Dewan Rakyat · 16 November 2015

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 1,128 turns · 61,089 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said] mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Di-Pertua — Menarik Balik Pemberitahu Usul Oleh YB. Petaling Jaya Selatan Di Bawah Peraturan Mesyuarat 29(1) Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: BismillahiMotion

Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor 27 telah ditarik balik mengikut Peraturan Mesyuarat 29(1) melalui suatu pemberitahuan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan bertarikh 5 November 2015. Sekian.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor · question

1. Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kaedah pembinaan berasaskan Industrialised Building System (IBS) dan Modular dapat mempercepat tempoh siap pembinaan Rumah Kekal Baharu (RKB) yang perlu dibina oleh Kerajaan Persekutuan untuk mangsa banjir.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang begitu cantik dan baik. Ubi kayu bunga selasih, Thank you terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Industrialised Building System (IBS) merupakan sistem atau kaedah bangunan yang mana komponennya difabrikasikan dalam keadaan terkawal sama ada kilang atau tapak bina yang kemudiannya diangkut dan dipasang dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak. Pembinaan Rumah Kekal (RKB) menggunakan kaedah IBS dapat mempercepatkan tempoh siap pembinaan RKB kerana kaedah ini menggunakan komponen prapasang untuk menggantikan pengurangan di tapak yang seterusnya akan mengurangkan tempoh pembinaan rumah kepada 30 hari berbanding 75 hari melalui kaedah-kaedah konvensional. Selain itu, sistem IBS turut menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sisa yang minimum dengan persekitaran kerja kilang yang lebih mudah dikawal. Sistem IBS tidak memerlukan sokongan kayu konvensional dan mengurangkan bahan sokongan dengan penggunaan elemen pemasangan lengkap atau sistem sokongan untuk proses pengurangan di tapak.

Dato' Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Sistem IBS juga menghasilkan platform kerja yang lebih kuat dan selamat dengan elemen pemasangan lengkap. Melalui IBS tapak pembinaan akan lebih selamat, bersih dan teratur dengan pengurangan jumlah sisa serta bilangan pekerja di tapak dan bahan pembinaan prapasang yang sedikit dan jumlah kos pembinaan lebih murah secara keseluruhannya berdasarkan faktor-faktor yang disebut di atas. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan sebentar tadi. Pertamanya, saya ucapkan terima kasih kepada agensi di bawah Yang Berhormat Menteri, JPAM kerana telah sudi membantu khususnya bagi mangsa banjir di Puncak Alam, Kampung Bukit Hijau, Bukit Payung sehingga jam 4.00 pagi malam tadi. Saya cuma mengharapkan agar Kerajaan Negeri Selangor dapat membayar ganti rugi kepada seluruh penduduk dan mangsa banjir yang terjejas disebabkan sistem perparitan dan juga pembangunan yang tidak menentu. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pelan strategik pihak kerajaan terutamanya dalam menyediakan Rumah Kekal Baru bagi menghadapi sebarang bencana terutama sekali bencana alam iaitu banjir untuk mangsa-mangsanya agar mereka mendapat tempat perlindungan pada masa yang cepat kerana ini antara beberapa fokus dan juga kekangan yang sering dilontarkan sekiranya berlaku bencana. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kegagalan Kerajaan Selangor menyediakan perparitan yang baik ataupun yang boleh menampung banjir, saya setujulah dengan Yang Berhormat untuk meminta apa-apa tuntutan tetapi saya percaya yang paling baik sekali ialah Kerajaan Selangor kena bina perparitan. Kita tahu bahawa melalui peruntukan Wakil Rakyat Selangor pun mereka mampu berbuat demikian dan kita berharap ianya diperbaiki serta-merta sebab saya hendak beritahu kepada Kerajaan Selangor bila banjir datang dia tidak memilih parti. Dia tidak pilih ini PKR dia berhenti, tidak dia hentam habis. Jadi bila kita membuat perparitan dan sebagainya kita hendaklah buat untuk semua. Jadi saya setuju.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Highway Karak baru ini tidak pilih parti.

Yang Berhormat Pokok Sena ada soalan tambahan, hendak bangun. Karak Highway saya baru panjat semalam saya akan cerita A sampai Z. Boleh bawa soalan sekejap lagi ya. Okey, yang keduanya ialah RKB. RKB ialah sistem yang terbaik kerana boleh dibuat dengan cepat seperti yang saya sebutkan tadi tetapi bila berlaku rumah runtuh, Yang Berhormat kena tengok aspek ini. Contoh yang berlaku di Kelantan sekarang ini ada 100 rumah dalam kampung itu kebanyakannya rumah daif tetapi yang runtuh satu sahaja. Jadi kita kena bina yang satu itu, orang tidak nampak bahawa yang lagi 99 itu memikirkan kenapalah rumah dia tidak jadi macam itu sebab rumah dia juga daif. Jadi RKB ini hanya kita bina setelah kerajaan menyiasat dan berpuas hati bahawa rumah itu perlu diganti setelah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk perlindungan mangsa di masa akan datang, SOP yang kita siapkan sekarang ini ialah yang pertamanya kita hendak kena buat simulasi, Yang Berhormat. Simulasi penting. Semua daerah telah diarahkan berbuat demikian supaya mengadakan simulasi sebab simulasi ini ataupun latihan sebelum banjir ini membolehkan mereka menentukan siapa yang buat kerja, NGO mana. Jadi kita tidak perlu kelam-kabut bila berlaku sahaja banjir, tampillah orang-orang yang telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja. Sekarang ini orang-orang yang telah diberi tanggungjawab sudah pun menerima tanggungjawab tetapi hendaklah dibuat latihan dan kita akan biayai latihan tersebut. Apa yang berlaku di Kemaman, selepas kita buat latihan, selepas itu banjir terus datang jadi dan dengan itu mereka dapat menghadapinya dengan baik dan sehingga mereka dianggap di antara pengurusan yang terbaik tetapi ada juga kawasan-kawasan lain yang diuruskan dengan baik terutamanya dari segi pemakanan dan juga tempat tinggal. Jadi Ahli- ahli Yang Berhormat akan dijemput selewat-lewatnya minggu hadapan untuk hadir ke satu pameran simulasi.

Oleh sebab sebahagian besar daripada Yang Berhormat ini akan dilantik menjadi Kolonel Kehormat di kawasan masing-masing. Jadi Yang Berhormat akan terlibat secara langsung dengan JPAM dan sudah ada tentera-tentera yang boleh membantu Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat sekarang ini terlibat secara langsung bersama-sama dengan DO, jawatankuasa peringkat daerah dan juga jawatankuasa di peringkat komuniti. Jadi yang paling penting sekarang ini ialah di samping perparitan dan lain-lain lagi persediaan untuk menghadapi banjir itu adalah yang terbaik.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan kelewatan tentang pembinaan- kita banjir tahun lepas pembinaan masih kita belum selesai sekarang kemungkinan lagi satu keadaan yang buruk akan berlaku untuk tahun ini. Ingin saya tanya dengan menggunakan IBS, teknologi IBS ini untuk kita bina RKB, adakah pihak swasta akan terlibat juga, dengan pengalaman mereka terlibat dengan membantu kementerian ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pihak swasta terlibat 100% sebab pembinaan dibuat oleh pihak swasta dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang ini kita akan membina 359 unit RKB dan dijangka siap pada bulan Februari. Di samping itu, unit-unit lain juga yang sedang dibina sama ada secara konvensional ataupun maaf, kita akan bina secara IBS ataupun konvensional semuanya akan siap dalam bulan Februari, Yang Berhormat. Jadi kita sudah bagikan komitmen dan kenyataan tersebut, jadi kita akan buat sebab konvensional ini sesuai di tempat yang sedikit-sedikit boleh tetapi kalau kita hendak buat secara banyak IBS, sebab apa dia akan mengurangkan kos dan boleh cepat. Kalau Yang Berhormat selalu pernah pergi ke bangunan sementara di sana tempat Tuan Yang di-Pertua duduk dan juga lain-lain Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald tempat itu bangunan itu IBS. Kita lihat pembinaannya agak bersih, cepat dan boleh dibuat dua tingkat pun kalau kita mahu sebab apa bentuknya yang ringan. Jadi IBS yang kita perkenalkan ini ialah dapat mempercepatkan pembinaan. Kemudian yang keduanya saya kena sebutkan di sini jumlah keseluruhan rumah yang perlu dibina di Kelantan itu ialah 1,123 Kerajaan Negeri Kelantan akan membina 500 kemudian yang selebihnya 187 ini akan dibina oleh NGO. Jadi NGO dan juga pihak swasta juga terlibat untuk memberi sumbangan kepada pembinaan RKB di Kelantan. Jadi Yang Berhormat, untuk kisah banjir ini kita boleh anggap bahawa ia akan selesai bulan Februari, walaupun banjir berlaku lagi bulan 11, bulan 12 ini sudah pasti ia tidak menghalang untuk kita menyiapkan apa yang telah kita putuskan pada tahun lepas. Terima kasih.

Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSKuala Nerus · question

2. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan prestasi pelaburan dan perdagangan di negara ini serta menyatakan sejauh mana ia terkesan dengan atau memberi kesan terhadap harga minyak dan nilai ringgit semasa.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Daun selasih, daun kayu, Terima kasih, thank you. Kepada Yang Berhormat Kuala Nerus dan Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor dua mengenai pelaburan. Meskipun persekitaran ekonomi pada ketika ini agak mencabar, Malaysia terus kekal kukuh sebagai sebuah destinasi pilihan bagi pelaburan dan perdagangan. Dari segi pelaburan, Malaysia telah mencatatkan jumlah pelaburan yang memberangsangkan dalam tempoh 6 bulan pertama 2015. Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Januari hingga Jun 2015 adalah bernilai RM113.5 bilion berbanding RM112 bilion pada tempoh yang sama tahun 2014. Pelaburan ini melibatkan 2,487 projek dan akan menjana 101,780 peluang pekerjaan. Jumlah pelaburan ini merangkumi pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan sektor pertanian, perlombongan, perladangan dan komoditi.

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar iaitu RM61.7 bilion atau 54.4% daripada jumlah pelaburan tersebut. Ini diikuti dengan sektor perkilangan dengan pelaburan sebanyak RM49.5 bilion atau 43.6% dan sektor utama pertanian, perlombongan, perladangan komoditi menyumbang sebanyak RM2.3 bilion atau 2%. Pelaburan tempatan menyumbang sebanyak RM92.1 bilion atau 81.1% daripada jumlah pelaburan tersebut manakala pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak RM21.4 bilion atau 18.9%. Tuan Yang di-Pertua, jumlah perdagangan Malaysia juga menunjukkan pertumbuhan positif. Bagi tempoh 8 bulan pertama 2015, Malaysia tetap mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM54.25 bilion. Jumlah eksport RM498.08 bilion, import RM443.83 bilion pada tempoh yang sama manakala eksport barangan perkilangan meningkat 3% pada RM398.12 bilion dengan syer 79.9% pada jumlah eksport. Rakan dagang utama yang menyumbang kepada pertumbuhan dalam perdagangan ini ialah ASEAN meningkat sebanyak RM14.54 bilion atau 3.9%, Kesatuan Eropah (EU) RM8.35 bilion meningkat sebanyak 6.2%, Amerika Syarikat RM8.01 bilion atau meningkat sebanyak 7.4%, Australia RM7.48 bilion atau meningkat sebanyak 16.4%, Hong Kong RM6.05 bilion atau meningkat sebanyak 14.5%, Taiwan RM5.94 bilion atau meningkat sebanyak 11.2% dan Republik Rakyat China RM4.54 bilion atau meningkat sebanyak 2.2%. Selain itu pertumbuhan ekonomi negara juga masih kukuh pada kadar 5.6% walaupun berhadapan dengan situasi mencabar ketika ini terutamanya disebabkan jatuhan nilai ringgit dan harga minyak dunia yang seiring. Oleh yang demikian, secara umumnya kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan yang negatif kepada prestasi pelaburan dan perdagangan seluruh Malaysia.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa antara soalan saya ialah sejauh mana memberi kesan kepada nilai ringgit untuk dia meningkat lebih baik daripada sekarang. Cuma saya hendak refer kepada setahun yang lalu Timbalan Menteri pernah menyebut bahawa kejatuhan mata wang boleh membantu untuk kita meningkatkan ekonomi dalam negara dengan kita meningkatkan lagi proses pengeluaran barangan tempatan. Sekarang sudah setahun berlalu kita mengalami kejatuhan mata wang, apakah program atau insentif yang kerajaan buat untuk membantu perniagaan dagangan dalam negara oleh rakyat negara kita ini dalam situasi itu dan adakah kerajaan berhasrat untuk menarik balik sebahagian pelaburan negara kita menerusi Tabung Haji dan juga KWSP sebagai contoh, dibawa masuk kembali ke negara kita, sebahagian daripadanya. Terima kasih.

Memang kita menggalakkan syarikat-syarikat besar terutama GLC yang sekarang ini melabur di luar negara untuk membawa sebahagian daripada pelaburan mereka balik ke dalam negara bagi membantu keadaan ekonomi kita. Pada ketika yang sama kita juga menggalakkan pelaburan-pelaburan dalam negara untuk menggunakan barang buatan tempatan. Ini disebabkan apabila hal kejatuhan nilai ringgit, barangan eksport akan menjadi lebih tinggi dari segi kosnya. Oleh sebab itu jika kita terlibat dalam sektor perkilangan, apabila bahan-bahan dalam kilang tersebut kita import, kos akan meningkat. Oleh sebab itu kita menggalakkan agar digunakan bahan-bahan tempatan lebih untuk kegunaan eksport terutamanya. Pada ketika yang sama kita juga memberikan insentif-insentif yang tertentu. Ada dua insentif kepada pelabur-pelabur ini yang utama. Pertama ialah taraf perintis dengan izin, pioneer status. Ini diberikan 70% ke 100% pengecualian cukai korporat, cukai syarikat jika mereka berada lima hingga 10 tahun di dalam negara kita, itu dipanggil taraf perintis untuk insentif. Satu lagi ialah elaun cukai pelaburan. Sebagai contoh jika mereka berbelanja untuk modal membeli mesin misalnya dan melakukan R&D (Research and Development) maka boleh ditolak ke atas pendapatan berkanun. Jika cukai mereka RM10 juta misalnya, kemudian segala kos modal itu RM2 juta, sepuluh itu tolak dua dan mereka membayar cukai cuma RM8 juta. Jadi itu di antara insentif- insentif yang kita lakukan untuk meneruskan pelaburan dalam negara kita walaupun kita sedang menghadapi situasi ekonomi yang mencabar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Malaysia mencatat lebihan perdagangan

sebanyak RM22.2 bilion baru-baru ini. Angka ini sebenarnya telah memberikan pertambahan kepada eksport kita sebanyak 5.5%. Manakala import kita juga meningkat sebanyak 2.9% dalam masa yang sama. Inilah masa yang sesuai untuk kita meningkatkan eksport kita supaya kita dapat mendapatkan tukaran asing. Apa yang saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya berdasarkan bajet kita pada pendapatan komoditi minyak, minyak mentah sebanyak USD50 setiap satu tong. Setakat manakah kerugian yang akan ditanggung oleh kerajaan setiap dolar apabila minyak mentah turun. Pada ketika ini ia mencatatkan pada angka USD42. Jadi setakat manakah kekurangan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan juga berhubung dengan defisit kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya Timbalan Menteri MITI sekarang, bukan MOF. Soalan itu lebih kepada kewangan, tetapi daripada angka-angka yang kita peroleh setakat ini, kekurangan wang hasil daripada penurunan harga minyak itu ialah dicampur dari segi kekurangan dividen yang diberikan oleh Petronas dan juga kekurangan daripada tax ataupun cukai petroleum jumlahnya untuk tahun hadapan adalah dianggarkan sekitar RM30 bilion Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak RM30 bilion ini kita merasa syukur kerana melaksanakan GST. Tahun hadapan dengan anggaran kutipan RM39 bilion. Walau bagaimanapun RM39 bilion di banding dengan penurunan RM30 bilion bukan bermakna kita ada lebihan RM9 bilion. Ini kerana jika kita melaksanakan SST jumlah kutipannya ialah RM18 bilion. Kita tolak dengan daripada RM39 bilion bererti lebihan RM21 bilion kerana GST, namun kekurangan ialah RM30 bilion daripada hasil petroleum. Jadi masih ada lagi kekurangan pendapatan itu. Akan tetapi sebagaimana yang disebut tadi peningkatan eksport, saya ingin berkongsi di sini dari segi usaha kerajaan untuk meningkatkan eksport. Kita ada MATRADE dan MATRADE ini ada 36 pejabat di luar negara. Daripada 36 pejabat yang sepenuh full- fledged office itu, ada lagi lapan pejabat dari segi pemasaran yang menggunakan local staff. Jadi tujuan kita adakan promosi eksport sebagaimana ditanyakan oleh Yang Berhormat Jasin, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan eksport kita, mengambil peluang daripada kadar nilai ringgit yang rendah itu dari segi teori ekonominya, maka eksport kita akan jadi lebih kompetitif dan berdaya saing di luar. Kita mengadakan trade fair setiap tahun lebih kurang 10 tempat ataupun lebih di seluruh dunia. Kita juga mengadakan sebagai misi pemasaran khusus, specialised marketing mission. Contoh baru-baru ini Yang Berhormat Menteri pergi ke Jeddah, Arab Saudi, Qatar, Riyadh khusus tentang oil and gas. Itu sebagai contoh specialised marketing mission yang kita adakan. Kita juga ada MIHAS, tiap-tiap tahun untuk produk halal dan bukan hanya kita ke luar negara untuk kita mempromosikan eksport tetapi yang menariknya kita juga membawa pembeli-pembeli dari luar ke dalam negara. Bererti kita buat dua hala, bukan hanya kita keluar mempromosikan barang-barang yang kita eksport tetapi pembeli daripada luar akan datang ke Malaysia untuk membeli barangan dan kita bawa mereka itu. Sebagai contoh pada bulan 12 ini kita ada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) misalnya di Melaka peringkat kebangsaan dan kita akan bawa syarikat-syarikat daripada luar untuk membeli barang-barang kita terutama keluaran-keluaran PKS dan IKS daripada luar bandar termasuklah itu ya. Untuk MIDA kita ada 22 lokasi di luar negara dan mereka sentiasa bekerjasama rapat MATRADE dan MIDA untuk memastikan perdagangan dan pelaburan kita akan terus terjamin dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Terima kasih.

Joseph Salang anak GandumPRS · BNJulau · question

3. Datuk Joseph Salang anak Gandum [Julau] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan persiapan membekalkan semua menara komunikasi di kawasan T3 dengan teknologi 3G atau 4G atau yang lebih canggih.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Julau yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua saya pohon keizinan untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan lapan lagi pertanyaan daripada Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Sik yang bertarikh pada 16 November; Yang Berhormat Langkawi, Yang

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kubang Kerian yang bertarikh pada 17, 18, 26 November dan 1 Disember serta Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Bintulu yang bertarikh pada 2 Disember kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Julau dan juga Yang Berhormat Sik, sebenarnya liputan selular di Malaysia telah mencapai 96.8% kawasan berpenduduk dengan langganan berjumlah 45 juta dan pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjalankan usaha membekalkan serta menaik taraf semua menara telekomunikasi Time 3 dengan izin, bagi perluasan liputan 3G. Bagi menara komunikasi komersial milik pemberi perkhidmatan yang masih menggunakan perkhidmatan 2G, kerja-kerja penaiktarafan ke rangkaian 3G sedang giat dilaksanakan. Sehingga kini sebanyak 1,380 lokasi telah pun siap dinaiktarafkan di seluruh negara. Kadar liputan perkhidmatan 3G di Malaysia yang telah diperkenalkan mulai tahun 2009 telah mencapai hampir 85% dengan 20 juta pengguna pada masa kini dan kerja penaiktarafan ini akan terus dilaksanakan secara berperingkat. Untuk kemudahan perkhidmatan 4G pula Yang Berhormat ia masih baru dilancarkan di Malaysia mulai tahun 2013 dan telah mencapai hampir 30% pada masa kini. Setakat ini perluasan rangkaian liputan perkhidmatan 4G sedang giat dilaksanakan di kawasan yang berpenduduk padat seperti di bandar raya besar. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Samarahan, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Bukit Gantang, kementerian telah menyasarkan 75% penembusan jalur lebar pada penghujung 2015. Sehingga kini kadar penembusan telah mencapai kepada 72.2%. Pihak kementerian melalui SKMM dengan kerjasama pihak swasta telah menjalankan pelaksanaan projek jalur lebar berkelajuan tinggi fasa kedua dan projek jalur lebar pinggir bandar ataupun SUBB bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti berkelajuan sehingga 20 megabit per second, dengan izin.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Bagi kawasan Parlimen Samarahan, Telekom Malaysia telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar, Streamyx sebanyak 1,449 port tersedia untuk dilanggan. Sehingga kini, pihak syarikat Telekom telah menerima sebanyak 573 langganan. Bagi liputan rangkaian tanpa wayar 3G pula, sebanyak 65 pemancar telah dibangunkan dan 11 lagi adalah bertaraf 4G ataupun LTE. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Langkawi, kos bagi pelaksanaan 270 WiFi komuniti di Langkawi adalah sebanyak RM28 juta dan kesemua 270 WiFi komuniti ini telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kinabatangan, walaupun tidak ada saya maklumkan, sebanyak 993 menara komunikasi Time 3 telah pun siap dan beroperasi di seluruh negara. Tujuh lagi masih dalam pelaksanaan, 43 daripada 993 menara tersebut telah dilaksanakan di Kinabatangan. Selain daripada itu, tambahan sebanyak 18 menara komunikasi telah dirancang dan akan dibina secara berperingkat bermula tahun 2015 hingga 2017. Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian dan juga Yang Berhormat Bintulu, pelaksanaan kabel fiber optic di bawah projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Fasa 2 dan projek jalur lebar pinggir bandar (SUBB) telah mula dilaksanakan pada bulan Februari tahun ini. Bagi tempoh enam bulan pertama, kerja-kerja yang dilaksanakan lebih tertumpu kepada perancangan laluan fiber optic, perolehan peralatan, mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan kerja-kerja sivil seperti mengorek jalan, memasang saluran fiber utama. Bagi tahun ini, sebanyak 2,900 port telah diperuntukkan bagi negeri Kelantan dan sehingga kini, sebanyak 128 port telah pun siap dilaksanakan di negeri Kelantan. Manakala bagi kawasan Bintulu sebanyak 5,352 port internet jalur lebar telah tersedia dari ibusawat Telekom Malaysia di Bintulu dengan capaian di antara 384 kilobits per second sehingga 50 megabit per second, dengan izin. Pihak kementerian melalui SKMM juga telah merancang untuk menaik taraf ibusawat Sebauh dan Tanjung Kidurong melalui projek jalur lebar pinggir

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

bandar. Projek ini iaitu projek SUBB dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa alat-alat yang canggih ialah meliputi sehingga hampir 85%, tetapi apa yang malangnya adalah dalam 15% yang tidak ada alat-alat yang canggih ini adalah di pedalaman. Oleh yang demikian, berapa banyakkah pusat-pusat internet desa yang akan dibangunkan untuk menampung kehendak di pedalaman? Terima kasih.

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sebenarnya, seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet baru-baru ini iaitu sejumlah lebih kurang 1,000 lagi menara telekomunikasi akan dibina di seluruh Malaysia. Kita telah melalui berbagai-bagai fasa iaitu fasa pertama iaitu sejumlah 400 telah pun dilaksanakan dan kedua lagi iaitu antara jumlah 300 dan selebihnya 300 lagi akan dilaksanakan secara berperingkat. Mengenai dengan Pusat Internet 1Malaysia seperti yang telah saya maklumkan di jawapan sebelum ini juga, kita telah merancang beberapa buah pusat internet yang akan disediakan di beberapa buah kawasan termasuklah, insya-Allah di kawasan Yang Berhormat Julau juga. Jadi, daripada segi secara terperincinya, tidak ada maklumat bersama saya. Saya boleh bagi komitmen kepada Yang Berhormat yang hadir bahawa perancangan telah dirangka yang mana kawasan yang memerlukan kemudahan dari segi Pusat Internet 1Malaysia, ia akan dibina. Ini kerana sebenarnya kemudahan Pusat Internet 1Malaysia ini adalah lebih memberikan pendedahan kepada masyarakat di luar bandar terutamanya untuk mengakses internet. Ini kerana dengan adanya kemudahan yang disediakan, sejumlah lebih kurang dalam 10 komputer untuk latihan dan 10 untuk pembelajaran, akan membolehkan kita terutamanya masyarakat di luar bandar dapat mengakses maklumat yang berinformative. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri terangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah yang dimaksudkan 3G, 4G ataupun 5G untuk Malaysia? Setakat ini berbanding dengan Korea Selatan misalnya, apakah tahap Malaysia?

Dato' Jailani bin JohariUMNO · BNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, kalau saya hendak memberikan taklimat secara teknikal itu, mungkin agak keliru. Jadi mungkin saya bagi secara general. Kewujudan menara-menara terutamanya adalah untuk memberikan akses kepada liputan selular sama ada melalui data ataupun suara secara elektifnya. Kalau Yang Berhormat lihat di awalan apabila pembinaan menara telekomunikasi, kita lihat adalah lebih menjurus kepada 2G iaitu suara sahaja. Jadi, apabila kita bercakap mengenai konsep 2G dan 3G ini akan meliputi data. Seperti yang saya telah menjawab sebelum ini, daripada segi kadarnya, semenjak diperkenalkan dari tahun 2009 iaitu 3G telah mencapai hampir 85%. Itu untuk 3G. Bagi 4G pula, kerana ia baru dilaksanakan sekitar tahun 2013, ia telah mencapai hampir 30%. Kerja-kerja penaiktarafan ini sedang dilaksanakan kerana kita tahu menara yang 2G, dengan izin, adalah berjumlah lebih kurang dalam 10,000 di seluruh Malaysia. Jadi kita akan mengambil proses yang mengambil masa yang mana kita akan cuba menaik taraf daripada 2G kepada 3G dan ada di kawasan bandar terutamanya seperti yang telah saya maklumkan tadi, penaiktarafan kepada 4G. Terima kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul AzizPAS · GSBachok · question

4. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan bagi mengawasi penapisan filem negara.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) berperanan untuk menapis semua filem dan bahan publisiti filem yang hendak ditayang, dijual, diedar dan disiarkan kepada umum di negara ini. Semua bentuk filem sama ada dikeluarkan di dalam negara ataupun luar negara wajib melalui proses penapisan filem oleh LPF terlebih dahulu sebelum ditayangkan, dijual, diedar dan juga disiarkan di negara ini selaras dengan keperluan undang-undang di bawah Akta Penapisan Filem 2002.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sri Aman

Empat aspek utama yang diberi perhatian oleh LPF dalam menapis filem ialah: (i) ketenteraman awam dan keselamatan; (ii) sosiobudaya; (iii) keagamaan; dan (iv) kesopanan dan ketatasusilaan. Semua bentuk adegan yang dianggap keterlaluan dan melampau yang melanggar empat aspek utama penapisan filem tersebut tidak akan diluluskan atau akan dipotong sewajarnya. Dalam hal ini, filem-filem yang ditonton tapis oleh LPF juga akan diklasifikasikan mengikut kesesuaian had umur penonton iaitu U, P13, 18 seperti huraian berikut: (i) U adalah untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem ini memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran positif; (ii) P13 memerlukan penonton di bawah umur 13 tahun perlu diberikan bimbingan oleh ibu bapa atau penjaga kerana filem mengandungi sedikit unsur-unsur ganas dan juga seram; dan, (iii) kategori 18 ialah untuk tontonan golongan yang berumur 18 tahun ke atas. Filem ini mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan ataupun yang menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik. Selain LPF, penapisan filem di negara ini turut juga diawasi oleh Jawatankuasa Rayuan Filem yang ditubuhkan di bawah seksyen 21 Akta Penapisan Filem 2002. JKRF ini berperanan untuk menimbang semula keputusan penapisan oleh Lembaga Penapis Filem sekiranya terdapat rayuan daripada pihak pemunya ataupun pengedar filem dan bahan publisiti filem.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu penapisan filem di negara kita ini agak menarik dan Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan penapisan filem. Ada pro dan kontranya dan kita boleh lihat dalam masyarakat kita yang bercakap mengenai penapisan filem ini dan kita begitu menyokong tindakan kerajaan.

Kita sentiasa mengajak kerajaan supaya melihat kepada agama Islam. Keperluan kita untuk melihat pada agama, budaya dan nilai sosial negara kita. Dalam keadaan kebanjiran filem-filem luar yang boleh merosakkan anak muda, terutama sekali yang begitu terpengaruh dengan filem dalam televisyen. Cuma isu yang saya hendak bangkitkan ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri bulan Ogos baru-baru ini yang mengkritik LPF yang menganggap LPF ini jangan undur ke belakang. Saya ambil satu kenyataan beliau, “Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal”. Ini kenyataan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya ingat ini sudah jadi macam satu konflik dalam kerajaan, bukan hanya dalam masyarakat. Kalau yang kontra itu adalah masyarakat, itu boleh kita bincang. Akan tetapi isunya adalah ini ditimbulkan oleh Menteri sendiri, bulan Ogos baru-baru ini. Soalan saya, saya ringkaslah, apa jaminan kerajaan bahawa pihak kerajaan akan terus konsisten dengan garis panduan yang telah digariskan, yang lebih islamik di sebalik pro dan kontra di pihak kerajaan sendiri? Ini soalan saya.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Memang pada jawapan awalnya tadi memang kerajaan telah mengadakan ataupun kita ada Lembaga Penapisan Filem dengan panduan-panduan yang telah diutarakan. Kita memanglah kalau seorang bercakap seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, seorang Menteri, kita memastikan filem-filem itu ditapis mengikut prosedur-prosedur yang sedia ada. Jadi, tidak mungkin kita akan mengubah fikiran. Jadi, Lembaga kita ada prosedur, kita ada ahli dan kita akan terus menapis filem seperti yang dikehendaki oleh Akta Penapisan Filem 2002. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada isu penapisan filem ini, saya ingin menyentuh tentang isu mutu ataupun kualiti bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada filem-filem asing. Oleh kerana saya lihat penterjemahan ataupun maknanya bukan sahaja salah tetapi lari daripada maksud jalan cerita itu. Jadi, kita lihat perkara ini telah berlarutan begitu lama. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan untuk melihat perkara ini? Supaya nilai-nilai kefahaman dan pembelajaran bahasa Melayu daripada filem-filem asing yang diterjemahkan tidak menjadi keliru ataupun tidak dapat dimanfaatkan. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian ataupun badan-badan berwajib untuk melihat perkara ini yang telah berlarutan begitu lama sehingga kini? Terima kasih.

Tuan Masir Anak KujatPRS · BNSri Aman

Yang Berhormat Kuala Kangsar, memang saya prihatin mengenai penterjemahan. Kadang-kadang bukan kita sahaja di Malaysia, filem dari Indonesia bila diterjemahkan juga salah maksud dari segi tulisan asal ataupun apa yang dicakapkan dalam filem itu. Saya akan mengambil maklum tentang perkara ini dan saya akan menyemak dan membawa perkara ini kepada Lembaga Penapisan Filem untuk membuat penterjemahan yang sesuai. Terima kasih.

Abdul Latiff bin AhmadUMNO · BNMersing · question

5. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini dua buah kapal latihan TLDM yang dibina oleh Syarikat NGV Tech dan usaha- usaha yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelamatkan pembinaan kapal berkenaan yang dianggarkan telah siap 70% pembinaannya.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin BaharumUMNO · BNTimbalan Menteri Pertahanan · Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Mersing iaitu mantan Timbalan Menteri Pertahanan yang sentiasa mengambil berat mengenai perkembangan di kementerian ini walaupun Yang Berhormat telah tidak bersama-sama di kementerian ini. Mengenai isu ini Yang Berhormat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa kedua-dua kapal tersebut yang terbabit adalah milik Kerajaan Malaysia. Ekoran daripada itu kementerian telah selesai menunda kapal-kapal tersebut ke Limbungan Great One Marin Shipyard Sdn. Bhd. Lumut selaku syarikat yang dilantik sebagai kontraktor penyelamat pada 1 September 2015. Kerja-kerja pemindahan peralatan selesai pada 6 September dan kerja-kerja pemulihan akan diteruskan sebaiknya segala kertas-kertas yang patut diselesaikan, diselesaikan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita tak boleh tunggu mahkamah sebab ancaman keselamatan negara perlu diteruskan, latihan perlu juga dimantapkan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Sepatutnya kapal ini sudah siap dan boleh beroperasi dan menyediakan latihan yang bersepadu pada pegawai dan juga kru Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya hendak tanya, dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, sudah pasti latihan bersepadu ini akan terjejas, satu. Sebelum TLDM membuat keputusan untuk membina kapal latihan ini, kru dan juga pegawai dilatih di atas kapal-kapal perang yang sedia ada. Saya hendak tahu, setakat mana latihan ini terjejas? Pada satu ketika dahulu, soalan kedua, akreditasi dan juga standard latihan TLDM ini dibuat untuk keperluan perang sementara semua kapal sama. Cuma kapal perang ia ada peralatan senjata dan taktikal peperangan. Saya hendak tanya sama ada akreditasi yang dibuat untuk pelatih-pelatih kita dan juga pegawai-pegawai kita diseragamkan dengan keperluan standard internasional atau kapal perdagangan supaya apabila mereka bersara, mereka tidak perlu menduduki peperiksaan Master atau pun MUET mengikut kategori berat kapal tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Seperti mana yang Yang Berhormat tahu, masalah tergendalanya pembinaan kapal ini ialah kerana bukanlah kerana pemantauan pihak kementerian dan juga

TLDM. Akan tetapi sebenarnya apabila syarikat ini di wind up oleh Maybank pada ketika itu, maka aset-aset syarikat ini telah dibekukan. Maka, inilah yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan kapal ini tergendala. Sebenarnya, pembinaan kapal ini mengikut jadual. Kapal yang pertama telah siap 90% dan yang kedua 70% seperti mana yang telah dijadualkan. Kita berpuas hati dengan syarikat yang berkenaan kecuali ia menghadapi masalah lain yang menyebabkan projek ini tergendala. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan latihan, latihan seperti biasa juga. Kita sentiasa mengadakan latihan-latihan di kapal-kapal yang sedia ada. Mengenai perkara yang disebutkan iaitu modul latihan, memanglah modul latihan yang diadakan adalah sesuai untuk ketenteraan yang ada pada kita sahaja. Akan tetapi walau bagaimanapun, setakat ini kiraan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat itu sedang dikaji oleh pihak kementerian. Seperti mana yang kita tahu, kita mengambil berat tentang bakal-bakal pesara tentera, bukan sahaja di TLDM tetapi di semua unit dan juga sama ada di udara dan sebagainya. Oleh sebab itu PERHEBAT sedang mengkaji semula segala kursus-kursus yang ditawarkan supaya apabila mereka bersara, mereka akan dapat menjalankan latihan dan juga yang sesuai, yang boleh digunakan selepas mereka bersara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, kita hendak tahu apakah tindakan kerajaan ke atas NGV Tech yang gagal menyiapkan kapal mengikut jadual. Keduanya, seperti mana yang dikatakan tadi, kapal telah siap 70% dan 90% sama ada Samudera Gagah ataupun Samudera Teguh.

Jadi, untuk itu saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi jaminan kepada kerajaan, kepada rakyat bahawa salah satu kapal tersebut boleh siap pada tahun hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat faham berkenaan dengan perkara ini kerana Yang Berhormat bekas pegawai tinggi dalam TLDM. Kita sedang mengkaji semula untuk mengambil tindakan kepada syarikat ini. Jadi, pihak perundangan Kementerian Pertahanan sedang mengkaji untuk menuntut kos yang akan kita biayai bagi menyelesaikan kerja-kerja yang belum siap. Mengenai apa-apa yang telah dibangkit kita akan mengambil tindakan. Terima kasih.

Sebelum saya bertanya soalan saya, saya pohon Tuan Yang di-Pertua untuk mengumumkan kehadiran delegasi wanita dari DAP Pulau Pinang dan DAP Sabah untuk lawatan mereka ke Parlimen pada pagi ini.

William Leong Jee KeenPKR · PHSelayang · question

6. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kejadian dan orang yang terbunuh dalam bot pendatang asing tanpa izin yang karam atau kemalangan dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan langkah-langkah untuk memantau dan mencegah tragedi-tragedi tersebut.

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, hari-hari cucuk tanam, saya ingin jawab soalan nombor enam. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMN) telah mengambil alih tugas dari Jabatan Laut sebagai penyelaras operasi mencari dan menyelamat Maritim Kebangsaan pada Jun 2006. Perkhidmatan Mencari dan Menyelamat (SAR) adalah merangkumi aspek pengawasan kecemasan, komunikasi dan koordinasi operasi mencari dan menyelamat. Seksyen 61B(h) dan Seksyen 63A dan B, Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 telah memperuntukkan fungsi dan tanggungjawab APMN seperti berikut:- (i) melaksanakan tugas mencari dan menyelamat Maritim; (ii) memastikan kesejahteraan dan keselamatan Maritim;

Dato' Seri Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

(iii) pencegahan pencemaran maritim dalam kawasan Zon Maritim Negara; dan (iv) kawasan lautan lepas. Statistik sejak 2010 hingga 9 Oktober 2015 menunjukkan APMN telah berjaya mengendalikan 15 operasi cari lamat yang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Jumlah mangsa PATI yang berjaya diselamatkan ialah 446 orang daripada jumlah keseluruhan seramai 658 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 633 mangsa terdiri daripada warga Indonesia. Hanya terdapat satu kes SAR sahaja melibatkan warganegara Afghanistan dan Iraq. Kes ini berlaku di Wilayah Maritim Selatan pada 1 Februari 2012 di mana terdapat bot PATI karam di Tanjung Teluk Semiang Tanjung Leman Johor. Seramai 12 orang mangsa telah terselamat dan lapan orang meninggal dunia dan lima orang hilang menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat seramai 25 orang. Manakala Wilayah Maritim Timur, Sarawak dan Sabah tidak mencatatkan sebarang insiden mencari dan menyelamat melibatkan kes PATI setakat ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri untuk jawapan yang lengkap. Insiden atau pun statistik yang telah diberikan di mana lebih kurang 1,000 orang telah menjadi mangsa. 446 orang telah hilang nyawa mereka dan insiden ini sudah menjadi satu kebiasaan dengan pendatang tanpa izin kembali kepada Indonesia. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan pertimbangan, satu cadangan dari segi perikemanusiaan iaitu memberikan safe passage home iaitu memberikan izin kepada mereka kembali kepada Indonesia tanpa didakwa dengan syarat mereka tidak dapat datang lagi untuk menjadi kerja tanpa asing daripada segi perikemanusiaan untuk mengelakkan tragedi yang berlaku ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, cadangan.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya kena perbetulkan angka. Jumlah PATI yang terlibat ialah 658, yang diselamatkan ialah 446, yang mati 138, hilang 74. Di peringkat awal itu sengaja saya tidak bagi angka, saya hendak bagi Yang Berhormat kira sendiri. Jadi, saya perbetulkan angka ini. Jadi, kita lihat orang-orang Indonesia yang terlibat ialah 633. Apa Yang Berhormat telah sebutkan yang kedua tadi iaitu cadangan. Ini memang dibincangkan dari masa ke semasa tetapi apa yang berlaku kita tidak tahu mereka ini balik dengan sendiri pada hari perayaan dan bila mereka dalam keadaan kecemasan mereka telefon dan kita pergi membuat SAR. Itu kedudukannya. Jadi, kita cukup bersimpati tentang apa yang berlaku dan apa Yang Berhormat cadangkan itu memang dibincangkan dari masa ke semasa. Akan tetapi yang paling penting ialah di pihak saya sendiri, tugas utama saya ialah hendak pastikan SAR berjalan dengan lancar. Yang kedua itu ialah di bawah kementerian yang lain tetapi itu dibincangkan dan saya mengetahui perbincangan itu sedang berjalan supaya tidak ada lagi berlaku kes-kes yang demikian rupa kerana ini pendirian Kerajaan Malaysia atau pun pendirian Kerajaan Barisan Nasional Malaysia iaitu yang sentiasa prihatin dan simpati dengan semua manusia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Kita pun prihatin juga tetapi dalam masa yang sama kami juga hendak tahu pihak manakah yang akan menanggung kos pengurusan dan penghantaran mayat warga asing memandangkan ia melibatkan kos yang besar. Jika Malaysia bertanggungjawab menanggung kos tersebut, adakah terdapat sebarang usaha bagi memindahkan tanggungjawab berkenaan kepada negara asal mangsa terutamanya yang melibatkan pendatang tanpa izin ini. Jika mereka diselamatkan mereka ditempatkan di penempatan-penempatan kita, siapa pula yang menanggung kos? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Pasir Gudang, adik saya ini. Sebab Yang Berhormat bertanya ini secara khusus. Kita kena ingat dahulu lain. Pada zaman dahulu kebanyakannya Malaysia tanggung semua tetapi sekarang ini sudah ada perundingan. Akan tetapi untuk di pusat penahanan kita tanggung semua. Jadi, oleh kerana Yang Berhormat bertanya soalan yang khusus siapa tanggung dan sebagainya, biarlah saya jawab secara bertulis sebab ianya melibatkan juga kementerian yang lain.

Boleh satu lagi? Satu soalan lagi boleh?

Satu soalan lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Ini penting.

Penting.

Sebab kementerian baru umum satu pernyataan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri kerana jawapan dia berkenaan dengan keselamatan, nombor dua berkenaan dengan PTI. Timbalan Perdana Menteri baru mengumumkan cara penghantaran berjumlah kurang lebih setengah juta penduduk PTI di negeri Sabah ini yang tidak balik ke negara asal. Saya minta jawapan yang lanjut sebab masih ada lagi pendatang ini masuk ke negara kita walaupun ada ESSCOM di negeri Sabah tetapi masih lagi ada lorong-lorong yang mereka boleh masuk di negeri Sabah dengan cara haram. Bagaimana pula soal JPAM. Saya keliru JPAM, APAM sebab Menteri cakap APAM. Jadi, apakah keberkesanan JPAM ini untuk menjaga lorong-lorong untuk memasuki negeri Sabah. Sekian, soalan.

Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang menarik. Yang Berhormat sebut saya PAM. Soalan daripada Yang Berhormat PAM. Menteri PAM juga. Okey Yang Berhormat, yang pertama sekali ialah saya berterima kasih kepada sahabat saya Marcus yang bertanya soalan dan prihatin tentang apa yang berlaku. Yang Berhormat, di kawasan ESSCOM saya baru balik daripada operasi meninjau, operasi di ESSCOM. Kesiapsiagaan mereka untuk menghadapi segala bentuk ancaman daripada luar itu yang cukup terbaik.

Akan tetapi jenayah rentas sempadan itu kita hendak jamin 100% susah, agak sukar sebab apa di mana-mana tempat pun di seluruh dunia ini kita menghadapi kesukaran. Yang Berhormat pun tahu apa yang berlaku di Paris dalam keadaan di antara negara yang cukup ketat dari segi kawalan tetapi itulah yang berlaku. Akan tetapi di Malaysia ini, di kawasan ESSCOM itu sendiri amat sukar untuk orang hendak membanteras masuk dengan begitu mudah. Ini sebab sistem kawalan dan bulan Februari ini sistem kawalan kita berada di tahap yang cukup tinggi dari segi aset dan sudah pasti kita dapat mengesan dengan lebih baik. Di mana mereka bolos? Jadi itu sukar untuk saya hendak jawab di mana mereka bolos tetapi Operasi Gasak dan juga operasi lain MKN bersama dengan pihak ESSCOM itu boleh katakan tiap-tiap hari kita ada orang yang kita tangkap. Jadi walaupun sedikit tetapi ada, masih ada dan mereka kita terpaksa simpan di pusat kita yang memuatkan dalam lebih kurang 5,000. Jadi, kadang-kadang operasi terhenti sekejap sebab hendak kena proses yang 5,000 ini untuk dihantar pulang dalam masa tiga bulan. Lepas itu pusat ini sentiasa penuh dan itu sebab kerajaan telah memutuskan untuk menambahkan lagi dua pusat tahanan di Sabah. Jadi kedudukan di Sabah ini boleh dikatakan terkawal dan walaupun terkawal tetapi masih lagi timbul perkara-perkara yang telah disebutkan. Bagaimana pendatang bolos itu, kita akan tanya Kementerian Dalam Negeri nanti, bagaimana kebolosan, seterusnya bolos masuk. Yang Berhormat kalau hendak kira bolos masuk kita kena lihat di seluruh negara secara keseluruhan berapa orang yang tidak ada dokumen masuk ke sini dari pelbagai cara. Keduanya JPAM. Tidak lama lagi kalau sekiranya dipersetujukan oleh sebuah kementerian, satu kementerian lagi masih berbincang. Kita akan tubuh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daripada JPAM. Ini sebab banyak orang menyebutnya kurang bagus APAM kini jadi APM. Kalau Yang Berhormat hendak sebut APAM pun alright no problem tetapi Ketua Pengarahnya ialah seorang wanita. Sekarang ini wanita tersebut telah pun, oleh kerana selalu disebut sangat, Allah telah memberinya rezeki dan dia naik pangkat dia bukan lagi pegang JPAM.

JPAM tidak terlibat dalam kawalan sempadan Yang Berhormat, yang terlibat ini RELA dan juga lain-lain lagi. JPAM lebih kepada perkara-perkara kebajikan. Cuma masa yang baru-baru ini bila saya melawat ke kawasan ESSCOM, kita bersetuju untuk menubuhkan JPAM di seluruh kawasan ESSCOM. Sudah pasti latihan mereka bukan sahaja dari segi menjalankan kerja-kerja sosial dan kebajikan tetapi juga akan masuk latihan-latihan yang berbentuk kawalan keselamatan. Jadi kita akan bekerjasama dengan KRT, RELA dan sebagainya. Ini ialah di antara yang akan dibuat oleh JPAM nanti. Buat masa sekarang ini JPAM tidak terlibat secara langsung dalam membuat kawalan sempadan tetapi kita memberi bantuan logistik dan lain-lain lagi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang melibatkan bencana. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya ambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Terbuka China. [Tepuk] Satu kemenangan yang sangat significant.

Zainudin bin IsmailUMNO · BNJelebu · question

7. Dato' Haji Zainudin bin Haji Ismail [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) tahap keseriusan (seriousness) kebocoran maklumat kerajaan dan bagaimana kerajaan mahu menangani isu ini; dan (b) sehingga kini berapa ramai anggota pentadbiran dan lain-lain yang telah diambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan apakah kerajaan berpuas hati dengan keberkesanan OSA yang sedia ada atau bercadang untuk mengkaji semula.

Dato' Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, hasil dari statistik kebocoran maklumat rahsia dan rahsia rasmi yang dikumpulkan sejak tahun 2012 sehingga hari ini, terdapat 22 kes yang telah dikenal pasti dan tiga daripadanya telah didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Kerajaan melalui Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan telah meningkatkan lagi program khidmat nasihat kepada semua penjawat awam khususnya kumpulan pelaksana dasar serta menganjurkan program pengurusan maklumat strategik kerajaan secara berintegriti kepada pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat anggota pentadbiran meliputi kementerian dan Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Untuk makluman, sejak Akta Rahsia Rasmi 1972 dilaksanakan terdapat lapan kes yang melibatkan penjawat awam dan orang ramai yang pernah didakwa dan disabitkan di bawah akta ini. Selepas tahun 2000 sehingga kini, tiada kes yang dikenakan hukuman oleh mahkamah. Walaupun kerajaan berpuas hati dengan keberkesanan OSA, cadangan pindaan terdapat akta ini bagi meningkatkan keberkesanan berkaitan kawalan maklumat rahsia rasmi kerajaan akan dipertimbangkan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kemukakan soalan ini kerana terlihatnya kecenderungan di kalangan penjawat awam atau kejadian dakwaan kebocoran maklumat-maklumat penting, maklumat rasmi kerajaan. Jadi kebocoran maklumat-maklumat kerajaan boleh mengancam keselamatan negara dan juga keselamatan ekonomi negara. Jadi oleh kerana itu ia harus dilihat sebagai suatu yang sangat mustahak sebab kecenderungan setengah-setengah pegawai kerajaan itu apabila semasa berkhidmat kita tidak tahu pendiriannya. Akan tetapi selepas berkhidmat sama ada selepas bersara ataupun berhenti, kecenderungan mereka menentang kerajaan itu ramai berlaku begitu. Jadi ini sangat merbahaya dan sebab itu saya mohon kerajaan atau apakah kerajaan mahu mengelaskan undang-undang berkaitan dengan OSA ini di bawah subordination yang lebih tegas di masa akan datang kerana ini merupakan kepentingan negara. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya bersetuju bahawa seriusnya untuk kita menyimpan maklumat ini adalah sangat mustahak dan ia memang seperti yang dinyatakan boleh melibatkan keselamatan, boleh melibatkan ekonomi

dan dana kerajaan dan juga ia melibatkan tentang soal moral dan integriti. Sebagai contoh sewaktu kebocoran soalan peperiksaan UPSR, kerajaan terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit hanya kerana tindakan tidak bertanggungjawab anggota penjawat awam yang membocorkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Namun begitu saya ingin menyatakan bahawa tentang yang disebut kepada pegawai kerajaan yang telah pun bersara. Untuk makluman Dewan ini, akta ini terpakai kepada semua walaupun penjawat awam itu telah pun bersara daripada jawatan, termasuk kepada maklumat-maklumat yang telah ataupun beliau kendalikan sewaktu berkhidmat dalam kerajaan. Akan tetapi saya percaya kita tidak boleh ambil ringan. Kepada semua saya ambil peluang ini untuk menyatakan bahawa amanah yang diberikan kepada penjawat awam untuk menjaga maklumat yang telah diamanahkan itu sangat tinggi. Janganlah kita meremehkannya dan berkongsi kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan kerana ia boleh membawa kepada yang dinyatakan tadi soal keselamatan negara, dana dan ekonomi negara juga integriti pegawai itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, tahniah kepada rakan saya daripada Yang Berhormat Jelebu tadi mengaku bahawa ramai pegawai kerajaan bila sudah berhenti dia pencen mula dia akan tunjuk dia punya belang yang sebenar. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah apakah kerajaan tidak berhasrat, saya tidak menafikan tentang keperluan ada maklumat-maklumat itu yang perlu dilindungi. Maklumat yang berkaitan dengan soal keselamatan negara kita supaya tidak terdedah kepada luar dan sebagainya, itu saya akui termasuk soalan-soalan peperiksaan dan sebagainya. Akan tetapi apakah kerajaan tidak berhasrat untuk meminda OSA ini supaya ia dilihat tidak melindungi sebab selama ini ia dilihat macam melindungi rasuah. Ini persoalan dia. Sampai kepada peringkat kalau ada maklumat-maklumat yang menunjukkan bahawa ada elemen rasuah di sana. Saya fikir bahawa maklumat ini tidak boleh dikategorikan sebagai...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, soalan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebagai maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gua Musang pada tahun yang lalu, tahun-tahun yang sudah dia menyatakan bahawa perlu dipinda sebab sebagai orang yang berpengalaman bekas Menteri Kewangan. Melihat bahawa OSA dilihat sebagai melindungi dosa dan rasuah, itu kata Yang Berhormat Gua Musanglah. Terima kasih.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, dokumen yang dimaksudkan - OSA ini boleh digunakan oleh seluruh warganegara tidak kiralah sama ada kerajaan atau bukan kerajaan asal sahaja dia terpakai dalam akta berkaitan. Kalau dalam konteks kerajaan, kita ada dokumen terhad, dokumen sulit, dokumen rahsia, dokumen rahsia besar. Kadang-kala ada kertas perbincangan. Kertas perbincangan bukan kertas keputusan. Kertas itu baru dibawa untuk perbincangan dan ini juga dikongsi. Ini yang jadi masalah. Akan tetapi untuk mengatakan bahawa OSA untuk melindungi perlakuan rasuah, perlu saya nafikan kerana saya sebut tadi tidak ada pendakwaan di bawah OSA sejak tahun 2000 yang berkaitan perkara yang melindungi seperti yang dinyatakan. Yang ada ini hanya kertas UPSR. Jadi maknanya, tidak ada perlakuan rasuah yang dilindungi oleh OSA. Akan tetapi disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena sebagai ada, itu saya tidak mahu campur, tetapi kepada saya, OSA tidak digunakan. Malahan, ketika kita ada ISA, ada juga perkara- perkara yang berkaitan didakwa di bawah ISA, ada juga perkara terus didakwa di bawah CBT pecah amanah, ada juga perkara yang didakwa di bawah SPRM, kalau ia berkaitan dengan rasuah. Akan tetapi untuk mengatakan OSA digunakan untuk melindungi atau seolah-olah kita menutup mulut- sebenarnya kita ada Whistleblowers Act. Akan tetapi yang saya ingin menekankan di sini adalah OSA ini adalah satu akta untuk kita menjaga integriti. Siapa juga yang sepatutnya memiliki atau berada di dalam possessionnya ataupun dengan izin dalam kawalannya satu dokumen yang tidak patut dikongsi, maka jangan kongsi kerana kalau itu berlaku, ia boleh mengganggu kepada

perkara-perkara yang sedang dirancang termasuk yang saya nyatakan perkara yang sedang dalam perbincangan sebelum membuat keputusan sudah mula keluar dalam surat khabar, keluar dalam majalah-majalah tertentu sehingga ia boleh menjejaskan dan menjadi satu perkara yang bersalahan. Bayangkan kalau tidak ada OSA, semua orang bebas berkongsi dokumen-dokumen ini, maka ini akan menjejaskan struktur atau susur atur pentadbiran negara. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani senyum kat saya.

