Dewan Rakyat · 14 March 2017
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 596 turns · 65,896 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, apakah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga gula sebanyak 11 sen kepada RM2.95 sekilogram berkuat kuasa 1 Mac 2017 baru-baru ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, bekalan gula mentah atau raw sugar bagi Malaysia, 100 peratusnya diimport daripada luar negara. Oleh yang demikian, kenaikan harga gula yang baru-baru ini diumumkan oleh kementerian saya sebanyak 11 sen daripada harga yang dahulunya diwartakan pada bulan Oktober tahun 2013 ada kenaikan daripada RM2.84 naik 11 sen kepada RM2.95 pada 1 Mac 2017. Ini adalah berpunca daripada faktor pertama tentang kenaikan harga import gula mentah itu sendiri yang dahulunya pada tahun 2013 berharga, USD0.15, 1 Pound yang mana ketika itu nilai ringgit bersamaan dengan RM3.20 = USD1 dibandingkan dengan baru-baru ini sebanyak USD0.21 per pound manakala nilai ringgit RM4.46. Maka bermakna harga import itu sendiri sudah pun naik bertambah daripada perkiraan kita hampir 100 peratus harga mentah yang kita import daripada luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Soalan tambahan saya, apakah kesan kenaikan harga gula kepada industri makanan dan juga minuman di Malaysia? Sejauh manakah ia memberi kesan kepada pengguna keseluruhannya? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sabak Bernam, cuma, hendak laju sangat. Belum sempat saya mempersilakan sudah bertanya. Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, seperti yang saya maklumkan tadi harga yang kita umumkan kenaikannya adalah 11 sen satu kilogram. Kalau kita kirakan dari segi kenaikan peratusannya, hanyalah 3.8 peratus sahaja daripada harga yang telah pun diumumkan awal pada tahun 2013. Ini bermakna 3.8 peratus satu kilogram ini tidak memberi banyak kesan kepada keseluruhan makanan yang diperbuat daripada gula. Kerana kalau kita bandingkan daripada keseluruhan makanan-makanan yang dibuat, peratusan 3.8 peratus yang digunakan bagi satu kilogram itu adalah merupakan satu peningkatan yang paling minimum yang telah pun kita uruskan.
Cuba kita perhatikan daripada keseluruhan makanan yang diperlukan dalam negara kita. Sepatutnya kita mengurangkan penggunaan gula itu sendiri. Kalau kita dapat mengurangkan penggunaan gula yang mana dicadangkan oleh WHO iaitu World Health Organization, hanya lebih kurang sembilan kilogram setahun kegunaannya bagi setiap individu. Maka bermakna jumlah yang sekarang Malaysia gunakan, sebanyak 25 kilogram average setahun. Ia merupakan satu jumlah yang agak besar. Kalau kita turunkan penggunaan peratusan gula dalam semua makanan kita dengan penambahan peratusan sebanyak 3.8 peratus itu, ia tidak memberi kesan yang agak besar dari segi peratusannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Di kawasan pedalaman harga gula bukan RM2.95 tetapi RM3.20 termasuk di Kelantan. Jadi saya ingin tahu, kesan kenaikan harga gula antaranya berpunca daripada penurunan nilai ringgit berbanding dengan mata wang asing. Ini kerana kebergantungan bahan mentah kita daripada luar.
Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada negara luar. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan atau mempromosikan penggunaan gula stevia, gula herba yang lebih sihat dan lebih baik untuk rakyat negara kita.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang dah kena kad merah dah. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak jelaskan semula kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, keseluruhannya kita import 100 peratus seperti yang saya jawab tadi adalah kenaikan harga mentah itu sendiri sudah pun naik daripada 15 sen US 1 paun, naik sehingga 21 sen, US 1 paun. Tambahan pula dengan kenaikan atau kejatuhan harga nilai ringgit itu sendiri, maka menyebabkan keseluruhannya harga itu naik dan oleh kerana kita import 100 peratus, memang benarlah kalau kita dapat menggunakan kaedah-kaedah yang lain atau mengurangkan penggunaan gula, ia dapat mengurangkan jumlah import gula dalam negara kita. Keduanya, tentang harga yang dijual di kampung-kampung. Mungkin Yang Berhormat silap faham. Dia ada dua sebenarnya di sini. Satu ialah gula kasar yang kita jual berharga RM2.95 manakala yang satu lagi yang gula pasir yang begitu halus itu dijual lebih kurang 10 sen, ke 15 sen tinggi lagi daripada harga gula yang kasar. Jadi Yang Berhormat kena tengok dulu, perhatikan gula yang mana, nanti silap memaklumkan kepada saya. Sebenarnya yang kita umumkan adalah jualan runcit gula kasar, itu yang kita buat selama ini. Jadi cadangan Yang Berhormat itu, insya-Allah kalau kita boleh kurangkan penggunaan gula dan menggunakan kaedah yang lain seperti stevia dan yang lainnya, insya-Allah kegunaan gula boleh dikurangkan dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap kehadiran pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik ke negara kita. Apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap bantahan kumpulan aktivis liberal tertentu dan lain-lain atas kehadiran Dr. Zakir Naik, tidakkah ini telah menceroboh hak dan tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi? Apakah pihak kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan ini yang sebenarnya boleh mencetuskan ketegangan kaum yang boleh membawa kepada konfrontasi antara agama.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama bagi persekutuan dan hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri melalui Butiran 1 Senarai 2, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Maka semua penceramah dan juga pihak-pihak yang berkaitan termasuk juga penceramah dari luar negara perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama negeri dan mendapat tauliah sementara daripada Pejabat Mufti iaitu pejabat mufti negeri serta pihak keselamatan sebelum sesuatu ceramah dilaksanakan. Pada pendakwah yang
hendak berdakwah di negara ini, tidak dibenarkan mempromosikan perpecahan kaum dan tapisan keselamatan dilakukan kepada penceramah serta mereka yang terlibat. Dalam waktu yang sama, kerajaan sentiasa menggalakkan penceramah yang bersesuaian dan telah dikenal pasti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Dr. Zakir Naik merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia malah Malaysia pernah mengiktiraf Dr. Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2013 berdasarkan kepada ketokohan beliau dalam keilmuan yang dimiliki. Tokoh perbandingan agama ini sangat dihormati, mementingkan hujah-hujah ilmiah dan akademik serta fakta-fakta yang tepat dengan merujuk kepada sumber asli sesuatu agama dalam setiap ceramahnya. Ceramah yang dijalankan juga langsung tidak mempromosikan perpecahan dan perbalahan malah setiap ceramah beliau sering dihadiri oleh tokoh-tokoh dalam kalangan bukan Islam. Kerajaan daripada semasa ke semasa terus melaksanakan pendekatan berhikmah dalam memberikan penerangan dan penjelasan serta melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berdasarkan akta dan undang-undang yang telah sedia ada. Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah-langkah penerangan yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang mempersoalkan kehadiran penceramah ini kerana ianya telah melibatkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam negara ini yang boleh menimbulkan keresahan yang boleh menjejaskan dan menggugat keharmonian beragama di dalam negara. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Bachok.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, Islam adalah agama yang mempromosi perdamaian. Islam juga agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Oleh kerana itu, Islam sebagai agama hujah sepatutnya diberi ruang untuk diketengahkan kepada semua masyarakat. Soalan saya ialah, bagaimana pihak JAKIM sendiri, adakah akan menganjurkan dialog antara agama bagi menjelaskan tentang Islam ini kepada semua rakyat dalam negara kita.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sebagaimana yang sehubungan dengan soalan tambahan sebentar tadi, suka saya menjelaskan bahawa sememangnya kalau menjawab langsung kepada soalan dialog-dialog tentang kepelbagaian agama ini sering dilaksanakan bukan hanya oleh agensi-agensi agama bahkan ada agensi-agensi lain yang turut bersama. Mengambil contoh bahawa selain daripada JAKIM, selain daripada Majlis-majlis Agama Jabatan Agama, termasuk juga daripada peringkat Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah pun melaksanakan pendekatan-pendekatan dialog ini. Bahkan dialog ini disertai bersama oleh yang bukan Islam termasuk daripada pihak gereja, daripada kuil, daripada biara yang duduk bersama dan lazimnya kita membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan persamaan di sudut akhlaknya, budi bicaranya termasuk dalam hal yang berkaitan dengan membina masyarakat harmoni dan juga yang ada di dalam values utama dan baik yang ada di dalam ajaran agama masing-masing. Dialog-dialog ini berjalan dengan cukup baik dan berkesan dan kebanyakan kita tumpukan dialog yang seperti ini di peringkat pelajar-pelajar pengajian tinggi di IPT-IPT dan juga termasuk IPTA dan juga IPTS bagi menjelaskan kepada kalangan-kalangan ataupun golongan-golongan generasi muda yang bakal esok mengambil alih negara yang mereka ini memahami bahawa di antara hal-hal yang berkaitan sensitiviti dan juga hal-hal yang berkaitan ke arah untuk lebih mempromosikan semangat kesepaduan dan perpaduan di dalam masyarakat. Jadi dalam erti kata yang lain, boleh saya simpulkan bahawa memang usaha-usaha yang seperti ini berjalan secara harmonis dalam masyarakat bahkan kementerian kalau boleh saya sebutkan, Kementerian Perpaduan juga telah pun menganjurkan kepelbagaian program-program yang mencantumkan peringkat-peringkat pimpinan agama dalam negara daripada gereja, daripada masjid, daripada jabatan agama dan sebagainya untuk membincangkan ke arah membangunkan negara yang lebih harmoni. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih. Apakah pada pandangan Yang Berhormat, sebab-sebab yang menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir masyarakat Malaysia sedangkan ceramah Zakir Naik ini tidak pun mencabar atau menghina agama lain yang ada di Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Kalau dihimpunkan apakah sebab-sebab yang menyebabkan kerana mungkin barangkalilah sebab-sebab tanggapan-tanggapan, penolakan kepada kehadiran Dr. Zakir Naik ini ialah kerana mungkin kita tidak mendekati ataupun tidak pernah bersama di dalam majlis-majlis yang telah beliau anjurkan. Sebab sebagaimana yang telah saya sebutkan di awal tadi bahawa Dr. Zakir Naik lebih mempromosikan soal menjaga kesepaduan dan tidak pernah berlaku dalam majlisnya berlakunya sesuatu rusuhan, penolakan dan sebagainya. Akan tetapi beliau telah lebih mengambil pendekatan untuk memahami isi kandungan kitab-kitab ajaran agama masing-masing dan berhujah berdasarkan kepada kitab-kitab tersebut dan juga termasuk daripada buku-buku kitab suci bagi masyarakat dan juga kaum dan agama yang lain.
Jadi dalam masa yang sama mungkin di sana, ketidakfahaman itulah yang mungkin menyebabkan kepada berlakunya penentangan terhadap apa yang telah disampaikan oleh Doktor Zakir Naik. Walau bagaimanapun, kita melihat sudah ada dalam masyarakat ini semakin menghampiri untuk memahami apa yang telah disampaikan oleh beliau. Namun, walau bagaimanapun, kita juga memahami bahawa setiap kali menjemput dan kebenaran yang dibuat oleh Majlis Agama dipantau oleh pihak keselamatan untuk memastikan tidak ada isu- isu sensitif yang ditimbulkan dalam masa yang sama juga tidak boleh menyentuh untuk penghinaan kepada agama-agama lain dan mempromosikan termasuk di dalam agama Islam bahkan kita telah lebih merujuk kepada Islam yang dibawa di Malaysia lebih kepada hujah ataupun lebih daripada pegangan apa yang disampaikan oleh Ahli Sunah Wal jamaah. Terima kasih.
3. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, mengapakah harga ikan kembung di pasaran tiba-tiba naik mendadak dan sejauh mana situasi ini akan berterusan. Adakah sebarang langkah bagi mengatasi isu kenaikan harga ikan kembung yang dikategorikan sebagai ikan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Keprihatinan Yang Berhormat mengenai ikan kembung ini adalah keprihatinan kami semua kerana selalu orang menganggap bahawa ikan kembung adalah ikan rakyat, ikan yang sepatutnya paling murah tetapi harganya tinggi di pasaran akhir-akhir ini. Sebenarnya saya masih ingat lagi waktu Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar bulan Jun yang lepas, pada waktu itu dianggap waktu yang terpanas di dalam putaran cuaca el nino yang berlaku pada tahun lepas. Di mana mengikut teorinya ikan negara kita akan berkurangan kerana ikan akan bergerak sehingga ke negara-negara sebelah utara, pergi Thailand, Kemboja dan sebagainya. Akan tetapi pada waktu tersebut saya sempat ke Langkawi kerana Langkawi adalah tempat di mana 40 peratus daripada nelayan Kedah ada di sekitar Langkawi. Pada waktu itu saya dihujani dengan soalan yang bertentangan dengan soalan hari ini iaitu katanya kenapa pada waktu sekarang ada lambakan terlalu banyak ikan kembung dan ikan spesies yang sama iaitu pelaling dan sebagainya sehingga sekarang ini harga turun kepada RM3 ada RM1 untuk 1kg pada bulan Jun yang lepas. Ini adalah di luar daripada kebiasaan dan nelayan meminta supaya kerajaan membuat satu peraturan mengenakan harga lantai, tidak boleh jual lebih murah daripada masa itu. Saya kata tidak boleh sebab lambakan yang boleh dibuat ialah Persatuan Nelayan ambil stok simpan ikan ini.
Jadi pada hari ini ada berlaku keadaan yang agak luar biasa iaitu selalunya pada bulan Mac dijangkakan ikan kembung akan banyak lagi dari segi pendaratannya kerana ikan kembung dan kebanyakan ikan-ikan yang lain di anggap kurang mendarat pada musim tengkujuh dan musim tengkujuh dijangkakan akan berakhir pada bulan Februari. Kita pantau sekarang ini bulan Mac tidak naik lagi. Mungkin kalau tahun lepas ada kelainan daripada kebiasaan tahun ini dianggap mungkin ada kelainan dari segi pattern cuaca iaitu pada bulan Mac sepatutnya kembung naik kembali tetapi masih kurang kerana tengkujuh pun agak berbeza pada kali ini iaitu pada bulan Mac baru-baru ini di Sarawak banjir yang selalunya menganggap pada bulan Januari dan Februari sudah berakhir musim tengkujuh. Jadi pattern ini ialah pattern mengenai kurangnya mendarat maka harganya tinggi. Saya juga berjumpa dengan nelayan yang kata keadaan ini agak berbeza dan kita akan pantau perkara ini untuk kita mengambil tindakan selanjutnya.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, dalam keadaan harga ikan marin yang tidak menentu, ikan air tawar berupaya menjadi alternatif kepada ikan marin. Adakah sebarang usaha yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran ikan air tawar sebagai contoh Sungai Perak di Kuala Kangsar sangat berpotensi dibangunkan sebagai pengeluar ikan air tawar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, setuju Yang Berhormat kita tidak boleh bergantung kepada ikan tangkapan marin semata-mata kerana tangkapan marin ini tidak menentu. Air tawar dianggap menentu tetapi ia ada beberapa cabaran yang lain. Kosnya tinggi, kosnya termasuk benih, sangkar, makanannya, risikonya besar dan ramai yang menganggap marginnya ataupun keuntungan yang diperoleh adalah terhad. Oleh sebab itu untuk membangunkan ikan air tawar, kalau kita lihat pattern mereka yang mengusahakan, kalau pengusaha-pengusaha kecil susah dia mendapatkan keuntungan yang besar. Ia melibatkan pengusaha-pengusaha yang besar kerana banyak dalam pertanian ini margin kecil risikonya besar dan ini ada cabaran yang tertentu dan sudah tentu kita akan bangunkan termasuk di Sungai Perak, termasuk di tempat-tempat lain yang kita katakan ada cabaran-cabaran tertentu misalnya penggunaan tanah. Ada yang hendak guna untuk padi, ada yang hendak gunakan untuk ternakan dan sebagainya tetapi sememangnya menjadi hasrat kerajaan satu masa nanti bahawa jumlah ikan yang diperoleh oleh negara kita 50 peratus datangnya daripada ikan ternakan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Menteri, saya meneliti hujahan Menteri tadi, adakah boleh kementerian meletakkan harga siling ataupun mengawal selia harga itu supaya tidak melepasi harga kritikal yang boleh membebankan rakyat dan ataupun mengadakan satu undang-undang yang membolehkan kerajaan campur tangan untuk mengawal selia harga itu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya dalam ekonomi kalau kurang intervensi ataupun regulation dikatakan lebih baik. Biar pasaran menentukannya. Kalau kita terlalu mengawalnya kemungkinan ada faktor-faktor lain yang akan berlaku di situ penyalahgunaan dan sebagainya. Sehingga sekarang ini kita tidak berhasrat untuk menentukan harga siling kembung, harga siling siakap, harga siling kerapu, semua kena buat nanti. Cumanya ada waktu-waktu yang tertentu misalnya enam bulan waktu perayaan, tiga bulan sebelum raya, tiga bulan lepas raya kembung tidak boleh dijual keluar negara. Ikan kembung dan ikan yang dipanggil ikan rakyat ini tidak boleh dihantar ke Singapura atau ke negara lain, supaya ia berada di dalam negara. Itu antara langkah yang dibuat. Keduanya, kita menggalakkan persatuan nelayan dan pengusaha-pengusaha waktu ikan ini berada dari segi tangkapannya tinggi, ambil, tangkap, simpan sejuk beku dan lepaskan pada waktu ianya kurang. Ia akan dapat menstabilkan harga. Baru-baru ini saya berjumpa dengan Persatuan Nelayan, dia kata, “Kalau lepaskan banyak sekarang susahlah kami kerana waktu inilah kami hendak dapat untung sedikit, harga kembung tinggi”. Ini nelayan juga yang beritahu kerana it is unfair dia kata. Misalnya nelayan Pulau Pinang, dia kata, “Kami hendak dapat kembung kami terpaksa naik bot jauh pergi ke Kedah, tempat lain kerana ikan itu tidak banyak. Kos kami tinggi pada waktu sekarang tetapi kami terpaksa bersaing dengan ikan yang sejuk beku yang ditangkap pada waktu murah”. Jadi itu pun kadangkala kita kena lihat bukan sahaja daripada perspektif pengguna tetapi dilihat daripada perspektif nelayan, mereka pun susah juga.
Jadi sebab itu kita kena lihat waktu sekarang siakap masih murah. Harganya boleh dapat RM12, RM13 dan dijangkakan bahawa kembung naik ini bersifat sementara, dijangkakan. Kita katakan bahawa ia mungkin selepas bulan Mac, selepas bulan April, kalau melihat pattern yang lepas ia akan bertambah banyak dan harganya akan kurang. Jadi kalau kita memahami pattern sepatutnya kita tidak terlalu merasa gundah gulana dalam soal ini dan kita bersedia untuk menghadapinya. Terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, adakah bekalan makanan di dalam negara kita pada masa kini masih mencukupi untuk menampung keperluan rakyat semasa kita menghadapi bencana pada masa kini dan akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gerik. Untuk makluman Yang Berhormat, insya-Allah bekalan makanan dalam negara kita mencukupi untuk menampung keperluan rakyat sama ada kemungkinan berhadapan dengan bencana ataupun krisis yang tertentu. Kita ada sistem stok penimbal beras yang kita kira mencukupi. Sekarang ini kita bercakap tentang 30 hari, 150,000 metrik tan. Itu dipanggil iron stock. Stock solid daripada kerajaan. Tidak campur dengan stok yang ada dalam dagangan dan sebagainya yang kerajaan berhak untuk menggunakan sebagai stok waktu krisis. Kita tahu bahawa stok juga kita kena lihat dengan keadaan harga beras dunia. Pada waktu sekarang harga beras dunia agak murah. Sepatutnya kita tidak bimbang tentang pasaran ataupun kebolehan kita untuk mendapatkan beras daripada luar negara. Sekiranya perlu, kita mengimportnya lebih banyak lagi. Lain-lain, kita tahu bahawa waktu berlaku bencana, misalnya bencana el nino pada tahun lepas, kita sentiasa memantau tentang dari segi production ataupun dari segi keluaran. Sayur, buah-buahan, ikan dan sebagainya, ada terdapat kekurangan bahan-bahan yang tertentu tetapi keseluruhannya kita katakan bahawa negara kita terjamin dari segi keselamatan makanan kita. Terima kasih.
Projek ICT Based Agriculture Flagship yang dibangunkan oleh kementerian dapat membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan juga nelayan serta menjamin bekalan makanan negara. Soalannya, bagaimanakah Projek ICT Based Agriculture Flagship ini dapat membantu menjamin bekalan makanan negara? Bagaimanakah projek ini dapat membantu petani, nelayan dan penternak? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ulang sikit. Projek ICT Based? Terima kasih. Saya kagum dengan soalan tersebut. Soalan yang baik. Soalan yang saya kira berkongsi bahawa kita kena maju ke depan untuk menggunakan pelbagai kaedah- kaedah baru. Misalnya, kita katakan precision farming untuk padi misalnya, menggunakan drone, menggunakan ICT dan sebagainya. Dalam ternakan, kita menggunakan RFID kepada ternakan-ternakan kita. Kita tahu populasinya, makanannya, dari segi productionnya, susu dan sebagainya. Ini adalah merupakan satu perkara yang sepatutnya menjadi sistem masa depan di dalam pembangunan agriculture ataupun pertanian kita dan ia akan dapat membantu untuk meningkatkan pendapatan. Dalam masa yang sama menambahkan dari segi keluaran negara dalam bidang ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya percaya Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian telah pun meneliti Laporan Indeks Keselamatan Makanan Sedunia (Global Food Security Index) 2016 yang baru dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit di mana pada ketika ini, mengikut laporan yang telah dikeluarkan, Malaysia berada pada kedudukan yang ke-35 di antara 113 buah negara, manakala jiran kita, Singapura berada di tempat yang ketiga
daripada 113 buah negara ini. Laporan ini juga kita sedia maklum, ia merangkumi aspek kemampuan dan juga kebolehsediaan dan kualiti makanan. Laporan yang sama menyebut dalam konteks kemampuan, Malaysia berada di tangga 41. Persoalannya ialah yang dinyatakan dalam laporan ini, kedudukan Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain kerana penggunaan makanan mewakili 20.8 peratus daripada perbelanjaan isi rumah. Dalam keadaan pendapatan isi rumah di negara kita ini masih lagi rendah dibandingkan dengan negara-negara yang lebih maju. Laporan ini juga menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara yang bergantung terhadap makanan import yang agak tinggi. Jadi, persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang lebih berkesan yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Sedunia ini dapat diperbaiki dan ia dapat menjamin kemampuan dan kebolehsediaan negara kita menyediakan bekalan makanan yang terjamin untuk rakyat keseluruhannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Gombak di atas soalan yang saya kira sangat baik dan dapat kita kongsi bersama, terutama sekali kita berkongsi tentang laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit yang disebutkan tadi. Ranking kita, kita sedar bahawa ranking kita nombor 35. Bila disebutkan macam mana Singapura boleh dapat nombor tiga dalam dunia. Akan tetapi kalau soalan tadi kata antara sebab kita rendah kerana kita import, kita tanya Singapura, dia import semua. Dia tidak tanam padi, dia tidak bela lembu, kita tidak ada ternakan di sana. Satu perkara yang agak dilihat pelik di sini, kalau dikatakan bahawa food security ataupun jaminan keselamatan ialah keupayaan negara itu mengeluarkan makanannya sendiri. Singapura tidak tanam apa-apa tetapi tinggi. Di sini, ranking yang dimaksudkan ialah tiga perkara sebagaimana yang Yang Berhormat sebutkan tadi. (i) kemampuan (affordability); (ii) kebolehan- dapat atau tidak makanan itu dari segi accessibility; dan (iii) kualiti makanan (food safety). Jadi, Singapura dilihat rakyatnya mampu beli, maka itu selamat kerana pendapatan mereka tinggi dan import menjadi murah. Maka, dianggap bahawa dia lebih tinggi dan rejim food safety-nya adalah tinggi. Dia pastikan makanan itu selamat, tidak ada contamination, chemical-nya tidak ada dan sebagainya. Dia adalah negara antara yang strict dalam soal ini. Saya setuju perkara ini sepatutnya menjadi satu tanda aras baru yang perlu kita lihat di negara kita. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kongsi di sini bahawa kalau dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain, selalu orang menganggap food security ialah keupayaan untuk menghasilkan makanan sendiri. Dalam ASEAN ini, negara yang dianggap paling maju dari segi teknologi pertaniannya dan menghasilkan makanan sendiri yang banyak ialah Thailand. Thailand bukan sekadar berasnya cukup tetapi pada tahun lepas, lebihannya sebanyak sebelas juta metrik tan. Dia tidak tahu mana hendak pergi. Akan tetapi ranking food securitynya, ranking dari segi jaminan keselamatan jauh lebih rendah daripada Malaysia. Kita nombor 35. Tidak silap saya cuba check balik, Thailand nombor 55, di bawah. Indonesia bawah lagi daripada kita. Vietnam lebih rendah daripada kita. Negara-negara lain yang dianggap maju dari segi pertanian rendah daripada kita. Ini kerana ada faktor lain. Mungkin kita dianggap antara yang terbaik di kalangan negara dari segi regime food security kita. Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan yang lain yang melihat antara perkara-perkara dalam amalan pertanian yang baik. Kalau kita hendak import, kita kena check betul-betul. Jadi, saya tahu bahawa Singapura tinggi tetapi kita kena puji juga kalau banding dengan negara ASEAN yang lain, orang kata Thailand lebih baik tetapi dari segi food security kita, jaminan food security daripada ranking dalam indeks yang disebutkan, Malaysia adalah antara negara yang terbaik. Ia masih banyak ruang, kita akan perbaiki mana yang ada kelemahan di sini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Oleh sebab import beras negara kita ini dari setahun ke setahun meningkat, kalau kita lihat pada tahun 2014 sebanyak 863,358 metrik tan, tahun 2015 sebanyak 960,830 metrik tan. Jadi, apakah usaha yang kerajaan lakukan terutama- walaupun disebut tadi dari segi food securitynya kita agak lebih baik tetapi di segi realitinya dengan kadar import yang agak tinggi dari setahun ke setahun terutamanya pada tahun 2014, kita telah menghabiskan import beras sebanyak RM1.6 bilion, tahun 2015 sebanyak RM1.8 bilion. Apakah usaha yang kerajaan lakukan terutama di dalam untuk membaik pulih seperti menurut dalam laporan dalam Dewan Rakyat, sebanyak 120,000 hektar tanah terbiar yang perlu diusahakan untuk memastikan supaya terutamanya dalam soal penanaman makanan kita yang agak lebih baik daripada apa yang sedia ada. Ertinya, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian terutamanya dalam menggunakan pakar-pakar kita untuk memastikan tanah terbiar ini digunakan dengan seoptimum mungkin? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang di atas soalan dan saya berkongsi juga keprihatinan Yang Berhormat tentang jumlah beras yang masih kita import. Kita sedar buat masa sekarang ini pengeluaran beras kita hanyalah sekitar 72 peratus daripada apa yang disebutkan tahap sara diri kita. Kita berusaha untuk meningkatkannya. Dan meningkatkannya, ada dua perkara yang perlu kita lihat. Yang pertama, kita tambah lagi jelapang-jelapang padi kita yang baru. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh lagi, kita sudah sebut, ada beberapa kawasan jelapang padi akan ditambah termasuk di Kota Belud, termasuk di Batang Lupar, termasuk menambahkan lagi keupayaan dalam segi perairan dan sebagainya, di Kedah dan sebagainya. Jadi ini antara perkara yang kita buat untuk menambahkan keupayaan tersebut. Akan tetapi yang kedua yang perlu kita lihat bahawa untuk tambah kawasan ini, kosnya adalah besar. Semuanya kita bercakap ratusan juta ataupun bilion keseluruhannya untuk membuat empangan, perairan dan sebagainya. Akan tetapi yang kedua yang perlu kita tekankan ialah untuk mengurangkan apa yang disebutkan post harvest losses iaitu kehilangan selepas tuaian. Banyak lagi ketidakefisienan di dalam pengeluaran kita. Selepas tuai ada yang tumpah, ada yang terdapat pelbagai kekurangan di sana sehingga kita membuatkan beberapa rencana supaya apa yang disebutkan permutuan sebenarnya untuk menggalakkan petani untuk menghasilkan padi yang berkualiti tinggi. Ini juga akan dapat membantunya. Jadi, Yang Berhormat, ada beberapa perkara yang menjadi pilihan kita juga yang perlu kita tanya. Sekiranya kita berjaya menghasilkan padi kita 100 peratus, kita juga mengandaikan bahawa tidak semua rakyat dalam negara kita hendak makan beras yang kita hasilkan. Mesti ada orang hendak makan beras Basmathi, mesti ada orang hendak makan beras Siam, mesti ada orang hendak makan beras wangi yang diimport dan sebagainya. Sekiranya ia berlaku, ke mana kita hendak hantar lebihan daripada beras kita sekiranya kita dapat hasilkan 100 peratus? Jadi ini isu yang perlu kita bincangkan di peringkat ini. Sebab, orang Singapura tak makan variety yang kita ada. Mungkin negara Filipina ia mungkin makan tetapi harga beras kita lebih tinggi sebab kita subsidi terlalu besar dan kita berikan pelbagai tambahan-tambahan daripada apa yang dihasilkan oleh petani kita. Harga beras yang kita hasilkan kalau kita convert dalam dolar ialah USD500 per metrik tan. Akan tetapi harga beras dunia sekarang USD320 hingga USD350 per metrik tan. Kita tak boleh jual, akan berlaku lambakan. Ada beberapa isu yang kadangkala kita boleh leveragekan. Misalnya, negara seperti Pakistan, dia datang jumpa saya, menterinya, dia kata, “Kami mengeluarkan lebihan. Kita keluar tujuh juta metrik tan, rakyat kami makan tiga juta, sekarang ini empat juta metrik tan yang ada lebihan, tolonglah Malaysia beli daripada kami.” Saya kata boleh beli tetapi belilah apa daripada Malaysia. Ya, dia kata, kita akan beli banyak minyak kelapa sawit daripada Malaysia. Jadi ada kalanya, sedikit kekurangan yang ada pada kita, kita boleh gunakan sebagai trading kita membantu untuk menambahkan imbangan perdagangan kita. Jadi ini antara perkara yang saya kira bahawa bagus, kita mesti meningkatkan keluaran kita, tetapi kekurangan itu ada kalanya boleh kita leverage, kita boleh gunakan untuk memasarkan barang-barang kita yang tertentu. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapa jumlah wang daripada dana "Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia" (MARRIS) telah diperuntukkan kepada Kedah bagi penyelenggaraan dan pembaikan jalan bagi 2013, 2014, 2015, 2016, dan 2017, dan berapakah jumlah peruntukan tersebut yang masih belum digunakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Yang Berhormat, pemberian penyelenggaraan jalan negeri ataupun MARRIS disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk membantu kerajaan negeri menyelenggarakan jalan negeri di negeri masing-masing. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan peruntukan Bahagian II, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan pemberian penyelenggaraan jalan diagihkan kepada negeri berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar dan diperakui oleh JKR. Pengiraan peruntukan adalah berasaskan kaedah yang telah diluluskan oleh Majlis Kewangan Negara yang bermesyuarat pada kali pertama pada tahun 1989. Skop penyelenggaraan jalan adalah berkaitan dengan penyenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala, kecemasan dan juga preventif. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi negeri Kedah, peruntukan yang telah pun diberikan daripada tahun 2013 sehingga tahun 2017 adalah seperti berikut. Saya round up the figure. | Tahun |Peruntukan (RM juta)| |---------------------------|-------------------:| | 2013| 175.0| | 2014| 180.0| | 2015| 195.0| | 2016| 206.0| |2017 (sehingga 28 Februari)| 34.3|<END_TABLE_MARKER> Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun ini 2017, untuk suku pertama kita akan gunakan asas yang telah pun kita belanja untuk tahun 2016 tetapi bagi tiga suku terakhir, suku kedua, ketiga dan keempat, adalah berasaskan kepada figure ataupun jumlah yang telah dimohon dan juga diperakui oleh JKR dan akan didisburse, akan diberikan selepas ini. Untuk makluman yang Berhormat juga, pengagihan peruntukan di peringkat negeri termasuk kepada PBT adalah di bidang kuasa negeri. Maka, sebenarnya laporan prestasi boleh didapati daripada kerajaan negeri. Namun untuk tujuan soalan Yang Berhormat, bagi negeri Kedah, perbelanjaan yang telah pun dibuat oleh kerajaan negeri setelah menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk tahun 2014 ialah sebanyak 93.8 peratus ataupun lebih kurang RM169 juta, tahun 2015 sebanyak 89.7 peratus ataupun RM175 juta dan untuk tahun 2016 sebanyak 93.4 peratus ataupun lebih kurang RM193 juta. Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan ini adalah mengikut Perlembagaan negara kita di mana peruntukan ini digunakan untuk penyelenggaraan jalan raya di Kedah. Namun, sebagai seorang wakil rakyat dan Timbalan Menteri juga daripada Kedah, sudah tentu tahu bahawa satu aduan yang kita selalu terima daripada rakyat adalah keadaan jalan raya yang selalunya tidak diselenggarakan dengan baik, bertampung dan berlubang, khususnya di kawasan Bandar raya Alor Setar. Banyak jalan utama seperti dari Jalan Langgar ke Kampung Hutan ke Simpang Tanjung Bendahara, ada banyak tempat yang kita lihat adalah jalan-jalan yang berlubang. Apabila rakyat membuat aduan dan kita sebagai wakil rakyat ataupun ADUN membuat aduan kepada PBT, jawapannya yang selalu diberikan adalah tidak mencukupi peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan jalan raya.
Jadi persoalan saya kepada Menteri, adakah Kerajaan Persekutuan membuat pemantauan terhadap penggunaan peruntukan daripada MARRIS kepada negeri Kedah dan untuk setiap negeri di seluruh Malaysia disebabkan peruntukan yang diberikan oleh MARRIS adalah bertujuan untuk menyelenggarakan jalan raya dan bukan untuk digunakan untuk perkara-perkara lain seperti pembayaran gaji dan sebagainya. So, adakah Kerajaan Pusat membuat pemantauan atas penggunaan peruntukan MARRIS dan sekiranya ada, berapakah jumlah yang telah pun digunakan di kawasan pusat bandar raya Alor Setar kawasan saya seperti contoh dalam tahun 2016. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah skop yang telah saya sebutkan tadi, ia ada macam-macam. Satu, jalan negeri, the state road. Kemudian kita ada jalan standard yang kita sebut jalan negeri, ada jalan bandaran. Kemudian ada jalan substandard macam kawasan-kawasan taman perumahan kos rendah. Kalau macam kawasan Yang Berhormat, Taman Wira Mergong. Kalau kadang-kadang ada lorong belakang, lorong belakang ini bukan lorong gelap macam Haji Taib, tidak, lorong belakang perumahan. Jalan pertanian pun ada, jalan kampung pun ada. Ada juga peruntukan diberikan jalan pelancongan. Jalan pelancongan ini contoh kita declare pulau tertentu macam di Kedah, Pulau Langkawi. Kalau di Perak, Pulau Pangkor. Kemudian ada juga di Pahang, Pulau Tioman. Itu pun masuk under MARRIS. Kita kena ingat sebelum JKR hendak menentukan kawasan mana hendak ditampung, hendak di repair, under English kata, ‘wear and tear”, ia ada bermacam teknikal, ia ada interconnected cracks contohnya. Dia panggil interconnected cracks maksudnya retakan rekahan ini yang interconnected. Contohnya dia panggil crocodile cracks. Kemudian ia ada depression, jalan yang mungkin turun kerana mungkin struktur ataupun the failure of the structure of the jalan. Then Yang Berhormat katakan tadi, pothole, tampung pothole. Then ada juga setengah tempat macam tempat saya di Jerlun, Jalan K106 Jitra ke Kemboja ini, kita buat resurfacing. Maksudnya kita turap semula. Yang ini kita buat selalunya ikut teknikal JKR, kita buat antara kalau jalan itu dah pothole tak boleh repair dah buat tapi lama-lama ia dah cracked sampai lebih, maka kita kena resurface. Selalunya dibuat antara enam ke tujuh tahun. Akan tetapi Yang Berhormat juga kena ingat bahawa macam di Kedah ini kita ada lebih daripada 7,800 kilometer jalan negeri sahaja yang under MARRIS. Macam taman- taman, taman perumahan, taman perindustrian pun, PBT pun under MARRIS. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kita tahu ada kadang-kadang- bukan di Kedah. Kadang-kadang ada dalam laporan audit menyatakan katalah permohonan dibuat contoh, jalan antara katalah Batu 20 di Megat Dewa, Jerlun ke Kerpan, itu permohonan. Akan tetapi dia tidak bubuh koordinat, dia tidak bubuh GPS. Mulai sekarang, mulai tahun ini, Kementerian Kewangan dah pakat dengan KKR, JKR, mana-mana permohonan tanpa koordinat dan GPS itu kita tidak akan bagi peruntukan sebab kadang-kadang dia kata hendak buat jalan contoh macam Pendang. Dia hendak buat daripada Bukit Jenun ke Pekan Pendang tetapi rupanya dia ambil dari Sawa ke Sungai Tiang. Tidak mahu dah macam itu. Jadi kita memantau cara itu. Jadi kita pantau berdasarkan kepada koordinat dan juga GPS. Jadi saya ingat bab-bab teknikal, keputusan hendak buat di mana, itu berdasarkan kepada PBT dan juga JKR. Mereka boleh apply, PBT minta tetapi JKR mesti verify sebagai SO. Mereka tahulah sebab ini adalah urusan teknikal yang dibuat oleh JKR di bawah Kementerian Kerja Raya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri, peruntukan MARRIS ini kita dengar ada biasa digunakan untuk perkara lain. Saya ingin bertanya apakah tindakan yang diambil bagi pihak yang telah menyalahgunakan peruntukan MARRIS ini dan Menteri tolong beritahu adakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah peruntukan MARRIS ke negeri Kedah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik, sahabat baik saya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, sekalian Jemaah Menteri telah pun membuat keputusan dalam mesyuarat pada 14 Mac 2014.
Pertamanya kena ada asas. Peruntukan-peruntukan yang diberikan setiap tahun ini, dia kena belanja sekurang-kurangnya 85 peratus peruntukan tahun lepas. Contohnya macam sekarang ini kita bercakap 2017, consideration pertimbangan untuk peruntukan tahun ini mestilah berasaskan perbelanjaan tahun 2015/2016. Jadi sebab itu saya katakan tadi untuk first quarter kita bagi berdasarkan kepada prestasi yang dibuat tahun lalu, bermakna first quarter 2016. Jadi mana-mana negeri yang tidak belanja, belanja tidak cukup 85 peratus maka nasibnya tidak baiklah sebab kita tidak akan bagi peruntukan sebanyak tahun lepas. Akan tetapi mengikut rekod yang kita ada, boleh dikatakan semua negeri seluruh negara ini, setiap tahun akan menerima peruntukan yang dianggarkan sebanyak 10 peratus pertambahan daripada tahun sebelumnya. Jadi dalam mesyuarat itu juga telah memutuskan bahawa lima peratus daripada peruntukan yang diberikan itu boleh digunakan untuk pengurusan MARRIS. Pengurusan ini termasuklah lantikan konsultan, buat kajian survey works dan sebagainya sehingga jumlahnya tidak melebihi RM5 juta. Kemudian juga dalam peruntukan yang sama boleh digunakan, maksudnya diberikan kelonggaran kepada negeri masing-masing untuk berbelanja sebanyak 10 peratus daripada peruntukan itu ataupun tidak lebih daripada RM10 juta untuk diberikan nak repair, nak baiki jalan-jalan yang mungkin tidak ada dalam senarai, yang mungkin tidak ikut piawaian JKR termasuk juga mungkin sesetengah macam saya katakan tadi kecemasan, peruntukan untuk repair tanah runtuh, ban runtuh dan sebagainya. Jadi boleh digunakan peruntukan yang sama. Kita sering mengadakan mesyuarat di peringkat pusat ini iaitu dipanggil Jawatankuasa Pengurusan MARRIS yang dipengerusikan oleh KSP ataupun Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan dianggotai oleh wakil-wakil daripada negeri dan juga JKR ikut zon utara, selatan, timur dan tengah. Jadi mana-mana negeri yang tidak guna peruntukan itu, nombor satu saya ingat silap perancangan di peringkat mereka. Jadi kalau mereka guna tidak cukup 88 peratus, maka tahun depan mereka akan dapat lebih rendah daripada peruntukan tahun ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Dato’ Sri Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah kementerian mempertingkatkan keberkesanan sistem e-dagang dan ekosistem supaya menyediakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada keperluan tersebut dan meningkatkan pencapaian PKS kepada sasaran yang ditetapkan seperti eksport 23 peratus.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Soalan ini adalah berkaitan dengan PKS dan e-commerce atau e-dagang. Tuan Yang di-Pertua, e-dagang merupakan satu proses pembelian dan penjualan yang dibuat secara elektronik seperti sedia maklum. Antara proses yang terlibat adalah pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran juga khidmat selepas jualan. E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan (BtoB) dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna ataupun BtoC. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna. Ini sebagai latar belakang. Evolusi e-dagang di peringkat global bermula dengan penularan internet pada tahun 1969 di Amerika Syarikat dan syarikat pertama dimulakan pada tahun 70-an. California merupakan negeri pertama memperkenalkan akta berkaitan dengan perniagaan online dan amazon.com yang ditubuhkan tahun 90-an dan hari ini yang terbesar ialah Ali Baba merupakan syarikat perniagaan online terbesar di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1999. Tuan Yang di-Pertua, e-dagang di Malaysia mula berkembang pesat dari tahun 2000 melalui pelancaran eBay Malaysia, Lazada dan Zalora. Selain itu Tesco online merupakan retailer pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep penjualan online selaras dengan pertumbuhan pesat e-dagang di Malaysia. Kerajaan sedang menggiatkan e-dagang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing di peringkat global. Satu Majlis E-dagang Kebangsaan ataupun National E-commerce Council telah
ditubuhkan pada Disember 2015 terdiri daripada 21 buah kementerian dan agensi yang terlibat dalam bidang ini iaitu e-dagang.
Peranannya ialah mengukuhkan dan meningkatkan tahap daya saing ekosistem e- dagang melalui kerjasama erat dengan pihak industri. Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ataupun majlis telah bermesyuarat tiga kali dan esok mesyuarat keempat Majlis E-dagang Kebangsaan akan diadakan. Di antara perkara-perkara yang telah diperkenalkan oleh majlis ini termasuklah: (i) melancarkan hala tuju strategik E-dagang Kebangsaan pada Oktober lalu dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; (ii) membantu lebih banyak lagi PKS untuk menyertai peringkat global melalui inisiatif MATRADE dinamakan e-market places; Setakat ini lebih 450 buah syarikat yang telah dapat manfaat daripada program ini. Peningkatan yang ketara tahun sebelumnya kira-kira 200 buah syarikat sahaja; (iii) tiga hab e-Fulfilment telah ditubuhkan. Satu Pos Malaysia, yang kedua ialah SnT Global Logistics, yang terbaru YSH Logistics yang bersama-sama dengan syarikat Zalora telah menubuhkan satu hab pengedaran di Shah Alam untuk tujuh buah negara di rantau ini; dan (iv) memperkenalkan sistem e-based online bagi memudah cara pendaftaran perniagaan termasuk perniagaan online dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan komited untuk menggalakkan PKS tempatan mempromosikan produk mereka ke persada antarabangsa dengan menggunakan platform seperti Ali Baba, Amazon, eBay dan Google. Ini akan mendedahkan mereka kepada pasaran antarabangsa. Ini selari dengan pelan induk PKS di mana kita hendak tambah peratusan eksport yang di sumbang oleh PKS daripada 18 peratus pada tahun lepas kepada 23 peratus pada tahun 2020. Kita berbangga kerana dengan inisiatif e-trade dilancarkan oleh MATRADE melibatkan lebih 450 buah syarikat. Syarikat-syarikat ini antaranya Passion Tree Marketing, TAIZO, Creative Sdn. Bhd. yang terlibat dalam membuat dan menjual pakaian renang, produk herbal dan seterika automatif. Tiga buah syarikat ini telah menggunakan platform e-trade ini telah berjaya untuk meningkatkan jualan lebih 25 peratus dan mereka mengeksport kepada negara-negara ASEAN, Singapura dan lain-lain, negara China, Eropah dan juga Amerika Syarikat. Ini antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh syarikat PKS Malaysia untuk menembusi pasaran dunia hasil usaha MATRADE melalui platform e-trade. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan kementerian, usahawan di kawasan bandar mempunyai kelebihan terutamanya pendedahan dalam aspek kemahiran dan pengetahuan terhadap kaedah e-formasi dan teknologi. Namun keadaan sedikit berbeza untuk usahawan desa untuk mencapai e-dagang. Soalan tambahan saya kepada kementerian adalah apakah persediaan kementerian untuk memastikan usahawan sama ada bandar dan desa dapat menganjak kepada kepakaran tempatan digital di bawah pelan hala tuju strategik di e-Dagang Kebangsaan agar usahawan-usahawan ini memaksimumkan manfaat daripada digital free zone? Apakah pendekatan kementerian untuk membantu dan mendedahkan usahawan desa untuk menggunakan kemudahan e-Dagang supaya mereka boleh menjual produk dan perkhidmatan mereka secara online ke seluruh negara? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Inisiatif kerajaan adalah berbentuk inclusive. Ia bukan setakat terhad kepada
usahawan di bandar-bandar ataupun kota raya besar ataupun bandar-bandar besar, ia juga adalah untuk orang desa. Di bawah MDEC umpamanya ada satu program khusus untuk mempopularkan e-dagang ini di kalangan usahawan-usahawan desa. Ada beberapa syarikat yang telah berjaya untuk menembusi pasaran global melalui usaha ini. Usaha ini telah pun disebarkan ke seluruh negara. Insya-Allah pihak-pihak berkenaan khususnya MDEC dan pihak lain, MATRADE dan lain-lain akan tingkatkan usaha supaya lebih banyak lagi micro enterprises, di desa ini banyak kecil. Yang kecil ini bilangan pekerjanya kurang daripada lima orang, micro enterprises di desa. Saya tidak ada contoh di sini tetapi kita ada contoh-contoh yang saya akan beri kepada Ahli Yang Berhormat Tanjong Piai secara khusus berapa syarikat di desa yang telah berjaya untuk menembusi pasaran luar negara hasil daripada usaha promosi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan khususnya oleh MDEC, SME Corp, MATRADE dan lain-lain. Insya-Allah kita ambil perhatian bahawa kita akan tingkatkan lagi usaha untuk menyebarkan peluang-peluang yang terdapat melalui platform ini supaya dimanfaatkan juga oleh usahawan desa. Sekarang sudah ada, cuma hendak lipat gandakan lagi penglibatan mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah langkah-langkah untuk mencegah penyelewengan?
Penyelewengan tetap berlaku di mana-mana dan boleh dikemukakan aduan kepada pihak-pihak berkenaan termasuklah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Syarikat-syarikat ini perlu berdaftar dengan SSM, boleh berdaftar secara online. Jadi kalau ada laporan-laporan perlulah dirujuk kepada pihak berkenaan. Cumanya saya hendak maklumkan secara umumnya kita tidak menafikan ada penyelewengan tetapi ia terkawal dengan kesedaran usaha-usaha untuk menyedarkan kaedah ini kepada umum, kepada masyarakat termasuklah masyarakat desa. Kita harap kadar penyelewengan ini akan berkurangan. Jadi insya-Allah melalui pendidikan dan juga kesedaran, kita harap penyelewengan akan berkurangan.
4. Dato' Mansor bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, usaha-usaha yang dilakukan dan insentif- insentif yang ditawarkan oleh kementerian kepada usahawan-usahawan tempatan menceburkan diri dalam sistem perniagaan secara francais yang dilihat sebagai mampu menjana pertumbuhan ekonomi domestik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa memberi galakan dan insentif kepada syarikat-syarikat francais dalam memastikan ekosistem francais sentiasa dinamik, seterusnya memacu pembangunan industri francais tanah air. Antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan- usahawan tempatan dalam perniagaan francais adalah seperti berikut: (i) program Business in Transformation (BIT) iaitu program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil bagi menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan; (ii) program Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT) yang bertujuan untuk membimbing usahawan membangunkan sistem francais bagi perniagaan masing-masing; (iii) program Penarafan Francais, Franchise Rating Programme oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang bertujuan untuk membantu francaisor mengenal pasti ruang dan keupayaan yang boleh dipertingkatkan bagi memajukan perniagaan francais di peringkat tempatan dan antarabangsa; (iv) program Pemantapan Francaisor yang bertujuan untuk membantu francaisor dalam membuat perancangan dan promosi perniagaan francais; (v) program Franchise Malaysia Goes Global (FMGG) yang bertujuan untuk membantu francaisor tempatan menembusi
pasaran antarabangsa melalui misi promosi francais Malaysia di luar negara; (vi) program Enhanced Franchise Development Programme (EFDP) pula menyediakan insentif geran bayaran balik bagi perjanjian francais dan pendaftaran harta intelek francais di luar negara; (vii) program Francais Komuniti yang bertujuan untuk mempromosikan bidang keusahawanan berkonsepkan francais kepada masyarakat; dan (viii) penganjuran program Franchise International Malaysia (FIM) iaitu program yang menggabungkan aktiviti pameran francais dan persidangan antarabangsa dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA). Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Nibong Tebal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan mungkin ada dua kategori francais ini. Pertama, yang baru nak setup yang di bawah naungan syarikat yang besar-besar. Kategori kedua, mungkin yang sederhana yang kecil, yang macam industri makanan, mekanik dan perkhidmatan yang kecil-kecil ini. Saya berminat untuk yang kategori yang kedua ini, yang ingin mengembangkan perniagaan mereka lagi tapi ketandusan insentif dan juga bentuk bantuan daripada pihak kementerian. Boleh Yang Berhormat Menteri memberikan pencerahan bagaimana kategori kedua ini untuk mendapat bantuan dan juga insentif-insentif yang ditawarkan oleh pihak kementerian bagi membangunkan kategori yang kedua ini, orang-orang kecil ini untuk mengembangkan perniagaan mereka. Terima kasih.
Ya, sila.
Ya, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan. Memang pun di bawah program yang saya sebutkan tadi contohnya, Program Pembangunan Business in Transformation. Kita mempunyai sumber dana iaitu dari Kementerian Kewangan dan berbentuk one-off berjumlah RM4 juta. Pencapaian di bawah program ini pada tahun lepas 20 jenama berjaya dibangunkan dan 233 buah outlet berjaya dibangunkan. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk membangunkan industri francais ini pada tahun 1992, kerajaan telah memperkenalkan Program Pembangunan Francais dan juga telah memberikan kebenaran pada tahun 1994 untuk menubuhkan sebuah Persatuan Francais Malaysia dalam tujuannya untuk mengawal selia industri ini secara dalaman dan juga untuk membantu kerajaan dalam menggubal Akta Francais Malaysia pada tahun 1998. Cuma, apakah antara cabaran atau halangan yang dihadapi oleh francaisi dan francaisor di Malaysia ini oleh kerana ada kedapatan beberapa usahawan francais tempatan yang mengalami kerugian setelah mereka terlibat dalam industri ini. Adakah kementerian bercadang untuk melonggarkan sedikit syarat-syarat kelulusan dan kelayakan bagi menggalakkan usahawan IKS ini untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan secara francais. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada nampak kegagalan pembangunan francais ini sama ada di dalam ataupun di luar negara. Apa yang saya ada di sini iaitu tentang berjayanya francais ini dibangunkan di luar negara dan juga di dalam negara kita. Jadi, saya ada contoh-contoh di sini kalau di luar negara pelaksanaan misi ini di dalam tahun lepas telah menjana sejumlah RM133 juta anggaran potensi pelaburan francais melalui 295 francaisor yang berpotensi. Outcome daripada
promosi agresif di luar negara ini, sejumlah 64 jenama francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran global iaitu di 65 buah negara dengan jumlah keseluruhan 4,045 buah outlet di serata dunia, ini yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: minta Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, berapakah kekerapan bancian dilakukan ke atas premis-premis Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membendung tindakan sewaan unit rumah kepada pihak ketiga dan berapakah jumlah pemilik yang didapati bersalah kerana menyewa premisnya kepada pihak ketiga setakat penghujung tahun 2016.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, rumah PPR sedang dalam pertimbangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara merupakan pelaksana projek-projek PPR dan projek-projek ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri selepas disiapkan. Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa negeri akan menguruskan pengisian, pengurusan dan penyelenggaraan PPR yang telah diserahkan. Di samping itu, pihak berkuasa negeri juga bertanggungjawab dalam memastikan kutipan sewa dan penguatkuasaan dibuat dengan sewajarnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Januari 2016, kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara telah melancarkan operasi penguatkuasaan iaitu OPS Sejahtera Komuniti yang dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama daripada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan. Fokus utama pelaksanaan OPS Sejahtera Komuniti adalah seperti berikut, penyewaan rumah PPR kepada pihak ketiga termasuk warga asing, tunggakan sewa bulanan dan penyalahgunaan premis. Selain itu, OPS ini juga bertujuan untuk mendapatkan input terperinci mengenai tahap sosial ekonomi serta keadaan persekitaran perumahan PPR termasuk aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan penghuni. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2016, sebanyak empat siri program penguatkuasaan OPS Sejahtera Komuniti telah dilaksanakan seperti berikut: (i) PPR Jalan Segindai Papar, Sabah; (ii) PPR Jalan Pudu, Hulu Kuala Lumpur; (iii) PPR Taman Dahlia, Kuah Langkawi, Kedah; dan (iv) PPR Taman Sri Stulang, Johor Bahru, Johor. yang melibatkan 3,370 unit. Hasil pelaksanaan OPS Sejahtera Komuniti tersebut, pihak berkuasa negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan amaran melalui notis peringatan kepada 377 unit yang terlibat dengan tunggakan sewa. Bagi kesalahan menyewakan unit rumah PPR kepada pihak ketiga, PBN akan membuat siasatan terlebih dahulu, dan jika didapati bersalah di atas kesalahan tersebut pihak berkuasa negeri akan mengeluarkan notis penamatan serta-merta kepada penghuni terbabit. Untuk rekod sepanjang tahun 2016, sebanyak 68 unit rumah telah dikeluarkan notis penamatan. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Labuan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Setakat Julai 2016, DBKL melaporkan sejumlah RM64 juta tunggakan sewa gagal dilangsaikan oleh penghuni rumah PPR. Soalan tambahan saya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan penghuni gagal atau enggan untuk membayar sewa walaupun kadar sewanya cuma RM124. Terima kasih.
Terima kasih, inilah masalah yang sedang kita hadapi. Seperti mana yang kita sedia maklum sewanya hanya RM124 sebulan tetapi tunggakan sewanya begitu banyak, lebih dekat hendak RM1.9 bilion tunggakannya. Jadi ini di antara punca yang menyebabkan tunggakan ini berlaku ialah daripada dua pihak. Pertama, daripada pihak penyewa kita sedia maklum bahawa penyewa-penyewa rumah PPR ini yang terdiri
daripada orang yang miskin, yang pendapatannya RM2,500 ke bawah atau dulu mereka tinggal di setinggan. Apabila mereka duduk, mereka tidak mampu membayar RM124 sebulan, maka itulah berlakunya tunggakan dan mungkin mereka menganggap bahawa ini adalah rumah mereka. Walaupun kita beritahu rumah ini ialah rumah sewa yang mesti dibayar bulan-bulan.
Kedua, saya lihat juga ada silapnya daripada pihak berkuasa tempatan yang diamanahkan untuk menguruskan rumah PPR yang mana rumah PPR ini mereka tidak terurus. Kalau kita pergi rumah PPR, yang saya sudah turun banyak rumah PPR terutamanya Lembah Subang I saya pergi banyak kali, lifnya tidak terurus. Ada tiga lif, di satu kawasan ketiga-tiga lif tidak berfungsi. Keadaan persekitaran yang agak kotor, sampah tidak dikutip, ertinya kawasan itu sudah jadi kawasan slump area. Jadi bayangkan, bagaimana penyewa hendak membayar sewa? Ini kerana ada yang bayar dan ada yang tidak. Bagi mereka yang bayar, mereka mesti tidak puas hati. Dia kata mengapa mesti saya bayar kalau perkhidmatannya cukup teruk. Jadi kerana itulah saya lihat salah satu puncanya juga ialah kerana PBT gagal menyelenggarakan rumah PPR ini dengan sebaiknya. Mungkin juga kerana sewa yang dikutip, maknanya RM124 dan kemudian ramai pula yang tidak bayar. Maka itulah mungkin punca PBT tidak dapat menguruskan PPR ini dengan sempurna. Jadi kerana itu, kementerian sedang merancang bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan sewa ini dibayar kepada PBT. Lebih malang lagi ada PBT yang menaikkan sewa sesuka hati kerana dasar kita RM124 sebulan. Akan tetapi macam di Selangor, di Lembah Subang I mulai 2008 apabila BN kalah di negeri Selangor, mereka sewenang-wenangnya menaikkan sewa RM250 sebulan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak KPKT. Ini juga menjadi punca mengapa penyewa-penyewa tidak puas hati sewa dinaikkan sesuka hati. Jadi kami sedang merancang, di antaranya mungkin kita hendak cadangkan supaya sewa ini dimasukkan sebagai cukai taksiran dan sebagainya. Supaya hendak memastikan penyewa bayar dan PBT mampu untuk menyelenggarakan PPR ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin rujuk kepada rumah-rumah di mana pada awalnya lot itu kita ambil alih dan kita tempatkan orang-orang miskin ini ke rumah-rumah PPRT di mana mereka membeli dengan harga yang rendah. Saya rujuk kepada situasi khusus ini, di mana mereka duduk di sana tetapi tidak boleh membayar ansuran bulanan dan rumah itu akhirnya dilelongkan, rumah-rumah kos rendah dan rumah-rumah PPRT yang dibeli. Apabila dilelongkan, orang yang datang membelinya adalah orang-orang yang kaya- raya. So, dua persoalan yang timbul dekat sini Yang Berhormat Menteri. Satu adalah orang yang awalnya membeli rumah-rumah tersebut, rumah-rumah kos rendah dan PPRT ini adalah orang miskin. Dalam beberapa tahun yang akan datang itu mereka tidak dapat membayar bayaran ansuran. Oleh sebab itu pihak bank, melelongkan rumah itu. Sekarang, apakah komitmen kerajaan untuk membantu orang-orang miskin ini yang pindah ke rumah ini daripada lot-lot mereka, itu yang pertama. Oleh sebab mereka sekarang bukan sahaja hilang tempat tinggal, hilang juga salah satu rumah milikan mereka sebab bank mengambil tindakan untuk melelong rumah-rumah tersebut dan tidak ada satu komitmen untuk kita menjaga kebajikan mereka. Kedua, adalah apabila rumah itu dilelong, ia dibeli oleh orang-orang yang mempunyai kemampuan duit untuk membeli rumah-rumah tersebut. Saya dapati kadang- kadang di satu-satu kawasan tiga, empat unit rumah ini dimiliki oleh seorang dan orang itu adalah orang kaya. Padahal rumah itu pada asasnya dibina untuk menjaga kebajikan orang- orang miskin dan orang-orang yang tinggal di lot yang dipindahkan atas paksaan untuk kita menambah baik atas nama pembangunan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Seperti yang saya nyatakan bahawa KPKT ini, Kerajaan Barisan Nasional peringkat ini cukup baik hati. Kita buat rumah kemudian kita serahkan kepada kerajaan negeri atau pihak berkuasa negeri untuk menguruskan rumah ini. Dalam konsep rumah PPR ada dua, satu rumah yang untuk disewa. Satu lagi rumah untuk dimiliki. Soal Yang Berhormat bangkit tadi tidak timbul untuk rumah yang disewa, RM124 ini tidak timbul kerana melainkan PBT hendak suruh dia keluarlah apabila dia tidak boleh bayar sewa. Soal yang mungkin Yang Berhormat bangkitkan ini soalan yang PPR yang dimiliki, yang dijual. Saya tidak dapat kepastian, saya akan semak.
