegawai- pegawai bank dan pakar-pakar ekonomi sebab di dalam parti saya, PKR, saya adalah Trade and Investment Bureau Chief. Jadi itu kerja sayalah untuk berjumpa dengan pakar- pakar semua ini. Bagi mereka secara keseluruhannya, faktor terpenting ekonomi Malaysia ialah faktor draconian politics. Ketegangan isu perkauman dan keagamaan. Ini yang menjadi faktor utama yang menyebabkan capital flight dan juga brain drain yang berterusan. Kita ada TalentCorp tetapi masih lebih banyak orang yang keluar daripada negara ini. Oleh itu, untuk mengatasi isu ekonomi ini, kita bukan sahaja perlukan suntikan ubat- ubat ekonomi tetapi lebih penting adalah suntikan politik yang lebih inclusive dan lebih demokratik. Silakan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kelana Jaya ada menyebut tentang confidence sama ada mereka yang dari luar negeri ataupun dalam negara kita sendiri. Adakah maksud Yang Berhormat Kelana Jaya tadi adalah tentang maklumat-maklumat yang sepatutnya kita dapati nampaknya ada maklumat-maklumat yang kadang-kadang diberikan oleh pihak kerajaan bercanggah-canggah. Malah di dalam Parlimen ini sendiri. Contohnya satu masa dahulu, tidak berapa lama dahulu, Perdana Menteri mengatakan bahawa terdapat cash yang telah pun didepositkan di Singapura. Ini jawapan kepada salah seorang daripada Ahli Parlimen kita yang dibawa dari Cayman ke Singapura. Kemudian tidak lama selepas itu, jawapan itu ditukar. Bukan cash, Other instrument. Ini datang daripada orang yang paling tinggi sekali di Malaysia. Itu tidak masuk lagi data-data yang bila kita lihat, amat bercanggah dari satu tempat ke satu tempat. Daripada satu ke satu. Ini membuatkan a lot of confusion. Confusion ini menyebabkan orang tidak yakin. Apatah lagi mahkamah sendiri kadang-kadang memberikan mesej-mesej yang tidak jelas. Contohnya ada di antara peniaga-peniaga apabila mereka datang ke Malaysia dan buat agreement, mereka minta supaya isu tambang tara ini bukan diselesaikan oleh mahkamah Malaysia tetapi diselesaikan di mahkamah Singapura ataupun di Hong Kong. Ini menunjukkan bahawa ada satu yang tidak kena dengan negara kita. Apa komen Yang Berhormat Kelana Jaya tentang ini? Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menjawab soalan ini. Investor confidence sebenarnya ada beberapa komponen. Pertama, bila ada orang yang hendak melabur di Malaysia, dia akan sampai ke negara kita dan dia tengok beberapa faktor. Satu faktor ialah pekerja. Dia rajin atau tidak, pandai atau tidak. Ada pendidikan yang baik atau tidak. Dia tengok tanah boleh beli ataupun tidak. Dia tengok juga sistem perundangan. Saya sebagai seorang ahli korporat, sejak tahun 1990-an lagi kita membuat agreement dengan multinational. Semua masuk clause yang sama. Kalau hendak gaduh itu, pergi ke arbitration di Singapura. Ini menunjukkan bahawa dan amalan ini masih berterusan sampai hari ini. Walaupun kita nampak ada baiknya sistem perundangan kita ada improvement, lebih efisien tetapi masih lagi waswas dengan isu undang-undang. Daripada isu investor confidence yang lain iaitu perception. Tuan Yang di-Pertua, pendapat saya berlainan daripada Ahli-ahli Parlimen yang lain daripada Pakatan Rakyat. Kalau 1MDB betul-betul sudah hilang RM20 bilion, RM30 bilion atau RM40 bilion, saya rasa dia tidak akan sink our economy or destroy our economy. RM40 bilion itu tidak besar sangat daripada konteks ekonomi negara. Apa yang akan meruntuhkan ekonomi kita ialah cara handling of the investor confidence in this issue. Kalau kerajaan, kalau Yang Amat Berhormat Pekan memberi statements yang bercanggah, dia akan tanya apa lagi dalam sistem kita yang tidak benar? Inilah isu yang paling penting. Investor confidence is bila kerajaan itu are they open or not? Are they being truthful to you? Tiap-tiap tiga bulan hingga empat bulan, saya akan jumpa Moody’s, Standard and Poor’s and Fitch. Bila dia turun, dia interview berapa Ahli Parlimen termasuk saya dan mereka tanya soalan yang sama. What else is hidden? Isu yang paling besar saya rasa yang saya timbulkan minggu lalu ialah isu tentang currency manipulation, isu tentang letter of understanding, letter of guarantee, letter of support. Kita tahu letter of support ini adalah dikeluarkan oleh banyak Menteri. Letter of support. Kita tengok 1MDB punya letter of support equivalent dengan letter of guarantee. Itu adalah satu jaminan. Jadi bila Fitch tanya saya, berapa letter of support is there in the system? We have no answer. Oleh sebab Bank Negara dia tidak track letter of support. Jadi itulah isu-isu dia tentang investor confidence. Kalau dibenarkan Tuan Yang di- Pertua, saya akan continue dengan my speech. Okey, Yang Berhormat Lenggong? Okey, please. Boleh, boleh.

Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Kelana Jaya kata dari segi public confidence and our investors confidence terutamanya dengan sistem perundangan kita. Akan tetapi tidakkah Yang Berhormat Kelana Jaya rasa bahawa pembangkang juga tidak membantu. Tidak membantu untuk meningkatkan tahap keyakinan pelabur-pelabur dalam negara kita. Satu, daripada segi sistem perundangan itu sendiri di mana setiap kes yang pembangkang kalah, pembangkang akan ributkan. Setiap kes yang pembangkang menang, pembangkang akan padamkan ataupun tutup tanpa menyatakan bahawa ada kes-kes dalam negara kita ini di mana sistemnya membenarkan. Kedua, saya cukup-cukup setuju dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Dia ada important confidence, cara kita menangani isu termasuklah 1MDB ini dan sememangnya Parlimen ini is the highest authority. Kita minta kerajaan dalam apa sahaja keadaan pun mesti menjawab dengan penuh kebenaran. Ini kerana kalau tidak, akan timbullah blogs, akan timbullah pelbagai media-media ini yang akan menceritakan perkara-perkara fitnah dan akhirnya kebenaran itu akan hilang, fitnah ini juga yang akan timbul.

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

Ketiga, Yang Berhormat Kelana Jaya, salah satu juga sebab investors nak datang dalam negara ini kerana keamanan, kerana dia merasakan kestabilan politik. Dalam sistem demokrasi kita ini, kita menghormati rakyat, kita merasakan bahawa rakyat ini adalah the king. So bila hari ini dalam keadaan kita bila kita ada two party system dan rakyat hari ini memberi kekuatan kepada pembangkang tapi pembangkang menggunakan kekuatan itu cuba untuk menidakkan hak rakyat tadi dengan menghuru-harakan sistem politik yang ada dalam negara ini termasuklah demonstrasi jalanan. Bukan, demonstrasi jalan itu baik, atas

Dato’ Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO · BNKulim-Bandar Baharu

sifat demokrasi tetapi bila ditambahkan pula dengan keganasan-keganasan, so tidakkah ini juga membantu menghilangkan keyakinan pelabur kepada negara kita ini? Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Maaf, tadi saya ingat Yang Berhormat Lenggong. Sorry. [Ketawa] Baik, point yang baik. Point pertama itu saya tak setujulah dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Kes-kes yang melibatkan opposition members, Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat adalah banyaknya ialah kes liable ataupun dalam kes criminal, selective persecution. Sebenarnya apabila orang baca itu, bukan kehendak kita nak memburukkan nama kerajaan. The fact that we are being sued ataupun dipersecuted dengan izin, adalah menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai satu tolerance kepada freedom of speech and freedom of information. Bagi point kedua, saya setuju hundred percent your view iaitu bahawa kerajaan sepatutnya pada setiap masa memberitahu cerita yang benar dan khasnya tentang 1MDB. Bagi perkara ketiga, demonstrasi awam yang dilakukan di dalam jalan raya kita semua ini adalah satu amalan yang biasa bagi kebanyakan negara Barat ataupun negara- negara yang membawa FDI kepada negara kita. Reaksi kerajaan terhadapnya itulah yang sebenarnya membuat confidence itu jatuh, bukannya demonstrasi itu. Okey? Jadi saya harap Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu itu boleh terima jawapan saya dan saya akan teruskan dengan perbahasan saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya juga memerhati dalam bab dua ini, perkara tentang perdagangan antarabangsa di antara Komuniti Ekonomi ASEAN ataupun AEC diberi kepentingan tetapi di dalam dokumen yang sama tidak ada apa-apa rujukan langsung tentang TPPA, Trans-Pacific Partnership Agreement. Adakah Yang Berhormat Pekan rasa TPPA tidak perlu disebut dalam RMKe-11? Kenapa senyap sunyi tentang TPPA? Adakah ini kerana Yang Berhormat Pekan tahu kebanyakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebenarnya tidak menyokongnya ataupun beliau sudah tidak lagi berminat bermain golf dengan Obama? Tuan Yang di-Pertua, semalam kita semua terkejut dengan berita terdapat 139 kubur di Perlis akibat penyeludupan manusia yang wujud selama lima tahun. Berita ini bakal menjejaskan reputasi negara dengan ketara sekali especially dalam isu ekonomi dan trade. Kita sekarang berada di dalam tier tiga labor standard dan dengan pendedahan semalam, saya rasa Malaysia boleh disingkirkan daripada TPPA kerana bukan sahaja gagal mengatasi isu pekerja buruh tetapi sudah menjadi satu destinasi dengan izin, modern slavery. Apa yang kita tahu adalah daripada segi import dan eksport akaun semasa dalam imbangan pembayaran, the balance of payment negara menikmati surplus sepanjang berdekad-dekad tetapi surplus ini sudah mula menurun dengan mendadak sekali. Mengikut data daripada RMKe-11 ini sendiri, pada tahun 2010, surplus negara daripada import- eksport perdagangan adalah RM82.8 bilion tetapi pada tahun ini, tahun 2015, dianggarkan surplus ini akan turun ke RM22.4 bilion sahaja. Ini bermakna surplus negara kita sudah turun dalam jangka masa empat tahun ini, menurun empat kali ganda turun. Ini adalah sangat membimbangkan dan mungkin lebih membimbangkan daripada isu capital flight yang saya telah timbulkan tadi. Akhirnya saya ingin menyentuh tentang cadangan untuk mengadakan perbelanjaan pembangunan sepanjang tempoh RMKe-11 iaitu RM260 bilion dengan tumpuan kepada sektor ekonomi dan sektor sosial. Saya minta Menteri menjelaskan bagaimana kerajaan akan membiayai kos pembangunan ini. Adakah kerajaan akan mengeluarkan lebih bon-bon baru? Apa yang saya lihat adalah dalam Lampiran A24 adalah rancangan kerajaan untuk menambahkan hutang negara sampai ke tahap baru RM774 bilion pada tahun 2020. Adakah kos pembangunan ini mempunyai kaitan terus dengan peningkatan hutang negara ke tahap RM774 bilion? Minta Menteri jawab. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua dalam perbahasan saya ialah tentang B40 ataupun bottom 40. Isu ekonomi terbesar di dunia sekarang ialah isu economic inequality, dengan izin. Pakar-pakar ekonomi seperti Thomas Piketty, Joseph Stiglitz dan juga Paul Krugman menyatakan bahawa dunia sekarang dibolot oleh powerful special interest groups, dengan izin, khasnya syarikat-syarikat gergasi dan juga golongan maha kaya. Pada tahun

