Dewan Rakyat · 5 November 2015
15th Parliament, session 3, meeting 3 · 1,117 turns · 59,550 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, walaupun jumlah yang besar diperuntukkan dalam bajet tahunan pendidikan tinggi, prestasi ranking universiti di negara ini masih belum mencapai tahap 100 terbaik universiti dunia. Apa sasaran dan tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk meningkatkan ranking tersebut.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Tanjong Manis pada 30 November memandangkan kedua-dua Yang Berhormat membangkitkan isu ranking universiti yang sama.
Ya, sila Yang Berhormat.
Memang benar kata Yang Berhormat Parit, bahawa kita belum capai lagi tahap ranking 100 terbaik di dunia, universiti kita. Akan tetapi, saya juga ingin menyatakan bahawa apabila kita bercakap tentang ranking, kita merujuk kepada ranking QS ataupun Quacquarelli Symonds yang merupakan satu ranking yang diiktiraf oleh International Ranking Expert Group (IREG) yang merupakan sistem ranking paling popular. Walau bagaimanapun, kita lihat bahawa sehingga kini, ranking universiti kita bertambah baik dan yang amat menggembirakan kerana baru-baru ini Universiti Malaya telah memecah halangan 150 ke atas iaitu breaking the one hundred and fifty barrier, dengan izin, dengan menjadikan kedudukan Universiti Malaya di tangga 146 dalam dunia masa kini. Perlu juga saya mengatakan bahawa lima buah universiti penyelidik kita iaitu UM, USM, UPM, UKM dan juga UTM merupakan universiti yang 100% terbaik di dunia. Kalau kita lihat semua universiti antara universiti penyelidik kita iaitu UM, USM, UPM terus meningkat. UM, kalau tiga tahun yang lalu berada di tangga 167, tahun lalu di tangga 151, tahun ini di tangga 146. Sama juga USM, daripada tangga 355 ke tangga 309 kemudian ke tangga 289. Daripada UPM juga kita melihat peningkatan ini terus berlaku dari semasa ke semasa. Di samping ranking universiti, ada juga ranking bidang ataupun subject ranking yang mana UM dalam bidang pengajian pembangunan ialah di tangga 32 dalam dunia, terbaik dalam dunia. USM dalam bidang sains dan alam sekitar menduduki bilangan ke-31 terbaik di dunia. UPM dalam bidang pertanian, di tangga 54 terbaik dalam dunia. Dalam bidang kejuruteraan, UM, USM, UTM adalah antara yang 100 terbaik dalam dunia dan juga kedudukan UM di tangga 146 dalam dunia merupakan lebih baik daripada University Newcastle, Michigan State University, lebih baik daripada Barcelona University, lebih baik dari Georgetown University, Chulalongkorn University, RMIT University, City University London dan juga Heriot-Watt University dan banyak lagi universiti-universiti yang lain. Insya-Allah, pada tahun 2025, dua buah universiti kita akan menjadi 100 terbaik di
dunia dan kita jangka yang 100 terbaik di dunia ini boleh dicapai dalam masa satu tahun atau dua tahun nanti. Tidak perlu menunggu tahun 2025. Benar juga kata Yang Berhormat Tanjong Manis yang mana THE Ranking ataupun Times Higher Education World University Rankings, kita juga mencapai 100 terbaik. Akan tetapi pada masa yang sama seperti mana saya katakan tadi bahawa kita terus meningkat ataupun ayat yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sekarang ini ialah, ‘We Are Soaring Upwards’, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita lihat dalam Times Higher Rankings ini sudah ada beberapa buah universiti yang mengambil bahagian, yang melibatkan diri seperti UTM, UKM, UPM, USM dan juga UTM. Dalam ranking lain di samping Times Higher Education, ada ARWU ataupun Academic Ranking of World Universities yang mana kita lihat ia disertai oleh UM dan rankingnya bertambah baik dari tahun ke tahun. InshaaAllah, dengan peningkatan penyelidikan yang mana kita lihat sejak tahun 2010 lagi kita telah mula mengatasi jumlah pendidikan di Singapura dan baru-baru ini bulan September yang lalu 14 orang penyelidik kita telah menerima anugerah Rising Stars Award yang mana jurnal mereka yang didaftarkan sebagai dalam jurnal berindeks tinggi ataupun, dengan izin, high impact journal telah diiktiraf sebagai jurnal yang teratas, 100% teratas mendapat sitasi ataupun top one person most cited journal in the world di antara dalam kajian tahun 2005 hingga tahun 2014 yang dianugerahkan oleh Thomson Reuters iaitu agensi penyelidikan antarabangsa.
Ini bermakna bahawa satu pengiktirafan telah diberi kepada academician kita yang merupakan sarjana kita bertaraf global yang telah memberi sumbangan ilmiah berimpak tinggi dalam bidang masing-masing. Dengan peningkatan ini juga akan menambahkan pelajar-pelajar daripada akademik yang datang ke negara kita. Insya-Allah dengan peningkatan penyelidikan peningkatan citation ataupun rujukan, peningkatan reputasi akademik dan juga peningkatan pelajar antarabangsa yang akan memberi impak positif kepada negara kita dan akan menyerlahkan lagi reputasi pendidikan tinggi negara. Insya- Allah juga peningkatan ini akan berterusan ataupun soaring upwards. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan jawapan yang diberikan tadi menunjukkan bahawa universiti-universiti kita berada di landasan yang betul dan sentiasa soaring upwards, dengan izin. Cuma saya ingin mendapatkan pandangan Menteri. Apa kesan sebenar daripada pencapaian universiti-universiti dalam penyediaan ranking dan adakah kita terlalu taksub dengan ranking hinggakan kita seolah-olah lupa akan hal yang lebih utama terutama dalam mengukuhkan nilai jati diri, nilai perpaduan, integriti dan nilai murni yang tidak terkandung di kalangan mahasiswa. Mohon pencerahan.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Parit. Saya teruja sebenarnya melihat semangat Yang Berhormat daripada Parit ini yang ingin melihat peningkatan prestasi universiti kita ini. So, terima kasihlah Yang Berhormat daripada Parit. Sebenarnya kita tidak taksub dengan ranking dan jelas kalau kita lihat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) ataupun blueprint kita jelas lonjakan pertama. Lonjakan satu adalah untuk melahirkan graduan yang holistik yang menyeluruh seperti kata Yang Berhormat tadi yang berciri keusahawanan dan juga yang seimbang. Sebab itulah kita mewujudkan satu pengukuran iaitu kita panggil integrated CGPA. Ini kita cipta sendiri yang pertama dalam dunia, yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan ukuran kita terhadap prestasi pelakar-pelajar kita itu menyeluruh menggunakan pendekatan spider web di mana mereka diukur bukan hanya pencapaian akademik mereka tetapi juga pencapaian sahsiah mereka, pencapaian kemampuan kepimpinan, komunikasi dan juga keusahawanan mereka. Memangnya dalam lonjakan lapan yang kita lihat yang kita panggil keterlihatan global ataupun global prominence yang mana kita menggunakan ranking sebagai tanda aras untuk mengukur prestasi kita di peringkat antarabangsa. Insya-Allah dengan peningkatan ranking ini kita akan melihat persepsi rakyat terhadap pendidikan tinggi negara kita akan bertambah baik. Meyakinkan rakyat kita bahawa kita dalam bidang-bidang tertentu tidak perlu sepenuhnya menghantar pelajar-pelajar kita ke luar negara. Dahulu,
saya pun pernah mengatakan saya tidak tahu dan tidak yakin kita hantar anak kita ke luar negara. Walaupun kita lihat tadi saya mengatakan tadi bahawa banyak universiti kita lebih baik daripada universiti yang kita hantar ke luar negara dan juga ini akan menambahkan pelajar-pelajar antarabangsa yang sudah terus meningkat. Sekarang kita ada 113,000 orang pelajar antarabangsa dan kita lihat satu perempat daripada pelajar antarabangsa belajar dalam bidang sarjana dan juga PhD mengatakan mereka percaya tentang kualiti pendidikan negara kita. Ini akan juga meningkatkan seperti saya kata tadi kesannya peningkatan ini, rankingnya ini akan meningkatkan ekonomi negara dengan kedatangan pelajar-pelajar asing. Sehingga kini kita lihat sumbangan pelajar-pelajar luar negara kepada ekonomi negara ialah RM4.7 bilion setahun. Baru-baru ini kita lihat di mana dalam World Competitiveness Index 2015-2016 sekali lagi yang mana sumbangan penting telah diberi oleh pendidikan tinggi negara menjadikan kedudukan kita lebih baik daripada tangga 20 ke tangga 18, bermakna lebih baik daripada negara-negara Belgium, Luxembourg, Australia, Perancis dan juga Korea Selatan. Insya-Allah itulah kesan-kesan ranking yang membawa impak yang positif kepada negara kita. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada dasarnya saya menyokong usaha Yang Berhormat Menteri untuk menjadikan universiti-universiti kita world class. Namun peruntukan untuk IPTA nampaknya bagi tahun depan telah dikurangkan dengan begitu ketara sekali di mana 19 daripada 20 buah universiti awam akan dikurangkan bajetnya sehingga 27% bagi Universiti Malaya sebagai contoh. Sehubungan dengan itu, saya dimaklumkan potongan bajet ini telah memaksa sesetengah universiti kita untuk mengurangkan langganan kepada jurnal-jurnal antarabangsa, subscription kepada jurnal. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mana kita hendak jadi world class kalau bajet untuk jurnal pun terpaksa dikorbankan. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat tidak datang semalam saya sudah jawab panjang lebar semalam tetapi tidak apa untuk Yang Berhormat Bukit Bendera saya ulang sedikitlah. Jawab secara pendek kerana bila kita membuat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) memang kita mengambil pandangan daripada semua pihak bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga daripada OECD, UNESCO, World Bank dan pelbagai bidang, pelbagai pihak. Kita dapati bahawa kadar pergantungan, saya hendak cakap sekali lagi universiti kita adalah tinggi dibandingkan dengan kadar pergantungan universiti luar negara kepada kerajaan. Kadar pergantungan universiti kita kepada kerajaan adalah antara 75% hingga 95% terlalu tinggi. Puratanya kadar pergantungan universiti-universiti luar negara pada kerajaan kalau di Amerika dan juga UK dalam 30% hingga 40%. Jiran kita Thammasat University kadar pergantungan ialah hanya 30%. Jadi untuk memastikan sustainability, kemampanan universiti kita perlu mengurangkan kadar pergantungan universiti kepada kerajaan. Ini boleh universiti boleh kerana universiti kita mampu lagi dia tidak boleh terlalu selesa kerana ada sumber-sumber yang mana universiti boleh cari daripada segi memberi latihan, memberi konsultasi, unlock the asset ataupun harta-harta yang ada pada mereka. Inilah antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan di universiti dan Insya-Allah memang peringkat permulaan ini mereka menggelabah sedikit tetapi saya telah bincang dengan mereka dan insya-Allah bukan hanya mereka boleh lebih baik oleh sebab sekarang mereka belum merasakan keyakinan ini akan memastikan bukan hanya mereka terus maju, mereka dapat mencapai anggaran yang kita katakan. Saya jangka dengan keyakinan mereka ini mereka boleh mencapai kedudukan yang lebih daripada apa yang kita katakan dahulu.
2. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) jumlah tuntutan wang yang tidak dituntut (unclaimed monies) dan dikembalikan semula kepada kerajaan sejak tahun 2005; dan (b) apa tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengembalikan tuntutan wang tersebut kepada pemohon yang berkelayakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jumlah wang yang tidak dituntut yang diserahkan kepada pendaftar wang setakat 31 Oktober 2015 ialah sebanyak RM7.6 bilion dan baki semasa adalah sebanyak RM5.3 bilion. Kerajaan juga telah mewartakan setiap kutipan wang yang tidak dituntut kepada kerajaan dalam warta kerajaan dan pemohon-pemohon untuk mendapatkan wang tidak dituntut ini juga boleh berkunjung ke pejabat Akauntan Negara di seluruh negara. Kerajaan juga sedang dalam usaha untuk membangunkan sistem secara online dan dijangkakan akan boleh diguna pakai untuk menyemak dan memohon pembayaran unclaimed monies.
Soalan tambahan. Nampaknya wang RM5.3 bilion is a huge amount of money. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beritahu saya telah terima sebuah telefon dalam tiga bulan dahulu berkenaan saya bawa soalan ini di mana sebuah syarikat swasta memanggil saya katakan saya ada lebih kurang RM7,000 di Unclaimed Department dan suruh saya memohon tersebut. Jadi saya tanya syarikat tersebut adakah ini dibuat oleh department tersebut. Dia kata dia ada kena-mengena dengan syarikat tersebut, dengan department tersebut tetapi dia kata dia boleh proses wang tersebut dengan bayaran 50-50. Dia ambil 50, saya ambil 50. Saya difahamkan ini adalah satu di antara arrangement di antara- adakah ini dibenarkan oleh kerajaan kerana saya rasa ini sesuatu yang mustahil.
Ini nombor satu. Kedua, macam mana syarikat swasta ini dapat tahu bahawa saya ada wang di bank. Saya pun tidak tahu. Bila mereka beritahu, baru saya menyiasat dan tengok, “Oh! Betul” Ini saya rasa berleluasa. Saya pohon agar yang pertama, kerajaan menghantar surat kepada semua orang yang layak untuk mendapat balik wang tersebut dan seperti di New Zealand dan sebagainya, memanggil hanya selepas mendapat berita surat itu telah diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bukan sebelum itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agen. Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agen untuk kutip unclaimed money. So, apa yang berlaku, oleh sebab kerajaan keluarkan warta, bila keluarkan warta, ejen-ejen ini menggunakan warta ini melihat nama-nama unclaimed money dan kemudian agent approach orang tersebut. Kemudian dia approach you, for example kalau you ada unclaimed money. Dia tengok Datuk Kula. So, mereka then jumpa you dan cakap “I can help you to get this.” Selepas itu dia pergi ke Accountant General’s and then process all that. Akan tetapi payment, kita tidak membayar kepada mana-mana ejen. So, kalau mana-mana pemohon unclaimed money melantik sebarang ejen untuk menguruskan permohonan ini, di luar bidang kuasa kerajaan. Akan tetapi apabila kita membayar, kita tidak akan membayar kepada ejen tetapi kita membayar kepada orang yang punya nama. That is the procedure.
Mustahil. Macam mana dia tahu nombor telefon saya, office number saya.
Yang Berhormat Ipoh Barat duduk, duduk Yang Berhormat.
Kongkalikung lah.
Yang Berhormat, sebenarnya dalam warta itu dia akan memberitahu bahawa unclaimed money itu where is the source, from which company. So, sometimes this agent dia pergi ke company tersebut dan minta particulars of the ‘claimant’. You kena faham, dalam unclaimed money ini dia ada tiga kategori. Satu, daripada segi pembayaran-pembayaran seperti entitlement for gaji, bonus, dividen, polisi insurans yang tidak dituntut. Selepas setahun kita kena hantar unclaimed money. Kemudian
kita ada debtors dan creditors of the company. More than two years, dihantar unclaimed money. Akan tetapi tiap-tiap syarikat mesti simpan rekod. Kita juga ada rekod. Kemudian, kalau akaun semasa, fixed deposit, after seven years, kena dihantar kepada unclaimed money. Itu dia punya prosedur. Apa yang berlaku, apabila kita wartakan, jadi warta ini become public knowledge. Jadi kita tidak boleh tahan mana-mana ejen melakukan tanggungjawab, macam kita advertise untuk lelong rumah contohnya. Bila kita advertise untuk lelong rumah, there will be agent all around pergi cari pembeli. Bila dia dapat pembeli tersebut, dia ada komisen. Begitu. Akan tetapi lantikan ejen bukan dibuat oleh kerajaan. Kita selalu deal dengan tuan punya duit dan kemudian kita bayar direct kepada akaun mereka.
3. Dr. Mansor bin Haji Abd. Rahman [Sik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, jumlah yang telah dituntut oleh pengguna yang mendapat rebat penggunaan tol Lebuhraya PLUS dan apakah rebat yang tidak dituntut oleh pengguna sehingga 14 November 2015 ini akan terbatal atau ia boleh dimasukkan secara automatik ke dalam jumlah kredit kad pra bayar pengguna (PLUSMiles, Touch‘nGo).
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sik atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program ganjaran rebat PLUSMiles telah diperkenalkan sejak tahun 2009 oleh syarikat konsesi Lebuhraya PLUS. Melalui program ini, pemegang-pemegang kad PLUSMiles yang melakukan transaksi minimum berjumlah RM100 setiap bulan di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS kecuali di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang layak untuk menerima rebat tol sebanyak 5%. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi program ganjaran rebat PLUSMiles, jumlah rebat tol yang layak diperuntukkan oleh pengguna sejak dilancarkan dari tahun 2009 hingga 30 September 2015 ialah sebanyak RM72 juta. Walau bagaimanapun, sehingga 30 September 2015, hanya sebanyak RM21 juta sahaja rebat tol atau 29% yang dituntut oleh pengguna. Tuntutan rebat tol PLUSMiles ini sah untuk tempoh 12 bulan. Sehubungan itu, rebat tol PLUSMiles yang tidak dituntut selepas dari tempoh tersebut akan dianggap sebagai terbatal. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan. Seperti mana yang kita dengar tadi, sejak pengenalan sistem rebat bermula pada tahun 2009 hingga tahun 2013 yang sebenarnya banyak orang ramai yang tidak tahu bahawa RM72 juta rebat Touch‘nGo telah tidak dituntut. Memandangkan kaedah penebusan di pejabat-pejabat PLUS dengan had masa tertentu yang telah menyebabkan ramai yang tidak dapat menikmati rebat tersebut disebabkan oleh kekangan masa dan juga faktor-faktor lain. Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengarahkan pihak PLUS memberi diskaun terus atau straight discounted kepada pengguna semasa menggunakan lebuh raya? Selain itu, berkenaan dengan rebat PLUS ini, adakah kementerian mempunyai perancangan memberi rebat atau bonus kepada pengguna- pengguna lebuh raya yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch‘nGo ataupun SmartTAG yang banyak. Contohnya yang menggunakan melebihi RM500 sebulan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyambut baik saranan Yang Berhormat untuk pemberian diskaun ataupun rebat secara terus kepada pengguna. Namun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, pada masa kini, pelaksanaan rebat secara terus atau straight discounted secara automatik diberikan ini tidak dapat dilaksanakan, Yang Berhormat. Mengambil kira mengenai kekangan dalam sistem yang sedia ada. Namun Yang Berhormat, pihak PLUS dengan kerjasama Touch‘nGo akan sentiasa terbuka dan menerima cadangan penambahbaikan terhadap service yang diberikan oleh mereka. Antaranya Yang Berhormat, pihak PLUS akan terus mengkaji mekanisme pemberian rebat yang terbaik kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini, pengguna PLUSMiles, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga perlu mendaftar setiap kali membuat pembelian kad bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan rebat ini. Dalam hal ini, pendaftaran boleh dilakukan sama ada
di kaunter-kaunter khidmat pelanggan pihak PLUS mahupun dibuat secara online, Yang Berhormat. Amat mudah. Namun, untuk menebus rebat ini, pengguna perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk proses verifikasi iaitu semakan sebelum rebat ini dapat dikreditkan di kad masing-masing. Sekiranya tiada sebarang permasalahan dengan sistem, proses penebusan ini hanya mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja. Setakat untuk menjawab kepada persoalan Yang Berhormat tadi, saya ingin maklumkan bahawa setakat ini pihak PLUS tidak ada perancangan untuk memberikan rebat yang lebih tinggi kepada pengguna yang membayar tol melebihi RM500 seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini, sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, pihak PLUS sebenarnya telah banyak melaksanakan program CSR, Yang Berhormat. Antaranya adalah dengan menawarkan program rebat sempena dengan musim perayaan kepada pengguna lebuh raya. Rebat perayaan ini program yang ditawarkan semasa musim perayaan terbesar di Malaysia termasuklah Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas kepada semua kenderaan kelas satu yang menggunakan kad Touch‘nGo dan juga SmartTAG termasuklah pengguna kad PLUSMiles dan juga pengguna Kad Zing di Lebuhraya PLUS.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, setiap kali perayaan Aidilfitri, PLUS Berhad telah menawarkan rebet kepada pengguna di antara 30% hingga 50% pada tarikh- tarikh tertentu yang ditetapkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, selain daripada itu pihak PLUS banyak mengadakan program CSR, termasuk program komuniti bersama TERAS. Di mana baru-baru ini pada 30 Oktober lepas, PLUS telah melaksanakan program komuniti di 26 buah lokasi seluruh negara dan Program Back To School yang diadakan hampir setiap tahun. Pihak PLUS juga sebenarnya Yang Berhormat mengadakan kerjasama dengan merchant. Sebanyak lebih kurang 60 merchant di negara kita ini bekerjasama dengan pihak PLUS bagi memberikan keistimewaan kepada pengguna- pengguna PLUS ini, PLUSMiles. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
4. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah kes yang difailkan oleh pekerja asing mengikut jantina terhadap majikan mereka dan berapa banyak kes (jumlah dan peratus) yang dapat diselesaikan dengan mencapai persetujuan bersama dan jumlah kes pula yang berjaya dibicarakan oleh Mahkamah Buruh. Secara purata berapa lamakah yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kes sama ada melalui persetujuan atau perbicaraan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pemimpin masyarakat FELDA Jengka 3, Ahli Jawatankuasa Kesatuan Operasi Pejabat Pendidikan Daerah Maran, kedua-dua daripada Maran dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Raja, untuk makluman Dewan, kurang lebih 30 juta penduduk negara. Tenaga kerja kita mempunyai lebih kurang 14.2 juta, manakala guna tenaga ialah 13.8 juta. Pekerja asing Tuan Yang di-Pertua, kurang lebih 1.9 juta atau 2 juta. Untuk makluman Dewan, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah merekodkan sebanyak 1,320 kes yang didaftarkan di Mahkamah Buruh, melibatkan pekerja asing bagi tahun 2010 hingga tahun 2014. Kes-kes ini melibatkan seramai 3,682 orang pekerja asing lelaki dan seramai 818 orang pekerja asing wanita.
|Tahun|Kes| |----:|--:| | 2010|295| | 2011|340|<END_TABLE_MARKER>
| 2012 |230 | |------|---:| | 2013| 249| | 2014| 206| |Jumlah|1320|<END_TABLE_MARKER> Semuanya ialah 450 melibatkan pekerja asing wanita dan lelaki. Tuan Yang di-Pertua, daripada 1,320 kes yang didaftarkan, sebanyak 569 kes ataupun 43% telah diselesaikan secara persetujuan bersama. Maknanya, rundingan antara pekerja dan majikan. Manakala, sebanyak 256 kes bersamaan 19.5% tuntutan pula telah dibicarakan di Mahkamah Buruh dan 222 kes bersamaan 17% telah dikeluarkan keputusan perintah iaitu keputusan yang berpihak kepada penuntut iaitu pekerja. Manakala, sebanyak 34 kes bersamaan 2.5% kes lagi telah dibuang atau berpihak kepada pihak kena tuntut. Sebanyak 206 atau 15.5% kes tuntutan telah ditarik balik oleh penuntut. Sebanyak 288 bersamaan 22% tuntutan telah dibatalkan atas sebab penuntut gagal hadir semasa tarikh sebutan atau perbicaraan. Tuan Yang di-Pertua, secara puratanya bagi kes yang melibatkan perintah persetujuan dan tarik balik kes, tempoh penyelesaian ialah selama 34 hari. Manakala, bagi kes dibicarakan di Mahkamah Buruh, purata tempoh pengesahan ialah selama 82 hari. Bagi kes yang dibatalkan pula, purata tempoh pengesahan ialah 54 hari dan tempoh masa penyelesaian bagi kes pendengaran semula ialah 196 hari. Tuan Yang di-Pertua, berasaskan fakta di atas dan statistik di atas jelas bahawa pihak kerajaan dan kementerian tidak pernah mendiskriminasikan tindakan dalam membela nasib pekerja tempatan dan juga asing. Saya ingin menyarankan kepada semua pekerja, termasuk pekerja asing, jangan izinkan diri anda dieksploitasi oleh sebahagian majikan yang rakus dan zalim. Jangan benarkan anda menjadi pekerja tidak ada permit ataupun pendatang tanpa izin. Oleh sebab ia akan banyak menyulitkan anda, bukan sahaja daripada segi gaji, bahkan lain-lain faedah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun soalan saya ini Menteri seolah-olah saya memohon pembelaan kepada pekerja asing dan saya gembira mendengar bahawa mereka mempunyai hak yang setara. Namun, saya ada sedikit kerisauan kerana sekiranya mereka tidak mendapat keadilan dalam negara kita, mereka mungkin jatuh dalam golongan yang teraniaya. Kita pun tahu golongan yang teraniaya ini kalau doa mereka ini tidak ada hijab dengan Allah SWT. Sehubungan dengan statistik yang telah Yang Berhormat berikan tadi, saya ingin bertanya, apa tindakan kementerian sekiranya perintah mahkamah kepada majikan untuk membayar ganti rugi yang tadi ada lebih kurang 17% tadi, membayar ganti rugi kepada penuntut atau pekerja asing tetapi majikan enggan patuhi perintah mahkamah ini. Di manakah pula harus pekerja asing ini mendapat keadilan dan apa yang berlaku kepada mereka sebelum ini? Oleh sebab apabila mereka perlu bawa semula kes itu, mendakwa semula di mahkamah, mereka tidak ada bantuan peguam. Mereka terpaksa ambil peguam sendiri dan pihak Pejabat Buruh pula tidak menggunakan kuasanya untuk mendakwa. Mereka ini pula permit kerja sudah dibatalkan dan sepatutnya pulang. Jadi, apa yang berlaku adalah mungkin ramai daripada kalangan mereka tidak mendapat apa yang telah ditetapkan oleh mahkamah dan mereka tidak ada pembelaan. Jadi, apakah tindakan seterusnya kementerian terhadap majikan-majikan sebegini? Oleh sebab mereka tahu sekiranya mereka tidak ada bantuan untuk dakwa semula, mereka terlepas, mereka tidak perlu membayar ganti rugi dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebenarnya bagi kita kerajaan, kita ada undang- undang. Bagi kementerian, kita tidak akan mengizinkan majikan-majikan menindas pekerja mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada penguatkuasaan tentang perintah Mahkamah Buruh, pendakwaan dan kuat kuasa di Mahkamah Majistret dan jika tempoh permit tamat, saya akan ceritakan kemudian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pekerja-pekerja ini boleh menuntut hak mereka mengikut Akta Kerja 1955 daripada segi gaji, kerja lebih masa, cuti rehat, cuti tahunan, cuti
sakit, gaji ganti, notis, faedah penamatan dan lain-lain yang kalau tidak dilaksanakan oleh majikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Mahkamah Buruh, kedua-dua pihak boleh merayu ke Mahkamah Tinggi. Maknanya, mereka ada ruang lagi dan kita bersedia. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Kota Raja, kalau ada kes-kes seperti ini, come to us, datang kepada kita, dengan izin. Rayuan ke Mahkamah Tinggi ini dalam tempoh 14 hari daripada keputusan dikeluarkan oleh Mahkamah Buruh. Kalau even di Mahkamah Buruh pun tidak puas hati keputusan itu, pergi ke Mahkamah Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi tempoh permit, kadang-kadang ada kes yang pekerja ini apabila kita bawa ke mahkamah tetapi tempoh masa mereka sudah habis. Sebenarnya untuk membenarkan seseorang pekerja asing untuk tinggal lebih tempoh permit kerja yang dibenarkan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen. Walau bagaimanapun sekiranya ada kes yang melibatkan tuntutan kes buruh daripada pekerja asing yang sudah tamat permit kerja, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja akan mengeluarkan surat makluman tentang perkara ini ke Jabatan Imigresen tentang tuntutan kes buruh pekerja asing tersebut yang masih belum selesai. Pekerja asing berkenaan perlu membuat permohonan ke Jabatan Imigresen dan pihak Jabatan Imigresen akan mengeluarkan pas khas, special pass yang sah selama satu bulan.
Pas khas ini boleh diperbaharui setiap bulan selagi tuntutan kes buruh belum selesai berdasarkan surat pemakluman dari JTK kepada JIM (Jabatan Imigresen Malaysia). Maknanya, kita bagi ruang. Kalau belum habis, katalah sebulan belum habis, kita lanjutkan lagi tempoh sehingga kes mereka selesai dan kita bela nasib mereka mengikut undang- undang yang ada. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyalah. Tadi sudah banyak tentang pekerja asing ini, saya hendak tanya soal pekerja tempatan. Ada dua senario Yang Berhormat Menteri. Satu keadaan, apakah langkah pihak kementerian untuk membantu pekerja-pekerja yang mana majikan telah menutup perniagaan mereka dan tuntutan telah dibuat? Apabila siasatan dilakukan oleh pihak Jabatan Buruh, mereka tidak dapat tracing, tidak dapat menjumpai di manakah local pengarah-pengarah syarikat yang ada dan selepas dua minggu, fail akan ditutup. Maka, pekerja tetap tidak akan dapat bayaran yang mereka sepatutnya dapat dengan alasan pengarah-pengarah ini tidak dapat dikesan. Kedua, untuk pihak majikan, mereka juga mengalami masalah menuntut semula gaji bagi pekerja-pekerja yang absconded. Biasanya, kalau kita pergi untuk tuntutan semula ke pejabat buruh, ia amat menyukarkan pihak majikan untuk mendapat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Gudang, sebenarnya, kalau kita lihat kes yang melibatkan pekerja asing- mungkin Yang Berhormat tadi bertanya agak umum. Mungkin pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Saya hendak melihat kalau ada kes-kes yang specific case ini datang kepada kita. Mungkin ada majikan-majikan yang agak tidak bertanggungjawab dan sebagainya datang kepada kita. Saya hendak mengalu-alukan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana banyaknya perbelanjaan yang telah pun kita keluarkan kerana membayar atau membela nasib pekerja- pekerja ini. Ini pekerja-pekerja asing. Kalau saya ambil pekerja tempatan keseluruhannya, bayaran perintah mahkamah terutama melalui Mahkamah Buruh ini, umpamanya tahun 2014, kita ada 41,461,590. Kita bayar kepada pekerja-pekerja dan bagi perintah mahkamah bagi pekerja asing 3,995,839 tempoh yang telah pun disebutkan tadi dari tahun 2010 hingga tahun 2014. Bahkan, oleh sebab ada kelewatan dibayar oleh majikan ini, maka kos itu telah meningkat kepada RM4.17 juta iaitu 812,832 perbezaan yang mana 8% faedah setahun akan dikenakan bayaran lewat kepada majikan yang tidak membayar kepada pekerja mereka. Tuan Yang di-Pertua, pekerja boleh tuntut balik dalam tempoh enam tahun jika majikan tidak dapat dikesan. Maknanya kita beri izin dan sebab itulah datang kepada kita dan majikan boleh menuntut gaji ganti notis di Mahkamah Buruh. Maknanya, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, ini prosedur yang ada. Jadi, untuk detail ini bolehlah
datang kepada kementerian kita iaitu Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
5. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan adakah telah wujud atau sistem infrastruktur data dan pemetaan yang membolehkan pengenalpastian dalam mendapatkan maklumat lokasi ladang-ladang ternakan seperti ladang ayam, khinzir dan lain-lain bagi membantu agensi-agensi kerajaan dalam membuat pemantauan, perancangan dan keputusan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah sebuah produk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu melalui Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara ialah infrastruktur bagi perkongsian maklumat geospatial yang diberi nama Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) sejak akhir tahun 2002. Salah satu daripada produk MyGDI seperti yang saya sebutkan tadi adalah pada tahun 2013, Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah bekerjasama membangunkan aplikasi Veterinary Online Map (VENOM) untuk memetakan maklumat, lokasi ladang ayam di seluruh Malaysia. VENOM menyediakan maklumat secara sistematik dalam bentuk paparan peta yang jelas bagi membolehkan pengguna membuat analisis dengan cepat dan efisien. VENOM telah dapat membantu pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam membuat pengemaskinian maklumat ladang ayam dengan cepat, tepat dan selamat. Melalui maklumat yang ada di dalam VENOM tersebut, ia telah membantu agensi kerajaan yang terlibat contohnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, KPDNKK dalam membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi meningkatkan bekalan ayam sebagai sumber protein termurah negara. Ini antara jasa ataupun perkhidmatan yang dapat disediakan oleh Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon kemukakan soalan tambahan. Kalau melihat penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, sistem ini sangat ketara kehebatannya, dapat mengesan setiap tempat ternakan-ternakan khususnya ternakan ayam, khinzir dan sebagainya. Akan tetapi dalam sistem ini, mungkin kalau boleh dapat Yang Berhormat Menteri menjawab ataupun secara bertulis kerana terkeluar sedikit daripada soalannya. Adakah ia dapat juga mengesan seperti pembakaran terbuka? Kita selalu mengalami jerebu, penerokaan haram, lombong, bauksit dan sebagainya. Akan tetapi soalan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada sistem infrastruktur data dan pemetaan ini terhadap lokasi ladang-ladang ayam khususnya, bagaimana aplikasi tersebut membantu dalam mengembalikan, memberhentikan import produk unggas, ayam ataupun itik daripada negara Jepun yang telah sekian lama? Mungkin dengan sistem infrastruktur ini dapat membantu khususnya dalam kes seperti yang saya katakan sebentar tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lipis. Ada dua bahagian. Pertama, sama ada boleh atau tidak infrastruktur ini membantu kerajaan, dengan izin, monitor segala sumber alam seperti yang saya sebutkan tadi mineral dan sebagainya termasuklah pencemaran. Kedua ialah tentang sama ada infrastruktur ini boleh membantu ataupun telah membantu kerajaan dalam mengembalikan semula import ayam dari Jepun. Jadi yang pertama itu Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, “Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara ialah infrastruktur bagi perkongsian maklumat geospatial”. Maknanya, segala maklumat kita berkongsi dengan semua jabatan atau agensi yang berkaitan termasuklah tentang jerebu, tentang pencemaran dan sebagainya. Umpamanya sumber pencemaran dalam Malaysia lebih kurang 60,000 untuk sumber pencemaran, kilang-kilang dan sebagainya. Termasuk jerebu boleh dimasukkan, termasuklah setakat ini 52 buah lokasi bacaan jerebu. Maknanya, perkongsian itu boleh dibuat untuk dimasukkan dalam pelan ini kerana banyak produknya. Hendak baca satu persatu tersangat panjang dan tidak ada masalah. Maknanya boleh dibangunkan.
Jawapan kepada yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ada pada saya. Seperti yang saya sebutkan tadi, VENOM ini dia banyak maklumat. Tentang ladang ayam baka, ayam daging, ayam kampung, hatchery dan sebagainya termasuk lokasi dan maklumat ladang itik, ladang khinzir dan sebagainya. Akan tetapi menjawab yang khusus tadi iaitu semenjak Malaysia dilanda wabak penyakit zoonotic atau selesema burung H5N1 ini pada tahun 2006, ya, betul Jepun telah menghentikan import produk unggas, ayam dan itik dari Malaysia selama lapan tahun. Semenjak itu, kerajaan berusaha melobi untuk mengeksport produk unggas ke Jepun sehinggalah delegasi daripada Kementerian Pertanian Jepun datang melawat pada 17 sehingga 21 Februari 2014 di mana aplikasi VENOM tadi digunakan dan dibentangkan. VENOM telah membantu dalam menerangkan dengan mudah dan cepat tentang kawalan penyakit, kawasan penternakan mahupun keupayaan pengeluaran sesebuah ladang ayam. Hasilnya ialah Kerajaan Jepun bersetuju membawa masuk semula produk ayam beku dari Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian bertarikh 21 Oktober 2014. Ini antara kejayaan yang dapat dikongsi daripada infrastruktur data tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ringkas sebenarnya. Saya melihat pada Bajet 2016 ada peruntukan RM60 juta diperuntukkan untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah sistem infrastruktur data dan pemetaan ini boleh membantu sistem amaran banjir ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang sangat ke depan agaknyalah tetapi oleh sebab mungkin Yang Berhormat Bagan Serai terlalu peka dengan banjir ini, saya hendak berkongsi sedikit maklumat di sini iaitu saya ulang sekali lagi, ini sebuah infrastruktur data bagi perkongsian maklumat geospatial. Maknanya, kita boleh berkongsi dengan mana-mana jabatan termasuklah dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, secara kebetulan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, untuk memasukkan data-data yang berkaitan dengan banjir, tentang muka bumi, tentang taburan hujan, tentang profil sungai dan tentang perkara-perkara lain termasuklah keluasan water catchment area dan sebagainya, dengan izin. Sekali gus dengan sistem ataupun teknologi sistem amaran banjir tersebut boleh disekalikan dengan yang saya sebutkan tadi dan sekali gus dapat memudahkan penyebaran maklumat dalam bentuk paparan, dalam peta yang sedia ada, peta 1Malaysia, untuk orang ramai akses dan boleh sama-sama berkongsi untuk menjangkakan sama ada sesuatu kawasan itu boleh berlaku banjir ataupun tidak. Akan tetapi ini proses yang sangat panjang, masih dalam proses pembangunan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai kerana telah melihat ini perkara ke hadapan. Insya-Allah, kalau dibangunkan nanti dapat membantu orang ramai untuk sama-sama bersiap sedia dalam menyelamatkan diri daripada banjir.
6. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan tujuan dan matlamat untuk menganjurkan "Hari Sukan" pada 10 Oktober 2015: (a) apa program-program dan pertandingan yang akan diadakan khas untuk "Hari Sukan"; dan (b) anggaran perbelanjaan untuk program ini dan usaha-usaha yang telah diambil untuk penglibatan pertubuhan-pertubuhan swasta dan badan-badan NGO.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan Hari Sukan Negara adalah untuk Malaysia menjadi sebuah negara bersukan, sporting nation, dengan izin. Walaupun ia disambut hanya satu hari setiap tahun, Hari Sukan Negara diharap dapat mencetuskan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia. Sebanyak 17,648 acara telah dianjurkan pada 10 Oktober 2015 dengan jumlah peserta seramai lima juta orang rakyat Malaysia yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan bukan hanya oleh pihak kerajaan tetapi juga
pihak swasta, persatuan sukan, badan-badan bukan kerajaan dan juga di peringkat masyarakat, jutaan rakyat Malaysia juga merentasi demografi daripada segi kaum, agama, lokasi dan juga jurang pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengembangkan industri sukan di Malaysia, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah mendapat kerjasama daripada lebih daripada 49 buah syarikat swasta termasuk 12 orang penjual barangan sukan yang terlibat secara langsung dalam jualan murah Hari Sukan Negara. Syarikat-syarikat swasta seperti Petronas dan Perodua juga telah melaksanakan aktiviti sukan untuk kakitangan dan orang awam. Ada juga syarikat swasta seperti Garmin yang telah menganjurkan pertandingan seperti Garmin Step Challenge, dengan izin, yang telah disertai oleh 46 Ahli Yang Berhormat sekalian. Anggaran perbelanjaan yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi pelaksanaan Hari Sukan Negara adalah sebanyak RM23 juta. Peruntukan ini telah diagihkan ke peringkat akar umbi agar kumpulan-kumpulan masyarakat dapat menganjurkan sendiri aktiviti-aktiviti sukan yang dirasakan bersesuaian untuk komuniti masing-masing di peringkat akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian atas kerjasama baik yang diberikan dalam menjayakan Hari Sukan Negara. Usaha bersama amat perlu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan dan sekali gus memberi faedah daripada segi perbelanjaan kos perubatan, meningkatkan ekonomi melalui industri sukan dan memperkukuhkan perpaduan di antara rakyat Malaysia. Paling penting, negara bersukan dapat membantu Malaysia mencari lebih banyak bakat dan meningkatkan kualiti sukan berprestasi tinggi di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang very detail. Ingin saya tanya Yang Berhormat tentang adakah cadangan yang akan menjadikan Hari Sukan Negara ini sebagai salah satu program bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan iaitu gunakan Hari Sukan Negara ini untuk kita promotekan sukan-sukan ataupun pertandingan-pertandingan local iaitu berasal dari negara kita? Adakah cadangan ini dalam program atau pertimbangan kementerian Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya sebut di Dewan yang mulia ini, kita telah mengadakan Hari Sukan pada 10 Oktober yang lalu iaitu Sabtu ke-dua bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara semata-matanya untuk melahirkan kesedaran di kalangan warga Malaysia. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sendiri, mana-mana negara yang membelanjakan peruntukan lebih banyak untuk aktiviti-aktiviti sukan mungkin akan kurangkan perbelanjaan dalam Kementerian Kesihatan di masa akan datang. Maka, Kementerian Belia dan Sukan akan mengambil segala langkah positif untuk melahirkan kesedaran yang mencukupi supaya kita mentransformasikan negara ini sebagai negara bersukan. Bagi soalan untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Kementerian Belia dan Sukan tidak ada masalah. Kita akan mengkaji secara mendalam acara-acara yang positif untuk menjayakan program ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana mengadakan Hari Sukan. Jasmani sihat minda afiat, jasmani cergas minda cerdas, jasmani berstamina minda mendaya dan menjana. Jadi, sukan ialah pelaburan untuk minda dan jasmani untuk kesihatan, saya setuju dengan Menteri tadi, lebih sihat kurang kos kesihatan dan pelaburan untuk perpaduan dan untuk masa depan. Jadi saya hendak tanya Menteri, adakah Hari Sukan ini kita jadikan hari kemuncak maka kita kerangka kerjakan sambutan ini sepanjang tahun supaya kita akan jadi negara sukan, bukan tertentu sahaja. Di samping kerangka-kerangka sukan yang ada dalam bentuk pertandingan dan sebagainya, kita mesti menggalakkan sukan rakyat. Tadi Yang Berhormat Kota Melaka kata itu betul, pelancongan mesti disepadukan supaya sukan ini
menjadi satu agenda yang penting dalam rakyat Malaysia. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat supaya perkara ini tidak boleh jadi seasonal, dengan izin. Kesedaran ataupun usaha untuk menjadikan negara ini sebagai negara bersukan ataupun sporting nation harus menjadi budaya.
Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji secara mendalam langkah-langkah yang cukup positif untuk memastikan kita menukar Hari Sukan ini menjadi sebagai satu budaya warga Malaysia. Terima kasih.
7. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Program eRezeki yang ditawarkan menyediakan pekerjaan digital kepada penerima BR1M: (a) sejauh mana eRezeki boleh membantu menggantikan BR1M secara berperingkat; dan (b) bagaimana mekanisme perlaksanaan program eRezeki dapat membantu keseluruhan rakyat Malaysia berkelayakan menerima maklumat dengan berkesan.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Buah betik buah papaya, saya cuba menjawab sedaya upaya. [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sekijang yang menanyakan soalan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, eRezeki satu program yang akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui penggunaan teknologi digital di bawah MDeC iaitu salah satu agensi di bawah kementerian ini. Objektif program eRezeki buat masa ini adalah untuk menyediakan peluang kerja sambilan melalui kaedah ‘crowd sourcing’ iaitu tugasan digital sebagai contoh memasukkan maklumat daripada teks di laman web, memasukkan maklumat berdasarkan imej yang dilihat, melaksanakan carian atas talian dan memasukkan maklumat yang diperoleh, melaksanakan carian atas talian dan memasukkan maklumat yang diperoleh dan sebagainya bagi memperoleh pendapatan tambahan. Kumpulan sasar program ini ahli isi rumah yang berpendapatan rendah ataupun B40 iaitu di bawah 40 yang termasuk juga penerima BR1M. Dianggarkan bahawa peserta program ini berupaya memperoleh pendapatan tambahan purata sehingga RM250 sebulan dengan melaksanakan tugasan digital yang ringkas dan mudah. Bagi peserta yang mempunyai kemahiran dan mampu melaksanakan tugasan yang lebih kompleks, dijangkakan bahawa mereka berupaya memperoleh purata pendapatan tambahan sebulan sehingga RM550. Setakat ini, sejumlah 9500 bilangan orang B40 yang telah mendapat pendapatan tambahan berjumlah RM7.5 juta, anggaran unjuran pendapatan eRezeki bagi penghujung tahun 2015 ialah berjumlah RM11 juta dengan bilangan B40, dengan izin, yang akan mendapat pendapatan tambahan ialah seramai 12,500 orang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program eRezeki buat masa ini adalah masih di peringkat permulaan dan pihak kerajaan sedang berusaha untuk memastikan para peserta yang mendaftar untuk program ini dilatih dan disaring daripada segi kemampuan dan kelayakan. Ini adalah bagi memadankan mereka dengan tugas yang bersesuaian serta memastikan kualiti kerja yang baik dan konsisten. Aspek ini adalah penting bagi memastikan pembekal pekerjaan ataupun tugasan dari luar negara berpuas hati dan berterusan menyalurkan tugasan digital ke Malaysia. Pelaksanaan program eRezeki dilakukan juga menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi pusat, kerajaan negeri dan juga agensi-agensi mereka serta dengan pihak universiti. Sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak lima buah pusat eRezeki telah pun beroperasi dan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini, sebanyak lima buah lagi pusat eRezeki akan dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2016.
Selain daripada menyediakan kemudahan ICT dan wang untuk bekerja, pusat eRezeki turut menyediakan latihan kelayakan serta bimbingan kepada peserta. Dalam cadangan untuk meluaskan pelaksanaan program eRezeki ini, pihak MDeC masih dalam proses untuk mengenal pasti beberapa orang wakil eRezeki yang mampu menyediakan tempat, kemudahan ICT dan pelatih untuk melaksanakan sesi-sesi latihan kepada komuniti setempat. Terima kasih.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira program eRezeki ini memang idea terbaik daripada kerajaan dan ia sebenarnya juga boleh membantu untuk menggantikan program BR1M pada satu masa yang akan datang nanti. Cuma Yang Berhormat Menteri, kita tahu ada beberapa orang peserta yang telah mendapat pendapatan hampir RM2000 sebulan kerana melaksanakan program e-Rezeki ini. Adakah kementerian bercadang supaya program eRezeki ini kita perluaskan ke seluruh negara dan bagaimanakah kaedah perluasan ini akan dilaksanakan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Program ini semenjak dilancarkan pada 17 Jun 2015 yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebenarnya memang berhasrat akan diperluaskan ke setiap negeri di seluruh negara inshaaAllah bermula tahun 2016 secara berperingkat. Kita akan mengadakan kerjasama bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, kolej-kolej komuniti yang mempunyai facility ICT yang bersesuaian akan dijadikan wakil-wakil eRezeki. Dalam hal ini, kolej-kolej komuniti yang berperanan sebagai wakil eRezeki kerana kita hendak train the trainee, akan memudahkan cara penyertaan komuniti B40 setempat dan melatih mereka untuk melakukan tugasan yang bersepadan dengan tahap kemahiran dan kecenderungan masing-masing. Selain daripada kolej-kolej komuniti, perluasan ke seluruh negara akan turut mengguna pakai kemudahan awam ICT yang sedia ada yang memenuhi kriteria program termasuklah prasarana ICT di UTC, pusat-pusat internet, perpustakaan dan sebagainya. Jadi sebelum penghujung 2016, adalah disasarkan sebanyak 66 buah pusat dan wakil eRezeki akan beroperasi di seluruh negara kerana anggaran unjuran pendapatan eRezeki inshaaAllah bagi penghujung 2016 ialah berjumlah RM33 juta dan kita jangkakan seramai 20 ribu orang golongan di bawah B40 akan mendapat faedah daripada program ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pertama sekali saya ucap tahniah atas program baru yang diperkenalkan oleh kerajaan. Saya ingin tahu apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kementerian dalam pelaksanaan eRezeki ini dan saya ingin tahu penjelasan secara detail sedikit apakah kejayaan-kejayaan hasil tugasan yang telah diberikan kepada peserta-peserta.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Seperti yang saya perjelaskan dalam jawapan awalan, cabaran utama pihak kementerian ialah pertamanya untuk mengenal pasti wakil-wakil eRezeki yang mampu menyediakan tempat kerana kaedah yang kita perlu daripada segi pemilihan pusat komuniti eRezeki. Pertamanya daripada segi kepadatan penduduk B40 yang tinggi di mana lebih 25,000 B40 perlulah berada dalam lima kilometer radius di kawasan bandar. Ini adalah antara kriterianya. Kedua, daripada segi kesediaan jalur lebar berkelajuan tinggi iaitu sejumlah 30 megabat per second, dengan izin. Ketiga, bekalan elektrik yang stabil dan yang keempatnya boleh diakses dengan pengetahuan awam, berdekatan dengan IPTA dan sebagainya dan ini adalah antara cabaran-cabaran. Keduanya, kita juga daripada segi pengambilan pekerja digital dan latihan kerana kita memerlukan pekerja B40 yang berkelayakan dan dibimbing dan dipantau dalam tempoh masa yang tertentu sehingga mereka mampu melakukan dan terus menyampaikan kualiti kerja yang baik kerana kebanyakan maklumat yang diperoleh itu adalah daripada luar negara dan ia berbentuk dalam bahasa Inggeris. Insya-Allah untuk kandungan yang di
Malaysia, kita akan melaksanakan secara berperingkat dalam bahasa Malaysia. Contoh- contoh kejayaan untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, pertamanya ada peserta yang bernama Yazid bin Mohd Zaki, beliau mengetahui program eRezeki daripada Facebook Digital Malaysia. Beliau telah mendaftar di Desa Rejang, Setapak dan mendapatkan latihan. dalam masa dua bulan sahaja beliau telah meluangkan masa sekitar 38 jam dan memperoleh sekitar RM2,300. Di Sarawak misalnya, seorang secretary yang bernama Nok Bong. Cik Bong ini mengetahui tentang eRezeki melalui iklan di surat khabar dan telah memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM622. Jadi ada beberapa kaedah di mana sebanyak mana tugasan yang dapat diselesaikan dalam tempoh yang diberikan, inshaaAllah- ganjarannya adalah bersesuaian dengan purata yang disediakan. Terima kasih.
8. Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam] minta Menteri Kesihatan menyatakan, statistik terkini penyakit kanser payudara dan kanser serviks di kalangan wanita mengikut pecahan umur, kaum dan negeri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam, Tuan Sim. Soalan ini adalah berkenaan dengan kanser payudara dan juga kanser serviks, Tuan Yang di-Pertua. Kanser merupakan salah satu daripada lima penyebab utama kematian di Malaysia dalam tempoh 10 tahun, dari tahun 2005 hingga 2014. Menurut faktor kesihatan 2014, penyakit kanser penyebab keempat kematian di hospital-hospital kerajaan dan swasta iaitu sebanyak 13.62%. Menurut Laporan Kanser Kebangsaan yang diterbitkan pada tahun 2008, kanser payudara kanser yang paling kerap berlaku di kalangan penduduk Malaysia. They across the board sama ada lelaki atau perempuan, kanser payudara adalah yang paling tinggi.
