Dewan Rakyat · 26 May 2015

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 532 turns · 55,525 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong · question

1. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah seriusnya penglibatan kongsi-kongsi gelap dalam syarikat- syarikat keselamatan dalam negara seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNMenteri Dalam Negeri · Bagan Datok

Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan-tindakan yang pantas berhubung dengan aktiviti syarikat yang menggaji ahli-ahli kongsi gelap di dalam syarikat kawalan ini khususnya di negeri Selangor. Ini memandangkan mengikut maklumat risikan oleh pihak polis, kegiatan ini setakat ini hanya berlaku di negeri Selangor sahaja. Dalam insiden yang berlaku pada 18 April tahun ini, seramai 19 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkenaan telah pun ditangkap. Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh orang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh manakala 12 orang lagi telah ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Di Dewan yang mulia ini, saya ingin memberitahu bahawa rakyat tidak perlu bimbang atas peristiwa ini dan saya memberi jaminan sepenuhnya penglibatan kumpulan- kumpulan kongsi gelap di dalam industri kawalan keselamatan adalah di tahap yang rendah dan terkawal. Di sini saya ingin mengingatkan dan memberitahu bahawa tidak akan ada tolak ansur kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang dilesenkan oleh KDN yang mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap. Tindakan amat-amat tegas akan diambil terhadap syarikat-syarikat berkenaan termasuk membatalkan lesen mereka daripada terus beroperasi dengan serta-merta.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Walau bagaimanapun, ada soalan tambahan yang saya hendak ajukan kepada Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada Dewan ini sama ada penglibatan kongsi-kongsi gelap yang tadi dinyatakan yang telah ditangkap ini, adakah mereka ini melibatkan syarikat-syarikat keselamatan itu sendiri ataupun individu yang bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam menambah baik persepsi terhadap kerjaya pegawai keselamatan ini supaya nampak lebih profesional termasuk cadangan meminda Akta Agensi Persendirian 1971? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa terdapat dua faktor yang telah kami peroleh kenapa ada di kalangan syarikat-syarikat berkenaan yang menggunakan hemat kongsi gelap. Pertama, ada kemungkinan syarikat berkenaan dibeli oleh pemilik lain yang mungkin ada hubungan dengan kongsi gelap. Kedua, ada kemungkinan juga bahawa lesen itu disewakan kepada mereka yang ada kaitan dengan kongsi gelap.

Dalam hal ini, kita dapati bahawa bagi menentukan imej yang baik kepada pegawai dan anggota kawalan keselamatan ini, kita telah mengadakan suatu kursus yang dipanggil Certified Security Guards termasuk syarikat kawalan keselamatan yang dipunyai oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Kita dapati bahawa sebanyak 15,000 daripada pegawai dan juga anggota syarikat kawalan keselamatan ini telah memasuki kursus berkenaan manakala kita telah mengadakan kursus wajib kepada tuan punya syarikat dan juga Ahli Lembaga Pengarah untuk mengikuti kursus khas yang dibuat oleh PDRM Bukit Aman bagi menentukan agar permasalahan ini tidak timbul lagi. Saya ingin memberitahu bahawa didapati bahawa dalam hal yang berkaitan dengan peristiwa itu, ada di kalangan syarikat-syarikat berkenaan yang tidak mematuhi SOP yang telah ditentukan dan apa yang telah dijadikan sebagai panduan oleh persatuan syarikat- syarikat kawalan keselamatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa 48 syarikat kawalan keselamatan ini telah dibatalkan lesen setakat ini dan saya tidak khuatir untuk membatalkan lebih banyak lagi jika mereka tidak mematuhi SOP yang telah ditentukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita lihat dalam negara kita begitu banyak pengawal-pengawal keselamatan yang terdiri daripada warga asing. Saya ingin tahu sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan pengawal keselamatan ini betul-betul boleh menjamin keselamatan sebab ada di kalangan mereka yang menggunakan kad pengenalan palsu. Ini yang didedahkan di dalam media. Saya ingin tahu juga dalam Februari yang lepas, pihak kementerian telah menyenaraikan lebih daripada 23 buah pertubuhan kongsi gelap di Malaysia yang menyalahi undang-undang. Jadi sejauh mana pemantauan terhadap kongsi-kongsi gelap ini dan apakah mereka ini terlibat ataupun adakah kes-kes pendakwaan selepas daripada apa yang tindakan yang telah dibuat oleh kementerian yang mana kumpulan kongsi gelap ini terlibat dalam menyebabkan tidak berlakunya ketenteraman awam, pengedaran dadah dan berbagai-bagai isu kesalahan dalam negara. Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, secara rasminya hanya terdapat seramai 44,174 orang pegawai dan pengawal keselamatan terdiri daripada orang asing yang diizinkan dan hanya pengawal keselamatan daripada negara Nepal sahaja yang diluluskan untuk menjadi pengawal keselamatan. Ini bererti, 150,000 pengawal keselamatan tempatan mendominasi pekerjaan ini. Ertinya terdapat kira-kira 194,000 yang terlibat dalam industri kawalan keselamatan ini. Jika terdapat laporan atau siasatan yang dilakukan di mana penglibatan kongsi- kongsi gelap di mana-mana syarikat sama ada ia diketahui atau tidak diketahui, maka tindakan yang saya sebutkan itu kita lakukan. Di samping itu saya juga ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa kita telah mengehadkan jumlah syarikat-syarikat ini kepada hanya 800 syarikat sahaja. Saya ingin memberitahu syarikat-syarikat berkenaan oleh sebab industri ini adalah cukup terkawal, jangan fikir bahawa untuk mendapat keuntungan, mereka boleh mengambil pekerja asing dengan kononnya bayaran gaji rendah untuk mengaut keuntungan dan mereka juga sebenarnya tertakluk kepada penapisan keselamatan dan jika terdapat mereka yang tidak diizinkan untuk bekerja termasuk yang mempunyai rekod jenayah terdahulu, maka secara automatik syarikat berkenaan akan dibatalkan lesen. Saya ingin memberitahu rakyat keseluruhannya melalui Dewan yang mulia ini bahawa KDN tidak akan pernah bertolak ansur kepada mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang melakukan kesalahan-kesalahan sebagaimana yang mereka ketahui dan tindakan-tindakan tegas ini jangan menuding jari kepada pihak kerajaan bahawa kami melakukan kezaliman atau ketidakadilan kepada syarikat-syarikat kawalan berkenaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada KDN atau Menteri sendiri, sama ada beliau sedar bahawa di Pantai Timur Sabah di Tawau khasnya, kita semua sedia maklum bahawa beras dan petrol beratus ribu tong dihantar ke Selatan Filipina sebab kita tahu

sekarang, kita mempunyai musuh nombor satu dari Southern Philippines kerana mereka masuk dengan menggunakan petrol yang kita supply kepada mereka dan mereka mengisi perut dengan beras. Jadi saya mahu tahu kalau sedar, apa tindakan diambil oleh kerajaan mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan itu tidak ada hubung kait dengan soalan asal dan mungkin melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, tetapi saya ingin menyebutkan bahawa jika KDN diminta bekerjasama, kita akan bekerjasama menentukan bahawa tidak ada barang-barang subsidi yang boleh dieksport dan saya minta pihak kerajaan melalui kementerian berkenaan agar menentukan bahawa tidak ada lagi barter trade yang dilakukan dan tidak menguntungkan, tidak menguntungkan pihak Malaysia kerana banyak barang yang bersubsidi yang telah diseludup keluar dan ini menguntungkan sebuah negara sahaja tetapi tidak menguntungkan negara kita. Saya fikir cadangan Yang Berhormat Kalabakan itu walaupun di luar kementerian saya, saya akan sokong di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri nanti.

Nasrudin bin Hassan TantawiPAS · PRTemerloh · question

2. Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pihak KWSP berhasrat untuk memastikan duit caruman pencarum Muslim hanya dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan patuh syariah sahaja.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh. Simpanan atau tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk semua pekerja di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kewarganegaraan. Oleh itu secara dasarnya, KWSP tidak mengasingkan pelaburan mengikut agama, bangsa dan kewarganegaraan ahlinya. Pengagihan dividen tahunan juga adalah berdasarkan pendapatan kumulatif daripada instrumen pelaburan Islamik dan Konvensional. KWSP mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang memenuhi mandat etika (ethical mandate) dengan izin di mana KWSP tidak membuat pelaburan di dalam sektor-sektor yang dikategorikan sebagai tidak beretika seperti saham-saham dalam sektor perjudian dan arak, sektor pembuatan, penjualan senjata untuk peperangan serta pelaburan yang mempunyai pendedahan dan kepentingan dalam negara-negara yang tiada hubungan diplomasi dengan Malaysia seperti Israel. Ruang untuk pelaburan berlandaskan syariah adalah bergantung pada penawaran yang ada di pasaran. Walau bagaimanapun, sejak tahun-tahun kebelakangan ini potensi pelaburan sebegini telah mula berkembang dengan lebih banyak menawarkan produk- produk berasaskan pelaburan Islamik. KWSP sentiasa memperkembangkan pelaburannya di dalam instrumen-instrumen berlandaskan syariah selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan selagi pelaburan tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta KWSP 1991. Setakat Disember 2014, lebih 40% atau lebih RM250 bilion daripada jumlah aset pelaburan KWSP adalah di dalam pelaburan berlandaskan syariah. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 April 2015, KWSP kini dalam usaha memperkenalkan inisiatif untuk memberi pilihan kepada ahlinya bagi memilih skim simpanan persaraan patuh syariah atau kekal dengan skim sedia ada konvensional. Pelaksanaan inisiatif ini adalah disasarkan pada tahun 2017. Kita memilih tahun 2017 kerana perlu ada dibuat kajian pelaksanaan dan kaedah- kaedah yang perlu dilakukan. Yang kedua, kita perlu meminda Akta KWSP 1991 bagi membolehkan dibuat pilihan dan yang ketiga, kita perlu terus menambah baikkan sistem caruman, pengeluaran dan juga pelaburan. Terima kasih.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan.

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

Terlebih dahulu saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP yang telah menawarkan ruang penambahbaikan Skim Simpanan Tetap Pekerja dengan mengambil

Tuan Nasrudin bin HassanPAS · PRTemerloh

kira pandangan rakyat sepertimana kajian umum yang telah dibuat oleh pihak KWSP ini yang telah melibatkan 96,000 responden baru-baru ini yang saya lihat soalan asal yang saya utarakan tadi ialah untuk membawa hasrat sebilangan besar daripada pencarum yang beragama Islam yang mana saya ikuti dapatan kajian tersebut difahamkan 71% daripada pencarum ini bersetuju dengan cadangan KWSP untuk membenarkan caruman pencarum bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah. Namun Tuan Yang di-Pertua sebagaimana yang disebutkan tadi hanya 40% daripada jumlah aset KWSP ini yang bernilai RM636 bilion terlibat dengan pelaburan patuh syariah. Selebihnya adalah konvensional. Jadi soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak KWSP bersedia untuk membentuk satu jawatankuasa Majlis Penasihat Syariah secara serius untuk menangani perkara ini dan apakah langkah seterusnya untuk merealisasikan hasrat pencarum untuk pastikan simpanan dilaburkan dalam aktiviti-aktiviti yang patuh syariah khasnya daripada tindakan-tindakan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dielakkan daripada riba sebab kita mengambil peringatan daripada Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan jauhkanlah diri serta sebaiknya daripada saki baki riba sekiranya kamu beriman kepada Allah dan jika tidak kamu melakukan sedemikian ertinya kita telah mengisytiharkan perang dengan Allah dan juga Rasulnya”. Satu lagi termasuklah juga Yang Berhormat Menteri untuk mengelakkan daripada pelaburan yang berisiko saya dapat maklumat daripada jawapan bertulis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada rakan saya Yang Berhormat Pandan pada 18 Mei yang lalu bahawa KWSP ini juga melabur dalam aset 1MDB seperti pelaburan anak-anak syarikat 1MDB yang berkait dengan penjana kuasa bebas dan juga pembelian bon 1MDB. Jadi semua pelaburan ini yang saya lihat pelaburan KWSP ini berjumlah RM1.72 bilion. Jadi atas kedudukan 1MDB pada hari ini saya kira ini adalah satu bentuk pelaburan yang berisiko. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Kajian umum yang telah dibuat ialah pada 21 April sehingga 5 Mei tahun ini sama ada ahli bersetuju berapa banyak yang bersetuju untuk mengadakan pelaburan patuh syariah yang boleh dipilih oleh ahli. Sebagaimana yang disebut, 71% menyokong supaya diadakan pelaburan dan patuh syariah dan diberi pilihan kepada ahli. Daripada 96,000, 68,500 orang menyokong supaya diadakan pilihan itu. Kemudian, memang benar aset KWSP RM636.53 bilion. Pada saat dan ketika ini 40% sudah patuh syariah atau lebih RM250 bilion kalau saya boleh memberikan pecahan dari segi pendapatan tetap seluruh aset KWSP yang dilabur dalam pendapatan tetap simpanan dalam bank, bon, sukuk untuk jangka panjang 49% patuh syariah, 51% konvensional. Dari segi ekuiti ataupun saham-saham tersenarai domestik dan juga luar, 45% patuh syariah dan 55% konvensional. Kemudian dari segi tunai short term, jangka pendek maksimum setahun 44% patuh syariah, 56% konvensional, itu pecahan. Saya telah sebut tadi bahawa langkah-langkah yang perlu dibuat antaranya ialah meminda akta, kita akan pinda akta ini dalam masa beberapa ketika ini supaya dibenarkan ahli membuat pilihan. Ahli KWSP ini ramai Tuan Yang di-Pertua, 14,192,832 orang ahli yang aktif yang mencarum dalam masa enam bulan terdekat ini jumlah 6,659,036 orang daripada majikan berjumlah 530,166 majikan di seluruh negara. Mengenai pelaburan di 1MDB memang kita jangka soalan ini akan ditanyakan. Pertama langganan bon terbitan 1MDB oleh KWSP pada tahun 2009 sebanyak RM200 juta. Ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Kemudian pada tahun 2003 lama dahulu, KWSP melabur di Panglima Power Sdn. Bhd., IPP. Pada tahun 2005, KWSP melabur di Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd., jumlah kedua-dua pelaburan ini ialah RM1.52 bilion. Pada tahun 2012, 1MDB mengambil alih Panglima Power Sdn. Bhd. Pada tahun 2014, 1MDB mengambil alih Jimah Energy Ventures jadi pada saat dan ketika ini pelaburan ini adalah pelaburan yang kecil risikonya. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua bagi saya peluang. KWSP sebagai satu daripada institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah untuk persaraan. Pada setiap bulan caruman dibuat oleh pekerja dan wang caruman ini dilaburkan dalam seperti yang, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi supaya semua instrument kewangan. Selain daripada instrument kewangan, KWSP juga menyediakan pinjaman dan bon serta terlibat dengan ekuiti dan juga hartanah.

Jadi soalan saya sejauh manakah dan berapa peratuskah daripada pelaburan tersebut yang KWSP membuat pelaburan di luar negara. Mengapakah kita membuat pelaburan ke luar negara dan berapakah pulangan daripada pelaburan tersebut. Adakah ianya lebih tinggi daripada pelaburan yang kita dapati kalau kita melabur dalam negara. Seterusnya selain daripada itu kita ada sebenarnya melabur dalam security dan ekuiti kepada syarikat-syarikat ini. Jadi kita hendak tahu apakah syarikat sebenarnya yang telah memberikan pulangan yang paling tertinggi sekali kerana saya hendak ucap tahniah kepada KWSP walaupun kerajaan menjamin pulangannya hanya sebanyak 2.5% sahaja pada setiap tahun tetapi pada tahun lepas KWSP telah beri sebanyak 6.5%. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Jasin. Tadi saya ada maklumat tambahan untuk Yang Berhormat Temerloh. Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP telah diwujudkan sejak tahun 2010 bererti sudah ada jawatankuasa itu dan anggotanya pada saat dan ketika ini tiga orang kita boleh menambah lagi ahli jawatankuasa. Yang Berhormat Jasin, pelbagai pelaburan oleh KWSP antaranya dalam pinjaman dan bon RM7.57 bilion. Ini data-data pada tahun 2014 untuk pelaburan di Malaysian Government Securities RM6.59 bilion. Pelaburan dalam pasaran kewangan, money market RM619.65 juta. Untuk pelaburan real estate dan prasarana ialah RM1.39 bilion dan ekuiti dalam ekuiti RM22.91 bilion. Memang kita memberikan dividen yang sentiasa meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2009, dividen KWSP 5.65%, 2010 – 5.8%, 2011 – 6%, 2012 – 6.15%, 2013 – 6.35%, 2014 – 6.75%. Jadi setiap tahun kelihatan dividen adalah sentiasa meningkat. Setakat 31 Disember 2014, 23% dilaburkan di luar negara, pulangan pelaburan daripada portfolio di luar negara telah menambah nilai hampir 1% pada jumlah kadar pulangan pelaburan KWSP secara keseluruhannya. Terima kasih.

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

3. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada kerajaan akan mengkaji semula gaji minimum bagi membolehkan dasar kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tercapai untuk status negara berpendapatan tinggi.

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya satu negeri Dato' Haji Abdul Rahman daripada Lipis. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya hendak ucapkan selamat datang kepada pengunjung mulia kita, guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam dan juga mahasiswa UiTM Melaka. [Tepuk]

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis, pelaksanaan gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ataupun Akta 732 adalah khusus untuk sektor swasta, tidak termasuk sektor awam. Seperti yang kita maklum, gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan, oleh Majlis Perunding ini ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, proses kajian semula Perintah Gaji Minimum 2012 telah selesai dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Akta 732 yang menetapkan supaya kajian semula Perintah Gaji Minimum dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Kajian yang dilaksanakan oleh pihak JTPGN telah mengambil kira peningkatan kos sara hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang 2 juta atau 1.9 juta lebih mereka yang terlibat dengan gaji minimum ini. Dulunya lebih kurang hampir lebih 2 juta tetapi lepas pelaksanaan kita sudah nampak majikan-majikan telah memberikan gaji yang cukup baik kepada pekerja mereka. Susulan daripada itu, hasil kajian tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Perundangan Gaji Negara (MPGN) dan pihak MPGN melalui

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Kementerian Sumber Manusia akan membawa syor berhubung kajian semula Perintah Gaji Minima 2012 kepada kerajaan untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. Walau bagaimanapun, Dasar Gaji Minimum bukanlah pendekatan tunggal untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diharapkan. Disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Lipis, untuk menentukan ETP tercapai, gaji minimum bukanlah satu pendekatan tunggal tetapi ia juga hendaklah disokong oleh faktor lain seperti yang pertama, menambah nilai kerja melalui inovasi dan kreativiti dengan memperbanyakkan elemen automasi yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti pekerja di negara ini dan meningkatkan rantaian pengeluaran agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kedua, kerajaan perlu menarik lebih banyak foreign direct investment (FDI) dengan izin atau domestic direct investment (DDI) dengan izin. Pelaburan luaran dan pelaburan dalaman yang menyumbangkan terhadap penghasilan high value jobs ataupun kerja yang mempunyai nilai tinggi yang menarik pelaburan yang berintensif buruh ataupun labour intensive dengan izin dan bergaji rendah atau low paying jobs. Penghasilan pekerjaan yang bersifat high value jobs dan K-workers adalah amat wajar kerana kadar upah yang tinggi dinikmati oleh golongan ini, antara golongan penyumbang besar dalam peningkatan peratusan kadar upah daripada KDNK seperti yang dinikmati negara maju. Dasar lain juga dilaksanakan termasuklah meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja di negara kita yang disasarkan oleh kerajaan pada tahun 2020 kepada 50% daripada jumlah 14 juta tenaga kerja ataupun work force di negara kita. Ketiga, kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing yang bergaji rendah. Langkah ini perlu diambil kerana pekerja asing tidak mahir yang bergaji rendah adalah antara penyumbang terhadap peratusan kadar upah yang rendah berbanding KDNK negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon kemukakan soalan tambahan. Pertamanya, saya merakamkan ucapan tahniah kementerian kerana telah melaksanakan Dasar Gaji Minima sebagai cita- cita negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Akan tetapi dalam soal ini seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, banyak inisiatif-inisiatif yang harus diberikan untuk memastikan kita mendapat pendapatan yang sasarannya USD15 ribu bagi Rancangan Malaysia Kesebelas. Sedangkan pada hari ini kalau kadar gaji minimumnya masih RM800 bagi Sabah dan Sarawak, RM900 di Semenanjung, jadi apakah langkah kerajaan dan cara memastikan bagi mencapai hasrat tersebut sedangkan masih terdapat sesetengah syarikat tidak mengikut apa yang dipatuhi oleh pihak kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis, sahabat saya. Di Lipis ini Tuan Yang di-Pertua, saya pernah bekerja sebagai DO di sana. Kawasan pertanian, buah, kawasan FELDA dan juga ada estet-estet pekerja-pekerja ladang yang juga terlibat dengan gaji minima ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebutkan sebahagian saja antara inisiatif yang dibuat oleh kerajaan melalui Blue Ocean Strategy antara kementerian kita dengan kementerian- kementerian lain, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya. Sebenarnya kalau kita lihat seperti mana yang disebutkan satu tadi ialah bagaimana kita meningkatkan, usaha kita untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir di negara kita. Hari ini kita ada lebih kurang 23% lebih mungkin dan target kita pada tahun 2020 adalah 50%. Makna lebih kurang 7 juta pekerja-pekerja mahir di negara kita berbanding dengan 14 million work force ataupun tenaga kerja. Jadi kalau kita dapat melaksanakan ini melalui program-program yang telah ada, 12 program, tidak dapat saya sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya yakin bahawa kita dapat mengurangkan penglibatan pekerja asing di negara kita yang pendapatannya rendah, yang banyak guna subsidi di negara dan kita ganti dengan pekerja tempatan dan ini antaranya dan banyak lagi Tuan Yang di-Pertua. Manakala bagaimana kita hendak pastikan ialah melalui enforcement yang kita buat melalui kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat Lipis, kita menjalankan pemeriksaan berkanun sehingga April melalui pelaksanaan gaji minima ini ialah sebanyak 53,133 pemeriksaan yang kita buat dan bilangan majikan yang patuh pada pelaksanaan gaji minimum ini ialah 52,365. Bermakna 99%. Maknanya mereka telah melaksanakan.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Lipis, bagi saya kalau sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai seorang Ahli Parlimen memang kita setuju kalau boleh gaji minimum ini kita pertingkatkan lagi kepada pekerja kita. Akan tetapi kita kena melihat, kita mestilah ada persetujuan bersama. Oleh sebab itulah kita ada Majlis Perundingan Gaji Negara yang terdiri daripada wakil-wakil pekerja, wakil majikan, wakil kerajaan dan pakar- pakar yang memberikan pandangan mereka di manakah tahap yang sebenarnya sesuai untuk kita berikan bayaran gaji minimum ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, majikan yang tidak patuh, sudah sedikit saja, 768. Majikan 1%. Seperti mana juga GST. Walau mulanya cukup heboh, cukup. Hari ini masyarakat sudah faham dan Insya-Allah melalui pendekatan-pendekatan ini kerajaan kita boleh menambahkan pendapatan kepada pekerja negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti hujahan Tan Sri dalam jawapan balas yang ditujukan oleh Yang Berhormat Kuala Lipis. Yang jelas ialah bila mana pada 1 Mei, di Kuching, Sarawak, Yang Amat Berhormat Pekan telah pun berucap dalam statement nya ialah tempoh dua tahun itu belum cukup untuk diadakan re-study untuk gaji minimum. Dia kata satu tahun empat bulan. Akan tetapi saya hendak betulkan, ianya bermula pada 1 Januari 2013. Bermaksud telah melebihi dua tahun lima bulan pada waktu ini. Jadi untuk statement Yang Amat Berhormat Pekan itu perlu diperbetulkan supaya disegerakan Majlis Gaji Minimum Negara ini diperlakukan pada setiap 2 tahun. Jadi unjuran yang dibuat oleh Yang Berhormat Pekan pada RMKe-11, jumlah 2.7 juta pendapatan isi rumah, sekadar RM2,500 pada 2014 dan sasaran lagi lima tahun ialah RM5,000. Persoalannya, ini soalannya ialah apakah langkah kerajaan untuk memastikan bahawa RM5,000 itu dalam masa lima tahun bukan igauan di siang hari, boleh dilaksanakan. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan keyakinan pada Dewan ini di atas apa yang telah pun dibicarakan oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada RMKe-11 itu menjadi kenyataan.

Apakah langkah yang serius yang boleh kita achieve Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan riuh]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Langat. Ini orang memang daripada segi sumber manusia, dia orang yang agak hebat. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ragui apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan, Perdana Menteri tentang hasrat kita untuk mencapai negara maju 2020 dan berpendapatan tinggi seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi. Cuma bagaimana kita bersama boleh memberikan sokongan kepada kerajaan. Sebab itulah saya kira banyak dasar kerajaan hari ini cukup baik tetapi kadang-kadang sebahagian kita sahaja yang memberikan sokongan yang cukup baik kepada kerajaan, saya yakin. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu memberikan jaminan sebab Rancangan Malaysia Kesebelas dibentangkan oleh Perdana Menteri. Saya adalah antara orang yang akan memberikan sokongan dan akan memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang ada di kementerian kita khususnya. Saya tidak hendak libatkan kementerian lain. Komitmen yang diberikan oleh kementerian lain, saya kira kita boleh mencapai hasrat ini dengan syarat juga pihak sana, pihak pembangkang berikan sokongan. Saya cukup yakin. Berbalik kepada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tentang tempoh kajian semula ini. Memang akta ini Tuan Yang di-Pertua, memang dilancarkan awal. Akta Gaji Minimum ini dilancarkan awal tetapi dalam masa peringkat awal tahun 2013, kita dapat rayuan daripada pelbagai sektor. Sektor SME dan sebagainya. Pihak kerajaan memberikan pertimbangan. Oleh sebab itulah dasar gaji minima ini kita kuatkuasakan 1 Januari 2014. Walaupun kalau ikut akta ini kita kena gaji awal dah tetapi oleh kerana kita laksanakan itu berdasarkan rayuan-rayuan diberikan oleh beberapa pihak, maka kajian dibuat berdasarkan dua tahun tempoh yang diberikan dalam pelaksanaan itu. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, rumusan telah ada dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara tetapi saya sebagai yang bertanggungjawab di kementerian, sehingga kerajaan menetapkan, mempersetujui dasar ataupun keputusan yang dibuat oleh

Majlis Perundingan Gaji Negara ini, barulah boleh kita bentangkan pada umum kerana ini melibatkan pelbagai pihak termasuklah majikan, pekerja, kerajaan dan wakil-wakil yang terlibat dalam Majlis Perundingan Gaji Negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Charles Anthony a/l SantiagoDAP · PHKlang · question

4. Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [Klang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah memulakan proses persempadanan semula kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Semenanjung Malaysia dan negeri Sabah.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya sedang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran sebagai persiapan awal untuk memulakan kajian urusan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kerja-kerja tersebut membabitkan pengumpulan maklumat pembangunan, pertambahan penduduk, pertambahan bilangan pengundi semasa dan seterusnya menyediakan draf laporan awal urusan persempadanan sebelum cadangan persempadanan SPR dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berdasarkan peruntukan seksyen 4, Bahagian II Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini, pertamanya adakah senarai pengundi akan dikemaskinikan ataupun akan dibersihkan sebelum persempadanan itu dibuat? Saya bangkit isu ini sebab di kawasan saya, saya dapati dalam satu rumah ada 62 nama. Satu alamat ada 62 nama dan tuan punya rumah pun telah memberikan satu statuary declaration yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa 62 nama itu. Itu pertama. Kedua, di kawasan saya juga kita dapati banyak warga negara Malaysia yang tinggal di luar negara, didaftarkan sebagai pengundi di kawasan saya di Klang. So, saya hendak minta kepada pihak kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, adakah nama- nama ini akan dikeluarkan, dibersihkan dan dikemaskinikan sebelum kerja persempadanan itu diimplementasikan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini saya minta notis sebab apa Yang Berhormat merujuk khusus kepada perkara yang berlaku. Sebenarnya ramai orang, saya sendiri sebagai wakil rakyat di kawasan saya pernah saya lihat satu rumah ada 42 nama yang didaftarkan. Sudah pasti dalam hati saya berkata ini dilakukan oleh pihak lain, kemungkinannya pembangkang. Jadi Yang Berhormat pula akan memikirkan bahawa kemungkinannya dilakukan oleh pihak lain, kemungkinan pihak yang akan lawan Yang Berhormat dan begitulah seterusnya. Jadi oleh kerana benda ini melibatkan benda khusus, saya pohonkan notis tetapi di sini, soalan hari ini ialah bilakah persempadanan pilihan raya itu akan dilaksanakan. Saya telah sebutkan tadi melalui beberapa proses selama dua tahun selepas dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selepas itu barulah bermula proses pilihan raya. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bagi perhatian tentang persoalan pilihan raya...

Menteri, ini isu dasar. Adakah pembersihan akan dilakukan sebelum persempadanan itu dibuat, itu isu dasar.

Ya, saya tahu tetapi Yang Berhormat...

Digunakan oleh semua kawasan.

Ya, tapi berhubung dengan daftar pemilih ini, biarlah soalan itu dikhususkan kepada daftar pemilih. Jadi saya akan jawab tentang daftar pemilih. Yang ini ialah proses pilihan raya. Jadi dalam proses persempadanan semula, jadi persempadanan semula ini akan melibatkan seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, pertambahan penduduk, bilangan pengundi dan sebagainya. Oleh sebab bila kita buat daftar pemilih, dia ada syarat-syaratnya untuk membolehkan daftar pemilih itu disahkan, dipamerkan dan sebagainya. Jadi biarlah saya sebut di sini bahawa apabila SPR menjalankan persempadanan, dia akan mengambil kira semua aspek termasuk juga daftar

pemilih dan sebagainya. Akan tetapi kalau Yang Berhormat ingin bertanyakan yang khusus, bagi notis dan saya akan jawab.

Dato' Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dimaklumkan dan difahamkan bahawa kali terakhir persempadanan semula diadakan pada tahun 2003 dan tahun 2005. Sebagaimana yang kita sedia maklum, SPR akan menjalankan kajian persempadanan semula setiap lapan hingga sepuluh tahun. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebagai Ahli Parlimen yang baru ini, apakah tujuan utama persempadanan semula dan apakah kriteria-kriteria yang memungkinkan dan diambil sewaktu melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya. Terima kasih.

Yang Berhormat, di dalam Perlembagaan menyebut bahawa selepas lapan tahun, kita boleh membuat kajian dan juga membuat persempadanan semula. Ini Perlembagaan. Jadi sekarang ini tempoh sekarang ini sudah lanjut, sudah lama kecuali di Sarawak. Kita ini mengikut Perlembagaan 113(2) tetapi yang Sarawak mengikut 113(3B). Makna kata Dewan dia luluskan dahulu persempadanan lepas itu SPR buat kajian melalui proses iaitu notis sebulan. Lepas itu buat local inquiry. Kemudian notis yang kedua dan seterusnya. Jadi bila sampai tentang notis yang kedua sebelum dibawa kepada Dewan Rakyat, sepatutnya ia akan dibawa ke Dewan Rakyat yang di Sarawak. Kita ada perintah mahkamah dan sekarang ini masih dikaji oleh pihak Peguam Negara. Kemudian untuk membolehkan SPR membuat persempadanan semula itu, dia kena mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Pertama ialah mengadakan kemudahan bagi pemilih-pemilih. Jadi kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri. Keduanya, adalah mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan juga pengundian. Ketiganya, jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan.

Keempatnya ialah memelihara hubungan tempatan. Inilah prinsipnya. Bagi yang lapan tahun tadi ialah dalam Perlembagaan. Jadi bila kita buat persempadanan, kita akan mengikut prinsip yang telah dia tentukan. Sekarang ini berlaku kelambatan kerana apa yang kita sedia maklum apa yang berlaku sekarang. Sepatutnya kita sudah pun membuat kajian sebab kajian itu sepatutnya dibuat sebelum PRU-13 tetapi oleh kerana PRU-13 telah hampir, jadi kita tangguh selepas PRU-13. Lepas PRU-13 pun kita sudah berlanjutan dua tahun lebih tetapi walau bagaimanapun, dari segi pentadbirannya, SPR terus menjalankan pelbagai urusan pentadbiran sebelum SPR membawa perkara ini untuk notis kepada Speaker Dewan Rakyat dan juga kepada Perdana Menteri.

[Soalan No. 5 – Y.B. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) tidak hadir]

Oscar Ling Chai YewDAP · PHSibu · question

6. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan yang akan diambil kerana mata pelajaran Sejarah SJKC Tahun Lima mengandungi sebanyak 80 lebih kesalahan. Adakah kesemua kesilapan yang didapati adalah salah seperti tahun penjajahan Jepun pada tahun 1942 yang dinyatakan dalam buku teks.

Tuan P. Kamalananthan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibu atas soalan. Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan apabila mendapat laporan ini bukan sahaja daripada laporan surat khabar malah laporan rasmi. Kita telah mengambil tindakan dengan menyemak, meneliti dakwaan dan persepsi tersebut dengan merujuk kepada Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah.

Tuan P. Kamalananthan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Dalam kumpulan Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah yang mana enam orang melibatkan diri mereka yang ternama dalam bidang sejarah yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Datin Paduka Datuk Ramlah binti Adam dari UniMAP dan dianggotai oleh Prof. Ooi Keat Gin daripada USM, Prof Madya Dr. Sivachandralingam daripada Universiti Malaya, Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi dari UKM, Prof. Dr. Ismail Ali daripada Universiti Malaysia Sabah dan Prof Madya Datu Sanib bin Said daripada Universiti Malaysia Sarawak. Hasil semakan mendapati hanya sembilan isu yang diutarakan dan sebahagian besar isunya adalah tidak salah kerana ianya berdasarkan fakta sebenar. Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat tindakan pembetulan dalam edisi cetakan semula buku tersebut dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan murid dapat memahami dengan lebih mudah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini merupakan soalan kedua yang saya tanyakan kepada Kementerian Pendidikan. Dalam answer yang didapati daripada Kementerian Pendidikan pada waktu yang pertama kali, Kementerian Pendidikan menyatakan tidak ada apa-apa kesalahan dalam buku teks mata pelajaran Sejarah SJKC. Jadi adakah ini menunjukkan bahawa answer yang diberi dalam pertanyaan kali yang pertama itu adalah untuk mengelirukan Dewan ini? Selain itu, satu lagi soalan yang saya mahu tanya ialah mengapa dalam Buku Teks Sejarah untuk Tahun Empat langsung tidak menyentuh tentang sejarah pembentukan Malaysia pada tahun 1963? Seolah-olah ini menunjukkan bahawa sejarah Malaysia adalah terdiri daripada Kesultanan Melayu, penjajahan British, penjajahan Jepun dan kemerdekaan Malaya itu sahaja. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 langsung tidak disentuh. Dalam Buku Teks Sejarah SJKC Tahun Lima juga hanya satu fasal sahaja yang menyebut tentang penubuhan Malaysia. Ia hanya menyatakan bahawa bahasa Malaysia juga digunakan sebagai bahasa kebangsaan selepas penubuhan Malaysia. Satu fasal macam ini sahaja. Jadi saya amat kecewa dengan apa yang diaturkan dalam isi kandungan Sejarah SJKC kita ini. Memang ini jelas, bukan sahaja dari segi infrastruktur Sabah Sarawak diabaikan tetapi juga dari segi pendidikan sejarah Sabah dan Sarawak juga diabaikan, dianaktirikan. Jadi saya di sini mahu menyeru kerajaan supaya bidang pendidikan ini diautomonikan kepada Sabah dan Sarawak supaya kami sendiri boleh mengaturkan kursus-kursus pendidikan kami sendiri supaya identiti Sarawak dan Sabah tidak diabaikan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya telah menyatakan sebentar tadi di antara enam orang ahli yang menduduki panel pakar rujuk ini, seorang wakil daripada Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. Mungkin Yang Berhormat tidak dengar dengan jelas. Tidak ada isu langsung dalam isu anak tiri. Itu pendapat peribadi Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Ini sebenarnya....

Yang Berhormat, saya berucap, Yang Berhormat duduk. Bila Yang Berhormat berucap, saya...

Ini kali kedua...

Yang Berhormat, saya berucap, Yang Berhormat duduk. Undang-undang Dewan, faham? Bila Yang Berhormat berucap sebentar tadi, saya duduk. Yang Berhormat, floor saya.

[Bangun]

Yang Berhormat, floor saya, floor saya.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sabar, sabar Menteri, sabar. Sabar Menteri sabar.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, terima kasih. Kesabaran di sana, bukan di sini.

[Bangun]

Tengok, tengok. Ini floor saya...

Bukan. Menteri...

Peraturan mesyuarat Yang Berhormat, sila duduk.

Ini jawapan kedua. Jawapan pertama Menteri cakap tidak ada kesalahan langsung.

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Menteri, duduk dahulu Menteri. Yang Berhormat Sibu, duduk dahulu. Tidak perlu bertengkar, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, kalau ada perkara begitu, biar saya yang tegur. Jangan sama sekali ada Ahli Yang Berhormat yang ambil tugas saya. Sila teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bukan hasrat saya mengambil tugas Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya katakan tadi, itu pandangan peribadi Yang Berhormat Sibu yang mana kita di sini tidak bersetuju sama sekali. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita tertakluk kepada Akta Pendidikan yang sedia ada dan kita merujuk kepada Akta Pendidikan setiap masa apabila kita mengimplementasikan. Dalam Buku Teks Sejarah sekiranya maklumat-maklumat tersebut tidak ada pada satu tahap, contohnya pada Tahun Empat, mungkin pada Tahun Lima atau Tahun Enam ia akan dikemukakan sebagai satu fakta yang penting. Jangan khuatir, sejarah-sejarah ini tidak akan dihilangkan sama sekali. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang hadir dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengatasi masalah ini, pihak Kementerian Pendidikan telah pun mengadakan makmal sejarah pada 6 hingga 8 Mei 2015 yang mana kita telah mendapat kehadiran 40 panel yang mana menjadi guru-guru perujuk, guru-guru cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah. Mereka telah mengambil bahagian dalam satu makmal untuk merujuk, menyemak kembali semua buku-buku bacaan, buku teks Sejarah, bukan sahaja untuk sekolah rendah tetapi untuk sekolah menengah juga. Kajian ini telah pun dibentangkan kepada pakar rujuk yang kita beritahu sebentar tadi dan mereka akan kemukakan satu lagi pendapat dan juga buku-buku teks ini akan diubahsuai semula pada tahun yang akan datang. Untuk kerja-kerja buku yang sebentar tadi yang dinyatakan untuk Tahun Lima Yang Berhormat, apabila kita telah merujuk balik, semua ini telah dibetulkan. Memandangkan buku ini baru dikeluarkan pada tahun ini pada bulan Januari, maka pada tahun depan buku ini mana-mana ada kesilapan akan dibetulkan. Maka pada Januari tahun depan, buku-buku ini akan diberikan balik kepada pelajar-pelajar dengan pembetulan- pembetulan yang telah dikenal pasti oleh panel pakar rujuk ini. Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Puteri UMNO bahagian Jerantut ke Dewan ini. [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan gejala buli yang berlaku di kebanyakan asrama sekolah-sekolah kita. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada kerajaan adakah kerajaan berhasrat untuk merombak semula sistem hukuman rotan yang satu ketika dahulu dibenarkan dijalankan di sekolah-sekolah dan kemudian diberhentikan dan adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan semula hukuman merotan bagi pelajar-pelajar dalam kes masalah gejala sosial yang berlaku di sekolah akhir-akhir ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Walaupun soalnya sedikit lari daripada soalan asal,

tetapi kerana ini merupakan satu isu sering dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia memang memandang serius dan memantau masalah disiplin murid-murid bagi menangani masalah sosial di sekolah seperti gejala buli. Bagi cadangan rombakan sistem hukuman rotan kepada murid pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan Dialog Polisi dan Libat Urus Awam: Hukuman Rotan di enam zon di seluruh negara mulai bulan Mac hingga Mei 2015. Dialog ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung dengan pelaksanaan hukuman rotan di sekolah. Semua pandangan dan cadangan semasa dialog ini akan diambil kira dalam penyediaan draf akhir peraturan-peraturan pendidikan disiplin murid 2015. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Mohd Zaim bin Abu HasanUMNO · BNParit · question

7. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah perlu kerajaan memperkenalkan dasar baru bagi membolehkan majikan melaksana "psychiatric assessment" atau "psychological screening" terhadap semua pekerjanya bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah mental semasa bertugas.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya menganggap Tuan Yang di-Pertua soalan ini soalan yang cukup menarik yang jarang diketengahkan oleh kebanyakan kita. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan keselamatan kesihatan seseorang manusia bermula bukan sahaja di alam mereka hendak masuk pekerjaan, tetapi lebih awal daripada itu termasuk di alam bayi, sebelum mendirikan rumah tangga di alam baik, remaja, pemuda, dewasa dan seterusnya ke alam pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, aspek penilaian kejiwaan ataupun aspek psychiatric assessment dengan izin, penilaian jiwa dan tapisan psychological screening dengan izin, merupakan dua aspek yang dilindungi yang penting di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] yang lebih menumpukan kepada sektor pekerjaan yang berisiko tinggi. Contoh yang boleh saya tunjukkan di sini sektor yang agak berisiko tinggi atau high risk Tuan Yang di-Pertua adalah operator mesin, operator crane, oil and gas, under ground welder, perkapalan, juruterbang, pilot. Sebagai contoh kita lihat apa yang berlaku di Perancis yang mendapat pengesahan bahawa pilot sengaja menjatuhkan kapal terbang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan dan kesihatan dan untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja yang menghadapi risiko keselamatan dan kesihatan. Seliaan itu juga, untuk makluman Yang Berhormat akta ini, Akta 514 ini bertujuan untuk menggalakkan persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. Di bawah seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] memperuntukkan bahawa adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Bagi cadangan pelaksanaan psychiatric assessment, dengan izin ataupun psychological screening yang dicadangkan oleh Yang Berhormat terhadap semua pekerja ini bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah mental semasa bertugas adalah di bawah tanggungjawab pihak majikan yang perlu mengenal pasti sesuatu risiko pekerjaan dan mengenal pasti ia tidak akan mendatangkan bahaya kepada pekerjanya juga kepada orang di bawah tanggungjawabnya. Jika pihak majikan mendapati sesuatu jenis pekerjaan atau orang yang laksanakan satu jenis pekerjaan yang berisiko, dan memerlukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh termasuklah pemeriksaan mental berdasarkan polisi atau undang-undang sedia ada, maka pihak majikan perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan tersebut bagi memastikan pekerja terbabit tidak mendatangkan bahaya kepada dirinya dan orang lain yang di bawah tanggungjawabnya.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perkhidmatan Awam telah membangunkan alat saringan kesejahteraan kendiri yang berperanan sebagai inventory profiling kesejahteraan psikologi. Alat ujian yang dikenal sebagai 8i2k berkemampuan untuk mengukur lapan indeks kesejahteraan, iaitu; (i) kesejahteraan minda; (ii) kesejahteraan emosi; (iii) sosial; (iv) fizikal; (v) spiritual; (vi) kewangan; (vii) pekerjaan; dan (viii) persekitaran. Alat ini boleh dijadikan sebagai psychological screening terhadap pekerja bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan. Hasil daripada proses saingan tersebut, program introversi akan dilaksanakan kepada pegawai yang dikenal pasti mendapat markah kurang daripada normal standard yang ditetapkan mengikut indeks kesejahteraan yang mana berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sejak kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa kejadian berkaitan masalah mental. Antaranya kejadian di Ipoh baru-baru ini, seorang guru telah menyerang dan menumbuk beberapa pelajarnya kerana tidak dapat menahan emosi apabila mendapati pelajar-pelajar terbabit tidak membawa komputer tiba ke sekolah. Akibat tindakan itu pelajar berkenaan mengalami trauma untuk datang ke sekolah. Kejadian seperti ini menunjukkan terdapat isu kesihatan mental di tempat kerja yang harus diberikan perhatian berat kerana aktiviti pekerja di dalam satu organisasi bergantung kepada tahap kesihatan mental mereka. Setiap hari dilaporkan terdapat pendekatan kepada jumlah pesakit kesihatan mental yang melibatkan golongan eksekutif dan pekerja. Simptom-simptom yang mungkin dialami adalah seperti keresahan, kemurungan dan tekanan mental di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian. Tiada tempat kerja yang terkecuali daripada gangguan mental dan kesannya ke atas psikologi, sosial dan kesan terhadap ekonomi adalah tinggi. Salah satu saluran yang boleh dipraktikkan untuk menyelesaikan ini ialah majikan perlu menggunakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan tempat kerja bagi mengkaji dan mengenal pasti sekolah terperinci situasi sebenar dan masalah berkaitan dengan promosi penjagaan kesihatan mental di tempat kerja serta merumuskan suatu program yang baik untuk para pekerjanya. Soalan saya ialah satu, apakah tindakan kementerian menetapkan garis panduan bagi mengatasi masalah ini. Dua, sejauh mana promosi yang telah dilakukan kementerian dalam memastikan setiap organisasi pekerjaan mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja khususnya di jabatan masing-masing untuk menentukan supaya perkara ini dapat dipantau. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Soalan yang cukup menarik. Tuan Yang di-Pertua, kalau satu insiden yang berlau dalam Dewan ini, dianggap luar biasa. Apakah kita boleh anggap terlibat dengan mental dalam Dewan? [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, selingan. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan soalan ini sebenarnya. Untuk makluman Dewan yang mulia, mengikut Laporan Kementerian Kesihatan 2010, sebanyak 400,277 pesakit mental di negara kita, 2010. Pada tahun 2011, anak-anak pelajar 5 tahun hingga 15 tahun yang mengalami masalah mental meningkat daripada 13% pada tahun 1996 kepada 20% pada tahun 2011.

