Dewan Rakyat · 15 March 2017

15th Parliament, session 5, meeting 1 · 700 turns · 58,806 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar · question

1. Datin Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd. Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tentang faedah dan kaedah serta kos perbandingan pembuatan jalan raya yang diguna pakai sekarang dengan jalan raya berasaskan getah yang mahu dilaksanakan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersama-sama dengan dua soalan yang lain iaitu soalan dari Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus yang dijadualkan pada 28 hari bulan Mac 2017 dan soalan Ahli Yang Berhormat Pendang pada 30 hari bulan Mac 2017 kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu berkenaan dengan penggunaan jalan raya berasaskan getah.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini Jabatan Kerja Raya ataupun JKR dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) masih dalam peringkat penilaian bagi menentukan kesesuaian turapan jalan menggunakan asphalt terubah suai getah bekuan ataupun cup lump modified asphalt (CMA), dengan izin. Ia merujuk kepada tiga lokasi projek perintis CMA iaitu di Tampin, Negeri Sembilan, Baling, Kedah dan juga Lanchang, Pahang. Penilaian akhir sepatutnya mengambil tempoh masa dua tahun bagi menentukan keberkesanan prestasi campuran getah dan bitumen itu. Walau bagaimanapun, pasukan penilai bersetuju untuk memendekkan tempoh kajian kepada satu tahun sahaja iaitu sehingga akhir tahun ini. Antara kriteria penilaian yang diambil kira ialah dari segi kos pembinaan asphalt, teknikal pembinaan dan juga ujian kekuatan campuran asphalt tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan pemerhatian awal mendapati turapan jalan menggunakan CMA di lokasi-lokasi projek perintis itu menunjukkan tanda-tanda yang positif. Antara kelebihan penggunaan CMA ialah dapat memberi rintangan lebih baik ke atas faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan jalan seperti retakan dan aluran, dengan izin, rutting. Walaupun kos pembinaan jalan menggunakan CMA lebih tinggi iaitu anggaran RM50 per meter berbanding RM29 per meter jika menggunakan kaedah konvensional, namun kos penyelenggaraan jalan CMA lebih rendah berbanding jalan konvensional. Untuk tempoh jangka panjang, pembinaan jalan menggunakan CMA mungkin lebih ekonomik memandangkan kos kitaran hayat jalan tersebut akan menjadi semakin murah. Sehubungan itu, tertakluk kepada hasil laporan penilaian akhir CMA yang dijangka akan diketahui pada awal tahun 2018. Penggunaan teknologi turapan CMA akan dipertimbangkan secara meluas di seluruh negara oleh kerajaan. Jika ia benar- benar signifikan dan memberi manfaat dari segi aspek teknikal dan juga analisa kos. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, selain kajian rintis pembuatan jalan berasaskan getah ini, fokus kepada

perbandingan kos, adakah ianya turut meliputi aspek-aspek lain seperti mengurangkan bunyi? Adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memulakan pelaksanaan mana-mana projek pembinaan jalan berasaskan getah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Untuk ujian, apa yang kita buat ialah memfokuskan kepada dua perkara iaitu dari segi kekuatan jalan. Di mana kita menentukan melalui beberapa test yang kita laksanakan, misal kata marshall test. Marshall test ini ialah untuk menentukan setakat mana kekuatan jalan dari segi pemantapan ataupun compaction jalan tersebut. Kita juga melakukan apa yang dikatakan untuk memastikan base jalan tersebut kuat dengan mengadakan dua test iaitu falling weight deflectometer dan juga dynamic cone penetrometer. Ini adalah untuk memastikan kekuatan jalan. Jadi, daya tahan jalan itu diukur. Untuk dari segi bunyi, kita lebih menumpukan kepada apa yang ditetapkan melalui International Roughness Index untuk memastikan permukaan jalan dari segi kelicinannya tidak akan menjejaskan sudut keselamatan. Untuk kadar bunyi sama ada penyerapan bunyi bising, untuk setakat ini kita tidak membuat ujian tersebut. Akan tetapi insya-Allah daripada kajian perintis yang kita laksanakan iaitu tiga jalan yang ditetapkan tadi, kita akan membuat dua projek perintis. Pertamanya, di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, Kelantan iaitu pakej 1B, Pasir Hor ke Kadok. Ini kita jangkakan akan dimulakan dalam bulan Mei 2017, sepanjang dua kilometer yang melibatkan empat lorong.

Kedua, iaitu projek rintis untuk FT001 daripada Kampung Desa Temu Jodoh di kawasan Parlimen Labis sehinggalah ke Kampung Kwong Sai di kawasan Parlimen Sekijang di Daerah Segamat. Yang ini nanti 20 kilometer lebih panjang. Dengan ini barulah kita akan membuat sekali dengan ujian bunyi. Diharapkan daripada projek rintis ini nanti kita akan mendapat keputusan yang lebih detail sebelum kita putuskan sama ada ia akan digunakan secara meluas di seluruh negara. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sejauh mana daya tahan jalan yang berasaskan getah ini terutama di negara kita yang terdedah dengan suasana iklim panas, hujan, banjir dan sebagainya. Negara manakah selain daripada negara kita yang telah mempraktikkan jalan berasaskan getah? Dan sejauh mana kajian dibuat terhadap jalan terutama di kawasan banjir yang lebih kukuh, lebih tahan berasaskan simen. Apa perbandingannya? Minta penjelasan. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab berhubung kait dengan teknikal, kita akan mencuba pelbagai kaedah dan teknologi termasuklah jalan menggunakan simen. Untuk menjawab berapa banyak negara menggunakan getah, saya kira negara China adalah sebuah negara yang banyak menggunakan getah. Cuma kaedah yang mereka gunakan berlainan iaitu mereka menggunakan apa yang dikatakan bekas tayar yang tidak diguna, diproses dan dicampurkan. Teknologi ini sudah diguna juga di Malaysia terutama untuk membuat runway Lapangan Terbang KLIA. Daripada sistem tersebut dapat membuktikan bahawa daya tahan jalan tersebut dapat bertahan lebih kurang 10 tahun tanpa maintenance berbanding dengan kaedah konvensional. Life cycle dengan kaedah konvensional adalah lima tahun. Jadi sebab itu kita sekarang ini apa yang kita gunakan adalah cup lump. Cup lump adalah getah beku yang diproses kemudian dicampur dengan asfalt. Kalau dari segi logiknya, getah lebih elastik. Jadi ikatan kepada bitumen itu akan lebih kuat dan ini diharapkan akan dapat memanjangkan tempoh hayat jalan tersebut. Oleh sebab itu kita menjangkakan daripada kajian awal, termasuk makmal dilakukan dengan kajian rintis kita lakukan, kita menjangkakan jalan ini akan lebih tahan. Sebab itu kita memfokuskan tadi daya tahan supaya ia dapat penjimatan dari segi penyelenggaraan jalan. Kalau 10 tahun jalan dibuat tanpa penjagaan, sudah pasti ada penjimatan kepada kerajaan dan juga lebih baik untuk kegunaan rakyat kita. Ini yang kita beri tumpuan dan diharapkan projek rintis yang kita lakukan di dua tempat tadi, ia akan memberi hasil kajian yang lebih konkrit sebelum kita putuskan untuk dilaksanakan secara besar-besaran. Sayugia kita ingatkan bahawa untuk tujuan ini bukan sahaja kita melihat pada kekuatan jalan tersebut tetapi juga kita hendak melihat bahawa dengan adanya penggunaan getah ini, kita mengharapkan ia dapat menstabilkan harga getah. Dengan itu akan membantu penoreh-penoreh getah terutamanya pekebun kecil supaya harga ini kekal dan akhirnya akan memberi pulangan kepada penoreh getah. Itu juga matlamat

kita di samping dari segi technical aspect dan juga the financial aspect untuk kerajaan dan rakyat kita. Sekian, terima kasih.

Mohon soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin hendak menanyakan apakah program testing untuk penggunaan getah ini juga boleh dipanjangkan di Sarawak dan Sabah terutamanya di jalan-jalan di mana Sarawak kita tahu di pesisir, banyak tanah gambut. Yang keduanya ialah apakah perbezaan after research ini dibuat iaitu perbandingan harga simen stabilisation dengan jalan yang menggunakan getah ini. Ketiga, apakah ia boleh testing ini juga dibuat di Sarawak, di Sabah dan ini juga boleh kita melihat kalau terutama sekali yang kampung sebab jalan kampung yang ada sekarang yang banyak dibina, selalunya tak tahan, hari ini tahun ini buat, tahun depan buat lagi sekali. Jadi apakah teknologi ini juga dapat diapply?

Terima kasih Yang Berhormat Limbang yang merupakan engineer yang banyak membina jalan khususnya kawasan Limbang dan Lawas dulu. Sudah pasti berpengalaman dalam kaedah pembinaan jalan sebab sewaktu dia dulu, kualiti jalan begitu baik sekali. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Sememangnya kita melalui collaboration untuk teknologi ini, paternnya dipunyai oleh LGM. Kita sudah sign MoU dengan JKR dan kita juga akan bekerjasama dengan KKLW untuk membuat projek rintis. KKLW sudah bersetuju akan melaksanakan satu projek rintis dan akan dilancarkan pada waktu terdekat ini. Kalau projek ini nanti berjaya, sudah pasti Sabah dan Sarawak dengan adanya Pan Borneo dan juga banyak jalan luar bandar yang sedang dalam perancangan dan pembinaan, insya-Allah kita akan panjangkan ke Sabah dan Sarawak sebab Sabah dan Sarawak juga banyak menghasilkan getah. Sudah pasti ia akan dapat membantu keseluruhan ekosistem bukan sahaja dalam konteks perladangan getah tetapi juga dari segi penambahan teknologi. Sama ada perbandingan dengan menggunakan mixture daripada simen dengan bitumen, itu kita belum tak ada buat kajian tetapi insya-Allah kita akan ambil maklumat daripada apa yang disarankan oleh Yang Berhormat tadi untuk kita membuat kajian dan perbandingan dengan yang lain. Akan tetapi kena ingat tadilah bahawa matlamat kita bukan sahaja dari segi teknologi mekanisme yang baru tetapi juga untuk memastikan harga getah ini berada pada paras yang stabil. Ini juga matlamat yang patut kita ambil kira. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mujahid bin YusofAMANAH · PHParit Buntar · question

2. Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertahanan menyatakan penglibatan Malaysia dalam krisis peperangan Saudi Arabia dan Yaman.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan sekali lagi kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Malaysia tetap dengan pendirian berkecuali dengan tidak sesekali campur tangan mengenai isu yang berkaitan di antara Arab Saudi dengan Yaman. Kehadiran troop Angkatan Tentera Malaysia di pangkalan hadapan di Arab Saudi adalah untuk melaksanakan misi tunggal kemanusiaan bagi memudahkan evakuasi rakyat Malaysia yang berada di Yaman, manifestasi komitmen kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang berada di bumi Yaman. Tuan Yang di-Pertua, penglibatan awal ATM bermula pada April 2015 apabila dua buah pesawat pengangkut Charlie 130 digunakan untuk membawa seramai 70 rakyat Malaysia yang telah berjaya dievakuasi dari Aden, Yaman ke Djibouti Eritrea melalui jalan laut dan telah diterbangkan oleh pesawat tersebut ke kawasan selamat di Jeddah dan Abu Dhabi. Sehingga kini, seramai 673 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kedua-dua pihak telah pun ke meja rundingan, situasi semasa di Yaman masih lagi bergolak. Keadaan ini masih tidak menunjukkan sebarang tanda yang positif ke arah keamanan malahan keadaan menjadi lebih agresif dan lebih merbahaya. Sehingga Januari 2017, dianggarkan hampir 500 orang rakyat Malaysia masih berada di Yaman. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, sehingga kini sebanyak tujuh siri penugasan troop ATM telah dan sedang dilaksanakan dengan melibatkan di antara 79 hingga 89 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat bagi setiap siri ditempatkan di Prince Sultan Airbase Riyad Arab Saudi. Pada ketika ini seramai 89 pegawai dan anggota berserta dua pesawat C130 masih berada di Arab Saudi. Penugasan anggota ATM ini

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

dikhususkan di dalam persempadanan Arab Saudi sahaja. Berfokus kepada tugasan evakuasi semata-mata malah kekuatan dan aset ATM ini tiada keupayaan pun untuk melaksanakan tindakan-tindakan ofensif. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh penempatan anggota kita di sana, terdapat dua exercise yang telah disertai oleh troop ATM iaitu exercise Thunder of the North dan exercise North Spears atas jemputan daripada pihak Arab Saudi.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun HusseinUMNO · BNMenteri Pertahanan · Sembrong

Penyertaan ini adalah mengambil kesempatan di atas kehadiran troop ATM yang berada di sana. Kedua-dua exercise ini tidak lagi kaitan langsung dengan kempen ketenteraan terhadap Yaman. Pihak kementerian dan ATM berpandangan adalah wajar pendedahan kedua-dua exercise tersebut diberikan kepada ATM kerana ianya pertama dapat meningkatkan kemahiran anggota kita dengan cara memperkukuhkan kerjasama pertahanan, meningkatkan aspek experience sharing and knowledge transfer serta inoperability di peringkat operational dan tactical, dengan izin. Kedua, peningkatan experience sharing dan knowledge transfer dari penyertaan ATM akan beri peluang untuk menimba pengalaman serta merapatkan hubungan dengan negara-negara yang terlibat dan sekali gus memperkukuhkan diplomasi pertahanan Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Pada masa yang sama, penyertaan ATM di dalam eksais ini juga dapat. Ketiga meningkatkan keupayaan kerjasama dengan tentera pelbagai negara. Dalam hal ini ATM berkeupayaan untuk bekerjasama dan beroperasi dengan tentera pelbagai negara dan secara tidak langsung akan membawa kepada konsep interoperability di antara semua negara yang terlibat. Kemampuan ini adalah sejajar dengan konsep Dasar Pertahanan Negara dan memperkuatkan hubungan bilateral serta global interaction dan pada akhirnya akan menguatkan confidence and security building measures, dengan izin. Keempat dapat meningkatkan tahap kesiagaan ATM. Exercise yang dijalani dapat menyumbangkan kepada peningkatan tahap kesiagaan ATM sekali gus memberi peluang beroperasi di persekitaran yang berbeza. Kelima, memberi peluang kepada ATM untuk lebih memahami prosedur- prosedur berkaitan operasi bantu kemanusiaan dan bencana atau humanitarian assistance and disaster relief (HADR) dengan izin yang mungkin dilaksanakan kelak khususnya dalam operasi menyelamat dan membawa keluar warga Malaysia sekiranya berlaku konflik di rantau tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di dalam usaha ATM untuk menjadi sebuah angkatan tentera yang credible di rantau ini, ATM akan sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk melatih warganya dan pelbagai situasi dan suasana serta membolehkan ATM beroperasi dalam multi-terrain. ATM juga sentiasa terbuka untuk menjalankan exercise dengan pelbagai pihak dan pelbagai negara bagi meningkatkan keupayaan dan memperkukuhkan hubungan diplomasi pertahanan. Sama-samalah kita berdoa semoga niat murni kita untuk melindungi keselamatan rakyat negara kita akan tercapai dan anggota-anggota ATM yang bertugas di sana sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan. Dewan sedia maklum apa yang telah diperkatakan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, bagi menyahut dasar kerajaan yang mengambil sikap tidak campur tangan dengan konflik yang berlalu di mana-mana rantau serta konsisten dengan ketegasan Tuan Yang di-Pertua ketika menolak usul Yang Berhormat Kuala Terengganu yang telah menyatakan alasan Malaysia tidak campur tangan dalam urusan domestik sesebuah negara asing. Saya sebagai Ahli Dewan yang menjaga kepentingan dasar-dasar ini ingin meminta penjelasan kepada pihak eksekutif daripada Yang Berhormat Menteri. Apa yang kita dapat daripada laporan amatlah bercanggah dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya mengambil beberapa keratan akhbar luar negara yang daripada Saudi sendiri dari Al Arabia yang berbahasa Inggeris menyebut bahawa, “Vanguards of the Malaysian forces have arrived Sunday at Saudi air bases to join Riyadh's military coalition battling Houthi militias in Yemen, the Saudi Press Agency reported. The Asian country became the 12th state in the Saudi-led coalition. The Saudi Ministry of Defence said the coalition operations center is preparing to merge the Malaysian and Senegalese forces.” Middle Eastern monitor juga menyebut tentang penglibatan bukan menyelamatkan rakyat Malaysia. Bukan humanitarian tetapi Saudi-led coalition. That’s two different meaning of that. Kemudian a panel of experts menurut laporan Reuter pada 29 Januari 2017 bahawa panel of experts telah ditubuhkan bagi membuat siasatan Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

terhadap serangan Saudi ke atas orang awam yang menyebabkan kematian di tempat yang sepatutnya tidak diserang dan kerana itu, panel of experts daripada Bangsa-bangsa Bersatu telah menyebut dalam laporan mereka di muka surat 14 menyatakan di bawah footnotes.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ada apa masalah? Ini soalan dasar negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya perlu memberi satu background.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Siapa hendak tanya meh, tanyalah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Baik di dalam dia punya footnote, di dalam footnote dia tentang panel expert ini dia menyebut tentang operation di Yaman ini, “United States officers are present to support logistical and intelligence activities. The chief of Joint Operations of Operation Restoring Hope led by Saudi Arabia told the panel that officers from France, Malaysia and the United Kingdom were also present at the joint headquarters.” Ini bukan hendak menyelamatkan rakyat kita ataupun humanitarian. Ini adalah dalam satu operasi bilik untuk menyerang. Tuan Yang di- Pertua, soalan saya, oleh kerana United Nation menganggap ini adalah satu jenayah perang ke atas pihak awam dan Malaysia. Kalau dalam laporan-laporan ini berbeza dengan kenyataan pihak Eksekutif menyatakan tidak terlibat. Saya khuatir jika ada apa- apa dakwaan terhadap jenayah perang ke atas Saudi. Maka apakah jikalau itu berlaku dan sudah pun ada panel of experts, maka Malaysia secara tidak langsung, bukan secara tidak langsung, secara langsung sudah terlibat sebagai negara yang bersama terlibat dalam jenayah perang ini. Saya mohon penjelasan. Jangan bagi klise saya di mana dapat ini....

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pertahanan boleh rujuk kepada statement yang telah saya nyatakan. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri jawab dengan jujur. Ini soal negara. Begitu juga retired jeneral juga menyatakan penglibatan Malaysia ini akan menyebabkan isu keselamatan yang mungkin menggugat negara kita. Mohon penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

Yang Berhormat, saya memang jawab secara jujur dan ikhlas. Kalau Yang Berhormat hanya hendak bersandarkan hujah Yang Berhormat kepada laporan-laporan media tetapi bukan fakta. Ini tidak bertanggungjawab dan tidak beramanah. Saya dah nyatakan tadi bahawa kehadiran troop kita ialah untuk menyelamatkan pelajar-pelajar kita pada peringkat awal dahulu termasuk anak Yang Berhormat Menteri Besar Kelantan sendiri. Pada masa yang sama mereka masih ada di sana kerana keadaan di Yaman masih lagi bergolak. Keduanya, saya dah nyatakan secara jelas di dalam Dewan ini bahawa kehadiran dan penugasan anggota ATM dikhususkan di dalam persempadanan Arab Saudi sahaja. Tidak keluar daripada sempadan Saudi. Keduanya saya sudah nyatakan bahawa berfokus kepada tugasan evakuasi sahaja dan ini terbukti bila kekuatan dan aset ATM kita yang ada di sana tidak mampu pun untuk membuat tindakan-tindakan offensive. Jadi dari segi faktanya kita tidak mampu pun. Jadi hendak putar belit bersandarkan kepada Reuters dan media-media asing, saya rasa tuduhan dan juga dakwaan dan apa yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat tadi bukan saja tidak berasas tetapi tidak bertanggungjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, exercise Thunder of the North ataupun Raad Al-Shamal telah dilaksanakan dengan Arab Saudi pada tahun 2016. Selain penglibatan ATM dalam exercise dengan negara berkenaan, negara manakah lagi yang ATM terlibat dalam exercise ketenteraan seperti ini? Minta kerajaan menjelaskan, terima kasih.

Ini satu soalan tambahan yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tindakan dan juga penglibatan kita dalam exercise Thunder of the North ini telah dilakukan mengambil kesempatan troops

kita berada di bumi Saudi Arabia dan di atas jemputan daripada Saudi Arabia sendiri. Sebenarnya exercise bersama tidak berkisar kepada hanya Saudi Arabia. Sebenarnya sepanjang tahun 2016 kalau sekiranya ada pihak-pihak di sebelah sana hendak menuduh kita bahawa operasi kita ini ada tujuan-tujuan tertentu dengan Saudi sahaja. Sepanjang 2016, Kementerian Pertahanan telah menjalankan kerjasama dalam bentuk exercise dan latihan pertahanan dengan 14 buah negara termasuk: (i) Thailand; (ii) Singapura; (iii) India; (iv) Indonesia; (v) Brunei; (vi) Mongolia; (vii) Amerika Syarikat; (viii) Filipina; (ix) New Zealand; (x) Arab Saudi; (xi) Australia; (xii) United Kingdom; (xiii) Perancis; dan (xiv) China. Saya percaya bahawa usaha untuk memberikan pendedahan kepada anggota kita dalam landskap yang mungkin pelbagai dengan kerjasama dengan troops daripada negara-negara yang sebelum ini mungkin kita tidak punyai satu rantaian hubungan dan juga saluran untuk berkongsi pengalaman. Berkongsi maklumat dalam dunia yang semakin sempit dengan ancaman yang baru apabila kita melihat penularan ideologi- ideologi yang begitu ekstrem yang saya telah ingatkan kepada Dewan yang mulia ini apa yang berlaku di Timur Tengah tidak mustahil boleh menular di sini juga. Jadi mereka yang telah melaluinya di Timur Tengah kalau dapat kita mendekati, mendapat maklumat fakta dan juga pengalaman melalui joint exercises dengan izin, melalui operasi-operasi yang telah pun kita lakukan dan akan diperhebatkan lagi. Ini saya tidak apologetic sebagai Menteri Pertahanan, ini akan kita lakukan. Saya percaya bahawa ini akan membantu kita memastikan kesiapsiagaan aset-aset kita, kemahiran anggota ATM kita dan perancangan kita untuk berdepan dengan ancaman-ancaman yang dihadapi oleh dunia, bukan negara kita sahaja, bukan rantau kita sahaja, bukan di Saudi Arabia sahaja. Akan tetapi ini perlu kita menelitinya, kita menyelaminya dan ia hanya boleh dilakukan kalau kita dapat hubungan yang rapat dengan negara-negara yang telah melaluinya sebelum ini. Jadi saya akan perhebatkan lagi operasi-operasi ini tetapi mungkin ada pihak- pihak yang cuba hendak polemik kan usaha kita. Kalau hendak buat dengan Amerika Syarikat tidak boleh, kalau dengan China tidak boleh, dengan Saudi tidak boleh, kalau macam itu Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya diletakkan kepada status, “Menteri Pertahanan Korea Utara” sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan peperangan di antara Saudi dan Yaman ini. Sebelum peperangan di antara dua pihak ini, banyak rakyat Yaman sudah berada di negara kita menggunakan visa. Akan tetapi apabila peperangan berlaku, mereka tidak dapat balik dan visa sudah habis. Jadi macam mana kedudukan mereka di negara kita? Terima kasih.

Ini orang Yaman, anaknya pun ada belajar di sana saya tahu. [Ketawa]

Saya bukan ada anak sahaja, saudara saya ada di Yaman.

[Dewan riuh]

[Ketawa] Berhubung kait dengan pengurusan visa Yang Berhormat, soalan itu perlu ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudah ada tiga soalan. [Disampuk] Tidak boleh Yang Berhormat, kalau saya benarkan bermakna saya melanggar peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan, Parit.