Takiyuddin bin HassanPAS · PNKota Bharu · question

8. Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pengaliran keluar modal asing yang berlaku sepanjang tahun 2015 ini dan juga sektor-sektor utama yang terlibat

Datuk Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2015, statistik imbangan pembayaran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan jumlah pengaliran keluaran modal asing sebanyak RM38.7 bilion. Bagi tempoh tersebut, pecahan jumlah pengaliran keluar pelaburan langsung asing adalah seperti berikut: | Sektor |Jumlah (RM juta)| |------------|---------------:| |Pembuatan | 25.2| |Perkhidmatan| 10.8| |Perlombongan| 2.4| |Pembinaan | 0.3|<END_TABLE_MARKER> Walau bagaimanapun, jumlah pengaliran keluar ini adalah lebih rendah berbanding jumlah modal asing yang mengalir masuk ke Malaysia yang berjumlah RM61 bilion. Perbezaan di antara pengaliran modal keluar dan masuk ini telah menjadikan Malaysia berjaya meraih pengaliran masuk bersih pelaburan asing sebanyak RM22.4 bilion. Jumlah bersih ini adalah lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014 yang berjaya meraih RM17.4 bilion jumlah bersih pelaburan asing. Data ini jelas menunjukkan bahawa meskipun persekitaran ekonomi pada ketika ini agak mencabar, Malaysia terus kekal kukuh sebagai sebuah destinasi pelaburan pilihan bagi pelaburan asing. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan yang ringkas tetapi padat. Kita tahu bahawa negara kita Malaysia ini mengamalkan ekonomi terbuka. Oleh sebab itu, akibat daripada proses globalisasi terutama aspek ekonomi, negara kita juga turut terdedah kepada keadaan naik turun ekonomi dunia. Saya ada satu angka, I stand to be corrected dengan izin, satu angka daripada MIDF pada bulan Ogos 2015 yang lalu, menunjukkan aliran keluar pelaburan asing dari pasaran saham Malaysia adalah berjumlah RM11.7 bilion. Sedangkan, kalau kita tengok aliran keluar dalam tahun 2014, setahun 2014 itu hanya RM6.9 bilion sahaja. Ini saya minta penjelasan. Yang keduanya saya ingin penjelasan, apakah langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan untuk mengekang dan mengawal aliran keluar modal asing yang berlaku ini supaya tidak memberi kesan kepada ekonomi negara? Juga, berapa lamakah pula kerajaan, dalam isu yang lain, menjangka boleh meyakinkan kembali pasaran kewangan global supaya nilai Ringgit Malaysia ini akan dapat dilonjakkan atau distabilkan kembali? Terima kasih.

MIDF adalah sebuah agensi di bawah MITI dan angka yang saya bacakan tadi adalah angka yang diberikan oleh MIDA yang membuat segala penyelarasan angka-angka. Bererti, apa yang dikeluarkan oleh MIDF itu adalah sebahagian daripada jumlah yang telah saya sebut tadi yang rumusannya bahawa pengaliran

masuk bersih itu yang penting. Pengaliran masuk bersih apabila ditolak yang keluar dan masuk, kita masih lagi positif RM22.4 bilion berbanding RM17.4 bilion pada tarikh yang sama pada tahun sudah. Dengan lain perkataan, angka yang bersih masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan tahun yang sudah. Antara perkara yang kita lakukan sebagai kaedah untuk kita mengatasi segala perkara ini, kita ada dua jenis committee penting. Satu dipanggil sebagai ICM atau dengan izin, Investment Coordination Meeting ataupun Mesyuarat Penyelarasan Pelaburan. Yang ini dua pengerusinya iaitu Menteri MITI dan juga CEO Pemandu bersama menjadi pengerusi. Sudah ditubuhkan sebelum ini dua tiga tahun yang lalu dan kita mengumpulkan ECER misalnya dan semua koridor ini, NCIA, SCORE di Sarawak, SCODA di Sabah dan IRDA di Selatan dalam satu mesyuarat penyelarasan. Selain daripada itu, ada juga apa yang dipanggil sebagai InvestKL, Invest Pahang, Invest Terengganu, agensi-agensi pelaburan di bawah negeri-negeri ini pun di bawah mesyuarat koordinasi yang sama. MIDA, HDC, MTDC, Biotech Corp- ada 17 investment promotion agency ataupun agensi promosi pelaburan yang dikoordinasi dalam mesyuarat penting itu. Ada satu lagi yang kita telah rombak sedikit di MIDA untuk memastikan pelaburan asing ini akan terus masuk ke dalam negara kita yang dahulu dipanggil ACI atau Action Committee on Investment, sekarang ini dipanggil National Committee on Investment. Dahulu ACI, sekarang NCI. Jika dahulu lambat buat keputusan, terpaksa pergi ke agensi seperti MoF mengambil masa berminggu berbulan untuk menguruskan satu-satu pelaburan, sekarang ini mesyuaratnya setiap minggu, Tuan Yang di-Pertua. Dipengerusikan oleh Pengerusi MIDA, Tan Sri Amirsham yang mempunyai pengalaman tentang hal-hal pelaburan. Ada di dalamnya MoF, Bank Negara, Lembaga Hasil, koridor yang disebutkan tadi dan MITI supaya kita boleh menguruskan segala pelaburan-pelaburan dengan lebih cepat. Selain daripada itu, ada lagi perkara-perkara yang kita lakukan seperti menambah baik dasar-dasar semasa, liberalisasi sektor perkhidmatan, kemudian kita ada menganjurkan misi perdagangan pelaburan, kemudian kita ada galakan-galakan pelaburan menggunakan fiskal dan juga bukan fiskal, menambah baik sistem penyampaian kerajaan yang kita sudah tubuhkan PEMUDAH misalnya. The ease of doing business itu lebih, jadi pelabur asing lebih mesra dan lebih minat untuk melabur di Malaysia. Itu di antara perkara-perkara yang telah kita lakukan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Malaysia sebenarnya tidak alami pengeluaran aliran modal asing secara besar-besaran dan pantas. Malah, negara kita terus menerima FDI. Semasa krisis kewangan serius Asia, Malaysia mengalami aliran keluar daripada serangan spekulatif ringgit daripada spekulatif asing. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi serangan spekulatif terhadap ringgit oleh spekulatif asing ini supaya pengaliran modal asing tidak dapat dikurangkan? Terima kasih.

Sebahagian soalan Yang Berhormat Bagan Serai tadi saya sudah jawab tetapi saya boleh menambah satu dua perkara lagi bahawa kita ada memberikan Dana Strategik Pelaburan Domestik atau DISF. Ini kita berikan kepada pelaburan dalam negara.

Pada tahun 2012, sejumlah RM1 bilion diberikan dalam bentuk geran, Tuan Yang di-Pertua, bentuk geran yang dibagi terus ini, bukan bagi pinjam. Kemudian, pada bajet baru- baru ini, kita bagi RM1 bilion lagi untuk Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF) ini kepada syarikat-syarikat dan kilang-kilang dalam negara, domestik, untuk memastikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu sama ada daripada segi spekulatif dan lain-lain itu tidak berlaku. Kita berikan geran itu dalam bentuk- jika mereka melakukan R&D misalnya, jumlah sepadan yang tertentu dan jika mereka melakukan latihan kepada pekerja mereka juga kita bagikan geran sepadan yang tertentu. Akan tetapi ini untuk syarikat domestik sahaja. Jadi, tahun 2012 RM1 bilion, untuk tahun hadapan ditambah lagi RM1 bilion dalam bentuk geran supaya pelaburan domestik akan terus berkembang. Satu lagi kita telah mengumumkan satu perkara baru iaitu Less Developed Areas (LDA) dengan izin. Kawasan kurang membangun ini kita bagi insentif untuk pelabur-pelabur dari luar dan dalam membuka kilang dan sebagainya. Jika kita melihat angka-angka daripada segi penutupan kilang, downsize dan sebagainya, walaupun ekonomi sedang berada dalam keadaan yang tidak menentu, masih lagi perkara itu terkawal dan ia tidak perlu dibimbangkan.

Sebagaimana contoh downsizing ini biasalah Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku yang ekonomi yang seumpama ini, ada lima buah syarikat downsize kilang mereka. Ini melibatkan 451 orang pekerja misalnya. Akan tetapi kita kena positif sebab daripada bulan Januari hingga bulan Jun sahaja ada 388 projek yang diluluskan dari segi pelaburan. Daripada 388 itu, 224 ialah projek-projek baru yang juga akan membuka kilang. Segala pekerja yang terlibat dalam downsizing itu tentunya boleh diserap dalam projek-projek baru.

Che Mohamad Zulkifly bin JusohPAS · PNBesut · question

9. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) akan beroperasi sepenuhnya dan bagaimanakah agihan pegangan saham antara pemegang konsesi dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan yang dikemukakan. Bagus pantun hari ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau LPT2, dengan izin sepanjang 184 kilometer telah siap sepenuhnya dan dibuka kepada trafik pada 31 Januari 2015. Pada masa kini, pengguna LPT2, dengan izin tidak dikenakan sebarang kadar tol. Ini kerana kerajaan masih lagi sedang dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian konsesi dengan syarikat yang dipilih secara request for proposal, dengan izin ataupun RFP untuk mengurus dan menyelenggarakan lebuh raya tersebut. Sehubungan itu, isu-isu berkaitan kadar tol dan pembahagian ekuiti yang melibatkan kepentingan kerajaan negeri, masih belum dimuktamadkan. Berdasarkan perancangan, perjanjian konsesi LPT2, dengan izin dijangka akan ditandatangani pada akhir tahun ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setelah dibuka pada 31 Januari 2015 - tetapi sebenarnya ia telah dibuka awal lagi, tahun 2011 lagi. Sejak tahun tersebut telah berlaku lebih kurang 2,000 kemalangan di tempat tersebut dan 85 kematian, kalau saya tidak silap. Jadi dengan keadaan sedemikian, saya perhatikan di kawasan tersebut seperti di kawasan angin lintang, tidak ada diletakkan langsung stoking angin, yang kuning itu. Kemudian, mungkin juga satu lagi mungkin keadaan - saya hendak sahkan dengan Yang Berhormat Pasir Puteh, mungkin ada perkara mistik berlaku, makhluk halus, jin-jin di sana, hantu memang tidak adalah. Hantu memang tidak ada dalam dunia ini. Apa yang ada jin sahaja. Jadi gangguan jin sebab di kawasan-kawasan hutan, diteroka hutan-hutan tersebut, kemungkinan benda itu ada. Jadi, ada atau tidak apa-apa tindakan diambil dengan keadaan jalan yang agak - saya baru lalu minggu hari itu...

Jin itu memang banyak.

Keadaan jalan itu, ia melambung- lambung. Jadi apakah sebenarnya tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menambah baik dari segi ciri keselamatan di kawasan tersebut? Sedikit tambahan, buka sepenuhnya LPT2...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Setiu, banyak sangat dan, dan...

...Dan, dan tetapi itu baru permulaan. Yang soalan satu saja. Soalan satu sahaja. [Disampuk] Apa yang telah tindakan, satu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Biasalah itu macam Yang Berhormat Pokok Sena pun biasalah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Setiu.

Satu lagi, kalau sudah beroperasi sepenuhnya, bila hendak mulakan LPT3? Kalau tidak pun kita buat setakat Besut sahaja, tidak payah pergi ke Kelantan sebab Kelantan pun Yang Berhormat Pasir Puteh pun tidak pasti lagi, masih lagi berteka-teki, masih lagi. Jadi Kelantan pun PAN pun hendak ambil alih. Jadi susah lah, jangan sampai. Kalau PAS lagi tidak apalah, kita boleh teruskan. Soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu atas soalan tambahan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Setiu, memang benar sebenarnya pembukaan jalan di sepanjang LPT2 itu dibuat secara berfasa bermula tahun 2011 hinggalah Februari ataupun 31 Januari 2015. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, siasatan telah dibuat berikutan dengan kekerapan berlakunya kemalangan di LPT2. Mengikut analisa yang dijalankan, memberikan informasi awal kepada pihak kementerian mengenai tahap dan trend kejadian kemalangan yang berlaku. Sekiranya diizinkan, saya mahu berkongsi Tuan Yang di-Pertua mengenai beberapa aspek kemalangan yang berlaku. Analisa tersebut telah dibuat dari bulan Februari hinggalah September tahun ini dan faktor-faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan di LPT2 adalah disebabkan oleh faktor manusia, faktor kenderaan dan faktor persekitaran yang mana faktor manusia telah menunjukkan bilangan sebanyak 517 bersamaan dengan 78% penyebab kemalangan di LPT2 dan diikuti dengan faktor persekitaran iaitu 90 kes sebanyak 13% dan kenderaan 9%. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga dari segi jenis kemalangan yang terbesar adalah kerosakan kenderaan dan aset lebuh raya sebanyak 484 kes, 73% diikuti dengan cedera ringan 19%, cedera parah 6% dan maut 2%. Daripada segi cuaca pula, kebanyakan kemalangan berlaku semasa cuaca baik, Tuan Yang di-Pertua iaitu 438 bersamaan dengan 66%. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga, disebabkan oleh kekerapan berlaku kemalangan ini, pihak LLM telah mengambil beberapa langkah proaktif Yang Berhormat seperti yang dicadangkan terutama sekali di lokasi yang kerap berlakunya kemalangan dengan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sepanjang LPT2. Antaranya Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, termasuklah pemasangan papan tanda amaran atau chevron, pemasangan Yellow Red Transverse Bar di jalan susur keluar masuk persimpangan, pemasangan stiker pantulan cahaya di guard-rail di antara jambatan, menambah baik permukaan lebuh raya, pemasangan an alert bar marking dan banyak lagi sebenarnya langkah-langkah yang diambil termasuklah memasang gegelung dawai berduri ataupun barbed wire dan membina parit di lokasi-lokasi sering berlakunya pencerobohan haiwan.

Begitu juga pihak polis telah melaksanakan penguatkuasaan had laju dan melakukan rondaan yang lebih kerap di sepanjang LPT2. Sebenarnya banyak lagi langkah- langkah yang diambil Yang Berhormat, tetapi untuk menjimatkan masa, saya akan berkongsi secara bertulis dengan Yang Berhormat Setiu. Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kewujudan makhluk- makhluk asing ataupun makhluk-makhluk yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat itu, sebenarnya dakwaan yang mengaitkan LPT2 , ini bukan kementerian saya tetapi saya ingin menjawab daripada segi ini, setakat ini tidak dapat dibuktikan lagi dakwaan tersebut tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, daripada segi tindakan, kerajaan negeri Terengganu dan LLM baru-baru ini banyak menganjurkan solat hajat di LPT2 untuk memohon keselamatan pengguna-pengguna jalan raya LPT2 dan daripada segi Yang Berhormat juga menyebut mengenai stoking angin ataupun windsock. Saya ingin nyatakan di sini Yang Berhormat, kawasan angin lintang telah dipasang dengan papan tanda angin lintang dan pihak JKR dan pihak Lebuhraya Malaysia juga ataupun LLM sebenarnya akan memasang stoking angin ataupun windsock di atas papan tanda angin lintang bagi menunjukkan dengan jelas arah angin lintang. Kita ambil cadangan Yang Berhormat itu dan sebenarnya ada usaha untuk memasang stoking angin ataupun windsock di atas papan tanda angin lintang tersebut dan Yang Berhormat juga telah menyebut mengenai LPT 3.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Panjangnya jawapan.

Sebab soalannya ada beberapa soalan Yang Berhormat Seputeh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila- sila.

Saya kena jawab sebab itu tanggungjawab saya untuk menjawab. Ahli Yang Berhormat juga telah menyentuh mengenai LPT3. Sebenarnya isu cadangan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 atau LPT3 ini Yang Berhormat termasuk dalam perancangan kerajaan untuk kita laksanakan pada masa hadapan. Ia akan melibatkan rangkaian Lebuhraya Pantai Timur yang melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan sebagaimana yang dicadangkan di bawah Laporan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya Semenanjung Malaysia ataupun HNDP Fasa 1, Yang Berhormat dan kajian awalan projek LPT3 ini telah disiapkan seawal 2009 lagi bagi mengenal pasti jajaran yang terlibat dan ia akan mengambil daripada segi panjangnya adalah sebanyak 147 kilometer dan berdasarkan, jika kita mengikut kepada laporan HNDP Yang Berhormat, sebenarnya projek LPT3 ini akan lebih berpotensi untuk kita laksanakan secara kaedah penswastaan dan keputusan cadangan pelaksanaan projek LPT3 ini merupakan perkara dasar yang masih lagi dalam pertimbangan pihak kerajaan, masih belum ada keputusan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Chong Chieng JenDAP · PHStampin · question

10. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan bersetuju dengan pemulihan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan untuk pengajaran semua mata pelajaran di sekolah-sekolah mubaligh negeri Sarawak.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman ahli Yang Berhormat, Akta Pendidikan 1996 telah menetapkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan termasuk sekolah mubaligh kecuali sekolah jenis kebangsaan (SJK) iaitu SJK(C) dan SJK(T) yang ditubuhkan di bawah seksyen 28. Bagi SJK yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama, bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah adalah selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 dan ini merupakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, penekanan terhadap bahasa Inggeris diterapkan dalam pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris, MBMMBI. Bagi mencapai matlamat dasar MBMMBI, pelaksanaan program mengikut strategi yang ditetapkan adalah seperti berikut: (i) mentransformasikan kurikulum bahasa Inggeris KBSR, KBSM, Program Literasi dan Numerasi 2.0, OPS English dan sistem set (ii) pemantapan guru bahasa Inggeris dengan sistem pro ELT, pemantapan pedagogi guru, (iii) penempatan semula guru bahasa Inggeris, (iv) khidmat pakar runding dan guru kontrak, (v) pembinaan peralatan bahan bacaan tambahan dan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, bahan digital dan bahan bacaan tambahan dan buku teks, (vi) penyertaan murid dalam aktiviti bahasa di luar kelas dan, (vii) publisiti serta kempen pengukuhan bahasa.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Di samping itu, dalam pembentangan Bajet 2016, sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan program MBM MBI. Oleh kerana bahasa Inggeris sangat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif iaitu high immersive program dengan izin, akan dilaksanakan di semua sekolah dan dual language program akan dilaksanakan secara optional bagi sekolah terpilih dengan kos RM38.5 juta. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, selesai sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2015 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertahanan; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2016 dan diputuskan bacaan kali yang kedua dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 17 November 2015.”

Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid ShirlinUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2016 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2016Bill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2016 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh dua bilion ringgit (RM52,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2016, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2015, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [5 November 2015]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan kesihatan di Malaysia dan sebelum saya meneruskan penggulungan saya, saya ingin tegaskan bahawa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sentiasa memandang serius dan komited terhadap isu kesihatan yang dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang dibangkitkan di dalam Dewan, di dalam perbahasan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Satu ialah isu-isu am dan yang baki yang lain ialah isu-isu tertentu tentang projek-projek pembangunan di dalam kawasan-kawasan Ahli-ahli Parlimen yang masing-masing. Saya bercadang untuk menjawab isu-isu yang lebih umum manakala soalan yang spesifik untuk projek-projek pembangunan di kawasan-kawasan tertentu akan diberi secara bertulis kepada Ahli-ahli Parlimen yang berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, silakan.

Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng dari Lanang telah membangkitkan isu berkaitan dengan Pusat Akademi Estetik dengan kegunaan pelbagai jenis rawatan contoh suntikan botox, dermal filler dan vitamin C di pusat-pusat berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang kawalan terhadap pusat-pusat estetik ialah terhadap pelbagai jenis rawatan yang apabila digunakan dan jenis-jenis bahan yang digunakan. Contohnya Botox adalah sejenis racun berjadual yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952 dan perlu berdaftar di bawah peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik. Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan rawatan pesakit oleh pengawal

perubatan berdaftar dan hanya boleh diberikan oleh ahli farmasi berlesen melalui preskripsi yang sah. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perubatan 1971 sekiranya perkhidmatan yang disediakan boleh mengelirukan orang ramai sehingga mereka beranggapan perkhidmatan tersebut diberikan oleh pengawal perubatan yang berkelayakan. Begitu juga injeksi vitamin C adalah sejenis produk walaupun vitamin C sejenisnya yang tidak dikawal tetapi proses memberi suntikan, injection itu ialah satu perkara yang dikawal, yang dibuat oleh pengawal perubatan sahaja. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah menjalankan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 ke atas kedua-dua produk ini dan sejak tahun 2013 sehingga kini sebanyak 394 jenis produk Botox dan injection vitamin C yang tidak berdaftar telah dirampas dengan nilai sebanyak RM1.2 juta manakala jumlah denda yang telah diperoleh daripada pendakwaan kes-kes tersebut adalah sebanyak RM111,000. Manakala produk dermal fillers pula merupakan produk yang perlu berdaftar dengan pihak Biro Peranti Perubatan (Medical Device Biro) melalui Akta Medical Devices. Yang Berhormat Batu Sapi telah membangkitkan tentang usaha yang telah dibuat oleh kementerian untuk meningkatkan kesedaran dan untuk mendidik orang ramai tentang langkah-langkah pencegahan daripada penyakit terutamanya pengamalan gaya hidup yang sihat antara kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Kesihatan telah melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai jenis kempen cara hidup dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan dan kemahiran rakyat mengenai kepentingan gaya hidup yang sihat. Pendidikan kesihatan awam dilaksanakan melalui medium seperti TV, radio, majalah, surat khabar dan media sosial. Mesej-mesej yang ditekankan adalah seperti makan secara sihat, lakukan aktiviti fizikal, tidak merokok, pupuk minda sihat serta sihat tanpa alkohol dan maklumat-maklumat berkaitan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hypertension dan obesiti. Di peringkat komuniti, aktiviti mobilisasi komuniti khususnya karnival dan kem kesihatan diadakan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup yang sihat. Pelbagai aktiviti diadakan seperti berjalan 10,000 langkah, acara-acara berunsurkan aktiviti fizikal, kaunseling pemakanan, ceramah demonstrasi makanan yang sihat, pameran cara hidup sihat dan penyakit tidak berjangkit serta aktiviti interaktif untuk anak-anak dan dewasa. Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan lain seperti KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk melaksanakan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Program yang dijalankan sejak tahun 2013 ini bertujuan memperkasa komuniti menjadi sukarelawan untuk menjalankan program Gaya Hidup Sihat pada komuniti masing-masing. Selain itu penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah rendah dan sekolah menengah, Program Siswa Sihat (PROSIS) di institut pengajian tinggi, projek COMBI - di masyarakat dan penubuhan pusat promosi kesihatan komuniti turut memperkukuhkan lagi usaha kementerian memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Bagi menyokong kesemua aktiviti yang dijalankan, penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan turut dilaksanakan dan diedarkan ke seluruh negeri melalui jabatan kesihatan negeri. Selari dengan kecanggihan teknologi maklumat, bahan-bahan pendidikan serta informasi terkini mengenai maklumat kesihatan boleh diakses menerusi laman web yang disediakan iaitu www.infosihat.gov.my dan www.myhealth.gov.my. Bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan gaya hidup sihat yang diperlukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bintulu bangun ya,

Ya Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan beritahu tadi – balik pagi tadi beritahu macam mana kita buat kempen ini untuk kesihatan ini dan itu. Kita – kementerian ada sedar atau tidak sampai hari ini kita nampak rakyat pun mempersoalkan, jarang kita nampak pegawai kesihatan turun padang buat random check ataupun random test atas makanan-makanan kita, untuk manusia, tidak. Contoh saya bagi satu cili, kita kalau pergi beli cili sos atas para punya ataupun tong besar punya, itu cili kita tuang kita cuba tengok, cili test pun tiada. Perasa cili pun tiada. Akan tetapi dia punya warna

merah sahaja. Whether this is coloring ataupun buat atas chemical... Tuan Allah sahaja tahu. Kalau makan ini esok kesihatan ada terjejas atau tidak? Saya rasa Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun tidak tahu. Tadi rakyat tanya ini, banyak makanan di atas – kedai runcit ataupun mana-mana jual, semua kena jual. Akhir sekali sudah satu, dua tahun dalam market baru cakap, “Oh, ini racun”. Sudah ramai orang makan. So, kita punya pegawai-pegawai kesihatan pergi mana? Banyak pegawai, Yang Berhormat Menteri pun ketawa sendiri. Banyak tetapi ‘kongkalikung’ jarang turun padang, masalah ini. We need to put a full stop dengan izin, ini baru dengan izin. Akan tetapi ‘kongkalikung’ tidak payah dengan izin. Ini mahu dengan izin. Kita...

Dato’ Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Pemantauan.

Pemantauan? Ini Yang Berhormat Parit Sulong ini – ini mustahak. I think it has come to the time we need to put the full stop, dengan izin. We need to put the full stop, we need to force underground, random check ini makanan semua, tidak kiralah supplementary food kah, apa punya makanan kah, mesti mahu check. Cili pun mahu tipu juga. Lagi lain macam mana tidak tipu, cili bukan mahal. At least sekurang- kurangnya buka botol cili sos, orang petani tanam cili pun ada market. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa ini boleh berlaku?

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bintulu. Secara umum, saya menerima pandangan bahawa ada keperluan supaya rakyat kita sentiasa diberi kawalan yang mencukupi supaya kita mendapat makanan yang sihat dan selamat daripada semua perspektif. Bahagian Kawalan Keselamatan Makanan di dalam Kementerian Kesihatan memang mempunyai pelbagai jenis langkah yang telah diaturkan untuk menjamin makanan yang diedarkan kepada rakyat daripada semua perspektif, daripada proses di factory sampai ke proses penghantaran dikawal supaya ia mempunyai satu mutu dan tahap yang sihat. Pelbagai jenis langkah yang dibuat, salah satu daripadanya ialah kewajipan supaya semua makanan diedarkan dilabel dengan kandungannya untuk memastikan isi kandungan ialah selaras dengan apa yang ada di dalam label. Kalau tiada perbezaan di antara kedua-duanya iaitu label menunjukkan bahan yang lain tetapi yang ada dalam makanan ialah lain, pihak yang menjual bahan itu mana-mana tempat tindakan boleh diambil. Pegawai-pegawai memang turun ke padang untuk membuat pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan di beberapa buah tempat tetapi saya menerima pandangan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Bintulu, mungkin ada keperluan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti supaya diperluaskan kepada kawasan-kawasan yang lebih banyak dan kita pun minta Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat pada keseluruhannya supaya mereka boleh memberi apa-apa maklumat terhadap apa-apa makanan tiruan yang ada dalam pasaran supaya pegawai-pegawai penguat kuasa daripada kementerian khususnya dari Bahagian Kawalan Keselamatan Makanan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya ucapkan terima kasih kepada pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bintulu.

Yang Berhormat Kuala Kedah telah memberi pandangan tentang kajian-kajian terbaru di dalam merawat penyakit diabetes khususnya melalui berpuasa secara jadual berkala atau intermittent fasting yang diketahui dapat mengurangkan kos untuk merawat penyakit diabetes. Penyelidikan tentang konsep ini iaitu rawatan untuk diabetes tahap dua amatlah terhad dan adalah kajian rawatan terhadap haiwan hampir kesemuanya menggunakan tikus dan setakat ini hanya dua kajian yang telah dibuat berkaitan intermittent fasting terhadap manusia yang melihat kesan penurunan badan dan kesan perlindungan cardiovascular terhadap wanita obesiti dan aksi physiology insulin terhadap lelaki sihat. Pada keseluruhannya, kementerian dan pakar-pakar di kementerian dalam bidang endocrinology daripada Institute of Medical Research mempunyai pandangan dan sikap yang terbuka tentang segala bukti terbaru di dalam memberi rawatan kepada penyakit-penyakit di dalam negara kita. Guidelines iaitu garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian untuk merawat pelbagai jenis penyakit, sentiasa diperbaiki dengan mengambil kira perkembangan perubatan yang ada pada masa. Kita mempunyai pandangan dan sikap yang terbuka untuk menggunakan apa-apa langkah yang telah mendapat bukti daripada segi sains perubatan

dan kalau ada bukti yang kukuh, ini akan diamalkan dalam kegunaan di dalam sistem rawatan yang diamalkan di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bintulu bangun lagi Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai tadi kata kesihatan ini. Tadi contoh bukan meningkatkan sahaja, mesti mahu secepat mungkin turun padang. Macam contoh itu petani pandai guna paraquat, banyak orang mati pasal banyak racun. So, perkara ini kalau kita tidak hentikan, Kementerian Kesihatan mesti bekerjasama sama Kementerian Pertanian. Sama- sama dua kementerian. Kita kalau tidak buat satu undang-undang ataupun rang undang- undang, macam mana perkara ini dihentikan? Janganlah sampai orang mati pun serupa sahaja binatang mati. Berapa ramai sudah orang kena? Isu kedua mengenai supplementary food ada sudah berlaku beberapa kali. Ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan tetapi hujung-hujung pun minta turun ini tidak boleh jual pasal sekarang ada condemn, contents dia punyai, mungkin ada perubatan tidak berapa sesuai bercampur dalam sana tidak berapa sesuai untuk manusia. That is the problem here. Kalau kita tidak buat satu siasatan routine check on the ground, even ada kelulusan pun tidak guna. Ini sebab orang tahu ada kelulusan semua orang senang hati terus sahaja. Jadi Menteri esok makan pun susah itu. Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat saya telah jawab soalan ini tadi dan saya akan teruskan dengan isu-isu yang lain iaitu Yang Berhormat Klang telah membangunkan tentang senarai penuh bagi ubat-ubat yang dikecualikan GST dalam masa yang segera demi kepentingan pengguna-pengguna. Mohon ada yang diminta supaya semua ubat di Malaysia dikadar sifarkan oleh kerajaan, disenaraikan di dalam laman web Kementerian Kesihatan. Senarai penuh ubat-ubatan yang diberi layanan cukai barang dan perkhidmatan berkadar sifar atau zero rated GST dalam proses pewartaan oleh Kementerian Kewangan. Setelah diwartakan, senarai ini akan dimuat naik ke laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk rujukan orang ramai. Pada 19 Mac 2015, sebanyak 4,215 jenama ubat telah diwartakan untuk diberi layanan cukai berkadar sifar. Semasa pembentangan Bajet 2016 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Oktober baru-baru ini layanan cukai berkadar sifar diperluaskan kepada semua jenis ubat terkawal yang akan menjadi jumlah ubat-ubatan yang diberi layanan cukai berkadar sifar adalah sebanyak 8,630 dan ia akan meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Tadi Menteri telah menjawab berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal GST yang melibatkan ubat-ubat yang dikawal untuk memastikan supaya ia tidak naik tetapi persoalan saya ialah berkenaan dengan TPPA yang kemungkinan besarlah akan diterima oleh Kerajaan Malaysia walaupun secara rasmi belum. Apakah kebarangkalian daripada apabila diperkenalkan TPPA ini ia akan memberikan kesan terutama kepada soal kenaikan kos harga ubat kerana sekarang ini kita boleh untuk menggunakan ubat dalam bentuk generik yang kita rasakan ubat itu boleh kita dapati di pasaran negara kita yang agak murah. Apakah jaminan daripada pihak kementerian untuk memastikan supaya soal ubat ini yang mesti diletakkan sebagai barang yang tidak termasuk dalam perjanjian TPPA ini kerana ia akan memberi kesan terutama kepada orang-orang/rakyat yang berpendapatan rendah. Minta penjelasan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat di dalam perbincangan TPPA daripada awal, isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan khasnya daripada sudut ubat ialah satu tentang paten, kedua ialah tentang satu jenis ubat yang baru wujud yang dipanggil biological tentang proses data exclusivity untuk kumpulan ubat-ubatan itu.

Daripada segi patent period untuk ubat-ubat yang lain, walaupun pada awalnya ada permintaan paten itu diperluaskan dan sebagainya, saya ingat akhir daripada pendirian Kementerian Kesihatan yang memang jelas dalam perkara ini kita telah memberitahu bahawa kita tidak akan menerima apa-apa cadangan untuk menambahkan paten yang ada pada masa sekarang daripada mana-mana cara dan saya ingat daripada perbincangan kementerian daripada segi patent period ubat umum itu, apa yang telah diputuskan untuk pandangan saya mungkin tidak akan naik atau mengurangkan kebolehan kita untuk meningkatkan pembuatan ubat-ubat generik di dalam negara kita. Akan tetapi isu adalah berkaitan ubat-ubat yang dipanggil dalam kategori biologics. Biologics adalah sejenis ubat yang sebenarnya ada ialah daripada semula jadi tetapi dengan perkembangan sains, ada perubahan yang dibuat terhadap perkara-perkara semula jadi yang ada dalam badan kita supaya ia boleh digunakan sebagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit. Pelbagai jenis penyakit telah dirawat oleh pelbagai jenis ubat biologics yang tersedia ada. Pada masa dahulu, tidak ada data exclusivity untuk biologics tetapi yang dikenakan di dalam negara kita walaupun amalan-amalan di negara lain berbeza. Contohnya ada negara yang mengamalkan lapan tahun data exclusivity, ada negara yang lima tahun data exclusivity yang berbeza. Apa yang diminta pada masa dahulu ialah data exclusivity diberi kepada biologics sepanjang dua belas tahun.

Kita tidak berapa setuju dengan ini. Walaupun pendirian kita ialah supaya tiada data exclusivity kepada bahan ubat-ubat biologic tetapi dalam perbincangan TPPA pada keseluruhannya kerana ada 13 buah negara yang terlibat dalam perbincangan itu. Majoriti daripada negara-negara yang telah berbincang perkara ini dan keputusan akibat daripada itu ialah, yang telah diterima oleh semua pihak ialah supaya data exclusivity terhad kepada lima tahun untuk ubat-ubat biologic. Ini salah satu daripadanya. Kita ada pelbagai jenis kawalan yang kita sudah masukkan dalam proses itu iaitu salah satu daripadanya ialah untuk minta supaya mereka kalau ada satu ubat biologic baru, new discovery, ubat itu kena didaftar di Malaysia secepat mungkin di dalam satu tempoh yang telah ditetapkan iaitu 18 tahun. Satu kelebihan daripada itu ialah apabila mereka mendaftar di negara kita di dalam 18 tahun, itu akan membolehkan kita untuk menggunakan ubat baru dalam tempoh itu. Pada masa dahulu ada negara yang ada ubat baru tetapi tidak didaftar di dalam negara kita. Kalau mereka tidak daftar dalam masa itu, iaitu bermaksud kita tidak akan memberi data exclusivity kepada mereka. Ini ialah satu perkara yang diminta oleh pihak Malaysia dan akhirnya telah dipersetujui oleh pihak yang mengadakan perbincangan di dalam TPPA dan saya anggap ini adalah satu kawalan daripada perkara ini. TPPA akan dibahaskan di dalam Dewan ini di dalam satu masa yang akan datang. Mungkin pada masa perbahasan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mendapat satu pandangan yang lebih menyeluruh terhadap semua isu berkaitan ini. Akan tetapi, sebagai rumusan tentang perkara ini, apa yang saya mahu tegaskan ialah daripada awalnya pendirian Kementerian Kesihatan memang jelas dalam perkara ini iaitu rakyat Malaysia mesti menjaga peluang untuk mendapat ubat generik dengan harga yang murah dan tidak ada apa-apa yang diputuskan di dalam TPPA akan menghalang perkara itu. Dengan liberalisasi yang akan berlaku di dalam TPPA, ada satu lagi kemungkinan yang mungkin berlaku iaitu syarikat-syarikat daripada seluruh dunia boleh mendapat persaingan yang lebih baik, lebih aktif dan melalui ini mungkin harga ubat boleh kurang kerana kalau kita ada di dalam satu suasana yang sangat terkawal, tidak ada peluang untuk mendapat ubat-ubat yang lebih murah daripada negara yang lain. Itu adalah satu kemungkinan yang boleh berlaku melalui pembukaan pasaran baru dan melalui bukan sahaja syarikat-syarikat daripada Malaysia. Syarikat-syarikat pembuatan ubat dari Malaysia boleh pergi ke negara lain dan macam itu juga syarikat-syarikat yang ada di dalam negara lain boleh datang ke negara kita. Terima kasih. Yang Berhormat Kapar telah minta penjelasan tentang bayaran perkhidmatan doktor pakar swasta dikecualikan daripada GST. Kementerian Kesihatan mengawal selia

perkhidmatan dan fasiliti kesihatan swasta selaras dengan ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta dan peraturan-peraturannya meliputi klinik perubatan, klinik pergigian dan klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan. Merujuk kepada Perkara 18 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta 586 adalah terkecuali daripada dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Walau bagaimanapun, sekiranya premis tersebut menggunakan khidmat independent contractor, perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Dalam hal ini, independent contractor membawa maksud pengamal perubatan pakar yang bukan digaji oleh premis, not being employed by the premise, sebaliknya dibenarkan memberi perkhidmatan kepakaran perubatan berkenaan berdasarkan kontrak atau perjanjian bersyarat dengan pihak premis, as a providing service by contract. Secara dasarnya, kementerian mempunyai pandangan yang sama di mana bayaran doktor pakar swasta perlu dikecualikan daripada GST. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada pelaksanaan Akta 762 oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia. Pada masa yang sama, kementerian juga telah memohon kepada jabatan Kastam supaya perkhidmatan doktor pakar swasta yang bersifat independent contractor ini dikecualikan daripada GST juga. Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan iaitu GST, perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta ada dikecualikan daripada dikenakan GST. Sehubungan itu, semua perkhidmatan pakar dan pembedahan yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan diberikan pengecualian GST tetapi sekiranya perkhidmatan pakar dibekalkan oleh pihak ketiga iaitu outsource, ia akan dikenakan GST. Yang Berhormat Pasir Gudang telah membangkitkan tentang isu caj yang dikenakan terhadap warga asing. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, berdasarkan Perintah Fi 2014 yang mula diguna pakai pada 1 Januari 2015, kadar caj pesakit warga asing adalah RM23 bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di fasiliti kesihatan kerajaan. Namun begitu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 yang lalu, telah mengumumkan bahawa bermula daripada Januari 2016 kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit warganegara asing. Ia bermakna, kadar terbaru caj perubatan bagi pesakit warganegara asing yang telah dilaksanakan mulai tahun 2015 secara berperingkat dan dijadualkan berlangsung kadar penuh pada 2018 akan diawalkan pelaksanaannya mulai 1 Januari 2016. Mulai 1 Januari 2016, kadar caj pesakit warganegara asing bagi pesakit luar am akan dinaikkan daripada RM23 kepada RM40. Yang Berhormat daripada Batu Kawan telah membangkitkan dengan isu perolehan mesin MRI dan CT scan di hospital-hospital di Kementerian Kesihatan. Perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi termasuk peralatan CT scan dan MRI bagi pemeriksaan radiologi khas diberi keutamaan kepada hospital-hospital yang mempunyai pakar radiologi dan beban kerja yang tinggi yang memerlukan pemeriksaan tersebut. Sehingga ini, semua hospital negeri dan 33 buah hospital bertaraf hospital pakar kementerian menawarkan perkhidmatan tersebut. Pihak kementerian kini dalam proses perolehan tujuh unit CT scan baru di mana tiga unit akan ditempatkan di hospital yang akan memulakan perkhidmatan khas ini dan empat unit untuk menggantikan peralatan rosak. Dua lagi hospital akan dinaikkan taraf dengan penggantian mesin MRI. Perolehan mesin-mesin ini adalah secara berperingkat mengikut keperluan dan berasas kepada peruntukan yang tersedia ada dengan kementerian. Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan tentang isu tempat letak kereta.

Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan bangun ya Yang Berhormat.

Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut berkenaan dengan mesin MRI yang akan diganti. Mohon penjelasan sama ada termasuk Hospital Kuantan dalam mesin MRI yang saya sebut sudah rosak itu. Terima kasih.

Saya akan check senarai dan memberi jawapan kepada Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan isu tentang tempat letak kereta di dalam hospital kementerian. Secara amnya, isu kekurangan tempat letak kereta merupakan masalah menyeluruh yang melibatkan kebanyakan hospital di kementerian.

Pada masa sekarang pihak kementerian sedang menangani masalah kekurangan tempat letak kereta menerusi pelbagai jenis kaedah melalui kerjasama awam dan swasta di mana fasiliti kemudahan tempat letak kereta dibiayai dan diuruskan oleh pihak swasta dan pelaksanaan tersebut telah pun dijalankan melalui beberapa projek perintis. Kementerian pun telah mengadakan rancangan untuk membangunkan tempat- tempat letak kereta bertingkat di beberapa hospital yang telah ditetapkan melalui perkongsian dengan pihak swasta. Kementerian sentiasa mengalu-alukan apa-apa cadangan daripada pihak swasta untuk menyediakan tempat letak kereta di hospital-hospital seluruh negara. Bagi tujuan tersebut, kesediaan tapak merupakan faktor penting dan pengguna akan dikenakan charge nominal yang tidak akan membebankan sebagai bayaran balik kepada pihak yang swasta tersebut. Proses ini akan diteruskan di semua hospital kerajaan secara berperingkat. Yang Berhormat Jelebu telah membangkitkan isu berkaitan dengan pelupusan sisa perubatan “medical waste” dengan mencadangkan menggunakan teknologi terkini yang menggunakan gelombang mikro untuk merawati medical waste ini. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kaedah pelupusan menggunakan teknologi incinerator merupakan teknologi yang agak lama, pihak syarikat konsesi telah beralih kepada teknologi gelombang mikro yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk melupuskan medical waste dan sehingga ini sebanyak tiga lokasi telah dipasang teknologi tersebut iaitu Teluk Panglima Garang di Selangor, Di Kamunting di Perak dan Lok Kawi di Sabah. Pihak syarikat konsesi juga mempunyai rancangan untuk memasang teknologi gelombang mikro di Bukit Rambai di Melaka yang berkapasiti tujuh metrik tan sehari. Bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau, pihak kementerian telah memasukkan elemen teknologi hijau dalam kontrak baru perkhidmatan sokongan hospital terutama dalam sustainability program. Di samping itu juga, pihak kementerian sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat konsesi yang dilantik untuk mengkaji teknologi-teknologi terkini dan sesuai untuk pelupusan medical waste supaya kerja-kerja pelupusan yang dilaksanakan tidak mendatangkan masalah pencemaran dan kesihatan kepada orang ramai dan juga dalam persekitaran. Tuan Yang di-Pertua, itu ialah jawapan kepada perkara-perkara am yang umum yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat selain ialah isu-isu tertentu tentang projek pembangunan di kawasan-kawasan tertentu dan jawapan secara tulis akan diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri pohon sebab isu yang dibangkitkan oleh Kuantan tidak termasuk dalam isu yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ia tidak termasuk dalam isu projek yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Sebab saya membangkitkan isu berkenaan dengan kualiti air minuman di Kuantan yang tidak pun disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Saya khuatir berkenaan dengan isu air minuman yang mungkin tercemar. Yang Berhormat Menteri, persoalan ini tidak termasuk di dalam apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu dalam perihal projek.

Okey. Terima kasih. Terima kasih. Dalam kawalan mutu air ada pelbagai jenis agensi yang termasuk dalam perkara ini dan

tanggungjawab kementerian ialah untuk memeriksa air di peringkat rawatan air di tempat loji rawatan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Kita sedang dalam proses untuk lihat balik kepada kaedah yang telah ditetapkan pada masa sekarang untuk meningkatkan itu kepada satu tahap yang lebih tinggi. Satu masalah yang dihadapi oleh banyak pihak yang telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pembersihan air dan proses pembekalan air ialah tentang loji-loji rawatan yang tersedia ada. Banyak yang lama dan banyak yang menggunakan teknologi yang lama. Untuk memastikan bahawa air yang diberi ialah selaras dengan mutu yang dengan piawaian yang paling terkini, ada keperluan untuk meningkatkan lagi taraf loji-loji air yang ada dalam negara kita perkara ini telah dibangkitkan dan dikemukakan kepada semua pihak pengurusan aset air dalam negara kita. Kita berharap dalam perubahan yang sedang berlaku untuk secara kegunaan air dalam negara kita ini. Ini akan diambil kira dan proses rawatan akan dipertingkatkan. Daripada segi kementerian, kita ada dalam proses untuk mewujudkan satu akta baru yang akan lihat kepada rawatan air daripada sumber awal lagi sampai ke masa ia sampai ke rumah kerana pada masa sekarang ini ada lagi disconnected. Dalam proses ini, dalam peringkat-peringkat yang berlainan agensi yang bertanggungjawab ialah agensi yang berlainan. So, untuk memastikan bahawa Kementerian Kesihatan akan memberi kuasa untuk melibatkan diri di dalam semua proses kita akan mengadakan satu akta yang memberi kuasa supaya pemeriksaan boleh dibuat daripada tempat pengambilan air, tempat rawatan di pekali yang pertama, proses pengedaran sampai ke air keluar daripada paip di dalam rumah-rumah. Akta ini kita telah bincangkan di kementerian dan selepas akta diluluskan mungkin kita boleh mengadakan satu tahap yang lebih tinggi kepada air minuman yang diedarkan. Walaupun saya itu tidak bermaksud yang air diberi pada masa sekarang itu, tidak selamat. Memang ia sihat dari segi pemeriksaan yang kita telah lakukan tetapi apa yang dimaksudkan untuk meningkatkan taraf itu khususnya daripada banyak rare metals dan micro rare metals yang ada di dalam air yang tidak diperiksa pada masa sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya ada dua orang bangun Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua pohon penjelasan lagi dari Yang Berhormat Menteri. Dengan izin, I think you are missing the point. I think you are missing the point. Sebab dengan izin ya. Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan satu isu yang khusus berkenaan kepada kekhuatiran saya kualiti air di Kuantan tercemar akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal. Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut dalam bahas saya berkenaan ada aktiviti di hulu sungai yang melibatkan perlombongan-perlombongan bauksit yang ada kemungkinan apa-apa heavy metal runoff dengan izin daripada mine ataupun lombong-lombong masuk ke dalam sumber-sumber air di Kuantan. Saya pohon Yang Berhormat Menteri, untuk meyakinkan saya bahawa air minuman warga Kuantan yang mungkin tercemar itu tidak tercemar. Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan kepada seluruh warga Kuantan bahawa air yang mereka minum itu tidak tercemar dengan heavy metal, logam berat yang terhasil daripada aktiviti perlombongan upstream. Jadi setakat ini, kita tidak ada akses kepada semua bacaan kualiti air. Jadi apa bila saya bertanya kepada PAIP mereka berkata itu di bawah Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan mengambil bacaan setiap bulan. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi laluan Yang Berhormat Menteri?

Kapar. Saya juga ingin membawa isu sedikit. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Bila sudah bagi izin, boleh. Bila tidak bagi izin jangan Yang Berhormat ya.

[Menyampuk]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga telah bahaskan isu bauksit dan saya telah tekankan sedikit secara terperinci tentang seorang individu bernama Profesor Dr. Che Abd Rahim Mohamed. Beliau telah menyatakan hasil keputusan analisa daripada sampel air yang diambil di kawasan bauksit mengandungi kadar logam yang tinggi dan ini adalah peringkat awal tahap radiasi. Saya telah bangkitkan isu ini. Sepatutnya kementerian hari ini kena cantas atau bagi komen terhadap pandangan Profesor Dr. Che Abd Rahim Mohamed. Saya rasa benda ini perlu dikaitkan seorang Profesor telah kata ada tahap radiasi peringkat awal. So, saya menuntut jawapan daripada kementerian. Terima kasih.

[Menyampuk] Jawab.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi jawapan terhadap keputusan kajian air yang telah dibuat di Kuantan, saya tidak mempunyai maklumat pada hari ini tetapi kita boleh mengedarkan maklumat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan tentang perkara ini dengan mengambil maklumat daripada agensi-agensi lain yang terlibat dalam perkara ini iaitu Jabatan Alam Sekitar tentang isu pencemaran kerana isu pencemaran adalah di dalam bidang Jabatan Alam Sekitar. Manakala tentang isu kualiti air iaitu pemeriksaan terhadap air yang diedarkan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan oleh agensi-agensi lain. Jadi maklumat berkaitan dengan itu - tentang adakah tahap bauksit yang di dalam air itu lebih daripada tahap yang telah diperlukan, kita akan menjelaskannya secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Bangun]

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanah Merah bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

Yang Berhormat Menteri, ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah cukuplah itu Yang Berhormat Kuantan.

Saya mohon water intake sebelum dan selepas di semua loji air. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Tanah Merah.

Dato’ Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTanah Merah

Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri hendak menggulung, saya ada membangkitkan tentang dua isu. Pertama, tentang mesin CT Scan di Hospital Tanah Merah yang mana Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada saya pada tahun lepas akan dipasangkan pada awal tahun ini – akan di pasang pada bulan November tetapi malangnya saya tengok sekarang ini masih belum - saya hendak tahu kedudukan, bilakah mesin CT Scan yang amat diperlukan, very crucial boleh dipasang di Hospital Tanah Merah? Kedua, saya ada membangkitkan juga tentang untuk ke Hospital Tanah Merah ini yang di atas bukit, jalan masuk ke hospital ini sangat sempit. Jadi selalu bertembung dengan lori-lori yang membawa tong-tong gas ke hospital. Saya bimbang jika berlaku kemalangan tong-tong gas ini, ia boleh berlakunya catastrophe ataupun satu bencana. Jadi, saya mohon sangat perkara ini diambil tindakan sebelum perkara yang buruk berlaku. Satu mengenai CT Scan dan kedua, mengenai jalan ke Hospital Tanah Merah di atas bukit ini yang sangat sempit dan selalu boleh berlaku kemalangan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Menteri...

Di sini Yang Berhormat Batu Kawan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Di sana dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, tahniah menjadi Presiden MIC. Mudah- mudahan memberi kekuatan kepada BN pada pilihan raya akan datang, insya-Allah. Yang Berhormat Menteri, saya telah menimbulkan dalam ucapan bajet saya tentang pembinaan Hospital Seri Iskandar. Saya sebutkan bahawa di Seri Iskandar, tapak sudah siap sedia tetapi Pegawai Kesihatan Perak telah mengatakan, Hospital Seri Iskandar akan dibuat bersekali dengan Hospital Parit Buntar. Jadi saya hendak minta – oleh kerana di Parit Buntar ada masalah tanah dan di Seri Iskandar tidak ada masalah tanah, saya berharap supaya jangan tunggu hingga selesai masalah tanah Parit Buntar baru hendak dibuat di Parit. Jadi sila buat di Parit kerana di Parit tidak ada masalah tanah. Harap dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih tadi atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi persoalan saya masih belum dijawab – memandangkan banyak kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu dengan izin, the waiting list untuk pesakit-pesakit menggunakan MRI dan CT scan adalah amat panjang. Saya sendiri ke hospital kerajaan untuk membuat MRI scan diberikan tempoh masa menunggu sembilan bulan. Jadi secara logiknya, bilangan mesin-mesin MRI dan CT scan yang berfungsi di hospital kerajaan atau hospital daerah, kalau ada dan juga hospital-hospital pakar adalah amat rendah berbanding dengan bilangan pesakit yang memerlukannya. Kita lihat setiap seorang daripada Ahli Parlimen di sini berhadapan dengan pesakit-pesakit yang datang ke pejabat mereka mengadu bahawa waiting list yang diberikan adalah amat lama. Bukan sahaja MRI dengan CT scan malah, pemeriksaan-pemeriksaan lain diberikan tempoh waiting list yang amat lama. Persoalan saya di sini Yang Berhormat Menteri, mengapa waiting list ini begitu lama sekiranya bilangan mesin MRI dan CT scan yang berfungsi adalah mencukupi? Pada pendapat saya, adalah simple logic. Andai kata kita ada mesin MRI dan CT scan dan kepakaran yang mencukupi, maka waiting list akan berkurangan atau tempoh masa menunggu akan berkurangan. Saya juga pernah membawa isu ini ke Dewan yang mulia dan ada dalam perbahasan saya, ialah hasrat kerajaan untuk membina sebuah hospital besar di Batu Kawan. Hari ini, bilangan penduduk di Seberang Perai Selatan adalah dalam anggaran 200,000 dan dijangka akan meningkat. Satu-satunya hospital di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang adalah Hospital Sungai Bakap yang mana Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi pun pernah membuat housemanship di sana. Jadi Dato’ Seri Dr. Hilmi tahu keadaan Hospital Sungai Bakap yang memang sarat dengan pesakit. Oleh itu, saya ingin tanya di sini, dari tahun 2003 sehingga sekarang Yang Berhormat Menteri, kalau kerajaan ada apa-apa hasrat dalam masa terdekat atau any plan untuk membina sebuah hospital di Batu Kawan memandangkan ia akan menjadi sebuah satellite city – akan ada universiti, ada housing development, ada development di sana?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ringkas Yang Berhormat. Ya sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Boleh Yang Berhormat Menteri? Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. [Disampuk] Saya bukan bercakap dengan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sila Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi sebab saya dengar ada Hospital Parit Buntar atau hospital di Daerah Kerian. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana hospital yang sudah diluluskan sejak tahun 2008 ini, saya lalu dan tengok sudah ada kerja-kerja tanah, groundwork, sudah nampak macam piling dan sebagainya. Saya berharap pihak kementerian menguruskannya sampai siap. Jadi saya hendak tanya – saya terdengar tadi hospital di Daerah Kerian ada masalah tanah. Betulkah ada masalah tanah? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Kalau setiap MP bangun untuk minta pencerahan kawasan masing-masing, saya rasa kita tidak cukup masa. Saya sendiri pun banyak permohonan di kawasan saya Yang Berhormat. Ya boleh ringkaskan Yang Berhormat Menteri.