Sejumlah 3,209 kes kanser payudara telah dikesan pada tahun 2008 dan dilaporkan ke Kanser Registri Kebangsaan pada tahun tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kanser registri bagi tahun 2011 sudah siap tetapi belum lagi publish. Jadi saya tidak mahu sebut hal itulah, tentang angka yang terdapat dalam 2011. Akan tetapi sudah siap, belum publish ya. Kanser payudara menyerang kaum wanita terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas iaitu lebih daripada 50%. Kes kanser payudara paling ramai dikesan di kalangan kaum Cina iaitu sebanyak 43.5%, manakala kaum Melayu 41.8% dan kaum India seramai 9.7%. Mengikut laporan yang sama, kadar kes kanser payudara di semua negeri mengikut jumlah kajian kanser ada tertera dalam jadual ini. Akan tetapi kalau saya hendak sebut semua, panjang Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi memadai kalau saya bagi tahu bahawa bagi kes di Pahang, Pahang yang paling tinggi. Antara jumlah kes kanser terdapat di Pahang, 52.8% kanser payudara. Negeri yang kedua tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan yang ketiga tertinggi adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi kanser serviks Tuan Yang di-Pertua, daripada jumlah kanser yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan, 40% kanser serviks, di Wilayah Persekutuan Labuan. Kemudian yang kedua tertinggi ialah di Melaka dan yang ketiga tertinggi adalah di Pahang. Jadi di Pulau Pinang sebab Yang Berhormat dari Pulau Pinang, Pulau Pinang kanser payudara 31.4% dan kanser serviks 7.2%. Bermakna satu angka yang tidak berapa tinggi, tetapi memang tinggi jugalah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jadi dalam hal ini memang kita mengadakan awareness campaign di kalangan masyarakat Malaysia khasnya wanita dan sudah ada pelbagai kempenlah. Mereka boleh pergi ke tiap-tiap klinik dan juga hospital untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Ini penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau kanser ini dikesan awal, maka boleh kita memberi treatment, memberi rawatan dan boleh selamat sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sama ada payudara ataupun kanser serviks. Kita menggalakkan mereka memeriksa sendiri dalam kes payudara dan juga membuat mamogram awal terutamanya 40 tahun ke atas dan membuat pemeriksaan tiap- tiap tahun, seelok-eloknyalah. Untuk kanser serviks, mereka boleh buat tiap-tiap klinik kita dan juga hospital kita, buat pap smear. Ini penting terutama yang 40 tahun ke atas. Kesan awal dan kita bagi treatment awal Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut tadi. Akan tetapi sebelum saya teruskan dengan soalan tambahan, saya hendak memberi peringatan bahawa, sebab ini statistik penting daripada World Health Organization, bahawa lebih daripada 20% kes kanser payudara berlaku pada wanita yang berumur kurang daripada 40 tahun. Jadi saya rasa, perangkaan ini penting untuk diambil kira oleh kerajaan. Soalan saya, statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri itu menunjukkan betapa seriusnya dua jenis kanser ini iaitu kanser payudara dan kanser serviks terutamanya kepada wanita, akan tetapi saya ambil maklum bahawa juga kepada lelaki, iaitu merupakan antara kanser dan penyebab kematian utama di Malaysia ini. Akan tetapi saya nampak dalam anggaran perbelanjaan kerajaan pada tahun ini terutamanya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peruntukan untuk program mamogram dan peruntukan untuk vaksinasi HPV yang boleh mengawal dan mengelakkan, untuk early detection telah dipotong 100% tinggal sifar. Jadi saya hendak tanya sama ada di Kementerian Kesihatan, adakah program mamogram dan program vaksinasi percuma kepada rakyat secara umum masih dijalankan? Jika ada, berapakah jumlah peruntukan bagi 5 tahun kebelakangan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memanglah ikut angka yang saya ada di sini, kanser payudara di Malaysia yang bawah daripada 40 tahun dalam lingkungan 15% Tuan Yang di-Pertua, bawah daripada 40 tahun ya. Dalam hal early detection, dengan izin, ialah memang sebelum ini LPPKN mendapat peruntukan yang banyak dan mereka mengenalkan program membantu Kementerian Kesihatan untuk membuat mamogram. Memang sebelum ini kalau ikut jumlah angka yang saya terima, yang saya dapat ini sehingga September 2015, ada 62 buah pusat mamogram yang didaftar di bawah LPPKN. LPPKN akan bagi bajet, peruntukan percuma untuk semua wanita yang ingin mendapatkan mamogram, pergi ke pusat-pusat ini. Sebanyak 62 buah pusat mamogram di seluruh negara. Setakat ini, LPPKN telah pun menyaring 263,627 kes dan di antara itu yang didapati ada yang perlu pemeriksaan lanjut ialah 24,980. Ini yang LPPKN punya. Kalau tidak ada LPPKN, mereka yang ingin mendapatkan ataupun kita digalakkan supaya mereka yang dulu pergi ke pusat-pusat ini, mereka boleh pergi ke hospital kerajaan ataupun klinik- klinik kerajaan yang ada mamogram, mereka boleh buat di sana secara percuma Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya ingat tidak timbul masalah kalau LPPKN tidak ada bajet, rakyat kita boleh pergi ke hospital kerajaan atau klinik kerajaan yang ada mamogram Tuan Yang di-Pertua.
Semua yang bangun ini sudah tanya soalan sebelum ini Yang Berhormat, jadi...
Labuan belum.
9. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk membangunkan Labuan sebagai pelabuhan pendaratan dan industri tuna.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pagi ini semua orang berpantun. Boleh saya berpantun sikit?
Boleh Yang Berhormat.
Saya pendek juga. Kata Bersih tapi kayu, Terima kasih, thank you. Bersih, kayu ya. Akan tetapi dia orang tidak faham, diam sajalah. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Pantun daripada Yang Berhormat Menteri kayu, apa hendak kata [Ketawa]
Yang Berhormat Shah Alam.
Lambat. Dia lambat jawab, respons. Dia laps sikit dia punya mind take time. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Labuan yang bertanyakan berhubung dengan Labuan sebagai pusat pendaratan tuna dan juga sebagai pusat industri tuna. Untuk menjawab soalan tersebut Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sememangnya berhasrat untuk menjadikan Labuan sebagai pelabuhan pendaratan dan industri tuna. We are committed to that. Kemudahan Kompleks LKIM Wilayah Persekutuan Labuan di Kiansam yang dibina dengan kos sebanyak RM 10 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan tempoh hari, memiliki kemudahan yang lengkap serta mampu digunakan untuk pendaratan ikan tuna berkapasiti 50 ribu metrik tan. Capacity is very big, dengan izin, 50 ribu metrik tan setahun. Kompleks tersebut telah pun dibina sepenuhnya pada bulan Oktober 2011. That has been completed, dengan izin, Oktober 2011 dan sejak itu pusat pendaratan ini telah pun beroperasi sejak tahun 2013.
Selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2012-2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah memohon peruntukan di bawah RMKe-11 ini sebanyak RM20 juta untuk meneruskan pembangunan beberapa perkara yang perlu dimajukan lagi untuk menjadikan Labuan sebagai pusat pendaratan dan pusat industri tuna di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawapan yang diberikan. Saya difahamkan Labuan adalah antara tempat tertinggi yang direkodkan untuk pendaratan tuna selama ini. Walau macam mana pun, tangkapan tuna di Labuan masih lagi menggunakan bot-bot tradisional secara pancing. Jadi, ia tidak mempunyai kelengkapan quick freezing facility, dengan izin untuk memastikan kualiti yang terbaik untuk eksport. Jadi sebenarnya kita perlukan mother boat. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian akan mengadakan insentif yang besar untuk pelabur mengadakan facility tersebut, mother boat tersebut ataupun pihak kementerian memberi bantuan yang terus dalam bentuk geran atau sebagainya kepada koperasi-koperasi ataupun LKIM ataupun persatuan nelayan supaya industri tuna itu dapat dilonjakkan di Labuan? Selama ini, disebabkan kualitinya yang tidak terjaga semasa ia ditangkap, maka kebanyakannya terpaksa dihantar ke kawasan lain untuk jualan yang kurang berharga. Padahal, tangkapan itu sudah pun banyak walaupun ia cuma dibuat dengan secara pancing ataupun tradisional. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum menjawab khusus soalan tambahan itu, saya ingin menyatakan bahawa kejayaan industri tuna di Malaysia dibuktikan melalui Program Pelesenan Vessel Tuna di Labuan iaitu sebanyak lapan buah jongkong, 18 buah sampan kecil dan dua buah vessel pukat jeti tuna telah memberi manfaat kepada nelayan-nelayan di sana seramai 60 orang ke-70 orang nelayan. Daripada segi tangkapan pada tahun 2014, sejumlah 68,000 tan metrik didaratkan bernilai RM14 juta. Bagi tahun 2015, setakat bulan September, sebanyak 238 tan metrik telah pun didaratkan. Walau bagaimanapun, persoalannya tadi banyak lagi kelemahan- kelemahan yang terdapat di sana, kekurangan. Saya bersetuju dan kerajaan mempunyai perancangan dengan memohon peruntukan sebanyak RM20 juta yang saya sebutkan tadi untuk menaik taraf pelabuhan ini dan juga peralatan dan bot-bot yang diperlukan mengikut standard antarabangsa dan sebagainya. Bukan sahaja mother boat, father boat pun boleh kita buat tetapi kalau perlukan peruntukan ataupun pembiayaan. Terima kasih.
10. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, kesan ke atas kos sara hidup, inflasi, dan pencatutan yang disebabkan oleh pelaksanaan GST dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Selayang yang mengemukakan soalan kepada kementerian. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali dengan lima lagi pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar pada 24 November; Yang Berhormat Bukit Bintang pada 26 November; Yang Berhormat Nibong Tebal pada 1 Disember; Yang Berhormat Kubang Kerian; dan Yang Berhormat Lenggong pada 3 Disember 2015 kerana menyentuh perkara yang sama iaitu langkah dan tindakan yang diambil oleh kementerian bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat pada ketika ini.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian sedar akan kemungkinan berlakunya kenaikan harga oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan cenderung mengambil kesempatan mengeksploitasikan keadaan melalui pelaksanaan GST. Perkara ini telah membebankan rakyat dan aspek kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, kementerian telah dan sedang mengambil beberapa tindakan proaktif bagi menangani bagi kenaikan harga barang keperluan. Pertama, kita mengenal pasti dan mencadangkan strategi-strategi yang berkesan dalam menangani isu-isu kos sara hidup dan harga barang secara holistik, bersepadu dan berterusan melalui jawatankuasa khas menangani kos sara hidup iaitu jawatankuasa pusat ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri dan terdiri daripada anggotanya ialah Yang Berhormat Menteri-menteri serta kementerian dan agensi yang berkenaan. Kedua, kita melaksanakan gerak gempur secara terancang dan berfokus melalui operasi penguatkuasaan ke atas keseluruhan rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh negara melalui Ops Catut yang telah berkuat kuasa mulai pada 15 Januari 2015 yang lalu. Sepanjang pelaksanaan Ops Catut sehingga 27 Oktober 2015 iaitu sebanyak 1,689,955 pemeriksaan telah dijalankan yang mana sebanyak 6,280 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM1.23 juta dan kutipan kompaun sebanyak RM886,306. Daripada jumlah keseluruhan kes tersebut, sebanyak 3,615 kes membabitkan kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan 2,285 kes penggunaan alat timbang sukat yang tidak ditentu sahkan dan 102 kes atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga merah jambu dan 87 kes bagi kesalahan mencatut dalam menjual dan membekalkan barangan dan perkhidmatan. Sebanyak 43 kes kesalahan enggan memberi maklumat dan 32 kes atas kesalahan petunjuk atau gambaran mengelirukan mengenai dengan harga. Ada 4 kes kesalahan tidak menyelenggarakan rekod dan 12 kes kesalahan menjual melebihi harga maksimum dan 20 kes kesalahan pelabelan barang-barang tersedia bungkus ini dalam Ops Catut, Tuan Yang di-Pertua. Ketiga, kita melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sebagai satu kaedah untuk menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah semasa permintaan tinggi pada musim-musim perayaan. Pada tahun ini, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan telah dilaksanakan semasa Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Pesta Keamatan, Hari Raya Puasa dan skim ini akan terus kita laksanakan bagi perayaan yang paling dekat ialah Deepavali yang akan datang dan juga Krismas pada 25 Disember yang akan datang. Semasa skim berkuat kuasa, peniaga dikehendaki menjual barang harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang telah ditentukan oleh kerajaan. Sekiranya kegagalan berbuat demikian, boleh kita ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.
Tuan Yang di-Pertua, keempat, kita juga memastikan rakyat terus mendapat barangan pada harga yang terendah pula, ‘Kempen Penurunan Harga 2015’ telah dilancarkan oleh kementerian pada 1 Mac yang lalu dan terus dilaksanakan sehingga kini. Iaitu sebanyak 2,543 buah cawangan pasar raya besar, pasar raya mini di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak turut mengambil bahagian dalam kempen ini dengan penawaran diskaun sebanyak 70% bagi lebih daripada 900,000 barang-barangan. Kelima, kerajaan juga meneruskan penyediaan barangan keperluan yang lebih murah melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia. Sehingga 30 September 2015, sebanyak 170 buah KR1M dan 30 buah Kedai Kain Rakyat 1Malaysia telah beroperasi di seluruh Malaysia. Manakala bagi program Menu Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan juga untuk memberi pilihan alternatif kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan juga makan tengah hari dan telah menerima penyertaan lebih daripada 5,000 orang pengusaha makanan dan minuman secara sukarela. Jadi Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, matlamat kerajaan untuk menangani masalah kenaikan harga barangan yang tidak terkawal pada masa ini dapat dicapai. Ia juga akan memperbaiki dan seterusnya membantu beban kewangan rakyat dapat dikurangkan agar rakyat dapat menikmati kesejahteraan hidup yang selesa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, setakat itulah sesi soal jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 11.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 16 November 2015.”
Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh dua bilion ringgit (RM52,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2016, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2015, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [4 November 2015]
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyambung jawapan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, lapan orang Ahli Yang Berhormat yang bangkit untuk bercakap hal-hal berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Isu-isu yang dibangkitkan ada empat: (i) berkaitan TPPA; (ii) mengenai harga kereta; (iii) PKS; dan (iv) sedikit berkaitan dengan Komuniti Ekonomi ASEAN ataupun ASEAN Economic Community (AEC). Tuan Yang di-Pertua, TPP ialah satu perkara yang hangat dibincangkan di luar dan sudah pasti dalam Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya waktu kemuncak, prime time. Kalau pukul 11 malam mungkin tidak ramailah, 11.30 pagi yang ramai. Peluang ini ialah peluang yang cukup baik, waktu kemuncak, prime time dalam Dewan Rakyat, inshaaAllah, saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh 18 orang Ahli Yang Berhormat mengenai MITI. Isu yang pertama mengenai TPP. Sebelum saya menjawab secara langsung, beberapa perkara yang dibangkitkan. Saya hendak maklumkan beberapa perkara kepada Ahli Yang Berhormat. Pertamanya teks perjanjian ini mungkin akan dihebahkan kepada umum dalam tempoh 24 jam, sudah tidak lama. Jadi saya akan keluarkan kenyataan mungkin petang ini untuk mengumumkan kepada orang ramai bahawa teks ini dapat diakses melalui MITI portal.
Teks ini panjang, 30 bab ataupun chapters, beberapa ratus muka surat kalau masuk dengan annexes, appendices, schedule, dan banyaklah, panjang ceritanya tetapi saya hendak maklumkan kerana ini dibangkitkan dalam Dewan ini. Ada Ahli Yang Berhormat yang memohon supaya dihebahkan kepada umum. Maka masanya akan tiba dalam tempoh 24 jam. Nothing to hide, tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Semua kita akan dapat mengetahui daripada ‘A’ sehingga ‘Z’. Selepas itu- kira-kira tidak belum pasti lagi teks ini akan diberikan kepada dua pihak yang sedang mengkaji TPPA, yang sedang membuat kajian Cost Benefit Analysis iaitu PricewaterhouseCoopers and ISIS dan kita jangka mungkin dalam tempoh dua atau tiga minggu mereka akan menyiapkan kajian. Ini juga akan menjadi bahan rujukan kepada umum. Seperti yang dijanjikan oleh kerajaan, teks ataupun perjanjian ini akan dibincangkan dan dibahaskan dan dibuat keputusan Parlimen. Kita belum mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak Speaker lagi, tetapi mengikut cadangan awal mungkin ini akan berlangsung bulan Januari ataupun awal bulan Februari. Itu mengikut cadangan kerajaan dan tertakluk kepada kelulusan pihak Speaker. Maknanya TPPA akan dibincangkan, dibahaskan dan diputuskan oleh Parlimen. Kalau tidak bulan Januari, mungkin awal bulan Februari. Itulah beberapa timeline ataupun tarikh-tarikh yang saya hendak kongsi dengan Ahli Parlimen. Sekali lagi saya hendak ulang bahawa petang ini saya akan keluarkan kenyataan berkaitan dengan perjanjian ini dan perjanjian ini dapat di - kandungan terperinci perjanjian ini, bab 1 hingga 30 akan diketahui bukan sahaja oleh Ahli Parlimen tetapi oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Keduanya, saya hendak maklumkan bahawa saya telah menerima banyak surat permohonan bantahan dan macam-macamlah. Ada juga yang mohon supaya diadakan engagement, perbincangan. Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang menulis kepada kami dan kita sedang mengaturkan masa yang sesuai. Sudah pasti sukar untuk kita melayani semua permohonan kerana ada kekangan masa tetapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat Jasin, Pengerusi Causus Parlimen berkaitan TPP berada di MITI untuk bersama dengan kira-kira 100 orang, pihak yang mewakili pelbagai kepentingan yang sedang mendengar taklimat terperinci berkaitan TPP. Kita akan mengadakan taklimat ini kepada banyak pihak, cumanya saya tidak boleh berjanji sama ada kita boleh memenuhi kesemua permohonan oleh sebab kita ada kekangan masa. Ahli Yang Berhormat, TPP ini telah menimbulkan banyak kontroversi. Ada menyatakan bahawa ini merupakan suatu penjajahan baru, recolonization. Penjajahan ini satu perkara yang amat buruk yang telah berlaku, kita dijajah beberapa ratus tahun. Banyak negara di Asia, Latin Amerika dijajah oleh kuasa-kuasa besar dan kita sedia maklum betapa parah dan mudaratnya kesan kepada negara kita dan negara-negara lain. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ada yang menganggap Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Pasir Mas bercakap tentang penjajahan baru dan kerjasama yang tidak saksama dan tidak adil. Saya hendak maklumkan di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa dahulu kita akui bahawa, dengan izin, hubungan yang an equal relationship, kerana di sebelah sana dia teknologinya tinggi, ilmunya banyak, sumbernya banyak di mana sebahagian sumbernya dirompak daripada kita tetapi setelah kita merdeka, kita telah bina empayar dan dalam semangat Malaysia Boleh, alhamdulillah, hari ini kita ada syarikat- syarikat Malaysia yang berjaya, individu-individu Malaysia yang berjaya, syarikat-syarikat seperti Petronas yang beroperasi di lebih 35 buah negara, jenama yang cukup hebat, syarikat seperti Khazanah, Malaysia Airlines, AirAsia, antara contoh Sime Darby, United Arab Emirates (UE) dan lain-lain lagi. Semua contoh syarikat-syarikat Malaysia yang hebat, ini individu-individu Malaysia, profesor-profesor kita di universiti telah memenangi hadiah- hadiah, pelajar-pelajar kita di peringkat antarabangsa. Jadi sejak merdeka, kita telah membina upaya kita. Jadi tidak berbangkitlah kita hendak menjual maruah dan negara kita kepada orang lain kerana hari ini kita sudah ada ilmu dan sumber serta Malaysia Boleh, syarikat-syarikat kita boleh, rakyat Malaysia berjaya di luar negara bukan sahaja di Malaysia, individu Malaysia berjaya di Arab Saudi, Qatar dan
Indonesia. Ada orang-orang Malaysia yang hebat menguruskan syarikat-syarikat besar bukan sahaja di Malaysia tetapi di Hong Kong dan di lain-lain tempat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita cukup sedar bahawa memang kita dijajah dan penjajah telah menjajah minda kita, pemikiran kita, undang-undang kita semua sekali tetapi setelah kita merdeka, kita telah bina upaya kita. Sekarang kita boleh, kita harus ada keyakinan diri dalam suasana hari ini globalisasi. Kita merupakan sebahagian daripada dunia. Kita berdagang di dunia luar. Setiap hari lebih 100,000 orang Johor ulang-alik ke Singapura. Bangun pagi-pagi sebelum subuh naik kereta, naik motosikal, naik bas kilang dan lain-lain untuk bekerja di Singapura. Tahun lepas 27 juta orang rakyat asing melancong di negara kita Malaysia. Hari ini kita ada kira-kira RM470 bilion pelaburan asing dalam negara kita tetapi kita ada lebih RM500 bilion pelaburan Malaysia di luar negara. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa pelaburan asing di Malaysia berjumlah kira-kira RM470 bilion tetapi pelaburan Malaysia di luar negara lebih RM500 bilion. Maknanya kalau kita kata orang Amerika hendak jajah kita, Amerika sudah pun ada di Kulim. Syarikat-syarikat Amerika sudah ada di Pulau Pinang, di Shah Alam, merata- rata ya. Kita juga harus sedar bahawa Petronas berada di Kanada, di Australia, di Vietnam. Kita harus sedar bahawa syarikat-syarikat perladangan Malaysia berada di Indonesia, bank- bank kita ada di Singapura, sebuah negara TPP ya. Jadi kalau kita lihat dari sudut-sudut, memang sudah cukup menakutkan. Amerika hendak makan kita, Singapura hendak makan kita. Kita harus sedar bahawa syarikat-syarikat Malaysia juga berada di luar. Sebenarnya jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar jauh lebih besar daripada pelaburan asing dalam negara kita. Itulah realiti hari ini. Macam mana lebih 100,000 orang rakyat Johor hari-hari berulang ke Singapura bekerja, itu realitinya ya dalam dunia hari ini. Maka kita berdagang dalam konteks win-win. Dahulu betul kita dijajah minda kita, dijajah segala-galanya. Harta kita dirampas. Pada hari ini kita ada Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu, kita ada undang-undang dunia yang lebih adil. Belum lagi ada 100% tetapi dunia lebih adil. Rakyat Malaysia harus ada confidence ada keyakinan. Malaysia boleh, syarikat Malaysia boleh, individu Malaysia boleh dan terbukti bahawa individu-individu Malaysia ternama mendapat pelbagai penghormatan dalam Malaysia dan di luar negara. Itulah realitinya. Maka ini dapat kita capai kerana pendidikan dan dasar-dasar kerajaan yang mendidik kita, dasar-dasar kerajaan memberi peluang kira berniaga bukan sahaja dalam Malaysia, di luar negara kita berniaga dan kita berjaya. Itulah realitinya. Maka pada pandangan kerajaan - kita ketakutan, kebimbangan kita dijajah semula. Ini satu perkara yang mungkin kita perlu ambil perhatian tetapi kita bukanlah dalam keadaan 100 tahun dahulu. Orang Malaysia sudah boleh ada Parlimen, ada rakyat yang hebat, ada syarikat yang hebat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu perkara berkaitan dengan penjajahan baru oleh negara asing. Kalau kita kata kita dicucuk hidung umpamanya TPPA ini 12 buah negara. Kalau Malaysia kena cucuk hidung, maka Jepun kena cucuk hidung, Australia kena cucuk hidung. Itulah antara kalau logiknya dengan menyertai TPP, Malaysia dicucuk hidung, maka kita boleh panjangkan alasan yang sama pada negara lain yang menyertai TPP. Syarikat-syarikat gergasi antarabangsa memang berada di Malaysia. Dasar kerajaan menggalakkan mereka kerana mereka menyediakan peluang pekerjaan. Saya dari Kelantan, ramai orang Kelantan bekerja di Pulau Pinang, ramai orang Kelantan bekerja di Shah Alam dan banyak mereka dari syarikat multinasional. Saya melawat syarikat-syarikat di seluruh negara, ramai orang Kelantan jumpa saya, mereka kata mereka dari Kelantan dan mereka bekerja di syarikat-syarikat multinasional. Betul, sesetengah syarikat multinasional mungkin tidak bertanggungjawab tetapi kita harus sedar bahawa mereka juga menyediakan rezeki kepada orang-orang kita. Boleh ada kerja, boleh berkahwin, boleh beli kereta, beli rumah dan lain-lain. Maka itu apabila kita membuat kritikan atau tohmahan saya harap kita berlaku adil ya. Kita mengakui kerana kadang-kadang ada yang keterlaluan, ada keburukannya. Akan tetapi on balance secara umumnya. Pelaburan asing, pelancongan, perdagangan telah mendatangkan faedah yang cukup besar. Pulau Pinang maju kerana perdagangan dahulu. Pelabuhan Klang maju kerana perdagangan. Singapura tidak ada setitik minyak pun, tidak
ada kelapa sawit tetapi menjadi salah sebuah negara yang paling kaya di dunia kerana perdagangan. Jadi inilah asas ke Malaysia sama ada Pelabuhan Klang kah, Kuantan kah, Pasir Gudang kah, bandar-bandar ini berkembang kerana perdagangan. Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor sebahagian daripada pelaburan datang daripada negara-negara luar. Maka kita kerajaan berpendapat bahawa kita harus membuka peluang ini kepada orang luar untuk melabur dalam negara kita macam mana negara luar telah membuka peluang dan pintu mereka untuk Petronas, Sime Darby, Khazanah dan lain-lain, UE berniaga di negara mereka. Itu realiti sekarang. Kita tidak hidup seperti “katak bawah tempurung”. Kita harus mempunyai minda yang luas. Satu lagi kebimbangan ialah berkaitan dengan hubungan kita dengan ASEAN dengan China. TPP ini sebenarnya merupakan satu perjanjian antara 12 buah negara tetapi akhirnya kita harap 21 buah negara APEC – 12 buah negara ini merupakan sebahagian subset, dengan izin, daripada negara APEC. APEC ada 21 buah negara dan juga APEC juga termasuk China, Korea Selatan dan Indonesia. Jadi satu hari kita yakin bahawa banyak lagi akan menyertai aktiviti. Maka hubungan kita dengan ASEAN tidak terjejas. Hubungan kita dengan China tidak terjejas. ASEAN masih lagi merupakan pillar atau tunggak kepada hubungan luar kita, hubungan ekonomi kita. Ini priority kita. Tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan mengisytiharkan ASEAN sebagai sebuah komuniti bermakna nilai yang sama, sebuah kampung, mempunyai kesungguhan komitmen untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Ini masih lagi priority. OIC masih lagi merupakan priority. China merupakan sebuah negara yang penting untuk banyak negara. Merupakan negara utama bagi Malaysia daripada segi perdagangan. Maka TPP tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan ASEAN, tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China, dengan India dan lain-lain negara yang tidak menyertai TPP. Kita mahu supaya kita berlaku adil. Dengan lain perkataan, walaupun kita berbincang tentang TPP ini bukan bermakna kita tolak ke tepi ASEAN. Ini bukan bermakna kita tolak ke tepi China. Dasar negara Malaysia, dasar luar kita ialah untuk berbaik-baik dengan semua negara dan ini telah mendatangkan faedah kepada rakyat Malaysia. Itu berkaitan dengan TPP dan saya tidak mahu pergi lebih lanjut kerana perkara ini kita akan bahaskan dalam Parlimen. Cuma saya beri jaminan bahawa kerajaan akan bentangkan dalam Parlimen...
Mohon penjelasan.
Ini akan dibahaskan dan dibuat keputusan apabila tiba masanya.
Sila Yang Berhormat Temerloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sedikit saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkait dengan perjanjian yang akan dibentangkan di Parlimen. Apakah ia nantinya pembentangan itu bersifat untuk kita mencari keputusan untuk menerima ataupun menolak? Ataupun sekadar untuk menjadi sebagai Parliamentary debate semata-mata? Sebagaimana yang saya dapat maklumat, sebelum daripada ini kerajaan menganggap bahawa ia akan dibawa ke Parlimen sekadar untuk menjadikan ia sebagai bahan perbahasan. Kemudian yang kedua, negara kita telah pun mempunyai ASEAN-China Free Trade Area (ACFTA) bersama dengan tujuh buah negara yang menjadi sebahagian juga daripada 11 buah negara ataupun 12 negara yang bersama dengan TPPA. So, apakah keperluan besarnya kita perlu lagi kepada TPPA ini? Kemudian yang ketiganya ialah apakah kita juga perlu kepada referendum rakyat ataupun pungutan suara daripada rakyat untuk melihat mereka sokong ataupun tidak, setuju atau pun tidak dengan TPPA. Tidak hanya sekadar diluluskan oleh Kabinet semata- mata. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh beri peluang?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beri peluang Yang Berhormat dari Bakri?
Okey.
Sila Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri memberi peluang pada Bakri. Di sini Yang Berhormat Bakri sangat pelik melihat perkara TPPA ini. Setelah kerajaan menyatakan persetujuan serta mahu dibentangkan Januari 2016 ke Parlimen untuk dibahaskan. Adakah selepas perbahasan itu kerajaan akan menarik balik persetujuan tersebut sekiranya ia tidak menguntungkan Malaysia? Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri, terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Yang Berhormat Temerloh semalam kemukakan memorandum bantahan kepada kami tentang TPPA. Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Jadi, saya hendak beri penjelasan bahawa TPPA ini, perjanjian ini akan dibentangkan di Parlimen, dibahaskan dan dibuat keputusan.
Kalau mengikut Perlembagaan Malaysia, triti antarabangsa atau sebarang perjanjian antarabangsa tidak perlu dibentangkan dan tidak perlu diluluskan oleh Parlimen. Cuma memadai kuasa eksekutif atau Kabinet boleh buat keputusan. Akan tetapi TPPA telah menarik banyak perhatian, satu perkara yang kontroversial bukan sahaja di Malaysia, di Amerika, New Zealand, Australia, Jepun dan beberapa buah negara ini. Bukan sahaja Malaysia ada heboh, ada kecoh dan ada kontroversi, negara lain pun begitu juga. Jadi kerana perkara ini suatu perkara yang cukup besar, kerajaan buat keputusan untuk bentang, dibahas untuk membuat keputusan. Bukan sahaja maknanya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bakri dan juga Yang Berhormat Temerloh, bukan seronok-seronok bentang dan tidak ada keputusan dan Kabinet buat keputusan tanpa mengambil kira pandangan Parlimen. Jadi, itulah jaminan kerajaan, ia akan dibahas dan dibuat keputusan oleh Ahli-ahli Parlimen. Berkaitan dengan dua lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh. Pertama, berkaitan dengan negara-negara yang- TPPA ini melibatkan 12 buah negara. Empat kita belum ada FTA iaitu Amerika, Kanada, Mexico dan Peru, yang lain sudah ada. Jadi salah satu sebab kenapa Malaysia tertarik untuk terlibat dalam perundingan TPP ini adalah kerana kita masih belum ada lagi perjanjian dengan empat buah negara tersebut. Tujuh buah negara lain kita sudah ada. Dengan Australia, sebenarnya kita perjanjian yang ada cukup baik. Jadi bagi negara-negara yang kita sudah ada, alhamdulillah, tapi yang pentingnya ialah negara-negara yang belum ada lagi. Ini sebabnya kita- umpamanya bagi pasaran Kanada. Kanada hari ini automatif. Kanada merupakan sebuah negara yang mengeluarkan kereta yang terbesar di dunia. Nombor lima atau enam di dunia. Salah sebuah negara terbesar di dunia yang mengeluarkan kereta. Komponen kereta masuk pasaran Kanada ini lima hingga 15 peratus duti import. Jadi syarikat-syarikat Malaysia yang buat komponen kereta, sekarang ini belum jual di Kanada, mungkin dapat jual di Kanada kerana dutinya akan jadi kosong. Itu antara kebaikannya. Kerana kita belum ada lagi perjanjian dengan Kanada. Bagi Australia tidak ada masalah, Jepun tidak masalah, kereta-kereta dari Jepun bermula tahun depan di bawah perjanjian Malaysia dengan Jepun, masuk Malaysia tidak ada lagi duti import. Sekarang ini daripada ASEAN bermula 1 Januari 2010, kereta-kereta masuk daripada Siam, Thailand ataupun Indonesia dan lain-lain masuk Malaysia, pada 1 Januari 2010 tidak dikenakan duti import. Bermula tahun depan di bawah FTA dengan Jepun, kereta-kereta dari Jepun masuk Malaysia tidak ada lagi duti import. Jadi, Jepun sebuah negara TPP, tidak relevan bagi Jepun, relevan juga tetapi sebahagian besar faedahnya datang daripada negara-negara yang belum kita ada lagi FTA. Satu lagi soalan Yang Berhormat Temerloh ialah berkaitan dengan referendum. Kerajaan berpendapat adalah tidak perlu diadakan referendum, memadai perkara ini dibahaskan di Parlimen dan dibuat keputusan oleh Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan yang kedua ialah berkaitan dengan harga kereta. Dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang berhormat iaitu Yang Berhormat dari Bukit Gantang antaranya dan
beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, dibangkitkan mengenai harga kereta ini. Saya hendak jawab sekali gus perkara ini. Harga kereta ini ditentukan oleh beberapa faktor. Pertama, sudah pasti kos pengeluaran. Kalau kosnya RM20,000 sebuah kereta, takkan hendak jual RM19,000? Jadi itu yang pertama, kos pengeluar. Kedua, margin. Kita hendak berniaga kena ada untung. Kalau tak ambil untung, macam mana hendak berniaga pula? Tidak logiklah, tidak cerdiklah berniaga tiada untung. Jadi, yang pertama kos pengeluaran dan yang kedua, untung. Ketiga, cukai-cukai. Cukai ini ada tiga iaitu satu, duti import, yang kedua ialah GST dan yang ketiga ialah eksais duti. Ini tiga cukai. Jadi harga kereta ditentukan oleh tiga faktor iaitu yang pertama, kos pengeluaran, yang kedua, margin dan yang ketiga, cukai-cukai. Proton dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang. Soalannya ialah, apa kesan TPP kepada Proton? Proton ini syarikat kereta nasional. Kerajaan membantu khususnya apabila Proton ditubuhkan, memang kerajaan telah banyak memberikan bantuan. Hari ini Proton lebih berdikari, tidak lagi menerima banyak bantuan daripada kerajaan. Realitinya Proton dan syarikat-syarikat lain di Malaysia menghadapi saingan. Saingan ini bukan sahaja baik mungkin untuk pengeluaran tetapi baik juga untuk pengguna. Saingan bermakna pengguna-pengguna mendapat beli kereta pada harga yang kompetitif dan kualitinya lebih baik. Kita harus lihat the two sides of coin, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Tengok dari sudut pengeluar, sudah pasti ada saingan menimbulkan tekanan bagi pengeluar. Bagi pengguna, saingan ini memberi kelebihan kepada mereka dalam bentuk harga yang lebih kompetitif dalam bentuk kualiti-kualiti yang lebih baik. Soalan Yang Berhormat Bukit Gantang ialah apakah kesan TPPA kepada Proton. Dalam sini saya ingin memaklumkan bahawa industri kereta ini terkesan oleh sebab keadaan ekonomi, oleh sebab saingan yang lebih sengit. Umpamanya saya sebutkan tadi kereta-kereta negara ASEAN dari Thailand memasuki Malaysia tidak ada import duti. Bermula Januari 2010, kereta keluaran Thailand tidak dikenakan import duti dan yang dikenakan cuma duti eksais dan sekarang ini GST, kalau dulu sales tax. Sebenarnya industri kereta di Malaysia telah menghadapi lebih banyak saingan. Kita tidak boleh hendak lindung selama-lamanya. Perlindungan ini ada kos, kos kepada kerajaan dalam bentuk hasil yang tidak terkutip, kos pada pengguna dalam bentuk mungkin harga yang lebih tinggi dan juga dalam bentuk kualiti yang mungkin tidak memuaskan. Jadi, kerajaan dalam mana-mana dasar harus memastikan bahawa kita ada balance. Kita kena buat pertimbangan antara negara, pengeluar dan pengguna. Itu realitinya. Jadi, kerajaan berpendapat syarikat-syarikat Malaysia yang menghadapi masalah daripada keadaan semasa ini berikutan daripada keadaan ekonomi dan mungkin masalah- masalah yang dihadapi. Apa yang TPP- dua perkara dalam TPP untuk industri kereta. Pertamanya, kita akan kurangkan cukai import. TPP ini adalah berkaitan dengan cukai import kereta-kereta dalam tempoh 12 tahun. Hari ini kereta-kereta Amerika masuk Malaysia umpamanya, kalau CBU Amerika kena cukai 30 peratus, itu MFN duty, 30 peratus. Akan tetapi dalam TPP, kita berunding untuk mengurangkan duti ini dalam tempoh 12 tahun. Dalam tempoh 12 tahun akan pergi kosong, maknanya gradually. Sekarang ini untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kereta dari Thailand sudah pun tidak perlu bayar cukai duti import. Di bawah TPP ini, kereta Amerika dalam masa 12 tahun, sekarang 30 peratus tapi akan berkurangan sampai kosong peratus dalam tahun ke-12. Akan tetapi, bagi dua buah negara TPP iaitu Australia dan Jepun, bermula dari 1 Januari 2016, kereta dari Jepun dan Australia akan masuk Malaysia tanpa duti. Bermakna, kita sudah ada perjanjian bilateral dengan kedua-dua buah negara ini dan bilateral agreement ini mengatasi TPP. Jadi, mereka akan menggunakan bilateral agreement kerana TPP bagi Jepun dan Australia tidak menguntungkan. Akan tetapi Amerika, dalam tempoh 12 tahun duti import kereta-kereta Amerika akan menjadi kosong. Kita berpendapat bahawa jangka masa 12 tahun ini adalah memadai untuk memastikan syarikat-syarikat tempatan termasuklah Proton untuk adjust, untuk memastikan ia dapat bersaing dengan syarikat-syarikat luar negara. Satu lagi perkara berkaitan dengan harga kereta. Yang Berhormat bertanya tentang janji Barisan Nasional. Benar kita berjanji kita hendak kurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun. Mengikut angka-angka yang kami
ada, sehingga Oktober 2015 tahun ini, beberapa harga kereta yang laris dijual sudah turun 17.9 peratus. Ini adalah dalam tempoh dua tahun. Kita cukup sedar bahawa apabila GST diperkenalkan untuk menggantikan SST dalam konteks kereta-kereta ini, 10 peratus bayar cukai jualan, enam peratus cukai GST, maka daripada segi atas kertasnya mungkin harga kereta akan berkurangan. Memang benar ada beberapa buah syarikat yang mengurangkan harganya apabila GST diperkenalkan di mana dulu bayar 10 peratus, sekarang GST enam peratus. Maka ada beberapa buah syarikat kereta yang telah mengurangkan harga. Hari ini negara menghadapi sedikit tekanan berikutan daripada penurunan nilai ringgit seperti mana Ahli Yang Berhormat memaklumkan kepada kami. Ini telah menimbulkan tekanan kepada beberapa buah syarikat kereta dan beberapa buah syarikat telah pun membuat pengumuman secara rasmi bahawa mereka mungkin akan mengkaji semula harga kereta.
Jadi, ini adalah di luar jangkaan kita. Apabila kita menghadapi PRU Ke-13, tidak ada siapa yang menjangka bahawa mata wang kita akan turun. Yang Berhormat sedia maklum bahawa dalam dunia ini ada benda yang boleh kita ramal dan banyak benda yang kita tidak boleh ramal. Pada masa itu memanglah, tidak ada siapa sangka ringgit akan turun RM4.20. Pada hari ini beberapa buah syarikat menghadapi sedikit tekanan, termasuklah vendor-vendor. Mereka telah berjumpa dengan kami menyatakan bahawa berikutan penurunan nilai ringgit, maka kos pengeluaran mereka telah bertambah. Sekurang-kurangnya empat buah syarikat telah menyatakan bahawa mereka mungkin akan menaikkan harga pada awal tahun depan. Jadi, ini adalah di luar dugaan. Apa pun, sebelum masalah ini berlaku kita dapati sehingga Oktober tahun 2015 purata penurunan harga kereta yang sebanyak 17.9 % berbanding janji kami penurunan di antara 20% hingga 30%. Itu berkaitan dengan harga kereta. Tuan Yang di-Pertua...
Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Satunya daripada penjelasan yang diberikan oleh Menteri tadi menampakkan tentang- kalau kita lihat cabaran yang besar kepada pengeluaran automotif kita, Proton. Jadi, apa yang dijangkakan oleh pihak kerajaan bahawa kemungkinan Proton ini kita akan tutup kerana semata-mata tidak mampu untuk bersaing dengan pengeluar- pengeluar kereta yang telah pun memasuki TPPA ini. Keduanya ialah berkenan dengan adakah- pasal kita mengetahui lagi apa detailnya tetapi sekurang-kurangnya mungkin Menteri boleh beri maklumkan. Berkenaan dengan draf TPPA ini, apa perbincangan telah dibuat, terutamanya dengan pihak kesatuan sekerja? Oleh sebab kita faham bahawa perjanjian yang dibuat ini mungkin besok soal perlindungan terhadap pekerja-pekerja tempatan ini kita tidak dapat untuk kita lindung mungkin kerana kita tidak boleh diguna pakai oleh undang-undang kita kerana diguna pakai melalui undang-undang di luar sahaja Apakah jaminan terhadap pekerja-pekerja tempatan untuk kita dilindungi apabila kita menandatangani perjanjian TPPA ini? Minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Ada dua perkara. Pertama berkaitan dengan TPPA dan Proton dan kedua, berkaitan dengan TPPA dan peluang pekerjaan. Mengenai peluang pekerjaan, sebahagian besar daripada teks yang sudah pasti Yang Berhormat boleh lihat dalam tempoh 24 jam. Sebahagian besar adalah berkaitan kebajikan pekerja berkaitan dengan eksploitasi pekerja untuk dikurangkan, berkaitan dengan standard buruh yang kita rasa bahawa standard ini adalah baik untuk buruh. Apa salahnya kita menjaga kebajikan pekerja. Mengenai dasar buruh, tidak ada perubahan. Makna, dasar kita sekarang, kita ada buruh yang kita import luar negara kerana Malaysia memerlukan buruh untuk bekerja di rumah kita, bekerja di ladang-ladang, bekerja di syarikat-syarikat kita. Dasar Malaysia ialah untuk terus mengambil pekerja asing tetapi ada had tertentu. Jadi, dasar ini tidak disentuh
di bawah TPPA. Apa yang ada di dalam TPPA ialah berkaitan dengan skilled labour iaitu pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi. Khususnya berkaitan apa yang dipanggil business travelers iaitu mereka yang berulang alik dari sebuah negara ke negara yang lain untuk menjalankan perniagaan. Jadi, TPPA bercakap tentang untuk mempermudahkan mereka yang berjalan atau pun melawat sebuah negara untuk urusan perniagaan. Jadi, itu sebahagian besar TPPA berkaitan dengan labour ini ialah untuk menjaga kepentingan buruh. Ada perkara-perkara berkaitan dengan urusan untuk mempermudah business travelers yang berniaga antara negara-negara TPPA. Ada kebimbangan di kalangan mahasiswa, dengan TPPA maka ‘saya tidak ada kerja’. Sekarang ini ada mahasiswa menganggur yang mengadu kepada kerajaan menyatakan adakah TPPA akan menyebabkan hak mereka untuk bekerja akan terhad. Saya ingin menyatakan di sini bahawa TPPA tidak akan membawa kepada lambakan pekerja-pekerja asing. Itu ialah dasar kita, tetap kita dipertahankan. Dasar sekarang membolehkan pekerja mahir untuk bekerja di Malaysia. Itu sebabnya kadang-kadang kita keluar makan, kita berjumpa macam-macam rupa bentuk manusia seluruh dunia berada di Malaysia ini, orang Arab ada, orang putih ada, Jepun, China. Oleh sebab dasar kita sekarang membolehkan mereka bekerja di negara kita. Macam mana mereka membenarkan kita bekerja di Singapura, Australia dan tempat lain. Kita juga membenarkan mereka juga. Jadi, TPPA tidak mengubah dasar itu. Maknanya, dengan TPPA itu, doktor-doktor dari Amerika boleh practice di Malaysia. Mereka mungkin boleh tetapi kena melalui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Jadi, berkaitan dengan Proton dengan TPPA ini, soalannya sama ada hendak ditutup. Kita yakin Proton akan terus beroperasi. Akan tetapi dalam dunia perniagaan, saingan satu realiti. Saingan ini harus kita berdepan. Proton sebuah syarikat yang hebat, masih lagi hebat. Walaupun marketnya, kalau dahulu dan sekarang banyak perbezaan. Proton selalu mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk berkongsi strategi syarikat tersebut untuk menguatkan kedudukannya. Jika dilaksanakan, maka Proton akan terus beroperasi. Melalui TPPA, saya menyatakan tadi, Proton dan syarikat-syarikat lain mungkin menghadapi tekanan sebelum TPPA lagi. Saya katakan tadi bermula 1.1.2016, kereta dari Jepun mengikuti perjanjian bilateral antara kita dengan Malaysia akan masuk di Malaysia tanpa duti. Sebelum pun TPPA, Amerika dalam tempoh 12 tahun, 30% import duti akan turun perlahan-perlahan. Jadi, itulah dasar kita untuk mengimbangi kepentingan negara, kepentingan pengeluar dan juga kepentingan pengguna. Terima kasih.
Sila. Manakah satu?
Terima kasih Menteri. Soalan saya, Proton ini masih lagi dianggap sebagai kereta nasional. Sebaik sahaja TPPA ini atau sebelum TPPA ini, apakah jadi sekiranya Proton gagal? Adakah kerajaan masih lagi mahu membantu? Dalam tangan kanan dalam kita anggap ia kereta nasional tetapi tangan kiri ia telah diprivatizekan. Soalan saya ialah sekiranya ia gagal kali ini, adakah kerajaan akan sekali lagi set in untuk membantu Proton?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Berhubung dengan lanjutan daripada soalan tadi. Adakah melalui TPPA ini, maka sekiranya kerajaan membantu Proton supaya harganya lebih murah iaitu diberikan subsidi, maka dengan tindakan itu kerajaan akan membuka dirinya untuk di saman oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang membawa kereta-kereta ke negara Malaysia, di mana persoalan TPPA ini menuntut supaya adanya persaingan yang terbuka dan adil, ini yang pertama. Kedua, apa akan berlaku kepada vendor-vendor yang sekarang ini membekalkan bahagian-bahagian automotif kepada Proton. Proton sendiri tidak dibenarkan untuk mengamalkan sebuah dasar persaingan yang terbuka berhubung dengan pembekalan bahagian-bahagian ini. Adakah dari sudut pandangan kerajaan untuk menjadikan Proton itu lebih kompetitif, dapat hidup dalam suasana persaingan yang lebih terbuka. Maka kedudukan vendor-vendor Proton ini akan dikaji kembali dan Proton akan diberikan kebenaran untuk membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang terendah untuk menghadapi suasana ekonomi yang terbuka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Soalan saya, bolehkah Menteri memberikan jadual, apa yang akan berlaku dari sekarang sampai bulan Januari di Parlimen melibatkan Ahli Parlimen berkenaan TPPA. Isu ini kami tidak ada masa atau pun tidak diberikan maklumat yang mencukupi untuk memahami apa impak TPPA terhadap industri-industri yang sedia ada.
Bukan sahaja Proton, tetapi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan juga pelbagai sektor dan apa impak daripada segi jangka pendek dan jangka panjang. So, mid term, long term. Saya minta kalau boleh Ahli Parlimen diberikan masa yang mencukupi supaya mengkaji secara in depth, secara mendalam dan juga memberikan peluang untuk Ahli Parlimen berjumpa ataupun bertemu dengan rakyat dalam satu format Select Committee. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Shah Alam dan Yang Berhormat Setiawangsa. Berkaitan dengan jadual, ia lebih kurang begini. Dalam masa 24 jam, teks perjanjian akan dihebahkan kepada umum dan dalam kira-kira tempoh tiga bulan, mungkin akhir Januari ataupun awal Februari, akan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan. Tarikh, dan berapa harikah kena berunding Tuan Yang di-Pertua? Belum lagi saya mengadakan perbincangan formal dengan Speaker, tertakluk kepada keputusan Speaker. Itulah jadual kerajaan. Pada pandangan kerajaan, tiga bulan ini lama masa kerana kita tahu beberapa rang undang-undang kadang-kadang satu hari, satu malam pun ada. Jadi, tiga bulan ini saya rasa masa antara yang paling lama, antaranya tetapi bukannya paling lama tetapi antara yang lama. Hendak jumpa rakyat Kluang kah, Shah Alam kah, Setiawangsa kah, itu terserah kepada Yang Berhormat. Akan tetapi akhir sekali, datang ke sini untuk perbahasan dan dibuat keputusan. Itu jadualnya. Sama ada Select Committee apa semua, ini Speaker punya keputusan.
Boleh saya pohon...
Apa-apa pun kerajaan berpendapat bahawa bila perjanjian akan dihebahkan kepada umum dan kita juga ada dua kajian cost benefit analysis dan sudah pasti banyak lagi NGO ada kajian. Maka semua ini akan menjadi input kepada Ahli Parlimen untuk memandu Ahli Parlimen dalam membuat perbahasan. Jadi pada masa ini, terlalu awal untuk kita berbincang secara terperinci kerana ia belum dihebahkan kepada umum. Akan tetapi dalam masa 24 jam, apabila selesai semua, tidak ada siapa yang boleh menyekat kita untuk akses maklumat. Dia akan kita upload dalam MITI punya portal, dengan izin dan saya akan keluarkan kenyataan di mana boleh akses maklumat ini dalam tempoh 24 jam. Jadi, itu berkaitan dengan jadual. Berkaitan dengan Yang Berhormat Setiawangsa, seperti saya maklum, dulu Proton ini milik kerajaan. Sekarang ini milik swasta. Akan tetapi kerajaan masih menganggap lagi Proton sebagai kereta nasional. Jadi, persoalan Yang Berhormat Setiawangsa sama ada dalam konteks sekarang yang mana Proton dimiliki oleh swasta, sama ada kerajaan akan dengan izin, bailout membantu sekiranya Proton menghadapi masalah. Kita selalu mengadakan perbincangan oleh sebab ia merupakan kereta nasional. Kita ada ikatan sentimen yang kuat kerana ini merupakan kereta yang dibina oleh Malaysia dalam tempoh 30 tahun atau 40 tahun ini. Maka itu pendekatan yang kita ambil mengadakan perbincangan. Semalam pun kita ada perbincangan dengan pihak Proton mengenai hal-hal semasa termasuklah vendor yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi. Mana kerajaan boleh bantu umpamanya, beberapa orang vendor sekarang ini menghadapi isu dan masalah. Sebagai kerajaan, insya-Allah akan memperkenalkan satu skim untuk membantu vendor mendapatkan pinjaman. Beberapa orang vendor menghadapi masalah cash flow oleh sebab masalah mata wang, masalah jualan. Maka kerajaan sudah buat keputusan dan ini akan dilaksanakan. Kerajaan memperuntukkan wang untuk membolehkan vendor-vendor mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang ada hubungan dengan kerajaan pada kadar faedah yang berpatutan. Ini antara langkah-langkah yang sedang diambil. Kita kena jaga juga orang tempatan walaupun kita buka, bukan bermakna kita buka semua. Kita jaga juga kepentingan kita dan yang bekerja secara langsung dengan Proton ini 10,000 yang secara langsung di Shah Alam. Tidak tahulah kawasan Yang Berhormat itu milik siapa tetapi
10,000 yang langsung. Akan tetapi secara tidak langsung ekosistemnya, yang servis kereta, jual kereta, financed kereta, secondhand kereta Proton, yang vendor dan lain-lain, mungkin berpuluh-puluh ribu. Jadi sebuah industri yang penting. Di mana-mana negara, industri auto ini sebuah industri yang strategik dan Malaysia tidak terkecuali. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat sama ada Malaysia akan di saman jika dibantu di bawah TPP, ada perkara yang boleh kita lakukan, ada perkara-perkara yang ditegah. Dalam hal ini, apabila agreement ini keluar, sudah pasti kerajaan akan dapat memberi jawapan yang tepat, memberikan perkhidmatan bantuan sekiranya diberi oleh kerajaan- kepada syarikat-syarikat tertentu bukan sahaja Proton tetapi syarikat-syarikat lain. Terima kasih, saya teruskan. Jadi, itu berkaitan dengan harga kereta.
[Bangun]
[Bangun]
Satu lagi. Okey, boleh dua lagi. Selepas itu kita tutup kedai.
