Dewan Rakyat · 15 June 2015
15th Parliament, session 3, meeting 2 · 1,538 turns · 93,235 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Luar Negeri menyatakan: (a) senarai pertikaian sempadan antarabangsa yang masih di peringkat perundingan; dan (b) apakah langkah kementerian dalam menyelesaikan konflik ini secara diplomasi tanpa menjejaskan hubungan baik dengan negara-negara jiran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin atas soalan yang dikemukakan. Seperti mana Yang Berhormat Jasin dan Dewan yang mulia ini sedia maklum, Malaysia berkongsi sempadan darat dan maritim dengan beberapa buah negara jiran. Bagi sempadan darat, masih terdapat kawasan yang belum disempadankan. Berhubung dengan perkara ini, rundingan untuk memastikan dan menentukan persempadanan darat sedang berjalan dengan Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand. Berhubung dengan sempadan maritim pula, Malaysia mempunyai tuntutan bertindih kawasan maritim dengan Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Singapura. Malaysia dan Indonesia sedang berunding mengenai persempadanan maritim di kawasan Laut Sulawesi iaitu kawasan paling selatan di Selat Melaka dan di Selat Singapura. Rundingan dilaksanakan di bawah mekanisme Mesyuarat Teknikal Pembatasan Sempadan Maritim Malaysia-Indonesia. Sehingga kini sebanyak 27 mesyuarat teknikal telah diadakan. Malaysia juga sedang dalam proses untuk memulakan perundingan bagi menentukan persempadanan maritim dengan Singapura. Berhubung dengan tuntutan bertindih di antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam dan di luar Pantai Timur Semenanjung, Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menangguhkan perundingan bagi menentukan persempadanan maritim dan melaksanakan, dengan izin, provisional arrangement bagi membolehkan eksploitasi minyak dan gas di bawah mekanisme Malaysia-Thailand joint development area. Begitu juga dengan tuntutan bertindih di antara Malaysia dan Vietnam di luar Pantai Timur Semenanjung. Malaysia dan Vietnam bersetuju untuk menangguhkan perundingan bagi menentukan persempadanan maritim dan mewujudkan, dengan izin, commercial arrangement area bagi membolehkan eksploitasi minyak dan gas di kawasan tuntutan bertindih tersebut. Berhubung dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan pula, yang melibatkan Malaysia, Brunei Darussalam, Vietnam, Filipina dan China, belum ada rundingan dilaksanakan sehingga kini.
Berhubung dengan perkara ini, saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia dan juga negara-negara ASEAN yang lain tidak mengiktiraf tuntutan China yang berdasarkan “Nine-Dashed-Line” kerana ianya tidak selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuklah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut 1982 atau, dengan izin, United Nations Convention on the Law of The Sea 1982. Kerajaan memberikan perhatian khusus terhadap isu persempadanan kerana ianya boleh memberikan kesan negatif terhadap hubungan dua hala sekiranya tidak dikendalikan dengan sewajarnya. Malaysia berpendirian bahawa isu persempadanan perlu diselesaikan secara aman melalui rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa. Rujukan kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ atau Tribunal Timbang Tara adalah merupakan pilihan terakhir dalam mencapai penyelesaian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang cukup jelas sekali. Rundingan pertikaian sempadan antarabangsa telah berlarutan sekian lama dengan beberapa buah negara. Mengakibatkan pertindihan persempadanan yang telah menyukarkan penguatkuasaan maritim dan juga aktiviti-aktiviti ekonomi serta perikanan juga turut terjejas. Dalam masa yang sama, walaupun kita mahu menjaga kepentingan dan kedaulatan negara, kita juga jangan lupa untuk membuat satu pendekatan supaya kebijaksanaan untuk tujuan keharmonian. Kita mestilah menghormati hak jiran dan yang paling utama sekali kita mestilah mematuhi apa juga peraturan UNCLOS seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang kita Malaysia telah sama-sama tandatangani. Jadi soalan saya, sudahkah negara kita membentangkan peta yang lebih baru daripada peta yang sedia ada yang baru tahun 1979 yang dianggap outdated dan sebenarnya tidak menggariskan apa-apa perkara yang berhubung kait dengan zon ekonomi eksklusif. Kalau begitu, kita tidak ada mempunyai asas yang kukuh untuk mempertahankan tuntutan kita. Dalam masa yang sama, peta ini penting? Adakah negara kita telah mendepositkan peta kita ini dan juga dipanggil garis titik pangkal negara ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi menentukan garis sempadan negara kita.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, ini penting untuk negara kita. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya mekanisme yang telah kita dapati selepas perundingan di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan juga Presiden Indonesia baru-baru ini bagi menyelesaikan masalah sempadan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jasin di atas beberapa soalan yang telah dibangkitkan. Memanglah kita bersetuju bahawa apa pun yang kita hendak buat, kita perlukan suatu tanda bahawa kita telah pun mempunyai garis titik pangkal negara. Oleh sebab itu dalam masalah sempadan di antara kita dan jiran-jiran kita pada hari ini, kita bermula dengan peta kita yang itu yang telah pun kita buat pada tahun 1979. Oleh sebab itulah, mereka juga membangkang kerana mereka tidak bersetuju dengan peta kita dan akhirnya kita terpaksa membuat rundingan dengan semua negara jiran kita sebelum kita dapat mengeluarkan peta yang baru. Untuk mengeluarkan peta yang baru ini perlu mendapat persetujuan daripada semua negara jiran. Inilah yang telah saya jawab tadi, semua mesyuarat dilakukan daripada satu negara dengan satu negara lain yang bersetuju untuk akhirnya kita menyelesaikan isu sempadan di antara satu sama lain. Manakala tentang mekanisme yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, sebenarnya pada bulan Februari baru-baru ini, kita telah pun bersetuju di antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga Tuan Yang Terutama Presiden Indonesia untuk kita mewujudkan satu mekanisme khas bagi menyelesaikan masalah sempadan termasuklah isu maritim di antara Indonesia dan Malaysia. Pada hari ini pun kita sedang melakukan satu lagi mesyuarat di Indonesia untuk menyelesaikan isu yang tertangguh buat selama ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam membincangkan isu ini, saya juga ingin
melahirkan rasa bimbang saya terhadap Pulau Layang-Layang, Pulau Perahu, Pulau Siput, Pulau Mantanani, Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah dan Sarawak, begitu juga dengan Pulau Jarak dan Pulau Perak. Ini merupakan pulau yang kita pertahankan kedaulatannya. Akan tetapi malangnya keadaan binaan ataupun struktur kekalnya masih lagi lemah. Oleh sebab itu saya mohon bolehkah kerajaan pertimbangkan untuk peruntukan- peruntukan bangunkan infrastruktur kekal supaya ia boleh dilihat kedaulatan negara kita memiliki pulau-pulau tersebut sebagaimana dilakukan oleh Vietnam dan juga China di Kepulauan Spratly. Begitu juga dengan Pulau Pisang. Saya mohon kerajaan supaya mengambil berat dalam hal ini untuk mengambil alih Pulau Pisang supaya rumah api yang dioperasikan oleh Singapura di atas pulau kita, dapat kita ambil alih semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Lumut atas soalan yang telah dibangkitkan. Sebenarnya untuk pengetahuan Yang Berhormat Lumut, saya hendak menjawab Pulau Pisang, sebagai contoh. Tidak ada isu di antara kita dengan Singapura. Walau bagaimanapun, oleh sebab Yang Berhormat mencadangkan supaya lebih baik kita mengambil alih rumah api, itu sedang kita bincangkan di antara Singapura dan Malaysia. Tentang rumah api itu sendiri, ianya tidak akan timbul masalah kerana Pulau Pisang itu memang tetap di bawah kedaulatan negara kita sendiri. Jadi tak perlu dirisaukan. Tentang peruntukan-peruntukan untuk membangunkan struktur di pulau-pulau yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, saya hendak jelaskan, sebenarnya macam Pulau Layang-Layang itu sendiri telah pun kita bangunkan. Cuma tidaklah kita hendak membangunkan semua struktur yang boleh menunjukkan, memberi kepastian bahawa itu pulau kita kerana kebanyakan dari pulau-pulau yang lain itu telah pun kita tanda sebagai pulau-pulau yang dipunyai oleh kita. Jadi, tak payahlah kita hendak risau bahawa ini boleh menyebabkan ada dengan izin Tuan Yang di-Pertua, claimant yang lain untuk pulau-pulau yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebelum ini kita sebagai ASEAN Community Chair, dengan izin pada tahun depan dan selepas kita membuat beberapa constructive engagement dengan izin, dengan Filipina yang telah berjaya dan mungkin dalam proses untuk dimantapkan lagi. Apakah kerajaan bercadang untuk meneruskan rundingan ataupun gerak kerja, engagement pelbagai hala. Contohnya kita ada di Sabah, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) yang telah pun kita gerakkan semula. Adakah ini akan digerakkan semula melalui proses pendekatan pelbagai hala dan dengan ada pendekatan melibatkan constructive engagement dan konsep prosper-thy-neighbour yang telah kita amalkan selama ini dapat menggerakkan ekonomi dan dengan cara ini mereka akan lebih stabil dan menangani perbezaan atau pun managing differential dengan izin, dapat kita gerakkan dengan lebih baik melalui pendekatan pelbagai hala. Jadi apakah kerajaan akan melihat semula BIMP-EAGA ini diperkasakan atau kita ada pendekatan atau inisiatif lain untuk merancakkan lagi pertumbuhan di kawasan- kawasan persempadanan supaya ketegangan ataupun perbezaan ini dapat dikurangkan. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi tentang soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sebenarnya bila kita berbicara tentang constructive engagement bersama dengan negara-negara jiran kita, kita tidak pernah melakukan had tertentu atau limitation dalam perbincangan tersebut kerana pada kita, sebagai satu masyarakat yang akan kita umumkan nanti sebagai ASEAN Community, ia memerlukan kerjasama bagi semua pihak termasuklah BIMP-EAGA yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi. Memang benar bila kita sebut tentang jiran yang terlampau berdekatan yang mungkin boleh melibatkan masalah oleh sebab perundangan yang berbeza seperti negara kita yang banyak mempunyai elemen subsidi daripada segi makanan sebagai contoh, ia menimbulkan keadaan perniagaan di kawasan tersebut boleh melibatkan masalah perundangan.
Maka sebab itu, perbincangan kita bukan hanya hendak mempertingkatkan ekonomi tetapi juga hendak menyelesaikan dari segi perundangan di antara kedua-dua negara supaya tak timbul masalah curi-mencuri atau masalah enforcement di kawasan- kawasan tersebut. Jadi, ia memerlukan masa yang panjang. Ia memerlukan satu rasa tanggungjawab oleh semua negara dan akhirnya, apa yang kita buat sebagai ASEAN satu komuniti itu akan mencapai matlamat kejayaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
2. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan kementerian untuk meningkatkan keupayaan kewangan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk memastikan kuantiti perkhidmatan perubatan serta latihan kepada doktor pelatih tidak menurun, berikutan pemotongan bajet sebanyak RM120 juta kepada Pusat Perubatan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai atas soalan yang berkaitan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan keseluruhan perbelanjaan mengurus Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM492 juta ekoran daripada realisasi Peruntukan Mengurus Kementerian Kewangan yang keseluruhannya berjumlah RM5.5 bilion. Peruntukan Mengurus PPUM telah dijajarkan semula dan berkurang sebanyak RM20.27 juta sahaja dan bukannya RM120 juta seperti yang didakwa.
Namun kementerian telah mengeluarkan semula peruntukan kepada PPUM sebanyak RM35 juta menjadikan keseluruhan peruntukan tersebut melebihi jumlah yang diluluskan sebelum ini. PPUM tidak sama sekali akan berkompromi terhadap kualiti pengajaran, latihan dan rawatan pesakit yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat dan akan memastikan kesemua peruntukan yang telah disalurkan dibelanjakan dengan secara berhemah. Selain itu, PPUM juga akan memastikan kelestarian kewangan PPUM melalui peningkatan hasil daripada sumber dalaman seperti sewaan asrama, ruang niaga, penyewaan facility dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hargai penjelasan jumlah yang awal yang dipotong itu bukanlah RM120 juta tetapi RM20 juta kerana saya memetik laporan media ketika itu. Saya juga menanyakan kerana kita bercakap tentang perbezaan pada awalnya Yang Berhormat sebut RM20 juta dipotong disalur semula RM35 juta. Maka saya mahu perincian apakah program-program yang kemungkinan tergendala dan diteruskan kerana tidak diperincikan dalam jawapan Yang Berhormat berikan. Saya juga maklum kepada Yang Berhormat bahawa setakat ini dalam Belanjawan 2015 kita melihatkan semua Institut Pengajian Tinggi mendapat potongan sebanyak 12.36%, UPM sahaja sebanyak 35%. Saya bawakan kerana dilihat sektor kesihatan PPUM yang termasuk juga di bawah Kementerian Pendidikan kerana merupakan teaching hospital dan sektor pendidikan dilihat sebagai dikorbankan dalam usaha kita untuk menjana lebih dana. Semua ini berlaku di kala Kabinet telah meluluskan suntikan kewangan sebanyak RM950 juta untuk 1MDB. Maka persoalan saya Yang Berhormat, apakah dasar kerajaan selepas ini sama ada dalam memperincikan keperluan untuk PPUM dan juga sektor pendidikan. Adakah potongan-potongan lanjut akan kita lihat selepas daripada ini apabila ekonomi negara menghadapi beberapa kemelesetan. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan rancangan pada masa hadapan yang berkaitan dengan pengurusan PPUM. Memandangkan ini adalah salah satu soalan yang begitu spesifik dan teknikal yang memerlukan detail, dengan izin maka saya cadangkan kepada Yang Berhormat untuk mengadakan satu perbincangan susulan dengan saya di mana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia boleh berkongsi maklumat yang diperlukan. Sekian, terima kasih.
Maaf, Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut ya di sini dalam soalan awal saya, asal saya...
Yang Berhormat, tidak boleh, Yang Berhormat.
Tidak saya sebut tentang latihan kepada doktor terlatih.
Sudah, sudah.
Saya fikir tidak adil, tidak profesional.
Yang Berhormat, pada peringkat ini tidak boleh buat macam ini, Yang Berhormat.
Takkan tidak boleh diperincikan. Ini berkait dengan soalan asal, Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersetuju dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa jawapan itu adalah spesifik dan butiran...
Ya, saya hendak rekodkan kalau beginilah caranya bagaimana saya hendak dapatkan jawapan lanjut.
Tidak apa. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab secara bertulis soalan yang spesifik, Yang Berhormat. Tidak salah pun.
Tuan Yang di-Pertua, apa gunanya kita ada forum ini kalau di sini juga tidak dapat dimaklumkan.
Yang Berhormat, cukup. Ya, mesti adil dengan kementerian. Soalan spesifik mesti dijawab secara spesifik. Yang pagi ini adalah menjawab kepada soalan-soalan yang umum seperti ini. Apabila ditanya soalan spesifik, perincian tentang bajet dan sebagainya tidak boleh.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut dalam soalan asal. Soalan asal sendiri lihat, saya hendak maklum on record kerana pada saya bila masa saya katakan kuantiti perkhidmatan.
Tidak apalah, saya terima jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri cukuplah, Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bismillahi Rahmani Rahim. Bila sebut tentang Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini saya agak nostalgik sedikitlah kerana saya belajar di sini. Belajar perubatan, I studied medicine 30 years ago in PPUM, dengan izin. Saya terkejut dengar berikutan bajet sebanyak RM120 juta begitu banyak. Manalah dia dapat angka ini. Surat khabar apa yang dibaca.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya merawat kakitangan kerajaan dan kebanyakan orang yang miskin dan juga kumpulan- kumpulan yang lain dan peruntukan yang didapati adalah daripada kerajaan. Saya hendak sentuh satu perkara baru-baru ini PPUM telah ada MRI sebelum pengamalan GST dan setelah di install pada bulan Mei iaitu selepas GST dan telah dikenakan additional bill sebanyak RM700,000. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah wajar PPUM yang banyak menolong orang-orang miskin dikenakan GST?
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, GST memang bagus. Ada yang patut kena, ada yang tidak patut kena. Inilah tidak faham.
Duduklah, Yang Berhormat.
Dia ganggu saya. Soalan, dalam usaha PPUM untuk melahirkan kualiti graduate dan kualiti post graduate master programme, untuk melahirkan specialist yang lebih untuk negara maju yang kita akan pergi apakah usaha-usaha kerajaan untuk lebih membantu? Apakah saya hendak tanya bentuk koordinasi MOH dan MOE mencukupi terutamanya dalam pengambilan pelajar-pelajar baru dan juga pengambilan tenaga pengajar untuk post graduate programme. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Jawab yang berkaitan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan mematuhi arahan untuk saya menjawab.
Ia bukan arahan sahaja ia peraturan mesyuarat.
Berkaitan dengan untuk meningkatkan kualiti latihan PPUM saya minta Yang Berhormat Bagan Serai untuk baca Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2015 hingga 2020.
[Dewan riuh]
Khasnya di lonjakan 10 yang ada berkaitan dengan initiatif transformasi pendidikan tinggi iaitu Program Transformasi Universiti. Sekian, terima kasih.
3. Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global atau Global Competitiveness Report yang terkini, serta apakah langkah- langkah kementerian untuk terus mengukuhkan daya saing dan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar. Laporan Daya Saing Global ataupun Global Competitiveness Report (GCR) 2014-2015 yang diterbitkan oleh World Economic Forum meletakkan Malaysia di kedudukan ke-20 daripada 144 buah negara. Jadi Malaysia, mencatatkan peningkatan sebanyak empat anak tangga daripada 24 ke 20. Jadi Malaysia juga berada di kelompok 15 negara teratas di kalangan negara- negara yang tersenarai di dalam laporan tersebut di mana Malaysia mengatasi Austria – 21, Australia – 22, France – 23, Arab Saudi – 24 dan kekal mengatasi Ireland – 25, Republik Korea – 26, Israel – 27 dan Republik Rakyat China – 28. Jadi jawapan seterusnya adalah kerajaan akan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi prestasi daya saing Malaysia di peringkat global di mana di antara langkah-langkah tersebut adalah: (i) mempergiatkan usaha bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing di peringkat nasional menerusi inisiatif yang bersepadu dan komprehensif dengan melibatkan semua pihak; (ii) mempergiatkan lagi kerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti strategi berkesan yang boleh menambah baik prestasi Malaysia dalam bidang utama; dan (iii) Malaysia juga akan terus melaksanakan inisiatif amalan terbaik aturan Good Regulatory Practice (GRP) yang diterajui oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berpandukan kepada kejayaan dalam pelaksanaan GRP di negara-negara OECD dan akan terus memodenkan peraturan perniagaan juga dilaksanakan agar dapat mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan berdaya saing yang berupaya untuk menarik pelaburan tempatan dan asing ke negara ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif tertentu bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi perdagangan dan pelaburan.
Antara usaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam GCR adalah kerajaan meneruskan strategi pendekatan berfokus ataupun targeted approach di mana fokus diberikan kepada pelaburan berkualiti ataupun quality investment di mana antara indikator yang dilihat bagi menilai projek-projek berkualiti seperti pelaburan modal tinggi, GNI per kapita, peluang pekerjaan bernilai tinggi, penggunaan pekerja asing yang rendah serta berintensifkan berpengetahuan R&D dan inovasi. Kerajaan percaya bahawa pendekatan ini berupaya menarik pelaburan industri berintensifkan teknologi diinovasi yang tinggi termasuklah sektor-sektor baru yang muncul. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat prestasi Malaysia dalam beberapa laporan daya saing utama berada dalam kedudukan 25% ke atas seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Namun begitu, prestasi pertumbuhan produktiviti masih rendah berbanding negara-negara berdaya saing sedangkan pada tahun 2014 mencatatkan 3.5% berbanding dengan sasaran pertumbuhan produktiviti tahunan pada kadar 6%. Soalan saya, adakah ini akan menjejaskan sasaran negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Pihak kerajaan memandang serius kepada semua faktor yang menyumbang kepada pencapaian Malaysia ke tahap negara maju pada tahun 2020 dan banyak faktor yang boleh menyebabkan sama ada kita berjaya ataupun kita gagal. Antara faktor yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar itu memang betul iaitu produktiviti. Oleh sebab itu kalau kita tengok dan kalau kita amati dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dalam dokumen yang dibentangkan di Dewan Rakyat ini menyebut perlunya kita meningkatkan produktiviti dan kalau kita tengok perenggan kelapan iaitu produktiviti adalah elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan RMKe-11. Jadi, ada dua sektor iaitu sektor awam, sektor swasta. Kalau kita tengok swasta, kerajaan akan menjadikan kalangan industri sebagai jaguh kepada peneraju-peneraju inisiatif produktiviti pada peringkat industri dan juga akan memberikan insentif dan sokongan berasaskan prestasi kepada perusahaan yang berjaya mencapai sasaran produktiviti. Selain daripada program pembangunan kapasiti ataupun pembangunan kapasiti dan keupayaan ataupun capacity burning yang boleh membantu perusahaan menambahbaikkan proses kerja melalui penggunaan teknologi dan peningkatan kemahiran kerja. Dalam sektor awam pula ditekankan tentang dua perkara. Pertamanya, memperkemas peraturan secara berkala untuk mengurangkan kerumitan dan kos menjalankan perniagaan di Malaysia. Kedua, penilaian bagi cadangan pelaburan projek baru kerajaan akan dibuat berdasarkan kepada KPI yang mengambil kira aspek produktiviti bagi memaksimumkan pulangan pelaburan. Ini saya petik direct, terus Tuan Yang di-Pertua daripada dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti daripada penjelasan Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan daya saing yang akan menepati sasaran seperti mana yang akan difikirkan tentang untuk menambahkan pekerjaan tempatan, meningkatkan pelaburan dan memastikan pekerja asing itu dikurangkan. Isu sekarang ini ialah melibatkan tentang perbandingan yang saya lihat daripada sebelum ini. Soalan saya ialah apakah langkah kerajaan untuk fokus seperti yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir dalam Dasar Pandang Ke Timur yang dilihat boleh membantu peningkatan pelaburan jangka panjang. Apakah itu juga perlu dilakukan untuk memastikan daya saing kita itu menepati sasaran daripada angka 20 akan meningkat lagi dalam segi produktiviti kita. Apakah pandangan Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sebenarnya yang disebut oleh Yang Berhormat itu betullah. Pertamanya, kita perlu fokus dan terus meningkatkan daya saing kita. Tadi saya sudah
sebut tentang kerajaan akan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi prestasi daya saing Malaysia di peringkat global. Saya sudah sebutkan beberapa perkara tentang langkah seterusnya, tentang meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing di peringkat nasional. Itu perkara pokok dan juga mempergiatkan lagi kerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan. Maksudnya kita antara kementerian tidak boleh silo, tidak boleh terkongkong dalam kelompok kementerian masing-masing dan yang penting ialah kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif amalan terbaik ataupun good regulatory practice (GRP). Ini MPC telah ditugaskan bukan sahaja monitor, bukan sahaja menyelaras malahan untuk terus berinteraksi dengan semua bukan sahaja sektor awam malahan juga swasta untuk meningkatkan produktiviti bukan sahaja sektor awam tetapi juga sektor swasta. Tadi disebutkan juga iaitu dengan memodenkan peraturan perniagaan bagi tujuan meningkatkan kecekapan urusan perniagaan supaya Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang penting. Alhamdulillah tahun lepas kita berjaya menarik pelaburan yang diluluskan pada angka RM236 bilion berbanding sebelum itu RM219 bilion, lebih kurang macam itu. Maknanya ada peningkatan yang positif. Kalau kita tengok angka tersebut masih positif, di suku pertama tahun ini kita telah berjaya menarik pelaburan melebihi RM50 bilion, untuk suku tahun pertama tahun ini berbanding tahun lepas peningkatan yang agak ketara. Sekian terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan selamat kembali ke Dewan bagi Yang Berhormat Rasah. [Ketawa]
Ya, hari Isnin boleh kembali.
Kalau boleh lain kali jangan gantung lama-lamalah.
Lain kali jangan libat Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat.
[Ketawa]
4. Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum Lebuh Raya Persekutuan 2 merangkumi Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau ialah merupakan antara lebuh raya di bawah kendalian Syarikat Konsesi Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad. Berdasarkan perjanjian konsesi asal, Konsesi Lebuhraya PLUS termasuk di Lebuhraya Persekutuan 2 sepatutnya akan tamat pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, berikutan usaha mengurangkan kesan kenaikan tol kepada orang awam, kerajaan telah beberapa kali menstrukturkan semula kadar tol PLUS iaitu pada tahun 1999, tahun 2002 dan tahun 2011. Di bawah penstrukturan PLUS yang terkini iaitu pada tahun 2011 semua konsesi tol lebuh raya di bawah Syarikat PLUS Malaysia Berhad telah diselaraskan di mana ia akan berakhir pada 31 Disember 2038. Penstrukturan semula dibuat untuk memastikan kadar tol yang lebih rendah dapat dinikmati oleh pengguna berbanding kadar tol mengikut perjanjian asal. Sebagai contoh mengikut perjanjian konsesi asal PLUS, kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu 3 tahun 2015 sepatutnya ialah RM2.40 berbanding kadar semasa RM1.10 iaitu kekal sejak dari tahun 2005. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Menteri. Boleh tidak Timbalan Menteri mendedahkan kepada kita mengikut perjanjian yang telah dibuat, berapakah kutipan yang sepatutnya dikutip dan dijamin oleh kerajaan? Apakah sebabnya jumlah kutipan yang sebegitu besar telah pun ditetapkan sehingga apabila ianya gagal dikutip, maka kerajaan terpaksa memberikan tempoh perjanjian dan konsesi selama 20 tahun tambahan? Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal menentukan satu tahap kutipan yang munasabah yang tidak akan membebankan rakyat dan menyebabkan kerajaan terpaksa memberikan pelanjutan selama 20 tahun tambahan? Adakah dalam konsesi 20 tahun tambahan ini juga terdapat satu jaminan mengenai jumlah kutipan dan keuntungan yang dijamin oleh kerajaan yang akan terus menyebabkan konsesi ini berterusan sehingga akhir hayat? Apakah alasan dan hujah yang menyebabkan kerajaan begitu berani untuk memberikan jaminan yang sebegitu gila dan tidak munasabah? [Dewan riuh]
Cukuplah Yang Berhormat, sudah noktah...
Itu adalah satu soalan tetapi memerlukan enam jawapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam di atas soalan dan juga kritikan pada masa yang sama. Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya kerajaan sebenarnya sangat prihatin kepada peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian beberapa pendekatan diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam soal isu tol ini pula pendekatan ini diambil termasuklah penutupan awal dan pemansuhan kutipan tol, pengurangan kadar tol dan penstrukturan semula kadar tol. Penstrukturan semula kadar tol Tuan Yang di-Pertua, telah dan masih dilaksanakan oleh kerajaan kerana yakin mampu memberikan penjimatan pada masyarakat terutamanya mereka yang kerap menggunakan jalan raya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Shah Alam, hasil kutipan tol di Lebuhraya PLUS digunakan untuk membiayai kos-kos operasi dan penyelenggaraan keseluruhan jajaran lebuh raya sepanjang 823 kilometer dan bukan semua plaza tol di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS ini Tuan Yang di-Pertua merekodkan jumlah trafik dan hasil yang tinggi. Justeru itu hasil kutipan di Lebuhraya PLUS ini perlu dilihat secara menyeluruh dan bukannya di plaza-plaza tol tertentu sahaja. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam, sebenarnya jumlah trafik harian di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau adalah sebanyak 266,640 kenderaan di mana di Tol Batu 3 sebanyak 155,662 dan Sungai Rasau 110,978. Ini merupakan trafik harian dan hasil kutipan tol harian di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau pula adalah sebanyak 378,486 di mana di Plaza Tol Batu 3 sebanyak 228,650 dan Plaza Tol Sungai Rasau 149,836. Ia merupakan kutipan harian. Kadar tol di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau telah distrukturkan beberapa kali seperti dalam soal jawapan awal saya. Ianya bertujuan Tuan Yang di-Pertua bagi memastikan kadar tol lebih rendah dinikmati oleh pengguna. Ini antara sebabnya. Sebagai contoh kadar tol yang dibayar oleh pengguna pada masa kini adalah sebanyak RM1.10 di Plaza Tol Batu 3 di mana kadarnya seharusnya RM2.40. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat Shah Alam juga kerajaan tidak memberikan jaminan trafik dan hasil tol dan lanjutan 20 tahun tersebut mengambil kira penstrukturan semula kadar tol yang telah dilaksanakan dan pengguna mendapat penjimatan daripada kadar tol ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Adakah Timbalan Menteri bersedia...
Soalan tambahan satu soalan sahaja Yang Berhormat.
...Untuk mendedahkan segala perkiraan, calculations, keuntungan yang dijamin....
Yang Berhormat Shah Alam, duduk.
...Kepada rakyat kerana dikatakan buat untuk rakyat. Tetapi semua dirahsiakan.
[Dewan riuh]
Tunjuk kepada kita keuntungan yang telah diperoleh dan jumlah yang telah...
Satu soalan sahaja Yang Berhormat.
Saya punya-saya punya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah betulkah sistem dan kualiti highway dan juga jalan-jalan raya di Malaysia ini adalah di antara yang terbaik di Asia? terima kasih.
Jawapan saya kepada Yang Berhormat Labuan betul Yang Berhormat. Ia adalah antara yang terbaik di Asia. Terima kasih Yang Berhormat.
Mana? Orang yang duduk di kampung bolehlah percaya.
Yang Berhormat Shah Alam duduk Yang Berhormat.
Kita sudah pergi luar negara, kita nampak keadaan di negara lain. Janganlah hendak tipu!
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Ya, saya bagi Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa Tol Batu 3 dan Tol Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan pada 20 tahun yang lalu. Saya sebagai wakil rakyat di Klang, pada waktu itu orang ramai membantah sebab menaik taraf hanya satu lorong sahaja. Pada masa itu Lebuhraya Persekutuan ada dua lorong, tambah satu lorong hanya membelanjakan dekat RM20 juta hingga RM30 juta sahaja. Sekarang kerajaan menambah 20 tahun lanjut masa. Adakah ini satu yang akan membebankan rakyat jelata khususnya pengguna- pengguna di Lebuhraya Persekutuan? Bolehkah Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa bilakah walaupun sudah bagi 20 tahun, tol ini akan dihapuskan untuk menguntungkan pengguna-pengguna di Lebuhraya Persekutuan ini? Minta penjelasan dari Yang Berhormat.
Yang Berhormat Shah Alam jangan bangun lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang di atas soalan yang dikemukakan. Yang Berhormat Bukit Bintang, PLUS telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya Persekutuan 2 daripada lorong sehala kepada tiga lorong sehala. Di samping itu, PLUS juga telah membina persimpangan MKSB, Persimpangan Subang, Persimpangan Istana Kayangan, Persimpangan Berkeley, Persimpangan Batu 3 dan Persimpangan Jalan Lapangan Terbang dan 7 roundabout interchange dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan sebenarnya Yang Berhormat Bukit Bintang, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sentiasa mengamalkan konsep rundingan. Bukan sahaja dengan syarikat-syarikat konsesi terutama sekali dari segi kadar tol dan juga sekiranya dilihat wujud keperluan untuk menutup plaza-plaza tol rundingan juga sentiasa dilaksanakan, tetapi mengambil kira beberapa pendekatan ataupun aspek yang menjadi pertimbangan kepada kedua-dua pihak dan rundingan ini Yang Berhormat dilaksanakan secara case to case basis Tuan Yang di-Pertua dan sebarang cadangan untuk mengurangkan atau menstrukturkan semula ataupun menutup plaza tol memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua...
Sudah cukup Yang Berhormat.
...1985 sampai 2038, 53 tahun daripada bapa, anak, cucu, cicit, hendak kena bayar tol.
Duduk, Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Boleh tidak tambah satu soalan mengenai tol?
Mana boleh tambah soalan. Tiga soalan tambahan dalam Peraturan Mesyuarat. Saya tidak melihat Yang Berhormat Baram pada ketika ini untuk soalan 5.
[Soalan No.5 – YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) tidak hadir]
6. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan sejauh manakah pembangunan semula Kampung Baru Kuala Lumpur akan melibatkan dan menarik penyertaan rakyat bukan bumiputera dari segi perumahan dan perniagaan supaya selaras dengan dasar penyusunan semula masyarakat di negara ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, salah satu objektif utama Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) adalah untuk membangun semula hartanah dan sosioekonomi Kampung Baru supaya kekal kompetitif dan relevan sekurang-kurangnya seimbang dengan kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur yang berada bersebelahan. Menyedari hakikat bahawa peluang keemasan kepada masyarakat Kampung Baru terutama mereka mempunyai kepentingan iaitu pihak pemilik dan pewaris tanah, maka Perbadanan menyediakan strategi untuk menarik golongan bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya dalam hal perumahan dan perniagaan. Dasar pemilikan hartanah perumahan dan perniagaan. PKB akan menguatkuasakan dasar pemilikan hartanah perumahan dan perniagaan Kampung Baru. Dasar ini akan menjadi panduan kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pemaju dan pihak berkepentingan dalam perancangan mahupun pelaksanaan pembangunan Kampung Baru secara keseluruhannya. Matlamat utama supaya semua kepentingan semua pihak diimbangi tanpa mengira bangsa dan keturunan selaras dengan senario kini di mana semua kaum berurusan dan berniaga dengan harmoni di Kampung Baru sekarang. Wajar ditegaskan dasar ini turut diperuntukkan peluang kepada masyarakat bukan Melayu sebagai pemegang hartanah di Kampung Baru. Dasar ini terbahagi kepada dua, Dasar Pemilikan Hartanah bagi Kawasan Melayu (Malay Agricultural Settlement) dengan izin dan Dasar Pemilikan Hartanah bagi Kawasan Luar Malay Agriculture Settlement, dengan izin. Dasar pemilikan hartanah bagi kawasan Malay Agricultural Settlement, pembangunan komponen kediaman atau perniagaan bagi kawasan Malay Agricultural Settlement adalah tertakluk kepada sekatan di mana pemilikannya adalah khusus untuk orang Melayu sahaja. Selaras dengan matlamat bagi memberi ruang dan peluang kepada pemilik pewaris tanah, penduduk dan peniaga yang telah lama berada di Kampung Baru, dasar yang dicadangkan untuk kawasan ini adalah: (i) setiap pembangunan perumahan atau perniagaan perlu menetapkan kuota pemilikan sebanyak 30% yang merujuk kepada pemilik dan pewaris tanah, penduduk dan peniaga di Kampung Baru dengan inisiatif harga sebanyak 5% dan setiap pembangunan
kediaman atau berkonsepkan kediaman seperti pangsapuri servis, SOHO, SOVO, butik residen yang dilaksanakan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5% berdasarkan unit untuk pemilikan dan pewaris tanah dengan harga tidak melebihi RM300,000 selaras dengan pendapatan dalam rumah RUMAWIP, syarat-syarat pemilikan yang perlu dipatuhi; (ii) pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan; dan (iii) pemohon isi rumah tidak memiliki sebarang rumah kediaman dan berkonsepkan kediaman dalam kawasan Kampung Baru.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Tertakluk kepada moratorium selamat 10 tahun dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli. Penyewaan atau penjualan adalah tertakluk kepada kelulusan agensi khas yang dibentuk oleh PKB atau DBKL. Setiap pembangunan perdagangan melebihi 100 ribu kaki persegi perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5% berdasarkan unit, luas lantai untuk pemilik dan pewaris tanah dengan harga tidak melebihi RM300,000. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah pemohon tidak memiliki sebarang unit perdagangan dalam kawasan Kampung Baru tertakluk kepada moratorium selama 10 tahun dan pembeli hendaklah menggunakan unit perdagangan itu sendiri. Penyewaan atau penjualan adalah tertakluk kepada kelulusan agensi khas yang dibentuk oleh Perbadanan Kampung Baru dan DBKL. Dasar pemilikan hartanah bagi kawasan di luar Malay Agricultural Settlement. Merujuk aspek pemilikan di kawasan luar Malay Agricultural Settlement, lot-lot tanah di kawasan ini umumnya terdiri daripada tanah pegangan bebas dan pajakan 99 tahun yang tidak tertakluk kepada sekatan pemilikan orang Melayu. Sehubungan itu, pegangan hartanah bagi orang bukan Melayu adalah disyorkan...
Yang Berhormat.
...dasar seperti berikut.
Yang Berhormat Menteri. Soal jawab Yang Berhormat.
Satu, setiap pembangunan perumahan atau perniagaan perlu menetapkan kuota pemilikan sebanyak 50% yang merujuk kepada orang Melayu, bumiputera dengan inisiatif harga di antara 5% hingga 7% kecuali kawasan Raja Bot manakala baki kuota pemilikan 50% lagi adalah terbuka kepada orang bukan Melayu. Setiap pembangunan kediaman atau berkonsepkan kediaman seperti pangsapuri servis, SOHO, SOVO, butik residen yang dilaksanakan perlu menyediakan sekurang- kurangnya 5% berdasarkan unit untuk orang Melayu bumiputera dengan keutamaan kepada pemilik, pewaris tanah Kampung Baru pada kadar harga tidak melebihi RM300,000. Manakala bakinya adalah terbuka kepada orang bukan Melayu selaras dengan penetapan RUMAWIP syarat-syarat pemilikan yang perlu dipatuhi.
Yang Berhormat. Bolehlah setakat itu Yang Berhormat jawapannya.
Takkan Yang Berhormat Datuk Speaker.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis jawab soalan.
Kita dalam sesi soal jawab.
Itu baru mukadimah belum masuk soalan lagi.
Jawapan yang diberi sudah jelas Yang Berhormat, mungkin soalan tambahan boleh digunakan balik jawapan itu ya. Terima kasih. Ya Yang Berhormat Bukit Bintang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang panjang lebar. Walau bagaimanapun saya ingin bertanya, bagaimanakah sambutan masyarakat bukan bumiputera setakat ini terhadap pembangunan semula Kampung Baru dan sejauh manakah usaha sama antara kaum mengambil tempat di Kampung Baru dan bidang-bidang yang boleh diceburi dan apakah halangan utama yang mengakibatkan projek tersebut ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin mengikut program yang ditetapkan dan apakah langkah yang diambil oleh kementerian Yang Berhormat untuk mengatasinya. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang tadi tanya banyak soalan.
Ya, jawab mana yang perlulah Yang Berhormat ya.
Tadi saya minta jawab tetapi Tuan Yang di-Pertua tak bagi.
Jawab mana yang perlulah Yang Berhormat ya.
Untuk maklumat Yang Berhormat Bukit Bintang, pada masa sekarang, ada 21 projek yang telah dalam urusan. Antaranya empat dalam pembinaan, sembilan dalam pindahan pelan, dua yang telah mendapat kelulusan, empat lagi dalam rundingan dan satu telah siap. Antara 21 program ini, tiga adalah projek di bawah orang bukan Melayu. Oleh itu, sambutan adalah baik dan kelewatannya disebabkan masih ada lagi beberapa aspek yang kita perlu kaji untuk menetapkan bahawa tidak ada kerugian kepada rakyat di kawasan Kampung Baru. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Menteri, saya ada satu soalan tambahan. Bagaimana pihak kerajaan atau di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan menyelesaikan masalah multiple ownership dan juga harga benchmark yang ditetapkan terhadap tanah-tanah di bawah jagaan MAS.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Kalau Yang Berhormat Titiwangsa sedia maklum bahawa memang ada masalah multiple ownership di Kampung Baru. Memang kita ada masalah. Oleh itulah sebab utama kenapa rancangan yang kerajaan laksanakan tidak dapat dilaksanakan secara cepat.
Manakala berkenaan dengan kadar tanah dan sebagainya, kita memang ada satu jawatankuasa yang didirikan melalui beberapa orang penilai dan arkitek untuk mendapatkan nilai-nilai yang sepatutnya di kawasan itu dan nilai-nilai ini akan dianggarkan mengikut keadaan dan masa yang ditetapkan. Saya tidak dapat beri satu formula tetap tetapi mereka akan gunakan formula-formula yang akan dikaji dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Jawapan soalan tambahan lebih tepat dan padat, Yang Berhormat. Lebih bagus jawapannya, ya.
7. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan adakah kerajaan sedar adanya peniaga yang tidak merekodkan jualan mereka dan apakah bentuk tindakan yang telah dijalankan.
Bismillaahi Rahmaani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Jerantut yang membuat soalan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Cuma minta maaf, Yang Berhormat Jerantut. Saya tidak pandai hendak balas pantun. Cuma hendak terus kepada jawapan pada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, tiada peruntukan undang-undang yang mengehendaki peniaga-peniaga yang didaftarkan di bawah akta tersebut untuk merekodkan jualan mereka atau menyediakan penyata kewangan. Namun begitu, peniaga-peniaga tersebut masih perlu merekodkan transaksi perniagaan dan rekod tersebut perlu disimpan dalam satu tempoh bagi tujuan penguatkuasaan lain-lain perundangan, sebagai contoh bagi tujuan percukaian. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan konteks syarikat, Tuan Yang di- Pertua di mana setiap syarikat dikehendaki menyediakan penyata kewangan, memastikan transaksi syarikat direkodkan supaya penyata kewangan tersebut dapat disediakan, diaudit dan dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan dalam tempoh yang ditetapkan. Peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 tersebut perlu dipatuhi oleh setiap syarikat dan juga pengarah-pengarah syarikat. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, bagi isu ketidakpatuhan tersebut, sebanyak 41,372 bilangan notis kompaun telah kita tawarkan bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Mei 2015 terhadap syarikat dan juga pengarah-pengarah syarikat yang telah gagal menyerah simpan penyata kewangan bersama-sama penyata tahunan atau gagal membentangkan penyata kewangan syarikat di dalam mesyuarat agung tahunan mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin bertanya apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pangkalan data, rekod dan maklumat harga ataupun kos jualan secara umum dan juga secara berdasarkan kepada wilayah sebelum dan selepas GST di mana ia amat penting sebagai rujukan pihak penguat kuasa sebelum tindakan dapat diambil terhadap para peniaga yang melakukan kesalahan. Apakah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga-peniaga dan apakah bentuk tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan agar para peniaga patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut untuk soalan tambahan. Memang kementerian menyediakan segala bentuk data- data mengenai dengan harga dari sebelum dan juga setelah bermulanya perlaksanaan GST berkuat kuasa pada 1 April yang lalu. Data-data maklumat harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan dan kita buat pemantauan ataupun penyemakan harga ini pada keseluruhan daerah ataupun wilayah sama ada di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Mengenai dengan jumlah ataupun kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga-peniaga ini, Tuan Yang di-Pertua, memang banyak terutama sekali - ia ada terhadap sama ada peniaga dan satu lagi syarikat-syarikat berhad. Dia ada dua kategori, Tuan Yang di-Pertua. Kalau terhadap peniaga-peniaga ini, memang banyak kesalahan. Contohnya kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka ini ialah mereka meneruskan perjalanan perniagaan mereka selepas tamat tempoh pendaftaran. Ini satu kesalahan yang dilakukan begitu ramai oleh peniaga-peniaga. Pada awal tahun ini, daripada awal tahun hingga 31 Mei yang lalu, pada tahun ini sahaja, kesalahan yang saya sebutkan tadi lebih daripada 97,000 peniaga-peniaga ini melakukan kesalahan yang saya sebutkan. Begitu juga syarikat-syarikat berhad. Mereka juga banyak melakukan kesalahan. Contohnya yang paling banyak ialah gagal menyerah simpan penyata tahunan. Ini mereka telah melakukan satu kesalahan yang membolehkan kita mengambil tindakan dan jumlah kesalahan-kesalahan ini juga satu jumlah yang besar pada awal tahun ini hingga 31 Mei,
Tuan Yang di-Pertua, lebih daripada 26,000 syarikat yang gagal menyerah simpan penyata tahunan ini, kita memberi notis. Jadi inilah tindakan-tindakan ataupun kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga-peniaga dan kita minta supaya peniaga-peniaga mengambil perhatian kerana kesalahan-kesalahan ini akan mengakibatkan mereka diambil tindakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selepas daripada GST diperkenalkan, kita tengok kajian yang dibuat oleh Persatuan Pengguna, kenaikan harga barang mendadak sampai 20%. Jadi cadangan dan persoalan saya ialah antara matlamat kerajaan untuk menjadikan pengguna yang bijak, yang bermaklumat dan pengguna yang proaktif, antara cadangan saya ialah supaya kalau boleh pihak kementerian dengan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang memegang rancangan televisyen sama ada RTM ataupun TV3, biarlah mereka memaparkan dari mula pagi sampai ke petang untuk harga-harga keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya di sana kalau adanya kenaikan mendadak, boleh direport. Macam mana pengguna hendak tahu berkenaan dengan harga-harga yang ditetapkan oleh kerajaan...
Yang Berhormat, soalan. Soalan, Yang Berhormat.
...Sedangkan mereka tidak mempunyai maklumat. Sebab itu kita harapkan adakah cadangan daripada pihak kementerian untuk meletakkan harga dekat skrin televisyen itu supaya rakyat dapat lihat terutamanya rakyat yang berada di luar bandar. Mereka tahu barang yang mereka beli ini lebih mahal daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan mereka boleh buat report kepada pihak yang berkuasa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Gantang atas soalan tambahan. Saya selalu sebut Tuan Yang di-Pertua, memang kita akui apabila pelaksanaan GST ini dilaksanakan mulai pada 1 April yang lalu, memang ada kenaikan harga-harga barang yang telah diambil kesempatan oleh peniaga-peniaga. Jadi sebab itu tindakan-tindakan susulan yang telah kita ambil dan pemeriksaan oleh penguatkuasaan ini kita buat agak menyeluruh di seluruh negara. Saya hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pengguna yang sentiasa membantu kita agar peniaga-peniaga yang tidak beretika yang mengambil kesempatan ini dapat diambil tindakan. Jadi dalam sesi soal jawab sebelum-sebelum ini, saya menyebut jumlah-jumlah pemeriksaan, tangkapan, notis, rampasan dan akta hingga kita bawa peniaga-peniaga ini ke mahkamah.
Jadi sebab itu kita harap pengguna dapat terus membantu kita kerana kita tidak akan melindungi peniaga-peniaga yang disebutkan. Mengenai dengan harga-harga yang disebut oleh Yang Berhormat supaya kita adakan tinjauan harga, memang sentiasa kita buat dan kita pamerkan di dalam laman-laman web yang ada dan pengguna boleh menggunakan laman web di kementerian untuk membuat perbandingan harga-harga barang di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pendidikan menyatakan cadangan menaik taraf sekolah atau kelas-kelas di sekolah kebangsaan yang kini semakin ramai jumlah pelajar di dalam sebuah kelas.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang atas soalan yang berkaitan dengan kenaikan taraf sekolah.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap isu sekolah termasuk sekolah kebangsaan yang sesak dan mempunyai saiz kelas yang besar. Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menjadikan semua sekolah padat yang sesak dapat beroperasi dalam keadaan yang kondusif. Antara usaha yang dilaksanakan termasuklah inisiatif khusus yang sedang di rencana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 bagi menyelesaikan masalah sekolah padat. Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang menyediakan perancangan strategik jangka panjang dalam pendidikan RMKe-11 dan RMKe-12 yang melibatkan pembinaan sekolah baru, bangunan tambahan dan gantian bagi memastikan sekolah yang berenrolmen besar dapat beroperasi dengan baik. Kementerian juga sedang merancangkan keperluan pembangunan fizikal melalui dua fasa untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia. Bagi fasa yang pertama iaitu dalam tempoh RMKe-11, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak RM26.5 bilion yang melibatkan 700 buah sekolah iaitu 356 sekolah menengah dan 344 untuk sekolah rendah. Bagi melaksanakan pembinaan sekolah baru bagi kawasan yang kepadatan penduduk yang tinggi serta membina bangunan tambahan dan gantian kepada sekolah yang sedia ada untuk dipertimbangkan. Namun demikian ianya masih tertakluk kepada pilihan tapak yang bersesuaian dan kemampuan kewangan semasa. Sekian terima kasih.
Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya adalah dalam kita ingin menghadap ataupun mencapai negara maju pada tahun 2020 ini. Saya lihat bahawa nisbah pelajar dengan sekolah pada ketika ini memang amat patut sudah memadai untuk mengikut negara-negara maju yang lain yang mana satu kelas adalah dalam 20 orang murid. Kalau ikut nisbah sekolah rendah adalah satu guru ke 12 murid dan menengah satu guru ke 13 murid. Dari segi nisbah guru dengan pelajar tidak ada masalah. Akan tetapi dalam RMKe-11 tadi, Menteri sebut hendak membina sebanyak 700 buah sekolah. Ini adalah satu cita-cita yang tinggi kerana sebelum ini kita tidak mampu untuk mencapai perancangan kita berskala, jadi kalau untuk terus mendadak macam fast track dan saya meragui kebolehan kementerian ataupun Kerajaan Malaysia untuk mencapai 700 buah sekolah pada tahun 2020. Namun demikian apakah yang membuatkan kementerian tidak mampu untuk memastikan bahawa boleh mencapai kadar yang saya sebut tadi. Sekurang-kurangnya kalau satu guru ke 12 murid, satu guru ke 24 murid pun okeylah double. Akan tetapi sekarang kita lihat kelas-kelas di sekolah-sekolah adalah dalam 40 orang murid, 50 orang murid dalam satu kelas. Satu lagi untuk kita mencapai tahap taraf negara maju kita lihat negara maju telah ada satu sistem guru pembantu. Jadi, apakah perancangan kementerian untuk mengadakan sistem sedemikian untuk membantu kualiti pengajar, kualiti pembelajaran dan kualiti anak-anak kita di sekolah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang yang berkaitan dengan pengurusan bilangan pelajar di sekolah. Soalan ini adalah terdiri daripada tiga perkara. Pertama ada berkaitan dengan rancangan. Apabila kita buat rancangan memang kita ambil semua faktor kerana rancangan adalah satu pelan yang hidup. Ini bermakna dari semasa ke semasa, review atau pemantauan akan dijalankan. Memandangkan ini adalah satu rancangan kita hendak melihat daripada segi tapak yang bersesuaian dan kemampuan kewangan semasa. So nothing is cast in stone, dengan izin tetapi KPM memang melihat dari segi keperluan sebelum sekolah dibina. Berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di kelas yang berkaitan dengan nisbah guru dan pelajar, ia ada berkaitan dengan pedagogi. Apabila guru mengajar pelajar di kelas yang besar, memang pedagogi yang spesifik digunakan. Metodologi seperti “chalk and talk”, dengan izin, tidak digunakan. Akan tetapi pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dapat dijalankan dalam bentuk projek atau dalam bentuk kerja kumpulan. Justeru, perlulah guru menggunakan kebijaksanaan untuk mengajar pelajar dengan berkesan. Berkaitan dengan pelantikan guru pembantu, memang Kementerian Pendidikan Malaysia sudah mengadakan rancangan tentang perkara ini. Ini juga ada diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana
Menteri atau Menteri Pendidikan. Proses untuk melantik guru pembantu sedang dapat dijalankan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kita menyedari persoalan hari ini ialah sekolah sebenarnya khusus di tempat-tempat tertentu sahaja yang di mana ibu bapa memilih sekolah-sekolah yang penting terutama di bandar-bandar. Kita berhadapan juga dengan sekolah kurang murid. Jadi soalan saya, apakah langkah kementerian untuk memastikan sekolah-sekolah kurang murid dan juga sekolah yang menjadi tumpuan ibu bapa memilih untuk memastikan supaya cadangan kita sekolah kurang murid, sekolah yang menjadi tumpuan ini dapat disamaratakan. Kalau tidak, berlakulah seperti yang ditanyakan tadi. Pada pandangan saya sekolah yang menjadi tumpuan kenalah ditambahkan bangunan tambahan. Minta pihak kementerian menjelaskan.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan dengan sekolah kurang murid dan sekolah menjadi tumpuan. Kementerian Pendidikan Malaysia ada rancangan untuk mengumpul pelajar di satu pusat untuk sekolah kurang murid. Salah satu contoh adalah di SK Pulau Bum-Bum di Semporna tetapi nampaknya tidak begitu berjaya kerana ibu bapa-ibu bapa tidak bersetuju untuk melepaskan anak-anak mereka at a tender age of five or six to be staying in the hostel, (dengan izin). Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia memang ada rancangan untuk melihat semula tentang tindakan yang diambil untuk address the concern of, dengan izin sekolah kurang murid. Berkaitan dengan sekolah yang menjadi tumpuan ibu bapa, initiatif-initiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan pada tahun 2013 akan diteruskan hingga tahun 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia ada rancangan berusaha merapatkan jurang antara sekolah kurang murid agar sekolah tersebut akan menjadi tumpuan. Sekian terima kasih.
9. Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah tindakan kementerian untuk mengawal pembedahan plastik secara haram di Pusat Kecantikan berikutan tiada elemen penguatkuasaan dalam Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit. Saya tidak reti hendak pantun. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengawal selia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berdasarkan peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Akta 586 dan peraturan-peraturannya dan bukan di bawah Akta Peranti Perubatan. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 3 dan seksyen 5 Akta 586 adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana premis untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan termasuk seperti pembedahan plastik tanpa kelulusan atau lesen daripada kementerian. Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman sehingga RM300,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian boleh didenda sehingga RM500,000 bagi setiap kesalahan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedang mengambil langkah-langkah bagi membendung isu pembedahan plastik di pusat-pusat kecantikan antara lain adalah seperti berikut: (i) memastikan bahawa perkhidmatan jagaan kesihatan hanya disediakan di facility yang berlesen atau berdaftar seperti yang digariskan di bawah seksyen 3 dan seksyen 4 Akta 586. Pusat-pusat kecantikan tidak disenaraikan sebagai salah satu kemudahan jagaan kesihatan swasta yang dikawal selia di bawah kementerian. Walau bagaimanapun, sekiranya kementerian mengesyaki atau mempercayai mana-mana pusat kecantikan menyediakan
perkhidmatan jagaan kesihatan yang tidak sewajarnya disediakan oleh facility kesihatan tersebut, kementerian boleh memasuki dan memeriksa mana-mana premis berkenaan bagi menjalankan siasatan selaras dengan subseksyen 88(1) Akta 586; (ii) memastikan bahawa perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan oleh personel yang berkelayakan dan terlatih selaras dengan perenggan 31(1c) Akta 586. Sekiranya sesebuah facility didapati mengambil orang yang tidak berkelayakan bagi menyediakan perkhidmatan plastik tindakan perundangan yang sewajarnya boleh dimulakan; dan (iii) meningkatkan kesedaran orang ramai melalui media massa dari semasa ke semasa. Kementerian amat menggalakkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan rawatan dan tatacara yang dicadangkan kepada pesakit serta personel yang akan menjalankan rawatan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengambil berat isu keselamatan pesakit dan kualiti jagaan kesihatan di Malaysia. Sebarang aduan berkaitan pembedahan plastik yang dijalankan di pusat kecantikan boleh dikemukakan kepada kementerian di alamat [email protected] ,Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah status akta kosmetik yang pernah disebut oleh Menteri untuk digubal bagi mengawal penggunaan alat-alat perubatan kecantikan kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengawal penggunaan peranti-peranti atau alat-alat ini ia terletak di bawah kawalan Akta Peranti Perubatan tahun 2012 [Akta 737] . Maknanya semua peranti yang hendak digunakan di Malaysia hendaklah didaftarkan di bawah akta ini dan ianya diletakkan di bawah kawalan akta ini. Maknanya kalau ada apa-apa peranti yang tidak didaftar pihak medical device ini akan boleh mengambil tindakan Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini klinik-klinik kosmetik atau klinik-klinik kecantikan tidak dikawal di bawah Akta Kemudahan dan Penjagaan Kesihatan Swasta tetapi hanya perlu didaftar di bawah PBT masing-masing Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan asas daripada Yang Berhormat Parit tadi mengenai pembedahan plastik yang saya rasa ianya menjadi satu konflik antara tindakan ataupun apa yang dilakukan mengenai pembedahan plastik ini sama ada untuk kesihatan ataupun untuk kecantikan. Jadi dalam hal ini saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai satu lagi aspek yang melibatkan kedua-dua yang saya sebut tadi iaitu bukan pembedahan plastik tetapi ubat-ubat yang sekarang ini banyak berada di pasaran yang kononnya tujuan untuk kecantikan. Banyak kita lihat syarikat direct selling, dengan izin telah memperkenalkan pelbagai produk yang banyak telah terbukti menyebabkan kerosakan kepada pengguna. Sebagai contoh ubat untuk memutihkan kulit misalnya telah menyebabkan banyak kerosakan dan apabila pihak pengguna ini pergi ke mahkamah menjadi satu kes mahkamah tuntutan sivil dan sebagainya selalunya mahkamah akan memberi kemenangan kepada pihak yang mengeluarkan produk ini. Pengguna ini kebanyakan kes kalah. Sudahlah mereka menerima kesan daripada ubat yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa kerajaan tapi mereka tidak mendapat tuntutan yang sewajarnya hasil daripada kecederaan yang dialami.
Yang Berhormat ini merujuk kepada produk Qu Puteh, Qu Puteh kah? [Ketawa]
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Minta penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, produk-produk kecantikan ada dua jenis. Satu yang dipanggil suplemen untuk kesihatan, satu lagi suplemen makanan tetapi suplemen kesihatan memang kita cukup stringent dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk memastikan ia tidak ada bahan-bahan yang terlarang macam merkuri dan sebagainya. Bahan kecantikan ini kebanyakan merkuri. Merkuri memang dilarang, tidak boleh.
Jadi kalau dia hendak berdaftar, dia kena daftar. Bahan kesihatan dia kena daftar dengan BPFK kita dan BPFK akan siasat dan jika didapati tidak ada bahan-bahan yang terlarang maka dibenarkan dan kita bagi nombor MAL berapa, berapa. Ada nombornya. Akan tetapi untuk bahan food supplement ia tidak begitu stringent tapi itu pun kita check juga. Kalau didapati ada bahan yang juga tidak boleh digunakan, kita akan larang. Memang tidak boleh. Akan diambil tindakan. Jadi kalau kita pergi ke mahkamah ada kes kita terlibat dengan produk ini kita pergi mahkamah kita kena prove. Ini terpulang kepada mahkamah untuk hendak tentukan sama ada yang benar sebelah ini atau sebelah sana. Akan tetapi kalau didapati kes ada bahan yang terlarang memang kita akan pegang tuan punya produk itu kerana kita akan mengambil tindakan ke atas tuan punya produk itu Tuan Yang di-Pertua.
10. Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [Kapar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) bilangan kes-kes inkues yang melibatkan kematian dalam tahanan polis mengikut pecahan negeri untuk tempoh masa 1991 hingga 1995, 1996 hingga 2000, 2001 hingga 2005, 2006 hingga 2010, 2011 hingga 2015 (sehingga 15 Mei 2015) secara terperinci; dan (b) berdasarkan data dan statistik di atas, bilangan kes di mana anggota polis dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan bagi kesalahan menyebabkan kematian dalam tahanan untuk tempoh masa 1991 hingga 1995, 1996 hingga 2000, 2001 hingga 2005, 2006 hingga 2010, 2011 hingga 2015 (sehingga 15 Mei 2015) secara terperinci.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini reformasi yang kerajaan buat Yang Berhormat. Bagi menjawab soalan (a) kementerian memandang serius kejadian yang melibatkan kematian orang kena tahanan di dalam tahanan pihak polis. Kementerian telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelak kejadian kematian dalam lokap ataupun sewaktu di dalam tahanan polis. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat menyediakan sepenuhnya statistik sebagaimana yang dipohon dan hanya mempunyai rekod yang berkumpul secara berpusat bermula pada tahun 2000 sahaja sehingga kini. Rekod bagi tempoh sebelum tahun berkenaan disimpan di kontinjen masing-masing dan memerlukan masa yang panjang untuk menyemak semula kes kertas siasatan berkaitan kejadian tersebut. Statistik kes kematian dalam tahanan yang telah disiasat dari tahun 2000 hingga tahun 2015 ialah 259 kes keseluruhannya. Hasil daripada siasatan yang dijalankan dan keputusan siasatan seperti berikut;
Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 82 kes kematian dalam tahanan telah selesai dibuat inkues. Sebanyak 12 kes inkues masih lagi berjalan, 100 kes telah diputuskan sebagai no further action, 34 kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya, 10 kes dirujuk kepada Majistret, 16 kes lagi dalam siasatan dan lima kes telah dibuat pendakwaan. Bagi kes kematian yang telah selesai dibuat inkues dan inkues yang masih lagi berjalan bagi tahun 2000 sehingga tahun 2015 mengikut negeri seperti berikut: | Negeri |Bilangan Kes Selesai Inkues|Bilangan Kes Dalam Inkues| |------------|--------------------------:|-------------------------| | | | | |Perlis | 1|- | |Kedah | 10|- | |Perak | 5|1 | |Pulau Pinang| 7|2 | |Selangor | 22|2 |<END_TABLE_MARKER>
| Kuala Lumpur | 8 | 1 | |---------------|---|---| |Negeri Sembilan| 8| 3| |Melaka |- |- | |Johor | 11| 1| |Kelantan | 3|- | |Terengganu | 1|- | |Pahang |- |- | |Sabah | 2|2 | |Sarawak | 4|- | |JUMLAH | 82|12 |<END_TABLE_MARKER> Bagi menjawab soalan (b), dalam tempoh berkenaan, sebanyak tiga kes di mana anggota polis didakwa di mahkamah atas kesalahan seperti berikut: (i) Tahun 2003, Batu Pahat report 2907203 – Laporan Mati Mengejut bertarikh 28 Februari 2003. Seorang anggota polis telah dituduh bersama tujuh orang tahanan lain di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dan seksyen 304(b) Kanun Keseksaan telah dijatuhkan hukum selama enam tahun penjara, 27 Oktober 2004; Seorang sahaja polis Yang Berhormat, yang tujuh itu adalah orang tahanan. (ii) Tahun 2009 lapan report 764209 – Laporan Mati Mengejut bertarikh 20 Januari 2009. Seorang anggota polis telah dituduh di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara; dan (iii) Tahun 2013, report 184682013 – Laporan Mati Mengejut bertarikh 21 Mei 2013. Empat pegawai polis telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan pada 5 Jun 2013 dan masih lagi dalam perbicaraan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, setakat itu sahajalah Yang Berhormat, sesi soal jawab untuk pagi ini. Kalau jawapan pendek dan tepat, kita mungkin dapat jawab lebih daripada soalan nombor 10 pagi ini, Yang Berhormat. Esok nanti kita akan pendek dan tepatkan lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hargai.
Ya, sila. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Seri Mahdzir Khalid]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG POLIS (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Polis 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas dan diputuskan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sehingga selesai ucapan- ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 16 Jun 2015.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh; Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya; Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [11 Jun 2015]
Giliran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa peraturan tetap 36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan
yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.” Bersekali dengan (6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Saya ingin merujuk kepada Hansard yang telah diberikan kepada saya pada perbahasan saya pada 9 Jun yang mana Yang Berhormat Kinabatangan telah – Ada satu hujah di sini mengatakan, “Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan.” Saya minta penjelasan, adakah ‘laki dia’ laki Yang Berhormat Kinabatangan kah? Saya minta tindakan terhadap Yang Berhormat Kinabatangan kerana telah membuat satu hujah seksis di Dewan ini yang telah ada dalam peraturan tetap dan mungkin rujuk...
Ini seksis Tuan Yang di-Pertua. Saya Kinabatangan bukan...
Ini kerana beliau telah beberapa kali mengeluarkan...
Ini teruk betullah...
Saya belum habis cakap lagi Tuan Yang di-Pertua...
Ini yang saya rujuk. Saya rujuk Yang Berhormat ini, mungkin kalau perangai dia begini, bayangkan bagaimana perasaan...
Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis cakap lagi. Saya belum habis cakap lagi.
Yang Berhormat Kinabatangan duduk dahulu. Sebentar Yang Berhormat.
Saya merujukkan ini kerana saya lihat Yang Berhormat Kinabatangan selalu membuat hujah-hujah seksis. Jadi saya minta agar perkara ini diberikan penelitian dan dimonitor kerana telah berkali-kali. Saya tidak mahu kerana perkara ini remeh, saya tidak mahu meletakkan maruah saya lebih rendah daripada beliau. Akan tetapi kerana ia telah berkali-kali dilakukan, jadi harus tindakan diambil. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat...
Boleh saya penjelasan sebentar?
Sebentar Yang Berhormat. Untuk merujuk seseorang, memang dalam peraturan mesyuarat ia hendaklah dibuat pada ketika kejadian itu berlaku.
Ini kerana pada ketika itu niat dan tujuan seseorang berhujah itu berbeza dengan juga kita kembali ke rumah dan baca Hansard, mungkin boleh diimpress secara berbeza. Itu pada asasnya kenapa kita ada peraturan mesyuarat yang mengatakan bahawa ia harus dibuat pada ketika itu.
Tuan Yang di-Pertua...
Akan tetapi memang saya setuju bahawa Peraturan Mesyuarat 36(4), “Seseorang ahli tidak boleh menggunakan perkataan kurang sopan dalam Dewan”. Itu memang saya setuju Yang Berhormat dan...
Tuan Yang di-Pertua, saya...
Saya setuju bahawa, saya setuju bahawa...
Hendak pastikan bahawa saya tidak ada tanggapan yang silap. Jadi saya hendak pastikan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Hansard ini keluar baru saya hendak semak.
Ya, sebab itu saya katakan saya setuju bahawa seorang ahli tidak boleh menggunakan perkataan yang kurang sopan dalam Dewan. Jadi saya minta Yang Berhormat Kinabatangan untuk perjelaskan perkara ini.
Boleh saya perjelaskan Tuan Yang di-Pertua?
Tanpa mengeruhkan keadaan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum penjelasan...
Sudah cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.
Saya mahu menjelaskan, kenapa pula dia campur?
Because of standing order. She’s on standing order, she’s on the standing order.
Tidak payah campurlah, biar saya jelaskan Yang Berhormat Ampang.
Ya, ya.
Ya Yang Berhormat, saya terima bahawa saya ada ungkap perkataan itu, kenapa? Oleh sebab ketika itu, Ahli Parlimen Ampang begitu agresif dengan penuh marah dan saya cakap, “Apakah ini reaksi Yang Berhormat, serupa juga di rumah?” Kalau ini reaksi dia, bayangkan bagaimana seksanya laki dia...
Yang Berhormat.
...Berhadapan dengan keadaan begini.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, Yang Berhormat sebentar.
Itu saya cakap.
Yang Berhormat Kinabatangan...
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Ampang...
Sebentar, tidak payahlah campur soal Yang Berhormat Kuantan, sebentar. Yang Berhormat Kuantan, sebentar. I know...
Tadi ikut Hansard, pada waktu sekarang pun kita hendak bawa dia mengikut peraturan tetap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kinabatangan, sifat seorang ahli tidak boleh diungkap dalam Dewan.
Ya lah, kalau sifat itu tidak berlaku di rumah, Alhamdulillah.
Kecuali sifat-sifat yang...
Saya cuma...
Berkaitan dengan tugas sebagai ahli Dewan.
Saya cuma bimbang sifat itu, sifat dalam Dewan itu, agresif itu terbawa di rumah. Kalau tidak, Alhamdulillah.
Tidak payahlah Yang Berhormat.
Itu sahaja.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Kinabatangan, saya orang bermaruah...
Saya rasa Yang Berhormat...
Bukan macam Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya pun ada maruah bukan macam Yang Berhormat Ampang. Ini terkenal Yang Berhormat Ampang Tuan Yang di- Pertua, kalau di the newspaper orang gelar ‘mak lampir’. Saya tak tahulah.
Baiklah Yang Berhormat. Saya ingatkan kepada ahli semua bahawa perkataan-perkataan kurang sopan tidak boleh diungkap dalam Dewan. Begitu juga perkataan-perkataan yang menyentuh sifat peribadi seseorang ahli, tidak boleh disentuh dalam Dewan kecuali berkaitan.
Yang Berhormat boleh tidak saya...
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik apa yang dia sudah cakap tadi. Maruah seorang wanita dan sebagai Ahli Parlimen wanita yang lain, pohon Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik.
Saya dahulu. Kalau betul rang undang-undang dalam Dewan ini mostly kepada Ahli Parlimen wanita, jangan terlampau agresif...
Tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Seorang, seorang. Seorang, seorang.
Nah, tengok ini agresif bayangkan macam mana laki nanti di rumah...
Nasihatkan Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik.
Lari barangkali.
Yang Berhormat Kinabatangan tidak patut cakap macam ini. Nasihatkan Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik Tuan Yang di- Pertua.
Melainkan kalau lelaki takut barangkali cakap macam ini.
Tarik balik apa yang di cakap tadi demi maruah seluruh wanita dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua.
Inilah...
Tidak payah mencelah macam ini.
Salah oranglah, not me. You lawan saya, you sepuluh orang lawan saya pun, sorrylah. I don’t care.
Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat Kinabatangan, adakah Yang Berhormat berniat untuk mengungkap perkataan tidak sopan sebenarnya Yang Berhormat?
Saya berniat ikhlas menegur. Kalau itu perangai dia di rumah, ubah. [Disampuk] Kalau tidak, Alhamdulillah.
It’s not for you.
Oleh sebab laki dia menderita, oleh sebab perangai dia begitu.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Kinabatangan...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Saya lelaki...
[Dewan riuh]
Minta dia tarik balik. Yang Berhormat Kinabatangan tarik balik.
Saya membantu lelaki...
Peraturan mesyuarat Yang Berhormat.
Kenapa tidak boleh?
Yang Berhormat Kinabatangan Peraturan Mesyuarat. Adakah Yang Berhormat berniat jahat terhadap Yang Berhormat Ampang? Itu sahaja Yang Berhormat.
Jahat tidak, saya punya niat saya baik.
Baik, duduk.
Membantu dia supaya meredakan emosi dia. Lelaki dia tenteram, dia tenteram...
Ya, cukuplah. Setakat itulah Yang Berhormat.
Rumah tangga bahagia.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya kurang berpuas hati kerana...
Tidak apalah Yang Berhormat, saya terima bahawa Yang Berhormat Kinabatangan tidak berniat tidak sopan terhadap Yang Berhormat.
Kalau Yang Berhormat Kinabatangan emosi, kalau cara dia itu emosi dan dia pun bercakap bahawa dia repeat tadi. Kalau saya keluarkan statement mengatakan di rumah bersama dengan isteri dia...
Tidak payahlah Yang Berhormat, sampai setakat itu Yang Berhormat.
...
Saya ingat itu tidak betul.
Saya punya rumah tangga aman bahagia.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kinabatangan, gentlemanlah tarik balik.
Duduklah Yang Berhormat Kinabatangan.
Tarik balik Yang Berhormat Kinabatangan. Tidak gentlemen macam ini.
Tidak apalah Yang Berhormat. Setakat itulah Yang Berhormat.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian khusus kepada perkembangan sektor pertanian negara sepanjang perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas pada kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 29 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan pelbagai isu yang menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Sesungguhnya kementerian ini menghargai segala pandangan, teguran dan cadangan Ahli- ahli Yang Berhormat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan isu TEKUN tidak mencapai sasaran di dalam melahirkan kelas pertengahan bumiputera. Sukacita saya maklumkan bahawa tujuan TEKUN diperkenalkan adalah untuk membantu usahawan mikro. Di bawah definisi usahawan mikro ialah mereka yang berpendapatan kasar tahunan sebanyak kurang daripada RM300,000 setahun iaitu gross turnover. Manakala kelas pertengahan ialah RM300,000 hingga RM15 juta. Jadi tumpuan TEKUN, sasaran TEKUN adalah untuk membantu usahawan- usahawan mikro di dalam memulakan perniagaan dan selepas itu mengembangkan perniagaan mereka. Oleh sebab itulah dalam pinjaman TEKUN ada pinjaman pertama dan mereka yang berdaya maju akan diberikan pinjaman ulangan. Akan tetapi mereka masih lagi dalam kategori usahawan mikro. Apabila mereka telah lepas daripada usahawan mikro, mereka akan diambil alih dana pinjamannya untuk pemberian dana pinjamannya oleh agensi-agensi lain seperti Agrobank, SME Bank, MARA dan lain-lain institusi. Walau bagaimanapun, tidak bermakna TEKUN tidak membantu usahawan- usahawan mikro ini untuk mengembangkan diri mereka untuk masuk di bawah kategori usahawan kelas pertengahan ini. Oleh itu, TEKUN melaksanakan beberapa program pembangunan usahawan. Seperti mengadakan kursus asas perniagaan, perakaunan, pengurusan kewangan, pemasaran, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan serta kursus-kursus motivasi sebagai persediaan usahawan mikro ini untuk menjadi usahawan di peringkat pertengahan. Lanjutan daripada itu, Yang Berhormat Rantau Panjang juga membangkitkan isu mengenai TEKUN ini tentang bagaimana hendak meningkatkan mereka supaya dapat bersaing dengan usahawan lain. Jadi jawapan yang sama iaitu seperti yang saya berikan tentang program-program yang dilaksanakan bagi usahawan-usahawan TEKUN tersebut. Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah juga menyatakan kegagalan kerajaan mencapai food security semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh terutamanya di dalam sektor ternakan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam isu yang melibatkan food security ini ada beberapa sektor yang saya ingin perjelaskan mengenai pencapaian iaitu misalnya perikanan. Pencapaiannya sebanyak 93.9% secara keseluruhan produk perikanan termasuklah rumpai laut, kupang dan lain-lain. Walau bagaimanapun jika dilihat daripada
segi secara terperinci subsektor di bawah perikanan, ada yang mencapai melebihi daripada sasaran SSL nya seperti ikan, udang dan sebagainya yang telah pun kita eksport ke luar negara iaitu mencapai lebih daripada sasaran Self Sufficiency Level (SSL). Padi sehingga ini SSL nya ialah 72.8%, sayur-sayuran 81.3%. Walau bagaimanapun terdapat sayur-sayuran yang melebihi daripada SSL nya seperti tomato telah pun kita eksport ke negara jiran, Singapura. Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa daripada segi daging lembu terutamanya, SSL kita masih lagi rendah iaitu 28.6% sahaja. Sehingga kini jumlah permintaan untuk daging lembu ialah sebanyak 187,000 metrik tan sedangkan pengeluaran kita hanya 52,200 metrik tan. Bagi menampung permintaan tersebut, kita mengimport sebanyak 134,800 tan metrik ataupun 943,600 ekor lembu dan kerbau yang kita import dari luar negara.
Sasaran kita adalah untuk meningkatkan SSL kepada 50% sehingga tahun 2020. Oleh itu, beberapa tindakan telah pun diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan SSL 50% itu dapat dicapai. Antara yang kita laksanakan adalah yang pertamanya meningkatkan populasi stok induk ruminan. Ketika ini, terdapat 440,000 ekor induk ruminan dan kita akan tingkatkan dalam masa lima tahun ini kepada 2.9 juta ekor. Keduanya meningkatkan pembangunan ladang ternakan melalui penggunaan tanah pertanian secara optimum. Ketiga, membangunkan taman kekal pengeluaran ruminan. Kini ada 67 Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR) dan untuk tahun sehingga 2020 dalam RMKe-11, kita mencadangkan untuk menambah 47 lagi TKPR ini. Seterusnya yang kelima mempergiatkan dan meningkatkan program R&D ternakan ruminan bagi menghasilkan baka yang berkualiti dan tahan penyakit. Seterusnya, mengadakan langkah kawalan penyembelihan induk ternakan. Seterusnya menyediakan dana khas bagi pembiayaan pembangunan industri ternakan ruminan. Untuk RMKe-11 misalnya pihak kementerian memohon melalui Agrobank sebanyak RM3 bilion, melalui TEKUN sebanyak RM500 juta dan melalui Jabatan Veterinar sebanyak RM2.7 bilion. Ini termasuklah untuk mengadakan sistem pawah yang kita akan menetapkan di minimum satu sistem pawah sebanyak 30 hingga 50 ekor tadi. Seterusnya dalam meningkatkan capaian penternak kepada perkhidmatan teknikal veterinar dan yang seterusnya adalah penubuhan satu agensi yang bertanggungjawab kepada pembangunan industri ruminan secara lebih holistik. Yang Berhormat Lenggong telah membangkitkan isu mengenai projek Lenggong Agro Valley. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Lenggong Agro Valley telah dipohon oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai projek keutamaan melalui projek RMKe-11 untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat Putatan telah menyentuh isu baik pulih rumah nelayan di Putatan. Dimaklumkan di seluruh negeri Sabah telah menerima peruntukan khas perumahan nelayan bagi baik pulih rumah nelayan pada tahun 2012 Oktober hingga 31 Mei 2015 berjumlah RM27.94 juta melibatkan sebanyak 2,331 buah rumah. Manakala kawasan Parlimen Putatan telah menerima peruntukan berjumlah RM888,000 melibatkan 74 buah rumah. Program ini masih diteruskan bagi tahun 2015, nelayan kawasan Parlimen Putatan masih boleh memohon bantuan baik pulih rumah nelayan melalui Persatuan Nelayan kawasan Kota Kinabalu untuk perakuan MPPP Putatan. Urus setia di peringkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membawa setiap permohonan yang telah lengkap dan mematuhi syarat kelayakan ke ibu pejabat LKIM untuk dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Induk Projek Khas Perumahan Nelayan untuk kelulusan. Yang Berhormat Rompin telah membangkitkan isu mengenai peranan agensi di bawah kementerian untuk memberikan kursus berterusan kepada petani daripada aspek pengurusan dan pemasaran. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui FAMA, LPP, Jabatan Pertanian, Agrobank dan TEKUN sentiasa memberikan kursus dan latihan kepada petani seperti program Kursus Pengurusan Agronomi Tanaman, Pendidikan Pemasaran Agromakanan seperti pengendalian pemasaran buah-buahan dan sayur- sayuran, pengurusan kewangan serta kejurujualan produk industri asas tani. Kursus dan latihan ini dilaksanakan secara berterusan kepada kumpulan sasar bagi membantu mereka supaya lebih kompeten di dalam bidang pemasaran.
Yang Berhormat Rompin juga telah mencadangkan agar dibina fasiliti bilik sejuk atau cold room di Rompin. Pada ketika ini, perkhidmatan pemasaran oleh kementerian melalui FAMA bagi keluaran pertanian terutamanya tanaman kontan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di daerah Rompin diuruskan oleh pusat operasi FAMA di Kuantan. Pusat operasi Kuantan telah sedia mempunyai tiga unit bilik sejuk yang boleh digunakan dengan jumlah kapasiti simpanan 25 metrik tan dalam satu-satu masa. Insya-Allah, kementerian bercadang untuk membina pusat pengedaran yang mempunyai kemudahan penyimpanan sejuk beku di Pekan Rompin dalam RMKe-11 memandangkan jarak perjalanan yang jauh antara Rompin dan Kuantan. Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Sabak Bernam telah mohon agar kementerian meneruskan usaha dan bantuan kepada para petani, penternak dan nelayan di Limbang dan Sabak Bernam. Untuk makluman Yang Berhormat, di Sabak Bernam dan di Limbang memang ketika ini telah ada projek-projek untuk petani, penternak dan nelayan. Sebagai contohnya di Limbang, untuk nelayan telah pun ada elaun sara hidup kepada 87 orang nelayan dan juga baik pulih rumah untuk 56 buah rumah yang berjumlah RM879,500 manakala di Sabak Bernam terdapat ketika ini lima buah jeti pendaratan ikan dengan jumlah RM1.3 juta manakala insentif tangkapan kepada 883 orang dengan jumlah RM4.469 juta, perumahan nelayan sebanyak 200 buah berjumlah RM2 juta dan juga elaun sara hidup kepada 510 orang sebanyak RM1.2 juta. Program-program ini akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas manakala tambahan untuk Sabak Bernam misalnya kita akan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk padi, sayur, buah-buahan dan juga kelapa. Jadi projek-projek lama akan kita teruskan dan kita akan tambah projek-projek baru di bawah RMKe-11. Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Lipis telah membangkitkan isu mengenai program industri kecil dan sederhana di luar bandar yang berasaskan pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak jabatan-jabatan dan juga agensi-agensi di peringkat daerah untuk membangunkan projek-projek industri asas tani di peringkat-peringkat daerah dan sebagainya. Kursus-kursus sentiasa diadakan bagi memastikan usahawan-usahawan dapat diberikan penjelasan dan gambaran tentang bagaimana untuk membangunkan industri asas tani dan bukan setakat itu sahaja, pemasaran-pemasaran juga, kursus-kursus kewangan dan pemasaran juga kita adakan dan dari segi pasaran-pasaran juga kita menyediakan kepada usahawan industri asas tani di peringkat daerah-daerah dengan mewujudkan lebih banyak pasaran seperti pasar tani, Agrobazaar, Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya. Yang Berhormat Jerlun telah mencadangkan supaya ditingkatkan bilangan stesen penyelidikan padi. Untuk makluman Yang Berhormat, MARDI telah mengkhususkan MARDI Seberang Prai dan MARDI Arau untuk penyelidikan padi. MARDI Arau menjalankan penyelidikan padi dan menyalurkan teknologi yang berkaitan padi untuk diguna pakai oleh petani manakala pembangunan variety di MARDI Seberang Prai telah mengambil kira cita rasa tempatan di Malaysia. Contohnya pembangunan variety bubuk, mamut dan barli yang menjadi antara pilihan utama penduduk di Sarawak. MARDI Seberang Prai dan Arau juga berkolaborasi dengan universiti tempatan seperti UPM dan UKM serta syarikat swasta seperti BASF, Bayer dan syarikat produk baja tempatan.