Mohd Zaim bin Abu HasanUMNO · BNParit · question

3. Dato' Haji Mohd. Zaim bin Abu Hasan [Parit] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan untuk menimbangkan supaya pembinaan jalan kampung dan jalan ladang diberi keutamaan bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar memasarkan barangan keluaran mereka ke bandar.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Parit yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Parit, tahun 2017 merupakan tahun pelaksanaan projek-projek mesra rakyat. Boleh dikatakan people centric project bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Antara projek di bawah kategori ini ialah Projek Jalan Kampung (PJK). Sejumlah RM284 juta telah diperuntukkan di bawah Projek Jalan Kampung (PJK) bagi membina, menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kampung di luar bandar. Sebanyak RM25 juta daripada peruntukan tersebut adalah khusus bagi pembinaan jalan-jalan ladang pertanian bertujuan agar kemudahan jalan bagi keperluan golongan pekebun kecil persendirian di sektor perladangan dan komoditi dipertingkatkan bagi mengangkut hasil pertanian mereka. Sekiranya Yang Berhormat Parit mempunyai jalan kampung dan jalan ladang yang mendesak bagi kemudahan penduduk di Parlimen Parit, Yang Berhormat boleh mengemukakan lokasi-lokasi keperluan jalan tersebut kepada kementerian ini bagi tujuan siasatan. Sekiranya menepati skop pelaksanaan projek akan dijalankan secara berperingkat sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, pertama saya hendak ucapkan terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Luar Bandar yang sentiasa melaksanakan projek-projek mesra rakyat termasuk jalan kampung dan jalan ladang. Rakyat sebenarnya begitu gembira dan seronok di atas pembinaan jalan tersebut. Cuma satu perkara yang saya hendak minta Menteri untuk pertimbangkan. Pada hari ini kalau jalan-jalan kampung boleh dibina kepada dua atau tiga rumah tetapi untuk menghala ke satu rumah tidak dapat diluluskan. Jadi saya minta supaya halangan atau larangan ini dapat dibatalkan atau dikaji semula kerana nama program ini adalah Program Mesra Rakyat. Jadi maksudnya walaupun satu rumah, itu rakyat dan mesra rakyat. Barulah rakyat menyokong kerajaan di pilihan raya akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, memang buat masa sekarang masih sebagai peraturan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk kita tidak membenarkan kepada kesebuah rumah. Projek ini oleh kerana kita memikirkan sesuatu projek kerajaan ini adalah untuk manfaat dan lebih ramai yang mendapat manfaat daripada projek-projek kerajaan. Akan tetapi saya mengambil kira dan mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat agar kepada sesebuah rumah itu perlu juga kita mungkin layankan untuk kita memesrakan rakyat sebab ada keperluannya. Jadi, tidak apalah Yang Berhormat, kita ambil maklum cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Parit ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih juga kepada pihak kementerian kerana telah membantu banyak pembinaan jalan-jalan kampung dan juga jalan-jalan ladang terutamanya di dalam Parlimen Sekijang. Cuma baru-baru ini apabila berlakunya kejadian bencana banjir, banyak jalan-jalan kampung ini telah pun rosak dan juga musnah. Apabila kita minta kerjasama daripada pihak KKLW untuk membaik pulih jalan ini, kebanyakannya memberi maklumat bahawa peruntukan tersebut telah pun digunakan pada tahun lepas.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Cuma persoalan saya, adakah pihak kementerian ada menyediakan satu tabung khas untuk membantu jika sekiranya berlaku bencana-bencana seperti ini, pihak kementerian boleh mengeluarkan terus perbelanjaan untuk menguruskan jalan-jalan yang terlibat dengan kejadian bencana banjir ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jawapannya Tuan Yang di-Pertua, kita buat masa sekarang tidak ada tabung khas diwujudkan di kementerian untuk menepati tujuan seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi. Sekiranya bencana alam seperti banjir ini berlaku, KKLW memang boleh membantu untuk kita buat penyelenggaraan jalan-jalan itu. Akan tetapi buat masa sekarang, dasar kita, kita belum ada. Oleh kerana ada juga bagi tujuan membantu membaik pulih dan menyelenggarakan di mana jalan-jalan seperti jalan kampung ini yang rosak di luar bandar, ada juga kewangan didapati daripada sumber-sumber yang lain ataupun jawatankuasa- jawatankuasa yang lain di bawah kementerian yang lain. Walau bagaimanapun, pernah juga kita dari kementerian membantu sekiranya dicadangkan, didesak oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Nik Mazian bin Nik MohamadPAS · PRPasir Puteh · question

4. Dato’ Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah peningkatan kadar kelahiran anak luar nikah dan berapakah kos yang diperuntukkan kementerian sejak 2010 hingga sekarang bagi program-program kesedaran dan pencegahan.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memohon izin untuk menjawab bersekali pertanyaan jawab lisan pada 20 Mac 2017 oleh Yang Berhormat Pasir Puteh dan pertanyaan pada 23 Mac 2017 oleh Yang Berhormat Kuala Nerus kerana kedua-dua pertanyaan berkisar mengenai isu yang hampir sama iaitu meminta kementerian menyatakan usaha-usaha bagi menangani masalah kehamilan remaja belum berkahwin, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Dalam usaha menangani masalah tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN dalam memberi tumpuan kepada program kesedaran dan pencegahan dalam kalangan remaja di peringkat sekolah dan komuniti. Melalui dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI), pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan seperti berikut. Pertama, menjalankan beberapa kajian bagi melihat isu kehamilan luar nikah di kalangan remaja dengan lebih mendalam. Kajian faktor risiko dan pelindung terhadap kesihatan seksual dan reproduktif remaja di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah pun disiapkan dan hasil kajian telah dibentangkan dalam seminar pada tahun 2016. Sementara itu kajian Youth Intervention Study, Best Practices of Youth Intervention Program in Malaysia, dengan izin, dalam fasa terakhir dan akan diterbitkan pada tahun 2017 ini. Hasil daripada kedua-dua kajian tersebut akan membantu mengenal pasti punca dan masalah secara holistik serta meneliti pendekatan dan program intervensi yang sesuai. Beberapa inisiatif baru berhasil daripada kajian yang terdahulu telah diambil. Antaranya ialah memperluaskan Program PEKERTI kepada golongan berisiko tinggi, mempertingkatkan akses remaja kepada kesihatan reproduktif melalui pendekatan Transit Kafe@Teen serta menjalankan kajian impak bagi program-program yang disasarkan kepada remaja. Kehamilan dalam kalangan remaja bersifat multifactorial. Boleh berpunca daripada diri sendiri, keluarga, pengaruh rakan sebaya, kurang ilmu agama, persekitaran yang tidak sihat serta komuniti yang tidak peduli dan lain-lain lagi. Kajian mendapati antara faktor risiko utama yang mendorong remaja untuk melakukan tingkah laku seksual yang tidak sihat adalah disebabkan mengamalkan gaya hidup yang berisiko, bergaul dengan rakan sebaya yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang dan salah laku seksual, tidak tinggal bersama keluarga serta tidak mempunyai struktur keluarga yang lengkap dan mempunyai akses mudah dalam mendapatkan maklumat melalui media elektronik. Kajian World Health Organization (WHO) menunjukkan risiko kematian di kalangan remaja berumur kurang daripada 15 tahun adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding wanita yang berusia lebih 20 tahun dan kematian bayi juga adalah tinggi.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Kehamilan remaja juga mengakibatkan komplikasi penyakit kelamin, pengguguran tidak selamat, pembuangan bayi serta kematian ibu dan bayi sekiranya tidak dikendalikan dengan berhemah. Dalam usaha menangani salah laku seksual remaja yang didapati kebanyakan berpunca daripada remaja lelaki, LPPKN telah membangunkan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual khas untuk remaja lelaki yang berumur 16 tahun ke atas. Program rintis telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2016 melibatkan lima buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah. Pada tahun ini, pelaksanaan program menggunakan modul ini akan diperluaskan lagi ke semua negeri. Pihak LPPKN juga sedang menjalankan kajian penilaian ke atas keberkesanan pelaksanaan Program PEKERTI di seluruh negara. Insya-Allah kajian ini dijangka siap pada akhir tahun 2017. Pihak kementerian juga telah memperluaskan pelaksanaan program kepada golongan yang berisiko tinggi. Selain di institusi pendidikan guru Malaysia dan kolej komuniti, juga melalui Program PEKERTI@Komuniti. Pelaksanaan Program PEKERTI@Komuniti telah melibatkan penghuni institusi JKM seperti Sekolah Tunas Bakti, Taman Seri Puteri, rumah kanak-kanak, asrama akhlak dan juga kepada pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), remaja dan ibu bapa di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) serta juga kepada pemimpin komuniti seperti Rukun Tetangga. Secara keseluruhan, sebanyak 147 Program PEKERTI@Komuniti telah dijalankan sepanjang tahun 2014 hingga 2016 dengan penyertaan melibatkan seramai 7,370 orang peseta di kalangan remaja dan ibu bapa. Konsep Pusat Transit Kafe@Teen telah diperkenalkan sebagai tempat persinggahan yang selamat bagi pelajar sebelum atau selepas waktu sekolah dalam usaha untuk mengurangkan pengaruh negatif rakan sebaya. Dua program rintis Transit Kafe @Teen di UTC Keramat Kuala Lumpur dan Presint 16 Putrajaya merupakan tambahan kepada perkhidmatan sedia di 16 buah pusat remaja Kafe@Teen di 10 buah negeri. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, menawarkan perkhidmatan kesihatan, khidmat kaunseling, psikososial serta program pendidikan dan permohonan kemahiran ataupun skill building untuk golongan remaja. Sejak tahun 2006 hingga 2016, sebanyak 381,952 orang remaja telah mengikuti program-program pendidikan dan pembangunan kemahiran, manakala 27,651 orang remaja mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif dan 7,993 mendapat perkhidmatan kaunseling. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula telah menyediakan rumah perlindungan kepada kanak-kanak dan wanita yang hamil luar nikah. Selain daripada JKM, sekolah harapan untuk remaja hamil di Melaka telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut melaksanakan beberapa pendekatan bagi mengatasi masalah kehamilan remaja, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Antaranya ialah seperti berikut. (i) menyediakan akses kepada perkhidmatan yang mesra remaja di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara; (ii) menjalankan latihan bagi memperkasa anggota kesihatan dalam pengendalian kes remaja secara berhemah, tidak menghukum, menjaga kerahsiaan dengan mengguna pakai prinsip harm reduction dan in the best interest of the child; (iii) menyediakan modul dan garis panduan pengendalian masalah kesihatan seksual, reproduktif remaja; (iv) menjalankan usaha advokasi mengenai isu kehamilan remaja pada mesyuarat interagency seperti majlis sosial, mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi mendapat sokongan dan kerjasama semua agensi, kementerian, kerajaan negeri untuk menangani masalah ini secara holistik di peringkat negeri dan daerah; dan (v) melaksanakan Program Generasiku Sayang di semua negeri dalam menyediakan intervensi yang menyeluruh dan bersepadu kepada remaja hamil, khususnya remaja yang tidak berkahwin tanpa sokongan keluarga. Sebanyak RM3,785,835 telah diperuntukkan kepada LPPKN di bawah kementerian bagi pelaksanaan Program PEKERTI sepanjang tahun 2010 sehingga 2017 yang juga merangkumi peruntukan daripada United Nations Population Fund dan

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

National Blue Ocean Strategy. Kementerian percaya dengan segala langkah dan inisiatif yang diambil secara bersama di antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti dapat membendung fenomena tingkah laku seksual tidak sihat di kalangan remaja kita. Seterusnya dapat membendung peningkatan kes bayi dilahirkan di luar nikah yang secara langsung mengurangkan kes pembuangan bayi di negara kita, Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana jawapan yang begitu komprehensif dan panjang, menunjukkan ia adalah suatu masalah yang besar dan juga bermacam-macam usaha yang dilakukan. Hanya, saya tidak nampak usaha hendak merotan orang yang berzina. Di manakah letak usaha itu? Adakah ini menunjukkan bahawa kita perlu kepada RUU 355 atau tidak? Satu. Soalan saya yang sebenarnya ialah tentang anak yang dilahirkan di luar nikah itu. Kita tahu anak ini adalah tidak berdosa dan dilahirkan di atas fitrah. Makna mereka ini bersih dari dosa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Bagaimanakah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan kepada anak-anak ini untuk menjaga mereka ketika dalam kandungan lagi tidak dianiayai oleh ibu atau sesiapa sahaja, semasa dilahirkan dan selepas dilahirkan? Selepas dilahirkan, adakah anak-anak ini dipastikan mendapat jagaan yang terbaik sama ada daripada keluarga atau daripada foster parents? Adakah usaha-usaha itu dilakukan dengan baik? Apakah nasib anak-anak ini selepas itu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat yang begitu prihatin terhadap masalah ini iaitu masalah kita bersama. Berkaitan dengan soalan yang pertama tadi itu, saya bukanlah kementerian yang sepatutnya yang menjawabnya. Jadi soalan itu saya serahkan kepada kementerian yang lain. Bagi soalan yang kedua Yang Berhormat tadi itu, saya rasa dalam jawapan saya yang tadi pun saya telah memberitahu tentang usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pihak kita daripada masa mengandung lagi tidak ada diskriminasi terhadap wanita yang mengandung sama ada yang remaja ataupun yang dewasa, sama ada yang telah berkahwin ataupun belum berkahwin. Kesihatan mereka terus dijaga. Apa yang penting, mereka datang ke hospital, datang ke klinik-klinik dan kesihatan mereka akan dijaga dan mereka boleh melahirkan anak-anak mereka itu di klinik-klinik dan juga di hospital-hospital kerajaan. Selepas itu, sekiranya mereka ini, seperti kata Yang Berhormat tadi anak-anak ini adalah fitrah dan tidak bersalah, terus dijaga oleh keluarga mereka, maka tidak ada masalah. Akan tetapi bagi kanak-kanak atau bayi yang dilahirkan, ditinggalkan, tidak dijaga, maka pihak kementerian kamilah yang menjadi penjaga dan kita bawa ke rumah kanak-kanak kita untuk jagaan berterusan sehinggalah mereka dewasa iaitu umur mencapai 18 tahun. Setelah sampai 18 tahun pun, kementerian kita masih lagi menjaga mereka bagi memastikan mereka juga hidup seperti anak-anak yang lain, remaja yang lain, insan-insan yang lain, insya-Allah. Akan tetapi, kita juga memerlukan supaya bukan kementerian sahaja, bukan kerajaan sahaja yang bertanggungjawab tetapi semua pihak juga sama-sama bertanggungjawab. Alhamdulillah, kita melihat bahawa dalam usaha supaya tidak ada bayi dibuang, maka ada usaha daripada NGO melalui open care yang bekerjasama dengan hospital-hospital swasta yang telah pun melaksanakan program di mana remaja yang mengandung yang tidak bersuami ataupun belum berkahwin boleh menghantar anak-anak mereka di hospital-hospital ini dan kepada open care untuk terus dijaga, dihantar kepada keluarga angkat ataupun foster parents supaya mereka hidup seperti anak-anak yang lain juga, insya-Allah. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan pertama saya, apakah kementerian mengkaji latar belakang pasangan-pasangan yang melahirkan anak di luar nikah ini? Keduanya, terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengadakan pusat penjagaan bagi pasangan yang tidak mahu menjaga anak ini. Apakah Yang Berhormat mempunyai angka yang terakhir jumlah anak-anak luar nikah yang ditempatkan di pusat jagaan kementerian ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Daripada kajian yang telah dibuat oleh kementerian melalui

LPPKN, ada beberapa perkara yang telah saya sebutkan tadi mengenai mengapakah berlakunya masalah-masalah ini. Antara faktor yang telah saya sebutkan tadi ialah disebabkan mengamalkan gaya hidup yang berisiko, bergaul dengan rakan sebaya yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang dan salah laku seksual, tidak tinggal bersama keluarga serta tidak mempunyai struktur keluarga yang lengkap. Tidak lengkap itu mungkin ibu tunggal, suami isteri atau ibu bapa mereka bercerai, maka menyebabkan institusi keluarga itu sudah runtuh. Ini juga adalah di antara penyebabnya. Oleh sebab itulah amat penting bagi kita sama-sama berusaha memastikan institusi keluarga dalam Malaysia ini kita jaga dengan baik. Juga, mereka ini mudah mendapat akses maklumat melalui media elektronik. Dengan kecanggihan zaman sekarang ini, media elektronik, smartphone yang ada di tangan kita seperti ini, semuanya juga menyebabkan masalah kepada anak-anak remaja kita. Dari kecil lagi anak-anak kita dibiasakan dengan alat-alat yang canggih ini membolehkan mereka mendapat pelbagai maklumat yang sepatutnya tidak sampai kepada mereka tanpa terkawal. Maka, mereka boleh terdorong melakukan perkara- perkara yang menyebabkan mereka terlibat dengan keadaan yang hamil di luar nikah dan sebagainya ini. Untuk bilangan berapa yang ada di dalam institusi kita, saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Setakat ini saya tidak ada. Cuma, kalau yang diselamatkan oleh open care itu tadi, kita ada setakat ini 35 keseluruhannya. Ertinya, tidaklah terbuang bayi-bayi ini kerana mereka telah terselamat. Akan tetapi yang untuk di institusi kami, saya akan berikan kepada Yang Berhormat nanti secara bertulis. Terima kasih.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedia maklum bahawa gejala sosial ataupun perlakuan anak luar nikah ini berpunca daripada pergaulan bebas, dadah, bersendiri, media sosial, kurang agama dan sebagainya. Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya melihat jawapan Yang Berhormat Menteri daripada tahun-tahun lepas sama sahaja dari sudut tindakan dan juga jawapan. Persoalan saya, adakah strategi baru yang lebih komprehensif, misalnya kolaborasi antara jabatan atau kementerian lebih efektif? Sebagai contoh, tentang kefahaman agama yang kurang, adakah kita berbincang untuk memperbaiki ataupun review kurikulum agama kita dan juga menjadikan subjek agama ini subjek wajib supaya mereka lebih menumpukan perhatian kepada subjek akhlak ini? Ataupun dengan Kementerian Pendidikan misalnya, kita boleh meningkatkan lagi disiplin di sekolah bagi membentuk akhlak yang lebih baik. Itu persoalan saya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa daripada angka yang diberikan, statistik yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan kepada kita, bahawa daripada tahun 2012 hingga tahun 2016 ini, ada terdapat pengurangan daripada statistik remaja yang tidak berkahwin melahirkan anak atau hamil. Walaupun pengurangan itu tidak signifikan tetapi ada pengurangan. Bererti, serba sedikit apa yang kita laksanakan selama ini bolehlah dikatakan ada kejayaannya. Walau macam mana pun, kita di kementerian tidak berpuas hati dengan ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, kita sedang mengadakan beberapa kajian lagi. Hasil daripada kajian itu nanti kita akan mengolah semula program-program kita supaya ia dapat mencapai hasrat kita untuk kalau boleh menangani dengan sebaik mungkin masalah ini. Termasuklah daripada segi agama, berkaitan dengan agama, bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya kursus-kursus yang kita laksanakan ini dapat dibawa sampai ke peringkat mereka di awal lagi dan dimasukkan juga unsur-unsur pendidikan agama itu. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini supaya bukan sahaja kerajaan yang melaksanakan ini tetapi di peringkat keluarga itu sendiri mesti bermula di peringkat keluarga itu menerapkan awal-awal lagi tentang unsur-unsur pendidikan agama ini supaya di peringkat awal lagi anak-anak kita sudah ada benteng yang boleh menolak perkara-perkara yang tidak baik ini apabila mereka menjadi dewasa walaupun terdapat pelbagai cabaran di dunia masa kini, insya-Allah. Terima kasih.

Ahmad bin HamzahUMNO · BNJasin · question

5. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [Jasin] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan agar menyemak semula dasar pinjaman PTPTN yang turut diberi kepada anak orang kaya dan dasar menukar pinjaman kepada biasiswa bagi pelajar yang cemerlang kerana kedua-dua dasar tersebut menguntungkan anak orang kaya dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Terima kasih Yang Berhormat Jasin atas soalan yang berkaitan dengan PTPTN. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin ini bersekali dengan tujuh lagi pertanyaan, iaitu dari Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Kuala Pilah pada 21 Mac, Yang Berhormat Pasir Mas pada 23 Mac, Yang Berhormat Lipis pada 27 Mac, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Teluk Kemang dan Yang Berhormat Bukit Katil pada 28 Mac, memandangkan isu yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum 1 November 2014, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melaksanakan dasar pinjaman yang terdiri daripada tiga kategori iaitu pinjaman penuh, sebahagian dan yuran. Pinjaman penuh diberi berdasarkan pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM4,000 sebulan. Pinjaman sebahagian diberi berdasarkan pendapatan isi rumah antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Manakala kadar yuran akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan. Namun demikian, PTPTN telah membuat penambahbaikan dasar pinjamannya bermula 1 November 2014 iaitu dengan menjadikan data Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rujukan utama di dalam menentukan kategori-kategori pinjaman. Tiga kategori pinjaman baharu ini adalah pinjaman maksimum, pinjaman sebanyak 75 peratus dan pinjaman separuh atau 50 peratus. Pemberian pinjaman maksimum ditawarkan kepada pelajar sekiranya pelajar atau ibu bapa atau penjaga disenaraikan sebagai penerima BR1M, diikuti pinjaman sebanyak 75 peratus kepada kumpulan berpendapatan tidak melebihi RM8,000 sebulan. Manakala, pinjaman separuh ataupun 50 peratus kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan. Semenjak ditubuhkan iaitu bagi tempoh 1997 hingga 2016, sebanyak 2,643,734 pinjaman telah diluluskan dengan jumlah keseluruhannya yang dikeluarkan sebanyak RM48.6 bilion. Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2003 PTPTN memperkenalkan dasar pinjaman boleh ubah atau pengecualian bayaran balik yang diberikan kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Insentif ini membuktikan keprihatinan kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang termasuk di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) tanpa mengira kaum dan latar belakang keluarga. Langkah ini secara tidak langsung memberi galakan kepada para pelajar untuk menggandakan usaha dan terus cemerlang dalam pendidikan. Ini juga menggambarkan komitmen kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan yang berilmu dan berkualiti demi masa depan negara. Sehingga 31 Disember 2016, seramai 41,706 orang peminjam telah mendapat manfaat daripada dasar pengecualian bayaran balik ini yang berjumlah RM1,234.66 juta. Oleh yang demikian, kementerian buat masa ini masih belum bercadang untuk memperluaskan skop pengecualian bayaran balik terutamanya kepada pelajar yang sekadar memperoleh ijazah kelas kedua tertinggi. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini tidak ada kajian khusus bagi mengenal pasti faktor sebenar yang menyebabkan kegagalan atau kelewatan para peminjam melunaskan hutang PTPTN. Namun begitu, merujuk kepada maklum balas yang diterima daripada peminjam secara rawak antara faktor yang menjadi sebab untuk kegagalan dalam melunaskan pinjaman adalah seperti berikut: (i) Peminjam masih belum mendapat pekerjaan; (ii) Telah bekerja tetapi memperoleh pendapatan kecil yang tidak setimpal dengan kelulusan; dan (iii) Sikap peminjam sendiri yang tidak mahu untuk membuat bayaran balik.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Perkara ini dibuktikan apabila sebahagian peminjam yang sebenarnya telah bekerja dan memperoleh pendapatan yang mencukupi namun hanya datang berunding dengan PTPTN selepas dikenakan tindakan penguatkuasaan yang diambil melalui Jabatan Imigresen dan CCRIS. Berkaitan dengan CCRIS sebenarnya CCRIS bukanlah mekanisme untuk senarai hitamkan peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia adalah satu kaedah merekodkan corak pembayaran balik pulangan pinjaman atau credit behaviour dengan izin, untuk tempoh 12 bulan berturut-turut. Oleh demikian tujuan CCRIS sebenarnya adalah untuk mendidik peminjam supaya lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan komitmen untuk membuat bayaran balik secara konsisten. Tuan Yang di-Pertua, PTPTN dari semasa ke semasa sentiasa berusaha menambah baik mutu perkhidmatan kepada stakeholders dengan izin. Terutamanya kepada para peminjam yang merupakan pelanggan terbesar PTPTN. Justeru itu, bagi menjawab isu berkaitan kelewatan penerimaan bayaran pinjaman PTPTN sebenarnya mempunyai standard operating procedures (SOP) dengan izin yang tertentu sebelum membuat kelulusan pengeluaran pinjaman kepada pelajar. SOP ini adalah penting bagi mengelak berlakunya pengeluaran pinjaman kepada pelajar yang tidak layak atas sebab-sebab tertentu seperti gagal dalam peperiksaan, berhenti dari universiti dan pencapaian purata nilai gred kumulatif yang kurang daripada 2.0. Justeru sebagai langkah proaktif, PTPTN melakukan apa yang difikirkan terbaik termasuk sentiasa membuka pintu perbincangan dengan pihak IPT dalam mencari jalan penyelesaian yang memuaskan semua pihak. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan penjelasan yang cukup panjang sekali. Sebenarnya, tujuan kerajaan adalah cukup murni bagi membantu anak-anak kita melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan bantuan kewangan. Akan tetapi kita dapat lihat, satu tanggungan yang cukup besar sekali oleh kerajaan sebanyak pinjaman yang telah diluluskan RM48.6 bilion. Daripada angka yang saya dapat lihat di sini bahawa sebenarnya, yang patut kita dah dapat pungut sebanyak RM18.8 bilion tetapi yang kita dapat kutip hanya RM10 bilion lagi. Maknanya hampir RM8 bilion yang tidak dapat dikutip. Daripada jumlah tersebut kita dapat lihat sebanyak 663 pelajar kita yang telah pun lulus tidak langsung membayar yang berjumlah sebanyak RM4.7 bilion. Jadi makna ini jelas menunjukkan bahawa PTPTN mengalami aliran tunai yang cukup kritikal sekali yang telah mengakibatkan lebih kurang 50,000 pelajar yang akan menerima akibat daripada masalah kekurangan dana oleh PTPTN. Izinkan saya Yang Berhormat Menteri untuk memberikan cadangan untuk menambah baik PTPTN supaya pinjaman ini hanya kita hadkan kepada golongan- golongan anak-anak pelajar B40 ataupun M40 sahaja.

