Dewan Rakyat · 16 June 2015

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 462 turns · 41,728 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Hasbullah bin OsmanUMNO · BNGerik · question

1. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai keciciran nama bantuan BR1M fasa pertama. Terdapat aduan mengenai segelintir rakyat yang tidak menerima bantuan BR1M walaupun telah mendaftar termasuk masyarakat Orang Asli.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan memohon agar sebanyak tiga soalan lisan mengenai Program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M dijawab bersekali. Memandangkan isu yang dibangkitkan adalah sama iaitu mengenai statistik penerima dan perancangan BR1M pada masa hadapan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan tersebut ialah Yang Berhormat Segambut pada 16 Jun 2015, Yang Berhormat Gerik pada 16 Jun 2015 dan Yang Berhormat Sibu pada 16 Jun 2015. Tuan Yang di-Pertua, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah bermatlamat untuk membantu meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah, bagi membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain- lain. Bantuan ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama, mahupun latar belakang politik. BR1M juga akan meningkatkan perbelanjaan rakyat, seterusnya membantu dalam memacu ekonomi dan menjana pertubuhan perniagaan domestik. BR1M telah bermula pada tahun 2012, secara keseluruhannya sehingga tahun 2015 sebanyak RM13 bilion telah diperuntukkan bagi pengagihan BR1M yang memanfaatkan hampir 7.2 juta orang penerima. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman. Kementerian Kewangan tiada pecahan penerima BR1M mengikut kaum dan masyarakat. Pecahan penerima BR1M mengikut tahun adalah seperti berikut: |Tahun|Jumlah penerima|Jumlah peruntukan (RM)| |----:|---------------|----------------------| | 2012|4.1 juta |2.1 bilion | | 2013|6.8 juta |2.9 bilion | | 2014|7 juta |3.6 bilion | | 2015|7.2 juta |5.2 bilion |<END_TABLE_MARKER> Tuan Yang di-Pertua, BR1M hanya diberikan kepada mereka yang lulus tapisan semakan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan atau LHDN. Bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan BR1M, proses verifikasi dilaksanakan secara menyeluruh setiap tahun dengan semakan bersama

Datuk Chua Tee YongMCA · BNTimbalan Menteri Kewangan · Labis

data-data dari pelbagai agensi. Antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Sekiranya terdapat penerima yang mengadu masih belum menerima BR1M mereka, semakan boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDN atau dengan menghubungi hotline 1800-88-2716. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan akan meneruskan inisiatif BR1M pada masa akan datang bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan akan meneliti dan membuat penambahbaikan ke atas program BR1M supaya objektif kerajaan ke arah peralihan subsidi tersasar tercapai. Pelaksanaan Program BR1M ini juga perlu mengambil kira keupayaan kedudukan kewangan negara dan pengukuhan dasar fiskal kerajaan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pihak kerajaan yang telah dapat menceritakan dengan jelas. Sehingga tahun ini, 7.2 juta telah menikmati pemberian BR1M. Walau bagaimanapun, saya bagi pihak penduduk di Gerik mengucapkan jutaan terima kasih sama ada masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Siam yang miskin di bawah paras RM4,000 menikmati mendapat BR1M. Persoalannya, apabila ada kumpulan-kumpulan yang tidak dapat BR1M dalam tempoh yang terdekat, sebelum ini mereka dapat, walaupun Yang Berhormat Menteri menerangkan ada tapisan yang telah dibuat. Akan tetapi kita melihat kementerian cuma mengandaikan seolah-olah rakyat di luar bandar, orang tua ini pandai tengok komputer. Saya punya pandangan, mesti dicari satu kaedah untuk membolehkan setiap penerima BR1M ini dimudah cara hendak check macam mana. Nampaknya di pejabat-pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri ini seolah-olah macam tidak mesra rakyat. Di sinilah kalau boleh dibantu, apa salahnya satu kaedah dicari supaya penerima-penerima BR1M dan akan dapat BR1M ini boleh menyemak di tempat yang paling mudah. Antaranya di pusat khidmat masyarakat yang kita ada, dibagikan kaedah yang terbaik supaya tidak ada rungutan masyarakat tua, orang yang tidak reti guna komputer, di mana kita boleh bantu.

Soalan saya, sejauh mana perkara tersebut kerajaan akan ambil tindakan? Seterusnya bila kita melihat 7.2 juta boleh mendapat BR1M, apakah ada satu rancangan masa hadapan supaya setiap rakyat Malaysia boleh dapat BR1M tetapi mengikut kadar pendapatannya? Ini kerana kita melihat hari ini cuma kumpulan miskin sahaja yang mendapat BR1M. Sekurang-kurangnya nikmat subsidi ini tidak bolehlah pihak-pihak tertentu menghentam kerajaan seolah-olah tidak memberi makna kepada rakyat sedangkan rakyat di bawah yang menerima BR1M cukup berterima kasih kepada kerajaan. Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gerik. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat terutamanya Ahli Yang Berhormat Gerik, daripada segi permohonan yang kita terima untuk Parlimen Gerik ialah sebanyak 23,964 dan selepas rayuan, yang lulus ialah 91% daripada yang telah memohon. Maka, saya yakin kebanyakan yang layak telah memohon tetapi jikalaulah terdapat kes-kes tertentu dan jikalau ada aduan di mana pegawai adalah tidak mesra, kita harap kita mendapat maklumat tersebut. Ini kerana sebenarnya program BR1M ini yang mengendalikan sebanyak 7.2 juta orang penerima bukan sesuatu yang mudah. Ia merupakan suatu inisiatif yang malah World Bank mengatakan adalah tepat di mana subsidi adalah secara tersasar. Tadi saya melihat terdapat pertanyaan supaya BR1M diberikan dengan lebih luas tetapi ini perlu melihat keupayaan kedudukan kewangan. Sebenarnya kalau kita melihat garis kemiskinan di negara kita, bukan RM3,000 dan ini menunjukkan bahawa tujuan BR1M diadakan ini adalah untuk menolong mengurangkan terutamanya beban rakyat terutamanya kategori B40. Maka ini merupakan inisiatif untuk menolong rakyat secara terus tanpa mengatakan subsidi-subsidi yang mungkin terdapat isu penyelewengan. Jikalau terdapat sebarang cadangan untuk menambahbaikkan lagi daripada segi sistem penyampaian atau daripada segi untuk permohonan, kita sedia mendengar. Akan tetapi sehingga tahap ini, kita dapat melihat memang mempunyai maklum balas atau boleh

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

dikatakan feedback yang positif memandangkan bahawa sebanyak 7.2 juta orang penerima telah mendapatkan bantuan yang diperlukan. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya tentang BR1M ini. Adakah BR1M ini akan diperkukuhkan sebagai satu program social safety net, dengan izin ataupun jaringan keselamatan sosial yang komprehensif yang merangkumi pembangunan kapasiti ataupun capacity development? Juga, bilakah agaknya BR1M ini akan ada graduation day dia? Satu perkara lagi adalah berapa ramaikah yang kita boleh jangkakan yang dapat lepaskan tongkat BR1M ini? Ini kerana pada dasarnya, kalau makin ramai yang dapat BR1M, maknanya keadaan pendapatan ataupun ekonomi tidak baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chua Tee YongMCA · BNLabis

Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk setiap negara, tak kira sama ada maju atau berpendapatan tinggi, memang terdapat kategori rakyat yang memerlukan pertolongan. Itu secara dasarnya semua negara menghadapi isu sebegini. Maka daripada segi BR1M, kita dapat lihat sebenarnya kalau kita mendapat data yang sedia ada di sini, pada tahun 2014, untuk mereka yang menerima BR1M di bawah isi rumah RM3,000 sebulan adalah sebanyak 4.3 juta orang penerima. Pada tahun 2015, ia telah menurun menjadi 4.1 juta. Maka, melihat sebenarnya bukan mereka yang menerima BR1M akan sentiasa menerima BR1M. Ada yang telah mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Kerajaan sebenarnya melaksanakan program-program seperti mengadakan mikro kredit dan sebagainya dengan inisiatif untuk menolong meningkatkan pendapatan rakyat dan juga langkah-langkah untuk memberi lebih banyak daripada segi kemudahan pinjaman supaya ada yang meminati boleh menceburi bidang perniagaan supaya boleh mengurangkan mereka yang memohon BR1M ini. Sekian, terima kasih.

Mohamad Imran bin Abdul HamidPKR · PRLumut · question

2. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah perintah berkurung di ESSZONE akan ditamatkan atau ditarik balik oleh kerana ia telah lama mengganggu dan mengekang pergerakan rakyat di perairan Sabah Timur untuk mencari rezeki.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, tujuan utama perintah berkurung dikuatkuasakan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perairan ESSZONE yang meliputi enam buah daerah dari Sandakan hingga Tawau. Melalui penguatkuasaan perintah berkurung, pergerakan bot-bot di perairan Pantai Timur khususnya pada waktu malam dapat dikawal dan dipantau dengan lebih ketat oleh pasukan keselamatan. ESSCOM juga turut mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu dengan meningkatkan kesiapsiagaan aset bagi keberkesanan pengawasan kawalan dan penguatkuasaan serta mewujudkan cegah rintang di ESSZONE secara berkesan. Pendekatan ini secara langsung akan mengukuhkan layer of defense, dengan izin dan juga show of force di kawasan ESSZONE dan sekali gus menunjukkan kesiapsiagaan anggota keselamatan di ESSZONE kepada kumpulan kidnap for ransom, dengan izin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan perintah berkurung ini tidak memberi kesan kepada ekonomi kerana permit pengecualian diberikan kepada bot-bot nelayan yang bercadang untuk menangkap ikan dengan jarak maksimum sejauh lima batu nautika dari pantai. Dalam tempoh fasa ke-19 perintah berkurung dilaksanakan iaitu daripada 2 Mei 2015 hingga 13 Mei 2015 ini, sebanyak 462 permit telah dikeluarkan dan telah diberikan kepada bot-bot nelayan, kapal-kapal dagang, kontena, feri dan juga tugboat. Jumlah keseluruhan permit yang telah dikeluarkan sehingga bulan Mei 2015 ialah sebanyak 7,245 permit. Perintah berkurung ini juga mendapat sambutan yang baik di kalangan komuniti maritim daripada kalangan nelayan, pengusaha resort dan juga penternak ikan air dalam yang bergantung pendapatan kepada hasil laut. Ini terbukti melalui maklum balas daripada komuniti maritim yang berasa selamat kerana aktiviti jenayah seperti rompakan di laut dapat dibendung melalui perintah berkurung tersebut.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Pusat-pusat peranginan juga mengalu-alukan langkah ini kerana keselamatan para pelancong turut terjamin. Sehubungan itu, atas faktor keselamatan dan sokongan daripada majoriti komuniti maritim, maka perintah berkurung akan diteruskan sehingga pihak kerajaan berpuas hati dengan tahap keselamatan di perairan negara.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa ESSZONE ini dipertanggungjawabkan kepada ESSCOM tetapi pengisytiharan perintah berkurung dibuat oleh Ketua Polis Negeri Sabah. Dalam hal ini, saya lihat ada berlaku pertelingkahan kepentingan. Dengan itu, bolehkah saya mencadangkan supaya ESSCOM ini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negeri Sabah? Walaupun ESSCOM di bawah Kerajaan Persekutuan atau Federal tetapi dalam urusan keselamatan negeri Sabah, saya ingin mencadangkan supaya ESSCOM diletakkan di bawah Ketua Polis Negeri Sabah. Dengan cara itu, saya percaya koordinasi boleh dilakukan lebih efektif dan kita ingin melihat ada satu cubaan atau dua cubaan penculikan dapat dipatahkan oleh kumpulan keselamatan kita ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Yang Berhormat, terima kasih atas soalan yang berkenaan. Pada masa sekarang, Pengerusi ESSCOM ialah Ketua Menteri Sabah. Jadi, dia diletakkan di bawah kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan iaitu sekali gus. Malah, yang bertanggungjawab secara terus mengenai ESSCOM ini ialah Ketua Menteri Sabah sementara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertindak bersama-sama, yang sepatutnya disebut ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah pengerusi dan pengerusi bersama ialah Ketua Menteri Sabah.

Dalam masa yang sama, kehadiran Kerajaan Persekutuan lebih kepada anggota keselamatan dan juga lain-lain aset serta aspek kewangan. Yang ini boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, apa yang Yang Berhormat cadangkan itu sebenarnya telah terjadi iaitu perintah berkurung ini memang perlu dikeluarkan oleh Ketua Polis Sabah untuk kawasan yang berkenaan dan kita keluarkan dari semasa ke semasa. Macam perintah berkurung yang lepas, hari ini hari terakhir dan insya-Allah akan dikeluarkan lagi untuk seterusnya. Kalau Yang Berhormat melihat apa yang berlaku baru-baru ini, apa yang kita hebohkan itu ia berlaku di luar perintah berkurung. Kawasan perintah berkurung insya-Allah telah dikawal dengan baik dan pada masa sekarang seperti Yang Berhormat telah buat banyak cadangan baru-baru ini, sekarang ini pembelian aset bukan sahaja boleh dibuat terus tetapi pembeliannya boleh dibuat secara darurat. Makna kata dia boleh membeli terus atau menempah terus termasuk pembinaan, termasuk pembelian aset dan juga pembinaan dua buah pusat kawalan di dua buah pulau. Jadi yang ini dibuat serta-merta dan banyak daripada aset kita yang terbengkalai tidak boleh diperbaiki pada masa yang lepas sekarang telah diperbaiki serta-merta. Walaupun kita lihat mungkin banyak bot yang berada di jeti sana sedang diperbaiki tapi ia akan siap secara berperingkat-peringkat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. ESSCOM ini ditubuhkan kerana menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah. Dahulu dan sekarang ia sudah diperbaiki. Kita memang mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan tetapi masalah ESSCOM sekarang ini ialah mereka ini tidak dapat semua peruntukan yang diperuntukkan kerana peruntukan akan dibahagi kepada polis dan kepada tentera. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri mencadangkan supaya ESSCOM ini sebuah badan yang mengendalikan semua perjalanan pertahanan di Pantai Timur dengan memberi direct peruntukan kepada ESSCOM.

Yang Berhormat, semasa belanjawan diluluskan kepada pelbagai agensi dalam kawasan ESSCOM. Jadi, kalau sekiranya pembelian bot untuk APMM, bot itu untuk kawasan ESSCOM. Jadi, Yang Berhormat kena lihat daripada awalnya kehadiran pelbagai agensi ini kita tidak boleh kata, elakkan semua bahawa ESSCOM hendak beli yang baru. Tidak boleh. Kita mesti menyelaraskan semua aset agensi agar berada di sana dan pertambahan baru juga berdasarkan kepada keperluan. Jadi, ESSCOM pada masa sekarang ini akan membeli sebagai contohnya campur aset ini dekat 200 buah bot baru. Ini dipunyai oleh ESSCOM.

Sementara agensi lain juga terpaksa membesarkan agensi masing-masing atas keperluan. Macam APMM, walaupun kita ada ESSCOM tapi penguatkuasaan laut masih lagi di bawah APMM. Dia kena besarkan asetnya ataupun lain-lain perkara yang ada hubung kait tetapi komandernya ialah Komander ESSCOM. Datuk Rasyid, saya sebut nama di sini sebagai Komander ESSCOM. Dia seorang polis tapi dia komander untuk tentera dan juga APMM. Mulanya saya ingatkan mungkin ada masalah daripada segi menguruskannya kerana dia berada di bawah pelbagai agensi. Namun bila saya tengok saya sendiri pergi ke sana dan hadir di sana saya lihat semua agensi ini duduk di bawah perintah pengarah ESSCOM. Jadi saya ingat tidak ada masalah daripada segi operasi. Sekarang ini ialah penambahan aset. Saya tidak dapat beritahu beberapa biji bot yang sedang diperbaiki tetapi kalau Yang Berhormat pergi ke sana, Yang Berhormat akan lihat bot penuh di sana itu sebab bot itu diperbaiki semula dan ia akan siap. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu, sebiji akan siap dan sebagainya. Kalau Yang Berhormat melihat, saya menjemput Yang Berhormat datang ke- contohnya di pulau-pulau ini kita lihat kehadiran pelancong di pulau dan juga pasukan keselamatan adalah satu yang cukup luar biasa yang berlaku kerana ada pelancong yang datang dua kali, ada datang tiga kali kerana mereka mendapat kawalan keselamatan yang cukup baik. Insiden yang berlaku sekarang ini sudah nampaknya tidak berlaku di pulau dan juga di laut sebab dikawal dengan rapi dan kita juga ada sea basing. Kemudian, kita ada Kapal Bunga Raya sekarang ini diganti dengan Kapal Tun Azizan sebagai forward base dan kita juga sedang memperbaiki dua buah kapal. Kapal ini kapal awam. Kita sedang perbaiki dan juga kita akan letak di sana. Jadi, kalau lihat dalam kawasan perintah berkurung cantik tapi yang berlaku baru- baru ini Yang Berhormat telah bawa usul dan saya telah pun jawab di Parlimen. Baru-baru ini sukar saya hendak sebut bahawa benda itu sebenarnya berlaku di luar kawasan perintah berkurung. Walau bagaimanapun, penyeludup bawa masuk melalui kawasan perintah berkurung dan menghilangkan diri di dalam gelap sana. Semua ini telah diberi perincian oleh pihak ESSCOM dan ESSCOM sekarang ini oleh sebab daripada segi perbelanjaan Tuan Yang di-Pertua, dia boleh belanja terus dan dia boleh beli terus aset malah dia boleh bina jeti di dua buah pulau dengan tidak perlu lagi panggil tender, dia boleh belanja terus. Cara perbelanjaan di ESSCOM ini agak luar biasa kerana bukan sahaja dimaklum kepada SPRM dan juga diaudit tetapi dimaklum kepada Parlimen. Ini Parlimen sendiri yang minta supaya ESSCOM dapat membelanjakan duitnya secara terus dengan tidak melalui proses biasa. Itu dibuat dan sedang berjalan dengan rancak dan hebatnya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini soalan yang dikemukakan kepada saya oleh rakyat di Sabah. Menteri memang selalu melawat kawasan ESSCOM Tuan Yang di-Pertua. Saya acknowledge that. Terima kasih, rakyat Sabah berterima kasih. Hanya rakyat ini bertanya, selama perintah berkurung itu diwujudkan tahun 2013, berapa kes yang kena tangkap ataupun yang telah diheret ke mahkamah? Apakah jenis SOP? Adakah dia kalau disangka atau dianggap sebagai berbahaya, adakah pegawai-pegawai penyelamat yang menjaga ESSCOM ini tembak terus. Ada kes atau tidak? Itu soalannya. Jadi yang Menteri sebut tadi aset-aset ESSCOM ini sudah banyak, 200 yang dikatakan oleh Menteri tapi ada juga yang dikatakan sedang diperbaiki. Apa aset baru tapi masih diperbaiki? Ini persoalan. Ini menjadi kekeliruan rakyat. Satu lagi, Menteri. Menteri katakan tadi kawasan penculikan baru-baru ini tidak termasuk dalam kawasan ESSCOM. Ini satu kekeliruan. Jadi adakah ini dibiarkan? Yang melarikan wanita itu kepada kawasan ESSCOM. Jadi, jawapan Menteri ini patut diperbetulkan dengan jelas. Nanti ini menjadi kekeliruan kepada rakyat.

Yang Berhormat, perintah berkurung. Bukan ESSCOM, memang kawasan ESSCOM tapi perintah berkurung. Perintah berkurung di laut sana Yang Berhormat. Jadi di darat ini ialah...

Penculikan itu kawasan laut.

Tidak, orang yang mereka ambil itu di darat bawa ke laut.

Restoran itu di laut Menteri.

Tidak, tidak. Saya ialah peminat restoran itu. Sebulan sekali saya akan ke sana. Restoran itu di darat Yang Berhormat. Di darat berdekatan dengan pangkalan Tentera Laut. Jadi dia memang di darat. Malah saya tertinggal topi di sana. Hendak pergi ambil topi tidak lama lagi. Jadi restoran itu di darat Yang Berhormat. Jadi yang pertama sekali ialah...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Jadi, satu...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Sandakan.

Yang Berhormat Sandakan, sabar dahulu Yang Berhormat Sandakan.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu Yang Berhormat Sandakan. Biar Menteri menjawab lepas itu kalau ada, sila.

Yang Berhormat meminta supaya Kerajaan Negeri Sabah menghentikan barter trade.

No worry, no problem. Yang Berhormat tengah berbincang dengan hebatnya dan kita cuba untuk membatalkan barter trade. Akan tetapi sebelum itu kita akan kuatkuasakan peraturan di mana barter trade tidak boleh lebih daripada – saya minta maaf kalau saya tidak silap USD300. Sekarang ini bukan USD300, kadang-kadang sampai berjuta-juta barter trade dibuat di mana duit dibawa, barang dibawa balik. Padahal barter trade, barang tukar barang. Ini duit tukar barang. Kadang-kadang senjata tukar barang, kadang-kadang dadah tukar barang. Bagus Yang Berhormat, Yang Berhormat Sandakan saya sudah berbau Yang Berhormat ingin bertanya soalan berkenaan saya jawab bagi pihak Yang Berhormat. Berhubung dengan Yang Berhormat Putatan tadi iaitu berapa kes, boleh tak saya berikan secara bertulis? Sudah pasti saya tidak boleh menjawabnya. Yang Berhormat bertanya berapa kes dan berapa kes yang telah dibawa ke mahkamah dan berapa kes yang ditembak oleh pihak keselamatan kerana mereka mengancam kepada keselamatan. Ini saya bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Saya pun sebenarnya berminat untuk mendapat maklumat ini. Kelmarin ada maklumat itu tapi hari ini saya tak dapat maklumat penuh berhubung dengan tangkapan dan juga yang telah dibawa ke mahkamah. Yang Berhormat, walaupun telah berlaku insiden tetapi saya hendak beritahu bahawa pihak ESSCOM kita tetap bersemangat dan bersiap-siaga untuk menghadapi pelbagai keadaan. Walaupun Yang Berhormat Kota Kinabalu tuduh, kata ini bukan tangkap orang, tangkap wang tetapi saya sudah beritahu padanya cakap berhati-hati kalau ada bukti beritahu kepada kita. Jangan kita main cakap macam itu sahaja, akhirnya keselamatan kita yang rugi. Kita hendak orang jaga keselamatan tetapi kita kata macam-macam, tegur dan bagi maklumat. Jangan main pakai tuduh macam itu sahaja. Ini bukan negara koboi. Ini ialah negara yang ada undang-undang yang harus dihormati oleh semua pihak. Terima kasih.

Ahmad Fauzi bin ZahariUMNO · BNSetiawangsa · question

3. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah usaha kerajaan bagi meningkatkan produktiviti barangan halal yang dihasilkan oleh masyarakat Muslim sendiri. Ini kerana, kajian daripada TERAJU menunjukkan pengeluar produk halal dari Muslim bumiputera hanya 9% daripada keseluruhan jumlah pengeluar.

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab terus menjurus kepada persoalan yang dibangkitkan tentang mengapa kurang penyertaan syarikat ataupun kilang bumiputera Islam khususnya di dalam eksport produk halal. Jadi kita akui perkara itu berlaku dan MITI memandang ini sebagai satu serius. Oleh demikian Halal Industry Development Corporation (HDC) telah memperkenalkan Program Transformasi Perniagaan Halal (HBT) mulai tahun 2011 sudah hampir empat tahun. Program

Datuk Ir. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Ledang

ini sebenarnya diwujudkan untuk meningkatkan daya saing, jualan syarikat-syarikat halal yang menyertainya. Antara program itu adalah khidmat nasihat teknikal berkenaan dengan pematuhan pensijilan antarabangsa. Antarabangsa penting, padanan perniagaan dengan syarikat-syarikat multinasional dan perkhidmatan fasilitasi bagi mendapatkan bantuan kewangan dari institusi-institusi kewangan. Hasilnya, 149 buah syarikat. Penyertaan syarikat dalam HBT tersebut telah meningkatkan dari 149 buah syarikat pada tahun 2011 kepada 1,680 buah syarikat pada tahun semasa. Manakala daripada jumlah syarikat tersebut, 75% ialah bumiputera, umumnya bumiputera Islam dan telah pun meningkatkan jualan lebih kurang sebanyak Ringgit Malaysia setengah bilion setahun. Kedua Tuan Yang di-Pertua ialah perlunya kita memandang, kita melangkah ke hadapan dan kita melihat bahawa HDC perlu diperkasakan pada masa akan datang dan sekali gus untuk mendapatkan kerjasama yang rapat daripada SME Corp misalnya bagi tujuan capacity building ataupun pembinaan upaya serta MATRADE bagi tujuan eksport dan sebagainya. Kita faham sekarang MATRADE, SME Corp ada program mereka yang khusus bagi meningkatkan kualiti dan juga kuantiti pengusaha SME termasuklah yang mengeluarkan produk halal. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan dalam Dewan ini, negara-negara manakah yang menjadi pengimport terbesar barangan halal kita? Apakah jenis produk yang menjadi keutamaan ataupun yang diminta oleh negara-negara luar terhadap produk kita? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Daripada figure tahun lepas yang telah saya semak beberapa kali ini sebab saya menjangkakan ini antara persoalan yang favorite sebab hendak tahu ke mana produk kita pergi ataupun dieksport. Saya hendak sebutkan di sini ialah pertamanya ialah negara China sebanyak 12.4% lebih kurang. Negara China sahaja mengimport ingredient 1.7 billion, palm oil deliberative, 1.4 billion, food and beverages, 1.1 billion, cosmetic dan personal care, 0.1 billion dan industri chemical 0.2 bilion. Kedua, Singapura, 3.6 bilion ataupun 10% daripada keseluruhan eksport. Lebih kurang sama sebab kita tahu Singapura membuat trading dan diikuti dengan Amerika Syarikat 3.4 bilion ataupun 8% daripada keseluruhan yang dieksport. Diikuti dengan Indonesia, 2.3 dan Jepun. Komponen eksport lebih kurang sama dengan yang dieksport ke negara China. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan bilangan yang agak kecil penyertaan bumiputera dalam industri halal, industri yang kian meningkat sekarang ini yang melibatkan trilion ringgit. Jadi saya ingin soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam bidang penyelidikan dan galakan yang diberikan kepada institusi-institusi pengajian tinggi untuk menghasilkan produk-produk baru dan disalurkan kepada bumiputera khususnya. Seterusnya, apakah juga usaha-usaha yang dilakukan untuk menggalakkan penubuhan kilang-kilang baru bagi penyertaan golongan ini Tuan Yang di- Pertua? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, ada dua bahagian. Pertama saya sebut tadi HDC perlu diperkasakan dan HDC perlu dapat kerjasama daripada sumber agensi yang berkaitan sama ada di bawah MITI ataupun agensi-agensi lain yang berkaitan dengan keusahawanan seperti MARA, TERAJU dan sebagainya. Sudah tentulah HDC akan terus bekerjasama ataupun facilitate dengan mana-mana pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan produk-produk baru yang berasaskan kepada inovasi seperti ingredient derivative dan sebagainya termasuk juga farmaseutikal dan juga kosmetik kerana ketiga-tiga bidang atau komponen ini mempunyai nilai yang tinggi. Ini satu perkara. Yang mana kita terus perlu bekerjasama. Jadi, keduanya Tuan Yang di-Pertua, ialah perlunya kita mengusahakan atau tarik pelabur untuk membina kilang-kilang baru dan kerajaan dengan kerjasama kerajaan- kerajaan negeri menggalakkan supaya dibangunkan taman-taman industri halal dan HDC

sentiasa menggalakkan supaya pembinaan tersebut dapat mencapai status halal emas untuk memudahkan kilang-kilang baru dibangunkan. Seterusnya mudah untuk diaudit bagi mendapatkan sijil halal. Ini kerana ada dua perkara pertamanya adalah ada dua perkara bidang penting yang perlu dipatuhi yang pertamanya ialah keselamatan makanan ataupun food safety seperti HMP, HACCP dan sebagainya. Kedua memenuhi keperluan syariah itu sendiri. Dalam taman-taman industri halal ini kalau mencapai tahap halal emas itu akan memudahkan untuk meningkatkan volume atau kapasiti industri ataupun produk halal. Sekian terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua boleh minta satu soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan tadi. Soalan saya ialah daripada keseluruhan syarikat yang disebut tadi yang terlibat dalam produk halal ini dan juga aktiviti eksport ini, berapa yang ada kaitan dengan kerajaan? Syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan ini sendiri? Berapa syarikat yang merupakan sendirian berhad dan sebagainya? Kemudian berapa pula syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri pemakanan halal? Ini kerana bagi saya Tuan Yang di-Pertua, halal ini mestilah bermula daripada pemakanan yang lebih utama, walaupun perkara-perkara lain juga adalah utama sebab dia akan menjadi darah daging kita. Bukan hanya kepentingan untuk eksport keluar negara tetapi kegunaan di dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang kedua dulu ya. Kalau kita merujuk kepada jumlah eksport. Daripada jumlah eksport, tadi saya sebut total eksport tahun lepas ialah RM38 bilion dan daripada RM38 bilion hampir separuh ataupun lebih kurang RM15.5 bilion ialah F&B atau yang berasaskan kepada makanan dan minuman. Maknanya hampir separuh, hampir separuh. Pertama, tadi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan kalau ada saya sebut di sini kalau tidak ada saya akan bagi kemudian. Bilangan dia, setakat ini saya bagi jawapan bertulis sebab sebut bilangan tadi. Sekian, terima kasih.

Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang · question

4. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan: (a) langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan baki 52 projek perumahan terbengkalai dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan; dan (b) senarai syarikat pemaju yang terlibat dengan 216 projek perumahan terbengkalai (2009-2015) yang telah disenaraihitamkan oleh kerajaan selaras dengan Akta 118 (Pindaan).

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Telok Kemang atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dari tahun 2009 sehingga 30 April 2015, sebanyak 216 projek perumahan swasta telah pun diisytiharkan terbengkalai di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 165 projek ataupun 76.4% telah pun berjaya disiapkan dan diselesaikan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala sebanyak 51 lagi projek sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan dan juga perancangan pemulihan. Kementerian telah pun mengambil beberapa langkah inisiatif untuk memastikan pemulihan projek perumahan terbengkalai berjaya disiapkan. Antaranya: (i) mengenal pasti pemaju-pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih pemulihan projek;

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

(ii) melaksanakan pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai terutamanya kategori kos rendah dan kos sederhana rendah melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi menampung kos tambahan kepada semua pemulihan-pemulihan projek tersebut; (iii) mengadakan perundingan dari semasa ke semasa dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pemajuan perumahan bagi mencari penyelesaian yang terbaik ke atas semua projek-projek yang terbengkalai; (iv) menyelaras usaha pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai dapat mengadakan mesyuarat, lawatan ke tapak, perbincangan terbuka dan juga program dialog dengan pembeli; (v) memantau dan menyelaraskan pemulihan bagi kesemua projek perumahan swasta terbengkalai dengan kerjasama pihak berkuasa negeri dan juga pihak berkuasa tempatan; dan (vi) mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju- pemaju yang tidak mematuhi peruntukan dan juga peraturan yang terkandung dalam Akta 118 dan melaksanakan usaha pemantauan dan penyelarasan yang lebih rapi. Tuan Yang di-Pertua sehingga 8 Mei 2015 sebanyak 146 buah syarikat pemaju perumahan yang terlibat dengan projek terbengkalai telah pun disenaraihitamkan. Ini adalah selaras dengan peruntukan Akta 118. Perincian bilangan pemaju yang dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kategori kesalahan sehingga Mei 2015, Tuan Yang di-Pertua. Pemaju yang dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kategori kesalahan sehingga Mei 2015. | Kategori Kesalahan |Bilangan Pemaju| |-----------------------------------------------------------|--------------:| |Projek terbengkalai | 146| |Gagal membayar kompaun | 337| |Ingkar award tribunal tuntutan perumahan rakyat | 307| |Projek sakit | 131| |Pemaju disabitkan kesalahan oleh mahkamah melebihi RM10,000| 17| |Pemaju tanpa lesen | 80| |Jumlah Keseluruhan | 1018|<END_TABLE_MARKER> Itu melibatkan seramai 3,607 orang ahli lembaga pengarah. Kementerian akan terus menggiatkan aktiviti pemantauan dan juga penguatkuasaan terhadap pemaju-pemaju yang tidak mematuhi kepada mana-mana peraturan yang ditetapkan. Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan pendakwaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila projek terbengkalai, pemaju hanya disenaraihitamkan. Pada pemaju-pemaju, kebanyakannyalah tindakan ini tidak berat. Empunya syarikat jarang sekali didakwa dan mereka akan terus menjalankan usaha meniaga dengan menggunakan proksi-proksi. Pembeli dengan pemaju ikatannya hanya dengan perjanjian jual beli iaitu SPA. Akan tetapi untuk menyempurnakan pembelian, pembeli harus memohon pinjaman dari bank. Di situlah timbulnya bermacam-macam dokumen hendak ditandatangani. Ada juga yang termasuk memberi jaminan-jaminan dan meminta kawan-kawan, saudara-mara untuk menjadi penjamin. Apabila projek terbengkalai pemaju hanya disenaraihitamkan tetapi pembeli menanggung hutang. Hutang dari bank yang akan tidak teragak-agak untuk

Dato' Kamarul Baharin bin AbbasPKR · PRTelok Kemang

mengambil tindakan kepada mereka. Jadi timbul bermacam-macam masalah kepada pembeli. Jadi, saya hendak ingin bertanya dalam perkara ini, apakah tindakan atau rancangan kita untuk melindungi pembeli-pembeli yang apabila disebutkan tadi jumlah projek terbengkalai. Ini melibatkan ribuan pembeli. Jadi, pembeli ini akan merasai kesusahan, kepayahan dan ada juga disenaraihitamkan oleh institusi-institusi kewangan. Pembeli tidak mempunyai recourse untuk mencari jalan cara mana untuk mereka terus dapat pinjaman- pinjaman dari bank-bank apabila disenaraihitamkan. Ini kerana ialah satu usaha pembeli untuk membeli rumah dan mereka kebanyakannya ialah kemampuan hanya untuk membeli sebuah rumah. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah kita kembali kepada melihat masalah yang akan dihadapi oleh pembeli-pembeli? Apakah perlindungan yang perlu dibuat oleh kerajaan supaya pembeli-pembeli ini tidak merasai kepayahan apabila projek-projek ini terbengkalai? Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat sebanyak 1,018 pihak pemaju diambil tindakan dan saya sebut tadi bilangan 3,607 orang ahli lembaga pengarah. Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat kementerian, kita bukan menyenaraihitamkan sahaja pemaju-pemaju yang menyebabkan projek-projek perumahan ini terbengkalai Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah pun membuat pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) [Akta 118] yang baharu sahaja dikuatkuasakan pada 1 Jun yang lepas bersama dengan Akta 757 dan juga Akta 318. Bagi makluman Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dilakukan kepada Akta 118 adalah antara perkara-perkara yang diberikan pemberatan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk membela nasib pembeli-pembeli. Mungkin saya boleh menyebut beberapa perkara yang merangkumi dalam seksyen yang ada dalam Akta 118 itu untuk makluman Yang Berhormat yang memberikan kekuatan, perlindungan untuk masa depan kepada pembeli.

Pertama, sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 6, defisit lesen kemajuan perumahan dipinda daripada RM200 ribu kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan perumahan termasuk yuran profesional tetapi tidak masuk kos tanah. Yang lain ialah seksyen 8, membeli boleh secara individu memohon untuk menamatkan mana-mana perjanjian jual beli pada bila-bila masa. Sekiranya, tiada sebarang kemajuan pembinaan secara berterusan di atas tapak pembinaan selama enam bulan ataupun lebih selepas perjanjian ditandatangani. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 18A, iaitu fasal baru tindakan pendakwaan terhadap pemaju perumahan berlesen yang menyebabkan projek-projek perumahan terbengkalai dan kadar penalti Yang Berhormat maksimum bagi kesalahan di bawah seksyen ini adalah antara RM250 ribu sehingga RM500 ribu dan hukuman ataupun hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau pun kedua-duanya sekali. Selain daripada itu, tuntutan di Tribunal Tuntutan Perumahan Rakyat merangkumi pemaju perumahan yang tidak berlesen. Ini antara langkah-langkah yang kita ambil Yang Berhormat di bawah pindaan kepada Akta 118. Saya hendak memberikan keyakinan kepada Yang Berhormat Akta 118 ini adalah untuk kita memantau dan menentukan bahawa pemaju- pemaju perumahan tidak boleh lagi dengan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu pemajuan untuk kepentingan berdasarkan kepada keuntungan tetapi tanpa mengambil kira nasib kepada pembeli-pembeli. Jadi dengan akta ini Tuan Yang di-Pertua, ia ialah tindakan-tindakan yang akan dikenakan dan ini akan menyebabkan pemaju-pemaju perumahan memikir dua kali sebelum mahu terlibat kepada satu-satu projek perumahan yang kononnya mendatangkan keuntungan kepada mereka semata-mata. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pihak Jabatan Perumahan Negara juga sentiasa berbincang dengan pihak bank dan untuk kurangkan bayaran faedah dan juga untuk membantu pembeli-pembeli. Selain daripada itu untuk kita reschedule kan payment ataupun

bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli dan surat kepada bank-bank untuk pertimbangan interest juga diuruskan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, ini adalah antara langkah-langkah yang telah pun diambil oleh pihak kementerian dan saya ingin menegaskan kepada Yang Berhormat mana-mana pemaju dan juga ahli-ahli lembaga pengarah yang disenarai hitamkan Yang Berhormat tidak dilepaskan secara sewenangnya seperti itu. Apabila mereka hendak mohon lesen dan juga permit iklan jualan yang baru dan bila hendak memperbaharui permit iklan jualan yang baru mereka tidak akan diberikan apa-apa kebenaran dan akan disenaraikan hitam secara tetap seperti yang saya sebutkan tadi kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Simpang Renggam.