Yang Berhormat kata ada PPR yang telah pun dilelong. Itu saya kena semak dulu, tetapi masalah yang kami hadapi ialah hari ini ada PPR yang hendak dimiliki, hendak dijual tetapi pihak pembeli tidak layak mendapat pinjaman daripada bank and financial problem. Ini yang kami sedang hadapi. Oleh sebab itu kita dapati ada beberapa rumah PPR, orang yang kita sudah tapis, mereka ini layak untuk memiliki dan membeli rumah PPR. Akan tetapi kelayakan orang yang layak membeli rumah ini tidak dapat kelulusan daripada bank. Sekali lagi Yang Berhormat, punya baik Kerajaan Barisan Nasional ini, rumah yang harganya purata lebih kurang RM150,000, RM160,000 harga rumah kita jual kepada rakyat RM35,000 sahaja. Ertinya sebuah rumah PPR ini subsidinya lebih RM100,000 kita bagi subsidi. Kemudian, apabila kita dapati mereka ini tidak layak pinjam bank, kita kenalkan pula dasar yang baru iaitu dasar rent-to-own, sewa untuk dimiliki di mana mereka ini apabila memasuki rumah PPR ini, mereka tidak perlu membayar apa-apa deposit. Duduk sana dua tahun percubaan, kemudian cukup 20 tahun rumah ini menjadi milik mereka. Ini dasar yang sedang kita buat. Kemudian, untuk kita hendak mengelakkan seperti masalah Yang Berhormat timbulkan tadi. Ketiga, kami sekarang ini sedang buat pemutihan. Kita sedang buat pemutihan, kita sedang kaji bukan sahaja mereka ini mempunyai lebih satu rumah, mungkin juga rumah mereka ini disewa kepada orang lain ataupun digunakan sebagai homestay, ini semuanya bercanggah daripada syarat-syarat yang kita kenakan. Oleh kerana itu saya juga hendak menyeru, semua pihak berkuasa negeri hendaklah bersama-sama dengan kerajaan turut ke padang kita buat pemutihan, bantu kami untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja dapat. Hari ini dasar yang baru pula Yang Berhormat, apabila kita buat sistem rent-to-own, nama mereka yang layak dapat, nama ini diwajibkan dipamerkan. Dipamerkan di tempat- tempat awam supaya orang ramai boleh melihat mereka yang terpilih ini layak ataupun tidak layak. Seperti contoh, apabila kita buat di Kampung Hassan di Hulu Selangor, daripada 150, ada empat orang yang di bantah. Katanya mereka empat orang ini tidak layak memiliki rumah tersebut. Jadi kami di KPKT, oleh kerana rumah ini murah dan subsidinya tinggi kita akan membuat setulus yang mungkin untuk memastikan mereka yang layak sahaja dapat dan tidak disalahgunakan rumah yang kita sediakan ini. Terima kasih.
6. Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah perkembangan terkini berkaitan dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi khususnya UniFi yang telah dibina di seluruh negeri Kelantan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian yang menanyakan soalan. Kalau bercuti pergi ke Inanam, Dengar sini jawapan saya nombor 6. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Sik bertarikh pada 16 Mac 2017 dan Yang Berhormat Penampang pada 27 Mac 2017 kerana ia menyentuh perkara yang sama berkaitan dengan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi. Untuk makluman Dewan yang mulia, pihak kerajaan telah dan sedang membuat giat memperluaskan liputan cellular di samping menaik taraf liputan jalur lebar talian tetap dan perkhidmatan mudah alih di seluruh negara. Melalui kerjasama antara kerajaan dan Telekom Malaysia Berhad iaitu Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ataupun dengan izin High Speed Broadband fasa 1 yang bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2012, sejumlah RM11.3 bilion telah dibelanjakan. Manakala melalui Project High Speed Broadband fasa 2 sejumlah RM1.8 bilion telah diperuntukkan bermula tahun 2015 sehingga tahun 2017 dan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), dengan izin bermula tahun 2015 hingga tahun 2019 dengan peruntukan sejumlah RM1.6 bilion. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kubang Kerian, berkaitan kemudahan internet berkelajuan tinggi di negeri Kelantan, sebanyak empat buat ibu sawat telah pun
dinaiktarafkan setakat ini iaitu yang terletak di Jeli, Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
Buat masa ini, antara kawasan yang telah dinaik taraf bagi membolehkan internet berkelajuan tinggi diberikan adalah di kawasan Wakaf Baru, Bachok, Gua Musang, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Pasir Mas. Bagi kawasan-kawasan lain di Kelantan, pihak kerajaan akan menyediakan dan menaik taraf infrastruktur secara berperingkat mengikut jadual perancangan pembangunan jangka panjang yang telah disediakan. Kos pelaburan setakat ini adalah sejumlah RM44 juta. Walau bagaimanapun jumlah pelanggan adalah amat rendah iaitu seramai 1,770 pelanggan sahaja berbanding dengan kos pelaburan yang telah dibelanjakan. Manakala bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Penampang mengenai perkhidmatan high speed broadband 2 di daerah Penampang. Sehingga kini, sebanyak tiga ibu sawat telah pun dinaikkan manakala bagi kawasan-kawasan perumahan dan kampung terpilih di daerah Penampang, pihak kerajaan akan melaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2019. Kos pelaburan setakat ini adalah sejumlah RM7 juta. Walau bagaimanapun jumlah pelanggan juga amat rendah iaitu seramai 109 orang sahaja pelanggan berbanding dengan kos pelaburan yang telah dibelanjakan. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sik pula, kerajaan melalui SKMM di bawah inisiatif perluasan liputan cellular dan jalur lebar mudah alih atau mobile broadband, dan juga jalur lebar talian tetap atau fixed broadband, di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini sebanyak 1,325 menara komunikasi baru telah pun dibina dan diaktifkan. Manakala sebanyak 375 lagi menara komunikasi sedang dalam peringkat pelaksanaan di seluruh negara yang dijangka akan siap secara berperingkat pada suku keempat tahun 2017. Jumlah kos yang terlibat ialah sejumlah RM3.4 bilion bagi tempoh tiga tahun operasi. Adalah sasaran kerajaan iaitu menjelang tahun 2020, 95 peratus rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada internet. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas usaha yang telah dibuat untuk menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi. Ini yang dapat membantu rakyat meneroka informasi terkini dengan lebih baik. Cuma saya merasakan penyediaannya agak terlambat sedikit. Saya pernah bertanya pada tahun 2013, khususnya berkaitan dengan UniFi di Kelantan. Jawapan Yang Berhormat Menteri pada ketika itu dijangkakan pada akhir tahun 2014 akan siap dibina. Akan tetapi sesudah hampir tiga tahun, hanya kawasan bandar Kota Bharu sahaja yang boleh menikmati kelajuan UniFi ini. Saya yang tinggal di ataupun hampir lima kilometer daripada pusat Telekom di Kubang Kerian pun masih lagi belum dapat merasai UniFi ini. Kedua ialah apa yang telah disebut Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan liputan di seluruh negeri Kelantan. Saya ingin bertanyakan, di atas kelajuan berapa mega ataupun mbps untuk keseluruhannya? Apakah sebenarnya punca pada kelewatan ini, dan usaha yang dibuat untuk membekalkan UniFi ini, adakah hanya di sekitar bandar Kota Bharu sahaja ataupun akan diperluaskan di seluruh negeri Kelantan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya pelaksanaan ini mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan beberapa proses. Antaranya iaitu mengenal pasti pelanggannya secara teknikal boleh ditingkatkan kelajuannya dan ada juga yang dimaklumkan infrastruktur komunikasi ini menghadapi had keupayaan kelajuan yang lain antara tertakluk dengan jarak premis pelanggan seperti kualiti pendawaian copper. Inilah yang menyebabkan kita sedang upgrade-kan beberapa kawasan, termasuklah di negeri Kelantan. Seperti yang saya maklumkan tadi, antara megabit yang seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di kawasan bandar ialah antara 100 megabit. Di kawasan pinggir bandar ialah 20 megabit tetapi ada beberapa cabaran yang kita hadapi iaitu terutamanya, pertama, dari segi kelewatan dalam pemasangan. Ini kerana beberapa proses ini akan melibatkan kelulusan daripada pihak PBT dan juga pelaksanaan syarat baru oleh
pihak JKR di mana perlu mendapatkan pengesahan daripada jurutera awam. Kalau di kawasan yang berbangunan misalannya, ia kadangkala pemilik bangunan tidak memberi kerjasama ataupun kelulusan untuk membuat pemasangan. Ketiga, kerjasama antara pihak telekomunikasi. Kadangkala terdapat bangunan yang disediakan oleh pihak syarikat. Contohnya, ABC tetapi ia tidak memberi ruang kepada syarikat CDE untuk memasuki. Keempat, kelajuan akses ini juga terhad disebabkan kabel ataupun copper yang sedia ada. Ada di beberapa tempat, keadaan copper itu harus dikekalkan kalau kita hendak gantikan dengan fiber. Yang pentingnya, iaitu berkaitan dengan kecurian kabel. Ini adalah merupakan masalah utama di mana saya difahamkan bahawa setahun, kecurian kabel yang dialami oleh syarikat Telekom Malaysia dianggarkan sejumlah RM50 juta. Inilah antara permasalahan yang menyebabkan kadangkala dari segi proses penyediaan itu mengambil masa yang amat panjang. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Tahniah kepada pihak kementerian kerana telah berusaha merangka satu perancangan supaya jurang digital di antara bandar dan luar bandar dapat dirapatkan. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, adakah pihak kerajaan, terutama kepada pihak kementerian, bercadang untuk merealisasikan atau membuka pasaran industri telekomunikasi kepada pasaran luar negara bagi mengimbangi purata caj internet di negara ini yang dikatakan hari ini Tuan Yang di-Pertua, terlalu mahal. Jadi, saya mohon jawapan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tenom berkaitan dengan caj internet. Sebenarnya, pihak kementerian memang tidak ada masalah dari segi caj yang dikenakan kerana kita sentiasa membuat pemantauan. Selagi mana ia berdasarkan kepada peraturan dan prinsip yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Pada masa ini, caj-caj yang disediakan oleh pihak pemberi perkhidmatan adalah bergantung kepada perancangan komersial. Pihak syarikat ini diberikan kebebasan, terutamanya dalam menetapkan kadar bagi perkhidmatan sama ada mudah alih dan juga jalur lebar. Pada masa yang sama, berlumba-lumba menyediakan mutu perkhidmatan yang terbaik mengikut keperluan dan mampu milik pengguna. Di sini kita dapat lihat bahawa persaingan wujud di antara pembekal perkhidmatan dan juga dalam pasaran dan membolehkan harga pasaran telah diturunkan. Kalau saya boleh berkongsi dengan Yang Berhormat, sebenarnya, kalau mengikut rekod kita, misalannya seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini iaitu kadar UniFi VIP5 dulunya lima megabyte per second, yang dikenakan pada kadar RM149, itu di bawah pakej VIP dan 10 megabyte per second pada kadar RM199, kini pada kadar 10 megabyte per second di bawah pakej UniFi Lite, kita hanya membayar sebanyak RM149. Jadi, maknanya kadar itu telah pun diturunkan. Yang dulunya 30 megabyte per second, RM199, kita masih kekalkan. Jadi, kalau kita beza, dahulunya 10 megabyte per second, kita hanya bayar RM199 tetapi kini RM199, kita mendapat 30 megabyte per second. Jadi, kita dapat lihat terdapat penurunan dari segi kadar yang telah ditetapkan. Ini sebenarnya kepelbagaian dari segi cajnya adalah memberikan peluang kepada pesaing- pesaing dari segi sektor industri. Pada masa yang sama ia dapat menawarkan pelbagai kadar kepada para pengguna mengikut kadar mampu miliknya. Untuk makluman Ahli-ahli Mesyuarat juga, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sebenarnya untuk para pelajar, kita telah menyediakan broadband 1Malaysia dengan kadar RM25 dengan kelajuan 384 kilobyte per second. Jadi, kita dapat lihat bahawa walaupun terdapat perbezaan dari segi kadar yang ditetapkan tetapi ia masih lagi dalam kadar yang dalam kemampuan untuk dilanggan oleh masyarakat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, permintaan belum ditunaikan lagi. Perancangan Parlimen Ketiga Belas, jam 10.30 malam. Sekarang 11.30 malam. Sudah lewat sangat. Masyarakat luar bandar dah tidur.
Saya sudah maklumkan, dalam tindakan.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tidak ada ruang untuk berbahas. Ya, saya mempersilakan Yang Berhormat Baling.
7. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah pihak kementerian berhasrat untuk memberi nafas baru atau menaik taraf skim rondaan sukarela dan rukun tetangga di mana mereka akan menjadi persatuan atau pertubuhan yang akan mempunyai bajet sendiri dan ahli-ahli akan mempunyai elaun untuk perkhidmatan masing-masing.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Baling di atas keprihatinan beliau terhadap kebajikan kawasan Rukun Tetangga atau KRT sehingga beliau membangkitkan mengenai hasrat pemberian nafas baru dan menaik taraf SRS dan Rukun Tetangga (RT) memandangkan terdapat 36 kawasan Rukun Tetangga di Daerah Baling dan dikodkan sebagai aktif berdasarkan pencapaian prestasi pada tahun 2016. Akta Rukun Tetangga 2012 telah memperuntukkan KRT dan SRS sebagai pertubuhan sukarela di bawah kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan dan aktiviti berhubung pengukuhan semangat kejiranan, keamanan, keselamatan, kesejahteraan ekonomi, kualiti hidup, perpaduan dan keharmonian masyarakat. KRT menerima peruntukan geran tahunan sejumlah RM6,000 sahaja yang bertujuan untuk membantu untuk menjalankan aktiviti pembangunan komuniti melalui pelaksanaan program atau aktiviti secara menyeluruh dan bukan untuk pemberian elaun secara individu dan perkhidmatan adalah berlandaskan semangat sukarela. Sejak tahun 1975 iaitu selama 42 tahun, KRT dan SRS tidak pernah menerima sebarang elaun dan terus setia melaksanakan khidmat komuniti dan fungsi mereka secara sukarela sahaja. Selaras dengan keadaan ekonomi semasa, Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan telah sampai masanya ahli-ahli jawatankuasa KRT dan anggota rondaan sukarela turut dipertimbangkan untuk pemberian elaun sebagaimana yang dinikmati oleh pertubuhan lain seperti Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan juga anggota RELA yang menikmati elaun atas perkhidmatan yang diberikan. Sehubungan dengan itu, adalah wajar ahli jawatankuasa KRT dan anggota SRS yang melaksanakan khidmat kepada komuniti di peringkat akar umbi juga dipertimbangkan pemberian elaun oleh kerajaan. Sekali lagi saya menegaskan, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan perlu mempertimbangkan pengiktirafan dan penghargaan dalam bentuk elaun terhadap usaha-usaha mereka membantu membangunkan komuniti persekitarannya demi mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Sememangnya kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sentiasa peka dan memberi keutamaan kepada usaha-usaha menaik taraf dan membangunkan komuniti melalui Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Sejajar dengan usaha ini, satu pelan tindakan pemerkasaan Rukun Tetangga dan SRS disediakan sebagai hasrat memberi nafas baru agar selari dengan aspirasi untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang harmoni, progresif dan bersatu padu. Pada masa ini, JPNIN sebenarnya sedang dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan pelan tindakan ini sebelum ia diangkat untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri. Pelan ini secara keseluruhannya bertujuan mentransformasikan dan meremajakan Rukun Tetangga dan SRS melalui beberapa pendekatan strategik Rukun Tetangga dan pasukan SRS menjadi lebih mantap dan berdikari. Sejajar dengan pelan ini juga, JPNIN dalam usaha ke arah memperkenalkan Rukun Tetangga dan SRS untuk menerokai bidang baru bagi menjana sumber kewangan sendiri melalui pertubuhan koperasi. Koperasi ini akan menjadi program penjanaan pendapatan bagi melahirkan usahawan-usahawan muda di dalam komuniti yang produktif, inovatif dan berdaya saing. Adalah menjadi harapan kita, selain daripada usaha-usaha murni kerajaan memperkasakan KRT dan SRS, pengiktirafan mereka melalui pemberian elaun sebagaimana
yang diterima oleh badan-badan persatuan sukarelawan yang lain akan membolehkan perkhidmatan mereka lebih dirasai oleh komuniti di peringkat akar umbi. Sekian.
Ya, sejajar dengan semangat perpaduan dan kerjasama, dipersilakan Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan tadi itu terlalu dalam sehinggakan soalan tidak tanya pun Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Syabas dan tahniah. Walau bagaimanapun, soalan tambahan saya, memandangkan rondaan sukarelawan yang Yang Berhormat sebutkan tadi berkaitan dengan SRS dengan KRT ini amat penting, bukan sahaja di rumah taman-taman, malah di kawasan perkampungan di kawasan saya umpamanya di Baling, kita ada taman dan kita ada kampung. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri itu sendiri bagi menarik lebih ramai golongan belia atau remaja ataupun umur pertengahan ini untuk menyertai Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) ataupun Rukun Tetangga memandangkan pada masa kini, ia dianggotai golongan-golongan yang sudah berusia? Saya di sini ingin sarankan supaya kementerian Yang Berhormat Menteri dapat menyediakan insentif-insentif yang lain bagi menggalakkan pembabitan lebih ramai masyarakat anak muda dan pertengahan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, terima kasih. Sebenarnya, sekarang ini kita telah melakukan beberapa insentif dan juga inisiatif bagi menarik penduduk-penduduk di mana tempat itu telah diisytiharkan sebagai the area of Rukun Tetangga. Di antara itu ialah seperti berikut. Pertama, perlindungan skim insurans berkelompok untuk memberi perlindungan kepada ahli-ahli Rukun Tetangga dan SRS. Kedua, menyediakan latihan kepimpinan secara berkala. Ketiga, membawa pemimpin untuk menyertai program lawatan integrasi Semenanjung ke Sabah dan juga Sarawak dan Labuan. Keempat, memberi pengiktirafan– ini kita adakan setiap tahun. Memberi pengiktirafan dan penghargaan melalui Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga. Saya sudah sentuhkan sebentar tadi dalam saya punya ucapan awal-awal tadi bahawa dalam pelan tindakan pemerkasaan Rukun Tetangga ini, kita sekarang sedang berusaha bagi JPNIN untuk meremajakan Rukun Tetangga dan SRS dengan menggalakkan penyertaan golongan muda khususnya di dalam Jawatankuasa Rukun Tetangga.
Tindakan ini adalah selari dengan apa yang saya cakap tadi itu pelan kami di mana kami menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan muda memegang jawatan di dalam jawatankuasa rukun tetangga dan sekali gus melahirkan belia perpaduan yang seiring dengan Dasar Belia Negara yang memberi tumpuan kepada golongan muda berusia 15 hingga 30 tahun. Rukun tetangga memberikan tumpuan kepada program-program berinovatif untuk melahirkan usahawan muda melalui penubuhan koperasi rukun tetangga.
Yang Berhormat Bukit Bintang, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jika kita lihat di Kuala Lumpur, banyak pondok rukun tetangga tinggal usang dan tidak ada kegiatan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah rancangan kementerian untuk memulihkan pondok-pondok ini ataupun dirobohkan terus sebab menjadi satu gambaran yang tidak baik itu pondok-pondok tinggal usang dan tidak ada kegiatan? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Nanti apa perkara ini yang ada berkaitan sangat berkenaan pondok-pondok yang saya sendiri diberitahu tidak dimaintain, tidak dijaga dan sebenarnya dan kita ingin tahu sama ada pondok itu akan di roboh atau akan berterusan. Saya akan check terlebih dahulu keadaan kedudukan ini, Yang Berhormat. Terima kasih.
8. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada wujudnya koordinasi di antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan daripada segi kelulusan institusi pengajian perubatan demi mengatasi masalah kelebihan graduan kursus perubatan. Nyatakan bilangan graduan kursus perubatan yang masih belum diperuntukkan tempat "housemanship" di hospital kerajaan.
Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon untuk menjawab pertanyaan ini iaitu menyentuh berkenaan dengan lebihan graduan perubatan bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pasir Mas yang menyentuh perkara yang sama pada 30 Mac. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa yang ini, Kementerian Kesihatan Malaysia hanya melaksanakan usaha koordinasi bersama-sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi melalui penguatkuasaan moratorium penawaran program perubatan baru di institut pengajian tinggi mulai 1 Mei 2016 sehingga 30 April 2021 dan sebelum itu sudah ada lima tahun moratorium bagi mengimbangi pengeluaran graduan perubatan dari dalam negara dan melalui moratorium ini: (i) tiada penambahan universiti atau kolej perubatan baru; (ii) tiada pertambahan bilangan program perubatan baru; dan (iii) tiada pertambahan kuota bilangan pelajar pengajian perubatan dalam program sedia ada. Namun, bagi graduan luar negara, ia adalah di luar kawalan kementerian dan tertakluk kepada pengiktirafan universiti daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Langkah moratorium ini juga dapat memastikan keseimbangan aspek penawaran dan permintaan graduan perubatan dalam negara seperti Yang Berhormat dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, antara bulan Disember 2016 hingga 2 Mac 2017, SPA ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah pun menemu duga graduan perubatan seramai 3,474, yang telah dilantik sehingga 2 Mac ialah 1,297, lebihannya akan dilantik mulai awal bulan April tahun ini, Tuan Yang di-Pertua. Dengan itu untuk makluman selanjutnya, jumlah jawatan houseman sekarang ialah 10,835 dan ditempatkan kepada 44 hospital latihan siswazah dan pihak kementerian bercadang untuk tambah lagi dua hospital iaitu Hospital Shah Alam dan juga hospital tentera. Juga Tuan Yang di-Pertua, hospital-hospital universiti telah pun menyatakan kesediaan mereka untuk menambah lagi slot latihan houseman untuk graduan, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri. Nak masuk kursus perubatan bukan satu perkara yang senang. Sekarang ialah masalah di negara kita ialah ramai ibu bapa nak hantar anak-anak mereka untuk belajar kursus perubatan dengan harapan mereka akan jadi doktor sehingga kita sekarang menghadapi masalah kelebihan doktor, 5,000 di negara kita. Saya dengar tadi jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mengatakan ada satu macam skim khas kepada graduan yang daripada kursus perubatan dari bulan Mei 2016 hingga 30 April 2021. Jadi, masalah sekarang ialah kelebihan doktor dan lepas mereka siap housemanship mereka di mana mereka akan pergi dan kalau kita lihat hospital swasta, apa yang mereka perlu adalah pakar, specialist. Jadi, apakah perancangan Kementerian Kesihatan tentang yang mismatch yang berlaku sekarang ini dan sekarang masalah ialah walaupun kerajaan telah pun tetapkan kuota tidak ada pertambahan pelajar
perubatan tapi di kolej dan universiti swasta, mereka masih ambil ramai pelajar perubatan. Jadi yang keadaan yang kelebihan doktor ini, kalau tak ada kawalan dan koordinasi di antara pelbagai pihak ini, ia akan terus berlaku. Jadi mereka yang gunakan banyak wang untuk belajar kursus perubatan bila mereka keluar daripada universiti dan juga selepas buat housemanship, tidak ada kerja, unemployed doctors. So, sebenarnya saya nak tanya, sama ada koordinasi kah di antara MMC dengan Kementerian Pendidikan, pihak swasta supaya kita boleh mengawal keadaan kelebihan doktor dan juga unemployment of doctors yang berlaku di negara kita sekarang. Ini adalah soalan saya tapi nampaknya saya tak dengar jawapan yang jelas daripada pihak Timbalan Menteri.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Saya dah sebut awal tadi bahawa kita ada moratorium tentang pengambilan pelajar-pelajar di dalam negara kita dan moratorium sebenarnya saya sebut tadi sejak 2016 sehingga 2021 tapi sebenarnya sebelum itu dah ada moratorium lima tahun sebelum itu. Ini adalah untuk mengawal supaya: (i) tidak ada pertambahan kolej baru untuk yang memberi tawaran perubatan, pembelajaran perubatan; (ii) tidak ada tambahan pelajar. Bagi yang sedia ada, tak tambah pelajar; dan (iii) program juga. Sekarang ini ada 33 colleges tapi ada 44 program yang ditawarkan untuk perubatan. Jadi, ini pun- makna satu, kita tidak membenarkan tambahan kolej. Kedua, tidak membenarkan tambahan pelajar kuota yang telah ditetapkan bagi kolej masing-masing. Dengan cara ini kita dapat mengawal sedikit tapi yang di luar negara, yang pergi ke luar negara tak boleh nak kawal kerana mereka pergi ke kolej-kolej yang telah kita iktiraf dulu. Ada 375 kolej universiti di luar negara yang telah kita iktiraf dan ini kita masih mengikut pengiktirafan itu, Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal pakar Tuan Yang di-Pertua, memang pihak kementerian memang kita setiap tahun kita keluarkan sekarang ini mulai tahun 2015, kita keluarkan Hadiah Latihan Perubatan (HLP) sebanyak 1,000 slot setiap tahun dan yang lulus lebih kurang 500 setahun pakar-pakar ini Tuan Yang di-Pertua tapi yang resign pun hampir 105, 120 setahun. Jadi, yang mana yang pertambahan tak banyaklah tiap-tiap tahun. Jadi sebab itu kita menggalakkan pelbagai insentif yang nak diberi kepada pakar-pakar kita supaya mereka dapat kekal dengan kerajaan, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, saya jemput Yang Berhormat Limbang.
9. Tuan Haji Hasbi bin Habibollah [Limbang] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan bilakah kerajaan akan memulakan "dredging" di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor memandangkan peruntukan sebanyak RM10 juta telah diluluskan beberapa tahun yang lalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Yang Berhormat Limbang. Tahniah kerana konsisten istiqamah bertanyakan soalan yang sama setiap kali persidangan kerana dia berjanji dengan saya selagi tidak selesai beliau akan tanya setiap kali persidangan. Jadi begini, mudah sahaja iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah pun meluluskan peruntukan RM10 juta tahun 2016 iaitu di bawah Rolling Plan 1, RMKe-11 bagi kerja-kerja pengorekan di muara Sungai Limbang. Projek ini meliputi kerja-kerja pengorekan di kawasan seluas 28.8 hektar dengan kedalaman empat meter, lebar 60 meter, panjang 4.8 km. Status, kerja ukur siap, kerja reka bentuk siap, kelulusan EIA selesai, dokumen tender siap. Pada masa ini kementerian dalam peringkat perolehan dengan kerja-kerja fizikal
di tapak dan dijangka akan bermula April 2017. Sekian, terima kasih. Tidak ada soalan tambahan.
Baiklah, Yang Berhormat tamat sudah sesi waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Saya jemput Yang Berhormat Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 12(1). [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari Rabu, 15 Mac 2017.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”. [13 Mac 2017]
Sila, Yang Berhormat Gerik untuk menyambung ucapan selama 16 minit.
Menyambung balik Titah Ucapan berkenaan dengan keselamatan negara iaitu di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saya memohon supaya Kementerian Pertahanan melihat balik kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Rejimen Sempadan terutama dalam kawasan saya RS tiga dan RS empat di mana kita melihat kemudahan peralatan untuk menjaga di kawasan sempadan ini sebenarnya kurang memuaskan. Perkara yang lain berkenaan dengan kewangan negara. Negara bercita-cita dalam tempoh tujuh tahun lagi untuk menjadi 20 buah negara ekonomi. Kalau di tanya kepada saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan luar bandar, saya ingin melihat supaya pendapatan penduduk di luar bandar yang bergantung kepada pertanian di tambah nilai lagi untuk mereka. Pada minggu yang lalu, sebelum sidang Parlimen saya berpeluang pergi ke Sungai Sari di Padang Terap untuk melihat bagaimana pihak Lembaga Getah Negara telah membina satu kilang untuk menambah produk getah di mana boleh menambah pendapatan kepada penduduk-penduduk yang bergantung kepada menoreh getah. Satu kilang nilainya lebih kurang RM1 juta yang boleh menampung 1,000 ekar kawasan getah. Kilang tadi kena proses getah yang telah ditoreh dalam tempoh dua hari atau tiga hari. Getah buku tadi di bawa ke kilang kemudian di basuh diperahkan air yang busuk tadi. Air yang busuk tadi boleh disaringkan kepada dua benda pula iaitu boleh menghasilkan protein dan juga gula. Manakala, getah yang telah dibasuh tadi dipecah-pecahkan untuk dibuat getah keping yang berkualiti. Saya mohon pihak kerajaan membantu pekebun-pekebun kecil dengan menyediakan peruntukan membolehkan kawasan getah tadi didirikan kilang yang seperti yang telah saya lihat tadi yang mana saya yakin pihak pekebun kecil bersama-sama dengan pembeli-pembeli getah kena memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan kepada penoreh getah tadi dengan kaedah buat kilang tadi mereka ada tiga hasil. Satu getah keping yang berkualiti, dua protein yang boleh digunakan untuk di peringkat farmasi atau benda lain dan juga gula yang berkualiti tinggi. Secara tidak langsung penambahan pendapatan kepada penduduk di luar bandar ini boleh menceriakan mereka di kawasan kampung. Begitu juga saya gembira dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan jalan akan dibuat dengan menggunakan getah asli. Sudah tiba masanya saya berpendapat jalan-jalan di luar bandar perlu kita gunakan getah asli kerana difahamkan kekuatan bitumen yang dibuat dengan menggunakan getah tadi boleh mencecah sehingga 25 tahun. Secara tidak langsung tidaklah banyak peruntukan dihabiskan untuk membina jalan luar bandar tiap-tiap tahun. Kadang-kadang dengan kaedah yang sedia adapun pada hari ini, jalan yang dibuat dalam tempoh dua minggu, tiga minggu boleh tumbuh rumput di tengah- tengah batu hitam tadi menggambarkan kualitinya tidak baik, membazir duit kerajaan. Kita kena cari satu kaedah, buat satu pembangunan yang boleh kekal lama, rakyat tidak bising dan akhirnya kita berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional Begitu juga produk-produk lain berkenaan dengan getah. Kita berharap ada satu kepercayaan kepada Lembaga Getah Negara untuk buat satu kajian supaya produk-produk daripada getah tadi dapat menambah pendapatan kepada penduduk-penduduk di luar bandar. Dalam masa yang sama, Lembaga Getah tidak boleh berdiri dengan sendiri. Mesti ada kerjasama dengan pihak RISDA di bawah Kementerian Luar Bandar. Ini kerana kalau sekadar Lembaga Getah yang duduk di bawah kementerian lain akhirnya masing-masing ada ego konon-konon masing-masing hendak membantu penduduk di luar bandar. Akan tetapi kalau saya percaya kalau kita boleh duduk sekali orang tengah hanya sekumpulan yang boleh monopoli untuk mendapat keuntungan yang tinggi boleh kita elakkan. Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, bila mana getah jatuh dulu.
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Perdana Menteri membuat lawatan ke negara China. Akhirnya negara China beli balik getah dengan kelapa sawit, maka harganya boleh menyebabkan kegembiraan penduduk di luar bandar.
Hendak bagi jalan Yang Berhormat?
Seperkara lagi...
Pasal getah.
Boleh.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dalam beberapa pandangan tadi bahawa penggunaan jalan daripada getah. Akan tetapi itu tidak menjamin akan meningkatkan lagi harga-harga getah kerana ia bergantung kepada banyak faktor. Akan tetapi, dalam konteks hendak membantu pekebun dan juga penoreh getah ini untuk memperoleh pendapatan yang lebih, saya fikir adakah Yang Berhormat setuju bahawa Lembaga Getah harus menyemak kembali kos proses yang diambil oleh kilang. Kos proses itulah yang diambil oleh kilang itu terlalu banyak. Waktu getah rendah dia ambil empat ‘kupang’ tapi waktu getah tinggi dia ambil sampai lapan ‘kupang’. Kos proses sama sahaja waktu getah rendah dan juga waktu getah tinggi. Jadi saya minta supaya Lembaga Getah boleh kaji balik benda itu.
Okey, terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pokok Sena. Itu yang saya cadangkan tadi supaya kerajaan melihat semula yang Lembaga Getah buat satu kajian yang katakan kos buat kilang RM1 Juta dengan cara kita hendak menghapus secara tidak langsung kilang-kilang yang besar yang control, yang potong macam mana kata Yang Berhormat Pokok Sena tadi. Di peringkat ini ialah setiap penoreh dia akan jual getah basah. Jadi itu antara yang saya mencadangkan mungkin pihak kementerian boleh jawab lebih jelas lagi. Saya cuma berdasar pada lawatan tengok di kilang saya melihat suasana tersebut.
Dalam pada itu, saya juga melihat dari segi sudut ekonomi untuk luar bandar. Penumpuan kepada pelancongan perlu difokuskan, perlu diberi bantuan sebaik mungkin semacam di tempat saya, Gerik. Kita ada Royal Belum, satu kawasan hutan simpan semula jadi yang cantik, gunung-gunung yang banyak boleh dijadikan laluan pendakian dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung ini boleh memberi peluang pekerjaan yang baru kepada penduduk tempatan. Saya melihat di kawasan Royal Belum, kita ada gajah yang kadang- kadang memeningkan kepala pemimpin tempatan. Itu yang saya minta Kementerian Alam Sekitar buat sanctuary gajah. Mungkin kita fikirkan pagar gajah yang boleh- ya lah kita tidak boleh hendak- saya kena terima hakikat Gerik, tempat seluruh negeri Perak itu dia akan buang gajah yang mengamuk di Gerik, saya terima hakikat itu. Akan tetapi kita kena cari jalan. Gajah yang dibuang di Gerik, macam mana dia tidak ganggu di Gerik kan. Saya pun hendak bercakap lebih pasal gajah ini, saya tidak berapa berani kan, sat ini dia kacau kawasan Gerik itu saya pun pening...
Yang Berhormat Kalabakan bangun Yang Berhormat.
Minta tabik juga dekat gajah ini.
Gerik tambah sedikit.
Yang Berhormat Kalabakan, tetapi masa saya bukannya banyak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat Gerik bercerita pasal gajah bukan di Gerik sahaja bahkan di kawasan FELDA di Kalabakan dan di kampung-kampung sekitar...
Termasuk di kawasan saya Yang Berhormat.
Gajah merosakkan semua tanaman, jadi kita minta supaya Yang Berhormat Gerik menyentuh pasal gajah ini bukan di Gerik sahaja, di mana tempat ada gajah kita minta supaya kementerian mengambil tindakan supaya tidak mengganggu orang-orang kampung di sana.
Saya amat bersetuju.
Sedikit Yang Berhormat Gerik.
Okey.
Ya, Yang Berhormat Jerantut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Pasal gajah ini memang menarik minat ramai termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri. Semalam pun saya sudah bawa dalam perbincangan saya.
Semalam sudah disiarkan dalam TV Yang Berhormat ya. Laporan Parlimen.
Terima kasih. Saya mencadangkan Yang Berhormat Gerik, apa pandangan Yang Berhormat Gerik. Masalah gajah ini hampir semua negeri di Malaysia kecuali Kuala Lumpur sahajalah...
Langkawi.
Langkawi pun ada. Kita cadangkan kepada kerajaan khususnya kementerian, kita buat semua sanctuary gajah ini di setiap negeri ataupun kalau boleh setiap Parlimen pun tidak apa. Sebab kita nampak sudah menjadi masalah besar kepada rakyat. Apakah pandangan Yang Berhormat Gerik?
Saya cukup bersetuju tetapi pada pandangan sayalah, jangan kita serah semata-mata kepada Kementerian Alam Sekitar, PERHILITAN untuk selesaikan masalah. Kalau kita ada MKN sebagai boleh mengisytiharkan keselamatan, apa salah fikirkan satu negara ini duduk sekali, bagaimana masalah gajah ini kita boleh selesai, dia boleh hidup, rakyat kita boleh hidup dan kita kena ingat gajah pun rakyat kita juga.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Kalau di Gerik kan. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Gerik, saya juga hendak menyentuh tentang isu ini tetapi bukanlah gajah. Akan tetapi isunya sama iaitu ancaman babi hutan di kawasan-kawasan. Jadi saya rasa kalau hendak selesaikan masalah gajah, selesaikan juga masalah ancaman babi hutan yang mengancam pertanian, terima kasih.
Masukkan dalam ucapan untuk itu- Saya terpaksa langkau ini ya. Pelancongan, kalau di Gerik saya bukan sekadar kata kawasan tempat itu. Kami di Gerik kaya dengan makanan tradisi. Salah satu ikan sungai yang paling sedap ialah ikan baung, kita buat masa lemak. Semalam pun saya tengok dalam TV ada gambar saya makan ikan baung kan. Di Gerik, dia macam-macam makanan tradisi yang ada. Umbut bayas, kerabu beka, sardin dalam tin pun orang Gerik dia pandai buat kerabu. Kalau tidak percaya, datang ke Gerik, ke Pengkalan Hulu, ke Lenggong tempat Yang Berhormat Shamsul, kebebeh satu mi kan. Jadi ini antara saya rasa boleh menarik pelancongan daripada dalam dan luar negara di mana Kementerian Pelancongan kena bantu yang macam mana boleh membantu untuk memesatkan pembangunan pelancongan yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada generasi baru. Dalam masa yang sama, saya bersetuju dengan Titah Tuanku, kita punya masalah paling besar ialah sampah dan tandas. Kalau kita lihat tandas-tandas awam, dewan orang ramai, masjid, agak tidak diurus dengan baik. Sudah tiba masanya kerajaan kena memantau bagaimana toilet ini dilihat bersih. Salah satu negeri yang saya pergilah, toilet yang paling cantik ialah negeri Melaka. Negeri Melaka ini kita pergi ke toilet awam, bayar 50 sen puas
hati, boleh tidur, boleh sembahyang dalam toilet yang cantik. Kita mengharapkan seluruh negara supaya toilet awam tadi dilihat cantik macam di negeri Melaka. Ini kita puji benda yang baik. Sampah. Kalau kawasan majlis daerah, okey, kita nampak boleh diatur dengan baik. Akan tetapi di kampung-kampung macam mana? Perkembangan di kampung serupa dalam kawasan majlis daerah tetapi di kampung, orang buang sampah merata-rata. Sudah tiba masanya, mana-mana kementerian yang bertanggungjawab, cuba kita fikirkan. Jangan tunggu kampung tradisi tadi akan dipenuhi dengan sampah-sampah baru kita hendak cari satu kaedah bagaimana sampah tadi dapat diselesaikan. Adalah lebih baik, kita bersih, kita gunakan majlis daerah yang ada lori tadi untuk mengangkut sampah di kawasan-kawasan kampung juga ataupun cari kaedah-kaedah mana yang korek lubang, tambun sampah tadi. Sebab kalau kita biarkan, satu masa negara kita, kawasan kampung dipenuhi dengan sampah-sampah.
Yang Berhormat Lipis bangun.
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Saya sebenarnya tidak berkeyakinan bahawasanya kita boleh menyelesaikan masalah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gerik. Semalam saya tidak ingat Yang Berhormat dari mana ada bercakap tentang kebanjiran sampah di Chow Kit sendiri. Maknanya itu adalah salah satu ibu kota. Maknanya pada saya, pendapat saya mungkin saya bertanya kepada Gerik, adakah bersetuju bahawa sampah sarap ini adalah datangnya daripada diri kita sendiri. Kita tengok kadang-kadang, kita ikut belakang kereta, orang campak sampah. Akan tetapi kalau kita tengok negara maju seperti Jepun umpamanya dia sangat disiplin tentang kebersihan ini. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik kata tadi di Melaka. Saya hendak beritahu kampung saya dalam Parlimen Lipis, Kampung Tempoyak adalah johan tandas bersih peringkat negara.
Tahniah Yang Berhormat Lipis, saya pun tidak tahu Kampung Tempoyak tandas terbersih dalam negara, tahniahlah. Satu lagi tajuk yang saya ingin perkatakan ialah TVET kemahiran. Dasar pendidikan nasional yang baru, kita melihat ada perubahan pendekatan soal pendidikan. Sejauh manakah Kementerian Pelajaran boleh memberitahu kepada ibu bapa soal kita sudah mula memecahkan dua bidang akademik dan kemahiran. Kalau kita lihat daripada Tahun 1 sampai Tahun 6 didedahkan dengan semua benda. Apabila naik ke Tingkatan 1, 2 dan 3 ambil PT3, maka pelajar-pelajar tadi buat pilihan sama ada dia hendak duduk di bidang akademik, pencapaian pelajaran terus naik Tingkatan 4, 5 boleh masuk ke IPTA ataupun melompat naik ke Tingkatan 6. Atau satu lagi kita boleh hantar anak kita ke kolej vokasional yang mengeluarkan sijil vokasional diikuti dengan boleh keluarkan diploma vokasional. Saya percaya dalam kepala ibu bapa– ah masa sudah habis. Saya percaya dalam kepala ibu bapa cuma nampak serupa. Kalau kita sudah buat pilihan hendak hantar ke kolej vokasional jangan tanyalah anak kita boleh masuk UKM kah apa, mereka akan dapat kemahiran. Kerana masa mencemburui, saya menghormati masa. Dengan ini saya menjunjung kasih dan menyokong usul Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terima kasih.
Yang Berhormat Temerloh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong doa]
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian membahaskan Titah Diraja. Pertama saya turut Menjunjung Kasih Atas Titah yang begitu baik daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan pada hari ini bagi merealisasikan harapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya untuk melahirkan sebuah pemerintahan yang adil dan juga rakyat yang sejahtera dan negara yang makmur. Maka saya dahulukan ucapan saya dengan memetik firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Hajj ayat 41. Maksudnya “Orang-orang yang telah diberikan peluang oleh Allah, diberikan kesempatan oleh Allah untuk memimpin dan memerintah di atas muka bumi ini, mereka mestilah melaksanakan empat perkara, yang pertama mendirikan sembahyang, yang kedua mengeluarkan zakat, yang ketiga menegakkan syariat dan yang keempat mencegah kemungkaran dan segala urusan ini kembali kepada Allah SWT”. Jadi kesempatan ini saya ingin menegaskan untuk memastikan lahirnya sebuah pemerintahan yang adil, rakyat yang sejahtera dan negara yang makmur sebagaimana yang diucap dalam Titah Diraja. Maka mestilah kita berusaha dan berikhtiar dengan serius untuk membebaskan negara ini daripada industri-industri dosa yang saya kira ini bukan sahaja akan menggagalkan kita untuk melahirkan sebuah negara yang disebut sebagai baldatun thaiyyibah wa rabbun ghafur iaitu negeri yang baik yang mendapat keampunan daripada Tuhan, ataupun good governance sebuah negara dan juga pemerintahan yang baik. Maka kita juga akan meletakkan negara kita ini dalam kemurkaan Allah. Maka pada waktu itu kita akan sukar untuk mendapat kebahagiaan, kesejahteraan yang kita impikan selama ini. Negara akan terus dihimpit bencana, malang dan sebagainya. Jadi industri yang saya maksudkan di sini ada dua tiga perkara yang boleh saya kemukakan dalam kesempatan masa yang ada. Pertama ialah dadah. Isu dadah ini sangat membarah dalam negara kita. Semakin hari semakin parah. Walaupun negara kita Malaysia telah pun menyasarkan supaya tahun 2015 negara bebas daripada dadah tetapi statistik penyalahgunaan dadah ini kalau kita lihat pada angka yang dikemukakan ialah pada tahun 2013, 20,887 kes. Meningkat pada tahun 2014 kepada 21,777 dan meningkat lagi pada tahun 2015 iaitu pada 26,668 kes. Apa yang lebih membimbangkan lagi daripada angka ini 75 peratus adalah dari kalangan mereka yang berusia antara 15 tahun kepada 39 tahun. Jadi inilah satu musibah yang sedang dihadapi oleh negara kita yang perlu diberikan perhatian. Walaupun kita tahu Tuan Yang di-Pertua, setiap hari, hampir setiap hari serbuan dibuat dan juga penangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa. Dengan ini terlebih dahulu saya ucap tahniah atas ketangkasan pihak Polis Diraja Malaysia dalam aspek penguatkuasaan. Akan tetapi persoalannya ialah mengapa jumlah ini tidak pernah berkurangan malah makin meningkat. Kes-kes dadah yang menunjukkan bahawa jenayah salah guna dadah pada hari ini adalah merupakan satu isu besar negara yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak termasuklah rakyat sendiri dan “mim babil aula” ataupun terlebih wajar ialah perhatian diberikan oleh pihak kerajaan ataupun pihak pemerintah. Sebab jenayah salah guna dadah ini adalah isu yang menghancurkan peradaban dan juga menghancurkan generasi negara kita. Pelbagai kaedah saya tahu telah digunakan untuk menanginya tetapi sebagaimana saya sebutkan tadi dia semakin hari semakin meningkat dan ternyata pendekatan yang telah diambil itu gagal untuk menggerunkan penjenayah dalam industri dadah ini. Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Negara supaya dasar dadah negara ini dinilai semula supaya turut melibatkan aspek pengedaran dadah sama ada daripada sudut hukuman mahupun daripada sudut penguatkuasaan yang berkesan. Ini perlu dilihat mungkin pandangan ini kerana merujuk kepada kurangnya berkesan hukuman dan juga penguatkuasaan yang dilakukan sebelum daripada ini. Persoalan yang berkaitannya juga Tuan Yang di-Pertua, bagaimana dadah boleh di edar secara berleluasa dalam negara kita pula boleh masuk daripada luar. Bukan sahaja yang diproses dalam negara tetapi ada yang masuk daripada luar negara. Sedangkan kita sedia maklum bahawa negara kita ini mempunyai penyelenggaraan, kawalan sempadan oleh pihak Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Akan tetapi persoalannya ialah kenapa masih berlaku kebocoran ini ataupun dadah boleh masuk menembusi sempadan negara. Sedangkan saya tahu AKSEM ini adalah satu agensi yang turut disokong oleh penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia dan juga Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia dan saya juga difahamkan turut dilibatkan ialah Agensi Antidadah Kebangsaan.
Kenapa persoalan ini masih berlanjutan? Apakah kesepaduan tenaga dalam mengawal sempadan ini tidak memberi kesan ataupun mungkin kerana ada masalah koordinasi yang ketara antara agensi-agensi yang wujud ini. Sila.
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Temerloh memang perkara ini banyak mendatangkan musibah kepada masyarakat bangsa kita. Setujukah Yang Berhormat Temerloh bahawa negara Malaysia ini bukanlah satu negara mengeluarkan dadah tetapi paling banyak dadah diedar, distribute rasa saya di negara kita ini sehingga kita menjadi negara transit untuk menghantar dadah ke Indonesia, ke negara-negara lain. Ini bermakna apakah Yang Berhormat Temerloh ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa musuh utama negara kita adalah dadah dan perlu diperangi habis-habisan. Akan tetapi kita gagal memerangi perkara ini sebab mungkin ada udang di sebalik batu, ada orang yang kita beri amanah tetapi tidak amanah melaksanakan tanggungjawab mereka.
Yang Berhormat Temerloh, sedikit.
Tuan Yang di-Pertua...
Pengkalan Chepa, sedikit.
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Menjawab persoalan Yang Berhormat Baling dalam persoalan Daesh, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberitahu kita betapa perisikan negara sangat cekap. Tambahan pula ada hubungan dengan risikan dunia termasuklah lain-lain perisikan dunia, begitu cekap sekali. Namun demikian masalah dadah, masalah pencerobohan di sempadan berlaku begitu ketara, apakah punca-puncanya dengan perisikan kita yang begitu cekap tetapi dadah tetap masuk dalam negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan yang telah mengemukakan satu persoalan yang saya kira turut sama perlu dijawab oleh pihak kementerian. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan sebentar tadi yang menunjukkan bahawa sememangnya ini adalah suatu yang sedang dihadapi oleh negara kita pada hari ini. Bukan sahaja menjadi tempat transit, saya bimbang satu peringkat nanti negara kita menjadi hab dadah yang sangat membimbangkan kita. Ini yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Baik, satu lagi ekoran daripada isu dadah ini...
Yang Berhormat Kalabakan bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik apabila kita berhujah mengenai dadah sebab perkara ini memang sudah menjadi hantu kepada anak-anak muda kita di seluruh negara. Jadi Yang Berhormat Temerloh mungkin mencadangkan kerana dadah kita mahu tahu siapa pembekal kerana memang ada pembekal dalam negara.
Orang-orang yang terlibat untuk mencari keuntungan. Jadi saya tidak nampak ada usaha-usaha untuk menangkap pengedar-pengedar ini. Tidak ada usaha, jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan juga memang ada kawalan-kawalan yang kita buat termasuk juga di sempadan Pantai Timur Sabah tetapi banyak dadah yang masuk daripada Philippines, Indonesia dan kemudian dihantarkan ke negara-negara lain. Jadi persoalannya kenapa kawalan ini boleh bocor? Mungkin tidak ada amanah yang diberikan kepada orang yang mengawal. Mereka ini mungkin korupsi. Mereka ini mungkin korupsi. Jadi kerajaan, kita minta Yang Berhormat Temerloh cadangkan supaya orang-orang seperti ini yang mengedar dadah, mengimport dadah ini yang sudah kita kenal pasti diambil tindakan sewajarnya.
Baik, saya bersetuju dan berharap bersungguh-sungguh supaya kerajaan turut melihat perkara ini dengan serius supaya tindakan penguatkuasaan itu bukan lagi penguatkuasaan terpilih hanya ditumpu kepada
penagih dadah tetapi yang paling besarnya ialah pengedar-pengedar dadah dan bagaimana pembekalan atau bekalan dadah itu boleh menembusi negara kita. Ekoran daripada isu pengedaran dadah ini juga ialah dia berkait dengan permusuhan antara pihak pembekal dan juga mafia, gengster dan seumpamanya dan akhirnya ia akan membawa kepada pembunuhan dan juga jenayah senjata api yang semakin menjadi-jadi di dalam negara kita pada hari ini. Banyak kes yang mengakibatkan berlakunya jenayah yang melibatkan senjata api ini antaranya ialah kerana rebut kawasan dadah dan juga pertarungan antara dua pihak yang mencari pasaran dadah ini. Tahun lepas saya lihat 24 kes bunuh bersenjata api yang menjadikan 445 kes telah berlaku pembunuhan yang bersenjata api sejak daripada tahun 2008 dalam negara kita. Ini satu hal lagi, dadah satu perkara, bagaimana pula senjata api itu boleh melepasi masuk dalam negara kita melalui sempadan? Kalau tidak masuk daripada sempadan apakah rakyat dalam negara kita telah mampu untuk buat senjata api sendiri? Jadi ini adalah perkara-perkara yang sangat dibimbangkan. Lebih-lebih lagi pada mutakhir ini, dibimbangkan pula masuknya senjata kimia dalam negara kita yang turut menjadi bahan dan juga alat untuk membunuh sebagainya sehari dua ini kecoh dalam negara kita berkait dengan pembunuhan di KLIA dengan menggunakan bahan kimia ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memang negara kita ini memerlukan satu cegah kawal terhadap masalah penyalahgunaan dadah dan saya harap bertindak sekaranglah ataupun kalau kita lengah ertinya rakyat dan negara kita semakin hari semakin rosak. Kemudian yang kedua ataupun bahagian kedua, industri dosa yang sedang menghambat kemakmuran dan juga kesejahteraan negara kita ialah industri perzinaan ataupun pelacuran dalam negara kita yang saya lihat tiada pengawalan serius terhadap isu ini. Pertama, hiburan yang melampau dengan filem ataupun aksi-aksi lucah yang dipaparkan kepada umum melalui hiburan ini. Mungkin standard untuk menentukan tahap lucah itu berbeza ada orang menganggap lucah itu apabila telah tidak ada seurat benang baru ia dianggap lucah. Padahal sudah cukup untuk menganggap lucah itu jika sekiranya membuka aurat dan menampakkan bentuk badan yang menggiurkan ataupun tarian-tarian yang menggiurkan dan seumpamanya termasuk juga muzik-muzik yang hingar bingar. Kemudian yang kedua ialah pergaulan bebas dengan konsep-konsep hiburan tanpa kawalan, budaya couple yang begitu berleluasa yang mutakhir ini. Ditambah pula yang ketiga ialah pendidikan agama yang terlalu minimum. Malah saya lihat kalau di sekolah-sekolah pun mata pelajaran Pendidikan Agama ini adalah sangat kecil berbanding dengan mata pelajaran yang lain. Baik, gandingan dengan semua keadaan ini akhirnya ia telah membawa kepada satu tahap kawalan yang tidak serius terhadap berlakunya industri perzinaan dan juga pelacuran ini. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya lihat masyarakat negara juga telah hilang sensitiviti terhadap isu kelahiran anak luar nikah. Tahun 2013 sehingga tahun 2016 sebanyak 159,725 kes anak luar nikah. Ini di laporkan oleh JPN. Saya percaya, saya yakin kalau inilah jumlah kelahiran anak luar nikah ertinya, 40 peratus ke 50 peratus lebih tinggi berbanding kadar anak luar nikah ini adalah kes zina yang berlaku. Ertinya kes zina lebih 40 peratus ke 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan kelahiran anak luar nikah. Sebab biasanya kes buang bayi ini ataupun lahir anak luar nikah ini berpunca daripada gejala perzinaan atau pelacuran yang tidak terkawal. Tahun 2015 Kementerian Kesihatan melaporkan 3,980 kes iaitu 28.8 peratus daripada 13,831 orang remaja yang berusia 10 tahun sehingga 19 tahun telah melahirkan anak luar nikah, di kalangan remaja. Sebanyak 432 kes buang bayi berlaku sejak tahun 2011 sehinggalah Jun 2015. Punca utama adalah kehamilan luar nikah sebab kalau hamil secara pernikahan kita takkan dengar kes mereka buang bayi ini di dalam tong sampah, di tandas dan seumpamanya. Melainkan kerana mereka dihambat oleh rasa bersalah ekoran daripada kehamilan luar nikah. Ini adalah satu keadaan yang sedang meruncing di dalam negara kita yang perlu dilihat secara holistik oleh pihak kerajaan dan seluruh kita yang bertanggungjawab untuk memimpin masyarakat dalam negara kita ini. Jadi, persoalan kita di sini adalah apakah formula penyelesaian? Ada yang mencadangkan supaya dilakukan pendidikan seks di sekolah. Dengan mengajar supaya seks selamat dan seumpamanya untuk mencegah, kalau itu mungkin untuk menangani cegah hamil luar nikah itu mungkin boleh berlaku, untuk mencegah hamil. Akan tetapi untuk
mencegah berlakunya gejala zina, ia tidak berlaku. Malah saya satu ketika dulu pernah melihat satu iklan di Medan Mara di Kuala Lumpur. Apabila saya lalu di kawasan itu ada satu iklan dinaikkan oleh satu agensi untuk mengiklankan penggunaan kondom. Dia letak gambar seorang lelaki mengajak seorang wanita pergi ke pantai lalu wanita itu menjawab, “no condom, no way”. Ertinya, sekadar untuk menggunakan kondom. Bukan untuk mencegah perbuatan seks luar nikah ataupun perzinaan ini. Jadi ini adalah satu perkara yang pincang yang saya kira penyelesaian itu tidak menyeluruh, boleh selesai masalah kehamilan tetapi tak selesai soal kemungkaran dan akhirnya dia akan menyebabkan negara ini terus dilanda kemurkaan oleh Allah SWT. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Kalau 250,000 anak tidak sah taraf, sebahagian besarnya anak luar nikah ertinya yang berzina lebih daripada 500,000. Ini angka yang sangat besar bagi rakyat Malaysia yang hanya 30 juta. Sejauh mana media massa dan juga media sosial hari ini berperanan dalam mencambahkan gejala seumpama ini? Terima kasih.
Saya harap semua pihak dapat memainkan peranan supaya kita dapat memainkan peranan supaya kita dapat mengelakkan diri ataupun mengelakkan diri daripada turut sama terjebak dalam mempromosikan apa jua situasi dan keadaan yang boleh membantu ke arah meluasnya industri perzinaan dan juga pelacuran dalam negara kita ini. Kenapa kita tidak mengambil satu formula yang telah dikemukakan oleh sang pencipta ataupun Tuhan yang mencipta kita, di mana Allah sebut dalam Al-Quran Nul Karim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah sebut, jangan kamu hampiri zina. Bukan sahaja pencegahan itu berlaku kepada perzinaan tetapi mana-mana perbuatan, mana-mana tindakan, mana-mana situasi dan suasana yang boleh membawa kepada dekatnya berlakunya perzinaan itu mestilah dikawal dan mestilah ditutup lebih awal supaya tidak berlaku gejala perzinaan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya akui kita mungkin akan menjawab telah banyak perkara-perkara yang baik yang telah kita lakukan di dalam negara ini. Kenapa harus di bilang satu, dua, tiga perkara-perkara yang menjadi dosa ataupun menjadi hambatan kepada masalah negara. Benar, saya tidak nafi apa yang baik itu tetapi satu, dua perkara yang buruk ini telah mencacatkan dan telah menghilangkan segala kebaikan yang telah kita lakukan ekoran daripada dosa yang tak terkawal. Akhirnya saya tutup dengan sekali lagi memperingatkan apa yang diajar oleh Allah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan sekali-kali mencampuradukkan antara hak dan batil”. Kalau kita sudah buat kebaikan bukan bermakna dia menghalalkan kebatilan untuk kita turut sama kita lakukan tetapi laksanakan kebaikan, laksanakan yang benar maka hapuskanlah dan cegahkanlah kemungkaran itu. Jadi oleh sebab masa yang sangat singkat, walaupun ada satu, dua perkara lagi yang ingin saya tekankan di sini, saya harap dapat berpeluang untuk masa yang akan datang dan saya harap pihak kementerian ataupun pihak kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap apa yang telah saya bangkitkan. Terima kasih sekali lagi, saya turut menjunjung kasih Titah Diraja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengucapi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas ini. Pertamanya, saya ingin menyampaikan Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam majlis pembukaan sidang Dewan pada 6 Mac 2017 yang lepas. Dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam majlis pembukaan sidang Dewan tempoh hari, menyatakan kepelbagaian budaya, warisan dan keunikan alam semula jadi adalah antara daya tarikan sektor pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara.