Anak ini akan besar dan mereka kalau tidak dijaga akan menjadi potensi yang akan merugikan kita dan menjadi orang yang nauzubillah, menjadi pesakit mental. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan yang melibatkan guru tadi ialah di bawah sektor awam. Namun demikian kita di bawah Kementerian Sumber Manusia ada Majlis Keselamatan dan Kesedaran Pekerjaan yang terdiri daripada pelbagai sektor, pelbagai kementerian yang mewakili kita. Kita bermesyuarat setiap paling kurang empat kali setahun dan kita ada pelbagai jawatankuasa yang menangani isu-isu yang melibatkan pekerja khususnya pekerja swasta. Namun demikian, kesedaran mental ini, kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja ini juga kita berikan kepada sekolah-sekolah. Umpamanya antara satu program yang saya ambil contoh, OSH in School, keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah. Kita dah ada sekolah contoh sekarang ini. Bagaimana keadaan sekolah-sekolah yang sebenarnya dari segi standardnya perlu ada supaya keadaan di sekolah itu dari segi fizikal dan keselamatannya boleh menjamin keselamatan kesihatan bukan sahaja guru-guru, pelajar sekolah, bahkan pekerja-pekerja mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit hendak sebut, memang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, jadi banyak perkara yang telah kita bincang. Kalau hendak detail mungkin saya berikan, mungkin satu hari saya boleh jemput Yang Berhormat dalam taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diadakan oleh Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara. Beberapa faktor yang menyebabkan masalah mental ini Tuan Yang di-Pertua yang boleh saya sebut, masalah penjagaan kesihatan mental. Ini satu antaranya. Faktor kedua yang sama pentingnya ialah keluarga pesakit mental. Faktor ketiga ialah persekitaran yang juga boleh menyumbang kepada masalah mental bukan sahaja di kalangan pekerja kita bahkan masyarakat keseluruhannya. Keempat ialah faktor ekonomi yang menyebabkan seorang individu mudah mengalami penyakit mental dan di antaranya ialah kemiskinan. Jadi sebab itulah dasar kerajaan, Dasar Ekonomi, Dasar Rancangan Malaysia Kesebelas sebagainya semuanya ke arah yang baik dan kita harap kita dapat menurunkan kadar penyakit mental di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri, lazimnya masalah mental ini datang daripada beberapa sebab. Yang pertama mungkin masalah keluarga. Yang keduanya di antara employer employee. Yang ketiganya employee-employee. Jadi sedarkah Menteri bahawa di kilang-kilang khususnya, masalah tempat kerja ini ialah di antara masalah yang paling besar. Sebagai contoh, sekarang ini ada trend di mana majikan-majikan akan memberhentikan permanent workers yang senior. Kemudian dia employed balik orang yang sama sebagai kontrak. Jadi dulu dia dapat gaji yang banyak tetapi oleh kerana tekanan hidup, dia terpaksa terima kerja itu tetapi sebagai contract workers. Kedua, ada juga majikan-majikan yang tidak mahu bayar minimal wage, dia ambil pekerja-pekerja luar negara yang dia boleh beri dengan gaji yang murah. Ini menyebabkan tekanan dan ada kilang yang memaksa wanita-wanita, pekerja-pekerjanya berdiri selama lapan jam tidak ada duduk. Kadang-kadang wanita ini mengandung, kadang-kadang dia datang bulan, bayangkan lapan jam tidak boleh duduk. Kalau duduk saja, dia buang. Ini Menteri ialah tekanan-tekanan yang ada. Kalau dia jaga mesin tak apa, kalau dia kilang buat pisau, dia kerat kepala majikannya. Jadi sebab itu dalam polisi-polisi yang kementerian buat, harus tengok ini semua kerana ini ialah human factor dan human factor inilah yang akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia ini banyak pesakit mental. Jadi apa pandangan Menteri tentang perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Namun begitu dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan melalui akta-akta yang dibuat sebenarnya semuanya ke arah membela pekerja, itu yang baik. Cuma bagaimana kita hendak melaksanakan, menguatkuasakan dasar itu. Saya perlukan

sokongan daripada Yang Berhormat semua bahkan seluruh masyarakat termasuk pekerja. Jadi sebab itulah kita ada Majlis Perundingan Gaji Negara, kita ada Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan dalamnya, komponen ahli jawatankuasa dalamnya adalah terdiri daripada wakil-wakil syarikat, wakil-wakil majikan, kementerian dan sebagainya. Mereka ini sepatutnya memberitahu kita. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat yang bertanya, kita tidak akan bertolak ansur. Beritahu kita dan kita akan ambil tindakan. Saya minta maaf, kita tidak menganiaya, bahkan ini yang sepatutnya kita lakukan. Kalau kita lihat dari segi gaji minimum tadi umpamanya, kita dah buat banyak operasi. Kita buat banyak tindakan pemeriksaan berkanun seperti mana yang disebutkan. Mungkin Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan tadi, 53,000 pemeriksaan berkanun yang kita buat pada majikan yang tidak bayar gaji minimum. Kalau ikut denda yang kita kenakan, jumlah keseluruhannya kalau boleh saya sebutkan di sini, ada tidak silap saya. Amaun tuntutan berjumlah RM23,081,000 sen-sen itu ada dan amaun diperintah bayar adalah RM2 juta. Maknanya kita tidak akan bertolak ansur kerana kita tidak mahu bersekongkol dengan orang yang mengkhianati pekerjanya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, jika pekerja merasakan pekerja itu diberhentikan secara tidak adil atau majikan berniat jahat, boleh laporkan kepada kita, rujuk pada jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti JPP, Jabatan Perhubungan Perusahaan dan juga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Satu lagi saya hendak Tuan Yang di-Pertua, peranan majikan, peranan union ialah penting di mana mereka mesti membela pekerja. Jangan kerana hendak marahkan kita sahaja tetapi membela nasib pekerja. Jadi sebab itulah ‘charter chart’ pendekatan ini penting untuk kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ng Wei AikDAP · PRTanjong · question

8. Tuan Ng Wei Aik [Tanjong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah jalan pintasan yang selari dengan Lebuh Raya Utara Selatan akan dibina bagi tujuan mengelakkan kesesakan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan selepas keluar dari Tol Juru sehingga ke persimpangan bertingkat Sebarang Jaya. Adakah projek tersebut telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama soalan dari Ahli Yang Berhormat Jelutong yang dijadualkan pada hari Rabu, 10 Jun 2015 kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di laluan yang menghubungkan kawasan Juru ke Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya mengambil maklum mengenai isu kesesakan trafik di laluan antara Juru ke Seberang Jaya, Pulau Pinang. Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan jumlah bilangan aliran trafik di laluan berkenaan berikutan pembangunan yang pesat di sepanjang koridor laluan berkenaan. Pada masa kini, dianggarkan sebanyak 80,000 buah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan di laluan berkenaan pada setiap hari. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu kerajaan pada masa ini sedang mempertimbangkan pemilihan laluan alternatif yang baru untuk mengurangkan impak kesesakan di laluan berkenaan. Mengambil kira inisiatif berkenaan, Kementerian Kerja Raya kini sedang dalam proses untuk melantik juru perunding bagi menjalankan kajian kemungkinan untuk membina laluan alternatif di Koridor Utara. Kajian tersebut akan mengambil kira faktor-faktor seperti kajian trafik, guna tanah, impak sosial, sosioekonomi, impak alam sekitar dan reka bentuk kejuruteraan awalan. Berdasarkan perancangan, kajian tersebut dijangka akan mengambil masa dua belas hingga lima belas bulan untuk disiapkan. Tuan Yang di-Pertua, hasil kajian tersebut kelak akan digunakan oleh kerajaan bagi menentukan cadangan pembinaan jalan yang baharu sebagai laluan alternatif menghubungkan kawasan-kawasan di Koridor Utara. Sekian terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Salah satu faktor penyumbang kepada kesesakan lalu lintas di jajaran tersebut ialah kegagalan Jambatan Kedua Pulau Pinang memainkan peranannya di mana kebanyakan kenderaan mereka masih gemar untuk menggunakan jambatan pertama kerana kadar tol yang lebih rendah. Jadi saya rasa ini adalah satu cara yang boleh, cara yang senang untuk selesaikan masalah ini selain daripada soalan yang saya bangkitkan, adakah kemungkinan kadar tol untuk kedua-dua jambatan ini dapat disetarakan supaya Jambatan Kedua Pulau Pinang dapat memainkan peranan kerana selepas setahun ini, masih kurang kenderaan yang menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong di atas soalan tambahan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Tanjong kita kurang setujulah di atas apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong kerana seperti yang saya katakan di dalam jawapan awal saya sememangnya kesesakan trafik yang berlaku di koridor berkenaan Yang Berhormat adalah disebabkan pembangunan yang pesat yang berlaku di persekitaran. Ini tidak ada kena- mengena dengan jambatan Pulau Pinang kedua seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, projek-projek penyuraian trafik untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Pulau Pinang sedang dilaksanakan. Mungkin Yang Berhormat juga mengetahui mengenai perkara ini. Terdapat lima projek Tuan Yang di-Pertua. Empat projek di pulau dan satu lagi projek yang dilaksanakan di kawasan tanah besar. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memaklumkan kepada Dewan ini bahawa terdapat lima projek termasuklah menaik taraf Lebuh Raya Bayan Lepas (BLE) daripada Batu Maung ke Sungai Nibong. Kos projek sebanyak RM373.2 juta dan selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat pembinaan flyover merentasi persimpangan bulatan Batu Maung dan persimpangan P222/P10 Pulau Pinang dan yang ketiga menaik taraf jalan negeri P10 daripada Batu Maung ke persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah Pulau Pinang yang memakan kos sebanyak RM160 juta. Yang flyover tadi RM165.9 juta. Selain daripada itu, menaik taraf Jalan persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang memakan kos RM390 juta dan yang terakhir menaik taraf laluan persekutuan FT001 dari persimpangan Permatang Keling iaitu sektor 720 ke jambatan di atas Sungai Junjung. Sektor 740 Simpang Ampat Seberang Perai selatan Pulau Pinang iaitu di mainland yang memakan kos sebanyak RM344.8 juta iaitu menaik taraf jalan dan persimpangan jalan kepada empat lorong dua hala sepanjang 20 kilometer. Tujuannya adalah untuk penyuraian trafik di kawasan-kawasan terlibat. Ini memakan kos hampir RM1 bilion yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang. Saya juga terkejut apabila mendengar ucapan Yang Berhormat Bagan semalam yang mengatakan tidak ada langsung perancangan kerajaan. Inilah jawapan kepada apa yang telah dikemukakan, sebanyak RM1 bilion projek yang dilaksanakan di Pulau Pinang yang sedang berjalan sekarang. Ini tidak termasuk dengan perancangan ataupun pihak Kementerian Kerja Raya telah menyenaraikan 10 projek baru untuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas Yang Berhormat termasuklah menaik taraf laluan FT311 dari jejambat Bukit Tengah ke persimpangan Lebuh Raya Butterworth ke Kulim Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Seperti Yang Berhormat Tanjong ketahui ini juga tujuannya adalah untuk penyuraian trafik. Keseluruhan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah disenaraikan oleh Kementerian Kerja Raya untuk Pulau Pinang berjumlah RM2.3 bilion. Soalan saya di manakah kononnya sikap anak tiri Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ya, memang panas Yang Berhormat. Kalau kita memberikan maklumat yang benar memang panas. Sebelah sana memang panas tetapi saya kena maklumkan kerana kita tidak mahu lagi Yang Berhormat Bagan dan rakan-rakan DAP...

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Keluar topik, keluar topik.

...Mengatakan perkara yang tidak sewajarnya ataupun mengelirukan rakyat. Itu sahaja.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita tidak mahu Yang Berhormat Bagan berbohong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seorang Ahli Pembangkang: Tidak dimaklumkan, tidak dimaklumkan.

Sedang berjalan!

Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai · question

9. Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan penyakit karah tangkai boleh menyebabkan penurunan hasil padi sehingga 50% malah lebih, dan ini pastinya menyusahkan kehidupan pesawah. Sejauh manakah ia mengancam jelapang-jelapang padi negara dan apakah langkah-langkah Kementerian bagi menangani isu ini serta sejauh manakah kejayaannya setakat ini.

Dato' Haji Tajuddin bin Abdul RahmanUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan Serai. Bagi tahun 2014 kawasan seluas 3,400 hektar telah mengalami serangan penyakit karah daun dan 4,752 hektar telah mengalami penyakit reput tangkai dengan anggaran kerugian masing-masing RM13 juta dan RM19 juta. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian Malaysia sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap serangan perosak dan penyakit tanaman padi termasuk penyakit karah tangkai di kawasan jelapang dan luar jelapang dengan membuat aktiviti pengawasan dan ramalan secara berjadual. Selain itu juga, kementerian telah menyediakan pakej pengurusan perosak tanaman padi yang merangkumi kaedah kawalan untuk semua perosak dan penyakit sebagai rujukan kepada pegawai dan petani. Petani-petani perlulah mengikut syor dan kaedah kawalan yang telah digariskan dalam pakej tanaman padi yang disediakan. Antara langkah-langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah penyakit padi adalah seperti meningkatkan kempen kesedaran kepada petani untuk memberi kefahaman tentang kawalan perosak dan penyakit dengan menggunakan pendekatan pengurusan perosak bersepadu (PPB). Pendekatan pengurusan perosak bersepadu ini merangkumi semua kaedah kawalan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti economic threshold levels (ETL), sahabat ladang, amalan kultura dan penyemburan racun secara berhemah. Komponen penting dalam PPB adalah menjalankan pengawasan dan ramalan serangan perosak dan penyakit di kawasan tanaman supaya kehadiran perosak dan tahap populasi dapat diketahui seawal yang mungkin. Aktiviti ini adalah merupakan sistem amaran awal yang boleh membantu dalam mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit sebelum ia menjadi wabak yang boleh mendatangkan kerugian teruk kepada petani. Antara kejayaan yang telah dicapai adalah menerusi pembangunan variety padi baru yang rentang kepada penyakit karah yang disediakan dilaksanakan pihak MARDI. Amalan pertanian baik ataupun good agriculture practice yang diberikan penekanan oleh kementerian juga merupakan pendekatan yang perlu diamalkan oleh petani bagi mengawal serangan penyakit ini. Implementasi amalan pengurusan ladang yang baik melalui pendekatan pengurusan perosak bersepadu di FELCRA seberang Perak juga merupakan satu bentuk - FELCRA seberang Perak ini kawasan sayalah. Satu bentuk kejayaan yang boleh dijadikan contoh. Ini kerana kos pengurusan perosak telah berkurangan sebanyak 51.1% di plot-plot yang mengamalkan konsep PPB tadi berbanding dengan plot yang tidak mengamalkannya dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran sehingga 10.2% dan meningkatkan keuntungan bersih sehingga 27.5%. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pengeluaran beras yang mencukupi dalam negara sudah tentu dapat mengurangkan kebergantungan kita daripada import dari luar negara serta menyekat penjualan beras tiruan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan dalam meningkat hasil padi negara dan mengurangkan kebergantungan padi dari luar negara? Apakah skim atau bantuan dalam menggalakkan petani memilih benih padi jenis aerob MRIA 1 yang dilancarkan pada tahun 2013 yang merupakan satu pencapaian hebat penyelidikan MARDI dalam RMKe-10 yang mana dikatakan dapat memberikan hasil yang lebih tinggi benih- benih padi yang lain. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua aspek pertanyaan itu, yang pertama dengan peningkatan pengeluaran hasil padi untuk mengatasi masalah pengimportan beras. Saya sudah jawab di sini banyak kali dalam sesi Parlimen yang lalu tetapi secara ringkasnya boleh saya refresh balik iaitu kita pertama sekali meningkatkan produktiviti daripada sekarang nasional average lebih kurang lima metrik tan, kita punya target 10 metrik tan ataupun lebih per hektar. Ini satu usaha yang serius diambil oleh kerajaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kedua, kita juga meluaskan kawasan jelapang padi. Saya ada sebut hari itu di Rompin, Pekan, Kota Belud dan satu lagi di Batang Lupar atau Batang Sadong tetapi batanglah pokoknya, Batang Lupar. Jadi, dengan perluasan kawasan begini kita menjangkakan bahawa by 2020 pengimportan beras sebanyak 30% daripada domestic consumption akan dapat kita atasi dan dengan itu juga kita dapat mengurangkan produk foreign exchange daripada keluar negara dan juga food security will be really secured. Selepas itu, aspek lain lagi tadi padi aerob. Padi aerob ini sebenarnya is an experiment, Tuan Yang di-Pertua. We are experimenting iaitu kita boleh tanam di kawasan- kawasan di luar jelapang yang masalah pengairannya tidak begitu lengkap lagi seperti di bukit-bukit, di pedalaman-pedalaman seperti di Sarawak ataupun di Sabah. Banyak kawasan yang irrigation is not ready yet. Jadi tanaman banyak secara tradisional, padi huma dan sebagainya. Dengan izin, if we are to wait for irrigation to come in, which will need about a few hundred million projects, we do not know when we can increase the production of paddy production dalam kawasan-kawasan tersebut. Jadi we are introducing dengan izin, padi aerob, satu jenis benih padi yang boleh ditanam di kawasan-kawasan di luar jelapang. There is a future but I do not say for certain here maknanya produktiviti itu boleh memberikan pulangan yang lumayan kepada petani-petani. Sekian terima kasih. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 Mei 2015.”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [25 Mei 2015]

Tuan Yang di-Pertua

Saya difahamkan Yang Berhormat Shah Alam telah berhujah semalam dua minit. Jadi ada baki lagi 28 minit. Jadi, dalam baki 28 minit itu tidak boleh lebih tetapi kurang boleh. [Ketawa] Selepas Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Titiwangsa. Selepas Yang Berhormat Titiwangsa Yang Berhormat Marang. Sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walaupun semalam dapat dua minit tetapi saya kena mula balik kerana yang dua minit itu hanya mula mukadimah yang kalau saya mula tanpanya.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh yang dua minit itu dikira 28 minit. Sila. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Insya-Allah. Seperti mana yang telah saya sebut semalam kalau hendak dibandingkan bagus juga tukar Tuan Yang di-Pertua kerana saya risau Tuan Yang di-Pertua tidak tahan dengar ucapan saya ini. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, seperti mana yang saya sebutkan semalam kalau dibandingkan pembentangan RMKe-10 dengan RMKe-11, saya rasa jauh lebih canggih dan jauh lebih mengagumkan pembentangan dan persembahan RMKe-10 berbanding dengan RMKe-11. Ini kerana pada RMKe-10 kita diperkenalkan dengan istilah- istilah baru seperti Model Ekonomi Baru, Economic Transformation Plan (ETP), Government Transformation Plan (GTP), National Key Resource Area (NKRA), National Key Economic Area (NKEA) yang mana kesemuanya memberikan satu gambaran bahawa perlukan satu rombakan yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara Malaysia.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ia merupakan bagaikan satu nafas baru bagi rakyat yang selama ini merasa kecewa dan dukacita dengan pencapaian Kerajaan Barisan Nasional dalam membangunkan ekonomi negara. Akan tetapi walaupun pembentangannya cukup memberangsangkan dengan diperkenalkan istilah-istilah yang baru ini tetapi setelah lima tahun pelaksanaannya apabila kita berada di penghujung RMKe-10 dan membahaskan RMKe-11 kita lihat bahawa kesemua yang dijanjikan dalam RMKe-10 merupakan janji-janji kosong dan retorik semata- mata. Sebagai contoh kita rujuk balik kepada NKRA atau National Key Results Areas yang telah meletakkan matlamat seperti, (i) mengurangkan jenayah; (ii) membanteras rasuah; (iii) memastikan pendidikan berkualiti; (iv) meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah; (v) mempertingkatkan pembangunan luar bandar; (vi) mempertingkatkan pengangkutan awam bandar; dan (vii) menangani kos sara hidup. Memang setiap tahun kita dapat laporan daripada PEMANDU semuanya berjalan lancar tetapi apabila kita rujuk balik kepada rakyat jelata, ia jauh berbeza. Kenyataan dan propaganda yang terkandung di dalam laporan-laporan yang dikemukakan. Ada mana- mana yang telah tercapai dengan jayanya atau hanya sekadar janji-janji manis dalam packaging yang canggih yang turut dibantu APCO untuk menyediakannya. Saya rasa ramai daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri pun sudah lupa apa itu NKRA, apa itu NKEA, apa itu GTP, apa itu ETP. Ia hanya merupakan janji-janji dan kata-kata manis yang terhebat menangani kos sara hidup, dilaksanakan GST. Bagaimana kos sara hidup ditangani? Sedangkan semalam kita dengar Ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri mengeluh dan mempertikaikan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ada yang meminta dan berhujah. Apa maknanya kita kenakan cukai atas perkhidmatan sedangkan GST is goods and services tax. Daripada dahulu kita sudah cakap, perkhidmatan pun kena cukai. [Ketawa] Apa guna mengeluh apabila semua ini telah pun diluluskan? NKEA pula ada 12 key economic areas.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam. Sikit sahaja, sikit, sikit sahaja.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sejauh mana ianya tidak pasti.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tengoklah GST, GST. Yang Berhormat Shah Alam..

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak apa.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Boleh Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Antaranya...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

GST tadi..

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak payahlah pasal saya dapati..

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak, tidak. Tuan Yang di-Pertua ini penting ini, ini penting. Kita hendak bagi clearance supaya rakyat semua faham.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya dekat mana ini?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Cakap itu tidak betul itu. Cakap itu tidak betul.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya dapati Yang Berhormat Bagan Serai..

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bagilah sikit, sikit, sikit sahaja..

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak faham-faham!

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Ketawa] Cakap itu tidak betul.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Bagan Serai tidak faham-faham.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kenyataan yang tidak betul.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tak payah, tak payah, tak payah..

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Oh, Shah Alam, kenyataan yang tidak betul. Salah, salah, salah.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

NKEA pula..

Datuk Seri Reezal Merican,UMNO · BNKepala Batas

Yang Berhormat Shah Alam bagi peluanglah dekat yb Bagan Serai, bagi peluang Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

12 economic areas, sejauh mana ianya tercapai? Antaranya, oil, gas and energy. Yang menarik, yang berlaku hanya pembelian jana kuasa lama dan buruk oleh 1MDB syarikat-syarikat 1MDB dengan harga yang jauh lebih daripada harga pasaran. Apabila lesen-lesen penjanaannya sudah hampir luput, dibeli dengan harga seolah-olah ia lesen-lesen baru. Kesihatan, apa yang telah tercapai? Kos kesihatan tambah naik, orang pergi hospital kerajaan pun apabila digunakan khidmat pakar yang daripada kerajaan daripada pihak swasta, maka khidmat pakar itu juga dikenakan GST. Tuan-tuan, Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, kalau kita lihat satu lagi matlamat di sebalik NKEA, pendidikan tetap bermasalah. Sekolah-sekolah tetap mempunyai 40 lebih anak murid dalam satu darjah, dalam satu kelas. Ini merupakan masalah yang dihadapi sejak tahun 60-an, 60-an.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Masa saya dalam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3 dan selepas 50 tahun.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk] Tak ada perbezaan. Sekolah-sekolah yang sepatutnya hanya satu sesi kekal dua sesi sehingga menjamin bahawa kualiti pendidikan tidak dapat ditingkatkan dengan cara yang berkesan. Dalam soal pendidikan, saya ingin sampaikan suara derita pelajar-pelajar kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari IPTS Uni Razak Sabah yang sejak tahun 2010 telah dinafikan peluang pekerjaan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih 4,000 graduan telah keluar dan mereka diberitahu mereka tidak boleh mencari kerja di sekolah-sekolah kerajaan. Carilah di sekolah-sekolah swasta.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Adakah ini merupakan perancangan yang teliti dan berkesan yang dibangga-banggakan? Keselamatan. [Ketawa] Tidak perlulah saya sebut. Keselamatan, isu jenayah, ESSCOM, yang mana Yang Berhormat Kinabatangan pun akan setuju ianya menjadi bahan lawak bagi seluruh negara. Orang boleh datang culik daripada tengah Bandar Sandakan dan itu pun hendak kita bangga-banggakan sebagai NKEA yang kononnya telah tercapai. Rancangan Malaysia Kesebelas, janji-janji manis diulangi. Cogan kata berpaksikan rakyat. Saya hendak ingatkanlah Kerajaan Barisan Nasional, kamu bukan kerajaan yang disokong majoritinya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam, menghadap ke siapa itu?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu daripada Yang Berhormat Kinabatangan, dia tuju kepada Menteri. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya ingat Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya pandang Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam, dia mengarahkan pandangannya ke Yang Berhormat Johor Bahru.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Johor Bahru tidak ada. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dia tengok sahaja nama Yang Berhormat Johor Bahru.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Ya, saya hendak ingatkan Barisan Nasional, Kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan pilihan rakyat. Kerajaan 47%, lalu bila hendak gunakan cogan kata berpaksikan rakyat, cermin muka dulu. [Ketawa] Layak atau tidak layak hendak guna istilah itu. Pada dasarnya, tiada yang baru RMKe-11 Ini. Packaging sahaja yang baru. Janji-janjinya tetap sama. Diulang, ulang tayang, ulang tayang dengan pakej yang baru. Target utama hendak jadikan Malaysia sebuah negara maju dalam masa lima tahun. Ini daripada dahululah ceritanya. [Ketawa] Tidak tercapai-capai. Bila orang kata Singapura sudah jauh lebih depan, dia kata, “Oh, Singapura negara kecil.” Itu yang Kuching, Sarawak, dia kata kalau macam itu, kami pun hendak jadi negeri kecil. [Ketawa] Macam itu, Selangor pun hendak jadi negara kecil. Oleh kerana apa? Oleh kerana bila jadi besar tidak boleh maju. [Ketawa] Ikut pandangan Barisan Nasional. [Tepuk] Sepatutnya bila sudah jadi negara besar, lagi hebatlah, lagi banyaklah resourcesnya dan kemampuannya. Akan tetapi bila ditanya kenapa Malaysia ketinggalan? Korea maju ke depan, Hong Kong maju ke depan dan paling sensitif, Singapura maju ke depan, dia kata, “Oh, kerana Singapura itu kecil.” [Ketawa] Lalu Sarawak hendak berasing, Sabah hendak asing, Selangor hendak asing, Pulau Pinang hendak asing, semua hendak jadi negara kecil. Ini kerana bila kecil boleh jadi negara maju. Ini merupakan hujah-hujah yang tidak boleh diterima akal. Kegagalan yang tidak mahu diakui. Diletakkan kesalahan atas sebab-sebab yang remeh dan tidak logik. Pendapatan per kapita Tuan Yang di-Pertua, diunjurkan akan meningkat dari USD10,796 iaitu pada tahun 2014 kepada USD15,690 iaitu pendapatan per kapita. Adakah ini merupakan satu unjuran dan matlamat yang realistik?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota bangun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sekejap sahaja, sekejap sahaja.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam sedar atau tidak masa kita mencapai kemerdekaan tahun 1957, pendapatan per kapita Malaya pada ketika itu adalah tiga kali ganda kepada Korea. Akan tetapi pada hari ini pendapatan per kapita Korea adalah empat kali ganda dari Malaysia, sedar atau tidak?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, saya sedar dan banyak kali ia diulangi dan diberikan alasan-alasan yang remeh. Mungkin Korea itu pun dia nampak kecil. [Ketawa] Dia tidak nampak, dia rasa Malaysia ini terlalu besar. Saya tidak tahu. Itu kita minta Menterilah jawab ya. Adakah janji ini akan dipenuhi dengan diwujudkan lagi jutawan kroni sambil rakyat B40 terus kekal dalam keadaan sedia ada. Amalan kroni kapitalisme di bawah Barisan Nasional bukan berkurangan tetapi menjadi lebih cemerlang. Buktinya 1MDB. Satu-satunya syarikat belanja RM42 bilion, satu benda pun tak ada. Kalau NFC itu paling kurang adalah beli kondo, adalah lima, enam ekor lembu. [Ketawa] 1MDB, RM42 bilion, habuk tidak ada. Ini menunjukkan kroni kapitalisme yang telah memuncak di bawah kepimpinan Barisan Nasional. National debt akan diturunkan pada 45% of GDP. Eh, ini mimpi di siang harikah? Sekarang ini, 53% tanpa diambil kira contingent liability termasuk hutang RM42 bilion 1MDB itu. Macam mana hendak dikurangkan dalam masa lima tahun kepada hanya 45% daripada GDP. Buat janji, janji lagi, janji lagi, janji lagi, tapi kalau tak tercapai, oh, kerana Malaysia ini besar, Singapura itu kecil. [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Menjana kekayaan melalui inovasi. Hebat, cukup tertarik. Satu lagi cogan kata menarik tetapi sejauh mana kebenarannya? Berapa peratus daripada bajet tahunan negara diguna pakai untuk R&D? Kita nak menjana kekayaan melalui inovasi, cakap mudah. In the last five years, we want to achieve something which we never achieved in the past 50 years. Mungkin inovasi 1MDB. Macam mana belanja RM42 bilion tanpa ada aset sikit pun.

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Shah Alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Yang Berhormat Shah Alam tak rasa yakin kah kerajaan kita boleh menurunkan hutang itu?

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa]

Dato' Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Eh, nanti-nanti. Dulu Yang Berhormat Shah Alam, dulu tak ada GST. Sekarang ada GST. Sekarang 6%, kena naik 20%, habis hutang bayar. Terima kasih.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih. Bandar yang berdaya saing. Ini saya kena cepat. Saya terkejut mendengar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu. Saya nak tanya, apa jadi pada Cyberjaya ini? Cyberjaya. Eh, dah lupa kah Cyberjaya? Putrajaya. Multimedia Super Corridor.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa jadi padanya? Berbilion-bilion dibelanjakan nak jadikan sebagai bandar raya pesat yang boleh dibangunkan inovasi dengan high speed internet dan sebagainya tapi apa jadi sekarang? Sebut pun tak, sebut pun tak. Aduh, ini kesinambungan apa ini? Kesinambungan? RMKe-11 janji lagi nak buat hospital dan tiga lagi buah hospital yang akan diupgrade. Boleh percaya kah? Hospital Shah Alam hingga hari ini masih belum operasi. Lapan tahun... [Ketawa] Lapan tahun sejak ianya dilancarkan. Baru 500 buah katil. [Ketawa]

Hospital Bachok pun tak ada.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini nak enam lagi hospital baru. [Ketawa] Okeylah, masalahnya pelaksanaan. Rancangan cantik dan canggih, belanja ratus ribu, jutaan ringgit dibelanjakan nak buat perancangan tapi persoalannya, siapakah yang nak laksana? Yang nak laksana kerajaan yang sama yang telah gagal, yang telah ditolak oleh rakyat, yang hanya mendapat 47% undi. [Tepuk] Ini masalahnya. Saya nak beritahu kepada Yang Berhormat Putatan. [Ketawa] Semalam bergaduh dengan Yang Berhormat Kuching. Dia tanya, tak ada perubahan kah? Memanglah ada perubahan. Sepatutnya dapat 100 tapi dapat 40. Lagi 60 masuk mana? Masuk poket. Saya nak beritahu Yang Berhormat Kuching, ianya bukan masuk Semenanjung, jangan marah Semenanjung. UMNO Barisan Nasional.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk] Itu masalah dia. Kami di Semenanjung pun tak dapat apa yang disebut-sebutkan, yang diheboh-hebohkan. Bukan orang Semenanjung yang khianati orang Sarawak ataupun orang Sabah. Yang khianatinya, yang tidak laksananya dengan penuh amanah walaupun rancangan cantik dan canggih adalah Kerajaan UMNO Barisan Nasional.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk] Lalu, masalah sekarang ini ialah masalah krisis kepercayaan kepada Dato' Sri Perdana Menteri. Ianya merupakan krisis kepercayaan bukan sekadar di kalangan pihak pembangkang ataupun rakyat jelata, ianya merupakan krisis kepercayaan yang dihadapi oleh beliau termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional sendiri. Dia pandang ke kanannya, timbalannya sendiri. Bila duduk dalam Dewan Rakyat, dia pandang ke kanan, timbalannya sendiri. Dia pandang ke depan, Tan Sri Speakernya sendiri. Dia pandang keliling, dia pun risau. Maka krisis keyakinan dan kepercayaan ini hanya mampu diselesaikan dengan satu cara. Saya nak serulah sebagai Ahli Parlimen Shah Alam untuk Dato’ Sri Perdana Menteri bubarkan Parlimen...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk] Dan adakan pilihan raya yang baru untuk mendapat mandat yang baru untuk membuktikan... [Tepuk] Bahawa bukan sekadar dia mempunyai keyakinan daripada partinya sendiri tetapi sebenar-benarnya dia mempunyai dan telah mendapat keyakinan daripada rakyat jelata. Itu sahaja cara nak diamkan Tun Dr. Mahathir, itu sahaja caranya.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya nak beritahu kepada Dato’ Sri Perdana Menteri, itu sahaja caranya. To silence all your critics dengan izin, call for new election, get a new mandate. Dalam keadaan semua mengatakan rakyat dah tak percaya pada Dato' Sri Mohd Najib, buktikan sebaliknya. Saya jamin kiranya ianya dilakukan, maka kerajaan baru Pakatan Rakyat akan memerintah negara Malaysia...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Amin, amin.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Dan segala yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini akan kita laksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

Yang Berhormat Putatan lari.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya lah, Yang Berhormat Putatan lari. Dia kata jangan mimpi pasal dia tak berani nak minta Perdana Menteri bubar Parlimen pasal dia tahu rakyat marah dengan GST. Dia tahu. Masalah-masalah yang dia mengeluh semalam. Bersamalah dengan wakil-wakil rakyat daripada Sabah yang lain. Kiranya adanya kerajaan yang baru, maka adanya pelaksanaan yang lebih berkesan, lebih telus dan lebih amanah, Insya-Allah. Kerana apa? Kerana kerajaan yang baru itu bukan Kerajaan UMNO Barisan Nasional. [Tepuk] Dengan itu saya mengucapkan terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam. Saya melihat Yang Berhormat Marang dengan tekun mendengar ucapan Yang Berhormat Shah Alam dan saya percaya Yang Berhormat Shah Alam, selepas Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Shah Alam akan mendengar dengan tekun ucapan Yang Berhormat Marang, presiden parti. Sila Yang Berhormat Titiwangsa.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam Rancangan Malaysia Kesebelas pada pagi ini.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang Berhormat Shah Alam nak balik dah? Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, terdapat enam teras yang telah dibentangkan oleh kerajaan bagi memacu negara kita menjelang tahun 2020. Saya ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua, dua teras iaitu pertamanya ialah memperkukuhkan inclusivity ke arah masyarakat yang saksama dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, pembangunan sesuatu negara itu tidak tertakluk hanya kepada pembangunan ekonomi. Ia juga tidak tertakluk kepada perkembangan penggunaan sesuatu negara tersebut.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Ia mesti juga selari dengan kualiti serta kesejahteraan kehidupan rakyat. Tidak ada gunanya kita menjadi negara maju jika masih ramai lagi rakyat kita yang masih tinggal dalam kemiskinan terutamanya rakyat khususnya yang tinggal dalam bandar-bandar dalam negara kita. Kehidupan dalam bandar amat mencabar. Kita memerlukan pendekatan ataupun approach ataupun strategi yang berbeza dalam mengatasi kehidupan dalam bandar berbanding dengan luar bandar. Masalah perumahan ialah masalah yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk bandar. Saya telah berbahas dalam Dewan ini dua, tiga kali mengenai isu perumahan in dan saya tidak akan perlu untuk berbahas semula kerana saya merasakan selagi belum

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

ada tindakan konkrit daripada kerajaan, maka isu ini perlu sentiasa dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, ramai rakyat bawahan yang dikategorikan dalam B40 ini masih tidak berkemampuan untuk membeli rumah ataupun mendapatkan tempat tinggal yang selesa dalam bandar manakala mereka yang tidak mampu untuk menyewa juga, mereka mampu untuk menyewa tetapi tawaran untuk mendapatkan rumah-rumah sewaan ini juga tidak dapat ditampung oleh pihak-pihak kerajaan kepada golongan B40 ini. Saya ingin menyentuh dari segi rumah mampu milik. Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan daripada strategi kerajaan membina rumah-rumah mampu milik dalam bandar ini saya lihat harganya sekitar hampir RM300,000–RM250,000. Ia merupakan satu nilai ataupun harga yang di luar jangkaan bagi golongan B40 ini malah daripada statistik yang saya peroleh, rumah-rumah PPR ataupun perumahan awam mendapat permintaan yang begitu tinggi di kalangan pengundi-pengundi bandar yang berpendapatan rendah. Hari ini dalam Bandar raya Kuala Lumpur terdapat lebih 70,000 permintaan untuk mendapatkan rumah-rumah PPR dan perumahan awam ini untuk diberi ataupun disewa dengan kadar yang berpatutan. Saya difahamkan sebahagian daripada mereka ini telah menunggu hampir lebih 5-6 tahun untuk mendapatkan rumah-rumah ini tetapi malangnya tidak ada supply ataupun penawaran yang dibuat setiap tahun untuk mengatasi masalah kekurangan ini. Masalah kekurangan ini jika tidak diatasi, ia akan menjadi satu masalah yang agak kronik dalam Bandar raya Kuala Lumpur ini. Jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan rakyat mendapat nikmat negara maju yang saksama maka beberapa strategi jangka panjang dan pendek perlulah kerajaan memikirkan dalam memenuhi permintaan rumah golongan B40 ini. Ia perlulah dipertingkatkan. Kerajaan tidak boleh lagi hanya membina rumah-rumah mampu milik kategori RM300,000– RM250,000 tetapi mestilah juga mencari jalan bagaimana permintaan hampir lebih 70,000 masyarakat bandar yang masih tertunggu-tunggu rumah yang mampu dimiliki seperti rumah-rumah perumahan awam dalam Bandar raya Kuala Lumpur. Kita hanya ada lima tahun untuk mencapai 2020 kalau strategi yang kita gemblengkan untuk lima tahun ini, saya percaya bahawa matlamat untuk menyediakan rumah-rumah kepada hampir 70,000 mereka yang sedang menunggu ini dapat kita selesaikan. Pembinaan rumah-rumah PPR ataupun perumahan awam ini hendaklah dilakukan dengan skala yang besar. Memerlukan komitmen kerajaan bersungguh-sungguh iaitu meletakkan peruntukan khas tiap-tiap tahun. Saya lihat kalau kita biarkan rumah- rumah untuk golongan-golongan rumah B40 ini dikendalikan oleh swasta sudah tentu agak sukar untuk kita capai matlamat ini. Oleh itu saya ingin menyarankan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah kritikal ini maka saya berpendapat sudah tiba masanya kerajaan memperuntukkan sekurang- kurangnya RM500 juta tiap-tiap tahun hingga lima tahun akan datang ini untuk bagaimana kita dapat melihat kita buat pembangunan semula rumah-rumah perumahan awam ini dengan berskala besar. Kita minta kerajaan mana-mana tanah perumahan awam yang sedia ada di bandar-bandar ini hendaklah digazet supaya tidak lagi berlaku pembangunan komersial di atas tanah tersebut. Maka kerajaan kena menyediakan geran pembangunan kepada mana-mana pemaju yang ingin membantu membangunkan rumah-rumah perumahan awam di dalam kawasan-kawasan yang telah digazet ini. Saya buat pengiraan kalau kerajaan boleh memperuntukkan RM500 juta tiap-tiap tahun sehingga 2020 saya cukup yakin dan percaya perumahan awam yang ditunggu- tunggu oleh hampir 70,000 rakyat termiskin ini akan dapat kita selesaikan dengan apabila menjelang 2020. Kita juga perlu mengubah sistem pembangunan rumah-rumah perumahan awam ini. Bukan sahaja kita menyediakan peruntukan yang besar kita juga kena mengubah landscape tanah-tanah ini. Kalau mereka ini berkedudukan densiti atau kelab ratio yang rendah maka kerajaan kena bagi exception kepada kawasan-kawasan ini supaya dia mendapat densiti ataupun ratio yang tinggi.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Yang Berhormat Titiwangsa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kepala Batas bangun. Ya, sila.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Yang Berhormat Titiwangsa terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana bangkitkan isu perumahan terutamanya berkaitan B40 yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-11. Cuma Yang Berhormat Titiwangsa setuju ataupun tidak bahawa soal membangunkan perumahan mampu milik ataupun perumahan rakyat ini adalah baik seperti mana dicadangkan namun yang lebih penting yang dikatakan RM200,000 hingga RM400,000 rumah mampu milik ini bukan juga berada dalam lingkungan affordability, dengan izin kepada golongan B40. Apakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju selain daripada kerajaan mewujudkan RM500 juta dana pembangunan itu mungkin boleh diwujudkan mekanisme sebagaimana yang pernah dilakukan dahulu pendekatan konsep rent-to-own yang mana yang menjadi permasalahan utama ialah tentang bayaran awalan ataupun down payment. Mungkin boleh diwujudkan umpamanya dana jaminan kepada down payment tersebut. Bagi memungkinkan bukan hanya perumahan tetapi keupayaan bagi rakyat B40 untuk memiliki access pembiayaan untuk memiliki rumah itu jauh lebih penting. Terima kasih.

Yang Berhormat Titiwangsa, minta izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Titiwangsa bersetujukah Yang Berhormat Titiwangsa sekiranya saya mengatakan bahawa kita semua tahu bahawa untuk membina rumah awam di dalam kawasan perbandaran adalah agak mahal tetapi kita masih lagi mempunyai banyak tanah di luar ataupun suburban areas. Cuma masalah kita ialah apabila kita membina di luar daripada masalah ini masalah pengangkutan menjadi satu cabaran kepada kenapa B40 orang-orang yang di bawah 40% ini enggan bergerak jauh daripada City Centre, dengan izin kerana pengangkutan mahal dan tiada pengangkutan yang efisien. Kalau kita lihat di negara maju banyak rumah-rumah saya kira berkemampuan ini diletakkan di luar dari pusat bandar tetapi connectivity itu yang penting daripada perumahan awam ke pusat bandar dan tempat mereka mencari rezeki. Apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon kedua-dua ucapan pencelahan ini dimasukkan ke dalam teks ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, dalam konsep pembangunan perumahan awam ini yang saya tekankan tadi ialah banyak tanah dalam bandar raya kita memang sedia ada rumah tapak perumahan awam. Master plan sewaktu kita merdeka dan kita membangunkan bandar-bandar ini memang sudah ada master plan untuk accommodate golongan-golongan yang tidak berkemampuan untuk mempunyai rumah yang bekerja dalam bandar untuk dibangunkan rumah-rumah untuk mereka. Akan tetapi apabila negara bertambah maju, bandar bertambah maju, tanah-tanah mereka ini begitu mahal. Apabila ia begitu mahal maka adalah golongan-golongan private developer ini melihat lebih kepada keuntungan sebab itu saya sarankan tadi kenalah digazet tanah-tanah tersebut supaya tidak ada mereka ini untuk menggunakan sebarang sahaja cara untuk mendapatkan tanah-tanah ini untuk menjadikan tanah-tanah ini sebagai komersial.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Saya ingin menyentuh pandangan Yang Berhormat Kepala Batas tadi. Di samping kita ada mekanisme ini, kita juga kena ada mekanisme di mana kita kena tahu bahawa sebahagian daripada penduduk bandar ini, mereka baru memulakan kehidupan. Kalau hendak beli rumah, agak sukar. Sebab itu dengan adanya rumah-rumah perumahan awam ini, maka kerajaan boleh menyediakan peluang penyewaan kepada mereka. Apabila kita buat skim penyewaan ini, tidak semestinya kita ikut skim yang sedia ada. Skim yang sedia ada ini kadang-kadang agak tidak praktikal kerana rumah yang sedia ada ini disewakan sebanyak RM124. Saya percaya masyarakat bandar hari ini juga bersetuju untuk menyewa RM250 atau RM500 dengan syarat bahawa pembangunan ini hendaklah dibuat pembangunan semula. Dibaik pulih secara prasarana dan saya percaya

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

ramai masyarakat bandar yang bekerja dalam bandar boleh mampu menyewa RM500 sebulan. Saya juga ingin mencadangkan sebahagian daripada rumah-rumah ini, kadang- kadang kita menawarkan pembelian. Malangnya saya lihat statistik yang diguna pakai, yang saya dapat hari ini, 26,500 rumah-rumah yang telah ditawarkan kepada penyewa- penyewa yang sedia ada. Mereka ini adalah terdiri daripada golongan B40. Walaupun harga yang ditetapkan ialah RM35,000 hingga RM40,000 mereka masih tidak boleh membeli kerana mereka tidak mempunyai down payment untuk bayar. Sebab itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan. Bagaimana kita melihat KWSP. Sebahagian daripada mereka ini bekerja dalam bandar mempunyai simpanan KWSP. Hendak beli rumah RM35,000, RM42,000 tidak dapat pinjaman kerana gaji terlalu rendah tetapi oleh kerana mereka telah bekerja 10 hingga 15 tahun, ada simpanan di dalam KWSP dalam akaun satu. Akaun satu ini, ia mempunyai 70% simpanan yang kita simpan dalam akaun satu. Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk melihat bagaimana akaun satu ini boleh dibenarkan dikeluarkan untuk membeli rumah pertama yang dikategorikan sebagai rumah-rumah untuk golongan B40 ini. Rumah-rumah ini apabila dibeli menggunakan akaun satu ini, maka rumah-rumah ini tidak boleh dijual. Kalau dijual, duitnya itu masuk balik dalam akuan satu seperti mana yang kita gunakan hari ini. Pelaburan unit trust yang kita gunakan dalam akaun satu. Kalau kita keluarkan dalam akaun satu ini, kita melabur dalam unit-unit trust yang telah diluluskan, apabila kita menjual unit-unit trust tersebut, maka duitnya dimasukkan balik semula dalam akaun satu. Kalau ini boleh dilakukan dalam konsep pelaburan unit trust, saya tidak nampak kenapa pelaburan untuk membeli atau memiliki rumah, kita membenarkan untuk menggunakan akaun satu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh satu lagi unjuran kerajaan dalam RMKe-11 ini iaitu kerajaan mengunjurkan iaitu untuk meningkatkan nisbah pampasan pekerja dari 34.9% KDNK kepada 40% menjelang 2020. Nisbah pampasan ini adalah satu pampasan yang pekerja-pekerja dapat hasil daripada pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, yang agak membimbangkan saya ialah dalam kita menerajui unjuran untuk mencapai nisbah pampasan pekerja daripada 34.9% kepada 40% KDNK menjelang 2020 ini, saya merasakan bahawa kita melihat graduan-graduan kita hari ini tidak mendapat gaji yang setimpal. Yang ada degree, yang ada master, kadang-kadang apabila mereka ini diambil bekerja dalam syarikat-syarikat swasta, oleh kerana terlampau ramai sangat graduan, maka mereka ini dieksploitasi oleh majikan-majikan. Saya hendak mengambil contoh. Kalaulah kita boleh mengenakan minimum salary kepada pekerja-pekerja buruh bawahan sehingga foreign workers pun kita letak minimum wedges sedangkan kerajaan berhasrat untuk menjana pekerja-pekerja berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi tetapi apabila mereka ini telah dikeluarkan sebagai graduan sama ada dalam negeri ataupun luar negara, bila balik kadang-kadang gaji yang dia dapat itu tidak setimpal untuk mereka meningkatkan kemahiran mereka. Jadi saya ingin melihat bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa tidak ada sebarang eksploitasi kepada graduan-graduan yang mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan terutamanya dalam syarikat-syarikat swasta. Kalau di peringkat kerajaan ini, kita nampak dia ada skillnya tetapi dalam peringkat swasta, the entry level kadang-kadang saya tengok cukup menyedihkan. Ada graduan mendapat second class upper tetapi gaji RM1,500. Kerana apa? Dieksploitasi oleh syarikat-syarikat swasta. Mereka tidak ambil kerja, tidak boleh. Malu duduk dekat kampung tidak ada kerja. Maka syarikat-syarikat ini mengambil peluang dan opportunity dengan mengeksploitasi mereka ini. Maka kerajaan mesti melihat bagaimana kita boleh meletakkan satu benchmarking kepada syarikat-syarikat swasta ini untuk menilai entry level sebagai pekerja dan juga yang mempunyai ijazah dan juga master yang mereka peroleh. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat di samping kita menekankan soal pekerjaan ini, saya melihat bahawa dalam unjuran RMKe-11 ini, kerajaan telah memberikan komitmen untuk melabur sebanyak RM236 bilion dalam masa lima tahun akan datang. Ia bagi mewujudkan perkembangan ekonomi dan membolehkan pewujudan peluang pekerjaan hampir 470,000. Saya bila lihat pembentangan ini, saya cukup merasa

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

berbangga kerana kerajaan bagi komitmen untuk melabur dalam RMKe-11 ini selama lima tahun. Akan tetapi apa yang menyedihkan saya ialah apabila membaca surat khabar The Star semalam, dalam kita bentang RMKe-11 dan kita lihat dalam surat khabar The Star semalam bahawa MAS ingin memberhentikan kerja hampir 6,000 kakitangan.

Lapan, lapan.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Yang saya dapat 6,000. Jadi apa yang saya hendak utarakan ialah sewaktu kita meluluskan Akta MAS dalam Dewan ini, kita ada satu komitmen daripada pihak Khazanah dan pihak MAS bahawa tidak akan berlaku retrenchment di mana mereka yang tidak diperlukan akan di redeploy, retaining, re-skilling untuk dimasukkan dalam organisasi-organisasi kerajaan yang lain. Saya cukup takut kalau 6,000 ini kita keluarkan daripada institusi MAS ini, kalau mereka ini tidak ada pekerjaan, dengan komitmen hendak bayar rumah, anak hendak pergi sekolah dan sebagainya, saya cukup takut pelaburan yang kita hendak buat RM236 bilion ini, lima tahun akan datang, apalah salahnya kita gunakan pelaburan ini sekarang untuk kita melihat bagaimana kita mengatasi isu MAS dan pekerja-pekerjanya. Saya percaya dan saya faham bahawa dalam konsep restructuring sesuatu organisasi yang telah rugi ini, kita tidak dapat lari daripada kita memberhentikan pekerja. Contohnya dalam airlines dunia hari ini macam Air France, dia telah memberhentikan pekerja hampir 8,000. Kita juga telah melihat bagaimana Spain Airline seramai 4,500 pekerja diberhentikan, Japan Airlines seramai 16,000 pekerja dan Qantas Airlines seramai 5,000 pekerja. Saya percaya kalau sudah tidak ada cara untuk menyelamatkan MAS ini daripada memberhentikan pekerja-pekerja, maka saya ada beberapa cadangan supaya kerajaan melihat bagaimana kita membantu mereka ini.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Pertama, saya melihat dari segi pampasan apabila kita hendak berhentikan mereka ini. Pampasan ini saya lihat kalau boleh kita bagilah pampasan yang setimpalnya, yang bersesuaian dengan agreement ataupun union agreeement yang telah mereka signed dengan syarikat. Walaupun syarikat mempunyai akta yang telah diluluskan oleh Parlimen, tidak boleh, tidak semestinya kita mengikut agreement yang telah disigned ataupun ditandatangani. Akan tetapi dalam konteks pekerja ini, saya minta kerajaan memikirkan sebaik-baik mungkin bagaimana kita membantu untuk memberi pampasan kepada mereka ini bersesuaian dengan masa ataupun jumlah tahun yang telah mereka sumbangkan kepakaran mereka dalam entiti MAS ini.

Yang Berhormat Titiwangsa.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Sebagai contoh, kalau setiap setahun bekerja, bagilah dua bulan supaya mereka boleh memulakan kehidupan baru.

Boleh saya mencelah Yang Berhormat Titiwangsa, fasal MAS.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Silakan Yang Berhormat Pengerang.