Soalan? [Ketawa]

Ada adab kah? B40 sahaja. Dan kalau boleh, untuk mereka yang cemerlang, hanya kita hadkan kepada kedua-dua golongan ini 100 peratus kita convert kepada biasiswa kepada B40 dan M40 dan kalau pada IPTS, hanya kita hadkan kepada 50 peratus sahaja. Kedua cadangan saya, kalau boleh, apa juga tindakan saman yang kita buat kepada mereka yang tidak membayar seramai lebih kurang 152,000 ini, kalau boleh kita dapat lihat sebanyak 115,000 pelajar ini sebenarnya golongan yang tidak mempunyai pendapatan ataupun menganggur. Yang kedua lebih 80,000 pelajar lagi yang underemployed seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa ramaikah dan peratusannya pelajar-pelajar yang telah di-convert kepada 100 peratus sebagai biasiswa atas kecemerlangan mereka berbanding dengan IPTA dan IPTS? Kita hendak melihat supaya tidak ada penyalahgunaan kuasa daripada IPTS dan tidak ada ketirisan yang berlaku. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, sebelum menjawab dulu, duduk dulu Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Menteri. Duduk dulu Menteri sebelum menjawab. Secara serius saya rasa ada keperluan untuk kita ubah peraturan mesyuarat. Saya akan bawa ini kepada jawatankuasa iaitu bagi Menteri yang menjawab soalan lisan seperti begini, terpaksa kita hadkan masa dan begitu juga kepada soalan-soalan tambahan kerana saya nampak ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang langsung tidak mengikut peraturan mesyuarat. Walaupun saya dan timbalan-timbalan saya tidak tegur, bukan bermakna Ahli-ahli Yang Berhormat sewenang-wenangnya boleh berhujah. Jadi, saya rasa ada keperluan untuk mengehadkan masa.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jasin. Kedua-dua cadangan diterima dengan ucapan terima kasih dan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jasin ada berkaitan dengan data yang spesifik di mana saya akan menjawab dalam bentuk bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Bukit Katil.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada jawapan Menteri. Soalan tambahan saya mudah sahaja. Saya ingin minta Menteri menjelaskan mengapa penerima PTPTN ini lewat menerima bayaran mereka sehingga ada aduan yang dibuat memaksa pelajar-pelajar ini meminjam, terpaksa pinjam daripada sumber- sumber yang lain untuk membiayai pengajian mereka serta apakah langkah-langkah proaktif yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini? Dalam masa yang sama, saya juga teliti tadi jawapan Menteri tentang faktor- faktor mereka yang tidak mampu membayar. Saya percaya Menteri juga tahu bahawa antara dasar PTPTN itu adalah untuk menghalang peminjam yang tidak mampu bayar ini ke luar negara. Akan tetapi apakah boleh diberi pengecualian untuk urusan-urusan tertentu misalnya menunaikan haji, umrah dan sebagainya yang tentunya akan membantu anak-anak muda di luar sana. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Saya sudah jawab yang berkaitan dengan kelewatan untuk terima bayaran pinjaman tadi bahawa memang PTPTN mengadakan dia punya standard operating procedures, dengan izin dan memang tidak dinafikan bahawa untuk setiap organisasi standard operating procedures adalah sangat penting kerana ini memberi guideline, dengan izin atau garis panduan untuk melaksanakan PTPTN untuk mengesan kelayakan pelajar untuk menerima PTPTN. Berkaitan dengan soalan tentang tindakan yang diambil oleh PTPTN ke atas pihak pelajar yang nak ke luar negara. Salah satu tindakan yang diambil oleh PTPTN adalah untuk meminta pelajar sekiranya menghadapi cabaran seperti ini untuk datang ke kaunter PTPTN untuk mengadakan perbincangan di mana PTPTN boleh melaksanakan penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan bayaran balik sehingga umur 60 tahun. Jadi, saya rasa ini adalah satu inisiatif yang sangat membantu dan bersikap penyayang. Cuma apa yang sangat penting di sini adalah pelajar-pelajar mesti bekerjasama dengan PTPTN untuk membantu diri sendiri. Ini adalah soalan yang berkaitan dengan integriti berdasarkan prinsip sekiranya kita sudah meminjam, kita mesti bayar balik. Sekian, terima kasih. [Soalan No. 6 – Yang Berhormat. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) tidak hadir]

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

7. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan prestasi serta kedudukan semasa industri getah dan sawit seluruh negara dari segi jumlah pengeluaran dan permintaan serta harga jualan dan nyatakan unjuran prestasi industri ini untuk tempoh sepanjang 2017.

Datuk Datu Nasrun bin Datu MansurUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Silam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sekijang. Industri sawit dan getah merupakan antara komoditi utama negara yang terus menyumbang kepada pendapatan eksport negara. Selain itu, kedua-dua industri ini dipelopori oleh para pekebun kecil di mana hampir 40 peratus tanaman sawit dan 95 peratus tanaman getah adalah diusahakan oleh golongan ini. Tanaman sawit dan getah juga menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan penjanaan peluang-peluang pekerjaan di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016, eksport produk-produk sawit adalah bernilai RM67.6 bilion meningkat 6.9 peratus berbanding tahun 2015. Purata harga CPO berada di paras RM2,653 setan meningkat 23.2 peratus. Walau bagaimanapun, pengeluaran CPO telah merekodkan penurunan sebanyak 13.2 peratus kepada 17.3 juta tan berikutan fenomena El-Nino. Dari segi permintaan produk-produk berasaskan sawit telah dieksport ke hampir 170 buah negara Kesatuan Eropah, India, China, Amerika Syarikat dan Jepun merupakan negara pengimport utama dengan jumlah eksport sebanyak RM34.1 bilion atau 50.4 peratus daripada jumlah eksport produk-produk sawit.

Datuk Datu Nasrun bin Datu MansurUMNO · BNTimbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi · Silam

Kementerian akan terus berusaha bagi memperkukuhkan pasaran produk- produk sawit di peringkat global dan dengan sasaran peningkatan eksport sebanyak empat peratus. Pengeluaran CPO juga dijangka pulih berikutan peningkatan kawasan tanaman sawit matang dan purata harga CPO diunjurkan kukuh sekitar RM2,700 hingga RM2,800 satu tan. Tuan Yang di-Pertua, bagi sektor getah pada tahun 2016, industri ini telah menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM 24.8 bilion. Pengurangan 1.6 peratus berbanding tahun 2015. Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan China merupakan antara pasaran eksport utama dengan jumlah eksport sebanyak RM15.6 bilion atau 62.7 peratus daripada jumlah eksport produk-produk getah. Pengeluaran getah asli pada tahun 2016 telah merekodkan penurunan kepada 673,861 tan, manakala purata harga getah asli SMR20 telah meningkat ke paras RM5.68 sekilogram. Demikian kementerian menyasarkan peningkatan eksport produk-produk getah sebanyak tujuh peratus dengan pengukuhan syer pasaran sedia ada serta meneroka pasaran-pasaran baru. Purata harga getah asli SMR20 juga dijangka kukuh pada paras RM8 hingga RM9 sekilogram yang antara lain dipengaruhi oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia. Sekian, terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang saya kira memang amat baik. Oleh kerana kita tahu hari ini sawit telah pun mendapat harga yang saya ingat cukup lumayan kepada para pekebun kita, terutamanya pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar dan adalah amat penting kepada kerajaan pada hari ini yang saya kira sedang giat untuk melaksanakan pematuhan mandatori Persijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia ataupun MSPO yang bertujuan untuk meningkatkan industri kepada standard global yang memenuhi piawaian antarabangsa bagi menembusi pasaran dunia, terutamanya di negara Eropah yang mempunyai kawalan kualiti yang agak ketat. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah-langkah khas yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan MSPO ini dipatuhi oleh pihak industri, terutamanya di kalangan peladang dan juga pekebun-pekebun kecil? Sejauh mana MSPO ini mampu difahami dan dipatuhi oleh pekebun-pekebun kecil ini memandangkan ia akan melibatkan kos kewangan yang agak membebankan golongan-golongan pekebun kecil ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sekijang. Tujuan sebenarnya menubuhkan MSPO adalah untuk memberi peluang kepada pekebun-pekebun kecil dan juga pengusaha-pengusaha ladang di Malaysia ini menggunakan satu sistem yang agak murah kalau dibandingkan dengan RSPO. RSPO, ia sebenarnya amat tinggi kosnya untuk dikendalikan dan tentu sekali pekebun-pekebun kecil tidak mampu. Apa yang dilakukan oleh kerajaan ialah sekarang ini untuk memastikan MSPO ini dipatuhi oleh semua peladang-peladang, termasuklah pekebun-pekebun kecil. Bagi pekebun-pekebun kecil, kita tahu mereka adalah mempunyai pendapatan yang kecil, maka kerajaan telah menggalakkan mereka untuk menubuhkan koperasi- koperasi. Melalui koperasi ini, maka mereka akan dinilai sebagai sekelompok. Oleh sebab itu, maka kos pembiayaan untuk mematuhi MSPO ini akan berkurangan.

Memanglah kerajaan telah menetapkan kos untuk penilaian-penilaian MSPO ini memang begitu rendah berbanding dengan kos-kos yang dikenakan oleh RSPO. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Macam yang disebut sebelum ini kepada soalan Yang Berhormat Sarikei beberapa hari yang lalu, Yang Berhormat telah pun menyatakan bahawa pengurangan kelapa sawit kerana fenomena El Nino ini antara penyebab kepada berlakunya kenaikan kelapa sawit dan begitu juga dengan penyusutan nilai mata wang ringgit yang menyebabkan berlakunya kenaikan kepada harga CPO kelapa sawit. Jadi, saya percaya bahawa beginilah juga Tuan Yang di-Pertua, berlaku dalam industri getah. Kenaikan harga getah yang agak tinggi sekarang ini, pada hari ini, pada RM3.65 bagi cup lumps walaupun jatuh dalam RM0.45 daripada tiga hari yang lalu tetapi ia dipengaruhi kenaikan tersebut oleh kedudukan ringgit yang tidak stabil. Jadi, bagaimana pihak kerajaan hendak mengatasi masalah ini? Ini sebab Tuan Yang di- Pertua, ia menimbulkan masalah kepada pembeli-pembeli getah. Apabila mereka beli dalam sehari, dua hari selepas mereka hendak jual, harga itu telah jadi jatuh. Apabila harga jatuh, menyebabkan mereka menanggung kerugian. Apabila mereka menanggung kerugian dan untuk dua hari kemudian, mereka terpaksa mengambil harga yang lebih rendah daripada pekebun getah dan ini menyebabkan kerugian pula kepada pekebun dan penoreh getah. Jadi, bagaimana pihak kerajaan hendak memastikan supaya dalam keadaan harga getah yang semakin kurang sekarang ini? Sekarang ini harga getah kurang kerana musim pucuk. Ia akan sampai kepada hujung bulan lima ataupun awal bulan enam baru dapat diatasi dari sudut pengeluaran susu getah tersebut. Jadi, bagaimana kerajaan hendak mengatasi masalah ini supaya kestabilan harga getah itu lebih kukuh, bukan bergantung kepada nilai ringgit? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Tuan Yang di-Pertua, 90 peratus daripada pekebun-pekebun getah adalah pekebun kecil di Malaysia ini. Oleh sebab itu, kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun ini berhubung dengan harga getah yang kurang stabil, harga komoditi memang tentunya tidak begitu stabil. Oleh sebab itu, kerajaan telah menubuhkan satu sistem yang dinamakan insentif pengeluaran getah (IPG). Insentif Pengeluaran Getah ini adalah di mana apabila harga getah itu di pasaran rendah daripada RM5.50, maka kerajaan akan membayar selebihnya ataupun harga SMR, ia rendah daripada RM5.50, maka kurangnya itu akan ditambah oleh kerajaan. Demikian juga dengan cup lumps. Apabila harga cup lumps itu turun daripada RM2.20, maka kerajaan akan bayar selebihnya. Tujuannya adalah supaya penoreh- penoreh akan terus menoreh walaupun harga getah sudah turun. Inilah sistem yang telah digunakan selama ini dan pada masa ini, sistem ini tidak berfungsi sebab harga getah adalah tinggi ataupun sekarang ini lebih daripada RM5.50 bagi SMR20 dan lebih RM2.20 bagi cup lumps. Jadi, ia tidak beroperasi. Akan tetapi kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk tahun ini, untuk tujuan ini supaya boleh membantu penoreh-penoreh getah yang sebahagian besarnya adalah pekebun- pekebun kecil. Sekian, terima kasih.

Nasrudin bin Hassan TantawiPAS · PRTemerloh · question

8. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan hasil pelaksanaan penilaian bersepadu yang dimulakan oleh IPT perintis dan bagaimana Program iCGPA (Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu) boleh melonjakkan peningkatan adab dan keilmuan dalam kalangan penuntut universiti.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan, saya mengalu- alukan kedatangan guru-guru dan pelajar-pelajar dari SMK Sungai Choh. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, atas soalan berkaitan dengan iCGPA.

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) telah dirintis lima buah universiti awam kohort pertama bermula sesi 2015/2016 iaitu UKM, UiTM, UPM, UMK dan UMT disusuli oleh 15 buah lagi UA menjadi semua universiti awam mulai sesi 2016/2017. Penggunaan iCGPA dapat menggambarkan pencapaian pelajar melalui lapan domain utama iaitu:

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pendidikan Tinggi · Tawau

(i) pengetahuan; (ii) kemahiran praktikal; (iii) kemahiran dan tanggungjawab sosial; (iv) nilai, sikap dan profesionalisme; (v) kemahiran komunikasi; (vi) kemahiran menyelesaikan masalah; (vii) kemahiran pengurusan maklumat; dan (viii) kemahiran keusahawanan. Dengan terlaksana sistem ini, ia dapat membantu pelajar mengetahui pencapaian mereka dan memperbaiki pencapaian tersebut sebelum mereka ber- graduate. Impak keseluruhan bagi pelaksanaan iCGPA masih belum dapat dikaji sehingga pelajar kohort pertama yang sekarang ini berada pada semester ketiga ber- graduate pada tahun 2019. Walau bagaimanapun pelaksanaan iCGPA ini telah memberi impak— maafkan saya, telah memberi kesan yang positif kepada pelajar seperti berikut: (i) pendedahan mengenai iCGPA membolehkan pelajar mengetahui kekuatan dan minat mereka dan seterusnya kecenderungan kerjaya masa hadapan; (ii) sesawang iCGPA yang dipaparkan memberikan refleks pembelajaran sebenar pelajar pada setiap semester dan memberi gambaran keseluruhan kepada pelajar pada setiap hujung semester; (iii) membantu pelajar untuk memperbaiki kelemahan untuk semester seterusnya; dan (iv) membantu pelajar untuk mengetahui tahap kemahiran dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan keyakinan diri dan melahirkan graduan berkualiti yang lebih menepati kehendak industri. Sehubungan ini, nilai-nilai murni seperti adab dan keilmuan boleh diukur melalui iCGPA iaitu di dalam domain etika dan nilai. Peningkatan adab adalah berkaitan dengan adab berkomunikasi dengan baik, adab bertanggungjawab sosial, adab kerja secara profesional, adab bekerja di dalam kumpulan dan adab sebagai pemimpin. Oleh itu, sistem iCGPA dapat memupuk nilai adab dan keilmuan secara konsisten dan secara formatif dan secara langsung membantu pelajar untuk cemerlang dalam pembelajarannya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi pertanyaan bagi jawapan lisan berakhir. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Khamis, 16 Mac 2017.”

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Ketiga Belas”. [14 Mac 2017]

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Beruas. Saya difahamkan ada 18 minit lagi. Selepas Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling bersedia, sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya meneruskan dengan ucapan perbahasan saya. Tuan Yang di- Pertua, semalam saya sudah nyatakan bahawa adalah pentingnya kita menumpukan perhatian seluruh rakyat dan juga kerajaan untuk menangani krisis ekonomi dan pengangguran yang kian— krisis ekonomi yang sedang kita hadapi dan juga menangani pengangguran yang kian meningkat. Semalam saya sudah nyatakan bahawa hutang isi keluarga kita sudah mencapai 89 peratus GDP ataupun nilainya RM1.03 trilion. Setiap

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

rakyat Malaysia sekarang ini berhutang RM34,333 dan kalau satu isi keluarga lima orang jumlah yang di hutang secara purata adalah RM171,666. Saya juga nyatakan bahawa daripada laporan yang diberikan oleh Timbalan CEO Operasi EPF, 90 peratus daripada isi keluarga luar bandar tidak ada wang simpanan atau zero saving, dan 86 peratus daripada isi keluarga di bandar tidak ada wang simpanan atau juga tidak ada— no savings at all. Bayangkan dalam keadaan di mana isi keluarga hutang tinggi tetapi barangan naik mendadak baru-baru ini membawa tekanan yang amat sangat kepada rakyat Malaysia. Kita tahu barang naik ada banyak sebab. Satu daripadanya nilai Ringgit Malaysia sudah turun mendadak sampai 50 peratus kalau dikira daripada 1 Januari 2013. Pada masa itu USD1 bersamaan dengan RM3. Hari ini USD1 lebih kurang RM4.50. Antara lain juga kenaikan harga disebabkan kerana tarif elektrik sudah naik lebih kurang 40 percent dan tambahan pula dengan GST dan juga kenaikan tol dan lain-lain. Akan tetapi malangnya pendapatan rakyat Malaysia tidak meningkat kerana kemerosotan ekonomi. Pelabur-pelabur sudah pun takut hendak datang melabur kerana kalau bawa duit luar mereka ke Malaysia, kalau ringgit menurun lagi mereka akan mengalami kerugian. Juga pelabur-pelabur Malaysia pula, tidak ada keyakinan dengan keadaan politik sekarang dan mereka ramai yang pergi ke luar negara untuk melabur dan difahamkan pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara lebih daripada pelabur- pelabur asing di Malaysia ini. Juga kita nampak pengaliran wang keluar oleh rakyat Malaysia sendiri dan juga rakyat asing yang mengambil keluar wang ke luar negeri hinggakan Bank Negara Malaysia terpaksa mengadakan satu tindakan tegas iaitu memastikan wang eksport mesti di bawah peratusan tinggi, mesti dibawa balik dalam bentuk wang Ringgit Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, hari susah menunggu kita melainkan kita bertindak segera. Dengan hutang isi keluarga yang begitu tinggi dan gaji tidak naik, nilai ringgit turun mendadak, lagi teruk lagi yang berlaku sekarang ini ramai yang diberhentikan kerja...

Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Dianggarkan oleh...

Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lenggong bangun.

Lenggong kasi sikit boleh?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Nanti, nanti saya habiskan. Dianggarkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia tahun ini dikatakan pengangguran boleh meningkat sampai 3.5 peratus iaitu bersamaan dengan 490,000 orang kerana tenaga kerja di Malaysia lebih kurang 14 juta orang. Saya rasa angka ini mungkin tidak tepat kerana dari jawapan yang telah saya dapat dari Parlimen, iaitu pada tahun lepas sampai September 2016, 1,466,652 orang memohon untuk 14,089 jawatan perkhidmatan awam.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau lebih 10 peratus daripada rakyat Malaysia memohon untuk jawatan perkhidmatan awam, 10 peratus daripada tenaga kerja untuk 14,000 sahaja jawatan, ini bermaksud ramai antara mereka ini menganggur ataupun tidak mendapat gaji yang setimpal dengan qualification mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini telah menyebabkan masalah besar dan pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan melalui National Health Morbidity Survey menunjukkan 4.2 juta daripada 14.4 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mempunyai masalah mental iaitu 1/3 daripada rakyat dewasa Malaysia mengalami masalah mental.

Yang Berhormat Beruas bagilah peluang sedikit sebab sudah tersasar jauh.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya habiskan dahulu. Habiskan ini dahulu. Jadi ini membimbangkan...

Bagilah, takut kah?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Membimbangkan. Saya habiskan ini, kemudian.

Sudah tiga tajuk itu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Angka ini membimbangkan kerana adalah kenaikan tiga kali daripada angka 10 tahun yang lepas. 10 tahun yang lepas dianggarkan lebih kurang 10 peratus daripada rakyat dewasa Malaysia yang mempunyai masalah mental.

Yang Berhormat Beruas, kali ketiga minta. Kalau tidak bagi, confirm takut.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh, tapi...

Kalau tidak boleh, confirm takut. Yang Berhormat Beruas, saya hendak ambil laporan MIDA.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila-sila Yang Berhormat Lenggong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Laporan MIDA...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau hendak tanya bukannya berucap...

Laporan MIDA daripada tahun 2010...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tidak, hendak tanya boleh. Ini hendak bagi...

...Dengan jelas menunjukkan berlaku penyusutan yang banyak pelaburan di Pulau Pinang, ini fakta.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini, ini bukan celahan Yang Berhormat.

Ia berlaku kerana apa, kerana ketidakcekapan kerajaan negeri. Fakta Yang Berhormat tadi kata pelaburan tidak masuk dalam negara tidak betul ,Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua...

Baru sahaja...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya tidak membenarkan...

...Putar sama datang dan sebagainya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Pencelahan ini bukan...

Saya tengok fakta Yang Berhormat tidak betul Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini berbahas, nanti ada masa.

Confirm lah itu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, tiga sebab utama yang dinyatakan menyebabkan masalah mental ialah masalah kewangan nombor satu. Kedua, kegagalan mencapai apa yang diharapkan atau failure to meet expectation dan ketiga keadaan sekeliling, environment. Jadi nampak jelas di Malaysia ini kerana hutang isi keluarga begitu tinggi sekali. Ia menjadi masalah kewangan menjadi sebab utama masalah mental. Jadi saya berharap semua pihak mesti berhenti berpolitik, tumpukan tenaga kita menolong rakyat yang sedang menderita.

Yang Berhormat Beruas lah berhenti.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Marilah kita menjadi berkat, jangan jadi laknat kepada rakyat Malaysia. Kita orang-orang politik, marilah kita jadi berkat, jangan menjadi laknat...

Orang macam Yang Berhormat Beruas lah berhenti.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Seperti berlaku di Cambodia semasa 2005, semasa saya melawat Cambodia, rakyat tidak ada lagi apa-apa keyakinan atau kepercayaan kepada orang-orang politik. Kenapa? Kerana dikatakan komunisme pada masa itu melalui Khmer Rouge boleh membawa utopia komunisme iaitu keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat, akhirnya berlakunya civil war ataupun pembunuhan beramai-ramai tahun 1975. Kemudian sekali lagi apabila parti komunis berpecah, dia masukkan komunis daripada Vietnam, sekali lagi pembunuhan beramai-ramai berlaku pada tahun 1979. Akhirnya dua juta rakyat Cambodia telah dibunuh. Marilah kita di Malaysia ini jangan menjadi laknat kepada rakyat, marilah kita jadi berkat. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya kita berhentikan meminta rakyat berbaris, membuang masa untuk mendapat BR1M baucar. Kemudian meminta mereka berbaris lagi di depan bank untuk mendapatkan baucar. Ini membazir produktiviti negara dan haruslah wang ini masuk dalam akaun terus kepada akaun penerima BR1M. Tuan Yang di-Pertua, marilah kita juga jangan buang masa mendaftar untuk membuat sistem daftar manual untuk pemilih or voter registration. Marilah kita secara automatik pastikan semua rakyat Malaysia yang layak 21 tahun ke atas dengan automatik menjadi pemilih yang sah. Kerana kita tidak boleh lagi buang masa rakyat untuk buat kerja sia-sia ini kerana kita mesti menangani masalah ekonomi negara. Kalau sekarang ini tidak boleh dengan serta-merta, secara automatik didaftar senarai pemilih, sekurang-kurangnya melalui laman web, mereka boleh mendaftar. Ketiga, minta kerajaan mendengar nasihat Bank Negara Malaysia..