Hasil kajian dan kolaborasi ini boleh dilihat daripada segi bilangan variety yang dihasilkan sepanjang RMKe-10 iaitu MR253, MR263, MR269, MRQ76, MR220 dan juga CL2. Semua variety ini digunakan sepenuhnya di seluruh MADA. Teknologi pengurusan penyakit dan perosak utama telah disalurkan kepada petani melalui siri ceramah yang diadakan oleh MADA. Berkenaan kajian kesesuaian baja, di bawah RMKe-11, kementerian melalui MARDI telah memohon peruntukan bagi menjalankan kajian pembajaan berasaskan lokasi kesuburan wilayah agar formulasi baru pembajaan berasaskan keperluan setempat dapat diwujudkan untuk seluruh jelapang padi di seluruh negara.
Yang Berhormat Jerlun juga telah mencadangkan rasionalisasi subsidi seperti mengurangkan subsidi baja dan digantikan dengan pemberian benih padi percuma. Sehingga kini, kita tidak bercadang untuk mengurangkan subsidi baja bagi menggantikan pemberian benih padi percuma. Ketika ini, kerajaan menanggung sebahagian kos pengeluaran benih padi sah dengan menyalurkan bantuan insentif sebanyak RM1.03 per kilogram bagi membolehkan petani membeli benih padi sah di pintu kilang pada harga RM28.00 untuk setiap 20 kilogram. Seterusnya, Yang Berhormat Jerlun juga telah membangkitkan isu kehilangan padi selepas tuai ataupun post-harvest losses. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara cadangan dan tindakan kementerian bagi mengurangkan kadar post-harvest losses adalah seperti berikut; (i) Kadar post-harvest losses daripada penuaian padi menggunakan combined harvester, dengan izin, telah dihadkan kepada 10% sahaja, sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar jentera. (ii) Jentuai lengkap perlulah diselenggarakan secara berjadual dan mengendali jentera oleh operator dilakukan mengikut langkah- langkah yang telah ditentukan. (iii) Penyelidikan dan permohonan ke atas prestasi jentuai lengkap juga bagi mengurangkan kadar post-harvest losses. Kita juga sedang membuat kajian daripada segi kehilangan sewaktu padi diangkut ke kilang-kilang. Seterusnya adalah sewaktu padi dikisar di kilang, juga kita sedang membuat kajian untuk mengurangkan post-harvest losses tersebut. Mengenai by-product untuk padi seperti jerami dan sekam. Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, MARDI telah membangunkan produk acuan, produk kertas, palet untuk bahan bakar, arang briket dan makanan ternakan dari jerami dan sekam padi. Di samping itu, penyelidikan bagi serangga, kulat dan sebagainya juga akan diteruskan. Dalam RMKe-11, peruntukan telah dipohon untuk meneruskan kajian bidang- bidang tersebut yang memberi fokus utama kepada serangga perosak dan penyakit utama padi iaitu bena perang, karah, hawar daun bakteria, dari segi cara kawalan dan penghasilan varieti padi baru yang rintang kepada ketiga-tiganya serta menambah baik tahap rintangan varieti padi yang sedia ada.
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bangun.
Yang Berhormat Sungai Petani depan, depan.
Oh, sorry.
Yang Berhormat Sungai Petani sebelah sini.
Oh, sebelah sini ya?
Masih sebelah sini.
Oh, masih lagi.
Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Menteri tentang penyelidikan, khususnya yang jerami ini, jerami padi. Saya dengar semenjak tahun 1990-an, seawal 1993–1994 lagi. Kementerian Pertanian waktu itu sebut, “Kita akan lancarkan research bagaimana boleh jerami-jerami padi ini digunakan untuk pelbagai produk”. Akan tetapi saya rasa Menteri, sudah sepuluh tahun sudah ini. Sedangkan kita tengok seperti beberapa negara yang lain, termasuk juga di Thailand telah pun ada produk- produk yang mereka hasilkan, khususnya untuk menjadi supplement kepada makanan haiwan. Jadi, berapa lama sebenarnya yang kita hendak guna sementara MARDI– boleh tak kita beri- outsourcekan kepada universiti kah? Beri geran kepada universiti-universiti kah? Supaya mereka datang kerana saya tengok di kawasan saya Menteri, dibakar begitu
banyak jerami-jerami ini. Saya yakin dan pasti, tentu jerami-jerami ini selain dibakar, boleh kita gunakan untuk benda-benda yang lebih bermanfaat dan berfaedah kepada rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Seperti yang saya sebutkan dalam jawapan tadi, antara perkara-perkara yang sedang dibangunkan adalah termasuk jerami dan sekam padi itu. Itu yang sedang kita bangunkan. Dari segi kajian itu, bila dan sebagainya.
Lama sangat Menteri. Lama sangat.
Bila dan sebagainya saya akan dapatkan jawapan secara terperinci, bila boleh diselesaikan dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Yang terakhirnya Yang Berhormat Jerlun ialah berkenaan program pengembangan di peringkat bawah. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pengembangan Kementerian melalui Jabatan Pertanian memberikan tumpuan kepada usaha memindahkan teknologi kepada petani dan menambah nilai ke arah pengeluaran hasil pertanian dengan mengamalkan amalan pertanian baik dan pertanian komersial perkhidmatan ini diberikan secara berstruktur dan berjadual dengan penekanan kepada latihan dan khidmat nasihat teknikal kepada kumpulan sasar. Terdapat seramai 606 ejen pengembangan di kawasan di Semenanjung Malaysia yang memberikan perkhidmatan pengembangan pertanian secara berjadual kepada 15,100 kawasan JKK. Yang Berhormat Langkawi telah membangkitkan isu peningkatan pendapatan petani. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telah melaksanakan berbagai usaha untuk meningkatkan pendapatan petani. Antaranya adalah seperti berikut: (i) Membina infrastruktur yang diperlukan oleh petani seperti Pusat Belian Padi dan Pasar Tani bagi mengatasi peranan orang tengah yang boleh mengurangkan pendapatan petani, di samping menaik taraf infrastruktur pengairan dan ladang bagi meningkatkan pengeluaran tanaman seperti padi. (ii) Memperkenalkan Program Peningkatan Hasil Keluaran Pertanian seperti Program Bantuan Tanam Semula Pokok Buah-buahan Terpilih, Projek Pembangunan Kluster Tanaman, Projek Pakej Amalan Teknologi dan Projek Fertigasi Rakyat. (iii) Mengadakan latihan kemahiran, kursus, serta memperkasakan Program Modal Insan bertujuan membekalkan petani dengan ilmu yang berkaitan dengan bidang pertanian yang diusahakan seperti latihan transfer of technology, latihan hands-on di ladang dan sebagainya. (iv) Menggalakkan penglibatan petani untuk melaksanakan projek secara komersil dan berskala besar seperti dalam penanaman padi berskala besar dengan pengurusan secara berpusat. Yang Berhormat Parit Sulong telah mencadangkan agar kementerian membantu mengenal pasti usahawan IKS di Mini Halal Hub di Parit Sulong. Sukacita saya maklumkan, kementerian melalui FAMA telah mengenal pasti 140 usahawan industri asas tani di Parlimen Parit Sulong dan kawasan berhampiran untuk dibuat saringan bagi menyertai Projek Mini Halal Hub. Usahawan yang terpilih juga boleh dipertimbangkan untuk dibantu menerusi beberapa skim bantuan seperti geran pemadanan, bantuan pembungkusan dan pelabelan, peningkatan kualiti produk dan pemasaran oleh kementerian melalui jabatan dan agensi. Yang Berhormat Jerantut telah mencadangkan agar ditambah kemudahan pertanian di Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan mempertimbangkan sebarang penambahan kemudahan pertanian di Jerantut. Pada masa ini, kemudahan pemasaran yang telah dibangunkan oleh FAMA di Parlimen Jerantut adalah seperti pasar tani kekal, gerai buah-buahan segar, Agrobazaar Kedai Rakyat, motosikal tiga roda, Agrobazaar K-Shoppe, pusat pengumpulan ladang dan juga pusat operasi FAMA. Di samping itu juga, terdapat lima buah bengkel industri asas tani yang telah dibina iaitu satu bengkel di Temin, tiga bengkel di Damak dan satu bengkel di Bukit Rang.
Pengusaha-pengusaha wanita menjalankan aktiviti industri asas tani seperti roti, bakeri, jeli kelapa dan kuih tradisional. Selain daripada itu, kawasan padi seluas 20 hektar melibatkan 26 orang petani telah dibangunkan di Paya Ulu Guntong, Jerantut, Pahang. Kementerian juga telah membangunkan 206 hektar kawasan tanaman melibatkan 300 peserta bagi Projek Tanaman Semula Pokok Buah-buahan Terpilih. Bagi sayur-sayuran pula, seluas 40.2 hektar melibatkan 12 peserta telah dibangunkan di Parlimen Jerantut.
Kementerian melalui Jabatan Pertanian juga telah membangunkan satu Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Parlimen Jerantut iaitu TKPM Rengat dengan keluasan seluas 161 hektar bagi tanaman buah-buahan yang melibatkan 16 orang peserta pada tahun 2015. Bagi memastikan kawasan TKPM dapat dikekalkan semua kerajaan negeri telah menandatangani MoU pembangunan TKPM di mana kerajaan negeri perlu merizabkan tanah-tanah TKPM dengan tempoh perizaban adalah 30 tahun, manakala warta adalah 21 tahun mengikut Kanun Tanah Negara. Jabatan Perikanan juga sedang merancang untuk membangunkan projek ternakan ikan sangkar secara kluster di Daerah Jerantut. Bagi pembangunan sangkar ikan air tawar dirancang menggunakan pendekatan projek kluster SME sangkar Sungai Pahang yang sedang dibangunkan di Temerloh, Pekan dan juga Bera. Kemudahan yang sedia ada di Jabatan Perikanan adalah Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok. Jerantut juga merupakan satu pusat pengeluaran dan penyelidikan ikan asli. Pusat ini telah berjaya mengeluarkan pelbagai spesies ikan asli air tawar seperti ikan patin, kelah dan lampam. Pada tahun 2014 misalnya, PPA Perlok telah mengeluarkan 270,820 ekor benih dan 445,000 ekor ikan air tawar untuk edaran percuma kepada penternak. PPA Perlok juga telah mengeluarkan 1.252 juta ekor benih ikan air tawar untuk tujuan pelepasan.
Ya, Yang Berhormat Jerantut bangun. Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang kemampuan pusat penetasan ikan di Perlok itu, yang mana setakat yang saya tahu, setakat ini pusat ini tidak mampu untuk memperluaskan benih- benih ikan ini kepada penternak-penternak persendirian, yang difokuskan ialah kepada pelepasan umum. Jadi apakah kiranya kalau boleh pihak kementerian menambah peruntukan kepada pusat ini agar pusat ini mampu memberikan bekalan sumber benih ikan kepada penduduk di kawasan Jerantut dan juga sekitar seperti di Parlimen Kuala Krau sendiri yang bersebelahan dengan pusat penetasan ikan itu agar penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen ini tidak perlu mengambil bekalan benih, membeli di Selangor, di Perak dan sebagainya. Sekian, Yang Berhormat Menteri terima kasih.
Insya-Allah Yang Berhormat, kita akan masukkan dalam peruntukan kementerian dan terima kasihlah kerana minta bagi pihak Kuala Krau. Kalau tidak Kuala Krau akan minta sendiri. Jadi kita akan masukkan di dalam bajet kita untuk membantu Kuala Krau sekali.
Ya, terima kasih.
Saya hendak maklumkan selain daripada Perlok kita juga mempunyai lapan pusat lain untuk pembenihan ini, mengeluarkan benih ikan ini. Jadi kita akan tengok sama ada ia mencukupi dan kalau tidak mencukupi, saya setuju dengan Yang Berhormat Jerantut supaya kita tambahkan. Yang Berhormat Seputeh telah mencadangkan agar teknologi moden diberikan penumpuan dalam sektor pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan di dalam RMKe-11 telah menggariskan satu kertas strategi iaitu memacu pemodenan dalam agro makanan. Di bawah strategi tersebut, industri agromakanan akan dimodenkan bagi
menyediakan peluang pekerjaan menjana pendapatan yang lebih tinggi serta memastikan pembangunan yang mampan, jaminan makanan dan keselamatan makanan. Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini teknologi moden telah pun digunakan di dalam sektor pertanian. Cuma kebanyakan teknologi moden itu digunakan di peringkat hiliran atau pun di peringkat downstream. Misalnya dari segi pemprosesan produk dan sebagainya. Seperti yang saya hendak maklumkan, produk-produk agromakanan yang telah dieksport seperti kopi, rempah, teh dan sebagainya, keluaran makanan tersebut kebanyakannya diproses untuk dieksport keluar negara. Begitu juga dengan buah-buahan.
Yang Berhormat Menteri...
Sekejap ya, saya tak habis lagi. Begitu juga dengan buah-buahan misalnya. Pada ketika ini sebagai contoh, buah-buahan seperti durian, ini Bukit Gantang ya? Bukit Gantang ya, boleh terus sambung. Misalnya buah- buahan, seperti durian, sekarang ini buah-buahan kita dari Malaysia, buah durian Musang King dan D24 misalnya, dieksport secara ulas yang telah pun disejukbekukan. Ini juga menggunakan teknologi moden. Begitu juga dengan durian paste yang dieksport ke luar negara, terutamanya ke negara China yang ketika ini sangat popular durian paste Malaysia untuk dijadikan produk-produk makanan seperti ais krim dan sebagainya. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Bukit Gantang yang selalu membangkitkan isu lambakan durian di Bukit Gantang. Saya telah maklumkan kepada, berbincang dengan pihak pengeksport supaya untuk durian paste, mereka hanya menggunakan durian kampung supaya durian kampung dapat kita kekalkan dari segi harganya walaupun lambakan, tidak akan ada penurunan harga. Saya telah pun mengarahkan FAMA misalnya untuk mendirikan kilang, untuk memproses durian-durian kampung ini untuk dijadikan durian paste dan harga durian tahun depan, kita sedang kaji untuk kita tetapkan harga lantai supaya walaupun ada lambakan, harga durian tidak akan turun seperti hari ini, seperti di Bukit Gantang sehingga 50 sen sebiji dan sebagainya. Jadi itulah teknologi-teknologi moden yang sedang kita gunakan di peringkat hiliran. Cuma di peringkat huluan, kita sedang dalam proses untuk membawa menggunakan lebih banyak teknologi moden seperti di sawah padi misalnya menggunakan teknologi moden seperti harvester dan sebagainya. Silakan.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan permasalahan pekebun-pekebun durian. Terima kasih lah juga kepada pihak kementerian yang telah pun menghantar pihak FAMA hari Isnin baru-baru ini 8 hari bulan, saya kebetulan ada sidang di Parlimen. Sepatutnya saya hadir juga kerana rumusan yang dibuat situ ialah pihak FAMA akan beli harga lantai sekilo RM1.00. Akan tetapi kalau saya ada hari itu saya minta sekurang- kurangnya RM1.50 ataupun RM2.00 untuk harga lantai. Kalau boleh, pihak kementerian pertimbangkan terutama kepada pekebun-pekebun kecil untuk durian kampung. Yang keduanya ialah berkenaan dengan soal seperti mana yang kita maklumkan kalau bolehnya bukan tahun depanlah, ini musim sekarang ini musim durian ini. Musim durian, kalau boleh tak usahlah harga lantai itu tahun depan. Kalau boleh untuk musim sekarang ini, bukan banyak mana pun untuk harga lantai, tentukan harga lantai. Sekarang ini harga sudah mahal sikit baru turun kerana sebiji pun RM7.00 mereka jual RM6.00 tetapi kalau sampai bulan Ramadhan ini mungkin, buah itu mungkin turun 50 sen atau 60 sen sebiji. Oleh sebab itu saya harapkan kalau boleh penguatkuasaan untuk beli harga lantai ini bermula dengan musim sekarang, tidak perlu untuk tunggu tahun depan. Yang ketiganya ialah berkenaan dengan saya selalu dengar sangatlah berkenaan dengan rancangan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah pusat pengumpulan untuk bahan-bahan pertanian kita, barang-barang pertanian kita. Akan tetapi sampai hari ini kita tengok di segi pelaksanaannya gagal. Itu kena akur semualah. Saya pun hairan kerana bumi Malaysia ini bumi yang subur, bumi yang subur. Tak sepatutnya dengan kita lihat setiap tahun hitung panjang, import pertanian kita ini sebanyak RM22 bilion wang negara kita ini terpaksa keluar. Bukan orang-orang kampung kita malas, bukan penduduk Malaysia ini malas tetapi apa yang berlaku ialah apabila mereka tanam banyak-banyak, masalahnya ialah untuk hendak pasar barang tersebut. Ini perkara yang perlu diatasi dan kita harapkan pihak
kementerian mesti mengambil satu tindakan yang tegas. Kalau ada pegawai-pegawai yang lengai, yang malas, yang tak bertindak untuk membela petani-petani ini, sila ambil tindakan dengan segera kerana kita hendak mengatasi masalah dari segi import barang ataupun barang pertanian yang cukup teruk sangat. Yang keduanya berkenaan dengan lembu. Kita sebagai wakil rakyat walaupun pembangkang, kita terpaksa untuk hendak menyediakan lembu-lembu korban nanti. Dulu kita boleh untuk pungut seorang RM500, sekarang tak mampu lagi. Kadang-kadang harga lembu sampai mencecah sampai seekor hampir RM4,000 kerana atas alasan tidak cukup bekalan dan juga tak cukup dari segi import yang diimport oleh kerajaan.
Maka sebab itu, ini perkara yang perlu diatasi yang kena pandang serius, kena pandang serius oleh kementerian supaya gejala untuk kita import ini perlu kita atasi dari semasa ke semasa. Lebih daripada itu, selain daripada kita hendak mengelak wang kita ke luar negara, aliran wang ini habis ke luar negara, hasil daripada kita import barang. Keduanya soal food security seperti yang disebutkan oleh daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Ini yang paling penting sekali kalau terjadi apa sesuatu pada negara, sekurang-kurangnya rakyat kita ini boleh makan. Kita tidak perlu bergantung kepada negara luar. Minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Okey, untuk harga lantai itu, kita boleh pertimbangkan tahun ini untuk RM1 tadi. Akan tetapi yang RM1.50 dan RM2 itu kita akan kaji semula lah ya. Akan tetapi untuk RM1 ini kita boleh mulakan. Saya sudah pun berbincang dengan satu pengeksport durian paste ke China itu, satu syarikat itu dia ada di daripada Perak dan dia pun bersetuju kalau boleh dia akan ambil semua durian di Perak itu. Nanti saya akan bincang balik. Walau bagaimanapun, untuk buah-buahan tadi, Yang Berhormat sebut tadi. Memang benar banyak kadang-kadang kita minta orang kampung tanam pokok sekian-sekian tapi tidak boleh dijual akhirnya. Isunya ialah kerana dulu kita tidak memberi fokus kepada produk buah-buahan yang boleh di pasarkan. It’s not a marketable product. Jadi sekarang ini kita tukar polisi. Kita akan beri bantuan kepada petani dengan buah-buahan yang kita senaraikan iaitu buah- buahan yang boleh dimarketable. Kita mempunyai banyak buah-buahan. Rambutan misalnya. Berpuluh-puluh jenis rambutan tetapi yang marketable di luar negara misalnya, hanya rambutan anak sekolah. Jadi kita fokus kepada rambutan anak sekolah. Durian, berpuluh-puluh jenis durian. Durian kampung pun saya difahamkan beratus jenis tetapi kita fokus kepada dua jenis durian saja yang kita akan kita beri bantuan iaitu durian Musang King dan durian D24 kerana ini yang boleh dimarketkan. Jadi kita kalau dulu, petani suka tanam dokong. Jadi kita pun beri bantuan tanam dokong. Dia pun tanam 10 ekar dokong. Kadang-kadang tidak boleh hendak jual dokong tersebut. Jadi sekarang ini kita buat dua, satu, bantu dari segi marketable produk yang boleh dijual, permintaan pasaran. Kedua, kita proses produk tersebut. Dulu di peringkat FAMA misalnya, beli dan jual. Dia beli buah dan jual buah. Jadi akhirnya kalau waktu harga jatuh, dia pun beli dengan harga rendah. Sekarang ini kenapa boleh letakkan harga lantai. Oleh sebab kita kata FAMA bukan setakat beli buah tetapi beli dan proses buah tersebut. Oleh sebab bila proses sudah jadi ais krim, ais krim tidak turun harga berdasarkan lambakan durian. Harga ais krim tetap sama dan sebagainya. Jadi konsep kita, kita sudah berubah dasar kita supaya kita boleh kekalkan harga buah-buahan yang dikeluarkan oleh orang kampung. Jadi orang kampung tidak perlu rugi seperti dulu dan sebagainya. Dari segi pusat pengumpulan, memang kita sedang, kita mempunyai perancangan untuk mempunyai 200 pusat pengumpulan buah-buahan dan sekarang dalam proses pembinaan. Kalau tidak silap saya, kita sudah siapkan 50 dan sehingga akhir tahun ini kita boleh siap sebanyak 50 lagi. Jadi kita akan siapkan lebih banyak pusat pengumpulan. Tentang import lembu dan sebagainya, saya percaya saya sudah terangkan sewaktu saya menjawab Yang Berhormat Permatang Pauh tadi. Mungkin Yang Berhormat boleh rujuk kepada jawapan saya untuk Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Parit Buntar menyentuh tentang zon akuakultur di kawasan Parit Buntar yang menjejaskan paya bakau. Saya percaya Yang Berhormat Parit Buntar sentiasa bangkitkan isu zon akuakultur ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sememangnya memberi keutamaan kepada penjagaan alam sekitar khususnya dalam projek akua kultur. Oleh sebab itulah setiap pengusaha yang ingin menjalankan projek akua
kultur mesti menyediakan pelan pembangunan. Pelan pembangunan akuakultur yang mampan seperti SOP, amalan akuakultur baik, khidmat penyampaian akuakultur dan pensijilan ladang. Pengusaha-pengusaha juga disyaratkan merawat terlebih dahulu bahan buangan dari kolam ternakan sebelum dilepaskan ke pengairan umum. Projek-projek akua kultur juga mesti mendapat kelulusan EIA di bawah Jabatan Alam Sekitar. Siasatan telah dijalankan terhadap projek-projek akuakultur di Mukim Bagan Tiang, Parlimen Parit Buntar pada 18 Mei 2015. Hasil daripada siasatan tersebut mendapati 13 projek akuakultur iaitu kolam ternakan udang di Mukim Bagan Tiang dengan keluasan 107 hektar telah mendapat kelulusan secara TOL oleh Pejabat Tanah Kerian. Anggaran hasil pengeluaran adalah sebanyak empat ribu tan metrik yang bernilai RM800 juta. Bagi mengatasi isu pencerobohan di masa hadapan, kementerian mencadangkan tindakan seperti berikut: (i) kerjasama dengan Kerajaan Perak dan Jabatan Alam Sekitar dalam penguatkuasaan pembukaan hutan bakau; (ii) pematuhan garis panduan teknikal kelulusan tapak ternakan laut; dan (iii) penguatkuasaan kaedah perikanan darat akuakultur. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya sebut tidak ada nama, nama ada sini, tidak dalam Dewan boleh saya skip tidak.
Boleh.
Saya beri jawapan secara bertulislah ya.
Itu yang sebaiknya.
Okey.
Terima kasih.
Kalau tidak, tidak habis pukul 1.00 nanti. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Tiada.
Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Gerik.
Yang Berhormat Gerik ada.
Nampak, saya kenal. Telah membangkitkan isu pemerkasaan tanaman kontan, tanaman buah-buahan dan ternakan melalui padang rumput. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Pertanian sentiasa berusaha memperkasakan industri tanaman buah-buahan dan tanaman kontan sedia ada yang diusahakan oleh petani dan pekebun kecil di seluruh negara dengan meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman mereka. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan melaksanakan program seperti berikut: (i) Program Bantuan Tanaman Semula Buah-buahan Terpilih melibatkan buah-buahan seperti durian, nangka, manggis, mangga, cempedak, rambutan, duku dan langsat; (ii) Projek Fertigasi Rakyat; (iii) Projek Kluster Durian di Batu Kurau, Perak dan di Raub, Pahang; (iv) Projek Pakej Amalan Teknologi Buah; (v) Projek Amalan Teknologi Sayur dan Kontan; dan (vi) Projek Bantuan bagi Peningkatan Pengeluaran Sayur-sayuran.
Untuk makluman Yang Berhormat, padang ragut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang digazetkan oleh kerajaan negeri untuk tadbir urus oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai padang ragut untuk aktiviti penternakan. Namun begitu, kerajaan negeri pada bila-bila masa boleh mengambil semula tanah tersebut sekiranya terdapat keperluan. Sehubungan dengan itu, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil beberapa langkah dalam usaha mengoptimumkan penggunaan padang ragut bagi memberi manfaat dan meningkatkan hasil pendapatan penternakan khususnya bagi ternakan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau, biri-biri dan rusa. Kerjasama erat bersama kerajaan negeri telah membolehkan beberapa kawasan penternakan yang berpotensi dibangunkan dan telah kenal pasti. Bagi Daerah Hulu Perak,...
[Bangun]
Saya sambung sampai habis Yang Berhormat ya. Saya sambung sampai habis dulu, baru bangun. Bagi Daerah Hulu Perak, terdapat 34 buah padang ragut dengan jumlah keluasan keseluruhan sebanyak 2,806.28 hektar. Sejumlah 1,483.88 hektar daripadanya telah dibangunkan melibatkan seramai 285 orang penternak tempatan bagi ternakan lembu, kerbau, kambing dan rusa. Di bawah RMKe-11, JPV juga telah memberikan perhatian untuk menjadikan semua padang ragut dan rizab- rizab haiwan sebagai kawasan kekal pengeluaran ruminan untuk diusahakan oleh penternak di kawasan sekitar sebagai salah satu usaha kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran daging ruminan dan pendapatan rakyat. Dua padang ragut yang telah dikenal pasti adalah di kawasan Hulu Perak iaitu padang ragut Belum Baru, bukan padang ragut lama ya, padang ragut Belum Baru dan padang ragut Alai. Ada dua ya. Dengan jumlah keluasan 167.64 hektar. Ya, Yang Berhormat ya, ada.
Yang Berhormat Gerik juga ada membangkitkan isu ikan tilapia di Tasik Temenggor. Untuk makluman Yang Berhormat, ikan tilapia tidak tergolong dalam golongan famili ikan piranha dan bukan pemangsa kepada ikan tempatan. Tasik Temenggor telah dikenal pasti sebagai salah sebuah perairan yang berpotensi untuk dimajukan bagi ternakan ikan tilapia secara komersial. Ternakan ikan tilapia secara komersial telah diperkenalkan semenjak tahun 2010 dan diusahakan oleh Syarikat Trapia di perairan Tasik Temenggor, Perak. Projek ini telah mengeluarkan ikan tilapia sebanyak 16,442 metrik tan sejak ia beroperasi di Tasik Temenggor. Dalam usaha bagi memastikan ikan asli tidak pupus, kementerian melalui Jabatan Perikanan telah membina sebuah pusat pengembangan akuakultur di Tasik Banding pada tahun 1967 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2006. Di antara fungsi pusat berkenaan adalah sebagai pusat pengurusan sumber ikan asli, pusat bagi penghasilan ikan asli termasuk tempat sebagai pusat pengembangan dan khidmat teknikal. Pembinaan pusat ini adalah sebagai inisiatif dan komitmen kerajaan di dalam menangani isu bekalan ikan asli di kawasan berkaitan. Sehingga Oktober 2014 lebih kurang 400,000 ekor benih telah dikeluarkan. Pada tahun 2015, sebanyak 3 kali program pelepasan umum telah dilakukan dengan anggaran 130,000 ekor benih ikan lampam. Jabatan Perikanan juga telah merancang untuk membuat pelepasan ikan-ikan asli ke perairan tersebut dengan penglibatan pemimpin tempatan. Yang Berhormat Tanjung Karang...
[Bangun] .
Ya, Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertama isu yang saya hendak bangkitkan ialah padang ragut. Bilamana dalam Rancangan Malaysia Kesebelas hendak minta Yang Berhormat Menteri di bawah kementerian supaya menambahkan peruntukan yang satu, membekalkan peralatan seperti pagar dan juga pam air.
Kedua, masalah yang paling besar ialah mendapat lembu-lembu yang mana harga cukup tinggi sekarang ini untuk jangka pendek dan jangka panjang. Maka kementerian kena buat satu kaedah yang terbaik supaya pihak yang membawa masuk lembu jangan mengambil keuntungan terlampau tinggi yang menyebabkan padang-padang ragut tadi terpaksa mendapat bekalan dengan harga yang tinggi, itu nombor dua. Ketiga, soal ikan tilapia yang berada dalam Tasik Temenggor. Walaupun itu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, apa yang berlaku dalam Tasik Temenggor sebenarnya ikan-ikan tilapia yang terlepas daripada sangkar yang mungkin ada sabotaj daripada pekerja-pekerja sebenarnya dia menjadi pemangsa. Dia makan ikan-ikan lain. Janji awal dahulu macam yang kata Yang Berhormat Menteri, jadi di sinilah yang saya hendak minta supaya kementerian bersama kerajaan negeri duduk semula untuk memastikan perkara tersebut dapat diatasi dengan cara yang baik. Seperti pusat penetasan, sebenarnya Yang Berhormat Menteri melaporkan benda yang tidak betul. Saya melihat pusat penetasan di Tasik Banding, di Tasik Temenggor tidak ada pengeluaran penetasan, yang ada mereka bagi pada Trapia. Sewa bangunan tersebut, sama juga bangunan perikanan di Tasik Temenggor. Akan tetapi pada saya kerajaan berbelanja berjuta-juta mesti dibuat satu kaedah, ini satu lagi, buat jeti kerajaan berjuta-juta bagi lori balak lalu akhirnya jeti tadi cuma untuk Trapia juga. Jadi di sinilah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, saya percaya kementerian boleh membetulkan semula keadaan tadi untuk memastikan pulangan tadi dapat kepada rakyat, itu yang ketiga. Keempat, di Daerah Gerik, Hulu Perak kita dapat sungai-sungai yang bersih, kalaulah kementerian merancang dengan lebih baik lagi untuk pusat penetasan, saya percaya kita lepaskan ikan-ikan asal di mana sungai-sungai yang masih bersih kerana hari ini dikatakan ikan sungai sudah berkurangan di Hulu Perak. Akan tetapi pada saya bukan berkurangan tetapi pengusaha-pengusaha pekasam persendirian banyak wujud di daerah kecil Gerik. Jadi kalau kita boleh memperkasakan lebih hebat lagi seperti mana dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya yakin sumber ini boleh memberi pendapatan tambahan kepada penduduk Gerik. Minta Yang Berhormat Menteri, tolong bantulah perkara berkenaan.
Yang Berhormat Gerik, tambah sedikit. Sedikit sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sokong Yang Berhormat Gerik sebut tadi. Biasa dibincang dalam Mesyuarat Pembangunan di peringkat daerah saya pun hadir bersama dengan Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya Yang Berhormat, saya tidak tahulah mungkin fakta Yang Berhormat Menteri bagi betul, tentu berasaskan kepada kajian yang dibuat oleh kementerian tetapi ada juga kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Malaysia berkaitan dengan kehidupan ikan tilapia di Tasik Temenggor. Ia memusnahkan ikan asal dan tentu juga kita boleh buat perbandingan sebagaimana yang berlaku di Tasik Chini misalnya. Isunya ialah kawasan berkenaan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak diwartakan ke arah heritage di kawasan Lembah Belum itu dan di antaranya cirinya ialah kehidupan asal di kawasan berkenaan. Pembangunan tilapia ini memusnahkan ikan asal banyak dan ia dari segi komersialnya memang baik tetapi ada juga negatifnya dan juga betul Yang Berhormat Gerik sebut tadi banyak pembangunan yang dibuat untuk ikan asal tetapi telah pun diguna untuk sebagai tempat baja, tempat-tempat untuk tilapia ini. Memang lari benar daripada apa yang pihak kementerian buat dan yang ini saya minta Yang Berhormat Menteri teliti betul-betul. Dahulu Yang Berhormat Tanjong Karang pernah pergi ke situ memang perkara ini serius dan minta diberi perhatian betul-betul.
Ya, Yang Berhormat. Untuk padang ragut itu memang kita telah pun memohon di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk membangunkan 47 padang ragut di kawasan itu dan harga lembu itu seperti juga soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi. Sebenarnya sekarang ini kita menghadapi saingan yang sangat besar daripada negara China. Negara China pada hari ini mengimport lembu-lembu daripada seluruh negara ASEAN ini sehinggakan lembu-lembu di negara ASEAN ini seperti di Vietnam, Thailand dan sebagainya sukar untuk kita peroleh kerana diambil sepenuhnya oleh negara China. Oleh sebab itu pada hari ini kita sedang mencari kawasan baru dan kita sedang berbincang dengan pihak Myanmar untuk membekalkan lembu kepada kita dan itu pun kita tidak pasti
selama mana mereka boleh membekalkan lembu kepada kita melalui perjanjian kita dengan dia kerana seperti saya sebut negara China begitu agresif di dalam membeli lembu-lembu ini daripada negara ASEAN dan sebagainya. Sekarang mereka telah pun berpindah ke Australia. Saya difahamkan negara China sudah banyak membeli kawasan-kawasan ternakan lembu di Australia supaya mereka boleh menguasai lembu-lembu dari sana untuk dibawa ke negara mereka dan sebagainya. Jadi, sekarang kita sedang mencari kawasan-kawasan baru untuk memastikan lembu yang dibawa. Harganya masih dapat kita kekalkan dengan harga yang tidak terlalu tinggi seperti di Myanmar. Kita juga sedang berbincang dengan pihak Pakistan dan sebagainya walaupun negara Afrika mencadangkan supaya kita mengambil lembu daripada mereka tetapi pihak Jabatan Veterinar sedang lagi menyiasat, sedang membuat kajian kerana takut lembu- lembu daripada Afrika akan membawa penyakit dan sebagainya yang akhirnya akan memusnahkan keseluruhan lembu dalam negara kita. Jadi memang lembu merupakan isu yang besar untuk mendapatkan harga lembu hidup seperti harga murah seperti dahulu. Walau bagaimanapun, kita mencari sumber-sumber baru ini yang kita harapkan dapat harga yang lebih baik daripada harga yang kita ada pada hari ini. Untuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggong dengan Yang Berhormat Gerik tentang tilapia tadi, yang ada dua pendapat yang berbeza.
Tetapi saya percaya pendapat yang diberikan oleh Jabatan Perikanan merupakan pendapat daripada sumber yang boleh dipercayai kerana ia datangnya daripada mungkin kajian-kajian, daripada maklumat-maklumat daripada saintis dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita mengatakan bahawa ikan tilapia ini bukan ikan pemangsa. Memang ada ikan pemangsa yang diimport dari luar seperti keli Afrika dan sebagainya. Kita senaraikan apa ikan-ikan pemangsa yang dibawa masuk ke negara kita yang akhirnya memusnahkan ikan-ikan tempatan tetapi setakat ini daripada segi laporan yang kita terima masih belum ada laporan yang mengatakan ikan tilapia merupakan ikan pemangsa. Walau bagaimanapun oleh sebab pandangan ini dibangkitkan di dalam Parlimen, saya kira ini merupakan satu perkara yang serius. Saya akan minta pihak Jabatan Perikanan untuk mengkaji semula kerana mungkin ikan tilapia ini ada berbagai-bagai spesies, berbagai-bagai jenis. Mungkin secara keseluruhannya ikan tilapia ini bukan pemangsa tetapi mungkin ada certain, ada jenis-jenis tertentu yang boleh menjadi pemangsa dan sebagainya.
Kalau ikan yang besar, ia makan tak anak-anak ikan? Besar dia makan tak?
Ikan besar ini, ikan tempatan pun makan anak ikan. Jadi kalau begitu semua ikan tempatan pun kita anggap pemangsa. Pemangsa ini lain, ia bukan jenis ikan besar makan ikan kecil sebab memang ikan besar makan ikan kecil. Itu perkara biasa dalam kehidupan ikan tetapi jenis ikan pemangsa ini berbeza. Walau bagaimanapun saya sudah setuju dengan Yang Berhormat berdua, kita akan tengok secara teliti jenis-jenis ikan ini, adakah ada di kalangan tilapia itu termasuk di bawah pemangsa. Kalau ada, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, tilapia yang biasa dibela oleh orang kampung ini lain. Ini tilapia dalam Tasik Temenggor ini macam ikan bawal, warna hitam dan benih ambil dari negeri China, kacukan. Jadi ini tolong tengok balik.
Okey, itu yang saya sebut tadi. Kita akan tengok balik. Tentang Yang Berhormat bangkitkan perkara-perkara melibatkan Tasik Banding dan sebagainya saya akan siasat perkara ini dan untuk pelepasan ikan dalam sungai itu memang biasa kita lakukan. Insya-Allah kita akan masukkan Sungai Gerik dalam program kita. Seterusnya Yang Berhormat Tanjong Karang tidak ada, saya skip. Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Parit ada? Yang Berhormat Parit ini ada. Yang Berhormat Parit menyentuh isu pengairan padi di Parlimen Parit. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua projek yang dipohon di bawah RMKe-11 di
Parlimen Parit iaitu menaik taraf sistem pengairan di Skim Bota Kiri dan Skim Pendiat dengan jumlah sebanyak RM39 juta. Jadi ada dua yang kita tetapi semua yang saya sebut ini permohonan di bawah RMKe-11 tetapi elok juga pasal menteri yang jaga RMKe-11 ini ada di sini. Jadi elok biar dia boleh catatkan juga sama-sama. Jadi Yang Berhormat Parit juga ada membangkitkan tentang penanaman kontan dan juga edible garden. Kontan saya sudah sebutkan tadi sewaktu jawapan Yang Berhormat Gerik. Untuk edible garden ini, kita ada program yang dipanggil Program Jom Bertani. Program Jom Bertani ini kita akan beri bantuan benih dan sebagainya sebanyak RM500 kepada peserta, kita beri benih, kita beri baja organik dan sebagainya. Begitu juga kita ada program lain untuk edible garden ini untuk bandar ada dua, satu kawasan luar bandar kita panggil Program Jom Bertani dan satu lagi di kawasan bandar di bawah Program Pertanian Bandar yang telah pun kita mulakan pada tahun 2014. Jadi Program Pertanian Bandar ini ada vertical garden dan sebagainya dan kita juga beri bantuan kewangan kepada peserta- peserta ini. Yang Berhormat Parit juga bangkitkan isu berkenaan dengan untuk menaikkan harga padi. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat harga padi telah pun kita naikkan secara di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak belum lagi. Kita sedang buat kajian. Untuk Semenanjung ini kita telah naikkan, kita sama ratakan, selaraskan semua harga padi di seluruh negara dengan harga RM1200. Yang Berhormat Bintulu tidak ada, Yang Berhormat Beruas tidak ada, Yang Berhormat Bukit Gantang menyentuh tentang isu tanah subur bagi aktiviti pertanian. Kerajaan mengambil kira beberapa langkah untuk memanfaatkan tanah subur di negara ini seperti berikut; pertama bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan projek pertanian berimpak besar seperti pelaksanaan TKPN, Zon Industri Akuakultur dan juga Entry Point Project (EPP) di bawah NKEA Pertanian. Kedua, permohonan empat kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu iaitu di Pekan dan Rompin di Pahang, Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah iaitu jelapang padi baru dengan pembukaan empat MIDA baru seluas 25,905 hektar. Ketiga mempergiatkan pembangunan tanah terbiar yang ketika ini dianggarkan berjumlah 100,000 hektar untuk dibangunkan dan akhirnya menggalakkan penggunaan mekanisasi dan automasi bagi meningkatkan keperluan hasil dan produktiviti makanan. Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Sik.
Yang Berhormat Kuala Nerus ada.
Yang Berhormat Kuala Nerus ada, okey sorry. Minta maaf, saya tidak perasan. Yang Berhormat Kuala Nerus telah menyentuh isu pendapatan nelayan di Terengganu yang perlu ditingkatkan melalui koperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan Parlimen Kuala Nerus terdapat sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Nelayan Seberang Takir, ini di bawah Yang Berhormat. Ahli-ahlinya terdiri daripada nelayan dan bukan nelayan. Koperasi nelayan tersebut didaftarkan di bawah SKM yang juga merupakan agensi yang mengawal segala perjalanannya. LKIM tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa ke atas koperasi kerana di bawah Suruhanjaya Koperasi. Walau bagaimanapun, LKIM mempunyai strategi bagi meningkatkan pendapatan nelayan dan seterusnya membantu meringankan beban tanggungan keluarga nelayan di musim tengkujuh. Antara strategi tersebut ialah pertama membina tiga buah pasar nelayan di kawasan tersebut. Kedua, subsidi diesel kita ada bagi kepada nelayan, insentif pendaratan kita bagi iaitu untuk nelayan zon A 10 sen setiap sekilogram, elaun sara hidup kita bagi tahun 2014 di seluruh negeri Terengganu adalah sebanyak 44,453 orang dengan nilai RM533,436 dan di Kuala Nerus seramai 527 orang nelayan menerima insentif. Nelayan juga kita lindungi dengan insurans nelayan jika ada kematian, kemalangan di laut adalah sebanyak RM100,000 manakala kematian biasa adalah sebanyak RM50,000. Bantuan bencana alam, projek khas perumahan nelayan 76 buah rumah nelayan yang
layak telah dibaik pulih dengan jumlah sebanyak RM752,400. Jadi Yang Berhormat, untuk lain-lain itu di bawah tanggungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Yang Berhormat Sik ada, telah memohon supaya Kedai Agrobazaar Rakyat Malaysia diutamakan. Yang Berhormat, untuk tahun 2015, kementerian melalui FAMA mempunyai perancangan untuk melaksanakan Kedai Agrobazaar Rakyat di Sik, kita akan kenal pasti kawasan-kawasan di Sik itu untuk kita bangunkan ataupun kita menaik taraf Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia. Yang Berhormat Sik juga menyentuh isu status Projek Kompleks Pertanian yang telah pun dipohon. Saya ingat projek itu dipohon melalui saya waktu saya ke Sik. Kita sedang membuat permohonan itu untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kita masukkan permohonan Yang Berhormat tersebut. Walau bagaimanapun, kita sama-sama berdoalah agar permohonan tersebut dapat diluluskan.
Jadi saya kira itu sahajalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Ada lagi.
Ada?
Ada lagi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya belum jemput lagi.
Sorry, minta maaf Tuan Yang di- Pertua.
Sila, sila.
Kena laju. Sebelum saya bercakap, saya ingin mengalu-alukan kehadiran kepimpinan Majlis Belia Jerantut di dalam Dewan ini yang ada di atas. Yang Berhormat Menteri, Sik ini kawasan pertanian. Saya banyak hendak cakap. Tetapi disebabkan masa dihadkan 10 minit, campur dengan isu lain. Saya tidak dapat cakap habis berkenaan isu pertanian di Sik ini. Sebelum itu saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri dan telah umum Kompleks Pertanian, Agrobazaar dan sebagainya. Ada benda-benda yang lain lagi. Sik ini ada nelayan darat dan ada dua empangan iaitu di Sik ada Empangan Beris dan Empangan Muda di mana terletak di Gubir dan saya difahamkan memang empangan ini bukan untuk hidro elektrik, empangan Muda untuk bagi air kepada Jerlun, MADA dan untuk minuman dan Empangan Beris untuk air minuman juga. Saya difahamkan tidak sesuai untuk buat ternak ikan di dalam sangkar. Jadi saya cadangkan di sana kalau Yang Berhormat Menteri pergi ke Gubir, setiap hari ada satu jenis ikan, ikan ini mahal exotic fish, ikan hantu atau ikan ubi dan harganya di sana di tempat jeti itu pun RM25 sekilo. Saya tengok ada potensi-potensi ini kita boleh buat penternakan. Kalau tidak boleh buat di dalam empangan itu, kita boleh buat kolam di tepi empangan itu, kita boleh ternak ikan-ikan yang harganya mahal dan market demand tinggi, suka dimakan oleh terutamanya kaum Cina. Kita boleh buat di sekeliling terutamanya di Tasik Beris. Selain daripada ikan ubi ini, ikan baung kuning dan sebagainya dan harganya mahal. Isu yang kedua yang saya hendak sebut ialah padang ragut. Di Sik ada satu padang ragut yang luas yang di dalamnya tidak ada ternakan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri dan kementerian tolong bagi perhatian terhadap cadangan yang kita akan bagi untuk gunakan padang ragut itu sudah lama dan kosong. Selain daripada itu, kawasan paya. Saya fikir sekarang ada kawasan paya di antara bukit yang dahulunya secara tradisional penduduk tanam padi dan sekarang pun tanam padi. Tetapi disewa kepada tuan-tuan punya bendang ataupun sawah itu. Saya agak kawasan itu kalau sewa pun tidak berapa banyak satu musim yang tuan punya dapat. Saya fikir sebab kawasan itu kawasan paya, ia boleh dikatakan sedia ada air, bagaimana kalau pertanian ubah buat satu projek di mana kita sewa ataupun pajak daripada tuan tanah, kita tanam kelapa sawit. Itu cadangan saya.
Saya tidak tahu mungkin ini masuk dalam komoditi, bukan dalam Kementerian Pertanian. Masuk dalam komoditi. Tetapi kita boleh buat satu perancangan nasional blue ocean strategy untuk menggunakan tanah terbiar ini selain daripada tanah-tanah kampung, tanah-tanah sawah yang asal dari kawasan-kawasan paya. Saya ingat itu sahaja Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, oleh kerana perkara ini perkara baru yang dibangkitkan sekarang, jadi saya akan ambil perhatian.
Yang Berhormat Sik ambil peluang berucap.
Yang pertamanya tentang empangan Gubir untuk pelihara ikan ubi dalam sangkar. Keduanya tanah sawah untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Cuma yang walaupun perkara baru tetapi ada jawapannya untuk padang ragut. Memang ada perancangan untuk membangunkan padang ragut di Sik seluas 39 hektar di bawah RMKe-11, Yang Berhormat ya untuk padang ragut. Yang lain kita akan kajilah sebab baru dibangkitkan. Jadi saya ucapkan terima kasih....
Sebelum Yang Berhormat Menteri berhenti?
Ada lagi?
Satu, last. Perkara lama tapi baru. Duit NFC dapat balik ke Menteri? National Feedlot Corporation, kita sudah dapat balik belum?
Duit apa?
Duit National Feedlot Corporation, kita sudah dapat balik belum?
NFC?
Sudah dapat balik belum?
Saya kena check balik dengan Kementerian Kewangan.
Jawapan bertulis pun tidak apa, Yang Berhormat Menteri.
Boleh, boleh. Saya check balik sebab kita di bawah Kementerian Pertanian hanya melibatkan teknikal menguruskan dari segi ladang- ladang satelit yang ada 63 ladang satelit itu dan untuk makluman Yang Berhormat walaupun perkara baru saya ada lima minit lagi. Untuk 63 ladang satelit itu, kita ada yang berdaya maju dan ada yang tidak berdaya maju. Kita sedang berbincang dengan pihak Johor Corp. misalnya untuk menjadi anchor dan mengambil alih kepada penternak- penternak di setiap ladang satelit. Tetapi kewangan nanti saya akan dapatkan makluman dan akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Jadi sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat di dalam membahaskan isu di Kementerian Pertanian dan juga pada hari ini yang terlibat melalui celahan-celahan dan sebagainya. Insya-Allah segala yang dibangkitkan akan diambil perhatian dan tindakan oleh kementerian. Yang mana saya skip tidak menjawab kerana tidak hadir pada hari ini, saya kan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih, Assalamu'alaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menjemput Kementerian Belia dan Sukan, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 10 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang
Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Sik di atas semua pandangan pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan mengenai Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada 21 Mei 2015 yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi ulasan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebagaimana berikut. Laporan Audit Pengurusan Hari Belia Negara 2011 hingga 2013, untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena perkara ini telah ditanya berulang kali dan telah dijawab secara bertulis oleh Jabatan Perdana Menteri semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2015 di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat. Di samping itu Jabatan Audit Negara juga telah menjalankan pengauditan terhadap pengurusan Program Hari Belia Kementerian Belia dan Sukan bagi tempoh 2011 hingga 2013 memandangkan sebahagian besar daripada isu berbangkit hampir sama dan telah diliputi dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 siri 2, maka Laporan Pengurusan Program Hari Belia Negara 2013 tidak dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun 2014. Tuan Yang di-Pertua, penjelasan terhadap isu perolehan sambutan Hari Belia Negara 2015, FiT Malaysia dan Hari Sukan Negara, untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa melaksanakan program atau inisiatif pembudayaan sukan serta pembangunan belia selaras dengan arus perdana semasa. Dalam pada itu pelbagai program atau inisiatif baru telah dan akan dilaksanakan termasuk FiT Malaysia, Hari Sukan Negara dan penjenamaan semula Rakan Muda. Dalam usaha Kementerian Belia dan Sukan mempelopori program serta inisiatif baru yang unik serta kreatif, input dan idea semua pemegang taruh adalah amat penting agar apa yang dilaksanakan sejajar dengan bertepatan dengan golongan yang disasarkan. Sehubungan itu beberapa syarikat tempatan telah dilantik untuk melaksanakan sebahagian skop yang diperlukan bagi pelaksanaan program FiT Malaysia, Hari Sukan Negara dan penjenamaan semula Rakan Muda. Mengenai status Freeform Sdn. Bhd., syarikat ini merupakan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran khusus dalam penganjuran festival di negara kita. Sehubungan itu kenyataan bahawa syarikat ini berasal dari Australia adalah tidak tepat. Pelantikan ini dibuat setelah melalui proses penilaian serta pertimbangan pelbagai cadangan yang dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan melalui proses saringan awal sebelum kementerian memutuskan pemilihan syarikat berdasarkan kelayakan, kepakaran dan pengalaman syarikat masing-masing di mana cadangan yang dikemukakan juga adalah selari dengan kehendak kementerian. Dalam jangka masa panjang pihak kementerian juga menggunakan peluang ini untuk mengkaji dan mempelajari kaedah pelaksanaan agar pihak kementerian dapat melaksanakan sendiri pada masa hadapan tanpa bantuan secara langsung daripada pihak penyelia perkhidmatan tersebut.
Ya, Yang Berhormat Menteri kita sambung selepas jam 2.30 petang,
Lima minit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Lima minit? Saya tidak ada kuasa hendak tambah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah Yang Berhormat, kalau hendak habiskan boleh jawapan bertulis. Terpulang kepada Yang Berhormat. Sambung 2.30 petang? Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan mesyuarat dan kita sambung jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
■ 1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya, saya jemput Menteri untuk teruskan jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah menjalankan kaedah perolehan mengikut tatacara perolehan semasa kerajaan dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana syarikat-syarikat yang dipilih merupakan syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran tinggi dan pengalaman khusus dalam bidang yang dikehendaki serta pernah memberikan perkhidmatan kepakaran kepada pelbagai sektor korporat yang lain sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya komitmen KBS dalam mengatasi pertambahan pekerja asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pengerang, bagi melahirkan- Yang Berhormat Pengerang ada? Kalau tidak, saya akan bagi secara bertulis. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Pandelela Rinong dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jerlun, Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan transformasi sukan negara dengan mewujudkan model sukan baru ke arah pembangunan sukan negara yang lebih menyeluruh. Pendekatan baru ini melibatkan pembangunan atlet berprestasi tinggi yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu pengurusan program yang akan dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan pengurusan prestasi oleh Institut Sukan Negara. Majlis Sukan Negara akan memberi tumpuan kepada program pembangunan sukan di peringkat daerah, negeri, serantau kebangsaan dan juga senior. Program latihan lebih sistematik dan tersusun akan disediakan di setiap peringkat bagi menyediakan kumpulan atlet berbakat dan berpotensi untuk berdaya saing serta menggalas tanggungjawab cabaran di kejohanan mahupun temasya antarabangsa. Kementerian juga sedia maklum tentang keperluan program latihan jangka panjang yang khusus untuk memastikan kejayaan kontinjen negara di temasya-temasya sukan utama, termasuk Sukan Olimpik. Justeru, Program Pembangunan Jangka Panjang untuk melahirkan lebih ramai yang berbakat bagi peringkat umur tujuh tahun hingga 23 tahun bagi 19 jenis sukan utama sedang disediakan untuk jangka masa lapan tahun daripada tahun 2015 hingga tahun 2023 dengan penglibatan semua pihak pembangunan sukan prestasi tinggi negara. Bagi meluaskan lagi kumpulan atlet-atlet pelapis, Majlis Sukan Negara akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya institut pengajian tinggi (IPT) dalam menubuhkan seberapa banyak pusat latihan bersama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Transformasi Sukan Negara, Program Podium telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab Institut Sukan Negara sepenuhnya. Tumpuan program-program adalah bagi memastikan Malaysia mampu meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik serta berada di kedudukan 10 terbaik dalam penyertaan Sukan Asia dan Sukan Komanwel akan datang. Atlet-atlet yang terpilih ke program-program ini akan diberi keutamaan dari aspek sains sukan, perubatan sukan, kemudahan latihan dan kejurulatihan yang dirangka secara spesifik untuk setiap atlet serta kumpulan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kejatuhan ranking bola sepak negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kapar, tugas untuk membangunkan sukan bola sepak adalah di bawah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan banyak membantu dalam aspek pembangunan dan kewangan dalam meningkatkan lagi keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara.
Kementerian juga mengakui bahawa skuad utama bola sepak kebangsaan sedang mengalami kejatuhan prestasi jika diukur berdasarkan ranking ke-166 yang dikeluarkan oleh FIFA pada bulan Mei 2015 yang lalu. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kejatuhan ranking bola sepak ini adalah disebabkan oleh skuad bola sepak negara tewas dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang diambil kira dalam perkiraan menentukan ranking bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA). Bagi perancangan jangka pendek, kementerian berharap pihak Persatuan Bola Sepak (FAM) dapat mengkaji pemilihan pasukan-pasukan yang akan kita hadapi bagi perlawanan persahabatan antarabangsa. Sama ada untuk tujuan pendedahan kepada pemain ataupun untuk meningkatkan semula ranking bola sepak negara. Manakala bagi perancangan jangka masa panjang, Kementerian Belia dan Sukan telah pun menyediakan satu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan untuk memastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan dilaksanakan secara berterusan di peringkat akar umbi. Sasaran utama...
[Bangun]
Yang Berhormat Machang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan sukan bola sepak. Sebagaimana yang kita tahu dan kita maklum, bola sepak ini adalah merupakan sukan nombor satu dunia dan sukan nombor satu negara. Sekejap tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawasanya kecemerlangan bola sepak ini adalah menjadi tanggungjawab persatuan yakni Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kalau kita tengok dalam persembahan Sukan SEA, kelayakan Piala Asia dan juga Piala Dunia, sebenarnya agak mengecewakan. Apabila kita bersembang dengan peminat bola sepak, kalau malam ini ada perlawanan bola sepak Malaysia lawan siapa-siapalah, pukul 8.30 kah, pukul 9.00, yang orang tanya, “Berapa gol malam ini agak Malaysia kena?” Itu. Maknanya, suatu tanggapan yang terlalu negatif tentang bola sepak. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mengambil suatu langkah, soal jangka masa panjang atau jangka masa pendek itu satu bab. Akan tetapi kita mesti melihat bagaimana punca untuk kita memulihkan sukan bola sepak ini. Bahkan, bola sepak ini boleh dianggap sebagai ibu kepada segala sukan. Kalau dalam suatu temasya Olimpik kah, Sukan SEA kah, siapa yang menang pingat emas sukan bola sepak dianggap sebagai seolah-olah dia menang keseluruhan temasya tersebut. Maka, bagi kita di sini kita melihat daripada pembangunan akar umbi. Kalau dahulu Yang Berhormat Menteri dapat tengok di sekolah-sekolah kita ada padang bola. Sekarang ini, padang bola sudah tidak ada di sekolah. Betul, kita menumpukan soal akademik, menaikkan bangunan sekolah sehingga pengambilan tanah tidak dibuat untuk menyediakan prasarana sukan.
Kalau prasarana sukan tidak ada, macam mana kita hendak bangunkan sukan? Semua jenis sukan. Bukan sahaja bola sepak. Sekarang ini persoalannya ialah suatu kerjasama saya rasa perlu dimainkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Pendidikan untuk melihat prasarana. Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bahawasanya suatu kerjasama perlu dibuat. Maka kalau padang bola dulu budak petang-petang boleh pergi main bola di padang bola di sekolah- sekolah tetapi sekarang ini padang bola pun tidak ada. Macam mana kita hendak mewujudkan bakat-bakat baru dalam bidang sukan ini kalau kita hanya menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan semata-mata sedangkan kementerian-kementerian lain yang patutnya mengambil usaha untuk membantu Kementerian Belia dan Sukan langsung seolah-olah lepas tangan. Kalau sukan ini tidak maju atau apa, tengok Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan tengok Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kesianlah. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya sebut dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, di negara-negara Barat, apabila pasukan tidak berjaya, mereka menyalahkan jurulatih, manager dan sebagainya tetapi inilah satu-satunya
negara yang cukup unik. Apabila Persatuan Bola Sepak tidak berjaya, Menteri, Timbalan Menteri, kerajaan semua dituduh. Akan tetapi ini harus menjadi tanggungjawab bersama. Sebab itu apabila saya sebut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan rancangan jangka pendek, pada masa yang sama Kementerian Belia dan Sukan dan kerajaan tidak lari daripada tanggungjawab dan kita mengadakan program-program rancangan jangka panjang. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat Machang. Dulu memang kita ada padang-padang di seluruh kawasan perumahan dan kawasan sekolah tetapi hari ini semua sudah hilang. Hari ini kita lihat semua padang telah bertukar menjadi kondominium dan sebagainya. Bersama-sama kita adalah Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama kita dalam Dewan ini. Apabila Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meluluskan pelan pembangunan projek perumahan, kita bagi ada peruntukan untuk kawasan lapang. Saya cadangkan supaya kawasan lapang ini ditukar menjadi padang sebab apabila kita dalam pelan pembangunan, apabila kita memajukan sesuatu kawasan, kita bagi peruntukan untuk kawasan lapang tetapi lama-lama kawasan lapang ini sudah jadi gerai, sudah jadi macam- macam. Maka kalau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh menukar kawasan lapang ini sebagai satu skop jadi padang dipastikan, mungkin kita boleh membantu pemain-pemain bola sepak ataupun sukan lebih baik daripada keadaan sekarang. Seterusnya, bagi perancangan jangka masa panjang, Kementerian Belia dan Sukan telah pun menyediakan suatu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan untuk memastikan pembangunan, pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan dilaksanakan secara berterusan di peringkat akar umbi. Sasaran utama PPBN ini adalah untuk menyediakan satu landasan bagi mengilap bakat pemain-pemain yang berumur antara 7 hingga 17 tahun ke arah melahirkan wira bola sepak negara dan memartabatkan pasukan kebangsaan satu hari nanti. PPBN ini juga akan dijadikan tapak penyediaan pemain-pemain yang mampu bersaing di kejohanan piala dunia remaja bawah 17 tahun pada tahun 2019. Mengenai isu doping Datuk Lee Chong Wei, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat daripada Kapar. Ada? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kapar, bagi mengelakkan kes ini berulang kembali, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan memantapkan lagi program kesedaran dan pendidikan anti doping di mana setiap atlet diwajibkan untuk menghasilkan atau menghadiri sesi taklimat anti doping dan mengetuai secara mendalam mengenai segala urusan berkenaan anti doping. Pihak ADAMAS turut memberi amaran kepada atlet supaya lebih berhati-hati dalam mengambil sebarang supplement serta perlu dipastikan ia benar-benar bebas daripada doping dan atlet juga dinasihatkan berunding dengan pegawai pemakanan ISN terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement atau ubat. Tuan Yang di-Pertua, ucapan penghargaan pembinaan padang futsal di Parlimen Sabak Bernam. Pihak kementerian juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam berkenaan perkara ini. Kementerian secara berterusan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kemudahan sukan di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan pembangunan sukan negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya penyediaan infrastruktur sukan dan rekreasi kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Sik mengenai infrastruktur sukan yang perlu dibina bagi menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan bersukan terutama di kalangan belia di peringkat daerah dan Parlimen masing-masing. Kementerian juga berharap pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak swasta dapat menyokong usaha kerajaan dengan turut serta memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan ini dan tidak hanya bergantung kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, naik taraf di Stadium Mini Jerantut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jerantut, Stadium Mini Jerantut bukan di bawah pengawalseliaan KBS. Walau bagaimanapun, pihak berkenaan boleh mengemukakan permohonan kepada
Kementerian Belia dan Sukan untuk dipertimbangkan di dalam permohonan rolling plan kedua, RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya penyediaan infrastruktur atau kemudahan belia, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tebrau, kementerian telah menyediakan kompleks belia dan sukan negeri, kompleks rakan muda dan kompleks sukan komuniti yang turut berfungsi sebagai wisma belia dan pusat setempat atau one stop center dengan izin serta menyediakan tempat pelaksanaan aktiviti di kalangan belia seperti gimnasium rakyat, gelanggang badminton, bilik mesyuarat dan sebagainya. Pada masa yang sama, kementerian sedang dalam usaha, kajian untuk mentransformasikan kompleks-kompleks belia dan sukan yang sedia ada di seluruh Malaysia agar meningkat mengikut trend dan cita rasa belia masa kini dan menjadi tempat berkumpul secara sihat golongan muda masa kini. Pihak kementerian menyediakan bantuan kewangan kepada pertubuhan belia melalui bantuan pentadbiran dan bantuan aktiviti dan juga insentif penarafan lima bintang. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya yang terakhir permohonan membina sebuah kompleks sukan di kawasan Parlimen Parit di Seri Iskandar. Ada, Yang Berhormat Parit? Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Parit, Kementerian Belia dan Sukan akan memberi keutamaan bagi projek infrastruktur sukan yang telah diperuntukkan tanah milik Pejabat Tanah Persekutuan (PTP). Permohonan akan dikemukakan kepada pihak EPU untuk dipertimbangkan di dalam permohonan rolling plan kedua, RMKe-11.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Lenggong bangun, Yang Berhormat.
Sudah hendak habis? Saya dengar macam sudah hendak habis. Hendak habis sudahkah?
Sudah hendak habis.
Sekejap. Minta laluan sedikit, Yang Berhormat Menteri. Pertama, hendak ucap tahniahlah. Saya rasa Sukan SEA melepasi target. Betul, Yang Berhormat Menteri?
Ya, ya.
Jadi ucapan tahniahlah atas keupayaan kementerian. Walaupun beberapa sukan popular kita balik awal, tetapi hakikat kita capai tahap sebagaimana yang diinginkan walaupun jumlah pingat keseluruhan saya tidak tahu dapat atau tidak tetapi jumlah emas yang kita dapat, itu tahniah. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun senyum. Kira banggalah itu. Sebut tadi berkaitan dengan prasarana sukan dan difahamkan kita akan menjadi tuan rumah selepas ini. Betul, Yang Berhormat Timbalan Menteri? So, apa salahnya kalau – sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut kita buat prasarana sukan memenuhi cita rasa anak muda - kehendak. Okey, tidak apa. Saya setuju kita penuhi cita rasa anak muda untuk kita bina prasarana sukan. Itu penting. Akan tetapi boleh atau tidak disesuaikan dengan agenda dan matlamat negara? Kita buat futsal banyak tetapi tumpuan kita ialah untuk menjadikan pasukan bola sepak kita sekurang-kurangnya jaguh di ASEAN ini. Maknanya pembangunan prasarana sukan itu boleh atau tidak digembleng dengan pelbagai kementerian lain di bawah Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan. Sesuaikan dengan apa yang hendak dicapai oleh kerajaan baik dari segi pencapaian pingat di Sukan SEA atau sukan-sukan lain dan tidak hanya tertumpu kepada usaha untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak orang muda sahaja. Ini kerana dalam keadaan kita hendak dapat wang susah dan kita juga kena pastikan apa yang kita buat itu memenuhi dan mencapai apa yang kementerian dan kerajaan inginkan. Saya puji apabila buat melalui Rancangan Malaysia Kesebelas, ada program dengan UiTM, dengan universiti. Ini satu langkah yang baik tetapi saya juga lebih yakin kalau kita bentuk ahli sukan kita daripada peringkat awal lagi. Daripada kanak-kanak lagi, di tadika lagi, di prasekolah lagi, di Darjah 1 lagi, dibina daripada situ.
Saya rasa ini boleh dibuat. Oleh sebab itu apa, perancangan kementerian berkaitan dengan perkara ini.
Minta laluan.
Yang Berhormat Parit bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Menteri kata pembinaan akan dimohon kepada EPU. Cuma daripada segi kalau hanya di forward sahaja, dikemukakan sahaja tanpa sokongan yang kuat daripada kementerian, maka akhirnya melepaslah. Jadi saya minta kepada Menteri Kementerian Belia dan Sukan supaya put, letakkan satu sokongan yang kuat supaya agensi pusat dapat meluluskan seperti saya sebutkan dahulu bahawa di Parit tak ada kompleks sukan untuk memberi peluang kepada anak-anak muda kita bersukan, menjadi jaguh sukan negara. Jadi saya minta tolong Menteri pastikan perkara ini. Terima kasih.
Sikit boleh?
Ya, Yang Berhormat Sik pun bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Menteri, tadi Menteri ada jawab berkenaan dengan Sik tetapi saya tidak jelas. Kita minta kompleks sukan. Yang Berhormat Menteri, Sik pun macam Parlimen lain, banyak belia dan belia ini kalau tengok di Sik itu hanya ada beberapa futsal untuk bersukan dan ada dewan-dewan yang belia tumpang main badminton, dewan sekolah dan sebagainya. Kita bimbang belia-belia Sik ini disebabkan tidak ada aktiviti sukan yang tersusun maka banyak yang rempit dan juga minum ketum. Ha betul. Jadi saya harap sangatlah permintaan saya ini, saya hendak satu jawapan daripada Menteri yang definite. Ada rancangan atau tidak ada rancangan, boleh atau tidak boleh. Kita ada RMKe-11 ada lima tahun, first rolling plan ataupun second rolling plan. Macam mana itu? Bagi saya satu jawapan yang jelas sikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Yang Berhormat Jerantut bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Machang pun minta banyak kali dah kompleks sukan. Kalau ikut pun nak juga ini.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata Jerantut itu bukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan. Jadi kalau bukan di bawah kementerian ini, di bawah kementerian mana agaknya sebabnya setahu saya, dia telah pun diserahkan kepada Pejabat Belia Daerah. Jadi kalau di bawah Pejabat Belia Daerah, sudah pastilah saya anggap di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Tidak apalah Yang Berhormat Menteri, yang pentingnya kompleks sukan mini itu tidak ada trek. Padang pun Yang Berhormat Menteri sendiri turun pada tahun 2014 melihat keadaan mini stadium itu dan dalam lawatan itu beliau berkata dia akan memberikan perhatian kepada stadium ini untuk ditambah baikkan, untuk dinaikkan taraf dia, dengan ada lampu limpah, treknya. Ini memang boleh sesuailah dengan kata Yang Berhormat Menteri tadi untuk memenuhi hasrat rakyat. Jadi kalau apa yang ada di Jerantut itu nampaknya hasrat rakyat itu jauh daripada kita sempurnakan. Jadi saya minta tolong Yang Berhormat Menteri, beri perhatian juga. Kalau boleh masuk dalam rolling plan yang pertama pun tidak apa, tidak payah yang kedua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas pandangan dan cadangan-cadangan daripada Ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Lenggong telah menyentuh kejayaan kita dalam Sukan SEA di Singapura baru-baru ini. Kedudukan semasa ialah Malaysia telah memungut 60 emas, 53 silver dan 65 gangsa,
menduduki tangga keempat. Seperti mana yang disebut sebentar tadi oleh Yang Berhormat Padang Rengas kita telah melebihi sasaran dalam Sukan SEA di Singapura baru-baru ini walaupun sasaran kita lebih kurang 56 emas. Ini satu kejayaan yang begitu mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua atlet yang telah berjaya mencapai kesan dalam Dewan yang mulia ini. Mengenai perkara-perkara dan isu-isu yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Lenggong mengenai pembinaan infrastruktur sukan dan sebagainya. Kita harus mengkaji secara mendalam kehendak belia dan kewangan yang sedia ada. Maka apabila kehendak belia di kawasan luar bandar yang perlukan futsal, kita memang perlu memberi bantuan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, pandangan daripada Yang Berhormat akan dikaji secara mendalam dan Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Seterusnya ada juga beberapa permintaan daripada Yang Berhormat Jerantut, Sik, Machang dan Parit. Saya tidak dapat memberi kata putus untuk memberi jaminan di dalam Dewan yang mulia ini mengatakan saya akan bina. Tidak boleh memberi jaminan begitu. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji...
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh katakan hendak bina, saya rasa ramai akan bangun dan memohon.
Ya, betul Tuan Yang di-Pertua. Maka walau bagaimanapun, ini menjadi tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan memastikan hampir semua kawasan Parlimen yang dilengkapi dengan infrastruktur yang sewajarnya untuk memastikan golongan belia tidak tercicir daripada arus pembangunan. Maka Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji secara mendalam keperluan dan kedudukan kewangan Kementerian Belia dan Sukan di bawah Pelan Kedua RMKe-11 rolling plan dan memastikan segala-galanya dijayakan. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar apa yang disebut dan harapan kementerian terhadap pembinaan, cadangan ataupun sokongan pembinaan kompleks-kompleks sukan amat saya hargai. Cuma di Kuala Selangor, kami sudah ada stadium, kami dah ada kompleks yang dibina sewaktu Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi saya begitu sedih kerana saya lihat pejabat belia khususnya yang ada di Daerah Kuala Selangor itu, di Kuala Selangor begitu daif sekali sehingga saya lihat daripada segi pengurusannya, daripada segi pegawai belia daerahnya terpaksa menumpang untuk bermesyuarat di tempat lain. Saya hendak tanya kepada Kementerian Belia, stadium sudah ada, kompleks sudah ada di Kuala Selangor. Nasib baiklah sewaktu Muktamar PAS baru-baru ini di Kuala Selangor dibuat di stadium. Saya lihat daripada keadaan stadium yang begitu daif dan penuh dengan kebocoran, rahmat datang kepada rakyat Kuala Selangor. Stadium dinaiktarafkan, kompleks dinaiktarafkan. Mungkin kerana rahmat pada ketika itu muktamar dibuat di Kuala Selangor. Cuma saya hendak tanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah intervensi pihak kementerian dengan adanya stadium di Kuala Selangor ini, ada kompleks, dewan dan sebagainya, pejabat belia yang daif ini boleh dipindahkan ke stadium ataupun kompleks yang ada. Ini kerana untuk membangunkan khususnya generasi muda di kawasan luar bandar, akar umbi dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong, saya ucapkan tahniah di Sukan SEA yang berlangsung ini kita melebihi daripada sasaran yang telah ditetapkan. Sudah tentunya saya mahu melihat adanya anak-anak Kuala Selangor ini juga satu hari nanti dapat emas khususnya di bawah Sukan SEA ataupun sukan-sukan yang ada. Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kementerian, tolong tengok, bantu khususnya pejabat belia yang ada di daerah Kuala Selangor ini kerana stadium ada, kompleks ada tetapi tidak ada pejabat belia dalam stadium itu. Adakah belia ini dipolitikkan ataupun pejabat ini dipolitikkan atau kementerian terpaksa menagih untuk mendapatkan sebuah
pejabat di tempat lain khususnya pejabat belia dalam Parlimen Kuala Selangor. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya akan minta Kementerian Belia dan Sukan mengkaji dan menyiasat sama ada kita boleh mengambil tindakan segera memandangkan dah ada kompleks sukan dan mini stadium, maka tidak perlu kita tunggu sehingga RMKe-11 rolling plan. Kita suruh semak dengan kadar segera. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas dan jawapan saya ke atas pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai Kementerian Belia dan Sukan. Saya bagi jaminan segala pandangan dan cadangan akan diambil serius untuk kebaikan golongan belia dan kita akan buat seberapa baik yang boleh. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Giliran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum Timbalan Menteri Belia dan Sukan keluar ini, saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa di peringkat PBT, padang-padang bola sepak itu perlu diperbanyakkan.
Akan tetapi masalahnya di kementerian saya Tuan Yang di-Pertua ialah kita tidak mempunyai bajet yang khusus untuk membina padang tapi kita akan kolaborasi dengan kementerian untuk meminta Kementerian Kewangan memberikan bajet untuk padang bola di peringkat daerah dan sebagainya. Begitu juga penggunaan tanah. Disebut tadi penggunaan tanah adalah garis panduan dibuat oleh kementerian saya tetapi autoriti yang terakhir adalah pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas terutama sekali kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan-cadangan serta membangkitkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang tugas kementerian saya sepanjang tempoh perbahasan. Saya amat menghargai pandangan dan saranan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya sentiasa komited untuk mewujudkan persekitaran hidup yang kondusif, inklusif dan berkualiti tinggi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Aspek ini amat penting kerana ia merupakan prasyarat utama bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat progresif dan berdaya saing. Semasa membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah membangkitkan isu berkaitan dengan pengurusan dan penyelenggaraan perumahan berstrata. Untuk makluman kementerian saya telah menggubal Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan kerajaan tempatan berhubung dengan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di Malaysia. Akta 757 ini juga digubal bagi memenuhi keperluan pembeli, pemilik, pihak pengurusan serta pihak-pihak yang berkepentingan di samping mengatasi kelemahan- kelemahan dalam pengurusan pemajuan berstrata. Lanjutan daripada itu, saya telah pun menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa bagi Akta 757 ialah pada 1 Jun 2015 dan melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan kecuali negeri Pulau Pinang. Akta ini berkuat kuasa di negeri Pulau Pinang hanya pada 12 Jun 2015 kerana kelewatan kerajaan negeri berkenaan mendapatkan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Berkenaan dakwaan Ahli Yang Berhormat Kota Melaka bahawa Lembaga Perumahan Negeri Melaka telah mengunci meter air bagi unit-unit yang mempunyai tunggakan bayaran caj penyelenggaraan saya telah mengarahkan pegawai saya untuk menyemak kesahihan perkara ini. Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan juga membangkitkan mengenai masalah kutipan caj penyelenggaraan oleh badan pengurusan. Untuk makluman, di bawah seksyen 34 dan 35, Akta 757 yang telah dikuatkuasakan menjelaskan tatacara pemaju atau badan pengurusan dalam mendapatkan semula bayaran daripada pembeli atau pemunya petak iaitu melalui notis bertulis dan perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian notis. Jika mana-mana jumlah wang yang masih tidak dibayar oleh pembeli atau pemunya petak pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis tersebut, pemaju atau badan pengurusan boleh memfailkan saman atau tuntutan dalam suatu mahkamah atau di hadapan Tribunal Pengurusan Strata yang akan ditubuhkan bagi mendapatkan jumlah wang tersebut. Saya beralih kepada persoalan daripada Ahli Yang Berhormat Klang mengenai bantuan mengubahsuai dan membaik pulih perumahan berstrata kos rendah...
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang kita mengalu-alukan tentang Akta 757 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jun tapi untuk rumah pangsapuri kos rendah di mana sekarang kita menghadapi banyak masalah di mana fungsi JMB yang saya rasa tidak dapat mengendalikan maintenance ini di mana ramai penghuni yang tidak mahu bayar yuran maintenance setiap bulan. Walaupun mereka berusaha untuk mengutip tetapi kutipannya hanya setakat 20% hingga 30%. Dengan jumlah ini mereka tidak boleh buat penyelenggaraan untuk lif-lif. Kalau lif rosak tidak ada duit hendak buat maintenance. Banyak juga masalah yang berlaku di mana JMB memang lemah dan pihak COB juga tidak dapat mengendalikan tentang JMB ini. So, saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri adakah kita ada satu peruntukan khas untuk badan JMB ini terutama untuk rumah kos rendah supaya mereka boleh berfungsi dengan sempurna di mana sekarang Pengerusi JMB, Setiausaha JMB mereka bukan fulltime. Mereka ada kerja mereka sendiri. Mereka tidak boleh meluangkan masa untuk melakukan kutipan yuran maintenance ini. Kalau boleh saya hendak cadangkan supaya kita ada satu tabung khas ataupun ada satu elaun bagi mereka setiap bulan supaya mereka boleh berfungsi dengan sempurna dan juga boleh kutip wang maintenance setiap bulan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tanggungjawab untuk memastikan bahawa kawasan perumahan terutamanya yang berstrata bertingkat dan yang low cost ini adalah tanggungjawab bersama. Bila mereka diberikan rumah murah affordable housing, rumah mampu milik contohnya sepatutnya penduduk di situ mesti bekerjasama dengan jawatankuasa ataupun Joint Management Body (JMB) ini. Ini adalah satu perkara yang paling pokok. Kita tidak boleh longgokan semua masalah ini kepada kerajaan. Kita kena faham bahawa untuk memastikan kawasan perumahan kita itu bersih, sentiasa teratur dan diselenggarakan dengan baik semua mesti memberikan kerjasama dengan membayar yuran-yuran yang telah ditetapkan. Kerajaan Persekutuan di bawah kementerian saya Tuan Yang di-Pertua sebenarnya juga membantu. Kita mempunyai dua tabung yang besar. Satu tabung yang dipanggil Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) dan juga satu lagi Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) ini sekarang mempunyai dana lebih kurang RM100 juta digunakan untuk membaik pulih perumahan berstrata swasta. Jadi untuk Program Penyelenggaraan Perumahan itu lebih kurang RM40 juta dan itu digunakan untuk perumahan berstrata awam ataupun yang telah dibina oleh kerajaan. Jadi bagi pihak kerajaan kita telah membina banyak rumah mampu milik ini, rumah kos rendah dengan subsidi yang begitu tinggi. Itu satu. Yang keduanya kita juga memahami apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tadi bahawa JMB (Joint Management Body) tidak mampu untuk mengutip semua yuran yang telah ditetapkan. Sebab itu kita bagi RM140 juta di bawah tetapi itu tidak mencukupi.
Sebab itu saya minta pihak seperti Ahli Parlimen untuk turun ke bawah membantu kerajaan dan juga kementerian saya untuk memberikan penerangan dan kesedaran kepada penduduk di kawasan perumahan mampu milik ataupun rumah kos rendah ini kerana mereka yang tinggal di situ, kalau kawasan itu kotor, kalau kawasan itu tidak mempunyai penyelenggaraan yang baik maka insiden seperti budak kecil jatuh dan sebagainya itu akan berlaku. Sebab itu saya kurang bersetuju kalau saranan Yang Berhormat tadi untuk memberikan elaun kepada pengerusi dan timbalan pengerusi ini kerana ini perlu daripada hati naluri masing-masing kerana ini adalah harta mereka juga.
Saya merujuk kepada pangsapuri kos rendah yang mempunyai meter pukal di mana pihak SYABAS hanya target kepada meter pukal. Kalau mereka yang tidak dapat bayar maintenance termasuk bil air ini pihak SYABAS akan potong air untuk seluruh bangunan bukan setiap rumah. Juga bil elektrik kalau mereka tidak bayar maintenance termasuk bil elektrik pihak TNB akan potong elektrik seluruh bangunan bukan setiap rumah, yang ini yang kita perlu hadapi Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kita perlu selesaikan masalah dengan secepat mungkin di mana banyak pangsapuri rumah kos rendah menghadapi masalah meter pukal. Pihak TNB, pihak SYABAS tidak berhenti-henti untuk potong elektrik dengan air ini. So, saya mohon pencerahan supaya pihak Yang Berhormat Menteri boleh ada satu penyelesaian jangka panjang di mana perkara ini berlaku terus sehingga kini.
Yang Berhormat tahu masalah tetapi Yang Berhormat tidak mempunyai solution. Sekali lagi saya katakan di sini kita kena open, secara terbuka bahawa masalah ini bukan masalah kerajaan. Kita sudah bagi rumah kos rendah yang mana kita subsidikan dengan angka jumlah yang begitu besar.
Tanggungjawab untuk membayar yuran maintenance dan sebagainya adalah tanggungjawab orang yang telah diberikan rumah kos rendah tersebut. Bukannya banyak pun. Kita tahu mereka membelanjakan jauh lebih banyak untuk membeli rokok dan perkara- perkara yang lain. Akan tetapi maintenance ini, yuran penyelenggaraan ini satu budaya yang amat buruk di kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang telah diberikan peluang untuk mendapat rumah kos rendah yang telah kita subsidikan begitu banyak sekali. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang duduk di kawasan kos rendah ini untuk menjalankan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan. Kita beri rumah, tolonglah bayar maintenance fee. Mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan di Selangor dan Pulau Pinang kerana di Selangor dan Pulau Pinang ini mempunyai kawasan negeri-negeri yang mempunyai strata yang begitu banyak bangunan tinggi yang begitu banyak.
Yang Berhormat Seremban bangun.
Yang Berhormat Seremban.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, apakah pihak Kementerian Yang Berhormat ada bercadang untuk mengkaji kemungkinan yuran penyelenggaraan ini diserap untuk dibayar kepada pihak berkuasa tempatan? Kerana saya rasa dalam rumah kos rendah ini, kebanyakan pihak pengurusan mereka ini, masalahnya mereka tak fasih dan tak ada kepakaran untuk menguruskan bangunan-bangunan dan mengutip yuran-yuran. Kalau yuran itu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab untuk menyelenggarakan rumah pangsa itu, mungkin at least kalau dia pihak berkuasa mungkin kalau tak bayar boleh ambil tindakan dan sebagainya. Dia boleh bertanggungjawab untuk menguruskan bangunan-bangunan itu. Apa-apa kerosakan kerana banyak rumah-rumah pangsa ini kadang-kadang masalah yang paling basic, septic tank rosak tak dapat dibaiki kerana tak ada wang dalam badan pengurusan mereka. Kalau yuran penyelenggaraan itu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil alih kerja itu dan membaiki apa-apa kerosakan dalam rumah-rumah pangsa ini. Mungkin ini sesuatu yang boleh dikaji oleh pihak kementerian.