Yang Berhormat Titiwangsa, saya terimalah apa yang hendak dicadangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Akan tetapi soalan saya pada Yang Berhormat Titiwangsa, adakah tidak sepatutnya pendekatan ini MAS mengambil kira isu ‘LIFO’ ya, ‘last in, first out’, sebagai strategi pertama. Keduanya, sebagai komitmen menunjukkan bahawa restructuring sedang berlaku, mereka perlu melihat kembali gaji-gaji yang begitu tinggi diberi kepada pihak-pihak ketua jabatan. Sebagai menunjuk langkah untuk menunjukkan pengorbanan MAS, sebagai pengorbanan mereka, langkah-langkah kepada restructuring yang sedang dilakukan, terutama sekali pada mereka yang akan diberhentikan. Terima kasih.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya bersetuju Yang Berhormat Pengerang. Masukkan dalam teks ucapan saya supaya Yang Berhormat Menteri boleh jawab kemudian. Di samping kita membayar pampasan ini, saya juga ingin melihat bagaimana pekerja-pekerja yang sedia ada, yang hendak kena berhenti, mempunyai pinjaman MARA, pinjaman PTPTN, pinjaman JPA.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Kalau boleh kerajaan bagi pengecualian pembayaran sementara mereka dapat kerja. Ini hari hendak raya, hendak puasa, lepas itu kena berhenti. Jadi, saya hendak tengok bagaimana kerajaan boleh memikirkan perkara ini. Yang ketiga, selepas pemulihan MAS itu, sudah tentu MAS ini tidak boleh di tahap ini. Ia akan berkembang maju. Kalau betul business model ini dilakukan oleh pakar-pakar turnaround specialist yang kita bawa masuk dalam MAS ini, sudah tentu MAS tidak boleh ditakuk ini. Ia akan berkembang seterusnya. Apabila syarikat ini berkembang kemudian dalam masa 5 tahun akan datang, maka sudah tentu kita memerlukan kakitangan baru. Kakitangan-kakitangan yang kita perlu employ kerana perkembangan perniagaan. Bila berniaga besar, maka banyaklah kakitangan yang kita perlukan. Maka, saya hendak minta kerajaan memberi komitmen, kena bagi first rights of refusal untuk memilih pekerja-pekerja yang telah kita berhentikan sebelum ini kalau sekiranya diperlukan kakitangan-kakitangan tambahan. Keempat, saya juga mohon pihak kerajaan memberi pengecualian kepada pekerja-pekerja yang 6 ribu ini, yang hendak kena berhenti ini. Kalau boleh mereka ini dibenarkan keluar EPF awal. Kalau dia sudah tidak ada kerja, ada simpanan RM300 ribu akaun satu ataupun akaun dua. Umur belum sampai lagi umur retirement, maka benarkanlah mereka ini keluarkan duit untuk mereka memulakan mungkin perniagaan- perniagaan kecil. Menggunakannya sebagai modal untuk menyara kehidupan dan juga membayar sebahagian daripada hutang-hutang perumahan supaya akaun satu ini boleh digunakan, bukan sahaja hanya akaun dua. Jadi, inilah harapan saya supaya kita dapat membantu mereka ini dalam keadaan kita hendak menyelamatkan MAS. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya pihak MAS ini melihat supplier mereka. Kalau dalam dunia perniagaan ini, syarikat besar macam MAS ini, ia banyak pembekal-pembekal dan supplier. Jadi, pembekal- pembekal, supplier ini perlulah digalakkan mengambil sebahagian daripada pekerja-pekerja ini sebagai kakitangan. Mereka ini akan diberi keutamaan untuk berurus niaga dengan MAS. Secara tidak langsung, kita tidak menghilangkan kepakaran mereka ini dalam situasi- situasi, terutamanya kerja-kerja yang boleh dilakukan tidak semestinya dalam airlines industry. Jadi, saya minta itulah perkara-perkara yang saya mohon agar dapat pihak kerajaan melihat perkara ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menerajui kehidupan sebagai negara menuju ke arah negara maju ini, kita jangan lupa bahawa ada juga rakyat kita yang dalam golongan B40 ini, kita buat apa saja pun memang dia tidak berkemampuan untuk meletakkan diri mereka hidup bersama-sama dengan mereka yang mampu bersaing. Oleh sebab itu saya hendak bawa kepada Dewan yang mulia ini, kita lihat kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kita tahu bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat ini adalah satu jabatan yang diguna oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat-rakyat termiskin, terutama dalam B40 ini untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa dengan bantuan kerajaan. Akan tetapi malangnya, bantuan-bantuan yang diberi kepada mereka ini saya nampak sudah tidak relevan lagi dari segi jumlah yang diberi. Saya hendak bacakan di sini, banyak bantuan-bantuan yang diberi seperti bantuan elaun pekerja cacat, bantuan orang tua, bantuan OKU, bantuan anak pelihara, bantuan kanak-kanak, Bantuan-bantuan Am. Sebahagian daripada bantuan-bantuan ini, saya rasa kita kena perlu lihat, ada yang dapat RM80 sebulan yang sudah tidak munasabah lagi kalau kita tengok dalam konteks bandar raya, terutama dalam Bandar raya Kuala Lumpur. Masih ramai lagi yang mendapat bantuan-bantuan ini dengan harga RM80. Maka, kalau kerajaan hendak melihat perkara ini, saya ingin cadangkan kita lihat balik semula kriteria-kriteria ini. Kita sudah tidak ada RM80 lagi sudah. Paling minimum kena bagi RM300 untuk bantu mereka ini supaya kalau mereka ini bergaji RM1,000, maka adalah RM300 lagi tambahan. Kalau RM1,200, tambah lagi RM300, makna ada RM1,500. Saya juga ingin mohon supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat ini juga melihat bagaimana kita menukar kriteria. Sekarang ini Jabatan Kebajikan Masyarakat, kriteria hendak dapat bantuan- bantuan am bulanan ini, dia kena ada pendapatan RM750 ke bawah. Sudah tidak praktikal. Itu yang kadang-kadang ada ibu-ibu tunggal gaji RM1,500, anak 5 orang, pergi jumpa JKM

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

tidak dapat. Sebab apa pegawai-pegawai cakap, kriteria dia RM750. Ini bukan luar bandar, ini dalam bandar. Akan tetapi bila kita jumpa, kita present, okey, dia cakap tidak boleh. Sebab inilah prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya beritahu bila kriteria ini dibuat? Tidak pernah revise.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Titiwangsa, boleh gulung ya.

Datuk Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa

Jadi, saya mohon kerajaan melihat bantuan-bantuan kebajikan masyarakat ini hendaklah kriterianya diubah. Kalau boleh kita tingkatkan lah, RM1,500 ke RM2,000 supaya mereka yang mempunyai anak ramai, yang mempunyai pendapatan cuma satu saja dalam keluarga, maka boleh mendapat bantuan daripada kerajaan yang ditingkatkan kepada RM300-RM350. Akhir sekali, saya juga ingin melihat bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat, walaupun bantuan ini tidak ada tapi sudah tiba masanya bantuan-bantuan ini perlu diperkenalkan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu untuk membantu untuk membayar penyewaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak ada bantuan untuk bayar sewa. Akan tetapi hari ini kita lihat banyak rumah-rumah PPR ini walaupun RM124, masih ada yang tidak boleh bayar sampai 24 bulan. Oleh kerana apa? Kalau kita tengok gaji RM800, anak 4-5 orang, sudah tentu tidak ada kelebihan untuk bayar sewa. Akhirnya, mereka tidak boleh bayar. Akan tetapi kalau perkara-perkara begini, kalau kita boleh dapat lihat semula, introduce assistance seperti pembayaran elaun sewa ini, sudah tentu kita dapat meningkatkan mereka dan akhirnya anak-anak mereka ini boleh mendapat tempat penginapan yang selesa dan boleh dapat meningkatkan pekerjaan mereka. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong RMKe-11 ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, dipersilakan Yang Berhormat Marang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Waalaikumussalam.

[Membaca sepotong doa] .

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih kerana diberi peluang untuk ikut serta dalam perbahasan RMKe-11. Saya hanya ingin menyentuh perkara-perkara dasar, secara detail nya mungkin disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Sebelum kita melangkah ke dalam RMKe-11 yang dibentangkan, sepatutnya muhasabah dilakukan terhadap semua RMK sebelum ini bagi mengambil iktibar bukan sahaja kejayaan yang dicapai, penting juga menyedari ada kelemahan, kesilapan dan kegagalan yang berlaku supaya tidak mengulangi dan penambahbaikan kepada kejayaan yang dicapai. Muhasabah kepada amanah yang dapat ditunaikan daripada hasil sumber kurnia Allah supaya benar-benar menunaikan syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini atau menjadi mereka yang kufur nikmat sehingga tenggelam tanpa disedari, bukan sahaja duitnya tenggelam, negara dan rakyat pun boleh tenggelam bersama dengan sebab mengulangi kesilapan yang sama sehingga menjadi lebih parah. Kita punya sumber alam yang kaya-raya dan tenaga manusia pelbagai peringkat dan berbagai-bagai kaum dalam masyarakat majmuk. Setelah mencecah setengah abad mencapai kemerdekaan, sejauh mana kita telah melangkah keluar daripada lingkaran tanah air yang dijajah kepada negara yang sedang membangun yang masih bergantung dengan penjajah. Adakah sudah menjadi negara yang sudah maju sehingga sampai ke batas Wawasan 2020 yang telah ditetapkan? Segala indeks, statistik dan angka yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan di atas kertas sahaja. Pendapatan yang tinggi yang tidak saksama

dengan kadar inflasi suatu ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri. Adakah kita sudah berdikari tanpa bantuan dan tanpa hutang atau masih mengharapkan bantuan daripada pihak lain dan dibebankan hutang yang tidak mampu diatasi sehingga terus mengulangi budaya berhutang khususnya meneruskan muamalah riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat di atas nama membela rakyat tertindas. Tiba-tiba rakyat laksana jentera yang diabdikan, melahirkan kapitalis yang lebih besar dan lebih ganas kerana tidak beriman dan tidak budiman. Perlu disedari masih ada kadar kemiskinan yang tidak terlepas. Pengangguran yang ditampung dengan pekerja asing, bukan rakyat sendiri bergantung kepada cukai yang dipaksa membebankan seluruh rakyat sehingga melibatkan yang termiskin. Masih ada negeri, daerah, kampung dan pedalaman yang terpinggir daripada kemudahan asas. Ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, hubungan Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan yang merapatkan di antara satu sama lain. Kita melihat masih ketinggalan Lebuh Raya Simpang Pulai ke Gua Musang, ke Terengganu, Lebuh Raya Rompin ke Negeri Sembilan seterusnya lebuh raya ke Timur dan Barat. Begitulah hubungan laut di antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat, hubungan yang lebih kerap bukan sahaja membawa manusia termasuklah membawa hasil yang boleh dicampuradukkan dan mengimbangi di antara satu sama lain. Membebaskan kemiskinan bukan sekadar boleh berdikari tetapi tidak berpendapatan tinggi yang mampu menjana ekonomi negara. Jangan terus bergantung dengan kerajaan selama-lamanya sehingga menjadi budaya yang dipikul selama-lamanya oleh kerajaan. Bermakna masalahnya belum selesai kerana budaya memberi ikan dan bukan memberi mata pancing. Memberi ikan tidak memberi mata pancing. Bergantung kepada bantuan selama-lamanya tidak boleh berdiri sendiri. Sering kali mencipta cukai dan mengadakan cukai darurat seperti GST sehingga melibatkan rakyat miskin, menandakan kegagalan mengurus hasil tanpa cukai. Tidak mengemas kini cukai yang telah sedia ada secara bersistematik dan tidak mengurus kewangan dengan amanah, baik, tidak bocor kerana boros atau salah laku. Kalau perkembangan ekonomi maju sudah pasti menjadikan pendapatan negara tidak perlu lagi mengadakan cukai yang baru. Pergantungan kerajaan kepada GLC bukannya satu cara yang baik yang boleh dilakukan selama-lama kerana menyebabkan terbantutnya kegiatan ekonomi rakyat disebabkan berlakunya persaingan yang tetap memenangkan kerajaan yang dikelilingi kroni dan penyangak. Ibnu Khaldun telah memberi amaran sejak 1000 tahun yang lalu. [Berucap dalam bahasa Arab] Penglibatan kerajaan dalam kegiatan ekonomi boleh membawa keburukan. Campur tangan melampau daripada kerajaan mengikut teori komunis dan sosialis telah menghancurkan negara besar yang menganutnya sehingga terpaksa dilakukan pembaharuan kepada ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin-pemimpin komunis dan sosialis yang mendukungnya dahulu, yang lebih parah kapitalisnya. Pencarian bumiputera tidak boleh diukur dengan dicampurkan dengan GLC. Peratusnya dicampur, kita tidak kira hakikat yang sebenar, konsep pertumbuhan berpaksikan rakyat gagal tanpa kejayaan pembangunan modal insan kerana tidak mengikut acuan Allah Tuhan semesta alam, berpaksikan fitrah manusia. Negara Islam awal – tidak berhasil bumi yang banyak, berjaya memanfaatkan bumi dengan acuan Allah. Firman Allah… [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Menjadi kelaziman kabilah Quraisy yang tinggal di Mekah, bumi yang kering kontang melakukan perjalanan di musim sejuk dan panas. Mereka hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan punya Kaabah ini yang memberi makan kepada mereka sehingga tidak lapar dan memberi keamanan kepada mereka sehingga selamat daripada ketakutan”. Di sini menunjukkan bagaimana mereka menjadikan asas kehidupan mereka ialah beriman dan budiman dan seterusnya mewujudkan ekonomi yang melepaskan diri daripada kelaparan dan mewujudkan suasana politik yang aman dengan kekuatan negara sendiri. Ini

asas yang ditunjukkan oleh al-Quran. Di sinilah mengapa Islam meletakkan agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan pembangunan umat dan negara. Pembangunan insan mengikut fitrahnya, jasad, roh dan akal. Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad yang tidak seimbang dengan akal dan dipisahkan daripada roh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi. Maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan. Di sinilah sebab keruntuhan tamadun negara yang dikira paling maju dalam lipatan sejarah yang menjadi kenangan sahaja dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat. Walaupun hebat bangunan dan kotanya, semua manusianya mati ditelan bumi dan dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya. Ibu Khaldun menegaskan bahawa manusia makhluk bertamadun ini masyarakat madani, al-insan madayyun bittab’ie boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan dengan hasil daripada dirinya dan sumber kelilingnya. Contohnya, daripada satu keperluan makanan sahaja bukan sahaja memerlukan pertanian bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dengan segala alat jenteranya yang menumbuhkan peluang pekerjaan yang banyak dan berkembang. Ia sepatutnya boleh memajukan di mana sahaja bumi tempat kita berpijak walaupun tidak ada sumber di dalam perutnya kerana mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Syaratnya ia diurus dengan bijak dan baik. Jangan ada kebocoran dan penyelewengan serta berlaku ikhlas terhadap negara, bukannya mengampu dan memuji setiap masa. Kerajaan wajib menyediakan penasihat dengan ikhlas, bukan sahaja berilmu, wajib ilmunya beriman dan budiman. Sekiranya dilaksanakan dengan seimbang dan saksama sudah tentu masalah buang kerja tidak timbul kerana makin banyak rakyat, makin banyak keperluan dan makin banyak pekerjaan. Apabila berlaku krisis ekonomi, berlakunya buang kerja, pengangguran macam disebut tadi mungkin ada tempat yang tidak kena. Sebelum ini kita lebih bergantung kepada sumber kebendaan yang tidak seimbang dengan sumber manusia sehingga kedua-duanya tercicir.

Walaupun kita sudah lama menggunakan sumber bumi yang kaya seperti gas, petroleum, timah, besi, emas, hasil pertanian seperti getah dan kelapa sawit, namun pusingannya tidak berjaya ke tahap yang boleh mencapai matlamat yang disasarkan dalam jarak yang sudah dekat dengan Wawasan 2020. Tuan Yang di-Pertua, pelaburan asing yang tidak memberi pulangan pemindahan teknologi yang mencapai negara maju kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Peristiwa RMK sebelum ini wajib dijadikan iktibar bagi membuat pembetulan. Kalau tidak kita hanya sekadar menjadi pangkalan ekonomi kepada negara besar selepas kita pernah menjadi pangkalan demi keselamatan kepentingan mereka dan peristiwa zaman penjajah dan dua perang dunia yang lalu yang menunjukkan statistik bagaimana rakyat jajahan lebih 60% menjadi mangsa terbunuh dalam perang, rakyat negara jajah hanya 40% sahaja. Ini mereka tidak boleh pergunakan. Itu dalam cara peperangan. Cara ekonomi pun sama boleh berlaku kalau kita tidak berwaspada. Lebih parah kalau kita menerima undangan menjadi anggota gagasan yang dijemput sekadar menjadi khadam bagi membolehkan krisis yang dialami mereka tanpa dinafikan. Perhubungan antara negara sangat penting. Batas kita wajib dipelihara sekadar kerjasama bagi faedah bersama bukannya sebelah pihak mereka sahaja. Ini kerana menjadi konsep masyarakat madani yang sebenar untuk menjadikan dunia adalah keluarga besar. Zaman penjajahan hendaklah dimusnahkan. Warisan zaman penjajahan yang sengaja meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur masih belum dihapuskan kerana negeri-negeri yang berada di kawasan ini walaupun kaya sumber buminya tetapi masih miskin rakyatnya, masih terkemudian daripada Pantai Barat, Malaysia Barat. Hentikan permainan politik yang terlalu banyak dan melampau. Jadikan penyelesaian secara tanggungjawab dan holistik dan bukannya kerana musim pilihan raya atau pilihan raya kecil sahaja.

Masalah kemiskinan walaupun tidak tegar pengangguran inflasi yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat mengundang gejala sosial. Oleh kerana itu masalah perlu diatasi dengan sungguh, masalah perumahan, masalah tanah, masalah pembangunan masyarakat sekadar tempat tinggal sahaja tanpa penyusunan secara berjalanan dan berhubung antara satu sama lain. Infrastruktur yang belum selesai, termasuk kemudahan asas di kawasan pedalaman dan terpencil dan kawasan setinggan masih wujud. Pemantauan, penguasaan dan undang-undang yang tidak ada roh maka tiada kehebatannya menjadikan gejala sosial dan salah laku tidak boleh diatasi, maka lebih jauh untuk dihapuskan bahkan menjadikan masalahnya lebih parah. Di sinilah peranan Syariah Islam wajib diberi dan dilaksanakan. Di sinilah peranan pendidikan Islam wajib diberi tempat yang sewajarnya menjadi roh kepada pembangunan insan dalam segala aspek. Apabila kita menegaskan apa yang dipunyai Allah itu terbaik, macam ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan RMKe-11. Dia baca ayat, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah yang memiliki segala-galanya dan Allah yang terbaik. Apabila sebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah. Termasuk acuan pembangunan insan yang diciptanya, wajiblah merangkumi fitrah naluri yang mempunyai jasad, roh dan akal bagi kehidupan individu keluarga dan masyarakat. Allah telah membuktikan kejayaan tamadun Islam yang di ciplak secara tidak sempurna oleh tamadun barat yang dibanggakan terkini dan sedang menuju kemusnahan kerana tidak ada roh hasil gabungan secara holistik ibadah yang melahirkan tanggungjawab dan ikhlas, ekonomi yang menjamin kehidupan kualiti adil yang mewujudkan keamanan dan keselamatan bermula dengan ilmu yang melahirkan iman, budiman, ilmuwan dan pahlawan telah menjadikan kepimpinan dunia selama 13 abad. Dengan ilmu wahyu dan ilmu duniawi yang diambil dari timur dan barat mencipta tamadun Islam yang unggul adapun kejatuhan ummahnya adalah kerana meninggalkan acuan yang asal. Maka kita wajib kembali kepada acuan yang asal. Tuan Yang di-Pertua, adapun memperbanyakkan tenaga manusia di bumi kita sendiri tanpa pergantungan luar, maka peranan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu adalah sangat penting. Bahasa asing digunakan untuk menimba ilmu daripada mana-mana negara asing yang mempunyai kepakaran. Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa kebangsaan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuwan pelbagai lapangan dalam negara. Bergantung kepada bahasa asing selama-lamanya dalam pendidikan yang ada pada hari ini dengan acuan yang tidak sempurna akan terus meramaikan graduan pusat serenti yang berkali-kali ganda daripada graduan universiti. Ini perlu diperbetulkan Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat Jepun yang musnah dalam perang dunia yang kedua bangkit dengan bahasa Jepun, Korea dengan bahasa Korea, China dengan bahasa Cina, German dengan bahasa German, tamadun Islam dengan bahasa Arab. Tanpa dinafikan peranan bahasa asing untuk menambahkan ilmu Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menarik perhatian kepada persengketaan antarabangsa. Isu serantau yang berkait dengan kemanusiaan sangat penting kerana memberi kesan ekonomi kepada negara kita. Isu yang terkini adalah isu pelarian Rohingya, bukan kerana agama semata-mata tetapi kerana kemanusiaan. Kita pernah menangani isu pendatang Vietnam dalam tahun 70-an yang banyak melanggar Pantai Timur walaupun penduduk Pantai Timur adalah penganut-penganut agama Islam. Dari Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor ramai penganut Islam. Akan tetapi pada masa itu kita boleh menerima pendatang Vietnam yang bukan Islam kerana roh Islam yang masih ada dalam jiwa orang Islam yang diajar. Firman Allah s.w.t [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jika sekiranya orang Musyrikin yang lari dizalimi di negeri mereka minta perlindungan, bagi perlindungan dan mendengarkan kalam Allah dan hantar ke tempat yang aman. Ini ayat Quran di mana ayat Quran ini diambil oleh Piagam Geneva diambil oleh undang-undang antarabangsa tidak boleh menzalimi pelarian dan kita melihat bagaimana amalan kita terhadap pelarian Vietnam tahun 70-an memberi kesan yang sangat baik dalam hubungan di antara kita dan Vietnam. Sehingga hari ini bagaimana nelayan-nelayan kita yang hanyut di laut Vietnam yang tersalah masuk sempadan tidak dirompak, ditolong dan dibantu, bukannya dirompak, bukannya diperlakukan. Ini adalah hasil kerana layanan yang baik dan ini memberi impak

kepada kehidupan masyarakat yang membantu ekonomi negara kita. Begitu juga kita perlu mempelajari daripada peristiwa yang berlaku pada hari ini jangan berulang peristiwa Perang Dunia Kedua apabila negara jajahan dilagakan antara satu sama lain. Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat, tidak lain dan tidak bukan adalah permainan kuasa-kuasa besar dunia untuk melagakan di antara orang Islam sesama orang Islam di atas nama mazhab, di atas nama kaum, di atas nama pelbagai sebab ekonomi dan lain-lain dan merebut kawasan-kawasan ekonomi yang mereka diberitakan oleh artikel-artikel yang disiarkan dalam Internet bagaimana antologi-antologi barat meletakkan golongan pelampau di kawasan-kawasan ini dengan mencetuskan isu-isu mazhab dan isu kaum supaya menimbulkan ketegangan yang boleh mencetuskan peperangan sehingga penduduk rantau itu berperang secara proxy, secara wakil kepada kuasa-kausa besar yang lebih memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat senjata dan memberi keuntungan kepada syarikat- syarikat minyak yang menaikkan harga minyak. Hal seperti ini perlu kita jauhkan daripada tanah air kita supaya tidak mengulangi kesilapan perang dunia yang mengorbankan rakyat tanah jajahan. Hal ini adalah iktibar yang sangat besar bagi menjayakan RMKe-11. Walaupun ia adalah perkara keamanan perkara keselamatan namun ia sangat berkait dengan kegiatan hidup rakyat. Itulah pandangan yang dapat saya beri Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Rompin.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberi kepada saya untuk berucap di Dewan yang mulia ini sebagai wakil rakyat baru hasil daripada satu pilihan raya kecil yang berlaku di Rompin sebab oleh kematian Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Selaku Ahli Parlimen yang baru, saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri, semoga ditabahkan hati mereka untuk menghadapi dugaan ini. Juga, saya selaku Ahli Parlimen baru dan pengundi Rompin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan tugas yang dilakukan oleh Allahyarham dalam membangunkan Rompin sebagai kawasan Parlimen di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas digubal oleh kerajaan berdasarkan kepada situasi dan keadaan hari ini. Adalah tidak adil untuk membandingkan perancangan Rancangan Malaysia Kesebelas dengan pencapaian ekonomi Korea ataupun Singapura. Sudah pasti model ekonomi Scandinavian countries berbeza dengan Germany. Model pembangunan Kanada juga berbeza dengan Amerika. Model pembangunan New Zealand juga berbeza dengan Australia. Begitu juga Malaysia dalam konteks negara yang berbilang agama dan bangsa, faktor ekonomi bukanlah hanya satu faktor yang dilihat bagi mencapai keselesaan dan kemajuan Malaysia ini. Saya pasti dalam merangka Rancangan Malaysia Kesebelas, kepimpinan negara mempunyai pelbagai fakta dan tujuan dalam mencapai Wawasan 2020. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Najib selaku Perdana Menteri, mengutarakan satu rancangan, Rancangan Malaysia Kesebelas yang begitu lengkap, yang orientasinya berbeza. Mungkin perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam sesuai ketika itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Rompin dah jawab awal-awal tadi ucapan Yang Berhormat Shah Alam tetapi Yang Berhormat Shah Alam tidak dengar.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Ya, ketika itu, tetapi dalam rangka menjelang tahun 2020...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jangan samakan ekonomi Singapura dan Korea Selatan tetapi Yang Berhormat Shah Alam tidak dengar. Sila teruskan Yang Berhormat Rompin.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Kita tidak boleh menyamakan. Kerangka Rancangan Malaysia Kesebelas harus berpaksi kepada keadaan ekonomi dunia semasa dan keadaan domestik dalam negara yang pelbagai agama dan bangsa. Jadi...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam bangun. Sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya agak tertarik kerana selalu diberikan alasan-alasan yang agak aneh berhubung dengan kenapa kita tidak boleh menjadi seperti mana negara-negara yang telah mencapai pencapaian yang jauh lebih baik daripada kita. Soal saiz negara kita banding dengan Singapura, soal negara Korea, satu negara yang satu bangsa yang kononnya. Yang ini semua merupakan alasan-alasan untuk menutup kegagalan pengurusan yang jelas. Saya rasa selagi mana Kerajaan Barisan Nasional dan pihak backbenchers tidak mahu mengaku akan kekurangan dan kelemahan ini, maka ia akan berterusan. So dengan izin Tuan Yang di-Pertua, stop making excuses. Stop making excuses for poor management, for failures on the part of the government.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa alasan? Apa masalah? Korea tidak ada natural resources, tidak ada hasil bumi. Maka hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rompin, saya merasakan tidak mempunyai satu hujah yang kukuh yang boleh diterima. Terima kasih.

Datuk Seri Reezal MericanUMNO · BNKepala Batas

Yang Berhormat Shah Alam pun tak boleh hujah begitu, Yang Berhormat Shah Alam.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Saya tidak fikir Yang Berhormat Shah Alam cuba untuk membuat satu ucapan dasar ekonomi. Itu kita boleh adakan satu forum yang berbeza kalau mahu membicarakan soal ekonomi negara dan saya persilakan khusus kepada Yang Berhormat Shah Alam. Jadi saya katakan tadi, perkara pokok yang menjadi Rancangan Malaysia Kesebelas ialah kita cuba mendapat indeks kepuasan awam yang tinggi. Jadi sebab itulah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, ia bersifat inklusif. Inklusif bermakna keterlibatan rakyat dalam soal pembangunan negara dan ia memberi kesan kepada soal kerajaan untuk mencapai indeks kepuasan awam dan inilah yang menjadi masalah, digunakan oleh sesetengah pihak untuk menghakiskan sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional hari ini. Soal keperluan asas, soal kemudahan asas, pencapaian sosioekonomi yang di tahap tinggi adalah menjadi matlamat dan dasar kerajaan hari ini. Saya percaya, jika diamati ucapan Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas, itulah matlamatnya untuk mengubah struktur masyarakat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada rancangan satu hingga kesepuluh mengubah struktur ekonomi negara. Dulu, 70% masyarakat tinggal di luar bandar. Hari ini, 70% tinggal di bandar hasil daripada pencapaian ekonomi dan faktor ekonomi yang berkembang di bandar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Marang, membentuk masyarakat madani. Akan tetapi, setiap perancangan pasti ada kelemahan yang di luar kemampuan kerajaan untuk mengatur dan merancangnya. Satu faktor yang kita lihat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Rompin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Rompin dah ajak berdialog di luar fasal ekonomi.

Tuan Khalid Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak apalah, ini sambil dia berucap di dalam. Segala masalah yang disebut ini yang dulu rakyat duduk di luar bandar, sekarang bawa ke dalam bandar, ini bukan unik pada Malaysia. Jepun dulu pun macam itu, Korea pun macam itu. So, apa masalahnya yang hendak dikatakan perbezaan tidak boleh di banding, tidak boleh disamakan dengan Korea? Adakah kita anggap bahawa Korea daripada asal sudah ada ibu negara yang hebat seperti mana yang sekarang? Daripada asalnya macam itu, semua macam itu. Dasar-dasar perancangannya cantik, pelaksanaannya gagal. Pelaksanaannya gagal.

[Dewan riuh]

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Ini saya tidak setuju kalau dikatakan gagal. Di Jepun beratus tahun untuk ubah struktur ekonominya. Di Korea berbeza tetapi yang saya hendak highlight kan di sini ialah hasil daripada keadaan struktur ekonomi begini menyebabkan kemiskinan di luar bandar wujud. Itu hakikat yang harus kita akui.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Batu, sila.

Sikit saja. Saya hendak dapat pandangan. Bila kita kata tidak boleh banding ini, tidak boleh banding itu, apa pandangan Yang Berhormat Rompin bila kita hendak laksanakan GST pula kita kata 160 buah negara lain melaksanakan, adakah mereka ini sama dengan keadaan Malaysia atau mereka juga ada perbezaan? Apa alasan kita kata kita boleh tiru untuk melaksanakan GST?

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Struktur cukai dan struktur model ekonomi berbeza. Financial structure dengan physical structure adalah satu yang berbeza dari segi teori ekonomi. Saya lulusan ekonomi... [Disampuk] bukan Kepala Batas ya. Jadi GST memang satu kaedah cukai yang progresif, tidak boleh dinafikan, untuk menghindar orang lari cukai. Setiap cukai ini ...

Progresif kah regresif?

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Progresif. It’s a progressive tax system dan kita boleh berhujah dalam luar kerangka di Dewan Rakyat ini kalau Yang Berhormat berminat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, kita sambung selepas jam 2.30 petang. Nampaknya dah dua orang diajak berhujah di luar. Yang Berhormat Shah Alam dan juga Yang Berhormat Batu.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, kita tangguhkan sidang Dewan kita sehingga jam 2.30 petang. Yang Berhormat Rompin sambung ucapan.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Rompin untuk menyambung perbahasan. Ada lagi 20 minit Yang Berhormat.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan saya bercakap di sesi yang kedua selepas kita makan, dan harap semua orang dalam keadaan yang lebih tenang menerima fakta-fakta ekonomik dengan kadar yang lebih sensitif. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi kadar kemiskinan di bandar...

Belum boleh habis. Tadi tidak habis isu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu bangun. Hendak bagi Yang Berhormat?

Bagi laluan, kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Rompin sebut GST itu adalah taxation yang progresif. Saya hendak dapat pandangan, sebab saya telah rujuk kepada kebanyakan buku-buku economic yang lain yang mengatakan VAT atau GST adalah regressive tax, dengan izin. Ini adalah kerana regresif tafsirannya ialah bila satu benda di caj dengan flat rate sama ada orang miskin bayarkah, orang kaya bayar itu dianggap sebagai regresif. Australian Council Social Service juga menyatakan GST adalah taxation yang regresif. Progresif bermaksud orang yang kaya bayar lebih tetapi GST kayakah, miskinkah sesiapa pun dicaj dengan flat rate. Itulah maksudnya- ini adalah regressive tax. Terima kasih.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Itu pandangan pelbagai economist. Saya specialize in economic planning. Bidang saya. Saya percaya GST adalah satu - Tuan Yang di-Pertua harap beri saya masa lebih oleh sebab Yang Berhormat Batu ini dia mengacau saya banyak perkara. Masalahnya bukan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, itu antara cabaran Yang Berhormat. Distraction.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Walaupun GST 6% tetapi yang penting ialah bagaimana kita meningkatkan pendapatan penduduk di Malaysia. Kalau pendapatan tinggi- saya akan elaborate kemudian dalam ucapan saya ini bagaimana hendak meningkatkan pendapatan. Oleh sebab jika pendapatan ditingkatkan, 6% GST bukanlah satu beban kepada rakyat, dan GST bukan semua barang dikenakan. Keperluan-keperluan asas tidak dikenakan. Kita harus mengakui bahawa saya percaya dalam masa enam bulan hingga setahun perkara ini akan diselesaikan. Saya yakin rakyat akan faham dan cuma saya hendak tambah gaji minimum harus ditingkatkan 6%. Tadi soalan lisan ada katakan tadi supaya ditingkatkan gaji minimum. Sekarang RM900 saya cadangkan ditingkatkan kepada 6% gaji minimum kepada RM1,500 salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah rungutan rakyat ini. Saya menyambung ucapan saya. Hasil daripada perancangan kerajaan menyebabkan kemiskinan di bandar yang begitu kronik hari ini dan antara elemen-elemen yang sangat kronik berbanding dengan kemiskinan di luar bandar ialah masalah perumahan, pendapatan isi rumah yang rendah, taraf pelajaran dan kemahiran yang rendah, makanan, the quality of food yang rendah, taraf kesihatan yang rendah menyebabkan tidak ada quality of life, dengan izin, dan menimbulkan banyak penyakit sosial. Saya berpandangan berbeza dengan Yang Berhormat Titiwangsa tetapi saya agak setuju dengan pandangan - saya freshie. Saya tidak tahu Wakil Rakyat yang perempuan tadi... [Disampuk] Yang Berhormat Kota Raja. Saya agak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Raja supaya kita membina cluster yang baru to support Klang Valley. Maknanya, saya setuju kalau tanah-tanah yang mahal di Kuala Lumpur ini dijual, ditender dan wang ini digunakan untuk membina a new cluster. Kawal dahulu Kampong Bharu, Kampung Pandan, Gombak, Setapak adalah cluster kepada kaum bumiputera dan orang Melayu tinggal bagi membantu pertumbuhan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan ini sudah menjadi mahal. Kita harus membina cluster baru. Sungai Buloh saya difahamkan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Saya berbeza dengan Yang Berhormat Setiawangsa. Pada saya tanah-tanah yang mahal di Kuala

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Lumpur ini dijual dan kerajaan menggunakan wang ini untuk membina new cluster. Umpamanya di Rawang. Kita sekarang ada jalan LEKAS di kawasan pertengahan di antara Seremban dan Kuala Lumpur. Kawasan-kawasan Nilai, Banting adalah new cluster yang kerajaan boleh acquire tanah ini membina penempatan baru yang murah, affordable tetapi dengan syarat sistem pengangkutannya mesti baik, dan saya rasa kerajaan dalam proses untuk membina prasarana jalan raya dan kereta api yang baik dan saya rasa masalah ini boleh diselesaikan dengan jangka masa yang pendek. Tuan Yang di-Pertua, kita harus ‘mensyarakkan’ pembangunan. Kita ‘syarakkan’ pembangunan. Jangan kita tumpukan pembangunan ini di Klang Valley. Ia sudah cukup susah untuk kita rancang. Saya mencadangkan supaya EPU dan Jawatankuasa Perancang Negara melihat Kuantan sebagai a new growth, dengan izin, centre for the East dan negara. Melihat Kuantan sebagai sebuah pusat pertumbuhan Pantai Timur, dan negara masa depan, oleh sebab kedudukan Kuantan ini menghadapi Laut China Selatan. It’s the ocean of the future, dengan izin. Kuantan berpotensi besar untuk dijadikan the centre of growth untuk negara pada masa akan datang tetapi ia mestilah disokong oleh prasarana yang baik seperti dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas, Pelabuhan Kuantan harus diperbesarkan.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Rangkaian jalan raya di antara Kuantan ke Muadzam kawasan pilihan raya saya, terus ke Segamat, Muadzam terus ke Kuala Pilah terus ke lapangan terbang antarabangsa. Kuantan ke Pekan kawasan Perdana Menteri, terus ke Rompin kawasan saya, sampai ke Mersing- Kota Tinggi, rangkaian coastal dan sebelah sana jalan raya dari Kuantan ke Kuala Terengganu- saya sokonglah walaupun Kelantan di bawah PAS. Saya sokong diteruskan sampai Kota Baharu, sampai ada perundingan dengan Kerajaan Thailand supaya sampai ke Narathiwat dan terus sampai ke Pattani. Satu lagi faktor yang penting jadikan Pelabuhan Kuantan sebagai free trade zone. Kalau kita lihat Pulau Pinang satu ketika dahulu menikmati kemudahan ini, free trade zone. Jadi kita harus menjadikan Pelabuhan Kuantan free trade zone, disokong oleh prasarana yang hebat, boleh menimbulkan satu linear growth daripada Pattani, Narathiwat sampai ke Kota Tinggi. Inner growth kawasan pedalaman negeri Pahang sampai ke Negeri Sembilan mempunyai the catchment growth adalah begitu besar jika kita menjadikan Kuantan ini sebagai the future growth of the nation. Jadi kalau RMKe-11 dinyatakan empat buah bandar iaitu, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak, kita mahu tambah satu lagi jadi lima. Paksi yang lima supaya Kuantan dijadikan sebagai the centre of growth kepada negara untuk masa depan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pertanian moden. Kebetulan kawasan saya kawasan pertanian diisytiharkan sebagai jelapang padi yang baru. Pembangunan ataupun peruntukan telah diberi dengan begitu banyak tetapi satu perkara yang saya hendak tekankan di sini ialah di luar bandar, istilah pengurusan petani pada petani-petani luar bandar. Istilah pengurusan, istilah marketing satu perkara yang asing bagi mereka. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti LPP, FAMA harus memberi kursus yang berterusan supaya petani-petani membiasakan diri dengan soal-soal pengurusan dan soal-soal marketing. Saya pernah ke Jepun dan ke Taiwan, saya bertanyakan mengapa pengeluaran padi di Taiwan dan Jepun meningkat. Rahsianya dia kata ialah water management, pengurusan air. Sebanyak 60% kejayaan tanaman padi dan mengeluarkan hasil yang tinggi adalah water management ataupun pengurusan air yang baik. Jadi dengan terbina prasarana yang baik membolehkan kawasan jelapang padi Rompin menjadi jelapang padi yang boleh tanam dua tahun lima musim. Dua tahun lima musim, produktivitinya tinggi dan peningkatan pendapatan tinggi dan menjadikan orang luar bandar mampu untuk memperolehi pendapatan yang tinggi. Rompin juga terkenal dengan cash crop dengan izin. Kita menikmati Indian mango, kita membeli Indian mango tahukah kita bahawa kita mampu untuk memiliki dan membeli Indian mango oleh sebab ia mempunyai sistem bilik sejuk yang diurus dengan cekap. Membolehkan Indian mango itu diurus, di pasar sehingga sampai ke Malaysia melalui rangkaian rumah cold room yang efisien. Saya menyeru kepada kerajaan FAMA umpamanya mencuba untuk membina rumah sejuk, cold room di Rompin oleh kerana Rompin pengeluar penting dari segi cash crop. Dengan adanya kemudahan-kemudahan

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

seperti ini saya percaya kuasa pasaran akan lebih kepada petani dan dia boleh mengatur, mengawal serta menentukan harga pasaran bila mereka hendak jual barang mereka dan mereka boleh tidak tertipu dengan tekanan orang tengah. Satu lagi yang saya hendak bangkitkan ialah masalah di akhir-akhir ini kita lihat dalam masalah air di Selangor yang belum selesai. Kita harap semua pihak, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dapat cari satu keputusan yang baik oleh sebab air penting. Kalau tidak diselesaikan dengan segera saya menjangka ia akan menimbulkan krisis yang besar. Saya mencadangkan kepada Dewan ini supaya bersesuaian dengan saranan Perdana Menteri berhubung dengan pembangunan yang inclusive, saya sarankan kerajaan mengeluarkan satu bon yang dipanggil “bon air rakyat”. Dikeluarkan bon ini dan duit ini digunakan untuk menstrukturkan semula syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengurusan air di Selangor. Akhirnya kita berharap dengan bon ini kita menggalakkan semua orang, rakyat membeli bon ini khusus untuk menyelesaikan masalah kewangan dan beberapa perkara yang dihadapi oleh syarikat-syarikat air yang beroperasi di Selangor yang membekal air di Selangor. Ini satu perkara yang sangat penting. Akhirnya kita mencadangkan bahawa sebahagian besar saham pengurusan air negara ini akan dimiliki oleh rakyat sendiri. Jadinya faktor keuntungan bukanlah satu faktor yang begitu penting bila kita semua memiliki syarikat ini. Kita yang membeli bon, kita yang menyelesaikan masalah kewangan syarikat ini dan akhirnya keuntungan bukanlah satu perkara yang menjadi penting dalam syarikat air negara dan ia dimiliki oleh semua rakyat. Jadi kita berharap perkara ini diselesaikan dengan segera. Satu lagi perkara yang akhir-akhir ini timbul yang membimbangkan kita bila berlaku pertelingkahan keluarga berhubung dengan bila pasangan masuk Islam, yang suami tidak masuk Islam, isteri masuk Islam. Ada yang pergi ke Mahkamah Syariah, ada yang pergi ke Mahkamah Sivil. Saya mencadangkan supaya kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil dirujuk, dibentuk sebuah tribunal keluarga. Di mana kalau pergi Mahkamah Syariah dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Kalau kes itu dibawa ke Mahkamah Sivil dirujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi Sivil dan dibentuk tribunal yang dianggotai oleh pelbagai agama dan bangsa untuk melihat permasalahan keluarga diselesaikan oleh tribunal. Di akhir-akhir ini saya bimbang jika banyak lagi kes-kes yang terpencil ini di highlight oleh surat khabar dan peguam-peguam yang memegang jawatan dalam parti-parti terlibat. Saya berharap dalam kes-kes keluarga peguam-peguam yang memegang jawatan dalam parti tidak terlibat dalam kes-kes seperti ini untuk meredakan keadaan. Saya tersentuh bila kes seorang nenek di Melaka membesarkan cucunya yang beragama Islam, kita terharu dan hampir menitiskan air mata. Bila dia membesarkan cucu yang beragama Islam, dia bukan beragama Islam. Dia menghantar cucunya ke kelas agama, dia menghantar cucunya pergi ke masjid dengan satu klasik yang harus dihighlightkan oleh semua masyarakat. Begitu juga kalau ada kes-kes orang Cina husbandnya lari ke China meninggalkan anaknya kepada keluarga Islam, tidak patut dia mengislamkan anak yang di bawah jagaannya walaupun ibunya telah pergi ke China lima, enam bulan umpamanya mencari. Dia harus membela anaknya dalam keadaan agama asalnya dengan pertimbangan kemanusiaan yang saya katakan.

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Oleh sebab masa yang tidak mengizinkan, akhirnya saya ingin menyeru kepada generasi muda. Kita ingin wariskan negara ini kepada generasi muda, sebuah negara yang aman, tidak ada pertelingkahan kaum, pertelingkahan agama. Golongan muda harus menilai tanggungjawab dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Walaupun parti pembangkang selalu menegur pelbagai. Orang muda boleh kritikal, boleh menegur kerajaan tetapi akhirnya kita ingin beritahu kepada mereka bahawa kita ingin wariskan negara ini kepada mereka, sebuah negara yang politiknya stabil. Diurus keadaan ekonominya dengan baik. Maka, mereka harus sensitif dan menilai usaha-usaha kerajaan. Jangan sebab oleh sebab mereka membayar RM10.60 untuk top up, mereka mengkritik kerajaan. Jangan itu. Jangan disamakan penilaian itu dalam menilai secara rasional usaha- usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk kita serahkan negara ini kepada generasi muda,

Dato' Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

orang muda yang nampaknya begitu kritikal dan kita rasa membimbangkan tanpa rasional apatah lagi di universiti-universiti. Kita pun muda dulu. Saya pun pernah bergiat di gerakan student dulu. Dulu kita berjuang di universiti atas prinsip dan isu. Hari ini, kita berasa bimbang di universiti- universiti, bergerak atas kepartian. Ini cukup membimbangkan. Saya menyeru kepada semua parti. Parti Barisan Nasional, PKR, PAS, DAP dan semua parti. Tidak harus menjadikan dan merosakkan generasi ini semua dengan mengarahkan pejuangnya dalam bentuk kepartian. Biarlah mereka keluar universiti nanti, mereka memilih jurusan mana. Jangan kita rosakkan dan negara-negara yang maju saya nampak, negara-negara yang advance, tidak menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai landasan untuk mereka lebih beretika, lebih bertanggungjawab menjunjung parti. Tidak menjadikan penuntut-penuntut sendiri sebagai eksperimen mereka untuk menerapkan fahaman kepartian kepada mereka di universiti. Biarkan mereka memperjuangkan atas dasar. Perjuangan dasar dan bukan kepartian dan semua parti harus keluar dari kepompong kefahaman yang sempit ini dan membiarkan anak-anak kita di universiti belajar dengan bebas, memilih persatuan pelajar mereka dengan bebas dan berjuang atas dasar fahaman mereka. Atas dasar kepercayaan mereka kepada satu-satu isu negara dan kita menggalakkan mereka untuk kritikal tetapi jangan dalam bentuk kepartian. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulangi bahawa GST satu sistem financial structure daripada segi tax yang progresif, mengelakkan orang lari daripada cukai. Saya percaya kerajaan akan dapat mengatasinya dalam masa terdekat. Kita akan buktikan wang GST yang dikutip dan dimasukkan ke dalam kantung negara. Kita sendiri yang akan pastikan bahawa dibelanjakan mengikut kaedah yang tertib, telus dan tidak ada perkara- perkara yang kita hendak diselindung Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri berhubung dengan Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Kuala Langat. Saya baru pandang Yang Berhormat Gombak tetapi Yang Berhormat Gombak tidak bangun. Yang Berhormat Kuala Langat.

Tuan Yang di-Pertua hebat. Hendak landing susah sangat Yang Berhormat Rompin. Itu yang tertunggu-tunggu itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak apalah. Ya, tidak makan masa pun Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan RMKe-11 yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Pekan. Seperti mana yang dilaporkan, RMK ini telah diurus selia oleh PEMANDU. Saya tidak tahulah pemandu bas kah, teksi kah ataupun beca. Akan tetapi yang menampakkan laporan ini bercanggah dengan apa yang berlaku di bawah. Sebagai contoh, sekarang ini dikatakan pendapatan isi rumah berjumlah RM6,141 sebulan pada tahun 2014. Realitinya, betulkah berlaku begitu. Betulkah? Daripada mana sumber dapat ini? Kita akui. Dia kata pada tahun sejarahnya begitu. Sejarahnya kata pada tahun 1970, RM166 pendapatan rumah isi rumah. Sekarang sudah meningkat kepada RM4,585 pada tahun 2014. Lagi sekali pula tidak tahulah fakta ataupun auta tetapi kesian Yang Amat Berhormat Pekan. Berucap dalam keadaan betul atau tidak betul kah fakta ini. Namun demikian, saya teruskan perkara kedua. 95.1% air sudah complete dan bekalan elektrik 97.6% complete- complete. Pergilah dekat Sabah dan Sarawak. Baru-baru ini saya pergi dekat Saratok. Menangis. Sakit pinggang ini hendak pergi dari satu kampung ke satu kampung. Akan tetapi tidak apa. Apa pun kita mahu sifar. Maknanya, semua orang dapat. Rakyat menikmati bekalan air bersih dan juga elektrik. Semua sampai ke rumah, termasuk rumah panjang. Apa pun, cakap apa pun, menjerit-jeritlah berkali-kali

wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak tetapi yang penting kita mahu janji dikotakan. Jangan banyak sangat janji. Janji semua jadi auta. Itu yang penting. Pengangguran sebanyak 2.9% pada tahun 2014. Sebenarnya, bukan tahun 2014 tetapi tahun ini Tuan Yang di-Pertua, tahun ini lebih dari sekitar 3.4%. Maksudnya apa? Peningkatan. Jadi, apakah langkah yang perlu diambil? Langkah itu patut diambil dalam keadaan mesti ada kerangka besar dasar untuk memastikan sifar penganggur. Boleh dibuat. Namun, komitmen itu mesti bersepadu dengan kekuatan dalaman yang betul-betul ikhlas untuk membantu. Bukan hanya dalam kertas. Seterusnya, kemiskinan. Pada tahun 2014, kemiskinan 0.6%. Dahsyat! 0.6% perginya. Kalau betullah apa yang dimaksudkan, JKM itu, orang tidak pergi ke pejabat JKM meluru meminta bantuan seperti mana Yang Berhormat Titiwangsa cakap, ada yang dapat RM90 atau RM80 sebulan. Saya sedih. Itu yang Yang Berhormat Titiwangsa kata yang gaji RM1,500. Yang kawasan saya pula gaji tidak sampai RM300, dapat pula RM80. Jadi, RM380. Anak empat. Memang itu memberikan kesan ‘kemalapetakaan’ kepada rakyat miskin yang tidak terbela nasib mereka. Namun, saya akui. Okeylah, kita ambil PEMANDU punya laporan. Kita kata okey. 0.6%. Not even 1%, tapi 0.6%. Dahsyat. Hebatlah itu. Hebat, hebat. Tidak apa. Kita tengok BR1M. Tuan Yang di-Pertua, beratur orang ambil ini. Beratur orang hendak ambil BR1M ini. Beratur. Kalau kata 0.6% itu, saya rasa kita ini mungkin bermimpi di tengah hari. Baik, isu semua Ahli Parlimen ialah B40. Pendapatan B40 mengikut laporan. Saya hendak beritahu mengikut laporan. Hendak cepat 30 minit. Saya tidak bagi siapa pun mencelah. Biar saya seorang menjadi Speaker pada waktu ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tidak boleh celahkah?

Kes B40...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Kuala Langat, tidak boleh celahkah?

Baru aku cakap tidak boleh pergi. Yang Berhormat Bagan Serai, Muhaimi kata kena lawan dia dekat UMNO dekat Bahagian Bagan Serai. Apa yang dimaksudkan ialah jumlah 2.7 juta orang rakyat dan pekerja yang pendapatan mereka lingkaran RM2,500 pada tahun 2014. Mak ai, saya pun rasa keliru bila saya baca ini. Keliru. Sasar lagi lima tahun, Tuan Yang di-Pertua, RM5,000 pada tahun 2020 sedangkan kita ada lima tahun. Ini apa punya laporan ini? Biar betul. Hendak minta gaji minimum, saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata diumumkan pada 1 Januari 2013, gaji minimum wajib dilaksanakan. Selepas itu minta appeal oleh syarikat tertentu. Maka, kita akan buat 2014. Yang Amat Berhormat Pekan bercakap di Kuching, dia kata apa? Dia kata belum masanya lagi sebab setahun empat bulan. Saya kata mana setahun empat bulan. Kita buat Akta Gaji Minimum ini pada tahun 2012. Perbetulkan fakta ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tersasar juga. Pegawai yang patut disalahkan dan bukan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia bagi fakta yang tidak betul. Pada 1 Januari 2013 dikuatkuasakan.

Maknanya dah dua tahun lima bulan buat revise baliklah gaji itu, buat kerangka baru, buatkan proposal baru supaya dia pergi seiring dengan RMKe-11 itu bermatlamatkan 2020 pendapatan rakyat, isi rumah berjumlah RM5,000, barulah kena. Ini nak pergi kepada RM900 nak menukar kepada RM1,000 ke RM1,100 terkehel-kehel, tiga tahun pun tak lepas lagi. Maknanya apa itu? Tak serius. Bila syarikat kata nak menangguhkan, kita setuju. Bila kita setuju, bagi enam bulan lagi, lepas itu umum 2014 berkuat kuasa. Ini apa ini? Realistiklah sikit. Sekarang ini saya nak menyarankan kepada Kementerian Sumber Manusia...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bagi celahan, celahan bagi tak?

...Yang Amat Berhormat Pekan pastikan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Serai nak bantu Yang Berhormat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Bagi celah tak?

Yang Berhormat Bagan Serai, saya tak boleh bagi kerana saya kalau bagi pun sakit hati sebab sama sekolah, duduk balik [Ketawa]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Cakap tak betul.

Saya mohon Yang Berhormat Pekan supaya...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, dia cakap tak betul, salahlah.