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jangan buang masa

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Boleh saya mencelah sedikit?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jangan...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Beruas, terima kasih. Yang Berhormat Beruas tadi menyentuh sedikit tentang peranan SPR. Baru-baru ini kita dengar ada dua atau tiga lelaki muda Cina mendapat bantahan secara memanggil hadir ke Putrajaya. Apakah pandangan Yang Berhormat Beruas tentang perkara ini?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya rasa ini semua pembaziran masa yang boleh kita jimatkan kalau kita ada pendaftaran automatik. Jadi yang penting saya hendak nyatakan sekali ialah rakyat Malaysia sekarang ini mempunyai banyak masalah. Janganlah kita buang masa sia-sia untuk membuat perkara yang sia-sia dan menyusahkan rakyat. Mintalah kerajaan, ketiga untuk menyahut ataupun mendengar nasihat Bank Negara Malaysia. Tumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi sekarang dan janganlah buang masa lagi tubuhkan jawatankuasa menyiasat kehilangan wang forex pada tahun 1997, 1998, krisis. Kita tahu berbilion-bilion telah hilang tetapi apakah niatnya? Adakah ia mendatangkan apa-apa yang memanfaatkan negara atau hanya hendak mengalihkan perhatian rakyat daripada skandal 1MDB ataupun kehilangan wang berpuluh juta bilion yang berlaku dalam skandal 1MDB. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya rasa adalah tindakan sia-sia ialah supaya kita jangan lanjutkan kebimbangan rakyat tentang pemindaan RUU 355. Sebabnya PAS dalam Dewan ini 14 orang sahaja. Yang boleh membuat kata putus ialah UMNO yang sekarang 88 orang Ahli Parlimen dan juga mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pindaan RUU 355 ini boleh diluluskan ataupun tidak. Jangan kita lanjutkan sandiwara politik demi politik. Rakyat sekarang perlukan kerajaan tumpukan tenaga untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau mereka jadi orang gila, siapa hendak membela, menolong mereka kerana tindakan kita ini tidak menyelesaikan ekonomi, masalah kewangan mereka. Jadi haraplah pihak kerajaan jangan lagi memecahbelahkan rakyat, isu ini kita berhentikanlah. Bagi UMNO sebagai yang mentadbir, buatlah satu keputusan muktamad tentang isu ini. Janganlah isu ini terus berlanjutan. Isu kedua yang ingin saya kemukakan ialah tentang kehilangan wang rakyat akibat kelewatan projek. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya selepas lebih lapan tahun, projek naik taraf Jalan Persekutuan ST60 daripada Damar Laut ke Changkat Jering akan mula dibina. Tetapi rakyat kehilangan RM515 juta kerana kelewatan ini kerana pada tahun 2008 diumumkan pembinaannya akan menelan belanja RM600 juta.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sekarang ia akan menelan belanja RM1.15 bilion. Walau bagaimanapun saya harap pembinaan ini akan diteruskan dengan serta-merta supaya rakyat yang susah dan banyak kemalangan jiwa berlaku akan diberhentikan dengan segera. Satu lagi isu, Tuan Yang di-Pertua ialah setiap kali saya tanya di Parlimen kerajaan kata mereka memberi peruntukan yang cukup untuk penyelenggaraan jalan di JKR tetapi setiap kali minta dia kata tidak ada duit. Jadi saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera supaya keselesaan jalan raya ini dapat dinikmati oleh rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke satu isu lagi ialah kebebasan beragama. Tuan Yang di-Pertua, saya merayu bagi pihak orang-orang bukan Islam. Saya tekankan di sini orang-orang bukan Islam. Kalau mereka bukan Islam, kalau mereka tunjukkan mereka bukan Islam janganlah minta mereka pergi menukar agama mereka di Mahkamah Syariah kerana apa yang berlaku sekarang ini ramai Cina dan India nama sahaja dikatakan Melayu, mereka tidak boleh berkahwin. Mereka terpaksa bersekedudukan di luar perkahwinan, lahirkan anak. Sangat menyusahkan mereka. Bagaimana boleh Perkara 11 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ini, jurisdiction diberikan kepada Mahkamah Syariah untuk tentukan Undang-undang Persekutuan, undang-undang yang tertinggi di negara ini. Saya harap ini isu pentadbiran harap Jabatan Pendaftaran Negara dapat menyelesaikan isu ini kerana we will be the most immoral society for seeing people not to get married and live out of wedlock and give birth to children out of wedlock. We condemn family out of wedlock but we are the most immoral society in the world if we cannot allow people to get married just because of the technical problem the word Islam is there. Dengan izin. Tuan Yang di-Pertua begitu juga dengan kewarganegaraan terutamanya orang- orang budak-budak India yang dilahirkan di mana ibu bapa tidak bertanggungjawab, tidak – saya mohon kelonggaran supaya asal ada bukti, ibu bapa lahir di Malaysia, anak-anak lahir di Malaysia, mereka tidak ada lain tempat hendak pergi bagilah kewarganegaraan kepada budak-budak sedemikian. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini satu isu teknikal saya harap income tax department akan mengambil maklum iaitu di bawah income tax, last sentence, Income Tax Exemption Order 2017 dikatakan exemption with regards to income for religious institution organization which is registered with the Registrar of Societies Malaysia or under any written law governing such institution or organization. Saya rasa niat kerajaan ialah untuk memberi exemption kepada semua organisasi yang bukan untuk profit tetapi adalah institusi keagamaan. Akan tetapi perkataan yang digunakan ialah registered with the Registrar of Societies or under any written law. Saya berharap perkataan yang tersebut boleh ditukar asal organisasi agama itu diiktiraf oleh kerajaan ataupun undang- undang kerana ada institusi agama yang diiktiraf melalui Akta-akta Parlimen not through registration under ROS. Jadi ada keraguan di sini iaitu antara institusi-institusi agama yang sedemikian ialah the Methodist Church di Malaysia ada Akta Parlimen yang mengiktiraf the Methodist Church, the Catholic Church, the Anglican Church sebagai gereja yang lebih besar ini ia diiktiraf melalui Akta Parlimen. Jadi berharap perkataan dapat dipinda untuk merangkumi institusi-institusi agama termasuk juga institusi-institusi agama Islam juga difahamkan juga ada masalah kerana we call the wordings, use of words must be registered under ROS or under any written law. Some of these bodies exist outside registration. Sekian sahaja isu-isu yang hendak saya bangkitkan. Harap pihak kerajaan dapat bertindak dengan cekap dan dengan bijak demi rakyat Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Baling.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. [Membaca sepotong doa]. Selawat dan salam pada junjungan besar Rasulullah dan kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa rahmat seluruh alam. Moga syafaatnya sampai kepada semua umat baginda. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. ke atas limpah kurniaNya saya selaku Ahli Parlimen Baling dengan rasa penuh tanggungjawab, berdirinya di sini untuk membahaskan usul menjunjung kasih di

atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas 2017. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menyertai perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah di atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah dengan kepimpinan beliau Malaysia telah menjadi negara pertama yang dipilih oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud dalam rangka kerja lawatan baginda di Asia. Ini menunjukkan kredibiliti Perdana Menteri kita serta kerajaan Malaysia di mata dunia walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan telah mendapat pelbagai tohmahan dan fitnah sebelum-sebelum ini. Kalau kita tengok pada kehadiran Raja Salman pada ketika itu, saya difahamkan lebih 600 ahli rombongan keluarga diraja Saudi yang telah mendarat di KLIA. Saya difahamkan dengan tujuh buah kapal terbang jumbo 747. Ini jelas nyata fitnah-fitnah yang dilontarkan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan tidak signifikan dan ini sekali gus saya boleh nyatakan bahawa ini adalah pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab yang amat cemburu dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan kerana kalau kita lihat sebelum-sebelum ini sentiasa dikaitkan isu-isu sumbangan dan sebagainya. Malah di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang telah tindakan tangkas dan kecekapan mereka dalam menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap negara dengan memperoleh maklumat yang pantas bagi menangani isu radikal yang terjadi sejak akhir-akhir ini yang telah menjadi perhatian seluruh dunia. Contohnya, cubaan untuk menggagalkan lawatan rasmi Raja Salman baru-baru ini. Jutaan syabas dan tahniah kepada Unit Counter Terrorism dengan izin, melakukan penangkapan terhadap tujuh orang individu yang cuba menggagalkan lawatan rasmi tersebut. Terima kasih juga kepada pihak PDRM lagi sekali dan Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datok dalam merungkai isu pembunuhan profil tinggi Korea Utara, Kim Jong Nam. Hal ini telah membuktikan bahawa PDRM setaraf dengan perisik-perisik antarabangsa yang sangat profesional saya minta semua rakan-rakan Ahli Dewan dalam Dewan Rakyat yang mulia ini yang ada pada hari ini untuk kita bersama-sama menyokong dan mengetepikan segala perbezaan dalam fahaman politik demi melindungi negara Malaysia yang tercinta ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datok bahawa kami di sini akan sentiasa bersama-samamu dalam meneruskan perjuangan bagi membanteras segala bentuk jenayah dan keganasan. Kepada wahai semua warga PDRM, ketahuilah bahawa sesungguhnya kami semua sentiasa bersamamu dalam apa jua keadaan situasi demi mengangkat martabat negara Malaysia yang tercinta ini. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kembali berkaitan dengan lawatan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini, saya sebagai rakyat Malaysia serta Pengerusi Tabung Haji merasa amat bangga dan bertuah kerana hasil lawatan tersebut telah memberi kebaikan kepada negara kita. Suka untuk saya menyatakan hasil lawatan tersebut juga telah banyak memberi manfaat kepada khususnya jemaah haji. Di antara selain daripada perjanjian Aramco-Petronas yang bernilai RM31 bilion, persetujuan untuk mengembalikan kuota pada hari ini, alhamdulillah kami Tabung Haji telah mendapat 30,200 kuota haji pada tahun ini kalau berbandingkan dengan 22,000 untuk selama tiga tahun yang lalu. Penubuhan King Salman Centre for Global Peace di Malaysia, persetujuan tujuh MoU dalam pelbagai bidang yang telah bernilai RM9.74 bilion meningkatkan jumlah penerima biasiswa penuh kepada pelajar-pelajar Malaysia dan alhamdulillah insya-Allah pihak Kerajaan Saudi juga akan mempertimbangkan insya-Allah bagi membina penginapan atau maktab untuk jemaah haji di Malaysia yang untuk tinggal di Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Kita pakat doakan insya-Allah agar yang kita peroleh akan mendapat kelulusan untuk sekali gus memberi manfaat kepada seluruh jemaah haji yang kita sayangi.

Atas dasar ikatan, kalau kita tengok itu baru- kalau kita bandingkan kaitan dengan kunjungan ataupun kerja kunjungan hormat, kerja rasmi King Salman ke Malaysia. Pada masa yang sama kalau kita tengok apa yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatan kerja rasmi yang telah ke negara China baru- baru ini juga, ini juga telah memberi banyak pulangan manfaat kepada kita, khususnya kami di Baling. Hasil daripada pertemuan itu, Malaysia telah mendapat manfaat

menyaksikan pemeteraian 14 memorandum persefahaman, MoU berkaitan dengan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan di antara kedua-dua negara. Lawatan ke China telah memberi peningkatan kepada harga komoditi getah dan kelapa sawit yang telah memberi nafas baru kepada rakyat yang terlibat dalam sektor ini sebagai salah satu mata pencarian seharian mereka. Inilah yang saya boleh katakan kerjaya yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib selaku Perdana Menteri adalah people centric leader, dengan izin. Apa yang ingin saya kongsi di sini pada hari ini ialah saya selaku Ahli Parlimen Baling rasa bersyukur dan gembira kerana kami lebih 65 peratus penduduk masyarakat di Baling terlibat dalam sektor getah. Peningkatan harga getah HMR yang ada pada masa kini sebanyak RM9.10 jauh lebih tinggi berbanding dengan harga getah HMR pada awal tahun 2016 iaitu RM4.10 yang telah dicatatkan. Sudah tentu dengan kenaikan harga getah ini mampu untuk mengubah masa depan, malah sosioekonomi rakyat Baling pada masa-masa yang mendatang. Walau bagaimanapun, pada hari ini harga getah terus meningkat. Akan tetapi saya di sini sebagai Ahli Parlimen Baling membawa suara, isi hati rakyat Baling supaya kerajaan, kementerian yang berkaitan memberi perhatian dalam dua isu terhadap masalah penoreh di kawasan saya. Masalah yang pertama adalah apabila tibanya bulan Januari hingga bulan empat iaitu waktu sekarang, pokok-pokok getah akan mengalami musim daun luruh yang mana akan menyebabkan hasil pengeluaran susu getah akan berkurangan. Hal ini juga menyebabkan penoreh-penoreh getah terjejas dalam usaha mencari sumber pendapatan mereka. Oleh itu, diharapkan kerajaan dapat mengambil tindakan iaitu untuk cari cara, kaedah untuk membantu mereka. Kita boleh melakukan melalui agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang bangun.

...seperti NBOS dan sebagainya. Isu yang kedua pula...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Sekijang bangun.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Minta izin.

Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Yang Berhormat Baling.

Okey. Lima saat sahaja.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Sikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Baling ada disebut tentang kenaikan harga getah yang kita tahu akhir-akhir ini telah memberikan pendapatan yang amat baik, terutamanya kepada penoreh-penoreh getah dan pekebun-pekebun kecil dalam negara kita. Cuma ada suara-suara nakal mengatakan kenaikan harga getah ini adalah kerana hendak dekat pilihan raya. Sedangkan kita tahu ia adalah kerana faktor permintaan yang tinggi, terutamanya kepada produk berkaitan dengan getah. Apa pandangan Yang Berhormat Baling tentang hal ini?

Terima kasih. Kalau kita hendak dengar apa yang pembangkang cakap, saya fikir kita tidak boleh lakukan apa-apa. Saya hendak kongsi sikit, ini satu petua yang saya fikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pakai. Dia ada satu tempat, dia ada tiga orang, di negara India ini ada satu gunung hendak dipanjat. Gunung ini lebih kurang 550 kaki Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak beritahu ini sebab Yang Berhormat Sekijang tanya ini saya hendak rakan-rakan sini pun faham apakah pendekatan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Tiga orang ini kena panjat gunung ini. Bila kata sebelum panjat mereka beritahu hendak panjat gunung ini ada 150 kaki, ada ular dan sebagainya. Ada macam-macam haiwan akan bunuh, makan-makan. Naik ke 300 kaki, sampai di 300 kaki akan pula jumpa dengan haiwan-haiwan seperti singa, harimau, semua ini akan telan, mati, tidak

boleh. Tidak akan boleh naik. Jadi, tiga orang ini naiklah. Seorang naik, betul 100 kaki meninggal kerana ditelan oleh ular besar. Seorang lagi naik sampai ke tingkat, sampai 300 kaki. Mati ditelan oleh singa lapar. Manakala yang seorang lagi lepas sampai atas. Jadi, satu kampung itu hairan macam mana perkara ini boleh berlaku. Jadi, sebab cerita ini kena beri tambah masa sikit. Bila mana cerita ini betul dan sedap yang seorang itu naik. Jadi, kampung itu pun bermesyuarat macam mana orang ini boleh naik. Last sekali dia kata, orang yang naik yang nombor tiga itu dia pekak. Dia tidak dengar. So, bila dia tidak dengar, apa orang itu cakap, dia tidak peduli. Dia naik sampai atas. Jadi, saya fikir Yang Amat Berhormat Pekan gunakan– Yang Amat Berhormat Pekan bukan pekak. Dia ambil istilah itu, dia pekakkan diri. Tidak mahu dengar. Dia hendak teruskan masa depan untuk membantu rakyat dari semua sudut. Jadi, sebab itulah hasil kerja yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan hari ini sebagai Perdana Menteri disegani, dihormati, dikasihi dan disanjung oleh pihak dan lawan. Oleh sebab itu, puak-puak ini dengki.

[Dewan riuh]

Jadi, tuan-tuan...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat sikit.

Sikit.

Tadi kata BR1M. Mula-mula kata BR1M rasuah. Tiba-tiba cakap tadi, Yang Berhormat Beruas cakap BR1M jangan bagi beratur, bank-in online. Oleh sebab apa? Apabila bank-in online, pertama, dia setuju bagi BR1M. Dulu kata rasuah. Lepas itu bagi BR1M, dia terima. Oleh sebab bila online, orang tidak tahu. Bila dia pergi, “Kamilah yang bagi duit untuk bantu masyarakat!”. Ini akan dibawa dalam ucapan-ucapan mereka. Jadi, saya tidak ada masa lagi.

Yang Berhormat, sekejap.

Saya tidak bagi siapa-siapa. Saya hendak sambung bahas.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, ini...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

BR1M, Yang Berhormat Baling BR1M itu duit siapa? Duit rakyat atau duit UMNO?

Saya hendak jadi... Biarlah saya. Tidak apa. Saya tidak ada masa.

Sekejap sahaja. Daripada bagi Yang Berhormat Taiping lebih baik bagi Yang Berhormat Bagan Serai. Kalau Yang Berhormat Bagan Serai tidak dapat, Yang Berhormat Taiping kena duduklah. Seorang pun tidak dapat. Mana boleh. Mana boleh cakap macam itu. Yang Berhormat Taiping dok cakap buat gila.

Sekejap, saya tidak ada masa. Saya hendak beritahu...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

BR1M. Yang Berhormat Baling, boleh jelaskah? BR1M itu duit siapa? BR1M. Itu duit rakyat, semua cukai GST. “Angkat bakul, masuk sendiri”.

Isu yang kedua pula adalah berkaitan dengan harga getah yang dimonopoli oleh pihak kilang. Saya berharap supaya kementerian memantau terhadap kilang-kilang yang menaikkan harga getah ini bagi kos operasi. Di Baling sebelum ini, harga getah naik ke RM9.10. Kilang hanya mengambil 70 sen hingga 80 sen pada setiap kilogram. Akan tetapi kini kilang telah menaikkan harga sehingga RM1.10 sehingga RM1.30, walhal kos operasi untuk getah masih sama kerana kerajaan tidak pernah menaikkan tarif elektrik untuk sektor perindustrian apabila berlakunya kenaikan harga getah ini. Jadi, saya harap kementerian yang berkenaan akan memberikan perhatian yang serius dalam menangani isu ini. Saya menantikan jawapan oleh kementerian yang terbabit semasa penggulungan nanti.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, fasal getah ini Yang Berhormat.

Oleh yang demikian,...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Baling.

...diharapkan kerajaan mampu meningkatkan lagi harga getah ataupun mengekalkan harga yang ada pada masa kini demi meningkatkan ekonomi rakyat yang terbabit.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Baling.

Semoga selepas ini adanya lawatan-lawatan rasmi sebegini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara-negara lain.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Iaitu kalau boleh pergi China lagi, tidak apa. Saya setuju, orang Baling pun setuju. Pergilah China lagi. Akhir sekali, rakyat akan dapat manfaat. Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, alhamdulillah Yang Berhormat tidak pekak.

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Fasal bagi peluang dekat saya. Jadi, saya hendak mendapat penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat kata getah naik. Betullah naik daripada sebelum ini. Akan tetapi untuk tiga hari yang lalu berbanding dengan hari ini, tiga hari lalu RM4.10. Hari ini RM3.65. Jatuh dekat empat kupang. Jadi, saya hendak tanya, tadi saya tanya pada Menteri, Menteri jawab tidak kepada persoalan saya iaitu Yang Berhormat setuju atau tidak bahawa sepatutnya kerajaan mencari jalan untuk memperkukuhkan harga getah itu, bukan bergantung kepada turun naiknya nilai ringgit. Bila turun, naiknya nilai ringgit ini dengan keadaan ringgit kita kukuh, jadi harga getah itu akan jatuh. Bila ringgit kita jatuh, getah baru hendak naik. Jadi, ini yang menjadi mangsa kepada pekebun-pekebun kecil dan juga peniaga- peniaga getah.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pertama sekali, bila mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pergi buat lawatan rasmi ke negara-negara luar, jangan lah kita kutuk, jangan lah kita kata apa-apa. Kadang-kadang kita ini suka kata bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke luar negara, balik, khususnya negara China, ini hendak pergi India lepas ini, jadi ia sekali gus akan memastikan harga getah duduk di tahap tertinggi.

[Dewan riuh]

Saya faham ia ada market ini- market, saham getah ini ia ada turun naik. Macam Yang Berhormat, kejap PAS, sekejap sana, sekejap sini dan sebagainya. Duduk depan, duduk belakang. Itu Yang Berhormat, apatah getah.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

Getah pun ada turun, ada naik.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ringgit Malaysia turun naik ikut pasaran, bukan kerana kita kutuk, okey. Ini...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pergi China, balik China. Pergi India, balik India, harga getah tidak stabil.

Tidak. Biasanya getah ini, saya di Baling saya menjiwai getah ini. Oleh sebab di Baling ini saya hendak beritahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ini adalah pejuang getah yang sebenarnya. Saya hendak di mana sahaja isu getah saya pergi. Oleh sebab Baling ini 65 peratus rakyat, penduduk kami penoreh getah. Sudah semestinya saya jadi pejuang. Jadi, saya tahu lagu mana hendak bagi harga getah ini naik. Saya tahu, saya boleh bantu tetapi kita jangan kutuk kata. Dema bukan tahu. Dema sekejap duduk di sana, duduk di sini. Kejap mana...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dema hendak nyebut itu sahaja.

Saya hendak beritahu. Cukuplah.

Saya hendak beritahu harga getah ini insya-Allah, saya percaya ia akan naik lagi. Saya difahamkan pada hujung bulan ini, Yang Amat Berhormat Pekan membuat lawatan rasmi ke negara India. Saya percaya dalam lawatan tersebut sekali gus bila balik, sudah tentunya harga getah dan harga sawit akan naik sebab mereka adalah

international, the biggest buyer. Jadi ini di antara kaedah atau cara-cara- Betul, saya hendak beritahu bukan kerana wang ringgit jatuh, getah ini kerana pembeli. Kita kena pastikan, contohnya sekarang ini China beli. China sudah mula beli banyak dan saya yakin dan percaya, hujung tahun ini dengan adanya lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, insya-Allah harga getah akan terus naik. Tentang getah ini sudah habis, sekarang ini saya hendak pergi topik lain pula. Dalam usaha untuk memajukan penduduk luar bandar dari segi pendidikan, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) diteruskan bagi tahun kedua, keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang miskin adalah satu usaha bagi memastikan tidak ada pelajar bumiputera yang layak ke institusi pengajian tinggi (IPT) tercicir kerana masalah kemiskinan. Hasil Program Jelajah Pendidikan Bumiputera pada tahun 2016 telah berjaya mengesan seramai 50,000 pelajar bumiputera yang tercicir melanjutkan pelajaran dalam tempoh 2011 hingga 2015. Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Pekan dan juga Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang ada di sini, terima kasih. Justeru pada tahun ini, Perdana Menteri telah mengumumkan sumbangan tambahan RM3 juta bagi membiayai lebih 2,000 pelajar miskin untuk melanjutkan pelajaran. Ini buktinya bagaimana Kerajaan Barisan Nasional membela nasib anak-anak kita, tidak kiralah parti mana pun, datang fahaman politik mana pun ayahnya. Di Pokok Sena pun, walaupun penyokong Yang Berhormat Pokok Sena ramai di situ tetapi kami tetap bantu untuk pendidikan anak-anak Yang Berhormat Pokok Sena. Maknanya, Kementerian Pendidikan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri dan dipandu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami tidak pernah kita warna. Kita laksanakan tanggungjawab kami. Kerajaan kita pada hari ini amat prihatin dengan masalah ekonomi yang telah melanda rakyat. Justeru, pemberian bantuan rakyat BR1M tetap diteruskan. Ia bukan sahaja diteruskan malah jumlah pemberiannya telah ditingkatkan. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional benar-benar memahami keperitan ekonomi yang sedang dilalui oleh rakyat. Walaupun kita dengar baru-baru ini terdapat viral di dalam media sosial yang mengaitkan kegagalan mendapat BR1M ini berkaitan dengan pendaftaran SSM dan sebagainya. Akan tetapi saya yakin dan percaya, dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan II yang telah mengkaji dan meneliti, yang telah memberi enam bulan tempoh kepada generasi muda supaya mengemaskinikan. Saya pun dapat benda yang sama di kawasan saya dan mereka datang jumpa saya. Lima tahun dulu dia ikut sepupu dia buka syarikat tetapi syarikat itu tidak meniaga pun. Terus abandon, syarikat itu jadi dormant. Akan tetapi kali ini bila SMM tengok ia tidak ada slip gaji, SSM kata dia berniaga. Jadi dia kena pergi kemaskinikan. Saya suruh dia pergi kemaskinikan dan batalkan nama dia, dia tidak ada dalam syarikat itu, hantar semula dan dia dapat claim. Jadi saya harap tidak adalah mana-mana pihak yang ambil kesempatan untuk menambah lagi tekanan kepada anak-anak muda ini. Jadi, terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberikan BR1M dan teruskan usaha ini. Yang Berhormat Beruas, bukanlah kita hendak beri orang beratur, hendak beri beratur ini kepada orang-orang kampung yang tidak ada akaun, susah hendak pergi, kita bantu mereka, kita uruskan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu tidak benar.

Jadi janganlah...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu tidak benar.

Saya tahu di Baling di kawasan saya...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Di Bidor 2,800 orang berbarislah. Ipoh pun, Batu Gajah dan Kampar, itu semua kampungkah?

Itu bukan kawasan pedalamanlah Yang Berhormat Baling.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Kampung dengan bandar pun tidak tahu beza.

Yang Berhormat Baling, tidak tahu fakta jangan cakap. Orang bandar pun kena pergi beratur.

Tidak, bukan semua...

Orang yang ada akaun pun kena beratur. Kami sudah beri nombor akaun.

Ini adalah semata-mata untuk pancing undi.

Akan tetapi sekurang-kurangnya...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Memanglah kena beratur, takkan hendak suruh berebut pula.

Apa ini, tolong jawab.

Keputusan ini...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Penerima BR1M mesti bayar RM80, ambil teksi.

Keputusan ini dibuat dalam Kabinet, bukan bawah pokok seperti Yang Berhormat semua ini. Buat keputusan dan mesyuarat bawah pokok. Jadi pemikiran macam bawah pokok...

Yang Berhormat Baling bila cakap, cakap dengan fakta. Jangan pakai hentam sahaja. Ini Dewan Rakyat.

Terima kasih, saya hendak ucapkan – akhir sekali saya hendak cerita sedikitlah...

Orang bandar pun kena pergi beratur, malulah.

Kita cerita berkaitan dengan kebaikan pula. Saya hendak mengajak rakan-rakan yang ada, semua Ahli Parlimen, kita hendak melancarkan satu tabung. Tabung flotilla untuk ke Myanmar untuk bantu rakyat di Myanmar. Ia bukan Rohingya Islam sahaja, campur-campur. Kita hendak bantu, kita hendak buat program H2O yang kita pergi flotilla 21 hari itu, kita hendak buat program bagi mereka tube well dan juga untuk beri bantuan tandas bergerak. Saya minta semua, 222 orang Ahli Parlimen yang ada ini. Seorang kalau boleh beri dua tube well, RM2,000, kita boleh dapat RM666,000 untuk kita bantu. Jadi saya harap, selepas ini kita akan buat mesyuarat H2O for Myanmar dan setiausahanya ialah Yang Berhormat Bachok. Yang Berhormat Bachok akan jadi setiausaha. Kita buat mesyuarat, kita bantulah. Kita cukup dan kita kurangkanlah kita punya perbedaan pendapat, pandangan dan sebagainya. Marilah kita bersatu hati dalam usaha membantu masyarakat yang sedang benar-benar memerlukan sokongan kita di Myanmar dan petang ini kita juga akan memberi bantuan kepada masyarakat Somalia yang mana sudah empat tahun tidak ada hujan, empat tahun kemarau sehingga setiap hari meninggalnya 250 orang kanak-kanak. Jadi petang ini kita akan buat satu program untuk kutip sumbangan untuk membantu mereka-mereka yang sedang sengsara di Somalia. Terima kasih. Yang Berhormat Baling mohon menyokong. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Pertama sekali saya ingin menceritakan tiga kisah benar yang berlaku, bukan seperti Yang Berhormat Baling, cerita dongeng.