Cuma satu tentang CT scan di Hospital Tanah Merah, sekarang dalam proses akhir untuk menyediakan surat setuju terima kepada pembida yang berjaya. Ini bermaksud ia akan dilaksanakan. Manakala untuk isu-isu lain yang dibangkitkan tentang isu-isu tertentu seperti yang saya telah jelaskan awal, ini akan...

Yang Berhormat Menteri...

...Dijawab secara bertulis...

Yang Berhormat Menteri...

...Tentang keperluan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habiskan dahulu jawapan Yang Berhormat Menteri.

...Ini umum.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Habiskan dahulu jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

...Tentang keperluan untuk menambahkan mesin CT scan dan MRI, kementerian memang sedar tentang keperluan itu. Akan tetapi jadual untuk mendapat CT scan mengikut pandangan pakar – kalau ada emergency ini, kalau tidak boleh dibuat di hospital itu akan dirujuk ke hospital yang paling dekat. Kalau tidak dibuat di hospital yang paling dekat, ada kala kementerian membeli perkhidmatan daripada pihak swasta dalam kes-kes emergency supaya mereka mendapat rawatan secepat mungkin. Cuma untuk menjawab sedikit tentang isu air yang telah dibangkitkan tadi. Melalui maklumat yang saya telah terima daripada pegawai saya tadi, sehingga kini, kita tidak nampak apa-apa pelanggaran tentang 44 parameter yang telah diperiksa oleh kementerian di dalam loji-loji berkaitan dan tidak ada bukti tentang radiasi. Pada masa yang sama, soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat telah pun dirujuk kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kepada SPAN. Kalau kementerian belum menjawab lagi, mungkin mereka akan menjawab semasa giliran mereka. Kalau tidak ada, kita akan mendapatkan maklumat dan berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekianlah sahaja, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa sudah habis Yang Berhormat.

Soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak jawab lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Giliran Kementerian Belia dan Sukan. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan pandangan, cadangan dan soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat dasar di

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan untuk menjawab mereka yang hadir sahaja dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang lain saya boleh jawab melalui jawapan bertulis. Oleh yang demikian, saya pergi terus kepada Yang Berhormat Kangar yang menunjukkan keprihatinan dalam golongan orang kelainan upaya. Buat makluman Ahli Yang Berhormat, Program Sukan Berprestasi Tinggi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kangar tidak ada dalam Dewan Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Tidak ada? Okey. Tuan Yang di-Pertua boleh pandu saya. Kalau ada, maklumkan pada saya, kalau tidak ada. Untuk makluman Yang Berhormat Lipis ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis tidak ada Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Yang Berhormat Lipis tidak ada, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Oh ya, Yang Berhormat Lipis masuk sudah Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Okey, sudah masuk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lipis Program FitMalaysia turut dilaksanakan di peringkat daerah yang dikenali sebagai FitMalaysia Komuniti menyasarkan semua golongan termasuk belia kawasan kampung. Program ini dilaksanakan sebanyak dua kali sebulan bagi tahun 2015 bermula bulan Mac hingga November. Sehingga September 2015 sebanyak 1,051 program telah pun dilaksanakan melibatkan 88,790 orang peserta. Ini di peringkat kampung yang ditanya oleh Yang Berhormat Lipis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lipis, di daerah Lipis sahaja dan daerah- daerah yang berhampiran kita telah menjalankan program FitMalaysia, FitMalaysia Komuniti sebanyak 16 kali antaranya di Felda Chegar Perah, Kampung Lubuk Kulit, Kampung Bapung, Sekolah Kebangsaan Budu, Kampung Merapoh, Felda Kechau, .. Peruang, Bukit Betong, Kampung Kuala Bedang, Kampung Sungai Ular, Kampung Jeram Landak dan lain-lain. Seramai seribu lebih orang peserta antaranya kehadiran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Padang Tengku Yang Berhormat Dato' Mustapa Long yg hadir pada beberapa buah majlis yang telah saya sebutkan tadi. Bagi tahun 2016, kementerian merancang untuk melaksanakan program ini pada setiap minggu di semua daerah agar lebih ramai peserta termasuk golongan belia di kampung dan juga di kawasan-kawasan pedalaman, luar bandar mendapat matlamat daripada program FitMalaysia yang dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis bangun, Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi laluan untuk bertanyakan lebih maklumat kepada Menteri Belia dan Sukan. Saya melihat dari segi program FitMalaysia ini ia agak baik tetapi apakah pandangan Menteri daripada FitMalaysia ini, boleh ke arah manakah yang akan membawa kita ke dalam bidang sukan ini. FitMalaysia ini memang baguslah untuk fit, untuk fit kan kita, kesihatan kita tetapi ke manakah arah dari segi bidang sukan kita? Adakah dari FitMalaysia ini akan membawa kita kepada penglibatan lebih profesional? Kalau kita tengok bola sepak baru ini, kita kalah sebanyak 6-0 bertemu dengan Palestin, negara yang berperang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Fobia dengan Arab, Yang Berhormat.

Fobia dengan Arab, ya. Sebab dia berani. Sebab dia rajin berperang. Jadi ke mana arah itu sebenarnya? Kalau kita melihat daripada segi sukan ini sendiri sebenarnya, kenapa kita tidak dapat mencari pemain-pemain profesional tidak kira bidang apa. Kalau kita melihat bidang golf umpamanya, pada hari ini bidang golf yang terlibat pemain-pemain profesional ini adalah yang berumur antara 17 hingga 23 tahun sahaja, yang dapat hadiah yg begitu lumayan sekali sehingga mencecah

USD berjuta-juta. Jadi inilah maksud saya supaya, bukan tidak bagus Program FitMalaysia ini tetapi program ini mesti melihatkan ciri ke arah kita boleh membawa kepada matlamat ke arah bidang sukan itu, ke arah yang lebih baik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Lipis atas pencerahan dan pandangan tadi. Semestinya dasar sukan di negara kita dibahagikan kepada dua, iaitu satu, sukan berprestasi tinggi dan satu lagi adalah sukan untuk semua. Kedua- duanya ada kaitan. Kalau kita tidak ada tapak penyertaan yang luas atau pun kita tidak ada talent base yang luas, maka sudah pasti akan menjejaskan sukan berprestasi tinggi. Bila kita ada tapak penyertaan yang luas, maka lebih mudah untuk kita mencari bakat-bakat dan lebih mudah untuk kita membangunkan bakat-bakat tersebut untuk menjadi atlet berprestasi tinggi yang mewakili negara kita di peringkat antarabangsa. Ini ada kaitan yang rapat. Kalau sekiranya kita tengok kepada negara-negara bersukan atau pun sporting nation, seperti Australia, New Zealand, Jepun, Korea, di Asia Barat, mereka bukan hanya mempunyai pengurusan sukan berprestasi tinggi yang bertaraf antarabangsa, tetapi mereka mempunyai tapak penyertaan yang luas, di mana sukan telah menjadi budaya, sukan sudah menjadi gaya hidup dan sukan telah menjadi salah satu aktiviti utama dari awal usia, peringkat sekolah sampailah ke peringkat mereka yang sudah dewasa dan sepanjang hayat. Jadi Program FitMalaysia ini adalah untuk kita memperbudayakan sukan dan juga kecergasan dalam kalangan rakyat kita supaya kita boleh menjadi sebuah negara yang bersukan. Kalau kita tidak ada penglibatan sukan dan kajian telah menunjukkan bahawa penyertaan sukan di Malaysia adalah hanya di tahap 30% sahaja. Maksudnya hanya 30% sahaja daripada penduduk di Malaysia mengamalkan aktiviti sukan, kecergasan, riadah secara kerap tiap-tiap minggu. Ini adalah masalah bagi kita sebab bila kita tidak ada a culture of sports dengan izin maka susahlah kita untuk mencari bakat-bakat yang boleh kita bangunkan sebagai atlet-atlet profesional seperti mana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi bagi saya, kaitan rapat antara sukan untuk semua yang mana FitMalaysia ini menjadi salah satu program untuk memajukan sukan untuk semua dan juga sukan berprestasi tinggi iaitu sukan yang mana kita akan membangunkan atlet kita, yang akan mewakili negara kita di peringkat yang tertinggi. Jadi sepintas lalu, Yang Berhormat Lipis sebut mengenai dengan bola sepak tadi perkara yang sama, kita perlu memperluaskan lagi tapak penyertaan kita supaya kita dapat melahirkan pemain-pemain bola sepak yang lebih baik dan pasukan kebangsaan yang lebih baik. Oleh sebab itu bermula tahun 2014 hingga tahun 2020, kita telah memperkenalkan program pembangunan bola sepak negara yang buat masa ini mempunyai 19,250 orang pelatih berumur 7 hingga 17 tahun yang mana kita terpaksa build from ground up dengan izin kepada Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kita dapati bahawa pemain-pemain generasi yang ada sekarang, itulah tahap mereka. Kita terpaksa melahirkan lebih ramai lagi pemain daripada usia muda lagi yang mempunyai ciri- ciri dan mutu permainan yang lebih tinggi daripada apa yang ada pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lipis bangun lagi, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hendak bertanya pada Menteri, apakah langkah jangka panjang yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi untuk ke arah sukan berprestasi tinggi? Sebab saya tengok juga dalam televisyen Yang Berhormat Menteri sendiri merasmikan penutup pertandingan golf LPGA, kalau tak silap, wanita yang mana johannya hanya 17 tahun, maknanya sudah awal penglibatannya. Ini maksud saya bagaimana kita hendak, apa-apa bidang sukan yang boleh melibatkan, mungkin dari sekarang melibatkan masa panjang sama ada sekolah sukan atau pun kita ada kursus tertentu dalam bidang-bidang tertentu untuk kita melahirkan ahli-ahli sukan seperti ini? Saya tengok Korea paling rama, Korea paling ramai dalam bidang yang berprestasi tinggi ini. Maknanya mungkin kita boleh sebutkan sebagai pendapatan yang boleh menjadi multi-millionaire. Itu Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kangar di belakang bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma menyentuh bab bola sepak. Ada disebutkan bahawa pada tahun 2016 Liga Malaysia

akan diswastakan. Jadi apakah benar dan apakah yang akan berlaku kepada Liga Malaysia setelah diswastakan? Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya tambah sedikit boleh? Lumut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah sedikitlah. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri menganjurkan pelbagai program sukan, program sukan Hari Malaysia, FitMalaysia. Saya lihat memang mendapat sambutan yang ramai, cuma saya bimbang. Saham dunia Menteri dapat banyak, saya bimbang saham akhirat kerana pergaulan yang kita lihat nampaknya, pakaian-pakaian seksi yang mengghairahkan, kita takut kepada berlakunya zina selepas itu. Kita minta Yang Berhormat Menteri lihat-lihat sedikit perkara ini. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Menteri, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Menteri. Saya ucap tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, mewujudkan FitMalaysia ini. Satu brainchild, satu program yang cukup baik. Akan tetapi apa yang saya hendak tanya kepada Menteri adalah bagaimana untuk mewujudkan budaya ini sebenarnya. Kalau setakat kita buat satu negeri atau satu tempat sekali, maka tidak dapat mewujudkan budaya ataupun sasarannya. Saya malah ingin mencadangkan supaya FitMalaysia ini diadakan di peringkat daerah, peringkat Parlimen umpamanya, di mana ada regularity. Macam kita baca Al-Quran, sekali baca tidak power tetapi kena baca tiap-tiap hari, baru ada kesannya. Begitu juga dengan exercise, senaman untuk kesihatan atau untuk cungkil bakat, kalau kita buat regular dengan secara istiqamah, barulah kita dapat hasil yang kita hendak itu. Itu saya minta pandangan Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih atas pencelahan-pencelahan yang telah pun dibuat tadi. Pertamanya daripada Yang Berhormat Lipis sekali lagi, iaitu berkenaan dengan bagaimana kita dapat membangunkan bakat-bakat ini ke arah tahap profesional untuk apa sahaja sukan. Ini berkaitan dengan sukan berprestasi tinggi. Setiap sukan berprestasi tinggi mempunyai pathway to excellence dengan izin, ataupun laluan kecemerlangan yang berbeza-beza. Ada yang melalui – Kebanyakan sukan yang melalui sistem persekolahan. Maksudnya mereka dikenal pasti awal melalui program seperti TID, MyTID ataupun Malaysian Talent Identification Developments di mana program ini adalah program pengenalpastian bakat yang dijalankan oleh Institut Sukan Negara bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman, tahun ini sahaja kita sudah uji bakat seramai hampir 150,000 pelajar tahun pertama dan kita melalui ujian-ujian yang ada kaitan dengan kepantasan mereka, fleksibiliti mereka, kekuatan mereka, ketinggian mereka dan sebagainya. Antara pelajar- pelajar Tahun 1 yang telah disaring ini, mereka dimasukkan ke dalam pusat-pusat multilateral yang dijalankan oleh Institut Sukan Negara bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu, mereka didedahkan kepada sukan melalui program-program dan aktiviti sukan yang dijalankan di peringkat sekolah dan mereka yang ada bakat itu diserapkan ke dalam Sekolah Sukan Malaysia atau Sekolah Sukan Negeri. Bagi sukan-sukan yang tidak termasuk dalam Sekolah Sukan Malaysia ataupun Sekolah Sukan Negeri, persatuan mereka ada program-program tertentu untuk membangunkan bakat, terutamanya PGM untuk golf yang mana PGM Academy sedang melatih beberapa pemain golf remaja yang dikenal pasti untuk menjadi pemain-pemain golf profesional untuk Malaysia dalam masa yang akan datang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita bukan sahaja bola sepak tetapi untuk badminton, hoki, olahraga, renang, basikal dan sebagainya, kita sudah bangunkan program pembangunan yang khusus yang dikhususkan untuk kepada pemain-pemain peringkat

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

remaja sekolah dan sebagainya dengan kerjasama bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa yang saya maksudkan di sini Yang Berhormat, adalah apa yang menjadi kekhuatiran Ahli Yang Berhormat bahawa mereka ini tidak ada laluan kerjaya ke arah profesionalisme ataupun ke arah tahap profesional, itu memang sudah wujud di Malaysia dan kita cuma perlu untuk melihat bagaimana kita dapat menyalurkan peruntukan yang khusus kepada program-program ini yang kita jalankan dengan sekolah. Kita tidak ada pilihan. Kementerian Belia dan Sukan memang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, kerana inilah medan di mana kita mengenal pasti bakat muda untuk sukan-sukan. Cuma kita masuk di peringkat susunan program, kita masuk di peringkat pertandingan dan juga kita masuk di peringkat pentauliahan dan juga pembangunan jurulatih supaya jurulatih-jurulatih ini dapat bangunkan pelajar-pelajar ini, pemain-pemain ini dan juga atlet remaja ini ke arah yang lebih tinggi dan mereka diserapkan ke dalam Majlis Sukan Negara apabila mereka tamat pengajian mereka di sekolah sukan dan peringkat sekolah menengah. Soalan tadi berkenaan dengan penswastaan liga. Sudah pasti ini sudah jadi cadangan yang telah pun diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia di mana pengendalian Liga Malaysia itu akan diswastakan. Ini bukanlah perkara yang luar biasa. Sebenarnya ini amalan yang biasa yang telah diguna pakai di kebanyakan negara yang ada liga profesional bola sepak. Contohnya di England, EPL dikendalikan oleh syarikat swasta dan hanya dilesenkan oleh English FA. Jadi, perkara yang sama ingin dilakukan di Malaysia di mana pengendalian liga itu sendiri, bukan FAM tetapi pengendalian liga itu diswastakan. Diharapkan bahawa dengan pengendalian itu yang dijalankan oleh syarikat swasta, maka ia dapat menarik lebih banyak lagi penajaan dan penting adalah penajaan itu dapat diagihkan secara adil dan saksama kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam liga tersebut. Ini kelebihan yang kita dapat daripada penswastaan liga seperti mana yang berlaku di EPL di mana apabila diswastakan, lebih mudah untuk menarik penajaan. Apabila penajaan itu dapat, maka lebih senang untuk diagihkan kepada kelab-kelab yang terlibat dalam liga tersebut tanpa perlu dikawal selia on a day-to-day basis dengan izin, oleh FAM. Ketiga, soalan tadi berkenaan dengan program-program sukan, pakaian dan sebagainya. Kita ambil maklum teguran daripada Ahli Yang Berhormat tadi, tetapi setakat ini tidak ada apa-apa kes, bukti ataupun apa-apa kes yang melibatkan ataupun yang telah melibatkan zina daripada program-program sukan yang telah dijalankan. Namun demikian, kita ambil maklum pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat tadi.

Minta laluan Yang Berhormat. Sedikit, boleh?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya.

Isu pakaian atlet, boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan, apakah satu dasar dibuat di bawah Kementerian Belia dan Sukan berkaitan dengan pemakaian atlet wanita. Sepatutnya pemakaian atlet wanita patuh syariah sesuai dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan iaitu untuk membawa sistem pentadbiran ke arah patuh syariah. Jadi sepatutnya, pematuhan pakaian atlet wanita Islam patuh syariah diamalkan dalam negara kita. Jadi, sejauh mana perkara ini dilaksanakan dan dasar ini digubal oleh pihak kementerian?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ini di mana atlet sendiri minta dan ia tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Antarabangsa yang mengelolakan sukan tersebut. Maka, kita membenarkan mereka untuk membuat pengubahsuaian kepada pemakaian mereka seperti mana yang berlaku kepada pemain- pemain bola jaring negara yang dahulunya memakai baju yang singkat, tetapi sekarang ini memakai baju yang berbeza sedikit daripada apa yang mereka pakai dahulu. Jadi, dasar dan juga amalan kita pada waktu ini adalah kita serah kepada atlet untuk membuat keputusan dan selagi ia tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa dan peraturan sukan itu sendiri, maka kita tidak ada apa-apa halangan kepada atlet tersebut.

Sedikit Yang Berhormat.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya.

Kalau boleh pihak kementerian, boleh tidak untuk lebih berani mengemukakan satu dasar ataupun polisi

memperkenalkan dua atau tiga jenis sukan yang mematuhi syariah. Kalau boleh saya minta, kalau kementerian lebih berani untuk ke arah itu sebab saya lihat banyak kementerian lain yang sudah mula bergerak ke arah itu. Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Jawapan saya sama seperti jawapan saya tadi. Kita serah kepada atlet untuk buat keputusan masing-masing, sama ada mereka hendak pakai pakaian yang seperti mana Yang Berhormat kata tadi mematuhi syariah ataupun tidak dan selagi ia tidak bercanggah dengan peraturan sukan itu, kita serahkan kepada atlet.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ahli Yang Berhormat dari Bagan Serai membangkitkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sepang bangun.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak menyentuh sedikit tadi fasal bola sepak tadi. Yang Berhormat Menteri, kita lihat sekarang ini boleh dikatakan permainan bola sepak ini, pemain-pemain dapat gaji yang agak lumayanlah, dapat elaun yang lumayan, saya difahamkan hingga sampai mencecah ratusan ribu pun ada.

Akan tetapi kenapakah dalam keadaan begitu pun kita boleh katakan secara umumnya kualiti bola sepak negara kita ini masih lagi diragukan sebab kita lihat, ya lah hendak masuk Piala Asia pun kita mungkin masih lagi terkial-kial. Jadi seolah-olah macam tidak ada satu, despite kita ada satu kita telah memprofesionalkan bola sepak kita, tetapi tahap kualiti itu tidak selaras dengan profesionalisme itu. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri sendiri sebagai orang muda dan juga sebagai Menteri yang memang mempunyai tanggungjawab dalam bidang sukan ini. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sendiri ada set satu target bahawa sekian, sekian ini, kalau saya tidak boleh mampu ini, I have to resign. [Disampuk] No, no, because we want Menteri bertukar orang, tetapi kualitinya tidak ada. Walaupun Yang Berhormat Menteri mungkin, saya akui Menteri sendiri saya hendak tanya kecewa dengan 10-0, 6-0. Sampai orang bercakap di dalam media, ini kita kalah dengan Palestin 6-0, 10-0 sebab apabila terima donation daripada RM2.6 bilion, tujuannya supaya kita kalah dengan Palestin.

[Dewan riuh]

Ini orang cakap, ini orang cakap, saya tidak kata betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, terkeluar dari tajuk Yang Berhormat.

Saya tidak kata betul, orang bercakap orang bergurau begitu.

[Dewan riuh]

Saya pun sebagai rakyat Malaysia malu lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri, kita ada sekolah sukan dan sebagainya. Saya harap Yang Berhormat Menteri sendiri, as a man, sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab dalam sukan ini, mesti meletakkan satu target contohnya tahun– Malaysia mesti masuk, qualified dalam acara-acara sukan antarabangsa ini. Kalau tidak dapat juga, I have to resign. Baru orang hormat Yang Berhormat Menteri. Jangan takut, kalau UMNO tidak beri, kita AMANAH boleh terima Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat rujuk kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Kita sudah pun letakkan matlamat 2019 untuk Piala Dunia bawah umur 17 tahun kelayakan. Itu adalah matlamat kita. Ini balik kepada isu yang saya bangkitkan tadi, berkenaan dengan pembangunan bola sepak. Kita akui bahawa pasukan dan juga pemain dewasa (senior) pada hari ini, itulah tahap mereka. Mungkin kalau boleh diperbaiki pun, tidaklah begitu banyak sangat. Mungkin kalau kalah 6-0 hari ini, hendak diperbaiki mungkin kalah 3-0. Bukan saya merendahkan kebolehan mereka, tetapi that is the level of football today.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Disebabkan DNA mereka tidak betul, cara mereka dilatih semua tidak betul, taktik mereka tidak betul. Kita tidak boleh ajar pemain umur 28 tahun taktik baru, sebab mereka sudah diajar begitu, main begitu sejak mereka remaja lagi. Dan itulah yang mereka tahu. Sebab itu saya sebutkan bahawa kita terpaksa bina daripada asas. Kita terpaksa build from ground up. Itu yang kita telah buat melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Akan tetapi ini memerlukan masa sedikit sebab kita kena mengajar cara yang baru, macam mana hendak main bola sepak. Saya minta supaya Lim Teong Kim balik daripada Jerman, jadi Pengarah Teknikal untuk Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Dia beritahu saya bahawa ini adalah perubahan generasi. We have to teach the whole new generation, dengan izin, macam mana hendak main bola sepak? Bukan main bola lambung tanpa lihat siapa yang ada di atas. Harap ada orang yang kejar bola dan sebagainya. Ini bukan cara main bola sepak. Tidak ada orang main macam itu lagi. Jadi kita kena ajar daripada awal, daripada asas. Ini memerlukan masa. Oleh sebab itu kita ada program jangka masa panjang 2019, kita ada matlamat kelayakan ke Piala Dunia bawah umur 17 tahun dan itu menjadi matlamat untuk kita memastikan bahawa asas bola sepak kita dapat dibangunkan. Apa yang akan berlaku selepas mereka menjadi dewasa, itu adalah perkara yang perlu dibincangkan dengan FAM supaya betul-betul produk yang keluar daripada NFDP ataupun program pembangunan ini dapat dimanfaatkan kepada pasukan kebangsaan. Dipersilakan Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerlun dan ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kementerian membuat satu kajian ataupun mungkin dalam makmal kementerian sendiri berkenaan dengan kenapa fenomena kejatuhan pencapaian bola sepak di Malaysia ini jatuh? Ini kerana dahulu kita lihat legenda bola sepak seperti mana Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Chandran dan juga Wong Kam Fook dan sebagainya itu merupakan tokoh-tokoh legenda bola sepak negara. Sedangkan waktu itu kita lihat mereka hanyalah sebagai pemain-pemain bola sepak waktu itu mereka menjadi kerani (teller) di peringkat bank, Bank Bumiputera dan sebagainya. Akan tetapi dalam masa yang sama mereka pemain bola sepak negara yang dibiayai oleh bank waktu itu. Sekarang kita lihat dengan pembiayaan yang agak banyak, kadang-kadang pendapatan mereka itu berpuluh ribu sebulan. Sedangkan pencapaian bola sepak negara kita ini tidak berlaku. Adakah kerana terlalu manja sangat kah, macam dah jadi terlalu manja sangat maka sampai tidak ada kemampuan untuk membina balik ataupun mengembalikan kembali rekod kecemerlangan bola sepak di negara kita. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jerlun ya.

Dato’ Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Satu lagi mungkin saya lihat apa yang menjadi kekangan (constraint) kepada kerajaan di mana setengah-setengah persatuan sukan dunia tidak membenarkan kerajaan campur tangan secara langsung. Contohnya macam FIFA dia tidak beri wakil kerajaan pegang jawatan langsung. Apa yang berlaku contoh dalam Persatuan Bola Sepak Indonesia bila kerajaan campur tangan Kementerian Sukan Indonesia campur tangan, maka terus digantung persatuan bola sepak (PBSI) ini. Jadi secara tidak langsung Yang Berhormat Menteri, ini akan memberi satu masalah kepada kerajaan di mana persatuan hendakkan duit daripada kerajaan, maksudnya sponsorship, sokongan dan sebagainya. Namun dari segi pentadbiran pengurusan, kerajaan tidak ada say dalam tajuk itu. Seterusnya saya tertarik satu tajuk dalam paper hari ini Yang Berhormat Menteri kata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada National Football Development Plan (NFDP) yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi, dan juga team SEA Game. Jadi adakah untuk senior team ini kerajaan tidak mahu campur tangan. Minta penjelasan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jelebu bangun di belakang.

Belakang, belakang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas sahaja kepada kementerian, iaitu elemen judi (gambling) di dalam sukan khususnya bola sepak. Jadi, banyak pihak di luar kata elemen ini wujud sebab kadang-kadang permainan itu kita sudah tahu pasukan yang mana kuat, yang mana lemah. Akan tetapi yang lemah boleh menang daripada yang kuat. Dia tahu score pula, sampai ke tahap macam itu. Jadi kalau lah sekiranya hendak diswastakan pengurusan bola sepak ini pada tahun hadapan, sudah diumumkan dan sebagainya itu, apakah kebimbangan elemen judi mempengaruhi sukan ini akan menjejaskan lagi keadaan dan apakah tindakan- tindakan kerana tidak nampak sangat, tidak dapat dibukti lah, tidak dapat diurus dengan kemas lah. Jadi ini kebimbangan di luar bercakap, tetapi untuk dibuktikan mungkin sukar. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat isu ini? Terima kasih.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertamanya berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi. Dia bukan satu faktor yang menyebabkan kemerosotan mutu bola sepak di Malaysia. Pelbagai faktor telah mendorong kemerosotan tersebut. Antaranya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi lah krisis mengatur perlawanan ataupun match fixing yang telah pun membelenggu bola sepak negara beberapa tahun yang lepas. Dari situ, macam-macam masalah yang berkaitan telah pun menjejaskan prestasi bola sepak termasuk judi, pemain- pemain diugut, pemain-pemain ditawarkan dengan rasuah dan sebagainya. Sukacita saya maklumkan bahawa usaha berterusan telah pun dijalankan oleh pihak FAM, SPRM, PDRM bersama dengan KBS untuk kita memerangi gejala mengatur perlawanan dalam bola sepak. Kita dapati bahawa walaupun tidak dapat kita sifar kan, tetapi kita dapat banyak kurangkan kes-kes dan juga laporan-laporan yang kita terima berkenaan dengan tawaran yang dibuat kepada pemain-pemain. Antara yang masalah yang dihadapi sudah pasti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu tadi adalah bukti disebabkan ramai pemain yang tidak sanggup untuk kemukakan bukti disebabkan mereka menerima ugutan daripada bookies ini. Bukan ugutan terhadap mereka sahaja, tetapi kepada keluarga mereka dan sebagainya. Perkara ini semua berlangsung dengan kerahsiaan yang tinggi, tidak melibatkan banyak individu, melibatkan beberapa individu yang telah pun dikenal pasti. Setiap persatuan bola sepak negeri telah pun diarahkan untuk menubuhkan jawatankuasa integriti bersama dengan SPRM, PDRM dan sebagainya untuk memberi pendidikan, pendedahan dan juga untuk memberi ruang kepada mana-mana pemain dan jurulatih yang didatangi oleh bookie untuk buat aduan secara rahsia supaya keselamatan mereka itu dijaga. Jadi, saya melihat kita telah ambil tindakan yang serius terhadap gejala mengatur perlawanan ini dan walaupun kita tidak dapat membanteras 100%, saya melihat ada perkembangan yang positif. Kita sudah tahu beberapa suspek dan juga beberapa sindiket yang terlibat dan mereka ini sedang ada dalam pemantauan polis dan juga SPRM.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, sambung petang ya.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan hingga jam 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Saya difahamkan Kementerian Belia dan Sukan menggulung. Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNRembau

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, kalau boleh saya ingatkan kepada Menteri-menteri yang menjawab nanti. Kalau boleh singkatkan sesingkat yang boleh. Tidak perlulah baca

Tuan Yang di-Pertua

yang dasar-dasar yang telah pun dibahas, singkatkan. Jadi kalau boleh saya mohon kerjasama supaya jam 9.00 malam kita habis.

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Demi kepentingan masa, saya hanya akan menjawab apa sahaja yang telah dibangkitkan di dalam ucapan perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, melalui Institut Sukan Negara kita telah mulakan inisiatif bagi membincangkan usaha untuk menghasilkan jurulatih dari kalangan guru-guru. Untuk itu ISN melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia telah bersetuju untuk menawarkan kursus elektif terbuka bagi kejurulatihan sukan yang akan ditawarkan ke semua 20 IPG di seluruh negara dan dijangka akan melahirkan guru yang bukan sahaja berminat dalam sukan tetapi mempunyai kompetensi yang tinggi sebagai jurulatih. Di samping itu semenjak tahun 2014, guru-guru yang melatih di pusat-pusat latihan sekolah telah ditawarkan 6 kursus sains sukan bagi tiga tahap iaitu 1, 2, 3 yang telah dikendalikan oleh MSN dan kini dikendalikan oleh ISN melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan. Latihan ini disalurkan melalui Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sejak 2010, seramai 5,350 guru yang telah mengikuti program Kursus Kejurulatihan Kebangsaan. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Mersing berkaitan penyelarasan antara agensi yang mengendalikan TVET ataupun Technical Vocational Education Training, dengan izin telah menyebabkan timbul keraguan pihak industri dan awam berhubung kualiti program serta sistem pensijilannya sehingga menyebabkan rangka perjalanan bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi menjadi terhad. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2011, kementerian telah mewujudkan program gerbang kerjaya di setiap IKBN di mana elemen di dalamnya adalah seperti perjanjian persefahaman berkaitan latihan industri dan penempatan kerja, pelaksanaan temu duga terbuka, taklimat kerjaya dan lawatan ke industri. Melalui program- program ini dan transformasi IKBN yang telah pun kita perkenalkan pada tahun 2014, tahap kebolehpasaran pelajar lepasan IKBN kini adalah sebanyak 90%, peningkatan sebanyak 10% sejak dua tahun yang lepas. Kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di IKBN menggunakan kurikulum berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan di mana majlis ini dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia, dianggotai oleh wakil-wakil industri dan juga agensi-agensi latihan kemahiran. National Occupational Skill Standard ataupun NOSS merupakan dokumen yang dibangunkan oleh pakar industri dan menggariskan keterampilan minimum yang perlu dipenuhi oleh pekerja mahir di Malaysia mengikut masa kini. Namun demikian, penambahbaikan untuk added value latihan atas keperluan industri dibuat secara ad hoc dari semasa ke semasa. Sebagai contoh di IKBN, tanpa menunggu review daripada NOSS kita telah menambah contoh untuk bidang automotif di IKBN Dusun Tua, submodul yang berkaitan dengan NGV yang masih lagi dikaji oleh NOSS supaya kita betul-betul melahirkan sistem TVET yang industry-led, dengan izin tanpa menunggu kajian dibuat untuk menambah baik modul dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Kuala Selangor dan Jerantut yang telah mengutarakan cadangan berhubung promosi bidang-bidang yang ditawarkan oleh IKBN. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengambilan pelajar memang sudah pun dibuat melalui atas talian ataupun online. Maklumat am mengenai pendaftaran atas talian boleh dibuat pada portal Pusat Maklumat UTC di alamat www.ekbs.gov.my. Sebagaimana Yang Berhormat Jerantut sedia maklum, Kompleks Sukan Jerantut ini telah dibina oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diserahkan kepada kementerian saya, Kementerian Belia dan Sukan. Sehubungan dengan itu, skop awal projek ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat memang tidak diputuskan oleh kementerian. Namun demikian, saya telah mengambil kira pandangan daripada Yang Berhormat dan permintaan

Tuan Khairy JamaluddinUMNO · BNMenteri Belia dan Sukan · Rembau

daripada Yang Berhormat untuk menambah kemudahan yang ada di stadium mini ataupun Kompleks Sukan Jerantut. Untuk makluman Yang Berhormat Kangar, kementerian buat masa ini tiada perancangan untuk membina stadium multipurpose di setiap Parlimen di Perlis namun demikian perkara ini boleh dicadangkan dan dimohon melalui Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Berhormat. Untuk makluman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kolam renang dan dewan badminton yang dibina bagi tujuan penganjuran SUKMA 2014 di Perlis masih lagi belum diserah oleh JKR Negeri Perlis, sekali gus menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan tidak dapat dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Namun demikian, saya telah minta supaya JKR menyegerakan usaha untuk menambah baik kolam renang dan juga dewan badminton dan JKR telah memaklumkan bahawa mereka telah melantik kontraktor penyelamat untuk tambah baik kolam renang dan dewan tersebut dan kolam renang akan diserahkan pada JBSN – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang akan kita mulakan penyelenggaraannya dan dewan badminton akan diurus oleh Kerajaan Negeri sebagai pemilik dewan tersebut. Cadangan perbadanan kemudahan-kemudahan sukan di negeri Perlis termasuk Stadium Tuanku Syed Putra dan gelanggang lain perlulah dibangkitkan dan cadangan itu boleh dibuat kepada kerajaan negeri. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Hulu Rajang. Selain itu juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menjadi tuan rumah yang baik semasa saya melawat Long Busang, satu kawasan yang berada di dalam kawasan pedalaman dan perjalanannya memakan masa 6 jam di atas sungai. Sebuah kawasan yang cukup-cukup cantik bukan hanya dari segi pemandangan tetapi dari segi perpaduan di mana dua masyarakat dengan dua agama berbeza dapat hidup dengan tolak ansur dan kerjasama yang cukup tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, peruntukan di bawah kementerian adalah khusus kepada Persatuan Belia dan Sukan yang melaksanakan Program Pembangunan Belia dan Sukan dan kita akan terus memberikan peruntukan kepada negeri Sarawak. Untuk makluman, tahun ini sahaja kita telah meluluskan 182 bilangan persatuan NGO di negeri Sarawak yang telah menerima lebih daripada RM3 juta yang merangkumi belia, sukan, rakan muda dan juga melalui Jabatan Belia dan Sukan di negeri Sarawak. Setakat itu sahaja maklum balas jawapan saya atas pertanyaan Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kementerian Pertahanan.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2016 telah memperuntukkan sebanyak RM17.3 bilion untuk Kementerian Pertahanan. Melalui bajet ini, kementerian akan memberi fokus kepada 4 aspek utama iaitu: (i) kebajikan anggota tentera dan veteran; (ii) keselamatan negara khususnya di Sabah; (iii) kesiapsiagaan ATM; dan (iv) transformasi PLKN. Pihak kementerian juga beriltizam untuk terus mempertingkatkan aspek kebajikan bukan sahaja di kalangan anggota tentera tetapi juga kepada anak-anak mereka. Justeru itu kerajaan melalui Bajet 2016 ini akan memastikan seramai 13,000 anak-anak anggota tentera

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

tidak lagi akan menaiki trak tentera ke sekolah tetapi insya-Allah kementerian akan menyediakan kemudahan bas sekolah untuk mereka semua. Tuan Yang di-Pertua, terdapat 8 isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan Kementerian Pertahanan. Isu pertama ialah isu keselamatan di Pantai Timur Sabah. Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Batu Sapi telah menyentuh isu komitmen Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan keupayaan pengoperasian di kawasan ESSCOM. Sabah bukan sahaja satu wilayah geografi yang diletakkan di bawah satu lembayung kedaulatan yang kita junjung bersama tetapi setiap warga Sabah adalah saudara kita yang bersama-sama mewarnai demografi unik negara ini. Demam mereka, demamlah kita. Sakit mereka, sakitlah kita. Kata orang, “Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua”. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ATM sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang ancaman keselamatan di negeri Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Bagi tujuan ini, ATM telah mengatur gerakan troop dan aset tambahan bagi meningkatkan keupayaan ATM di negeri Sabah secara berperingkat semenjak 26 Disember 2014 yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga Tentera Udara Diraja Malaysia. Setakat ini ATM telah menambah aset-asetnya di Sabah dengan perincian seperti berikut: (1) Tentera Darat (i) penempatan sementara satu batalion infantry di Kem Gugusan Tawau sementara menunggu penempatan kekal pasukan batalion infantry standard di Felda Sahabat 16 iaitu di Desa Kencana Lahad Datu yang dijangka siap dibina pada tahun 2017; (ii) Satu batalion infantry telah ditempatkan di Kem Lok Kawi dan satu batalion infantry lagi telah ditempatkan di Kem Ferryland di Labuan sejak awal tahun ini; (iii) Mengaturgerakkan 12 buah kenderaan perisai 8x8, dengan izin Gapita di Sandakan dan juga di Tawau; (iv) Mengaturgerakkan 18 buah kenderaan perisai Military Fighting Vehicle (MIFV), dengan izin di Kota Belud; (v) Pemasangan gatling gun pada 5 buah pesawat A1 109 Agusta di mana 4 pesawat yang akan dipasang dengan kelengkapan ini akan ditempatkan di Lahad Datu manakala sebuah lagi pesawat akan ditempatkan di Semenanjung bagi tujuan latihan; dan (vi) Peralatan kompeni mekanis dan kompeni batalion para di sektor utama utara dan juga selatan. (2) Tentera Laut Diraja Malaysia (i) Penambahan 4 buah kapal TLDM untuk tujuan rondaan dan pengawasan di samping 4 buah CB90 yang ditempatkan di Sandakan; dan (ii) Penambahan penempatan 2 team PASKAL berserta sebuah helikopter di Semporna. (3) Tentera Udara Diraja Malaysia (i) Menempatkan satu skuadron pesawat pejuang Hawk, 4 buah pesawat C130 dan 4 buah helikopter EC725 di Pangkalan Udara Labuan dan sebuah helikopter Nuri ditempatkan di Tawau dan juga Sandakan; dan

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

(ii) Menaik taraf lapangan terbang di Pangkalan Udara Labuan dan Lapangan Terbang Lahad Datu sebagai forward operation base pesawat yang beroperasi di kawasan tanggungjawab Pantai Timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua, peranan utama ATM di Pantai Timur Sabah adalah untuk menentukan ancaman keselamatan dan pencerobohan dari luar negara dapat dibendung dan dihalang pada setiap masa. Bagi memenuhi peranan ini, pihak Kementerian Pertahanan telah memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif lain seperti berikut: Pertama, mewujudkan dua pangkalan laut...

Yang Berhormat Menteri boleh sebelum pergi pangkalan laut?

Saya tertarik dengan jawapan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini soal penjagaan kawasan perbatasan kita antara Filipina dan Malaysia. Baru-baru ini kita telah mendengar ataupun mendapat berita yang baik di mana Setiausaha Pertahanan Amerika telah mendarat yang disambut oleh Menteri sendiri, tahniahlah Menteri kerana ada hubungan kait dengan Amerika. Jadi saya lihat di kawasan saya ada beberapa buah kapal yang kipasnya di atas bukannya di hadapan tetapi di atas. Saya tidak tahu nama kapal itu...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Bukan kapal laut, kapal terbanglah. Jadi saya mahu tanya jenis apa latihan yang telah dilaksanakan, dijalankan antara Angkatan Udara Malaysia dengan Amerika yang mana saya nampak banyak orang putih yang berkerumun di airport baru-baru ini dan juga soal apa yang berlaku di kepulauan di negeri Sabah yang di mana negara China telah pun menimbus kawasan tanah di satu kepulauan yang boleh menjadi persoalan kepada keselamatan negara kita. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri soal ini dan apakah jenis-jenis latihan yang telah dilaksanakan oleh pihak Tentera Udara Malaysia?

Terima kasih, Yang Berhormat. Pesawat yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ialah jenis Osprey V22 di mana dia boleh naik turun secara vertical dan ianya khusus untuk aircraft carrier, dengan izin yang sempat kita buat lawatan. Sebenarnya dari segi geopolitik Lautan Sulu, pihak Amerika Syarikat telah mempunyai kelebihan sedikit kerana pihak negara China tidak mampu terlibat secara langsung kerana punca ancaman kepada Sabah datangnya daripada Selatan Filipina dan selagi China tidak mempunyai hubungan yang erat berhubung kait dengan Selatan Mindanao, kita tidak ada pilihan untuk juga memberi ruang kepada satu lagi kuasa besar untuk memikirkan keselamatan kita di Lautan Sulu. Pentingnya kehadiran kuasa-kuasa besar ini ada kaitan dengan perkembangan terkini khususnya IS di mana Abu Sayyaf MILF telah pun sebelum ini berbai’ah dan berikrar sokongan kepada IS dengan tujuan untuk mewujudkan satu Wilayah Islamiah di Lautan Sulu dan sebab itulah aset-aset kita selain daripada pesawat-pesawat dan pendekatan- pendekatan baru kita juga telah mengadakan exercise dan juga pendekatan-pendekatan tertentu dengan Amerika Syarikat khususnya dengan pihak marin yang berpangkalan di PACOM @ Pacific Command di Hawaii.

...Oleh negara China yang masuk kepada exit kita.

Itu merupakan sesuatu yang cukup kompleks dan saya percaya bahawa Yang Berhormat telah mengikut perbincangan kita di dalam Mesyuarat ADMM – ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus di mana 10 negara ASEAN dan 8 negara-negara luar sedang memikirkan pendekatan geopolitik di Lautan China Selatan dan saya percaya dalam satu dua minggu ini Menteri-menteri Luar pun akan membincangkan keadaan keselamatan di sana dan akhirnya kemuncak di ASEAN Summit ini pun akan merupakan sesuatu yang akan dibincangkan secara terperinci.

Akan tetapi pihak tentera...

Yang Berhormat Menteri...

...Sekejap Yang Berhormat Batu. Pihak tentera selain daripada mengizinkan saluran Kementerian Luar Negeri, memikirkan cara bagaimana hendak mengatasi isu Lautan China Selatan ini. Yang kita bimbang ialah insiden-insiden yang tidak diingini berlaku dan ini memerlukan hubungan yang rapat di antara military to military khususnya daripada pihak Tentera Laut dan ini sedang kita lakukan secepat mungkin, satu. Keduanya, hotline secara encrypted telah pun kita wujudkan di antara negara- negara ASEAN dan ketiganya, perkongsian risik sedang berjalan secara dekat supaya pendirian kita bahawa tanah jajahan dan juga bumi kita tidak dicerobohi merupakan pendirian yang takkan kita kompromi. Yang Berhormat Batu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar tadi bila Yang Berhormat Menteri sebut oleh sebab China, kekuatan tenteranya tidak mencukupi atau tidak setanding dengan Amerika Syarikat dan kita membuka ruang kepada tentera Amerika Syarikat atas bantuan dan juga pemantauan risiko atau ancaman yang kita mungkin hadapi oleh kumpulan IS atau ekstremis, saya ingin tahu sama ada bukankah ini kita telah terpesong daripada kedudukan atau pendirian kita sebagai negara yang tanpa bergabung terutamanya dengan kuasa-kuasa besar dan negara berkecuali dan ASEAN yang kita akan bersidang, sentiasa telah memegang kepada ASEAN sebagai neutral zone dan tidak ada kehadiran kuasa-kuasa besar? Saya tidak tahu sama ada ini akan mengundang supaya menjadikan arms race dengan izin, berlaku di kawasan Laut China Selatan dan akhirnya tidak membantu untuk menjaga pendamaian tetapi sebaliknya ia akan mengundang lebih banyak musibah.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, tidak benar saya nyatakan bahawa kemampuan ketenteraan China tidak setanding dengan Amerika Syarikat. Cuma, di Lautan Sulu oleh sebab ancamannya datang daripada Selatan Filipina dalam keadaan hubungan Philippine dengan China tidak begitu baik sekarang, ini tidak mengizinkan mereka mengadakan exercise yang kita telah memberi ruang kepada kuasa-kuasa lain. Bukan ada gabungan. Sebenarnya ini latihan-latihan biasa. Kita lakukan juga bukan sahaja dengan Amerika Syarikat tetapi dengan Australia dan New Zealand supaya apa yang merupakan sesuatu pendirian kita, disandarkan dengan latihan sepenuhnya daripada kelebihan yang ada melalui hubungan bilateral, dua hala yang kita ada dengan negara-negara tertentu. Oleh sebab itu, penting dalam kita hendak meniti arus dan juga landskap hari ini di rantau kita bahawa kita menggunakan kelebihan yang ada kepada negara kita. Penghormatan yang diberikan kepada kepimpinan negara pada hari ini oleh semua pihak sebagai satu sandaran kekuatan untuk memastikan keselamatan tanah air dan juga perairan kita. Sila.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang Sandakan especially Sabah, kita sentiasa diancam oleh Abu Sayyaf kah atau terrorist di Filipina. Kita setiap tahun pun ada orang yang diculik. Satu lagi belum lagi dibebaskan. Jadi sentiasa kita- what we called that, ambil satu defend punya syarat. Jadi saya dapat tahu, tak tahu betul atau tidak, international ada satu undang- undang, dia bilang ini satu undang-undang called the hot pursuit. Kalau sesuatu tanah air yang diancam oleh jiran atau lain punya negaralah, kita boleh mengambil military action walaupun ini terrorist di tanah lain punya negaralah. Kita ada right, ada berhak boleh menyerang yang satu terroristkah atau sesiapakah yang mengancam negara kita. Adakah kita sedia mengambil satu langkah begitu menghentikan satu ancaman yang selalu dihadapi oleh khasnya di Sabah?

Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini dari segi tindakan ketenteraan dalam isu-isu keselamatan merentasi sempadan tidak merupakan template kita pada hari ini. Akan tetapi kerjasama di antara pihak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, di antara PDRM dan pihak ATM sejak insiden di Lahad Datu lagi, kerjasama itu telah membantu kita untuk berhadapan dengan apa jua cabaran. Cuma, Dewan yang mulia ini mesti memahami perbezaan di antara keselamatan dan pertahanan. Keselamatan berhubung kait dengan ancaman-ancaman jenayah, penculikan dan juga penyeludupan dan sebagainya. Dengan pencerobohan seperti apa yang kita lihat di Lahad Datu dan kalau sekiranya wujud satu situasi di mana pencerobohan memerlukan penglibatan tentera kita, saya rasa tidak ada jadi masalah untuk kita bersama-sama tampil untuk membantu dan mempertahankan bumi Sabah. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Tentera Darat, saya sudah sebut dan senaraikan aset-aset dan pendekatan kita. Di peringkat TLDM pun dua penambahan penempatan team PASKAL dan empat buah kapal TLDM telah pun saya nyatakan tadi. Akan tetapi dalam konteks Tentera Udara Diraja Malaysia, kita telah menempatkan satu skuadron pesawat pejuang Hawk, empat buah pesawat C130 dan empat buah helikopter AC725 di Pangkalan Udara Labuan dan sebuah helikopter Nuri ditempatkan di Tawau dan Sandakan. Buat pertama kali, kesemua helikopter ini akan dilengkapkan dengan senjata. Kedua, kita hendak menaiktarafkan lapangan terbang di Pangkalan Udara Labuan dan Lapangan Terbang Lahad Datu sebagai forward operational base. Pertamanya untuk memenuhi keperluan pesawat-pesawat Hawk yang kita telah tempatkan di Labuan dan kedua untuk memastikan bahawa helikopter-helikopter sekarang ini yang telah pun dilengkapkan dengan senjata mempunyai forward operational base untuk mereka diatur gerak selepas ini. Tuan Yang di-Pertua, peranan utama ATM di Pantai Timur Sabah adalah untuk menentukan ancaman keselamatan dan pencerobohan dari luar negara dapat dibendung dan dihalang seperti saya sebut tadi. Bagi memenuhi peranan ini, selain daripada aset yang saya telah nyatakan tadi, dalam kekangan ekonomi dan juga mungkin ancaman-ancaman baru yang terpaksa kita hadapi, pendekatan baru dan pemikiran di luar kotak mesti dilaksanakan. Oleh sebab itu, kita telah mewujudkan dua pangkalan laut iaitu Pangkalan Tun Sharifah Rodziah yang telah beroperasi di Perairan Lahad Datu mulai 1 Ogos dan Kapal Auxiliary Tun Azizan yang telah pun beroperasi di Perairan Sandakan sejak 15 Mei 2015. Kedua, meningkatkan keupayaan intelligence, surveillance and reconnaissance (ISR) dengan izin, bagi semua troop ATM yang sedang beroperasi di kawasan tanggungjawab. Pada ketika ini, terdapat lapan penempatan coastal surveillance system di sepanjang Pantai Timur Sabah. Ketiga, mengadakan latihan-latihan dan operasi-operasi khusus sama ada melibatkan perkhidmatan tunggal atau bersama ketiga-tiga perkhidmatan dan latihan secara bersepadu yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi keselamatan dan maritim di kawasan operasi bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan kita.

Keempat mempertingkatkan keupayaan sistem perintah dan kawalan (command and control system) dengan izin, di dalam semua unit formasi yang sedang beroperasi di kawasan tanggungjawab KTJ. Kesemua usaha ini dilakukan demi untuk mengukuhkan lagi strategi pertahanan menyeluruh di Pantai Timur Sabah pada masa kini dan juga untuk masa yang akan datang. Isu kedua daripada lapan yang telah pun dibangkitkan dalam perbahasan belanjawan tahun ini, Yang Berhormat Gopeng mencadangkan agar Program Latihan Khidmat Negara dipertimbangkan agar dihentikan kerana faktor kekangan ekonomi negara. Pihak kementerian berpendirian Program Latihan Khidmat Negara ini masih lagi relevan dan perlu diteruskan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 21 Oktober 2015 semasa menjawab pertanyaan lisan Yang Berhormat Ketereh, saya telah menerangkan mengenai transformasi PLKN yang akan memberikan kesan yang maksimum kepada program ini. Di samping mengekalkan objektif asal PLKN iaitu menyemai semangat patriotisme, perpaduan

dan integrasi nasional dan memupuk semangat kesukarelaan, program ini juga akan menyediakan modul pembelajaran yang menyeluruh, yang mengandungi dua fasa. Fasa pertama, pelatih PLKN akan melalui program latihan bersepadu yang mengandungi lapan modul iaitu I-Upgrade, Service Learning, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, Fit4Life, Tech&Talk, My Future and Spirituality. Bagi fasa kedua PLKN, pelatih akan diberi pilihan untuk menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan kemahiran yang merangkumi industri automatif, food and beverages, elektrik, mekanikal dan lain-lain lagi dengan kerjasama Institut Latihan Kemahiran Awam seluruh negara. Ia merupakan satu platform bagi memberi peluang kedua kepada remaja untuk melanjutkan pendidikan dan juga kerjaya dalam aspek kemahiran. Pada ketika ini, JKLN sedang melaksanakan projek perintis yang melibatkan seramai 470 pelatih yang mana seramai 369 telah menyertainya secara sukarela atau bersamaan 78.5%. Penyertaan ini adalah di luar jangkaan pihak kementerian sendiri kerana pada peringkat awalnya, kementerian hanya menyasarkan penyertaan sebanyak 75% sahaja penyertaan secara sukarela. Ini petanda yang baik dan menunjukkan bahawa transformasi PLKN telah mendapat sambutan terutama dalam kalangan remaja, belia dan ibu bapa. Isu ketiga adalah isu penglibatan ATM di luar negara. Berkenaan dengan isu kehadiran troop ATM di Arab Saudi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu, ingin saya jelaskan di sini, peranan troop ATM yang berada di Arab Saudi ialah bagi tugas siap sedia untuk misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman. Ini ialah merupakan misi tunggal (sole mission), dengan izin dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pendirian serta tindakan Arab Saudi ke atas pihak pemberontak di Yaman. Tuan Yang di-Pertua, kesiapsiagaan ini ialah manifestasi komitmen kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang berada di negara-negara yang bergolak. Seperti mana juga komitmen kerajaan semasa melaksanakan operasi evakuasi rakyat Malaysia yang berada di Mesir di bawah Operasi Piramid pada bulan Februari 2011 dengan menggunakan tiga buah pesawat Charlie 130 TUDM. Operasi ini telah berjaya membawa keluar seramai 7,392 rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah dan seterusnya dibawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat komersial dan juga pesawat TUDM. Isu perolehan aset ATM…

Boleh Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan ini saya sudah terima tiga bulan sebelum ini dan itu pun semasa saya agak pertama kali kita bangkitkan isu ini. Itu adalah baharu kita menyambut Ramadan, di penghujung Ramadan. Menteri pada waktu itu kata, tentera kita harus standby kalau perlunya musim haji dan juga semasa Raya Korban ada kemungkinan emergency, boleh diguna pakai. Saya ingin tahu pertama sekali, berapa ramai atau apakah kekuatan tentera kita yang berada di Arab Saudi sekarang? Berapa baki rakyat Malaysia yang masih berada di kawasan atau di bumi Yaman yang bergolak ini? Apakah nasihat kerajaan kepada warganegara kita di kawasan yang jelas tidak selamat dengan berlakunya peperangan? Tadi Menteri telah sebut tentang operasi di Mesir. Kalau ingatan saya tidak salah, operasi itu berlangsung hanya lebih kurang satu minggu atau lebih daripada satu minggu dan 7,000 telah dibawa keluar. Maksudnya, ada satu misi yang sangat spesifik berada untuk kita membantu. Kini saya tidak tahu setakat ini sudah berapa ramai kita selamatkan? Kenapa masih ramai lagi baki di Yaman? Apakah nasihat kerajaan kepada warganegara kita di kawasan yang memang tidak selamat? So, saya tidak nampak apakah kita perlu menafikan hak angkatan tentera kita sampai raya tidak balik, dengan masa yang tidak tentu berapa lama lagi mereka hendak berpangkalan di satu negara asing. Jelas kita pun tahu daripada keadaan di sana tidak ada penghujungnya dalam peperangan di Yaman ini. Saya minta penjelasan. Terima kasih.