...Memastikan gaji minimum ini diangkat kepada Kabinet, disegerakan untuk dibuat ketetapan yang baru supaya kita boleh mencapai pada 2020, at least keyakinan rakyat itu berada di kemuncak, adalah juga. Itu yang penting. Bagi saya ialah kesungguhan. Ini tidak, nak melaksanakan gaji minimum ini pun sampai tiga tahun terkehel-kehel. Aduh, pening! Ini pula nak pergi kepada RM5,000. Saya nak mulakan dengan- ini isi penting saya, Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya tak mahu bagi orang kacau. Pertama, 1MDB. Kita bercakap tentang RM42 bilion, duit entah ke mana perginya, tak tahu ke mana? Macam-macam, kejap simpan sana sekejap simpan sini, sekejap duduk sini, sekejap duduk sana, kita pun dah pening. Jadi, saya nak pergi kepada sistem undang-undang yang ada dalam syarikat. Bukan saya nak tegur sesiapa tapi saya nak ingatkan kalau kita buat tuduhan, tidak adil kalau orang itu tak boleh dibela. Maka saya cadangkan buatkan domestic inquiry sesuai di bawah seksyen 14 supaya mereka yang dituduh ini boleh membela diri. Kalau tak puas hati, pergi ke Mahkamah Tinggi sebab yang penting pada hari ini, mereka telah pun diletakkan sebagai asas utama kerugian RM42 bilion. Bukan RM42, Tuan Yang di-Pertua, bukan! RM42 bilion, ini kehilangan yang maha besar. Malapetaka yang besar, perlu diadili dengan seadil- adilnya. Nak pecat, ya boleh pecat tetapi mengikut saluran. Apakah dia? Panggilkan pengurusan, management ini duduk dan inquiry mereka pada badan-badan bebas. Kemudian, mereka letakkan di mana? Salah atau tidak bersalah. Lepas itu panggil board of director, buat siasatan pada board of director. Mengikut undang-undang, board of director pun pekerja, Tuan Yang di-Pertua. Itu memang tak boleh lari daripada definisi pekerja. Maka saya cadangkan itu semolek dan seadilnya sebab kita kena bagi peluang dalam negara Demokrasi Berparlimen ini. Kena pegang itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, tak setuju pecat kah?

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat tak setuju pecat?

Bukan tak setuju pecat, di inquiry kan untuk memberikan keadilan kepada semua yang menuduh, yang dituduh supaya mereka ini boleh membela diri. Mereka perlu dibawa ke pengadilan kerana ini wang rakyat. Baik, yang keduanya saya nak bawa pada satu kes yang saya terima ini. Satu kes Tuan Yang di-Pertua, ini ada orang- di belakang saya ini. Hampir 800 orang kakitangan daripada lima buah syarikat teraniaya. Saya ingat dulu Dawama. Saya, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sri Gading mempertahankan Dawama Sdn. Bhd. Kemudian Utusan Printcorp ambil dia orang atas kerja keras yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri waktu itu, wataknya sebagai Menteri Pendidikan. Sekarang ini apa yang berlaku? Dawama Sdn. Bhd, Jaring Communication Sdn. Bhd., Maju Steel Sdn. Bhd, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh Utusan Malaysia Berhad. Apa yang berlaku ialah sebuah syarikat ini dia ambil semua syarikat ini, dia ambil konon-kononnya nak bantu pekerja ini supaya mereka ini boleh hidup selesa. Lepas itu bagi

dia, apakah dia buat? Dia buat apa? Ini yang dua orang ini, Datuk Norhisam bin Mohd dengan Datuk Nor Hazhazri bin Mohd Nor. Seramai 800 orang pekerja ini telah kehilangan punca pendapatan, lebih menyedihkan lagi gaji bulanan terakhir, pampasan pemberhentian mengikut kontrak perjanjian kerja iaitu CA dan Akta Kerja 1955 telah tidak dibayar, tidak dibayar! Malah yang paling yang mendukacitakan, caruman potongan gaji pekerja atau KWSP, Hasil Dalam Negeri, SOCSO, Bank Rakyat, zakat dibuat tetapi tidak diserahkan kepada pihak tertentu. Apalah punya syarikat ini. Celaka betul syarikat ini, sial! Tunggakan yang tidak dibayar ada yang sampai 17 bulan Tuan Yang di-Pertua. Huh! Dahsyatnya syarikat ini. Begitu juga dengan cukai PCB dipotong tetapi tidak diserahkan kepada LHDN daripada Februari 2015 sehingga sekarang. Malang sungguh nasib mereka ini. Apa yang sedihnya Tuan Yang di-Pertua, bila mana mereka dah potong gaji, Bank Rakyat contohnya, Bank Rakyat cari dan bawa ke mahkamah dan saya nak bagi tahu, nak direkodkan insya-Allah laporan ini yang complete diberikan kepada saya, tidak ada masa nak baca keseluruhan. Saya nak bagi tahu dengan Menteri Kewangan, dengan Menteri Sumber Manusia, saya nak bagi tahu dan saya nak khabarkan saya akan serahkan dokumen penting ini kepada kementerian masing-masing untuk melaksanakan tugas. Dia kompelin dekat KWSP, bisu sahaja pergi. Dia kompelin dekat zakat, tindakan tak diambil. Buat laporan polis, tidak diambil tindakan. Ini apa punya sistem undang-undang kita ini, apa ini? Menganiaya ini, 800 orang ini. Bulan depan nak puasa, lepas itu nak raya pula, boleh sanggup tak bagi pampasan? Mahkamah dah suruh bagi pun dia buat bodoh sahaja. Kalau nak ambil syarikat masa itu bukan main janji menggunung, rupanya gunung itu gunung plastik. Tak boleh pakai punya orang dua orang ini, adik-beradik ini, datuk-datuk ini. Jadi saya mohon kementerian-kementerian terbabit ambil tindakan secara serius kerana ini urusan rakyat dan jangan lupa Dawama dulu kita pernah pertahankan. Atas ihsan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, mereka diambil oleh Utusan Printcorp tetapi diambil Utusan Printcorp masuk untung dalam poket, pekerja dibuang. Apa punya syarikat pun tak tahu. Jadi, ini saranan yang akan saya lakukan dan saya minta kementerian yang terbabit supaya ayuh gerak cergas dan seterusnya, lambat lagi, ada lagi 20 minit. Isu yang saya nak bangkitkan ini isu yang cukup besar. Saya simpati apabila saya membaca, saya mendapat laporan 8,000, Yang Berhormat Titiwangsa kata 6,000 tapi tak apalah, 8,000 atau 6,000, yang penting bukan nombor tetapi orang itu. MAS ini, MAS ini Tuan Yang di-Pertua, saya nak beritahu sejarah dia, sejarah ini kita kena tahu. Sejarah dalam Dewan ini perlu diberitahu iaitu apa dia? Ketika tahun 1972, seorang anak muda peguam dari Kelantan, Kota Bharu. Nama dia apa? Tan Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Pada 1972, dilantik menerajui MAS sehingga 1991. Dalam ketika dia menyerahkan batonnya, duit dalam bank mempunyai RM5 bilion. Huh, dahsyat. Cash reserve, cash reserve Tuan Yang di-Pertua, RM5 bilion bukan RM500. Diserahkan kepada MAS ketika itu dalam simpanan yang cukup selesa. Apa kata dia? Dia kata untuk memajukan syarikat. Dia kata, “If you as a leader or employer, don’t pay attention to the union and your staff, then they, likewise, will also forget about you”. He said. Maksudnya, apabila kita tidak mengendahkan rintihan pekerja, kita akan mengalami kesusahan untuk mentadbir. Ini Tan Sri Abdul Aziz bin Abdul Rahman cakap. Parlimen pada waktu ini telah pun meluluskan satu rang undang-undang, saya dah kata rang undang-undang ini satu penganiayaan. Saya dah bagi tahu dalam Dewan ini tidak boleh kita jadikan undang-undang untuk mengekang, untuk menyekat, untuk tidak memberi kebebasan kepada pekerja MAS. Akan tetapi waktu itu untuk memastikan MAS ini berjalan dengan lancar, untuk pastikan bahawa pengurusan efisien maka akta ini perlu kita wujudkan.

Akhirnya kita menidakkan hak kesatuan sampai ke hari ini mereka tidak dipanggil untuk berunding. Apakah yang berlaku? 20 hari bulan, saya diberitahu 20 Mei 2015 satu pertiga daripadanya sekitar 8,000 orang pekerja akan dipecat. Dewan ini bertanggungjawab. Ya, benar boleh kita pecat untuk kita buat pembaikan dan sebagainya. Saya setuju. Akan tetapi saya hendak beritahu dengan Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

[Bangun]

Kita ada undang-undang mengapa tidak? Macam Yang Berhormat Pengerang cakap itulah, mengapakah tidak? Yang Berhormat Pengerang cakap tidak habis. Satu kena offer VSS. Kedua, “First come last go. Last come first go”. Ini falsafah yang dibuat oleh negara kita. Apakah Khazanah tidak terlindung di bawah undang-undang? Apakah Khazanah boleh dibuat sesuka hati mereka? Selepas itu apabila first come last go itu sudah terlaksana maka retrenchment mengambil alih. Selepas itu pula saya diberitahu, hendak reshuffle balik, kemudian hendak panggil balik. Apa punya tengeng ini. Masalah sekarang ini, kita kena fikir ada tidak perlakuan oleh pengurusan untuk mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan pendapatan. Vendor bagaimana? Mesin bahagian engineering boleh dimantapkan. Kemudian potongan allowances yang cukup memewahkan pengurusan itu perlu dipotong. Food and beverage dahulunya berada dalam MAS. Sekarang di kontrak kepada Ibrahim Catering. Kenapakah hendak dikontrak? Apakah kepentingan-kepentingan kroni menyebabkan rakyat terbeban dan juga menjadi mangsa? Tahun 1994 punca segala-galanya. Apabila pentadbiran itu diambil oleh manusia yang tidak perlu saya beritahu namanya sebab sejarah telah pun mencatat begitu. Bermula episod tahun 1994 itulah maka MAS bergelombang dengan ‘kemeruduman’ pendapatan. Hari ini Parlimen meluluskan akta yang menekan, menyeksa pekerja. Apakah ini adil? Saya kata tidak. Oleh sebab saya kata tidak, Tuan Yang di-Pertua, bulan hadapan puasa, bulan tujuh menyambut Aidilfitri. Mereka ini dalam keadaan berdetup-detup kerana pada 25 hari bulan mereka akan dipecat. Proses pemecatan pembuangan kerja tidak dibuat. Saya tidak tahu Penasihat Sumber Manusia MAS ini apa qualification dia. Hendak kata tidak sekolah menengah, sampai ke Master. Penghidupan mereka hari ini sudah diletakkan dalam keadaan cukup serba salah. Kesatuan tidak dipedulikan, tidak dipanggil. NUFAM tidak dijemput, MASEU tidak dipanggil. Persatuan Pilot tidak diberitahu. Pengurusan buat sesuka hati mereka. Apa akan berlaku dalam fenomena keadaan ini dalam proses kita hendak mengangkat martabat menjaga kepentingan rakyat pekerja yang kita anggap keseluruhan mereka itu profesional dan disarankan untuk diserap oleh Yang Berhormat Titiwangsa itu idea yang baik tetapi yang terakhir boleh diambil. Pertama, selamatkan pekerja ini melalui apa prosesnya. Seperti mana Yang Berhormat Pengerang cakap, potongan- minta maaf. Bila terlampau pandang itu dia terayu dia punya point dia itu. Peluang itu saya kongsi bersama dengan Yang Berhormat Pengerang iaitu bukan dalam proses kita... [Disampuk] Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang. Bila kita meletakkan satu-satu keputusan itu, keputusan itu mesti berwatak untuk mengikuti undang-undang. Perikemanusiaan itu perlu wujud. Jangan kita ingat we are the management, we prefer to do whatever we like, jangan. Undang-undang masih terpanggil. Ya benar, akta Parlimen ini memudaratkan hak mereka. Saya setuju kita ada hak, saya setuju. Akan tetapi kita telah melanggar Konvensyen ILO No.98. Kita tidak mengiktiraf di bawah Akta Pengurusan 1967. Apakah undang-undang sistem yang kita ada? Satu undang-undang kata kita diberikan hak kepada pekerja, satu undang-undang kita menyekat hak mereka. Ini undang-undang yang dipanggil undang-undang goblok yang tidak boleh diterima. Akhirnya mereka di mana? Akhirnya di manakah mereka hendak dituju? Saya cukup simpati, berbilang waktu dan hari bila mereka akan dibuang mengayun beg dengan keadaan lesu. Pilot berkecamuk, otak hendak bayar hutang rumah, hutang kereta. Anak hendak sekolah waktu ini. Apakah tidak ada akal? Kementerian Pengangkutan tolonglah, pandangkan pekerja itu separuh daripada keluarga kamu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saya merayu gunakan kuasa mutlak untuk pastikan Khazanah tidak menzalimi pekerja. Saya harap hujahan saya untuk pekerja MAS ini mewakili suara nadi tangisan mereka. Saya percaya waktu ini otak mereka sedang berserabut. Kemungkinan separuh daripada pekerja-pekerja itu datang dari Sabah dan Sarawak. Daripada Tuan Yang di- Pertua punya tempat, Tuan Yang di-Pertua. Daripada keluarga yang cukup tidak selesa kepada keselesaan yang dianugerahkan bekerja di MAS, mereka membantu keluarga mereka. Bila mereka dipecat, Tuan Yang di-Pertua saya berasa cukup yakin.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Betul itu Yang Berhormat. Saya sendiri pun ditemui oleh kakitangan ground MAS di Sandakan dan Kota Kinabalu menyuarakan kebimbangan yang serupa pada Yang Berhormat, pada saya.

Ya, tangisan mereka didengar di mana-mana, Tuan Yang di-Pertua. Mana-mana. Yang Berhormat Tenggara pun begitu, mana-mana. Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Titiwangsa sahabat saya meluahkan dengan begitu meyakinkan. Apakah tidak boleh mereka diselamatkan? Kalau RM42 bilion kita tidak tahu di mana perginya, apakah tidak salahnya kalau kita bantu?... [Tepuk] Kita bantu pekerja ini bukan hendak suruh bela selama-lamanya, tidak. Memastikan pengurusan yang kita lantik ini mampu mengangkat mercu kejayaan satu lambang pendapatan ataupun negara yang dihormati di seluruh Nusantara ataupun dunia. Ini yang kita hendak bawa. Akan tetapi isunya sekarang, apakah mampu kita lakukan? Saya yakin, saya seru pada hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ayuh mereka dalam tangisan. Berilah mereka keadilan. Waktu ini pinggirkan masalah yang dicadangkan oleh Khazanah yang saya tidak tahu daripada mana idea dia dapat yang penting jangan abaikan rakyat yang memerlukan pembelaan. Sekali lagi dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Akan tetapi Yang Berhormat, ada dua isu, Yang Berhormat. Hendak tengok MAS untung dan pada masa yang sama hendak tengok kebajikan staf terjaga, begitu Yang Berhormat?

Ya begitu. Saya kagum dengan Tuan Yang di-Pertua memahami rasa hati saya [Tepuk] Itu yang sepatutnya. Saya juga ingin menekankan pekerja-pekerja kontrak dalam Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua kita pun kena tengok juga. Kadang saya pergi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kalau MAS rugi pun Yang Berhormat bising juga kan.

Tidak, Tuan Yang di- Pertua. Ini persoalan MAS rugi ini urus tadbir berpunca daripada pentadbiran. Urus tadbir tata kelola itu perlu dipertanggungjawabkan. Saya sudah saran sudah semua yang gajinya puluh-puluh ribu, ratus ribu yang menyebabkan permasalahan pada peringkat pengurusan itu dibuang. Bukan dibuang dienquirykan dahulu, baru adil. Dibuat siasatan dalaman, pastikan mereka ini tidak sesuai, panel bebas boleh cadangkan mereka ini supaya pergi dengan secara terhormat, kita pilih orang seperti insan yang bernama Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman ini wujud sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana ia seorang peguam tetapi komitmennya, iltizamnya untuk mengangkat martabat negara lebih daripada segala- gala sebab itu dia percaya. Setuju saya Yang Berhormat Titiwangsa begitu [Ketawa] Jadi saya berbalik kepada soal Butiran 40 tadi rumusan saya yang terakhir. Butiran 40 ini bukan sebagai kata-kata retorik. Sebanyak 40% mereka yang dianggarkan sekitar 2.7 juta ini, saya ulangi pada tahun 2014 dan sasarnya 5,000. Kalaulah ini sasarannya menjelang tahun 2020, saya kira kalau tidak kuat kapal berlabuh untuk pergi lautan samudera tidak mungkin sampai ke kejayaan dan kemuncak kerana sasaran ini sasaran luar biasa tetapi mewakili pekerja 11.3 juta.

Itu pandangan PEMANDU. Saya tak tahulah pemandu beca kah, pemandu apakah? Akan tetapi yang penting PEMANDU memberi kita keyakinan yang jelas ialah bila mencadangkan, saya tidak mahu tengok pada RMKe-12 nanti perkara yang diulang itu menjadi ulangan tayangan gambar yang tidak berobjektif. Maka yang demikian, saya memohon apa sahaja yang dicadangkan ini diperbetulkan kalau ada kesilapan. Tak kisah malu kah tak malu, tetapi PEMANDU kena ambil kira. Kalau telah dimasukkan sebagai draf dan satu cadangan yang endorse di Parlimen, maka perlu ada komitmen untuk laksanakan. Kalau tak berjaya, ulang balik apa yang Yang Berhormat Shah Alam tadi kata dan jadi sebahagian daripada ucapan saya, kepercayaan itu perlu diutamakan. Sekian Tuan Yang di-Pertua dari Kuala Langat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Eh, ada lima minit lagi Yang Berhormat. Tak apalah, dah habis ya. Ha, saya terpandang Yang Berhormat Sipitang dahulu.

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Langat bawa rentak rap, saya bawa rentak di bawah bayu [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, menjejaki langkah rakan-rakan Ahli Yang Berhormat lain, saya awali ucapan dengan merakamkan penghargaan dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan rancangan jangka panjang negara iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas atau RMKe-11 pada hari Khamis lepas bersamaan 21 Mei 2015. Dengan membawa tema pertumbuhan berpaksikan rakyat, kerangka RMKe-11 yang mencakupi tempoh lima tahun ke depan, tahun 2016 hingga 2020, menjangkau garis wawasan dan merentasi waktu menuju status negara maju berpendapatan tinggi, pantas sekali menjadi obor penyuluh untuk menjulang setinggi pohon tualang menerangi laluan perjalanan kita bagi Malaysia mengejar dan berlari dalam perlumbaan bersama negara- negara membangun yang lain. Terpintal dalam sebuah pakej dinamik, rangka pembangunan ini menjadi sandaran bagi negara Malaysia mencipta kejayaan. Inilah laluan perjalanan kita sendiri. Jalan mengikut acuan sendiri ibarat air yang mengalir daripada puncak, tahu jalur mana yang harus dilalui untuk sampai ke muara bagi mencapai kemenangan dan kecemerlangan. Paksi Rancangan Malaysia Kesebelas ini yang sudah lama dirancang berbulan- bulan malah bertahun begitu kemas rapi lagi teliti disesuaikan dengan kehendak hari esok bagi mengisi keperluan hari-hari yang mendatang tanpa melupakan getir-getir cabaran masa silam semenjak Rancangan Malaysia Pertama dibentangkan dulu. Setelah 10 rancangan pembangunan silih berganti dan kini Rancangan Malaysia Kesebelas direntangkan, pastinya kita dapat melihat fasa-fasa transformasi pembangunan yang dibawa oleh para bitara pimpinan dahulu dan hari ini untuk kesejahteraan rakyat jelata. Tinggi-tinggi pokok tualang, Tempat lebah banyak bersarang, Lepas dibincang kemas dirancang, Agenda besar kini terbentang. Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas segala daya dan usaha sehingga terhasilnya rangka rancangan pembangunan jangka panjang ini yang dibentangkan bertepatan pada waktu dan ketika kita berada di ambang peralihan status di hadapan pintu negara maju. Huraian yang diperincikan secara berfakta menjadi kompas pedoman dan landasan perjalanan Malaysia lima tahun ke depan yang pastinya sarat bermuatan dengan bermacam-macam kemungkinan-kemungkinan yang sukar diramalkan. Disusun kemas direnung indah, agenda pembangunan menjadi matlamat. Itulah yang dapat dilihat paling jelas dalam rangka Rancangan Malaysia Kesebelas ini iaitu membela merentas seluruh segmen masyarakat bandar dan masyarakat desa dari Perlis hingga ke Sabah, dari Pekan hingga Sipitang. Jelas fokus Rancangan Malaysia Kesebelas ini meletakkan kepentingan rakyat sebagai tiang keutamaan. Antaranya berkaitan kos sara hidup yang perlu dibangunkan, pendidikan yang mesti ditingkatkan, keselamatan yang wajar dimantapkan, pengangkutan awam yang wajib diperkasakan serta infrastruktur luar bandar yang harus diperhebatkan. Bukan bermaksud memuji-muji atau “ada udang di sebalik batu” tetapi inilah realiti di hadapan dan di sisi rancangan pembangunan ini yang memancarkan aura komitmen kerajaan pada hari ini di bawah pimpinan hari ini untuk membawa Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

Setelah mendengar penuh teliti ketika pembentangan tempoh hari dan kemudian membaca sinopsis berulang kali, dapatan saya terhadap rangka pembangunan ini ringkas tetapi luas iaitu suatu rancangan negara yang komprehensif, inklusif lagi objektif. Komprehensif kerana dirangka secara menyeluruh dan pragmatik, inklusif kerana pendekatannya bersifat proaktif dan objektif kerana hala tujunya yang jelas. Berbeza dengan rancangan-rancangan pembangunan sebelum ini, RMKe-11 bersifat lebih ‘glocal’ sebagai pengisiannya berikutan cabaran-cabaran masa kini yang jauh berbeza berbanding awal pascamerdeka dulu dan dasawarsa tahun-tahun yang berikutnya. Justeru itu, saya amat yakin lagi percaya tanpa waswas atau curiga bahawa pembentangan rancangan pembangunan ini dapat menangkis, menjawab dan menutupi segala prejudis negatif dan prasangka buruk terhadap kerajaan dan pimpinan. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak bersyukur kerana dijunjung kerana sekali lagi mendapat perhatian istimewa dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Biarpun kami terpisah jauh di seberang lautan, nyata Bumi Kenyalang dan Bumi Di Bawah Bayu tetap dekat di hati pimpinan nombor satu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hamparan Rancangan Malaysia Kesebelas dibentang itu menyaksikan kedua-dua negeri ini, Sabah dan Sarawak akan memperoleh banyak pembangunan dan kemajuan untuk jangka masa panjang sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Jelas tertulis dalam dokumen penting lagi bersepadu ini pelbagai perancangan disentuh untuk kemajuan kedua-dua negeri ini. Antaranya melibatkan kemudahan asas, pertambahan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya, lapangan terbang, pembangunan kemajuan luar bandar, penambahan peluang pekerjaan, kesihatan, hospital dan sebagainya. Perihal mengenai rancangan pembangunan dan kemajuan negeri Sabah dan Sarawak mula disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan mengulangi pelaksanaan tiga perintis bagi 1Malaysia Youth City iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM100 juta seperti yang dibajetkan untuk tahun 2015. Selain daripada itu, disebut juga bahawa kerajaan akan memberikan tumpuan kepada pemberian hak milik tanah adat, NCR untuk Orang Asli dan bumiputera dari Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pembangunan dan penerokaan tanah. Menyentuh tentang pembangunan bandar dan luar bandar yang sering melengkapi, maka penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalan raya akan diteruskan di Sabah dan Sarawak. Contohnya, kerajaan akan membina 3,000 kilometer jalan berturap di luar bandar dalam tempoh tahun 2016 hingga 2020. Peruntukan yang disediakan ini dalam perancangan rancangan itu sudah tentunya berita gembira yang membugar segar rasa gusar kerana bakal membawa anjakan baru prasarana pembangunan berskala besar-besaran. Nyata jarak lebih 1,600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu bukan pemisah dan penghalang, malah kejauhan itu sungguh tidak dirasakan pada era dunia digital dan tidak lagi istilah wilayah terpencil kerana semua tempat boleh dihubungi biarpun jauh tersorok di Lubang Buaya iaitu sebuah kampung terpencil di kawasan saya yang didiami oleh masyarakat Kedayan, Murut dan juga Lundayeh, tiga daripada rumpun etnik Sabah yang memang terkenal dengan pelbagai pantun tradisinya.

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

Menghargai perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, rakyat tinggal jauh di pelosok desa meninggalkan pantun. Daun pauh di atas talam, Dalam talam berkala kati, Dari jauh rakyat berkirim salam, Pada pimpinan yang baik hati. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sipitang tertarik dengan dua daripada fakta digariskan menerusi enam buah teras strategi RMKe-11 dan sesungguhnya begitu meyakini betapa Sabah boleh menjadi role model kepada pencapaian misi, visi, agenda

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

pembangunan lima tahun ini. Fakta pertama dalam teras ketiga merujuk kepada arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan. Sipitang menyokong penuh pendekatan teras strategi ini kerana Sabah pada amnya sudah memulakan konservasi dan program perhutanan semula jadi sejak beberapa tahun lalu dan kini telah pun berhasil. Dasar Perhutanan Sabah telah dirangka untuk memenuhi keperluan semua pihak yang ada kaitan dengan perhutanan dan selari dengan amalan-amalan pengurusan hutan mapan serta piawaian yang diterima pakai di peringkat global antarabangsa. Selain dari Jabatan Perhutanan, turut membantu usaha konservasi ini termasuklah agensi Yayasan Sabah. Hasilnya Sabah kini mempunyai 860,000 hektar hutan yang mendapat persijilan di peringkat antarabangsa selaras dengan keazaman tinggi kerajaan negeri melestari pengurusan hutan mapan dan memperluaskan Model Pengurusan Hutan Deramakot ke seluruh Hutan Simpan Kekal Komersial bagi negeri Sabah. Pengiktirafan persijilan diterima termasuklah daripada Majlis Pengawasan Hutan (FSC), Skim Persijilan Balak Malaysia (MTCS), Skim Perhutanan Pan-Eropah (PEFC) yang terpakai bagi konsesi Yayasan Sabah. Di samping itu, kerajaan negeri turut menyedari mengenai kepentingan hutan daripada segi pemeliharaan biodiversiti di kawasan seluas 39,000 kilometer persegi dikhaskan untuk program inisiatif Heart of Borneo. Fakta kedua, pembangunan ekonomi wilayah menerusi lima buah koridor wilayah yang sudah diwujudkan. Perwujudan koridor-koridor pembangunan ini manifestasi jelas kebijaksanaan pimpinan di peringkat nasional dan di peringkat negeri Sabah yang memandang jauh ke hadapan saujana mata memandang, menjangkau Wawasan 2020. Bagi RMKe-11, kerajaan menyasarkan 236 bilion pelaburan dan mewujudkan 470,000 pekerjaan lagi di lima buah koridor di wilayah berkenaan iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga boleh diperbaharui di Sarawak. Sebagai rekod dalam tempoh 2011 dan 2014, kelima-lima koridor tersebut telah berjaya menarik pelaburan komited 307 bilion dengan 57% atau 175 bilion pelaburan serta menjana lebih 427,000 peluang pekerjaan. Dalam konteks ini Sabah sekali lagi boleh menjadi role model dan juga Sarawak dalam menggerakkan pembangunan setempat kerana kita telah mewujudkan koridor dalam koridor mengikut kesesuaian dan potensi wilayah-wilayah di negeri Sabah. Menerusi Sabah Koridor ini, kerajaan negeri mewujudkan enam buah sub koridor pembangunan. Satu daripadanya ialah Koridor Pantai Barat merangkumi Papar-Sipitang sebagai hab minyak dan gas. Tuan Yang di-Pertua, kesinambungan daripada itu dan mengambil kira RMKe-11 ini sebagai perintis jalan yang jauh penuh debaran, maka Sipitang mengharapkan agar kerajaan memberi ihsan pertimbangan beberapa hal yang saya ketengahkan ini, semestinya sokongan Kuala Lumpur sangat menentukan dalam membawa lonjakan pembangunan dan pecutan raksasa ekonomi. Pertama, dengan kepesatan pembangunan industri minyak dan gas dalam koridor pembangunan Papar-Sipitang, maka kita menyarankan agar dapat diwujudkan sekurang- kurangnya sebuah institusi kemahiran tinggi sebagai persiapan mengisi keperluan dan ribuan peluang kerja berkemahiran tinggi di kawasan ini. Agensi kerajaan seperti MARA mahupun swasta seperti PETRONAS harus bersikap proaktif dalam memenuhi keperluan ini, sekali gus memenuhi keperluan industri dalam jangka panjang seiring matlamat membina negara maju menerusi platform mengupayakan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) yang meletakkan sasaran 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan dalam RMKe-11 memerlukan latihan dan kemahiran. Soal tapak bagi mewujudkan institusi berkenaan tidak akan menjadi masalah kerana Sipitang Oil and Gas ataupun SOGIP sedia menawarkan tempat dan tapak pada bila-bila masa. Kedua ialah pentingnya bagi kerajaan mengambil usaha menaik taraf sekolah vokasional di Parlimen Sipitang agar dia menjadi politeknik sesuai dengan status daerah, sebagai hab oil and gas dari jajaran Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang. Ini juga sejajar juga usaha meningkatkan peranan institusi merentasi rantaian nilai demi memenuhi permintaan industri. Dengan kenaikan taraf status politeknik, maka ia semestinya dapat menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan teknikal untuk belia-belia tempatan dari sekitar kawasan pantai barat dan khususnya negeri Sabah secara menyeluruh.

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

Ketiga ialah Yang Berhormat Sipitang merayu dan berharap agar Sekolah Menengah Pengiran Omar, Sipitang iaitu sekolah yang tertua dalam daerah ini dibina baru atau dinaik taraf memandangkan keadaannya yang sudah tidak bersesuaian dengan keadaan masa kini. Rayuan ini sebagai menyusuli pengumuman yang pernah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan sewaktu merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar ke atas Sipitang tahun lalu dan kita masih dinantikan oleh warga sekolah berkenaan dan rakyat masyarakat setempat seluruhnya. Keempat ialah pembangunan PPD Sipitang yang sudah tiba masanya untuk dinaik taraf memandangkan keadaannya yang begitu daif. Hal ini pernah juga dibangkitkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam misi yang sama. Kelima, sambil kita mengalu-alukan pengumuman dalam RMKe-11 mengenai pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo, Sipitang mengharapkan agar projek ini dapat dimulakan segera kerana ia menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan, apatah lagi Sipitang sehinggalah ke Papar merupakan industri oil and gas yang menjadi satu keperluan yang mendesak. Kita juga memohon agar pelaksanaan projek ini dimulakan dari kawasan Sipitang ataupun dari Lawas dan seterusnya dalam jajaran yang berterusan di dalam Pan Borneo. Keenam, berkaitan dengan pelaksanaan projek jalan berturap 3,000 kilometer yang disebut pada awal tadi. Kita memohon agar tiga buah jalan utama dalam daerah Sipitang diberi perhatian iaitu pertimbangan dan perhatian yang lebih khusus. Tiga buah jalan yang diperlukan itu ialah Jalan Mendulong-Meligan, Meligan-Long Pasia, Jalan Mintulut-Bangkalalak dan Jalan Karangan-Lumadan. Ketujuh, projek bekalan air bersih turut diberi penekanan RMKe-11. Justeru, kita meminta agar kerajaan mengambil tindakan ke arah mempertingkatkan pengurusan bekalan air di kawasan Sipitang khususnya bagi memberi bekalan air bersih di kawasan Bangkalalak, Mintulut, Bintuka, Padas Damit dan Jabang iaitu perkampungan tradisi yang letaknya di penghujung dalam kawasan Parlimen Sipitang ini. Kelapan, meminta Kementerian Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar memperbanyakkan program PPR termasuklah di bahagian Parlimen Sipitang.

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

Di samping juga kita memohon agar Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam membangunkan golongan eKasih akan terus dilaksanakan. Kita mengharapkan agar program ini tidak tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja tetapi dalam kawasan Parlimen Sipitang. Pada masa yang sama kita menyambut baik pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah seperti yang diumumkan dalam RMKe-11 dan diharap ia mengubah suasana hidup rakyat kampung serta pelosok desa. Tuan Yang di-Pertua, perhatian terhadap aspek pembangunan untuk rakyat baik nelayan, petani mahupun penjawat awam dan profesional sebagaimana dihuraikan RMKe- 11 bukti keprihatinan bitara pimpinan semasa kita di bawah naungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa mendengar denyut hati dan nadi rakyat di semua peringkat. Terkhusus bagi kami rakyat di negeri Sabah perhatian sedemikian rupa sangat bermakna dalam mengatur langkah perjalanan masa depan yang lebih cerah. Harapan kami setinggi Gunung Kinabalu, impian kami seluas Laut China Selatan yang jernih dan membiru. Moga-moga pada tempoh lima tahun ke hadapan ini di bawah Perancangan Strategi Lautan Biru RMKe-11 dapat membawa kami kepada satu era demi rakyat Sabah yang sentiasa bersama logo dacing berwarna biru. Bukan rahsia lagi bahawa fasa pembangunan di Sabah masih terkebelakang berbanding di tempat lain. Antaranya disebabkan hayunan politik pembunuh sebelum kedatangan UMNO dan Barisan Nasional memerintah negeri pada tahun 1994. Sesungguhnya kita mengharapkan agar Rancangan Malaysia Kesebelas ini meluruskan jalan berliku selama berdekad yang lalu. Semoga perjalanan di hadapan menjadi lebih lurus, teratur dan fokus khususnya daripada segi pelaksanaan infrastruktur asas. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sabah saya tutup perbahasan dengan merakamkan penghargaan atas perhatian

Datuk Sapawi bin AhmadUMNO · BNSipitang

istimewa serta keprihatinan mendalam di hati Perdana Menteri untuk mengangkat darjat kemajuan negeri sebagai simpanan tetap yang baru sahaja dilawatinya pada tiga yang lepas. Saya cukup optimis bahawa apa yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini akan membawa pencerahan di langit politik yang mendung tetapi kadangkala sangat panas, pada ketika demokrasi yang sedang diuji dan ketika kesabaran rakyat sedang digugat dengan pelbagai isu yang membelenggu. Saya katakan demikian kerana akhir-akhir ini semakin ramai politikus yang cuba menyemai bibit-bibit kebencian terhadap pemerintah dengan pelbagai helah dan tohmahan serta tikus-tikus politik yang cuba membaiki labu, yang melaga-lagakan ayam tambatan masing-masing di gelanggang politik yang tidak berbumbung. Hanya mereka yang berfikiran miring-miring, tidak melihat langit terang bumi bertuah Malaysia yang aman dan sejahtera ini akan ada sahaja yang diungkit-ungkit oleh rakan Ahli-ahli Yang Berhormat di seberang sana kerana itulah fitrah pembangkang yang kekal terapung di lautan politik yang sentiasa bergelombang... [Tepuk] Kepada rakyat jelata di seluruh tempat pelosok dan desa, janganlah mudah terikut kata nanti binasa nusa dan bangsa kita. Andang-andang pulasan isinya manis, Andang durian tajam durinya, Memang pembangkang berjanji manis, Kerana itulah saja mampu baginya. Terima kasih [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Ya Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rancangan Malaysia Kesebelas yang kononnya akan membawa kita ke arah negara yang maju. Mengikut Buku Rancangan Malaysia Kesebelas sememangnya perkataan yang indah dan bayangan yang cantik itu menggambarkan masa depan yang cemerlang. Namun sebagai seorang Ahli Parlimen dari Sabah, saya ingin menyatakan di sini bahawa ia langsung tidak realistik dan tidak munasabah dalam konteks Sabah. Seperti mana yang kita tahu, Sabah kini masih merupakan negeri yang miskin dan mengalami pertumbuhan ekonomi bagi GDP yang sangat rendah. 3% setahun setaraf dengan negeri Perlis iaitu pertumbuhan yang paling rendah di Malaysia. Namun begitu Rancangan Malaysia mengutarakan pertumbuhan yang sangat positif iaitu setinggi 5% hingga 6% pertumbuhan setiap tahun. Ia adalah tidak realistik bagi Sabah. Daripada segi persepsi prestasi ekonomi, keadaan dan gambaran di Sabah adalah tidak selaras dan tidak seragam dengan keadaan seluruh negara. Lain kata, rancangan ini mungkin boleh dicapai di kawasan maju seperti Kuala Lumpur dan Selangor tetapi ia adalah tidak relevan dengan keadaan Sabah. Lihat kepada pencapaian Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pertumbuhan purata KDNK sebenar Malaysia ialah 5.3% manakala pertumbuhan di Sabah hanya 3%, pendapatan per kapita nasional pada tahun 2013, RM32,900 manakala pendapatan per kapita di Sabah hanya RM18,603. Ia adalah sangat kurang memuaskan. Selain itu purata pendapatan bulanan isi rumah pada tahun 2014 ialah RM6,141 manakala Sabah baru RM4,013. Semua ini telah menunjukkan bagaimana Rancangan Malaysia tidak menggambarkan realiti di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas telah menetapkan sasaran bahawa pendapatan bulanan purata isi rumah akan meningkat ke RM10,540 pada tahun 2020. Pada saya ia adalah tidak realistik kerana ia hampir melompat satu kali ganda, malahan bagi Sabah pula ia adalah satu miracle kalau kita mahu mencapai ini. Kalau kita mengambil serius terhadap statistik tersebut, pendapatan purata di rumah B40, RM2,537 pada tahun 2015 manakala pendapatan pertengahan RM4,585. Ertinya 40% golongan

miskin itu hanya mendapat RM2,537 jauh lebih rendah daripada pendapatan pertengahan. Ia menunjukkan ketidakseimbangan dan ketidaksamarataan antara golongan miskin dan kaya adalah serius. Laporan Bank Dunia telah melaporkan bahawa Malaysia negara yang mempunyai masalah ketidakseimbangan pendapatan yang sangat serius dan ketara di Asia. Tuan Yang di-Pertua, ia adalah lebih teruk dan serius dalam keadaan Sabah. Sungguhpun purata pendapatan isi rumah ialah RM4,013 tetapi medium ataupun pendapatan pertengahan isi rumah di Sabah ialah RM2,860. Ini ertinya adalah separuh orang Sabah mendapat keuntungan di bawah RM2,860 sedangkan purata setinggi RM4,013 dan sekitar ini, ini bermaksud kita punya pendapatan pertengahan RM2,800 yang tidak jauh beza dengan golongan yang miskin B40 iaitu RM2,537. Tuan Yang di-Pertua, ia amat berbahaya kerana ketidakseimbangan adalah luar biasa. Golongan kaya purata pendapatan ini dan menjadi satu bayangan di mana kita anggap pendapatan Sabah RM4,013 tinggi tetapi realitinya bukan sebaik kita tahu pendapatan kebanyakan pendalaman Sabah adalah lebih rendah daripada RM1,000 dan yang lebih teruk lagi ada yang lebih rendah lagi. Semua ini menunjukkan keadaan Sabah kini kritikal dan perlulah pembahagian semula yang lebih adil dan seimbang.

Akan tetapi sedihnya ia tidak tersebut dan diberi keutamaan untuk menyelesaikan dalam RMKe-11 ini. Saya harap kerajaan boleh memandangkan isu ini dengan serius. Keadaan dalaman Tuan Yang di-Pertua. Setelah saya menunjuki banyak kawasan di Sabah melalui kita punya Projek Impian Sabah, ia sekali gus mengingatkan kita bahawa statistik kita tidak menunjukkan realiti di Sabah. Negeri Sabah, khususnya di pedalaman kita boleh nampak begitu ramai penduduk tinggal dalam keadaan yang begitu miskin dan diketepikan oleh kerajaan selama ini. Sebagai contoh, kawasan Pitas dilaporkan ada orang kampung menggunakan kerbau dipasang dengan satu kayu papan troli untuk menampung dan menarik pesakit keluar ke pekan. Oleh sebab kawasan kampung mereka tidak mempunyai akses jalan raya ke pekan, ini hanya satu contoh sahaja. Selain itu, dimaklumkan pula baru-baru ini ada orang kampung oleh sebab miskin dan tidak berupaya membayar kos menyambungkan bekalan air. Mereka dilaporkan menggunakan air keruh dari sungai yang hampir kering. Ini menunjukkan kemiskinan yang telah berlaku di pedalaman. Begitu juga dengan Tuan Yang di-Pertua, banyak kampung di pedalaman di kawasan Kota Marudu dan Tenom kini masih tidak mempunyai bekalan yang asas seperti bekalan air yang terawat, bekalan elektrik dan jalan raya dan perkhidmatan kesihatan asas dan anak kampung susah hendak pergi ke sekolah kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan. Banyak kemudahan di sekolah pedalaman adalah jauh kurang memuaskan. Sudah 50 tahun sejak penubuhan Malaysia, semua ini telah menunjukkan kegagalan kerajaan kita menjaga kesejahteraan orang Sabah, khususnya rakyat di pedalaman. Walaupun kerajaan telah berkali-kali mengutarakan matlamat kerajaan dalam RMKe-10 untuk membangunkan kawasan luar bandar di Sabah tetapi pencapaian itu adalah kurang memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan ketidakcukupan sumber diberikan pada Sabah. Untuk meningkatkan infrastruktur asas kita di Sabah yang kini amat kekurangan. Walaupun Ketua Menteri Sabah menyatakan Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM24.8 bilion dari RM230 bilion keseluruhan dalam RMKe-10. Ini hanya lebih kurang 10.7% sahaja. Ini amat kekurangan untuk mengatasi keadaan kemiskinan yang tegar di Sabah. Saya berpendapat bahawa 11th Malaysian Plan ini harus dinaikkan 30% supaya Sabah diberikan keutamaan supaya pembangunan Sabah di selaras dengan Semenanjung Malaysia. Salah satu contoh membuktikan kegagalan, mempercepatkan pembangunan Sabah iaitu berbanding dengan projek MRT tahap satu dari Sungai Buloh ke Kajang yang menggunakan kos RM23 bilion. Pembinaan Pan Borneo Highway yang dijangka kos RM27 bilion adalah lebih kurang sama tetapi inisiatif efficiency dan proses pengambilan masa itu adalah sangat berlainan. Ini kerana projek MRT hanya dijangka mengambil masa tidak lebih 10 tahun untuk menyelesaikan projek ini. Manakala Projek Pan Borneo Highway hendaklah mengambil

masa yang sangat panjang baru boleh disiapkan. Kalau mengikut perkiraan kita dalam belanjawan yang lalu, kerajaan hanya menyediakan RM500 juta untuk projek ini setiap tahun. Ia mengambil masa selama 40 lebih tahun untuk menghabiskan projek ini, manakala projek MRT boleh disiap bina dalam jangka masa yang begitu singkat walaupun anggaran kos yang lebih kurang sama. Tambahan pula projek Pan Borneo ini catatan sejak puluhan tahun yang lalu dan ia hanya merupakan menaik taraf di atas jalan lama. Ini contoh menunjukkan kerajaan tidak mengalami satu urgency untuk membangun Sabah. Tuan Yang di-Pertua, untuk mempercepatkan pembangunan Sabah, peranan Kerajaan Persekutuan adalah penting untuk menambah peruntukan bagi maksud pembangunan Sabah. Supaya matlamat negara maju ini boleh relevan dengan realiti di Sabah. Salah satu perbezaan antara timur dan barat Malaysia, khususnya bagi negeri Sabah ialah harga barangan kita yang lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah harga barangan adalah lebih tinggi sebanyak 30% dari Semenanjung Malaysia. Manakala pendapatan purata kita adalah lebih rendah sebanyak 30% dari Semenanjung dan infrastruktur lagi di belakang 30 tahun. Ini adalah sangat tidak adil apabila permasalahan GST akan menyebabkan orang Sabah bayar lebih banyak GST walaupun pendapatan yang rendah. Ya, selagi membebankan rakyat dan ini betul-betul, “sudah jatuh ditimpa tangga”, sudah miskin, lagi lebih miskin. Ia adalah sangat mengecewakan kerana masalah ini tidak dibangkit dalam RMKe-11 ini. Juga menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dan tidak berminat menyeragamkan harga barangan kita selari dengan harga barangan di Semenanjung. Ekonomi Sabah. Tuan Yang di-Pertua, bidang ekonomi di Sabah adalah sangat kurang berdaya saing dan gagal untuk membahagikan sektor ekonomi dan mempertingkatkan tahap industri kita. Menurut statistik anggaran kerajaan negeri, sektor secondary di mana sektor pembinaan, perindustrian dan pembuatan hanya mendapat sumbangan kepada KDNK sebanyak 10% sahaja. Di mana berbanding Selangor yang sangat berindustri tinggi, ia adalah lebih kurang 50%. Malangnya malahan negeri jiran kita, Sarawak pun mempunyai sebanyak 30%. Ini bermaksud kepulihan ekonomi kita berhenti di tahap yang kurang maju. Ia tentu tidak akan bantu golongan pekerja dan rakyat Sabah sebagai keseluruhannya menambah pendapatan dan terus membawa pembangunan yang bermutu tinggi di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, di Sabah walaupun kita mempunyai sumber asli yang kaya tetapi tanpa perindustrian yang berjaya, aktiviti ekonomi hanya bertumpu golongan yang tertentu seperti sektor oil and gas, sektor oil palm dan sektor tourism. Akan tetapi sektor- sektor ini tidak cukup menghasilkan peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi, seterusnya tidak akan membantu anak muda kita mencari pendapatan yang tinggi. Walaupun kerajaan negeri menentukan sasaran perindustrian melalui Pelan Pembangunan Sabah Koridor. Akan tetapi melihat prestasinya adalah amat mengecewakan dan boleh dikatakan amat gagal. Tuan Yang di-Pertua, polisi kabotaj ini sememangnya merupakan punca yang utama menyebabkan kemiskinan. Kegagalan perindustrian kita dan tidak berdaya saing walaupun lokasi negeri Sabah yang lebih statistik berbanding negeri lain yang lebih dekat dengan negara perdagangan besar seperti China, Korea Selatan, Jepun dan sebagainya. Akan tetapi polisi kabotaj ini limit kita punya potensi, hakikatnya menjadi prestasi pelabuhan kita adalah amat mengecewakan. Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-11 ini kerajaan telah mensasarkan meningkatkan prestasi Port Klang. Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh pelabuhan di Sabah masih tidak diberi keutamaan dengan hadapi begitu banyak masalah. Perdagangan kita, perindustrian kita yang gagal dan juga pelabuhan kita yang tidak berdaya saing. Setelah kerajaan telah menafikan bahawa cabotage policy ialah faktor yang utama menyebabkan harga barangan Sabah yang lebih tinggi.

Kerajaan juga telah menerima cadangan untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar sebagai far east hub dan transshipment hub tetapi semua ini langsung tidak disebut dan disentuh dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Adakah ini sekali lagi membuktikan kerajaan menipu rakyat Sabah, yang mana wayang kulit yang tidak akan ditunaikan.

Tuan Yang di-Pertua, sudah 30 tahun kerajaan melaksanakan polisi kabotaj ini dan telah melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli telah mengakibatkan industri kita tidak berdaya saing kerana harga perkapalan itu adalah tinggi. Pada saya, mahupun kerajaan, memansuhkan polisi kabotaj ini dan membenar full liberalization penganggotaan laut di Sabah atau meningkatkan cadangan itu menaik taraf Pelabuhan Sepanggar. Kita sebagai transshipment hub yang boleh berdaya saing, meningkatkan pelabuhan kita dengan serta-merta. Saya harap cadangan ini boleh dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini supaya masalah secara lebih struktur pada Sabah boleh diselesaikan. Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan. Kes penculikan yang berulang-ulang berlaku di Pantai Timur Sabah. Seharusnya mengambil langkah dan perancangan untuk mencari penyelesaian tetapi saya dengan dukacita dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, masalah ini begitu penting bagi negara kita pun tidak disebut. Ini menunjukkan kerajaan tidak serius mengatasi masalah ini. Mungkin atau ada penyertaan daripada pegawai, penculikan ini baru berlaku satu kali satu tahun, tidak ada masalahlah. Saya harap Dewan yang mulia ini jangan ada bersikap begitu. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa cadangan tentang Pantai Timur Sabah khasnya di Sandakan tidak berasa selamat. Pertamanya, saya bercadang menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk mengkaji masalah ini secara menyeluruh dan membuat cadangan serta langkah-langkah menambah baik yang sesuai. Kedua, analisis yang menunjukkan kekuatan angkatan tentera dan polis di Semenanjung Malaysia 70% manakala 30% di Sabah dan Sarawak. Kalau ini betul, maka ini adalah tidak berkesan dan tidak mencukupi untuk mempertahankan persempadanan kita di Sabah yang panjang. Maka kami mencadangkan supaya statistik ini dirombak semula dan disusun semula polis dan angkatan tentera supaya mencapai sekurang-kurangnya 50% kekuatan di Semenanjung dan 50% di Sabah dan Sarawak. Selain itu, meningkatkan bilangan akses dan peralatan pasukan keselamatan kita seperti helikopter penyerang, automatic identification system, radar dan sebagainya yang lebih canggih disediakan secepat mungkin. Ketiga, kita cadangkan kerajaan harus mengatasi isu pendatang asing tanpa izin di Sabah. Kes ini berulang-ulang berlaku, sudah ada bukti penjenayah ini bukan sahaja daripada ancaman luar malah dari dalam negara kita. PATI yang sudah mendapat IC ini melalui projek IC dan juga mempunyai double nationality menyebabkan pihak berkuasa susah hendak menyiasat dan mengelakkan jenayah berlaku oleh sebab ada melibatkan orang dalam dan juga menyebabkan perintah berkurung yang kini langsung tidak berkesan dan masih lagi pencerobohan boleh berlaku. Jadi, problem IC holder sebagai contoh, penceroboh sebelum ini dalam Lahad Datu dari tahun 2013 sudah membuktikan banyak penceroboh itu mempunyai double nationality. Dia ada Malaysia IC dan juga ada Philippines punya nationality. Penceroboh ini, saya pun hairan, telah menjadi ahli UMNO. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kerajaan harus menyemak semula pemegang-pemegang kad pengenalan melalui projek IC memandangkan dakwaan ramai PATI telah memperoleh kad pengenalan sebagai warganegara yang tidak mempunyai taat setia kepada negara kita. Kerajaan Malaysia harus mengeluarkan IC semula kepada semua Sabahan yang tulen, menarik balik semua IC yang diperoleh secara haram oleh PATI. Bagi pekerja asing yang sah, kita berilah permit kerja. Cadangan keempat, dengan mengambil kira faktor ekonomi dan keselamatan serantau. Kami bercadang sebuah jawatankuasa tinggi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia ditubuhkan demi meneliti masalah tersebut dan merumuskan cara, penyelesaian yang melibatkan kerjasama serantau. Selain itu, kita juga mencadangkan bahawa Malaysia selaku negara Pengerusi ASEAN harus membimbing pertubuhan satu pasukan pengamalan serantau, ditujukan menjaga keselamatan terutamanya lautan kita di kawasan negara ASEAN dan membantu menyelesaikan masalah keselamatan Pantai Timur Sabah. Akhirnya, yang kelima, menyelesaikan isu yang penting ini, kedaulatan Sabah dengan pihak Filipina supaya sesetengah pihak dari negara jiran kita tidak lagi menganggap Sabah sebagai negara mereka. Baru-baru ini Presiden Filipina masih menegaskan pihak Filipina tidak akan putus asa menuntut Sabah. Saya rasa masalah akar ini perlu ditangani sebagai langkah yang lebih holistik.