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey, seorang anak muda namanya Khairil. Dia seorang graduan accounting selepas itu sambung ke MBA. Baru-baru ini dia minta kerja dengan sebuah GLC yang besar, kelayakan MBA ditawarkan sebanyak RM1,800, okey. Itu pun kerja kontrak sahaja, setahun demi setahun. Pada 25 tahun yang lalu apabila saya graduate daripada universiti, gaji saya RM1,800. Kenapa selepas 25 tahun graduan MBA masih kekal hanya RM1,800? Khairil juga mendapat tawaran daripada sebuah syarikat audit dari Sydney, Australia. Tawaran adalah USD10,000 sebulan. Selepas begitu kecewa dengan GLC tersebut, beliau membuat keputusan berhijrah ke Australia untuk bekerja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Seorang lagi anak muda Malaysia yang cerdik dan pandai meninggalkan Malaysia. Khairil mungkin lebih bernasib baik tetapi anak kawan saya Rasul, dia tidak begitu bernasib baik. Rasul seorang penjaga car park sementara. Beliau gaji tidak berapa, tinggal bersama isteri, lima anak dan ibu bapa beliau. Anak sulung sekarang lepasan Tingkatan 5. Minggu lepas dia minta pandangan saya kerana dia kata dia mendesak anaknya jangan belajar lagi, pergi buat kerja. Ini kerana tidak tahan lagi dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya nasihati beliau, “Jangan”. Biarlah anak dia sambung pelajaran supaya masa depan terjamin, boleh masuk diplomakah, degree supaya masa depan terjamin. Rasul berkata kepada saya, “Jika masa sekarang pun tidak cukup makan, apatah masa depan lagi.” Akan tetapi insiden yang paling menyayat hati saya adalah kisah Shukri Saat. Shukri Saat pernah menulis satu Facebook yang berbunyi, “Ku amat tertekan dengan kerajaan. Kerana kes rampasan rokok RM160, aku dipenjarakan. Aku langsaikan RM4,000 dan duit itu pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku aku salah, perkara itu salah tetapi hukuman tidak setimpal. Pengarah boleh tibai berjuta ringgit boleh lepas dengan duit jaminan tetapi berniaga kecil, kedai runcit kampung sahaja bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibeban dengan GST”. Jadi selepas menulis nota Facebook tersebut, beliau terjun daripada Jambatan Pulau Pinang. Beliau meninggal dan meninggalkan dua anak dan seorang isteri. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan terhad kepada golongan kaum Melayu sahaja. Golongan kaum Cina, kaum India sama juga. Sabah dan Sarawak sama juga. Pada PRU ke-13, Barisan Nasional meletakkan manifesto menangani kos sara hidup sebagai manifesto pertamanya. Bermacam-macam janji manis yang dijanjikan. Sebenarnya pada PRU ke-13, hanya 48 peratus rakyat yang mengundi BN. Ini petanda rakyat tidak percaya kepada janji-janji manis Barisan Nasional. La ini selepas PRU, subsidi barang keperluan seperti tepung, minyak masak, gula dan petrol dipotong habis- habisan. Lebih dahsyat lagi, ditambah dengan cukai GST enam peratus. Rakyat seperti Khairil, Rasul, Shukri Saat dan juga rakyat Sabah dan Sarawak yang begitu miskin mengalami tekanan hidup yang dahsyat sekali. Dalam manifesto Barisan Nasional juga, Perdana Menteri juga menjanjikan banteras rasuah. Akibatnya, rasuah yang melibatkan Exco, KSU, Pengarah Jabatan sehingga seorang pegawai kewangan kecil pun dalam KBS boleh melibatkan rasuah beratus juta ringgit dan rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu rasuah skandal 1MDB berlaku kepada pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan sendiri. Jadi, dasar- dasar dan skandal-skandal inilah menyebabkan populariti Yang Amat Berhormat Pekan jatuh menjunam. Dalam satu kajian terbaru, Perdana Menteri hanya mendapat sokongan 29 peratus di kalangan rakyat sahaja. Pada zaman Tun Abdullah Badawi apabila populariti beliau masih 74 peratus, beliau telah kalah kepada Pakatan pada tahun 2008, hilang dua pertiga kerusi Parlimen. Dengan keadaan Yang Amat Berhormat Pekan yang jauh lebih parah, saya memberi nasihatlah kepada pimpinan-pimpinan UMNO dan Barisan Nasional dan bakal-bakal calon, berhati-hatilah. Sebenarnya Malaysia telah hilang empat tahun di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Pekan. Jika Malaysia dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendapat undi popular 52 peratus, banyak yang akan dilaksanakan. Kita akan turunkan harga minyak, kita akan memotong eksais duti kereta dan sekali gus turunkan harga kereta. Kita akan memberi pendidikan percuma sehingga RM20,000 setiap anak muda rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama. Dan yang paling penting, kita tidak akan laksanakan GST. Rakyat akan rasa hidup jauh lebih selesa dengan dasar-dasar cadangan Pakatan Harapan. Dengan adanya lebihan wang ataupun disposable income, rakyat akan berbelanja, pergi restoran, beli-belah. Maka, semua aktiviti-aktiviti ekonomi akan mewujudkan multiplying effect dan sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Ekoran daripada itu, nasib-nasib rakyat kita akan berubah. Anak muda Khairil, anak Rasul dan nasib malang Shukri Saat akan berubah sama sekali. Malangnya, Dato’ Seri Anwar telah dipenjarakan di Sungai Buloh. Tetapi, rakyat tidak melupakan beliau. Rakyat sedang menanti-nantikan PRU ke-14 untuk menaikkan beliau semula sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye telah dilucutkan jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan. Institusi-institusi Kerajaan

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Korea Selatan mampu mengesan rasuah yang melibatkan presiden. Menyiasat presiden sehingga melucutkan jawatan presiden. Ini menunjukkan kekuatan institusi Korea Selatan, keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Tambun, 30 tahun yang lalu, tahap pembangunan sosioekonomi Malaysia dan Korea adalah lebih kurang sama. Pendapatan isi keluarga juga lebih kurang sama. Apakah yang membezakan antara Malaysia dengan Korea Selatan? Pada pendapat saya, kekuatan institusi negara Korea lah yang membezakan antara negara maju dan negara membangun. Mereka menjunjung rule of law, kedaulatan undang-undang, tegas membanteras rasuah politik. Beberapa presiden telah masuk penjara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ekoran daripada kekuatan institusi inilah pelaburan asing dan rakyat yakin terhadap negara tersebut. Maka, mereka akan terus melabur meningkatkan pertumbuhan ekonomi mereka. Tuan Yang di-Pertua, skandal 1MDB telah membuka mata rakyat Malaysia sehingga...

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya celah?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih, Yang Berhormat. Tadi saya tertarik mendengar komen tentang Korea Selatan, kerajaan dan check and balance. Apa pandangan berbanding dengan Malaysia ini, cerita yang panjang yang belum selesai ini 1MDB? Banyak perkara sampai Malaysia ke satu tahap yang imej begitu teruk dan ada trust deficit menjejaskan business kita. Thank you.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih, Yang Berhormat Wangsa Maju. Isu 1MDB adalah isu keyakinan kerana kalau negara boleh berlaku skandal begitu besar tetapi tindakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bayan Baru...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya ulaskan, ulaskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kan sudah ada ruling daripada Speaker, isu 1MDB tidak boleh disebut. Tajuk yang lain.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Itu bukan ruling Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, kalau tidak berminat berucap, saya panggil yang lain.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHPetaling Jaya Utara

Ruling was on US DOJ, bukan 1MDB.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tidak jemput pun Yang Berhormat. Sila.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey. Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa kita perlu menyelesaikan masalah ini. Perkuatkan institusi negara supaya negara boleh kembali mendapat keyakinan rakyat dan juga pasaran dunia dan the respect of the world. Apabila kita nampak negara seperti Amerika Syarikat menyita harta Riza Aziz dan juga Jho Low, apabila Singapura memenjarakan proksi Jho Low, menutup bank, apakah Malaysia lakukan? Malaysia memenjarakan whistleblower iaitu Yang Berhormat Pandan. Terbaru pula, Ketua Audit Negara yang baru dilantik dilaporkan seorang ahli UMNO Kepong, suaminya Ketua Bahagian Kepong. Jadi jelas sekali kita nampak bahawa membanteras rasuah sahaja tidak mencukupi untuk mencapai negara maju untuk Malaysia. Sebenarnya membina institusi negara dan structural reform adalah yang paling penting untuk memajukan negara kepada negara yang betul-betul maju. Jika Malaysia ingin mencapai negara maju, mencapai wawasan 2050 atau TN50, menjalankan structural reform adalah yang paling penting. Naikkan institusi negara, perkuatkan institusi negara supaya kita ada sistem check and balance supaya kita boleh membanteras rasuah raksasa dan akhirnya rakyat akan dapat manfaat kerana rasuah raksasa tidak ada, duit akan dikembalikan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan duit untuk membantu mereka.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Semalam Yang Berhormat Semporna telah berkata, “Memandangkan sekarang structural reform tidak akan berlaku dengan keadaan sekarang, dengan kuasa di tangan Barisan Nasional. Jadi, structural reform itu hanya boleh dijalankan dengan pertukaran kerajaan pada PRU-14.” Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada Projek ECRL. Perdana Menteri baru-baru ini meminta semua pihak jangan politikkan isu ini. Saya ingin menegaskan di sini, kami tidak ingin mempolitikkan isu ini dan kita menyokong projek pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Walau bagaimanapun, pendirian kami adalah projek tersebut haruslah memakan belanja yang berpatutan dan melalui tender terbuka. Dalam ECRL, kerajaan pernah melantik JICA untuk membuat kajian. Kemudian melantik pula HSSI untuk mengkaji feasibility study, cost and benefit. Adalah perlu kerajaan mengemukakan kedua-dua kajian tersebut untuk meyakinkan rakyat. Menteri Pengangkutan pernah menjanjikan dalam Dewan yang mulia ini bahawa beliau akan mengemukakan Laporan HSSI tetapi sekarang beliau masih belum berbuat demikian. Saya minta, mohon Menteri kemukakan laporan tersebut dalam sidang Dewan ini juga. Saya juga ingin bertanya Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, menjelaskan kenapa ECRL ini bukan melalui tender terbuka? Kenapakah China Communication and Construction Company telah diberikan kerja pembinaan secara direct negotiation? Adakah itu sebab utama kos pembinaan ECRL antara yang termahal di dunia iaitu RM92 juta satu kilometer? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bank Negara Malaysia kerana telah menyenaraihitamkan sejumlah 288 syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang berbentuk penipuan, yang not authorised, nor approved under relevant laws administered by Bank Negara Malaysia. Baru-baru ini saya mendapati banyak syarikat yang menjalankan aktiviti yang amat curiga, berbentuk seakan-akan Ponzi Scheme atau forex trading yang sangat berleluasa. Contohnya baru-baru ini, JJ Poor to Rich yang bertapak di Bayan Baru, Pulau Pinang. Mereka baru-baru ini disenaraihitamkan minggu lepas. Ia dikatakan mempunyai ahli seramai 250,000 orang. Ini bukannya satu-satu syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang. Ada banyak lagi syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang dan di seluruh dunia. Saya difahamkan di kalangan rakyat Pulau Pinang, ramai yang dikatakan sangat tertarik dan aktif menjadi ejen menarik orang, ahli-ahli baru memasuki Ponzi Scheme tersebut. Ada pula yang berhenti kerja semata-mata ingin menjadi ejen secara sepenuh masa. Ada pula majikan-majikan memberitahu saya, apabila mereka cuba mencari pekerja, pekerja lebih rela bekerja sebagai agen-agen skim seperti berikut daripada bekerja secara produktif. Ini adalah syarikat-syarikat yang tidak mempunyai produktiviti. It is just a money game tetapi ia akan satu hari bubblenya akan burst dan ramai akan terkena. Jadi pada saya, ini amat membimbangkan. Pengalaman lama seperti Genneva Gold harus diambil iktibar jika ingin diambil iktibar oleh kerajaan. Maka, saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan, apakah tindakan-tindakan yang dijalankan oleh kerajaan kepada syarikat Ponzi Scheme ini selain menyenaraikan mereka dalam website kerajaan? Kita tidak mahu- kita sudah tahu bahawa perkara ini berlaku dan ramai yang terlibat tetapi nampaknya kerajaan tidak bersungguh-sungguh to nip it in the bud, to nip the problem sebelum ia menjadi terlalu besar seperti kes Genneva yang melibatkan berbilion-bilion ringgit. Tuan Yang di-Pertua, kepada JPN, saya ingin bertanya tentang MRT ridership. Baru-baru ini saya menerima jawapan daripada JPM bahawa daripada 16 Disember sehingga Januari 2017, ada seramai 1 juta orang menaiki MRT dan purata penumpang harian adalah 37,742 orang. Manakala daripada 17 Januari 2017 sehingga 9 Mac 2017, jumlah penumpang telah menurun ke hanya 670,839 orang atau bersamaan dengan 13,153 penumpang setiap hari. Ia menjunam secara 65 peratus secara mendadak. Saya rasa ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana kita berbelanja berpuluh-puluh bilion ringgit untuk membina MRT. Kita mahu supaya ia menjadi penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas. Akan tetapi selepas kita bina, sudah berjalan tetapi ridership turun selepas the one month free period, satu bulan yang percuma. Selepas itu ia drop 65 percent. Jadi, kita nak ingin menjayakan pengangkutan awam. Jadi, saya hendak tanya, apakah punca sebenar kejatuhan ridership MRT? Saya hendak tanya Menteri JPM, SPAD sebenarnya ada beberapa cara lain yang boleh meningkatkan pengangkutan awam seperti congestion pricing yang kita boleh memberi satu kos yang lebih tinggi kepada pemandu pada masa peak hours. Kalau melakukan congestion pricing, ia akan memaksa pemandu

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

untuk mencari alternatif lain supaya mereka akan lebih cost effective. Jadi, adakah kerajaan akan merancang untuk berbuat sedemikian demi menjayakan pengangkutan awam dan menurunkan kadar kesesakan jalan raya? Saya juga ingin bertanya kepada kementerian KeTTHA, apakah perancangan net metering dan bilakah ia akan dilaksanakan? Kepada Menteri Pengangkutan, bilakah kerajaan akan menaikkan taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang telah mencapai kapasiti maksima buat masa sekarang. Akhir sekali, sementara Menteri Pendidikan Tinggi di sini, saya ingin minta Menteri jelaskan keadaan sebenar selepas pemotongan bajet Kementerian Pendidikan Tinggi yang menyebabkan ramai pensyarah- dilaporkan ada 8,000 pensyarah senior atau profesor yang penuh dengan pengalaman telah dipotong, telah diberhentikan. Sebenarnya pada hemah saya, this is a misplaced of priority. Kita tahu bahawa tujuan universiti adalah mendidik anak kita supaya mereka menjadi lebih cerdik, pandai. Kalau bajet kurang, the last thing we should sacrifice is our tenaga pekerja, profesor dan lecturer.

Yang Berhormat Bayan Baru, sikit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Cut other things first... Ya?

Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ya, boleh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Bayan Baru, saya hendak tanya Bayan Baru, angka ini adakah betul, ada confirmationkah angka 6,000 ini yang diberhentikan ini? Saya tak pernah dengar. Yang saya tahu kalau di UKM sahaja ada 2,000 pensyarah dan berapa universiti. Kalau 6,000 ini maknanya tiga universiti awam utama kena tutup.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya minta Menteri jawablah kerana saya tidak ada statistik tetapi dilaporkan dalam media begitu besar. Akan tetapi ini bukan isunya. Isu sebenar adalah the priority. Priority adalah kita menjaga dan memberi- maintain tenaga kerja profesor, lecturer yang berkaliber. Saya difahamkan ramai yang diberhentikan adalah lecturer-lecturer daripada luar negara yang mungkin pakar dalam sesetengah bidang. Dari specialist daripada yang di mana Malaysia tidak ada.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Mereka dibawa masuk ke Malaysia sebagai contract lecturer dan professor tetapi sekarang mereka sekarang diterminatekan. Jadi kalau kita perlukan memacukan ekonomi negara kita ke satu tahap yang tinggi, kita perlukan specialists tersebut. Kalau mereka menjadi mangsa, diberhentikan. Maka yang rugi adalah anak-anak kita dalam universiti. So, it is a misplaced of priority. Kalau ada universiti-universiti seperti UUM boleh melabur, membina hotel di Kuala Lumpur, membeli tanah, membina hotel. Duit itu patutlah digunakan untuk continue the professor, the lecturer supaya universiti itu kekal prestasinya dalam kualiti education. Itulah saja daripada saya. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya memohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak ada yang minat? Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya mulakan dengan serangkap pantun. Indah bulan jauh di awan, Sayang roket terbang tidak tinggi, Terima kasih saya ucapkan, Izinkan saya berbahas hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Lapangkan dada. [Membaca sepotong doa] Terlebih dahulu saya menjunjung kasih Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah yang telah disampaikan tempoh hari. Saya menyokong penuh dengan Titah Yang di-Pertuan Agong dan terdapat beberapa isu yang saya ingin sentuh di sini. Tidak banyak isu, hanya dua, tiga isu sahaja.

Pertama, adalah berhubung dengan perpaduan negara kerana disebut dengan nyata, di titah dengan nyata oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu untuk mengukuhkan lagi kesepaduan dan integrasi nasional dan janganlah cepat berpuas hati dengan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang telah dilaksanakan. Ini adalah yang ditekankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan soal perpaduan ini sebenarnya adalah begitu crucial sekali. Tetapi saya lihat pada hari ini nilai perpaduan semakin kurang dihayati. Sensitiviti kaum dan agama sebenarnya makin kurang dijaga. Ini adalah tidak baik untuk sebuah negara yang majmuk, yang berbilang kaum, berbilang bangsa dan juga agama. Jadi setelah puluhan tahun negara ini mengecap kemerdekaan hasil daripada semangat perpaduan, perpaduan antara kaum ketika itu. Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya ianya disabotaj sehingga memecahbelahkan hubungan sesama kita. Tuan Yang di-Pertua, sering kali apabila sesuatu isu itu berlaku, ianya akan di gembar- gemburkan dan diperbesarkan dengan pelbagai nasi tambah dan sehingga cerita sebenar dikaburi dengan cerita yang tidak benar. Ini dilakukan di media-media sosial bagi meraih populariti dan menaikkan rating mereka dengan cepat. Saya mohon agar perbuatan ini segera dihentikan. Mencegah daripada menjadi pengadu domba yang merosakkan hubungan semua kaum dan juga ukhuwah yang sedia ada. Sebenarnya banyak usaha yang telah dibuat oleh kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini bersatu padu. Ini dapat dilihat melalui Dasar Pembangunan Nasional, konsep wasatiyyah, Gagasan 1Malaysia, Pelan Perpaduan Negara termasuklah TN50. Jadi antara poin yang penting dalam Pelan Perpaduan Negara adalah mewujudkan persefahaman yang lebih baik melalui pembelajaran. Kalau pembelajaran saya syorkan kalau boleh kita lenturlah buluh itu daripada rebung. Iaitu cadangan kita mungkin adakan satu pilot project. Sebelum ini saya difahamkan sudah ada sekolah integrasi. Tapi tidak tahu setakat mana kejayaannya. Jadi kalau kita boleh buat satu pilot project di tempat-tempat yang dihuni oleh pelbagai kaum dan kita wajibkan bahasa Malaysia, bahasa Cina dan juga bahasa Tamil. Biar semua belajar bahasa yang berlainan. Daripada sini kita boleh memupuk semangat perpaduannya daripada awal lagi. Kita juga...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lumut bangun.

Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiu, saya setuju dengan cadangan untuk menyatupadukan rakyat. Bolehkah saya cadangkan, bolehkah Yang Berhormat Setiu bersetuju, kita bermula daripada atas sekalilah. Kita bubarkan UMNO, kita bubarkan MCA, bubarkan MIC. Jadikan satu parti. Selepas itu Parti Bersepadu. Setuju? Terima kasih.

Ini Yang Berhormat Lumut dia hendak cuba spin kita punya cakap sekolah. Kita hendak satu padukan sekolah, sudah hendak politik pula. Agak-agak bersetuju kah pihak Lumut. Yang Berhormat Lumut setuju tapi kita tidak bolehlah hendak bersetuju dengan Yang Berhormat Lumut. Tidak masuk akal. Jadi antara lain-lain ya, kita mewujudkan persefahaman ini, selain daripada pembelajaran tadi, juga melalui demokrasi dan juga kematangan politik ke arah pembinaan negara serta pemahaman yang seimbang berhubung dengan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas negara bangsa. Manakala konsep kesederhanaan melalui wasatiyyah yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, mengajak segenap rakyat untuk bersederhana dalam pelbagai aspek. Selain bersatu dan bukannya berpecah belah seperti yang diamalkan biasanya pihak-pihak sanalah. Suka pecah belah. Jadi menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan juga saya kira adalah satu fahaman yang ekstrem dan ditolak oleh mana-mana negara. Jadi saya minta mereka agar berhenti daripada menjadikan rakyat sebagai alat propaganda. Rakyat dijadikan alasan mengapa kerajaan yang sedia ada ini perlu digulingkan.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Setiu, sikit.

Walhal kita semua...

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Setiu, seminit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setia saya hendak

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

tanya pandangan Yang Berhormat Setiu, setujukah Yang Berhormat Setiu supaya kita jadikan konsep wasatiyyah ini sebagai satu kurikulum bersepadu di seluruh sekolah- sekolah dan universiti di Malaysia. Terima kasih.

Yang Berhormat Setiu.

Saya besetuju sekali dan dimasukkan dalam ucapan saya.

Yang Berhormat Setiu, ada celahan Yang Berhormat Setiu.

Kalau semua celah, nanti- nanti. Lepas ini saya bagi.

Tidak, ada 20 minit saja lagi.

Sebab kalau saya, apa masa saya ada berapa minit saja?

Sekejap saja. Saya tanya soalan mudah saja, tidak berkaitan dengan ekonomi pun.

Mudah nanti. Saya sentuh sikit lagi fasal Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan boleh celah masa itu.

Minit ke-6 Yang Berhormat Setiu ya, minit ke-6.

Okey, baru minit ke-6. Tidak sempat jugalah ini. Sebab wasatiyyah ini kita tahu adalah kesederhanaan dan mencakupi seluruh bidang dan seluruh kaum di Malaysia. Jadi saya bersetuju sangat- sangatlah. Jadi walhal kita semuanya bahawa kerajaan ini yang mahu digulingkan tadi kerana mereka ini tidak sabar-sabar ini. Mereka sebenarnya tidak sabar-sabar untuk memegang tampuk kuasa pemerintahan dan bukannya bagi membela rakyat. Jadi gunalah cara yang lebih bermaruah ya. Bukan bersembunyi di sebalik nama rakyat. Jadi saya hendak sentuhlah, ini baru hendak sentuh. Saya hendak pergi kepada Yang Berhormat Pandan. Video Yang Berhormat Pandan dalam usaha hendak menjatuhkan kerajaan ini. Ada satu video ini yang saya lihat. Yang Berhormat Pandan dengan bangga, caranya cukup bangga menyebut bahawa beliau sejak tahun 2009 lagi ya, dia menghasut rakyat. Kena hasut rakyat walau macam mana pun. Untuk membenci terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kalau tidak berjaya dengan Yang Amat Berhormat, dia akan alihkan kepada isteri Yang Amat Berhormat. Ini cukup hebat cara yang dia buat. Serangan-serangan lain juga mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan juga pemimpin, yang dikaitkan semua daripada Barisan Nasional, daripada UMNO. Saya pun tidak faham, sebenarnya rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sebenarnya kita dengan— yang hairannya mereka yang belum pasti kesalahannya dituduh seolah-olah dah melakukan kesalahan tetapi yang telah melakukannya, yang telah didapati bersalah pula dikatakan tidak bersalah. Contoh kes liwatlah, memang jelas. Yang telah didapati bersalah sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tidak ada seorang pun yang mengatakan dia bersalah sebabnya ini politik. Politik dalam usaha untuk memenangi pilihan raya dan sebagainya. Ada lagi pembongkaran saya lihat oleh Yang Berhormat Pandan.

[Bangun]

Nanti saya beritahu dulu pembongkaran-pembongkaran.

Oleh kerana Yang Berhormat Setiu petik nama Yang Berhormat Pandan, paling kurang gentleman lah sedikit untuk jawab soalan yang pendek.

Ya, belum habis lagi.

Ramai adik-adik di belakang tengah tengok itu, malu sikit.

Yang Berhormat Pandan duduk dulu, saya belum habis lagi hendak cerita fasal Yang Berhormat Pandan.

Minit ke sembilan, ada tiga minit lagi sebelum minit keenam.

Pembongkaran Yang Berhormat Pandan ini double standard, ini saya hendak kata sekarang. Pembongkaran oleh Yang Berhormat Pandan. Dia kira apa yang dia cerita, dia bongkar. Di pihak kerajaan memang dia bongkarlah. Di Selangor pun kerana dia tidak sebulu dengan, bulu lain-lain, masalah. Tidak sebulu dengan menteri besarnya, dia bongkar juga. Fasal rasuah wanita, rasuah wang dan juga ada rasuah kata RM400 juta hendak dibongkar pada bulan Jun tahun lepas. Akan tetapi cerita-cerita ini semua kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak ada. Sampai akhirnya bila disiasat tidak ada kes tetapi pembongkaran dibuat belum pasti salah ataupun tidak. Ini masalah yang berlaku pada Yang Berhormat Pandan. Yang hairan lagi, Yang Berhormat Pandan ini memang hebat. Dia macam hendak membela rakyat tetapi bila saya lihat, saya selalu lihat video— sebab Yang Berhormat Pandan ini hebat, bila dia berceramah cukup hebat.

Yang Berhormat Setiu kantoi selalu tengok video saya ya.

Saya suka tengok. Kita tengok, tengok juga, bantai, bantai juga. Ada satu ceramah di Cheras Baru tempoh hari yang terlibat adalah daripada dua, tiga orang lagi tetapi Yang Berhormat Shah Alam tidak ada. Di Cheras Baru ini, pengacara membuka cerita daripada awal. Apa cerita dia buka, kita hendak minta derma hari ini, kita hendak bantu Yang Berhormat Pandan kerana Yang Berhormat Pandan telah dihukum didenda sebanyak RM300,000. Kata hendak bela rakyat tetapi pada masa yang sama menggunakan pentas ceramah untuk mengutip derma.