Terima kasih Yang Berhormat. Akan tetapi saya berpandangan, cadangan itu juga tidak akan efektif. Akan ada kelompangan, akan ada masalah. Sebab ada juga PBT yang amat kurang kewangan ini akan menggunakan wang itu disatukan dalam consolidated account dan akan digunakan untuk membayar gaji. Sebab itu saya katakan tadi, kita kena cari pokok pangkal masalah ini. Pokok pangkalnya ialah, mereka yang tinggal di rumah kos rendah ini tidak bertanggungjawab. Itu yang harus kita selesaikan. Bukannya soal hendak meletakkan GMB disalahkan ataupun diberikan kepada PBT. Tidak ada satu jaminan bahawa PBT juga akan mampu untuk menyelesaikan masalah ini jika wang itu digunakan untuk perkara yang lain. Itu satu. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, dalam Akta 757 ini Commissioner of Building (COB) boleh melantik agen pengurusan yang baru untuk menggantikan GMB yang tidak berfungsi. So we can actually go there and exchange, dengan izin. Boleh tukar ataupun boleh mengubah dan juga menurunkan GMB dan melantik yang lebih arif tentang isu-isu penyelenggaraan dan kutipan cukai. Sebenarnya, ada yang mengatakan tadi bahawa kutipan cukai ini susah. Sebenarnya tidak susah. Yang susah adalah mentaliti mereka yang duduk di dalam kawasan rumah kos rendah ini. Kita kena ingat, berbilion ringgit Kerajaan telah membelanjakan untuk memberikan rumah kos rendah kepada rakyat, yang kita hendak mereka buat ialah hanya untuk membayar kos penyelenggaraan yang tidak pun begitu tinggi. Itu sahaja. Put your priority right. Di mana keutamaan kepada mereka ini. Sedangkan mereka tinggal di situ, kalau septic tank rosak, sudah tentu mereka juga yang akan mendapat masalahnya. Jadi ini kesedaran ini harus dipupuk dan saya minta Ali-ahli Yang Berhormat untuk bersama dengan Kementerian saya memberi tahu kepada semua penghuni di kawasan Parlimen masing-masing, untuk memberitahu tanggungjawab itu amat penting.
Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Titiwangsa. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya, saya ada bangkit tentang rumah pangsa di Pantai Peringgit, Melaka. Ada tujuh blok yang sebelum ini sudah jadi kuarters UiTM. Selepas itu Lembaga Perumahan Melaka jual kepada pendapatan sekeluarga ini tidak melebihi daripada RM2,000 untuk golongan yang berpendapatan rendah. Masalah begini, saya tidak nafikan bahawa ini memang tanggungjawab untuk pembeli unit rumah itu, baik pun secara tunai atau secara sewa beli. Akan tetapi, mengikut perjanjian itu dikatakan sebahagian dan adil bayaran untuk maintenance ini, ini perlu ditanggung oleh pembeli. Masalah begini, dalam perjanjian juga adalah dikatakan pihak lembaga atau pihak, kata lah kerajaan ini, perlu menyediakan anggaran perbelanjaan untuk common area. Penduduk itu mereka tidak puas hati kerana tiada mesyuarat Lembaga Perumahan memberitahu mereka tentang anggaran perbelanjaan untuk maintenance common area dan mereka diminta membayar RM30 setiap bulan. Kerana tunggakan beberapa bulan tidak bayar, Lembaga Perumahan kunci meter air. Sebab itu tindakan mengunci meter air ini saya ingin minta pandangan dari Yang Berhormat Menteri. Adakah ini boleh digunakan atau boleh diterima? Kerana meter air ini bukan common bulk meter dan dikeluarkan untuk individual unit tetapi direct di Syarikat Air Melaka Berhad. Sebab itu mereka bayar bil air, tak ada hutang tetapi Lembaga Perumahan gunakan kunci meter air untuk memastikan tunggakan itu dibayar oleh penduduk. Minta pandangan.
Oleh kerana isu ini agak spesifik kepada projek tersebut, saya minta nanti pegawai untuk memberikan jawapan bertulis, sama ada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menutup atau mematikan bekalan air, walaupun bil-bil itu telah dilangsaikan secara direct ke Jabatan Bekalan Air. Nanti kalau ada jawapan, saya akan minta.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin berbalik balik cerita tentang GMB ini. Jadi sekiranya kalau kita tidak – saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa kalau kita serahkan kepada pihak berkuasa, ia juga tidak dapat menyelesaikan masalah, itu saya setuju. Akan tetapi
bagaimana Kerajaan melihat situasi keadaan perumahan kos rendah yang begitu daif akibat daripada kegagalan penghuni membayar oleh kerana banyak sebab. Sebahagian daripada mereka berkemungkinan besar tidak berkemampuan untuk membayar RM50 sebulan sedangkan pendapatan mungkin RM800 atau RM1,000. Jadi kita kena cari jalan penyelesaian. Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah di mana ada kuasa perundangan diberi kepada JMB untuk mengambil tindakan. Sebab hari ini saya lihat, banyak JMB, bagaimana efisien sekali pun, kalau mereka tidak ada mempunyai kuasa untuk memaksa orang bayar, jadi saya takut benda ini akan berlarutan dan mereka yang bayar juga akhirnya tidak mahu bayar kerana kerosakannya tidak dapat diganti. Jadi bagaimana Kerajaan melihat untuk menyelesaikan masalah ini dari segi jangka masa panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, satu point yang cukup baik. Saya jangkakan Tuan Yang di-Pertua, kalau mereka mempunyai masalah untuk mengutip yuran maintenance itu, agaknya lebih susah lagi untuk mereka mengenakan tindakan dan hukuman. That’s reality. Kalau hendak kutip pun satu exercise yang susah untuk dilakukan, apatah lagi hendak mengenakan undang-undang. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah, bila mereka membayar yuran itu, pada mulanya membayar yuran, tetapi mereka tidak nampak ada satu-satu perubahan yang dibuat oleh GMB dalam kawasan perumahan itu, akhirnya mereka juga, macam Yang Berhormat kata tadi, “Kenapakah saya perlu bayar? Saya tak nampak pun di mana perbelanjaan ini sedangkan yang lain tak bayar pun tak ada masalah.” Jadi, kita sedang fikirkan untuk memastikan JMB ini mengeluarkan audit atau pun Laporan Kewangan yang perlu diberikan kepada setiap penduduk. Contohnya kalau duit itu RM50,000, kadang-kadang ada yang dibuat oleh JMB ini tidak kelihatan, seperti membaik septic tank tadi. Di belakang bangunan, jadi duit itu digunakan untuk membaiki septic tank tetapi tidak kelihatan. Jadi bila ini tidak berlaku, bila ada satu suspicious attitude ataupun meragui, maka mereka tidak akan membayar pada bulan-bulan yang akan datang. Jadi kita sedang mengambil satu cara untuk memastikan JMB ini memaklumkan setiap bulan, berapa kutipan, siapa yang mengutip dan ke mana perginya kutipan ini. Dengan cara ini, mungkin dengan adanya informasi yang lebih terbuka begini, mereka yang membayar yuran itu nanti tahu di mana duit yang mereka telah bayar itu dibelanjakan.
Yang Berhormat Menteri, itu salah satu daripada cadangan yang bagus. Cuma saya merasakan bahawa di pihak JMB ini juga, kalau boleh kementerian memikirkan, memberi suatu kuasa yang boleh meletakkan kekuatan untuk JMB mengutip. Contoh, kalau kita lihat di apartmen-apartmen mewah contohnya, sekiranya sesuatu penghuni itu tidak bayar atau unit itu tidak bayar maintenance, dia stop entry card untuk masuk ke dalam parking contoh. Kedua, sebahagian dari apartmen-apartmen ini juga kadang-kadang air pun tidak boleh dapat supply sekiranya dia tidak bayar maintenance. Adakah pihak kementerian boleh memikirkan suatu perundangan untuk memberi kepada JMB ini supaya kalau mereka ini tidak bayar, sebab sometimes orang-orang golongan yang berpengetahuan rendah ini dia kena ada a kind of force, kalau tidak, dia anggap sebagai opsyen. Contoh kalau macam dia beli kereta, dia boleh bayar kereta tetapi hendak bayar service charge dia tidak mahu bayar. Akan tetapi kereta dia terpaksa bayar walaupun RM400 atau RM300 sebulan ataupun motorbike dia kena bayar RM200, dia kena bayar kerana ada force di situ di mana motor atau kereta kena tarik. Akan tetapi dalam konteks ini kalau kita boleh fikirkan satu perundangan di mana kita beri kuasa kepada JMB untuk mengenakan penutupan air contohnya, kalau dia tidak bayar service maintenance lebih daripada tiga bulan. Kemungkinan itu boleh memberi satu tekanan kepada mereka untuk mengutamakan pembayaran service maintenance. Ini kerana dalam jangka masa panjang, saya merasakan kalau tidak ada kekuatan support daripada kerajaan kepada JMB ini, maka bangunan-bangunan perumahan awam ini akan bertambah daif selepas 10 tahun atau 15 tahun.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa atas cadangan tersebut. Kita melihat juga peruntukan-peruntukan
dalam akta yang kita boleh gunakan untuk melaksanakan beberapa cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat. Cuma saya ingin tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua, PPR contohnya, Projek Perumahan Rakyat sekarang ini. Kita tidak mahu lagi reka bentuk bangunan ini terlalu seperti pigeonhole. Antara salah satu sebab ialah psikologi, bila mereka mengatakan, “Oh! Saya belanja banyak, tetapi kawasan perumahan saya memang daripada awalnya memang tidak cantik.” Jadi, dia tidak ada sense of belonging dengan izin. Oleh sebab itu dalam reka bentuk PPR sekarang ini, kita pastikan dalam bentuk yang cantik supaya memberikan satu gaya hidup yang lebih selesa untuk penduduk di situ. Dengan adanya keceriaan dan juga kecantikan dalam bangunan itu, mungkin ini akan memberikan sedikit kesedaran untuk mereka mengekalkan kebersihan dan keindahan bangunan-bangunan tersebut. Akan tetapi untuk makluman...
Sepang, sedikit sahaja.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya sebutkan tadi, Tabung Perumahan 1Malaysia dan juga Program Penyelenggaraan Perumahan yang ada di dalam kementerian saya sekarang ini, mempunyai dana RM100 juta untuk TP1M dan RM40 juta untuk PPP. Kita mahukan matching grant, bermakna 90% boleh dikeluarkan oleh kementerian saya. Apa yang kita minta ialah 10% sahaja. Nilai 10% itu dikeluarkan oleh penduduk dalam perumahan kos rendah itu supaya mereka lebih bertanggungjawab, supaya mereka tahu bahawa kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya masuk dan buat ataupun bila mereka kompelin dan sebagainya, kerajaan akan bantu mereka. Kita kena memberikan satu pengajaran, keinsafan, kesedaran kepada mereka. Okey, kalau harganya RM1 juta untuk mengecat bangunan tersebut, keluarkan RM100,000. Fikirlah di antara penduduk di situ untuk keluarkan RM100,000, RM900,000 lagi akan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu mereka. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua, kalau kita beri 100%, mereka tidak mempunyai kebertanggungjawaban untuk memastikan kawasan mereka itu bersih dan selamat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Menteri, tentang JMB tadi, kebetulan tempat saya pun banyak flat. Saya hendak tanya dengan Menteri, adakah kementerian memikirkan bahawa sudah sampai masanya melalui perundangan buat satu kewajipan pangsapuri ini mesti mempunyai bukan lagi dalam bentuk meter pukal. Ini kerana yang berlaku di Sepang sebagai contoh ialah apabila berlakunya mereka yang membayar bil air tetapi dengan meter pukal ini, tetapi berlakunya kebocoran dan pihak SYABAS ini selalunya mengatakan bahawa selagi tidak bayar itu akan dipotonglah. Jadi kesannya, mereka yang membayar ini menjadi mangsa. Seterusnya, wang maintenance yang dibayar itu kebanyakan JMB dalam konteks di Sepang, mereka terpaksa gunakan untuk bayar tunggakan air itu dalam meter pukal ini. Jadi saya ingin bertanyakan kepada Menteri, adakah pihak kementerian memikirkan, sudah sampai mewajibkan bila pangsapuri ini dibuat, mesti mewajibkan meter individu, bukan lagi meter pukal. Ini kerana mangsanya ialah mereka yang membayar, tetapi akan terkena akibat apabila berlakunya – duit mereka itu dibayar untuk bayar bocor. Bukan mereka tidak bayar, tetapi yang bayar itu untuk bayar tunggakan ataupun kebocoran paip dan sebagainya. Minta komen daripada Yang Berhormat Menteri.
Ya Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya mengalu-alukan tentang matching grant ini dan memang di kawasan saya ada rumah pangsa yang berjaya menggunakan geran ini dan dapat membaik pulih dan mengecat rumah pangsa. Saya ingin tanya Menteri, tentang kerja maintenance ini diambil alih oleh PBT dan sudah tetapkan bayaran maintenance bulanan. Ini kerana rumah pangsa sebelum ini banyak tidak ada kutipan sinking fund untuk mereka baik pulih projek-projek common area yang lebih perlukan, lebih mahal. Oleh sebab itu, adakah pihak kementerian ini mensyaratkan bayaran bulanan ini oleh PBT yang ambil alih tenaga kerja maintenance ini memberitahu kepada semua
penduduk itu sebahagian itu sebagai sinking fund dan itu akan sebagai wang simpanan untuk lima tahun sekali cat semula atau tukar tank atau piping. Ini akan meyakinkan mereka supaya mereka lebih faham tentang perbelanjaan bayaran yang mereka perlu buat. Minta pandangan dari Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sepang, memang meter individu sedang dilaksanakan sekarang. Kita tidak lagi membenarkan meter pukal untuk kemajuan yang baru. Untuk Yang Berhormat Kota Melaka, tadi jawapan untuk Yang Berhormat Kota Melaka, kementerian kurang bersetuju dengan mengunci meter air ini. Di bawah Akta 757, telah ada mekanisme dinyatakan tadi, seksyen 34 dan seksyen 35, mengenai tatacara kutipan balik dan tindakan yang perlu diambil termasuklah mengeluarkan waran penahanan. Maklumat yang kita terima dari Lembaga Perumahan Negeri Melaka telah mengeluarkan arahan untuk membuka semula meter air tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya teruskan, saya...
Yang Berhormat Gerik bangun pula Yang Berhormat.
Gerik, boleh?
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya dasar kementerian dalam Rancangan Malaysia Kesebelas berkenaan dengan rumah kos rendah. Nampaknya kerajaan cuma memfokuskan kepada PR1MA, rumah mampu milik. Bagaimanakah kawasan luar bandar tentang rumah kos rendah yang mungkin dahulu RM35,000, tetapi sekarang ini RM45,000? Ini kita tidak nampak kerajaan terlalu bercakap soal rumah kos rendah. Mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tidak betullah kalau kita katakan hanya PR1MA yang diberikan keutamaan. Sebenarnya projek perumahan rakyat Yang Berhormat, juga kita buat di kawasan-kawasan luar bandar. Juga kerajaan-kerajaan negeri telah mengenakan kuota-kuota tertentu. Setiap pemajuan itu ada percentage ataupun peratusan yang mesti dibuatnya ialah rumah kos rendah, terpulanglah kepada kerajaan negeri untuk berbincang dengan pemaju perumahan untuk meletakkan di mana lokasi yang telah dipersetujui di antara kedua-dua belah pihak. Kita masih lagi membelanjakan wang yang cukup banyak untuk PPR Yang Berhormat. Saya pasti agenda perumahan, saya dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, akan menjadi agenda utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya rasakan dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan mendapat lebih banyak lagi peruntukan untuk membina projek perumahan rakyat di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada persoalan...
[Bangun]
Hendak beri Yang Berhormat Taiping Yang Berhormat?
Sedikit sahaja, berkenaan. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berbanding dengan isu rumah kos rendah, saya rasa yang lebih penting adalah pelan pembangunan induk di bawah sesebuah kerajaan tempatan.
Saya bagi contoh di negeri Perak. Di bawah Majlis Bandaraya Ipoh telah sudah ada pelan pembangunan induk, masterplan. Akan tetapi walau bagaimanapun, kerajaan negeri tanpa dipersetujui oleh MBI dengan sewenang-wenangnya meminda masterplan. Walaupun kerajaan tempatan tidak bersetuju tetapi oleh kerana ia adalah projek perumahan di bawah Menteri Besar Incorporated. Saya bagi contoh konkrit iaitu di projek The Haven, Tambun Ipoh. Saya nak tahu, apakah dasar dan apakah Yang Berhormat Menteri boleh buat sekiranya kerajaan sendiri tidak mematuhi undang-undang dan meminda pelan
pembangunan sewenang-wenangnya tanpa menjaga faktor keselamatan? Contoh yang tadi saya bagi itu adalah tempat tersebut telah pun dirizabkan sebagai infrastruktur retention pond. Akan tetapi oleh sebab ketamakan ataupun keuntungan yang dijangka, maka kerajaan negeri tidak mempedulikan masterplan yang ditetapkan oleh kementerian Yang Berhormat dan buat dengan sewenang-wenangnya. Saya minta jasa baik sama ada Yang Berhormat boleh mengeluarkan arahan untuk melarang kejadian sedemikian yang merugikan rakyat. Sekian, terima kasih.
Pertamanya Yang Berhormat, saya tidak boleh membuat respond kepada spekulasi yang berat yang dibuat oleh Yang Berhormat terhadap Kerajaan Perak. Masterplan adalah bukan dokumen yang kekal sampai hari kiamat. Ia dinamik mengikut pertimbangan kerajaan dan juga MBI sendiri. So, kalau Yang Berhormat mengatakan bahawa kerajaan negeri melanggar undang-undang, saya kira kerajaan negeri juga mempunyai penasihat-penasihat perundangan. Jadi, saya tidak mahu melayan spekulasi yang liar seperti itu dan... [Dicelah]
Saya dah katakan kerajaan tempatan sudah membantah tetapi kerajaan negeri cuba overruled. Bermaksud ini bukan spekulasi jahat. Ia memang kes yang benar...
Ya, tetapi Yang Berhormat mengatakan ia melanggar undang-undang.
Ya.
Melanggar undang-undang – kalau kerajaan negeri...
So, saya nak tahu sebagai Menteri, apakah dasar Yang Berhormat Menteri? Katakan kerajaan tempatan memang mempunyai asas dan benar. Yang salah ini kerajaan negeri.
Tak salah.
Adakah Kerajaan Persekutuan akan melarang kerajaan negeri daripada overruled the local council? I think that is important. The crux of the issue. Sekian, terima kasih.
Kerajaan negeri adalah autoriti terakhir dalam pembangunan di kawasan PBT. Walaupun dalam segi perlembagaan dan juga peraturan, PBT mempunyai kuasa-kuasa khas. Akan tetapi apabila perundingan dibuat dan keputusan dibuat, PBT akan berunding dengan pihak berkuasa negeri. Jadi Yang Berhormat, yang ini tidak masuk dalam ucapan Yang Berhormat. Jadi, kalaupun ada informasi nanti, saya akan maklumkan dalam secara bertulis. Kedua-dua program TP1M dan PPP yang saya sebutkan tadi diwujudkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selesa kepada rakyat. Program tersebut dilaksanakan menggunakan kaedah geran sempadan 90:10 iaitu Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) dan juga Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP). Dilaksanakan menggunakan kaedah geran sempadan 90:10 bagi perumahan kos rendah awam dan swasta, di mana kerajaan akan menampung 90% daripada kos membaik pulih penyelenggaraan yang diperlukan. Bagi perumahan kos sederhana rendah pula, kerajaan akan menampung 70% daripada kos membaik pulih serta penyelenggaraan dan selebihnya perlu disediakan oleh badan pengurusan yang berkenaan. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini bahawa kedua-dua program berkenaan tidak melibatkan kos pengubahsuaian seperti Ahli Yang Berhormat Klang nyatakan. Akan tetapi hanya untuk melaksanakan kerja membaik pulih dan menyelenggarakan sahaja. Contohnya, kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara lif, tangki air, mengecat dan pendawaian semula. Tuan Yang di-Pertua, pasukan bomba dan penyelamat Malaysia merupakan antara tunjang utama pasukan keselamatan di Malaysia. Mereka bersedia untuk memberikan bantuan dan khidmat bakti tanpa mengira masa dan penat demi keselamatan rakyat. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Kuala Nerus yang telah membahaskan mengenai perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di kawasan Parlimen masing-masing.
Ahli Yang Berhormat Putatan, semasa perbahasan ada membangkitkan mengenai pembinaan sebuah balai bomba di kawasan beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan perolehan tanah bagi pembinaan projek balai bomba kategori C berkenaan telah diluluskan di bawah Rolling Plan keempat Rancangan Malaysia Kesepuluh dan dijangka dapat diselesaikan dalam tahun ini. Seterusnya, kementerian telah pun memohon peruntukan bagi pembinaan balai bomba berkenaan semasa Rolling Plan pertama Rancangan Malaysia Kesebelas setelah urusan pengambilan balik tanah selesai. Diharapkan dengan adanya balai bomba berkenaan, perkhidmatan kebombaan di kawasan Putatan dapat dipertingkatkan dan memberi manfaat kepada semua penduduk di kawasan Yang Berhormat dan kawasan berdekatan. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Jerantut ada membangkitkan mengenai keperluan tambahan balai bomba kategori D di beberapa kawasan seperti Kuala Tahan, Damak dan Pulau Tawar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah merancang untuk membina sebanyak 150 buah balai kategori D di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas, termasuklah di kawasan-kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Tebrau dalam ucapannya mencadangkan supaya kerajaan juga membina balai bomba baru di kawasan Ulu Tiram dan Kota Masai. Untuk makluman, kementerian telah pun merancang untuk membina balai bomba di kawasan Ulu Tiram dan Kota Masai dalam Rolling Plan kedua Rancangan Malaysia Kesebelas. Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam proses untuk mengenal pasti tapak tanah yang bersesuaian supaya balai bomba yang akan dibina ini dapat memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bagi kedua-dua kawasan. Yang Berhormat Tebrau juga turut mencadangkan supaya pasukan bomba sukarela dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi supaya perkhidmatan yang cemerlang dapat diberikan. Untuk makluman, kementerian sememangnya menghargai jasa dan khidmat bakti pasukan bomba sukarela di negara ini. Keperluan dari segi latihan bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas dan juga peralatan-peralatan seperti pakaian dan juga peralatan pemadaman kebakaran akan diberikan dari semasa ke semasa. Seterusnya, saya beralih kepada cadangan Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan supaya...
Minta laluan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rantau Panjang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut Yang Berhormat berkaitan dengan untuk meningkatkan lagi kualiti, terutama kemudahan kepada anggota bomba. Saya ingin tahu sejauh mana dalam perancangan Rancangan Malaysia Kesebelas untuk meningkatkan lagi ataupun upgrade lagi balai bomba di Rantau Panjang dan serta kemudahannya. Sejauh mana pertimbangan pihak kerajaan untuk memastikan elaun-elaun kritikal, terutama dalam memadam kebakaran hutan dan sebagainya yang memang cukup mencabar dan boleh mengancam nyawa. Begitu juga kerja-kerja penyelamatan yang mempunyai risiko yang sangat tinggi, terutama dalam banjir besar dan sebagainya. Jadi, sejauh mana perancangan kerajaan untuk meningkatkan lagi elaun kepada anggota bomba dan juga untuk menambahkan lagi dari segi kemudahan. Oleh sebab saya tengok masa banjir besar berlaku, pusat gerakan banjir yang di balai bomba itu hampir tenggelam, hanya tinggal sejengkal. Itu dalam tempoh yang sangat kritikal dengan keadaan saya terpaksa harung air separas pinggang untuk berhubung pergi ke balai bomba. Tak boleh berhubung dengan line telefon. Jadi, sejauh mana tempat-tempat yang risiko tinggi diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, minta satu soalan.
Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri memberi peluang. Di sini Bakri nak tanya, adakah dalam Rancangan Malaysia Kesebelas kementerian akan mendirikan balai bomba baru di kawasan Bakri? Memanfaatkan dua kawasan Parit Sulong dan Bakri. Minta penjelasan.
Yang Berhormat Parit Sulong tiada dalam Dewan ya.
Tak apa, saya tolong Yang Berhormat Parit Sulong tanya soalan ini.
Ya, untuk Yang Berhormat Rantau Panjang. Upgrade untuk balai bomba ini nanti saya dapatkan maklumat. Saya belum dapat maklumat. Mungkin pegawai di belakang akan memberikan maklumat kepada saya tentang sama ada balai bomba Rantau Panjang ini akan dinaiktarafkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk elaun kritikal yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, kita bersetuju. Terima kasih atas membangkitkan isu ini. Kita lihat sekarang ini Tuan Yang di- Pertua, elaun kritikal untuk anggota bomba di seluruh Malaysia sekarang ini tidak sama dengan elaun pihak-pihak berkuasa yang lain ataupun agensi-agensi penyelamat yang lain. Oleh sebab itu kita telah berbincang dengan panjang lebar dengan Ketua Pengarah dan juga Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan kewangan. Kita akan menghantar satu kertas Kabinet untuk diputuskan dalam Kabinet untuk memastikan elaun kritikal anggota- anggota bomba di seluruh negara ini setara dengan mana-mana pihak agensi menyelamat, polis, tentera, jabatan RELA dan sebagainya untuk diselaraskan supaya mereka ini dapat diberikan pengiktirafan yang sesuai. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, semasa kita lihat bagaimana anggota-anggota bomba diperlekehkan. Kadang-kadang dihina dalam internet berkenaan dengan gambar- gambar yang disiarkan dalam internet sewaktu gempa bumi di Ranau. Itu tidak betul.
Ada sekeping gambar yang saya lihat, yang sedang menjadi viral. Bilamana anggota bomba ini sedang duduk, berehat, makan nasi bungkus dan di viral kan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, mengatakan anggota-anggota bomba saya ini sedang rehat, relax, tidak mahu membuat sesuatu sedangkan bencana sedang berlaku. Apa yang berlaku semalam, saya berjumpa dengan orang yang ada dalam gambar itu namanya Jimmy Lagung.
Bukan Jimmy Palekat?
Bukan Jimmy Palekat, Jimmy Lagung. Dia ialah Penolong Penguasa Bomba, anggota bomba daripada Balai Bomba Ranau. Apa yang berlaku ialah beliau adalah orang yang pertama datang dalam kawasan yang terlibat, yang terkena bencana itu dan tidak tidur untuk 48 jam. Ini tidak diiktiraf oleh mereka yang menjadi keyboard warrior dalam internet ini. Oleh sebab itu saya bersetuju pengorbanan mereka itu perlu diberi perhatian. Oleh sebab itu saya bekerja kuat untuk memastikan elaun kritikal ini diberikan kepada anggota bomba supaya sama dengan agensi-agensi yang lain dan insya-Allah kalau dapat diluluskan oleh Kabinet nanti, kita akan dapat umumkan kepada anggota-anggota bomba yang lain. Seterusnya, saya beralih kepada cadangan Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan supaya sebuah balai bomba dibina di kawasan Asajaya. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan kajian risiko bagi kawasan berkenaan. Lanjutan daripada itu, kementerian telah memohon peruntukan bagi cadangan sebuah balai bomba di Asajaya Samarahan, Sarawak di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia Kesebelas yang akan bermula pada tahun 2016. Seterusnya, Yang Berhormat Sibuti telah membangkitkan mengenai projek pembinaan...
Yang Berhormat Kuala Kangsar bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang bomba ini
di kawasan saya, kawasan pekan kecil Manong ada terdapat satu kumpulan bomba sukarelawan ataupun bomba swasta. Jadi, adakah pihak kementerian boleh mempunyai peruntukan khas untuk membantu bomba swasta ataupun bomba sukarela yang dibuat atau diwujudkan oleh orang kampung sendiri ataupun orang pekan kecil di kawasan itu? Saya percaya ada juga banyak bomba swasta di tempat-tempat lain. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya memang kita bekerjasama dengan pihak-pihak yang ingin mewujudkan persatuan bomba, sukarela ataupun nanti kita peruntukkan persatuan ataupun bomba bantuan. Kalau ada maklumat yang khusus, yang diperlukan Yang Berhormat boleh besarkan kepada saya. Kita memang mempunyai program supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukarela di seluruh negara. Untuk menjawab tadi Yang Berhormat Rantau Panjang, saya ada makluman di sini. Balai Bomba Rantau Panjang telah diberikan peruntukan sebanyak RM800 ribu untuk di naik taraf selepas pasca banjir baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti telah membangkitkan mengenai projek pembinaan Balai Bomba di Sibuti yang masih belum dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek pembinaan balai bomba berkenaan asalnya dijadualkan bermula pada awal tahun 2015. Walau bagaimanapun, disebabkan terdapat pindaan kepada pelan asal bangunan, projek ini dijangka akan dimulakan setelah Surat Setuju Terima dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya pada akhir Jun 2015 nanti. Akhir sekali mengenai bomba, mengenai cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus mengenai keperluan sebuah balai bomba di kawasan Kuala Nerus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan balai bomba di kawasan Kuala Nerus telah disetujukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Sebenarnya projek ini telah pun dipertimbangkan lebih awal lagi oleh pihak kementerian atas permohonan daripada mantan Ahli Parlimen dahulu Yang Berhormat Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri yang banyak berjumpa saya dan timbalan saya berkenaan dengan isu bomba di Kuala Nerus. Walau bagaimanapun kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menghadapi kesukaran untuk mencari tapak yang bersesuaian. Dengan kerjasama kerajaan negeri, jabatan bomba sedang mengenal pasti tapak berdekatan dengan kawasan Batu Rakit untuk pembinaan balai bomba berkenaan. Ini untuk menjawab Yang Berhormat Bakri. Balai Bomba Bakri kategori D dijangka perolehan tanah pada tahun 2016 dan akan dibina pada tahun 2017 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Selepas itu bantu Barisan Nasional. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua anggota bomba seperti mana yang saya terlibat dalam operasi penyelamatan di Sabah terutamanya di lokasi Gunung Kinabalu baru-baru ini. Ini menunjukkan bahawa skop operasi bomba sekarang bertambah luas dan melibatkan aktiviti luar jangkaan seperti gempa bumi. Untuk itu, saya telah mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memasukkan dalam program pendidikan awam mereka mengenai persediaan menghadapi bencana gempa bumi dan cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa dan selepas gempa bumi berlaku. Seterusnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberikan latihan menyelamat yang khusus kepada semua malim gunung yang berkhidmat di kawasan berkenaan kerana mereka ialah responden awal kepada pendaki sekiranya berlaku sebarang insiden termasuk gempa bumi. Pada masa yang sama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan meletakkan peralatan menyelamat yang sesuai di balai berdekatan dan juga di Laban Rata serta di Pejabat Taman Sabah, di kaki Gunung Kinabalu. Dengan cara ini malim-malim gunung yang mempunyai banyak pengalaman dan fasih dengan topografi gunung boleh membantu pada peringkat awal operasi pencarian dan menyelamat sementara menunggu pasukan penyelamat tiba. Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pelan transformasi yang menjadi tunggak pembangunan semasa. Hal ini pula didukung oleh National Key Result Area (NKRA) dan National Key Economy Area (NKEA) dan ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Semua rancangan kerajaan ini menjurus ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang boleh menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Selaras dengan ini, kerajaan juga amat komited kepada usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan berkonsepkan
“PBT Di Hati Rakyat”. Agar rakyat dapat merasai dan menerima perkhidmatan perbandaran yang berkualiti secara berterusan. Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan mengenai PBT ataupun pihak berkuasa tempatan semasa tempoh perbahasan. Ahli Yang Berhormat Tanah Merah ada menyentuh dan memberikan pandangan beliau bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menganaktirikan mana-mana pihak mahupun dalam pemberian geran tahunan kepada PBT terutamanya di Kelantan. Suka saya nyatakan di sini bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berlaku adil kepada semua pihak. Mungkin ada Yang Berhormat di sebelah sana yang tidak mengetahui bahawa dalam pemberian geran tahunan kepada PBT yang berasaskan kepada beberapa kriteria tertentu yang dijadikan formula untuk menentukan amaun tahunan yang layak diterima oleh setiap PBT. Untuk makluman, antara kriteria yang ditetapkan dan diguna pakai semenjak tahun 2006 ialah taraf PBT sama ada bertaraf dewan bandar raya, majlis perbandaran ataupun majlis daerah, jumlah penduduk sesebuah PBT, kemudian anggaran belanja mengurus tahunan PBT. Keempat, keunikan kategori PBT sama ada dalam kawasan industri, pelancongan bandar dan luar bandar ataupun yang kelima, keperluan pelaburan sosial iaitu satu pemberian bagi menganjurkan program sosial ataupun komuniti dan kos penyelenggaraan kemudahan awam. Ia juga merangkumi faktor-faktor keperluan asas yang belum dipenuhi dan lain-lain pelaburan sosial di dalam sebuah PBT.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sementara Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang bagaimana dasar-dasar pembentukan sesuatu PBT, saya hendak bertanya tentang pembentukan PBT tambahan dan sebagainya. Apakah perkara yang they take into consideration dengan izin? Contoh, Majlis Perbandaran Klang, sebuah kawasan yang besar, beberapa buah kawasan Parlimen. Jadi, adakah kemungkinan kawasan-kawasan macam ini kita boleh pecahkan untuk membuatkan satu lagi PBT dalam kawasan itu? Terima kasih.
Itu boleh dipertimbangkan seperti juga kita telah meluluskan menaiktarafkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk menjadi bandar raya. Itu terpulang kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua sejak tahun 2007, kerajaan telah memperkenalkan One Stop Center (OSC) di setiap PBT dengan tujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan tempoh masa kelulusan, kebenaran merancang dan juga pelan bangunan sesuatu permohonan. Inisiatif ini sejajar dengan harapan Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan di PBT untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang berorientasikan rakyat seperti Perumahan Mampu Milik, balai bomba, bazar, fasiliti polis dan sebagainya. Oleh itu kementerian telah menetapkan tempoh masa dalam piagam yang perlu dipatuhi oleh setiap OSC yang seharusnya dipatuhi. Saya tidak faham mengapa masih ada PBT yang tidak mengaplikasikan inisiatif- inisiatif yang telah kerajaan rangka ini untuk faedah rakyat. Kerajaan Barisan Nasional juga berjiwa rakyat melalui kementerian saya akan meneruskan tradisi berkhidmat dan mengaspirasikan harapan rakyat dalam menyediakan Pelan Transformasi PBT. Pelan Transformasi PBT ini dirangka bagi menambah baik perkhidmatan dan juga operasi ini di setiap PBT. Dalam mentransformasikan perkhidmatan PBT ini kementerian berharap semua PBT di negara ini akan bertindak secara lebih profesional dan inklusif bagi memastikan pelanggan atau secara amnya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan. Seharusnya kerajaan negeri dan juga PBT sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dalam aktiviti yang memberi faedah dan menjamin kesejahteraan rakyat. Oleh itu saya menyarankan kerajaan negeri dan PBT menyokong dan mematuhi peraturan- peraturan, garis-garis panduan dan perundangan yang berkuasa.
Saya amat tertarik dengan perbahasan Ahli Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Ketereh mengenai terdapat garis panduan dan juga perundangan. Contohnya Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984) dan Garis
Panduan Lorong Belakang yang harus dikemas kini supaya selari dengan peredaran masa. Saya sempat menonton siaran langsung semasa kedua-dua Ahli Yang Berhormat berbahas. Terima kasih. Sesungguhnya kementerian saya amat terbuka dalam hal ini. Sebarang cadangan bernas yang dikemukakan akan diberikan perhatian sewajarnya. Saya telah pun mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk mengkaji semula Garis Panduan Lorong Belakang dan Jabatan Kerajaan Tempatan akan meneliti peruntukan-peruntukan yang boleh ditambah baik dalam UKBS 1984. Sekiranya mana-mana Ahli Yang Berhormat mempunyai apa-apa cadangan bolehlah dipanjangkan kepada saya. Insya-Allah mana yang sesuai akan kita laksanakan demi kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Kota Kinabalu semasa perbahasan telah membangkitkan mengenai Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang pernah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sebelum ini. Saya ingin menjelaskan sekali lagi mengenai pendirian Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini. Kerajaan berpandangan sistem pemilihan Datuk Bandar ataupun Yang di-Pertua dan Ahli Majlis melalui proses pilihan raya belum lagi sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini. Urusan ini bukan sahaja melibatkan masa dan kos, malah wang ringgit dan tenaga kerja. Selain daripada itu, kesan daripada proses pilihan raya tersebut dikhuatiri menimbulkan implikasi sampingan yang menjejaskan perpaduan masyarakat di kawasan PBT. Hal ini boleh menjejaskan aspirasi untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu secara berterusan. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan bahawa sistem pelantikan Datuk Bandar ataupun Yang di-Pertua dan Ahli Majlis yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan kepada peruntukan seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1972. Datuk Bandar, Yang di- Pertua dan Ahli Majlis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sudah terbukti berdasarkan rekod perkhidmatan serta kelayakan akademik. Pelantikan pula adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Seharusnya kerajaan-kerajaan negeri sewaktu proses pelantikan memilih mereka yang benar-benar layak sahaja untuk mengisi jawatan-jawatan berkenaan. Sekiranya didapati tidak sesuai, kerajaan negeri selaku pihak berkuasa melantik boleh menggantikan mereka dengan calon yang lebih baik dalam bila-bila masa. Ahli Yang Berhormat Ketereh juga ada membangkitkan mengenai pembangunan Youth City atau pun Bandar Belia. Untuk makluman, KPKT bersama-sama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ....
[Bangun]
Yang Berhormat Bayan Baru bangun.
Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih menteri. Saya ingin tanya soalan berkenaan tentang JPP yang telah ditubuhkan oleh Menteri kerana saya difahamkan bahawa JPP sekarang dia ada fungsi yang bertindih dengan Ahli Majlis kerana kita tahu bahawa Ahli Majlis sekarang, ia ada direct dengan setiap bulan bermesyuarat dengan YDP. Akan tetapi sekarang JPP ditubuhkan, mereka mempunyai kuasa untuk berjumpa dengan YDP dalam satu mesyuarat yang setiap bulan juga. Jadi ini menyebabkan bahawa sekarang ia macam Ahli Majlis yang baru, JPP. Walaupun telah dilantik oleh Menteri, tetapi kuasa mereka agak besar kerana mereka boleh berpengaruh dengan YDP. Segala masalah daripada penduduk dia pun boleh salurkan kepada YDP. Ini bermaksud bahawa ia macam federal counselor, kaunselor yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Jadi saya nampak bahawa perbezaan kita, sepatutnya PBT itu PBT. Kerajaan Pusat jangan campur tangan kerana ini adalah kuasa di bawah kerajaan negeri. Sehinggakan kerajaan negeri pun ada kala dia tidak mahu campur tangan dengan PBT kerana PBT itu juga third level of government, three tier of government ia memang government by itself. Jadi saya minta dan haraplah kerajaan janganlah ambil kuasa lagi daripada PBT ke pusat. Bagilah ruang kepada PBT run its own business. Jangan campur tangan. Minta penjelasan Menteri.
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua saya telah mendengar tuduhan ini berkali-kali dalam Dewan ini daripada Yang Berhormat. Masalahnya Yang Berhormat tidak mahu mendengar penjelasan daripada pihak kementerian. Soal bertindih tidak timbul sama sekali. I don’t know where you got the idea dengan izin. Pertamanya Pihak Berkuasa Tempatan ataupun majlis daerah, majlis perbandaran adalah di bawah perundangan ataupun perlembagaan yang memberi kuasa untuk ditubuhkan Kerajaan Tempatan. JPP adalah satu pelantikan melalui proses pentadbiran. ia tidak mempunyai kuasa Yang Berhormat. PBT mempunyai kuasa untuk mewujudkan Undang-undang Kecil, JPP tidak mempunyai kuasa. PBT mempunyai kuasa untuk mengutip cukai, JPP tidak mempunyai kuasa tersebut. PBT mempunyai kuasa untuk meluluskan pelan-pelan pembangunan, lesen dan sebagainya. JPP tidak mempunyai kuasa tersebut. PBT mempunyai kuasa untuk menyita, mengenakan kompaun, JPP tidak mempunyai kuasa untuk membuat sedemikian. Jadi di mana sebabnya tuduhan Yang Berhormat yang mengatakan JPP ini bertindih dengan kuasa PBT? Ia adalah satu kumpulan pemimpin peringkat akar umbi yang ingin membantu PBT dan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perkhidmatan. Remember, ingat Yang Berhormat saya sudah beritahu beberapa kali dalam Parlimen ini bahawa tanggungjawab untuk membangunkan kawasan majlis daerah, majlis perbandaran ataupun PBT bukan semata-matanya tanggungjawab PBT ataupun kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan juga berhak untuk membangunkan kawasan majlis daerah, kawasan pembangunan majlis perbandaran. Malah saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, 70% daripada perkhidmatan di kawasan PBT adalah oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Bomba, polis, education, pendidikan, sekolah, universiti, hospital semuanya di bawah Kerajaan Persekutuan. Marah sangat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan perkhidmatan Kerajaan Persekutuan itu dapat dirasai dengan baik dan berjalan dengan baik oleh JPP ini apa masalahnya Yang Berhormat?
Itu sebab Menteri ...
Itu sebab seperti saya katakan tadi ...
Boleh celah sedikit?
Sebentar, sebentar.
Masalahnya Yang Berhormat mempunyai pemikiran bahawa ini adalah percubaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih kuasa PBT. Which you are wrong. I told you already many times. I don’t understand why you don’t want to understand. Kalau ada dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang mengatakan peruntukan JPP ini adalah bertentangan Perlembagaan, sila maklumkan kepada saya tetapi kita telah melihat semua peruntukan Perlembagaan Yang Berhormat. We are not that stupid, we know what we are doing. Oleh sebab itu jangan, berlapang dadalah. Yang Berhormat rakan-rakan Yang Berhormat di pihak pembangkang selalu mengatakan bahawa untuk mereka selalu mengatakan bahawa perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan di negara ini tidak begitu baik. Oleh sebab itu minta supaya diadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Oleh sebab itulah saya katakan tadi JPP ini adalah satu cara untuk kita menyelesaikan apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang iaitu memberikan perkhidmatan.
Boleh celah sedikit?
Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Menteri, coollah sedikit, relax sedikit okey. Kita bincangkan isu soal rakyat, isu mengenai masalah negara. Tidak payah hendak emosi sangat. Menteri macam ini, itulah kita berbeza pendapat dengan menteri. Menteri sekarang Kerajaan Persekutuan terlalu berkuasa, meaning centralization of power. Jadi satu demi satu kuasa daripada PBT telah diangkat ke Kerajaan Pusat. Ini sebab menteri kata 70% kuasa daripada PBT ini telah diambil oleh pusat. I mean...
No, don’t put words into my mouth. I did not say that. No, I not allowed saying that. No
Wait, 70% related.
Jangan cuba selewengkan.
[Mencelah]
Saya cakap 70% perkhidmatan yang diberikan dan disediakan oleh kerajaan di peringkat PBT adalah oleh Kerajaan Persekutuan. Kuasa tidak ambil 70%. There is lot of difference.
No, no perkhidmatan because Menteri ...
Bukan kuasa ya, perkhidmatan Yang Berhormat.
Dahulu Menteri klinik. Klinik juga di bawah PBT.
No, can you listening first. Ratify dahulu. Kita tidak ambil kuasa. Saya hanya mengatakan 70% daripada perkhidmatan yang diberikan ...
Ada kuasa untuk beri perkhidmatan ...
Sorang-sorang Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru.
I have to speak first. That’s why when you say I’m emotional you marah sebab ini kali kelima atau keenam saya bercakap pasal benda ini dengan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua ...
Saya hendak beritahu Yang Berhormat bukannya kuasa PBT, yang saya maksudkan ialah perkhidmatan yang diterima oleh rakyat di kawasan PBT, penduduk PBT adalah daripada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan so polis, hospital, sekolah dan macam-macam lagi itu adalah agensi Kerajaan Persekutuan. Itu adalah yang saya maksudkan. Tidak ada timbul mengambil kuasa PBT sebanyak 70%.
Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit?
Menteri, jadi itu sebab Menteri saya kata ada banyak perkhidmatan telah dipindah kepada Kerajaan Pusat seperti sekarang pengutipan solid waste management juga dipindahkan ke pusat. So ini adalah yang kita kata selalunya kuasa, tanggungjawab ataupun perkhidmatan no matter what is this is dahulunya adalah di bawah PBT telah dipindah ke pusat.
Dahulu, PBT pun runs klinik, transportation, bas dan sebagainya, sekarang tidak lagi. Sekarang semuanya di Putrajaya. That is why kita kata ini centralization of power. Jadi Menteri, saya kata sekarang tanggungjawab Ahli Majlis, fungsi-fungsi JPP. Saya teliti, saya baca semua fungsi daripada JPP itu semuanya adalah tanggungjawab Ahli Majlis. Ahli majlis pun kena jaga rakyat, dia kena turun padang, selesaikan masalah rakyat. Sekarang JPP pun boleh buat macam itu. Ahli Majlis boleh jumpa dengan YDP setiap bulan...
Yang Berhormat Kota Belud...
...Sekarang JPP pun kena jumpa dengan YDP.
Yang Berhormat Bayan Baru, cukup Yang Berhormat.
Yang Berhormat. Apa masalah Yang Berhormat apabila...
Duduk dahulu Yang Berhormat Bayan Baru, Menteri bercakap.
Duduk dahulu, apalahnya...
Duduk Yang Berhormat Kuala Kangsar.
…Nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar selepas ini. Apa masalah Yang Berhormat apabila ada satu agensi ataupun satu kumpulan, satu pertubuhan yang ingin membantu rakyat di kawasan perbandaran? What is the problem? I don’t see the problem, itu masalahnya. Dia tidak bertindih Yang Berhormat. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, katalah Rukun Tetangga. Rukun Tetangga juga memberikan perkhidmatan bercakap dengan JKK kawasan bandar, JMB, semuanya itu adalah kumpulan pemimpin yang ingin mendekatkan diri dengan penduduk dan kerajaan. Masalah Yang Berhormat ialah Yang Berhormat merasakan ini adalah satu percubaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih kuasa yang tidak berlaku. Oleh sebab itu Pulau Pinang dalam soal solid waste management, dia tidak terima. Tidak ada masalah. Di Selangor tidak diterima. Oleh sebab itu ada perancangan sebelum perkhidmatan-perkhidmatan seperti pelupusan sisa pepejal ini diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, memang ada mesyuarat dan Kerajaan Persekutuan bukan terus mengambil begitu sahaja. Memang ada perbincangan antara kerajaan negeri dengan ini. Saya minta Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Nanti sedikit ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan JPP ini, saya pun hairan mengapa Yang Berhormat Bayan Baru cakap dia lari dari tajuk. Pada saya macam di Kuala Kangsar saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana kalau kita di kampung ada ketua kampung, sekarang ini kita ada banyak taman. Kita ada lebih daripada 100 taman. Bermakna pengerusi JPP itu ketua taman ataupun ketua bandar, ketua kepada komuniti itu macam juga ketua kampung. Apa bezanya? Ini kerana mereka membantu untuk Majlis Perbandaran untuk membawa isu-isu masalah. Itu peranan utama yang jelas membantu kepada masyarakat dan juga pembangunan di sekitar kawasan.
Yang Berhormat Menteri, saya ada sedikit. Menteri, kalau macam ini Yang Berhormat Menteri kata, “Oh! Ini semuanya boleh membantu”. Saya rasa ini overlapping kerana negara sekarang tidak cukup duit, hutang berbilion-bilion ringgit. Tidak payahlah kita tubuhkan banyak JPP untuk fungsi yang lebih kurang sama. Sudah ada ahli majlis. Biar ahli majlis buat kerja dia. Kalau perlu liaison dengan federal agensi, bolehlah YDP tulis surat kepada Menteri. Tidak payah kita tubuhkan lagi. Too much, too many.
Cukuplah Yang Berhormat.
Satu lagi kalau boleh, kalau Menteri kata tidak ada niat untuk campur tangan dalam urusan PBT di Pulau Pinang dan Selangor, bolehkah Pulau Pinang dan PBT Selangor reject this JPP? Tidak payahlah, we don’t have to have JPP di Penang and Selangor. Tidak payah.
Boleh? Sedikit, sedikit.
Pertamanya Yang Berhormat. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa, sama ada Pulau Pinang, Selangor, Johor. Ini adalah agensi Kerajaan Persekutuan, you must understand that first. Ini adalah keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
But you compel the YDP to meet JPP.
Jangan begitu Yang Berhormat Bayan Baru.
Bolehkah YDP don’t have to see the JPP, bolehkah?
Peraturan, peraturan.
No, no. Yang Berhormat, tidak timbul soal itu sebab ini adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat satu lagi. Yang Berhormat juga mempunyai agenda tertentu, saya tahu di beberapa negeri pembangkang, apabila Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan di kawasan perbandaran tidak disentuh langsung peranan Kerajaan Persekutuan. Saya juga mainan di bawah kerajaan-kerajaan negeri pembangkang ini. Apabila Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan, mereka tidak memberikan pengiktirafan kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itulah kita berpandangan bahawa tanggungjawab untuk membangunkan pihak berkuasa tempatan ini bukan semata-matanya tanggungjawab kerajaan negeri dan juga PBT. Oleh kerana itu saya katakan tadi Kerajaan Malaysia, Kerajaan Persekutuan juga mempunyai kuasa dan tanggungjawab.
Maksudnya ia propaganda machine.
Yang Berhormat Bayan Baru...
No, it’s not a propaganda machine. That is in your mind.
Implied from your reply.
No, no it’s not. Saya hendak bagi tahu bahawa ada dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang perlu diterangkan kepada rakyat. Masalah Yang Berhormat ini ialah you have a twisted mind, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Sepang bangun pula Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang.
Pendek sahaja. Saya tidak ada banyak masa.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh kawan saya Yang Berhormat Bayan Baru itu ada dia punya justification. Sebab apa, yang paling jelas apabila 1990 apabila Kelantan menang ada JPP. Sebelum ini tidak pernah adapun. Ini menunjukkan bahawa bagi saya Kerajaan Barisan Nasional ini tidak langsung menghormati dasar federalism ini. Dia tidak oleh terima kekalahan. Apabila ada kekalahan, dia akan cari jalan. Masalahnya duit rakyat itu.
Sudah masuk politik ini tidak mahu, tak larat hendak...
Ini bukan masalah politik, ini masalah yang jelas.
[Bangun]
Okey, saya bagi pada Yang Berhormat Ampang sedikit.
Jangan buang duit rakyat.
Saya bagi pada Yang Berhormat Ampang. Sila Yang Berhormat Ampang.
Ya, Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh JPP tadi. Sekiranya betul niat kementerian kata hendak memberikan lebih khidmat kepada kawasan perbandaran. Kalau begitu kenapa tidak sahaja diserapkan pada PBT, tambahkan number of counselors and then bajet itu diturunkan melalui PBT. Benda itu lagi sistematik. Kalau you buat satu lagi wing yang lain saya rasa adalah pembaziran dan juga ia tidak adil kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Tidak apalah Yang Berhormat, JPP pun telah ditubuhkan. Kita kena ingat. Isu di kawasan perbandaran ini bukan lagi isu tentang soal lesen ataupun soal jalan raya berlubang. Isu perbandaran semakin kompleks Yang Berhormat dan ia melibatkan banyak kementerian persekutuan. Contohnya, soal tentang jenayah, kesejahteraan bandar. Isunya begitu kompleks sekarang ini dan melibatkan Kementerian Persekutuan. Jadi janganlah Yang Berhormat...
Last question boleh Yang Berhormat Menteri? Last question.
Saya belum habis lagi Yang Berhormat.
Satu soalan sahaja.
Very quick.
Okey, bolehkah YDP di kawasan setempat, tidak kiralah seluruh Malaysia ataupun dari Pakatan state kah, tidak jumpa JPP. Bolehkah? Are you compelling the YDP to see the JPP or they have the rights not to see…
It’s up to you. Saya boleh beritahu sekarang ini YDP di kawasan negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, if you don’t want to see this JPP, it’s up to you.
Nanti kena tukar tempat, nanti kena transfer pula.
Yang Berhormat Bayan Baru, dengar Yang Berhormat.
Tidak apa, banyak isu Yang Berhormat. Kita akan pastikan Majlis Perwakilan Penduduk itu mempunyai pegawai-pegawai ataupun ketua-ketua jabatan persekutuan yang hadir di situ. If you don’t want to cooperate, it’s up to you. Ahli Yang Berhormat Ketereh juga ada membangkitkan mengenai pembangunan UCT. Sudah tadi, sorry. Kalau tidak ada di sini boleh Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Boleh Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Nerus ada di sini? Tidak ada. Ini kerana dia tanyakan pasal cooling measures. Saya ingin sebut sedikit pasal cooling measures ini. Ini penting. Yang Berhormat Kuala Nerus ada bertanyakan tentang isu kenaikan harga rumah. Perkara ini telah banyak kali dijawab dalam Dewan yang mulia ini. ingin saya maklumkan bahawa kerajaan sememangnya memantau isu berkaitan harga rumah ini. Dalam usaha untuk mengawal harga rumah kerajaan telah mengambil beberapa langkah atau selalu disebut dengan izin, cooling measures bagi membendung kenaikan harga rumah secara tidak sihat melalui langkah-langkah fiskal seperti berikut. (i) menaikkan kadar cukai keuntungan harta tanah mulai 2014; (ii) menaikkan harga jualan minimum kepada warga asing kepada RM1 juta seunit rumah; (iii) pemaju disyaratkan untuk mempamerkan harga rumah secara terperinci bagi meningkatkan ketelusan yang boleh memberi manfaat kepada pembeli; (iv) melarang pelaksanaan Developers Interest Bearing Scheme atau DIBS; (v) pemaju perlu melaporkan kepada kementerian mengenai pembelian pukal melebihi empat unit harta tanah dalam satu pemajuan sama ada oleh individu mahupun syarikat; dan (vi) Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan panduan mengenai loan to value ataupun LTV bagi pembelian rumah ketiga dan ke atas di mana peminjam hanya boleh memperoleh pinjaman maksimum 70% sahaja dan harus menanggung sendiri baki pinjaman tersebut.
Harga rumah yang tinggi lazimnya berlaku di kawasan perbandaran utama seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang disebabkan oleh peningkatan kos tanah dan kos bahan binaan. Hasilnya, daripada langkah-langkah cooling measures dan usaha pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan lambakan rumah mampu milik di pasaran. Berdasarkan laporan indeks harga rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Hartanah Negara atau NAPIC, indeks harga rumah Malaysia telah menunjukkan aliran menurun. Pada suku keempat 2014, indeks harga semua rumah berada pada 213.1 mata meningkat 7% secara tahunan tetapi lebih rendah berbanding dengan kenaikan 9.6% pada suku keempat 2013 dan peningkatan 12.2% pada suku keempat tahun 2012. Indeks tersebut juga menurun 0.2% secara suku tahunan. Apa yang saya maksudkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk suku keempat tahun 2014, indeks harga rumah meningkat dengan kadar yang lebih perlahan dan bermakna dasar-dasar yang telah kita buat ini adalah efektif dan berkesan untuk mengawal kenaikan harga rumah yang lebih mampan. Tuan Yang di-Pertua, PPR ini banyak yang minta supaya PPR dibuat di kawasan masing-masing ini Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh saya jawab secara bertulis sebab ini tidak menyentuh tentang dasar kerajaan ataupun dasar kementerian. Seterusnya mengenai cadangan Yang Berhormat Alor Gajah supaya pembinaan rumah mampu milik dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak swasta. Untuk makluman kerjasama pihak swasta sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kementerian melalui Skim MyHome. Skim MyHome menawarkan insentif sebanyak RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli rumah yang berpendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan selain daripada memberi faedah kepada pemaju swasta. Pembayaran RM30,000 ini adalah termasuk bayaran deposit sebanyak 10% kepada pembeli apabila surat perjanjian jual beli ditandatangani. Pada tahun 2014, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta pembinaan 10,000 unit rumah Skim MyHome di seluruh negara dan ini bermakna 10,000 pembeli rumah akan mendapat manfaat daripada skim ini. Sekitar 30 April 2015, program ini telah menarik minat 93 pemaju perumahan swasta bagi membina sebanyak 24,279 unit rumah Skim MyHome. Daripada jumlah tersebut KPKT telah meluluskan sebanyak 10,000 unit rumah kepada 31 pemaju perumahan. Ahli Yang Berhormat Kota Tinggi juga mencadangkan supaya kementerian meneliti cadangan rent-to-own. Kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara sedang meneliti cadangan rent-to-own ini sekiranya sesuai dan memberikan kebaikan kementerian akan membentangkan kepada Majlis Perumahan Negara untuk kelulusan. Tuan Yang di- Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Kinabalu ada membangkitkan mengenai isu pembinaan tapak letak kereta di Kota Kinabalu. Untuk makluman, Jabatan Kerajaan Tempatan telah mengkaji kesesuaian tapak cadangan pembinaan parkir bertingkat di kawasan berkenaan. Pandangan penduduk kawasan sekitar tapak cadangan juga telah diperolehi dan rata-ratanya penduduk di sekitar membantah cadangan berkenaan. Kementerian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga turut meneliti kesan lalu lintas di sekitar tapak cadangan tersebut. Sehubungan dengan itu, kementerian akan berunding semula dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan parkir yang lebih sesuai. Sekiranya pihak Kerajaan Negeri boleh mencadangkan tempat yang sesuai kementerian akan mengemukakan semula cadangan tersebut untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri sebelum dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang iaitu leachate treatment plant di Stesen Pembinaan Sisa Pepejal Taman Beringin. Untuk makluman, berdasarkan semakan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara pada masa kini LTP ataupun leachate treatment plant berkenaan telah mula beroperasi dengan baik setelah diambil alih oleh operator yang baru pada 1 April 2015 yang lalu. Jabatan akan terus memantau dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan stesen berkenaan beroperasi dalam keadaan yang sepatutnya. Manakala bagi LTP sedia ada di kawasan tapak pelupusan sisa pepejal Taman Beringin, Kuala Lumpur memang tidak beroperasi. Pada masa ini kementerian sedang
mengambil tindakan untuk membaik pulih LTP berkenaan. Proses perolehan sedang dilaksanakan oleh kementerian menjangkakan pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih LTP berkenaan boleh dimulakan pada bulan Oktober 2015 ini. Selain itu Yang Berhormat Serdang...
[Bangun]
Yang Berhormat Serdang bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai LTP di Taman Beringin ini saya hendak tanya jikalau LTP di Taman Beringin ini tidak beroperasi untuk saya rasa sekian lama sudah kerana saya pun pernah melawat tapak itu. Jadi, apa yang berlaku, sedang berlaku kepada leachate yang dikeluarkan di stesen transit station di Taman Beringin. Adakah ia dilepaskan ke dalam sungai dan juga tasik yang berdekatan dengan Taman Beringin dan apakah cara-cara yang digunakan oleh kementerian untuk memantau supaya perkara ini tidak berlaku?
Saya hendak menjelaskan kepada Yang Berhormat ada dua leachate treatment plant di kawasan tersebut satu untuk transfer station dan satu lagi ialah untuk kawasan yang telah pun the land field yang telah pun ditutup selamat di situ, yang tidak lagi digunakan. Kedua-dua itu mengeluarkan leachate. Taman Beringin itu sedang berjalan tidak ada masalah yang kita mempunyai masalah sedikit ialah daripada the land field yang sudah tidak beroperasi di situ tetapi kita sedang memikirkan untuk meletakkan mobile leachate treatment plant di situ. Saya telah bincang dengan Ketua Pengarah, mudah-mudahan leachate itu tidak dapat dilepaskan dengan begitu sahaja dan diproses sebelum dibuang ke sungai dan sebagainya. Selain itu Yang Berhormat Serdang juga ada membangkitkan mengenai loji-loji incinerator di beberapa lokasi. Untuk makluman Yang Berhormat, fungsi utama loji-loji incinerator adalah untuk merawat sisa pepejal secara pembakaran pada suhu yang tinggi dan ianya dilengkapi dengan peralatan dan komponen berteknologi tinggi yang memerlukan pengawasan rapi oleh pihak operator. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan ke atas kualiti pelepasan udara oleh loji incinerator dan pada masa yang sama ianya turut dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut standard-standard yang sedang berkuat kuasa. Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Serdang mengenai pelantikan perunding bagi mengkaji kelemahan incinerator mini yang telah dibina oleh kementerian sebelum ini. Kementerian bersetuju untuk melantik perunding yang berkepakaran dalam bidang-bidang rawatan termal bagi menjalankan kajian dan audit terhadap reka bentuk pembinaan dan pengoperasian loji-loji incinerator. Tindakan ini diambil lanjutan daripada komen dan cadangan penambahbaikan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun PAC dan Jabatan Audit Negara terhadap kontrak dan operasi loji-loji incinerator berkenaan.
[Bangun]
Kementerian komited dalam memastikan perolehan yang dibuat memenuhi prinsip perolehan kerajaan iaitu memberikan nilai faedah dan pulangan yang terbaik. Kerajaan akan menjalankan proses rundingan harga bagi cadangan teknikal dan kewangan yang dikemukakan.
Yang Berhormat Serdang bangun.
Saya habiskan sedikit. Memandangkan teknologi incinerator ini masih baru di negara kita, pihak kerajaan amat mengalu-alukan orang awam untuk datang dan melihat sendiri bagi memahami proses rawatan yang digunakan bermula daripada penerimaan sisa pepejal, pengasingan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, proses rawatan sisa pepejal, proses kawalan pencemaran udara dan proses rawatan air larut resap. Sehingga kini, loji incinerator yang telah dibina yang telah menerima banyak kumpulan pelawat sebab Yang Berhormat sendiri mengatakan tidak berlaku, tidak dibenarkan orang-orang datang untuk melawat sebenarnya banyak kumpulan pelawat yang terdiri daripada universiti-universiti seperti UM, USM, UiTM, UniKL dan terdapat juga
kumpulan pelawat yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah melawat fasiliti tersebut. Pada 8 hari bulan Mei 2015 yang lalu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara juga telah membenarkan lawatan daripada Kesatuan KESEDAR dan Pendidikan 3R Kuala Lumpur yang turut dihadiri sendiri oleh Yang Berhormat Serdang untuk melawat loji di Pulau Pangkor.
Ya, Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri atas keprihatinan Menteri dan juga kementerian kerana sudi melawat loji incinerator di Pangkor selepas saya rasa ada banyak rayuan dan juga aduan dibuat terhadap incinerator bagi incinerator skala kecil di sana tetapi memang betul saya pun sudah melawat incinerator dekat sana selepas Menteri sendiri pun melawat dekat sana dan saya rasa Persatuan 3R ini telah membuat beberapa kenyataan media yang merujuk kepada beberapa perkara yang masih belum lagi dikendalikan dan dilaksanakan dengan betul di loji incinerator di Pangkor. Jadi saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri sedar bahawa sekarang masih ada lagi pembakaran yang berlaku di tapak di mana sisa pepejal dibuang selepas dibakar di loji incinerator di Pangkor dan saya juga hendak tanya Menteri selepas kajian ini dibuat oleh pakar perunding dan jikalau pakar perunding ini merasa bahawa teknologi yang digunakan untuk membina dan menjalankan loji incinerator kecil di Pangkor dan Cameron Highlands dan sebagainya tidak sesuai, adakah kementerian akan menukar atau membatalkan projek-projek tersebut dan menggantikan incinerator yang baru ataupun menggunakan kaedah yang lain untuk mengatasi masalah ataupun mengendalikan masalah sisa pepejal di kawasan-kawasan tersebut.
Jawapan yang detail nanti mungkin saya boleh bagi secara bertulis Yang Berhormat sebab ini adalah satu isu baru yang dibangkitkan pada peringkat penggulungan ini. Tetapi saya ingin nyatakan bahawa landfill yang berdekatan dengan incinerator di Pangkor itu memang kadang-kadang digunakan untuk membuang, sebab incinerator sendiri ada 20% lagi apa yang dipanggil bottom ash yang terpaksa dilupuskan di tapak-tapak pelupusan. Jadi memang ada berlaku. Soal tentang kebakaran itu adalah satu isu yang sedang kita selesaikan tapi yang paling penting kepada saya ialah untuk memastikan mini incinerator ini berjalan dengan baik. Kenapa saya lantik foreign ataupun international consultant? Kerana saya mahupun pandangan yang bebas, yang terbaik untuk memastikan kita mendapat satu penyelesaian yang berpanjangan. Kita tidak mahu lagi menyelesaikan isu itu secara sedikit-sedikit. Kita mahu selesaikan secara keseluruhan. Sama ada apabila nanti pihak konsultan itu, perunding itu mengatakan bahawa teknologi itu tidak sesuai atau tidak. Saya rasa itu terlalu awal untuk kita buat satu jawapan terhadap pertanyaan Yang Berhormat. Kita tunggu dulu, bila masa nanti perunding itu keluarkan laporan, di situlah nanti kita akan minta supaya tindakan seterusnya akan dibuat.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu memandangkan bahawa PAC telah membuat laporan tentang isu ini, selepas perunding telah menyediakan laporan itu adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit assurance lah kepada Dewan yang mulia ini bahawa laporan ini akan diberikan kepada Dewan yang mulia ataupun dikemukakan, di upload di web-web KPKT supaya semua orang boleh tengok apa hasil kajian ini.
Saya tidak ada masalah Yang Berhormat malah I’ll give you one copy of the benda ini. Saya hendakkan supaya benda ini very transparent supaya Yang Berhormat yang sendiri yang mempunyai keinginan program-program kitar semula dan juga pelupusan sisa pepejal ini...
Jadi, confirm saya boleh dapat satu copy.
I’ll give you a copy but I’ll make sure that you understand, saya akan pastikan Yang Berhormat akan memahami isu itu. I’ll have to look
at the overall but I can assure as a shadow to Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan dan Kerajaan Tempatan, you’ll get all the information that you will get.
[Menyampuk]
Ini barulah, you know bukan macam Yang Berhormat Seputeh. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya telah memakan masa yang cukup panjang. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Okey, sekejap. Untuk last Tuan Yang di-Pertua, kebakaran di tapak pelupusan di Pangkor itu adalah disebabkan oleh cuaca panas dan hanya sampah yang lama sahaja yang terbakar ya. Hari hasil bottom ash juga tidak boleh terbakar kerana ianya masih basah. So, it’s not a problem. It’s an old KPKT dalam proses untuk menaik taraf tapak pelupusan tersebut. Akhir kalam, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih...
Boleh tanya lagi? Bolehlah. Boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kata Yang Berhormat bukan Menteri KPKT.
Yang Berhormat Menteri kata boleh. Ya, ya, last, last. Berkaitan dengan kitar semula kerana saya terima jawapan Parlimen minggu lepas berkenaan KPKT akan laksanakan pengasingan sampah kan. Benda yang berlainan letak dalam plastik dengan warna hijau kah, tidak tahu warna apa, beberapa warna dan ia akan dilaksanakan dalam bulan September.
Yang Berhormat, ini isu baru Yang Berhormat. Tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri ya.
Okeylah, boleh jawab dengan bertulis. Tapi sekarang kita tidak tahu macam ia dilaksanakan. Kalau tidak buat macam mana dan juga macam saya duduk di kondominium, kita semua memang buang macam itu sajalah. So, macam mana you hendak enforce. Apa yang detail itu saya rasa sampai sekarang kementerian tidak ada apa-apa publisiti.
Yang Berhormat saya tidak tahu macam mana Yang Berhormat dapat majoriti 50 ribu ini.
Aiyoo tengok. Ini tidak ada kaitan.
Kadang-kadang...
Tanya soalan pun kena marah macam ini.
Maksud saya Yang Berhormat, saya hairan macam mana Yang Berhormat dapat 50 ribu majoriti itu tinggi.
Besar ya.
Besar. Dengan kefahaman yang tidak begitu tinggi ini.
[Ketawa]
Hoi, apa ini kata?
Tiada niat jahat Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri tiada niat jahat.
Sebab, it’s very simple Yang Berhormat. Of all people Yang Berhormat, Yang Berhormat lah sepatutnya yang faham tentang isu ini. Yang Berhormat tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Dia senang, dia ada 2+1. Dua kali seminggu kita akan kutip sisa yang dikeluarkan, dapurlah, sisa makanan. Itu seperti biasa masuk dalam plastik, masuk dalam tong sampah hijau, akan dikutip dua kali seminggu. The third one, 2+1, satu lagi ialah bila kita kutip recyclables dan sebagainya, itu saja Yang
Berhormat. So, separation at source ini very simple. Tidak apalah. Nanti kalau Yang Berhormat hendak deal, duduk dengan sayalah.
Bukan, bukan. Saya hanya hendak baca sikit ini. Apa yang saya dapat. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Bagi, tengok ya, ini salah satu jawapan. Kutipan bagi sisa yang boleh dikitar semula ini akan dibuat seminggu sekali. Jadi sisa kitar semula perlu diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Bagi sisa kertas, pemilik premis digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru. Bagi sisa plastik digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna putih. Manakala sisa kitar semula yang lain seperti kaca, sisa elektronik, tin aluminium dan lain-lain adalah digalakkan menggunakan plastik berwarna hijau. Tengok, mana kita sebagai orang biasa, simpan begitu banyak plastik yang berlainan warna untuk masuk sampah ini dalam plastik beg. So bagi saya, saya fikir dari segi enforcement, how do you enforce dan tidak ada, tidak di uar-uarkan dalam surat khabar, dalam media dan sebagainya. Ini soalan saya. Tidak ada kaitan dengan majoriti berapa ribu itulah.
Sekali lagi saya Tuan Yang di-Pertua saya hairan bagaimana Yang Berhormat Seputeh dapat 50 ribu majoriti sebab ayat yang dikatakan tadi dia sendiri tidak faham. Bila dikatakan di situ, tidak dikatakan diwajibkan. Ayatnya ialah perkataan digalakkan, betul. Correct me if I’m wrong. Digalakkan atau diwajib.
That means aku tidak boleh pakailah.
No, no. What I’m saying is that, that’s why sebab saya kata saya hairan macam mana Yang Berhormat dapat 50 ribu sebab saya mengatakan bahawa separation ini adalah tin, glass. You can use any plastic you want Yang Berhormat. Tetapi kalau boleh gunakan warna hijau, kuning, biru, whatever it is, dia akan menyenangkan kami untuk mengasingkannya itu dan melupuskan dengan baik. But it’s not compulsory to have different colours. You can throw it ‘the cup’ to your favourite...
Maybe we are so serious lor.
No, no, no. You are wrong. You stated...
Tahu, sudah serius.
Dengar dulu. Yang Berhormat Seputeh, I know you are good in making video, okey. Jangan pula lepas ini saya yang kena. You asingkan, kita boleh asingkan. Dengar sini. Asingkan kertas, plastik, botol dalam plastik beg apa colour sekalipun boleh pakai. Tapi kita hendak asingkan. Sekarang ini dilonggokkan semua dalam satu plastik yang besar. So, there is, ada difference, ada perbezaan di antara perkataan digalakkan dan diwajibkan. Sekarang ini kita galakkan kerana dengan cara itu kita dapat memberikan, senang sedikit operator untuk, kalau tidak pun longgokkan saja dalam plastik apa warna sekalipun. All I need is that paper, plastic dan juga yang lain-lain itu. Sekarang ini dilonggokkan sekali ya Yang Berhormat. So I hope your 50 thousand majority itu is well....Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
It’s 51,552. Make it correct. Precise.
51,500 Yang Berhormat. Lebih daripada 50 ribu Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang giliran Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Yang Kesebelas. Saya ingin merakamkan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat
Lenggong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Penampang. Kesemuanya ada 18 Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab tidak perlu satu per satu. Akan tetapi saya kategorikan segala perkara yang disebutkan sebelum ini melalui empat perkara yang perlu saya bincangkan pada hari ini iaitu mengenai isu infrastruktur komunikasi, isu kandungan komunikasi, isu perkhidmatan dan juga isu yang berkaitan dengan strategi komunikasi. Perkara yang... [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang saya kira menjadi suatu tanggungjawab yang berat bagi kami di kementerian tetapi adalah merupakan suatu yang menjadi keperluan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Yang Kesebelas ialah tentang hasrat untuk memberikan kesinambungan ataupun connectivity kepada rakyat kita, terutama sekali sambungan jalur lebar (broadband) yang disebutnya ialah untuk membekalkan, untuk memberikan akses kepada rakyat negara kita. Akses jalur lebar sepantas 100 MB/saat kepada penduduk bandar dan 20 MB/saat bagi penduduk pinggir bandar dan luar bandar. Dengan hasrat sekurang-kurangnya dalam masa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, 95% rakyat seluruh negara mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar sepantas itu. Bagi kami ini adalah merupakan suatu tanggungjawab yang besar, yang berat. Lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan pelaburan ataupun perbelanjaan yang cukup besar. Ia lebih besar lagi kerana kalau kita baca dalam dokumen RMKe-11 bahawa peruntukan kerajaan untuk mencapai matlamat ini adalah sedikit iaitu sekitar RM300 juta. Betulkan saya kalau silap. Ertinya di sini ialah untuk membekalkan perkhidmatan yang begitu besar, yang meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara yang maju dan mungkin lebih baik pada setengah-setengah negara maju tanpa melibatkan peruntukan daripada kerajaan. Sebaliknya ia dilihat sebahagian besar daripada peruntukan yang digunakan adalah peruntukan yang datang daripada swasta. Jadi, sebab itu tanggungjawab kerajaan dalam soal ini adalah bagaimana untuk melihat industri dan pihak yang terlibat dalam pembangunan jalur lebar ini adalah merupakan industri yang sihat bagi membolehkan ia melaksanakan tanggungjawab yang diminta oleh pihak kerajaan. Ini adalah merupakan suatu tanggungjawab yang besar. Oleh sebab itu, kalau kita lihat daripada perkara-perkara yang sudah disebutkan tadi, ada sebahagian daripada permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sebahagian daripada perancangan yang akan dilaksanakan. Yang Berhormat Sandakan misalnya, bertanya kenapa tempat yang lima batu keluar daripada Bandar Sandakan sudah tidak mendapat perkhidmatan internet. Kita beritahu bahawa antara perancangan-perancangan yang dibuat kalau sebelum ini kita ada HSBB 1, iaitu highspeed broadband one yang meliputi bandar-bandar yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi dan termasuk di sebelah selatan di Iskandar. Kita sekarang memasuki fasa yang kedua iaitu HSBB 2, highspeed broadband kedua di mana ia akan diupgrade daripada semasa ke semasa. Keduanya ialah untuk meneruskan projek SUBB, sub urban broadband yang seterusnya. Di sini kita katakan bahawa dalam konteks Sandakan, HSBB 2 akan diupgradekan dengan satu ibu sawat di Sandakan. Sementara SUBB di Sandakan akan mendapat dua lagi. Di Kelantan, sebagaimana Yang Berhormat bertanya, perkhidmatan HSBB 2 dan SUBB sudah pun mula dilaksanakan pada awal tahun ini dan akan diteruskan lagi selepas ini. Begitu juga di Raub, di Kota Tinggi, empat ibu sawat baru akan dibina. Di Jerantut, kita
memahami antara perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Jerantut, satu ibu sawat baru akan ditambah. Kemudiannya ia akan dinaiktarafkan melalui HSBB 2 dan juga SUBB. Di Lenggong, satu ibu sawat SUBB akan dibina. Di Labuan, HSBB 2 dan SUBB akan dinaiktarafkan kepada satu ibu sawat lagi. Sementara di Negeri Sembilan, HSBB 2 akan dinaiktarafkan mendapat lima ibu sawat baru dan SUBB akan mendapat 29 ibu sawat baru. Jadi, kesemua ini adalah sebahagian daripada penerusan journey ataupun perjalanan kita untuk memastikan rakyat negara kita mendapat perkhidmatan jalur lebar kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan yang diperlukan. Kita tahu bahawa kos untuk yang kita hitungkan sebenarnya untuk melaksanakan tanggungjawab yang disebutkan rakyat mendapatkan khidmat, mendapat akses kepada 100 MB/saat bagi kawasan bandar dan 20 MB/saat kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Dalam perkiraan kita, kesemuanya melibatkan hampir RM40 bilion keseluruhannya. Saya sebutkan tadi pelaburan kerajaan adalah minimum di sini, maka ia melibatkan pihak swasta untuk membuat pelaburan begitu. Misalnya, saya sebutkan bahawa untuk memastikan di tempat-tempat luar bandar, 3,000 lagi towers ataupun menara telekomunikasi perlu dibina. Untuk pengetahuan Yang Berhormat misalnya, kos bagi satu tower ataupun satu menara komunikasi mungkin ada yang agak murah, kurang daripada RM1 juta tetapi boleh pergi meningkat sehingga RM1.9 juta termasuk kos penyenggaraan bagi tiga tahun setiap satu-satu menara komunikasi. Bayangkan kalau kita memerlukan 3,000 towers lagi ataupun menara ini, ia melibatkan perbelanjaan kira-kira RM6 bilion. Akan tetapi apa yang paling penting sekali ialah rangkaian teras yang perlu dibina menggunakan sistem fiber optik dan ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Jadi, kebetulan Yang Berhormat Menteri Kewangan II ada di sini, kalau disebutkan memerlukan perkhidmatan yang sebegini baik tetapi kurangnya pelaburan daripada kerajaan, ia melibatkan pelaburan swasta yang tinggi, maka adalah tanggungjawab kita untuk melihat industri telekomunikasi industri yang melibatkan broadband, jalur lebar merupakan industri yang sihat, yang dapat memenuhi tanggungjawab yang dituntut oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Namun begitu, kita sebutkan juga bahawa tanggungjawab ini bukan sekadar tanggungjawab Kerajaan Pusat, tanggungjawab industri tetapi memerlukan kerjasama yang erat dengan kerajaan-kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan. Oleh kerana membina towers ataupun untuk memasang fiber optik yang disebutkan tadi, ia terpaksa melalui negeri-negeri yang memerlukan kelulusan, memerlukan kerjasama. Begitu juga pihak berkuasa tempatan untuk memastikan setiap bangunan, setiap taman-taman perumahan misalnya, sudah mempunyai peraturan-peraturan untuk memastikan ada tempat untuk dibuat ibu sawat, ada tempat untuk dilalui fiber optik, ducting dan sebagainya. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang mesti dipenuhi di peringkat kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Perkara yang kedua yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah berkaitan dengan kandungan komunikasi. Yang Berhormat Pengerang misalnya, begitu concern sekali tentang kalau kita berkata bahawa apa maknanya sekiranya pada lima tahun yang akan datang menjelang tahun 2020, seluruh negara kita tersambung melalui sistem telekomunikasi dan mendapat perkhidmatan broadband yang baik. Akan tetapi apa makna infrastruktur yang baik tetapi content ataupun apa yang disebutkan sebagai kandungan yang melalui infrastruktur ini hanyalah akan dilalui oleh orang lain, Facebook, YouTube dan orang boleh menonton televisyen daripada negara mana pun, menonton content daripada negara mana pun.