Pertamanya, anggota kita tidak dibenarkan merentasi sempadan Arab Saudi. Matlamat awal kita juga ialah untuk memastikan bahawa dalam apa jua kemungkinan, kita mempunyai ahli anggota yang boleh membantu mengevakuasi rakyat kita.

Seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Batu, proses evakuasi rakyat Malaysia bermula pada April 2015, melibatkan seramai 870 orang, dikendalikan oleh Wisma Putra bersama dengan MKN melalui jalan laut, darat dan udara di Bandar Hudaidah, Aden dan Hadhramaut. Proses evakuasi di Hudaidah telah berjaya apabila 154 orang rakyat Malaysia berserta rakyat negara ASEAN yang lain yang berjaya dikeluarkan melalui jalan darat ke Jizan daripada Arab Saudi pada 6 April 2015. Manakala di Hadhramaut, Malawakil Muscat, Oman, lebih 300 rakyat Malaysia telah di evakuasi ke Salalah iaitu bandar sempadan di antara Yaman dan Oman. Ini bukan satu perkara yang mudah dan kehadiran kita di Saudi sekarang ini juga mengambil kira pergolakan yang berlaku di negara-negara yang berdekatan, yang terdekat ialah di Syria dengan penglibatan negara Rusia. Situasi keselamatan di Yaman pada masa ini adalah tidak menentu akibat perang saudara dan ia masih lagi dalam keadaan yang membimbangkan. Jumlah anggota kita satu platun infantri dan hanya dua Charlie 130. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi isu keempat iaitu isu perolehan aset ATM, Yang Berhormat Bakri ingin mengetahui adakah dalam tempoh 10 tahun yang akan datang pihak kerajaan akan mengekalkan pembelian pesawat pejuang dari Rusia. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Tentera Udara Diraja Malaysia tiada sebarang perancangan baharu untuk membeli pesawat pejuang dari Rusia. Ahli Yang Berhormat Bukit Katil pula telah membangkitkan isu tentang prosedur perolehan aset ATM supaya ia menjadi lebih telus dengan mencadangkan agar perolehan aset baharu ATM dilaksanakan tanpa melalui orang tengah serta mencadangkan perolehan aset ATM yang bernilai tinggi dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap perolehan aset baharu ATM tidak pernah dilaksanakan melalui penglibatan orang tengah.

Pihak kementerian juga berpendirian Tatacara Perolehan Aset yang dilaksanakan ini adalah memadai serta mengikut prosedur ketat yang perlu dipatuhi. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, proses perolehan aset adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan. Di samping itu, setiap perbelanjaan juga adalah tertakluk kepada pemeriksaan atau teguran Jabatan Audit Negara serta boleh dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee) dengan izin sekiranya terdapat keperluan. Oleh itu urusan perolehan aset tersebut tidak perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mendapatkan kelulusan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik keratan akhbar The Star, 26 October 2015 dengan izin, Defense Ministry lays out plan on how to spend RM17 bilion ataupun seventeen billion ringgit. Untuk itu saya ucapkan tahniah dan bravo zulu for Menteri oleh sebab buat persediaan untuk membelanjakan RM17 bilion pada tahun hadapan. Mudah-mudahan tidak berlaku ketirisan lagilah. Jadi kita tak mahu lagi warga TLDM didakwa di mahkamah di masa akan datang. Cuma saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung dengan kenyataan, also joining the military arsenal would be six new littoral combatan ships, a very short range air defense weapon season, armoured vehicle and A-400 and airbus and technology to enhance the intelligence, surveillance and reconnaissance capability of MINDEF’s agencies. Ini untuk tahun 2016 Yang Berhormat Menteri. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi pencerahan. Apa yang lebih menarik lagi, kalau betul boleh dilaksanakan dalam peruntukan tahun 2016 ini, Yang Berhormat Menteri mengatakan akan membina 4,000 buah rumah keluarga untuk angkatan tentera.

Pagi tadi kita baru membincangkan pembinaan rumah menggunakan Industrialised Building System (IBS). Kalau ini sistem yang digunakan, mungkin kita boleh bina 4,000 unit rumah keluarga, Yang Berhormat Menteri. Jadi untuk itu, saya ingin mendapatkan penjelasan dan last but not least, saya ingin maklumat sedikitlah berhubung peranan Panglima Angkatan Bersama sama ada fungsi beliau telah benar-benar dilaksanakan untuk mengambil alih semua operasi yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia oleh sebab ketua-ketua perkhidmatan Tentera Laut, Darat dan Udara bertanggungjawab untuk maintain, raise and train di organization sahaja. Boleh Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang proses perolehan pertahanan dan Yang Berhormat Menteri kata tidak ada masalah tetapi dalam satu laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada tahun 2008 semasa review of the twelve units of eurocopter EC725, antara komen ataupun laporan tersebut adalah patut ditubuhkan sebuah independent review court, independent review panel untuk memberikan maklum balas tentang perolehan pertahanan dan juga pada tahun 2013, negara kita mendapat saya rasa gred yang amat rendah iaitu “D-” dalam indeks anti rasuah sektor pertahanan kerajaan dan antara faktor yang mengakibatkan kemerosotan gred ini adalah dalam hal ehwal bajet pertahanan dan juga perolehan pertahanan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri mungkin boleh komen dari segi aspek ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Mertajam, dari segi indeks yang dinyatakan tadi tak dibincangkan di peringkat perbahasan dan saya akan jawabnya pada masa yang sesuai. Yang Berhormat Lumut, berhubung kait dengan littoral combat ship dan A-400M, merupakan projek-projek yang kita telah komited lebih awal lagi. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, satu pesawat 400M telah pun kita terima dan satu lagi dijangka akan sampai hujung tahun ini bulan Disember. CS merupakan on going project V short-range, very short range missiles ini merupakan missile yang telah pun expiry dari segi shelf lifenya dan ini diganti dengan V short-range, yang baru dan ada khusus kepada pertahanan pangkalan-pangkalan kita. Fungsi tugas utama soalan kedua tadi MKAB adalah seperti berikut: (i) Sebagai sebuah operational headquarters, ia bertanggungjawab memerintah, mengawal dan juga mengurus assigned process bagi melaksanakan operasi bersama gabungan; (ii) Merancang dan melaksanakan proses integrated training untuk assigned process bagi tujuan menyediakan pelaksanaan operasi bersama atau operasi gabungan; (iii) Mewujudkan situational awareness untuk kepentingan operasi bersama; (iv) Mengemas kini doktrin dan menggubal standard operating procedure (SOP) peperangan bersama-sama dengan gabungan; (v) Merancang dan melaksanakan semua exercise bersama exercise dua hala dan pelbagai hala; dan akhir sekali (vi) Mengatur gerak dan mentadbir semua anggota tentera yang melaksanakan tugas di bawah piagam PBB. PAB adalah Operational Level Commander yang bertanggungjawab terhadap merancang dan melaksanakan semua operasi serta latihan iaitu latihan-latihan bersama yang berkemungkinan menjadi bersama potentially joint atau combine, gabungan. Latihan dan operasi ini boleh diwujud di peringkat dalam negeri, hubungan dua hala serta pelbagai hala termasuk operasi keamanan di bawah piagam PBB merupakan perkara yang menjadi sandaran kita. Tuan Yang di-Pertua, beralih ke isu ke enam,isu-isu pembinaan jalan raya di bawah projek Jiwa Murni Ba’kelalan ke Bario. Yang Berhormat Lawas membangkitkan berkenaan

isu bilakah pembinaan jalan raya di bawah projek Jiwa murni di antara Jalan Ba’kelalan ke Bario dapat dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pembinaan jalan ini telah mendapat kelulusan agensi pusat untuk dilaksanakan di bawah projek Jiwa Murni dengan jarak jalan raya sebanyak 34 kilometer. Pembinaan jalan ini terbahagi kepada dua fasa. Bagi fasa pertama, pembinaan Jalan Ba’kelalan ke Bario sepanjang 13 kilometer telah dimulakan pada 9 Jun 2013 dan telah siap dibina pada 8 Januari 2015. Bagi fasa kedua, sepanjang 21 kilometer, ia akan dilaksanakan pada bulan Disember tahun ini dan dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan. Isu berkaitan dengan pencen di kalangan pesara ATM...

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, Hulu Rajang...

Hulu Gajah?

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Mengenai Jalan Jiwa Murni, pada 16 Oktober, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan Jalan Menjawah ke Pekan Belaga di kawasan Hulu Rejang. Jadi beliau telah memecahkan tanah, perasmian pecah tanah dari Pekan Belaga ke Nanga Merit dan terus ke Kapit. So, apakah tindakan kementerian untuk memberi fasa kedua itu supaya jalan Jiwa Murni itu diteruskan?

Sebagai maklumat yang projek pembinaan jalan di bawah Projek Jiwa Murni dari Pekan Belaga ke Nanga Merit akan dibina sepanjang 130 kilometer. Projek ini akan menghubungkan kampung-kampung di sepanjang jajaran jalan yang dicadangkan. Projek ini terdiri daripada pembinaan jalan utama sepanjang 100 kilometer dan 30 kilometer adalah terdiri dari jalan-jalan ranting yang akan menghubungkan kampung-kampung ke jalan utama yang akan memberi manfaat sosioekonomi kepada penduduk setempat. Selain daripada itu, projek ini juga melibatkan pembinaan 20 buah jambatan. Projek tersebut dijangka mengambil masa selama empat tahun dan akan dimulakan pada bulan Disember tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2019. Sebagai maklumat, nilai siling bagi projek ini dianggarkan bernilai RM326.69 juta tertakluk kepada keputusan rundingan harga dengan pihak berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, isu pencen di kalangan pesara ATM. Pihak kementerian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, Indera Mahkota dan juga Gopeng yang telah menyentuh isu pencen di kalangan pesara ATM. Yang Berhormat Kubang Kerian mencadangkan agar batalion ATM yang tidak berpencen diberikan juga imbuhan bayaran berbentuk bulanan. Sukacita saya perjelaskan di sini terma dan syarat-syarat perkhidmatan ATM secara jelas telah menetapkan bahawa bagi melayakkan seseorang anggota lain-lain pangkat menerima pencen perkhidmatan mereka mestilah mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun. Walau bagaimanapun, ATM tidak pernah menghalang mana- mana anggota yang ingin menamatkan perkhidmatan sebelum 21 tahun perkhidmatan yang diakui. Penamatan perkhidmatan ini adalah atas kehendak serta permohonan anggota itu sendiri dan atas pengetahuan bahawa mereka tidak layak menerima pencen perkhidmatan. Bagi anggota yang menamatkan perkhidmatan sebelum mencukupi tempoh 21 tahun perkhidmatan akan menerima caruman anggota dan caruman kerajaan. Manakala yang meneruskan perkhidmatan sehingga berpencen hanya akan menerima caruman anggota sahaja. Caruman kerajaan bagi anggota yang berpencen akan dikembalikan kepada kerajaan semula kerana pencarum akan menerima pencen mereka. Tuan Yang di-Pertua, permohonan untuk menamatkan perkhidmatan secara lebih awal ini dibuat atas pelbagai faktor. Antaranya kerana ingin menceburi bidang keusahawanan dan urusan peribadi. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini sebelum sesuatu

permohonan pemberhentian itu diluluskan, pihak ATM melalui perkhidmatan masing-masing akan menemu duga serta menasihatkan golongan ini untuk menilai semula keputusan mereka. Walau bagaimanapun sebagai veteran ATM, mereka adalah layak untuk mendapatkan faedah perubatan yang disediakan oleh kerajaan seperti rawatan di IJN, rawatan kepakaran, bayaran balik perubatan, rawatan hemodialisis dan peralatan pesakit. Selain itu, kerajaan turut menyediakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan untuk veteran ATM bagi meringankan beban hidup mereka dan tanggungannya berdasarkan paras garis kemiskinan. Antara bantuan-bantuan lain yang disediakan untuk veteran ATM ialah bantuan sara hidup, bantuan persekolahan, bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi, bantuan peralatan pesakit, dan bantuan bencana alam. Justeru, setiap veteran ATM dan tanggungannya adalah layak untuk memohon dan dipertimbangkan untuk bantuan-bantuan tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Indera Mahkota penyelarasan pencen bagi semua bekas tentera yang berpencen dilaksanakan mengikut Peraturan-peraturan Angkatan Tetap Pencen Ganjaran Dan Faedah-faedah Lain 1982. Di atas keprihatinan kerajaan kepada para pesara mulai 1 Januari 2013, kerajaan telah meluluskan kenaikan pencen sebanyak 2% setiap tahun bagi penerima-penerima pencen sedia ada tanpa perlu menunggu sebarang penambahbaikan skim gaji. Justeru itu pihak kementerian pada masa ini masih belum bercadang untuk membuat pelarasan pencen kepada pesara ATM kerana cadangan ini akan turut melibatkan kakitangan awam secara keseluruhannya serta memberi implikasi kewangan yang besar kepada negara. Bagi isu pelaksanaan pencen minimum sebanyak RM950 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng pula, suka saya memaklumkan pembayaran pencen yang di bawa kepada pesara ATM adalah tertakluk kepada gaji akhir yang diterima serta mengambil kira tempoh perkhidmatan anggota. Tempoh layak pencen bagi semua peringkat di sektor awam adalah 25 tahun perkhidmatan manakala bagi anggota lain pangkat ATM pula tempoh layak pencen adalah 21 tahun perkhidmatan yang diakui. Oleh yang demikian, tempoh 21 tahun perkhidmatan yang diakui bagi anggota-anggota lain pangkat ATM perlu dikira bersamaan dengan 25 tahun perkhidmatan awam yang lain. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pembinaan kem tentera darat di Kudat. Isu yang kelapan dan yang terakhir. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kudat telah bertanya berkaitan cadangan membina sebuah kem tentera di kawasan Kudat. Pihak kementerian sememangnya mempunyai perancangan untuk membina satu penempatan kem di kawasan Kudat. Perancangan ini merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan Brigade ESSCOM yang meliputi Daerah Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Walau bagaimanapun, keutamaan pada masa kini adalah untuk menyempurnakan pembinaan kem di Felda Sahabat Lahad Datu yang dijangka siap dibina pada tahun 2017. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan yang dapat diberikan oleh kementerian ini berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian ini semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 yang lalu. Sepanjang perbahasan seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tanah Merah, Sabak Bernam, Ranau, Parit Sulong, Tanjong Karang, Limbang,

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Sekijang, Lipis, Bintulu, Kota Samarahan, Pasir Gudang dan Miri telah membahaskan sebanyak enam perkara yang akan saya jelaskan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama ialah mengenai inisiatif 1Malaysia di bawah KPDNKK seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Ranau. Untuk makluman, sehingga kini sebanyak 170 buah KR1M dan 30 buah KKR1M telah beroperasi di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan barangan yang berkaitan pada harga yang lebih berpatutan. Kerajaan akan memperbanyakkan lagi KR1M di seluruh negara agar sasaran untuk mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah KR1M di setiap kawasan Parlimen ini tercapai. Manakala KKR1M, pihak operator akan menambah bilangan kedai dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kesesuaian lokasi dan potensi kawasan tersebut. Yang Berhormat Ranau telah membangkitkan supaya diperbanyakkan lagi KR1M di negeri Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 20 buah KR1M telah beroperasi di Sabah dan sebanyak 7 kawasan Parlimen sahaja lagi yang belum mempunyai KR1M iaitu di Sandakan, Libaran, Beluran, Kinabatangan, Kota Marudu, Pensiangan dan Penampang. Kementerian akan menggiatkan usaha untuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian di kawasan berkenaan agar penduduk Sabah mendapat manfaat hasil daripada perwujudan KR1M di kawasan Parlimen tersebut. Pihak pengurusan KR1M juga mempunyai perancangan untuk menambah bilangan (SKU) atau stock keeping unit barangan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dijual di masa akan datang. Ini merangkumi produk-produk di bawah kategori kebersihan diri dan barangan am atau general merchandise. Berkaitan dengan persoalan mengenai kualiti barangan di KR1M, pada dasarnya semua produk makanan di KR1M perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu mempunyai persijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau (JAKIM) dan persijilan mesti atau makanan sihat tanggungjawab industri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau piawaian yang lebih tinggi seperti (HACCP) Hazard Analysis Critical Control Point dan (GMP) atau Good Manufacturing Practices. Ini bertujuan untuk memastikan proses penyediaan makanan tersebut adalah selamat dan mematuhi perundangan yang berkuat kuasa. Manakala bagi produk-produk bukan makanan pula ia mestilah mematuhi piawaian atau standard yang dikuatkuasakan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Yang Berhormat Tanah Merah pula telah membangkitkan isu bekalan barangan pertanian secara terus daripada petani. Untuk makluman, sehingga kini sebanyak 26 buah KR1M yang terpilih telah menjual barangan basah seperti ikan, ayam, sayur sayuran. Kesemua barangan ini diperoleh dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau (FAMA), Pertubuhan Peladang Kebangsaan atau (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan atau (NEKMAT). KR1M akan menambah bilangan outlet yang menjual barangan basah ini bergantung kepada keupayaan agensi berkenaan untuk membekalkan barangan tersebut secara berperingkat-peringkat.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Isu kedua ialah mengenai Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Program Pemodenan Bengkel Otomatif (ATOM) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Sabak Bernam. Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Otomatif (ATOM) merupakan Entry Point Project (EPP) di bawah bidang ekonomi utama negara (NKEA), sektor pemborongan dan peruncitan yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dalam negara kasar agar Malaysia dapat mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 2,166 buah kedai runcit telah menyertai program TUKAR dan 750 buah bengkel menyertai program ATOM di seluruh negara. Daripada keseluruhan jumlah peserta ATOM, sebanyak 478 atau 64% adalah dimiliki oleh bumiputera. Mengenai caj perkhidmatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, KPDNKK dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

telah mengkaji isu-isu mengenai kutipan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran. Selain itu, beberapa siri engagement stakeholder juga telah dijalankan bagi mencari penyelesaian mengenai perkara ini. Berikut merupakan hasil atau input daripada sesi engagement berikut: (i) caj perkhidmatan adalah persetujuan bersama antara majikan dan pekerja yang dimeterai melalui perjanjian kolektif atau collective agreement atau contract of service di mana pihak kerajaan tidak terlibat dalam perjanjian ini; dan (ii) peraturan berkenaan penandaan caj perkhidmatan bagi hotel dan restoran telah diwartakan oleh KPDNKK di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 pada 23 April 2015. Pihak kastam memaklumkan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak hotel dan restoran turut dikenakan GST. Rundingan dengan pihak penguasa restoran dan hotel telah diadakan pada April 2015 namun pihak penguasa tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan kadar caj perkhidmatan kerana ia merupakan common practice bagi industri hotel dan restoran. Seterusnya saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong mengenai cadangan supaya kementerian memperluaskan pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia. Kementerian telah menjalankan Kempen Beli Barangan Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Matlamat kempen ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia. Seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan perbelanjaan tempatan atau domestic consumption. Di samping itu kempen ini juga membantu pengusaha tempatan memperkenalkan serta memperluas jaringan pemasaran melalui peningkatan kesedaran serta permintaan terhadap produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Selain itu kementerian turut melaksanakan Ekspo Beli Barangan Malaysia di seluruh negara bagi memberi peluang kepada para usahawan tempatan memasar dan mempromosikan produk mereka kepada pengguna. Pada tahun ini sahaja kementerian telah melaksanakan Ekspo Cintai Barangan Malaysia bersekali dengan program sambutan Hari Pengguna 2015 pada 23 Oktober hingga 25 Oktober yang lalu. Isu kelima ialah mengenai penipuan perdagangan secara atas talian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun 2014 kementerian telah menerima sebanyak 1,220 aduan mengenai penipuan transaksi urus niaga atas talian. Bagi tahun 2015 pula sehingga 31 Oktober, sebanyak 1,119 aduan telah diterima. Pengguna yang melakukan transaksi secara atas talian turut mempunyai hak dan mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang sama seperti mana pengguna yang membeli di premis fizikal. Ini bermakna sekiranya pembeli menerima barang lain daripada apa yang dibeli olehnya di dalam internet atau tidak langsung menerima barang tersebut, tindakan boleh diambil terhadap peniaga-peniaga dalam talian di bawah akta ini. Tambahan lagi dengan mengambil kira ciri pembelian melalui internet kementerian telah memperkenalkan satu peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna atau Urus Niaga Perdagangan Elektronik 2012. Peraturan ini digubal untuk memberikan ketelusan dalam urusan perdagangan elektronik dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan pengguna. Peraturan ini telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2013. Peraturan ini juga turut mewajibkan pengendali pasar dalam talian online untuk menyimpan dan menyenggara rekod nama, nombor telefon dan alamat peniaga online yang menggunakan platform mereka untuk berniaga bagi tempoh dua tahun. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mendidik masyarakat menggunakan transaksi atas talian, kementerian telah menjalankan beberapa program advokasi E-Dagang kepada masyarakat di beberapa buah zon di seluruh Malaysia. Pada tahun program ini telah diadakan di empat zon iaitu di negeri Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Program ini dihadiri oleh pihak industri perdagangan dan perkhidmatan, Persatuan Pengguna, pertubuhan bukan kerajaan dan golongan belia. Pihak kementerian turut mendapat kerjasama daripada pihak industri e-dagang seperti Persatuan Usahawan Internet Malaysia yang telah berkongsi pengalaman kejayaan

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

dan tip-tip menjalankan perniagaan menggunakan E-Dagang kepada peserta. Bagi mana- mana pembeli yang mendapati diri mereka ditipu semasa membuat pembelian di internet Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah memberikan kuasa kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk mendengar tuntutan di bawah RM25,000. Bagi tahun ini sehingga 31 Oktober 2015 sebanyak 115 kes telah difailkan dengan tuntutan sebanyak RM244,878.91. Isu seterusnya ialah mengenai harga barang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Miri. Seperti Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sedia maklum Malaysia mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas di mana kuasa pasaran atau market force memainkan peranan penting dalam penentuan harga. Penentuan harga barangan dan perkhidmatan adalah berdasarkan kepada faktor- faktor yang berbeza di antara satu sama lain seperti permintaan dan penawaran, demand and supply, keadaan cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar upah pekerja, kadar tukaran wang asing, kos input dan sebagainya. Dalam hal ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa berusaha untuk memastikan sebarang perubahan harga yang berlaku adalah terkawal. Pelbagai tindakan telah dan sedang diambil bagi memastikan harga barangan adalah terkawal. Tuan Yang di-Pertua, status terkini tindakan penguatkuasaan pencatutan yang dilaksanakan oleh kementerian sejak 15 Januari 2015 sehingga 15 November 2015 sebanyak 1,753,217 premis perniagaan di seluruh negara telah diperiksa. Daripada jumlah ini sebanyak 6,435 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan sebanyak RM1,243,527.60, nilai kompaun sebanyak RM888,506. Manakala di bawah seksyen 21, AKHAP 2011 sebanyak 2,268 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan. Sebanyak 146 kertas siasatan melibatkan kesalahan pencatutan telah dibuka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan iaitu: (i) 96 kertas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana mencatut; (ii) 45 kertas siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis yang dikeluarkan; (iii) Lima kertas siasatan di bawah seksyen 53(A) kerana tidak menyimpan rekod perniagaan. Dari jumlah ini sebanyak 15 kes telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Antipencatutan iaitu masing-masing enam kes di bawah seksyen 14(1) dan sembilan kes di bawah seksyen 21(5). Sebanyak 13 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah keseluruhan denda RM415,500 manakala baki dua kes lagi telah dituduh namun masih dalam tindakan pendakwaan di mahkamah. Selain itu sebanyak 13 kes telah di kompaun iaitu masing-masing 10 kes di bawah seksyen 14(1) dan tiga kes di bawah seksyen 21(5) dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM535,000. Sehingga kini lima kes telah selesai di kompaun dengan jumlah keseluruhan RM105,000 manakala sebanyak lapan kes dengan keseluruhan tawaran kompaun sejumlah RM430,000 masih dalam peringkat rayuan dan belum dijelaskan.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Tindakan akan terus dipertingkatkan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan menyasarkan kepada syarikat yang berdaftar di bawah GST yang telah membuat tuntutan cukai import dan bayaran balik khas cukai jualan bagi memperkasakan penguatkuasaan seksyen 10A AKHAP 2011 bagi memastikan faedah tuntutan cukai di bawah GST boleh dinikmati oleh pengguna. Dengan adanya usaha ini, kementerian yakin ia mampu meminimumkan kesan negatif pelaksanaan GST kepada harga barang dan perkhidmatan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Lipis atas keprihatinan mereka akan kekangan daripada aspek keanggotaan yang dihadapi oleh pasukan penguatkuasaan kementerian ini untuk menguatkuasakan pelbagai akta di bawah KPDNKK khususnya bagi memantau harga barangan. Untuk makluman, pada tahun 2014 sebanyak 464 perjawatan pelbagai gred skim penguat kuasa KPDNKK telah diwujudkan di bawah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK bagi menangani isu kenaikan harga sempena pelaksanaan GST. Keseluruhan perjawatan penguat kuasa di KPDNKK kini

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

berjumlah 2,669 perjawatan semuanya. Selain pegawai penguat kuasa, pemantauan ke atas harga turut dibantu oleh para Pegawai Pemantau Harga atau PPH berjawatan kontrak seramai 1,300 orang yang telah dilantik mulai 2013 hingga Disember 2015, membantu dalam pemantauan harga 13 ribu jenis barangan dan perkhidmatan. Kementerian turut dibantu oleh seramai 712 orang penghulu dan penggawa yang dilantik sebagai penolong pengawal harga di seluruh negara. Mengenai pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebagai pemantau harga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. KPDNKK masih dalam perbincangan bersama pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Dalam Negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menggerakkan mereka ini dalam membantu kementerian memantau harga barangan di pasaran.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lenggong berdiri, Yang Berhormat.

Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya Yang Berhormat Menteri faham struktur pentadbiran di bawah terutamanya di Perak. Kalau penghulu dalam kawasan Parlimen saya hanya lima orang sahaja. Dengan bebanan tanggungjawab dia, saya fikir dia tak mampu untuk buat kerja-kerja seumpama ini. Oleh sebab itu saya fikir elok dilebarkan tanggungjawabnya kepada JKKK itu, ia lebih ramai dan ia lebih efektif. Kalau penghulu di kawasan saya pun lima orang sahaja, saya percaya di kawasan Yang Berhormat pun lebih kurang itu jumlahnya dan ia tak mampu untuk buat. Terima kasih.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Isu yang sama, isu yang sama.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya hendak dapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pengumuman-pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Menteri. Saya hendak ingatkan bulan April 2014, Menteri ada membuat pengumuman dan melantik JKKP seperti mana Yang Berhormat Lenggong ada sentuh tadi. Kemudian Menteri KKLW, April 2015 pun ada membuat kenyataan benda yang sama. Baru- baru ini pula TPM. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri juga membuat kenyataan hendak memberi bantuan RELA. Soalnya bila benda ini akan dilaksanakan? Sudah dekat dua tahun pengumuman, pengumuman, pengumuman tetapi tak dilaksanakan. Harga di bawah, barang-barang makin lama makin naik. Jadi kalau boleh bagi senang rakyat dekat luar tu, penguatkuasaan itu betul dapat kita laksanakan supaya kos harga barang ini dapat kita kawal.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan bahawa yang pertamanya, saya faham bahawa kalau kita hanya hendak mengambil penghulu tak cukup. Oleh sebab itu saya kata penghulu ini hanya membantu kita, bukannya kita berikan kuasa, begitu juga dengan RELA, JKKKP, JKK ini. Ini adalah kerana masalah kita dalam segi perundangan, hanya mereka yang bertugas yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang boleh kita turunkan kuasa, yang lain itu hanya membantu. Maka sebab itu kita memerlukan sedikit perubahan perundangan. Bila kita hendak sebut perundangan ini yang selalunya mengambil masa. Kita hendak lantik bagi membantu kita, boleh tetapi hendak menurunkan kuasa ini itu yang menyebabkan sedikit kelewatan, Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Isu pengawalan harga barang ini penting, sebab itu kita bangkitkan perkara ini. Saya fikir tak perlu kita bagi kuasa. Hendak bagi kuasa, melibatkan pindaan undang-undang dan sebagainya. Apakah kementerian boleh kalau memikirkan kaedah kita beri insentif. Penghulu dan JKK ini diberi kuasa yang special sedikit, melapor. Lapor, dapat insentif. Saya fikir kalau ramai pihak diberi peluang melapor, gunakan sistem. Sekarang pun saya faham, ada juga melapor tetapi

nampaknya laporan itu tidak diambil tindakan. Saya bercakap dengan pegawai-pegawai di peringkat bawah, dia kata harga barang tak ada masalah kerana berasaskan kepada laporan yang ada, tak berlaku kenaikan barang. Saya kata dua kemungkinan, nombor satu ialah orang malas hendak melapor kerana laporan tak ambil tindakan dan yang kedua, dia tak tahu macam mana hendak melapor, tak ada mekanisme. Kalau boleh kementerian kaji, kita betul-betul buat bagi insentif ini. Siapa lapor, terbukti benar dan diberi insentif dan saya fikir kalau ramai orang diberi insentif dan peluang itu, ramai orang melaporkan. Kalau hendak beri kuasa ini, saya faham apa yang dimaksudkan dan apa kekangan yang ada. Kaedah ini bagaimana hendak buat, saya percaya Yang Berhormat Menteri ini hebat, dia mampu terfikir.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Yang Berhormat Lenggong.

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Saya faham bahawa tentang masalah kita tentang harga barang ini memang kita hendak kawal dan sebab itu dalam jawapan saya tadi, kita ada pembantu-pembantu kita seperti mereka yang berjawatan kontrak, PPH yang telah pun kita lantik seramai 1,300 orang dan tambahan pula kita hendak bekerjasama dengan RELA untuk membantu mencari maklumat-maklumat sebagai mata dan telinga kepada kita. Akan tetapi hendak menurunkan kuasa tadi seperti jawapan saya kepada Yang Berhormat Tanjong Karang, oleh kerana mereka bukan penjawat awam maka kita terpaksa mencari satu kaedah untuk melihat undang-undang mana yang boleh kita guna dan kita turunkan kuasa kepada mereka sebab kalau setakat hendak lapor ini, saya hendak beritahu tahun ini sahaja aduan yang kita terima sudah melebihi dua juta aduan semuanya. Akan tetapi bila hendak kaji satu persatu, saya tengok ada yang setengah itu laporan yang tak betul pun ada, banyak yang tolak. Oleh sebab itu kes yang kita ambil sedikit tetapi aduannya banyak. Itu yang kadang- kadang kita terpaksa mencari orang yang benar-benar bertanggungjawab untuk menentukan bahawa apa yang kita buat ini akan mencapai matlamatnya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lipis berdiri, Yang Berhormat. Yang Berhormat Lipis.

Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan memberi laluan. Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan pandangan rakan-rakan, Yang Berhormat daripada Lenggong memberikan kuasa sebenarnya. Akan tetapi dalam soal ini mungkin penelitian daripada kementerian seharusnya lebih teliti sebab saya perkatakan sedemikian rupa, dalam kawasan saya di dalam Parlimen Lipis, KPDNKK punya pejabat pun tak ada. Jadi kalau melihat keadaan sedemikian rupa, bagaimana kita hendak mengawal harga barang-barang tersebut? Saya banyak juga menerima laporan, kadang-kadang mereka menelefon saya atau mesej saya mengatakan barang dinaikkan sewenang-wenangnya dan sesetengah di kampung tak daftar GST pun dia kata barang naik kerana GST. Dia tak daftar pun GST tetapi dia kata GST. Jadi ini yang diperlukan, penguatkuasaan mestilah mencukupi. Bagaimanakah langkahnya untuk kita memastikan penguatkuasaan ini mencukupi demi kepentingan semua masyarakat yang menggunakan barang makan ini. Barang makan ini semua orang guna, kalau dia naik sewenang-wenangnya, kita hendak lapor pun macam Yang Berhormat Lenggong kata tadilah. Kadang-kadang orang tak hendak lapor dia naik, dia cerita di luar sahaja barang naik, barang naik.

Saya sangat yakin kalau kerajaan umumkan kenaikan gaji umpamanya, bila umum kenaikan gaji, barang ini, barang-barang yang memakai ini akan naik dulu daripada orang menerima gaji. Sebab itu kita perlu kawalan. Sebab itu dalam ucapan saya, saya mengatakan seharusnya ada satu kajian khusus R&D, kajian khusus bagaimana kita hendak mengkaji barang-barang ini dapat kita kawal sebaik mungkin. Supaya kartel-kartel ini tidak sewenang- wenangnya menaikkan harga barang-barang tersebut. Pandangan Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, ini Yang Berhormat Limbang sedikit sambung. Boleh tidak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin hendak menyentuh sedikit iaitu tentang rasanya tiap-tiap kawasan Parlimen ada

Jawatankuasa Pengguna ini. Mungkin Jawatankuasa Pengguna ini juga Yang Berhormat Menteri, saya melihatlah daripada contoh daripada di tempat kitalah, yang di kawasan remote lah. Oleh sebab hari itu saya ada pun menyuarakan dalam soalan saya iaitu fungsi mereka ini. Kita memerhatikan sejauh mana mereka ini berfungsi. Kadang-kadang apabila dilihat juga Jawatankuasa Pengguna itu sendiri. Kadang-kadang bila tengok semuanya orang, peniaga-peniaga sendirilah, peniaga-peniaga besarlah. Jadi, I don’t think they want to go down to really with their team lah. Jadi, mungkin jawatankuasa ini sendiri boleh dilihatlah Yang Berhormat Menteri and that, so that mereka dapat berfungsi dengan mungkin Pejabat Daerah ataupun RELA di kawasan dan sebagainya sebagaimana yang dirancang. Akan tetapi Jawatankuasa Pengguna ini saya rasa, kadang-kadang saya dapat feedback daripada rakyat, mereka lebih menjaga peniaga daripada pengguna. Jadi, ini mungkin satu isu yang boleh difikirkanlah.

Dato' Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNLarut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kepada sahabat saya, kedua-duanya Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Limbang ini. Saya hendak jelaskan. Kita bila hendak menjaga dan hendak mengawal harga barang ini, kita perlukan penguat kuasa, satu. Oleh sebab itu saya sudah namakan tadi kalau hendak menurunkan kuasa itu, ada kaedah-kaedah tertentu. Akan tetapi yang sekarang yang kita buat adalah melalui volunteers. Ramai yang kita tubuhkan di seluruh negara untuk membantu kita untuk mengawal harga barang-barang tadi dan beritahu maklumat-maklumat yang tertentu. Inilah kaedah-kaedah yang kita hendak cuba perluaskan lagi supaya mungkin lebih ramai lagi yang boleh menjadikan mata, telinga kepada kementerian untuk kita dapat maklumat-maklumat secara jelas, tepat dan tempat-tempat yang tertentu. Itu semualah yang cuba kita kaji sekarang ini hendak perluaskan lagi volunteers di seluruh negara untuk membantu kita di kementerian. Jadi, terima kasih kepada pandangan kedua-dua sahabat saya tadi. Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan supaya KPDNKK menggiatkan anugerah-anugerah Kedai Harga Patut bagi menggalakkan penawaran harga yang menarik kepada pengguna. Anugerah ini dilaksanakan oleh kementerian bagi memberi pengiktirafan kepada premis yang dikenal pasti menawarkan barang keperluan harian pada harga yang berpatutan. AKHKP merupakan pengiktirafan pihak kerajaan kepada pihak peniaga dan eksklusif kepada pihak peniaga yang benar-benar layak melalui kriteria penilaian yang ditetapkan iaitu antaranya harga yang berpatutan, kebersihan dan perkhidmatan pelanggan. Pada tahun 2014 sahaja, sebanyak 654 daripada 1,143 premis yang dicalonkan telah menerima anugerah ini. Menyentuh isu orang tengah di dalam pelaksanaan Program 1Harga 1Sabah dan 1Harga 1Sarawak, kementerian akan melaksanakan melalui program penyeragaman harga dengan melantik transporter yang juga dilantik menjadi pembekal dan membawa bekalan barangan kawalan untuk dihantar ke setiap point of sales yang terlibat. Di bawah program penyeragaman harga, kerajaan akan menanggung subsidi kos pengangkutan oleh transporter untuk membawa barangan keperluan iaitu beras ST15%, tepung gandum, minyak masak, gula, gas memasak, LPG, petrol RON95 dan diesel ke kawasan luar bandar dan pedalaman bagi membolehkan rakyat di kawasan tersebut menikmati harga yang sama seperti di Semenanjung. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam kementerian saya membahaskan bajet pada tahun ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi pihak kementerian, saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada 22 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat yang mulia ini bermula daripada 26 Oktober hingga 3 November yang telah menyentuh berkenaan isu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri atas perhatian beliau meluluskan bajet bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. NRE telah menerima peruntukan berjumlah RM2,670,912,200 bagi peruntukan mengurus dan belanja pembangunan sepanjang tahun 2016. Peruntukan ini melalui RM1.008 bilion bagi belanja mengurus dan yang telah dikurangkan sebanyak 9% berbanding dengan anggaran tahun 2015. Manakala bagi perbelanjaan pembangunan, kementerian telah menerima kenaikan sebanyak 5% iaitu RM78.6 juta berbanding dengan peruntukan yang diterima pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM1.663 bilion. Kementerian akan memanfaatkan sebaik-baiknya peruntukan yang disalurkan bagi memastikan sumber asli negara dan alam sekitar dapat diurus secara seimbang bagi menjaminkan pembangunan lestari. Tuan Yang di-Pertua, saya terus menyentuh persoalan yang pertama iaitu daripada Yang Berhormat daripada Lembah Pantai, membangkitkan isu langkah konkrit bagi menangani masalah jerebu dengan menyarankan kementerian menggubal Rang Undang- undang Jerebu Rentas Sempadan dengan kadar segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa Rang Undang-undang Berkaitan Jerebu Rentas Sempadan ianya terlebih dahulu dirangka bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak- pihak yang terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia. Buat masa ini kementerian masih dalam peringkat berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji keperluan untuk menggubal dasar dan mewujudkan mekanisme undang-undang tersebut. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kerajaan masih menggesa pihak Kerajaan Indonesia supaya mengambil langkah berkesan bagi menangani masalah jerebu sama ada melalui kerjasama dua hala ataupun Sub Serantau melalui Jawatankuasa PEMANDU Menteri Alam Sekitar Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, Sub Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution yang melibatkan 5 buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lembah Pantai, sila.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya ingin merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat sebelumnya yang menyatakan undang-undang di Singapura yang wujud yang dipanggil Transboundary Haze Pollution Act (THPA) itu hanya dapat dilaksanakan buat syarikat-syarikat yang mendaftar di Singapura. Jadi, pada saya sebenarnya kalau melihat undang-undang dan kandungan pelaksanaan dalam rang undang- undang tersebut, jelas bahawa mereka juga boleh mengambil tindakan terhadap syarikat- syarikat yang bukan dalam didaftar dalam Singapura tetapi semua bertanggungjawab dalam mengakibatkan bahaya jerebu. Jadi, pada saya tidak cukup untuk kita mengadakan atau mewujudkan memorandum of understanding, dengan izin. Kenapakah kerajaan masih lagi tidak mahu mengambil kira keperluan untuk melaksanakan undang-undang yang sama? Oleh kerana daripada perbincangan dengan beberapa pegawai kementerian Yang Berhormat sendiri, termasuk Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, nampak ada kesediaan untuk melaksanakan undang-undang yang sama. Supaya sekurang-kurangnya kita sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat dapat mengambil tindakan yang jelas terhadap mereka yang sentiasa melakukan bahaya ini.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Saya hendak maklum bahawa bahaya jerebu misalannya, kebakaran yang berlaku di Indonesia, dilaporkan akan mengambil hingga sedekad lamanya sebelum mampu diselesaikan ataupun api tersebut mampu dipadamkan. Jadi saya harap Yang Berhormat dapat bagi pihak kementerian mengambil kira keperluan secepat mungkin untuk melaksanakan rang undang-undang yang sama seperti Singapura dengan tambahan jangan hadkan hanya USD2 million untuk mana-mana syarikat tetapi tidak ada hadnya berkait isu denda yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat yang bertanggungjawab. Mohon pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana menyokong inisiatif kita untuk mewujudkan undang-undang ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita melihat keberkesanan undang-undang yang diwujudkan oleh negara Singapura yang sehingga sekarang ini pun belum ada lagi orang

yang tuduh di bawah perundangan tersebut oleh kerana rintangan-rintangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Singapura untuk melaksanakan undang-undang ini, Tuan Yang di- Pertua, maka semua sudut ini kita kajikan dahulu bagaimana pelaksanaan dan keberkesanan undang-undang Singapura tersebut. Jadi dalam keadaan sedemikian, bukan kita tidak melaksanakan, kita sedang mengkaji dan melihat keberkesanan undang-undang Singapura itu sendiri dan bukan sahaja daripada sudut pembuktiannya, pelaksanaannya tetapi kerelaan pihak Indonesia ataupun pihak-pihak lain yang ada hubung kait dengan pembakaran bekerjasama dengan kita semasa melaksanakan undang-undang ini juga perlu kita lihat keberkesanannya. Kalau tidak, undang-undang itu akan wujud begitu sahaja dan tidak akan memberi keberkesanan yang baik kepada kita. Jadi Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Saya belum habis menjawab Yang Berhormat. Jadi sehingga sekarang ini pun saya mengetahui dengan sendiri, saya berbincang banyak dengan Menteri Singapura berhubung dengan pelaksanaan undang- undang di negara Singapura, jadi mereka masih menunggu maklum balas dan maklumat daripada pihak Indonesia juga untuk melaksanakan perundangan tersebut. Sehingga kini pun belum ada lagi orang yang dituduh di bawah undang-undang ini. Dalam masa yang sama, kita mengkaji undang-undang Singapura ini dan kita melihat bagaimana kita boleh menyesuaikan ataupun memberi lebih kebaikan kalau kita menggubal undang-undang ini nanti.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Hanya saya hendak maklum, keberkesanannya sehingga tahap ini, Kerajaan Singapura telah mengeluarkan kenyataan mengguna pakai undang-undang THPA ini, Transboundary Haze Pollution Act, telah memberi mereka ruang menulis kepada empat syarikat yang dikenal pasti bertanggungjawab dengan pembakaran berleluasa di Indonesia iaitu PT Rimba Hutani Mas, PT Sebangun Bumi Andalas Wood Industries, PT Bumi Sriwijaya Sentosa dan PT Wachyuni Mandira. Kenapa saya sebut? Ini kerana dalam jawapan perbahasan peringkat dasar, Yang Berhormat mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia masih lagi menunggu-menunggu daripada Kerajaan Indonesia senarai syarikat yang bertanggungjawab. Jadi pada saya, bila masa ada rang undang-undang sebegini, saya nampak ada impaknya daripada peringkat Kerajaan Singapura. Saya berharap Yang Berhormat, kita tidak mampu untuk berdiam diri sahaja dan saya sekali lagi menegaskan keperluan untuk kita melaksanakan undang-undang sekurang-kurangnya kita sendiri dapat ambil inisiatif mengenal pasti dan memberikan amaran kepada mereka. Terima kasih.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya dengar bahawa ada rancangan untuk kami wujudkan undang-undang supaya boleh perkara ini diuruskan. Itu baik. Akan tetapi seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, proses undang-undang ini atau penggubalan undang- undang ini khususnya di mana perlunya komitmen dan juga maklumat dari negara asing, ia mengambil masa yang panjang dan ia complicated dari segi bukan sahaja undang-undang tersebut tetapi juga usaha-usaha untuk enforcement, dengan izin. Persoalan saya, dalam masa itu, apakah tindakan yang akan kita ambil atau boleh kita ambil sebagai sebuah negara untuk mengambil tindakan supaya isu atau masalah jerebu ini dapat kita lindungi atau kawali because we do not want to wait for long dengan izin, tidak ada sebarang keupayaan pada pihak kami untuk mengambil tindakan memandangkan khususnya betapa teruk keadaan yang semakin berlaku dalam masa yang terdekat? Pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya mengucapkan terima kasih, Yang Berhormat tahu mekanisme undang-undang sendiri dan masalah yang bakal kita hadapi untuk melaksanakan undang-undang dan untuk menguatkuasakan undang-undang merentasi sempadan. Kita perlu kerjasama daripada negara berkenaan. Bahkan, Singapura sekarang pun perlu kerjasama dari Indonesia juga

untuk mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat yang mereka fikirkan telah terlibat dengan pembakaran di Indonesia. Akan tetapi, kita memang tidak teragak-agak, Yang Berhormat, undang-undang ini perlu juga walaupun payah dilaksanakan. Akan tetapi dalam masa yang sama, pada masa sekarang kita mempunyai beberapa level tindakan berhubung dengan kebakaran iaitu pertama sebagaimana yang telah saya sebut sebelum ini, kita ada mempunyai perjanjian yang telah ditandatangani oleh semua pihak ASEAN, 10 negara ASEAN tetapi yang terakhir sekali, hanya pada bulan Januari 2015 baru Indonesia meratifikasikan agreement tersebut. Jadi itulah kenapa kelewatan Indonesia ini melihat keberkesanan tindakan di bawah agreement ASEAN ini yang kita lihat selama ini. Selepas sahaja Indonesia meratifikasikan agreement ASEAN itu sendiri barulah kita mengadakan satu lagi steering committee yang ada dia antara lima negara, subregional steering committee iaitu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Hasil daripada perbincangan ini, kita telah mengadakan satu mesyuarat pada bulan Julai 2015 dan hasil daripada mesyuarat itu telah dipersetujui di peringkat pegawai dan disarankan kepada dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia supaya diadakan satu bilateral MoU di antara Malaysia dan Indonesia untuk menangani masalah kebakaran yang berlaku di Indonesia. MoU ini masih belum ditandatangani semenjak bulan Julai. Bulan Julai sehingga sekarang belum lama sebenarnya Yang Berhormat, dalam konteks perhubungan dua buah negara. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya sendiri sudah berbincang hasil daripada lawatan Perdana Menteri yang sudah berjumpa dengan Presiden Indonesia pada 11 Oktober dan saya menyusul selepas itu pada 27 Oktober saya berjumpa dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia iaitu Menteri Alam Sekitar dan Kehutanan, Ibu Siti Nurbaya dan juga selepas itu saya juga berbincang dengan Menteri Penghubung iaitu Coordinating Minister Indonesia yang menghubungkan isu-isu perundangan, isu-isu kehutanan, isu-isu kebakaran kepada Pejabat Presiden iaitu Pak Luhut ataupun nama sebenarnya Raffles Panjaitan. Jadi daripada perhubungan saya dengan Menteri ini, ada assurance daripada kedua-dua menteri ini khususnya Menteri Perhubungan ini memberi jaminan kepada saya yang kita akan menangani MoU ini secepat mungkin apabila pihak Indonesia telah mengkaji keseluruhan implikasi MoU yang didrafkan oleh pihak peringkat pegawai. Selepas itu pada 28 hari bulan, sehari selepas itu, saya pergi ke Hanoi dan saya menghadiri mesyuarat Menteri Alam Sekitar di Hanoi. Di sana saya berjumpa lagi dengan wakil Indonesia dan kita menegaskan dalam mesyuarat tersebut supaya MoU ini ditandatangani secepat yang boleh. Masa mesyuarat di Hanoi tersebut, kita sekali lagi membuat satu inisiatif yang baru iaitu inisiatif yang berhubung dengan apa dikatakan Alert Levels Trigger Point and Action on Fire Prevention and Suppression. Ini telah disetujui oleh Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN supaya kita mengadakan Alert Levels Trigger Point of Action on Fire Prevention and Suppression. Tujuannya ialah untuk supaya apabila berlaku sahaja kebakaran dan alert level akan dibuat, kalau berapa banyak red spot berlaku kebakaran dan apa level dia dan apabila level ini, siapa yang perlu menerima, seluruh negara yang berdekatan diberi maklum dan share information, ini akan dibuat di antara negara-negara ASEAN yang perlu mendapat maklumat- maklumat tersebut.