Datuk Liang Teck MengGERAKAN · BNSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya pada Menteri, apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan ke atas projek terbengkalai yang mempunyai hutang besar? Seperti di kawasan saya, Taman Layang-Layang hutang kepada bank mencecah RM15 juta. Usaha-usaha yang dikatakan oleh Menteri tadi berjumpa dengan pembeli, berjumpa dengan bank mahupun dengan pihak kerajaan negeri. Semua sudah selesai. Tapi sehingga hari ini sudah pun terbengkalai sejak tahun 90-an, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi tidak ada satu penyelesaian dapat diadakan. Saya ingin bertanya apakah langkah yang dilakukan ke atas projek yang perlu memakan belanja yang besar? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah sebutkan tadi Yang Berhormat dalam pada untuk kita revive balik projek-projek terbengkalai kerajaan melalui kementerian akan berusaha untuk mengenal pasti pemaju-pemaju yang berwibawa ataupun kita panggil dalam konteks ini White Knight. Berurusan dengan pemaju-pemaju yang berwibawa ini selaku pemaju penyelamat kepada mana-mana projek terbengkalai. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada kementerian yang kita salurkan adalah untuk kita revive kan projek-projek terbengkalai rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Ini ialah dua perkara sebagai keutamaan yang diberikan oleh pihak kementerian. Selain daripada itu, apabila perbincangan dilakukan oleh pihak kementerian dengan pihak pemaju penyelamat. Pemaju penyelamat boleh mencadangkan apakah tindakan yang mahu dilakukan untuk mereka menyelamatkan projek tersebut secara keseluruhan. Akan tetapi dalam konteks untuk memberi pembelaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah, kementerian akan memberikan keutamaan bersama dengan peruntukan kepada mana-mana projek kos rendah dan kos sederhana rendah. Mungkin Yang Berhormat boleh maklumkan kepada saya sekali lagi nama taman yang berkenaan dan saya akan minta Jabatan Perumahan Negara untuk berbincang dengan mana-mana pemaju penyelamat yang boleh masuk untuk mengambil bahagian untuk menyelamatkan projek yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

5. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kekerapan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan operasi bersepadu menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi mengutip dana atau meminta sedekah di tempat awam dari semasa ke semasa di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menjalankan operasi bersepadu untuk menyelamatkan

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi mengutip dana ataupun meminta sedekah di tempat awam di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Dalam hal ini JKM bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Negeri bagi membanteras masalah ini. Bagi tahun 2008 hingga 2014, seramai 351 orang kanak-kanak telah berjaya diselamatkan kerana mengutip dana atau meminta sedekah di tempat awam seluruh negara di bawah seksyen 13(1)(k) Akta Kanak-kanak 2001. Kanak-kanak yang diselamatkan akan ditempatkan di tempat selamat atau dikembalikan kepada ibu bapa atau penjaga mereka. Bagi ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan mereka dikehendaki menyempurnakan bon di bawah perenggan 30(1)(a) Akta Kanak-kanak bagi memastikan mereka benar-benar melaksanakan tanggungjawab itu yang sewajarnya terhadap anak mereka. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada pihak kementerian, pihak menteri. Kita lihat walaupun operasi bersepadu dijalankan tapi saya rasa menteri tidak jawab. Saya tanya kekerapan berlaku, kekerapan operasi dibuat cuma dia kata ada melibatkan 351 orang antara 2008 hingga 2014. Tapi kekerapan tidak diberitahu. Kita lihat kanak-kanak yang meminta derma dan juga minta sedekah ini terlalu ramai. Kalau kita pergi ke kedai makan, di stesen minyak dan yang paling parah sekali di jalan-jalan raya dekat traffic light mereka lintas jalan, pergi ke kereta yang berhenti sementara traffic light merah. Maknanya benda ini seolah-olah macam tidak ada pengawasan, kawalan dan sebagainya. Pemantauan sebab kita selagi ada pemberi sedekah selagi itu akan ada peminta sedekah. Kita sebenarnya ada peruntukan bawah seksyen 32 yang memberi hukuman sebanyak RM5 ribu. Makna kalau berlaku kesalahan RM5 ribu dan penjara tidak lebih daripada dua tahun. Soalan saya, adakah tindakan telah diambil kepada mana-mana orang ataupun ibu bapa termasuk ibu bapa yang membiarkan kanak-kanak ini minta sedekah dan juga meminta derma di tempat awam? Jadi kalau ada berapa banyak yang telah didakwa di mahkamah dan sebagainya dan keberkesanan dia? Adakah juga pihak kementerian ingin menambah hukuman itu tidak melebih RM5 ribu? Kadang-kadang mahkamah mungkin hanya mendenda sebanyak RM200, RM100 atau sebagainya.

Jadi, adakah hukuman itu hendak ditingkatkan lagi. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya dalam jawapan tadi sudah menyebut tentang kekerapan disebabkan operasi bersepadu ini dijalankan mengikut keadaan di tempat masing-masing ataupun di negeri-negeri yang terlibat. Biasanya operasi akan dilaksanakan apabila ada laporan-laporan yang diterima oleh pihak kita dan juga pihak polis. Untuk menjawab keberkesanan ini, untuk memastikan operasi kita dapat berjalan dengan berkesan, maka kita mengadakan pelbagai kerjasama dengan berbagai-bagai pihak seperti pertama kita menubuhkan satu task force yang melibatkan JAKIM dan juga jabatan agama negeri, jabatan pelajaran, imigresen dan lain-lain lagi. Tujuannya ialah bagi memastikan kita dapat meminta kerjasama khususnya daripada pihak kerajaan negeri melalui Jabatan Agama mereka untuk mengeluarkan larangan kepada kanak-kanak sekolah agama dan anak yatim untuk mengutip derma dan membuat jualan amal antara lainnya dan juga untuk penyelarasan dalam mekanisme memungut derma. Sekiranya ia melibatkan sekolah-sekolah, maka pihak Jabatan Pelajaran mestilah terlibat sama ada boleh membenarkan atau tidak kutipan derma dibuat dan sekiranya kutipan derma dibenarkan, maka ibu bapa yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kutipan tersebut.

Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) dalam usaha untuk mencegah aktiviti eksploitasi terhadap kanak-kanak yang mengutip dana ataupun derma di hentian rehat dan rawat (R&R) di bawah jagaan syarikat tersebut. Di sini pihak PLUS telah bersetuju untuk membantu JKM untuk menyelamatkan kanak-kanak dengan mengasingkan mereka yang berkenaan sementara menunggu ketibaan pelindung daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwartakan. Kita juga mengadakan operasi di bawah Akta Orang-orang Papa di mana semasa operasi berlaku untuk menyelamatkan pengemis dan jika didapati kanak-kanak terlibat ataupun dieksploitasi, mereka ini akan diberikan perlindungan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan individu atau pihak yang bertanggungjawab mengeksploitasi kanak-kanak dan meminta sedekah boleh disiasat dan didakwa oleh pihak polis mengikut peruntukan Akta Kanak-kanak yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, seksyen 32. Pihak kita akan membuat laporan kepada pihak polis dan selanjutnya pihak polis untuk mengambil tindakan. Apa yang dimaklumkan kepada kita bahawa setelah disiasat mereka tidak mempunyai bukti dan fakta yang cukup untuk membawa kes ke mahkamah. Jadi pihak kita telah mengambil tindakan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat, setelah itu kita sama ada kita simpan ataupun kita tempatkan di rumah perlindungan atau kita kembalikan kepada ibu bapa mereka di mana mereka akan mengikat bon dan seterusnya adalah terpulang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya. Setelah dibawa kepada mahkamah, of course lah untuk dijatuhkan hukuman. Saya ingin memaklumkan bahawa hasil daripada kerjasama ini maka itulah kita dapat, kita lihat dari tahun ke tahun kanak-kanak yang kita dapat selamatkan ini nampaknya meningkat. Ini ialah hasil daripada kerjasama semua pihak. Misalnya pada tahun 2014, kita telah dapat menyelamatkan 85 orang kanak-kanak. Akan tetapi kita lihat sekarang Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa pihak yang terlibat ini sudah pandai dengan mengubah strategi kerana kita akan menggunakan Akta Kanak-kanak untuk menyelamatkan kanak-kanak ini dan mengambil tindakan kepada mereka di bawah Akta Kanak-kanak, jadi mereka telah mengubah strategi. Nampaknya mereka ini lebih ke hadapan daripada kita di mana sekarang ini mereka tidak lagi menggunakan kanak-kanak tetapi mereka sudah menggunakan orang muda yang berumur 18 tahun ke atas, jadi apabila kita check, tengok kad pengenalan sudah lebih 18 tahun ke atas maka tindakan tidak boleh diambil di bawah Akta Kanak-kanak. Mereka juga menggunakan orang-orang tua, jadi oleh sebab itu Akta Kanak-kanak tidak boleh digunakan. Seperti yang saya sebutkan tadi kita juga telah membuat laporan polis dan kita berharap pihak polis akan mengambil tindakan. Dalam masa yang sama kita juga meminta kerjasama daripada semua pihak, sesiapa sahaja ahli masyarakat yang melihat perkara ini berlaku, ada kanak-kanak yang terlibat sama ada di tempat makan, restoran dan sebagainya, tolonglah segera melaporkannya kepada pihak kita supaya tindakan dapat dilakukan dengan segera. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan kerjasama pelbagai pihak untuk membanteras aktiviti ini. Saya ingin berkongsi satu pengalaman saya sendiri yang berlaku beberapa bulan lepas. Berlaku di Kuala Lumpur dan berlaku di sebuah restoran. Apabila datang seorang kanak-kanak berumur lebih kurang enam, tujuh tahun meminta daripada setiap meja, meminta sedekah, dia seorang. Apabila saya tanya kepada kanak-kanak tersebut, saya pegang tangan dia, saya kata, ‘Mana ayah kamu, mana emak kamu? Dia terus lari dan terus keluar tetapi di luar itu saya ikut pergerakan dia dan dia terus pergi semula ke setiap meja dan meminta. Tidak nampak kelihatan sesiapa yang membawa kanak-kanak ini tetapi apabila saya menunjukkan kesungguhan saya untuk melihat dan membantu kanak-kanak ini ada beberapa orang pelanggan di situ yang orang kata regular customers datang berjumpa saya dan mengatakan memang ini satu perkara biasa, kanak- kanak ini datang boleh dikatakan setiap malam dan yang membawanya tidak kelihatan. Maksudnya ia satu sindiket yang begitu licik dan sebenarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri ramai good samaritan di luar sana, ramai ahli-ahli masyarakat yang mahu membantu tetapi saya kata kenapa you tidak buat laporan kalau mereka datang tiap-tiap malam? Dia kata kami tidak tahu hendak lapor kepada siapa.

Jadi, saya pun saya ada masalah hendak beri nombor siapa yang suruh dia laporkan, saya hendak– saya kata bagi saya masa sehari dua untuk saya cari nombor untuk mereka hubungi. Saya terpaksa cari dengan NGO dan sebagainya untuk mendapatkan siapa yang perlu di contact, macam mana hendak contact kalau JKM bagaimana hendak contact? Saya rasa mungkin ini cadangan, saranan dan juga soalan, bolehkah kalau pihak JKM, pihak kementerian membuatkan kempen ataupun numbers yang senang untuk dihubungi di tempat-tempat yang mereka selalu berada supaya good samaritan, civil society boleh memainkan peranan. Saya lihat di luar sana ramai yang mahu membantu. Ada yang terus menghubungi saya pakai mesej, dapat tidak nombor, dapat tidak nombor? Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Satu perkongsian yang amat baik sekali. Kalau boleh nanti selepas ini Yang Berhormat Kuantan boleh maklumkan kepada saya di mana tempat itu, restoran mana di Kuala Lumpur ini supaya mungkin kita akan menghantar orang kita untuk melihat dan cuba membanteras perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam kerjasama yang saya sebutkan tadi saya tidak baca semua tetapi dalam kerjasama ini kita juga melakukan publisiti dan kempen kesedaran agar masyarakat kita tidak mudah, pertamanya untuk memberikan sumbangan kepada pihak-pihak yang tidak dikenali. Saya tahu apabila kanak-kanak datang ke meja-meja kita memang rasa simpati memang ada tetapi kita juga perlu sedar, mengetahui bahawa kemungkinan terdapat sindiket. Saya kata kemungkinan kerana setakat ini nampaknya masih belum dapat dibuktikan tetapi kemungkinan itu ada, maka mungkin itulah yang perlu kita beri kesedaran kepada orang ramai, masyarakat kita supaya tidak mudah memberikan sumbangan kepada pihak yang tidak dikenali apatah lagi kalau dia sudah mula berjalan dari meja ke meja. Walau bagaimanapun, kita mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat kita, the good samaritan yang sentiasa mahu bekerjasama dan membantu mereka yang memerlukan.

Sebenarnya kita ada talian yang sudah selalu kita maklumkan semak dalam website kita pun ada, di dalam Dewan yang mulia ini pun kita telah memberitahu 15999, itu talian kita yang boleh terus dibuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil. Sesungguhnya, sebenarnya melalui talian inilah juga kita dapat mengadakan operasi-operasi kita yang bersepadu ini kerana kita dapat maklumat daripada orang ramai dan untuk itu saya bagi pihak kementerian dan kerajaan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang selalu membantu kita dalam kita mengatasi masalah- masalah seperti ini. Saya ingin memberikan jaminan kepada semua pihak di sini bahawa usaha ini akan kita teruskan secara bersepadu dan kita berharap juga pihak-pihak NGO akan bersama-sama dengan kita, begitu juga pihak-pihak individu untuk sama-sama kita dalam usaha yang baik ini, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHSepang · question

6. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan berapakah jumlah kawasan di Parlimen Sepang yang masih lagi tidak selamat daripada bencana banjir dan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah banjir tersebut dan keberkesanannya.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Sepang, banjir kilat berlaku akibat hujan lebat dan juga akibat air pasang besar, ini berlaku di Sepang. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah pun mengenal pasti 15 buah kawasan hotspot banjir di Sepang, begitu banyak. Kawasan-kawasan sungai yang kritikal di Sepang termasuk Sungai Langat, Sungai Labu, Sungai Rasau, Sungai Sepang Besar dan Sungai Sepang Kecil Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor telah pun melaksanakan dan sedang melaksanakan tiga projek tebatan banjir sekarang iaitu projek menaik taraf ban ataupun borrow pit di Sepang. Kedua, projek menaik taraf muara-muara sungai di Sepang juga dan projek menaik taraf Sungai Rasau iaitu mendalam landasan Sungai Rasau.

Dato’ Dr. James Dawos MamitPBB · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Mambong

Jabatan Pengairan dan Saliran juga sedang membuat perancangan tiga projek RTB (rancangan tebatan banjir) sekarang dalam proses reka bentuk yang terakhir dan penyediaan dokumen-dokumen tender untuk tiga projek ini supaya ia dilaksanakan dengan secepat mungkin dan projek-projek ini adalah untuk menaik taraf sistem perparitan di Pulau Meranti. Ada juga Pulau Meranti di Sepang. Baik namanya itu. Kedua, pengukuhan tebing Sungai Langat dan yang ketiga, pembinaan saliran keluar Sungai Rasau. JPS sememangnya kerap menjalankan penyelenggaraan seperti penyelenggaraan kerja-kerja di tebing sungai, di outlet ke sungai juga, outlet keluar ke sungai dan kolam-kolam takungan. Di Rancangan Malaysia Kesebelas, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pohon peruntukan untuk RTB ataupun Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Langat Fasa 1. Lembangan Sungai Langat ini di seluruh negeri Selangor. Ini juga termasuk sememangnya termasuk di kawasan Sepang dan juga projek menaik taraf sistem bagi mengelakkan banjir kilat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, pertamanya soalan saya ialah, ada beberapa buah kampung ya Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri catatlah sikit yang penduduk ini mengalami igauanlah sebab dia dalam banjir, dalam hujan yang begitu sekejap sahaja dia akan antaranya Kampung Datuk Ainuddin di Dengkil, Kampung Sri Tanjung, Cemperai. Cemperai ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, banyak rumah PPRT dan juga ramai ibu tunggal di situ dan dalam air dari Putrajaya. Kita mengharapkan limpahan pembangunan dari Putrajaya, tetapi yang kita dapat air banjir. Sepang ini tempat laluan air, khususnya dari Negeri Sembilan, Sungai Langat, Sungai Labu ini. Tadi Yang Berhormat Menteri kata pendalaman Sungai Rasau. Saya harap Yang Berhormat Menteri juga boleh dapatkan bajet untuk Sungai Labu ini sebab ia telah menyebabkan air melimpah. Sungai Langat ini limpahan yang terlalu rendah, tak kukuh dan ada beberapa buah kampung, Kampung Sri Tanjung yang mereka tinggal berhampiran sungai ini yang memang dalam hujan yang terlalu sekejap akan berlaku banjir. Jadi saya telah menghubungi tadi pihak JPS. Beliau memberitahu bahawa ada beberapa sebablah. Antaranya, contoh air daripada upstream Ladang Sime Darby yang mana Sime Darby ini ada lebih kurang 400 ekar tanah tetapi mereka hanya ada dua kolam sahaja untuk takungan air dan tidak ada penyelenggaraan. Begitu juga KLIA 2, KLIA. Kolam yang dibina itu untuk takungan air tetapi daripada segi penyelenggaraannya begitu very poor . Kampung yang paling selalu kena banjir ini ialah Kampung Labu Lanjut yang berhampiran KLIA. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pernah dengar nama Labu Lanjut itu. Ini kawasan yang selalu banjir dan ini juga kampung ini kampung lama Yang Berhormat Menteri, ini kampung RTB, Rancangan Tanah Belia. Kampung ini sejak tahun 60-an telah wujud dan kampung ini juga Yang Berhormat Menteri di situ adanya pembangunan- pembangunan, taman-taman perumahan yang rasanya tidak ada kawalan menyebabkan mudah berlaku banjir. Jadi saya harap pihak Yang Berhormat Menteri dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya banjir ini. Yang Berhormat Menteri, saya hendak betulkan sikit, di Sepang bukan sahaja banjir kilat. Pernah berlaku tahun 2012 itu banjir yang begitu lama, bukan kilat. Dia lebih daripada kilat Yang Berhormat Menteri. Macam isu 1MDB lah, dia bukan sahaja kilat, tetapi dia berlarutan. Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri, kalau katakan tak ada duit untuk hendak buat ini Yang Berhormat Menteri mintalah, daripada bayar 1MDB RM2.4 bilion, lebih baik kita buat program tebatan banjir.

[Dewan riuh]

Daripada bayar, lebih baik kita buat tebatan banjir Yang Berhormat Menteri ya. Minta tolong. 1MDB ini menyusahkan rakyat, akhirnya rakyat jadi mangsa banjir kerana kebanjiran tragedi, kebanjiran pembaziran dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Dewan riuh]

Relaxlah, jangan marah.

Yang Berhormat Sepang, saya dengar isu-isu yang ditimbulkan tadi. Saya mahukan Yang Berhormat Sepang beri saya maklumat terperinci mengikut prioriti di mana kampung yang selalu kena banjir dan sebagainya sebab Sepang bukannya jauh.

Saya sendiri mahu turun padang melihat dan mengkaji apa sebenarnya berlaku dan apa tidak dilakukan. Jadi, ini ialah satu perkara yang saya sendiri juga mahu buat. Oleh itu saya mahu Yang Berhormat Sepang berikan saya senarai kampung-kampung itu yang selalu terkena banjir besar mengikut prioriti supaya kalau kita minta peruntukan pun mengikut prioriti. Jadi itulah yang saya mahu.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri yang paling baik, bagus.

Okey, terima kasih.

Nanti datang Sepang bagi tahu nanti ya. Kita sama-sama turun.

Okey, bagi nombor contact juga.

Okey, saya bagi nombor telefon. Nombor telefon, nombor WhatsApp, everything I will give to you.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cerita tentang banjir. Banjir ini di Malaysia ada banjir besar dan banjir berulang. Yang ada di Parlimen Bagan Serai ialah banjir berulang. Sekarang ini di Parlimen Bagan Serai sedang banjir. Hujan lebat beberapa hari sejak 8 hari bulan, hari itu telah menyebabkan air naik di paras Tasik Bukit Merah dan pelepasan air ini menyebabkan air naik di paras Sungai Kurau yang menyebabkan air dari kampung tidak dapat keluar masuk ke sungai. Ini menyebabkan banjir. Pada 13 Jun, kita telah buka pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Bagan Serai. Pada ketika ini ada 20 keluarga yang melibatkan 60 orang di pusat pemindahan ini. Dari Kampung Batu 8, Tanjung Bugis, Kampung Ban Pisang, Parit Abu Hassan dan Parit Air Hitam 2. Tuan Yang di-Pertua, banjir berulang ini sangat-sangat menyusahkan di samping merosakkan harta benda, tanaman, ternakan, mengurangkan pendapatan dan juga keselamatan orang-orang di kampung di Parlimen Bagan Serai. Soalan saya, RTB Kerian ini telah dilaksanakan dari tahun 2013 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2015. Lagi lima bulan ini, five months left, dengan izin. Saya ingin tanya, sebenarnya berapakah kos keseluruhan RTB Kerian? Adakah ia mencukupi untuk projek ini dan apakah ada penambahbaikan yang akan diberikan untuk RTB Kerian dalam RMKe-11 ini supaya banjir yang berulang-ulang ini tidak lagi terjadi di Parlimen Bagan Serai? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, yang itu jawab secara bertulis kerana soalan itu tidak ada kena mengena dengan Sepang. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Mulia.

[Bangun]

Memangnya betul. Oleh sebab soalan ini tidak kena mengena dengan soalan asal, maka saya akan beri jawapan bertulis untuk pertanyaan ini. Terima kasih.

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

7. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa banyak kekosongan bagi 2,250 orang calon graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang baru ditemu duga pada 10 hingga 25 Mac 2015 tahun ini dan bilakah mereka akan dapat ditempatkan untuk bertugas.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Lipis atas soalan yang berkaitan dengan penempatan graduan ISMP. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau SPP sedang memuktamadkan keputusan temu duga 2,826 orang graduan ISMP yang telah selesai dilaksanakan pada 26 Mac 2015 untuk mengisi 2,834

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Tawau

kekosongan mengikut data sehingga Jun 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia hanya akan menguruskan urusan penempatan graduan yang lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau PPP Gred DG41 oleh pihak SPP, selaku pihak berkuasa melantik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kemukakan soalan tambahan. Mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan merupakan satu perkara yang telah mungkin menggembirakan mereka yang di luar mendengar pada hari ini dengan keputusan seramai 2,800 lebih yang akan diterima sebagai lantikan ke DG41. Akan tetapi dalam soalan ini, pihak mereka ini ada juga menandatangani kontrak dengan pinjaman biasiswa menyebabkan graduan ini yang meminjam sebanyak RM110,000 kalau tidak dapat kerja maknanya kena membayar biasiswa tersebut. Jadi soalan saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah langkah kerajaan selepas ini? Setiap tahun akan keluar seperti ini, yang ramai seperti ini dan akan menambah dari semasa ke semasa pengangguran kalau kita tidak mengambil langkah yang efisien kepada mengkaji dalam hal mengambil graduan-graduan ini. Jadi saya hendak tahu langkah kerajaan selepas ini. Untuk ini, nampak jawapannya cukup baik sekali tetapi langkah selepas ini mungkin pihak kerajaan boleh mengkaji dengan berbincang dengan pihak universiti supaya mengurangkan pengambilan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan iaitu graduan ISMP ini. Itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Lipis yang berkaitan dengan pelantikan graduan. Saya hendak sampaikan kepada Yang Berhormat di sini bahawa ada dua syarat yang diambil kira apabila graduan ditempatkan di sekolah iaitu berdasarkan kekosongan dan berdasarkan keperluan perkhidmatan opsyen. Memang survey atau kajian dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa dan memang kementerian, Bahagian Sekolah dan pihak IPGM selalu mengadakan kolaborasi untuk mengadakan perbincangan dengan pengajian tinggi untuk melihat unjuran yang ditetapkan untuk address the need of the teachers, dengan izin. Sekian, terima kasih.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya jangka Yang Berhormat Menteri sedar bahawa ada dua jenis pelajar yang mengambil kursus Ijazah Pendidikan ini di universiti-universiti kita. Yang pertama yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan dan bila mereka ini graduate, mereka akan terus diserapkan selepas proses-proses untuk menjadi guru. Akan tetapi, ada satu kumpulan juga yang mengambil Ijazah Pendidikan tetapi tidak diguarantee untuk menjadi guru-guru. Isu yang saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, ialah kalau kita ada pelajar- pelajar yang cemerlang dalam kumpulan kedua ini yang tidak akan secara automatik diambil sebagai guru, adakah mereka ini akan diberi peluang kalau berbanding dengan pelajar- pelajar yang ditaja untuk menjadi guru tetapi resultnya tidak cemerlang? Saya rasa harus ada pertimbangan di situ kerana pelajar-pelajar yang kita hendak ialah mereka yang cemerlang untuk menjadi guru-guru kita. Jadi walaupun para pelajar yang ditaja untuk menjadi guru ini tidak cemerlang, saya rasa harus peluang dibuka untuk memberikan kepada mereka yang tidak akan menjadi guru secara automatik ini diberi peluang supaya kita mendapat the best of the best. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang berkaitan dengan satu isu kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari IPTS seperti UNITAR atau UNISEL. Sebenarnya isu ini sudah dikemukakan beberapa kali dan berdasarkan dasar semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya memperaku graduan pendidikan unjuran Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) untuk ditemu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang saya sebut tadi atau PPP dengan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku pihak berkuasa melantik. Bagi graduan selain IPGM dan IPTA yang di luar unjuran KPM, sekiranya mereka berminat untuk berkhidmat sebagai PPP Gred DG41, mereka boleh memohon melalui portal

JobsMalaysia. Walau bagaimanapun, panggilan temu duga oleh SPP masih tertakluk kepada perakuan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa yang ditemu duga ini belum dimuktamad dan akan dimuktamadkan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Bila akan dimuktamadkan dan berapakah tempoh masa yang perlu diambil sebab isu ini isu berlarutan Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah bangkit dalam beberapa sesi persidangan sebelum ini, beribu-ribu orang menghadapi masalah yang sama. Kalau dulu kita boleh katakan mungkin penyelarasan tidak dapat dibuat kerana pemisahan di antara dua kementerian, Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pendidikan. Sekarang sudah berada dalam satu kementerian. Cuma ada Bahagian-bahagian Pengajian Tinggi dan juga Bahagian-bahagian Sekolah. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan. Pertama, berapa lama? Sebab mereka pun tak larat nak duduk di rumah pun, kelapa sawit pun bukan tinggi. Saham FGV pun murah dari harga getah sekerap, RM1.65 sahaja. Jadi tak akan nak harap saham yang mak bapa ayah mereka beri. Jadi kita nak dapat penjelasan, berapa lama lagi yang mereka perlu tunggu. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua ialah sebenarnya berapakah jumlah dan adakah sekadar 2,250 sahaja yang ditemu duga, ataupun masih ada lagi yang ditemu duga sebelum itu yang masih belum lagi ditempatkan. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan yang berkaitan dengan berapa lama. Jadi ini seperti yang saya sudah beritahu tadi bahawa apabila graduan ditempatkan di sekolah masing-masing, dua kriteria adalah sangat penting, berdasarkan kekosongan dan keperluan perkhidmatan opsyen. Memang sekarang apabila Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pendidikan Tinggi sudah merged atau sudah disatukan. Jadi ini bermakna bahawa ini sudah memberi peluang untuk mengadakan kolaborasi. Sekiranya kita rujuk kepada pelan pembangunan Pendidikan Malaysia untuk bahagian sekolah dan IPGM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Pengajian Tinggi, memang ada sebut dengan jelas tentang kolaborasi untuk kurangkan atau untuk address the issue yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Saya berharap bahawa kita boleh address the issue di mana kita kata apakah the long sending issue of ambil masa panjang untuk melantik mereka dapat diselesaikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi bagi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu untuk mengawal selia amalan profesion kesihatan bersekutu dan bagi perkara-perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. S. Subramaniam]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [20 Mei 2015]

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Menyambung semula Tuan Yang di-Pertua, saya hanya tinggal sedikit sahaja, dalam peringkat dasar. Untuk menjawab Yang Berhormat dari Kuala Selangor, soalan apakah pendekatan Kementerian Dalam Negeri dalam menaikkan tahap sistem keselamatan dalam menggunakan elemen semasa daripada segi teknologi dalam memastikan Malaysia bebas daripada unsur-unsur pemerdagangan orang? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia melakukan pengoperasian harian mereka secara pengkomputeran secara penuh dari mula seorang warga asing memohon kebenaran visa untuk masuk Malaysia dari luar negara. Semakan senarai syak ataupun suspected list di pintu-pintu masuk di key-in data butiran kemasukan warga asing termasuk mengambil biometrik semasa tiba. Manakala semasa warga asing berada dalam negara, mereka boleh melanjutkan atau membuat pertukaran pas lawatan bersesuaian di pejabat imigresen dilakukan dalam persekitaran teknologi maklumat yang terkini dan terkawal. Pada masa yang sama juga, kerajaan juga dalam usaha untuk memperkukuhkan sistem pengkomputeran sedia ada dengan melaksanakan aplikasi information technology yang lebih canggih seperti advanced passenger screening system dan sistem kawalan imigresen Malaysia. Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan kerajaan memperkenalkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai pemerdagangan orang fasa kedua yang akan berakhir pada tahun 2015. Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai pemerdagangan orang, National Action Plan (NAP) telah disediakan bagi tempoh lima tahun bermula 2010 hingga 2015. Pelan tindakan ini telah menjadi panduan dan memacu inisiatif negara bagi menangani jenayah ini bagi tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada kekangan perundangan sedia ada, pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) perlu dilaksanakan khususnya transformasi dalam aspek perlindungan mangsa dan penglibatan NGO.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat bangun.

Tunggu sekejap Yang Berhormat ya. Saya habiskan yang ini.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sistem teknologi tadi.

Pelan Tindakan Kebangsaan fasa 2 mulai 2015 hingga 2020...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila duduk dahulu.

...Telah pun disediakan bersesuaian dengan pindaan ATIPSOM tahun 2014 dan akan dilancarkan selepas pindaan akta ini diwartakan kelak. Ya, sila Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya pada tahun lalu telah membangkitkan satu isu tentang sistem berteknologi tinggi ini spesifiknya sistem biometrik warga asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (NERS) dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan persekutuan 2015, saya telah mendapati bahawa ada satu jurang angka kemasukan warga asing yang direkodkan dan bayaran yang diberi. Jurang itu bukan kecil sebab ada satu gap, iaitu lebih kurang 718,000 orang warga asing yang terlepas rekod ataupun terlepas pandang. Jadi, pada tahun lepas semasa perbahasan bajet sampai sekarang, saya sudah minta penjelasan, tetapi belum dapat lagi. Saya minta mungkin Timbalan Menteri boleh memberikan penjelasan ataupun kenyataan tentang perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat. Buat sementara ini, saya tidak mempunyai figure yang tertentu oleh sebab soalan ini amat spesifik Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya janji akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih. Jadi saya harap boleh bagi secara spesifiknya pembayaran yang telah dibuat kepada NERS dan juga rekod kemasukan warga asing oleh NERS. Terima kasih.

Baik Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, ada soalan mengenai pelan tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Pada pagi ini, surat khabar the Sun ada tajuk front page mengatakan ‘SAFE Haven’. Dalam kenyataan atau tulisan mereka, mereka telah mengatakan bahawa, saya baca dalam bahasa Inggeris, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

“In an exclusive story frontpaged in the Sun last week, it was revealed that police had found, dozens of other camps and graves in Perak, Kedah and Kelantan that were similar to those found in two sites at Wang Kelian, Perlis last month.” Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah, adakah kenyataan akhbar theSun ini betul? Kalau betul, adakah ini bermaksud bahawa Malaysia menjadi sebuah negara yang promosikan atau promote slave labor sebab ia berleluasa sekarang. Kita dengar dekat Perlis, tapi kita dengar ada di Perak, Kelantan dan juga di Kedah. Macam mana kah ini boleh berlaku tanpa pengetahuan Polis Diraja Malaysia dan enforcement agencies yang lain.

Saya juga hendak minta bahawa apakah Pelan Tindakan Nasional ini akan mengambil kira masalah korupsi yang telah dikemukakan di surat khabar dan juga report laporan yang dikeluarkan oleh special branch Malaysia mengatakan bahawa 80% daripada enforcement officers termasuk polis, special branch dan lain-lain juga berkait dengan sindiket- sindiket dan juga bekerjasama dengan sindiket-sindiket ini untuk memperdagangkan manusia. So, soalan saya ialah apakah Pelan Tindakan Nasional ini akan mengambil kira masalah-masalah seperti ini supaya kita boleh membanteras dan menghapuskan nama Malaysia yang telah dirosakkan oleh agensi-agensi kerajaan ini di seluruh kalangan negara- negara lain. Minta penjelasan, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih lah kepada Yang Berhormat kerana bertanya soalan ini. Sebenarnya saya pun hendak memberi penjelasan apa sebenarnya berlaku. Sebenarnya

Yang Berhormat, kem yang disebut ataupun yang didedah dalam theSun itu memang betul Yang Berhormat tetapi ia dijumpai pada 13 hari bulan Mei 2015. Terdahulu sedikit daripada perjumpaan Wang Kelian. Akan tetapi apa yang tidak didedahkan ialah oleh sebab kita sibuk dengan cerita Wang Kelian, cerita ini tidak didedahkan di dalam surat khabar. Baru sekarang reporter mengetahui, media mengetahui perkara ini barulah ia terdedah sebagai as a something new, dengan izin. Sebenarnya perkara ini kita telah ketahui. Dalam masa tiga operasi bermula daripada awal tahun 2015, polis sudah mendapat kem-kem ini. Tidak ada benda baharu lagi sebenarnya, Yang Berhormat. Semuanya sudah diketahui oleh pihak polis awal daripada itu, awal daripada Wang Kelian. Jadi walaupun ceritanya kem itu memang betul tetapi penemuannya adalah sebelum Wang Kelian pada 13 hari bulan.

Tuan Charles AnthonyDAP · PHKlang

Masalahnya sekarang ialah isu ini appears to be entrenched berleluasa di Malaysia. Empat buah negeri terlibat dalam isu pemerdagangan manusia. So, apakah kita akan buat ini merupakan satu sindiket yang bekerja secara besar- besaran termasuk dengan agensi kerajaan?