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

1970-an, jurang kekayaan sedunia di antara orang kaya dan orang sederhana adalah kecil, dan ini telah memberi pembangunan ekonomi sedunia yang lebih stabil dan juga lebih adil. Dalam dunia hyper capitalism yang kita duduk dalam sekarang, market volatility telah menjadi-jadi dan economic boom bust cycle menjadi lebih pendek. Sekarang sampai tiga empat tahun sahaja ada krisis sedunia. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Pekan kerana memberi prihatin kepada golongan B40 tetapi selagi isu economic inequality tidak diatasi, kerajaan tidak akan berjaya merangka satu keadilan kepada rakyat. Mengikut RMKe-11, kita tahu bahawa golongan B40 ini merangkumi 2.6 juta keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,500 sebulan. Golongan B40 ini besar sebab lebih kurang 13 juta penduduk Malaysia hidup dalam serba kekurangan. RMKe-11 juga memberi data iaitu pada tahun 2014, pendapatan isi rumah B40 hanya mencapai 16.5% keseluruhan pendapatan isi rumah nasional. Dengan izin, the bottom 40 has only 16.5% of the total household income of the country.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya, boleh gulung.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, isu dengan economic inequality bukan hanya terhad kepada income inequality. Komponen kedua economic inequality yang kita perlu tahu adalah wealth inequality ataupun jurang harta benda. Untuk mendapat gambaran jelas tentang economic inequality, kita perlu ada data jurang pendapatan dan juga data jurang harta. Saya membaca RMKe-11 dan saya rasa tak jumpa apa-apa data tentang jurang harta. Oleh itu, saya meminta Menteri menjelaskan, pertama, daripada segi jurang pendapatan, apakah pendapatan top 20% dan daripada angka itu, saya nak tanya berapa pendapatan very top 1%? Daripada isu jurang harta pula, wealth inequality, saya perlukan Menteri memberi data apakah pegangan harga B40, middle 40 dan juga top 20 dan yang lebih penting, tahap pembolotan harta untuk the very top 1%. Baik, Tuan Yang di-Pertua, masa tidak membenarkan. Sekian sahaja perbahasan saya, terima kasih atas peluang ini. Saya menunggu balasan daripada menteri-menteri berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Putatan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin turut berbahas untuk menyokong RMKe- 11 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ucap tahniah kepada beliau. Saya mewakili rakyat kawasan Putatan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tertarik dengan satu kenyataan – secara basic, RMKe-11 ini senang difahami. Maka perbahasan saya hari ini sebaiknya saya go back to basic, Tuan Yang di- Pertua.

Satu kenyataan yang mengatakan satu negara, satu bangsa dan satu impian, ini sungguh menarik, Tuan Yang di-Pertua. Kita terdiri daripada pelbagai latar belakang dan etnik yang bertutur dalam pelbagai bahasa namun kita menzahirkan satu impian iaitu mahukan masa hadapan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang. Impian ini adalah harapan yang disuarakan dari lubuk hati rakyat termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri dari Kuala Krau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Rakyat Kuala Krau juga sama- sama sentuhan hati rakyat Kuala Krau.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, tetap 30 minit.

[Ketawa] RMKe-11 ini merupakan rancangan pembangunan 5 tahun ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 yang menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju iaitu dalam semua aspek menjelang tahun 2020. Bangsa Malaysia yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama iaitu melaksanakan program dan projek yang berimpak tinggi, manakala ekonomi berteraskan rakyat lebih menumpukan kepada kepentingan rakyat. Pelan yang bertemakan pertumbuhan berpaksikan rakyat. Kita sedar bahawa transformasi struktur ekonomi kita berasaskan daripada pertanian sektor pembuatan mulai dari tahun 70-an lagi. Kini begitu cepat kita sampai ke tahap yang dianggap tidak lama lagi akan menjadi negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi. Dalam bajet ini saya melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu komited untuk memperkukuhkan soal inclusivity ke arah masyarakat yang saksama dalam semua bidang. Saya tertarik dengan enam teras yang diperkatakan dalam RMKe-11 ini iaitu dalam pertumbuhan wilayah yang berkembang meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju menuju ke arah pertumbuhan hijau memperkukuhkan pengangkutan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi termasuklah kesejahteraan rakyat jelata. Meningkatkan daya saing dalam pembangunan koridor ekonomi wilayah dan seterusnya kepada mentransformasikan perkhidmatan awam untuk produktiviti. Tuan Yang di-Pertua, saya akan membahas secara menyeluruh dan secara very basic. Soal nombor satu yang saya akan tumpukan iaitu bagaimana kita perjelaskan kepada rakyat di akar umbi soal sentimen-sentimen yang tidak kesenangan hati terhadap pemerintah dan juga soal pelaksanaan program-program kerajaan. Apabila kita melihat dan menghadiri majlis-majlis kenduri ataupun majlis-majlis kahwin di kampung selalunya kita dikerumuni dan ditanya oleh rakyat di kawasan. Apakah tindakan kerajaan ini betul? Apakah pelaksanaan kerajaan ini telah pun membuat cara yang baik? Itu semua pertanyaan yang kita semua terpaksa beri penjelasan kepada rakyat kita di kampung- kampung, di kawasan-kawasan. Kalau kita tengok, kalau kita melihat apa yang sentimen yang paling kuat terutamanya dari Sabah Tuan Yang di-Pertua, ialah isu-isu yang belum ditangani oleh kerajaan walaupun telah dimulai oleh siasatan terhadap penduduk-penduduk yang tidak disenangi di kalangan penduduk-penduduk rakyat di negeri Sabah. Terutama sekali apa yang berlaku baru-baru ini keadaan keselamatan di negeri Sabah ini amat diragui sama sekali. Pada minggu yang lepas kita telah pun membuat usul yang di mana penglibatan Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah telah pun menyuarakan sentimen rakyat terhadap keberkesanan ESSCOM di Pantai Timur Negeri Sabah dan tadi saya telah pun tolak ansur dengan sahabat daripada Bagan yang menyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah ini baru sahaja berdiam diri tidak mempedulikan soal keselamatan di Sabah. Itu satu pembohongan yang besar daripada seorang Ketua Menteri. Jadi itu saya harap rakyat boleh mendengar dan sudah tahu yang perkara yang ditimbulkan dan dibuat oleh sahabat Bagan itu tidak betul sama sekali. Kalau kita melihat usul saya Tuan Yang di-Pertua, yang nombor 8 pada setiap hari dalam program sidang bahawa satu usul yang saya telah kemukakan beberapa kali soal isu dijanjikan terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah dicabuli ataupun tidak diendahkan. Ini bukan saya sengaja buat Tuan Yang di-Pertua sebab ini seruan daripada rakyat untuk saya membawakan isu ini melalui pesanan-pesanan SMS, pesanan-pesanan Whatsapp dan sebagainya dan terpaksa saya ambil buat satu usul di sini supaya meredakan isu ini masih lagi diuar-uarkan, diviralkan dalam WhatsApp-WhatsApp. Rungutan ini kebanjiran pendatang asing di negeri Sabah dan ditambah buruk pada pembelian status kewarganegaraan mereka ini. Then, mengambil maklum juga pada pilihan raya Umum Ke-13 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan RCI untuk mengenal dengan pemberian kewarganegaraan pada pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah dan mengambil maklum juga bahawa Laporan

Suruhanjaya Diraja ini telah pun dibentang, ditatapi sehingga kini. Masih tertanya-tanya apakah tindakan yang telah diambil ke atas hasil siasatan suruhanjaya ini. Dalam hal ini kerajaan hendaklah memandang serius kesan dan implikasi ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah dalam hal ini, maka bagi menangani masalah ini saya mencadangkan supaya satu ketetapan daripada kerajaan bahawa wajar bagi memulihkan kepercayaan rakyat negeri Sabah kepada kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuklah mengeluarkan kad pengenalan seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang di negeri Sabah. Jadi kalau kita melihat statistik Tuan Yang di-Pertua, yang dikeluarkan pecahan kaum di negeri Sabah pada tahun 2010 iaitu Kadazan – 17.9% iaitu 559,000 penduduk, Bajau – 14%, Cina – 9.1% dan Murut – 3.3%. Jadi dikatakan di sini pendatang tanpa izin 27.8% iaitu diterjemahkan kepada 887,000 lebih orang dan lain-lain bumi yang telah diberi kewarganegaraan adalah 20.54% iaitu diterjemahkan kepada 640,994. Ini saya petik daripada banci penduduk Malaysia dikeluarkan pada tahun 1970 hingga 2010.