Produk-produk dalam sektor pelancongan perlu dipelbagaikan dan pasaran strategik yang mampu meningkatkan ketibaan pelancong ke negara kita perlu diterokai. Usaha menarik kedatangan pelancong adalah tugas semua orang dan bukan hanya bergantung pada pihak kerajaan sahaja. Ini boleh dilaksanakan termasuk dengan menyokong kempen Tahun Melawat ASEAN@50. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan Negeri Johor menjadikan negeri Johor ke arah sebuah negeri yang berkemajuan pembangunan, daerah-daerah dibahagikan kepada beberapa kluster mengikut persekitaran pembangunan yang sesuai dengan geografinya. Daerah Pontian dan khususnya Parlimen Tanjong Piai dikategorikan sebagai southern sanctuary sesuai dengan alam semula jadi paya bakau yang ada. Oleh yang demikian, pelancongan merupakan sebuah entiti pembangunan yang menjadi tunjang utama. Kedudukan geografinya yang mempunyai titik paling selatan Benua Asia di Tanjong Piai, adalah satu mercu tanda pelancongan yang sewajarnya dipromosikan ke peringkat global oleh kerajaan. Di sini juga terletaknya dua buah kawasan Taman Negara iaitu Taman Negara Tanjong Piai dan Taman Negara Pulau Kukup. Kedua-duanya mempunyai khazanah semula jadi paya bakau yang memiliki ciri-ciri unik yang tiada di kawasan lain. Selain dari itu, kewujudan kampung-kampung tradisional dan penempatan perumahan atas air di Kukup dan Ayer Masin menambahkan lagi keunikan pelancongan di kawasan Tanjong Piai. Tuan Yang di-Pertua, sebagai rujukan, kunjungan pelancong ke Taman Negara Tanjong Piai pada tahun 2016 adalah seramai 89,067 pelancong domestik dan 2,499 adalah pelancong luar negara. Berbanding pada tahun 2015, seramai 76,357 pelancong domestik dan 3,713 pelancong luar negara. Data ini menunjukkan peningkatan pelancong domestik, tetapi pelancong luar negara adalah sedikit menurun. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa peruntukan meningkatkan infrastruktur jalan. Di antaranya ialah sebanyak RM68.5 juta untuk akses ke kawasan pelancongan di Tanjong Piai dan sebanyak RM19.5 juta pula bagi menyelenggarakan, menaik taraf dan melebar jalan- jalan kampung. Selain dari itu, proses fasa 2 Jalan Pekan Nenas ke Tanjong Piai sebanyak RM69 juta, menyediakan laluan pintas ke Tanjong Piai. Prasarana ini secara tidak langsung memudahkan perjalanan pelancong-pelancong yang datang ke Tanjong Piai. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ingin tahu apakah pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menuju ke arah tersebut dan meminta pihak kementerian dapat memberikan tumpuan khusus dan mempromosikan dengan lebih besar bagi membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke Tanjong Piai, khasnya pelancong luar negara sebagai sokongan kepada segala kemudahan infra yang disediakan. Pada masa yang sama, akhirnya kedatangan pelancong akan memberi limpahan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit isu berkaitan pembetungan perumahan atas air, laut dan Kampung Ayer Masin. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ketika lawatan ke Parlimen Tanjong Piai pada 5 Mac 2017 yang lalu, meminta pembangunan di kawasan Kukup yang berteraskan ekopelancongan hendaklah dikekalkan dan ditambah baik. Terdapat dua buah perkampungan atas air di sini iaitu di Kampung Kukup Laut dan di Kampung Kukup Ayer Masin dengan 400 buah rumah kediaman. Isu utama di kawasan penempatan tersebut adalah ketiadaan sistem sanitari atau kumbahan. Keadaan tersebut menyebabkan segala kekotoran dari perumahan dilepas ke laut. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan jika ingin menjadikan kawasan tarikan pelancongan di kawasan tersebut seperti rumah penginapan dan ternakan ikan sangkar di sekitarnya akan terus menarik kedatangan pelancong. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah melaksanakan kajian skim pembetungan di Kampung Kukup Laut, Ayer Masin, Tanjong Piai pada Februari 2014. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan untuk menyediakan satu sistem pembetungan yang mengelakkan pencemaran menjadi bertambah buruk di kawasan perkampungan atas air pekan Kukup dengan kapasiti 1,000 populasi, setara dengan anggara kos berjumlah RM12 juta. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memaklumkan dalam sesi Parlimen yang lepas di mana peruntukan bagi projek ini akan dikemukakan untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi JPM di bawah Rolling Plan Ketiga 2018 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada kementerian berkenaan bahawa peruntukan bagi projek ini kalau
dapat dipercepatkan, kalau boleh tahun ini juga supaya satu sistem pengurusan sanitari yang moden yang akan meningkatkan kelestarian alam sekitar dan kehidupan yang bersih dan lebih baik dibina dengan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, walaupun tunjang pembangunan kawasan Tanjong Piai berasaskan pelancongan tetapi masih terdapat industri yang besar beroperasi di Tanjong Piai. Stesen jana kuasa elektrik arang batu di Tanjung Bin menyumbangkan kepada bekalan tenaga elektrik yang dihantar ke seluruh Semenanjung. Pembinaan jambatan dan jalan bernilai RM650 juta menghubungkan Pontian dan Johor Bahru akan menjadi pemangkin kepada pelbagai industri hiliran dan peluang-peluang baru perniagaan. Dengan itu, ia akan mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi dan juga peluang- peluang pekerjaan. Oleh yang demikian, kawasan Tanjong Piai dikelilingi laut dan generasi nelayan adalah identiti yang tidak dapat dihindari sehingga hari ini. Kumpulan ini menjadi semakin terhimpit dengan pembangunan. Justeru itu, keprihatinan pihak kerajaan dalam melihat perkara ini amatlah diperlukan agar generasi nelayan boleh ditransformasikan kepada aktiviti lain untuk mengimbangi pembangunan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, jika generasi nelayan ini dibiarkan mencari jalan dan usaha sendiri, ia tidak akan berlaku disebabkan latar belakang kehidupan dan kurang berpendidikan. Oleh yang demikian, saya meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi-agensi di bawahnya turun padang dan mencari jalan dan kaedah yang sesuai untuk menjadikan generasi nelayan bersedia menghadapi perubahan-perubahan yang pasti akan dilalui sama ada mereka bersedia atau tidak. Ini perlu supaya generasi nelayan tidak akan tertinggal dengan arus pembangunan yang akan datang. Tuan Yang di- Pertua, selain daripada itu, saya ingin sentuh sedikit isu jalan. Limpahan pembangunan di Iskandar Malaysia memberikan impak yang ketara ke Daerah Pontian, khasnya di kawasan Parlimen Tanjong Piai. Peningkatan kenderaan memerlukan penambahbaikan infrastruktur jalan raya.
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan telah pun diluluskan laluan baru Johor Bahru ke Pontian atau bypass sejauh 26 kilometer dengan kos RM100 juta. Pada tahun 2013, kos pelaksanaan telah dianggarkan meningkat ke RM145 juta. Saya percaya pada masa akan datang, kos telah mencecah RM300 juta dan ia akan terus naik jika semakin lama projek berkenaan ditangguhkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengangkat projek ini sekali lagi pada perbahasan kali ini dan berharap Kementerian Kerja Raya memberikan pertimbangan yang serius agar projek tersebut dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah lalu lintas yang semakin hari semakin sesak dan mendapat aduan serta rungutan orang ramai. Jika tidak dilaksanakan, kos pelaksanaan akan terus meningkat dan masalah lalu lintas Pontian-Johor Bahru akan terus tanpa penyelesaian yang tuntas. Ini kerana pada ketika Menteri Besar Johor melawat kawasan saya, saya telah bangkitkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa perkara ini telah lama saya tunggu. Maka Menteri Besar meminta saya bawa sekali ke Parlimen untuk dibahaskan dan setiap kali saya bahas, jawapan yang diberi oleh kementerian ialah kerajaan negeri tidak memberi keutamaan. Jadi hari ini saya hendak maklum kepada Dewan yang mulia ini, Menteri Besar beritahu ini adalah jalan yang diberi keutamaan untuk pelaksanaan di kawasan saya. Saya harap Kementerian Kerja Raya dapat maklumat sedemikian. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kebanyakan kawasan di Parlimen Tanjong Piai adalah kawasan rendah dan bergambut, maka struktur jalan yang dibina mudah mendap. Laluan dari Pengkalan Raja ke Pontian sejauh enam kilometer menghadapi masalah jalan mendap yang serius. Bahagian tengah jalan yang mendap seolah-olah berparit amat membahayakan pemanduan di atasnya terutamanya kenderaan beroda dua. Tebing yang wujud di tengah jalan boleh menyebabkan kenderaan seperti motosikal akan jatuh. Kereta yang dipandu juga boleh terbabas jika pemandunya kurang kemas memegang stereng kereta. Ini adalah satu masalah lama. Masalah ini memang disebabkan, tadi saya katakan, tanah gambut. Jadi, walaupun JKR mempunyai projek memperbaiki dari semasa ke semasa tetapi ia tidak dapat diselesaikan. Saya harap Kementerian Kerja Raya dapat bantu selesaikan masalah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya. Saya ingin memohon supaya kementerian yang berkaitan di mana saya sudah katakan di kawasan saya, pertambahan penduduk terutama di Pekan Nanas dan tumbuhnya taman-taman perumahan seperti cendawan tumbuh selepas hujan adalah seiring dengan kepesatan pembangunan di Pekan Nanas. Bilangan penduduk yang semakin ramai menuntut kepada perkhidmatan kerajaan yang lebih baik. Usaha kerajaan memperkenalkan Rural Transformation Centre (RTC) amatlah bertepatan dengan tuntutan masyarakat hari ini. Sehubungan dengan itu, saya memohon Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah supaya mempertimbangkan cadangan dengan membangunkan sebuah pusat RTC di Pekan Nanas sebagai pusat perkhidmatan setempat. Pusat ini akan memudahkan urusan orang ramai yang berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang utama seperti imigresen, pendaftaran, pejabat tanah dan juga majlis daerah. Jadi, RTC akan membantu mempercepatkan dan memendekkan masa urusan orang ramai dengan kos yang lebih rendah dan secara tidak langsung akan menambahkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Dengan kos kehidupan yang tinggi sekarang ini, penjimatan perbelanjaan amat berharga kepada masyarakat khasnya bagi golongan berpendapatan rendah. Akhir sekali, saya memohon agar segala isu yang saya bangkitkan dapat perhatian daripada kerajaan. Saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Dah tak ada yang nak berbahas?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tak ada bangun. Yang Berhormat Seputeh hendak berbahas? Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mula dengan membangkitkan isu Skim Mesra Usia Emas. Saya merasa kesal atas tuduhan palsu yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga social media Barisan Nasional termasuk laman web BNBBC dengan SMUE di bawah YAWAS. Saya juga berasa hairan Jamal Yunos, pemimpin Baju Merah yang merosakkan keharmonian masyarakat sekarang telah menjadi konsultan, guru kepada Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Biro Komunikasi Strategik Barisan Nasional. Guru Yang Berhormat Kuala Selangor ini menuduh saya mengeluarkan wang SMUE hampir RM2 juta dengan menggunakan kad ATM dari tahun 2016 hingga Februari 2017. Mengikut Jamal, tuntutan dana yang perlu diberi kepada setiap waris adalah sebanyak RM2,500 tetapi kebanyakan daripada mereka hanya terima RM1,000 sahaja daripada saya. Saya memang tidak ingin bangkitkan isu berkaitan dengan kebajikan yang diberi oleh Kerajaan Selangor di Dewan yang mulia ini kerana itu isu Selangor. Akan tetapi, memandangkan Yang Berhormat Kuala Selangor bangkitkan isu ini dan heret pula nama saya dalam perbahasan beliau, saya terpaksa memberikan keterangan berkenaan dengan operasi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan yang mulia ini. SMUE adalah wang ihsan kepada keluarga si mati yang dilahirkan di Selangor iaitu si mati yang memegang kad pengenalan yang mempunyai angka 10 di tengah-tengahnya. Setiap waris atau keluarga si mati akan diberi RM2,500 di bawah skim ini. Keluarga si mati yang memohon SMUE akan diberi wang tunai RM1,000 oleh pejabat wakil rakyat yang diberi tauliah untuk melaksanakan pemberian wang ihsan ini terlebih dahulu. Dua bulan kemudian, pegawai pejabat daerah akan beri tambahan RM1,500 lagi kepada keluarga ataupun waris si mati. Sebab Ahli Parlimen Pembangkang di Wilayah Persekutuan diberi kuasa untuk menguruskan SMUE adalah kerana ramai warga Selangor khususnya mereka yang lahir sebelum tahun 1974 sebelum Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan, mereka duduk di Kuala Lumpur. Dan adalah lebih mudah bagi waris atau keluarga si mati untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen di Kuala Lumpur daripada pergi ke pejabat ADUN di Selangor. Itu sebab saya sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang menguruskan
permohonan SMUE di Kuala Lumpur untuk warga Selangor yang duduk di kawasan saya dan juga kawasan Kuala Lumpur. Tentang prosedur pemberian wang ihsan SMUE. Bagi pejabat wakil rakyat yang menguruskan SMUE, wakil rakyat diberi satu kad ATM dan satu akaun bank khas di bawah nama wakil rakyat tersebut oleh pejabat daerah. Akaun bank wakil rakyat tersebut diperuntukkan RM10,000 sebagai permulaan. Staf pejabat wakil rakyat menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai RM1,000 daripada akaun bank tersebut untuk diberi kepada setiap keluarga si mati yang memohon SMUE. Jadi, apabila RM10,000 dalam akaun bank itu habis dikeluarkan kepada keluarga si mati, staf pejabat wakil rakyat akan hantar semua dokumen pemohon dan si mati ke pejabat daerah untuk rekod, kemudian pejabat daerah akan menambah lagi RM10,000 ke dalam akaun bank khas untuk SMUE di bawah nama wakil rakyat tersebut sehingga ia habis diberikan kepada para waris si mati yang membuat permohonan. Semua rekod pemberian wang ihsan kepada waris si mati yang merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat daerah. Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ihsan Kerajaan Selangor. Jadi, jangan cuba lemparkan tohmahan kepada saya dan juga rakan-rakan saya yang lain kerana membuat fitnah- Yang Berhormat Arau boleh tentukan, membuat fitnah adalah dosa dan mereka akan masuk ke neraka...
[Dewan riuh]
Semalam Yang Berhormat Kuala Selangor dari Barisan Nasional tanya tiga soalan dalam ucapannya. Nombor satu, apakah benar RM10 juta dana YAWAS telah dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang Ahli Parlimen dan dari mana RM10 juta itu diperoleh? Jika benar, mana wang RM10 juta telah dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang Ahli Parlimen? Jawapan saya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor...
Sambung petang, Yang Berhormat.
Eh, ada satu minit lagi. Biar saya habiskan.
Sambung petang, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Ya, Yang Berhormat itulah yang dikatakan kata orang tua-tua yang lama juga yang baik, yang baru tidak semestinya baik. Inilah masalah teknikal kita. Tidak dengar loceng di dalam Dewan tetapi luar Dewan kita dengar. Ya Yang Berhormat Seputeh, sila sambung perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya tiga soalan iaitu apakah benar RM10 juta dana YAWAS telah dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang Ahli Parlimen. Dari mana RM10 juta itu diperolehi? Jika benar, mana wang RM10 juta yang dimasukkan ke dalam akaun sembilan orang Ahli Parlimen tersebut. Jawapan saya kepada Yang Berhormat Kuala Selangor ialah YAWAS merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas mempromosi, mendaftar dan memberikan penerangan berkaitan dengan program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). YAWAS tidak pernah sama sekali diberikan tanggungjawab untuk menyalurkan
sebarang bentuk dana kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen. Semua dana berkenaan program SMUE iaitu Skim Mesra Usia Emas disalurkan melalui Perbendaharaan Negeri Selangor kepada pejabat daerah. Pejabat daerah dan pejabat pusat khidmat wakil rakyat yang kemudiannya akan menyalurkan dana tersebut secara terus kepada pemohon SMUE yang layak termasuk rakyat Selangor yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 dan menetap di Kuala Lumpur. Semua dana bagi SMUE dan lain disalurkan – jadi soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor itu yang lain itu adalah tidak berkaitan kerana memang tidak ada RM10 juta disalurkan kepada Ahli Parlimen di Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, Skim Kebajikan kepada warga Selangor telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan Selangor. Saya rasa hairan UMNO dan guru bagi UMNO Selangor iaitu Jamal Yunos sekarang baru sedar tentang skim ini. Apakah ini menunjukkan UMNO dan BN telah bankrap idea dan isu politik terhadap Pakatan Harapan. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Selangor telah menyalurkan sejumlah RM188,936,500. Angka ini sangat panjang. Susah hendak baca kepada 77,080 warga Selangor di bawah SMUE sejak SMUE dilancarkan pada tahun 2008 kepada tahun 2016. Terima kasih kepada UMNO dan BN kerana mempromosikan SMUE dengan cara yang menyerang kami. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan isu tentang perancangan Kuala Lumpur yang kucar kacir ini. Pada 28 Februari, Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau akan menghentikan pelaksanaan Kuala Lumpur City Plan 2020 dan beliau tidak akan mewartakan pelan tersebut. Saya difahamkan bahawa Kuala Lumpur City Plan ini digubal oleh para pakar perancangan bandar dan telah mengadakan siri pendengaran di mana 5,052 orang wakil telah memberi pembentangan dan DBKL telah mendapat 62,224 feedback ataupun maklum balas daripada orang ramai. Objektif Kuala Lumpur City Plan adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai World Class City pada tahun 2020 dan sekarang sudah sampai tahun 2017. Akan tetapi kesannya sejak Yang Berhormat Putrajaya memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan, perancangan bandar di Kuala Lumpur telah menjadi kucar kacir. Kuala Lumpur kelihatan akan menjadi bandar yang paling tiada perancangan di dunia, the most unplanned city in the world. Di kawasan Parlimen Seputeh, banyak pangsapuri yang berkepadatan tinggi diluluskan di tempat yang telah mengalami kesesakan trafik dan tiada pengangkutan awam termasuk di Kuchai Entrepreneurs Park, Taman Desa dan Happy Garden. Ini kawasan saya. Mengikut akhbar Malay Mail, keadaan yang sama yang tiada perancangan juga berlaku di kawasan lain mengikut Malay Mail tujuh ekar tanah di Taman Tiara Titiwangsa yang dizonkan sebagai public utility ataupun loji pembetungan dijual oleh DBKL kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Yayasan Wilayah Persekutuan kemudian memberi power of attorney kepada pemaju untuk membangunkan tanah tersebut dan mengikut Kuala Lumpur City Plan...
Yang Berhormat Seputeh.
Nanti ya. Tapak itu sepatutnya mempunyai populasi seramai 32 orang seekar tetapi pemaju dibenarkan untuk membangunkannya dengan density sebanyak 800 penduduk satu ekar. Siapa tanya saya?
Yang Berhormat Setiawangsa.
Yang Berhormat Setiawangsa, sila.
Yang Berhormat Seputeh, saya beg to differ on when you mentioned that Kuala Lumpur is the most unplanned city in the world. Did you say that? Even though that I disagree with that. Macam mana just because it happened in Seputeh, it’s a reflection of all over Kuala Lumpur, it’s not fair too. Please confine mungkin satu dekat ini.
Saya bangkitkan ini kerana keadaan ini bukan berlaku di kawasan Parlimen Seputeh. Saya tidak tahu tentang Setiawangsa tetapi kasihan Yang Berhormat Titiwangsa sudah jadi Menteri Kewangan Kedua. Sekarang dia
hadapi masalah dia tidak dapat bentangkan ucapan. Jadi saya tolong dia buat sekarang. [Ketawa]
Mungkin kita boleh dapat pandangan daripada Yang Berhormat Seputeh. Semasa kita bertemu dengan Datuk Bandar dan juga Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Setiawangsa pernah kata dia juga tolak penjualan tanah yang tidak terancang ini. Saya tidak tahu sama ada sekarang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional tetap dengan pendirian ini atau tidak.
Saya tahu Yang Berhormat Setiawangsa juga ada isu tetapi dia tidak berani cakap kerana itu bosnya.
I don’t have issue at all. That’s the problem that’s what I just asked you.
Jadi sepatutnya Yang Berhormat Setiawangsa hanya perlu buat tidak tahu dan keluar supaya saya boleh terus hentam Yang Berhormat Putrajaya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan. Ini bukan satu-satunya kes yang berlaku di Kuala Lumpur. Di Taman Danau Desa di kawasan Parlimen Seputeh, satu plot tanah dizonkan sebagai public utility ataupun pusat kemasyarakatan ataupun community centre di Jalan 3/109F di Taman Danau Desa telah dijual kepada pemaju untuk membina pangsapuri 34 tingkat. Tapak tanah itu sepatutnya dijadikan pusat kemasyarakatan bagi penduduk di Taman Desa tetapi ia dijadikan Pejabat UMNO Seputeh.
Sekarang, UMNO Seputeh gunakan tapak itu membangunkan pangsapuri 34 tingkat. Ramai penduduk di Taman Danau Desa membantah projek ini dan pendengaran sepatutnya diadakan pada 27 Mac tahun ini tetapi saya difahamkan sekarang pemaju telah buat iklan. Orang sudah bagi booking fee. Inilah cara UMNO menyalahgunakan kuasa mereka. Gunakan tapak yang sepatutnya jadi public utility untuk buat pangsapuri dan DBKL serta kementerian di bawah Yang Berhormat Putrajaya hanya luluskan sebegitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya telah panggil satu sidang akhbar bersama dengan pemimpin persatuan penduduk di Taman Danau Desa berkenaan dengan tapak tanah di bawah UMNO Seputeh itu. Kami buat berdekatan dengan bangunan UMNO Seputeh. Mesti buat dekat situ kerana saya hendak tunjukkan tanah itu. Kami buat sidang akhbar pada jam 10 pagi hari Sabtu yang lepas. Bila sidang akhbar kami dilangsungkan, anggota UMNO Seputeh sudah keluar mahu cara lawan dan gaduh serta ganggu sidang akhbar saya. Kemudian saya terbaca di media kawalan Barisan Nasional bahawa saya pergi mengganggu majlis perkahwinan Melayu di bangunan UMNO Seputeh. Saya buat sidang akhbar di sebelah jalan yang agak jauh daripada pintu masuk ke UMNO Seputeh. Tidak mungkin saya mengganggu sesiapa yang ingin masuk ke bangunan UMNO Seputeh dan tidak mungkin majlis jamuan perkahwinan bermula pada pukul 10 pagi. Ini memang tuduhan palsu oleh pihak UMNO Seputeh untuk mengalihkan fokus penyelewengan kuasa mereka tentang pengubahan kegunaan tanah daripada community centre kepada pangsapuri yang berkepadatan tinggi. Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan berkata saya membantah projek pembangunan adalah kerana saya bimbang lebih Melayu akan pindah ke kawasan saya. Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan ini menunjukkan bahawa memang seorang racist dan pelampau perkauman. Saya langsung tidak bimbang lebih Melayu berpindah ke kawasan Parlimen Seputeh kerana saya percaya Melayu yang pindah masuk ke kawasan saya, mereka tentu akan suka dan sokong saya. [Tepuk] Macam backbenchers semua di sini, mereka walaupun gaduh dengan saya tetapi I know they love me.
[Dewan riuh]
[Tepuk] Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan jangan main isu perkauman bila Ahli Parlimen di Kuala Lumpur membuat bantahan terhadap penyalahgunaan kuasa beliau.
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh. Yang saya nampak ketawa lebih sedikit, Yang Berhormat Putatan bila sebut... [Ketawa]
Dia mahu try kah?
Sila, sila.
Ini kerana Yang Berhormat Putatan kata kita mahu jadi first class, kan? First world, first class Ahli Parlimen. Jadi dia sokong. Itu sebabnya dia masuk dan tunggu ucapan saya.
[Dewan ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Saya pernah cabar Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding di Kuala Lumpur dalam PRU yang akan datang tetapi Yang Berhormat Menteri pula cabar saya bertanding di Putrajaya. Persoalan sekarang ialah Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menggunakan kuasanya untuk meluluskan banyak projek yang berkepadatan tinggi di Kuala Lumpur tanpa ikut KL City Plan. Dia sudah upset, dia sudah mengecewakan ramai orang. Soalan saya ialah dia ini wakil rakyat Putrajaya. Jadi kalau dia suka bangunan tinggi, high rise, biarlah dia luluskan semua di Putrajaya kerana dia Menteri dan juga Ahli Parlimen Putrajaya. Dia ada kuasa. Kenapa dia tidak minta semua pemaju yang ingin buat bangunan yang berkepadatan tinggi, buatlah di Putrajaya? Lebih baik di sebelah kediaman Perdana Menteri. Itu lebih baik. Akan tetapi janganlah ikut suka hati dia buat di kawasan kami sehingga ramai penduduk rasa begitu kecewa kerana tempat kami ini sudah pun begitu sesak. Jalan raya kita sudah begitu sesak. Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan kerana di Putrajaya ada banyak tempat. Bagi dia buat ikut suka hati dia. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan Parlimen yang saya terima pada 7 Mac tahun ini berkenaan dengan prosedur penjualan tanah milik DBKL dan saya tanya kenapakah tender terbuka tidak dilaksanakan. Dalam jawapan yang saya terima daripada Menteri Wilayah Persekutuan berkata semua permohonan penjualan tanah akan dipertimbangkan di peringkat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pengurusan tertinggi DBKL. Jawatankuasa akan meneliti, membuat analisa dan memperakukan syarikat yang boleh ditawarkan untuk membeli tanah DBKL. Jawatankuasa akan memastikan setiap penjualan akan mendapat nilai pulangan yang terbaik untuk DBKL dan selaras dengan keperluan seksyen 101(r) Akta Kerajaan Tempatan 1976, perakuan jawatankuasa akan dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk dimuktamadkan. Jawapan ini mengesahkan semua penjualan tanah kerajaan di Kuala Lumpur adalah diputuskan oleh Yang Berhormat Putrajaya. Soalan saya ialah kita tahu Kuala Lumpur ini kecil. Kita tidak ada banyak tempat, tanah kerajaan. Jadi kenapakah tidak, kalau kerajaan hendak jual pun, kenapakah tidak melalui open tender? Kenapa semua diputuskan oleh Yang Berhormat Putrajaya sahaja? Ini yang saya tidak faham. You must get the best return bagi kerajaan, bagi DBKL ataupun kementerian. Kenapakah ini tidak dilakukan. Jadi saya memang berharaplah Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan ini nanti beri jawapan. Saya minta dia beritahu kami sama ada KL City Plan yang telah DBKL gunakan beberapa ratus ribu untuk buat itu, adakah ia akan diabaikan. Is he going to set aside? Ataupun jadi kertas yang tidak berguna lagi ataupun beliau akan mewartakannya. Ini memanglah satu perkara yang telah lama ditunggu oleh orang ramai. Akhirnya, saya hendak bangkitkan sedikit tentang Income Tax Act Schedule 6, paragraf 13(1)(b) yang mana ia dipinda pada sidang Parlimen yang lepas yang mengehendaki banyak institusi agama untuk bayar cukai even for charitable purpose. Jadi saya hendak tanya Menteri Kewangan tentang isu ini. Saya minta dia jelaskan dengan lebih baik. Saya juga hendak puji Yang Berhormat Titiwangsa yang sudah jadi Menteri Kewangan II. Bila pemimpin institusi agama minta hendak jumpa dia, dia sudi jumpa. Bila saya hantar mesej pada dia, dia sudi jawab. Ini adalah teladan yang baik sebagai seorang Menteri yang patut saya puji. Akan tetapi saya rasa tidak ada banyak gereja atau kuil, mereka tidak dapat mendaftar sebagai satu institusi keagamaan mengikut akta. Macam Catholic Church, dia ada satu akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan sebagainya. Mereka terpaksa guna nama sendirian berhad atau syarikat ada berhad untuk beroperasi. Jadi mereka ini sangat bimbang, juga sangat keliru tentang taxation procedure di bawah bill yang kita luluskan oleh Parlimen ini pada sidang Parlimen yang lepas.
Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh beri keterangan yang lebih lanjut lagi untuk kita. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk memberi ucapan ini. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tanah Merah. Yang Berhormat Semporna selepas ini boleh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan ucapan terima kasih Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13 pada 6 Mac yang lalu. Sebagai anak Kelantan, saya ingin berkongsi perasaan gembira dan bangga di atas pelantikan Seri Paduka Baginda yang juga Sultan Kelantan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah satu perkara yang membanggakan kerana Seri Paduka Baginda sememangnya dikenali sebagai seorang Raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa merendahkan diri. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini sejarah tercatat apabila Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah mengadakan lawatan ke negara kita selama empat hari. Bagi saya lawatan ini mempunyai makna yang cukup significant dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya percaya lawatan itu juga sebagai bukti hubungan akrab antara Malaysia dan Arab Saudi serta keyakinan tinggi Arab Saudi terhadap pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan ekonomi Malaysia. Pemeteraian perjanjian antara Aramco dan Petronas bernilai RM 30 bilion telah menjadi isyarat keyakinan pelabur asing terhadap negara kita. Selain itu tahniah dan syabas juga kepada Lembaga Tabung Haji yang mana Yang Berhormat Baling menjadi pengerusinya. Ia berikutan respons positif Raja Salman berhubung permohonan untuk menambahkan kuota haji bagi jemaah haji Malaysia.
Saya yakin, respons positif itu adalah hasil kerja keras Lembaga Tabung Haji yang selama ini sentiasa memastikan jemaah haji kita merupakan antara jemaah yang terbaik, berdisiplin dan berilmu. Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merangkumi segala aspek termasuklah pandangan dan teguran. Sebelum saya menyentuh isu-isu lain yang terkandung dalam Titah Seri Paduka, saya ingin mengupas berhubung usaha membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat negara kita. Seperti mana yang kita ketahui dari semasa ke semasa, Kerajaan Malaysia di bawah teraju Barisan Nasional tidak pernah terputus asa merancang dan melaksanakan pelbagai projek dan program bagi meningkatkan hidup rakyat. Bagaimanapun, perancangan kerajaan kadangkala tergugat atau tergendala apabila tiba di peringkat pelaksanaan. Dalam soal ini saya ingin mengambil kesempatan membangkitkan beberapa projek khususnya di kawasan Parlimen Tanah Merah yang sehingga kini masih belum dilaksanakan walaupun pengumumannya mengenai ini sudah lama dilakukan. Salah satunya ialah menaik taraf Hospital Tanah Merah. Walaupun Kementerian Kesihatan sudah berjanji akan melaksanakan langkah itu namun sehingga ke hari ini projek tersebut bagaikan tergendala. Saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini kerana rakyat Tanah Merah amat memerlukan satu perkhidmatan hospital yang serba lengkap. Saya juga ingin memohon perkhidmatan ENT – ear, nose and throat dapat disediakan di Hospital Tanah Merah yang kini pesakit terpaksa ke Hospital Kuala Krai yang agak jauh jaraknya. Begitu juga dengan institut kemahiran belia negara (IKBN). Ia juga sebelum ini sudah lama dirancang tetapi sehingga ke hari ini institusi tersebut belum boleh beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya. IKBN ini sudah ready to operate tetapi malangnya saya difahamkan peruntukan tidak mencukupi untuk mengambil pelajar-pelajar. Jadi keadaan ini tentulah sedikit sebanyak membantutkan usaha kerajaan menarik lebih ramai belia dalam bidang kemahiran dari segi teknikal dan vokasional. Malah saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, apa sudah jadi dengan perancangan untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains
Mara di Tanah Merah. Kewujudan MRSM ini amat penting kerana penduduk Tanah Merah saban tahun melalui ujian UPSR dan PMR, ratusan anak Tanah Merah layak memasuki sekolah berkenaan. Begitu juga dengan sekolah berasrama penuh yang lain. Akan tetapi mereka kini terpaksa dihantar luar, jauh kerana di Tanah Merah tidak ada MRSM walaupun pengumuman mengenai ini sudah lama dilakukan. Oleh itu saya merayu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyegerakan projek MRSM tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan masalah projek-projek tergendala atau belum dilaksanakan bukan sahaja berlaku di Tanah Merah malah di kawasan-kawasan lain juga berhadapan dengan masalah yang sama. Oleh itu bagi mengelakkan rakyat memandang serong kepada usaha kerajaan meningkatkan dan menyejahterakan hidup mereka serta mewujudkan persepsi pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan sesuatu projek hanyalah retorik, maka saya ingin menggesa kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di peringkat Jabatan Perdana Menteri bagi mengkaji, meneliti dan memantau pelaksanaan projek-projek yang diumumkan oleh kerajaan. Penubuhan jawatankuasa ini tidak boleh lari sekadar janji tetapi perlu benar-benar dilaksanakan bagi mengelakkan rakyat menganggap kerajaan hanya bijak menabur janji. Apa yang dibimbangkan jika sesuatu projek tidak dijalankan sedangkan pengumuman sudah dibuat, ia akan menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan tidak serius dalam membela nasib mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mencetuskan Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50. Alhamdulillah gagasan ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya dalam kalangan belia dan generasi muda. Keadaan itu berlaku kerana gagasan itu bukan satu pelaksanaan wawasan yang hanya diputuskan oleh seorang pemimpin sebaliknya TN50 akan dilaksanakan berdasarkan kepada pandangan semua pihak sebelum ia digarapkan menjadi wawasan negara. Sikap keterbukaan Yang Amat Berhormat Pekan yang bersedia mendengar pandangan semua pihak dalam soal ini amat dialu-alukan kerana ia akan membolehkan kita melahirkan satu wawasan yang dicetuskan hasil gabungan idea semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Bagaimanapun, saya ingin mengutarakan, saya ingin mencadangkan agar Majlis Dialog TN50 untuk generasi muda bukan sahaja tertumpu kepada golongan belia di institusi-institusi pengajian tinggi sahaja tetapi juga perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah. Program dialog di peringkat sekolah ini boleh melibatkan penyertaan pelajar- pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan Tingkatan 6 Atas. Dalam zaman ledakan teknologi maklumat ketika ini, kita tidak boleh memandang rendah tahap pemikiran pelajar-pelajar sekolah. Mereka juga pasti mempunyai pandangan dan idea yang boleh dikongsi serta dipertimbangkan dalam pelaksanaan TN50. Saya yakin melalui pendekatan ini, ia bukan sahaja membolehkan kerajaan mendapat pandangan golongan itu tetapi juga memastikan TN50 tidak meminggirkan mana-mana kelompok dalam generasi muda. Tuan Yang di-Pertua, tahun lepas kita telah mendengar pengumuman daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar yang membuka peluang kepada pelajar khususnya pelajar luar bandar yang mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR layak untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan MRSM. Bagaimanapun saya difahamkan pelaksanaannya tidak seindah apa yang diumumkan. Keadaan itu berlaku kerana ramai pelajar-pelajar 3A dikatakan tidak diberi peluang memasuki sekolah-sekolah tersebut. Namun begitu sejauh manakah kebenaran dakwaan itu saya tidak pasti. Oleh itu di Dewan yang mulia ini saya berharap kedua-dua kementerian dapat membentangkan atau memberikan kita statistik jumlah sebenar pelajar 3A yang berjaya atau diterima memasuki kedua-dua sekolah berkenaan iaitu MRSM ataupun SBP. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal pendidikan, saya juga mahu merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana mewujudkan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Pekan pada 11 Mac lalu di Parlimen Bera. Bagi saya program ini amat penting dalam usaha kita memastikan anak-anak bumiputera dapat melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi. Dengan sasaran 50,000 surat tawaran ke IPT akan dikeluarkan kepada pelajar yang layak, saya yakin ia memberi harapan baru kepada pelajar-pelajar terutamanya dalam kalangan rakyat miskin.
Dalam usaha memastikan program murni ini yang bermatlamatkan bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak bumiputera benar-benar berjaya, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menggerakkan sepenuhnya peranan penghulu, JKKP, JPP bagi mengenal pasti pelajar yang layak di kawasan masing-masing. Cadangan atau gesaan ini saya ketengahkan kerana percaya bahawa di kawasan-kawasan luar bandar masih terdapat pelajar yang bijak pandai yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT atas pelbagai sebab. Saya juga ingin mencadangkan agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar mewujudkan satu pasukan atau jawatankuasa khas yang digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan bagi mengenal pasti pelajar- pelajar yang layak untuk ke IPT. Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, kerajaan sentiasa berniat baik dan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat dalam pelbagai bidang tetapi ia sering terbantut apabila tiba di peringkat pelaksanaan. Justeru itu saya berharap Program Jelajah Pendidikan Bumiputera ini tidak menerima nasib yang sama kerana kita tidak mahu rakyat menganggap sesuatu perkara ataupun program itu hanya riuh sekampung tetapi kesannya kepada rakyat entah ke mana. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda melahirkan dukacita berhubung gejala penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat yang masih berleluasa. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sejak kebelakangan ini begitu agresif membanteras gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam dan anggota agensi penguat kuasa. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Jabatan Peguam Negara yang melalui kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain terus mencatat kejayaan demi kejayaan dalam membanteras salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan bagi memastikan hasil wang negara tidak terus hilang. Sehubungan itu saya berharap peranan SPRM dan NRRET terus diperkasa bagi menyahut seruan Seri Paduka yang mahukan segala perbuatan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan dihapuskan sama sekali. Dalam memperkatakan soal ini saya menggesa kerajaan memastikan kedua-dua agensi itu diperkukuhkan dalam segala segi termasuklah peralatan dan tenaga kerja bagi memastikan usaha kerajaan menghapuskan perbuatan jenayah seperti mana dinyatakan dapat dihapuskan. Pada masa yang sama kita juga berhadap semua pihak akan memberi kerjasama kepada kedua agensi ini kerana tidak boleh membiarkan gejala rasuah, salah guna kuasa, ketirisan dan penyelewengan terus bermaharajalela kerana ia boleh menjadi ancaman kepada negara pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, isu kos sara hidup rakyat semakin hangat diperkatakan. Sesungguhnya saya sama sekali tidak berhasrat mempertikaikan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini. Bagaimanapun saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempertingkatkan penguatkuasaan dalam memastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Saya menggesa KPDNKK supaya terus mengadakan operasi daripada semasa ke semasa bagi mendakwa peniaga yang tamak. Golongan ini sentiasa saja mengambil kesempatan untuk berbuat demikian kerana mahu mencari keuntungan yang banyak. Kenaikan bahan bakar seperti diesel akan dijadikan alasan oleh peniaga-peniaga ini bagi menaikkan harga barangan sehingga menyusahkan rakyat sehingga akhirnya kerajaan dipersalahkan. Dalam soal ini, saya mencadangkan modus operandi atau kaedah tindakan penguat kuasa perlu ke depan atau dengan izin, advance bagi membanteras peniaga-peniaga berkenaan. Kita tidak boleh membiarkan rakyat menganggap peniaga-peniaga tamak ini lebih bijak menipu pihak berkuasa hingga ia akhirnya menyusahkan rakyat. Berhubung isu itu juga, saya menyokong langkah kerajaan untuk menetapkan harga siling bahan bakar mulai 1 April ini, bagaimanapun saya ingin menggesa kerajaan untuk memastikan pelaksanaan dasar itu jangan sampai membebankan rakyat sehingga wujud pandangan seolah-olah rakyat berada dalam kedudukan lari dari mulut buaya masuk ke mulut harimau. Ia memandangkan sudah ada kebimbangan bahawa harga yang ditetapkan mungkin akan lebih tinggi daripada harga pasaran dan paling merisaukan, ia hanya memberi kesempatan kepada pengusaha stesen minyak mengaut keuntungan.
Kerajaan perlu memastikan dalam apa jua situasi pelaksanaan, harga siling ini tidak akan membebankan rakyat. Selain itu, tindakan tegas khususnya melalui KPDNKK perlu dikenakan ke atas mana-mana pengusaha minyak yang cuba mengambil kesempatan. Sekarang bukanlah lagi masa untuk berkompromi dengan mana-mana peniaga atau pengusaha minyak yang tamak kerana sikap merekalah akhirnya yang menyebabkan segala usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat menjadi sia-sia. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal kos sara hidup. Saya juga ingin menarik perhatian berhubung jumlah siswazah yang menganggur yang kini dikatakan pada tahap yang agak membimbangkan. Dalam soal ini saya menggesa kerajaan mencari satu mekanisme untuk memastikan masalah ini dapat diatasi dengan segera. Ia termasuklah mempertingkatkan lagi Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) bagi memberi pendedahan kepada siswazah-siswazah. Kita merasa kesal apabila baru-baru ini Yang Amat Berhormat Pekan mendedahkan bagaimana ada syarikat korporat yang tidak mahu terlibat dalam program tersebut dengan memberi pelbagai alasan. Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan syarikat-syarikat tersebut daripada sebarang projek kerajaan. Langkah itu adalah tepat bagi memberi peringatan kepada syarikat-syarikat berkenaan bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk sama-sama membangunkan rakyat dalam pelbagai bidang. Tindakan mereka tidak mahu terlibat dalam program itu membuktikan mereka hanya mahu mengaut keuntungan tetapi tidak mempunyai hasrat untuk bersama-sama melaksanakan program kerajaan untuk rakyat. Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah dalam sidang Parlimen kali ini, Yang Berhormat Marang akan membentangkan Rang Undang-undang 355 berkaitan usaha memperkasa Mahkamah Syariah. Berkaitan perkara tersebut, saya secara jelas dan tegas ingin menyatakan bahawa jika rang undang-undang ini berupaya memperkasakan bidang kuasa mahkamah tersebut, maka saya, Tanah Merah tidak teragak-agak untuk menyokong sepenuhnya, period. Oleh itu, saya berharap mana-mana pihak tidak cuba mempolitikkan RUU 355 kerana mengaitkan ia dengan pelaksanaan hukum hudud. RUU 355 tidak ada kaitan dengan hukum hudud, ia hanyalah rang undang-undang yang bertujuan menambah hukuman dalam kes jenayah syariah. Justeru itu, tidak perlu mana-mana pihak cuba menunjukkan sikap anti Islam atau memusuhi apa juga perkara berkaitan dengan Islam melalui tindakan membantah rang undang-undang berkenaan. Sudah ditegaskan berkali-kali bahawa pindaan rang undang-undang ini hanya melibatkan orang Islam sahaja, orang bukan Islam sama sekali tidak terlibat. Oleh itu, biarlah urusan ini diselesaikan di kalangan umat Islam tanpa perlu ada perasaan bimbang tidak bertempat mana-mana pihak. Penjelasan mengenai rang undang-undang ini sudah lama dilaksanakan bukan sahaja melalui sesi penerangan malah juga melalui kenyataan- kenyataan akhbar. Berikutan itu, jika ada mana-mana pihak yang cuba mahu membantah, biarlah ia berdasarkan kepada fakta dan benar-benar memahami maksud pindaan tersebut bukan hanya bertujuan mahu mencari populariti politik. Tuan Yang di-Pertua, kita amat memahami semua parti termasuklah rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. Akan tetapi dalam keterujaan itu, saya berharap pakatan pembangkang yang kini dilihat berada dalam keadaan cacamerba dan masih lagi berserabut dengan isu siapa akan menjadi Perdana Menteri dan siapa akan bertanding lebih banyak kerusi, tidak mempolitikkan segala isu bagi meraih sokongan politik. Janganlah cuba menutup kekalutan kerjasama antara parti-parti pembangkang dengan memburuk-burukkan apa juga usaha kerajaan yang bekerja secara ikhlas mahu membangunkan negara dan memakmurkan rakyat. Hentikanlah politik yang...
Tuan Yang di-Pertua, boleh? Boleh saya mencelah sikit?
Hentikanlah politik yang bersenjata fitnah dan tohmahan.
Yang Berhormat Tanah Merah.
Jika pembangkang merasakan mereka cukup hebat dan mampu mentadbir negara ini jauh lebih baik daripada Barisan Nasional ...
Yang Berhormat Tanah Merah, boleh?
Tidak. Saya dah habis, final saya bagi. Maka bentangkanlah agenda dan perancangan mereka kepada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tidak perlulah meneruskan politik persepsi apatah lagi politik kebencian sehingga ia akhirnya boleh menggugat kestabilan politik negara [Tepuk] . Tindakan pembangkang yang terus memburuk-burukkan apa juga program kerajaan ...
Yang Berhormat Tanah Merah.
...Bukan sahaja membuktikan mereka semakin ketandusan modal politik tetapi juga mahu mengalih isu terhadap masalah pentadbiran di negeri-negeri yang mereka perintah khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.
Sikit sahaja, Yang Berhormat Tanah Merah.
Tak apa, final saya bagi, last.
Yang Berhormat Tanah Merah, bagi lah. Bagilah, Yang Berhormat Tanah Merah.
Dia sudah panas.
Tidak apa lagi.
Dalam soal ini, saya tertarik perbahasan Yang Berhormat Pandan yang mendedahkan mengenai projek pembangunan sebuah hotel di Langkawi. Hebat sekali hujah beliau tetapi sama ada ia sekadar tuduhan atau benar-benar berlaku, ia belum dapat dipastikan. Ini memandangkan pendekatan pembangkang termasuklah Yang Berhormat Pandan yang suka meraih politik persepsi.
Yang Berhormat.
Melemparkan tuduhan kemudiannya hanya mendiamkan diri apabila jawapan telah pun sentiasa diberikan oleh kerajaan.
Hendak jawab untuk Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan tidak ada sini. Saya hendak jawab untuk bahagian Yang Berhormat Pandan itu.
Okey, last, final. Janganlah kita lupa bagaimana dalam isu Tabung Haji. Okey, bagaimana dalam isu Tabung Haji yang pernah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan sehingga ia mengakibatkan 3,600 pendeposit Tabung Haji membatalkan pendaftaran haji mereka, hingga kini mereka terpaksa menunggu giliran 70 tahun akibat terpedaya dengan hasutan pembangkang khususnya Yang Berhormat Pandan. [Tepuk] Okey. Soalnya adakah Yang Berhormat Pandan ...
Okey. Boleh?
...Yang Berhormat Pandan merasa bertanggungjawab terhadap tindakan pendeposit-pendeposit tersebut? Sudah pasti tidak.
Yang Berhormat Tanah Merah, bagilah, Yang Berhormat Tanah Merah.
Saya nak habiskan ini.
Tadi kata pembangkang, sekarang tidak bagi pembangkang pula.
The last 30 second, the last 30 second.
Tanya, jawab sendirilah?
Hakikatnya, memperjuangkan keadilan dan ketelusan adalah tanggungjawab semua pihak. Akan tetapi
janganlah mengamalkan sikap double standard. Sebagai seorang yang dianggap kononnya pejuang ketelusan, saya teringin mahu melihat Yang Berhormat Pandan membangkitkan isu- isu yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Last 30 second. Okey. Sebagai contoh, isu projek terowong bawah tanah dan projek tambak laut di Pulau Inar.
Tidak, dia tidak bagi chance langsung.
Kedua-dua isu ini telah mencetuskan kontroversi soal ketelusan kerajaan DAP yang merupakan sekutu PKR. Soalnya, kenapakah Yang Berhormat Pandan tidak membangkitkannya? Begitu juga dengan soal tindakan terbaru kerajaan DAP Pulau Pinang memberi diskaun RM200,000 kepada warga asing membeli hartanah di Negeri Pulau Pinang. Soal sebelum ini, kita mendengar bagaimana riuh rendahnya pembangkang membantah projek pembangunan di Johor yang kononnya akan mengakibatkan negeri itu menjadi milik warga China tetapi bagaimana pula dengan Pulau Pinang? Apakah kerana ia diperintah oleh parti bersekutu Yang Berhormat Pandan, maka perkara itu didiamkan? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pandan, kenapakah tidak membangkitkan soal dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor yang turut melibatkan Skim Mesra Usia Emas? Bukankah ia ada kaitan dengan ketelusan— sebuah kerajaan negeri.
Yang Berhormat Tanah Merah, masa dah sampai. Tidak ada ruang untuk saya jawab. Bagaimana?
Kesimpulannya, okey. Boleh tambah lagi sikit?
Saya minat dengan Yang Berhormat Tanah Merah. Bagi Yang Berhormat Pandan level Menteri untuk jawab. Cantiklah.
Kesimpulannya, saya berpendapat isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan khususnya melibatkan satu projek hanyalah untuk mencari publisiti semasa-mata. Jika Yang Berhormat Pandan dan rakan-rakan seangkatannya benar-benar ikhlas memperjuangkan ketelusan, maka teguran atau pendedahan juga perlu melibatkan kerajaan negeri di bawah kepimpinan pembangkang. Namun seperti biasalah, inilah sikap pembangkang. Mereka gemar dengan perangai kuman di seberang nampak, gajah di depan, tidak nampak. Okey, sila kalau diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] .
Ini cara UMNO BN.
Ini menunjukkan Barisan Nasional takut sama pembangkang.
Last minute mesti dia ada punya gelagat itu. [Ketawa]
Okey, nak tanya saya? Boleh ke Tuan Yang di-Pertua?
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Sudah habis sudah.
Strategi baiklah, bagus strateginya.
Ya, Yang Berhormat Semporna.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Rasah, memang saya aturkan supaya Yang berhormat Semporna boleh jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang lain diam ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan untuk saya berucap pada petang ini dan Menjunjung Kasih Titah Diraja buat pertama kali di dalam Dewan yang mulia ini. Dalam kesempatan ini saya akan menyentuh beberapa perkara penting yang saya tahu dan saya rasa ini merupakan apa yang rakyat rasa di peringkat akar umbi. Pertama, mengenai dengan perkara ini yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Tanah Merah tadi tentang kehidupan masyarakat. Pada saat ini membimbangkan, menyusahkan keadaan kehidupan masyarakat di merata tempat bila saya bukan hanya menjelajah kampung, bandar, di tempat-tempat lain bahkan juga di ibu kota bila saya bersembang dengan peniaga-peniaga Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, it is not only the consumer is suffering but the businessman is also suffering now. Jadi, kenyataan ini agak bercanggah sedikit dengan keadaan ekonomi yang tuntutan pihak pemerintah kononnya berkembang dengan maju tetapi dalam pada itu petanda- petanda yang kita rasa dan kita lihat keadaan kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi ini cukup membimbangkan. Mereka melaungkan dengan rasa kekecewaan kerana mereka berharap sungguh bila mereka dalam beberapa kali pilihan raya diadakan, dengan niat dan nawaitu bahawa mereka hendakkan supaya kerajaan ini jangan menyusahkan rakyat. Mereka mengundi kerajaan untuk menyelesaikan masalah dan memberi keselesaan kepada rakyat, bukan menyusahkan rakyat. Ini pandangan rata-rata yang diluahkan oleh penduduk khususnya di peringkat luar bandar, khususnya di peringkat negeri Sabah di mana saya- banyak tempat ini, Yang Berhormat Libaran pun tahu. Saya ke Libaran, Lahad Datu dan ke Tawau dan cita rasa ini rata-rata disampaikan oleh mereka tentang kehidupan. Kehidupan ini di antara penyebabnya saya yakin selain daripada dasar kerajaan yang ada, menerusi pelaksanaan contohnya peningkatan harga minyak yang ada. Selain daripada GST sudah diperkenalkan dengan harapan ia akan mengawal, jaminan yang diberikan bahawa tidak akan ada peningkatan barangan yang begitu mendadak tetapi malangnya kita tahu dan kita sedar dan kita rasa bahawa ini mempunyai implikasi yang begitu besar, regressive form of taxation berbanding dengan SSR. Selective taxation ini merupakan satu pendekatan cukai yang melibatkan bukan hanya pengguna, bahkan juga peniaga turut berhadapan dengan masalah-masalah ini. Tentang GST, kita pun semua maklum tentang perkara ini. Walaupun ada beberapa barangan yang dikecualikan daripada GST, namun keadaan ini membimbangkan. Bilamana harga minyak di naikkan setiap bulan bukan sekali setahun, setiap bulan iaitu daripada bulan Januari 20 sen, bulan Februari 20 sen, bulan Mac 5 sen diesel. Bayangkan kesan dia, peningkatan harga ini selain daripada tekanan tentang GST, tekanan sistem pengeluaran barangan, pembelian, pembungkusan, transportation. The multiplier effect dengan izin Tuan Yang di-Pertua, cukup besar. Saya sebagai ahli ekonomi saya tahu keadaan-keadaan ini yang kesan dia cukup besar kepada production capacity yang ada. Kos semakin meningkat, semakin bertambah oleh sebab harga minyak meningkat daripada 20 sen bulan Januari, selepas itu dia ikut tambah Februari dan sehingga pada bulan Mac. Di samping itu, kita sedar keupayaan masyarakat di peringkat negara kita amat terbatas. Kalau kita melihat dalam segi perkembangan ekonomi terdahulu daripada ini, beberapa tahun, di antara prime mover yang membolehkan pertumbuhan ekonomi negara ini meningkat ialah domestic consumption yang ada. Kalau kita lihat daripada tahun yang sudah sebelum itu pun, beberapa tahun yang lalu, domestic consumption become the prime mover. The engine of growth yang menggerakkan ekonomi selain daripada pihak swasta, economist iaitu kerajaan. Akan tetapi pada hari ini kita dapat melihat peranan kerajaan seperti yang saya sebutkan bukan memberi keselesaan kepada rakyat. Dengan keadaan kehidupan bukan setakat GST, bukan setakat peningkatan harga minyak, pengangguran, saya akan sentuh
sedikit sebanyak tentang perkara ini. Bayangkan purchasing power yang ada pada masyarakat. Sudahlah tak ada kerja, selepas itu tidak ada keupayaan mereka, ditekan dengan GST, ditekan dengan harga minyak dan saya rasa sudah sampai ketika we have to change the government. [Tepuk] Iaitu membuat satu drastic movement dari segi structure changes, bukan hanya policy changes yang ada tetapi structure changes dalam sistem kita untuk membolehkan supaya pertumbuhan ekonomi bukan hanya ia berdasarkan dengan peluang pekerjaan, tekanan hidup tetapi kalau tidak ada structure changes dalam sistem, saya ingat ini akan terus berlarutan keadaan dia. Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi tentang pengangguran. Ini di antara penyebab kesusahan rakyat di peringkat bawah. Bayangkan kalau dahulu kita tanya anak- anak belajar atas pinjaman kerajaan, atas tajaan ibu bapa mereka. Selepas anak-anak ini keluar daripada sekolah, universiti, anak-anak ini tidak ada mempunyai peluang pekerjaan. Bukan hanya atas pinjaman selepas itu tanggungan ibu bapa. Bapa yang meminjam itu terpaksa membayar. Selepas itu, anak yang menjadi harapan pelaburan ibu bapa mereka akan ada pekerjaan untuk menampung kehidupan. Bukan setakat untuk bayar loan tetapi bayar untuk menampung kehidupan seharian. Ibu bapa yang dahulu buat pinjaman masih lagi menanggung kehidupan anak-anak yang mereka taja pada saat ini membimbangkan kita. Tentang keadaan pengangguran yang ada di dalam negara kita ditokok tambah masalah yang cukup besar, bukan setakat peluang pekerjaan anak-anak keluar dari universiti. Jumlahnya bukan 1,000 jumlahnya bukan beratus, Yang berhormat Bagan Serai. Cukup banyak, berapa banyak universiti yang mengeluarkan, tiap-tiap tahun. Tiap-tiap tahun universiti ini mengeluarkan anak-anak graduan akauntasi, guaman, kedoktoran, I will touch about doktor sedikit. Ini membimbangkan kita. Kerajaan must facilitate dengan izin, dengan dasar pelaksanaan yang agresif untuk melahirkan – kita sudah tahu, sudah sedar kita lahirkan anak-anak ini dengan menubuhkan berbagai-bagai universiti. Ini baru sahaja kita nampak Universiti China pun sudah ada. Besar lagi daripada Universiti Sabah keadaan dia, membimbangkan kita. Bayangkan anak-anak ini keluar daripada universiti, where they will be? Dengan izin. Where are the job opportunities yang ada kepada anak-anak ini, jaminan dia. Kalau tidak kita membuat pendekatan dasar projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah berdasarkan dengan job-centric creation, peluang pekerjaan kepada masyarakat kita. Bukan peluang perniagaan kepada pelabur asing. Bukan peluang perniagaan kepada individu- individu tertentu tetapi kita hendakkan supaya job-centric yang ada. Kita tahu, contohnya macam di Sabah, ini Yang Berhormat daripada Pensiangan pun tahu. Anak-anak daripada Tenom, Pensiangan, Melalap, bayangkan. Anak-anak yang jauh terpaksa berhijrah daripada Tenom, dari Sabah ke Semenanjung hendak cari kerja sedangkan kita tahu kelapa sawit punya banyak di Keningau. But there is no downstream there, tak ada kilang di situ pun. The biggest producer of palm oil in the country is in Sabah. The biggest producer of gas in the country is Sabah. The biggest producer of minyak is Sabah. Akan tetapi yang ada kilang proses di Johor, Pengerang. Can you imagine the resources should have been utilized at the maximum capacity di mana ada lokasi raw material yang ada. It will be cost less, dengan izin, for us to invest and to develop kita punya industri kalau ia nearest, nearness to the resources yang ada ini. Ini tak, terpaksa minyak datang daripada Sabah, dari Sarawak bawa ke Johor. Hendak compete dengan Singapura. You can compete in Sabah, you can compete in Bintulu. Tak semestinya kita locate dia di Pengerang, di Johor. Bayangkan ada juga pelantar yang berada di Timur Tengah, di Dubai tetapi boleh bersaing, boleh mampu bersaing. Lagi dekat kalau kita bayangkan Sabah dengan Jepun. Lagi dekat dengan Vietnam, lagi dekat daripada China. Kalau sekiranya kilang-kilang ini dapat dilahirkan, diwujudkan di tempat itu. Pengangguran ini cukup membimbangkan kita Tuan Yang di-Pertua. Saya selaku orang kampung, bila bertemu dengan ibu bapa bukan hanya anak-anak muda, bilangan anak- anak muda pada saat ini yang paling banyak menganggur di negara kita. Keluaran daripada universiti, keluaran daripada kolej-kolej yang lain. Malangnya mereka tidak ada tempat untuk mencari pekerjaan. Ada yang sanggup volunteers Tuan Yang di-Pertua, untuk hendak dapat – “Tidak apa Dato’ Seri payah bayar gaji pun, kami hendak kibar bendera Parti Warisan di Sabah”, dia cakap. [Tepuk] [Ketawa]
Itu yang mereka nyatakan kepada saya. So, I don’t have money, dengan izin, untuk hendak belanja. Tidak apa Dato’ Seri, we just do that. Pengangguran yang ada ini membimbangkan kita. Di dalam laporan terkini seperti yang dilaporkan kepada media...
Hidup Warisan.