Adalah penting untuk menyelesaikan masalah ini kerana orang Sulu masih memegang persepsi bahawa Sabah tanah wilayah mereka dan ia haruslah diperbetulkan. Ada contoh seperti ada seorang beberapa tahun yang lalu bernama Mohd Akjan Datu Ali Muhammad yang mengisytiharkan sendiri mahu menjadi Sultan Sulu dan ingin penubuhan Kesultanan Sulu mengikut katanya pada masa itu 500,000 orang Sulu sudah ada di Sabah. Kini mungkin lebih ramai lagi, yang kebetulannya dia juga seorang ahli UMNO. Saya pada masa itu tertanya mengapa semua ini boleh berlaku? Seseorang yang ingin menuntut tanah kita jenayah yang berat dan mencabar kedaulatan negara kita. Akan tetapi sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana Datu ini, keadaannya. Dia sudah dibuang balik ke Filipina atau dibuang citizenship atau dihukum di penjara, kita tidak ada maklumat. Kita harap Menteri boleh memberi penjelasan dan jawapan. Saya harap kerajaan mengambil tindakan dengan segera untuk mempertahankan kedaulatan kita dan menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh memandangkan masalah ini telah mendera kita selama lima tahun. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Sandakan. Saya juga ingin merakamkan perasaan kecewa saya kerana kawasan saya di Sandakan langsung tidak disebut dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya berasa sukacita apabila mendengar Kota Kinabalu telah diisytiharkan sebagai growth catalyst cities tetapi bagi Sandakan sebagai bandar utama kedua di Sabah, mestilah mahu dijaga. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah status beberapa projek yang sudah diisytiharkan dalam Rancangan Malaysia yang lalu. Seperti Rancangan Malaysia Kesembilan, telah mengumumkan pembinaan jalan raya Libaran Bypass yang sepanjang 13.5 kilometer. Walaupun Menteri pada April tahun yang lalu telah mengumumkan bahawa projek ini akan bermula tetapi selepas 14 bulan ini saya masih tidak nampak apa-apa progress yang positif. Diharapkan Rancangan Malaysia Kesebelas ini boleh menyiapkan projek ini yang hanya sepanjang 13.5 kilometer sahaja.

Kita tahu jalan ini akan diagihkan empat phase tetapi saya tidak harap selepas Rancangan Malaysia Kesebelas baru habis satu phase. Kalau empat phase begitu, mahu 20 tahun lagi. Saya bilang ini sebuah jalan yang begitu penting dari Sandakan ke Kota Kinabalu dan Tawau semua juga. Sekarang jalan itu terlampau sesak, sudah tidak sesuai. Selain itu saya ingin tahu, berapakah peruntukan secara spesifik akan disalurkan untuk membangunkan Sandakan? Bukan sahaja jalan raya kita yang tidak mencukupi. Liputan high speed broadband pun tidak memuaskan. Masalah gangguan elektrik masih terus berlaku di Sandakan oleh sebab Pantai Timur tidak mencukupi penjana kuasa elektrik. Oleh itu, apakah status pembinaan penjana kuasa gas yang dicadangkan dibina di Lahad Datu seperti dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan? Saya harap ia tidak ditunda lagi memandangkan keperluan elektrik kita semakin meningkat, dan katanya kerajaan menentu sasaran yang tinggi supaya SAIDI Sabah boleh diturunkan ke-10 minit setiap pengguna setiap tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh gulung Yang Berhormat.

Ya, gulung. Saya harap bukan janji kosong ini tetapi betul-betul boleh ditunaikan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengimbas kembali apa yang telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia dan 20 perkara ketika pertubuhan Malaysia di mana autonomi Sabah dijamin dan diberi kuasa untuk mentadbir negeri dengan kepimpinan kerajaan negeri. Untuk menyelesaikan begitu banyak masalah yang disebutkan tadi, pada pendapat saya kesemua masalah ini adalah kerana kita tidak mempunyai satu sistem yang baik untuk membahagikan sumber kita. Oleh itu, pembahagian kuasa dan sumber atau kewangan modal adalah penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Meskipun kita Sabah telah menyumbang begitu banyak sumber asli dan cukai kita kepada Kerajaan Persekutuan selama ini tetapi nampaknya ia tidak kembali dengan adil dan sementelah ia telah mengakibatkan negeri kita berada dalam kemiskinan dan ke belakang. Mengikut perjanjian di Malaysia ada scholar yang menyatakan bahawa Sabah adalah berhak menuntut 40% perkongsian cukai pendapatan kembali ke tangan kerajaan negeri supaya pembahagian sumber ini diagih

dengan lebih adil dan seimbang. Saya ingin tahu apakah pendirian kerajaan. Saya harap ini boleh ditunaikan jika sememangnya tertakluk dalam Perjanjian Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu dalam semua 154 jawatan ketua jabatan kerajaan persekutuan di Sabah saya mendapat tahu hanya ada 20% orang ketua ini berasal dari Sabah. Saya mengutuk sekeras-kerasnya. Ini merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat polarisasi dan menetapkan orang Sabah. Selain itu kebanyakan projek pembinaan di Sabah juga harus diberi kepada orang Sabah mahupun projek daripada persekutuan atau negeri. Prinsip polarisasi ini harus dipegang supaya peluang ekonomi harus diberi terutama pada Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya harap Rancangan Malaysia Kesebelas ini boleh menyatakan peratusan ini sehingga 50% di mana ketua jabatan Kerajaan Persekutuan boleh diberi keutamaan kepada orang Sabah. Sebelum saya akhiri, dalam lima tahun yang akan datang kita harap Sabah akan mengalami perhatian chance ataupun perubahan yang diinginkan oleh setiap rakyat Sabah. Ia boleh dicapai dengan reformasi sistem kita dan institusi kita. Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa jika Sabah masih miskin, tidak ada makna Malaysia menjadi negara maju kerana ia hanya menunjukkan betapa gagal kerajaan kita. Sabah failed, Malaysia failed. Saya harap kerajaan memberi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habiskan Yang Berhormat.

...Keutamaan pada Sabah supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan dalam lima tahun yang akan datang dan Sabah dijamin pembahagian sumber yang lebih adil dan seimbang. Semua rakyat Sabah boleh dijamin kesejahteraan dan kebahagiaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahas Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lalu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Melewati 10 Rancangan Malaysia dan dasar-dasar pembangunan yang telah diusahakan dan dilaksanakan sebelum ini kita sekali lagi bakal menggerakkan Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh tahun 2016 hingga tahun 2020 iaitu lima tahun terakhir sebelum menjelangnya tahun 2020 yang mana negara kita akan menjadi sebuah negara maju, insya-Allah. Bermula daripada Rancangan Malaysia yang pertama yang bermatlamatkan kebajikan rakyat dan meninggikan taraf hidup di luar bandar. Sedikit demi sedikit kita mula menikmati hasilnya walaupun terdapat luka-luka yang tercipta di sepanjang pelaksanaannya. Jika kita imbas kembali ilham Wawasan 2020 telah meletakkan tahun 2020 sebagai tahun sasaran bagi negara kita untuk mencapai kategori negara maju. Ini bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi, sebaliknya turut merangkumi segala aspek perpaduan, sosial, politik dan sebagainya. Malah ia juga meletakkan matlamat pencapaian kehidupan yang sempurna dengan nilai-nilai tersendiri tanpa dipengaruhi oleh negara maju yang lain. Secara ringkasnya kita perlu membuktikan negara kita sebagai negara maju yang mengekalkan nilai dan moral sebagai sebuah negara berbilang kaum yang mempraktikkan kehidupan bermasyarakat yang harmoni. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Khamis lepas memperlihatkan kita sekali lagi bakal merealisasikan enam buah teras di dalamnya bagi mencapai pertumbuhan yang bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat menerusi prinsip bangsa Malaysia. Saya lihat banyak pencapaian yang telah kita kecapi dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan bakal diteruskan lagi pelaksanaannya yang lebih baik dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, insya-Allah.

Begitu pun masih banyak juga yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan pelaksanaannya dalam memastikan semua perancangan yang kita tetapkan dalam RMKe- 11 ini dapat direalisasikan dalam menuju ke arah negara maju. Cabaran semakin getir terutamanya dalam arus kemodenan dunia yang memerlukan kerajaan bekerja lebih keras dalam setiap aspek pelaksanaan. Apa yang kita harapkan semua pihak termasuklah rakyat turut bersama-sama membantu usaha kerajaan dalam mencapai apa yang dirancang dalam mengungkapkan negara untuk menjadi sebuah negara maju ini. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. Satu pihak sahaja berusaha tanpa disambut oleh pihak lain maka ia akan menjadi lembah, membazir dan mungkin sia-sia. Jika semua bersatu padu dan berganding bahu mungkin kita akan menghasilkan suatu yang lebih hebat daripada apa yang kita rancang. Mungkin RMKe-11 ini bakal melakar satu pembaharuan yang terbaik dalam sejarahnya, insya-Allah... Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun melaksanakan GST dan kita memang mengharapkan sebagaimana yang dijangka pulangan daripada hasil pelaksanaannya kerajaan akan dapat melaksanakan dari pulangan ini dengan menambah baik dan menaik taraf pembangunan infrastruktur, kemudahan asas, kemudahan awam, pembangunan modal insan dan banyak lagi. Semuanya untuk rakyat di setiap pelosok negara ini supaya kita merasakan sebagai rakyat yang maju dalam sebuah negara yang maju. Apalah gunanya kalau kita hanya negara maju tetapi di sana-sini kita dengar ketidakpuasan, ini belum, itu belum, ini semuanya belum.

Walaupun demikian, saya mengucapkan terima kasih. Sejak tahun 2006 sampailah pada hari ini, kalau saya menyentuh tentang Limbang sendiri, saya mengucapkan terima kasih. Mungkin orang bandar tidak tahu perubahan di luar bandar. Orang datang ke Limbang pun mungkin di bandar sahaja untuk berniaga dan sebagainya. Akan tetapi perubahan yang banyak begitu ketara kalau di Parlimen saya Limbang ialah di luar bandar ini memang jauh perubahannya. Daripada bekalan elektriknya, kemudahan asaslah, bekalan air dan sebagainya memang jauh berubah daripada...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Di Beluran pun sama Yang Berhormat, jauh berubah, walaupun masih banyak diperlukan.

Ya, betul. Sebab tidak ada istilah kita ini gosok ketel itu keluar terus dapat segala-galanya. Memanglah kita akan mengikut kemampuan kita, kewangannya dan pengurusan yang baik. Insya-Allah, kita akan dapat melaksanakannya sampai matlamat kita pada satu hari nanti. Jadi saya mengambil kesempatan sebab nak menyuarakan permohonan- permohonan yang belum lagi. Yang sudah, alhamdulillah, memang banyak sungguh. Saya ulangi, orang di bandar tidak akan nampak, tidak merasainya. Orang di Kuala Lumpur, orang di bandar-bandar raya tidak akan merasa semua ini tetapi rakyat kita bersyukur atas apa perubahan yang kita buat. Jadi pada Rancangan Malaysia Kesebelas ini, memang saya ketahui, memang dahulu bekas kerja saya juga iaitu ada dua jenis perancangan iaitu satu rancangan yang baru, dan satu ialah sambungan projek-projek dan sebagainya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dibawa semula ke Rancangan Malaysia Kesebelas. Jadi di sini saya pertama sekali ingin menyentuh dalam ini ada dua, iaitu projek rancangan baru dan juga sambungan yang mesti diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan iaitu tentang pelancaran Pan Borneo Highway daripada fasa 1 dari Kuching-Lundu hinggalah ke Miri. Fasa 2 dalam tahun 2017 dari Limbang ke sempadan Sabah-Sarawak iaitu di Merapok- Sindumin dan kita berharap ini juga akan diteruskan sebagai projek baru dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang sudah ada kita teruskan. Juga, ada beberapa perkara di jalan raya yang saya ingin sebutkan projek yang telah pun dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi belum selesai iaitu Jalan Raya Meritam-Telahak-Buang Abai-Sungai Koyan. Fasa 1, 2 dan 3 sudah pun dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan akan diteruskan ke Rancangan Malaysia Kesebelas. Insya-Allah, mudah-mudahan kerajaan akan membina fasa 4 dimasukkan supaya projek jalan ini akan menjadi sebuah jalan yang penting sebagai laluan

di persisiran Sungai Limbang di mana rakyat Brunei kalau hendak ke Sabah atau tempat- tempat lain di Sarawak, pilihan kedua atau jalan kedua untuk sampai ke Pekan Limbang. Satu lagi ialah Jalan Ipai-Pendam, yang juga telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dan saya minta ia diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini kerana jalan ini adalah di sempadan Limbang dengan negara jiran kita, Brunei Darussalam. Saya melihat ia begitu penting, mesti diteruskan. Saya tidak mahu iaa hanya berhenti di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Ia mesti diteruskan kerana banyak gunanya. Satu ialah tentang security dan sebagainya, dan juga untuk kemudahan mereka di sepanjang sungai ini iaitu interlink untuk jalan di seberang Sungai Limbang itu. Satu lagi ialah Jalan Empangan Limbang. Kerajaan negeri telah pun merancang untuk membina empangan di Limbang seperti juga tempat lain di Bakun, di Murum dan sebagainya dan juga di Lawas. Saya minta kerajaan- mungkin kerajaan negeri akan membina empangan ini di mana mungkin akan ada perkongsian antara negara jiran dan negara kita dalam pembinaannya. Saya mengharap supaya jalan menuju ke empangan ini dibuat di bawah perancangan RECODA untuk diteruskan.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kepong bangun Yang Berhormat.

Sorry Sir, I have a lot to say. Sorry, Sir. Terima kasih. Satu lagi ialah Jalan Ulu Lubai, tempat sekolah yang berprestasi tinggi di tengah belantara hutan di Limbang. Jalan rayanya sudah ada dan mungkin kita minta, telah pun dibina, dan kita minta diteruskan juga untuk dinaik taraf ke tahap yang lebih baik lagi. Seterusnya ialah Jalan Bawang Ubur ke Mentawai di mana di hujung jalan ini sebuah gua yang telah pun selesai pengkajian oleh para saintis, Gua Buda, ia lebih besar dari Gua Mulu dan ini semuanya terletak di dalam Daerah Limbang dalam Parlimen Limbang. Saya minta kalau boleh kerajaan bersama-sama dengan kerajaan negeri khususnya Kementerian Pelancongan supaya mencari jalan bagaimana membuka Gua Buda ini untuk dijadikan tempat pelancongan di Limbang selain dari Gua Mulu. Juga, Jalan Bawang Ubur ke Mentawai ini fasa 1 sudah siap dan kita minta diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas supaya fasa 2 diteruskan sampai Mentawai tidak jauh dari Gua Buda tersebut. Seterusnya ialah Jalan Jiwa Murni, jalan Kuala Mendalam ke Rumah Sing di Karangan Ma. Projek Jiwa Murni ini telah pun diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan insya-Allah, saya minta kepada kerajaan supaya diteruskan menjadi projek sambungan kepada Projek Jiwa Murni sebelum ini iaitu di sepanjang 21 kilometer panjang jalannya. Seterusnya saya ingin menyentuh dengan bekalan air bab sisa-sisa projek yang mesti disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini iaitu bekalan air dari Simpang Ukong, Limbang menuju ke daerah kecil, Nanga Medamit. Ada tinggal 14 kilometer sahaja lagi untuk diteruskan projek yang sudah siap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Saya minta ia sebab di Nanga Medamit ini adanya sekolah menengah, sekolah rendah, pejabat daerah, pejabat pertanian dan juga penduduk sekeliling. Pada masa ini kita tahu kerajaan telah pun menyediakan bekalan menggunakan empangan dari bukit yang berdekatan, tetapi yalah, kadang-kadang kalau musim kemarau tiba, ini menimbulkan masalah walaupun Jabatan Kebajikan memang membantu rakyat di sana apabila musim kemarau. Akan tetapi kita minta supaya diteruskan lagi penyambungan projek yang baru siap sampai ke Simpang Ukong ini dan disiapkan sampai ke Nanga Medamit ini. Selain daripada itu, saya minta kepada kerajaan, bekalan-bekalan alternatif diteruskan ataupun menaik taraf dan diperbaiki bekalan-bekalan alternatif yang ada yang memang memerlukan maintenance yang berterusan di kawasan-kawasan pergunungan dan sebagainya. Memang tidak logik dan memang tidak dapat untuk disambung bekalan air rawatan daripada loji di Pekan Limbang. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang penghidupan rakyat pula. Di Limbang ini yang sebenarnya pada masa ini memang kehidupan itu bertumpu kepada pertanian. Sejak 10 tahun belakangan ini, kelapa sawit rakyat kita tidak ketinggalan. Small holders,

ladang-ladang kelapa sawit. Malahan, saya mengajak dan minta kepada ladang-ladang, syarikat-syarikat yang lain supaya datanglah ke Limbang yang pada masa ini memang FELDA telah pun bertapak di Limbang, baru hendak membuka dan saya minta juga kepada syarikat-syarikat lain untuk datang sebabnya ialah volume ladang itu tidak mencukupi untuk membina kilang. Sebab itulah harga kelapa sawit di Limbang murah apabila small holders menjual. Hanya RM200 lebih. Terpaksa dibawa ke Miri ataupun ke kilang di Lawas atau dibawa terus ke selatan Sabah. Jadi saya mengharapkan dan menjemput kepada syarikat-syarikat lain untuk datang ke Limbang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membuka ladang-ladang supaya volumenya cukup, maka kilang dapat dibuat dan, insya-Allah., boleh membantu menaikkan taraf rakyat kita di luar bandar terutamanya yang menanam kelapa sawit. Seterusnya ialah tentang nelayan. Saya mengharapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini kerajaan akan meneruskan membantu rakyat khususnya kaum nelayan, penternak dan juga petani-petani ini dalam apa juga program-program pertanian, PPN ini, penternak, peladang dan nelayan ini, diteruskan di Limbang supaya rakyat itu dapat- apabila negara kita ini menjadi sebuah negara maju, rakyat kita pun pendapatannya sebagaimana kita hendak iaitu per kapita income kita juga bertambah untuk rakyat kita di luar bandar ini. Kita kena cari jalan.

Kita menyebut tentang rakyat di bawah B40 ini. Saya memang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Memang banyak dibantu di Limbang. Program-program membantu kemiskinan, 1Azam, Kebajikan PPRT, RMR dan bantuan kepada rumah panjang semuanya telah pun dilaksanakan dan saya berharap semuanya ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat.] Apatah lagi yang diumumkan iaitu baik pulih untuk rumah-rumah penduduk miskin. Saya mengharapkan semua ini akan diteruskan dan Limbang juga mendapat bahagian syer daripada peruntukan yang disediakan untuk membaik pulih rumah ini. Memang ada, akan sentiasa ada rupanya untuk membaik pulih rumah-rumah rakyat ini. Demi mengangkat menaik taraf hidup rakyat, di bawah sebuah negara maju dalam tahun 2020. Daripada segi kesihatan pula, saya telah yang ini memang saya belum nampak bayangannya tetapi dikatakan telah lulus dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu Klinik Pakar Minor. Saya difahamkan sudah diluluskan tapi tidak disebut juga dalam RMK pembentangan tidak apa. Akan tetapi di sini saya menyuarakannya. Bagaimana pentingnya Klinik Pakar Minor ini. Pada masa ini hanya ada seorang yang tinggal pakar di Limbang. Saya ingin hendak mengulangi semula iaitu tentang Limbang ini tidak patut tidak faham geografi. Limbang ini di tengah-tengah negara Brunei. Sempadan tutup pukul 10 malam. Kalau kita kena hantar ke Miri, ertinya berbelanja untuk tidur di Miri untuk mendapatkan rawatan. Bukan macam kita let say dari Miri ke Bintulu, 200 kilometer pergi pagi lepas rawatan boleh balik. Akan tetapi kalau Limbang ini tidak boleh sebab itu walaupun Limbang ini kecil tetapi kita mengharapkan supaya apabila ada klinik pakar ini rakyat dapat perkhidmatan di situ kecuali yang memang betul-betul yang complicated, yang betul-betul memerlukan major punya rawatan kena terpaksa keluar juga. Itu kita faham. Akan tetapi ini kadang-kadang yang bukan-bukan, yang kecil-kecil kena jalan juga. Saya minta sekali lagi kepada Kerajaan, jangan lupalah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dalam rancangan kita sebagai negara maju, kesihatan rakyat pun maju. Saya minta Klinik Pakar Minor ini dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk di Parlimen Limbang. Saya sudah katakan tidak ada daerah di Malaysia ini macam Limbang. Kita kena kepit oleh negara, yang lain semua bebas. Kita sana tidak boleh. Kiri, kanan, utara selatan, kena masuk negara asing.

Jadi ini saya minta supaya diwujudkan, saya tahu dulu kerajaan layan. Saya minta pakar, dapat pakar dua orang. Seorang berhenti Myanmar, tinggal seorang lagi di Limbang. Itu pun dengan adanya seorang itu dapat juga dia kadang-kadang dia buat kerja lain selain daripada bidangnya. Dia buat juga bantu juga yang lain. Akan tetapi saya minta sekali lagi kepada kerajaan. Memastikan minta supaya Klinik Pakar Minor ini diwujudkan di Parlimen Limbang. Daripada segi pendidikan pula, saya mengharapkan supaya Limbang ini juga diberikan ditubuhkan, dibina semula sebuah kolej MARA. Itu memang permintaan saya, supaya tidak ketinggalan dalam melahirkan model-model insan dari utara Sarawak. Apa yang ada sekarang GiatMARA. Saya ada pergi melawat GiatMARA di Limbang. Itu pun menumpang dengan bangunan residen yang lama. Ada dua kursus di situ, welding dan bahagian air-conditioning. Tempat tinggal daif, kesian. Saya minta kepada kerajaan kalau boleh wujudkanlah sebuah kompleks GiatMARA. Selain daripada kolej MARA yang saya pohonkan tadi ataupun membina kompleks betul-betul proper tempat latihan GiatMARA ini supaya ia dapat nampak sebuah pusat untuk melahirkan model insan. Saya ingin mengambil kesempatan di sini, kursus welding di GiatMARA, Limbang ini saya difahamkan oleh pegawai-pegawai di sana, tenaga pengajar. Anak-anak yang graduate GiatMARA ini yang bahagian welding sekali pun tidak ada peluang hendak masuk berlatih di Petronas. Tidak ada langsung. Saya difahamkan juga kalau tidak ada kawan dalam itu, student yang dari GiatMARA yang telah tamat dari GiatMARA bahagian welding tidak ada chance hendak berlatih di Petronas. Kalau tidak, bila mereka hendak ada peluang. Padahal kursus yang ditawarkan welding untuk oil and gas pipeline. Akan tetapi kononnya mesti ada tiga tahun pengalaman tetapi kalau tidak diterima masuk, sampai bila pun tidak akan ada pengalaman. Bagilah chance mereka juga. Saya minta pada Petronas bukalah pintu kepada anak-anak daripada GiatMARA untuk mendapat pengalaman dalam untuk berlatih di Petronas dan lepas nanti you tengoklah supaya mereka punya sijil dapat boleh diselaraskan dengan kelulusan daripada institusi mereka dan mereka dapat diambil kerja oleh Petronas. Ini saya minta kepada kerajaan untuk melihat perkara ini. Selain daripada itu juga, Limbang memang setelah kajian dibuat, dan juga saya hendak menyebut laporan daripada PPD, memang Limbang memerlukan buat SMK baru dan juga sebuah lagi SK baru untuk di bandar Limbang. Sebab penduduk rakyat kini makin bertambah, boleh tahan juga dan makin bertambah cepat, anak-anak pun pendatang banyak juga, bukan pendatang haramlah. Memang rakyat kita yang berhijrah ke Limbang dan sebagainya. Di sekolah pun sekarang memang tidak cukup. Tadi Yang Berhormat Shah Alam sebut, sekelas berapa puluh orang. Saya katakan tidak malu hendak kata di Limbang ada 45 orang kalau tidak dibuat dengan segera. Jadi saya minta pada kerajaan supaya membina sebuah lagi SMK baru dan juga sebuah SK baru di bandar Limbang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak menyentuh tentang projek-projek yang telah pun dilaksanakan selama ini. Saya melihat daripada pengamatan saya, kita bertahun- tahun buat kerja yang sama kita bantu rakyat di luar bandar buat jalan dan sebagainya saya sudah katakan tadi memang sudah dibuat kadang-kadang saya tengok ada juga yang hendak kata dia membazir, tidak membazir sebab rakyat bersyukur memang dapat tetapi rasanya kita melihat teknologi yang digunakan. Teknologi yang diapply yang digunakan ini seperti let say jalan kampung. Banyak agensi yang bantu rakyat kita luar bandar ini tetapi kadang saya tengok buat jalan tabur batu. Lepas beberapa bulan, tabur batu lagi tetapi saya risau tabur batu ini sampai tahun 2020 pun tabur batu lagi untuk jalan-jalan kita di kampung. Mungkin juga. Alasan yang dibagikan kepada saya yang mana saya telah sendiri menyuarakan kepada KKLW dulu-dulu supaya mungkin jalan-jalan kampung ini digunakan simen stabilization, soil stabilization, menggunakan simen campur soil dan sebagainya supaya ia lebih tahan lama. Akan tetapi masalahnya ialah tidak ada kontraktor-kontraktor yang sanggup membuatnya kalau ia hanya mendapat sebatang jalan, dua batang jalan kecil di kampung-kampung. Akan tetapi yalah, ini balik lagi kepada prosedur kewangan kita. Jadi saya minta kepada kerajaan. Kalau saya anggap ini sebagai keterlaluan di mana tiap-tiap tahun kita membazir sahaja buang duit. Jadi kita kena relook ataupun cari jalan bagaimana kita hendak membantu supaya mempercepatkan penaikan taraf jalan-jalan di luar bandar ini dengan

kaedah teknologi yang ada sekarang di mana kerajaan tidak payah tiap-tiap tahun buat kerja yang sama. Kerja yang sama juga kepada jalan-jalan dan kawasan-kawasan yang sama. Jadi secara detail nya saya sendiri pun menawarkan diri kalau hendak berbincang macam mana yang terbaik. Itu pun I don’t mind to offer pengalaman saya. Satu lagi saya sebutkan tadi Jalan Jiwa Murni. Jiwa Murni dilaksanakan oleh Angkatan Tentera. Ada satu masalah iaitu saya dapati apabila sudah siap musim dia punya maintenance period, kerajaan susah hendak ambil balik. Jalan tidak mengikut standard jalan JKR. Ini satu Jalan Jiwa Murni akan buat baru di Limbang, 21 kilometer. Saya berharap kepada kerajaan supaya apabila hendak melaksanakan projek Jiwa Murni ini supaya kita tidak membazir buat kerja yang sama, balik-balik ulang masuk tahun keluar tahun, baru kerjasama juga supaya projek Jiwa Murni ini diteruskan dengan kaedah teknologi yang lebih baik supaya ia dapat tahan lama dan mengikut piawaian yang ada supaya JKR pun boleh ambil alih jalan ini menjadi public road. Saya minta.

Tidak lupa juga saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, iaitu mengenang jasa tentera kita. Kita tidak lupa atas jasa-jasa mereka, angkatan tentera kita yang telah pun bertarung nyawa, berkorban nyawa untuk keamanan di negara kita. Menentang komunis, contohnya di Semenanjung Tanah Melayu, di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada yang lupa, sibuk sahaja hendak menyuruh Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia. Akan tetapi kita tidak fikir fasal itulah. Kita kenang jasa mereka. Jadi, saya ingin hendak menyuarakan ada beberapa perkara yang perlu juga kita lihat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk angkatan tentera kita. Satu, mungkin disuarakan, ada keperluan untuk membina sebuah lagi kem Askar Wataniah di Sarawak. Jadi, saya minta kepada kementerian, kerajaan untuk melihat perkara ini. Mungkin kajian telah dibuat untuk dan didapati perlu sebuah lagi kem ini di Sarawak, Askar Wataniah. Keduanya, saya minta kepada kerajaan untuk juga menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk pembinaan dan baik pulih rumah-rumah bekas askar kita yang daif. Satu lagi ialah saya mohon kepada kerajaan juga supaya menaik taraf aset- aset angkatan Tentera Udara kita yang sudah difahamkan ketinggalan zaman juga. Jadi, saya berharap kita pun melihat juga, when you talk about, dengan izin, geopolitics keadaan di Laut China Selatan, negara kita juga ada cuba-cuba sudah hendak menceroboh dan sebagainya, kapal perang asing pun boleh mendekati pantai kita di Sarawak dan Sabah, maka rasanya baguslah kita melihat semua ini. Saya yakin kerajaan telah melihat perkara ini tetapi kita minta, saya menyuarakannya di sini. Dan juga bukan hanya angkatan Tentera Udara tetapi juga Tentera Laut kita. Saya minta juga untuk kem askar di Limbang. Di Limbang ada sebuah kem askar. Saya tahu Yang Berhormat Jasin pernah bekerja di kem tersebut semasa beliau dalam tentera dahulu. Itu cerita beliau kepada saya. Kem tentera itu sampai dari dahulu hingga ke hari ini rasanya tidak jauh beza, walaupun ada lah repair maintenance dibuat. Jadi, saya minta kepada kerajaan supaya memastikan dan juga kem-kem lain di Sarawak, kem-kem kecil inilah, di Ba’kelalan pun ada, di kawasan-kawasan yang jauh-jauh sedikit lah dari bandar, bukan yang kem-kem besar. Supaya menaik taraf kem-kem ini di seluruh negeri Sarawak melalui program projek Army Care. Memang teruk, kalau di Limbang itu, bukanlah, minta maaf saya tarik balik bukannya teruk, yang di Limbang itu banyak, why not once and for all kita naik taraf bangunan-bangunan yang menjadi sebuah bangunan yang permanent. Walaupun mereka di Limbang hanya tiap-tiap tiga bulan akan bertukar syif, dari Miri, dari Sabah, dari Lok Kawi dan sebagainya. Akan tetapi rasanya keselesaan itu juga penting dalam keadaan aman ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Limbang boleh gulung.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada satu lagi iaitu saya hendak menyentuh tentang Polis Di Raja Malaysia. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab IPD baru di bandar baru Limbang sudah siap dilaksanakan. Akan tetapi yang belum siap, belum ada lagi ialah tempat kediaman polis berseberangan di bandar baru itu dari tapak IPD baru, di seberang dia itu adalah tanah disediakan untuk kem polis. Saya minta supaya kerajaan melihat perkara ini, tidak kira lah,

bawah apa, bawah PFI kah, bawah apa kah untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk membina kompleks kediaman polis di IPD baru Limbang. Oleh sebab ia ada kaitan dengan kem yang lama, tempat yang tinggal sekarang dan juga Kem PGA Limbang. Sudah lama saya tengok signboard yang mengatakan akan ada projek-projek swapping untuk kawasan Kem PGA di tengah bandar Limbang yang dibina, yang siap dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang, dahulu, tahun 1972 sampai ke hari ini. Sebab memang sudah ada signboard di sana, kata hendak swapping untuk dibangunkan menjadi kawasan bandar dan mereka akan membina kem PGA yang baru di luar dari kawasan bandar Limbang itu. Jadi, saya bertanya di sini, bila projek ini akan dilaksanakan dan kalau boleh dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini bagus juga, cepat ya. Tidak payah, signboard itu pun sudah lusuh saya tengok sejak ia didirikan sampai hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan hendak menyebut tentang cerita MAS ini. Memang saya kalau hendak balik ke kawasan saya, kena tiga kali naik kapal terbang, KL- Kuching, Kuching-Miri, Miri-Limbang. Atau pun kalau hendak pendek sedikit tapi kadang- kadang kena malam, KL-Miri, Miri-Limbang. Akan tetapi percayalah Tuan Yang di-Pertua, setiap kali turun kapal terbang, saya diiringi oleh kalau tidak dua tiga, seorang pun paling kurang. Ada sahaja pegawai MAS, orang-orang bekerja dengan MAS, diceritakan tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Saya minta kepada kerajaan supaya memberikan the best deal. Kalau pun hendak buat sesuatu pembaikan ke atas usaha untuk memajukan, membaikkan masalah atau menghilangkan dan menyelesaikan masalah dan memajukan lagi kita punya national icon ini, we hope the government, dengan izin, will give the best deal to whatever you do to improve this MAS punya cerita ini. Saya minta. Itu memang, tiga kali naik kapal terbang, tiga kali kita kena memang bisik-bisik ini semua cerita sama. Apa nasib kami, Yang Berhormat? Itulah saya minta kepada kerajaan melihat perkara ini. Sebelum saya mengakhirkan ucapan saya ini, saya mengucapkan terima kasih. Ini khusus kepada Yang Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sejak program transformasi yang dibuat oleh kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Pekan, saya nyatakan di sini dengan hati yang ikhlas, dengan benar, bukan hendak mengampu, bukan hendak memuji. Memang betul, perubahan di Parlimen Limbang memang jauh ketara sejak transformation program ini dibuat, Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pekan. Saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, saya yakin dengan niat suci beliau, insya-Allah akan dapat memacu negara kita ini untuk menjadi betul-betul sebuah negara maju tanpa mengabaikan pembangunan di bandar. Apatah lagi kami di luar bandar ini. Maka, dengan kalimah tersebut, saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua beri saya peluang debate Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Saya terima baik pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk mengadakan Rancangan Malaysia, pelan lima tahun itu. Oleh sebab ia menunjukkan kesedaran bahawa satu ekonomi kapitalis tidak dapat kawal diri sendiri. Walaupun Adam Smith telah katakan ada invisible hand, tangan tersembunyi yang akan kawal dan akan control satu pasaran bebas, ini memang berlaku. Di satu sektor, di mana ada beratus-ratus pengeluar dan beratus-ratus orang yang membeli, persaingan antara pengeluar akan kawal kualiti dan harga barangan. Akan tetapi di ekonomi moden, ada banyak sektor di mana hanya ada dua ataupun lima buah syarikat yang besar yang kuasai sektor itu. Dalam itu, persaingan antara pengeluaran tidak berlaku. So, it’s no longer self-regulating. So, perlu ia dipantau dan dibimbing oleh kerajaan melalui polisi dan regulasi seperti Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Akan tetapi perancangan ekonomi ini untuk memanfaatkan rakyat, mesti didasarkan kepada fakta yang benar dan pada konsep-konsep yang bernas dan betul. Ada banyak matlamat yang sedap didengar dalam RMKe-11. Umpamanya, dalam muka surat 5/16

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

dikatakan pengagihan pendapatan negara kepada kaum-kaum pekerja akan meningkat daripada 33.6% daripada GDP pada sekarang kepada 40% pada GDP pada tahun 2020. Ini sedap hendak didengar. Akan tetapi jika rancangan ini bukan didasarkan kepada realiti, bukan diasaskan kepada fakta, bolehkah kita capai sasaran-sasaran macam ini? Ada beberapa konsep dalam dokumen ini yang boleh dikatakan keliru, ada bermasalah, yang tak jelas.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Satu ialah ada konsep kemiskinan, kita tengok dalam muka surat 1, 4. Dikatakan kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan daripada 29% pada 1970 kepada 0.6% tahun lalu. Masalah dengan angka ini ialah, apakah konsep kemiskinan? Adakah ertinya jika tak mati kebuluran, dia tak miskin? Sekarang kita tahu, B40, 56% daripada B40 duduk di bandar-bandar. Apakah bajet sebuah keluarga yang duduk di bandar untuk dapat keperluan asas untuk anak-anaknya? Untuk sewa rumah, untuk hantar anak ke tadika, untuk hantar anak ke sekolah kena sewa bas sekolah, mungkin kena hantar ke tuisyen. Di bandar- bandar kita, pengangkutan awam tidak begitu bagus, mungkin kena ada kereta juga. Jika you buat ini semua Tuan Yang di-Pertua, sudah RM1,000 sebulan, tak cukup. Walaupun RM1,000 katakan tak miskin tetapi ini tak cukup untuk dapat keperluan asas untuk sebuah keluarga di bandar kita. Kita perlu lebih. Untuk minima, kita perlu RM2,500 sampai RM3,000 untuk jaga sebuah keluarga di bandar-bandar kita pada masa ini. Ini isu bukan isu relative poverty. Saya dengar kadang-kadang kerajaan katakan, “Oh itu relative poverty”. Ertinya relative poverty, istilah itu ialah, dia sudah dapat keperluan asas dia, semua dia boleh dapat. Akan tetapi jika dibandingkan dengan kaya, dia bukan begitu mewah. Orang kaya pakai Mercedes, dia pakai Datsun. Orang kaya ada rumah besar, dia ada rumah kecil. Dia tak ada pergi ke hotel. Okey, itu relative poverty. Akan tetapi ini, dengan pendapatan RM2,000 satu isi rumah, itu pun masih miskin. Dalam erti katanya, basic needs, keperluan asas tidak dapat dipenuhi. So, this is the point. Akan tetapi kita sekarang, kita sembunyi daripada fakta itu. Kita mengatakan garis kemiskinan hanya RM800 sebulan untuk sebuah keluarga. Tak masuk akal. Something is wrong with the concept. So, kita pakai satu garis kemiskinan yang begitu rendah, kita dapat kita punya kemiskinan hanya 0.6% kerana kita buat definisi yang tak masuk akal. So, ini satu masalah yang besar. Jika kita terima kaedah yang dipakai oleh negara maju, mereka pakai 60% daripada pendapatan keluarga median. The middle income. 50th percentile. Diambil itu, dia darab dengan 60%, ditengok apa line itu, dipakai itu sebagai garis kemiskinan. Di Malaysia, kita diberitahu dalam dokumen ini bahawa pendapatan median ini RM4,585 sekarang, daripada dokumen ini. Jika kita ambil 60% daripadanya kita dapat satu angka, RM2,751. Jika kita tetapkan itu sebagai garis kemiskinan, mungkin okey. Sekeluarga dengan RM2,700 di Kuala Lumpur masih tak cukup, masih tight. Akan tetapi dia boleh hantar anak ke tuisyen, boleh bayar bas sekolah, boleh hantar anak kecil ke tadika, mungkin boleh beli satu kereta second hand. Akan tetapi tak boleh beli rumah Tuan Yang di-Pertua, tak boleh beli rumah saya ingat. RM2,700, jaga tiga orang anak, keluarga di Kuala Lumpur, no way, tak boleh beli rumah. Akan tetapi boleh dikatakan dia ini tak miskin sangat lah. Okey. Akan tetapi jika kita ambil RM2,700 sebagai garis kemiskinan, ertinya lebih kurang 25% keluarga kita di Malaysia harus dipanggil miskin. Ini saya ingat kita punya planners kena tengoklah. Jangan pakai satu definisi yang begitu rendah yang tak masuk akal dan kata kita sudah solve the problem. We haven’t solved the problem. Masih ada masalah kemiskinan di Malaysia kita ini. Hari ini bila kita terima hakikat itu, kita boleh adakan program, projek, dasar untuk kendalikan masalah itu. Jika masalah itu di sweep under the carpet, then we don’t deal with it. Ini satu masalah saya tengok dalam dokumen ini, beberapa konsep macam ini, not facing the concept, you got to face the problem. Take the bull by the horns. Satu lagi masalah saya tengok, analisa yang kurang tepat. Di dokumen ini, ditumpukan kepada isu produktiviti pekerja. Seolah-olah jika kita menaikkan, meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja kita ini, kita akan capai kepada sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Ini sudah jadi satu strategi utama untuk capai matlamat itu. Akan tetapi adakah produktiviti rendah pekerja kita sebab terpenting untuk situasi kita sebagai negara yang pertengahan. Itulah isu pokok.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Saya hendak beri satu conundrum, satu perkara untuk perhatian Dewan dan juga untuk EPU. Seorang cleaner pejabat di negara Australia pada hari ini akan dapat gaji AUD19.70 sejam kerja. Cleaner di Australia AUD19.70 sejam kerja. Jika kita ambil 40 hours working week, ertinya dia dapat AUD3,472 untuk sebulan. Kita darab dengan 2.8, itulah conversion untuk Ringgit Malaysia, kita dapat dalam wang Ringgit Malaysia, gaji cleaner di Australia yang kerja bukan overtime, hanya 40 jam kerja, 5 hari kerja, 8 jam sehari, dia dapat RM9,757 untuk satu bulan kerja. Ini cleaner. Cleaner di Malaysia dapat berapa? RM900. Sebelas kali lebih. Apakah sebab itu? Adakah dia produktiviti? Adakah cleaner di Australia pakai IT untuk kerja? Adakah dia pakai apa-apa gadget, equipment yang begitu canggih? Tak, sama juga. Vacuum cleaner, mop, baldi. Apa lagi dia pakai? So, ini bukan produktiviti. Jadi, apakah sebabnya? Why is it? Cleaner di sini, cleaner di Australia perbezaan dia sebelas kali. Ini kita kena jawab. Oleh sebab it is the crux of the matter. Saya rasa bila kita hendak analyze perkara ini, kita kena ambil kira dua perkara. Satu perkara ialah, isu pengagihan kekayaan oleh sistem perdagangan antarabangsa yang wujud sekarang. Sistem perdagangan global telah diwujudkan oleh pihak penjajah 300 tahun dahulu. Dari masa itu sampai masa sekarang, sistem perdagangan ini adalah berat sebelah. Dia telah pindah kekayaan daripada negara-negara Dunia Ketiga di Afrika, di Asia, kepada benua Eropah, ke Amerika, ke Australia. Jadi, telah berlaku daripada dahulu. Dahulu mereka mari jajah. Selepas itu mereka pakai sistem harga barangan. Dia bagi barangan-barangan yang dikeluarkan oleh negara- negara ketiga, dia kurangkan dia punya harga dia, bila dia jual mesin atau dia jual teknologi dengan harga tinggi. Selepas itu dia kenakan royalti. Selepas itu dia sangkutkan negara- negara membangun dengan hutang. Baru dia pun kuasai akses ke pasaran di Eropah. So, di dalam chain itu dia pakai transfer pricing, dia dapat kekayaan. So, ini satu yang telah berlaku untuk 300 tahun. Kekayaan yang dicipta, yang dikeluarkan di negara-negara yang sedang maju telah dipindahkan ke negara-negara Barat. Sekarang dia punya percubaan, sekarang ialah TPPA. Di mana dia bawa isu-isu macam panjangkan paten untuk ubat. Dia sudah panjangkan copyright. Dia hendak bawa kuasa Investor-State Dispute Settlement (ISDS) di mana syarikat mereka boleh sue kerajaan kita jika kita buat sesuatu yang sentuh dia punya profit. It’s part of the whole process. Itulah sebabnya saya begitu against TPPA kerana ia kukuhkan lagi satu sistem perdagangan antarabangsa yang membuli kita, yang memeras kita, angkat kekayaan sini, hantar ke sana. And TPPA is the worst example sekarang, kerana ia lebih angkuh sekarang, dia buat sekarang. Akan tetapi, ya ini yang sedang berlaku. So...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Menteri ada dengar.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ya. So, ini sistem ekonomi antarabangsa ialah berat sebelah dan perkara ini, jika kita hendak fahami lebih dalam, kita boleh baca Samir Amin. Dia seorang pakar ekonomi dari Mesir, dia seorang Marxist, dia tulis beberapa buku yang menganalisis situasi ini. Akan tetapi secara ringkas saya sudah beritahu ya.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Isu yang kedua ialah bagaimana cleaner di Australia dapat sebahagian daripada kekayaan yang diperas daripada Dunia Ketiga ke dunia maju. Macam mana pekerja biasa di situ dapat, itu daripada sejarah politik dalam negara itu. Di negara-negara barat seperti di Eropah, Amerika, Australia, mereka ada kesatuan, mereka berjuang, mereka lawan untuk hak mereka. Pada tahun 50-an, tahun 60-an pada masa apabila Soviet Union begitu kuat, ada perang dingin. Pihak yang berkuasa takut jika pekerja tidak diberi sedikit mungkin dia akan memberontak. So, oleh sebab kekuatan USSR, pekerja dekat Eropah, pekerja dekat Australia dapat beberapa kemudahan daripada pihak majikan bagi pihak kerajaan. That is why- untuk saya, itu cara saya fahami kenapa cleaner di Australia dapat 11 kali lebih daripada cleaner di Malaysia. Boleh saya bagi?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput. Ini soal produktiviti pekerja itu. Bukan kah lebih baik kalau kerajaan memberi janji yang lebih jelas bahawa daripada segi rundingan gaji minimum dipertingkatkan jauh lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang. Kedua, ini khususnya yang berkenaan dengan pekerja asing itu. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini menetapkan akan kept pekerja asing di tahap 15% daripada kesemua pekerja. Akan tetapi kita tahu apabila kita ada ramai pekerja asing ini, keupayaan pekerja tempatan untuk menuntut gaji yang lebih itu telah terjejas. Jadi, bukankah kita harus ada satu dasar yang lebih agresif supaya kita kurangkan pekerja asing dan supaya pekilang, employee, semua mengambil langkah yang maybe short pain tetapi long gain untuk meningkatkan produktiviti. Apakah pandangan Yang Berhormat Sungai Siput?