Okey Yang Berhormat Menteri. Biasanya dalam Parlimen, kalau sebuah Select Committee ditubuhkan mesti dapat sokongan kerajaan. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri akan sokong dan akan cadang penubuhan Select Committee untuk TPP? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan vendor itu kembali, saya difahamkan bahawa sekarang ini, sedikit sebanyak Proton, tangan mereka terikat daripada segi pilihan vendor-vendor pembekal-pembekal kepada mereka. Maka, apabila kita hendak amalkan dasar pasaran terbuka, adakah Proton sendiri juga akan dibenarkan untuk mengamalkan konsep itu iaitu tidak semestinya dia terikat dengan vendor-vendor yang sedia ada sekiranya dia boleh beli barang-barang ini dengan lebih murah, dengan kualiti yang sama ataupun lebih tinggi dari luar negara, sebagai contoh? Maka, sekiranya itu dibenarkan, apakah akan menjadi kesan kepada vendor- vendor? Ini kerana antara faktor yang menyebabkan kos kereta Proton itu tinggi, saya difahamkan oleh sebab terikat dengan pembekalan daripada vendor-vendor yang telah dipilih, yang menyebabkan mereka boleh dapat benda yang lebih murah dan lebih baik tetapi terpaksa juga ambil daripada vendor yang telah ditetapkan. Maka, kiranya TPPA ini diamalkan, adakah Proton akan dibebaskan daripada kekangan-kekangan itu dan sekiranya dibebaskan, maka apa implikasi terhadap vendor? Itu soalan saya yang saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab secara menyeluruh.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, Tuan Yang di-Pertua. Proton sebuah syarikat persendirian, bukan lagi milik kerajaan. Maka kita serahkanlah kepada Proton menggunakan kebijaksanaannya menentukan dasar apa yang wajar untuk menentukan syarikat akan terus beroperasi. Jadi, kita tidak campur tangan dalam hal ini. Ini bukan urusan kerajaan kerana syarikat Proton bukan milik kerajaan, milik swasta. Akan tetapi hal-hal dasar berkaitan dengan FTA dan lain-lain, itu urusan kerajaan ya. Hal yang berkaitan dengan penggunaan tenaga pekerja dan employment, itu urusan kerajaan. Berkaitan dengan Select Committee, pada pandangan saya, tidak perlu kerana masa yang mencukupi, kita ada tiga bulan untuk membahaskan perkara ini. Apa-apa pun, saya akan bincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Cukuplah setakat itu. Kalau tidak pusing-pusing,‘pi mai pi mai tang tu’ juga lah ya.
Saya hendak cadangkan kepada Menteri kalau boleh kerana pembahasan itu penting tetapi Select Committee pun penting dan proses Select Committee ini dibantu oleh pegawai-pegawai kementerian itu penting supaya Ahli Parlimen memahami isu secara mendalam dan rakyat ada peluang berjumpa dengan Select Committee. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang pertama tadi mengenai TPP. Kedua, mengenai Proton. Ketiga berkaitan dengan PKS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Rompin dalam konteks persaingan dan inovasi. Jadi, PKS satu perkara yang cukup besar, yang cukup luas melibatkan beberapa kementerian. Cuma saya hendak kongsi satu perkara sahaja dengan Ahli Yang Berhormat iaitu beberapa inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan inovasi dan daya saing PKS. Ini merupakan satu inisiatif yang baru. Pertama, kerjasama antara SIRIM dengan ‘Friend Vofer Institute’ dari Jerman yang mana syarikat-syarikat PKS akan diaudit untuk membolehkan mereka memperbaiki proses dan prosedur dan itu kita harap akan meningkatkan keberkesanan dan juga daya saing dan produktiviti. Satu lagi syarikat Jerman, ‘Standbyes’ kerjasama dengan pihak kita yang mempunyai beberapa expert, pakar-pakar dalam bidang tertentu dan mereka akan dipanggil untuk membantu syarikat- syarikat di Malaysia. Baru-baru ini, sekumpulan sepuluh buah syarikat IT dari Korea umpamanya yang merupakan rangkaian kepada- telah datang ke Malaysia untuk berbincang dengan syarikat-syarikat Malaysia bagaimana boleh meningkatkan teknologi dan inovasi PKS. Itu yang kedua.
Ketiga, satu inisiatif dinamakan Platform Ventures, ini untuk pemindahan teknologi daripada universiti kepada syarikat-syarikat. Universiti kita mempunyai beberapa teknologi yang boleh dipindahkan. Keempat, dipanggil Public-Private Research Network (PPRN), dengan izin, kerajaan menyediakan peruntukan untuk membolehkan SME khususnya yang kecil bergabung ataupun berkongsi dengan pihak universiti dan untuk meningkatkan mutu produk dan inovasi. Jadi ini antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh beberapa buah agensi kerajaan untuk meningkatkan inovasi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan juga Yang Berhormat Rompin.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekadar untuk maklumat saya. Sejauh mana dan mungkin boleh diberikan contoh-contoh hasil inovasi daripada universiti-universiti tempatan yang setakat ini telah dapat dimanfaatkan oleh IKS, sekiranya ada? Ini kerana saya memahami bahawa dasar untuk adanya hubungan di antara universiti, soal research and development, dan IKS ini merupakan satu persoalan yang telah lama dibicarakan dan sekarang ini Yang Berhormat Menteri pula sebut kata ada skim yang baru, maka adakah skim yang baru ini berdasarkan kepada pengalaman yang telah dilalui di mana telah ada banyak yang telah diperolehi dan ia bertujuan untuk memperbanyakkan lagi ataupun bagaimana?
Saya hendak beri contoh di bawah satu inisiatif. Keempat, Public-Private Research Network yang merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan menyediakan peruntukan kepada satu PKS, sehingga tidak silap saya RM50,000 untuk membolehkan syarikat-syarikat berkenaan mengguna pakai penemuan penyelidikan yang dibuat oleh universiti dan juga badan-badan penyelidikan. Setakat ini RM23.5 juta telah diperuntukkan untuk syarikat-syarikat berkenaan dan mengikut kajian yang dibuat oleh pihak berkenaan, dalam tempoh lima tahun syarikat- syarikat ini dijangka mengalami peningkatan perolehan ataupun revenue kira-kira RM1.95 bilion. Ini contoh, ini suatu inisiatif baru. Jadi saya sebut tadi ada empat inisiatif. Saya katakan tadi di bawah PPRN akan berlaku peningkatan jualan syarikat-syarikat ini hasil hubungan mereka dengan universiti dan badan-badan penyelidikan ini satu usaha yang sudah pasti membantu PKS khususnya yang kecil-kecil ya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi. Ini berkaitan dengan pemahaman PKS berkaitan dengan ASEAN Economic Community (AEC) yang dikatakan masih rendah. Kerajaan mengakui bahawa masih
banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk menghebahkan AEC. Tahun ini tahun yang penting bermula 19 November, Malaysia akan menjadi hos kepada Summit negara-negara ASEAN, kira-kira 18 Ketua Negara, iaitu sepuluh buah negara ASEAN dan 18 buah negara luar ASEAN akan berkumpul di Kuala Lumpur dalam mesyuarat atau sidang kemuncak ASEAN dan sidang-sidang berkaitan dengannya. Pada hujung Summit tersebut, Perdana Menteri kita akan membuat pengumuman bahawa ASEAN telah menubuhkan sebuah komuniti. Walaupun banyak usaha telah dilakukan, beratus-ratus ceramah dan engagement telah dibuat dengan universiti, dan persatuan-persatuan termasuklah PKS, kerajaan mengakui bahawa ada lagi yang belum mengetahui apa itu AEC dan kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan awareness, dengan izin, mengenai perkara ini. Sebagai contoh pada 12 hari bulan ini, bukan kali pertama kita menghimpunkan 50 PKS Malaysia yang sudah mengeksport ke negara ASEAN, ke Indonesia, ke Singapura melibatkan 1,200 orang peserta. Ini merupakan gabungan usaha lima atau enam buah agensi dalam kerajaan. Jadi kita laksanakan ini sebagai, dengan izin, build up momentum kepada ASEAN Summit. Jadi 12 hari bulan di MATRADE, di Jalan Duta Kuala Lumpur, SME Corporation, MATRADE, MIDA, MIDF dan SME Bank, ini antara agensi yang terlibat untuk mempromosikan 50 PKS Malaysia yang sudah pun berniaga di negara-negara ASEAN, ada 1,200 orang peserta. Ini adalah antara usaha-usaha yang kita lakukan untuk meningkatkan pendedahan PKS kepada ASEAN. Rupanya peluang-peluang - jangan kita lihat cuma daripada segi sudut ancaman, kita harus melihat peluang-peluang. Banyak syarikat yang berjaya berniaga di luar negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada 18 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan khususnya hal-hal TPP, membolehkan saya memberikan sedikit penjelasan. Apa pun saya akan keluarkan kenyataan penuh pada hari ini mengenai dokumen yang akan didedahkan kepada umum seluruh dunia dan Yang Berhormat akan berpeluang untuk menyemak dan membuat pendirian. Cumanya saya menyeru supaya kita berlaku adil dalam apa-apa tindakan ataupun dasar yang kita lakukan ada, dengan izin, winners and losers. Ada yang untung dan ada yang rugi, kalau kita lihat pada sudut kecil kita, memanglah tidak boleh lari daripada mungkin rugi. Akan tetapi kalau lihat keseluruhannya pada pandangan kerajaan, maka negara kita sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar perdagangan bebas, menarik pelabur dan pedagang asing dan kita juga melabur di luar negara, kita rasa adalah penting untuk Malaysia menyertai TPP. Kalau kita tidak menyertainya, syarikat-syarikat kita akan kurang berdaya saing, Malaysia tidak akan menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur dalam negara dan luar negara. Mungkin orang kita pun hendak lari, tidak mahu berniaga di negara kita. Bukan sahaja kita tidak boleh tarik orang luar berniaga di negara kita, tetapi mungkin orang kita pun hendak cabut lari. Begitulah keadaannya, itu sebabnya kerajaan merasakan kita telah mendapat banyak manfaat dari dasar keterbukaan kita dalam bidang pelaburan, perdagangan, pelancongan, dan pendidikan. Maka kita akan terus mengamalkan dasar ini, apa pun Ahli-ahli Yang Berhormat akan buat keputusan apabila perkara ini dibentangkan di Parlimen. Lain-lain boleh jumpa saya selepas ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan perkara-perkara yang menyentuh mengenai tiga sektor utama di bawah bidang tugas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang melibatkan perihal utiliti negara iaitu di bawah sektor tenaga, sektor air dan sektor teknologi hijau sepanjang sesi perbahasan Belanjawan 2016. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pembentangan Bajet 2016 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Oktober 2015 turut memberi tumpuan dan penekanan terhadap fokus serta komitmen kerajaan untuk membangun capital economy and people’s economy. Bagi mencapai tema bajet ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air terlibat dalam pelaksanaan program-program bekalan air, perkhidmatan pembetungan, perbekalan elektrik di Sabah, di samping menjadi peneraju kepada pertumbuhan hijau negara.
Di bawah Bajet 2016, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diperuntukkan sebanyak RM2,1,036,649,700 untuk perbelanjaan pembangunan di mana 41.5% daripada peruntukan tersebut akan dibelanjakan untuk tujuan pelaksanaan program bekalan air, 32.1% bagi program pembetungan dan 25.78% bagi program bekalan elektrik. Manakala di bawah peruntukan mengurus pula, kementerian ini telah diperuntukkan sebanyak RM125,306,300 yang meliputi peruntukkan bagi operasi kementerian yang melibatkan dasar-dasar sedia ada, dasar baru, program khusus dan program one-off. Sepanjang perbahasan Belanjawan 2016 yang bermula pada 23 Oktober hingga 3 November, seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan dengan fungsi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di mana sembilan isu melibatkan perihal utiliti negara di bawah sektor tenaga, lapan isu mengenai dengan sektor air dan satu isu mengenai sektor teknologi hijau. Untuk merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Silam dan Yang Berhormat Sandakan berkenaan dengan isu bekalan air dan tenaga di Sabah, ingin saya nyatakan bahawa pihak kementerian sentiasa melaksanakan usaha-usaha secara berterusan bagi memastikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah dapat di atasi. Peruntukan sebanyak RM 515,826,374 untuk menaik taraf bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam merangkumi peruntukan secara langsung serta pinjaman mudah kerajaan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan pecahan seperti berikut:
Peruntukan secara langsung berjumlah RM327.1 juta bagi pelaksanaan 32 projek baru dan sambungan dan peruntukan secara pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM188.7 juta bagi pelaksanaan 12 projek baru dan sambungan. Bagi projek yang dibiayai secara langsung ia dilaksanakan oleh pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik (PPKBS) telah pun – ditubuhkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Manakala bagi projek yang dibiayai secara pinjaman mudah kerajaan yang akan dilaksanakan oleh SESB dengan dipantau rapi oleh kementerian. Sehubungan itu, kerajaan dengan kerjasama SESB juga telah mengenal pasti komponen-komponen yang perlu untuk menaik taraf bekalan elektrik di Sabah seperti berikut: (i) bagi komponen penjanaan, satu projek mencadangkan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM20 juta; (ii) bagi projek sebanyak 13 projek lagi komponen penghantaran dengan anggaran sebanyak RM134,220,000; (iii) sebanyak 16 projek komponen pembahagian dengan anggaran peruntukan RM151,750,000 (iv) satu projek kajian hidro dengan anggaran RM5 juta; (v) sebanyak 12 projek post black out dengan anggaran RM197,303,950; dan (vi) satu projek SAIDI Fasa II dengan anggaran sebanyak RM7,552,424. Pada ketika ini kapasiti terpasang (install capacity) di Sabah sebanyak 1,519 megawatt. Kapasiti sedia ada adalah berkapasiti pula sebanyak 1,324 megawatt. Manakala kapasiti boleh harap iaitu dependable capacity di Sabah sebanyak 1,171 megawatt. Sekejap lagi. Permintaan puncak atau maximum demand tertinggi yang dicatatkan pada 12 Mei 2015 ia 914 megawatt. Sehingga 30 September 2015, Sabah telah mencatatkan pencapaian indeks SAIDI sebanyak 297.79 minit pengguna satu tahun. Angka ini adalah lebih rendah daripada indeks SAIDI yang disifatkan pada tempoh yang sama pada tahun 2014 iaitu 302.7 minit setiap pengguna, setiap tahun. Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, walaupun saya nampak tahun hadapan ada peruntukan yang ada lebih tinggi sedikit untuk menghadapi masalah yang kita hadapi oleh east coast khasnya, Sandakan. Jadi walaupun Menteri ada sebut SAIDI yang keseluruhan ada turun.
Akan tetapi saya nampak Sandakan ini especially tidak nampak ada meningkat performance nya. Saya mahu tahu Yang Berhormat Menteri, what is your programme bagi menghadapi satu masalah yang kita sentiasa hadapi khasnya Sandakan. Setiap hari kita ada gangguan elektrik. Bagaimanakah? Saya setiap hari dapat ini, ‘you tanya you punya government atau , manager SASB. Setiap hari saya mesti hendak beri message, beri teks bagaimana keadaan boleh jadi begitu. Saya mahu tahu ini juga Yang Berhormat Menteri, pada sesi yang lalu Menteri ada janji pasang sementara satu gas enjin di Lahad Datu yang 30 megawatt. Apabila tiba masa gas sudah sampai, ia sudah boleh sambung satu cycle. Akan tetapi ini pun dijanjikan akan untuk mengambil co-tender on September tetapi sekarang sudah November. Saya tidak nampak apa-apa program yang diadakan. Jadi saya mahu tahu Yang Berhormat Menteri adakah ini program masih berlangsung? Kalau ada, tolonglah cepat pasang kerana area saya especially Sandakan tidak begitu sukar tidak seperti yang dihadapi oleh rakyat di sana. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sebenarnya dengan teks yang disediakan, saya akan menuju ke perkara tersebut. Namun secara langsung untuk menjawab satu SAIDI di peringkat Sandakan sebenarnya ada menurun indeksnya. Nanti saya beri maklumat-maklumat terperinci dibandingkan pada tahun yang lalu. Namun, dibandingkan dengan bahagian Kota Kinabalu yang tiada line kekerapan di Sandakan itu daripada segi bukan juga blackout tetapi gangguan lebih regular. Saya telah pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia bahawa apabila kita mengira perihal gangguan SAIDI iaitu jumlah minit seorang pengguna satu tahun tidak mencerminkan keseluruhan status gangguan walaupun SAIDI ini adalah satu indeks digunakan oleh semua negara di dunia ini. Akan tetapi saya telah minta supaya kita masukkan juga kekerapan. Barangkali pendek masa tetapi balik-balik setiap setengah jam datang lagi dan itu yang sedang kita atasi...
[Bangun]
Akan tetapi keseluruhannya Sandakan memang menurun berbanding dengan sebelum ini. Akan tetapi ini memang ada masalah dua bulan yang lalu yang oleh sebab suatu feeder di situ ada masalah. Tunggu dulu, jangan. Mengenai dengan rancangan jangka panjang dan sederhana itu sememangnya kita antara repowering program untuk jangka pendek dan sederhana. Sebanyak 60 megawatt akan dibina di Sandakan. Kita dalam proses persediaan dokumen-dokumen untuk bidaan. Saya berharap bahawa dalam tempoh walaupun dikatakan September tempoh lalu sebenarnya dalam proses untuk diputuskan siapa yang akan melaksanakannya TNB atau SESB ataupun swasta. Jadi banyak juga bidaan yang telah pun dikemukakan. Jadi kita sedang mengemas kini. Akan tetapi the idea di situ sebanyak 60 megawatt open cycle gas supaya kita pun boleh pakai diesel sementara. Apabila kita telah selesai membawa gas dari Tuaran sampai ke Sandakan nanti, ia dijangka memakan masa tiga tahun setengah termasuk power plant yang 190, dua darab dua bererti 380 maka barulah nanti yang open cycle yang tadi itu yang 60 boleh terus menggunakan gas. Okey, jadi ini saya harap boleh diputuskan sebelum hujung tahun ini. Okey.
Ya, satu soalan lagi tambahan. I just want to get the clarification. Jadi sekarang itu 60 megawatt punya itu yang dibina di Sandakan ada di Lahad Datu?
Tadi Sandakan 60, dua darab 30 megawatt open cycle.
Okey.
Jadi dia pakai diesel dulu lepas itu bila gas sudah sampai dalam tiga tahun ini ditarik dari Kota Kinabalu baru dia ship pergi gas. Jadi yang Lahad Datu 30 megawatt berasas kepada medium fluid oil iaitu diesel.
Jadi Lahad Datu masih on 30 megawatt itu? Itu 30 megawatt masih on?
Yes. Sekali gus nanti dalam tempoh sebelum hujung tahun ini I think contract akan dikeluarkan untuk membinanya. Tertakluk kepada tanah, tiada gangguan dan seterusnya. So, 90 keseluruhan. Sebanyak 30 di Lahad Datu dan sebanyak 60 di Sandakan. Okey.
Jadi, sorry. Yang Berhormat Menteri, jadi jangka berapa panjang boleh siap dua buah loji ini?
Biasa kalau tanah tersedia dan engineering itu dapat buat bekalan cepat dalam tempoh 14 bulan.
Ini berdialog ini Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sandakan ini sudah berdialog ini. Bukan lagi berbahas.
Minta maaf ya Tuan Yang di-Pertua. Just urgency.
Okey, sudahlah itu.
Ya.
Nanti cerita di luar boleh juga.
[Ketawa] Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat pastikan tiada gangguan tanah. Untuk makluman Dewan yang mulia dan Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah ini reserved margin sebenarnya di Sabah pada saat ini 21.94. Akan tetapi 22%.
Boleh di Sabah dan ini mencukupi dan berupaya untuk menampung keperluan bekalan elektrik sekiranya berlaku kegagalan pada sistem dan kenaikan permintaan puncak yang mendadak. Namun begitu, punca gangguan pada sistem voltan tinggi dan voltan rendah disebabkan perkara-perkara di luar jangka seperti gangguan alam sekitar seperti pokoklah, cuaca yang tidak baik, beban lampu serta gangguan disebabkan oleh kerja-kerja pihak ketiga. Maka rizab margin yang saya katakan tadi itu iaitu 21.94 ini, boleh dianggapkan walaupun tinggi, comfortable, dengan izin, tetapi fragile dan dia begitu sensitif kepada gangguan-gangguan di peringkat pengagihan. Di peringkat pengagihan, the problem is that we are 70% daripada peringkat distribution kita punya kabel what you call bay cable. You are engineer, so it’s a policy dan ia dalam proses untuk mengganti ini dengan aerial bundle cable yang kena bungkus itu supaya pokok menyentuh pun - Peruntukan RM515 juta itu antaranya adalah bertujuan seperti yang saya katakan tadi, untuk mengganti di kabel-kabel ini di peringkat pengagihan. I think cukup itu Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan yang penting saya, boleh? Yang Berhormat, saya dapat tahu juga satu masalah gangguan elektrik di Sandakan iaitu ia tidak mencukupi power. Saya dapat tahu dua IPP, 10 megawatt, kalau dua 20 megawatt, yang itu pakai biomass punya sudah tidak ada fungsi. Jadi bagaimana ini dua IPP masih kerajaan juga bayar atau ada pakai mana? Masih mahu lanjut (continue) dia punya dutykah atau pakai mana ini? Saya dapat tahu dua-dua ini sudah lama tidak berfungsi.
Laporan terkini sebenarnya bukan tidak berfungsi. Kina Biopower sama Seguntor IPP itu yang berasaskan kepada biomass ada masalah daripada bekalan ‘feed start’. Saat ini ia berganti-ganti, berpasang. Tidak dua berpasang ataupun generating kerana masalah mendapatkan tandan sawit yang kosong itu. So daripada segi bayaran kita bayar berasaskan kepada tenaga yang dieksportkan, dikeluarkan. Jadi ia tidak pasang, tiadalah bayaran. Apabila dieksport kepada grid SESB, baru ia dibayar. Akan tetapi ini adalah antara cabaran tenaga diperbaharui ini daripada segi biomass ini.
Kalau tidak kena atur betul-betul sumbernya, maka bukan sahaja di sana ada lagi satu kes di sebelah Kedah dan Perak pun menghadapi yang sama. Kalau boleh kalau saya tidak panjang, saya boleh siap dalam 15 minit Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini…
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri minta laluan.
Kota Kinabalu belum sampai lagi. Nanti, nanti.
Yang Berhormat Menteri saya…
Sudah lama tunggu dalam politik, jadi ini sekejap sahaja boleh tunggu ya. Orang Tawau ini. Itulah jawapan saya tadi. Bagaimanapun keperluan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah terutama di Lahad Datu, kerajaan telah meluluskan Pelan Pembangunan Penjanaan Lahad Datu 30 megawatt dan projek ini diluluskan oleh kerajaan dalam RMKe-11, Rolling Plan dan dilaksanakan. Projek dijangka akan bermula pada awal tahun 2016 sekali gus dengan 60 megawatt open cycle yang saya telah katakan tadi akan dibina di POIC, Sandakan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini terdapat sebanyak 16 buah independent power producer termasuk semua renewable energy plans yang menjana tenaga elektrik dengan kapasiti terpasang sebanyak 1,136 megawatt dan berkapasiti boleh diharap sejumlah 996.28 megawatt di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kesemua IPP ini menjana tenaga elektrik sebanyak 76% untuk kapasiti terpasang bagi keseluruhan penjanaan elektrik sementara kementerian telah merangka pelan pembangunan penjanaan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan pelan pembangunan penjanaan tersebut. Seperti mana saya katakan tadi, stesen jana kuasa di Lahad Datu 30 megawatt dan di Batu Sapi Sandakan 60 megawatt dengan kapasiti penjanaan keseluruhan 90 megawatt tentulah dikenal pasti dan akan dilaksanakan secara berperingkat dari tahun 2017 sampailah 2018. Permohonan projek-projek stesen jana kuasa tersebut merupakan pelan mitigasi jangka pendek untuk mengatasi kekurangan kapasiti penjanaan dan untuk menambah baik situasi pembekalan elektrik khususnya di Pantai Timur Sabah. Ya, Yang Berhormat Sandakan? Tidak payah. Okey Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping ada membangkitkan mengenai isu pemberian subsidi elektrik kepada golongan berpendapatan rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan subsidi bil elektrik atau rebet RM20 ini yang diwujudkan khusus bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah masih lagi dikekalkan. Pada tahun 2014, pemberian rebet RM20 ini melibatkan seramai 13,017,155 di 154 orang pengguna termasuk pengguna di Sabah dan Sarawak dengan jumlah kos RM142,811,253.62. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hingga kini jumlah perbelanjaan bagi anggaran tersebut adalah sebanyak RM901,000,000 bagi tempoh 2008 hinggalah ke Disember 2014 dan melibatkan seramai 81.7 juta akaun pengguna domestik kediaman secara kumulatif. Walau bagaimanapun, ingin saya jelaskan di sini bahawa di bawah Bajet 2016 ini, itulah Yang Berhormat Taiping katakan tidak ada lagi subsidi, tidak betul. Peruntukan sejumlah RM123,994,400 bagi tujuan tersebut diletakkan di bawah maksud Bekalan B.11, Perkhidmatan dan Am Perbendaharaan, Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai di bawah Kementerian Kewangan. Nanti KeTTHA akan drawdown daripada akaun ini. Jadi itulah dia hilang daripada akaun perbekalan di peringkat KeTTHA. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat ‘Mersing’ ada membangkitkan mengenai Dasar Tenaga Negara dan menyarankan untuk tidak terlalu bergantung kepada sumber bahan api seperti minyak dan gas. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memacu pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB) ini dengan lebih pesat, Dasar dan Pelan Tindakan TBB telah diperkenalkan pada tahun 2010. Di bawah dasar dan pelan tindakan ini, mekanisme feed-in tariff dilaksanakan untuk sumber-sumber Tenaga Boleh Baharui termasuk solar PV.
Bagi tempoh Disember 2011 hingga ke 30 September 2015, sebanyak 319.55 megawatt Tenaga Boleh Baharu telah dijana melalui mekanisme FiT. Daripada jumlah ini, sebanyak 209.1 megawatt atau 60% merupakan sumbangan daripada tenaga solar, manakala bakinya dijana daripada sumber-sumber seperti biomass, biogas dan mini hidro. Untuk melengkapi mekanisme FiT, kerajaan akan melaksanakan skim pemeteran tenaga bersih, net metering scheme dengan kuota 100 megawatt setahun mulai tahun 2016 sehingga tahun 2020 untuk menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu termasuk solar PV. Untuk penjelasan net metering ini di mana boleh dipasang di bumbung rumah masing-masing dan dengan itu pada siang boleh eksport kepada grid kepada SESB atau TNB dan malam you beli power daripada SESB atau TNB dan hujung bulan the net you save ataupun you pakai akan dilaporkan. Jadi, kami percaya ini satu akan juga membantu para pengguna untuk menjimatkan kerana dia boleh nampak metering. Ini Yang Berhormat Kuala Krau, Kuala Krau…
Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai ini doktor dia mahu bincang juga.
Sedikit mengenai feed-in tariff ini Tuan Yang di-Pertua.
Tidak melawat banjir dia kata.
[Ketawa] Kalau kena banjir tempat sendiri nanti baru tahu. Jadi kena controllah sikit komen-komen itu. Adakah kajian yang dibuat mengenai kos untuk pemasangan alat-alat solar di rumah ini dan dijangkakan berapa lama atau tempoh di mana tuan-tuan punya rumah akan mendapat return daripada pelaburan. Ini kerana saya rasa menarik, bukan hanya untuk rumah sendiri dan juga pendapatan sampingan, tetapi saya rasa boleh membantu dalam memberikan bekalan yang agak stabil kepada grid-grid kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya program ini bukan juga program baru. Di bawah FIT secara individu di mana para pengguna boleh memohon secara online data- saya bekal begitu terperinci tetapi lebih daripada 10,000 buah rumah telah pun mengambil bahagian sebelum ini. Jadi daripada segi feed back itu tertakluk berapa besar saat ini sampai kepada 12 kilo KV boleh dipasang. Yang pasal rumah car park semua itu barangkali sampai 12 begitu. Lain itu sangat kecilan, jadi feedback dia tertakluk kepada berapa besar kilowatt volt yang dipasang atas bumbung tersebut. Akan tetapi ini sudah teruji. Terkini mengenai ini pemasangan meter yang nett. Pada saat ini, sekadar dijual terus kepada SESB ataupun TNB dan tidak ditolak daripada penggunaannya. Akan tetapi saat ini, apabila smart metering- nett metering dilakukan, boleh menelitikan berapa yang expect satu bulan, berapa you dipakai. Okey, untuk makluman. Terima kasih. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo juga ada membangkitkan mengenai Asian Power Grid. Untuk makluman perjanjian pelaksanaan ASEAN Power Grid (APG) yang telah ditandatangani pada 23 Ogos 2007 dan Menteri-menteri Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN (AMEM ) ke-25 di Singapura. APG ini bertujuan mengukuhkan kerjasama tenaga antara negara-negara ASEAN melalui perkongsian dan perdagangan tenaga. Semenjak 16 projek talian penghantaran yang telah dikenal pasti untuk menghubungkan pembekalan tenaga di negara-negara ASEAN. Bagi projek talian penghantaran APG sedia ada yang melibatkan Malaysia adalah talian- ‘nanging’ melalui talian 300 KV dan kapasiti 300 megawatt dan Chuping, Bukit Ketereh, Sadao melalui talian 132 KV dengan kapasiti 80 megawatt menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Thailand. Talian Pelutong-Sedokong melalui talian 275 KV dengan kapasiti 450 megawatt menghubungi Semenanjung Malaysia dan Singapura. Talian Sarawak ke Kalimantan Barat melalui talian 275 KV dan kapasiti 230 megawatt menghubungkan Sarawak dan Kalimantan
yang dijangka akan mula dilangsungkan pada awal tahun hadapan. Jadi inilah inisiatif- inisiatif yang sedang dijalankan di bawah ASEAN Power Grid yang sudah mulai untuk dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, Lesen YTL Power untuk membekal tenaga elektrik di Paka, telah tamat tempoh pada 30 September 2015. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bharu. Walau bagaimanapun, dalam proses bidaan untuk perolehan kapasiti jangka pendek untuk memenuhi keperluan tahun 2016 sampai tahun 2019 yang telah dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga, pihak YTL telah berjaya untuk mendapatkan lanjutan operasi bagi stesen jana kuasa Paka selama dua tahun sepuluh bulan bermula pada Mac 2016 tahun depan sehingga Disember 2018. Pada masa ini jana kuasa ini tidak beroperasi dan sedang di baik pulih oleh YTL Power. Sehubungan itu, lesen IPP akan hanya diberi mulai pada Mac ‘2015’. Susulan daripada itu, pihak YTL dan TNB akan menjalankan rundingan bagi menandatangani EPA baru mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Untuk makluman tambahan, dalam soal bidaan tersebut, ada tiga yang telah juga mengambil bahagian dan antaranya yang telah pun di sekali gus diberi bersama dengan YTL ini memenangi ialah Powertech anak syarikat iaitu bagi kawasan Alor Gajah dan Melaka. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sibu, yang telah pun mengutarakan...
Yang Berhormat, sebenarnya saya - terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya daripada segi PPA, setelah 20 tahun tamat dan mereka melalui bidaan dan untuk mendapat satu PPA yang baru pada kadar dan juga pada dalam keadaan yang saya rasa memang lebih terbuka. Ketika itu yang banyak menjadi rungutan orang ramai dan juga kami ialah PPA yang lama, yang 20 tahun. Akan tetapi hari ini setelah tamat saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan juga kepada kerajaan kerana telah beralih. Mereka telah beralih kepada satu keadaan yang lebih kompetitif dan lebih terbuka. Akan tetapi yang saya menyoalkan ialah sama ada boleh tak konsep yang sama iaitu daripada segi konsep business to business berhubung dengan soal penggunaan tanah, land lease agreement yang- kerana mereka YTL Power duduk di atas tanah milik TNB dan mereka perlu juga dengan Petronas untuk mendapatkan gas. Jadi kesemuanya ini saya berharap dapat dilakukan secara yang terbuka, secara business-to-business dan bukan dalam keadaan yang 20 tahun PPA yang dulu, yang asalnya yang mana berbagai-bagai pihak ada menyalahkan, ada pihak yang menyalahkan EPU, ada pihak yang menyalahkan pemimpin dan sebagainya. Jadi kalau kita sudah keluar pada jerebu yang dulu, keadaan yang agak tak memuaskan, saya berharap bahawa kementerian Yang Berhormat boleh menggalakkan kepada satu rundingan perniagaan yang terbuka iaitu business-to-business tanpa kita- kerajaan atau mana-mana pihak lain untuk memberi naungan kepada perniagaan IPP itu. Jadi itu sahajalah harapan saya, kalau boleh kerana tanah yang diduduki sebanyak 17 hektar. Jadi mereka hanya mengguna sebahagian daripada tanah itu dan saya harap TNB dalam perundingan mereka, bolehlah- tidaklah YTL Power pula macam anak emas ataupun disokong oleh pihak-pihak- ada tangan ghaib dan sebagainya untuk membantu mereka. Itu sahaja Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru yang begitu fasih dengan keadaan tersebut. Seperti mana saya katakan tadi dalam bidaan tersebut, dua buah syarikat telah memenanginya dan YTL yang termurah dan dengan itu sesuai dengan sebenarnya perjanjian tanah mereka dengan TNB, masih ada dua tahun sepuluh bulan dan extension itu telah diberi dua tahun sepuluh bulan untuk PPA baru kerana tanah itu sudah pun terikat dalam perjanjian mereka sebelum ini. Okey, so, saya rasa nanti pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai regulator akan memastikan supaya sesuai dengan kelulusan itu sememangnya gas hendaklah dibakar dan tanah jika ada perjanjian yang sedia ada itu haruslah dihormati ataupun dirunding semula. Okey?
Saya yakin business-to-business ini di bawah kawalan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mendapat ketetapan keputusan yang munasabah supaya mereka boleh mula menjana semula pada Mac 2016. Sebenarnya pihak kementerian dan ST telah pun membincangkan juga dengan pihak TNB kerana sering kali setiap tahun ini ada kekurangan tenaga dan kita pinjam ataupun kita import dari Thailand dan Singapura dan kami katakan, pelan-pelan yang sudah expired ini tetapi masih boleh menjana dengan harga yang memang lebih murah daripada kita import dari negara lain harus boleh dipasang secara standby apabila kita perlukan walaupun mereka tidak ada PPA dalam bentuk yang spesifik. Saya lapor dalam perkara yang kita bincangkan. Baiklah di bawah- Yang Berhormat Sibu yang mengutarakan mengenai masalah bekalan elektrik dan air di Sarawak. Untuk makluman semua, hal berkaitan dengan bekalan elektrik di seluruh negara adalah tertakluk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990. Walau bagaimanapun, di bawah peruntukan seksyen 1(2), Akta Bekalan Elektrik, Yang Berhormat Menteri telah membuat perintah yang dinamakan Perintah Penggantungan Kuasa Atas (Sarawak) 1990 pada 30 Ogos 1990 di mana negeri Sarawak telah dikecualikan daripada penguatkuasaan seluruh akta bekalan elektrik 1990 berkenaan. Justeru itu, semua aspek berkaitan dengan bekalan elektrik di negeri Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Manakala bagi sektor utiliti air pula di dalam Bajet perancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) bagi tahun 2016, sejumlah RM6 juta telah diluluskan bagi kerja membaik pulih sistem agihan di negeri Sarawak bagi Lembaga Air Sibu, Fasa 2 iaitu termasuk menaiktarafkan sistem bekalan air berkeluasan Sungai Buluh. Ya, Sungai Biduk seperti mana yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua?
Panjang lagi?
Tujuh minitlah, boleh?
Kalau begitu, sambunglah sebelah petang nanti kerana dalam tujuh minit itu mungkin akan ada penjelasan lagi. Jadi lebih daripada lima minit. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri, lagi tujuh minit.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kota Kinabalu mengenai dengan bekalan air di peringkat negeri Sabah. Bekalan air bagi negeri Sabah terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Penglibatan kementerian adalah untuk memudah cara pengeluaran pinjaman bekalan air yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Sungguhpun begitu, kementerian sedia maklum mengenai masalah bekalan air yang dihadapi di kawasan Tawau. Oleh itu, projek pembinaan empangan air Tawau di Cinta Mata telah pun diluluskan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Tawau. Kos projek ini dianggarkan berjumlah RM416 juta telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas menerusi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sabah. Kos ini telah mengambil kira tambahan skop yang dipohon oleh kerajaan negeri untuk komponen tebatan banjir dan peningkatan ketinggian paras empangan.
Pada setakat ini, kerajaan negeri sedang menunggu ketetapan kerajaan negeri daripada segi pembiayaan projek ini kerana pihak kerajaan negeri telah memohon supaya kos RM416 juta itu ditukar menjadi geran. Kerajaan Pusat pada saat ini belum dapat mempertimbangkannya kerana amalan di semua negeri, apabila ia berkaitan dengan perihal bekalan air dan khususnya kos-kos empangan, biasanya dalam bentuk pinjaman.
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun, Yang Berhormat Menteri.
Ini bukan ‘Batu Sumpah’ ya.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya dengar, dalam 11th Malaysia Plan ada RM416 juta tetapi empangan air Cinta Mata di Tawau terlalu lama ditangguhkan. Sepatutnya, perbelanjaan tahun ini sudah ada peruntukan tetapi rakyat masih menunggu. Tahun ini, sudah empat kali musim kemarau yang teruk. Ia disebabkan air terjejas 50% dan terpaksa dicatu di kawasan masing-masing. Adakah Yang Berhormat Menteri tahu kesusahan rakyat apabila air pun tidak ada? Di manakah peruntukan pembinaan empangan tersebut? Yang Berhormat Menteri, saya tidak nampak satu sen pun diagihkan di dalam Bajet 2016. Kenapa kerajaan terlalu risau hingga dilihat terlalu terdesak mahu membina Kaiduan Dam yang berharga RM2.5 bilion. Saya ada bincang sama MP Tawau, kelmarin. Bila saya bincang tidak ada bajet dalam peruntukan dalam bajet ini, dia pun terkejut juga. Dia kata, “Kenapakah pula?” Katanya, dia sudah dapat fahamkan janji bajet akan iaitu ia tergendala. Jadi Tuan Yang di- Pertua, ...
Yang Berhormat Kota Kinabalu, bila Speaker bercakap, diam sekejap.
Okey.
Tengok peraturan Yang Berhormat. Ini bukannya perbahasan. Ini pencerahan, pencelahan minta penjelasan. Jangan panjang-panjang.
Sedikit lagi, sedikit lagi.
Kalau tidak, rehat dahulu, rehat.
Sedangkan masalah utamanya sekarang berada di Tawau yang mengalami kekurangan bekalan air. Tawau cuma perlukan pembinaan Empangan Cinta Mata dengan kos pembinaan RM416 juta. Apa yang kita kata, “...Yang dinanti-nantikan”. Sekian, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Baiklah Yang Berhormat Kota Kinabalu yang terbang dari Tawau, pindah kawasan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, Yang Berhormat Putatan.
Untuk makluman, Empangan Kaiduan itu masih jauh dalam pertimbangan, belum pun apa-apa keputusan kerajaan negeri. Jadi, tidak payahlah bangkit-bangkit walaupun Yang Berhormat rajin juga pergi demo-demo di sana. Anyway, Tawau ini sebenarnya diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh lagi. Peruntukan pertama adalah kira-kira RM180 juta tetapi kerajaan negeri minta supaya empangan untuk air itu dijadikan juga empangan untuk tebatan banjir. Jadi memerlukan tambahan peruntukan.
Akhirnya, Kerajaan Pusat setuju dalam perkara ini untuk menambah sampailah perubahan skop apa yang saya katakan tadi RM416 juta. Selepas itu pula kerajaan negeri pohon lagi supaya ini tukar pergi geran. Jangan pinjaman, dibilang. Jadi, ini dalam keadaan begitu tetapi saya yakin, kita yakin ini boleh dimulakan dalam awal tahun hadapan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Ada peruntukan nanti bila bincang dalam jawatankuasa boleh rujuk nanti kepada peruntukan tersebut. Okey, cukuplah itu.
Yang Berhormat Menteri, saya diberitahu tiga tahun dahulu bila saya ada ambil isu...
Yang Berhormat, minta izin kepada Speaker dahulu, bukan minta izin kepada Menteri.
Minta izin Speaker, maaf Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tiga tahun dahulu bila saya di Dewan Negeri, saya ada sebutkan isu ini, saya pun beritahu apa yang tadi kita beritahu saya bila mahu including the flood mitigation plan. Then, they said they are going to redraw the whole plan again. That it already taken about three years. I want to know, whether the plan now is ready for take off. That is the question now. Okey.
Ini perihal di peringkat kerajaan negeri. Saya difahamkan berasaskan kepada permohonan peruntukan itu bahawa pelan dan design costing sudah tersedia. Kalau tidak, kita tidak boleh pertimbangkan. Setakat ini, komponen bekalan air ialah RM365.73 juta bekalan air, hanya boleh diberi dalam bentuk pinjaman. Komponen tebatan banjir sebanyak RM49.6 juta yang boleh dipertimbangkan untuk tujuan geran. Akan tetapi mereka mahu semuanya dalam geran dan saat ini belum dapat diluluskan...
[Bangun]
Okey, cukuplah. Saya mahu pergi kepada Yang Berhormat Silam. Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri meluluskan dengan segera geran ini? Bolehkah? Bolehkah Yang Berhormat Menteri luluskan?
Saya sudah beri penjelasan tadi. Kebiasaan untuk soal di negeri-negeri lain berkaitan dengan empangan air ini, selalu dalam bentuk pinjaman. Bukan percumalah, mahu bayar baliklah.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta cepatkan peruntukkan. Jangan pusing sini, pusing sana. Sampai bila-bila pun tidak tahu. Okey?
Oleh sebab ini bukan sekadar kementerian saya yang terlibat, Kementerian Kewangan dan EPU yang terlibat. Jadi, bukan sikit itu brother, RM300 juta, RM400 juta lebih...
Berbilion-bilion pun okey. Macam mana RM300 juta atau RM400 juta apa itu. Ini wang sikit-sikit...
Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu, tidak faham peraturankah?
Apa lagi pergi mahu berbilion- bilion. High-speed train, RM30 bilion. What is that?
Kita cakap-cakap sahaja.
...Boleh berlaku di Semenanjung, tetapi Sabah RM500 juta pun kita tidak kasi bagi. Apa ini?
Tidak perlu layan. Tidak perlu layan.
Okey, Yang Berhormat Silam juga membangkitkan isu berkenaan permintaan bekalan air di Lahad Datu. Bagi
menjawab isu ini, ingin saya perjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui KeTTHA, kementerian kita telah memberi pinjaman sebanyak RM55 juta di bawah Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk Kerajaan Negeri Sabah, memulakan pembinaan bagi loji rawatan air dan sistem agihan di Lahad Datu dan dijangka menelan belanja sebanyak RM270 juta. Kita buat dua rolling plan. Kita kasi Kerajaan Pusat telah meluluskan RM55 juta. Yang Berhormat tadi...
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Tanjong tidak ada kena mengena dengan ini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Duduk sekejap. Peraturan mesyuarat keberapakah Yang Berhormat Tanjong?
Peraturan Mesyuarat 13(1), tidak cukup bilang.
Tidak cukup bilang? Kuorum tidak cukup.
Tidak cukup 26 orang.
Bentara, tolong bilang bentara. Yang Berhormat Tanjong, tidak ada cara lainkah, Yang Berhormat Tanjong?
Ya, kita kena ada cukup 26 orang, tetapi tidak cukup.
Berapa?
Sabah boleh balik awallah.
Sekarang Yang Berhormat Tanjong, minta kuorum. Bentara sila bilang dan maklum kepada saya. Kuorum, Yang Berhormat Tanjong, minta kuorum. Sila, Yang Berhormat dan bentara bilang. Yang Berhormat Tanjong, kawan-kawan daripada pembangkang pun berlari masuk. Yang Berhormat Tanjong tidak ada cari lain kah? Cukup, ya? Saya telah diberitahu oleh Bentara, 28 orang campur dua orang yang baru masuk, 30 orang dan kuorum cukup. Kita boleh memulakan persidangan kita.
Terima kasih, terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong pun tadi duduk dekat luar, sekarang baru masuk. Tadi Yang Berhormat Tanjong pun duduk di luar sana.
Minta penjelasan. Tidak pandai kira kah?
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya nasihatkan kepada Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, jawapan bertulis. Okey.
Yang Berhormat Jerantut.
Yang Berhormat Jerantut tidak ada dalam Dewan. Jawapan bertulis.
Okey, saya boleh kasi kirim. Yang Berhormat Lipis.
Yang Berhormat Lipis tidak ada dalam Dewan. Jawapan bertulis.
Okey, habislah kamu.
Sudah habis?
Belum lagi, belum lagi. [Ketawa]
Ya, Yang Berhormat yang tidak ada itu, bila saya buat macam ini dia akan berlari masuk.
Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat Kapar tiada dalam Dewan. Jawapan bertulis.
Dia sudah balik.
Yang Berhormat Langkawi.
Yang Berhormat Langkawi juga tiada dalam Dewan. Jawapan bertulis.
Ada? Ada? Tidak ada?
Tiada.
Sayang itu. Okey, maka dengan itu, selesai penggulungan. Terima kasih kepada mereka yang telah...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Putatan...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya ada isu fasal Sabah, IPP tetapi belum jawab. Saya ada dalam Dewan.
Yang Berhormat, sudah tutup.
Saya sudah jawab waktu itu. Sebelum lunch time.
Boleh?
Saya sudah sebut.
Tidak ada, tidak ada, tidak ada. Belum jawab. Ini kuota fasal IPP di Sabah.
Sudah jawab Yang Berhormat?
Sudah. Sudah saya sebut tadi Yang Berhormat Putatan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, terima kasih, terima kasih.
Okey, nanti saya beri secara bertulis. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan berjumpa di peringkat Jawatankuasa nanti. Sekian, terima kasih.
Sepatutnya Yang Berhormat Putatan tadi tidak jawab sebab dia di luar.
Saya jemput Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Saya juga nasihatkan Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan, jawapan bertulis. Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan isu-isu dan pandangan berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Belanjawan 2016.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan penurunan harga komoditi terutamanya getah dan sawit dan langkah-langkah menangani isu ini telah menjadi tumpuan perbahasan Bajet 2016. Ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat telah pun menyentuh perkara ini. Mereka termasuk...
Yang Berhormat Menteri pandai. Disebut ramai Yang Berhormat-Yang Berhormat. Dia tidak sebut satu per satu.
I hendak sebut.
Ya, ya, kerana Yang Berhormat hendak jawab. Sila, sila.
Mereka yang membangkitkan perkara ini ialah Yang Berhormat Langkawi; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Tasek Gelugor; Yang Berhormat Tanah Merah; Yang Berhormat Pokok Sena; Yang Berhormat Rompin; Yang Berhormat Lipis; Yang Berhormat Bagan Serai; Yang Berhormat Gerik; Yang Berhormat Lenggong; Yang Berhormat Gopeng; Yang Berhormat Gombak; Yang Berhormat Kelana Jaya; Yang Berhormat Setiawangsa; Yang Berhormat Jelebu; Yang Berhormat Sekijang; serta Yang Berhormat Kudat.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sektor komoditi yang terdiri daripada beberapa jenis produk seperti sawit, getah, kayu kayan, koko, lada, kenaf dan sagu juga merupakan salah satu tunggak ekonomi negara, memberi sumbangan significant kepada pembangunan negara. Pada tahun 2014, sektor komoditi telah menyumbang eksport sebanyak RM116.6 bilion atau 15.2% daripada jumlah pendapatan ekonomi negara. Produk-produk berasaskan komoditi telah pun dieksport ke hampir 190 buah negara di dunia. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, penurunan harga komoditi sememangnya memberi kesan kepada ekonomi negara terutama kepada golongan pekebun kecil yang berjumlah 600,000 di seluruh negara. Seperti mana yang saya telah perjelaskan di Dewan yang mulia semasa menjawab soalan lisan pada 3 November, penurunan harga getah dan sawit dalam tempoh beberapa bulan yang lalu adalah berpunca dari antara lain faktor-faktor berikut, pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan juga peningkatan stok. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap isu penurunan harga sawit dan getah memandangkan isu ini mempunyai kesan kepada ekonomi negara terutama kepada golongan pekebun kecil. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah. Bagi sektor sawit, langkah-langkah domestik yang telah diambil termasuk seperti berikut: (i) melaksanakan program biodiesel B7, adunan 7% biodiesel sawit dan 93% diesel petroleum mulai November 2014; (ii) menyediakan dana sebanyak RM100 juta untuk Skim Insentif Tanaman Semula Sawit 2015. Dengan skim ini, kita dapat mengharapkan atau mengurangkan pengeluaran sawit 250,000 tan; dan (iii) meningkatkan pendidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk baru sawit. Selain itu, kementerian akan terus berusaha untuk mengukuhkan pasaran eksport yang sedia ada. Bagi membantu pekebun kecil sawit, kementerian sedang melaksanakan program seperti skim tanaman semula sawit, skim bantuan baja sawit dan bantuan penyelenggara kebun. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia bersama-sama Indonesia akan menjadi negara pengasas kepada penubuhan Council of Palm Oil Producing Countries. Badan ini yang akan menjadi Tuan Yang di-Pertua, mengadakan kerjasama dan perancangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembangunan industri sawit. Sektor getah pula, kementerian akan mengambil langkah-langkah berterusan bagi memastikan daya saing industri getah pada amnya pekebun kecil.
Langkah-langkah termasuk merangka program menggandakan pengeluaran latex, program meningkatkan dan menggalakkan pengeluaran latex bagi mengurangkan kebergantungan latex import supaya dapat menjimatkan pertukaran wang asing. Menyediakan standard berkenaan import bahan mentah bagi menjamin kualiti SMR yang dihasilkan dan ketiga, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, langkah-langkah lain kementerian akan terus berusaha memperkukuh pasaran eksport yang sedia ada bagi membantu program pengusaha tanaman getah seperti yang telah diumumkan, kita telah pun mengadakan beberapa social safety net. Antaranya kita telah melaksanakan Skim Bantuan Khas RM500 one-off dan yang kedua, pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah yang bermula Januari 2015. Di peringkat antarabangsa pula kita akan terus berbincang dalam International Tripartite Rubber Council, Malaysia bekerjasama dengan Thailand dan Indonesia bagi mencari pendekatan untuk menstabilkan harga getah asli dalam jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu bahan getah yang mencukupi untuk industri hiliran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain memastikan pendapatan pekebun kecil tidak jatuh di bawah paras garis kemiskinan ketika harga getah rendah, matlamat program IPG adalah untuk memastikan pekebun kecil akan terus menoreh getah bagi menjamin industri hiliran mendapat bahan mentah yang mencukupi. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Baling supaya National Ocean Strategy dilaksanakan di Baling untuk membantu pekebun kecil. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya memang menyokong usaha-usaha ke arah program itu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sekijang mencadangkan supaya Council of Palm Oil Producing Countries turut terlibat dalam menangani isu jerebu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti saya telah jelaskan tadi CPOP adalah satu badan antarabangsa yang diasaskan oleh Malaysia dan Indonesia. Tujuannya adalah untuk mengadakan kerjasama bagi menjamin pembangunan sawit dan menstabilkan harga. Isu jerebu adalah dalam kuasa Kementerian Sumber Asli. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun membangkitkan harga kayu getah yang rendah. Untuk makluman Yang Berhormat, memang harga getah telah pun merosot dan bagi itu cara kita membantu adalah untuk meningkatkan jumlah kuota eksport kayu getah yang ditingkatkan dari 80,000 meter padu pada tahun 2014 kepada 140,000 meter padu tahun 2015. Walau bagaimanapun pada masa ini prestasi pengeksportan kayu getah adalah rendah sebab kelembapan pasaran eksport. Kementerian akan mengkaji kalau perlu kuota pengimport kayu getah ini sekarang dihadkan kepada 3,000 meter padu setahun. Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Kota Samarahan membangkitkan isu berkaitan penanaman koko. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian akan meneruskan program tanaman koko. Program ini akan dilaksanakan dengan kaedah yang baru iaitu program pembangunan kluster koko. Ini bertujuan untuk menambahkan keluasan penanaman koko di seluruh negara. Selain itu program peningkatan produktiviti koko juga dilaksanakan dengan diberi bantuan input baja, racun dan sebagainya. Yang Berhormat...
Menteri...
Ya Yang Berhormat Putatan bangun. Ya sila.