...Yang berbagai, ekonomi Malaysia pada tahun ini dijangka akan berada pada paras terendah di rantau ini selepas Singapura, Brunei dan Thailand. Pertumbuhan ekonomi semakin rendah dari enam peratus tahun 2014 kepada lima peratus tahun 2015, 4.2 peratus pada tahun lepas. Walaupun masih berkembang, ia tidak memberi erti kadar pengangguran seperti yang saya sebutkan semakin meningkat daripada lapan peratus pada tahun 2013 kepada 10 peratus pada tahun 2015. Kadar pengangguran siswazah juga naik daripada 30 peratus kepada 34 peratus pada waktu yang sama. Jumlah mereka yang menganggur naik 16 peratus sejak awal tahun 2015. Ringgit juga berhadapan dengan USD semakin lemah. Kalau kita lihat ringgit jatuh 42 peratus berbanding dengan USD tahun lepas, ia jatuh 4.5 peratus tahun 2015, ia juga jatuh 22 peratus. Ini semua berlaku walaupun keadaan ekonomi yang dinyatakan oleh pihak pemerintah berkembang. But how can it be, dengan izin, keadaan ekonomi berkembang, but faktornya, indikator yang ada. Ringgit is weakening, unemployment is increasing, inflation is increasing, cost of living is high, dengan izin. Ia tidak ada keseimbangan, tidak seimbang seakan-akan. Petanda yang kita lihat kalau di dalam bidang ekonomi, ekonomi itu berkembang luas, maju, there must be good employment opportunity. Kadar inflasi lebih terkawal, harga barang tidak akan menjadi tekanan. Akan tetapi malangnya reverse, kenyataan faktor yang berlaku cukup membimbangkan, termasuk di Pasir Mas. Saya tahu, saya dulu buat lawatan pun. Keadaan job opportunity is not there. Jadi, saya berharap sungguh kerajaan perlu mengambil langkah- langkah yang drastik. Dasarnya bukan hanya melihat kepada contohnya membawa pelabur asing daripada luar. Saya akan sentuh selepas ini. Apa ertinya kita bawa pelabur asing contohnya. Hendak buat kereta api daripada Lembah Klang ke Tumpat, Kelantan. Di samping itu yang akan melaksanakannya syarikat kemungkinan tidak tahu siapa dia, sama ada daripada China, termasuk di Sungai Besi pembangunan dia. But rest assured, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, pengalaman di banyak negara, di Afrika, di India, bila ada pelaburan daripada China, they come in a complete set. Dia bukan datang dengan hanya melabur kewangan dia. Peralatan dia, pekerja-pekerja dia, makanan. Macam dekat Sabah, Korean, when they invest sampai tisu pun dia bawa. Makanan dia bawa, the Korean food is there. Ini yang membimbangkan kita. Kalau keadaan berlaku seperti apa yang di Afrika, pelabur China yang melabur di negara Afrika, bukan hanya membawa duit, mereka membawa pekerja-pekerja. Bayangkan macam bila ada pelaburan, RM50 bilion kereta api daripada Lembah Klang ke Tumpat. Bayangkan bukan setakat kemungkinan besar yang akan menggunakan peralatan steel industry bukan datang daripada MMC, bukan datang daripada Southern Steel, local industry yang ada. Kemungkinan besar datang daripada China. [Pohon izin untuk minum air] Very dry sikit. Dengan izin, kena bawalah sikit fasal banyak sangat berucap di merata tempat dekat Sabah ini. Saya bimbang, saya harap kerajaan akan bertindak tegas. Bukan kita hendak mencari pelabur semata-mata untuk memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi kita, but not at the expense, dengan izin, job opportunities are not there. Our economic sector, the local industry will die kerana saya bimbang industri steel yang ada. Baru-baru ini saya pun terbaca dalam surat khabar, penasihat ekonomi, penasihat negara China yang dahulu Presiden MCA, Ong Ka Ting menyatakan, there will be an investment on steel industry in Malaysia. But, what does it entaill, dengan izin. It will kill the local industries, job opportunity ya. Saya bimbang nanti kereta api yang kita bina ini kita mungkin banyak pekerja daripada luar, Myanmar, daripada Bangladesh. Ya, kalau daripada orang Pasir Mas, alhamdulillah. Kalau daripada Kota Bharu, saya alu-alukan, pekerja-pekerja ini. Yang saya bimbang, complete, comprehensive approach yang dilakukan oleh pelabur seperti daripada China ini, mereka akan menggunakan the same kind of approach, dengan izin, iaitu membawa bukan hanya mungkin duit pinjaman tapi mereka juga akan menggunakan industri, raw material datang daripada negara China.
Saya harap pelabur-pelabur ini kita perlu teliti, termasuklah pelaburan terhadap industri automatif negara kita, Proton ini. Kita tahu kita hendakkan supaya kita boleh mampu menembusi pasaran antarabangsa. Akan tetapi kita juga sedar banyak industri seperti Hyundai, seperti Toyota, tanpa adanya pelaburan daripada negara-negara lain, Jepun boleh bersaing di pasaran antarabangsa. Akan tetapi saya berharap kita harus teliti, jangan nanti esok Proton ini bukan hanya dimiliki bukan oleh tempatan, akan dimiliki oleh orang asing. Kebimbangan saya peluang-peluang pekerjaan kepada bangsa kita akan terus terhakis. Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan peluang pekerjaan tadi. Saya bimbang juga bukan hanya dari segi anak yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan yang mempunyai pekerjaan pun lesap. Petronas, berapa jumlah anak-anak Petronas yang bekerja? Berapa jumlah MAS yang kita tahu dua tahun, tiga tahun yang lalu di lepaskan daripada perkhidmatan mereka? Baru-baru ini kita dapat laporan hampir lebih daripada 2,000 pensyarah universiti juga tidak mampu ditampung oleh universiti-universiti tempatan kita. Bayangkan kalau pensyarah-pensyarah ini pun menjadi kumpulan yang menganggur, yang dahulu mempunyai peluang pekerjaan, dia akan menjadi bebanan kepada negara kita dan kepada masyarakat keseluruhannya yang berhadapan dengan masalah ini. Saya berharap sungguh langkah- langkah seumpama ini harus dilihat dengan secara serius oleh pihak kerajaan. Pekerjaannya, kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita sedar dan tahu rakyat mungkin perlukan BR1M kerana bantuan, but it’s only one-off, dengan izin, sekali saja. But, saya yakin bila saya bincang, dialog dengan belia-belia yang ada di peringkat luar bandar, “Datuk Seri, bukan kami tidak mahu BR1M, but we want jobs yang boleh sustain every month, every day dia punya life. Kalau hanya BR1M saja, mungkin tidak boleh menampung kehidupan.” Selain daripada pekerjaan itu juga, mereka hendakkan juga supaya adjustment minimum wage ini. Bidang sektor-sektor perlu dibuat adjustment dengan secara baik. Ini tidak, tidak seimbang pun. Contoh, macam pekerjaan minimum wage di peringkat Semenanjung RM1 ribu, di Sabah RM900 – RM800. Bayangkan cost of living in Sabah is higher than Semenanjung tetapi the salary is still low. Yang rendah, dia punya gaji minima rendah, di Semenanjung yang cost of living is so low, dia punya gaji tinggi dia. It is the opposite that happened. Sepatutnya kita perlu mengimbangi keadaan-keadaan ini untuk tidak membebankan rakyat di peringkat negara kita. Saya sedar dan tahu ini merupakan satu keperluan yang dilakukan oleh pihak rakyat untuk kerajaan bertindak memberi fokus seperti yang saya sebutkan. Bukan hanya projek- projek besar kelihatan sedap didengar, kereta api daripada Tumpat ke Port Klang. Masa 12 jam boleh jadi sampai empat jam. But, kita hendakkan peluang pekerjaan, kehidupan masyarakat kita yang jauh lebih penting ini harus diberi perhatian sangat oleh pihak kerajaan dan saya tekankan tentang pelabur asing bukan hanya perlu penelitian. We must be very selective and we must be very firm. Khususnya pelabur-pelabur daripada China, kita welcome. Kita boleh terima bukan hanya daripada China. Saya yakin ada pelabur daripada negara lain. Akan tetapi kita tidak mahu nanti esok pelaburan ini menghakis industri-industri tempatan. Saya yakin dengan pelaburan steel industry alliance something yang saya baca baru-baru ini di surat khabar yang dia akan dibawa mengikut Tan Sri Ong Ka Ting, saya cukup bimbang dengan survival of MMC, Southern Steel, local industry yang ada yang akan turut mempunyai kesan yang cukup membebankan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang beberapa masalah yang sedang dihadapi di peringkat negeri Sabah dan saya juga yakin di peringkat negara kita. Rakan saya daripada Bukit Gantang biasa jadi champion tentang kesihatan. Saya juga ingin membangkitkan tentang kesihatan ini kerana ini merupakan satu perkara yang penting. Saya berharap semua— [Loceng tamat waktu berucap berbunyi] Masa sudah singkat. Banyak perkara yang saya hendak cakap. Boleh tambah? Pasal tadi itu. Sikit saja ini.
Jadi kesihatan ini saya harap bukan hanya Kementerian Kesihatan perlunya mereka mempunyai pangkalan data, send the expert, pakar di kawasan di mana diperlukan. Jangan hantar doktor gigi di mana ada penyakit jantung, darah tinggi. Kadang-kadang saya dapati, macam di kawasan Semporna, doktor gigi ada tapi kita tidak perlukan sangat. Banyak doktor gigi. Ada swasta. Kita perlukan pakar-pakar yang lain— jantung. Hendak bawa pesakit jantung ini, darah tinggi daripada Semporna ke Tawau naik bas, on the way dia meninggal
dunia. Kalau adapun hospital, macam di Lahad Datu hospital cukup cantik bangunan dia, tapi bangunan cantik, peralatan tidak banyak, pakar tidak banyak. We must match up. Kalau tidak, kita tidak perlukan bangunan ini cantik. Kita hendakkan pakar peralatan yang cukup baik untuk diperlukan oleh rakyat. Satu dari segi pengurusan agama ini saya hendak sentuh sikit kerana ini sudah sampai waktunya, saya yakin bahawa pengurusan agama ini perlu diselaraskan dalam negara kita. Malangnya, pengurusan agama ini berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang ada. Contohnya, fatwa negeri ini berlainan, Johor lain, Terengganu lain, Kelantan lain, mengikut keperluan dia. Sedang pun peninggalan Rasulullah, kita harus berpaksikan kepada hukum iaitu al-Quran dan hadis sebagai panduannya, bukan mengikut adatnya, bukan mengikut perintah mana-mana pihak. Perlu ada penyelarasan dari segi kebangsaan. Keduanya tentang perkara 355 ini. Parti Warisan sudah pun membuat pendirian bahawa tidak akan memberi sokongan kepada pindaan ini. [Tepuk] Parti Warisan ingin menyatakan bahawa bukan oleh kerana kita tidak menyokong hukum tetapi yang penting kepada kita ialah pelaksanaan hukum. Hukum itu sudah ada. The enforcement yang ada— apa beza dia mencuri dengan corruption? Dia ambil duit juga. But the important part is that the corruption is there already but we don’t enforce the law. Yang malangnya kita dapat lihat peningkatan hukuman-hukuman. Apa erti dia kena meningkat hukuman? Macam Tariq Ramadhan sebutkan, seorang pakar dalam bab agama, it is no use to introduce any law at all but the enforcement part is more important. Bukan hanya sebagai umat mengenali hukum tapi mengamalkannya jauh lebih penting daripada itu. Itu yang penting kepada kita. [Tepuk] Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, perkara Perjanjian 63 dan 20 point ini. Saya hendak sebut sikit, penting kepada kita laksanakan. Kita sudah tahu apa dia, cuma laksanakan saja perjanjian ini. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya sama-sama membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen pertama tahun 2017. Dalam masa yang singkat ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang saya rasakan baik untuk saya sentuh walaupun keseluruhan Titah Yang di-Pertuan Agong adalah semuanya menjurus kepada pentadbiran negara yang adil dan membawa kepada kesejahteraan rakyat. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Pekan yang mana telah membuat keputusan-keputusan penting...
Yang Berhormat Labuan, sebut saja Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri pun boleh.
Oh ya, okey.
Dato’ Sri Pekan ini tidak bagus sangat.
Dato’ Sri Perdana Menteri yang begitu bijak dan berani membuat keputusan-keputusan...
Yang Berhormat Labuan tidak payah terikut-ikut dengan sebelah kiri saya. Sebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri saja.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ya.
Pemimpin yang cukup hebat, yang saya sebagai Ahli Parlimen...
Yang itu melampau sangat.
...Dan sebagai rakyat cukup berbangga. Beliau berani. Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan beliau berani melaksanakan ataupun membuat keputusan-keputusan yang penting walaupun ianya tidak popular. Keputusan-keputusan yang sebenarnya boleh memberi peluang untuk ianya diambil peluang oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa dia? Ramai orang yang... Ramai tapi tidak apa, saya hendak cerita dahulu apa dia keputusan-keputusan yang telah dibuat. Keputusan- keputusan yang telah dibuat ini adalah di antaranya merasionalisasikan subsidi dan juga memulakan sistem GST.
Wah!
Hebat. Hebat Malaysia.
So Yang Berhormat Pekan adalah bapa GST ya?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dahulunya kita memberikan subsidi secara berpukal.
Yang Berhormat Labuan. Ya, yang lain diam ya, Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Dahulunya kita mengadakan subsidi.
Tadi kita menghormati ucapan Yang Berhormat Semporna, kita diam, elok.
Betul.
Apalah salahnya kalau Yang Berhormat Labuan pun berucap, kita dengar. Kalau hendak mencelah, bangun, sekiranya Yang Berhormat Labuan benarkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Senyum-senyum, geleng-geleng macam Yang Berhormat Lembah Pantai duduk itu okey.
[Dewan ketawa]
Tidak keluar suara. Ya.
Dengan rasionalisasi subsidi, maka kita memulakan subsidi bersasar. Ini adalah langkah-langkah yang lebih adil di mana dalam kita menarik subsidi kepada banyak barang-barang yang selama ini diberikan subsidi secara berpukal yang mana ianya lebih dimanfaatkan oleh mereka yang bukan disasarkan. Jadi di antaranya adalah pemberian BR1M. Walaupun selama ini kita dengar ramai yang menyerang kerajaan ataupun menuduh bahawa BR1M ini adalah sesuatu yang tidak ethical dan sebagainya tetapi sebenarnya BR1M adalah satu langkah yang sangat baik. Sesuatu yang membawa keadilan kepada rakyat sebenarnya sebab BR1M diberikan kepada mereka yang memerlukan. Jadi saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana kejayaan demi kejayaan telah dapat dicapai di dalam kita melaksanakan rasionalisasi subsidi tersebut dan alhamdulillah, pada tahun 2017, BR1M yang dijanjikan akan dinaikkan telah diumumkan untuk dinaikkan daripada tahun 2016 sebelumnya iaitu untuk eKasih RM1,050 ke RM1,200 tahun ini untuk isi rumah di bawah RM3,000, isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 pendapatan mendapat kenaikan RM100 kepada RM900 dan individu bujang RM2,000 ke bawah pendapatan mendapat kenaikan ke RM450. Pemberian BR1M ini juga sebenarnya selain daripada ianya adalah untuk membantu mereka yang perlu dibantu apabila subsidi berpukal ditarik, harga barang setengahnya telah dinaikkan kerana penarikan subsidi, tetapi sebenarnya ia juga mampu merangsang ekonomi dalam keadaan ekonomi yang agak tidak menentu sekarang ini.
Maka pemberian BR1M itu sebenarnya telah membantu merancakkan penggunaan domestik dan berlaku aliran tunai dalam pasaran. Laporan dalam The Guardian menyatakan 35 pakar ekonomi dari Britain mahu bank pusat negaranya untuk berikan bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah. Jadi sebenarnya langkah Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, melalui pemberian BR1M kepada golongan bersasar adalah langkah yang tepat. Ini juga adalah langkah ataupun cara untuk mengagihkan semula cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan yang mana kebanyakan sebenarnya GST ini dicollect daripada mereka yang mempunyai keupayaan untuk berbelanja dengan lebih besar. Oleh mereka daripada golongan atasan dan seterusnya jumlah yang diterima besar itu kita agihkan dan belanjakan untuk memastikan keadilan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
[Bangun] Boleh Yang Berhormat Labuan.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya dengan sahabat saya, rakan saya dari Labuan. Soal taxation ini, GST dan sebagainya. Bagi fahaman saya Labuan ini free port yang di mana kerajaan tidak mengimposekan cukai-cukai. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu minta penjelasan sikit daripada Yang Berhormat Labuan, status Labuan bagaimana sekarang adakah masih lagi dikekalkan sebagai kawasan free duty ini yang membolehkan pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat Labuan lebih bertambah daripada apa yang ada sekarang ini mungkin...
Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
...pelawat-pelawat tidak lagi beringat Labuan.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan, kerana mengingatkan saya untuk memberitahu Dewan yang mulia ini, bahawa sebenarnya kutipan GST oleh Kastam Labuan adalah bernilai lebih RM600 juta. Walaupun sebenarnya Labuan untuk barangan adalah GST free tetapi untuk services, ianya tidak free. Sebenarnya daripada services bank dan sebagainya yang mana banyak bank antarabangsa di Labuan yang memberikan perkhidmatan leasing dan sebagainya kepada syarikat-syarikat besar yang membeli peralatan minyak dan gas termasuklah kapal terbang dan sebagainya dikenakan GST dan rekod tahun lepas Labuan telah collect lebih RM600 juta daripada GST.
Ada dua yang bangun, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Yang Berhormat Kuala Selangor lah saya punya idol.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Labuan, dari segi situasi khususnya dalam konteks oil and gas di Labuan ketika ini. Keduanya saya nak bertanya, setujukah Yang Berhormat Labuan dari segi pendapatan Labuan kali ini kita boleh sasarkan kepada menjadikan Labuan sebagai hub perikanan kerana ikan-ikan masih lagi banyak khususnya di perairan Labuan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor sekali lagi mengingatkan saya bahawa Labuan yang banyak menyumbang sebenarnya melebihi RM1 bilion satu tahun kepada negara. Sebenarnya memang deserve untuk diberikan peruntukan yang setimpal untuk memastikan potensi ia dapat dicapai. Kita punya perikanan terutamanya industri tuna sebenarnya, Labuan baru explore 20 peratus daripada potensinya dan memang Labuan perlu diberikan perhatian supaya pelaburan-pelaburan infrastruktur terutamanya di dalam perikanan dapat diberikan secepat mungkin supaya Labuan boleh menjadi sebuah pelabuhan ataupun tempat
pendaratan ikan terutamanya ikan tuna untuk Labuan dapat terus meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara.
Ya, Yang Berhormat Bintulu bangun, Yang Berhormat Labuan.
Bercerita mengenai bantuan tumpuan kepada B40 dan M40 selain daripada BR1M dan sebagainya. Yang Berhormat Bintulu, saya tidak banyak masa lagi Yang Berhormat Bintulu, sikit sahaja.
Nanti cepat. Terima kasih. Saya terpanggil sikit tadi saya dengar. Dia kata banyak panduan daripada Barisan Nasional termasuk BR1M. Tetapi untuk BR1M itu semua pembangkang buat satu cerita ketawa sama kita. Kita cuma macam bagi gula-gula. Saya ada keliru sikit, apa kita Barisan Nasional sudah bantu, apa kita sudah buat untuk rakyat. Mereka tidak berpuas hati buat cerita spin habis-habisan. Saya mahu tanya pandangan sikit daripada Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan ada ingat tidak, dalam masa tahun 2008 ataupun 2013 ataupun masa kita boleh dengar pembangkang kuat kempen semua ini, dia kata kalau dia perintah memang bagi hapuskan tol ini semua, tetapi dalam otak saya ada kongkalikung sikit. Saya pening dengar, dalam pening bila pembangkang jadi pemerintah dia kata mahu habis tol, tapi dia sendiri cadang buat satu tunnel, tetapi mahu kutip tol juga, minta pandangan sikit daripada Yang Berhormat Labuan.
Saya sebenarnya tidak hairan. [Ketawa] Memang selalu cakap tidak serupa bikin pun.
Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Jadi ia nya sesuatu yang tidak mengejutkanlah. Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Ya, minta laluan sikit.
Ini kali saya syok banyak pencelahan.
Banyak penggemar. Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya tertariklah dengan ucapan Yang Berhormat Labuan tentang sumbangan oleh Labuan kepada Malaysia terutamanya RM600 juta dikutip daripada GST, sumbangan RM1 bilion. Saya nak tahu dalam Ahli Yang Berhormat Labuan memuji pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa pendapat Yang Berhormat Labuan tentang komen daripada bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Harris Salleh, bahawa Labuan berada dalam keadaan tenat, rakyat Labuan berada dalam keadaan tenat. Pada tahun lalu, beliau telah meminta supaya Labuan dipulangkan daripada Putrajaya kepada negeri Sabah. Tahun ini semasa perayaan Hari Wilayah beliau sekali lagi menegaskan bahawa di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, beliau bekas Ketua Menteri Sabah beliau sekali lagi menegaskan bahawa di bawah pentadbiran Barisan Nasional Labuan berada dalam keadaan tenat. Adakah ini bermakna semua langkah-langkah yang dilaksanakan itu memang benar, seperti yang dikatakan oleh pihak kami bahawa ini merupakan langkah-langkah kecil, gula-gula yang tidak membawa manfaat sebenar kepada rakyat di bawah pemerintah.
Terima kasih. Saya tidak setuju malah saya sudah jawab pun apa yang diperkatakan oleh mantan CM Sabah, dan juga ia nya di ekor oleh Yang Berhormat Gelang Patah semasa lawatan beliau ke Sabah, yang mana sebenarnya Labuan jauh sudah berubah malah transformed. Saya katakan waktu itu ada dua gelombang pembangunan besar di Labuan. Tahun 70-an, Labuan cuma mempunyai populasi seramai 40,000 lebih dan setelah penyerahan Labuan ke Wilayah Persekutuan Labuan, maka Labuan sudah mempunyai populasi sebanyak 100,000 dengan infrastruktur-infrastruktur yang begitu besar telah dilaksanakan di Labuan termasuk airport Labuan termasuk juga jalan raya-jalan raya yang dibuat, dan termasuk juga pembangunan industri minyak dan gas selain daripada menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan pesisir pantai. Dengan status Labuan sebagai pusat kewangan pesisir pantai, maka banyaklah bajet-bajet landscaping dan sebagainya untuk menjadikan Labuan sebagai bandar yang bersih dan tersusun dilaksanakan.
Saya rasa Yang Berhormat Bukit Mertajam kena datang melawat Labuan. Barulah nampak sendiri macam mana keadaan Labuan sekarang.
Kalau di jemput boleh. Akan tetapi saya rasa ini adalah teramat serius.
Akan tetapi begini rasa of course sudah tentu...
Sebab bekas Ketua Menteri.
Sudah tentulah Labuan memerlukan gelombang baru untuk pembangunan. Inilah di antaranya tadi saya ini banyak sebenarnya yang saya ingin perkatakan. Akan tetapi, memandangkan masa tinggal dua minit maka menghormati Dewan walaupun saya yakin yang Tuan Yang di-Pertua akan memberikan saya sedikit extra tetapi saya akan potong beberapa perkara yang saya ingin bahaskan. Cuma, saya ingin...
Minta penjelasan boleh?
...yang saya ingin...
Saya mahu tolong Labuan.
...yang saya ingin katakan lagi sini adalah bantuan perumahan. Bantuan perumahan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang begitu komprehensif. Terutamanya untuk membantu golongan B40 dan M40. Jadi, sebenarnya...
Saya sokong Yang Berhormat Labuan. Jadi minta Yang Berhormat Menteri Wilayah pindah banyak yang high density projek di Kota Kuala Lumpur, di kawasan saya itu pindah semua pergi ke Labuan supaya untuk tolong buat lebih rumah untuk orang miskin di Labuan. Apakah pandangan Yang Berhormat Labuan?
Apa nama, memang inilah yang saya hendak. Saya hendak PPR akan di adakan di Labuan. Kita perlu sangat di Labuan. Oleh sebab di Labuan ini, walaupun kita membangun pesat dan income per kapita di Labuan adalah melebihi purata nasional sebenarnya tetapi, kita punya B40. Average B40 kita adalah jauh lebih rendah daripada nasional. Jadi, bererti kita juga masih mempunyai ramai rakyat miskin di Labuan. Kita perlukan PPR, rumah yang berharga di bawah RM50,000 ini untuk dibuat di Labuan dan untuk orang-orang yang berpendapatan rendah ini akan mampu untuk memiliki rumah di Labuan. Selain daripada itu, sebenarnya di Labuan dalam keadaan ekonomi yang agak menekan sekarang ini terutamanya di Labuan sekarang ini, selama ini bergantung terlalu sangat dengan industri minyak dan gas. Maka, keadaannya sangat menekan di Labuan dan kita perlu mempelbagaikan aktiviti ekonomi di Labuan. Di antaranya, yang ingin kita majukan yang mempunyai potensi untuk dijayakan di Labuan adalah industri pelancongan. Untuk menjayakan industri pelancongan yang mana Labuan investment untuk industri pelancongan ini sudah banyak juga dibuat tetapi ada beberapa perkara yang sangat penting the missing link, enabler yang perlu dilaksanakan untuk membolehkan pelancongan ini berjaya di Labuan. Di antaranya adalah connectivity. Connectivity yang mana Labuan sebagai sebuah pulau yang mempunyai airport yang sudah begitu canggih mempunyai runway yang cukup panjang yang membolehkan 777 senang-senang untuk landing di Labuan. Jadi, untuk ianya dimanfaatkan maka kita berharap usaha akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai hab kepada hab airport ataupun LCCT ataupun sebagainya. Untuk complement Kota Kinabalu di bahagian barat negeri Sabah.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Labuan.
Pada masa yang sama, untuk membolehkan ianya complementing Sabah maka Labuan itu perlu didekatkan dengan Kota Kinabalu dengan memanjangkan Pan Borneo yang sedang dilaksanakan sekarang ini daripada Kuching sampai ke Tawau untuk mengadakan daripada Beaufort sampailah ke Labuan melalui jambatan. Jadi, ini akan membuatkan Labuan akan menjadi sebahagian daripada
rantau selatan negeri Sabah yang akan dapat memberikan tenaga baru kepada kawasan tersebut dan seterusnya akan menjadikan tempat kawasan itu lebih vibrant ekonominya terutamanya di dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pelancongan logistik dan sebagainya. Jadi, masa pun sudah habis saya ucapkan banyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan saya extra sedikit masa. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang saya ingin perkatakan, insya-Allah saya akan sambung di peluang yang akan datang. Dengan itu, Labuan mohon menyokong. Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, hendak bagi Yang Berhormat Lembah Pantai ke? Okey, sila.
Terima kasih Tuan yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar teliti dan menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong minggu lalu. Dalam Titah itu, Seri Paduka Baginda turut bertitah dengan menyentuh berkenaan pembangunan modal insan seluruh lapisan masyarakat serta kebajikan rakyat di luar bandar termasuk Orang Asli serta peribumi di Sabah dan Sarawak yang masih diberi perhatian oleh kerajaan. Dalam Titah Seri Paduka Baginda itu, sekurang-kurangnya sebanyak dua kali istilah Orang Asli dititah. Saya menganggap bahawa ini sebahagian langkah Kerajaan Persekutuan untuk memberi gambaran bahawa masyarakat Orang Asli dalam negara ini masih mempunyai tempat dan peluang pendidikan kesihatan dan pekerjaan seperti rakyat yang lain. Walau bagaimanapun, keadaan mungkin berbeza jika kita mengambil sedikit masa untuk menyelidik lebih dalam tentang hal ehwal masyarakat Orang Asli ini dengan realiti semasa. Khususnya, apabila menyentuh konflik tanah adat yang mereka duduki dengan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Beberapa laporan media tempatan juga pernah menyiarkan berita-berita berkaitan isu ini dan penyelesaian tuntas masih belum mampu kita peroleh hingga sekarang. Saya menggunakan contoh mudah yang berlaku di Gua Musang pada tahun lalu. Melalui pendedahan video yang di tular di laman-laman sosial menunjukkan bagaimana pekerja syarikat balak yang dilindungi anggota polis dan Jabatan Perhutanan bertindak mengancam dan menggertak Orang Asli yang membina halangan atau blockade dengan izin. Blockade yang dibuat secara aman ini mendapat reaksi keras daripada pihak berkuasa. Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan telah memprotes halangan secara aman yang dibuat oleh masyarakat di situ menyebabkan majikan masyarakat pembalakan terbabit membawa anggota polis dan Jabatan Perhutanan yang dilengkapi senjata api serta seperti senapang. Para pekerja syarikat tersebut pula secara agresif mengancam dan menggertak mereka untuk menghentikan blockade. Kesudahannya, saudara Mustafa Along Setiausaha kepada Jaringan di tahan kerana didakwa melakukan provokasi. Manakala blockade serta pondok yang dibina sekitar kawasan itu dimusnahkan oleh pekerja syarikat itu dengan menggunakan gergaji rantai. Konflik yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia ini cuba dikawal oleh pihak berkepentingan dengan menuduh kumpulan Orang Asli tersebut dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk mengadakan bantahan. Saya tidak bersetuju dengan tuduhan tersebut seperti seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli ini tidak tahu menggunakan kewarasan akal dan sensitiviti mereka mengenai kepentingan menjaga khazanah warisan nenek moyang cuba dirosakkan oleh syarikat pembalak dan sebaliknya kononnya lebih mudah menjadi mangsa manipulasi di pihak lain. Hakikatnya Orang Asli ini masih terbuka untuk mengadakan rundingan malah mereka memahami prinsip izin yang berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMABT) seperti yang termaktub di dalam United Nations Declaration on the Rights of Indigenous People (UNDRIP) serta beberapa keputusan mahkamah. Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya konflik tanah adat ini sudah berlangsung sejak sekian lama. Masyarakat Orang Asli dalam negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak masih belum mempunyai sebarang pelindungan yang meyakinkan. Khususnya daripada sistem
perundangan dan keselamatan bagi menjaga dan mempertahankan tanah adat yang mereka warisi sejak sekian lama daripada di ceroboh oleh pihak tertentu yang mendakwa mereka mendapat izin daripada pihak berkuasa negeri. Mengapakah hal demikian berlaku?
Saya memetik laporan yang dikeluarkan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) pada tahun 2016. Menurut laporan ini, punca utama perkara ini berlaku adalah kerana kandungan undang-undang tergubal yang sedia ada dan tafsiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tentang hak tanah adat itu sendiri gagal memahami sifat-sifat hak tanah adat yang sebenar seperti yang telah dikembangkan oleh masyarakat Orang Asli. Saya tidak menafikan bahawa memang wujud Akta Orang Asli 1954 atau disebut juga Akta 134 yang terpakai hanya di Malaysia Barat. Selain itu, Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Perhutanan Negara 1984 juga sering menjadi rujukan penting apabila menyentuh mengenai isu yang membabitkan perjuangan Orang Asli yang menolak pencerobohan dan menuntut hak terhadap tanah yang diduduki. Akan tetapi saya berminat untuk memetik lagi laporan tadi yang menyebut bahawa masalah pencerobohan hak tanah adat Orang Asli di Malaysia merupakan sebuah permasalahan kebangsaan kerana dalam masalah ini wujud banyak kelemahan, kekurangan dan kepincangan yang mendasar tentang kerangka sistem pemerintahan dan perundangan berkenaan dengan hal ehwal tanah, perhutanan dan kawasan pemuliharaan alam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri. Pada tahun 2013, sebuah laporan Inquiry National mengenai hak tanah Orang Asli atau Orang Asal diterbitkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Dalam laporan itu telah dibentangkan secara komprehensif perkembangan mengenai Orang Asli dan peribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Beberapa syor turut dikemukakan sebagai usaha pemulihan. Antara syor-syor tersebut adalah keperluan untuk mengiktiraf hak adat Orang Asli terhadap tanah, penyelesaian kepada masalah tanah yang hilang, menguruskan isu-isu ketempangan pembangunan tanah serta pencegahan kepada masalah tanah adat pada masa akan datang. Dalam laporan itu, terdapat juga syor supaya tanah diiktiraf sebagai nadi kepada identiti Orang Asli dengan menubuhkan suruhanjaya kebangsaan bebas mengenai Orang Asli dengan keanggotaan oleh wakil Orang Asli yang mendapat sokongan dan diterima masyarakat Orang Asli di Malaysia turut dinyatakan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 pula semasa Perayaan Hari Orang Asal Sedunia (PHOAS), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low telah menerima satu memorandum hak tanah Orang Asal Malaysia yang diserahkan oleh sekumpulan wakil Orang Asal dari Jaringan Orang Asal Malaysia (JOAS) dan jaringan Asia Indigenous Peoples Pact (AIPP). [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Dalam memorandum ini, kandungannya penuh dengan nada kekecewaan sambil menyatakan sokongan penuh kepada syor-syor SUHAKAM dan penubuhan pasukan petugas kerajaan untuk meneliti laporan inquiry yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan Jawatankuasa Kabinet Hak Tanah Orang Asli yang ditubuhkan bagi menangani, memantau dan melaksanakan syor-syor yang terkandung dalam laporan pasukan petugas yang sehingga kini tidak diketahui statusnya. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak kekecewaan lain yang disuarakan oleh masyarakat dan pejuang hak tanah adat Orang Asli yang cukup berasas. Contohnya, Akta 134 yang sepatutnya memberi jaminan perlindungan, kesentosaan dan kemajuan Orang Asli tetapi berdasarkan kejadian dahulu dan terkini, nampaknya ia masih gagal untuk mencapai matlamat tersebut. Keadaan ini juga telah mewujudkan sebuah persepsi dalam kalangan pengamal undang-undang yang tidak boleh diabaikan. Apabila mereka berpendapat bahawa akta ini bukan sahaja mencengkam serta mengawal hala tuju masa depan Orang Asli, bahkan turut diperalatkan untuk mengawal gerak-geri Orang Asli sehingga untuk mengambil hasil hutan pun mereka terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada Yang Berhormat Menteri.
Hal ini adalah jelas bertentangan dengan hak penentuan sendiri atau dengan izin the right to self-determination kaum minoriti tersebut. Saya juga beranggapan terdapat bahagian dalam Akta 134 ini sudah lapuk dan memerlukan semakan semula yang lebih baik. Contohnya seksyen 3(3) yang membenarkan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab terhadap Orang Asli untuk menentukan adakah seseorang itu memang Orang Asli atau tidak. Hal ini kerana menurut Laporan Inquiry National SUHAKAM peruntukan ini diwujudkan pada 1953 sebagai langkah untuk membendung penyusupan Komunis ke dalam masyarakat Orang Asli. Maka adakah munasabah untuk bahagian ini dikekalkan sekarang, malah apabila saya membaca perkara ini, kekhuatiran saya bertambah apabila mengetahui pihak eksekutif atau pihak berkuasa negeri juga berkuasa secara mutlak atau unilateral untuk menggunakan seksyen ini. Jika kita merujuk akta ini juga, kita akan dapati bahawa hak Orang Asli untuk tinggal di kawasan rizab atau kawasan adat mereka bukanlah sebuah hak yang kekal dan muktamad, sebaliknya hanya bergantung kepada jasa baik pihak berkuasa negeri yang mempunyai kuasa pemutus. Keadaan inilah yang sebenarnya mengancam survival Orang Asli di kawasan kediaman atau tanah adat mereka selama ini. Kita boleh bersetuju bahawa hak tanah adat Orang Asli yang diwarisi hanya berdasarkan lisan tanpa sebarang dokumen yang mengesahkannya tetapi tindakan menjadikan tanah yang tidak mempunyai geran atau dokumen secara automatik sebagai hak milik negara boleh dianggap sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman kuasa eksekutif. Kekaburan kedudukan tanah adat seperti ini wajib diselesaikan segera dengan penuh keadilan dan kesaksamaan. Kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai kuasa ke atas hal ehwal tanah tidak sepatutnya membiarkan keadaan ini berlarutan tanpa berusaha untuk memperbaikinya. Pihak seperti PBN juga diingatkan supaya tidak bertindak sewenang- wenangnya dengan membelakangkan hak Orang Asli. Sehubungan itu, saya mendesak tanah-tanah adat yang diduduki oleh masyarakat Orang Asli diwartakan di bawah Akta Orang Asli 1954 seperti yang telah disyorkan oleh SUHAKAM. Mereka tidak meminta pemilikan persendirian tetapi hak milik tanah komunal. Kita wajib menghormati hak dan kedudukan mereka yang sinonim dengan kehidupan di hutan yang dibentuk oleh nenek moyang mereka menjadi tanah adat. Survival mereka berkait rapat dengan hutan dan aktiviti. Aktiviti pemusnahan hutan atas nama demi pembangunan, atas nama hak kerajaan negeri, meningkatkan hasil ekonomi negeri sebenarnya merupakan satu ungkapan yang penuh kezaliman. Akan tetapi cuba dihalalkan dengan kesamaran dan kelemahan peruntukan undang-undang yang berkaitan. Desakan ini penting kerana tanah wilayah adat dan sumber Orang Asli merupakan sumber kelangsungan mereka sebagai satu-satunya harta pusaka Orang Asli yang diwarisi mengikut adat. Bagi saya, menafikan hak ini dalam jangka masa panjang sama dengan melakukan pembersihan etnik terhadap Orang Asli ataupun genocide di dalam zaman sekarang ini. Dalam beberapa kes yang pernah berlangsung walaupun mahkamah di Malaysia telah mengesahkan harta pusaka Orang Asli seperti yang disebut tadi, malangnya tegasnya dalam memorandum kumpulan ini, undang-undang sedia ada dianggap tidak jelas serta terbuka kepada interpretasi berbeza atau telah dipinda. Keadaan ini telah membuka ruang supaya kepentingan komersial diutamakan atas justifikasi pembangunan. Apatah lagi terdapat usaha daripada pihak kerajaan untuk merayu dan mencabar semula keputusan tersebut. Terdapat juga satu tafsiran seksyen 11(1) dan seksyen 12 yang membolehkan PBN mencipta alasan dengan sandaran undang-undang untuk menghalalkan mereka mengambil wilayah adat Orang Asli. Malah menurut laporan SUHAKAM, pihak berkuasa negeri dianggap mempunyai kata kuasa yang muktamad. Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada yang bertanya, adakah kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai penduduk Orang Asli langsung tidak melakukan sebarang langkah yang membina untuk masyarakat tersebut. Jawapannya, ya. Memang ada. Namun dasar pemberian milik tanah di Semenanjung Malaysia, dasar geran komunal di Sabah dan seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak yang digunakan dalam penyukatan tanah adat telah mencabul hak mereka ke atas tanah wilayah adat dan sumber keperluan.
Malah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal Orang Asli juga didapati gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan keputusan-keputusan mahkamah yang terkandung dalam laporan SUHAKAM.
Walau bagaimanapun langit tidak selalu gelap dalam perjuangan Orang Asli ini, masih ada perkembangan yang agak baik apabila wujud beberapa keputusan mahkamah yang memberi kelebihan kepada perjuangan Orang Asli dalam isu tanah adat ini. Sebagai contoh terkini, keputusan Majistret Gua Musang pada 17 Januari lalu yang membatalkan permohonan sebuah syarikat pembalakan untuk meruntuhkan sekatan yang didirikan oleh Orang Asli sebagai bantahan terhadap aktiviti regresif di kawasan penempatan mereka. Keputusan mahkamah yang bersetuju bahawa Orang Asli adalah penduduk yang sah dan berkuasa di kawasan itu sepatutnya menjadi antara langkah penting dalam usaha untuk mengukuhkan semula hak tanah adat Orang Asli dengan lebih luas. Malah kalau kita tinjau pandangan pengamal undang-undang yang lain termasuk hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram, beliau bersetuju bahawa Orang Asli mempunyai hak atas tanah adat termasuk untuk menyemai, memburu, mengutip hasil hutan dan mendiami di atas tanah itu. Malah beliau turut menyalahkan pihak berkuasa yang bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya kesuntukan masa, jadi saya hendak berubah. Aktiviti berkenaan yang sedang berlaku sekarang secara sewenang-wenang ini, yang menjolok mata sudah tentu memberi kesan buruk kepada masyarakat Orang Asli yang menduduki kawasan terbabit. Jalan yang diguna setiap hari mulai rosak akibat lori yang keluar masuk, keselamatan masyarakat Orang Asli seperti kanak-kanak mulai terancam dan paling pasti keadaan alam sekitar juga terus tercemar akibat aktiviti tersebut sehingga merosakkan mata pencarian masyarakat Orang Asli. Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud, “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” Makna ayat Al- Quran yang saya bacakan tadi sering dibacakan bagi menjelaskan punca mengapa bala bencana berlaku ketika ini. Ayat ini juga menjadi garis sempadan kepada atau peringatan kepada sesiapa sahaja dari kalangan manusia supaya segera menyedari kesilapan ketika membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang akhirnya kesan buruk itu merebak dan menjejaskan kepentingan orang ramai. Apabila kita bercakap mengenai pencerobohan tanah dan pembalakan, sudah pasti isu alam sekitar muncul semula, bermula dengan lereng bukit yang semakin gondol, sungai mulai cemar, airnya macam teh susu atau kopi susu, banyak spesies hutan terancam dan berhadapan kepupusan, udara yang terjejas serta perubahan iklim. Persoalannya, adakah hanya masyarakat Orang Asli sahaja yang akan berhadapan masalah ini? Mereka mungkin kumpulan awal yang terjejas tetapi lambat-laun jika keadaan ini tidak dipulihkan, kita akan turut merasai keperitannya seperti yang kita lihat apa yang berlaku pada banjir besar 2014. Menurut Laporan Krisis Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Malaysia, pembalakan secara keterlaluan dan penghasilan barangan bukan balak untuk kepentingan komersial boleh melemahkan kemampuan hutan untuk pulih secara mapan. Kesan lainnya adalah penggunaan hasil hutan seperti masyarakat luar bandar dan Orang Asli kehilangan sumber pencarian. Orang Asli selalu mengatakan bahawa hutan itulah supermarket mereka. Di situ mereka dapatkan ubat, di situ mereka dapatkan makanan, di situlah maknanya punca rezeki mereka. Pembelaan terhadap masyarakat Orang Asli ini sepatutnya menjadi cerminan kepada kemajuan pentadbiran kita. Kita tidak mahu masyarakat minoriti seperti ini menghadapi nasib yang sama seperti etnik-etnik peribumi di negara lain yang terpaksa berjuang untuk memelihara identiti dan warisan nenek moyang mereka yang sudah dihapuskan oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, penindasan yang berlaku terhadap masyarakat Orang Asli ini pula berlaku dalam sebuah negara yang cukup kuat memperjuangkan nasib insan-insan lain yang ditindas oleh rejim seperti Palestin dan etnik Rohingya di Myanmar. Malah apa yang lebih memalukan, kes penindasan terhadap orang Islam ini juga berlaku di sebuah negeri yang mendakwa memerintah berlandaskan ajaran Islam, “Membangun bersama Islam”. Apa yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli ini sebenarnya tidak ubahnya seperti nasib dua bangsa umat Islam tadi iaitu Rohingya dan Palestin, hak pemilikan mereka terhadap tanah yang mereka warisi tetapi cuba dinafikan oleh rejim. Saya menyeru kepada semua pihak yang mewakili institusi Islam, mufti-mufti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Islam untuk duduk semeja berbincang dan memperdalamkan perbahasan mengenai masyarakat Orang Asli ini. Tidak sepatutnya sebilangan kita menganggap mereka hanya sebagai objek dakwah yang perlu diseru untuk memeluk agama Islam sahaja. Kita perlu menambah orientasi dakwah dengan turut terlibat memahami dan membawa suara-suara terpinggir mereka ketika berhadapan dengan kerenah birokrasi yang melibatkan hak-hak termasuk soal tanah adat mereka. Walaupun keadaan tidak begitu baik terhadap masyarakat Orang Asli ketika ini tetapi saya masih menyimpan keyakinan dengan Yang Berhormat Menteri yang baru, KKLW ini bahawa satu tindakan tegas yang segera masih boleh diambil untuk mengembalikan semula hak kepada Orang Asli. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah mengizinkan saya turut mengambil bahagian dalam usul menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Persidangan Parlimen Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas. Saya ambil mengambil bahagian ini untuk sentuh beberapa perkara. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang kes kehilangan Pastor Raymond Koh yang telah diculik sejak 13 Februari 2017 di Petaling Jaya. Ada tanggapan masyarakat yang tidak berpuas hati dan melihat kes ini berunsur agama telah menganggap kerajaan dan polis tidak serius dalam menyiasat kes ini setelah sebulan berlaku. Saya percaya polis telah menjalankan siasatan yang terbaik. Di sini saya memohon polis untuk terus berusaha habis-habisan, yang terbaik untuk mencari Pastor Raymond sehingga berjaya membanteras jenayah. Saya menyuarakan isu ini kerana saya tidak mahu esok isu ini jadi satu isu perkauman. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua saya mahu sentuh mengenai Malaysia Airport. Malaysia Airport ini memang selalu beritahu kita standard yang begitu hebat dan juga international standard. Contoh macam KLIA2, kita memanglah ada KLIA2, LCCT untuk low cost airline. Daripada hari pertama kita cerita ini untuk low cost airline tetapi apabila siap kita classify as KLIA2. Akan tetapi sekarang charges untuk penumpang-penumpang semua pun mahu ikut ada standard punya charges yang begitu mahal. Sekarang low cost airline pun naik air fare fasal banyak charges sudah termasuk. Akan tetapi macam-macam kita sudah ada dalam KLIA2, kata facility semua sama KLIA1. Akan tetapi kita nampak walaupun facilities ini disebut sama tetapi kita bila pergi memang banyak facility tidak sama. Kalau kita cerita lagi penyelenggaraan lagi teruk KLIA2. Kita nampak tandas pun ada banjir, tandas kotor, maintenance tidak ada.
Kalau kita soal penggal yang lepas, dia kata semua terbaik. Terima kasihlah baru- baru ini Timbalan Menteri daripada Pengangkutan sendiri turun padang lihat KLIA1 pun sama, begitu kotor, tidak ada jalankan penyelenggaraan ataupun maintenance ataupun cleaning tidak mengikut apa disyorkan. Tuan Yang di-Pertua, kita nampak ini di KLIA2 kalau eskalator atau walkalator kalau rosak satu kali kita mahu tunggu, bukan hari, tunggu minggu ataupun bulan baru dapat penyelenggaraan dan juga kita lihat detention center di Imigresen sana. Tandas overflowing, tahi semua keluar. Begitu bau. Saya difahamkan Jabatan Imigresen sudah beritahu Malaysia Airports tapi Malaysia Airports sehingga hari ini, tak ada buat penyelenggaraan, tak ada maintenance. So, saya tak faham, saya mahu tanya ini Kementerian Pengangkutan, mana ini MAB punya kutipan daripada penumpang-penumpang chargers itu, semua pergi mana? Kenapa kita tidak bagi servis apa kita janji kepada rakyat? Kita pun lihat juga dalam ini isu bila kita highlight, memanglah agensi-agensi tidak berpuas hati. Selalu nak beritahu sebaik-baiknya. Semua masalah sapu di bawah karpet. Saya mahu tanya Kementerian Pengangkutan, bilalah ini Malaysia Airports boleh dapat satu perubahan betul-betul, ikhlas punya cerita? Jangan cerita kongkalikung, kita syok sendiri dan juga chargers ataupun sewa outlets di KLIA2. Rakyat sudah bersuara. Dia kata orang di bawah miskin ataupun middle income people. Bila dia masuk ini KLIA2, kalau anak-anak dia mahu cari outlet, mahu cari makan, tak dapat, mahal sangat, tak boleh, tak mampu. Kita boleh lihat Tuan Yang di-Pertua, boleh lihat KLIA2 punya airport, berapa kedai sudah tutup, berapa
outlet sudah tidak buka. Sampai hari ini, Malaysia Airports masih buat tak tahu lagi. Kenapa kita tidak boleh berbincang bersama-sama mana-mana ada berminat ini outlet, macam mana boleh pertolongan sama mereka boleh dapat hidup bersama-sama. Saya difahamkan Malaysia Airports berminat sahaja, one way traffic. Dia tahu kutip keuntungan sahaja. Tidak peduli outlet itu semua hidupkah ataupun mati dan juga ini KLIA2 punya gas pipe line ataupun minyak punya fuel pipe line. Sampai hari ini masih leaking lagi. Kementerian Pengangkutan ada lihatkah? Kalau ada nilaikah sehari kalau mana-mana satu budak nakal main api di bawah apron sana, parking itu, kalau meletup, I ingat banyak kapal terbang akan terbang juga. Saya mahu tanya, bilalah kita baru boleh selesai isu ini? Tadi detention center di airport KLIA juga saya difahamkan ada orang beritahu, ini detention centre kalau mana-mana pelancong ataupun mana-mana masuk, kita Imigresen tidak kasi masuk, kita sepatutnya next airline kita kasi deport balik. Akan tapi di KLIA, dia terus melantik satu monoto circle company. Caj sehari RM350, per day per head. Sepatutnya dalam airline operator, mestilah bertanggungjawab kalau mana-mana passenger masuk, kalau tidak layak masuk ke negara kita, next airline dia mahu tanggung anda balik. Kalau itu orang tak ada wang, airline mahu tanggung semua. Tadi kenapa kita mahu pergi macam monopoli lantik satu company seberapa airline berkongsi. Macam KLIA2 saya difahamkan, AirAsia akan menanggung semua. Kalau penumpang tiada, dia akan hantar balik semua untuk sampai dia destinasi dari mana.
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Stampin.
Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Stampin cerita kongkalikung.
Lima saat sahaja.
Ini, saya nak soal...
Yang Berhormat Bintulu tak bagi Yang Berhormat.
Nanti dulu. Ini you cerita kongkalikung, nanti. Ini eskalator saya pun mahu cerita juga, eskalator sekarang di shopping mall, di mana-mana, selalu kita ada satu unit jawatankuasa untuk siasat keselamatan. Akan tapi saya nampak baru-baru ini banyak ada seberapa shopping mall pun berlaku. Kita termasuklah Bintulu punya airport pun juga tiada penyelenggaraan. Bila kita sudah berlaku kejadian, lapan orang jatuh daripada eskalator, satu kaki sudah patah masuk skru, beritahu dia kata, “No problem. That is minor case”. Akan tapi baru-baru lagi satu berlaku lagi. Dia punya eskalator buka. Saya pun tunjuk sudah Tuan Yang di-Pertua, itu kaki kalau masuk bukan patah, putus terus. Kita nampak, kita boleh lihat di ada shopping mall satu, bila besi terbang, itu amoi cantik punya kaki terkupas.
Putus.
Mana ini Kementerian Sumber Manusia?
[Bangun]
Itu DOSH, DOSH. Apakah dia jalankan tugas? Kenapa dia tidak pergi spot check, tidak check betul-betul. Janganlah kita tidak ambil perkara ini serius. Bila mereka kejadian, semua marah. Lagi pembangkang kasi spin habis- habisan. In Barisan Nasional tidak mampu tapi dia tidak tuduh apa masalah kita...
Yang Berhormat Stampin bangun lagi Yang Berhormat.
KLIA. Sekejap, lima saat sahaja. Penjelasan.
Ini tak ada masalahlah. Ini kongkalikung.
Boleh, boleh?
Nanti, jangan kacau dahululah.
Tak bagi jalan Yang Berhormat.
Kamu jangan potong stim ini. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, ini perkara ini saya haraplah ini Kementerian Sumber Manusia mestilah mahu serius bagi satu jaminan kepada rakyat kita, di mana-mana di airport ataupun di shopping mall semua. Tuan Yang di-Pertua, isu ini Malaysia Airports, saya difahamkan mereka bukan jaga mereka punya core business. Contoh, macam Bintulu. Pekeliling ada tanah kosong. Dia pergi tanam kelapa sawit. Sekarang kelapa sawit neither here neither there, dia ada wang, beli, pajak. Kenapa Malaysia Airports kalau betul-betul nak bangunkan tanah-tanah yang ada, boleh buat joint venture sama FELCRA kah, FELDA kah, SELCRA kah. Banyak agensi boleh. Ini bukan Malaysia Airports punya. Saya rasa sekarang Malaysia Airports nak cari peluang macam mana cari duit, untuk siapa saya tak tahu.
Yang Berhormat Bintulu, KLIA.
Kita cari satu masalahnya isu ini kita mesti mahu hati-hati. Janganlah kita selalu kongkalikung punya cerita, syok sendiri punya.
Syok sendiri. Potong stim.
Tuan Yang di-Pertua, isu lagi ini...
Yang Berhormat Stampin bangunlah.
...DCA sama MAB.
Tak bagi? Tak bagi Yang Berhormat.
Security checking ini, kalau takat checking point sana dia kata mesti IC atau birth certificate untuk orang tempatan. Saya setuju tetapi kita pun ada kelonggaran kalau kerakyatan dia punya anak, contoh berlaku di Bintulu punya rakyat, dia di KLIA2 bila dia mahu balik, dia cari dia punya anak, satu baru 13-14 umur. Dia punya IC sudah hilang, dia pergi lapor sama polis. Bila dia balik, dia tunjuk polis punya laporan, ini sekuriti kata tak boleh pakai, fasal DCA ataupun terkeluar daripada MAB punya arahan, mesti mahu ditahan, larang tidak boleh keluar. Kalau dia punya ibu bapa pun balik, anak macam mana? Nak duduk sama siapa? Sama tok alah? Kerana saya sendiri pun telefon sama ini pegawai sekuriti. Dia kata, siapa telefon tidak guna, tak boleh selesai. Janganlah kita punya polis keluar laporan pun tak boleh pakai. Kalau polis tak boleh pakai, itu airport punya sekuriti lagi pun tak boleh pakai. Kalau tak ada semua boleh keluar daripada airport, apa lagi dia sekuriti. Jaga apa? Inilah kelemahan kita. Kadang-kadang saya harap Kementerian Pengangkutan lihatlah isu ini. Contoh macam DCA. Tuan Yang di-Pertua, kita pun bersama-sama itu hari mesyuarat di Istanbul. Dua minit kapal terbang landing satu. Kita punya airport, berapa minit baru landing satu. Berapa jam kita baru landing satu. Kita mahu tunggu satu aircraft, queue sana, tunggu. Setengah jam. Satu aircraft take-off, sekurang-kurangnya 15, setengah jam.
Kalau compare sama Istanbul ini, dia punya negara pun dua minit boleh landing, dua minit boleh take off, macam mana kita punya pengalaman? Saya ingat mesti meningkatkan kita punya pengalaman...
Ubah kerajaan.
Yang Berhormat Bintulu, KLIA sekejap sahaja, boleh?
Kau punya kongkalikung sekejap.
KLIA.
Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu sentuh isu ini mengenai UEC ini. UEC ini isu sudah lama. Saya memohon kepada Kementerian
Pendidikan atau Kementerian Pengajian Tinggi ambil perkara ini serius. Janganlah sepuluh kali kita sentuh, sebelas kali tidak boleh selesai. Ini UEC punya isu sepatutnya boleh bersama-sama duduk bersama itu kumpulan Dong Zong, kasi selesailah. Rakyat sudah tunggu-menunggu. Janganlah negeri ini setuju, negeri itu setuju, kita pusat tidak setuju. Kasilah selesai. Kalau luar negara punya universiti boleh iktiraf, apa lagi kita tidak boleh iktiraf? Mana-mana kita mahu plus minus, selesailah itu. Saya memohon Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi selesailah isu ini. Jangan dalam pilihan raya baru selesai. Kalau dalam pilihan raya kita selesai, nanti pembangkang kongkalikung sama kita lagi cakap kita main wayang. Tuan Yang di-Pertua, oh tinggal lima minit lagi ya. Tuan Yang di-Pertua, kita di sini mestilah kita mahu jaga rakyat punya kehidupan harian. Sekarang kita boleh nampak harga semua naik. Bila saya sentuh sama Menteri KPDNKK, ada punya harga bukan di bawah dia. Contoh, itu ayam, telur, ikan semua bukan di bawah dia. Kalau boleh saya mahu mencadangkan Kementerian Pertanian concentrate buat production untuk rakyat punya consumption. KPDNKK jaga harga semua, panggil semua rakyat berbincang ataupun petani-petani berbincang, memang cakap dua pihak, to be balanced, harga berapa boleh, jangan naik tinggi sangat. Inilah jaga kehidupan harian untuk rakyat. Kalau tidak, rakyat sekarang merasakan dia punya poket tidak cukup untuk dia punya hidup harian. Saya meminta KPNDKK bila dia— kalau tidak KPDNKK, bila dia orang telah sentuh, dia kata, “Oh! Ini bukan di bawah saya”. Itu lagi bila cari Kementerian Pertanian, dia kata cerita lain lagi pula. Saya mintalah semua bekerjasama menyelesaikan rakyat punya masalah. Tuan Yang di-Pertua, isu lagi satu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saya minta buatlah satu pilot project di Bintulu kah, di mana pun boleh. Contoh, saya bagi satu contoh flash flood. Kalau kita lihat dan nilai betul-betul, contoh di Bintulu, kita ada buat satu sungai, korek dalam-dalam. Baru-baru ini flash flood lain-lain kawasan di Bintulu banjir, kawasan sudah mendalamkan itu sungai tidak ada mengatakan itu flash flood. Saya minta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar boleh lihat dan ambil perkara ini serius terutama sekali di kawasan Bintulu. Bila kita kena banjir, kita bagi bantuan kepada rakyat, rakyat tidak akan cakap terima kasih. Kalau kita kasi RM500, rakyat marah, RM1,000 pun marah pasal dia punya kerugian lagi besar daripada itu. Tuan Yang di-Pertua, saya tinggal dua minit, boleh tambah lagikah? Tuan Yang di- Pertua, saya mahu sentuh satu isu ini, pun minta daripada polis, kalau boleh bantu. Ini isu mengenai JPJ pun terlibat dalam Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan mesti mahu lihat sekarang nombor plat tidak ikut standard. Nombor plat ada macam-macam punya stail. Ada besar, ada kecil, ada punya pun tidak boleh baca. Dia kata bila kes jenayah kejadian, itu nombor plat bila dia tanya kiri kanan punya orang cakap tidak boleh baca. Polis memohon kalau bolehlah buat satu standard. Memang dulu sudah ada. Kenapa sekarang kita tidak ditetapkan standard punya nombor plat? [Disampuk] Ditetapkan. Kamu ini kongkalikung punya. Ini kawan kongkalikung punya belakang. Jadi saya memohonlah Kementerian Pengangkutan ambil perkara ini serius atas kepentingan rakyat. Jangan juga kita cuma dibiarkan saja. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak banyak lagi. Saya paling mustahak saya mahu sentuh sikit Kementerian Kesihatan. Saya mahu minta Kementerian Kesihatan, sekali lagi, bagilah peralatan-peralatan bagi bandar besar punya tetapi jangan lupa luar bandar juga, bagilah peralatan. Jangan kita cuma peralatan setakat di-centralized satu capital di negeri- negeri. Macam contoh di Bintulu, bila masa sampai dia, dia sudah jalan. Beberapa hari yang lepas, saya pun sudah soal ini isu. Harap Menteri boleh ambil perkara ini serius dan ambil tindakan diteruskan. Jangan kita jawab dipertimbangkan. Ini rakyat tidak mahu dengar punya. Tuan Yang di-Pertua, minit sudah habis...