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Isu produktiviti, saya ingat ini bukan suatu isu yang terpenting. Isu global sistem lebih penting. Ya, memang kita kena tingkatkan produktiviti dan kita harus cuba meningkatkan gaji. Macam kita katakan, kita mahu satu keluarga untuk pendapatan RM5,000. Jika dua orang bekerja, setiap orang mesti dapat gaji basic RM1,800. Jika dia kerja overtime dua jam tiap-tiap hari, dia boleh dapat RM2,500 sebulan. So, basic , gaji basic mesti naik ke RM1,800. Akan tetapi sekarang gaji minimum hanya RM900 sahaja. Perdana Menteri kita telah katakan tidak boleh naikkan tahun ini. Inilah masalahnya. Kita ada pertindihan antara ekonomi kapital dan ekonomi rakyat dan ini tidak dikenal pasti, tidak diterima oleh EPU. That is the problem jika kita menaikkan gaji minimum kita. Itu sesuatu yang kita kena buat. Akan tetapi dalam situasi global pada masa ini jika hanya kita buat, ada kemungkinan kita akan hilang FDI ke Vietnam, kita akan hilang FDI ke Thailand. So, ini satu isu jika kita hendak go against the global sistem yang sedia ada. Jika kita pergi seorang sahaja lone ranger, kita akan kena. So, mungkin kita kena fikirkan isu ini. Kita kena hadapi isu ini. Saya tidak katakan tidak betul, memang betul. Sekarang katakan kita naikkan gaji minimum RM1,800 terus. So, you can get RM5,000 for family, boleh? Akan tetapi kita akan hilang kilang kita, kebajikan kilang-kilang di sini juga jika hendak expand, dia akan expand tempat lain, tidak akan buat ke sini. So, ini sesuatu yang kita kena buat dengan negara- negara ASEAN yang lain.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Little bit.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Okey.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Siput, ini khususnya apabila kita lihat pekilang-pekilang ataupun pelabur yang melabur di Malaysia ini, apabila mereka dapat keuntungan oleh sebab membayar gaji yang eksploitasi pekerja. Ini bukan peniaga, ini exploitation. Jadi, bukankah lebih baik kita menggalakkan industri-industri yang lebih tambah nilai daripada industri-industri yang lebih intensif. Kebetulan kita masih bergantung kepada jutaan pekerja asing. Ini menunjukkan bahawa industri-industri yang ada sekarang tidak by itself, they are not productive. Oleh sebab itu mereka cuma dapat keuntungan kerana kos labour yang rendah. Bukan kerana mereka produktif. Ini pandangan saya. Minta pandangan Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Ini satu isu yang besar [Ketawa] Kita kena bincang banyak. Akan tetapi saya rasa kita cabar arus perdana dalam sistem global. Ini kita kena faham. Kita sekarang sedang cabar satu sistem di mana negara-negara maju dapat memeras kekayaan daripada semua negara lain termasuk China. Ia memeras ke negara yang lain melalui sistem ekonomi yang ada sekarang. Jika kita hendak cabar, kita kena set our plan, macam mana kita kena aturkan strategi kita but the first step is kita kena sedar ini sedang berlaku. Ini bukan hanya isu produktiviti. Ini isu imperialism. Okey, itu perkataan Marxist tetapi ini memang apa yang sedang berlaku. Sistem di mana satu sistem global yang berat sebelah kepada negara-negara maju, ia pindahkan banyak kekayaan negara-negara yang sedang membangun ke negara

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

maju dan ini dibuat di seluruh dunia. So, if we want to go against it, mungkin kita kena tengok apakah cadangan kita, macam mana kita boleh move ASEAN, bagaimana kita boleh move group of 68 countries, developing countries. Kita bangun semula spirit Bandung, macam-macam kita kena buatlah. Akan tetapi kita kena bincang tetapi masalah dalam dokumen yang kita ada ini this is not even recognize. Macam cerita dogeng, kita cakap peoples economy, capital economy, macam tidak ada percanggahan. Memang ada percanggahan. So, ini masalah dokumen ini. Ia tidak face the reality, ia tidak menghadapi cabaran yang berlaku, yang berada dalam dunia hari ini. Satu lagi problem dengan dokumen ini angka-angka yang disebut, ada angka- angka yang susah diterima. I bagi satu lagi example di dalam muka surat 61 di katakan pelepasan greenhouse gases setiap juta ringgit GDP telah dikurangkan 33% antara tahun 2009 hingga sekarang. Last five years, come down 33%, kita punya pelepasan intensiti pelepasan greenhouse gases. Akan tetapi apakah kesahihan angka macam ini? Kita tahu hanya 234 milliwatt kuasa electricity dijana dengan memakai sumber yang boleh diperbaharui dalam tahun 2014, 234 milliwatt. Jumlah yang kita menjana electricity 16,000 milliwatt, 234 sahaja daripada tenaga yang boleh diperbaharui. Jadi ertinya hanya 2% sahaja. Kita juga tahu pada masa ini 42% dari kawasan elektrik kita dijana daripada arang batu. Arang batu, ia keluarkan banyak karbon dioksida untuk setiap megawatt. Saya ada tanya soalan dan dapat jawapan baru-baru ini, dikatakan daripada gas asli 376 kilogram karbon dioksida setiap milliwatt our kawasan elektrik. Manakala arang batu 878 kilogram karbon dioksida setiap megawatt kuasa elektrik. Dua kali lebih dan kita diberitahu bahawa kita akan bina dua lagi loji arang batu. So, jika kita tengok yang ini, how do we get the 33% kekurangan dalam insentif kita. Daripada angka itu? Saya haraplah jika kementerian yang berkenaan boleh adakan satu taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen untuk memberitahu bagaimana kita buat perhitungan ini. Greenhouse gases macam mana kita kira dan macam mana dia diturunkan begitu banyak? Point akhir yang saya sentuh juga ialah angka. Ini kerana kita ada banyak angka di dalam dokumen ini yang susah. Ini ialah berkenaan dengan liputan hutan di Malaysia. Di dalam muka surat 64, dikatakan liputan hutan di Malaysia bertambah daripada 56.4% pada tahun 2010 hingga 61% pada tahun 2014.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Our forest cover increased in the last five years. Macam mana 5% of our– jika kita katakan, ini pula hutan negara, kita keluasan tanah Malaysia ialah 329 kilometer square. Jika kita ambil 4.6%, ertinya dalam hectares 1,500,000 hektar hutan sudah tambah lima tahun ini. Tidak masuk akal lah. Are we having such efficient reforestation programs di mana kita dapat menanam 1.5 million hectares? Jadi inilah masalah apabila kita buat angka-angka macam ini yang tidak betul, ertinya orang akan question, soal semua angka- angka lain yang mungkin juga betul. Kesahihan semua data yang diberikan di sini akan disoal, when they find one or two yang tidak betul, they will question the rest of them tahu. So EPU, please jangan buat macam ini. Reforestation 1.5 million hectares in the last five years...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

I have my doubt. I have my serious doubts. Ataupun you katakan oil palm itu forest? Oil palm bukan forest. Itu ladang. Okey. So, saya rasa– okey, jika ini betul, I like to see the facts. Jika hanya bagi satu statement tetapi saya ingat untuk saya susah saya hendak terima macam ini, 1.5 million hectares reforestation. So, okeylah untuk saya, saya rasa ini bukan satu dokumen perancangan ekonomi yang serius kerana konsepnya tidak jelas, konsep kemiskinan tidak jelas, just scheme on the surface. Ia tidak mengendalikan isu-isu pokok seperti penindasan oleh kuasa-kuasa negara Barat yang boleh kita, kian lama ini, sekarang kita masih boleh– itu tidak diambil kira, not recognized. Ia tidak sedar akan kepentingan pertindihan antara ekonomi kapital dan ekonomi rakyat. Kita mahu bantu rakyat tetapi semua yang kita hendak bantu rakyat mungkin akan halau kapital. Kita mahu tarik kapital FDA masuk kita kena tekan rakyat. So, ini ada pertindihan antara duanya, ini tidak di handle. Dia juga bagi angka-angka yang susah dipercayai. So, pada saya ini lebih merupakan satu feel good punya dokumen, bukan satu

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

dokumen yang serius. Ini lebih macam satu propaganda tool, okey. Susah kita hendak terima ini selagi pertindihan ekonomi kapital dan ekonomi rakyat tidak diakui, diambil kira dan ditangani dengan berkesan, rakyat biasa akan terus dibebani dan akan menghadapi masalah ekonomi. Saya rasa ini satu dokumen yang mengecewakan dan susah untuk saya sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada kelangsungan kerajaan kita adalah kerana perancangan pembangunan yang telah dibantu oleh Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang berturutan daripada Rancangan Malaysia Pertama sehinggalah Rancangan Malaysia Kesebelas. Tidak perlulah saya mengulangi apa-apa juga angka-angka yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti tahap daya saing negara yang terus mengukuh untuk menyokong hakikat negara kita telah berjaya. Pada masa yang sama bermacam-macam-macam data telah dipaparkan dalam RMKe-11 untuk membuktikan kejayaan tersebut. Ia merangkumi kedua-dua bidang ekonomi iaitu ekonomi modal dan juga ekonomi rakyat. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sahabat saya dari Kuala Langat. Beliau berucap berapi-api sekali tetapi akhirnya beliau menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas dan mengatakan bahawa sasaran untuk RMKe-11 ini boleh kita capai. Berlainan dengan sahabat saya dari Sungai Siput tadi. Cukuplah kita sekadar merujuk kepada dengan izin Human Development Index (HDI) yang meletakkan Malaysia di kalangan high human development countries. Kini kita berada di tangga ke-62 di antara 187 buah negara. Tahniah kepada kerajaan atas kejayaan tersebut dan khasnya kepada pihak EPU berhubung dengan penyediaan rancangan ini. Selain daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini, kita juga mempunyai berbagai-bagai rancangan besar yang lain seperti bidang pendidikan, pembangunan belia dan juga industri. Kita juga mempunyai dasar-dasar utama seperti Dasar Pertanian Negara, Dasar Automotif Negara dan juga Modal Baru Ekonomi. Walaupun kita banyak dasar yang telah kita rangka malangnya kita masih pula tidak mempunyai satu dasar induk ataupun mother policy seperti apa yang telah dipraktikkan oleh Switzerland yang mempunyai dasar induk yang dipanggil total security. Dasar induk ini sebenarnya amat penting supaya kita boleh jadikan sebagai penentu dan juga pengikat semua dasar dan program kerajaan secara coherent dengan izin interconnected yang demikian semua dasar kita, semua program kerajaan yang dirangka mestilah menjurus ke arah menyokong kejayaan total security demi survival keselamatan negara untuk masa depan. Apa yang telah dibuat oleh Singapura pada ketika ini, apa juga perancangan yang dibuat selain daripada untuk total security mereka ambil kira tentang air. Mereka ambil kira pasir kerana itu adalah masa depan mereka, kerana itu survival mereka. Seharusnyalah Malaysia patut mengikut langkah demikian. Di negara kita juga terdapat keperluan untuk kita mewujudkan dasar induk negara terutama berhubung dengan pemeliharaan perpaduan dan juga keamanan. Tanpa dasar yang tegas dan juga konsisten, maka terpaksalah kita akui bahawa hubungan antara kaum di negara kita ini amatlah dengan izin fragile. Polarisasi kaum semakin ketara dan suhu perkauman semakin meningkat. Seterusnya dengan ketiadaan mother policy tadi maka kita lihat dasar dan program kita sering berubah-ubah dan juga dilihat sering kontradiksi. Hal sedemikian ini boleh meletakkan pelaksanaan dasar dalam keadaan yang kelam kabut dan membuat rakyat kadang-kadang marah kepada kita. Apa yang kita bimbang mereka mungkin akan kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini, kita perlu disajikan dengan yang pertamanya tema, seterusnya aspirasi dan seterusnya kita ada enam teras strategik dan juga enam pemacu perubahan. Dari satu sudut kita dapat lihat bahawa enam teras strategik dan juga enam pemacu perubahan itu adalah tajuk-tajuk lama yang kita pakej kan semula. Di pihak lain pula ia merupakan tindakan yang berkesinambungan. Akan tetapi apa yang lebih membimbangkan saya ialah kurangnya ketersambungan atau dengan izin interconnectedness antara sesama teras strategik dan juga sesama pemacu perubahan tersebut. Seolah-olah teras dan juga pemacu berkenaan semacam berada dalam silos masing-masing. Misalnya saya dapat sebut satu persatu di sini, kita tengok teras satu dan juga teras tiga iaitu dalam perspektif pembangunan modal insan. Dalam teras tiga contohnya tidak ada ditegaskan secara terang usaha bagi kita menyusun semula guna tenaga, menghapuskan diskriminasi dan juga untuk kita meratakan padang permainan seperti mana yang terdapat dalam RMKe-9. Maka, dengan penyakit sosioekonomi sedemikian rupa bagaimanakah masyarakat kita akan lebih terangkum rapat dan bersatu padu.

Begitu juga dengan teras keempat, menuju ke arah pertumbuhan hijau. Saya sokong pemerkasaan ini. Malangnya, usaha untuk kita merapatkan jurang tidak begitu jelas di bawah teras ini. Justeru, saya ingin caution kepada pihak kerajaan. Keghairahan kita untuk melaksanakan pembangunan berteraskan kepada teknologi hijau juga boleh melebarkan jurang kekayaan dan juga taraf kesejahteraan hidup jika dasar dan pelaksanaannya tidak langsung mengambil kira tentang post and trick dan juga community based dengan izin. Yang akan mendapat faedah besar adalah mereka daripada golongan- golongan yang berada sama ada daripada lonjakan pendapatan mereka mahupun daripada peningkatan kualiti hidup. Seterusnya, rancangan pembangunan ini nampaknya cantik dan adil apabila luar bandar diberikan perhatian untuk dimajukan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang seimbang. Akan tetapi, apabila empat bandar raya iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu diberikan keutamaan yang tinggi, maka dijangka ia akan ada impak yang cukup negatif sekali ke atas usaha-usaha untuk kita merapatkan jurang. Justeru itu, saya terus pergi ke negeri Melaka iaitu tempat saya dahulu. Pertamanya, kami telah mencadangkan supaya satu pembangunan empat lorong daripada Tangkak ke Ayer Keroh. Saya tidak akan jemu-jemu bercakap. Saya tahu sahabat saya daripada Ledang bersama-sama saya sejak tahun 2010 semasa Pakej Rangsangan diluluskan. Projek tersebut telah pun dilaksanakan tetapi kerajaan hanya berkeupayaan untuk melaksanakan hanya pakej satu dan pakej kedua sahaja sedangkan pakej ketiga dan pakej keempat yang terpenting sekali bagi kita membangunkan Bandar Jasin masih lagi terbiar sampai sekarang. Saya telah dijanjikan dalam RMKe-10. Kita tunggu, tunggu, tunggu. Rolling plan satu tidak ada, rolling plan empat tidak ada. Akan tetapi saya yakin kerajaan yang penuh prihatin akan mempertimbangkan permohonan saya pada ketika ini untuk meluluskan untuk pelaksanaan pakej kedua dan pakej ketiga yang sangat-sangat diperlukan pada ketika ini. Seterusnya, Melaka pada ketika ini bergantung secara terus kepada pembangunan pelancongan. Pada ketika ini apa yang terjadi, setiap hujung minggu, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kesesakan yang cukup serius sekali sehinggakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa datang melawat, bersetuju dengan masalah yang kita hadapi. Beliau seterusnya telah mengumumkan pada ketika tersebut, dua tahun yang lepas semasa beliau datang melawat ke satu majlis malam, mengumumkan bahawa pelaksanaan ring road ini di negeri Melaka patut dilaksanakan secara segera dan beliau meluluskan peruntukan tersebut. Akan tetapi, sampai sekarang saya masih lagi tetap menunggu dan kita yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak akan melupakan janji-janji beliau. Keduanya, kita mohon kalau boleh, bagi meningkatkan lagi pencapaian negeri Melaka yang mahu kita jadikan sebagai pusat maritim ataupun dengan izin, maritime silk route, kalau boleh dilaksanakan jalan pesisir dari Kuala Linggi yang melangkau ke Klebang terus kepada Bandar Hilir dan terus ke Alai. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan ucapan saya. Saya bersetuju dengan pendapat sahabat saya daripada Sungai Siput tadi tentang angka kemiskinan. Seharusnya

kita jangan malu untuk menerima hakikat. Walaupun pada ketika ini satu kejayaan yang cukup besar bahawa kita telah berjaya untuk meneruskan usaha kita bagi mensifarkan angka kemiskinan, tetapi masa telah berubah. Angka kemiskinan ataupun takrif kemiskinan seharusnya bukan statik dan ia patut berubah dari semasa ke semasa apatah lagi apabila keadaan kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal pada ketika ini. Seharusnyalah takrifan kemiskinan sama ada kemiskinan tegar dan kemiskinan biasa ini, kita ubah dari semasa ke semasa. Kalau sekarang angka RM750 di Semenanjung Malaysia, RM850 di Sabah dan RM900 di Sarawak misalannya, kita patut ubah angka ini mengikut keadaan semasa. Keperluan yang terus bergerak dan angka tidak pernah statik. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ragu-ragu tentang sesetengah unjuran yang telah kita buat. Pertama, keraguan saya adalah menjurus kepada kemungkinan tidak ada upayanya kita untuk mencapai unjuran tersebut kerana ia tidak disokong oleh usaha-usaha yang realistik. Keduanya, keraguan saya didorong oleh angka-angka yang nampak bercanggah dan tidak konsisten. Biar saya sentuh dulu tentang probability ketidakmampuan untuk kita mencapai unjuran-unjuran tertentu. Kebanyakannya unjuran yang telah kita buat seperti pendapatan purata isi rumah bulanan akan meningkat sebanyak 68% dalam tempoh 2016 hingga tahun 2020, pendapatan purata isi rumah bawah 40% pula akan melonjak sebanyak 108% dalam tempoh tersebut, dengan izin, compensation of employees ataupun CE akan menokok pula kepada 40% daripada nilai GDP pada tahun 2020 dan lain-lain lagi akan bersandarkan kepada pertumbuhan ekonomi kita yang baik iaitu kepada angka lima ke enam peratus dalam tempoh yang sama. Sebenarnya, pertumbuhan ini banyak bergantung kepada rangsangan permintaan luar ataupun external demand di samping ia didorong oleh permintaan domestik. Kita jangan lupa. Sehubungan dengan permintaan luar ini, kita wajar berhati-hati, yang pertamanya dalam iklim ataupun ekonomi di Eurozone yang masih lagi lemah. Selepas itu pertumbuhan ekonomi di US yang masih lagi fragile. Di tambah pula dengan ekonomi di Jepun pada ketika ini yang stagnant, dan juga pertumbuhan perlahan pada negeri China dan India walhal kesemua negara ini, kita sangat bergantung sebagai pasaran utama kita. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu, terdapat pihak tertentu yang pula meramalkan ataupun mengunjurkan bahawa krisis kewangan yang besar akan berlaku pada tempoh 2016 hingga 2018. Saya berdoa kepada Allah semoga negara kita akan sentiasa diberikan pemeliharaan. Bukan saya ingin menakut-nakutkan tetapi inilah satu daripada rencana yang telah saya baca. Pendapat daripada consensus ialah krisis tersebut dijangka melanda pada tahun 2017. Ini ramalan mereka. Ia dijangka lebih besar daripada krisis pasaran saham yang berlaku yang negara kita juga tidak terkecuali pada tahun 2000 sehingga 2001 dan krisis kredit pada tahun 2008 hingga 2009. Petanda-petanda awal telah dapat kita sama-sama saksikan apabila fenomena pemberhentian pekerja yang sudah pun berlaku. Misalnya di MAS. Selepas itu CIMB. Selepas itu British Tobacco. Jadi kita berharap ia tidak terus melarat dan kita mahu kalau boleh kerajaan membuat persediaan awal, ada sustained supaya kita benar-benar ada persediaan kalau ada apa-apa juga yang berlaku. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menumpukan kepada peruntukan kewangan untuk melaksanakan rancangan ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mencadangkan supaya angka sebanyak RM260 bilion yang diperlukan untuk merealisasikan apa yang dirancang. Secara purata, kalau RM260 bilion untuk Rancangan Malaysia Kesebelas, maknanya kita perlukan sebanyak RM52 bilion untuk tujuan pembangunan. Sehubungan peruntukan yang dianggarkan itu, saya mohon kalau boleh dimaklumkan berapa banyakkah yang akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan berapa banyak pula yang akan ditanggung oleh pihak-pihak lain seperti melalui PFI ataupun sebagainya?

Kita mahu kalau boleh diberikan satu gambaran yang lengkap tentang dengan izin, total exposure kerajaan. Mohon diberitahu juga tentang komitmen hutang or bajet kita kerana ini penting. Dalam kita menguruskan kerajaan, selain daripada kita mempunyai hasil, kita juga ada mempunyai perbelanjaan. Dua perbelanjaan iaitu mengurus dan juga

untuk pembangunan. Perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi hasil kita tetapi perbelanjaan pembangunan, kita mesti mempunyai sumber dalaman kita. Selain daripada rizab kita, mungkin kita ada saving daripada apa juga akaun surplus ataupun akaun semasa yang surplus dan keduanya mungkin kita ada saving daripada subsidi kerana harga minyak sekarang dalam lingkungan USD60 ke USD70 satu tong. Jadi daripada situ dan selebihnya di mana kah sumber yang kita dapati?

[Bangun]

Adakah kita patutnya terus berhutang?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Nerus bangun, Yang Berhormat Kuala Nerus.

Ya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya tertarik dengan kata-kata Yang Berhormat Jasin tadi tentang pentingnya bajet perbelanjaan tidak melebihi daripada pendapatan dan saya rasa perkara ini banyak kali kita timbulkan dalam Parlimen kita di sini dan saya pun pernah berucap dalam isu ini. Jadi saya nak minta pandangan Yang Berhormat Jasin. Apa pandangan Yang Berhormat Jasin dan harapan kepada kerajaan bila kita melihat bajet yang dibentangkan selama 18 tahun berturut-turut adalah bajet defisit? Apa harapan daripada Yang Berhormat Jasin pada hari ini?

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sebenarnya, kerajaan kita berjiwa besar. Kita mahu lihat kalau boleh negara kita terus membangun. Walaupun kita terpaksa berhutang, tetapi kita ada keupayaan untuk membayar. Kita ada kekuatan kita sendiri. Selain daripada rizab negara kita, kita tahu apa juga pembangunan yang kita buat akan menjana pendapatan. Itu sebablah daripada pendapatan tersebutlah bukan sahaja kita dapat membayar hutang, bahkan kita boleh meneruskan pembangunan negara kita. Apa yang kita bimbang di sini, kita mahu melihat supaya sasaran kita untuk mengurangkan terus defisit fiskal kita akan terus laksana. Kalau 2009 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil alih pentadbiran, defisit kita pada ketika tersebut melebihi 6.7%. Sekarang kehebatan beliau, tahun 2014, defisit kita hanya tinggal 3.5% dan beliau sebenarnya beriltizam kalau boleh tahun 2015 ini boleh diturunkan sebanyak 3.3%. Ini sebenarnya satu kejayaan yang sama- sama patut kita sama-sama berikan kepujian kepada beliau.

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua Yang Berhormat yang bangun.

Seterusnya Tuan Yang di- Pertua, saya ada banyak...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Silam dan juga Yang Berhormat Kuala Nerus.

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Nerus.

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sekali lagi, tentang isu hutang tadi, kalau kita kata kerajaan boleh bayar hutang, kenapa hutang semakin meningkat dan tidak berkurang? Itu satu. Keduanya, saya lihat data Laporan Audit Negara untuk tahun 2012, kalau ketika bentang Belanjawan, kerajaan menjangkakan berbelanja sebanyak RM207 bilion dengan anggaran hasil ketika itu ialah RM181 bilion tetapi pada actual perbelanjaan selepas Laporan Audit Negara terbukti kerajaan defisit hampir RM4.7 bilion kerana peningkatan perbelanjaan daripada asal jangkaan RM207 bilion meningkat kepada RM254 bilion. Jadi kalau kita katakan usaha untuk mengurangkan defisit itu berlaku, tetapi kadar turun defisit bagi saya tidak memberangsangkan dan kalau ikut bajet yang dibentangkan

2015, kata Yang Berhormat Pekan, kita menyasarkan 2020 bajet berimbang. Erti lagi lima tahun dan kita sekarang bentangkan pula RMKe-11, RM260 bilion. Adakah pada 2020, kerajaan berjaya bentang bajet berimbang? Saya sangat meragui hakikat itu. Mungkin minta pandangan Yang Berhormat Jasin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Silam.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita sering mendengar khasnya daripada pihak pembangkang bahawa kerajaan telah berhutang berlebihan, hutang kerajaan telah jauh meningkat. Saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Jasin. Siapakah sebenarnya yang berhutang ini dan adakah kerajaan mampu ataupun pihak-pihak yang berhutang itu mampu untuk membayarnya dan apakah sebab harus kita berhutang? Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kuala Nerus dan juga kepada Yang Berhormat Silam. Sebenarnya saya tak payahlah terangkan dengan jelaslah, biar Menteri terangkan tetapi saya telah memberikan sedikit gambaran tadi. Dalam kelangsungan sesebuah negara, pertamanya yang akan dilihat ialah berapa hasil sebuah negara tersebut. Selepas itu, baru dilihat berapa perbelanjaan. Kita dah sebut tadi perbelanjaan ada dua. Satu, perbelanjaan mengurus dan yang kedua ialah perbelanjaan pembangunan. Mengurus tidak boleh lebih daripada hasil dan apa juga lebihan dikira current account surplus. Selepas itu kita ada lagi belanja pembangunan. Daripada word pembangunan inilah kalau tidak mencukupi daripada duit, daripada rizab kita ataupun hasil-hasil yang lain-lain, maka kita terpaksa berhutang. Kenapa kita berhutang? Ada sebab kita berhutang. Kita berhutang untuk pembangunan, bukan untuk consumption. Consumption ini kalau kita macam bayar gaji, kita bayar hutang, itu consumption. Satu ketika dahulu, negeri Kelantan berlaku. Dia tidak cukup consumption untuk bayar gaji, dia terpaksa pinjam duit daripada kerajaan. Ini satu amalan urusan kewangan yang tidak baik kerana tiap-tiap negara, satu daripada langkah dia ialah memastikan supaya perbelanjaan mengurus tidak boleh melebihi daripada hasil. Seterusnya kita tengok pula apakah kemampuan kita membayar kerana dipanggil debt service ratio. Negara kita memang diberikan kepujian, ini kadang-kadang kita tak boleh terima tetapi ini hakikat sebenar. Debt service ratio kita hanya sebanyak 10.3% sahaja. Maknanya kalau kita dah ada hutang RM100, kita bayar RM 10.30 padahal threshold kita 15%. Kalau kita hutang – kalau pergi kedai beli rumah kah, dia tak boleh melebihi 30% ke 40%. Ini satu perkara yang patut kita sama-sama berikan kepujian kepada kerajaan. Apa yang sahabat saya daripada Silam sebut tadi, hutang kita ini memang banyak. Ada tiga perkara, yang pertamanya hutang luar negara. Dia sebut siapa berhutang, apa sebab kita hutang dan macam mana kita nak bayar. Oleh sebab kita selalu politikkan benda ini, menuduh kerajaan konon-kononnya kerajaan kita tidak berhemah, kerajaan kita macam- macam tetapi adakah kita buat kajian bahawa selain daripada hutang luar negara, kita ada hutang dalam negara iaitu dipanggil hutang Kerajaan Persekutuan. Hutang luar negara ini memang dinampakkan bertimbun-timbun, sekarang ini daripada RM196 sudah pergi ke RM700 bilion lebih. Sebenarnya, 43% daripada hutang tersebut adalah disebabkan bukan warganegara yang ada hubung kait dengan negara kita dan juga hutang kerajaan hanya sebanyak 2% sahaja. Kalau kita baca buku laporan ekonomi yang telah dibekalkan kepada kita, dalam itu pun dah tertera dengan begitu terang sekali. Jadi lepas itu, hutang dalam negara. Hutang dalam negara kita berasaskan daripada sebuah kerajaan yang cukup berhemah sekali. Kita mempunyai kemampuan sebagai good paymaster dengan izin, dan hutang kita ini kerajaan telah dapat bereskan dalam masa yang telah ditentukan, kita macam good paymaster. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita juga nak sebut di sini, kita nak lihat kalau boleh hutang ini dalam konteks apa tujuan kita dan apa keupayaan kita. Jadi janganlah hendaknya kita politikkan perkara-perkara yang bukan-bukan, kalau boleh kita baca betul-betul buku laporan ekonomi itu. Saya pun tak sekolah tinggi Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya tahu kebolehan saya setakat mana. Jadi saya kena belajar sikit-sikit. Sebagai orang tua lagi kena belajar lebih-lebih sikit, Tuan Yang di-Pertua.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya kepada pihak kerajaan, berapa banyak pula yang disediakan untuk luar bandar yang serba kekurangan dan berapa banyak pula kerana kita lihat keadaan-keadaan dalam bandar yang jauh lebih mewah daripada kita. Dalam pada itu juga kita jangan lupa bahawa Kerajaan Persekutuan hanya mempunyai hasil yang sekadar cukup sahaja untuk menampung perbelanjaan mengurus dengan sedikit lebihan akaun semasa.

Pada tahun 2014, misalnya lebihan semasa kita, kita catatkan hanya sebanyak RM4 bilion sahaja. Tuan Yang di-Pertua, yang demikian kerajaan terpaksalah meminjam dan berhutang untuk menampung keperluan kewangan bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Saya sedar bahawa pinjaman tersebut adalah sangat penting demi keperluan pembangunan untuk rakyat. Namun, pada masa yang sama kerajaan perlu dituntut supaya kita mestilah belanja berhemah. Apa yang saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, sebagai ukuran berhemah ini atau lebih berhemah, kalau boleh kita hendak minta oleh pihak kerajaan menerangkan apakah kesannya hutang kita, termasuk off-budget. Pada tahun 2020 nanti daripada segi yang pertamanya, daripada nisbah ke atas GDP kita iaitu yang keduanya, daripada segi defisit fiskal kita dan nisbah kadar balik bayar balik hutang kita. Oleh kerana ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana kita hendak lihat kalau boleh mungkin timingnya tidak berapa tepat tetapi inilah yang kita hadapi. Pada ketika ini, apabila GST dilaksanakan pada 1 April yang lalu inilah satu langkah sistem percukaian yang cukup efisien sekali, yang paling terbaik. Bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan, bahkan untuk jangka panjang kita akan pastikan tidak ada ketirisan. Walaupun kita menghadapi banyak tekanan daripada macam-macam pihak. Ada pihak itu dia faham, dia buat tidak faham sahaja. Dia hentam kerajaan dan dijadikan sebagai modal politik untuk lawan kerajaan. Akan tetapi apa yang saya hendak beritahu di sini, kita berapa banyak kah hasil yang sudah kita kutip dan berapa banyak pula kutipan itu yang diunjurkan pada tahun ini yang akan, dengan izin, di plough back kepada rakyat. Oleh kerana kita hendak lihat kalau boleh usaha yang telah kita jalankan ini dapat sama-sama dirasai oleh semua rakyat kita. Akan tetapi justeru itu, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan. Pertamanya, kerajaan melalui KPDNKK telah menjalankan Ops Catut dalam memastikan supaya peniaga-peniaga kita tidak mengambil kesempatan. Dalam pelaksanaan GST ini mereka sebenarnya mengambil kesempatan menaikkan harga. Jadi, apakah sebenarnya Ops Catut kita ini akan dapat dipertingkatkan dan diteruskan. Oleh kerana kita takut mereka yang ini bekerja macam sekali-kali sahaja. Kita mahu kalau boleh pelaksanaan secara berterusan. Kalau tidak cukup tenaga, kita ambil lagi tenaga, banyak lagi yang hendak bekerja. Kita mesti dilihat bahawa tindakan secara bersepadu dibuat oleh pihak kerajaan dalam usaha kita memastikan GST ini dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi. Seterusnya, GST ini adalah satu sistem yang cukup bagus sekali tetapi ada peniaga yang masih tidak turunkan harga dan memansuhkan SST, masih lagi. Sudah ada SST itu dia tambah lagi GST. Jadi, seolah-olah mereka ini sabotaj kita. Seolah-olah mereka ini diupah oleh orang-orang peniaga-peniaga besar yang selama ini lari cukai, yang banyak mendapat keuntungan, dia menekan kerajaan. Kalau boleh kerajaan hapuskan GST tetapi kita yakin kalau boleh GST ini diteruskan.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jasin, sebenarnya masa sudah cukup ya.

Sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Jasin. Apa yang saya perhatikan Yang Berhormat Jasin, Limbang itu kecil. Pemantauan senang dibuat sebenarnya. Jadi, apa yang kita perhatikan, apa pendapat Yang Berhormat Jasin kalaulah kita punya pilihan, kedai sebelah ini tidak turunkan SST, tambah lagi 6% GST. Kedai sebelah pun sama juga.

Jadi, seolah-olah kita tidak ada pilihan sebab kalau ada pilihan, kita boleh memilih mana yang jahat, yang mana yang baik. Akan tetapi kita tengok macam satu pakatan, semua sama. Jadi, kita sampai tidak ada pilihan, apa pendapat Yang Berhormat Jasin?

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Limbang. Saya pun masa sudah cukup ini, boleh bagi sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua? Kita rasa setiap perkara yang kita buat ini mesti ada masalah di peringkat awal pelaksanaan. Akan tetapi apa pun kita mahu melihat supaya pihak kerajaan bukan sahaja dapat meneruskan penguatkuasaan secara bersepadu bahkan kita dapat membela nasib rakyat. Pada ketika ini kita dapat lihat peniaga-peniaga seolah-olah mengambil kesempatan daripada pelaksanaan GST ini. Mereka sebenarnya bukan sahaja mendapat keuntungan yang cukup besar tetapi menganiaya pembeli-pembeli. Jadi, kalau boleh saya hendak cadangkan Yang Berhormat Limbang, pihak KPDNKK dan juga kastam yang pada ketika ini agensi pelaksana, sewajarnya kita senaraikan peniaga-peniaga yang telah melanggar peraturan ini. Kita juga buat publisiti supaya lain-lain peniaga akan jadi takut dan juga pembeli-pembeli tidak akan beli dan terus membeli kepada peniaga yang telah menipu mereka ini. GST ini akan memberikan hasil kepada negara. Wajar kita sebagai rakyat sama- sama membantu. Janganlah hendaknya kita pun sama-sama menumpang tui untuk mengatakan GST ini sebagai zalim. Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara penting tentang GST ini. Sebenarnya saya telah dimaklumkan bahawa satu skim khas untuk pekebun-pekebun kecil yang dipanggil sebagai Skim Kadar Rata tetapi ramai daripada pekebun-pekebun kecil kita tidak sedar akan skim ini yang boleh membantu mereka. Oleh kerana pekebun-pekebun kecil memerlukan baja, memerlukan racun dan lain-lain. Pada ketika inilah keadaan mereka yang sebenarnya pada kita dihimpit berbagai masalah, penjual pula akan menekan mereka. Kita mahu kalau boleh maklumat ini dapat diuar-uarkan di peringkat bawahan kerana saya telah dimaklumkan bahawa ada skim ini tetapi tidak banyak yang maklum perkara ini. Tidak sepatunya ia berlaku. Ada rupanya Skim Kadar Rata. Kita hendakkan kepastian daripada pihak kerajaan sama ada maklumat ini ataupun perkara ini benar-benar ada dan kalau boleh diumumkan kepada semua. Untuk getah, kita ada 340,000 famili yang bergantung hidup. Untuk kelapa sawit, kita ada ratus ribu lagi dan merekalah sebenarnya yang pada ketika ini sangat mengharapkan pembelaan daripada kerajaan. Saya Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini saya mendapat satu SMS daripada seorang pengundi saya yang telah membeli sebuah rumah kedai di Jasin. Apabila beliau mendapatkan pinjaman daripada bank, dikenakan sebanyak 6% faedah. Sebelum beliau mendapatkan kunci kedai tersebut pemaju telah kenakan syarat mereka iaitu kalau bayar 6% GST baru dapat kunci. Saya hendak tanya kepada pihak kerajaan sama ada perkara ini diboleh ataupun diluluskan oleh pihak kerajaan? Kalau tidak, ini adalah satu penganiayaan yang cukup nyata sekali. Saya minta kalau boleh satu kepastian daripada kerajaan bahawa perkara ini tidak berlaku sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, mengikut amalan antarabangsa, GST ini ditadbir oleh agensi yang sama-sama menguruskan cukai pendapatan. Akan tetapi kita nampak di sini Jabatan Hasil tidak ada fungsi langsung. Akan tetapi seharusnya lah kalau banyak agensi pun tidak apa tetapi kalau ada satu kesepaduan dan juga satu penguatkuasaan yang benar-benar efektif. Oleh kerana apa yang terjadi pada ketika ini rakyat sebenarnya sangat dahagakan pembelaan. Sebenarnya GST ini tidak menekan, bahkan GST ini adalah amat penting bagi kita memastikan supaya tidak ada ketirisan. Saya tengok Tuan Yang di-Pertua sudah pandang saya berapa kali, saya pun fahamlah. Walaupun banyak perkara saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong RMKe-11. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Raub.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang untuk bercakap mengenai RMKe-11. Saya akan bercakap mengenai beberapa perkara, fokus area iaitu B40, C, kalau sempat iaitu membangunkan luar bandar dan ketiga, E iaitu pemerkasaan ekonomi bumiputera yang selalu dicakapkan sejak beberapa tahun. Sebelum itu, sebelum saya menyentuh mengenai RMKe-11 ini, saya hendak cakap mengenai ini. Oleh sebab saya dengar rakan-rakan di sebelah sana tadi ada minta banyak-banyak projek kah atau benda-benda perkara yang patut dibawa kepada kawasan masing-masing. Jadi, saya sudah beritahu kepada Menteri tempoh hari iaitu kawasan Raub ini setiap dua hari tidak ada air. Sudah cakap banyak kali, dari tahun lepas sehingga kini, tidak ada pam lagi, tidak ada paip yang diganti, termasuk juga kampung-kampung yang melibatkan orang Melayu ramai, termasuk juga satu kampung yang diduduki oleh bekas- bekas tentera.

Ini tadi sebab bercakap tadi, kita mesti menghormati dan memuliakan bekas tentera tetapi mereka hidup tanpa air. Kedua, mengenai perkara mengenai jalur lebar iaitu WiFi ini masih lagi tersekat- sekat kalau sampai di Raub. Sedangkan daripada Kuala Lumpur itu kawasannya tidak berapa jauh. RMKe-11 Tuan Yang di-Pertua, hujung minggu ini kita baca buku RMKe-11, dua-dua versi, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu supaya tidak timbul dakwa dakwi, tidak timbul kekeliruan. Maklum sahajalah dalam persekitaran di mana orang boleh buat orang keliru, apakah wang tunai dan apakah unit itu, jadi kita kena baca betul-betul. Kita juga telah download ucapan Yang Amat Berhormat Pekan, penyampaiannya yang dilakukan di dalam Parlimen mengenai RMKe-11 yang penuh melodrama dan sindiran kepada Dr. Mahathir dan pembangkang. Akan tetapi saya hendak beritahu, ini satu benda yang serius. Eleventh Malaysia Plan, RMKe-11 ini satu dokumen yang penting. Oleh sebab ia melakar dan memetakan kemajuan negara kita untuk lima tahun yang akan datang untuk kita sampai kepada taraf negara maju 2020. Tidak syak lagi, saya rasa dokumen ini yang paling yang saya pernah tengoklah, RMK yang awal-awal dahulu sehinggalah sekarang, this is, dengan izin, the glossiest document, kilau-kemilau dengan penuh dengan carta-carta dan penuh dengan kalau dalam bahasa pasaran, ‘razzel dazzel’. Akan tetapi kita tahu kadang-kadang ini apabila benda ini dilakukan kerana ia menyembunyikan lebih banyak daripada yang diberitahu. Ini sebab kita kena teliti. Akan tetapi apabila kita teliti, selain daripada memberi satu broad brush, apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan dan kenyataan-kenyataan dasar iaitu policy statement, kita lihat ini seperti yang Yang Berhormat Jasin beritahu tadi ada banyak yang pengulangan yang lama-lama dan ia di re-package. Sehinggakan kalau saya boleh buat perbandingan, ia seperti iklan burger Wendy’s itu yang orang itu tertanya, where’s the beef? Mana isi dia? Ataupun dalam bahasa perbandingan yang lebih mudah untuk orang kerajaan, yang faham ini seperti RMKe-11, 11th MP ini seperti sebuah kereta Lamborghini ataupun dalam kes Pengerusi FELDA yang tak datang, kereta Maserati yang dipamerkan di lobi Parlimen, cantik dilihat, seksi dipandang, dilihat oleh lelaki dan perempuan tetapi tidak ada orang bertanya. Buka hood, ada enjin ke tidak. Ha, ini orang tak tanya. Saya hendak beritahu ini, kalau kita tengok perkara-perkara yang disebut di bawah focus area A misalnya, B40. Tadi sahabat saya di Sungai Siput tadi mempersoalkan definisi pendapatan yang menggulung seseorang itu di bawah B40, bottom 40 percent. Akan tetapi kita tengok, oleh sebab itu saya tengok dia ada kekeliruan. Saya pun bersetuju dengan rakan saya dari Jasin, ada data-data yang mengelirukan. Oleh sebab saya buka portal DOS, Department of Statistics sama dengan Unit EPU, data yang mutakhir ialah sampai tahun 2012, sedangkan saya tengok di dalam RMKe-11 ini ada data tahun 2014. Jadi, kita membaca tahun 2014 ini dengan Tawakal Ilallah, betul atau tidak. Oleh sebab apa, kalau satu tak betul, boleh jadi yang lain-lain pun tidak betul. It’s a matter of a leap of faith. Kita baca angka-angka, kalau keliru di situ, kalau tidak betul, jadi yang lain-lain itu, rentetan dari situ orang akan mempersoalkan. Oleh sebab itu saya tengok, saya dengar

ucapan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Pada point 189, ini sebab saya hendak beritahu the underlying thinking di sebalik RMKe-11 ini. Jadi, kita tengok di dalam point 189 itu, dia memanjatkan doa kepada Tuhan. Ya Ilahi, Ya Rabbi, satukan hati- hati kami. Dia pun memilih, ini suatu tindakan yang baik kepada saya dan saya salute kerana memperakui bahawa hanya Tuhan sahaja yang boleh menyatupadukan hati manusia. Dalam al-Quran pun ada ayat yang berbunyi, [Menyebut sepotong ayat al-Quran:] bermaksud: “Hanya sanya Tuhan sahaja yang boleh menyatukan hati dan jiwa-jiwa manusia]. Akan tetapi di dalam ayat itu ada peringatan kepada kerajaan. Ini kalau kerajaan ini, misalnya kita bercakap, kita cakap sebagai Ahli Parlimen yang hendak mengangkat martabat manusia dan rakyat, hendak membaikkan dan mengelokkan rakyat, di situ ada satu peringatan kepada pemerintah iaitu kamu pemerintah, kerajaan, pemimpin walaupun kamu belanja seisi dunia harta dan kekayaan kamu, kamu tidak dapat menyatupadukan hati dan jiwa-jiwa orang. Ini satu perkara apa? Akan tetapi kita kena tanya, mengapakah tidak ada lagi sokongan dan kepercayaan sehingga dia semacam putus asa? Kita tengok, saya beritahu, sebab sebagai bekas orang UMNO, saya beritahu rakan-rakan saya UMNO sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jasin bangun.

Sahabat saya Raub, sebenarnya apa ucapan saya tadi, saya rasakan kebimbangan. Sebelum itu RMKe-11 ini adalah satu public document dan telah dibuat dengan begitu rupa. Bukan sahaja terus dibentangkan tetapi setelah dibuat pemantauan dan juga pemeriksaan.

Apa yang saya sebut tadi, kebimbangan saya, unjuran yang tidak boleh kita capai. Oleh kerana sekurang-kurangnya kita dapat lihat kerajaan kita begitu bertenaga sekali, berjiwa besar mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang hebat.

Tak apa, tak apa.

Terima kasih.

Saya pun Tuan Yang di-Pertua, dokumen ini patut disediakan oleh EPU. Saya didatangi oleh seorang pegawai tinggi EPU, dia kata dokumen yang akhir, the outcome, lain daripada apa yang disediakan. Oleh sebab apa, saya ada satu explaination yang simple. Oleh sebab ini dokumen yang kamu sediakan daripada EPU dibagi kepada bos-bos kamu, bos kamu bagi kepada PEMANDU. Oleh sebab itu jadi macam ini sekarang. Jadi, integriti pun kita persoalkan. Ini saya cakap terus- terang sebab saya pun ada akses kepada orang-orang daripada EPU sebab merupakan bekas orang UMNO, jadi dia orang datang kepada saya, dia bagi tahu. Jadi, saya terima dengan hati terbuka bahawa sebab kalau benda ini tidak betul, sebab ini melibatkan seluruh negara. Akan tetapi saya hendak tegur tadi, saya beritahu di mana tadi? Iaitu sokongan kepada UMNO. Kalau tengok rating, personal rating Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 40%. UMNO punya rating 30%. Sebab tengok runtuh kepercayaan kepada pemerintah. Sebab apa? Oleh sebabnya kita seterusnya menjangka mengapa tidak mampu menyatukan? Ahli sosiologi ada satu konsep untuk menerangkan perkara ini. Ia dipanggil sebagai sosial kapital. Apabila sosial kapital ini runtuh dan musnah, kepercayaan dan keyakinan kepada pemerintah kurang. Apa dia sosial kapital ini? Yakni himpunan nilai-nilai dan perlakuan sukarela untuk bekerjasama dan bermuafakat. Punca musnahnya ialah kerana perasaan saling percaya mempercayai atau trust sudah musnah. Rakyat tidak lagi percaya dengan mereka melakukan kebaikan ikut perintah, duduk, tunduk dan diam, pemerintah akan melakukan kebaikan kepada mereka sebagai balasan. Reciprocity itu tidak ada. Jadi, sebab itu, kalau kita tidak perlu pakai agama untuk menerangkan mengapa ia terjadi begitu, kita boleh terangkan sebabnya ialah musnahnya sosial kapital itu sebab rakyat sudah tidak percaya. Walaupun apa kita buat

sampai sehingga hari ini, jadi kurang apabila kepercayaan bahawa walaupun rakyat baik, tunduk, sokong kerajaan selama ini tetapi tidak dapat dibalas dengan kebaikan juga, mereka hilang menaruh keyakinan kepada mereka. Bila percaya mempercayai ini musnah, maka hati ini tidak boleh lagi disatukan. Walaupun Tuhan sahaja yang boleh menyatukan hati dan jiwa, itu tidak mengecualikan pemimpin dari memupuk kepercayaan di kalangan rakyat. Mengenai tadi saya sudah sebut angka-angka semenjak tahun 2014 tadi walaupun disiapkan. Saya salute dan saya menghormati dan mengiktiraf kerja kuat dan bertungkus-lumus pegawai-pegawai EPU menyediakan angka dan dokumen yang paling penting ini. Oleh sebab ia melibatkan pemajuan negara kita untuk lima tahun yang akan datang. Saya tahu mereka bertungkus- lumus siang dan malam untuk menyediakan dokumen ini dan memberi pandangan- pandangan yang jujur dan ikhlas. Akan tetapi apabila political masters melakukan perubahan, mereka merasa hampa. Oleh sebab itu, ini we got to face the facts, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa di kalangan pegawai-pegawai kerajaan pun yang senyap-senyap menentang dan tidak menyokong kerajaan bertambah ramai.

Yang Berhormat Raub boleh tanya sedikit? Kuala Kangsar. Adakah Yang Berhormat Raub beranggapan bahawa sekiranya dokumen yang penting ini hanya dibuat oleh pihak EPU saja? Sekiranya EPU saja yang membuat itu, adakah pihak Yang Berhormat Raub tidak mempertikaikan apa yang dibentangkan oleh EPU sekiranya EPU membuat dokumen ini? Terima kasih.

Yang dipertikaikan apabila ada perbezaan atas apa yang dibuat. Akan tetapi traditionally, Rancangan Malaysia yang dulu- dulu disediakan oleh EPU. Pegawai-pegawai kerajaan yang terlatih di dalam bidang-bidang masing-masing. Saya percaya pegawai-pegawai yang bekerja di Kementerian Kewangan adalah yang terbaik di antara orang-orang yang kerja di sana. Saya rasa mereka mempunyai kemahiran untuk menyediakan. Kalau dahulu mereka boleh lakukan sebab mereka pergi on the ground, bertanya masalah dan kemudian merumuskan perkara- perkara yang dikehendaki oleh rakyat. Saya fikir apa yang disediakan oleh EPU itu lebih lagi mendatangkan keyakinan dan kalau tidak ada percanggahan, siapa pun yang bagi pemutus, pelengkap dokumen itu tidak dipertikaikan. Akan tetapi apabila ada perbezaan, kita mulalah tidak percaya. Jadi balik, balik ya. Saya hendak bercakap ini. Tadi konsep B40 ini Tuan Yang di-Pertua, B40, 40% ya. Saya ada dokumen daripada EPU. Sebahagian daripada EPU. Ini mean monthly gross household income of top 20%. Dalam 2012, mutakhir sekali. Saya hendak bercakap mengenai bumiputera. Bumiputera saja Tuan Yang di-Pertua. The top 20%, T20 mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM10,666 dan bumiputera B40, RM1,686. Kalau kita buat unjuran, kalau kita gunakan 2014 punya angka yang dikemukakan oleh RMK-11 ini, bermakna jurang itu secara relatifnya tidak lagi berkurang, masih lagi kekal di dalam pendapatan T20, tujuh kali ganda daripada yang bottom 40. Jadi sekarang ini kita tanya the underline thinking is kita menyelesaikan, kita tengok, kita baca RMK-11 dia punya pemangkin kemajuan RMKe-11 untuk mencapai ialah sektor swasta. Soalan yang saya tanya, soalan yang saya terfikir sendiri, apakah pimpinan sektor swasta ini memikirkan dan mementingkan dan memberi keutamaan kepada golongan B40? Tentulah mereka menulis the rules of game yang akan menguntungkan dan memberi faedah kepada mereka sendiri. T20 atau T1. Dalam dokumen ini kita sebut fasal B40 tetapi sedikit pun tidak menyebut mengenai T20. Golongan yang kaya raya ini, yang menguasai 50% kekayaan negara. Pendapatan lebih tinggi, tujuh hingga lapan kali ganda. Kita tidak pernah tanya mengapa mereka jadi begitu. Saya tengok yang golongan- golongan ini di kalangan orang Melayu ini, terutama bumiputera yang berada di dalam golongan T20. Mereka ini, kegiatan yang menyebabkan mereka kaya dipanggil oleh economist sebagai rent-seeking. Kaya bukan kerana mereka menghasilkan sesuatu ataupun penyumbang tenaga tetapi mereka memiliki sesuatu hak milik ke atas sesuatu yang mendatangkan hasil. Sebagai contoh AP, yang banyak AP. Dia tidak buat apa-apa tetapi hanya mempunyai lesen untuk mendatangkan hasil atau mempunyai kuota atau mempunyai AP bawang. AP bawang ini dulu, ini simple. Barang yang digunakan oleh

rakyat biasa. Bertahun-tahun daripada zaman Tun Dr. Mahathir lagi. Satu family mempunyai monopoli import bawang daripada India, dari mana-mana. Kenapa tidak pergi kepada orang ramai kalau kita betul-betul hendak membantu B40 ini keluar daripada kepompong kemiskinan, yang mempunyai lesen dan kuota ataupun pemberian ihsan daripada kerajaan, pemerintah. Mereka inilah yang pergi melepasi daripada ruang kemiskinan dan mereka menjadi kaya, meninggalkan B40, mengekalkan golongan B40 ini dalam golongan B40. Ini kita tidak pernah tanya. Akan tetapi kita memberi solution dan kita memberi justifikasi orang miskin ini, mengapa mereka miskin. Macam- macam hal. Ini golongan… [Berucap dalam bahasa Arab] Kalau orang ini pergi mana-mana, suruh tiap-tiap kali bersyukur tetapi bersyukur membawa padah kepada mereka sebab mereka kekal di dalam golongan B40. Ini yang kita selalu mempersoalkan. Sebabnya kalau kita tengok yang kaya tadi bertambah kaya. Ini bukan satu klise sebab tiap-tiap kali disebut begini tetapi inilah yang berlaku. Sebab yang golongan B40 dengan pendapatan RM1,686 ini untuk mendapat RM200 tambahan dalam dua tahun lagi pun amat susah dan kita tengok yang sedihnya saya rasa majoriti yang berada di bawah B40 ini ialah orang Melayu yang selama ini bergantung harap pada kerajaan dan saya tidak salahkan. Parti UMNO, kita sebut Parti UMNO mempunyai peranan pada orang Melayu ini sebab apa dia bagi ketenteraman fikiran kepada orang Melayu. Kita kata itu. Akan tetapi sebelah sini kita akan sampai bila-bila pun akan cuba menjatuhkan UMNO daripada memerintah. Tadi yang mereka mengharapkan selama ini mengangkat dan membaiki keadaan B40 ini tidak pernah berlaku sebab kita mengharapkan golongan atas T20 itu merancang untuk kepentingan B40. Susah. Orang yang kuat-kuat, orang yang kaya-kaya ini tidak memikirkan…

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Rompin.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Sahabat saya daripada Raub. Statement itu harus difikirkan semula, maknanya T20 merangka dan merangsang golongan B20. Kalau kita lihat golongan peniaga dan pengusaha adalah golongan yang penting dalam mana- mana society yang akan memainkan peranan untuk memacu pertumbuhan ekonomi golongan peniaga. Dalam Islam pun golongan peniaga adalah golongan yang tahapnya tinggi martabatnya. Jadi statement itu saya rasa tidak tepat. Sahabat lama saya ini, tidak tepat, dia kata golongan T20 merancang B40. Itu tidak tepat. Saya rasa harus ditarik balik dan dikaji semula.

Itu pandangan saya, saya tidak perlulah tarik balik sebab saya melihat dia seperti– kalau kita lihat keseluruhannya. Orang- orang yang melakar RMK-11 ini masih lagi tersemai dalam fikiran mereka the trickle-down effect economy, lelehan ke bawah. Biar orang atas merancang apa dibuat untuk B40. Orang miskin, kamu dengar apa yang kami cakap. Ikut, maka kamu semua akan pergi ke syurgaloka. Semua akan selesai masalah. Akan tetapi ini tidak berlaku yang demikian sebab kita tengok, saya melihat kalau ada kesungguhan dan saya tengok langkah-langkah yang mahu diambil ini bagus tetapi pengucapan itu berbeza dengan pelaksanaan. Kita tidak tahu benda ini akan berlaku atau tidak sebab banyak kita tengok dalam kes bidang- bidang focus area A atau C atau E senantiasa di bawah sekali itu mesti ada persoalan mengenai delivery system. Ini satu isu yang besar. Betul kita ada grand design, kita bagus, kita boleh cakap kita mempunyai niat yang suci dan murni tetapi kalau pelaksanaan itu tidak dilakukan dengan betul dan jujur dan amanah maka objektif dan matlamat RMKe-11 khususnya di dalam menambahbaikkan keadaan golongan B40 ini tidak akan tercapai. Saya melihat lagi satu sebagai contoh kalau ada kesungguhan yang betul. Ini telco. Telco ini kalau betul, sebab saya tengok dalam satu daripada kumpulan yang mahu dibaikkan ialah kumpulan wanita. Kita tengok telco ini prepaid business, berbilion-bilion. Tahun lepas 2 bilion, 3 bilion, 4 bilion dilakukan oleh the top 3. Saya hendak tau kalaulah betul-betul dia suka, mengapakah tidak lantik peruncit di seluruh negara? Practice sekarang ini dia bagi kepada 3 atau 4 regional big timers yang akan menjual, yang menjual prepaid dan starter kit.