Apakah lagi Yang Berhormat Seputeh? Ini soal rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, oleh sebab kita telah pun banyak berjumpa dengan peminat-peminat dan penanam koko dan pelbagai. Bukan sahaja koko tetapi tanaman komoditi yang lain seperti getah, kelapa dan lain-lain supaya boleh kita integrate untuk meningkatkan hasil pendapatan penduduk luar bandar yang satu-satunya agenda utama oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana negara kita akan menjadi negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi. Jadi, sambutan daripada penduduk-penduduk luar bandar ini amat baik sekali. Sewaktu kita turun padang, kita pun telah bagi bantuan seperti baja, bersihkan tanah dan
pelbagai bantuan kepada penduduk kampung. Jadi banyak yang ingin terlibat dalam penanaman ini. Jadi masalah yang saya lihat pada bajet kita sekarang ini, di depan kita ini tidak nampak bahawa penanaman baru ini ada wajibnya. Saya minta Menteri memberi penjelasan sedikit masalah ini sebab ini amat penting. Ini kalau tidak nanti ia tidak undi kepada Barisan Nasional. Pembangkang semua ini putar belit, dia akan menghancurkan dan meracun hati rakyat...
[Dewan riuh]
Ini selalu kerja pembangkang untuk putar belit kepada penduduk kampung.
Yang Berhormat Rompin bangun sekali.
Yang Berhormat Menteri, minta maaf saya terlambat sedikit tadi.
[Bangun]
Yang Berhormat Lenggong duduk dahulu.
Apakah sebenarnya masalah biodiesel ini? Nampaknya hendak kata jadi, tidak jadi. Hendak kata tidak jadi, jadi. Apakah sebenarnya masalah utama pelaksanaan biodiesel di negara kita ini?
Ya Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik isu berkaitan dengan bagaimana kerajaan hendak meningkatkan pendapatan pekebun kecil tadi. Bancian terhadap pekebun kecil getah ini kita dapati sekitar 61% iaitu kira-kira 90,000 orang pekebun kecil getah yang saya difahamkan. Daripada 180 orang pekebun kecil ini pendapatan mereka kurang daripada RM500 sebulan dengan harga getah yang rendah ini memang agak membebankan hidup mereka. Ada cadangan, misalnya mewujudkan stok penimbang dan sebagainya. Cuma satu perkara yang saya hendak sebut di sini yang saya kira pihak kementerian faham tetapi bagaimana hendak selesaikannya. Kalau kita lihat usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah ini memang baik tetapi kita kena juga ingat bahawa tidak semua pekebun kecil getah ini pemilik kepada kebun berkenaan sedangkan mereka hanya penoreh taupun menyewa tanah berkenaan. Jadi, kumpulan-kumpulan ini, bagaimanakah pihak kementerian hendak menanganinya? Ini yang saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Putatan ringkas sahaja sebenarnya tetapi pusing-pusing. Yang Berhormat Putatan bertanya tentang bajet untuk penanaman semula. Itu sahaja tidak sampai satu minit pun.
Saya jawab satu minit juga?
Sila.
Ada peruntukan.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Memang kerajaan sedar bahawa ada keperluan untuk kita membangunkan penanaman koko di negara kita. Lebih penting sekali kerajaan mempunyai dasar bahawa kita menggalakkan seorang pekebun kecil untuk menanam lebih dari satu jenis komoditi. Jadi koko ini dapat compliment komoditi-komoditi yang lain. Oleh yang demikian maka program ini kita akan teruskan. Cuma dalam tahun depan kita tumpukan kepada pembangunan cluster. Memang kerajaan berusaha meningkatkan jumlah ataupun keluasan penanaman koko kerana kalau dibandingkan pada tahun 1990 dahulu kita ada lebih 400,000 hektar koko di negara. Sekarang cuma lebih 20,000 hektar. Jadi melainkan untuk menambahkan dan mempelbagaikan pendapatan petani, pekebun kecil ia juga akan mengurangkan import produk.
Saya ucapkan tahniah pada Lembaga Koko Malaysia kerana telah berusaha. Pengerusinya tadi telah bercakap dengan kempen kuat untuk menanam koko dan saya berharap usaha-usaha ini berjaya. Kedua, Yang Berhormat Rompin bertanya apa masalah biodiesel. Biodiesel tidak ada masalah. Kita telah pun berjaya meningkatkan kegunaan biodiesel kita kepada B7 dari B5 pada tahun lepas.
Sekarang kita telah pun merancang untuk meningkatkan peratusannya kepada B10. Cuma, kita masih berbincang dengan beberapa pihak industri kereta yang menggunakan diesel ini untuk menentukan bahawa semua tidak menghadapi apa-apa masalah. Oleh sebab biodiesel ini ialah satu program yang cukup berkesan bagi kita untuk menambahkan kegunaan minyak sawit di dalam negara. Inilah satu cara bagaimana kita akan menguruskan atau mengurangkan penurunan harga.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Rompin bangun.
Sedikit Tuan Yang di-Pertua, ada eksport tidak? Biodiesel ini ada sudah dieksport ke luar negara?
Ada eksport. Kita ada eksport tetapi saya tidak ada angka, jumlahnya di sini. Akan tetapi sekarang oleh sebab harga minyak turun, maka eksport biodiesel kita juga terjejas kerana harga biodiesel nampaknya lebih tinggi dari harga minyak. Jadi, dari semasa ke semasa apabila harga minyak naik dan permintaan biodiesel kerana biodiesel ini juga satu climate change friendly product. Jadi, sangat popular di Eropah dan Amerika Syarikat.
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sedikit. Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua izinkan?
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang terdapat banyak peniaga yang menggunakan, memproses tayar- tayar lama untuk menjadikan diesel untuk kegunaan komersial. Bagaimanakah tentang kawalan atau syarat-syarat untuk mereka yang beroperasi sebegini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini perkara baru.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Yang Berhormat Shah Alam? Boleh saya selesaikan menjawab...
Saya berkenaan biodiesel itu.
Yang Berhormat Lenggong tadi belum selesai. I selesaikan itu, nanti I bagi peluang ya. Mengenai kesan harga getah. Memang kita pun tahu ada penoreh, ada juga tuan punya getah dan dalam program bantuan kita bagi RM500 one-off, ia akan menguntungkan sama-sama pihak. Ini juga permintaan dari Yang Berhormat-Yang Berhormat. Begitu juga dengan insentif harga getah yang baru ini kita akan membayar kepada sesiapa yang menjual getah. Oleh sebab kita perlu sehelai resit yang mengesahkan getah itu telah pun dijual. Memang kita tahu pekebun kecil getah menghadapi berbagai-bagai-bagai masalah dan kita juga melihat daripada struktur industri getah kita ada perlu kita untuk menyusun semula. Misalnya, sekarang 95% pengeluaran getah kita cup lump. Cup lump produk getah yang paling rendah harganya. Kita boleh mengeluarkan lateks, kita juga boleh mengeluarkan smoked sheets atau pun lapis getah.
Jadi, sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meluluskan peruntukan untuk kita mempergiatkan kegiatan kita untuk menggalakkan pekebun kecil mengeluarkan lateks. Oleh sebab negara kita sekarang import hampir 400,000 tan lateks. Kita cuma mampu mengeluarkan 70,000. Jadi, kita berharap dengan program yang baru ini ia dapat menambahkan jumlah lateks dan mengurangkan jumlah lateks import. Jadi, daripada segi harganya, getah lateks lebih tinggi daripada cup lump. Jadi, kita berharap itulah cara-caranya kita akan membantu pekebun kecil kita melainkan kita juga memberi bimbingan supaya produktiviti mereka juga dapat ditingkatkan. Sekarang produktiviti cuma antara satu tan, di bawah satu tan satu hektar. Kita berharap ini dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya dua tan satu hektar. Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Hendak kembali kepada persoalan biodiesel tadi. Tadi disebut bahawa biodiesel ini ada dieksport ke negara-negara lain. Saya hendak tahu lah, banyak mana yang telah dieksport dan kepada negara mana? Kalau ia dieksport, maka apakah dia punya production cost? Sekiranya production costnya sekarang ini adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah, adakah mungkin production cost ini dapat dikaji cara untuk hendak dikurangkan cost manufacturing atau pun production cost untuk biodiesel itu berdasarkan kepada economies of scale. Mungkin iaitu sekiranya diperbesarkan kapasiti, kemampuan untuk menghasilkan biodiesel ini di mana-mana kilang atau pun sebagainya yang mengeluarkan biodiesel ini. Adakah mungkin dengan itu kita dapat kurangkan harga biodiesel untuk ia lebih rendah dan lebih murah daripada actual petroleum punya produk. Supaya kita dapat menyainginya dan dapat terus mengeluarkan dan meneruskan biodiesel ini sebagai salah sebuah produk eksport negara. Oleh sebab kita tahu bahawa persoalan export of oil and gas dan production of oil and gas daripada telaga-telaga minyak ini pun bermasalah di Malaysia. Oleh sebab semua sudah berpindah ke deep sea dan bukan lagi offshore. Ini soalan yang pertama. Kedua, berhubung dengan getah. Tuan Yang di-Pertua, tadi disebut bahawa kebanyakan daripada pekebun kecil mengeluarkan jenis getah sekerap atau pun dipanggil cup lump tadi dan bukan lateks. Maka, apakah halangan-halangan yang menyebabkan pekebun-pekebun kecil ini memilih untuk mengeluarkan getah cup lump dan bukan lateks? Apakah cara untuk memudahkan supaya mereka boleh menjual lateks? Apa halangannya selama ini kerana ini bukan perkara yang baru. Malaysia ini kita dengan industri dan kebun getah sudah beratus-ratus tahun. So, mengapa persoalan ini tidak dikaji lebih awal dan penyelesaiannya dikemukakan dengan lebih cepat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, yang ada hendak tanya soalan sila berdiri.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai...
Yang Berhormat Jerlun bangun di belakang.
Mengenai angka-angka tadi saya akan bagi secara bertulis. Saya tiada angka di sini. Mengenai kos yang paling besar untuk mengeluarkan biodiesel bahan mentah iaitu our minyak sawit. Jadi, kita memang mengharapkan minyak sawit kita makin tinggi, bukan makin rendah. Dalam keadaan di mana minyak petroleum kita rendah dan di situlah masalah pokoknya bahan mentah kita. Jadi, that’s why the economy of it jadi satu masalah. Mengenai getah, pembangunan getah kita dari semasa ke semasa memang bertukar daripada segi keperluan dan sebagainya. Dalam masa yang terdekat ini kita nampak banyak factory SMR. Kita memang ada Standard Malaysia Rubber dikenali oleh dunia dan inilah sebuah produk yang terkenal oleh Malaysia. Jadi, produk ini memerlukan sekerap atau pun lateks pun boleh digunakan walaupun harga dia bagi pekebun-pekebun kecil rendah. Oleh demikian banyak berhijrah kepada mengeluarkan lateks. Kedua, infrastruktur adalah diperlukan untuk kita mengeluarkan lateks. Oleh sebab kita perlukan collecting centre di beberapa buah tempat dan kemudahan-kemudahan mesti mencukupi untuk menentukan lateks ini dapat dihantar kepada kilang dengan cepat dalam
satu tempoh yang singkat. Jadi, inilah yang kita hendak sediakan dalam perancangan kita untuk meningkatkan pengeluaran lateks adalah untuk mengatur, menyusun infrastruktur- infrastruktur untuk membolehkan kita membeli lateks dan untuk menggalakkan lagi ramai pekebun kecil kita mengeluarkan lateks.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih berhubung dengan biodiesel itu amat jelas. Kalau harganya bahan mentah, maka economies of scale tidak akan selesaikan masalah itu, saya terima jawapannya Yang Berhormat Menteri. Hanya berhubung dengan lateks dengan getah sekerap ini saya kurang berpuas hatilah. Oleh sebab seperti mana yang saya sebut industri getah ini, kebun getah ini bukan benda baru. So, sepatutnya infrastruktur ini sudah lama difikirkan. Saya rasa persoalan harga getah sekerap dengan harga getah lateks daripada dahulu lagi sudah ada perbezaan kalau saya tidak silap. Maka, sepatutnya persoalan infrastruktur untuk pihak pekebun kecil mampu untuk menjual latex instead of sekerap sepatutnya ia merupakan di antara salah satu strategi yang telah diguna pakai oleh kerajaan daripada mungkin 10 ataupun 20 tahun lalu.
Inilah merupakan satu perkara yang mungkin kita kena kenal pasti sebagai salah satu kegagalan dalam pelan pembangunan negara dan ekonomi rakyat. Di mana kemungkinan terlalu banyak daripada bajet negara telah digunakan untuk projek-projek mega yang akhirnya tidak mendatangkan keuntungan kepada pekebun-pekebun kecil yang seperti mana yang sepatutnya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Pihak sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] sentiasa mengambil peluang. Kita di sini mencari cara untuk menyelesaikan masalah rakyat. Oleh sebab inilah kita dari semasa ke semasa selalu menyesuaikan sesuatu program. Misalnya sekarang, kita akan menumpukan kepada penggalakan pengeluaran lateks untuk pekebun kecil. Jadi, Yang Berhormat Beluran bertanya tentang penyediaan jalan ladang di kawasan Beluran. Untuk makluman Yang Berhormat, program pembangunan jalan ladang di negara kita akan diteruskan. Memang ada peruntukan untuk tahun 2016 ini termasuk...
Yang Berhormat mana? Yang Berhormat Beluran? Yang Berhormat Beluran?
[Bangun]
Mungkin tersilap tulis.
Mungkin Tuan Yang di-Pertua pun ada mencelah ‘kot’. [Ketawa] Akan tetapi jangan lupa Yang Berhormat Kuala Krau. [Ketawa] Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, itulah perkara yang telah dibentangkan...
Tuan Yang di-Pertua...
Jawapan Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Beluran tadi Yang Berhormat Menteri.
Saya akan semak.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya percaya mungkin agaknya Yang Berhormat Menteri boleh jawablah. Boleh jawab, boleh jawab. Sila, Yang Berhormat Jerlun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan- pertama sekali CPOPC ini yang diinisiatif- boleh diambil oleh Malaysia-Indonesia berkaitan dengan planting material, yields apa semua ini. Cuma, adakah dalam council ini nanti akan dibincangkan berkaitan dengan limited planting area hectares? Ini sebab, nampaknya tanaman sawit ini satu jenis tanaman yang mudah. Jadi, banyaklah negara pun teringin hendak tanam tetapi memberi tekanan kepada harga sebab oversupply.
Kemudian, mungkin daripada segi marketing, kita melihat end product macam sabun apa itu, end product tetapi ada juga dijadikan oleochemicals dan sudah tentulah biodiesel. Jadi biodiesel ini, adakah pihak kerajaan melihat daripada segi- saya ingat permintaan biodiesel ini bermasalah kerana enjin punya compatibility. Ada sesetengah enjin itu memang tidak boleh pakai pun selain daripada minyak petrol diesel biasa ini. Jadi, adakah usaha-usaha daripada segi R&D dibuat untuk melihat daripada segi compatibility enjin supaya bila banyak enjin yang dikeluarkan dapat menggunakan biodiesel, maka sudah tentu permintaan akan bertambah? Cuma satu lagi soalan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan tekanan harga. Kita sedar ada sesetengah negara terutamanya Europe, terutama di Perancis yang membuat kempen terbuka mengatakan bahawa bahan minyak sawit ini adalah tidak baik untuk kesihatan. Sejauh manakah kita berjaya memberi penerangan kepada pihak-pihak yang terlibat? Adakah pejabat kita di Brazil, Pejabat MPOBkah, MPOCkah di sana ataupun council kita di sana dapat menyaingi, bertahan serangan yang dibuat oleh pihak Perancis tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Jerlun. Pertama, mengenai Council of Palm Oil Producing Countries. Matlamat utamanya adalah untuk menjelaskan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia dan pada masa-masa yang akan datang dengan pengeluar-pengeluar kelapa sawit yang lain di seluruh dunia. Ini adalah untuk menentukan bahawa segala langkah untuk pemasaran, kempen dan pembangunan sawit ini akan diseragamkan supaya ia akan menguntungkan kedua-dua negara. Kedua mengenai biodiesel. Memang Malaysian Palm Oil...
Penjelasan boleh? Berkenaan pertemuan dengan ...
CPOPC?
Pertemuan dengan Kerajaan Indonesia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Menteri, pengumuman tentang kerjasama atau perbincangan dengan Kerajaan Indonesia sudah berlarutan bertahun-tahun tetapi kita tidak nampak kesan positif. Berapa kalikah sudah Kerajaan Malaysia bertemu dengan pihak Kerajaan Indonesia untuk memastikan harga ataupun kerjasama di antara Indonesia dengan Malaysia untuk memastikan harga kelapa sawit lebih kukuh? Apa yang saya nampak ialah sudah beberapa kali keputusan di Indonesia menjejaskan harga sawit kerana mereka ada matlamat mereka sendiri dan persaingan yang tidak sihat telah berlaku yang menyebabkan harga kelapa sawit ini turun mendadak. Kalau boleh, bagi penjelasan- beberapa kali kita sudah berbincang. Adakah kata sepakat telah diperolehi?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat kena baca surat khabar selalulah supaya tahu keberapa kali sudah bincang, apakah keputusannya [Ketawa] Yang Berhormat...
Oleh sebab itu saya sudah baca, tidak ada keputusan yang memberi kesan positif, sebab itu saya tanya.
Dia membaca dalam surat khabar ‘Roket’ mana ada.
Dia baca salah surat khabar. Tuan Yang di- Pertua, memang negara Malaysia dan Indonesia telah pun beberapa tahun yang lepas semenjak tahun 2006 telah pun berusaha untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua-dua negara dalam industri sawit. Ini kerana kedua-dua negara juga memahami sebagai oligopoly pengeluar sawit yang mengeluarkan 85% sawit dunia, kita harus mampu untuk menentukan arus tuju pembangunan minyak sawit ini. Jadi, beberapa persetujuan telah pun dibuat walaupun tidak ada satu keputusan untuk menubuhkan satu council seperti yang ada sekarang. Akan tetapi sebelum ini, kita pun telah bekerjasama sama ada khasnya untuk mengawal jumlah pengeluaran. Misalnya tahun 2008, negara kita bersetuju untuk sama-sama meningkatkan penggunaan biodiesel dan juga untuk membantu penanaman
semula kelapa sawit yang sudah tua. Itulah satu langkah untuk mengurangkan pengeluaran. Memang kita pun mengharapkan semua perbincangan ini akan menjadi satu kerjasama yang konkrit. Jadi dengan ini, sekarang kita telah pun menyaksikan selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita berjumpa dengan Presiden Indonesia baru- baru ini, kita tunggulah sebuah badan- Council of Palm Oil Producing Countries yang akan jadi satu badan formal bagi kedua-dua negara ini.
[Bangun]
Petang ini, saya akan bermesyuarat dengan rakan penjawat saya dari Indonesia untuk memuktamadkan MoU di antara kedua- dua negara ini. Ini Tuan Yang di-Pertua ialah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang sentiasa berusaha menentukan usaha-usaha kita jadi realiti dan akan membantu pekebun kecil. [Tepuk]
Kalau boleh spesifik ...
...asyik hendak ambil kredit sahaja.
Ketiga, soalan daripada Yang Berhormat Jerlun tadi ....
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh spesifik tentang kerjasama dengan Indonesia...
I akan jawab Yang Berhormat Jerlun dahulu.
Just specific. Berkenaan dengan dua tahun yang lepas, Kerajaan Indonesia telah menghapuskan cukai USD60 untuk menarik pelabur membina refinery di Indonesia. Adakah ini masih menjadi satu masalah yang mana Indonesia menurunkan harga untuk refinery dan itu menjejaskan harga di Malaysia? Apakah solution ataupun kata sepakat tentang isu ini? Kalau mereka masih berterusan hendak menarik pembinaan refinery, turunkan cukai lagi, kita kos di sana lebih murah...
Ini projek di Gua Musang ini.
Jadi, saya hendak tahu, has a solution being found? Sudahkah satu kata sepakat mengatasi masalah itu?
Negara kita, industri sawit kita dan kerajaan memang memerhatikan apakah langkah-langkah yang diatur oleh Indonesia untuk meningkatkan prestasi mereka dan bersaing dengan kita. Kita juga tidak diam diri dan oleh sebab itu kita telah pun menyusun semula eksport duti kita pada beberapa tahun yang lepas, tahun 2013 kalau saya tak silap, supaya kita dapat bersaing dengan mereka.
Ya, Yang Berhormat yang lain, sila diam.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun tadi bertanya mengenai hal kempen di Eropah. Memang kita menghadapi persaingan yang hebat daripada kempen anti palm oil tetapi kita nampak bahawa walaupun kempen hebat di sana tetapi kita nampak jumlah permintaan di Eropah dan Amerika meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, kita akan terus mempergiatkan aktiviti-aktiviti untuk memperjelaskan isu-isu mengenai isu nutrien, isu environment, isu sustainability yang selalu dikaitkan dengan minyak sawit. Jadi kita tidak berhenti dan kita berharap dengan tertubuhnya Council of Palm Oil Producing Countries ini, maka kedua-dua negara akan memperhebatkan lagi usaha-usaha untuk kempen mengenai sawit ini dengan lebih banyak lagi.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Jadi dengan itu, sekali lagi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan apa yang saya tak jawab di sini, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sudi mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Bajet 2016. Saya menganggap setiap cadangan dan pandangan yang diutarakan itu adalah sangat berguna. Ingin saya maklumkan, selama enam hari bermula pada 26 Oktober hingga 3 November, seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian iaitu Yang Berhormat Sabak Bernam; Yang Berhormat Sibuti; Yang Berhormat Kanowit; Yang Berhormat Kangar; Yang Berhormat Alor Star; Yang Berhormat Sungai Petani; Yang Berhormat Gerik; Yang Berhormat Bakri; Yang Berhormat Kota Samarahan; Yang Berhormat Tasik Gelugor; Yang Berhormat Rompin; Yang Berhormat Kangar; Yang Berhormat Lubok Antu; Yang Berhormat Kota Baharu; Yang Berhormat Sekijang; Yang Berhormat Sik; Yang Berhormat Kuala Terengganu; dan Yang Berhormat Kudat yang turut mengambil bahagian. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
Saya, saya.
Yang Berhormat Pokok Sena?... [Membelek- belek dokumen atas meja] Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Yang Berhormat Pokok Sena ini Yang Berhormat Menteri tak sebut, masih lagi pada awang- awang lah itu. Tak dapat dikesan.
[Menyampuk]
Pertamanya, izinkan...
Sila, sila.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan untuk saya tidak membaca satu persatu. Saya cuba untuk menggariskan segala perbahasan ini mengikut daripada hala tuju kementerian dan juga hala tuju bajet ini di mana pada dasarnya perlu kita sama-sama hayati bahawa kita masih lagi dalam perjalanan untuk menjadikan sebuah negara yang kuat dan negara yang kuat itu mesti dilihat salah satu daripada aspek yang penting ialah kekuatan daripada segi jaminan makanannya, kekuatan daripada segi kedaulatan makanan juga atau food sovereignty dan bagaimana akhirnya kita menjadikan negara kita sebagai negara yang mampu untuk mengeluarkan produk-produk pertanian terutama sekali kekuatan makanan kita yang bukan sahaja cukup untuk rakyat kita dan mampu untuk eksport kerana eksport itu sendiri akan dapat membantu memperkuatkan bukan sahaja mata wang ringgit kita tetapi juga membantu mereka yang terlibat dalam industri pertanian ini. Bagi tujuan tersebut, perkara-perkara yang ditimbulkan ialah, antara bagaimana kita memastikan bahawa kekuatan kita daripada segi food security, jaminan makanan kita daripada segi bagaimana kita dapat menghasilkan beras yang mencukupi. Perkara ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, juga Yang Berhormat Pokok Sena yang mempunyai semangat yang kuat dengan beras. Terdapat ramai Ahli Yang Berhormat yang menyebutkan tentang isu yang berkaitan dengan beras ini. Kita tahu bahawa buat masa sekarang, kalau tujuan ataupun sasaran kita untuk mencapai 100 peratus keupayaan kita berdiri sendiri ataupun self sufficiency level, ia masih lagi berada di peringkat 70 peratus di mana jelapang-jelapang padi yang kita ada sekarang ini mampu untuk menghasilkan 70 peratus. Akan tetapi, pihak kementerian berpendapat untuk menjadikan 100 peratus sebenarnya boleh kita perbaiki berasaskan kepada jelapang padi yang sudah sedia ada sama ada di Selangor, di Perak, di Kedah, di Kelantan dan sebagainya kerana apa yang kita perhatikan, terdapat banyak jurang daripada segi efficiency penggunaan tanah-tanah yang ada pada waktu sekarang. Ertinya, sekiranya kita
mampu untuk meningkatkan efficiency ataupun kecekapan tanah-tanah yang ada, saya kira mencukupi untuk menghasilkan beras yang diperlukan oleh negara pada hari ini. Jadi sebab itu kita lihatkan terdapat gap yang besar, misalnya di Sekinchan di mana satu hektar tanah mampu untuk menghasilkan antara 12 hingga 14 metrik tan tetapi kalau di Kelantan hanya antara empat hingga lima metrik tan sahaja. Kalau kita dapat membantu untuk mempertingkatkan keupayaan di Kelantan dan di Kedah, kita kirakan bahawa ia juga akan dapat membantu untuk meningkatkan SSL ataupun self sufficiency level bagi negara kita. Oleh sebab itulah ada beberapa pendekatan yang kita boleh gunakan. Jelapang- jelapang padi yang baru di Rompin misalnya, kita gunakan jelapang padi itu untuk menghasilkan beras-beras yang istimewa. Rompin misalnya, sudah mampu untuk menghasilkan beras wangi supaya kita dapat mengurangkan import beras wangi daripada negara lain dan beras wangi beras yang boleh kita eksport. Harganya lebih tinggi. Bagaimana dalam soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sibuti misalnya, yang mengatakan bahawa apakah kita akan meneruskan subsidi bantuan untuk padi huma misalnya kerana padi huma, padi di Bario yang boleh dijual dengan harga RM25 sekilogram kalau berbanding dengan beras biasa yang kita hasilkan RM25 untuk 10 kilogram. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita lihatkan bahawa penggunaan jelapang- jelapang padi baru digunakan untuk tujuan menghasilkan beras-beras yang berkualiti tinggi sedangkan untuk SSL tadi ialah bagaimana kita mengukuhkan jelapang padi yang sedia ada. Sebab itulah salah satu daripada perkara yang selalu kita timbulkan supaya orang tak lari daripada menjadi petani, menjadi pesawah. Itu satu perkara yang penting di sini kerana menghasilkan padi adalah sebahagian daripada keperluan negara, daripada segi keselamatan negara sebab selalu kita sebutkan untuk mengukuhkan kekuatan negara...
Yang Berhormat...
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua hari lepas saya tengok satu jam wawancara live Yang Berhormat Menteri seratus hari dalam kementerian. Melihat kepada temu bual Yang Berhormat Menteri, saya pasti yang kementerian akan menjurus kepada kecukupan security dan juga sovereignty beras ini. Yang Berhormat tadi sebut pasal Rompin. Rompin dengan Endau ini sebelah- sebelah. Dia berkongsi sungai iaitu Sungai Endau. Tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan jelapang padi baru di Rompin. Saya hendak tanya Yang Berhormat, kita tahu ladang di Sekinchan itu boleh mencapai sehingga 12 ke-14 metrik tan satu hektar. Kalau kita banding dengan Indonesia, pengeluaran padi mereka juga ke arah itu tetapi bantuan pemerintah kepada penanam-penanam padi di Indonesia kurang berbanding dengan kita. Tambahan pula, Jabatan Pengairan ini di luar kementerian Yang Berhormat Menteri. Jadi bagaimana koordinasi antara memastikan bekalan air ke sawah- sawah ini sementara kementerian tidak ada kawalan kepada bekalan air, JPS ini dan kalau boleh masukkan lah mesin. Orang yang memproses padi di Rompin adalah orang yang sama dan kebanyakan mereka dari Kedah.
Terima kasih Yang Berhormat Mersing, sebab itu dipanggil hutan yang tertua di dunia, Endau Rompin ertinya Endau dan Rompin itu sentiasa berdekatan. Saya setuju bahawa ada negara-negara yang mempunyai hasil yang lebih tingi tetapi ini mesti dilihat dalam semua aspek, daripada segi tanahnya daripada segi perairannya dan juga daripada segi inspirasi dan keupayaan petani itu sendiri dan mungkin beberapa perkara yang berkaitan dasar kerajaan itu sendiri. Misalnya apabila kita telah bantu banyak petani terutama di bawah kepimpinan rakan saya Yang Berhormat Bera misalnya telah menaikkan harga padi daripada RM800 hingga RM1,200 yang banyak membantu petani. Ada tempat-tempat menimbulkan keghairahan di kalangan petani itu untuk potong cepat padi mereka dan ini juga antara perkara yang dikatakan hilang efficiency di peringkat penuaian, hilang efisien yang ditimbulkan di peringkat transportation ataupun pengangkutan dan juga di peringkat perkilangan dan sebagainya. Ini antara perkara-perkara yang kita
lihat. Sebab itulah dalam bajet pada kali ini antara yang disebutkan ialah peningkatan daripada segi skim subsidi harga padi iaitu berdasarkan kepada pemutuan yang sebenarnya. Ia menggalakkan petani-petani untuk mengeluarkan padi yang lebih efisien. Kalau dahulunya boleh terimalah, 20%-30% tapi maksimumnya hanyalah 20%, dipotong. Akan tetapi kali ini dia menggalakkan pemutuan yang sebenar tetapi di bawah bajet yang ada sekarang ini, subsidi ditambah setiap setan metrik. Kalau dahulu RM248.10 kepada RM300 dan diandaikan sekiranya seorang yang mempunyai dua hektar padi dianggarkan dia boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi sehingga RM1,400 sebulan. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita lihat bahawa ia dapat membantu dan saya setuju kita akan lihat di bawah jelapang padi di Rompin perlu peningkatan kerana dalam bajet kali ini juga disebut tambahan-tambahan kepada IADA iaitu jelapang-jelapang padi di luar daripada KADA, MADA dan sebagainya. Ia adalah bajet-bajet tambahan yang diberikan di sana. Ini adalah sebahagian daripada bantuan-bantuan untuk kita dapat menghasilkan padi ataupun beras yang memenuhi tuntutan apa yang disebutkan sebagai sara hidup kita tetapi kita lihat juga bahawa dalam konteks makanan, padi hanyalah satu daripadanya. Skim bantuan sebanyak RM2.2 bilion setahun dalam pelbagai insentif dan subsidi untuk industri padi ini. Kita juga melihat dalam aspek yang lain. Misalnya Yang Berhormat Rompin bertanya tentang aquaculture. Ya, kita tahu bahawa sasaran kita, kita mahu pada tahun 2020, pengeluaran ikan kita berasaskan pada aquaculture sehingga 48% contohnya. Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat penjelasan kalau boleh dapat dijelaskan sebab petani-petani sendiri pun tidak jelas pemutuan sebenar itu sebab Yang Berhormat Kewangan menyebut itu mungkin contoh 20%. Adakah itu bermaksud bahawa pemutuan sebenar itu maknanya dia tidak boleh, dia tidak akan lebih daripada 20% ataupun dia tidak akan kurang. Itu macam mana. Ini yang menimbulkan kegelisahan di kalangan petani. Mereka hendak tahu pemutuan sebenar.
Dulu kita melihat daripada model yang kita boleh jadi contoh. Misalnya di Selangor, di Sekinchan dan sebagainya mempunyai kadar efficiency yang lebih tinggi 12%, bawah pada itu. Jadi dahulu ada sekatan, kata teruk macam mana pun 20%. Jadi pemutuan yang sebenarnya untuk menggalak dan mendidik pada penanam-penanam padi. Pastikan dia mendapat tahap efficiency yang tinggi. Dia tidak boleh lagi mengatakan bahawa, tidak apalah paling tinggi 20%. Itu yang dimaksudkan pemutuan sebenar. Kalau dia 25%, 25% akan dipotong. Jadi itu antara perkara yang kita lihat tetapi ia akan tambah lagi dengan skim subsidi harga padi tadi kalau anda dapat mengeluarkan padi yang sebenarnya sebanyak ini tambahan daripada subsidi daripada RM248.10 kepada RM300. Ini satu kaedah yang kita rasakan salah satu daripada faktor untuk meningkatkan efficiency level supaya mereka yang mengeluarkan padi, dia pastikan ia lebih efisien di sini.
Ada dua yang bangun. Yang Berhormat Pokok Sena, tiga orang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Rompin dan juga Yang Berhormat Jerlun. Yang mana satu Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sabar sekejap Yang Berhormat Jerlun, sama-sama kawasan padi. Cuma macam saya sebut tadi lah bahawa dalam perbahasan saya minta kerajaan ada pertimbangan khususnya kepada keadaan-keadaan environment yang bukan kerana tidak ada kecekapan, kemahiran, keupayaan petani-petani itu hendak mengeluarkan padi yang bermutu tinggi dan sebagainya tetapi kadang-kadang dia dipengaruhi enviroment hujan, saliran air yang tidak begitu baik dan sebagainya, musim penyakit. Ini kalau di Kedah kalau tidak silap saya Yang Berhormat Jerlun ini musim akan datang ini musim yang memang kerap diserang penyakit. Jadi ini yang menyebabkan akan berlaku pemutuan itu yang akan menyebabkan kehilangan yang begitu besar macam saya sebut di Rompin tahun sudah, itu yang pertama 2014. Potong antara 25% ke-30% kerana di situ itu maknanya environment, prasarana dia
tidak mencukupi. Jadi kerajaan harus ada pertimbangan-pertimbangan ini. Kalau tidak nanti saya rasa bahawa macam saya sebut bahawa kalau 10 tan pendapatan dia, hasil padi dia, 20% saja dia akan hilang 2 tan. RM3 ribu ringgit dia akan hilang.
Jawapan ringkas kita sedia untuk melihat apakah yang dimaksudkan environment yang berkenaan itu. Saya rasa tidak rigid dalam soal ini, terima kasih. Yang Berhormat Rompin.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dasar pemberian subsidi ini, adakah kerajaan boleh memikirkan semula bahawa subsidi ini diteruskan, harga padi ini diberi kepada petani terus dan harga subsidi itu diberi kepada kilang, tukar dia punya polisi bagi menggalakkan petani untuk mengeluarkan padi yang lebih bermutu maknanya petani ini akan mendapat terus harga semasa tapi subsidi padi diberi kepada kilang. Kena naik harga padi. Yang keduanya dasar untuk memberi subsidi kepada petani berdasarkan kepada tol dan tanah. Saya beberapa kali melihat Akta Kawalan Padi dan Beras. Tidak disebutkan untuk mensyaratkan bahawa subsidi itu diberi kepada petani yang memiliki geran tanah dan sebagainya. Maknanya cuba kementerian ubah dasar. Siapa yang tanam padi, diberi harga padi. Ini boleh menggalakkan peningkatan pengeluaran harga padi. Ini saya dengan Yang Berhormat Mersing memang berjuang untuk petani. Kami suka sungai. Kami pun bersaudara sebenarnya. Dia pangkat anak saudara saya sebenarnya. Dia tidak boleh derhakalah. Apa saya cakap dia mesti ikut. [Ketawa] Jadi Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Rompin sama-sama berjuang.
Sebab itu Yang Berhormat Rompin ketinggian sama dengan Yang Berhormat Mersing.
Tinggi saya sikit. Tinggi jauh sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya bersedia untuk melihat cadangan yang tadi itu satu cadangan yang saya kira bernas untuk kita timbangkan. Walau apa cara sekalipun, apa yang kita katakan tadi bahawa kita hendak orang stay kekal dalam sektor mengeluarkan makanan kerana kita bimbang apabila kita tidak bantu mereka, akhirnya orang akan sanggup korbankan tanah mereka bila ada pembangunan ataupun menanam perkara-perkara yang lain kerana ia memberi kesan yang menyeluruh daripada segi jaminan keselamatan makanan kita dan sekiranya ia suatu cadangan yang lebih baik, kita sedia untuk melihatnya secara terperinci.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya melihat bahawa pendekatan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dalam skim subsidi yang baru ini yang ditawarkan ini daripada RM2,248.10 ke RM300 dengan syarat petani menghasilkan padi potongannya tidak lebih 20%. Jadi selama ini kita sedar kerajaan telah pun memberikan subsidi yang banyak, RM2,456.50 satu hektar. Merangkumi baja, benih, input pertanian, traktor dan semua termasuk dalam- termasuk subsidi harga padi, termasuk harga beras apa semua, jadi banyak. Jadi cara ini saya melihat bahawa ini satu pendekatan baru di mana negara boleh mendapat beras berkualiti kerana potongannya kurang. Maknanya petani Yang Berhormat Pokok Sena kena ingat, petani Yang Berhormat Pokok Sena kena hantar padi potongan tidak lebih 20% ke bawah, baru layak dapat subsidi ini, insentif. Jadi negara dapat beras yang cantik, petani yang rajin yang bekerja kuat yang menjaga pesawah mereka ini akan mendapat pendapatan yang lebih. Cuma saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pokok Sena, selain daripada masalah cuaca, sebab daripada segi potongan ini ia yang paling besar itu kelembapan cuaca. Kemudian imperatifnya, imperatif saya cakap dalam Dewan baru ini fasal mesin. Mesin ini kadang-kadang mesin tua ini, mesin yang ini dipotong jerami ia masuk dalam karung. Jadi bila dibuat kualiti check, bila imperatif itu banyak, maka potong pun tinggi. Jadi benda-benda ini kita perlu atasi dan penyakit, sebab sudah tentulah apabila ada karat, dia jadi hampas banyak. Jadi semua ini benda-benda yang kita lalui. Cuma saya melihat bahawa sampailah masanya insentif diberikan ini berdasarkan kepada kerja kuat. Jadi yang ini dan saya ingat adakah – apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Sekejap, sekejap. Saya hendak minta tolong jelas apa. Saya pun jadi keliru bila kawan saya daripada Yang Berhormat
Jerlun kata, mesti potong hendak dapat subsidi RM300 satu tan itu, mesti potongannya bawah daripada 20%...
Yang Berhormat...
Seolah-olahnya macam atasnya 20%, RM248.10. Adakah begitu?
RM248.10 itu subsidi lama Yang Berhormat. Jadi sekarang ini kalau kita hantar 20% pun dapat RM248.10. Kita...
Saya tanya, Yang Berhormat Menterilah jawab.
Ini Yang Berhormat, tidak boleh macam ini Yang Berhormat.
Jangan bimbang ya, kita dapat RM300 berdasarkan kepada apa yang akhirnya dihasilkan. Sebenarnya kalau dilihatkan hasrat pemutuan sebenar ini sudah lama. Oleh sebab itu kalau sepatutnya daripada awal lagi ia dibuat secara timbal balas. Harga padi dinaikkan, dulu RM800 sahaja per tan metrik. Sekarang ini naik RM1,200. Sepatutnya perkara itu dihargai dengan meningkatkan keupayaan petani-petani kita untuk menghasilkan berdasarkan kepada tahap yang lebih tinggi. Jadi kalau kita lihat misalnya kalau di Selangor, average pemutuannya 18%. Akan tetapi kalau di Kelantan sampai ada yang 27%, banyak sangat 27%. Betul, kata ada faktor-faktor tadi ataupun kita dilihat ada faktor-faktor lain. Misalnya faktor memang – kalau faktor saliran kita kena bantu saliran. Kalau faktor traktor dan sebagainya, jentera, kita kena lihat jentera. Akan tetapi kalau dilihat faktor ini faktor sikap misalnya, jadi kita kena memperbaiki soal sikap itu supaya mereka dapat menghasilkan apa yang dimaksudkan tahap efficiency yang lebih tinggi yang dimaksudkan tadi. Jadi ini semua perkara yang kita perlu lihat...
Yang Berhormat Kangar bangun, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kangar bangun.
Yang Berhormat Kangar, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebut tentang faktor, ada satu lagi faktor yang membelenggu kehidupan petani terutamanya yang kita maksudkan dengan orang tengah. Orang tengah ini boleh dimaksudkan kepada tauke- tauke yang menyediakan kemudahan jentera, membajak, mesin padi, dan sebagainya. Jadi selalunya petani-petani mendapat bantuan untuk mengerjakan sawah padi dari orang tengah ini, daripada tauke-tauke ini. Jadi jika masalah ini tidak dapat dikawal, kemungkinan orang tengah ini akan meletakkan harga yang tidak patut. Jadi apakah cadangan pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini?
Ya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sudah habis 23 minit untuk isu padi.
Ya, saya cuba.
Yang Berhormat Menteri, saya ingat Yang Berhormat Menteri pun banyak isu lagi. IAT pun belum disentuh. Saya benarkan Yang Berhormat Bagan Serai selepas itu...
Saya akan...
Terima kasih.
Ada beberapa perkara tadi saya akan sebut secara beberapa cadangan yang dimaksudkan siapakah yang tidak memberikan harga yang sepatutnya dan sebagainya. Ini kerana di kalangan penanam-penanam padi sepatutnya tahu pada siapa yang perlu diberikan ataupun dijual dan sekiranya mereka ini terikat kerana faktor-faktor yang tertentu, itu adalah antara perkara yang kita akan bantu untuk menguruskannya.
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak sekejap?
Yang Berhormat Putatan.
Ini soal padi. Sebelum Tuan Yang di-Pertua buat keputusan fasal padi ini. Ini saya terbaca satu usaha daripada kawan saya di Sabah yang mana padi itu ditanam dalam polybag yang dipanggil cara SRI. Jadi- selain daripada padi bukit, adakah kementerian menggalakkan yang penduduk-penduduk di luar bandar yang bertanah secara kecil, tidak ada sawah, tidak ada atas bukit, tetapi boleh tanam di belakang rumah, di keliling rumah, yang manakah ditanam dalam polybag? Jenis benih ini ia boleh robek kepada 20 hingga 30 dalam sepokok. Jadi ini dia punya buah boleh menghasilkan selain daripada memberi padi daripada- ini satu usaha yang- mungkin kementerian- belum saya terbaca dalam kementerian, adakah program ini diperkasakan di luar bandar?
Setakat ini saya kira belum ada secara menyeluruh. Ini satu cadangan yang perlu saya teliti, tanam padi dalam beg. Ini... [Disampuk] Ya, saya tahu, saya tahu tetap - Saya tahu, saya pun terkejut apabila Yang Berhormat Putatan bangun tadi, bila pula Yang Berhormat Putatan ada padi ini. Akan tetapi dia ada padi dalam beg, saya akan melihat perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebutkan tadi dalam konteks yang lebih menyeluruh apabila kita katakan bahawa tentang jaminan keselamatan makanan ini bukan sahaja dilihat daripada segi padi, tadi saya sebutkan akuakultur. Dilihatkan daripada segi perikanan, kita dan sebagainya. Ada isu-isu yang ditimbulkan di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang perikanan yang melibatkan tentang soal bagaimana untuk kita memastikan bahawa ikan kita sentiasa cukup dan sebagainya. Oleh sebab itu, hal-hal berkaitan dengan pelesenan terpaksa dikawal kerana kita tidak mahu apabila berlaku overfishing dalam negara kita yang menjadikan masa depan untuk rakyat kita akan terjejas. Ada beberapa isu lain yang sudah tentu dikaitkan juga untuk menggalakkan rakyat berada dalam sektor pertanian ini, isu-isu yang berkaitan untuk menggalakkan orang-orang muda untuk berada dalam sektor pertanian. Program Agropreneur Muda, MYAgroSIS untuk mahasiswa adalah antara program yang sudah dirangka antara pihak kementerian dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan lebih ramai orang muda untuk berada di dalamnya. Bantuan-bantuan melalui TEKUN yang saya boleh berikan secara spesifik kepada Ahli-ahli Yang Berhormat merupakan bantuan yang boleh dikatakan banyak. Baru-baru ini diumumkan lagi peruntukan yang ditambah melalui TEKUN untuk membantu memberikan mikro kredit kepada mereka yang terlibat di dalam bidang pertanian dan juga untuk memperkenalkan kepada yang mengambil bahagian di dalam industri asas tani ini. Di kalangan Ahli Yang Berhormat, ada yang memohon pelbagai perkara termasuk di Batang Ai, termasuk di Kanowit, Sabak Bernam, dan sebagainya. Sebahagiannya telah pun kita laksanakan dan sebahagiannya insya-Allah kita akan pertimbangkan.
Satu perkara yang saya sebutkan di sini ialah saya menghargai di kalangan Ahli- ahli Berhormat yang melihat bahawa sektor pertanian ini bukan sekadar untuk kita menghasilkan hasil pertanian untuk cukup makan, tetapi untuk tujuan eksport. Oleh sebab itu apabila Yang Berhormat Rompin ada menyebut peruntukan untuk FAMA itu bukan sekadar untuk menurunkan harga, tetapi bagaimana untuk meningkatkan eksport pada negara. Itu satu pandangan yang kira baik dan FAMA sudah pun membuka Agrobazaar di beberapa buah tempat dan ada cadangan untuk kita membukanya lagi di tempat lain. Kita akan melihat cadangan-cadangan yang dikemukakan berdasarkan pada business model yang betul, bukan berdasarkan pada subsidi kerajaan yang berterusan yang tidak lestari atau tidak sustainable, kita akan pertimbangkan perkara ini. Soal itu, Yang Berhormat Kangar ada menyebutkan juga tentang buah-buahan kita termasuk harumanis, bagaimana untuk harumanis ini diperkasakan. Ia memerlukan research, antaranya research yang berkaitan pemasaran. FAMA sudah mengadakan research pemasarannya. Ini termasuk mendapatkan pasaran yang baik dan didapati bahawa negara-negara seperti Jepun misalnya, sudah pun dikenal pasti antara negara yang menjadi sasaran atau market kita. Kemudiannya, melalui beberapa buah universiti tempatan dan juga pihak MARDI. Ada beberapa research yang lain, misalnya bagaimana untuk menambahkan produksinya. Ternyata beberapa kaedah seperti cantum dewasa menggunakan pokok mangga sala
tetapi boleh menghasilkan harumanis misalnya. Ini dapat membantu meningkatkan production kepada harumanis ini. Akan tetapi ada isu lebih besar lagi, misalnya bolehkah harumanis ini tanam di luar dari kawasan Perlis. Kita dapati bahawa Perlis ini terlalu istimewa. Harumanis hanya boleh tanam di Perlis sahaja. Dia macam kenal sahaja sempadan dia. Luar daripada sempadan Perlis, tidak boleh. Ini antara perkara yang perlu kita buat kajian, boleh tidak ia ditanam di tempat lain ataupun luar dari musim. Jadi, ini adalah antara perkara-perkara yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk melihat sejauh mana ia dapat untuk membantu untuk meningkatkan daya eksport barang-barang keluaran kita. Yang Berhormat Kuala Terengganu ada rasa kebimbangan, adakah waktu TPPA dilaksanakan nanti, dia akan mengancam? Kita katakan bahawa sebahagian ini adalah untuk meningkatkan eksport kita. Kita dapati bahawa setakat ini kalau negara-negara TPPA seperti Jepun, Australia dan sebagainya, selama ini sudah pun ada perjanjian daripada segi kerjasama perdagangan kita bahawa tidak ada - Kebanyakan sudah tidak ada tariff barrier, halangan-halangan percukaian dan sebagainya. Hampir semua daripada produk-produk perikanan dan sekiranya ia dilaksanakan, ada beberapa lagi negara TPPA sudah menjanjikan akan menghapuskan keluaran-keluaran ikan kita kepada negara mereka 100%. Jadi dalam konteks ini, dalam aspek ini kita katakan bahawa TPPA insya-Allah tidak akan mengancam nelayan-nelayan di Terengganu dan sebagainya. Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang ini nelayan pantai timur terutamanya menghadapi masalah dengan nelayan dari Vietnam dan Thailand. Ini kerana mereka merupakan nelayan lebih agresif, lebih dominan dan sudah tentu lebih maju daripada nelayan kita. Jadi pada forum TPPA yang saya hadir baru-baru ini, wakil Vietnam telah menyebut tentang masalah dihadapi oleh nelayan-nelayan Vietnam dan tangkapan shrimp ataupun udang dengan industri perikanan atau tangkapan laut daripada Amerika. Dalam keadaan nelayan kita tidak dapat bersaing dengan nelayan Vietnam, apakah harapan kita untuk menghadapi incursion atau kemasukan banyak tangkapan laut daripada Amerika yang jauh lebih maju dan dominan? Apakah persediaan? Kalau tidak saya rasa, walaupun long term, dengan izin, adalah bagus tetapi saya tidak nampak nelayan kita boleh bertahan. Ini kerana dengan saingan dekat pun tidak boleh, apa lagi bersaing dengan nelayan Jepun, Amerika, Australia dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa TPPA ini akan mendatangkan manfaat juga apabila tariff barriers iaitu pencukaian yang dikenakan kepada hasil laut daripada negara kita akan turut dikecualikan oleh negara- negara TPPA. Ini akan menyebabkan bahawa harga hasil laut kita akan menjadi lebih murah dan mungkin jumlah eksport kita kepada negara-negara yang dalam TPPA ini akan dapat bertambah. Saya ingin bertanya sama ada itu merupakan satu harapan yang munasabah ataupun realistik, memandangkan kemungkinan import daripada negara-negara Australia, daripada negara-negara Amerika dan sebagainya juga akan diturunkan tariff barriers di negara kita. Dikhuatiri ia akan mendatangkan kesan yang sebaliknya iaitu bukan keadaan di mana lagi banyak hasil laut kita akan dapat dieksport. Kalaupun ia merupakan satu jumlah yang besar yang saya tidak ada angkanya, tetapi sebaliknya akan mematikan industri perikanan di negara kita apabila bekalan ikan dapat diperoleh daripada negara-negara lain dengan harga yang murah. Adakah kemungkinan itu boleh berlaku melalui TPPA atas sebab persaingan bebas yang menyebabkan harga hasil laut daripada Amerika, juga dari Australia dan sebagainya boleh diperoleh dengan harga yang murah oleh rakyat jelata?
Ya, Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri pukul 4.30 petang boleh habis. Terima kasih.
Kalau boleh ringkas lagi, kurang daripada 4.30 petang. Saya hendak kurangkan. Kalau orang tidak banyak tanya, lagi boleh.
Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.
Ini sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya hendak memaklumkan kehadiran anggota dan pimpinan KEADILAN kawasan Bukit Katil dalam Dewan ini. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Bagan Serai, lagi tadi bangun.
Banyak kali bangun sudah. Tidak nampak. Terima kasih.
Nampak, Yang Berhormat Bagan Serai terlalu istimewa saya berikan.
Ini masih lagi fasal TPPA?
Ya. Nelayan pantai.
Kalau begitu, saya selesaikan dua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Kuala Terengganu dan juga Yang Berhormat Shah Alam tadi. Ada dua isu yang nampak berkaitan, tetapi ada sedikit perbezaan di sini. Sebenarnya banyak negara yang dikatakan hubungan kita dengan apa yang disebut menjadi negara TPPA seperti Jepun dan Australia, sekarang ini pun sudah tidak ada tariff barriers dia. Tariff barriers sudah tidak ada, perjanjian kita dia boleh masuk dalam negara kita secara tidak ada lagi percukaian kebanyakan daripada hasil ikan mereka. Akan tetapi sekarang ini kalau kita melihat daripada segi balance of trade dalam hal-hal yang berkaitan dengan ikan ini, Australia kita eksport RM249.95 million dan kita import daripada mereka cuma RM25 million. Begitu juga Jepun misalnya, kita eksport ke negara mereka RM280 juta dan kita import hanya RM82 juta. Ertinya dalam keadaan tidak ada apa-apa begini pun, kita rasakan ia tidak menjejaskan daripada segi perikanan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu. That's not the main issues yang kita katakan di sini. Jadi Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya setuju dan saya berkongsi concern ataupun ‘kecaknaan’ cakap orang Terengganu, dalam soal ini ialah tentang cabaran kita berhadapan dengan nelayan-nelayan yang lebih agresif daripada negara sekitar sini.