Maka sebab itu kita katakan bahawa adalah tanggungjawab kita, selain dari segi membina infrastruktur yang disebutkan tadi, ialah memastikan dan menggalakkan kepada rakyat tempatan untuk menghasilkan content atau kandungan-kandungan yang sepatutnya memenuhi infrastruktur yang akan kita bina di masa yang akan datang. Oleh sebab itu, kalau kita lihat bahawa terdapat peranan-peranan yang dimainkan oleh MDeC, antara inisiatifnya Malaysia Animation Creative Content Centre, kita membina suatu galakan dalam membangunkan sub sektor gamming misalnya. Orang tahu bahawa content yang menjadi suatu business yang lucrative ialah gamming iaitu permainan dan sebagainya yang digunakan dalam dunia siber pada hari ini. Terdapat banyak dana seperti
Dana Bumiputera Content Industry Creative (BCI), Dana Malaysian Animation Creative Content Centre (MAC3) dan pelbagai lagi. Program Creative Industry Lifelong Learning (CILLP) dan semuanya adalah sebahagian daripada peruntukan-peruntukan dan galakan- galakan yang dibuat oleh kerajaan. Baru-baru ini, kita sudah pun memperkenalkan apa yang disebutkan pitching centre supaya anak-anak muda yang mempunyai idea pergi suatu tempat, ia bertempat di KL Sentral, di mana mudah untuk anak muda pergi ke tempat itu tanpa melalui formaliti yang biasa digunakan di pejabat-pejabat kerajaan untuk mendapatkan bantuan, khidmat nasihat bagaimana untuk mereka membina ataupun memperkenalkan content-content mereka yang akan digunakan melalui infrastruktur yang dibina ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat dari Shah Alam, beliau tidak ada di sini tetapi perlu saya sebutkan di sini. Dalam penggalakan supaya kita ada infrastruktur tetapi kita mesti mengisi infrastruktur ini ialah kita memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC). Ini adalah merupakan satu gagasan yang lama, daripada tahun 1996 dahulu dan sekarang ini sudah ada. Apabila Yang Berhormat dari Shah Alam tanya bahawa Cyberjaya tidak dilihat menjadi sebuah bandar raya yang hebat, perlu yang saya jelaskan di sini bahawa Cyberjaya tidak merupakan suatu matlamatnya untuk menjadi bandar raya yang hebat. Ianya pada waktu itu cuba untuk melihat model yang digunakan di Silicon Valley yang dekat dengan San Francisco untuk membina ekosistem bagaimana orang menggunakan kemudahan broadband ataupun perkhidmatan jalur lebar itu untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan mereka, menghasilkan content, menghasilkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan pendapatan yang besar kepada rakyat dan negara kita. Kalau kita lihat hari ini, ianya bukan dilihat itu hanyalah suatu tempat untuk membina bangunan tetapi ekosistem yang baik bagi menghasilkan anak tempatan kita menghasilkan, misalnya aplikasi, menghasilkan perisian komputer dan pelbagai perkara yang lain. Saya ingin memaklumkan di sini, sehingga sekarang ini terdapat 3,632 buah syarikat yang telah mendapat status MSC yang membawa hasil jualan, revenue mereka lebih daripada RM275 bilion. Kita mendapat pelaburan di MSC ini termasuk kepada kita sebutkan Cyber City di luar daripada Cyberjaya iaitu ada di Pulau Pinang, ada di Kulim Technology Park, ada di Johor Bahru dan beberapa tempat yang lain, KL Tower pun termasuk dalam apa yang disebutkan Cyber City ini, di mana pelaburan datang sebanyak RM206 bilion. Eksport yang dihasilkan daripada MSC ini ialah RM88.61 bilion. Peluang pekerjaan daripada Multimedia Super Corridor yang kita hasilkan ini ialah sebanyak 147,568 peluang pekerjaan. Kalau Yang Berhormat Shah Alam yang tidak ada di sini katakan ini tidak ada guna, tidak ada faedah dan sebagainya, dia telah memberi peluang pekerjaan kepada sebanyak lebih 147,000 pekerjaan. Ini adalah suatu pencapaian yang sepatutnya kita banggakan dan memberi sumbangan kepada KDNK negara lebih daripada RM13 bilion pada tahun 2014. Jadi ini adalah antara perkara yang perlu kita lihat. Cumanya yang perlu kita fahami bahawa satu perkara yang masih kita anggap kurang kalau berbanding dengan hasrat untuk menjadikan MSC ini seperti Silicon Valley. Silicon Valley sudah mempunyai ekosistem yang lebih matang di mana yang datang melabur bukan lagi kerajaan mereka. Facebook bukan dibina oleh kerajaan, Twitter bukan dibina oleh kerajaan tetapi adanya venture-venture capital atau venture capitalist. Orang yang hendak melabur, bila melihat seorang anak muda yang mempunyai bakat, mereka melabur di sana. Di Amerika lebih daripada 1,000 venture capitalist. Kita tidak ada sebanyak itu jumlahnya kalau dikatakan kurang daripada 100 tetapi yang aktifnya saya rasa hanya beberapa belas. Sebahagian daripada harapan mereka yang mempunyai idea, sebahagian besar daripada kerajaan. Jadi sebab itu kalau orang bertanya kenapa kita tidak boleh buat Facebook kita sendiri dan sebagainya? Di Amerika, Facebook bukan dibuat oleh kerajaan tetapi adanya syarikat-syarikat swasta yang ingin melabur kerana dia tahu sekiranya suatu idea itu meletup, ia akan mendapat pulangan yang besar kepada mereka dan sebagainya. Jadi ini adalah antara perkara yang perlu kita fahami dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh juga tentang beberapa perkara lain di kalangan Ahli Yang Berhormat yang hadir ialah tentang concern ataupun kecaknaan Yang Berhormat misalnya daripada Yang Berhormat Rantau Panjang yang menyebut media kita
berada di tahap yang rendah dalam senarai ranking dunia daripada kebebasan media. Sebenarnya pernah saya sebutkan dahulu bahawa senarai ranking kebebasan media berdasarkan kepada yang disebutkan oleh Reporters Without Borders merupakan sebuah agensi yang membuat ranking mereka tersendiri. Ini satu perkara yang perlu kita lihat bahawa apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan media dan apakah mencapai matlamat kebebasan media itu adalah merupakan suatu yang perlu kita menjadikan asas yang penting untuk meletakkan kita sebagai negara yang maju. Sebagai contohnya, ramai Ahli Yang Berhormat di sini melihat Singapura adalah sebagai contoh sebuah negara yang maju, tetapi ranking mereka jauh rendah daripada Malaysia. Jadi itu sebagai contoh. Ada negara yang rankingnya lebih baik, Timor Leste, sebahagian besar negara- negara di Afrika misalnya, dilihat ranking lebih baik. Apakah kita perlu menjadi seperti negara Afrika dan sebagainya? Di kalangan negara Islam sendiri misalnya, saya ingin tahu apakah negara Islam yang dianggap mempunyai ranking yang terlalu tinggi dari segi kebebasan media? Saya tidak tahu. Misalnya, ada orang mendewakan Turki sebagai contoh negara yang baik tetapi ranking kebebasan medianya adalah lebih rendah daripada kita. Oleh sebab itu kita katakan hendak menjadi sebuah negara yang mempunyai ranking kebebasan media seperti Sweden, Denmark, Perancis misalnya, apakah sampai tahap misalnya Yang Berhormat ingin kebebasan kita untuk orang menghina Nabi, membuat kartun Nabi, maka kita akan dapat ranking yang sebegitu tinggi? Jadi sebab itu Yang Berhormat Rantau Panjang, sekiranya itulah hasrat Yang Berhormat, mungkin kami tidak bersetuju di sini untuk meletakkan negara kita sebagai negara yang mendapat ranking yang tinggi. Kepada Yang Berhormat misalnya dalam soal pengurusan internet, saya sebutkan tadi, Yang Berhormat daripada Kinabatangan ada menimbulkan tentang isu yang berkaitan dengan cyber security. Saya sebutkan sini bahawa antara perkara yang disebutkan tentang botnet dan sebagainya adalah di antara angka-angka yang kita sendiri perlu memastikan bahawa angka-angkat tersebut adalah benar. Akan tetapi menurut ITU, dilihat dari segi Malaysian readiness dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan cyber security, kita telah diletakkan antara negara yang ketiga terbaik dalam dunia.
Ini adalah satu perkara yang sepatutnya kita tahu bahawa nombor tiga sahaja tidak cukup. Kita mesti pergi kepada tahap yang lebih tinggi. Akan tetapi kita beritahu bahawa antara persiapan-persiapan negara kita adalah antara yang terbaik dalam dunia. Namun begitu, kalau disebutkan boardnet, bagaimana orang mesti menjaga komputer masing-masing. Ia adalah perkara-perkara yang bukan sahaja perlu langkah yang bersifat undang-undang tetapi pendidikan di kalangan rakyat kita tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dan sebagainya. Saya ingin menjawab satu lagi soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rasah. Banyak perkara yang ditimbulkan di sosial media dan sebagainya. Tentang janji kementerian untuk memberikan Netbook 1Malaysia kepada guru-guru. Saya ingin maklumkan di sini bahawa pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah pun memberikan sebanyak 389,000 Netbook 1Malaysia. Pada asalnya, atas persetujuan bersama untuk digunakan oleh guru-guru Gred 44 ke bawah. Namun begitu, ia mencukupi sebenarnya. Akan tetapi atas kehendak Kementerian Pendidikan, setelah mereka berunding dengan pihak Persatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP), mereka berpendapat bahawa netbook itu tidak diberikan kepada guru-guru gred yang berkenaan. Akan tetapi digunakan untuk makmal komputer sekolah dan juga Pusat Kegiatan Guru (PKG). Bagi kami, kami telah serahkan kecuali ada sedikit lagi di Sabah dan Sarawak kerana faktor logistik. Kami serahkan kepada Kementerian Pendidikan dan saya kira ia adalah keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja perkara-perkara yang perlu saya sentuh di sini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih...
Sedikit Yang Berhormat Menteri, boleh? Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya tentang isu top up card yang prepaid daripada kementerian in charge. Kita nampak daripada TV bahawa Menteri kata kalau rakyat mahu RM10, maka RM10 lah top up card untuk prepaid. Akan tetapi kita nampak apabila Menteri datang jawab di sini, Menteri kata RM10 per use. Maka, kalau guna semua RM10 itu, maka nilainya RM9.43. Jadi, mereka masih kena bayar GST. Ini bukan seperti yang Menteri jawab live dalam TV yang berjanji kepada rakyat. Saya nampak janji tidak ditepati. Dahulu kita nampak bahawa SST telco company boleh absorb, kenapa sekarang tidak boleh? Patutnya konsistensi SST 6% telco company absorb, sekarang GST telco pun boleh absorb. Menteri mempunyai kuasa. Kalau Menteri tidak menggunakan kuasa, maka keuntungan yang beratus-ratus juta ringgit itu telco company dapat. Akan tetapi kalau Menteri boleh tekan sedikit supaya jaga rakyat, supaya rakyat yang luar, anak muda, pesara, orang yang tidak mampu postpaid itu, boleh dapat manfaat. Inilah kita minta Menteri jalankan tugas sebagai Menteri. Satu lagi ini adalah dalam Akta MCMC, Menteri boleh tentukan harga, boleh masuk supaya regulate, supaya mereka tidak mendapat keuntungan yang berlebihan. 6% is a lot. RM850 juta. Menteri minta boleh jawab sedikit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
[Bangun]
Saya selesaikan ini dahulu. Pertamanya, sebahagian daripada jawapan itu telah saya jelaskan di Dewan ini. Sebagai mana yang saya beritahu bahawa benar, saya beritahu bahawa kita mahu apabila mereka aktifkan, kita beli kad RM10, mereka aktif dapat RM10 juga. Kalau apa yang sebelum ini, apa yang difahamkan bahawa yang ada sekarang ini, kalau beli top up RM10 kena bayar RM10.60. Itu yang rakyat tidak mahu ataupun beli RM10, bila diaktifkan mendapat RM9.43. Itu pun ramai yang tidak setuju. Cuma apa yang dibuat ialah perbincangan antara pihak kami dengan telco sebenarnya, beli RM10 diaktifkan masih RM10. Ertinya, kerajaan tidak ambil upfront kerana perkhidmatan belum lagi digunakan di situ. Ertinya, mereka apabila perkhidmatan digunakan akan dikirakan, hanya ditolak apabila perkhidmatan digunakan. Dia aktifkan masih RM10. Ini adalah satu perkara sistem yang agak kompleks tetapi kita melihat...
Akan tetapi sama sahaja, rakyat pun kena bayar GST.
Bayar GST, bayar GST lah.
Betul tak? Telco company dapat untung besar, sama juga.
Dengar sini Yang Berhormat. Salah satu daripada perundingan kita, GST tetap bayar GST. Oleh kerana kalau diputuskan buat GST bukan kuasa kementerian saya. Soal percukaian adalah kuasa daripada pihak yang kita persetujui bersama. Bayar GST tetapi apa yang kami dapat dari segi perundingan dengan pihak telco, mereka bersetuju bahawa mereka akan mengurangkan tarifnya. Supaya akhirnya kalau waktu bercakap dahulu beli RM10 dapat seberapa minit, mereka akan dapat minit yang sama ataupun lebih daripada itu. Oleh kerana ini adalah satu perkara yang dibolehkan. Bagi saya kita tidak ada undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menarik lesen orang itu kerana faktor tidak membayar GST. Itu bukan kuasa di bawah undang-undang yang ditadbir oleh kementerian ini. Kalau syarikat itu tidak absorb GST, kita boleh tarik lesennya. Itu bukan sebahagian daripada...
Menteri, dahulu mengapa kerajaan boleh memaksa mereka absorb SST 6%. Bagaimana? Kenapa tidak boleh pakai cara yang sama untuk buat mereka absorb 6% GST sekarang? Kenapa dahulu boleh, sekarang tidak boleh?
Ada dua tiga perkara yang perlu difahamkan. Dahulu bukannya paksa tetapi adalah persetujuan. Oleh kerana kalau kita lihat...
[Bangun]
Dengar sini, duduk Yang Berhormat. Silakan duduk. Oleh kerana dahulunya, syarikat komunikasi ketika mereka memperkenalkan
prepaid, pada asasnya harga prepaid adalah tinggi. Harga starter pack pun sampai RM100. Lepas itu turun RM80, turun RM50, akhirnya sekarang RM5. Dia boleh bagi free pun. Dahulu bercakap RM1.20 per minit. Akan tetapi ia diturunkan sehingga semurah 3.3 sen. Bayar 33 sen, bercakap 10 minit. Ertinya, per minit sudah jadi 3.3 sen. Kemudiannya SMS, dahulu berapa? Pernah 40 sen satu SMS. Akan tetapi mereka turunkan. Sewaktu turunkan, ada dengan kehadiran kementerian kami mengatakan bahawa mereka turunkan lagi. Mereka meminta SST itu ditransferkan kepada pengguna. Akan tetapi pada waktu itu kita meminta supaya perkara ini dapat ditimbangkan pada tempoh waktu yang tertentu sehingga sampai waktu yang tertentu tersebut iaitu apabila berlaku perubahan dalam rejim percukaian kita. Oleh kerana GST adalah sesuatu cukai di mana sahaja dalam dunia ini cukai itu ditanggung oleh pengguna. Sebab itu kita katakan bagi mengurangkan beban rakyat, kamu kena turunkan harga. Itu kuasa, kita boleh minta. Menteri boleh tentukan, menurunkan apakah kadar yang diperkenalkan supaya rakyat tidak terbeban kemudiannya. Oleh kerana soal affordability itu adalah satu perkara yang penting.
Jadi saya rasa kerajaan tidak rugi, GST masih boleh dikutip. Dalam sistem ini, rakyat tidak akan dibebankan dengan kos panggilan yang tinggi kerana mereka sanggup untuk menurunkan. Kalau kita lihat beberapa syarikat telco baru-baru ini seperti Celcom telah mengumumkan beberapa pakej baru mereka untuk menurunkan dan ini adalah satu perkara yang memungkinkan. Jangan bimbang kerana kalau mereka mendapat keuntungan, kerajaan akan dapat kembali. Boleh dicukai dalam cukai pendapatan mereka dan sebagainya. Ini kita tetap akan mencukai mereka.
Menteri, kita kata kalau Menteri hendak benarkan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Menteri. Kalau Menteri hendak betul-betul bantu rakyat, kena menggunakan pengaruh Menteri atau kementerian supaya mereka setuju untuk absorb. Itu fundamental kita. Ini kerana dulu Menteri berjaya, kementerian berjaya untuk persuade mereka setuju untuk absorb SST, sekarang pun boleh juga. I think I believe in Menteri. Kalau Menteri, saya juga merasakan kalau Menteri ingin betul-betul bantu rakyat, zero ratedkan telco card supaya semua rakyat boleh dapat bantuan. Sekarang GST dalam dua bulan telah kutip RM6 bilion, jauh lebih besar daripada jangkaan kerajaan. You are flush with cash, kerajaan ada banyak duit. Kenapa tidak boleh bantu sikit-sikit untuk zero rated kan dengan kuasa Menteri? Sign sahaja zero rated supaya semua anak muda di luar dapat telco card yang lebih murah. Minta jawapan daripada Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini isu prepaid card ini, saya rasa amat kecewalah dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi kerana isu pokok ada dua. Isu yang pertama, telco dengan pelaksanaan GST, naikkan harga, kerana kita tahu sebelum ini SST, SST diganti dengan GST, apabila GST dilaksanakan, kenaikan harga. Apabila kita gunakan Anti-Profiteering Act untuk peniaga-peniaga kecil tetapi kita tahu Anti-Profiteering Act tidak boleh dilaksanakan terhadap telco. Akan tetapi telco tersebut dikawal di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan di mana memang ada ruang untuk Menteri ambil tindakan terhadap telco kerana kenaikan harga yang luar biasa, 6% selepas 1 April 2015 ini. Kedua, dalam hal kenaikan harga 6% ini, jelas kita boleh lihat bahawa ketiga-tiga telco bekerjasama naikkan harga serentak. This is working in concern. Memang tidak boleh dibenarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Kenapa Menteri sibuk dengan membela telco tersebut dan tidak membela nasib rakyat? Oleh sebab walaupun akhirnya mungkin kalau telco ini ada keuntungan luar biasa, ada taxes tetapi yang dibebankan rakyat biasa yang gunakan prepaid card. Ini dua prinsip ini sepatutnya Menteri ambil tindakan. Saya juga tahu di bawah akta tersebut, Menteri ada kuasa untuk tetapkan tarif. Kenapa Menteri tidak ambil tindakan gunakan kuasa tersebut dengan bijak? Sekian.
Dua perkara yang saya sebutkan tadi.
Sikit-sikit sahaja, Yang Berhormat boleh?
Saya selesaikan yang ini?
Benda yang sama, benda yang sama. Boleh jawab sekali.
Okey.
Saya pun hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri yang bermesyuarat dengan telco ini. Kita semua dimaklumkan bahawa GST ini menggantikan SST. Saya hendak tanya walaupun tadi Yang Berhormat kata SST itu diabsorb oleh telco, jadi masalahnya waktu dia absorb SST ini rakyat tidak tahu. Apa yang rakyat tahu bahawa bila GST dikenakan, SST sudah tidak ada. Saya bab ini saya bersetuju dengan pihak sebelah sana sebab bukan sahaja masalah pembangkang nak terangkan kepada rakyat, kami pun menghadapi masalah untuk menerangkan kepada rakyat. Soalnya hari ini kalau GST ini prinsipnya menggantikan SST, mengapa SST masih dikenakan? Jadi ini yang kita susah nak terangkan. Saya hendak tanya boleh atau tidak boleh telco ini absorb juga GST?
Yang boleh kalau undang-undang ada memaksa boleh tetapi bagi saya, itu bukan dalam kapasiti saya untuk memaksa mana- mana syarikat mengabsorb GST misalnya Mydin pernah kata dia absorb GST tetapi selepas itu selepas sebulan, dia tidak absorb lagi. Apakah kita boleh ambil tindakan undang-undang kepada dia? Itu tidak ada peruntukan undang-undang memaksa kerana dalam dunia, tidak ada suatu peruntukan memaksa mana-mana industri untuk mengabsorb GST. Akan tetapi ada dua tiga perkara, tentang soal mengawal harga. Dulu kementerian pernah mengawal harga sampai tidak silap saya 2004 kalau tidak silap saya, harga kita kawal. Akan tetapi selepas kita membuang kawalan harga yang ditentukan oleh kementerian, membenarkan ada free competition, ada persaingan bebas dan kita lihat bahawa harga semakin turun sebab dalam telecommunication industry, kalau kita lihat satu- satunya kalau kita lihat dalam basket of goods, consumer price indexes (CPI) atau satu- satunya industri yang saya boleh katakan bangga, harga semakin turun, semakin turun ialah telecommunication sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Oleh sebab itu kita katakan bahawa kalau dia tidak absorb GST tetapi dia mengenakan tarif yang lebih rendah, satu masa nanti saya katakan bahawa call percuma apa salahnya? Untuk apa nak ditaxkan? Misalnya satu masa nanti dan ini boleh berlaku apabila mereka mendapat pulangan daripada pelaburan mereka dalam teknologi 2G misalnya, ia membolehkan satu masa nanti call, SMS percuma kerana orang semua berpindah kepada data. Ini antara perkara. Kedua saya katakan bahawa apabila kerajaan mengumumkan untuk memastikan rakyat mendapat akses 100 megabait per saat di kawasan bandar dengan 20 megabait per saat kawasan pinggir bandar dan luar bandar, dalam RMKe-11, tidak ada pelaburan kerajaan yang besar di sini hanya sekadar RM300 juta. Dalam perkiraan kita, ia memerlukan sekurang-kurangnya antara lebih kurang RM40 bilion di mana kita katakan pelaburan daripada pihak swasta, telco, kamu perlu melaburkan sekitar RM30 bilion dalam soal ini. Oleh sebab itu kita katakan bahawa kita mahukan syarikat swasta yang sihat untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Apa makna negara kita murah, saya bagi contoh negara seperti India antara yang termurah. Average pengguna 80%, dia bayar bil lebih kurang lima dollar sahaja, RM5, dua dollar sebulan tetapi perkhidmatannya ada line tetapi tidak boleh call kerana pihak telco perlu melabur, perlu memperbanyakkan powernya, membanyakkan BTSnya, membanyakkan backhaul nya, membanyakkan perkara-perkara lain yang diperlukan, kosnya tinggi. Kita mahu mereka melabur kembali untuk memberikan perkhidmatan yang baik. Itu yang kita mahu.
Menteri, saya nampak Menteri lebih ingin mempertahankan syarikat-syarikat telco daripada mempertahankan rakyat di luar. Rakyat di luar yang memilih Menteri jadi Ahli Dewan Rakyat untuk mempertahankan hak mereka. Sekarang kita nampak bahawa...
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Belum, belum. Yang Berhormat Menteri, belum habis saya. Yang Berhormat, saya memerhatikan perbahasan ini. Menteri berulang kali kata bahawa dia tidak boleh memaksa. Ahli Yang Berhormat yang berkenaan yang lain mengatakan bahawa ada kuasa. Bermakna jawapan telah diberi, sudahlah di situ. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga pertahankan untuk rakyat. Saya tidak mahu Tan Sri, rakyat membayar ada bar 3G, ada bar 4G tetapi rakyat tidak dapat membuat panggilan kerana infrastrukturnya tidak cukup. Bagi saya, untuk mempertahankan rakyat mesti dilihat daripada dua perkara. Satunya daripada affordability atau kemampuan. Kalau orang kata sekarang ini rakyat tidak ada berkemampuan memiliki telefon mudah alih, saya rasa itu tidak benar. Kalau berbanding dahulu, hanya orang kaya sahaja yang dapat memiliki telefon mudah alih, orang kaya sahaja yang boleh mempunyai kemudahan seperti ini. Sekarang ini orang biasa sudah boleh tetapi rakyat juga memerlukan perkhidmatan yang baik. Saya pergi ke kawasan FELDA misalnya, ada tempat yang sepatutnya tidak ada 2G. Orang kata anak saya tidak hendak balik ke kampung kerana tidak ada internet, tidak ada WhatsApp, tidak boleh hendak buat Facebook.
Murah tetapi tidak ada. Kita katakan bahawa sekarang saya boleh paksa syarikat- syarikat komunikasi pastikan kamu invest, bina menara komunikasi di sini. Membina BTS kamu di sini untuk memastikan setiap wilayah. Saya tidak membela mereka. Itu di bawah kuasa kementerian saya untuk memastikan berkhidmat. Tidak boleh, kami denda kamu. Itu kuasa kami di bawah kementerian ini untuk memastikan perkhidmatan yang baik. Berapa ramai di kalangan kita marah akhirnya. Apa guna kita beli kad murah tetapi perkhidmatannya tidak baik. Kita memerlukan perkhidmatan yang baik dalam soal ini. Affordability satu hal tetapi perkhidmatan yang betul, yang baik memberikan pengalaman yang baik, ini kita akan memastikan mereka melakukannya. Ini tanggungjawab saya untuk rakyat juga. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada semua. Ada lagi?
Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, mengenai Netbook 1Malaysia. Saya memetik satu kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 15 Mei 2014. “Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tunggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru”. Jadi Yang Berhormat Menteri, seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, jumlah 400,000 Netbook 1Malaysia akan diberikan sebagai hadiah, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga guru di negara kita. Cuma masalahnya yang saya amat hargai jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma saya berharap jikalau ada perbincangan di antara Kementerian Pendidikan dan juga NUTP, saya memang amat berharap kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh membuat satu pengumuman yang rasmi dan mengumumkan keadaan yang sebegini kepada semua warga guru agar mereka boleh faham mengapa mereka tidak menerima Netbook 1Malaysia yang dijanjikan. Sebenarnya, hari tersebut saya juga ingin bertanya soalan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga mengenai isu Netbook 1Malaysia sebab saya mempunyai satu persoalan di mana tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut sebanyak 389,000 Netbook 1Malaysia telah pun diagihkan kepada Kementerian Pendidikan. Akan tetapi jawapan yang saya terima daripada Kementerian Pendidikan, saya diberitahu bahawa ada sejumlah 121,000 Netbook 1Malaysia disimpan sebagai stok gantian. Jadi, itu adalah soalan yang saya timbulkan dan saya ingin penjelasan daripada mungkin pihak kementerian Yang Berhormat ataupun daripada Kementerian Pendidikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Gopeng.
Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih daripada perkara itu. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tadi isu pokok sama ada Menteri ada kuasa atau tidak ada kuasa. Saya cuma hendak rujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia fasal 199 yang kata di bawah “Penetapan kadar oleh Menteri.
Walau apa pun seksyen 197, Menteri boleh atas syor suruhanjaya, campur tangan secara bebas atau dengan kerap dalam menentukan dan menetapkan kadar bagi mana-mana kemudahan atau perkhidmatan bersaing yang diberikan oleh seseorang pemberi yang disebut dalam subseksyen 197(1) atas sebab yang wajar atau sebagaimana yang dikehendaki demi kepentingan awam”. Jadi, fasal tersebut memang beri kuasa kepada Menteri untuk menetapkan kadar untuk prepaid card, broadband atau untuk kadar yang lain. Jadi itulah yang saya hendak sebutkan itu. Memang ada kuasa diperuntukkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya jawab sedikit lagi. Memang ada tetapi pernah dibuat. Kalau tidak silap tahun 2004 untuk menentukan kadar. Bukannya menentukan dia bayar cukai atau tidak bayar cukai. Itu dua perkara yang berbeza. Cukai perlu dibayar. Kita bukan ada kuasa untuk mengatakan kamu kena absorb cukai ini. Itu bukan tetapi kadar ada kuasa. Dahulu, pada waktu itu kita menjangkakan kadar yang dikenakan pada waktu itu sudah murah. Dianggap yang terbaik untuk rakyat. Misalnya dulu pernah kata kadar dia mula perkenalkan RM1.20 atau RM2.40, kalau tidak silap saya dalam soal ini. Itu dianggap murah. Akan tetapi dengan perubahan teknologi, ia boleh menjadi lebih murah lagi. Lebih murah daripada kadar yang dikenakan oleh kerajaan. Tidak akan kita kata dia tidak boleh murah kerana kerajaan sudah mengenakan apa yang disebut floor price kerana dalam dunia teknologi sekarang, sekiranya mereka menemui teknologi baru yang menjadikan lebih murah, apa salahnya? Oleh sebab itu selepas kerajaan melepaskan apa yang disebutkan floor price tahun 2004 yang disebutkan tadi, harga makin turun, makin turun melalui pertandingan bebas. Maka sebab itu saya berani kata sekarang ini tanggungjawab kamu ialah menurunkan lagi harga secara pertandingan. Tidak terkejut satu masa nanti. Bukan sekarang kerana ada negara yang dibuat, akhirnya call adalah percuma. Ini kerana sekarang ini – ya call ada percuma. Apakah kita hendak lebih murah lagi? Voice adalah percuma. SMS boleh percuma kerana mereka terpaksa berhadapan misalnya ada aplikasi seperti WhatsApp misalnya sudah dimasukkan dalam aplikasinya membuat panggilan. Mereka terpaksa bersaing dengan mereka dan ia akan menjadi lebih murah lagi dan ini kita boleh minta. Akan tetapi hendak mengenakan floor price, kita rasa tidak bijak sekarang ini kerana mereka boleh mengenakan harga yang lebih murah lagi daripada apa yang disebutkan floor price kerana teknologi akan datang boleh menjadikan lebih murah lagi. Jadi saya rasa memadai. Saya terus kepada Yang Berhormat Rasah tadi.
No, berkenaan isu yang sama. Isu yang sama sebab isu pertandingan ini. Isu pertandingan ini, apabila ada free market, ada persaingan antara telco, tetapi dalam isu ini kita lihat ketiga-tiga telco memang bekerjasama untuk fix price. Price fixing pada 1 April 2015. Oleh sebab itu semua prepaid card naik 6%. Kalau tidak ada price fixing, kenaikan 6% itu tidak akan berlaku. Mungkin Celcom boleh naik 6%. Maxis boleh naik 3% dan Digi boleh naik 5% tetapi oleh kerana ada price fixing, ketiga-tiga telco bekerjasama price fixing. Itu yang saya sebutkan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, 6% itu bukannya mereka menaikkan. Akan tetapi 6% itu ialah GST yang dikenakan. Mereka kenakan bayaran 6% kerana itu jumlah GST tetapi RM10, mereka boleh bertanding RM10. Ini boleh bercakap 50 minit, yang ini boleh bertanding untuk membenarkan value yang berbeza. Itu boleh mereka kenakan melalui pertandingan. Misalnya saya sebutkan tadi. Ini bukan hendak mengelakkan mana-mana. Celcom First. Pelannya, kalau dahulunya misalnya pelan. Mungkin dalam soal ini tidak boleh di aplikasi sepenuhnya. Apa yang disebutkan data pelan. Dahulu RM38 dapat 1GB. Sekarang, RM38 boleh dapat 3GB. Mereka sudah bertanding. Dipanggil game changer, yang lain akan ikut lawan lagi. Dia akan dapat 50 minit bercakap dan pelbagai lagi yang dikenakan dan yang lain akan turut. Semua telco akan menurunkan. Dia bayar RM10 tetapi nilainya yang lebih. Ini kita tidak tahu kerana kalau kita pergi ke negara lain seperti Indonesia dia bertanding, dia mendapat berapa ‘pulsa’ dia panggil. Bayar 100,000 Rupiah, yang ini dapat 150,000 ‘pulsa’ dan yang ini dapat berapa. Oleh kerana konsep kita bayar RM10, dapat RM10 tetapi nilai percakapannya berbeza dengan yang lain. Ini antara perkara yang perlu difahami. Saya terus menjawab Yang Berhormat Rasah. Terima kasih. Pertamanya, saya jelaskan di sini bahawa kita sudah beri kepada Kementerian Pendidikan sebagai mana
yang saya sebutkan atas persetujuan bersama. Jumlah 389,000 iaitu lebih kurang 400,000 kerana itu jumlah guru-guru gred 44 ke bawah. Kemudiannya, kerana antara pihak Kementerian Pendidikan dengan NUTP berunding. Saya tidak tahu apa sebab sebenar mengatakan bahawa lebih baik netbook yang telah diberikan oleh pihak kementerian kami kepada Kementerian Pendidikan tidak diberikan kepada guru-guru yang berkenaan. Diberikan kepada makmal komputer dan pusat kegiatan guru dan ada pusat kegiatan guru dan guru-guru boleh pinjam perkara ini. Kita katakan bahawa untuk guru yang lebih tinggi grednya kerana netbook adalah merupakan komputer yang spesifikasinya adalah rendah dan bukannya terlalu tinggi.
Itu ialah keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran. Daripada segi statement, saya rasa lebih baik pihak kementerian yang berkenaan membuat kenyataan supaya guru-guru memahami dan guru akan memahami apabila semua netbook ini akan sampai. Tentang 120,000 tadi saya akan dapatkan makluman tetapi sebenarnya pihak SKMM bersedia jumlah yang tertentu sekiranya netbook ini tidak. Misalnya baterinya tidak bagus ataupun rosak. Tidak perlu hendak dibaiki, boleh digantikan dengan serta-merta kepada pihak yang berkenaan. Akan tetapi kenapa jumlah 120,000? Saya akan mencari jawapannya. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Terima kasih.
Kementerian Kewangan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Kewangan. Ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan. Izinkan saya untuk memberi penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Pertama mengenai dengan dasar fiskal kita dan kita tahu bahawa dasar fiskal adalah begitu penting terutama kita hendak melaksanakan Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam hubungan ini, kita telah pamerkan di dalam buku tersebut bahawa pada setiap tahun beberapa jumlah pendapatan yang akan diperolehi. Maknanya pada tahun 2016, RM243 bilion. Pada tahun 2020, RM326 bilion maknanya ia akan meningkat secara gradual. Kemudian dia diletak situ daripada segi perbelanjaan mengurus, kita ada current account balance. Di mana kita tahu bahawa daripada segi dasar kerajaan dalam mengurus fiskal, ia mestilah berteraskan kepada kita mencapai kedudukan positif daripada segi selepas operating expenditure ia punya current balance. Kemudian kita buat perbelanjaan keseluruhan tahun 2016 RM52 bilion dan RM47 bilion. Kemudian terdapat overall balance. Keseluruhannya pada tahun 2016 kita target defisit 2.9% pada tahun 2020 sejumlah 0.6%. Dalam erti kata lain kita terus mengurangkan defisit kita. Kemudian, adakah kita boleh capai matlamat tersebut dalam suasana ekonomi seperti sekarang ini? Kita bangkitkan, Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan tentang isu ringgit dan juga tentang bursa. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Gabenor Bank Negara, bahawa kita memiliki fundamental ekonomi yang kuat, GDP kita kukuh tahun lalu 6% suku tahun pertama, 5.6% daripada segi current account balance of payment kita positif, reserve kita boleh sampai membiayai lapan kali, lapan bulan punya import dan sebagainya. Pengangguran kita pun rendah. Apa yang berlaku seperti mana kata Tan Sri Gabenor Bank Negara sekarang ini ada beberapa perkara yang melibatkan sentimen. Satu, penurunan harga minyak. Sekarang sudah naik sikit ya Tuan Yang di-Pertua. Penurunan harga minyak ini membuatkan masyarakat dunia melihat adakah kita dapat capai fiskal kita. Di sinilah kita telah buat review di mana pada awal tahun ini melihat kepada realiti kita buat andaian baru. Kalau dahulu kita punya kadar minyak sebuah tong kita letak USD100 kita turunkan kepada USD55. Itu sebabnya defisit jadi 3.2%. Kemudian kita mesti ingat bahawa USD makin kukuh. Apabila kita melihat mata wang turun, maknanya ia melibatkan hampir semua
negara kecuali Sterling ia masih lagi kukuh. Begitu juga dengan bursa kita lihat bahawa daripada sentimen itu, kalau saya boleh baca Tuan Yang di-Pertua, semua bursa sebenarnya menghadapi penurunan begitu juga seperti mana saya katakan currency tadi, penurunan juga bursa berlaku...
Tuan Yang di-Pertua, sini depan-depan.
Okey.
Saya ucap terima kasih. Saya memang minat kalau Yang Berhormat Menteri ini yang menjawab, saya minat hendak bertanya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya masalah currency kita jatuh. Betullah tadi kata Yang Berhormat Menteri kata sentimen dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab di luar – ada berucap bahawasanya antara faktornya ialah kerana kritikan bekas Perdana Menteri kepada Perdana Menteri sekarang melampau-lampau jadi currency itu jatuhlah. Jadi, adakah itu benar? Dan jika itu benar saya hendak cadangkan cepat-cepatlah jumpa dengan bekas Perdana Menteri suruh dia puji balik Najib supaya mata wang kita naik. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, sentimen yang saya katakan tadi melibatkan banyak faktor. Salah satu ada peratusan, kita tidak boleh baca berapa peratus. 1MDB adalah salah satu kerana dibangkitkan. Kemudian saya kata tadi daripada segi sentimen-sentimen lain. Daripada segi Tun Mahathir itu ingat Yang Berhormat pun boleh tolong untuk baik kerana Yang Berhormat dulu – kita kan satu team dulu. Kemudian Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, saya baru lihat currency exchange USD dengan beberapa currency seluruh dunia. Ternyata semua currency baik Euro, Great Britain, Malaysia, Renminbi, Singapore Dollar, semua meningkat. Bermakna currencies ini dijual sementara USD dibeli. Ini menandakan bahawa perkara lain yang kita boleh nyatakan adalah bukan duit kita turun tetapi sebenarnya USD yang meningkat dan menguat. [Dewan riuh] Betullah ini dan betullah itu. Itulah tidak tahu baca benda ini, yang saya tengok against US Dollar yang strengthening hanya Taiwan Dollar. Satu lagi Brazilian Dollar, yang lain semua menurun. Cuma peratusan yang menurun itu berbeza-beza. Jadi saya hendak tanya, adakah suasana klimaks politik negara menandakan seolah-olah perkara ini dimainkan sedangkan perkara fundamental sebenarnya adalah disebabkan US Dollar yang strengthening ? Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri hendak tambah. Kluang sini, boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan walaupun kita faham ada faktor-faktor di Amerika Syarikat kerana pengakhiran quantitative easing yang membawa US Dollar naik. Akan tetapi kalau menurut Profesor Mohammed Arif, dia kata kalau kita bandingkan Thai Baht dengan Ringgit, Thai Baht dalam faktor yang sama, faktor yang sama merosot kerana US Dollar naik. Akan tetapi Thai Baht ini tidak diganggu banyak. Fundamental Thailand tidak begitu baik kalau fundamental ini betul, politik Thailand lebih teruk. Akan tetapi kenapa Ringgit merosot lebih daripada Thai Baht dan menurut Profesor Mohammed Arif, kemungkinan ada wang haram yang dikeluarkan dengan bahagian errand omission yang tidak diaccount. for. So, saya minta Yang Berhormat Menteri jawab tuduhan Profesor Mohammed Arif dan juga apabila sebut fundamental, fundamental ini dalam ekonomi kita fundamental dua bahagian. Satu eksport, satu domestik. Eksport kita nampak hanya ekonomi US pulih tetapi ekonomi di Jepun, ekonomi Eropah, ekonomi di negara China telah tidak kembang, telah menghadapi masalah.
So bolehkah export market kita memberangsangkan ekonomi kita? Saya rasa saya khuatir. Walaupun Ringgit merosot tetapi saya khuatir kemerosotan nilai Ringgit akan bantu eksport kita. So itu satu masalah. Kedua, domestik. Dari segi domestik, dengan pelaksanaan GST, kita telah mengakibatkan kekurangan domestic consumption. Dengan pengurangan domestic consumption, tidak ada aktiviti ekonomi atau aktiviti ekonomi akan menurun. So, saya rasa
kementerian tidak bersedia untuk menghadapi satu ekonomi di mana pasaran eksport tidak memberangsangkan, domestik telah merosot. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, singkat sahaja. Satu soalan yang singkat dan harapkan jawapan yang yes or no, senang sahaja. Ini soal kekuatan mata wang Ringgit Malaysia. Sebab apabila nilai kekuatan itu bukan soal kekuatan berbanding dengan US Dollar tetapi lebih kepada basket of currency. Sama ada mata wang Ringgit makin kuat ataupun makin lemah. Kalau dibandingkan dengan basket of currency setakat ini. Itu minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Pertama Tuan Yang di- Pertua, saya petik apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Mersing tadi ya. Kita lihat daripada segi US Dollar ini. Kalau kita baca setiap hari lah, dari segi Ringgit dengan US Dollar, ada beberapa berita-berita yang positif daripada Amerika Syarikat, itu menjejaskan. Macamnya dengan izin, semalam kata, “RM versus USD, investors taking early position ahead of Federal Reserve policy meeting this week”. Sebelum meeting itu dia sudah taking position. Selepas itu “Depreciated country currencies were Japan, Korea, Philippines, and Taiwan. Appreciated currencies were Euro, Singapore, UK”. Jadi perkara ini ia daily, setiap hari ia berbeza. Jika dilihat daripada segi wang lain dengan USD, Singapore ia turun kalau kita ambil 4th Quarter 2014 dengan 1st Quarter 2015, daripada 1.32 jadi 1.54. Begitu juga China, Japan, Euro, Thailand, Indonesia dan Philippines. Jadi sebahagian besar daripada currency ini, US dengan US ia menurun. Kemudian, dengan negara jiran ia banyak bergantung kepada sebanyak mana transaction kita, umpama dengan Thailand, dengan Singapura. Ini akan tentukan berapa banyak pembelian Thai Baht dengan Ringgit Malaysia. Daripada segi kita dengan Thailand tidak banyak sebenarnya transaction daripada segi perdagangan. Kemudian kita lihat dari segi eksport Yang Berhormat bangkitkan. Kita dapati bahawa ekonomi dunia ini telah jatuh. Bukan soal sama ada Ringgit kuat atau tidak. Ekonomi itu sendiri jatuh. Bila jatuh ekonomi, kita ambil Amerika Syarikat, ia naik tetapi ia punya consumption ability dengan izin, tidak seperti dahulu. Kalau kita pergi ke EU pula, EU merupakan negara perdagangan, saya ingat nombor tiga nombor empat dengan Malaysia. Negara-negara di EU kebanyakannya berhadapan dengan kesukaran. Spain kita tahu, Greece di mana Yang Berhormat kata tadi consumption very low, kerana di Spain dan Greece dari segi unemploymentnya sampai 25%. Jadi dengan itu, ia menjadi terhad pasaran eksport negara kita. Walau bagaimanapun kita masih lagi – bila kita bercakap tentang perdagangan ia mesti perbandingan antara eksport dengan import. Selagi eksport kita mengatasi import, maknanya ia positif. Keadaan positif ini masih lagi berlaku. Eksport kita ia turun sedikit kalau dibandingkan dengan masa-masa lepas akan tetapi import kita juga menurun. Jadi dengan itu, daripada segi matching itu, masih lagi positif di situ. Kemudian kita bercakap tentang mata wang di mana saya kata tadi, ia mix. Dengan mata wang A mungkin ia lebih ataupun tidak. Akan tetapi saya hendak bercakap di sini ya, mungkin kita tak sedar. Sebenarnya ada di antara negara-negara yang mata wangnya kukuh, dan dia sudah menjadi risau. Jepun umpamanya. Ia naikkan interest rate ia, Australia begitu juga. Beberapa negara, saya ada list di sini. Beberapa negara lagi sedang berfikir. Kerana apabila bila ada berlaku kenaikan mata wang mereka, mereka bimbang bahawa ini akan menjejaskan ekonomi negara tersebut. Kemudian saya sentuh tentang soal hutang.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kluang sini, depan. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut kerana saya bangkit tentang eksport, saya bangkit tentang consumption ialah kerana saya hendak minta kerajaan untuk mempertimbangkan bahawa GST ditangguhkan ataupun dibuat adjustment mungkin turunkan kadar untuk satu tempoh, mungkin setengah tahun mungkin satu tahun. Oleh sebab eksport kita telah merosot, ataupun eksport kita tidak memberangsangkan dan domestic consumption telah turun. Kalau domestic consumption ini tidak dipertingkatkan lagi dan merosot dalam setengah tahun yang akan datang, ekonomi secara keseluruhan akan berlaku downturn. So saya hendak minta Yang Berhormat Menteri pertimbangkan untuk berhenti pelaksanaan GST ataupun sekurang-
kurangnya menurunkan kadar untuk satu tempoh masa setengah tahun atau setahun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, daripada segi suku tahun pertama pertumbuhan ekonomi negara kita, ia sebenarnya dilonjakkan oleh, dipanggil private consumption iaitu pembelian daripada anggota masyarakat ya. Saya ada figure di sini.
Itu front-loading GST, front-loading.
Biar saya habis dahulu. Okey. Tuan Yang di-Pertua, bila kita baca GDP growth, ia ada dua bahagian. Satu, perbekalan atau supply, dengan izin. Ini merangkumi sektor-sektor. Kemudian yang kedua, ia melihat daripada segi demand, permintaan. Daripada segi permintaan, kita ambil suku tahun pertama, pertumbuhan GDP 5.6%, yang melonjak kepada pertumbuhan tersebut adalah private consumption. Itu daripada pembelian daripada rakyat, iaitu 8.8%. Public, daripada Kerajaan iaitu belanja mengurus, 4.1%. Kemudian yang kedua daripada segi private investment, 11.7%. Jadi di sini kita tidak boleh menyatakan bahawa private consumption kita telah merosot, maknanya telah meningkat.
Satu minit.
Nanti dahulu. Selepas itu Yang Berhormat bercakap tentang GST. Macam mana kita hendak buat kerja, hari ini kita buat esok kita batalkan. You imagine Yang Berhormat, kata lah kita batal bulan Julai ini, consumption tax would be zero. Dahulu kita ada SST. GST menggantikan SST. Tiba-tiba zero. Macam mana hendak jadi dengan kedudukan kewangan negara.
Okey Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, suku satu, apa yang kita dapat ini dari suku satu ialah front-loading untuk GST. Mereka membeli belah sebelum GST dilaksanakan. So, memang pembelian atau permintaan akan meningkat. Itu front-loading.
[Bangun]
Akan tetapi kalau kita hujung bulan ini apabila dapat pertumbuhan second quarter, saya rasa memang akan merosot. Mungkin Kementerian sudah ada raw data, kalau boleh minta tengok raw data. Mungkin sudah menurun. Isu ini, GST boleh diadjust. Kalau Kerajaan boleh turunkan kadar GST, tak semestinya membatalkan ia sekalipun.
Akan tetapi apa yang penting, apa yang saya risau ialah apabila kita ada kemelesetan, kita eksport tidak tambah, domestic consumption merosot, activitiy economy akan turun. Apabila aktiviti ekonomi merosot, hasil kerajaan dari kutipan hasil cukai syarikat akan turun juga. So, jumlah hasil kerajaan akan turun yang killing the economy. Killing the golden egg. Saya harap kerajaan...
Yang Berhormat Menteri, saya nak bagi pandangan sedikit tentang currency ini. Kita nampak bahawa currency Singapore ini agak tinggi tetapi yang kita tidak tahu ialah kerajaan dia telah intervene melalui bilion-bilion dollar to prop up dia punya dollars ini. Untuk maklumat, bahawa sehingga Julai tahun 2014, foreign reserves dia telah turun sebanyak USD34 billion kerana keinginan mereka untuk trade-off supaya currency mereka tidak turun. Apa yang saya nak tanya Menteri adalah at what rate kita punya interest ini? Ini yang kerajaan akan intervene untuk propping up kita punya Ringgit seperti mana yang dilakukan oleh Singapore. Akan tetapi nilai Singapore ini quite artificial in the sense that it’s being proped up by intervention of dia punya kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, ini soal currency sebab Yang Berhormat Menteri tak jawab tadi. Berkenaan dengan basket of currency sebab
jawapan tersebut memang saya pasti dengan Bank Negara. Sama ada kalau kita banding, bukan setakat US Dollar kita merosot, kita banding dengan Singapore Dollar kita merosot, kita banding dengan Australian Dollar kita merosot, Pound Sterling merosot, banding dengan Hong Kong Dolar merosot, Yen merosot, Japanese Yen merosot, banding dengan Thai Baht merosot. Jadi, bukan setakat dengan US Dollar. Jadi, kedudukan mata wang Ringgit berbanding dengan basket of currency sama ada mata wang Ringgit masih kuat, makin kuat ataupun makin lemah. Ini nak jawapan sahaja. Senang.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Yang Berhormat bangkitkan tadi, ini adalah di bawah Monetary Committee di bawah Bank Negara. Daripada segi intervention apa semua itu saya ingat bukanlah patut kita jawab. Itu Bank Negara, kita pun tak pernah intervention dalam soal itu. Mereka yang tahu intervention macam mana, Singapore buat intervention. Kita bawah Bank Negara. Kemudian dari segi kedudukan kewangan, currency. Saya setuju orang kata Gabenor Bank Negara bahawa kewangan kedudukan kita, currency ini adalah kedudukan yang temporary. Bukannya satu yang permanent. Jadi, kita berharap bahawa tiba masanya nanti currency kita akan mula naik balik. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita menyentuh tentang soal hutang. Hutang negara seperti mana yang kita tahu lah ia adalah dasar kita adalah bawah 55% kalau dari segi hutang dan GDP dan ini kita telah capai begitu lama. Maknanya, kita berjaya untuk pastikan bahawa hutang kita pada tahap yang mengikut kepada dasar yang kita tetapkan. Saya ingin beri sedikit maklumat di sini mengenai dengan hutang ini. Kita dapati bahawa kalau kita ambil kita punya perbandingan, kadangkala kita risau, kita tengok negara kita ini begitu lemah. Bila kita ambil perbandingan dari segi nisbah hutang dengan GDP. Nisbah hutang kita dengan GDP lebih kurang 54%. Kita ambil negara lain macam Singapura (103), US (105), UK (92), Greece (174), Jepun (245). Maknanya, kalau kita ambil nisbah hutang, kita ini masih lagi pada kadar yang rendah. Kemudian dibangkitkan mengenai dengan 1MDB. 1MDB ini Tuan Yang di-Pertua, ia mempunyai dua bahagian. Satu bahagian ialah mengenai dengan pembentukan aset, itu satu. Kedua adalah mengenai dengan masa depan. Dalam konteks pembentukan aset, sebenarnya 1MDB kalau kita lihat daripada segi balance sheet, peruntukan asetnya berjalan dengan begitu cepat terutama pada tahun 2013. Mula-mula pada kadar RM5 bilion pada tahun 2013, tinggi, Itu peruntukan asetnya. Kemudian isu kepada pembiayaan aset ini. Kita tahu dalam sesuatu syarikat, ia ada empat elemen Tuan Yang di-Pertua. Ia ada elemen keuntungan, elemen aset, elemen dana pemegang saham dan kemudian hutang. Kita dapati dari segi 1MDB kedudukannya ia tidak seimbang. Dari segi pendapatan, bergantung kepada sektor tenaga semata-mata yang tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan hutang. Kemudian aset, saya sudah sentuh tadi. Aset ada tiga. Satu financial asset, satu tenaga, lagi satu property. Property ini is very long term. Itu sebab hasilnya yang datang daripada yang saya katakan tadi iaitu daripada tenaga. Kemudian kita lihat dari segi pemegangan saham. Pemegang saham RM1 juta dalam bentuk ekuiti dan dalam bentuk ekuiti in-kind, dalam bentuk tanah setelah dinilai lebih kurang RM2 bilion. Ini berdasarkan penilaian, bukan ada wang tunai. It’s book value. Jadi, bermakna bahawa syarikat ini bergantung lebih kurang kepada just RM1 million. Jadi, untuk pembentukan aset tadi ia perlu meminjam. Di sinilah permasalahan yang dihadapi oleh 1MDB. Pinjam kalau 31 Mac 2014 sebanyak RM41.8 bilion sebenarnya. Akan tetapi sekarang ia dah berubah. Bila keluar penyata audit nanti, kita boleh beritahu kepada Parlimen. Jadi, ini pembentukan aset. Kemudian masa depan. Jadi, kita telah buat kajian. Dalam kajian kita, kita melihat kepada dua bahagian ini. Dua bahagian makna kita melihat dari segi bahagian pembentukan aset yang mana saya kata tadi aset, pendapatan, aset, pemegang syarikat punya dana dan juga daripada segi debt yang saya kata ia tidak seimbang. Kita lihat pula dari segi masa depan, apa yang harus kita buat. Takkan kita nak biarkan. Jadi, kita lihat secara ekosistem, kita tidak melihat semata-mata dalam pembentukan aset semata-mata. Ini dipanggil dalam istilah ekonomi sebagai ego system atau kita lihat semata-mata kepada masa depan juga diistilahkan sebagai ego system kita lihat dalam konteks ekosistem.
Jadi, kita telah kaji. Kita dapati bahawa ia memiliki financial asset lebih kurang RM16 bilion lebih. Mengapa tidak kita cairkan? Itu sebab dalam pelan rasionalisasi kita cairkan. Dari RM16 bilion cair, yang RM3.5 bilion kita dah perolehi, kita dah bayar Deutsche Bank semua dah. Jadi, ada lagi yang akan dicairkan pada suku tahun ketiga, keempat. Kemudian kita lihat Hidra ialah sebuah syarikat yang sebenarnya yang begitu feasible. Dalam konteks Tuan Yang di-Pertua, saya lihat dari segi akaun, ini yang tidak diaudit. Enam bulan sehingga September. Dalam enam bulan, kita dapati bahawa ia telah sampai kepada break even. Bila break even ini, bermakna kalau dulu ia rugi, mana-mana syarikat ia bermula dengan kos tinggi, hasil rendah. Jadi, ia dalam lingkungan kerugian. Bila tiba situ, ia dah break even. Kemungkinan ia akan dapat keuntungan selepas itu yang lebih tinggi. Jadi dengan itu, apa yang – duduk dahulu Yang Berhormat. Kali ini Yang Berhormat pula banyak bercakap.
Sini boleh?
Sekejap, sekejap. Biar saya habis dahulu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita yakin, kita akan buat monetization Edra ini, kita maintain 30%, jadi RM15 bilion akan dapat kita lepaskan untuk kita bayar hutang. Begitu juga daripada segi tanah TRX dengan Bandar Malaysia, kita buat secara joint venture. Jadi, jumlah ekuiti yang dimasukkan itu sebahagiannya akan kita libatkan untuk pembayaran hutang tersebut. Yang berakhir rancangan kita ini adalah supaya ada perseimbangan antara, seperti yang saya katakan tadi, pendapatan yang diperoleh, aset tadi ditanggung oleh bukan lagi debt sudah, ditanggung oleh debt dan ekuiti. Jadi, ini yang sedang kita lakukan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Soalan cairkan aset, soalan pokok ialah aset terutamanya aset tanah di TRX dan juga di Bandar Malaysia ini diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB dengan kos yang begitu rendah. Sekarang ini kerajaan ataupun 1MDB hendak cairkan aset ini, ini pertukaran tanah dari tanah kerajaan dengan harga yang murah kepada pihak swasta, siapa tanggung – ini sebenarnya keuntungan untuk 1MDB, tetapi sekarang ini wang telah hilang. Soalan itu, siapa yang akan jawab, siapa akan bertanggungjawab? Soalan kedua, tadi Menteri kata jumlah aset RM16 bilion, tetapi jumlah hutang RM42 bilion. Shortfall mana? Siapa akan bertanggungjawab? Sampai bila shortfall di antara aset yang ada dan yang hutang itu, bila akan dipulihkan? Finally soalan ialah adakah faktor 1MDB ini faktor kemerosotan nilai ringgit? Adakah kerajaan hendak packkan ringgit kalau ringgit lagi merosot?
Tuan Yang di-Pertua, saya sekadar hendak menolong Tun Mahathir buat soalan. RM42 bilion 1MDB hutang, ke mana perginya RM42 bilion itu? Antaranya saya telah sebut di dalam ucapan saya, yang kita tahu bahawa RM12 bilion kita telah gunakan untuk beli IPP, kemudian RM200 juta tanah TRX, RM1.2 bilion tanah Sungai Besi dan lain-lainnya. Mengikut kira-kira mudah, baru RM17.7 bilion. Jadi kita hendak tanya, RM24.3 bilion itu ke mana perginya? Mungkin kalau Yang Berhormat Menteri beri jawapan, Tun Mahathir akan berpuas hati pada hari ini. Terima kasih. [Ketawa]
Menteri, Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, pertamanya saya mengucapkan tahniahlah kerana sekurang-kurangnya berani juga datang ke Parlimen jawab. Sepatutnya kita harap Yang Berhormat Pekan yang datang sebab he has nothing to hide. Akan tetapi bagaimanapun Yang Berhormat Menteri, tahniahlah. Cuma saya hendak tanya ini, saya agak keliru juga apabila Menteri menyentuh tentang pembentukan aset. Kita mungkin boleh setujulah kalau pembentukan aset ini hasil daripada usaha 1MDB sendiri dengan erti kata kita berikan modal sedikit, selepas itu dia berniaga dapat untung, lepas itu beli aset, lepas itu kalau ada masalah hutang dia cairkan, kita boleh terima. Akan tetapi masalahnya, daripada awal lagi aset itu boleh dikatakan macam ibarat diberikan percuma, dengan harga yang begitu rendah, sekarang hendak gunakan aset yang begitu untuk hendak selamatkan 1MDB. Jadi saya tidak boleh terimalah ini. Saya rasa we don’t have to be economist untuk hendak menolak teori ini. Satu.
Keduanya, Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, jelaskan setiap bulan ini berapa bayaran interest sahaja yang 1MDB perlu bayar. Interest sahaja, hutang-hutang 1MDB. Hendak tahu berapa interest yang perlu dibayar untuk sebulan, berapa interest? Ataupun untuk seharilah. Kalau kita jadikan dalam sehari, berapa interest kena bayar? Ketiganya, Yang Berhormat Menteri, dalam penggulungan masa yang lepas, masa bajet, Menteri ada janji dengan saya minta 1MDB jawab soalan saya apabila New York Times melaporkan bahawa ada satu surat 1MDB yang beri letter of support kepada Jho Low untuk satu pinjaman di UK itu. Menteri kata, “Saya minta 1MDB untuk jawab”. Akan tetapi sampai hari ini saya tidak dapat terima jawapan itu. Jadi Menteri, tolong tunaikan janji. Please, jangan hide. Jadilah hulubalang yang sebenar, bukan hulubalang Bugis. Terima kasih.
Menteri, ringkas sahaja. Lagi satu, ringkas. Financial report 1MDB berakhir 31 Mac 2015, adakah kerajaan atau Kementerian Kewangan akan meminta Deloitte untuk siasat atau untuk audit? Terima kasih.
Saya sedikit sahaja ya. Saya, Tuan Yang di-Pertua, I would like to give benefit of the doubt to 1MDB. Saya, kalau boleh hendak beri peluang kepada 1MDB untuk berjalan secara syarikat berniaga yang boleh mendatangkan keuntungan. Akan tetapi malangnya, jawapan-jawapan daripada 1MDB sebelum ini dengan izin, created a lot of doubt. Sebagai contoh yang ditanya, di mana duit RM1 bilion itu? “Cayman Islands”. Bawa balik? “Bawa balik”. Di mana sekarang duit itu? “Di Singapore”. Mengapa tidak bawa balik ke Malaysia? “Kerana banyak stringent, syarat daripada Bank Negara” which I think itu pun saya tidak boleh hendak terima kerana Menteri itu adalah di atas itu. Seterusnya, tiba-tiba didapati tunai tidak ada. Di mana itu cash? “Itu silap teknik jawapan”. Jadi itu yang menjadikan isu ini – saya tak tahu, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sepatutnya saya tanya ini selepas habis semua cerita 1MDB ini. Adakah kerajaan masih lagi hendak menggunakan falsafah hendak berniaga ini? I have said dalam Dewan ini, the government has no business in doing business. The business of government is to govern. Dulu kita tengok, dahulu MAS, sebelum itu PERWAJA, sebelum itu banyak lagi syarikat-syarikat yang gulung tikar yang saya rasa the business of the government is to get to the basic that the business of the government is to govern. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak nyatakan kesilapan Yang Berhormat tadilah. Saya kata financial asset. Awal tadi saya kata ada three big asset dengan izin. Financial asset RM16 bilion, lepas itu kita ada Edra yang tenaga elektrik itu, kemudian kita ada tanah. Tanah ini kita fokus kepada dua. Satu, TRX dan Bandar Malaysia, dan tanah kita yang di Pulau Pinang, Pulau Indah dan Projek 3B itu kita ke tepikanlah, itu cerita lain. Not focus. Maknanya itu akan terus kita monetize, dengan izin. Jadi, RM16 bilion itu adalah financial asset yang ada dan RM3.5 bilion yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi pun telah kita liquidate dan digunakan untuk membayar hutang. Apa-apa maklumat sebelum ini yang ada kesilapan, apa semua, itu telah kita betulkan selepas kesilapan dibuat. Itu sebenarnya bukan kesilapan yang sengaja. Ia ialah misinterpretation. Bila kita dapat maklumat menyatakan bahawa wang ini disimpan di BSI, jadi kita anggap simpan itu adalah tunai. But actually it is in the form of fund unit. Fund unit ini maksudnya macam Amanah Saham Nasional, macam itulah. Fund investment unit yang telah dibeli oleh Aabar yang patut dibayar bulan Ogos untuk bayar hutang Deutsche Bank tetapi dipercepatkan atas persetujuan holdings company di IPIC. These are all big companies, Tuan Yang di-Pertua. Kemudian dari segi aset sebenarnya dalam RM51 bilion merangkumi semua aset saya katakan tadi. Edra saya kata mempunyai potensi yang besar kerana ia mempunyai 13 jana kuasa tenaga. Di Malaysia nombor dua terbesar, di Bangladesh terbesar, di Mesir terbesar, kemudian di Pakistan dan ada di satu negara Arab. Jadi yang ini sebenarnya cukup besar. Kemudian mengenai dengan nilai ringgit, dikaitkan dengan adakah hendak buat secara pack itu, ini tidak kena-mengena. Apabila kita dengan IPIC, bila kita hendak
liquidate, hendak cairkan financial asset dengan izin, kecairan ini dengan kerjasama daripada IPIC. IPIC adalah sovereign wealth fund daripada Abu Dhabi.
Apa yang dilakukan, dia akan pegang, telah dipersetujui, dia telah hantar kepada kita surat bersetuju untuk ambil alih hutang sebanyak USD3.5 bilion. Maknanya dia tidak, dia tidak ada daripada USD, dia pergi USD. Dia tidak pergi ke RM, dia pergi USD, dia terus ke situ. IPIC pula telah maklum pada kita bermula sekarang yang RM3.5 bilion itu dia sudah ambil pembayaran interest itu. So, ini yang berlaku. Kemudian mengenai dengan RM42 bilion. Ini sebenarnya telah banyak kali dijawab. Ini Yang Berhormat Arau pun ada jawab, saya pun ada jawab dalam di TV. Kita ada dia punya fakta-faktanya. Kalau hendak bertulis lagi senang. IPP keseluruhan pinjaman bernilai RM18 bilion. Kemudian kos tanah RM1.7 bilion. Pelaburan lain RM15.4 bilion. Ini termasuklah financial asset saya kata tadi. Lepas itu financial expenditure RM5.8 bilion. Maknanya tidak ada wang yang hilang. Kalau kita lihat di sini ya, saya akan jelaskan sedikit tentang ke mana wang itu pergi supaya kita nampak jelas bahawa wang itu sebenarnya bukan wang yang hilang. Pada tahun 2009, 1MDB melabur dalam PetroSaudi, USD1 bilion dan kita mesti ingat ya pelaburan ini bukan pelaburan yang straight forward, ia melibatkan kuasa tinggi dalam Kerajaan Arab Saudi yang menjemput. Kita ada suratnya. Kalau saya tunjuk, hendak baca surat ini dia begitu sensitif. Jadi, tidak boleh kita. Tapi surat itu ada. Daripada situ kita tukar kepada murabahah dan kita dapat pulangan sebanyak USD200 juta. Jadi 1.2 juta letak dalam murabahah dan disambung pula lagi dengan RM300 dan RM330. Jadi keseluruhannya dapat dengan keuntungan deposit sebanyak dengan return nya dapat RM2.3 bilion. Mana kita letak sebanyak RM1.8 bilion kita perolehi, RM400 lebih bilion. Keseluruhan jadi 2.3 bilion. Kemudian duit inilah letak dalam Caymam di bawah anak syarikat dipanggil Brazen Sky. Yang letak situ, daripada RM2.3 bilion, dapat perolehi sebanyak 2.6 bilion bila di liquidate. Trans 1, RM1.12 bilion, itu telah pun selesai. Trans 2 dalam bentuk, dia bukan trans kita panggil, jumlahnya sikit, USD173 bilion. USD173 million bayar interest. Kemudian trans 2 yang RM1 bilion yang kita baru selesai tersebut. Maknanya, wang ini ada di dalam. Kemudian Yang Berhormat menyentuh tentang pembentukan aset 1MDB. Di sini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat mana-mana syarikat atau individu. Bila kita beli rumah umpamanya, kita cari rumah dulu, kita bincang dengan penjual. Setelah ada perjanjian, dia minta berapa percent, setiap peratus dia punya down payment kita bayar, kemudian baru kita pergi bank. Itu yang dikatakan pembentukan aset. Bukan kita dapat pinjaman dulu. Dia bukan begitu. Bermakna aset itu ada, pelaburan itu ada, barulah dapat hutang tersebut dan ini telah dilaksanakan oleh 1MDB. Bukan ada kerajaan suruh 1MDB sendiri yang laksanakan. Kemudian Yang Berhormat cakap tentang surat yang dikata, Jho Low. Jawapannya saya ada bagi dan saya bincang dengan 1MDB. Oleh kerana dia dikeluarkan oleh New York Times, kita hendak jawab pun bukan senang Tuan Yang di-Pertua. Ini New York Times hendak kah masuk kita punya jawapan dan kita pegang juga kepada Parlimen punya peraturan, kalau mana maklumat di peroleh daripada media, jadi kita tidak boleh bincang. Jadi yang penting sekarang ini adalah kita lihat ke depan. Kemudian kita....
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Nanti dulu, tunggu habis dulu.
Okey.
Kemudian mengenai dengan financial statement ya. Di tanya adalah Kementerian Kewangan hendak disegerakan Deloitte untuk buat audit. Memang kita hendak segera. Kalau Yang Berhormat saya, saya memang jenis kasar ya kadang-kadang kalau saya tidak puas hati. Jadi apa yang berlaku sekarang ini, Deloitte sedang mengaudit Edra, sebab kita hendak cepat Edra buat monetization, dijangka siap dalam satu bulan. Selepas itu baru property, lepas itu baru the holding company. Makna dia buat consolidated statement.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tentang soalan letter of support itu, persoalannya dalam artikel yang ditulis oleh New York Times itu, yang kita tahu New York Times ini satu akhbar yang besar, yang saya percaya mereka bersedia untuk mempertahankan artikel itu demi menjaga nama mereka. Kalau kita baca dalam artikel itu ia mengatakan letter of support itu mereka dapat daripada dokumen dalam mahkamah dalam satu perbicaraan di England itu. Jadi persoalannya dan dalam artikel itu mereka interview ramai, daripada opposition ada, NGO, ramai orang yang di interview termasuk Malaysian. Soalan saya ialah, kalau kata susah hendak minta dia tulis version 1MDB dalam New York Times, paling kurang saya hendak tanya, ada tidak apa-apa surat dikeluarkan 1MDB kah, Kementerian Kewangan kah untuk hendak deny ataupun sebab itu surat itu kita dedahkan kepada public. Kita sudah tulis kepada News York Times kita mengatakan allegation ini adalah defamatory, tidak betul dan maknanya kita boleh buat. Persoalannya, saya tidak tahu apa jadi pada, Yang Berhormat Menteri kata dulu 1MDB akan menjawab. Sampai sekarang saya tidak dapat jawapan dia. Jadi persoalan saya bagaimanakah, kalau betul dakwaan itu, 1MDB boleh keluarkan satu surat, letter of support untuk Jho Low dapat pinjaman, ini satu allegation yang betul-betul serius. Kalau tidak betul, deny ataupun saman. Kenapa saman Harakah, saman ini, kenapa tidak saman New Yorks Times? Sebab hendak jaga nama Perdana Menteri kah, nama 1MDB. Kenapa saman small, small fish ini. Kenapa tidak pergi kepada big fish. Tidak akan boleh hendak pertahankan nama itu. Jadi persoalannya adakah langkah-langkah telah dibuat, tulis surat kah, apa-apalah statement kata, New York Times menjawab, mengatakan kami mengaku tersilap. Ada tidak, itu soalan saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam TV siaran langsung di mana Yang Berhormat Menteri jawab tentang isu 1MDB, Yang Berhormat Menteri kata tidak tahu bahawa USD300 juta disalurkan ke Good Star yang dipegang oleh Jho Low. Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab tentang isu kerana kita tahu bahawa SarawakReport sudah memberi bukti- bukti bahawa terdapat transaction USD300 juta telah diberi kepada Good Star Limited, yang di control oleh Jho Low. Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab dengan terus terang Soalan kedua adalah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dalam forum Nothing to Hide. Dia kata bahawa Jho Low pernah minta supaya all wells di Terengganu digadaikan as a collateral untuk 1MDB, untuk mendapatkan pinjaman daripada luar negara. Jadi saya minta adakah ini betul-betul benar bahawa Jho Low pernah ingin gadaikan a wealth, a wealth kita di Terengganu untuk dapatkan pinjaman daripada luar negara. Saya rasa Tun Mahathir pun hendak tahu sebenarnya. Nothing to Hide, kalau boleh nothing to hide minta tolong minta Yang Berhormat Menteri jawab. Kalau lebih baiklah Yang Amat Berhormat Pekan datang untuk jawab Nothing to Hide di sini, okey.
[Bangun]
Tetapi nampaknya tidak berani. Yang Amat Berhormat Pagoh pun datang jawab kepada Dewan ini tetapi saya kesallah kerana Yang Amat Berhormat Pekan tidak datang sini.
Yang Berhormat Menteri, soalan ringkas saja. Soalan isu Deloitte. Deloitte kata formal itu belum dilantik oleh kerajaan untuk audit kenyataan kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Soalannya bila kerajaan atau Kementerian Kewangan akan melantik Deloitte untuk menjalankan audit.
Tuan Yang di-Pertua, satu mengenai dengan letter of support, saya ingat tidak payah bincanglah. Kalau kita tidak percaya kepada Parlimen ini, tidak ada maknanya. Ini badan tertinggi. Saya telah jawab di sini. Kalau kita tengok balik Hansard, saya kata itu tak betul. Surat yang dibagi adalah berkenaan dengan dibagi kepada Aabar. Surat kepada Aabar, if you are successful in that hotel project, kita akan consider dia bina hotel di situ. That’s all. Kita hold what by Parliament punya..
Misalnya Parlimen ini pernah cakap benda tidak betul pun. Asalnya kata simpan cash, lepas itu cakap lain.
[Dewan riuh]
Kalau kita sudah...
So, macam mana kita hendak percaya?
Ya, betul. Tadi kita sudah jawab, kita betulkan balik.
Tidak, Menteri jawab dengan saya sudah lepas, Menteri kata saya minta 1MDB ini tolong jawab kepada Yang Berhormat Sepang.
Ya, nanti, nanti Yang Berhormat...
Sampai sekarang I haven’t received any letter from 1MDB.
Yang Berhormat cakap berkenaan dengan itu, saya kata saya bincang 1MDB dan saya telah jawab pada 1MDB kata let’s not focus on that. Di New York..
Why?
Sudah masuk.
But the allegation is serious, the allegation is serious.
Cukuplah, cukuplah.
Just because you reply there is no such thing, we don’t believe.
Biar saya jawab di Parlimen ini. Kalau kita tak percaya, apa guna kita duduk Parlimen?
Kita ada sebab tidak percaya. Oleh sebab pernah berbohong di dalam Parlimen.
Bohong apa?
Kata simpan cash, tiba-tiba bukan cash.
Ya, itu telah dijawab. Kesilapan yang awal itu, itu yang dijawab.
Bermakna, boleh bohonglah. Bukan tidak pernah bohong.
Itu Yang Berhormat, kita biasanya kita dengar apa yang kita cakap. Daripada orang cakap kita dengar. Interpretasi itu tertakluk kepada diri orang itu. Kalau Yang Berhormat in your mind there is something else, you won’t accept. That’s it. Kemudian mengenai...
Why, why is very difficult for 1MDB to write to New York Times to deny the report.
Tidak apalah, tidak apalah, tidak apa, tidak apa.
Otherwise we will take legal action. At least something show to the public bahawa kita serius mempertahankan imej 1MDB.
Tidak apalah, terima kasih Yang Berhormat.
Ini maknanya, maknanya you have something to hide Minister, with due respect.
Saya jemput Yang Berhormat, mari kita tengok surat itu.
Okey, boleh. Okey.
Kita tengok surat itu, okey.
Tanya bila.
Bila?
Nanti, nanti kita bincang berdua.
Okey, saya hendak surat itu. Okey, terima kasih.
Selepas itu, kalau Yang Berhormat nampak saya tidak..
Menteri sudah dua kali janji, sudah dua kali janji, jangan lupa janji.
Saya tidak tipu itu, Yang Berhormat beritahu semua ya. Okey?
Okey. Okey Yang Berhormat Menteri.
Kemudian yang kedua mengenai dengan siaran langsung. Dia bukan saya kata 300 juta, saya kata 700 juta. kita ada surat di sini. “I wish to inform that from 1st September 2009 Good Star Limited … was held by PetroSaudi Group.” Itu kita tengok ya. Jadi apa yang berlaku saya telah terangkan. Bila tubuh 1MDB dengan PetroSaudi, PetroSaudi letak 60% assets dalam bentuk yang PetroSaudi International punya projek minyak ini yang masih dalam exploration. 1MDB letak USD1 bilion. Letak USD1 bilion, kemudian sebelum 1MDB masuk, oleh sebab oil exploration ini dia kena berterusan, maka PetroSaudi the Holdings Company bagi pinjam RM700 juta. Bila 1MDB masuk USD1 bilion, kena bayar balik hutang itu RM700 juta. PetroSaudi minta hutang dibayar dalam Good Star, itu dia. Kemudian dalam report, itu pasal saya kata, tidak boleh pakai report dalam media. Dalam report itu kata, PetroSaudi ini milik Jho Low. Saya sudah baca tadi dah. Kemudian, ada satu lagi...
Yang Berhormat Menteri, Good Star. Bukan PetroSaudi, Good Star.
Good Star, ya, Good Star. Ya, Good Star milik oleh Jho Low, tulis di situ. Kemudian di sini, Petro Investment Limited has lodged a police report in connection with allegations made by website on the firm relationship in Malaysia strategic development company 1MDB. The report was lodged with the city of London police Action Fraud Unit at the National Fraud and Cyber Crime Reporting Centre at 3.45 p.m. UK time March 1. Sources closes are being told, the right post that the police report was filed in a reaction to a series of articles by the Sarawak Report website including one entitled face of the century how Jho Low used PetroSaudi as “A Front” to Siphon Billions out of 1MDB.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, kita kalau..
Jadi Tuan Yang di- Pertua, yes please.
Yang Berhormat Menteri, kalau kita tengok general registry daripada Cayman Island, Good Star Investment Limited itu belong to Jho Low. Okay? There are nama, name Good Star Investment Limited, they are what to call, it belongs to Jho Low, dia punya registry daripada Cayman Island, shareholder.
Jadi memang belongs to Jho Low. Ya, report is one thing, buat police report one thing tetapi di belakang ini, cerita dia berlapik-lapik ini. Dia bukan straight forward bahawa very honest businessman. Okay, yang buat investment. Dia ada banyak subsidiary dan sebagainya. Dari series of email, shows that memang Jho Low in control of all these subsidiaries dan menyebabkan bahawa dia terima USD300 juta ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi baca evidence daripada PetroSaudi, Yang Berhormat kata ada laporan katakan Good Star dimiliki oleh Jho Low. So, bagi saya maklumat itu jadi senang kita ini. We don’t have to go further Tuan Yang di-Pertua ya. Saya ingat saya berpindah kepada isu...
Yang Berhormat Menteri, boleh satu soalan?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dari satu aspek lain tentang pemahaman isu 1MDB ini iaitu saya dapati kerajaan, Kementerian Kewangan dan 1MDB begitu konsisten di dalam jawapan-jawapan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan banyak pihak tentang 1MDB. Sehingga hari ini didapati tidak ada kehilangan duit seperti yang didakwa berbilion ringgit itu. Semua sudah dijelaskan begitu konsisten. [Ketawa]
[Dewan riuh]
Dijelaskan, ya memang betul. Tuduhan tidak konsisten, itu betul. Akan tetapi soal kewangan yang dikatakan hilang itu tidak dapat dibuktikan dan Kementerian Kewangan masih konsisten dengan jawapan begitu jelas bahawa 1MDB merupakan sesuatu yang masih lagi menjadi harapan. Jadi oleh kerana itu, saya bimbang dengan serangan daripada pembangkang khususnya Yang Berhormat Pandan dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya Utara... [Disampuk] Mahathir itu kemudian, dulu you pun tidak sokong dia. Sekarang datang hendak sokong sebab adanya political mileage itu.
[Dewan riuh]
Dulu apa yang you tidak panggil Tun Mahathir ini? Kitalah orang yang mempertahankannya. Awak di mana? Tuan-tuan Yang Berhormat di mana ketika itu? Akan tetapi hari ini begitu menjunjung Tun Mahathir, ini satu double standard yang begitu jelas ditunjukkan oleh pembangkang.
[Dewan riuh]
[Ketawa] Tun Mahathir kemudian. Jadi saya hendak berbalik balik kepada soal serangan pembangkang terhadap 1MDB ini. 1MDB ini bukan cerita baru, cerita lama yang diungkit semula. Ditimbulkan semula. Jadi serangan yang berterusan daripada pembangkang khususnya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan juga Yang Berhormat Pandan terhadap 1MDB sehinggakan 1MDB ini mewujudkan satu persepsi yang begitu negatif dan buruk sekali terhadap 1MDB dari sudut pandangan dan penilaian institusi kewangan dalam dan luar negara. Sehinggakan rencana 1MDB untuk mengapungkan syarikat ini tidak dapat dilaksanakan kerana kegagalan dan persepsi yang begitu buruk. Begitu juga untuk usaha 1MDB untuk raised fund dalam menguruskan perniagaan dia dengan komitmen dia yang ada juga tidak dapat sokongan daripada institusi kewangan dalam dan luar negeri. Jadi menyebabkan 1MDB berada dalam keadaan kewangan yang begitu meruncing, cash flow khususnya. Jadi saya bimbang, apakah kemungkinan kementerian mahu melihat dari aspek bahawa ini merupakan sesuatu usaha yang memang disengajakan oleh pembangkang untuk sabotaj ekonomi bila 1MDB
[Dewan riuh]
...Bila 1MDB dan keadaan kewangan yang begitu digambarkan, nilai bon jatuh, pasaran saham jatuh, saya bimbang ada orang yang membuat keuntungan daripada keadaan ini dengan melakukan short selling kepada bon dan juga pasaran saham.
Jadi, bolehkah Kementerian Kewangan melihat dari aspek ini, kemungkinan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Yang Berhormat Pandan making money out of this allegation? Thank you.
[Dewan riuh]
This is serious allegation Tuan Yang di- Pertua, saya rasa ini adalah serius allegation, minta supaya tarik balik. Kita di sini rakyat Malaysia, kita sayangkan Malaysia.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sekejap soalan yang tadi Menteri belum jawab lagi. Tadi soalan saya bahawa Tun Dr. Mahathir dalam forum Nothing to Hide telah buat serious allegation bahawa Jho Low yang ingin gadaikan oil wells di Terengganu untuk meminjam wang dari luar negara. Minta Yang Berhormat Menteri jawab, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, itu tidak timbul Tuan Yang di-Pertua. 1MDB adalah 1MDB, tidak ada kena-mengena dengan oil wells lagipun oil wells bukannya di bawah Kerajaan Pusat.
Masa dia di Terengganu investment fund, masa itu.
Itu we do not know, dia punya hal but as long...
Adalah, maksudnya ada? Maksudnya ada, ini serious allegation kerajaan kena jawab kerana ini juga di bawah Kementerian Kewangan.
Sekarang ini Yang Berhormat, why are you talking about history sahaja? Sekarang ini kita 1MDB, let’s talk about 1MDB. Tidak timbul dalam debate cerita tentang...
Dahulunya 1MDB datangnya daripada Terengganu investment fund. Dia punya formal bon, formal company.
No, tidak ada. Tidak ada bila TIA tutup tidak jadi, jadi kita buat 1MDB. 1MDB got nothing to do it...
Tidak beginilah Tuan Yang di- Pertua, can we assume benda itu ada sahajalah. Macam itu..
Kalau saya kata I don’t think so because Petronas belong to Petronas, macam mana kerajaan hendak gadai? Itu adalah allegation…
Jadi ini, adalah Menteri jangan don’t think, you have to give a honest answer dalam Dewan ini. The honest answer.
Pada saya tidak timbul. Dia tidak timbul.
Ada atau tidak ada?
Tidak ada.
Tidak ada, so this is the government stand.
Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Terengganu.
Tidak, tidak ini daripada Tun Dr. Mahathir dia tanya.
Tun Dr. Mahathir...
Kita hendak tolong dia tanya juga. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak berani katalah beli bon dan sebagainya tidak ada. Akan tetapi itu sebab saya kata allegation ini kita sudah buat. Government begitu serius, kita lantik Ketua Audit Negara kerana Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh buat ad hoc punya facts. Kita tidak boleh buat allegation if there is no truth in it.
Jadi kita hendak truth? How to get the truth, mestilah ada satu badan yang melaksanakan penyiasatan and the best melakukan penyiasatan is Ketua Audit Negara. Why? Oleh sebab ini involved financial transaction. Maknanya orang mesti tahu buat audit. Dia boleh check cashbook, dia pergi lejar. Selepas check cashbook dengan lejar dia tengok dokumen, interview the people and then dokumen kalau dia dokumen tempatan dia tidak puas hati dia minta daripada luar negara. This is kerja-kerja yang rumit dan sekarang pula Bank Negara terlibat, sebab apa terlibat saya kata baik. Dalam konteks ada maklumat-maklumat dokumen daripada luar negara yang mungkin tidak boleh diperolehi oleh Ketua Audit Negara tetapi Bank Negara dia ada international protocol, dia boleh guna itu untuk dapatkan maklumat tersebut. Jadi sekarang whatever allegation kita, whatever ad hoc punya facts kita buat, teori yang kita buat, let us find the truth, dengan izin. Then the truth, yang inilah yang sedang kita jalankan. Kita adalah satu kerajaan yang ada maruah. Kalau tiba-tiba kita buat allegation, kita percaya yang itu hendak ambil tindakan, tiba-tiba tidak betul, what happened to the country? Saya setuju cakap Yang Berhormat tadi dari segi nama 1MDB tadi. Itu sebab saya kata dia two paths. Let us look into the future. What is the plan? Takkan kita hendak 1MDB tutup, hendak bankrap. Saya kalau saya duduk belah pembangkang pun saya hendak supaya 1MDB ini diselesaikan. So, hendak selesai, let us look forward to the future. Jangan kita fokus hanya kepada di belakang. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan GST ini. Ada berapa…
Yang Berhormat Menteri isu Deloitte. Deloitte kata dia belum dilantik oleh kementerian.
Itu saya sudah jawab tadi Yang Berhormat. Dia ada consolidated account. Dia satu company yang banyak company. So, first stage dia buat Edra. Edra the thirteen companies. Later buat property, later baru buat holding company. Dalam holding companies ini sedang disiasat oleh Ketua Audit Negara so that is why it’s’ done later. Consolidated statement termasuk holding company and all the subsidiary companies itu. Sekarang Deloitte buat yang Edra dahulu.
Soalannya kenapa tidak boleh dilantik sebagai auditor semua termasuk holding company?
No, they will do that. Dia buat in stages.
Tuan Yang di-Pertua, ini sebenarnya common sense sahaja. Saya cadangkan Yang Berhormat Menteri nasihat kepada 1MDB yang dia punya closing account bulan 6 yang lain bulan 12 jadi ada log time. Ini semua bulan 12, ini contohlah. You have to audit all the subsidiary accounts dahulu dan you will delay your main company punya account. Dapat tidak point saya? Maknanya 1MDB bulan 6, yang lain-lain itu bulan 12 kena tutup akaun barulah tidak ada masalah.