Yang Berhormat, saya belum habis menjelaskan soalan Yang Berhormat yang ada tiga perkara tadi. Kedua, berhubung dengan apa yang dikatakan laporan special branch ini Yang Berhormat. Sampai sekarang ini pun saya belum dapat walaupun saya memohon siapa special branch yang dikatakan mendedahkan 80% daripada anggota yang berkhidmat di sempadan itu terlibat dengan kebocoran ataupun membantu ataupun facilitating di pemerdagangan orang di sempadan. Jadi sebenarnya cerita yang tidak sahih, unsubstantiated report ini Yang Berhormat adalah mungkin kita tidak tahu kenapa ia berlaku dan apakah agenda di sebaliknya. Kita mengetahui sebenarnya kalau adapun anggota-anggota kita terlibat yang saya tidak boleh nafikan, tidaklah sampai 80%, Yang Berhormat. Kebanyakan anggota kita adalah baik dan mungkin ada juga yang terlibat.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Walau bagaimanapun, saya tengah membuat kajian dan memberikan cadangan kepada pihak-pihak kerajaan khususnya pihak integriti supaya memperkukuhkan institusi integriti di tiap-tiap unit, di tiap-tiap agensi enforcement agencies khususnya dalam Kementerian Dalam Negeri.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Saya telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan perkara ini supaya apa yang kita fikir patut dibuat di dalam Kementerian Dalam Negeri itu juga dipanjangkan kepada semua enforcement agencies di seluruh negara. Di samping itu saya juga memberi cadangan supaya Whitsleblower Act itu diamend semula supaya struktur Whitsleblower Act itu tidak dibuat sebagai apa yang ada sekarang ini. Mengikut kajian saya kalau Whitsleblower Act di Amerika umpamanya dia mempunyai board yang tertentu. Di sini dia tidak ada. Dia dilaporkan ke agensi itu sendiri baru orang itu terselamat ataupun covered by the Whitsleblower Act. Jadi saya cadangkan melaporkan kepada SIAP supaya SIAP is the keeper of the secret untuk orang melapor ini supaya nama dia tidak terdedah dan dia tidak akan takut untuk melapor sebab SIAP akan simpankan nama itu dan SIAP akan memberi arahan kepada agensi-agensi yang terlibat. Jadi, banyak mekanisme yang sedang saya cadangkan kepada pihak kerajaan. Sekarang kita masih mengkaji Yang Berhormat, untuk menangani masalah ini adalah salah satu daripada pelan tindakan yang kita bakal ambil tindakan untuk memperketat soal integriti dan juga soalan. Yang Berhormat, saya ada satu soalan lagi daripada Yang Berhormat Klang yang belum saya jawab ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang lain duduk dahulu.

Yang bakal kita buat dan dikaji sekarang oleh sebab perkara ini pun baru ada dua bulan saya berbincang dengan Datuk Senator Paul Low berhubung dengan perkara ini. Jadi insya-Allah saya cukup yakin beliau mengambil berat apa yang saya cadangkan kena ada satu mekanisme yang saya anggap

boleh dilaksanakan dan memperkuatkan lagi soalan integriti yang mana melibat bukan sahaja individu berkenaan. Undang-undang Whitsleblower Act yang saya nampak ada kepincangan sedikit yang melaporkan kepada Head of Department ataupun individu dalam department itu instead saya kata amendkan supaya dilapor kepada SIAP supaya SIAP akan mempertahankan nama itu supaya tidak terdedah kepada pihak lain. SIAP boleh mengambil tindakan dan memberi saluran-saluran untuk menyelidik “barang siapa” yang telah diadukan oleh pihak-pihak dalam konteks Whitsleblower Act ini. Jadi Yang Berhormat kita melihat yang kedua, soalan negeri-negeri. Sebenarnya Yang Berhormat, khemah yang dijumpai ini hanya dalam lingkungan 100 meter ke 200 meter yang dijumpai oleh pihak polis semasa operasi kita selepas dan sebelum perjumpaan di Wang Kelian itu yang berjumpa dengan kem-kem yang lain. Oleh sebab kem ini hanya kem sementara, sebenarnya apabila harassment yang dibuat oleh pihak Thailand dalam mencari orang yang terlibat dalam pemerdagangan orang ini, mereka ini mencari masuk ke dalam sempadan Malaysia dan bersembunyi di sempadan Malaysia buat sementara. Apabila redanya tindakan Thailand, maka dia kembali semula except the Wang Kelian itu sendiri yang lain itu hanya kita dapati sementara. Apa yang didapati di sana ialah dahulu kita panggil masa zaman komunis dahulu kita panggil resting place Yang Berhormat sebenarnya. Kem buat sementara sahaja bukan untuk bahkan dikatakan permanent itu jauh sangatlah. Memang bukan untuk berbulan pun. Jadi itulah sebenarnya tidak ada dilapor ataupun tidak mendedahkan perkara ini sebagai the routine duty mereka setiap hari. Sila Yang Berhormat daripada yang paling belakang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua and Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam isu ini kita ada dapat tahu ada berpuluh-puluh kem di sempadan kita di beberapa buah negeri. Ini bukan kemungkinannya pihak-pihak enforcement kita terlibat dalam ini. Itu satu ataupun kita punya enforcement begitu tidak cekap untuk mendapat tahu ini. So, sekarang saya tidak ragu tentang, saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri ikhlas dalam jawapan tetapi information Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat adalah daripada pihak yang disangka daripada pihak polis. Ada kemungkinan pihak polis terlibat dalam kem-kem ini. So, apakah kaedahnya yang akan dipakai oleh kerajaan untuk menyiasat perkara ini? Adakah kita pakai katakan suspect untuk investigate diri sendiri, adakah ini memberikan kita maklumat yang sahih? Adakah unsur-unsur cover-up dalam polis, saya bukan kata Yang Berhormat Timbalan Menteri datang sini dan beri maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu palsu. Menteri berdasarkan kepada laporan. Akan tetapi jika pihak yang laporkan juga ada question mark, adakah dia terlibat dan sampai setakat mana dia terlibat, adakah lebih penting kita adakah satu pihak menyiasat itu yang berkecuali. Adakah perlu kita suruhanjaya khas untuk masalah ini. Jika tidak, nama kita Malaysia ini akan diburukkan lagi. Kita sekarang sudah sampai ke Tier-3. Jika kita tidak mengambil langkah-langkah yang efektif, yang bernas dan berkesan then kita akan dikekalkan di situ. Itulah, adakah kerajaan akan pakai satu kaedah di mana kita ambil pihak penyiasat ini yang berkecuali daripada lain-lain agensi untuk meneliti, menyiasat perkara ini. Terima kasih.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Berkaitan, berkaitan boleh jawab sekali.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ini perkara penting Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta satu...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat Menteri tidak benarkan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya hendak minta statistik.

Saya jawab ini sahaja. Sebenarnya Yang Berhormat, soalan kepercayaan kepada agensi yang dilantik untuk menyiasat, dalam polis itu sendiri ia mempunyai berbagai-bagai unit Yang Berhormat. Mereka yang bertugas di sempadan itu kebanyakannya PGA ataupun yang terlibat dengan UPP ataupun Unit Pencegah Penyeludupan dan sebagainya dan yang menyiasat itu dari Bukit Aman, dari Jabatan Penyiasatan Jenayah. Jadi, saya tidak fikir Yang Berhormat kita lost faith dengan semua pihak. Saya masih percaya kita mempunyai integriti. Jadi, kita tidak boleh mempersoalkan sangat bahawa setiap orang dalam Police Department itu tidak boleh dipercayai lagi. Saya tidak mempunyai pendirian sedemikian Yang Berhormat. Saya percaya mungkin ada berlaku sedikit kelemahan di sana sini. Itulah kenapa saya masih percaya penyelidikan yang dibuat oleh pihak polis dan juga SPRM bersama dalam sudut ini. Saya tidak juga melihat ada keperluan kita melantik mana-mana badan lain sama ada ia daripada suruhanjaya yang khas ataupun tidak untuk menyiasat perkara ini. Akhirnya ia akan kembali pula kepada agensi-agensi macam SPRM ataupun polis itu semula untuk disiasat selepas siasatan kalau kita hendak lantik Suruhanjaya Diraja. Jadi itu pada saya kepercayaan saya tetapi Yang Berhormat, saya hendak jawab satu soalan kem-kem ini dijumpai. Kem ini dijumpai bukan dengan begitu sahaja. Kita apabila sudah jumpa itu, gambar-gambar diambil dan ditunjukkan kepada kita. Kita mengesan. Saya dahulu dalam hutan tahu Yang Berhormat, saya mengetahui secara peribadi. Empat tahun pengalaman dalam hutan, saya tahu kenapa polis tidak jumpa, PGA tidak jumpa kali pertama. Semasa zaman ini semasa pakai patrol dalam hutan Yang Berhormat, they go in single file, they don’t sweeping. Masa zaman komunis dahulu we go sweeping, map square by map square. Satu map square itu bersamaan 1,000 meter, hampir 1 kilometer besar. Map square by map square kita sweep to cari khemah tetapi dalam soalan zaman peaceful time ini kita tidak buat perkara itu lagi. Kita patrol secara single file. Jadi, kadang-kadang memang ada peluang kita tidak terjumpa tetapi apabila berlakunya perjumpaan yang pertama baru polis memulakan secara menyeluruh, secara sweeping search untuk mencari sebab apabila suspek yang pertama, khemah yang pertama dijumpai long before dijumpai di Wang Kelian, baru itu dibuat. Itu yang pertama. Kedua, saya tahu kelemahan ini berlaku sebab saya mengetahui apabila polis buat patrol dia mengelak daripada pergi atas bukit. Itu ialah sebab kenapa di Wang Kelian tidak jumpa. Dia mengelak menaiki bukit sebab Wang Kelian itu kita hendak naik tiga jam dan turun tiga jam. Enam jam untuk naik atas bukit itu sahaja. Jadi mereka elakkan itu. Jadi mereka di pinggiran bukit sahaja. Apabila patrol di pinggiran bukit, dia tidak jumpa sebab access road kepada Wang Kelian itu adalah daripada sempadan Thailand, bukan dari Malaysia. Tidak ada orang masuk dari Malaysia. Sama juga seperti yang dikatakan dalam laporan theSun itu, di atas bukit juga walaupun akses ia lebih mudah lagi daripada apa yang dijumpai di Wang Kelian. Jadi itulah sebab-sebabnya Yang Berhormat, apabila VAT69 masuk, dia menggunakan sweeping, dia menggunakan bermacam-macam taktik yang digunakan pada zaman komunis dahulu untuk mencari and destroy. Masa zaman dahulu kita sebut itulah, “To search and to destroy” baru ia almost every inch tetapi sekurang-kurangnya lebih rapi lagi pencariannya. Itulah kenapa ia dijumpai dan kenapa ini baru dijumpai dan kenapa yang dahulu itu tidak terjumpa sebab they are going in single file. Dia pergi dari satu area kepada satu area, macam itu. Dia tidak jumpa kalau orang itu sembunyi. Macam khemah ini yang dilaporkan dalam theSun itu. Bahkan generator itu dimasukkan dalam tanah, dia start dan masuk dalam tanah supaya bunyi itu tidak keluar. Jadi, kalau orang berkhemah mungkin 100 meter dari tempat itu dia tidak akan terjumpa dengan kem itu, dia tidak akan terdengar pun bising. Inilah sebab- sebab kadang-kadang ia miss daripada terjumpa dengan itu. Akan tetapi perkara ini semua berlaku di sempadan, which in 500 meters daripada sempadan Thailand-Malaysia sebagai tempat pelarian sahaja. Sila Yang Berhormat Ipoh Barat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Bangun]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya kesal kerana dahulu kalau kita katakan komunis yang dapat berada di tempat tersebut nampaknya sekarang orang- orang yang memperdagangkan manusia berada di sana. Dalam kedua-dua perkara, hand in guilt, itu tidak boleh dideny kerana walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan mana angka 80% dan dikatakan pihak polis terlibat. Akan tetapi tidak boleh dinafikan bahawa ada sedemikian. Paling mustahak Tuan Yang di-Pertua adalah pada tahun lepas bulan Jun kita telah diberi amaran, warning. Very clear, crystal clear apabila kita didowngrade ke Tier 3 dan itu menunjukkan bahawa ada asas-asas yang tertentu menunjukkan ada beberapa buah tempat di negara ini menjadi tempat asas untuk memperdagangkan manusia. Kemungkinan besar pada masa itu kalau kita ambil tindakan, ini semua seberapa banyak dapat dielakkan. Akan tetapi pada asasnya adalah orang dalaman yang terlibat. The system is not right, something is rotten the system. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi perkara tersebut. Kalau tidak selama-lamanya kita akan berada di third tier, Tier 3. Adakah kerajaan ada jangka masa yang tetap supaya kita dapat ke Tier 1 atau Tier 2 dalam beberapa jangka masa yang pendek? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Indera Mahkota dahulu bangun.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya dahulu?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, yang manakah satu Yang Berhormat?

Yang Berhormat daripada mana?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Okey.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Saya amat berterima kasih kepada Timbalan Menteri kerana telah berkata dalam dua bulan ini beliau telah berbincang dengan Senator Datuk Paul Low Seng Kwan untuk memperketat undang-undang dan mekanisme untuk pemantauan pihak berkuasa yang dikatakan terlibat. Akan tetapi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri baru menyandang jawatan ini tetapi isu penglibatan orang dalaman bukan baru, dari tahun 2009 lagi Senat Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa ada penglibatan pegawai-pegawai bukan sahaja daripada PDRM tetapi pegawai-pegawai penguatkuasaan termasuk kastam, RELA dalam isu pemerdagangan manusia di Malaysia. Jadi, saya hendak minta di sini statistik dari tahun 2007 sehingga kini, berapa ramaikah dan senaraikan pegawai-pegawai yang telah ditahan, didakwa dan juga disabitkan kesalahan atas kesalahan pemerdagangan manusia ini dari tahun 2007. Ini kerana tahun 2007 kita jatuh ke Tier 3, kali pertamanya dan menggubal Akta Antipemerdagangan Orang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sedikit boleh Yang Berhormat Indera Mahkota.

Jangan panjang sangat Yang Berhormat sebab nanti lupa.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih. Tidak mengapa, memang saya tahu saya rendah susah hendak nampak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri mungkin secara ikhlas, apakah ada kemungkinan bagi kita satu intelligence failure? Sebab saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua satu ketika dahulu kita punya police intelligence adalah intelligence yang terbaik di rantau ini. In fact, one of the best in the world at that time.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Oleh sebab itu kita satu ketika kalau Tuan Yang di-Pertua boleh saya ingat balik Yang Berhormat Menteri, Musa Ahmad, ketua komunis dia menyorok di China. Kita mempunyai intelligence boleh kesan di mana dia duduk, bawa dia balik daripada China sampai ke negara Malaysia dengan selamat. Jadi ini bermakna at that time kita punya intelligence ialah superior. Apakah kemungkinannya sekarang ini intelligence failure yang menyebabkan jadi macam ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat persoalan Yang Berhormat Ipoh Barat satu sahaja, soalan berhubung dengan sama ada kita akan naik ke tahap tier yang lebih baik sama ada dua ataupun satu atas tindakan-tindakan yang kita ambil sekarang. Berhubung dengan keturunan daripada Tier 2 Watch List dahulu hingga kita bermula dengan Tier 2 Watch List sebelum kita buat undang-undang. Undang-undang ini Yang Berhormat bukan saya hendak “masuk bakul bawa sendiri”. I’m the originator of this undang- undang sebenarnya tetapi we rush the law in 2006, 2007.

Jadi undang-undang itu bahkan tidak sama dengan apa yang saya cadangkan dalam kertas kerja saya. Pada ketika itu, the debate di antara kerajaan masih sama macam dahulu.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Syabas. Syabas, Yang Berhormat Menteri.

Atau tidak kepada Rang Undang- undang Antipemerdagangan Orang ini pada tahun 2006 semasa saya buat cadangan yang pertama. Akhirnya, atas dorongan yang saya kata, banyak perkara yang tidak itu khususnya berhubung dengan istilah migran. Kalau orang datang sini post fully ataupun dipaksa ataupun sebagainya datang ke Malaysia, dia jadi illegal migrant di bawah undang-undang biasa. Jadi undang-undang yang baru ini sekurang-kurangnya dia diistilahkan sebagai victim of human trafficking. Jadi itu yang saya dorongkan. Akhirnya terlaksana undang-undang ini. Bila undang-undang ini terlaksana, banyak kelemahan dari sudut undang-undang itu sendiri. Apabila undang-undang ini lemah, maknanya dasar akan jadi lemah dan juga infrastruktur yang kita provide under the law also lemah. Jadi itulah masalah yang sebenar. Some of the factors yang berlaku dalam undang- undang ini mendatangkan kelemahan yang menurun kita daripada Tier 2 Watch List kepada Tier 3 dan kita lama sangat menunggu hendak buat undang-undang. Ini saya bersetuju bahawa lama sangat kita menunggu. Daripada undang-undang yang pertama kita gubalkan dan baru kita hendak pinda sekarang ini, sebenarnya ada 18 pointers Tuan Yang di-Pertua, yang diberi oleh pihak Amerika yang sebagai guideline yang diterima oleh pihak United Nation. Bukan kita terdorong oleh Amerika sebenarnya. Sebenarnya, Amerika yang buat dia punya yardstick itu. Yardstick itu dipakai oleh United Nation dan United Nation yang menggunakan itu melihat bahawa perundangan dan struktur kita berkurangan. Itulah sebabnya kenapa kita menurun. Itulah kenapa pindaan ini amat penting diluluskan supaya mengatasi kelemahan-kelemahan yang kita lihat di bawah undang-undang kita dahulu supaya kita sekurang-kurangnya untuk makluman Yang Berhormat, pada hari ini sebenarnya di Geneva, Puan Maria akan membuat laporan berhubung dengan laporan beliau semasa melawat Malaysia dan berjumpa saya sendiri berhubung dengan apakah tindakan-tindakan yang kita bakal buat untuk menangani masalah penurunan Malaysia daripada Tier 2 Watch List kepada Tier 3 ini. Harapan kita, Yang Berhormat, walaupun saya tidak beri jaminan.

[Bangun]

Saya tanya tadi dengan pengarah MAPO, apakah jaminan? Jadi tidak ada jaminan. Oleh sebab dia banyak perkara yang berkaitan selain daripada undang-undang ini yang masa kita tarik balik undang-undang ini dulu, sebelum habis, pihak Amerika bertanya. Embassy Amerika telefon saya, Yang Berhormat. Kenapakah kita tidak habiskan undang-undang itu? Saya kata bagi penjelasan oleh sebab constrain of time dan sebagainya bahkan daripada kita sebelum pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas untuk kita menghabiskan rang undang-undang pada hari ini

pun ada persoalan kenapa kita delay sampai 16 hari bulan dan tidak dihabiskan dahulu. Jadi ini jawapan-jawapan kita. Oleh sebab program dalam Dewan itu sendiri, jadi constrain undang-undang ini belum dapat diluluskan.

[Bangun]

[Bangun]

Jadi, harapan kita memang tinggi, Yang Berhormat. Apabila undang-undang ini telah diluluskan nanti, harapan kita boleh menaiki tahap yang lebih baik lagi oleh kerana dia banyak mengisi keperluan yang telah disebut di dalam pointers yang dibuat oleh pihak Yang Berhormat, tunggu. Ada banyak lagi soalan.

Sik boleh?

...Yang disebut oleh pihak Amerika.

Last question, Yang Berhormat.

Dari Sik hendak tanya soalan sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sik di belakang.

Yang kedua ialah soalan figure, Yang Berhormat. Saya tidak ada di sini. Ini juga saya akan janji minta pegawai di belakang saya dengar, ya. Minta figure berhubung dengan tahun 2007 hingga 2015, berapa pegawai kita ditahan, ditangkap dan diselidik dan sebagainya berhubung dengan penglibatan dengan sudut hal penyeludupan manusia ataupun smuggling immigrant ini. Ketiga, Yang Berhormat daripada soalan intelligence. Tuan Yang di-Pertua, kalau selidik dalam Hansard, saya banyak berucap berhubung dengan intelligence. Sejarahnya panjang juga, Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat itu betul. Pada 60-an hingga 70-an, kita salah satu daripada negara yang mempunyai intelligence yang terbaik bukan di rantau ini sahaja bahkan di dunia yang terbaik. Akan tetapi apabila komunis reda pada 1989, kita menurun. We stood down. Saya guna perkataan dalam Hansard kalau check, saya gunakan stood down intelligence ini. Banyak kemudahan, benda-benda yang patut ada daripada pihak special branch itu telah dipotong oleh pihak kerajaan berlandaskan there’s no need to help super intelligence unit lagi pada ketika itu. Jadi saya sarankan bahawa cabaran kita sekarang bukan sahaja dari sudut sosial tetapi juga sudut komersial. Saya kata this intelligence unit must be continued to be supported oleh kerajaan dan kita mesti strengthenkan kita punya intelligence unit. Jadi Yang Berhormat, saya...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Saya sokong, saya sokong.

Kita sekarang mula semula, Yang Berhormat untuk strengthening kita punya intelligence unit, special branch khususnya. Itulah kenapa kalau kita lihat baru-baru ini saya telah berbincang dengan Deputy IGP untuk mewujudkan satu group intelligence unit specially untuk the border areas. Untuk the security to cover the security areas kerana intelligence unit zaman dahulu ialah handling only subversive element tetapi sekarang kita lebih banyak lagi cabaran-cabaran yang kita hadapi. Bukan sahaja dalam sudut subversion, terrorism, gangsterism dan banyak lagi. Komersial pun kita kena lihat juga, Yang Berhormat pada masa sekarang ini kerana tiap-tiap tindakan negara yang datang kebaikan kepada negara boleh disabotaj oleh pihak-pihak yang tertentu dengan menggunakan intelligence yang kurang lengkap dan tidak kuat yang ada pada kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sik dulu bangun.

Yang Berhormat Sik atau Yang Berhormat Klang? Dua-dua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Klang?

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Klang.

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bangkitkan isu yang telah dikemukakan oleh OCPD Perak minggu lalu yang mengatakan bahawa kematian ataupun 99 orang itu yang di exhumed keluar daripada Wang Kelian sebenarnya beliau mengatakan bahawa kematian itu no foul play. Ini perkataan yang digunakan oleh OCPD. Dia kata no foul play. Akan tetapi apa yang saya tidak faham ialah macam mana 99 orang boleh mati dalam sebuah kawasan yang tertentu iaitu dekat border Malaysia dan mengatakan no foul play tidak masuk akal langsung. There is criminal intent. There’s criminal intent dan juga ini ialah pembunuhan ramai-ramai. Pembunuhan beramai-ramai. So, apa yang dikatakan oleh OCPD Perak langsung tidak masuk akal dan saya harap Yang Berhormat Menteri dapat membetulkan keadaan sebenarnya. Kalau seorang mati kita katakan no foul play tetapi 99 orang dalam sebuah kawasan yang tertentu dekat border, macam mana kita boleh mengatakan bahawa itu no criminal intent? Clearly there’s criminal intent then kita mesti klasifikasikan pembunuhan seperti itu pembunuhan beramai-ramai. Itu yang berlaku. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri ataupun memperbetulkan apa yang telah dikatakan oleh OCPD Perak. Terima kasih.

Saya jawab macam ini, Yang Berhormat. Pertama, mereka buat autopsi. Barang siapa yang tahu, dengan sudut peguam banyak tahulah. Pertama, apabila seseorang pathologist buat autopsi, cebisan daripada dalaman badan itu mesti kena examine oleh pihak chemist dan pihak-pihak lain lagi dan forensik. Jadi selepas itu baru kita boleh mengetahui sebenarnya apa yang berlaku. But, not before. Jadi dengan keadaan sedemikian, saya bersetuju dengan Yang Berhormat. It’s a little bit premature to come to the conclusion. Premature to come to conclusion mengatakan bahawa there’s no foul play. Jadi pada saya, saya bertanya sudahkah tidak, kita examine keseluruhannya dari sudut tulang, dari sudut cebisan badan-badan yang masih ada pada kita, evident yang dicollected oleh pathologist ataupun pathologist ini telah diexamine thoroughly ataupun tidak and whether or not we have the specialist untuk mengetahui sebenar apakah kematian itu daripada apa. Kita tidak boleh come to our own conclusion dalam sudut ini, Yang Berhormat. Lagipun dia tertakluk awal membuat satu conclusion.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sik sudah lama bangun di belakang.

Belakang, belakang. Saya sudah lama bangun.

Minta maaf. Ini orang dari Sik. Dia ikut saya pergi Wang Kelian. Sila, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya hendak bertanya ini. Mungkin Yang Berhormat Menteri sudah sebut tetapi saya tidak dengar. Mungkin saya tidak ada dalam Dewan dan sebagainya. Saya minta maaf.

Saya bimbang Parlimen Sik kawasan saya itu bersempadan dengan Thailand. Saya pun sudah tanya agensi-agensi yang berkaitan dengan sempadan dan saya diberitahu bahawa tidak ada pergerakan di kawasan sempadan sana tetapi saya bimbang sebab benda yang kita tidak sangka berlaku seperti di Wang Kelian di mana kita tidak sangka ada kem di atas bukit sana tiba-tiba kita jumpa. Jadi saya juga bimbang takut perkara ini berlaku di sepanjang sempadan Sik–Thailand. Jadi, soalan saya yang pertama saya hendak dapat penerangan. Hari itu masa di Wang Kelian, Yang Berhormat Menteri ada sebut fasal physical structure di sepanjang sempadan. Jadi, boleh saya tahu apakah perancangan kerajaan adakah kita akan mendirikan physical structure di sepanjang sempadan dan saya tahu terlalu panjang dan sukar.

Kedua, kalau boleh saya nak beri pendapat saya kepada siapa yang bertanya tadi sebelah sana kepada Menteri berkenaan dengan kematian. Sebenarnya daripada lawatan saya bersama dengan Menteri saya mendapat maklumat bahawa mereka ini orang yang di atas bot ini sudah lama, sudah berbulan-bulan. Dari Pulau Andaman sehingga ke Langkawi dan mereka ini hari-hari makan satu hari, satu genggam beras dan air juga tidak ada. No water supply. Mereka makan nasi bersama-sama dengan air laut. This is the story from them. I inform you the story information I got from them. Bukan saya buat anggapan. So, bila ramai macam ini makanan tidak cukup. Jadi as a medical doctor kita tahu bila tidak ada makan, tidak minum mereka akan dehydrated. So, dehydrated pada masa yang lama. Makan tidak boleh, minum tidak boleh lama-lama sebab mereka ramai, jadi orang yang mengalami dehydration dan tidak ada tenaga tidak boleh makan lama-lama. Dia tidak larat. This can explain kenapa kematian itu berlaku dalam masa yang singkat dan juga banyak bilangannya. Sebab mereka ramai dan mereka tidak makan. Tidak ada bekalan perubatan, tidak ada air, tidak ada IV drip, tidak ada cara hendak rehydrate mereka. Jadi maknanya mereka makin lama makin deteriorate dan mereka boleh meninggal dunia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Yang Berhormat, saya sudah bercerita soalan ini sudah cukup panjanglah Yang Berhormat. Jadi saya bagi Yang Berhormat Shah Alam lepas itu Yang Berhormat Sungai Siput. Secara ringkas Yang Berhormat ya, secara ringkas. Lepas itu Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat yang mana sudah ikut dengan Timbalan Menteri tidak payah tanyalah fasal semua jawapan sudah tahu fasal dia sudah pergi. Akan tetapi tidak apalah, Oleh sebab dia hendak tanya juga dan dia hendak buat point dia...

Tolong bagi penerangan Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

...Kita ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Sik. Hanya yang saya hendak jelaskan di sini foul play itu merupakan satu kenyataan dan hakikat yang kita tidak boleh nafi. Ini ialah satu kejadian ramai yang mati hasil daripada sindiket pemerdagangan manusia dan mereka mati oleh sebab adanya foul play. Dalam erti kata tidak dilayani seperti mana yang sepatutnya dan oleh sebab sindiket itu yang menguasai mereka. Hanya bila kita buat forensik punya examination kita hanya hendak tahu sebab-sebab kenapa dia mati. Kalau dia mati oleh sebab dia dehydration, oleh sebab tidak cukup makan, tidak cukup air dan sebagainya ia tetap merupakan sebahagian daripada foul play. Hanya dia tidak dibunuh dengan diketuk kepala ataupun ditikam, ataupun disepak dan sebagainya. So, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menolak ataupun menyatakan tidak ada foul play itu merupakan satu perkara yang amat ganjil seolah-olah ia merupakan satu perkara biasa ataupun satu perkara yang sedang berlaku mengikut lunas undang-undang ataupun peraturan yang kebiasaan sedangkan kita tahu bahawa ia satu sindiket yang sendirinya merupakan foul play. Apa juga kematian yang berlaku dalam proses pemerdagangan manusia ialah hasil daripada foul play kerana aktiviti dan kegiatan itu sendiri menyalahi undang-undang. Ini forensik punya autopsi dan sebagainya hanya hendak tahu cara bagaimana dia mati tetapi ia tidak boleh menafikan bahawa kesalahan dari sudut undang-undang telah berlaku dan ia merupakan foul play. Saya rasa benda itu perlu diperbetulkan supaya kita ini tidak nampak macam kita tidak faham apa yang kita sedang bicarakan. Saya minta Timbalan Menteri komen.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Saya rasa kita kena bear in mind sekarang dunia sedang meneliti cara kita kendalikan isu ini. Bila kita katakan kita sudah siasat dan ini semua mereka mati oleh sebab sebab-sebab semula jadi (natural causes) mereka akan ketawa kerana jika seseorang

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

itu ditahan, dipenjarakan dan tidak diberi cukup makanan dia jadi dehydrated dan dia meninggal itu bukan natural. Ertinya natural cause tidak boleh dielak. Dia ada sakit sendiri, kita rawat pun dia akan mati kerana dia ada masalah yang besar. Kesan yang besar. Katakan seorang atau dua orang mati oleh sebab tidak cukup minum, tidak cukup makan, mereka masih teruskan dalam kondisi yang sama sampai 99 orang mati. Macam mana kita boleh katakan ini bukan foul play. Saya rasa kita ini walaupun tidak dibunuh dengan ditembak atau dengan parang itu semua ada gejala atas tulang kita boleh tengok tapi jika mati oleh sebab kebuluran ataupun tidak cukup makanan, ini tidak boleh dikatakan natural cause and we will become the laughing stock. Kita teruskan dengan ini katakan there’s no foul play, we will become the laughing stock. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato' Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin take up from Yang Berhormat Indera Mahkota komen tentang the failure of intelligence yang juga Timbalan Menteri telah jawab bahawa kerajaan somehow or rather selepas collapsenya communist struggle nampaknya tidak memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada intelligence organization. Jadi saya hendak tanya Timbalan Menteri dahulu pada tahun 70-an, 80-an Majlis Keselamatan Negara memainkan peranan yang begitu penting. Dalam Majlis Keselamatan Negara itu kita ada all kinds of intelligence organizations soal polis, JPM, military dan lain-lain yang akhirnya semua masalah dicook di situ, dimasak di situ dan barulah MKN buat satu stand, this is how we handle things. One, two, three, four dan saya rasa pihak media juga akan mendapat keadaan yang jelas. Apa yang berlaku sekarang ini Timbalan Menteri ialah masalahnya seolah-olah macam masing-masing ada warlord dan masing-masing ada little napoleon. Kalau dibuat statement, akhirnya orang confuse what is going on kerana tidak ada organisasi yang handle. Itu yang pertama. Yang kedua, ini juga memberikan gambaran khususnya media luar negara dan juga negara-negara lain yang dapat macam kita kata CPO Perak buat satu statement dan akhirnya didapati statement itu tidak betul dan kita reverse balik decision itu. Saya rasa something is wrong Tuan Yang di-Pertua. Saya mohonlah kepada Timbalan Menteri kembalikan peranan MKN itu supaya semua isu itu diharamkan di situ bukan sahaja jaga banjir. MKN jaga banjir tidak betul. MKN bukan jaga banjir sahaja. Sepatutnya national security berpusat situ dan harus dimasak, dibahas everything, then kita dapat satu jelas what is going on apakah steps. Saya rasa Timbalan Menteri lebih faham maksud saya tadi. Inilah yang berlaku pada tahun 70-an, 80-an dan kita boleh handle things very smoothly. Sekarang ini semua orang hendak bercakap, semua hendak jadi hero akhirnya inilah jadi. Daripada Tier 2 jatuh kepada Tier 3. Kadang-kadang perception soal isu intelligence tidak betul. Perception dan gambaran dan ini merugikan kita. Tidak ada siapa mendapat benefit daripada ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyambut baik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Shah Alam dan saya sudah sebut tadi quite premature to come to conclusion. Sebenarnya penyiasatan belum habis lagi. Apa yang kita buat ini examining the body. Jadi conclusion itu belum sampai lagi ke sana. Jadi Yang Berhormat...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

...Tak payah. Saya sudah ambil kira cadangan Yang Berhormat itu. Jadi penyiasatan kepada badan ini sebenarnya ataupun remains of the dead people ini belum lagi concluding the investigation.

Investigation itu nanti akan menilai secara meluas apa ertinya foul play itu. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam dan sebagainya. Actually, origin or kenapa orang berada di sana pun as a result of foul play. Memang betul itu. Jadi, itu yang asalnya itu. Sama ada Yang Berhormat doktor dari Sik itu memang saya melihat dia examine sendiri dan bercakap dengan tahanan di Belantik itu masa itu.

Dia examine tengok orang itu sakit dan sebagainya, dia panjang lebar bercerita, saya pun dengar juga cerita itu. Interpreter ada dekat sana memberi penjelasan. Daripada penjelasan-penjelasan itu baru kita mendapat sedikit gambaran apa yang sebenarnya berlaku di situ tetapi walau bagaimanapun, conclusion cannot be derived daripada casual investigation. Casual discussion sedemikian rupa, sama ada anybody committed an offence or not di bawah undang-undang. Ini yang penting. Jadi, yang lain itu sama dengan body dan sebagainya itu it’s just to look for the proof that somebody has committed an offence and then there’s a proof untuk tuduh dia nanti bahawa as a result of what you did, this is what you did, ini kesalahan yang you buat. Jadi macam itu jugalah, macam orang mati. Dia mati kena bunuh kan? Badan ini diautopsi, lepas itu badan dia bukan sahaja diautopsi, body part dia diambil dan chemist buat examination dan check apa punca kematian dia, sama ada dia mati kerana tetakan atau tembakan ataupun dia mati oleh sebab shock ataupun dia mati oleh sebab heart attack oleh sebab shock itu berlaku. Ini dikhususkan oleh pihak medical tapi medical cannot decide sama ada offence has been committed under the law. Ini berlainan sikitlah. Jadi, saya faham semua itu dan saya ucapkan terima kasih. Soalan Yang Berhormat daripada Sungai Petani, saya bersetuju Yang Berhormat. Itulah sebab saya nak jawab kan Yang Berhormat dari Sik, berhubung dengan apa yang kita sebut, Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya kita adakan pagar ataupun tembok di sepanjang sempadan Thailand itu. Sedikit sebanyak ia akan mengurangkan pihak penyeludupan di Thailand yang sebenarnya kita nampak sebagai tempat ia berlaku, melarikan diri ke sempadan kita. Kalau kita ada tembok, ia tidak akan berlaku sedemikian rupa. Apa yang kita lihat kem-kem yang kita dapati di sempadan itu adalah sementara, termasuk di Wang Kelian itu sendiri. I don’t want to come to conclusion tetapi dalam penilaian saya oleh sebab mereka ini semua umat Islam, dia nak dikuburkan di tanah Islam di Malaysia, bukan di sana. Itulah sebab dia dikuburkan di tempat itu. Itulah sebab di Wang Kelian itu menjadi tanah kuburan kepada mereka ini. Jadi, itu pandangan bukan rasmi lah. Penilaian saya sendiri melihat kenapa mereka ini dikuburkan di situ dan tidak dikuburkan di sana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pindah dari situ ke tempat cerita yang lain. Daripada Yang Berhormat Klang, mohon menjelaskan sama ada high level committee akan menjadi lebih efektif daripada MAPO kerana kedua-dua berada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Yang Berhormat, MAPO pula adalah sebuah majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang keahliannya adalah daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Dalam hal ini, komitmen di peringkat tertinggi negara melalui high level committee ini juga merupakan amalan terbaik negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat. Rasionalnya kita lihat demikian rupa Tuan Yang di-Pertua. MAPO itu majlis yang akan berfungsi tiap-tiap masa. Akan tetapi apabila ada dasar besar yang kita nak buatkan, dibawa di peringkat high level committee ini yang mana Menteri-menteri sendiri yang akan duduk bersama dengan Menteri Dalam Negeri yang mempengerusikan jawatankuasa high level committee ini. Jadi, Menteri telah menerima laporan ini. Menteri-menteri daripada kementerian- kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Multimedia, Kementerian Wanita dan sebagainya menerima laporan ini peringkat dia dan dia akan membawa cerita ini sendiri kepada kementerian mereka dan melaksanakan apa yang telah diputuskan di high level committee ini. Jadi, ia bukan macam MAPO. MAPO itu ia kena naik ke atas dulu, memberi saranan kepada kementerian dan dinilai oleh kementerian, baru dilaksanakan. Akan tetapi ini Menteri sendiri yang campur sama, bersama untuk buat keputusan. Itulah kenapa bukan sahaja kita mengikut apa yang dibuat di United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat tetapi kita melihat the rational di sebalik penubuhan high level committee itu amat penting. Oleh sebab di sanalah Menteri-menteri kementerian yang terlibat akan terlibat secara terus berhubung dengan masalah penyeludupan manusia dan juga penyeludupan imigran dan pemerdagangan manusia.