Kita akui bahawa kalau dilihat negara-negara yang penduduknya ramai di sekitar rantau ini, China, Vietnam, Thailand dan sebagainya, penduduk mereka tiga hingga empat kali ganda- kalau China itu, berpuluh-puluh kali ganda lebih ramai daripada kita. Taraf hidup penduduk mereka juga sudah semakin tinggi. Mereka hendak ketam, udang, ayam, ikan dan sebagainya. Laut mereka terbatas termasuk negara seperti Thailand dan sebagainya, tidak banyak laut. Jika dibandingkan dengan Malaysia, daripada sebelah Kelantan sehinggalah ke timur Sabah, kita mempunyai persisiran pantai yang besar. Ini sebenarnya menjadi keinginan ataupun terliurnya mereka ini untuk datang mencari ikan di tempat kita. Sebab itu dahulu kita memberikan lesen, kita kata, “Pergi menjadi nelayan laut dalam” tetapi rakyat kita tidak mahu pergi, dan menggunakan nelayan-nelayan dari Thailand, Vietnam dan sekarang ini daripada China juga berminat dalam soal ini. Ini bukan soal TPPA sebenarnya tetapi soal keupayaan kita dalam menggunakan ataupun mengambil sepenuhnya khazanah yang ada di laut kita. Sebab itu saya bersetuju bahawa kita perlu melihat perkara ini secara terperinci. Pertamanya, bagaimana untuk kita mengetatkan soal pemberian lesen kalau sekiranya mereka ini awak-awak, atau tekongnya bukan daripada tempatan, tidak boleh lagi. Kita akan memperkenalkan beberapa langkah yang akan diperketat. Keduanya, daripada segi jika menggunakan bot. Katalah dia hendak membeli bot daripada negara-negara sekitar sini, dari Thailand, Vietnam, China, Filipina dan sebagainya tidak boleh kerana kemungkinan dia menggunakan lesen kita dia kata ini bot dia tetapi dia memunggah ikan-ikan itu di tengah-tengah laut dan kita tahu bahawa kita tidak boleh membenarkan ikan yang menjadi khazanah negara ini dipunggah ataupun dirompak oleh orang luar.
Jadi ini antara perkara yang perlu kita lihat dan kita tidak boleh benarkan pada masa akan datang. Ini satu perkara yang kita rasa serius. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita membangunkan dalam kalangan orang-orang kita daripada segi keupayaan. Sudah ada akademi latihan perikanan sekarang ini untuk melahirkan dalam kalangan nelayan-nelayan yang berjiwa besar, moden, mampu duduk di tengah laut sebulan atau dua bulan dan sebagainya. Ini mengambil sedikit masa, Yang Berhormat. Saya percaya bahawa saya berkongsi dengan Yang Berhormat tentang kecaknaan kita terhadap hasil laut. Ada negara jiran sebenarnya langsung tidak akan memberikan lesen kepada orang luar daripada negara mereka dan sebagainya. Dalam soal ini, kita akan menjadi panduan untuk lebih berkeras dalam bagaimana dasar kita memberikan lesen laut dalam dan sebagainya. Saya rasa saya boleh- Yang Berhormat Bagan Serai.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak membawa rungutan ataupun masalah yang telah lama merobek hati nelayan pantai, khususnya di perairan pantai di Parlimen Bagan Serai dari perairan Kuala Gula hinggalah ke sempadan perairan Pulau Pinang yang mana pencerobohan pukat ‘kenka’ yang telah begitu lama mengganggu pendapatan nelayan pantai. Mereka ini yang mempunyai lesen laut dalam telah datang ke tepi pantai pada waktu-waktu yang tidak dibenarkan dan mungkin telah mengubahsuai pukat yang mereka ada yang mana dikatakan boleh merosakkan ekosistem dan juga dasar laut. Apa yang penting sekali, mereka mengaut segala-galanya hasil laut yang menyebabkan terancamnya pendapatan nelayan-nelayan pantai. Jadi ini sangat mendukacitakan. Perkara ini telah lama dibawa kepada kementerian saya rasa dan saya juga dapat tengok surat dibawa kepada Yang Berhormat Menteri, saya berharap kerajaan boleh bertindak dengan lebih baik lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya akan bertemu dengan Yang Berhormat untuk membincangkan perkara ini. Ini adalah spesifik di kawasan Yang Berhormat. Terima kasih dan saya juga berasa terkilan. Soalan lain yang popular adalah tentang soal beras ST15 sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini sama ada kita hentikan ataupun kita tidak meneruskan. Dalam soal lain, subsidi beras ST15 ini, saya kira beberapa penjelasan kenapa dihentikan telah pun dimaklumkan melalui media dan sebagainya kerana ada isu-isu yang berkaitan dengan ketirisan, berkaitan dengan sampai atau tidak kepada penduduk tempatan dan sebagainya. Pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kewangan, KPDNKK dan sebagainya untuk mencari satu mekanisme baru bagaimana untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan beras asas untuk kegunaan mereka dan keluarga mereka.
[Bangun]
Silakan.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang beras ST15 ini, saya banyak kali dalam Dewan yang mulia ini berbahas dan memang dari sudut prinsipnya, saya bersetuju bahawa pemansuhan mekanisme pengeluaran beras yang dikeluarkan atas beras ST15 ini, mekanisme itu yang perlu diperbetulkan. Ini kerana bagi saya bahawa isunya seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian Yang Berhormat bahawa kerana warganegara asing yang dapat. Bagi saya, ini terlalu kecil peratus isu warganegara asing yang mendapat beras sehingga menyebabkan tidak sampai kepada sasaran tetapi sebenarnya isu mekanisme penerima-penerima kuota sama ada syarikat, kilang, pemborong atau individu yang diberikan secara berleluasa begitu tidak mengampitkan sendiri, mereka hanya menjual invois kepada pihak lain yang akhirnya menyebabkan pihak lain itu mengambil keuntungan dengan apa yang diistilahkan sebagai salin baju daripada beras yang murah, ST15 ini mereka boleh buat beras ST10, ST5 dan beras hancur yang akan mendapatkan pulangan pendapatan yang besar. Jadi bagi saya bahawa bukan isu warganegara asing tetapi isunya
mekanisme mereka ini. Oleh sebab itu cadangan, saya baca cadangan Yang Berhormat mungkin akan diberikan dalam bentuk BR1M, RM7. Akan tetapi kalau bagi dalam bentuk BR1M pun beras tidak ada hendak buat apa? Sebab itu beras ST15 yang dikeluarkan sebahagiannya kalau ada di pasaran sebelum ini, beras yang memang campuran bukan sebenarnya 15% hancur tetapi lebih daripada 15% hancur. Ini satu penipuan. Jadi sebab itu saya minta supaya...
Yang Berhormat Pokok Sena, jangan panjang-panjang.
...Saya minta dikaji balik supaya masih wujud beras ST15 ini tetapi mekanismenya mesti berlainan sama ada pada pengilang terus yang mengkampit, kemudian dilantik peruncit-peruncit yang tertentu untuk memastikan sampai kepada sasaran.
[Bangun]
Ada dua orang Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat Beruas dan juga Yang Berhormat Bakri.
Berkaitan dengan isu ST15 ini?
Sila, sila.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Bakri pun ada dalam ucapan asal, Yang Berhormat Sungai Petani pun ada tentang ST15 ini.
Ya sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, kita tahu memang salah guna berlaku seperti Yang Berhormat Pokok Sena katakan ada yang proses semula, akhirnya mereka yang mengaut keuntungan ini adalah orang atasan yang kaya raya. Sehingga hari ini saya hendak tahu, berapa orangkah antara mereka ini yang sudah didakwa di mahkamah? Ini kerana kementerian memang tahu salah guna ini berleluasa. Kenapakah tidak ada tindakan? Sebab itulah Malaysia ini kadang-kadang mangsa- kita hendak menolong orang miskin tetapi mereka menjadi mangsa kerana pihak kerajaan dan kementerian tidak mengambil tindakan tegas dengan mendakwa mereka di mahkamah. Saya hendak tahu berapa orang yang sudah didakwa di mahkamah.
Yang Berhormat Bakri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri kerana memberikan peluang kepada Yang Berhormat Bakri untuk bertanyakan soalan. Yang Berhormat Bakri hendak bertanyakan soalan tentang sepanjang tempoh tujuh tahun, minta penjelasan daripada kementerian berapakah pegawai yang telah ditangkap, didakwa dan disiasat dalam perkara ST15 ini? Berapakah jumlah syarikat konsesi dan pemegang AP beras yang telah digantung dan disenaraihitamkan? Senaraikan nama-nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat yang telah dikenakan tindakan oleh pihak kementerian. Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Ada lagi tentang ST15? Sila.
Satu sahaja, mahu tanya Yang Berhormat Menteri. Jika tahun hadapan kita akan memansuhkan subsidi ini, berapakah jumlah kerajaan dapat jimat daripada tindakan pemansuhan ini?
Boleh Yang Berhormat Menteri? Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun PAC
yang saya difahamkan telah memulakan satu laporan pada April tahun ini dengan syor supaya program ini digantung.
Apakah antara saranan tersebut memansuhkan subsidi ataupun cadangan- cadangan lain yang disyorkan oleh PAC dalam laporan yang lalu?
Itu sahaja pasal ST15? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya saya jangka Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang menyokong saya 100%. Pada hari ini, macam tidak berapa sokong pula pemansuhan ST15. Ada pula kata mekanisme sahaja perlu ditukar. Saya terkejut bila saya tengok dalam bajet belanjawan alternatif nampak keras, “Pakatan Harapan mencadangkan pemansuhan subsidi harga beras”. Bila kita mansuh, dia kata kena begini-begini pula. Jadi susahlah macam ini. Jadi dalam soal ini very categoric dia menyebutkan; dia mencadang- bila kita hapus sahaja. Yang Berhormat saya berikan bahawa, sudah tentulah ada banyak perkara kenapa ia perlu dilihat kembali kalau Yang Berhormat sebut tentang mesti diteruskan tapi mesti dilihat mekanisme dan sebagainya, boleh kita buat. Akan tetapi isunya akan berpanjangan yang berkaitan dengan ST15 ini. Bagi saya, saya katakan bahawa bila ST15 ini diperkenalkan dalam tahun 2008 kerana ada sebabnya. Ini kerana ada waktu itu ada isu krisis makanan dunia pada waktu tersebut. Di mana ada negara-negara pengeluar beras tidak mahu bagi eksport. Thailand dia banned eksport kepada negara lain. Hendak dapat dari Vietnam susah hingga menjadikan harga beras pada waktu itu melambung tinggi daripada lebih kurang USD300 per tan menjadi 700 lebih satu peringkat sehingga peaknya sampai USD1,000 per metrik tan pada waktu tersebut. Jadi rakyat susah untuk mendapatkan makanan beras yang murah pada waktu itu. Sebab itu diperkenalkan untuk jadi murah, beras yang dikeluarkan oleh petani kita dan di kilang itu ada sedikit tentang soal inefficiency dalam “milling”, dalam pengilangan jadi ada beras itu hancur, macam kita tumbuk pun ada yang elok ada yang hancur. Beras ini boleh dimakan tapi kualitinya tidak begitu baik dicampurkan. Situ dipanggil ST15 kerana 15% daripada kandungan sekampit 10kg itu, ada 15% yang dikatakan beras hancur tadi. Jadi boleh dijual dengan harganya murah sikit dan kerajaan tambah lagi subsidi sekampit lebih kurang antara RM7.50 lebih kurang, lebih kurang begitu. Bergantung di mana tempat dijual dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya, sekarang sudah berlalu selama tujuh tahun program ini tidak ada lagi isu yang berkaitan dengan soal bekalan makanan dunia yang begitu mengancam. Harga padi sudah stabil sekarang. Jadi, apakah kita hendak teruskan supaya rakyat miskin dalam negara kita terus makan beras hancur? Itu persoalan saya. Sebab rakyat miskin di Siam dia makan beras Siam, rakyat miskin di Vietnam dia makan beras Vietnam. Kenapa perlu dihancurkan beras untuk rakyat miskin di negara kita. Yang Berhormat Pokok Sena hendak terus rakyat miskin makan beras hancur. Saya tidak setuju. Sudah sampai tahap kita membenarkan walaupun rakyat kita miskin, tidak miskin makan beras yang berkualiti tinggi, yang baik macam orang lain. Kenapakah hendak diteruskan makan beras hancur? Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena, Pakatan Harapan kata hendak mansuh.
Saya bukan Pakatan Harapan. Saya PAS.
Oh sorry. Baik. Apa kata Harapan. Yang duduk sana...
Tuan Yang di-Pertua saya duduk sini, Saya sebut tadi saya kata bahawa beras ada kajian yang dibuat oleh UPM menunjukkan bahawa beras itu sebenarnya bukan hancur 15 yang di packing, yang dihantar. Lebih daripada 15%, ayam pun tidak akan makan. Kalau berasnya betul-betul kualiti 15% hancur, ya, saya percaya bahawa itu sangat baik masih boleh diterima masih boleh dimakan.
Yang Berhormat, tidak payahlah kalau tanya saya tanya orang Kelantan pun. Orang Kelantan yang hendak kuota ini apa, saya kata ada tidak pasaran, “Ore Kelate tak makan beras hancur ni, dia nak beras Siam” Dia beritahu.
Bagi saya, itu dulu zaman saya kecil, betul. Mak saya waktu susah cari beras hancur- boleh makan. Akan tetapi sekarang betul kita tidak mahu ada rakyat yang lapar. Sebab itu nelayan- kita katakan nelayan yang susah macam mana pun, musim tengkujuh bagi RM300, cukup untuk sekurang-kurangnya makan, boleh beli beras. Kita kena fikirkan yang susah- bencana akibat daripada kejatuhan harga kelapa sawit, kejatuhan harga getah dan sebagainya, cari mekanisme lain bagaimana kalau kita dapat memberi bantuan suapay dia boleh beli beras- terpulang pada mereka membeli beras yang berkualiti, yang lebih baik lagi. Sebab itu sama ada 15% hancur, 20% hancur, kalau kita tidak ada lagi faktor subsidi, kita akan melihat mekanisme berdasarkan mekanisme harga sekiranya orang fikir bahawa beras ST15 masih ada tetapi harganya bukan harga subsidi tapi orang kata, dia dengan duit yang didapati dengan kaedah lain dia boleh membeli beras ST5 misalnya, atau dia hendak makan beras wangi sekali-skala, semasa raya misalnya. Terpulang pada mereka. Akan tetapi, untuk meneruskan program yang melibatkan, kalau dia tanya berapa- sebanyak 43 juta sebulan, 530 juta setahun, kita katakan untuk kita teruskan program ini untuk memastikan pasaran beras hancur terus banyak kerana 60,000 metrik tan bagi setiap bulan boleh menghasilkan 6 juta kampit tetapi, adakah kita hendak buat sampai 6 juta kampit. Sebab itu kita katakan bahawa, tidak perlu dan kita mahu ada suatu graduasi di kalangan rakyat kita tidak lagi bergantung pada beras- mengatakan kita beri makan rakyat kita beras hancur tadi ataupun beras 15% hancur- slowly. Kita katakan, rakyat kita mempunyai mutu makanan yang lebih baik lagi di masa yang akan datang. Maaf tadi saya sebut “Pakatan Harapan”. Dulu nampak sama sekali tetapi sekarang ini sudah beza. Pakatan Harapan clear dalam soal ini, setuju dan sokong dengan saya, dan kita katakan yang ini hendak suruh ST15 ada lagi. Saya kata saya tidak setuju. Kita pastikan rakyat kita makan beras yang lebih berkualiti lagi di masa yang akan datang...
Akan tetapi, Menteri yang sokong Pakatan Harapan.
Saya rasa, Menteri yang sokong dasar Pakatan Harapan. Kita punya keluar dulu.
Okeylah tu. Bajet baru keluar kemudian.
Bajet kita.
Bajet kita terlebih dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kita merangka bajet ini, input sudah saya berikan jauh lebih lama daripada buku ini ia dikeluarkan. Kita mendengar semua...
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua saya hendak ucap tahniah. Okey, saya hendak ucap tahniah- pertama sekali walaupun saya bukan Pakatan Harapan, tetapi dia sokong Pakatan Harapan. Maknanya dia lebih hebat [Ketawa]
Yang Berhormat, Itu tahun lepas. Yang Berhormat...
Satu, yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya boleh bersetuju tidak, sebab kalau mansuh ini kroni-kroni UMNO, ramai yang tidak dapat cari makan. Yang itu saya selalu marah.
Kalau setuju Yang Berhormat- terima kasih banyak.
Kalau tidak percaya, tanya Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat, kalau sudah setuju tidak perlu jadi isu lagi dalam soal ini. Saya terkejut tiba-tiba bila timbul- kalau tengok soalan sebab itu Yang Berhormat Sungai Petani keluar tadi. Sedangkan Yang Berhormat Sungai Petani pun guna ayat yang sama. Yang Berhormat Sungai Petani, Pakatan Harapan keluar
ayat yang sama. Setuju tapi mekanismenya begini, begini. Waktu dalam buku lain, di luar sudah lain dalam soal ini. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
Boleh jawab berapa...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang ambil tindakan.
Itu yang penting.
Saya maklumkan tadi, setakat ini dari tahun- sehingga 2010 ada 58 mereka yang telah diambil tindakan dengan kaedah dan didakwa mereka yang apabila ada aduan dihentikan daripada segi tanggungjawab mereka untuk mengedar. Ambil tindakan itu bukan tugas- mendakwa bukan tugas Kementerian Pertanian. Sama ada pihak pendakwa raya yang akan mengambilnya boleh mengadu kepada SPRM, boleh mengadu pada polis, boleh mengadu pada...
Maksud saya bila kementerian mendapati bahawa mereka setelah tidak melakukan cara yang betul, adakah kementerian sendiri membuat report kerana mereka telah pun mengabaikan tanggungjawab sebenar dan mereka telah menghilangkan wang yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri.
Terima kasih di atas...
Sepatutnya kementerian yang buat report kepada SPRM ataupun kepada pihak polis.
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan yang dikemukakan.
Ya Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu jam Yang Berhormat. Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa perbahasan Bajet 2016 tempoh hari. Izinkan saya untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh 21 orang Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Seperti yang diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini.
Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya sejumlah RM10.7 bilion telah diperuntukkan untuk KKLW bagi tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM5.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM5.4 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 3% untuk bajet manakala untuk pembangunan terdapat peningkatan sebanyak 17% berbanding dengan tahun 2015. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan sentiasa memberikan tumpuan dan keutamaan bagi pembangunan masyarakat luar bandar. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan pemilihan kontraktor…
Boleh dapatkan penjelasan?
Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Menteri baru mula.
Saya belum apa-apa lagi.
Boleh dapat penjelasan tentang tadi kata kerajaan memberi peruntukan yang mencukupi…
Okey. Saya tahu. Dalam perbahasan Yang Berhormat ada membandingkan peruntukan KKLW dengan peruntukan MRT.
MRT dan LRT RM80 bilion.
Saya tahu. Saya tahu.
Sebab itu- itu tidak cukup.
Sabar Yang Berhormat.
Soalan itu patut ditujukan kepada Kementerian Kewangan ataupun EPU, okey? Bukan kementerian saya yang menentukan berapakah jumlah dan sebagainya.
Maksud saya Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mesti meminta Kerajaan Persekutuan untuk memberikan lebih peruntukan untuk luar bandar. Itu yang mesti ada lah, saya minta Menteri ya.
Okey lah. Yang Berhormat cadangkan nanti ya berapa ratus bilion yang kita hendak minta ya. [Ketawa] Insya-Allah saya akan letak. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan pemilihan kontraktor dilakukan secara berhati-hati dan hanya melantik kontraktor yang benar-benar layak bagi memastikan usaha kerajaan untuk menaik taraf jalan- sebelum saya baca terus, Yang Berhormat Tanah Merah tak ada?
Tidak ada.
Tidak ada, saya skip.
Baca lah.
Saya skip okey? Okey, kita dengar. Saya baca.
Susah payah orang sudah bahas.
Sebab saya sudah terlajak sudah itu. Semula saya baca.
Terima kasih.
Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan supaya pelantikan kontraktor dilakukan secara berhati-hati dan melantik kontraktor yang benar-benar layak. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat, proses pelantikan kontraktor dibuat melalui Jawatankuasa Lembaga Perolehan (Jawatankuasa Tender) yang dianggotai oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya berdasarkan kepada pekeliling kerajaan untuk prosedur-prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Penilaian kontraktor dilakukan secara terperinci dari sagi keupayaan kewangan, bilangan kakitangan juga daripada segi teknikal sebelum projek-projek tersebut diserahkan kepada kontraktor- kontraktor yang dilantik oleh jawatankuasa tersebut. Yang Berhormat Sabak Bernam, tidak ada. Semua yang tidak ada, saya akan jawab secara bertulis ya.
Ya, terima kasih.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya dibacakan juga kerana bila soalan-soalan itu ditanya, kita pun
mendengar. Mungkin ada sebahagian daripada soalan-soalan itu memang kita hendak tanya tetapi bila dia sudah tanya maka tak perlulah kita hendak tanya. Nanti repetitive. Lalu saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri menjawab juga semua.
Suka saya nyatakan, sebahagian besar daripada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang saya banyak skip ini adalah berkaitan dengan projek spesifik di tempat masing-masing. Sebagai contoh, Yang Berhormat Sabak Bernam tentang Jalan Simpang Empat Kampung Sungai Apong. Jadi takkan Yang Berhormat Shah Alam hendak tahu.
Jawapan bertulis Yang Berhormat.
Okey. Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Ranau pun tidak ada. Dia pun spesifik juga tentang jalan raya di Ranau. Yang Berhormat Ranau lagi.
Yang berhubung dengan Selangor amat diharapkan. Walaupun kita bukan dari Sabak Bernam tetapi kita Kerajaan Negeri Selangor ya.
Akan tetapi kalau perkara itu perkara baru, tidak boleh dibangkitkan. Jadi sebab itu saya tak hendak bangkitkan. Nanti timbul…
Tak. Bukan perkara yang baru.
Jawapan bertulis Yang Berhormat.
Alright. Yang Berhormat Sipitang?
Tidak ada.
Tidak ada. Cepat ini. Yang Berhormat Sabak Bernam pun…
Tidak perlu Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Ada.
Yang Berhormat Kuala Krai? Ada, okey. Yang Berhormat Kuala Krai, ada. Depan sekali sekarang ya? Yang Berhormat Kuala Krai memaklumkan bahawa jalan-jalan di kawasan kampung Kuala Krai seperti di Kampung Pemberian. Jika berlaku banjir, jambatan akan tenggelam dan tidak ada jalan keluar. Untuk makluman Yang Berhormat, projek jalan dan jambatan Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan telah diluluskan. Jadi boleh umum lah Yang Berhormat ya. Telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rolling Plan Keempat dengan siling peruntukan berjumlah RM30 juta.
Ini Yang Berhormat Kuala Krai boleh masuk Barisan Nasional. [Ketawa]
Datuk Seri, mereka ini bukan setuju bajet.
Pada masa ini kerja-kerja penyediaan reka bentuk sedang dijalankan dan dijadualkan akan memulakan pembinaan pada suku tahun kedua 2016.
Yang Berhormat Menteri, saya pelik sedikit lah. Kebanyakan bajet, mereka tidak setuju bajet ini, hendak tolak. Akan tetapi projek mereka minta. Macam mana ini? Bajet tak setuju.
Maknanya, kalau tak setuju kita hantar ke tempat lain?...
[Dewan riuh]
Hantar ke tempat lain sebab bajet tak setuju, projek minta. Saya pelik sedikit.
Yang Berhormat Lenggong mengelirukan Dewan ini.
Yang Berhormat Lenggong ini, dia tak dengar tadi kata itu RMK-10. Bukan tahun ini punya. Janji lama itu.
Kalau tak setuju bajet takkan lah cukai tak hendak ambil dari negeri Selangor sampai negeri Kelantan. GST stop.
Okey. Sudah lulus ya, sudah lulus. Yang Berhormat Hulu Rajang, tidak ada. Yang Berhormat Limbang, tidak ada. Yang Berhormat Sik?
Tidak ada.
Yang Berhormat Baram. Ini semua melibatkan kawasan masing-masing. Yang Berhormat Sik sebagai contoh, untuk menurap jalan, membina jambatan Lubuk Besar. Jadi saya ingat... [Disampuk] Yang Berhormat Baram? Yang Berhormat Baram tentang Jalan Lapok kawasan Baram itu. Bekalan air luar bandar. Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Baram. Ada Yang Berhormat Limbang?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya,sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya beri…
Saya nasihatkan Yang Berhormat yang berada di luar Dewan baik di sebelah kanan atau sebelah kiri masuklah dalam Dewan.
Okey, Yang Berhormat Limbang membangkitkan berkenaan projek pembinaan Jalan Meritam-Telahak-Buang Abai- Pengkalan Rejab-Sungai Poyan fasa keempat. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Jalan Meritam-Telahak-Buang Abai- Pengkalan Rejab-Sungai Poyan, Limbang fasa keempat telah diluluskan. Pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas Rolling Plan Pertama tahun 2016 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM68 juta yang melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan sepanjang 10 kilometer. Untuk bekalan air, Yang Berhormat dari Batu Sapi, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Baram membangkitkan isu berkenaan dengan projek Bekalan Air Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-11 sejumlah RM560 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar seluruh Malaysia di mana sejumlah RM200 juta diperuntukkan bagi negeri Sarawak dan RM200 juta bagi negeri Sabah. Pihak kementerian akan bekerjasama dengan...
Yang Berhormat Limbang bangun Yang Berhormat Menteri.
Saya habiskan ya. Kerjasama dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah dan Jabatan Perancangan Negeri Sarawak bagi kita mengenal pasti projek dan bagi mereka menyenaraikan projek tersebut dan akan sama- sama memuktamadkan projek yang dicadangkan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta maaf Yang Berhormat Menteri, tadi dekat bilik air. Terutama mengucapkan terima kasih tentang kelulusan untuk Fasa 4. Hanya saya ingin mungkin terlepas pandang Yang Berhormat Menteri, masa hari itu saya bangkitkan tentang Fasa 2 yang terbengkalai. Fasa 4 itu untuk menyambung yang ada sekarang ini tetapi in between itu ada Fasa 2 yang terbengkalai dan diretender dan akan dibuat retender yang kedua. Mungkin juga rancangan di tercicir nanti pula. Nanti jalan
sampai hujung yang fasa 4 sampai ke Sungai Poyan penghujung jalan itu tetapi yang tengah-tengah ini juga yang masih lagi bukitnya runtuh, rumput sudah panjang atas jalan itu semua terbengkalai itulah minta dipertimbangkan jugalah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, saya tahu ada empat fasa. Fasa 1 telah pun siap, fasa 2 tergendala, fasa 3, sedang dalam proses pembinaan, sudah siap ya. Yang tergendala itu kita telah senaraikan sebagai projek sakit dan kita akan retender, akan menender semula. Yang Berhormat Batu Sapi.
Tidak ada di dalam Dewan.
Yang Berhormat Sik, saya sudah sebut tadi, tidak ada. Yang Berhormat Lubok Antu.
Juga tiada.
Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Baram dan Yang Berhormat Sibu. Okey, Yang Berhormat dari Ranau, Sandakan, Baram dan Sibu membangkitkan isu berkenaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (PLB). Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-11, sejumlah RM868 juta telah diluluskan bagi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar seluruh negara. Di mana RM478 juta diperuntukkan bagi negeri Sabah dan sejumlah RM360 juta bagi negeri Sarawak. Kementerian seperti juga dalam hal bekalan air, akan bekerjasama dengan UPEN negeri Sabah misalnya dan juga Jabatan Perancangan Negeri Sarawak bagi mereka menyenaraikan projek-projek di kawasan-kawasan Parlimen dan juga DUN-DUN di kawasan Sabah dan Sarawak. Selepas itu barulah kita berbincang untuk memuktamadkannya. Jadi kepada Yang Berhormat Sandakan, sila senaraikan projek- projek yang diperlukan kepada UPEN negeri Sabah. Apabila mereka senaraikan, mereka akan hantar kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua...
Ya, sila Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara ini luar bandar punya masalah saya fikir tidak perlu saya sebut banyak. Akan tetapi yang pentingnya sekarang yang sebanyak punya tempat yang tanaman itu, air bersih langsung tidak ada, elektrik tidak ada, jalan pun macam mahu safari punya gate baru boleh masuklah. Jadi, perkara ini kita nampak banyak suka. Jadi, sekarang kita yang satu ada kita punya dalam, kita punya parti punya Indian Sabah team, sudah membantu beberapa buah kampung yang sekarang rosak esok. Kita akan rasmi dua buah kampung yang cavity water yang sudah siap. Satu di Pitas, satu di Ulu Resong di Keningau. Dan lagi banyak yang kampung yang sekarang yang masih buruk tetapi nampaknya apa yang permintaan, ada janji sudah dari kerajaan selama 15 tahun tetapi pun langsung tidak ada. Jadi, harap hari dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat yang apa yang janji punya itu cepatlah tolong ini cari bahawa orang-orang kampung dalam boleh ada satu keadaan yang seluruh untuk- terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi minta Yang Berhormat berikan senarai itu kepada UPEN negeri. Sebab kalau hantar kepada saya pun kita terpaksa serahkan kepada UPEN negeri untuk kita bincangkan. Kalau Yang Berhormat Seputeh, kalau satu, dua projek yang you all buat ini berbanding dengan kita, tak payahlah hendak disebut dalam Parlimen ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat Menteri, jangan layan Yang Berhormat Seputeh. Kalau layan Yang Berhormat Seputeh begitu, ditambah itu.
Okey. Seterusnya, persoalan kesejahteraan rakyat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak Bernam, belum ada lagi. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Yang Berhormat Sekijang, keluar balik. Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada. Yang Berhormat Seputeh, sudah keluar? Ada lagi, okey. Yang Berhormat Seputeh bertanya tentang usaha dan langkah yang diambil berhubung dengan kehilangan 7 orang pelajar Orang Asli yang belajar di Sekolah Kebangsaan Tohoi di Gua Musang sejak 23 Ogos yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat, pasukan penyelamat terdiri daripada pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pasukan RELA Orang Asli dan sukarelawan Orang Asli. Selain daripada pihak keselamatan bagi melakukan operasi bermula pada 25 Ogos 2015 secara rasmi.
Ini Yang Berhormat sudah dijawab oleh...
Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Ya, sudah.
Okey, kalau sudah dijawab.
Eh! Orang Asli di bawah kementerian ini.
Ya tetapi sudah dijawab juga Yang Berhormat, pada ketika itu Yang Berhormat pula ada soalan tambahan.
Yang sana punya dia ini Orang Asli tidak tau apa mereka buat sini. Boleh bagi dia teruskan.
Bagi saya benda itu sudah kena jawab, seperti juga pada ketika itu sudah pun tanya soalan clarification. Skip that, move to a new subject.
Perkara yang sama, okey, alright. Yang Berhormat Gerik, tidak ada. Ada, ada. Yang Berhormat Gerik...
Akan tetapi, apa langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengelakkan yang budak-budak Orang Asli ini tidak akan- insiden seperti ini tidak akan berlaku.
Okey, di bawah JAKOA, saya jawab di bawah JAKOA lah. Kalau di bawah Kementerian Pendidikan, mereka sudah jawab akan menyediakan keselamatan daripada segi penjagaan lebih ketat di kawasan sekolah dan sebagainya. Keduanya, mungkin mereka akan buat memindah sekolah bersama dengan asrama di dalam sebuah kawasan, itu pendidikan, biar pendidikan jawab. Bagi JAKOA, kita dapati bahawa jangka masa yang mereka pulang ke kampung adalah begitu lama. Pelajar- pelajar Orang Asli yang tinggal di asrama terdiri daripada mereka yang terlalu muda umur mereka kerana mereka tinggal di asrama daripada peringkat Darjah 1 hingga Darjah 6. Kita boleh bayangkan kalau kita sendiri. Darjah 1 terpaksa tinggal jauh daripada ibu bapa. Jadi, kerinduan-kerinduan inilah kadang-kadang yang menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan keluar untuk pulang dan sebagainya. Jadi, untuk itu seperti yang saya telah umumkan, mungkin Yang Berhormat Seputeh tidak baca surat khabar Utusan Malaysia agaknya dan surat khabar lain. Jadi, saya sudah umumkan bahawa mulai waktu ini yang terdekat selepas diumumkan, JAKOA akan menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar-pelajar Orang Asli ini balik ke kampung halaman masing-masing setiap 2 minggu sekali. Jadi, kalau ini kita dapat lakukan tentulah kerinduan kepada ibu bapa itu kita dapat dikurangkan dan mereka dapat berada di asrama. Ini yang kita lakukan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak sebut fasal- saya Yang Berhormat Kota Raja. Terima Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya rasa mungkin kementerian perlu melihat walaupun niat kita baik untuk mendidik anak-anak ini. Akan tetapi pemisahan anak umur 6 tahun, 7 tahun daripada ibu bapa mereka walaupun 2 minggu, it is inhumane. We must think, kita perlu memikir di luar kotak macam mana kita boleh mendidik mereka dalam kalangan keluarga dan komuniti mereka.
We are so obsessed with formal education. Betul, pendidikan itu penting tetapi kita perlu luar kotak kerana traumanya sangat berpanjangan. Saya minta JAKOA melihat semula. Saya rasa saya pun tidak sanggup hendak beri anak Darjah 1 pergi duduk asrama. This is absolutely tidak boleh terimalah.
Terima kasih. Saya tidak boleh jawab bagi pihak Kementerian Pendidikan. Cuma, saya hendak sebutkan bahawa ada dua pilihan yang besar hari ini iaitu mereka bersekolah atau tidak, sebab perkampungan Orang Asli- mungkin di Klang mungkin tidak ada perkampungan Orang Asli tapi di tempat saya banyak perkampungan Orang Asli. Sesetengah kampung terpencil hanya mempunyai 10 buah rumah. You takkan hendak buat pembelajaran di kawasan 10 buah rumah yang mungkin ada hanya seorang sahaja pelajar Darjah 1? Jadi ini yang berlaku. Kita sangat faham bahawa- memang, saya sendiri duduk di asrama Tingkatan Satu pun saya rindu hendak balik. Saya faham, Darjah 1 lagi teruk daripada itu, tidak boleh berpisah. Akan tetapi, tidak mungkin kita adakan sekolah di setiap kawasan perkampungan Orang Asli yang berselerak merata-rata. Ini satu perkara yang saya tahu sukar tetapi terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, kita akan berbincang dari semasa ke semasa bagaimana cara kita hendak menyelesaikan masalah. Macam suatu ketika dahulu, tadika di perkampungan memerlukan sekurang-kurangnya 20 orang kanak-kanak. Banyak kampung Orang Asli kalau mengikutkan dasar, tidak boleh sebab hanya ada lima orang, 10 orang dan sebagainya. Akan tetapi boleh kita adakan kerana tadika tidak memerlukan kelas yang berbeza-beza. Ada Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6 dan sebagainya. Jadi kita boleh sekalikan dia walaupun tidak cukup syarat 20 orang, lima orang pun kita boleh ada seorang cikgu. Akan tetapi kalau pelajar Darjah 1 bukunya berbeza, Darjah 6 bukunya berbeza, takkan kita hendak wujudkan enam orang guru di satu perkampungan Orang Asli dan sebagainya. Jadi inilah perkara-perkara, halangan-halangan yang akan kita lihat dari semasa ke semasa. Yang Berhormat Gerik memohon supaya JAKOA menguruskan tanaman getah sehingga pokok umur tiga tahun. Apabila sudah elok, boleh naik, selepas itu serah kepada ketua isi keluarga Orang Asli terutamanya di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kemar. Yang Berhormat, menjadi hasrat JAKOA dan kerajaan untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli khususnya memberi peluang kepada mereka untuk menguruskan sendiri ladang-ladang getah dan ladang kelapa sawit dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi pelaksana iaitu RISDA dan FELCRA. Waktu ini, FELCRA atau RISDA melaksanakan program tersebut dan masyarakat Orang Asli hanya menerima dividen. Jadi memang kalau boleh kita hendak supaya mereka sendiri yang menguruskan. Akan tetapi, banyak masalah lain yang ada di kalangan masyarakat Orang Asli seperti daripada segi jumlah penduduk, daripada segi kepakaran mereka menguruskan hasil dan sebagainya yang kemungkinan besar akan menyebabkan daripada segi produktiviti turun yang akan merugikan mereka. Walau bagaimanapun, untuk projek di RPS Kemar, saya hendak maklumkan kita telah pun melantik kontraktor untuk menebang pokok getah tua seluas 453 hektar. Selepas itu, kalau kita memulakan tanaman dan sebagainya, kita boleh berbincang. Ia masih terbuka, bukan satu paksaan. Kita masih boleh berbincang dengan masyarakat kaum Orang Asli di situ untuk kita berbincang sama ada mereka ingin menguruskan sendiri ataupun ingin menyerahkan kepada FELCRA ataupun RISDA. Boleh kita bincangkan Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Parit Buntar?... Tak ada. Yang Berhormat Sekijang?... Keluar. Yang Berhormat Lenggong?... Keluar balik. Yang Berhormat Kalabakan?... Tak ada... [Disampuk] Yang Berhormat Sekijang?... Sekejap ada, sekejap tidak ada. Ini macam biskut ini [Ketawa] Yang Berhormat Sekijang memohon agar dapat dibina sebuah MRSM di dalam kawasan Sekijang dan perlu disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembinaan MRSM Segamat masih belum diluluskan di dalam Rolling Plan Pertama RMKe- 11 untuk tahun 2016. Kementerian akan mengemukakan sekali lagi permohonan cadangan
pembinaan MRSM Segamat dalam Rolling Plan Kedua RMKe-11 pada tahun 2017. Kita akan pohon sekali lagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sekijang juga memohon jasa baik daripada pihak MARA agar meneliti semula penarikan balik perkhidmatan Bas MARA Liner di FELDA Pemanis dan beberapa buah kawasan lain di kawasan FELDA dan juga kawasan kampung untuk menambah perkhidmatan tersebut dan dapat terus dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan Bas MARA Liner di luar bandar merupakan program tanggungjawab sosial yang bertujuan memperluaskan akses masyarakat luar bandar ke bandar. Perkhidmatan Bas MARA Liner di FELDA Pemanis dihentikan buat sementara disebabkan oleh selenggaraan bas sedia ada dan dalam fasa penggantian bas baru. Bermula 1 November 2015, perkhidmatan Bas MARA Liner dari FELDA Pemanis ke Segamat telah diaktifkan semula. Yang Berhormat Seputeh? Ada lagi? Okey. Yang Berhormat Seputeh ada bertanya berkaitan langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan SPRM berkenaan segala tuduhan yang disiarkan di media di Australia terhadap isu pembelian Dudley House oleh MARA Incorporated dan hasil siasatan serta tindakan ke atas pihak yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, MARA amat serius di dalam menangani isu ini. Tindakan dalaman telah pun diambil iaitu MARA telah pun mewujudkan audit dalaman atau internal audit untuk mengaudit dan juga membuat carian tentang apa yang berlaku. Yang kedua, pihak MARA Inc. telah pun menggantung perkhidmatan Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif MARA Inc. Seterusnya, kontrak perkhidmatan Ketua Bahagian Eksekutif MARA Inc. juga tidak disambung. Selepas digantung, kita terus tidak sambung. Isu ini juga sedang dalam siasatan SPRM. MARA sentiasa bekerjasama dengan pihak SPRM dan beberapa orang pegawai MARA serta pegawai MARA Inc. telah dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan. Jadi tindakan seterusnya eloklah kita serahkan kepada SPRM untuk membuat tindakan selanjutnya. Yang Berhormat Kota Samarahan? Tidak ada... [Disampuk] Oh? Okey, sorry. Yang Berhormat Kota Samarahan minta program-program pengupayaan ekonomi seperti Desa Lestari dan Rural Business Challenge (RBC) digiatkan lagi bagi meningkatkan ekonomi pendapatan masyarakat luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, program Desa Lestari dan program Rural Business Challenge (RBC) telah dilaksanakan di bawah RMKe-10 bermula pada tahun 2013. Sehingga tahun 2015, terdapat 57 buah kampung yang telah terpilih di bawah program Desa Lestari dengan peruntukan sebanyak RM92.33 juta. Manakala bagi program RBC, sebanyak 77 orang pemenang telah berjaya memenangi geran perniagaan sejumlah RM58.05 juta. Untuk itu, di bawah inisiatif mentransformasikan luar bandar untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2016 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM70 juta untuk meneruskan program RBC dan program Desa Lestari.
Seterusnya ialah Yang Berhormat Tanjong Karang, pun tidak ada. Tuan Yang di- Pertua, demikianlah jawapan-jawapan yang dapat saya sediakan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
[Bangun]
Manakala yang tiada di dalam Dewan, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua.
Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam bajet untuk KKLW. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah tanya satu soalan yang...
[Dewan riuh]
Dia sudah duduk Yang Berhormat.
Saya ada berdiri tapi Tuan Yang di-Pertua tidak nampak mungkin.
Kementerian Luar Negeri.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2016 yang menyentuh isu-isu di bawah seliaan bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Seramai empat Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian ketika perbahasan dan terdiri daripada Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Batu. Mengikut tinjauan saya Tuan Yang di-Pertua, keempat-empat Yang Berhormat ini tidak ada di dalam Dewan. Jadi, adakah...
Ya, seperti apa yang dibuat oleh Menteri KKLW tadi. Balas sahaja dengan secara bertulis.
Jadi perlukah saya jawab?... [Disampuk] Yang Berhormat Bakri tidak tahu. Yang Berhormat Bakri sampai.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tahu yang malam ini sampai 11.30 malam. Kalau dengan keadaan macam ini...
Tidak apa. Yang Berhormat Bakri ada, Yang Berhormat Bakri ada. Saya jawab Yang Berhormat Bakri.
.Semua ucapan disediakan tidak jawab, saya rasa mungkin kita akan boleh gulung Kementerian Kewangan malam ini.
Okey, pertamanya saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri soalan sama ada tujuan lawatan Presiden Obama ke Malaysia adalah untuk memberi tekanan terhadap TPPA ataupun perjanjian tentang pembelian pesawat atau senjata. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tujuan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia pada 20 hari bulan hingga 22 November 2015 adalah untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN US Ketiga dan juga Sidang Kemuncak Asia Timur Kesepuluh ataupun East Asia Summit dengan izin. Semasa lawatan tersebut beliau juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membincangkan perkara dan perkembangan hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dan kerjasama peringkat serantau dan antarabangsa.
Sila.
Itu sahaja. So, next one Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih.
Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya akan kemukakan jawapan-jawapan kepada mereka yang telah mengambil bahagian dalam jawapan bertulis. Terima kasih.
Okey, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini untuk perhatian kementerian-kementerian yang lain harus bersedia di dalam Dewan kerana kalau nanti terjadi apa yang terjadi kepada dua kementerian tidak ada kementerian yang lewat. Nanti akan dipertanggungjawabkan. Sila, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kuantan yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan isu-isu di bawah kementerian ini semasa perbahasan Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Oktober 2015. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016, MOSTI telah diperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion bagi menjadikan Malaysia sebuah hab teknologi yang kompetitif di rantau ini. Oleh sebab sistem jawapan disediakan kepada saya ini sistem yang telah dirangkumkan berdasarkan kepada isu. Jadi saya menjawab berdasarkan kepada isu di mana isu itu di mana isu itu disentuh oleh Yang Berhormat berkenaan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu pengurusan bencana banjir dan gempa bumi yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Tanah merah telah membangkitkan berkenan dengan pengurusan bencana seperti banjir dan gempa bumi. Sememangnya pengurusan bencana adalah di bawah kendalian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MOSTI merupakan antara kementerian yang bertindak memberi maklumat awal sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana berlaku. MOSTI melalui agensi seperti Met Malaysia, Agensi Remote Sensing Malaysia dan CyberSecurity Malaysia memberi perkhidmatan menggunakan teknologi dan kepakaran masing-masing untuk membantu dalam pengurusan bencana. Bagi memperkasakan kesiap siagaan negara dalam menghadapi bencana berkaitan cuaca, iklim, gempa bumi dan tsunami, kerajaan telah memperuntukkan RM101 juta kepada MOSTI bagi tujuan mempertingkatkan sistem pemantauan, pemprosesan dan penyampaian maklumat cuaca dan tsunami negara. Dengan siapnya sistem ini maka maklumat dan amaran cuaca terutamanya semasa musim tengkujuh dapat dikeluarkan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Sementara itu peningkatan sistem pemantauan gempa bumi di Ranau di Sabah akan dapat membantu mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap risiko gempa bumi serta meningkatkan tahap kesihatan terutama di kawasan Gunung Kinabalu, Ranau dan Lahad Datu yang terletak di kawasan Garis Sesar Gempa ataupun Earthquake Fault Line. Buat masa ini terdapat 64 Sistem Seismik di seluruh negara untuk mengesan gegaran gempa bumi. Sebanyak 15 ayat pengesan gempa bumi tambahan akan dipasang di Sabah dan lima daripadanya akan ditempatkan di sekitar Gunung Kinabalu dan maklumat gempa bumi dikesan lebih cepat serta dan tindakan pencegahan dan menyelamat dapat dibuat dengan lebih cekap dan berkesan. Image Satellite Remote Sensing diperoleh melalui sistem penerimaan data satelit RSM yang terletak di Temerloh Pahang merupakan bekalan maklumat di kawasan bencana sebelum dan semasa dan selepas banjir dan tanah runtuh. Melalui pewujudan sistem maklumat dan logistik banjir monsun, agensi pengurusan bencana termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia boleh mengakses maklumat berkenaan dengan khusus secara terus dan atas line (talian) dan bersepadu. Maklumat ini membolehkan agensi pengurusan bencana membuat perancangan dan pelaksanaan misi bantuan dan menyelamat dan penilaian harga kerosakan akibat banjir. Sistem ini membuatkan maklumat seperti kawasan liputan banjir, pusat pemindahan banjir, maklumat penduduk, jenis tanaman dan lain-lain bagi digunakan oleh pelbagai kementerian dan agensi untuk mengenal pasti jenis dan bentuk bantuan yang diperlukan. Untuk mempertingkatkan sistem yang ada MOSTI melalui ARSM akan melaksanakan serapan data remote sensing dan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dapat menghasilkan maklumat secara real time, image yang lebih jelas dan terperinci. Oleh sebab UAV baru akan beroperasi pada pertengahan tahun 2016 sebagai tambahan kepada sistem UAV yang ada sekarang. Dalam pada masa yang sama CyberSecurity pula membeli perkhidmatan data recovery kepada mangsa bencana yang kehilangan data dan maklumat kerana mengalami
kerosakan komputer akibat bencana. Sebagai contoh semasa banjir besar yang melanda pantai timur tahun lepas CyberSecurity telah berjaya membantu pihak sekolah memperoleh semua soalan peperiksaan dan komputer yang rosak. Begitu juga kerosakan komputer yang dialami oleh pihak mahkamah dengan meletakkan maklumat dan rekod perbicaraan. Bantuan yang sama juga diberikan oleh CyberSecurity kepada mangsa gempa bumi di Ranau. Isu yang dibangkitkan tentang Demand Driven Innovation menyentuh isu penkomersialan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun. Kerajaan sememangnya menyedari keperluan Demand Driven Innovation bagi meningkatkan kadar penkomersialan RnD daripada institusi penyelidikan tempatan. Dalam hal ini MOSTI melalui agensi pendidikan seperti Agensi Nuklear Malaysia, SIRIM Berhad, Teknology Park Malaysia, MIMOS Berhad dan lain-lain telah mewujudkan Centre of Excellence Technology Auditing Centre of Innovation dan pelbagai platform bagi mewujudkan jalinan usaha sama dengan industri. Usaha ini akan diteruskan lagi dan akan dilakukan salah satu strategi penkomersialan dalam pelaksanaan tahun penkomersialan Malaysia tahun 2016 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
Sehingga kini, tiada metodologi yang standard untuk mengukur tahap pengkomersialan di peringkat global. Setiap negara mempunyai metodologi dan standard sendiri yang berlainan berdasarkan petunjuk-petunjuk, dengan izin, seperti: (i) invention disclosure; (ii) patent application; (iii) patent granted; (iv) liaison and option assignment; (v) stem off or started companies establish; (vi) technology autonomist transfer; (vii) research agreement; (viii) sales revenue from commercialization; (ix) commercialization transfer office; dan (x) allocation expenditure for the commercialization activities. MOSTI sedang meneliti kesesuaian penilaian elemen ini dan metrik pengukuran pengkomersialan yang sesuai dengan senario di Malaysia akan dibangunkan. Isu yang dibangkitkan lagi oleh…
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua?
Silakan.
Apa yang saya maksudkan dengan industri driven research and development ini ialah kita tahu bahawa di peringkat universiti banyak doctorate ataupun pensyarah-pensyarah yang memang kena buat research. Jadi, adakah kemungkinan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini dapat bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat apakah bentuk research yang boleh diaplikasikan secara komersial di peringkat bawahan, contohnya bidang pertanian mahupun bidang industri dan sebagainyalah. Ini kerana kita tidak mahu banyak researches yang dibuat ini hanya untuk mereka sendiri, kemudian just disimpan, mungkin public journal dan sebagainya. Namun untuk dilaksanakan secara komersial, ia tidak mungkin tidak viable. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Jerlun itulah yang kita laksanakan sekarang ini.