Mengapa tidak terus beri kepada golongan wanita? Kalau betul-betul hendak mengangkat martabat wanita, ibu tunggal kah. Bagi, because ini business yang bukan berteknologi tinggi. Hanya membuka satu booth, jual prepaid punya starter kit dengan tapak. Ini patutnya kita kena fikir sebab ini satu jalan yang boleh memberi satu pekerjaan yang saya ingat bermaruah kepada wanita-wanita untuk berniaga dan mengangkat diri mereka dan melepaskan diri daripada golongan B40 ini.

Lagi satu ialah satu yang senantiasa menghantui ramai orang iaitu apakah definisi seperti yang dirisaukan oleh ramai orang termasuk sebelah sana ialah kita jangan malu untuk memperakui bahawa kita ada golongan miskin yang ramai tetapi kita boleh menyembunyikan golongan miskin ini dengan menaruh dan menggunakan satu benchmark yang paling rendah. Kalau kita gunakan RM790 bagi Semenanjung dan RM910 bagi Sarawak iaitu Poverty Income Line (PIL) maka saya rasa kalau kita buat kajian memanglah golongan miskin ada 1% sahaja. Import sebilangan orang kecuali yang mahu hampir-hampir kebulur dan tidak ada rumah, yang duduk merempat mempunyai pendapatan RM760, RM990 ataupun di Sabah RM1,050. Kalaulah sebab yang lazimnya angka yang diguna Poverty Income Line (PIL) yang digunakan oleh World Bank, organisasi seperti World Bank ataupun badan-badan international yang lain ialah ia mesti 50% daripada median income, pendapatan menengah. Kawan saya Yang Berhormat Sungai Siput tadi guna 60% daripada itu tetapi ini pakai 50% daripada pendapatan menengah atau median income. Kalau seperti yang disebut median income kita ialah RM3,626 maka kadar garisan kemiskinan yang patut digunakan untuk semua, jangan beza. Maybe, boleh jadi Sabah dan Sarawak itu sebab ada mempunyai keunikan di dalam negeri masing-masing boleh jadi kadar garisan kemiskinan itu lebih tinggi tetapi kita patut lebih menggunakan angka RM1,800 atau lebih sebagai garisan kemiskinan, Poverty Income Line. Jadi saya rasa lebih baiklah kita menggunakan kadar kemiskinan yang relatif seperti yang disebut tadi adalah lebih relevan dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun seperti Malaysia kerana ia mengukur jumlah isi rumah yang terletak jauh daripada pendapatan menengah. Saya juga tengok fokus area E Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Ini lama, satu subjek yang dahulu semasa saya di dalam parti sana sampai sekarang ini saya tidak pernah jemu-jemu bercakap di mana-mana. Saya hairan setelah puluhan tahun keadaan orang Melayu dan Bumiputera masih lagi dipercakapkan serupa 10 tahun dahulu, 15 tahun dahulu. Sedangkan saya tengok Raja-raja Melayu semua Melayu, Menteri Besar semua Melayu, Ketua Secretary semua Melayu, pegawai-pegawai semua Melayu, ramai Melayu. 95% kalau di Semenanjung orang Melayu. Akan tetapi mengapakah keadaan orang Melayu di bawah sana tidak diperbaiki? Ada tiga perkara di sini saya ingat. Pertama, orang Melayu yang ada mempunyai kedudukan lebih mementingkan diri sendiri, dia tidak tolong bangsa Melayu sebab orang Melayu dia faham. Ini life contohnya orang Melayu hendak pergi dapat tanah di Raub yang saya intercede, sukar sangat hendak dapat. Bertahun-tahun tidak dapat hak milik, hendak proses TOL pun susah. Ada sahaja alasan itu tidak boleh, ini tidak boleh. Akan tetapi dua minggu kemudian kita tengok tanah itu telah diberi kepada orang lain. Ada orang lain pula occupy tanah itu. Jadi ini satu perkara yang kena dibetulkan sebab ternyata orang Melayu, pimpinan Melayu yang mempunyai kedudukan tidak membantu orang Melayu. Nombor dua, Tuan Yang di-Pertua boleh jadi delivery system itu tidak ada, tidak betul. Oleh sebab apabila dia tengok, misalnya di Raub pembukaan tanah illegal ini banyak dilakukan. Secara kebetulan saya hendak beritahu secara jujur dan terus terang di sini dilakukan orang Cina. Akan tetapi kuasa yang membenarkan ialah pejabat tanah dan daerah. Mengapa boleh terjadi demikian? Sedangkan orang Melayu hendak minta dua ekar pun dihambat oleh enforcement officer. Mengapa jadi begini? Sedangkan kita boleh membantu kalau betul-betul memberi dan meletakkan sumber pengkayaan dalam tangan orang-orang miskin ini secara langsung tidak perlu intermediary lagi. Ini satu kelemahan kalau kita betul-betul hendak mengangkat, hendak memperkasakan ekonomi orang Melayu sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

mengisytiharkan di UiTM tahun lepas atau dua tahun dahulu mengenai Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini. Cerita, cara dan kaedah lama juga yang mahu digunakan bahawa kita akan mewujudkan institusi dan orang tengah untuk mengkayakan supaya lelehan ke bawah, trickle-down effect itu akan datang kepada orang bawah. Akan tetapi tidak akan terjadi sebab orang-orang ini saya telah explain dalam satu tulisan bahawa apabila orang ini ada kedudukan masing-masing dia ada buat satu perkara yang menyebabkan pengukuhan dan bertambah kuatnya golongan T20 ini menguasai kekayaan dan pendapatan negara iaitu mereka akan buat regulatory capture. Ini satu, teori yang explain. Walaupun orang itu beragama, orang itu baik macam mana pun tetapi kalau lelaki dan perempuan itu diberi peluang dan berdepan dengan peluang untuk buat duit secara senang, ya mereka akan lalukan. Oleh sebab orang yang di atas jugalah yang right the rules of the game untuk memudahkan mereka. Oleh sebab itu saya kembali kepada tema bahawa amat sukar kalau kita mempunyai minda trickle-down economics ini, kita rancang di atas, kita wujudkan institusi, kita wujudkan banyak intermediary yang sudah ada lama tetapi keadaan orang Melayu bumiputera masih berada di tapak yang lama juga.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Raub, boleh sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah bangun.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Raub. Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Raub kerana itu pada saya menunjukkan civil servant Melayu itu color blind. Di Kedah juga saya ada banyak kes yang macam tadi orang-orang miskin yang kita rasa deserving tetapi akhirnya tidak dapat, dapat pada orang lain. Ya, mungkin mereka color blind. Itu minta komen daripada Yang Berhormat Raub. Terima kasih.

Ya saya percaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, selepas ini Yang Berhormat Raub boleh gulung.

Ya, saya percaya bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang ada, yang consciences, ada yang baik boleh jadi sebab saya ini bekas orang UMNO Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya boleh menyelesaikan masalah-masalah dengan jumpa DO bagi terang sebab yang hendak ditolong ini rakyat biasa tidak kira Melayu atau Cina. Jadi mereka apabila dengar reasoning itu sebab mereka ini manusia biasa yang boleh act reasonable, yang membuangkan hal-hal politik ini, masing-masing dimotivasikan untuk membaiki keadaan masyarakat mereka boleh membantu. Jadi itulah yang kita boleh lakukan tanpa hendak buat demonstrasi, hendak buat bising. Oleh sebab yang bising-bising ini datang daripada RMKe-11. Bising yang menyeronokkan dan yang mengigaukan kita tetapi kita tidak tahu di manakah sama ada betul-betul boleh dilaksanakan. Banyak benda ini kita tidak boleh do justice, dengan izin untuk bincang perkara RMKe-11 dalam masa 15 minit hingga 20 minit. Ini memerlukan satu kajian dan penulisan. Insya-Allah ada sedikit sebanyak ini merupakan bidang saya, bolehlah saya memberikan pencerahan mengenai perkara-perkara spesifik. Akan tetapi itulah saya tidak sempat lagi sebut. Ini gulung Tuan Yang di-Pertua iaitu area C tadi fokus area C iaitu membangunkan luar bandar. Saya tengok langkah–langkah yang diambil bagus hendak memberikan peranan yang penting kepada institusi-institusi yang membangunkan sama ada belia ataupun jawatankuasa masjid dan surau ataupun yang paling digembar-gemburkan ialah Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Semasa saya berada di Dewan Undangan Negeri Pahang dahulu saya membuat satu cadangan sebab ini kalau orang Melayu, pemimpin Melayu betul-betul mahu membangunkan orang Melayu kualiti pemimpin yang berada paling hadapan iaitu JKKK ini mestilah yang baik-baik. Ya, saya tidak merendahkan sumbangan yang boleh dimainkan tetapi mereka mempunyai sumbangan yang sesuai dengan kedudukan dan pendidikan, latar belakang dan pengalaman yang mereka ada.

Akan tetapi kalaulah Jawatankuasa Kampung semasa saya dahulu tetapi tidak tahulah ini sudah bertukar tetapi pemimpin terdiri daripada jaga bank, pemimpin terdiri daripada jaga sekolah, itu saya rasa macam mana orang ini hendak bangunkan bangsa Melayu? Ini dia berada di depan, berada di front line. Oleh sebab itu hari itu saya suruh hapuskan JKKK ini, letak pegawai kerajaan yang serve kampung-kampung tersebut. Jadi Tuan Yang di-Pertua sudah ya. Saya pun akur dengan teguran Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih bagi peluang.

Dato’ Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin

Cuma hendak tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah, sudah habis masa. Ramai lagi. Ya, Yang Berhormat Tanah Merah.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang. Menunggu lama ini. Saya turut mengambil bahagian membahas Usul RMKe-11 yang dicadangkan. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas yang jelas meletakkan rakyat sebagai tunjang dan keutamaan dalam semua pembangunan negara. Kalau dikaji, tiada mana- mana pun golongan yang terpinggir atau dipinggirkan. Malah apa yang cukup menggembirakan, ia bagai satu dokumen menjadi hak rakyat untuk menjayakan matlamat Malaysia untuk muncul sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Tanah Merah. Saya nampak ramai ahli wakil rakyat tidak berpuas hati. Masa ada lagi. Kita akan bagi peluang lagi. Signal-signal kepada saya itu saya faham. Ada nama-nama yang telah disenaraikan, kita akan bagi peluang. Sabar ya.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Terima kasih. Saya tidak lama, ringkas sahaja. Bagi peluang kepada rakan-rakan saya. Yang Berhormat Sabak Bernam menunggu itu. Sepertimana yang ditegaskan oleh pucuk pimpinan negara, Rancangan Malaysia Kesebelas adalah lonjakan terakhir sebelum memasuki gelanggang negara maju dengan memberi tumpuan kepada pembangunan untuk kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan inklusif dan mengambil kira keperluan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, tiada sesiapa pun boleh menafikan RMKe-11. Berdasarkan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ia ibarat satu rancangan yang berteraskan negara dimajukan, rakyat disejahterakan. Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan kita ialah sejauh manakah apa yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan supaya ia mencapai matlamat yang diidam-idamkan? Ini memandangkan, sama ada rancangan ini akan berjaya atau tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada komitmen sepenuhnya daripada semua pihak. Dari segi rakyat pula, mereka bertanggungjawab mengekalkan perpaduan dan kestabilan sedia ada bagi memastikan rancangan yang diatur tidak terencat atau tergendala. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan luar bandar, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana turut memberikan tumpuan utama kepada penduduk luar bandar. Ini termasuklah Program Baik Pulih Rumah yang akan melibatkan 400,000 buah rumah di seluruh negara serta pembinaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti bekalan air dan jalan raya. Walau bagaimanapun, sementara tumpuan harus diberikan kepada penduduk luar bandar, saya juga ingin meminta kerajaan memberi tumpuan kepada penduduk di bandar khususnya generasi muda yang berasal dari kawasan luar bandar. Mereka ini datang ke bandar-bandar untuk mencari rezeki yang halal dan pulang ke kampung untuk beristirahat termasuklah menziarahi ibu bapa. Mungkin mereka gembira dengan pembangunan di kawasan-kawasan melalui perancangan RMKe-11, tetapi dalam masa yang sama, kehidupan mereka di bandar juga harus dititikberatkan.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Selain meningkatkan sumber pendapatan, adalah penting jika mereka dibantu dari segi memiliki rumah di bandar-bandar. Ketika ini, kita perlu mengakui bahawa syarat pinjaman perumahan dianggap penghalang utama kepada golongan tersebut untuk memiliki rumah. Oleh itu, saya menggesa kerajaan melalui Bank Negara meneliti semula syarat perumahan bagi memastikan usaha kerajaan untuk menggalakkan setiap rakyat memiliki rumah sendiri dapat dipenuhi selaras dengan pelaksanaan RMKe-11. Walaupun terdapat usaha berterusan daripada kerajaan untuk membina rumah mampu milik, tetapi proses penjualannya masih tidak mencapai sasaran ekoran syarat pinjaman perumahan masih ketat. Keadaan itu akan memberi kesan kepada rakyat khususnya generasi muda untuk memiliki rumah sendiri. Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Kelantan, saya mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana melalui RMKe-11 Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan tiga projek mega di negeri Kelantan iaitu pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan projek tebatan banjir. Alhamdulillah di atas pengumuman tersebut. Berdasarkan pengumuman Kerajaan Pusat melaksanakan tiga projek mega melalui RMKe-11, ia sudah pasti mampu menepiskan tanggapan negatif ataupun lebih tepat lagi propaganda politik pihak tertentu yang terus membuat tuduhan lapuk kononnya Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan. Tuduhan seumpama itu bukan sahaja tidak berasas, malah hanya hujah mereka yang sudah bankrap modal politik. Selama ini sudah beratus juta diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan. Sudah pasti jumlah itu jauh lebih besar berbanding dengan apa yang diberikan oleh Kelantan kepada Kerajaan Pusat. Akan tetapi, bukan itu yang menjadi perhitungan Kerajaan Pusat apabila membantu Kelantan. Apa yang lebih utama bagi Kerajaan Pusat ialah membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik. Saya ingin membaca statistik pemberian kewangan di bawah peruntukan perlembagaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Dari tahun 2011 hingga 2014, jumlah keseluruhan pemberian kewangan di bawah peruntukan perlembagaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan mencecah RM1.5 bilion di mana tahun 2014 sahaja diperuntukkan RM377 juta. Juga pemberian penyelenggaraan jalan negeri, yang ini terus diberi kepada tabung kerajaan negeri, pada tahun 2014 sebanyak RM135,708,269. Jadi tidak timbullah. Begitu juga dengan pecahan bilangan projek mengikut negeri. Ini saya dapat statistik daripada Kementerian Kewangan. Dalam RMKe-9, sebanyak 25,974 projek seluruh negara. Daripada pecahan bilangan projek, negeri Kelantan di tempat ke-10 daripada 15 termasuk Wilayah Persekutuan. Akan tetapi di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, daripada 11,576 projek, Kelantan mendapat tempat ke-8, naik dua tingkat daripada Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini menunjukkan tohmahan mengatakan anak tiri adalah tidak benar. Malah masih kita ingat ketika bencana banjir dahulu, Kerajaan Pusat melalui pelbagai agensi tidak putus- putus memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memulihkan keadaan. Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa bersama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ditubuhkan. Semua itu menjadi bukti bahawa Kelantan tidak pernah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Baru ini apabila Air Kelantan, AKSB mohon bantuan RM36 juta untuk repair loji dan sebagainya yang rosak, Kerajaan Pusat lulus dan bagi sepenuhnya RM36 juta. Begitu juga peruntukan kepada PBT Majlis Daerah, Kerajaan Pusat telah beri RM19 juta. Jadi jelas Kerajaan Pusat sentiasa bantu dan tidak timbul tidak tolong ataupun dipinggirkan. Menyentuh RMKe-11 pula, pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai akan merealisasikan impian rakyat Kelantan yang sebelum ini dibuai dengan mimpi indah lebuh raya itu akan dibina oleh Kerajaan Kelantan melalui kutipan derma. Kalau melihat kepada kosnya, entah bila ia akan siap. Akan tetapi, Kerajaan Pusat tampil untuk menjadikan impian rakyat Kelantan satu kenyataan, insya-Allah. Lebuh raya itu diputuskan akan dibina pada RMKe-11. Dalam hal ini juga, saya ingin mengambil kesempatan memuji pihak MKN ketika waktu banjir walaupun saya tahu ia satu perkara yang luar biasa, banjir yang luar biasa, kegigihan dan kesungguhan staf MKN harus diberi kepujian.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Saya juga ingin menyambung kembali mengenai kerajaan memutuskan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Saya pasti ia akan memberi manfaat yang besar kepada industri pelancongan dan ekonomi Kelantan. Kalau benarlah kerajaan Pusat dituduh menganaktirikan Kelantan, mungkin Kerajaan Pusat ini bapa tiri yang paling baik di dalam dunia ini kerana bersusah payah membantu anak tirinya. Walau bagaimanapun, kita yakin Kerajaan Pusat tidak akan menganaktirikan Kelantan. Kalau sikap itu mahu dilakukan, sudah lama Kelantan tidak akan mencapai nikmat pembangunan. Apa yang ada di Kelantan sekarang, sebahagian besar adalah sumbangan Kerajaan Pusat, bukan daripada kerajaan negeri. Oleh itu, saya mengharapkan wakil-wakil sahabat saya daripada wakil PAS khususnya dari Kelantan, bersyukurlah dengan keikhlasan Kerajaan Pusat membantu Kelantan. Semalam saya dengar Yang Berhormat Rantau Panjang masa dia bahas, memang dengan suara yang tinggi, tetapi saya nampak dia macam pening juga. Sekejap dia kutuk kata anak tiri, tetapi dia kata terima kasih. Jadi yang mana satu? Sekejap dia kutuk, sekejap terima kasih. Jadi saya harap dia pun tidak pening kepalalah semasa pemilihan bulan Jun nanti, pilihlah yang benar-benar yang sepatutnya. Bagaimanapun, apa yang saya harapkan apa yang dibentangkan akan dilaksanakan kerana kita tidak mahu ada tanggapan kerajaan hanya tahu mengumumkan tetapi tiada pelaksanaan yang dilakukan. Menyentuh soal ini, saya juga oleh kerana ada wakil dari Rantau Panjang ini, dia dalam Majlis Daerah Pasir Mas, kerana saya tengok Yang Berhormat Pasir Mas ada dalam Dewan. Kalau saya hendak buat perbandinganlah, saya tengok pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan kepada pihak berkusa tempatan untuk pentadbir urus. Apabila saya melihat ini ada 12 Majlis Daerah, yang saya terkejutnya di mana daripada 12 PBT, yang lima terbawah daripada peruntukan geran tahunan semuanya di kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Yang ke atas semuanya di pihak satu lagi.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Contohnya nombor satu Majlis Perbandaran Kota Bharu, mendapat geran 2011 hingga 2014 sebanyak RM3.4 juta. Tanah Merah, di kawasan saya ini Tanah Merah nombor lapan hanya RM1.4 juta. Yang kesembilan Kuala Krai, ini sebanyak RM1 juta. Daerah Dabong RM1 juta, Jeli ini kawasan Barisan Nasional yang hanya RM900,000. Gua Musang yang terakhir sekali yang dimenangi oleh Barisan Nasional hanya RM800,000. Majlis Daerah Pasir Mas nombor empat tertinggi daripada dua belas. Jadi lagi sekali membuktikan tidak timbul anak tiri. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Okey, saya juga mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa kepentingan penduduk kawasan saya, kawasan Parlimen Tanah Merah. Pertama saya ucapkan jutaan terima kasih atas pengumuman sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai bahawa Tanah Merah, insya-Allah akan dibina MRSM. Walau bagaimanapun saya memohon supaya ia dapat dibuat dalam rolling plan yang pertama RMKe-11 iaitu pada tahun hadapan. Ini memandangkan perancangan MRSM ini sepatutnya dalam RMKe- 9 lagi tetapi ia tidak dilaksanakan. Kita tidak mahu warga Tanah Merah yang begitu mengharapkan kewujudan MRSM kecewa lagi. Untuk makluman, sekolah tersebut amat penting kerana setiap tahun Parlimen Tanah Merah melahirkan anggaran 400 orang pelajar cemerlang UPSR setiap tahun. Saya yakin dengan pembinaan MRSM dalam rolling plan pertama awal tahun depan, ia membolehkan penduduk Tanah Merah menghantar anak mereka ke sekolah tanpa perlu ke Johor, Pahang dan Terengganu semata-mata mahu memberikan pendidikan yang terbaik. Menyentuh soal pendidikan juga, saya ingin bertanya khususnya kepada Kementerian Pendidikan mengenai pembinaan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang saya difahamkan turut tersenarai dalam RMKe-11. Persoalan ini saya bangkitkan kerana baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah datang ke Tanah Merah dan di mana Yang Amat Berhormat telah memaklumkan kepada saya sendiri

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

bahawasanya SBPI Tanah Merah akan dimasukkan dalam RMKe-11. Jadi jika ia dimasukkan, saya berharap ia juga dapat dibina pada rolling plan yang pertama kerana tanah telah pun disediakan. Berhubung dengan kemudahan rakyat pula, saya ingin juga meminta kerajaan dapat melaksanakan flyover ataupun jejantas di bandar Tanah Merah seperti mana yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada dua-tiga tahun yang lepas. Pembinaan jejantas ini amat penting kepada keselesaan aktiviti harian penduduk Tanah Merah kerana kesesakan jalan yang menyulitkan kami penduduk Tanah Merah terpaksa berhenti dua belas kali sehari kerana kereta api lalu. Saya harap ia dapatlah dibina dengan segera. Satu lagi perkara penting yang saya hendak bangkit dan hendak ketengahkan ialah saya menggesa diambil tindakan segera ialah masalah bekalan air bersih di Hospital Tanah Merah. Kerajaan Pusat dah bagi RM36 juta kepada AKSB dan saya harap masalah air di Hospital Tanah Merah dapat diselesaikan kerana situasi hospital tersebut ialah tangki air ada tetapi air tidak ada di tangki. Jadi ia menyebabkan banyak isu, menyukarkan operasi hospital seperti pembedahan kepada pesakit-pesakit tidak dapat dilaksanakan, terpaksa ditangguhkan kerana masalah bekalan air. Oleh itu saya minta segera kerajaan negeri melalui Air Kelantan memastikan bekalan air yang mencukupi diterima oleh Hospital Tanah Merah. Apa yang berlaku sekarang amat kritikal, perlu diselesaikan segera kerana kita tidak mempertaruhkan nyawa pesakit-pesakit hanya disebabkan masalah bekalan air. Begitu juga pejabat kesihatan di Tanah Merah, kini amat daif dan perlu diupgrade. Apatah lagi bila banjir besar berlaku baru ini, banyak pejabat kesihatan telah mengalami kerosakan yang teruk dan banyak kawasan pejabat kesihatan perlu dibina baru atau diupgrade. Jadi saya harap Kementerian Kesihatan ambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pejabat-pejabat kesihatan di Tanah Merah. Perkara yang terakhir, saya juga menyentuh di kawasan Parlimen saya ialah mengenai Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah yang mana saya minta KDN dapat menaik taraf kemudahan IPD Tanah Merah dan kalau boleh IPD tersebut dibina baru ataupun dipindahkan ke kawasan yang lebih selesa kerana IPD yang sedia ada tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah pekan. Dalam waktu yang sama juga, saya mahu Pusat Tahan Pendatang Asing (PATI) di Tanah Merah yang kini begitu ramai tahanan, bilangan tahanan sudah bertambah. Bila saya melawat kawasan itu ramai tahanan yang begitu sempit, tidak selesa. Atas dasar kemanusiaan, saya harap KDN dapat membina pusat tahanan yang baru agar memberi keselesaan kepada tahanan-tahanan tersebut. Akhir kata sebagai rumusan kepada perbahasan saya, sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan satu rancangan pembangunan yang cukup besar ertinya kepada rakyat dan negara. Saya yakin sama ada RMKe-11 ini mampu dilaksanakan atau tidak, segala impian akan tercapai atau tidak, segala-galanya bergantung pada komitmen semua pihak bagi menjayakannya. Insya-Allah dengan komitmen tanpa berbelah bagi, negara kita yang dicintai ini akan melangkah masuk ke tahun 2020 sebagai negara maju dengan jayanya. Dengan ini, Tanah Merah menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, senarai nama ini tidak ada seorang pun, Yang Berhormat Kapar tidak ada, Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada, Yang Berhormat Serdang tidak ada, Yang Berhormat Pandan tidak ada, Yang Berhormat Ipoh Barat tidak ada, Yang Berhormat Bachok tidak ada, Yang Berhormat Subang tidak ada, Yang Berhormat Seputeh tidak ada, Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak ada, Yang Berhormat Kluang tidak ada, Yang Berhormat Kuala Kedah ada.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana juga memberikan lonjakan adrenalin. Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk bercakap dalam membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas. Kali pertama saya bercakap tentang Rancangan Malaysia Kesebelas dan saya mewakili satu kawasan Tuan

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang di-Pertua yang mempunyai masalah besar. Bila disebut kesejahteraan berpaksikan rakyat dan maknanya kita hendak bagi banyak pelaburan, investment kepada rakyat Tuan Yang di-Pertua. Malahan dikatakan pertumbuhan kita berpaksikan rakyat dan salah satu daripada teras daripada Rancangan Malaysia Kesebelas ialah meningkatkan kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, di tempat saya dan di banyak tempat lain saya percaya, sekarang ini pada sebahagian rakyat kita itu adalah slogan kosong kerana mereka sebenarnya tidak – walaupun berkeinginan, mereka tidak dapat terlibat dalam segala program pembangunan akibat daripada satu hambatan yang telah kita abaikan, mohon maaf saya kepada semua agensi yang terlibat. Kita telah melakukan sesuatu sebenarnya tetapi tidak pernah berjaya iaitu penagihan dadah. Saya rasa sampai masanya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kita mengusahakan sesuatu yang konkrit untuk membasmi masalah ini secara tuntas. Pendekatan yang holistik yang sebelum ini kita melakukan pelbagai pendekatan tetapi kejayaannya sangat sedikit. Kita punya pusat pemulihan Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita dah habiskan berjuta ringgit, masa, tenaga dan juga air mata keluarga dan orang yang bersama menjalankan usaha pemulihan itu, maka hasilnya kurang daripada 10%. Ini diakui di dalam buku Rancangan Malaysia Kesebelas ini bahawa walaupun penagih dadah berkurangan daripada 2011, penagih baru 13,680, 2014 cuma 13,270 tetapi penagih dadah berulang meningkat daripada 5,848 kepada 7,956. Perlu saya ingatkan bahawa ini statistik dan statistik ada cara bacanya, tidak semua digambarkan. Itu yang sampai kepada statistik, yang tidak sampainya lebih ramai. Saya kebetulan di kawasan yang mempunyai masalah dadah ini. Saya cukup tahu bahawa bagi seorang penagih dadah yang muncul di statistik, ada lima orang lagi yang terlibat dan yang menderita jauh lebih banyak. Kita habiskan banyak wang Tuan Yang di- Pertua tetapi apabila kita tidak mengenal pasti masalahnya dengan jelas, maka kita menembak secara rambang, kita menghabiskan banyak masa dan kita memberikan penekanan yang tidak betul kepada apa yang kita lakukan sekarang ini, maka hasilnya tidak tercapai. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang sangat besar yang saya perlu ulang sekali lagi bahawa kita kena atasi, kita tidak boleh menyembunyikan kepala kita dalam pasir mengatakan perkara ini telah kita lakukan suatu maka selesai. Tidak selesai. Ia sekarang meliputi hampir semua golongan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah, diambil semua. Saya cukup tahu di negeri Kedah, saya juga tahu di beberapa buah negeri lain di utara yang berdekatan dengan sempadan terutamanya, mereka mempunyai masalah yang banyak. Bersama dengan dadah ini datang masalah kesihatan lain. Masalah jangkitan HIV dan itu meningkatkan kos rawatan. AIDS dan lain-lain lagi. Peningkatan jenayah dan kita hilang ramai individu berbakat, hilang produktif dan pengalaman perit bagi sesiapa sahaja yang pernah terlibat merawat dan juga membantu keluarga yang punya penagih dadah tegar, itu satu-satu pengalaman yang paling buruk yang boleh dilalui oleh sesiapa pun.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Paling malang ialah apabila anak-anak terkena jangkitan HIV dan mendapat penyakit AIDS. Sangat-sangat menyedihkan dan selepas itu rawatan yang diberi yang berharga beribu-ribu ringgit setiap kali rawatan itu mencegah HIV sampai jadi AIDS, kanak- kanak tadi terpaksa diberikan suntikan, diambil darah berkali-kali dan cukup menderita. Kesannya cukup negatif kepada keluarga tadi dan juga segala yang terlibat merawatnya. Tuan Yang di-Pertua, kenapakah kita tidak berjaya dalam misi membanteras penagihan dadah. Saya berpandangan bahawa cara yang kita gunakan terlalu ditekankan kepada legislatif iaitu undang-undang sahaja sedangkan usaha-usaha lain yang kita lakukan seakan-akan “melepaskan batuk di tangga” sahaja dan kita tidak holistik. Kita tidak pergi ke akar umbinya. Kalau kita pergi ke akar umbi balik kepada basic. Back to basic, pada dasar apakah menyebabkan penagihan dadah berlaku dan merebak. Dadah disalahgunakan sejak zaman berzaman dari dahulu tapi dia merebak sekarang antara yang terbesar ialah kerana runtuhnya institusi keluarga dan kita Tuan Yang di-Pertua memberikan kerja dan tugas membaik pulih institusi keluarga tadi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Masyarakat yang kita anggap dalam benak dan minda kita, hampir kesemua kita menganggap ini ialah jabatan welfare part time. Kita pandang sebelah mata sahaja. Tidak ada apa perlu dibincang, tidak ada apa perlu difikirkan sangat cuma bagi bantuan. Itu tidak berkesan dan itu ialah satu pandangan yang malangnya diterima oleh kebanyakan rakyat ada berpandangan demikian tetapi itu menyebabkan setakat ini usaha-usaha untuk memperkukuhkan institusi keluarga tadi tidak berlaku, tidak berjaya. Saya melihat sendiri sebagai anak asal dan medical practitioner 23 tahun ini di kawasan yang paling hitam dadahnya bahawa ini ialah masalah terbesar. Yang pertama runtuhnya institusi keluarga. Institusi keluarga runtuh Tuan Yang di-Pertua, khususnya kerana proses pemodenan yang berlaku. Runtuhnya struktur keluarga tradisional. Keluarga tradisional ibu, bapa, anak dan selalunya ada datuk dan nenek dan ahli keluarga tua yang lain. Itu tidak wujud apabila berlaku proses pemodenan di kawasan-kawasan separa bandar. Yang berlaku ialah tinggal ibu, bapa dan anak dan kadang-kadang dan kerapnya terutamanya sekarang ini di kalangan golongan berpendapatan rendah...

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Petani bangun.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Kuala Kedah saya ucapkan tahniah Yang Berhormat kerana memberikan dengan detail sekali bagaimana dadah itu merebak dan akibatnya ialah runtuhnya institusi keluarga. Adakah Yang Berhormat Kuala Kedah bersetuju dengan saya bahawa peranan kerajaan khususnya kementerian yang menyebarkan maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia amat tidak memberikan masa yang cukup untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat, kepada orang ramai betapa pentingnya keluarga ini dibina. Jadi nampaknya sekarang ini RTM, TV1, TV2 dan TV3 lebih menayangkan cerita- cerita yang langsung tidak touch the ground. Maknanya di sini rakyat tidak dapat ilmu yang sepatutnya mereka dapat dan ia dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang tidak membangunkan keluarga. Maknanya di sini berlakunya kegagalan di peringkat pemerintah. Setujukah Yang Berhormat Kuala Kedah dengan saya hal ini?

Yang Berhormat Kuala Kedah, sambung sedikit dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Saya amati ucapan Yang Berhormat Kuala Kedah ada kebenarannya. Pada waktu yang sama saya kira kitalah satu-satunya kerajaan yang mempunyai struktur pembasmian ataupun pencegahan dadah ini yang agak konkrit dari atas hingga bawah. Saya faham Yang Berhormat pengamal perubatan, saya juga pengamal perubatan cuma saya duduk dalam Parlimen ini lebih lama sedikit daripada Yang Berhormat. Jadi saya banyak sudah lupa. Kalau mengikut struktur yang garis panduan, kita ada Majlis Pencegah Dadah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita ada Jawatankuasa Kabinet Pencegahan Dadah yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kita faham the vicious cycle Yang Berhormat Kuala Kedah bagi tahu dan saya juga bersetuju bahawa rancangan kita untuk zero dadah by 2015 memang gagal. Realitinya gagal. Kita sebagai pengamal perubatan ada curative, preventive dan Yang Berhormat cakap tadi punitif dan kalau kita tengok WHO dan United Nation punya mission millennium development gold kita sudah praktikkan harm reduction. Dahulu saya bertengkar juga dengan mantan Yang Berhormat Bukit Mertajam. Harm reduction semua kita sudah buat. Akhirnya kita dengar tadi Yang Berhormat Sungai Petani kata the best is blame kerajaan. Blame Menteri, blame macam-macam. Jadi saya hendak dengar Yang Berhormat Kuala Kedah, what is the best formula supaya dadah ini dia buta warna dan buta parti. They, very apolitical dan penyakit masyarakat. Takkanlah kita hendak salahkan kerajaan, kita tidak salahkan diri kita. Adakah kenyataan saya ini ada rasionalnya?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kedua-dua Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Mersing. Terima kasih. Saya belum sampai lagi sebenarnya kepada isu-isu tadi. Baru permulaan. Saya tidak menyatakan semuanya salah yang dilakukan cuma kita kena tengok kepada result, hasil. Telah dilakukan banyak tidak dinafikan AADK dan pelbagai agensi

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

seperti yang saya sebutkan tadi malahan saya mohon maaf kerana terpaksa menyebut tadi kegagalan. Jadi kita kena tengok balik. We look at everything, dengan izin dan itu juga yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Tidak satu kementerian tapi semua kita. Dadah ini adalah satu perkara yang melibatkan semua tidak sahaja kerajaan tetapi juga semua individu, semua institusi dalam masyarakat bila berlaku masalah penagihan dadah macam sekarang yang merebak.

Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat setuju tidak kalau approach kita melalui kasih dan sayang. Sebab punitif juga gagal, harm reduction kita bagi jarum. Kita bagi jarum untuk elakkan penyebaran HIV walaupun ada setengah-setengah memberi pandangan yang kontra tetapi itu adalah cara yang proven. WHO approve dan sebagainya dan ada evidence base, outcome yang baik. Jadi adakah pendekatan love seperti yang diketengahkan oleh Rasulullah dapat mengurangkan kemelut dadah ini.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih sekali lagi dan saya akan sampai ke situ. Saya akan komen nanti. Jadi kerana ia melibatkan semua dan maka penyelesaiannya juga akan melibatkan semua. Tuan Yang di-Pertua, macam saya kata tadi tidak menafikan bahawa harm reduction mengurangkan mudarat apa semua itu perlu tetapi kena dilakukan dengan secara holistik dan puncanya macam saya kata tadi ialah pengukuhan institusi keluarga tadi itu tidak dilakukan. Itu saya rasa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani bahawa pengukuhan institusi keluarga tadi bukan sahaja kita letakkan kepada satu kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tapi kenalah melibatkan semua. Yang disebut tadi komunikasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga sekali tetapi bukan itu semata-mata.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya hendak teruskan balik, hendak sebut tadi tentang bagaimana runtuhnya institusi keluarga tadi membawa kepada masalah. Itu kita tidak atasi, tidak kita anggap sebagai satu yang perlu kita tackle. Selagi kita tidak tackle masalah tadi, maka tidak selesai. Apabila berubah, berlaku proses urbanisasi tadi, modenisasi dan lain-lain lagi, maka institusi keluarga yang asal, yang tradisional telah berubah, maka anak-anak terbiar. Anak-anak yang terbiar tadi kerana hanya ibu bapa pergi bekerja, malahan sekarang ini tuntutan kehidupan yang mengekang, ekonomi dan lain-lain lagi, maka anak-anak tadi kebanyakannya terbiar. Bagi golongan bawahan, lebih terbiar daripada golongan atasan yang boleh mengambil, misalnya orang pembantu rumah. Ini berlaku di semua kawasan, kawasan- kawasan nelayan, kawasan-kawasan pinggiran bandar yang bekerja kilang misalnya, terbiar. Dengan minimum supervision, dengan diselenggarakan dengan paling minimum, maka anak-anak ini terdedah kepada segala unsur negatif yang akhirnya membawa mereka kepada bertemu dengan penagihan dadah. Di kawasan saya, misalnya di Kuala Kedah, kawasan persekitarannya sama sekali tidak kondusif untuk perkembangan minda anak-anak yang baik, yang bebas daripada dadah. Ini berlaku kerana salah satu punca utamanya Tuan Yang di-Pertua, ialah kesesakan, tempat sesak. Penempatan penduduk yang berterabur, berceramuk. Rumah- rumah dibina sempit dan sesak, maka tidak ada kawasan lapang, tidak ada kemudahan riadah, tidak ada langsung sebarang peluang bagi anak-anak ini untuk berinteraksi secara positif dengan masyarakat kerana kekangan-kekangan tadi. Saya akan kembali kepada topik ini tetapi benda ini yang telah dijanjikan akan diperbaiki daripada dahulu sampai sekarang tetapi kita tidak perbaiki. Misalnya, Kuala Kedah ada pelan pembangunan daripada RMKe-8, RMKe-9, RMKe-10, RMKe-11, RMKe- 12, sorry, RMKe-11 sampai sekarang, RMKe-11 tidak berlaku. Selama 25 tahun dahulu telah disebut bahawa akan ada misalannya penyusunan kembali, itu di Kuala Kedah, tempat-tempat lain juga sama. Ini kerana kita memandang pembangunan fizikal tadi penting dan juga kita memberikan dana untuk membuat bangunan-bangunan, membuat jeti, feri dan lain-lain lagi, itu bagus. Akan tetapi penduduk, faktor terpenting, penduduk iaitu penduduk individu, manusia, kualiti manusia itu tidak kita berikan perhatian yang cukup. Malahan tidak kita perhatikan, perincikan apa permasalahannya. Sedangkan Tuan Yang di-Pertua, the human factor, dengan izin, is the most important factor. Dalam penagihan, the human factor is still the most important factor, itu kita tidak tackle dengan baik.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Saya bersetuju bahawa telah banyak dilakukan, misalnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah cuba mengadakan misalannya bengkel-bengkel dan usaha-usaha mendekati ibu bapa, terutama pasangan muda. Memberikan mereka skill, parenting skills keibubapaan tetapi itu tidak cukup. Ini kerana mereka juga dihambat oleh kekangan sangat kurang tenaga kerja terlatih. Social worker kita tidak ada. Di kawasan saya misalannya, di Kuala Kedah dan Kota Setar ada seorang sahaja yang terlibat melawat ke sana, sini. Jadi akhirnya, apa yang dilakukan ialah dia melawat, melihat siapa yang perlu bantuan, bagi bantuan, itu sahaja, jadi itu perlu ditambahkan lagi. Saya tidak melihat bahawa kita memberikan fokus untuk memperbaiki masalah ini, human factornya dalam RMKe-11 ini. Kita tidak bagi perhatian kepada benda ini dengan cukup dan kita tidak meletakkan itu sebagai satu keutamaan, satu priority. Tuan Yang di-Pertua, itu pertama, institusi keluarga. Apabila institusi keluarga telah rosak, maka kecenderungan kepada penagihan akan berlaku. Keduanya, berlaku rosaknya institusi perkahwinan. Institusi perkahwinan ini kerosakannya berlaku antaranya ialah kerana keadaan masyarakat yang macam saya sebut tadi, terdedah kepada pelbagai faktor. Akan tetapi puncanya utamanya ialah rosaknya apa yang disebut sebagai dalam bahasa Inggeris, the sanctity of marriage. Kerosakan kepada kesucian sexuality dalam perkahwinan. Saya jelaskan bahawa ini ialah seperti apa yang berlaku ialah perkahwinan rosak kerana generasi sekarang, generasi yang mengalami cultural shock urbanisasi tadi, yang rosak struktur keluarga tradisionalnya. Mereka telah terdedah kepada bahan-bahan lain, pelbagai bahan lain yang akhirnya merosakkan sexuality, fahaman dan praktik sexuality mereka. Ini termasuklah juga pornografi dan juga seks di luar perkahwinan. Seks di luar perkahwinan Tuan Yang di-Pertua, ialah satu yang berlaku dengan agak meluas tanpa kita sedari. Kita hanyalah meletakkan diri kita dalam sindrom penafian, denial syndrome kalau kita merasakan bahawa semuanya berjalan dengan baik. Bagi pengamal- pengamal perubatan yang biasa bertugas dan berkhidmat di kawasan-kawasan tertentu, terutamanya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Kita boleh melihat ramai orang yang terlibat dalam perkara-perkara yang begini. Ini merosakkan institusi keluarga, membawa kerosakan selain daripada menjadi sebab, jadi penyebaran penyakit HIV, AIDS dan lain-lain lagi. Ini satu perkara yang kita tidak hadapi, kita tidak kenal pasti pun sebagai satu masalah besar. Tidak adapun dalam perancangan kita, apabila kita buat perancangan untuk mengenal pasti dan mengatakan ini masalah dan kita kena atasi, tidak adapun. Kita cuma menganggap semuanya berjalan baik dan berjalan lancar. Saya ingat 25 tahun yang lepas, ketika saya seorang doktor muda dan baru mula praktik, sekarang sudah 28 tahun praktik. Kali pertama saya bertugas di bandar yang berhampiran dengan sempadan Thailand dan saya dapati yang pergi ke seberang sempadan dan kemudian kena penyakit jangkitan seks, gonorea dan lain-lain lagi. Itu semua hampir semua peringkat masyarakat. Saya temui juga di sana dan saya Melayu Islam, saya tidak sensitif sebut, Melayu Islam yang ramai juga, yang juga di sini di seberang sini di Malaysia. Mereka menyebut dan menekankan identiti Melayu Islamnya, ketika seberang sana ke Thailand, apa yang berlaku ialah mereka mengubah istilahnya menjadi berhibur. Zina itu diubah menjadi berhibur dan itu berlaku sampai sekarang. Tidak ada sebab untuk kita percaya bahawa itu telah berubah, tidak berubah. Akan tetapi ini tidak kita faktorkan langsung dalam masalah penagihan dadah tadi dan rosaknya institusi keluarga. Bila institusi keluarga rosak, cerai berai berlaku, runtuhnya perkahwinan dan kerap keruntuhan ini berlaku dengan kadar yang tinggi di negeri, terutamanya bersempadan dengan Thailand. Maka, penagihan dadah ini masuk dalam apa yang disebut oleh Yang Berhormat Mersing tadi, vicious circle. Daripada ibu bapa, anak- anak, semua terlibat. Ini memerlukan satu pendekatan yang konkrit, yang bersungguh, baru boleh kita atasi.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Kedah. Kita dapat lihat di Malaysia selama dua dekat yang lepas, masalahnya berlarutan dan dikatakan bertambah teruk dengan polisi yang kita ada sekarang ini. Sebenarnya, saya telah berpeluang melawat Zurich di Switzerland pada tahun lepas.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Melihat bagaimana pendekatan ataupun polisi dadah di sana yang mengamalkan konsep treatment, prevention, law enforcement dan juga harm reduction iaitu pertukaran jarum dan methadone treatment dan sebagainya. Kita lihat yang paling penting sekali sebenarnya ialah pendekatan mereka, approach mereka. Kerajaan, makna political will dan juga rakyat dan juga orang yang terlibat, ada satu anjakan paradigma, paradigm shift. Melihat drug abuses, penyalahgunaan ini, orang- orang yang tersalah guna dadah ini sebagai mereka-mereka yang sakit, looking as a patient dan looking with love, kita kata dengan penuh kasih sayang. Jadi, bukan kita hendak menyalahkan sesiapa sama ada kerajaan. Kerajaan buat juga tetapi pendapat sayalah Yang Berhormat Kuala Kedah, setuju tidak dengan saya bahawa polisi ini perlu diperbaiki dan mungkin kita perlu adopt dengan polisi-polisi yang telah berjaya, contohnya di Zurich.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Boleh sedikit?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Okey, okey.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kedah sebut bahawa punca dadah ialah konflik keluarga antaranya. Adakah Yang Berhormat Kuala Kedah bersetuju dengan saya bahawa konflik keluarga yang berlaku, puncanya salah satunya ialah masalah pengetahuan dan juga praktis agama yang begitu rendah. Juga ditambah teruk kan lagi dengan kadar kemiskinan, terutama sekali di Kedah saya rasa ramai percentagenya ialah di bawah termasuk dalam kumpulan B40 yang dikatakan tadi.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

So, dua perkara itu. Pertama, adakah kemiskinan yang menyebabkan konflik keluarga kepada kesemua perkara itu? Kedua, masalah akses kepada dadah yang begitu mudah yang saya rasa di sini sedikit kegagalan pihak penguatkuasaan yang menyebabkan dadah begitu mudah untuk didapati di kawasan tersebut. Sekian.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Kuala Kedah, minta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Gantang.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Okey, okey.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah kerana bincang masalah dadah ini. Kita faham bila ada seorang sahaja penagih dadah di kampung kita, semua orang tidak boleh tidur lena termasuklah juga hari ini line telefon. Dekat kampung saya itu lebih kurang, boleh dikatakan setiap minggu telefon rosak kerana orang curi line. Orang curi wayar hendak jual, kabel. Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah yang juga seorang yang pernah praktis dalam bidang perubatan. Satunya ialah berkenaan dengan hal yang berkaitan soal untuk hendak ubat kerana kita tahu pusat serenti hari ini boleh dikatakan merata tempat ada. Cumanya yang kebanyakan bila masuk, dia patah balik. Selepas dia keluar, dia patah balik. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Kedah kerana ada juga di sana beberapa pusat pemulihan seperti mana Pusat Pemulihan Inabah di Kuala Nerang yang membuat pendekatannya ialah pendekatan tasawuf dan juga melalui zikir. Adakah ia merupakan salah satu daripada cara yang dilihat oleh Yang Berhormat Kuala Kedah sebagai salah satu daripada untuk hendak menyelesaikan ataupun hendak ubat secara berkesan terhadap penagih dadah ini. Keduanya, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi, kita hanya bincangkan berkenaan dengan soal hendak ubat ataupun soal untuk mengatasi masalah penagih dadah sedangkan punca dadah ini juga mempunyai kaitan yang cukup rapat. Ini kerana ada di kalangan rakan-rakan yang pernah masuk dalam lokap dan juga di dalam tempat-tempat yang kita tahu sepatutnya dadah tidak boleh sampai, tiba-tiba dadah boleh sampai ke situ. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Kedah untuk memberi komen terhadap dadah dan juga soal berkenaan dengan rasuah ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kedah boleh mula gulung, Yang Berhormat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi. Saya hendak respond kepada semua tadi. Sebenarnya macam saya sebut tadi, ada berbagai- bagai approach, berbagai-bagai pendekatan dan itu saya setuju. Cuma apabila kita tidak berjaya menyelamatkan institusi keluarga tadi dan kita tidak dapat meletakkan agama dan Tuhan di dalam perkahwinan tadi dan saya sebut tadi bahawa masalahnya prostitution, pelacuran, pornografi dan juga seks di luar perkahwinan menjadi kebiasaan. Itu merosakkan. Itu yang kita kena hadapi dan kita kena lihat sebagai suatu yang perlu diatasi. Kalau itu berlaku, maka kita boleh mencegah segala rawatan alternatif dan lain-lain juga punya kadar kejayaan yang kurang dari 10%. Itu setahu saya. Seterusnya, segala masalah infrastruktur yang kita sebut tetapi kita tidak lakukan. Misalnya masalah penempatan penduduk yang sesak dan masalah persekitaran yang tidak kondusif untuk perkembangan yang baik dan bebas dadah itu tidak diwujudkan walaupun kita beritahu. Di Kedah misalnya, berbagai-bagai perkara disebut akan dibawa ke dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Lapangan terbang dan lain-lain lagi dan tidak berlaku pun. Akan tetapi yang penempatan penduduk yang telah dijanjikan sekian lama juga tidak berlaku sedangkan itu fokus kita kalau kita mahu masalah ini dapat diatasi. Human factor tadi dan pendekatan mestilah pendekatan kasih sayang seperti yang saya sebut dan legislatifnya paling bawah. Kita sudah ada 39B dari dulu sampai sekarang. Berpuluh tahun tetapi dadah masih boleh didapati di merata-rata tempat. Tidak berjaya dan sekarang kita hendak membawa pula – Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Kita hendak membawa pula balik akta untuk mengharamkan ketum. Bila kita haramkan ketum maka akan timbul benda lain pula sebab pasarannya ada dan orang yang memerlukannya ada. Benda itu tidak kita atasi dan kita tidak pergi kepada akar umbinya. Jadi akar umbinya perkukuhkan institusi keluarga dan kukuhkan institusi perkahwinan dan kita bawa Tuhan dan agama di dalam perkahwinan tadi dan kita menganggap Sexual Act itu sebagai suatu rahmat daripada Tuhan dan bukan untuk sesuatu yang suka-suka dilakukan dan kita keluarkan perkara-perkara yang membawa kepadanya tadi. Pornografi dan sebagainya itu di dalam internet misalnya, saya bersetuju supaya dikawal. Kalau itu kita lakukan, barulah legislatif tadi akan berkesan dan legislatif semata-mata dengan undang-undang, macam saya kata telah terbukti tidak berkesan. Kita perlu juga mengambil kira trend sekarang di dunia di mana yang berlaku ialah penagih itu dikawal dengan diberikan kebenaran tetapi dengan cara terkawal, menggunakan sebahagian benda yang tidak berbahaya dan kurang berbahaya. Maka itu didapati lebih berkesan. Harm reduction boleh diteruskan tetapi dia semata-mata tanpa mengubah dasarnya tadi tidak akan berkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas pada petang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan saya dengan membaca maksud dari al-Quran. Mafhumnya, “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi sekalian hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi dengan perbuatan liar dan durjana. Akan tetapi Allah menurunkan rezeki itu menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya lagi melihat dengan nyata”. Ayat ini mengingatkan manusia bahawa Allah memberi rezeki menurut pertimbangan yang bijaksana.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri yang telah membahaskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah merupakan lonjakan akhir sebelum kita memasuki dan mencapai negara maju berpendapatan tinggi bagi menjayakan pelaksanaan RMKe-11 ini. Kerajaan telah mengambil pendekatan enam strategi tumpuan iaitu inclusive, kesejahteraan rakyat, modal insan, pertumbuhan hijau, infrastruktur, inovasi dan produktiviti. Dalam hubungan ini, dalam memastikan matlamat ini dicapai, kerajaan akan melaksanakan enam pemangkin ke arah lonjakan mega bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inclusive melalui peningkatan produktiviti. Menjana kekayaan melalui inovasi, mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah berteraskan pendidikan dan latihan dan melaksanakan pertumbuhan hijau dan pelaburan di bandar-bandar berdaya saing. Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ingin membincangkan tentang Kementerian Pendidikan. Pertama, saya ingin menyentuh berhubung dengan bidang pendidikan yang disentuh secara khusus oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan ikhtiar meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan terutama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Berhubung dengan pendidikan, saya hendak membincangkan tentang beberapa pendekatan yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan kenaikan elaun jawatan kepada semua 10,162 pengetua dan guru besar sekolah seluruh negara berkuat kuasa mulai Julai ini. Kerajaan telah bersetuju menambah baik elaun pengetua daripada RM150 kepada RM300 kepada 2,405 manakala elaun bagi 7,757 orang guru besar pula dinaikkan daripada RM100 kepada RM200. Pengumuman ini amatlah dinantikan kerana perkara ini sering kali dibangkitkan setiap kali Konvensyen Majlis Guru semenjak empat tahun lalu. Penambahbaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan sebagai mana pengiktirafan kepada pengetua dan guru besar dan merupakan langkah yang wajar memandangkan tugas pengetua dan guru besar yang semakin bertambah dan mencabar serta faktor kenaikan kos sara hidup. Saya berharap kenaikan elaun ini akan menjadi insentif bagi mendorong pemimpin sekolah untuk terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan pelajar cemerlang termasuklah meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan. Sambil menyambut baik langkah kerajaan ini, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan.