Dalam masa yang sama, di negara tersebut juga dikehendaki mengambil tindakan secepat mungkin untuk suppression and prevention of fire. Ini selepas itu untuk memaklumkan lagi apakah sebenarnya mekanisme yang khusus untuk dibuat dalam ini, kita juga memutuskan supaya juga diadakan workshop. Workshop ini akan diadakan di Sarawak pada tahun 2016 Yang Berhormat kerana ia tempat yang terawal sekali kena jerebu pada tahun ini. Saya belum menentukan di mana tempatnya. Selepas itu apabila perkara ini berlaku dan information di Singapura iaitu specialized meteorological center di Singapura itu akan memberi maklumat yang khusus dan maklumat berhubung dengan angin, berhubung dengan kebakaran, red spot, hot spot dan sebagainya akan disebar meluas di seluruh ASEAN dan negara-negara yang perlu maklumat-maklumat tersebut. Jadi ini adalah satu tindakan yang kita perlu buat sekarang. Kalau sebelum kita melaksanakan soalan-soalan perundangan. Jadi Yang Berhormat, dari sudut mekanisme ASEAN itu sendiri, kita pasti bahawa kita telah mempunyai semua mekanisme daripada serantau, sub-regional dan mekanisme

pelaksanaannya dan share information yang perlu kita buat, suppression and prevention of crime yang kita beri. Juga selain daripada itu, pertukaran teknologi yang kita telah janjikan dengan pihak Indonesia, macam mana to manage the peat area, yang mana kita mempunyai satu kepakaran sendiri yang kita lihat ada keberkesanannya untuk menangani masalah kekeringan di kawasan-kawasan peat. Macam di Malaysia ini, kita menggunakan tiga teknologi iaitu bukan teknologi sebenarnya, method. Satu, perparitan. Dibuat perparitan supaya kawasan itu ada perparitannya. Selepas itu kita halangkan air daripada keluar daripada perparitan itu supaya sentiasa peat area itu tidak kekeringan air. Selepas itu yang ketiga ialah supaya kita adakan tube well. Apabila tempat yang kering itu kita lihat, kita monitor masa season kering dan kita akan triggerkan tube well ini untuk membasahkan kawasan-kawasan yang dried up. Jadi supaya ia become moist and wet, supaya tidak cepat terbakar. Dalam masa yang sama, kita juga mengadakan satu mekanisme lain lagi iaitu watch tower, supaya kita boleh melihat lebih jauh lagi di dataran, melihat di mana kebakaran berlaku dan mengambil tindakan pemadaman api. Jadi inilah mekanisme yang ada pada kita sekarang Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada perkara yang lain iaitu Yang Berhormat Bukit Gantang mempersoalkan kepada kerajaan perlu menyerah anak panda serta meningkat dua tahun dan juga membayar RM2.5 bilion kepada negara China. Apakah nilai tambah yang diperoleh oleh kerajaan dalam perjanjian panda ini serta impak kepada sektor pelancongan? Jadi Yang Berhormat, sebenarnya, Malaysia adalah salah satu daripada 14 buah negara di dunia yang meminjam giant panda dari Republik China yang mana merupakan simbolik hubungan persahabatan yang erat antara Republik Rakyat China dengan sebuah negara. Untuk makluman, mana-mana negara yang melahirkan anak panda perlu menyumbangkan yuran konservasi kepada Kerajaan China setelah ia mencapai umur satu tahun. Sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai program konservasi, penyelidikan dan pembiakan giant panda yang dijalankan Kerajaan China. Selain itu, setiap anak giant panda yang dilahirkan adalah milik Kerajaan China dan akan dipulangkan di dalam tempoh seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian. Selain daripada mengukuhkan hubungan diplomasi Republik Rakyat China, projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda ini akan dapat meningkatkan kepakaran penyelidikan tempatan dalam penyelidikan konservasi hidupan liar. Kelahiran pasangan giant panda dan lahir anak giant panda ini juga telah meningkatkan bilangan pelawat di Zoo Negara sebanyak 20.56% dari 588,015 orang pelawat pada tahun 2013 kepada 708,911 orang pelawat pada tahun 2014. Yang Berhormat Bagan Serai mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu program seperti biodiversity centre untuk menjaga hutan, alam sekitar dan memantau bencana banjir, jerebu, produksi hutan dan perubahan cuaca. Kerajaan sentiasa prihatin bahawa pengurusan dan pemeliharaan biodiversiti merupakan satu keperluan kritikal untuk memastikan biodiversiti negara dilindungi, dipulihara, diguna secara berkekalan dan faedah yang terhasil daripadanya dikongsi secara adil dan saksama. Memandangkan biodiversiti adalah satu bidang yang merentas sektor, cross-cutting dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, stakeholders, sebuah badan yang dikenali sebagai Pusat Biodiversiti Kebangsaan atau National Biodiversity Centre akan ditubuhkan untuk mengukuhkan bio-koordinasi dan mengarusperdanakan pemuliharaan biodiversiti di peringkat kebangsaan. Antara fungsi penting NBC ialah untuk mewujudkan pusat data dan maklumat biodiversiti serta memantapkan pemantauan penilaian dan pelaporan status biodiversiti negara. Bagi memulakan proses penubuhan NBC, satu pasukan teras ataupun core team NBC telah dibentuk di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menyediakan kertas dasar, pelan strategik dan kerangka perundangan bagi menubuhkan NBC. Penubuhan NBC dijangka dapat direalisasikan pada tahun hadapan, tahun 2016.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian NRE kerana telah bersungguh untuk mewujudkan NBC ini kerana kita lihat apa yang dialami oleh negara kita sekarang ini. Contohnya banjir besar dan juga jerebu yang transboundary ini, yang menyebabkan kita selalu bincang tentang kesan kepada human, dengan izin, dengan manusia tetapi kesan kepada biodiversiti. Bermakna sebelum terlambat. Kita lihat jerebu baru-baru ini di negara jiran, beratus ekor orang utan telah menderita, yang uzur dan sakit mungkin banyak yang mati. Jadi spesies yang terancam ini contohnya, adakah kita melakukan kajian di negara kita kesannya kepada habitat flora dan fauna di kawasan kita? Sebab itu kewujudan NBC ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk masa depan negara untuk kebaikan kepada human sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya itulah multi-pronged purposes, dengan izin, NBC ini kita akan ditubuhkan. Akan tetapi apa yang tinggal pada masa sekarang ini ialah sama ada peringkat mana NBC ini bakal kita tubuh. Adakah di peringkat jabatan ataupun peringkat unit kecil ataupun peringkat bahagian dalam kementerian kita. Walau bagaimanapun, saya telah memberi arahan supaya kalau kita belum lagi sampai ke peringkat jabatan, kita patut tubuh di peringkat yang bawah sekali iaitu peringkat unit sahaja. Tubuhkan di peringkat unit dan tubuhkan kalau dapat lagi tinggi daripada itu iaitu peringkat bahagian. Walau bagaimanapun, rintangannya masih juga berhubung dengan anggota iaitu pegawai-pegawai dan juga sumber kewangan untuk penubuhannya, Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, saya telah memberi arahan kepada kementerian supaya membuat kertas kerja dengan cepat untuk dimajukan kepada Kabinet untuk kelulusan penubuhan NBC tersebut. Saya menerima baik apa Yang Berhormat sebut tadi daripada sudut kajian kesan apa-apa sahaja yang berlaku. Sama ada kesan itu daripada kebakaran, jerebu, ataupun kebanjiran. Ada, memang ada kesannya kepada flora dan fauna negara ini yang mana boleh jadi bahan kajian oleh pihak NBC. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bagan Serai menyarankan kerajaan supaya memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang asas tentang alam sekitar dan alam semula jadi dengan mewujudkan lebih banyak Tapak Ramsar seperti Kuala Gula, Perak. Kementerian ini sentiasa komited dalam melaksanakan usaha konservasi alam sekitar dan alam semula jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat buat masa ini Kuala Gula masih belum diwartakan sebagai Tapak Ramsar. Walau bagaimanapun, kementerian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak sedang melaksanakan kajian kemungkinan feasibility study bagi mengenal pasti potensi Kuala Gula sebagai kawasan kepentingan antarabangsa. Seperti mana yang Ahli Berhormat sedia maklum, Kuala Gula Perak merupakan kawasan sanctuary burung yang menjadi tempat persinggahan burung hijrah atau burung air migrasi yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sehubungan dengan itu, hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk menyenaraikan kawasan Kuala Gula sebagai kawasan ‘Flyway’ di bawah East Asian-Australasian Flyway Partnership (EAAFP) yang merupakan jaringan antara kerjasama antarabangsa yang bertujuan untuk melindung burung air migrasi habitat mereka dan manusia yang bergantung pada hidup kepada mereka. Apabila kawasan Kuala Gula telah disenaraikan sebagai kawasan Flyway di bawah EAAFP ini. Usaha untuk konservasi kawasan tersebut dapat dipertingkatkan dan kawasan itu juga akan menjadi tumpuan pelancong kerana ia akan terkenal di peringkat antarabangsa serta memberi faedah secara tidak langsung kepada penduduk tempatan.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Menteri sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Menteri. Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian NRE yang sekali lagi melihat Kuala Gula sebagai satu lagi cadangan Tapak Ramsar Malaysia ini.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Tadi kita melihat aset yang ada itu dengan sanctuary burung, burung laut dan burung hijrah dan hutan paya bakau dengan kehidupan marin yang unik. Perkara Tapak Ramsar Kuala Gula ini pernah dibangkitkan dahulu, saya ingat sekitar awal tahun 2000 sebagainya. Akan tetapi terkandas jadi saya harap sangatlah dengan wujudnya Tapak Ramsar ini. kita dapat mengekalkan biodiversiti, mengekalkan alam sekitar, ekologi dan juga memberikan peluang merubah kehidupan rakyat di kampung di sekitar Kuala Gula, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa soalan tanah kawasan dan sebagainya itu adalah di bawah kerajaan negeri, di bawah perlembagaan kita dan perundangan kita dan dengan sendirinya apabila kita hendak mengisytiharkan satu-satu kawasan sebagai kawasan tertentu ini sebagai Ramsar, kita perlu kerjasama, sokongan, pemberian daripada kerajaan negeri sebagai mana yang baru ini di Sabah. Saya pun baru balik dari Sabah untuk merasmikan iaitu The Heart of Borneo satu program konservasi perhutanan untuk konservasi flora dan fauna yang melibatkan hutan jurusan di antara tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei termasuk Sarawak dan Sabah di dalamnya iaitu yang mana Sabah memainkan peranan yang amat penting dan memberi contribution yang tinggi kepada kita dan kita berharaplah sokongan Yang Berhormat supaya minta negeri Perak juga bantu kita macam mana negeri Sabah bantu kita untuk mengisytiharkan satu-satu kawasan sebagai kawasan Ramsar. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat menyatakan sokongan beliau terhadap kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau. Namun mohon kerajaan beri penjelasan mengenai langkah-langkah yang mudah difahami dan mudah dilaksanakan dalam memastikan hasrat mengurangkan pelepasan green house gases ataupun GHG menjadi realiti. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat konvensyen rangkai kerja perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun dengan ringkasnya UNFCCC telah dipersetujui oleh Malaysia pada tahun 1994 di bawah konvensyen komitmen sebuah negara peserta adalah berbeza mengikut prinsip tanggungjawab bersama. Beban berbeza common but differentiated responsibility(CBDR) iaitu pertama, negara membangun komitmen untuk mempromosi, pengawalan, pengurangan, dan pengelakan ‘control, reduce, and prevent’ pelepasan gas-gas rumah kaca ataupun GHG. Kedua, negara maju. Selain daripada komitmen yang di atas negara maju diwajibkan untuk mengehadkan pelepasan gas-gas rumah kaca. Bagi melaksanakan pengurangan pelepasan rumah kaca kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut. Ada 12 langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pertama, penjanaan elektrik melalui feed-in tariff ataupun FIT iaitu contohnya penajaan elektrik boleh diperbaharui untuk grip projek solar PV, minihydro, biojisim, biogas. Kedua, penjanaan elektrik boleh diperbaharui di luar program FIT. Penjanaan elektrik boleh diperbaharui di luar grip pembakaran biojisim iaitu umpamanya kalau satu-satu industri umpamanya kelapa sawit, kilang dia menggunakan mesin dia sendiri tapi untuk kegunaan elektrik dia sendiri, inilah yang dimaklumkan di sini. Program B5 campuran diesel fossil dan 5% diesel daripada minyak sawit untuk menggantikan diesel fossil. Keempat, Green Technology (GTFS) program pinjaman bagi membangunkan projek teknologi hijau. Kita menjemput bank-bank tempatan terlibat memberi pinjaman untuk program-program ini dilaksanakan. Kelima Green Building Index ataupun GBI rating scheme programme pengiktirafan bangunan cekap tenaga. Keenam, Energy Efficiency Government Buildings program pengurangan penggunaan utiliti sebanyak 5% dalam bangunan kerajaan iaitu kita turunkan hadkan penggunaan 24 celsius tu sahaja kita punya air conditioning. Tujuh, penggunaan Energy Efficienct Vehicles (EEV) penggunaan tenaga cekap tenaga seumpamanya kenderaan hibrid dan kenderaan berenjin cekap efficient engine. Kelapan, penggunaan Compressed Natural Gas (CNG) penggunaan gas asli di dalam pengangkutan awam dan swasta dan pelepasan CNG contohnya.

Kesembilan, Rail Based Transport System yang kita laksanakan di Kuala Lumpur secara menyeluruh sekarang. Kesepuluh, inisiatif guna tanah perhutanan pewartaan hutan simpan tambahan seluas 53,756 hektar bagi tujuan penyerapan GHG. Kalau kita lihat sekarang kita di Sabah dan Sarawak mempunyai The Heart of Borneo Programme yang mana di Semenanjung kita mempunyai apa yang dikatakan The Forest Spine kita laksanakan walaupun sekarang masih banyak perbincangan yang perlu dibuat di antara kerajaan negeri dan kementerian saya khususnya untuk mengehadkan satu-satu tempat sebagai The Forest Spine di Semenanjung dan juga Heart of Borneo di Sarawak dan Sabah sebagai mana saya sebutkan tadi kerajaan Sabah memang banyak memberi sumbangan dan motivasi kepada program ini. Ya, Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mendengar dengan teliti program-program oleh pihak kementerian soal menjawab kehendak institusi ini.

Banyak program yang kita telah laksanakan, tetapi kita dengar program– saya mahu minta sedikit suksesnya negara kita yang mana terlibat juga kawasan pertanian dan kawasan perikanan kita yang tepi-tepi pantai, yang mana kita lebih mengeluarkan CO2 kepada ozon- ozon layer kita sudah begitu thinning. Apakah rancangan kerajaan untuk mitigate itu. Bagi mitigasi dan adaptasi soal Ph. value kita punya laut yang mana banyak terumbu-terumbu karang kita sudah pun bleaching, memutih. Ini kita mahu tahu ia punya sukses supaya international community melihat Malaysia ini sebagai sebuah negara yang memainkan peranan soal global warming. Jadi saya dengar senarai yang disenaraikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi itu cukup baik tetapi apa suksesnya? Kita mahu tahu itu suksesnya.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam konteks global punya contribution di antara negara maju dengan negara sedang membangun bahawa kita punya contribution kepada global warming ataupun kepada ozone layer adalah amat minimum sekali. Sebagaimana saya menghadiri satu perbincangan pre-climate change meeting di Dubai, baru balik minggu lepas. Saya dimaklumkan oleh pihak UNEP bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang amat berjaya dalam soal pengurusan ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Khususnya Tuan Yang di-Pertua, welcome please dengan izin, mempengerusikan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Bahawa apa yang kita lihat tadi sebagaimana yang saya sebut awal daripada ini tadi, bahawa walaupun kita mempunyai program di bawah UNFCCC itu tadi dan negara maju dan membangun mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berasingan iaitu apa dipanggil tadi a common but differentiated responsibility ini tadi...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

[Bangun]

Negara maju dikehendaki untuk mengurangkan emission GHG ini ke udara. Sementara negara itu kena memberi pengawalan, promotion dan sebagainya. Jadi...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Tunggu Yang Berhormat, tunggu Yang Berhormat. Saya belum habis jawab Yang Berhormat Putatan itu. Kalau tidak Yang Berhormat Putatan itu tanya saya sekali lagi. Jadi dalam keadaan ini bahawa pengurangan kita Yang Berhormat, umpamanya dahulu apabila Montreal Protocol dilaksanakan pada tahun 1990-an iaitu 1992 macam itu. Penekanan kita ialah untuk tidak menggunakan Hydrochlorofluorocarbons ini dan digantikan dengan satu jenis material lagi. Pada ketika itu dipercayai Hydrofluorocarbons sebagai gantian kepada hydrochlorofluorocarbons. Akan tetapi apabila protokol diadakan bahawa kita

dapati bahawa kedua-dua ini tidak akan menyumbangkan kebaikan kerana hydrofluorocarbons akan menyumbangkan kepada greenhouse gasses. Jadi dalam keadaan sedemikian, sekarang kita pace down kedua-dua material ini dan diganti. Akan tetapi pada masa sekarang kita masih ada industri-industri yang perlu menggunakan hydrochlorofluorocarbons dan hydrofluorocarbons ini. Kedua-dua ini masih digunakan dalam industri khususnya sebagai bukan coolant, sebagai refrigeration dalam produk-produk. Ada perkara-perkara lain lagi membuat cone dan sebagainya, masih menggunakan perkara ini. Akan tetapi alternatif kepada material ini belum dapat kita dapati dari sudut harga dan kesesuaiannya. Jadi dalam keadaan sedemikian, kita masih berbincang dengan pihak – itulah akan dibincangkan nanti di Paris pada bulan Disember ini Yang Berhormat. Akan tetapi walau bagaimanapun, kejayaan negara kita bukan diukur dari sudut berapa banyak yang kita kurangkan daripada contribution tetapi kejayaan kita mengikut program yang telah diletakkan di bawah dua konvensyen dan protokol ini. Yang Berhormat, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Serdang.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih. Saya memang hendak ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah menyenaraikan satu senarai yang begitu lengkap tetapi saya ada satu soalan penjelasan. Di mana Malaysia adalah salah sebuah negara di Asia Tenggara yang belum lagi memasukkan Intended Nationally Determined Contributions (INDCs) dengan izin. Selain dari Malaysia, Brunei sahaja di Southeast Asia yang belum lagi dimasukkan INDCs ini sebagai satu deklarasi bagaimana sesebuah negara akan mengurangkan emission daripada segi greenhouse gasses. Saya rasa ini perlu penjelasan kerana Malaysia sebagai ASEAN chair sebenarnya perlu menunjukkan satu teladan yang baik, satu contoh yang baik dan memasuki INDCs tetapi buat masa sekarang saya baru check this afternoon belum lagi masuk. Jadi Yang Berhormat Menteri boleh berikan penjelasan kenapa belum lagi masuk dan juga bila akan diisytiharkan INDCs untuk Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat kita masih dalam peringkat, itulah kenapa apabila perbincangan diadakan di Dubai baru minggu lepas dan kita telah memberi saranan supaya contact group akan diadakan dan contact group ini akan membuat satu keputusan dan kita akan akur kepada keputusan apa yang dibuat oleh contact group ini nanti. Ini kerana bukan kita sahaja yang belum lagi membuat apa Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi dalam keadaan sedemikian kita kena menunggu apakah keputusan yang telah dibuat, dirumus ataupun dicadangkan oleh contact group yang diadakan di Dubai baru-baru ini.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tetapi saya sedikit confuse kerana semua negara di Asia Tenggara telah upload INDCs mereka ke dalam website UNFCCC. Jadi tidak kita apa yang contact group ini buat, Malaysia juga perlu mengisytiharkan apa yang Malaysia akan buat ataupun telah buat. Saya rasa ini perlu penjelasanlah. Ini kerana semua negara di Asia Tenggara telah memaparkan dan juga memberi semua maklumat dalam website UNFCCC. Kenapa Malaysia dan Brunei belum lagi masuk? Saya tanyalah tentang Malaysia sahaja. Terima kasih.

Nanti saya bagi jawab bertulis kepada Yang Berhormatlah ya. Oleh sebab saya baru balik daripada Dubai, itu keputusan yang kita buat Yang Berhormat. Jadi kalau kita sudah buat satu keputusan demikian itu, kita – saya tidak boleh buat perkara lain. Jadi tunggulah mesyuarat di Paris itu pada bulan Disember ini. Jadi kita ada lagi peluang untuk kita memutuskan perkara-perkara ini Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat tadi saya sudah beritahu bahawa Malaysia bukanlah di antara negara yang tidak akur dengan konvensyen sama ada Montreal Protocol atau Kyoto Protocol. Akan tetapi kita adalah negara-negara yang telah berjaya dalam bidang ini. Soalan Yang Berhormat sebelum itu, ada perkara-perkara yang belum kita laksanakan setakat ini menunggu apa yang kita putuskan di Dubai itu tadi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ya tetapi Yang Berhormat Menteri sebagai ASEAN Chair...

Yang Berhormat we should give...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Show good example. All the other countries already have done it. So, why can’t Malaysia do it?

[Dewan riuh]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Jawapan bertulis ya Yang Berhormat Menteri, please. Okay?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Mike, mike.

Dalam Dewan Parlimen ini Yang Berhormat, apabila you bertanya I menjawab.

I? You, I?

Jadi you sudah tidak boleh bertanya lagi fasal jawapan itu ialah jawapan kerajaan Yang Berhormat. That’s it.

You kena tulis...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Sama ada jawapan saya itu memuaskan hati you Yang Berhormat, itu bukan soalannya. Dalam peraturan – you baca peraturan. You baca datang – saya bawa semua buku sini tadi, Perlembagaan saya bawa, peraturan saya bawa, Erskine May pun saya bawa Yang Berhormat. Jadi saya tahu ya. Jadi saya minta maaf, kalau saya sudah jawab, jangan desak jawapan berlainan daripada itu. Itu dia – sebabnya kalau saya jawab berlainan daripada itu saya boleh dituduh menyelewengkan Dewan.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila, sila.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Sedikit penjelasan sahaja. Saya juga mengucap terima kasih kerana pihak Menteri telah pun menyenaraikan 12 langkah tetapi belum habis lagi. Yang Berhormat Putatan ganggu. Ada dua lagi. Walau bagaimanapun, saya ingin mendapat sedikit penjelasan untuk melaksanakan 12 langkah ini tentu memerlukan kerjasama daripada banyak kementerian kalau berdasarkan langkah-langkah ini. Adakah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini akan menjadi koordinator kepada kementerian lain dalam program Blue Ocean Strategy dan sebagainya kerana kalau kementerian sendiri saya rasa agak berat. Terima kasih.

Terima kasih, memang betul Yang Berhormat Hulu Langat. Ada dua perkara yang saya belum sebut tadi, iaitu waste paper recycling. Waste paper recycling tidak payah diexplain pun Yang Berhormat tahulah kitaran semula, program kitaran semula, sisa organik seperti kertas dan sebagainya itu. Semua ada dalam itu. Sama ada apa kita hendak buat dengan yang kita tidak boleh kitar semula, kita guna semula reuse and reuse. Jadi yang 12 ialah waste by gas capture ataupun POME. Kilang sawit baru diwujudkan menangkap dan menggunakan gas methane yang di hasil oleh kolam takungan efluen kilang sawit itu sendiri – itu dua perkara yang itu. Memang saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebut bahawa kementerian hasil NRE tidak berapa berkemampuan bersendiri melaksanakan program-program ini. Dia melibat semua kementerian, umpamanya kementerian apa nama kementerian KPK... Kementerian... saya pun nama Kementerian pun sebut... Banyak kementerian, semua kementerian yang terlibat dengan ini. Kementerian Perladangan terlibat oleh sebab dia berhubung dengan kelapa sawit umpamanya. Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar juga terlibat kerana teknologi-teknologi yang terkini berhubung dengan perkara ini juga perlu terlibat. Jadi banyak kementerian yang terlibat itulah kenapa apabila kita merangka dasar-dasar yang tertentu Yang Berhormat ada yang kita buat ada yang kementerian lain buat dan kita sebagai penyokong dan maknanya

semua program-program yang saya sebutkan tadi ialah adalah multi ministry dan multi agency program yang mana semua pihak terlibat. Jadi Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bukit Bendera menyentuh isu berkenaan penyeludupan gading gajah yang dirampas. Apakah kaedah penyimpanan dan cadangan untuk melantik badan induk untuk mengaudit barang tersebut? Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah 3,472 unit gading gajah Afrika kini disimpan dalam bilik kebal Jabatan PERHILITAN sebagai Government Health Stockpile. Kementerian akan menubuhkan satu jawatan kuasa khas bagi mengaudit semua gading gajah yang disimpan dalam stockpile. Kementerian juga bercadang untuk memusnahkan semua gading gajah yang disimpan dalam stockpile ini sebelum pertengahan tahun 2016. Proses pemusnahan gading gajah tersebut akan dilakukan secara terbuka, menjemput semua wakil daripada NGO dan media untuk menyaksikan pemupusan gading gajah tersebut. Yang Berhormat Bukit Gantang, mendakwa bahawa pencerobohan tanah di kawasan berdekatan dengan tempat pembiakan kelip-kelip di Kampung Dew yang menyebabkan habitat ini terganggu. Hasil semakan Jabatan Hutan Negeri Perak mendapat tidak pencerobohan tanah berlaku di kawasan Hutan Simpanan Kekal penghampiran Kampung Dew iaitu Hutan Simpan Selingsing dan Hutan Simpan Sungai Bahru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 6 November 2013 telah meluluskan kawasan tanah kerajaan Mukim Jagung Daerah Larut, Matang dan Mukim Selingsing Daerah Kerian seluas 152.98 hektar iaitu hampir 153 hektar untuk diwartakan sebagai hutan simpanan kekal dengan mana hutan simpan kelip- kelip bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan habitat kelip-kelip kawasan tersebut.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Berkenaan dengan tempat kelip-kelip yang terdapat di Kampung Dew itu. Dia dapat satu bentuk pencerobohan yang dilakukan oleh pembina kilang haram sebelah dengan dalam kawasan tepi sungai itu. Tetapi alhamdulillah dengan bantahan daripada NGO yang memelihara kelip itu maka projek itu dihentikan. Satu. Keduanya ialah saya minta harapkan supaya dapat ini yang saya sudah bawa dalam sidang yang lalu berkenaan dengan berhampiran dekat dengan tempat pembiakan kelip-kelip ini. Terdapatnya kolam udang yang sebenarnya mengganggu habitat ini terutamanya lampu yang dipasang di dalam kolam udang itu menyebabkan mengganggu kelip-kelip yang ada di situ. Saya tidak pasti macam mana projek kolam udang itu yang berhampiran sangat dengan tempat pokok-pokok yang jadi pembiakan kelip-kelip di hutan itu. Kita minta supaya pihak kementerian dapat menyelidik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua sebenarnya persoalan ini sebenarnya patut dibawa ke negeri. Semua soalan itu, saya jawab berlandaskan tindakan yang negeri sudah ambil. Jadi soalan pencerobohan ini, Yang Berhormat Bukit Gantang Terima kasih dengan maklumat tersebut. Saya akan bagi arahan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melihat dua perkara Yang Berhormat Bukit Gantang sebut tadi untuk melihat supaya hutan simpanan kekal ini tidak terganggu. Terima kasih Yang Berhormat Gombak bertanya mengenai usaha kerajaan menerusi kerja-kerja pembersihan sungai di Selangor dan kenapa projek River of Life diberhentikan setakat sempadan Kuala Lumpur–Selangor. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa mengambil langkah berterusan dalam menangani isu pembersihan sungai. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perparitan dan Saliran adalah melalui kaedah struktur dan bukan struktur. Pendekatan melalui langkah struktur yang dilaksanakan bagi peringkat kualiti air termasuk pemasangan struktur perangkap sampah seperti lock boom, trash rack, river water treatment plant, effective microorganisms, solar aerator, portable wetland, rock weir and memasang sistem perangkap sampah JPT di anak-anak sungai. Sungai-sungai utama perangkap sampah jenis lock boom dibina selain pelaksanaan kerja-kerja penstabilan tebing sungai dan pengorek dasar sungai.

Langkah-langkah bukan struktur adalah melalui program kesedaran promosi kempen pendidikan dan sebagainya. Contoh program yang telah dilaksanakan ialah kempen Cintalah Sungai Kita, Program 10 tahun Pembersihan Sungai Kelang, Program 1Negeri 1Sungai, Program Sungai Nadi Kehidupan – River of Life, open class room dan sebagainya. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, JPS telah menekankan elemen kepentingan kualiti air sungai tercemar dalam projek-projek rancangan living river di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi komponen kerja River of Life yang dilaksanakan Jabatan Perairan dan Saliran iaitu komponen pembersihan sungai itu turut meliputi kawasan majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Dari muara Sungai Kerayong hingga ke hulu lembangan di negeri Selangor. Projek ini merangkumi lembangan Sungai Kelang seluas 560 kilometer persegi terdiri daripada 110 kilometer jaringan Sungai Kelang, anak-anak Sungai Kelang iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Keroh dan lain-lain. Kerja-kerja pembersihan seperti menaik taraf sistem pembetungan, pembersihan air sungai, river water treatment plant, pemasangan perangkap sampah dan lain-lain kerja yang berkaitan. Dilaksanakan secara menyeluruh dalam limbungan Sungai Klang.

Objektif pencapaian kualiti sungai yang diaras kan ke Kelas IIB mengikut Water Quality Index pada tahun 2020 akan memberi kesan langsung kepada kualiti air sungai di bahagian hilir negeri Selangor.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, penjelasan tentang River of Life.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kerana bukan sahaja di kawasan DBKL tetapi saya juga tengok dengan mata sendiri pemulihan sungai di upstream juga di kawasan Gombak dan sebagainya. Akan tetapi saya hendak tanya, kenapa projek River of Life ini berhenti di border of Kuala Lumpur downstream. Selepas Mid Valley, saya tengok dengan mata sendiri semua projek pemulihan River of Life itu boleh dikatakan telah berhenti ataupun tidak start, tidak bermula langsung. Jadi sebenarnya River of Life ini untuk seluruh Selangor dan juga Kuala Lumpur tetapi kenapa tersekat di border Kuala Lumpur dengan Selangor di downstream? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Saya telah meminta penjelasan bukan dalam minggu ini Yang Berhormat. Sebenarnya tiga minggu yang lepas, saya telah meminta penjelasan daripada pegawai saya berhubung dengan penjanaan River of Life ini di seluruh negara termasuk sungai Yang Berhormat sebutkan tadi. Akan tetapi kita ada rintangan, tiap-tiap kos untuk setiap sungai memakan belanja yang begitu besar Yang Berhormat. Dalam keadaan constraint inilah yang kita banyak lihat sebagai satu penghalang yang besar kepada kita kerana banyak sungai-sungai kita tercemar dan banyak juga sungai- sungai kita yang memerlukan rawatan segera. Jadi dalam keadaan sedemikian, bersabarlah Yang Berhormat. Kita melihat dari sudut constraint kita perlu atasi selepas bajet ini nanti dan Yang Berhormat sokonglah bajet ini supaya kita boleh melaksanakan program pembersihan sungai ini, bukan sahaja kawasan Yang Berhormat sebut tetapi juga di kawasan-kawasan lain. Bukan sebab ia Selangor, kita tidak kisah soal politik Yang Berhormat. Dalam soal ini bukan soal politik, ia persoalan kebersihan alam sekitar dan kebaikan masyarakat, flora dan fauna.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, saya sendiri pernah naik bot dari Shah Alam hingga ke Port Klang yang stretch itu dan saya lihat air di situ memang dicemari dan kelihatan hitam kerana terdapat kilang-kilang yang discharge benda ke dalam sungai dan juga sampah sarap yang sangat banyak. Sebenarnya ia ada satu net yang menyekat sampah sarap yang saya lihat sendiri. Akan tetapi soalan saya ialah, bagi Kerajaan Negeri Selangor saya tahu mereka amat berminat untuk membersihkan serta mengindahkan sungai di kedua-dua belah. Sebenarnya kalau kita boleh membersihkan sungai kedua-dua belah tebing sungai boleh diadakan projek pembangunan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi saya hendak tahu sama ada pembersihan sungai ini pada masa sekarang diletakkan di bawah kementerian Yang Berhormat ataupun ia masih diletakkan di bawah PEMANDU? Ini kerana dahulu Dato’ Sri Idris Jala pernah datang berjumpa dengan Menteri Besar serta Exco untuk membincangkan tentang pembersihan sungai beberapa tahun yang lepas. Selepas itu, saya rasa tidak ada apa-apa inisiatif daripada pihak PEMANDU dengan kerajaan negeri. Saya rasa itu sebab Yang Berhormat Gombak membangkitkan isu ini, kenapa Kerajaan Pusat tidak meneruskan projek pembersihan sungai itu di bahagian Selangor? Jadi saya hendak tahu sekarang ia di bawah bidang kuasa agensi yang mana sahaja.

Jawapan saya pun mudah Yang Berhormat di bawah kementerian ini Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Batu Kawan memohon Majlis Tanah Negara untuk menggubal undang-undang tanah sedia ada bagi memastikan hak-hak penduduk setinggan dibela dan mendapat pampasan yang sewajarnya selepas diarahkan keluar dari rumah mereka. Mana-mana tanah penduduk yang bermastautin lama tidak boleh dijual beli sehinggalah masalah pampasan dan penempatan semula dirunding dan dibicarakan antara kerajaan negeri dan pihak pemaju. Mohon juga Majlis Tanah Negara mewujudkan satu pengecualian bagi kes-kes pengusiran yang selalu di penghujungnya adalah negatif. Pihak kementerian berpandangan bahawa cadangan usul oleh Yang Berhormat Batu Kawan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut. Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai kuasa membuat undang-undang bagi perkara yang terletak di bawah bidang kuasa masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 74. Cadangan Yang Berhormat Batu Kawan ini melibatkan pindaan daripada undang-undang yang berkaitan tanah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri selaras Butiran 2, Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan cadangan pindaan ini melibatkan hal perkara di bawah bidang pihak berkuasa negeri, maka setiap kerajaan negeri perlu dirunding terlebih dahulu dan dicadangkan pindaan ini juga perlu dibentangkan untuk persetujuan Majlis Tanah Negara selaras dengan Perkara 91, Perlembagaan Persekutuan. Cadangan Yang Berhormat ini membawa kesan yang besar kepada pihak berkuasa negeri setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Cadangan sebegini akan bercanggah dengan seksyen 48, Kanun Tanah Negara yang menyatakan seperti berikut, “No adverse possession against the state. No title to the state land shall be acquired by possession, unlawful occupation under any license for any period whatsoever.” Ini juga boleh mendedahkan kerajaan negeri kepada tindakan saman daripada pihak yang telah menduduki tanah kerajaan bagi tujuan setinggan tanpa kelulusan. Sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk memberi milik tanah tersebut bagi apa-apa maksud lain yang diputuskan oleh pihak berkuasa negeri selama ini keputusan mahkamah menyebelahi pihak kerajaan sekiranya tindakan diambil oleh penduduk-penduduk setinggan, misalnya kes Sidek bin Haji Muhamad & 461 Ors. v. The Government of The State of Perak & Ors.(1982)1 MLJ 313. Yang Berhormat Temerloh memohon pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap isu pencemaran Sungai Pahang akibat daripada aktiviti perlombongan pasir dan besi yang telah memberi kesan kepada nelayan-nelayan di Sungai Pahang. Secara keseluruhannya Indeks...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya faham apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengikut perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Kanun Tanah Negara di bawah kuasa negeri. Akan tetapi masalah ini masih wujud sehingga sekarang dengan izin, there is nothing to resolve this matter Yang Berhormat Menteri. Like I said dalam ucapan saya berdasarkan undang-undang yang ada yang menyebelahi pihak pemilik atau pembeli tanah maka pihak setinggan selalu akan menjadi mangsa oleh undang-undang yang sedia ada. Saya faham dengan izin, the implication that it has on the state government, but this is an issue that is never ending, you always find people who are sitting there, squatting there for 30, 40 years and then at the end of the day just evicted…

Dalam ucapan saya, saya menggunakan Kampung Ulu Temiang sebagai satu contoh yang baik. Walaupun RM12,000 tidak boleh menjadi down payment untuk rumah yang selesa tetapi penduduk sanggup menerima RM12,000 dan keluar tetapi pemaju seperti samseng terus demolished their houses dengan izin. Jadi, I understand Yang Berhormat Menteri, your answer that you have given but we still cannot resolve this matter. Oleh sebab itu ia dibawa ke sini, jadi saya memohon satu jalan penyelesaian. Maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai isu seperti ini tetapi jalan penyelesaiannya bagaimana? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memahami perasaan dan sentimen dalam ucapan Yang Berhormat. Saya juga mempunyai sentimen dan perasaan sedemikian Yang Berhormat, apabila berhadapan dengan pihak- pihak tertentu. Akan tetapi dalam soal perundangan ini Yang Berhormat, budi bicara itu maknanya sukar untuk dilaksanakan. Jadi terpulanglah kepada pihak negeri mengambil tindakan yang sewajarnya apabila tanah di negeri itu dimajukan dan pemaju mengambil alih tapak di mana akhirnya pihak setinggan tidak ada tempat untuk berlindung lagi, saya faham.

Masalahnya, apabila Kerajaan Pusat membuat dasar atau pun mengubah, membuat perundangan, ia tidak boleh dibuat sedemikian sahaja melainkan ada konsultasi di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dan dua-dua pihak mesti bersetuju. Saya masih ingat dalam satu Mesyuarat Majlis Tanah Negara bahawa nampaknya tiap-tiap negeri memang menunjukkan zealousness mereka, mempertahankan kuasa mereka dari sudut kemasukan bidang kuasa pihak Pusat. Jadi, dalam keadaan yang sedemikian Yang Berhormat, tidak ada jawapan yang boleh saya beri selain daripada berlandaskan apa yang saya sebut tadi, undang-undang dan budi bicara pihak-pihak yang terlibat. Jadi Yang Berhormat, saya berpindah kepada yang saya sebutkan tadi iaitu Sungai Pahang akibat daripada aktiviti perlombongan pasir dan besi. Jadi, secara keseluruhannya indeks kualiti air Sungai Pahang pada tahun 2015 yang dicatatkan di lapan buah stesen kualiti sepanjang sungai tersebut menunjukkan kualiti air berada dalam tahap bersih. Walau bagaimanapun, parameter pencemaran seperti pencemaran organik, biochemical oxygen demand atau pun BOD, ammonia, nitrogen dan pepejal terampai pula berada pada tahap sederhana tercemar. Selain daripada aktiviti perlombongan, pencemaran Sungai Pahang yang telah dikenal pasti adalah daripada aktiviti pembukaan tanah untuk tujuan industri, perladangan dan pembalakan. Apabila hujan turun dengan lebat, air mengalir deras dan menghakis kawasan tanah terbuka termasuk tebing-tebing sungai. Seterusnya, risiko tebing runtuh akan meningkat dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Situasi ini akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan meningkatkan kekeruhan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Indera Mahkota bangun, Yang Berhormat Menteri.

Biar saya habis dahulu yang ini ya, Yang Berhormat. Berdasarkan pemantauan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar mendapati peningkatan tahap kekeruhan air di Sungai Pahang masih lagi terkawal dan tidak menjejaskan sebagai sumber air utama. Aktiviti nelayan, sungai dan penternakan ikan sangkar masih dapat dijalankan kecuali bahagian lokasi sungai yang cetek. Sila, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berasa bersyukur bahawasanya pendapat daripada kementerian bahawasanya air di Sungai Pahang itu masih selamat untuk diminum. Saya pohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri bantu kami, cuba juga minta pegawai menjalankan siasatan, mengambil sampel di Sungai Kuantan, dari hulu ke hilir. Saya berasa terima kasih kalau Yang Berhormat Menteri boleh membantu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, dalam jawapan yang berikut kita akan masukkan perkara ini Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, isu yang paling hangat yang disentuh adalah berkenaan Rancangan Tebatan Banjir dan Perparitan. Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini adalah Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kota

Samarahan, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Sibu dan Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Bagan telah menyentuh bahawa beliau telah memohon peruntukan sebanyak RM805 juta untuk projek RTB di Pulau Pinang tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan. Banyak permohonan ini, Yang Berhormat. Kerajaan telah menjalankan tiga projek tebatan banjir di negeri Pulau Pinang pada Rancangan Malaysia ke-10. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Junjung. Projek ini telah siap sepenuhnya dengan kos projek berjumlah RM800,000. RTB Kepala Batas telah siap dengan kos keseluruhan RM3 juta, Tasek Gelugor - projek ini masih dalam pelaksanaan dengan kos keseluruhannya adalah RM38 juta. Projek-projek ini dijangka dapat mengurangkan masalah banjir negeri Pulau Pinang selain daripada projek RTB Sungai Muda, Kedah yang sedang dijalankan, yang juga dapat mengurangkan masalah banjir di Pulau Pinang. Yang Berhormat Jasin telah bertanya mengenai peruntukan bajet RTB Sungai Kesang. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100.96 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kesang dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Proses pelaksanaan projek telah bermula pada tahun 2013, dan fasa pembinaan bermula pada tahun 2014. Komponen utama projek adalah pembinaan struktur pintu kawalan banjir, lencongan mendalam dan melebarkan sungai, meningkatkan ban, membina stesen pam dan flood gate, menaik taraf jambatan, mengambil balik tanah, memberi bentuk terperinci dan penyeliaan jajaran yang dikenal pasti projek ini adalah sepanjang 34 kilometer dari muara Sungai Kesang. Apabila siap sepenuhnya kelak, projek ini dijangka dapat mengurangkan masalah banjir di daerah Jasin dan Ledang. Antara kawasan daerah Jasin yang akan mendapat manfaat kepada projek ini adalah Parit Penghulu, Kampung Parit Pengeras, Sungai Sidang Seman, Parit Gantung, Paya Jenaung, Paya Mengkuang, Jenam Lanjut dan Bukit Gila. Walau bagaimanapun, projek ini tidak melibatkan bandar Jasin disebabkan oleh kekangan skop projek iaitu jajaran yang terlibat sepanjang 34 kilometer dari muara Sungai Kesang sahaja. Yang Berhormat Kota Raja telah membangkitkan peranan JPS di Parlimen Kota Raja. Tanggungjawab sebenar penyelenggaraan sistem saliran adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Selaras dengan seksyen 50, Akta 133, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1994, JPS membantu pihak-pihak yang terlibat daripada segi khidmat nasihat teknikal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, perjawatan JPS daerah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Panjang bertanya mengenai persiapan dan peruntukan tebatan banjir di Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya rasa memang tidak ada tempat lain selain di sini sahaja saya hendak mengadu mengenai tebatan banjir ini. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa JPS hanya membantu pihak berkuasa tempatan. Akan tetapi pada hakikatnya, kita ada tiga jenis perparitan dalam satu kawasan, JKR, PBT dan juga di bawah JPS. Masalahnya adalah apabila kawasan yang dulunya pinggir bandar atau pun kawasan kampung, sekarang ini telah masuk di bawah PBT. Jadi, kecelaruan ini selalu berlaku kerana di mana hendak ditujukan, yang kadang-kadang ada finger pointing, orang itu kata orang ini dan bila tukar sahaja pegawai, dia sudah tidak tahu mana sempadannya, yang pertama. Jadi, saya hendak cadangkan sekiranya perparitan dalam kawasan PBT ini yang mana sudah masuk dalam PBT, diserah secara total supaya mereka bertanggungjawab. Saya difahamkan ada isu di sini iaitu isunya adalah peruntukan. Sekiranya diserahkan parit, parit di bawah seliaan PBT yang maknanya ia tidak ada lagi peruntukan dan JPS kata kalau diserahkan parit, mesti serahkan peruntukan. Masalahnya tidak ada peruntukan, tidak diserahkan. Jadi, saya ingat penyelarasan di antara ketiga-tiga jabatan ini pelik sedikit, perlu terutamanya di kawasan perbandarannya pesat. Kedua ialah tentang connectivity di antara perparitan ini. Kadang-kadang gradientnya itu daripada parit yang PBT, JKR masuk kepada JPS itu ada masalah pada gradientnya. Jadi, tidak ada saliran yang proper.

Seterusnya ialah masalah penyelenggaraan. Parit-parit tanah yang besar yang kita panggil sungai-sungai ini memang di bawah JPS. Penuh dengan lalang, penuh dengan sampah sarap kadang-kadang. Mereka hanya ada peruntukan dua kali setahun untuk

menyelenggara. Kita boleh terima lagi dua kali setahun, tetapi kenapa penyelenggaraannya tidak dilakukan sebelum datang musim hujan, musim tengkujuh? Sekarang kawasan saya, satu jam hujan sudah banjir. [Disampuk] Ya, sudah banjir. Kalau banjir seperti mana banjir di Kelantan, di mana it is matter of life and death dengan izin, orang tidak bising. Akan tetapi bila banjir setiap kali air naik satu kaki atau dua kaki, perabot rosak, barang rosak, mereka tidak boleh kerja. Ini menjadi kemarahan mereka dan yang jadi sasarannya Ahli Parlimen. Padahal kita tidak ada kuasa. Selepas itu Yang Berhormat Menteri, saya hendak sebut mengenai pam air, rumah pam. Ini di bawah JPS. Saya masih tidak faham kenapa bila hujan hendak tunggu air naik ke paras kritikal baru hendak mula pam. Kenapa tidak dipam kering saluran-saluran ini, apabila hujan turun sudah ada reservoir yang menunggu? Jadi saya ingin minta Yang Berhormat Menteri, saya hendak bawa Yang Berhormat Menteri turun kalau boleh, lihat sendiri. Bukan bawah PBT, ia adalah di bawah JPS sebahagian besarnya dan juga penyelarasan yang sangat penting di antara jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian. Saya minta maaf Yang Berhormat Menteri. Bila datangnya hujan ini, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat lain takut hanyut rumah tetapi saya tidak tahu hendak buat apa, tidak boleh hendak buat apa. PBT kata JPS, JPS kata JKR. Jadi, kepada siapa kita hendak membawa masalah rakyat ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Jasin bangun.

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang kawasan Jasin yang saya mohon tadi. Sebenarnya apa yang saya maksudkan, kalau boleh ia meliputi Bandar Jasin yang sentiasa menghadapi banjir setiap kali hujan. Jadi yang keduanya, saya hendak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, yang sentiasa sabar menunggu apa juga masalah yang dibangkitkan oleh semua pihak. Kerajaan nampaknya pada ketika ini begitu prihatin sekali. Akan tetapi dalam masa yang sama saya cukup hairan juga, ada pihak sekarang yang tak nak terima bajet ini. Kalau tak nak terima bajet ini, macam mana kita hendak bantu rakyat? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

[Dewan riuh]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan terima kasih Yang Berhormat Jasin. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, di bawah isu tebatan banjir ini yang mana Yang Berhormat banyak bertanya, satu detail yang begitu panjang sekali, dan saya pun sudah diberi maklum bahawa saya sudah berdiri sini satu jam dan malam ini kita masih ada enam lagi kementerian. Tuan Yang di-Pertua, saya akur dengan notis Tuan Yang di-Pertua ini. Jadi kalau kita lihat keseluruhannya Yang Berhormat, permohonan untuk tebatan banjir pada kementerian ini adalah amat besar sekali. Itulah menunjukkan keprihatinan kerajaan memberi peruntukan untuk pembangunan ini yang besar dari tahun-tahun yang lepas. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya peka. Akan tetapi dalam masa yang sama Yang Berhormat, kita tidak boleh mengambil alih tugas dan tanggungjawab pihak PBT daripada kerajaan tempatan. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya faham dengan apa yang Yang Berhormat Kota Raja sebut bahawa tidak ada tempat untuk mengadu, tetapi hendak mengadu kepada kita Yang Berhormat, dalam masa sekarang pun kita mempunyai peruntukan yang begitu besar untuk disalurkan untuk menjaga sungai-sungai yang besar, perkara-perkara yang lain di bawah bidang kuasa Jabatan Perparitan dan Saliran. Kalau hendak dimasukkan lagi masalah-masalah PBT ini di bawah kementerian ini dan jabatan ini, dengan sendirinya kos itu adalah begitu besar sekali. Saya berharap pihak kerajaan negeri mengambil tindakan yang sewajarnyalah untuk melihat supaya perparitan dan sebagainya di dalam kawasan PBT itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan pembersihannya dibuat secara berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya masih berbincang dengan kerajaan untuk pengendalian projek-projek Jabatan Perparitan dan Saliran iaitu untuk maintenance purposes. Yang Berhormat sebut tadi mengapa menunggu masa musim tengkujuh baru

mengambil tindakan. Sebenarnya Yang Berhormat, apabila kita sebut soalan maintenance ini, peruntukannya mesti sedia ada. Kita tidak ada sumber kewangan ini atau quotation yang tertentu. Akan tetapi sekarang saya telah mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya peruntukan yang tertentu dikhususkan untuk kos maintenance ini sepanjang masa untuk aset-aset Jabatan Perparitan dan Saliran. Kalau diluluskan nanti, insya-Allah, apa yang Yang Berhormat lihat sebagai tidak dibuat oleh Jabatan Perparitan dan Saliran itu akan kita laksanakan sepanjang tahun, bukan menunggu hanya musim tengkujuh sahaja kita mengambil tindakan, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat menyebut perkara ini dan memberi peluang kepada saya untuk menjawab. Jadi untuk...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Sedikit.

Boleh sambung sedikit Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri, saya sedikit sahaja.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Sedikit sahaja. Saya sedikit.

Yang Berhormat...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tidak, saya hendak put on record. Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat supaya be inclusive dalam mengatasi masalah banjir ini. Jemputlah semua Ahli Parlimen, ADUN untuk bincang bersama. Ini kerana saya orang Kuantan, saya tahu masalah kalau bab banjir di Kuantan. But I want to put on record Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya saya selama ini sangat berpuas hati di atas khidmat yang diberikan oleh JPS sama ada di Kuantan ataupun di negeri Pahang. I want to put that on record sebab saya rasa mereka telah bekerja dengan cemerlang. Terima kasih.

Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri. Saya pun ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada JD JPS Klang, Ir. Mohd. Nazri kerana membantu untuk menyelaraskan situasi banjir di Taman Klang Utama minggu lepas. Beliau telah memaklumkan kepada saya, kalau peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sampai, JPS Negeri Selangor boleh mengatasi masalah di sana. Tadi ada komitmen daripada Yang Berhormat Menteri untuk memberi dana kepada JPS Negeri Selangor. Kalau komitmen itu adalah komitmen yang sewajarnya, saya akan membawa cadangan ini kepada perhatian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini saya ucap terima kasihlah kerana membuat rekod pekerjaan yang dibuat oleh pihak JPS. Saya berharap Yang Berhormat juga sokong bajet ini nanti supaya kita boleh bantu Yang Berhormat dengan apa sahaja ini. Jangan apabila sampai bajet, kita tidak sokong. Jadi kalau dalam keadaan yang sedemikian, mestilah Yang Berhormat, kalau bajet tidak disokong, macam mana kita hendak luluskan? Sebenarnya bantuan oleh jabatan dan kementerian ini tidak melihat politik Yang Berhormat. Kita lihat masyarakat Malaysia itu dibantu dalam apa segi pun yang kita boleh. Kita tidak tanya yang kawasan ini UMNOkah punya, PKRkah punya, PASkah punya ataupun parti PBBkah punya ataupun mana-mana parti yang punya. Tidak ada. Tidak tanya sungai itu. Kita laksanakan berlandaskan technical study yang kita buat, laksana dengan constraint yang ada pada kita khususnya sumber kewangan dan kebolehan kita melaksanakannya. Kalau kita hendak baca semua jumlah kewangan yang kita pohon Yang Berhormat, untuk melaksanakan program kita di bawah jabatan ini Yang Berhormat, memang panjang sangat Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua akan halang saya daripada bercakap panjang lebar sangat. Jadi saya pindah kepada satu topik yang serius, satu lagi Yang Berhormat iaitu...

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Jelutong. Satu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan saya semasa pembentangan bajet, saya membawa perkara mengenai peruntukan RM150 juta untuk rancangan tebatan fasa kedua Sungai Pinang kawasan Jelutong yang telah dianjak dari Rancangan Malaysia Kesembilan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh dan sekarang dianjak pula ke Rancangan Malaysia Kesebelas, melebihi 10 tahun.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya hendak tanya sahaja, sama ada kementerian dan juga Kerajaan Persekutuan berhajat untuk menurunkan peruntukan yang telah dijanjikan 10 tahun yang lepas supaya fasa kedua rancangan tebatan banjir di kawasan Sungai Pinang itu dapat dilaksanakan secepat mungkin supaya apa yang telah siap selesai untuk fasa yang pertama itu tidak disia-siakan. Ini kerana setelah beberapa tahun yang tidak dapat dilaksanakan fasa yang kedua, pemendapan telah berlaku semula dan itu akan menjadikan banjir kilat apabila hujan turun bersempena dengan waktu laut pasang tinggi. Itu yang menjadi masalah.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Jadi saya hendak tanya, hendak bawa sekali lagi walaupun saya sudah bawa perkara ini dalam hajat saya sebagai Ahli Parlimen tidak kurang daripada lima kali. Saya rasa semua Menteri yang lepas itu failed, ketiga-tiga Menteri yang lepas itu sudah failed, gagal. Saya mintalah jasa baik kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri supaya dapat laksanakan Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 Sungai Pinang kawasan Jelutong dalam tempoh kali ini juga. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Sungai Pinang ini ada dalam radius skrin kita ini Yang Berhormat. Sini pun ada juga disebut, tetapi Yang Berhormat oleh kerana berlaku pada tahun 2014, yang berlaku pada bulan September dan lepas itu bulan Disember, berlakunya banjir besar yang di Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebagainya.