Memang kesemuanya – dalam peringkat penyelidikan sebenarnya dia ada tiga peringkat, ada geran di tiga peringkat. Pertama geran yang kita bagi dekat universiti. Ada geran yang kita panggil di MOSTI science fund. Science fund ini geran yang digunakan untuk fundamental research yang akhirnya kalau ada benda itu dijadikan produk, mereka boleh memohon lagi satu geran lagi dipanggil innovation fund. Innovation fund ini adalah untuk bila mereka yang telah mendapatkan produk. Bila dapatkan produk, sudah tentu MOSTI sentiasa memantau perkembangan ini dan berharap produk ini akan dikomersialkan. Memang itu tujuan penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Jadi sebenarnya memang itulah tujuannya kita membiayai mereka. Itu fasalnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan pada tahun 2016, tahun pengkomersialan negara Malaysia dan kita menyasarkan 360 jenis produk yang berimpak tinggi yang perlu dijual sama ada di dalam atau di luar negara. Memang itulah akhirnya penyelidikan, tetapi kita pun juga mesti agak fair kepada universiti kerana tidak juga semua penyelidikan berakhir dengan produk. Ini kerana kalau tidak, itu tidak dipanggil penyelidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan yang disentuh oleh tentang jenayah siber. Yang Berhormat Lanang pula membangkitkan mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa hari ini. Beliau meminta maklumat mengenai jumlah kes jenayah siber yang telah dilaporkan dan apakah langkah-langkah diambil kerajaan untuk menangani masalah ini. Berkenaan ancaman siber kepada sektor kewangan dan khususnya sektor perbankan, Bank Negara telah menubuhkan Internet Banking Task Force pada tahun 2004 bagi membangunkan amalan terbaik atau best practice untuk kegunaan industri perbankan dan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menangani insiden keselamatan siber. Selain itu juga, platform untuk membincangkan trend terkini dan isu perbankan internet dan aktiviti menangani jenayah kewangan dalam talian. Secara ringkasnya, peranan utama Internet Banking Task Force adalah untuk membangunkan amalan terbaik untuk industri perbankan tempatan serta mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan dalam menangani insiden keselamatan siber ataupun pencerobohan. MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia menyediakan bantuan teknikal dalam mengendalikan insiden siber. Kebanyakan bantuan teknikal ini dilaksanakan oleh perkhidmatan koordinasi Cyber999 dan perkhidmatan forensik digital yang berperanan sebagai pusat koordinasi setempat bagi menangani insiden keselamatan siber dan kes-kes forensik digital di Malaysia. Pada masa ini, CyberSecurity juga memberi bantuan teknikal dalam kes jenayah siber kepada Agensi Penguatkuasaan Undang-undang dan badan regulatory seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta institusi kewangan seperti Bank Negara Malaysia. Dalam perkhidmatan utama CyberSecurity Malaysia yang ditawarkan dalam penyiasatan kes siber pemantauan rangkaian komputer atau MySET dan perkhidmatan kepakaran forensik digital. Melalui MySET, orang ramai boleh mendapat perkhidmatan secara talian, secara percuma untuk menyelesaikan insiden siber yang dihadapi. Manakala perkhidmatan forensik digital oleh CyberSecurity Malaysia pula telah diiktiraf oleh mahkamah melalui seksyen 399(2)(f), Kanun Tatacara Jenayah dan pegawai-pegawai boleh menjadi saksi pakar atau expert witness dalam perbicaraan kes-kes jenayah siber. Keupayaan CyberSecurity Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan dari badan pensijilan antarabangsa seperti American Society of Crime Laboratory Directors atau Laboratory Accreditation Board (ASCLD/LAB) dalam bidang penganalisaan forensik digital. Penerimaan badan-badan antarabangsa terus meningkatkan keupayaan CyberSecurity Malaysia sehingga diterima menjadi Timbalan Pengerusi Asia Pacific Computer Emergency Response Team pada tahun 2015. Kepercayaan terhadap CyberSecurity Malaysia terus diiktiraf serta dilantik sebagai sekretariat tetap oleh Organization of Islamic Cooperation atau Computer Emergency Response Team. Di peringkat ASEAN pula, MOSTI melalui CyberSecurity Malaysia telah memperkukuhkan kerjasama keselamatan siber di antara sempadan antara ASEAN dan di bawah ASEAN Regional Forum. MOSTI terus melaksanakan inisiatif pembudayaan
keselamatan siber melalui program CyberSAFE, Cyber Clinic, Operasi Jelajah Siber. Program-program ini mengandungi latihan, ceramah, seminar, khidmat nasihat mengenai pengurusan maklumat peribadi, mengendali mereka daripada menjadi mangsa penipuan siber. Perkara yang dibangkitkan tentang Program Angkasawan Negara Kedua (PAN2). Yang Berhormat Rasah menyentuh berkenaan dengan keperluan untuk menghantar angkasawan kedua ke angkasa selepas memandangkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi buat masa ini. Saya ingin menegaskan di sini, Program Angkasawan Pertama pada tahun 2007 sebenarnya telah memberi tumpuan kepada R&D mikrograviti. Dalam tempoh 2009 hingga 2013 contohnya, MOSTI telah menghantar sebanyak 24 buah sampel protein tempatan ke stesen angkasa antarabangsa atau ISS dengan kerjasama dengan Japan, Aerospace Exploration Agency, Agensi Angkasawan Negara Jepun tanpa perlu menghantar angkasawan kita ke ISS. Bekerjasama sebegini mendapati kos lebih efektif dan memberi impak yang tinggi kepada penghasilan protein untuk kegunaan R&D oleh penyelidik-penyelidik tempatan. Struktur protein yang dihasilkan ini berpotensi untuk aplikasi enzim untuk sektor pengeluaran. Jadi oleh sebab Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini sebenarnya ada sebuah agensi dipanggil Yayasan Angkasawan Malaysia, sudah tentu kita mengkaji keperluan ini. Buat masa sekarang ini, kita dalam kajian sahaja. Kita belum lagi bercadang untuk melakukan angkasawan yang kedua ini kerana Yayasan Angkasawan Malaysia agensi di bawah kementerian yang digunakan untuk mengkaji perkembangan tentang penglibatan kita kepada angkasa lepas. Perlombongan bauksit di Kuantan yang di katakan oleh Yang Berhormat Kuantan. Walaupun dia tidak ada, tetapi saya bacakan di sini. Yang Berhormat Kuantan menyentuh kebimbangan terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan terutamanya oleh debu hasil daripada aktiviti perlombongan ini mengandungi torium dan logam-logam berat yang memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Menteri MOSTI telah pun melawat ke tapak perlombongan bauksit di Kuantan pada 10 Ogos 2015 bagi mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak berkuasa negeri Pahang serta meneliti situasi sebenar di kawasan perlombongan dan penyimpanan bauksit tersebut. Selepas lawatan tersebut, beliau telah mengarahkan Lembaga Pelesenan Atom atau LPTA iaitu agensi di bawah MOSTI untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan radio aktiviti di kawasan tersebut adalah benar. Peruntukan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1994 [Akta 304] menyatakan bahawa sekiranya aktiviti mencari gali dan melombong atau kedua-duanya menemui, menjumpai atau memperoleh apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda yang ditetapkan, hendaklah dengan segera dilaporkan secara bertulis hari ini kepada LPTA.
Sehubungan dengan itu, sampel air, tanah, sedimen dan bauksit telah pun diambil di beberapa buah lokasi di kawasan lombong bauksit di Kuantan, Pahang. Kesemua sampel itu telah dihantar ke Agensi Nuklear Malaysia iaitu agensi diiktiraf oleh LPTA untuk menjalankan analisa berkaitan dengan tahap keradioaktifan di dalam sampel alam sekitar di bawah peruntukan Akta 304. Hasil analisis mendapati kandungan keradioaktifan uranium dan torium di dalam sampel air, tanah, sedimen dan bauksit di kawasan lombong bauksit tersebut adalah di bawah paras had yang dibenarkan. Sehubungan dengan itu, aktiviti perlombongan bauksit di kawasan berkenaan tidak mendatangkan risiko kepada orang awam dan pencemaran radioaktif tidak berbangkit. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Kuantan bahawa debu hasil daripada aktiviti perlombongan ini mengandungi bahan radioaktif yang memudaratkan kesihatan adalah kurang tepat. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan saya berhubung dengan perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa MOSTI. Bagi mengakhiri penggulungan ini..
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum duduk, Yang Berhormat Batu berdiri.
Tentang bauksit. Terima kasih. Kalau saya faham apa yang daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, maksudnya aktiviti perlombongan bauksit ini setakat ini pada pandangan MOSTI tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada kesihatan atau pencemaran terhadap alam semula jadi. Adakah ini pendirian MOSTI?
Saya ingat saya sudah terangkan tadi jelas dengan suara saya tadi. Saya telah katakan tadi, oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Kuantan bahawa hasil debu daripada aktiviti perlombongan ini mengandungi bahan radioaktif yang memudaratkan kesihatan adalah kurang tepat. Saya ingat saya sudah jelas jawapan itu.
Maaf, saya...
Tuan Yang di-Pertua, saya telah kata hasil daripada kajian yang kita dapati, bahan sampel itu memang tidak memudaratkan.
Sedikit sahaja. Mungkin saya boleh terima kalau dikatakan tidak mengandungi bahan radioaktif tetapi...
Ya, itu yang saya jawab.
...Daripada segi memudaratkan kesihatan dan pencemaran itu...
Itu kena faktor lain, Yang Berhormat.
Adakah itu ada apa-apa asas dalam risiko ini?
Yang Berhormat, saya baca sekali lagi ayat saya ya. Saya ingat Yang Berhormat boleh catitkan perkara itu. Hasil analisis mendapati kandungan keradioaktifan uranium dan torium di dalam sampel air, tanah, sedimen dan bauksit di kawasan lombong bauksit tersebut adalah di bawah had yang dibenarkan. Sehubungan dengan itu, aktiviti perlombongan bauksit di kawasan berkenaan tidak mendatangkan risiko radiologi kepada orang awam dan isu pencemaran radioaktif tidak berbangkit. Itu bidang kuasa Kementerian Sains. Saya ingat dia faham. Penutup, sekian sahaja penjelasan saya berhubung dengan perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh bidang kuasa MOSTI. Bagi mengakhiri penggulungan ini, saya mengucapkan terima kasih dan pertanyaan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas kementerian ini yang mana semuanya telah saya kena bagi perhatian yang serius dan tindakan susulan sewajarnya akan diambil oleh MOSTI. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, terima kasih. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, memandangkan boleh dikatakan kesemua yang berbahas pada hari itu tidak ada di dalam Dewan, jadi oleh yang demikian, saya mencadangkan saya akan memberi jawapan bertulis. Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya dalam waktu berbahas itu, Yang Berhormat Menteri cuma memberi jawapan kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Jadi memandangkan Ahli Yang Berhormat yang bertanya itu tidak ada dalam Dewan, saya rasa tidak salah kalau Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis kerana itu yang penting. Kerana Ahli-ahli Yang Berhormat yang pada ketika itu yang tidak ikut berbahas, bermakna kalau tidak ada perkara-perkara yang perlu juga ditimbulkan, saya rasa biar berlalu begitu supaya...
Tuan Yang di-Pertua..
Akan tetapi...
Supaya dapat kita pastikan lain hari Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya itu mesti ada dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja boleh saya ini...
Ya, sila, sila. Duduk yang berdiri. Tiga orang yang lain itu duduk dahulu. Sila Yang Berhormat Batu.
Bukan, kami mahu dengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Dia..
Yang Berhormat Seputeh, kita dengar dulu Yang Berhormat Batu.
Ya, okey. Cuma, kita rasa adakala sebab masa terhad, bila kita berbahas, kita tidak ulangi apa yang telah disebut oleh orang lain tetapi kita juga minat. Itulah sebabnya saya rasa sekurang-kurangnya kalau yang tidak dijawab itu hanya seperti tadi spesifik, kawasan tertentu tetapi sebagai general, dasar atau isu yang dibangkitkan melibatkan semua yang secara umum...
Begini Yang Berhormat..
Itu harus dibawa...
Begini Yang Berhormat. Kalau Ahli Yang Berhormat Menteri tidak juga keberatan untuk menjawab, kalau ada persoalan mengenai dengan kementerian ini, Yang Berhormat boleh tanya.
Ya, okey.
Bila dia jawab, baru kita boleh tanya. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sebagai wakil rakyat, apa yang kita bangkitkan ini semua direkodkan dalam Hansard. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri tidak jawab, hanya bagi jawapan secara bertulis...
Itu sebabnya Yang Berhormat..
Jawapan tak ada dalam Hansard.
Betul.
Tak ada dalam rekod.
Jawapan ini nanti akan dihantar kepada orang-orang yang berkenaan. Kalau boleh, jawapan itu juga boleh kita masukkan dalam Hansard.
Bolehkah macam itu?
Jadi sekarang ini boleh tanya. Mana yang perlu ditanya itu, tanya. Jadi ini adalah sebagai satu juga pengajaran kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya itu supaya ada dalam Dewan pada ketika penggulungan.
Tuan Yang di-Pertua, masalahnya kita tak tentukan tempoh masa. Ada yang 15 minit, ada yang setengah jam, ada yang satu jam. Kadang-kadang bila kita sampai, kita terlepas kementerian terbabit. Macam saya Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya dan Timbalan- Timbalan saya oleh sebab kami tahu kami bertugas pada waktu persidangan Parlimen, maka kami berada di Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wanita, saya perlu tanya soalan. Masa bahas, saya langsung tak sentuh kerana...
Itu sebab saya kata saya benarkan Ahli Yang Berhormat untuk tanya apa yang Ahli Yang Berhormat mahu tanya sewaktu tidak ada kesempatan untuk berbahas sewaktu kementerian ini perlu dibahas. Jadi ini peluang untuk tanya. Jangan persoalan itu disangkut pula kepada persoalan orang lain, mendengar apa sahaja jawapan. Sila, siapakah yang ada masalah mengenai dengan Kementerian Pembangunan Wanita?
Okey, saya ada soalan.
Sila Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan untuk kelulusan kebajikan ini, setiap bulan ada kuota 50 sahaja. Bermaksud, bulan ini 50 orang sahaja yang dapat diluluskan walaupun permintaan dan pendaftaran untuk mendapatkan wang kebajikan itu melebihi 50 orang. Kuota ini telah diseliakan dan saya difahamkan oleh pegawai dari pejabat di kawasan Klang bahawa ada kuota seperti ini. Saya perlu penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, oleh sebab Yang Berhormat Menteri ditanya secara spontan begitu, kalau tidak dapat jawab, bagi jawapan sahaja minta notis dan jawapan itu akan dibuat secara bertulis. To be fair.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang dari pagi tadi telah menggunakan kaedah macam ini dan Tuan Yang di-Pertua memanggil semua berada di dalam Dewan untuk menghormati. Bermakna, mereka mengetahui di mana mereka telah mengambil bahagian untuk berbahas. Jadi saya rasa itu adalah yang terbaik. Namun Yang Berhormat Kapar, terima kasih itu. Yang Berhormat Kapar, saya ingin memaklumkan memang kadang-kadang kita tetapkan juga kuota. Memandangkan mungkin begitu ramai yang memohon yang hendak diluluskan, jadi kadang-kadang itu kaedah...
Boleh sedikit.
...Kaedah diambil oleh jabatan sebab kadang-kadang kita tidak boleh terbuka. Itu pun 50 kuota itu kira bagus itu. Ada lagi tempat- tempat lain mungkin peruntukan tidak sebanyak itu. Namun, walaupun ditetapkan kuota tetapi segala senarai itu kita akan pertimbangkan. Bukan terus habis bulan itu sahaja, Yang Berhormat. Kadang-kadang kita carry over sebab kadang-kadang Yang Berhormat, minta maaf saya katakan, bahawa ada peruntukan, kadang-kadang peruntukan itu memang khusus untuk certain heading tetapi kadang-kadang bila terlampau ramai itu kita tengok, kita flow over ke bulan hadapan sebab ini operasi, Yang Berhormat. Kadang-kadang kalau semua kes itu, kalau tidak ada peruntukan atau peruntukan itu cukup-cukup untuk certain, jadi kadang-kadang ada pejabat saya dimaklumkan, memang dia menentukan kuota. Ini adalah untuk operasi dalaman. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya soalankah? Satu isu tentang kedudukan ini...
Yang Berhormat. Yang Berhormat, ada yang berdiri, mana satu? Yang Berhormat Ipoh Timur atau Yang Berhormat Ampang?
Yang Berhormat Ampang dahulu.
Sila, Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mintalah Menteri untuk memberi jawapan Tuan Yang di-Pertua, kerana saya tidak berpeluang untuk berbahas. Memandangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menjadi satu kementerian yang menjadi saya punya pet subject, saya minta agar dapat menjawab soalan saya itu agar saya dapat juga memberi soalan tambahan kerana saya tidak dapat berbahas dan isu-isu itu begitu penting kepada saya. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri jawab bertulis, hanya yang menanya itu setakat itu sahaja tetapi tidak dapat lagi mengembangkan isu itu dan mendapat penjelasan yang lebih jelas. Jadi saya mintalah, saya pun perhati dalam perbahasan ketika itu tidak banyak soalan yang dibangkitkan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi saya rasa tidak menjadi halangan untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab soalan-soalan itu semua Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, kepada Yang Berhormat Ampang, kita nanti ada Jawatankuasa. Di situ bolehlah dikupas secara terperinci. Kali ini pula memang tidak ramai, memang tidak ramai sebab dirasakan mungkin isu kali ini tidak berapa beratlah kepada kementerian. Jadi kalau saya baca pun, ia berkisar kepada sebab ini dasar. Oleh sebab itulah tadi saya katakan bahawa inshaaAllah saya rasa perkara ini akan diulang lagi dalam peringkat Jawatankuasa.
Ya, kalau kita - Tuan Yang di- Pertua, maaf. Kalau kita faham tentang perbahasan Jawatankuasa, ada spesifik-spesifik tentang judul tetapi di sini boleh cakap tentang dasar. Saya hendak bertanya juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kenapa kali ini bajet, belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri untuk peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat menurun, merosot sampai ke pembangunan 80% merosot dan perbelanjaan keseluruhan sebanyak 11%, sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini peri penting untuk negara kita. Katalah dalam ucapan Perdana Menteri dalam Women in Politic Conference, ASEAN mengatakan kita akan memartabatkan wanita, banyakkan lagi empowering wanita dan sebagainya dan akan menunjukkan dalam bajet itu juga dia akan meletakkan kepentingan itu. Akan tetapi kita tengok apa yang diletak dalam bajet yang baru dibentangkan, ini dipinggirkan dan nampak sangat sikap hipokrit itu telah nampak jelas daripada Yang Amat Berhormat Pekan...
[Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat.
Hipokrit. Dalam mata dunia, dalam mata 123- cakap bergah-gah...
Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Yang berdiri duduk.
...Akan tetapi di Malaysia sendiri tidak mampu untuk melaksanakannya.
Yang Berhormat Ampang, duduk. Yang Berhormat Ampang, duduk.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ahli Yang Berhormat yang lain duduk. Kelmarin di sini saya preside, Yang Berhormat Seremban berdiri apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling fasal unparliamentarily words. Terpaksa saya mengarahkan Yang Berhormat Baling untuk tarik apa yang disebut, “apek” ataupun yang lain. Akan tetapi pada ketika itu saya kata, kalau lagi saya dengar unparliamentarily words, tidak ada warning saya akan usir. Mungkin Yang Berhormat Ampang ada sini kelmarin, mungkin tiada. “Hipokrit”, unparliamentarily. Jadi Yang Berhormat Ampang, tarik balik kerana pendirian sudah saya buat kelmarin.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Seputeh, saya dengar itu perkataan “tipu”. Selepas saya tanya Yang Berhormat Ampang, saya tanya juga Yang Berhormat Seputeh untuk tarik balik.
[Ketawa] Jadi Tuan Yang di- Pertua, mungkin kena senaraikan perkataan-perkataan yang harus tidak boleh digunakan dalam Parlimen ini.
Saya sendiri yang tetapkan.
Sekiranya itu menjadi isu, saya tarik balik perkataan “hipokrit” kerana saya berdasarkan daripada laporan The Sun Daily Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh tadi menggunakan perkataan “tipu”...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat berdiri kerana saya dengar.
“Tipu” pun kena tarik balik. Bukan yang lain, “tipu” pun tidak boleh.
Memang “tipu”. Tipu- bohong. Perkataan “tipu”. Yang Berhormat, jangan buat alasan kepada saya. Tarik balik kerana itu adalah unparliamentarily.
Okey, saya gantikan dengan “kurang sedap”. Saya cakap sebenarnya dengan Yang Berhormat Ampang. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ingat. Saya jalankan tugas dengan serius. Kalau Yang Berhormat nak main-main, terpulang kepada Yang Berhormat tetapi saya akan ambil tindakan. Ini respons saya kepada Yang Berhormat Ampang. Sudah ditetapkan daripada awal tadi oleh Timbalan Speaker bahawa sesiapa yang tidak hadir, tidak apalah kita jawab secara bertulis. Oleh sebab Yang Berhormat Ampang tidak dapat masa untuk berbahas sehari dua yang lalu, maka Yang Berhormat Ampang punya peluang sudah saya kasi. Tanya kepada Yang Berhormat Menteri sekarang. Jadi yang ditanya tadi itu kenapa bajet dikurangkan sedemikiannya, Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab oleh sebab tidak ada masa secara spontan kerana pegawai-pegawai sekarang ini tidak boleh bagi secara spontan, dia boleh kata bahawa Tuan Yang di-Pertua, saya minta Notis, dan saya jawab secara bertulis. Itu semua mengikut peraturan mesyuarat. Apakah masalah? Jadi, saya yang menentukan sama ada Mesyuarat itu berjalan dengan baik atau tidak. Sila Yang Berhormat Menteri, respons kepada Yang Berhormat Ampang berhujah tadi.
Seperti yang dikatakan tadi sebab ini adalah secara spontan, jadi saya mohon notis untuk memberi jawapan bertulis. Terima kasih.
Jadi setidak-tidaknya- jangan yang lain dahulu bercakap. Setidak-tidaknya Yang Berhormat Ampang akan dapat jawapan daripada Menteri secara official, kenapa turun. Jadi lain kali ingat, jangan gunakan perkataan-perkataan unparliamentarily kalau saya yang duduk. Kalau timbalan-timbalan saya, terpulang kepada mereka pula untuk macam mana mengendalikan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan menggunakan perkataan yang tidak parliamentary. Okey, saya hendak dapat penjelasan daripada Menteri, apakah kaedah ataupun dasar yang digunakan oleh kementerian untuk memastikan penerima-penerima bantuan kebajikan bulanan ini menerima wang mereka setiap bulan? Ini kerana banyak kes kami terima aduan daripada mereka, mereka tidak dapat terima pembayaran bulanan itu masuk ke akaun mereka. Jadi,
ini mendatangkan masalah kepada masalah kepada golongan-golongan miskin yang memang memerlukan bantuan bulan ini. Apakah kaedah yang digunakan untuk memastikan setiap bulan mereka akan menerima bantuan tersebut?
Yang Berhormat, saya sambung sedikit, hampir sama. Tuan Yang di-Pertua?
Sila.
Terima kasih. Saya ada beberapa kes di mana mereka dapat untuk beberapa bulan mahupun tahun, tiba-tiba berhenti, selepas itu mereka kena melalui proses yang sama. Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan rasional di sebalik perkara ini, saya terima rasional itu tetapi apa yang saya hendak SOP untuk kemas kini data mereka. Apa SOP, sebab saya nampak untuk setiap kes ada yang berbeza. So, ada tidak SOP yang telah ditetapkan? Itu yang pertama. Kedua, apabila seseorang itu memperoleh bantuan ini selama setahun, tiba-tiba sudah diberhentikan. Selepas itu mengambil masa hampir 6, 7 bulan baru dia dapat dana atau bantuan disambung selepas itu. Apa yang akan berlaku kepada dana bulanan yang 6 bulan, 7 bulan ini, apakah yang berlaku? Di manakah peruntukan ini? Macam mana kita hendak mengambil kira peruntukan itu? Saya perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Itu lanjutan juga daripada rakan saya Yang Berhormat Kapar ini. Berkenaan dengan penerima bantuan ini, satunya dia terutamanya macam awal tahun ini kadang-kadang berlakunya dia kononnya hendak renew balik dan juga untuk hendak semak semula. Kadang-kadang berlaku sampai dua atau tiga bulan satu hal. Keduanya, bila borang ini diberikan kepada orang susah sebenarnya, hendak pergi ke sebuah tempat pejabat kebajikan itu jauh. Saya mengharapkan supaya SOP yang dibuat oleh pihak Jabatan Kebajikan ini kita tidak hendak pegawai ini jadi pegawai meja. Bermakna biarlah pegawai ini dia ada satu dia, kerjanya datang untuk dia pergi lihat di lapangan sana terutama melihat di kalangan orang-orang susah. Mereka hendak harap datang itu, tambang teksi, tambang bas dan yang menjadi kemusykilan. Lebih teruk lagi, mereka kadang-kadang terdiri daripada kalangan orang yang OKU dan sebagainya. Itu yang kita harapkan supaya bukannya pegawai, pegawai meja ataupun pegawai yang duduk di pejabat sahaja. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat, Yang Berhormat ingin saya maklumkan bahawa daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Bukit Gantang, saya ingin meyakinkan di sini bahawa kami di Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita tidak sewenang-wenangnya terus potong, terus berhentikan.
Saya ingin kongsi bersama dengan Yang Berhormat bahawa memanglah kita ada dasar tetapi selalunya Yang Berhormat, selepas kita teliti, kita melihat kepada kes, memang selalu diteruskan. Jadi apa yang berlaku, kalau ada kes-kes macam itu- saya sebenarnya hendak mohon jasa baik Yang Berhormat. Sebagai Yang Berhormat yang bertanggungjawab di kawasan, kalau ada daripada penerima kebajikan itu memaklumkan kepada Yang Berhormat, ambil nama dulu, Yang Berhormat. Tolong itu sekurang- kurangnya tolong kami. Ambil nama, beri kepada kami. Kami ada talian itu, bukan?... 15999. Tidak perlu datang pun. Talian 15999 tetapi yang penting ialah nama dan kalau ada akaun. Jadi akan mempercepatkan lagi proses. Saya ingin meyakinkan di sini, Yang Berhormat. Memang SOP semua ada dan kadang-kadang pegawai saya lebih daripada SOP itu, Yang Berhormat. Kadang-kadang apa yang kita perlukan juga daripada- a little bit of commitment, dengan izin, daripada penerima atau waris iaitu memainkan peranan untuk kalau dia rasakan- katalah dua bulan
seperti Yang Berhormat katakan tadi, jadi either waris itu call 15999 atau dia datang atau pergi. Saya faham, Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya pun faham sebab tempat jauh dan sebagainya dan bukan niat kami untuk membebankan mereka tetapi pada masa yang sama, kita sama-samalah memainkan peranan. Jadi berikan nama sebab dulu Yang Berhormat Kapar pun dia buat. Dia bantu saya. Dia bagi nama dan saya check dan saya menggunakan pula kemudahan dia sebagai wakil rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Kapar...
[Dewan riuh]
Ini kerana ini adalah sesuatu...
[Bangun]
...Sebab bila urusan kebajikan ini, bagi saya ini adalah sama-sama kita menggunakan compassion kita. Ini rakyat yang memerlukan daripada segi bantuan kita juga. Jadi Yang Berhormat, satunya saya kena check. Akan tetapi yakinlah Yang Berhormat, kami tidak sewenang-wenangnya hendak ini. Tadi yang dikatakan kalau dua bulanlah. Kalau dikatakan dua bulan. Apa terjadi kepada Yang Berhormat? Duit itu sebenarnya ada di situ. Kita bagi balik. It is backdated. Itu duit dia, Yang Berhormat. Akan tetapi peranan itu penting. Satu, beritahu kami cepat sebab kadang-kadang hendak turun, masuk akaun. Bagi kami pun Yang Berhormat, bila kami masuk akaun, kami berharap bahawa duit itu memang masuk. Yang Berhormat, kadang-kadang kalau saya hendak kupas lagi secara terperinci, ada kes Yang Berhormat, memang duit itu masuk tetapi kadang-kadang orang di kampung, minta maaf saya kata, dia pula mewakilkan orang lain ambil duit. Memang terjadi, Yang Berhormat. Bukanlah saya hendak kata- dia wakil, jadi bila tidak dapat, penerima tidak dapat, dia terus marah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Rupanya bila tadi saya dapatkan nama, kami check, tidak pernah pun kami berhentikan. Jadi terpaksa penyiasatan lain berlaku. Ada, Yang Berhormat. Saya bukanlah kata ini tetapi kita mintalah. Sebab itu bagi saya, tidak apa. Sama-sama kita memainkan peranan. Insya-Allah ini tanggungjawab kita bersama. Terima kasih.
Speaker.
Sambung sikit.
Nanti dulu, Yang Berhormat Kapar. Nanti dulu. Alangkah baik kalau selalu dibuat begini. Tidak payah bertegang leher. Begitulah sopan dan halus Yang Berhormat Menteri menjawab. Dia willing. Saya sarankan. Yang Berhormat Menteri, saya sarankan sekali-sekali engage dengan Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kuantan dan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai. Sesekali duduk sembang-sembang di luar sana minum teh tarik. Alangkah baik. Sila.
Kota Tinggi.
Sambung ya.
Bagi sama Yang Berhormat Kota Tinggi dulu. Selepas itu baru Yang Berhormat Kapar balik.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak nyatakan dalam dasar ini, saya bersetuju dengan di sebelah tadi dan juga Yang Berhormat Kapar juga tentang keperluan kita untuk melihat mereka yang bermasalah ini. Sebenarnya, peranan-peranan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai yang menentukan kebajikan dan penyampaian ini sampai kepada golongan sasar ini amatlah penting. Ya, saya setuju. Sebenarnya pegawai-pegawai janganlah semata-mata menjadi pegawai meja. Jadi mereka sampai. Kita terima. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya juga melihat ada keperluan juga kita sebagai pembuat dasar, kita juga jangan jadi pembuat dasar di meja sahaja. Kita pun patut turun dan sebenarnya golongan sasar yang disebutkan tadi bermasalah golongan yang tiap-tiap bulan orang yang sama dan golongan sasar ini boleh kita narrow down, dengan izin, kepada golongan yang terhad sebenarnya. Jadi saya tidak nampak bagaimana kita
boleh terlepas pandang kumpulan sasar ini sampai menjadi satu masalah begitu besar yang boleh dibincang di peringkat dasar. Jadi saya ingat peranan kena ambil dua-dua. Jadi, saya bersetujulah. Cuma saya minta kalau misalnya kita sibuk, mesti ada mekanisme yang tertentu untuk kita membantu mereka yang bermasalah. Jadi itu sahaja. Saya ingat itu both pihaklah. Kementerian dan juga kita sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat. Cuma saya minta kalau boleh daripada segi kuota tadi itu, ia mesti dinamik. Maknanya kuota itu tidaklah kalau 50, 50 sahaja. Ada juga kawasan-kawasan tertentu disebabkan persekitaran yang berubah-ubah, maka keperluan untuk ini mesti dibuat secara dinamik. Ada juga senarai itu tidak dinamik. Jadi itu sebab saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kapar tadi. Kalau boleh kita kena ada mekanisme yang lebih kuat supaya dinamik dan kita sebagai wakil Parlimen kita sama-samalah. Itu pandangan saya. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Kapar balik. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Selepas itu done.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ada lagi? Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila, sila. Yang Berhormat Kapar dulu. Baru Yang Berhormat Seputeh dan kemudian Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin ulang lagi sekali komitmen pejabat saya di Parlimen Kapar dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang. Kita ada hubungan yang baik. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri juga [Tepuk] Ini yang tidak dengar ucapan saya dua hari yang lepas, Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan saya pun saya jelas ucapkan terima kasih kepada mereka. Ini saya hendak- just satu penerangan sahaja, Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkataan seperti terima kasih, I am sorry, it goes a long way. Honestly ataupun saya tarik balik. It really goes a long way.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tengok, Tuan Yang di-Pertua. Tengok Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]
Janganlah sampai begitu. [Ketawa] Sila, sila Yang Berhormat Kapar. Teruskan, sila.
Terima kasih. Saya ada satu isu sahaja, Yang Berhormat Menteri. Katakan individu ini dua, tiga bulan tidak ada. Kementerian katakan hendak check database dia ada atau tidak ada dan sebagainya. Untuk dia dapat balik dana tersebut, bantuan tersebut, maksud saya kelulusan yang kemudian itu berbeza. Ada satu-satu kes mereka perlu just tandatangan sahaja. Surat daripada saya katakan mereka masih ada. Ada satu-satu kes mereka kena buat balik borang KAR1SMA, semua dengan bil-bil utiliti dan sebagainya. So, saya nampak di situlah tidak ada kesamaan, kesamarataan dalam kes-kes ulangan. Dia berbeza-beza. Sekarang bila ada seseorang individu datang ke pejabat saya, saya tidak dapat menasihati mereka. Kadang-kadang saya kata tidak apalah saya bagi surat. Tidak apa, bagi borang. Saya akan contact pejabat dan kita akan uruskan. Akan tetapi bila sampai mereka pergi ke sana secara sendiri, berbeza. So, itu yang saya maksudkan. Kalau ada SOP, kita tahu. Kes ulangan, ini yang kita kena buat. Senang untuk kami menerangkan kepada mereka. Ini dapat membantu pegawai-pegawai kita di pejabat daerah dan juga pejabat kami, masa interaksi yang terbaik. Terima kasih.
Yang Berhormat Seputeh, sila.
Saya tanya bagi pihak Yang Berhormat Bukit Mertajam. Dia kata, kenapa Program Mammogram dan HPV Vaccination Program, ia telah pun dihapuskan pada tahun 2016. Dia ada bangkitkan isu ini dalam ucapan dasarnya. Minta Yang Berhormat jawab.
Ini nanti dulu, Yang Berhormat Menteri. Ini nanti dulu, Yang Berhormat Menteri. Ini yang titip-titip ini tidak ada dalam peraturan mesyuarat. Oleh sebab kalau pertanyaan itu mengandungi unparliamentary word, siapakah yang bertanggungjawab? Adakah Yang Berhormat Seputeh atau Yang Berhormat Bukit Mertajam? Jadi kalau ada perkara begitu, biar Yang Berhormat Seputeh yang angkat soalan itu. Tidak payah mengatakan bahawa daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam. Itu peraturan mesyuarat tetapi untuk kali ini, I will allow but I am not creating a precedent here. Be clear on that. Okey, sila Yang Berhormat Kota Raja. Selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Then we wrap up that matter. I will call the next ministry. Sila, Yang Berhormat Kota Raja.
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Saya sebenarnya- maaf, saya masuk lambat tadi. Saya tidak tahu sama ada Menteri sudah jawab mengenai apa yang saya bangkitkan, mengenai pembantu rumah. Tidak ada. Jadi, akan dibawa sekejap lagi?... Hari ini, sekarang?
Sila, boleh tanya sekarang. Sila.
Ya, saya dengar jawapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Kapar. Terima kasih atas nasihat, SOP dan sebagainya. Apa yang dikatakan Yang Berhormat semua ini kita akan mengambil maklum. Kita adakan SOP dan mungkin terangkan, jelaskan supaya kita sama-sama saling memahami dan membantu. Betul juga kata Yang Berhormat Kota Tinggi, ini bukan desk officer tetapi turun padang. Semua itu Yang Berhormat, memang ini yang kita sarankan tetapi namun ada masa-masa Yang Berhormat, ada masa-masa di mana kekangan-kekangan kakitangan. Namun, itu tidak menjadi alasan. Jadi, terima kasih atas saranan, teguran tetapi pada masa yang sama juga saya juga sama-sama memainkan peranan. Tadi saya katakan kalau agak sukar untuk datang ke pejabat, guna juga talian itu, 15999 sebab kita buka line itu 24 jam, 365 hari setahun. Jadi, mengenai Yang Berhormat Seputeh, memang Yang Berhormat Seputeh, saya kata daripada Yang Berhormat Seputeh. Tahun 2016 memang peruntukan untuk mamogram dan HPV itu dikurangkan atau tidak ada tahun ini sebab yang diberikan dua tahun yang lepas di carry over. Jadi, mana-mana ada lagi balance akan kita teruskan program-program untuk kita mengadakan mamogram dan juga HPV. Oleh sebab kadang- kadang memang kita sudah kenal pasti senarai tetapi dia masih mendapatkan HPV itu, especially mesti tiga suntikan. Jadi, is carried over. Akan tetapi tahun 2016 memang tidak ada. Akan tetapi inshaaAllah kita ada satu seperti saya katakan kadang-kadang cara macam ini membuatkan kita juga mencari jalan lebih kreatif. Mungkin kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan sebagainya untuk kita meneruskan program tersebut. Pada masa yang sama memang banyak juga syarikat yang ingin bekerjasama dengan kami secara CSR, mamogram dan juga HPV.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, yang saya dengar ada pemimpin bahagian wanita parti politik Barisan Nasional menguar- uarkan kata bajet ini, “Wah! So, pro-women, mesra kepada wanita.” Semua ini. Tengok ini yang amat penting kepada wanita kerana kanser dan sebagainya, ia dipotong. Jadi, macam mana kita boleh beritahu kepada masyarakat wanita, “Wah! Bajet 2016 ini begitu mesra dengan mereka.” Saya rasa tidak patutlah, kalau ada banyak balance daripada mamogram dan HPV ini saya boleh terima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi nampaknya tidak ada dan ini memang satu keperluan, khusus bagi golongan miskin. Jadi, saya rasa kesal ini tidak ada peruntukan untuk tahun yang akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan, kita cuba mengadakan program ini secara yang lain. Bermakna, lebih kepada CSR dan pada masa yang sama memang kita ada peruntukan yang dua tahun, yang tahun lepas kita carry over sebab pesertanya semua ada senarai. Akan tetapi kadang- kadang Yang Berhormat, masalah yang kami hadapi adalah untuk menjalankan mamogram. Oleh sebab Kementerian Kesihatan memang mensasarkan bahawa kita mesti menggunakan lab yang didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan. Jadi, bermakna waiting
time itu panjang. Jadi, ia memerlukan masa tetapi Yang Berhormat, itu memang satu program yang sebenarnya sangat memberi banyak manfaat. Akan tetapi kita akan menggunakan mid term review untuk kita propose lagi. Yang Berhormat Kota Raja, saya mohon maaf. Sebenarnya tadi saya hendak baca dua jawapan. Satu tadi Yang Berhormat Kota Raja, satu Yang Berhormat Bukit Gantang sebab kita on the basis of ada kita baca tetapi tadi Yang Berhormat keluar sekejap. Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat ada membawa mengenai bagaimana kita hendak mempertingkatkan sistem sokongan, khususnya di mana kita tidak mendapatkan pekerja atau maid services. Jadi oleh yang demikian Yang Berhormat, memang kita menggalakkan perwujudan banyak taska. Bermacam-macam-macam jenis taska untuk diwujudkan supaya dapat membolehkan wanita-wanita kita berkerjaya. Jadi oleh yang demikian, kita juga ada inisiatif daripada segi hendak mewujudkan taska. Ada beberapa inisiatif seperti kita ada peruntukan geran pelancaran sebanyak RM200,000 kepada kementerian atau jabatan yang menubuhkan taska di tempat kerja sektor awam. Selepas itu kita ada pengecualian cukai 10% setahun bagi majikan di sektor swasta ke atas kos keseluruhan pembinaan atau pembelian bangunan untuk menubuhkan taska di tempat kerja bagi tempoh 10 tahun. Selepas itu kita ada pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10% setahun kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta. Kita juga memberi insentif kepada majikan dalam sektor swasta melalui pemotongan cukai sebanyak dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberikan kepada pekerja dan juga perbelanjaan menyelenggarakan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak. Jadi, ini insentif-insentif yang diberikan supaya banyak lagi taska-taska dapat ditubuhkan. Terima kasih.
Menteri...
Soalan.
Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya ada bertanya sama ada insentif ataupun subsidi kepada keluarga berpendapatan rendah seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat pada Mesyuarat-mesyuarat yang lepas, yang ada kumpulan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan juga kurang daripada RM5,000, ada subsidi untuk setiap anak yang dihantar ke tadika, satu. Kedua iaitu adakah ia diteruskan atau telah ditiadakan dengan Bajet 2016 ini? Kedua, Menteri saya bersetuju bahawa insentif yang diberikan kepada majikan atau jabatan untuk menubuhkan taska. Akan tetapi maklum balas yang saya dapat daripada ramai apabila saya sebut ini. Makna masalahnya ialah untuk menubuhkan taska itu sendiri perlu menepati ataupun mesti ikut- you must meet the criteria, kriteria-kriteria untuk taska itu sendiri. Jadi, kebanyakan jabatan mungkin kalau government agency besar tetapi biasanya majikan-majikan yang kecil dan sebagainya tidak ada fasiliti itu dalam bangunan atau kompleks-kompleks. Saya faham ini. Jadi, saya minta Menteri bolehlah kita proaktif sedikit dengan bekerjasama dengan KPKT untuk meminta supaya diwajibkan semua bangunan baru, kompleks pejabat, shopping centre dan sebagainya supaya ada satu taska. Seperti mana kita mewajibkan adanya surau. Kita tahu taska tidak boleh dibina atau pun dibuat atas tingkat yang tinggi. Must be ground level, the most I think second floor kalau tidak silap saya. Jadi, kriteria ini susah untuk ditemui pada bangunan-bangunan yang telah siap. Jadi, kalau kita boleh menjadikannya sebagai satu kemestian, kewajipan kepada semua developer, saya ingat dalam masa beberapa tahun mungkin fasiliti untuk taska itu bertambah. Tidak mudah. Saya masih menghadapi masalah taska yang saya buat hampir setahun lebih ini masih lagi belum dapat kelulusan daripada MBSA, hanya kerana seluruh blok itu tidak ada CS. Jadi, saya tidak dapat lagi, masih berusaha mendapatkan surat. Kedua ialah saya tahu ini bukan bidang kuasa kementerian. Saya bercakap mengenai bagaimana kita boleh memudahkan wanita yang bekerja, yang anak ramai yang
perlu seorang pembantu rumah. Mengambil pembantu rumah sangat mahal sekarang dan di luar kemampuan ramai keluarga yang baru.
Saya minta ada negotiation di antara Kementerian Wanita push for the woman supaya dipermudahkan. Saya sebut hari itu untuk membawa seorang pembantu rumah melalui agensi, RM12,000 hingga RM15,000 Yang Berhormat. This is ridiculous. Sedangkan, kalau kita boleh bawa masuk sendiri- ya, sekarang dengan sosial media kita kenal kawan-kawan, dia orang ada connection dengan Indonesia, Filipina. Saya tahu Filipina ada lain pula dia punya caranya. Akan tetapi kalau dengan Indonesia, kita ramai yang ada di sini. Ramai wanita Indonesia di sini yang sanggup bekerja di rumah balik hari dan sebagainya kerana mereka menemani suami mereka. Saya tidak tahu mereka pakai pas apa. Mereka datang pas isteri kah, pas sosial kah, pas PATI kah, wallahualam. Akan tetapi sekiranya ada dipermudahkan kepada kita, kita boleh melalui kementerian misalnya, untuk mendapatkan satu keluasan atau pun satu some of kemudahan kepada wanita muda untuk mendapatkan PATI wanita yang sudah ada dalam negara kita untuk menjadi pembantu rumah. Saya minta bagi pihak wanita. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, memang isu taska ini memang betul-betul banyak dan ia melibatkan bukan sahaja kementerian saya tetapi melibatkan banyak kementerian lain. Jadi, oleh yang demikian, memang kita telah wujudkan special task force di mana ia diketuai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri saya sendiri sebab saya mahukan ia diberi perhatian yang sangat serius. Pada masa yang sama, mereka bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha taska untuk melihat segala possibility, dengan izin, bagaimana kita dapat membolehkan seperti kebanyakan yang disebut Yang Berhormat tadi, supaya kita dapat mewujudkan lebih banyak taska, memudahkan supaya banyak lagi taska kita dapat sediakan. Sebab, ini adalah satu situation di mana inilah kesnya demand more than supply. Sebab itulah kami akan memikirkan segala-galanya untuk memastikan bahawa taska ini ada. Tadi Yang Berhormat, insentif itu masih ada Yang Berhormat. Insentif masih ada di mana kalau pegawai-pegawai daripada jabatan atau daripada awam, mereka boleh memohon dengan income RM5,000 ke bawah, seorang anak di taska berumur empat tahun ke bawah dapat insentif RM180 seorang. Bagi swasta, mereka dapat juga subsidi yuran pengasuhan kepada taska di institusi swasta. Akan tetapi, kedua-dua, semua ini mestilah menghantar anak ke taska berdaftar. Itu sangat penting. Bagi mereka tadi di bawah swasta, kadarnya RM250 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang layak dan maksimum dua orang kanak-kanak dalam sebuah keluarga dan pendapatan ibu bapa mestilah tidak melebih RM900 per kapita sebulan. Jadi Yang Berhormat, apa-apa yang lain saya ucapkan jutaan terima kasih dan semoga banyak lagi yang boleh dibahaskan nanti untuk kita perbaiki dan membantu kami khususnya di dalam memberi segala perkhidmatan yang terbaik kepada wanita kita. Terima kasih.
Terima kasih. Kementerian Kerja Raya.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat dasar pada minggu yang lepas dan dua hari pertama minggu ini. Isu-isu di bawah portfolio dan bidang tugas Kementerian Kerja Raya telah disentuh dan dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan segala cadangan, pandangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat itu amat dihargai. Insya-Allah, di kesempatan ini
saya gunakan untuk memberikan jawapan yang sewajarnya terhadap isu-isu berkenaan dan mengambil pendekatan rakan-rakan yang lain, saya juga akan menjawab sekiranya Ahli Yang Berhormat ada di Dewan dan bagi mereka yang tidak hadir pada hari ini akan diberikan jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2016 bertemakan, “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat” yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut meliputi cadangan beberapa projek infrastruktur berskala besar yang dijangka akan mencergaskan sektor pembinaan negara ini. Antara projek-projek berimpak tinggi yang telah diumumkan ialah projek CyberCity Centre bernilai RM11 bilion di Cyberjaya, Bandar KLIA Aeropolis bernilai RM7 bilion, Projek MRT II Sungai Buloh ke Serdang seterusnya ke Putrajaya dan projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara ke Johan Setia, Klang. Di samping itu, industri pembinaan juga memberikan manfaat daripada pelaksanaan projek-projek baru yang akan dimulakan pada tahun 2016 seperti Projek Lebuhraya Damansara ke Shah Alam atau DASH; Lebuhraya Sungai Besi ke Ulu Klang atau SUKE; Lebuhraya Pulau Indah; dan juga Lebuh Raya Central Spine Road, dengan izin. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM900 juta bagi projek penguraian Jalan Tun Razak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, RM200 juta untuk menaik taraf jalan-jalan di kawasan Felda dan RM1.4 bilion lagi untuk membina serta menaik taraf jalan-jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Bajet 2016 juga turut menepati hasrat dan strategi kerajaan untuk merapatkan jurang infrastruktur di tiga buah wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini dibuktikan menerusi pengumuman kerajaan untuk mengurangkan jurang accessibility antara bandar dan luar bandar di Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan dilaksanakan secara intensif mulai tahun 2016. Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Bajet 2016 Kementerian Kerja Raya akan menerima peruntukan sebanyak RM5.776 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.703 bilion atau 46.8 peratus ialah di bawah perbelanjaan pembangunan di mana sebahagian besar peruntukan tersebut akan digunakan bagi tujuan meningkatkan jaringan jalan-jalan utama yang lebih selamat dan selesa seperti melaksanakan program membina dan menaik taraf jalan dan jambatan, membina jejambat bertingkat, membaik pulih cerun dan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan titik hitam ataupun black spot, dengan izin. Manakala sebanyak RM2.223 bilion atau 38.5 peratus ialah peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus bagi maksud pembayaran gaji dan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan termasuk menyelenggarakan jalan-jalan persekutuan, bangunan guna sama persekutuan dan cerun. Baki peruntukan sebanyak RM850 juta atau 14.7 peratus lagi disediakan untuk tujuan pinjaman mudah kerajaan bagi pembinaan projek lebuh raya baru. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jasin tidak ada di Dewan, jadi saya akan berikan jawapan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat dari Rantau Panjang, Pengkalan Chepa dan Pasir Puteh juga tidak ada di Dewan pada hari ini. Saya akan berikan secara bertulis. Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Pasir Puteh juga tidak ada di Dewan. Saya akan berikan jawapan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga tidak ada di Dewan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, di samping isu berkaitan projek-projek jalan persekutuan di atas, terdapat juga cadangan projek-projek baru Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat. Antaranya adalah seperti berikut. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Mas memohon kerajaan menaik taraf Jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang sedia ada kepada laluan empat buah lorong dua hala. Ahli Yang Berhormat dari Gerik memohon cadangan projek menaik taraf Jalan Persekutuan 4 dari Gerik ke Pekan Kupang. Ahli Yang Berhormat dari Jerlun memohon projek pelebaran jalan persekutuan Alor Setar ke Kangar iaitu antara sempadan Kota Setar ke Kubang Pasu. Ahli Yang Berhormat dari Sik memohon projek naik taraf jalan persekutuan yang menghubungkan ke Pekan Sik termasuk menggantikan jambatan-jambatan yang sempit.
Ahli Yang Berhormat dari Kota Raja memohon cadangan projek menaik taraf Jalan Bukit Kemuning, Klang. Ahli Yang Berhormat dari Hulu Langat memohon cadangan projek menaik taraf Jalan Hulu Langat ke Dusun Tua Batu 9 ke Batu 18. Ahli Yang Berhormat dari Sekijang memohon dipercepatkan pelaksanaan untuk Pakej 1A projek menaik taraf Jalan Tangkak ke Segamat.
Ahli Yang Berhormat daripada Parit Sulong memohon cadangan pelaksanaan projek jambatan kedua Batu Pahat. Ahli Yang Berhormat dari Kota Tinggi memohon cadangan projek menaik taraf Jalan FT92 bagi Bandar Penawar ke Kota Tinggi. Ahli Yang Berhormat dari Pasir Gudang memohon dipercepatkan pelaksanaan fasa 2 dan fasa 3 projek menaik taraf Jalan Pasir Gudang ke FT17. Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Piai memohon kerajaan mempercepatkan projek membina jalan baru menghubungkan Johor Bahru ke Pontian melalui Pekan Nanas. Ahli Yang Berhormat dari Kudat memohon dipercepatkan pelaksanaan projek naik taraf Jalan Tuaran ke Kudat. Ahli Yang Berhormat dari Sepanggar memohon dimasukkan skop membina jejambat di Jalan Sulaman dan dari Pekan Inanam ke susur Jalan Lintas. Ahli Yang Berhormat dari Libaran memohon cadangan projek jalan pintas Libaran iaitu fasa satu, dua dan tiga. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi permohonan projek-projek baru itu akan diteliti dan dibincangkan dengan agensi pusat dan juga kerajaan negeri. Untuk tujuan pertimbangan dan keseluruhan tempoh Rolling Plan RMKe-11 iaitu dari tahun 2016 hingga tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Sekijang beliau ada di sini telah mencadangkan kerajaan melaksanakan projek perintis membina jalan raya berasaskan getah di The Rubber City, Kedah. Iaitu salah satu projek berimpak tinggi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016. Sememangnya ini merupakan cadangan yang baik Yang Berhormat dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan getah asli ataupun Cup Lump Rubber dalam industri pembinaan jalan di negara ini. Oleh itu Kementerian Kerja Raya akan membawa cadangan ini untuk perhatian dan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan juga Kerajaan Negeri Kedah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah menyaksikan satu memorandum of understanding, dengan izin, telah ditandatangani untuk Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi getah ini untuk melaksanakan kajian mengenai penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya. Ini untuk pengetahuan Yang Berhormat. Isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah disentuh oleh Yang Berhormat Kapar yang telah memohon penjelasan mengenai peruntukan 2016. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang disediakan untuk tahun 2016 untuk tujuan penyelenggaraan jalan-jalan di seluruh negara, jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara adalah sebanyak RM540 juta. Di mana daripada jumlah tersebut RM440 adalah untuk menyelenggarakan jalan-jalan Persekutuan di Semenanjung dan RM100 juta lagi untuk Sabah, Sarawak serta Labuan Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat daripada ...
Yang Berhormat, sekejap.
Yang Berhormat Kapar.
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Sila sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Dalam soalan saya, saya terperincikan untuk Parlimen Kapar. Kalau boleh, kalau tidak boleh hari ini jawapan bertulis pun boleh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, insya-Allah Tuan Yang di-Pertua saya akan berikan jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Tadi agak laju Yang Berhormat go membacakan senarai kami yang meminta jalan-jalan dinaiktarafkan. Akan tetapi saya tidak dengar di hujungnya semua permohonan Yang Berhormat ini akan dilaksanakan atau macam mana?
Yang Berhormat saya mengambil maklum mengenai apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat. Memang laju Yang Berhormat sebab banyak lagi kementerian saya kena laju. Untuk pengetahuan Yang Berhormat saya juga telah nyatakan bahawa permohonan-permohonan ini akan dibincangkan dengan agensi pusat dan juga kerajaan negeri bagi pertimbangan, bagi pelaksanaan Yang Berhormat. The decision is not ours to make.
Saya hendak tambah sedikit saya ada lagi jalan yang saya sebut Yang Berhormat sebut tadi hanya Jalan Bukit Kemuning. Saya juga sebut Jalan Kebun, dua itu minta, terlalu lama, tujuh tahun tidak ada apa yang dilakukan. Terima kasih.