Perbezaan MAPO dan jawatankuasa tertinggi mengapa perlu diwujudkan struktur baru? Penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi akan dipengerusikan oleh menteri tadi, dah saya sebutlah. Keahlian melibatkan Menteri-menteri yang dipersetujui kementerian dan agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Kewujudan high level committee ini adalah significant dalam membuat keputusan dasar termasuk kewangan bagi membuktikan komitmen peringkat tertinggi negara dalam membendung jenayah ini. Penjelasan berkenaan pegawai pelindung di bawah seksyen 43(1A), siapakah dan apakah kriteria pegawai pelindung ini? Ini daripada Yang Berhormat Klang juga ya. Di bawah seksyen 43(1A), pindaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) ini telah memberikan ruang untuk penglibatan lebih aktif badan bukan kerajaan (NGO) dan petugas NGO bagi aspek perlindungan dan penajaan mangsa pemerdagangan orang. Ini adalah kerana akta sedia ada hanya mengehadkan pengoperasian rumah perlindungan dan pegawai perlindungan kepada agensi kerajaan dan pegawai awam sahaja. Yang Berhormat, daripada salah satu pointer yang disebut oleh pihak Amerika yang digunakan pakai oleh United Nation ialah kita jangan menggunakan pegawai kerajaan untuk menjagakan rumah perlindungan dan kita kena gunakan NGO. Penglibatan NGO ini salah satu kriteria dianggap amat penting kepada pihak United Nation dan Amerika. Itulah kenapa pindaan kepada undang-undang ini perlu dibuat supaya memberi peluang dan ruang kepada kita tidak menggunakan pegawai kerajaan lagi menjagakan rumah perlindungan tetapi diserahkan kepada NGO. Yang Berhormat dari Bagan Serai, statistik tangkapan bagi kes pemerdagangan orang semakin meningkat 2008 hingga 2012. Apakah ini bermakna penguatkuasaan yang dijalankan tidak berkesan? Peningkatan statistik kes pemerdagangan orang dari tahun 2008 hingga 2015 adalah berkaitan dengan pindaan Akta ATIPSOM pada tahun 2010 yang memperluaskan definisi pemerdagangan orang untuk merangkumi pemerdagangan buruh. Tambahan pula, Jabatan Tenaga Kerja telah memasukkan pelbagai agensi penguatkuasaan melalui pindaan pada tahun 2010 tersebut bagi menangani isu berhubung eksploitasi buruh. Justeru itu, tindakan penguatkuasaan telah dilakukan oleh lima buah agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat sebagai penjelasan juga kepada perkara ini ialah bahawa kebanyakan insiden yang diperkatakan pemerdagangan orang di Malaysia ini ialah berlaku oleh sebab ada penganiayaan oleh pihak majikan kepada buruh-buruh dengan tidak membayar gaji yang ditetapkan, tidak mengikut agreement yang telah diputuskan dan menganiayai pekerja-pekerja. Ini diistilahkan di bawah undang-undang yang baru ini sebagai pemerdagangan orang. Inilah sebabnya kenapa peningkatan itu berlaku dilihat dan juga ia mendatangkan kesan negatif kepada kita. Jadi, itulah sebabnya saya menyeru di sini supaya pihak...

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh mencelah?

Tunggu sekejap Yang Berhormat, saya habis sentence dulu. Saya menyeru pihak majikan di luar sana, jangan menganiayai pekerja-pekerja. Berilah gaji ikut perjanjian, jangan tak bayar dia punya kemudahan. Bagilah dia punya EPF, bagilah dia punya PERKESO dan sebagainya. Kalau dianiayai, ini diinterpretasikan orang ini telah diperdagangkan. Yang Berhormat, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun maklum, saya di Dewan ini berbicara soal pemerdagangan manusia ini dah berpuluh-puluh tahun, iaitu di Kinabatangan ini tiga perempat dari kawasan Kinabatangan ini adalah oil plam plantation. Bermakna dia memerlukan ramai pekerja daripada buruh asing. Akan tetapi dia perlu 30,000 orang, dia buat deklarasi 5,000 orang. Selebihnya underground. Saya sudah cakap berpuluh-puluh kali tetapi tidak ada tindakan.

Datuk Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi saya amat senang hatilah sebab hari ini kita– sebab itu saya sokong usul pindaan itu hari iaitu supaya Akta Antipemerdagangan Manusia ini juga dilibatkan buruh asing, jangan dieksploitasikan. Di sini apabila mereka mengeksploitasikan buruh asing ini, kerajaan rugi, rakyat rugi, levi tidak dibayar, gaji pekerja tidak dibayar, pasport dia ditahan, polis pergi masuk ambushed dia tidak ada. Kenapakah tidak ada? Sebab itu saya rasa akta yang hebat sekali pun, kalau enforcement kita tidak telus, maka pelaksanaan itu tidak akan dapat dilaksanakan. Jadi adakah jaminan bahawa dengan blue ocean strategy ini dengan lima enforcement bersama-sama, akan ada nanti di Kinabatangan berpuluh-puluh ribu orang dibawa keluar dan mereka yang bertanggungjawab ini harus dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan di mahkamah, dengan penalti yang tinggi sebab mereka inilah perosak ekonomi negara, perosak bangsa kita dan cuba merosakkan masa hadapan anak bangsa kita. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan sebagaimana yang saya bersetuju dengan banyak pihak yang membuat saranan di sini tadi. Sebenarnya penguatkuasaan dalam perladangan itu mesti diperhebatkan. Banyak pihak peladang, pihak majikan mengambil orang bekerja yang bukan pekerja yang masuk secara sah ke negara ini dan mereka ini mengambil peluang oleh sebab mereka ini lemah sebab dia tidak berani melapor dengan imigresen, tidak berani melapor dengan polis, maka dieksploitasikan mereka ini. Dari itulah kenapa penguatkuasaan mesti diperkuatkan. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, mulai pada tahun 2008 hingga tahun 2016, kes pemerdagangan orang adalah seperti berikut, Yang Berhormat. Jumlah kes ialah 937 dan tangkapan sebanyak 1,297. Jumlah orang yang telah diselamatkan oleh pihak penguat kuasa ialah 6,486 orang dan jumlah mangsa diberi perintah perlindungan ialah seramai 2,024 orang. Ini di bawah kes pemerdagangan orang. Di bawah penyeludupan imigran pula kita mempunyai sejumlah 251 kes, jumlah tangkapan sebanyak 360 dan jumlah migran yang diseludup dan kita selamatkan adalah seramai 4,183 orang. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya ada tindakan yang kita ambil dan walaupun sebagaimana yang Yang Berhormat sedia maklum dan sebutkan tadi belum lagi mencukupi, saya berharap tindakan ini akan diteruskan di seluruh negara bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sarawak dan Sabah untuk memastikan mereka yang bekerja sebagai illegal immigrant bekerja dengan mana-mana majikan tidak dianiaya pula oleh pihak majikan oleh kerana mereka ini lemah dan tidak berani melapor kepada polis dan imigresen oleh kerana kedatangan mereka ke negara kita ialah sebagai pendatang tanpa izin. Jadi Yang Berhormat, banyak sudah jawapan saya. Saya janji setengah jam untuk dasar ini tadi, Yang Berhormat. Saya hendak habiskan pada pukul 1 ini juga supaya jangan lagi ditanya kenapa undang-undang ini tidak lulus. Apa yang saya tidak dapat jawab sekarang, insya-Allah, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 2 - Pindaan:Bill

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Hasrat saya dalam membawa dua pindaan ini ialah untuk memantapkan lagi akta yang kita sedang bawa ini. Ini kerana ini ialah isu pemerdagangan manusia, ada satu topik yang diikuti secara rapi oleh masyarakat antarabangsa dan isu-isu ini telah memburukkan nama Malaysia di mana kita diturunkan ke tingkat 3 atau Tier 3. Apabila kita tengok pindaan ini, pindaan ini adalah baik. Ia ada beberapa perkara yang baik, tetapi juga masih ada kelemahannya. Umpamanya apabila kita tengok dalam seksyen 54(1)(b) di mana dikatakan selepas tempoh perlindungan, apa yang akan berlaku pada orang yang diberi perlindungan. Di sini dikatakan, orang asing yang tidak mempunyai dokumen, mereka ini akan dilepaskan kepada pegawai kastam untuk dihantar balik ke negara asal mereka.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sungai Siput, fasal 2 dahulu.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Saya tahu, tetapi dalam fasal 2 ini adalah untuk membawa satu istilah, satu definisi baru iaitu orang pelarian. Ini kerana orang pelarian ini tidak boleh diincluded sahaja dalam golongan pendatang asing tanpa izin kerana mereka ada ciri-ciri yang berlainan. Mereka bukan economic migrant yang datang sini kerana miskin hendak cari kerja. Mereka larikan diri dari negara mereka kerana mereka didera di negara itu. Mereka menghadapi genocidal intent di negara itu, macam Rohingya umpamanya. Memang mereka lari dari situ memang mereka tidak ada dokumen. Memang mereka tidak ada dokumen. Akan tetapi jika kita katakan you tidak ada dokumen kita hendak hantar you balik, ini juga akan bagi masalah kepada pegawai imigresen kita. Bagaimana kita hendak hantar mereka balik ke negara mereka kerana ini melanggar dengan prinsip-prinsip antarabangsa di mana orang pelarian tidak seharusnya dihantar balik dari negara mana mereka lari. Itulah sebabnya kita perlu wujudkan satu definisi orang pelarian. Macam di sini saya sudah bagi definisinya, “Ertinya sesiapa orang yang oleh kerana ketakutan dan diasaskan pada situasi sebenar bahawa wujudnya kemungkinan beliau akan dizalimi oleh kerana kaum etniknya, agamanya, kumpulan sosialnya ataupun pegangan politiknya ada di negara asalnya dan enggan kembali ke negara itu”. Saya ingat jika kita masukkan definisi baru ini, ini akan bantu kita memantapkan lagi cara kita kendalikan lagi isu orang yang didagangkan ataupun orang yang dismuggle, penyeludupan manusia. So inilah sebabnya saya harap definisi ini boleh dimasukkan dan selepas itu dalam seksyen yang lain lagi kita boleh handle lain sedikitlah kerana PATI ini atau pendatang asing tanpa izin ada beberapa subkategori yang kita kena ambil tahu jika kita hendak kendalikan masalah ini dengan lebih berkesan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dan saya mohon dikekalkan fasal 2 sedia ada kerana takrifan pelarian versi bahasa Inggeris yang dicadangkan tersebut mengambil definisi daripada United Nations Convention on Refugees 1951 atau Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian. ■1240 Malaysia bukanlah negara anggota kepada konvensyen Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu mengenai pelarian tersebut dan tidak mempunyai obligasi untuk mematuhi

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

instrumen antarabangsa yang belum diratifikasikan. Takrifan asal mangsa pemerdagangan orang juga tidak mengehadkan klasifikasi mangsa sama ada warganegara Malaysia.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, sebentar saya tersilap hendak sebut masalah yang dibuat pindaan itu terbuka untuk dibahas. Saya kena baca dulu minta maaf Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Kalau tiada sila Yang Berhormat Menteri. Ada. Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Klang.

Saya mahu menjawab soalan ini. So saya tahu apa hendak bincang sekarang.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Minta maaf.

Sebenarnya saya sokong pindaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput sebab saya percaya we need to strengthen, kita mesti memperkasakan undang-undang yang sedia ada. Sekarang kita dapati salah fahaman ataupun misconception di antara refugees dengan undocumented migrants. Selalu kita panggil illegal migrants tetapi sebenarnya perkataan ialah undocumented migrants sebab we are people, we are not illegal, we are people sebab under kepada migrants. So, kalau kita dapat selaraskan terma-terma seperti ini maka misconception yang sedia ada boleh diketepikan. So, dengan itu saya minta kerajaan supaya fikir balik sebab walaupun saya terima pandangan bahawa kita belum menjadi signatory kepada Refugee Convention 1951 tetapi untuk menguruskan masalah yang sedia ada kita mesti fahami documented dan undocumented orang yang datang ke Malaysia. Khususnya di kes Rohingya. Kita dapati dalam kes Rohingya, mereka menghadapi genocide di negara mereka. Di mana rumah mereka dibakar, wanita-wanita mereka diperkosa, dirape oleh military di Myanmar. Mereka tidak dapat pergi dari sebuah tempat ke tempat yang lain dan sebagainya. Tidak ada sekolah, tidak ada akses kepada kesihatan dan sebagainya. Mereka datang ke negara ketiga untuk dapatkan keselamatan. So, mereka tidak boleh disamakan dengan economic migrants, ataupun undocumented migrants. Untuk kepentingan kerajaan sendiri maka saya percaya bahawa satu perbezaan dibuat untuk mengelakkan salah fahaman, seterusnya oleh agensi kerajaan yang akan mengimplementasikan isu-isu seperti ini. So, oleh sebab itu saya memang sokong dengan pendapat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Sungai Siput mencadangkan supaya kita pinda masuk orang pelarian. Pada pandangan saya apa yang telah dicadangkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sudah cukup baik bila mana kita memasukkan orang pelarian secara tidak langsung negara kita yang kecil ini kita membuka ruang kemungkinan kalau nanti ada berlaku isu Vietnam hendak pergi ke Thailand tak boleh. Tapi dalam pemerdagangan ini kita sudah masuk satu kes orang pelarian secara tidak langsung kita akan menjadi tempat mana-mana orang yang rasa tak diterima oleh negara asal akan datang ke negara kita Malaysia. Maka saya berharap pihak kerajaan terus kekalkan dengan akta yang telah kita pinda kecuali kalau ada kesesuaian kita lihat pula di masa akan datang. Terima kasih. Saya menyokong apa yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawatankuasa, pengerusi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Pengerusi Jawatankuasa. Ada doktor kah, apakah lagi tak ada ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak ada.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Cukuplah itu insya-Allah. Saya menyokong pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Ini kerana ia merupakan satu hakikat bahawa adanya perbezaan antara golongan pelarian seperti golongan Rohingya dan mereka yang merupakan pendatang asing tanpa izin yang datang untuk mencari rezeki di negara kita tanpa adanya paksaan. Perbezaan ini ialah satu perbezaan yang amat ketara dan amat penting untuk dinyatakan dalam akta kita. Supaya dengan itu layanan terhadap golongan yang dizalimi dan dianiaya ini dapat kita lakukan dengan jelas dan nyata. Dalam menangani masalah manusia yang dizalimi, ada yang menyatakan bahawa kita tidak mahu negara kita menjadi sebagai tumpuan ataupun tempat di mana manusia yang dizalimi itu mencari perlindungan. Saya tidak begitu bersetuju dengan pemikiran yang sebegitu rupa. Biarlah negara Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang memberi perlindungan kepada manusia yang dizalimi, yang mana sekiranya mereka tidak dapat datang ke Malaysia maka mereka akan dibunuh dan dianiaya. Saya yakin bahawa rakyat Malaysia mampu dan sanggup untuk memberikan pertolongan dan pembelaan ini hanya sekiranya kerajaan mampu menguruskan masalah ini dengan lebih tersusun dan lebih terancang. Sebab itulah kita perlu adakan definisi yang sebegitu rupa. Supaya kerajaan boleh bertindak dengan cara yang lebih profesional, yang lebih teratur terhadap golongan ini sehingga rakyat Malaysia boleh memberikan bantuan saya telah mendengar dalam perbahasan berhubung dengan persoalan Rohingya. Rakyat Malaysia sendiri telah sanggup mengutip bantuan yang berjuta-juta nilainya. Akan tetapi masalah apabila tidak ada cara menangani masalah itu dengan cara tersusun oleh sebab tidak ada pembezaan di antara pelarian dan pendatang tanpa izin, maka usaha rakyat untuk memberikan pertolongan dan bantuan itu menjadi terbantut. Begitu juga sekiranya kerajaan dapat membezakan maka mereka boleh memberikan keutamaan layanan kepada golongan yang tertindas yang dizalimi ini. Mereka seperti yang datangnya daripada Rohingya yang ingin melarikan diri mereka daripada dibunuh dan dizalimi di negara mereka, mereka ini boleh diberikan keutamaan dalam persoalan pekerjaan, permit kerja dan sebagainya. Mereka lebih berhak dan lebih layak untuk mendapat bantuan daripada negara, kerajaan dan masyarakat. Sekiranya kita tidak membuat satu pembezaan ini, maka kita tidak mampu untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai sebuah negara yang bertamadun. Saya menyokong penuh pindaan yang dicadangkan supaya ada pembezaan itu kerana sebenarnya perbezaan itu wujud. Sekiranya kita sendiri tak memahami perkara ini dan tanggungjawab kita apabila kita menghadapi krisis yang sebegini maka amat sukar untuk kita menggelarkan diri kita sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berakhlak mulia. Saya sokong penuh cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Siput. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sungai Siput sudah bentang, tak bolehlah dua kali. Kalau hendak mencelah tadi, baru boleh. Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya beri izin kepada dia mencelah.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sudah duduk dah tadi.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lambat sikit sahaja.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup sahaja. Yang Berhormat Shah Alam cukup-cukup. Nanti masa Yang Berhormat Menteri menjawab Yang Berhormat Sungai Siput masih ada peluang untuk mencelah. Sila.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih. Saya tadi tengah membaca menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput. Pertama, saya hendak berterima kasih jugalah kepada argument yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Siput dan argument yang telah diberi oleh Yang Berhormat Shah Alam, very strong and powerful argument, dengan izin. Betul. Akan tetapi Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita hendak sorong kuda, the cart itu mesti di belakang kuda, kuda dahulu. Kalau kereta memang boleh Volkswagen boleh enjin dekat belakang. Akan tetapi kalau kereta kuda, dia tidak boleh. The cart itu kena di belakang dan kuda kena di depan. Inilah sebabnya kenapa kalau kita masukkan soalan pelarian mengiktiraf pelarian di bawah undang-undang ini, kita mendahulukan konvensyen antarabangsa di bawah United Nations 1952 itu. Jadi kalau kita hendak sebenarnya memasuki perkataan itu dalam undang- undang ini kita kena sign on Convention United Nations on Refugees dulu. Kalau didahulukan itu makna kita letakkan the cart before the horse. Jadi saya Yang Berhormat bukan tidak hendak nak bersetuju. I don’t want to argue about this Yang Berhormat. Saya tidak hendak argue sebab saya bersetuju argument Yang Berhormat itu very powerful. Nutrient ground nya, ketamadunannya semuanya memang cantik. Akan tetapi we have to follow the system itu sendiri. First, kita kena rectifykan Refugees Convention United Nations. Kalau itu boleh dibuat baharu kita letakkan ini, kalau tidak there is no nilai tambah kepada undang-undang ini. The treatment kita beri sama ada Rohingya ataupun mana-mana pelarian lain daripada Southern Thailand kah atau Southern Philippines kah lari ke Malaysia itu the same treatment we can give. Jadi itulah sebab kenapa saya belum boleh bersetuju dengan…

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, just…

…Walaupun argument itu emosional…

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Setengah minit sahaja, setengah minit sahaja.

…Kuat, powerful Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya nombor satu, orang sudah lama sudah tidak pakai kereta kuda ya. So, sudah tidak relevanlah ya. Akan tetapi saya merasakan bahawa oleh sebab kita tidak tandatangan konvensyen itulah, itulah sebabnya kita perlu membuat pindaan itu. Ini kerana kalau kita sudah tandatangan, maka tidak perlu untuk membuat pindaan. Oleh sebab kita sudah menjadi a signatory to that declaration. Akan tetapi oleh sebab kita tidak tandatangan maka kita perlu mengadakan sesuatu rang undang-undang yang memenuhi keperluan itu. Di sinilah sebabnya kenapa pindaan ini relevan. Kalau kita sudah tandatangan, kita tidak perlu fasal kita sudah ada. Lalu saya rasa hujah Timbalan Menteri dengan segala hormatnya adalah tidak begitu tepat dan sebaliknya hanya membuktikan perlunya pindaan itu dilakukan. Yang Berhormat Sungai Siput hendak mencelah, Tuan Pengerusi boleh? [Ketawa]

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

[Ketawa] Bukan, bukan.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Sungai Siput. Tentulah bagi jawapan Menteri ya, bukan Yang Berhormat Shah Alam.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yes. [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Okey, saya secara ringkas sahaja. Saya rasa ini Refugees Convention United Nation ini bukan all or nothing phenomena. Dikatakan kita kena terima sekali gus dengan semua – dia ada banyak syarat dia, saya ingat 50 syarat dia. So, bukan ertinya kita wujudkan satu kategori official di mana kita iktiraf refugees sebagai ada ciri-ciri berlainan dengan parti yang lain, bukan ertinya kita terima semua syarat lain dalam UN Convention. Hanya jika kita sign itu kita terima semua. Akan tetapi sekarang kita boleh ambil apa-apa yang perlu kita kena pakai untuk memantapkan lagi akta yang kita sedang bincang hari ini. Saya rasa salah jika kita rasa, bila kita ambil definisi itu sahaja, memang betul definisi daripada konvensyen itu. Akan tetapi bukan ertinya kita terima lain-lain fasal semua dalam konvensyen. Saya rasa itu satu kesalahan. Saya rasa ini definisi akan memantapkan akta ini. Actually kita hendak terima lain daripada konvensyen itu, it’s up to us. Kita boleh buat ikut rentak kita sendiri, keperluan kita sendiri. So, saya harap kementerian boleh kaji balik isu ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dengar pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa we didn’t rectify Refugees Convention 1951. Itu semua orang tahu. Akan tetapi soalan di depan kita apakah Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mempunyai tanggungjawab dalam isu-isu berkait dengan refugees ataupun orang pelarian. ASEAN mengatakan bahawa we are sharing and caring society. We are people- centered society. Apakah ini bermaksud? Bagaimanakah kita translate ungkapan-ungkapan seperti ini untuk mengadakan sebuah dasar yang people friendly khususnya kepada pelarian- pelarian yang lari daripada genocides di negara masing-masing? Cadangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah supaya kita unilateral, that means Malaysia sendiri. Kita tidak menggunakan any 1951 Refugee Convention tetapi Malaysia sendiri membuat keputusan untuk adakan definition of refugee di undang-undang Malaysia sendiri yang boleh digunakan untuk tolong dan melindungi orang yang lari daripada negara tertentu. So we do it unilateral and therefore we give ASEAN leadership in the region. Itu yang penting. Soal yang depan kita ialah adakah kita ada political will, itu yang penting. Jelas dan nampak daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri there is no political will. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri fikir you have a political will to make the change, then you challenge your Minister untuk membuat perubahan. Itu telah penting, itu yang kita bermesyuarat di Parlimen, whether we have the Parliament as a political will untuk desak kerajaan supaya Malaysia sendiri membuat unilateral changes supaya kita beri pimpinan kepada negara-negara lain di ASEAN dan juga di Benua Asia. Terima kasih.

Terima kasihlah Tuan Pengerusi. Kita mempunyai pendirian masing-masing Yang Berhormat ya. Pada saya, pertama saya hendak perjelaskan juga Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam kalau kita sudah rectify kan international instrument ini dengan sendiri kita sudah ada provision, tidak perlu lagilah undang-undang. Ini satu kesalahan Yang Berhormat ya. Tidak sebutlah saya student of International Law. Sebenarnya apabila kita signkan international instrument, apa yang kita sign is nonbinding instrument. Kita tidak terikat dengan itu. Hanya kita perkenalkan municipal law baharu undang-undang itu menjadi undang-undang. Dia tidak secara automatik walaupun kita rectify. Jadi, itulah perlunya maka kita kena rectify dulu selepas itu baru kita formalize di negara kita sendiri sebagai satu undang-undang lagi selepas itu. Itu yang pertama. Kedua Yang Berhormat, soalan argument. Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Shah Alam sebut very powerful argument, saya setuju. Itu menerima hakikat. Akan tetapi pokoknya kita kena tandatangani itu dahulu. Jadi jangan kita buat terumbang-ambing. Kita ada sistem. We have to follow the system.

Jadi, kalau sistem itu tidak diikut, itulah kadang-kadang negara tidak terurus dengan sebaik mungkin. Jadi itu yang kedua Yang Berhormat daripada Sungai Siput menyebutkan bahawa di dalam International Convention on Refugee itu bermacam-macam, betul. Ada negara yang menrectifykan instrumen ini, sudah rectify, ada yang diterima, ada yang tidak diterima. Umpamanya di Filipina umpamanya dia sign, dia rectifykan instrumen ini tetapi dia tidak rectify soalan settlement. Maknanya you must come here and transit only you kena lari juga. Ini ada. Akan tetapi kita belum lagi. Jadi kalau Yang Berhormat fikir strongly about it, then you must mendorong kerajaan, sokong kerajaan untuk rectify ini dahulu. Selepas itu kalau hendak pinda undang-undang mana-mana pun so that’s the formality of approving istilah refugee itu boleh dilaksanakan dengan meminda undang-undang kita yang ada. Akan tetapi buat masa sekarang it is quite premature Yang Berhormat sebenarnya. Jadi dalam keadaan sedemikian caring, sharing society, leadership, political will ini it doesn’t mean anything, it doesn’t give you any additional value added kepada perundangan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Malaysia sendiri boleh membuat definisi baru unilateral, itu yang penting. So, tolong jawab soalan itu.

Yang Berhormat, saya sudah sebut tadi. Kita kena rectify itu dulu kalau kita hendak terima. [Tidak menggunakan pembesar suara] ...you.

Tidak payah, Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak payah rectify.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidak perlu rectify pun.

Malaysia sendiri boleh buat.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita boleh buat rang undang-undang itu sendiri.

Ini soalan, ini Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat sudah pukul satu Yang Berhormat. Saya tiada kuasa untuk menambah. [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, persidangan kita ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Tuan Pengerusi, saya sebenarnya sudah habis hanya yang tinggal sini Tuan Pengerusi bertanya sama ada setuju atau tidak setuju. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan] [Fasal 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 3 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 13 [Pindaan]-Bill

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam pindaan yang dibentangkan oleh kerajaan. Fasal 13 pindaan seksyen 54(1)(b). Ini berkenaan dengan bagaimana orang yang diberi pelindungan dan selepas tempoh pelindungan itu bagaimana orang itu dikendalikan. Di sini, katakan jika orang itu dalam seksyen (b) yang diperdagangkan ialah seorang warga negara asing yang mempunyai dokumen yang sah dia boleh terus kerja di Malaysia. Jika tidak ada dokumen yang sah, dia akan dirujuk kepada imigresen untuk dihantar balik kepada negara dia. Apa yang saya telah bawa ialah untuk sertakan pada penghujung klausa 54(1)(b) yang baru ini perkataan yang berikut, “Dia boleh dihantarkan balik ke negara asalnya jika orang itu tidak memohon status orang pelarian”. Sebabnya saya bawa itu ialah jika seorang pelarian itu dihantar balik ke negara asal dia mungkin dia akan didera, mungkin dia akan dibunuh, dia akan dipenjarakan. So, ini tidak mengikut prinsip humanistic untuk kita hantar dia balik. Saya juga hendak masukkan satu perenggan baru 51(c) yang mengatakan dalam hal orang yang diperdagangkan, mengatakan beliau merupakan seorang pelarian bekerjasama dengan pihak UNHCR menyiasat kebenaran orang itu. Semasa siasatan dilaksanakan orang itu diberi dokumen yang membolehkan beliau bekerja secara sah di Malaysia. Ini adalah untuk memantapkan, macam saya katakan tadi sebelum makan tengah hari, pindaan yang saya cuba bawa ini adalah untuk memantapkan apa yang sedang dilakukan kerana sekarang kita tidak buat distinction yang tidak orang pelarian refugee yang lari daripada didera di negara dia dengan pendatang asing tanpa izin economic migrant. Economic migrant yang tidak ada dokumen boleh dihantar balik ke negara mereka. Dia tidak akan di penjarakan atau di seksa atau didera. Akan tetapi jika macam di Rohingya kita tangkap mereka dan hantar balik. Apakah yang akan jadi pada mereka? So, saya rasa ini satu kelemahan yang begitu besar dalam undang-undang kita dan kita hanya masukkan takrifan satu subclass daripada PATI ini ialah pelarian. Kita kena handle pelarian itu secara yang berasingan, yang spesifik pada masalah mereka. Inilah sebabnya saya bawa pindaan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya bahawa pindaan seperti mana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Sungai Siput yang telah dibentangkan sekarang ini dibuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa pindaan yang dicadangkan Yang Berhormat Sungai Siput dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan tidak disetujukan] [Fasal 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 14 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEBAJIKAN HAIWAN 2015 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan untuk menyatakan fungsi lembaga untuk mempromosikan kebajikan dan pemilikan tanggungjawab haiwan dan perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, terus kepada huraian Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012–2020. Telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perasmian, The Third OIE Global Conference on Animal Welfare pada 6 November 2012. Pelan jangka panjang itu dirangka bagi tujuan untuk membangunkan kebajikan haiwan di Malaysia termasuklah pembangunan undang-undang, garis panduan, prasarana dan tadbir urus untuk aktiviti kebajikan haiwan selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Beberapa buah negara anggota Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) telah pun mempunyai undang-undang yang khusus berkaitan kebajikan haiwan seperti di India, New Zealand, Australia dan United Kingdom. Australia contohnya telah mengenakan syarat yang ketat berkaitan kebajikan haiwan kepada negara-negara pengimport ternakan hidup di mana kebajikan ternakan yang diimport dari Australia hendaklah diuruskan mengikut kriteria yang telah ditetapkan di bawah Exporter Supply Chain Assurance System (ESCAS). Di bawah World Animal Protection (WAP), dianggarkan 330 buah kumpulan, dua juta orang individu yang prihatin dan lebih daripada 40 buah negara telah terlibat dalam pembentukan deklarasi kebajikan haiwan sedunia ataupun Universal Declaration of Animal Welfare (UDAW). Tuan Yang di-Pertua, gesaan orang ramai serta badan bukan kerajaan supaya kerajaan mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap mereka yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan telah mula meningkat. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 50 buah NGO yang aktif memperjuangkan hak dan kebajikan haiwan di Malaysia. Kumpulan ini mengusulkan agar kerajaan menyemak semula undang-undang sedia ada dan menyediakan satu undang-undang yang lebih komprehensif bagi melindungi haiwan di negara ini. Kebajikan haiwan meliputi skop yang luas iaitu berkaitan aspek pemeliharaan, pengangkutan, penyembelihan, pembiakan dan pemusnahan haiwan. Ia juga merangkumi kesemua jenis haiwan untuk pelbagai kegunaan seperti ternakan, haiwan kesayangan, haiwan rekreasi, haiwan akuatik, hidupan liar dan juga haiwan yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pengajaran. Malaysia sebagai ahli kepada OIE telah bersetuju dengan kesemua garis panduan yang dikeluarkan badan berkenaan berkaitan kebajikan haiwan. Pendekatan yang mengutamakan kebajikan haiwan akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan diiktiraf oleh negara-negara lain di dunia. Pada 26 Ogos 2008, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menandatangani dokumen UDAW yang menunjukkan komitmen menyeluruh Malaysia terhadap kebajikan haiwan di medan antarabangsa di mana baru-baru ini Malaysia telah disenaraikan di antara 50 buah negara di dunia yang mempromosikan kebajikan haiwan bersama Australia dan Perancis berdasarkan komitmen, usaha, dasar dan perundangan, kebajikan haiwan. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu berusaha untuk memperkukuhkan struktur pengurusan kebajikan haiwan negara dengan membangunkan satu undang-undang yang merangkumi peraturan yang mempunyai piawaian yang seragam dan boleh diguna pakai di Malaysia. Pada masa ini, perundangan yang diguna pakai dalam negara iaitu Akta Binatang 1953, semakan 2006 iaitu Akta 647 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan hanya meliputi aspek kezaliman sahaja. Akta berkenaan tidak merangkumi pelbagai aspek kebajikan haiwan iaitu lima prinsip, kebebasan iaitu yang pertama, keperluan

persekitaran yang sesuai, diet yang sesuai, mempamerkan kelakuan semula jadi, keperluan untuk ditempatkan secara bersama atau berasingan, dilindungi daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit dan akta ini tidak memperuntukkan kuasa perundangan atau legislatif kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengurus perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kebajikan haiwan. Sehubungan dengan itu, mengambil kira senario dan keperluan semasa kerajaan telah bersetuju supaya suatu perundangan berkaitan kebajikan haiwan diwujudkan iaitu Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 ini mempunyai sembilan bahagian dan 64 fasal.

Peruntukan yang diwujudkan dalam Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 adalah seperti berikut: Bahagian I mengadakan peruntukan mengenai perkara permulaan. Fasal 1 memperkatakan tajuk ringkas pemakaian dan permulaan penguatkuasaan akta yang dicadangkan. Fasal ini menyatakan bahawa akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Fasal 2 mentakrifkan beberapa perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Sebagai contoh, definisi haiwan dalam konteks rang undang- undang ini termasuklah semua haiwan, burung, haiwan akuatik, reptilia atau serangga tetapi tidak termasuk hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] . Bahagian II dicadangkan peruntukan mengenai Lembaga kebajikan Haiwan, fungsi lembaga, perwakilan fungsi lembaga, keanggotaan dan peruntukan berkaitan mesyuarat lembaga. Fasal 3 hingga 13 rang undang-undang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan, fungsi lembaga, keanggotaan lembaga, anggota silih ganti, elaun dan perbelanjaan, pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan, pengosongan jawatan, mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga. Lembaga ini berfungsi seperti Majlis Penasihat dan pemantau termasuk menasihati Menteri. Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa Menteri untuk memberikan arahan kepada lembaga dari semasa ke semasa selaras dengan peruntukan akta ini. Dan lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan tersebut. Bahagian III mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berkaitan pelesenan. Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kehendak pelesenan di mana semua orang yang menjalankan aktiviti yang melibatkan haiwan mesti memegang lesen dan jika melakukan kesalahan, boleh didenda tidak kurang dari RM15,000 dan tidak melebihi RM75,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya. Fasal 16 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi permohonan dan pengeluaran lesen mengikut tatacara yang ditentukan oleh lembaga. Fasal 17 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi lesen dan tidak boleh dipindah milik dan jika melakukan satu kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi dari RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Fasal 18, 19 dan 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kuat kuasa pembaharuan lesen dan peruntukan mempamerkan lesen. Fasal 21 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan dan pembatalan lesen. Fasal 22 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi rayuan kepada Menteri bagi mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan lembaga yang enggan mengeluarkan lesen atau menggantung lesen atau membatalkan lesen.