Kalau dari segi pejabat consolidated account Tuan Yang di-Pertua, dia kena satu tempoh waktu. Kalau kata 1 bulan 6, satu bulan 12 dan satu bulan 3, dia tidak dapat hendak consolidate because consolidate mesti based on one common punya waktu. That is what financial statement is. Okey, boleh GST.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Saya ingat cukuplah on 1MDB.
Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak mohon kalau tidak dapat jawapan lisan, jawapan bertulis berkenaan dengan aset-aset di bawah 1MDB. Tadi ada disebut di bawah 1MDB aset ada property, ada financial instrument, ada energy sector. Jadi, boleh tidak Yang Berhormat Menteri senaraikan di bawah financial apakah pelaburan-pelaburan financial, senaraikan dan jumlah. Di bawah property, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange di Pulau Pinang, Pulau Indah berapa dan energy sector, Edra berapa? Boleh tidak senaraikan secara detail berkenaan aset-aset tersebut?
Yang Berhormat Menteri sedikit lagi, soalan saya tentang interest itu. Berapa bayaran yang untuk servis loan itu? Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi, kalau jawapan bertulis pun tidak apa tetapi mesti bagilah. Saya hendak tahu setiap hari atau setiap bulan kah? Berapa dia bayar interest sahaja untuk loan 1MDB terikat?
Maknanya begitu jelas kepada saya, Yang Berhormat tidak bercakap berteraskan kepada profit and loss balance sheet. Semua ada di situ, kita boleh dapat SSL tetapi Yang Berhormat hendak, nanti saya bagi pada Yang Berhormat. Mengenai dengan interest ini, kalau berdasarkan kepada RM40 lebih bilion, satu tahun lebih kurang dalam RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion. Saya tidak ada yang bulan-bulan itu. Itu sebab saya kata tadi...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] …Yang details figure dia. Tidak secara bertulis nanti.
Cukuplah itu yang setahun punya and then bila kita kurangkan dia kuranglah. Itu sebab kita hendak kurangkan hutang. Tuan Yang di-Pertua, tentang GST, sebahagian besar daripada soalan dibangkitkan adalah mengenai perkara-perkara yang melibatkan operational, dengan izin. Jadi saya ingat yang ini saya tidak jawablah nanti saya buat secara bertulis. Akan tetapi daripada segi ada beberapa yang dibangkitkan mengenai dengan tadi cadang untuk review ini, let’s not do that. Kita teruskan dengan – kemudian isu mengenai dengan kos kehidupan, yang ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kita tahu tetapi ini saya hendak sentuh sedikit sahaja. GST ini melalui dua fasa. Kita sudah selesai fasa pertama iaitu dalam konteks pelaksanaan. Pelaksanaan pada 1 April lalu, sampai bulan April lalu itu pelaksanaan. Kemudian, pada bulan Mei adalah submission of return dengan izin, daripada syarikat- syarikat. Keseluruhan kita ada 380,000 syarikat berdaftar dengan GST.
Kemudian pada bulan pertama, bulan Mei 75,000 buah syarikat dia kena submit, pasal ia berdasarkan kepada bulanan, ada yang tiga bulan, yang ini bulanan. Daripada 75,000, lebih 80% telah submit dan yang belum submit pihak kastam sedang hantar notis. Jadi apa yang berlaku kita amat berharap apabila buat submission, makna untuk tax credit, dapatkan tax credit kastam akan tahu berapa kos sebenarnya dalam pengendalian operasi syarikat dan berapa marginnya. Dari situ kita boleh kenal pasti adakah syarikat naikkan harga kerana margin ataupun kerana kosnya. Jadi kita berharap bahawa apabila berlaku fasa kedua ini maknanya kenaikan harga ini akan dapat dikawal. Kemudian mengenai dengan isu pengecualian petani. Ini kita ada bagi dalam special scheme. Maknanya petani yang bawah dari RM500,000, mereka boleh caj pada kadar 2% milik kepada mereka. Kemudian mengenai Pulau Tioman, Langkawi dan juga Labuan. Ini tidak dikenakan GST tetapi ada produk-produk yang kena GST yang dibawa masuk ke dalam kawasan tersebut kecuali kereta. Akan tetapi di Pulau Tioman kereta kena. Kemudian daripada segi kutipan. Kutipan ini saya belum dapat yang terakhir tetapi kita jangka pada tahun ini setelah tolak SST, kita akan dapat sebanyak lebih kurang RM600 juta tambahan surplus. Tahun depan lebih kurang RM9 bilion. Mengenai dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan kita mengenai dengan kos bagi binaan bagi barangan mangsa banjir. Tentang itu Tuan Yang di-Pertua ia di bawah special relief seksyen 56(3), Menteri boleh bagi kelulusan. Ini yang kita akan buat. Terima kasih, itu sahaja.
Menteri, isu MAS.
MAS macam ini ya. Ini melibatkan domestik flight Sabah dan Sarawak. Domestic flight kita kenakan GST. Ada MASwings yang ada bagi special package untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
[Bangun]
Menteri, minta pencerahan.
[Bangun]
Ya sekejap. Sorang-soranglah. Tiga yang bangun ini. Saya kena tanya Menteri yang mana satu hendak diberikan?
Yang Berhormat Kuala Langat.
Ya Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Menteri. Saya sudah bawa dalam perbahasan sebelum ini iaitu tentang Khazanah yang mengambil alih tentang operasi MAS dan pentadbiran MAS dan sebagainya itu yang mana telah dibelanjakan RM6 bilion untuk memulihkan kembali. Implementasi yang telah dilakukan oleh Khazanah itu melencong jauh dari dasar undang-undang yang sepatutnya dan sewajibnya dihormati dalam segi termasuk pampasan yang diberikan kepada pekerja- pekerja yang melencong dan tidak adil kepada pampasan itu sendiri. Jadi saya hendak minta kementerian supaya menyiasat sama ada pemberian pampasan yang diberikan kepada 6000 orang pekerja yang telah dipecat itu mengikut undang-undang supaya mereka tidak dianiaya dan juga memastikan Khazanah memulihkan dalam keadaan untuk melihat juga daripada segi konteks kontraktor, vendor-vendor. Termasuk juga Brahim’s Airlines Catering yang keterlaluan agreementnya yang memudaratkan pendapatan MAS yang tidak boleh kita ketepikan malah kita meletakkan kesalahan itu kos yang membebankan itu datang daripada pekerja. Jadi saya minta kementerian supaya memastikan Khazanah itu menghormati undang-undang yang tidak menganiaya pekerja. Mohon menteri respons soal ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menteri kerana dalam ucapan saya, saya telah bangkitkan peruntukan RM600 juta yang telah diluluskan pada tahun 2008 untuk projek menaik taraf jalan dari Damar Laut ke Changkat Jering. Ini telah diluluskan sejak RMKe-9 dan semasa saya bertanya Kementerian Kerja Raya, kementerian kata tanyalah Menteri Kewangan. Jadi saya hendak tanya ke manakah duit yang telah diluluskan sejak tahun 2008 ini bilakah wang ini akan diluluskan untuk pembinaan jalan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, dia bagi saya nampak.
Terima kasih.
Tidak, dia bagi saya dulu sebab saya berdiri atas bangku dia nampak.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tidak minta jawapan dalam Parlimen ini hanya saya berasa bimbang sungguhpun Yang Berhormat Menteri tidak ada menyentuh tadi bahawasanya hutang negara kita yang makin lama makin melebar. Walau bagaimanapun ingin mengambil kesempatan dalam Dewan ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mengurangkan defisit, annual deficit tetapi apabila masih ada annual deficit setiap tahun, ia akan menambahkan hutang negara yang saya kira makin lama makin genting. Hanya I don’t need any reply Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, hanya saya minta kerajaan betul-betul serius dalam menangani isu hutang negara kita. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada bangkitkan dua isu mengenai GST iaitu pertamanya, bagaimana GST semasa dilaksanakan kalau kita tengok tentang hak Kerajaan
Negeri Sarawak mengutip sales tax. Umpamanya tires, oil palm dan perkara lain di mana negeri Sarawak ada mengutip sales tax. Keduanya tentang juga GST iaitu mi kuning telah diklasifikasikan sebagai zero rated goods tetapi mi kolok yang dimakan oleh ramai orang Sarawak tidak diberikan status zero rated. Apakah sebabnya ada satu differential treatment ke atas kedua-dua mi itu? Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri jawapan?
Yang Berhormat Menteri, saya benarkan Yang Berhormat Stampin. Selepas itu Menteri jawab dan gulung.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih menteri. Soalan saya bersama dengan Yang Berhormat Kuala Langat iaitu tentang syarikat-syarikat yang digunakan lagi oleh MAS yang baru ini. Contohnya Brahim’s Airlines Catering kerana syarikat seperti inilah yang kenapalah MAS Airlines menjadi tahap sebegitu. Kenapakah kita masih menggunakan syarikat mereka? Kedua juga yang saya bangkitkan iaitu top management yang MAS dahulu kenapa kita masih pakai mereka lagi? Contohnya Ahmad Jauhari? Mereka yang menjadikan MAS sampai tahap sebegini sedangkan kabin-kabin kru they help MAS to win 8 years the best cabin crew award tapi mereka tidak ada not a single year they got this bonus. Terima kasih menteri.
Ya, sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya jangka isu MAS ini di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi saya akan sentuh sedikitlah lain-lain maklumat saya bagi secara bertulis. Kita terima hakikat MAS telah menghadapi kerugian. Malah kalau kita lihat full flash punya airline, kebanyakannya menghadapi kerugian dan mereka terpaksa buat restructuring. Itu sebab sekarang ada airlines, kita ambil Boeing. Sekarang ini ia tidak terbang merata tempat, ia hanya terbang 8 hours habis, itu sahaja. Kemudian syarikat airlines itu yang akan ambil alih. So itu berlaku. Jadi dalam konteks Malaysia Airlines System ini satu yang dihadapi oleh Malaysia Airlines adalah yield per passenger itu rendah walaupun naik tinggi dia punya passenger load tetapi bagi seorang passenger itu dia punya yield, dia punya return per passenger itu banding dengan lain-lain dia begitu rendah. Itu antara sebab utama berhadapan dengan kerugian. Itu sebabnya untuk masa depan diambil tindakan beberapa kakitangan termasuk apa Yang Berhormat bangkit tadi yang top management pun dikeluarkan pasal ada assesses, dengan izin di situ.
Jadi apa yang dilakukan oleh Malaysia Airlines System, dilakukan oleh Khazanah bermakna bahawa mereka akan berikhtiar dia akan buat satu back room services di Subang Airport dia akan ambil berapa ribu dan sebagainya. Kita harap ini akan jadi berjaya. Bawah MAS baru ini, makna tender-tender apa semua ini akan disesuaikan balik kerana kita tahu tender bukan sahaja daripada segi makanan, malahan dari segi dia punya stok untuk supply kepada equipment, spare part untuk kapal terbangnya pun begitu tinggi. Kemudian mengenai dengan RM600 juta....
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Malaysia Airlines sekejap.
Biar saya habiskan dahulu. Saya check RM600 juta ini. I don’t have the information right now. Dengan izin. Hutang negara kita sudah bincang awal tadi. Cakap Yang Berhormat itu betul. Until we get a kita punya bajet seimbang, balanced budget kemudian kita dapat surplus, then we will able to pay. Kalau tidak, kita akan top up. Tetapi top up ini kita mesti ingat dia mesti berteraskan kepada GDP. Selagi dia tidak 55% it is sustainable, kalau lebih 55% ia akan tidak sustainable. Kemudian hak kerajaan negeri dalam konteks sales tax ini, hak itu masih ada. Kita telah bincang dengan Kerajaan Sarawak dengan Sabah that belongs to you. Makna kelapa sawit, gaming dan juga tayar. Tentang mi tadi, mi kuning dimakan ramai orang. Mi kolok
daripada few mi ini dia ada value add sebab itu dia kena itu. Tetapi saya telah bincang dengan kastam, we will check on this. Mee lain
Mee kolok yang belum masak, macam mee kuning. Tentang hak kerajaan negeri memang itu kedudukan Kerajaan Persekutuan bahawa hak untuk mengutip sales tax ini masih dijalankan oleh kerajaan negeri. Apa yang saya hendak bangkitkan sekarang adalah akibat daripada kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mengutip tax itu, satu sales tax dan satu GST, akhirnya pengguna di Sarawak akan membayar double taxation. Contoh adalah tyres. Tyres kena GST dan sales tax di Sarawak. Apakah kerajaan akan buat supaya mengurangkan beban penduduk di Sarawak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. I beg to differ apa yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi dengan izin di mana I think keruntuhan MAS itu memang the major problem adalah kerana pengurusan long time ago yang semasa saya menjadi seorang aircraft engineer. It’s known over the industry that dekat Malaysia Airlines ada ramai technician yang claim OT. Apabila kita pergi ke sana, ada OT sheet then at night kapal terbang di situ tetapi tidak ada technician. Contohnya macam Brahim’s Catering saya hendak mungkin Yang Berhormat Menteri boleh buat satu investigation, saya difahamkan bahawa kalau contohnya kalau paket kacang itu, satu aircraft turun mereka perlu refill, semua bagi kacang, kacang yang bagi di Malaysia Airlines itu. Dia guna atau tidak guna dia mesti refill juga. Jadi it’s a wastage. Jadi isu utama di MAS adalah pengurusan. So I think once we have to carry out investigation towards syarikat macam ini dan something needs to be done.
Ya, Yang Berhormat Stampin.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri sudah sebut MAS ini sepatutnya Kementerian Pengangkutan.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Stampin duduk dahulu.
Menteri Pengangkutan cakap Menteri Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, hari itu masa kita tanya Menteri Pengangkutan, dia kata Menteri Kewangan. Sebenarnya siapa yang jawab ini?
Sila duduk, sila duduk.
Menteri mana yang menjawab? Saya bercakap khas untuk MAS sahaja. Kita berdiri masa Menteri Pengangkutan dia kata Menteri Kewangan.
...Under Menteri...
Spesifiklah Menteri mana menjawab.
Sila duduk. Sila.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Maknanya itu sebab ditubuhkan MAS baru. It’s no longer the old MAS. Maknanya apabila MAS baru ini perpindahan itu semua akan berasaskan kepada effectiveness, bukan lagi ada...
Stop Brahim’s Catering.
Let them discuss, kita tidak ada kuasa. Let them discuss on that.
Yang Berhormat Menteri saya tanya pasal MAS tadi....
Kemudian mengenai apa yang Yang Berhormat mengatakan tadi, we will check on that.
Pasal MAS ini Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja. Saya bangkitkan sebab ada satu interview dengan Sinar Harian dengan bekas Pengerusi CEO MAS Tan Sri Aziz, yang mengatakan bahawa beliau berjumpa dengan Khazanah, Khazanah kata kenapa kita reduce kepada 14,000 sahaja sebab kita ikut Singapore Airlines. Tetapi kata Tan Sri Aziz, Singapore Airlines 14,000 itu dalam sektor penerbangan sahaja tidak termasuk engineering, catering dan sebagainya. Dia kata dalam keadaan Tan Sri Aziz kata dalam keadaan dia hendak reduce pekerja masih lagi iklan cari pekerja baru dan masih lagi suruh staf-staf lama buat kerja overtime. Jadi, bagaimanakah dia selari dengan kita hendak buang pekerja dan macam mana kita hendak ambil pekerja baru. Jadi saya hendak tanya banyak sangat hanky panky ini. Jadi boleh tidak, suruh Menteri, satu siasatan dibuat. Dalam surat yang dikeluarkan kepada pekerja MAS, saya dapat kebetulan ramai pekerja tinggal di Sepang, surat itu menyatakan kerana apa yang kita buang pekerja kerana kita telah rugi hasil daripada competition. Bagaimanakah MAS sebuah syarikat yang sudah ada nama ni dengan ada competition terus rugi. Adakah ini satu alasan yang munasabah yang kami tidak boleh terima saya rasa. Banyak sangat diskriminasi yang berlaku. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, tolonglah at least buat satu siasatan supaya nampak jelas kita serius mencari sebab kenapa. Kita tidak mahu orang-orang yang terbabit merugikan MAS ini sekarang mereka tidak diambil tindakan langsung. Tajuddin Ramli lepas, kepimpinan lepas kita lantik yang baru sahaja. Ahmad Jauhari masuk balik. Adakah kita serius hendak pulihkan MAS ini? Hanya kita buat akta baru, segala isu lama kita tutup. Adakah ini adil? Sebab itu pekerja jadi mangsa. 6000 pekerja, kalau pekerja ini serah tiba-tiba mereka buat dengki mereka buat sesuatu jatuh lagi flight, macam mana Yang Berhormat Menteri? Ini jangan kita ingat perkara remeh. Saya harap Yang Berhormat Menteri tolonglah siasat perkara ini.
Saya ingat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih atas isu-isu yang dibangkitkan.
Baik saya jadi Menteri macam ini.
Terima kasih, saya menjemput Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dimulakan oleh Yang Berhormat Arau, sila.
Bismillahi Rahmani Rahim. Bagi pihak JPM saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Pilihan raya, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Jabatan Perkhidmatan Awam, ESSCOM, ICU, Parlimen, serta isu-isu am dan pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat beberapa soalan daripada Ahli Yang Berhormat, yang saya mungkin tidak dapat menjawab selepas tempoh masanya, jadi saya dengan izin acknowledge tentang apa yang mereka telah bangkitkan untuk membolehkan saya adil kepada semua kawan-kawan saya di Jabatan Perdana Menteri yang akan berucap 7 orang lagi selepas saya. Biarlah saya mengehadkan masa tertentu maksimum satu jam atau kurang lagi dan selepas itu kawan-kawan lain akan menjawab.
Jadi dengan tujuan acknowledge ini dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang pasu, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Setampin, Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Temerloh. Jabatan Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Permatang Pauh telah menimbulkan beberapa perkara, tetapi oleh kerana Yang Berhormat tiada di sini saya akan menjawab secara bertulis.
Yang Berhormat Sandakan dan juga Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Penampang bertanya apakah prinsip Borneonisation dalam perkhidmatan awam masih belum dilaksanakan sepenuhnya? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk memberi keutamaan kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak dalam pengisian jawatan utama agensi Persekutuan di kedua-dua negeri yang berkenaan. Mereka yang berpotensi, berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan sememangnya diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Antara kriteria yang dinilai termasuklah daya kepimpinan, kebolehan yang tinggi serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan, bersesuaian dengan jawatan yang bakal disandang. Walau bagaimanapun, kepelbagaian ketua jabatan dan pegawai yang berasal dari negeri yang berbeza merupakan satu keunikan yang dapat membantu memupuk dan mengukuhkan integrasi nasional di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia secara tidak langsung menyokong hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ke arah membudayakan semangat 1Malaysia untuk memperkukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional dengan penekanan terhadap nilai perkongsian identiti kebangsaan berasaskan kepada komitmen yang sama untuk membina negara maju dan makmur. Bagi pengisian Ketua Jabatan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak, daripada 312 jabatan agensi, sebanyak 178 ataupun 57.05% ketua jabatan adalah terdiri daripada anak kelahiran Sabah dan Sarawak. Sementara itu, keseluruhan pengisian jawatan di agensi Persekutuan di Sabah dan Sarawak yang berjumlah 161,663, seramai 139,776 atau 86.4% diisi oleh anak kelahiran Sabah dan Sarawak. Merujuk kepada kontrak eksklusif yang diberikan kepada syarikat Oretis Services Sdn. Bhd. seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang. Yang Berhormat Serdang pun nampaknya tidak ada dalam Dewan. Maka, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Temerloh juga tidak ada dalam Dewan, saya juga akan menjawab secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Kangsar. Berkenaan pandangan Yang Berhormat Kuala Kangsar supaya pembekuan dalam pengambilan perkhidmatan awam dilaksanakan secara selektif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah yang diambil oleh kerajaan baru- baru ini bagi mengawal saiz perkhidmatan hanya melibatkan pembekuan dan penangguhan kewujudan jawatan baru. Pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penempatan perkhidmatan boleh dilaksanakan oleh agensi seperti biasa. Usaha ini merupakan langkah terbaik kerajaan dalam mendepani realiti pada masa ini bagi memastikan kelangsungan pembangunan negara dan juga kesejahteraan rakyat. Merujuk kepada saranan Yang Berhormat Bukit Gantang supaya ketirisan yang berlaku hendaklah diambil perhatian dan segala teguran Ketua Audit Negara hendaklah diambil tindakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat memandang serius teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan pada setiap tahun. Oleh yang
demikian, kerajaan telah dan akan mengambil tindakan-tindakan yang lebih tegas dan proaktif seperti berikut: (i) Melaksanakan pelbagai inisiatif melalui program transformasi kerajaan bagi meningkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti, dengan izin, dalam jentera pentadbiran kerajaan; (ii) Menambah baik ke atas pengurusan perolehan dan pembangunan projek bagi mengenal pasti peraturan dan polisi yang perlu dikaji, dipinda seiring dengan perkembangan semasa; (iii) Memantapkan pelaksanaan khusus kewangan, perolehan dan pelaksanaan projek pembangunan di Institusi Latihan Awam, khususnya di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); (iv) Membuat kawalan dalaman bagi mengelakkan salah laku melalui tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan 2013, seramai 339 pegawai telah dimulakan prosiding tatatertib. Setelah meneliti fakta kes dan representasi pegawai, Lembaga Tatatertib memutuskan 132 pegawai ataupun 39% dikenakan hukuman dan 200 pegawai, 60% dibebaskan. Sementara empat pegawai atau 1% masih dalam prosiding tatatertib. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Kuala Nerus supaya waktu bekerja pegawai awam wanita dikurangkan kepada antara enam hingga tujuh jam sehari.
Minta laluan. Berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan daripada jawapan yang telah diberi oleh Menteri tadi, mendapati 132 pegawai yang telah dikenakan tindakan tatatertib. Jadi, soalannya saya ingin tahu, apakah punca daripada pemantauan pihak kementerian, yang menyebabkan berlakunya salah laku tatatertib di kalangan pegawai? Apa yang Laporan Ketua Audit Negara mendapati berbilion, kalau kita campur hampir semua kementerian dan agensi-agensi, wang negara kita tiris. Jadi, ini adalah satu kehilangan yang besar kepada negara dan ini adalah wang rakyat. Ini adalah satu kerugian yang amat besar. Jadi, saya ingin tahu, apakah puncanya berlaku? Setakat ini apakah langkah-langkah konkrit yang dibuat selain daripada tindakan untuk memastikan mengurangkan ketirisan kewangan negara ini supaya tidak berlaku di semua agensi kerajaan? Terima kasih.
Menteri, minta...
Sekali Yang Berhormat Bukit Gantang .
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang .
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Berkenaan dengan tindakan tatatertib yang dikenakan kepada pegawai-pegawai kerajaan, terutama dalam soal salah laku untuk pengurusan kewangan dan juga pentadbiran. Akan tetapi saya musykil sedikit, kadang-kadang pegawai kerajaan ini ialah mereka bertindak apabila dapat arahan daripada pihak yang lebih atas. Mereka pula kebetulan takut untuk hendak sanggah arahan tersebut. Sebab itu saya harapkan juga pegawai-pegawai kerajaan supaya setiap arahan yang dibuat oleh pihak atasan biarlah dalam bentuk bertulis. Kalau tidak, mereka nahas seperti mana yang pernah berlaku kes PPRT yang melibatkan RM32 juta. Yang kenanya ialah Ketua Setiausaha kementerian, sebaliknya Menteri tidak disabitkan. Minta pandangan.
Yang Berhormat, pertamanya pandangan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang. Oleh kerana soalan ini terlampau umum Yang Berhormat, jadi sukar saya untuk menjawab secara umum begitu sebab Yang Berhormat sebut kata berbilion wang rakyat telah tiris. Jadi, kita hendak tengok yang khusus, yang mana yang tiris sampai berbilion ringgit. Oleh sebab kita mesti berdasarkan kepada
Laporan Audit. Laporan Audit menunjukkan bahawa sesuatu perkara berlaku dan selepas itu benda ini dibawa kepada PAC. PAC akan mencadangkan tindakan. Jadi, tindakan yang kita ambil sekarang ini ialah berdasarkan kepada cadangan PAC untuk kita ambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam salah laku. Yang Berhormat, tindakan yang telah diambil ini ialah seperti yang telah saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Bukit Gantang, untuk membolehkan kita memastikan supaya pegawai menjalankan tugas yang terbaik dalam kehidupan mereka empat perkara yang JPA telah perkenalkan. Akan tetapi saya nasihatkan anggota kerajaan, supaya apa-apa tindakan yang mereka hendak ambil, kalau sekiranya betul-betul ia tidak termaktub dalam mana-mana peraturan, ia merupakan arahan daripada Menteri, tulis. Kadang-kadang kita sering mempersalahkan orang, bila kita orang tuduh salah. Saya bagi tahu pegawai, kena tulis. Walaupun ini arahan Menteri, tulis di situ arahan Menteri mengatakan sekian-sekian. Bagi tahu. Akan tetapi kalau sekiranya kita didapati bersalah, kita tuduh semua orang tapi bila orang tidak dapat mengesan kesalahan, kita diam. Jadi, untuk membolehkan ketelusan dalam pentadbiran, kita hendak pastikan bahawa memang ada arahan tertentu daripada pihak Menteri ataupun pihak atasan. Jadi, Menteri dan juga pihak atasan sudah pasti tidak akan melanggar apa-apa peraturan yang telah ditetapkan. Saya sendiri kalau saya hendak sokong orang saya sebut, Yang Berhormat pembangkang pun datang minta tolong banyak juga.
Saya kata menyokong pertukaran ini kalau sekiranya ia tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Itu yang terbaik. Ini kerana sebagai Menteri, kita kena tolong orang tetapi sebagai pegawai, dia juga menghadapi masalah dan juga kekangan dan dengan itu dia tulislah nota di mana-mana untuk hendak pastikan bahawa yang dibuatnya itu ialah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Kalau sekiranya kita membuat sokongan yang menyebabkan dia terpaksa melanggar peraturan, maka itu tidak boleh berlaku. Saya percaya pegawai tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kononnya ini arahan atasan dan sebagainya. Kita tulis secara terbuka dan secara telus untuk memastikan supaya kita tidak dituduh ataupun terdapat dalam Laporan Audit yang mengatakan bahawa sesuatu telah berlaku dan tindakan perlu diambil. Jadi Yang Berhormat, sebagai penjawat awam, kita mesti bertanggungjawab kepada apa yang telah kita lakukan.
Yang Berhormat Menteri, berkaitan isu yang sama.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang sebut tadi sebab secara umum kata...
Saya hendak khususkan sedikit.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang, ia begini senang. Kalau Yang Berhormat Menteri sedang menjawab dan Yang Berhormat Menteri tidak berhenti menjawab, tidak beralah, bermakna tidak memberi laluan. Sekarang saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, beri laluan atau tidak?
Berilah kepadanya.
Ya, sila.
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat menghormati apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi supaya semua pihak menghormati peraturan. Jadi kalau kita tengok dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lepas, banyak pelanggaran peraturan yang menyebabkan berlakunya salah laku sebab saya meneliti satu persatu buku Laporan Audit. Antaranya beberapa kementerian berbelanja melebihi daripada peruntukan. Ada kementerian yang berbelanja tidak mengikut peraturan kewangan. Ada tandatangan yang melepasi tarikh yang sepatutnya. Banyak. Kalau saya sebut terlalu banyak dan semua itu ada dalam buku. Ini kerana setiap kita dibekalkan buku dan saya baca laporan ini dan saya hendak tahu pelanggaran-pelanggaran ini melibatkan kementerian, melibatkan orang atasan, arahan-arahan. Jadi ini yang kita tidak mahu terus berlaku dalam negara kita.
Jadi apa yang Yang Berhormat tanya tadi detail, memang terlalu banyak detail di dalam ini. Sebab itulah berlaku kes sebelum ini saya ingat, pembinaan makmal komputer. Harga yang ditetapkan siling pada masa itu ialah RM200,000 untuk satu makmal komputer tetapi apabila nilai audit dibuat, nilai binaan makmal itu sebenarnya hanya RM60,000 dan bukannya RM200,000. Jadi terlalu banyak kebocoran dan ketirisan berlaku. Itu sebenarnya yang saya maksudkan. Minta penjelasan.
Yang Berhormat, semua sekali teguran Audit ini akan dibincangkan dalam PAC. Yang Berhormat dari pembangkang ada wakil dalam PAC. Yang Berhormat salurkan apa-apa yang Yang Berhormat hendak sampaikan. Akan tetapi, PAC sudah pasti akan mencadangkan tindakan-tindakan kepada kesalahan yang dilakukan. Yang Berhormat, sistem yang ada di negara kita ini adalah yang terbaik. Kita ada Audit. Audit boleh bagi teguran dan lain-lain lagi dan sesetengahnya Audit sendiri yang mencadangkan tindakan diambil. Kemudian mari PAC. PAC ini adalah wakil kita. Wakil rakyat yang berada dalam PAC akan membincangkan Laporan Audit. Yang Berhormat, daripada situ, selepas PAC bermesyuarat, selalunya pegawai yang akan ambil tindakan ini yang akan menghantar maklumat ini kepada jabatan-jabatan lain ialah Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan menghantar kepada semua jabatan lain termasuk JPA dan kita akan ambil tindakan kalau didapati penjawat awam berkenaan telah melakukan apa-apa kesalahan. Yang Berhormat, tidak ada masalah. Tidak pernah kita melarikan diri daripada kenyataan dan juga ketelusan. Yang Berhormat, kita semua ini – Yang Berhormat orang Islam, saya orang Islam. Saya hendak mati nanti, di akhirat saya tidak mahu menjawab bahawa kita telah menyalahgunakan dan sebagainya. Kita semua hendak pergi syurga. Buat apa kita berbohong. Yang Berhormat jangan timbulkan persepsi dan syak wasangka orang seolah- olahnya kita telah membuat bermacam-macam dan dengan itu tindakan tidak diambil. Siapa buat salah, kita akan ambil tindakan. [Disampuk] Apa cakap seorang-seorang itu. Bangun, bangun. Jangan merungut.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena bangun.
Ini Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat tanya pasal PERMATA, nanti. Ini Audit ya.
Kapar, Kapar. Kaparlah dulu, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kapar. Sorry, sorry.
Baik, saya pun ada bangkit berkaitan dengan Audit iaitu Audit Pengurusan Program Hari Belia Negara 2011-2013 yang saya bangkitkan dulu pun, sidang yang lalu pun saya bangkitkan, Tuan Yang di-Pertua, tetapi tidak diberikan penjelasan. Saya kata kenapa tidak dibentang sedangkan laporan itu sudah pun disiapkan dan tidak dibentang dalam sidang lalu dan juga dalam sidang pada kali ini. Jadi saya pun agak hairan apa yang berlaku. Saya difahamkan laporan itu siap dan telah pun mencadangkan beberapa cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan tetapi masih terdapat pelanggaran ataupun ketidakpatuhan kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Audit.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terjawab apabila sampai giliran Audit nanti. Yang Berhormat ada giliran nombor lapan. Sekejap ya. Jadi Yang Berhormat sabar sekejap. Sekejap lagi saya akan jawab khusus untuk Hari Belia. Akan tetapi Yang Berhormat kena berada semasa saya berucap. Kalau tidak, saya akan ambil pendekatan bahawa saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat ya. Undang- undang sekarang cukup ketat ya.
[Ketawa] Sila.
Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Kuala Nerus – Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. Maka saya akan jawab secara bertulis. Maka demikianlah Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mereka yang telah timbulkan
perkara-perkara tetapi tidak berada dalam Dewan. Mereka akan menerima jawapan bertulis daripada saya. PR1MA ya. Yang Berhormat Permatang Pauh menyatakan pembinaan rumah PR1MA yang mahal di bandar tetapi tidak dilengkapi dengan public transportation connectivity menekan golongan B40. Malangnya Yang Berhormat tidak berada dalam Dewan. Maka dengan itu dijawab secara bertulis. Yang Berhormat Sabak Bernam mencadangkan pembinaan Rumah PR1MA di Parlimen Sabak Bernam memandangkan tapak untuk projek itu telah dikenal pasti. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas sokongan yang diberikan terhadap PR1MA. Sesungguhnya PR1MA komited dalam usaha pelaksanaan projek-projeknya demi kemaslahatan rakyat. Cadangan dari Yang Berhormat Sabak Bernam adalah satu cadangan yang amat dialu-alukan. Oleh yang demikian, cadangan tersebut bolehlah dikemukakan kepada PR1MA untuk diperhalusi dan diteliti kesesuaiannya. Faktor spesifikasi, permintaan pemohon dan lokasi projek perlu diambil kira sebelum sesebuah cadangan pembangunan PR1MA dapat direalisasikan. Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan tetapi saya telah terjawab. Yang Berhormat Batu Sapi mencadangkan perumahan PR1MA diberi keutamaan kepada penduduk setinggan di kawasan beliau. Yang Berhormat Kota Kinabalu pula menyarankan agar PR1MA segera menimbangkan rumah kos rendah untuk Sabah. Malangnya, kedua-dua Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan. Maka jawapan mereka akan dapat jawapan bertulis. Yang Berhormat Setiawangsa menyatakan tahap gaji yang ditetapkan oleh PR1MA iaitu RM2,500 sehingga RM7,500 sebenarnya tidak menunjukkan kemampuan rakyat memiliki rumah dan menyarankan PR1MA memberikan perhatian kepada perkara ini. Yang Berhormat Kuala Selangor telah bersetuju dengan persoalan Yang Berhormat Setiawangsa agar PR1MA melihat rumah yang kurang daripada RM300,000 untuk menangani isu kebolehan membeli rumah. Yang Berhormat Paya Besar mencadangkan perumahan PR1MA di kawasan Paya Besar dijual dengan harga RM80,000 agar ia boleh dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Yang Berhormat Paya Besar mengambil contoh tahap kemampuan pemohon PR1MA Pahang sebagai rujukan. Yang Berhormat Paya Besar juga mencadangkan agar PR1MA dapat berbincang dengan kerajaan negeri kerana tanah untuk projek ini boleh disediakan. Jadi Yang Berhormat, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Klang juga tidak hadir, yang mahu mengetahui jumlah rumah- rumah PR1MA yang boleh dijual kepada golongan B40. Yang Berhormat juga mencadangkan supaya penyata kewangan PR1MA dibentangkan. Oleh kerana Yang Berhormat tidak hadir, saya akan jawab secara bertulis. Sekarang ialah bahagian PERMATA. Maaf, Bahagian Pengurusan Harta.
Perkara ini telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Langkawi. Yang Berhormat Langkawi ada sini tak? Okey, saya jawab secara bertulis, Yang Berhormat. ICU. Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui pencapaian RMKe-10 dan berapa projek RMKe-10 yang tidak selesai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mei 2015, sebanyak 11,894 projek telah dirancang, dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dalam jumlah ini, sebanyak 61.5% telah siap dan baki sebanyak 38.5% dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Yang Berhormat Rantau Panjang juga membangkitkan mengenai projek-projek RMKe-10 yang belum siap dan berapa kosnya serta projek-projek yang akan diteruskan dalam RMKe-11. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Mei 2015, sebanyak 11,894 projek seperti yang telah saya sebutkan tadi telah dirancang dan dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10. Daripada jumlah ini, sebanyak 38.5% berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan yang masih belum siap pada tahun ini akan diteruskan dalam RMKe-11. Yang Berhormat Kluang ingin penjelasan terperinci mengenai dana-dana yang tidak jelas itemnya iaitu dana fasilitasi, special project, projek mesra rakyat dan projek basmi kemiskinan. Yang Berhormat Kluang ya.
Minta penjelasan.
Ya, sila.
Saya ingin mendapat penjelasan, daripada 38.5% yang belum siap ini apakah punca sebabnya dan apakah yang menyebabkan terpaksa pertambahan geran baru kepada projek-projek ini. Ini kerana kita tengok dalam projek-projek yang telah dilaksanakan, banyak projek yang telah ditambah beberapa kali peruntukan baru siap. Jadi apakah 38.5% yang belum siap daripada RMKe-10 yang akan diforward kepada RMKe-11 ini menyebabkan berapa bilion lagi tambahan peruntukan untuk menyiapkan projek-projek ini. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, jawapannya senanglah, bahawa projek yang telah ditentukan kosnya sedang dalam pelaksanaan. Setengahnya masih dalam proses pemanggilan tender dan sebagainya tetapi secara keseluruhan Yang Berhormat, projek-projek ini akan bersambung ke Rancangan Malaysia Kesebelas sebab sesetengah projek mungkin ada sedikit kelewatan dan sebagainya. Saya akan bagi contoh ini, pelaksanaan projek di Parlimen sendiri. Ada kekurangan sikit, ada kelewatan sikit tetapi tidak menyebabkan kos kepada kerajaan. Yang Berhormat, dalam pemikiran kita untuk menyampaikan berita kepada rakyat, kita kena khusus sedikit. Kalau tidak nanti jatuh hukum fitnah, Yang Berhormat. Yang Berhormat kena sebut bahawa projek sekolah ini sebenarnya RM1 juta, tiba-tiba sekarang jadi berjuta-juta. Sebut secara khusus untuk membolehkan kita lihat faktor-faktor yang menyebabkan pertambahan harga kalau sekiranya berlaku. Sebab sesetengah projek yang disiapkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pun kadang-kadang ada pertambahan harga di atas sebab-sebab yang tertentu seperti spesifikasi yang telah ditambah dan sebagainya. Yang Berhormat jangan bimbang sangat soal itu dan lain-lain lagi termasuklah soal tanah dan sebagainya sebab kita tahu bahawa kadang-kadang pengambilan tanah ataupun pengiraan tapak itu juga mengambil masa. Jadi daripada segi pelaksanaan, kita dapati ianya menepati apa yang dikehendaki tetapi cuma kalau boleh, kerajaan cuba sedaya upaya nak pastikan supaya semua projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia yang berkenaan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia yang tersebut. Jadi pihak ICU akan berusaha keras menjalankan pemantauan supaya semua projek yang telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia yang berkenaan dilaksanakan dalam RMK tersebut. Yang Berhormat Kluang juga nampaknya menghilangkan diri. Yang Berhormat Kapar juga baru keluar. Yang Berhormat Kapar tadi ada kan?
Ada, ada. Sekejap lagi dia masuk balik.
Keluar sekejap? Akan tetapi malangnya masa tidak menunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat Beruas ada?
Tiada.
Tiada? Sik ada? Kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tiada.
Demikianlah Yang Berhormat. Yang Berhormat selalu menegur saya berdegar-degar tetapi ini hari tidak ada ya. Yang Berhormat Batu Kawan? Ya, Yang Berhormat Batu Kawan memohon garis panduan mengenai peruntukan Ahli Parlimen dan telah dimaklumkan bahawa peruntukan tersebut perlu kelulusan Ketua Bahagian UMNO, beliau ingin penjelasan mengenai perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diuruskan dan diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun Pejabat Pembangunan Negeri. Pegawai jabatan ini diberi kuasa untuk menimbang kelulusan sebarang program dan projek bagi pelaksanaan di kawasan Parlimen yang terlibat tertakluk kepada peraturan dan garis panduan semasa yang berkaitan.
[Bangun]
Ya, silakan.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan.
[Bangun] .
Semasa saya berhubung dengan SDO di Pulau Pinang, saya dimaklumkan bahawa pegawai di sana tidak tahu mengenai peruntukan ini dan mereka tanya kembali kepada saya, Yang Berhormat dapat maklumat ini daripada mana? Dia tanya saya. Jadi saya ingin bertanya di sini, mengapa maklumat ini bercanggah. Tadi Yang Berhormat Arau kata mengikut garis panduan, mengikut spesifikasi tetapi apabila saya tanya, tak ada garis panduan, mereka tak tahu. Jadi saya minta soalan saya ini saya rasa akan berharga untuk semua Ahli Parlimen di sebelah sini memandangkan wang itu kami tidak tahu sekarang ini statusnya sama ada telah digunakan atau tidak, amaun dia RM1 juta setahun kah atau RM1 juta untuk satu penggal kah, kami tidak tahu. Kami dengar ada RM1 juta tetapi sama ada audit dilakukan atas peruntukan tersebut atau tidak, siapa yang telah mengambil keluar wang tersebut, siapa yang membenarkan wang tersebut dibenarkan, apa projek dia, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we are in the dark about it. Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat, kalau boleh. Saya ada soalan yang sama juga, Stampin.
Ya, Yang Berhormat Stampin.
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga pernah ada soalan yang sama yang saya submit secara lisan iaitu peruntukan di kawasan Stampin. Jawapan yang diberi adalah lebih kurang RM1 juta telah pun digunakan tetapi soalan yang saya minta iaitu RM1 juta itu guna di mana. Saya minta jawapan secara bertulis dan terperinci macam mana duit itu digunakan dan cara untuk membuat permohonan supaya kita sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi, kita boleh juga gunakan peruntukan itu kerana di kawasan saya ini besar. Ada banyak organisasi, ada banyak gereja, banyak mosque yang minta peruntukan. Jadi saya harap Menteri boleh memberi jawapan yang terperinci bagaimana sebagai seorang wakil rakyat, kita boleh menggunakan peruntukan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat, seperti yang saya sebutkan tadi bahawa peruntukan khas ini boleh dibelanjakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Jadi Pejabat Pembangunan Negeri ada peraturan-peraturan dan juga garis panduan. Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat bahawa Pejabat Kemajuan Negeri Pulau Pinang tidak mengetahui adanya projek ini, saya akan tengok apakah Yang Berhormat rujuk yang mana satu sebab kita kena ingat bahawa ini projek khas termasuk projek keagamaan yang telah diberikan kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ianya dilaksanakan oleh Pejabat Kemajuan Negeri. Jadi, kalau Yang Berhormat tanya apakah, bagaimanakah Yang Berhormat boleh memohon peruntukan ini, peruntukan ini boleh dipohon kepada Pejabat Pembangunan Negeri ataupun terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi sebab ini adalah peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk diurus dan diselenggarakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Berhubung dengan Yang Berhormat Stampin, insya-Allah Yang Berhormat minta secara bertulis, saya akan jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan lagi.
Sikit, no problem.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, saya tanya pegawai, apakah garis panduan. Bererti saya ingin tahu wang itu boleh digunakan untuk apa.
Maksudnya untuk infrastruktur, pembinaan, repair jalan, tiang lampu, boleh diberikan kepada mangsa bencana untuk buat program, diberikan sebagai sumbangan pembinaan, dana. Jadi saya perlu garis panduan supaya saya boleh buat permohonan. Bila saya minta untuk garis panduan mereka seakan-akan tidak mahu memberi ataupun kata tidak tahu. Saya bercakap dengan hampir tiga orang pegawai di SDO. Bukan kata mereka tidak bekerjasama, mereka memang sangat polite, ramah tetapi tidak memberikan saya maklumat yang saya mahukan. Saya faham wang ini park di bawah Perdana Menteri, park di bawah ICU, park di bawah Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, saya hendak tahu di sini garis panduan dia. Macam contoh dalam empat hari ke lima hari lagi Ramadan akan mula. Jadi kalau saya tahu saya boleh gunakan wang itu maka saya boleh gunakan untuk bulan Ramadan ini. Lepas itu dengan izin mungkin festival Deepavali, Krismas and then back to school program. Jadi saya hendak tahu kalau wang ini wang rakyat boleh saya gunakan kembali kepada rakyat. Apa garis panduan? Apa prosedur dia? Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Lagi satu saya ada bangkitkan satu soalan mengenai juga peruntukan tetapi ini bukan di bawah Perdana Menteri tetapi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya ada membangkitkan isu itu dalam ucapan saya. Saya mohon untuk Menteri menjelaskan dan menjawab soalan saya. Terima kasih.
Menteri sekejap 30 saat sahaja, Yang Berhormat Stampin.
Oh! Yang Berhormat Stampin.
Ya, sama juga. Saya minta secara bertulis garis panduan dan juga setiap program dan projek yang telah pun diluluskan sampai sekarang. Terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan supplement dan compliment kepada projek sedia ada di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Ia digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek-projek kecil fizikal seperti pembinaan, menaik taraf jalan, jeti, jambatan, guardian, rumah-rumah ibadat, masjid, surau termasuk perbekalan peralatan. Selain itu ianya digunakan untuk membiayai program-program kemasyarakatan, sukan dan juga sosial termasuk sumbangan kepada NGO. Projek-projek yang dilaksanakan adalah Projek Touch Point yang dapat memberi impak segera kepada peningkatan taraf hidup rakyat. Jadi Yang Berhormat itu dia kedudukannya.
Yang Berhormat Menteri adakah ianya RM1 juta setahun atau RM1 juta satu penggal untuk lima tahun itu?
Tidak, dia tidak khusus. Dia ada kepelbagaian. Setengah tempat dia dapat lebih, setengah tempat kurang dan sebagainya.
Akan tetapi Menteri dalam jawapan Menteri pada tahun 2013 Menteri kata ada RM1 juta telah dipumpkan dengan izin kepada semua Ahli Parlimen pada 22 Mei pilihan raya, 5 Mei Menteri menjawab di Dewan yang mulia, pada 22 Mei wang itu telah diperuntukkan.
Menteri mana yang jawab?
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau?
Ya.
Yang Berhormat Arau itu siapa?
Pada 22 Mei wang itu telah pun ...
Saya tidak kata dimasukkan kepada Ahli Parlimen.
Ya.
Ini adalah peruntukan Parlimen.
Untuk setiap Ahli Parlimen Yang Berhormat Arau kata, untuk setiap Ahli Parlimen.
Untuk setiap kawasan Parlimen.
Yes sama ertinya.
Tidak, tidak.
Yang Berhormat setiap Ahli Parlimen untuk kawasan beliau.
Kalau Ahli Parlimen makna kata Ahli Parlimen yang membelanjakan itu peruntukan berkenaan. Ini adalah untuk setiap kawasan Parlimen.
Okey.
Jadi kadang-kadang ada kawasan Parlimen ada yang mohon lebih sebab ada keperluan-keperluan untuk mereka berbuat demikian. Jadi saya percaya saya tidak boleh silap benda ini sebab saya adalah seorang bekas Pegawai Kemajuan Negeri sebelum saya jadi Ahli Parlimen. Jadi saya tahu bahawa peruntukan itu diberi kepada Parlimen bukan kepada Ahli Parlimen.
Saya faham Yang Berhormat...
Akan tetapi Perdana Menteri...
Saya tidak kata Ahli Parlimen. Saya faham duit itu di bawah SDO dan saya faham macam contoh di Pulau Pinang ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ada. Jadi saya difahamkan ulasan yang diberikan oleh Yang Berhormat tahun 2013 bahawa jumlah itu park di SDO Pulau Pinang. Maka ia boleh dimohon oleh semua Ahli Parlimen tidak kiralah pembangkang atau kerajaan. Jadi masa saya telefon saya minta garis panduan. Saya tidak diberikan amaun dia, saya tidak diberikan garis panduan. Bagaimana saya hendak mohon Yang Berhormat. Saya perlu tahu apakah kriteria yang boleh saya mohon, apakah jangka masa, perlukah saya bagi sebut harga, satu quotation, tiga quotation, open tender, what is the process Yang Berhormat? Saya pasti...
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan sila duduk ya.
Yang Berhormat Stampin juga.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat terperincian tersebut saya sudah sebut sudah tadi bahawa ianya diletakkan di Pejabat Kemajuan Negeri dan kita boleh mohon kepada Pejabat Kemajuan Negeri ataupun kita boleh memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingat saya sudah menjawab hari itu ...
Ya, Yang Berhormat Batu Kawan duduk.
Kalau kita berdebat macam mana pun itulah jawapan saya tidak berubah lagi sudah.
Saya ingat Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Kawan boleh berjumpa Yang Berhormat Menteri selepas ini.
Ya jumpa saya no problem. Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada sini sudah pasti akan dijawab. Oh! Ya maaf, maaf sebab dia
terlampau dekat dengan Yang Berhormat Lanang ternampak Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat menyarankan agar JPP dikaji dan bukannya terus diberikan kepada kerajaan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan adalah sebuah agensi pusat di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, ICU. Dengan itu adalah lebih wajar dan sesuai semua projek ataupun program yang melibatkan peruntukan tertentu Kerajaan Pusat dilaksanakan ataupun diselaraskan oleh agensi yang berkenaan. Kemudian Yang Berhormat Bayan Baru mencadangkan peruntukan kawasan Ahli Parlimen dipindah dari ICU ke Parlimen agar dapat berlaku adil. Yang Berhormat Bayan Baru ketiadaan Yang Berhormat menyebabkan ianya terpaksa dijawab secara bertulis. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah bercakap mengenai ICU ataupun Unit Penyelarasan...
Minta penjelasan Yang Berhormat berkaitan dengan isu yang sama sebab saya pun pernah, minta maaf sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan projek peruntukan Ahli Parlimen ini saya pernah pergi ke Pejabat JPP meminta wang untuk projek di kawasan saya sendiri sebelum ini. Akan tetapi jawapan yang diberi kepada saya oleh Pengarah ketika itu dia kata ini dia ada saluran lain maknanya tidak boleh melalui Ahli Parlimen PAS kalau kami di Kelantan. Pernah saya berbincang dengan pihak pejabat jajahan untuk buat projek parit ataupun tali air di kawasan saya dengan nilai lebih kurang RM50 ribu sahaja. Saya minta panjangkan projek ini JPP melalui pegawai kerajaan. Akhirnya apabila selesai urusan dibuat dengan beberapa tempoh masa, jawapan yang diberi kepada saya balik ialah projek ini tidak akan diluluskan kecuali hanya dengan tanda tangan Ahli Parlimen ataupun wakil rakyat daripada Barisan Nasional. Jadi saya cukup tidak faham kenapa perkara ini berlaku sedangkan apa yang disebut dalam Dewan kita boleh mohon. Melalui saluran-saluran kita telah menggunakan saluran jabatan yang ada tetapi masih lagi kuasa politik digunakan sehingga projek yang sepatutnya diberikan kemudahan untuk rakyat gagal dilaksanakan. Sampai hari ini tidak dapat dimanfaatkan. Jadi minta penjelasan perkara ini supaya manfaat untuk akan datang.
Yang Berhormat berhubung dengan projek- projek kecil untuk rakyat saya ingat kita laksanakan dari semasa ke semasa. Malah kadang- kadang saya habis sendiri di mana-mana tempat ada juga permohonan daripada wakil rakyat pembangkang dan sebagainya. Kita kalau melihat bahawa ada keperluan projek itu dilaksanakan kita akak buat sebab ini projek kecil. Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat cara soalan yang ditampilkan kepada saya itu soalannya Yang Berhormat mencari nama, seolah-olah Yang Berhormatlah yang mohon projek tersebut. Saya rasa Yang Berhormat yang kita hendak sekarang ini ialah projek itu ada.
Yang Berhormat Menteri hendak tarik balik. Saya tidak ada apa-apa kepentingan untuk mencari nama, tidak ada hak, tidak ada perlu. Apa yang saya hendak tahu kenapa berlaku? Jadi saya rasa perkara itu menghina saya, menghina saya kenapa kata saya hendak cari nama? Kita di sini membawa suara rakyat, mandat rakyat bukan hendak cari nama.
Tidak, saya tidak rujuk kepada Yang Berhormat. Saya kata soalan-soalan daripada Yang Berhormat, saya tidak sebut pun Yang Berhormat Rantau Panjang yang sentiasa mendekati saya masa banjir dahulu memegang baby dengan cepat sebelum saya pegang jadi dengan itu kamera ambil gambar. Walau bagaimanapun Yang Berhormat bagi saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang penting ialah projek itu dilaksanakan. Sama ada dilaksanakan itu ialah nombor dua dan saya ingat nama ini kita kena ingat tentang siapa yang memohon projek tersebut dan sebagainya tidak ada masalah sebab Allah menentukan kenaikan martabat seseorang. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kalau Allah hendak menaikkan seseorang tidak ada siapa boleh menghalang.
Jadi Yang Berhormat, Yang Berhormat memikirkan bahawa projek itu adalah keperluan rakyat. Kalau tak buat ia boleh menimbulkan masalah. Yang Berhormat boleh mengikut saluran yang telah saya sebutkan. Kalau dihantar terus kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri pun saya ingat tiada masalah. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri orang yang cukup lembut hati dengan semua permasalahan rakyat. Terima kasih. Yang Berhormat, kalau saya melawat Rantau Panjang pun tidak ada masalah, Yang Berhormat boleh bersama. Kalau boleh Yang Berhormat berkawan-kawan lah dengan kawan-kawan daripada UMNO dan juga Barisan Nasional supaya kita boleh berinteraksi dengan lebih baik. PERMATA, ini ialah perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang tak datang kah? Yang Berhormat Ampang mencadangkan supaya PERMATA tidak membangunkan KEMAS tetapi mencadangkan PERMATA memperkasa golongan OKU. Yang Berhormat juga membangkitkan janji yang pernah dibuat oleh penaung PERMATA untuk membantu kaum Penan tetapi hingga kini masih tidak ada tindakan. Beliau seterusnya ingin tahu perbelanjaan secara terperinci mengenai PERMATA. Saya memang cukup bersedia untuk menjawab soalan ini dan beberapa tuduhan yang telah dibangkitkan kepada Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Rosmah tetapi Yang Berhormat tak datang nampaknya. Saya sudah kena tunai janji, tak boleh menjawab lah secara lisan kepada orang yang tak hadir jadi saya kena jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kapar pun yang menimbulkan perkara ini juga tidak berada di dalam Dewan. Berada di mana-mana. Yang Berhormat Rantau Panjang pun tak mahu bercakap apa-apa tentang ini. Jadi, dengan itu saya jawablah secara bertulis. [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, tak timbulkan fasal PERMATA. Saya hendak kena jawab bahawa saya tak mahu isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ditohmah dengan begitu rupa. Saya kena bagi fakta sebenarnya berhubung apa yang telah ditimbulkan. Oleh kerana Yang Berhormat tidak ada di sini, saya tetap tepati janji saya bahawa saya akan menjawab secara bertulis. Nampaknya saya terpaksa habiskan lebih awal daripada yang dijangkakan sebab Yang Berhormat berada di mana-mana. Berhubung dengan MKN ataupun Yang Berhormat Rantau Panjang hendak timbulkan juga tentang PERMATA. Hendak tanya apa? Silakan.
Jawab sahaja lah.
Tidak ada? Terima kasih.
[Dewan riuh]
Saya tak boleh jawab sebab soalan ini timbul oleh Yang Berhormat Ampang. Dia bertanya tentang penaung PERMATA, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah.
Tuan Yang di- Pertua, saya rasa kalau perkara itu bagi Yang Berhormat rasa kepentingan untuk menjawab segala tuduhan, saya rasa tidak salah. Maknanya perkara itu mungkin boleh meredakan atau menyelesaikan masalah. Tak ada masalah. Jawab sahaja.
[Bangun]
Saya sengaja memberi masa tadi untuk membolehkan Yang Berhormat Ampang berlari-lari masuk untuk membolehkan saya nampak mukanya. oleh sebab dia tak masuk, saya mengambil keputusan untuk menjawabnya secara bertulis sebab Yang Berhormat lain daripada JPM sedang menunggu dengan dahsyatnya untuk menjawab soalan perkara-perkara yang ditimbulkan kepada portfolio masing-masing. Saya pasti mereka akan memarahi saya kalau sekiranya saya melanggar masa yang telah ditentukan. Jadi, oleh kerana Yang Berhormat tidak hadir, saya berterima kasih kerana Yang Berhormat telah bercakap mengenai PERMATA dan jawapannya Yang Berhormat akan dapat secara bertulis nanti ya. Yang Berhormat Rantau Panjang boleh lah berjumpa dengan Yang Berhormat Ampang dan beritahu, malangnya kita tak dapat jawab secara lisan. TV sedang fokus kita tetapi malangnya Yang Berhormat Ampang tidak hadir. Jadi tak dapat dijawab secara lisan.
Yang Berhormat Sepanggar. Sekarang ini saya pergi kepada Majlis Keselamatan Negara. Yang Berhormat Sepanggar ini sahabat saya.
Ya, tiada.
Tidak ada ya? Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Macam mana? Saya kena jawab ataupun tak perlu?
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Sepanggar tidak ada. Walau bagaimanapun perkara ini telah dijawab semasa usul yang dibawa baru-baru ini. Sudah pasti saya ada beberapa jawapan terutamanya garis panduan untuk menjadi seorang malim gunung ya. Jadi, apabila kita tengok garis panduan tersebut, bahawa kita tidak akan bercakap seolah-olah menafikan kehadiran anggota sah yang lain ataupun anggota penyelamat yang lain ya. Kemudian Yang Berhormat daripada Setiawangsa, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Kapar menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah task force dalam membuat persediaan untuk menghadapi gempa bumi. Tidak ada seorang pun yang hadir maka mereka pun dapat jawapan secara bertulis. Sebenarnya saya tak gembira benda ini berlaku tetapi apakan daya sebab saya Menteri Barisan Nasional yang sentiasa berpegang kepada janji, jadi saya tak boleh jawab secara lisan.
Yang Berhormat Sepanggar berlari-lari.
Oleh kerana Yang Berhormat Sepanggar berlari-lari, maka saya akan jawab juga. Akan tetapi, sudah pasti akan mendapat giliran terakhir Yang Berhormat. Saya kena jawab soalan Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat lipis ada? Yang Berhormat Lipis berkenaan mangsa-mangsa banjir. Jadi Yang Berhormat Lipis juga masih berada di luar.
Yang Berhormat Lipis ada dalam Dewan.
Sudah ada dalam Dewan, Yang Berhormat Lipis? Berdasarkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Semakan 2012. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pindahan mangsa-mangsa bencana. Sehubungan dengan itu, pada peringkat kesiap siaga bencana, JKM telah mengenal pasti awal-awal lagi pusat-pusat pemindahan di seluruh negara untuk kegunaan menempatkan mangsa-mangsa yang dipindahkan. Antara fasiliti yang telah digunakan sebagai pusat pemindahan adalah seperti balai raya, pusat komuniti, kompleks belia, pusat latihan, sekolah, bangunan kerajaan serta dewan milik persendirian. Penggunaan fasiliti-fasiliti ini sememangnya telah menjadi norma atau amalan biasa selaras dengan konsep National Blue Ocean Strategy yang memanfaatkan semua prasarana awam secara guna sama. Berdasarkan rekod terkini daripada JKM, sejumlah 5,218 buah pusat perpindahan yang telah didaftarkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 61 pusat perpindahan dikenal pasti di Daerah Lipis berbanding dengan 472 pusat perpindahan di seluruh negeri Pahang. Pembinaan pusat perpindahan yang khusus untuk digunakan semasa bencana dilihat masih belum wajar kerana ia akan melibatkan implikasi kewangan yang besar dan mungkin juga akan menyebabkan pembaziran. Yang Berhormat daripada Sepanggar menyarankan agar malim gunung yang terlibat dengan urusan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu diberi penghargaan, ganjaran dan diserapkan ke dalam SMART team. Beliau juga mencadangkan kerajaan agar pembinaan semula kerosakan di kawasan gunung dilakukan segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Ranau, Sabah pada 9 Jun 2015 yang lalu, bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan penghargaan kepada malim gunung yang telah menunjukkan keberanian dan pengorbanan luar biasa ketika menyelamatkan mangsa gempa bumi di Ranau, Jumaat yang lepas. Ini termasuk juga anggota search and rescue, dengan izin, yang lain. Perbincangan lanjut bersama Kerajaan
Negeri Sabah telah dibuat bagi meneliti cadangan untuk memberikan penganugerahan yang bersesuaian sebagai tanda menghargai jasa mereka bertindak sebagai first responder untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam bencana yang berkenaan. Kerajaan Negeri Sabah juga telah menyatakan tujuan untuk mengesyorkan nama- nama penerima yang berkenaan. Bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas dalam kejadian gempa bumi ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan supaya diberikan bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban. Daripada jumlah tersebut, RM5,000 adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, manakala RM5,000 lagi adalah merupakan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah. Selain itu, sumbangan sebanyak RM2,000 turut diberikan kepada mangsa yang cedera. Manakala bantuan RM1,000 diperuntukkan kepada mangsa yang selamat dan tidak cedera. Sumbangan wang ihsan ini hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia yang merupakan mangsa kejadian di Gunung Kinabalu. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan baik pulih kawasan Gunung Kinabalu selain daripada RM8 juta bagi pembinaan semula Masjid Ranau yang rosak teruk akibat gempa bumi. Bagi memperbaiki 33 buah sekolah yang rosak, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tujuan tersebut. Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Majlis Keselamatan Negara atau SMART MKN merupakan pasukan elit negara yang mana dianggotai oleh pegawai dan kakitangan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia.
Pasukan ini dilatih khas bagi menjalankan tugas mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan bangunan dan penyelamatan di kawasan tinggi. Mereka terdiri daripada 141 orang anggota. Baru-baru ini di Sabah kita menghantar 16 orang. Dalam hal ini adalah dicadangkan supaya malim gunung ini dilatih oleh pasukan agensi penyelamat sebagai pasukan sukarela, Jabatan Bomba ataupun JPAM. Supaya kemahiran dan kepakaran mereka boleh dimanfaatkan dengan lebih berkesan selaras dengan tanggungjawab malim gunung berdasarkan buku panduan tugas dan tanggungjawab malim gunung yang telah disediakan oleh taman-taman Sabah iaitu dalam perkara 2, 5, 10 dan 11 iaitu “bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan pendaki yang berada di bawah tanggungjawab sepanjang masa pendakian, bertanggungjawab untuk membantu dan menyertai operasi menyelamat mangsa pendaki dan menguruskan serta merawat pendaki yang mengalami sebarang kes-kes kecemasan.” Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap malim gunung hanya dibenarkan untuk menyelia enam orang pendaki dalam satu-satu masa. Pengiktirafan juga perlu diberikan pada pasukan menyelamat seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (SMART Team), Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia “AJAP” Malaysia ataupun Jabatan Bomba dan Penyelamat (STORM), Pasukan Khas Pertahanan Awam, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan juga taman-taman Sabah serta NGO yang lain. Ini kerana semua pasukan kerajaan dan NGO saling melengkapkan tugas masing-masing. Itulah yang berlaku pada hari pertama kejadian gempa ini berlaku di mana kumpulan pertama operasi mencari dan menyelamat telah dilaksanakan terdiri daripada empat orang anggota pasukan bomba, empat orang malim gunung dan lain-lain pekerja taman Sabah yang semuanya mahir dengan keadaan geografi Gunung Kinabalu. Maklumat menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka yang cedera dibawa oleh malim gunung manakala sebahagian yang lain dibawa oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi pasukan pertama yang telah dihantar ialah seramai 15 orang yang terdiri daripada tiga orang daripada bomba, enam orang malim gunung dan enam orang dari taman Sabah. Daripada anggota bomba ini, mereka telah berjaya telefon salah seorang daripada malim gunung. Mereka telah berjaya sampai dalam dua jam lebih sahaja. Mereka boleh sampai dengan cepat kerana pengalaman mereka ataupun mereka sentiasa orang kata– pasukan bomba adalah salah seorang daripadanya
ialah daripada malim gunung seperti yang lain itu malim gunung dan taman Sabah juga ialah orang yang sudah biasa dengan pendakian di gunung tersebut.
Ya, Yang Berhormat Sepanggar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima Yang Berhormat Menteri. Ekoran daripada gempa yang berlaku baru-baru ini, hari ini berlaku banjir lumpur di kawasan Ranau dan di kawasan Kota Belud. Jadi kita minta supaya pihak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelak bencana yang lebih besar lagi akan berlaku. Keduanya, saya ingin hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Apakah kementerian Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengadakan latihan kepada SMART Team ini bersama-sama dengan malim gunung sekurang-kurangnya setahun sekali untuk usaha berjaga-jaga dan juga mengadakan latihan? Ini kerana SMART Team kita tidak dilatih untuk menyelamat di atas gunung. Saya yakin ini adalah pertama kali berlaku dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya SMART Team mereka terlatih ya. Akan tetapi kumpulan Search and Rescue dengan izin yang lain itu, setengahnya mereka bukan naik selalu di Gunung Kinabalu. Jadi SMART Team kita sendiri tidak ada masalah Yang Berhormat. SMART Team berada di tempat yang telah diarahkan dan mereka mempunyai latihan yang mantap mengenai perkara ini. Akan tetapi anggota- anggota yang lain termasuklah daripada bomba, JPAM dan juga tentera, mereka ini tidak mendapat pendedahan pendakian secara selalunya. Mungkin berkala dan mungkin ada di antara mereka yang tidak pernah memanjat Gunung Kinabalu. Saya sendiri ialah orang yang telah memanjat Gunung Kinabalu dan melalui kawasan-kawasan yang telah berlaku. Saya mengetahui tahap pendakian. Malim gunung boleh bergerak dengan begitu laju dalam dua jam ataupun tiga jam mereka boleh panjat dan turun mungkin dalam masa sejam. Akan tetapi johan ialah 2 jam 38 minit. Akan tetapi saya sendiri mengambil masa enam hingga tujuh jam untuk mendaki. Masa saya mendaki itu umur saya masih ‘trang tang tang’. [Ketawa] Jadi saya mampu berlari, sekarang ini mampu berjalan tetapi itu pun tidak dapat acclimatize dengan izin, cuaca di Gunung Kinabalu sebab Gunung Kinabalu ini lain sikit. Oleh sebab tingginya 13,000 kaki lebih dan helikopter yang pada keseluruhannya mampu untuk berada di tahap 9,000 kaki. Akan tetapi walau bagaimanapun secara keseluruhan helikopter yang hadir pada hari itu mereka telah berjaya untuk menjalankan tugas masing-masing. Jadi bagi orang yang tidak acclimatize dengan izin mendaki gunung, kita kena terima hakikat bahawa gunung ini makin tinggi makin nipis udaranya dan kita akan bernafas kurang. Apabila bernafas kurang, tenaga kurang. Akan tetapi malim gunung dia tidak ada masalah sebab dia sudah duduk dan tinggal di kawasan gunung itu. Kampung Kiau sebagai contohnya ialah kampung yang paling tinggi di Malaysia dan pendaki gunung banyak datang dari Kampung Kiau dan juga Kampung Bundu Tuhan. Mereka sudah berada di kawasan tinggi dan mereka telah acclimatize diri mereka tentang tersebut. Akan tetapi berhubung dengan SMART Team saya ingat tidak ada masalah. Akan tetapi tentang latihan ini Yang Berhormat, saya tidak payah umumkan. Biarlah Menteri yang berkenaan, Yang Berhormat Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan umumkan tentang skim dan juga program yang akan dicadangkan kepada malim gunung. Ini biarlah Menteri yang berkenaan mengumumkannya. Akan tetapi saya ingin beritahu bahawa soal kebajikan malim gunung itu dibincangkan dan dipertimbangkan dan mendapat perhatian dan prihatin daripada kepimpinan negara. Jadi itu yang pertama. Keduanya, mangsa banjir lumpur dan lain-lain lagi saya telah mendapat maklumat Yang Berhormat, insya-Allah dalam– sebab kalau Yang Berhormat tanya apakah yang harus kita ambil tindakan? Ini adalah sebahagian besarnya seharusnya usaha yang mesti diambil oleh kerajaan negeri sebab ia melibatkan tanah. Kemudian, apakah tindakan pihak kerajaan? Jadi saya ingin maklumkan bahawa dalam lawatan saya selepas habis Dewan Rakyat ini nanti, banyak perkara yang akan dibincangkan termasuklah banjir lumpur dan sebagainya. Pada masa sekarang sudah pasti ini di bawah pihak berkuasa negeri dan saya ini ialah Menteri yang memberi bantuan mengenai bencana. Jadi selepas bencana itu
walaupun saya menjawab di Parlimen, tetapi Menteri yang melaksanakan pasca banjir itu ialah JKR dan juga untuk pemulihan rumah Yang Berhormat Menteri Luar Bandar. Jadi Yang Berhormat pada keseluruhannya kita berpuas hati tentang usaha-usaha kerajaan. Walaupun kita tahu bahawa sesetengah orang bertanya saya, kenapa benda ini berlaku daripada satu ke satu? Itu saya tidak dapat menjawab. Ini hak Allah SWT menentukannya termasuk sebuah kapal yang telah hilang juga sekarang ini dimasukkan di bawah APMM untuk mencari dan menyelamat dan kita belum dapat mengesannya lagi. Jadi Menteri ini mungkin sesetengah orang kata – oleh kerana sebut Menteri bencana, jadi bencana berlaku. Tidak, Menteri yang menguruskan bencana bagi pihak Majlis Keselamatan Negara. Jadi Yang Berhormat, benda ini akan diambil tindakan yang sewajarnya. Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Penampang dan juga Yang Berhormat Kapar tidak hadir jadi saya akan jawab secara bertulis. Demikianlah Majlis Keselamatan Negara dan sekarang saya pergi kepada CJSO iaitu Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. Yang Berhormat Permatang Pauh lagi sekali gagal untuk berada di sini maka saya akan jawab secara bertulis. Jabatan Audit Negara, Yang Berhormat Pokok Sena sudah dengan sabar menunggu untuk mendengar jawapan dan inilah jawapan saya Yang Berhormat. Kalau hendak bertanya lebih lagi pun saya akan jawab yang itu juga.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang ingin mengetahui mengapa Laporan Audit Pengurusan Hari Belia 2011-2013 masih tidak dibentangkan walaupun Ketua Audit Negara mengatakan laporan ini telah siap. Jika perkara ini tidak dilakukan, maka bagaimana pengauditan terhadap 1MDB akan dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pokok Sena, isu ini telah dibangkitkan dalam sesi yang lepas. Akan tetapi yang dimaklumkan sebelum ini sebahagian besar daripada isu berbangkit dalam pengurusan program Hari Belia Negara hampir telah diliputi dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri Kedua. Jabatan Belia dan Sukan Negara juga telah mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan terhadap kelemahan berbangkit dalam pengurusan program pemberian bantuan tersebut. Saya ulang sekali lagi ya. Jabatan Belia dan Sukan Negara juga telah mengambil tindakan susulan dan penambahbaikan terhadap kelemahan berbangkit dalam pengurusan program pemberian bantuan tersebut. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini juga, Jabatan Audit Negara telah membangkitkan isu terutama laporan tahun 2012 yang berkaitan dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 21 November 2013. Bagi memastikan pihak kementerian mengambil tindakan penambahbaikan, penemuan berhubung dengan pelaksanaan dan juga pemantauan terhadap program tersebut telah dipanjangkan kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada bulan Mac 2014 bagi tujuan makluman dan tindakan susulan dan penambahbaikan terhadap kelemahan yang dibangkitkan. Pada masa yang sama Governance and Integrity Committee di peringkat Kementerian Belia dan Sukan juga telah ditubuhkan pada Januari 2014. Memandangkan perkara ini telah dibentangkan kepada PAC dan tindakan telah pun diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan juga Kementerian belia dan Sukan, maka dari segi peraturan, laporan ini tidak perlu lagi dibentangkan di Parlimen. Berkenaan dengan pengauditan 1MDB pula, ia sedang giat dilaksanakan sebagaimana permintaan kerajaan dan akan dibentangkan kepada PAC pada akhir bulan Jun tahun 2015. Terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada tadi Yang Berhormat Menteri sebut kata bahawa laporan itu telah pun di bentang dalam laporan audit yang 2012 kalau tidak silap saya ada ayat yang dibaca oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Akan tetapi, itu tidak menyeluruh bagi saya sebab yang saya minta ialah Laporan Audit Pengurusan Hari Belia Negara. Isunya mudah sahaja.
Sepatutnya bila dibuat audit, maknanya apa salah, apa masalah nak dikemukakan kepada Dewan, kepada kami semua. Apa masalahnya? Kenapa hanya sekadar kemuka? Saya tahu memang dikemukakan kepada pihak Menteri, kepada Kementerian Belia. Ini saya ada salinannya. Ini salinan Laporan Audit Pengurusan Program Hari Belia Negara 2011-2013. Akan tetapi isunya dah buat audit fasal apa tak bentang kepada kita? Kepada Parlimen? Itu isu yang saya tanya. Apa masalah? Kenapa nak disembunyikan? Oleh sebab itu saya membangkitkan bahawa walaupun ada cadangan-cadangan tetapi bila sampai kepada Karnival Belia Negara baru-baru ini tahun 2015, sekali lagi segala cadangan itu tidak dipatuhi. Ini beberapa kertas yang berkaitan dengan kontrak-kontrak, projek-projek yang berkaitan Karnival Hari Belia Negara yang diberikan tidak berasaskan kepada tender terbuka seperti mana yang dicadangkan oleh Audit Negara. Jadi bagi saya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang cuba nak disembunyikan. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa Audit ini mesti menunjukkan integriti dia. Jangan hanya sekadar, “Okey hangpa syaratnya hangpa janji kena bagi perbetul, lepas itu kami tak bentang.” Itu tak betullah. Sepatutnya dia kena bentang dulu supaya semua orang tahu bahawa apa yang dia cadang kepada ini – sebab dah kata nothing to hide. Ini seolah macam ada sesuatu yang nak disorokkan.
Nothing to hide, Yang Berhormat dengan izin. Bagi Laporan Audit yang telah saya sebutkan tahun 2012, Siri Kedua, tindakan tatatertib telah diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung dengan kes pemberian bantuan di mana seorang pegawai gred 52 telah dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji manakala seorang pegawai gred 44 telah dibebaskan. Siasatan bagi laporan yang telah dibangkitkan oleh PAC mengenai pengurusan Hari Belia juga sedang dijalankan iaitu daripada 20 Mei sehingga 19 Jun 2015. Yang Berhormat, sekarang ini PAC masih lagi menjalankan siasatan mengenai program Hari Belia yang dibuat daripada 20 Mei sehingga 19 Jun 2015. Sebenarnya seperti yang telah saya sebutkan tadi Yang Berhormat, isu ini telah pun masuk dalam laporan audit seperti yang saya telah maklumkan tadi dan tindakan telah diambil berdasarkan laporan audit tadi dan pegawai-pegawai yang telah terlibat telah pun dikenakan tindakan. Gred 52 dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji, manakala gred 44 dibebaskan. Dibebaskan juga hukuman ya. Ya.
Yang Berhormat...
Ya, sila-sila.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, walaupun ia masuk di dalam Laporan Audit 2012, tetapi dia tidak ada pendetailan tentang pengurusan program Hari Belia. Sebab saya membangkitkan bahawa macam mana pengurusan Hari Belia Negara, perbelanjaan itu melebihi daripada peruntukan yang diberikan. Perbelanjaan– kita nak tahu lah duit daripada mana? Daripada mana yang dicabut, daripada mana yang diambil untuk membelanjakan pengurusan Hari Belia Negara. Kemudian satu lagi ialah macam mana Audit– apakah Audit boleh bersetuju bagaimana ada satu peruntukan ataupun program atau projek dalam festival Hari Belia itu diberikan kepada syarikat antarabangsa, syarikat luar negara dari Australia. Parachute International. Sedangkan dalam perolehan kerajaan mensyaratkan bahawa kalau tidak ada kepakaran itu di negara kita, baru boleh bagi kepada syarikat luar negara. Sedangkan benda-benda yang dia buat ini ialah benda-benda yang memang ada kepakaran dalam negara kita. Ini bagi saya bahawa ada sesuatu yang saya persoalkan Tuan Yang di-Pertua tadi ialah apa masalah yang Audit tak boleh bentang ini? Fasal apa? Fasal apa tak boleh bentang ini? Fasal apa tak boleh bentang ini? Laporan Audit ini diarahkan untuk buat Laporan Audit Pengurusan Audit Hari Belia Negara, terperinci ini. Disebut ini. Kenapa tak boleh bentang benda ini? Sedangkan saya telah baca surat daripada Audit kepada Ketua Setiausaha Kementerian kalau tak silap saya bahawa mereka mesti memperbetulkan segala apa cadangan. Seolah-olahnya maknanya janji daripada kementerian, okey kami akan memperbetulkan. Jadi seolah-olah laporan ini tidak perlu dibentangkan ini. Bagi saya bahawa satu menyalahi dari sudut integriti untuk institusi seperti mana Jabatan Audit.
Sebab itu saya persoalkan macam mana orang nak percaya dengan Audit yang dia nak buat terhadap 1MDB?
Ya, Yang Berhormat oleh sebab perkara ini khusus Yang Berhormat patut timbulkan kepada semasa Kementerian Belia menjawab. Sebab ini melibatkan kementerian yang melaksanakan program Hari Belia Negara. Bagi saya ialah tugas utama saya ialah nak pastikan supaya laporan audit itu yang telah disiapkan dibincang dalam PAC dan selepas itu kita akan ambil tindakan kalau didapati mana-mana pegawai yang telah melakukan apa-apa kesalahan. Jadi yang berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat nanti, saya akan minta Kementerian Belia untuk memberi jawapan bertulis. Itu yang terbaik Yang Berhormat.
Tak. Saya bangkit Tuan Yang di-Pertua ialah – betul saya bangkit kedua-dua sekali saya minta respond daripada Kementerian Belia. Akan tetapi sewaktu Kementerian Belia menjawab itu saya tidak berada di Dewan dan saya juga minta beberapa perkara yang berkaitan dengan di bawah bidang kuasa Audit. Jadi bagi saya bahawa mudah. Laporan ini siap, fasal apa Audit tak nak bentang? Bentang kepada PAC satu hal lah. PAC berapa orang?
Kami semua ini berhak untuk mendapatkan laporan ini. Saya pun tidak pasti apakah yang dibentangkan kepada PAC ini, Laporan Audit Pengurusan Program Hari Belia ataupun Laporan Audit Kementerian Belia dan Sukan secara keseluruhannya. Ini satu pengkhususan.
Yang Berhormat tidak percaya kepada PAC?
Ya?
Tidak percaya kepada PAC?
Ini bukan soal percaya tidak percaya. Ini soal hak saya. Hak saya sebagai Ahli Parlimen, saya perlu mendapat. Kalau tidak, apa makna hantar sini buku Laporan Audit ini. Lebih baik serah kepada PAC semualah, tidak payah pergi ke kami.
Yalah. Dalam PAC ada wakil pembangkang. Jadi, sudah pasti benda itu harus ditimbulkan dalam PAC. Ada wakil pembangkang dalam PAC, timbulkan melalui beliau. Akan tetapi walau bagaimanapun, oleh sebab Yang Berhormat...
Tidak. Maknanya, buat apa beri kepada kami yang ini?
Tidak apa. Oleh sebab Yang Berhormat timbulkan secara khusus dan oleh sebab ia melibatkan kementerian yang lain, maka saya akan jawab secara bertulis. Saya faham apa yang tersemat di hati Yang Berhormat tetapi saya telah menjawab bahawa untuk Siri 2 Laporan Ketua Audit 2012, ini dia tindakan yang telah diambil kepada pegawai yang terlibat. Sama ada Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil teguran Audit dan telah memperbaiki mana-mana kekurangan pada program Hari Belia, ini saya akan mendapatkan maklumat daripada kementerian dan dia akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Jadi, Yang Berhormat kena janji itu.
Ya?
Kena janji untuk laporan itu.
Ini bukan janji. Ini beritahu kepada sahabat, dia duduk sebelah sini sahaja, tidak ada masalah.
Tidak kiralah duduk sebelah mana pun. Yang Berhormat pun tidak boleh hendak beri penjelasan fasal Laporan Audit ini macam mana.
Yang Berhormat kenal saya. Kalau saya berjanji, saya buat. Betul tidak?
Yalah. Fasal bawah tanggungjawab Yang Berhormat sendiri pun Yang Berhormat tidak boleh beri.
Yang Berhormat minta macam-macam, saya tunaikan janji. Saraan Ahli-ahli Parlimen, saya tunaikan janji. Yang Berhormat, jadi segala rasa sanubari asmara mara Yang Berhormat, insya-Allah akan disampaikan kepada kementerian dan mereka akan jawab secara bertulis. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menimbulkan. Akan tetapi Hari Belia, nampaknya Yang Berhormat Pokok Sena sahaja yang suka menimbulkan Hari Belia. Apa yang tersirat, saya pun tidak pasti. Saya berharap saya dapat bertanya Yang Berhormat di luar nanti. Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang Berhormat Permatang Pauh lagi sekali gagal menonjolkan diri, maka saya jawab secara bertulis. Kemudian, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. [Disampuk] Kamu Utara. Isu sebab-sebab SPR membatalkan penglibatan parti politik dalam mendaftarkan pengundi baru di mana Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan telah memohon agar SPR memberi kebenaran, kelonggaran terhadap perkara tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan Penolong Pegawai Pendaftar wakil parti membuat pendaftaran pemilih sekiranya tempoh pelantikannya telah tamat. Buat masa ini tiada pelantikan baru dibuat setelah tempoh pelantikan sedia ada tamat. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan SPR membuat penyelarasan terhadap pelaksanaan kaedah-kaedah pendaftaran sedia ada, di samping melihat kelancaran dan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, individu yang berhasrat untuk mendaftar sebagai pemilih boleh mengunjungi saluran-saluran pendaftaran lain seperti di kaunter pendaftaran pemilih di ibu pejabat SPR di Putrajaya, pejabat-pejabat pilihan raya negeri, pejabat daerah dan tanah, pejabat pihak berkuasa tempatan dan pejabat-pejabat pos yang terpilih serta kaunter-kaunter bergerak SPR di seluruh negara. Yang Berhormat Bayan Baru, mempersoalkan sama ada persempadanan kerusi di Sarawak dilakukan dengan adil...
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bangun Yang Berhormat.
Ada juga soalan?
Ada.
Ya, sila.