Ada pantun Yang Berhormat?
Sikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, demikianlah ucapan saya sebagai menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Untuk itu, izinkan saya mengakhirkannya dengan dua rangkap pantun.
Rama-rama di pohon ara, Terbang berkahwin merata-rata... [Disampuk] Eh, silaplah sikit. Terbang berkawan merata-rata, Barisan Nasional bina negara, Untuk kesejahteraan rakyat jelita. Terbang berkawan merata-rata... Ini kali tidak salahlah. Tadi silap sikitlah, mata tak nampak. Menjadi idaman teruna dara, Untuk kesejahteraan rakyat ‘jelita’...
[Dewan ketawa]
Pembangkang melihat hati sengsara. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong.
Pantun kongkalikunglah.
Rakyat jelata, Yang Berhormat, bukan rakyat jelita. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kasi ajar pantun.
Salam reformasi. Saya tidak mulakan dengan pantun tapi saya ucapkan salam reformasi dan assalamualaikum kepada semua Ahli Dewan Rakyat termasuk Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya melihat memandangkan Yang di-Pertuan Agong amat prihatin dengan usaha memerangi rasuah dan Baginda merasa dukacita rasuah masih wujud dalam kerajaan, Tuan Yang di- Pertua. Makanya tajuk perbahasan saya pada kali ini adalah tentang ketagihan jenayah rasuah yang menjadi ancaman buat Malaysia. Saya kira semua pihak dalam Dewan yang mulia ini termasuk Ahli Parlimen Arau mengakui bahawa masyarakat kita ini wajib dibaiki jikalau ada sebarang kerosakan yang menimpa. Sebentar tadi ramai Ahli Dewan Rakyat yang membangkitkan bahaya gejala ketagihan dadah. Malahan, Kerajaan Malaysia menghabiskan jutaan ringgit, Tuan Yang di- Pertua, sebanyak RM308.9 juta buat tahun 2017 sahaja untuk membiayai Agensi Antidadah Kebangsaan bagi memastikan gejala dadah dapat dihapuskan. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, selain gejala ketagihan dadah, saya anjurkan bahawa gejala ketagihan jenayah rasuah jauh lebih berbahaya buat masa depan Malaysia. Ini kerana, Tuan Yang di-Pertua, ketagihan dadah selalunya memberi bahaya kepada individu penagih, ada kalanya memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat sedangkan ketagihan rasuah ini bukan sekadar merosakkan masyarakat malahan masa depan negara dan juga rakyat lebih-lebih lagi bila masa ketagihan jenayah ini berlaku kepada orang-orang besar dalam kerajaan, contohnya memanda Perdana Menteri. Orang yang ketagihan dadah kadangkala ibu bapanya sendiri pun sanggup dibunuh. Kita baca kes-kes begini. Orang yang ketagihan jenayah rasuah pula bukan sekadar pembunuhan, malahan lebih daripada itu, sanggup dilakukan walaupun dalam sedar seperti
pembunuhan sadis, peperangan, memanipulasi agama, memperalatkan isu perkauman, budaya fitnah dan banyak lagi kejahatan berleluasa di kalangan masyarakat.
Hal ini dapat kita lihat melalui peperangan seperti di Syria, pergolakan di Mesir. Ada kalanya mereka menyebut juga Yaman dan banyak lagi. Tuan Yang di-Pertua, pernah kah kita terfikir bahawa ketagihan jenayah rasuah ini semakin hari juga semakin kelihatan di dalam negara kita yang tercinta. Atas dasar ketagihan jenayah rasuahlah menyebabkan negara kita membelanjakan lebih daripada sepatutnya untuk projek-projek pembangunan. Ada beberapa contoh yang membawa kepada pembaziran melampau. Pertama, penipuan status tanah Johor di mana dana negara rugi sebanyak RM15.5 juta. Penyelewengan dana FELDA, dana negara rugi sebanyak RM47.6 bilion. Pengubahan wang haram Jabatan Air Negeri Sabah, kita rugi RM61.5 juta dan penyelewengan dana KBS di bawah kementerian hero TN50, rugi hampir RM100 juta. Kerana Tuan Yang di-Pertua, ketagihan jenayah rasuah inilah kita kerugian hasil pendapatan pada negara makanya terpaksa mengutip cukai GST daripada rakyat tanpa belas kasihan sedangkan dalam masa yang sama banyak kebajikan rakyat terpaksa kita abaikan dengan kekurangan hasil negara. Kerana ketagihan jenayah rasuah juga, kita dapati kerajaan pimpinan mamanda Perdana Menteri memotong kadar belanjawan pendidikan dengan begitu tinggi sehingga menjangkau RM1.5 bilion atau 19 peratus. Tambahan peruntukan pembangunan kesihatan pula Tuan Yang di-Pertua, ramai yang bercakap tentang hospital, tentang keperluan infrastruktur menurun kepada tahap paling rendah sejak tahun 2013. Tanpa ketagihan jenayah rasuah sudah pasti pendidikan negara akan ditambah lagi bantuan kewangannya, pensyarah dan staf sokongan universiti boleh diberikan gaji dengan lebih lumayan, pelbagai subsidi pendidikan boleh diberikan kepada pelajar hatta sampai ke tahap insya-Allah menawarkan pendidikan percuma. Bukan sekadar pendidikan malahan dengan tiadanya jenayah ketagihan kepada jenayah rasuah, kita mampu menawarkan bantuan kesihatan kepada rakyat mengalahkan standard negara- negara maju seperti Switzerland, Kanada. Saya percaya dengan Malaysia hanya kadang- kadang persoalkan kepimpinannya...
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Saya tidak ada masa lain kali, terima kasih Yang Berhormat.
Tidak bagi jalan.
Tuan Yang di-Pertua, ketagihan jenayah rasuah yang menimpa negara kita pada hari ini...
Yeah terlampau banyak ketagih itu.
...kelihatan semakin menjadi-jadi.
Saya keliru.
...ekoran itu tidak hairan...
Banyak ketagih...
...keterlibatan mamanda Perdana Menteri dengan hubungan dan kebergantungan kepada ekonomi luar. Sebentar tadi Ahli Parlimen Semporna menyatakan terlebih-lebih sangat dari segi kita menyerahkan, bergantung aset strategik utama negara pun terpaksa kita berikan, kenapa? Kerana kita terpaksa membayar dengan ketagihan jenayah rasuah. Sudah bertahun kebimbangan penjualan aset kepentingan negara dibangkitkan oleh mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, golongan pembangkang dan akhirnya Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menyokong bahawa hutang negara yang diakibatkan oleh kecuaian dan ketagihan mamanda Perdana Menteri amat berbahaya buat negara. Penagih dadah mencuri duit keluarga untuk membiayai ketagihannya. Penagih jenayah rasuah menjual aset negara untuk membiayai jenayah rasuah dan pembazirannya.
Jenayah rasuah ini Tuan Yang di-Pertua amat kelihatan apabila Perdana Menteri sendiri sibuk membelanjakan dana rakyat dengan projek penjenamaan terkini, TN50. Dahulu saya masih ingat dalam Dewan Rakyat yang mulia, kita belanjakan RM77 juta bayar APCO untuk apa? Untuk 1Malaysia. Sekarang saya hendak tunjukkan ini kertas dalaman disiapkan oleh TN50. Disebut antara item muka surat 10 pelan TN50 daripada Kementerian Belia dan Sukan, TN50 perlu bekerjasama dengan sebanyak mungkin persatuan belia dan pertubuhan awam bukan hanya untuk TN50 tetapi membina hubungan baik menuju Pilihan Raya Umum Ke-14. It is all political bukan begitu Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, orang yang ketagihan jenayah rasuah pasti menyerang habis- habisan sebarang usaha untuk menghapuskan amalan rasuah, khususnya mahu mendedahkan amalan rasuah sama ada menangkap, memenjarakan, memfitnah. Ekoran itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten melawan penyelewengan dana negara dan rasuah dimusuhi dan dipenjarakan. Asas penolakan terhadap ketagihan jenayah rasuah ini merujuk kepada ayat ke-7, Surah Al-Haj. Di mana Allah SWT menyatakan supaya perbendaharaan negara itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya sesama kamu. Atas semangat dan roh itulah, kami bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hadapan membawa agenda reformasi. Tahun 2012, Ketua Pembangkang ketika itu membahaskan belanjawan 2013 menyatakan seluruh perancangan ekonomi negara perlu beralih dari mengejar sasaran ekuiti dan pertumbuhan semata-mata kepada sasaran pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan setiap keluarga menjelang akhir penggal pertama pentadbiran pembangkang. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kita yang timbulkan idea RM4,000 sebulan sekeluarga barulah mamanda Perdana Menteri mencedok idea dan melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tidak ada masalah kerana ini membuktikan kerajaan walaupun tidak mempunyai sebarang idea hanya perlu memastikan mencedok idea daripada pembangkang dan akhirnya sekarang seisi rumah RM4,000 ke bawah mendapat bantuan tunai BR1M. Tanpa jenayah rasuah bayangkan imbuhan yang mampu kita berikan untuk pelaburan bidang kesihatan dan juga pendidikan. Endless possibilities ya, meminjam kata- kata mamanda Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin suatu masa nanti ramai lagi di depan ini semua akan mendukung agenda reformasi kerana kita membuktikan bila masa kita ada wawasan yang jelas bukan ikut isu peribadi, kita mampu menyelamatkan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut berlaku. Malahan pemenjaraan beliau tidak wajar diteruskan. Maka bila masa kita mengungkapkan kita sebagai salah sebuah anggota negara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, saya ulang sekali lagi. Pada 15 September 2015, United Nations Working Group on Arbitrary Detention menegaskan bahawa penahanan Datuk Seri Anwar tidak sah dan menggesa pembebasan beliau. Justeru saya akan membawa usul tergempar mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) untuk meminta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kita menjawab persoalan dan menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar mengikut seksyen 43, Akta Penjara 1995. We must right the wrong Tuan Yang di-Pertua, this is the moral integrity and responsibility of the government dengan izin. Kelaziman rasuah juga membebankan rakyat kerana duit yang diselewengkan boleh diguna pakai untuk tujuan lain. Mereka yang lantang melawan, mendedahkan rasuah dikenakan hukuman yang zalim. Realitinya berlaku, tengok contoh Yang Berhormat Pandan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya tidak tolak kemungkinan ramai lagi yang bakal terkesan. Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang dari segi kesihatan, saya sebut tadi penurunan peruntukan belanjawan untuk pembangunan Kementerian Kesihatan kepada RM1.3 bilion yang paling rendah sejak 2013. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat potongan subsidi dikatakan menyasar dan sebagainya. Subsidi gula pun dipotong. Yang wajib adalah menunjukkan bagaimana potongan subsidi ini disasarkan, disalurkan kepada dana contohnya pusat dialisis, ini menuntut reformasi struktur yang disebut juga oleh Yang Berhormat Semporna. Kita tidak mahu dana ini dikorbankan untuk memenuhi ketagihan penjenayah rasuah. Saya berikan contoh insiden kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah memberi mesej jelas, kemudahan dan infrastruktur perubatan ini harus ditingkatkan. Kita semua mendukung usaha itu. Hospital sesak menunggu masa yang lama sebelum diberikan khidmat. Kalau di Hospital Sultanah Aminah mencapai penggunaan katil sampai ke 93 peratus. Kajian menunjukkan bahawa kadar penggunaan katil yang melampaui 85 peratus boleh meningkatkan risiko masalah wabak jangkitan dan kualiti penjagaan, this is a fact Tuan
Yang di-Pertua. Makanya saya rujuk – sekarang kita ada 46,491 doktor di hospital awam dan swasta. Nisbah doktor kepada populasi 1:666 orang.
Rancangan Malaysia Kesebelas, menggariskan target kita satu orang doktor bagi 400 penduduk Malaysia. Sasaran seramai 75,000 doktor menjelang tahun 2020. Adakah kita mempunyai hospital latihan yang mencukupi? Pelajar perubatan yang mempunyai bekalan bagi mencapai matlamat ini. Ini bermaksud setiap tahun kita memerlukan 7,227 doktor baru. Namun, kita kena faham Tuan Yang di-Pertua sebanyak hanya 5,000 graduan perubatan diterima untuk menjalani latihan. Daripada semua sekurang-kurangnya seorang daripada lima will face depression, they will drop out dengan izin. Makanya yang kita ada tambahan 4,000 hanya separuh daripada jumlah yang kita perlukan. Masalah ini boleh kita perbaiki sekiranya kerajaan meningkatkan peruntukan pembangunan Kementerian Kesihatan, menyediakan hospital latihan yang mencukupi. Apa yang saya bimbang, ya memang Mamanda Perdana Menteri mengumumkan hospital- hospital baru. Malangnya sekali lagi ketagihan jenayah rasuah menyebabkan kos binaan hospital lebih tinggi daripada sepatutnya. Kerajaan yang ketagih kronisme boleh dilihat apabila ada kontrak baru dianugerahkan kepada Konsortium George Kent membina tiga buah hospital. George Kent kalau Tuan Yang di-Pertua lupa, saya ingatkan dahulu diberikan Projek Jajaran LRT Ampang. Mereka ambil alih projek yang pada asalnya diberikan kepada Konsortium Balfour Beatty walaupun Konsortium Balfour Beatty merupakan pembida terbaik, harga terbaik. That is the cost of corruption, dengan izin. Tentunya pemilik George Kent dia dikenali sebagai salah seorang pemain golf rapat Yang Amat Berhormat Mamanda Perdana Menteri kita. Justeru timbul persoalan isu kewajaran, isu adakah ini adil, adakah kita kehilangan kos yang melambung tinggi. Ini kerana apa? Ini kerana kos pembinaan. Saya bandingkan Hospital KPJ Kuching Sarawak. Ada 150 katil, dibina pada kos RM130 juta. Maksudnya setiap katil RM867,000. Bawah George Kent berapa? Bawah George Kent dua kali ganda pada RM1.7 juta dan RM1.9 juta. Saya ingin persoalkan tidak akan perkara ini pun tidak boleh ambil kira. We want more hospitals dengan dana tersebut. Bukan dikorbankan untuk kawan yang main golf sekali.
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua. Maaf tidak ada masa.
Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan di belakang Yang Berhormat.
Sikit.
Kalau saya sudah habis cepat saya bagi. Terima kasih dan minta maaf Yang Berhormat, lain kali saya bagi insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menyatakan di sini, kerajaan sekarang mengungkapkan TN50. Ini inisiatif baru, buat orang muda yang inovatif katanya. Akan tetapi Perdana Menteri sendiri yang memotong belanjawan pendidikan. Tindakan ini hypocritical. Very contradictory. Seolah-olah menunjukkan ketagihan kepada populariti. Pergilah seluruh Malaysia ini, kita sibuk berbahas Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tapi dia sibuk pergi ke universiti-universiti guna duit kita, promosi dirinya. Tengok tahun 2017, dana pendidikan dikurangkan kepada RM6.12 bilion. Kata hendak labur dalam modal insan tetapi anak-anak kita di universiti amat terkesan. Kakitangan akademik, pentadbiran berpengalaman semua hilang kerja. Saya khuatir Universiti Malaya sendiri, Universiti Malaya universiti terulung kita ramai Ahli Parlimen pergi Universiti Malaya akan di kompromi. Tuan Yang di-Pertua soalnya apa? You cut the budget, you don’t have enough teachers. If you don’t have enough teachers how will the students teach themselves? Hendak kena ajar diri sendiri? Pengambilan pelajar UM bertambah 6.3 peratus dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Akan tetapi kakitangan universiti menurun sebanyak 11.63 peratus. Jadi saya hendak bagi tahu, I mean ini sebenarnya masalah yang dihadapi di luar sana Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sebut dua heroin kita di Malaysia ini. Seorang nama Nur Adlyka Ainul Annuar, mengharumkan nama negara. Dia menemui bukti supermassive black hole, kerja dengan NASA.
Kedua Hafizah Noor Isa, graduan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa membuktikan teori Albert Einstein berhubung dengan gelombang graviti (gravitational waves). Akan tetapi kita tidak melabur dalam bidang research and development, geran penyelidikan. Apa berlaku sekarang? Belum sempat universiti awam di Malaysia meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan, universiti kerajaan Mamanda Perdana Menteri, Yang Berhormat Labuan sayang sangat mengaut keuntungan dengan mengenakan GST kepada geran penyelidikan di samping potong dana universiti. Saya hendak ingatkan ya, Mamanda Perdana Menteri membuat keputusan, dilarang para akademik membuat rayuan peruntukan dana untuk kali keduanya sekiranya geran penyelidikan ditolak pada mulanya. You look at the universities in Australia Tuan Yang di- Pertua. Mereka punyai ruang permohonan untuk meneruskan geran penyelidikan kali kedua. Maka tidak hairanlah Kerajaan Malaysia ini dilihat, kita, you know we are treating education like a business Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Kita harus menjadikan geran penyelidikan itu sebagai salah satu pelaburan. Kita mahu lebih banyak lagi penemuan. Bukan NASA yang patut miliki mereka ini, kita yang patut miliki mereka. Ini anak-anak bangsa. Jadi saya merasakan bila masa OECD dalam ulasan Dasar Inovasi: Malaysia 2016 berkata Malaysia hanya menduduki tempat 136 daripada 147 negara pada jumlah petikan rujukan dengan penerbitan walau berada di kedudukan 45 dan 50 pada bilangan penerbitan. You have publication tetapi tidak berkualiti, memang tersasar maksudnya Tuan Yang di- Pertua. Isu terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyatakan ketagihan rasuah juga merebak kepada sistem pilihan raya negara kita. Mamanda Perdana Menteri merasuah sistem pilihan raya ini, dilihat kerana menjejaskan kredibiliti, saman sedang berlangsung dan saya harus ingatkan ya, yang kita lihat keterdesakan SPR sehingga terpaksa mengeluarkan notis ini, Notis syor-syor persempadanan semula Tanah Melayu tanpa meletakkan negeri Selangor. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Negeri Selangor is not included Tuan Yang di-Pertua. Tidak pernah berlaku ya, dalam notis yang dipampangkan di dada akhbar pada 8 Mac 2017. Ini bercanggah dengan Perkara 113(6) di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Persempadanan diuruskan dalam satu unit negeri Tanah Melayu as in Peninsular Malaysia dan bagi setiap-setiap negeri Sabah dan Sarawak”. Takkan kita boleh merelakan apa yang mahu diteruskan bila masa penipuan ini menjolok mata. Justeru ada juga rungutan, ramai pengundi, mereka baru daftar mengundi didapati diarahkan pergi kepada SPR dan SPR kata kami tidak tahu alamat rumah, maka kita kena keluarkan ada ragu-ragu nama-nama tersebut. Lihat, bagaimana SPR mampu sahaja menghantar surat, notis datang kepada SPR kerana nama-nama mereka mahu dibuang daripada senarai daftar pemilih. Saya fikir sebelumnya sudah ada proses belah bahagi Tuan Yang di-Pertua. SPR telah menyebabkan lebih 150,000 pengundi akan sesat masa hari pengundian. Seramai 150,000 orang ditukar tempat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri yang berlainan dan kawasan Parlimen yang berlainan. Bila kita rungut tidak mahu bertemu dengan kita. Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya masa lebih kerana isu ini sangat penting. Isu negara. Saya hendak habis sudah ini, hendak habis dah ini. Kita tidak ada pilihan lain Tuan Yang di-Pertua selain daripada mendesak agar pilihan raya Malaysia ini dipantau oleh Commonwealth Observer Group. Kalau di negara seperti Maldives, Maldives pun Commonwealth Observer Group pergi pantau. Mantan Perdana Menteri Presiden Malta, maaf Dr Lawrence Gonzi pergi pantau. Kenapa tidak Malaysia?
Ya, masa habis Yang Berhormat.
Saya mengajak, saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat mengajak semua Ahli Parlimen untuk menjemput pemantau pilihan raya Commonwealth supaya our Prime Minister can prove there’s no corruption in the next election. Kita harus berani kerana benar. Kalau pada 1960 kita ada Commonwealth kenapa tidak sekarang. Akhirnya akhir kata Tuan Yang di-Pertua yang budiman, untuk menghalang kerajaan yang ketagih jenayah rasuah dan ketirisan, gagal mentadbir urus negara, saya mengajak
dengan hati terbuka semua 4.2 juta rakyat yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi khususnya anak muda untuk segera bersama menolak ketagihan jenayah rasuah di samping menolak ketagihan dadah. Bersama selamatkan Malaysia. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hidup Malaysia, hidup Malaysia.
Yang Berhormat Setiawangsa.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya berbahas Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang diucapkan pada 6 Mac yang lalu. Saya ingin pertama memberi definisi dalam Dewan yang mulia ini tentang failed state. Walaupun ia telah beberapa kali diulang di luar tentang negara ini bukanlah sebuah negara gagal atau failed state tetapi masih lagi diulang seolah-olah negara ini failed state.
Let saya define apa makna failed state ini. Failed state dengan izin, a state whose political and economic system has become weak that the government is no longer in control. Ini bermakna bahawa political atau economic system kita telah runtuh sehingga kerajaan tidak ada kontrol lagi kepada ini. Adakah ia benar di dalam negara ini? Sudah pasti ia tidak. Akan tetapi ia telah diulang beberapa kali sehingga mungkin orang yang luar percaya. Apakah failed state? It’s a political body that has disintegrated to a point where basic condition and responsibilities of a sovereign government no longer function properly. Adakah itu cerminan negara ini? Sekali lagi ia tidak. Kalau mungkin, mungkin orang yang memikirkan bahawa country ini failed state sebenarnya pemikiran mereka yang telah failing, Tuan Yang di-Pertua. Failing state sehingga mereka tidak dapat lagi membezakan antara kaca dan permata. Antara benar dan salah. Oleh itu benarlah seperti kata Yang Berhormat Gombak bahawa mereka yang sakit mental ini telah banyak maka minta supaya Kementerian Kesihatan untuk melihat perkara ini dengan lebih teliti. Adakah mungkin negara failed ini berbentuk begini? Penarafan DAB Consulting dan Wharton School from Pennsylvania State University. Wharton School ini adalah satu sekolah, salah satu business school yang ternama di Amerika. What they have to say? If you want – kalau sesiapa yang ingin argue, argue with them because they were the ones who wrote this. Negara Malaysia terbaik untuk melabur daripada 80 negara pertama, negara yang terbaik untuk melabur. Negara terbaik untuk memulakan perniagaan, tiga daripada 80. Perbelanjaan kerajaan paling efisien, lapan daripada 136. Itu World Economic Forum yang mengatakan sedemikian. Membuka ruang ekonomi untuk pelaburan asing (FDI) juga adalah langkah yang tepat dan negara kita kini nampaknya telah diiktiraf sebagai negara berjaya. Itu seperti yang dikatakan oleh Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). Profesor Dr. G. Suresh Kumar, kejayaan Malaysia itu seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat. Faktor ekonomi yang stabil merupakan antara tarikan utama pelabur asing terhadap negara ini. Negara failed state kah itu Tuan Yang di-Pertua? Sekali lagi ia tidak adapun cerminan langsung tentang failed state seperti mana definisi yang ada. Semasa penarafan DAB Consulting ini, mereka telah menggariskan lapan perkara penting bagaimana mereka membuat penarafan negara ini dinilai negara ini melalui rasuahnya, melalui kedinamikannya, kestabilan ekonominya, keusahawanannya, inovasi, persekitaran cukai yang lebih baik, tenaga kerja mahir dan kepakaran teknologi. Yang mana akhirnya kesembilan ini dirangkumkan untuk meletakkan negara kita seperti mana yang saya katakan tadi. Ini sekali lagi bukanlah cerminan negara gagal seperti mana yang diberitahu. Firma penyelidikan Arcadis pada September 2016 meletakkan Kuala Lumpur sebagai tujuh bandar yang paling mampan di negara Asia. Di Asia Tenggara, kita nombor dua selepas Singapura. Sekali lagi ini bukan cerminan negara yang gagal. Sekali lagi saya ingin mengatakan sesiapa lagi yang mengatakan bahawa negara ini gagal, maka saya boleh katakan yang gagal ialah
mental, their failing state of mind yang gagal, not the country. The country is not failing bahkan bertambah maju. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu TN50 ini. Ada orang mengatakan bahawa kerajaan sekarang telah abandoned Wawasan 2020 ini. Seolah-olah sebaik sahaja Tun Dr Mahathir tidak lagi mempunyai sayangnya terhadap Barisan Nasional, maka kita pun mempunyai keinginan untuk melupakan atau meranapkan atau membuang Wawasan 2020 daripada negara ini. Akan tetapi ia tidak. Kerajaan telah memberitahu bahawa TN50 ini adalah kesinambungan daripada Wawasan 2020 dan juga polisi-polisi kerajaan yang dulu. Kalau dulu sebaik sahaja kita dilanggar oleh krisis ekonomi 2007, 2008 dan sekali lagi 2007, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2010 berkata ini, pada 2010 Dr. Mahathir berucap di Perdana Leadership Foundation CEO Forum, this is what he had to say; “Economic crisis yang melanggar negara ini pada tahun 1997 dan 1998 dan sekali lagi pada 2008 was a major setback and halted our progress in achieving 2020”. Ini Tun Dr Mahathir Mohamad yang cakap. Akan tetapi perlu saya tegaskan di dalam Dewan ini, pada tahun 2009 sebaik sahaja Yang Amat Berhormat Pekan mengambil alih Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mengarahkan diadakan satu mesyuarat khusus untuk melihat kembali Wawasan 2020 ini, sama ada bagaimana kita boleh menjayakan ini. Akan tetapi semasa itu sekali pun, sekiranya semasa itu tinggal 11 tahun lagi, semasa itu sekali kita hendak menjayakan Wawasan 2020 ini, perkiraan masa 2009 itu ialah negara ini mestilah grow, mestilah berkembang pada tahap lapan peratus consistently for the next 10 years. But what happened after 2009, Malaysia punya economic growth in 2009 minus 2.5. 2010 - seven percent, 2011 - 5.3 percent, 2012 - 5.5 percent, 2013 - 4.7 percent, 2014 - 6.0 percent, 2015 - 5.0 percent, 2016 - 4.3 percent. Ini bermakna perkiraan semasa itu sekiranya hendak jayakan Wawasan 2020 itu 88 peratus. Maka kita tidak berjaya. Akan tetapi kita membuat hypothetical assumption, sekiranya ia jatuh kepada enam peratus, boleh tak kita mampu untuk mencapai Wawasan 2020 ini? Sekali lagi ia tidak. Ia hanya akan mengambil 2030 untuk menjayakan wawasan itu. Oleh itu bukan ada keinginan untuk meng-abandon, untuk mengetepikan tetapi disebabkan ia tidak boleh lagi dicapai pada tahun 2020 maka satu lagi wawasan yang sejauh itu diadakan, Wawasan TN50. TN50 ini Tuan Yang di-Pertua, tetapi apabila kita dilanggar oleh krisis ekonomi ini tiba-tiba kita mengatakan bahawa Wawasan 2020 ini tidak boleh berjaya, sedangkan ia mempunyai sembilan tunjang. Mana yang berjaya mana yang tidak berjaya itu tidak pernah diassess langsung. Tidak mempunyai kayu pengukur untuk mengukur sama ada kejayaan Wawasan 2020 itu berjaya atau tidak. Semasa itu ia top bottom. Akan tetapi TN50 ini berbeza, apa juga kelemahan kita terima. Sebagai kerajaan kita tidak mahu mengatakan bahawa Wawasan 2020 itu bukan kita punya. Kita anggap itu sebahagian daripada kita tetapi apa ada kelemahan di situ insya-Allah kita akan perbaiki melalui TN50 yang bottom up kali ini. Dulu top bottom, sekarang bottom up. Akan tetapi saya ingin meminta pihak kementerian, apakah mekanisme yang akan diguna pakai oleh pihak kementerian bagi mengukur kejayaan TN50 ini? Kita tidak mahu selepas ia gagal kalau Wawasan 2020 itu kegagalan ekonomi dianggap kegagalan Wawasan 2020 sedangkan economy is one of them. Akan tetapi kita tidak pernah analyze apa berlaku kepada lapan atau sembilan tunjangnya. Sekali lagi saya tidak mahu ia berlaku lagi di TN50. Maka saya menuntut kerajaan supaya sekali lagi kalau kita akan adakan TN50 yang akan menjadi dokumen kerajaan ini yang akan terus didokong oleh mana-mana kerajaan selepas ini, ia mestilah ada monitoring system. Sekiranya gagal, kita recalibrate benda itu supaya ia menjadi satu dokumen untuk rakyat Malaysia. Bukan hanya seperti slogan biasa disebabkan perkara-perkara tertentu tetapi satu perkara roadmap bagi kerajaan, bagi negara Malaysia ini untuk ke depan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, eh Tuan Yang di-Pertua saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya minta maaf sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, dia dah kelam kabut bila dah— baik mengenai pelaburan dagang antara kita dan luar. Saya mengambil negara China. Sekarang ini begitu heboh mengatakan bahawa kita menjual kedaulatan kita kepada negara China.
Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Dewan ini bahawa pada tahun 1974, kita adalah negara walaupun kecil semasa itu, adalah negara yang berani melakukan diplomatik kerjasama dengan China. Semasa itu, Tuan Yang di-Pertua, rakyat China tahun
1974, 900 juta orang. Tahun 1974, rakyat Malaysia semasa itu hanyalah 10 juta orang. Semasa itu tidak ada orang mahu mempertikaikan kita pergi jual negara kita kepada negara China, tidak ada pun. Akan tetapi ingin memaklumkan negeri Pulau Pinang juga mempunyai perniagaan dengan negara China melalui keinginan untuk membina terowong itu. Kita juga second-link kita, ia dibina oleh China pun. Tidak ada pun orang kata apa-apa. Apa yang lebih penting pada itu saya hendak maklumkan kepada Dewan ini, tahun ini, tahun lepas, Kerajaan UK telah meluluskan investment daripada China sebanyak RM18 bilion untuk dilaburkan di dalam nuclear energy. Tempatnya di Hinkley Point C di Somerset. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan UK telah meluluskan investment China di Sizewell di Suffolk. Kedua di Bradwell di Essex. Ini adalah investment dalam satu bidang yang cukup sensitif, tetapi ia telah diluluskan oleh Kerajaan UK. Ini kerana apa? It is all about investment, nothing else. Kita mendapat investment RM144 bilion dalam ini adalah investment kepada dalam negara ini. Ya, orang mempunyai ketakutan seolah-olah kita akan selepas ini patuh kepada negara China. Sebelum ini tidak dipertikai pun langsung. Selepas ini kita mempunyai investment daripada negara Saudi Arabia, RM31 bilion. Tidak ada pula orang akan cakap kita akan tukar kepada wahabi kerana kita memberi dia RM31 bilion, tidak adapun. Kemudian sebagai negara Malaysia yang majmuk, kita mempunyai orang Melayu yang paling besar, kemudian orang Cina dan India. Bagi orang Islam dan Melayu, investment dia daripada Saudi Arabia. Untuk bangsa Cina, dia punya investment from China. Saya difahamkan pada bulan April ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan pergi ke India. Maka, lengkaplah Cina, India, Melayu, semua dan sebagainya. So, masalah dia apa? Apa yang penting ialah kita mesti dalam investment daripada negara China ini, kita mestilah untuk meleraikan ketakutan rakyat bahawa semua barangan-barangan yang akan dibuat ini datang daripada China. Kita boleh tetapkan percentages tertentu, besi dan sebagainya diambil daripada rakyat Malaysia. Pekerja-pekerja ini diambil dalam. Saya agak itu tidak ada masalah. Kita sekarang ini pun telah mempunyai berjuta-juta rakyat daripada luar, Bangladesh, India dan sebagainya. So saya rasa, let’s look at it positively strictly on economic sense, nothing more than that. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak saya jadi salah satu daripada wakil rakyat, tidak silap saya daripada Yang Berhormat Bagan mungkin, maafkan saya sekiranya saya silap, bahawa beliau mengatakan sekiranya kita boleh hapuskan rasuah ini, maka kita tidak mempunyai masalah untuk impose GST. Let me make myself very clear dalam isu ini mengatakan bahawa GST got nothing to do with rasuah. GST is all about efficiency, ketelusan dalam mengutip cukai. Nothing to do with rasuah. Saya hendak beritahu tentang rasuah ini. Perbelanjaan Kerajaan Pusat bagi Maksud 2017 hanyalah RM260.8 bilion. Nilai RM214.8 bilion adalah belanja pengurusan, berapakah tinggal untuk belanja pembangunan. Belanja pembangunan hanyalah RM46 bilion. Kalau RM46 bilion ini adalah belanja pembangunan untuk membuat sekolah baik, jalan raya nak baik, RM46 bilion. Cakaplah untung kontraktor ini 10 peratus hingga 15 peratus, maka yang boleh diambil mungkin sekitar RM5 bilion to RM8 bilion untung kepada kontraktor ini. Bagaimana bila hapusnya corruption seperti mana yang dikatakan Yang Berhormat Bagan, ia boleh menampung 31 bilion kehilangan pendapatan kerajaan melalui kutipan GST. Kita telah hilang RM31 bilion pertama. Dahulu minyak kita 100 lebih, sekarang 40 lebih. Pertama hilang melalui royalti, kedua melalui dividen, ketiga melalui PITA, RM31 bilion hilang. Hanya kita boleh save daripada so called rasuah daripada 46, saya tidak boleh tangkap pemikiran saya bagaimana. It does not really matter. Itu different matter all together Tuan Yang di-Pertua. GST adalah mengenai kutipan cukai, rasuah ialah perkara yang berbeza. Hatta kita mengutip lebihan sekalipun daripada GST ini, ia diletakkan balik dalam kantor kerajaan supaya tiap-tiap tahun apabila diadakan bajet, maka keseluruhan income itu akan dibentangkan. Ini pendapatan kita daripada GST dan sebagainya, daripada GST, income tax dan sebagainya. Ini perbelanjaan kita. It was specifically mentioned dalam itu. So, bagaimanakah saving yang so called daripada rasuah ini yang dianggap terlalu banyak sehingga dia boleh menampung 31, tidak masuk akal langsung kepada pemikiran saya. Akhir kata, saya ingin memohon balai polis dalam Parlimen saya yang telah dijanjikan begitu lama. Ia sepatutnya telah dibangunkan dua tiga tahun yang lepas, tetapi masih belum. Akan tetapi saya minta supaya kali ini tidak ada lagi penangguhan kepada pembinaan balai polis yang telah diminta oleh rakyat dalam Parlimen Setiawangsa.
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan membawa satu isu iaitu di mana saya difahamkan baru-baru ini bahawa Penjara Kajang akan melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap dua orang yang bernama Rames dan Suthar Batumalai yang sepatutnya dikatakan akan dijalankan pada hari Jumaat tetapi sekarang, baru-baru ini lebih kurang dua tiga jam tadi telah dimaklumkan bahawa ia akan dilaksanakan esok. Apa yang menjadi hal adalah kenapa ia perlu dibuat dengan terburu-buru? Walhal ada permohonan kepada Yang di-Pertua Negeri Sembilan untuk clemency. Bukankah perkara itu patut dihabiskan dahulu. There shouldn’t be unnecessary ‘Speedy Gonzales’ on this issue. Saya harap kerana kekurangan masa, kementerian berkenaan dan Peguam Negara akan sekurang-kurangnya mengarahkan supaya pesalah itu digantung sehingga semua channel untuk beliau untuk membuat rayuan yang sah dari segi undang-undang dapat dilaksanakan. Jangan terburu-buru. Kalau esok hari diberikan kemampuan atau clemency, kita tidak boleh lagi membawa balik orang yang telah digantung sehingga mati. Saya harap kementerian-kementerian terlibat, oleh sebab tidak cukup masa untuk membawa perkara ini kepada perhatian mereka, saya harap pegawai-pegawai yang ada di Dewan ini akan maklumkan bahawa ini satu perkara yang serius, yang urgent dan tindakan dengan segera perlu diambil. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada satu lagi perkara adalah di mana lebih kurang dua tahun dahulu di mana Yang Berhormat Menteri Padang Rengas telah sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah memberi sokongan yang penuh untuk Bangunan Vivekananda Ashram untuk menjadi sebagai satu bangunan dan tapak warisan kebudayaan dalam Warta Kerajaan pada 16 Jun tahun dahulu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, satu projek pembangunan tiga unit pangsapuri dengan ketinggian 40 tingkat ke atas tanah telah dilancarkan pada bulan Oktober 2016. Jarak tapak ini adalah hanya 15 meter dari sempadan tapak Bangunan Vivekananda Ashram. Pada bulan Januari 2016, pihak pemaju telah memulakan kerja-kerja di tapak itu. Pempetisyen seramai 100,000 orang yang menyokong Bangunan Vivekananda Ashram disenaraikan sebagai tapak warisan kini khuatir mengenai impak projek pembangunan tiga blok pangsapuri ini kepada bangunan lama yang berusia 104 tahun.
Memandangkan bangunan Vivekananda Ashram telah disenaraikan sebagai tapak warisan, Akta Warisan Kebangsaan memberikan perlindungan khas dan keadaan di mana projek-projek pembangunan diluluskan dalam persekitaran tapak warisan. Seksyen 40 khususnya memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Warisan untuk menyelaras dan memberi nasihat kepada pihak berkuasa tempatan bagi mana-mana pembangunan yang bersempadan dalam 200 meter daripada tapak warisan. Tuan Yang di-Pertua, apatah lagi tapak yang dicadangkan ini hanya 15 meter dari Vivekananda Ashram. Selaras dengan peruntukan akta tersebut saya ingin memohon penjelasan dari Yang Berhormat Menteri yang berkenaan sama ada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memohon secara rasmi kepada Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mengenakan syarat-syarat yang tertentu kepada pemaju untuk menjamin integriti struktur bangunan Vivekananda Ashram. Memandangkan Jabatan Warisan Negara kini mengetahui mengenai projek pembangunan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan langkah terkini untuk menguatkuasakan seksyen 40 ke atas pemaju. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan perkara mengenai Batu Caves. Kita semua tahu itu adalah satu tempat yang menjadi tempat tourist spot bagi negara ini. Di mana pada setiap tahun lebih kurang satu juta atau lebih akan pergi tetapi ramai orang mungkin tak tahu bahawa ada committee tersebut yang dikatakan menyeleweng wang. Saya
akan bagi dengan khusus perkara tersebut. Tempat pelancongan yang terkenal dikenali sebagai Batu Caves telah terlibat dengan banyak isu-isu yang perlu disiasat dan terdedah. Kuil Batu Caves bukan didaftarkan sebagai satu pertubuhan di dalam Akta Pertubuhan tetapi diuruskan oleh mahkamah mengikut perintah yang dibuat pada tahun 1930. Jadi, pihak berkuasa manakah yang ada hak dalam kuasa penyiasatan? Mengikut ROS, Unit Penguatkuasaan yang diketuai oleh seorang pegawai polis untuk menyiasat aduan yang dibuat terhadap koperasi berdaftar itu. Apa yang selari dengan kuasa penyiasatan untuk menyiasat badan amanah seperti Batu Caves. Perintah mahkamah telah mengunjurkan satu kepercayaan agama. Menurut kuasa seksyen 9, Akta Prosiding Kerajaan, ia di bawah bidang kuasa Peguam Negara tetapi adakah Peguam Negara mempunyai kuasa penyiasatan atau manpower untuk menyiasat aduan yang diterima dari pihak ahli-ahli dan orang ramai, penganut dan orang-orang dari sana. Mengikut seksyen 9, siapakah pihak berkuasa kawal selia untuk memastikan bahawa amanah itu telah diuruskan selaras dengan syarat-syarat skim itu dan apakah salah guna wang itu adalah satu tohmahan atau betul? Badan pengurusan kuil Batu Caves sepatutnya dari pihak wakil-wakil pelbagai kumpulan seperti pemilik cat, pekerja kereta api, Chinese Recreation Club dan sebagainya. Kebanyakan kumpulan-kumpulan ini tidak lagi wujud Tuan Yang di-Pertua. Ini wujud pada tahun 1930, they are no more in existence. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan kewujudan badan-badan pengurusan yang betul dalam keadaan mekanisme pilihan berpusat. Terdapat 23 kumpulan Ubhayam Setiap satu masing-masing memilih 3 wakil sendiri. Apabila Ubhayam tidak wujud iaitu the substructure does not exist lagi, dari manakah wakil- wakil ini datang? Kementerian mana yang bertanggungjawab untuk amanah yang besar yang bernilai beratus-ratus juta ringgit? Kementerian yang mana bertanggungjawab untuk mengambil tindakan dalam hal ini? Saya faham bahawa pengerusi kuil telah menyaman, telah memfailkan kes pelbagai pihak dalam beberapa kes fitnah swasta tetapi yuran peguam untuk mengendalikan saman ini dibayar dari wang kuil. Mengapakah wang kuil digunakan untuk merundingkan isu swasta pengerusi, rupa- rupanya dia telah menggunakan wang yang saya difahamkan sebanyak RM750,000 untuk membayar bayaran fi peguam untuk beberapa kes. Adakah pihak berkuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya? Saya difahamkan walaupun laporan telah dibuat sehingga ini beberapa tahun tidak ada tindakan langsung diambil. Dalam perayaan Thaipusam baru-baru ini, Lembaga Endowment Board Pulau Pinang yang mempunyai perarakan pertama golden chariot dapat mengemukakan sumbangan jumlah dan donation yang dikumpulkan kepada pihak orang ramai. There is directly an accountable series of what has happened in Penang. Banyak kuil-kuil sekarang yang mengambil step like apa yang dibuat kuil di Pulau Pinang supaya mereka pun mengambil dan memberi tahu berapakah dana wang yang telah dikutip dan untuk apakah mereka akan gunakan. Saya difahamkan even Batu Caves baru-baru ini mengumumkan, kali pertama dalam sejarah Batu Caves bahawa wang-wang ini akan digunakan untuk pelajaran dan sebagainya. Lembaga Endowment Board Pulau Pinang yang dikawal oleh Lembaga Ordinan Endowment Board 1906. Oleh sebab kutipan derma di kuil-kuil Pulau Pinang telah diumumkan, perkara itu memaksa kuil Batu Caves juga terpaksa mengumumkan koleksi tahun 2017. Mereka juga perlu mengemukakan bagaimana wang akan dibelanjakan. Soalan saya ialah bagaimanakah kerajaan akan menyelia kutipan sumbangan wang tersebut? Adakah kerajaan akan mengakui peranan yang dimainkan oleh Lembaga Endowment Board Pulau Pinang itu adalah satu yang bagus dan perlu diikut oleh semua kuil-kuil di negara ini? Satu lagi kuil adalah Marathandavar dari Maran didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, pendaftarannya telah dibatalkan pada Januari 2017, atas dakwaan salah guna dana wang. Apakah situation terkini mengenai tindakan dan investigation terhadap kuil tersebut? Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, nampak surat yang dihantar oleh ROS kepada pengerusi kuil tersebut yang mengatakan bahawa kuil tersebut akan digantung, akan dilucutkan dari ROS kerana penyelewengan. Akan tetapi sehingga ini tidak ada CBT charges terhadap mereka yang terlibat walaupun surat tersebut dengan jelas menunjukkan satu demi satu salah guna wang. Ini dalam penyiasatan ROS. Kalau itu adalah yang nyata kenapa tidak ada tindakan yang diambil mengenai perkara tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih kepada perkara berkenaan kematian di lokap. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu ramai orang mati, semalam jawapan lebih dari 1,000 people have died over the years. Akan tetapi saya hendak tanya, apakah tindakan dari segi seksyen 334, Criminal Procedure Code, apakah setiap kematian di lokap atau di custody of police tindakan diambil mengikut CPC? Ini kerana saya khuatir walaupun ada seksyen 334 dan section 339, power of Public Prosecutor to require inquiry to be held and section 334, inquiry into cause of death of a person in custody of police. Nampaknya tidak ada tindakan, tindakan sangat slow. Saya hendak tunjuk kepada satu kes yang nyata, saya ada bawa perkara ini lebih kurang 1½ tahun di Parlimen tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan walaupun Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberi aku janji tindakan akan diambil. Ini adalah kes seseorang yang mati di lokap. Tiba-tiba dia dihantar dari Mahkamah Ipoh, dijatuhkan hukuman, dihantar ke lokap, semasa hendak menunggu dia telah dipukul hingga dia mati. Nama dia adalah Mohamad Zarfi bin Mohd Yunos. Kematiannya adalah pada 13 Mac 2015. Saya hendak tahu kenapa sehingga hari ini tidak ada inquiry dalam hal ini dan berapakah kes seperti ini di dalam negara ini. Sejak kebelakangan ini, 10 tahun ini berapakah kes di mana inquiry telah di buka dan telah diambil? Kenapa banyak daripada kes-kes ini tidak ada tindakan yang diambil. Apakah usaha akan dibuat untuk mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang sedemikian? Tuan Yang di-Pertua saya hendak akan ingin merujuk kepada Perkara 15A Federal Constitution. Di mana ini adalah kes di mana special powers have been given kepada Jabatan Pendaftaran di negara ini yang mana jikalau anak-anak umur itu kurang daripada 18 tahun dan keadaan membenarkan mereka, mereka boleh didaftarkan sebagai warganegara Malaysia. Special circumstances dan ini ada di Federal Constitution. Akan tetapi nampaknya kebelakangan ini ada banyak kes, saya boleh tunjuk Tuan Yang di-Pertua, macam surat lahir macam ini. Ada ramai jumpa dengan saya di mana anak itu bapa dia tidak dapat dikenal pasti atau ibu dia adalah seorang dari luar negara. Dia dicapkan, anak itu dicapkan sebagai bukan warganegara.
Ini sangat menyulitkan. Saya harap satu- there is a human feeling kepada pegawai- pegawai berkenaan dengan satu policy decision perlu dibuat supaya menolong mereka. Macam mana keadaan, what is the whole idea of the Adoption Act? When the amendment was made in 1997, amendment subsequence. What is the intention? The intention is to legalize and to make things easier for adoption. Akan tetapi kita sudah hilang akal. Sekarang we have become lagi rumit. Katakan apabila mahu membuat adoption, anak boleh di-adopt tetapi anak itu adalah seorang bukan warganegara walaupun bapa dan ibu mereka adalah warganegara Malaysia. Akan tetapi macam mana mengatasi masalah ini? Kalau ada masalah sedemikian, Article 15A of the Federal Constitution mengatakan kepada special circumstances, boleh di-exercise. Kenapa ia tidak dibuat? Saya difahamkan ada beberapa kes telah pergi ke mahkamah. Why do you make it so difficult? Apabila kita ada peruntukan yang terkena, yang terlibat, perkara yang directly to the matter, we must have the human feelings. Saya harap kementerian akan mengambil perkara ini, be sensitive, be fair to the young children. They did not want to be born. They were born here, the parents who are willing to have them, give them a chance, give them a hand to come up in life. Kalau tidak, kalau dia bukan warganegara, dia akan hadapi banyak masalah. Satu di antara masalah utamanya ialah adalah mereka tidak boleh pergi ke sekolah yang biasa. Tuan Yang di-Pertua, saya selalu kata, saya pun bukan seorang warganegara dalam empat tahun iaitu dari umur 12 tahun hingga umur 15 tahun. Saya ada red IC. Ini kenapa? There was some mistake by the department. My father, my grandfather blue IC. Abang, adik saya semua blue IC. Akan tetapi oleh kerana saya DAP, mungkin saya dapat red IC. Ini satu perkara di mana saya dapat atasi. Akan tetapi saya rasa untuk anak-anak kita, anak kecil. Ramai di antara anak-anak yang di-adopt itu, mereka adalah orang biasa, daripada B40 and below. Mereka tidak ada wang untuk hantar anak mereka ke international school. Please fikir untuk mereka. Tolong mereka, tolong menggunakan 15A, Federal Constitution, the special circumstances. Kata special circumstances, they can be registered as citizens only for children, special circumstances. Saya harap perkara itu boleh diambil kira dengan seriusnya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada di mana persempadanan bahagian pilihan raya. Satu perkara yang sangat serius di mana pada hari Rabu lepas di mana telah
diiklankan di semua surat khabar mengatakan bahawa second inquiry akan dijalankan. Saya telah membantah pada inquiry yang pertama pada 11 Oktober. Saya telah menghantar surat, selepas itu penyiasatan telah dibuat pada 1 November 2016 di Ipoh. Namun, apa cadangan- cadangan yang saya buat dan cadangan-cadangan ini antaranya seimbangkan pengundi- pengundi dan juga nama Ipoh Barat ditukar kepada Ipoh kerana this is a central old town di bawah Ipoh. Tidak ada jawapan langsung daripada Election Commission. Mereka busy buat saya tidak tahu apa. Akan tetapi saya ternampak dalam surat khabar mengatakan there is a second inquiry. We are non-humans, we are irrelevant people. Tidak ada masa untuk mereka menulis surat mengatakan bantahan Yang Berhormat telah ditolak atas alasan one, two, three, four. Tidak ada. No mannerism. Macam mana mereka boleh buat demikian? Sekurang-kurangnya memberitahu, saya telah mengambil kira atau saya tidak mengambil kira. Mengapa tidak ada apa notis kepada pihak-pihak yang membuat bantahan? Kita perlu baca dalam surat khabar untuk mengetahui perkara tersebut. Saya harap what has happened to Article 136 di mana hanya tiga entiti untuk membuat persempadanan bahagian iaitu Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. Peninsular Malaysia includes Selangor, cannot be excluding Selangor, maybe now UMNO suddenly the definition of Peninsular Malaysia is an exclusion of certain states. New meaning given. Saya harap Election Commission faham, banyak kes akan- that is in a hurry to have the general action. Maka, ini adalah proses di mana mereka ingin mengadakan second inquiry dan sedemikiannya. Saya harap sekurang-kurangnya oleh kerana kita telah memfailkan bantahan- bantahan tertentu. Saya telah membuat beberapa bantahan yang di antaranya local situation di mana separuh daripada old town akan dialih ke kawasan yang lain di mana postal votes. Kita semua tahu postal votes never come to us. In the last election, 50 dari 5,000 can come to me is good enough. It is very good, but tidak datang. Sekarang oleh kerana mereka rasa tidak boleh menang kawasan kita, mereka mengalihkan lebih kurang 5,000 pengundi postal votes dari kawasan saya ke kawasan lain. All this is mala fide, bad intention. Kita tahu, apabila kita buat bantahan, tolong beri sekurang-kurangnya keterangan atau jawapan kenapa, apakah sebab ia dibuat. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, mengenai 1.2 percent equity of Indian dalam negara ini di mana blueprint di antara dicadangkan oleh kerajaan, tidak ada blueprint untuk masyarakat India atau masyarakat orang asal atau untuk masyarakat China. Walaupun kerajaan telah mengatakan bahawa ekuiti ini akan ditingkatkan dari 1.2 peratus ke tiga peratus sebelum tahun 2010. Akan tetapi tahun 2010 pun telah datang, hingga sekarang target ini tidak ditangani. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengatakan bahawa ada satu polisi yang unik untuk menolong masyarakat India. Apakah polisi tersebut? Kenapa tidak ada blueprint tersebut dinyatakan? Kenapa stakeholders dalam hal ini tidak ada perbincangan? Kenapa tidak ada perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen supaya kita boleh ada input dalam perkara tersebut? Kita dapat beritahu apakah perkara yang perlu diambil kira untuk mengatasi masalah yang rumit yang dihadapi oleh masyarakat di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya harap dalam blueprint untuk masyarakat India, kerajaan juga akan adakan blueprint untuk banyak lagi masyarakat orang asal, masyarakat Cina, masyarakat Melayu, masyarakat lain seperti Kadazan dan Iban supaya on overall, the big picture diadakan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Yang budiman sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1Malaysia. Izinkan Sungai Besar ambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja yang telah berlangsung pada minggu lalu. Selaku hamba yang taat dan setia, Sungai Besar akur atas Titah Tuanku, keperluan negara ini dipacu dengan ekonomi yang cemerlang. Justeru itu, persoalannya mengapakah kita perlu takut dengan pelaburan asing? Tatkala saya kanak-
kanak lagi saya telah mendengar bahawa Dayabumi itu sebahagian besarnya dilaburkan oleh pelabur daripada Jepun. Tatkala saya remaja, saya mendengar Menara Berkembar itu dilabur oleh pelabur daripada Korea. Sekarang ini apabila saya dewasa, saya dengar pula ECRL daripada China, jambatan kedua daripada China, Mengkuang Dam daripada China. Saya dengar pula akan datang akan ada pelaburan daripada Arab menerusi Petrochemical di Pengerang. Jadi, mengapa perlu takut dengan pelaburan-pelaburan asing ini? Perkara yang penting apa? Perkara yang paling penting pada saya ialah bagaimana kepentingan negara kita ini terjaga dan terpelihara, bagaimana? Saya melihat yang paling penting ialah bagaimanakah pegawai-pegawai kerajaan menerusi terma-terma kontrak sama ada yang diperhalusi oleh MoF, yang diperhalusi oleh UKAS, yang diperhalusi oleh JKAR itu dinilai dengan sebaik-baiknya dan sewajar-wajarnya. Saya percaya dan yakin, dengan pegawai-pegawai kerajaan yang diberi amanah dan tanggungjawab terhadap menilai kepentingan-kepentingan negara itu. Untuk pembangkang, saya fikir kita boleh waspada tetapi kita jangan curiga. Tuan Yang di-Pertua, selaku hamba yang taat dan setia, saya juga akur terhadap keperluan rancangan wawasan yang disebut TN50 itu. Tentunya TN50 ini kalau mengikut hemat saya, tidak boleh terpisah dengan tamadun bangsa. Tamadun bangsa pula tidak boleh terpisah dengan ilmu. Ilmu pula tidak boleh terpisah dengan buku dan bahan bacaan. Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah bilakah kali terakhir Dasar Buku Negara ini dikemaskinikan? Ini kerana berdasarkan catatan saya, pada hari ini buku tidak lagi dilihat dalam bentuk fizikal. Hari ini buku sudah dibaca dalam bentuk elektronik. Pengalaman di Jepun, pengalaman di negara-negara maju, saya melihat bagaimana di kereta api laju itu penduduk di negara Jepun sudah tidak membaca buku fizikal. Mereka hanya membaca buku- buku elektronik.
Saya fikir sesuatu mesti dilakukan terhadap Dasar Buku Negara ini. Saya melihat daripada konteks sejarah. Dasar Buku Negara ini pertama kali dibaca pada tahun 1991 dan kemudian dibaca pada kali kedua pada tahun 1984 dan pada tahun 1985 kalau tidak silap saya, dasar ini diperkenalkan dan dilaksanakan. Akan tetapi hari ini yang ingin saya nyatakan ialah kalau kita melihat beberapa data yang saya peroleh ini, keadaan cukup menakutkan. Di Amerika Syarikat, mereka menerbitkan 300,000 judul buku baru setahun. Di UK, mereka menerbitkan 200,000 judul buku setahun. Di China, mereka menerbitkan 450,000 buku setahun dan kita hanya menerbitkan sekitar 17,000 hingga 18,000 buku sahaja setahun. Persoalan ini mesti diambil kira. Kerana apa? Kerana saya melihat pada hari ini di dalam negara ini, hanya buku-buku yang berbentuk popular sahaja, picisan dan novel yang hanya akan disukai dan digemari oleh penduduk di dalam negara ini. Apakah yang mesti dilakukan sekarang ini? Saya mencadangkan dalam tempoh jangka masa panjang, Dasar Buku Negara mestilah diperbaharui. Melihat kepada TN50, keperluan Dasar Buku Negara mestilah disesuaikan dengan perkembangan teknologi. Itu yang pertama. Kedua, saya melihat polisi yang sedia ada terutamanya daripada segi Baucar Buku 1Malaysia ini yang sekarang ini disebut sebagai Kad Debit Siswa supaya dikembalikan Baucar Buku 1Malaysia ini supaya fokus terhadap buku-buku yang ada di dalam negara ini. Dan yang ketiga, saya melihat Majlis Buku Kebangsaan Malaysia iaitu MBKM supaya strategi NBOS diguna pakai, supaya strategi MBKM ini dapat merentas setiap agensi kerajaan supaya melihat industri buku dalam bentuk yang lebih menyeluruh. Saya melihat juga sudah ada pentingnya sekarang ini supaya indeks ekonomi perbukuan negara diperkenalkan. Tuan Yang di-Pertua, mengapakah ekonomi perbukuan ini merupakan sesuatu yang sangat penting? Saya melihat ekonomi perbukuan ini merupakan sesuatu yang sangat penting kerana kita mahu melihat di manakah sebenarnya keberadaan industri buku dalam kerangka ekonomi negara. Kita melihat buku yang diterbitkan berkualiti tetapi bagaimanakah harga buku itu, adakah sejajar dengan kualiti buku tersebut? Kita tidak mahu industri buku di Malaysia hanya terarah kepada buku teks semata-mata. Beberapa data yang saya peroleh, piawaian daripada UNESCO menunjukkan sasaran daripada UNESCO ini ialah satu juta penduduk perlu ada seribu penerbitan buku. Akan tetapi pada hari ini dengan penduduk kita di sekitar 30 atau 31 juta ini, buku yang kita ada baru sekitar 17,967 buah. Kalau kita melihat pula daripada segi saiz pasaran buku,
pasaran buku yang kita ada setakat ini berjumlah 2.4 bilion dan dapatan yang saya dapat daripada perolehan daripada MAPOBA ini, sejumlah 1.3 bilion dan selebihnya adalah merupakan buku teks. Tuan Yang di-Pertua, ekonomi perbukuan bukan sahaja akan meletakkan industri buku itu dalam keadaan yang sangat bersesuaian tetapi yang lebih penting, ekonomi perbukuan juga perlu melihat kepada kedaulatan content iaitu content sovereignty. Kedaulatan content ini sangat penting. Buku kita mesti menjadi milik kita. Kita ada pengalaman dalam industri halal, kita ada pengalaman dalam perbankan Islam, kita ada pengalaman dalam menguruskan Tabung Haji, ini tidak boleh dipertikaikan lagi, tetapi kita juga ada pengalaman kehilangan identiti. Kita hilang batik, kita hilang sate, kita hilang rambutan. Kerana apa? Kerana ia telah diisytiharkan milik negara asing. Jika emosi kita sedikit terganggu hanya kerana pemilikan identiti yang telah hilang, adakah kita tidak mahu rasa cemas jika bahan bacaan kita ini menjadi milik orang lain? Sebagai contohnya, berapa banyakkah sebenarnya manuskrip Agong yang disimpan di Laden, Belanda? Berapa banyakkah sebenarnya manuskrip-manuskrip kita, buku-buku kita, yang hari ini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura? Jika buku kita ini adalah merupakan jati diri kita, kita wajar untuk menyimpannya di Arkib dan didaftarkan milik kita. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat perkara yang juga penting ialah persoalan tentang ekonomi negara ini. Saya melihat keperluan ekonomi negara ini mesti disokong...