Fasal 23 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menghalang seseorang yang pernah disabitkan dengan sesuatu kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya daripada memegang apa-apa lesen. Bahagian IV mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengan kebajikan haiwan. Fasal 24 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pemunya atau pemegang lesen di dalam menjaga kebajikan haiwan. Fasal 25 adalah untuk mengadakan peruntukan bagi notis penambah baikkan dan hukuman kepada pemunya atau pemegang lesen yang melanggar notis penambah baikkan tersebut. Fasal 26 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi haiwan yang digunakan dalam penyelidikan, ujian dan pengajaran. Fasal 27 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengangkutan awam dan kesalahan kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah fasal ini. Fasal 28 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menghalang penjualan haiwan melalui jualan kepada orang yang berumur 12 tahun serta hukuman kepada mana- mana orang yang melanggar kesalahan di bawah fasal ini. Bahagian V mengadakan peruntukan berhubung penganiayaan terhadap haiwan. Fasal 29 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan penganiayaan terhadap haiwan dan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan penganiayaan tersebut. Fasal 30, 31, 32 dan 33. Fasal 32 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pembunuhan haiwan, pemberian racun, urus niaga, pelagaan haiwan dan penganiayaan tanpa niat serta hukuman kepada kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan fasal-fasal ini. Bahagian VI mengadakan peruntukan berhubung dengan haiwan dalam distress. Fasal 34 dan 35 Rang Undang-undang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menangani haiwan dalam distress, kuasa yang berhubung dengan haiwan dalam distress, diperuntukkan dalam fasal 34 di mana doktor veterinar berdaftar dan pegawai kebajikan haiwan diberi kuasa untuk memusnahkan haiwan yang di dalam distress. Bahagian VII mengadakan peruntukan berhubung dengan penguatkuasaan. Fasal 36 dan 37 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi tujuan penguatkuasaan oleh pegawai kebajikan haiwan dan pembantu sukarela kebajikan haiwan. Fasal 38, 39, 40, 41, 42 dan 43 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu kad kuasa, kuasa penyiasatan, penggeledahan dan penyitaan tanpa waran, kuasa untuk memasuki premis, kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita, mengangkut, menyita pengangkut dan kuasa untuk mengelak premis atau kenderaan. Kuasa menjalankan penguatkuasaan ini diberikan kepada pegawai kebajikan haiwan yang telah dilantik oleh Menteri secara bertulis. Fasal 44 hingga 47 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang dibenarkan selepas penyiasatan dilaksanakan oleh penguat kuasa iaitu senarai benda yang disita, perintah untuk menahan haiwan, perkakas dan lain-lain yang disita di bawah akta ini. Perintah berhubung dengan haiwan, perkakas dan lain-lain yang disita di bawah akta ini dan pegawai kebajikan haiwan boleh meminta bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan. Fasal 48 dan 49 bertujuan untuk mengadakan peruntukan penanggungan kos oleh orang yang disabitkan kesalahan berkaitan kos menyimpan haiwan, perkakas atau benda lain yang disita. Bahagian VIII mengadakan peruntukan berhubung kuasa sampingan mahkamah. Fasal 50, 51, 52, 53, 54 dan 55 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menyatakan kuasa sampingan mahkamah iaitu bagi kesalahan kedua dan seterusnya pelucut hak kan, hilang kelayakan, penyitaan haiwan berkaitan dengan hilang kelayakan,

kuasa mahkamah untuk memerintah, pemusnahan haiwan dan pelucut hak kan item yang digunakan dalam kesalahan. Bahagian IX mengadakan peruntukan am. Fasal 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, dan 64 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan, perbadanan, dan kegagalan untuk mematuhi perintah yang sah, gambar haiwan boleh diterima sebagai keterangan perlindungan terhadap undang-undang, kesalahan yang boleh di kompaun, permulaan pendakwaan, kuasa untuk membuat peraturan dan peruntukan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan akan memantapkan kuasa-kuasa penguatkuasaan dan peningkatan hukuman penalti bagi kesalahan di bawah akta ini. Di samping itu, perundangan ini dapat mengawal selia aktiviti berkaitan penggunaan haiwan seperti dalam rekreasi, sukan, penyelidikan atau uji kaji sains bagi mencegah kezaliman terhadap haiwan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membentangkan rang undang- undang ini kepada pihak berkuasa negeri pada 7 Mei 2015 dan pihak berkuasa kerajaan negeri secara prinsipnya tiada halangan terhadap cadangan pengenalan dan penggubalan akta ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar merupakan agensi Kerajaan Persekutuan yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sekiranya diluluskan, Akta Kebajikan Haiwan 2015 akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang prihatin dan penyayang terhadap haiwan. Dengan adanya Akta Kebajikan Haiwan 2015, segala aspek kebajikan haiwan dapat terpelihara dan akan dapat mengurangkan permasalahan berkaitan dengannya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Siapakah menyokong?

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan untuk menyatakan fungsi Lembaga untuk mempromosikan kebajikan dan pemilikan bertanggungjawab haiwan dan perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya selaku Ahli Parlimen Pengerang ingin mengucapkan tahniah kepada Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015. Oleh sebab sudah lama kita tunggu dan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Barisan Nasional kepada kebajikan haiwan dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa ada perbezaan antara kebajikan haiwan dengan hak asasi haiwan. Itu sebabnya akta kita ialah Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, bukan Rang Undang-undang Hak Asasi Haiwan. Itu sebabnya kalau kita tengok elemen-elemen pemecahan bahagian-bahagian yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, kita menyedari bahawa secara rumusannya, pendekatan yang mana akta ini perlu ditekankan kepada rakyat khasnya ialah perlunya sifat bertanggungjawab oleh mereka yang membuat hubungan sebagai tuan punya binatang, hubungan dengan mana-mana haiwan yang berada bersama mereka. Walaupun adanya exemption kepada penggunaan dalam aspirasi agama sebagai contoh tetapi secara menyeluruh. Jadi, contohnya yang paling mudah Tuan Yang di-Pertua, ini yang dok zalim

binatang, pukul binatang, dok kasi dalam kezaliman-kezaliman yang ada itu, inilah akta kata, rakyat Malaysia, Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan kebajikan haiwan diabaikan dalam negara kita. Akan tetapi saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di- Pertua, kalau bolehlah. Saya ucap tahniah kepada kewujudan Lembaga, saya faham. Lembaga ini memang cukup penting tapi tidak akan Lembaga ini hendak bergerak untuk memantau. Kejadian-kejadian yang mewujudkan keganasan kepada haiwan sebagai contoh, sering berlaku dalam kawasan perumahan. Sering berlaku dalam keadaan yang tertutup, bukan terbuka. Kalau yang terbuka itu senanglah kita hendak buatkan pelaksanaan tapi yang tertutup ini. Itu sebabnya saya hendak minta cadangan dalam daripada segi pelaksanaan peraturan Yang Berhormat Menteri, kita wujudkan sistem online. Jadi, kita boleh telefon. Kalau kita telefon hotline untuk isu 999 itu bolehlah kita tambah lagi satu kod. 9996 kah, 9991 kah, 9993 kah, supaya ini talian hotline supaya mana-mana masyarakat dalam setempat, kawasan perkampungan, kawasan FELDA, rumah teres, rumah flat, berlakunya keganasan, berlakunya sifat-sifat yang tidak boleh diterima ke atas kebajikan haiwan, dia boleh secara direct access kepada agensi-agensi yang terlibat. Jadi, Lembaga ini bukan hanya bergerak atas dasar tetapi lebih kepada implementasi. Nawaitu dalam akta ini akan menjadi satu realiti iaitu dengan partisipasi rakyat untuk sama-sama memantau dalam elemen kepada kebajikan haiwan. Ini saya pohon daripada Yang Berhormat Menteri sebab tidak akan lah haiwan itu yang hendak telefon kita, hendak beritahu kita. Mana dia boleh bercakap. Kalau haiwan itu boleh bercakap, pengsan lah kita ramai-ramai. Akan tetapi isunya ialah macam mana kita hendak tahu adanya satu pelaksanaan secara jujur dalam aspek ini. Sebab kita kena membantu jiran sebelah itu dok tengok anjing itu dok menangis, menangis, menangis. Dia tengok ini sudah lain sudah ini. Dia telefon hotline, mungkin 9993 kah, 9991 kah, kemudian agensi yang terlibat. Saya juga hendak tegur kepada Yang Berhormat Menteri, Majlis Perbandaran ini. Saya bukan cakap DBKL lah, mungkin di Selangor kah, di Pulau Pinang kah. Mana-mana, kalaupun dalam hendak mengurangkan binatang-binatang yang menjadi kata orang nuisance dalam bahasa orang putih ini, apakah yang kita buat? Dulu kita tengok, sekarang ini bawa senapang main tembak saja. Jadi, sekarang ini caranya kena lain. Tidak bolehlah kalau contohnya binatang-binatang liar kah, anjing yang tidak bertuan itu kita bawa ramai-ramai masuk dalam dia punya tempat simpanan, lepas itu bunuh ramai-ramai. Macam ini saya rasa pemantauan perlu dibuat. Juga terhadap agensi kerajaan melalui kerajaan tempatan. Tidak boleh lah hanya kita melihat keganasan kah, kezaliman yang berlaku daripada rakyat setempat tetapi juga kepada agensi pelaksanaan yang mahu mengkompromikan isu keganasan binatang ini dalam pelaksanaannya. Saya faham yang mana Yang Berhormat Menteri cuba mewujudkan the middle ground, dengan izin. Itu sebab saya kata perbezaan hari ini dengan kebajikan haiwan dengan hak asasi haiwan. Dalam bahasa orang putih, welfare, animal welfare ini beza dengan animal rights. Kita tidak boleh samakan animal welfare dengan animal rights sebab animal welfare itu merujuk kepada sifat manusia terhadap binatang itu sendiri. Akan tetapi animal rights itu ialah hak asasi binatang itu. Mungkin dalam perlembagaan belum ada lagi hak asasi tetapi isunya perbezaan ini perlu difahamkan oleh rakyat. Jadi, dalam aspek perbezaan ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh kepada beberapa seksyen. Seksyennya sebagai contohnya saya hendak tengok seksyen 15, Pelesenan. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, macam mana yang kalau dia menjual online ini? Saya ada tengok satu online punya muka surat ini, saya online page, Instagram. Saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, paradox-b-exotic- pet-. Semua binatang liar, kucing hutan sebagai contoh, pada tahap yang tinggi. Serval cats. Ini kucing hutan ini tahap tinggi macam kucing Afrika. Anak kucing RM30 ribu tunai. Itu baru seekor. Kalau dia ada 10 ekor, sudah RM300 ribu, belum lagi dia caj GST.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Itu apa Yang Berhormat, tahunan.

Satu ekor Tuan Yang di- Pertua, anak kucing, serval cat. Ini kucing Afrika. Dalam Instagram, main tolak-tolak saja

orang dok beli. Saya tidak hendak cakap siapa yang beli, kalau saya cakap lebih, anak Raja beli, orang marah saya. Akan tetapi adalah, pelakon beli, anak Raja beli, semua segala- galanya beli melalui sistem sosial media. Macam mana kita hendak pantau? Macam mana kita hendak tahu dalam aspek pelesenan ini, pelaksanaan akan dibuat secara jujur? Takkanlah pelesenan ini kita hanya tengok dalam kedai-kedai yang hari ini jual binatang seperti Pets Bow, dalam keadaan situasi yang boleh kita mengukur. Akan tetapi dalam situasi kita tidak boleh mengukur. Dia main sistem email, sistem online. Sistem-sistem sosial media ini yang bagi saya akan menjadi satu gangguan kepada pelaksanaan undang- undang kebajikan haiwan disebabkan pemantauan itu mungkin terhad. Jadi ,saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri dan juga agensi kerajaan yang bertanggungjawab supaya mereka mesti lebih peka kepada elemen sosial media. Jadi, saya hendak minta ini, paradox-b-exotic-pet ini, panggil dia. Dok macam-macam binatang, dengan iguana dia, dengan ini. Yang Berhormat Menteri tidak percaya, sekarang ini Yang Berhormat Menteri masuk lah dalam Instagram itu tengok. Berapa banyak binatang dijual. Saya pun tidak tahu daripada mana dia boleh import ini. Saya rasa kalau dia hendak bela dari Malaysia, hendak kahwinkan, saya rasa tidak ada besar ini kucing itu. Ini punyalah cantik. Bukannya saya hendak beli tapi tidak akan lah RM30 ribu Tuan Yang di-Pertua. Gaji Ahli Parlimen dua bulan tidak pun sampai RM30 ribu. Inilah isu yang saya kata kadang-kadang pelaksanaan mereka menyalah guna daripada minat-minat rakyat Malaysia kepada spesies-spesies yang berlainan dan seterusnya. Kemudian saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri dalam aspek seksyen 28, tentang kanak-kanak beli. Kata 12 tahun, kanak-kanak tidak boleh beli, tidak boleh katanya, penjualan haiwan kepada orang yang berumur 12 tahun ke bawah. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak extend kan argument ini, jangan pula hendak kata 12 tahun ke bawah, tidak semestinya budak-budak itu yang nakal. Kadang-kadang isunya orang-orang tidak betul ini beli binatang ini yang tidak betul sebab katanya daripada kajian, keganasan dilakukan kepada binatang domestik sebagai contoh. Yang pukul kucing, pukul anjing itu fasal dia stress Tuan Yang di-Pertua. Dia hendak pukul bini, hendak pukul suami tidak boleh, dia dok pukul lah balun kucing dengan anjing itu. Tidak semestinya 12 tahun ke bawah. Elemennya mental kapasiti, bukannya elemen umur. Jadi, saya terima pada hakikatnya ukuran yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tentang definisi kemunasabahan, the reasonableness. Maknanya, reasonable itu kalau boleh bawah 12 tahun jangan beli lah. Akan tetapi 12 tahun ini gaji pun tidak ada, dia hendak beli macam mana? Selalu mak bapak dia yang beli. Dia dok kata ayah, ayah beli, mak, mak beli. Mak, ayah sayang anak macam-macam dia beli. Bila sampai dekat rumah dia tidak bela sebab anak pun tidak bela, binatang lagi dibalunnya.

Jadi dalam perkara ini, mungkin elemen penjualan ini kita kena lebih luas. Saya tak naklah minta kepada Yang Berhormat Menteri siapa yang hendak jual ini kita hendak tengok ada tak certificate of fitness, sama ada orang yang beli ini pernah tak masuk Tanjung Rambutan kah belum masuk Tanjung Rambutan. Masalahnya, yang ganas dengan binatang ini, dia tak masuk Tanjung Rambutan. Kerja profesional tetapi dekat rumah dia balun sahaja binatang itu sebab apa lagi dia hendak buat? Dia sudah geram sangat. Inilah masalah yang sedang berlaku. Akan tetapi saya tak tengoklah pada aspek kambing dekat rumahkah, ayamkah. Dalam aspek binatang ini luas. Macam-macam binatang kita boleh tengok. Ada binatang ini memang suka disebat tetapi tengoklah pada elemen dia. Akan tetapi saya fahamlah dia punya isu di sebalik seksyen ini, para ini yang mana saya tahu bahawa kementerian mahukan satu situasi yang berjaga-jaga, prevention is better than cure sebagai contoh. Kononnya bawah 12 tahun ini mungkin tidak munasabah dalam aspek pembelian tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, budak-budak 12 tahun dia tak mampu hendak beli. Yang belinya, yang hendak dapat lesen ini selalunya emak dan ayah yang melakukan secara tidak langsung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor bangun, Yang Berhormat. Sebelah kiri.

Oh, hendak cakap pasal binatang pula. Okay, lung lay, lung lay.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya bila mendengar perbahasan Yang Berhormat Pengerang jelas menunjukkan bahawa Yang Berhormat Pengerang ini memang pencinta haiwan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang setujukah dengan saya, dengan adanya akta yang diperkenalkan pada hari ini sudah tentu akan melonjakkan lagi nama Malaysia ke arena antarabangsa terutamanya dalam memastikan nama baik Malaysia itu terjaga dari segi hak asasi haiwan di negara kita? Saya mohon pandangan.

Itu sebab Yang Berhormat Kuala Selangor, saya katakan dua-dua beza. Definisi dunia ini bukan hanya kebajikan haiwan. Ia berlaku kepada elemen not only animal welfare tetapi rights of animal. Itu yang saya kata ada beza. Animal welfare ini tentang hubungan manusia dengan binatang iaitu binatang itu berhak mempunyai perlindungan. Akan tetapi animal rights ini lain. Animal rights ini ialah hak binatang itu. Maknanya, contohnya kita marah, kadang-kadang orang di dunia ini dia marah bila haiwan korban dilakukan dalam raya haji sebagai contoh, mereka mempunyai negativity. Ataupun yang berlaku pembunuhan sebanyak-banyaknya. Contohnya, ikan dolfin di Jepun sebab orang Jepun ini dia suka makan tuna. Dia makan tuna banyak, dia kena bunuh dolfin. Dia hendak selamatkan tuna business, dia bunuh dolfin beribu-ribu sebagai contoh. Itu animal rights.

Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Pengerang, Sibu sini.

Oh, ada juga. Okey.

Ya, saya dengar Yang Berhormat Pengerang cakap begitu baik akta ini. Akan tetapi mengikut akta ini, akta ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak. Mengapakah akta ini begitu baik tidak terpakai di Sabah dan Sarawak? Adakah ini menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak memang sendiri ada autonomi?

Yang Berhormat Sibu, saya tak boleh jawab. Saya bukan Menteri ya. Yang Berhormat Menteri kena jawab, saya tak boleh jawab. [Ketawa] Yang saya boleh jawab pasal binatang ya. Jadi dalam elemen ini, saya hendak sebut tentang seksyen 29 yang terakhir.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, dia orang Sarawak Yang Berhormat. Dia tahu kenapa Sabah tak terpakai, Sarawak tak terpakai.

Saya tak tahulah. Mungkin sebab...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dia sepatutnya tahu.

Sarawak ini mungkin dia patut tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Orang Semenanjung pergi Sabah dan Sarawak pakai pasport, pakai IC, ada imigresen. Dia mesti tahu. Ya, Menteri jawablah nanti. Tak apa.

Nanti Menteri jawablah, saya bukan Menteri. Ya, Menteri jawab. Ini saya hendak habis ini. Penganiayaan terhadap haiwan, Bahagian V, kesalahan penganiayaan, seksyen 29 sebagai contoh ya. Memang teranglah tentang kekejamannya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera, menakutkan, menyebabkan, memperoleh segala-galanya yang kita tahu pada definisi kemunasabahan, reasonableness. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dua perkara. Pertama, elemen kasi. Tuan Yang di-Pertua tahu tak kasi itu apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang kasi...

Kasi itu maknanya dia potong itu – macam you hendaklah. Maknanya orang lelaki itu dia tak ada – ini budak-budak ada, saya tak boleh cakap tak ada benda tetapi tak adalah. Itu kasi ya. Tak payah cakaplah. Faham-faham.

[Dewan riuh]

Kasi. [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Sulong faham kot.

Saya rasa sahabat saya ini semua hendak dikasi, saya pun tak tahulah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dulu-dulu dia orang kasi binatang...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kembiri Tuan Yang di-Pertua, kembiri. Kembiri itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Kembiri itu, yes.

Ya, doktor dah cakap. Tuan Yang di-Pertua, dulu Tuan Yang di-Pertua, bila hendak kasi lembu dengan kambing, mungkin sahabat-sahabat pembangkang tak tahu, dia masukkan binatang itu dalam guni, dia buat lubang dua sahaja. Dia tolak-tolak binatang itu, lubang itu keluar dua, dua benda alah itu keluar, ‘chung’ dia potong. Dulu kasi tak ada injection langsung, Tuan Yang di-Pertua. Tanya Yang Berhormat Menteri, dia faham isu saya. Sekarang ini hendak operate dengan kasi ini, inject, kucing tidur, anjing tidur, beruk tidur, potong. Ha, lepas itu dia jalanlah. Pasal dia tak tahu tiba-tiba dia sudah tak nak kah, tiba-tiba tak ada naikkah, wallahualam. Jadi dalam lima penganiayaan ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, seksyen 29 ini, ada tak elemen kasi? Apakah definisi kasi itu? Maknanya pada tahap yang mana perlu dioperationkankah atau masukkan dalam guni? Kalau tidak, adanya beberapa mengatakan bahawa elemen kasi ini diwajibkan kerana hendak mengurangkan pembiakan yang begitu banyak yang menjadi beban kepada masyarakat dan juga kepada binatang itu sendiri. Ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dalam elemen kasi. Last sekali kepada Yang Berhormat Menteri, saya ucap tahniahlah kepada denda...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Pengerang, sikit Yang Berhormat Pengerang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya bila dengar potong-potong ini saya kena masuklah sebab dulu saya kerja di klinik, kerjanya potong, tetapi saya bagi bius, saya bagi semua. Akan tetapi saya tak buatlah kembiri ini. Saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat Pengerang, negara kita ini, setuju tak saya dengan rang undang-undang ini perlu, sangat-sangat penting kerana negara kita ini hendak jadi developed nation, hendak jadi negara maju, kita tak mahu negara maju, rakyat kejam. We don’t want a developed nation with people who do cruel things to an animal, dengan izin. Jadi setuju tak Yang Berhormat Pengerang dengan saya?

Yang Berhormat Bagan Serai, bukan sahaja cruelty to animal tetapi cruelty to human being pun kita tak nak. Itu sebabnya sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Contohnyalah. Jangan dok tangan-tangan isteri lagi. Itu saya hendak terang sebagai contoh kan.

[Dewan riuh]

Jadi dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri, saya ucap tahniahlah hendak bagi denda RM20,000 minimum, paling tinggi RM100,000 selepas itu dia kata atau masuk penjara tiga tahun. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Menteri, tolonglah bagi dulu masuk penjara dulu, ajar dia sikit. Apakah pula kita hendak denda duit? Orang-orang yang macam eksotik cat ini, duit dia beribu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar bangun Yang Berhormat.

Siapakah dia?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kapar.

Dia pun hendak cakap? Aduh, apalah Yang Berhormat Kapar hendak cakap, Yang Berhormat Kapar. Okeylah, silakan.

Kapar pun minat dengan kebajikan haiwan, Yang Berhormat Pengerang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Pengerang, saya hendak kepada perhatian Yang Berhormat Pengerang di mana baru-baru ini ada dalam laporan akhbar yang mengatakan seekor kucing yang hampir hilang mata akibat diterajang dengan kuat tetapi persoalannya adalah, perilaku sebegini adalah sangat kejam tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menghukum perilaku-perilaku sebegini. Saya terima baik akta sebegini tetapi persoalannya adalah execution. Ada tak benda ini akan diaplikasikan supaya kebajikan terhadap haiwan ini betul-betul dijaga? Jangan sekadar kita buat undang-undang yang cantik molek tetapi pelaksanaan tiada. Saya harap ada pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Kapar, itu sebabnya saya cakap tadi, mungkin Yang Berhormat Kapar masuk lambat, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, ada Lembaga bagus tetapi minta hotline. Hotline supaya rakyat boleh telefon membantu pelaksanaan sebab kita tahu dalam elemen pelaksanaan ini kadang-kadang tak cukup orang. Akhir sekali dalam poin saya tentang isu seksyen 29 ini, saya hendak minta kepada Yang Berhormat Menteri, dalam elemen-elemen contohnya endangered species, binatang yang memang kata orang dalam kategori yang begitu susah hendak dapat, memang bahaya, takkanlah anak cucu kita nanti tengok lagi 10 tahun, 20 tahun binatang ini semua sudah tak wujud dah. Semua sudah kena jual, sudah kena bunuh, sudah kena makan. Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri komitmen daripada kerajaan kalau dalam perkara ini komitmennya begitu positif, mintalah minimum masuk penjara dulu. Ha, duduklah dengan penyamun tarbuskah, perogolkah, baru dia tahu. Dia buat binatang macam binatang itu tak ada perasaan. Kita buat dia macam binatang selepas itu. Itu saya minta kepada Yang Berhormat Menteri kalau boleh jangan cakap pasal denda sahaja sebab denda ini orang ada duit, dia bayar dia lari. Akan tetapi isu elemen penjara, ajar dia sikit supaya dia menghormati bukan sahaja binatang tetapi menghormati kepada definisi kita sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pengerang menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 ini. Pada dasarnya saya ingin mengatakan di sini bahawa saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menggubal satu undang-undang yang baru untuk menjaga kebajikan haiwan dan adalah tiba masanya untuk kami mengambil langkah ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan progresif, kita juga harus menjaga kebajikan haiwan ini.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ini jelas dilihat undang-undang yang sedang dibentang di hadapan kita bahawa terdapat beberapa langkah dan patut kita beri sokongan agar kebajikan haiwan ini betul-betul

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

dijaga demi kepentingan imej Malaysia seperti mana yang dikatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini. Akan tetapi ada beberapa isu dalam undang-undang ini yang patut saya timbulkan. Pertama ialah di mana ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pengerang iaitu kehendak bagi lesen. Ini satu langkah yang baik. Pada dasarnya semua perlu dilesenkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Jadual 1 dalam rang undang-undang tersebut agar kesemua aktiviti tersebut dari segi penginapan haiwan, pembiakan haiwan ini ada undang-undang untuk mengawal aktiviti-aktiviti tersebut. Akan tetapi apa yang kami khuatir adalah ada beberapa aktiviti yang mungkin akan menjadi masalah seperti satu misalan kalau seseorang itu mengambil langkah untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang didera untuk sementara waktu adakah lesen juga perlu dipohon. Ini sangat penting sebab dalam kehendak bagi lesen ia hanya nyatakan apa aktiviti yang memerlukan lesen. Kita tidak mempertimbangkan situasi di mana seseorang mungkin mengambil langkah sementara sahaja. Jadi ini harus kita perhalusi agar orang-orang yang betul-betul menjaga kepentingan dan kebajikan haiwan yang dianiayai pula. Kita harap ini tidak akan berlaku lagi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sibu bangun lagi, Yang Berhormat.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya rasa saya juga pun mengalu-alukan akta ini dan saya juga menghormati autonomi Sarawak. Akan tetapi saya lihat dalam akta ini ada menubuhkan satu lembaga baru tetapi akta ini tidak terpakai di Sarawak. Saya rasa kita semua tahu itu kes bunuh kucing itu memang berlaku di Sarawak. Akan tetapi akta ini tidak terpakai di Sarawak. Jadi saya rasa Kerajaan Persekutuan haruslah memberikan peruntukan yang sewajarnya kepada negeri Sarawak supaya Kerajaan Negeri Sarawak pun boleh menubuhkan satu lembaga yang seumpamanya supaya Kerajaan Negeri Sarawak pun boleh mengubah akta macam ini supaya boleh dipakai di negeri Sarawak.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sibu atas isu yang dibangkitkan. Memang itu akan saya sampai kemudian. Memang seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Dewan ini undang-undang ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak dan kenapa saya hendak tanya kita tidak mengambil peluang ini untuk memperluaskan penguatkuasaan undang-undang ini terhadap Sabah dan Sarawak. Seperti mana yang dinyatakan memang ini penganiayaan dan kezaliman terhadap kebajikan haiwan ini berlaku di mana-mana tempat. Kita lihat seperti mana apa yang berlaku di mana pihak-pihak tertentu ataupun syarikat meracun gajah pygmy dan mati. Selepas itu apa tindakan yang diambil sampai kini, saya rasa tidak ada tindakan yang telah pun konkrit diambil terhadap pihak yang terlibat. Jadi, adakah undang-undang ini cukup untuk melindungi skop tersebut. Kita lihat syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan, keuntungan mereka membunuh gajah- gajah ini demi menjalankan perniagaan mereka. Jadi saya harap undang-undang ini juga terpakai di seluruh Malaysia dan bukannya seperti sekarang hanya di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ini adalah sangat penting dalam penggubalan undang-undang. Kita ada peluang untuk menjadikan undang-undang kita satu komprehensif di mana ia akan berkuat kuasa di seluruh Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terhadap isu yang dibangkitkan oleh penubuhan lembaga kebajikan yang akan ditubuhkan di bawah undang-undang ini ada satu isu yang amat penting bahawa kelayakan ahli-ahli ini langsung tidak ada kriteria. Siapa yang layak untuk duduk di lembaga kebajikan ini tidak ada dihuraikan. Apa yang lebih penting kita hendak tanya kenapa NGO-NGO yang terlibat memang dalam isu-isu kebajikan haiwan ini ataupun individu-individu yang mempunyai pengalaman dan juga ada experience yang begitu baik untuk menolong menggubal atau menjadi komposisi ahli lembaga kebajikan ini tidak dimasukkan. Kenapa mereka dipinggirkan dan lebih penting merekalah yang selama ini patut menekan bahawa kerajaan patut mengambil tindakan dan sekarang ini kita ada satu peluang pihak-pihak ini tidak termasuk dalam penubuhan lembaga kebajikan ini.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Saya rasa adalah penting untuk satu lembaga yang mana ia terdiri daripada semua golongan orang yang mempunyai kepentingan iaitu stakeholders dalam isu kebajikan haiwan ini. Oleh itu ini adalah satu isu yang juga perlu kami perhalusi bahawa adakah kita perlu untuk lagi meluaskan kriteria ahli lembaga kebajikan ini. Buat masa ini saya hendak sentuh terhadap isu-isu spesifik dalam penggubalan undang-undang ini dan seksyen-seksyen yang berkaitan. Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang tadi kita ada satu peluang sekarang yang pentingnya menjaga kebajikan haiwan di mana kita hendak menghalang kezaliman berlaku kepada haiwan-haiwan ini tetapi apa yang kami amat hairan adalah seksyen 30 di mana pihak berkuasa tempatan diberi kuasa untuk membunuh. Seksyen 30 izinkan saya membacanya, Tuan Yang di-Pertua; seksyen 30(2)(a) “pembunuhan haiwan itu bagi maksud untuk dimakan oleh manusia”. Ini dikecualikan. Jadi ini menjadi satu loophole, dengan izin. Sekiranya orang ditangkap kerana membunuh seekor anjing ataupun kucing dia kata untuk makan memang kalau ada orang yang makan kucing dan anjing dan kalau dia bersandar kepada proviso dia akan lepas ini. Ini patut dikeluarkan walaupun kita terima hakikat memang ada orang yang makan anjing dan kucing ini tetapi kita tidak boleh menjadikannya satu right to eat and to kill. That is important, dengan izin. Atas isu pihak berkuasa tempatan ini juga dikatakan di sini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Seksyen 30(2)(e), “pembunuhan itu dilakukan bagi maksud kawalan populasi haiwan oleh mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan di bawah mana-mana undang- undang yang bertulis”. Maknanya pihak berkuasa tempatan mereka boleh sekarang atas undang-undangnya. Mereka ada hak untuk membunuh seperti anjing-anjing liar di kawasan- kawasan awam ataupun kucing-kucing liar di kawasan awam padahal ada cara yang lebih baik untuk mengawal populasi iaitu dengan izin, trap, neuter, return and manage. Tujuan ini to control the population growth. Kita faham ada vermin seperti tikus di pasar-pasar ini kita perlu bunuh mereka tetapi kalau undang-undang seperti 30(2)(e) diluluskan maknanya pihak berkuasa boleh tembak dan bunuh semua haiwan ini demi nama untuk mengawal populasi. Ini adalah salah. Jadi patut juga dikeluarkan daripada ini kecuali di situasi ia adalah satu...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Berkenaan dengan undang-undang ataupun yang mengatakan catch and kill. Maknanya tangkap dan bunuh ini, setuju tidak Yang Berhormat Ipoh Timur dengan saya bahawa memang sebenarnya catch and kill ini adalah satu perbuatan yang kejam dan tidak mendidik dan ia juga mungkin memerlukan belanja yang lebih besar kerana tangkap ini perlu ramai manpower dan sebagainya dan dilihat satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Setuju tidak dengan saya.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ya, saya memang setuju. Itulah isu yang saya bangkitkan di sini catch and kill ini kejam dan padahal seksyen 30 ini kita memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk catch and kill. Ini tidak betul. Cara yang betul adalah tadi saya ada katakan trap, neuter, return and manage. Tangkap neuter, dengan izin selepas itu dia tidak boleh biak, return and manage itu sahaja. Dia tidak akan membiak lagi selepas di neuter. Ini kaedah yang diterima oleh semua NGO-NGO atas kewangan yang mereka sediakan, banyak yang dilakukan seperti ini. Kerajaan harus menggalakkan tindakan sedemikian untuk mengawal populasi ini. Bukannya dengan memberi satu kuasa di bawah undang-undang kepada pihak berkuasa untuk...

Yang Berhormat Ipoh Timur boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Gerik.

Tuan Yang di-Pertua. Macam mana Yang Berhormat Ipoh Timur, kita berhadapan juga dengan masalah ancaman macam kera, beruk dan tikus yang berleluasa. Kalau kita tidak buat pencegahan bunuh haiwan ini, ia lagi

memberi ancaman kepada kita. Jadi macam mana pandangan Yang Berhormat Ipoh Timur berkenaan perkara tersebut.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Kalau begitu atas isu ini binatang-binatang kena tangkap dan bunuh, itu cara yang salah. Saya tidak setuju. Kera juga boleh ditangkap padahal saya nampak because ada satu sahaja kera yang lari yang datang ke dalam kawasan bandar ditembak oleh pihak berkuasa. Kenapa perlu tangkap dan lepaskan balik kepada kawasan habitat mereka sendiri. Mereka keluar bukan kerana apa, macam kera ini kerana habitat mereka telah dimusnahkan oleh manusia. Kita harus jaga habitat mereka bukan bunuh mereka apabila mereka keluar. Ini salah, saya tidak setuju. Maafkan saya Yang Berhormat Gerik, okey. Oleh yang demikian saya amat berharap seksyen 30 di mana kuasa diberikan oleh pihak berkuasa ini tidak diluluskan. Bayangkan ini bukan hanya di negeri-negeri tertentu tetapi di semua tempat pihak berkuasa mengambil langkah yang senang tembak sahaja dan selepas itu musnahkan carcass haiwan yang ditembak mati ini. Ini telah menimbulkan banyak perasaan marah di kalangan orang ramai. Jadi undang-undang ini sepatutnya menjaga hak kebajikan haiwan effectnya berlainan. Oleh itu saya berharap pihak kementerian dapat memperhalus dan membuat satu pindaan dan kedua, seksyen ini patut dikeluarkan. Satu isu yang amat penting kepada individu-individu yang mana dikatakan penyayang kepada haiwan terutamanya anjing-anjing road show ini. Kita lihat dan kita tahu banyak anjing ini diberi kosmetik surgery yang mana telinganya dipotong, ekor dicrop untuk menjadikan ia seekor haiwan road show di mana masuk satu pertandingan dan menang. Undang-undang ini kita telah pun ada ambil perhatian terhadap isu ini. Akan tetapi apa yang saya khuatir adalah dalam undang-undang ini yang mana seksyen 29(1)(h) izinkan saya rujuk kepada seksyen tersebut, “Mana-mana orang yang mencacatkan mana-mana haiwan dengan apa-apa cara termasuklah memotong telinga, memendekkan ekor, mencabut gigi taring, mencabut kuku, menyelar, menindik atau mengurangkan salakan suara juga dikeluarkan melainkan dengan apa cara untuk tentukan dan diperakui oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor-doktor veterinar berdaftar.” Undang-undang ini tepat tetapi apa yang saya khuatir adalah di pengakhirnya. Kita hendak halang untuk dengan izin, crop the ears dan dog tail seperti anjing-anjing ini. Akan tetapi kenapa kita telah mengatakan ia boleh dibuat oleh veterinar dan juga doktor-doktor veterinar berdaftar? Padahal kesemua tindakan ini sedang dilakukan oleh mereka. Saya bukan kata tidak boleh tetapi hadkan situasi-situasi ataupun condition yang tertentu sahaja seperti kesihatan haiwan akan terganggu jika tidak buat demikian. Kalau kita benarkan seksyen ini, tiada effect langsung. Semua orang yang membeli anjing-anjing untuk show ini mereka akan pergi kepada veterinar potong ekor dan juga telinga sebab veterinar dibenarkan. Jadi harap ada pengawalan ataupun sekurang-kurangnya satu had di mana mereka dibenarkan untuk berbuat demikian. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kita lihat dalam seksyen-seksyen ini memang niat kerajaan adalah baik, saya menyokongnya tetapi effectnya, contradictory, berlainan. Oleh itu isu yang dibentangkan di sini adalah satu isu yang perlukan pertimbangan yang halus lagi. Daripada segi penguat kuasa rang undang-undang ini, apa yang saya khuatir adalah pegawai kebajikan haiwan yang dilantik ini di bawah seksyen 36 tidak dinyatakan lagi kelayakan beliau. Beliau mempunyai kuasa yang besar di bawah undang-undang ini seperti boleh menyita dan masuk dengan cara yang perlu. Akan tetapi apa yang dinyatakan dalam ini adalah apa-apa bilangan pegawai awam, sesiapa pun boleh jadi pegawai kebajikan haiwan ini adalah tidak betul. Sekurang-kurangnya ada kelayakan ataupun kriteria-kriteria yang ditentukan untuk mereka layak menjadi pegawai kebajikan haiwan ini. Seperti mana yang telah Menteri katakan tadi mereka mempunyai kuasa. Kita tidak boleh beri kuasa ini kepada seseorang dengan sewenang-wenangnya tanpa at least dengan izin standard that qualification require. Kita tidak berniat untuk memandang rendah kepada sesiapa pun tetapi seharusnya tugas ini diberikan kepada orang yang berkelayakan. Inilah apa yang saya khuatir dan yang lebih penting sekarang niat undang-undang ini mengenakan

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

satu denda yang agak tinggi sehingga RM75,000 ini adalah begitu baik tetapi kategorinya adalah di bawah seksyen 60 lagi. Kesalahan-kesalahan ini boleh di kompaun. You have a negative effect dengan izin kalau kita benarkan semua kesalahan ini diberikan kompaun dan yang lebih hairan adalah tidak dikatakan hanya untuk kesalahan pertama. Jadi soalan yang habitual offender dengan izin dia boleh pohon kompaun kesalahan-kesalahan mereka. Kenapa ini dibenarkan walaupun kompaun ini harus mendapat kebenaran.

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ya, nanti just one second. I want to finish this off . Kebenaran daripada pihak pendakwa raya padahal kita memberi satu ruang untuk mereka mengkompaun kesalahan ini adalah tidak betul. Ya.

Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Timur terima kasih. Saya bersetujulah yang bunuh monyet dan kera ini tidak patut. Saya Tuan Yang di-Pertua saya nampak semut pun saya tidak bunuh, saya letak dekat bawah. So, saya rasa elemen itu perlu dipupuk. Secara holistik apabila kita tengok undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, ia lebih nampak macam an eye for an eye kita hukum. Akan tetapi saya tengok juga kita juga kena memupuk perasaan kasih sayang. Saya bagi contoh Amerika Syarikat yang memang terkenal dengan membunuh haiwan-haiwan ini. Di Amerika Syarikat mereka telah melaksanakan satu kursus seperti kursus pemilikan dan cara memupuk kasih sayang. Tambahan kepada itu mereka juga menubuhkan satu polis khas station squad untuk membela dan menjaga kebajikan haiwan peliharaan. Benda macam itu tidak ada dekat sini. So saya rasa secara holistik walaupun ada hukum-menghukum itu saya rasa kementerian juga kena pandang elemen-elemen lain untuk memupuk kasih sayang dan untuk mendidik dan mengasuh masyarakat supaya menjaga, menyayangi dan membela haiwan- haiwan ini dengan cara yang terbaik. Itu saya rasa amat tidak dipandang oleh akta ini. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Ya memang setuju dengan Yang Berhormat Kapar ini bahawa itu memang niat yang perlu kita pertimbangkan dalam menggubal rang undang-undang ini agar kebajikan haiwan itu terpelihara. Banyak NGO di luar mereka menyokong kerajaan untuk menggubal rang undang-undang ini tetapi apa yang mereka khuatir adalah sesetengah peruntukan yang telah saya hujahkan tadi memberi kesan yang sebaliknya. The effect it becomes contrary dengan niat kerajaan menggubal rang undang- undang ini. Kita harus menjadikan satu rang undang-undang ini undang-udang yang konkrit dan komprehensif di mana kita bukan kata tidak ada ruang langsung tetapi sekurang-kurangnya mencapai matlamat dan hasrat kerajaan untuk betul-betul menjaga kebajikan haiwan dalam menggubal rang undang-undang ini. Akhirnya saya ingin mengatakan di sini bahawa memang saya pada dasarnya Ipoh Timur kami menyokong kelulusan undang-undang ini. Akan tetapi saya harap isu-isu yang dibangkitkan dalam penghujahan saya ini diambil perhatian dan tindakan diambil dengan sewajarnya untuk memperbetulkan...

Yang Berhormat Ipoh Timur boleh saya tambah satu lagi? Tentang akta ini saya amat hairan walaupun Sarawak tidak termasuk dalam akta ini tetapi pada page sembilan, muka surat sembilan di dalam ini ada cakap bahawa Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pertanian Sarawak hendaklah menjadi anggota dalam lembaga ini. Adakah ini masih sesuai dalam akta ini kalau akta ini tidak terpakai di Sarawak?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Memang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibu ini saya setuju. Di bawah seksyen 3, ia tidak terpakai ke atas negeri Sabah dan Sarawak tetapi dalam penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan ini, mereka terlibat sebagai anggota padahal yang penting seperti mana yang saya katakan tadi pihak NGO- NGO tertentu. Ada NGO yang memang berwibawa untuk mengutamakan kes kebajikan

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

haiwan ini. Mereka tidak termasuk dalam proses urus tadbir ini. Sabah dan Sarawak yang langsung undang-undang ini tidak akan terpakai, pegawai mereka masuk dalam ahli lembaga pengarah. Jadi ini adalah satu keadaan yang tidak betul dan harus diperbetulkan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Sibu. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, inilah penghujahan saya dan saya harap isu-isu yang saya bangkitkan akan mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri dalam kes ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan kepada inti pati perbahasan saya, tadi saya mendengar apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Sibu tentang apa yang beliau maksudkan dalam akta ini yang mana akta ini tidak termasuk dalam Sabah dan Sarawak. Beliau mengaitkan pula dengan seksyen 6 fasal 3 yang mengatakan bahawa “Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah dan Penolong Pengarah Kanan (Veterinar) Jabatan Pertanian Sarawak hendaklah menjadi anggota ex- officio”. Saya ingin membetulkan kerana dalam konteks apa yang dikatakan dalam akta ini memang betul Sabah dan Sarawak tidak termasuk tetapi lembaga boleh menjemput khususnya pegawai-pegawai di Sabah dan Sarawak bukan untuk menjadi ahli lembaga dan juga mengundi tetapi anggota ex-officio. Maksudnya sebagai jemputan dan tetamu supaya hasrat dan niat akta ini dapat digerakkan kepada seluruh rakyat, tidak kira Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Jadi, saya rasa ini penting untuk pemahaman daripada segi falsafah sesuatu akta itu. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Minta laluan boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Ini isu yang kami bangkitkan di sini. Bukan kata kita bantah bahawa di Sabah dan Sarawak undang-undang ini tidak terpakai, kenapa pegawai dari Sabah dan Sarawak masuk dalam ahli lembaga ini tetapi kita rasa very odd dengan izin. It’s very odd when the act that does not apply to the state but the officer from the state is in the Lembaga. Kenapakah tidak pula masukkan individu-individu tertentu yang mempunyai pengalaman ataupun kepentingan dalam kebajikan haiwan? Bukankah itu lebih baik? Betul atau tidak?

Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timur. Saya lihat ini merupakan satu perkara elemen yang saya rasa harus dijelaskan dan mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menerangkan dengan lebih lanjut lagi kerana dalam konsep akta ini sepertimana yang telah disebut, sudah tentu bila disebut ex-officio ini merupakan dijemput dan bukan menjadi anggota lembaga tetap yang boleh mengundi dalam sesuatu keputusan. Ini menunjukkan bahawa supaya maklumat itu sampai. Setiap apa yang dibentangkan, dibincangkan mengenai kebajikan haiwan dapat turut sama dipanjangkan maklumat tersebut di peringkat Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meneruskanlah daripada segi topik perbahasan pada petang ini. Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015. Saya melihat ia merupakan antara satu rang undang-undang yang bertujuan untuk mempromosikan kebajikan dan pemilikan bertanggungjawab haiwan adalah amat penting, bersesuaian dan bertepatan kepada keadaan dan realiti semasa. Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atas inisiatif memperkenalkan akta ini yang saya fikir ini sangat bertepatan dalam senario semasa terutamanya bagaimana untuk melonjakkan lagi negara Malaysia terhadap menjaga kebajikan haiwan. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga turut membolehkan penubuhan Lembaga Kebajikan Haiwan yang saya anggap amat penting dan relevan dengan meneliti fungsi yang digariskan. Sebagai contoh, fungsi lembaga itu untuk memantau kerja-kerja persatuan atau badan yang ditubuhkan bagi maksud mencegah trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan. Selain itu, lembaga ini juga akan memantau kerja-kerja

perlindungan haiwan termasuk dalam rumah penyelamat dan tempat perlindungan. Ini sudah tentu pasti akan memastikan bahawa setiap pengendalian haiwan dengan lebih kebertanggungjawaban di mana pada masa kini, tiada langsung lembaga atau entiti yang menjadi pemantau sebegini. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, lembaga ini juga turut bertanggungjawab memberikan pendidikan berhubung layanan perikemanusiaan kepada haiwan dan menggalakkan pembentukan pendapat umum berhubung tindakan yang mengakibatkan trauma, kesakitan atau penderitaan kepada haiwan. Hal ini sangat penting Tuan Yang di- Pertua, di mana hukuman sahaja bukan jalan penyelesaian yang mutlak kepada penjenayah terhadap haiwan. Pada hemat saya, keutamaan harus diberikan kepada pendidikan bagi menyemai perasaan tanggungjawab kepada haiwan. Semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kebajikan haiwan pastinya akan mengalu-alukan langkah kerajaan ini untuk menggubal Akta Kebajikan Haiwan dan sekali gus akan menggantikan Akta Haiwan 1953 berbanding dengan Akta Haiwan 1953 yang hanya memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 sahaja. Penganiaya haiwan selepas ini bakal berdepan dengan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta ini. Termasuk menganiaya haiwan, membunuh dengan menembak tanpa sebab munasabah, pemberian racun dan usaha niaga perniagaan haiwan seperti yang berlaku ketika ini. Pada masa yang sama, mana-mana individu yang melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua dan berikutnya boleh didenda tidak lebih daripada dua kali ganda daripada denda asal dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga bulan. Secara umumnya, di peringkat antarabangsa, draf deklarasi universal tentang kebajikan haiwan menggariskan prinsip-prinsip kebajikan haiwan dan tanggungjawab manusia terhadap haiwan. Deklarasi tersebut antara lain meletakkan prinsip asas bahawa haiwan ialah makhluk hidup dan berupaya untuk mempunyai persepsi dan sensitiviti terhadap kesakitan dan keadaan sekeliling haiwan tersebut. Justeru, adalah penting setiap manusia untuk melayan haiwan dengan sewajarnya dengan penuh kemanusiaan dan tanggungjawab. Silakan Yang Berhormat Parit Sulong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa Yang Berhormat katakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hari ini Yang Berhormat Bakri belum bercakap bagi pihak Yang Berhormat ya.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Ketawa] Kasihanlah. Dia adiklah. Kasihan adik. Saya tertarik dengan apa yang tadi Yang Berhormat katakan mengenai urus niaga perniagaan haiwan dan segala-galanya. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat sebab sekarang ini, perniagaan ini saya tengok melalui atas talian juga diadakan dan ia bukan hanya terpakai di Malaysia sahaja tetapi perniagaan ini dilakukan secara international juga. Jadinya, adakah Yang Berhormat juga menyatakan bahawa sepatutnya perniagaan haiwan atas talian ini juga perlu mengambil kira perkara ini semua atau hanya tertakluk kepada perniagaan secara biasa melalui personal to personal. Minta pandangan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong atas pertanyaan yang diberikan kepada saya. Sudah tentu apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi menggambarkan daripada segi pelaksanaan khususnya apabila akta ini nanti diluluskan kerana pada hemat saya, seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pengerang juga, daripada segi jualan sama ada menggunakan talian atau media sosial, sudah tentu ada batasannya.

Ia tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan satu kelonggaran dengan adanya perkara-perkara jualan haiwan-haiwan ini tanpa ada sekatan ataupun peraturan. Ini kerana yang paling penting sekali adalah falsafah dan dasar akta ini untuk memastikan bahawa kita ingin menunjukkan bahawa kebajikan haiwan itu tetap menjadi ukuran utama walaupun ada

elemen komersial di sebalik itu, kalau konteks penjualan melalui talian dan sebagainya, tetapi perkara pokok ialah bagaimana kerajaan ingin mengajak rakyat khususnya dalam memastikan kebajikan haiwan itu menjadi ukuran utama dalam kehidupan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada prinsip 5 kebebasan untuk haiwan yang diterima luas pemakaiannya oleh majoriti negara di dunia juga perlu diambil kira oleh manusia dalam mengendalikan haiwan yang termasuk manusia harus bertanggungjawab memastikan haiwan secara amnya; (i) bebas daripada kehausan dan kelaparan; (ii) bebas daripada ketidakselesaan; (iii) bebas daripada kesakitan, kecederaan dan penyakit; (iv) bebas untuk hidup dalam keadaan yang normal; dan (v) bebas daripada ketakutan dan penderitaan. Saya amat berharap semua rakyat Malaysia akan sentiasa ingat kepada lima prinsip yang dinyatakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya perkara- perkara mengenai kebajikan haiwan ini sebagaimana yang terkandung dalam akta ini dapat diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah dan kursus-kursus berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi memandangkan saya kira kesedaran di kalangan rakyat agak kurang. Apatah lagi Tuan Yang di-Pertua kes-kes penganiayaan terhadap haiwan sering dilaporkan dalam media. Tidak kira di media massa atau di media sosial. Sebagai contoh seorang wanita pernah didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menzalimi tiga ekor kucing dengan memukul menggunakan payung menendang serta menyakiti haiwan malang itu apabila mahkamah juga memerintahkannya dipenjarakan tujuh hari jika tidak/gagal membayar denda itu. Penganiayaan wanita berkenaan terhadap tiga ekor kucing itu sebelum ini tersebar luas di laman sosial, Facebook dan blog selepas dimuat naik ke internet hasil rakaman kamera litar tertutup CCTV di lokasi tempat kejadian. Rakaman lima minit itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Insiden sebegini berlaku ada kalanya kerana kurang kesedaran dalam kalangan rakyat yang saya kira wajar disemai sejak bangku sekolah lagi. Pada masa yang sama saya juga menyokong cadangan penaung Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Selangor Tan Sri Lee Lam Thye yang mencadangkan supaya kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan melaksanakan dasar kebajikan haiwan jika ingin terus menjadi sebuah negara maju penyayang dan belas kasihan. Saya kira dasar kebajikan haiwan yang akan menjadi pelengkap kepada rang undang-undang ini akan ternyata dalam konteks yang jauh lebih luas. Secara umumnya tanggungjawab manusia terhadap haiwan banyak digariskan dalam pelbagai ajaran agama. Semua agama di dunia menyeru kepada pentingnya menjaga kebajikan haiwan dan tiada satu pun ajaran agama menganjurkan kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan. Dalam ajaran Islam itu sendiri terdapat adab tertentu dengan haiwan apabila terdapat hadis sahih yang menceritakan bagaimana seorang lelaki dimasukkan ke dalam syurga hanya dengan memberi minum seekor anjing yang dalam kehausan. Dalam satu hadis yang lain juga menceritakan seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatannya yang mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap rang undang-undang ini juga akan menyatukan semua Ahli Parlimen dan disokong sebulat suara. Pendek kata Hari Haiwan Sedunia yang bakal disambut pada 4 Oktober nanti pastinya akan bermakna dengan rang undang-undang ini diluluskan pada hari ini. Malah akan lebih dinobatkan dalam sejarah serta juga suatu yang akan menggembirakan semua pencinta haiwan. Pencinta haiwan juga menunggu-nunggu rang undang-undang ini dibawa ke Parlimen untuk diluluskan. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian setelah lulusnya Rang Undang-undang ini, dicadangkan juga sebagaimana yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri dalam di Kementerian Pertanian iaitu setiap tahun ada hari Peladang Penternak Nelayan, mungkin sudah sampai masanya mungkin juga boleh mewujudkan Hari Haiwan ataupun dalam konteks karnival kebajikan haiwan yang di samping itu juga boleh mengajak

pelancong-pelancong dari luar negara untuk melihat jenis-jenis haiwan yang ada dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada kementerian yang telah mengusulkan idea Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan. Dengan ini saya memohon menyokong Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015, sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini telah lama ditunggu-tunggu oleh rakyat dan juga persatuan-persatuan dan aktivis-aktivis yang terlibat dalam aktiviti menyelamat dan kebajikan haiwan. Sebelum ini Akta Haiwan 1953 yang digubal dalam zaman British selepas disemak dalam tahun 2006, saya rasa tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat, hanya ordinan yang diubah menjadi akta dan kita telah menunggu lebih setengah abad untuk pindaan yang penting ini. Saya juga percaya pada hari ini ada stakeholders yang penting iaitu persatuan- persatuan yang hadir juga di galeri Dewan termasuk We Care International (WCI) dan juga SPCA Selangor yang hadir pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah amat penting kerana cara dengan mana kita melayan haiwan akan melibatkan imej negara kita dan sebelum ini ada banyak insiden-insiden yang amat serius yang telah mencemar imej negara menjadi international news kes-kes penderaan haiwan dan ia menjadi masalah yang lebih besar kerana nampaknya kekurangan penguatkuasaan apabila perkara-perkara seperti ini berlaku. Ini juga pengalaman saya sendiri kerana saya juga lama menjadi aktivis kebajikan haiwan dan pengalaman kami adalah bahawa walaupun laporan demi laporan dibuat, kami melihat jarang tindakan diambil oleh badan-badan yang telah diberi kuasa untuk menguat kuasa. Badan yang paling penting yang mempunyai tugas ini adalah Jabatan Veterinar ataupun Department of Veterinary Services (DVS). DVS adalah the main enforcement agency dan saya terpaksa pada hari ini menyatakan bahawa kita merasa amat kecewa dengan tindakan penguatkuasaan yang diambil. Ia adalah seolah-olah kes-kes kekejaman terhadap haiwan tidak diambil ataupun tidak dilihat sebagai serius oleh pihak penguat kuasa. Ini juga mencerminkan saya rasa kalau kita lihat kepada statistik. Statistik penguatkuasaan Jabatan Veterinar yang saya lihat di sini kalau pada tahun 2012, bilangan pendakwaan bagi seluruh Malaysia ataupun Semenanjung Malaysia 122 sahaja, 2013; 88 sahaja. Kes mahkamah yang selesai 2012; 92, 2013; 72 sahaja.

Malangnya statistik ini juga yang saya dapat daripada website jabatan tidak menunjukkan apakah pecahan daripada kes-kes pendakwaan ini yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Mungkin hanya beberapa kes sahaja yang melibatkan itu. Ini ialah satu statistik yang amat mengecewakan dan rendah kerana takkan itu sahaja nombor KES yang boleh dibawa untuk pendakwaan memandangkan kita tahu bahawa kes-kes penderaan seperti ini memang banyak sekali berlaku, keluar di dalam YouTube dan sebagainya. Apabila menyebut mengenai penderaan, seperti juga disebut oleh seorang daripada Yang Berhormat tadi, kita perlu meneliti tindakan-tindakan yang dilakukan oleh PBT ataupun pihak berkuasa tempatan. Malangnya banyak daripada kes penderaan haiwan dilakukan pula oleh PBT sendiri. Ini menjadi satu masalah yang besar terutamanya apabila melibatkan tindakan-tindakan yang diambil untuk kononnya mengawal population anjing dan kucing dan sebagainya. Cara-cara yang digunakan adalah amat mengecewakan dan yang paling teruk adalah ini ialah agensi kerajaan sendiri, pihak berkuasa tempatan sendiri yang melakukan perkara ini. Contohnya untuk menangkap anjing, kontrak-kontrak diberi kepada private contractors yang mana mereka dibayar bergantung kepada berapa anjing ditangkap. Oleh itu, insentif mereka ialah wang dan apabila ini berlaku, mereka menggunakan berbagai-bagai taktik termasuk kekejaman, termasuk masuk dalam kawasan rumah orang dan menangkap anjing yang berada di dalam kawasan rumah walaupun tidak ada lesen supaya boleh dibawa

kepada PBT dan mereka mendapat wang untuk membawa anjing-anjing tersebut. Walaupun perkara ini telah ditimbulkan berkali-kali, kita lihat praktis ini masih dipraktikkan di PBT-PBT di seluruh negara. Saya tidak lihat perubahan banyak dan walaupun isu ini telah ditimbulkan tahun demi tahun demi tahun oleh aktivis-aktivis dan juga persatuan-persatuan yang terlibat di dalam menjaga kebajikan haiwan. Jadi, apabila akta ini diluluskan oleh Dewan, adalah amat penting bahawa penguatkuasaan diambil kira dan bukan sahaja terbatas kepada rakyat biasa tetapi jika ada anggota-anggota daripada PBT sendiri terlibat, maka tindakan juga mesti diambil ke atas mereka di bawah seksyen-seksyen di bawah akta ini. Tidak ada exception untuk sesiapa pun sebab walaupun dulu Tuan Yang di-Pertua, walaupun masalah di bawah Akta Haiwan 1953 adalah bahawa kompelin utama adalah bahawa penaltinya rendah, RM200 dan penjara enam bulan sahaja. Walaupun penalti rendah, kita lihat tidak ada seperti saya kata tangkapan pendakwaan di bawah akta itu walaupun penalti rendah. Jadi jika kita membawa akta baru, walaupun kita menaikkan penalti tidak berguna jika tidak ada satu perubahan yang radikal dan mendadak di dalam approach ataupun approach terhadap pendakwaan dan terhadap penguatkuasaan apabila kita dihadapi dengan kes-kes penderaan haiwan. Ini adalah sesuatu yang saya rasa...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya mendengar dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini sebelah menyebelah ke? Padang dengan Bagan?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, dekat-dekatlah tapi fikiran berlainan. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya mendengar dengan teliti perbahasan Yang Berhormat Padang Serai tadi. Setuju tak Yang Berhormat Padang Serai dengan saya kerana apabila walaupun denda, denda ini bagus. To punish is good tetapi walaupun denda dengan banyak tetapi akhirnya tidak akan mendatangkan kesan. Kita lihat contohnya dadah. Dadah denda sikit, dia buat. Denda banyak pun dia buat. Hukum mati pun dia buat juga. Jadi kita lihat ini perlu tak, setuju tak Yang Berhormat Padang Serai dengan saya yang rakyat sebenarnya perlukan satu anjakan paradigma, paradigm shift untuk melihat haiwan-haiwan ini dengan penuh kasih sayang, bukan dengan kebencian. With love, not with hate, dengan izin.

Ini kali pertama saya bersetuju sepenuhnya dengan Yang Berhormat Bagan Serai kerana akta dan hukuman hanya mencapai tujuannya that’s far sahaja, dengan izin dan pendidikan dan perubahan minda rakyat terhadap isu ini adalah lebih penting jika kita hendak memastikan bahawa masalah ini dihentikan. Of course dengan pastinya kita tidak boleh secara sepenuhnya mencegah berlakunya kes-kes penderaan tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkannya dengan serius. Akan tetapi penambahan hukuman walaupun bukan satu sahaja jawapan kepada isu penderaan tetapi ia sekurang-kurangnya akan menghantar mesej kepada mereka yang ingin melakukan perkara ini bahawa negara ini memandang serius kelakuan mendera haiwan. Sekurang-kurangnya ia bukan lagi satu kesalahan yang hukuman enam bulan sahaja. So, mesej itu saya rasa ada juga kebaikannya dalam mesej itu. Terpulang kepada hakim apakah keputusan ataupun hukuman yang akhirnya diberi. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu ini juga saya ingin sentuh juga mengenai bila saya sentuh tadi mengenai DVS, saya juga harap Menteri dapat memberi pencerahan semasa menjawab mengenai apakah juga kapasiti DVS dan apakah perlu kita untuk memberi mereka lebih resources, lebih pendakwa dan penyiasat supaya mereka dapat mengimplementasikan peruntukan-peruntukan undang-undang baru itu kerana kalau tidak mencukupi tenaga kerja, maka tindakan perlu diambil. Jika tidak, undang-undang baru ini juga akan menjadi satu death letter, dengan izin.

Satu lagi perkara saya rasa yang perlu kita ingat adalah bahawa kita tidak boleh melupakan sumbangan dan role dengan izin, yang dimainkan dengan NGO-NGO, aktivis- aktivis dalam isu menangani penderaan haiwan dan juga dalam isu animal welfare ini kerana kita tahu bahawa pada masa ini dan ini juga sedih bahawa kebanyakan daripada aktiviti menyelamatkan haiwan, menjaga haiwan yang merupakan haiwan jalanan, stray animals dan sebagainya, dilakukan terutamanya oleh NGO-NGO seperti Selangor SPCA dan PAWS dan banyak lagi groups yang melakukan kerja-kerja yang baik ini. Malangnya adalah bahawa saya percaya amat kurang bantuan yang diberi kepada organisasi-organisasi ini. Malah saya ingat dahulu organisasi-organisasi ini menghadapi masalah membayar sewa, mendapatkan tanah dan membayar overhead dan sebagainya dan saya harap ini sesuatu yang kerajaan mengambil kira dan menambahkan bantuan kepada NGO-NGO yang bersama dengan kerajaan untuk menangani masalah ini. Saya rasa kerajaan sendiri bersama dengan DVS dan enforcement officers tidak boleh menjaga kebajikan haiwan tanpa bantuan rakyat dan NGO-NGO dan sebagainya. Apabila saya sebut mengenai NGO-NGO ini, satu perkara yang amat penting ialah isu shelter. Ini ialah satu isu yang amat penting kerana saya rasa tidak ada suatu masih tidak mencukupi tindakan-tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu haiwan jalanan ataupun strays dan sebagainya. Apa yang berlaku adalah apabila sebuah pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa di sesuatu kawasan terlalu banyak anjing atau kucing, maka tindakan enforcement diambil. Dia menghantar dog catcher dan sebagainya dengan izin, ditangkap kemudian mereka dibunuh dan ini ialah sesuatu yang sedih dan kejam.

Jadi, untuk menangani masalah ini program-program spaying, dengan izin, kasi dan sebagainya yang dijalankan secara humane ataupun berperikemanusiaan dengan menggunakan pegawai veterinar yang bertauliah perlu dilakukan. Saya rasa ini masih tidak diimplementasi oleh PBT-PBT dan juga pihak kerajaan dengan cara yang serius. Ia selalunya approach, dengan izin, hanya untuk menyelesaikan masalah yang nampak pada mata. Ada terlalu banyak anjing liar tangkap bunuh. Itu sahaja. Akan tetapi kalau masalah ini hendak diselesaikan, maka spaying dan sebagainya perlu dilihat secara serius. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri akan mengambil syor ini dan berbincang dengan kementerian bagaimana hendak mengimplementasi program-program yang amat penting seperti ini. Saya boleh ingat sekarang di Kedah baru-baru ini, kes Pak Mi yang sekarang tidak berada dengan kita lagi. Beliau begitu pencinta haiwan sehingga beratus-ratus haiwan beliau telah selamatkan dan memberi mereka sebuah tempat untuk mendapat makanan dan sebagainya. Beliau juga menghadapi masalah yang serius masa itu kerana pihak berkuasa hendak mengambil tanah beliau. Beliau tidak ada tempat untuk meletakkan strays dan pada masa itu saya lihat tidak ada bantuan daripada sesiapa untuk Pak Mi. Inilah antara masalah yang saya kata bahawa kekurangan keprihatinan tersebut bagi pihak PBT untuk mengambil tindakan apabila melihat keadaan-keadaan seperti ini. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada bill sendiri ada beberapa perkara yang ingin saya timbulkan iaitu bermula dengan fasal 6. Membership of the board. Board ini ialah satu konsep yang baik. Akan tetapi apabila saya melihat membershipnya, malangnya list adalah kesemua terutama adalah civil servant yang mereka mempunyai kepakaran administrative dan sebagainya. Akan tetapi di manakah membership daripada NGO, umpamanya SPCA dan NGO-NGO lain yang mempunyai banyak yang mereka boleh sumbang kepada lembaga ini jika mereka menjadi ahli. Walaupun dalam klausa fasal 6(2) itu dinyatakan Menteri boleh melantik sesiapa pun menjadi ahli kepada lembaga tetapi ini ialah kuasa budi bicara. Saya rasa untuk menunjukkan pengiktirafan sumbangan mereka dan kepakaran mereka dan untuk memastikan mereka menjadi sebahagian daripada ikhtiar untuk menjaga kebajikan haiwan, sepatutnya mereka dimasukkan sebagai ahli di dalam board ini. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri dapat memberitahu kita jika ada NGO-NGO yang beliau akan namakan kepada lembaga ini secepat mungkin, terutamanya mereka yang mempunyai kepakaran yang besar dalam hal kebajikan haiwan. Tuan Yang di-Pertua, isu licensing yang ditimbulkan sebelum ini iaitu fasal 15. Prinsipnya saya rasa yang perlu kita ingati ialah kita mesti pastikan bahawa public turut diberi peluang untuk mengambil bahagian dan membantu di dalam menjaga kebajikan haiwan. Kita perlukan rakyat jika melihat sesuatu haiwan menghadapi apa-apa masalah supaya mereka

membantu haiwan itu, menyelamat dan kemudian mengambil apa-apa tindakan yang perlu. Malangnya, seperti yang saya rasa disebut sebelum ini, lesen diperlukan dan ini jelas daripada item 6. Item 6 jadual di bawah seksyen 15 yang jelas menunjukkan animal rescue and rehabilitation iaitu penyelamatan dan pemulihan haiwan juga perlukan lesen. Ada 13 item di bawah jadual tersebut. Yang lain semua saya rasa boleh diterima perlunya lesen dan ia sebab sesuatu yang baik. Oleh sebab kita lihat pada masa ini terlalu banyak kedai dan sebagainya yang menjual haiwan ini tanpa lesen. Akan tetapi untuk memasukkan juga aktiviti penyelamatan haiwan, saya rasa bukan sesuatu yang wajar. Ia boleh menakutkan ataupun menghindar rakyat yang hendak menyelamatkan haiwan daripada berbuat demikian kerana takut tidak ada lesen. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pastikan ataupun boleh pinda item 6 itu supaya tidak memasukkan animal rescue tersebut. Selain daripada itu Yang Berhormat, fasal 18. Tuan Yang di-Pertua, fasal 18. Kita lihat juga bahawa lesen yang di issuekan adalah bagi tempoh lima tahun. Saya percaya ini ialah tempoh yang terlalu panjang bagi tempoh lesen. Oleh sebab kementerian ataupun jabatan perlu monitor pihak-pihak yang diberi lesen. Jika diberi untuk satu tempoh lima tahun sekali, maka monitoring itu saya rasa tidak akan ada. Sekurang-kurangnya saya rasa lesen perlu diberi setiap tahun dan bukan bagi tempoh lima tahun. Satu pindaan yang boleh dibuat dengan mudah sahaja. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh consider. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh fasal 26. Ini sesuatu yang amat penting Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai haiwan yang digunakan dalam research testing dan teaching, dengan izin. Saya tidak tahu, I’m not aware mengenai mana-mana seksyen lain di bawah undang-undang kita yang memberi guidelines mengenai bagaimanakah treatment haiwan-haiwan yang digunakan bagi research dan animal testing. Ini saya rasa antara kali pertama. Itu sesuatu yang amat baik bahawa kerajaan telah kali pertama memasukkan seksyen seperti ini. Menurut fasal 26(3), ada guidelines juga yang akan di issue mengenai research dan testing haiwan di sekolah dan saya percaya universiti dan sebagainya. Saya juga harap sekali lagi Yang Berhormat Menteri, mengenai enforcement. Tidak ada begitu banyak sangat institusi yang menjalankan animal research dan sebagainya. Monitoring dan regulation adalah amat penting. Saya harap ini dijalankan dengan serius dan agresif terhadap mana-mana institusi yang menjalankan animal testing. Satu kekurangan saya rasa di bawah fasal 26 adalah bahawa tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa animal testing ini hanya boleh dijalankan apabila tidak ada alternatif lain selain daripada membuat kajian ke atas haiwan yang hidup. Jika ada alternatif, maka alternatif lain perlu digunakan. Sekarang ada banyak alternatif yang sedang digunakan di negara-negara barat dan sebagainya. Sebagai contoh, saya percaya di bawah undang-undang di Amerika Syarikat mereka perlu pastikan ataupun menunjukkan bahawa memang tidak ada alternatif dan terpaksa juga menggunakan animal testing sebelum dibenarkan. Itu di bawah undang- undang di Amerika Syarikat. Saya harap kerajaan juga boleh bergerak ke arah tersebut kerana animal testing ini kita perlu discourage kerana ada alternatifnya. Bukan tidak ada. Dalam menyatakan ini saya menerima bahawa memang ada testing seperti ini yang mungkin membawa kebaikan. Akan tetapi pada masa yang sama, jika ada alternatif, alternatif ini mestilah digunakan dengan test 3R itu iaitu reduce, refine, replace. Kita kurangkan penggunaan haiwan dalam animal testing. Kita pastikan bahawa testing itu dijalankan dengan cara yang tidak menyakitkan atau menyeksa haiwan-haiwan yang terlibat dan kalau boleh kita replace. Kita gantikan penggunaan haiwan dengan sistem computerize ataupun in vitro research ataupun cell research dan sebagainya. Ada di sini. Akan tetapi kalau kita tidak menyatakannya dalam undang-undang, saya rasa tidak ada insentif bagi institusi-institusi yang menjalankan animal testing ini untuk cuba mencari alternatif.

Juga daripada segi ini, saya rasa bahawa fasal 4 yang menyatakan fungsi-fungsi lembaga juga saya harap ditambah satu lagi fungsi iaitu untuk melihat apakah alternatif- alternatif kepada animal testing yang boleh dilakukan. Ini kerana saya percaya bahawa isu

animal testing ialah isu yang besar dan sesuatu yang perlu kita tangani seawal yang mungkin dalam undang-undang kita. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa fasal yang amat penting di sini ialah fasal 29 iaitu kezaliman terhadap haiwan, cruelty offences. Di sini saya juga mendapati bahawa Akta Haiwan 1953 nampaknya tidak dimansuhkan, masih ada. Concern saya adalah seperti ini. Kesalahan-kesalahan yang disebutkan dalam fasal 29, walaupun lebih daripada kategori- kategori di bawah Akta Haiwan 1953 tetapi kebanyakannya juga adalah overlap. Bermakna, kita ada dua set kesalahan yang sama dengan dua set penalti yang berlainan kerana Akta Haiwan dan ada juga Akta Kebajikan Haiwan yang juga mempunyai penalti yang sama. Saya khuatir jika keadaan seperti ini dan pendakwaan dibawa di bawah kedua-dua akta tersebut, maka ada pihak tertuduh yang boleh menyatakan bahawa ini adalah menentang perlembagaan terutamanya fasal 8, equality before the law kerana ada yang mungkin dicaj di bawah Akta Haiwan untuk kesalahan yang sama tetapi penalti lebih rendah. Ada yang mungkin dicaj di bawah akta baru ini kesalahan yang sama tetapi penalti lebih tinggi dan itu memang ialah isu perlembagaan yang penting. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melihat perkara ini. Saya rasa ia boleh menyebabkan confusion dengan izin, terutamanya juga kepada pihak penguat kuasa yang akan mengkategorikan kesalahan apabila membuat siasatan dan tangkapan dan juga kepada pihak pendakwa yang perlu memilih di bawah apakah kesalahan yang seseorang itu perlu dituduh. Fasal 30 Tuan Yang di-Pertua, disebut tadi iaitu killing of animals, shooting dan sebagainya, penembakan haiwan dan sebagainya. Seperti Yang Berhormat Ipoh Timur kata tadi, saya rasa klausa 2(e) itu iaitu control populasi haiwan secara penembakan ialah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cuma saya hendak bertanya Yang Berhormat Padang Serai, di peringkat Jawatankuasa Yang Berhormat Padang Serai tidak berminat untuk merujuk kepada fasal-fasal? Ini di peringkat dasar.

Ya, saya bawakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau benda ini fasal, elok kita berucap, sentuh semasa di peringkat Jawatankuasa.