Berkenaan dengan pendaftaran di pejabat pos ini, saya menerima banyak aduan kerana pejabat pos tidak melakukan perkara ini. So, yang saya rasa banyak yang pergi ke pejabat pos, mereka mengalami tidak ada borang untuk diisi. Ada juga yang telah submit borang, nama sampai satu tahun tidak dapat juga. Bagaimana dengan efisiennya pejabat pos ini boleh membantu untuk mendaftar pemilih baru ini? Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat, di mana saya difahamkan SPR telah melantik wakil daripada JKKK ataupun JKKP, pengerusi untuk sebagai ARO. Di tempat saya, Petaling Jaya Selatan merangkumi DUN Taman Medan dan juga DUN Bukit Gasing, kedua-dua ini merupakan bandar Petaling Jaya, tidak ada kampung dan tidak ada JKKK. Bagaimana kita hendak bantu untuk mendaftar pemilih? Mereka tidak sanggup pergi sampai Shah Alam. Mereka tidak sanggup pergi sampai pejabat tanah. Mereka hendak sesuatu yang dekat, yang mudah untuk mereka daftar sebagai pengundi, terutama mereka golongan muda ini, yang telah pun mencapai umur 21 tahun. Saya hendak mencadangkan supaya beri balik kuasa kepada parti politik untuk peluang untuk kita daftar sama-sama. Terima kasih.
Yang Berhormat. Stampin, 30 saat. Terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya sendiri mendaftar sekurang-kurangnya
tiga kali di post office, barulah terjadi pendaftaran saya. Juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, di mana di Sarawak ini kawasannya besar. Jadi, semasa EC ini membuat penyelarasan, jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh benarkan parti- parti politik untuk menolong dalam pendaftaran itu. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, yang pertamanya ialah pejabat-pejabat pos yang terpilih serta kaunter-kaunter bergerak SPR di seluruh negara. Pejabat pos ini yang terpilih Yang Berhormat. Yang Berhormat pun sedia maklum. Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat Stampin bahawa mereka menghadapi masalah untuk membuat pendaftaran, perkara ini akan diperincikan oleh SPR.
Yang Berhormat...
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat supaya parti-parti politik dilantik semula, saya sudah beritahu bahawa kita sedang membuat penyelarasan. Jadi, kalau apa-apa nanti, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Menteri, bagaimana pengundi baru tahu yang mana satu pejabat pos yang dibenarkan untuk daftar, mereka tidak tahu. So, bagaimana kita dapat satu list itu, pejabat pos di setiap Parlimen supaya pengundi tahu mereka boleh daftar di pejabat pos itu.
Yang Berhormat, 30 saat sahaja. Oleh sebab Wawasan 2020 sudah dekat, jadi untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kita adalah sebuah negara yang efektif, jadi saya harap Yang Berhormat boleh berikan satu jangka masa. Terima kasih.
Berhubung dengan senarai pejabat-pejabat pos, kita boleh, tidak ada masalah. Kita boleh edarkan kepada Yang Berhormat. Berhubung Wawasan 2020, ini menjadi idaman dan impian bersama rakyat Malaysia, sama ada Barisan ataupun pembangkang sebab ini adalah untuk rakyat. Sudah pasti kita akan buat yang terbaik, Yang Berhormat. Kita yang berada di Dewan ini juga bekerja keras untuk memastikan bahawa wawasan negara, Wawasan 2020 menjadi kenyataan.
[Bangun]
Untuk tujuan tersebut, kita hendak pastikan bahawa segala proses yang berjalan sekarang ini dapat dilancarkan, termasuk juga SPR. Jadi, buat masa sekarang Yang Berhormat, SPR masih lagi meneliti tentang pendaftaran yang dibuat oleh parti-parti politik kerana kita kena pastikan supaya pelaksanaan tersebut biarlah ada penyelarasan dan juga keberkesanan.
Yang Berhormat, saya berlangsung. Oleh sebab itu kita kena ada jangka masa. We have to have a milestone to be a good example. Terima kasih.
Boleh ya? Saya pun tidak faham, mengapa dulu sebelum itu parti politik boleh mendaftar pengundi baru, mengapa sekarang tidak? Kita melakukan perkara yang baik. Kita membantu SPR untuk daftar pengundi baru. Mengapa sekarang tidak dibenarkan? Apa masalah yang menyebabkan SPR membatalkan ARO dari parti politik?
Ya, Yang Berhormat Menteri...
Ya. Kita mempunyai alasan tersendiri, alasan yang kukuh kenapa kita tangguhkan pelantikan wakil-wakil politik. Berhubung dengan pejabat pos menggunakan pendaftaran pemilih Borang A secara berkomputer. Bagi individu yang mendakwa namanya tidak didaftarkan, perlu membuat tuntutan semasa rang daftar pemilih dipamerkan. Jadi Yang Berhormat, benda ini Yang Berhormat boleh timbulkan dan nanti saya akan berikan senarai pejabat pos yang boleh mendaftar daftar pemilih. Berhubung dengan Stampin, kita bersama. Dalam proses untuk menuju Wawasan 2020, sudah pasti kita akan mengatasi segala kekurangan dan kita akan menambah baik di mana yang sesuai.
Yang Berhormat Bayan Baru, tidak hadir ya. Terima kasih. Bukan terima kasih tidak hadir, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan perkara-perkara berhubung dengan SPR. Termasuk Yang Berhormat Bayan Baru ini, dia banyak lagi timbulkan benda-benda yang lain yang saya hendak maklumkan bahawa termasuk dalam kes Sarawak. Yang Berhormat sedia maklum dalam proses persempadanan ini, kita setelah tempoh lat lapan tahun, SPR akan buat kajian dan seterusnya kita akan dapat kelulusan daripada Dewan. Dalam kes Sarawak, mengikut peraturan yang telah dibenarkan, mereka meluluskan dahulu dan sekarang ini SPR sedang membuat kajian. Tapi oleh kerana kes ini kes mahkamah, jadi tidak perlulah saya teruskan dan kita tunggu keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah. Pasca banjir. Yang Berhormat Kubang Kerian. Ya Yang Berhormat Kubang Kerian, terima kasih dengan sabar telah menunggu. Membangkitkan tiga isu mengenai pembinaan rumah kekal baru untuk mangsa banjir. Isu pertama ialah berkenaan dengan pembinaan rumah kekal baru di atas tanah yang mempunyai hak milik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 Jun 2015 – Tuan Yang di- Pertua boleh berhentikan saya bila tepat tempohnya. Sekarang ini baru...
Sekarang ini Yang Berhormat Menteri sudah ambil masa satu jam 20 minit.
Oh, saya sudah agak terlambat. Boleh tidak saya jawab semua ini secara bertulis?
Stampin dulu Yang Berhormat, boleh? Stampin punya jawapan.
Saya ingin memaklumkan – Yang Berhormat Kubang Kerian ini saya biarlah sebab dia berada di sini dengan sabarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 Jun 2015, di peringkat awal dulu masa Parlimen ini dimulakan, saya bagi tahu bahawa lima rumah telah didaftarkan dan selepas itu Ahli-ahli Yang Berhormat sebahagiannya tertawa kepada saya. Tapi apabila saya bagi tahu kelambatannya disebabkan oleh tanah, semua diam. Tapi pada hari ini saya ingin memberitahu pada Yang Berhormat, sehingga 1 Jun 2015, sebanyak 33 unit rumah kekal baru yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan telah siap dibina di seluruh Malaysia termasuk 11 di Kelantan. Pada masa yang sama, 580 unit sedang dalam pembinaan di seluruh Malaysia termasuk 445 unit di Kelantan. Pembinaan sebuah unit rumah menggunakan kaedah konvensional mengambil masa 75 hari untuk disiapkan dengan syarat tanah tidak mempunyai sebarang bebanan dan mempunyai hak milik yang telah disahkan. Untuk makluman, pengesahan hak milik tanah dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan negeri. Sebaik sahaja pengesahan hak milik sesuatu tapak diterima, JKR akan menjalankan siasatan tapak untuk menentukan kesesuaian pembinaan rumah kekal baru di tanah berkenaan. Sekiranya tanah yang disahkan hak milik tersebut didapati tidak sesuai dan memerlukan kos kerja tanah yang tinggi, pihak kerajaan perlu mengenal pasti tapak baru yang bersesuaian. Isu yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian ialah berkenaan pembinaan rumah kekal baru di atas tapak milik Kementerian Pendidikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak yang dimaksudkan adalah untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sireh, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rahmat dan Sekolah Kebangsaan Tualang. Tapak untuk pembinaan sekolah-sekolah berkenaan telah dikenal pasti sebelum berlakunya insiden banjir pada tahun lepas. Pengenalpastian tapak-tapak ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah dimaklumkan dari semasa ke semasa. Saya mengkhuatiri sekiranya tapak ini digunakan untuk pembinaan rumah kekal baru, kerajaan tidak dapat mencari tapak lain bersesuaian untuk pembinaan sekolah. Di samping itu, pihak Kementerian Pendidikan mempunyai perancangan masa depan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar rendah dan menengah yang perlu diberi
keutamaan bagi menjamin pembangunan modal insan yang seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Isu yang ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Keriaan ialah berhubung dengan kos pembinaan yang dikatakan telah meningkat akibat GST. Untuk makluman Yang Berhormat, kos pembinaan sebuah rumah kekal baru mengikut spesifikasi JKR adalah kekal pada tahap RM48,000. Harganya tidak termasuk kos-kos lain seperti kerja awalan dan juga insurans. Selain itu, sekiranya tapak berkenaan berada jauh dari pejabat jurutera daerah, kos yang perlu dibayar boleh meningkat berdasarkan jadual kadar harga JKR. Berkenaan dengan GST, kontraktor yang berdaftar dengan Kastam Diraja Malaysia boleh membuat tuntutan balik ke atas GST yang telah dibayar untuk pembelian bahan binaan. Kontraktor yang tidak berdaftar dengan Kastam Diraja Malaysia digalakkan untuk mendaftar bagi membolehkan tuntutan balik dibuat. Tuan Yang di-Pertua...
Boleh tanya sikit? Boleh sikit tidak?
Boleh bertanya sikit?
Ada dua yang bangun. Yang mana satu?
Boleh saya sambung lagi? Sebab saya nanti melanggar janji.
Ya, sila.
Thank you.
Yang mana satu Yang Berhormat?
Dua- dua boleh.
Ya, sila.
Bagi orang tua dulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Kerja Raya mengenai pembinaan rumah ini yang menyebut bahawa tanah yang pernah dicadang diberikan kepada Kerajaan Pusat untuk pembinaan ini berada 100 kilometer dari Kuala Krai. Saya hendak minta pengesahan, tanah yang mana yang ditawarkan sampai begitu jauh sehingga Kerajaan Pusat terpaksa menolak? Ini kerana saya rasa kalau 100 kilometer dari bandar Kuala Krai ini, sudah masuk sama ada Gua Musang ataupun di Kota Bharu kah, atau macam mana ya? Jadi hendak minta pengesahan. Juga, saya ucap terima kasihlah daripada lima rumah jadi 11 rumah. Itu peningkatan 100% lebihlah itu. Cumanya, dalam hasrat Kerajaan Pusat ini hendak membina seribu lebih rumah di Kuala Krai ini, jadi agak-agak bila kita boleh dapat menyelesaikan pembinaan ini? Terima kasih.
Okey, saya tambah sikit saja. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan cadangan untuk menggunakan dahulu sebenarnya tapak yang telah diluluskan kepada Kementerian Pendidikan, saya sebut itu kerana selalunya kerajaan beralasan bahawa tanah itu tidak ada. Jadi kita sudah mempunyai tapak yang telah diluluskan dan kalau digunakan dulu pun, boleh jadi kerajaan negeri akan menggantikan dengan tapak yang lain dan kita tidak pernah menolak permohonan daripada Kementerian Pendidikan sebelum daripada ini. Yang keduanya, saya mendengar berkenaan dengan GST daripada jawapan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebentar tadi bahawa beliau memberi jaminan untuk tidak mengenakan caj GST ataupun Yang Berhormat Menteri boleh memberikan arahan untuk mengecualikan caj GST untuk pembinaan rumah mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai. Minta pengesahan.
Jawapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, itulah jawapan saya. Jadi kalau Yang Berhormat memikirkan bahawa tadi jawapan telah diberi Yang Berhormat Menteri berhubung dengan GST, maka itulah jawapan saya ya. Kemudian berhubung dengan tapak Kementerian Pendidikan, saya telah jawab Yang Berhormat. Berhubung dengan JKR, saya akan menyampaikan maklumat kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dan saya akan bagi jawapan secara bertulis. Bilakah selesai? Yang Berhormat, kita bertungkus-lumus dan kita jangka, ini jawapan baru pada hari ini ya, sebelum Aidilfitri, 133 buah rumah dijangka dapat disiapkan. Ini saya sebut secara umumlah, Yang Berhormat ya. Jadi secara khusus, Kuala Krai dan sebagainya, biarlah saya bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat, oleh kerana saya telah lama berada di sini, jadi saya ingin menyentuh bahawa perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat yang saya tidak dapat menjawabnya, saya akan jawab secara bertulis tapi saya akan sebut. Ini berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri. Pertamanya, Yang Berhormat dari Kapar yang membangkitkan mengenai kerajaan mengutamakan pembelian jet akan tetapi rakyat tidak diutamakan. Ini saya ingin memaklumkan bahawa ini ialah pesawat rasmi. Jadi yang lain-lain itu saya akan bagi jawapan secara bertulis. Berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri mempunyai peruntukan yang tinggi oleh Yang Berhormat dari Kluang, juga saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kluang juga ingin mengetahui tentang dana-dana yang tidak jelas itemnya iaitu dana fasilitasi, special project, Projek Mesra Rakyat dan Projek Basmi Kemiskinan. Itu juga akan diberi secara bertulis. Berhubung dengan Parlimen, sebenarnya ini patut dijawab secara ini tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya akan jawab secara bertulis ya. Yang pertamanya ialah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Stampin berhubung dengan projektor dan juga renovation. Ia akan dijawab secara bertulis, Yang Berhormat. Ini janji saya. Yang Berhormat Silam, Yang Berhormat Kuala Selangor mencadangkan agar Akta Perkhidmatan Parlimen dihidupkan semula. Yang Berhormat Bayan Baru mencadangkan institusi Parlimen direform dengan membuat pindaan kepada Akta Majlis Parlimen [Akta 347] dan Yang Berhormat Bagan menyarankan agar Jabatan Parlimen tidak diletakkan di bawah JPM dalam usaha memartabatkan institusi Parlimen.
Ini kena jawab supaya rekod ada untuk pemberita melaporkan dengan cara betul dan tepat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada tahun 1992 dibuat untuk memberi ruang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Parlimen untuk mengembangkan kerjaya masing-masing dengan lebih luas lagi. Oleh itu Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 tidak akan dipertimbangkan buat masa ini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Namun kajian mendalam akan dilaksanakan. Yang Berhormat daripada Putatan juga telah menimbulkan perkara-perkara yang berhubung dengan bajet Parlimen agar ditambah dan sebagainya. Saya akan jawab secara bertulis. Kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Batu agar Suruhanjaya Reformasi Perundangan serta banyak lagi jawatankuasa pilihan Parlimen diwujudkan termasuklah Jawatankuasa Fiskal Parlimen dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Institusi Parlimen dalam usaha reformasi dan memartabatkan institusi Parlimen, akan mendapat jawapan bertulis. Yang Berhormat Kota Melaka mencadangkan dalam usaha untuk Parliament reform, buku-buku jawapan lisan yang tidak sempat dijawab dalam Dewan hendaklah diagihkan kepada semua media untuk memperbaiki imej Parlimen. Yang Berhormat, semua sekali maklumat ini akan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Ada seorang Yang Berhormat berkata saya dengan perkataan yang kurang manis di luar Dewan berhubung dengan jawapan. Jadi dia minta saya edarkan kepada media. Yang Berhormat, tanggungjawab Parlimen ialah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, buat masa ini tidak ada keperluan untuk diagihkan kepada media kerana media ini terpulang kepada Yang Berhormat sendiri untuk mengagihkannya.
Tugas parlimen ialah untuk pastikan supaya apa-apa pertanyaan jawab lisan diedarkan terus kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan dan jawapan bagi pertanyaan jawab bertulis diedarkan dalam bentuk buku kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Hendak kata apa lagi, katalah sekarang ya. Teruk kata dekat saya sampai dengan perkataan suruh berhenti dan sebagainya. Saya tak mahu berhenti, hendak tunggu tang ini sahaja. So, what are you going to do to me? Dengan izin. [Ketawa] Cukuplah Parlimen, siapa lagi hendak suruh berhenti kerana sebab jawab itu tak bagi pada media? Thank you very much. Tentang ESSCOM, saya telah pun menjawab usul dan saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Pak cik ini pergi mana ya? Yang Berhormat dan demikianlah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat saya akan menjawab secara bertulis. Kemudian akhir sekali ialah tentang pejabat..
Tuan Yang di-Pertua..
Ya?
Tuan Yang di-Pertua, Sandakan ada.
Bukan, bukan ada. Sebab apa, masa tidak mengizinkan jadi saya akan jawab secara bertulis. Cantik Yang Berhormat, jawab bertulis lebih bagus sebab Yang Berhormat boleh edarkan kepada media dan terpulang kepada media untuk mengedarkannya. Kadang-kadang media lebih suka bertulis. Ini sebab Yang Berhormat daripada Pensiangan dan lain-lain lagi sedang memberi amaran terakhir kepada saya termasuk Tuan Yang di-Pertua. Saya berjanji tadi satu jam, sekarang sudah terlajak. Yang Berhormat Kuantan mencadangkan supaya diwujudkan fixed term bill sepertimana United Kingdom. Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Ampang membangkitkan mengenai penglibatan wanita sebanyak 30% dalam Parlimen. Yang Berhormat Bayan Baru ingin mengetahui sama ada berucap dalam PWTC adalah disebabkan attract to national security oleh IGP akan tetapi Yang Berhormat merasakan ia bukan dari IGP tetapi dari Yang Berhormat Pekan. Mungkin takut ataupun rasa cemas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan Yang Amat Berhormat Pekan untuk tidak hadir pada program tersebut adalah dibuat berdasarkan untuk mengelakkan sebarang huru- hara serta kekecohan daripada berlaku yang mana boleh mendatangkan risiko keselamatan. Yang Berhormat Temerloh membangkitkan isu fungsi agensi kerajaan yang bertindih dan beliau mencadangkan saiz Kabinet dikecilkan sesuai dengan peranan dan tugas penjimatan boleh dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap Menteri yang dilantik telah mempunyai tanggungjawab untuk memegang dan melaksanakan portfolio serta bidang tugas masing-masing. Sebagai mematuhi janji sebab saya selalu pegang kepada janji dan Yang Berhormat pun tidak bertanya lagi tentang Parlimen. Tak tanya tentang keadaan...
Ya, Yang Berhormat Menteri, ada yang text saya tetapi tak berani agaknya hendak bangun.
Ya?
Siaran baru sudah diluluskan, bila hendak kuat kuasa?
Ya, dia orang tak tanya. Puak-puak ini tak tanya sebab Speaker sahaja tanya, saya akan bisik dengan Speaker sekejap lagi. [Ketawa]
Boleh, Yang Berhormat semua, saya tahu Yang Berhormat takut nanti media keluar, Yang Berhormat bertanya soalan yang berkenaan. Saya tahu. Ada Yang Berhormat berani, ada yang takut juga ya. Jadi oleh sebab Yang Berhormat tidak tanya soalan itu, saya akan jawab kepada Speaker secara...
Bisik.
Bila berjumpa nanti ya. [Ketawa] Tidak ada, terima kasih ya. Saya rasa itu sahajalah perkra-perkara yang...
Lumut, Lumut, sebelah ini Lumut.
Stampin ada isu yang mungkin terlupa. Ada soalan. Tentang SBST ini. Boleh Tuan Yang di-Pertua? Stage bus service transformation di Kuching.
Itu bukan masuk..
Under SPAD, S.P.A.D.
Oh, ini sekejap lagi Yang Berhormat akan jawab. Yang Berhormat Hajah Nancy akan jawab. SPAD bawah dia ya. Yang Berhormat Lumut telah menimbulkan perkara-perkara berhubung dengan tugas APMM. Yang Berhormat izinkan saya menjawab secara bertulis. Selepas itu Yang Berhormat hendak timbulkan apa-apa saya boleh jawab sekarang sebab jawapan kepada Yang Berhormat agak panjang juga. Termasuk Yang Berhormat telah timbulkan tentang kedudukan pulau-pulau, Pulau Pisang, Beting Patinggi Ali dan lain-lain lagi, kalau Yang Berhormat ingin bertanya saya boleh menjawab tetapi yang lain saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan berhubung dengan anggota keselamatan kita yang ditugaskan di pulau-pulau yang telah disebutkan. Oleh sebab keadaan pulau kita faham, kemudahan ataupun infrastrukturnya sangat terhad. Ia merupakan satu penderitaan kesengsaraan apabila ditugaskan ke pulau-pulau tersebut khususnya Pulau Mantanani, Pulau Siput yang jauhnya lebih kurang 200 batu nautika dari pantai. Untuk itu saya mohon pihak Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan supaya elaun khas diberi kepada petugas-petugas keselamatan ini dengan kadar kalau boleh RM100 sehari berbanding RM8 sehari pada waktu ini. Mohon Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, saya ingin menjawab secara bertulis tentang perkara tersebut. Ya, Yang Berhormat. Ada tak yang lain-lain lagi? Yang berhubung dengan Pulau Pisang dan juga Beting Patinggi Ali termasuk Beting Raja Jarum termasuk juga tempat-tempat yang Yang Berhormat telah sebutkan, saya akan jawab secara bertulis. Akan tetapi saya hendak maklumkan bahawa tugas APMM ialah menguatkuasakan undang-undang daripada shoreline dengan izin, gigi pantai sampai ke EEZ. Itu tugas APMM menguatkuasakan undang-undang. Sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran undang-undang, maka tindakan akan diambil. Berhubung dengan apa Yang Berhormat telah timbulkan kehadiran mana-mana kapal asing di perairan kita, saya ingin maklumkan bahawa yang dibenarkan ialah innocent passage. Laluan, maknanya dia tidak berlabuh, dia tidak turunkan sauh berlabuh. Jadi untuk laluan tidak ada masalah. Jadi kalau sekiranya mereka berlabuh, maka ini akan menjadi dua perkara yang perlu diambil tindakan. Tugas APMM ialah lebih kepada nelayan. Akan tetapi kalau sekiranya terdapat kehadiran aset asing, aset kerajaan asing, maka ini adalah tanggungjawab Wisma Putra untuk menjawabnya. Jadi sekali lagi Yang Berhormat, saya ingin mengucap terima kasih kepada semua orang yang telah mengambil bahagian, yang membangkitkan mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang sempat saya jawab dan mana-mana perkara yang tidak sempat saya jawab, saya akan ambil catatan dan tindakan yang sewajarnya. Bagi mereka yang telah saya berjanji untuk menjawab secara bertulis, insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis selewat-lewatnya pada esok hari. Terima kasih, assalamualaikum.
Terima kasih, sila Yang Berhormat daripada kawasan Teluk Intan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam sesi perbahasan yang lalu, beberapa isu tentang tenaga nuklear telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan isu penggunaan tenaga nuklear di Malaysia dan ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan penggunaan tenaga nuklear di negara ini. Yang Berhormat Kuantan juga menyatakan kerajaan telah membentangkan kertas di Vienna tetapi tidak pernah menjawab atau memberi kenyataan terhadap perkara tersebut. Yang Berhormat juga menyatakan bahawa terdapat satu rang undang-undang yang akan dibentangkan. Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC) di bawah Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan satu siri kajian yang komprehensif berdasarkan program transformasi ekonomi. Tujuannya adalah untuk meneliti kesesuaian penggunaan tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga khususnya tenaga elektrik negara untuk tempoh jangka panjang. Ini masih dalam feasibility study. Kertas yang dibentangkan di Vienna adalah dalam Mesyuarat Teknikal dan maklumat yang dibentangkan adalah sama dengan yang dibentangkan di dalam Parlimen. Malahan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri telah menganggap Malaysia berada dengan izin, tier satu iaitu sebagai sebuah negara yang belum buat keputusan mengenai pelaksanaan projek jana kuasa nuklear. Mengenai rang undang-undang baru perkara ini adalah di bawah Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan telah dijawab dalam Dewan yang mulia pada 10 Jun 2015. Akan tetapi saya ingin menambah bahawa rang undang-undang ini jika diluluskan oleh Parlimen akan menggantikan Akta Pelesenan Tenaga Atom yang telah digubal 31 tahun dahulu pada 1984. Ia akan menegaskan dalam aspek keselamatan, safety, security dan juga keselamatan fizikal, kemudahan nuklear dan pencegahan keganasan nuklear. Yang Berhormat Klang memohon kerajaan untuk mengemukakan semua kajian lokasi pembinaan loji yang dirancang mengenai pembinaan loji nuklear di Malaysia. Yang Berhormat juga ingin tahu adakah konsultasi dengan rakyat tempatan telah dilakukan berkaitan dengan penempatan loji nuklear. Yang Berhormat, lokasi-lokasi untuk kajian tapak pembinaan jana kuasa nuklear masih belum dikenal pasti. Sehingga kini hanya kajian secara umum menggunakan komputer dan pelbagai jenis peta-peta digital atau dengan izin, desktop study telah dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2009 sebelum penubuhan MNPC. Hasil kajian ini adalah secara umum dan tidak spesifik kepada lokasi kerana tiada maklumat mengenai struktur dalam bumi field work, dengan izin.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Klang bangun, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya telah diberitahu oleh beberapa pakar ataupun orang yang mengikut isu berkait dengan nuclear power plant ini bahawa kerajaan telah mengenal pasti beberapa negeri. Satu ialah Johor. Kedua, Terengganu, Pahang dan juga Perak. Empat negeri itu sudah dikenal pasti tetapi kerajaan belum memutuskan di mana mereka hendak bina dua loji nuclear power plant ini. Minta penjelasan.
Saya di sini, Yang Berhormat Klang hendak memberi jaminan bahawa kita masih belum buat kenal pasti sebab peruntukan untuk mengkaji lokasi pun belum digunakan. Sebelum kita hendak buat kenal pasti kita juga hendak buat public consultation dan ini juga belum dibuat. So, banyak lagi yang belum dibuat seperti penilaian terperinci impak alam sekitar, Detailed Environmental Impact Assessment, Radiological Impact Assessment, penilaian impak sosial belum dibuat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, jawapan Yang Berhormat Menteri kepada saya beberapa hari lalu
mengatakan bahawa kerajaan telah hire satu public relations company untuk membuat public consultation untuk mendapatkan support daripada masyarakat untuk support pembinaan dua loji di Malaysia. Yang Berhormat Menteri telah memberitahu it is not accurate to say that tidak ada public consultation. Memang ada public consultation. Akan tetapi soal di sini ialah adakah empat kawasan yang akan dikenal pasti itu sebab saya tahu kerajaan memang tahu dan Yang Berhormat Menteri pun tahu tetapi tidak mahu memberitahu kepada Dewan yang mulia ini mana kawasan itu, itu satu. Kedua, kerajaan juga telah hire ataupun PR company untuk membuat public consultation tetapi public consultation ini ialah taklimat. Taklimat dan juga untuk mendapat buy in daripada orang ramai termasuk badan-badan profesional, NGO dan sebagainya. So, adakah ini public consultation yang dikatakan bermakna dan sebagainya. Minta pendapat dan berapa bayaran untuk public consultation ini.
Terima kasih, Yang Berhormat. Itu adalah tidak tepat sebab pada forum pada 23 Mei di Kuala Lumpur kita MNPC telah anjurkan satu forum di mana panelnya juga terdiri dari anak Malaysia anti-nuklear dan juga Centre of Environment Technology. Mereka juga berada sebagai panel Speaker dalam forum kerana kita hendak dapat pandangan dari semua pihak. So, public forum termasuk dari semua pihak dan kerja consultation masih diteruskan. Sekali lagi saya hendak memberi jaminan lokasi itu belum dipastikan. Dahulu yang dibuat adalah peta digital oleh Tenaga Nasional pada 2009. Kita hendak buat lokasi, kita hendak pergi buat field works yang itu juga belum dibuat.
[Bangun]
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat pendapat ataupun ulasan daripada kementerian tentang tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadap jana kuasa nuklear ini di mana kita tidak mampu untuk mengatasi masalah kalau berlaku bencana kebocoran radiasi nuklear ini dan juga tempat untuk menyimpan sisa nuklear ini di mana untuk sisa nuklear untuk rumput ini mengambil berpuluh ataupun beratus, beribu tahun. Adakah kerajaan bercadang supaya kita mengadakan satu referendum, pungutan suara di seluruh Malaysia tentang tahap penerimaan tenaga nuklear.
Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan. Saya hendak beritahu juga hari itu di Dewan saya beritahu tapak yang pertama saya telah kunjungi setelah dilantik Menteri adalah kepada Trima Island di New York dan juga Fukushima di Jepun. Oleh sebab saya hendak satu maklum balas yang balance. Ada yang memihak kepada nuklear, ada yang tidak. Seperti Jepun dia telah menutup nuklear reaktor dia selepas Fukushima tetapi dia akan membuka balik dua unit pada tahun ini. Ada juga negara sampai sekarang sudah ada 32 negara yang ada loji nuklear dan sebanyak 435 loji nuklear yang sudah ada dan 72 loji yang terdapat dalam 15 negara. Saya juga melawat UAE yang banyak mengeksport minyak. Dia juga telah mula bina loji nuklear. Saya bukan cakap bahawa kerajaan mesti tetapi kerajaan sedang buat feasibility study sebab saya juga tahu kebimbangan sesetengah pihak terhadap dari segi radioaktif, sisa, dari segi kemalangan di nuclear plant. Ini semua dalam aspek akan juga di kumpul dan oleh itu feasibility study yang saya tegaskan kita belum buat satu keputusan muktamad.
[Bangun]
Yang terakhir.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya telah beberapa kali bangkitkan isu ini dan persoalan saya untuk persoalan dan kerajaan pun telah memberitahu saya jawapan bahawa kerajaan buat feasibility untuk lima tahun sekarang.
Saya dari tahun 2008 telah tanya soalan ini, adakah feasibility study sudah habis tetapi hingga tahun 2014 kerajaan masih mengatakan feasibility study itu akan dibuat. So, saya tidak faham apa feasibility study yang Menteri buat begitu lama? Itu satu. Kedua,
adakah kerajaan telah membuat satu cost benefit analysis dengan penggunaan nuclear power plant dan juga renewable energy? Adakah satu cost benefit analysis telah dibuat? Saya juga minta budi bicara Yang Berhormat Menteri supaya untuk kemukakan feasibility study itu dan juga cost benefit analysis itu kepada pandangan orang ramai khususnya wakil-wakil Ahli Parlimen. Minta penjelasan.
Menteri, kalau boleh Stampin satu soalan.
I would do that pertanyaan Yang Berhormat. Boleh bangun, kemudian saya akan tanya Menteri. Sila Yang Berhormat Stampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat soalan saya, bolehkah saya minta apakah jenis loji nuklear yang kita sedang buat pertimbangan? Saya minta jawapan bertulis secara terperinci. Terima kasih.
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Klang ada sebut bahawa sebenarnya tahun 2006 kita telah maklum bahawa dalam feasibility study tetapi kita tidak perlu tergesa-gesa sebab suasana pun bertukar. Pada masa itu selepas berlakunya kemalangan di Fukushima banyak attitude towards nuclear telah berubah. Misalnya juga dari harga minyak dahulu USD130 bagi satu barrel, sekarang telah jatuh kepada RM60. So, keadaannya bertukar-tukar dan saya kira kami tidak akan tergesa-gesa buat keputusan. Berkaitan dengan jenis apa, itu dalam feasibility study apa yang saya baca, saya juga bukan expert adalah jenis uranium dan generation yang ketiga. Baik, ini semua adalah dalam feasibility study dan sebab kita belum buat habis satu feasibility study, kita tidak siarkanlah. Ini semua dalam proses.
Akan tetapi Yang Berhormat adakah feasibility study termasuk kalau buat cost benefit analysis akan diberikan kepada Parlimen?
Selepas feasibility study, selepas keputusan dibuat, kita akan secara terus memberi maklumat kepada semua sebab...
Maklumat kah atau feasibility study? Dua itu berbeza Yang Berhormat.
Maklumat feasibility study, okey.
So, you will give the feasibility study to Parliament?
Banyak faktalah. Saya akan cek apa yang dalam feasibility study sebab nuklear adalah jika berkaitan dengan teknikal nuklear, saya akan pastikanlah. Saya akan berikan satu jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Akan tetapi apa yang saya hendak tegaskan keputusan untuk kita ada nuclear plant adalah satu keputusan yang begitu berat dan sekali lagi saya mengharapkan dapat pandangan dari semua pihak sebab kita juga tahu bahan api fosil di Malaysia semakin kekurangan. Dalam tahun 2020 kita akan jadi net importer. So, semua faktor ini kita hendak ambil dan buat satu keputusan yang terbaik untuk negara. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri...
Sudah habis Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri dari bahagian Jerai.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri belum jawab soalan saya.
Menteri sudah duduk Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di Dewan yang mulia ini. Saya telah meneliti semua isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri khususnya jabatan, agensi berkaitan telah mengambil perhatian dan menghargai pandangan, teguran juga cadangan serta saranan Ahli Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin memberikan penjelasan kepada cadangan Yang Berhormat Rompin supaya dibentuk tribunal keluarga di Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan pertikaian apabila salah seorang pasangan masuk Islam. Kerajaan menyedari timbulnya pertikaian apabila salah seorang daripada pasangan bukan Islam memeluk agama Islam dan kerajaan bersama-sama Majlis Agama Islam Negeri ataupun ringkasnya MAIN sedang dan masih mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kuasa berkaitan hal ehwal Islam termasuk undang-undang Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran 1, Senarai 2, Jadual Ke-9 Kerajaan Persekutuan. Berhubung dengan cadangan penubuhan sebuah tribunal keluarga, ia perlu diperhalusi dan diteliti dengan lebih mendalam daripada semua aspek bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Akta Membaharui Udang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164, Rang Undang-undang Pentadbiran dan Undang-undang Keluarga Islam serta Undang- undang Prosedur Mal Negeri. Justeru itu kerajaan sedang dalam tindakan aktif bagi mencari jalan penyelesaian secara holistik dengan mengambil kira kepentingan, kebajikan dan keadilan semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Bachok membangkitkan pihak berkuasa agama tidak menyelesaikan isu Islam fobia dan hudud fobia termasuk oleh TV AlHijrah. Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, isu Islam fobia adalah merupakan isu global yang berlaku di peringkat antarabangsa dan negara kita tidak terkecuali. Dalam menangani Islam fobia di negara ini, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari semasa ke semasa sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri dan pihak-pihak dalam memberi kefahaman berkaitan dengan ajaran Islam secara umum kepada rakyat Malaysia dan melaksanakan program-program yang berteraskan prinsip kesederhanaan atau wasatiyyah dan juga termasuklah hukum- hukum jenayah syariah. Dalam program-program tersebut diperjelaskan ciri-ciri kesederhanaan, kasih sayang dan keindahan Islam dalam program yang dijalankan. Dalam konteks dakwah, pelbagai program dakwah telah dilaksanakan, sama ada melalui dakwah bil hal, dakwah bil lisan dan juga penerbitan program agama di radio dan televisyen. Selain itu, kerajaan telah melaksanakan program transformasi institusi masjid yang melibatkan bukan Islam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dapat menyampaikan maklumat sebenar tentang ajaran Islam bagi mengurangkan salah tanggapan terhadap agama Islam. Program Muhibah seperti lawatan muhibah antara ketua-ketua agama juga dianjurkan bersama-sama pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), program berbuka puasa dengan pelancong bukan Islam serta lawatan pertubuhan Masyarakat bukan Islam dari dalam dan juga luar negara. Manakala langkah TV AlHijrah dalam menangani Islam fobia, suka dimaklumkan bahawa TV AlHijrah sentiasa berterusan untuk memberikan kefahaman yang sahih mengenai Islam kepada orang Islam dan bukan Islam selaras dengan objektif penubuhan TV AlHijrah itu sendiri. Dalam konteks ini, TV AlHijrah telah menerbitkan pelbagai rancangan seperti berikut; pertamanya, The Truth satu siri dokumentari 13 episod berbahasa Inggeris yang menjelaskan serta memperbetulkan penyelewengan fakta sejarah mengenai Islam. Satu musim telah disiarkan dan musim kedua bakal bersiaran. Dialog Harmoni, satu rancangan melibatkan dialog antara agama yang diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk menyemai perpaduan dan keharmonian antara agama. Ketiga, Tonight With Zakir Naik satu rancangan syarahan dalam bahasa Inggeris daripada pendakwah terkenal antarabangsa Dr. Zakir Naik yang amat baik bagi membina kefahaman mengenai Islam. Berkaitan penjelasan undang-undang jenayah syariah menangani hudud fobia selain daripada penggunaan media cetak dan media elektronik, JAKIM turut mengadakan seminar berkaitan jenayah syariah yang memberi pemahaman kepada masyarakat awam tentang
undang-undang jenayah syariah yang sedang berkuat kuasa pada ketika ini. Penjelasan kepada masyarakat bukan Islam pula, peranan ini dilaksanakan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Dakwah Negara (MDN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang lain. Bahkan YADIM telah menerbitkan sebuah buku bagi menjelaskan berkaitan hudud yang berjudul Pelaksanaan Hudud di Malaysia Suatu Analisis. Perwujudan badan-badan bukan kerajaan seumpama ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman Islam yang tepat termasuk undang-undang jenayah syariah kepada masyarakat umum melalui pelbagai program dan juga aktiviti seperti penyelidikan, seminar, dialog, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
TV AlHijrah juga telah membuat penerangan secara khusus mengenai perkara ini dalam Rancangan Assalamu'alaikum dan rancangan Pentas Dakwah bagi memberikan gambaran jelas dan sahih mengenai isu ini. Ingin saya tegaskan di sini sesungguhnya menangani isu Islamofobia adalah tanggungjawab bersama umat Islam di Malaysia dan dunia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tasek Gelugor menyarankan supaya JAKIM diperkasakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dengan peruntukan khusus kepada pendakwah dan menangani ajaran salah. Saya amat menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat, saya juga amat bersetuju supaya peruntukan untuk perkara ini ditambah memandangkan daripada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang mencabar. Dalam hubungan ini kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengadakan usaha-usaha pengukuhannya. Antaranya: (i) meningkatkan usaha penyelarasan dengan pihak berkuasa agama negeri dan pihak keselamatan bagi mengkaji perkembangan ajaran-ajaran salah yang berlaku di negara ini; (ii) mengadakan kursus kepada pegawai-pegawai hal ehwal Islam pusat dan negeri dalam negara khususnya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); (iii) menghantar pegawai dalam program wacana dan seminar yang berkaitan; (iv) menggalakkan pegawai melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah; (v) menubuhkan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM); dan (vi) mengkaji lebih mendalam terhadap sesuatu ajaran salah dan mengenal pasti siapa pihak di belakangnya.
Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit.
Ya, Yang Berhormat Sepang bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang ajaran sesat ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebenarnya apakah pendirian rasmi kerajaan berkaitan dengan ajaran Syiah ini? Sebab saya kata begini semalam kita tahu bahawa Iran ini negara yang mengamalkan ajaran Syiah. Tetapi di Malaysia ini orang Syiah ditangkap dan sebagainya. Tiba-tiba qari Iran ini yang Syiah ini johan Tilawah Al-Quran. Kenapa kita benarkan orang Syiah yang kita kata sesat ini masuk ke pertandingan Al-Quran dan bagi johan pula itu? Jadi, saya hendak tahu apa sebenarnya pendirian kerajaan ini, nampak macam contradict? In one hand betul-betul lawan Syiah ini sampai tangkap dan sebagainya, tuduh orang macam-macam. Selepas itu benarkan pula orang Syiah bertanding dalam musabaqah Al-Quran, johan pula lagi. Macam mana orang sesat boleh johan pula? Ini hendak tanya.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Dalam hal yang berkaitan dengan Syiah Iran, Majlis Fatwa telah
memberikan keputusan dan pandangan di mana Majlis Fatwa telah memutuskan bahawa Syiah adalah di luar daripada amalan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Ia terkeluar daripada pandangan Wal Jamaah dalam konteks untuk pertandingan Al-Quran. Sebab itu kita sebutkan tadi bahawa apabila mereka termasuk daripada kalangan kita dan kita sebutkan pula di situ tidak salah untuk mereka mengamalkan ajaran pegangan mereka sebagaimana amalan-amalan dan ajaran-ajaran agama lain selain daripada agama Islam di Malaysia. Namun yang salah di sini ialah mereka tidak dibenarkan untuk menyebarkan ajaran dan pegangan mereka itu kepada rakyat Malaysia yang telah sedia berpegang kepada ajaran Ahlul Sunnah Wal Jemaah. Dalam konteks pembacaan Al-Quran, memang sejak dari 57 tahun dahulu negara Iran di antara negara yang dijemput dalam pertandingan ini. Walau bagaimanapun, pandangan Yang Berhormat tadi akan diambil perhatian.
Maknanya akan datang tidak boleh panggil lagi, atau macam mana?
[Dewan riuh]
Saya hendak tahu. Sebab saya hendak tahu ini....
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat...
Yang Berhormat tidak Syiah diamlah. Saya hendak tanya begini sebab apa kalau tadi Yang Berhormat Menteri kata bahawa kita hanya tangkap kalau sekiranya mereka ini menyebarkan ajaran Syiah. Tetapi apa yang berlaku di bawah ini Menteri, bagi saya ini isu keadilan. Apa yang berlaku ialah mereka yang tidak menyebarkan ini pun mereka pun ditangkap dan diperlakukan seolah- olah, saya bukan kata saya ini Syiah, saya hendak katakan apa yang berlaku ialah adakah kita telah memberikan keadilan sebenarnya? Menteri kata di Parlimen, “Oh! Kalau mereka menyebarkan ajaran Syiah, salah”. Tetapi apa yang berlaku, mereka tidak sebar pun. Mereka beramal dengan amalan sendiri pun kena tangkap juga. Malu kan mereka, tuduh mereka. Contohnya, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Menteri, saya pernah buat satu kes, mereka kata orang Syiah di Malaysia ini halalkan darah orang Sunni. Saya rasa tidak ada pun mereka buat macam itu. Tuduh pula mereka tidak pergi haji. Malahan di Perak itu bila mereka didakwa, tuduhannya adalah kerana antaranya fatwa itu mengatakan sebab orang Syiah dari segi fiqah dia tidak basuh kaki, dia lap kaki. Sedangkan kalau kita belajar fiqh muqaranah. Saya rasa tidak perlu terjemahlah, menteri faham, ajaran lap kaki ini bukan orang Syiah sahaja Imam Sunni pun ada yang kata berdasarkan ayat [membaca sepotong ayat Al-Quran] berdasarkan ayat itu ulama berselisih pendapat ada yang kata basuh ada yang kata lap. Kenapa kita harus gunakan hujah-hujah sebegitu rupa untuk hendak menganiaya orang ini? Isunya ialah penganiayaan. Saya bukan soal isu Syiah ke atau tidak. Saya hendak tanya Menteri adakah apa yang Menteri cakap ini, di bawah ini memang begitu apa yang berlaku?
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya sebutkan tadi dalam isu yang berkaitan dengan Syiah, ini keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. Majlis Fatwa pula di bawa ke negeri masing-masing dan mereka telah pun memfatwa dan menggazetkan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan mengenai pengharaman penyebaran Syiah. Berbalik kepada persoalan yang Yang Berhormat sebutkan tadi, saya suka hendak katakan begini, itu hal yang berkaitan dengan pendakwaan dan saya fikir tidak perlu kita perbincangkan dan perbahaskan tentang pendakwaan yang ada di dalam mahkamah masing-masing. Bagi orang yang kata dia tidak berpegang pada ajaran Syiah, dia jawab di mahkamah masing-masing sebab kalau kita bincangkan di sini tentang soal sapu kaki, bagaimana dengan sapu kepala, masyhur roksi ataupun dalam konteks yang lain perbincangan tentang Syiah. Jadi ini berdasarkan kepada pendakwaan di dalam mahkamah. Jadi pendakwaan dalam mahkamah kalau kita bincangkan di sini dia tidak sampai titik noktah.
Sekejap Yang Berhormat Menteri. Isu ini bukan isu pendakwaan....
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kalau hendak bangunlah, tanya soalan. Saya kata begini Yang Berhormat Menteri.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bangun, cakap macam itu, bukan jantan. Macam orang tidak bersekolah. Tidak apa...
Teruskan Yang Berhormat.
Saya hendak tanya begini Yang Berhormat Menteri. Isunya Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri tengok dalam pendakwaan saya hendak bagi contoh, apabila mereka didakwa antara mereka kata mereka ini melanggar fatwa dan dalam fatwa itu antara kandungannya ialah sebab Syiah ini sesat kerana antaranya mereka tidak basuh kaki sebab mereka lap. Itu isu fiqhiyah macam manakah isu fiqhiyah ini boleh menyebabkan seseorang itu sesat? Jadi persoalannya kalau kita kata fatwa adakah kita kata fatwa begini kita tidak boleh langsung dipertikaikan sedangkan kalau kita gunakan alasan itu bermakna, ada mazhab-mazhab Sunni sendiri yang berpendapat bahawa lap kaki itu pun juga adalah sebahagian daripada interpretasi Quran itu, adakah kita kata sesat juga? Itu persoalannya. Jadi, adakah Menteri bersedia untuk minta Majlis Fatwa ini mengkaji semula? Sebab saya difahamkan di Melaka ada juga fatwa mengatakan kononnya amanat Presiden Pas Ustaz Hadi ini sesat, sampai sekarang fatwa ini masih ada. Saya hendak tanya adakah ini adakah apabila dalam fatwa sahaja kita kena hormat sampai ke peringkat tidak boleh langsung dipersoalkan? Adakah ini cara kita mempromosi Islam sampai tidak boleh langsung dipersoalkan benda-benda begitu. Wallahualam. Sila jawab Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Sepang daripada perbincangan dan juga maklumat. Sebenarnya saya suka hendak sebutkan yang ini. Tadi Yang Berhormat pun sebutkan bahawa sebahagian daripada maksud bahawa yang dikatakan penyelewengan itu ada beberapa perkara yang dibariskan. Jadi kalau Yang Berhormat sebut itu hanya satu daripada puluhan yang banyak, boleh saya bacakan sedikit? Ajaran dan fahaman Syiah didapati bercanggah dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam, saya ambil di Perak lah ya, berdasarkan kepercayaan seperti berikut: (i) Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan Syahadah yang berlainan daripada lafaz Syahadah yang jadi pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah; (ii) mentaati imam-imam dan percayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa; (iii) mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan tahrif sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mempunyai 17,000 ayat; (iv) menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Rasullah ada hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12; (v) mencerca dan menghina para sahabat yang diredai Allah SAW dan para isteri Rasulullah dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad.
Panjang lagi Yang Berhormat untuk saya bacakan tetapi saya katakan bukanlah atas pokok tuduhan itu semata-mata di atas kerana dia hanya menyapu kaki semata-mata. Jadi Yang Berhormat ini perbincangan dalam mahkamah yang kita jawab di peringkat kita ini adalah secara umum. Terima kasih Yang Berhormat.
Ketujuh ialah memperkukuhkan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kalangan masyarakat melalui sesi penjelasan dan sesi seminar ceramah kaedah penyebaran di media cetak, media massa dan media baru. Kelapan memantau maklumat di Internet berhubung dengan ajaran dan mengadakan langkah-langkah pengawalan dengan kerjasama JAIN dan Suruhanjaya Komunikasi, Multimedia Malaysia (SKMM) dan kesembilan memantau program-program ceramah dengan kerjasama JAIN. Di samping itu pusat pemantapan akidah JAKIM telah dinaik taraf kepada Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPPAM) dan akan dilancarkan pada bulan September yang akan datang. Manakala bagi tujuan penaiktarafan pembangunan fizikal telah dibuat permohonan di bawah peruntukan RMKe-11. Pusat tersebut telah dan sedang melaksanakan kursus dan latihan kepada kader-kader akidah yang terdiri daripada guru Pendidikan Islam, guru-guru takmir, imam-imam, pelajar-pelajar IPTA, IPTS, Bahagian Agama dan Kaunseling, BAKA, PDRM, Penggerak Masyarakat Orang Asli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kader-kader JAKIM di semua kementerian. Dalam konteks penguatkuasaan Bahagian Penyelarasan Undang-undang (BPUU) JAKIM berperanan sebagai institusi pusat yang menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri-negeri. Adalah antara tindakan pengukuhan penguatkuasaan yang dilaksanakan terhadap ajaran salah adalah melalui mekanisme berikut: (i) Pelan pencegahan jenayah syariah yang turut merangkumi pencegahan dan pelan tindakan menangani ajaran salah; (ii) Latihan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama khusus bagi menangani kes-kes ajaran salah; (iii) Bengkel Mock Trial kes ajaran salah; (iv) Pengemaskinian SOP arahan tetap Pengarah JAIN, arahan Ketua Pendakwa Syarii serta garis panduan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan serta sebagai dokumen rujukan dalam menjalankan tugas dan; (v) Operasi bersama dengan agensi, penguatkuasaan bagi kes ajaran salah iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Negeri. Tuan Yang di-Pertua...
Menteri sedikit Menteri fasal JAKIM. Terima kasih. Menteri saya hendak tanya apakah sebenarnya pendirian JAKIM berkaitan dengan di mana seorang lawyer Eric Paulsen apabila dia menyatakan bahawa khutbah Jumaat mempromosikan keganasan. Jadi dia bercakap itu sebagai seorang bukan Islam berdasarkan interpretasi dia. Adakah Menteri rasa, adakah itu memenuhi indeks syariah hanya kerana seorang itu memberikan satu pendapat kita dakwa di bawah Akta Hasutan. Adakah JAKIM berpendapat kerana seorang itu hanya bercakap begitu kenapa tidak adakan dialog, promosi, jumpa lawyer ini bincang dekat mana tunjukkan mereka salah tentang khutbah ini. Kenapa harus dibenarkan pendakwaan? Jadi saya hendak tanya kepada Menteri, adakah Menteri bersetuju dengan tindakan mendakwa seorang peguam ini hanya mempersoalkan satu benda yang kita orang Islam sepatutnya sudah kita jawab. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kenapa kita harus takut? Kenapa kita harus pergi kepada akta yang zalim itu untuk dakwa hanya kerana orang mempersoalkan satu benda yang dia rasa pada pendapat dia adalah mempromosikan keganasan. Jadi saya hendak tanya pendirian JAKIM ini apa, pendirian Menteri? Adakah setuju dengan pendakwaan? Adakah Menteri berpendapat Akta Hasutan ini tidak zalim? Hendak minta tanya Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Pertamanya selaku orang Islam bukan sahaja saya di sini Yang Berhormat di seberang sana pun juga wajar mengambil pendekatan. Kalau Yang Berhormat merasakan perlu untuk dididik jadi mungkin barangkali setelah lama duduk bersekali dengan Eric Paulsen elok Yang Berhormat juga sama-sama ambil pendekatan.
Namun saya suka hendak menjelaskan di sini Yang Berhormat ya, sejak daripada sebelum merdeka Islam sampai ke Tanah Melayu 1411 daripada zaman Parameswara masuk Islam.
1403 bukan 1411.
Tidak Islam Parameswara dia buka di Melaka 1403 dan dia masuk Islam 1411 Yang Berhormat. Jadi tidak apa itu bukan ada markah apa Yang Berhormat. Cuma saya hendak sebutkan begini bila kita menganut Islam maka Islam bermula daripada itu sudah mula berkhutbah Jumaat. Sehinggalah kita mencapai kemerdekaan 1957 sampai ke hari ini kita dalam khutbah belum pernah ada lagi selepas sembahyang Jumaat orang pergi untuk hendak pukul orang lain yang bukan Islam. Cuma orang buat demonstrasi itu mungkin Yang Berhormat tahu, itu ada tetapi selepas Jumaat belum pernah ada lagi orang buat suatu tindakan yang ekstrem ataupun merupakan suatu tindakan yang dianggap melampau kerana khutbah Jumaat. Ianya berjalan tanpa berhenti di seluruh Malaysia di semua masjid yang ada di seluruh Malaysia sejak daripada lama dahulu. Oleh sebab itu penyataan yang dikeluarkan ini itu hal yang pertama sekali yang berkaitan dengan tuduhan bahawa kita bersikap ekstrem adalah merupakan suatu tuduhan yang tidak berasas. Kita pun menjelaskan bahawa dalam berdasarkan kepada fakta yang dilihat secara pemikiran pun tidak perlu kepada penjelasan bertulis. Akan tetapi untuk tujuan tuduhan-tuduhan provokasi yang macam ini, ini kita pulangkan kepada pihak berwajiblah. Ini sebab negara Malaysia...
Menteri...
Yang Berhormat negara Malaysia kita ada undang-undang dan juga kita ada rakyat negara 28 juta. Daripada 28 juta ini kita ada 16 juta orang Islam dan ada yang bukan Islam. Kita ingin melihat negara kita Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Yang Berhormat boleh duduk sama dengan kawan-kawan yang bukan Islam, saya juga di sini duduk bersama kawan-kawan yang bukan Islam dan sebagainya, harmoni. Akan tetapi kita tidak hendak supaya ada api-api yang membakar keharmonian dan juga mencetuskan rasa marah dan sensitiviti yang mengundang kepada apa yang kita duduk dan keharmonian yang kita nikmati ini terlerai di tengah jalan maka sebab itu kita pulangkan pula kepada undang-undang. Jadi mungkin barangkali orang yang Eric Paulsen juga adalah pengamal undang-undang. Dia amat memahami dalam konteks yang seperti ini.
Menteri sekejap Menteri sedikit sahaja. Persoalan saya ialah saya tidak kata apa yang di cakap itu betul. Isunya sekarang ialah apabila dia mengeluarkan satu pendapat apa salahnya JAKIM, kita orang Islam ini kita harus bersikap terbuka. Kita tidak boleh expect semua orang memahami apa kita cuba tonjolkan. Persoalannya kalau Eric Paulsen betul membuat tuduhan yang palsu apa salahnya JAKIM panggil berdialog. Bukan dengan kita buat laporan polis, dakwa dan sebagainya. Patut JAKIM memainkan peranan. JAKIM boleh keluarkan statement, “Saya harap jangan ambil tindakan daripada JAKIM mungkin dia keliru jadi kita jumpa.” Sepatut begitu caranya untuk kita hendak dapat win the heart and mind of the non-Muslims. Apa yang kita buat sekarang ini kita yang mengapi-apikan, kita membesarkan isu itu. Sedangkan kalau kita panggil Eric Paulsen ini orang pandai, orang yang ada brain. Dia boleh berjumpa berdialog apa salahnya kita dialog dengan dia. Kenapa kita harus gunakan akta zalim itu untuk dakwa dia lepas itu tahan dia beberapa hari. Adakah ini cara untuk kita promosi Islam? Bagi saya kalau kita buat cara begini kita bukan naikkan Islam kita menjatuhkan. Orang lagi takut, orang merasakan bahawa dalam Islam ini tidak boleh langsung persoalkan. Sedangkan apa yang dipersoalkan itu kita boleh jawab kita panggil dengan dialog. Kenapa suruh saya pula panggil dialog sebab saya bukan orang yang berkuasa yang menyediakan teks khutbah. Kalau bagi saya khutbah ini saya rasa tidak ada teks pun kita berkhutbah tetapi apa yang berlaku sekarang disediakan teks. Akan tetapi tidak apalah isunya ialah kenapakah JAKIM tidak harus, tidak hendak keluar kenyataan, “Kami tidak setuju orang ini didakwa di bawah Akta Hasutan. Kalau dia salah sekalipun lebih salah lagi kalau kita zalimi dia, tangkap dia, kita sampai dakwa dia. Itu lagi salah.” [Membaca septong ayat Al-Quran]
Sebab dia kalah hari itu cakap pandai sangat sebab dia kalah.
Eh! Kalau menang tidak ada masalah yang menang ialah ...
Menang boleh tidak ada masalah kalah masalahlah itu.
Hei! If you want to debate please debate with me, anytime, anywhere. Saya bertanya ini sebab saya mahu nama Islam jangan dicemarkan hanya kerana kamu berkuasa sedikit-sedikit dakwa orang. Macam inikah cara untuk kita win the heart and mind of the non-Muslims.
[Menyampuk]
Patutnya kita tunjuk contoh yang baik. JAKIM patutnya keluar satu statement,”Kami tidak bersetuju Eric Paulsen dikenakan tindakan. Apa kami hendak ialah Eric Paulsen kita berdialog dengan dia.” Itu sepatutnya pendirian sebuah institusi Islam baru orang nampak respect institusi Islam. Bukan sedikit- sedikit dakwa, sedikit-sedikit dakwa, sedikit-sedikit tangkap. Ini bukan caranya untuk kita promosi Islam.
Ini hendak celah sedikit.
[Bangun]
Ya Yang Berhormat Kota Tinggi dan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Saya Tuan Yang di-Pertua saya tadi dekat luar masuk dalam dekat setengah jam sudah saya tengok Yang Berhormat Sepang dok berdebat dengan Menteri. Jadi saya hendak tanya pendapat Menterilah, saya dengar hujah-hujah dia tadi. Jadi setujukah tidak dengan saya hujah-hujah yang macam inilah yang agak liberal, pluralism fahaman. Ini yang orang PAS tolak ini yang kalah pertandingan JK Pusat. Hujah-hujah macam inilah ramai JK orang pusat menang Presiden PAS pun ada dia tidak ada berhujah macam Yang Berhormat Sepang ini.
Yang Berhormat setuju atau tidak, hujah-hujah macam ini yang saya tengok, orang PAS pun tengok, boleh merosakkan lagi perjuangan PAS ini. Sebab itu dia kalah baru-baru ini. Buang masa dekat lebih setengah jam.
Buang masa ini sebab orang...
Duduklah, duduklah.
Dia tidak faham.
Duduklah, duduklah.
Yang Berhormat Tanjong Karang, kalau betul ini anak jantan, kita berhujahlah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Soalan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.
Hujah ke hujah. Alhujjah bil hujjah. Bukan alhujjah bil kutuk.
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Tanjong Karang tidak payah berdebat di sini, Yang Berhormat.
Tunggu Yang Berhormat masuk PASMA esok, sila berhujah dengan saya.
Yang Berhormat Menteri.
Saya bercakap di sini, saya gunakan nas, saya gunakan dalil. Bukan saya gunakan sentimen. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah wajar kita mendakwa seseorang di bawah Akta Hasutan, tangkap dia hanya semata-mata dia mempersoalkan khutbah. Apa salahnya? Kenapa tidak buat dialog? Kenapa tidak panggil dia? Saya hendak tanya, kenapa itu tidak buat?
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat.
Saya hendak tanya...
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri lagi satu. Kalau hujah macam ini, kalau orang bersalah misal kata, orang itu melanggar undang-undang, adakah polis kena panggil orang itu dan bagi nasihat dulu? Langgar undang-undang, langgar undang-undanglah. Biarlah mahkamah memutuskan sama ada bersalah ataupun tidak. Kalau macam itu fahaman, tengok orang buat salah, panggil dulu. Nasihat dulu. Berdialog dulu. Habis itu macam mana? Jadi, Yang Berhormat Sepang ini dia kena faham. So, undang-undang lagi Yang Berhormat Sepang ini. Waktu dia jadi exco Pemuda PAS, dia bukan main lagi hentam Sisters in Islam. Sekarang, bila dia jadi Ahli Parlimen, menyokong pula Sisters in Islam. Perjuangan dia pun tidak konsisten. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya ingat jangan buang masa lah.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang.
[Dewan riuh]
Sudah, sudah sekejap. Bagi saya pula.
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Anytime saya boleh berdebat.
Ya, balik kepada Yang Berhormat Menteri ya. Balik kepada Yang Berhormat Menteri.
Okay, anytime. Okay, anywhere.
Bila-bila masa pun boleh.
Dekat Tanjong Karang kita berdebat, jom.
Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Sepang.
Tentukan masa. Saya akan datang.
You third class lah. Tidak layak berdebatlah.
Yang Berhormat Sepang.
Okey, okey. You name it the place. Okay, what topic you want?
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat, sediakan platform. Saya akan datang.
Okey, boleh.
Boleh, saya jemput. Saya datang.
Saya hendak tanya.
Apa juga saya boleh.
Inilah masalah Barisan Nasional. Mereka sanggup pertahankan akta yang zalim untuk menzalimi orang. Inilah masalahnya. Mentaliti-mentaliti masih lagi tidak kisah dengan akta zalim.
Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang.
Ini cara kita berfikir. Sebab itu orang tidak yakin dengan Islam.
Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang.
Okey, sudah, sudah. Bagilah saya chance.
Floor ini floor Yang Berhormat Tanjong Karang.
Perangai macam Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Tanjong Karang, cukuplah Yang Berhormat ya.
Kalau hebat, tentulah menang. ...termasuk PASMAlah selepas ini.
Alah kalau Menteri pun tidak dilantik, diam-diam sahajalah.
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.
Okey, sudah cakap. Bagi saya peluang cakap pula.
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Bagi saya peluang cakap. Okey, terima kasih. Saya hormatilah pandangan tadi. Cuma saya hendak ingatkan kita semua dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Negara kita ini majmuk. Kita berbilang kaum, agama dan sebagainya. Kita hidup aman damai 50 tahun hingga 60 tahun ini. Sepatutnya bila kita sudah berbilang kaum dan agama ini, kita kena menghormati. Kita boleh sahaja tanya soalan-soalan yang provokasi atau mencetuskan ketidakselesaan di kalangan kita. Akan tetapi adalah lebih berhemah kalau kita sebagai pemimpin, kita bertanya soalan itu, kita sudah tahu apa kesannya. Kalau boleh tanya juga, apa niat sebenarnya kita bertanya. Kalau betullah bagaimana Yang Berhormat Sepang cakap tadi, kita hendak PAS dengan Pakatan Rakyat, kita ada DAP dan sebagainya, sepatutnya soalan tadi tidak timbul. Sepatutnya PAS boleh menenteramkan atau memberi penerangan yang baik dan jelas dan perkara ini dapat kita selesaikan dengan baik. Akan tetapi kalau kita jadikan ini satu medium untuk kita provokasi atau tanya soalan yang kita kata soalan itu lebih mudah mencetuskan keadaan tidak selesa, saya ingat kita tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen yang baik dalam masyarakat yang majmuk begini. Kita boleh tanya macam-macam soalan tetapi mesti ada sedikit accountability dan memikirkan bahawa jika soalan ini mengeruhkan keadaan dan menyebabkan masalah yang lebih besar. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri dalam hal ini. Tadi pandangan Yang Berhormat Sepang tadi itu, Eric Paulsen sepatutnya dia bukannya orang yang tidak pandai. Seorang lawyer yang background peguam. Sepatutnya soalan seperti ini sudah tahu ia punya hala tuju ke mana. Jadi, saya ingat lebih kena ada tanggungjawab bila kita mempertikaikan soalan-soalan. Bukan masalah kita menolak pandangan tetapi apakah kesannya? Itu saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Kota Tinggi. Pertamanya, saya hendak ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Sepang. Saya nampak Yang Berhormat Sepang ini kebelakangan ini agak mempunyai jiwa besar yang begitu tinggi, memaafkan semua orang. Jadi, saya nampak itu satu pendekatan. Itu dakwah yang baik, Yang Berhormat. Ini kerana kita melihat, kita sentiasa memaafkan orang. Sepatutnya sebagaimana Yang Berhormat ini dipilih untuk menerajui kepimpinan dalam keadaan parti dan sebagainya kerana jiwa besar yang hebat seperti ini kerana suka memaafkan orang lain. Saya juga hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana Yang Berhormat Tanjong Karang juga mempunyai analisa, pandangan tentang pandangan-pandangan yang agak tajam. Saya nampak tadi kalau Yang Berhormat ini, pandangan Yang Berhormat ini adakah dilihat sebagai jiwa besar ataupun pandangan Yang Berhormat sebagai pandangan yang keterbukaan boleh dilihat dalam konteks liberal dan sebagainya. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kota Tinggi yang melihat bahawa hal yang seperti ini ia amat menyentuh. Saya sebutkan di awal tadi negara kita, Malaysia adalah sebuah negara yang didokongi oleh 28 juta penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian bangsa, agama dan juga kebudayaan dan etnik-etnik besar lebih daripada 82 etnik yang ada di seluruh Malaysia. Kalau tidak diuruskan dengan baik, tidak mempunyai kekuatan undang-undang yang menjaga dengan baik, begitu juga dalam kerukunan negara yang berpegang kepada Rukun-rukun Negara dan juga berpandukan kepada perlembagaan, maka yang melanggar peraturan, ia adalah harus menghadapi jawapan dan juga mempunyai tanggungjawab untuk dijawab sehingga sampai ke peringkat mahkamah. Saya yakin selaku pengamal undang-undang yang sebagai daripada Eric yang disebut tadi dan saya harap mahkamah dapat memberikan keadilan dengan sebaik mungkin kepada apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Yang Berhormat, seterusnya Yang Berhormat Kuala Kangsar mencadangkan supaya diwujudkan profesion kerjaya baru sebagai perantara penyelaras antara JAKIM, JAIN dengan pihak syarikat pemain dalam industri halal. Kerajaan menyambut baik cadangan tersebut untuk Ahli Yang Berhormat. Prosedur persijilan Halal Malaysia yang diguna pakai pada masa kini telah mensyaratkan setiap syarikat pemohon dalam kategori multinasional dan kategori sederhana perlu melantik eksekutif halal yang bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan halal di syarikat masing-masing. Di samping itu, syarikat pemohon pensijilan Halal Malaysia juga perlu melantik seorang penyelia Muslim. Manakala bagi pensijilan Halal Malaysia Skim Rumah Sembelih pula, syarikat dan pemohon perlu melantik penyembelih Muslim dan pemeriksa halal Muslim (Muslim halal checker). Selain itu, dimaklumkan juga kerajaan telah meluluskan pewujudan Halal Profesional Board (HPB) melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-58. HPB bermatlamat meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan pemain-pemain di dalam industri halal. HPB juga berperanan sebagai satu badan yang mengawal selia jaminan kualiti, latihan halal dan mendaftar setiap pemain dalam industri halal seperti jurulatih halal (halal trainer), konsultan halal (halal consultant), dengan izin, pusat latihan halal (halal training center) dan eksekutif halal (halal executive) dan lain-lain yang berkaitan. Yang Berhormat Kuala Kangsar juga mencadangkan supaya meletakkan kerjasama dan bekerjasama dengan pakar-pakar, pelatih-pelatih yang mempunyai kepakaran bagi memastikan pengagihan zakat di peringkat negeri-negeri dapat dilaksanakan pengagihannya dengan lebih sempurna. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa berdasarkan butiran satu, senarai dua, jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan Hal Ehwal Agama Islam, termasuklah urusan zakat, ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Mekanisme agihan zakat di setiap negeri dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing dan di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pihak berkuasa agama negeri mempunyai mekanisme agihan zakat yang baik dalam memanfaatkan kutipan zakat di negeri masing-masing. Dalam perkataan lain, kutipan dan agihan zakat adalah hak sepenuhnya negeri masing-masing dan tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan, termasuk JAKIM.
Dalam konteks ini, nanti saya habiskan Yang Berhormat ya. Dalam konteks ini, di Wilayah Persekutuan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) telah melaksanakan pelbagai aktiviti agihan zakat merangkumi agihan zakat secara langsung menerusi 28 skim bantuan zakat dan agihan zakat secara tidak langsung menerusi penubuhan institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan, kesihatan, pembinaan dan penambahbaikan prasarana umat Islam seperti masjid, surau dan tanah perkuburan. Selain itu, zakat juga telah digunakan bagi menampung pembayaran elaun imam, bilal, noja, guru-guru KAFA dan tadika-tadika Islam di Wilayah Persekutuan. Mengenai cadangan supaya mengadakan kerjasama dengan pakar-pakar dan pelatih yang mempunyai kepakaran dalam pengagihan zakat, ia adalah merupakan cadangan yang baik dan sememangnya sedang berjalan dan sentiasa diteruskan.
Dalam hal ini, MAIWP sentiasa bekerjasama dengan mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di kalangan agensi pengurus zakat sendiri dan tokoh akademik untuk mendapat cadangan dan pandangan dalam menambah baik aktiviti agihan zakat. Cadangan ini juga boleh dipanjangkan kepada semua negeri termasuklah menerusi dewan undangan negeri masing-masing untuk dipertimbangkan.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah di atas segala usaha baik yang dimainkan oleh pihak JAKIM untuk memastikan kesejahteraan umat Islam. Saya ingin penjelasan tadi berkaitan dengan industri halal ataupun fatwa halal yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Cuma saya ingin bertanya, sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan segala sudut terutama perkara yang melibatkan umah Islam mesti patuh syariah? Sejauh mana perhatian ini dibuat? Saya bagi contoh daripada sudut pemakaian atlet wanita yang memang sangat jelas bercanggah dengan syarak dan apa lagi melibatkan atlet wanita Islam. Anak-anak muda Islam yang berpakaian mendedahkan aurat, sebagaimana yang terbaru yang diperkatakan dalam media. Ini sangat memalukan. Jadi sejauh mana peraturan halal dari sudut pemakaian atlet wanita Islam telah ditetapkan, telah dibuat oleh JAKIM untuk rujukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan supaya perkara ini menjadi satu maqasid syariah sebagaimana yang dilaungkan oleh Perdana Menteri? Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Saya nak bertanya...
Kita dengar orang menang cakap.
Saya nak bertanya berkenaan dengan soal halal, bawah industri halal ini untuk mendapat pengiktirafan halal. Tidakkah ada daripada pihak kementerian untuk mewajibkan setiap kilang ataupun industri yang besar-besar yang terlibat di dalam soal pengeluaran barang-barang halal ini diwajibkan ada pegawai syariah yang tetap sebagaimana bank hari ini apabila mereka memperkenalkan dan menempatkan di setiap bank ada pegawai yang mengendalikan soal untuk menepati dengan kehendak syariah? Sepatutnya perkara ini juga dibuat. Kita tak hendak dia hanya bergantung dengan untuk nak dapat pengiktirafan trademark halal itu, hanya pergi on off, on off. Mungkin di sana terdapatnya kekeliruan dan benda syubhah. Jadi saya minta cadangan supaya mewajibkan supaya industri besar ini ditempatkan pegawai yang tetap di situ. Terima kasih.
Menteri, sama, pasal halal ini. Selain daripada apa yang Yang Berhormat Bukit Gantang cakap, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri bahawa saya tengok logo halal ini memang adalah kuasa kerajaan negeri dan ada juga JAKIM, tetapi yang saya nampak logo halal ini dia tak ada kod nombor. Jadi adakah JAKIM bercadang bila keluarkan logo halal itu, dia mesti tulis kod? Jadi bila macam ubatlah, kita tengok ubat keluar dia ada kod nombor dia KKM. Jadi kalau ada kod nombor itu, jadi kalau katalah dia pakai logo palsu ataupun tak ada pengesahan halal, jadi bermakna JAKIM atau pihak berkuasa boleh rujuk kod nombor ini. Jadi, adakah cadangan nak adakan kod nombor setiap logo yang dikeluarkan selain daripada yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada ketiga-tiga rakan Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang sekali lagi. Berkaitan dengan Yang Berhormat Rantau Panjang, kod ataupun garis panduan pemakaian, suka saya nak sebutkan, ia bukan soal dalam bidang sukan semata-mata bahkan dalam semua bidang, Islam tidak menolak bahawa kewajipan menutup aurat baik lelaki dan perempuan adalah merupakan satu kewajipan yang tidak boleh ditolak ataupun tidak boleh untuk nak dipertikaikan, sebab ini adalah merupakan pandangan daripada Islam. Walau bagaimanapun, kita mengambil perhatian dan juga untuk supaya menjadi pengajaran dalam bidang apa sekalipun termasuk bidang sukan untuk kita melihat tentang soal pakaian ini dengan lebih teliti dan lebih mendalam supaya hal-hal yang boleh memalukan dan juga boleh mencemarkan Islam termasuk wanita Islam untuk supaya kita mengambil perhatian yang tinggi. Yang keduanya kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya tadi dengar kawan- kawan sebutkan ucapan tahniah. Saya nak sebut tahniah pun saya tak mahu juga sebab dalam Dewan ada yang tak boleh diucapkan tahniah yang nak ucap tahniah. Jadi saya simpan untuk saya ucap kemudianlah kepada Yang Berhormat Bukit Gantang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tak, ucap kemudian. Sini bagi dengar dulu sahaja. Saya nak jawab kepada Yang Berhormat Bukit Gantang, industri halal ini. Saya suka nak sebutkan – Yang Berhormat, tadi saya dah bacakan di awal tadi, setiap syarikat pada awal tadi saya telah bacakan bahawa kita telah menetapkan bahawa syarikat-syarikat yang memohon untuk supaya mereka ini diberikan kebenaran untuk supaya mereka ingin untuk memohon sijil halal ini, mereka terlebih dahulu, mekanismenya ialah mereka mestilah termasuk di antaranya disyaratkan untuk supaya mereka mempunyai eksekutif halal di dalam syarikat masing-masing. Ini terutamanya syarikat-syarikat yang bertaraf multinasional iaitu syarikat-syarikat besar yang berskala besar dan mereka perlu ada apa yang dinamakan dengan eksekutif halal bagi memantau dan memandu supaya menjaga sebagaimana di bank-bank tadi. Ia telah pun bermula mungkin dalam skala yang masih lagi tidak besar, masih lagi kecil dan kita harap, insya-Allah, dia akan berjalan dengan baik. Selain daripada eksekutif halal, dalam manual prosedur yang telah ditetapkan oleh sijil halal, syarikat disyaratkan untuk mewujudkan internal halal committee atau jawatankuasa halal secara dalaman dengan izin. Jadi ini di antara syarat-syarat yang telah kita tetapkan. Kepada Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, sebagaimana yang ditanyakan bahawa memang mungkin dalam sijil itu kita tidak tulis kod, mungkin, tetapi kita mempunyai perkara-perkara, nombor-nombor sulit ataupun dia punya rujukan-rujukan sulit yang disimpan datanya di dalam maklumat berdasarkan bar code yang ada disimpan di dalam JAKIM yang boleh dirujuk, dan kita ada satu kaedah Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa untuk memantau sijil-sijil yang benar dan juga sijil palsu berdasarkan kepada apa yang kita miliki dan daripada maklumat yang telah disampaikan, di mana kerajaan telah pun
pada logo halal ini, setiap syarikat yang dapat logo halal perlu cetak nombor rujukan syarikat di bahagian bawah. Jadi memang betul, maklumat yang saya ada di tangan sekarang ialah tidak ada bar code number ataupun kod nombor pada logo halal tapi syarikat yang mendapat sijil-sijil halal, dia mesti mencetak pada bahagian bawah itu rujukan syarikat yang mendapat sijil tersebut. Mungkin untuk masa hadapan, lebih untuk melihat kepada penjagaan sijil yang lebih telus dan tulen, mungkin pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi boleh diambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan kini – walaupun Yang Berhormat Kuala Nerus tak ada. Kalau mengikut petua daripada Tuan Yang di-Pertua, tak perlu untuk jawab tetapi bertulis. Cuma, saya mohon izin oleh kerana tajuk ini merupakan tajuk yang selalu sangat dibincangkan dan tidak dapat penjelasan yang pasti iaitulah Petronas tidak bayar zakat dan mencadangkan supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat suatu kajian tentang hukum tentang zakat petroleum sebagai pendapatan negara. Jadi ada perbincangan tentang petroleum perlu atau tidak dikeluarkan zakat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, persoalan sama ada Petronas dikenakan zakat ataupun tidak telah pun sebenarnya dibincangkan beberapa kali oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Yang Keenam yang bersidang pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan hukum zakat perniagaan ke atas Petronas. Muzakarah telah memutuskan bahawa minyak mentah dipandang daripada segi sifatnya sebagai bahan galian adalah wajib dikenakan zakat apabila ia dikeluarkan daripada bumi. Ini adalah berdasarkan kepada pendapat Mazhab Hanbali dan disokong kuat oleh pendapat Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi yang disertakan dengan hujah yang kuat. Petronas dalam jawapan yang sama oleh – ini lafaz yang dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa, Petronas tidak diwajibkan zakat kerana zakat hanya dikenakan kepada individu di mana syarat wajib zakat oleh individu ialah Islam, merdeka, cukup haul, cukup kadar sukatan atau timbangan atau bilangan dan milik sempurna.
Petronas bukanlah tergolong dalam maksud syarikat seperti yang dikehendaki oleh syarikat Islam meskipun ia didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Ini kerana Petronas tidak mengadakan apa-apa perkongsian dengan mana-mana pihak dalam masa penubuhannya. Sedangkan syarikat dalam Islam membawa maksud adalah berlakunya perkongsian antara dua pihak atau lebih. Oleh itu, Petronas terkeluar daripada perbincangan mengenai syarikat Islam, khususnya dalam konteks untuk mengeluarkan zakat. Manakala, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam bagi kali ke-89, bersidang 14-16 Disember 2009 telah juga membincangkan hukum zakat ke atas Petronas. Muzakarah mengambil perhatian terhadap laporan kajian yang dikemukakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM mengenai kedudukan organisasi dan operasi Petronas sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau government-linked company (GLC) berdasarkan laporan yang dikemukakan. Didapati Petronas adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, di mana 99.9% saham Petronas dimiliki oleh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 0.01% saham dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Berdasarkan laporan tersebut, muzakarah bersetuju supaya keputusan yang telah dicapai pada muzakarah kali yang keenam pada tarikh 10 Oktober 1983 yang memutuskan bahawa Petronas tidak diwajib dikenakan zakat dikekalkan. Jadi maknanya, ini penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Menteri. Okeylah, kalau dalam konteks Petronas di Malaysia. Akan tetapi apabila Petronas membuat cari gali di luar macam di Sudan, macam di
Indonesia dan juga negara-negara luar, apakah di sana tidak disebut sebagai konsepnya ialah konsep untuk musyarakah iaitu bersyarikat dengan perniagaan, dalam konteks perniagaan? Jadi, itu saya minta penjelasan. Kalau boleh kalau belum lagi mungkin yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa itu, khusus kepada dalam konteks Petronas di Malaysia. Akan tetapi di luar terpaksa Petronas JV dengan syarikat-syarikat yang terdapat di perairan sana. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya mohon oleh kerana ini hal hukum untuk saya merujuk dahulu kembali dan saya akan bagi jawapan bertulis pada waktu yang dibolehkan oleh muzakarah fatwa nanti. Sebab saya hendak jawab hari ini, besok pagi belum tentu lagi. Akan tapi insya-Allah, kita rujuk kepada Majlis Fatwa dan untuk mereka sampaikan maklumat untuk saya panjangkan kepada Yang Berhormat. Terima kasih. Akhirnya, berkaitan isu Lembaga Tabung Haji. Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan pun tidak ada hari ini. Yang Berhormat Rantau Panjang, ada. Yang Berhormat Pokok Sena, pun tidak ada. Yang Berhormat Kuala Terengganu, menyentuh isu pembelian tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji. Dalam kesempatan ini ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa penubuhan Tabung Haji dikuatkuasakan di bawah Akta Lembaga Urusan Tabung Haji 1969 [Akta 8] dan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Pindaan) 1973 [Akta A168]. Seterusnya, akta tersebut dipinda dan diganti dengan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] yang memansuhkan akta terdahulu. Fungsi-fungsi Lembaga Tabung Haji adalah seperti termaktub di Bahagian II, perkara 41 iaitu mentadbir kumpulan wang, mentadbir segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya dan melakukan apa-apa urusan lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah akta ini. Peruntukan di bawah seksyen 16(2b), Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], Tabung Haji adalah dibenarkan untuk menggunakan simpanan pendeposit untuk tujuan pelaburan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai pelabur hartanah jangka panjang, Tabung Haji sememangnya giat melabur dan kini telah memiliki beberapa bangunan secara langsung dan tidak langsung di segi tiga emas (golden triangle) Kuala Lumpur. Antaranya ialah Platinum Park, TH Selborn, Menara Bank Islam dan di KL Sentral. Berhubung dengan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX), dimaklumkan ia adalah melibatkan satu plot tanah yang akan dibangunkan sebagai menara kediaman pangsapuri. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci. Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta iaitu 2,774 satu kaki persegi untuk 1.6 ekar adalah pada kadar nilai pasaran semasa dan telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional. Ahli Lembaga ALP Tabung Haji menekankan bahawa Tabung Haji mempunyai urus tadbir korporat yang baik dan tinggi. Semua proses keputusan pelaburan akan melalui pelbagai peringkat yang turut mengambil kira isu percanggahan kepentingan, conflict of interest, selain daya maju pelaburan tersebut. ALP Ahli Lembaga Tabung Haji telah membuat keputusan untuk proses penjualan semula tanah tersebut. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira semua sentimen dan pandangan daripada pihak berkepentingan sebagai jalan untuk mengelak fitnah berleluasa dan melampau. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan ia mampu menggugat keadaan sosiopolitik di Malaysia, khususnya di kalangan masyarakat Islam bumiputera. Tabung Haji telah menerima tawaran pembelian tanah dan sedang mengkaji tawaran tersebut. Tawaran untuk membeli tanah tersebut membuktikan tanah itu bernilai dan sememangnya berpotensi. Mengenai kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam isu pembelian tanah tersebut sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, dimaklumkan bahawa kuasa pelaburan Tabung Haji adalah diperuntukkan di bawah seksyen 20(1), di bawah Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], Aset Kumpulan Wang hendaklah setakat yang tidak dikehendaki dibelanjakan oleh lembaga di bawah akta ini dilaburkan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau luar Malaysia dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh lembaga.