Yang Berhormat Setiu, celahan kerana Tuan Yang di-Pertua itu salah maklumat kerana ceramah itu ialah untuk kesalahan di bawah OSA yang penjara satu tahun setengah.

Saya tidak kata Yang Berhormat Pandan yang bercakap.

Jadi nampak sangat tersalah dan berbohong di dalam Dewan.

Saya cakap pengacara.

Kecuali saya boleh ambil peraturan Dewan kerana Yang Berhormat Setiu...

Juruacara yang bercakap, bukan Yang Berhormat Pandan cakap.

...Berbohong di dalam Dewan.

Yang Berhormat tidak bercakap fasal duit kutipan ini, yang bercakap juruacara, pengerusi dia itu.

Enam minit Yang Berhormat Setiu, kalau gentlemen sila bagi laluan kepada saya.

Lepas ini saya bagi, saya hendak habiskan dulu. Jadi kemudian yang dahsyat lagi Yang Berhormat Pandan ini, dia kata orang Melayu ini mengundi tidak guna otak, guna hati, mengikut hati. Maknanya kita menang dulu pun maknanya kerana undi Melayu menggunakan fikiran, otak. Ini tuduhan- tuduhan kepada orang Melayu, dahsyat. Saya katakan ini mungkinlah yang dikatakan satu auta sahaja, bukan fakta. Saya hendak sentuh sedikit lagi dengan...

Yang Berhormat Setiu, Tuan Yang di- Pertua, sudah lima minit 5:55.

Ya, betul.

Minta diberikan laluan.

Akan tetapi saya banyak lagi masalah.

Kerana keseluruhan ucapan ini didedikasikan kepada saya.

Ya, itu sebahagian sahaja. Ini yang lain pula ni. Okey, yang lain lagi berkenaan dengan cerita fasal mantan Tun Mahathir. [Disampuk] Nanti, nanti dulu.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Bila pula Tun Mahathir jadi mantan Tun Mahathir. Tidak faham saya. [Ketawa]

Mantan Perdana Menteri. Tidak, saya kata mantan, saya tidak sebut lagi Perdana Menteri. Namanya Tun Mahathir. Yang Berhormat Shah Alam ini pandai, dia pandai bahagian-bahagian itu. Jadi sepanjang pemerintahannya, telah dikatakan telah memangsakan seramai dua orang timbalan Perdana Menteri yang hendak jadi Perdana Menteri dah, dekat-dekat dah. Jadi termasuklah mantan Permatang Pauh dan juga mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Pak Lah dan juga tidak terkecuali Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh. Jadi persoalannya sekarang ini ialah sama ada Tun Mahathir ini akan menambah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita iaitu Perdana Menteri yang keenam. Sekarang ini persoalannya. Adakah dia akan menjadikan Perdana Menteri kita sebagai koleksi dia yang seterusnya, koleksi menjatuhkan dia punya timbalan dan sebagainya. Jadi siapa sebenarnya, persoalannya siapa yang akan jadi kuda sekarang, diperkudakan siapa, menjadi kuda siapa. Antara tidak tahulah, PKR kah, PAN jadi kuda ke, DAP jadi kuda tidak tahu, yang mana diperkudakan antara-antara merekalah. Akan tetapi kita lihat sebenarnya balik kepada yang cerita lama, liwat pertama macam mana. Nasib mantan Permatang Pauh tidak dibenarkan jamin dalam kes-kes yang boleh jamin, tidak dibenarkan jamin langsung padahal kes boleh jamin tetapi dalam kes kita semenjak dari Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Persekutuan, semua dibenarkan jamin. Boleh bebas di luar, boleh berkempen lagi. Akan tetapi dalam kes dahulu tidak dibenarkan. Sepatutnya masa itulah yang dikatakan sebenarnya masalah kehakiman ini, masa itu tetapi sekarang dibawa sehingga sekarang. Sekarang kita benarkan jamin, cukup tetapi tidak apalah dah kena macam itu, jumpa di mahkamah baik semua, yang lain-lain pun daripada konco-konconya pun baik semua. Jadi usaha yang hendak dibuatnya bukan apa, hendak menjatuhkan kerajaan. Itulah dia, itulah usaha. Jadi betullah orang kata, maknanya...

Yang Berhormat Setiu, 2:46. Malu orang Terengganu macam ini, tidak bagi laluan.

Tidak malu, tidak malu sebab saya belum sentuh lagi ada satu perkara yang paling penting sekali saya hendak sentuh. Pada tahun 1993 cuba kita ingat balik, masa itu saya belum berkecimpung dalam politik. Mantan Permatang Pauh juga yang menjadi Timbalan Perdana Menteri masa itu selepas memenangi timbalan presiden menentang Tun Ghafar masa itu. Terdapat laporan Datuk Seri Anwar telah menggunakan bayaran tunai yang besar untuk memenangi sokongan. Jadi Anwar didakwa telah menggunakan politik wang untuk menjamin kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Jadi pengikut Anwar masa itu menjadi saksi. Hatta wartawan asing juga menyampaikan paket wang untuk memperoleh sokongan pemimpin bahagian UMNO. Jadi mereka dikatakan belanja di bawah arahan Anwar. Yang saya petik ini daripada Ian Stewart, “The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk” oleh Allen and Unwin tahun 2003, muka surat 22 hingga 24. Di mana yang juara-juara yang mengatakan dari segi memerangi rasuah dan sebagainya. Di mana? Integritinya mana? Di mana integriti?

Minta laluan Yang Berhormat Setiu.

Kalau diri kita, sebab itu kata...

Terima kasih Yang Berhormat Setiu.

Kita ini kalau kita buruk...

Ini bukti yang nyata bahawa budaya politik rasuah ini...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini budaya UMNO, UMNO politik wang. Saya dah tahu.

[Dewan riuh]

Saya hendak katakan bahawa...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Politik wang itu budayanya.

Bercerita bagai nak rak...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Dari dulu sampai sekarang.

...Dalam Parlimen memerangi rasuah tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak pernah dipersoalkan. Itu masalah- masalah yang berlaku sekarang.

Yang Berhormat Setiu, saya tabik daripada Yang Berhormat Besut yang selalunya berani tetapi saya hendak pergi makan dah, nampaknya dia tidak akan bagi saya peluang.

Bukan Besut, Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Besut berani, Setiu tidak berani.

Bukan tidak berani, belum habis cerita. Masalahnya saya ada dua tiga isu, baru satu isu saya bawa. Ini ada satu lagi ini.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Isu apa Yang Berhormat Setiu bawa? Yang Berhormat Pandan? Daripada awal sampai hujung cerita Yang Berhormat Pandan.

Itu kita hendak cerita...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Orang ucapan Titah Diraja.

Jangan merosakkan perpaduan kita dengan politik macam ini, merosakkan dengan kenyataan-kenyataan yang tidak perlu. Banyak lagi, sayang. Kalau tidak banyak lagi saya hendak kaitkan ini.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat Setiu.

Boleh lima minit lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa dah cukup Yang Berhormat.

Ingat hendak bagi ruang kepada Yang Berhormat Pandan, kasihan dia hendak tanya. Bagi dia tanyalah. Last bolehlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat. Yang Berhormat Setiu dah habis masa dan kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Terima kasih, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas ini Yang Berhormat Gelang Patah ya.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Satu Menteri pun tidak ada ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mesyuarat boleh jalan Yang Berhormat. Siapa ya?. Siapa ini?. Yang Berhormat Setiu, sudah habiskan?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah, apa fasal tidak ada nota dekat sini ya. Ya, sila Yang Berhormat Gelang Patah untuk menyambung perbahasan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk mengambil dalam usul. Berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda. Tuan Yang di-Pertua, ketika Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa tidak senang terhadap perjawatan awam yang rasuah dalam Titah Baginda, berapa ramai menteri dah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang terfikir tentang MO1 dan penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global. Saya benar-benar terkejut apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri boleh spin kedudukan kedua paling teruk bagi Malaysia sepanjang 22 tahun yang lalu. Dalam indeks TI CPI diletakkan di kedudukan 55 dengan skor 49 daripada 100, beliau mendakwa bahawa kedudukan Malaysia adalah baik, dan negara ini masih dalam kumpulan yang terbaik dalam TI CPI 2016, berada dalam kumpulan 1/3 terbaik daripada 176 negara yang terlibat dalam kajian ini. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa apabila Malaysia memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-54 kepada 53 dalam TI CPI 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri masa itu dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU ketika itu, Datuk Sri Idris Jala begitu gembira dan excited sekali mengisytiharkan PEMANDU menyasarkan Malaysia untuk berada dalam kedudukan 30 teratas menjelang tahun 2020. Kini Malaysia telah jatuh ke tempat ke-55, dan sasaran Malaysia untuk berada dalam senarai 30 negara teratas dalam TI CPI dalam masa empat tahun menjelang 2020 nampaknya kian malap. Apa yang spin-nya Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menunjuk bahawa kedudukan dan skor Malaysia dalam TI CPI yang terbaru ini sebagai baik bagi Malaysia adalah bukti ranap dan gagalnya. Harapan kerajaan untuk negara ini dari mensasarkan untuk berada di kedudukan 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020 sehingga berasa selesa, leka dan malah berbangga apabila negara berada di kedudukan ke-55 pada tahun 2016. Malaysia sepatutnya menjadi antara 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2008. Akan tetapi seperti mana kita gagal dalam Pelan Integriti Nasional bagi Malaysia untuk menjadi antara 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2008 sehingga menjunam ke kedudukan 60 dalam CPI TI tahun 2011, kita nampaknya akan gagal buat kali kedua, dalam mencapai kedudukan 30 negara teratas dalam tahun 2020. Justeru, ini adalah kali pertama kerajaan telah hadir ke Parlimen untuk bermegah dengan pencapaian CPI TI mereka. Yang Berhormat Menteri langsung tidak sedar tentang ulasan buruk dalam CPI TI mengenai masalah rasuah di Asia Pasifik dan Malaysia yang disebut ini apa yang TI kata, dengan izin, “Malaysia’s Prime Minister has long been embroiled in the 1MDB corruption scandal with an unexplainable USD700 million in his personal bank account, contributing to the country’s lackluster score of 49 out of 100. The Prime Minister’s deficient response, and what role this will play in upcoming elections, is something to watch in 2017”. TI menggambarkan CPI Malaysia 2016 sebagai lackluster, tetapi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh pula ke hilir, mula ke hilir mendakwa semuanya baik. Kerajaan juga langsung tidak sedar akan tentang kaji selidik Transparency International yang mendapati rakyat Malaysia dan Vietnam melihat negara masing-masing sebagai mempunyai masalah rasuah yang paling teruk. Saya mengakui bahawa SPRM telah bergerak aktif dalam tempoh enam bulan yang lalu. Sesuatu yang bukan yang luar biasa dalam musim menunggu pilihan raya umum, kerana rakyat Malaysia masih ingat janji untuk menjerat 18 jerung sebelum pilihan raya tahun 2004. Namun akhirnya terlepas begitu sahaja ke Laut China Selatan. Dengan membuat banyak tangkapan dan mendedahkan timbunan hasil tangkapan dan membida timbunan hasil rompak daripada dana awam sama ada di Sabah dan di Johor. Akan tetapi soalan yang masih berlegar di dalam fikiran rakyat Malaysia, dan khususnya perkhidmatan awam seramai 1.6 juta orang ialah di mana jerung-jerungnya terutama sekali di manakah MO1? Minggu lalu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kota Belud, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu menentukan sama ada akta SPRM telah dilanggar ekoran sesuatu laporan yang dibuat kepada SPRM terhadapnya. Adakah Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Menteri Perumahan mengeluarkan kenyataan adakah beliau ambil alih SPRM dan boleh membuat keputusan akhir sama ada terdapat kes rasuah terhadapnya. Minggu lepas SPRM mendedahkan bahawa 54 peratus daripada penjawat awam didapati bersalah kerana rasuah adalah di bawah umur 40 tahun. Manakala penjawat awam berusia muda lebih mudah terdedah kepada rasuah bagi memenuhi tuntutan gaya hidup mereka. Pegawai kerajaan yang baru berkhidmat dan kerani-kerani membeli iPhone model terbaru. Memandu kereta mahal walaupun gaya hidup mewah mereka tidak sepadan gaji mereka sebagai pegawai muda dan pembantu tadbir di bawah skala gaji kerajaan. Timbalan Ketua Suruhanjaya SPRM berkata 548 orang penjawat awam ditahan kerana rasuah pada Februari pada tahun ini sahaja.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tahun lalu, seramai 665 penjawat awam ditahan atas kesalahan berkait rasuah. Adakah beliau berkata SPRM telah menetapkan sasaran tiga tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam? In-sifar korupsi. Adakah ini boleh dicapai? Saya bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat Kulai bahawa ini mustahil untuk dicapai kecuali jika kita menjenayahkan, criminalize kekayaan dan pendapatan yang tidak seimbang yang tidak boleh diperjelaskan. Bukan sahaja dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan tetapi juga pemimpin-pemimpin politik. Saya sebenarnya telah pada awal tahun 1970-an mencadangkan Parlimen sebuah undang-undang ahli persendirian untuk meminda pada masa itu Akta Pencegah Rasuah 1975 dan menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana pegawai awam seperti Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar, Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri atau jawatan awam yang telah mengumpulkan harta atau sumber kewangan yang tidak seimbang dengan sumber-sumber pendapatan yang diketahui. Juga menyediakan kuasa bagi melucutkan atau forfeit harta itu untuk nilai sumber kewangan tersebut sekiranya sumber kekayaan atau pendapatan yang tidak seimbang tersebut seperti tidak dapat dibuktikan. Malaysia akan menjadi bukan hanya 30 negara teratas tetapi mungkin 10 teratas dalam TI CPI tahunan sejak ia mula pada tahun 1995 sekiranya undang-undang sedemikian telah diterima pakai sejak tahun 1970-an. Malaysia tidak akan keluar daripada perangkap kehinaan sebagai sebuah negara kleptokrasi global melainkan kita boleh mendamaikan momok skandal kleptokrasi pengubahan wang haram antarabangsa berbilion dolar 1MDB. Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO telah cuba untuk mengeksploitasikan lawatan empat hari Raja Salman dari Arab Saudi ke Malaysia sebagai bukti bahawa tidak ada sesuatu yang tidak betul tentang dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri dalam tahun 2013. Malah mendakwa bahawa sikap berdiam diri Raja Salman adalah pengesahan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah datang dari dalam kalangan Kerabat Diraja Arab Saudi... [Tepuk] Tuntutan ini sudah tentu tidak masuk akal dan tidak munasabah. Perkara yang paling penting tentang lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia bukanlah apa yang telah disebut atau dilakukan oleh rombongan Arab Saudi itu, termasuk majlis menandatangani perjanjian USD7 bilion dengan Saudi Aramco untuk 50 peratus pegangan dalam Projek Rapid milik Petronas di Pengerang, bahkan sebenarnya apa yang penting ialah segala yang tidak disebut tentang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidak terkejut bahawa ada pemimpin UMNO berkata bahawa ini adalah kenyataan yang saya yang paling dungu setakat ini. Ini kerana apa sangatlah keupayaan intelek yang boleh diharapkan daripada pemimpin-pemimpin UMNO apabila Menteri UMNO pun boleh memberitahu 10 pembohongan dalam kenyataan lima perenggan yang singkat. Manakah Ketua Penerangan UMNO yang ada di sini boleh memberitahu lebih daripada lapan penipuan dalam kenyataan ringkas dan lain-lain. Kedua-dua mereka tidak berani menerima cabaran saya untuk hadir ke sidang media bersama supaya saya boleh mendedahkan pembohongan mereka satu demi satu. Pemimpin UMNO yang mendakwa lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia adalah satu bentuk untuk mempertahankan nama baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam skandal derma RM2.6 bilion, memandang rendah terhadap kedua-dua Raja Salman dan rakyat Malaysia. Mustahil Raja Arab Saudi tidak menyedari bahawa skandal derma RM2.6 bilion dan skandal RM52 bilion 1MDB adalah Achilles heel terbesar bagi

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya buat carian Google terhadap 1MDB dan anda akan dapat 3.6 juta hasil dalam 4.5 saat. Sebab mengapa Raja Arab Saudi tidak boleh berkata bahawa RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai derma oleh pihak beliau adalah sangat benar. Raja Arab Saudi tahu bahawa tindakan undang-undang US diuji untuk forfeit aset berkait dengan 1MDB bernilai USD1 bilion adalah satu dokumen awam. Secara hitam putih dan ia telah mengesan secara terperinci the money trail, derma RM2.6 bilion ini dan mewujudkan di luar bayangan keraguan bahawa ia bukanlah derma daripada Raja Arab Saudi. Sebagai contohnya, dalam muka surat 6 ke 8 dan perenggan 8 ke 11 daripada dokumen DOJ setebal 126 muka surat dengan 512 perenggan bagi penyataan sebanyak aset berkait 1MDB bernilai USD1 bilion di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan Switzerland menggariskan tiga fasa daripada kelakuan jenayah penggubahan wang haram antarabangsa berbilion Dolar 1MDB.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat. Saya cuma ingin ingatkan Yang Berhormat bahawa perkara-perkara yang di ruled sub judice pada sesi yang lalu, terpakai pada sesi ini Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Saya sebut mengenai ada satu kes. Adakah itu sub judice? Mana boleh sub judice.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya cuma ingatkan Yang Berhormat. Please be careful with your perbahasan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Ya, saya ada sebut mengenai- saya tidak berbincang mengenai merit demerit tetapi kita tidak boleh pura-pura bahawa tidak ada kes itu. It is the largest capital credit scandal. Bagaimana boleh kita pura-pura?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

I don’t mind that. Saya cuma ingatkan Yang Berhormat bahawa perkara yang diruled sub judice pada sesi yang lalu, terpakai pada sesi ini.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Saya tidak mahu berbincang mengenai kes siapa menang, siapa betul. Itu kes yang lain. Tiga fasal, Star fasa, BVIA fasa dan Tanore fasa. Dalam DOJ document ini, perenggan 229, perenggan 259, perenggan 260, perenggan 261, perenggan 262, sangat jelas ada tunjuk bahawa wang itu daripada 1MDB masuk akaun Tanore, masuk akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, keluar daripada akaun itu. Masuk itu Tanore dan bukan daripada Arab Saudi. Ini sangat jelas. Sangat jelas, kenapa kerajaan mahu lari? Kenapa Peguam Negara boleh kata bahawa tidak ada apa-apa derma oleh kerana derma itu daripada Arab Saudi? Ini sudah dibuktikan oleh US, DOJ document bahawa tidak benar. Kenapa kita boleh terus berpura- pura bahawa ini tidak berlaku? Ini semua dalam dokumen ini. Oleh sebab itu sangat jelas secara hitam putih, just look at DOJ Report. Oleh sebab itu sama ada siapa boleh berjaya untuk forfeit harta benda itu, itu hal yang lain. Akan tetapi the facts are there. Tidak pernah dinafikan. Tidak ada satu kertas putih yang kata bahawa wang itu bukan daripada 1MDB. Wang itu bukan daripada 1MDB masuk Tanore, masuk akaun Perdana Menteri, keluar daripada Perdana Menteri masuk Tanore dan masih dalam Singapura. Mungkin diforfeit. Masih di Singapura. Dari mana ada peranan Arab Saudi? Oleh sebab itulah saya harap- kita tidak mahu bincang ini tetapi sebab itu saya mengalu-alukan satu perbahasan Nazri dan Mahathir mengenai 1MDB. Sangatlah terperanjat kalau boleh debat. Saya harap akan didebatkan. Wang ini dari mana? Wang sumber dari mana? Bukan daripada Arab Saudi. Kalau kita boleh bincang dalam debat, Nazri dan Mahathir mengenai wang itu tetapi kita pura-pura tidak boleh debat dalam perkara ini. Bagaimana, apa peranan Parlimen kita? Apa yang berlaku South Korea? Di mana Parlimen boleh impeach presiden. Di mana constitution of court, lapan hakim sebulat suara boleh buat hukuman buang jawatan oleh sebab korupsi, kronisme. Bolehkah kita buat dalam Malaysia? Bolehkah kita buat dalam Malaysia, Tuan Yang di- Pertua? Kalau kita ada pemimpin utama, kalau Perdana Menteri, kalaulah pun ada buat kesalahan, ada corrupt, ada kronisme. Bolehkah kita impeach presiden?...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kena jatuh Perdana Menteri dahulu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Bolehkah mahkamah kita boleh buat hukuman semacam apa yang berlaku di South Korea? Kenapa kita tidak boleh? 60 tahun

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

dahulu South Korea begitu mundur sama ada dari segi ekonomi atau politik. Akan tetapi sekarang apa yang berlaku? Malulah sebab itu.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita patut ada satu perbahasan mengenai 1MDB. Saya harap bahawa ada hakim-hakim persekutuan, hakim court of appeal yang ada kata bahawa tidak apply. Tidak apply oleh kerana ini tidak apply mengenai mahkamah dalam Malaysia. Ini dalam California. Bila kita menjadi global nation, global policemen, global untuk sub judice mengenai apa yang berlaku dalam Amerika. Ini kita apply dan saya harap bahawa kita janganlah terus- Parlimen Malaysia jangan terus untuk berpura-pura bahawa apa yang berlaku tidak patut dibahaskan. Perkara begitu penting, utama. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang mahu sebut saya ingat lagi- 66 tahun dahulu, kenapa Dato’ Onn Jaafar, Presiden UMNO yang pertama keluar daripada UMNO? Oleh kerana cadangan beliau bahawa patut masa sudah sampai, mengadakan satu- berhenti parti perkauman, open up tetapi it was ahead of it’s time. 51 tahun dahulu apabila DAP didaftar sebagai parti, ahead of it’s time oleh kerana kita mahu berjuang untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, tidak kira agama, tidak kira wilayah. 30 tahun dahulu, 30 years ago, saya di Batu, di solitary confinement oleh kerana Operation Lalang. Seorang pegawai tertinggi datang untuk lawat saya. Dia kata mungkin dasar DAP betul, baik untuk negara tetapi ahead of it’s time. Ahead of it’s time. Mungkin dalam generasi akan datang, our children, polisi-polisi DAP boleh dilaksanakan tetapi now, ahead of it’s time. Dan kata akan ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kemunting- 30 years ago, 66 years ago, Dato’ Onn Jaafar ahead of his time, 51 years ago, DAP registered, ahead of his time, 30 tahun dahulu saya dipenjarakan oleh kerana ahead of it’s time. Kita, tahun 2017, 60 tahun kita sudah merdeka, 57 tahun kita sudah tubuhkan Malaysia, bukan masa sudah sampai bahawa tiga generasi Malaysia kita adalah bersatu padu. Kita lihat, pandang kita sebagai rakyat Malaysia. Bukan orang Melayu, bukan orang Cina, bukan orang India, bukan Kadazan, bukan Iban. Masa sudah tiba. Let us be Malaysians and no more Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans. Bolehkah? Let us have a beginning. At least let us have a beginning. Adalah usul nombor 7 mengenai Private Members Bill.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masa habis.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Private Member’s Bill yang dibawa oleh Presiden PAS. Ada kata bahawa kalau tidak setuju, anti Islam. Adakah anti Islam? Ketua Menteri Sarawak ada anti Islam? Ketua Menteri Sarawak beri arahan semua 25 orang Ahli Parlimen termasuk empat Menteri yang beragama Islam tentang Private Member’s Bill. If Sarawak Chief Minister, all the Sarawak Muslim Ministers- are they anti-Islam?...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Are they anti-Islam?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Of course no. So kalau kita mahu berjaya sebagai Malaysian Nation, stop talking about anti-Malay, anti-Chinese, anti-Islam, anti- Christian. We must be all for all races, all religions. Grow up! Let’s grow up. The government must grow up! PAS President, grow up! Be a Malaysian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Sokong UEC, sokong UEC.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian untuk turut menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V di Majlis Pembukaan Parlimen Ketiga Belas, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima baru- baru ini. Nampaknya kemungkinan teks yang saya persiapkan perlu diubahsuai sedikit kerana saya mendapat peluang yang sangat baik berucap selepas Ahli Parlimen Gelang Patah sebentar tadi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Gelang Patah kerana hari ini menyambung tempohnya yang begitu lama dalam Parlimen dan menguasai sebuah parti politik dalam arena politik negara kita. Dalam sejarah politik dunia, barangkali kita terdengar ataupun kita melihat Tun Dr. Mahathir selama 23 tahun. Kita mendengar barangkali Presiden Marcos selama 31 tahun. Mungkin kita mendengar Saddam Hussein selama 30 tahun. Robert Mugabe selama 37 tahun. Pemimpin Korea Utara, Kim II-Sung selama 46 tahun. Yang Berhormat Gelang Patah capai 50 tahun dengan retorik politik. Saya ucapkan tahniah kepada beliau.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Penjelasan.

Yang pastinya politik beliau masih tidak berubah. Politik beliau adalah masih tidak berubah. Yang Berhormat, sila duduk. Saya belum bagi laluan. Saya sedang berucap.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Penjelasan. Kalau takut bagi jalan, jangan buat tuduhan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Mahu buat tuduhan, mahu berani untuk contest, apa guna? Apa guna buat tuduhan tetapi tidak berani untuk menghadapi? Lari!

...Dalam Parlimen ini, dalam Parlimen ini- satu retorik politik yang- sudah 13 pilihan raya, ditolak oleh rakyat Malaysia...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Menjadi satu coward! Satu pengecut! Kenapa?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Pengecut! Penakut! Ayam!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah, duduk, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Bukan, kalau dia mahu pertuduhan, mahu berani. Okay, give way- will you give way?