Jadi kita kena melihat keutamaan yang begitu kritikal kita fikirkan. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, tidak boleh kita mengatakan bahawa Menteri-menteri yang dahulu daripada saya ini gagal untuk melaksanakan tebatan banjir untuk Sungai Pinang tersebut, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kita masih menyusun dengan Kementerian Kewangan untuk memohon sumber kewangan yang berpatutan untuk Sungai Pinang sebagaimana Yang Berhormat usulkan itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Baling bangun.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga seperti kawan-kawan yang lain di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] , saya hendak ucapkan terima kasih, saya hendak masuk dalam Hansard ini. Sekarang waktu kita sedang berbincang hal bajet ini, Baling sedang dilanda banjir. Jadi sudah banjir kali keempat dalam masa 10 hari. Air naik sehingga tujuh kaki. Jadi di kesempatan ini, saya berharap sangat kepada kementerian Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya hari ini kita dapat semua sebulat suara - kalau kita lihat sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] pun, semua ucapkan terima kasih kepada pihak JD, JPS dan sebagainya. Saya yakin dan percaya semua kawan-kawan dalam Dewan yang mulia ini akan menyokong penuh bajet kementerian Yang Berhormat Menteri dan insya-Allah, saya harap dengan adanya bajet yang baru, tambahan yang baru, esok bolehlah hantar pegawai- pegawai JPS dari Kuala Lumpur pergi ke Baling kerana banjir sedang melanda dan negeri Kedah kawasan Parlimen yang pertama dilanda banjir pada kali ini adalah Baling. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri akan melihat kawasan Parlimen Baling yang sedang dilanda banjir. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya amat bersimpati dengan Yang Berhormat. Itulah kenapa Timbalan Menteri NRE dua hari lepas, dihantar pergi ke Kedah untuk melihat sendiri keadaan keperluan di negeri Kedah. Walau bagaimanapun, balik sahaja Yang Berhormat Ledang dari Kedah, banjir mula di Baling. Jadi, saya akan memberi arahan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk datang sekali lagi melihat keadaan di sana dan apa yang boleh kita bantu, Yang Berhormat. Jadi, saya berpindah kepada satu isu Tuan Yang di-Pertua, soalan kritikal yang dibangkitkan Yang Berhormat Kuantan iaitu isu pencemaran perlombongan bauksit. Panjang isu ini.

a) aktiviti perlombongan bauksit tidak terkawal di Kuantan menyebabkan pencemaran disebabkan hasil permintaan yang tinggi untuk eksport ke China; b) ‘tidak air .......; c) 20 juta tan eksport ke luar negara; d) isu hakisan yang boleh menyebabkan banjir; e) memohon kerajaan hentikan aktiviti bauksit; f) bagaimana lesen ataupun kebenaran telah diberikan melombong berdekatan dengan rumah kediaman; dan, g) isu kadar logam yang tinggi di kawasan bauksit, adakah kerajaan melaksanakan pemantauan. Jadi sebagai jawapan Yang Berhormat, merujuk kepada kawasan perlombongan bauksit yang sedia ada, ia adalah bukan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987. Mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai semasa aktiviti perlombongan bauksit sedang dilaksanakan secara individu atau syarikat, kebanyakan kelulusan diusahakan oleh individu atau syarikat adalah kurang daripada 250 hektar. Ini adalah tidak tertakluk di bawah keperluan menjalankan kajian dan memerlukan laporan EIA Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan. Bagi cadangan aktiviti perlombongan yang baru, ia adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang terkini iaitu Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015 yang telah diwartakan pada 20 Ogos 2015 pindaan terhadap aktiviti perlombongan adalah seperti berikut. Yang Berhormat, sebenarnya dahulu perlombongan-perlombongan yang berlaku di sana ialah di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling yang dahulu. Apabila saya masuk kementerian ini pada bulan Ogos, saya tandatangani, perkenalkan satu garis panduan yang baru. Jadi, apa sahaja yang kita laksana sekarang ialah di bawah perundangan baru yang kita telah laksanakan, yang telah diwartakan pada 28 Ogos 2015. Jadual 2 Aktiviti 8 perlombongan bahan galian dalam kawasan baru yang melibatkan operasi berskala besar atau perlombongan bahan galian di dalam satu bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar. Oleh yang demikian, jika terdapat cadangan baru aktiviti perlombongan bauksit seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 2 hendaklah menyediakan laporan EIA melalui pameran awam dan ulasan awam. Kementerian peka terhadap minimum keluasan untuk EIA dan perkara ini telah diambil tindakan oleh kementerian dengan menetapkan minimum kawasan yang memerlukan EIA ialah 20 hektar. Jadi, ini sudah dikurangkan Yang Berhormat. Semenjak saya masuk kementerian ini, saya tidak kira panjang - peraturan baru saya perkenalkan. Ini telah memberi satu nafas baru dalam mengawal selia soal EIA ini. Kementerian mengambil maklum akan kemungkinan berlakunya hakisan yang terhasil daripada taburan hujan yang tinggi semasa musim tengkujuh. Oleh itu, perkara ini telah diambil tindakan yang sewajarnya oleh kementerian dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Bencana Negeri dan seterusnya jabatan/agensi berkaitan dan mempergiatkan pemantauan terhadap kawasan yang dilesenkan terutama yang mempunyai kolam takungan. Sehingga kini, banyak pihak yang berkaitan telah menjalankan analisa, hasil analisa menunjukkan kadar kandungan bahan unsur yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk Kuantan adalah rendah. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa membuat pemantauan secara berterusan agar perlombongan bauksit dilaksanakan secara mampan. Saya suka menyatakan bahawa laporan JAS tentang kualiti air di Sungai Penggorak dan bukannya ‘Sungai Tengkorak’ tetapi dinyatakan laporan tersebut menyatakan kualiti air sungai tersebut berada dalam kelas tiga, bukan kelas lima seperti yang didakwakan. Lesen atau kebenaran operasi melombong hanya dikeluarkan kepada pemegang Lesen Melombong (ML) ataupun Lesen Melombong Tuanpunya (PML) adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu termasuk menyimpan jarak sekurang-kurangnya 10 meter daripada sempadan pajakan.

Hasil analisa sempadan yang dijangka oleh GMG menunjukkan bahawa kandungan logam berat dalam sampel air sedimen dan bauksit di kawasan perlombongan bauksit, Kuantan, Pahang adalah sangat rendah. Pemantauan terhadap perkara ini terus dilaksanakan dari semasa ke semasa, menghasilkan kandungan logam berat radiasi adalah berada di bawah standard yang ditetapkan. Telah juga membangkitkan bauksit seperti berikut. Apakah pendekatan kerajaan terhadap isu pencemaran akibat perlombongan bauksit Kuantan? Kementerian ini sentiasa mengambil perhatian serius mengenai aduan-aduan mengenai pencemaran akibat perlombongan bauksit Kuantan. Oleh kerana isu perlombongan termasuk perlombongan bauksit adalah bawah bidang kuasa mutlak kerajaan negeri. Maka menerusi beberapa siri perbincangan dua hala telah diadakan di antara agensi persekutuan khususnya agensi di bawah kementerian ini bersama Kerajaan Negeri Pahang, maka beberapa langkah pencegahan pencemaran telah pun diadakan dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang terlibat. Kementerian ini juga mengenal pasti supaya pelaksanaan Best Management Practices (BMP) dipraktikkan sebagai menambah baik kaedah pengurusan aktiviti perlombongan pengangkutan dan stock pile bauksit di pelabuhan Kuantan. Pelaksanaan BMP ini perlu diisytiharkan dan dipantau oleh pihak berwajib kerajaan negeri bagi meminima kan impak pencemaran daripada aktiviti perlombongan bauksit tersebut.

Saranan dibuat kerana aktiviti perlombongan bauksit sedia ada adalah tidak tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua.

Tunggu Yang Berhormat ya, tunggu. Kementerian sangat komited dalam menangani masalah pencemaran akibat daripada aktiviti persekitaran bauksit di Kuantan. Kementerian telah mengadakan siri engagement dengan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan untuk membincangkan dan merangka pelan tindakan. Tiga komponen pengurusan tapak penyeliaan bauksit, kaedah pengangkutan dan pengurusan stock pile dan pelabuhan. Kementerian mengalu-alukan keprihatinan Yang Berhormat dalam perkara ini sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Kemudian saya telah memperuntukkan dana sebanyak RM150,695,000 bagi kerja-kerja penguatkuasaan alam sekitar sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2016 bagi mencegah pencemaran bagi punca-punca tertakluk di bawah akta tersebut termasuk pelaksanaan program pemantauan seluruh Malaysia termasuk Kuantan. Jumlah tersebut adalah lebih kurang sama seperti yang diguna pakai pada tahun ini. Ya, Yang Berhormat...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tak suka hendak guna perkataan I want to challenge the finding of your department tetapi saya hendak mengajak kalau boleh Yang Berhormat Menteri datang ke Kuantan, datang melihat apakah aduan Yang Berhormat Kuantan benar atau sebaliknya. Datang tengok Sungai Kuantan, datang tengok Sungai Penggorak, datang tengok lautan Pelabuhan Kuantan dan Yang Berhormat Menteri saya percaya akan memahaminya. Jadi saya mintalah Jabatan Alam Sekitar ini, kalau ada ruanglah, kami berdua Yang Berhormat Kuantan dan saya sendiri bersedia memberi kerjasama untuk kita menilai alam sekitar sama ada udara ataupun air ataupun darat di kawasan kami. Saya pohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan ataupun pegawai kanan, datang saya jemput, saya belanja minum kopi di sana. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih jemputan, terima kasih tawaran minum kopi. Sebenarnya Yang Berhormat, saya sudah pergi sekali, Timbalan Menteri sudah pergi dua kali, Insya-Allah kalau ada peluang nanti Timbalan Menteri memang ada dia punya program lagi hendak pergi sekali lagi ke Kuantan Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengucapkan terima kasih di atas inisiatif Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perintah kualiti alam sekitar bertarikh 28 Ogos 2015 yang mengatakan di bawah lebih daripada 20 hektar perlu diadakan EQA dan sebagainya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab demand permintaan terhadap bauksit itu terlalu tinggi dan ia melibatkan begitu banyak keuntungan, maka wujud begitu banyak lombong yang haram, Yang Berhormat Menteri. Jadi, lombong-lombong haram ini, ini yang tak boleh dikawal. Itu satu, lombong-lombong haram. Kedua, Yang Berhormat Menteri, wujud juga keadaan di mana mereka yang punya tanah jual tanah yang mengandungi bauksit. Tanah merah itu dijual, diangkat menggunakan lori ke pelabuhan, Yang Berhormat Menteri. Jadi ini juga mereka menggunakan lesen mengangkut tanah merah sahaja, yang lori-lori itu lesen angkut tanah merah. Ini juga tidak dapat dikawal dengan Perintah Kualiti Alam Sekitar ini, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Jadi pada pandangan saya, selagi ada demand, selagi ada keperluan untuk mengeksport, selagi itu kerakusan dan ketamakan manusia ini iakan tutup mata dengan apa sahaja undang-undang yang dibuat. Akan timbul jalan, mereka akan cari jalan, mereka akan cari cara macam mana hendak cari loopholes in the law dengan izin. Jadi saya lihat masalah ini perlu kita regulatekan, perlu kita rehab iaitu tanam semula semua lubang-lubang yang telah digali untuk menggali tanah-tanah bauksit ini. Jadi saya kira Tuan Yang di-Pertua, saya merayu bagi pihak warga Kuantan suspend dahulu lesen untuk eksport sehingga kita dapat gubal undang-undang yang wajar, sehingga kita dapat kawal segala aktiviti, sehingga kita kaji betul-betul impak terhadap kesihatan. Yang Berhormat Menteri tak sebut tadi berkenaan dengan debu itu, bagaimana kesan dia terhadap sakit, pesakit. Ramai anak-anak yang sudah kompelin pasal asma dan sebagainya dan sakit kulit. Jadi, selagi kita tak study betul-betul berkenaan dengan impak terhadap kesihatan, impak terhadap alam sekitar, saya gesa pihak kementerian gantung dahulu eksport license sebab saya tidak kira kerajaan negeri kalau mereka gantung mining license pun akan wujud lombong-lombong haram. Jadi ini permintaan daripada warga Kuantan yang sudah pun menghantar petisyen kepada Parlimen, yang telah menandatangani minta sangat digantung dahulu sehingga kita selesaikan semua masalah regulation- regulation undang-undang yang patut. Terima kasih.

Saya sambung sikit Yang Berhormat Menteri, isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun telah bahas benda yang sama tempoh hari dan saya telah membawa ke pemerhatian Dewan yang mulia ini bahawa Indonesia telah mengharamkan perlombongan bauksit di negara tersebut. Bila perlombongan di Indonesia diharamkan maka Malaysia sekarang telah menjadi punca ataupun pusat utama untuk pengeluaran dan perlombongan ini. saya telah minta kementerian telah memandang pandangan Indonesia dan meneliti pandangan Indonesia mengapa mereka haramkan. So saya rasa kerajaan Pusat perlu meneliti dan mengambil iktibar daripada Kerajaan Indonesia. Kalau Kerajaan Indonesia yang dulu jadi sumber yang paling utama menghasilkan bauksit ini, mengharamkan, mesti ada punca-punca tertentu dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya dan saya tidak nampak kementerian mahupun Yang Berhormat Menteri telah mempelopori apa yang telah saya cadangkan. Teliti dulu apa yang Kerajaan Indonesia telah lakukan dan mengharamkan bauksit ini, pandangan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Dua perkara yang dibangkitkan. Satu, Yang Berhormat daripada Kuantan. Saya memahami apa yang Yang Berhormat telah sebut. Saya menghayati dan saya faham. Memang betul kata Yang Berhormat kalau kita menghalang pengeksportan dengan sendirinya semua bauksit di Kuantan akan berhenti, ya Yang Berhormat. Maknanya industri itu sendiri akan stop oleh sebab kita menghalang pengeksportannya. Kita sendiri tak menggunakan bauksit ini, hanya dijual untuk keluar negera. Jadi idea Yang Berhormat itu saya setuju. akan tetapi untuk menghentikan aktiviti bauksit ini Yang Berhormat perlu perbincangan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Insya-Allah kita akan

bangkit lagi dengan kerajaan negeri berhubung dengan perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuantan itu. Yang Berhormat, terima kasih. Jadi, secara ringkas jawapan saya. Yang Berhormat daripada mana tadi?

Kapar. Yang Berhormat, sebenarnya mengikut maklumat yang saya dapati bahawa Indonesia tidak mengharamkan bauksit sebenarnya. Apa yang saya maklumkan ialah perlombongan bauksit hanya melarangkan pengeksportan beberapa jenis mineral dalam bentuk mentah, raw material, raw bauksit. Itu sahaja yang dihalang oleh Indonesia. Maknanya, apabila orang melombong bauksit di Indonesia, dia mesti buat value added kepada barang itu dulu sebelum dieksport. Akan tetapi dia tidak mengharamkan bauksit itu sendiri, Yang Berhormat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, di Kuantan itulah dia, exporting raw bauxite.

Ya, saya faham Yang Berhormat. Itu, jadi panjang dengan Yang Berhormat Kuantan punya cadangan, saya akan bincang dengan pihak kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi dengan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang belum diberi itu Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Saya jemput Kementerian Pendidikan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera, selamat petang, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Kesempatan ini, saya ambil untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sebanyak 45 Ahli Yang Berhormat telah turut serta membahaskan pelbagai aspek dalam bidang pendidikan dalam perbahasan Bajet 2016 di peringkat dasar. Saya amat menghargai dan mengambil perhatian terhadap semua pandangan. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa semua Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan perkara-perkara yang pada saya telah boleh saya gariskan seperti berikut. Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan negeri atau wilayah yang membangkitkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan Parlimen dan Daerah dan juga membangkitkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kaum dan juga etnik. Antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa Yang Berhormat membahaskan belanjawan yang ada kaitan dengan Kementerian Pendidikan. Ianya yang pertama adalah mengenai dengan kemudahan dan prasarana sekolah, kebajikan guru dan pelajar, perkara-perkara yang ada kaitan dengan kurikulum dan kokurikulum, penambahbaikan sistem dan juga dasar pendidikan yang sedia ada. Bentuk ucapan Ahli Yang Berhormat berbentuk cadangan, penambahbaikan, dan juga teguran. Semua sekali telah cuba bertujuan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan di negara kita bertambah baik. Saya di sini ada 92 isu yang telah dibentangkan oleh 45 Ahli Parlimen. 92 isu ini kalau saya hendak baca semua sekali Tuan Yang di-Pertua lebih kurang dalam tiga jam setengah lah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap sesama sendiri]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat, saya yang menjadi pengerusi Yang Berhormat.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya akur dengan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, minta 15 minit saya berhenti 15 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri, kepada Yang Berhormat yang membahaskan dan tidak ada dalam Dewan semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, berikan jawapan bertulis.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya punya nama ada?

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Sekolah di seluruh negara ada 10,100. Guru ada 450,000 guru dan pelajar menghampiri 5 juta. Antara perkara-perkara yang dibangkitkan yang saya boleh sentuh di sini yang pertamanya adalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom, Sipitang, dan juga Sungai Petani iaitu yang berkaitan dengan kuota pengambilan guru anak-anak Sabah dan Sarawak. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk menambah jumlah guru bagi kuota pengambilan anak-anak Sabah dan juga anak-anak Sarawak bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada waktu ini di negeri Sabah, saya baca dahulu di negeri Sabah. Anak-anak Sabah yang menjadi guru di sekolah ...

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Yang Berhormat Menteri ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baru hendak mula Yang Berhormat.

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Minta celah sedikit sebelum lajak.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya baca sekejap boleh tidak?

Dato' Othman bin AzizUMNO · BNJerlun

Ha boleh.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Anak Sabah yang menjadi guru di Sabah sekarang ini di sekolah rendah ialah 21,105 orang iaitu 80.2%. Di sekolah menengah 10,560 orang, orang Sabah yang menjadi guru di Sabah mewakili 72.1%. Bagi negeri Sarawak, untuk sekolah rendah 20,912 orang guru dari Sarawak mewakili 77.9% manakala di sekolah menengah 11,560 mewakili 72.4%. Yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah supaya dinaikkan menjadi 90%. Jadi, contohnya di Sabah kita memerlukan 9.8% lagi guru tempatan untuk mewakili 90%. Jadi, antara strategi yang kita cuba siapkan dalam tempoh tiga tahun ini ialah yang pertamanya adalah penempatan guru baru yang asal dari Sabah, Sarawak akan dilantik tetap dan ditempatkan di negeri asal. Keduanya adalah pertukaran guru-guru dari Sabah, Sarawak yang bersetuju untuk pulang dan berkhidmat di negeri asal masing-masing. Ketiganya adalah pengambilan pelajar dari fakulti pendidikan di kalangan pelajar kelahiran Sabah dan Sarawak. Keempatnya adalah pengambilan graduan pendidikan IPTS yang cemerlang kelahiran Sabah dan Sarawak dan yang akhirnya adalah menawarkan latihan perguruan secara Diploma Perguruan Lepasan Ijazah dan Diploma Pendidikan Ambilan Khas kepada graduan bukan pendidikan dari Sabah dan Sarawak. Ini adalah kes yang sedang diambil tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi aspirasi menjelangnya tiga tahun dari sekarang 90% daripada guru-guru tempatan di Sabah dan Sarawak dapat kita laksanakan. Perkara lain yang saya ingin sebut di sini Tuan Yang di-Pertua ialah dari Tebrau dan Lembah Pantai. Tebrau ada?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Dari Tebrau.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua,

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat dari Tebrau. Bukan kah?

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak apa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, jiran saya. Tahniah kerana dipilih menduduki kerusi di UNESCO. Sahabat saya orang Padang Terap. Saya ucapkan terima kasih. Tadi kita mengharapkan bahawa apa yang diumumkan tadi dalam tempoh tiga tahun ini 90% daripada anak tempatan itu berada di Sabah dan Sarawak. Ini untuk menyelesaikan masalah kadang-kadang guru-guru yang di Semenanjung ini yang hendak balik cepat dan sebagainya. Cuma, saya hendak minta apakah boleh supaya kementerian dapat melihat dalam tempoh yang dekat ini, setahun dua ini mana-mana guru yang di Sabah dan Sarawak ini

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

dihantar balik ke negeri masing-masing, kemudian cepatkan proses membawa balik permohonan mereka yang dari Semenanjung ini yang hendak balik ke Semenanjung khususnya isteri yang duduk di Sabah, di Sarawak, suami duduk di Padang Terap umpamanya, contoh belah Pedu itu. Tak kan lah hendak biar berlarutan begitu. Jadi, kena lihat benda-benda ini supaya ini diberikan keutamaan. Saya ada banyak permohonan yang telah diminta melalui saya. Saya telah memberikan kepada pihak kementerian dan tidak nampak ada penyelesaian yang dapat dilihat sehingga dahulu pun, sebelum itu pun Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan sebelum ini pun saya mohon dia kata dia pun jadi pening. Tidak tahu hendak melihat bagaimana perkara ini boleh diutamakan.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Pasal Yang Berhormat itu nanti bolehlah bagi dekat saya, saya tengok. Suka saya hendak sebutkan di sini yang tadi itu macam contohnya di Sabah untuk sekolah kebangsaan kita perlu dalam 9% lagi untuk memenuhi. Akan tetapi Yang Berhormat sebut tadi mengenai dengan itulah sebabnya bila guru Semenanjung di Sarawak sudah lama mengajar di Sarawak dan banyak, dan tidak balik pun banyak, yang sudah settle down di Sabah pun banyak, yang kahwin di sana pun ada tetapi yang dimaksudkan tadi adalah contohnya kita ambil contoh rakan di sini pun ada contohnya di Hulu Rajang, di Baram, di Nabawan, di Keningau, di Tenom misalnya.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Kalaulah ada anak tempatan di situ yang boleh dilatih dan lebih baik ambil anak tempatan di situ untuk menjadi guru. Itu maksudnya. Akan tetapi bila Yang Berhormat Pokok Sena bangkit tadi mengenai dengan istilah yang saya pakai di kementerian adalah duka lara. Duka lara ini ialah suami kerja tempat lain, isteri kerja tempat lain. Lepas itu dia datang jumpa Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk minta tukar balik. Majoriti daripada guru-guru baru ini adalah yang masa posting itu belum kahwin lepas itu dia kahwin dan dia dapat anak dia merayulah untuk ditempatkan. Kita amat bersimpati dengan kumpulan ini. Saya hendak ambil contoh Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut sudah di sini bilangan guru suami isteri yang masih berjauhan 8.9% ataupun jumlah dia ialah 29,199. Banyak. Bilangan isteri guru, suami bukan guru, maksudnya isteri dia guru tetapi suami itu kerja lain seperti kerja TNB atau kerja lain adalah sebanyak 71,939. Bilangan suami guru, isteri bukan guru, isteri doktor, suami guru adalah sebanyak 61,612. Itu jadi jumlah dia memang ramailah. Guru suami isteri yang berjauhan itu 29,199, itu yang saya hendak sebut di sini. Angka ini kita sedang memikirkan macam mana kaedah yang paling baiklah untuk hendak diselesaikan. Kita bersetuju Yang Berhormat Pokok Sena bahawa ianya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi kita cuba yang terbaik untuk hendak selesaikan.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi Yang Berhormat jangan biar lama-lama, kes aniaya. [Ketawa]

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey Yang Berhormat. Itu mengenai dengan – yang kedua saya hendak bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tebrau iaitu yang berkaitan dengan memohon untuk mengkaji tentang beban tugas guru. Beban tugas guru ini adalah sesuatu yang sememangnya patut dilihat secara holistik, secara menyeluruh untuk membolehkan bahawa beban tugas guru ini ataupun tugas guru yang hakiki. Berapakah tugas guru yang hakiki yang patut seseorang itu buat di sekolah dan satu lagi adalah tugas yang bukan hakiki yang dia kena buat. Banyak yang dibangkitkan dalam perbahasan adalah yang berkaitan dengan perkara-perkara yang berkuat kuasa dengan tugas guru yang merangkumi kurikulum, kemahiran dan pembelajaran, kokurikulum, sukan, sistem maklumat murid, koperasi, pengurusan pejabat, hubungan komuniti dengan ibu bapa dan masyarakat. Dibangkitkan juga berkaitan, ditanya mengenai dengan tugas-tugas perkeranian yang dilakukan. Sukalah saya memaklumkan bahawa salah satu perkara yang hari ini menjadi masalah khususnya di luar bandar ialah kerana capaian internet yang masih berkurangan jika dibandingkan dengan di bandar. Jadi ada perkara yang sepatutnya dihantar melalui internet ataupun melalui key-in data yang tidak tepat dihantar pada waktunya kerana sistem capaian internet yang masih lagi rendah di kawasan-kawasan luar bandar.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Keduanya kita juga cuba mempertingkatkan pengurusan sekolah melalui melatih kepimpinan sama ada Guru Besar ataupun Pengetua Sekolah melalui satu program yang telah dimulai iaitu NPQL. Di mana mereka benar-benar memahami untuk menjadi seorang Pengetua dan Guru Besar di sekolah yang membolehkan mereka memberi perkhidmatan yang lebih baik. Beban tugas guru ini pada saya yang sekarang ini yang menjadi masalah dalam semua yang dilihat ini adalah yang berkaitan dengan apa yang disebut sebagai kerja- kerja perkeranian, key-in data. Ada 20 dalam senarai yang telah diberi kepada saya menunjukkan bahawa, contohlah saya bagi sistem data KPM, Kementerian Pendidikan yang sedia ada. Iaitu aplikasi pangkalan data murid EMIS, sistem permohonan pelepasan murid, penaksiran aktiviti jasmani, program transformasi minda, sistem analisa peperiksaan. Secara keseluruhannya beban tugas yang ada dengan sistem maklumat yang sepatutnya di key-in melalui sistem ini ada yang seminggu sekali, ada yang setahun empat kali, ada yang mesti dibuat tiap-tiap hari pada guru-guru berkenaan. Tiap-tiap hari itu lebih kepada kedatangan murid, peperiksaan setahun empat kali kemudian ada jasmani. Jadi kita juga, saya sebagai Menteri yang baru di kementerian telah duduk dengan pegawai-pegawai di kementerian dan memikirkan apakah yang sepatutnya hanya dihantar ke peringkat tertinggi, peringkat jabatan dan peringkat kementerian. Kalau yang tidak perlu, yang tidak perlu dihantar data itu maknanya data itu biarlah ada di sekolah. Kalau ini boleh dibuat Tuan Yang di-Pertua maknanya pada masa akan datang kita kurangkan jumlah yang sepatutnya dihantar kepada kementerian ataupun jumlah yang sepatutnya dihantar kepada Jabatan Pendidikan, biarlah data itu yang ada di sekolah. Kalau ini dapat dibuat saya yakin bahawa yang disebut sebagai beban tugas guru itu menjadi lebih ringan. Keduanya berkaitan dengan beban tugas guru juga adalah yang berkaitan dengan komuniti, yang berkaitan dengan masyarakat. Hari ini tanggungjawab guru telah menjadi semakin besar apabila semua perkara yang ada di dalam masyarakat, maklumat yang ada dalam masyarakat yang belum sampai sebenarnya kepada guru pelajar-pelajar sudah tahu. Ini sebab sistem maklumat yang ada, sistem gadget yang ada ini membolehkan pelajar- pelajar sebenarnya lebih maklum daripada apa yang sedia ada di sekolah. Jadi maksud saya bahawa guru juga bukan sahaja perlu menjadi seorang guru yang dapat mendidik tetapi guru juga mestilah guru yang berkebolehan dalam mendapat maklumat-maklumat yang terkini. Itulah yang dibangkitkan itulah jawapan saya mengenai dengan beban tugas guru. Saya yakin bahawa kita juga di peringkat kementerian sedang berusaha bukan sahaja untuk melihat dari segi sistem IT tetapi dalam perkara-perkara lain yang ada kaitan juga dengan beban tugas guru. Salah satu lagi ialah kita juga telah meletakkan sebagai projek perintis di negeri Melaka dan juga di negeri Kedah. Untuk meletak pembantu guru ataupun N17 yang boleh membantu kerja-kerja perkeranian.

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya selain daripada apa yang Yang Berhormat Menteri sebut, adakah kementerian bercadang hendak menambah mungkin kerani ataupun kakitangan bukan guru di dalam setiap sekolah untuk bantu kerja-kerja yang bukan profesion itu.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Menteri, Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya hendak tanya kepada Menteri, berapakah ratio yang paling terbaik sekali antara guru dengan murid, satu. Juga beban tugas seorang guru untuk dia mengajar dalam masa seminggu kerana ini memberikan kesan yang penting terutama dalam konteks P&P. Oleh sebab itu kita lihat apabila pencapaian di kalangan pelajar-pelajar di sekolah asrama penuh kerana guru-guru sana masa mengajar hanyalah lebih kurang 16 ataupun 17 masa sahaja di dalam seminggu kerana dia memberikan peluang yang penting, peluang yang lebih untuk guru-guru ini memberikan penekanan dari aspek P&P dan juga untuk pembinaan sahsiah para pelajar.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Keduanya ialah hendak tahu betul tak daripada segi masalah kehadiran guru-guru ke sekolah pada hari Sabtu selain daripada lima hari sudah bertugas dan dulu NUTP kalau tak silap saya ada menyebut tentang bagaimana guru-guru tidak perlu hadir pada hari Sabtu kerana itu sudah pun melanggar daripada segi masa bekerja sebagai seorang guru. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada menteri berkenaan dengan hal kedatangan dan kehadiran guru-guru pada hari cuti terutamanya hari Sabtu itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya daripada Yang Berhormat Tebrau tadi yang berkaitan dengan pembantu guru. Saya sudah sebut tadi

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

sebagai perintis, kita telah letakkan di negeri Melaka dan Kedah, pembantu guru yang ada di sekolah dan kita melihat bahawa itu adalah sesuatu yang baik. Maknanya kalau diletakkan di 10 ribu buah sekolah pembantu guru ini, kita boleh bayangkan berapa. Satu jumlah yang cukup besar daripada segi kakitangan dan juga daripada segi jumlah perbelanjaan yang terpaksa dibelanjakan tetapi kalau untuk masa hadapan demi kebaikan pendidikan itu sendiri, kita kena melihat benda ini secara holistik dan bagaimana kerajaan boleh mencari jalan keluar supaya perkara ini boleh diselesaikan. Akan tetapi saya boleh nyatakan kepada Yang Berhormat bahawa untuk waktu ini, sebagai perintisnya kita sudah ada di dua negeri sahaja iaitu di Melaka dan di negeri Kedah. Kepada Yang Berhormat Bukit Gantang tadi, saya ingin nyatakan bahawa Yang Berhormat membangkitkan mengenai perkara yang semua sekali yang disebutkan itu adalah ada kaitan dengan beban tugas guru. Jadi saya hendak sebut kepada Yang Berhormat, tujuh item guru atau tujuh perkara yang guru kena buat yang sememangnya ada dalam pekeliling perkhidmatan guru. Disebut sebagai kurikulum iaitu: (i) pengajaran dan pembelajaran termasuk pentafsiran; (ii) kurikulum sukan dan permainan, kelab, persatuan ataupun badan beruniform; (iii) pengurusan hal ehwal murid yang berkaitan dengan keselamatan, kebajikan, kesihatan dan bina insan; (iv) sistem maklumat murid, koperasi dan lawatan; (v) pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan; (vi) pembangunan fizikal; dan (vii) hubungan komuniti ataupun hubungan dengan masyarakat. Jadi kalau kita rangkumkan ketujuh-tujuh itu Yang Berhormat, bahawa itulah sebenarnya sebahagian daripada tanggungjawab seorang guru. Kita rangkumkan sekali. Jadi kadang-kadang yang jadi hari Sabtu itu dia bergantung pada bagaimana aktiviti itu dibuat di sekolahlah. Antara pengetua dengan guru-guru dan pelajar dan ibu bapa sebab contohnya saya ambil, ada sekolah buat hari Sabtu itu untuk kerja-kerja kokurikulum termasuk uniform dia buat hari Sabtu, dia tak buat sebelah petang. Jadi yang keduanya Yang Berhormat bangkit tadi mengenai dengan ideal murid di sekolah. Sebenarnya dalam satu kelas yang idealnya adalah 25 orang murid satu guru. Sekarang ini di sekolah kita, sejujurnya saya cakap bahawa daripada 30 pelajar sehinggalah kepada 40 pelajar dan ada sekolah itu kadang-kadang sudah terlampau besar sekolah itu, dia boleh jadi sampai 44 orang satu kelas. Ratio yang ideal sekali adalah 25:1. Jadi itu mengenai dengan beban tugas guru yang saya hendak jawab di sini. Kemudian yang ketiganya saya hendak bangkitkan di sini untuk Yang Berhormat Penampang. Ada Yang Berhormat Penampang? Tak ada, kita jawab secara bertulis.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Dia ke tandas, tandas.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tak apa, sekejap lagi. Kita jawab yang lain dulu. Untuk Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Seputeh iaitu yang berkaitan dengan Sekolah Tohoi ini dan apakah usaha yang realistik bagi memastikan perkara yang tersebut tidak berulang. Saya ingin sebut di sini bahawa apa yang berlaku kepada tujuh orang murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tohoi yang saya sendiri telah pergi ke situ dua kali dan telah menemui dengan masyarakat di situ dan juga ibu bapa yang berkenaan bahawa Kementerian Pendidikan telah menyediakan bantuan bimbingan dan kaunseling kepada keluarga mangsa juga sumbangan kewangan dan menguruskan semua tuntutan insurans takaful kepada waris. KPM juga telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya seperti melakukan proses pemindahan kelas ke bangunan asrama. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bangunan kelas di sebelah jalan dan bangunan asrama di sebelah kanan dan bangunan sekolah di sebelah kiri, di tengah-tengah jalan. Jadi hari-hari mereka hendak balik ke asrama itu mereka cross daripada jalan, macam itu juga pagi-pagi. Keputusan kementerian adalah semua sekali kelas itu dipindahkan ke bangunan asrama. Jadi kita kosongkan kelas yang ada sekarang. Kemudian, kawalan keselamatan seperti yang disebut itu dipertingkatkan dan memberi bimbingan kepada

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

pembantu pengurusan murid. Kita di sekolah itu ada tiga orang PPM atau pembantu pengurusan murid dan warden asrama. Kemudian seperti yang lain-lain bahawa kita juga menubuhkan sebuah jawatankuasa meneliti dan menilai pendidikan anak-anak Orang Asli dan jawatankuasa ini juga bertujuan untuk menilai aspek kemajuan, keselamatan dan kebajikan. Saya hendak maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, di dalam negara kita ada 94 buah sekolah kebangsaan yang 100% anak di kalangan Orang Asli. Sebanyak 94 buah sekolah dan daripada 94 buah sekolah itu, 47 buah sekolah adalah berasrama. Maksudnya anak-anak Orang Asli tinggal di asrama daripada Darjah Satu hingga Darjah Enam ada 47 buah sekolah iaitu 12 di negeri Perak, satu di Selangor, tiga di Negeri Sembilan, dua di Johor, 17 di Pahang dan 12 di negeri Kelantan. Paling banyak sekali adalah di negeri Pahang, 17 buah. Guru yang terlibat untuk mengajar di 94 buah sekolah ini adalah sebanyak 1,776 guru. Daripada 1,776 guru ini 309 guru adalah daripada kalangan Orang Asli yang telah dilatih menjadi guru dan hari ini untuk hujung tahun ini, ada lagi anak Orang Asli yang akan graduate, akan keluar menjadi guru dan dia adalah sejumlah anak-anak yang telah dilatih ataupun mereka pelajar-pelajar yang telah dilatih untuk menjadi guru dan kita berharap mereka dapat pulang ke kampung masing-masing untuk menjadi guru. Selain daripada itu untuk pengetahuan keseluruhan, 27,530 murid anak Orang Asli bersekolah di sekolah kebangsaan manakala 11,691 murid anak Orang Asli berada di sekolah menengah. Itulah jawapan saya untuk Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Seputeh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seputeh bangun.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya tentang dakwaan daripada ibu bapa yang tujuh orang budak-budak Orang Asli yang hilang itu yang mereka kata budak-budak itu, mereka telah melarikan diri daripada sekolah kerana mereka takut pada guru. Mereka tidak dilayan dengan baik oleh guru dan tidur atas lantai simen dan dipukul dan sebagainya, itu sebab mereka tak mahu balik ke sekolah, itu sebab mereka mahu balik kampung dan sebagainya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sama ada ini dakwaan ini semua ini siarkan dalam media ini adalah benar dan adakah guru-guru dipanggil untuk beri penjelasan daripada pihak kementerian? Adakah guru- guru tersebut yang mungkin agak garang itu mungkin dipindah ke sekolah lain supaya yang murid-murid, budak-budak Orang Asli itu mereka lebih sudi untuk balik ke sekolah untuk belajar. Ini semua adalah dilapor dalam media dan dikatakan daripada petikan daripada ibu bapa mereka.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat, seperti bahawa ada 16 orang guru di situ semua sekali. Guru-guru ini ada yang sudah berkahwin tapi mereka juga tidak dapat bersama dengan keluarga kerana sekolah di Sekolah Kebangsaan Tohoi itu, dia kena 2 ½ jam perjalanan daripada Bandar Gua Musang. Jalan ia adalah jalan balak, jalan tanah merah. Jadi, semua yang tinggal di situ adalah guru lelaki sebab guru perempuan mana yang hendak pergi mengajar di situ sebab masalah kan. Jadi, mereka ini lah yang- tapi pembantu pelajar ini yang PPN ini, tiga-tiganya perempuan. Mereka ini tinggal di asrama dan merekalah sebenarnya yang mandi, yang mengurus, mengasuh anak-anak ini di asrama. Oleh sebab anak ini umur 7 tahun, darjah satu sampailah kepada umur 12 tahun. Jadi, dia perlukan perhatian. Bukan setakat itu, malah kita juga ada peruntukan pula untuk ibu bapa kalau datang yang tidak tinggal asrama itu, yang datang boleh sarapan pagi juga di sekolah. Kita ada peruntukan. Nama peruntukan itu adalah KEDAT. KEDAT ini ia bagi juga peruntukan untuk sarapan pagi. Jadi maknanya, cara kita menguruskan itu samalah seperti di sekolah-sekolah lain. Cuma barangkali kalau Yang Berhormat Seputeh sebut tadi ada yang garang, ada yang tidak garang. Itu saya ingat itu subjek kepada persepsi bagaimana kita melihat guru itulah. Akan tetapi pada saya, guru-guru di situ telah mengambil tanggungjawab dan menjalankan tugas mereka dengan baik.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada dua yang bangun Yang Berhormat. Ada dua yang bangun.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang di belakang itulah dulu ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Seputeh tadi. Saya juga berjumpa dengan ibu bapa kepada 7 kanak-kanak yang hilang. Mereka mengatakan bahawa bila anak mereka balik ke rumah selepas 3 minggu atau 1 bulan, mereka seolah-olah tidak mandi dan tidak diurus dengan baik. Baju mereka kotor, bau mereka semacam. Ini adalah kenyataan dari ibu bapa, bukan dari saya, Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

Okey, jadi apa yang dikatakan oleh ibu bapa, seakan-akan anak mereka ini tidak dijaga. Bukan saya kata tidak dijaga dengan baik tetapi tidak dijaga langsung. Maklumat yang kami terima juga bahawa makanan yang disediakan di asrama tersebut bukanlah mengikut piawaian yang baik untuk kanak- kanak. Maksudnya, ada gambar-gambar yang menunjukkan makanan disediakan itu, macam nasi sedikit, ikan kecil dan kubis. So, pada pendapat saya asrama itu adalah rumah kedua untuk kanak-kanak ini. Kita lihat kanak-kanak yang semuda umur 7 tahun, macam mana hendak mengurus diri mereka, berada di tempat yang bukan tempat yang selesa untuk mereka, dengan izin, its not a friendly environment. Jadi, mereka di anggap old enough, dengan izin, to take care of themselves. Macam contoh kita lihat yang hilang kanak-kanak umur 7 tahun, Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan laporan dalam berita pada masa itu tidak ada guru besar di sekolah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Batu Kawan ringkaskan.

P. Kasthuriraani A/P PattoDAP · PHBatu Kawan

...tiada guru perempuan tetapi ada 3 PPM yang kami difahamkan PPM ini gred N 17 seperti kerani. Adakah mereka fasih dalam psikologi kanak-kanak, adakah mereka ada pengalaman untuk menjaga kanak-kanak? Kalau betul Kementerian Pendidikan telah menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak ini ada di sekolah itu, tidak akan 7 kanak-kanak ini takut sangat hendak balik sekolah. Jadi, dengan izin Yang Berhormat Menteri, there has to be an element of something so horrific in that school to prevent the children from coming back. Terima kasih.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, okey. Saya sangat faham. Actually yang Yang Berhormat Batu Kawan sebut itu dalam kalau kita masa di universiti dulu, masa kita jadi mahasiswa, itu dipanggil idealist, idealisme seorang Ahli Parlimen, hendak tengok 100% punya penjagaan. Kalau itulah yang kita hendak capai untuk semua tempat, saya ingat bukan saja Orang Asli, orang lain pun banyak lagi sebenarnya yang sedang kita...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri, ini bukan 100%. Ini 30%, 20% pun tidak ada.

[Dewan Riuh]

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya tidak...

P. Kasthuriraani A/P PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, ini kanak- kanak di sekolah.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Duduk, duduk.

P. Kasthuriraani A/P PattoDAP · PHBatu Kawan

Bukan minta untuk benda lain. Ini adalah hak asasi kanak-kanak untuk mendapat perlindungan, penjagaan yang terbaik dan kualiti pendidikan yang optimum, terbaik di sekolah. Kalau itu pun kerajaan tidak boleh buat, macam mana lah hendak capai negara maju 2020?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya setuju. Yang bising itu semua sudah umur boleh jadi datuk punya, sudah ada cucu. Kalau cucu kamu berada dalam keadaan macam ini, adakah you masih tidak bercakap apa-apa?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya sebut tadi dalam jawapan saya tadi Yang Berhormat Batu Kawan, ini Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, dia pun naik garang tiba- tiba, saya pun tidak faham. Saya pun tidak faham sebab apa dia naik marah.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

You kata kita hendak idealist 100%.

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, duduk sekejap. Ya, Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Lenggong, duduk sekejap. Ya. Yang Berhormat, saya sebenarnya tidak mahulah beberapa kali diberikan teguran, diberikan nasihat. Semua kita ini bijak-bijak pandai menjadi Ahli Parlimen dan buku Peraturan Mesyuarat pun ada pada kita. Tiap-tiap kita diberikan, dibekalkan oleh kerajaan satu naskhah buku Peraturan Mesyuarat. Jadi, patuhilah peraturan. Yang Berhormat Menteri, sila ringkaskan.

Yang Berhormat Lenggong sikit, boleh?

Tuan Yang di-Pertua, boleh sehubungan perkara yang sama?

Isu sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi kami kawasan yang memang ada Orang Asli...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong, saya belum panggil lagi Yang Berhormat Lenggong. Sila Yang Berhormat Lenggong. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kejap lagi kita minum dekat luar ya? Yang Berhormat Menteri, bagi kami ini kawasan yang memang ada Orang Asli kerana ada sekolah Orang Asli kami cukup faham, macam Gerik, kita banyak penempatan Orang Asli. Dari segi perkhidmatan pendidikan bagi kepada Orang Asli saya fikir sudah begitu jauh ke hadapan walaupun perlu ada penambahbaikan. Baik, isu yang dibangkitkan ini, saya hendak tanya, tentu kementerian sudah buat kajian dan lihat di mana keperluan yang perlu dibaiki. Dari segi kita membantu masyarakat Orang Asli, barangkali apakah sebenar yang boleh kita ambil iktibar daripada kejadian ini untuk memperbaiki keadaan kepada masyarakat Orang Asli, pelajar Orang Asli dan juga kepada perkhidmatan guru. Saya fikir kepada guru, misalnya di tempat saya di Air Dala sana, kalau Gerik lagi teruklah, sungai jauh, tiang jauh yang amat sangat. Jadi, apakah yang boleh diambil daripada peristiwa untuk diperbaiki kepada keseluruhan sekolah Orang Asli di seluruh negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat. Kalau isu baru tidak perlu dijawab. Pencerahan bukannya alasan untuk berucap, berbahas. Ya.

Yang Berhormat Kota Raja boleh? Isu yang sama Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Isu itu juga kan? Sama kan.

Ada sedikit.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat sudah selesai sudah kot.

Sikit saja, saya tidak banyak berhasrat bercakap panjang.

Dato' Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya bagi sekejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa saya faham juga tentang dilema untuk kita memberi pendidikan dan pada masa yang sama penjagaan anak-anak ini. Cuma concern kita, dengan izin, ialah anak-anak ini berumur 7 tahun. Masa membesar yang memerlukan kasih sayang dan penjagaan yang sangat rapi. Saya ingin bertanya sama ada, ada kajian dari segi psikologi ke atas anak-anak ini dalam jangka masa panjang. Oleh kerana ia akan menjejaskan hubungan keluarga dan juga personaliti mereka. Mungkin kita boleh memikirkan cara-cara lain juga yang boleh orang kata memperkukuhkan di samping pendidikan itu tetapi juga penjaga-penjaga tadi, PPM itu.

Saya ingat memang perlu ada latihan yang baik dari segi sokongan psikologi, kasih sayang kepada anak-anak ini sangat penting kerana perpisahan pada umur tujuh tahun. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat di sini pun tidak sanggup anak-anak pergi ke asrama pada umur tujuh tahun. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya simpulkan berkaitan dengan pendidikan untuk Orang Asli ini. Yang Berhormat Batu Kawan, sukalah saya menyatakan sekali lagi bahawa kita mempunyai 94 buah sekolah, 47 asrama dan saya faham bahawa kita dari Darjah Satu hingga Darjah Enam mereka ada di asrama. Satu daripada Yang Berhormat Lenggong bangkitkan tadi, barangkali yang menjadi dalam laporan kementerian ini ialah mengenai dengan jumlah hari berada di asrama. Jumlah hari berada di asrama ini kita pakai ikut asrama di luar dari kampung Orang Asli. Jadi keputusan dibuat adalah supaya jumlah hari itu dipendekkan. Maknanya dia tak perlu tunggu satu bulan setengah hingga dua bulan baru balik ke keluarga. Kita awalkan, kita pendekkan sedikit jumlahnya supaya dia boleh balik selalu ke kampung sebab kalau tidak, dia rasa macam terlampau jauh kalau kita tinggalkan dia di sekolah. Saya menafikan berhubung tidur di atas lantai dan sebagainya sebab di setiap asrama itu ada katil, ada tilam yang kita sediakan. Begitu juga dengan jumlah makanan yang kita sediakan di asrama. Jadi sebagai kesimpulannya kepada Yang Berhormat Baru Kawan dan Yang Berhormat Seputeh, bahawa kementerian memandang serius untuk segala penambahbaikan bukan sahaja di kawasan Orang Asli bahkan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak, dia ada pedalaman satu, pedalaman dua dan pedalaman tiga. Pedalaman tiga itu sebenarnya kalau hendak naik bot dari satu sekolah menengah ke satu sekolah kebangsaan memakan masa lima jam, pedalaman tiga. Di negeri Sabah ada 62 buah sekolah kebangsaan di pulau. Di sebuah pulau sahaja di Pulau Bangi ada 14 buah sekolah. Boleh bayangkanlah macam mana perasaan guru yang mengajar dan macam mana perasaan ibu bapa yang hendak ambil tanggungjawab untuk melatih anak-anak di sekolah. Jadi sebab itu apabila kita hendak tengok, kita tengok secara holistik semua sekali yang melibatkan rakan-rakan kita di pedalaman tiga, di pulau-pulau dan juga anak Orang Asli keseluruhannya untuk tujuan, tidak ada yang lain, untuk kebaikan dan untuk masa hadapan anak-anak dalam pendidikan. Saya teruskan kepada berikutnya...

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit, sedikit sahaja.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di- Pertua, berhubung isu yang sama, satu lagi tetapi dari skop yang lain. Ini nasional isu, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri izinkan?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat saya akan teruskan yang lainlah.

Satu soalan sahaja, satu penjelasan sahaja. Berhubung dengan PIBG...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Kawan...

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat, kita jumpa di luar.

Yang Berhormat Menteri, ibu bapa tidak pernah dijemput untuk mesyuarat PIBG. Oleh itu, mereka tidak tahu apa yang berlaku di sekolah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Kawan...

Jadi sebab itu tiada akses kepada mesyuarat....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Menteri tidak benarkan. Sila duduk.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh jawab sebab ini isu... Yang Berhormat Menteri, tiada mesyuarat PIBG. Mungkin Yang Berhormat boleh memantau. Saya cadangkan, saya cadangkan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Sekejap lagi kita jumpa, saya jawab.

Okey, kita jumpa di luar.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Taiping ada di sini tidak? [Disampuk] Oh, ada. Tak nampak. Ini mengenai dengan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Taiping. Sukalah saya memaklumkan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini adalah salah satu daripada perkara yang sememangnya menjadi peruntukan kerajaan untuk melihat bagaimana boleh membantu pelajar-pelajar yang miskin apabila ada kaitan dengan perkara- perkara yang bila membuka sekolah membeli pakaian dan sebagainya. Yang Berhormat bangkitkan mengenai dengan RM10 juta untuk tahun 2016 dan kekurangan sebanyak 95 peratus. Sukalah saya memaklumkan bahawa untuk menampung keperluan tahun 2016 dari segi pelajar-pelajar yang miskin ini, kita ada akaun bersih masih ada lagi sebanyak RM127 juta yang masih ada akaun yang boleh dibawa pada tahun hadapan dan ditambah dengan RM10 juta yang ada. Sekiranya kita tidak mencukupi kepada keperluan yang ditetapkan pada tahun 2016, kita juga mengambil kira untuk memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Menteri untuk menjawab. Tetapi saya hendak tanya kenapa banyak sangat balance? Kenapa tidak dibelanjakan? Apakah wang amanah itu untuk pelajar-pelajar miskin tidak dibelanjakan dan apabila banyak tertinggal, dia diambil daripada situ dan dibawa ke peruntukan tahun hadapan dikurangkan 95 peratus, apakah sebabnya?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Dalam aspek yang sama, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bertanya memandangkan daripada akaun bersih RM130 juta ini, boleh tidak Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan yang mulia ini, di bawah Tabung Amanah Pelajar-pelajar Miskin, berapa ramai bilangan pelajar miskin telah menerima manfaat dan apakah sebabnya duit ini tidak dipergunakan supaya ia membawa manfaat kepada golongan yang disasarkan? Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Detail itu saya bagi bertulis Yang Berhormat sebab saya tidak ada sekarang. Detail jumlah pelajar berapa banyak, tidak ada dengan saya. Saya akan bagi detail kepada Yang Berhormat. Kemudian yang berikutnya isu yang dibangkitkan ialah...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Tambahan, Yang Berhormat. Saya pun membawakan isu yang sama.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kerana isunya apabila dipotong dari RM200 juta hingga RM10 juta, kalau dilihat bagi penerima yang layak untuk Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin termasuklah mereka yang mempunyai pendapatan keluarga RM530 buat Semenanjung, Sarawak RM585 dan Sabah, Labuan RM685. Jadi saya harapkan Yang Berhormat pada hari ini bila masa kita sudah tanya semasa perbahasan, ada sedikit maklum balas maklumat berapa yang tercicir kemungkinan ataupun berapa yang mendapat bantuan sehingga wang tersebut tidak diguna pakai. Bayangkan, jumlah Yang Berhormat sebut tadi RM120 juta. Ini bukan amaun yang kecil dan kemungkinan besar penerima-penerima yang sewajibnya menerima bantuan ini tidak disasarkan dengan baik. Jadi saya mohon Yang Berhormat, kalaupun memaklumkan bahawa ada tambahan untuk dibawa ke tahun 2016 tetapi harus ada alasan kenapa wang tersebut dipotong yang Yang Berhormat tidak sebut pada hari ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Macam saya sebut tadi Yang Berhormat Lembah Pantai, saya akan bagi detail dalam bentuk bertulis jumlah yang sepatutnya digunakan pada tahun 2015 dan anggaran pada tahun 2016. Kemudian, peruntukan pembangunan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Kulai. Ada kaitan dengan jumlah peruntukan yang diberi kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina sebanyak RM50 juta. Suka saya menyebut di dalam Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun lepas, Kementerian Pendidikan telah mendapat peruntukan sebanyak RM750 juta dan daripada situ telah ada peruntukan yang telah dibelanjakan dan daripada tahun 2012, 2013 dan 2014, Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan sejumlah wang di bawah pakej rangsangan untuk membiayai sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah agama, tetapi pada tahun 2015, tahun ini, pakej rangsangan itu tidak diadakan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Jadi bila tiada diadakan bermakna peruntukan yang sedia ada itu, peruntukan itulah juga untuk membiayai semua program perolehan di Kementerian Pendidikan. Lanjutan daripada soalan yang dibangkitkan, mengapakah peruntukan pembangunan sekolah di potong pada tahun 2015 dan juga banyak sekolah belum menerima peruntukan pembangunan tahun 2015. Suka saya menyebut pada Yang Berhormat, oleh kerana peruntukan itu tidak ada di bawah pakej rangsangan jadi Kementerian Pendidikan terpaksa membuat kajian semula dan meluluskan peruntukan seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat pada tahun lalu. Untuk memberi peruntukan itu seperti mana yang telah diumumkan kepada SRJK(C). Sekarang ini bulan November, kita menyalurkan peruntukan pembangunan itu ke SRJK(C) berasaskan seperti mana yang telah dibincangkan. Ada yang dihantar terus ke akaun sekolah dan ada yang akan diberi melalui cek di sekolah. Terima kasih.