Yang Berhormat Putatan, minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, ini saya mengharapkan kerajaan dapat membuat satu kajian bahawa adakah betul statistik ini ataupun tidak. Rakyat mahu tahu.

Ya, Yang Berhormat Penampang.

Yang Berhormat Putatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Penampang sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Putatan, jika Yang Berhormat Putatan setuju jika kita membentang di Parlimen, Laporan RCI itu dan kita boleh melibatkan dengan kerajaan, apakah tindakan dan bagaimanakah kita menangani isu ini. Saya telah menyoal, (telah submit) satu soalan berkaitan isu ini pada hari ini dan telah mendapat jawapan yang kerajaan, tidak bercadang untuk mengadakan sesi Parlimen khas berkaitan keputusan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah. Akan tetapi saya percaya dengan sokongan Yang Berhormat Putatan. Kerajaan dan Yang Berhormat Pekan tentu akan membawa isu ini dan membentangnya di Parlimen. Kedua, Yang Berhormat Putatan, berkenaan dengan statistik yang Yang Berhormat Putatan telah menyoalkan, saya juga terdapat pada banci yang dibuat pada tahun 2000, ada satu seksyen di mana kaum Melayu telah direkodkan sebagai ada, I mean, with a population of, dengan izin, seramai 303,497 Melayu di Sabah pada tahun 2000. Akan tetapi pada tahun 2010, banci yang sama, population Melayu ini di Sabah telah kurang dan mereka hanya ada 184,197 Melayu di Sabah. Pengurangan sebanyak 100,000 lebih. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya juga mendapat statistik serupa dengan Yang Berhormat. Sebenarnya, itu tidak begitu jelas. Oleh sebab dalam statistik 2010, ia dirangkumi dengan lain-lain bumi. Saya tidak pasti. Memang kalau kira diserapkan di dalam golongan bumi itu, iaitu berjumlah 640,919 keseluruhan. So, kita juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana selama ini kita telah pun mendesak supaya RCI ditubuhkan untuk mengkaji, melihat, memantau pendatang tanpa izin di Sabah. Tiada Perdana Menteri yang berani menubuhkan RCI selain daripada Yang Amat Berhormat Pekan. Tahniah, terima kasih kepada Dato’ Sri Mohd. Najib kerana berani untuk membuat satu siasatan diraja dan ini masih lagi dalam proses kajian daripada yang diketuai oleh Tan Sri Pairin sendiri. Saya mengharap keputusan kajian itu dapat mencadangkan Yang Berhormat supaya mungkin penemuan daripada RCI itu juga dapat dicadangkan di

dalam perbahasan Parlimen pada masa akan datang. Itu tertakluk kepada rekomendasi daripada jawatankuasa tersebut. Saya beredar sikit dengan soal-soal perbelanjaan ini. Sebagaimana saya katakan tadi, perbahasan saya ini secara basic. Kalau kita melihat Rancangan Malaysia Kesebelas ini, lebih menumpukan kepada pembangunan Tuan Yang di-Pertua dan cuba-cuba untuk mengurangkan peruntukan dan perbelanjaan dalam bentuk pengurusan. Baru-baru ini kita dengar bahawa Tan Sri Ali Hamsa telah membuat satu kenyataan yang begitu terpuji bahawa sedar yang kakitangan penjawat awam kita ini ada antara golongan yang menjadi apa yang dikatakan deadwood ataupun moonlighting, apa itu? Apa dia Yang Berhormat Shah Alam, ini moonlighting ini yang ada kepentingan di luar dan tidak memberi tumpuan kepada tugasan hari yang sebenar. Antara 1.6 juta penjawat awam kita, 5,000 yang boleh dibuang kerja, yang tidak memberi langsung keberkesanan, penyampaian dia tak ada, mungkin oleh sebab kepentingan luar. Jadi, kalau kita melihat dalam segi pengurusan, banyak ketirisan, keborosan dan kebelotan yang mana baru-baru ini kita melihat SPRM telah pun membeku Yang Berhormat Shah Alam, akaun-akaun penjawat awam ini. Terutama sekali kastam. Kalau rakyat marah kita dengan GST, harga barang naik, terutama sekali barang di negeri Sabah ini adalah 20%, 30% lebih mahal daripada harga di Semenanjung. Tambah GST, sup tulang, sup ekor pun kena GST, maka rakyat marah. Kalau dalam pilihan raya nanti akan datang yang keempat belas ini, takutlah saya. Oleh sebab saya sendiri tidak boleh perjelaskan kenapa barang naik. Soalannya simple sahaja Tuan Yang di-Pertua. Rakyat tanya kita, barang naik atau tidak? Kita tidak boleh cakap tidak naik sebab betul barang naik. Jadi, itu saya rasa, saya mencadangkan kepada kerajaan, review back all these GST. Well I think, we should review this one. Jangan kita seksa rakyat. Jangan kita biar rakyat marah kepada kerajaan. Saya bercadang supaya GST ini dikurangkan kepada 3% kalau boleh seperti Singapura dan kita pelan-pelan supaya rakyat tidak merasai keseksaan. Ini satulah...

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Menteri Kapar, Kapar bangun, minta maaf. [Ketawa] Minta maaf, Kapar bangun.

Dia punya hunting, hunting sahaja itu.

Dia Menteri dalam negeri.

Ya, kepentingan tentang dia, okey sila.

Terima kasih. Bermaksud hari ini- terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Selaras dengan apa yang Yang Berhormat Putatan telah katakan dalam surat khabar Sabah Daily Express pagi ini, saya terima kasihlah. Dia ulang balik dalam Dewan yang mulia ini. Saya tunggu-tunggu, kalau dia tak ulang, memang saya hendak celah tadi. Akan tetapi saya terima kasih, dia profesional. Di dalam surat khabar pun dia ulang, sini pun dia ulang. Akan tetapi yang saya hendak tekankan adalah perkataan ‘rakyat menderita kerana GST”. Oleh sebab setiap kali kita bawa perkataan ini, ‘rakyat menderita kerana GST’, saya nampak kebanyakan Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mengatakan tidak dan sebagainya. Hari ini keluar daripada perkataan Yang Berhormat Putatan sendiri. Saya hendak Yang Berhormat Putatan tekankan bahawa rakyat dari bayi sampai yang mati masuk dalam keranda, masuk dalam lubang kubur, merana kerana GST. Saya perlukan penjelasan dan pendirian daripada Ahli Parlimen Putatan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Tak perlulah bagi penjelasan. Itu menjolok. Jadi Tuan Yang di-Pertua, keluhan, kemarahan rakyat daripada negeri Sabah ini memang ada, memang wujud, okey? Ada yang menyatakan bahawa Sabahan ini been marginalised. Ada juga yang katakan kita ini telah dijajah oleh orang Semenanjung. Itu memang, memang ada, itu memang ada. Saya bukan buat-buat ini perkara, ini betul. Jadi saya, walaupun Yang Berhormat Shah Alam

masuk jel Akta Hasutan, ini saya ini bukan hasutan. Ini saya nyatakan ini keluhan rakyat. Kalau mahu masuk jel jam 3 pagi, boleh. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Putatan. Bagus jugalah Yang Berhormat Putatan menimbulkan persoalan ini. Oleh kerana ini merupakan satu isu yang berhubung kait juga dengan Akta Hasutan yang merupakan jawapan Kerajaan Barisan Nasional terhadap ketidakpuasan hati rakyat. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Putatan. Adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju dengan pendekatan hendak selesaikan perasaan tak puas hati itu, maka kita gunakan undang-undang seperti Akta Hasutan? Kita takrifkan semua rungutan dan keluhan ini sebagai menghasut dan akan menimbulkan ketidakstabilan? Ini satu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kedua, saya hendak tanya tentang soal penjawat awam ini yang mana Yang Berhormat Putatan kata ramai yang moonlighting ataupun curi tulang lah ya, sambil kerja di pejabat kerajaan sambil itu buat kerja di luar dan sebagainya. Adakah ini masalah yang timbul oleh kerana terlalu ramai penjawat awam dan penyelesaiannya adalah dengan kita membuangnya ataupun adakah ini merupakan masalah pengurusan tenaga yang ada dan cara bagaimana hendak manfaatkan supaya menentukan bahawa rakyat akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik. Maknanya, kalau kita sudah ada ramai penjawat awam, tidakkah sepatutnya kiranya mereka dibayar gaji yang munasabah. Mereka boleh dimanfaatkan untuk menentukan bahawa rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada ada kakitangan yang kurang sehingga tidak boleh berikan perkhidmatan. Maka ini soal cara bagaimana cara hendak manfaatkan dan gunakan orang-orang yang bekerja di pejabat kerajaan dan sebagainya. Terima kasih.