[Menyampuk]

Tidak tahu peraturankah?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Mencipta fake news!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan, tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Pondankah?

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Cipta fake news, cakap dusta, fitnah, semua.

Tidak boleh duduk langsung.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Adakah berani dalam public press conference mengenai kenyataan Yang Berhormat, beranikah, beranikah?... Tidak berani.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah!

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah, duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Gelang Patah, Yang Berhormat Ketereh tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Ketereh, you separuh jantankah? Duduklah! Diamlah! Hoi! Diamlah! Hey pondan, diam!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Yang Berhormat Gelang Patah duduk, Yang Berhormat. Ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Buat tuduhan, mahu berani. Tidak berani, jangan buat tuduhan. Pembohong, pendusta, pemfitnah. Pembohong, pemfitnah, pendusta.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Pencuri. Patuk duit- patuk duit siang malam.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...Ini lah contoh diktator politik yang paling lama dalam politik Malaysia, kerana sifat seorang diktator...

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Patut apa? Penjelasan, penjelasan. Beranikah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak bagi jalan, Yang Berhormat. Tidak bagi jalan. Duduk.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Tahu, tidak cakap benar.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah duduk ya.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Cakap bohong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ikut peraturan. Pencelahan mesti dapat izin daripada yang sedang berbahas, ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengulangi sekali lagi. Ini adalah satu contoh yang nyata. Saya dan rakan-rakan Barisan Nasional boleh duduk diam selama 20 minit memberi peluang, memberi penghormatan untuk mendengar setiap patah hujah dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Kerana kita tidak bohong!

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Jangan bohong. Kita dalam sini tidak bohong.

Yang Berhormat Gelang Patah. kurang ajar!

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Adakah kita bercakap bohong?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat.

Waktu Yang Berhormat berucap, parti saya boleh bersabar.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Kalau kita bohong, okey. Ada bohong? Tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah, duduk Yang Berhormat. Duduk, duduk ya.

Akan tetapi giliran Yang Berhormat Gelang Patah, baru saya sebut sedikit, dia sudah melenting. Dia menunjukkan the true color of Yang Berhormat Gelang Patah dalam Dewan ini. Saya ingin mengulangi sekali lagi. Saya ingin mengulangi sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini. Apabila saya mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perkara tertentu yang kemudiannya Yang Berhormat Gelang Patah menyambut untuk mengajak saya membuat press conference bersama. Saya mengulangi sekali lagi, Ahli Parlimen apa bila hendak buat penjelasan dalam press conference, kalau dirasakan saya berbohong atas apa juga perkara, silakan. Negara ini bebas untuk bersuara. Silakan. Ada banyak media, ada banyak surat khabar, ada banyak media baru, kenapa tidak dihuraikan, apakah perkara yang saya bohong. Oleh kerana itu, saya mengulangi sekali

lagi bahawasanya saya berkata, “Tun Mahathir pernah berkata bahawasanya Yang Berhormat Gelang Patah adalah seorang rasis”.

Saya tidak tahu sama ada betul atau tidak tetapi saya ada dia punya rakaman, rakan karib...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Yang Berhormat Rasah bangun, nak bagi jalan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Ketereh. Yang Berhormat Ketereh, tarik balik perkataan racist.

Tun Dr. Mahathir, ada mengatakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat Rasah, duduk.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Ketereh, tarik balik.

Itu Mahathir yang kata.

Mahathir. Bukan dia yang cakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah duduk. Yang lain duduk Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ikut peraturan Yang Berhormat ya.

Tun Mahathir yang kata.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang duduk, Yang Berhormat Pendang.

Tun Mahathir yang kata itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang duduk Yang Berhormat Pendang.

Apa bodohnya Yang Berhormat Rasah.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tun Mahathir ada Dewan sinikah?

Saya mengulangi sekali lagi, itu yang telah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir. Saya juga berpendapat bahawasanya dalam banyak perkara, dalam banyak perkara, masyarakat merasakan hal ehwal Islam tidak disokong oleh Yang Berhormat sama ada nak guna istilah anti-Islam ataupun tidak, barangkali kawan-kawan di dalam PAS lebih mengetahuinya tetapi penentangan secara semberono terhadap cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang adalah sebahagian daripada petanda Yang Berhormat tidak menghormati Islam. Itu pendapat saya. Soal betul atau tidak, soal lain. Sebab itu Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tan Sri, Tan Sri, Ketua Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu, duduk.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Dato’ Menteri Sarawak apa macam? Anti-Islam juga?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu duduk Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Cakap, cakap Tan Sri, kau Tan Sri bah ini...

Minta Yang di-Pertua...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Orang Sabah- gila-gila punya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu, duduk Yang Berhormat [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta untuk patuh kepada peraturan mesyuarat. Kita berbahas nak mencelah ikut peraturan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Ketereh. Ketika Yang Berhormat Gelang Patah berucap, tak ada seorang pun mengganggu. Buat macam itu, buat macam itu Yang Berhormat. Ikut peraturan. Boleh ganggu, boleh minta penjelasan dengan izin. That’s it. Senang sahaja. Ikut peraturan.

Keadaan masih belum berubah. Pembangkang dalam negara kita walaupun 13 kali pilihan raya ditolak, sikapnya masih belum berubah. Saya mengulangi sekali lagi, apabila Titah Seri Paduka Baginda telah menyebutkan perkara-perkara tentang komitmen kerajaan, tentang perkara-perkara yang menyentuh tentang kepentingan rakyat, perkara-perkara yang menyentuh tentang perpaduan, perkara yang menyentuh tentang kedaulatan Islam, perkara yang menyentuh tentang keselamatan dan sebagainya, dia menggambarkan bahawasanya kerajaan Seri Paduka Baginda ini adalah sebuah kerajaan pro rakyat yang sedang mendukung amanah dan juga mandat daripada rakyat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Sehingga Pengerusi MARA dipecat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Sebelum- Pengerusi MARA dipecat daripada jawatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gelang Patah...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Malulah, malu.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Dipecat, disiasat dan berbohong.

...Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional...

[Dewan riuh]

Kita akan terus, kita terus berhadapan dengan kritikan-kritikan pembangkang.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tak malu kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat.

Dalam sistem dalam negara kita, soal peranan pembangkang apa juga yang nak mereka katakan, rakyat adalah hakim akhirnya dalam setiap pilihan raya. Akan tetapi sejarah setakat ini membuktikan bukanlah laungan yang ras itu bukanlah perkara yang mestinya diulang-ulang itu, bukannya perkara yang difobiakan itu, semestinya menjadi sesuatu yang disambut dan diterima oleh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia telah membuktikan pada setiap pilihan raya tentang kebijaksanaan mereka yang tersendiri.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

[Bangun]

Mereka boleh menyatakan apa sahaja.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Bagi peluang.

Mereka boleh merubah cara dan pendekatan mereka.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Ketereh.

Akan tetapi mereka tidak boleh hendak menentukan- bahawasanya rakyat di luar sana adalah lebih bijak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Nak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Ketereh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah bangun.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Rasah bangun. Nak bagi jalan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Ketereh.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Rasah.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana sebagai contoh tentang momokan isu-isu tertentu termasuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gelang Patah, bukanlah satu dendangan yang asing yang kita dengar dalam Parlimen ini. Satu ketika dalam Parlimen ini, pernah cuba dibangkitkan apabila saja dilihat sesuatu yang berjaya, kita faham kejayaan kerajaan adalah igauan bagi pembangkang. Kalau ekonomi negara baik, sudah tentu tidak baik bagi pembangkang... [Disampuk] Kalau perpaduan bertambah baik, tidak baik bagi pembangkang. Kalau kerajaan makin stabil, sudah tentu berita itu buruk bagi pembangkang. Kita sangat memahaminya. Misal sebagai contoh, apabila negara asing datang melabur dengan banyak, maka terkeluarlah cakap-cakap kononnya kita ini nak menjual negara kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam sejarah negara ini, negara Jepun pernah menjajah Malaysia. Negara China tidak pernah menjajah Malaysia tetapi negara Jepun dalam sejarah, pernah menjajah negara ini. Dalam rekod sejak kita merdeka, antara negara yang satu ketika dulu diberikan layanan istimewa untuk melabur dalam negara ini adalah negara Jepun. Kalau negara Jepun yang ada rekod menjajah negara kita, kemudiannya satu ketika datang melabur dengan jumlah yang besar, apakah hari ini kita telah dijajah oleh Jepun? Untuk rekod, sepanjang tahun, antara tahun dan tahun 1993 sebagai contoh, negara Jepun menghulurkan 11.26 bilion pinjaman kepada kerajaan kita sewaktu pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Malah Malaysia menjadi penerima terbesar Japan Overseas Development Assistance atau ODA antara tahun 1969 sehingga tahun 2001, sejumlah 26.39 bilion billateral loan dalam bentuk Yen telah diambil oleh Malaysia. Saya boleh sebut beberapa projek penting dalam negara kita termasuk Pahang- Selangor Raw Water Project mendapat pinjamannya dari Jepun, pembinaan Empangan Kenyir mendapat pembiayaan daripada Jepun- Kenyir Hydro, PD Power Station Rehab Pro-dam 53.7 bilion Yen pinjaman daripada Jepun, Higher Education Loan Fund kedua 5.3 bilion Yen pinjaman dari Jepun, Sewerage Treatment Plant 4.85 bilion pinjaman daripada Jepun dan tahap pinjaman di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, hatta melebihi daripada KDNK, tahun 1986, tahap pinjaman luar negara ketika itu mencecah 103.4 peratus, tahun 1988 berjumlah 96.4 peratus daripada KDNK, tahun 1990 berjumlah 75 peratus. Dengan jumlah pelaburan Jepun yang sebegitu besar, dengan tahap hutang luar negara yang begitu tinggi, jauh berbanding di waktu Yang Berhormat Pekan mentadbir, adakah negara kita ini telah pun dijajah oleh Jepun? Jawabnya adalah tidak. Maka, kenapakah ada momokan apabila ada pelaburan besar datang dari negara China, maka seolah-olah kita menjual kepada negara China.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua.

Apa pun- Malaysia ...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHSegambut

Tun Mahathir tiada di Dewan ini untuk menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Kita menjajah United Kingdom. Saya ingin mengemukakan contoh...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Ketereh tak bagi jalan Yang Berhormat.

Tentang bagaimana usaha untuk menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai cara bagi menidakkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Sebenarnya kita bersyukur di bawah pimpinan kerajaan sekarang, dalam keadaan harga minyak yang jatuh, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, dalam keadaan TPPA yang tidak menjadi, dalam keadaan pelbagai masalah yang berlaku dalam negara lain, negara ini di bawah pimpinan Barisan Nasional tetap mengekalkan kestabilan politik, tetap mengekalkan pertumbuhan ekonomi, tetap dapat memberikan bantuan kepada rakyat, tetap dapat bersikap membantu rakyat bagi yang memerlukan, tetap dapat...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tetap merompak 1MDB. 1MDB macam mana?

Menambah segala program-program dan agenda pembangunan.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Dah pecat daripada MARA.

Rompak wang rakyat ini...

[Dewan riuh]

...Yang buruk bagi mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya berani untuk menegaskan sekali lagi. Dalam sistem amalan kita tidak perlu risau, tidak perlu risau. Pilihan raya yang ke-14, akan mempertemukan sekali lagi dengan izin Allah. Barisan Nasional, Barisan pro-rakyat akan bertemu sekali lagi dengan pakatan pro-DAP dan kita tidak pernah merasa gusar. Kita tidak pernah merasa takut dengan segala apa yang mereka lakukan.

Barisan Nasional, insya-Allah dengan dukungan rakyat tetap membuat persiapan untuk berhadapan pakatan pro DAP. Kita tidak merasa sedikit pun gentar selagi pembangkang itu dikuasai oleh DAP...

[Dewan riuh]

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

...Termasuk pecat MARA, termasuk pecat daripada MARA. Kita setuju...

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Hebat Yang Berhormat Ketereh dalam keadaan kena pecat daripada MARA itu [Ketawa]

Yang tidak berubah hanyalah DAP...

MARA pecat pun, DAP punya salah itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduklah Yang Berhormat.

...DAP berjaya mempunyai kader-kader mereka. DAP, saya masih ingat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata dia hendak cuba berkawan dengan DAP dengan harapan untuk hendak mendakwahkan DAP. Sehebat-hebat Almarhum, beliau gagal berdakwah pada DAP tetapi DAP gagal untuk memecahkan PAS, itu adalah antara kehebatan DAP. Sehingga ke hari ini saya yakin politik pembangkang adalah politik yang tetap akan dikuasai oleh DAP dengan cara mereka sendiri selagi mana pembangkang...

Berbanding dengan politik perkauman UMNO, Barisan Nasional kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dikuasai oleh DAP, kita dalam kerajaan tidak bermasalah untuk menghadapi mereka. Mereka boleh katakan apa sahaja, mereka boleh lakukan apa sahaja tetapi Kerajaan Barisan Nasional, kita boleh bersandarkan kepada track record kita.

Cukuplah.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya sakit telinga, depa sakit telinga.

Saya ingin menyebut satu perkara...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

DAP pecat dia daripada MARA itu [Ketawa]

...Berhubung dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan mempermainkan Dewan Yang Berhormat. Saya sebut nama yang mengganggu sekarang ini, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tidak mengapa Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

...Termasuk juga Yang Berhormat Gelang Patah. Jangan ganggu Mesyuarat dengan cara ini Yang Berhormat.

Tidak apa Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Kita Ahli Parlimen yang sudah lama patut tahu peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua, saya faham sudah tentu mereka terasa dengan apa yang saya kata dan memang niat saya pun hendak suruh mereka merasa apa yang saya kata...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut sedikit kerana ada isu yang dibangkitkan termasuklah dalam Parlimen tentang UEC. Saya ingin membuat penegasan dalam Dewan yang mulia ini kerana tempat yang paling baik. Saya ingin membuat pengakuan bahawa dalam banyak perkara kadangkala kita melihat sesuatu benda daripada jauh. Kita melihat sesuatu benda kadang-kadang dengan perasaan prejudis. Dalam negara kita, saya sangat bersetuju. Yang ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Gelang Patah. Dalam negara kita ini, kita tidak ada tempat untuk berfikir secara sempit. Dalam negara kita ini kejayaan Barisan Nasional dan UMNO termasuk sejarah separuh matang yang cuba disebut oleh Yang Berhormat Gelang Patah tadi, kebijaksanaan UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional adalah keupayaan kita untuk menerima realiti negara yang hendak dimerdekakan ketika itu adalah sebuah negara multiracial. Kita pasakkan dengan Perlembagaan negara kita, hak-hak semua kaum dengan nyata dan itulah yang seharusnya kita pertahankan. Akan tetapi kita juga tidak menafikan terlalu banyak sentimen dan benteng- benteng yang kadangkala menyebabkan kita tidak melihat sesuatu benda dengan objektif. Terdengar saja saya hendak membawa isu UEC di Parlimen, saya telah terima panggilan, saya terima kenyataan-kenyataan di luar sana yang cuba menghalang sedangkan Parlimen ini tempat kita memberikan pendapat. Belum lagi didengar pendapat saya, sesetengah orang sudah membuat kenyataan menentang dan sebagainya. Soal UEC Tuan Yang di-Pertua, kita mesti terima hakikat dalam negara kita tertinggi adalah Perlembagaan negara. Kewujudan sekolah-sekolah persendirian Cina adalah sesuatu yang constitutional bukan against the constitution. Sekolah-sekolah itu juga sekolah-sekolah yang berdaftar secara sah. Ertinya wujud mengikut undang- undang, wujud mengikut Perlembagaan. Baik, isu yang timbul adalah soal pengiktirafan kepada soal sijil. Bagi saya UEC bukan isu kaum. UEC bukan isu bangsa. UEC bukan soal orang Cina ataupun orang apa. UEC adalah soal pendidikan. UEC adalah soal pelajaran. Soal pelajaran tidak mengira apa bahasa pun. Bahasa apa sekalipun yang penting adalah content. Bahasa hanyalah satu medium. Oleh sebab itu UEC pada saya harus dilihat dari segi content dan kualitinya. Saya tidak dapat menerima yang menyatakan kalau diiktiraf UEC, apakah rosak perpaduan negara ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh habiskan Yang Berhormat.

...Kalau diiktiraf UEC, apakah segala-galanya, dasar pelajaran kebangsaan menjadi tunggang langgang? Tentunya tidak. Akan tetapi satu perkara yang ingin saya sebut. Bila saya melawat sekolah-sekolah persendirian Cina, bila saya pergi berjumpa dengan Dong Zong, bila saya hadir persidangan guru-guru besar sekolah Cina seluruh Malaysia, saya melihat daripada dekat dalam bentuk saya sendiri pun ada prejudis. Akan tetapi saya berani menyatakan, saya ucap terima kasih kepada pimpinan Dong Zong pada masa ini kerana mereka sanggup mendengar walaupun saya menyatakan sesuatu yang mungkin tidak selari dengan mereka. Sikap Dong Zong ini mesti direciprocate oleh kerajaan iaitu soal UEC tidak boleh diselesaikan secara sentimen. UEC telah memberikan- Dong Zong memberikan signal kalau isunya soal bahasa Melayu, duduk. Biarkan mereka menduduki exam Bahasa Melayu SPM. Kalau soal sejarah, duduk, content apa yang belum lengkap? Kita tidak perlu kerana soal sejarah dan bahasa Melayu, kita mangsakan berpuluh-puluh ribu pelajar-pelajar UEC dan membiarkan mereka pergi ke negara lain, negara kita tidak mendapat untung apa-apa.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Ini adalah soal pendirian saya secara peribadi tetapi berdasarkan kepada penyelidikan saya, berdasarkan kepada pergaulan saya, maka saya ingin menyebutkan di sini, saya tidak kata soal suruh iktiraf atau tidak iktiraf. Saya ingin melihat Dong Zong memahami pentingnya menghormati dasar pelajaran kebangsaan. Pada masa yang sama pengurusan dasar pelajaran kebangsaan juga tidak boleh dilihat secara rigid ertinya harus ada reciprocity antara Dong Zong dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk duduk dan mencari jalan, yang penting UEC itu gunakan diversiti, kepelbagaian untuk kekuatan masa depan pendidikan dan bangsa Malaysia. Terima kasih, saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pagoh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merafakkan sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di atas Titah Baginda yang menyentuh pelbagai soalan penting yang berkaitan dengan keadaan ekonomi negara, bebanan kos sara hidup, keselamatan, pendidikan, alam sekitar, perpaduan dan juga kesejahteraan hidup rakyat. Titah Baginda yang menyentuh pelbagai persoalan penting ini melambangkan keprihatinan dan kebertanggungjawaban Baginda terhadap negara dan rakyat jelata. Seluruh isi kandungan Titah Baginda sebenarnya berkisar tentang suatu amanah besar yang kita semua galas untuk bersama-sama membina kemakmuran negara dan memelihara kesejahteraan rakyat lebih-lebih lagi melaksanakan amanah adalah suatu tuntutan agama seperti mana Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat ke 58, dengan izin... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil dan sesungguhnya Allah dengan suruhanNya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu dan sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Tuan Yang di-Pertua, ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengehendaki kita supaya melaksanakan amanah dan menegakkan keadilan. Dalam konteks kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara, maka amanah yang paling besar yang digalas oleh kerajaan ialah untuk menjaga kepentingan umum dan membela kebajikan rakyat.

Izinkan saya memetik kata-kata ahli falsafah Yunani, Aristotle, dalam karyanya The Politics, dengan izin, “Governments which have a regard to the common interest are constituted in accordance with strict principles of justice, and are therefore true forms. But those which regard only the interest of the rulers are all defective and perverted forms, for they are despotic.” Ertinya, kerajaan yang memelihara kepentingan umum adalah dibentuk mengikut prinsip-prinsip keadilan yang ketat dan itulah sebenar-benar bentuk kerajaan. Akan tetapi kerajaan yang hanya menjaga kepentingan para pembesar adalah rosak dan sesat kerana mereka adalah orang-orang yang zalim. Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab kerajaan yang paling utama pada waktu ini, pada pandangan saya, ialah untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Beban yang paling besar ialah kenaikan kos sara hidup. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan profesor dari sebuah universiti awam tempatan pada tahun 2016 mendapati beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Malaysia telah meningkat hampir 300 peratus dalam tempoh tiga tahun sebelumnya. Ini adalah satu peningkatan yang amat besar. Kajian ini juga mendapati lebih 90 peratus rakyat amat risau dengan kenaikan harga barang keperluan harian, kenaikan harga rumah, gejala rasuah, jenayah dan juga pendapatan mereka yang merosot. Kajian ini juga mendapati bahawa masyarakat berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, peneroka FELDA, buruh dan pekerja bawahan dalam sektor swasta mendakwa bahawa mereka terjejas teruk dengan kenaikan kos sara hidup. Sementara harga barang meningkat secara berterusan, pendapatan bulanan mereka bukan sahaja rendah tetapi menjadi semakin tidak menentu. Maksudnya, golongan berpendapatan rendah mengalami defisit pendapatan iaitu perbelanjaan untuk menyara kehidupan seharian melebihi pendapatan bulanan. Lebih menyedihkan, golongan ini yang bukan berada dalam kelompok miskin tegar mengatakan bahawa mereka terpaksa berhutang untuk hidup. Lebih malang lagi, golongan ini juga terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang sanggup menerima gaji yang lebih rendah dengan keadaan persekitaran kerja yang lebih berat yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat upah yang lebih tinggi. Mereka mengatakan bantuan kewangan yang dihulurkan oleh kerajaan mungkin sedikit membantu tetapi sekadar menyelesaikan masalah jangka pendek sahaja. Masalah pokok yang mereka hadapi iaitu pendapatan yang rendah, tekanan kos hidup yang tinggi dan persaingan dengan pekerja asing tidak selesai. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila mereka kehilangan pekerjaan. Kerajaan dikatakan tidak mempunyai sistem jaringan keselamatan sosial ataupun social safety net yang mapan dan menyeluruh untuk menangani isu tekanan ekonomi ke atas rakyat berpendapatan rendah. Malah, kajian ini juga mendapati, Tuan Yang di-Pertua, kumpulan berpendapatan sederhana juga berasa amat tertekan dengan keadaan ekonomi semasa. Golongan ini termasuk usahawan, peniaga kecil-kecilan, penjawat awam, guru, pensyarah dan pekerja sektor swasta. Menurut mereka, peningkatan kos sara hidup berlaku serentak dengan kenaikan harga semua barang keperluan dan harga rumah. Masalah ini ditambah pula dengan keadaan peluang pekerjaan yang terhad, bantuan untuk usahawan yang tidak mencukupi dan juga pinjaman membeli kelengkapan dan modal tetap untuk menjalankan perniagaan yang semakin sukar diperoleh. Bagi peniaga kecil, mereka terpaksa bersaing dengan pendatang asing yang seolah-olah diberikan kelonggaran dan kebebasan untuk menjalankan perniagaan akibat penguatkuasaan yang longgar. Malah, golongan berpendapatan sederhana ini berasal lebih terbeban kerana mereka tidak layak untuk mendapat bantuan dan insentif daripada kerajaan seperti BR1M dan pada masa yang sama perlu membayar cukai pendapatan dan GST. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa masalah tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat adalah lebih menyeluruh. Bukan sahaja golongan miskin dan berpendapatan rendah yang berasa tertekan, malahan golongan yang berpendapatan sederhana juga semakin terbeban. Oleh sebab itu, bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah masih belum memadai untuk mengatasi masalah tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat. Justeru, usaha untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan menambah pendapatan rakyat mestilah dilakukan secara lebih bersungguh-sungguh oleh pihak kerajaan. Di samping itu, pelaksanaan dasar berpusatkan rakyat ataupun people centric yang lebih menyeluruh termasuk mengenai gaji dan pekerja asing perlu jugalah diberikan keutamaan.

Kita juga tahu bahawa antara sebab kos sara hidup semakin tinggi ialah kerana harga barangan keperluan harian di negara kita semakin meningkat. Sebahagian besar daripada barangan ini seperti daging, sayur-sayuran, tepung, susu dan sebagainya diimport daripada luar negara. Dengan nilai ringgit yang semakin susut, harga barangan ini menjadi semakin mahal dan rakyat terpaksa membayar lebih daripada biasa untuk setiap barangan yang mereka beli. Masalah kenaikan kos sara hidup ini tidak akan dapat diatasi selagi nilai ringgit terus merosot. Kita juga berhadapan dengan masalah sumber kewangan kerajaan yang dirasakan semakin terhad. Banyak subsidi yang dahulunya menjadi mekanisme utama untuk membendung kenaikan harga barang dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat kini telah pun dihapuskan. Dengan keghairahan kerajaan untuk menghapuskan subsidi, maka rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk menyara kehidupan seharian. Akibatnya, golongan di bawah 40 semakin terhimpit dan mereka menjadi lebih miskin lagi. Malah, seperti yang saya bangkitkan masa perbahasan bajet pada bulan Oktober tahun lalu, dalam keadaan sumber kewangan kerajaan yang terhad, peruntukan yang ditetapkan kepada kementerian belum tentu dapat disalurkan sepenuhnya. Ini menyebabkan pihak kementerian terpaksa mengurangkan perbelanjaan yang memberi kesan pada keupayaan kementerian untuk menyampaikan perkhidmatan yang bermutu kepada rakyat. Antara sektor utama yang terkesan dengan kekangan sumber kewangan kerajaan ialah kesihatan dan pendidikan iaitu dua sektor perkhidmatan yang saya rasa amat diperlukan oleh rakyat. Kini pesakit yang mendapat rawatan di hospital kerajaan terpaksa membayar wang yang lebih untuk kos ubat-ubatan. Ada pesakit yang memberitahu saya mereka hanya diberikan preskripsi oleh doktor dan terpaksa membeli ubatnya sendiri di farmasi kerana ubat yang diperlukan tidak lagi dibekalkan oleh pihak hospital. Selain itu, bayaran untuk perkhidmatan tertentu seperti pergigian juga telah dinaikkan. Dalam sektor pendidikan, seperti mana yang telah dilaporkan secara meluas oleh media, ramai pensyarah termasuk para profesor yang berpengalaman telah tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka kerana masalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh pihak universiti. Malah, peruntukan ahli-ahli akademik melaksanakan kajian dan menghadiri persidangan di luar negara juga telah berkurangan yang menyebabkan kegiatan akademik mereka terbantut. Jika keadaan ini berterusan Tuan Yang di-Pertua, untuk beberapa tahun yang akan datang, maka pastinya kualiti pendidikan tinggi negara kita akan terjejas dan saya khuatir bahawa kedudukan universiti awam tempatan dalam ranking antarabangsa juga akan menjunam. Malah, saya diberitahu terdapat sekolah-sekolah yang terpaksa mencari sumber kewangan tambahan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menampung aktiviti persekolahan, kegiatan sukan dan kokurikulum yang amat penting pada pembangunan sahsiah murid yang holistik juga terpaksa dikurangkan kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan.