Ya, saya tidak akan secara detil ya. Hanya secara prinsip sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Merujuk kepada killing of animal – saya cuma hendak jawab tadi satu isu saya rasa, apabila isu menembak kera ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat. Saya rasa yes, yang pertama tidak jatuh di bawah akta ini kerana di bawah akta ini takrifan animal itu tidak termasuk mana-mana haiwan di bawah Wildlife Conservation Act. Kera di bawah Wildlife Conservation Act. Akan tetapi yang kedua, saya rasa menembak kera itu pun bukan sesuatu yang boleh diterima. PERHILITAN ada cara-cara lain untuk menangani masalah populasi kera seperti yang disebut tadi. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya hanya ingin menambah bahawa dua perkara yang amat penting timbul daripada undang-undang ini dan at the expense of repeating, yang pertama sekali Tuan Yang di-Pertua ialah isu enforcement. Sekali lagi saya tekankan bahawa tanpa perubahan dalam sistem enforcement, undang-undang ini akan tidak bermakna langsung. Kedua, saya sekali lagi mengalu-alukan undang-undang ini kerana akhirnya satu mesej yang kuat dan jelas telah dihantar bahawa kita tidak akan lagi bertoleransi dengan tindakan mendera ataupun mengabaikan haiwan-haiwan seperti yang telah dilakukan selama ini. Seperti kata Mahatma Gandhi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way it treats its animals”. Tindakan undang-undang ini jika ada penguatkuasaan yang efektif, saya berharap akan menunjukkan progress kita di mata rakyat kita sendiri dan di mata dunia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih atas kesudian Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan 2015 ini. Kehidupan manusia di atas muka bumi ini sememangnya tidak akan lengkap tanpa kehadiran haiwan sama ada sebagai sumber makanan, sumber ekonomi mahupun sebagai teman kehidupan melalui peliharaan di rumah. Haiwan tidak dinafikan memainkan peranan- peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Untuk rekod, undang-undang pertama di dunia bagi melindungi hak haiwan telah diluluskan pada tahun 1822 oleh United Kingdom melalui Akta Martin ataupun Martin Act yang memberikan penekanan terhadap perlakuan kejam dan salah laku terhadap lembu ternakan. Ini bermakna sudah hampir 200 tahun lamanya hak haiwan turut dijadikan perkara penting dalam perundangan sesebuah negara. Di Malaysia pula, Akta Binatang 1953 menjadi undang-undang pertama berkenaan haiwan diluluskan dalam negara kita. Melalui akta tersebut, maka lahirlah pula akta-akta lain bagi melindungi hak haiwan-haiwan di Malaysia sama ada haiwan terancam, haiwan peliharaan mahupun haiwan ternakan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga telah menandatangani Deklarasi Universal tentang Kebajikan Haiwan PBB pada tahun 2008. Melalui deklarasi ini, Malaysia boleh dikatakan terikat dengan asas pembentukan deklarasi tersebut. Setiap negara yang menandatangani deklarasi ini telah bersetuju untuk memastikan kebajikan haiwan terbela dengan menghalang serta mengurangkan segala bentuk kekejaman serta meningkatkan dan mempromosikan kebajikan haiwan melalui penguatkuasaan undang-undang. Justeru, langkah kerajaan mewujudkan satu lagi undang-undang baru khusus kepada haiwan yang kini lebih terarah dalam menjaga kebajikan haiwan haruslah dipandang positif oleh semua pihak bersesuaian dengan deklarasi yang telah negara kita tandatangani ini. Tuan Yang di-Pertua, sebuah jawatankuasa yang diberikan nama Jawatankuasa Penasihat Kebajikan Haiwan Malaysia telah ditubuhkan sebelum ini pada tahun 2013 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kementerian bertanggungjawab untuk memainkan peranan dalam mengendalikan perihal kebajikan haiwan di negara ini termasuklah dalam menjamin hak-hak setiap haiwan di Malaysia. Jika dilihat peranan yang dimainkan, ia adalah hampir sama dengan Lembaga Kebajikan Haiwan yang bakal ditubuhkan kelak. Persoalan saya, adakah jawatankuasa ini akan terus kekal selepas kewujudan lembaga ataupun Lembaga Kebajikan Haiwan ini akan mengambil alih peranan yang akan dimainkan oleh jawatankuasa ini nanti? Keanggotaan jawatankuasa ini juga adalah lebih terhad berbanding lembaga yang akan diwujudkan kelak dengan pelantikan wakil-wakil daripada beberapa kementerian lain. Namun begitu, jika dilihat ahli jawatankuasa ini, ia juga terdiri daripada beberapa orang individu yang pakar dalam bidang haiwan. Walaupun melalui kewujudan lembaga perlindungan haiwan ini memberi kuasa kepada Menteri bagi melantik sesiapa yang dirasakan layak, berapakah jumlah keseluruhan kuota yang diperuntukkan kepada Menteri untuk melantik individu-individu ini?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya menyatakan perkara ini kerana merasakan lembaga ini haruslah dianggotai oleh mereka yang benar-benar mampu memainkan peranan proaktif dengan tidak melupakan wakil-wakil dari NGO kebajikan haiwan sedia ada. Oleh sebab mereka ini sememangnya lebih mengetahui tentang apa yang berlaku di peringkat bawah. Jadi, saya mohon agar perkara ini diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, suatu undang-undang itu hanyalah indah jika ia diikuti dengan penguatkuasaan yang menyeluruh. Undang-undang baru ini kelak bakal melibatkan peruntukan kepada haiwan-haiwan di pelbagai peringkat dan jenis. Kerajaan harus mengakui terdapat banyak lagi ruang serta kelonggaran dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya mengambil contoh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam. Walaupun terdapat peruntukan undang- undang, aktiviti penyeludupan haiwan eksotik masih lagi berleluasa di negara kita. Saya mengakui banyak usaha telah dilakukan kerajaan dalam membendung jenayah ini, namun ia masih lagi gagal menghalang aktiviti ini dari terus berlaku. Penyeludup haiwan eksotik ini bukan sahaja melibatkan individu ataupun perniagaan haram kecil-kecilan, malah ada yang turut melibatkan sindiket antarabangsa. Saya berharap di bawah peruntukan baru ini lebih banyak pengawasan, tinjauan dan tangkapan dapat dijalankan. Terutamanya di sekitar sempadan negara kerana melalui laluan inilah aktiviti penyeludupan ini kerap berlaku. Kerajaan juga harus menekankan betapa kerajaan serius dalam memerangi aktiviti haram ini. Walaupun denda RM100,000 itu dilihat tinggi, namun jika dilihat secara lebih mendalam, keuntungan yang diperoleh melalui aktiviti haram ini adalah jauh lebih tinggi. Saya ambil contoh tenggiling. Dikhabarkan untuk setiap satu kilogram tenggiling, keuntungan yang diperoleh penyeludup haram ini ialah RM600. Seekor tenggiling itu ada yang mencecah berat lebih 30 kilogram. Itu baru seekor. Akan tetapi jika penjualan ini dilakukan oleh sindiket antarabangsa mungkin jumlahnya adalah lebih besar. Kemungkinan hingga berpuluh-puluh ekor. Ini belum lagi termasuk haiwan-haiwan lain seperti kura-kura. Bermakna jumlah RM100,000 denda yang diletakkan itu sebenarnya masih lagi rendah. Selain itu juga, kerajaan juga diharapkan memainkan peranan selaku Pengerusi ASEAN untuk menggesa negara-negara serantau agar menitikberatkan tentang kesalahan jenayah melibatkan penyeludupan haiwan eksotik selari dengan kerjasama yang dimeterai di bawah ASEAN Wildlife Enforcement Network ataupun ASEAN-WEN. Negara-negara ASEAN yang kaya dengan pelbagai jenis haiwan sememangnya menjadi tumpuan kepada sindiket antarabangsa ini bagi mendapatkan stok serta bekalan haiwan-haiwan eksotik ini sebelum dijual ke negara-negara lain seperti China. Jadi, saya harap kerajaan menggunakan ruang dan waktu yang ada sebagai Pengerusi ASEAN untuk memainkan peranan penting dalam usaha kita membanteras penyeludupan ini daripada terus berlaku. Tuan Yang di-Pertua, sebuah NGO yang dikenali sebagai Badan Bertindak Haiwan pernah melaporkan bahawa setiap hari mereka menerima tidak kurang dari 10 aduan berkenaan kes penderaan terhadap haiwan peliharaan seperti kucing dan juga anjing. Manakala pada penghujung tahun lalu sahaja hampir 100 ekor haiwan pelbagai jenis seperti anjing, kucing serta ungka yang berada dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah banglo di Subang, Selangor telah diselamatkan oleh badan NGO Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia. Melalui berita-berita ini dapatlah saya simpulkan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan. Ini bermakna kempen kesedaran dalam memberi penerangan berkenaan hak-hak haiwan yang dilindungi oleh undang-undang, termasuklah peringatan tentang hukuman yang diperuntukkan terhadap pelaku kesalahan penderaan haiwan haruslah diperbanyakkan dan diperhebatkan lagi. Selain itu juga, kerajaan juga perlulah mengawasi serta memantau aktiviti peliharaan haiwan berbisa seperti ular, labah-labah, tarantula serta kala jengking yang dilihat menjadi trend pada hari ini. Walaupun peruntukan undang-undang tidak menghalang mana-mana individu untuk menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan asalkan mempunyai permit yang sah, namun saya merasakan masih ramai lagi yang memelihara haiwan-haiwan ini secara tidak sah tanpa permit. Memandangkan haiwan seperti ini dilihat sangat mudah untuk diperoleh, terutamanya dari kedai menjual haiwan peliharaan kecil-kecilan. Pemantauan serta penguatkuasaan perlulah juga dijalankan terhadap haiwan-haiwan lain yang kini menjadi trend peliharaan orang ramai seperti mana yang termaktub di bawah Jadual 1, Hidupan Liar yang dilindungi seperti sugar glider dan beberapa spesies kura-kura. Tuan Yang di-Pertua, kebajikan haiwan merupakan tanggungjawab manusia. Sesuai dengan kelebihan manusia yang mempunyai akal iaitu yang sesuatu haiwan tidak memilikinya. Menjaga kebajikan haiwan juga turut dituntut oleh semua agama dan tiada mana-mana agama pun yang mengajar manusia daripada melakukan kezaliman terhadap haiwan. Justeru, Hari Haiwan Sedunia yang disambut pada 4 Oktober setiap tahun haruslah

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

kita hayati oleh segenap lapisan masyarakat dan kewujudan sambutan tersebut sudah tentulah mempunyai makna dan signifikannya yang tersendiri. Pembentangan undang-undang baru ini sangatlah saya alu-alukan dan diharap beberapa perkara penting yang telah saya utarakan sebentar tadi mendapat perhatian lanjut daripada pihak kerajaan dan juga kementerian. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh pembentukan Akta Kebajikan Haiwan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan ini. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan satu rang undang- undang yang memang kita nanti-nantikan. Kita sama-sama harus memastikan bahawa ia menepati ciri-ciri yang dilihat, yang mahu dilihat oleh semua pihak yang mengambil minat dalam isu ini. Tuan Yang di-Pertua, poin yang pertama yang saya ingin sampaikan ialah berkenaan dengan pelantikan lembaga. Ini kerana kalau kita lihat dalam keanggotaan lembaga, di sini dikatakan bahawa lembaga itu terdiri daripada pegawai-pegawai ataupun mereka seperti Ketua Pengarah, pegawai kanan dan sebagainya by virtue of position. Akan tetapi tidak dimasukkan sekali mereka yang passionate berkenaan dengan kebajikan haiwan seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan saya sebelum ini, rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen sebelum ini. Wakil-wakil daripada NGO haruslah dimasukkan dalam keanggotaan lembaga ini. Saya harap sangat Yang Berhormat Menteri yang ada di sini dapat melihat secara serius berkenaan dengan penglibatan ahli wakil NGO dalam keanggotaan lembaga. Kedua, berkenaan dengan lembaga juga. Saya tidak berapa daripada kertas rang undang-undang ini bagaimana hubungan lembaga ini ke atas PBT contohnya. Apakah kuasa lembaga untuk mengawal tindakan PBT sekiranya PBT mengambil tindakan yang di luar perikemanusiaan seperti yang kita lihat dalam kes-kes yang sebelum ini? Jadi, yang ini saya pohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Poin yang kedua ialah berkenaan dengan haiwan jalanan iaitu stray. Saya juga telah disebut oleh pembahas sebelum saya tetapi saya ingin menambah berkenaan dengan keperluan kepada kita mengawal populasi haiwan jalanan ini. Ini kerana kita lihat bahawa hendak kasi ini, hendak kasi binatang ini mahal, agak mahal. Jadi, kadang-kadang orang yang bela binatang ataupun haiwan di rumah, pemelihara haiwan tetapi biarkan haiwan ini kucing kata contohnya beranak, beranak, beranak selepas itu pergi buang dekat restoran, dekat pasar. Selepas itu dia kata kesian kalau tidak dapat makan, jadi letak dekat kedai makan. Apabila kita tanya kenapa tidak kasi? Itu lebih dapat membantu mengawal populasi, mereka kata mahal. Hendak kasi satu ekor kucing dalam RM200. Jadi, mereka tidak mampu. Mereka kata lebih baik buang. Buang dekat kedai makan, dekat pasar dan sebagainya. Jadi, ini sekarang ini pula kita ada masalah haiwan-haiwan ini kacau orang makan, satu hal. Kemudian juga haiwan juga berpenyakit. Tuan Yang di-Pertua sekarang saya dimaklumkan oleh para doktor bahawa sekarang ada HIV kucing, ya HIV kucing. Dia boleh menular di kalangan haiwan dan juga boleh berjangkit manusia. Saya tidak berapa jelas tentang perkara ini tetapi yang tentang HIV kucing ini saya tahu memang para doktor beritahu saya ada penyakit ini. Jadi, kalau kita tidak kawal populasi ini ia menjadi satu perkara yang amat memudaratkan, apa orang kata masyarakat kita. Jadi, ini berkenaan dengan stray juga. Saya dapati bahawa dalam rang undang-undang ini tidak ada disebut di mana-mana berkenaan dengan peralatan dan kelengkapan yang boleh digunakan untuk menangkap stray. Tidak ada disebut mana-mana.

Oleh sebab itu kita ada satu kes di mana kita dapati apabila PBT menangkap anjing dan kucing ada yang cedera. Cedera telinga kerana...

Mencelah sikit Yang Berhormat Kuantan.

Ya. Yang Berhormat Ampang.

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tambah sikit kerana takut saya kena tinggalkan Dewan ya. Tadi Yang Berhormat Kuantan sebut stray animals, cuma saya hendak tanya mengenai beruk dan babi hutan yang sekarang sudah menjadi stray juga di kawasan saya terutamanya di Taman TAR. Di mana pemaju-pemaju telah masuk ke kawasan mereka, menceroboh kawasan mereka dan mereka tidak ada tempat dan mereka harus keluar mencari makanan. Lepas itu, ada pula pengunjung-pengunjung yang datang memberi makanan dan ia effect the residence of the area, dengan izin. Jadi sekarang kita hendak jaga manusia juga, hendak jaga haiwan juga. Jadi menimbulkan permasalahan. Jadi saya amat alu-alukan undang-undang ini kerana sebagai kita hendak mencapai negara maju mesti ada satu tanda aras undang-undang untuk menjaga kebajikan haiwan. Jadi saya minta agar Yang Berhormat Kuantan bantu saya dalam hal ehwal ini mungkin pemaju juga harus dipertanggungjawab apabila mereka membuat perumahan atau development di mana-mana harus pertimbangkan bagaimana dia hendak berkampung kan binatang-binatang ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Isu babi hutan dengan kera ini memang isu yang agak biasa juga dialami tetapi saya pohon pencerahan juga daripada Yang Berhormat Menteri, yang saya faham babi hutan dan kera ini termasuk di bawah akta yang lain. Hidupan liar. Dalam kes-kes yang melibatkan kera, kera terutamanya. Kerjasama dengan PERHILITAN mungkin boleh kita dapatkan dan untuk– sebab masalahnya kita yang ambil tempat mereka. Kita yang encroach ke dalam ruang mereka dengan pembangunan- pembangunan. Ada beberapa kes yang tempat saya duduk pun ada kes kera dan akhirnya kita hendak buat macam mana, kita yang masuk tempat dia dan kita panggil PERHILITAN. PERHILITAN tangkap, PERHILITAN masukkan dekat dalam dia punya sangkar, buat trap kemudian pindahkan kepada hutan-hutan ataupun tempat yang mereka boleh hidup. Akan tetapi bila dia masuk ke dalam bandar jadi isu besar. Isu masalah-masalah yang besar. Jadi bagaimana PERHILITAN ataupun bagaimana PBT hendak terlibat di situ saya pohon nanti pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin terus kepada point berkenaan dengan bagaimana mereka yang membiak haiwan ini secara komersial. Ada yang membiak haiwan secara komersial, biak kucing, biak anjing untuk dijual. Jadi mereka ini kadang-kadang tidak ambil kisah tentang kebajikan haiwan. Mereka tidak jaga kebersihan, mereka tidak jaga keadaan tempat tinggal dan sebagainya tetapi mereka hanya mementingkan keuntungan. Jadi bagaimana ya kita hendak mencari mereka ini kerana mereka ini tidak berlesen pun. Sekarang ini mereka biak di rumah. Saya pernah pergi rumah yang membiak kucing, baunya begitu busuk kerana mereka membiak kucing siam, kucing parsi dan kucing siam ini yang amat cantik. Akan tetapi kadang- kadang kebaikannya tidak dijaga. Juga berkenaan dengan pet shop, Tuan Yang di-Pertua. Kita simpan haiwan ini kadang-kadang kura-kura dalam baldi kecil. Bagaimana dengan kebajikan haiwan-haiwan yang disimpan di kedai-kedai di pet shop ini. Kadang-kadang duduk dalam baldi, duduk dalam sangkar kecil-kecil dan semata-mata dalam sebahagian daripada usaha pet shops ini untuk membuat untung. Seterusnya, saya ingin bercakap berkenaan dengan kebajikan haiwan ternakan. Haiwan ternakan Tuan Yang di-Pertua, tidak termasuk di dalam Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan. Saya mencari dalam akta binatang ada sedikit yang disebut berkaitan dengan good husbandry practice bagaimana haiwan-haiwan ternakan ini harus dibawa dengan cara yang baik. Akan tetapi tidak disebut di mana-mana. Pohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri kenapa tidak termasuk haiwan ternakan di dalam Rang Undang- undang Kebajikan Haiwan ini. Ini kerana haiwan ternakan akan juga perlu dijaga kebajikan mereka. Oleh sebab kalau kita tengok ada tiga aspek bagaimana kebajikan haiwan ini harus dijaga.

Satu daripada segi cara mereka diternak, kadang-kadang dalam kandang yang sempit. Kandang yang tidak bersih. Saya yang awal-awal, Yang Berhormat Menteri katakan tadi Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan ini merangkumi kebebasan haiwan, diet haiwan, kelakuan semula jadi haiwan, keselesaan haiwan dan sebagainya. Apabila kita lihat kepada aspek ini binatang ternakan selalunya dibiarkan di dalam sangkar yang kecil-kecil dan tidak dicampur, kadang-kadang keadaan kotor, diberi makan dan najis di tempat yang sama. Kalau bela ayam itu macam itu keadaan dia. Jadi ini tidak menepati apa yang di katakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan yang kelakuan semula jadi sebab haiwan ini seharusnya boleh lari bebas dan sebagainya. Akan tetapi dikurung dalam kandang-kandang yang kecil dan tidak berapa bersih. Macam mana daripada aspek kebajikan haiwan ternakan ini. Kemudian kita lihat pula haiwan ternakan ini sekarang ini ada antibiotik, ada hormon. Ayam dulu 45 hari, sekarang sudah 30 hari sudah boleh makan. Cepat injek supaya cepat gemuk dan cepat boleh disembelih membuahkan hasil. Ini juga, harus kita teliti. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri kerana kenapa tidak dimasukkan sekali dalam Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Kuantan. Sedikit. Yang Berhormat Kuantan, Can?

Ya. Yang Berhormat Kuala Kedah.

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulan Yang Berhormat Kuantan menyebut satu perkara yang saya banyak bercakap sebelum ini iaitu penternakan, yang kalau boleh saya minta Yang Berhormat Menteri respons, secara yang tidak alamiah dan memang diketahui bahawa ayam yang diproses demikian memang ia terseksa ada kajian yang dibuat dan akhirnya dia juga memberikan kesan yang sangat buruk pada kesihatan pada orang yang menggunakannya. Satu. Kedua, lembu yang dipelihara dengan cara terkurung dan hanya diberi makan untuk cepat gemuk, makan selain daripada rumput, dia mengalami liver failure ataupun kegagalan hati. Hatinya akhirnya bila disembelih tidak boleh dimakan seperti biasa, rosak kerana urea dan dia juga mengalami kegagalan hati tadi menyebabkan dia boleh kena depression dan lain-lain lagi. Selain itu dia juga mengalami kesakitan yang kuat. Jadi itu juga perlu lihat pada industri makanan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya pohon masukan ucapan Yang Berhormat Kuala Kedah dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, kebajikan haiwan ternakan tadi ya. Kebajikan haiwan ternakan ada disebut dalam akta binatang berkenaan dengan transportation. Maksudnya apabila kita hendak memindahkan haiwan itu daripada sebuah tempat ke sebuah tempat yang lain. Itu disebut bahawa mesti ada cukup makanan dan air minuman tetapi tidak disebut pula yang lebih lanjut daripada itu. Cuma dua line sahaja berkenaan perkara itu. Jadi kebajikan haiwan tiga aspek yang disebut tadi daripada segi cara ia diternak, Daripada segi injection hormon, pemakanan dia betul apa yang Yang Berhormat Kuala Kedah katakan tadi. Animal in stress, distress. Ia dalam keadaan distress dan dia akan menimbulkan kesan kepada kita manusia. Apabila saya pergi ke Saudi, ke Makkah Tuan Yang di-Pertua, disana tidak injek ayam mereka dan ayam mereka kecil. Akan tetapi ayam mereka lebih sedap. Mereka tidak injek, mereka tidak injek dengan hormon. Jadi, wajarkah kita biarkan penggunaan hormon digunakan ke atas haiwan ternakan ini dan kemudiannya kita pula yang makan menjadi dalam makanan kita. Jadi, Tuan Yang di-Pertua setakat itu yang perbahasan saya berkenaan dengan isu rang undang-undang kebajikan haiwan ini seperti yang saya katakan tadi memang ia amat dialu-alukan dan cuma kita hendak pastikan bahawa bila kita buat satu rang undang-undang ini biarlah ia kemas, biarlah ia menepati piawaian antarabangsa kerana it is not just to look good but it is to be really good. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua, (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk Rang Undang- undang Kebajikan Haiwan 2015. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Inilah rang undang-undang yang sudah lama ditunggu- tunggu. Kalau kita lihat Akta Haiwan 1953 sudah lebih dari 50 tahun dengan pindaan pada 2014. Telah menjadi kebimbangan pencinta-pencinta haiwan dan orang-orang yang kasihan dan sayang melihat haiwan, telah menjadi kebimbangan. Kalau kita lihat daripada surat khabar dan pelbagai media terutamanya media sosial menunjukkan betapa manusia hari ini sudah hilang perasaan. Manusia hari ini sudah tak ada belas kasihan mendera haiwan, kita lihat berbagai- bagai cara yang dilakukan melalui kekejaman, penganiayaan dan penyeksaan yang dilakukan sewenang-wenangnya dengan penuh kebanggaan. Ini yang lagi jahat. Haiwan hari ini kita lihat kucing, anjing ataupun haiwan ternakan telah ditendang, dipukul, dicekik, digantung, dibuat sampai mati. Selepas itu tepuk tangan seronok. Ini manusia apa? Apakah manusia yang sanggup buat begini? Tuan Yang di-Pertua, dalam salah satu daripada YouTube yang saya lihat, kucing letak dalam botol. Tutup, selepas itu tengok bila dia mati. Lambat mati, buka dan sembur asap rokok, bagi dia mati cepat. Ada binatang yang ditendang sehingga jatuh dari bukit sehingga mati. Saya lihat ada satu kisah di mana dia menijak mata anak kucing sampai terbenam. Anak kucing, anak kucing kecil sahaja, mungkin dia memakai high heels. Saya tak tahulah, bila sebut high heels ini lelaki atau perempuan. Dia jijak mata anak kucing sampai tembus. Bayangkanlah macam mana keadaan. Inilah yang menjadi kebimbangan, kerisauan, susah hatinya pencinta- pencinta haiwan. Tuan Yang di-Pertua, sebelum pergi jauh lagi saya ingin bawa satu cerita hari ini. Tentang belas kasihan, ihsan dan rahmat kepada insan dan even kepada animals, kepada haiwan. Bukan sahaja Allah SWT menerima amal tetapi Allah SWT mengampunkan dosa seseorang itu. Ini dikesahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu kisah seorang lelaki yang kehausan dia nampak perigi dia masuk dalam perigi dia minum air. Bila dia keluar dia nampak seekor anjing, saya repeat dia nampak anjing, bukan dia nampak kucing, dia nampak anjing. Dia nampak anjing yang kehausan menjilat-jilat tanah yang basah. Lalu dia berkata “Inilah keadaan aku tadi” maka dia turun dalam perigi mengambil air dengan kasut dia dan menggigit kasutnya bawa ke atas untuk bagi minum kepada anjing. Perbuatan ini sangat-sangat disukai oleh Allah SWT dan perbuatan ini mendapat kepujian daripada Tuhan dan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya. Lalu sahabat- sahabat Rasulullah bertanya, “Wahai Rasulullah adakah kita dapat pahala berbuat baik kepada binatang?” Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Berbuat baik kepada tiap-tiap hati yang hidup dan bernyawa akan diberi pahala oleh Allah SWT”. Hadis riwayat Al-Bukhari, maksud hadis. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat hari ini negara kita orang Malaysia ini terkenal dengan budi baiknya, lemah lembutnya, saya tidak tahulah apa sudah jadi sekarang ini sebab keadaan sudah berubah. Seksa binatang jadi kebanggaan, kita lihat melalui media sosial. Jadi, ini perkara yang sangat membimbangkan. Kita lihat negara-negara luar di dunia ini telah meluluskan undang-undang supaya dapat jaga haiwan dengan baik. Tuan Yang di-Pertua, dalam satu undang-undang di New Zealand yang baru diluluskan pada 9 Jun dengan izin, “Animals are now sentient beings in the eyes of the law according to the newly pass legislation in the New Zealand,” contohnya. The act stated says that it is now necessary to recognize animal as sentient. Apa makna sentient ini. Sentient ini bila saya kaji, ia adalah ability ataupun keupayaan untuk rasa to feel, perceive or experience subjective. Jadi di New Zealand akta ini telah berkuasa, maknanya kita kena lihat haiwan itu ada perasaan, dia rasa sakit, dia sakit, dia menderita, ini perasaan yang kena ada yang kita kena lihat, ini undang-undang di sana. Undang-undang ini telah dulu daripada New Zealand, Kanada sudah buat. Malah dalam satu kenyataan oleh Chairperson of The National Animal Ethics Advisory Committee, Dr. Virginia Williams dengan izin Tuan Yang di-Pertua. “To say that animals are sentient is to state explicitly that they can experience both positive and negative

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

emotions including pain and distress”. Jadi kita lihat, inilah dunia luar telah mengiktiraf perasaan yang patut kita rasa pada haiwan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada penderaan dan pemilik haiwan yang cuai dan tidak bertanggungjawab. Kita hendak bela haiwan, memelihara pets boleh tapi jangan biarkan dia menderita. Berdosa kita, kita kena sediakan tempat-tempat untuk dia, kalau tidak jangan cari fasal. Kalau hendak bela, bela elok-elok. Ada undang-undang pula hari ini hendak tengok sebab ada banyak kesalahan. Ada 21 kesalahan dera dalam Akta Kebajikan Haiwan ini berbanding lima kesalahan dalam Akta Haiwan 1963 Pindaan 2014. Dalam seksyen, dalam fasal 24 diceritakan tentang tanggungjawab pemilik haiwan, ini sangat penting sebab hari ini kita lihat macam-macam yang terjadi malah undang-undang yang dikenakan, punishment telah ditingkatkan. Dalam satu kes yang ditemui di Cheras kalau tak silap saya, seorang yang membela anjing 13 ekor telah mendera anjingnya. Saya tak dapat apa penderaan yang dibuat. Yang didenda RM200, kalau RM200 itu dia membayar tol dia sahaja. Buat tambahan lagi, itu yang saya sebutkan tadi dalam pencelahan, orang dadah ini sampai hukum mati pun dia buat. Jadi kalau tidak ada anjakan paradigma, paradigm shift, melihat haiwan dengan penuh kasih sayang. Melihat haiwan yang kita ternak sebagai rakan kongsi kita seumur hidup, kalau tidak jangan belalah. Kita kena layan dia lah, kita bela dia. Dia tak boleh cakap dengan kita dia sakit, jadi untuk melihat ini dan juga disokong oleh undang-undang yang hendak dibuat. Dulu RM200 tetapi hari ini tengok, hari ini pemilik yang cuai RM10,000 hingga RM50,000, denda satu tahun penjara. Penderaan RM20 hingga RM100,000, denda tiga tahun penjara, malah Tuan Yang di-Pertua saya juga mencadangkan kepada kerajaan hebahkan, tunjuk muka orang ini dalam surat khabar. Heret dia, tunjuk dia dalam surat khabar sebab apa dia tak ada hati perut. Negara nak pergi ke negara maju rakyat jadi kejam dan cruel to animals. Ini kita tak boleh benarkan.

Yang Berhormat Bangan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Jerantut, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Bagan Serai menimbulkan isu penganiayaan kepada haiwan dan ada kaitan pula dengan dendaan dan dicadangkan supaya dendanya lebih tinggi kepada mereka yang menganiaya haiwan. Cuma adakah Yang Berhormat Bagan Serai bersetuju dengan saya dalam pelaksanaan undang-undang ini daripada segi penganiayaan dan juga hukuman, kita hendaklah cuba meneliti beberapa aspek yang ada di bawah penganiayaan ini. Daripada segi pengertiannya misalnya, kalau kita rujuk kepada fasal 29(b) “Terlebih naik ataupun terlebih tunggal mana-mana haiwan kecuali aktiviti berhubungan dengan sukan…” Kita tahu di kampung-kampung Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini haiwan ini digunakan sebagai sumber pendapatan, misalannya di kampung orang menggunakan beruk untuk menurunkan kelapa. Jadi kita bimbang kalau daripada segi peraturan yang tak kemas nanti, beruk ini berapa pokok dia boleh panjat contohlah. Kalau satu hari ini apa peraturan, dia panjat lima pokok sahaja ataupun 100 biji kelapa sahaja diturun? Kita bimbang kalau tak jelas nanti ada orang boleh menganiaya pula kepada pemilik ini mengatakan dia menganiaya pula. Nampak benda itu kecil tapi kesannya kepada orang kampung kita, itu satu. Keduanya, di kebun-kebun sekarang ini tenaga manusia orang sudah kurang guna daripada segi pengangkutan sawit misalnya seperti Yang Berhormat Gerik, mungkin dia ada kebun sawit digunakan kerbau sebagai pengangkutan. Jadi berapa tankah kemampuan kerbau ini untuk tarik? Saya bimbang bukan fasal apa Tuan Yang di-Pertua, bimbang tersalah nanti orang kampung yang ada memiliki beruk dan juga kerbau ini dia boleh dituduh di bawah penganiayaan binatang kalau sekiranya kita tak teliti tentang perkara ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Datuk. Satu pandangan yang penting juga, masukkan dalam perbahasan saya. Akan tetapi saya melihat memang benda ini kompleks dan arbitrari. Manalah kita nak tahu terlebih tunggang atau terkurang tunggang? Mana kita nak tahu beruk ini, berapa pokok dia boleh naik? Nampak gaya Tuan Yang di-Pertua, kita kena tanya beruk-beruk. Ada beruk di sini? Di sini tak ada

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

orang macam beruk, kan? Perangai macam beruk pun tak ada? Ha, tak ada juga perangai yang macam beruk. Jadi, tak apa mungkin beruk lebih memahami beruk. Itu maksud saya. Itu maksud saya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang Fasal 30(2)(e). Seksyen 30(2)(e) Bahagian V berkaitan dengan pembunuhan haiwan. Ini menjadi satu isu yang sangat sensitif kerana tangkap dan bunuh atas alasan nak control population. Fasal ini membenarkan tangkap dan bunuh untuk control stray animal population. Stray ini gelandangan. Dia tak ada tuan, tak ada rumah, tak ada tempat, ini gelandangan. Ini adalah amat menyedihkan. Saya faham di banyak negeri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Lenggong bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, Parit Sulong. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Parit Sulong.

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat bertukar ke tajuk lain tadi mengenai ada setengah, bukan beruk lah, ini bukan beruk, ini mengenai kucing pula. Jadinya saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat, sekarang ini ada kegemaran di mana mereka ini membuat pembiakan baka melalui kalau manusia, dinamakan mixed marriage lah, tetapi kalau kucing, saya pun tak tahu macam mana. Saya bagi contoh ada spesies kucing yang dinamakan munchkin. Kemudian, dikahwinkan atau dibiakkan pula dengan sebagai contoh ya, scottish fold. Jadinya bila munchkin campur dengan scottish fold ini, sebab dua-dua itu elemen yang mana satu kaki pendek, satu lagi dia punya telinga tertutup. Dua-dua ada elemen, maknanya tidak sempurna lah daripada segi itu. Akan tetapi itu jenis kucing itu sendiri. Jadinya pada pendapat Yang Berhormat, adakah perkara ini kalau sekiranya dilakukan, adakah ia akan menyebabkan kucing tersebut dianiaya ataupun ia akan mengeluarkan satu breed baru di dalam kucing itu sendiri? Minta pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Ini cerita mixed marriage ini, kahwin campur ini, bukan sahaja binatang, bukan sahaja haiwan, manusia pun sama juga. Campur sahaja, dekat Malaysia ini tak lama lagi, tak ada lagi Melayu kahwin Melayu. Melayu kahwin Cina, Cina kahwin India, India kahwin Melayu, dia jadi apa itu? Saya tak tahu. Akan tetapi daripada segi haiwan ini, yang pertamanya hilang jati diri. [Ketawa] Dia sepatutnya kaki pendek, dia jadi, tak tahu, mungkin kaki kiri sebelah pendek, sebelah panjang, tak tahu dia hilang jati diri. Tapi biarlah haiwan, haiwan dia nak kahwin mix, biarkan dia, tak salah, sebab dia pun tak ada nak menikah ke apa, tak payah. Tuan Yang di-Pertua, saya tengah cerita tentang kesedihan melihat haiwan-haiwan yang ditangkap oleh PBT. Tadi Yang Berhormat Padang Serai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu bangun.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Just one minute. Tadi Yang Berhormat Padang Serai menyentuh tentang PBT maknanya ada orang yang dia tangkap, dia tendang, dia buat penganiayaan dulu. Matikan haiwan itu. PBT. Akan tetapi kita jangan sebut PBT sahaja sebab keseluruhan, saya sedang membawa isu bagaimana kita ini sepatutnya ada paradigm shift. Kita melihat dengan kasih sayang. Tuan Yang di-Pertua, saya nak sentuh balik tentang anjing. Anjing ini kita tengok....

Boleh ke, boleh...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

This one, you cannot stop me this one, one story. Anjing ini kalau pegang anjing ini untuk orang Islam, Muslim. Pegang anjing bersebab, saya tanya ustaz ni. Tapi ada ustaz sebelah sana saya dah tanya ustaz, saya bukan ustaz, saya doktor. Pegang anjing bersebab adalah harus. Bela anjing untuk keperluan yang dibenarkan untuk safety, untuk keselamatan, untuk jaga kebun boleh. Akan tetapi bela untuk pet, tak boleh. Jadi saya tanya. Dan kita tak patut membenci anjing sebab dia pun umat Rasulullah juga. Dia pun hamba Allah. It’s a creation of God. Makhluk Allah. Tuhan cipta dia, tak boleh benci dan mendera anjing adalah haram hukumnya di dalam Islam.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Islam ialah agama rahmat. Islam is a lovely religion. Sebab apa, kita mengutamakan kasih sayang. Jadi apa yang saya hendak sebut tadi, ialah kita kena lihat anjing dengan kasih sayang baru lah kita tak kejam. Barulah pekerja-pekerja dekat PBT tadi, dia tangkap, dia tak tendang, dia tak dera. Barulah macam itu. Apa dia nak buat, bergantung kepada undang- undang kita hari ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua kalau tidak, apakah yang jadi? Kita lihat hari ini, contohnya anjing. Duduk dipanggil dogs in the pound tempat dia sangat kotor, makan tak ada dan sebagainya. Kita dengar hari ini macam-macam. Mungkin macam orang buat dekat Rohingya itu. Akan tetapi pembunuhan cara catch and kill ini, sangat costly, sangat ineffective kerana dia tak akan habis. Dia akan datang lagi, dan lagi, dan lagi. New strays, gelandangan. Kita kena cari rumah untuk dia. Kita kena cari makanan untuk dia sebab amalan catch and kill ini ialah tidak perikemanusiaan dan tidak mendidik masyarakat untuk menyayangi insan binatang. Kita lihat ada majlis daerah yang saya baca ini, dia bagi tahu tangkap anjing seekor dapat RM10. Catch a dog, get 10 dollars. Nasib dia berhenti buat kerja ini. Kalu tidak orang semua berburu anjing, nak cari duit, jadi mata duitan. Silakan tadi, Yang Berhormat Batu.