[Bangun]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri empat yang bangun, yang mana satu?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh tanya?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu ini merupakan satu perkara pokok yang cukup serius. Ia adalah pengumuman dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tahun lepas diumumkan RM800 juta. Tahun ini dikurangkan menjadi RM500 juta dan daripada pecahan ini SRJK(C) RM50 juta, ada RM30 juta tidak disalurkan. Bagi 438 missionary schools, RM50 juta tidak disalurkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan mesyuarat] Bagi SMJK(T) RM25 juta tidak disalurkan. Maka ini mencerminkan satu masalah yang amat kronik dalam pengurusan peruntukan kepada kementerian. Mengapa sekolah- sekolah ini, minggu inilah minggu terakhir hendak cuti sekolah tetapi bajet tahun lepas belum dapat lagi? Apa sudah jadi dengan kementerian? Saya rasa petang ini merupakan peluang keemasan kepada Yang Berhormat supaya memperbetulkan keadaan ini dengan serta-merta kerana ia melibatkan kebajikan murid-murid sekolah dan guru-guru. Jangan tunggulah hari cuti baru kita hendak beri peruntukan tahun lepas. Bagi missionary schools Yang Berhormat Menteri, saya menerima maklumat tahun lepas 2014 peruntukan yang diumumkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti Convent School ACS, Sam Tet, Ave Maria tidak lagi dijelaskan, 2014. Kini kita bahas Bajet 2016, apa sudah jadi dengan kementerian? Saya rasa kita bertanggungjawab untuk memberikan satu jawapan yang memuaskan kerana pendidikan adalah teras pembangunan negara. Yang Berhormat Menteri perlu memberikan jawapan tanpa sebarang alasan. Sekian, terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah sikit, bukan sahaja peruntukan untuk tahun ini belum disalurkan pada sekolah- sekolah yang telah disebut oleh Yang Berhormat Taiping tetapi Ahli Parlimen Ayer Hitam telah menyatakan juga ada RM12.5 juta bagi sekolah agama dalam tahun 2014 sampai hari ini pun belum disalurkan kepada sekolah agama lagi. Ini peruntukan yang sepatutnya digunakan pada tahun 2014 tetapi dijelaskan oleh seorang Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri bahawa RM12.5 juta daripada RM50 juta ini belum disampaikan. Apa masalah? Bukan katakan, semua kementerian ini ada satu KPI kah? Bagaimana kita boleh ada peruntukan yang begitu besar sampai hari ini yang sepatutnya digunakan pada tahun lalu sampai hari ini belum disalurkan lagi? Jadi saya hendak mintalah satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar bahawa RM150 juta yang sepatutnya di beri kepada enam aliran sekolah ini telah digunakan untuk bencana, untuk banjir di Kelantan? Adakah ini benar atau tidak benar seperti yang telah disebut oleh Ahli Parlimen Bintulu? Kalau ini adalah benar, saya hendak tanya kenapa duit untuk sekolah ini boleh pergi ke bencana? Bukan kita cakap kita tidak mahu bantu mangsa-mangsa di Kelantan, kita memang hendak bantu mereka. Akan tetapi saya hendak tanya di sini apa rasional untuk kita guna ini duit untuk keenam-enam jenis sekolah ini untuk kerja di Kelantan? Bagaimana dengan kementerian lain, bagaimana dengan jabatan atau agensi yang lain? Adakah perkara macam ini ada berlaku juga? Jadi saya mintalah satu penjelasan yang menyeluruh daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Yang Berhormat Menteri kita pun tahu bahawa dalam bajet kita ada RM2 bilion emergency fund.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kalau kementerian perlukan wang daripada emergency fund untuk bencana banjir seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu dan juga Ahli Parlimen yang lain, mengapa kementerian tidak memohon daripada Kementerian Kewangan daripada emergency fund tersebut? Ini kerana RM2 bilion itu besar, lebih besar, jauh lebih besar daripada peruntukan yang telah di – untuk sekolah-sekolah aliran dan mereka perlukan duit untuk bayar elektrik. Saya difahamkan bill electricity mereka, TNB mereka tidak dapat dibayar, hutang kepada TNB dan sebagainya kerana tidak ada duit daripada kementerian disalurkan kepada mereka. Minta penjelasan.

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Rasah.

Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, saya nampak dua orang bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cukup khuatirlah berkaitan dengan peruntukan untuk tahun ini tahun 2015 pun tidak sampai walaupun telah dijanjikan RM800 juta untuk semua sekolah tetapi tidak sampai kepada sekolah-sekolah tersebut. Akan tetapi untuk tahun hadapan pula dalam belanjawan tahun 2016, peruntukan itu telah dikurangkan daripada RM800 juta kepada RM500 juta. Saya tidak nampak dalam mana-mana pun, dalam belanjawan bagaimanakah pengagihan dibuat dalam RM500 juta itu untuk sekolah kebangsaan berapa banyak, untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berapa banyak, untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berapa banyak, untuk sekolah berasrama penuh berapa banyak, tidak ada ditunjukkan. Saya risau bagaimana wang itu akan diagihkan dan ini akan menimbulkan banyak persoalan dan saya rasa kementerian harus telus dalam hal ini supaya saya rasa sekolah- sekolah terutamanya sekolah-sekolah vernakular tidak berkejar-kejar untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan. Saya rasa Yang Berhormat Menteri harus menjawab sebab dalam perbahasan saya, saya minta supaya pengagihan itu diberikan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, mengenai RM30 juta yang belum diperjelaskan kepada SJK(C). Saya cuma ingin hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebab kalau mengikut liputan akhbar ataupun kenyataan- kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri, RM30 juta itu telah pun digunakan untuk bantuan bencana dan ramai rakyat di luar...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli Yang Berhormat, isu yang sama Yang Berhormat diulang-ulang oleh Ahli yang lain.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Isu yang lain, isu yang lain. Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat isu-isu telah di...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh jawab sudah Yang Berhormat.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, saya cuma ingin memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Kami percaya pemberian peruntukan sebanyak RM30 juta ini kepada kegunaan yang selain daripada pendidikan, saya rasa pegawai- pegawai yang bertugas itu perlu diambil tindakan kerana itu berlaku tidak adil pada SJK(C) di mana mereka sepatutnya menerima RM30 juta yang telah pun dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, untuk penjelasan semua sekalilah. Ada yang begitu marah, ada yang begitu emosional dan semuanya untuk tujuan pendidikan anak-anak.

Sila bertanggungjawab.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Semua kita pun bertanggungjawab. Jadi saya hendak maklumkan di sini yang pertama sekali ialah saya hendak bacakan jumlah sekolah yang ada di Malaysia ini. Sekolah kebangsaan ada 5,874, SRJK(C) ada 1,296, dari 1,296 itu sekolah bantuan penuh kerajaan 411 dan sekolah bantuan kerajaan 885.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil ada 524 buah , 158 buah adalah bantuan penuh kerajaan, 366 buah sekolah bantuan kerajaan. Sekolah rendah agama 36 buah semua sekolah bantuan kerajaan, tidak ada sekolah penuh kerajaan. Untuk sekolah model khas ada tujuh buah sekolah. Jadi campur semua sekali sekolah khas ada 28 buah, jadi sekolah kebangsaan di Malaysia pada waktu ini adalah sebanyak 7765 buah, Ini saya baca sekolah kebangsaanlah sebab yang kita bercakap sekarang ini mengenai dengan peruntukan. Tabung penyelenggaraan yang disebut ada RM800 juta itu dalam Parlimen itu, RM50 juta pergi kepada MARA. MARA bukan di bawah Kementerian Pendidikan itu di bawah Maktab Rendah Sains MARA di bawah KKLW dan ada RM750 juta. RM750 juta itu ada dipanggil OS 28000 unit akaun ini RM400 juta dan 32000 RM350 juta. Wang RM400 juta ini dibelanjakan untuk penyelenggaraan dan RM350 juta adalah untuk penjajaran dibuat ketika ini untuk mengikut keutamaan dan kerosakan dan penyelenggaraan seperti mana yang telah diarahkan dari semasa ke semasa oleh MOF. Dalam buku Bajet 2015 pengagihan oleh MOF belum mengikut kategori sekolah tetapi mengikut OS 28000 adalah RM400 juta dan 32000 adalah RM300 juta. Jadi telah memohon kepada Kementerian Kewangan untuk menasihati pengagihan kerana tidak mengikut kategori sekolah seperti mana yang ditetapkan sebelum ini. Ini jawapan kepada tahun inilah, RM500 juta untuk ke tahun hadapan yang disebut tadi maknanya sekarang ini dia baki tidak ada lagi jumlah pengagihan belum ada, belum ada pengagihan. Dia lump sum RM500 juta tapi belum ada agihan. Maksud saya tahun depan.

Tapi ini ada peruntukan diagih- agihkan..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Batu Gajah habiskan Menteri menjawab.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Pasal duit ini memang nombor satulah. Semua orang pun hendak jadi champion pasal peruntukan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menteri ini duit rakyat untuk sekolah. Ini bukan duit sembarangan. Ini duit rakyat untuk sekolah, kebajikan pelajaran.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping duduk Yang Berhormat Taiping.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Nantilah saya jawab! Semua kementerian ini ditubuhkan pun untuk kebajikan pelajar-pelajar. Kita di sini pun untuk kepentingan pelajar yang di sana pun untuk pelajar. Tidak payah hendak menjerit, tidak payah hendak marah saya tahu. Saya tahu bahawa ini adalah tanggungjawab kerajaan dan kerajaan kena bagi. Ada betul tidak cukup duit lagi untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, tidak cukup! Kita bagi, bukan kita tidak bagi, kita cari duit tempat lain untuk kita bagi tapi kita cuba selesaikan minggu ini. RM50 juta kita cuba selesaikan minggu ini tapi ada lagi Sekolah Mubaligh. Sekolah Mubaligh pun tidak cukup kita cuba selesaikan, ada lagi Sekolah Agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ini kita cuba hendak selesaikan. Jadi kalau saya hendak jawab secara emotional pun boleh saya buat tidak emotional pun boleh kan?

Puan KasthuriraaniDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, ini dipanggil check and balance...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri saya rasa sudah lari tajuk...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Orang tanya lain, dia jawab lain tidak payah emosi, Menteri jawablah.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Duduk! Duduk! Di awal tadi saya sebut duit ada RM750 juta. Wang telah dibelanjakan ikut peraturan yang sedia ada cumanya perbelanjaan itu Kementerian Pelajaran pada waktu itu mengharapkan ada pakej rangsangan yang datang untuk 5-6 buah sekolah yang disebut tadi jenis yang saya sebut tadi. Akan tetapi 2015 pakej rangsangan itu tidak ada. Bila tidak ada, pakej rangsangan tidak ada, kita kena cari juga membuatkan jajaran semula dalam kementerian untuk bayar semua yang disebut tadi sebab itulah jadi lewat pada tahun ini. Akan tetapi, walaupun lewat saya sebut di sini kita cuba selesaikan peruntukan yang perlu pada tahun 2015. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat. Okey.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Bagaimana dengan baki 2014 belum dibayar?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

2014 itu kenapa tidak langsaikan lagi?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Itu tunggakan, itu hutang bila mahu bayar ?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

2014, Yang Berhormat Menteri 2014 itu..

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat sudah jawab semua tadi...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Bukan, bukan saya tanya tentang peruntukan untuk Sekolah Agama pada tahun 2014. Itu saya hendak tanya kenapa belum sampai lagi?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Nantilah, saya check tengok! [Ketawa]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri kita sudah tanya minggu yang lalu sudah lamalah Menteri. Tidakkan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Belum check lagi, di mana amanah [Disampuk] saya begitu terkejut. Ini standard UNESCO

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat saya sudah jawab 2015,2016 cukuplah...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

2014 jangan lupa ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang akhir ini, UEC...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri belum jawablah Menteri. Menteri jangan lari tajuk. Sebab satu....

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

2015 saya sebut hendak diselesaikan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Jadi bila mahu sampai....

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tahun depan ,2016 belum tahu.That’s all.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Duit sudah ada, telah diumumkan di dalam Dewan ini telah diluluskan tapi digunakan untuk bencana. Itulah sebab kita tanya. Takkanlah duit Kementerian Pendidikan untuk membasmi banjir? Tidak boleh! Bukankah ini satu pecah amanah ataupun lalai tugas?Jawab dengan pengerusi UNESCO mesti ada standard sikit.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya bukan pengerusi UNESCO, saya jawatankuasa UNESCO.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ahli Jawatankuasa, sekurang-kurang ada standard sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping duduk Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Takkan tidak tahu, bagaimana mengagihkan peruntukan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tidak apalah. Duduklah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ada menteri dalam kabinet pun sudah dicheck kerana tidak mahu terima duit kerana tidak ada duit peruntukan itu. Menteri daripada MCA pun kata tak mahu – ada masalah – menteri tolonglah di mana duit tersebut? Adakah dia telah diberikan kepada.....

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tidak apalah saya harap Yang Berhormat faham saya punya jawapan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menteri tidak boleh lari tajuk. Duit yang diperuntukkan mestilah dipulangkan secara jelas...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Supaya kebajikan murid-murid dijamin.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Memang dijamin.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, adakah dia telah dibelanjakan untuk bencana. Boleh tahu...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Sekarang pun Menteri tidak tahu bila - Bagaimana hendak menjamin kebajikan murid-murid sekolah. Menteri, cuma saya tanya di mana duit itu sekarang?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Di mana, guna di mana? Menteri jawab.

Berkaitan dengan agihan itu, adakah Menteri akan bagi tahu berapakah agihan dan bagaimanakah agihan akan dibuat? Menteri, tadi Menteri ada sebut tentang pengagihan itu. Saya hendak tahu sama ada Menteri bagi jawapan atau tidak berkaitan dengan pengagihan itu.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya sudah jawab tadi RM750 juta, RM400 juta masuk dalam OS 28000 penyelenggaraan dan lagi 32000 RM300 juta. Dari situ RM700 juta yang dimasukkan situ untuk tujuan penyelenggaraan dan detail bajet ini boleh saya bagi kemudianlah apa yang ada dibelanjakan dalam itu. Okey. UEC, kalau hendak dengarlah UEC, kalau tidak saya tutup ya. Sampai sini sahajalah. UEC adalah salah satu daripada jenis peperiksaan yang dibuat oleh sekolah swasta dan sekolah swasta sudah buat peperiksaan ini sudah lama. Jadi kabinet telah membuat keputusan pada 6 November 2015 bahawa kerajaan tidak mengiktiraf UEC itu. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Menteri minta pengesahan. Mohon penjelasan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Adakah kementerian dari Sarawak juga?Adakah keputusan-keputusan kabinet mengikat ....

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping ikut peraturan Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya hendak tanya pihak Menteri. Ini keputusan adakah dipersetujui oleh Menteri-menteri dari Sarawak?

[Dewan Riuh]

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Siapa dari Sarawak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah duduk Yang Berhormat. Kita boleh buat secara tertib Yang Berhormat. Sebab itu saya minta yang lain duduk.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi Menteri menjawab kepada Dewan yang mulia ini. Kabinet pada 6 November tahun ini telah buat keputusan tidak mengiktiraf UEC maka persoalan saya ialah adakah keputusan ini mengikat kerajaan negeri Sarawak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, duduk Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Adakah Menteri-menteri dari negeri Sarawak semua setuju dengan keputusan kabinet?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Duduklah. Apa Yang Berhormat Taiping ke mana saya lupa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Taiping. Saya sebut ini, UEC ini tidak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, maknanya Kerajaan Persekutuan. Maknanya UEC tak boleh masuk lah ke universiti-universiti awam. Soal yang disebut oleh Sarawak sebagai – ia diiktiraf itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Negeri Sarawak.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri, boleh?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan mesti arif dalam perlembagaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Stampin duduk Yang Berhormat Stampin.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Bukan di bawah bidang kuasa negeri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Betul.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Maka, saya hendak tanya. Sebab itu soalan saya logiknya. Adakah kerajaan, keputusan Kabinet mengikat kerajaan negeri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya sudah kata tadi..

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh tak kerajaan negeri membuat keputusan yang lain daripada Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, duduk ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Jika boleh, cakap boleh.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Duduklah. You cakap banyak lah. [Ketawa]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya terpaksa cakap kerana Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Tuan Yang di-Pertua, beri Sarawak chance Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tak jawab.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri, beri chance Sarawak.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, saya hendak habiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan lagi Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya hendak sebut. Senang sahaja.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Sarawak, Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Stampin duduk. Yang Berhormat Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Tuan Yang di-Pertua, ini tentang Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduklah. Peraturan mesyuarat. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak beri, duduk dahulu. Boleh bangun kemudian.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya sudah baca keputusan Kabinet, UEC tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan. Itulah jawapan saya. Jadi soalnya sekarang ini, kalau dikatakan bahawa UEC masih diteruskan di sekolah-sekolah menengah Cina swasta diteruskan UEC, dari dahulu lagi diteruskan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Bukanlah apabila dikatakan kerajaan haram. Bukan kerajaan haram, bukan kata kerajaan haram UEC. UEC masih berjalan di sekolah-sekolah menengah Cina swasta. Boleh jalan tetapi UEC tidak boleh ambil untuk masuk ke universiti awam. Ia hendak ambil - ada lagi, ada lagi, nanti sekejap duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk dahulu, duduk dahulu. Duduk Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya hendak minta nasihat dari Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

UEC boleh masuk. Dia ambil SPM, UEC boleh masuk juga. UEC pada masa yang sama pelajar ini ambil satu SPM dia boleh masuk. Soalnya ini adalah soal dasar. Takkan lah kita hendak kena terima semua dasar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri. Negeri Sarawak di bawah Kerajaan Barisan Nasional kan? Mengapa Ketua Menteri Sarawak boleh iktiraf, di sini tak boleh iktiraf? Mengapa Pulau Pinang boleh, Selangor boleh, Sarawak boleh, yang lain tak boleh, itu mengapa. Boleh saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Tolong jelaskan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, sedikit masa tolong beri saya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Bintulu. Yang Berhormat Taiping duduk.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kenapa hanya Sarawak. Ini kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang. Hendak pancing undi sebab itu hendak tipu rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat, kita boleh buat secara tertib Yang Berhormat. Tertib. Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Yang Berhormat Taiping duduk.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh minta nasihat daripada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri beri kepada Yang Berhormat Bintulu. Yang lain bukan Yang Berhormat Bintulu duduk ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Bintulu tutup pintu.

Mic Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang faham, 2012 Kabinet membuat keputusan tidak iktiraf UEC. Memang itu masa banyak masalah huru-hara. Siapa buat ini isu jadi huru-hara? Inilah kawan-kawan sebelah. Kasi lawan habis-habisan. Bincang dahulu. Ini saya ada campur dalam masa perbincangan sama bekas Menteri Pendidikan. Kita ada berbincang panjang lebar. Sampai satu tahap, Dong Zhong mahu duduk bersama kementerian berbincang. Akan tetapi kawan-kawan sebelah sana kasi racun habis-habisan. Dia bukan mahu pergi berbincang, mahu pergi gaduh sahaja. [Dewan riuh] Inilah saya hendak..

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Racun apa?

Menteri Pendidikan ada peluang lagi atau tidak, kita minta Dong Zhong sekarang baru punya, minta berbincang balik semula sama Kementerian Pendidikan. Duduk macam mana, tengok ada peluang boleh iktiraf UEC. Ini kerana sekarang Sarawak pun sudah iktiraf. Tengok macam mana kita boleh kerjasama. Memang itu masa kita iktiraf, Sarawak iktiraf ini UEC, Yang Berhormat Seputeh

kata, Ketua Menteri Sarawak tipu rakyat. Akan tetapi Kerajaan Negeri Selangor pun sama juga, dia tipu kalau kata Sarawak tipu. Betul tak? Jangan kita balik-balik semua isu jadi politik. Kalau kita mahu bantu rakyat, tunjuklah. Ikhlas bantu betul-betul dalam Dewan yang mulia ini. Beri cadangan yang terbaik. Beri kepada kerajaan. Baru betul.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya hendak bantu rakyat..

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta pengesahan..

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kenapa Sarawak sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak boleh mencelah macam ini Yang Berhormat.

Kalau cara macam ini, macam mana kita boleh selesaikan masalah. Saya memohon jasa baik kementerian terutama sekali Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh duduk.

Kalau boleh, buka balik semula. Kita berbincang sama Dong Zhong selepas itu baru bawa pergi Kabinet. Mesyuarat balik semula. Boleh atau tidak? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan kah Yang Berhormat Menteri?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, saya cuma..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri hendak beri jalan tak?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Sini last. Yang Berhormat Stampin last.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah. Yang lain duduk. Yang Berhormat Seputeh duduk.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya ada satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Hou Kok Chung. Beliau telah pun memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa sebenarnya kerja-kerja pengiktirafan sijil UEC telah pun dijalankan oleh kementerian sehingga tahap 95%. Pada hari ini pula Yang Berhormat Menteri memaklumkan kita semua di sini bahawa Kabinet tidak menerima mengiktiraf UEC. Jadi ini adakah bermaksud MCA menipu rakyat Malaysia? Menipu seluruh rakyat Malaysia.

[Dewan riuh]

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Saya ada keratan akhbar di sini.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Menipu sahaja.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Timbalan Menteri dahulu menjanjikan kalau UEC tidak diiktiraf selepas PRU 13, dia tidak akan bertanding lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukup lah Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri kalau boleh sila memberi satu penjelasan kepada kita semua. Ini kerana Menteri dahulu kata ada kerja-kerja pengiktirafan sijil UEC telah pun dijalankan. Proses ia telah pun mencecah 95%. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukup.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Tanjong Karang.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ya. Kepastian sama ada benar ataupun

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

tidak bahawa mana-mana pelajar yang ada sijil UEC sekarang ini memang boleh memasuki IPG. Dia ada UEC dan dia mesti ada SPM lah.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya lah. Betul lah. SPM ini semua ada. Sekolah Agama pun kena ada SPM. Ini sijil-sijil kita. Jadi saya hendak tanya, pelajar-pelajar yang ada UEC ada sijil SPM, hari ini adakah mereka ini boleh memasuki IPG? Kalau dia boleh masuk IPG, ini bermakna kementerian dengan secara tak langsung memberi pengiktirafan kepada UEC dengan syarat mesti ada SPM. Saya hendak dapat kepastian. Jadi ini..

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang lain diam Yang Berhormat.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tanya. Tadi kata - saya tanya Yang Berhormat Menteri, kalau tiap-tiap UEC langsung kita tidak iktiraf, takkan lah yang ada UEC kita hendak masukkan dalam IPG. Kita yang saya difahamkan memang masuk UEC ini untuk – yang ada lulusan UEC untuk mengambil sebagai guru-guru yang akan mengajar bahasa Mandarin. Jadi saya hendak tahu. Saya rasa mereka ini sudah diberi peluang untuk memasuki IPG.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Tanjong Karang langsung tak faham ini lah. Saya hanya di sini hendak tanya sedikit, pemegang A Level perlu SPM atau tidak? Kalau kita cakap kita mengiktiraf A Level, rasanya tak perlu SPM lagi.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Ini kita buat dialog lah. Kita buat satu dialog lain.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Itu sebab kita cakap pengiktirafan UEC.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Tanjong Karang kalau tak faham isu ini, duduk diam sahaja cukuplah. Tak perlu sebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat Kulai. Yang Berhormat Menteri.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta pengesahan.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Ini tentang Sarawak.

Ini bukan pasal udang lah. Tolong duduk.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak perlu bising.

Datuk Seri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Sepang ini...

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, pokoknya semua tadi ada dua perkara iaitu Yang Berhormat tanya UEC ini adakah boleh dibawa berunding. Saya hendak maklum bahawa pada 6 November itu, Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf. Walau bagaimanapun – siapa sebut tadi yang baru itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bintulu.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Bukan Yang Berhormat Bintulu. Apa nama you sebut NGO tadi.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Dong Zhong, faham.

Itu Dong Zhong. Yang baru. Dong Zhong sekarang ada yang baru punya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Dong Zhong, Dong Zhong.

Lama punya Dong Zhong – ini kongkalikong semua kawan sana kasi batu api. Buat political mileage. Itu sahaja.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya pun tahu nama sahaja. Saya sebut sahaja, kata saya tidak tahu.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Pagoh lebih layak untuk menjadi Menteri Pendidikan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ini muka dia memang tebal. Saya memang kagum Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey. Saya sebut bahawa seperti Yang Berhormat Bintulu sebut. Kita boleh duduk untuk berbincang, bukan tidak boleh duduk. Akan tetapi sampai hari ini pun tiada siapa pun yang datang jumpa saya lagi. Belum.

[Dewan Riuh]

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang Berhormat Bintulu ada jumpa saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat jangan menyampuk macam itu Yang Berhormat ya.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey, seterusnya mengenai dengan pengiktirafan tadi. Sememangnya kalau ada UEC, ada SPM dia orang pun layak juga memohon. Memang dia layak memohon. Ada UEC, ada SPM dia layak memohon sekarang pun dan ada yang sudah masuk pun. Yang Berhormat Tanjong Karang, jadi maknanya tidak timbul soal. Pokoknya sekarang hendak ada orang mahu kalau boleh iktiraf terus yang itu sahaja – hendak iktiraf terus, hendak yang itu.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Kenapa tidak boleh?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Mengapa tidak boleh? Ini Menteri pula hendak rule. Boleh buat macam ini? Perenggan tetap. Menteri lain menggulung.

[Dewan Riuh]

Pendidikan. Pendidikan. [Dewan Riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya pun mahu tahu. Ini kali pertama saya tengok...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

What is your problem Yang Berhormat? Duduklah. Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Stampin duduk. Menteri hendak minta penjelasan tidak apalah.

Dari segi tidak timbul perkara Sabah atau Sarawak yang Yang Berhormat sana katakan menipu. Ada institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri, kolej-kolej komuniti, institut pertanian ini di bawah kawalan kerajaan negeri dan pengiktirafannya di bawah kerajaan negeri. Ini telah diputuskan di Sarawak, boleh menggunakan UEC. Jadi ertinya prosesnya terpulang kepada JPN peringkat negeri. So, it’s not true dengan izin to say dia menipukah, dia bohongkah, ada institusi yang tertentu...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Menteri, satu kerajaan tambah kenapa ada...

Kalau itu... Persekutuan... Peraturan Persekutuan itu yang take effect.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bayan Baru...

Okay. Don’t say katakan menipu. Ada institusi pertanian.

Menteri saya ada soalan. Menteri saya ada soalan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping duduk.

[Dewan Riuh]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Soalan belum tanya lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri.

[Dewan Riuh]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Perak kita mahu. Boleh? Boleh tidak?

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Menteri, minta chance dari Sarawak satu soalan.

...Kita mahu.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya belum soal lagi.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Okey. Saya hendak pergi kepada tajuk yang lain pula. Okey, saya boleh baca di sini tapi saya baca you dengar. Pendirian Kementerian Pelajaran untuk tidak mengiktiraf UEC adalah Anugerah Pensijilan Peperiksaan yang dikelolakan oleh Malaysia Independent Chinese Secondary School yang tidak akur dengan dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta pengesahan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Kalau hendak baca lagi.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta pengesahan

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya mahu baca lagi.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya keliru. Minta pengesahan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Standard kurikulum UEC adalah tidak sama dengan kurikulum kebangsaan dan tidak dikawal selia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak lagilah hendak baca.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Minta pengesahan Menteri. Menteri. Menteri. Mintak pengesahan. Kita keliru dengan jawapan yang Menteri bagi tadi. Menteri minta pengesahan, Menteri. Saya dari Sarawak. Wakil Sarawak.

[Dewan Riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhomat Stampin duduk. Yang Berhormat Stampin, duduk Yang Berhormat Stampin.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Yang akhir mengenai dengan...

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Menteri baca habislah. Jangan separuh- separuh itu macam.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Letihlah mahu baca.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Menteri, saya mewakili undi pengundi Sarawak. Minta chance. Saya tanya soalan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Sudah cukup. Okey ada lagi. Ada di sini individu punya saya hendak masukkan daripada pembangkang ada 13 lagi dan dari kerajaan ada 22 lagi. Jadi, semua ini saya akan bagi secara bertulis.

[Dewan riuh]

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Menteri, ini tidak adil.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhomat Stampin duduk, Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Wakil dari Sarawak.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih kepada semua yang ambil bahagian.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Peruntukan tahun 2014 belum jawab lagi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Jawablah Menteri, jawab.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk]

[Dewan riuh]

Semua bagi jawapan bertulis. Tidak payah berbahas. Tanya soalan terus jawab bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Giliran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul AzizUMNO · BNMenteri Pelancongan dan Kebudayaan · Padang Rengas

Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Lubok Antu yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semasa perbahasan peringkat dasar Bajet 2016. Sesungguhnya pihak kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian terhadap semua pandangan, saranan dan cadangan Ahli Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri saya ada berucap tidak sebut kawasan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh jangan macam itu Yang Berhormat.

Seputeh. Jawapan bertulis. Seputehlah, Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya puji Menteri. Dia bagi saya jawapan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukuplah. Dia sudah bagi jawapan Yang Berhormat Seputeh.

Jawapan bertulis lebih mendalam. Lebih personal.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Ada tulis puisi tidak Menteri?

Yang Berhormat Lenggong meminta kementerian supaya menyegerakan pembangunan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara sedang berusaha menyegerakan pembangunan tapak warisan dunia UNESCO Lembah Lenggong supaya ia dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Jabatan Warisan Negara sedang mengambil tindakan terhadap pembangunan naik taraf galeri arkeologi Lenggong di Kota Tampan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta dan projek ini kini dalam peringkat penyediaan dokumen tender dan kerja-kerja binaan dijangka bermula pada bulan Februari 2016 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gantang meminta kementerian supaya memberi perhatian terhadap jeti pelancongan di Kuala Sepetang yang daif, yang tiada kemudahan tandas bagi pelancong yang berkunjung di sana. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersedia menimbang permohonan untuk menaik tarafkan jeti pelancongan dan kemudahan tandas di Kuala Sepetang bagi meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelancong dan pengunjung. Permohonan tersebut boleh dikemukakan di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2017 melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat minta kementerian menjelaskan mengapa financial assistance dengan izin tidak diberikan kepada mana-mana harta yang di wartakan sebagai harta warisan dan mengapa National Acquisition Act dengan izin tidak boleh digunakan terhadap sesuatu harta yang telah dikenal pasti sebagai harta warisan

walaupun mendapat bantahan daripada pemilik. Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut seksyen 42, Akta Warisan Kebangsaan 2006 tanggungjawab memelihara dan menjaga sesuatu tapak adalah terletak di bawah pemilik itu sendiri. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Warisan Negara boleh membantu memelihara suatu tapak atau bangunan warisan yang mengalami kerosakan kritikal dengan menggunakan peruntukkan tahunan sedia ada dan Kumpulan Wang Warisan. Penetapan sesuatu tapak warisan boleh di buat setelah pengambilan tanah di jalankan melalui Land Acquisition Act, namun demikian bukan semua penetapan sesuatu pihak satu tapak warisan dan perlu dibuat melalui pengambilan tanah. Penentuan pengambilan tanah hanya akan dibuat sekiranya tapak tersebut mempunyai bukti warisan yang sangat menonjol dan terdapat keperluan untuk menjadikan ia sebagai milik kerajaan bagi memastikan tapak tersebut serta bukti sejarah dapat diselamatkan, dipulihara dan dipelihara. Sehingga kini, terdapat beberapa tapak warisan yang telah dibuat pengambilan tanah seperti bangunan bekas HSBC Bank, Melaka yang digunakan sebagai Pejabat Zon Selatan Jabatan Warisan Negara, Rumah Teh Bunga, Pulau Pinang sebagai Galeri Melayu Pulau Pinang dan Tapak Sungai Batu Kedah sebagai tapak kajian arkeologi. Sebagai contoh Batu Sumpah.

Yang Berhormat Kota Kinabalu meminta kementerian mewartakan batu sumpah sebagai warisan mutlak. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada kepentingan dan signifikan batu sumpah ke atas sejarah Sabah, maka ia akan diangkat untuk pewartaan sebagai objek warisan di bawah seksyen 49, Akta Warisan Kebangsaan 2005. [Tepuk] Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bagan bangun Yang Berhormat.

Hah! Boleh.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tuan Yang di-Pertua, diucapkan terima kasih atas pengumuman tadi bahawa tapak batu sumpah akan diwartakan dan tentu kita mengharapkan bahawa ini adalah satu tanda menghormati perjanjian yang dibuat dengan Sabah dan selain daripada itu dapat memberikan peruntukan yang sewajarnya supaya mencantikkan kawasan itu. Di samping itu, saya ingin bertanya tentang tapak arkeologi Gua Kepah di Pulau Pinang di mana pihak kerajaan negeri telah pun meminta ia diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan kerana memang sifat-sifat serta ciri-ciri arkeologi. Di sini sungguh pun tapak ini dimiliki oleh pihak kerajaan negeri namun pihak kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tapak tersebut yang saya rasa ada ciri-ciri unik dan tersendiri. Satu lagi berkaitan dengan warisan juga. Seperti yang sedia dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Singapura telah berjaya dalam permohonan mereka untuk menyenaraikan taman botani mereka sebagai sebuah tapak warisan walaupun ia bukan yang paling lama di Asia Tenggara sebaliknya yang paling lama adalah di Malaysia, tidak lain tidak bukan ialah Jabatan Taman Botani di Pulau Pinang. Adakah pihak kementerian ada bercadang untuk memohon kepada UNESCO agar disenaraikan sedemikian. Ini kerana sekiranya yang kedua lama boleh disenaraikan, saya tidak lihat mengapa Malaysia tidak boleh membuat permohonan yang sama namun ia tentu memerlukan inventori dan juga persiapan yang agak rapi dan terperinci. Itulah sebabnya kita memohon sama ada pihak kementerian boleh menimbangkan permohonan ini yang akan mengharumkan bukan sahaja nama Jabatan Taman Botani Pulau Pinang tetapi juga bersama-sama akan mengharumkan nama Malaysia, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali apa? Bukit Kepah Yang Berhormat? [Disampuk] Gua Kepah. Jadi, selalunya proses ialah di mana saya akan minta kepada jabatan warisan untuk melawat kawasan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang disebutkan mempunyai tempat yang bersejarah seperti mana kita lakukan kepada batu sumpah. Jadi untuk Gua Kepah ini kita akan melihat dan saya gembira Yang Berhormat kata boleh memberikan kerjasama, insya-Allah kita akan mengangkatnya sebagai warisan. Ini janji sayalah.

Keduanya, memang betul Yang Berhormat iaitu Botanical Garden di Singapura telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO site. Cuma Yang Berhormat, saya baru menerima daripada Yang Berhormat, bila saya pergi ke sana mereka beritahu – saya sudah melawat ya, memang indah dan cantik sekali dan saya dimaklumkan itu yang paling tua sekali. Jadi kalau ini maklumat baru, sebenarnya kalau itu adalah betul, ia akan memudahkan usaha kita untuk menjadikannya sebagai tapak warisan UNESCO. Jadi, saya juga akan meminta kepada Jabatan Warisan Negara, kalau benar disebut oleh Yang Berhormat sebagai yang tertua, lebih tua daripada di Singapura maka ini satu cadangan yang baik dan saya minta Jabatan Warisan Negara untuk memulakan proses bagi mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO. Tidak apalah ini, ia beritahu kalau mendapat keizinan daripada kerajaan negeri, Yang Berhormat pun dalam Dewan Rakyat, tidakkan menipu kan? Tadi cakap betul kan, akan memberikan kerjasama ya? Okey, baik.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Batu sumpah. Batu sumpah di Keningau, Sabah itu di kawasan halaman pejabat tanah. Ini memang sebuah lokasi yang tidak begitu sesuai. Apabila Yang Berhormat Gelang Patah serta rombongan lain hendak masuk, pegawai pejabat tanah telah menutup pintu. Jadi, adakah ini boleh dijadikan warisan kalau pegawai pejabat tanah suka-suka menutup pintu dan tidak memberi pembangkang masuk. Jadi saya rasa mungkin pejabat tanah perlu berpindah, ini cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya pun pening juga. Yang Berhormat pergi ke sana ya? Akan tetapi tidak apa, saya belum melawat tetapi apa yang kita hendak lakukan ialah saya telah mengatakan bahawa kita akan mengangkat perkara ini kepada kerajaan negeri. Saya percaya apabila ia diiktiraf sebagai warisan kebangsaan, maka sudah tentu sesuatu akan dilakukan untuk memastikan supaya batu sumpah itu boleh dilawati oleh semua pihak termasuk pembangkang. Akan tetapi sebelum masuk Sabah kena dapat clearance dahulu dekat airport.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu bangun.

Apa lagi, sudah setuju.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih, bagi terima kasih.

Oh! Okey.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin kepada batu sumpah. Kita bagi salute dengan dia. [Tepuk] Saya harap dengan segeranya. Jadi saya berharap jasa...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Jasa DAP.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ha? Jasa DAP? Demi untuk batu sumpah, terima kasih.

Datuk Dr. Ewon EbinUPKO · BNRanau

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Ewon EbinUPKO · BNRanau

Terima kasih. Kalau di Sabah ini kita mempunyai batu sumpah tetapi ada juga batu sumpah di sana yang tiruan, not original. Misal kata ada satu di Inanam dan satu di Putatan, jadi adakah ini juga akan diwartakan oleh sebab ini bukan original, yang originalnya hanyalah yang terdapat di Keningau. Jadi persoalan saya, adakah kementerian juga mewartakan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh jangan mengganggu macam itu.

Datuk Dr. Ewon EbinUPKO · BNRanau

...Adakah kementerian mewartakan batu sumpah yang tiruan itu, ia bukan original. Ini persoalan saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, boleh juga, boleh juga.

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

...Sebenarnya apabila Jabatan Warisan Negara pergi dan melihat serta membuat kajian, maka sudah tentulah keaslian batu itu mesti dikenal pasti terlebih dahulu barulah diangkat sebagai warisan. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang, kita akan memastikan batu sumpah itu batu sumpah betul-betul yang sudah kena sumpah, bukannya yang belum lagi. Memang asal punya. Jadi batu sumpah ini akan dipindahkan, Yang Berhormat Seputeh, dengarlah saya cakap ini. Jabatan Warisan Negara hanya mewartakan batu sumpah yang asli sahaja dan batu sumpah yang dikatakan tadi itu akan dipindahkan ke lokasi berdekatan tapak asalnya, di mana kita akan mengangkat batu sumpah itu dan diletakkan di tempat asalnya. Kalau tempat asalnya bukan di situ, kita tidak akan letakkan di situ. Kita akan angkat kepada tempat asalnya. Jadi Jabatan Muzium Sabah sedang berusaha dalam perkara ini. Yang Berhormat Sibuti ada? [Disampuk] Bukan Yang Berhormat Seputeh tetapi Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti meminta kementerian datang melihat, mengkaji dan membangunkan infrastruktur pelancongan di kawasan persisiran Pantai Tusan, Sibuti kerana di situ terdapat satu fenomena yang dikenali sebagai Blue Tears. Ia berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tempat tarikan pelancongan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian bersedia menerima dan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk projek pembangunan infrastruktur pelancongan di persisiran pantai Tusan sekiranya berpotensi dijadikan sebagai salah satu tempat tarikan pelancong baru yang terdapat fenomena blue tears di Sarawak di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-11. Blue tears ini apa dia Yang Berhormat? Cuba explain, cuba jelaskan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Blue tears ini hanya boleh dilihat pada waktu malam. Apabila air naik, air pasang, maka blue tears itu air warna kebiru-biruan seolah-olah terapung di dalam lautan. Ia di bawah lebih kurang setengah meter daripada permukaan air. Hanya di sana sahaja yang ada, di tepi pantai Tusan itu. Sebab itulah kita menjemput Yang Berhormat Menteri atau pun Yang Berhormat Timbalan Menteri datang untuk melihat supaya ini boleh dijadikan tarikan pelancong. Oleh sebab sudah ramai yang datang dari luar kawasan Sarawak, terutama sekali pihak Amerika dan Australia yang bekerja di Sarawak Shell Bhd. telah pun duduk di sana bermalam-malam untuk melihat perkara ini berlaku. Diharaplah Yang Berhormat Menteri ambil tindakan, terima kasih.

Terima kasih di atas penjelasan. Ini kes apa pula ini?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh tambah Yang Berhormat?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ia nampak macam indah dan special. Akan tetapi apakah fenomena ini dari sudut sains sudah ada kajian? Kita hendak dengar juga penjelasan.

Tidak apalah, itu lain kali. Saya minta Yang Berhormat bagi penjelasan sahaja tentang blue tears sahaja.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, minta sekali lagi lah.

Tidak boleh.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tidak boleh?

Tidak boleh, kita punya prosedur tidak membenarkan. Sebab saya Menteri, bukan Yang Berhormat Sibuti, Menteri.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Di atas Menterilah, tadi pun tanya pun dengan dia.

Saya minta beliau beri penjelasan tidak mengapa. Yang Berhormat, tidak boleh. Yang Berhormat Kuala Krai tidak boleh. Bukan jambu pun.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Blue tears ini bukan sahaja di tempat Sibuti tapi di negeri Perak, Pulau Sembilan pun. Akan tetapi rasanya mungkin Menteri Besar Perak tidak kemukakan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk juga menarik pelancong. Jadi, saya harap jangan lupa negeri Perak pun ada blue tears di Pulau Sembilan. Terima kasih.

Menteri Besar Perak bukan Ahli Parlimen, jadi dia tidak boleh bagi tahu saya dalam Dewan Rakyat. Tidak mengapa, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya juga akan tengok. Cuma bezanya, ia di persisiran pantai, yang blue tears di Perak itu di pulau, jauh sikit hendak pergi. Okey, Yang Berhormat Kangar. Tidak ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kangar tidak ada.

Bagi jawapan bertulis. Nasib baik, panjang juga jawapan dia ini. [Ketawa] Yang Berhormat Pengkalan Chepa, oh ada ya? Yang Berhormat Pengkalan Chepa meminta kementerian memberi perhatian terhadap keperluan prasarana pelancongan di negeri Kelantan memandangkan terdapat kepelbagaian sumber pelancongan seperti tempat bersejarah, pusat peranginan, variasi makanan serta kehidupan masyarakatnya. Yang Berhormat juga meminta kementerian menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap tempat-tempat peranginan, khususnya Pantai Mek Mas, Pantai Kundur, Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kemayan. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia ke-9, iaitu 2006 sehingga 2010, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah diperuntukkan sebanyak RM29.06 juta bagi melaksanakan projek-projek pelancongan di Kelantan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.07 juta telah di peruntukkan bagi melaksanakan projek-projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur pelancongan di beberapa kawasan pantai utama di Kelantan seperti di Pantai Cahaya Bulan, Pantai Tok Bali, Pantai Irama, Pantai Sri Tujuh, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Geting, Pantai Melawi dan Pantai Kemayan. Manakala di bawah RMKe-10 2011 hingga 2015, sebanyak RM18.32 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek pelancongan di negeri Kelantan. Antara projek-projek yang telah dilaksanakan adalah pembangunan kemudahan pelancongan di Tambatan, di Raja Kota Bharu peningkatan kemudahan pelancongan di pintu masuk Rantau Panjang, Pasir Mas menaik taraf kemudahan pelancongan di pintu masuk CIQ Bukit Bunga Tanah Merah dan membina dan menaik taraf kemudahan pelancongan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu. Kementerian melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan juga sentiasa menyokong pertumbuhan pelancongan negara dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seni budaya di negeri Kelantan di bawah misi menggalak dan memperluaskan promosi seni. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh JKKN Kelantan ialah persembahan berjadual atau pun berkala pada setiap minggu sebanyak 40 kali setahun. Bazar seni, jualan produk seni budaya tempatan sebanyak 10 kali dan persembahan khas dikir barat perdana. Selain daripada itu, JKKN Kelantan turut mengadakan aktiviti-aktiviti seni dan budaya lain secara berkala bagi menggalakkan pelancongan untuk khalayak tempatan seperti program merakyatkan seni dan budaya, sukarelawan di Pantai Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. Program merakyatkan seni dan budaya, jejak seni budaya hiliran Sungai Kelantan bersama pemimpin di Kuala Krai. Keluar dah Yang Berhormat Kuala Krai. Persembahan khas kepada pengusaha-pengusaha homestay 2015 di Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan. Kementerian juga bersedia menerima dan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk projek pembangunan pelancongan di Kelantan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-11 2017, 2018. Tuan Yang di-Pertua, Lubok Antu ada?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada di belakang.

Okey, Yang Berhormat Lubok Antu meminta kementerian memberi latihan yang secukupnya kepada pengusaha-pengusaha homestay yang berkonsepkan rumah panjang bagi mengelakkan mereka dieksploitasi atau pun di tipu oleh agensi-agensi pelancongan yang memberi bayaran yang rendah. Untuk

makluman Yang Berhormat, setiap pengusaha homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, termasuk homestay yang berkonsepkan rumah panjang di Sarawak perlu terlebih dahulu mengikuti kursus asas homestay yang dikendalikan oleh Institut Kemajuan Luar Bandar Infra yang berkaitan dengan asas pengurusan kewangan, pemasaran, kebersihan dan pengendalian pelanggan. Kementerian ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak, Sarawak Tourism Board, Perbadanan Perhutanan Sarawak, Suruhanjaya Koperasi Malaysia , Persatuan Inap Desa Sarawak, jabatan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menganjurkan kursus-kursus lain seperti, dengan izin, ‘We Are The Host, Asas Komunikasi Dalam Bahasa Inggeris, Pemanduan Pelancong Alam Semula Jadi, Asas Pelancongan Aktiviti Inap Desa, Program Plant A Tree dan 1Malaysia Culture and Heritage’ bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran dan pengalaman pengusaha-pengusaha homestay supaya mereka dapat sumber pendapatan. Kementerian juga bersedia untuk memberikan latihan tambahan kepada pengusaha-pengusaha homestay jika terdapat keperluan atau pun permohonan. Setakat ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan belum pernah menerima sebarang aduan daripada mana-man pengusaha homestay yang berdaftar di bawah kementerian, terutamanya homestay rumah panjang di Sarawak mengenai isu penipuan oleh agensi pelancongan. Kalau Yang Berhormat ada mana-mana homestay yang betul-betul kena tipu, saya minta supaya Yang Berhormat sampaikan kepada kementerian saya.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dia bukan menipu, dia macam bayarannya tidak cukup kerana pengusaha itu membawa pelawat-pelawat, pelancong ini ke rumah panjang mempunyai ejen- ejen pelancongan. Jadi, mereka tidak ada kemahiran atau tidak tahu menahu mengenai homestay. Mereka hanya dibayar token sahaja, contohnya kalau mereka mempersembahkan tarian Ngajat, mereka hanya dibayar RM20 atau RM10. Jadi, sedangkan mereka setengah hari tidak turun kerja. Jadi, sepatutnya mereka diberi latihan bagaimana caj-caj kepada pelancong-pelancong yang datang ke rumah mereka. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya rasa perkara ini kalau Yang Berhormat minta kepada Persatuan Inap Desa di Negeri Sarawak untuk berhubung dengan wakil kementerian saya di sana, kita insya-Allah boleh selesaikan masalah ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Giliran Kementerian Kewangan, saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Itu sahajakah?

Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad HanadzlahUMNO · BNMenteri Kewangan II · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tiada jawapankah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat. Duduklah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kenapa tidak ada jawapan punya? Ini semua shortcut.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh, duduklah Yang Berhormat Seputeh.

...Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2016 menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Kewangan. Terdapat tujuh isu utama, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali mengenai degan isu kejatuhan harga ringgit. Seperti mana kita maklum Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja harga ringgit, malah nilai semua mata wang jatuh. Ia berpunca kepada dua, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama, kita dapati bahawa pertumbuhan ekonomi Amerika, kalau dahulu mereka mengalami pertumbuhan satu peratus lebih, sekarang sudah capai dua peratus lebih. Begitu juga daripada segi pengangguran yang dulu menjadi kekhuatiran Amerika Syarikat, lapan peratus, sekarang telah turun kepada lima peratus. Dengan keadaan yang positif tersebut, mata wang Amerika, US Dolar telah meningkat mengakibatkan mata wang lain rendah berbanding Amerika Syarikat. Di samping itu pula, ada juga spekulasi mengenai dengan Federal Reserve akan menaikkan kadar faedah sektor kewangan dan ini membawa kepada modal yang daripada negara-negara membangun pergi ke Amerika Syarikat. Sebab kedua Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa seperti mana kita maklum, harga komoditi telah merosot. Bagi negara kita, bukan sahaja kita hadapi kemerosotan harga getah dan juga minyak kelapa sawit, tetapi juga yang lebih berat ialah kejatuhan harga minyak mentah. Jika kita buat kajian Tuan Yang di-Pertua, negara-negara yang menjadi pengeksport kepada bahan-bahan mentah ini, sebenarnya kalau kita lihat daripada suku tahun pertama 2012, sudah bermula kejatuhan harga getah dan harga kelapa sawit, kejatuhan negara- negara yang terlibat dengan pengeksportan bahan mentah itu lebih berat lagi daripada negara lain. Saya ambil contoh umpamanya negara Brazil, sampai 112 peratus, negara Rusia 133 peratus. Itu kedudukannya. Akan tetapi yang penting di sini, apakah yang harus kita lakukan? Seperti mana kita maklum, kerap kali kita bercakap tentang soal economic fundamental. Mari kita lihat, Tuan Yang di-Pertua. Pertama, bila kita cakap economic fundamentals, yang pertama sekali penting adalah daripada segi pertumbuhan GDP. Kita tahu bahawa pertumbuhan GDP kita begitu kukuh. Semalam, Gabenor Bank Negara telah pun mengumumkan mengenai dengan pertumbuhan negara kita. Walaupun merosot sedikit untuk suku tahun ketiga iaitu lebih kurang 4.7 peratus tetapi bagi tiga suku tahun 2015, kita dapat 5.1 peratus. Pertumbuhan 4.7 peratus yang kita anggap lebih rendah pada suku tahun ketiga itu sebenarnya antara yang tertinggi kerana Singapura memperoleh 1.4 peratus, US turun daripada 2.7 peratus kepada dua peratus, UK juga turun daripada 2.4 kepada 2.3 peratus. Jadi ini situasinya. Dan yang membimbangkan apabila negara China kalau dahulu biasa dapat sampai 10, sembilan atau lapan peratus pertumbuhan, pertumbuhannya telah turun kepada 6.9 peratus. Kedua dilihat daripada konteks aspek pengangguran. Pengangguran di negara kita ini boleh dikatakan antara yang terendah dibandingkan dengan negara-negara lain. Kadar inflasi kita juga begitu rendah, pengeluaran daripada sektor-sektor kita, kemudian daripada segi foreign reserve kita dan juga sektor perbankan kita yang begitu kukuh dan daripada segi pasaran modal kita. Jadi, ini fundamental yang harus kita pertahankan. Maka dalam bajet akan datang, kita akan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara kita. Kita telah membuat beberapa inisiatif. Ini merupakan inisiatif-inisiatif yang hendak mengukuhkan lagi. Antaranya kita lihat bahawa eksport memainkan peranan yang penting. Jadi telah ditubuhkan Majlis Eksport Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sekretariatnya adalah MITI. Ini kita hendak mengukuhkan eksport dan beberapa inisiatif telah dijalankan. Begitu juga hendak meningkatkan peranan SME. Kita tidak mahu SME duduk dalam supply chain semata-mata. Kita mahu SME kita biarlah menjadi pengeksport. Ini telah terbukti melalui program MATRADE, banyak SME yang telah pun tumbuh dengan begitu besar menjadi pengeksport terbesar seperti Top Glove umpamanya. Begitu juga kita mahu meningkatkan mid-tier company kepada syarikat yang lebih besar lagi. Perkara yang kedua dibangkitkan adalah mengenai dengan isu-isu fiskal dan hutang. Mengenai dengan isu fiskal ini, Tuan Yang di-Pertua, pertama adalah mengenai dengan defisit fiskal yang wujud 18 tahun lamanya. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut, memang telah wujud begitu lama defisit negara kita. Ini berlaku semenjak tahun 1998 kerana kita tahu pada masa itu kejatuhan ekonomi kita yang begitu rendah, negatif tujuh peratus, dan situasi negara kita bukan melibatkan negara kita semata-mata. Kalau kita lihat pula negara-negara lain, kita ambil contoh Indonesia, juga defisit begitu lama. United States negara terkaya di dunia pernah defisit sampai negatif 9.4 peratus pada tahun 2010, pada tahun 2011 sampai negatif 8.1 peratus dan defisit sampai sekarang. Begitu juga United Kingdom, China juga ada masa dia defisit. Ini semua adalah berpunca daripada senario

ekonomi dunia. Kita tahu bahawa ekonomi dunia berhadapan dengan situasi yang berbeza jika kita banding dengan tahun-tahun sebelumnya. Kemudian dibangkit pula isu mengenai dengan bilakah belanjawan berimbang ini. Kita tahu bahawa dalam kita menyediakan Rancangan Malaysia Kesebelas, kita membuat pengurusan kewangan, kita buat projection kita dan kita telah target pada tahun 2020, kita akan dapat negatif 0.6 peratus. Kalau kita lihat daripada standard antarabangsa, minus satu peratus itu pun adalah dianggap sebagai berimbang. Jadi kita harap kita akan dapat memperoleh negatif 0.6 peratus. Kemudian dibincang pula mengenai dengan kenaikan hutang kerajaan. Kenaikan hutang kerajaan ini mesti dilihat dalam konteks keperluan, Tuan Yang di-Pertua, keperluan negara. Kita berhutang untuk tujuan apa? Adakah kita berhutang semata-mata untuk kita berbelanja ataupun kita berhutang atas tujuan kita hendak memperkukuhkan ekonomi negara kita? Jadi dalam situasi ekonomi yang begitu tidak pesat pembangunan dunia tersebut, kita memerlukan kepada kita berhutang. Kalau kita lihat daripada segi hutang negara kita, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa hutang negara kita sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain, tidaklah begitu tinggi. Saya biasa memberitahu bahawa hutang negara Singapura umpamanya, RM1 trilion. Kita masih rendah lagi berbanding dengan Amerika Syarikat sampai RM81 trilion. Apa yang penting kita lihat dalam konteks bila kita cakap berhutang, konteks hutang nisbah kepada GDP. Kita masih lagi di bawah 55 peratus walaupun dalam akta, bagi hutang dalam negeri, ia mestilah tidak melebihi 55 peratus, manakala hutang luar negeri tidak melebihi daripada RM35 bilion.