Yang Berhormat Shah Alam ini bukan mencelah. Dia provocateur. Raja provocateur ini Yang Berhormat Shah Alam tetapi ada kebenarannya. Ada kebenaran. Saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam soal penjawat awam kita ini, ada langkah-langkah yang boleh kita zahirkan. Kita telah pun buat Yang Berhormat Shah Alam, beberapa kali tetapi ini tidak berkesan. Ada, Tan Sri Dr. Ali Hamsa sendiri, rehabilitation of civil servant dengan izin, pernah berkali-kali diadakan tetapi tidak juga berubah. Jadi sebab ini, culture kita di Malaysia ini agak berlainan sedikit daripada culture Barat. Jadi, kalau kita ikut culture Jepun ya, that’s why dengan izin Tun Dr. M telah pun membuat satu pendekatan untuk membudayakan cara kita bekerja dengan mengikut cara- cara Jepun. Ini ada juga kebaikan dia. Kita telah pun juga sedikit sebanyak ada perubahan. Akan tetapi masalah ini manusia. Budaya ini agak berlainan ya. Jadi, saya harap penekanan daripada Ketua Setiausaha Negara ini dapat berkesan. Bukan cara buang kerja. Kita mungkin boleh tempatkan di lain tempat ataupun yang betul-betul tidak hendak kerja dalam jabatan kerajaan, pilihan sendiri, keluar. Saya rasa cara MAS untuk menghalau 5,000 pekerja MAS dari Sabah itu, saya rasa ini tidak betul. Seramai 1,000 atau 5,000?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

1,000 dari Sabah. Jadi kerajaan negeri telah pun membuat satu cadangan supaya Khazanah melihat sedikit pampasan kepada pekerja. Kasihan juga. Dia rakyat, dia juga ada anak, ada isteri di jaga seperti Yang Berhormat Shah Alam dua kali. Macam kalau isteri 2-3 itu Yang Berhormat Shah Alam lebih teruk lagilah kalau kata dibuangkan kerja. Akan tetapi kalau Sabah ini ramai yang dari kampung, kasihan. Jadi saya harap...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang isteri dua itu yang Tuan Yang di-Pertua, bukan Yang Berhormat Shah Alam. [Ketawa]

[Ketawa] Okey, walau bagaimanapun saya tumpukan kepada pekerja ini. Saya harap kerajaan dapat melihat welfare dengan izin, kebajikan pekerja-pekerja yang akan dihentikan melalui VSS. Satu lagi perkara yang saya ingin sampaikan di sini iaitu soal pembangunan di negeri Sabah ini yang mana, ini bukan hasutan Yang Berhormat Shah Alam, soal penumpuan pembangunan

infrastruktur di negeri Sabah ini. Kita melihat rakyat di Sabah ini apabila datang ke Semenanjung, melihat begitu indah, begitu canggih jalan-jalan raya di bandar. Kalau memasuki kawasan Kuala Krau pun indah juga jalan raya dia daripada Temerloh. Kalau kita melihat ada jugalah di Sungai Siput, di Perak, di Lenggong ini ada juga kekurangan ya Yang Berhormat Lenggong. [Disampuk] Betul itu Yang Berhormat Lenggong.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Akan tetapi kalau lihat di negeri Sabah ini, jika dibandingkan jauh sekali Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau boleh kasi senang-senang hatilah orang Sabah ini supaya fixed deposit kita di Sabah ini kekal, rakyat kita akan undi kerajaan. Itu yang kita mahu. Jadi saya pun senang kerja, tidak dimarah- marah oleh orang. Jadi terima kasihlah kerana Pan Borneo di Putatan ini telah pun dilaksanakan. Apa perjuangan selama ini semua kena bagi oleh kerajaan. Terima kasih. Tiada lagi keluhan-keluhan daripada Putatan kecuali rumah-rumah nelayan yang perlu diperbaiki. Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Masalah banjir masih lagi. Saya desakan beberapa kali masalah banjir ini. Tolonglah, ini bukan mahal. Saya tidak mahu berjuta-juta, saya mahu masalah banjir, takkan tidak dapat dilaksanakan. Bukan banyak pun ya. Tiap- tiap kali hujan banjir. Nasib sekarang kemarau Tuan Yang di-Pertua, kering semua, sungai pun kering. Terbakar pula. Jadi bomba tidak cukup. Bomba di Putatan pun tidak ada. Saya sudah perjuangkan bomba untuk selama ini, sampai sekarang bilalah bomba datang di Putatan? Kasihanlah. Nanti rakyat mahu tengok ini. Yang Berhormat Shah Alam jangan ganggu. Cukuplah, “Kau banyak, hospital kau sudah siap”.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Hospital Tuan Yang di-Pertua, Hospital Shah Alam tidak siap lagi ya. Saya hendak tanyalah Yang Berhormat Putatan, beginilah, kita sedang berbincang tentang Rancangan Malaysia Kesebelas. Lima tahun saja lagi hendak jadi negara maju. Tadi saya dengar Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Lahad Datu mengeluh elektrik tidak cukup, air tidak cukup. Ini Yang Berhormat Putatan pula bomba tidak ada, hospital tidak payah sebut lah kan. Macam mana ini? Ini lima tahun saja lagi, lima tahun saja. Sekejap saja bukan lama. Bolehkah? Saya hendak tanya Yang Berhormat Putatan secara ikhlas, cakap terus terang. Boleh kah tidak boleh lima tahun hendak jadikan Malaysia ini negara maju...

Sudahlah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Termasuklah Sabah...

Ini kalau bagi peluang, dia ambil pula masa aku ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Saya hendak beri peluang pada Yang Berhormat Putatan untuk menyatakan secara terus terang pandangan Yang Berhormat Putatan, lima tahun negara maju. Boleh tidak boleh?

Kacau. Yang Berhormat Shah Alam, memang boleh. Kalau dalam lima tahun ini saya harap Yang Berhormat Tenggara pun boleh bantu dengan masalah yang saya hadapi. Mohon, parit yang belum dilaksanakan lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Parit belum…

Saya baru start tadi, Yang Berhormat Shah Alam ganggu sama saya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Parit pun tidak ada.

Saya surat jawapan pun tidak ada. Ini masalah, masalah kita Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Shah Alam, jangan ganggu lagi saya. Yang Berhormat Tenggara sudah masuk. Dia melihat, menjawab soalan saya, dia akan menjawab secara positif. Dia bagi terus saja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Putatan, boleh gulung.

Belum sampai masa. Tadi Yang Berhormat Kelana Jaya lebih. Saya tengok jam. Saya punya belum cukup.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, belum. Lagi satu minit.

Ini Yang Berhormat Shah Alam punya fasal kacau. [Ketawa] Jadi, soal tebatan banjir ini, ini secara serius. Soalan saya esok ada juga ya. Nasib baiklah naik juga tetapi nombor 74, naik juga, soalan alam sekitar. Ini saya rasa Yang Berhormat Menteri memang kena jawablah, memang dia bertanggungjawab. Akan tetapi tidak apa, asalkan saya dapat jawapan secara bertulis seperti Yang Berhormat Tenggara menjawab secara bertulis juga. Jadi, soal banjir ini memang teruk. Jam 3.00 pagi, jam 4.00 pagi saya terpaksa keluar malam, orang panggil tengok jalan di air. Jadi bukan saja saya, Yang Berhormat Kinabatangan. Shah Alam mana ada banjir? Mana ada banjir? Jadi kita ini, saya harap masalah tebatan banjir ini diselesaikan dengan secepat yang mungkin. Saya ada soalan esok ini tetapi nasib baik juga, naik juga tetapi nombor 74 ya. Okey. Saya last sekali saya sokong kenyataan Tuan Yang di-Pertua bahawa Parlimen ini haruslah ada separation of power supaya Parlimen ini dilihat oleh negara luar bahawa kita ini adalah independent.

Tidak dikuasai oleh pihak eksekutif, ini yang kita mahu. Walaupun ada Menteri yang menjaga Parlimen, saya tiada halangan, saya tiada bantahan kecuali dalam pengurusan bajet, tambahlah sikit deal. Tugas Menteri untuk memberi pembangunan kepada Parlimen. Urusan Parlimen, Majlis kepada Parlimen have to be the Speaker. Dalam segi pembangunan, duit, fund, Menteri bagi semua Parlimen. Kita punya bangunan sampai sekarang belum siap. Pembaikan belum selesai sebab kontraktor tidak menentu. Jadi saya harap Menteri yang menjaga Parlimen ini dapat mempercepatkan penyiapan Dewan kita di bangunan yang lama. Saya harap Tuan Yang di-Pertua juga dapat bilik yang selesa, sebab itu kita mahu kita punya Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua semua sudah pun naik gaji, Ahli Parlimen pun sudah naik gaji, Yang Berhormat Bandar Kuching pun senang hati walaupun dia punya gaji ADUN di Sarawak itu lebih tinggi daripada kita. Dia senang hati sekarang, dia tidak perlu cakap. Sekarang dia punya Ketua Menteri baik dia tidak bising lagi di Dewan DUN Sarawak. Terima kasihlah. Dia pun tidak lama lagi Yang Berhormat Lenggong, dia masuk Barisan Nasional sebenarnya sebab dia sokong sama Ketua Menteri dia.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tarik baliklah ini. Ini sangkaan jahat. Tarik balik.

Itu sangkaan baik.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak, tidak, sangkaan jahat!

Itu sangkaan baik, sebab…

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Barisan Nasional ini selalu korup, satu gabungan political party yang korup. Putar belitlah boleh.

…Sudah puji sama Ketua Menteri Sarawak, itu satu pujian.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ini merupakan satu insult kepada karakter saya untuk masuk Barisan Nasional. Ini tidak boleh, tidak boleh terima. Sila tarik balik.

Itu cadangan yang baik.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tarik balik, tarik balik.

Dengan kawan Ketua Menteri itu bukankah baik, bukan jahat. Jadi itu sahajalah saya mohon menyokong RMKe-11 ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Bandar Kuching untuk menjawab Yang Berhormat Putatan. [Ketawa]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak payah, tidak payah jawab dialah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kita membahaskan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas. Setiap lima tahun kita ada satu RMK dan sehingga sekarang ada 11, sudah siap sepuluh rancangan-rancangan Malaysia. Nampaknya rancangan-rancangan yang telah dibentangkan, setiap kali semasa ia dibentangkan, ia diuar-uarkan sebagai satu rancangan yang begitu hebat. Akan tetapi nampaknya sasaran yang telah ditetapkan dalam rancangan-rancangan tersebut sehingga sekarang tidak tercapai. Kalau rancangan-rancangan yang dahulu itu satu hingga sepuluh ini tercapai, sasaran mereka tercapai tahap pembangunan negara kita bukan di tahap sekarang. Satu bukti yang amat jelas adalah pada mula RMKe-1. RMK pertama itu ringgit kita dengan Singapore Dollar adalah satu dengan satu. RM1 tukar SGD1. Akan tetapi sekarang selepas sepuluh Rancangan Malaysia nampaknya nilai ringgit kalau turun lebih daripada 60%, SGD1 tukar RM2.70. Itu Ringgit Malaysia. Ini adalah satu bukti bahawa kita telah tidak berapa berjaya dalam rancangan-rancangan yang telah dibentangkan walaupun telah diuar- uarkan oleh Barisan Nasional sebagai satu rancangan-rancangan yang baik. Pada kali ini bukan sahaja tahap pendidikan kita turun, perhubungan kaum lebih tegang dan juga skandal-skandal yang begitu besar telah dilaporkan dan juga, national debt ataupun hutang negara kita pun menggunung.