Yang Berhormat Sungai Besar, sedikit tentang buku. Boleh? Sikit sahaja. Saya hendak menyokong ini.
Silakan.
Sila.
Saya amat menyokong apa yang telah dibincangkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar tentang buku. Sebenarnya tabiat untuk membaca buku ini sepatutnya di pupuk sejak kecil lagi. Kita nampak sekarang bahawa apabila orang dewasa membawa kanak-kanak pergi shopping dan sebagainya, shopping complex itu tidak ada kedai buku kerana dia is a dying industry di mana buku sekarang terlalu mahal dan tidak economical dan mereka kurang membuat keuntungan. Jadi mereka cannot afford to open a bookshop in the shopping complex. Jadi ini menyebabkan opportunity untuk budak-budak atau ibu bapa membawa mereka ke kedai buku itu mengurang. Jadi adalah penting bahawa sebenarnya kerajaan, kalau boleh, memupuk atau memberi subsidi atau memberi insentif kepada kedai-kedai buku untuk membuka di shopping-shopping complex supaya mereka mempunyai peluang untuk get in touch with books. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Itu sebabnya di peringkat awal saya mulakan mukadimah ini dengan keperluan kita untuk menilai kembali Dasar Buku Negara. Ini kerana semenjak 30 tahun yang lalu, mungkin ada dasar ini yang telah pun dikemas kini, ada Dasar Buku Negara ini yang sudah pun diperbincangkan, tetapi setidak-tidaknya dengan perkembangan yang ada sekarang ini, kita perlukan Dasar Buku Negara yang baru. Pertama, kerana apa? Kerana perubahan daripada segi teknologi. Kalau kita melihat, buku tidak lagi hanya kita lihat dalam bentuk fizikal dan buku pada hari ini sudah dalam berbentuk elektronik. Itu yang pertama. Kedua, saya bersetuju, sebab itu Dasar Buku Negara ini perlu dilihat semula. Kerana apa? Dahulu tidak pernah langsung dalam fikiran kita ada apa yang disebut sebagai book cafe iaitu kafe-kafe yang bersekali dengan tabiat membaca. Jadi kalaulah Dasar Buku Negara ini akhirnya memberikan suatu garis panduan, memberikan suatu rujukan, memberikan suatu dukungan berkaitan dengan tabiat gemar membaca, saya fikir ini mesti dilakukan. Kerana apa? Kerana TN50 ini ada kaitan untuk menuju ke arah negara maju. Negara maju memerlukan tabiat yang gemar membaca untuk didukung dengan ilmu-ilmu yang tertentu. Sebab itu saya menyokong apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku juga menyebut berkaitan dengan semua pihak berganding bahu menghadapi cabaran meningkatkan produktiviti negara. Sungai Besar
melihat koperasi sebagai suatu elemen yang penting ke arah ekonomi mapan. Mewakili suara cooperator, mereka mahukan Akta Koperasi 1993 ataupun akta yang disebutkan Akta 502 yang sedang digubal semula sekarang ini perlu mengambil kira koperasi-koperasi kecil dari sejumlah 13,247 buah. Mereka juga mahukan supaya akta yang digubal itu mengambil kira prinsip International Co-operative Alliance ataupun Ikatan Koperasi Antarabangsa sebab perkara-perkara ini penting dalam membantu koperasi dalam menuju sebuah ekonomi yang mapan. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu tempatan yang pada saya perlu untuk kita ambil kira. Tiga bulan yang lalu, sawah padi di Sungai Besar terkena dengan jangkitan virus BLB. Hampir sebahagian besar daripada para pesawah di tempat saya itu merudum pendapatannya lebih daripada 50 peratus. Kalau dahulu, 1.6 hektar boleh mendapat sebelas tan, hari ini dengan jumlah yang sama, hanya sekitar kurang daripada empat tan. Kalau dahulu pendapatan pesawah padi ini dengan 0.4 hektar boleh membawa kepada RM10,000, sekarang ini ia kurang daripada RM3,000.
Maknanya akibat daripada virus BLB ini para pesawah padi di tempat di kawasan saya bukan sahaja di kawasan saya, sama juga di Parlimen Sabak Bernam, sama juga di Parlimen Tanjong Karang mereka kehilangan lebih daripada 50 peratus pendapatan. Berapa ramai yang terlibat? Yang terlibat dalam virus BLB ini sejumlah hampir 1000 pesawah padi. Apakah punca kepada masalah ini? Punca kepada masalah ini adalah kerana baka padi variety yang diperkenalkan iaitu MR284 ini tidak cukup kebal untuk melawan serangan daripada virus ini. Apabila kita berbincang dengan pihak MARDI, kita berbincang dengan pihak IADA Barat Laut, mereka menyatakan bahawa baka ini sudah pun diuji. Di Kerian sudah pun diuji, di Kelantan sudah pun diuji, di Kedah tetapi akhirnya apabila pelaksanaan itu dilakukan padi ini tidak dapat tidak cukup kuat untuk menentang virus yang berlaku ini. Apakah dapatan daripada pihak saya dalam hal ini? Saya ambil kajian seperti mana yang berlaku di negara membangun seperti di Indonesia. Virus BLB ini pernah berlaku di Indonesia di Kecamatan Jati. Apakah yang mereka lakukan? Yang mereka lakukan apabila sebaik sahaja mendapat aduan daripada pihak petani, air di kawasan bendang sawah padi tersebut terus sahaja untuk dirawat. Kerana apa? Kerana BLB ini ada kaitan dengan pembawanya adalah manusia dan juga air. Oleh sebab itu ada beberapa pelan tindakan segera yang perlu kita lakukan. Pertama, pihak petani, pihak pesawah padi mereka pohon supaya benih padi iaitu padi Siraj 297 ini kalau boleh diperkenalkan semula. Oleh kerana apa, atau digunakan semula kerana padi ini terbukti sudah dapat untuk memberikan pendapatan yang tinggi dan setidak- tidaknya ada yang pesawah padi menggunakan benih ini akhirnya padi mereka tidak terkena lagi dengan jangkitan BLB. Akan tetapi perbincangan kami dengan pihak MARDI sebagai contohnya, mereka membuat rumusan sehingga ke hari ini BLB ini tidak ada suatu racun ataupun tidak ada sesuatu kaedah kawalan untuk membunuh virus BLB ini. Oleh sebab itu pihak pesawah padi mereka pohon daripada pihak kementerian bahawa penyelidikan terhadap benih-benih baru mestilah dibuat dengan begitu banyak cara yang berlaku dan pihak pesawah padi juga mahukan supaya disegerakan skim insurans terhadap pesawah padi ini supaya setidak-tidaknya tatkala pesawah padi ini berlaku masalah ataupun kehilangan pendapatan mereka dilindungi oleh insurans. Tuan Yang di-Pertua, perkara penting yang ingin saya bawakan juga adalah berkaitan dengan pesakit buah pinggang. Kita melihat dari saban hari ke saban tahun kita melihat ada peningkatan pesakit buah pinggang ini. Saya melihat statistik yang saya peroleh yang saya dapati sehingga Januari 2016 terdapat sekitar 38,000 pesakit buah pinggang yang mana belanja merawatnya lebih daripada RM50 juta. Apakah yang dilihat daripada perkara ini? Dilihat daripada perkara ini kalau kita melihat sehingga September 2016 seramai 20,000 orang pesakit buah pinggang menunggu giliran untuk menukar buah pinggang. Mengapakah perkara ini berlaku? Perkara ini berlaku setiap tahun kerana berpunca daripada tabiat pemakanan melihat berpunca daripada keturunan dan akhirnya perkara ini menjurus kepada serangan kepada pesakit buah pinggang. Saya melihat isu ini terhadap isu yang sangat serius apa yang berlaku di kawasan Sungai Besar dan kawasan persekitaran. Di Sungai Besar, Parlimen Sungai Besar ada 4 buah pusat dialisis yang ada di sekitar. Kita
ada di Hospital Sabak Bernama, di Parlimen Sabak Bernam boleh merawat 55 orang pesakit. Pusat Dialisis MAIS ada 50 orang pesakit, DaVita Sabak Bernam ada 45 orang pesakit, DaVita Sungai Besar boleh merawat 40 orang pesakit. Jadi pesakit-pesakit ini dengan jumlah pesakit yang lebih daripada 300 orang, pusat dialisis yang ada sangat-sangat tidak mencukupi dan saya melihat sudah ada keperluan daripada segi jangka masa panjang bagaimana pesakit-pesakit ini bukan sahaja patut untuk dirawat tetapi juga mengambil kira pendekatan-pendekatan baru. Sebagai contohnya, di British Kidney Patient Association apa yang mereka buat, apa yang mereka lakukan? Mereka lakukan ialah di kalangan para pesakit itu pesakit membantu pesakit iaitu sekumpulan pesakit yang ada yang merupakan pesakit buah pinggang menubuhkan sebuah NGO memberikan awareness dan pendidikan kepada pihak public dan akhirnya mereka juga yang memberikan bantuan kepada pesakit buah pinggang yang tidak serius. Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana saya sedia maklum untuk merawat pesakit buah pinggang ini sahaja dia memerlukan kos yang sangat besar. Kalau seorang pesakit memerlukan belanja sebanyak RM200 untuk tiga kali seminggu maknanya dalam setahun lebih kurang RM30,000 kos yang diperlukan untuk merawat seorang pesakit buah pinggang. Saya memikirkan sudah ada keperluan supaya setidak-tidaknya di dua daerah, di dua Parlimen yang berdekatan iaitu di Parlimen Sungai Besar dan juga di Parlimen Sabak Bernam, tambahan mesin dialisis kepada pusat kesihatan ataupun hospital yang sedia ada. Perkara-perkara ini mestilah diambil perhatian yang serius kerana peningkatan pesakit buah pinggang ini adalah berpunca daripada gaya hidup dan pendidikan mestilah diberi secara berterusan. Tuan Yang di-Pertua, ada banyak lagi perkara yang ingin saya sampaikan namun kalau kita boleh berbisik tidak perlulah kita menjerit. Dengan itu saya berhenti dan sekian, Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua untuk memberi ruang kepada saya untuk turut menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan restu ibu dan ayah, restu Tuhan, saya bersyukur dengan mandat dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat Kapar terhadap saya. Selamat petang dan salam reformasi. Izinkan saya memanfaatkan masa yang diberikan sebaik mungkin untuk membawakan isu-isu yang dekat di hati rakyat. Pertama, penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa. Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam berhubung peningkatan kes dadah sebanyak 40 peratus iaitu 30,847 kes berbanding 26,668 kes pada tahun 2015 amat membimbangkan dan wajar diberi perhatian yang serius. Saya tekankan bahawa kerajaan sepatutnya memperbanyakkan kempen-kempen untuk memberi kesedaran mengenai bahayanya dadah, golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah, remaja dan belia luar bandar wajib diberi kesedaran berhubung kesan buruk penyalahgunaan dadah. Kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia ditangkap kerana menyeludup dadah ke luar negara seperti Singapura dan Australia. Pada waktu yang sama dadah juga dibawa ke dalam negara melalui lokasi-lokasi tertentu. Ada juga kegiatan dadah masih berleluasa di tempat-tempat seperti sekolah, balai polis dan penjara di Malaysia. Setiap kali ada isu yang dilaporkan dengan serta-merta Kerajaan Barisan Nasional masuk ke defensive mode untuk mempertahankan segelintir kakitangan yang sepatutnya memikul amanah dan tanggungjawab untuk menghapuskan gejala dadah. Akan tetapi sayang seribu kali sayang sebaliknya mereka menjadi punca sebenar mengapa kegiatan ini berleluasa dan tidak dapat dibendung. Agensi Penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, pihak polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu memainkan peranan proaktif dalam membendung isu yang telah berlarutan ini. Sekadar menangkap ikan kecil dan ikan besar sentiasa melepasi jerat undang-undang dan masih bermaharajalela melakukan kegiatan jijik ini.
(i) apakah langkah-langkah kerajaan supaya pelajar-pelajar sekolah, remaja dan belia luar bandar dapat diselamatkan daripada gejala dadah; (ii) apakah langkah kawalan Kerajaan Barisan Nasional di sempadan bagi memastikan bekalan dadah dari negara jiran tidak dibawa masuk dengan mudah ke dalam negara; dan (iii) apakah status dan perincian program projek Perintis Rawatan Terapi Gantian (RTG) menggunakan methadone yang telah dimulakan sejak November 2017. Apakah terapi methadone ini telah dapat mengurangkan penggunaan dadah berbahaya, efektif daripada segi kos dan berjaya mengurangkan jenayah di kalangan penagih. Isu kedua yang saya hendak sampaikan hari ini adalah tentang keselamatan dan kebajikan pengguna jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan kekecewaan saya mengenai jalan- jalan yang diselaraskan oleh Jabatan Kerja Raya di Parlimen Kapar dan kebanyakan jalan di seluruh negara. Di Parlimen Kapar secara khususnya, kebanyakan jalan raya yang diselaraskan oleh JKR dalam keadaan yang teruk dan membahayakan keselamatan dan kebajikan pengguna. Sebagai contoh Jalan Tap, Jalan Bandar Sultan Sulaiman dan Jalan Kapar. Tambahan kepada itu, lampu isyarat yang sentiasa tidak berfungsi dan rosak terutamanya di hadapan Balai Polis Kapar dan di kawasan Sungai Kapar Indah. Tuan Yang di-Pertua, semalam, 13 Mac 2017 bersamaan dengan hari Isnin, berlaku satu kejadian di Bandar Sultan Sulaiman di mana tayar sebuah kereta terbocor akibat jalan raya yang teruk dan tidak diuruskan dengan baik. Kes-kes kemalangan juga meningkat akibat kealpaan dan kecuaian Kerajaan Barisan Nasional dan JKR untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit. Setiap kali kita menyoal JKR untuk menurap atau memperbaiki jalan raya, jawapan yang diberikan adalah standard iaitu tiada dana, tahun 2014. Tiada dana, tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama, tiada dana. Di samping itu kita juga akui bahawa kereta yang digunakan kini semakin canggih. Kutipan tol pula semakin meningkat, kutipan GST pun semakin menambahkan pendapatan Kerajaan BN walaupun ia membebankan rakyat. Hakikat sebenar yang menyedihkan dan menyusahkan pengguna lebuh raya ialah walaupun lebuh raya-lebuh raya di Malaysia dikenakan tol tetapi rakyat terpaksa melalui pelbagai tekanan seperti jangka masa perjalanan berjam-jam, kesesakan lalu lintas di lebuh raya, kelajuan yang dihadkan agak ketinggalan zaman seperti 60 kilometer per jam dan juga keselamatan pengguna jalan raya. Persoalan pertama saya Tuan Yang di-Pertua ialah, apakah komitmen Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan bahawa pengguna jalan raya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dengan sistem jalan raya yang terbaik? Persoalan kedua saya ialah, bagaimana dana JKR digunakan untuk menurap dan memperbaiki jalan raya yang mempunyai masalah? Persoalan ketiga saya ialah, apakah rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh pengguna lebuh raya seperti yang saya terangkan sebentar tadi? Persoalan keempat saya pula ialah, bilakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula had laju kilometer per jam yang disarankan di semua lebuh raya di Malaysia? Bilakah kali terakhir had laju kelajuan dibenarkan di lebuh raya telah dikaji dan diselaraskan? Isu ketiga saya adalah mengenai sistem pengangkutan yang tidak memuaskan. Tuan Yang di-Pertua, kita menguar-uarkan supaya rakyat Malaysia menggunakan sistem pengangkutan awam. Sistem pengangkutan yang sedia ada kini wajar diperhalusi dan diperbaiki kerana perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan dan hanya retorik serta syok sendiri sahaja.
Izinkan saya memberi contoh dan perbandingan untuk manfaat bersama di dalam Dewan yang mulia ini. Kita memperhalus perkhidmatan komuter di mana jarak masa setiap komuter, kekerapan masa menunggu hampir 45 minit. Ini bermaksud seorang pengguna perkhidmatan komuter terpaksa menunggu komuter selama 45 minit. Sebagai perbandingan, jarak masa menunggu komuter di Singapura hanya lima minit sahaja. Di samping itu, tren pertama setiap hari di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala ke Seremban bermula pada 6.52 pagi. Bayangkan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan awam ini dari Johor atau Pulau Pinang. Kemungkinan besar mereka tiba di TBS seawal jam dua pagi atau tiga pagi, maka untuk meneruskan perjalanan ke Seremban, mereka yang tiba dari Johor atau Pulau Pinang terpaksa menunggu hampir empat hingga lima jam. Ini mempamerkan ketidakcekapan dan ketidakefisienan sistem pengangkutan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meluahkan keperitan seorang rakan Facebook saya mengenai perkhidmatan KTM Berhad. Beliau menulis bahawa, “Malaysia makin haram jadah”. Saya merasakan ini adalah isi hati dan luahan jujur beliau terhadap kesusahan yang beliau terpaksa melalui akibat menggunakan perkhidmatan KTM. Saya difahamkan bahawa tren terakhir ke laluan Seremban ialah lapan malam. Saya memetik perkataan beliau sendiri iaitu, “Kau orang tak fikir ke kalau orang emergency atau ada hal kah? Tak terjangkau akal ya? Mana SPAD? Tidur?”. Saya berpendapat bahawa isu-isu sebegini walau sekecil mana janji apabila isu-isu ini bila digabungkan satu persatu dan dikaji selidik secara holistik, hanya menyusahkan dan menderitakan rakyat. Namun begitu, setiap rintihan dan teguran rakyat biasa seperti ini wajar diberi perhatian yang khusus. Saya menyelami penderitaan dan kesusahan rakyat Malaysia seperti ini. Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya menghentikan tingkah laku sebagai penyelamat dan talian hayat syarikat-syarikat ini. Makin lama makin banyak keuntungan dikaut oleh syarikat-syarikat ini tetapi mengambil pendekatan pendek dan cetek atas alasan menjimatkan kos operasi, mereka sanggup menyusahkan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya yang pertama mengenai isu ini adalah apakah langkah-langkah Kerajaan BN untuk memastikan sistem pengangkutan di Malaysia pada tahap yang memuaskan? Soalan saya yang kedua ialah bagaimana Kerajaan BN akan memastikan supaya semua pengangkutan awam berjalan secara lancar tanpa sebarang elemen yang boleh menyusahkan rakyat biasa yang menggunakan perkhidmatan awam? Persoalan saya yang ketiga ialah apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan BN untuk memantau syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan awam? Apakah kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh Kerajaan BN semasa syarikat-syarikat ini menaikkan harga tambang, mengurangkan kekerapan tren dan membiarkan jarak masa kekerapan yang melampau? Isu keempat Tuan Yang di-Pertua ialah kesalahan jenayah seksual kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, semalam di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyarankan bahawa satu Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 akan dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini. Pada dasarnya saya menerima baik cadangan ini. Apa-apa tindakan untuk menjaga dan menjamin kebajikan dan keselamatan kanak-kanak, saya menerima dengan hati yang terbuka. Kerajaan BN wajib memastikan bahawa peluang emas dalam Dewan yang mulia ini untuk memartabatkan dan memperkasakan kanak-kanak wajar digunakan secara holistik dan komprehensif. Namun begitu, hasrat dan objektif undang-undang menjadi realiti sekiranya aplikasi dan implikasi undang-undang tersebut dilaksanakan secara telus dan terbuka. Hasrat dan objektif sebegini hancur berkecai apabila sesuatu kerajaan itu tidak mempunyai kemahuan politik atau political will. Negara kita terkenal untuk meluluskan pelbagai undang-undang tetapi dalam persoalan aplikasi undang-undang tersebut, Kerajaan Barisan Nasional agak terbelakang dan lembap. Banyak undang-undang di Malaysia tidak diaplikasikan sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Pekan terkejut daripada tidur apabila memperoleh statistik mengenai kesalahan jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Yang Amat Berhormat Pekan perlu mengetahui bahawa Malaysia di tangga ketiga di Rantau Asia bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak.
Yang Amat Berhormat Pekan juga perlu mengetahui pada tahun 2015, seorang pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga pelajar pintar matematik yang dikenali sebagai Nur Fitri Azmeer Nordin memiliki 30,000 imej dan 1,156 video pornografi kanak- kanak dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, di London.
Siapa yang membela pelajar tersebut? Agak mengejutkan pihak MARA melalui Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), merangkap Yang Berhormat Ketereh. Saya minta maaf beliau tidak ada di dalam Dewan ini, membuat respons dan memberi jaminan bahawa akan memberi peluang kedua kepada Nur Fitri untuk meneruskan penggajian di mana-mana Institusi MARA dalam negara sejurus selesai hukuman dan kembali ke tanah air. Ini perlu diteliti secara holistik Tuan Yang di-Pertua. Di samping itu, Yang Berhormat Pekan juga wajar mengetahui bahawa kes-kes kesalahan jenayah seksual yang melibatkan pelajar sekolah rendah semakin bertambah pada hari ini. Kerajaan Barisan Nasional setiap kali ada kes yang melibatkan guru sekolah mengambil tindakan retrospektif seperti menukar guru tersebut ke sekolah lain, memberikan tugasan pejabat dan mengajar kelas-kelas lain. Saya amat kecewa apabila mendapati Kerajaan Barisan Nasional mengambil sikap tidak serius kepada insan-insan yang melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak. Persoalan pertama saya adalah, apakah ketetapan Kerajaan Barisan Nasional terhadap Nur Fitri Azmeer Nordin? Apakah dengan pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Seksual Kanak-kanak yang akan datang akan membawa dimensi baru terhadap pelajar MARA ini? Persoalan kedua saya ialah, berapa kes kesalahan jenayah seksual yang melibatkan guru dilaporkan dari tempoh masa 2012 hingga 2016? Apakah tindakan yang telah diambil dan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap sadis-sadis yang sepatutnya mendidik kanak-kanak ini? Topik kelima saya Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai kos sara hidup. Setiap kali ini adalah salah satu topik yang saya wajib sentuh. Tuan Yang di-Pertua, kini rakyat Malaysia dibebani dengan harga barang yang tinggi dan kos sara hidup yang tinggi serta kualiti kehidupan yang merudum. Harga petrol dan diesel yang akan diumumkan secara mingguan mulai bulan April seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Kerajaan BN sepatutnya tidak berlepas tangan begitu mudah dengan menyalahkan kenaikan harga minyak mentah dunia sebagai alasan penetapan harga minyak secara mingguan. Harga minyak di Malaysia sering kali naik berbanding dengan harga pasaran dunia. Hal ini dapat dilihat pada tahun 2014, apabila harga semasa minyak mentah turun mendadak tetapi Kerajaan Barisan Nasional tetap tidak menurunkan harga petrol dan diesel yang dijual kepada rakyat. Pengumuman yang bakal diumum setiap minggu, mahupun bulan, mahupun setiap hari, tidak akan memberi impak yang wajar sekiranya: (i) Harga tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dunia; (ii) Membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan lain tanpa sebarang kawalan dan pemantauan secara serius. Kesannya Tuan Yang di-Pertua, rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga barang selain cukai barangan dan perkhidmatan GST. Di samping itu, pagi tadi Menteri yang sama mengatakan bahawa kenaikan harga gula sebanyak 11 sen, hanya membawa kepada peningkatan 3.8 peratus. Maka ianya tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang lain dan selaras dengan isu kesihatan. Beliau mengatakan bahawa kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga pasaran antarabangsa dan kejatuhan nilai mata wang Malaysia. Saya amat terkilan mendengar kata-kata Menteri. Walaupun saya mengakui kenaikan harga barangan pasaran antarabangsa gula dan wujudnya isu kesihatan dengan penggunaan gula tetapi ini bukan punca sebenar kenaikan harga gula. Kerajaan yang prihatin tidak akan menaikkan harga barang apabila terdapat kenaikan harga antarabangsa ketika rakyat menderita dan bersusah payah menanggung kos sara hidup.
Sewajarnya Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional menggunakan kutipan cukai GST dan menanggung kenaikan harga gula sebanyak 11 sen tersebut dalam bentuk subsidi. Meneliti isu kesihatan yang melibatkan penggunaan gula pula, saya ingin membuka mata dan minda Dewan yang mulia ini bahawa tembakau yang selalunya saya tekankan adalah lebih berbahaya daripada gula. Saya jarang mendengar ada orang ketagihan gula tetapi ramai rakyat Malaysia yang ketagihan tembakau atau rokok. Persoalan pertama saya mengenai isu ini Tuan Yang di-Pertua adalah, apakah justifikasi Kerajaan Barisan Nasional apabila negara kita yang dikatakan sebagai pengeluar minyak tidak dapat mengawal harga minyak dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat sendiri? Persoalan kedua ialah apakah Kerajaan Barisan Nasional bercadang untuk mengembalikan subsidi minyak secepat mungkin agar bebanan rakyat dapat dikurangkan. Persoalan saya yang ketiga ialah, mengapa kenaikan harga gula 11 sen bersamaan dengan 3.8 peratus tidak ditanggung oleh kerajaan sendiri dalam bentuk subsidi gula. Bukankah ini hasrat dan objektif sebenar GST dikenakan? Bukankah GST wajar dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk sebegini? Lebih-lebih lagi apabila rakyat menderita untuk menanggung kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Persoalan keempat saya Tuan Yang di-Pertua, adakah dasar isu kesihatan yang digunakan untuk kenaikan harga gula akan juga digunakan untuk mengharamkan penggunaan tembakau di Malaysia? Satu lagi isu yang kecil Tuan Yang di-Pertua adalah kena mengena dengan sekolah- sekolah Tamil yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk ditubuhkan. Saya ingin penjelasan dan status terkini mengenai dua buah sekolah, satu di Hulu Selangor dan satu di Rawang yang telah dikatakan untuk penubuhan akan ditubuhkan tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa maklum balas dan status diumumkan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tinggal seminit, saya hendak habiskan. Saya merumuskan kuasa rakyat adalah kuasa mutlak. Malaysia kini hanya mempunyai semi kemerdekaan. Rakyat mendahagakan kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan mutlak hanya akan diperolehi apabila rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan melalui cara yang sahih dan benar. Tindakan-tindakan pengecut dengan menggunakan institusi kerajaan seperti Badan Kehakiman, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia dan lain-lain sebagai alat jaminan kemenangan UMNO BN dan terus bertakhta di Putrajaya. Saya berpendapat jangan menghina kepintaran dan kebijaksanaan rakyat. Rakyat sedang meneliti, rakyat sedang memperhalusi, yang boros akan dihukum, yang rakus akan dididik. UMNO Barisan Nasional perlu ingat walaupun setiap rancangan diatur satu persatu agar terus berkuasa, tetapi Tuhan Yang Maha berkuasa yang menentukan. Saya bersama rakyat Malaysia mendahagakan seorang Perdana Menteri Melayu yang mampu mengembalikan kemegahan, kecekapan, kemakmuran, maruah dan integriti negara. Sejarah akan tercipta apabila seorang insan, seorang anak Melayu yang boleh menjaga kebajikan orang Melayu, India, Cina, Sabah dan Sarawak mentadbir pimpinan negara dalam masa yang terdekat. Jika itulah kehendak Tuhan, Tuan Yang di-Pertua, dari Sungai Buloh ke Putrajaya, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Rakyat masih mendahagakan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekian, terima kasih. Salam reformasi. Nanre manakam.
Yang Berhormat Kangar.
Bismilahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya merafakkan sembah rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Kangar untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad ,V, pada tanggal 6 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, saya selaku pembawa suara rakyat Kangar yakin dan percaya berdasarkan kepada inti pati ucapan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang
XV. Banyak perkara penting yang telah disentuh dalam sektor ekonomi, kedaulatan negara, perkhidmatan, pembangunan insan dan pembangunan negara hinggalah kepada kebajikan rakyat secara keseluruhannya. Melalui kerajaan yang telah dilantik banyak kejayaan telah dikecapi dengan aspek kebajikan rakyat diutamakan oleh kerajaan.
Seperti rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Kangar sungguh merasa berbesar hati kerana mendapat ruang perbahasan ini untuk memberi sedikit pandangan dan juga mengetengahkan beberapa perkara yang dirasakan penting melalui suara rakyat dan perlu diberi pertimbangan demi rakyat, bangsa dan tanah air tercinta ini. Percayalah dan yakinlah bahawa ini merupakan bukti segala janji dan amanah yang diberi telah dan sedang dijalankan sebaik mungkin oleh kepimpinan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Fokus saya pada petang ini tertumpu kepada beberapa perkara pokok yang menjadi asas perbincangan demi mensejahterakan kehidupan rakyat Perlis khususnya. Ia meliputi pertanian, pelancongan, keselamatan negara, pembangunan sukan dan infrastruktur di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya soal pertanian. Pembangunan R&D sektor pertanian negara haruslah seiring dengan negara maju dan kian mampu menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar makanan. Sektor pertanian lebih menumpukan kepada penanaman padi. Pada tahun 2012, pengeluaran padi di lembah utara, Perlis kini meningkat berikutan pelaksanaan pelbagai program pertanian di samping sistem penyampaian kerajaan kepada pesawah. Negeri Perlis khususnya antara negeri pengeluar beras di Malaysia. Tanaman padi juga merupakan tanaman keselamatan yang perlu dijaga untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang membantutkan hasil pengeluaran padi. Misalnya apabila tiba musim tengkujuh, kebanyakan pesawah mengalami kerugian akibat padi rosak kerana banjir. Terdapat juga apabila berlaku musim kemarau, hasil tanaman padi juga kurang memberangsangkan. Selain daripada itu, petani turut mengalami kerugian kerana masalah pengairan dan penyakit yang menjejaskan mutu pengeluaran hasil padi. Tuan Yang di-Pertua, malah Kangar turut mencadangkan agar pihak kementerian menyediakan satu dana khas bagi petani atau pesawah yang sekiranya berlaku bencana banjir atau kemarau yang sering berlaku di penghujung tahun dan memohon peruntukan khas bagi mempertingkatkan lagi sistem saliran untuk ke bendang. Ini kerana permasalahan ini sering berlaku apabila tiba musim tengkujuh dan kemarau. Sistem aliran air akan tersumbat dan ini akan menjejaskan kualiti pengeluaran padi. Persoalannya, adakah kerajaan bercadang untuk memberi wang sara hidup seperti nelayan dan kepada petani-petani yang ditimpa bencana banjir ataupun musim kemarau dan pemberian ini perlu diberikan kepada petani-petani yang terjejas akibat bencana tersebut. Selain daripada padi, saya ingin mengetengahkan cadangan bagi memajukan industri penanaman harumanis. Tanaman harumanis telah didaftarkan sebagai harta intelek sejak 2 Ogos 2011 dan ini merupakan ikon pertanian bagi negeri Perlis. Penanaman mangga Harumanis juga merupakan satu industri PKS dan ikon bagi negeri Perlis. Permintaan yang tinggi di seluruh negara menjadikan ia sebagai buah yang eksklusif yang mesti dibawa pulang sebagai cenderamata bagi yang mengunjungi negeri Perlis. Selain mendapat sambutan yang tinggi daripada rakyat tempatan, mempelam harumanis turut menerima permintaan daripada negara seperti Singapura, Thailand dan Jepun. Malah penanaman harumanis pada tahun ini adalah seluas 655 hektar dan penghasilannya kira-kira 3,200 tan metrik. Ingin saya mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, setakat ini apakah transformasi yang diambil oleh kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai pengusaha tanaman harumanis khususnya golongan belia agar tradisi ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang dan apakah perkara yang boleh mempertingkatkan hasil penanaman harumanis. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin menyentuh keadaan isu sempadan di negara kita. Adalah diakui bahawa Malaysia merupakan negara yang bersempadan dengan Thailand. Perkembangan ekonomi dan sosial juga antara dua negara ini saling lengkap-melengkapi. Namun berlakunya gejala jenayah yang sering berlaku di negeri-negeri yang bersempadanan. Isu penyeludupan barangan juga dahulunya secara sembunyi tetapi berlaku secara terbuka dan terang-terangan seperti penyeludupan beras,
minyak, barangan yang berbahaya seperti senjata api dan isu penyeludupan manusia juga sering berlaku tanpa mengira waktu. Tuan Yang di-Pertua, difahamkan kes penyeludupan senjata api dan pencerobohan dari negara jiran turut meningkat dari tahun ke tahun iaitu pada tahun 2010 dengan penangkapan 92 orang suspek dan rampasan 137 senjata api. Pada tahun 2012, seramai 121 orang suspek dan 160 senjata api. Pada tahun 2012, 163 orang suspek dan 199 senjata api dan pada tahun lalu terus meningkat. Oleh yang demikian, ini merupakan satu perkara yang amat serius kerana melibatkan keselamatan negara. Malah terdapat juga penyeludupan minyak petrol serta diesel melalui kenderaan-kenderaan yang diubahsuai tanpa pengawasan dan kawalan daripada agensi keselamatan. Aktiviti penyeludupan ini sering berlaku tidak mengira waktu dan ada kemungkinan berlaku kerana orang dalam. Berlakunya rasuah di sempadan. Perkara ini juga berlaku termasuk melibatkan sektor pertanian di mana nelayan-nelayan Malaysia sudah berani menjual hasil tangkapan ikan mereka untuk dijual ke negara jiran dengan harga yang lebih tinggi dan ikan ini pula dijual kepada pengguna-pengguna di Perlis dengan harga yang mahal. Perkara ini berlaku termasuk melibatkan sektor pertanian dan juga perikanan. Kesan penjualan hasil tangkapan yang dijual semula kepada rakyat Malaysia dengan harga yang tinggi di pasaran. Inilah gejala yang berlaku seperti kes ikan kembung dijual dengan harga RM18 sekilo. Apabila nelayan menjual ikan-ikan di tengah laut, kita pasti mendapat perhatian terutamanya dari LKIM dan APMM supaya dapat mengawal aktiviti ini. Soalnya apakah tindakan kerajaan untuk mencegah penyeludupan kerana ia melibatkan isu rasuah. Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan telah memberi sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak pengenalan program Transformasi Negara (NTP).
Sejak daripada itu, industri pelancongan telah memainkan peranan penting dalam membuka peluang baru kepada rakyat Malaysia. Negeri Perlis adalah negeri yang sangat mempesonakan dari segi keindahan alam semula jadi serta boleh dibayangkan negeri ini penuh dengan keindahan dan kedamaian dengan adanya tarikan pelancongan tersendiri. Sebagai contoh, Perlis terkenal dengan ladang anggur, kompleks membeli-belah Arked Niaga di Padang Besar, Taman Ular dan Reptilia, Gua Kelam, Tasik Melati, Sungai Batu Pahat dan yang terbaru sekali ialah Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dan sebagainya. Perlis telah menerima kunjungan pelancong pada tahun lepas dengan anggaran sebanyak 3.4 juta pelancong berikutan Tahun Melawat Malaysia. Namun begitu melalui pemerhatian saya yang melakukan lawatan kepada beberapa tempat pelancongan ini, keadaannya amat mendukacitakan. Besarlah harapan saya agar kerajaan memberi perhatian sewajarnya terhadap kemudahan pelancongan di negeri ini kerana kawasan-kawasan tumpuan ini tidak diselia dengan baik dan tiada sebarang penaiktarafan dijalankan. Antara tempat yang menjadi tumpuan yang perlu diberi perhatian segera adalah Tasik Melati yang mana pada masa dahulu terdapat beberapa jenis sukan air yang sekarang ini sudah tiada, Sungai Batu Pahat dan Taman Ular sekarang ini terbiar begitu sahaja dan ular pun tidak begitu banyak. Begitu juga dengan Gua Kelam di utara Perlis di mana yang dahulunya ada kereta api di dalam gua dan sekarang kereta api itu pun dah tidak ada. Begitu juga dengan kemudahan jeti di Kuala Perlis. Sebenarnya kemudahan jeti merupakan aset yang paling penting kepada negeri Perlis kerana di sinilah pelancong-pelancong datang ke Perlis dan laluan ini digunakan untuk ke Langkawi dan juga Satun. Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua, keadaan jeti di Kuala Perlis amat suram dan pelancong pun hanya lalu dan tidak mahu singgah di negeri Perlis. Tuan Yang di-Pertua, pohon pencerahan daripada Menteri, apakah tahap pembangunan yang dirangka oleh kementerian dalam meningkatkan lagi promosi pelancongan di negeri Perlis yang kian suram dan secara tidak langsung mampu menggalakkan lebih banyak pelaburan. Apakah perancangan kementerian dalam meningkatkan daya saing sektor pelancongan seperti mewujudkan insentif tambahan kepada agensi-agensi pelancongan. Selain itu juga, jeti Kuala Perlis yang merupakan laluan ke Langkawi dan Satun menjadi tempat pendaratan hasil ikan oleh para nelayan tempatan. Jadi menjadi
kebimbangan saya sebagai wakil rakyat jika perkara ini berlanjutan dengan tiada penambahbaikan ataupun pemodenan yang dilakukan. Saya mohon agar kerajaan dapat menyalurkan sebahagian peruntukan bagi menambah baik kemudahan-kemudahan pelancongan yang terdapat di negeri Perlis. Selain daripada itu menyentuh bab belia, Kementerian Belia dan Sukan. Saya mohon supaya negeri Perlis ditambah padang bola iaitu seperti di Kedah. Setiap daerah mempunyai mini stadium dan saya mohon Kementerian Belia dan Sukan supaya mengadakan mini stadium untuk satu Parlimen satu mini stadium yang lengkap dengan trek larian dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Akhir sekali saya ingin menyentuh Kementerian Pengangkutan yang mana di Perlis terdapat dua pengangkutan awam yang utama iaitu teksi dan juga myBAS. Pada masa sekarang, saya mendapat rungutan daripada pengusaha-pengusaha teksi yang mana menyatakan pendapatan mereka terancam dan mereka mendapat pendapatan di bawah paras kemiskinan dengan kadar RM600 ke RM800 sebulan. Keluhan pemandu-pemandu teksi ini adalah kerana kehadiran myBAS. Kehadiran myBAS sebenarnya memberi kerugian kepada pengusaha dan ini difahamkan ditanggung oleh SPAD yang mana tidak ada pengguna yang menggunakan bas. Saya rasa kemungkinan perkhidmatan bas ini perlu dikaji semula dan setidak-tidaknya perlu ada perbincangan dengan pengusaha teksi agar masalah ini dapat diatasi. Contohnya, pembahagian laluan yang perlu digunakan oleh myBAS dan juga teksi perlu dibincangkan dan dimuktamadkan agar kedua-dua perkhidmatan ini mendapat manfaat. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Jadi Kangar menyokong Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Ada dua projek besar di kawasan Hulu Langat iaitu pertama, pembinaan kompleks Sekolah Pelangi Semenyih yang diluluskan dalam RMKe-11 rolling plan satu yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan dalam sesi yang lepas. Jadi persoalan saya, bilakah ia akan dimulakan? Saya difahamkan kajian tanah atau soil test tapak pembangunan telah dibuat baru-baru ini. Kedua, pembangunan Pusat Wanita dan Kanak-kanak Hospital Kajang atau Wad Bersalin dan Wad Kanak-kanak yang juga sudah mempunyai peruntukan dalam RMKe-11. Bilakah kementerian akan memulakan pembangunan ini dan apakah halangan-halangan yang dihadapi? Kedua, saya dapati banyak kali bila melalui Lebuhraya Utara-Selatan sebelum tol Sungai Besi, keadaannya agak selesa tetapi selepas tol terus berlaku kesesakan yang teruk. Saya kira punca besar tentulah cara kutipan tol dan pengembangan dan pembesaran laluan yang besar di kawasan tol. Kemudian kenderaan berebut-rebut memasuki tiga lane lebuh raya selepas tol Sungai Besi. Oleh itu saya berharap Lembaga Lebuh Raya dan Kementerian Kerja Raya perlu mencari satu inovasi baru cara kutipan tol agar rakyat merasa gembira membayar tol dan bukan kecewa kerana selepas membayar tol perjalanan tersekat dan tiada siapa yang memberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua, ketiga, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melancarkan MRT pada 16 Disember 2016 dan sambutan rakyat menaiki MRT cukup menggalakkan terutama semasa diberi tambang percuma. Saya difahamkan daripada pengurusan MRT agak berkurangan sedikit sambutan bila dikenakan bayaran tambang. Mungkin laluannya terhad antara Damansara ke Sungai Buloh sahaja. Saya berkesempatan menaiki MRT antara Bandar Utama dan Sungai Buloh dengan tambang hanya RM2.30 sahaja iaitu ketika sudah dikenakan bayaran. Saya rasa cukup selesa menaiki MRT dan saya boleh membayangkan apabila MRT ini siap keseluruhannya antara Sungai Buloh dan Kajang, kemudian akan dikembangkan ke kawasan-kawasan lain dalam fasa 3. Apa yang mengecewakan saya dari segi kos parking walaupun mendapat diskaun apabila membeli OneCard. Saya menggunakan parking Power
House, Bandar Utama dengan caj empat jam pertama hanya RM4.00 tetapi pertambahan setiap jam berikut dikenakan RM3.00 per jam.
Jika seorang kakitangan atau pekerja meletakkan kereta 10 jam sehari, maka jumlahnya menjadi RM22 sehari. Sedangkan mungkin tambang hanya RM6 sahaja sehari dan jumlah yang perlu dibelanjakan setiap hari sebanyak RM28 yang mampu membeli 11.3 liter RON95 atau 10 liter RON97 atau sebulan sebanyak RM520 atau mampu membeli 226 liter RON95. Saya bangkitkan perkara ini kerana risau kemudahan pengangkutan awam tidak berjaya bila swasta yang terlibat dengan aktiviti pengangkutan awam iaitu kemudahan parking, mengambil keuntungan yang berlebihan sedangkan aset mereka boleh diambil keuntungan jangka panjang dengan mengurangkan caj. Umpamanya setiap tambahan selepas empat jam pertama hanya dikenakan RM1 per jam bagi mengurangkan beban rakyat dan menjadi tarikan untuk masyarakat berminat menggunakan pengangkutan awam. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengandaikan salah satu faktor kenaikan harga barang keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan lain-lain keperluan dapur bergantung juga kepada kos pengangkutan selain dari faktor supply dan demand. Ia berkait rapat dengan kenaikan harga minyak yang sentiasa berubah. Oleh itu, saya mewakili rakyat bawahan meminta kerajaan walaupun sudah diannounced akan dimaklum, diumumkan setiap minggu tetapi saya minta bersungguh-sungguh supaya kerajaan berusaha menetapkan satu harga petrol atau diesel pada harga yang tetap. Umpamanya, kata RM2 per liter agar pembekal dan peniaga barang-barang keperluan tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya seperti berlaku sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa teknologi nuklear telah lama digunakan dengan meluas dalam negara ini dalam hampir semua sektor termasuk perubatan, industri pertanian dan sekitaran. Perlu diingat bahawa teknologi nuklear ini termasuk ionised mengion dan non-ionised tak mengion merangkumi sinar-X, sinar gamma, UV, ultra sound, Elektron, gelombang mikro dan lain-lain. Dalam perubatan, penggunaannya agak lama. Ini termasuk dari pertama untuk mendiagnosis atau mengesan penyakit seperti kanser atau lain-lain penyakit menggunakan sinar-X, pengesan CAT, Radioterapi, MMR, MRI dan lain-lain. Kedua, rawatan penyakit terutama barah dengan kaedah radiografi menggunakan sinar gama atau alir elektron. Dalam industri pula banyak kaedah ujian tanpa musnah (non-destructive test) NDT dilaksanakan dalam menentu ketebalan seperti dalam industri papan lapis; keseragaman dan kualiti packing, pembungkusan, umpamanya, industri rokok; keretakan paip gas atau mengesan kualiti atau keretakan sayap kapal terbang menggunakan kaedah radiografi. Sinaran juga digunakan dengan meluas dalam menyahkuman atau sterilization peralatan perubatan; dalam vulcanization iaitu untuk membuat glove seperti yang dilaksanakan di Ansell di Melaka. Bahan radioaktif juga digunakan di dalam mengesan kecekapan pembajaan dalam pertanian dan juga sinaran digunakan untuk menghasilkan benih yang baik dan tahan penyakit. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin meminta pengurusan Dewan agar dapat menyediakan tempat khas untuk media, separas atau floor yang sama dengan Dewan bersidang tetapi bukan di bawah seperti yang dibangkit oleh Yang Berhormat Seputeh atau di depan pintu masuk yang mengganggu laluan masuk keluar ke Dewan. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tanjong Manis.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Audzubillahiminasy syaitonirrojim. Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa dan berselawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama kali, marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, syukur alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya peluang untuk turut membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, menjunjung kasih Tuanku. Izinkan saya memberi sedikit ulasan terlebih dahulu. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan kekecewaan
atas masalah penyelewengan, ketirisan, rasuah dan kebocoran maklumat kerajaan yang dilakukan oleh sebilangan kecil penjawat awam dan bekas penjawat awam yang telah banyak menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Seri Paduka Baginda juga mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Seri Paduka Baginda berharap rakyat dapat menyokong sepenuhnya hasrat murni SPRM untuk membasmi rasuah dan menasihati rakyat supaya tidak membabitkan diri dalam memberi rasuah atau memiliki dokumen rahsia sulit kerajaan. Sebagai seorang Islam atau pegawai-pegawai Islam, saya sukalah mengingatkan hidup kita di dunia ini mungkin 40 tahun, 50 tahun, 80 tahun, ada yang sampai 100 tahun. Akan tetapi hidup kita dalam alam yang perkuburan, dari Nabi Allah Adam sampai sekarang telah menjangkau 60,000 tahun dan wallahu a’lam bilakah kiamat akan datang. Jadi, kita haruslah berfikir-fikir dengan selebih-lebih dan sebaik-baiknya. Seri Paduka Baginda antara lain juga menegaskan isu pembangunan perumahan, pendidikan, kesihatan, keselamatan perlu juga terus diberi perhatian agar rakyat tidak terus terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan terpinggir dengan arus pembangunan dan juga yang harus kita semua sebagai wakil rakyat mengambil iktibar dan terus memperjuangkan semua isu yang dibangkitkan oleh Seri Paduka Baginda agar kebajikan rakyat jelata terus diutamakan. Program ekonomi untuk belia bagi menghadapi TN50, saya amatlah mengalu- alukan dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Langkah melancarkan Transformasi Nasional 2050 adalah satu kesinambungan Wawasan 2020. Program pembangunan negara daripada tahun 2021 ke tahun 2050. Inisiatif ini memerlukan pembabitan belia secara agresif dan total dan yang lebih penting adalah merangka pelbagai program berkaitan ekonomi. Terutamanya bidang ekonomi digital yang amat digemari oleh belia dan mungkin boleh difikirkan out of the box, dengan izinnya, untuk mengadakan projek corporate environment pertanian moden dengan bioteknologi di kawasan luar bandar. Ini mungkin akan membuka atau merangsangkan belia-belia kita untuk melihat dengan minda atau cara yang termoden dan terbaru.
Perniagaan dan juga kewangan untuk anak-anak muda agar mereka lebih bersedia menghadapi persaingan pada peringkat global harus diberi perhatian khas. Tahniah kepada kerajaan kerana telah berusaha mendapat pelaburan sebanyak RM31.1 bilion dari Kerajaan Arab Saudi untuk projek RAPID di Pengerang, Johor. Tahniah saya ucapkan kerana dengan adanya pelaburan yang besar jumlahnya, amatlah signifikan silaturahim di antara Malaysia dan Arab Saudi. Syukur, alhamdulillah. Saya juga berharap pada masa akan datang, kerajaan juga dapat menarik pelaburan yang besar jumlahnya ke negeri Sarawak untuk bidang minyak dan gas serta memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan agar mereka tidak perlu berhijrah mencari kerja di negeri atau negara asing. Fokus pembangunan untuk masa kini perlu diberi penekanan kepada menjana ekonomi luar bandar. Baru-baru ini kita mendengar berita dalam surat khabar, bahaya disambar kilat. Saya berasa amat sedih apabila membaca berita bahawa sepasang suami isteri telah maut dipercayai dipanah petir di sebuah taman di Puchong, Selangor. Yee Boon Koo, 59 tahun dan isterinya, Ooi Lee Chen, 57 tahun ditemui terbaring oleh orang awam kira-kira jam 6 petang. Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman itu. Mungkin kita memandang remeh perkara ini tetapi bahaya panah kilat kerap berlaku. Pernah berlaku di padang sekolah anak saya di mana goalkeepernya disambar petir dan anak itu terbakar dan meninggal serta-merta. Jadi, mungkin kerajaan dapat memberi nasihat melalui iklan TV atau internet dan surat khabar kepada orang awam agar tidak menggunakan payung besi yang ada bahan- bahan logam besi ketika joging atau berdiri pada sebarang tempat yang berdekatan dengan tiang besi, tempat-tempat yang banyak bahan logam yang menarik panah kilat tersebut. Takziah kepada keluarga mendiang Yee Boon Koo dan Puan Ooi Lee Chen. Tuan Yang di-Pertua, sebagai lanjutan dari pelaburan dari Arab Saudi ke Johor, Sarawak juga...
Yang Berhormat Tanjong Manis, Sekijang.
Okey.
Ya, Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita ucapkan takziah di atas kematian dua orang rakyat kita yang terkena panahan petir semasa aktiviti berjoging baru-baru ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis kerana membangkitkan tentang perkara ini. Saya ingat perkara ini memang agak serius. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Tanjong Manis, selepas ini kepada rakyat kita oleh kerana hari ini rata-rata kita memiliki smartphone ataupun kemudahan internet yang juga baik saya kira dalam negara kita, sebelum melaksanakan apa juga aktiviti terutamanya aktiviti sebelah petang berkaitan dengan joging dan sebagainya ini, kita minta supaya mereka melihat dulu laporan kaji cuaca yang ada dalam sistem ini, supaya apabila mereka tahu keadaan cuaca itu memang tidak sesuai dan tidak baik untuk melakukan aktiviti luar ini, maka mereka boleh mengelakkan daripada melakukan aktiviti tersebut. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Tanjong Manis? Terima kasih.
Terima kasih rakan saya dan saya terima pandangan Yang Berhormat. Sememangnyalah dan sebaik-baiknya kita melihatlah laporan kaji cuaca. Tuan Yang di-Pertua, sebagai lanjutan pelaburan dari Arab Saudi ke Johor, Sarawak juga memerlukan lebih banyak lagi pelaburan langsung FDI bagi memberangsang pertumbuhan dan pembangunan negeri Sarawak. Sehingga Oktober lepas, sebanyak 12 buah projek yang bernilai RM2.3 bilion telah diluluskan oleh MIDA untuk negeri Sarawak di mana membabitkan jumlah FDI sebanyak RM1.6 bilion manakala pelaburan langsung domestik berjumlah sebanyak RM760 juta. Pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA majoritinya berkaitan dengan pembuatan produk elektrik dan elektronik, solar dan semikonduktor yang bernilai RM1.61 bilion, produk kimia bernilai RM529 juta dan produk logam asas bernilai RM137 juta. Kesemua projek berkenaan dijangka mampu menyedia kira-kira 3,000 peluang pekerjaan kepada anak Sarawak. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan tahniah kepada MIDA. Sarawak masihlah amat lagi memerlukan pelaburan dan bantuan MIDA dan saya amatlah berharap kementerian dapat membantu negeri Sarawak sama seperti di Pengerang, Johor. Baru-baru ini, fenomena air pasang besar yang luar biasa telah berlaku di Tanjong Manis yang telah merosakkan ban-ban perimeter di kawasan sawah padi di Paloh, Kedang, Berangan, Stalon, Sebayang dan di Pulau Bruit. Terdapat banyak lokasi di mana ban ini telah pecah dan sekali gus membolehkan air laut masuk kawasan sawah padi dan merosakkan padi-padi mereka dan tanaman-tanaman yang sedia ada. Terutamanya juga di Kampung Sebako, sekiranya air pasang sekali lagi, saya risau mungkin setengah kampung itu akan hilang. Jadi saya amatlah berharap kementerian melihat dan meneliti isu-isu masalah ban- ban di kawasan luar bandar dan mendalamkan perparitan di Kampung Penipah ke Kampung Tekajong, menaik taraf baik pulih perimeter earth bunds di kawasan sawah padi dari Kampung Penuai ke Kampung Tekajong, naik taraf baik pulih perimeter earth bunds di kawasan pertanian sawah padi di Kampung Paloh dan Kedang, membina baru riverbank protection di Kampung Tepi Laut, Belawai, membina baru riverbank protection sepanjang Batang Paloh berhadapan waf kerajaan di Kampung Paloh, naik taraf mendalam Sungai Semalau berhampiran perkuburan Islam yang hampir tenggelam, Cina dan Iban di Belawai, naik taraf mendalamkan Sungai Stalon, naik taraf mendalamkan Sungai Kut dari muara Kampung Bruit hingga ke Kampung Tekajong, naik taraf perimeter earth bunds di Kawasan Pertanian Stalon, membina baru riverbank protection di Kampung Sedi, membina baru riverbank protection di Kampung Sebako, membina baru riverbank protection untuk kawasan perkuburan Islam di Kampung Tekajong yang memang sentiasa dalam air dan jumlah keseluruhannya sebanyak RM6.7 juta. Jadi saya amatlah memohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk melihat isu-isu ini dengan kadar segera. Saya juga telah berkali-kali memohon untuk membina sambungan jalan sejauh tujuh kilometer di Pulau Bruit dari Kampung Salah Kecil ke Kampung Tekajong yang amat diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung dan diharap ini dapat perhatian dengan
segera yang akan membantu dan menyambung sepuluh kampung di kawasan utara Pulau Bruit supaya mereka dapatlah ke bandar dengan selesa. Buat masa sekarang, terdapat tiga buah klinik desa untuk 13 buah kampung di Pulau Bruit yang amat sedih keadaannya, kekurangan dan tanpa perkhidmatan doktor untuk penduduk Pulau Bruit yang melebihi 10,000 rakyat. Untuk mendapat perkhidmatan doktor, mereka terpaksalah ke Hospital Daro dan perjalanannya amatlah sukar dan jauh dan Pulau Bruit adalah sebesar negara Singapura. Perjalanan mereka iaitu pesakit-pesakit yang uzur dan yang perlu pemeriksaan dan rawatan berjadual dari semasa ke semasa amatlah menyusahkan rakyat. Pada tahun 2014, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Pulau Bruit dan telah meluluskan pembinaan dua buah Klinik 1Malaysia di Pulau Bruit. Setahun kemudian, kelulusan tersebut telah ditarik balik.
Saya sebagai Ahli Parlimen dan amatlah sedih kerana telah menerima kesan negatif akibat pembatalan ini. Saya amatlah berharap Kementerian Kesihatan janganlah abai rakyat di Pulau Bruit yang amat memerlukan kenaikan taraf klinik-klinik desa dan sekurang- kurangnya ditempatkan seorang, dua doktor untuk menjaga 10,000 rakyat. Justifikasinya amatlah berpatutan dan dengan kelengkapan alat perubatan moden dan perubatan- perubatan yang mencukupi. Buat masa sekarang, jalan perhubungan desa sedia ada adalah sangatlah sempit dan terlalu sukar dan terlalu uzur dari Kampung Penuai sampai ke Kampung Tekajong, rumah panjang Sebayang dan Tusok, kawasan perkampungan di Ulu Sari dan Kampung Bukit Kinyau, kawasan perkampungan di Mupong, Selidap dan kawasan Sungai Sian, perkampungan Cina di Sungai Sian. Baru-baru ini, Tahun Baru Cina, kita amatlah sedih apabila melihat perkampungan Cina di Sungai Sian, jalan-jalan mereka terlampau uzur dan tidak diberikan perhatian. Jadi saya berharap sangatlah kerajaan untuk memberi pertimbangan khas terutamanya untuk perkampungan Cina di Sungai Sian. Saya memohon agar peruntukan bajet yang sewajarnya bagi menaik taraf jalan-jalan tersebut diberi pertimbangan khas. Sekolah-sekolah di Tanjong Manis juga perlu diperbaiki kerana kebanyakannya dibina pada tahun 1970-an dan 1980-an menggunakan bahan kayu. Terdapat juga beberapa sekolah asrama baru-baru ini telah dibaik pulih dan dinaik taraf dengan struktur konkrit. Terima kasih banyak-banyak kepada Kementerian Pelajaran yang prihatin kepada sekolah- sekolah di Tanjong Manis. Namun, masih banyak lagi sekolah-sekolah dan asrama, kuarters guru yang berkeadaan sangat-sangat daif dan struktur kayu yang sudah reput dan tunggu masa sahaja untuk runtuh seperti di SK Bruit. Baru-baru ini, sebuah titi kayu yang menghubungkan dua blok kelas di SK Bruit yang berasingan telah runtuh di depan mata saya sendiri semasa menghadiri program di SK Bruit. Beberapa rakyat warga tua dan muda jatuh ke tanah, subhanallah. Jadi saya amatlah berharap ini diberi perhatian khas, SK Bruit kerana pada hari itu, rakyat amatlah marah dan menyatakan YB datang membawa nasib malang kepada mereka. Saya amat sedih dicemuh sedemikian. Sekolah -sekolah pedalaman di kawasan Tanjong Manis yang berada dalam keadaan daif dan perlu diganti struktur konkrit adalah seperti berikut: (i) SK Bruit; (ii) SK Tekajong; (iii) SK Penipah; (iv) SK Salah Kechil; (v) SK Betanak; (vi) SK Penibong; (vii) SK Sebako; (viii) SK Kut; (ix) SK Saai;
(x) SK Mupong; (xi) SK Teluk Gelam; (xii) SK St Andrew di Sarikei; (xiii) SK Jerijeh; (xiv) SK Bakerkong; (xv) SK Tanjung Bundong; dan (xvi) SK Selidap Isu ekonomi nelayan dan petani satu isu yang mustahak untuk saya di Tanjong Manis kerana banyak para nelayan di kawasan saya yang masih dalam keadaan yang sangat mundur dan masih lagi ada ruang untuk pembangunan untuk memanfaatkan mereka. Saya pernah menghantar surat bertulis dan permohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan telah disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak dua tahun lalu untuk menyediakan peruntukan membangunkan sebuah pusat pengagihan pertanian bersepadu dan pusat latihan industri hiliran di Pulau Bruit bagi membantu menaik taraf ekonomi rakyat terutamanya nelayan setempat yang sekarang memasarkan hasil mereka kepada orang tengah dan telah dibeli dengan harga yang amat murah. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia yang telah menghantar 15 orang anggota polis yang telah datang untuk menyiasat kes-kes pengedaran dadah di Pulau Bruit yang berleluasa dan diharap kerjasama ini dapatlah berterusan. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang telah banyak memberi perhatian dan telah menyumbang ke arah pembangunan negeri Sarawak. Semoga Allah SWT merahmati dan memberi kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan untuk mentadbir negera Malaysia. Saya menyokong Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Daulat Tuanku. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, Yang Berhormat Tanjong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang memberi saya menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, ketika kita sedang menikmati kemudahan Parlimen dalam Dewan yang lebih cantik dan berseri ini, banyak peniaga di luar pula melahirkan rungutan mereka terhadap tekanan hidup. Peluang perniagaan yang semakin merosot khususnya mulai awal tahun ini. Banyak yang terasa terkilan dengan keputusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang tergesa-gesa mewartakan Akta Syarikat 2016 bagi pelaksanaan mulai 31 Januari 2017. Ini telah mendatangkan kesulitan terhadap banyak pihak khususnya setiausaha syarikat, pihak akauntan, juruaudit dengan serta pengarah-pengarah syarikat. Berikutan ini, banyak seminar baru dianjurkan dalam dua, tiga bulan ini, menunjukkan satu keadaan yang begitu huru-hara dan khuatir dengan denda berat yang akan dikenakan di bawah Akta Syarikat yang baru. Mengapa pelaksanaan sesuatu Akta Syarikat yang begitu penting perlu dilakukan secara tergesa-gesa? Apabila terdapat sebarang ketidaktentuan terhadap Akta Syarikat, pihak SSM juga tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan. Ini mendatangkan implikasi yang besar terhadap pihak syarikat satu hari nanti. Pada masa yang sama, Lembaga Hasil Dalam Negeri pula memperkenalkan borang-borang EA, borang EC dan format C.P. 8D dengan versi yang baru di mana pihak majikan perlu menyediakan pelbagai maklumat tambahan seperti taraf perkahwinan, bilangan anak yang layak mendapat pelepasan cukai, nombor PERKESO, amaun caruman
PERKESO, jumlah tuntutan caruman oleh pekerja melalui borang PT 1, ganjaran, manfaat ESOS dan manfaat berupa barangan dan sebagainya. Terdapat juga perubahan kertas format laporan audit di mana auditor kini perlu menyemak inventory stock di sesebuah syarikat. Siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri terhadap syarikat-syarikat yang bersaiz lebih kecil, tindakan pemeriksaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi khususnya terhadap firma-firma peguam, klinik-klinik doktor specialist dan sebagainya dan Jabatan Akauntan Negara terhadap serahan wang yang tidak dituntut juga akan menyebabkan pihak peniaga kini menghadapi pelbagai tekanan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu peka dengan sentimen pasaran selepas pelaksanaan GST di mana rezeki perniagaan semakin merosot dengan pengguna-pengguna tidak mampu membelanjakan wang yang berlebihan untuk membeli barangan atau perkhidmatan. Keperluan Bank Negara untuk semua peniaga tempatan menyimpan dalam Ringgit Malaysia, 75 peratus daripada pendapatan mereka yang dijana melalui aktiviti eksport mulai 5 Disember 2016 juga akan meningkatkan lagi risiko untuk pihak peniaga memindahkan dana mereka ke luar negara. Pendekatan ini sememangnya akan meningkatkan lagi kerugian sesebuah syarikat dalam proses pertukaran mata wang dan perlulah dimansuhkan sama sekali. Keadaan ini mendorong lebih banyak peniaga tempatan mendaftarkan syarikat mereka di laur negara. Sebagai contoh yang terdekat di Singapura. Syarikat-syarikat baru akan diberi pengecualian penuh bagi SGD100,000 pertama untuk pendapatan yang boleh dicukaikan secara biasa dan pengecualian selanjutnya 50 peratus untuk pendapatan yang boleh dicukaikan yang berjumlah SGD200,000 yang seterusnya untuk tiga tahun pencukaian yang pertama secara berturut-turut.