[Bangun]
Yang Berhormat Rantau Panjang bangun.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan. Saya ingin tahu berapakah jumlah keseluruhan pelaburan Tabung Haji dari sudut hartanah yang ada sekarang ini. Saya ingin tahu, apakah rasional keputusan lembaga pengarah untuk membeli tanah daripada Tun Razak Exchange ini dengan harga yang begitu mahal, RM188 juta lebih? Sedangkan kerajaan, tanah ini boleh diperoleh dengan lebih murah. Oleh sebab 1MDB juga kita semua tahu diberi dengan harga yang begitu rendah. Kenapa perlu membeli daripada 1MDB dengan harga yang begitu tinggi dengan nilai yang sangat tinggi? Jadi, bukankah ini menyebabkan beban kepada risiko yang sangat besar. Jadi, itu adalah satu perkara yang menjadi tanda tanya kenapa tidak direct terus? Kenapa harus daripada 1MDB kalau betul-betul keperluan untuk membangunkan tanah tersebut? Minta penjelasan.
Menteri.
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya melihat Tabung Haji ini adalah satu institusi negara yang sangat berjaya dari segi penabungan, dari segi pelaburan dan merupakan satu institusi yang menyediakan logistik yang terbesar. Boleh dikatakan antara yang terbesar di musim-musim haji dan ia menjadi satu institusi yang diiktiraf dan dikagumi oleh dunia. Saya hendak tanya Menteri, bagaimanakah kita negara ini dapat kita eksport pengalaman ini untuk berkongsi dengan negara-negara luar sebagai satu model gergasi penabungan, pelaburan dan logistik yang berjaya? Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Gerik bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, rasanya Tabung Haji melabur dalam TRX tidak silap. Oleh sebab selama ini Tabung Haji telah beroperasi dan hendak minta Menteri jelaskan ada berapa anak syarikat Tabung Haji? Salah satu daripada anak syarikatnya yang saya pernah jadi lembaga pengarah, TH Property. Ia telah membangunkan tanah Enstek sempadan dengan Putrajaya. Sehingga hari ini projek ini antara yang saya rasa memberi sumbangan kepada Tabung Haji. Ini satu ketika dahululah. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan perkara tersebut? Terima kasih.
Satu lagi. Sambung sedikit lagi.
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat daripada isu pembelian tanah di TRX itu timbul, di antara isu yang dibangkitkan ialah ada yang mengatakan tanah itu mahal, tidak sesuai, itu ini dan sebagainya. Boleh tak Yang Berhormat Menteri jelaskan bahawa adakah ini satu-satunya projek besar Tabung Haji iaitu membeli tanah TRX atau adakah sebelum ini Tabung Haji sendiri pernah terlibat dalam pembelian tanah-tanah dan juga aset-aset lain yang jauh lebih besar daripada itu yang tak siapa pun pertikai. Jadi kalaulah dahulu ada sejarah Tabung Haji terlibat dalam pembelian aset yang besar, jadi ini bukan satu perkara baru, bukan satu perkara yang ganjil bagi Tabung Haji membeli tanah TRX tersebut. Jadi kalau dapat, Yang Berhormat Menteri jelaskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada yang pertamanya Yang Berhormat Rantau Panjang berkaitan dengan
pembelian TRX ini. Saya tadi minta maaf, tidak berapa hendak perasan Yang Berhormat Rantau Panjang. Selalu pakai warna hijau, hari ini biru pula tudung. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun pakai hijau. Tidak ada masalah pada warna. [Ketawa]
Betul. Saya setuju Yang Berhormat, warna ini tak memberi makna sangat, Yang Berhormat ya. Saya melihat bahawa bila Yang Berhormat mengatakan kenapa Tabung Haji membeli daripada 1MDB, kenapa tidak beli tanah tersebut dengan harga murah. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah ini bukan tanah milik orang lain setelah diberikan hak milik kepada 1MDB. Jadi kalau kita hendak beli, tidak boleh beli kepada orang lain sudah. Tidak boleh beli kepada pihak Kerajaan sebab telah diberi milik kepada 1MDB. Oleh sebab itu kita beli kepada 1MDB. Bila disebutkan tentang persoalan kenapa dibeli dengan harga yang mahal, jadi bila hendak sebut harga mahal ini Yang Berhormat, ia kena ada ukuran Yang Berhormat. Sebab ukuran sama ada mahal atau murah itu, ia tidak diukur berdasarkan kepada cakap. Oleh sebab itu kalau di kampung pun ia ada ukuran ia Yang Berhormat. Kalau kita tengok di Rantau Panjang, orang akan tanya berapa harga di kawasan persekitaran Rantau Panjang. Jadi, katakan RM50,000 satu relung tanah, jadi kalau kita beli RM50,000 juga maknanya satu ekar tanah, maka itulah harga yang sebenar mengikut pasaran kebiasaan. Akan tetapi lebih profesional kalau sekiranya bila kita buat pinjaman melalui bank dan sebagainya. Maka untuk tujuan pinjaman tersebut, ia akan ada satu tanda aras yang menjadi ukuran. Sebab itu ada valuation dia. Jadi Yang Berhormat, untuk divalue tanah ini, Tabung Haji juga begitu. Tabung Haji untuk maklumat sejarah, kita tidak pernah dapat tanah dalam bentuk secara anugerah daripada mana-mana. Saya hendak sebutkan bahawa Tabung Haji ini adalah merupakan konglomerat perniagaan yang 100% patuh syariah yang penyimpannya, pendepositnya ada 8.7 juta orang dan yang hendak pergi haji 1.5 juta orang. Maksudnya ialah 7.2 juta adalah mereka yang menyimpan untuk tujuan keuntungan dividen dan bonus. Jadi, oleh kerana dia memahami bahawa simpanan Tabung Haji ialah simpanan Wadiah Yad Dhamanah. Wadiah iaitu kebenaran untuk diperniagakan, dilaburkan oleh pihak Tabung Haji untuk mencari keuntungan dalam masa yang sama juga dijamin oleh Kerajaan. Setiap sen penyimpan itu tidak akan hilang. Jadi sebab itu, balik kepada Yang Berhormat tadi sebutkan bahawa harga pembelian dan sebagainya. Maka kita melihat bahawa...
[Bangun]
Yang Berhormat duduk dahulu. Dia ganggu saya. Oleh sebab Yang Berhormat masuk, terus hendak tanya. Yang Berhormat, bahawa bila pembelian tersebut ingin dibuat bahawa ia ada valuation yang telah diuruskan, ataupun kita panggil ketekunan wajar oleh peringkat Tabung Haji di mana kita telah pun melantik Jones Lang Wootton untuk tujuan bagi menilai harga dan tanah tersebut. Daripada nilaian tersebut, berdasarkan daripada pengkajian yang dibuat. Tanah-tanah yang berdekatan diambil kira. Termasuk tanah yang berdekatan dengan Pavilion, termasuk tanah yang berdekatan dengan tersebut juga iaitu lah sebahagian daripada tanah milik daripada Kedutaan Jerman yang telah pun dijual pada harga RM3,200 dan lebih. Namun Tabung Haji dapat tawaran yang lebih rendah daripada itu di mana tawaran yang telah diberikan kepada kita, dan berdasarkan kepada ketekunan wajar yang kita lakukan. Harga yang telah kita dapat daripada penilaian tersebut ialah RM2,890. Akan tetapi, dengan daripada itu kita dapat pengurangan lagi, iaitu kita dapat membeli dengan harga RM188.5 juta dengan harga sekaki persegi sebanyak RM2,774. Jadi, kalau Yang Berhormat tengok pun maknanya Yang Berhormat akan nampak kebijaksanaan pihak pengurusan Tabung Haji dalam proses pembelian yang seperti ini.
[Bangun]
Kenapa pula kita sebutkan, kita hendak cari – kenapa tidak tanah yang lain. Saya suka hendak menyebutkan bahawa, tanah ini nanti sampai satu ketika Yang Berhormat, ia mencantumkan kemudahan- kemudahan infrastruktur. Oleh sebab zaman mungkin 1MDB beli dahulu ia mendapat tanah yang kosong. Dalam itu ada setinggan, dalam itu ada juga termasuk rumah-rumah dan juga termasuk bangunan milikan orang lain. Mereka telah memproses untuk mengeluarkan semua kepayahan, gangguan tersebut. Dalam masa yang sama juga, mereka telah mendapat kebenaran untuk dibangunkan suatu bandar yang begitu tersendiri, yang bakal menjadi ikon yang bukan hanya sekadar mampu menandingi bakal lebih daripada apa yang dimiliki di KLCC pada hari ini. Jadi bangunan tersebut, bila kita nilai termasuk di antara infrastruktur yang akan masuk, yang begitu hebat dari sudut pengangkutan. Termasuk kereta api laju dari Singapura yang akan hanya mengambil tempoh 90 minit, akan sampai di Kuala Lumpur. Dari Singapura masuk ke Johor, masuk ke Melaka, Negeri Sembilan sampai lah di stesen terakhir Kuala Lumpur dalam tempoh 90 minit. Dalam tempoh 90 minit tersebut, maka ia akan sampai di Kuala Lumpur ini dan stesen terakhir berhenti ialah di TRX tersebut. Mengambil kira lah bahawa inilah peluang pelaburan dan juga peluang pemilikan bangunan aset yang terbaik untuk Tabung Haji untuk tempoh masa hadapan, maka kita melihat keperluan tersebut untuk kita ambil.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat sebut tadi akan dijual.
Sebentar Yang Berhormat. Kita beri habis yang ini dahulu. Yang Berhormat sabar sebentar.
Terima kasih.
Saya ada lagi tiga hendak jawab Yang Berhormat.
Sedikit sahaja. Saya hendak jelaskan yang tadi.
Pendek sahaja soalan.
Yang Berhormat sebut tadi akan dijual balik tanah itu. Jadi apa rasional pula? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit.
[Dewan riuh]
Tanah tadi.
Bila sebut rasional ini, senang saya hendak jawab rasional. Yang Berhormat, bila dalam keadaan...
Tuan Yang di-Pertua.
Seorang-seorang Yang Berhormat.
Tabung Haji sentiasa mengambil rasional ataupun mengambil pendekatan yang sebab kita 100% dalam konteks pembelian tadi, 100% dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa pembelian ialah berdasarkan transaksi business ataupun perniagaan. Ia tidak ada campur tangan yang lain. Akan tetapi apabila pemikiran politik sudah mengambil kira dan mengambil tempat, dan pada waktu itu prasangka lebih mengambil tempat sehingga kita melihat bahawa ramai orang yang telah pun makcik-makcik di kampung. Saya difahamkan semalam saya di Kelantan, ada yang melaporkan kepada saya, ada dia beritahu kepada mak dia, “Mak, mek kito ini, tanoh-tanoh hok mek sipe dale Tabung
Haji itu, pitih-pitih kito habih belako doh”. Jadi dia kata “Baik mek keluarkan balik pitih mek itu takut nanti hok pitih mek hendak simpe pegi haji itu doh habih doh”. Jadi mak ini pun pergi ambil dan dilaporkan kepada saya semalam, selepas ambil itu beli motor. Jadi mak dia itu beratlah hendak pergi haji sekalipun. Jadi saya hendak beritahu, prasangka mengambil tempat dan juga perkara persepsi mengambil tempat. Jadi rasionalnya, sudah dia tidak boleh terima rasional lagi. Sehingga mudah untuk saya sebutkan, kalau katakan Yang Berhormat Tanjong Karang, kalau ada orang dapat tahu kata Yang Berhormat hendak kahwin satu lagi lah, bini tua balik tunggu dekat pintu rumah. Dia beritahu kata jangan masuk dalam rumah, buat keputusan sekarang. Jadi bila kita buat keputusan sekarang itu kita beritahu “Janganlah marah lagi. Kan semalam ustaz sudah mengajar sudah, akan dapat payung emas dan sebagainya”. Dia masa itu dia cakap payung emas pun sudah tidak boleh terima sudah. [Ketawa] Kita kata tidak, ini bukan payung emas dalam dunia ini, payung emas dalam syurga.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Nanti kejap, tunggu. Belum habis lagi.
Habislah. Itu banyak sudah cerita. Apa payung emas bagai.
[Dewan riuh]
Duduk sekejap.
Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Yang Berhormat Lumut, sekejap Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut pakai kopiah putih, sabar Yang Berhormat Lumut. Saya menghormati kesucian itu. Sebab itu bila disebut payung emas, kita beritahu pula, bukan payung emas di dunia, payung emas di akhirat. Dia kata “Tok sah dok cakap soal akhirat, dunia ini pun tak selesai lagi.” Kita kata, “Tak, esok dekat bukan takat akhirat. Masuk dalam syurga”. Dia kata “Syurga tak masuk pun tak apa”. Jadi, berat. Jadi sedangkan kita tanya balik, dia bukan tidak hendak pergi syurga, tetapi persepsi dan juga prasangka pada waktu itu mengambil tempat. Maka sebab itu Tabung Haji mengambil ketetapan untuk dijual semula balik. Berbalik kepada Yang Berhormat Bagan Serai...
[Bangun]
Saya tak habis lagi Yang Berhormat.
Sabar, sabar.
Tolong sabar sebentar.
Tidak sempat Yang Berhormat.
Tidak, saya ada tiga orang lagi saya hendak jawab.
Yang Berhormat Menteri jawab dulu Yang Berhormat.
Sedikit sahaja, 30 saat, 30 saat.
Saya habiskan yang tiga orang ini dulu. Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai sebutkan tadi bahawa ini model Tabung Haji. Saya ingin hendak mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bagan Serai tadi kerana sebenarnya model Tabung Haji ini dikagumi oleh peringkat dunia. Oleh sebab itu kita melihat baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dijemput juga sekali lagi menghadap King Salman di Arab Saudi kerana prasarana Malaysia telah pun berikan suatu yang kita boleh anggap anugerah dalam bersaing di antara syarikat besar untuk meneruskan Metro Line di Mekah ke Arafah, Arafah ke Muzdalifah. Mudzalifah ke Mina, Mina ke Mekah dalam tempoh lima hari musim haji yang menang untuk bida tujuan mengurus dan mentadbir Metro Line ini ialah syarikat dari Malaysia. Satu penghormatan dengan jumlah bayaran yang memberangsangkan untuk tujuan pengurusan tersebut. Jadi, saya melihat bahawa model ini kerana orang mempercayai Tabung Haji dan Tabung Haji namanya cukup harum di peringkat negara dunia yang berurusan dengan urusan-urusan haji. Maka sebab itu model ini adalah merupakan – kalau kita katakan kita perlu eksportkan model ini kepada di luar sana. Tentunya sebagaimana juga harumnya sijil-sijil halal yang kita miliki. Oleh sebab saya pergi ke Korea, Jepun, China dan sebagainya. Mereka meminta supaya model halal ini diperkenalkan kepada mereka untuk mereka bersama-sama sebagaimana juga model Tabung Haji.
Okey, saya hendak mencelah, mencelah.
Nanti dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, sabar sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Sepang beritahu… [Berucap dalam Bahasa Arab] “Jadi Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar.”
Sudah lama bersabar, sudah lama bersabar.
Bulan Ramadan sudah hendak masuk Yang Berhormat.
Macam hendak tutup sudah itu, nanti tidak sempat soal.
Yang Berhormat jangan risau...
Soalan saya...
Menteri hendak jawab dulu Yang Berhormat Lumut.
Saya hendak habiskan yang ini dulu.
Yang Berhormat belum bagi Yang Berhormat.
Yang Berhormat ini macam haji juga Yang Berhormat, macam haji juga. Yang dahulu didahulukan. Yang Berhormat Gerik, anak syarikat Tabung Haji tadi ini – ya lah, saya bersetuju sangat Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik sebab itu dulu dilantik untuk berada dalam Tabung Haji Properties sebab Yang Berhormat Gerik pun mempunyai otak yang bergeliga, sebab apa Yang Berhormat Gerik sebutkan tadi. Ini fakta Yang Berhormat. Tahun 1993 Tabung Haji telah pun membeli Bandar Enstek. Waktu itu Tuan Yang di-Pertua, Bandar Enstek adalah merupakan sebuah bandar walaupun luasnya ratusan ekar, yang ada ribuan ekar keluasannya tetapi dibeli pada tahun 1993 Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, tahun 1993 pada waktu tersebut dengan harga bernilai RM4 sekaki. Yang Berhormat, kalaulah pada waktu pembelian tersebut kajian telah dibuat oleh Tabung Haji yang sama sekarang, ahli lembaganya sahaja begitu juga dengan pihak pengurusan, begitulah juga pengurusan untuk risiko dan sebagainya telah pun dibuat kajian yang formatnya sama, nilai RM4. Akan tetapi kalau dihebohkan pada waktu 1993,
orang akan kata Tabung Haji membeli sebidang tanah yang kelapa sawitnya sudah terlampau tua, sudah tidak boleh hendak dikait lagi, tidak menghasilkan buah lagi. Begitu juga dengan getah yang terlampau tua. Akan tetapi perancangan strategik yang diatur berdasarkan pada waktu itu sudah tumbuh dengan Putrajaya, waktu itu sudah tumbuh dengan KLIA berdekatan, 10 minit daripada KLIA boleh sampai ke tapak tersebut. Hari ini syarikat-syarikat konglomerat, ada beberapa buah universiti swasta telah pun diwujudkan di sana, perumahan pun diwujudkan di sana termasuk padang-padang permainan termasuk golf dan juga termasuk Kellogg, sebuah syarikat besar yang menjadikan satu-satunya rantau Malaysia ini sebagai hab kilang terbesar mereka untuk mengeluarkan barangan-barangan yang cereal makanan-makanan segera orang-orang Barat terutamanya dan termasuk dalam negara kita yang membuka kilang di sana. Pada hari ini Enstek yang dimiliki oleh Tabung Haji sudah bernilai RM40 satu kaki persegi. Jadi, ini juga merupakan suatu kebijaksanaan yang kita tidak sedar dan orang Melayu yang menyimpan di situ begitu memahami. Namun dalam masa yang sama, kita terpaksa menjaga kebaikan semua sebab itu kita cukup berhati-hati. Yang Berhormat Gerik, saya lupa sebut, ada 83 buah anak syarikat yang dalam Tabung Haji. Yang Berhormat Tasek Gelugor telah menyatakan juga kepada kita berapa untuk saya beritahu jumlah syarikat-syarikat yang – jumlah bangunan-bangunan yang sebenar dimiliki oleh Tabung Haji. Sebenarnya, keputusan-keputusan yang dibuat pembelian Tabung Haji dan sebagainya, kita ada berapa banyak bangunan yang dibeli di Kuala Lumpur ini termasuklah bangunan Tabung Haji itu sendiri, termasuk juga dengan Sheldon, termasuk beberapa bangunan, termasuk bangunan-bangunan yang kita beli di United Kingdom. Di England kita ada beberapa buah bangunan dan semua bangunan ini berdasarkan kepada ketekunan wajar pulangan paling tidak kita miliki di antaranya sekitar 6%, 7%, 8% sampai 10% jumlah pulangan dalam bentuk tahunan dan juga bulanan. Jadi ini merupakan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa henti pihak Tabung Haji untuk memastikan supaya setiap pembelian kita ini kita memberikan pulangan keuntungan kepada pendeposit iaitu 8.7 juta orang Islam yang menyimpan dalam Tabung Haji. Sila.
Ya. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pendek sahaja. Pengerusi Tabung Haji telah pun menyebut dan memberikan jaminan bahawa tanah yang dibeli daripada TRX itu akan dijual secepat mungkin dan dia pernah sebut bahawa sudah ada tiga dan empat orang pembeli sedia untuk membeli dan tanah ini akan dijual dalam jangka masa seminggu. Itu disebut lebih kurang satu sampai sebulan setengah lalu. Selepas itu, dia kata perjanjian akan ditetapkan tidak lama lagi tetapi sampai hari ini kita masih belum dengar apa yang telah pun berlaku dengan transaksi tersebut. Kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri supaya berikan update kepada perkara tersebut.
Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, pembelian tanah RM188 juta itu dibeli dengan tunai, cash daripada 1MDB. Sedangkan waktu itu 1MDB sedang tenat untuk mencari wang bayar bunga bulan tersebut. Jadi, dalam hal ini kita cuba kaitkanlah seolah-olah Tabung Haji hendak bantu 1MDB untuk bayar bunga yang dikenakan.
[Dewan riuh]
Saya pun melabur di Tabung Haji, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Ada kaitan.
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Terima kasih.
Tambah sedikit Yang Berhormat Menteri.
Tambah sedikit tentang Tabung Haji.
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Yang Berhormat Menteri, saya lihat Tabung Haji theory from business man points of view, apa salahnya kalau kita jual dapat keuntungan RM170 juta lebih. Akan tetapi kalau tanah itu tidak dijual, ia boleh mendatangkan lebih banyak keuntungan. Apa salahnya, kalau boleh saya cadangkan lebih baik Tabung Haji simpan tanah ini, terima kasih.
[Dewan riuh]
Saya yang pertamanya mengucapkan tahniah dan amat terharu. Kalau boleh saya sebak, terlalu sebak tetapi terharunya fasal satu yang pertamanya Yang Berhormat Petaling Jaya Utara dan Simpang Renggam yang amat-amat prihatin pada Tabung Haji yang keseluruhan pendeposit walaupun Yang Berhormat tahu 2.87 juta ini orang Islam. Jadi, keprihatinan Yang Berhormat ini amat-amat saya hargai dan saya lebih terharu Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan supaya tidak menjual. Elok Yang Berhormat Simpang Renggam bisikkan kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara supaya sokong juga untuk tidak dijual, boleh Yang Berhormat? [Disampuk] Yang Berhormat dia tidak setuju. Jadi saya bagi tanggungjawab kepada Yang Berhormat Simpang Renggam bisikkan sebab mungkin dia boleh terima bahasa nanti daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat...
Dia bukan business man.
Ya? Saya yang pertamanya ingin menekankan begini Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, bahawa pembelian tanah ini sebagaimana yang telah disebutkan oleh sebab prasangka yang telah timbul, muncul, jadi kita ambil ketetapan untuk jual. Akan tetapi Yang Berhormat dalam masa yang sama juga, biarlah apabila kita jual tersebut kita tidak hendak sekadar pulang modal. Kita hendak supaya ada keuntungan dan kita ada beberapa tawaran yang ada di hadapan kita. Tawaran yang ada di hadapan kita ini supaya kita hendak menilai yang mana satu yang terbaik sebab kita syariah compliance atau patuh syariah dan Tabung haji bukan sekadar patuh syariah, kita termasuk juga membayar zakat bagi penyimpan-penyimpan. Untuk tahun yang lalu sahaja, kita telah umumkan dengan jumlah pengumuman keuntungan sebanyak dividen bonus 8.5% dicampurkan dengan 2.5% ia punya zakat. Maknanya 11% yang telah diberikan kepada penyimpan dalam erti kata jumlah daripada bonus dividen dan bonus khas termasuk juga dengan zakat yang telah dikeluarkan. Dalam masa yang sama juga Yang Berhormat, saya suka hendak maklumkan bahawa Tabung Haji hari ini masih lagi mengekalkan harga tambang yang beberapa tahun belakang dahulu, di mana negara dunia sudah naik sudah kepada RM17,260. Kita masih lagi kekal pada tambang sebanyak RM9,980. Di mana lebihan perbezaan itu iaitu sebanyak RM7,290 adalah subsidi daripada Tabung Haji.
Jadi kalau Tabung Haji tidak menguruskan ataupun tidak melabur dan juga tidak berniaga dan bukan pelaburan hari ini dan esok sahaja, pelaburan yang sentiasa berterusan sepanjang tahun dan tahun demi tahun demi kelestarian untuk tempoh yang begitu panjang. Jadi satu Yang Berhormat PJ Utara balik kepada soalan tadi...
Boleh?
Yang Berhormat Mersing.
Sekejap. Balik kepada soalan tadi maknanya kita dalam proses dan kita ingin melihat di mana keuntungan yang terbaik dapat kita dapatkan daripada penjualan beberapa tawaran yang telah diberikan kepada kita.
Ada jangka masa yang akan diberikan tak seperti apa yang disebut oleh Pengerusi tadi, Yang Berhormat Baling tidak ada. Akan tetapi, dia sebut dalam jangka masa satu minggu boleh selesai tetapi sekarang
sudah lebih daripada satu bulan. Apakah jangka masa kena bagi tempoh? Takkan satu tahun untuk membuat penilaian kan?
Tak Yang Berhormat, saya sekali lagilah atas keprihatinan Yang Berhormat minta disegerakan tempoh masa dan sebagainya tetapi selaku pihak kerajaan kita menjaga entiti milik orang Islam yang supaya kita jangan kita nanti timbul cerita lain pula. Kita jangan gopoh. Saya dah jawab Yang Berhormat, jangan duk tunjuk dekat tempat orang lain. Walau bagaimanapun saya terima kasih kerana Yang Berhormat minta kesegeraannya yang tersebut. Akan tetapi, orang Islam perlu kita uruskan dengan baik sebab ini orang Islam juga termasuk pengundi kawasan Yang Berhormat itu dan...
Yang Berhormat Mersing dulu Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, bapa saya berumur 86 tahun. Dia dulu pernah duduk dekat Mekah selama lima tahun. Dia ada RM173,000 dalam Tabung Haji. Dia bawa duit dia banyak ke tempat-tempat bank masuk dalam Tabung Haji. Kalau EPF, itu ada undang-undang. Compulsory. Akan tetapi, Tabung Haji ini dia dengan rela hati. Bapa saya umur 86, saya yakin dia merasa yakin dan percaya kepada kepimpinan dan pengurusan Tabung Haji. [Tepuk] Saya nak tanya, adakah kerana komen-komen negatif ini daripada Yang Berhormat Rantau Panjang, daripada Yang Berhormat PJ Utara, Yang Berhormat Lumut yang pakai songkok menjadikan Tabung Haji lebih kuat dan lebih berani untuk melakukan pelaburan yang lebih berani. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju?
Saya pertamanya tentunya bila dia umpama konglomerat terbesar ini Yang Berhormat Mersing. Terima kasihlah tadi sebab bila dia umpama besi. Lagi dibakar, dia akan lagi lebih kukuh dan mudah dicanai dan dia akan membentuk satu besi yang mampan untuk menjadi senjata. Jadi saya fikir ini ujian untuk Tabung Haji supaya mereka akan menjadi lebih kukuh pada masa hadapan. Pada Tabung Haji kita melihat semua cadangan, pandangan-pandangan, teguran- teguran termasuk yang pergi buat demonstrasi di Tabung Haji pada hari Jumaat termasuk insiden pecah cermin dekat dengan bangunan Tabung Haji di Perlis yang kebetulan cermin tepi itu pecah pada saat-saat tengah duk sibuk ini. Bukan kerana orang baling batu kah apa, kebetulan dia pecah, dijadikan sebagai bahan berita. Sehingga di Perlis orang beritahu kata kami sendiri duk tepi situ, bangunan dan sebagainya tak ada siapa baling tapi dia pecah. Akan tetapi menampakkan bahawa orang yang berprasangka tak baik ini dia sentiasa pandang yang demikian. Jadi Tabung Haji saya rasa akan lebih menjadi kuat. Cuma Yang Berhormat satu lagi sebelum saya bagi saya tak habis lagi tadi Yang Berhormat Simpang Renggam. Jadi Yang Berhormat Simpang Renggam tadi Yang Berhormat PJ Utara minta percepat, yang ini minta jangan jual. Jadi ini akan lebih mendalam kita punya pemikiran ke arah tersebut. Akan tetapi Yang Berhormat PJ Utara jangan risau dalam hal penjualan tersebut. Sebab sebenarnya banyak syarikat termasuk syarikat yang daripada bukan Melayu yang teringin amat-amat sangat minta untuk beli dengan tawaran-tawaran yang begitu menarik. Ini kerana mereka tahu bahawa dalam business, ia akan memberi keuntungan yang besar.
Menteri...
Cuma Yang Berhormat PJ Utara saya tak nampak.
Saya nak sedikit...
Saya minta ini dulu Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat Kalabakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Menteri. Tabung Haji ini bukannya satu syarikat RM2. Ini pengarah-pengarahnya sudah memang daripada dulu lagi memegang amanah. Jadi persoalan untuk tanah dibeli dari 1MDB ini mungkin dikatakan oleh pihak sebelah kita ini ada penyelewengan. Kita ada undang-undang. Kita tahu bahawa apabila kita membuat pembelian, ada dia punya tafsiran harga. Jadi kita tidak mahu dengar daripada pihak siapa pun bahawa Tabung Haji ini sudah menyeleweng daripada tujuan asal ia ditubuhkan. Jadi kita minta supaya tanah ini Yang Berhormat Menteri jangan dijual. [Tepuk] Jangan dijual kerana dalam perniagaan, tanah semakin hari semakin lama kita simpan, dia semakin hari semakin naik harga. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Langkawi.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kalabakan sebentar tadi kerana saya nak tanya Menteri, tadi Menteri beritahu yang pertama nilai tanah ini apabila dibuat pembangunan akan menjadi nilai yang tinggi. Ada bangunan dengan jalan kereta api, sampai daripada Singapore ke situ. Kedua, Menteri juga berkata bahawa penjualan tanah ini kepada syarikat lain akan berlaku kerana tekanan politik ataupun persepsi politik. Jadi kalaulah persepsi politik itu sudah reda ataupun tidak ada, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju kepada saya dan juga Yang Berhormat Kalabakan supaya tanah ini tidak dijual dan dipertahankan untuk pembangunan bagi keuntungan yang lebih besar kepada Tabung Haji di masa hadapan.
Yang Berhormat Menteri, pendek sedikit boleh? Tambah.
Yang Berhormat Kota Tinggi ya.
Tuan Yang di-Pertua minta maaf, terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan tadi. Sebenarnya kita nak beli memang susah. Nak jual sangat mudah. Sebenarnya kalau kita mengikut heart instinct ini dengan izin atau naluri gerombolan ini, tak ke mana kita. Jadi pandangan saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kalabakan. Tanah ini makin lama makin bernilai dan kalau kita lepaskan, nak beli balik bukan mudah. Sepatutnya Tabung Haji Properties nama pun Tabung Haji Properties. Mana ada property yang tak beli tanah. Selain daripada individu beli tanah, syarikat-syarikat pemaju yang akan beli tanah. Jadi ini bidang kuasa ruang lingkup yang patut dilakukan oleh Tabung Haji Properties dan saya menyokong supaya tanah ini jangan dijual. Dimajukan dapat pulangan RM200 juta. Pulangannya insya-Allah kita beri lebih banyak kepada pemegang, pencarum kepada Tabung Haji. Terima kasih.
Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Yang Berhormat Menteri...
Menteri.
Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Tasek Gelugor. Yang Berhormat Jerlun dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya cuba nak bawa a bit orang kata apa visualized kita memandang ke depan walaupun benda itu tidak ada. Difahamkan TRX ini akan menjadi international financial centre. Di situlah akan diletakkan dan dimiliki bangunan-bangunan oleh local dan juga konglomerat antarabangsa. Kalaulah Tabung Haji ini kekal dengan tanah yang telah pun dibeli itu, kemudian dibangunkan dengan bangunan yang telah direka cipta oleh arkitek dan sebagainya yang saya yakin akan tersergam indah. Dulu pun apabila bangunan Tabung Haji sedia ada ini pun bila dibuat satu bangunan yang melengkung itu pun orang dah hairan sebab bangunan melengkung itu boleh tertegak. Dari segi akal pada satu ketika itu orang hairan.
Jadi kalaulah bangunan yang akan dibina di TRX ini dimiliki oleh Tabung Haji, sudah tentulah ia akan berdiri tegak bersama-sama dengan syarikat-syarikat konglomerat antarabangsa dan dimiliki oleh pemilik bertaraf dunia, mungkin bank dan sebagainya. Jadi mungkin ada pihak yang mungkin rasanya benci dari sekarang. Tak mahu melihat bangunan Tabung Haji bersama-sama tertegak dengan bangunan-bangunan lain yang hebat di dunia ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Ya Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Terima kasih Menteri. Kita melihat isu Tabung Haji berkenaan dengan pembelian tanah TRX ini ditimbulkan sehari sebelum PRK Permatang Pauh. Jadi niat isu ini dibangkitkan pun memang sudah ada bona fide dah, dah ada niat jahat dia. Jadi hari ini kita mendapat penjelasan yang cukup jelas daripada Yang Berhormat Menteri dan juga kita melihat bahawa kita boleh membuat satu keputusan iaitu kita tidak boleh menjual semula tanah yang telah dibeli oleh Tabung Haji tersebut. Jadi saya mewakili masyarakat dalam Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan dan meminta Yang Berhormat Menteri supaya kita mempertahankan tanah tersebut dan jangan dijual kepada sesiapapun. Terima kasih.
Ya, ada dua lagi bangun Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Tanah Merah. Yang Berhormat Tanjong Karang dahulu.
Terima kasih. Saya dengar hujah-hujahan kawan. Saya ingat kalau kita dengar cakap pembangkang ini Yang Berhormat Menteri, sampai bila kita tidak boleh maju. Dahulu sewaktu saya jadi Setiausaha Parlimen jaga Tabung Haji, pada masa itu isu tanah Maju Junction tidak silap saya. Bukan main lagi dalam ini, bantai left and right. Akan tetapi akhirnya sekarang kita tengok, projek itu berjalan dengan elok. Jadi saya juga menyokong supaya tanah itu dikekalkan dan setahu kita pun Tabung Haji tidak pernah rugi. Pelaburan dibuat demi untuk perniagaan dan nanti insya- Allah dividen akan lebih. Bila lebih dividen ini, mereka sana diam sahaja. Dia hanya cari salah kita. Jadi jangan kita terikut-ikut rentak yang dibangkitkan oleh pembangkang, lebih- lebih lagi isu itu timbul waktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Ini hanya isu politik sahaja. Kekalkan tanah itu, insya-Allah harga akan naik lagi.
Saya pun bersetuju dengan rakan-rakan. Saya minta sangatlah kepada Tabung Haji supaya mempertimbangkan semula niat untuk menjual. Saya rasa sebagai berlatarbelakangkan perniagaan, mari kita buktikan kepada pihak yang sentiasa pandang sinis, pandang yang tidak punya keyakinan. Saya yakin kalau kita simpan tanah ini, kita buktikan bahawasanya apa tohmahan mereka ini, apa tuduhan mereka ini adalah semata-mata berniat jahat, tidak mahu Tabung Haji mendapat keuntungan. Saya minta tanah ini dikekalkan. Terima kasih.
Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat Menteri? Ada dua orang bangun Yang Berhormat.
Last dua orang.
Okey last dua. Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar dengan tekun penjelasan Menteri. Tahniah, Menteri telah pun memberikan penjelasan dan inilah penjelasan yang kita tunggu-tunggu. Isunya sekarang Yang Berhormat Menteri, apabila duit rakyat dikumpulkan untuk dilaburkan, sudah tentu menjadi tanggungjawab Menteri dan saya untuk pastikan bahawa duit rakyat itu tidak hilang. Itu yang pertama. Kedua, kalau kita tegur bermakna bukan kita mengkhianati. Kita tegur kerana rakyat. Kita tahu banyak projek-projek yang berjaya, tetapi ada juga projek-projek yang
gagal. Adakah bila kita menegur seperti Perwaja, kita pernah tegur. Adakah kita tegur kepada Hicom, kita pernah tegur. Adakah bila kita tegur, maknanya kita menderhaka ataupun kita tidak sayang negara? Tidak. Kita tegur kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai pemimpin untuk bercakap. Jadi kalau kita tegur, sebab itu bila Dr. Mahathir juga menegur sekarang, dia dicaci sekarang kerana apa? Ini kerana seleranya tidak sama.
[Dewan riuh]
Isunya sekarang ialah Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri hebat, saya syukur tetapi ramai yang jolok Yang Berhormat Menteri. Ingat, kalau Yang Berhormat Menteri jolok dan jatuh, ramai juga akan lari Yang Berhormat Menteri. Percalah sebab... [Disampuk] Tidak prejudis, ramai kawan saya, saya faham. Akan tetapi isunya sekarang, biarlah kita berobjektif. Bercakap jangan sinis, “Oh! Ini Tabung Haji ini isu semasa pilihan raya.” Tidak. Isu Tabung Haji ini keluar selepas pilihan raya, bukan sebelum. Oleh sebab itu harus sedar bahawa kita berperanan untuk menegur. Ini kerana ada benda yang kita tegur itu pernah berlaku. Betapa hebatnya pelaburan itu hingga lingkup sebegitu sahaja. Begitu juga National Feedlot Corporation (NFC), kita sebut berkali-kali. Hari ini saya tanya Menteri, duit itu sudah patah balikkah kepada kerajaan? Semua membisu. Ini kerana tidak tegur, duit rakyat RM250 juta hilang. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, kita takut ada benda yang tidak kena. Kalau Menteri jawab cantik dan Menteri memberi jawapan dan memberi keyakinan bahawa duit itu tidak akan hilang, saya sokong dan saya puji Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Pasir Puteh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Menteri kerana menjawab persoalan ini. Memang isu kita baru-baru ini ialah sebenarnya ialah kerana masalah 1MDB. Kita tahu akan masalah besar dalam 1MDB dan pada masa itu tiba-tiba Tabung Haji dengan sekelip mata mengeluarkan wang yang begitu banyak untuk membeli satu tanah yang agak mahal. Akan tetapi dengan penerangan yang diberikan mengatakan bahawa penjualan itu adalah agak murah jika dibandingkan dengan tanah-tanah yang di sebelahnya, itu adalah dikatakan perkiraan yang mana menguntungkan Tabung Haji. Kalau betul sebenarnya demikian, maka tahniah kepada Tabung Haji kerana mendapat satu tanah yang begitu murah kerana kesuntukan yang berlaku dalam 1MDB. Tahniah kepada Tabung Haji. Apa yang membimbangkan saya, takut-takut tidak sedemikian. Maka di sinilah saya harap insya-Allah ahli jawatankuasa atau pengarah-pengarah dalam Tabung Haji hendaklah sentiasa mendapatkan nasihat yang terbaik daripada pakar-pakar ekonomi. Jangan lupa juga kerana kita ini menjaga wang rakyat yang mengharapkan yang halal sahaja, maka keputusan kita mestilah juga berserta dengan doa kepada Allah dengan beristikharah memilih jalan yang terbaik. Jadi nasihat saya ialah Tabung Haji kena memikirkan semula, menilai semula, adakah keputusan yang diambil itu benar-benar ikhlas kerana Allah dan kerana untuk mendapatkan perniagaan yang menguntungkan atau sebaliknya ia adalah disebabkan oleh paksaan atau disebabkan oleh kepentingan-kepentingan yang lain yang kita bimbangkan. Ini kerana nampak sangat apa yang berlaku di sana ialah benda-benda yang samar-samar, syubhah dan kita diajar dalam Islam supaya kita. [Bercakap dalam bahasa Arab] . Jadi keputusan kalau kita menjual pun adalah untuk menjauh daripada syubhah adalah keputusan tepat juga. Satu lagi, kalau betul-betul tidak ada benda-benda syubhah di dalam keputusan nanti, maka itu adalah keputusan yang terbaik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan dan memang saya hendak menegaskan sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam bercakap, membicarakan, menyentuh soal bilik Tabung Haji di bandar TRX. Saya suka hendak simpulkan begini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawa dalam konteks pembelian ini memang sebenarnya secara jujur, genuine atau aslinya dengan izin, pembelian ini adalah berdasarkan kepada business transaksi ataupun business perniagaan. Tidak ada arahan daripada mana-mana pihak, termasuk daripada saya sendiri dan sebagainya. Kita serahkan kepada pihak Tabung Haji yang mempunyai kepakaran, bukan
hanya takat hari ini, telah sekian lama menguruskan tanah-tanah dan bangunan-bangunan termasuk yang saya katakan tadi di Australia dan juga di United Kingdom di England dengan beberapa buah bangunan yang telah pun dimiliki. Semuanya memberikan satu pulangan yang baik yang kita pulang balik kepada pendeposit. Kita juga pernah melihat bagaimana Twin Tower ataupun Bangunan Berkembar KLCC yang semua orang tanpa mengambil batasan parti politik yang mereka dukung, tidak kira baju merah, tidak kira baju biru, tidak kira baju hijau, tidak kira warna apa yang dia pakai, dia berselfie di bangunan itu. Gambar selfie itu tentunya melekatkan wajahnya bersekali dengan KLCC di belakang yang merupakan satu ingatan nostalgia. Kita ingin melihat satu hari, biarlah 8.7 juta umat Islam ini kalau dia berselfie di satu bandar ikon baru yang bernama TRX ini, dia berselfie dengan bangunan milik dia sebagai pendeposit kepada Tabung Haji. Itu di antara yang menjadi harapan asal sebenarnya pembelian tersebut. Namun, saya terpaksa mengambil satu yalah mungkin ini sebagai ambang Ramadan, esok hari Selasa anak bulan akan dilihat. Kalau nampak, kita akan puasa hari Rabu dan kalau tidak nampak, kita akan puasa pada hari Khamis. Saya mendapat satu sokongan Tuan Yang di-Pertua, pada saya yang cukup-cukup amat luar biasa di mana kita dapat bergabung pada hari ini orang Islam, termasuk daripada Yang Berhormat Sungai Petani, termasuk dari Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Simpang Renggam, tolak Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sahaja, Yang Berhormat Lumut sedikit-sedikit dan Yang Berhormat Mersing yang telah pun memberikan sokongan supaya Tabung Haji tidak menjual tanah tersebut. Saya mengambil perhatian tinggi. Terima kasih yang amat sangat daripada pihak saya dan bagi pihak Tabung Haji. Saya akan sampaikan kepada Ahli Lembaga Tabung Haji untuk menilai semula supaya saya hendak memberi jaminan bahawa bukan saya yang membuat keputusan, bukan Menteri, keputusannya ialah pihak Ahli Lembaga Tabung Haji.
Tuan Yang di-Pertua, saya buat correction, saya tidak kata jangan jual. Saya kata mestilah telus. Saya kata telus.
Saya pun membetulkan sedikit bahawa Yang Berhormat Sungai Petani tidak mengatakan jangan jual dan tidak mengatakan...
Kalau ada buyer, jual lah saya ingat. Kalau ada buyer.
Saya memperbetulkan, sama juga tadi.
Masuk kategori sikit-sikitlah Yang Berhormat ya. Sokong sikit-sikit.
Sokong sikit-sikit, kategori sokong sikit-sikit. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah saja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab. Mana-mana yang untuk tidak sempat dijawab, saya catat dan akan diambil tindakan sewajar oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya jabatan dan agensi yang berkaitan. Terima kasih, Selamat Menyambut Ramadan. Wallahua’lam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Pensiangan.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas. Seterusnya, menyentuh beberapa perkara yang
berhubung kait dengan isu-isu perpaduan. Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan takziah terlebih dahulu kepada keluarga mangsa gempa bumi Sabah yang telah mengorbankan beberapa orang tempatan dan pelancong luar negara. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, may their soul rest in peace. Dalam situasi sebegini, kita dapat menyaksikan rakyat negara ini bersatu padu, bersatu hati dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana tersebut. Budaya bantu-membantu dan sikap prihatin semua lapisan masyarakat, termasuk bantuan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri yang lain serta NGO dan individu amat dihargai apabila dilihat bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Sabah. Melalui insiden ini, diharapkan rakyat Malaysia faham akan keperluan untuk menghormati adat resam dan tradisi masyarakat lain yang menjadi asas kepada perpaduan kita bagi memastikan sebuah negara yang aman dan makmur. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Jasin yang menyentuh keperluan dasar induk perpaduan. Sebenarnya, kerajaan mempunyai dasar-dasar yang digubal sejak era pasca merdeka hingga kini. Semua dasar ini sememangnya menjurus kepada kesejahteraan masyarakat, di mana elemen-elemen perpaduan dan penyatu paduan rakyat telah pun diberi keutamaan. Kalau kita imbas kembali, perpaduan yang kita kecapi sehingga hari ini adalah hasil wawasan dan visi kepimpinan awal negara. Dimanifestasikan dalam bentuk dasar-dasar negara yang berjaya menjadikan kemajmukan rakyat yang pada hari ini sebagai sumber kekuatan negara. Sekali gus, memastikan pembangunan ekonomi, politik dan sosial terlaksana dengan baik. Penggubalan dasar-dasar kerajaan yang sesuai dengan keadaan dan cabaran semasa untuk memupuk semangat kekitaan dan perkongsian antara pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan masing-masing hingga membolehkan kita menikmati manfaat daripada 10 Rancangan Malaysia yang lalu. Antara dasar yang saya maksudkan adalah seperti Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai visi terhadap pembangunan negara, merupakan visi yang diasaskan atas konsep perpaduan kebangsaan. Keprihatinan Perdana Menteri yang kedua ini mengenai soal perpaduan adalah amat jelas sekali. Saya amat bersetuju sekali, di mana beliau mengatakan Malaysia adalah negara untuk semua rakyat yang taat setia dengan tidak kira keturunan atau bangsa dan agama. Malaysia tidak dipunyai oleh satu golongan. Malaysia adalah hak semua rakyat yang taat setia, yang tidak berbelah bagi. Kita harus sedar apabila ini ditekankan oleh Perdana Menteri yang kedua yang mementingkan ataupun mengutamakan perpaduan negara. Beliau sekali gus telah meletakkan kepentingan perpaduan ini sebagai kepentingan negara atau national interest, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Our unity, our solidarity, safeguards our national interest. Berikutnya juga adalah Dasar Pendidikan. Ini merupakan satu falsafah dasar yang melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara kita. Selanjutnya, Dasar Sosial Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan di sini, dalam usaha kita untuk menjayakan aspirasi Rancangan Malaysia Kesebelas, kita harus balik kepada Rukun Negara kita untuk terus memantapkan perpaduan kita. Dengan izin, sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, to strenghten our national unity and integration, there are risks, a great need to restore the spirit of accomodation that is embedded in the principles of our Rukun Negara. Saya mengatakan di sini dan seterusnya menegaskan sekali lagi di sini bahawa penghayatan dan pengalaman Rukun Negara adalah asas kepada usaha kita untuk menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, elemen-elemen perpaduan dalam dasar-dasar sedia ada juga akan dimantapkan lagi melalui Pelan Tindakan Perpaduan Negara atau The National Unity Blueprint. Pelbagai faktor telah mempengaruhi iklim, tahap perpaduan tanah air kita. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan jujur berpendapat kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah dialami dalam sejarah pembentukan negara. Majlis Konsultasi Perpaduan Negara atau MKPN telah pun menghasilkan satu Pelan Tindakan Perpaduan
atau National Unity Blueprint. Bertujuan memacu kesepaduan negara dan integrasi nasional ke aras yang lebih tinggi. Seterusnya, mengurangkan polarisasi kaum serta berusaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Bagi membawa perpaduan ke aras yang baru, kerajaan akan memastikan blueprint tersebut akan menjadi teras kepada semua dasar yang sedia ada ataupun dasar baru yang akan diperkenalkan pada masa yang akan datang. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, pelan tindakan ini sebenarnya akan dibentang kepada Yang Amat Berhormat dan pihak Kabinet dalam masa terdekat ini. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara atas sumbangan mereka dalam menghasilkan pelan tindakan perpaduan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya cukup sedar, kita memerlukan suatu anjakan paradigma atau paradigm shift iaitu suatu perubahan melibatkan reconceptualization, cara pengurusan perpaduan negara kita.
Ini secara langsung menuntut saya dan jabatan saya untuk sentiasa berfikiran di luar norma kebiasaan dan mencuba sesuatu yang baru yang berupaya membawa kita ke tahap perpaduan yang lebih mantap dari apa yang ada sekarang. Justeru itu, walaupun wujud indeks yang diguna pakai oleh pihak jabatan saya iaitu indeks ketegangan masyarakat, namun begitu, kerajaan sedar keperluan suatu indeks yang lebih komprehensif untuk mengukur tahap perpaduan negara. Oleh yang demikian, cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor sememangnya mempunyai merit malahan disambut baik oleh pihak kerajaan. Beliau telah mencadangkan supaya kerajaan meneliti cadangan untuk membangunkan indeks perpaduan negara. Indeks ini saya percaya akan membolehkan kerajaan menerusi JPNIN memperkasakan strategi ke arah meningkatkan dan terus memantapkan lagi perpaduan dan solidariti nasional untuk menjayakan perpaduan Malaysia. Ini adalah penting kerana dalam usaha untuk mengambil kira indikator-indikator yang berkait rapat dengan perpaduan dengan mengukur pelbagai dimensi perpaduan nasional supaya kita mempunyai satu pengukuran saintifik dalam negara mengenai status perpaduan dalam negara kita. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedang mendapat nasihat Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk meneliti saranan Yang Berhormat dan akan menjadi the way forward kepada JPNIN untuk membangunkan suatu indeks yang berkeupayaan mencerminkan tahap kesepaduan rakyat dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia di Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, solidariti nasional kita adalah amat penting sekali. Berhubung kait dengan itu, maka sukalah saya mengulang balik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas dalam Dewan yang mulia ini di mana beliau telah menggesa untuk merenung bait-bait Lagu Kebangsaan Negaraku, “Tanah tumpahnya darah ku, rakyat hidup bersatu dan maju”. Itulah tema, itulah rahsia kecemerlangan kita selama ini. Tuan Yang di-Pertua, keharmonian dan keamanan yang wujud hasil daripada membudayakan perpaduan selama ini telah membuka ruang kepada masyarakat untuk memberikan tumpuan kepada soal pembangunan dan agenda nasional sehingga membolehkan kita berbicara dan membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas di dalam Dewan yang mulia ini. Apa yang jelas, perpaduan rakyat dan solidariti nasional merupakan asas utama dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas. Justeru itu, saya merayu bersama-sama semua Ahli Yang Berhormat malahan semua pihak untuk membantu inisiatif kerajaan bagi menjayakan strategi-strategi yang telah disusun dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dalam usaha kita untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Itu sahaja penggulungan saya. Sekian dan terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri dari Pensiangan dan juga tahniah di atas anugerah kebesaran negeri Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri. [Tepuk] Ya, saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah membangkitkan isu-isu bagi agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri yang berada di bawah seliaan saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari 25 Mei hingga 9 Jun 2015 yang lalu. Sesungguhnya saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri amat menghargai pandangan, cadangan dan teguran yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjimatkan masa, saya akan menjawab di dalam Dewan yang mulia ini bagi mereka Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan. Kalau mereka yang tidak berada di dalam Dewan, akan saya bagi jawapan secara bertulis.
Ya, sila.
Yang Berhormat Gopeng, ada? [Disampuk] Tak ada. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Petani? Tak ada. Yang Berhormat Gerik? Tak ada?
Gerik ada.
Ada? Okey, saya jawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik yang meminta... Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gerik telah mencadangkan agar perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa dapat diberikan kepada kawasan luar bandar di negeri Perak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPAD tidak hanya menumpukan perhatian untuk menaik taraf kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang dan bandar sahaja, malah turut mengambil kira keperluan penduduk di luar bandar. Bagi negeri Perak, SPAD sedang bekerjasama dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) negeri Perak untuk mengenal pasti isu-isu utama dan cadangan penambahbaikan berdasarkan maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri Perak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Negeri yang dipengerusikan oleh UPEN. Beberapa laluan baru juga dikenal pasti bagi memastikan perkhidmatan bas henti- henti dapat disediakan untuk kumpulan sasaran. Cadangan untuk keperluan di masa hadapan mengutamakan faktor-faktor utama seperti kekerapan, kebolehharapan, masa perjalanan, kebersihan dan keselamatan bagi mencapai kualiti yang tinggi dalam perkhidmatan bas. Tumpuan turut diberikan kepada kawasan luar bandar di negeri Perak bagi menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh. Semasa perbahasannya juga, Yang Berhormat Gerik telah turut mencadangkan agar SPAD mengeluarkan lesen untuk bas-bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang yang berhenti di Gerik di Royal Belum. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPAD tidak mempunyai halangan untuk mengeluarkan lesen bas untuk melalui Royal Belum terutamanya untuk mempromosikan Royal Belum sebagai salah sebuah destinasi pelancongan ecotourism di Malaysia. Mana- mana pengendali yang berminat untuk beroperasi di kawasan tersebut boleh mengemukakan permohonan kepada SPAD dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan bagi melayakkan mereka untuk beroperasi di kawasan berkenaan. Seterusnya, Yang Berhormat Stampin ada di dalam Dewan? Okey, saya jawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Stampin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Stampin inginkan maklumat berhubung transformasi perkhidmatan bas henti-henti atau Stage Bus Service Transformation yang lebih dikenali sebagai SBST di Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif SBST di Bandar Kuching Sarawak kini sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan perjanjian antara pihak-pihak yang
akan melaksanakannya kelak. Ia disasarkan akan dimeterai dan dilaksanakan pada masa yang terdekat ini. Itu yang disasarkan ya. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya soalan...
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh minta laluan, Yang Berhormat menteri.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada soalan lain lagi tentang SBST yang saya bangkitkan iaitu berapakah peruntukan tahunan bagi projek SBST di Kuching dan semenjak ia diimplementasikan ataupun akan diperuntukkan bila ia diimplementasikan, bagaimana peruntukan ini akan digunakan? Saya minta jawapan terperinci. Juga, jumlah serta jenis subsidi yang akan dibagikan secara terperinci jika terdapat, termasuk justifikasi terhadap subsidi tersebut, jika terdapat.
Terima kasih, Yang Berhormat. Dari segi peruntukan sebenarnya untuk tujuan ini kerajaan telah menyediakan RM100,000 juta sebagai dana permulaan bagi menjayakan program SPST di lima kawasan bukan untuk di Kuching sahaja, Yang Berhormat. Di lima kawasan yang telah dipilih iaitu Seremban, Kangar, Kuching, Ipoh dan Kuala Terengganu pada tahun 2015 ini. Jadi untuk subsidikah apanya semuanya akan dinyatakan secara terperinci di dalam agreement Yang Berhormat. Jadi yang belum kita dapati lagi tetapi itu tengah dalam proses dimuktamadkan oleh bahagian-bahagian ataupun pihak-pihak yang terlibat.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi jika terdapat boleh bagi jawapan.
Jawapan secara terperinci bertulis?
Ya, secara bertulis kalau boleh dapat dan jumlah itu adalah RM1,000,000 juta itu RM1 bilion kos...
RM100,000 juta untuk lima kawasan pilot projek, Yang Berhormat. Saya sudah jawab semasa jawapan lisan sebenarnya...
RM100,000 juta?
RM100,000 juta...
RM100 bilion?
One hundred thousand....
One thousand milion...
One hundred thousand, no, one hundred million. Sorry.
One hundred million, okey.
One hundred million. Hundred million sorry, dengan izin.
Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat saya sudah jawabkan soalan ini secara lisan berkali-kali. Dengan izin, I have been answering it a few times in Dewan dan menyatakan bahawa untuk kawasan Kuching termasuk Samarahan yang termasuk di bawah lima pilot projek ini iaitu Seremban, Kangar, Kuching, Ipoh dan Kuala Terengganu. Okey, jadi yang terperincinya sekiranya sudah dimeterai perjanjian, baru boleh kita publishkan apa yang terperinci itu. Terima kasih. Seterusnya ialah Yang Berhormat Kubang Kerian ada di dalam tidak?
Tidak ada.
Kalau tidak ada kita terus kepada Yang Berhormat Kluang.
Tidak ada.
Tidak ada Yang Berhormat Kluang tidak ada ini lagi ada Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Mas Gading?
Yang Berhormat Parit ada, Yang Berhormat Mas Gading ada. Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kulai dan juga Yang Berhormat Ampang. Okey saya sentuh, saya akan jawab semuanya keseluruhannya kerana ianya melibatkan keseluruhan isu yang disentuh di sini. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat merujuk kes yang disebut mereka saya merujukkan balik yang disebut sebagai finger rape, dengan izin di Sibu, Sarawak baru-baru ini dan menyarankan agar pindaan sewajarnya kepada undang-undang seperti seksyen 375 Kanun Keseksaan dikaji dan dibuat agar kes-kes seperti ini tidak diulang dan tidak terlepas. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya kesalahan jenayah rogol di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan ditakrifkan sebagai persetubuhan atau dengan izin, sexual intercourse secara paksaan atau tanpa persetujuan ke atas seorang wanita. Ini termasuk persetubuhan dengan wanita di mana persetujuan wanita tersebut untuk melakukan persetubuhan telah diberikan atas sebab ketakutan, penipuan, tanggapan salah atau dengan izin misconception atau tidak faham kesan persetujuan yang diberikan. Dalam keadaan ini di mana mangsa berumur 16 tahun ke bawah. Rogol ditakrifkan sebagai persetubuhan dengan mangsa sama ada dengan persetujuan ataupun tidak. Pembuktian kemasukan atau dengan izin, penetration adalah memadai untuk membuktikan persetubuhan atau dengan izin, sexual intercourse. Namun demikian, ruang lingkup atau skop seksyen 375, Kanun Keseksaan tidak merangkumi tindakan kemasukan selain daripada organ kemaluan seperti jari. Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji seksyen 375 Kanun Keseksaan ini bagi kesalahan jenayah rogol untuk penambahbaikan dan sedang mengambil kira perbuatan- perbuatan lain seperti memasukkan objek atau organ-organ lain selain daripada organ kemaluan. Pada masa yang sama rundingan ataupun engagement sedang dijalankan dengan stakeholders, dengan izin seperti pengamal perubatan dan kementerian- kementerian yang berkaitan. Saya rasa itu sahaja tidak ada lagi isu, dengan itu Tuan Yang di-Pertua dengan jawapan itu maka saya ingin mengakhiri sesi penggulungan saya di sini setelah menjawab semua pertanyaan yang telah dibangkitkan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya hari itu ada bangkit berkenaan dengan saranan ataupun permintaan daripada Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter berkenaan dengan aplikasi uber yang mengakibatkan mengganggu perjalanan teksi bermeter yang terdapat dalam negara kita dan mereka menghantar satu memorandum kepada kami untuk dibawa kepada Parlimen. Antara permasalahan yang berlaku apabila pergi mengadu kepada SPAD, SPAD kata mereka tidak ada kuasa kerana mereka ini menggunakan aplikasi uber ini ialah memerlukan kepada pindaan dalam akta SKMM. Jadi saya minta penjelasan supaya masalah penggunaan talian uber ini diambil tindakan oleh pihak SPAD. Terima kasih.
Sekejap Yang Berhormat, saya cari dahulu kalau ada jawapan mengenai uber itu. Oh ya, Yang Berhormat Bukit Gantang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gantang telah membangkitkan isu penggunaan aplikasi uber dan kereta sapu. Jadi sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut berhubung isu ini saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa terdapat banyak aplikasi telefon pintar atau dengan izin, smartphone yang boleh digunakan oleh orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan teksi seperti MyTaxi, TaxiMonger dan EasyTaxi.
Aplikasi ini boleh digunakan oleh pengguna untuk meminta atau memesan perkhidmatan teksi tanpa perlu menahan teksi di tepi jalan seperti kebiasaannya. Aplikasi- aplikasi ini digunakan secara meluas di kalangan pengguna kerana mudah untuk mendapatkan perkhidmatan teksi dan turut digunakan oleh pemandu teksi sendiri kerana memudahkan mereka mendapatkan penumpang. Oleh yang demikian, penggunaan aplikasi ini sebenarnya membantu kedua-dua pengguna dan pemandu teksi dan penggunaannya adalah sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan iaitu pemandu kenderaan yang menggunakan aplikasi-aplikasi ini adalah tertakluk kepada permit kenderaan yang dibenarkan sahaja. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu menggunakan aplikasi MyTaxi ataupun uber untuk mendapatkan penumpang dan kemudiannya menggunakan kenderaan persendirian, atau kenderaan yang tidak mempunyai permit yang sah untuk membawa penumpang berkenaan, beliau telah melakukan kesalahan iaitu membawa penumpang dengan menggunakan kenderaan yang tidak mempunyai permit dan bukannya kerana menggunakan aplikasi tersebut. Sehubungan dengan itu tiada masalah dengan penggunaan aplikasi berkenaan tetapi penyedia perkhidmatan atau pemandu perlulah mempunyai permit dan syarat permit yang sah. Jadi secara asasnya hendak guna aplikasi itu tidak ada masalah yang pentingnya perlu menggunakan teksi yang mana mereka mempunyai permit yang sah.
[Bangun]
Jadi ada lagi Yang Berhormat?
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kalau guna teksi tidak ada masalah. Masalah sekarang ini ialah menggunakan kereta biasa, prebet. Kereta biasa macam orang panggil kereta sapulah. Ini yang timbul.
Itu yang saya cakap tadi kalau menggunakan kenderaan persendirian yang bukan teksi maka itulah menjadi masalahnya. Jadi kita tidak menggalakkan itu kerana ianya agak sukar kalau hendak menuntut apa-apa daripada pihak yang membawa mereka sebagai pemandu teksi tersebut. Jadi yang penting adalah teksi yang sah. Kita tidak mahu menerima yang bukan teksi yang sah. Jadi bermakna mesti ada permitlah itu.
Kalau tidak ada permit itu tidak bolehlah. Dia gunakan Uber itu dia punya risiko sendiri. Kita tidak menggalakkannya. Akan tetapi dalam hal ini kita tidak memberhentikan penggunaan aplikasi-aplikasi tadi sebab yang penting mereka menggunakan aplikasi ini adalah menggunakan teksi ataupun mereka yang mempunyai permit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang kita tidak nafikan penggunaan Uber ini memudahkan pengguna. Persoalan saya apa tindakan yang perlu diambil oleh pihak SPAD terhadap kereta sapu ini? Ini persoalan yang kita bangkitkan. Bukan persoalan untuk gunakan teksi yang legal, ini masalah illegal dan pernah disebut juga seperti di dalam The Sunday Daily pada 24 Ogos dahulu disebut oleh Pengerusi SPAD, ini merupakan satu kaedah yang illegal yang menggunakan ini. Jadi yang kita hendak sekarang ini apa tindakan SPAD terhadap teksi sapu yang berkelakuan demikian?
Yang Berhormat maksudkan bermakna orang yang memandu kereta itu bertindak sebagai teksilah? Akan tetapi kalau SPAD tahu senang. Kalau SPAD tidak tahu macam mana dia hendak bertindak? Itu masalahnya. Jadi sebab yang bertindak, yang membawa ini biasanya tidak akan memaklumkan kepada kita ataupun kepada SPAD bahawa mereka adalah pemandu, membawa penumpang secara tidak sah. Jadi itu yang menjadi masalahnya. Jadi kalau SPAD hendak mengambil tindakan bahawa seseorang itu memandu tanpa permit agak sukar kerana ianya bukan sebuah teksi. Kalau ia diketahui boleh dilaporkan supaya kita boleh mengambil tindakan iaitu seseorang itu yang tidak mempunyai permit yang sah memandu kenderaan iaitu penguatkuasaan SPAD akan mengambil kira perkara ini.
Sebenarnya pernah juga penguatkuasaan SPAD berjaya mengesan dan menyita kenderaan tanpa permit sah dan pemandu tidak mempunyai lesen. Memang pernah pun. Itu yang saya kata tadi Yang Berhormat kalau kita tahu senang sebab kalau tidak dia membawa kenderaan yang bukan teksi. Jadi macam mana kita hendak kenal pasti bahawa itu adalah sebuah kenderaan yang bertindak sebagai sebuah teksi dan tidak mempunyai permit. Jadi itu yang menjadi masalahnya. Kalau sekiranya Yang Berhormat hendak tahu juga penguatkuasaan daripada SPAD ini kita ada statistiknya. Akan tetapi saya tidak ada sekarang. Kalau nak, saya boleh berikan statistiknya di mana memang pun pernah SPAD bertindak kerana itu telah dilaporkan kepada mereka Yang Berhormat. Terima kasih. Jadi berbalik kepada keadaan kita ini sebagai penutupnya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua saya mengakhiri sesi penggulungan saya ini dengan mengucapkan banyak terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap isu-isu yang telah diutarakan. Jadi saya hendak mengambil peluang ini juga pada bulan Jun ini di Sarawak masih lagi dalam situasi Gawai, jadi Selamat Hari Gawai “gayu guru gerai nyamai” dan kepada Kadazan pula di Sabah Selamat Tadau Keamatan dan selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa bagi umat Islam. Sekian wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Ya, saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan Rakyat ini. Untuk penggulungan perbahasan kali ini saya akan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang tugas Unit Perancang Ekonomi, Unit Kerjasama Swasta, Jabatan Perangkaan Malaysia dan juga Talent Corporation. Terdapat 123 isu-isu yang telah dibangkitkan dan saya akan cuba menjawab dalam tujuh bahagian iaitu ekonomi, pengagihan, pembangunan wilayah, pembangunan modal insan, tenaga, pertumbuhan hijau dan juga perumahan. Saya akan memfokuskan jawapan saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini. Untuk mereka yang tidak ada di dalam Dewan mungkin saya akan memberikan jawapan bertulis dan sebagainya akan diambil kira sekiranya ada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dengan izin.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin memberi penjelasan ke atas perkara yang menyentuh tentang ekonomi yang merangkumi isu-isu seperti status negara maju pada tahun 2020 ataupun Wawasan 2020, indikator- indikator ekonomi, pencapaian Rancangan Malaysia Kesepuluh dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas, peruntukan, pembiayaan dan pemantau projek PFI dan penswastaan juga sumber pertumbuhan sumber ekonomi serta kependudukan. Pertama sekali tentang status negara maju pada tahun 2020 ataupun Wawasan 2020. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar ada.
Yang Berhormat Kuala Kangsar ada okey. Yang Berhormat Kuala Kangsar telah membangkitkan tentang isu sasaran negara untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Isu ini juga antara lain telah menyentuh tentang Sasaran Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita USD15,000 dan pencapaian
negara maju secara menyeluruh yang merangkumi aspek lain seperti politik, sosial, kerohanian, psikologi dan juga perpaduan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, matlamat pembangunan negara adalah untuk mencapai pembangunan yang mapan, inclusive dan berpendapatan tinggi. Definisi sebuah negara berpendapatan tinggi ditetapkan oleh Bank Dunia berdasarkan kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) ataupun Growth National Income dengan izin per kapita melebihi USD12,746 setakat tahun 2013. Tahap ataupun threshold ini dijangka meningkat kepada paras hampir USD15,000 menjelang tahun 2020. Berdasarkan kepada tren pencapaian semasa, Pendapatan Negara Kasar USD15,000 per kapita yang disasarkan pada tahun 2020 adalah realistik dan mampu dicapai. Anggaran ini dibuat berdasarkan kepada KDNK benar berkembang kepada tahap 5% hingga 6% setahun dalam tempoh tahun 2016 hingga tahun 2020. Bagi memastikan pendapatan rakyat adalah selari dengan pertumbuhan ekonomi dan sepadan dengan status negara berpendapatan tinggi, pelbagai langkah sedang diambil bagi meningkatkan lagi pendapatan isi rumah terutamanya melalui peningkatan bahagian pampasan pekerja dalam ekonomi dan langkah tersebut termasuklah peningkatan produktiviti tenaga kerja, perwujudan pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja serta mempertingkatkan penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum. Berkenaan dengan Wawasan 2020, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Bayan Baru bahawa matlamat sebuah negara maju memang lebih daripada sekadar pencapaian daripada aspek ekonomi semata-mata. Ia merangkumi pelbagai aspek pembangunan masyarakat termasuklah pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, bermoral dan beretika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif serta masyarakat yang penyayang dan makmur. Kita perlu mencapai semua matlamat ini sebelum kita boleh menganggap negara kita sebagai sebuah negara maju yang sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, hal berkaitan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada, saya skip. Yang Berhormat Sandakan ada? Okey. Yang Berhormat Sandakan telah menyoal sasaran pertumbuhan bagi negeri Sabah di bawah RMKe-11. Dalam tempoh RMKe-11, pertumbuhan negeri Sabah dijangka meningkat sebanyak 4.6% setahun berbanding 3% dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pertumbuhan ini akan disokong oleh pertumbuhan menyeluruh dalam semua sektor utama. Dalam tempoh RMKe-11, sektor perkhidmatan dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 6.2% setahun, sektor pembinaan 10.5%, pembuatan 4.4%, pertanian 3.9% dan perlombongan sebanyak 1.1%. Hasil daripada jangkaan pertumbuhan ekonomi ini Keluaran Dalam Negeri Kasar per kapita bagi negeri Sabah dijangka meningkat lebih tinggi kepada RM27,456 dalam tempoh RMKe-11 berbanding RM20,743 dalam tempoh RMKe-10.
Angka-angka ini merupakan jangkaan pertumbuhan minimum yang berdasarkan kekuatan potensi sedia ada bagi negeri Sabah. Program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesebelas di negeri Sabah sudah tentu akan memberi impak yang positif terhadap perkembangan ekonomi. Sokongan dan kerjasama kerajaan negeri amat dialu-alukan untuk memastikan semua program pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar supaya hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat. Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Siput.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak ada. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada. Yang Berhormat Kelana Jaya? [Disampuk] Tidak ada. Yang Berhormat Jasin… [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin menyatakan terdapat pihak tertentu yang meramalkan ataupun mengunjurkan bahawa krisis kewangan yang besar akan berlaku pada tempoh 2016 hingga 2018. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan terkini International Monetary Fund ataupun IMF dalam World Economic Outlook April 2015 dengan izin, pertumbuhan ekonomi dunia bagi tempoh 2016 hingga 2018 dijangka mengukuh sebanyak 3.9% setahun secara purata. Unjuran oleh IMF ini telah diguna pakai dalam penyediaan
Rancangan Malaysia Kesebelas sebagai salah satu andaian kepada senario asas ekonomi mikro negara. Krisis ekonomi sememangnya tidak dapat dijangka dengan pasti. Namun berdasarkan kepada pengalaman kita negara kita telah berjaya pulih dalam tempoh setahun selepas setiap krisis yang dialami semenjak empat dekad yang lepas. Ini menunjukkan bahawa negara mempunyai asas yang kukuh dan mantap bagi menghadapi sebarang krisis. Strategik-strategik Rancangan Malaysia Kesebelas akan memperkukuhkan lagi asas ekonomi negara supaya pertumbuhan terus mampan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu berkaitan penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesepuluh. Yang Berhormat Jasin telah menyatakan walaupun kerajaan banyak dasar yang telah kita rangka, malangnya kita masih tidak mempunyai satu dasar induk ataupun mother policies seperti apa yang dipraktikkan oleh Switzerland yang dipanggil sebagai dasar induk yang dipanggil total security sebagai contoh. Pembangunan negara sentiasa berpandukan dasar-dasar induk jangka panjang yang digubal mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru 1971-1990 telah memberi tumpuan kepada pertumbuhan sosioekonomi yang saksama seterusnya Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan tahun 2009 memberi penekanan kepada pembangunan yang mampan, inclusive dan berpendapatan yang tinggi. Bagi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan negara, RMKe-11 telah digubal berdasarkan dasar- dasar sedia ada serta mengambil kira idea-idea baru. Seterusnya Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Bagan dan Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu penyediaan dokumen RMKe-11, teras strategi dan pemacu perubahan di dalam RMKe-11. Manakala beberapa Ahli Yang Berhormat yang antara lainnya Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Gopeng telah mempersoalkan mengenai pencapaian RMKe-10. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dokumen RMKe-11 telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri selaras dengan fungsi utamanya untuk menyediakan rancangan pembangunan negara bagi jangka sederhana dan jangka panjang. Ia dilaksanakan dengan kerjasama kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. EPU telah mengambil masa selama 18 bulan untuk menyediakan draf dokumen RMKe-11 ini termasuklah mengadakan sesi libat urus ataupun engagement bersama dengan semua yang berkepentingan ataupun stakeholders dalam pembangunan negara bagi menentukan liputan RMKe-11 yang menyeluruh dan bersepadu serta boleh diterima. Sejumlah hampir 6,000 wakil kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, sektor swasta, NGO dan masyarakat sivil telah mengambil bahagian dalam sesi libat urus berkenaan. EPU juga telah menjalankan beberapa penyelidikan yang tersendiri dengan kerjasama pakar-pakar ekonomi sebagai input kepada RMKe-11. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima dan hasil penyelidikan yang disediakan, EPU telah mengolah strategi dan inisiatif RMKe-11. Dalam hubungan ini RMKe-11 telah memperkenalkan beberapa dimensi ataupun pendekatan yang baru: (i) RMKe-11 digubal dengan memberi keutamaan kepada tindakan dan kecekapan pelaksanaan di mana pelaksanaan strategi dan inisiatif akan diberi lebih tumpuan dengan sasaran outcome yang jelas; (ii) RMKe-11 digubal dengan berpaksikan rakyat, selaras dengan fokus ekonomi berteraskan rakyat, RMKe-11 akan menambah baik akses kepada pendidikan, kesihatan dan perumahan untuk semua lapisan masyarakat di setiap pelosok negara dan merapatkan jurang pendapatan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih saksama; (iii) RMKe-11 telah mengenal pasti enam pemacu perubahan yang merupakan pendekatan yang inovatif bagi mempercepat
pembangunan negara dan enam pemacu perubahan berkenaan ialah: (i) meningkatkan produktiviti; (ii) meningkatkan taraf isi rumah di bawah 40 ataupun bottom 40% ke arah masyarakat kelas menengah; (iii) mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional ataupun TVET yang diterajui oleh industri; (iv) melaksanakan pertumbuhan hijau ; (v) menjana kekayaan melalui inovasi dan (vi) melabur dalam bandar yang berdaya saing. Setiap pemacu perubahan ini saling berkait antara satu sama lain dan menyokong enam teras strategi di bawah RMKe-11. RMKe-11 ini menetapkan matlamat pelbagai dimensi yang merangkumi bukan sahaja sasaran ekonomi mikro tetapi sasaran sosioekonomi termasuklah pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar produktiviti buruh, pendapatan negara kasar per kapita, pendapatan bulanan keluaran isi rumah, bahagian pampasan pekerja kepada KDNK dan juga kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. RMKe-11 ini turut mengambil kira perspektif jangka panjang dan ia bukan sekadar rancangan pembangunan lima tahun malah menyediakan asas pembangunan pasca 2020. Daripada segi pendekatan, RMKe-11 menggunakan Strategi Lautan Biru ataupun Blue Ocean Strategy dengan izin dan memperkenalkan indeks kreativiti bagi membantu kementerian serta agensi menilai potensi impak projek dan menentukan keutamaan cadangan projek. Berhubung dengan prestasi RMKe-10, ulasan mengenai prestasi dan pencapaian RMKe-10, terdapat dalam hampir semua bab dalam dokumen utama dan juga dalam kertas-kertas strategi RMKe-11. Pelbagai indicator ekonomi dan sosial telah pun diguna akan sebagai kayu pengukur dalam mencapai penilaian ataupun menilai penapaian RMKe-10. Tuan Yang di-Pertua, berikutnya adalah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang yang bertanyakan mengapa tiada edisi khas RMKe-11 untuk Sabah dan Sarawak. RMKe-11 adalah merupakan rancangan pembangunan negara yang menyeluruh. Perancangan di bawah RMKe-11 adalah inklusif di mana Sabah dan Sarawak adalah tidak terkecuali pada rancangan pembangunan yang direncanakan. Selaras dengan penekanan kepada ekonomi berteraskan rakyat dan inclusivity, kerajaan akan memastikan semua negeri menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara. Seterusnya Yang Berhormat Kelana Jaya tidak ada. [Disampuk] Okey, projek pembangunan Yang Berhormat Ketereh… [Disampuk] Yang Berhormat Jelebu, dalam hal yang berkaitan Yang Berhormat Jelebu telah mencadangkan supaya EPU dapat melihat semula akan doctrine convention mereka dalam menentukan prioriti projek-projek dalam RMKe-11. Biasanya EPU akan meletakkan projek-projek itu menjadi keutamaan sekiranya memenuhi syarat yang boleh menyumbang kepada pertambahan KDNK ataupun menyumbang kepada kesan baik pada ekonomi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah RMKe-11 teras strategi telah dirangka dengan mengambil kira keperluan untuk mengukuhkan struktur ekonomi menggalakkan pertumbuhan yang mampan dan inklusif serta memastikan kesejahteraan dan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara bagi membolehkan negara mencapai objektif pembangunannya menjelang tahun 2020.
Permohonan projek oleh kementerian adalah berdasarkan ataupun berasaskan kepada keutamaan kementerian yang selaras dengan fokus dan strategi RMKe-11. Komponen baharu RMKe-11 iaitu kreativiti indeks akan digunakan untuk menentukan keutamaan projek. Kreativiti indeks ini ditakrifkan sebagai nilai impak ataupun faedah yang diterima berbanding dengan kos projek yang meliputi kos pembangunan dan juga kos operasi bagi satu tempoh masa yang ditetapkan.
Berkenaan dengan permohonan di negeri Kelantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan empat projek baru di Kelantan iaitu pembinaan MRSM Tanah Merah, Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kelantan, Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu semasa pembentangan RMKe-11 pada 21 Mei 2015 di Parlimen. Seterusnya Yang Berhormat Sandakan berpendapat peruntukan RMKe-11 untuk Sabah dinaikkan 30% supaya Sabah diberikan keutamaan. Perkara yang serupa turut disuarakan oleh Yang Berhormat Lawas yang mana beliau memohon supaya Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk negeri Sarawak bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan yang memerlukan. Yang Berhormat Beruas pula telah memohon agar Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang lebih kepada negeri Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan projek RMKe-11 dan sememangnya Sabah dan Sarawak adalah antara negeri-negeri yang diberi keutamaan dalam agihan peruntukan dalam setiap Rancangan Malaysia. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Peruntukan RMKe-11 ini akan diagihkan kepada projek-projek yang mampu memberi impak tinggi kepada rakyat dengan kos yang rendah daripada kerajaan. Oleh itu, pengagihan peruntukan semua negeri termasuk Perak adalah berdasarkan kepada kriteria projek yang selaras dengan fokus dan strategi RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang, tidak ada. Yang Berhormat Parit Sulong...
Penjelasan.
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Ya terima kasih. Saya ada bangkitkan mengenai perkara satu monitoring unit untuk pelaksanaan dasar-dasar mengenai blueprint bagi pihak masyarakat India. Apakah pandangan kerajaan mengenai perkara itu? Apakah yang telah diketahui atau the features dalam blueprint untuk masyarakat India dalam RMKe-11?
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya belum sampai lagi kepada soalan Yang Berhormat Ipoh Barat. Nanti akan sampai sebentar lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Parit Sulong, tidak ada. Okey maaf.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya. Yang Berhormat Parit Sulong.
Malam-malam ini tidak berapa nampak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong ingin mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan satu lagi KPI yang berbentuk satu modul pemantauan yang seragam yang boleh diguna pakai untuk menilai keberkesanan berkenaan kewangan bagi pemantauan sesuatu projek ataupun program secara berterusan. Untuk makluman, EPU mengambil maklum akan cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, bagi memantau dan menilai keberkesanan penggunaan kewangan kerajaan di atas projek ataupun program, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri telah pun membangunkan satu Sistem Pemantauan Projek 2 ataupun yang kita panggil SPP2 pada tahun 2001. SPP2 ini menyediakan mekanisme pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun. Selain itu terdapat modul penarikan outcome yang akan membuat penilaian terhadap faedah dan keberkesanan pelaksanaan projek. SPP2 bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan projek, malahan merupakan satu sistem pemantauan yang merangkaikan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan secara online. Kecekapan dan keberkesanan pemantauan projek ini akan
sentiasa diperingkatkan dari masa ke semasa dengan penambahbaikan terhadap kaedah dan sistem pemantauan yang lebih efisien. Jadi terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong atas cadangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu Private Finance Initiative (PFI) dan penswastaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Tun Razak dan Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada ya. Saya skip. Seterusnya Yang Berhormat Shah Alam, tidak ada. Isu kependudukan Yang Berhormat Putatan. Ada? Oh, sudah balik. Okey. Banyak sebentar ya. Okey ini sekejap lagi sampai isu Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu berhubung dengan pengagihan yang merangkumi isu-isu mengenai pembangunan inclusive, jurang pendapatan, kemiskinan, pemegang ekuiti dan pembangunan sosio utama masyarakat India. Pertama sekali Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada. Yang Berhormat Langkawi menyatakan masih terdapat jurang yang besar dalam pendapatan yang diterima oleh golongan atasan dan golongan bawahan walaupun nilai pekali gini telah menurun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kita menggunakan tiga indicator yang diguna pakai untuk mengukur jurang pendapatan iaitu pekali gini ataupun Gini coefficient, nisbah ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan 20% teratas berbanding dengan 40% ke bawah. Juga agihan pendapatan antara kumpulan pendapatan isi rumah. Pekali gini telah berkurang daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.401 pada tahun 2014. Manakala nisbah ketaksamaan pendapatan antara golongan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi ataupun T20 dan B40 telah berkurang daripada 6.9999 kepada 5.6666 pada tahun 2014. Manakala agihan pendapatan isi rumah B40 telah meningkat daripada 14.3% kepada 16.5% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa jurang pendapatan semakin bertambah baik di Malaysia. Namun demikian, kerajaan sedar ketidakseimbangan pendapatan masih wujud. Oleh itu, kita akan terus mengambil langkah bagi mengurangkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang tersebut dengan meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat terutamanya di kalangan isi rumah B40. Seterusnya Yang Berhormat Sandakan. Tidak ada ya? Ada, sorry. Seterusnya Yang Berhormat Sandakan menyatakan pendapatan purata isi rumah B40 iaitu RM2,537 pada tahun 2014 manakala pendapatan pertengahan RM4,585 yang beliau katakan. Bermakna 40% golongan miskin itu hanya mendapat RM2,537 jauh lebih rendah daripada pendapatan pertengahan ini. Beliau menyatakan bahawa ini menunjukkan ketidakseimbangan dan ketidaksamarataan antara golongan miskin dan kaya adalah serius. Menurut beliau laporan baru-baru ini telah menyatakan bahawa Malaysia ialah negara yang mempunyai masalah ketidakseimbangan pendapatan yang sangat serius dan ketara di Asia. Ini adalah tidak benar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendapatan pertengahan RM4,585 merupakan pendapatan pertengahan bagi keseluruhan isi rumah Malaysia. Pendapatan pertengahan bagi B40 sebenarnya adalah RM2,629 sebulan. Sehubungan itu, nilai RM4,585 tidak sesuai digunakan sebagai tujuan perbandingan. Persepsi Ahli Yang Berhormat bahawa Malaysia mempunyai jurang ketidakseimbangan yang buruk di Asia adalah tidak benar. Ini ditunjukkan melalui pengurangan pekali gini yang digunakan untuk mengukur jurang pendapatan daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.431 pada tahun 2012 dan seterusnya kepada 0.401 pada tahun 2014.