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Di samping itu selepas sepuluh Rancangan Malaysia jurang tahap pembangunan antara Semenanjung dan Sarawak adalah lebih besar sehinggakan ramai daripada Sarawak dan Sabah, tadi Yang Berhormat Putatan pun…

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lenggong bangun.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Nanti, biarlah saya habiskan ayat itu. Tadi Yang Berhormat Putatan juga sebut orang Sabah dan orang Sarawak menggagap bahawa telah dianaktirikan oleh Barisan Nasional, Kerajaan Barisan Nasional. Sehinggakan ramai pun ada berpendapat bahawa lebih baiklah kalau Sarawak tidak, bukan di dalam Malaysia atau lebih baiklah Sarawak keluar daripada Malaysia. Inilah satu perasaan daripada orang-orang Sarawak dan saya percaya bahawa ramai daripada Sabah juga beranggap sebegitu. Semasa RMKe-11 telah dibentangkan dalam Dewan ini minggu lalu, SMS yang saya terima, komen pertama mengenai itu RMKe-11 adalah it looks like Sarawak is treated as a stepchild over the Eleventh Malaysian Plan. Ini pandangan daripada orang ramai yang saya terima. Saya hanya boleh reply jawab bahawa dengan satu perkataan sahaja, again, again. Sekali lagi. Saya anggap apa yang telah ditakuti oleh Tun Jugah semasa kita menubuhkan Malaysia mengenai penyertaan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia adalah yang dikatakan oleh beliau dalam bahasa Iban, “Anak makai tebu, manis bapuntan tababa ujung” iaitu do not be like the sugar cane, sweet at the beginning but tasteless at the end. Apa yang beliau sebut dan saya rasa apa yang ditakuti oleh beliau atas penyertaan Sarawak dalam menubuhkan Malaysia ini telah menjadi satu kebenaran. Saya ingin juga menyebutkan beberapa contoh di mana kepentingan Sarawak telah diabaikan dan sering kali kita dengar Kerajaan Pusat mengatakan bahawa hendak meningkatkan dan menambahbaikkan pengangkutan awam. Pengangkutan awam disebutkan ini semuanya ditumpukan di dalam Kuala Lumpur sahaja, tertumpu di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ada monorail, ada LRT dan sekarang

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

hendak bina MRT. Akan tetapi di Sarawak bandar raya terbesar Kuching tidak ada langsung apa-apa pengangkutan awam yang efisien. Saya ada buat pengiraan, perangkaan yang kasar mengenai kalau hendak menambah baik pengangkutan awam di Kuching iaitu mengambil alih semua syarikat swasta pengangkutan awam bas, public bas company di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Empat bandar yang terbesar di Sarawak dan juga menambah bilangan bas dengan tiga kali ganda dan beroperasi dengan secara percumanya kepada penduduk-penduduk di keempat-empat bandar. Ia akan – kosnya lebih kurang RM500 juta sahaja, RM500 juta untuk tahun pertama Tahun pertama dia include membeli bas-bas yang baru. Kalau kita bandingkan dengan apa yang dibelanjakan di…

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

…Kuala Lumpur sini, ini merupakan satu angka yang begitu kecil sahaja.

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya dengar tadi Yang Berhormat sebut tetapi hakikatnya kalau kita lihat perubahan yang berlaku. Saya bagi contoh dalam aspek pendidikan kerana tadi Yang Berhormat Bandar Kuching sebut perbandingan. Kalau dari segi kewujudan beberapa universiti, dulu di peringkat awal berbanding dengan sekarang sudah bertambah bilangan. Malah banyak program-program universiti berkembar dalam dan luar negara, dari segi bilangan pun sudah banyak.

Jumlah pelajar pun sudah bertambah, tahap pendidikan pun sudah berbeza. Daripada segi pembangunan prasarana pun kalau kita bandingkan dalam Rancangan Malaysia Pertama sampai ke sekarang juga jauh berbeza. Ini hakikat yang saya rasa tidak wajar Yang Berhormat Bandar Kuching menafikannya. Begitu juga dalam aspek kesihatan dan sebagainya, sudah ada perubahan begitu besar. Jadi pada saya, tidak adillah kalau Yang Berhormat Bandar Kuching membuat ukuran kegagalan ini berasaskan kepada satu SMS Yang Berhormat Bandar Kuching terima. Saya terima berpuluh-puluh SMS yang juga memuji. Jadi itu tidak adil dan tidak adil juga mengukur kejayaan ini apabila melihat kepada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Amerika. Negara-negara lain jatuh juga. Apakah itu ukurannya? Jadi tidak bolehlah kalau setakat satu dua surat, satu dua SMS diterima oleh Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa itu semua menunjukkan kegagalan. Eh, tidak adil itu, Yang Berhormat Bandar Kuching. Kuching pun sudah banyak berubah. Sekarang berjenis-jenis lagi.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Ya, kita ada banyak universiti tetapi we have quantity, no quality. Itu hakikatnya dan SMS yang saya terima itu sebenarnya perasaan orang Sarawak. Adakah Yang Berhormat dari Sarawak?