Kita ambil maklum Yang Berhormat. Saya akan berikan Yang Berhormat jawapan secara terperinci secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Lipis beliau juga tidak ada di Dewan hari ini, saya akan berikan secara bertulis. Yang Berhormat Parit Sulong juga tidak ada. Yang Berhormat Kota Samarahan dan kembali lagi kepada Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan ketidakpuasan hati beliau terhadap kualiti penyelenggaraan jalan negeri di kawasan Parlimen Kota Raja. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat penyelenggaraan jalan negeri terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, di mana ia diselenggarakan oleh syarikat konsesi atau kontraktor penyelenggaraan yang dilantik oleh kerajaan negeri. Bidang kuasa kementerian ini hanya melibatkan penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan juga lebuh raya Yang Berhormat. Namun apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam ucapan telah kita panjangkan kepada pengetahuan JKR negeri untuk tindakan. Ahli Yang Berhormat dari Gerik telah mencadangkan peruntukan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan diturunkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan kelas G1. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum penyelenggaraan jalan persekutuan di negara ini telah diswastakan kepada syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan. Kontrak penswastaan ini dibahagikan mengikut zon untuk tempoh konsesi selama 15 tahun. Walau bagaimanapun kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan oleh syarikat-syarikat konsesi turut melibatkan kontraktor tempatan, di mana syarikat konsesi akan memberikan keutamaan kerja kepada kontraktor tempatan mengikut lokasi kawasan jalan. Ahli Yang Berhormat daripada Kalabakan juga tidak ada di Dewan kita akan berikan secara bertulis. Ahli Yang Berhormat daripada Lanang juga tidak ada di Dewan pada hari ini. Ahli Yang Berhormat dari Kuching, Yang Berhormat Kuching ada. Isu status pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bandar Kuching, Sibu, Lanang, Bintulu, Kota Kinabalu, Putatan, Sandakan, Libaran, Labuan, Batu dan Bagai Serai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan dilaksanakan melalui kaedah rakan pelaksana projek atau Project Delivery Partner (PDP), dengan izin. iaitu sebagaimana modul pelaksanaan projek MRT. Ini bermakna kerajaan akan melantik rakan pelaksana projek ataupun project delivery partner manakala pelaksanaan projek pula akan dipecahkan kepada beberapa buah pakej untuk di tender. Di mana keutamaan akan diberikan kepada kontraktor dan juru perunding tempatan. Pembiayaan projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Untuk negeri Sarawak Yang Berhormat kerajaan telah melantik Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd. (LBUSB) sebagai rakan pelaksana projek ini. Untuk mengurus dan memastikan ia dapat disiapkan mengikut kos dan tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Lantikan kontraktor untuk pakej-pakej pembinaan pula akan dibuat secara proses tender. Ia melibatkan cadangan membina dan menaik taraf jalan sepanjang 1,090 kilometer untuk negeri Sarawak. Projek ini akan dibuat secara dua fasa. Fasa 1 melibatkan laluan dari Telok Melano ke Semantan ke Kuching ke Serian ke Sibu ke Bintulu dan seterusnya ke Miri. Manakala fasa kedua pula melibatkan laluan di bahagian Limbang dan Lawas yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2018. Fasa pertama telah dimulakan pada 31 Mac
2015 yang lalu melibatkan jajaran dari persimpangan Jalan Nyabau ke persimpangan Jalan Bakun sepanjang 43 kilometer. Manakala projek kedua pula melibatkan laluan dari Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 kilometer telah dilancarkan pada 1 September 2015 yang lalu. Manakala segmen-segmen yang lain untuk fasa pertama sedang dalam peringkat proses tender pra kelayakan iaitu pre qualification dengan izin dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2016. Untuk Lebuhraya Pan Borneo di Sabah pula skop projek melibatkan naik taraf Jalan Pan Borneo yang sedia ada. Kos projek belum dimuktamadkan dan tertakluk kepada reka bentuk terperinci projek di mana ia akan diteliti dalam bengkel pengurusan nilai.
Pada masa kini, rundingan di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pihak- pihak yang berkepentingan sedang diadakan untuk memuktamadkan perjanjian khususnya melibatkan aspek teknikal dan kewangan. Berdasarkan perancangan, perjanjian konsesi Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dijangka akan dimeterai pada akhir tahun ini. Manakala pembinaan fizikal pula dijangka akan dimulakan pada tahun 2016 dengan tempoh siap ialah di antara enam hingga lapan tahun. Sebagaimana pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2016 tempoh hari, Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah ini tidak akan dikenakan tol. Anggaran kos untuk Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak ialah RM16.1 bilion dan RM12.8 bilion di negeri Sabah. Ahli Yang Berhormat dari Labuan...
Minta penjelasan.
Okey, silakan.
Saya ada sebut apa sebabnya kerajaan memilih LBU sebagai project delivery partner, sedangkan LBU Sdn. Bhd itu tidak ada apa-apa expertise, tidak ada apa-apa pengalaman dalam pentadbiran pengurusan pembinaan jalan raya. Ini soalan pertama saya. Soalan kedua saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, pegawai-pegawai JKR di peringkat negeri dapat buat apa yang dibuat oleh LBU Sdn. Bhd. Kenapa kerajaan hendak melantik satu middle man untuk menguruskan projek itu sedangkan apa yang dibelanjakan oleh LBU ini, semua perbelanjaan mereka akan direimburse oleh kerajaan. Konsultan mereka, engineer mereka, pegawai-pegawai mereka untuk membuat supervising, untuk membuat design, all this will be reimburse by the government. On top of that, the government pay them 6% consultation fee. Nilai 6% ini merupakan RM1 bilion, sedangkan kerja ini boleh dibuat oleh pegawai-pegawai di JKR. Kenapakah kerajaan hendak belanjakan additional RM1 bilion untuk syarikat ini? Bayar RM1 bilion on top of whatever reimbursement cost yang akan dibayar kepada syarikat ini. Apakah rasionalnya? Soalan kedua yang saya hendak tanya, LBU itu merupakan main con sekarang. Mereka akan lantik sub con itu, bukan melalui proses tender terbuka but selected tender. There’s only a few selected one will be given the contract dan harga kontrak ini akan ditentukan oleh LBU, di mana LBU akan mengambil untung 6% from the contract price. Bukankah ini satu conflict of interest? The higher the cost of the project, the higher the 6% will be. The more money that 6% will be. So ini merupakan satu langkah atau satu mekanisme yang dipakai oleh kerajaan yang tidak masuk akal langsung, kenapakah? Why bring on additional financial burden to the government? Sila memberi penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai pelaksanaan projek Pan Borneo ini terutama di negeri Sarawak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pelantikan LBU telah dimuktamadkan di mana pertimbangan sewajarnya telah dibuat. Kalau Yang Berhormat mengatakan syarikat ini tidak ada expertise, itu tidak benar Yang Berhormat. Secara dasarnya Yang Berhormat, mereka ini bukan berperanan sebagai main con, itu tidak tepat. Peranan yang dimainkan oleh LBU lebih berbentuk PDP ataupun project delivery partner. Pihak PDP ini Yang Berhormat, dipilih berdasarkan syarikat tersebut mempunyai kepakaran dan teknikal serta mereka ini memainkan peranan sebagai pemantau serta pengurus ataupun mengurus projek-projek di bawah Pan Borneo yang
akan dilaksanakan oleh pihak lain Yang Berhormat. Itu kurang tepat dan yuran PDP ini Yang Berhormat, adalah berdasarkan KPI yang dikenakan.
[Bangun]
Mereka ini ada KPI Yang Berhormat. Daripada segi kualiti, daripada kos dan masa. Kalau pelaksanaan projek-projek di bawah Pan Borneo ini tidak dilaksanakan mengikut masa, kualiti dan juga kos yang telah ditetapkan, mereka ini akan dikenakan penalti.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tidak tepat Yang Berhormat katakan tender tertutup. Tender sebenarnya untuk kerja-kerja ini dijalankan secara terbuka melalui proses Pre-Q Yang Berhormat ya.
Tender terbuka. Yang Berhormat Menteri, semasa LBU dilantik, projek ini harus dijalankan secara private-public partnership (PPP) di mana LBU akan cari sumber kewangan untuk membiayai projek ini. Selepas itu kerana LBU ini tak sanggup cari sumber kewangan, oleh itu ia ditukar kepada PPP di mana kerajaan akan cari sumber kewangan untuk finance projek ini. Oleh itu, tidak payahlah untuk LBU dilantik sebagai middle man sedangkan pegawai-pegawai di JKR boleh buat kerja ini. Saya juga dimaklumkan bahawa mengikut company search yang saya ada, LBU ini dibentuk khususnya untuk projek ini. Apakah expertise or pengalaman yang mereka ada? Hanya satu atau dua tahun sahaja, apakah yang mereka ada? Ada pedigree, ada cross association because business association with the brother of the Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Petrajaya. Ini soalan pertama saya. Soalan kedua saya ialah saya rasa terkelirulah kerana apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri total cost for the Pan Borneo Highway itu RM28 bilion dan untuk sektor Sarawak sahaja lebih kurang RM16 bilion. Akan tetapi semasa saya meneliti buku anggaran perbelanjaan ini, pada muka surat 133 di bawah Jabatan Perdana Menteri, jumlah anggaran harga projek untuk Lebuhraya Pan Borneo hanya RM10 bilion sahaja. Apakah sebabnya ada percanggahan yang begitu besar? Di dalam buku bajet ini, hanya RM10 bilion untuk jumlah harga projek tetapi yang disebutkan RM28 bilion untuk projek itu. Minta penjelasan.
Yang Berhormat, bertenang Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat ini terlalu emosional dalam membincangkan isu Pan Borneo ini. Jadi saya hendak maklumkan Yang Berhormat, jumlah RM10 bilion itu adalah untuk tempoh lima tahun Yang Berhormat. Untuk tempoh lima tahun, manakala RM28 bilion itu total cost Yang Berhormat. Harap Yang Berhormat boleh menerima penjelasan saya. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat...
Satu soalan yang timbul daripada lima tahun. Mengikut apa yang disebutkan, projek ini akan diselesaikan dalam enam tahun iaitu 2021 akan selesai, complete the whole project. Kalau dalam tempoh lima tahun hanya RM10 bilion, yang baki satu tahun atau dua tahun itu, RM16 bilion akan dibelanjakan untuk projek ini. Ini tak masuk akal. Bolehkah Yang Berhormat Menteri meyakinkan saya proses ini akan dideliver as promise.
Jumlah RM10 bilion adalah untuk tempoh jangka masa yang telah ditetapkan di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan, mengatakan bahawa untuk Sarawak RM1 bilion setahun. Begitu juga di Sabah. Jadi untuk tempoh masa lima tahun itu RM10 bilion lah Yang Berhormat ya. Pada masa yang sama untuk balance daripada jumlah tersebut akan diraise, dengan izin, melalui mungkin daripada segi investment lain ataupun dana sukuk dan sebagainya. Ini belum lagi diputuskan Yang Berhormat ya. Yang commit RM10 bilion, okey. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga...
Ya Tuan Yang di-Pertua.
...Yang Berhormat mengatakan bahawa iklan tender tidak dilaksanakan secara terbuka. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat yang saya sentuh mengenai proses prequalification tadi, iklan bagi proses
prequalification itu telah dikeluarkan dalam akhbar tempatan pada 25 September 2015 manakala sesi pendaftaran kontraktor syarikat telah diadakan pada 29 Oktober 2015 dan disusuli dengan sesi taklimat kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar untuk proses prequalification iaitu pada 30 Oktober 2015 dan seterusnya sesi pembelian dokumen prequalification telah diadakan pada 30 September sehinggalah 5 Oktober. Manakala tempoh syarikat untuk mengemukakan dokumen prequalification kepada PDP bermula daripada 6 hingga 18 Oktober. Jadi adalah tidak tepat apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat bahawasanya tender ini dibuat secara tertutup.
Yang Berhormat Menteri.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Yang Berhormat juga telah mempersoalkan mengapa syarikat LBU dilantik sebagai PDP. Adakah syarikat LBU ini mempunyai expertise dan buku anggaran hanya RM10 bilion. Saya akan juga menambah di sini bahawasanya Lebuhraya Pan Borneo akan dibiayai sebahagian di bawah development expenditure Yang Berhormat ‘DE’ dan bakinya akan seperti yang katakan tadi akan di raise ataupun diadakan daripada dana infra ya.
Yang Berhormat Menteri.
Daripada segi perbezaan kos yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, kaedah pembiayaan- again on kaedah pembiayaan, terdapat dua kaedah pembiayaan iaitu melalui DE dan juga dana infra. Kerajaan akan mendapatkan dana bagi tujuan baki projek tersebut. Itu saja yang dapat saya maklumkan. Yang Berhormat...
Bayan Baru.
Pan Borneo kah?
Ya, ya, sama.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi kata bahawa projek ini telah melalui prequalification. Saya hendak tanya apakah syarikat-syarikat yang telah melalui prequalification sebab saya tahu bahawa highway ini memang satu- consider Malaysia mempunyai syarikat-syarikat yang banyak syarikat-syarikat yang memang bagus- world class in terms of building highways. Jadi saya pun amat terkejut apabila satu company tidak pernah didengar, LBU mendapat projek yang begitu besar RM28 bilion. Ini agak- it is quiet- sorry RM16 bilion, sangat besar. Daripada LBU ini kita tahu bahawa dia punya daripada segi expertise itu dia tidak berapa meyakinkan because to undertake such a- and then PDP ini kalau katakan dia ada delay, ada penalti, dia terpaksa bayar daripada segi PDP dan untuk sebuah syarikat yang baru di set up, yang begitu kecil, dia tidak mampu bayar penalti yang mungkin up to a few hundred million sehinggakan RM1 bilion okay. Jadi saya rasa are we doing the right decision. Adakah ini satu decision yang bagus sementara pada masa yang sama kita mempunyai kontraktor-kontraktor atau highway expertise di Semenanjung atau di mana-mana pun yang di mana track record nya panjang- track record yang bagus, kenapa mereka gagal dalam prequalification. Itu yang satu yang saya tidak faham. Terima kasih.
Yang Berhormat saya tidak akan menjawab yang presumption ya, dengan izin. Izinkan saya hanya menjawab kepada persoalan yang dalam bidang tanggungjawab saya dan juga pengetahuan saya. Untuk menjawab kepada senarai syarikat-syarikat tersebut, saya tidak maklumat pada ketika ini. Saya akan dapatkan secara bertulis.
Pegawai ada, pegawai di belakang ada.
Pada ketika ini Yang Berhormat saya tidak ada.
Oh Yang Berhormat Menteri tidak ada. Pegawai, tidak tahu?
Saya mohon untuk dapatkan secara bertulis.
Yang Berhormat, gulung tadi. Duduk Yang Berhormat Menteri. Duduk dulu. Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk.
Dalam berbahas apabila seorang menjawab, jangan ada seorang pun yang boleh berdiri sebetul dia. Mesti duduk dan dalam juga berbahas sewaktu memberi penjelasan dan sedemikiannya- the point is this.Yang Berhormat Bandar Kuching bila dia berhujah, ada mesej tertentu, why? Apabila Yang Berhormat Menteri jawab, kalaupun jawapan itu tidak memuaskan kepada hati Yang Berhormat Bandar Kuching- the message is already been delivered, dia masuk dalam Hansard. Kalaupun Yang Berhormat Bandar Kuching repeat apa yang disebut di luar, tertakluk kepada peringatan jangan buat kenyataan nanti yang menimbulkan lagi satu masalah iaitu seolah-olah sebagai tuduhan- repeated outside Parliament dan menimbulkan masalah saman menyaman. Once the message is delivered, jawab that’s it. That’s what perbahasan is all about. Jadi bagi saya yang mendengar, saya faham apa maksud Yang Berhormat Bandar Kuching, syarikat tidak ada experience. Okey, Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Itu pula Yang Berhormat Bayan Baru punya permasalahan itu ialah perkara-perkara yang kita buat sebagai tanggapan- what would happen kalau perkara ini berlaku, itu juga tidak dibenarkan kerana something that is not happened before, kerana apa yang juga harus kita faham bahawa kerajaan memang ada dia punya standard procedure. Tindakan kerajaan bodoh bahawa begitu berbilion, ambil syarikat tidak ada backing daripada syarikat-syarikat international dan sedemikiannya. That is understood. I don’t mind to interfere in such thing like that, so that perbahasan kita dapat berjalan dengan baik. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, minta pencerahan sikit. Sebab kita dulu ada experience banyak yang projek tergendala dan terpaksa kita bail out company atau terpaksa kita raise money untuk menyelesaikan masalah-masalah itu. Banyak yang kita ada masalah sebegini. Itu sebab kita hendak tanya Yang Berhormat Menteri have you gone through the due diligence because ini company yang sangat baru and involve RM16 bilion, Tuan Yang di-Pertua.
I see. Now I was listening the argument. Saya mendengar dengan baik. Yang Berhormat Menteri jawab dia kata, saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang direka-reka- presumption but you already delivered your point. That’s what matters. You deliver your point in experience syarikat, why do this because of pengalaman but if you stand up again and repeat that one- that is not right in debate. Kalau umpamanya Yang Berhormat Menteri tidak dapat menjawab seperti yang dibuat, orang juga akan buat persepsi bahawa the Menteri is not well prepared- that the officers are not well prepared but here you are, you stand up again just said ada pegawai di luar, di belakang. So, it sees you are insisting that answer must be coming. That is not the way how to bahas. You delivered your message, the ministry must answer what they have in front. Lacking, then they will be seen as if their incompetence. Message delivered. Just stop there. Then proceed to the next point. Sila Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan.
Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab kepada persoalan Ahli Yang Berhormat dulu sebelum saya memberikan laluan.
Yang manakah? Yang Berhormat Bayan Baru.
Ya.
Ya, sila.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd. ini dilantik menjadi rakan pelaksana projek sebagaimana peranan syarikat usaha sama MMC Corporation Berhad dan Gamuda Berhad dalam pelaksanaan projek Mass Rapid Transit (MRT). Antara justifikasi pelaksanaan projek ini dilaksanakan secara PDP antaranya Tuan Yang di-Pertua adalah kerana projek ini bersifat mega dan melibatkan kos pembangunan yang tinggi.
Pembiayaan pihak swasta melalui pasaran modal melibatkan kos pembiayaan yang tinggi berbanding pembiayaan kerajaan. Projek ini perlu diberi perhatian utama daripada segi pelaksanaannya terutama dalam aspek kawalan kos pembinaan dan tempoh penyiapan projek. Itu justifikasi yang saya boleh kongsikan Tuan Yang di-Pertua. Fungsi serta peranan PDP ini akan dikenakan Key Performance Indicator (KPI). Antaranya seperti yang saya sebutkan awal tadi daripada segi kos iaitu projek mesti disiapkan mengikut kos yang dipersetujui oleh kerajaan. Sekiranya gagal, yuran PDP akan ditolak. Keduanya, projek ini perlu disiapkan mengikut tempoh pembinaan yang dipersetujui oleh kerajaan. Sekiranya gagal, PDP akan dikenakan liquidated and ascertained damages atau LAD pada kadar yang dipersetujui oleh kerajaan. Peranan utama PDP Yang Berhormat, merangkumi kerja-kerja perancangan, penyediaan reka bentuk dan menyediakan pelan perancangan berkaitan perolehan kontrak kerja kepada kontraktor-kontraktor pembinaan, penyediaan dokumen tanda, pembahagian projek pembinaan dan penyeliaan kerja-kerja pembinaan yang akan dilaksanakan oleh kontraktor pembinaan. PDP juga akan menyediakan laporan mengenai kos kerja-kerja pembinaan bagi tujuan bayaran kepada kontraktor, itu antaranya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, PDP tidak akan melaksanakan projek yang berjumlah RM16 bilion tersebut. Sebaliknya semua kerja ini akan di tender. Menyentuh mengenai pre-qualification yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi dibuat berdasarkan kepada beberapa kriteria. (i) kontraktor G7 dan berdaftar dengan CIDB; (ii) mestilah mempunyai ekuiti Sarawak sekurang-kurangnya 70%; dan (iii) JV dibenarkan antara syarikat-syarikat Sarawak dan syarikat Semenanjung, dalam beberapa perkara tertentu. Daripada segi penilaian teknikal, jentera, track record diambil kira Yang Berhormat ya. Penilaian kewangan, net worth mestilah tidak kurang daripada RM30 juta. Jadi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu tidak timbul dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada Yang Berhormat Sandakan, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sama juga, Pan Borneo punya jalan...
Baru hendak jawab pertanyaan Yang Berhormat ya. Baru hendak jawab Yang Berhormat Sandakan Yang Berhormat?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey, baik.
Saya mahu tahu sahaja, jadi cara yang the portion yang Pan Borneo punya di Sabah, adakah sama syarat yang dipakai seperti yang Sarawak? Jadi soalan yang kedua ialah sekarang sudah ada satu company yang dilantik atau bagaimana sekarang?
Untuk Sabah Yang Berhormat masih belum dimuktamadkan lagi. Seperti yang saya katakan dalam jawapan asal saya, dijangkakan- sebab sekarang ini masih dalam proses perbincangan Yang Berhormat, di antara ketiga-tiga pihak iaitu kementerian, pihak kerajaan negeri dan juga MoF. Jadi perbincangan tersebut belum dimuktamadkan lagi tetapi dijangkakan perjanjian akan ditandatangani seawal akhir tahun ini. Jadi kalau Yang Berhormat bertanyakan kepada saya mengenai syarat-syarat, saya tidak boleh memaklumkan pada ketika ini kerana perbincangan masih lagi berlangsung di antara ketiga-tiga pihak tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan lagi. Jadi Yang Berhormat Menteri, sekarang ini berapakah company yang ada bertanding untuk projek ini?
Belum ada company yang bertanding Yang Berhormat ataupun belum ada lagi. Belum ada muktamad ya. Masih lagi
dalam proses perbincangan Yang Berhormat dan saya yakin sekiranya perbincangan tersebut telah dimuktamadkan, sudah tentu perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan, ya Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat dari Labuan membangkitkan isu, mengapakah Wilayah Persekutuan Labuan tidak dilibatkan dalam projek Lebuhraya Pan Borneo? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Labuan, skop Lebuhraya Pan Borneo ini melibatkan jajaran jalan di tanah besar sahaja iaitu laluan menghubungkan antara bahagian Kalimantan, Indonesia ke Sarawak ke negara Brunei Darussalam dan ke Sabah sahaja. Namun demikian, perancangan untuk membina jalan-jalan baru di Pulau Labuan sebenarnya telah dimasukkan dalam dokumen Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) fasa 2 untuk Malaysia Timur di antara 2011 hingga 2025. Ahli Yang Berhormat dari Silam?
Tiada Yang Berhormat.
Beliau tidak ada di Dewan. Isu yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan penyelarasan kadar tol yang melibatkan 18 buah lebuh raya mulai 15 Oktober 2015 lalu yang telah...
Minta penjelasan.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
...Pan Borneo Yang Berhormat?
Bukan Pan Borneo tetapi itu peruntukan untuk jalan-jalan dan jambatan yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya, yang saya sebut peruntukan untuk Semenanjung sini ada RM2.8 bilion. Peruntukan untuk jalan-jalan dan jambatan untuk Sabah tahun depan RM400 juta lebih sahaja. Peruntukan untuk Sarawak hanya RM200 juta lebih sahaja. Kenapakah perbezaan yang begitu besar sedangkan Sarawak merupakan satu per tiga keluasan tanah di negara kita?
Saya memahami Yang Berhormat tetapi izinkan saya untuk menjawab secara mengikut isu Yang Berhormat. So, isu yang melibatkan kementerian saya...
Oh! I see. Okey, okey. Saya fikir Yang Berhormat hendak pergi ke tol sahaja sudah habis.
Agak banyak di bawah kementerian ini. Jadi saya mohon izin untuk menjawab kemudian ya Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi isu ini menarik perhatian ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Termasuklah Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Bagan; Yang Berhormat Jasin; Yang Berhormat Setiawangsa; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Bukit Gantang; Yang Berhormat Tanjong Karang; Yang Berhormat Bukit Katil; Yang Berhormat Bandar Tun Razak; Yang Berhormat Kuala Selangor; Yang Berhormat Hulu Langat; Yang Berhormat Kulai; Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Bintulu; Yang Berhormat Simpang Renggam; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Kanowit; Yang Berhormat Rasah; Yang Berhormat Puchong; dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Ada di antara mereka yang masih berada di Dewan? Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Penswastaan Lebuh Raya Bertol di negara ini telah mula dilaksanakan awal 1980-an di mana objektif utamanya adalah untuk menggalakkan penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam membangunkan bidang infrastruktur negara. Di samping itu, dasar penswastaan ini juga akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mencapai matlamat dan dasar ekonomi negara. Pembangunan lebuh raya menggunakan konsep pembiayaan swasta ataupun lebih dikenali sebagai private funding initiative (PFI). Melalui konsep ini, pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi sama ada melalui pinjaman komersial mahupun sukuk. Memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat tersebut menyelenggarakan lebuh raya tersebut untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna. Dalam hal ini kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan kepada gradual increment, dengan izin, sepanjang tempoh konsesi yang ditetapkan. Ini bagi mengurangkan beban
rakyat terutama pengguna lebuh raya. Kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan konsep user...
Yang Berhormat Pasir Gudang Bangun Yang Berhormat.
...Dengan izin. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soal tol tadi Pasir Gudang memang ada highlight kan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa untuk membantu rakyat dan telah ditandatangani lama. Persoalannya sekarang benda ini, tol di Senai-Desaru ini dari awal lagi selain daripada diadakan jalan, caj yang dikenakan tidak nampak langsung membantu rakyat. Jadi, saya rasa tidak berapa kenalah kalau kata hendak bantu rakyat walaupun agreement telah dibuat lebih awal but it doesn’t reflect that way, dengan izin. Apabila ia menjadi kemarahan rakyat, jawapan yang diberi mestilah kira-kira rakyat boleh terimalah. Kalau saya bawa jawapan daripada kementerian kepada rakyat sebegini, maka bertambahlah rakyat Pasir Gudang dan juga kawasan Tebrau kepada kementerian dan kerajaan seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya memahami apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Izinkan saya juga mengambil kira beberapa inisiatif dan usaha peringkat kementerian dan juga kerajaan dalam isu ini. Saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua, meneruskan jawapan supaya selepas ini juga mungkin Yang Berhormat boleh rationalize daripada segi tindakan-tindakan yang telah diambil. Saya memahami isu khusus lebuh raya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat sendiri pun banyak membangkitkan soal ini sebelum ini. Namun, sekali lagi saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan, sekali gus menjawab juga kepada rintihan Yang Berhormat timbulkan awal tadi. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan konsep user pay. Di mana kadar tol dibayar mengikut jarak perjalanan pengguna. Kadar tol yang ditetapkan di lebuh raya antaranya mengambil kira kos pembinaan, kos operasi dan penyelenggaraan serta kemampuan pengguna. Kerajaan juga telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya yang layak mendapatkan kenaikan tol sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Oleh itu, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian konsesi. Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 ialah sebanyak RM1.1 bilion, manakala pada tahun 2014 dianggarkan sebanyak RM402.99 juta dan bagi 2015 pula untuk tempoh 1 Januari 2015 hingga 14 Oktober 2015 anggaran pampasan sebanyak RM510 juta masih perlu dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan...
Yang Berhormat, saya melihat Yang Berhormat, nanti tunggu ya Yang Berhormat.
Izinkan saya untuk- pampasan- pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberikan kesan berganda atau pun multiple effect, dengan izin, kepada ekonomi negara dan seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada atau menyediakan lebih banyak kemudahan keselamatan seperti membina lebih banyak hospital atau membina lebih banyak sekolah dan sebagainya. Penyelarasan kadar tol bermula 15 Oktober 2015 ini hanya melibatkan lebih raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar. Selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Terutamanya bas yang akan menjadi satu lagi option mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik dan kesesakan ke pusat bandar. Pada masa yang sama, penyelarasan kadar tol ini telah dihadkan kepada RM1 untuk kenderaan kelas sebuah kereta persendirian untuk mengurangkan beban pengguna. Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Tadi Menteri kata tentang isu tol ini konsep user pay. Saya rasa ramai rakyat di luar sana dia tahu bahawa untuk mendapat infrastruktur yang bagus mereka perlulah membayar sedikit tol. Akan tetapi masalahnya sekarang the lopsided agreement yang sehingga kini is a secret, tidak ada orang tahu. Rakyat di luar sana rasa they are betrayed sebab dia bayar hari-hari tapi tidak tahu kenapa kontraknya begitu, tidak tahu tentang details of the contract. Dia rasa banyak lebuh raya telah lama dibina, kosnya telah dapat. Akan tetapi mereka masih mengalami kenaikan harga tol setiap tahun. Jadi itulah masalahnya, the issue is the people feel betrayed by the lopsided highway concession. Soalan kedua saya adalah, pada tahun 2015 buah kerajaan telah membayar lebih kurang RM550 juta untuk pampasan tol. Akan tetapi apabila saya merujuk kepada buku di sini, kalau kita melihat one-off 0800, dia kata 2015 anggaran pampasan bayaran tol itu kosong. Jadi, saya pun masih ingat tahun lepas apabila kita bahaskan isu tol, memang sudah menyediakan peruntukan lebih kurang RM500 juta untuk bayaran tol. Kenapakah sekarang menjadi kosong?
Ini pada peringkat Jawatankuasa nanti Yang Berhormat.
Ini tahun ini, bukan tahun hadapan Tuan Yang di-Pertua. I think it is a technical issue. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Soalan tambahan boleh tak?
Menteri hendak jawab sekali?
Jawab sekali.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Menteri tadi cakap penyelarasan tol itu berlaku pada tahun ini di mana peningkatan tol mendadak. Saya hendak tahu isu ini lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Bayan Baru tadi, isu akauntabiliti. Kenapakah tidak menaikkan tol secara CPI atau ikut consumer price index? Maknanya, kenapakah tidak membuat katakan CPI itu 3% setahun? Kenapakah tidak naik 3% setahun? Akan tetapi secara mendadak ini menunjukkan satu yang tidak betul. 100% increase in the tolls here. Saya tahu sebab saya pergi ke Damansara ini, kenalah daripada RM1 naik ke RM2. So, saya hendak minta penjelasan kepada Menteri kalau boleh, boleh atau tidak, kenapakah tidak ikut CPI dan boleh atau tidak tunjuk kepada rakyat apakah sebenarnya kadar kenaikan tol ini dan bila? Terima kasih.
Ini berkaitan tol Tuan Yang di-Pertua.
Okey, teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya ingat mula-mula bila penswastaan ini mula dilaksanakan. Masa itu saya masih dalam Biro Tatanegara sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Dalam satu ceramah saya ditanya oleh sebuah jabatan kerajaan, seorang jurutera muda bertanya kepada saya, “Tuan penceramah, privatization ini adakah ia privatization ataupun ‘paraitization’? Apakah ia penswastaan atau perampokan?”. Masa itu saya sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saya berikan cirinya sahaja. Kalau ciri begini, makanya itu penswastaan. Kalau ciri begini ia perampokan. Saya kata terpulang kepada saudara membuat keputusan, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini bila rakyat melihat, terutama dalam perubahan dan kenaikan yang mendadak di bandar-bandar dan tol ini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa
Tuan Yang di-Pertua biasa jalan di Kuala Lumpur ini, every corner tau! You masuk sini, tol! You masuk sini, tol! You keluar sini, tol! You masuk sini, tol! [Ketawa] Jadi, tol sahaja. Jadi, saya bimbang Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, rakyat akan confirm ini bukan penswastaan, ini perampokan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?.
Saya mengucapkan terima kasih atas persoalan dan juga segala apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Menjurus ke isu tol ini, saya ingin menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan. Sebenarnya Yang Berhormat, penetapan kadar tol ini mengambil kira kepada beberapa perkara. Termasuklah kos pinjaman, kos pembinaan operasi dan penyelenggaraan. Penyelarasan kadar tol adalah berdasarkan kepada perjanjian konsesi Yang Berhormat. Kutipan tol ini membolehkan syarikat konsesi memenuhi obligasi pinjaman dan menanggung kos operasi dan penyelenggaraan mereka. Mengapa kerajaan perlu membuat penyelarasan tol, ini disebabkan oleh implikasi kewangan yang meningkat jika penangguhan ini kita teruskan Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru.
Sebenarnya perjanjian konsesi ini telah melalui beberapa fasa, Yang Berhormat ya. Perjanjian konsesi juga telah banyak melalui proses penambahbaikan yang berterusan. Kerajaan telah memperkenalkan klausa-klausa baru seperti klausa early exit, toll review mechanism dan KPI dalam proses untuk menambah baik perjanjian-perjanjian yang dilihat sebagai berat sebelah ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya apa yang berlaku sekarang, perjanjian konsesi ini dilihat jauh lebih baik jika dibandingkan..
[Bangun]
Tunggu jawapan habis Yang Berhormat.
Izinkan saya untuk menjawab, Yang Berhormat ya. Lebih baik daripada apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini berlaku financial crisis tahun 1997, jadi bentuk concession agreement (CA) kita adalah lebih memihak kepada pihak syarikat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, perjanjian yang telah dipersetujui bolehlah dilihat atau Yang Berhormat boleh ke perpustakaan di kementerian sekiranya ingin melihat kepada terma-terma perjanjian. Ini adalah untuk perjanjian-perjanjian yang dipersetujui untuk dibuka kepada public, Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Menteri.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana telah admit lah bahawa memang concession agreement itu berat sebelah, terima kasih. This is a very good admission.
Putting words into my mouth.
You admitted. You kata yang dahulu itu berat sebelah dan sembarangan. Jadi saya berterima kasih, it’s okay. I mean, no one is perfect. Kalau sudah silap, buatlah admission. There is no problem. Saya tahu bahawa ada pembaikan dan sebagainya...
Yang Berhormat Kelana Jaya, duduk Yang Berhormat.
...But isunya rakyat di luar sana walaupun ia ada perubahan atau penambahbaikan tetapi rakyat di luar sana masih rasa being sold out, masih rasa tidak setimpal. Whatever you do, they still feel the pinch. Jadi ini kerajaan perlu buat sesuatu.
Juga, saya hendak tanya untuk concession agreement yang baru sahaja, yang lately itu sudah ada di dalam library JKR tapi yang dahulu-dahulu, adakah the first generation of CA itu adakah ia terbuka kepada rakyat juga? Minta penjelasan.
Yang Berhormat kena faham apa saya nyatakan tadi. Kita melalui banyak fasa saya katakan. There is an improvement, Yang Berhormat, yang saya katakan daripada segi klausa-klausa di mana untuk perjanjian konsesi yang dibuat selepas tahun 2001, Yang Berhormat, kita telah memperkenalkan banyak klausa-klausa baru seperti early exit, toll review mechanism, KPI serta penalti yang telah diperkenalkan untuk memastikan bahawa perjanjian ini memberikan senario win-win situation kepada semua pihak. Pihak kerajaan, pihak pengguna dan juga pihak konsesi, Yang Berhormat ya.
Hendak bagi Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat?
Isu yang sama, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya suka Yang Berhormat Menteri ini. She’s very straight forward and she’s very nice. Saya hendak tanya tentang klausa-klausa baru ini ya, sama ada kita ada pakai untuk retrospektif atau tidak? Maknanya pada agreement-agreement lain yang tidak ada klausa-klausa ini, bolehkah kerajaan tekan mereka untuk memberi, memasukkan klausa- klausa baru secara unilateral, kalau boleh, kerana isunya terlalu penting. Kita tahu, semua data daripada The Edge ataupun semua financial paper kata semua syarikat konsesi tol mendapat unconscionable profit. Jadi, penting Yang Berhormat Menteri kena tekan bahawa semua klausa baru ini perlu dipakai retrospectively balik kepada agreement yang lama. Terima kasih dan minta pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat di atas apa yang dikemukakan tetapi izinkan saya untuk menjawab persoalan awal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya mengenai mengapa tol tidak naik berdasarkan CPI. CPI Yang Berhormat, dilihat akan menyebabkan kadar tol berubah-ubah dari semasa ke semasa. Gradual increment adalah lebih baik dan kurang membebankan rakyat dalam isu ini, Yang Berhormat ya. Persoalan privatization. Pembinaan lebuh raya bertol adalah bagi menyokong usaha-usaha kerajaan di dalam mempercepatkan penyediaan infrastruktur-infrastruktur jalan raya dan lebuh raya ini, Yang Berhormat, yang selama ini penswastaan lebuh raya menyumbang 30 peratus daripada keperluan infrastruktur menjadi pemangkin kepada pertumbuhan negara, Yang Berhormat ya. That is not gambaran yang negatif yang kita selalu gambarkan mengenai lebuh raya ini. Sebenarnya banyak memberi pulangan kepada negara terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab persoalan sahabat saya Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Pasir Gudang bahawasanya syarikat sedang mempergiatkan usaha pembaikan di sepanjang jajaran lebuh raya yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sudah tentu...
Yang Berhormat Menteri, minta maaf ya. Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri belum jawab bahawa tahun lepas peruntukan RM550 juta tetapi sekarang saya nampak di sini, anggaran tahun 2015 itu ia sudah menjadi kosong. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri, adakah- Yang Berhormat Menteri tadi kata telah peruntukkan RM550 juta untuk pampasan kan? But, it is not reflected here. Adakah RM550 juta itu telah digunakan untuk pampasan tol atau ia telah digunakan untuk tujuan yang lain? Kalau digunakan untuk tujuan yang lain, apakah tujuan-tujuan itu? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri..
Jumlah RM510 juta itu, Yang Berhormat, adalah menjurus kepada disebabkan oleh kadar tol hanya diselaraskan pada 15 Oktober. Ini untuk to cover from January to October, Yang Berhormat ya.
Already spent?
Memandangkan jumlah ini reflect... It is actually based on the budget for this year.
Already bayar kepada syarikat-syarikat tol?
Mohon izin untuk menjawab secara bertulis, Yang Berhormat.
Boleh juga. No problem.
Oleh sebab kita kena bertanggungjawab atas semua yang kita nyatakan di Dewan ini, jadi saya mohon untuk memberikan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan jawapan. Yang Berhormat Sabak Bernam, beliau tidak ada di Dewan.
Ada, Yang Berhormat.
Ada. Yang Berhormat Sabak Bernam telah membangkitkan mengenai isu status pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) terutama melibatkan jajaran yang menghubungkan antara Tanjong Karang ke Sabak Bernam, Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya WCE akan dibina dengan jajaran baru sepanjang 233 kilometer dengan kaedah penswastaan. Manakala jajaran Tanjong Karang ke Sabak Bernam iaitu sepanjang 50 kilometer dan jajaran Telok Intan ke Kampung Lekir sejauh 30 kilometer akan dinaiktarafkan oleh kerajaan dengan menggunakan jajaran Jalan Persekutuan 5 atau FT05 yang sedia ada. Pada masa kini, proses pengambilan balik tanah sedang giat dijalankan untuk keseluruhan jajaran yang terlibat. Dalam masa yang sama, syarikat konsesi juga telah memulakan kerja-kerja pembinaan di kawasan yang telah selesai dibuat pengambilan tanah iaitu melibatkan jajaran antara Hutan Melintang ke Telok Intan di Perak dan Klang ke Kapar di Selangor. Keseluruhan projek WCE ini dijangka siap pada akhir tahun 2019. Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang, beliau tidak ada di Dewan. Saya akan menjawab secara bertulis. Ahli Yang Berhormat dari Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Jerlun.
Tiada.
Juga tidak ada di Dewan. Sebenarnya isu seterusnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor juga, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan beliau tidak ada, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Namun, izinkan saya menyentuh persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching.
Yang Berhormat Menteri.
Sebentar Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri, alih ke tajuk lain, bolehkah saya bangkitkan perkara yang berkaitan dengan lebuh raya, sebelum itu? Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Ini berkaitan dengan tajuk isu yang telah dibangkitkan tadi iaitu perjanjian- perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan juga syarikat-syarikat konsesi ini. Dianggap sebagai rahsia dan kandungannya tidak diberitahu kepada rakyat dan baru ini bila kenaikan tol dihubungkan untuk beberapa buah lebuh raya di kawasan Selangor khususnya untuk syarikat SPRINT Sdn Bhd untuk memiliki lebuh raya SPRINT itu, saya dapati surat yang
datang dari Lembaga Lebuhraya Malaysia kepada syarikat SPRINT pun macam untuk memberitahu tentang kenaikan tol dan kadarnya. Itu pun adalah dengan setem rahsia dan yang lebih pelik ialah arahan secara bertulis di sana bahawa semua kandungan itu tidak boleh diberitahu kepada mana-mana pihak sebelum pengumuman. Perkara satu lagi dalam surat itu ialah pengumuman kenaikan tol itu mesti diumumkan oleh pihak syarikat walaupun diputuskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Saya diberitahu oleh syarikat itu, bahawa apabila dulu pada masa kenaikan tol sampai dalam mengikut perjanjian itu kenaikan tidak diberikan tetapi pada masa itu pengumuman dibuat oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Syarikat tidak diminta mengumumkan tapi pada kali ini bila tol dinaik menurut keputusan Lembaga itu, syarikat di arahkan kamu yang akan mengumumkan kepada rakyat dan Lembaga tidak akan main apa-apa pertalian. Jadi saya minta penjelasan ada dua aspek satu ialah apakah halangan untuk Kerajaan Pusat untuk mengambil satu sikap yang berlainan tentang isu isi kandungan perjanjian-perjanjian ini dan cara pelaksanaannya. Apa halangan untuk menjadikan proses ini lebih telus, lebih transparent supaya rakyat tahu apakah isi kandungan konsesi? Apakah terma dia? Jumlah kadar kenaikan tol yang akan dihadapi pada masa hadapan, dan apakah untung atau kehilangan untuk syarikat ini?
Ya ringkaskan Yang Berhormat Subang.
Apakah halangan itu yang menghalang Kerajaan Pusat daripada melaksanakan dasar yang lebih telus dan transparent? Kedua ialah kenapa kali ini Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak mengumumkan kenaikan tol seperti amalan- amalan dulu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Subang mana-mana pun perjanjian Yang Berhormat Subang juga merupakan seorang pengamal undang-undang. Yang Berhormat tentu tahu mengenai position ataupun konsep confidentiality. Dalam soal ini Yang Berhormat perjanjian ataupun terma-terma ini boleh didedahkan sekiranya kita mendapat persetujuan daripada pihak konsesi. Pihak yang menandatangani perjanjian tersebut Yang Berhormat Subang. You are lawyer yourself sudah tentu Yang Berhormat Subang memahami dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Subang sebenarnya sebahagian daripada perjanjian konsesi lebuh raya ini sebenarnya telah dikelaskan semula dan ia boleh diakses seperti yang saya katakan tadi boleh di perpustakaan kita di Kementerian Kerja Raya. Kita menjemputlah Yang Berhormat Subang sekiranya Yang Berhormat Subang ingin melihat sendiri mengenai perjanjian itu sebahagiannya ada Yang Berhormat Subang. Sebahagiannya telah bersetuju untuk mengumumkan ataupun mengizinkan terma-terma ataupun perjanjian konsesi ini dilihat oleh rakyat atau pun sesiapa berminat, Yang Berhormat Subang. Mengenai keuntungan Yang Berhormat Subang sebenarnya Yang Berhormat Subang boleh akses kepada laporan kewangan syarikat sekiranya ingin melihat kepada keuntungan syarikat. Selalunya akan dilaporkan secara tahunan dan Yang Berhormat mengenai ...
Yang Berhormat Menteri.
Penemuan kadar tol konsesi, kerajaan berpandangan bahawa sebahagian project owner syarikat konsesi pihak yang sewajarnya yang mengumumkan pelarasan kadar tol yang baru bagi lebuh raya masing- masing. That is itu pendapat kita Yang Berhormat, mereka mempunyai tanggungjawab kerana ini melibatkan lebuh raya mereka. Jadi apa yang paling sesuai merekalah yang membuatkan pengumuman tersebut.
Ya. Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Sedikit penjelasan sahaja. Tentang isu confidentiality itu memang saya tahu terma confidentiality memang ada dalam perjanjian. Itu sudah diketahui secara umum. Isunya ialah satu persoalan kenapa bila kita buat perjanjian dulu
kita masukkan, kita benarkan kemasukan terma itu. Terma confidential itu dalam perjanjian- itu satu.
Yang Berhormat Subang is not fair to ask the question now.
But, dia dibangkitkan itu. Itu sejarah, tetapi juga sekarang apakah halangan untuk kerajaan panggil syarikat dan renegotiate kata ini bukan dalam kepentingan rakyat adalah dalam kepentingan rakyat kita jalankan urusan ini lebih telus dan transparent. Bolehkah kita buat secara terbuka? Itu soalan saya apakah halangan itu, saya tahu perjanjian terma itu ada.
Yang Berhormat Jerlun juga bangun, di belakang sana Yang Berhormat Menteri.
Kedua, iaitu pengumuman itu maksud saya tadi dulu Lembaga umumkan tiada kenaikan tol.
Yang Berhormat Subang yang itu sudah tanya. Mungkin Yang Berhormat Menteri sedang menunggu jawapan dari belakang. Kita tanya. You don’t have to repeat that questions.
Baik. Baik. Ya. Tapi saya nampak jawapan itu tidak macam jawab soalan sayalah.
Tidak apalah sudah jawab. Yang Berhormat Menteri kata sudah jawab. Ya hendak bagi Yang Berhormat Jerlun Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut Yang Berhormat Jerlun tidak ada dalam Dewan sebenarnya saya dalam perjalanan dari tandas. So, sudah masuk.
Maknanya bila dia tidak ada dalam dewan betullah Yang Berhormat Jerlun. Ketika itu tidak ada dalam Dewan [Ketawa]
Sekarang mohon perkenan Yang Berhormat Menteri reverse balik sedikit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua mengenai soalan yang dikemukakan, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang tadi saya telah menjawab Yang Berhormat ya. Kerajaan berpendapat bahawasanya project owner iaitu syarikat konsesi merupakan pihak yang sewajarnya untuk membuat pengumuman mengenai pelarasan tol masing-masing. Itu kita berasa melihat bahawa wajarlah sebagai project owner mereka ini yang mengumumkan rather than the government is doing that part for them, dengan izin.
Ya. Baik. Tapi Yang Berhormat Menteri. Setuju Yang Berhormat Menteri. Penentu keputusan sama ada tol ini naik atau tidak bukan syarikat itu ialah agensi kerajaan iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia yang di bawah pengendalian Kementerian Yang Berhormat Menteri. So, yang buat keputusan itu ialah Lembaga bukan syarikat. Jadi kenapa Lembaga lari daripada mengumumkan kepada.
Lembaga tidak lari Yang Berhormat Subang. Ini keputusan. Seperti juga keputusan kita sebagai...
No. dalam keadaan ini saya nampak. Dalam keadaan ini kita nampak. So, adakah ini dibuat sebab keputusan.
Seorang. Seorang, Yang Berhormat Subang.
Saya belum habis. So, adakah Lembaga sekarang sebab kenaikan tol tidak popular dengan rakyat dia pass the bug down to the syarikat, dengan izin. Dia tidak mahu umumkan macam dulu. Adakah itulah apa yang berlaku.
Saya rasa Yang Berhormat Subang, tugas kami adalah untuk memberikan jawapan. Sekiranya jawapan itu tidak menyenangkan ataupun tidak memuaskan hati Yang Berhormat Subang, saya minta maaf,
tetapi itu jawapan daripada kerajaan. Tuan Yang di-Pertua menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, sebenarnya Yang Berhormat Jerlun telah mencadangkan sistem pembinaan berindustri ataupun Industrialize Building System atau lebih kita kenali sebagai IBS. Digunakan secara meluas oleh pihak swasta dalam setiap projek perumahan dan bangunan komersial. Ini diharapkan akan dapat mengurangkan harga jualan rumah dan bangunan komersial yang dimajukan oleh pihak swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan IBS diperkenalkan ialah untuk meningkatkan produktiviti pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing dalam industri pembinaan. Antara kebaikan penggunaan kaedah IBS, ialah ia dapat mempercepatkan tempoh masa pembinaan, meningkatkan kualiti pembinaan dan dapat mengurangkan bilangan pekerja di tapak pembinaan. Ini sekali gus akan menjadikan tapak pembinaan lebih bersih, selamat dan terkawal.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peningkatan harga rumah kediaman dan bangunan komersial bukanlah disebabkan oleh faktor kaedah pembinaan semata-mata, sebaliknya ia juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sampingan yang lain seperti kos tanah, kos reka bentuk, kos pembinaan, kos upah buruh dan sebagainya. Namun demikian, kementerian ini menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memperuntukkan dana khas sebanyak RM500 juta di bawah SME Bank sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. Ia diharap dapat membantu untuk meningkatkan penggunaan kaedah IBS dalam projek perumahan dan bangunan komersial. Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah sahaja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu- ya sahabat saya Yang Berhormat Kuching.
Bintulu punya jawapan mana?
Sudah jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat Bandar Kuching mungkin selepas ini kita akan mungkin akan minum- minum kopi di belakang.
Bahaya itu minum-minum...
Saya akan berikan jawapan...
Yang Berhormat...
...Persoalan Yang Berhormat secara bertulis.
Bahaya itu Yang Berhormat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Saya rasa jawab sekarang Yang Berhormat Menteri baiklah. Jawab sekarang nanti minum-minum, saya tanya lagilah.
Saya ingin...
Yang Berhormat Menteri, saya rasa jangan runding-runding. Kalau hendak jawab, jawab. Kalau tidak hendak jawab, berhenti di sini.
Sebab ia akan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
...Yang Berhormat, izinkan saya untuk memberikan jawapan secara bertulis untuk menjimatkan masa kerana kita masih banyak lagi kementerian yang akan menjawab pada malam ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tanya soalan saya. Pan Borneo itu alignment boleh ubah kah tidak? You mana ada jawab, saya tunggu di luar sana sudah lama. Itulah saya dengar tidak jawab, saya masuk sini. Saya masuk sini cakap sudah jawab. Ini tidak betul. Jangan kongkalikung.
Saya tidak kongkalikung Yang Berhormat. Apa yang pasti Yang Berhormat, soalan-soalan di mana Yang Berhormat tidak ada di Dewan akan kita berikan secara bertulis termasuklah jawapan...
Termasuklah jawapan Yang Berhormat Bintulu.
...Kerana saya telah...
Jawab sahajalah!
Saya cuma tanya...
Tuan Yang di-Pertua, apa masalah kalau jawab dalam Dewan ini...
...Alignment...
...A question is asked in this Dewan, so it should be replied here, that is a possible.
Yang Berhormat saya faham tetapi...
Saya cuma tanya...
...Isu yang dibincangkan...
You must respect this...
Ya, ya, ya.
...Sangat panjang.
Saya mahu tanya, ini alignment...
Okey, teruskan Yang Berhormat.
...Sekarang kita daripada Niabau sampai Bakun, kita sudah bina Pan Borneo itu. Dari Bakun sehingga ke Miri akan melibatkan banyak masalah, saya kata bolehkah kita daripada Bakun terus masuk ke coastal highway, sekarang sudah dibina sebuah jalan. Jalan negeri yang sudah. Kita sekadar memperbesarkan supaya lane Pan Borneo jadi terus dari sana masuk coastal highway sebab coastal highway, kita juga mahu widening ataupun mahu tambah dua lane jadi empat lane. Kita gunalah peruntukan untuk membinanya. Skor projek juga boleh digunakan dan boleh jimatkan peruntukan. Bolehkah dipertimbangkan semula. Ini rakyat minta bukan saya minta tetapi rakyat yang minta saya minta dengan kementerian. Pertimbangkan semula sebab sekarang coastal road punya jalan sudah sama seperti jalan disko- very pumping, dengan izin. Saya minta dan berharap Kementerian Kerja Raya mengambil perhatian tentang isu ini. Banyak accident berlaku pada waktu malam sebab orang tidak kenal jalan raya itu dan jalan raya itu juga gelap. Orang tidak tahu a lot of area is pumping. Tidak percaya, tanya Yang Berhormat Menteri Wilayah, dia sudah cuba melalui jalan ini, tanya sama dia macam mana. Menteri Wilayah ada di sini.
Kota Tinggi.
Terima kasih Yang Berhormat...
Pendek sahaja.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya pendek sahaja. Mengenai RM500 juta dalam rancangan IBS. Kita maklum 8.4% daripada pemacu ekonomi kita adalah construction dan construction banyak di parti pembangunan sama ada jalan ataupun bangunan. Jadi saya minta kerajaan supaya pakej RM500 juta ini dikerangkakan bagaimana dilaksanakan untuk memastikan IBS ini ada kerangka yang kukuh bukan sahaja
daripada segi pelaksanaannya tetapi juga manusiawinya, berapa ramai yang terlibat, bagaimana kemahiran boleh naik, ini mungkin di bawah CIDB. Jadi saya minta kalau jawapan ini tidak dapat lisan atau secara bertulis, kerangka kerja yang kukuh untuk pelaksanaan RM500 juta IBS ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sekali lagi.