Ya, saya nak balik kepada isu kahwinkan binatang ini sebab saya anggap undang-undang ini kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar manusia sebagai khalifah alam ini ialah kita kerana kahwin binatang ini dia tak ada pilihan. Kalau kahwin manusia nak campur ke, atau nak pure ke, itu pilihan manusia. Akan tetapi bila binatang yang lain breed ini dikahwinkan, mereka tidak ada pilihan sebab adalah untuk keuntungan breeder breeder ini. Setuju atau tidak sebenarnya tujuan kita ialah supaya kita hadkan yang breeder breeder ini yang tidak berlesen kerana tindakan mereka ini adalah sebahagian daripada penganiayaan dan kezaliman yang berlaku kepada haiwan ini. Oleh itu, saya rasa kita kena ketatkan hanya kumpulan profesional yang bertauliah, yang mempunyai lesen berhak untuk buat pembiakan, untuk dijadikan komersialkan supaya kita tak jadikan perbuatan kita menganiayai haiwan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Itu satu pandangan yang baik. Saya akan sentuh tentang effect on bio-diversity di hujung perbahasan ini nanti. Saya telah buat kajian sedikit yang melihat SPCA, sebuah badan NGO Society for the Prevention of Cruelty Against Animals. Jadi SPCA ini Tuan Yang di-Pertua, saya lihat SPCA ini sebenarnya saya kaji dia, start dari tahun 1853 di UK dan spread all over the world dengan izin, dengan satu misi, tetapi satu kumpulan yang berlainan kerana mereka ini tidak diberi peruntukan. Cari peruntukan sendiri. Di Malaysia ini ada 4-5 SPCA, dan di Selangor SPCA adalah yang paling aktif untuk mewujudkan haiwan yang bahagia lah kita katakan, menjadikan dunia ini macam syurga untuk haiwan. Tuan Yang di-Pertua, dalam satu press release daripada Petron SPCA Selangor, Tan Sri Lee Lam Thye menyeru agar kerajaan melalui majlis-majlis daerah supaya tidak mengamalkan catch and kill ini kerana catch and kill ini, seperti yang kita kata tadi, sangat kontroversi, tidak diterima masyarakat, tidak mendidik masyarakat, jauh lebih mahal. Sedangkan SPCA ini sudah bersedia untuk membantu kerajaan . Ini ialah pencinta-pencinta haiwan. Mereka ini tak dibayar. Mereka ini dengan sukarela, dengan penuh kasih sayang, buat kerja ini. Saya dalam satu press ini juga mengatakan, The Selangor SPCA President, Christine Ching, will ‘nap up’ workable solution, bermakna SPCA ini bersedia untuk memberikan nasihat, cara yang praktikal, educate, mengajar masyarakat dan juga pet owners bagaimana untuk jaga dan mewujudkan apa yang kita panggil program TNRM . Mereka mencadangkan supaya kerajaan embark on a Trap-Neuter-Release Management seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen dari Ipoh Timur? Ipoh Barat? Ipoh Timur ya Ipoh timur. Terima kasih. Saya dapat dengar tadi, berkenaan Trap-Neuter-Release Management. Yang ini sangat-sangat disarankan kerana program ini lebih berperikemanusiaan, lebih efektif, sustainable dan diterima oleh masyarakat.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Jadi kita lihat perkara begini memanglah penuh funding. Apakah yang tidak kena duit? Hari ini semua kena duit. Semua kena duit. Jadi, benda ini benda baik. Benda ini kita hendak menyatakan perasaan kita, nikmat yang Tuhan bagi pada kita. Jadi kita sama-

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

samalah patutnya. Kerajaan boleh bagi funding, NGO boleh bagi funding, boleh bagi peruntukan dan juga private veterinarian punya doktorlah dan sebagainya yang boleh memberi funding, membantu kerajaan, membantu badan-badan NGO ini untuk menjalankan usaha-usaha murni untuk menyelamatkan haiwan di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap tentang kesejahteraan haiwan. Bila cakap tentang kesejahteraan haiwan, kita lihat haiwan hari ini, bila dibela ataupun ditangkap ataupun di mana-mana saja diletak dalam sangkar. Ini penting. Sebab apa, haiwan mestilah dapat express dia punya behaviour, perangai dia, tabiat dia, lompat dia. Ini kita lihat ayam duduk dalam, Tun kata macam ayam berak kapur kan. Ayam berak kapur, dia pun mata pejam celik, pejam celik. Ini sudah teruk. Jadi masalah sebab apa, duduk dalam sangkar. Kita lihat, hari ini saya hendak tanya kerajaan, adakah satu garis panduan kerajaan tentang standard sangkar ikut spesies. Hari ini kita pergi zoo, panda dapat segala-galanya. Panda sekarang hebat. Panda ada banyak ruang. Tapi saya hendak tanya, tapir macam mana? Ataupun kita kata harimau macam mana? Ini pergi ganas sikit ini. Harimau dalam sangkar, harimau dia perlu lompat. Dia perlu jauh ke tempat dia. Sebab itu harimau perlukan tempat contohnya di hutan-hutan yang tidak diganggu hutan ini supaya ada tempat untuk harimau hendak duduk. Kalau harimau di zoo, tidak cukup kawasan untuk dia hendak exercise dia, hendak stretching dia, hendak lompat, hendak lari dia. Maka ini satu bentuk penderaan. Jadi kita hendak tahu siapakah yang memantau? Siapa yang memantau haiwan- haiwan yang dibela di rumah. Kucing-kucing yang dibela di rumah.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Harimau itu hidupan liar, hidupan liar bukan di bawah akta ini. Hidupan liar.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, itu saya sudah bagi tahu tadi, dia terlangkah sikit. Sebab apa harimau ini dia kucing besar. Saya hendak bagi contoh saja.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, sangkar kecil. Berbalik kepada sangkar kecil, tidak apa. Kita balik sangkar kecil. Sangkar kecil ini melukakan binatang, menyeksa binatang. Binatang tidak boleh bergerak, tidak puas. Hari ini saya hendak bagi contohlah, saya percaya kita di sini pun pernah naik bas. Siapa pernah naik bas daripada contohnya dari Perlis ke Kuala Lumpur. Naik bas, bas ekspres. Duduk dalam bas ekspres, kerekot, betul tidak. Apabila sampai di Kuala Lumpur, turun, turun daripada bas, hendak jalan pun tidak boleh. Itu baru 4 jam Tuan Yang di-Pertua. Kalau kena berhari-hari duduk macam itu, mana binatang, haiwan itu tidak sakit. Mana haiwan peliharaan itu tidak sakit. Jadi ini sangat-sangat penting sebab kita lihat hari ini, haiwan-haiwan yang dikurung macam ini, dibiarkan mati, dibiarkan sakit. Saya hendak tanya kerajaan siapa yang memantau benda ini sebab di rumah bukan senang hendak pantau. Satu lagi kita lihat yang disebut oleh Ahli Parlimen yang berbahas tadi, Yang Berhormat Kuantan kalau tidak silap saya, tentang transportation. Bagaimana hendak memindahkan haiwan. Kita lihat dekat highway, kadang-kadang lalu dekat highway, highway kita nampak. Ada lori-lori yang ayam duduk berhimpit-himpit. Ada yang mati kena jejak. Ayam, itik, ada bawa khinzir. Mereka diletak dalam sangkar yang kecil-kecil. Ini satu penyeksaan yang berlaku kepada haiwan hari ini. Sebab itu perlu Rang Undang-undang ini untuk melihat bagaimana supaya kita dapat memberikan keselesaan dan tidak menganiaya dan mengazab haiwan-haiwan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk sedikitlah, saya tidak pasti adakah terkeluar tetapi tentang hobi orang. Hari ini ada orang hobi bela burung. Ada hobi bela kura-kura. Macam- macam hobi ada dan dia bela dalam sangkar-sangkar dan sebagainya, apabila dia tidak mahu, dia lepaskan. Ada haiwan-haiwan ini yang boleh menyebabkan kesan pada biodiversiti. Bermakna, contohnya saya bagi tahu siput gondang emas, pomacea, dibela dalam akuarium cantik, tapi bila dilepaskan, menjadi perosak utama padi. Begitu juga dengan Flowerhorn, ikan yu dilepaskan. Begitu juga dengan satu jenis burung dia nama Red-billed quelea daripada Afrika. Dibela apabila dilepaskan habis padi semua dan dia membiak dengan begitu cepat. Ia boleh merosakkan dan meruntuhkan ekonomi negara juga kalau dibiarkan itu. Jadi saya hendak balik kepada Yang Berhormat yang menyebut tentang mixed marriage tadi ini. Contohnya burung ini, milky and painted

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

storks. Ini kalau dilepaskan dia akan buat hybrid. Ini yang saya sebut ini, saya pun tidak pasti adakah akan merosakkan biodiversiti ataupun hilang jati dirinya. Tuan Yang di-Pertua, kita perlu ada peraturan yang lebih ketat dan pantau permit haiwan ini untuk membela haiwan ini dan saya ingin bertanya sejauh manakah sebenarnya kerjasama di antara di antara Jabatan Veterinar, Perhilitan, Hutan, JPS dan Kesihatan dalam kawalan pemeliharaan haiwan ini. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita lihat, kita berdepan dengan haiwan makhluk Tuhan yang tidak boleh bercakap. Dia tidak boleh bercakap. Dia tidak boleh bangun dan bercakap bagi tahu tentang diri dia. Haiwan ini dia tidak boleh jadi wakil rakyat duduk dekat sini dan bercakap. Kalau bagi peluang demonstrasi secara haram pun dia tidak boleh buat. Jadi haiwan tidak boleh buat, kita manusia kena buat. Itu satu amanah dan saya menyeru agar Ahli-ahli Parlimen dari sebelah sana, jika politik membahagikan kita wakil rakyat, biarlah haiwan-haiwan ini menyatukan kita. If politics divide us dengan izin, let the animals unite us. Harap kita dapat setuju dengan perkara yang saya sebutkan ini. Sebelum saya akhiri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dua perkara lagi iaitu tentang, dua perkara saja hendak ulang balik iaitu tentang Fasal 32(e) ini, kita harap sangat kerajaan sedia untuk meminda, ready to change supaya kita jangan catch and kill. Tapi kita amalkan apa yang dikatakan TNRM itu, to trap, neuter, release and manage supaya kita dapat mengekalkan haiwan yang sihat.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Bagan Serai, sikit.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

...dan juga kerajaan .Sebentar. Kerajaan saya minta bersedia untuk mengeluarkan dana. Hari ini dengan kita ada GST dan sebagainya, sediakan dana, tolong NGO-NGO ini untuk menjaga haiwan di negara kita ini terutamanya, contohnya macam SPCA Selangor tadi supaya kita dapat sama-sama, satu amal jariah, kita jaga diri kita, kita jaga haiwan yang ada, yang berkongsi hidup dengan kita di dunia ini hari ini. Silakan.

Tuan Sivakumar VaratharajuDAP · PHBatu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat ada menyentuh tentang SPCA. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat, sama ada kerajaan mempunyai apa-apa organisasi ataupun tidak untuk menjaga haiwan-haiwan seperti ini sebab setakat ini yang kita tahu yang membuat ialah NGO-NGO sahaja. Kenapa kerajaan masih belum ada apa-apa organisasi untuk menjaga haiwan- haiwan yang terbiar sebab seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat tadi, memang terlalu banyak haiwan yang terbiar, okey, anjing dan kucing di luar. Kalau kita hendak bergantung kepada NGO seperti SPCA dan sebagainya mungkin tidak memadai. Jadi saya rasa perlu ada badan-badan kerajaan tertentu. Kita pun mungkin kena tubuhkan badan-badan tertentu untuk menjaga haiwan-haiwan ini. Apa pandangan Yang Berhormat berkaitan hal ini. Bukan sekadar kita memberikan peruntukan kepada badan- badan NGO tetapi kerajaan sendiri ada badan-badan tertentu. Sebab saya ada pengalaman di tempat-tempat tertentu saya pernah dengar apabila ada pihak membawa anjing untuk diserahkan kepada NGO, mereka tidak mampu untuk mengambil sebab mereka kata kosnya terlalu tinggi dan mereka mengambil terlalu banyak anjing dan sebagainya. Jadi mereka menolak. Bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Kerajaan bukan tidak jaga, ini yang kita silap ini. Kadang-kadang bila kerajaan membuat sesuatu benda, semua jadi, menderita rakyat semua. Sabarlah kan. Mana boleh buat sesuatu dapat kejayaan masa itu juga. Kerajaan sudah buat cuma tadi saya sudah tanya, saya hendak tahu kerjasama yang wujud di antara Jabatan Veterinar, Perhilitan, Hutan, JPS, Kesihatan dan sebagainya untuk menjaga haiwan ini. Tetapi saya mencadangkan supaya kerajaan memberi bantuan dan funding kepada NGO-NGO yang bersedia. Tapi yang akhir sekali yang sebut banyak kali juga tadi ialah tentang anjakan paradigma ini, tentang how we look at the animals. Bagaimana kita lihat haiwan ini sebenarnya. Kita melihat dengan kasih sayang atau kita melihat dengan benci. Because sebab kalau kita, hate cannot do anything, hate cannot heal anything, dengan izin, but love will heal the world. Kasih sayang ini sebab itu pada insan, pada haiwan ini kita lihat. Tadi saya dengar Yang Berhormat Kapar dia jejak semut pun tidak mati. Betul kah Yang Berhormat Kapar? Yang Berhormat Kapar sudah lari.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Kapar, nampak semut angkat semut. Tinggi martabat dia. Saya dekat rumah saya, rumah saya pun dekat hutan juga, ada beruk. Beruk datang, saya tanam pokok betik. Dia datang, dia curi betik rumah saya. Dia panjat dia curi betik, betik dia pegang. Dia pegang betik dia jalan macam ini. Dia tengok saya, saya tengok dia, tapi saya kata, engkau beruk, ini rezeki engkau. Engkau pergilah makan betik.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Bagan serai, beri saya minta laluan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Betik itu betik muda, dia tak cerdik. [Tepuk]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Bagan Serai, Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya minta pada...

Boleh cakap dengan binatang.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Bagan Serai boleh minta laluan?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Dia tak cakap terima kasih sebab dia tak kenal saya.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Boleh minta laluan?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Ya, bagi sekali.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Daripada apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat, jelas tak, betul tak, terdapat dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai ini. Yang pertama, ahli lembaga ini Bagan Serai juga telah menimbulkan isu pendapat SPCA ini, setuju tak dengan saya mereka patut dijadikan ahli tetap di dalam Lembaga tersebut agar kepakaran dan juga pengalaman mereka diambil kira dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga ini. Setuju atau tidak? Kedua, saya amat setuju dengan apa yang Yang Berhormat Bagan Serai kata tadi, untuk jangan kita adakan trap and kill. Itu adalah dengan izin yang amat act yang amat inhuman. Kebanyakan pihak majlis tempatan, mereka menggunakan kaedah ini sebab ia adalah singkat, senang. Tangkap, bunuh ataupun kadang-kadang mereka tak sempat bunuh, tembak, kena cedera sahaja dan langsung biarkan haiwan itu berkeliaran. Jadi, fasal 30(2)(e) ini, adakah Yang Berhormat Bagan Serai setuju kita patut ambil keluar? Jangan bagi satu hak kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengatakan, oh dalam undang-undang dibenarkan. Jadi kita lakukan apa yang diperuntukkan. Setujukah tidak?

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, itulah sebabnya tadi saya lihat tadi Yang Berhormat Padang Serai kali pertama 100% setuju dengan saya. Sekali ini pula saya buka 100% setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur sebab saya melihat fasal 30(2)(e) ini, bunuh ini saya tak setuju. Bunuh ini saya tak setuju. Saya harap kerajaan ambil perhatian benda ini supaya kita dapat ada satu undang-undang yang betul- betul dapat menjaga haiwan yang peliharaan di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat ini sahaja perbahasan ini. Saya ucapkan terima kasih kerana bagi saya peluang dan sekali lagi Bagan Serai menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah, wassola tu wassala mu a’la rasulillah.

Saya teruja untuk bercakap kerana mendengar daripada Yang Berhormat Bagan Serai bagaimana Islam memandang kepada rahmah kepada binatang-binatang dan memang begitulah, sebagaimana Rasulullah kata, [Menyebut sepotong hadis] Allah telah mewajibkan kita buat baik kepada semua sehinggakan kepada masa kita dikehendaki untuk menyembelih, maka kita diwajibkan untuk melakukan ihsan yang terbaik dalam penyembelihan. Dalam hal ini tentang hubungan manusia dengan binatang ini, Allah SWT telah menyebutkan dalam Al-Quran ini banyak ayatnya seperti [Menyebut sepotong ayat Al-Quran] dan sebagainya. “Allah menjadikan binatang-binatang ternakan ini adalah untuk kamu. Semua yang Allah jadikan di muka bumi ini yang hidup atau yang mati, binatang apa semua ini, semuanya Allah jadikan untuk manusia, untuk kegunaan manusia.” Jadi hubungan manusia dengan binatang ini ialah hubungan yang cukup intim. Sebagaimana kita lihat hubungan Nabi Sulaiman dengan kuda misalnya, dia suka sangat kepada kuda, dia memelihara kuda, dia menggosok kuda sehinggakan hubungan dia itu cukup rapat dengan binatang ini. Dia diberikan kebolehan untuk bercakap dengan binatang- binatang ini dan memang kita menyedari bahawa binatang ini mempunyai perasaan. Sebagaimana manusia mempunyai perasaan, hanya mereka tidak mempunyai akal. Yang diberi akal ialah manusia. Manusia ini diberi akal oleh Allah SWT dan kalau kita katakan manusia ini siapa, definisinya manusia ini ialah binatang juga tetapi yang berakal. Haiwanu aqil. Manusia ialah haiwan, binatang yang ada akal. Jadi kita alhamdulillah hari ini kita sedang merancang untuk menguruskan satu undang-undang, rang undang-undang yang mana kita menggunakan akal kita untuk menjaga haiwan, menjaga manusia, menjaga makhluk-makhluk yang lain juga. Hubungan kita dengan binatang ini antara hubungan kita dengan binatang ini ialah binatang ini boleh memberi manfaat kepada kita. Boleh memberikan bulu kepada kita, pakaian yang kita pakai ini daripada bulu binatang. Maka kita perlu memelihara binatang. Kita perlu makanan, maka kita memelihara binatang sama ada ikan, sama ada kerbau, lembu, kambing dan sebagainya, ayam, itik. Kita memelihara hubungan kita dengan makhluk-makhluk ini kerana makhluk inilah yang akan memberikan kepada kita makanan, keperluan kita. Kita tahu sesiapa yang mempelajari tentang hubungan manusia dengan binatang ini, manusia kena menjaga binatang ini barulah binatang ini boleh produktif dan seterusnya menghasilkan apa yang kita hendak. Kita hendak bulu yang baik, kita kena jaga binatang seperti misalnya biri-biri. Kena beri makanan yang secukupnya maka binatang ini akan membiak dengan banyak dan memberi bulu yang baik untuk kita. Kalau kita tak jaga dia, kita buat zalim kepada dia, bulu dia tidak akan naik, tidak akan tumbuh dan kita juga akan rugi. Begitulah juga dengan binatang peliharaan. Manusia dengan binatang peliharaan, apakah yang kita hendak daripada binatang peliharaan? Misalnya kucing atau anjing yang kita pelihara di rumah. Apakah yang kita hendak? Menjadi teman kita? Kalau seorang perempuan yang tidak berkahwin, tidak mempunyai anak, dia hendak teman dia. Tak ada teman, maka dia memelihara kucing dan tidur bersama dengan kucing, peluk kucing, bagi makanan yang secukupnya kepada kucing itu untuk mencurahkan kasih sayang kepada binatang ini. Itulah hubungan kita dengan binatang ini. Akan tetapi kita tahu bahawa manusia ini hatinya berbalik-balik. Hari ini baik, esok benci. Suami isteri, hari ini baik. Mula-mula hendak kahwin tetapi setelah dapat anak dan sebagainya, isteri ini didera, kenapa? Kerana hati berubah. Begitulah juga dengan manusia dengan binatang peliharaan dia. Kucing yang dipeliharanya tau anjing yang dipeliharanya. Kenapakah dulu dia sayang? Semasa dia beli dulu, pelihara, bagi makan yang canggih-canggih. Habis duit beratus-ratus untuk memelihara kucing tetapi satu ketika kucing ini dibiarkan begitu, berpenyakit dan sebagainya, didera dan sebagainya kerana hati ini berubah. Puncanya ialah manusia. Puncanya ialah manusia. Kita kena didik manusia ini, kena bentuk manusia ini jadi manusia yang berperikemanusiaan, yang mempunyai sifat kemanusiaan. Inilah yang kita kena ajar. Jadi manusia-manusia yang tidak ada perikemanusiaan ini, dia kena ada undang-undang. Apa yang kita buat sekarang ini undang-undang ini hendak kawal supaya manusia yang tidak berperikemanusiaan ini dikawal supaya mereka tidak mendera kepada makhluk yang dikatakan haiwan yang Allah berikan rahmat kepada dia yang kita sepatutnya menjaga

dia dengan baik. Undang-undang perlu. Kita menghukum dia, kalau dia mendera binatang ini. Bagus, alhamdulillah. Saya menyokong undang-undang ini, menyokong sepenuhnya bahawa kita kena ada undang-undang untuk mengawal manusia-manusia yang tidak boleh dikawal ini supaya mereka ini supaya takut kepada undang-undang, takut kepada denda. Masuk penjara, kena denda RM20,000–RM30,000. Maka dia berfikir dua kali hendak mendera binatangnya atau tidak. Jadi oleh sebab itu saya menyokong. Akan tetapi ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu juga tentang pembunuhan atau istilah yang digunakan dalam istilah rang undang- undang ini ialah menghapuskan binatang ini. Boleh kita menghapuskan binatang, kita menghukum atau kita menjatuhkan hukuman kepada binatang ini kerana binatang ini mungkin ada penyakit, mungkin binatang ini ada kecederaan, ada masalah penyakit yang mana ubatnya itu susah dan untuk mengubatnya itu adalah suatu yang costly, yang tidak mampu oleh tuannya. Maka di situ pihak berkuasa mestilah mempunyai kuasa untuk menghapuskan binatang ini. Hanya bentuk menghapuskan binatang ini mestilah sebagaimana saya sebutkan tadi mestilah ihsan juga, mesti dengan cara yang terbaik. Cara yang paling tidak menyakiti binatang itu dan di sinilah Islam mengajar kita bagaimana untuk menghapuskan atau mematikan binatang itu. Untuk binatang yang disembelih untuk dimakan, maka caranya ialah penyembelihan. Cara penyembelihan, ini adalah cara yang paling humane, cara yang paling baik untuk menghasilkan juga kurang kesakitannya, cepat matinya dan juga toksik-toksik dalam tubuh binatang yang kita hendak makan tadi dapat dikeluarkan, darahnya dan semua itu akan dikeluarkan, maka kita melakukan daging yang bersih, yang suci untuk kita makan. Itu cara kita menghapus atau mematikan binatang untuk dimakan.

Untuk membunuh binatang yang lain...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Pasir Puteh kalau hendak sambung lagi, lagi 2 minit.

2 minit lagi, sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Habiskan.

Membunuh binatang yang lain, ada satu lagi bentuk ialah pemburuan, membunuh juga. Siapakah yang mengatakan memburu ini adalah haram? Ia adalah suatu yang dihalalkan tetapi hendak tembak itu Bismillah dahulu, tembak biar cepat mati. Jangan tembak kaki, tembak situ sambil dalam keadaan binatang itu dalam keadaan kesakitan, kita mendera dia, tidak boleh atau kita melempar binatang itu turun bukit dan sebagainya biar patah di situ, patah di sini, tidak boleh. Bunuh dengan cepat. Begitulah juga kita bagi saya, pendapat sayalah, kalaulah kita perlu menghapuskan binatang-binatang seperti anjing-anjing yang liar dan ada penyakit rabies, membahayakan kepada sesiapa, yang tangkap pun bahaya. Maka, mungkin di situ kita baca Bismillah, kita tembak dia. Mungkin nampak ganas tetapi tembak di kepala atau di jantung biar mati terus. Jangan tembak di kaki, tembak di tempat yang mematikan cepat binatang itu dan itu adalah paling humane kepada binatang itu. Ini bermakna di sana itu ada perbincangan yang saya rasakan cara penghapusan itu mestilah satu lagi mesti boleh diterima oleh masyarakat. Masyarakat di tempat itu mesti boleh terima cara penghapusan itu. Mungkin di Sarawak, cara yang harus bagi mereka macam itu, tidak apa. Akan tetapi kalau di bandar-bandar mungkin kita tidak boleh tembak, kita kena tangkap dahulu dan kemudian pihak yang menangkap ini, pihak PBT ini bawa ke sesuatu tempat yang mana orang tidak nampak, di sana bunuh dia dengan cara yang paling cepat untuk mematikannya atau menghapuskannya. Jadi, di sana kena ada cara yang mesti diperdalami oleh pihak kerajaan bagaimana untuk kita kawal binatang-binatang yang kita harus hapuskan ini. Saya rasa itulah sedikit tambahan saya tentang perbincangan ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, kita ada usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16(3). Sila Yang Berhormat Menteri.

Rang Undang-Undang — Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)Bill

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Dato’ Noriah binti KasnonUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Sungai Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Ucapan-Ucapan Penangguhan — Polisi Kerajaan Terhadap Pekebun SayurAdjournment

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Polisi kerajaan terhadap kebun sayur. Setiap tahun, Malaysia mengimport sayur- sayuran bernilai berjuta-juta ringgit. Tahap sara diri kita dalam sayur-sayuran adalah lebih kurang 70% sahaja. Lebih daripada 80% sayur-sayuran yang dijual di pasar-pasar kita adalah dari kebun-kebun kecil yang tidak mempunyai geran terhadap tanah yang diusahakan oleh mereka. Kebun-kebun ini adalah terletak di kawasan bekas lombong ataupun tanah kerajaan lain. Masalahnya ialah pembangunan negara dan perkembangan bandar-bandar kita telah dan sedang memberi tekanan kepada pekebun-pekebun sayur. Di merata kawasan di Malaysia, pekebun kecil ini sedang diusir keluar daripada tanah yang keluarga mereka telah kerjakan untuk beberapa dekad. Oleh sebab tanah itu dikehendaki untuk projek perumahan atau projek perindustrian, projek padang main golf dan sebagainya. Oleh sebab kebanyakan daripada pekebun ini tidak mempunyai geran terhadap tanah yang mereka usahakan, mereka tidak ditawar tanah gantian untuk meneruskan pertanian sayur-sayuran. Kita kehilangan kemahiran mereka dalam memupuk tanah lombong biar menjadi kebun-kebun yang boleh menghasilkan sayur-sayuran untuk rakyat kita. Di Malaysia, pengurusan tanah adalah di bawah kawasan negeri. Akan tetapi perkara 91, Perlembagaan Persekutuan mewajibkan penubuhan Majlis Tanah Negara. Di mana wakil daripada kerajaan-kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan duduk bersama untuk menentukan polisi berkaitan dengan penggunaan tanah di negara kita. Majlis ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. Siapakah Menteri yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan mempengerusi Majlis Tanah ini? Adakah isu tahap sara diri dalam sayur-sayuran dan nasib pekebun kecil yang sedang diusir dari kebun-kebun mereka pernah dibawa untuk perbincangan di Majlis Tanah? Jika ya, apakah keputusan Majlis Tanah Negara ini? Adakah majlis ini pernah meminta setiap negeri untuk melaksanakan satu kajian untuk mengenal pasti jumlah pekebun kecil yang sedang bercucuk tanam di atas tanah kerajaan tanpa izin rasmi?

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Bukannya lebih baik untuk kepentingan negara untuk memberi perlindungan kepada sektor ini yang mengeluarkan satu barangan keperluan asas rakyat kita? Bukannya lebih bijak untuk memakai tanah perladangan yang jauh lebih luas daripada tanah kebun sayur untuk projek-projek pembangunan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tahun 2014, Malaysia telah mencatatkan tahap sara diri bagi sayur-sayuran tempatan sebanyak 90.9% dan kadar eksport sayur-sayuran tempatan sebanyak 7%. Keperluan sayur-sayuran dalam negara disokong dengan kadar import sebanyak 16.1%. Di mana sebanyak 75% daripada sayur-sayuran yang diimport adalah yang tidak sesuai ditanam di Malaysia seperti bawang, bawang putih, brokoli, lobak merah, ubi kentang dan sebagainya. Berhubung dengan Majlis Tanah Negara (MTN), ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-menteri Persekutuan daripada kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Serta Yang Berbahagia Peguam Negara Malaysia sebagai wakil Persekutuan. Makna, kalau wakil negeri terdiri daripada semua Menteri-menteri Besar dan Ketua- ketua Menteri. Sungguhpun isu tahap sara diri sayur-sayuran dan pekebun kecil tidak dibangkitkan dalam MTN, namun MOA pernah membangkitkan perkara ini di dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fiskal Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri daripada beberapa kementerian yang berkaitan dan juga Menteri-menteri Besar bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Supaya kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan isu pekebun kecil yang terlibat dengan pembangunan tanah kerajaan negeri. MOA sentiasa menggalakkan penglibatan petani dalam mengusahakan pengeluaran agromakanan termasuk sayur-sayuran. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pengeluaran agromakanan tidak terjejas, MOA telah memperkenalkan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sebagai tapak kekal pengeluaran makanan sejak Dasar Pertanian Negara Ke-3 (DPN3) dan dilaksanakan sehingga kini. Melalui rundingan dengan kerajaan negerilah MOA telah dapat mewujudkan TKPM. Di bawah program TKPM, kerajaan negeri telah bersetuju mewartakan kawasan baru dan kawasan yang pernah diusahakan secara sementara oleh petani bagi tujuan pengeluaran agromakanan sebagai kawasan TKPM. Seterusnya, tanah TKPM ini disewakan kepada petani bagi memastikan petani dapat meneruskan aktiviti tanaman dan menjamin pengeluaran agromakanan. Sehingga kini, terdapat 70 TKPM yang telah dibangunkan iaitu 62 TKPM melibatkan tanah kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri, di samping 8 TKPM yang dibangunkan di atas tanah Kerajaan Persekutuan dengan seluas 9,786 hektar. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 TKPM adalah bagi sayur-sayuran dengan keluasan 2,203 hektar, melibatkan pengeluaran sebanyak 46,097 metrik tan dengan 5,555 orang peserta.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Bagi membantu penanam sayur haram tersebut, mereka dinasihatkan untuk mendaftar dengan Jabatan Pertanian untuk menjadi peserta TKPM yang baru. Di bawah projek ini, Jabatan Pertanian dengan kerjasama kerajaan negeri akan berusaha menyediakan tapak projek sayur komersial dan cluster sayur-sayuran dengan kadar sewa tertentu bergantung kepada lokasi dan infrastruktur yang disediakan. Selain daripada itu, MoA juga akan mengambil kira mereka yang telah berdaftar untuk dipadankan dengan tanah terbiar milik individu untuk dibangunkan dan diusahakan. Sekian terima kasih.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Bera

Prosedur Piawaian (SOP) Baru Pengimportan Al-Kitab

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan Penangguhan saya yang bertajuk, ‘Prosedur Operasi Piawaian (SOP) baru pengimportan Al- Kitab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan perpaduan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia'. Isi kandungan saya. Masyarakat Kristian khususnya anak negeri Kristian dari Sabah dan Sarawak amat prihatin dan juga sangat kecewa terhadap prosedur operasi piawaian (SOP) baru pengimportan Al-Kitab yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini. Dalam SOP tersebut, pengimport harus memohon kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kata putus atas pengimportan buku tersebut. Persoalannya, kenapakah bahan bacaan masyarakat Kristian terletak di bawah kawalan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran? Bukankah ini merupakan pencabulan terhadap hak beragama yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 11(3)(a)? Perlembagaan Persekutuan menyebut antara lain setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agama masing-masing. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8(1), “All person are equal for the law and entitled to the equal protection”. Perkara 8(2), “Shall be not discrimination against citizen on the ground only of the religion, race…” dan seterusnya. Adalah jelas SOP ini bercanggah dengan Perkara 8 di atas Perlembagaan Persekutuan kerana SOP ini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap Kristian yang beragama Melayu khususnya anak negeri di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan dan memiliki Al-Kitab bahasa Malaysia. Selain itu, SOP juga bercanggah dengan persetujuan 10 point yang dibentangkan oleh Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan pemilikan Al-Kitab bahasa Malaysia dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas. Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak dan memandangkan beberapa ratus ribu orang anak negeri Sarawak telah pun bekerja dan bermastautin di Semenanjung Malaysia, saya ingin meminta Kerajaan Pusat menghormati hak pengguna dan pemilikan Al-Kitab oleh pelajar Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Memandangkan Perdana Menteri mempromosikan konsep wasatiyyah selepas PRU Ke-13, jadi adalah penting bagi Kerajaan Pusat untuk menghentikan sebarang dasar yang berbentuk ekstremis seperti SOP penerbitan bahan bacaan Kristian dan Al-Kitab dalam bahasa Malaysia. Kerajaan Pusat memang harus bertanggungjawab untuk memelihara hubungan di antara semua penganut agama yang berlainan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin atas Ucapan Penangguhan yang telah dibangkitkan tersebut. Berdasarkan penelitian, kementerian mendapati perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kemungkinan adalah susulan artikel yang ditulis oleh Bob Teoh melalui media online www.malaysiakini.com pada 29 April 2015 bertajuk, ‘The New Curbs for Malay Bibles’ ataupun ‘Kekangan Baru Buat Al-Kitab’ dan siaran pula oleh The Herald – The Catholic Weekly pada 10 Mei 2015 bertajuk, ‘The New Curbs on Al-Kitab’ dan ‘Kekangan Baru Al-Kitab’.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

Artikel tersebut ditulis susulan sesi penerangan bagi mengimport Bible ke Sarawak pada 16 April 2015 dan Sabah pada 24 April 2015 yang dianjurkan oleh Pejabat Yang Berhormat Tan Sri Joseph Kurup selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas hal berkaitan agama Kristian. Kementerian mendapati terdapat banyak kekeliruan dan manipulasi dalam artikel yang ditulis tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran ialah satu bahagian di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguatkuasakan dua akta iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986. Penguatkuasaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bertujuan mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti percetakan dan pengedaran bahan penerbitan supaya tidak mengandungi bahan-bahan negatif dan tidak diingini yang boleh menjejaskan keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat. Manakala penguatkuasaan Akta Percetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 bertujuan memastikan kesahihan dan pencegahan penyelewengan teks dan bahan Al-Quran. Pemeriksaan penerbitan termasuk yang berunsur keagamaan seperti buku berunsur Islam dan agama lain adalah tertakluk kepada Akta Mesin Cetak 1984. Sehubungan itu, pemeriksaan Al-Kitab dan buku Kristian juga adalah tertakluk kepada AMCP 1984 ini. Hanya teks dan bahan Al-Quran sahaja yang tertakluk kepada APTQ 1986. Walau bagaimanapun, diakui bahawa berdasarkan nama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, masyarakat akan sedikit terkeliru seolah-olah ia bahagian yang menjaga undang-undang berkaitan dengan Al-Quran sahaja. Sebenarnya perkataan ‘Kawalan Penerbitan’ adalah merujuk kepada penerbitan di bawah AMCP 1984. Perkataan ‘Teks Al-Quran’ adalah merujuk teks dan bahan Al-Quran di bawah APTQ 1986. Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan juga bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak pernah memperkenalkan sekatan baru melalui pengenalan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengimport Al-Kitab ke Sarawak dan Sabah. Sesi penerangan di Sarawak dan Sabah tersebut sebenarnya bagi memperjelaskan prosedur operasi standard secara umum yang dilaksanakan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran terhadap penerbitan- penerbitan dan teks Al-Quran di pintu masuk negara. Dalam hal ini, semua jenis penerbitan dan teks Al-Quran akan diperiksa kandungannya sebelum ia dibenarkan masuk melalui pintu masuk negara. SOP ini telah pun digunakan semenjak AMCP 1984 diwartakan. Namun, dalam sesi yang sama, bersesuaian dengan hasrat untuk memperjelaskan dan memudahkan urusan pengimportan Al-Kitab, satu cadangan telah disyorkan supaya pihak pengimport lebih baik untuk memohon surat kebenaran mengimport dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran bagi memudahkan pemeriksaan penerbitan dijalankan kelak. Syor tersebut hanyalah satu cadangan bagi melicinkan prosedur pemeriksaan di pintu masuk dan ia bergantung kepada persetujuan pihak-pihak yang berkepentingan dalam urusan membawa masuk bahan-bahan penerbitan agama Kristian termasuk Al-Kitab. Sesi penerangan tersebut juga sebenarnya tidak bertentangan dengan 10 Point Solution seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, malah memperjelaskan lagi kandungan 10 Point Solution tersebut iaitu menjelaskan bahawa penerbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah dibenarkan diimport ke Sabah dan Sarawak atas kepentingan masyarakat Kristian di kedua-dua negeri tersebut. Manakala kemasukan penerbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah adalah tidak dibenarkan ke Semenanjung atas dasar kepentingan dan sensitiviti masyarakat Islam di Semenanjung. Namun, tidak ada halangan sekiranya penerbitan tersebut dibawa untuk kegunaan sendiri sahaja oleh individu ke Semenanjung dari Sarawak dan Sabah. Tuan Yang di-Pertua, ditegaskan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawab memelihara keselamatan dan ketenteraman awam bagi masyarakat Malaysia seluruhnya. Walau bagaimanapun, perbalahan dan ketidakharmonian sering kali berlaku apabila pihak- pihak tertentu sentiasa memprovokasi antara satu sama lain yang boleh menyebabkan timbulnya bibit-bibit ketidakharmonian dan seterusnya boleh menyebabkan kemudaratan kepada keselamatan dan ketenteraman awam jika tidak dicegah. Sehubungan itu, adalah jelas bahawa tidak ada sebarang diskriminasi terhadap masyarakat Kristian seperti yang didakwa. Bahkan, isu yang ditimbulkan ini adalah sebab

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Santubong

kekeliruan yang mungkin disebabkan oleh pihak-pihak tertentu yang sering cuba mencari salah kerajaan dan cuba membangkitkan ketidakpuasan hati rakyat kepada pelbagai tindakan dan keputusan kerajaan. Mereka tidak memikirkan sikap tanggungjawab dalam memelihara keharmonian dan ketenteraman masyarakat majmuk Malaysia yang unik berbanding negara lain yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Sukar sebenarnya mencari sebuah negara yang nisbah komposisi kaum seperti di Malaysia tetapi mampu hidup dan tinggal dalam keadaan yang harmoni dan aman. Sehubungan itu, diharapkan Yang Berhormat dan masyarakat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya jelas dan faham dengan penjelasan ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 17 Jun 2015.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.51 petang]