Pihak FNM juga menyarankan supaya dasar baru ini dapat dilonggarkan supaya pihak pengeksport dan pengimport dapat menyimpan sekurang-kurangnya 50 peratus pendapatan mereka dalam mata wang asing. Saya berharap pihak Bank Negara dan FNC boleh mengkaji semula pendekatan tersebut supaya negara kita tidak akan kehilangan daya saing kita dan pasaran sedunia yang semakin mencabar ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkhidmatan feri Pulau Pinang. Berkenaan dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk Prasarana Malaysia Berhad mengambil alih perkhidmatan feri di Pulau Pinang. Saya melahirkan rasa kesal kenapa rakyat jelata perlu ditanggung lagi kerugian Penang Port Sdn. Bhd. dalam aspek ini dan terus memberi subsidi kepada perkhidmatan feri tersebut. Perlu diingatkan apabila Penang Port Sdn. Bhd. diswastakan kepada syarikat Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. pada tahun 2014, syarikat tersebut perlulah menanggung kerugian yang dialami oleh Penang Port Sendirian Berhad dalam operasi perkhidmatan feri. Ini merupakan antara obligasi yang perlu dilaksanakan oleh syarikat Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. tersebut untuk menyediakan kemudahan pengangkutan feri untuk rakyat Pulau Pinang khususnya yang berulang-alik pada setiap hari dari Butterworth ke Pulau Pinang di mana syarikat Seaport terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM16 juta pada setiap tahun. Ini merupakan satu syarat yang adil lagi wajar, di mana Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. boleh memberi subsidi silang ke atas perkhidmatan feri melalui keuntungan yang dijana daripada operasi pelabuhan Pulau Pinang secara keseluruhannya. Terdapat tidak sampai tiga tahun selepas diambil alih Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd., Kerajaan Persekutuan perlu tergesa-gesa mengambil alih perkhidmatan feri melalui Prasarana Malaysia Berhad. Sebuah syarikat milikan penuh MoF Incorporated. Apabila keuntungan dijana dan diperoleh oleh Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. kenapa pula rakyat perlu terus ditanggung dengan kerugian tersebut? Adakah ini merupakan satu lagi bail out untuk menguntungkan kroni Barisan Nasional Tan Sri Syed Mokhtar tersebut? Saya ingin bertanyakan status kerja-kerja pengorekan utama yang perlu dilaksanakan oleh syarikat Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. untuk mendalamkan laut daripada 11.5 meter kepada 14.5 meter. Kosnya sebanyak RM353 juta. Kenapa projek tersebut belum mendapat lagi dimulakan sehingga hari ini? Adakah Kerajaan Persekutuan
cuba melewatkan projek ini supaya ianya tidak perlu dilaksanakan oleh syarikat milik Tan Sari Syed Mokhtar tersebut memandangkan tempoh pajakan tanah yang hanya tinggal sembilan tahun dan belum dapat dilanjutkan tempoh pajakan tanah tersebut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Jikalau ini bukan tujuannya, jadi saya hendak minta Kementerian Pengangkutan untuk nyatakan status projek tersebut dan bila agaknya kerja-kerja pengorekan utama dapat dimulakan dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dilema warga British Overseas Citizen di Britain. Saya ingin membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh warga- warga BOC yang dahulunya merupakan warganegara Malaysia yang kini masih menghuni di Britain. Ramai di antara mereka akan menghadapi masalah besar apabila pasport BOC mereka akan luput dalam tahun ini atau tahun yang lepas dengan atmosfera Brexit di Britain. Tambahan pula dengan Perdana Menteri yang baru bagi Britain, Theresa May yang dahulu merupakan Menteri Dalam Negeri. Beliau sekarang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru. Tidak senangnya pemegang-pemegang BOC dapat dibenarkan untuk terus menghuni di Britain. Mereka mungkin akan disingkirkan jikalau keadaan sememangnya terdesak di Britain. Di Britain, pasport-pasport BOC tidak dapat di pegang oleh warga-warga BOC sendiri. Pasport-pasport tersebut telah disimpan dengan pejabat pasport Britain. Pasport- pasport tersebut hanya akan dilepaskan kepada mereka pada waktu jikalau golongan ini ingin meninggalkan Britain untuk terbang balik ke negara asal mereka. Apabila warga-warga BOC ingin balik ke Malaysia, bila mereka pulang ke Malaysia, mereka hanya diberikan tempoh sebulan untuk menghuni di Malaysia dan mereka perlu meninggalkan Malaysia sebelum tempoh itu luput. Mereka boleh meninggalkan Malaysia untuk pergi Thailand, pergi ke Singapura dan kemudiannya balik ke Malaysia tetapi tempoh untuk berada di Malaysia tidak akan melebihi tempoh sebulan. Terdapat satu permohonan yang dikemukakan oleh Encik Chua Chee Siang yang permohonan beliau untuk pass residence telah dikemukakan sejak 23 Januari 2017. Beliau adalah pemohon pass residence. Apabila pemohon menelefon Ibu Pejabat Imigresen pagi ini, beliau pula dipersoalkan kenapa perlunya melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Ini adalah sebab utama mengapa pass residence perlu dipohon walau oleh seorang bekas warganegara Malaysia. Jadi, saya tidak faham kenapa persoalan ini perlu ditimbulkan. Ini kerana adalah dan adakah ini merupakan satu faktor yang penting dalam meluluskan permohonan mereka. Saya berharap pemegang-pemegang BOC di Britain, boleh diberi peluang sekali lagi untuk memulakan hidup mereka di Malaysia. Jikalau mereka sudah kesal dan ingin balik ke negara asal mereka dan sekurang-kurangnya dengan adanya pass residence dikeluarkan, mereka boleh bekerja secara sah dan menjalani kehidupan mereka yang baru Malaysia. Di mana adanya isteri-isteri dan anak-anak mereka yang masih menghuni di Malaysia dan perlunya bagi pemegang-pemegang BOC ini untuk balik ke sini untuk bersama-sama dengan keluarga mereka. Ibu pejabat imigresen juga mewajibkan kesemua salinan dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan pass residence perlu disahkan oleh kedutaan atau suruhanjaya tinggi negara asal. Khususnya bagi BOC, pasport-pasport salinan itu perlu disahkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain sama ada di Kuala Lumpur atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom. Akan tetapi, perkhidmatan ini tidak disediakan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia atau pejabat pasport di Britain. Mereka tidak sudi membekalkan perkhidmatan tersebut. Jadi, saya merasa amalan prosedur yang baru ini yang saya agak mulai diperkenalkan tahun ini adalah tidak wajar dan haruslah dibatalkan. Sebarang dokumen jikalau boleh dikemukakan dengan adanya salinan asal dan dapat disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau wakil rakyat haruslah diterima oleh pihak imigresen. Saya ingin menyentuh aspek pengurusan strata. Di mana ini, sejak pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 memang kita mendapati ada banyak kes yang kini telah difailkan dengan tribunal pengurusan strata. Akan tetapi, banyak kes lagi sehingga hari ini masih tertunggak dan belum dapat diselesaikan seperti kes tribunal pengurusan strata untuk wilayah utara yang pejabatnya di Kepala Batas. Untuk tahun lepas, terdapat 320 kes yang telah difailkan dengan tribunal tetapi sampai hari ini kurang daripada 100 kes yang dapat diselesaikan.
Jadi, saya ingin meminta supaya tribunal ini dapat mempercepatkan kadar mereka untuk menyelesaikan kes-kes tersebut dan supaya tribunal ini dapat membantu pihak-pihak pemilik yang sememangnya menghadapi masalah. Saya mendapati ada di antara Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang tidak efisien di mana, tiada sebarang kes pendakwaan dimulakan, tidak kes siasatan dibuka atau tiada waran penahanan yang dapat dikeluarkan sehingga hari ini. Ini merupakan sesuatu yang penting. Memang ada banyak kes kita rujuk kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan seperti di Pulau Pinang kita rujuk kepada MBPP tetapi COB langsung tidak pernah membuka kertas siasatan dan tiada sebarang pendakwaan dapat dijalankan terhadap pihak yang jelas bersalah dalam kelakuan mereka.
Terdapat kes-kes di mana ada penyelewengan wang, ada unsur rasuah tapi tiada sebarang tindakan pendakwaan atau siasatan dilakukan. Ini merupakan satu masalah yang besar di mana akhirnya COB akan dilihat sebagai pesuruhjaya bangunan yang tidak bertaring. Sampai hari ini walaupun ada dengan akta baru ini, kita ada waran penahanan boleh dikeluarkan kepada JMB atau MC tetapi kita berasa terkilan apabila diberitahu belum ada sebarang waran penahanan dapat dikeluarkan kerana COB sendiri tidak begitu fasih dengan cara, dengan prosedur macam mana sesuatu waran penahanan dapat dikeluarkan. Saya berharap perkara ini dapat diberi perhatian yang serius oleh pihak KPKT dan suatu tindakan dan usaha yang komprehensif dapat dilakukan untuk melatih pegawai- pegawai COB supaya mereka tahu macam mana memulakan suatu siasatan terhadap salah laku yang didapati yang telah diadukan kepada pihak COB. Kerana ini melibatkan satu latihan yang profesional. Kita kena mereka perlu dilatih,macam mana mereka boleh menangani bahan bukti, macam mana keterangan dapat diambil secara profesional supaya kes-kes ini dapat difailkan dengan adanya prima facie dengan bukti-bukti yang cukup. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu adalah berkenaan dengan kamera dron yang sekarang dron ini merupakan sesuatu peralatan yang semakin popular di kalangan pemuda pemudi. Dron selalu digunakan untuk menangkap gambar atau mengambil video, tetapi di bawah Akta Penerbangan Awam kita, dron ini tidak dibenarkan untuk digunakan di mana-mana tempat. Ini merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam. Dron adalah sesuatu yang menjadi satu trend, satu produk yang trendy. Jikalau kita nak larang sama sekali, ia tidak akan berlaku. Jadi lebih baik pihak kerajaan dapat menggariskan satu zon di mana zon-zon yang tidak boleh ada dron diterbangkan supaya kawasan-kawasan lain yang tidak terletak dalam zon tersebut, dron itu boleh diterbangkan untuk memenuhi hobi golongan-golongan yang tertentu. Saya berharap satu kajian yang terperinci dan komprehensif dapat dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam untuk mengatasi masalah tersebut. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih ke atas peluang yang diberikan dan ini sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Samarahan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas pada hari ini. Pertamanya saya ingin nak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima Belas. Mengamati Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan kedaulatan negara, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta tadbir urus yang mantap dan berkesan, saya terpanggil untuk sama-sama menyentuh isu berkenaan dalam perbahasan saya pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, harapan masa hadapan Malaysia diperbaharui dengan Pelan Hala Tuju Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50 yang mana menggariskan pelan transformasi menyeluruh meliputi tujuh bidang fokus yang perlu diberi tumpuan bagi pengisian visi TN50 untuk didokumentasikan. Pendekatan yang diperkenalkan berpaksikan akar umbi ataupun bottom-up menerusi sesi jelajah dialog TN50 kendalian Kementerian Belia
dan Sukan harus dipuji dan diberi penghargaan. Saya percaya dengan penglibatan generasi muda, aspirasi TN50 mampu didukung dengan lebih inclusive lagi. Tuan Yang di-Pertua, besar harapan saya agar sesi dialog dan dokumentasi visi serta aspirasi belia di negara ini meliputi segenap latar belakang belia. Justeru itu, apakah medium yang telah dirangka oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan sesi jelajah sepanjang 2017, turut melibatkan belia daripada pelbagai latar belakang? Setakat ini, kita melihat dialog-dialog ini diadakan di universiti awam. Namun kita juga semestinya ingin melihat ianya turut sama dibincangkan di kedai-kedai kopi agar penyertaan belia yang tidak berpeluang berada dalam kelompok mahasiswa turut didengar dan diberi perhatian yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan sejauh mana siri jelajah TN50 ini mampu menjadi serampang dua mata dalam usaha memantapkan penyertaan belia Malaysia menerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia agar kesejahteraan hidup belia dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Saya berharap agar aspirasi dan visi belia luar bandar dan bandar dipandang setara bagi memastikan keseimbangan pembangunan dapat dicapai menjelang 2050 nanti. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu antarabangsa yang melibatkan hubungan diplomatik negara kita yang tercinta dengan negara luar. Kita menyambut baik kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia. Saya percaya dengan empat manfaat utama yang kita perolehi iaitu penambahan biasiswa sehingga tiga kali ganda untuk melanjutkan pelajaran, penambahan kuota haji dan dua pusat jemaah haji di Mekah dan Madinah. Berita gembira ini iaitu berkaitan dengan peningkatan kuota haji 2017 kepada 30,000 telah mendapat sambutan yang amat baik daripada semua pihak. Tahniah, terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dapat mengusahakan peningkatan kuota jemaah haji pada tahun ini. Besarlah harapan kita rakyat di Sarawak agar kuota haji bagi Kerajaan Negeri Sarawak juga ditambah kali ini. Selain peningkatan jumlah perdagangan, komitmen pelaburan akan mewujudkan banyak peluang kepada rakyat seperti peluang pekerjaan di samping pembangunan di dalam industri sokongan. Bukanlah bermakna kita menjual negara kita kepada negara luar, namun kita sentiasa berlapang dada dengan kepercayaan negara asing untuk terus datang melabur dan percaya dengan kestabilan dan potensi ekonomi negara kita. Saya percaya jika tiada keyakinan terhadap dasar pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tentulah mustahil untuk kita peroleh kepercayaan yang sedemikian rupa. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada barisan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita percaya kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan program penyeragaman harga sejak 2009 yang bertujuan menyeragamkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak, gas memasak LPG dan diesel dan RON95 supaya harga barangan tersebut dapat dijual pada harga kawalan kepada pengguna. Difahamkan kerajaan telah membelanjakan hampir RM300 juta pada tahun 2016 bagi memastikan pelarasan harga itu dapat dilakukan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Hal ini jelas membuktikan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan harga beberapa barangan yang ditetapkan oleh kementerian di Sabah dan Sarawak, sama seperti Semenanjung.
Namun begitu apakah strategi penambahbaikan agar program ini terus relevan dalam konteks hari ini. Sejauh manakah ketirisan dalam melaksanakan program community drumming ini diselesaikan. Mohon pencerahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membangkit isu pelaksanaan program 1Malaysia 1Harga yang dimulakan Februari 2013 di bawah inisiatif National Blue Ocean Strategy. Program ini juga inisiatif kerajaan bagi menyeragamkan harga Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang melibatkan barang bersubsidi GMT termasuk barang keluaran Suruhanjaya
Koperasi Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan iaitu barang Coop1Malaysia dan FAMA dan KR1M di seluruh negara. Namun begitu, saya mohon penjelasan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak kementerian dalam menjayakan program 1Malaysia 1Harga khususnya pelaksanaan di negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh sedikit berkaitan pembangunan luar bandar khususnya di Sarawak. Saya difahamkan, dan mendapat maklumat projek elektrik luar bandar RES di Sarawak dijadualkan tamat pada 2016. Untuk tahun 2017 tidak ada peruntukan atau bajet baru untuk projek baru RES untuk Kerajaan Negeri Sarawak. Pada 2017, hanya terdapat on going ataupun projek yang diteruskan daripada kelulusan yang lepas. Namun begitu, pihak kementerian perlu maklum dengan pertambahan kawasan penempatan dan juga pertambahan penduduk di negeri Sarawak. Keperluan untuk RES ini masih diperlukan dan kita merasakan banyak lagi permohonan bekalan elektrik luar bandar yang tertinggal. Permohonan baru dimohon yang perlu peruntukan segera bagi menambah keselesaan penduduk ataupun rakyat di negeri Sarawak khususnya di luar bandar. Oleh itu, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri atau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melihat, menilai malah saya dimaklumkan oleh pihak kementerian negeri Sarawak bahawa cadangan, proposal untuk projek-projek baru RES telah dicadangkan memandangkan banyak lagi permohonan-permohonan yang telah dimohon tetapi belum mendapat pertimbangan. Jadi, kita mohon kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melihat perkara ini dan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Di Parlimen saya agak kritikal di mana kampung di dalam bandar seperti kampung baru dan juga Rumah Panjang Raeh tidak mempunyai bekalan elektrik. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan bekalan air luar bandar. Saya ingin hendak bertanya dengan pihak kementerian apakah status pelaksanaan projek bekalan air luar bandar Asajaya (fasa 2). Saya dimaklumkan projek ini diluluskan untuk RMKe-11 tetapi sampai setakat ini kita belum mendapat feedback ataupun makluman lanjut daripada pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hendaklah memberi perhatian sewajarnya dalam usaha kerajaan Sarawak memperkasakan kempen luar bandar Sarawak iaitu Go Rural dari segi penambahbaikan untuk pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu jalan raya di Sarawak. Besar harapan saya dan juga, besar harapan rakyat Sarawak agar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga dapat melihat dan mengkaji pembinaan jalan-jalan baru luar bandar pesisir pantai seluruh Sarawak. Kalau di kawasan saya Samarahan, Untu Jelah, Asajaya, Sadong Jaya amat perlukan. Jalan-jalan ini amat penting sekali bagi menghubungkan kampung- kampung di pinggir laut, di pinggir pantai agar segala keperluan mahupun segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat sekitar masalah pesisir pantai dapat ditangani dengan sebaik yang mungkin. Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat yang acap kali melanda Kota Samarahan melibatkan kawasan deretan kedai tidak jauh dari UNIMAS dan Taman Samar Indah serta kampung-kampung sekitar Kota Samarahan. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam usaha membantu menyelesaikan isu banjir kilat ini melalui pelbagai projek tebatan banjir di Kota Samarahan. Namun begitu, besar harapan kita kepada pihak kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tebatan banjir yang terlibat seperti pembesaran culvert di Uni Garden. Begitu juga perparitan di SK Jalan Muara Tuang. Samarahan merupakan tempat yang menjadi kebanggaan rakyat untuk didiami dan menuntut ilmu dengan adanya dua universiti iaitu UNIMAS dan UiTM, kampus kolej latihan guru dan sebuah sekolah teknikal vokasional. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu keselamatan dan ketenteraman awam. Saya ingin juga bertanya berkaitan status pembinaan balai polis Asajaya. Selain daripada itu, penduduk Samarahan juga menghadapi kesukaran berlakunya kebakaran. Balai bomba terdekat di Asajayamengambil masa 45 minit ke satu jam ke Asajaya. Justeru itu, saya mohon jawapan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, apakah
status pembinaan balai bomba di Samarahan yang sebelum ini diuar-uarkan dilaksanakan pada tahun 2017. Mohon penjelasan KDN dan KPKT berhubung dengan isu ini. Saya mewakili suara rakyat Kota Samarahan berharap agar perihal keselamatan ini diambil serius dan sewajarnya. Kami akui kerajaan telah menggariskan pelbagai skim bantuan dan program pemantapan ekonomi luar bandar. Misalnya, program MobilePreneur@KKLW iaitu usahawan bergerak yang menyasarkan penglibatan belia berusia 18 tahun hingga 40 tahun. Sejauh manakah sambutan dan apakah program galakkan diberikan kepada belia luar bandar khususnya di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar transformasi pertanian secara komersial perlu diberi penekanan. Difahamkan FELCRA berhasrat untuk membuka tanah-tanah pertanian berskala besar dan menyelaras aktiviti pertanian. Justeru itu, apakah kata sepakat yang telah dicapai dalam usaha memaksimumkan potensi tanah hak milik adat peribumi NCR bagi program pengeluaran makanan dan pembangunan industri makanan halal di Sarawak. Mohon penjelasan. Dari sudut pembangunan kesihatan, kita juga memohon kepada kementerian untuk menilai permohonan ataupun pertimbangan hospital UNIMAS memandangkan UNIMAS adalah satu-satunya universiti yang mempunyai fakulti perubatan sudah lebih 20 tahun tidak memiliki hospital sendiri. Ini sebab hospital ini bukan sahaja penting untuk peningkatan pendidikan di UNIMAS tetapi juga boleh membantu meredakan semangat ataupun isu dan masalah dari sudut kesihatan di Kota Samarahan. Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap kiranya kalau tidak menyentuh isu berkaitan wanita. Wanita tiang negara, wanita harapan bangsa. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan merancang penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja ditingkatkan daripada 53.6 peratus pada 2016 kepada 59 peratus menjelang 2020. Difahamkan bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam, keprihatinan khusus diberi kepada wanita dalam aspek pembangunan dengan menggariskan strategi-strategi penting bagi meningkatkan status golongan wanita.
Tuan Yang di-Pertua, Program Wanita Kembali Ke Pasaran Kerja atau Program Career Comeback di Malaysia telah mendapat perhatian dan pujian dari seluruh delegasi di Persidangan Wanita Sedunia Warsaw, Poland pada Jun 2016. Program ini dirangka bagi membolehkan mereka yang telah meninggalkan kerja masing-masing atas pelbagai sebab misalnya melaksanakan tanggungjawab reproduction untuk melahirkan anak, menjaga ibu bapa dan orang kesayangan yang uzur kembali ke pasaran buruh. Mula dilancarkan sejak 2014. Mohon penjelasan kejayaan Program Career Comeback ini dan sejauh mana ia memberi impak kepada pasaran kerja wanita sejak ia dilancarkan? Tuan Yang di-Pertua, kita seharusnya apabila Malaysia telah mendapat pujian daripada President Global Summit of Women, Irene Natividad. Beliau turut menyeru supaya negara-negara lain mencontohi usaha Malaysia agar wanita terus kekal produktif dalam pasaran buruh yang menjadi salah satu perjuangan utama kaum wanita dalam mencapai kesaksamaan gender. Ini merupakan pengiktirafan yang perlu kita banggakan. Usaha dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh melalui usaha memperbaiki sistem penjagaan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak dan waktu kerja anjal juga membolehkan penambahan bilangan wanita dalam pasaran buruh. Tidak terhad hanya kepada wanita dalam pasaran buruh, peruntukan untuk pelaksanaan program kemahiran dan keusahawanan wanita turut mendapat perhatian sewajarnya. Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita turut diberikan menerusi Bajet 2017. Justeru itu, mohon penjelasan kerjasama kementerian bersama GLC dan syarikat swasta agar inisiatif yang digariskan mampu dijayakan sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengambil kesempatan di sini mewakili penduduk Parlimen Kota Samarahan dan Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Amar Jamilah Haji Anu atas kembali ke rahmatullah mantan Ketua Menteri yang kita cintai, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem. Sesungguhnya pemergian Allahyarham Datuk Adenan merupakan satu kehilangan besar bagi Kerajaan Negeri Sarawak. Seiring dengan itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada Sarawak terutamanya di Kota Samarahan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan saya menjunjung Titah Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong agar kita saling bekerjasama mengharungi cabaran dan dugaan yang melanda. Kita seharusnya bersatu hati memelihara kemakmuran, keamanan dan sentiasa berganding bahu memacu negara ke arah kegemilangan. Tuan Yang di-Pertua, Kota Samarahan mohon menyokong, terima kasih.
Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada malam ini. Mengikut adat setiap tahun ucapan Yang di-Pertuan Agong akan menggariskan dasar-dasar kerajaan dan perundangan yang akan dicadangkan untuk sesi Parlimen yang baru ini. Daripada ucapan Yang di-Pertuan Agong, kami mendapat tahu hasrat kerajaan untuk membesarkan saiz ekonomi negara kita untuk menjadikan Malaysia antara 20 buah negara ekonomi utama di dunia. Secara peribadi, saya menyokong impian besar ini tetapi persoalannya adalah di mana kita berada sekarang dalam dunia? Adakah kita sudah hampir hendak mencapai impian ini? Berapa lama lagi kita perlu menunggu sebelum kita sampai ke sana? Untuk saya Tuan Yang di-Pertua, negara kita harus mempunyai rancangan jangka panjang untuk menetapkan dengan izin, to chart the course for our nation, hala tuju negara kita dalam negara kita. Negara kita mempunyai rancangan-rancangan lima tahun, 10 tahun dan juga rancangan 30 tahun seperti TN50. Ramai di antara kita mungkin saya percaya tidak akan berada di sinilah dalam masa 30 tahun, kita tidak tahu sama ada TN50 akan berjaya atau tidak tetapi sekarang TN50 hanya sekadar satu kenyataan misi. It is a mission statement dengan izin bukan satu dasar muktamad seperti Rancangan Malaysia lima tahun yang kita ada di Malaysia. Sekiranya kita ingin mengambil TN50 dengan serius, kita perlu mengambil berat dan melihat, mengkaji semula di mana negara kita berada hari ini. Kita mesti memerlukan satu penelitian yang terperinci, we must take a hard look at where we are today Tuan Yang di- Pertua. Pada 30 tahun yang lalu Wawasan 2020 telah pun diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. A fully developed nation menjelang 2020. Untuk merealisasikan sebuah negara yang bersatu padu, demokratik, liberal dan bertolak ansur dengan membangunkan bangsa Malaysia. Saya ingin tahu apakah perbezaan di antara TN50 dan Wawasan 2020? Adakah kita sudah berjaya dalam merealisasikan Wawasan 2020? Jika tidak, mengapa tidak? Tidak pernah kita mendengar kerajaan dengan ikhlas mengakui kegagalannya atau mengakui masalah negara kita seolah-olah selalunya everything is rosy. Kita tidak dengar mengenai pengangguran ataupun rasa menyesal kerajaan bahawa 6,000 pensyarah telah pun diberhentikan kerana kekangan wang walaupun saya tahu jumlah pensyarah ini saya dengar kerajaan memberi penjelasan bahawa bukan 6,000 tetapi 2,000 tetapi itu masih jumlah yang besar. Kita hanya mendengar cerita-cerita enak mengenai apa yang ingin dibuat oleh kerajaan. Kerajaan kita seolah-olah dalam keadaan self-denial ataupun penafian diri, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, di negara-negara Barat adalah agak kerap sama ada di Kongres Amerika Syarikat ataupun di House of Parliament UK untuk menjemput tetamu- tetamu kehormat untuk berucap di Parlimen mereka. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan kita serius terhadap TN50 mungkin kerajaan kita boleh mengadakan satu persidangan khas di Parlimen untuk menjemput Tun Dr. Mahathir dalam Dewan yang mulia ini. Beliau adalah Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat. Beliau adalah pengarang, the author of Wawasan 2020. Mari kita menjemput beliau dan mendengar pandangannya sama ada cita-cita untuk Wawasan 2020 telah pun dicapai dalam 30 tahun negara kita diterajui mengikut agenda Wawasan 2020.
Saya ingat ramai di antara kita ini hendak tahu tetapi mungkin kerajaan tidak akan membenarkan. Akan tetapi sekiranya kerajaan tidak membenarkan, saya menganggap bahawa TN50 ini tidak serius dan hanyalah satu pertunjukan kosong Perdana Menteri untuk hiburan sahaja. Yang di-Pertuan Agong juga menyentuh mengenai usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutamanya B40 iaitu kumpulan yang paling susah dalam negara kita.
Yang Berhormat Alor Setar, sikit boleh?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Alor Setar tentang perbandingan mengenai Wawasan 2020 dan TN50. Apa pandangan Yang Berhormat Alor Setar apabila mendengar ucapan ataupun jawapan daripada Perdana Menteri baru-baru ini yang menyatakan bahawa TN50 ini belum ada lagi satu gagasan yang jelas cumanya perlukan feedback daripada rakyat. Adakah ini satu perkara yang serius oleh kerajaan atau ia sekadar satu slogan dan kemudiannya rakyat diminta untuk memberikan pandangan, justeru kerajaan ini tidak ada apa-apa panduan yang hendak diberikan kepada rakyat. Pohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Menurut Perdana Menteri beberapa hari lalu, beliau mengatakan TN50 ini cirinya berlainan. Maksudnya, it is from bottom up, not up to the bottom dan rakyat akan mengambil bahagian dalam merangka dasar-dasar negara. Isu ini kalau kita lihat Perdana Menteri pun sebelum ini pernah membangkitkan bahawa dia mengatakan dalam tahun 2009, era of the days when the government knows best is gone. Ini bermaksud bahawa kerajaan harus menghormati kehendak rakyat, menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya. Akan tetapi saya akan bagi satu contoh kepada Yang Berhormat Bukit Katil. Di Kedah, Menteri Besar langsung tidak menghormati pilihan rakyat. Kenapa saya sebut begitu? Sebab dalam semasa satu majlis Chinese New Year, beliau di satu open house telah pun membuat satu kenyataan di mana beliau kata dalam pilihan raya yang akan datang, Barisan Nasional akan merampas balik lima kerusi Parlimen di Kedah dengan alasan bahawa pengundi-pengundi dalam kawasan ini telah banyak rugi kerana dana pembangunan daripada peruntukan Persekutuan tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan ini. 150 juta mengikut Menteri Besar Kedah. Ini untuk saya, tidak menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya. Duit ini adalah sebenarnya duit rakyat, bukan duit UMNO tetapi inilah yang berlaku. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin— sebab masa tidak mengizinkan, sebab itu saya ingin go one step forward untuk saya beritahu apa yang Menteri Besar Kedah katakan itu adalah jelas tidak boleh diterima, unacceptable. Oleh sebab itu merupakan satu ugutan politik, bukan sahaja kepada pengundi tetapi kepada pengundi pembangkang dan bukan sahaja kepada pengundi pembangkang tetapi juga kepada pengundi yang mengundi Barisan Nasional bahawa tidak akan ada pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Apa yang membuat ugutan ini lebih teruk adalah bahawa dia telah pun menyesatkan orang ramai mengenai fakta yang sebenarnya apabila mengeluarkan ugutan beliau bahawa pengundi akan rugi sebab tidak ada dana pembangunan. Ini kerana saya telah bertanya dalam sesi Parlimen lepas dan saya telah mendapat jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa yang sebenarnya RM23 juta daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri untuk kawasan saya telah pun diperuntukkan daripada tahun 2013 sehingga 2016. Apabila saya mencabar Menteri Besar mengenai perkara ini, beliau berkata bahawa peruntukan ini hanya adalah untuk Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional. Menurutnya, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang harus pergi mencari dana mereka sendiri untuk membangunkan kawasan mereka sendiri. Dana Persekutuan untuk membangunkan pembangunan adalah wang pembayar cukai rakyat dan kerajaan mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menggunakan dana tersebut untuk membangunkan semua kawasan, tidak kira sama ada kerusi-kerusi tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional ataupun pembangkang. Jika tidak, melihat kepada pandangan Menteri Besar, sejak dana Persekutuan tidak digunakan untuk membangunkan kawasan
pembangkang, maka pengundi di kawasan-kawasan pembangkang tidak perlulah membayar cukai kalau ikut logik Menteri Besar. [Tepuk] Setiap tahun, banyak dana diluluskan oleh Parlimen bagi peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri. Ini termasuk projek-projek khas Perdana Menteri dan projek-projek khas untuk kawasan. Projek-projek ini dan peruntukan yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan di setiap negeri melalui ICU seperti projek-projek PIA iaitu projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Projek Infrastruktur Asas. Mengikut Laporan ICU, dalam tahun 2015 sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk membuat projek- projek kecil penyelenggaraan pagar, pokok, pondok, bangunan, mengecat, kerja jalan, penyelenggaraan tandas dan sebagainya untuk sekolah dan surau dan ini bukan sahaja peruntukan seperti yang saya sebutkan tadi. Projek Mesra Rakyat dalam tahun 2015 sebanyak RM670 juta diperuntukkan dan dalam bajet lalu, RM800 juta diperuntukkan untuk Projek Mesra Rakyat. Saya difahamkan bahawa setiap kawasan Parlimen untuk Peruntukan Khas Perdana Menteri diberi sebanyak RM5 juta dan jumlah ini setahun telah pun dinaikkan sehingga RM7 juta. Kalau itu betul, we are looking at billions of ringgit setahun digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan yang kita tidak tahu sama ada wang ini digunakan dengan betul atau tidak. Walaupun peruntukan Ahli Parlimen untuk kerusi pembangkang dirampas, dalam erti kata bahawa peruntukan ini tidak diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan disalurkan melalui Penyelaras BN dan mengikut pengetahuan saya yang biasanya diselaraskan oleh Ketua Bahagian UMNO kawasan. Kerajaan masih bertanggungjawab kepada pembayar cukai atas bagaimana dana pembangunan kawasan mereka telah pun digunakan. Jika peruntukan untuk kawasan mereka telah dibelanjakan dengan betul dan sama ada peruntukan dan penggunaan dana ini menyasarkan keperluan pembangunan masyarakat tertentu di kawasan-kawasan berkenaan. Kita tidak mahu wang pembayar cukai ini disalah gunakan oleh ahli-ahli politik untuk membeli sokongan politik ataupun untuk memperkayakan diri mereka atau kroni-kroni mereka. Pada masa ini, kita tidak ada undang-undang untuk mengawal selia bagaimana dana ini harus digunakan. Itulah sebabnya saya telah memasukkan suatu usul untuk memperkenalkan satu Rang Undang-undang Ahli Persendirian pada 3 Mac untuk mengawal selia penggunaan dana pembangunan kawasan secara adil dan telus dan bertanggungjawab yang dikenali sebagai Rang Undang-undang Dana Pembangunan Kawasan. [Tepuk] Dengan adanya akta yang dicadangkan, saya percaya dana pembangunan kawasan boleh secara adil berkesan digunakan untuk memenangi kemiskinan di luar bandar, masalah infrastruktur tempatan dan keperluan khusus pengundi di setiap kawasan. Rang undang-undang saya mencadangkan mempunyai ciri-ciri utama seperti berikut: (i) dana pembangunan kawasan hendaklah diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan di setiap negeri; (ii) semua projek yang dilaksanakan di bawah akta cadangan ini hendaklah untuk kebajikan masyarakat sahaja, community based dan dana pembangunan tidak boleh digunakan untuk tujuan menyokong parti-parti politik ataupun aktiviti politik; (iii) satu jawatan kawasan rasmi akan diwujudkan dalam akta yang dicadangkan. Di setiap kawasan Parlimen yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen untuk mempertimbangkan semua projek di kawasan itu. Beliau akan dibantu oleh pegawai daerah kawasan dan seorang pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri; (iv) jawatankuasa kawasan tersebut akan termasuk perwakilan wanita, belia, orang yang tidak upaya dan NGO yang aktif untuk memastikan bahawa keperluan pembangunan daripada pelbagai lapisan masyarakat di suatu kawasan Parlimen dapat dihalusi; (v) untuk memastikan penggunaan dana itu dengan lebih telus dan bertanggungjawab, forum awam akan diadakan dua kali setahun untuk menerima maklum balas dan cadangan orang ramai mengenai pelaksanaan dan pembangunan; dan
(vi) paling penting saya mencadangkan di bawah akta ini, satu jawatankuasa pilihan dengan perwakilan semua parti politik di Parlimen yang melaporkan kepada Parlimen akan ditubuhkan untuk menyelia pelaksanaan dana, mengkaji semula dasar rangka kerja dan mencadangkan pindaan kepada akta. Jaminan-jaminan lain di bawah akta yang dicadangkan adalah untuk memastikan akauntabiliti dan juga ada peruntukan, yang mana dana ini harus diaudit dan dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dan Menteri yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan dana ini perlu membuat laporan kepada jawatankuasa pilihan mengenai pelaksanaan dana tersebut. Saya berharap kerajaan akan memberi pertimbangan serius untuk membenarkan usul saya membentangkan rang undang-undang ini yang mana saya percaya is non-partisan, tidak berpihak kepada mana-mana dan jika digubal untuk menjadi undang-undang, ia akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan rakyat bahawa peruntukan kawasan pilihan raya digunakan secara adil, bertanggungjawab dan telus. Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak isu lagi tetapi isu yang penting kepada saya adalah dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong, beliau telah pun sentuh mengenai usaha government atau kerajaan untuk meringankan beban rakyat B40.
Dalam hal ini, kerajaan harus mengkaji semula sama ada subsidi-subsidi yang diperkenalkan oleh kerajaan berjaya atau masih menjana pendapatan tambahan untuk kumpulan-kumpulan sasaran seperti B40. Sebagai contoh, ramai pesawah padi di Kedah dan di seluruh Malaysia berada dalam kumpulan B40. Menteri Pertanian tidak pernah menjelaskan dalam sesi Parlimen terakhir walaupun saya dan ramai lagi Ahli-ahli Parlimen telah pun membangkitkan kenapa pemotongan yang begitu besar dibuat dalam bajet tahun lalu dalam sektor pertanian, yang paling rendah sejak tahun 2013. Pada masa yang sama, kos pengeluaran pesawah padi terus meningkat untuk pesawah-pesawah padi. Di Malaysia ada 300,000 pesawah padi di Malaysia. Dengan anggaran saya membaca 80,000 di Kedah, ada rekod yang lain kata yang lain, purata saiz plot, dan ini saya mengkaji dengan sendiri, dengan bantuan pesawah-pesawah padi iaitu satu saiz plot satu bendang yang kecil adalah sekadar satu sehingga 1.5 hektar. Saya tidak ada masa untuk masuk kepada butiran itu. Hasil yang kita tahu adalah daripada pendapatan bulanan untuk satu hektar ialah hanya RM600 sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Ini sangat mengejutkan dan jauh lebih rendah daripada purata pendapatan negara yang kita ada sekarang ini. Kalau mengikut census kerajaan, the average national income per month in Malaysia of a household adalah RM6,141 dan perbelanjaan isi rumah di Kedah adalah RM2,791. Ini bermaksud pendapatan yang pesawah padi dapat tiap-tiap bulan ini memang tak cukup untuk hidup pun. Tetapi pada masa yang sama, BERNAS kita tahu dimiliki oleh seorang peniaga besar diberikan manfaat yang luar biasa oleh kerajaan, monopoli untuk mengimport beras, sedangkan harga beras import sedang meningkat. Pengecualian beratus-ratus juta setahun daripada membayar cukai import ke atas beras. Manakala negara-negara seperti Jepun, Korea, saya selalu dan pernah membangkitkan isu ini, mengenakan cukai import yang sangat tinggi atas beras import untuk melindungi industri beras tempatan. Beras BERNAS tidak perlu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain di Malaysia sebab mereka ada monopoli. Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa BERNAS sekarang pun sudah melobi untuk melanjutkan perjanjian konsesi mereka yang akan tamat dalam tahun 2021. Adakah ini benar? Bukankah lebih baik untuk kita menamatkan monopoli BERNAS mengimport beras dan memberikan AP kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk mereka mendapat sikit untung pendapatan bagi pihak kepentingan petani. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, sebab saya tidak ada masa lagi. Apa yang saya hendak sebut di sini, apabila BERNAS ditubuhkan dalam tahun 1994 untuk mengambil alih fungsi LPN, pada masa itu di dalam LPN, pesawah-pesawah padi dan interested parties mempunyai 45 peratus dalam saham BERNAS. Sekarang mereka tidak ada lagi suara. Adalah sekarang memanglah masanya kita menamatkan monopoli BERNAS dan menubuhkan balik semula LPN demi kepentingan negara, demi kepentingan pesawah padi, pengilang dan juga pengguna di dalam negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Sipitang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan sebagai tanda terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua memberikan peluang untuk saya sama-sama menyertai perbahasan atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Istiadat Pembukaan Pertama Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas pada 6 Mac yang lalu. Sipitang menyanjung tinggi, mengagumi dan mentaati inti sari Titah Diraja yang dirangka rapi, disusun kemas demi untuk memenuhi aspirasi rakyat di serata pelosok tanah air yang berpayung di bawah naungan Seri Paduka Baginda. Tahun ini berpesta gata, Acara utama bergasing pangkah, Syabas dibuat pemimpin kita, Bijak mengatur setiap langkah. Tuan Yang di-Pertua, titah sulung Seri Paduka di hadapan kita semua di Dewan yang mulia ini menyuluh terang perjalanan Malaysia memancar khabar gembira, mengubat segala duka apabila menegaskan komitmen kerajaan untuk terus berusaha dengan gigih mengambil langkah-langkah konkrit meningkatkan lagi saiz ekonomi daripada 1.3 trilion kepada dua trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang. Ini satu komitmen, bukan omong-omong kosong dan mengelirukan kata-kata. Seperti mana baru pun bermulanya untuk melancarkan TN50 mendapat feedback, sudah seolah-olah TN50 ini tidak dipakai sedangkan ini adalah usaha mendapat feedback daripada rakyat untuk melihat 50 tahun akan datang. Sudah barang pasti pendekatan itu untuk suatu jangka masa panjang mampu menjadikan Malaysia di antara 20 negara ekonomi utama dunia. Apalagi ditambah pula dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai Wawasan 2020 khususnya sasaran bajet berimbang, insya-Allah. Dengan dimensi pembangunan dan landskap politik negara yang mengukur ini, rakyat dapat mencongak kemajuan lebih meyakinkan untuk masa depan. Apa tidaknya, kita sudah melewati dasawarsa penuh cabaran dalam fasa-fasa peralihan pembangunan asal daripada sebuah negara pertanian mengeksport komoditi getah dan kelapa sawit kini beranjak menjadi negara perindustrian berteknologi moden. Proses urbanisasi dan industrialisasi ini meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara membangun yang lain. Keranamu Malaysia, rakyat gembira hidup sejahtera. Kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak khususnya kerana menerajui gagasan transformasi yang melebarkan dalam semua lapangan ekonomi sehingga rakyat dapat mengharungi laluan dengan lancar biarpun dalam waktu yang sukar dan penuh dengan cabaran. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan sanjungan kasih rakyat sekalian di atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong menyentuh sebahagian daripada apa yang telah dinyatakan dalam ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang menyentuh soal Transformasi Nasional yang sangat popular pada masa ini. Di antara lain memberikan penekanan terhadap pentingnya pembangunan modal insan bagi Malaysia mencipta kemajuan dan kejayaan dalam menghilirkan perjuangan menjelang wawasan 2050 nanti iaitu sekitar 33 tahun dari sekarang atau lebih tepat, 30 tahun selepas menjangkaui Wawasan 2020. Turut disentuh Titah Diraja yang menggesa semua pihak supaya dapat melindungi alam semula jadi dan tidak memusnahkan ekologi. Diinspirasikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib, TN50 merupakan hala tuju anjakan pembangunan negara yang menggunakan pendekatan daripada akar umbi kepada kepimpinan ataupun bottom up, dengan izin, mengajak seluruh
rakyat terutama sekali generasi muda sama-sama menyumbang idea dan pendapat untuk menentukan rupa bentuk masa depan negara pada tahun 2050.
Kita di Sabah turut tidak ketinggalan menyahut usaha itu dengan mengadakan dialog 24 Februari lepas yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah serta dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan. Dalam dialog tersebut, pendekatan Sabah secara umum yang mengutamakan dan memperkasa empat teras yang diberi penekanan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam bidang pelancongan, pertanian, pembuatan, perindustrian dan pembangunan sumber manusia bagi menzahirkan Sabah significant seiring maju dengan negeri-negeri lain. Secara realitinya dalam melalui Sabah Corridor di mana kalau dilihat secara menyeluruh, di Semenanjung, empat koridor tetapi di Sabah dan Sarawak enam koridor dan peranan agensi kerajaan untuk bersama-sama membangunkan dalam aspek- aspek tersebut. Kita di Sabah membuat persiapan secara inclusive, antaranya menerusi GLC ataupun gagasan-gagasan yang dilancarkan itu seperti mana peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah sebagai agensi peneraju pembangunan sektor yang disebut sebentar tadi di mana kita terlibat secara langsung dalam perladangan, agropelancongan, pendidikan sebagai peneraju yang teras. Kini, Kumpulan Yayasan Sabah secara agresif menceburi bidang sektor-sektor minyak, gas, bioteknologi, serikultur, perikanan dan industri makanan di samping industri yang berkaitan dengan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran atau MICE. Agenda utama Yayasan Sabah untuk membangunkan agenda pendidikan dan ternyata sejak penubuhan Yayasan Sabah dahulu sehingga kini, ini merupakan satu kejayaan dalam pembangunan sumber manusia. Menyedari kuantum peluang perniagaan dan pekerjaan yang boleh dijanakan dalam sektor MICE umpamanya, Kumpulan Yayasan Sabah melangkah setapak membangunkan Sabah International Convention Centre (SICC) di mana ia bakal meletakkan Sabah menjadi hab perkongsian pintar melahirkan modal insan berkemahiran tinggi untuk percambahan minda, secara tidak langsung bakal menyediakan lebih 10,000 bidang pekerjaan. Pembangunan SICC mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam misi Yayasan Sabah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, meliputi kawasan di mana penubuhan SICC ini sekitar 15 ekar di atas lokasi yang paling strategik di kawasan Teluk Likas. Seiring dengan matlamat TN50 juga, Sabah tidak ketinggalan menumpukan isu konservasi dan sekali lagi Kumpulan Yayasan Sabah dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagaimana peneraju pengurusan hutan mapan menerusi projek Konservasi Lembangan Maliau, Lembah Danum, Imbak Canyon dan Taliwas serta yang terbaru ialah kawasan Konservasi Persisir Pantai Silam (SCCA) merangkumi Hutan Simpan Tumunong Hallu, Pulau Serangan, Pulau Tabun dan Hutan Simpan Bakau Bangkuruan. Kita sebutkan ini, kita mendengar hujah daripada Yang Berhormat Jerantut semalam bagaimana hancurnya sebahagian daripada hutan sekiranya tidak diurus dan selaras dengan apa yang dikatakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalau boleh, contohilah Sabah bagaimana mengurus hutan. Yayasan Sabah adalah agensi pertama menghasilkan Pelan Pengurusan Hutan (FMP) di kawasan konservasinya yang diluluskan oleh Kabinet Negeri Sabah. Seiring dengan itu, tiga konservasi hutan kelas satu diwujudkan di kawasan konservasi hutan Yayasan Sabah iaitu Lembah Danum seluas 43,000 hektar, Maliau Basin seluas 58,840 hektar, Lembangan Imbak Canyon seluas 30,000 hektar. Kalau mahu tahu bagaimana pengurusannya, datanglah ke negeri Sabah. Selanjutnya kawasan Konservasi Persisir Pantai Silam (SCCA) Lahad Datu juga dijadikan kawasan konservasi dalam bidang penyelidikan marin, hutan bakau, hutan persisiran pantai selain daripada tujuan pendidikan alam sekitar. Tanpa melupakan kepentingan masa hadapan, satu Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah (2013-2023) telah diadakan dan selanjutnya akan terus berkembang. Tuan Yang di-Pertua, Sipitang menjunjung tinggi gesaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada perenggan ke-21 Titah Diraja yang menggesa semua pihak untuk menghargai, melindungi alam semula jadi dan supaya tidak musnah dan memusnahkan dalam keseimbangan ekologi. Kita di Sabah juga selain daripada GLC yang diberikan tanggungjawab ini, di Sabah awal-awal sudah merintis jalan malah mendahului negeri-negeri lain terutama sekali di Semenanjung dalam pengurusan hutan secara mapan menerusi pendekatan proaktif dalam memperkasakan alam sekitar.
Sukacita saya ingin mengkhabarkan tentang kejayaan Sabah dalam pengurusan hutan yang mendapat pengiktirafan peringkat global. Negeri Sabah menerima pengiktirafan dunia dalam pensijilan hutan bermula Hutan Simpan Deramakot tahun 1997 sejak Heart of Borneo diwujudkan, 2007, satu pelan tindakan strategik dihasilkan pada tahun berikutnya untuk mencapai visi penubuhannya. Pelan tindakan strategik kedua dirangka tahun 2013 untuk menampung tindakan bermula tahun 2014 sehingga tahun 2020 dengan tumpuan kepada lima program utama iaitu pengurusan merentasi sempadan, pengurusan kawasan perlindungan, pengurusan sumber asli yang mapan, pembangunan ekopelancongan dan kapasiti pembangunan. Pembentukan Heart of Borneo membolehkan Sabah merangka pelan pembangunan mapan di seluruh negeri membabitkan aspek alam sekitar. Ia adalah sebahagian daripada dasar kerajaan negeri dalam meningkatkan kawasan terlindung sepenuhnya atau totally protected areas (TPA) dengan izin, kepada 30 peratus daripada keseluruhan tanah di negeri ini bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2014 hingga tahun 2025. Ketika ini, kawasan TPA di Sabah 24.2 peratus ataupun 1.8 juta hektar jumlah terbesar negara ini dan kejayaan ini boleh diteladani oleh negeri-negeri lain dalam pengurusan hutan mapan masing-masing. Oleh sebab itulah saya memberikan hujah ini untuk menjadikan Sabah role model bukan sekadar kepada Malaysia, tetapi juga bertaraf antarabangsa. Selain daripada itu, Sabah turut meletakkan keutamaan dalam pembangunan modal insan. Seperti mana kalau kita lihat Universiti Malaysia Sabah ditubuhkan 24 November 1994, janji Barisan Nasional dan hari ini kalau kita lihat merupakan satu kejayaan yang besar. Ditubuhkan 24 November 1994, telah berjaya melahirkan 45,000 graduan pelbagai jurusan dan dalam bidang kemahiran. Sebagai tambahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah dalam pembangunan modal insan yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, mewakili rakyat Sabah dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari ‘Negeri di Bawah Bayu’ ini, saya merekodkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dalam komitmen dan sokongan berterusan Putrajaya kepada negeri kami Sabah di Bawah Bayu. Dalam menjejaki laluan perjuangan Kerajaan Persekutuan ini, hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat sememangnya sangat penting ataupun vital, dengan izin, maknanya Kota Kinabalu, Putrajaya harus saling lengkap melengkapi kerana keduanya saling perlu dan memerlukan. Berbekal rasa tawaduk dan kerendahan hati kami, kami menghargai kekerapan kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke bumi Sabah yang subur dan makmur. Terbaru di kawasan Parlimen saya Sipitang dalam 4 Mac yang lepas menyempurnakan perasmian pakej Lebuhraya Pan-Borneo jajaran Sindumin- Melalia, Sipitang di sempadan Lawas dan Sarawak.
Perasmian pakej tersebut merupakan yang keempat. Ertinya sudah empat kali Perdana Menteri datang untuk melancarkan. Beliau berjanji kerana pakej di Pan Borneo ini adalah 35 pakej. Seterusnya pada 24 hari bulan di Papar, kemudian di Tawau dan seterusnya 19 Disember yang lepas di Lahad Datu. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek mega di bawah Kerajaan Barisan Nasional, bakal memacu pertumbuhan ekonomi pelancongan dan seterusnya dalam pertumbuhan industri baru di negeri Sabah. Keseluruhannya projek ini yang menelan belanja RM12 bilion. Tuan Yang di-Pertua, seperti kebiasaan dan kelazimannya, selama bertahun-tahun dalam perbahasan ini tidak sah jika tidak membawa harapan warga Sipitang yang tetap setia bersama kita bersama Barisan Nasional sejak dulu, kini insya-Allah selama-lamanya. Pertamanya, seiring dengan perkembangan pesat Sipitang sebagai hab oil and gas ataupun minyak dan gas, sudah tiba masanya bagi daerah kami merangkumi jajaran Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang di Pantai Barat Sabah mempunyai institusi latihan kemahiran yang tinggi. Kita berharap supaya agensi kerajaan seperti MARA dan agensi-agensi yang lain mahupun swasta seperti Petronas bersikap proaktif dalam keperluan industri jangka panjang untuk membina negara maju dan seterusnya dapat mengupayakan pembinaan program-program yang berkaitan dengan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ataupun yang hari ini disebut sebagai TVET. Kedua, lanjutan daripada terbinanya Lebuhraya Pan Borneo dalam slogan ‘Tatap Jadi’ ertinya tetap dibina, tetap jadi, maka Sipitang berharap agar beberapa jalan dan laluan
penting di daerah kami diberi pertimbangan seutuhnya untuk dinaiktarafkan. Tiga laluan utama yang pernah saya bangkitkan di Dewan ini iaitu Jalan Mintulut—Ba'kelalan, Jalan Mendolong, Meligan, Long Pasia—Jalan Kelangsat untuk diberikan satu tahap yang lebih baik dalam keadaannya pada hari ini. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, adakah Kementerian Pertahanan boleh memanjang, melebarkan Program Jiwa Murni yang dilaksanakan di Sarawak untuk menambah baik dan mengukuhkan lagi pembinaan jalan-jalan di kawasan pedalaman Sabah untuk dilaksanakan? Kita berharap ianya dapat memberikan satu impak yang tinggi khususnya kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman termasuk di kawasan saya Sipitang. Sipitang merayu dan berharap agar projek menaik taraf dan membina baru Sekolah Menengah Pengiran Omar, Sipitang iaitu sekolah tertua dalam daerah ini yang sudah mendapat kelulusan dapat dibina dengan seberapa segera yang mungkin. Seterusnya Sipitang merayu agar projek bekalan air bersih dari Beaufort dipertingkatkan kerana di antara fungsi yang menyalurkan bekalan air sebahagian penduduk kawasan Parlimen Sipitang khususnya dalam Dewan Undangan Negeri Lumadan akan memberikan impak kepada pembangunan seterusnya di kawasan Parlimen Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbok. Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja merungkai hala tuju dan pedoman kerajaan untuk rakyat Malaysia yang tercinta. Sebuah gambaran jelas terpampang di hadapan kita yang mulia ini justeru kita berharap sahabat-sahabat di seberang khususnya janganlah terus berpolitik dan berpolemik. Kita tumpukanlah kepada agenda pembangunan. Saya ingin mengimbau ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perasmian Pan Borneo yang lalu yang mana sebuah pantun telah diajukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berkaitan dengan satu perkataan yang dikatakan main buyuk ataupun membuyuk yang bermaksud berbohong atau pembohong atau temberang kerana hanya berani menabur janji manis kepada rakyat tetapi apa pun tidak ditepati. Kalau anjing disebut kuyuk, Atu tah bahasa kurapak Brunei, Jangan tah kamu belajar membuyuk, Kerana rakyat sekarang ini bijak dan pandai. Saya juga berharap agar ungkapan kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dalam memetik satu bahasa, peribahasa Cina berbunyi, ‘Kalau mandi air di perigi, jangan lupa pada siapa yang menggalinya’. Hendaknya dijadikan iktibar buat kita sekalian kerana bukankah Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO dan rakan-rakan menjadi induk dan telah mencipta kemakmuran sehingga saat ini. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Stampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh sebab kekurangan masa, saya akan masuk terus ke ucapan saya. Pertama, isu Laut China Selatan iaitu di mana sudah terdapat berita adanya jenis kapal kepunyaan tentera China berada di dalam lingkungan kurang dari 100 kilometer dari pantai Sarawak. Maka saya berpendapat bahawa kementerian perlu memberi satu penjelasan terhadap isu tersebut kepada rakyat Sarawak. Maka soalan saya yang berkaitan, memandangkan kita mempunyai kapal selam yang sebelum ini ada isu sedikit di mana ianya tidak dapat selam, apakah status kapal selam kita sekarang? Adakah ianya dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi apa juga ancaman yang bakal dialami? Tuan Yang di-Pertua, pada 26 Oktober 2015, berdekatan dengan perairan Okinawa sebuah kapal selam berteknologi canggih negara China muncul di tengah-tengah carrier battle group USS Kitty Hawk Amerika Syarikat iaitu beberapa nautical miles sahaja daripada
Aircraft Carrier Kitty Hawk. Dengan apa yang berlaku sebelum ini di perairan Sarawak, saya khuatir adakah insiden sedemikian mungkin telah pun berlaku di mana perairan kita terutamanya dalam lingkungan kurang daripada 100 kilometer daripada pantai Sarawak pernah diceburi oleh kapal selam tentera laut negara asing tanpa dijejaki? Apakah kemampuan kita untuk mengesan mereka? Maka saya ingin tahu jika kapal selam Malaysia pernah mengesan kapal selam negara asing yang pernah menerokai lautan Malaysia tanpa izin terutamanya di lautan Sarawak? Senaraikan mengikut tahun serta kelas kapal selam yang dikesan. Apakah langkah wujud bagi memperkukuhkan lagi pertahanan kita dari segi pertahanan terhadap ancaman kapal selam musuh? Isu kedua, feed-in tariff iaitu program buyback. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan dalam teknologi hijau dalam usaha kita mengurangkan carbon footprint. Dalam jawapan kepada saya pada persidangan yang lepas, saya diberitahu bahawa adanya program sebegini tanpa had bagi menggalakkan orang ramai memasang panel solar pada tempat kediaman. Maka saya ingin minta penjelasan terperinci program mahupun inisiatif tersebut. Selain itu satu lagi isu yang amat saya perhatikan adalah bahawa ianya tidak termasuk Sarawak. Saya amat sedih kerana saya berpendapat bahawa ini adalah suatu usaha yang begitu bermuafakat tinggi dan Sarawak tidak boleh ditinggalkan. Bukan sahaja ianya bakal dijadikan satu alternative source of income dengan izin, bahkan satu catalyst bagi merangsang pembangunan teknologi di Sarawak. Maka apakah inisiatif seumpama wujud di Sarawak? Saya minta penerangan terperinci. Jika tidak, kenapa dan apakah langkah seterusnya? Isu ketiga iaitu isu Sarawak General Hospital yang ditangguhkan setiap tahun, Tuan Yang di-Pertua. Apakah yang terkini selepas 10 tahun menunggu? Saya diberitahu bahawa ianya akan bermula pada pertengahan tahun 2017, ini yang terkini. Maka saya hendak follow- up dengan izin daripada kementerian, bilakah tarikh terkini ianya akan dimulakan? Jangan ditangguhkan lagi saya minta. Isu yang keempat iaitu National Space Policy.