Tidak. Adakah itu menggambarkan keseluruhan perasaan orang Sarawak? Tidak betul.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Rakan-rakan Yang Berhormat dari Sarawak adakah mereka membantah atau deny, menafikan apa yang saya ucap tadi? Adakah? Tidak ada, tetapi Yang Berhormat ini daripada Semenanjung yang hendak menafikan apa yang saya kata mengenai perasaan orang Sarawak terhadap RMKe-11 ini. Oleh itu, saya rasa berbincang dengan rakan-rakan Yang Berhormat daripada Sarawak dahulu sebelum Yang Berhormat sebut apa-apa untuk menafikan apa yang saya sebut tadi. Saya balik kepada isu pengangkutan awam yang saya kata tadi. Saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan memperuntukkan satu jumlah yang lebih besar yang pada perangkaan saya adalah lebih kurang RM500 juta untuk meningkatkan pengangkutan awam di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Keduanya adalah pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST ini pun merupakan satu pencabulan terhadap hak negeri Sarawak kerana di bawah Perlembagaan kita, negeri Sarawak berhak untuk mengutip cukai sales tax. Sekarang dengan pelaksanaan GST, sales tax itu telah menjadi satu double taxation untuk orang-orang Sarawak. Contohnya adalah car tyres. Car tyres dikenakan sales tax negeri dan juga dikenakan GST. Semasa cadangan GST dibuat, masalah ini, we can foresee this problem. Kenapa sampai sekarang perkara ini masih wujud? Sales tax for 4D also, oil pam. Oil pam merupakan satu kegiatan ekonomi yang begitu penting untuk Sarawak juga kena sales tax dan GST juga. Saya rasa itu tidak adil untuk orang-orang Sarawak di mana mereka kena double taxation. Mengenai GST juga, saya dimaklumkan bahawa mi kuning adalah zero rated tetapi wantan mee di sini bukan zero rated, ada dikenakan 6% dan kolok mee di Kuching, kampua mee di Sibu juga kena 6% GST. Kenapa ada perbezaan? Semuanya itu mi yang berwarna kuning tetapi kenapa wantan mee, kolok mee, kampua mee tidak dikecualikan GST sedangkan mi kuning itu adalah zero rated? Adakah kerana di sini adalah lebih ramai Bumiputera yang makan mi kuning, oleh itu ia adalah zero rated? Kalau itu polisi kerajaan untuk mengadakan satu zero rated goods ialah atas prihatin atas orang miskin supaya tidak dibebankan, manakala orang yang makan wantan mee, kolok mee, kampua mee juga ada orang miskin khususnya di Sarawak, ramai bumiputera yang juga makan kolok mee. Ramai bumiputera yang juga makan kampua mee, kenapa ia tidak kecualikan daripada GST? Saya telah tulis satu surat kepada kementerian membangkitkan isu ini dan saya juga ada bangkitkan soalan itu dan jawapan yang saya terima ini tidak dapat diterima, not acceptable. Perkara keempat yang saya hendak sentuh adalah tentang penempatan orang Semenanjung untuk jawatan federal department dan agensi di Sarawak. Menurut satu jawapan yang saya terima, daripada 103 jawatan ketua jabatan agensi federal dan jabatan Persekutuan di Sarawak, hanya 64 Sarawakian yang memegang jawatan ini dan yang lain itu dipegang oleh orang yang bukan Sarawak. Daripada 111 jawatan timbalan ketua jabatan, hanya 76 Sarawakian yang memegang jawatan tersebut dan yang lain dipegang oleh orang bukan Sarawak. Saya rasa ini adalah bercanggah dengan Borneonization Principle yang tertakluk dalam Malaysia Agreement yang kita tandatangani dalam tahun 1963. Saya harap keadaan ini boleh diambil perhatian dan saya rasa ia adalah munasabah untuk jawatan ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan ini dipegang oleh orang Sarawak. Ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan federal agencies dan federal department di Sarawak haruslah dipegang oleh orang Sarawak dan bukannya dipegang oleh orang bukan Sarawak. Mengenai isu Pan Borneo Highway. Saya dimaklumkan bahawa kontrak sejumlah RM13 bilion telah dianugerahkan kepada Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd. Ini company yang separuhnya dipegang oleh kroni UMNO dan bakinya dipegang, dikontrol, dikawal oleh Bustari Yusuf iaitu abang Menteri Kerja Raya. Ini satu projek infrastruktur yang terbesar di Sarawak. Bukankah ia harus dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor dari Sarawak? Kenapa kroni UMNO? Tak cukup lagi makan di sini, hendak pergi ke Sarawak makan lagi? Hendak cari dan mengaut keuntungan dari Sarawak? Takkan di Semenanjung sini tidak ada projek lain? Ini projek yang terbesar yang telah ditunggu-tunggu oleh orang Sarawak dan projek ini sekarang separuhnya dikontrol oleh kroni UMNO. Saya rasa ini tidak munasabah. Saya menyeru bahawa mereka quit from the company. Sudah banyak sumber kita Sarawak telah diambil oleh UMNO sudah, oleh kerajaan dari Semenanjung sini, janganlah projek itu juga keuntungannya pergi kepada kroni-kroni UMNO.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Satu isu lagi yang saya ingin sebut di sini yang mana polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan ini tidak diterima baik dan tidak dianggap oleh satu polisi yang sesuai oleh orang-orang Sarawak. Ia adalah mengenai custom renewal form untuk forwarding agency. Segala forwarding agency mereka setiap tahun mesti memperbaharui lesen mereka daripada kastam dan tahun ini kastam telah meletakkan satu syarat di mana syarikat hendak memiliki penyertaan bumiputera tidak kurang daripada 51% dari segi modal saham, pengarah, kakitangan, pengurusan dan kakitangan sokongan. Semua itu all level, semua level itu mesti ada 51% penyertaan Bumiputera.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Banyak syarikat forwarding agent adalah syarikat yang kecil, satu partnership, dua orang, tiga orang partnership dan mereka berniaga sebagai forwarding agent. Mereka tauke, mereka juga kakitangan pekerjaan. Dengan syarat ini apa yang boleh mereka buat? Hendak bayar gaji buta sahaja kepada bila seseorang bumiputera sudah bayar gaji buta, sedangkan mereka buat kerja semua. Saya rasa – kita tak hendak bantah itu kerajaan membantu bumiputera dalam perniagaan. Akan tetapi jangan menyekat peluang berniaga orang yang bumiputera. Kita pun orang Malaysian, we are also Malaysian and we have the right to earn a living. Oleh itu syarikat yang begitu amatlah tidak munasabah dan tidak sesuai khususnya untuk Sarawak kerana kita tak ada masalah itu yang dihadapi di sini. Dengan sebutan begitu banyak contoh di mana Sarawak telah dianaktirikan oleh polisi Kerajaan Barisan Nasional. Saya anggap bahawa ini tidak Barisan Nasional Persekutuan ini National BN will not change. Menganaktirikan ini akan diteruskan oleh itu saya bercadang supaya rakan Sarawak Barisan Nasional lebih baiklah keluar daripada Barisan Nasional. [Tepuk] Lebih baik keluarlah menjadi satu third force independent. Tak payah you join menyertai Pakatan Rakyat, tak payah. Akan tetapi menjadi satu independent third force kerana saya tengok itu angka- angka sekarang Barisan Nasional, nationwide ada 134 Ahli Parlimen including 25 Ahli Parlimen daripada Sarawak Barisan Nasional. Kalau Sarawak Barisan Nasional itu keluar daripada Barisan Nasional, maknanya Barisan Nasional hanya terdapat 109 Ahli Parlimen dan ia merupakan satu minoriti government. Tak payahlah kita dari Sarawak setiap kali hendak minta-minta daripada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan ini, atas peruntukan itu dan untuk projek ini dan projek itu. Keadaan akan terbalik sebelum mereka, sebelum Kerajaan Persekutuan membentangkan apa-apa rancangan, apa-apa bajet mereka akan minta itu Ahli Parlimen dari Sarawak supaya beri sokongan. Hanya melalui cara ini kepentingan Sarawak baru dapat dijaga dan dipelihara. Oleh itu saya rasa ini juga satu lagi contoh kita telah meluluskan satu usul di Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk menyentuh 20% oil and gas royalty dan sampai hari ini tidak ada jawapan. Kalau Sarawak BN keluar daripada Nasional Sarawak saya anggap ini tuntutan akan diberi ambil berat dan Kerajaan Persekutuan akan menuntut kepada tuntutan Kerajaan Sarawak. Akhir sekali saya ingin sentuh adalah berkenaan policy general polisi am...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Di sini saya hendak memaklumkan kita merasakan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching yang menyatakan Sarawak dianaktirikan dalam setiap rancangan RMK dan rancangan-rancangan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Sedar tak Yang Berhormat Bandar Kuching hanya melalui perancangan RMK-RMK yang telah diwujudkan, Sarawak telah membangun dengan begitu pesat sekali. Walaupun pembangunannya pada awalnya agak slow, agak perlahan namun kita lihat pembangunan rancangan-rancangan Malaysia kini telah menekankan tentang pembangunan-pembangunan di Sarawak. Malah kita lihat banyak program ataupun pembangunan-pembangunan yang telah diberikan keutamaan kepada Sarawak dan Sabah. Termasuklah isu-isu berkaitan dengan penyukatan tanah-tanah adat. Sehubungan dengan itu, saya tidak bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Bandar Kuching yang menyarankan kami wakil rakyat BN dari Sarawak untuk jadi wakil rakyat Bebas ataupun berkecuali. Kita sebenarnya semua wakil rakyat BN Sarawak menyokong penuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan khasnya dari sudut penyaluran pembangunan yang telah diadakan di Sarawak dan kita sedar walaupun separuh tuntutan-tuntutan yang Sarawak kemukakan kepada Persekutuan, namun begitu tuntutan ini masih lagi dalam proses budi bicara Ketua Menteri kita. Bersetujukah atau tidak Yang Berhormat?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Setiap kali ada bajet dibentang, rancangan dibentang, setiap kali orang yang bentang akan mengatakan, oh kita akan beri keutamaan kepada Sarawak. Setiap kali saya sudah dengar 10 tahun sudah, 10 tahun saya di sini setiap kali ada bajet keutamaan kepada Sarawak. Akan tetapi nampaknya masih ramai lagi yang tak ada jalan, ramai yang

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

tak ada air, ramai yang tak ada api, tak ada elektrik, tak ada air. Oleh itu ini satu perkataan manis yang tadi saya kata manis sebab pun kan...

Yang Berhormat Bandar Kuching, boleh celah sedikit boleh?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

...Hujung. So don’t be misled. Tak apa-tak apa, ini terpulang kepada Yang Berhormat tapi saya akan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak atas cadangan saya kerana envelope came out from BN and that was...

Tak ini cerita tak betul.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Nantilah, sabar, nantilah kita uruskan.

Ada soalan kepada Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya rasa untuk kepentingan dan kebaikan orang Sarawak yang seringnya dianaktirikan atau diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan, lebih baiklah Barisan Nasional Sarawak keluar daripada Barisan Nasional. [Tepuk] Be the king maker. Be the king maker than you are now. Be now or never because you have the leverage. You can be the king maker.

Saya tertarik dengan Yang Berhormat Bandar Kuching boleh sikit, sikit.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Nanti. Okey sikit.

Sikit. Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching handsome hari ini.

Soal soalan saya kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, 5 tahun yang lalu, bagaimana keadaan Bandar Kuching? Sekarang, apa perbezaannya lima tahun yang lalu? Adakah kemajuan atau kemunduran? Itu soalan nombor satu. Ini Kerajaan Barisan Nasional, kadang-kadang kita punya kawasan itu, kita sedar tidak, kita punya kawasan itu besar. Dua negeri Sabah dan Sarawak ini besar, peruntukan itu tidak akan dapat membangun semua. Akan tetapi ini tugas wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak untuk memperjuangkan. Minta lagi, bukannya tidak ada beri. Kita minta lagi Yang Berhormat. Jangan bohong. Tiada pembangunan di Sabah dan Sarawak itu tidak betul...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Kalau Yang Berhormat Putatan tanya saya bagaimana keadaan di Kuching. Saya boleh beri jawapannya.

Jadi, tidak semestinya kita ikut keluar dari Barisan Nasional kerana Barisan Nasional masih lagi dalam program pembangunan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Saya akan beri jawapan. Rakyat makin susah jika dibandingkan dengan 5 tahun lalu. Rakyat lebih susah, khususnya selepas GST. Rakyat lebih susah lagi, hutang lebih tinggi. Hendak beli rumah pun susah. Pekerja- pekerja biasanya tidak berupaya membeli rumah sekarang kalau berbanding dengan 5 tahun atau 10 tahun. Oleh itu saya kata, Barisan Nasional Sarawak keluar. Saya fikir Barisan Nasional dari Sabah juga hendak ikut keluar daripada Sabah.

Jawab dahulu. Adakah perubahan 5 tahun dahulu dengan sekarang? Jangan tanya, jawab dahulu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Akhir sekali, saya ingin mengulas tentang satu polisi am yang ada mengenai sekarang ini...

[Dewan riuh]

Ini lagi mahu cakap buat apa. You mahu angkat kaki pun...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Itu bising...

Soalannya ada perubahan atau tidak? Itu sahaja.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Suruh duduk. Duduk.

Jawab persoalan itu. Jawab persoalan itu dahulu. Itu yang kita mahu tahu.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Duduk.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Rakyat lebih susah. Kalau you tanya saya, saya kata rakyat lebih susah sekarang.

Stampin maju atau tidak?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

1MDB, skandal-skandal kewangan...

Itu pembangunan swasta, bukan kerajaan.

Jawab dahulu. Ada kemajuan atau tidak? Kalau tidak, kalau bilang tiada kemajuan, itu bohong.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih. Tidak mengapalah. Yang Berhormat Kota Samarahan, tidak mengapalah. Saya bincang dengan Ketua Menteri, ketua Yang Berhormat...