Terima kasih.
Terima kasih bagi peluang. Ini Tanjong Piai. Banyak kali di Dewan ini saya bertanyakan tentang jalan bypass Pekan Nanas sejak RMKe-8 sehingga sekarang ini. Jadi itu salah sebuah daerah yang saya nampak kita tidak ada jalan yang lebar...
Lagu Cina di belakang itu.
...Buat masa kini banyak kesesakan. Minta jasa baik kalau boleh bagi satu jawapan yang tepat sebab setiap kali tanya kita tunggu peruntukan tetapi daripada RMKe-8 sehingga sekarang. Saya nampak agak meruncingkan dan sangat kesal. Sila bantu.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan cadangan yang begitu baik. Untuk Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Bukit Tinggi...
Kota Tinggi.
Kota Tinggi...
Jangan salah sebut.
Memandangkan persoalan yang dibangkitkan melibatkan keputusan dasar, cadangan Yang Berhormat mengenai perubahan jajaran Pan Borneo Sarawak itu akan kita teliti dan kemukakan kepada pihak kementerian dan seterusnya pihak central agency, dengan izin. Begitu juga yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi yang juga akan melibatkan keputusan dasar, kita juga akan kemukakan mengenai kerangka yang telah dicadangkan tersebut.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jajaran yang telah dimuktamadkan di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan JKR Sarawak dan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
...PDP tersebut.
... Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya.
Hari ini tidak boleh jawab tidak apa. Bolehkah nanti bincangkan dalam jawatankuasa mengenai alignment itu.
Yang Berhormat boleh bangkitkan di peringkat jawatankuasa.
Jangan peringkat jawatankuasa saya bangkitkan, Bintulu bangkit nanti jawapan pun sekali lagi kongkalikung pun sama juga.
[Ketawa] Ahli Yang Berhormat daripada...
Habis sudah Yang Berhormat.
That is all. Sudah, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja penjelasan yang mampu kita berikan mengenai isu-isu yang dibangkitkan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan bagi pertanyaan- pertanyaan serta isu-isu yang dibangkitkan yang tidak mendapat jawapan, kita akan berikan jawapan secara bertulis dan kita akan mengambil perhatian dan seterusnya tindakan kepada perkara-perkara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan Usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Wilayah Persekutuan di nombor 17 menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2016 di peringkat dasar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Isnin, 16 November 2015.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Seterusnya giliran Kementerian Sumber Manusia, saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu- apa ketawa di situ Yang Berhormat Seputeh? Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 29 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh 16 isu yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan 13 orang Ahli Dewan Rakyat, ada di antara mereka di sini, ada yang tidak ada. Iaitu Yang Berhormat Permatang Pauh; Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Limbang; Yang Berhormat Shah Alam; Yang Berhormat Kelana Jaya; Yang Berhormat Pandan; Yang Berhormat Tasek Gelugor; Yang Berhormat Sungai Siput; Yang Berhormat Kota Raja; Yang Berhormat Selayang; Yang Berhormat Klang; Yang Berhormat Kota Samarahan; dan Yang Berhormat Kuala Selangor kerana telah membangkitkan isu mengenai gaji dan gaji minimum.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengumuman mengenai kadar gaji minimum baharu telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2016 pada 23 Oktober yang lalu. Dalam ucapan tersebut, kerajaan berpendirian kadar gaji minimum yang baru yang diumumkan baru-baru ini iaitu RM1,000 iaitu untuk Semenanjung Malaysia dan bagi Sabah dan Sarawak RM920 berkuat kuasa pada 1 Julai 2016. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan memutuskan kadar gaji minimum yang berbeza mengikut wilayah, kerajaan cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan jurang perbezaan gaji minimum antara wilayah. Pada masa sekarang, dengan pengumuman kadar gaji minimum yang baru, jurang perbezaan gaji minimum antara wilayah dikurangkan daripada RM100 sebulan pada masa sekarang kepada RM80 sebulan menjelang 1 Julai 2016. Manakala berhubung gaji minimum sektor awam, rakan sejawat saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjawab soalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi ke isu pekerja asing. Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan isu mengenai pengambilan pekerja asing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi memastikan pesanan buruh di negara diisi oleh tenaga kerja tempatan, kerajaan telah mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin mengajikan pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawapan dalam portal JobsMalaysia dan berusaha mendapatkan pekerjaan tempatan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan Sijil Perakuan Pengesahan Majikan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan. Ini bagi memastikan pekerja tempatan tidak dinafikan hak mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan untuk mengajikan pekerja asing. Selain itu, Tuan Yang di-Pertua pengajian pekerja asing hanya diluluskan kepada lima sektor formal iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan yang melibatkan jawatan pekerja am dan satu sektor informal iaitu pekhidmat domestik or domestic workers yang kurang diminati oleh rakyat tempatan. Antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan menarik minat pekerja tempatan untuk memasuki pasaran kerja adalah seperti berikut: (i) mempromosi dan memudah cara peluang penempatan pekerjaan melalui Program Penempatan Pekerjaan (3P) oleh Jabatan Tenaga Kerja; (ii) menggalakkan sektor-sektor yang berinsentif buruh beralih kepada penggunaan mekanisme atau automasi bagi mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing. Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua tidak dapat memastikan pekerja asing tidak melebihi daripada jumlah tenaga guna negara- tidak melebihi 15% daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2020; (iii) mengkaji semula mekanisme levi yang sedang dilaksanakan pada masa kini; (iv) mengkaji semula definisi 3D- dirty, dangerous dan difficult yang dijadikan asas untuk menggajikan pekerja asing berikutan pekerja tempatan yang dikatakan tidak begitu minat untuk memasuki pekerjaan bersifat 3D ini; (v) mengkaji suatu mekanisme yang bersesuaian untuk mengawal pengaliran wang keluar negara oleh pekerja asing; dan (vi) bercadang melaksanakan strict liability ke atas majikan bagi memastikan majikan yang mengajikan pekerja asing melunaskan tanggungjawab mereka selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya pergi...
Yang Berhormat Batu bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengan tekun tadi menyatakan hanya lima bidang yang terhad yang membenarkan pekerja asing. Akan tetapi saya ingin tahu penguatkuasaan kerana kita pergi ke merata tempat baik pun restoran ataupun pergi ke pelbagai industri termasuk sekarang ini pemandu teksi. Kita sudah dapati telah dicerobohi oleh pekerja asing. Ini saya ingin tahu sama ada pihak kementerian ada kaedah untuk memantau supaya pencerobohan ini tidak berlaku. Saya juga tidak dengar tadi jawapan daripada banyak yang kita membahaskan supaya kita pinda kelulusan untuk membenarkan kemasukan pekerja asing ini dari Kementerian Dalam Negeri kepada Kementerian Sumber Manusia. Ini kerana seperti yang telah disebut memantau dengan pelbagai iklan yang telah diadakan, syarikat majikan yang betul-betul ada keperluan pekerja asing sahaja yang kita benarkan. Akan tetapi daripada segi Kementerian Dalam Negeri, mereka tidak semestinya ada maklumat yang tepat tentang pasaran buruh ini. Akhir sekali saya juga ingin dapat satu penjelasan daripada kementerian bahawa ya kita tahu ada 3D tetapi 3D ini bukan sebagai satu fenomena yang jangka panjang sebab kita telah lihat di negara-negara yang berindustri mereka menggunakan akta baik pun akta, pelbagai akta lah termasuk dalam Kementerian Sumber Manusia untuk face-out atau, dengan izin, atau eliminating- eliminate industri-industri yang merupakan labor intensive, dengan izin, dan juga tidak sihat daripada segi penggunaan pekerja. Saya jadi saya ingin dapat tahu sama ada apakah usaha daripada kerajaan untuk mengetatkan lagi syarat- syarat ini supaya kita tidak bergantung pada pekerja asing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak nafikan bahawa pekerja-pekerja asing ini telah didapati di banyak sektor pekerjaan di negara ini. Termasuk yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Batu tadi termasuk restoran dan beliau telah menyebutkan termasuk menjadi pemandu teksi.Kita tidak nafikan. Akan tetapi pendirian kerajaan ialah kita mengambil pekerja-pekerja asing untuk bekerja di bidang-bidang yang telah saya sebutkan tadi. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua ialah ada kemungkinan mereka ini yang didapati bekerja di tempat-tempat yang sepatutnya mereka tidak bekerja seperti di restoran, sebagai pemandu teksi. Ini kerana mereka menyalahgunakan pas lawatan yang ada pada mereka. Saya percaya ramai di antara mereka ini datang ke negara kita dan perkataan yang kita gunakan perkataan pekerja asing tanpa izin.
Tuan Yang di-Pertua, harus diingatkan di sini, pekerja-pekerja asing di negara kita ini yang didocumented, ini bererti pekerja asing yang legal daripada segi undang-undang bilangannya 2.1 juta orang. Akan tetapi kita anggarkan- our estimated is that bagi setiap pekerja asing yang ada di negara kita sekarang, ada yang telah menyatakan, I was given to understand yesterday dalam perbahasan, pihak sebelah sana, menyuarakan bagi setiap pekerja asing yang sah, beliau telah menyebutkan terdapat empat orang, itu salah. Mengikut estimate yang ada pada kita sekarang, ada menunjukkan penurunan iaitu bagi setiap pekerja asing yang sah- legal foreign workers hanya terdapat 0.8%, menunjukkan penurunan. Ini yang kita dapat. You may want to contest me but it is okay... [Disampuk] Jadi mengenai pemantauan dan penangkapan, Yang Berhormat Batu, ia dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri dan bukan di bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih di atas...
Ya, Yang Berhormat Batu bangun.
Sedikit, sedikit. Maksud saya ialah adakah dicadangkan untuk dipindah kepada bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Akan tetapi saya tidak mempertikaikan ada penurunan terutamanya dalam keadaan mata wang Ringgit Malaysia ini makin turun. Akan tetapi saya agak kalau pemantauan itu agak jelas, Tuan Yang di-Pertua pun setuju kalau selepas Parlimen ini kita pergi ke kedai mamak, kita akan dilayan oleh pekerja-pekerja Bangladesh, pekerja India, takkanlah setiap hari kita nampak keadaan ini kita tidak ada kaedah untuk mengambil tindakan? Itu saya agak pelik sekali kerana kalau kita tegas, kata restoran ini tidak dibenarkan, takkan lah,
saya sendiri pun rasa segan kalau sebagai law maker, kita pergi ke tempat-tempat yang sebenarnya kita tahu melanggar undang-undang. Ini yang saya rasa agak dalam keadaan dilema dan kita harap satu penguatkuasaan yang tegas boleh dilakukan. Kalau tidak boleh dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, sekurang-kurangnya mesti ada kerjasama antara kementerian dengan Kementerian Dalam Negeri supaya penegasan untuk memastikan hanya bidang-bidang tertentu yang perlukan pekerja kerana mereka 3D, iaitu yang menggunakan pekerja asing. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, yang menarik saya perkataan kerjasama. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kerjasama di antara Kementerian Sumber Manusia dengan Kementerian Dalam Negeri amat akrab sekali. Sebenarnya sebentar tadi telah diadakan satu mesyuarat iaitu mesyuarat yang dipanggil sebagai High Level Committee mengenai pekerja asing. Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang baru diadakan pada pukul 2.30 tadi isu-isu mengenai pekerja asing. Yang Berhormat Batu, terima kasih. Seterusnya saya pergi ke isu pengambilan pembantu rumah. Yang Berhormat Setiawangsa tiada di sini tetapi Yang Berhormat Kota Raja ada di sini, terima kasih. Already identifying herself. Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu kesukaran pengambilan pembantu rumah asing dan peningkatan kos untuk mengambil pembantu rumah asing. Secara kebetulan dalam HLC meeting yang diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada pukul 2.30 tadi, isu ini telah juga dibincangkan. Pihak kerajaan Tuan Yang di-Pertua, menerusi Kementerian sumber Manusia menyedari akan isu pekerja domestik asing (PDA) yang melarikan diri dan sering dihadapi oleh pihak majikan. Isu ini menjadi bertambah teruk sekiranya tiada jaminan sama ada dalam bentuk ganti rugi atau penggantian diberikan oleh ejen yang menguruskan proses pengambilan PDA yang terlibat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, isu PDA yang melarikan diri merupakan isu yang kompleks dan amat sukar untuk ditangani. It’s a very complicated and complex issue. Ia didapati berpunca daripada pelbagai faktor, sama ada yang bersifat peribadi ataupun situasi luaran PDA berkenaan. Dalam soal jaminan terhadap isu ini, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mewujudkan perjanjian melalui memorandum persefahaman atau memorandum of understanding dengan negara sumber yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini pihak kerajaan telah mengadakan MoU dengan negara sumber Indonesia bagi memperkemas dasar dan pelaksanaan proses dan prosedur kemasukan dan perlindungan PDA daripada negara berkenaan. Menerusi MoU tersebut, majikan yang mengajikan PDA dari Indonesia akan mendapat perlindungan atau jaminan sekiranya PDA yang digajikan melarikan diri. Yang Berhormat Kota Raja, ya please...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik sedikit kepada bila pembantu rumah lari dari rumah ya. Daripada kajian kitalah, sembang-sembang dengan ramai, memang dia ada satu isu yang kompleks tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian daripada pembantu rumah itu menggunakan majikan ini sebagai batu loncatan untuk datang ke negara kita kerana hendak datang dia tidak ada wang dan sebagainya jadi dia menggunakan agensi. Bila dia sampai di sini, di luar sana diaspora ataupun komuniti daripada pendatang asing ini ada. Kita ada established communities, baik daripada Kemboja, Indonesia, Sri Lanka dan sebagainya, semuanya ada komuniti mereka di luar sana. Mereka tahu bila mereka lari dari rumah majikan, mereka boleh dapat kerja di luar sana. Mereka diambil oleh majikan-majikan yang buat perniagaan dan mereka ada kerja. Jadi ini bagi saya ketegasan kita dengan mereka yang lari dari rumah apabila dijumpai ataupun apabila dibuat penguatkuasaannya itu, apakah tindakannya? Apakah tindakan ke atas mereka? Saya ingat kalau saya tanya rekod lah, berapa orangkah yang dapat dikesan? Hampir semua tidak ada. Kemudian saya rasa kita sangat lenient, sangat- sangat begitu lenient kepada pendatang asing tanpa izin ini yang datang melalui jalan yang sah, kemudian menjadi PATI ini. Lagi satu it is a common knowledge Yang Berhormat, kalau kita berbual dengan orang-orang Indonesia yang duduk di sini lama. Mereka boleh
pergi balik anytime melalui jalan laut itu. Maknanya di situ ada jalan belakang, ada sindiketnya, ada rasuahnya, ada pegawai yang tidak amanah...
Yang Berhormat, kan itu menjadi sebahagian perbahasan Yang Berhormat semalam.
Ya, tetapi semalam… [Ketawa] Saya hendak ulang, saya tahu, dengan mengulangnya banyak kali semua akan dapat message. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ia berlaku kita berpendapat kerana pengambilan PDA ketika ini menggunakan mekanisme yang kita ambil B2B atau business-to-business. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil berat akan isu ini. Oleh yang demikian, pada 15 dan 16 Oktober yang lalu, delegasi kita yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Mesyuarat Joint Working Group dengan rakan mereka di Jakarta. Dalam mana kita akan menggunakan mekanisme yang baru iaitu mekanisme yang kita panggil sebagai G-to-G. Mesyuarat telah diadakan iaitu mesyuarat bagi kali kesebelas. Mesyuarat JWG seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur sebelum penghujung bulan November ini. Maka, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, dengan mekanisme G-to-G ini perkara maid, PDA melarikan diri, bukan diberhentikan tetapi saya percaya akan dapat dikurangkan. The questions of maids running away I’m afraid will still arise. Akan tetapi kita menyekat perbuatan sedemikian. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Employment Insurance Scheme. Akan tetapi oleh sebab Yang Berhormat Permatang Pauh yang telah membangkitkan isu ini tidak berada di dalam Dewan, maka saya akan menjawab...
Boleh jawablah. Tidak apa kita...
No, I am not going to answer. Seterusnya, isu pengangguran graduan. Tuan Yang di-Pertua, I will go to the next isu graduan, pengangguran graduan. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pasir Mas ada? Yang Berhormat Tasek Gelugor ada? Tidak ada, tentang isu pengangguran graduan tidak berada di Dewan, maka saya tidak akan menjawabnya di Dewan yang mulia ini. Seterusnya, isu berkaitan dengan Technical Vocational Education Training (TVET). Dalam mana ia telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang- ada di Dewan?...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak ada. Yang Berhormat Kota Tinggi, tidak ada. Yang Berhormat Kuala Krai pun tiada, maka saya skip. Seterusnya, mengenai perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Hulu Rajang ada? Tidak ada pula, ini tidak boleh jawab. Tuan Yang di-Pertua, maka itu sahaja ucapan saya. Mana-mana soalan yang saya tidak sempat jawab di sini, saya berhajat untuk menjawabnya secara bertulis. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Bajet 2016, saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab amat menghargai segala cadangan, teguran, komen yang telah dikemukakan dan akan memastikan tindakan yang sewajarnya diambil. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang giliran Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri.
Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut hadir dan turut serta dalam perbahasan Bajet 2016. Khususnya kepada Ahli Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Sandakan yang telah menyentuh tentang isu Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Yang Berhormat Seputeh yang telah membangkitkan tiga isu berkaitan projek-projek pembangunan di Kuala Lumpur. Sebagai kerajaan yang prihatin seperti mana yang diterjemahkan dalam tajuk Bajet 2016 sendiri iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” Kementerian Wilayah Persekutuan sentiasa berusaha untuk melaksanakan program- program pembangunan demi memastikan rakyatnya dapat hidup selesa, bahagia dan sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Labuan ada. Menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Labuan, Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil maklum dan amat prihatin akan pandangan Ahli Yang Berhormat dan memastikan Wilayah Persekutuan Labuan terus berdaya saing dan dengan izin, sustainable dari sudut kemajuan dan pembangunannya seperti mana kawasan-kawasan lain di Malaysia. Kementerian juga mengambil pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa Labuan merupakan wilayah istimewa yang diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menjadi pusat pembangunan dan perdagangan yang merangsang pembangunan di kawasan sekitar. Bagi memastikan pembangunan Labuan terus mampan dan berdaya saing, kementerian ini dan Perbadanan Labuan serta agensi kerajaan yang lain di Labuan telah mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk melaksanakan di Labuan merangkumi pelbagai skop projek. Dalam sektor pengangkutan, antara projek yang dipohon ialah Pembinaan Terminal dan Jeti Feri Labuan-Menumbok dan Membakul. Pembinaan jalan Kinibenoa ke kawasan perindustrian Ranca Ranca yang akan menghubungkan kawasan penempatan dengan kawasan perindustrian bagi meningkatkan penggunaan tanah serta menggalakkan industri hiliran, dengan izin, oil and gas dan menaikkan taraf jalan dari Pohon Batu (Simpang Tamu) ke Pancur Hitam. Projek ini merupakan sambungan daripada projek fasa satu yang telah siap pada tahun 2013. Projek ini dijangka dapat merangsang pembangunan sektor pelancongan di lokasi yang berhampiran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga sebagaimana jawapan yang telah beberapa kali kementerian ini kemukakan di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan masih berpandangan bahawa belum tiba masanya untuk membina jambatan Labuan. Sebagai alternatif, kementerian ini akan memberi tumpuan kepada Pembinaan Terminal dan Jeti Feri Labuan–Menumbok dan Membakul. Kementerian Wilayah Persekutuan berpandangan cadangan pembinaan jeti yang baru ini akan dapat menyelesaikan masalah perhubungan Labuan dengan Tanah Besar Sabah. Pembinaan jeti dan feri yang baru ini akan dapat mengurangkan sedikit masalah yang dihadapi oleh warga Wilayah Persekutuan Labuan selama ini. Seterusnya, bagi memastikan kekal Labuan berperanan sebagai, dengan izin, financial hub di rantau ini, beberapa projek turut dipohon di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Penambahbaikan infrastruktur telekomunikasi di Labuan sebagai peningkatan perkhidmatan kepada pengguna. Peningkatan Pusat Pemulihan Data Labuan Disaster Recovery Centre (DRC), dengan izin. Peningkatan sistem pendaftaran syarikat sistem Core LI bagi melancarkan sistem sedia ada. Pembangunan sistem pengurusan maklumat bagi memastikan keberkesanan pemantauan operasi kewangan di Labuan dilaksanakan lebih berkesan. Selain projek-projek berkenaan, projek-projek lain yang turut dipohon di bawah projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan Labuan, Pembangunan Bersepadu Pusat Bandar Labuan, Projek Menaik Taraf Pengangkutan Bandar dan Projek Pelancongan di Pulau Papan. Kementerian percaya sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan sebaiknya dan meluluskan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dipohon
tersebut nescaya ia akan dapat memberi kesan dan impak yang cukup besar di Labuan, khususnya dalam sektor pembangunan ekonomi serta pekerjaan kepada warga tempatan. Menyentuh mengenai industri minyak dan gas di Labuan, kementerian ini akan menggerakkan usaha-usaha strategik serta kolaborasi dengan lebih gigih lagi bersama agensi-agensi pusat yang lain serta pemain-pemain industri. Bagi memastikan keistimewaan dan peranan Labuan dalam industri minyak dan gas dapat dikekalkan dipertingkatkan lagi. Di samping itu, kementerian ini akan terus memberi keutamaan dalam menggalakkan agensi-agensi pusat dan kementerian yang berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengangkutan telah menyokong apa juga program pembangunan yang akan melonjakkan ekonomi Labuan pada masa hadapan. Khususnya dalam menjadikan Labuan sebagai hub pengangkutan, pendidikan dan perdagangan di rantau ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu subsidi tambang kenderaan komersial di Labuan. Masih menyentuh isu di Labuan. Ahli Yang Berhormat Sandakan ada? Yang Berhormat telah membangkitkan isu tentang penamatan subsidi bagi kenderaan komersial di Labuan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penamatan subsidi tersebut diputuskan oleh pihak kerajaan selepas meneliti laporan terperinci kajian semula yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertajuk, “Pemberian Diskaun 50 Peratus kepada Kenderaan Komersial terhadap Harga Barang Keperluan Asas dan Bahan Binaan di Wilayah Persekutuan Labuan". Laporan tersebut mendapati pemberian diskaun 50 peratus tidak memberi impak positif kepada kadar penurunan harga barang di Labuan selepas dua tahun dilaksanakan. Berikutan dengan itu, pada 28 Februari 2015, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian diskaun 50 peratus tambang masih diteruskan bagi tambang feri dan bot penumpang sahaja. Penjelasan tentang penamatan subsidi kenderaan komersial telah disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan semasa perjumpaan beliau dengan pengusaha-pengusaha lori Labuan pada 25 Jun 2015. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ahli Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan…
[Bangun]
Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Sila Yang Berhormat Sandakan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi tentang Yang Berhormat Menteri punya jawapan, saya fikir kurang wajarlah sebab…
Yang Berhormat, jangan cakap macam itu Yang Berhormat.
Okey, kurang tidak adillah.
Minta penjelasan ya.
Kurang tidak adil sebab surat penamatan yang satu subsidi ini keluar pada 29 Jun. Jadi, ada setengah tahun dari November 2014 hingga 29 Jun yakni dijanjikan oleh sebuah surat dari Kementerian Wilayah Persekutuan pada 5 Disember 2014 bilang ini subsidi akan diteruskan. Jadi mengapa subsidi yang baru ini sudah mahu tamat- sepatutnya mahu umum ini kepada pengusaha lori dan sebagainya lebih awal. Sebab, pada masa ini iaitu setengah tahun, pengusaha lori komersial itu dia pakai tambang yang lebih rendah sebab sudah tentu itu janji daripada subsidi itu ada. Akan tetapi selepas setengah tahun, subsidi tidak ada, jadi pengusaha ini rugi. Mengikut dia punya claim, sampai RM3 juta. Jadi bagaimana ini? Saya fikir semestinya Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, I think Menteri Wilayah ini mesti setengah tahun tunggakan itu mesti mahu kasi bayarlah. Kalau yang sudah kerajaan umum yang pada 29 Jun, jadi okey, itu kita
faham sebab 29 Jun yang sudah inform pengusaha. Jadi yang belakang itu tidak dapat subsidi. Sebelum itu, kalau subsidi itu tidak beri kepada pengusaha lori komersial itu, saya fikir tidak adil.
Ya, ya, cukup, cukup.
Terima kasih Yang Berhormat dari Sandakan yang ambil perhatian terhadap Pulau Labuan di Wilayah Persekutuan, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat. kita telah meneliti- barangkali fakta Yang Berhormat dapat tersebut diberi dengan tidak betul oleh pengusaha-pengusaha lori. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang telah kita guna pakai bagi menampung pembayaran balik diskaun 50 peratus kepada kenderaan komersial adalah seperti berikut iaitu pada tahun 2013 sebanyak RM5,226,516.50; Disember 2014 sebanyak RM4,459,930.50. Selepas kita membuat kajian dan bila kita telah membuat satu kaedah di mana Pengerusi Perbadanan Labuan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha- pengusaha tersebut, maka kita telah maklumkan kepada mereka bahawa ada juga, untuk makluman Yang Berhormat dari Sandakan, pengusaha yang saya tidak mahu sebut nama di sini, telah memaklumkan kepada perjumpaan tersebut bahawa ini tidak membuat impak kepada penurunan harga di Labuan. Jadi, kita telah mengambil keputusan untuk menarik balik. Itu salah satu sebab. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat telah pun menulis surat kepada saya dan kita akan melihat kalau memang benar pengusaha-pengusaha itu menghadapi kerugian, saya berjanji bahawa kita akan cuba bantu pengusaha-pengusaha tersebut, tetapi dia mesti menunjukkan bawah benar-benar mereka rugi. Ini kerana apa yang telah berlaku untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita beri subsidi ini untuk rakyat mendapatkan harga- harga dan juga barangan makanan dengan murah, tetapi daripada apa yang telah kita laksanakan penelitian, ini tidak terjadi. Jadi saya berjanji kepada Yang Berhormat dari Sandakan, kalau betul, benar mereka menghadapi kerugian sebelum tarikh yang telah seperti Yang Berhormat menyebutkan, kita akan mengambil satu kaedah dan tindakan di mana kita akan membantu mereka. Ini kerana kita ini merupakan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Janji kita akan kita tepati. Kita bukan janji-janji seperti yang sebelah sanalah, janji semua tidak betul... [Disampuk] Jadi, percayalah Yang Berhormat, seperti saya sebutkan tadi, kita akan cuba menyelesaikan masalah ini. Saya pun telah terima surat daripada Yang Berhormat dan kita akan baca dan kita akan minta Pengerusi Perbadanan Labuan untuk bertemu dengan pengusaha-pengusaha ini. Kalau benar mereka mempunyai dengan izin- proof yang mereka mengalami kerugian, kita akan bantu...
[Bangun]
Ya, Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan sikit ya. Jadi…
Yang Berhormat, bagi Yang Berhormat Labuan dulu Yang Berhormat.
Labuan punya turn.
Saya masih topik ini. Boleh beri sekejap ya?
Kita beri kepada Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi bolehkah beri satu tempoh masa berapa lama akan selesaikan satu masalah ini? Sebab, saya dapat tahu pengusaha ini daripada mereka mendapat surat itu pada 29 Jun sampai sekarang pun, lebih lima enam bulan sudah, sudah macam rayuan- rayuan tetapi tidak dapat jawapan, baru sampai saya di Sandakan ini. This is a problem. Jadi minta Yang Berhormat Menteri really take look into the matter. Terima kasih.
Yang Berhormat Sandakan, saya percaya bahawa Yang Berhormat Labuan merupakan Pengerusi Perbadanan Labuan. Dia adalah seorang Yang Berhormat yang gigih bekerja. Selepas didengar apa Yang Berhormat telah sebut, selepas saya terima surat Yang Berhormat tadi, maka kita akan meneliti dan saya percaya bahawa perkara ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin. Yang Berhormat Labuan.
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya terbang ke Kota Kinabalu sekejap lagi, kalau sempat, saya ingin bertanya sedikit kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah. Selepas 32 tahun Labuan sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan, saya merasakan pembangunan yang ada di Labuan itu adalah masih tertinggal dibandingkan dengan apa yang Labuan sepatutnya berada termasuklah banyak perkara yang patut diberikan perhatian oleh kementerian-kementerian yang lain yang mewakili Kerajaan Persekutuan telah mula lupa bahawa Labuan sepatutnya lebih istimewa seperti yang disebutkan juga oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ini termasuklah kita punya fasiliti kesihatan, Hospital Labuan sebagai pusat pendidikan. Labuan cuma ada satu branch campus. Itu pun dijadikan branch campus UMS dahulu disebabkan oleh permintaan…
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
…Permintaan daripada rakyat Labuan.
Yang itu jadi sebahagian daripada perbahasan Yang Berhormat hari itu.
Jadi Yang Berhormat Menteri, sekarang kita ada Menteri yang baru yang lebih agresif, tidakkah patut lima tahun yang akan datang di bawah RMKe-11 ini kita kena lipat gandakan perhatian ke Labuan untuk catch up apa yang telah tertinggal selama 32 tahun selama ini sebagai Wilayah Persekutuan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Labuan. Kalau Yang Berhormat kata 32 tahun tertinggal itu saya tak setujulah kerana banyak pelaburan yang telah dikeluarkan ataupun dilaburkan oleh Kerajaan Pusat untuk Pulau Labuan. Seperti yang telah saya sebutkan tadi bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kita juga mempunyai perancangan-perancangan, berbagai-bagai perancangan dan berbagai-bagai usaha yang kita akan laksanakan untuk memastikan bahawa Labuan akan menjadi pulau yang mempunyai daya saing. Satu perkara lagi yang membimbangkan saya oleh sebab harga gas dengan minyak terlalu rendah, ini yang merunsingkan saya dan kita sedang melihat bagaimana kita dapat mengatasi masalah yang akan kita hadapi pada masa akan datang. Percayalah Yang Berhormat bahawa kita akan sentiasa memerhatikan Labuan dan saya juga sentiasa berbincang dengan kementerian-kementerian lain khususnya untuk mencari kaedah di mana yang terbaik untuk mereka bersama-sama di dalam Pulau Labuan untuk kita dapat majukan pulau tersebut. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ahli Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan tentang dasar pengurangan tapak letak kereta bagi projek-projek pembangunan yang baru di Kuala Lumpur. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa memastikan keperluan tempat letak kereta ditetapkan mengikut dasar pengangkutan yang dipantau oleh kerajaan melalui pelan struktur Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Secara amnya, piawaian tempat letak kereta ditetapkan mengambil kira keupayaan pengangkutan awam bagi mengurangkan tekanan atas kapasiti jalan-jalan raya yang sedia ada. Berdasarkan pelan struktur Bandaraya Kuala Lumpur 2020, model split kenderaan di bandar, pusat bandar ditetapkan pada kadar 40% buah kenderaan persendirian dan 60% pengangkutan awam dengan mengambil kira projek-projek pengangkutan awam, rel yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan termasuk LRT- STAR, LRT-Putra, monorel, komuter serta pembinaan MRT Line1 dan MRT Line 2. Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur menyasarkan bilangan pengguna pengangkutan awam dijangka akan meningkat mencapai 50% menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, nisbah piawaian tempat letak kereta bagi pembangunan baru pengurangan di pusat bandar telah dikurangkan daripada kadar sebuah tempat letak kereta 500 kaki persegi ruang lantai kepada nisbah satu letak kereta nisbah 600 ke-1,000 kaki persegi ruang lantai mengikut jenis aktiviti perdagangan. Selain itu sebagai inisiatif tambahan, pembangunan berhampiran stesen rel di pusat bandar turut diberi insentif pengurangan tempat letak kereta di antara 15% hingga 30%. Pengurangan ini bagaimanapun adalah tertakluk kepada bayaran sumbangan pada kadar RM20,000 bagi setiap kekurangan tempat letak kereta. Hasil sumbangan ini akan digunakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memperbaiki infrastruktur berkaitan seperti laluan pejalan kaki berbumbung menghubungkan dengan pusat transit bagi menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Tuan Yang di-Pertua...
[Bangun]
Yang Berhormat Seputeh bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya kalau ada pilihan, saya rasa ramai di antara kita ini juga suka datang ke Parlimen dengan kereta api lah. Macam Perdana Menteri di Britain, dia pergi kerja dengan naik kereta api. Kawan saya Yang Berhormat Bandar Kuching tunggu saya habis supaya saya boleh hantar dia balik ke hotel [Ketawa] Ini adalah, keadaan ini satu fakta. Fakta yang mana yang banyak tempat di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang ini memang tak ada connectivity. Macam di kawasan saya, sekarang DBKL pergi luluskan semua high rise, manakah ada kereta api? Tak ada bas. So ini satu realiti. Itu sebab saya rasa kalau bagi kita peluang, kalau tambang kereta api dan bas tidak dinaikkan, saya rasa kita semua lebih suka untuk naik kereta api ataupun bas. Jadi itu sebab bagi saya, saya fahamlah kerajaan sudah cuba ada MRT, LRT dan sebagainya, tetapi kita juga haruslah ambil kira. Sekarang kita dalam keadaan yang kurang selamat khususnya bagi wanita. Itu sebabnya sekarang kita lihat ada banyak shopping complex, ada special parking lot untuk wanita. Kalau kita kurangkan semua ini 30% di shopping complex dan sebagainya, jadi ini akan menyumbang kepada ketidaksenangan bagi ramai orang. Jadi ini DBKL jadi tidak mesra kepada rakyat dan selepas itu semua ini habis dibina. Ini jadi dosa tahu kepada penduduk di...
Ya, minta penjelasan. Cepat ringkaskan Yang Berhormat ya, jangan berucap ya.
Ya, ya, ya, itu sebab saya pernah bangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Saya simpati dengan Parlimen kita. Kita parking sampai ke Lake Club sana kerana saya mari sampai ke Bukit Aman sana. Ini keadaan sebenarnya di banyak tempat di KL. Itu sebabnya saya tidak setuju dengan dasar baru DBKL ini. Show me when your LRT, MRT all in place then only you kurangkan sekurang-kurangnya kita lihat ini keadaan boleh terima. Saya rasa ini lebih baiklah, lebih mesra kepada rakyat.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Seputeh yang amat prihatin. Sebenarnya apa Yang Berhormat telah sebutkan adalah dalam penelitian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita sedar bahawa masalah satu, parking. Yang kedua, jalan kita. Untuk makluman Yang Berhormat, buat pada waktu ini untuk makluman Yang Berhormat dengan izin, the road in KL is stressful. Cannot take the traffic. Itu salah satu sebab yang kita hendak kurangkan parking dalam kawasan-kawasan yang tertentu. Akan tetapi saya juga percaya bahawa Yang Berhormat apa yang kita sudah laksanakan, apa yang kerajaan telah laksanakan yang seperti Yang Berhormat telah bangkitkan, dengan izin, the missing link juga akan kita pastikan bahawa missing link ini dapat dipenuhi supaya komuter ataupun pengguna-pengguna public transport ini dengan izin akan dapat sampai ke destinasi-destinasi yang mereka kehendaki.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya pun suka naik train, bukan Yang Berhormat sahaja. Kadangkala saya pun naik train dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral. Daripada KL Sentral saya pun naik train kerana saya suka, lebih suka. Kadangkala bila naik di atas jalan raya ini memeningkan kepala lagi oleh sebab saya lihat, dengan izin, somehow you know, the surrounding. Jadi kita dapat lihat bagaimana kita hendak mengatasi masalah ini. Itulah salah satu kaedah khususnya di dalam business district area, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bahawa kita juga sedang lihat hendak mengadakan satu kaedah di mana barangkali kita akan gunakan the tram system untuk dalam the central business district. Ada juga yang terus tanya pada saya kenapa tidak meletakkan electronic system, elektronik punya kos kepada kenderaan untuk masuk Kuala Lumpur. Saya kata kepada mereka, It is not fair, dengan izin, kerana kita masih lagi dalam pembangunan MRT, LRT dan juga berbagai-bagai kaedah pengangkutan awam yang masih lagi belum dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selepas dapat dilaksanakan dengan sempurna kita akan memastikan bahawa tidak banyak kereta akan dibenarkan dalam Kuala Lumpur kerana saya hendak bagi keselesaan kepada rakyat. Dan saya ucapkan terima kasih kepada pandangan Yang Berhormat. Kita juga sedang lihat bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah trafik yang begitu...
Yang Berhormat Menteri beri jalan sedikit.
Begitu ketara di kawasan Yang Berhormat di Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat menteri. tadi saya berminat dengar tentang ini kita panggil central congestion charge. Beberapa tahun dahulu, tiang untuk laksanakan central congestion charges sudah bina di Jalan Pudu dekat Pavilion. Sekarang, adakah kerajaan walaupun ada cadangan bila mahu wujud tentang central congestion charges ini seperti di Singapura, London dan lain-lain bandar. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat kawan saya Wangsa Maju. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tidak akan kenakan central congestion charge buat waktu ini oleh sebab seperti yang telah saya sebutkan tadi kita akan kenakan central congestion charge ini selepas semua dengan izin public transport completed, connectivity completed dengan izin because to us it is not fair kalau kita hendak kenakan congestion charge bila pengguna rakyat hendak sampai ke Bandarraya Kuala Lumpur, dia akan tertahan di tempat-tempat yang tertentu.
Jadi kita tidak akan laksanakan charges ini sehingga kita selesaikan MRT dan juga seperti saya sebut tadi kita juga sedang melihat bagaimana hendak mengadakan satu kaedah sistem tram di central business district area ini. Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Seputeh juga telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang nasib penghuni setinggan di Lot 260, dan 3240, seksyen 92, Kuala Lumpur di Taman Seputeh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rumah-rumah setinggan di kawasan ini didirikan di atas tanah persendirian. Pihak DBKL- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menetapkan dasar bahawa setinggan di atas tanah persendirian hendaklah diuruskan oleh pemilik tanah itu di mana segala bentuk pampasan atau ganti rugi kepada penghuni setinggan mengikut budi bicara atau keprihatinan tuan tanah tersebut. Dalam hal ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau mengubah keputusan tuan tanah. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh mensyaratkan supaya masalah setinggan diselesaikan sebelum kerja-kerja pembangunan dimulakan melalui kelulusan perintah pembangunan ataupun development order dikeluarkan.
Boleh saya tanya juga Yang Berhormat Menteri? Apakah kriteria yang diguna pakai oleh kerajaan? Saya tidak pasti ini DBKL punya masalah ataupun Pejabat Tanah punya masalah. Di sesetengah tempat macam di pekan dekat Salak Selatan sana yang mana kerajaan baru-baru ini menjualkan tanah kepada orang lain tetapi mereka yang duduk atas tanah itu sama ada factory kah ataupun kediaman, mereka sudah memohon sangat lama kepada DBKL untuk beli tanah yang diduduki itu tetapi tanah tidak diberi kepada mereka tetapi kepada orang luar. Jadi saya rasa ini satu- apakah kriteria yang diguna pakai. Kenapakah the first choice should be given to those who are staying there? Mereka dah rayu, sudah pohon banyak kali. Saya hendak tanyalah sama ada Yang Berhormat Menteri sedar dan apakah kriteria yang dipakai.
Untuk makluman Yang Berhormat, tempat Yang Berhormat telah sebut saya tidak tahu di mana. Walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat ada datanya tolong hantar kepada saya dan kita akan lihat. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadangkala penghuni-penghuni setinggan walaupun rumah, kilang ataupun gerai, kadangkala mereka dapat TOL kerana kita ada perancangan. Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan ada perancangan untuk tanah tersebut. Jadi bila dia dapat TOL, dia tahu bahawa it’s temporary occupation of lease. Jadi bila TOL ini mereka tahu bahawa dia sedar bahawa tanah ini akan diguna pakai oleh kerajaan untuk benda-benda yang tertentu. Kadangkala lepas dapat TOL mereka juga pohon untuk tanah itu untuk diberi kepada mereka tetapi mereka hendak guna pakai seperti apa yang mereka sedang guna pakaikan sekarang. Akan tetapi pada pandangan kerajaan, tempat ini lebih bersesuaian untuk dibangunkan pembangunan yang lain daripada apa yang mereka kehendaki. Itulah sebab tanah itu telah diberi kepada orang yang lain. Tuan Yang di-Pertua, ini Yang Berhormat Seputeh sekali lagi yang telah tanya berkenaan dengan Menara DBKL 2. Soalan yang sama diutarakan oleh Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat Bukit Bintang tidak ada tetapi saya jawab jugalah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berusaha untuk sentiasa memberi perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur. Lantaran itu, pembinaan Menara DBKL 2 ini telah dicadangkan sebagai satu usaha untuk meletakkan semua jabatan utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sebuah lokasi yang sama bagi memberi keselesaan kepada warganya. Akan tetapi selepas penelitian telah dibuat, kita telah memikirkan bahawa kita hendak mengutamakan projek-projek yang bermanfaat secara langsung kepada rakyat. Justeru itu seperti Yang Berhormat telah dimaklumkan dan tahu bahawa kita telah putuskan supaya pembinaan DBKL 2 ini ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga satu kaedah difikirkan sesuai untuk dibangunkan semula kerana kita hendak melaksanakan satu program untuk memastikan bahawa pembinaan yang dilaksanakan ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Jadi kita akan tangguhkan itu.
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Hendak habis sudah Yang Berhormat.
Boleh. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya kita boleh menghargai kebijaksanaan untuk mengumpulkan semua pejabat DBKL dari merata tempat ke sebuah menara yang disatukan. Itu kita tidak ada bantahan. Cuma dalam Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga DBKL harusnya ada perancangan yang jauh, yang lebih jangka panjang sebab kita melibatkan dengan izin- town planning. Malaysia selalu diorang adukan perancangan perbandaran kita di Kuala Lumpur sebagai World Class City tidak ada perancangan yang jangka panjang. Kita baru sahaja, ini bukan salah Menteri yang sedia ada, sekarang tetapi dahulu buat dengan perbelanjaan yang besar untuk renovate menara yang ada sekarang dan berapa million atau juta telah dibelanjakan kemudian kita hendak robohkan untuk bangunkan semula. Ini yang menjadikan kita khuatir dan kita buat objection dan bantahan dan kalau DBKL dan juga kementerian boleh menunjukkan perancangan jangka panjang, sudah tentu kita tidak ada halangan untuk menyatukan operasi DBKL di sebuah tempat untuk convenient of, dengan izin- convenient of the pengguna.
Terima kasih, Yang Berhormat dari Batu. Saya sebenarnya amat kagum hari ini. Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang ini ditanya macam-macam soalan tetapi bajet kita dia tidak setuju juga. Saya pun hairan barangkali Yang Berhormat akan setuju terhadap bajet yang kita kemukakan ini kerana bajet ini merupakan satu bajet yang baik untuk...
Boleh interject sedikit sebelum ini. Saya hendak jelas di sini. Kita tidak menolak perbelanjaan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat, yang kita tolak itu adalah orang yang merancang bajet ini dan kita hendak orang yang merancang...
[Dewan riuh]
Ini, ini, ini, tidak boleh, tidak boleh.
Orang yang merancang bajet ini untuk...
Setiausaha UMNO boleh jawab ini, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat..
Kita not against the Menteri tetapi hanya kepada Yang Berhormat Pekan sahaja, seorang sahaja.
Itu tidak adil, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak menolak apa yang, Yang Amat Berhormat Pekan ataupun Perdana Menteri telah mengutarakan satu bajet, Yang Berhormat sendiri tahu bahawa bajet yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Pekan satu bajet yang baik. Yang Berhormat tidak boleh menolak oleh kerana Yang Berhormat mempunyai persepsi-persepsi, barangkali persepsi-persepsi Yang Berhormat ada itu silap. Ini tidak adil. Jadi saya minta Yang Berhormat bahawa saya bukan...
Saya tarik balik sedikit..
Saya bukan hendak buktikan kepada Yang Berhormat tetapi yang penting...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri..
Kita tahu bahawa bajet ini ada kebaikan dan saya bila saya di sini satu hari saya lihat dan semalam saya juga dapat dengar banyak Yang Berhormat atau pembangkang bangkitkan untuk menanyakan dengan semua Menteri-Menteri telah ditanyakan dengan soalan-soalan seperti Yang Berhormat bersetuju bajet ini. Kalau tidak setuju jangan tanya sahajalah. Okey.
Yang Berhormat Menteri sedikit, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua...
Sedikit, sedikit, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat...
Tidak adil. Tidak adillah Yang Berhormat Menteri kalau tidak tahu. Kalau kita jatuhkan Yang Amat Berhormat Pekan dengan bajet yang baru mungkin Kementerian Wilayah Persekutuan dapat bajet yang lebih besar. Janganlah salah anggap.
Saya tidak- saya tidak...
Janganlah mengambil satu pandangan yang prejudis.
Yang Berhormat Batu...
Kita tidak mengatakan yang bajet tidak akan perbesarkan.
Yang Berhormat Batu, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi bajet kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana kita bersyukur kepada apa yang telah diberi kepada Kementerian Wilayah Persekutuan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan tahu apa keperluan-keperluan yang patut diberi kepada kementerian-kementerian yang ada dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, bila apa kita buat semua salah. Saya minta tolong. Saya minta tolong- please janganlah ada satu persepsi ataupun satu tanggapan yang kerajaan laksanakan ini tidak kira siapa dia pun saya sendiri pun laksanakan program-program adalah salah. Sebenarnya apa yang kita lakukan untuk kebaikan rakyat. Okey.
Kita tidak pernah sebut begitu. Tuan Yang di-Pertua, kita hendak kata kita sokong Yang Berhormat Menteri. Cuma seorang sahaja yang kita tidak sokong.
Tidak bolehlah cakap macam itu.
Itu tidak adil.
Kalau dia kata dia sokong Menteri, dia sokong Perdana Menteri, Menteri tidak ini akan wujud tanpa Perdana Menterinya.
Ya, betul, betul.
You are trying to twist and- itulah sebab masalah yang sekarang ini kita sedang hadapi di negara ini oleh sebab Yang Berhormat-Yang Berhormat pembangkang ini tidak tahu, apa Yang Berhormat-Yang Berhormat cakap. Okey?
Itu tidak adil dalam tuduhan macam itu.
Tuan Yang di-Pertua, ini keluarga- okeylah, okeylah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada...
Itu sahaja?
Sudah habis, Yang Berhormat.
Boleh saya tanya satu soalan?
Boleh, boleh. Apakah hendak tanya lagi? Saya sudah mahu habis, Yang Berhormat mahu tanya lagi.
Ada, ada. Saya tahu Yang Berhormat Menteri sudah sediakan jawapan.
Yang Berhormat, perkara baru jangan bawa, Yang Berhormat. Yang Berhormat bahas itu sudah jawab semua.
No, no, no. Ada satu lagi, Tuan Yang di- Pertua. Saya tahu Yang Berhormat Menteri ada jawapan itu sebab saya tanya. Apakah berlaku kepada park dekat Bukit Jalil sana?
Ini baru ini.
Tiba-tiba dia diselubungi dengan double holding dan selepas itu taman yang ada tanaman yang cantik di bawah jagaan DBKL itu juga telah pun diletakkan- holding. Tidak ada letak papan tanda. Tidak tahu apa berlaku. Semua penduduk datang tanya saya. Tanya DBKL, mereka pun blur.
Yang Berhormat, apa yang kita buat semua salah. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, kita telah benarkan
kawasan tersebut untuk dibangunkan satu sales gallery dengan syarat selepas sales gallery ini diguna pakai, pemaju akan serahkan kepada DBKL untuk dijadikan dewan dalam kawasan tersebut. Seperti tempat Yang Berhormat, saya hendak beritahu Yang Berhormat, ada sebuah kawasan yang Yang Berhormat tidak jaga iaitu tempat basketball di depan Tokong Kuan Yin. Saya telah berbincang dengan wakil Tokong Kuan Yin dan mereka kata dia akan bangunkan dengan cara CSR. Itu saya lakukan tetapi tiap-tiap kali saya lakukan, semua salah. Ini yang kita lakukan untuk rakyat. Jadi kita tidak keluarkan wang kerajaan kerana kita hendak memastikan bahawa ada juga syarikat-syarikat yang akan membantu untuk memastikan bahawa daripada keuntungan yang dia dapat, dia boleh pulang kepada rakyat. Itu yang kita lakukan. Itu pun salah. Yang kita lakukan ini, kita telah buat dan percayalah Yang Berhormat bahawa sesiapa yang hendak pergi ke taman tersebut tidak dihalang. Itu kita pastikan, okey?
Itu tempat yang saya jogging selepas pakai Garmin inilah.
Saya pun ada jam juga, Yang Berhormat. Saya pun ada jam.
Lawan jam, makin panjang Yang Berhormat ya.
Akan tetapi dia buat holding macam ini, tidak beritahu saya, saya pun tidak tahu macam mana jawab.
Yang Berhormat Seputeh, cukuplah Yang Berhormat Seputeh.
Ya, ya, ya. Untuk makluman Yang Berhormat, itu kita telah beri oleh sebab kita ada CSR dan untuk makluman Yang Berhormat, esok bila Tokong Kuan Yin itu hendak buat basketball court itu, saya akan jemput Yang Berhormat bila saya rasmikan, okey?
Akan tetapi Bukit Jalil, apakah berlaku dekat tempat letak kereta?
Ya, selepas the holding itu, bila sudah habis, kita beri sales gallery. Selepas selesai sales gallery tersebut, tempat itu akan diberi kepada kami untuk bangunan dewan untuk digunakan oleh orang ramai. Itu yang kita lakukan.
Ya, duduklah Yang Berhormat Seputeh.
Inilah masalah pembangkang. Apa yang saya lakukan semua dikritik.
Kena beritahu saya. Tidak beritahu saya, boleh bagi sedikit maklumat?
Yang Berhormat Seputeh.
Boleh bagi sedikit maklumat?
Yang Berhormat, sekarang baru Yang Berhormat bertanya. Saya beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat salahkan saya. Saya beritahu sekarang.
Tidak salah. Saya tanya. Tanya betul-betul punya.
Duduklah Yang Berhormat ya.
Boleh bagi maklumat kepada saya?
Boleh, boleh, boleh.
Yang Berhormat.
Boleh. No problem, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, ini sudah jam 8.20 malam. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih...
Tuan Yang di-Pertua.
Hendak bagi lagi, Yang Berhormat?
Ada boleh minta. Satu topik yang public interest. Terima kasih Yang Berhormat. Iaitu demam kepialu atau dalam bahasa Inggeris...
Yang Berhormat, jangan bawa isu baru Yang Berhormat ya.
Ini kerana baru-baru ini apa status sekarang dan bolehkah Yang Berhormat Menteri arahkan DBKL buat checking yang lebih ketat dan serius sebab baru-baru ini ada laporan lebih kurang dua juta ekor tikus di Kuala Lumpur. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, berkenaan dengan masalah ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil satu kaedah. Sehingga kita hantar pegawai-pegawai kesihatan kita untuk pergi memberi injection T2 kepada tiap-tiap tukang masak dalam restoran-restoran di seluruh Kuala Lumpur dan kita dalam keadaan sekarang kita sedang memantau masalah yang sedang dihadapi dan saya berkeyakinan bahawa apa yang kita laksanakan di Jabatan Kesihatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memastikan bahawa dia akan dapat dikawal dengan sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Segala teguran yang telah dilakukan, pandangan, cadangan yang membina, kita akan terima. Kalau yang tidak membina, yang hendak merosakkan rakyat, kita tidak akan terima. Ahli-ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dan akan kami manfaatkan untuk kepentingan bersama. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat- sudah habis.
Tuan Yang di-Pertua, ini penting. Selamat Hari Deepavali. Selamat Hari Deepavali jangan lupa. Deepavali Nalvalthukal. Jangan lupa.
Ya, ya, ya.
Saya cuma hendak ingatkan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan bagi pihak Speaker dan juga Parlimen Malaysia kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat menyambut Hari Deepavali.
Deepavali Nalvalthukal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, vanakam. Vanakam, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin, 16 November 2015.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.26 malam]