Pasukan Independence-X, team leader Yamin adalah pasukan tunggal daripada Malaysia yang mengambil bahagian dalam Google Lunar XPRIZE. Faye Jong Sow Fei daripada SMK Batu Lintang, Kuching. Pihak NASA menamakan satu asteroid 199CV19 sebagai 31460 Jongsowfei, nama asteroid tersebut, telah menjadi rakyat Malaysia pertama di mana nama asteroid dinamakan. Pada 2016 Jabatan Aerospace UPM juga menjadi johan dalam Global Space Balloon Challenge 2016, dengan izin. Putra Space Team mereka juga masuk ke pusingan kedua dalam pertandingan Airbus Fly Ideas 2017 dan banyak lagi. Kesemua mereka tidak kisah bangsa, agama serta latar belakang mempunyai satu kesamaan iaitu masa depan negara kita. Mereka anak-anak Malaysia yang bercita-cita tinggi. Mereka sudah bersedia untuk menerokai angkasa. Akan tetapi adakah kita dalam tangga kepimpinan sudah bersedia? Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memetik ucapan seumpama daripada wayang cerita kisah benar Hidden Figure. What is the point of having national space agency Malaysia when we have nothing in space that is 100 percent made in Malaysia, launched in Malaysia. Apa yang kita ada hanya made in Russia. Itu pun gagal. Made in USA, made in negara asing. Maka saya harap kerajaan memberi satu perancangan yang tangible dalam menjayakan National Space Policy ini. Saya mengalu-alukannya. Berapakah peruntukan, kepada siapa, langkah apa, projek-projek yang sedia ada, insentif serta pertolongan jenis apa yang akan diberikan kepada anak-anak muda kita yang sekarang walaupun kita sedang berdebat dalam Dewan yang mulia ini bertungkus-lumus untuk menjayakan nama negara di angkasa. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendesak kerajaan dalam menjayakan keupayaan kita dalam membuat pelancaran roket serta menggalakkan amateur rocketry serta program aeroangkasa yang lain. Isu kelima, MH370. Seminggu selepas kementerian mengatakan bahawa laporan terutamanya penyiasatan terhadap ATC dan Jabatan Pertahanan Udara hanya akan
dikeluarkan satu tahun selepas usaha pencarian diberhentikan. Baru empat hari selepas hari ulang tahun ketiga kehilangan MH370, kenapa kita perlu tunggu satu tahun lagi apabila jelas tiada kaitan penemuan MH370 ke atas penyiasatan terhadap ATC, serta Jabatan Pertahanan Udara? Adakah langkah-langkah telah diambil supaya kecuaian sedemikian tidak akan diulangi di mana satu kapal terbang yang seberat 260 tan tanpa izin dibenarkan terbang di atas controlled air space. Tiada tindakan diambil. Risking a collision dengan ratusan kapal terbang komersial yang berada di ruangan udara kita. Even now, we have hundreds of aircrafts flying in our air space, dengan izin. Jadi ini bukanlah lagi hanya MH370 Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah berkenaan dengan integriti keselamatan negara kita. Keenam, MAVCOM. Seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Tanjong terhadap dron. Saya pernah membahaskan terhadap isu ini apabila rang undang-undang ini dibahaskan. Maka saya ingin ulangi apa yang saya bahas sebelum ini dan minta penjelasan daripada kementerian. Dengan ringkas, tidak ada seksyen di mana membolehkan penerbangan dron komersial mahupun permainan remote control plane, dengan izin. Mengikut undang-undang yang wujud sekarang, commercial drone operator boleh dikenakan denda dan ini adalah sangat tidak munasabah apabila mengikut world drone market, drone business ini boleh mencecah sebanyak USD127 billion sehingga tahun 2020. Why are we willing to kill our own technopreneur, dengan izin dalam keadaan ekonomi sekarang serta menjadi satu penghalang utama pembangunan teknologi tersebut di Malaysia. Saya telah pun memberi rujukan kepada kementerian supaya diberi juga kepada DCA di mana supaya kita boleh menjejaki langkah yang diambil oleh negara-negara seperti UK, USA dan Australia. Dalam akta yang sama, contohnya di Australia, Civil Aviation Safety Authority ataupun CASA dalam laman web mereka yang bertajuk Part 101 Amendments, Cutting red tape for remotely piloted aircraft, dengan izin. CASA is pleased to announce amendments to Part 101 came into effect on 29 September 2016, reducing the cost and legal requirements for lower-risk remotely piloted aircraft (RPA) operations, dengan izin. With similar concern, apa yang MAVCOM ada hanya menggalakkan red tape kerana operasi dron sekarang membabitkan dan melibatkan pihak polis, MAVCOM, city council dan lain-lain. Maka saya harap pihak kerajaan boleh mengambil berat isu ini, mengambil rujukan kepada part 101 amendments oleh pihak CASA Australia. Don’t kill the business in Malaysia. It is USD127 billion, dengan izin. Why are we killing our own technopreneur, dengan izin. Isu yang ketujuh. Isu perhentian bekalan ubat oleh Oratis Rx Sdn. Bhd. Secara terperinci, apakah kontrak yang ada, berapa yang kita bayar kepada mereka? Kenapa kita perlu Oratis Rx? Minta jelaskan kerana ramai veteran ATM kita terjejas terutamanya di Sarawak. Isu kelapan, isu di mana supaya satu amendment perlu dipertimbangkan yang membolehkan pihak farmasi menjual ubat seperti di UK, USA serta Australia. Saya berpendapat bahawa kita hanya underutilize our pharmacy dari segi profesional mereka. Jika golongan perubatan belum bersedia di Malaysia, sekurang-kurangnya memerlukan doktor keluarkan prescription kepada pesakit supaya pesakit ada pilihan untuk membeli ubat di farmasi. Ada kala dalam kes emergency, hospital tutup dan hanya farmasi yang buka. Seperti ubat bagi diabetes, hipertensi dan ubat-ubat dalam group B yang lain. Selain itu, banyak kali ubat yang dijual di klinik swasta adalah terlalu tinggi. Dalam situasi ekonomi sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya harap kementerian boleh melihat dalam isu ini. Ini tidak adil bagi pihak pesakit dan juga kepada pihak pharmacist. They too are qualified professional, dengan izin. Kesembilan, e-dagang. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan dalam menggalakkan e-commerce. Akan tetapi saya dapati bahawa halangan utama yang menjadikan usahawan e-commerce kita tidak kompetitif adalah kos penghantaran yang tinggi. Maka perdagangan antarabangsa e-commerce kita tidak kompetitif. Saya hendak bagi satu contoh. Saya sendiri yang cuba dalam kes ini. Kos penghantaran udara barangan yang berdaftar, kos pos berdaftar seberat 1 kilogram daripada China ke Malaysia hanya kurang daripada 24 Renminbi ataupun China Yuan. Akan tetapi benda yang sama iaitu satu kilogram, kos penghantaran berdaftar kosnya berdekatan RM60 daripada Malaysia ke China. Maka saya harap kerajaan serta Pos Malaysia boleh perhatikan
isu ini supaya perdagangan e-commerce kita boleh lebih kompetitif, supaya mereka boleh menjual barang mereka ke negara luar, negara kita. Kesepuluh, aktiviti menjual dadah. Saya mendapat aduan daripada ibu bapa terutamanya daripada SMK Green Road di Kuching di mana ada banyak aktiviti menjual dadah di depan sekolah. Contohnya di apartment ataupun Kondominium Chong Ling di mana banyak murid, ada juga kes di mana murid dalam urine test mereka adalah positif di mana penjualan dadah begitu berleluasa di hadapan sekolah sahaja. Jadi saya harap pihak polis boleh mengambil perhatian terhadap aduan yang saya terima ini. Isu yang kesebelas UEC. UEC adalah satu isu yang sekian lama telah pun saya bahas banyak kali di mana tiada usaha serta komitmen langsung daripada kerajaan. Saya tidak faham sekarang kita cakap TN50 tetapi isu UEC masih lagi semenjak kemerdekaan belum siap-siap diselesaikan.
Adakah ia begitu susah? Begitu susah hendak diselesaikan. Jadi apakah komitmen kerajaan? Saya tidak mahu dengar lagi jawapan yang sama daripada pihak kerajaan. Apakah langkah yang telah diambil? Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu UEC ini? Adakah kita serius terhadap Wawasan 2020 ataupun TN50? Saya minta jawapan daripada kerajaan. Saya harap tidak putar belit pasal ini. Isu ke-12. Wawasan 2020. Saya berpendapat bahawa Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi satu penjelasan adakah Wawasan 2020 berjaya atau tidak. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah kata bahawa ia adalah berjaya dan tidak gagal tetapi berapa peratus berjaya? Ia perlu spesifik. Apa yang kita hendak capai dalam Wawasan 2020 dan apakah yang telah tercapai dan tidak tercapai? Kalau tidak saya khuatir. Sekarang sudah 2017. Mungkin kita tidak akan capai Wawasan 2020, jadi adalah TN50, apa berlaku pada tahun 2040 jika TN50 tidak boleh dicapai? Tidakkah TN100? Kalau TN100 tidak tercapai? TN150. Kalau TN150 tidak tercapai? TN200. Tidak habis-habis. Where is our Blue Ocean Strategy? The goal must be measurable, dengan izin. Jadi saya harap berilah satu laporan lengkap Wawasan 2020 supaya bersama-sama. We can learn from it dan menuju ke masa depan. Jadi itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Parit.
Hai, Yang Berhormat Parit.
Ya, Yang Berhormat Parit dengan Yang Berhormat Gerik se-level.
Yang Berhormat Gerik sudah lepas sudah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama kali saya mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya mewakili rakyat Parlimen Parit menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pembukaan Parlimen Ke-13 pada 6 Mac yang lalu yang merupakan titah sulung Baginda di dalam Dewan yang mulia ini. Melalui titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu, kita dapat melihat keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata serta negara. Pelbagai aspek sudah disentuh oleh baginda dalam titahnya. Izinkan saya untuk memetik sedikit titah Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong berkenaan prasarana serta kemudahan kesihatan rakyat. Titah Baginda, ‘Berbanggalah negara ini memiliki prasarana dan kemudahan kesihatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beta menyeru rakyat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan diri masing-masing”. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan titah tersebut, saya ingin membangkitkan masalah berkenaan pembinaan Hospital Seri Iskandar yang telah pun diluluskan dalam Bajet
2013. Pertama, penduduk yang semakin ramai menjadikan pembinaan hospital di Seri Iskandar ini merupakan satu yang amat penting. Hospital yang akan dibina ini nanti bagi menggantikan Hospital Desa Changkat Melintang yang membabitkan kos sebanyak RM150 juta. Namun begitu, hingga kini belum ada apa-apa perkembangan lagi. Saya difahamkan bahawa tender pembinaan akan dibuka pada bulan Ogos akan datang. Ironinya, Hospital Parit Buntar yang pelan reka bentuknya sama dengan pelan reka bentuk Hospital Seri Iskandar akan dibuka tendernya pada bulan Mei 2017 yang akan datang ini. Bagi maksud ini, saya merayu, menyeru dan meminta tolong kepada kerajaan, Kementerian Kesihatan atau pihak yang berwajib supaya tender Hospital Seri Iskandar ini dapat dipercepatkan ataupun sekurang-kurangnya sama dengan tarikh tender Hospital Parit Buntar iaitu pada bulan Mei yang akan datang ini. Jadi saya amat berharap kerajaan atau pihak yang berwajib dapat memberikan perhatian terhadap permohonan ini. Isu kedua saya Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan pembinaan Jalan Parit – Seputih yang telah saya bangkitkan beberapa kali dalam Dewan ini. Akan tetapi hingga masa ini, belum ada apa-apa tanda yang jalan ini akan dibina oleh pihak yang berwajib. Saya dimaklumkan oleh pihak kontraktor utama pembinaan jalan ini iaitu WCE yang memaklumkan bahawa projek ini akan hanya dibuat pada tahun 2029. Ini menyebabkan rakyat dalam Parlimen Parit merasa amat dukacita kerana lambat sangat pembinaan ini akan dilaksanakan. Dengan yang demikian, melalui ucapan saya ini, saya mewakili rakyat Parlimen Parit merayu kepada Kerajaan Pusat atau kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk mempercepatkan proses pembinaan jalan tersebut yang panjangnya hanya sembilan kilometer sahaja. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini dalam permukiman Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke Parlimen Parit, perkara ini dibangkitkan oleh rakyat dan minta supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat berhubung dengan Kerajaan Pusat supaya projek ini dapat dipercepatkan dan saya sendiri hari ini melalui ucapan ini minta supaya perkara ini dapat dipercepatkan. Isu ketiga tentang kawasan saya ialah tentang masalah penghasilan bendang atau sawah yang seluas sekitar tiga ribu ekar di kawasan Parlimen Parit yang hasilnya sekitar 2.5 tan bagi satu ekar iaitu jauh daripada matlamat atau sasaran kebangsaan yang sekurang- kurangnya tujuh hingga sepuluh tan bagi seekar. Kenapa ia berlaku? Ia adalah kerana seperti pernah saya sebut dalam Dewan ini ialah masalah bendang yang pengairannya, masalah tanah bendangnya dan sebagainya yang sudah tidak dapat memenuhi kehendak tersebut. Maka dengan demikian Tuan Yang di-Pertua, saya minta kepada kerajaan atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk dapat memasukkan bendang yang seluas tiga ekar di kawasan Parlimen Parit itu ke dalam Skim Perairan Seberang Perak (IADA). Permohonan bertulis telah pun dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan orang Parit berharap supaya permohonan ini dapat dipertimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat yang hendak sebut ialah tentang soal bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan. Kewujudan Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.
Maksud saya Tuan Yang di-Pertua ialah pada hari ini umpamanya banyak bila kita buat skim-skim baru umpamanya Kampung Abdullah Hukum ataupun Kampung Kerinchi di bangunkan. Selepas dibangunkan ditukar nama macam Kampung Kerinchi ditukar kepada Bangsar South. Kemudian yang kampung satu lagi itu dinamakan KL Eco City. Jadi bila ditanya kenapa nama asal tidak dipakai? Jawapannya tidak ada nilai komersial. Jadi apakah bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan ini sudah tidak ada nilai komersialnya di negara kita ini? Walhal bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan yang tercatat dalam Perkara 152 Perlembagaan negara kita. Selepas itu Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Parit, sedikit sahaja.
Yang Berhormat Sekijang.
Terima kasih. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Parit tadi bila menyebut tentang peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu ini. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Parit, setuju tidak kalau kita minta mana-mana nama-nama yang telah ditukarkan kepada nama selain daripada Bahasa Kebangsaan ini supaya ditukar semula kepada bahasa Melayu seperti nama yang asal tadi. Mungkin dalam Dewan yang mulia ini juga kita minta supaya semua Ahli-ahli Parlimen kalaupun ada kenyataan dalam bahasa Inggeris kita minta tukar dalam bahasa Melayu dan kita sebut, biar nampak memperkasakan bahasa Melayu itu dimulakan daripada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Saya bersetuju dan masuk kan dalam ucapan saya. Umpamanya Tuan Yang di- Pertua, pada hari ini begitu banyak sekali taman-taman perumahan, kawasan-kawasan perumahan, gedung-gedung perniagaan, pusat-pusat pelancongan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan bahasa Inggeris. Langsung mengetepikan menggunakan nama-nama dalam bahasa Melayu. Jadi persoalan pokok saya ialah apakah di negara kita ini yang telah diperundangkan dalam Perkara 152, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan semakin hari semakin hilang taringnya di negara kita. Jadi saya pernah cakap dalam Dewan yang lepas dan bertanya kepada kerajaan, siapakah sebenarnya yang berkuasa untuk menengok, memerhati dan mengambil tindakan kepada perkara ini, pengabaian ini. Ahli-ahli bahasa, tokoh-tokoh bahasa sebenarnya telah beberapa kali berbincang umpamanya ada satu seminar sidang bersama Sasterawan Negara di ibu kota baru-baru ini telah menyebut bahawa kalau sekiranya sesuatu tidak dibuat kepada kedudukan bahasa Melayu ini maka kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan musnah. Satu faktor lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah bahawa bahasa Melayu ini pada masa ini ialah sebagai bahasa penyatuan. Bahasa penyatuan kepada seluruh bangsa dan rakyat di negara ini. Baik dia orang Melayu, orang Cina dan orang India dan seluruh masyarakat di Malaysia ini dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian maka akan menjadikan bahasa perpaduan ini akan dapat dikembalikan. Umpamanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang masalah perpaduan yang ada. Jalannya ada, ubatnya ada, faktanya ada ialah bahawa insya-Allah dengan kita menggunakan, mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa seluruh masyarakat di negara ini dia akan mengembalikan perpaduan di negara kita. Perkara kelima ialah tentang beberapa tohmahan-tohmahan atau kata-kata yang bagi saya sangat tidak baik dan tidak betul. Soal integriti, soal rasuah, soal yang berkaitan memang kerajaan yang ada pada hari ini sedang berusaha dengan semahu-mahunya untuk mengatasi masalah integriti, masalah rasuah dan sebagainya tetapi apabila SPRM telah mula menjalankan peranan mereka dengan terbaik maka telah ada pula suara-suara sumbang yang mengatakan mengapa hanya ikan bilis sahaja. Apakah yang dibuat oleh SPRM pada hari ini ikan bilis? Saya rasa sudah sampai peringkat yang tertinggi dan hari ini di kalangan penjawat awam sudah mula risau dan gelisah. Jadi saya fikir baik kita beri sokongan kepada SPRM untuk melakukan kerja- kerjanya dan kita memberikan bantuan dengan memberikan maklumat-maklumat yang boleh menyebabkan kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada negara. Begitu juga soal integriti, hari ini kita mengata orang. Pada masa yang sama, orang mula mengata kita. Ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Parit.
Yang Berhormat Pendang.
Semalam, kelmarin ada seorang Ahli Parlimen pembangkang menyatakan pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah ini adalah kerana diarahkan, disuruh oleh ahli-ahli politik. Semalam ada seorang pegawai kanan daripada Majlis Perbandaran Kajang telah ditangkap oleh SPRM. Apakah pegawai ini juga disuruh oleh ahli politik negeri Selangor? Sila jawab.
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Ini bagi saya merupakan satu tohmahan. Suatu yang tidak betul, suatu dakwaan
yang salah. Oleh kerana kita bencikan kepada kerajaan, maka apa sahaja yang boleh disangkutkan, maka akan dikatalah bahawa kerajaan tidak betul dan sebagainya. Walhal kalau dikatakan pada hari ini ada pimpinan yang telah pun didakwa di mahkamah masih tidak hendak letak jawatan. Jadi di mana nilai integriti mereka itu? Jadi kerana itu saya di kesempatan yang ada pada hari ini sesuai dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hendak mengajak rakyat Malaysia bahawa kita kenalah bersama-sama untuk membela sebuah negara. Hari ini yang memerintah Kerajaan Barisan Nasional, kita sokong dan tentu ada kebaikan. Tentu ada kebaikan yang telah dilakukan dan mungkin akan ada kesilapan dan keburukan tetapi sama-sama kita tegur. Sama-sama kita pastikan bahawa rakyat Malaysia semua kaum akan mendapat hidup yang manfaat di negara kita pada masa yang akan datang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja sekian, Yang Berhormat Parit hendak berpantun dahulu. Hendak menghabiskan kena pantun dahulu. Pending Diraja bertatah delima, Gandik putih hiasan permaisuri, Menjunjung kasih taat setia, Kepada Tuanku sembah diberi. Itu yang pertama, yang kedua... Tampak indah tiada berpaku, Pasak jati istana agong, Merafak sembah buat Tuanku, Payung negara rakyat bernaung. Dengan ini, Parit menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selepas Parit, Lumut, Tuan Yang di-Pertua.
Senegeri itu.
Satu negeri pula dengan itu.
Selepas ini Beruas lagi, satu negeri juga Yang Berhormat.
[Ketawa] [Berucap dalam bahasa Arab] Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan ucapan saya dengan merakamkan rasa gembira, rasa puas hati atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V yang agak menyeluruh, yang sangat-sangat ditunggu oleh rakyat. Antaranya baginda telah menyentuh mengenai pengorbanan warga keselamatan khususnya angkatan tentera dan polis. Untuk itu, saya ingin menyentuh perkara-perkara mengenai Kementerian Pertahanan. Pertamanya, mengenai peruntukan bajet pada 2017 yang saya lihat terlalu banyak potongan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan.
Oleh yang demikian, saya ingin mengesyorkan supaya Kementerian Pertahanan membuat rayuan supaya peruntukan, khususnya senggaraan ataupun logistik diberi semula sepenuhnya. Oleh sebab saya bimbang, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebut mengenai helikopter fourth base dan juga sea basing in enhancing security in the East Coast of Sabah. Sekiranya base ada, helikopternya tidak ada, masalah Tuan Yang di- Pertua. Oleh yang demikian, saya ingin syorkan supaya Kementerian Kewangan melihat semula dan meluluskan peruntukan sewajarnya supaya aset-aset Angkatan Tentera seperti
kapal perang, jet pejuang, kereta kebal dan meriam dapat disiapsiagakan bagi menghadapi sebarang situasi. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya menuntut supaya Kementerian Pertahanan memberi perlindungan sewajarnya kepada warga Angkatan Tentera Malaysia yang berkhidmat di pulau-pulau di seluruh Malaysia, khususnya di Pulau Jarak dan Pulau Perak yang saya dimaklumkan bahawa infrastrukturnya tidak mencukupi. Maka yang demikian, kita telah mendengar kemalangan yang berlaku kepada warga tentera hilang di laut dan setakat ini seorang dijumpai dan seorang lagi tidak dijumpai. Saya mempertanggungjawabkan kepada kementerian atas kejadian ini oleh sebab infrastruktur yang ada di kepulauan tersebut masih tidak cukup, khususnya bekalan air, api dan juga kemudahan-kemudahan komunikasi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Pertahanan, apa yang beliau maksudkan, ‘kita ada kelebihan jika tercetus perang’? Kita tahu sekarang memang kita ada masalah politik dengan negara Korea Utara. Adakah ini kenyataan yang bijak oleh pihak kerajaan? Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Pertahanan sendiri, Tuan Yang di-Pertua. Begitu juga dengan dakwaan mengatakan Malaysia membenarkan beberapa firma sebagai orang tengah menjual senjata-senjata yang dibuat oleh Korea Utara, yang dikatakan dilakukan oleh Glomac Sdn Bhd. Ini juga baru kita dapat maklumi dan kita ingin mendapat penjelasanlah daripada kementerian sama ada Kementerian Pertahanan ataupun kementerian yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai Kementerian Pengangkutan. Kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014. Selepas 8 Mac 2017, selepas tiga tahun, masih lagi belum dijumpai dan Menteri Pengangkutan menjanjikan akan memberi laporan akhir kepada rakyat mengenai usaha-usaha mencari MH370. Oleh yang demikian, saya ingin menuntut supaya laporan akhir dibentangkan di Parlimen, jika perlu, kita bahas bersama dan mencari resolusi yang terbaik. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri juga, Kementerian Pengangkutan. Projek Marina Pelabuhan Mentagor bernilai RM26 juta yang telah enam tahun siap tetapi sehingga sekarang masih tidak digunakan. Ini merupakan satu pembaziran dan saya menuntut supaya pihak Audit Negara ataupun SPRM melakukan siasatan mengapa perkara ini boleh berlaku. Begitu juga dengan pembinaan Jeti Sungai Pinang Kecil telah siap tetapi tidak boleh digunakan dan akhirnya ingin diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh juga kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya lihat persempadanan semula ini merupakan langkah SPR yang tidak munasabah dilakukan di Parlimen Lumut. Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kawasan saya tinggal dua DUN. Sepatutnya ada tiga DUN, termasuk DUN Sitiawan yang diwakili oleh Yang Berhormat Beruas. Akan tetapi sekarang diubah nama kepada DUN Astaka, dipindahkan kepada Parlimen Air Tawar yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer daripada kawasan Parlimen Lumut. Ini amat tidak munasabah dan tidak masuk akal. Oleh yang demikian, saya tuntut supaya SPR melihat semula keadaan ini dan membetulkan keadaan. Sebaik-baiknya kekalkan yang lama untuk memudahkan saya menang lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Mengenai pilihan raya, kita ingin mendapat jawapan daripada Perdana Menteri, be gentleman. Biar berani sedikit, maklumkan kepada kami bila pilihan raya akan berlaku. Apabila soalan saya kemukakan, jawapan yang saya terima, tempoh pilihan raya boleh dilakukan sehingga Jun 2018. Itu kita tahulah, tidak payah bagi jawapan pun kita sudah tahu. Akan tetapi oleh sebab teka teki ini, kita tuntut supaya Perdana Menteri biar berani sedikit, maklumkan kepada kami supaya kita tidak berteka teki dan kita yakin mungkin bulan Mei lah kot? Boleh Tuan Yang di-Pertua setuju dengan tarikh tersebut?
[Ketawa]
Ha, bulan Mei, dikatakan bulan Mei. Kalau tidak bulan Mei, bulan September, kalau tidak, Jun 2018 tempoh terakhir pemerintahan kerajaan yang ada sekarang. Insya-Allah kita akan tukar kerajaan. Yang Berhormat Sungai Petani, kita tukar kerajaan pada pilihan raya yang akan datang, insya-Allah.
Ya, Yang Berhormat Penampang bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua...
Boleh sedikit?
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut. Berkenaan pilihan raya Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut tahu tidak baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan satu unit khas yang akan siasat kemungkinan IC dikeluarkan secara haram di Sabah. Bukankah itu satu pengesahan bahawa adanya IC-IC yang kita panggil dalam English, dubious ataupun suspicious? Kemungkinan orang yang memegang IC yang tidak halal ini telah mendaftar sebagai pemilih pada pilihan raya yang akan datang. Bukankah sepatutnya mereka memutikan ataupun membersih daftar pemilih dulu dan setelah dibersihkan ataupun diputihkan, barulah pilihan raya patut dipanggil. Terima kasih.
Yang Berhormat Lumut, soalan dia, adakah Yang Berhormat Lumut tahu? Mungkin jawapannya tidak tahu kot Yang Berhormat?
Memang jawapannya saya tidak tahu tetapi saya minta kementerian bertanggungjawab beri jawapan kepada Yang Berhormat Penampang. Kalau tidak ada jawapan juga Yang Berhormat Penampang, kita tanya Tun Mahathir. Tun Mahathir insya-Allah akan boleh bagi jawapan. Saya juga ingin persoalkan kepada Perdana Menteri ini, kenapa dia cerita TN50 sekarang? Persepsi saya, ia cuba mengalihkan tumpuan kita kepada Wawasan 2020 oleh sebab kegagalan beliau untuk mencapai 2020. Maka, sebab itu diwujudkan TN50. TN50 lama lagi Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak tentu hidup atau mati lagi, yang 2020 insya-Allah dua tahun lagi kita boleh sampai. Akan tetapi cerita TN50...
Yang Berhormat Lumut.
Maka, sebab itu kita minta Perdana Menteri jelaskan mengapa Wawasan 2020 tidak boleh dicapai?
Yang Berhormat Pengkalan Chepa bangun, Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya juga seperti Yang Berhormat Lumut, memperhatikan bahawa banyak program ataupun wawasan kerajaan yang gagal yang bermula dengan DEB lagi. DEB ialah sebagai faktanya ialah suatu program yang baik tetapi gagal. Wawasan 2020 kita menghampiri penyudahnya. Banyak indikasi yang menunjukkan ia juga gagal. Kemudian kita gantikan TN50. Ingatan saya ialah sekiranya tata kelola ataupun urus tadbir yang sama dilaksanakan, maka keputusannya juga akan sama. Komen.
Saya tidak payah komen Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Jawapannya telah sedia maklum oleh semua yang hadir pada malam ini. Maka, sebab itu kita tuntut supaya Perdana Menteri beri jawapan mengapa Wawasan 2020 gagal? Apa yang saya lihat, tiap-tiap Perdana Menteri itu ingin meninggalkan legasi, peninggalan. Jadi, reka cipta Perdana Menteri sebelum itu tidak mahu digunakan, dia tukar wassatiyah lah, Malaysia Boleh lah dan akhirnya sekali TN50 lah. Begitu Tuan Yang di-Pertua. Maka, sebab itu kita ingin nasihatkan Perdana Menteri lah, tidak payah tinggalkan legasi. Hendak buat bangunan Wawasan 100 tingkat? Saya ingat tidak payahlah, kita tumpukan kepada pembinaan keperluan infrastruktur dalam negara.
Kepada SPRM, saya ingin mendapat penjelasan kes pendakwaan pegawai TLDM. Saya lihat pegawai TLDM sahaja yang didakwa, yang dihukum. Apa halnya yang pemberi ini? Nampaknya mereka bebas, harta dapat balik, akaun dibuka. Yang jadi mangsa, kakitangan kerajaan. Kalau tepuk tangan sebelah, Tuan Yang di-Pertua, takkan berbunyi. Dia mesti dua-dua belah. Maka sebab itu, dua-dua sepatutnya dihukum. Itu kita minta pihak SPRM memberi penjelasan. Untuk Kementerian Luar negeri, Tuan Yang di-Pertua, usaha pemilikan semula Pulau Batu Putih, saya ingin melihat pihak kerajaan melakukan dengan cermat dan dengan penuh bijaksana supaya pulau tersebut dapat dikembalikan kepada negara kita. Seterusnya, status senggaraan Rumah Api Pulau Pisang. Saya tanyakan pada sesi lepas dan saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri, sama ada telah diambil alih dan rumah api dioperasi oleh warga Malaysia, bukan warga Singapura? Kita ingin tahu, sejak bila pula warganegara Korea Utara ini, Tuan Yang di-Pertua, boleh masuk ke Malaysia tanpa visa? Macam orang Singapura masuk Malaysia, orang Malaysia masuk Singapura. Ini baru kita ketahui apabila kes pembunuhan Kim Jong Nam ini berlaku. Maka yang tersembunyi telah terdedah. Oleh sebab itu, kita minta penjelasan daripada pihak kerajaan mengapa ini boleh berlaku. Untuk Kementerian Sumber Asli, saya ingin mendapat penjelasan, apakah bantuan dan pertolongan kementerian kepada orang-orang yang tinggal di tanah TOL di Teluk Muroh, Lumut yang dikatakan telah diarah untuk keluar daripada kawasan tersebut oleh sebab kerja- kerja penambakan ataupun dalam tebus guna pantai digunakan? Ini telah menganiaya nelayan-nelayan tempatan. Kita ingin mendapat pencerahan daripada kementerian, apakah bantuan yang boleh dikemukakan kepada nelayan-nelayan yang telah diusirlah kalau dalam bahasa kasarnya, Tuan Yang di-Pertua, diusir? Seterusnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Saya ingin melihat aduan oleh Orang-orang Asli khususnya berkenaan Akta 134 mengenai hak milik tanah, kebenaran menduduki kawasan. Saya dimaklumkan bahawa di dalam akta tersebut terdapat bahagian-bahagian yang tidak memenuhi kehendak Orang Asli. Maka sebab itu, saya mohon supaya kementerian dapat melihat dan apakah langkah-langkah yang boleh diperbaiki supaya Orang-orang Asli mendapat keadilan yang sepatutnya. Seterusnya saya ingin mengajukan soalan mengenai tajaan pasukan The Red Warriors. Daripada jawapan yang saya dapat daripada pihak kementerian, mengatakan itu merupakan aktiviti promosi UniKL oleh UniKL. Dalam hati saya, kalau tindakan itu betul, kenapa ahli Lembaga Pengarah UniKL bersidang dan seterusnya menggantung jawatan Pengerusi MARA? Ini tentunya melanggar peraturan ataupun di luar daripada norm yang dibenarkan. Oleh yang demikian, saya ingin penjelasan sebenarnyalah, penjelasan jujur daripada pihak kementerian, apa yang sebenarnya membolehkan UniKL menaja team The Red Warriors ini? Kalau ikut FMT, Free Malaysia Today, Pengerusi yang lama mengatakan beliau digantung oleh kerana menyokong UEC. Adakah ini benar? Maka sebab itu, saya mohon supaya pihak kementerian dapat memberi penjelasan sebenar-benarnya supaya rakyat dapat melihat bagaimana MARA diuruskan oleh ahli-ahli politik yang dikatakan berwibawa dan dapat memajukan MARA. Jangan lupa juga, saya mohon MRSM Lumut dipertimbangkan untuk dibina. Saya ingat itu dulu, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum dan terima kasih.
Yang Berhormat Kanowit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dengan masa yang singkat ini, saya akan terus bawa kepada beberapa isu yang saya fikir menyentuh bagi kawasan kita di Sarawak.
Pertama sekali adalah berkenaan dengan perubahan landskap yang nyata terjadi di negeri Sarawak disebabkan oleh projek Government Transformation Program yang dimulakan pada tahun 2009 dan pada setakat ini, bermakna lebih kurang sudah tujuh tahun, projek-projek di bawah program ini telah dilaksanakan dan sangat nyata di Sarawak, saya melihat, ia amat berjaya. Sebab itu saya menyentuh isu ini kerana saya ingin memberi besar- besar terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah dengan program seperti ini, kawasan kita yang terdahulu memang ketinggalan dari segi infrastruktur, sekarang ini kita melihat dengan banyak-banyaknya projek-projek besar seperti yang telah siap di Sarawak macam di ‘Coastal Road’ dari Kuching ke Sibu dan ke Miri, dan sekarang ini kita diberi projek yang paling besar, Pan Borneo, dan juga kalau di kawasan kita di Rajang Basin, kita telah diberi kelulusan untuk pembinaan satu jalan lebih kurang 100 kilometer dengan peruntukan yang begitu besar. Dengan semua ini, yang ingin saya sentuh di sini ialah dengan adanya projek-projek besar ini, maka dalam beberapa tahun yang lalu, perubahan-perubahan landskap di negeri Sarawak amat ketara. Bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu dan Miri sangat membangun dengan pesat dengan adanya pelbagai kegiatan ekonomi. Bagi kawasan saya di Kanowit, saya ingin menyebut sekali lagi bahawa ada satu janji untuk membina satu jalan, mungkin the last miles bagi kawasan Kanowit, jalan raya daripada Ngungun ke Jagau dengan peruntukan RM50 juta. Saya harap projek ini dapat dilaksanakan sebelum PRU ke-14 sebab ia sudah dijanjikan pada pilihan raya negeri tahun 2016. Saya harap dengan adanya jalan ini, maka banyak juga kegiatan-kegiatan ekonomi dengan penubuhan ladang-ladang sawit di tanah-tanah NCR dapat dilaksanakan di kawasan kita di Sarawak. Kalau kita melihat juga, kalau kita melihat sejarahnya, oleh sebab saya menyebut perubahan landskap ini, kalau dahulu, saya masih teringat di kawasan saya telah dibina 60 kilometer jalan raya menerusi beberapa kampung tetapi— kita tak tahu, itu dalam tahun 1995— dan ianya mengambil masa 15 tahun untuk bekalan elektrik dan air sampai ke kawasan tersebut. Ini bermakna mungkin pada masa itu kerajaan kurang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar tetapi dengan adanya GTP, transformasi luar bandar pesat dijalankan dan dalam masa tiga tahun dan sekarang sudah tujuh tahun, kita melihat amat ketara perubahan yang sedang berlaku di negeri kita di Sarawak. Isu seterusnya yang saya ingin sentuh di sini adalah berkenaan dengan tenaga kerja atau buruh di ladang-ladang sawit yang besar-besar di Sarawak. Isu ini timbul oleh sebab daripada perjumpaan kita ataupun taklimat yang diberi oleh satu ladang joint venture di kawasan saya di Kanowit iaitu joint venture Pelita dengan Boustead dan di sesetengah estet dalam projek ini, mereka telah menyuarakan bahawa satu masalah besar adalah tenaga buruh yang amat tidak mencukupi untuk menuai buah-buah sawit ini. Kalau di kawasan yang saya lawati ini, mereka katakan cuma mereka dapat 50 peratus daripada tenaga kerja yang sepatutnya untuk digunakan dan oleh sebab itu, pengeluaran buah sawit itu pun kurang 50 peratus. Ini menyebabkan apabila land owners, the NCR yang masuk dalam joint venture projek ini, setiap tahun mereka mohon untuk dinaikkan dividen dan bonus tetapi inilah alasan yang diberi oleh joint venture projek ini bahawa pengeluaran buah tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.
Sepatutnya satu hektar habis kurang dapat pengeluaran dua tan setiap bulan. Tapi pada kawasan ini cuma dapat satu tan sebulan. Jadi, for overall untuk satu tahun maka kuranglah hasil daripada ini oleh kerana tenaga kerja amat kurang. Dengan itu saya pohon kementerian untuk melihat perkara ini dengan serius dan untuk mencari jalan-jalan, solution untuk mengurangkan dan memberi lebih banyak lagi tenaga kerja dalam ladang-ladang sawit ini. Isu seterusnya yang saya ingin sentuh sini adalah dengan pelancongan. Kita tahu sektor pelancongan di negara kita ini adalah amat berkembang dan menjadi sumber pendapatan negara yang amat penting. Bagi kita di Sarawak ia boleh dikategorikan dalam pelbagai industri seperti kraftangan, makanan tradisi, tempat-tempat menarik, agrotourism dan ecotourism.
Apa yang saya ingin sampaikan dan bawakan di dalam kawasan saya ini adalah dari segi ecotourism. Kita melihat ecotourism kalau di Sarawak kita mempunyai taman negara, tempat-tempat yang menarik seperti Gua Mulu dan Niah dan gunung-gunung yang lain. Isu yang saya ingin tarikkan di sini adalah berkenaan dengan ecotourism oleh kerana dari segi ecotourism kita dapat memelihara alam semula jadi kita terutamanya hutan-hutan yang dikekalkan sebagai hutan seperti Taman Negara, wildlife sanctuary dan sebagainya. Sebab kedua apabila kita mengekalkan kawasan hutan ini, kawan daripada Sabah juga telah menyentuh berkenaan dengan hal perhutanan dan bagi saya sebab kita selalu terlibat dengan isu kempen anti minyak sawit dan anti kayu tropika. Satu daripada cara kita untuk memberi alasan pada mereka bahawa kita, bahawa kawasan-kawasan hutan kita di negara ini adalah masih kekal dan kita telah, kerajaan telah mengesyorkan bahawa 50 peratus daripada kawasan hutan kita di Malaysia ini akan dikekalkan sebagai hutan. Sebab itu saya menyentuh isu ini sebab ianya amat selaras dengan dasar kerajaan supaya kawasan hutan kita dikekalkan dan dengan itu kita dapat melapis kempen-kempen terutamanya di negara Europe dengan kempen anti minyak sawit dan anti kayu tropika di kalangan negara-negara di Eropah. Sebab itu saya menyeru kepada kerajaan untuk mengadakan satu strategi. Bukan saja negeri-negeri di Semenanjung tapi juga disampaikan di Sarawak dan Sabah supaya kita mengekalkan hutan kita sedia ada supaya ia tidak dicerobohi dengan illegal logging dan sebagainya dan juga di Sarawak kita telah mendengar bahawa kerajaan negeri tidak akan memberi ataupun renew, terima lesen lagi atau membuka lebih besar lagi kawasan hutan untuk ladang-ladang sawit sebab yang sedia ada sekarang ini sudah mencukupi. Dengan itu saya berharaplah semua kerajaan bukan sahaja di Sarawak untuk sedar bahawa pentingnya kita mengekalkan hutan kita supaya berkekalan. Isu selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sini adalah dengan isu harga barang kawalan. Ini amat penting oleh kerana harga barang kawalan ini setiap kita ada musim perayaan, ia akan menjadi isu utama dan sebab itu di negara kita ini yang menjadi masalah adalah peniaga-peniaga ini kadang-kadang mereka mengambil kesempatan dengan the higher demand product ataupun barang-barang itu, maka mereka sewenangnya menaikkan harga komoditi. Juga kadang-kadang mereka juga mengambil kesempatan apabila ada— kita ada tindakan rationalization subsidy oleh kerajaan, maka mereka juga mengambil, menaikkan harga barang dengan suka hati dan katakan sebab subsidi tidak ada lagi. Ini adalah menjadi satu masalah dan dalam hal ini saya berharap kementerian bertanggungjawab dalam menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan penaikan harga barang dengan suka hati. Satu lagi saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan, ini adalah Kedai Rakyat 1Malaysia. Kedai ini ditubuhkan supaya barang-barang keperluan dapat dijual kepada rakyat dengan harga yang murah. Tetapi saya melihat di Kanowit kita ada satu KR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia tetapi diletakkan di tempat yang tidak strategik. Tidak strategik bermakna kurang dikunjungi oleh orang. Maka saya pun khuatir adakah kedai ini dapat menampung kos pengurusan dan pengendalian kedai tersebut oleh kerana kurang orang untuk membeli barang di sana. Dengan itu saya ingin mohon penjelasan daripada kementerian atau kerajaan berkenaan dengan status KR1M yang banyak ditubuhkan di negara ini sama ada KR1M ini untung atau tidak dan kalau tidak macam mana kerajaan boleh menampung untuk masih memberi ataupun menubuhkan lagi lebih banyak KR1M di tempat-tempat, di kawasan luar bandar terutamanya. Seterusnya mungkin isu yang terakhir saya ingin sebutkan di sini adalah berkenaan dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Isu ini setiap kali kita sampai ke kawasan memang ada saja orang yang pergi jumpa kita untuk menyuarakan masalah mengapa bantuan mereka diberhentikan. Mengapa permohonan mereka untuk mohon bantuan ini tidak dapat diluluskan dan sebagainya seperti bantuan orang tua (BOT), bantuan orang sakit tenat, bantuan ibu tunggal dan sebagainya. Dengan ini saya menyeru kepada kementerian dan jabatan tersebut untuk memberi tumpuan ataupun mengkaji semula maslaah ini. Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan ataupun district yang kecil untuk menyuruh mereka untuk pergi ke kawasan dan melihat sekali lagi permohonan-permohonan daripada rakyat yang telah ditamatkan bantuan dan mereka yang baru memohon. Juga ini melibatkan dengan eKasih dan juga BR1M.
Jadi saya haraplah perkara saya telah sentuh tadi dapat diperhatikan oleh kementerian berkenaan dan dengan itu saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih.
Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat sudah berucap tadi ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V. Tuan Yang di-Pertua, kita mestilah menumpukan perhatian semua pihak kepada isu semasa yang negara kita hadapi sekarang iaitu isu krisis ekonomi dan pengangguran yang meningkat. Kita tahu bahawa hutang isi keluarga di Malaysia telah meningkat kepada lebih kurang 89 peratus iaitu bersamaan dengan RM1.03 trilion dan dengan jumlah pendudukan 30 juta, ini bermaksud setiap rakyat Malaysia sekarang hutang RM34,333 ataupun kalau seisi keluarga lima orang, secara purata sekeluarga rakyat Malaysia hari ini hutang RM171.666. Mengikut Deputy CEO EPF (Bahagian Operasi), Dato’ Mohd Naim Daruwish mengatakan bahawa 90 peratus daripada isi keluarga luar bandar tidak mempunyai apa-apa saving ataupun simpanan dan 86 peratus daripada isi keluarga di bandar tidak ada simpanan.
Yang Berhormat.
Bayangkan keadaan rakyat kalau harga barangan kian meningkat mendadak.
Ya, sambung esok Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 Mac 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.31 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Banjir di Kawasan SungaiSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini dengan isu banjir di seluruh kawasan Sungai Bidut, Sibu, Sarawak. Kawasan-kawasan yang terlibat dalam kes banjir ini ialah Sungai Bidut, Empawah, Bukit Lan, Ensurai Hulu dan Hilir, Lebaan Hulu dan Hilir, Engkilo, Sadit dan lain-lain. Banjir sudah berlaku selama bertahun-tahun, terutamanya pada musim hujan, iaitu hujung tahun sehingga awal tahun. Faktor-faktor yang mengakibatkan banjir berlaku adalah seperti berikut.
Pertama, jalan sebagai tembok. Walaupun pihak kerajaan pernah menjalankan projek untuk meningkatkan paras jalan di tepi sungai supaya ia boleh dijadikan sebagai tembok untuk menghalang air sungai mengalir masuk ke dalam pedalaman sebagai satu langkah untuk mengelakkan banjir berlaku. Akan tetapi projek tersebut sudah gagal. Walaupun air sungai tidak dapat masuk ke dalam pedalaman tetapi air di sebelah dalam tembok pun tidak dapat keluar, ia mengakibatkan banjir berlaku selepas hujan selama beberapa jam. Kawasan lebaan merupakan kawasan yang paling serius.
Kedua, pintu air yang rosak atau tidak berfungsi. Dalam projek pencegahan banjir tersebut beberapa pintu air telah dibina untuk mengawal paras air dan melepaskan air tersebut sudah rosak atau tidak berfungsi. Ia tidak dapat mengawal paras air di dalam tembok, akhirnya mengakibatkan banjir.
Ketiga, parit-parit di kawasan Sungai Bidut banyak tidak dibersihkan mengikut jadual. Parit-parit di sesetengah kawasan Sungai Bidut sudah lama tidak dibersihkan. Parit-parit tersebut penuh dengan rumput rumpai dan sampah sarap dan menyebabkan air parit tidak mengalir dengan lancar dan melepaskan ke dalam sungai. Ia mengakibatkan banjir berlaku apabila hari hujan.
Keempat, pelepasan air di Empangan Hidro Bakun pada masa yang tidak bersesuaian, terutamanya pada musim hujan dan ketika musim air pasang yang paling tinggi.
Banyak jalan raya di kawasan Sungai Bidut selalu dilanda banjir ketika air sungai pasang dan selepas hujan selama beberapa jam. Banjir tersebut telah menjejaskan laluan penduduk dan pekerja di jalan tersebut. Penduduk tidak dapat pergi ke bandar bekerja dan menghantar anak-anak mereka pergi ke sekolah.
Sehubungan itu, saya ingin merayu kepada kerajaan supaya dapat mengkaji semula tentang projek pencegahan banjir di kawasan Sungai Bidut dan memberi peruntukan untuk menjalankan pemulihan dan meningkatkan jalan yang selalu dilanda banjir, supaya masalah banjir ini dapat diselesaikan dengan selamanya.
Akhirnya, saya ingin tahu sama ada kerajaan bersedia untuk memberi bantuan secara tunai kepada pekebun-pekebun yang kehilangan segala hasil kebun mereka dalam banjir yang baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sibu sebenarnya adalah sangat luas yang melangkaui lebih daripada kawasan Sungai Bidut.
Kawasan ini terletak di tebing barat Batang Igan sehingga ke Skim Lebaan yang mana lokasinya terletak jauh di hilir Batang Rajang. Anggaran keluasan kawasan adalah lebih daripada 100 kilometer persegi dan lebih 50 peratus daripada kawasan tersebut adalah kawasan rendah dan tanah gambut. Kawasan rendah di sepanjang sungai, sebahagiannya adalah dataran banjir dan sentiasa terdedah kepada kejadian banjir terutamanya semasa air pasang tinggi ataupun king tide.
Kebanyakan jalan-jalan di sepanjang sungai juga terdedah kepada pemendapan jangka panjang (long term ataupun periodic settlement) kerana berada di atas tanah gambut. Ianya memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap dan keadaan ini diburukkan lagi oleh jentera berat yang digunakan oleh kilang-kilang menyebabkan jalan-jalan ini ditenggelami air ketika banjir.
Di kawasan Sibu, banjir biasanya berlaku apabila air sungai yang tinggi bertembung dengan air pasang menyebabkan peningkatan paras air di Batang Rajang dan Batang Igan sehingga menyukarkan air banjir di kawasan Sibu untuk dialirkan ke sungai. Keadaan jalan yang tidak sempurna juga mengganggu kelancaran air banjir terutama apabila hujan berlarutan. Sistem saliran menggunakan kaedah pam dapat membantu mengatasi banjir di kawasan tersebut tetapi ianya memerlukan kos operasi dan penyelenggaraan yang sangat tinggi.
Untuk makluman, pintu kawalan air masih lagi berfungsi sebahagian, namun disebabkan faktor pemendapan tanah yang berlaku menyebabkan air mengambil masa untuk disalirkan keluar daripada skim tersebut ke Batang Rajang.
Untuk makluman juga, kementerian sedang melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Bandar Sibu yang akan dilaksanakan secara berfasa. Untuk fasa 1 telahpun siap pada tahun 2012 dengan kos RM137.1 juta. Skop projek adalah:
(i) meninggi dan menaik taraf jalan Lanang sepanjang 2.4 kilometer;
(ii) membina Jalan Lanang dengan asas cerucuk sepanjang 1.15 kilometer (piled embankment);
(iii) meninggi dan menaiktaraf Jalan Alan sepanjang 0.4 kilometer;
(iv) membina saliran bertutup selebar 1.2 meter sebagai laluan pejalan kaki di sebelah kiri Jalan Lanang sepanjang 1.9 kilometer;
(v) membina saliran bertutup selebar 2.5 meter sebagai laluan pejalan kaki di sebelah kanan Jalan Lanang sepanjang 2.0 kilometer; dan
(vi) membina saliran terbuka 1.2 meter lebar sepanjang 460 meter.
Untuk fasa 2 pula, telah pun disiapkan pada tahun 2015 dengan kos RM47 juta. Skop projek adalah membina sebuah rumah pam, empat bilangan pam dan kedua menaiktarafkan jalan sepanjang satu kilometer.
Untuk fasa 3, JPS sedang menilai cadangan teknikal yang dikemukakan oleh pihak Perunding dan di dalam peringkat value assessment (VA) dan peruntukan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas adalah sebanyak RM100 juta.
Untuk masalah banjir yang berlaku di Sungai Bidut, kementerian mengambil perhatian serius akan perkara ini dan mengkaji semula keperluan pelaksanaan tebatan banjir di kawasan tersebut.
Untuk makluman juga, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) sedang dalam proses memohon peruntukan dalam Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesebelas untuk menjalankan pemulihan kawasan pertanian di Skim Lebaan. Buat masa ini, peruntukan bagi penyelenggaraan sungai hanya melibatkan kawasan Skim Lebaan.
Bagi penyelenggaraan parit dan jalan di kawasan-kawasan Sungai Bidut pula, ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Luar Bandar Sibu. Beberapa kerja kecil telah dijalankan pada tahun 2011 dan 2012 di sebahagian kecil kawasan yang dinyatakan merangkumi kerja-kerja menaik taraf jalan oleh JKR dan menaik taraf sistem perparitan dan beberapa membetung atau pintu air.
Mengenai pelepasan air Empangan Bakun yang dibangkitkan, semua empangan-empangan di Malaysia mempunyai SOP (standard operating procedure) sendiri dalam melaksanakan pelepasan air dari empangan. Pelepasan air di Empangan Bakun juga tertakluk kepada SOP (standard operating procedure) tersebut yang ditetapkan oleh Sarawak Hidro Sendirian Berhad. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berkaitan Masalah Kereta Yang DitinggalkanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini untuk berucap kepada Kamar Khas merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 17.
Saya ingin membawakan isu menangani masalah kereta yang ditinggalkan oleh pemilik ataupun, dengan izin, abandoned cars. Kereta yang ditinggalkan oleh pemilik ataupun abandoned cars adalah masalah yang serius di kawasan bandar di seluruh negara. Kereta yang ditinggalkan mengambil ruang tempat letak kereta yang boleh digunakan oleh kenderaan lain. Kereta yang ditinggalkan untuk masa yang lama akan berkarat dan memburukkan imej sesuatu kawasan, tidak kira kawasan komersial ataupun kawasan perumahan yang merupakan satu eyesore. Kereta yang ditinggalkan juga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Proses sekarang untuk menunda kereta yang ditinggalkan adalah sangat rumit dan melibatkan beberapa pihak termasuk pihak polis, pihak JPJ dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT). Saya mohon pihak kementerian untuk menjelaskan dengan terperinci proses yang sedia ada untuk menunda kereta yang ditinggalkan.
Juga apakah rancangan pihak kementerian untuk menangani masalah kereta yang ditinggalkan termasuk langkah untuk mempercepatkan proses menunda kereta yang ditinggalkan. Apakah penggubalan undang-undang yang diperlukan untuk mempercepatkan proses menunda kereta yang ditinggalkan. Sekian. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Mike ini kena jauh sikit, kalau tidak dia kuat sangat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Suara saya Tuan Yang di-Pertua? Oh!
Lebih kurang okey. Merdu okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Serdang yang bertanyakan persoalan tentang kuasa untuk pindahkan kenderaan buruk ataupun yang ditinggalkan ataupun abandoned cars, terutama dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua soalan ini, usul ini dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Serdang kepada Kementerian Pengangkutan kepada MOT. Akan tetapi tidak apalah, saya jawab kerana mungkin ada di antara peruntukan undang-undang itu yang menjelaskan tentang kuasa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan yang mengikut kepada akta yang ada. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh menerima saya menjawab pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada kawasan Serdang, dia terdapat beberapa pihak yang diberikan kuasa Yang Berhormat, untuk memindahkan kenderaan yang buruk ataupun abandoned cars ini yang ditinggalkan di tepi-tepi jalan, dalam kawasan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Antaranya ialah PDRM, JPJ, semua Yang di-Pertua pihak berkuasa tempatan sama ada Dato Bandar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran ataupun Yang Dipertua Majlis Daerah, semua masuk dan kemudian Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia ataupun mana-mana syarikat konsesi yang diberikan kuasa berdasarkan kepada seksyen 65(1) di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016 di bawah Kementerian MOT, dari segi kuasa yang melibatkan pihak berkuasa tempatan Tuan Yang di-Pertua.
Dalam hubungan ini, masalah untuk menangani kereta terbiar ataupun abandoned cars ini di kawasan pihak berkuasa tempatan. Kalau ada, bila Yang Berhormat utarakan masalah ini, kalau ada PBT mengatakan mereka tidak ada kuasa, dia kata ini adalah tugas JPJ, dia sebenarnya kerjasama bersama antara kita, pihak berkuasa tempatan dengan JPJ dengan PDRM. Dia bukan tanggungjawab satu sahaja jabatan yang ada peruntukan kuasa ini. Kalau Yang Berhormat bangkitkan ini esok, kalau ada PBT kata mereka tidak boleh buat apa-apa, Yang Berhormat sebutkan dua akta yang akan saya sebutkan ini.
PBT boleh mengambil tindakan penguatkuasaan Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada peruntukan di bawah dua akta. Akta yang pertama, ini di bawah kementerian, akta ini. Pertama ialah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ataupun kita sebut Akta 133, itu akta pertama. Di bawah Seksyen 46(1)(e) saya sebutkan bacaan akta itu, “Meletakkan atau menyebabkan diletakkan kayu-kayuan, besi sekerap, kereta buruk (abandoned cars) atau apa-apa bahagiannya, bahan buangan atau benda atau barang lain di mana-mana tempat awam...”. Itu ialah di bawah Akta 133 yang saya sebutkan tadi.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, akta yang kedua ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Akta 171. Tadi satu, Akta 133, yang ini ialah di bawah Akta 171. Di bawah Akta 171 ini Tuan Yang di-Pertua di bawah seksyen 101(1)(v) melalukan segala perkara yang perlu untuk atau yang bermanfaat kepada keselamatan, kesihatan, kesenangan awam. Jadi, maka kerana itu saya hendak sebutkan sedikit dua peruntukan akta ini boleh diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan. Saya hendak sebut sedikit tentang proses penundaan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, proses dia tadi Yang Berhormat tanya bagaimana cara prosesnya.
Jadi prosesnya senang. Kita tunda kenderaan ini semua. Di bawah akta ini memberikan kuasa. Tunda semua kenderaan ini hantar ke depoh simpanan PBT dan kemudian keluarkan notis satu bulan kepada pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat carian daripada JPJ. Kalau kita kata, dia kata dia tidak boleh kesan, no! Dia boleh cari carian maklumat itu di JPJ.
Ketiga, PBT Tuan Yang di-Pertua, mereka kena hantar surat kepada PDRM untuk semakan sama ada kenderaan ini berkemungkinan terlibat dengan apa-apa kes- kes polis contohnya. Kalau kita sudah dapat clearance daripada pihak PDRM mengatakan bahawa kenderaan ini tidak ada masalah dari segi kesalahan undang- undang dan sebagainya, maka kalau tidak ada tuntutan selepas kita keluarkan surat satu bulan kepada pemilik, maka pihak berkuasa tempatan boleh ambil tindakan lucutkan hak kepada kenderaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, melalui proses bersama dengan JPJ sebelum proses terakhir iaitu lupuskan kenderaan yang berkenaan.
Jadi, apa yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, pelupusan kenderaan-kenderaan yang menjadi eyesore seperti Yang Berhormat nyatakan tadi boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya, telah pun melakukan dan juga kepada PBT-PBT yang lain.
Mungkin ada PBT yang tidak lagi melaksanakan mengikut dua peruntukan akta yang ada.
Jadi, saya ingin nasihatkan kepada Yang Berhormat kalau dalam kawasan Yang Berhormat ada perkara-perkara yang tersebut, silalah berurusan dengan pihak berkuasa tempatan dan maklumkan tentang dua akta ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Kamar Khas ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Rabu, 15 Mac 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.49 petang]