Akan tetapi oleh kerana kita berwaspada dan berjaga-jaga maka kita kumpulkan hutang dalaman dan hutang luaran itu disatukan dan ia tidaklah boleh lebih daripada 55%. Itu dari segi strategi...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Beruas bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh saya minta penjelasan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi dikatakan hutang Singapura sangat tinggi sampai 1 trilion. Akan tetapi itu adalah berbeza dengan hutang kita kerana hutang negara kita mesti bayar bunga ke atas jumlah hutang. Akan tetapi di Singapura, orang hendak simpan di Singapura tanpa bunga. Jadi maksudnya mereka kalau ada interest free loan, memang mereka terima dan tidak ada tanggungan. Jadi boleh jelaskan memang hutang kita ini membebankan tetapi di sana tanpa bunga, hutang banyak-banyak pun tidak apa, simpan untuk dapat duit, guna untuk pinjam kepada orang lain.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama boleh tidak, sedikit?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak beri jalan lagi Yang Berhormat Menteri?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Boleh? Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan persoalan yang sama. Saya pandang di mana kos membayar hutang negara semakin tahun semakin membebankan. Tahun ini kita kena bayar RM23.5 bilion dan tahun depan dijangka naik sehingga RM26.6 bilion. Ini merupakan satu peningkatan, tiap-tiap tahun meningkat jumlah kos membayar hutang negara. Oleh sebab itu persoalan saya adakah cara pengurusan fiscal economy kementerian akan membawa Malaysia ke kancah kemusnahan? Is it sustainable? That is the issue. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak beri lagi Yang Berhormat?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, setuju atau tidak bila kita bandingkan dengan hutang yang dikatakan hutang Singapura bahawa sebenarnya dalam perkiraan hutang Singapura itu termasuklah hutang CPF ataupun EPF dia, version dia. Maknanya kita tidak boleh kira CPF kalau kita tolak CPF daripada isu hutang Singapura, sebenarnya hutang dia jauh lebih kecil daripada hutang negara Malaysia. Setuju atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua, saya baca dahulu ya. Dalam konteks hutang ini saya tadi menyentuh tentang Singapura. Kalau kita lihat hutang negara-negara lain, hutang kita pada tahun 2015 dia dianggarkan RM627.5 bilion. Singapura RM1.2 trilion, India RM6 trilion, Jepun RM34 trilion, China RM20 trilion, RM81 trilion. Saya tadi tidak hendak membuat perbandingan semata-mata dengan Singapura tetapi kita lihat keadaan yang saya kata defisit itu telah berlarutan. Kemudian kita lihat dari segi peratusan. Peratusan hutang kita adalah 54%, Singapura 98% nisbah hutang dengan KDNK, India 65%, Jepun 245%, China 43.2%, US 104%, UK 88%. Kalau kita ambil Greece, negara yang kedudukan kewangannya berat 197%. Manakala kalau kita lihat di situ, keadaan hutang negara kita tidak setinggi dari segi jumlah dan juga dari segi nisbah kerana nisbah itu kalau nisbahnya sudah tinggi macam kita ambil US umpamanya sampai 104.9% daripada KDNK bermakna hutangnya lebih besar daripada KDNK. Tadi Yang Berhormat mengatakan tentang hutang di Singapura. Sebenarnya Yang Berhormat cakap tadi ialah deposit, letak deposit dalam bank ada yang pinjam daripada bank, dapat 0% itu di Amerika pun 0%. Ini bila kerajaan pinjam, dia ada yang ada interest dan sebagainya. Kemudian mengenai dengan fiskal tadi, saya telah nyatakan kalau kita ambil dari segi rating agency punya kedudukan, dia menilai kita, rating agency menilai kita, maknanya dia menilai kita dari segi negara kita mendapat rating yang tinggi. ‘A minus positive’. Maknanya mereka melihat bahawa negara kita berhadapan dengan pengurusan kewangan yang betul. Maknanya kita kurangkan hutang. Memang kita akan bayar lebih tetapi apakah itu merupakan kemampuan atau tidak. Tadi Yang Berhormat menyatakan bahawa pinjaman daripada CPF. Begitu juga negara kita. Kerajaan ada pinjam dari EPF dan badan-badan yang lain. Maknanya dari segi struktur pinjaman tersebut adalah sama sebenarnya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa apabila Menteri Kewangan hendak buat perbandingan Malaysia dengan Singapura, perlu mendapatkan fakta yang betul kerana di Singapura, kerajaan itu diwajibkan untuk mengeluarkan bon kerajaan supaya CPF boleh membeli bon kerajaan. Bukan kerana kerajaan Singapura mesti pinjam duit daripada pasaran kerana setiap tahun mereka ada bajet surplus, bukan seperti di Malaysia di mana kita ada bajet defisit. Jadi saya rasa sebagai seorang Menteri Kewangan, you have to understand this fact. The Singapore government is not issuing bonds because it needs to borrow money. It is issuing bonds because it is a statutory requirement for CPF to invest in Singapore bonds. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang mengelirukan Dewan ini apabila perbandingan itu dibuat dengan tidak betul.

[Dewan riuh]

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Saya minta Yang Berhormat Menteri tarik balik. Ia mengelirukan.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, kemudian ada isu mengenai dengan contingent liability. Contingent liability, kita tahu bahawa kalau kita lihat dalam konteks falsafahnya, ia merupakan hidden risk. Maknanya hidden risk ini, ia mempunyai satu risiko jikalau contingent liability ini menjadi hutang yang mesti dibayar. Dalam konteks ini kita mempunyai senarai contingent liability, ada 30 lebih kurang. Sebahagian besarnya adalah jaminan yang kita berikan kepada syarikat-syarikat kerajaan termasuk Bank Pembangunan dan sebagainya. Jadi kita membuat kajian bahawa ia tidak merupakan satu risiko yang besar sehingga ia tidak boleh dibayar. Letter of support. Ada soalan mengenai Letter of support. Letter of support ini...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Contingent liability. Soalan senang. Contingent liability sekarang sudah pun meningkat sehingga lebih kurang RM175

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

bilion. So, memang betul ada syarikat-syarikat di sana yang saya lihat di mana tidak merupakan masalah untuk syarikat tersebut bayar balik tetapi banyak juga peruntukan daripada RM175 bilion itu merupakan pinjaman di mana at the end of the day, kerajaan akan terpaksa menanggung pinjaman-pinjaman tersebut termasuklah PTPTN lebih kurang RM25 bilion hingga RM30 bilion. Selepas itu MRT kian meningkat satu tahun kemudian, Syarikat Prasarana yang meningkat RM2 bilion lagi pada tahun lalu sehingga RM12 bilion. So, kesemua perbelanjaan ini yang disembunyikan dalam contingent liabilities sebenarnya merupakan hutang kerajaan yang perlu dibayar pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat itu ya. Ia mesti dibayar. Jadi apa yang kita telah buat Tuan Yang di-Pertua, kita membuat projection jangka panjang. Bermakna ada jaminan kerajaan yang akhirnya kena dibayar oleh kerajaan terutama untuk pembangunan infrastruktur, PTPTN dan sebagainya. Kita telah masuk dalam projection kita untuk jangka masa panjang kerana kita tahu bahawa ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Itu telah kita lakukan. Kemudian berkenaan dengan letter of support...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung dengan contingent liability itu bahawa adanya satu penjadualan yang diambil kira berhubung dengan pembayaran balik atas jumlah jaminan yang kerajaan akan terpaksa bayar. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri maklumkan kepada Dewan ini daripada jumlah yang sebanyak RM175 bilion itu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Mengikut anggaran yang dibuat oleh pihak kerajaan, berapa banyak daripada jumlah itu yang kerajaan akan terpaksa bayar balik dan untuk jaminan-jaminan yang mana. Pasal sudah ada, kalau sudah ada dia punya penjadualan sudah diambil kira dan sebagainya maka semestinya semua maklumat itu sudah ada. Boleh tak Yang Berhormat Menteri tolong maklumkan kepada kita supaya bila kita berhujah tentang soal keadaan dan kedudukan ekonomi negara maka kita akan mempunyai maklumat yang tepat dan lebih betullah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tidak dibangkitkan semasa perbahasan. Jadi maklumat terperinci itu saya tidak bawa. Saya bagi kemudian untuk Yang Berhormat. Mengenai letter of support ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan bahawa letter of support ini dia berlainan dengan jaminan. Letter of support bermaksud bahawa syarikat A lah kata meminjam, jadi kita bagi letter of support, bila syarikat tersebut dengan izin default, bermakna bahawa dia mesti utilise menggunakan seluruh kekuatan syarikat. Maknanya aset tersebut digunakan untuk membayar balik. Katalah tak mampu bayar, kalau kita buat andaian RM100 juta, kita hanya dapat bayar RM70 juta, ada RM30 juta tak boleh bayar. Kemudian Holdings Company, macam dalam konteks 1MDB, ada kita bagi letter of support untuk anak syarikat dia. Dia anak syarikat tak mampu bayar, the Holdings company akan cuba bayar gunakan sampai peringkat akhir. Kalau tak dapat bayar baru datang kepada kerajaan. Berkenaan letter of comfort ini sebenarnya,

[Dewan riuh]

Letter of comfort ini adalah berbeza. Letter of comfort ini maknanya pinjaman diberi dan kerajaan bagi letter of comfort. Maknanya dia tahu bahawa ada pinjaman yang dibuat oleh anak syarikat dia, itu maksud dia. Baik...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya bangun Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya, sebenarnya soalan yang penting yang Dewan ini minta tentang letter of support ialah berapakah exposure keseluruhannya? Sama ada Yang

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Berhormat Menteri tahu atau tidak, adakah dia RM1 bilion, RM100 bilion, RM200 bilion, berapakah letter of support dikeluarkan? Terima kasih.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, benda yang sama. I just want to get it clear Tuan Yang di-Pertua tadi Yang Berhormat Menteri kata kiranya at the end of the day syarikat itu tak boleh bayar, tanggungan itu terletak juga pada kerajaan. Did I hear it right?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, samalah. Bila diberikan letter of support itu, cara yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri macam seolah-olah hendak bayar balik itu selepas syarikat sudah bayar, selepas itu dia punya mother company sudah bayar, barulah kerajaan bayar. Apa yang saya hendak tahu macam dalam kes 1MDB ini, kalau dengan letter of support yang diberi dengan atas jumlah yang begitu besar, adakah diyakini terlebih dahulu bahawa syarikat mampu untuk bayar balik dengan segala aset dan sebagainya yang ada padanya dan memang tidak ada exposure yang sebesar mana yang disebut-sebutkan ataupun bagaimana? Macam mana yang letter of support itu boleh dirasakan lebih selesalah berbanding dengan guarantee itu?

Tuan Yang di-Pertua, bila kita lihat dalam konteks pemberian pinjaman, kalau gerenti dia automatik. Tak bayar, automatik obligasi itu diambil alih oleh pemberi jaminan. Kalau letter of support dia ada konsep senioriti. Bermakna bahawa syarikat yang tidak bayar hutang itu terpaksa mengambil obligasi tersebut dan setelah itu nanti barulah pihak yang beri letter of support itu mengambil alih. [Disampuk] Ya, 1MDB nanti kita bincang kemudianlah. Kemudian dari segi [Disampuk] jumlah saya tidak ada. Nanti saya [Disampuk] Ya, saya tidak ada sini. Okey. Mengenai dengan...

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh bagi undertaking, bagi satu data tentang..

Kemudian saya bagi.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih.

Okey. Mengenai dengan hutang...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Saya punya soalan tadi Yang Berhormat tak jawab lagi.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Letter of support, Ultimately kalau sekiranya semua gagal, bermakna tanggungan itu telah...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Ya? Jadi kalau letter of guarantee , kalau dia ada aset dia perlu jual dispose aset dia. Dispose aset dia, selepas itu baki itu baru kerajaan bayar.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Serupa. It makes no difference.

Dia tak sama. Kalau letter of guarantee, dia bagi gerenti, automatically dia bertanggungjawab sama ada aset ataupun tidak. Kalau letter of support ini setelah kita exhausted sebenarnya. That is the definition. Mengenai dengan hutang, isi hutang rumah, saya ingin menyatakan bahawa household debt ini, hutang isi rumah ya, sekarang ini kita merupakan negara yang tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan terbesar selepas UK, Denmark, Norway, Australia, Kanada dan Ireland ia memang pada kita adalah satu yang kita pandang berat tetapi ingin saya menyatakan di sini bahawa yang penting di sini apakah komposisi hutang tersebut. Komposisi hutang tersebut, pertama, adalah pembelian rumah. Bagi pembelian rumah, dari segi aset atau collateral adalah sebanyak 204%. Maknanya ia lebih besar daripada pinjaman tersebut. Kemudian kita lihat dari segi NPLnya pun begitu rendah lebih kurang 1.2%. Manakala dari segi kenderaan pula, NPLnya adalah

1.1% bermakna bukanlah satu yang kita rasa bimbang mengenai dengan kedudukan hutang rumah tersebut. Perkara yang dibangkitkan seterusnya adalah mengenai dengan isu GST. Isu GST ini pertama, ingin saya jelaskan bahawa saya menganggap bahawa pelaksanaan GST ini sebenarnya merupakan satu kejayaan. Itu sebabnya saya ucap terima kasih kepada rakyat, kepada syarikat-syarikat di Malaysia ini. [Tepuk] Syarikat yang mendaftar sebanyak 393,000. Kemudian kita lihat dari segi hasilnya sehingga November ialah sebanyak RM24.43 bilion. Kemudian dari segi returnnya. Returnnya adalah kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang melaksanakan GST, pada peringkat awal kita merupakan negara yang menerima return yang tertinggi sebenarnya lebih daripada 90%. Maknanya ia satu kedudukan yang begitu baik. Kemudian berbangkit tentang isu mengenai dengan hasil harga kereta naik, saya ingin menjelaskan di sini sekiranya adalah katakan individu..

Yang Berhormat Menteri. Pandan, okay. Depan..

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Kerajaan menjangkakan mengikut unjuran kutipan GST tahun depan RM39 bilion dan itu berdasarkan kepada harga minyak mentah USD48 setong. Tiga minggu lepas, Bank Dunia telah menyemak kembali unjuran harga minyak mentah bagi tahun 2016 daripada USD57 setong asalnya dalam bulan Julai kepada USD52 setong dan jangkaan ialah harga minyak mentah akan terus disemak turun malah, pasaran seperti yang disebut oleh Goldman Sachs dan beberapa bank lain menyasarkan bahawa minyak mentah boleh turun sehingga USD20 setong tahun depan. Dalam ucapan saya, ada satu soalan yang khusus kepada Yang Berhormat Menteri iaitu sekiranya harga minyak mentah jatuh di bawah USD48 setong, iaitu unjuran yang digunakan untuk mendapatkan anggaran pendapatan negara, apakah kerajaan akan menjamin bahawa kadar GST tidak akan dinaikkan tahun depan? Saya mohon Yang Berhormat Menteri jawab pertanyaan tersebut. Terima kasih.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri, Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat Bagan Serai.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Malaysia merupakan antara negara-negara yang akhirlah yang melaksanakan GST setelah 23 dunia melaksanakan GST. Ada di antara negara-negara yang lebih miskin daripada Malaysia, 28 negara yang melaksanakan GST dan juga Malaysia adalah negara yang antaranya meletakkan GST pada tahap 6% yang paling rendah dalam dunia. Saya hendak Yang Berhormat Menteri, ada tidak mana-mana negara yang rakyatnya terseksa dan terdera atau pun negara jatuh bankrupt kerana GST? Saya minta penjelasan?

[Dewan riuh]

Malaysia lah negara itu.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Yang Berhormat Menteri boleh, Kluang.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, berhubung GST juga. Ringkas sahaja.

Hendak jadi Menteri kah?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila. Jangan panjang-panjang, tiada isu baru. Pencerahan untuk dapatkan jawapan daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri sahaja. Ya, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peringatan itu. Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tentang soal GST ini hasil daripada pelaksanaan GST itu setakat ini berdasarkan kepada angka-angka dan kajian yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan, apakah kesan pelaksanaan GST terhadap inflasi yang dialami dan kos harga barang. Dia soal berapa negara yang mengamalkannya dan sebagainya itu tidak penting. Yang penting ialah kesan GST itu ...

Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai

Mana boleh tidak penting pula.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Atas inflasi dan atas kos kehidupan bagi rakyat biasa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya juga mengenai GST. Menurut laporan suku ketiga Bank Negara yang dikeluarkan minggu lepas bahawa pertumbuhan dalam suku ketiga telah merosot dan itu disebabkan atau dikatakan disebabkan pelaksanaan GST dan domestic consumption, permintaan domestik yang berkurangan. Soalan saya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Abdul Wahid bincangkan tentang isu perfect storm di mana pelbagai faktor menjadikan satu krisis yang kita tidak boleh tangani. Adakah kementerian rasa GST akhirnya akan jadi salah satu sebab yang mengakibatkan perfect storm yang kita tidak boleh tangani? Terima kasih.

Saya ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya juga bangkit fasal GST ini. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri berdasarkan kutipan yang kita telah kutip GST tahun ini dan juga unjuran tahun depan RM39 bilion itu, apakah perancangan tentang bagaimana wang itu akan digunakan? Adakah telah ada satu perancangan atau pun telah ada satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan bahawa daripada percentage yang dikutip ini dia akan pergi kepada rakyat, yang rakyat akan mendapat manfaat secara direct. Sebab saya rasa di Singapore mereka ada perancangan begitu. Saya tidak angka tetapi saya telah diberitahu bahawa memang mereka menggunakan wang itu untuk sasarkan khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sebagainya. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah perancangan dan keputusan telah dibuat terhadap perkara itu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali mengenai dengan harga minyak. Kita buat andaian kita USD48 satu tong mentah. Kita tidak tahu sebenarnya dari segi jangka panjang. Ada yang nyatakan bahawa ia akan maintain, ia akan berada pada USD47, USD48, USD50. Kemudian, ada yang kata mengikut kajian tahun 2020 baru akan naik sampai USD50, USD60 satu tong. Di samping itu, ia bergantung juga kepada negara-negara OPEC, mereka bermesyuarat enam bulan sekali. Mereka akan membuat keputusan. Apa yang terjadi sekarang ini oleh kerana permintaan minyak ini kurang berbanding dengan pengeluaran. Jadi, kalau OPEC buat keputusan kata hendak kurangkan pengeluaran akan mengakibatkan harga minyak akan berbeza. Jadi, buat masa ini ia berbentuk spekulasi. Tidak seorang pun yang tahu. Kita dalam kerajaan tidak pernah bincang tentang kenaikan GST. Tidak pernah kita bincangkan, tidak pernah terbuka pun dalam hati kita baik di mesyuarat Kabinet kita bincang tentang kenaikan kadar GST. Jadi, itu kedudukannya. Kedua mengenai dengan ...

Yang Berhormat Menteri, yang fasal kadam tadi kerana ia ada kebimbangan di luar kerana laporan-laporan ekonomi menyebut bahawa untuk membolehkan kerajaan mencapai sasaran defisit dan juga menampung perbelanjaan, kadar GST menjelang 2020 mesti mencecah 10%. Ini adalah laporan yang tersebar luas sejak beberapa bulan yang lepas dan diperkatakan dengan meluas. Jadi, kalau 2020, 10%

maknanya GST akan naik dan saya yakin pihak Menteri sudah tentu ada membincangkan dan juga membuat unjuran untuk empat, lima tahun yang akan datang.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat.

Ini adalah isu yang mahu diketahui oleh rakyat di luar dan saya pasti Menteri boleh jawab dengan baik.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kita ini bukan duduk dalam tunnel vision. Kita tengok luas. Baik Kerajaan kita berbincang, baik dengan MOF, World Bank, rating agencies, consultant, analyst dan sebagainya. Jadi, itu saya kata ada yang membuat andaian begitu negatif. Ada yang positif. Yang saya hendak katakan kerajaan tidak pernah terfikir pun yang kita hendak naikkan GST. Kita tidak berbincang. Apa yang kita buat andaian, kita berusaha pada tahun 2020, kita capai sasaran kita 0.6% defisit. Yang Berhormat menyentuh mengenai dengan hasil GST, apakah kesan ...Baik, menyentuh mengenai dengan kemerosotan ekonomi yang dikaitkan dengan GST, sebenarnya tidak. Kemerosotan ekonomi ini adalah fenomena dunia. Seperti mana saya nyatakan tadi ekonomi kita tidak meleset. Malah kalau kita kata pertumbuhan negara kita, awal lagi kita telah jelaskan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015 adalah antara 4.5% hingga 5.5%. Kalau kita telah capai 5.1% maknanya kalau hendak dapatkan 4.5% bermakna bahawa pertumbuhan suku tahun keempat ia pada kadar 2% lebih. Tidak mungkin itu terjadi. Kalau kita masih capai 4% lebih bagi suku tahun keempat maknanya kita boleh capai dalam 4.8%, 4.9%. Bermakna bahawa lebih daripada anggaran kerajaan. Tahun depan kita anggarkan 4% hingga 5%. Jadi, bukanlah GST merupakan satu faktor yang menyebabkan kemerosotan ekonomi dan saya nyatakan kita tidak ....

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Penjelasan.

...tidak ada kemerosotan bagi negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri, Kelana Jaya bangun.

Kemudian, rakan kita ... Nanti bagi, biar saya selesaikan. Rakan kita daripada ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Belum bagi laluan.

Rakan kita dari Bagan Serai tadi menyentuh tentang negara-negara yang melaksanakan GST 170 buah negara. Maknanya negara-negara ini ada negara yang kaya, banyak negara-negara yang miskin melaksanakan GST. GST merupakan satu perkara yang sudah menjadi lumrah dalam ekonomi negara tersebut. Kita ingatkan balik diri kita. Mengapa kita laksanakan GST? Sebenarnya GST ini adalah Cukai Kepenggunaan. Let us see it straight. Ia adalah Cukai Kepenggunaan. Pada tahun 1950 an, negara Perancis merupakan negara pertama tukar daripada SST kepada GST. Dipanggil di sana VAT. Kemudian diikuti oleh negara lain. Ini perubahannya. Tadi ada rakan menyatakan bahawa kenaikan harga. Adakah kerana GST? Itu sebab saya menyatakan bahawa kita ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan sekarang ada Menteri yang baru. Kita yakin usaha-usaha boleh dijalankan dengan lebih holistik lagi untuk melihat dari segi harga. Harganya dapat dilihat dalam dua konteks Tuan Yang di-Pertua. Satu kalau kita lihat dahulu SST. SST ia ada cukai jualan 5% dan 10%, cukai perkhidmatan 6%. Ada tempat yang ada cukai perkhidmatan, ada cukai jualan. Jadi, 11%. Ada yang sampai 16%. GST 6%. Logik, kita tengok dari segi logik. Logiknya apabila daripada 5% jadi 6% naik 1% patutnya harga. Logik daripada 10% turun daripada 6% jadi 4%, itu logik dia.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua ...

Tunggu, tunggu dahulu biar saya selesai.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fasal tidak payah hendak panjang ...

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Fasal kerana kita sudah bahas benda ini dahulu, kita sudah bahas I just want ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam ...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Soalan saya hendak dapatkan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam sila duduk. Pencelahan ini kalau yang sedang berucap benarkan dan yang berucap duduk dan setelah dipanggil oleh Tuan Yang di-Pertua baru boleh berucap. Sila Menteri.

Jadi isunya ini dibangkitkan oleh rakan kita. Rakan kita bangkitkan isu itu. Sebagai sebuah Dewan yang demokrasi takkan saya tidak boleh jawab soalan tersebut, ini dibangkitkan. Betulkah Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Akan tetapi terdapat kenaikan harga. Jadi di sini yang kita mesti lihat adakah kenaikan harga itu disebabkan import inflation atau cost push ataupun demand pull ataupun dari segi unfair pricing. Jadi dalam soal ini satu kita ada kementerian untuk membuat kajian. Lagi satu saya lihat apabila sekarang ini syarikat telah bagi return dan kita sudah ada databasenya. Saya sendiri lihat database dan daripada situ kita boleh tahu berapa cost of production dia dan berapakah margin yang dikenakan. Kalau margin dia besar makna ada unfair pricing jadi ini yang perlu kita kaji. Saya percaya pihak kastam boleh buat kajian dan melihat apakah harga yang sebenarnya. Kita harap bahawa pada masa akan datang masalah harga ini dapat kita atasi. Kemudian ....

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

GST...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Shah Alam bangun lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Macam itulah Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan dia ialah soal kesan GST terhadap inflasi. Kita faham yang soal 5%, 10%, dahulu bila kita debat pun kita sudah jawab. Sebanyak 5%, 10% atas harga kilang, 6% atas harga runcit, so mana boleh kita buat satu perbandingan yang direct, itu satu silap mata yang dilakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja kita tidak tahu. Akan tetapi pokoknya, 10% and 5% itu is factory price, 6% is retail price so kita tidak boleh buat perbandingan begitu. Hakikatnya soalan yang saya tanya ialah kesan GST terhadap inflasi dan harga ataupun kos kehidupan. Sepatutnya bila sudah dilaksanakan kerajaan mesti stay awaylah buat kajian betul atau tidak. Soal jumlah negara yang laksanalah, apa sejarah mereka dan sebagainya itu semua tidak relevan. The question is dengan izin what is the impact of GST on inflation and the cost of living? That is the question. So saya rasa kerajaan - fasal sebelum ini kita sudah timbulkan

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

mestilah kerajaan bersedia untuk hendak jawab tidakkan tidak buat kajian lagi, tidakkan baru hendak tanya pejabat kastamkah, hendak tanya menteri baru yang dilantikkah dan sebagainya. We want to know the answer, you implemented GST what is the cost? What is the impact?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Soalan yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih. Ini khusus berkenaan dengan dua isu. Pertama khusus berkenaan pelaksanaan GST terhadap inflation. Tadi Yang Berhormat Menteri ada kata soal unfair pricing. Sebagai contoh misalannya prepaid card, apabila telco- telco semua pakat bersama naikkan sebanyak 6% melalui cara apabila sales tax dihapuskan dia gunakan apabila GST dilaksanakan dia naikkan 6%, ini pertama. Apakah tindakan Yang Berhormat Menteri dalam hal ini? Kedua, apabila kita buat analisa berkenaan dengan impak GST ini terhadap rakyat biasa khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah, B40. Ini kerana impak dia adalah besar kerana mereka ada disposable income ataupun pendapatan yang boleh guna, yang agak tipis. Apabila kenaikan perbelanjaan sebanyak RM100, RM200 disposal income akan habis. Jadi berapa peratus daripada RM39 bilion itu datang daripada GST terhadap B40 ini? Saya mohon jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerangkan tentang kastam tadi saya melihat masa depan. Bila kita cakap tentang kadar inflasi saya minta itu adalah di bawah KPDNKK kerana mereka yang buat kadar-kadar inflasi bukan Kementerian Kewangan. Kemudian mengenai dengan top-up tadi telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 Januari rebat akan diberi yang 60 sen itu supaya dapat penggunaan penuh. Kemudian mengenai dengan B40, kita jelas kita tahu kalau kita lihat B40 dalam konteks semua orang berhadapan dengan masalah kos sara hidup, sebenarnya kita tidak melihat menyeluruh. Kadang-kadang kita lihat ada juga yang senang, ada yang susah. Jadi daripada segi kerajaan kita mampu tambah BR1M yang gaji bawah daripada RM1,000 kita bagi tambah RM100 yang lain RM50. Kemudian kita buat keputusan dinaikkan gaji minimum daripada RM900 kepada RM1,000 itu antara perkara yang kita usaha untuk bantu kepada mereka. Ada satu soalan tadi mengenai dengan penggunaan GST tersebut. Kita jelas GST ini masuk dalam consolidated fund sebagai hasil kerajaan. Kemudian bila kita laksanakan bajet, bajet kita ada tiga perkara penting dari segi falsafahnya. Satu untuk memastikan ketahanan ekonomi, kedua, meningkatkan kapasiti - itu yang kita buat memperkukuhkan kedudukan pendidikan termasuk bumiputera, produktiviti. Lagi satu yang ketiganya bantuan – meringankan kos sara hidup. Kalau kita lihat ketiga-tiganya ia menuju kepada sebenarnya kita menjaga kepentingan rakyat. Bila kita kata memperkukuhkan kemampanan ekonomi maknanya kita hendak pastikan bahawa ekonomi itu sentiasa berkembang dan individu- individu akan dapat pekerjaan dan tidak ada pengangguran. Itu membantu mereka. Kemudian dari segi produktiviti yang harus kita tingkatkan, kita menuju kepada sebuah negara maju. Kita mahu bahawa pengeluaran negara kita berteraskan teknologi dan kita perlukan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran. Kemudian bantuan, saya anggap bantuan ada lebih kewangan kita boleh bagi kepada mereka.

Menteri sekejap Menteri. Menteri sedikit Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Sepang bangun.

Terima kasih kepada Menteri. Menteri saya rasa, kalau Menteri hanya menjawab maknanya consolidated fund. Persoalannya di sana adakah satu kawalan bahawa wang ini akan betul-betul sasar kepada seluruh orang miskin. Kalau kita lihat contoh macam negara UK walaupun mereka mengenakan VATkah atau GST dengan kadar cukai yang tinggi tetapi rakyat dapat menerima hasilnya dengan perkhidmatan kesihatan percuma dan sebagainya. Jadi mereka rasa kalau

bayar cukai tinggi pun mereka dapat manfaat. Akan tetapi sekarang ini apa jaminan wang RM39 bilion itu tidak akan digunakan untuk bailout? Apa jaminan that’s why saya hendak tanya, apa jaminan? Kalau yang depan-depan ini minta memang kita tidak boleh jamin pun, lagi kalau yang belakang-belakang itu. Jadi saya ingin supaya kerajaan buat satu polisi supaya kita hendak – sebab apa adakah adil sebagai contoh kita ambil sebab kata Menteri tadi cukai GST cukai kepenggunaan. Makna siapa yang hendak menggunakan, hendak consume dia kena bayar tax termasuk orang yang tidak ada pendapatan, termasuk orang yang pendapatan rendah. Tiba-tiba kalau wang mereka, tidak ada wang terpaksa bayar cukai lepas itu wang itu disalahgunakan. Sebagai contoh KLIA kena repair RM76 bilion ambil duit GST suruh repair. Adakah ini satu yang berpatutan? Jadi sebab itu saya hendak tanya adakah, sepatutnya kerajaan mesti membuat satu polisi, jelas, wang ini berapa percent, 6%kah ini kita akan pastikan rakyat akan dapat manfaat, pendidikan percumakah dan sebagainya. Jadi saya hendak tanya adakah kerajaan bersedia untuk pergi ke arah itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita jelas ya. Apabila kita hendak berbelanja daripada consolidated account itu, kita akan bawa ke Parlimen untuk kelulusan. Bukan boleh kita sewenang-wenangnya dapat GST hendak bail out, itu tak wujud Tuan Yang di-Pertua ya.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.

Tak apa, tak apa. Nanti saya teruskanlah, saya teruskan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Tak apalah, tak apa.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada perkara lain. Kita sudah panjang tentang GST. Saya berpindah kepada cukai ya.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Oh! Ramai yang bising dekat belakang itu. [Ketawa] Bagilah Menteri, sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan cukai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Bagi peluang Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Sila.

Ada soalan bertanya mengenai dengan cukai di mana syarikat SME diturunkan daripada 20% kepada 19% kemudian cukai syarikat 25% kepada 24%. Ini sebenarnya telah diwartakan dan akan mula berkuat kuasa daripada tahun hadapan ini iaitu untuk SME 19% untuk jualan yang bawah daripada RM500 ribu yang pertama dan lebih daripada itu 24% manakala syarikat-syarikat adalah 24% sepertimana yang kita nyatakan. Kemudian mengenai dengan potongan cukai kepada agensi pelancongan, kita memang memberi potongan cukai 100% kepada pengendalian pakej pelancongan dalam Malaysia yang melebih 1,500 dan bagi luar negara 750 pelancong asing. Berkenaan dengan insentif kepada pusat jagaan atau nurseri di tempat kerja, ini memang diberi. Kemudian saya menyentuh mengenai dengan 1MDB, Tuan Yang di-Pertua. 1MDB ini adalah isu yang saya anggap amat penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Amat Berhormat Bagan bangun.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sebelum kita berpindah kepada 1MDB, saya hendak tanya, sungguhpun kita menghargai usaha Yang Berhormat Menteri untuk mempertahankan GST tetapi seperti yang sedia dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa GST

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

memang ada impak negatif ke atas perniagaan. So, daripada segi cuaca atau iklim perniagaan memang saya rasa Yang Berhormat Menteri pun bersetuju bahawa ia telah pun merosot dan kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi yang baru juga, third quarter iaitu di mana pertumbuhan ekonomi telah menurun kepada 4.7%. Sekiranya ia memberi impak sedemikian, apakah langkah yang boleh diambil untuk membantu peniaga-peniaga dan berapa lama kita boleh jangka bahawa keadaan ini akan berlarutan? Saya rasa Yang Berhormat Menteri kena lihat keadaan yang sebenarnya. I think if you go to the ground dengan izin, memang daripada segi perniagaan dan volume nya telah jatuh dan ini adalah berkaitan dengan GST. So, sekiranya perkara ini tidak ditangani, saya rasa keadaan akan berlarutan panjang. Apakah bantuan yang boleh diberikan ke atas peniaga-peniaga tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat daripada konteks GST zero rated, negara kita memberi GST zero rated yang paling besar sekali. Negara lain begitu kecil, negara lain bagi untuk produk-produk eksport dan sebagainya. Jadi banyak yang telah kita bagi dan dalam bajet baru-baru ini pun kita bagi umpamanya daripada segi bidang pertanian katakan. Dulu kita kata yang RM100 ribu dia punya jualan kita bagi flat rate scheme 2% kemudian kita turun kepada RM50 ribu. Maknanya kita begitu fleksibel dan kita tidak boleh semata-mata kaitkan dengan GST seluruhnya itu jatuh. Kalau macam itu kita lihat negara-negara lain yang saya sebut tadi ekonomi jatuh, suku tahun ketiga ini sebahagian besarnya merosot. Kalau kita lihat daripada segi subsektor, ada di sini bidang construction yang kita kata bidang construction rumah ini daripada segi kena GST, kita kenakan input tax jadi harga rumah naiklah sedikit, jadi kita kata “Habislah bidang ini”. Construction sebenarnya menyumbang kepada 9.9% pertumbuhan, lebih daripada suku tahun kedua yang mana 5.6%. Begitu juga manufacturing 4.8%, mining lebih kurang sama sahaja. Services kurang sedikit, services yang kurang adalah daripada segi bidang kewangan, dia kurang sedikit tetapi daripada segi bidang wholesale dan retail trade dia meningkat. Itu saya katakan kalau kita hendak lihat pada ideal situation, makna semua peniaga sihat walafiat. Sebelum ada GST pun ada juga syarikat-syarikat yang tutup dan bankrap. Maknanya yang kita lihat secara holistik kepada negara kita ini. Kemudian kita bercakap tentang 1MDB. Saya berterima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana melihat 1MDB ini lebih dalam konteks penyelesaian kepada persoalan 1MDB, ini yang penting, yang kita bercakap tentang pelan rasionalisasi. Jadi, ditanya tentang apakah itu pelan rasionalisasi. Pelan rasionalisasi ini melihat kepada aset-aset yang dimiliki oleh 1MDB. Satu, kita ada financial asset. Ini yang berada di Aabar lebih kurang RM3.9 bilion dan telah dipersetujui oleh IPIC untuk mereka bayar. Itu yang saya kata yang kita letak itu finance asset liquidation, kita jangka lebih kurang RM14 bilion. Ia berdasarkan kepada sekarang ini ada RM3.5 bilion di situ yang dipinjam, yang akan diambil alih oleh IPIC dan mereka telah pun membayar faedah, telah mula membayar faedah pinjaman tersebut. Kedua, kita lihat kepada Edra yang kita masih dalam proses tender.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Sebelum Edra boleh?

Nanti. Masih lagi dalam proses tender kemudian kita lihat kepada Bandar Malaysia dan kepada TRX. Ini adalah aset- aset utama.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Aset di Pulau Pinang itu ada lebih kurang RM1 bilion, itu aset yang kita tidak harap selesai sekarang. Jadi, dengan penyelesaian ini insya-Allah kita dapat membayar hutang.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya Utara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai isu rationalization, isu di mana IPIC telah pun bersetuju untuk mengambil alih pinjaman sebanyak USD3.5 bilion dan juga faedah- faedah berkaitan dengannya dan bahawa IPIC telah pun menghulurkan advance sebanyak USD1 bilion kepada 1MDB dalam perkara ini. Bukankah perkara ini belum lagi diselesaikan kerana persetujuan antara 1MDB dengan IPIC adalah bahawa IPIC hanya akan mengambil alih jika pada 30 Jun tahun depan, 1MDB tak dapat memindahkan aset bernilai sekurang-

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

kurangnya jumlah saya agak lebih daripada USD4 bilion kepada IPIC. So maksudnya apa yang dibuat oleh IPIC sekarang hanya adalah menghulurkan satu advance ataupun pinjaman sahaja. Kalau 1MDB tak mampu bayar balik bulan Jun tahun depan dalam perjanjian, kerajaan pun telah pun indemnify IPIC. Maksudnya apa yang telah pun dibayar oleh IPIC, kerajaan terpaksa bayar balik. So, perkara ini tidak menyelesaikan ataupun belum menyelesaikan masalah bagi 1MDB lagi. Itu nombor satu. Nombor duanya ialah Edra. Kita faham bahawa Edra sekarang tengah dijual kepada pihak ketiga sama ada TNB atau konsortium luar negeri, tak tahu lagi. Akan tetapi, yang diketahui, apa yang disebut dalam pasaran ialah TNB telah pun buat bid lebih kurang RM8 bilion dan konsortium luar negeri RM10 bilion dan oleh kerana ia dijual dengan harga katakanlah RM10 bilion, dengan hutang berkaitan RM8 bilion, 1MDB akan dapat mengurangkan beban hutang berkaitan dengan IPP sebanyak RM18 bilion. Itu perkara baik kecuali 1MDB telah pun membuat pinjaman sebanyak RM23 bilion untuk membeli aset-aset ini bersama dengan tanggungan seperti apa yang saya katakan tadi RM8 bilion. Maksudnya jumlah hutang berkaitan dengan IPP adalah RM31 bilion. Kalaupun kita jual RM10 bilion dan tak ada lagi RM8 bilion, masih ada hutang RM13 bilion dalam buku 1MDB. Macam mana nak jelaskan ataupun jelaskan hutang ini tanpa apa-apa aset lagi yang dalam buku 1MDB mengenai sektor tenaga? Minta penjelasan.

Yang Berhormat Menteri, celah sedikit. Soalan yang sambungan kepada Edra ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kota Marudu mengenai keputusan. Beliau sendiri nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan hak pegangan ekuiti sebanyak 49% bagi membenarkan 1MDB melupuskan 100% aset-aset penjana bebas ini kepada konsortium luar negara seperti yang dirujuk oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi yang menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga TNB. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan melalui surat yang telah saya dedahkan pada hari ini daripada Suruhanjaya Tenaga kepada Kementerian Kewangan yang membenarkan had ekuiti itu dilupuskan? Oleh kerana ini bermakna buat kali pertama dalam sejarah negara kita, kerajaan membenarkan syarikat asing 100% menguasai aset-aset penjanaan elektrik. TNB telah menyatakan rasa tidak puas hati, malah saya pasti kementerian sendiri tahu kesan ini besar kepada industri penjanaan elektrik dan juga keselamatan dan kelangsungan bekalan di elektrik di negara kita. Penjelasan yang saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri ialah apabila ditawarkan RM10 bilion dan dihapuskan had pegangan ekuiti itu dan perjanjian-perjanjian PPA yang akan diperbaharui dalam 1-2 tahun akan datang, apakah kerajaan tidak merasa takut semasa dirundingkan balik nanti, PPA itu akan dimasukkan dengan tarif yang lebih tinggi untuk mendapatkan balik RM2 bilion yang dibayar lebih daripada yang ditawarkan oleh TNB sekarang kerana RM8 bilion itu memang diterima pakai oleh pasaran sebagai harga pasaran sekarang. Penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, last.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Isu IPAID. Sini. Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Gopeng dulu.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Khususnya berkenaan dengan perjanjian antara IPIC dengan Menteri of Finance Incorporated dan juga 1MDB. Berkenaan yang seperti mana Yang Berhormat Petaling Jaya Utara sebutkan tadi. Ada tiga perkara di mana IPIC akan ambil alih. Yang pertama, USD3.5 bilion pinjaman, kedua USD1 bilion yang advance kepada 1MDB dan ketiga, kos untuk uruskan USD3.5 bilion pinjaman tersebut yang sebanyak USD480 juta yang keseluruhan kos tersebut USD4.98 bilion. Di mana 1MDB ataupun Ministry Of Finance Incorporated berjanji akan bayar balik kepada IPIC secara aset, jumlah lebih kurang RM20 bilion. Apakah aset-aset tersebut yang disebutkan yang harus diselesaikan pada bulan Jun 2016 ini secara spesifik? Apakah aset-aset tersebut?

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin dengan Yang Berhormat Menteri

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Kewangan untuk memperbetulkan apa yang telah disentuh tadi. Tidak, saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan dan mengatakan bahawa pihak kementerian tidak setuju dengan pandangan yang telah disampaikan oleh pihak MOSTI.

[Dewan riuh]

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air · Kota Marudu

Ini...

Itu dilaporkan oleh Utusan.

Itu adalah...

Yang Berhormat Menteri, Utusan sendiri- kecuali akhbar UMNO berbohong.

Tiada, tiada. Surat khabar...

Itu laporan dalam Utusan, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kena saman Utusan.

Surat khabar buat anggapan Tuan Yang di-Pertua. Tiada.

Sila saman Utusan kerana itu laporan Utusan.

Surat khabar yang membuat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri, cukuplah, cukuplah. Yang ada ini faham. Ya.

Keputusan kementerian dan kementerian punya pandangan sama dengan yang dipersetuju pandangan ST.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Itu laporan Utusan Yang Berhormat Menteri.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Menteri. Ya, sila.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, last one.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Berhubung dengan 1MDB juga ya. Baik, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila, sila.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasihlah bahawa sekali lagi Yang Berhormat Menteri mengakuilah bahawa 1MDB ini merupakan satu masalah besar.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Di mana Yang Berhormat Menteri tadi dalam mukadimah dia telah menyebut dia cukup berterima kasih kerana perbahasan ini adalah menuju kepada persoalan menyelesaikan masalah ini melalui satu rasionalisasi. So, nombor satu saya ucapkan tahniah kerana berani untuk mengakui bahawa 1MDB ini adalah satu masalah yang oleh kerana masalah ini, maka terpaksalah terlibat di dalam bermacam-macam exercise rasionalisasi yang mana di antaranya Yang Berhormat Kota Marudu pun mengakui. Termasuk persoalan membenarkan syarikat asing memiliki hingga 100% syarikat-syarikat jana kuasa elektrik di negara kita ini. So, ini merupakan satu masalah yang saya melihat rasionalisasi dan penyelesaiannya baguslah. Kita kata okeylah, semua hutang dapat bayar, semua selesai. Akan tetapi akhirnya, kosnya adalah kos yang akan dibebankan ke atas kerajaan dan ke atas rakyat. Ini bukan satu persoalan yang remeh. Kalau kiranya IPP dimiliki dengan 100% oleh syarikat-syarikat asing. Ini merupakan satu masalah yang besar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Soalan, soalan.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Satu persoalan sekuriti. Hari itu dia cakap tentang soal security of food supply, ini energy yang mana, dengan izin Tuan Yang di- Pertua, they can hold us at ransom. Lalu ini merupakan satu masalah yang ditimbulkan oleh 1MDB. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri sendiri, tidakkah mereka- mereka yang terlibat patut dikenakan tindakan kerana telah menjerumuskan negara dalam satu keadaan yang amat mencemaskan?

Tuan Yang di-Pertua, pada saya, Tuan Yang di-Pertua, perkara yang merupakan persepsi, isu ini, kita sebenarnya dalam Parlimen ini kita telah melantik daripada pihak sana, pihak sini, Jawatankuasa Akaun Negara. Let’s be serious lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat .

Jadi, bila perkara ini kalau kita bincang ini tidak selesai. Akhir akan selesai di bawah Mesyuarat PAC itu nanti dengan Laporan Ketua Audit Negara. Akan tetapi isu yang dibangkitkan tadi ya, satu mengenai dengan dari segi swap tadi Tuan Yang di-Pertua. Di antara pinjaman USD3.5 bilion dengan aset, apa asetnya. Itu saya katakan tadi aset yang ada di bawah Aabar. Aabar ini adalah anak syarikat daripada IPIC 100%, ada RM3.9 bilion. Kemudian yang kata Yang Berhormat tadi RM1 bilion. RM1 bilion itu sebenarnya adalah yang dibagi sebagai investment asset hari itu, investment paper itu yang telah dibayar sebenarnya melalui BSI dengan Deutsche Bank. Maknanya, aset itu adalah mencukupi dan aset inilah yang akan digunakan.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

[Bangun]

Kemudian mengenai dengan 49% ini ya, pihak 1MDB dalam proses untuk membuat keputusan. Satu, kita bercakap tentang hutang RM42 bilion, ini kita bangkitkan. Adakah kita hendak selesaikan hutang RM42 bilion atau tidak?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita hendak tahu kenapa kita berhutang.

Ya. Jadi, kita hendak ini atau tidak. Okey, kita hendak cari penyelesaian. Bila kita hendak cari penyelesaian, bila kita buat tender tersebut, tender itu adalah tender antarabangsa. Itu yang kita buat ya.

Setelah kita buat tender antarabangsa, apakah keputusan yang mesti kita buat? Adakah keputusannya kalau syarikat itu tawar baik kita bagi yang lain? Ini akan tentunya akan mencemar imej negara kita Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Nantilah, biarlah selesai yang ini.

Boleh mencelah selepas ini.

Saya cakap dahulu. Pasal apa tidak hormat orang?

[Dewan riuh]

Saya tengah bercakap.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jawapan Yang Berhormat Menteri tidak seolah-olah menghormati.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam. Tidak boleh begini Yang Berhormat Shah Alam. Yang lain diam ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Saya setiap kali Ahli-ahli Yang Berhormat hendak bercakap saya bagi ruang, saya duduk. Ini saya tengah bercakap Yang Berhormat mencelah. Kita kena jaga imej kita. Rakyat pandang tinggi kepada Ahli Parlimen tetapi Yang Berhormat berperangai macam ini. Saya serius.

[Tepuk] Saya kalau ikut Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut dalam standing order, Menteri boleh pilih tidak menjawab. Saya jawab. Saya tahu perkara ini adalah perkara untuk kepentingan negara. Jadi sekarang ya, satu. Kemudian kita cakap tentang keputusan itu dalam proses dibuat sama ada bagi kepada pegangan asing ataupun kita. Jadi dalam soal ini sebelum kita buat tender, kita telah pun membuat kajian kita. Antara kajian kita bahawa kita mesti pastikan bahawa kedaulatan negara kita ini terjamin. Satu, siapakah yang berkuasa untuk pastikan, katalah pelabur asing masuk. Adakah dia akan memusnahkan kedaulatan negara kita? Adakah dia berkuasa? Akhirnya yang berkuasa ialah Energy Commission. Kita ada lima sahaja IPP yang terlibat dengan Edra. Lima sahaja, yang lain di luar negara. Jadi yang lima ini satu tahun 2016 akan tamat, kalau dia buli kita Energy Commission tidak akan sambung lagi concession. Yang lagi satu 2021, 2023, 2026, dan 2033. Jadi itu kuasa daripada kita, dari segi kadar kepada kita. Kita akan menentukan power purchase agreement, kita yang tentukan. Kita telah buat kajian seandainya pergi pada luar negara, adakah perkara ini satu perkara baru hanya melibatkan negara kita? Pertama sekali, pegangan dari segi energy nombor satu adalah Malakoff 25%, Edra hanya 14%. Kita lihat di negara lain, di Singapura YTL International mempunyai 100% pegangan yang berkapasiti 3,100 megawatt kemudian ada syarikat di China, di Thailand ada, pegang 90% pegangan dalam syarikat dan di Australia dan Indonesia, malah di sesetengah negara sampai di Bangladesh umpamanya 85% daripada mereka yang memegang konsesi IPP ini adalah di luar negara. Ini bukan satu-satu yang unik bagi negara kita, ini adalah satu yang biasa di peringkat antarabangsa. Makna kita sudah jangka itu semua kita tunggu keputusan yang dibuat oleh 1MDB nanti.

Menteri...

Kemudian Tuan Yang di-Pertua....

Sedikit sahaja, sedikit sahaja....

Sudahlah, sudahlah...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Menteri ini tidak jawab soalan.

Jadi kita teruskan. Saya ingat boleh bangkit dalam PAC.

Sebab ia keputusan yang besar Yang Berhormat Menteri.

Last. Baik Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa perkara ini dibida mengikut kontrak antarabangsa. Kalau ditolak, maka ia akan memalukan negara. Akan tetapi bukankah semasa bidaan ini terbuka dan dokumen bidaan itu diberikan, semasa itu had 49% ekuiti masih lagi berkuat kuasa. Maknanya semasa bidaan ini dibuat, sepatutnya secara automatik apabila bidaan daripada Konsortium China dan Qatar itu 100%, ia telah melanggar had bidaan dan kalau ikut amalan tender biasa, sepatutnya automatik terbatal kerana tidak mengikut peraturan bidaan. Kenapa kerajaan perlu menulis surat dan ini ada conflict of interest, dengan izin apabila Kementerian Kewangan menulis surat kepada Suruhanjaya Tenaga meminta supaya dibatalkan had ekuiti, itu yang pertama. Yang kedua, saya juga hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Menteri jawab bahawa ini tidak ada kesan kepada kedaulatan negara dan lain-lain. Saya mohon Menteri duduk dengan pengamal dan juga syarikat-syarikat yang berada di dalam industri tenaga kita kerana saya pernah juga bertugas di dalam GLC dan bersaing dengan syarikat- syarikat China di peringkat antarabangsa. Mereka mempunyai struktur kos yang jauh lebih murah kerana subsidi daripada kerajaan mereka. Apabila mereka masuk, mereka sekarang mempunyai IPP di Malaysia. Apabila ada IPP di masa akan datang, kontraknya itu perlu juga dibuka kepada konsortium bukan negara ini, konsortium asing ini. Apabila TNB, Malakoff dan syarikat-syarikat tempatan lain terpaksa bersaing dengan Konsortium China yang kos dan kewangannya jauh lebih kukuh daripada TNB, sudah

tentu harga mereka lebih murah, pekerja mereka dibawa dari China, kepakaran daripada China yang menyebabkan dalam lima ke 10 tahun lebih banyak IPP yang akan dapat dimenangi bidaannya oleh mereka, menyebabkan sekarang mungkin tidak, tetapi 10-15 tahun akan datang, kuasa dan pengaruh TNB sebagai syarikat negara itu makin berkurangan dan itulah yang membimbangkan kita, 10-15 tahun akan datang industri elektrik di negara ini akan dikawal dan dikuasai oleh syarikat asing.

[Dewan riuh]

Takkanlah Ahli-ahli Yang Berhormat BN tidak nampak perkara ini?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya bagi seorang sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya proses ini proses yang transparent, full governance. Saya minta maaf Yang Berhormat, dalam konteks negara China itu satu kajian kita Yang Berhormat. Kemungkinan berlaku? Banyak negara lain syarikat China pergi tak berlaku. Kita bersetuju yang ini pun hanya one-off sahaja. Isu terakhir Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan BR1M...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara penting. Saya ada tanya soalan 1MDB pasal Singapore itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Yang Berhormat Sepang ini kawan saya, selepas ini kita jumpa luar.

Tidak boleh.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Tidak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri hendak meneruskan jawapan.

Boleh?

Tidak ada Singapura, tidak timbul yang itu.

Saya ada tanya, saya ada bangkit dalam debate, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan BR1M Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan...

Tidak jawab soalan Tuan Yang di- Pertua.

...Supaya BR1M ini diberi dalam bentuk debit kad, ini sedang kita kaji Tuan Yang di-Pertua. Makna kalau ada kesesuaian nanti, kita akan buat. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, minta belah bahagi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4) saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Dewan berbelah bahagi]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk Ahli Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sila ambil tempat masing-masing. Ini Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita saya umumkan belah bahagian yang kita kendalikan sebentar tadi. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang ialah 128 orang [Tepuk] . Dan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua 74 orang [Tepuk] . Keputusan ini bermakna bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ada undi rosak kah?

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, bertenang Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila teruskan, sila. [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh dua bilion ringgit (RM52,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2016, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 42 Tahun 2015, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 17 November 2015.

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.03 malam]