Apakah kerajaan untuk menambahbaikkan elaun untuk penolong pengetua, guru penolong kanan dan ketua bidang serta pegawai-pegawai di pejabat pelajaran daerah yang turut menyumbang sebagai pemimpin atau pentadbir sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan ini, saya ingin juga menyentuh berhubung dengan Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) kepada guru besar. Pada masa ini, kombinasi skor komposit 70% untuk gred purata GPS berdasarkan peperiksaan dan 30% berdasarkan SKPM yang dikatakan kurang sesuai bagi melayakkan seseorang guru besar menerima bayaran insentif tawaran baru. Saya menyambut baik dengan cadangan mengusulkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) ditingkatkan kepada 50% berbanding 30% sebelum ini bagi melahirkan pelajar yang holistik. Seramai 264 guru besar baru-baru ini menerima BITP termasuk 12 daripadanya yang telah menerima anugerah ini lima kali. Saya ingin mendapat penjelasan memandangkan guru besar ini mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas dalam pendidikan dan telah membuktikan kebolehan serta kecemerlangan mereka, apakah langkah dan perancangan kerajaan bagi mengembangkan kecemerlangan guru besar ini supaya dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sekolah lain dan manfaat lebih ramai pelajar. Sehubungan dengan ini, saya mohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan untuk menyediakan peruntukan bagi membina asrama pelajar bagi memenuhi seramai 1,800 pelajar Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam. Selain itu saya ingin memohon agar kerajaan menimbangkan untuk membina rumah atau kuarters untuk pensyarah dan kakitangan sokongan Politeknik Sabak Bernam.

Berkaitan Kolej Komuniti Sabak Bernam, saya ingin juga menyentuh berhubung dengan Kolej Komuniti Sabak Bernam yang pada masa kini mempunyai 300 pelajar termasuk pelajar yang mengikuti latihan industri. Saya difahamkan Kolej Komuniti Sabak Bernam ini adalah antara lima buah kolej komuniti seluruh negara yang tidak mempunyai kemudahan asrama. Keadaan ini telah menyebabkan 300 pelajar ini terpaksa menyewa rumah dengan kadar sewaan yang tinggi. Selain itu, terdapat seramai lebih 120 pengajar dan kakitangan Kolej Komuniti Sabak Bernam ini. Saya memohon agar Kementerian Pendidikan membina asrama untuk 300 pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam ini bukan sahaja untuk memberikan kemudahan penginapan yang lebih selesa dan kehidupan yang lebih teratur kepada pelajar-pelajar ini selain mengatasi masalah disiplin dan gejala sosial pelajar ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah yang perlu dipertingkatkan khususnya daripada segi kakitangan, infrastruktur dan prasarana termasuklah pejabat pendidikan daerah yang menjadi nadi pentadbiran sekolah di peringkat daerah. Fungsi PPD bukan sahaja dipertanggungjawabkan bagi pengurusan, perancangan dan pembangunan sekolah tetapi juga pengurusan penempatan dan pertukaran guru, kakitangan dan murid, pengurusan kurikulum, peperiksaan, hal ehwal murid seperti sukan dan bimbingan kaunseling, pengurusan latihan dan kemajuan staf, pengurusan kewangan dan sebagainya. Saya membangkitkan perkara ini adalah kerana Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam kini ditempatkan di bangunan PPD sementara di Pekan Sabak Bernam bagi menempatkan 70 orang kakitangan adalah dalam keadaan tidak kondusif bagi menempatkan begitu ramai pegawai dan kakitangan. Saya memohon agar Kementerian Pendidikan menyegerakan pembinaan pejabat pendidikan bagi melicinkan pengurusan 64 buah sekolah kebangsaan dan menengah. Sekolah kebangsaan 35 buah, SJKC 10 buah, SJKT dua buah, SMK lapan buah, SAM tujuh buah, SMKA sebuah dan SBI sebuah di Daerah Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, asrama Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Pendidikan yang telah melaksanakan Tingkatan Enam Berpusat Daerah Sabak Bernam di Sekolah Tengku Abdul Rahman Putra. Pada masa ini terdapat 600 pelajar sedang mengikuti pendidikan Tingkatan 6. Terdapat 300 pelajar tinggal di asrama manakala bakinya 300 orang pelajar lagi terpaksa tinggi di luar asrama dengan menyewa atau berulang alik dari sekolah. Saya memohon jasa baik Kementerian Pendidikan untuk menimbangkan pembinaan asrama bagi menampung 300 orang pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama. Bilangan pelajar ini terus meningkat. Adalah penting pelajar-pelajar ini tinggal di asrama bagi memastikan disiplin setiap pelajar dan mendapat kemudahan pembelajaran lebih sempurna dan kondusif bagi pelajar-pelajar luar bandar untuk melahirkan pelajar luar bandar yang cemerlang khususnya dalam STPM. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya berhubung dengan bidang pendidikan. Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan kertas soalan tahun lepas. Baru tahun lalu negara telah dikejutkan dengan kebocoran kertas peperiksaan UPSR sehingga menyebabkan peperiksaan ulangan terpaksa diadakan bagi beberapa subjek seperti Sains dan Bahasa Inggeris. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar dan juga guru. Kebocoran kertas soalan bukan sahaja berlaku tahun 2014 tetapi pernah didakwa berlaku bukan sahaja untuk kertas UPSR tetapi juga PMR, PT3 dan SPM sebelumnya.

Yang Berhormat Sabak Bernam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Sepang bangun.

Sikit, sikit sahaja. Boleh?

Ya.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Sabak Bernam, berkaitan dengan kes kebocoran kertas peperiksaan, apa yang saya hendak kongsi di sini, semasa perbicaraan kes yang melibatkan kebocoran kertas peperiksaan ini,

kita tahu dalam kes itu guru-guru yang telah diambil tindakan dan bila dibicarakan didapati tidak bersalah. Apa yang saya hendak kongsi di sini ialah remarks daripada hakim yang mendengar kes itu yang menyatakan misteri macam mana soalan itu boleh bocor seperti misteri MH370. Maknanya tidak tahu puncanya daripada mana. Jadi setuju tak dengan saya, kalau mahkamah sendiri pun, pihak pendakwa pun kawan saya pun memberitahu mereka tidak dapat tahu. Dah siasat macam mana pun tidak tahu daripada mana puncanya. Setuju atau tidak kalau adakan satu inquiry Parlimen ke sebab kita tidak mahu benda ini akan berlaku lagi pada masa akan datang sebab di mahkamah telah dakwa, terbukti, guru lepas, mereka yang the real culprit tidak dapat dikenal pasti. Jadi setuju dengan saya atau tidak kalau satu inquiry sepatutnya diadakan. Royal inquiry or whateverlah untuk memastikan benda ini tidak akan berlaku lagi. Apa pendapat?

Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya semasa saya bertugas di pejabat pelajaran daerah, saya memang menguruskan tentang pengurusan peperiksaan ini. Saya sebagai ketua unit dan pernah menjadi Timbalan Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Saya memang mahir dalam pengurusan peperiksaan ini kerana saya bertugas di pejabat pelajaran daerah, saya mengajar 20 tahun dan terlibat sepenuhnya dalam pengurusan peperiksaan, mengendalikan peperiksaan percubaan biasa dan peperiksaan sebenarnya. Semasa saya di pejabat pelajaran daerah, saya memang ditugaskan pada peringkat awal apabila saya masuk PPD, saya ditugaskan menjadi Ketua Unit Peperiksaan dalam peperiksaan awam. Daripada segi operasi dalam peperiksaan ini, memang Kementerian Pelajaran begitu patuh mengikut beberapa peraturan Perlembagaan dan sebagainya. Dalam pengendalian peperiksaan ini memang kementerian ataupun Lembaga Peperiksaan sama ada Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa taklimat dan diberikan. Pada peringkat awalnya, kalau hendak cerita ini panjang. Pada peringkat awalnya, pada awal tahun kita mengehendaki pihak pengetua ataupun pihak guru besar menghantar satu laporan, menghantar nama-nama guru yang dicadangkan oleh pengetua dan guru besar supaya dihantar ke pejabat pelajaran daerah ataupun pejabat pelajaran negeri untuk kita menyemak dan sudah pastilah bahawa guru-guru itu mempunyai integriti. Akan tetapi, masalahnya dekat sini ialah prosesnya mungkin ada di kalangan guru- guru ini yang mungkin beribu-ribu yang saya dulu semasa menjaga bilik peperiksaan, jaga bilik kebal yang mana walaupun anak saya ambil peperiksaan tetapi saya mempunyai integriti. Tidak boleh. Kalau saya hendak ambil, saya boleh kerana saya boleh masuk ke bilik kebal, tengok soalan, buka soalan, kira dan proses untuk membuat soalan ini tentu panjang.

Peringkat awalnya dia akan panggil guru-guru di seluruh Malaysia ini yang mempunyai kepakaran dalam membuat soalan ini ya, dan saya rasa Kementerian Pelajaran telah memilih guru-guru yang pakar dalam membuat soalan dan kemudian soalan ini juga ada beberapa set. Kemudian soalan ini akan disimpan oleh Kementerian Pendidikan sama ada Lembaga Peperiksaan ataupun Majlis Peperiksaan Malaysia yang menguruskan peperiksaan STPM ini. Kita dapati, mungkin prosedur mahkamah ini saya tidak pastilah ya kerana mungkin itu tindakan yang dilakukan oleh hakim. Mungkin terlepas itu kerana mungkin ada di antara beribu-ribu yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan ini, saya rasalah. Kalau di daerah Sabak Bernam semasa saya menguruskan selama 13 tahun, tidak ada apa-apa masalah ya. Walaupun saya bagi peluang masuk kumpulan-kumpulan tapi kita ada prosedur, ada cara pengurusan yang baik ya.

Yang Berhormat Sabak Bernam, soalan saya itu tadi tidaklah panjang sangat tapi Yang Berhormat nampaknya menceritakan pengalaman itu ya. Soalan saya senang saja. Soalan saya ialah apabila dibicarakan dan pihak pendakwa mengalami masalah mengatakan hendak cari the originator itu, macam mana punca segala-galanya. Apabila dibawa, bila disiasat, dipanggil semua guru-guru ini didakwa, didapati bukan punca

daripada guru. Bermakna ada seorang lain yang mungkin boleh akses kepada bilik kebal itu kah ataupun mereka yang menyediakan soalan itu kah. Wallahu a’lam. Tapi maknanya, sampai hakim boleh buat satu remark misteri, misteri macam MH370, tidak tahu. Jadi soalan saya, setuju tak kalau kita buat satu inquiry? Tentang pengalaman semua itu tidak apalah, itu baguslah untuk kita ketahui. Akan tetapi setuju tidak kalau kita buat satu inquiry sama ada royal inquiry ataupun apa ini untuk siasat benda ini? Yang sudah lepas itu, oleh kerana mereka sudah lepas, tidak bersalah tapi kita kena cari siapa culprit nya. Sebab itu kita kena buat satu inquiry. Setuju tidak kalau kita buat satu inquiry sama ada dekat Parlimen dan sebagainya?

Saya serahkan kepada pihak hakim dan Kementerian Pelajaran...

Hakim tidak boleh, hakim tidak boleh inquiry.

...Untuk membuat keputusan kerana saya pun tidak mahir dalam bidang penghakiman ini. Itu serahkan kepada peguam Yang Berhormat Sepang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung tentang perkara yang lain iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk melaksanakan program baik pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak 400 buah rumah dalam tempoh RMKe-11 dengan peruntukan RM5,000 hingga RM10,000 bagi Parlimen Sabak Bernam yang mempunyai 45 buah kampung yang terdiri dari kampung-kampung tradisi yang telah wujud semenjak sebelum merdeka lagi. Hasil tinjauan dan laporan yang dibuat di setiap kampung, didapati sekurang-kurangnya 10 buah dari setiap kampung. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada KPLBW yang telah memberikan peruntukan untuk membaik pulih rumah sebanyak 40 buah rumah tahun lalu dan membina rumah baru sebanyak lima buah rumah. Bagaimanapun, masih terdapat 400 buah rumah lagi yang perlu dibaiki dengan segera kerana keadaannya yang usang dan uzur. Maklumlah, rumah tradisional yang kebanyakan dibina sebelum merdeka. Juga, terdapat 80 buah rumah baru yang perlu dibina bagi menggantikan rumah lama. Saya memohon kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyediakan peruntukan bagi pembaikan senggaraan dan baik pulih rumah bagi lebih kurang 400 buah serta membina rumah-rumah baru sebanyak 80 buah bagi penduduk luar bandar bagi meningkatkan lagi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di luar bandar khususnya di Parlimen Sabak Bernam. Saya ingin menegaskan, sekiranya kerajaan berjaya menyelesaikan masalah perumahan rakyat luar bandar, maka 50% masalah penduduk luar bandar sebenarnya telah dapat diatasi. Manakala selebihnya adalah langkah bagi meningkatkan pendapatan infrastruktur dan prasarana serta lain-lain masalah sosial penduduk luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengalu-alukan langkah kerajaan untuk pemilikan perumahan rakyat yang mensasarkan untuk membina satu juta rumah mampu milik untuk rakyat. Sehubungan dengan ini, saya memohon kerajaan untuk membina rumah PR1MA di Parlimen Sabak Bernam. Tapak tanah telah pun dikenal pasti bagi pembinaan 200 hingga 300 unit rumah PR1MA. Saya berharap Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang berkesan bagi pembinaan rumah PR1MA ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang keprihatinan kerajaan dalam RMKe-11 ini kepada golongan warga emas dengan merancang untuk mengadakan lebih banyak fasiliti penjagaan warga emas. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia dijangka akan menjadi negara berusia menjelang tahun 2030. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjurkan Malaysia bakal mempunyai kira-kira 15% penduduk negara ini adalah merupakan warga tua. Kita bersyukur rakyat Malaysia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang iaitu 73 tahun untuk lelaki dan 79 tahun untuk wanita. Walau bagaimanapun, agak membimbangkan kerana sebahagian besar mereka ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk sepanjang hayat.

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan bahawa purata pekerja negara ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara. KWSP turut mendedahkan 68% daripada seluruh ahlinya yang berumur 54 tahun pada September ini mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka. Lebih membimbangkan, 76% daripada ahli KWSP yang aktif berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sehubungan ini, saya ingin mencadangkan dan menyokong bagi penubuhan Majlis Keselamatan Sosial bagi menangani pelbagai isu yang dijangka dihadapi Malaysia sebagai negara berusia menjelang tahun 2030. Saya juga menggesa agar kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar dapat menyediakan pangkalan data yang lengkap dan komprehensif bagi semua warga tua yang berumur 55 tahun ke atas. Kerajaan khususnya KPWKM sewajarnya mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi memastikan pangkalan data ini dapat diwujudkan dengan sempurna dan akhirnya dapat digunakan bagi memanfaatkan golongan tua dan warga emas termasuklah bagi menyediakan perancangan dan pelan tindakan jaringan sosial ataupun social net dengan izin, yang lebih berkesan bagi memastikan kehidupan berkualiti bagi golongan tua dan warga emas. Negara-negara maju seperti Amerika, UK, Australia dan Singapura mempunyai pangkalan data yang lengkap dan komprehensif bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan kewangan dan sebagainya terus kepada warga tua dan warga emas ini. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah pangkalan data bagi golongan tua dan warga emas telah diwujudkan oleh KPWKM? Apakah perancangan dan pelan tindakan yang telah disediakan oleh kerajaan khususnya KPWKM bagi golongan tua dan warga emas serta bagi menghadapi negara menjelang tahun 2030? Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan pelepasan cukai sehingga RM5,000 kepada anak yang menjaga ibu atau bapa atau keduanya bagi memastikan kebajikan ibu bapa warga emas itu terjamin dan terbela. Saya amat bersetuju dengan keprihatinan kerajaan dalam RMKe-11 ini yang memastikan pembangunan infrastruktur sebagai tulang belakang dalam melonjakkan kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan ini, saya ingin mendapat penjelasan berhubung status ataupun kemajuan projek Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting ke Taiping, dari jajaran Sabak Bernam ke Tanjong Karang yang dianggarkan menelan belanja RM1.2 bilion dan dijangka siap pada tahun 2019. Projek ini menyediakan akses yang lebih baik bagi penduduk Pantai Barat di Perak dan Selangor. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah halangan ataupun kekangan yang dihadapi bagi pelaksanaan projek ini, sama ada dari segi kewangan kerajaan ataupun kerajaan negeri dari segi pengambilan tanah? Kita tidak mahu masalah yang sama dihadapi oleh projek sebagaimana Projek Langat 2. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berhubung dengan bidang pertanian dan industri asas tani. Dalam RMKe-11 ini, golongan isi rumah B40 mendapat perhatian yang utama daripada kerajaan termasuk daripada segi bagi menangani kos sara hidup dan inisiatif untuk meningkatkan pendapatan. Saya ingin menyentuh berhubung inisiatif kerajaan bagi merancakkan aktiviti ekonomi khususnya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan berhubung dengan inisiatif untuk memantapkan perusahaan kecil dan sederhana yang kini menyumbang 32.4% kepada KDNK. Kerajaan komited untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada 40% kepada KDNK menjelang tahun 2020.

Saya dapati sumber dan bahan pertanian dari luar bandar masih kurang digunakan dan dimajukan selari dengan perkembangan dan kemajuan PKS masa kini. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani agar membuka kawasan industri kecil ini yang khususnya bagi perusahaan kecil dan sederhana di kawasan luar bandar yang sedang pesat membangun dan kemudahan infrastruktur, langkah ini bukan sahaja akan menggalakkan pertumbuhan PKS di luar bandar tetapi juga membuka peluang secara optimum serta seterusnya melahirkan ramai

usahawan PKS yang berasaskan pertanian dan mewujudkan peluang pekerjaan di luar bandar. Saya ingin menyentuh berhubung dengan bantuan baja dan peralatan golongan petani, pesawah dan nelayan termasuklah usahawan tani. Saya berharap kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyediakan peruntukan yang sewajarnya kepada pesawah, petani, nelayan dan usahawan, kemudahan baja dan peralatan yang amat diperlukan golongan ini khususnya di parlimen Sabak Bernam, bantuan ini amat dekat di hati rakyat. Dalam pembentangan RMKe-11 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri Malaysia menyatakan dan mengakui bahawa pelaksanaan GST walaupun baik namun proses pelarasannya memerlukan masa untuk lebih efisien. Pada asasnya saya menyokong langkah kerajaan memperkenalkan cukai barang pada 1 April 2015 bagi memantapkan lagi sistem percukaian. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa kelemahan yang didapati dan mungkin perkara ini sedang diatasi. Selain itu saya ingin mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan memberikan pengecualian kepada GST ini kepada banyak barang dan perkhidmatan seperti makanan asas, perkhidmatan utiliti, perkhidmatan kerajaan, pengangkutan, pendidikan dan perumahan. Walau bagaimanapun, masyarakat luar bandar agak tertekan dengan pelaksanaan GST ini. Saya berharap lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikecualikan daripada GST ini. Saya juga ingin mencadangkan semua perkhidmatan kerajaan termasuklah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dikecualikan daripada GST ataupun diserapkan oleh PBT. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan negeri Johor, Terengganu yang mengecualikan atau menyerap kos GST bagi semua PBT negeri berkenaan. Saya menyeru Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah yang sama kerana ini selama ini menentang pelaksanaan GST. Izinkan saya menyentuh berhubung ketenteraman awam dan keselamatan negara. Ini yang menjadi keutamaan kerajaan walaupun aspek ketenteraman awam dan keselamatan ini tidak disentuh secara khusus dalam ucapan pembentangan RMKe-11. Kementerian KDNK berhubung dengan cadangan membina Ibu Pejabat Daerah Sabak Bernam yang telah dipohon semenjak tahun 2007 lagi. Kawasan pentadbiran IPD Sabak Bernam meliputi kawasan seluas 98,160 hektar dengan jumlah penduduk melebihi 150,000 orang. Terdapat tujuh buah balai polis di bawah pentadbiran IPD iaitu Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Tawar, Merbau Berdarah, Parit Baru dan Sungai Nibong dan di Bagan Nakhoda Omar dan Taman Padu Permai di Sungai Besar. Perkembangan perbandaran Sungai Besar dan Sabak Bernam begitu pesat. Saya mohon Kementerian Dalam Negeri agar segera mempertimbangkan permohonan untuk pembinaan bangunan ibu pejabat polis Daerah sabak bernam. Selain itu saya memohon agar KDN menimbangkan permohonan untuk membina berek polis Sungai Besar, membina kuarters pegawai kanan polis dan membina pondok polis Bagan Terap. Saya juga mohon KDN untuk menimbangkan pembaikan dan senggara Balai Polis Sabak Bernam dengan kekuatan anggota seramai 314 orang. Saya mohon kuarters perumahan Balai Polis Sabak Bernam ini dapat disenggara dengan segera demi keselesaan anggota, keluarga dan anak-anak polis. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh berhubungan pelarian etnik Rohingya dan pendatang Bangladesh. Isu pelarian etnik Rohingya ini adalah merupakan malapetaka kemanusiaan yang dahsyat dan perlu ditangani segera. Adalah dijangkakan pelarian Rohingya ini di negara kita sudah mencecah lebih 100,000 orang dan kehadiran mereka telah menimbulkan masalah sosial termasuklah pelacuran, dadah, penyakit berjangkit dan peminta sedekah. Malaysia juga dikatakan mempunyai lebih satu juta pelarian di bawah UNHCR. Malaysia tidak wajar menerima kemasukan orang ini secara besar-besaran kerana kerajaan belum menandatangani Konvensyen Geneva bagi membolehkan negara-negara menerima peruntukan khas daripada pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyediakan pelbagai kemudahan pelarian terbabit. Apa yang lebih mendukacitakan ialah kebanyakan negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva berkaitan Status

Pelarian 1951 iaitu Konvensyen Geneva termasuklah Amerika Syarikat dan Eropah enggan menerima pelarian Rohingya ini. Australia telah menyatakan pendirian untuk tidak menerima pelarian Rohingya ini ataupun mana-mana boat people, akibatnya beribu-ribu penduduk Rohingya ini terpaksa mengambil negara ASEAN lain terutamanya Malaysia, Thailand dan Indonesia secara haram untuk menyelamatkan diri dan meneruskan hidup mereka. Malaysia menghormati prinsip ASEAN yang tidak mencampuri urusan dalaman mana-mana negara anggota tetapi masalah pelarian Rohingya ini ibarat api yang terus merebak. Kerajaan Myanmar wajib bertanggungjawab kerana punca pelarian adalah berikutan masalah dalaman Myanmar sendiri yang Malaysia tidak mahu campur tangan. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan khususnya Kementerian Luar Negara bersama dengan negara ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia dan Myanmar serta Bangladesh bagi menangani isu pemerdagangan manusia dan pelarian yang membabitkan etnik Rohingya dan pendatang tanpa izin Bangladesh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Apakah langkah kerajaan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh gulung Yang Berhormat.

...Bagi menyekat lebih ramai pelarian Rohingya dan pendatang tanpa izin daripada Bangladesh ini daripada terus membanjiri negara ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan RMKe-11, kerajaan komited untuk memastikan tahap kesejahteraan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Sehubungan ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam yang pada masa ini dikategorikan sebagai hospital daerah tanpa pakar. Hospital ini menerima pesakit dari luar bandar termasuklah Sungai Besar dan kawasan sekitarnya. Pesakit-pesakit ini ramai yang memerlukan khidmat doktor pakar. Namun pada masa ini, hospital ini mendapat perkhidmatan doktor pakar, pelawat dari Hospital Teluk Intan, Hospital Klang dan UiTM. Berdasarkan kedudukan yang jauh dari hospital-hospital pakar di luar bandar, saya ingin mencadangkan agar Hospital Tengku Ampuan Jemaah ini diiktiraf sebagai menjadi hospital pakar tetap khususnya pakar dalam bidang perubatan pediatrik kanak-kanak dan obstetrik. Akhirnya saya ingin menyentuh berhubung dengan kemudahan sukan untuk belia. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang telah membina dan menyiapkan 20 buah padang futsal beberapa tahun lalu di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Akhir kalam penutup perbahasan ini, saya ingin membawa maksud daripada Ayat ke-32, Surah Al-Zukhruf, mafhumNya: “Mengapakah pemberian kami ini mereka ingkarkan? Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kamilah yang menentukan segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia dan kami telah meningkatkan darjat sebahagian mereka agar sebahagian mereka dapat manfaat sebahagian yang lain dan rahmatnya, Tuhanmu lebih baik daripada semata-mata kebendaan dan keduniaan yang mereka kumpulkan”. RMKe-11 adalah langkah terakhir yang membawa negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ia merupakan rentak perjalanan negara yang semakin mencabar bukan sahaja berhadapan cabaran sosial, ekonomi dan politik negara tetapi juga ancaman luar dan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Namun saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, yang berjiwa kental dan keazaman yang jitu serta iltizam, maka dengan izin Allah segala hasrat murni dan matlamat RMKe-11 Ini akan dapat dicapai. Malah yang lebih penting adalah era pasca 2020 yang menjanjikan rakyat dengan negara yang bagaikan sepohon rimbun, bukan sekadar untuk berteduh tetapi buahnya dapat dinikmati bersama. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Ya, ya kena bangun Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau tak, tak boleh panggil.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan ruang untuk saya juga turut terlibat dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. Saya seperti yang beberapa orang rakan saya tadi bersetuju bahawa soalan yang perlu kita lihat di sini bukan hanya kepada kecantikan ataupun tidak tentang apa-apa program yang dirancang di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi harus bertitik tolak daripada awalnya ialah satu persoalan yang perlu dipersoalkan kepada kerajaan seperti mana yang disebut oleh rakan saya daripada Raub tadi. Kenapa kerajaan lebih banyak menggunakan ataupun memberikan wang kepada PEMANDU untuk menyediakan pelan Rancangan Malaysia Kesebelas ini daripada EPU seperti mana yang berlaku kepada Rancangan Malaysia yang pertama sehingga yang kesembilan. Walaupun EPU sendiri mempunyai berbagai-bagai kelemahan tetapi apabila PEMANDU sendiri yang memberikan ataupun diberikan tanggungjawab ini lebih banyak untuk penyediaan kepada Rancangan Malaysia Kesebelas saya melihat bahawa ini bermula daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sebab itu kita lihat bahawa ada perkara-perkara yang langsung tidak dirancang daripada awal dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Walaupun tidak salah untuk kita mewujudkan tetapi akibat daripada itu maka lahirlah agenda-agenda yang sukar untuk dikawal kerana bagi saya contoh saya katakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mengakibatkan kepada kita berhadapan dengan krisis besar negara kita ini adalah kewujudan 1MDB, wujudnya 1MDB. Memang 1MDB itu tidak ada dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh tetapi inilah akibat daripada EPU tidak diberikan peranan yang sepatutnya dalam hendak menukarkan pendapat dan pandangan rancangan yang sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan. Saya percaya bahawa kalau EPU diberikan peranan yang sebenarnya maka sudah tentu bahawa saya tidak fikir EPU yang mencadangkan penubuhan 1MDB kerana EPU mengetahui tentang kita sudah wujud satu badan pelaburan negara kita iaitu Khazanah Nasional. Jadi apa keperluan untuk kita wujudkan lagi satu badan pelaburan yang baru seperti mana 1MDB. Jadi ini yang menyebabkan kita berhadapan dengan krisis yang berlarutan sehingga sekarang ini. Jadi sebab itu kalau kita lihat hari ini akibat daripada 1MDB inilah kita tidak berkesudahan dengan krisis-krisis besar. Hari ini perakuan yang telah pun dibuat oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti yang mengakui tentang Bank Negara telah menerima laporan dari Singapura. Bank Negara mengesahkan menerima laporan dari Bank Pusat Singapura berhubung dengan BSI Bank Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1MDB iaitu yang dikatakan memberikan laporan palsu kepada BSI Bank ini. Ini yang menjadi pertikaian kepada kita sekarang ini bagaimana 1MDB boleh menguruskan secara sedemikian sehingga memberikan dikatakan memberikan laporan palsu kepada sebuah bank di luar negara dan ini memberikan, menjejaskan imej negara kerana ini dilihat 1MDB ialah satu syarikat di mana pelaburan yang dimiliki oleh negara kita di bawah Kementerian Kewangan yang diketuai sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi bagi saya bahawa - padahal sebelum ini Perdana Menteri sendiri mengikut laporan media ini menafikan 1MDB memberikan penyata bank palsu. Sedangkan Bank Pusat Singapura telah pun memberikan notis dan diakui oleh Bank Negara iaitu oleh

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Gabenor Bank Negara sendiri. Jadi saya merasakan bahawa ini adalah suatu yang tidak kena dan ini yang menyebabkan dakwaan yang dibuat oleh Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir tentang isu pembohongan ini dan ini akan memberikan kesan yang tidak baik kepada negara kita. Oleh sebab itu saya ingin dapat penjelasan dari Bank Negara dan saya harap bahawa Bank Negara kena keluarkan satu kenyataan yang segera tentang apa tindakan daripada notis yang telah pun diterima dari Bank Pusat Singapura. Saya difahamkan kalau mengikut prosedur biasanya ialah sepatutnya Bank Negara membekukan akaun 1MDB dan juga membekukan akaun Lembaga Pengarah dan juga membekukan kuasa tandatangan Lembaga Pengarah ke atas cek-cek 1MDB. Jadi apakah proses ini telah pun diambil kerajaan oleh Bank Negara khususnya Gabenor Bank Negara yang perlu untuk memastikan supaya satu siasatan kerana selepas daripada proses membekukan apa yang saya katakan tadi itu, bahawa Bank Negara kena memaklumkan kepada pihak polis dan juga pihak SPRM untuk memulakan satu siasatan yang menyeluruh terhadap isu ini dan juga seharusnya bagi saya bahawa mereka mengemukakan kepada mahkamah dan juga memaklumkan kepada imigresen untuk menahan ataupun dokumen perjalanan ahli-ahli Lembaga Pengarah ini keluar negara. Jadi ini merupakan saya difahamkan bahawa seharusnya prosedur ini harus dilaksanakan apabila kita menerima satu notis dari bank khususnya bank luar apatah lagi Bank Pusat Singapura terhadap 1MDB yang dikatakan mengemukakan dokumen palsu kepada pihak BSI. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya katakan daripada awal tadi bahawa rangka Rancangan Malaysia Kesebelas ini tidak boleh hanya dilihat kepada kecantikan, pada program yang dirancang. Tidak boleh dilihat hanya kepada seronok angka yang ditunjuk dan tadi rakan saya daripada Jasin juga meragui tentang angka-angka yang ditunjukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini sehingga dia sendiri pun tidak ada keyakinan bahawa boleh tercapai ataupun tidak kepada unjuran yang telah ditetapkan di dalam Buku Rancangan Malaysia Kesebelas ini dan juga kepada pendapatan isi rumah dan pendapatan per kapita dan sebagainya. Jadi walaupun dia kata bahawa kerajaan berjiwa besar sebab itulah hendak dapatkan capaian yang begitu tetapi ini bukan soal jiwa besar, jiwa kecil tetapi soal fakta kena betul. Akan tetapi kalau ini sudah tidak betul itu menunjukkan bahawa kita hanya seolah-olah macam menyediakan satu hairan, satu keindahan untuk kita berkhayal menaruh harapan semata-mata walaupun tidak tercapai apa yang dihajati. Jadi ini kita seronok yang kita katakan bahawa sedap seketika seronok sementara. Jadi dia tidak berpanjangan yang kita hendak ialah sedap itu selama-lamanya, seronok pun selama-lamanya. Barulah kita rasa kehidupan nikmat maknanya sedap dan nikmat itu berpanjangan bukan sedap dan nikmat itu hanya untuk satu tempoh yang pendek. Jadi oleh sebab itu bagi saya bahawa rancangan ini harus dilihat juga daripada pengurusan perbelanjaan kewangan negara. Kita tidak boleh hanya seronok RM260 bilion dan sebagainya tetapi soal integriti dan keamanahan pengurusan tanpa salah guna kuasa, pengurusan tanpa unsur penyelewengan, pengurusan kewangan tanpa ketirisan dan sebagainya akhirnya RM260 bilion itu kita akan mengalami ketirisan dan kebocoran yang lebih besar seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara pada setiap tahun. Ini krisis yang harus dilihat bahawa yang perlu kita mencari satu mekanisme untuk mengatasi sebab kalau kita lihat laporan-laporan yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara ini sudah terlalu banyak laporan-laporan yang menunjukkan bagaimana ketirisan dan kebocoran yang berlaku yang begitu besar pada setiap tahun. Sebab itu macam saya katakan tadi bahawa 1MDB tiba-tiba kita terpaksa menanggung hutang. Kalau daripada awal dilihat tentang keperluan ataupun tidak, saya percaya macam saya katakan tadi EPU sepatutnya menasihati bahawa tidak ada keperluan kepada 1MDB kerana kita sudah ada satu badan pelaburan negara iaitu Khazanah Nasional. Jadi sekarang kita berhadapan dengan krisis yang besar sehingga Timbalan Perdana Menteri kata dia pun tidak tahu. Dia pun tidak tahu maknanya seolah-olah Kabinet langsung tidak ada apa-apa maklumat. Jadi saya pun rasa agak pelik apabila Timbalan Perdana Menteri dalam satu ucapan yang viral dalam video klip itu, yang diviralkan dalam

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

satu pertemuan yang dianjurkan oleh UMNO sendiri secara dalamannya yang dihadiri oleh ada juga beberapa orang pimpinan.

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kapar.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oh kawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sudah lama cakap seorang kan. Yang Berhormat Kapar tumpanglah.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini hutang negara kini adalah RM740 bilion dan kita dari RMKe-10 dan RMKe-11 ini banyak perkataan pembangunan yang telah kita gunakan.

Apakah pembangunan ini selaras dengan hutang negara yang telah mencecah RM740 bilion dan hutang ini digunakan untuk apa? Apakah pembangunan-pembangunan yang telah digunakan dalam RM740 bilion ini sehingga negara kita telah mencecah RM740 bilion hutang negara ini? Apa penjelasan daripada Yang Berhormat? Terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, terima kasih rakan saya daripada Yang Berhormat Kapar. Ini sepatutnya diperjelaskan oleh pihak kerajaan sendiri bahawa walaupun saya percaya bahawa RM740 bilion itu ialah hutang keseluruhannya, hutang pihak swasta dan sebagainya. Akan tetapi semua itu dia terangkum di dalam hutang yang dijamin oleh kerajaan. Bermakna bahawa ia akan menyebabkan negara terpaksa menanggung, kerajaan terpaksa menanggung, negara terpaksa menanggung kalau berlaku sesuatu yang seperti mana sekarang yang sedang dihadapi oleh 1MDB umpamanya. Maka, sudah tentu kita terpaksa menanggung dengan kadar hutang RM42 bilion. Bagi saya RM42 bilion ini satu angka yang besar. Bukan kata RM740 bilion ya. RM42 bilion pun satu benda yang cukup besar. Kalau kita hendak agihkan kepada penerima BR1M, 6.8 juta orang, kita bukan bagi RM900 Yang Berhormat Arau, bukan patut bagi RM100 kalau dengan duit RM42 bilion ini. Kita boleh beri RM6,176 seorang. Akan tetapi kalau kita hendak agihkan juga dengan RM900 setahun, kita boleh bagi kepada 46 juta orang. Padahal rakyat Malaysia mana sampai 30 juta lagi. Kalau kita hendak buat projek NFC, RM250 juta, kita boleh buat duit RM42 bilion ini, 168 projek, besar. Kalau hendak bela lembu, seekor RM3 ribu, kita boleh beli, bela 14 juta ekor. Tenggelam Arau itu. Lepas lembu 14 juta dalam Arau itu, saya ingat tenggelam. Maknanya, Yang Berhormat Arau balik cari jalan tidak jumpa. Pakai lompat kot atas lembu saja. Pokok Sena habis lebur, pakai naik atas pokok saja. Saya bersetuju dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Kapar tadi bahawa sepatutnya kerajaan harus melihat bagaimana kita memanfaatkan sejumlah wang yang besar, yang kita belanjakan itu yang benar-benar boleh memberikan manfaat kepada masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Sebab itu saya sebutkan tadi bahawa isu permasalahan 1MDB ini. Maknanya, satu benda yang cukup besar, yang membabitkan sampai akhirnya kita telah memaksa institusi- institusi, dana-dana awam yang lain ini untuk menyelamatkan. Walaupun tidak disebut menyelamat tetapi hakikatnya bahawa diberikan melalui sukuknya, melalui bon dan sebagainya. Itu semuanya ke arah menyelamat. Menggunakan dana awam KWAP, menggunakan KWSP, menggunakan Tabung Haji dan sebagainya. Saya katakan bahawa ini suatu yang sangat membimbangkan kita. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa semua itu dijamin, sukuk, bon dan segalanya semuanya dijamin oleh kerajaan. Memang kerajaan boleh jamin tetapi apakah ada jaminan yang satu hari nanti bahawa kerajaan dan negara kita ini tidak bankrap kalau dibiarkan keadaan yang tidak terurus ini terus berlaku. Sedangkan Yang Berhormat Menteri Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala pernah mengatakan bahawa kalau subsidi tidak ditarik balik, tidak di rasionalisasikan, maka negara Malaysia bakal bankrap sebelum 2020. Bermakna bahawa Malaysia boleh bankrap. Kalau boleh bankrap, apa ada dengan duit

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

yang dijamin oleh kerajaan. Duit yang dijamin oleh kerajaan, KWSP kah, KWAP, apa saja sukuk, bon kah apa semua yang dijamin oleh kerajaan akan hilang. Ini menyebabkan kerugian yang akan terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan rakyat. Jadi, sebab itu saya cukup bimbang dengan perkembangan yang ada ini akibat daripada krisis yang berlaku dalam 1MDB, kita terpaksa menggunakan sejumlah wang yang besar. Contoh, ini isu Tabung Haji bagi saya bahawa tidak sepatutnya berlaku. Saya agak sedih dengan rakan saya daripada Yang Berhormat Baling, kawan saya, kawan rapat saya, sekapal dengan saya.

Sekapal.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sekapal, sekapal. Sebab saya kata bahawa, hati kecil sayalah, saya katakan bahawa, ish, tidak akan lah pengerusi hendak buat begini. Sebab saya percaya bahawa power pengerusi ini setakat mana, Board ini setakat mana kalau kuasa Yang Berhormat Menteri yang tidak mengatasi daripada kuasa Board. Ini kuasa Yang Berhormat Menteri Tabung Menteri Haji ini terlalu tinggi, sampai hendak naik gaji CEO Tabung Haji pun, Yang Berhormat Menteri yang jaga Tabung Haji, yang merupakan didelegate oleh Perdana Menteri sebab dia duduk bawah Perdana Menteri, makna delegate power daripada Perdana Menteri kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri untuk jaga Tabung Haji. Dia kuasa yang cukup besar. Hendak naik gaji, hendak lulus beri bonus kepada CEO Tabung Haji. Pernah saya sebut dalam Dewan ini 2012, bonus CEO Tabung Haji RM700 ribu. Kemudian ganjarannya RM400 ribu lebih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangun.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah 1MDB ataupun masalah bail out syarikat- syarikat yang rugi bukan benda yang baru dan bukan benda yang pertama dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi kalau kita perhatikan masalah syarikat yang rugi, yang dibail out ini seperti mana UEM, Renong, syarikat perkapalan, yang terbaru 1MDB. Adakah Yang Berhormat Pokok Sena bersetuju dengan saya bahawa perkara ini adalah perkara biasa dalam pentadbiran Barisan Nasional? Sekian.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, memang. Inilah perkara yang berlaku. Akan tetapi saya begini ya, kita tidak boleh- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi bahawa ini perkara sudah berlaku berbagai-bagai sebelum ini. Akan tetapi kita boleh merasakan bahawa oleh kerana perkara dulu berlaku, maka sekarang berlaku, kita harus membiarkan begitu, tidak boleh. Perkara yang lalu berlalu, berlalu. Akan tetapi jangan biar perkara yang sekarang ini turut berlalu. Hari ini barulah pemimpin-pemimpin UMNO hendak ungkit kepada Tun Mahathir yang menyelamatkan syarikat kononnya syarikat perkapalan yang dimiliki oleh anak dia. Menyelamatkan, memberikan wang kepada anak dia. Ya, kenapa dulu pemimpin- pemimpin negara yang hari ini, masa itu pakat cium tangan Tun Mahathir. Apakah kita ada satu pemikiran, eh Tun, you buat dulu takkan tidak kami buat tidak boleh. Jadi, kalau kami boleh...

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri bangun Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

...Kalau kami- sekejap, sekejap, sekejap. Seolah-olahnya kalau kami boleh tutup segala kesalahan kamu, takkan kamu tidak boleh tutup kesalahan kami. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Menteri bangun ya.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Apakah Yang Berhormat sedar bahawa pegawai dan kakitangan daripada syarikat-syarikat yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi banyak daripada mereka terdiri daripada orang

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

PAS dan juga pembangkang. Itu yang nombor satu. Nombor dua, dalam polemik Haji Hadi, Tuan Man dan Mat Sabu, Yang Berhormat sokong siapa? [Ketawa]

Yang Berhormat Pokok Sena boleh saya jawab? Standard saya boleh jawab.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini apa punya soalan ini? [Ketawa] Saya tidak mahu menggunakan pentas Parlimen ini untuk kepentingan saya bertanding ya. Saya menggunakan pentas Parlimen ini ialah untuk menyelamatkan negara, bukan untuk menyelamatkan kedudukan diri saya yang bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti. Akan tetapi saya katakan bahawa seolah-olahnya pemimpin negara kita sekarang ini, eh, Tun Mahathir takkan you tidak boleh sokong sepenuhnya kami. Dulu kami pun sokong you sepenuhnya walaupun you buat salah. Seolah-olah sekarang ini, dulu kami tutup salah kamu, sekarang kamu tutup salah kami. Apakah ini cara pengurusan kewangan pentadbiran dalam negara kita? Jadi, bagi saya bahawa ini sangat berbahaya kepada masa depan negara kita akibat daripada pengurusan pentadbiran yang punya usaha salah guna kuasa. Sebab itu saya kata walaupun Tun Mahathir dulu pernah signed, tanda tangan tahan saya di bawah ISA, saya kata itu berlalu. Apa yang dia katakan pada hari ini terhadap kerajaan hari ini betul, sama seperti mana apa saya tanggapi. Saya kena menyatakan bahawa benar apa yang dia katakan dan kita tidak seharusnya merasai dendam terhadap dia. Kalau dendam, saya kena dendam terhadap dia kerana dia signed tandatangan untuk tahan saya di bawah ISA. Akan tetapi saya fikir bahawa itu sudah berlalu. Yang penting sekarang ini bahawa negara kita perlu diselamatkan daripada segala permasalahan, krisis besar. Ini bukan krisis UMNO. Saya minta supaya jangan kita melihat, menjuruskan kepada krisis UMNO. Nombor satu turun, nombor dua naik, no. Sebab saya bersetuju dengan apa yang disebut Yang Berhormat Mulia Gua Musang yang mengatakan bahawa seluruh Kabinet seharusnya bertanggungjawab, bukan Perdana Menteri seorang.

Collective responsibility.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sepatutnya Yang Berhormat Pagoh yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ada 10 minit. Hendak habiskan sekarang atau sambung esok?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Esok, esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

10 minit.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Esok, esok.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habiskan sekarang pun 10 minit, esok pun 10 minit.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Esok, esok.

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Penjelasan, Yang Berhormat, ini PAS kah PASMA?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

PAS, PAS.

Saya jawab Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jawab, saya jawab untuk dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Usul penangguhan mesyuarat, sila Yang Berhormat Menteri 16(3).

Usul — Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)Motion

Dato’ Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat.

Ucapan Penangguhan — Pembinaan Laluan Jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Sinulihan-Lokos- Toboh-Rondoggun, Ranau.Adjournment

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan penangguhan daripada Tuaran. Meminta Kerajaan Persekutuan menunaikan janji yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membina laluan Jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Sinulihan-Lokos-Toboh-Rondoggun, Ranau. Tuan Yang di-Pertua, sekitar tahun 2002, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu telah meluluskan pembinaan laluan Jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Sinulihan- Lokos-Toboh-Rondoggun, Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM300 juta kepada sebuah kontraktor bernama Kontraktor Sinsuran Sdn Bhd. Setelah kelulusan diberi kerja-kerja mengukur sepanjang jajaran laluan jalan tersebut telah dimulakan. Sebuah syarikat Perunding Alam Sekitar juga telah dilantik untuk membuat laporan Environmental Impact Assesment (EIA). Namun sebelum PRU Ke-11, jalan raya tersebut telah dikatakan tidak disenaraikan oleh pihak EPU dalam Rancangan Malaysia yang sedang berkuat kuasa pada ketika itu mengakibatkan kerajaan membatalkan pelaksanaan projek tersebut. Saya telah memperjuangkan pembinaan jalan raya tersebut sepanjang tahun 2004 hingga 2008 namun projek ini hanya nama sehinggalah pada tahun 2013 di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak semasa walkabout di Pekan Ranau mengumumkan peruntukan sebanyak RM400 juta untuk membina jalan raya tersebut. Rakyat di kawasan Parlimen Ranau dan di kawasan Parlimen Tuaran khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kiulu menerima berita pengumuman tersebut sebagai satu berita yang amat baik sekali gus memberi harapan yang amat tinggi kepada rakyat. Pada masa ini beberapa sektor jalan tersebut terutama sekali jalan yang menghubungi SK Pukak - SK Lokub - SK Pahu - SK Sinulihan - SK Lokos adalah jalan gravel yang merupakan jalan JKR negeri dan sangat mendesak untuk dinaiktaraf. Manakala jajaran SK Lokos ke Kg Toboh adalah masih hutan dan perlu dibina sebab belum ada jalan raya setakat ini. Jajaran ini juga perlu dilaksanakan dengan teknologi ‘tunneling’ selebar 1 kilometer sebab pihak Sabah Park sudah pun mengisytiharkan hutan yang ada sebagai “WILDLIFE CORRIDOR’.

Datuk Madius bin TangauUPKO · PHTuaran

Sudah dua tahun selepas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut dan rakyat masih lagi tertanya-tanya bilakah pelaksanaan projek tersebut akan dimulakan. Laluan jalan ini adalah merupakan sebuah jalan yang pastinya akan mentransformasikan pembangunan kawasan Dewan Undangan Negeri Kiulu di kawasan Parlimen Tuaran dan Dewan Undangan Negeri Karanaan di kawasan Parlimen Ranau. Selain daripada menjadi laluan utama kepada lebih sepuluh buah sekolah rendah dan menengah jalan raya ini juga akan memangkinkan pembangunan pertanian dan industri ekopelancong di kawasan Kiulu dan Ranau. Tuan Yang di-Pertua, sebuah janji ditepati perlu dikotakan dan rakyat tertanya- tanya bilakah agaknya laluan jalan ini akan dibina, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan ucapan Yang Berhormat Tuaran, pihak JKR Negeri Sabah telah mengemukakan permohonan berkaitan pelaksanaan projek membina jalan Telipok-Kiulu-Pukak-Pahu-Sinulihan-Lokos-Toboh-Rondoggun, Ranau tersebut kepada kementerian ini dengan cadangan nama projek jalan Pukak-Lokub- Sinulihan-Pahu Tuaran dengan anggaran kos berjumlah RM104 juta dan projek jalan Pahu- Sinulihan-Toboh-Tuaran dengan anggaran kos projek berjumlah RM79 juta. Oleh itu pihak kementerian telah memasukkan cadangan projek-projek tersebut di bawah senarai Rancangan Malaysia Ke-11. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan JKR Sabah dengan membuat siasatan tapak yang terperinci bagi mendapatkan kos anggaran sebenar pelaksanaan projek-projek tersebut. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek-projek tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, disebabkan usul penangguhan yang kedua, pembawa usul tidak hadir, maka mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 27 Mei 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.06 malam]