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Tidak. Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Tidak payahlah. Okeylah. Saya akan pergi ke isu yang terakhir iaitu kebanyakan orang Sarawak yang telah kehilangan keyakinan atas polisi-polisi Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, saya rasa sudah sampai masa kita mengulang kaji lagi apa yang termaktub dalam 9th Schedule of the Federal Constitution. Oleh kerana centralization of powers mengakibatkan banyak inefficiency dan polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan ini banyak yang tidak bersesuaian dilaksanakan di Sarawak. Oleh itu, saya rasa kita hendak ulang kaji lagi apa yang termaktub dalam 9th Schedule of the Federal Constitution supaya autonomous powers dalam bidang-bidang pendidikan, dalam bidang kesihatan dan hal ehwal polis dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Juga untuk Kerajaan Negeri Sarawak berupaya untuk mengurus ketiga-tiga bidang ini, cukai yang dikutip dari Sarawak, 50% dipulangkan ke negeri Sarawak dan 20% oil and gas revenues dibayar kepada negeri Sarawak supaya Sarawak boleh memutuskan polisi atas education, kesihatan dan hal ehwal polis. Saya hendak sebut sahaja mengenai pendidikan. Saya rasa syllabuses yang ditulis di sini tidak sesuai dipakai di Sarawak kerana sejarah Sarawak, unsur-unsur Sarawak telah diabaikan. Contohnya, sumbangan mission school atas pembinaan bangunan ekonomi dan sosial Sarawak langsung tidak disebutkan. Sampai hari ini, Menteri-menteri dalam Kabinet Sarawak, semuanya belajar dalam mission school. Akan tetapi dalam sejarah yang diajar di Sarawak, langsung tidak ada sebut apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mission school, yang memberi sumbangan yang begitu besar terhadap pembangunan Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Oleh itu saya rasa syllabus itu harus ditulis di Sarawak, bukan di Semenanjung ini, to give more emphasize on the socioeconomic history and human development in Sarawak and consolidates the spirit of mutual respect in multiracial, multireligion and multicultural societies among the future generation. Mutual respect ini yang kekurangan di Semenanjung. Salah satu sebabnya adalah kerana pengajaran syllabuses yang kita ajar murid-murid di sekolah. Saya tidak mahu unsur-unsur diserap masuk ke Sarawak hinggakan keadaan Sarawak, perhubungan kaum di Sarawak juga akan seperti apa yang berlaku di Semenanjung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, kita ada masa lagi. Yang Berhormat Pasir Gudang, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan RMKe-11. Ada beberapa perkara yang ingin saya sebutkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah mengumumkan bahawa Hospital Pasir Gudang akan dibina dalam RMKe-11 ini. Saya mohon jasa baik pihak kerajaan untuk memastikan Hospital Pasir Gudang ini dapatlah dibina dalam First Rolling Plan. Ini kerana keperluan yang sangat mendesak dengan kepadatan penduduk sekitar 250,000. Memang kehadiran Hospital Pasir Gudang ini tidak dapatlah ditangguhkan lagi oleh rakyat dalam Parlimen Pasir Gudang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini berhubung dengan lawatan Timbalan Menteri sebelum ini. Di mana Timbalan Menteri Kesihatan, saya ada memohon juga untuk menaik taraf poliklinik Pasir Gudang yang agak ketinggalan dan agak sempit bagi mereka yang berkunjung ke sana dengan tiada tempat yang selesa untuk duduk, tambahan lagi untuk ibu-ibu yang mengandung. Mereka pun tidak ada tempat hendak duduk, terpaksa duduk di tepi-tepi. Saya sudah bawa Timbalan Menteri, jadi saya harap perkara ini dapat diambil kira. Di sebuah poliklinik Masai juga tidak ada mempunyai mesin untuk anak-anak yang dibawa ke pusat tersebut, jika mereka didapati mempunyai penyakit kuning, mereka terpaksa pergi ke Hospital Sultan Ismail atau Hospital Sultanah Aminah yang jaraknya kira- kira 40 minit. Keadaan ini tentulah menyukarkan, terutama sekali kepada keluarga, suami atau isteri kerana mereka bekerja, dengan terpaksa pergi jauh. Dari cuti setengah hari, terpaksa ambil cuti satu hari. Jadi, keperluan ini amat mendesak yang perlu diambil kira bagi kesejahteraan rakyat Pasir Gudang. Kepada Kementerian Dalam Negeri, saya pun sudah banyak kali cakap dan sudah banyak kali juga rasanya berjanji tentang untuk memindahkan Pejabat Pendaftaran yang sedia ada ke tempat yang lebih selesa. Pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang sendiri telah bersetuju untuk memberi sewaan yang terendah di pusat bandar di sana tetapi keadaan masih tidak berlaku. Masih juga berada di sebuah rumah kedai dua tingkat di mana mereka terpaksa beratur setiap kali jika orang ramai, untuk membuat kad pengenalan.

Sehubungan dengan keperluan-keperluan yang mendesak pejabat-pejabat kecil kerajaan ini, saya juga telah memohon sebuah mini UTC dapat dibina di Bandar Masai kerana terdapat sebuah bangunan yang tidak diguna dengan baik kepunyaan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang agak terbengkalai, tidak diguna dengan baik. Di bawahnya bus stand, di atas banyak pejabat-pejabat kosong yang jika dinaiktarafkan dapatlah digunakan untuk meletakkan pejabat-pejabat kerajaan, memudahkan rakyat dalam Pasir Gudang. Daripada mereka pergi jauh, mereka bolehlah pergi sekadar 10 minit driving from Pasir Gudang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang patut dilaksanakan. Seterusnya kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Saya dah berapa kali juga berbincang tentang keperluan lampu jalan. Benda ini pulang balik antara TNB, sekejap JKR, tentang pemasangan lampu jalan daripada simpang Masai ke simpang Taman Cendana menelan belanja sekitar hampir RM400,000 sahaja, tak banyak pun. Akan tetapi, janji nak buat dah hampir dua tahun ini. Akan tetapi belum dibuat juga. Saya harap perkara ini diambil kira secara seriuslah. Ini soal keselamatan. Kita hospital jauh. Kalau kemalangan berlaku dengan keadaan gelap dan sebagainya, ia akan menjadi bebanan, menjadi

kesukaran kepada rakyat. Jadi, kita elakkanlah. Prevention is always better than cure. Jadi, kita rasa dengan izin, haraplah perkara ini diambil kira. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kira tentang beberapa permohonan lain iaitu tentang gaji minimum. Saya telah mengatakan beberapa kali kita perlu ada perbezaan di antara pekerja Malaysia dengan bukan rakyat tempatan kerana keadaan kos yang makin hari makin naik. Kita sedia maklum perkara ini. Keadaannya agak berbeza apabila dicampur-campur, akhirnya pekerja luar mendapat lebih tinggi daripada pekerja tempatan sendiri. Saya telah mencadangkan agar pihak kerajaan melihat pembayaran COLA secara terus daripada pihak kerajaan kepada pekerja-pekerja di syarikat-syarikat swasta. Bukannya bergantung kepada pendapatan daripada syarikat itu sendiri tetapi komitmen daripada kerajaan bagi menunjukkan bahawa kerajaan bukan sahaja concern, ambil berat tentang pekerja-pekerja di jabatan kerajaan tetapi juga di syarikat-syarikat swasta kerana mereka juga adalah rakyat-rakyat yang menentukan kerajaan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan di sini tentang keperluan kepada perkara lain iaitu soal gaji minimum di mana perkara ini diperluaskan kepada security guard atau pengawal-pengawal keselamatan. Jika dilihat secara teliti, kebanyakan syarikat-syarikat provider pengawal keselamatan ini, pekerja-pekerja ini terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam. Mereka tidak mendapat gaji yang setimpal dengan apa yang mereka lalui untuk menjaga keselamatan sama ada di bank, di tempat kerja, di kilang atau di mana- mana juga. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh bila mereka dibayar dengan gaji RM700, kalau mereka nak dapatkan RM900 itu dia kena kerja 12 jam baru dia boleh dapat RM900 tersebut. Jadi, perkara ini juga perlu diambil kira. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan kepentingan untuk pihak industri ialah tentang keperluan sebuah lagi pusat kemahiran yang berunsurkan latihan kepada industri oil and gas. Perlu diambil kira di kawasan Pasir Gudang kerana terdapat banyak keperluan daripada kilang-kilang untuk mengambil pekerja sedemikian rupa. Sebagai contoh di MMHE sebuah syarikat limbungan kapal di Pasir Gudang, kebanyakan daripada pekerja yang diambil ialah pekerja-pekerja luar. Ini menunjukkan dua perkara iaitu sama ada kita tidak dapat menyediakan pekerja yang baik dan yang kedua, sememangnya ada masalah gaji yang di mana saya difahamkan jika diambil pekerja-pekerja luar, gaji ini tidaklah setinggi perlu dibayar kepada anak-anak kita yang telah melalui kursus-kursus oil and gas ini. Jadi, perhatian ini perlu ada supaya kita tidak perlu bergantung kepada mereka yang datang daripada negara-negara luar. Sehubungan dengan itu, bagi keperluan-keperluan rakyat yang lain, saya juga menyentuh soal GST. Saya kira GST ini ada kebaikannya yang tersendiri tetapi kita juga perlu mengambil kira tentang keluhan-keluhan rakyat kerana kita tidak dapat sehingga ke hari ini mengambil satu ketetapan yang terbaik bagi memutuskan bahawa ada perkara sememangnya kita tidak boleh mengenakan GST terutamanya yang berkait rapat dengan rakyat. Soal-soal seperti top-up yang masih lagi tertanya-tanya bilakah akan diselesaikan dan yang seterusnya tentang barang-barang harian yang mungkin menjadi makanan asas kepada sesetengah kaum. Bukan semestinya beras sahaja tetapi bagi bangsa-bangsa lain ia merupakan makanan asas yang perlu kita fikirkan. Service seperti insurans perlu juga difikirkan. Kenapa perkhidmatan diperlukan GST? Kita menggalakkan orang ramai membeli insurans tetapi dikenakan GST sedangkan kita tidak mampu kerana kepadatan hospital, kita tidak mampu menyediakan hospital yang cukup. Jadi doktor yang bertugas di private hospital, perkhidmatan mereka kena GST. Mereka pun jumpa saya. “Yang Berhormat, tolong highlight perkara ini. Bukan kami yang bayar, pesakit yang bayar”. Sudahlah hospital swasta ini memang tinggi kosnya kerana masalah insurans tetapi dikenakan juga. Jadi untuk service ini saya kira tak perlu lah dikenakan GST. Selain itu di hotel- hotel, kenapa kita mesti akur kepada this hotel provider untuk mengenakan 10% sedangkan pada awalnya kita kata tidak patut dikenakan. Kenapa? Jadi inilah persoalan-persoalan kerana benda yang baik, GST satu perkara yang baik tetapi ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi dengan sesegera mungkin supaya tidak terus dimanipulasikan sebagai satu produk yang kurang baik yang diusahakan oleh pihak kerajaan. Kita tahu kita perlu pada GST. Kita nak menuju negara maju. Mana kita nak dapat duit nak belanja besar-besar? Everybody want hospital. Semua orang nak hospital, semua orang nak sekolah. Semua orang nak jalan raya. Dengan hanya bergantung kepada income tax tak mungkin kita dapat

menyediakan perkara ini, pihak kerajaan. Jadi dengan GST ini mungkin kita akan mampu untuk menyampaikan, merealisasikan apa yang diimpikan oleh rakyat. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi tahniah di atas RMKe-11 yang diumumkan untuk kebaikan rakyat dan saya bermohon supaya semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang di Pertua · Kuala Krau

Ya, terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Berhubung dengan RMKe-11 ini, sebelum saya menyentuh bab RMKe-11, saya ingin menyatakan beberapa penelitian saya terhadap RMKe-10. Saya dapati bahawa dari segi pembentangan RMKe-10 berbanding dengan RMKe-11, jauh lebih hebat RMKe-10. Ini kerana apabila dibentangkan RMKe-10, kita dikemukakan dengan bermacam-macam akronim yang cukup hebat dan mengagumkan. Kita mendengar tentang Model Ekonomi Baru.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, kita sambung besok ya.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Belum lagi, eh sudah lepas sudah. [Ketawa] Baru sahaja hendak start. Baiklah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16(3).

Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato' Jailani bin Johari]: TuanMotion

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Setiausaha..

Ucapan Penangguhan — Pembangunan Infrastruktur Daerah Muar.Adjournment

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam Rancangan Kawasan Khas Bandar Maharani Diraja Muar kerajaan telah mengisytiharkan beberapa bangunan kerajaan sebagai bangunan warisan bersejarah. Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk mengisytiharkan bangunan-bangunan selain bangunan kerajaan pula? Yang Berhormat Bakri ingin mengemukakan persoalan apakah garis panduan yang diguna pakai dalam polisi pemuliharaan dan pemugaran bangunan warisan ini. Premis-

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

premis yang terlibat tidak lagi boleh dilakukan sebarang bentuk pengubahsuaian yang mengubah struktur asal bangunan. Maka sudah pastilah skop perniagaan yang boleh dijalankan di dalam premis ini akan mengecil dan terhad. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu pemilik premis perniagaan dalam bandar Muar yang terlibat? Yang Berhormat Bakri ingin mendapatkan penjelasan mengenai lokasi muzium tersebut sama ada akan dibina di bangunan Mahkamah Tinggi lama ataupun di sebuah lokasi yang baru. Selain daripada muzium dan Galeria Diraja, Yang Berhormat Bakri juga mencadangkan agar diwujudkan satu galeri seni yang boleh memaparkan lukisan-lukisan dan juga ruang tertutup khas untuk aktiviti seni persembahan seperti teater, orkestra dan lain-lain. Ini akan memberikan nilai tambah dalam mewujudkan industri pelancongan bersejarah di Daerah Muar. Selain itu, Yang Berhormat Bakri ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan rancangan mewujudkan kawasan industri baru bagi memindahkan kilang-kilang haram. Kerajaan masih tidak lagi memberikan lokasi yang telah ditentukan untuk kawasan industri baru tetapi telah mula mengehadkan lesen perniagaan untuk kilang-kilang ini. Kerajaan seharusnya memberikan masa yang cukup untuk kilang terlibat berpindah ke kawasan yang dibenarkan dalam suasana ekonomi yang agak lembap ketika ini. Dalam sesuatu rancangan perbandaran setiap kemudahan awam dan facility yang ingin dibina adalah berdasarkan kepada tahap kepadatan penduduk. Yang Berhormat Bakri ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan kemudahan kompleks sukan serba lengkap yang baru di sekitar bandar Muar memandangkan sepanjang tempoh hampir 40 tahun ini hanya sebuah sahaja stadium terdapat di bandar ini. Selain itu juga, di kawasan Bandar Muar hanya terdapat kawasan rekreasi Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang yang sudah berusia setengah dekad. Apakah kerajaan tidak berhasrat untuk membangunkan satu lagi kawasan rekreasi baru? Apakah rancangan kerajaan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di Lorong Paip, Jalan Salleh, Muar dan Jalan Utara, Bukit Bakri, Muar ekoran sistem perparitan yang tidak efektif. Selain itu, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Jalan Muar–Yong Peng dan Jalan Muar–Pagoh kepada empat lorong memandangkan kedua-dua jalan ini semakin padat dengan kenderaan setiap hari. Yang Berhormat Bakri ingin memohon penjelasan kerajaan berhubung dengan jumlah dan tujuan peruntukan yang telah disalurkan kepada Majlis Perbandaran Muar setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2015 tahun mengikut pecahan peruntukan yang telah dibelanjakan, belum dibelanjakan, terlebih peruntukan dan tidak cukup peruntukan. Sekian, terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat, sebelum saya menjawab kepada persoalan Yang Berhormat mungkin lain kali agaknya Yang Berhormat boleh bawa perkara-perkara dalam Parlimen Bakri. Manakala yang dalam Parlimen Muar ini, biar Ahli Parlimen Muar yang bawa. Ini sampai sudah masuk sempadan kawasan orang lain. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri kerana telah pun membentangkan usul dan memberikan kesempatan kepada saya untuk saya menjawab kepada usul yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, sebelum saya jawab kepada semua, saya hendak terangkan sedikit tentang bidang tugas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu: (i) memperkasakan seni budaya warisan berteraskan dasar kebudayaan kebangsaan ke arah mengukuhkan perpaduan negara; (ii) meningkatkan sinergi dan kerjasama di antara penggiat sektor pelancongan dan kebudayaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi terpilih;

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

(iii) memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan bagi meningkatkan ekonomi negara; (iv) mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara; dan (v) menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan kebudayaan. Jadi usul yang dibawa oleh Yang Berhormat ada antaranya yang menyentuh zon industri, ada yang di antaranya menyentuh kawasan rekreasi. Kemudian menyentuh kepada soal yang berkaitan dengan banjir kilat, menyentuh kepada persoalan yang berkaitan dengan kompleks sukan. Jumlah dan tujuan peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Perbandaran Muar dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat dengar bidang tugas kementerian tadi lima perkara Yang Berhormat bangkitkan ini tidak masuk dalam tugas dan tanggungjawab kementerian. Jadi lima perkara Yang Berhormat bangkitkan ini saya tidak akan jawab kerana ia berkaitan dengan Kementerian KPKT dan Kementerian Belia dan Sukan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat ke atas isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang berkaitan dengan bidang kuasa kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara telah pun mewartakan dua buah bangunan kerajaan di bandar Maharani Diraja Muar iaitu bangunan pejabat kerajaan Muar dan Sekolah Tinggi Muar sebagai bangunan warisan dan dua buah bangunan lagi yang masih dalam proses pewartaan iaitu bangunan Mahkamah Tinggi Muar dan Masjid Jamek Muar iaitu Masjid Sultan Ibrahim. Bagi bangunan-bangunan lain Tuan Yang di-Pertua di Muar ia masih lagi dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk kajian lanjut. Seterusnya kepada persoalan yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam memulihara dan memelihara bangunan warisan, Jabatan Warisan Negara telah pun menyediakan garis panduan iaitu garis panduan pemuliharaan bangunan warisan yang boleh dirujuk oleh pemilik dan pengguna sesuatu bangunan warisan sekiranya mereka ingin membuat sebarang pengubahsuaian ke atas bangunan-bangunan mereka. Sebarang bentuk pengubahsuaian terhadap mana-mana bangunan yang berstatus warisan perlulah terlebih dahulu mematuhi seksyen 40 Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu Akta 645. Untuk makluman selanjutnya kepada Yang Berhormat Bakri rancangan penubuhan Muzium Muar adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Johor. Mungkin agaknya Yang Berhormat boleh tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan cadangan Yang Berhormat berkaitan dengan Muzium Muar kerana itu di bawah kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, kementerian ini melalui Jabatan Muzium Malaysia sedia untuk memberikan bantuan kepakaran, teknikal pemuziuman bagi tujuan penubuhan muzium yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini melalui Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara juga bersedia untuk memberikan sebarang bentuk kerjasama kepada Kerajaan Negeri Johor ataupun kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mewujudkan galeri seni di Muar. Setakat ini mengikut rekod, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara terdapat sebuah galeri seni lukis yang dimiliki oleh individu persendirian yang bernama Galeri Seni Muar Johor bertempat di Taman Marin Sungai Abong Muar. Sudah ada satu Yang Berhormat. Kalau hendak cadangkan di peringkat daerah itu boleh cadangkan kepada kerajaan negeri. Bagi aktiviti-aktiviti seni budaya Tuan Yang di-Pertua yang melibatkan pementasan, persembahan di sekitar daerah Muar, kementerian melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor melaksanakan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi sedia ada seperti di Dewan Jubli Intan, Dataran Tanjung Emas, dewan-dewan sekolah serta mana- mana lokasi terbuka. Bagi lokasi-lokasi terbuka kadangkalanya melibatkan pembuatan pentas persembahan mengikut kepada kapasiti serta keperluan persembahan. Yang Berhormat Bakri, Tuan Yang di-Pertua untuk makluman, aktiviti-aktiviti seni budaya di Muar sememangnya berkembang dengan aktif dan melalui Jabatan Kebudayaan

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

dan Kesenian Negeri Johor pelbagai aktiviti seni dan budaya dilaksanakan oleh badan- badan bukan kerajaan seni budaya serta masyarakat setempat. Selain daripada itu, penglibatan peringkat sekolah di bawah program Bimbingan Seni Budaya JKKN misalnya Sekolah Rendah Kebangsaan Orang Kaya Ali di Daerah Muar telah pun dipilih untuk membuat persembahan di program antarabangsa di Taiwan. Manakala Sekolah Menengah Sains Muar pula sentiasa diberikan peluang untuk terlibat di dalam apa juga aktiviti program merakyatkan seni budaya anjuran JKKN dan juga aktiviti yang melibatkan bimbingan seni. Terakhir Yang Berhormat, berhubung dengan empat isu lagi yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan termasuk kompleks sukan lima isu. Itu adalah di luar bidang kuasa kementerian. Maka dengan itu saya harap Yang Berhormat boleh kemukakan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan lima perkara itu kepada kementerian-kementerian lain dan bukan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saya harap saya telah dapat menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Bakri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tahniah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula pada jam 10 pagi pada hari Selasa, 26 Mei 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.43 malam]