Nilai ini adalah lebih rendah berbanding dengan beberapa negara Asia seperti Jepun pada tahap 0.488, Singapura pada tahap 0.478 dan China pada tahap 0.474. Jika menggunakan indikator perbelanjaan pula, kali ini adalah 0.331 berdasarkan dapatan awal Household Income and Expenditure Survey (HIES) 2014 dengan izin, lebih rendah berbanding dengan beberapa negara Asia seperti Indonesia pada tahap 0.381, Thailand 0.394 dan Filipina pada tahap 0.430. Ini jelas menunjukkan bahawa jurang ketidakseimbangan berdasarkan ukuran pendapatan dan perbelanjaan di Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan beberapa negara di Asia. Jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jerman, Malaysia mencatatkan pekali gini yang lebih rendah sebelum
pindahan dan cukai iaitu 0.431. Namun pekali gini selepas pindahan dan cukai adalah lebih tinggi bagi Malaysia iaitu 0.401 berbanding dengan 0.38 bagi Amerika Syarikat, 0.34 bagi Australia dan juga 0.3 bagi negara Jerman. Kerajaan akan terus mengambil langkah bagi mengurangkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang tersebut dengan meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan 40% terendah.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi kita tidak boleh menafikan Sabah adalah jauh di belakang berbanding kita di Semenanjung sini. Jadi kita tidak tahu bagaimana kerajaan ada apa-apa langkah untuk mengurangkan satu differences begitu hebat. Kita yang selalu dengar bagaimana Persekutuan di sini bagaimana jaga di Sabah tetapi hakikat Sabah sekarang yang banyak tertinggal di belakang especially penduduk-penduduk di pedalaman. Kita yang melawat tempat di pedalaman itu, keadaan begitu sukar. Kita pun sedih. Jadi harap Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional jagalah betul-betul dan meningkatkan Sabah supaya boleh seimbang dengan Semenanjung di sini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, memang saya sudah sebutkan tadi bahawa kita memang hendak merapatkan lagi jurang perbezaan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dan sebab itulah kita banyak membelanjakan bajet kita dalam pembangunan lebih kepada negeri Sabah dan Sarawak yang sentiasa mendapat peruntukan yang tertinggi antara negeri-negeri. Ini termasuklah beberapa program yang memastikan bahawa pembangunan luar bandar ini dipertingkatkan dan ini akan diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kelana Jaya tidak ada? Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada. Yang Berhormat Rantau Panjang? Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Lenggong ada. Tuan Yang di-Pertua, dalam hal yang berkaitan, selain daripada Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Lenggong telah memohon penjelasan apakah program atau langkah bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kemiskinan. Yang Berhormat Sandakan pula telah membangkitkan isu ketidakseimbangan pendapatan di negeri Sabah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah untuk tahun 2014 ataupun HIES 2014, bilangan isi rumah B40 adalah sebanyak 2.7 juta iaitu 40% daripada 6.7 juta jumlah isi rumah keseluruhan. Oleh itu adalah tidak tepat untuk mengatakan 73% rakyat Malaysia masih di bawah pendapatan rendah dan mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,847 sebulan. Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sandakan pula, pendapatan purata isi rumah di Sabah telah meningkat daripada RM3,102 sebulan pada tahun 2009 kepada RM4,879 sebulan pada tahun 2014 manakala pendapatan penengah atau median isi rumah meningkat daripada RM2,057 sebulan kepada RM3,777 sebulan dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa peratusan peningkatan sebanyak 9.5% dan 12.7% itu adalah lebih tinggi daripada peningkatan pendapatan purata dan pendapatan penengah nasional sebanyak 8.8% dan juga 10.1%. Sehubungan dengan itu, dalam RMKe-11, tumpuan akan terus diberikan untuk meningkatkan penyertaan isi rumah berpendapatan 40% terendah termasuklah isi rumah miskin dalam aktiviti ekonomi tanpa mengira gender ataupun jantina, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi dalam aktiviti ekonomi. Program-program yang bakal diwujudkan adalah berasaskan kepada inisiatif utama dan ini termasuklah pertama sekali meningkatkan pendapatan kekayaan isi rumah B40 dengan mengurangkan kadar keciciran pelajar dalam kalangan isi rumah B40, memastikan akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran yang tinggi, meningkatkan produktiviti dengan menggalakkan penggunaan teknologi moden, meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu, membangunkan perusahaan berasaskan komuniti dan sosial, menggalakkan pelaburan di kawasan majoriti isi rumah B40 dan juga memperluaskan program pelaburan bagi meningkatkan pemilikan kekayaan. Keduanya adalah untuk menangani kos sara hidup yang meningkat dengan memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan harga,
meningkatkan penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, memperkenalkan sistem jaringan perundangan sosial yang bersepadu dan komprehensif dan juga meningkatkan program pengurusan kewangan dan hutang. Kepada isu kemiskinan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar telah meminta penjelasan siapakah 168,000 penduduk yang masih di bawah paras pendapatan garis kemiskinan dan sementara itu beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Langat dan Yang Berhormat Kuala Nerus telah membangkitkan tentang keperluan penilaian semula kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Dalam hal yang sama, Yang Berhormat Bagan juga telah membincangkan isu yang sama dengan mengaitkan isu kemiskinan dengan gelandangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, insiden kemiskinan nasional yang terkini adalah berasaskan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014 yang mana isi rumah miskin adalah berjumlah 42,800 isi rumah dengan pendapatan di bawah pendapatan garis kemiskinan iaitu sebanyak RM930 untuk Semenanjung Malaysia, RM1,170 untuk negeri Sabah dan RM990 untuk negeri Sarawak. Berdasarkan kepada statistik tersebut, perincian maklumat isi rumah adalah pertama sekali antara bandar dan luar bandar. Di bandar, peratus kadar kemiskinan adalah 0.3% manakala di luar bandar adalah 1.6% dan daripada segi proportionnya dengan izin, peratus isi rumah miskin di bandar ialah 40.9% berbanding dengan di luar bandar sebanyak 59.3%. Daripada segi komposisi etnik pula, kadar peratusan kemiskinan untuk kaum bumiputera adalah 0.8%, kaum Cina 0.1% dan India 0.6% dan lain-lain adalah 0.9%. Daripada segi gender pula dengan izin, 82.5% daripada jumlah isi rumah yang miskin adalah merupakan isi rumah yang mana ketua isi rumahnya adalah lelaki dan bakinya 17.5% merupakan ketua isi rumah wanita. Daripada segi tahap pendidikan, mereka yang ketua isi rumahnya berpendidikan rendah merangkumi 38.8% daripada jumlah keluarga miskin, yang berpendidikan menengah sebanyak 46.3% dan yang tertiary adalah 1.9% manakala bakinya 13.1% merupakan mereka yang tidak mempunyai pendidikan formal ataupun tiada pendidikan. Tuan Yang di-Pertua...
Menteri.
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Minta sikit penjelasan mengenai statistik yang baru dibentangkan, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai ketua isi rumah yang tergolong daripada lelaki 87% ke 83% tadi dan yang ketua isi rumahnya wanita itu 17%. Apa significantnya Menteri membuat kriteria ketua isi rumah itu dalam bercakap mengenai masalah kemiskinan?
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya menjawab soalan yang telah dibangkitkan yang bertanyakan kepada siapakah golongan yang di dalam kumpulan miskin ini. Yang saya sebutkan tadi kadar kemiskinan telah berkurangan kepada 0.6% daripada sejumlah 6.7 juta isi rumah. Bermakna ada sekitar 42,800 isi rumah dan soalan dia tanya apakah profil isi rumah ini. Jadi, yang saya sebutkan tadi daripada 42,800 itu bermakna 82.5% merupakan yang mana ketua isi rumahnya adalah lelaki dan yang 17.5% daripada yang perempuan. Ini termasuklah golongan ibu tunggal dan sebagainya. Ini menjawab soalan yang telah dibangkitkan sebelum ini.
Ya, betul. Kalau kita berbicara mengenai kriteria seperti latar belakang pendidikan, kemungkinan ada significantnya dalam kita berbicara mengenai kemiskinan tetapi kalau daripada segi jantina ini, apa conclusionnya kalau 87% adalah lelaki ketua isi rumahnya. Nampaknya, kita membuat satu conclusion bahawa ketua isi rumah yang perempuan lebih baik daripada lelaki. Adakah begitu agaknya kalau adalah kriteria ini digunakan, statistik ini digunakan dalam membicarakan hal kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, tidak sama sekali. Itu bukan kriteria cuma ini berdasarkan kepada statistik soalan dan saya hanya menjawab soalan yang telah ditanyakan. Tuan Yang di-Pertua, penetapan pendapatan garis kemiskinan juga adalah berbeza mengikut negara iaitu berdasarkan kepada tahap pembangunan negara dan norma sosial masyarakat setempat dan semakin maju sesebuah negara itu, semakin tinggilah nilai pendapatan garis kemiskinan yang akan ditetapkan. Bagi negara kita Malaysia, model pendapatan garis kemiskinan yang kita guna pakai telah dikaji secara mendalam pada tahun 2005 oleh EPU dan Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama United Nations Development Program ataupun UNDP. Malaysia mengguna pakai kaedah cost of basic needs yang mengambil kira tiga komponen asas iaitu keperluan makanan, keperluan bukan makanan dan ciri-ciri isi rumah yang berkaitan iaitu saiz isi rumah, lokasi dan umur ahli isi rumah. Bagi menentukan keperluan pemakanan sekumpulan pakar dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institusi Pengajian Tinggi telah menentukan kadar minimum kalori yang diperlukan oleh seseorang untuk terus hidup sihat dan selesa dan keperluan ini adalah mengikut gender, umur dan lokasi kediaman mereka. Selain daripada itu, bagi menentukan keperluan bukan makanan, sekumpulan pakar sosiologi dari pelbagai agensi telah menentukan keperluan minimum merangkumi pakaian, perumahan, pengangkutan dan keperluan-keperluan bukan makanan yang lain mengikut gender dan umur seseorang dan maklumat ini diperoleh daripada penyiasatan perbelanjaan isi rumah. Hasil daripada kajian yang mendalam ini, penentuan item dibuat dan diselaraskan dengan harga barangan semasa. Pendapatan garis kemiskinan yang digunakan dikemaskinikan bagi setiap dua setengah tahun sekali seiringan dengan pelaksanaan penyiasatan pendapatan isi rumah dan keperluan perancangan negara serta perubahan harga yang berlaku. Oleh yang demikian, pendapatan garis kemiskinan semasa yang kita pakai adalah realistik dengan mengambil kira perubahan daripada semasa ke semasa mengikut keperluan yang sentiasa bergerak dan kos kenaikan harga barang serta keperluan asas kehidupan masyarakat Malaysia. Bagi mereka yang berada di bawah paras pendapatan garis kemiskinan, pelbagai program khusus dilaksanakan seperti meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan latihan kemahiran, sokongan keusahawanan secara bersepadu dan membangunkan perusahaan berasaskan komuniti dan sosial. Sementara itu, isi rumah yang berpendapatan di antara RM950 hingga RM2,375 iaitu dua setengah kali pendapatan garis kemiskinan, mereka ini dianggap sebagai kumpulan yang mudah terjejas. Menyentuh kepada isu berkaitan antara kemiskinan dengan gelandangan pula, berdasarkan kepada maklumat operasi menyelamat orang papa sehingga Oktober 2014 yang telah dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia menunjukkan jumlah golongan gelandangan adalah seramai 1518 orang. Jumlah ini secara lazimnya adalah tidak significant jika dibandingkan dengan isi rumah miskin sejumlah 42,800 dalam tahun yang sama. Walau bagaimanapun, keperluan bagi golongan tersebut telah diambil kira dalam program pembangunan isi rumah B40 termasuklah isi rumah yang miskin. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu pegangan ekuiti, Yang Berhormat Kapar dan Permatang Pauh telah meminta penjelasan tentang pencapaian ekuiti bumiputera dan mengapakah pencapaian hak milik ekuiti bumiputera masih di tahap 23½% pada tahun 2011 ketika RMKe-10 dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedar bahawa sasaran sekurang- kurangnya 30% pemilikan ekuiti bumiputera masih belum dicapai di bawah RMKe-10. Walau bagaimanapun, pemilikan ekuiti bumiputera telah menunjukkan peningkatan sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 23½% pada tahun 2011. Manakala daripada segi nilai pemilikan bumiputera juga menunjukkan peningkatan ketara iaitu daripada RM125.6 juta kepada RM211.5 bilion dalam tempoh yang sama. Justeru di bawah RMKe-11, kerajaan terus komited untuk meningkatkan penguasaan efektif bumiputera dan pemilikan ekuiti korporat yang mampan supaya sasaran sekurang- kurangnya 30% pemilikan ekuiti bumiputera dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, strategi meningkatkan penguasaan efektif bumiputera dan pemilikan korporat yang mapan telah diperkenalkan dan antara inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah strategi ini termasuklah pertamanya, memperluaskan strategi
pelaburan untuk menambah baik pemilikan ekuiti melalui pelbagai program termasuklah program pengukuhan ekuiti korporat oleh Ekuiti Nasional Berhad ataupun EKUINAS. Memperluaskan program skim jejak jaya bumiputera di bawah kerjasama antara TERAJU dan EKUINAS, mengkaji semula program The Baron di bawah Majlis Amanah Rakyat dan mempelbagaikan portfolio pelaburan Amanah Saham Bumiputera di bawah Permodalan Nasional Berhad. Keduanya, peningkatan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras GLC dan GILC dengan izin kepada usahawan bumiputera melalui penyediaan bimbingan dan latihan bersasar secara berterusan kepada syarikat bumiputera dan akan dibantu oleh institusi kewangan daripada segi kecairan aset. Kaedah pelupusan bersesuaian akan dibangunkan dan dipantau oleh TERAJU bagi memastikan kejayaan inisiatif ini. Yang ketiga ialah memperkenalkan mekanisme pembiayaan baharu bagi aset kewangan melalui sebagai contohnya membenarkan pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pembelian unit Amanah Saham ASB2 dan keduanya, mewujudkan dana pelaburan wakaf dan ekuiti persendirian melalui dana awam untuk melabur dalam syarikat berpotensi tinggi dan juga menguntungkan. Selain itu, prinsip mesra pasaran berdasarkan keperluan, merit, ketelusan serta pro pertumbuhan dan kemampanan akan diteruskan sebagai asas pendekatan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Raub dan Yang Berhormat Rantau Panjang juga telah membangkitkan isu yang sama. Yang Berhormat Rantau Panjang tidak ada. Maaf, banyak lagi. Yang Berhormat Permatang Pauh juga tidak ada. Yang Berhormat Parit Sulong masih ada. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulong mencadangkan untuk membina mini halal hub di kawasan Parlimen beliau di bawah EPU. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan projek ini dalam pertimbangan kerajaan dan akan dimulakan setelah isu tapak projek yang merupakan pra syarat kepada pelaksanaan projek fizikal dapat diselesaikan.
Berkenaan dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat India Tuan Yang di- Pertua, ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan serius dan berusaha menyediakan blueprint untuk masyarakat India. Satu jawatankuasa kerja telah pun ditubuhkan bagi merangka blueprint yang mengambil kira kebajikan dan hala tuju masyarakat India secara keseluruhan dalam RMKe-11. Semua pihak berkepentingan akan dilibatkan dalam penyediaan blueprint ini bagi memastikan kepentingan dan kebajikan masyarakat India terutamanya dalam kumpulan B40 diberi perhatian sepenuhnya. Blueprint ini disasarkan untuk disiapkan sebelum akhir tahun ini, tahun 2015, dan blueprint yang bakal diwujudkan kelak akan membantu kerajaan memastikan segala pelaksanaan strategi dan inisiatif khusus bagi masyarakat India dapat diterjemahkan secara lebih bersepadu dan dapat dinikmati oleh keseluruhan kumpulan sasar. Secara keseluruhannya, mengenai pencapaian masyarakat India terutama golongan miskin dan B40, telah mendapat faedah daripada pelaksanaan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kadar kemiskinan masyarakat India telah pun berkurangan daripada 1.8% pada tahun 2012 kepada 0.6% pada tahun 2014 dan isi rumah miskin India telah berkurangan daripada 8,800 isi rumah pada tahun 2012 kepada 3,500 isi rumah pada tahun 2014. Jika kita lihat dari segi jurang pendapatan dalam masyarakat India telah semakin baik dengan penurunan pekali gini dari 0.443 pada tahun 2012 kepada 0.389 pada tahun 2014. Pelbagai program untuk masyarakat India telah dibuat termasuk melalui Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil, Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI), program memperkasakan usahawan India melalui pembiayaan oleh TEKUN, AIM, MIDF serta SME Bank dan juga usaha untuk menyelesaikan masalah dokumentasi di kalangan masyarakat. Berkenaan dengan Persidangan Kebangsaan Mengenai Pertumbuhan dan Keterangkuman ataupun National Conference on Growth and Inclusiveness beyond 2020 yang telah diadakan sebelum ini, cadangan atau resolusi telah dikemukakan oleh mereka
kepada kerajaan dan ia telah dijadikan sebahagian daripada input dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas bagi membantu masyarakat India. Ia juga akan digunakan dalam penyediaan blueprint tersebut nanti. Sementara itu, berkaitan dengan isu pemilikan ekuiti masyarakat India...
[Bangun]
Yang Berhormat Ipoh Barat bangun.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri beralih kepada ekuiti. Saya ada membangkitkan mengenai growth and inclusiveness ini bukan kali pertama tetapi tahun dahulu juga dan Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa menunggu resolusi. Saya baru dapat pengesahan bahawa resolusi dari komiti itu telah diterima dan akan diserapkan dalam ini. Jadi apakah jangkaan dan apakah statistik yang tertentu yang dapat Yang Berhormat beritahu kepada kami di sini supaya perkara-perkara yang telah diambil kira oleh kementerian dalam hal ini? Dalam blueprint yang akan disediakan dan disiapkan sebelum bulan Disember, adakah Yang Berhormat akan memberitahu kepada kita, stakeholders akan diambil kira dalam blueprint ini? Ini kerana ini menunjukkan bahawa selepas 58 tahun baru kita fikir satu blueprint untuk satu masyarakat yang telah dipinggirkan. Adakah blueprint itu akan dikemukakan kepada kita semua untuk meneliti apakah dasar-dasar dan objektif dengan teliti mengenai hal itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, tidak semua masyarakat kaum India terpinggir. Yang kita fokuskan kepada mereka terutamanya yang bekas pekerja-pekerja estet yang mana kita sedar bahawa mereka ini ramai yang terpinggir daripada pembangunan. Sebab itulah kita banyak program dan badan yang kita wujudkan untuk membantu peningkatan. Selain daripada badan-badan yang diwujudkan sebagai agensi kerajaan, kita juga bekerjasama dengan NGO-NGO lain seperti Yayasan Naam dan juga Sri Murugan Centre sebagai contoh, untuk kita mempertingkatkan outreach kita kepada mereka. Saya sendiri banyak melawat program ini dan saya rasa dari segi outcomenya adalah menggalakkan. Itu sebagai contoh. Kita juga melibat urus ataupun engage dengan pelbagai badan-badan lain termasuklah Datuk Denison Jayasooria yang terlibat dalam beberapa conference berkenaan dengan growth dan inclusiveness. Itulah yang disebut-sebutkan tadi bahawa semua ini akan kita masukkan dalam blueprint dan sasaran-sasaran itu akan diletakkan dalam dokumen tersebut. Ini akan dilaksanakan sebelum tahun 2015 nanti.
Yang Berhormat, saya hendak tanya adakah ia akan dikemukakan kepada kami semua? Oleh kerana itu satu dasar, adakah dasar itu akan diberitahu kepada Ahli-ahli Parlimen apakah dasar-dasar tersebut? Saya juga ada tanya semasa perbahasan, adakah satu monitoring unit akan disediakan di bahagian jabatan Yang Berhormat supaya semua yang patut diimplementasikan akan diimplementasikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan juga white paper of yearly report supaya kita dapat tahu adakah sebetulnya telah dapat dicapai apa yang dihajatkan.
Terima kasih. Dari segi matlamat ini akan diumumkan dan dari segi pemantauannya kita sudah ada Tuan Yang di-Pertua, beberapa agensi ataupun badan termasuklah Socio-Economic Development for Indian Community (SEDIC) di bawah Perdana Menteri sendiri dan pelbagai lagi agensi dan kita akan koordinat antara satu unit dengan unit-unit yang lain. Ini berkaitan memantau segala program, dan hasrat kita ialah peranan-peranan mereka ini akan dikoordinasi dengan lebih baik di bawah blueprint yang bakal dilaksanakan menjelang penghujung tahun ini. Berbalik kepada isu pemilikan ekuiti masyarakat India. Pemilikan ekuiti korporat masyarakat India adalah 24% dengan nilai pegangan RM21.27 bilion. Pelbagai inisiatif dan usaha telah dibuat oleh kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti masyarakat India. Antaranya adalah melalui penawaran unit amanah saham melalui PNB kepada masyarakat India, pelaksanaan program pembangunan keusahawanan dan bantuan pembiayaan
perniagaan, pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India yang mencakupi program latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan juga pendidikan. Berkenaan dengan program latihan kemahiran yang telah diberikan kepada belia India oleh Kementerian Sumber Manusia, sehingga tahun 2015, seramai 1,406 orang belia India telah pun diberi latihan kemahiran yang dilaksanakan oleh Institut Kemahiran Belia Negara, kolej komuniti dan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Antara isu yang kita hadapi dalam program latihan kemahiran ini adalah kurangnya sambutan daripada belia India walaupun usaha promosi telah dibuat oleh jabatan berkaitan. Kerajaan akan meneliti semula kaedah dan strategi yang diguna pakai bagi meningkatkan minat belia India untuk menyertai program latihan yang dilaksanakan melalui institusi latihan kemahiran awam. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin beralih kepada isu-isu pembangunan wilayah yang dapat menarik perhatian ramai Ahli Yang Berhormat. Saya akan menjawab mengikut pecahan iaitu bandar dan luar bandar, pembangunan Sabah dan Sarawak, bandar berdaya saing dan juga isu infrastruktur. Saya akan memulakan dengan menjawab isu oleh Yang Berhormat Bagan yang membangkitkan adakah Rancangan Malaysia Kesebelas ini benar-benar inclusive sebagaimana yang dijanjikan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, pembangunan menumpu kepada inclusivity merupakan prinsip utama dalam agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia untuk memastikan rakyat tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi menikmati manfaat pertumbuhan pembangunan. Peningkatan secara berterusan ini akan diberi bagi memastikan pertumbuhan yang lebih seimbang melalui penyediaan akses kepada pendidikan dan latihan, infrastruktur dan peluang pekerjaan bagi melonjakkan pencapaian untuk semua masyarakat.
Di samping itu Koridor Ekonomi Wilayah terus memainkan peranan untuk mempercepatkan pertumbuhan melalui peningkatan pelaburan swasta dan pewujudan peluang pekerjaan. Selain daripada itu program pembangunan sosioekonomi seperti empower ECER, program pembangunan usahawan dan pembangunan industri kreatif juga akan dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan. Isu bandar dan luar bandar telah mendapat perhatian dan dibahaskan oleh ramai Ahli Yang Berhormat antaranya Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tanjung Malim, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Shah Alam tidak ada di sini, Yang Berhormat Marang pun tidak ada, Yang Berhormat Rompin mencadangkan EPU menjadikan Kuantan sebagai new centre of growth di kawasan Pantai Timur. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Persekutuan telah sedia maklum mengenai kelebihan Kuantan daripada aspek lokasi yang strategik dan berpotensi besar untuk berfungsi sebagai sebuah pusat pertumbuhan di Pantai Timur. Justeru di bawah perancangan fizikal negara kedua, Kuantan telah di klasifikasi sebagai konurbasi pertumbuhan wilayah dan sebagai konurbasi pertumbuhan Wilayah Timur, kerajaan berhasrat agar pengagihan peluang yang berkesan dapat direalisasikan dan menyeimbangkan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal. Ini akan dapat mengimbangi aktiviti ekonomi yang tertumpu kepada penubuhan Konurbasi Kuala Lumpur. Dalam hal ini kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau pun ECERDC melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi di Kuantan seperti projek peluasan Pelabuhan Kuantan dengan kos sebanyak RM1.1 bilion dan pembangunan bandar Pelabuhan Kuantan RM450.8 juta. Di samping itu beberapa taman perindustrian juga telah dibangunkan bagi menarik pelaburan dari dalam dan luar negara seperti Taman Automatif Pekan, Taman Teknologi Pahang, Taman Perindustrian Malaysia China-Kuantan serta Taman Industri Halal Gambang. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, ECER telah berjaya menarik sejumlah RM55.4 bilion pelaburan dan mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut ingin penjelasan berkenaan pemantauan serta penyampaian transformasi luar bandar dan soalan yang lebih kurang sama juga turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kubang Kerian, dan Yang Berhormat Tanjong Malim. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sedia maklum terhadap peningkatan kadar urbanisasi atau pun urbanization atau peningkatan jumlah penduduk bandar berbanding dengan luar bandar yang dijangka meningkat daripada 73% pada tahun 2013 kepada 77.2% pada tahun 2020. Peningkatan ini akan memberi kesan terhadap kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Antaranya ketidakseimbangan ekonomi di luar bandar dan keperluan infrastruktur tinggi di bandar. Justeru itu bagi mengekalkan penduduk luar bandar untuk terus tinggal di luar bandar, kerajaan perlu memastikan bahawa persekitaran dan pembangunan di kawasan luar bandar yang berkualiti dan setaraf dengan perkhidmatan di bandar perlu disediakan. Justeru itu di bawah RMKe-11, kerajaan akan memberi fokus yang tinggi kepada pembangunan kawasan luar bandar demi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di luar bandar dan seterusnya mengelakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Kerajaan telah merangka empat strategi penting bagi memastikan fokus pembangunan di luar bandar dilaksanakan secara holistik dan ini termasuk pertamanya memperkukuhkan aktiviti ekonomi luar bandar menerusi menggalakkan lebih penyertaan sektor swasta bagi menarik pelaburan yang bernilai tambah tinggi, memperkasa komuniti luar bandar, menambah baik hubungan bandar dan luar bandar iaitu rural urban linkages, dengan izin melalui Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC serta penggunaan teknologi moden dan inovatif yang boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran terutamanya hasil pertanian. Tumpuan akan diberi untuk mempertingkatkan penglibatan penduduk dalam aktiviti ekonomi melalui gerakan koperasi. Keduanya adalah mempertingkatkan keupayaan modal insan menerusi pemerkasaan masyarakat luar bandar melalui libat urus bersama masyarakat berkaitan pembangunan luar bandar dengan kerjasama institusi JKKK serta melaksanakan latihan yang lebih berstruktur dan dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan. Ketiga, menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan asas yang mencukupi dan berkualiti dengan menyediakan lebih banyak jalan baru, membekalkan bekalan air bersih dan terawat serta bekalan elektrik 24 jam tanpa gangguan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu kerajaan juga akan menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti, perbankan luar bandar yang lebih luas serta merancakkan Program Mobile Community Transformation Centre dengan melibatkan lebih kerjasama agensi awam dan swasta bagi memberi perkhidmatan kerajaan di luar bandar.
Ya, Yang Berhormat Menteri, duduk sekejap ya. Ada usul, sila Yang Berhormat Menteri, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 90(2).
Usul — MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 90(2) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: TuanMotion
Yang di-Pertua; “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 12 iaitu bagi membolehkan Majlis Mesyuarat menamatkan perkara yang patut diselesaikan pada hari yang berkenaan juga.”
Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Saya menyambung yang keempat ialah memperkemaskan sistem pencapaian dan bagi memastikan sistem pencapaian berkesan dan bersepadu, kerajaan akan mewujudkan satu rangka kerja pembangunan luar bandar yang holistik. Penyelarasan dan koordinasi akan melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hingga ke peringkat daerah serta membuat libat urus bersama penduduk luar bandar. Penglibatan yang bersepadu daripada penduduk luar bandar juga dijangka mampu memberikan hasil yang optimum dan secara langsung memberikan manfaat kepada mereka.
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena ambil gambar Yang Berhormat Menteri. Rekod, sila.
Selanjutnya Yang Berhormat Kota Melaka tidak ada.
Ada. Dia ada.
Ada? Ada, sorry. Selanjutnya Yang Berhormat Kota Melaka bertanya mengapakah negeri Melaka di kecualikan dari Malaysia Vision Valley terutamanya kawasan Pantai Barat yang berhampiran dengan Port Dickson seperti Kuala Linggi dan Tangga Batu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembangun Malaysia Vision Valley ini menjadi pelengkap kepada kawasan pertumbuhan Greater Kuala Lumpur di Lembah Klang. Ini selaras dengan kedudukan geografi Malaysia Vision Valley yang berada dalam lingkungan konurbasi Kuala Lumpur seperti dinyatakan dalam Rancangan Fizikal Negara. Ia juga selaras dengan pendekatan pembangunan yang mengambil kira tiga elemen iaitu density, distance dan division, ataupun 3D, dengan izin. Di samping itu, ketersediaan infrastruktur dan pelabur swasta di kawasan tersebut dapat membantu mengurangkan penglibatan kerajaan dalam penyediaan infrastruktur. Yang Berhormat, ini tidak bermakna kerajaan abaikan pembangunan di negeri Melaka. Selain daripada projek pembangunan khususnya, negeri Melaka akan turut menikmati kesan limpahan daripada pembangunan-pembangunan yang dilaksanakan di Malaysia Vision Valley. Negeri Melaka juga akan mendapat manfaat apabila akan terdapat sebuah stesen high-speed rail, dengan izin, yang akan diletakkan di negeri Melaka, khususnya di Daerah Ayer Keroh.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu pembangunan Sabah dan Sarawak, Yang Berhormat Putatan, Bandar Kuching, Sandakan, Ketereh, Tuaran, Kinabatangan, Silam, Beruas dan Yang Berhormat Batu Sapi telah membangkitkan isu pembangunan di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, isu pembangunan di Sabah dan Sarawak sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Tumpuan kerajaan adalah mempercepatkan pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkat tahap sosioekonomi dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik. Di bawah RMKe-10 negeri Sabah menerima peruntukan terbesar tidak termasuk Wilayah Persekutuan iaitu sebanyak RM20.6 bilion atau 9% daripada jumlah peruntukan pembangunan. Bagi negeri Sarawak pula, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM18.6 bilion atau 8.1% daripada jumlah pembangunan yang merupakan peruntukan kedua terbesar selepas negeri Sabah.
Dalam tempoh RMKe-10, kemajuan signifikan telah dicapai dalam penyampaian infrastruktur asas luar bandar untuk Sabah dan Sarawak. Jumlah liputan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak telah meningkat sebanyak 29.1% iaitu daripada 10,171 kilometer pada tahun 2009 kepada 13,131 kilometer pada tahun 2014. Di Sabah pula, liputan elektrik luar bandar telah mencapai kadar 94.1% dan bekalan air 80.6%. Manakala di Sarawak pula liputan bekalan elektrik luar bandar telah mencapai 91% dan bekalan air 81.7%. Usaha kerajaan dalam membangunkan Sabah dan Sarawak akan terus dipergiat dalam RMKe-11. Kerajaan melalui Program Bekalan Air Bersih Luar Bandar dan melalui Program Bekalan Elektrik Luar Bandar akan meningkatkan liputan bekalan air dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak kepada 99% menjelang tahun 2020. Selain itu daripada sejumlah 3,000 kilometer jalan berturap yang akan dibina, 1,000 kilometer akan dibina di Sabah manakala 1,000 kilometer lagi akan dibina di negeri Sarawak. Daripada segi pembangunan infrastruktur, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan meningkatkan ketersambungan di Sabah dan Sarawak. Selain itu perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak akan menggunakan pesawat baru jenis ATR72 dan Viking untuk meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan. Di samping itu, akses kepada infrastruktur digital terutamanya di Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkatkan bagi menggalakkan pertumbuhan perkhidmatan berintensif pengetahuan. Yang Berhormat bagi meningkatkan penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek di bawah RMKe-11, sebuah jawatankuasa khas bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi telah ditubuhkan. Antara ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bandar Kuching?
Tidak ada, tidak ada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Sandakan ingin mengetahui kenapa Projek Pan Borneo mengambil masa yang lama untuk dibina. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek ini telah bermula pada bulan Mac tahun 2015, simpang Nyabau kepada simpang Bakun iaitu kick-off project dan pakej-pakej lain akan menyusul pada penghujung tahun ini dan awal tahun hadapan bergantung kepada proses pengambilan balik tanah. Mengikut program pelaksanaan yang sedang dirancang, keseluruhan jajaran daripada Teluk Melano, Tanjung Datu ke Miri akan siap sepenuhnya pada tahun 2020 iaitu lima tahun dari sekarang. Dengan mengambil kira jarak jajaran yang perlu dibina sepanjang 773 kilometer, tempoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak selama lima tahun bukanlah satu tempoh yang lama dan ianya akan hampir sama dengan tempoh pembinaan projek MRT. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan dan Tuaran memohon supaya Pelabuhan Sepanggar dinaiktarafkan untuk dijadikan sebagai transshipment hub bagi meningkatkan efficiency ataupun keberkesanan Pelabuhan Sepanggar dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Yang Berhormat Silam pula memohon supaya kerajaan memberi pertimbangan supaya lapangan terbang baru Lahad Datu dapat dibina dalam RMKe-11. Yang Berhormat Batu Sapi memohon kerajaan pusat membantu Kerajaan Negeri Sabah untuk merancang dan melaksanakan pembinaan rangkaian landasan kereta api untuk menghubungkan Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau. Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum permohonan projek-projek ini dalam tempoh RMKe-11 dan akan meneliti dan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, isu bandar berdaya saing. Yang Berhormat Permatang Pauh, Shah Alam, Bagan, Jasin dan Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan isu bandar berdaya saing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menyedari kepentingan persaingan antara bandar-bandar global untuk menarik bakat dan mendapatkan pelaburan, satu kajian telah dijalankan oleh EPU dengan kerjasama Bank Dunia pada tahun 2014 hingga tahun 2015 yang meliputi semua kolaborasi utama iaitu Georgetown, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu. Kajian ini
telah mengusulkan langkah-langkah bagi meningkatkan daya saing bandar di Malaysia dan langkah-langkah tersebut perlu dilaksanakan antara lainnya bagi meningkatkan densiti ekonomi, mengawal rebakkan ataupun sprawl dengan izin bandar dan menambah baik tadbir urus pihak berkuasa tempatan. Beberapa kriteria telah dikenal pasti bagi memilih bandar-bandar yang mampu yang berdaya saing di peringkat global menerusi penyediaan pelan induk dan saing masing-masing. Pelan induk daya saing bandar ini akan disediakan oleh pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan rundingan dengan pihak swasta dan masyarakat sivil. Kriteria yang telah diguna pakai bagi pemilihan bandar berdaya saing ialah KDNK, saiz sektor perkhidmatan, kelebihan geografi, ketersediaan infrastruktur sedia ada dan pemusatan institusi pengajian tinggi. Berdasarkan kriteria ini, Bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching telah dipilih. Manakala Kota Kinabalu dipilih atas dasar inclusivity. Pembangunan bandar-bandar ini kelak akan menjadi asas kepada pembangunan daya saing bandar-bandar lain pada fasa-fasa yang berikutnya. Sementara itu program-program pembangunan bagi bandar- bandar sedia ada akan diteruskan. Tentang isu infrastruktur, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kota Melaka telah mengambil bahagian dalam isu berkaitan infrastruktur. Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui sejauh mana peruntukan yang diberi kepada Kerajaan Kelantan untuk meningkatkan lagi kualiti air bersih, jalan raya dan infrastruktur lain di negeri Kelantan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM93.3 juta pada tahun 2014 dan RM63.5 juta pada tahun 2015 bagi melaksanakan Projek Skim Bekalan Air bagi negeri Kelantan selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus menambah baik perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk Kelantan. Bersama itu Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan bagi kerja membaik pulih infrastruktur bekalan air dan pembetungan sebanyak RM56.1 juta secara geran selepas kejadian banjir di Kelantan pada penghujung tahun 2015. Bagi membaiki kemudahan jalan raya di negeri Kelantan terjejas akibat banjir tersebut pula, peruntukan tambahan berjumlah RM49.6 juta diluluskan untuk pelbagai projek membaiki infrastruktur jalan dan cerun. Lulusan projek baharu tersebut tidak termasuk peruntukan sedia ada bagi tahun 2015 dan sebanyak RM206.8 juta. Seterusnya Yang Berhormat Parit Sulong memohon untuk membina semula laluan FT005 Muar – Batu Pahat seksyen 138 hingga seksyen 145 di Semerah, Batu Pahat akibat keretakan berulang dan lantai konkrit yang tidak lagi sesuai untuk kerja-kerja pelebaran. Beliau juga turut mencadangkan agar Batu Pahat mempunyai jambatan kedua bypass sebagai jalan alternatif kepada penduduk dari Muar untuk mengelakkan kesesakan. Jambatan yang sedia ada ini telah digunakan pada tahun 60-an dan tidak pernah sekali pun dinaiktarafkan menurut beliau.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Beruas yang memohon Kerajaan Persekutuan meluluskan projek Lapangan Terbang Negeri Perak di Bagan Serai. Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Beruas, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum permohonan projek tersebut di dalam RMKe-11 dan akan meneliti dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Seterusnya Yang Berhormat Kluang memohon penjelasan bagi… [Disampuk] Tidak ada?
Yang Berhormat Menteri dari Bakri. Adakah boleh?
Tak, dia tak sebut Yang Berhormat Bakri. Dia sebut Yang Berhormat Kluang.
Yang Berhormat Kluang?
Tak, bukan. Saya nak tanya satu soalan sebab tadi ada sebutkan jiran saya Yang Berhormat Parit Sulong. Pembangunan…
[Dewan riuh]
Di sini saya nak berterima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi satu peluang kepada Bakri...
Yang Berhormat Bakri jadi jurucakap Yang Berhormat Parit Sulong Yang Berhormat.
Tak. Kena jaga kakak saya. [Ketawa] Di sini saya nak tanya...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri nak isi minyak pun kena datang Parlimen Parit Sulong ini.
Tak apa, kita bekerjasama. Buat kerja yang terbaik untuk pengundi kita. Okey. Terima kasih Menteri memberi satu peluang. Di sini saya nak tanya Menteri, adakah kementerian semasa melaksanakan RMKe-11, kerajaan akan membangunkan Bandar Diraja Maharani, Daerah Muar Johor? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf sebab saya tak ada maklumat yang begitu spesifik sekali. Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Kubang Pasu telah membangkitkan isu tebatan banjir. Mereka mencadangkan bahawa projek tebatan banjir di kawasan masing- masing dapat dilaksanakan dan disiapkan dalam RMKe-11. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek tebatan banjir merupakan antara projek-projek yang akan diberikan keutamaan peruntukan untuk dilaksanakan dalam RMKe-11 di bawah teras keempat iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan daya tahan. Dalam hal ini, EPU akan meneliti dan mempertimbangkan sewajarnya cadangan projek ini bersama lain-lain projek tebatan banjir di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka ada ya? Ingin tahu berkenaan feasibility study projek high speed rail dengan izin dan lokasi stesen di Melaka. Untuk makluman, kajian daya maju projek high speed rail ini telah dibentangkan di Majlis Ekonomi pada bulan Jun tahun 2013 dan Majlis Ekonomi telah pun mengarahkan SPAD untuk memulakan projek fasa seterusnya iaitu Fasa 2A yang pada masa ini sedang dijalankan. Tambang untuk servis high speed rail ini dijangka kompetitif berbanding dengan pengangkutan udara dan jangkaan ini adalah konsisten dengan contoh-contoh di negara lain yang mempunyai sistem high speed rail. Berdasarkan kajian terperinci, high speed rail boleh menjadi mod pilihan penumpang oleh kerana jumlah masa perjalanan yang lebih singkat berbanding waktu perjalanan purata antara empat hingga lima jam buat masa ini. Lokasi terminal high speed rail di negeri Melaka berada di kawasan Ayer Keroh dan kini dalam proses untuk memuktamadkan lokasi tapak stesen tersebut.
Menteri...
Yang Berhormat Kota Melaka bangun Yang Berhormat.
Sedikit. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya tanya, dikatakan di kawasan Ayer Keroh adakah juga satu perancangan dibuat iaitu menyambung terminal ini dengan Bandaraya Melaka? Mungkin ada jalan yang baru supaya dapat juga menyelesaikan kesesakan lalu lintas di Melaka.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar. Kita bukan sahaja akan menempatkan stesen HSR itu di Ayer Keroh tetapi perlu memastikan agar terdapat connectivity dengan izin dan sistem pengangkutan yang sesuai untuk menghubungkan ia dengan bandar Melaka yang sedia ada. Terima kasih.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah penyelesaian kajian daya maju diadakan, projek kini berada di peringkat perundingan bersama pihak Singapura untuk menentukan butiran-butiran teknikal, komersial, pentadbiran, kejuruteraan, sistem operasi high speed rail, kaedah-kaedah pelaksanaan dan perolehan yang perlu dipersetujui bersama oleh kedua-dua buah negara. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin beralih kepada isu keempat iaitu berhubung dengan pembangunan modal insan yang merangkumi isu-isu bakat negara ataupun talent, kebolehpasaran graduan, isu tenaga kerja mahir. Isu berkaitan dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional ataupun TVET yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Kelana Jaya telah membangkitkan isu penghijrahan modal insan berkemahiran tinggi ke luar negara manakala Yang Berhormat Rasah telah mencadangkan agar Talent Corp. menarik mereka yang berkhidmat di luar negara untuk mengelakkan brain drain. Dalam isu yang berkaitan, Yang Berhormat Simpang Renggam telah menyatakan bahawa tumpuan perlu diberikan kepada pelajar-pelajar di luar negara yang seharusnya terus diberi peluang berkhidmat di dalam negara berbanding menunggu mereka berkhidmat dahulu di luar negara sebelum TalentCorp. membawa mereka pulang ke Malaysia. Yang Berhormat seterusnya ingin mengetahui berapakah orang atau bakat yang telah pun berjaya dipanggil balik oleh TalentCorp. dan berapa ramai orang lagi yang telah pun balik ke Malaysia selepas itu ditukar sekali lagi ke luar negara. Yang Berhormat turut mencadangkan agar usaha menarik bakat turut diberikan perhatian kepada bakat daripada negara China dan Taiwan. Berkenaan dengan isu bakat tersebut, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya terdapat profesional Malaysia di luar negara dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan oleh negara kita Malaysia, kita mengalu-alukan kepulangan mereka tidak kira di mana mereka berada. Kerajaan melalui Talent Corporation akan terus berhubung dan menarik kepulangan profesional Malaysia yang diperlukan untuk membantu memacu serta menerajui Program Transformasi Ekonomi. TalentCorp. bertindak sebagai pengantara yang menghubungkan penawaran dan permintaan di antara peluang pekerjaan yang tersedia serta padanan bakat berkemahiran tinggi yang bersesuaian. Usaha ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang perbezaan skill ataupun skill gap dengan izin, dalam memacu ekonomi selaras hasrat ETP. Tidak terhad hanya kepada mengenal pasti kumpulan sasaran bersesuaian yang dilaksanakan bersama executive search firms dengan izin, ianya turut merangkumi usaha bagi mendedahkan peluang pekerjaan yang tersedia dalam negara dengan pembangunan portal Global Malaysians hasil kolaborasi bersama myStarjob. Pada masa yang sama...
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya Menteri, sedarkan Menteri sementara Menteri sedang promote TalentCorp. untuk membawa balik pelajar-pelajar kita yang telah pun tamat pengajian di luar negara. Sedarkah Menteri bahawa pelajar-pelajar kita di Malaysia yang telah pun graduate dan terpaksa buat khidmat wajib contohnya doctors, dentists dan juga pharmacy yang telah graduate sampai setahun tak boleh ditempatkan di kementerian-kementerian sementara di Sabah dan di Sarawak dan juga kawasan-kawasan pendalaman lain memerlukan mereka. Akan tetapi, kenapa tindakan kerajaan untuk attach kan mereka di hospital- hospital ini begitu lambat hinggakan ambil masa begitu panjang? Adakah disebabkan oleh kerajaan tidak ada perancangan yang holistik ataupun masalah kewangan ataupun masalah apa sementara kita ada duit dalam untuk TalentCorp. Nak bawa balik budak-budak kita yang graduate. Akan tetapi yang ada sekarang ini pun kita tidak employ lagi. Apa masalahnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya dari segi Talent Corp. ini ada tiga pendekatan bermakna ia untuk memadankan talent di Malaysia untuk mereka atau majikan di Malaysia. Keduanya, untuk menarik balik talent dari luar negara ke Malaysia. Ketiganya adalah untuk menggalakkan sekiranya tidak
ada bakat Malaysia di negara kita, juga untuk menarik minat rakyat bukan Malaysia terhadap industri-industri tertentu. Daripada segi prioritinya dengan izin memanglah kita memberikan prioriti kepada talent yang berada di Malaysia. Maknanya kalau ada Yang Berhormat Sungai Petani sebut tadi the supply doctor di Malaysia ini kita akan padankan dengan permintaan yang ada.
Apa yang saya sebutkan tadi, yang Returning Expert Programme ini dengan izin, adalah untuk memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang mencari bakat-bakat yang tidak ada ataupun tidak cukup di Malaysia. Ini termasuklah dalam bidang minyak dan gas, dalam bidang business services dan juga dalam bidang a specialized medical services, dengan izin. Akan tetapi maknanya kalau ada isu-isu yang graduan tempatan yang ada demand, kita akan melaksanakannya.
Tuan Yang di-Pertua...
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Cuma isunya sekarang ini, adakah kerajaan telah pun exhaust usaha- usaha untuk melihat mungkin ada di kalangan graduan-graduan kita yang dalam bidang- bidang tertentu itu, tetapi mereka tidak dimaklumkan bahawa ada opening di tempat-tempat yang Menteri sebut tadi. Ini kerana saya dimaklumkan di peringkat sekarang ini, fresh graduate kerana tidak ada kerja, mereka kebanyakannya memohon buat post graduate. Itu yang sedang berlaku. Maknanya bukan kerana dia hendak buat post graduate, tetapi oleh sebab opening yang tidak ada. Daripada menganggur, ramai pelajar ini yang banyak di bidang profesional yang terpaksa buat post graduate. Of course buat post graduate itu bagus, cuma isunya mereka terpaksa buat kerana tidak ada opening di tempat-tempat lain. Jadi isunya sekarang ini, adakah betul-betul kerajaan telah pun take resources yang ada di local university ini sebelum kita menjemput pelajar-pelajar kita luar negeri kembali? Itu soalnya sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sungai Petani, kita ada banyak mekanisme dari segi keperluan. Kita ada JPA dan juga dengan kementerian-kementerian yang lain yang bakal memadankan permintaan dari segi keperluan dan supply graduate yang ada. Apabila di peringkat JPA dan kementerian masing-masing itu kita tidak ada matching, inilah di mana Unit Perancangan Ekonomi dan juga TalentCorp memasuki kawasan ini. Sebagai contohnya, untuk bidang-bidang tertentu, graduan-graduan yang tidak mendapat pekerjaan, kita wujudkan ada dua program intervensi. Satunya adalah Graduate Employability Management Scheme di bawah TalentCorp dan yang keduanya ialah Skim Latihan 1Malaysia yang di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi. Ini merupakan pelbagai approach yang kita laksanakan untuk mereka yang masih tidak dapat lagi peluang pekerjaan yang baik. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita memadankan ataupun matching keperluan majikan dan juga kehadiran graduan-graduan yang ada di luar negara ini, sekiranya ada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang mengenali profesion Malaysia yang berminat untuk kembali ke tanah air, kerjasama Yang Berhormat adalah kita pohon untuk merujuk kepada TalentCorp yang akan membantu menghubungkan mereka dengan peluang pekerjaan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sejak pelaksanaan Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme) ini yang telah diterajui oleh TalentCorp pada tahun 2011 dengan pendekatan yang lebih holistik, lebih 3,600 profesional Malaysia telah diluluskan berbanding dengan sejumlah 1,130 profesional Malaysia yang telah diluluskan dalam tempoh satu dekad sebelum itu iaitu antara tahun 2001 hingga tahun 2010. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada jumlah permohonan RET (Returning Expert Programme) yang diuruskan TalentCorp, profesional Malaysia dari negara China adalah yang tertinggi selepas permohonan dari Singapura dan kemudiannya diikuti oleh permohonan dari Australia, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada. [Disampuk] Yang Berhormat Masjid Tanah tidak ada.
Tidak ada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pandan tidak ada. Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada. Yang Berhormat Pengerang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang telah membangkitkan isu graduan TVET yang tidak mendapat jaminan pekerjaan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, program TVET yang ditawarkan oleh institusi TVET awam dan swasta mengambil kira keperluan industri. Dalam tempoh RMKe-10, program TVET yang ditawarkan dipadankan dengan keperluan industri menerusi penubuhan 22 badan peneraju industri di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Badan peneraju ini dianggotai oleh wakil industri, institusi TVET dan agensi kerajaan. Peranan badan ini antara lain adalah memastikan penyediaan program latihan TVET yang menepati piawaian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard yang memenuhi permintaan modal insan oleh industri dan juga ekonomi. Berdasarkan kepada kajian pengesanan sedia ada oleh pelbagai institusi TVET, kita dapati sekurang-kurangnya 70% lepasan TVET dalam pelbagai bidang mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian. Program Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan telah diperkenalkan sejak tahun 2012 bagi membantu lepasan TVET mendapatkan pekerjaan dengan fokus kepada sekurang-kurangnya 10% daripada lepasan TVET setiap tahun. Dalam tempoh RMKe-11 pula, kerajaan menggalakkan institusi TVET untuk menjalankan kolaborasi dengan pihak industri. Ini adalah bagi memastikan graduan yang dilahirkan memenuhi kriteria industri dan selaras dengan keperluan semasa industri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada bahagian kelima iaitu berhubung dengan isu tenaga yang merangkumi isu-isu minyak dan gas, isu Petronas dan projek RAPID yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Pengerang. Yang Berhormat Kelana Jaya tidak ada. Yang Berhormat Serdang? [Disampuk] Tidak ada. Yang Berhormat Sipitang?
Tidak ada.
Yang Berhormat Limbang?
Yang Berhormat Limbang, tidak ada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tuaran?
Yang Berhormat Tuaran tidak ada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerang, ada. Berhubung dengan isu RAPID yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang telah meminta supaya kerajaan mengambil berat tentang aspek kesihatan dan keselamatan yang melibatkan kebakaran, kemalangan dan kecemasan memandangkan kawasan RAPID adalah terlibat dengan bidang minyak dan gas. Yang Berhormat Pengerang juga telah memohon supaya penglibatan orang tempatan terutama sekali penduduk tempatan ditingkatkan dalam projek RAPID. Tuan Yang di-Pertua, dalam pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Negara, kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, termasuk faktor-faktor keselamatan. Seperti yang telah diketahui umum, projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) yang diterajui oleh Petronas adalah sebahagian daripada hab industri hiliran minyak dan gas di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang atau Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), dengan izin.
Kawasan seluas 20,596 ekar ini akan dibangunkan dengan loji penapisan minyak dan loji pemprosesan petrokimia, tangki penyimpanan minyak dan gas asli cecair, zon pembuatan bahan plastik dan fine chemicals serta industri dan aktiviti lain yang berkaitan. Pelan induk pembangunan PIPC ini telah disediakan oleh Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC). Agensi Kerajaan Persekutuan yang menjelaskan dan memudah cara permohonan PIPC turut mengambil kira ciri-ciri industri yang memerlukan pengurusan keselamatan (safety) bertahap tinggi.
Pelan induk tersebut turut memperuntukkan pembinaan balai-balai bomba baru di Pengerang, menaik taraf pusat kesihatan, menaik taraf jalan raya dan membina jalan-jalan baru demi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perhubungan jalan raya sekiranya ada isu-isu keselamatan dan kecemasan. Kerajaan juga akan menimbang dan memperhalusi saranan Yang Berhormat Pengerang tentang keperluan hospital Daerah Kota Tinggi diperbesarkan ataupun hospital baru dibina bagi menampung peningkatan bilangan pesakit yang akan mendapatkan rawatan di hospital. Tuan Yang di-Pertua bagi memenuhi inspirasi Program Transformasi Ekonomi Malaysia untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat Malaysia, JPDC juga bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dan badan-badan yang berkaitan untuk memastikan bahawa penduduk tempatan di Pengerang dan Johor berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan PIPC dan turut menikmati kesan limpahan ekonomi. Antara langkah yang telah diambil untuk menggalakkan rakyat tempatan khususnya anak-anak Pengerang...
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya ucap terima kasih lah pada jawapan Yang Berhormat yang memang bagi saya jawapan di dalam peringkat dasar. Tapi soalan saya pada Yang Berhormat ya, apa sebenarnya dalam ukuran kementerian berkenaan dengan timeline ya, timeline kepada: (i) Pekerjaan orang tempatan. (ii) Aspek pendidikan teknikal dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Dari segi timeline kita memadankan ia dengan dari segi pelaksanaan projek tersebut, dan kita JPDC berurus dengan terus dengan Petronas dan syarikat-syarikat yang terlibat untuk memastikan apabila sebagai contoh satu petrol chemical complex itu siap dan sebelum ia siap akan wujud tenaga-tenaga mahir yang bakal dilatih untuk memenuhi keperluan industri tersebut. Cuma yang kita ada isu sekarang ini adalah memandangkan banyak aktiviti-aktiviti pembinaan yang rancak dilaksanakan, memang keperluan tenaga daripada kalangan rakyat tempatan tidak cukup. Jadi ini telah dibangkitkan dan institut-institut seperti IKBN dan sebagainya telah diminta untuk memainkan peranan yang penting memastikan bahawa rakyat-rakyat tempatan ini sudah diambil dan diberikan latihan yang khusus untuk membolehkan mereka memenuhi permintaan syarikat-syarikat Petronas dan syarikat- syarikat lain. Ini termasuklah kemahiran profesional dan teknikal dalam industri hiliran minyak dan gas dan mampu menjadi usahawan untuk beberapa daripada mereka menyediakan perkhidmatan dan produk yang menyokong ekosistem industri tersebut. Tuan Yang di- Pertua, sekarang saya ingin beralih kepada isu yang seterusnya iaitu berhubung dengan pertumbuhan hijau. Yang Berhormat Jasin telah membangkitkan isu untuk merapatkan jurang bagi menuju ke arah pertumbuhan hijau dan pelaksanaannya yang perlu mengambil kira tentang post and trade dan juga community-based. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan dan pengeluaran mampan ataupun Sustainable Consumption and Production (SCP) merupakan satu daripada pendekatan untuk merapatkan jurang bagi mencapai pertumbuhan hijau. SCP adalah konsep yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan alam sekitar dan keperluan generasi masa hadapan. Konsep ini menjelaskan tentang penggunaan sumber asli yang cekap, meminimumkan penggunaan bahan berbahaya dan mengurangkan pencemaran dan penghasilan sisa di sepanjang kitaran hayat produk ataupun perkhidmatan.
Melalui pendekatan perkhidmatan kitaran hayat, SCP menggalakkan rakyat termasuk komuniti untuk mempertimbangkan impak alam sekitar dan kecekapan penggunaan sumber pada setiap peringkat pengeluaran dan penggunaan dan kerajaan akan menerajui pewujudan pendekatan SCP dalam sektor-sektor utama di Malaysia. Kami juga sentiasa prihatin terhadap golongan miskin dan mudah terjejas dan merujuk kepada kejadian banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas yang telah menyebabkan kerugian kemusnahan infrastruktur awam sebanyak RM2.9 bilion. Langkah adaptasi adalah penting untuk melindungi hasil pembangunan dan membolehkan ekonomi serta rakyat bersedia berhadapan dengan impak perubahan iklim dan bencana alam serta pulih daripadanya dengan segera. Antara langkah adaptasi perubahan iklim yang akan dipergiatkan termasuk Rancangan Tebatan Banjir Bersepadu dan penggunaan empangan pelbagai fungsi bagi menangani bencana banjir yang juga boleh menjana pendapatan ekonomi. Pendekatan ini akan melindungi rakyat dan hasil pembangunan, memperkukuh jaminan bekalan air, makanan dan tenaga, memastikan kemampanan sumber asli, meningkatkan produktiviti dan memacu inovasi serta menambah baik kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat. Selain daripada itu, Orang Asli dan masyarakat setempat yang tinggal di sekitar kawasan perlindungan daratan dan marin yang bergantung kepada sumber asli sebagai punca pendapatan akan diberikan alternatif untuk meraih pendapatan. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan dan menggalakkan pengeluaran sumber asli secara haram dari kawasan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ingin menjawab adalah berhubung dengan isu perumahan dan isu ini telah mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Titiwangsa yang telah mencadangkan kerajaan memperuntukkan secara tetap RM500 juta setahun bagi dana untuk pembangunan perumahan awam mampu milik berskala besar selama 5 tahun dan syor setiap bandar gazetkan tanah berdekatan bandar bagi pembinaan rumah mampu milik serta mengubah landskap tanah ataupun sistem pembangunan perumahan awam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum cadangan-cadangan Yang Berhormat Titiwangsa dan akan meneliti dan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi, saya sekali lagi hendak mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu kami di Unit Perancang Ekonomi dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Terima kasih juga kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan semua warga Unit Perancang Ekonomi yang telah bertungkus-lumus menyediakan Rancangan Malaysia Kesebelas ini dan akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian kerajaan semasa perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas di Dewan yang mulia ini dan mana-mana isu yang telah dibangkitkan tetapi tidak dirangkumi dalam jawapan penggulungan ini, saya ingin memaklumkan Dewan ini bahawa perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil perhatian serta tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Menteri kawasan Ayer Hitam.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh tidak lebih daripada 5 minit, ingin saya menggulung perbahasan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar yang telah membangkitkan perkara berkaitan Kampung Baru semasa perbahasan RMKe-11. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar yang meminta penjelasan tentang pelaksanaan Skim Pinjaman Kampung Baru dalam RMKe-10 dan apakah tindakan yang diambil kepada mereka yang tidak bayar. Untuk makluman Yang Berhormat, skim tersebut telah saya huraikan pada 11 Jun yang lalu semasa menjawab soalan yang pertama dan untuk maklumat RM100 juta telah diperuntukkan di bawah RMKe-10 dan kita terbahagi kepada tiga skim: (i) Pembayaran pinjaman untuk membayar premium (ii) Untuk kita memberi pinjaman untuk mikro kredit untuk perniagaan
(iii) Untuk mereka membaik pulih rumah. Daripada tiga skim yang kita jalankan ini. 99.66% merupakan mikro kredit di mana sambutan yang lain itu tidak berapa baik, yang terbaik adalah mikro kredit di mana 4,720 orang telah meminjam dan manakala untuk pinjaman premium hanya 11 orang, untuk baiki rumah cuma 5 orang. Keseluruhannya 4,736 dan modal pusingan yang disediakan RM100 juta dan setakat ini melalui Bank Simpanan Nasional, kita telah memberikan pinjaman sebanyak RM153 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kelayakan itu, mereka mestilah berasal dari Kampung Baru dan mereka yang hendak memperluaskan perniagaan, mereka boleh meminjam dan dengan cara yang terbaik mereka meminjam dengan kadar faedah yang sangat rendah iaitu hanya 4% mengikut monthly rest dengan izin iaitu dengan flat rate 2.15% sahaja. Minta Yang Berhormat Kota Melaka.
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklum bahawa ramai penduduk Kampung Baru terutama di negeri-negeri Selatan yang berhijrah dari Singapore untuk mencari kerja di Singapore. Apakah cara kementerian, adakah perancangannya untuk dengan mikro kredit dan lain-lain, adakah ada rancangan yang dapat membawa mereka balik ke Kampung Baru itu?
Satu lagi, adakah juga dalam cadangan Yang Berhormat iaitu tentang program bersama dengan Kementerian Pelancongan iaitu mewujudkan new village stay seperti homestay. Projek ini di kampung baru supaya kita hidup semulalah Kampung Baru, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. saya baru hendak sampai ke situ. Untuk mikro kredit, mereka boleh pinjam RM5,000 hingga RM50,000. Ini salah satu objektifnya untuk kita menarik supaya mereka boleh memulakan perniagaan di kampung-kampung baru yang mengalami proses urbanisasi dan itu memang kena pada tempat. Kalau tidak cukup, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Bajet 2015 telah mengumumkan RM50 juta untuk kita berikan kepada kaum Cina juga dan bagi mereka di Kampung Baru tidak ada masalah, mereka boleh memohon dan jumlahnya daripada RM50,000 sehingga RM250,000. Jadi tidak menjadi masalah, kalau hendak besar, kita boleh sediakan dana yang lebih besar dan kita masih ada RM50 juta untuk kita berikan kepada mereka yang berhajat untuk berniaga di kampung-kampung baru. Mengenai apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang sektor industri, bagaimana hendak jadikan itu sebagai homestay, tidak ada masalah kerana dalam RMKe-10, kita menyediakan dana RM260 juta untuk mempertingkatkan infrastruktur. Kalau mereka hendak mulakan macam chalet ataupun homestay boleh meminjam, softloan sebagai SME. Untuk JKK memulakan projek-projek untuk menghiasi kampung itu boleh dilakukan dan kita telah meluluskan lebih daripada RM240 juta setakat ini. Jadi itu untuk maklumat Yang Berhormat . Yang Berhormat Kapar pula tanya, macam mana dengan mereka yang tak bayar balik? Saya cuma hendak maklumkan, setakat ini hanya ada 107 kes yang diambil tindakan di mana ia merupakan 2.2% daripada jumlah yang kita keluarkan. Jadi ini merupakan satu NPL yang sangat rendah dan ia disalurkan melalui Bank Simpanan nasional. Lazimnya dua bulan mereka tidak bayar, pihak bank akan berjumpa dengan mereka untuk dibuat penjadualan semula. Kalau mereka tak boleh bayar juga, barulah tindakan undang-undang diambil. Ketiganya, terakhir Yang Berhormat Kapar tanya, bagaimana, apakah tindakan yang diambil untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir di kampung-kampung baru. Banyak usaha telah dijalankan, bukan sahaja zaman saya, sebelum itu pun ramai Menteri yang meminta dan menggalakkan supaya mahasiswa-mahasiswi turun ke kampung- kampung baru dan kita telah mengaturkan banyak program daripada universiti awam ataupun swasta untuk turun ke kampung-kampung baru dan nampaknya ia memberi satu kesan yang sangat baik kerana kita faham bahawa kalau pelajar tercicir ini banyak faktor. Ada disebabkan persekitaran yang tidak kondusif, ada disebabkan masalah keluarga, ada
disebabkan pembelajaran ataupun di sekolah-sekolah yang membosankan. Salah satu faktor ialah mereka tidak dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Maka baru-baru ini kita telah memperkenalkan satu program iaitu melalui program kemasyarakatan, kita telah memperkenalkan Program Semarak Bahasa. Secara khasnya untuk kampung-kampung baru supaya mereka faham dan menghayati penguasaan bahasa Malaysia dan ini sebagai satu cara untuk kita mengurangkan pelajar-pelajar yang tercicir dari sekolah. Kedua, usaha yang diambil selain daripada mahasiswa kita juga menganjurkan kem-kem dan kita akan mulakan satu lagi pada 16 hingga 18 Julai bulan hadapan, di mana kita akan kumpulkan pelajar-pelajar ataupun mereka yang mempunyai ketokohan di kampung-kampung baru dan kita akan menjadikan satu model ataupun kita berikan satu template supaya kita dapat menganjurkan program supaya dapat kita mengekang daripada kadar keciciran. Jadi secara ringkasnya saya telah menjawab semua. Kalau hendak tahu, saya boleh jawab lagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Ya, last.
Just satu soalan Speaker.
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa ramai anak-anak dari kampung baru ini telah berhijrah keluar dan yang tinggal di kampung baru ini ialah orang-orang tua dan banyak juga rumah di kampung baru ini yang tidak dijaga dan hilang identiti kampung baru, ada rumah yang buruk, yang tidak dijaga, akhirnya kita hilang heritage ini. Apakah usaha Yang Berhormat Menteri untuk pastikan, kenal pasti kampung-kampung baru ini dikemas kini supaya ia menjadi attraction dan juga menjadi tourist attraction areas untuk negara kita kerana kalau hilang ini, heritage ini tidak akan kembali. Jadi apakah usaha-usaha yang sedang dibuat Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih Yang Berhormat. Ada setengah- setengah kampung baru ini oleh sebab terlalu dekat dengan bandar, maka ciri-ciri itu memang terhakis. Kalau kita lihat di Jinjang, susah kita hendak dapat satu wajah seperti kampung baru pada tahun 50-an, tidak mungkin. Kalau kita lihat Salak Selatan yang berdekatan dengan Kuchai Lama, tak mungkin kita nampak ciri-ciri tersebut. Akan tetapi untuk kebanyakan kampung-kampung secara tradisi, ia kita dapat mengekalkan malahan setiap kali kita turunkan peruntukan kepada JKKK, kita pastikan mesti ada keunikan. Baru-baru ini kita juga membuat satu kajian melihat macam mana kampung itu menjadi viable. Kita telah membuat satu kajian di mana kita pilih semua Kampung-kampung baru ini, pakar penyelidik turun melihat dari segi sustainability. Kalau kita dapati jumlah penghuni yang berumur daripada 15 tahun hingga 64 tahun, jumlahnya lebih besar daripada mereka yang lebih daripada 60 tahun campur dengan mereka yang kurang daripada 15 tahun. Bermaksud, ada sustainabilitynya. Jadi ini kita tengah membuat pelan-pelan dan kita akan membuat secara kluster apa tindakan yang patut diambil. Kita tidak boleh buat secara melulu dan semua sekali dengan satu tindakan, tak mungkin. Kita kena lihat dan seperti Yang Berhormat katakan untuk mereka yang ada potensi untuk kita bangunkan sektor industri, kita akan buat secara sistematik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. sekarang giliran Yang Berhormat Menteri dari kawasan Muar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk meneruskan sesi penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri dalam hal yang berkaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Bandar Tun Razak tak ada tetapi yang ada Yang Berhormat Kota Melaka. Bertanyakan
tentang komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam usaha menangani rasuah di negara ini dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesebelas. Sukacita dimaklumkan bahawa transformasi dari Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 membuktikan bahawa kesungguhan dan iltizam kerajaan yang disokong oleh keseluruhan Ahli Yang Berhormat sebagai tanda untuk kita memastikan perlakuan rasuah di negara kita dapat diperangi. Penubuhan lima entiti bebas yang dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk Ahli- ahli Parlimen sendiri adalah bukti bahawa kita serius dalam usaha mencegah rasuah di dalam negara dan dalam tempoh tersebut jumlah pendakwaan sabitan yang telah diperoleh juga mencatatkan pertambahan daripada tahun-tahun sebelum penubuhan SPRM. Yang Berhormat Kulai menyentuh keberkesanan SPRM hanya berdasarkan kepada nilai rasuah. Sukacita saya nyatakan bahawa SPRM bukan agensi yang bersifat keuntungan tetapi lebih memberi kepada perkhidmatan dan kadar pulangan kewangan sebagai satu ukuran ke atas pencapaian dan prestasi SPRM adalah tidak relevan kerana tidak dapat ditentukan tahap rasuah yang sebenar kecuali kepada persepsi rasuah yang banyak dijalankan oleh institusi-institusi dan badan bukan kerajaan seluruh dunia. Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Gopeng bertanyakan tentang, dua- dua tak ada. Bertanyakan tentang indeks kajian persepsi rasuah, tak ada bermakna tak berapa minat hendak tahu. Yang Berhormat Gopeng bertanyakan tentang bilangan pemberi maklumat kepada SPRM yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Walaupun tak ada, saya beritahu ada 50 orang yang telah menggunakan akta ini dalam memberi maklumat kepada SPRM. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perkara yang dibangkitkan berkaitan JPM dan saya bagi pihak seluruh, ingin mengucapkan terima kasih walaupun Tuan Yang di-Pertua tidak terlibat tetapi antara yang paling taat menunggu sampai habis. Dua minggu kita tunggu, yang bangkit tak semua ada dan kita doakan semoga rancangan ini akan dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat dalam negara ini. Kerajaan serius untuk menjayakan pelan tindakan lima tahun terakhir sebelum negara menjadi sebuah negara maju 2020. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima suatu cadangan pindaan ke atas usul Rancangan Malaysia Kesebelas daripada Yang Berhormat Ipoh Timur pada hari Khamis 11 Jun 2015. Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 30(1) iaitu berkenaan peraturan mesyuarat meminda usul-usul.
Saya mendapati bahawa cadangan pindaan tersebut tidak berkaitan dengan Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cadangan pindaan Yang Berhormat Ipoh Timur adalah melebihi, exceeding the scope daripada Usul Rancangan Malaysia Kesebelas. Cadangan pindaan yang dikemukakan itu oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu sepatutnya dikemukakan melalui usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27. Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul tersebut dikemukakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan Masalah bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa Usul Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dipersetujui.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Peraturan Mesyuarat 16(3) saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Usul — MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: TuanMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.
Ucapan-Ucapan PenangguhanAdjournment
Kasihannya kena tinggal sampai masa ini.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara cakap sampai 6.00 pagi pun tidak apa.
Sudah kena tipulah.
Kasihannya kena tunggu sampai masa ini.
Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, sampai pukul 6.00 pagi, you cakaplah seorang-seorang.
Ya, baca usul Yang Berhormat.
Tidak ada hal punya. SU Dewan boleh tunggu dia sampai pukul 6.00 pagi.
Tidak apalah Yang Berhormat, sudah tengah pagi ini. Sudah awal pagi.
Faham, faham, faham.
Ya, teruskan Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin supaya Menteri Kewangan dapat mengesahkan laporan dalam The Sarawak Report bahawa 1Malaysia Development Berhad telah menerima pinjaman sebanyak USD150 juta atau lebih kurang RM540 juta dari bank eksport import, EXIM Bank pada bulan Mac tahun ini. Sekiranya pinjaman ini telah dibuat, saya ingin mendapatkan jawapan dan penjelasan daripada Menteri untuk soalan-soalan berikut.
Pertama, adakah kerajaan telah memberi sebarang surat sokongan kepada 1MDB dan apakah terma-terma surat ini? Adakah surat ini meletakkan obligasi kepada pihak kerajaan untuk membayar pinjaman ini jika 1MDB akhirnya gagal membuat pembayaran? Kedua, bukankah Bank EXIM tidak seharusnya memberikan pinjaman kepada syarikat untuk membeli hartanah tempatan? Bukankah Bank EXIM memberikan kemudahan pinjaman untuk perdagangan dan urus niaga luar negeri sahaja? Ketiga, adakah pinjaman ini bertujuan untuk membuat bayaran sebanyak RM262 juta kepada syarikat Tadmax Resources Berhad untuk pembelian sekeping tanah di Pulau Indah setelah menolak RM30 juta yang telah dibayar sebelum ini? Apakah sebabnya pinjaman tersebut adalah dua kali ganda harga pembelian tanah yang hanya akan menambahkan lagi tanggungan hutang kepada 1MDB? Keempat, adakah kesemua USD150 juta telah dikeluarkan? Jika ya, apakah kegunaan bagi baki pinjaman selepas pembayaran untuk tanah RM262 juta telah dibuat dan adakah kesemua baki pinjaman tersebut telah digunakan? Kelima, pembelian tanah Pulau Indah tersebut telah dikritik di pasaran bahawa harganya sudah terlampau tinggi. Penilaian harga tanah telah dibuat oleh Tadmax sendiri pada Ogos 2011 adalah hanya RM9.93 kaki persegi. Apakah sebabnya dan keperluannya bagi 1MDB untuk membayar kadar RM21.80 setiap kaki persegi yang merupakan 120% lebih tinggi daripada penilaian dua setengah tahun sebelum perjanjian ditandatangani? Keenam, melihat kedudukan kewangan 1MDB yang berada dalam keadaan krisis, apakah tujuan utama tanah Pulau Indah tersebut dibeli? Adakah tujuan pembelian ini masih relevan sedangkan 1MDB telah menjalankan rancangan rasionalisasi untuk menjual aset- aset seperti kontrak penjana kuasa dan loji tenaga serta hartanah-hartanah milik syarikat? Akhirnya, memandangkan isu-isu yang berbangkit di atas, adakah surat sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sebenarnya adalah untuk mencapai dua matlamat tertentu iaitu pertama, untuk membantu 1MDB memperoleh aliran tunai tambahan selepas pembiayaan pembinaan tanah dibuat; atau kedua, ia adalah untuk menyelamatkan Tadmax di mana pengerusinya ialah Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, bekas Bendahari UMNO dan CEOnya Datuk Faizal Abdullah yang merupakan Timbalan Pengerusi Bahagian UMNO Kapar kerana Tadmax tidak mampu membayar hutang kepada Bank EXIM? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan telah memberikan letter of support kepada EXIM Bank bagi pinjaman yang dibuat oleh 1MDB dari bank tersebut. Walau bagaimanapun, segala terma dan syarat yang ditetapkan adalah terma dan syarat di antara kerajaan dengan EXIM Bank. Kesemua pinjaman yang diberi oleh EXIM Bank kepada pelanggan-pelanggan EXIM Bank memenuhi mandat EXIM Bank untuk menyokong syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pasaran atau pelaburan di luar negara tidak terkecuali sokongan pinjaman import kepada syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pelaburan strategik kepada ekonomi negara. Peminjam-peminjam juga perlu memenuhi kriteria-kriteria pinjaman dan kriteria kebolehterimaan risiko atau risk acceptance criteria, dengan izin, seperti yang ditetapkan oleh EXIM Bank. EXIM Bank adalah tertakluk oleh seksyen 119 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002. Oleh yang demikian, pihak EXIM Bank tidak boleh menzahirkan apa jua maklumat atau dokumen berkaitan peminjam-peminjam EXIM Bank. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana semua sedia maklum, penilaian harga aset tanah berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada lokasi tanah, kategori penggunaan tanah dan pelan pembangunan pembeli tanah tersebut. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, pembelian tanah di sekitar Pulau Indah yang dibeli oleh pembeli lain adalah pada harga
RM55 hingga RM66 sekaki persegi sedangkan 1MDB membeli tanah tersebut daripada Tadmax hanya pada harga RM21.80 sekaki persegi. Harga pembelian tanah tersebut adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat oleh syarikat penilai bebas. Selain itu, transaksi pembelian tanah yang dibuat oleh 1MDB di Pulau Indah yang dilaksanakan pada 20 Februari 2014 adalah berdasarkan strategi 1MDB pada masa itu. Perjanjian tersebut telah dibuat sebelum 1MDB mengumumkan untuk menjalankan rasionalisasi atau strategic review pada bulan Februari 2015 terhadap aset-aset yang dimiliki olehnya. Sekian, terima kasih. Isu Penahanan Wang Caruman KWAP
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan satu perkara berkaitan sekumpulan bekas pekerja- pekerja Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah mengenai masalah mereka mengeluarkan wang caruman persaraan daripada KWAP. Bekas pekerja LPPS ini telah meminta bantuan dan saya telah beberapa kali bertemu Pengarah Jabatan Caruman di Pejabat KWAP Putrajaya walaupun telah melakukan rundingan beberapa kali dan perkara tersebut menggesa KWAP telah menahan wang sebanyak RM5,822,494.82 itu.
Ia masih tidak dapat diselesaikan. Perkara ini agak rumit. Bekas pekerja LPPS ini juga tidak dibayar employee share EPF ketika mereka bersara. Mereka hanya dibayar pampasan dan pencen bulanan sahaja. Perkara ini berlaku sekitar tahun 1960-an iaitu sebelum pelaksanaan EPF dan sistem begitu di mana LPPS telah melanggan Retirement Benefit Scheme melalui Great Eastern Insurance. Sejak 1 Julai 1969 sehingga 1 Mac 1981 di bawah akta berkenaan, wang caruman sepatutnya diserahkan kepada EPF dan pelanggan akan menikmati kebaikan mengikut formula biasa EPF dan juga akan membayar bekas pekerja employee share ketika persaraan. Ia tidak dihantar ke EPF tetapi dihantar ke KWAP dan menimbulkan banyak masalah. Wang ini kini masih ditahan di KWAP. Seramai 164 orang pesara masih menanti- nanti wang tersebut. Kebanyakannya sudah tua dan ada yang telah meninggal dunia. Banyak cara dilakukan melalui rayuan tetapi gagal. Surat dari beberapa pihak termasuk KWAP membuktikan wang itu sememangnya ditahan oleh KWAP dan mereka telah beritahu bahawa segera proses penghantaran wang itu adalah in order. Jika ia adalah in order, KWAP harus mengembalikan wang itu secepat mungkin tanpa penangguhan. Alasan yang diberi adalah selain daripada 164 orang ini kemungkinan ada orang lain layak menuntut wang tersebut, jika RM5.8 juta itu semua disalurkan kembali ia akan menimbulkan masalah yang lain. Pada saya ia mengarut dan tidak munasabah oleh sebab pihak Great Eastern telah mengenal pasti bukti-bukti wang caruman bagi setiap ahli. Justeru, wang caruman mengikut bukti ini haruslah dikembalikan kepada mereka yang layak dengan segera. Memandangkan mereka sudah lama bersara, maka tidak wajar dan tidak adil bagi mana-mana pihak menahan wang tersebut tanpa sebab-sebab yang munasabah. Hakikatnya jumlah wang tersebut bukanlah milik mana-mana pihak kecuali milik bekas pekerja-pekerja berkenaan. Pihak yang menerima wang tersebut hanyalah memegang amanah sebagai trustee dan tidak ada kuasa untuk menafikan hak kepada bekas pekerja. Justeru saya menggesa Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bilakah wang tersebut dikembalikan kepada pencarum itu dan saya harap kerajaan menyelesaikan masalah ini kerana masalah ini telah ditanggung sejak lama. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan telah menerima caruman majikan yang juga dikenali sebagai Retirement Benefit Scheme (RBS) sebanyak RM5,822,494.82 dari Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah (LPPS) pada 3 Disember 2012 melalui cek Alliance Bank bernombor 032688. Jumlah wang yang diserahkan oleh LPPS kepada KWAP dibuat tanpa mengemukakan senarai pekerja yang diliputi di bawah skim tersebut dan juga jumlah syer bagi setiap pekerja. RBS adalah skim faedah persaraan yang di carum oleh LPPS mulai 1 Julai 1969 untuk kakitangan LPPS melalui Great Eastern Life Insurance Co. Limited. Skim tersebut telah diberhentikan sejak 1 Mac 1981 berikutan keputusan kerajaan untuk menghentikan skim insurans bagi kakitangan badan berkanun dan kuasa tempatan yang dibiayai sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya oleh majikan. Berikutan pemberhentian RBS, kakitangan LPPS yang berkhidmat selama 10 tahun atau lebih telah diberi taraf berpencen, manakala yang belum layak berpencen dikehendaki mencarum kepada KWSP. Skim RBS dibiayai sepenuhnya oleh pihak majikan di mana kakitangan tidak dikehendaki untuk mencarum. Seramai 165 orang bekas kakitangan LPPS, plaintif telah mengemukakan saman sivil terhadap LPPS untuk mendapatkan kembali RBS. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 19 Oktober 2009 dan 19 November 2009 dan tuntutan tersebut ditolak oleh mahkamah dengan alasan peguam plaintif telah tidak memasukkan wang RBS sebagai isu memandangkan mereka tiada bukti kukuh terhadap LPPS, malah tindakan mahkamah yang diambil telah luput had masa, time bud or limitation period elapsed dengan izin. Pada bulan Mei 2012, plaintif telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Malaysia. Walau bagaimanapun pihak plaintif telah menarik balik rayuan tersebut pada 16 Mei 2012. Oleh itu kes RBS dianggap telah tutup sepenuhnya menurut undang-undang dan prinsip rest judicial dan semua plaintif adalah dihalang daripada memfailkan kes tuntutan yang baru dengan fakta yang sama terhadap LPPS. Susulan daripada keputusan mahkamah tersebut dan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah LPPS ke-324 yang telah diadakan pada 27 September 2012 lembaga telah memutuskan agar wang RBS yang disimpan dalam akaun tergantung lembaga dipindahkan atau diserahkan kepada pihak KWAP. Keputusan ini juga selaras dengan nasihat guaman LPPS yang mana tuntutan wang RBS oleh pihak plaintif telah ditutup sepenuhnya dan LPPS tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyimpan wang itu lagi. Sehubungan dengan itu, LPPS telah pun menyerahkan wang tersebut kepada KWAP bagi tujuan pembayaran pencen kepada semua kakitangan tersebut selaras dengan Akta Pencen 1980. Pada 11 Julai 2014, satu mesyuarat di Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Jabatan Caruman dan Jabatan Undang-undang KWAP telah memutuskan bahawa sebarang tuntutan bekas kakitangan LPPS perlu dirujuk kepada JPA untuk tindakan selanjutnya. Cadangan tindakan seterusnya ialah untuk JPA memperoleh penetapan nama pekerja yang terlibat dan kadar sebenarnya terakru kepada setiap pekerja yang telah bersara. Di samping itu tindakan penyerahan balik syer pekerja perlu ditapis oleh Jabatan Peguam Negara dari sudut pematuhan undang-undang dan terma dan syarat amanah, teras asal. Penyerahan balik akan hanya dibuat selepas penetapan-penetapan di atas diperoleh. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi hari Selasa, 16 Jun 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 1.04 pagi]