Ini memberikan gambaran bahawa kedudukan kewangan kerajaan agaknya amat meruncing. Majoriti rakyat merungut kerana mereka membayar cukai. Jika dahulu hanya sebahagian kecil rakyat yang wajib membayar cukai pendapatan tetapi kini dengan pelaksanaan GST, semua rakyat tanpa terkecuali telah pun menjadi pembayar cukai dan sebagai pembayar cukai, mereka sepatutnya mendapat perkhidmatan yang lebih baik daripada kerajaan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sudahlah cukai mesti dibayar, sekarang mereka perlu keluarkan wang yang lebih untuk menghantar anak ke sekolah dan untuk mendapat rawatan di hospital. Jadi mereka bertanya, ke mana perginya hasil kutipan GST, cukai pendapatan dan lain-lain cukai yang mereka bayar pada kerajaan? Bagaimana kerajaan mengurus hasil pendapatan negara? Ke mana wang itu dibelanjakan? Untuk kebajikan rakyat atau untuk kepentingan siapa? Semasa saya masih berada dalam kerajaan dulu, kita bincang. Sepatutnya hasil kutipan GST cukup untuk menampung kekurangan pendapatan daripada hasil minyaknya setiap tahun diberikan oleh pihak PETRONAS. Tahun lalu kutipan GST sahaja berjumlah RM41.2 bilion iaitu melebihi sasaran sebanyak RM39 bilion. Jika kutipan GST telah melebihi sasaran tetapi kerajaan masih lagi berhadapan dengan kekangan sumber kewangan yang meruncing bermakna kewangan kerajaan sedang berada dalam situasi yang agak parah. Tidak munasabah untuk kerajaan terus

menekan rakyat dengan mengutip lebih banyak cukai daripada mereka semata-mata untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang bagaimana kerajaan mengurus hasil negara. Sejauh mana kecekapan kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara? Apakah ketirisan, rasuah dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan masih berleluasa? Sejauh manakah kerajaan telus, bersih dan amanah dalam menguruskan khazanah negara dan banyak lagi persoalan yang berkaitan dengan soal integriti kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya dibangkitkan. Tambahan pula, tatkala rakyat dihimpit dengan masalah kos sara hidup yang kian meningkat, nilai ringgit yang terus merudum, harga barang keperluan harian yang semakin mahal, segelintir individu yang berkuasa rakus merompak harta negara dan membahagikan kekayaan sesama mereka. Malah lebih menyedihkan tatkala undang- undang negara digunakan untuk mendakwa rakyat jelata yang melakukan kesalahan, undang-undang yang sama juga digunakan untuk melindungi pembesar negara dan konco-konconya yang diketahui di seluruh dunia telah melakukan rompakan harta negara berjumlah berbilion-bilion ringgit. Inilah yang telah pun berlaku dalam skandal 1MDB. Kemudian kita dikejutkan pula dengan kerugian berbilion-bilion ringgit yang ditanggung oleh FELDA dan syarikat FELDA Global Ventures Berhad. Saham FGV yang bernilai RM4.55 semasa penyenaraiannya dulu, kini telah pun menjunam jatuh hanya RM1.93. Para peneroka FELDA yang membeli saham FGV dengan meminjam wang kepada bank terpaksa menanggung beban hutang sedangkan saham milik mereka sudah tidak bernilai lagi. Bukan itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, para peneroka juga berhadapan dengan masalah kelewatan bayaran hasil sawit dan ramai yang mengadu bahawa pendapatan mereka juga semakin merosot dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat. Permasalahan ini menyebabkan peneroka FELDA terpaksa menanggung bebanan hidup yang lebih berat. Dengan segala kekangan kewangan yang dihadapi oleh FELDA, agak menghairankan bagaimana FELDA boleh membuat keputusan untuk membeli 37 peratus pegangan saham dalam PT Eagle High yang bernilai RM2.3 bilion yang dikatakan lebih tinggi daripada harga pasaran. Pembelian saham ini dibiayai menggunakan dana yang diperoleh menerusi penerbitan bon yang perlu dibayar balik oleh peneroka FELDA, oleh FELDA. Kita perlu ingat FELDA adalah 100 peratus milik Kerajaan Malaysia. Jika FELDA gagal untuk membayar balik hutang pembelian saham ini, maka kerajaanlah yang mesti menanggungnya dan bermakna akhirnya beban hutang berbilion-bilion ringgit ini akan juga ditanggung oleh rakyat jelata. Dalam situasi sebegini Tuan Yang di-Pertua, dikhuatiri tadbir urus yang baik tidak lagi menjadi asas dalam pengurusan khazanah negara. Sebaliknya penyelewengan dan pelaburan dalam usaha sama yang tidak munasabah telah menjadi modus operandi satu skim untuk menipu dan juga menggelapkan wang negara. Tuan Yang di-Pertua, perkara pokok yang perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan ialah bagaimana nilai integriti dan amanah boleh dikembalikan sebagai tonggak utama dalam kepimpinan negara. Hanya kepimpinan yang amanah sahaja boleh menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejahtera. Perbelanjaan wang rakyat mesti dibuat secara berhemah. Ketirisan mesti dihentikan. Sumber pendapatan negara perlu dipelbagaikan dan tindakan tegas hendaklah diambil terhadap mereka yang melesapkan wang dan khazanah negara. Yang penting Tuan Yang di-Pertua, ialah kebajikan rakyat mestilah dibela. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. [Tepuk] Yang Berhormat Sibuti.

Selamat pagi. Selamat tengah hari. Selamat petang. Sebab saya duduk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tiga waktu sekali, Yang Berhormat?

Sebab saya daripada pagi, tengah hari dan petang baru dapat bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Okey.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Semalam tidak bangun, Yang Berhormat? Kalau tidak selamat kelmarin itu.

Ya. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Salam NegaraKu Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya berbahas pada petang ini. Saya mulakan dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang baru dilantik dan menyampaikan titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas. Tuan Yang di-Pertua, pada 11 Mac 2017 lepas, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang telah diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelaraskan program wacana Transformasi Nasional 2050 atau lebih dikenali sebagai TN50 telah turun ke Sarawak untuk mendengar apakah inspirasi belia-belia di Sarawak. Dalam Titah Seri Paduka Baginda juga turut menyokong hala tuju baru Malaysia untuk tempoh 30 tahun akan datang. Program perbincangan TN50 itu akan mengumpul semua pendapat dan idea bagaimana kita akan membentuk Malaysia yang cemerlang ini. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Wawasan 2020. Saya berharap agar Menteri yang diamanahkan untuk menjalankan perbincangan TN50 akan turun kerap kali ke Sarawak kerana keadaan geografi Sarawak yang besar rasanya. Perbincangan diadakan pada 11 Mac yang lepas belum lagi mencukupi. Saya berharap agar suara-suara seperti masyarakat minoriti di kawasan jauh di pedalaman turut diguna pakai. Selain daripada itu, ramai anak luar bandar seperti masyarakat Dayak, orang ulu dan sebagainya di rumah panjang mahu menyatakan aspirasi mereka kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri yang berkenaan. Saya menyokong sepenuhnya inisiatif TN50 dan bersedia membantu untuk menjayakan wacana yang dirancang oleh Yang Berhormat Menteri Belia ini.

Saya berharap agar wacana TN50 ini akan merangkumi pelbagai aspek seperti urus tadbir kerajaan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosial, politik dan pelbagai aspek bagi mendapat input jelas daripada golongan belia. Pihak TN50 harus menanyakan apakah wajah Malaysia yang mereka inginkan pada tahun 2050. Dalam sesi perbincangan TN50 yang lepas di UNIMAS, masih ada lagi golongan belia berpendapat adakah 30 tahun akan datang masalah infrastruktur seperti jalan perhubungan, air, elektrik dan jaringan telekomunikasi seperti internet telah lengkap sepenuhnya. Ini adalah cabaran kerajaan masa kini bagi memastikan janji-janji kerajaan ditunaikan. Saya mengambil contoh Tuan Yang di-Pertua, seperti di kawasan saya, saya berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan, peneraju projek Jiwa Murni yang telah siap dirancang di rancangan Sepupok dan sekarang baru siap dua bulan sudah terkopek dan rosak berlubang-lubang. Harap pihak kontraktor yang akan membaiki jalan ini kerana ini adalah untuk mereka membawa hasil daripada sawit mereka untuk dipasarkan. Oleh yang demikian, terima kasih kepada kerajaan walaupun dapat memberi kemudahan tetapi dengan secepat rosak.

Boleh sedikit?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sibuti. Saya- sebelum Yang Berhormat Sibuti pergi lebih jauh dalam perbahasan ini saya hendak tanya Yang Berhormat Sibuti tentang perlunya kerajaan pergi secara lebih agresif dalam pemahaman dan pemberitahuan kepada rakyat tentang kepentingan maksud TN50 ini? Oleh sebab kita ada lebih kurang dalam dua tahun kalau ikut perancangan itu untuk memberikan kefahaman kepada seluruh rakyat terutamanya anak muda belia supaya mereka memahami hala tuju kita ke arah 30 tahun akan datang. Apatah lagi TN50 ini benda baru dicadangkan dan pihak pembangkang pula sudah tentulah seperti yang saya dengar daripada perbahasan Yang Berhormat Ketereh tadi yang mana kata bagus dia kata tak bagus, yang mana kata baik dia kata tak baik. Jadi kalau perkara ini kalau dengan masuknya negative perception daripada orang-orang sebelah sana. Setuju tak saya Yang Berhormat Sibuti, bahawa kerajaan perlu lebih

agresif bukan sahaja hari ini dibuat di peringkat negeri turun kepada peringkat luar bandar umpamanya daerah-daerah umpamanya dan diperturunkan kepada pemimpin-pemimpin yang ada kefahaman. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya bersetuju dan mohon dimasukkan dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda turut menyentuh mengenai pengurusan kerajaan dalam hal berkaitan banjir. Saya sangat bersetuju mengenai titah tersebut dan saya ingin menambah mengenai permasalahan banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan Parlimen Sibuti. Saya berharap kementerian berkaitan dapat mempertimbangkan program-program pembersihan sungai di kawasan Saeh memandangkan kawasan tersebut kini kerap dinaiki air besar walaupun terdapat projek- projek saliran telah dibina sebab kawasan saya banyak buaya yang timbul. Takut berkeliaran dan memakan orang yang mandi di sungai. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan saya agar kerajaan melakukan satu transformasi yang besar bagi menyelesaikan sekolah-sekolah daif di negeri Sarawak. Seperti di Parlimen Sibuti masih terdapat puluhan sekolah kategori sebagai sekolah daif. Hanya tiga tahun lagi menjelang tahun 2020 masih banyak anak-anak Sibuti bersekolah dalam sekolah yang semakin usang dan menggunakan sektor kayu. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kementerian pendidikan agar dapat membuat satu kajian khas bagi melihat semula bilangan sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak agar kawasan mempunyai bilangan pelajar yang kurang dapat disatukan dalam satu sekolah baru memandangkan keadaan jalan raya semakin banyak dibina. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh mengenai 80 peratus pelajar lepasan TVET adalah terdapat tempat dalam pekerjaan dalam tempoh enam bulan tamat pengajian. Saya sendiri amat bersetuju jika pendidikan vokasional atau TVET ini diperluaskan pada tahun-tahun akan datang dan pembentangan Bajet 2017 antara inti pati bajet tersebut adalah mengenai pertukaran salah satu Institusi Pengajian Guru (IPG) di Sarawak akan ditukar kepada kolej TVET. Salah sebuah IPG yang dikatakan bakal ditukar adalah Kolej IPG Miri yang terletak dalam Parlimen Sibuti. Walaupun banyak pendapat bahawa tindakan tersebut tidak wajar dan tidak- di pihak kementerian juga masih belum memberi gambaran yang jelas mengenai isu IPG tersebut. Saya berpendapat jika kerajaan benar-benar ingin menukar IPG Miri kepada kolej TVET maka pihak kerajaan haruslah melakukan pertukaran tersebut dengan lebih serius. Jangan jadikan IPG Miri sebagai makmal IPG yang disebut-sebut sahaja. IPG Miri berpotensi menjadi salah sebuah kolej TVET memandangkan keluasan Miri dan Sibuti berdekatan dengan kawasan koridor pembangunan SCORE. Saya berharap jika kolej TVET disempurnakan di tempat IPG Miri kelak haruslah diperkenalkan adalah relevan untuk kegunaan industri. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya mengetengahkan kan isu berkaitan dengan kesihatan. Dalam titah Seri Paduka, Baginda turut menyentuh mengenai soal kesihatan rakyat. Di sini ingin saya menyentuh tentang aspek keperluan infrastruktur kesihatan di kawasan luar bandar. Jika melihat dari aspek negeri Sarawak pada amnya, dan di kawasan Parlimen Sibuti khususnya rakyat bersyukur perkhidmatan perubatan masih lagi pada tahap yang sangat murah. Perkhidmatan pergigian juga semakin moden di RTC Sibuti dan juga pusat hemodialisis di Batu Niah yang baru siap. Walaupun demikian masih banyak lagi kekurangan terutama sekali keperluan klinik kesihatan atau pun mini hospital bagi kawasan Daerah Subis dalam Parlimen Sibuti yang dilihat penting memandangkan klinik kesihatan sedia ada di Pekan Bekenu dan di Niah masih dalam daif dan uzur kerana kekurangan semua peralatan-peralatan yang moden yang dibina sejak tahun 60-an yang telah lalu. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan harus melihat semula keadaan klinik- klinik desa ini, klinik luar bandar agar dapat dibekalkan dan dibuat bentuk lebih kelihatan moden, praktikal dan murah .

Tuan Yang di-Pertua, berbalik dengan TN50 adalah menjadi aspirasi saya sendiri mahu negara Malaysia pada masa tersebut bebas sepenuhnya daripada dadah. Dadah harus dianggap sebagai musuh negara dalam polis dan pasukan keselamatan negara memerangi dan melindungi negara dari ancaman anasir terrorist atau ISIS. Saya

masih berpendapat dadah ataupun perangai budak-budak sekarang yang suka mengikut jejak-jejak budak-budak kita yang suka mengambil dadah. Selain itu juga saya ingin menambah mengenai isu keselamatan agar pihak Kementerian Dalam Negeri dapat menimbangkan permohonan agar menambah anggota unit peronda bermotosikal di kawasan saya seperti Taman Tunku Lusut, Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir. Selain itu rakyat di kawasan tersebut juga berharap Balai Polis Lambir ataupun Taman Tunku dapat dibina secepat mungkin agar masalah rakyat dapat dibendung. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri JKR kerana di Sarawak sudah ada Jalan Pan Borneo. Sudah dimulakan daripada Telok Melano dan seterusnya- itu fasa satu. Fasa 2 adalah dari kawasan saya Miri terus ke Limbang. Adakah kerajaan bercadang bila hendak dimulakan? Jika dia ada kekangan dengan negara Brunei Darussalam, boleh tidak saya mencadangkan agar fasa kedua itu dimulakan daripada Marudi, Baram terus ke Limbang tidak melalui negara Brunei. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Baginda ada menyentuh mengenai potensi pertanian. Jika kita lihat pada masa kini penduduk luar bandar terutama lebih menumpukan kerja-kerja menanam kelapa sawit banyak tanah diusahakan untuk menanam kelapa sawit kerana harga kelapa sawit yang dirasakan mampu menampung kehidupan bulanan sekeluarga. Aktiviti menanam sawit ini sedikit sebanyak menyebabkan ramai pekebun kecil sudah tidak lagi membuat aktiviti tanaman berasaskan makanan. Ini menyebabkan barang keperluan hasil pertanian semakin hari semakin mahal seperti cili, pisang ataupun sayur. Negeri Sarawak masih mempunyai keluasan yang besar untuk kita menanam dan membuat pertanian berleluasa. Saya harap agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berusaha meneroka peluang menggiatkan produksi tanaman dan industri agrikultur terutama di negeri Sarawak. Ketua Menteri Sarawak sendiri melihat potensi keluasan Sarawak mampu menjadi koridor produksi tanaman berasaskan makanan pada masa depan. Maka kajian serta peruntukan sangat diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya nyatakan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang sudi mengagihkan BR1M tahun ini. Inisiatif BR1M ini walaupun mendapat banyak kritikan tetapi ramai juga memohon sehingga kawan saya parti pembangkang di Miri membuka kaunter untuk mendaftar untuk mendapat BR1M ini. Jadi tidak salah BR1M ini adalah satu keperluan kepada rakyat yang susah dan rakyat yang miskin. Tuan Yang di-Pertua, untuk penutupan, kepimpinan negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran dari pelbagai sudut dan ada sahaja cara golongan membenci dan ingin menjatuhkan capability dan kredibiliti pemimpin nombor satu seperti yang kita semua percaya bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara berdemokrasi. Akhir kata saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda dan saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Saya ingin mohon untuk bahas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya terlebih dahulu Menjunjung Kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang Titah Seri Paduka Baginda yang sepatutnya menjadi panduan kita di dalam merancang hala tuju negara. Baginda Tuanku telah merakamkan dukacita Tuanku kerana berlakunya penyelewengan, ketirisan dan rasuah kerana ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Salah guna kuasa boleh berlaku dengan pelbagai cara. Selain daripada penyelewengan yang selalunya melalui wang rasuah, salah guna kuasa juga boleh melibatkan tanah yang sukar diganti menjadi masalah yang makin parah hari ini. Di Johor baru-baru ini isu bagaimana Tanah Melayu telah ditukar menjadi tanah leasehold dan kemudiannya terus menjadi tanah freehold telah menjadi kontroversi besar di Kerajaan Johor. Ada pihak berkuasa tertentu terpaksa meletak jawatan kerana terlibat bersama dengan ahli keluarga dan orang-orang tertentu. Isu ini menjadi lebih menghairankan lagi apabila Perdana Menteri sendiri telah pernah menafikan melalui ucapannya yang tanah-tanah ini hanya menjadi tanah leasehold dan bukan freehold.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Tun Mahathir baru-baru ini telah turun ke tapak projek di Johor Bahru dan bergambar di sebelah papan tanda yang menyatakan freehold land di tapak yang dimaksudkan. Bukan sahaja daya permintaan daripada Singapura menjadi ujian, kuasa daya pembelian wang besar dari negara China menambah krisis tekanan ke atas tanah- tanah dan berpotensi menjadi masalah sosial dan kenegaraan. Penjualan 700,000 unit mewah yang berpotensi membawa potensinya, 2.1 million penghuni dari negara asing adalah senario yang bukan hanya melibatkan menjual tanah tetapi juga merisikokan menggadai sebahagian tanah kita kepada komuniti asing. Kalau Singapura telah mengalami pelbagai masalah sosial, kemasukan begitu ramai rakyat negara asing khususnya daripada negara China, mengapa Johor tidak mengambil iktibar dari pengalaman jirannya? Di Terengganu pula satu penyelewengan moral dan mungkin juga kewangan telah timbul dengan Dewan Undangan Negeri Terengganu meluluskan pindaan supaya badan penubuhan UMNO negeri Terengganu boleh memiliki tanah rizab Melayu yakni berlaku pada tahun 2016. Malangnya pihak pembangkang yang berada di Dewan tidak membantah pindaan tersebut. Pada tahun ini tahun 2017, telah bermula projek di atas sebidang tanah milik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO Bahagian Dungun di mukim Kuala Dungun. Soalan pertama, bagaimanakah senarionya di Terengganu dengan EXCO Kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari 100 peratus Ahli UMNO boleh meluluskan tanah rizab Melayu dipindah kepada Badan Perhubungan UMNO tanpa adanya conflict of interest atau percanggahan kepentingan. Kedua, perlu juga diingati Ahli UMNO hari ini pun tidak semestinya berbangsa Melayu seperti di Sabah. Jadi bagaimana pula dengan status rizab Tanah Melayu di Terengganu yang asalnya hanya untuk milik orang Melayu Terengganu?

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Sebelum ini, Tuan Yang di-Pertua, tanah rizab Melayu pun hanya di tahap serendah 12 peratus sahaja di Semenanjung berbandingkan dengan 50 peratus yang sepatutnya menjadi ukuran. Contoh, Johor dan Terengganu adalah contoh betapa tanah rizab orang Melayu makin berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ini menghadapi satu isu yang agak membimbangkan tentang status negara Malaysia ini dan sikap atau polisi berkecuali selama ini. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh isu Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara lain. Ini adalah konsisten dengan polisi non-aligned nation yang sepatutnya didokong oleh Malaysia seperti diakui oleh kerajaan sendiri. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa yang berlaku berkaitan dengan isu serangan yang hebat dan dahsyat ke atas sebuah negara kecil yang dipanggil Yaman adalah contoh yang amat membimbangkan. Pagi tadi, Menteri Pertahanan tuduh bahawa laporan-laporan media tentang pendapatan Malaysia di Yaman tidak benar. Di sini kami ingin menyatakan kami mengasaskan tuduhan kami dari laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertarikh 11 Januari 2017 di mana Malaysia baru sahaja tamat menjadi anggota security council. Di sini juga kita ingin menyebut kata-kata Menteri, “Malaysia tidak melintas sempadan Yaman adalah permainan kata-kata sahaja”, ini kerana dalam laporan Bangsa-Bangsa Bersatu yang setebal 242 muka surat itu ada dinyatakan, pada muka surat 14, “Ketua Operasi bersama yang diketuai oleh Arab Saudi telah memaklumkan panel penyiasat bahawa pegawai-pegawai dari Perancis, Malaysia, Britain dan Amerika Syarikat bertempat di ibu pejabat operasi bersama di Riyadh”. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Ibu pejabat ini merupakan Ibu Pejabat Kawalan Operasi diketuai oleh Arab Saudi yang menentukan, dengan izin, targeting and control atau menentukan sasaran dan kawalan untuk targeting and tasking process. Ini adalah untuk menentukan sasaran dan menentukan pembahagian tugas tentera-tentera yang terlibat di dalam serangan yang patut dilakukan ke atas Yaman. Siasatan PBB juga menyatakan lapan dari sepuluh serangan besar telah menyasarkan sasaran awam iaitu civilian target. Ini jelas menunjukkan Malaysia adalah bersubahat sekurang-kurangnya dalam serang sekutu Arab Saudi kerana inilah yang telah disebut berkali-kali di dalam laporan PBB. Jawapan kerajaan kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

...Soalan Lisan Parlimen bertarikh pada 8 Mac menyatakan tugas utama sole purpose kehadiran troop angkatan tentera di Arab Saudi adalah untuk siap sedia dalam misi evakuasi rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman. Ini adalah alasan yang tipis untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. Saya ingin menyebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, pada muka surat 68 dan 69, Laporan PBB ini kesemua dari lima buah negara yang berada di ibu pejabat kawalan operasi telah menjawab surat soalan atau inquiry letter dari panel penyiasat PBB tentang serangan Yaman kecuali Malaysia. Arab Saudi memberi 12 surat jawapan. Britain memberi dua surat jawapan; Perancis, satu; Amerika Syarikat, tiga; dan Malaysia, kosong walaupun dua kali diajukan surat. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Ringkas cerita, kita tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Pertahanan pagi tadi, yang menafikan penglibatan Malaysia dalam serangan tentera Saudi Arabia dan negara- negara yang bersekutu terhadap negara Yaman. Kita mendesak supaya Menteri Pertahanan memberikan satu jawapan yang bersungguh-sungguh. Jangan perlekehkan dengan hanya mengatakan, oh ini laporan surat khabar, spin, putar belit oleh pembangkang kerana persoalan keterlibatan tentera-tentera Malaysia dalam sesuatu peperangan mesti dikemukakan di Parlimen dan tidak boleh dilakukan dengan begitu sahaja semata-mata untuk mendapat favours daripada Kerajaan Saudi Arabia. Mungkin supaya Raja Salman tidak mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa RM2.6 bilion itu datangnya daripada Putera Saudi. Dengan itu Malaysia membantu, saya tidak tahu. Akan tetapi ini perlu diberikan satu penjelasan yang jelas. Jangan diperlekehkan sahaja, kata ini berita daripada media. Ini bukan berita daripada media. Ini laporan daripada Bangsa- bangsa Bersatu. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Kuala Terengganu?

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya minta ucapan Yang Berhormat Shah Alam dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Ya, saya amat bersetuju kerana itu saya menyoal di sini. Kalau orang lain semua boleh memberi jawapan, kenapa Malaysia membisu? Kenapa tiada jawapan? Kalau kita tidak terlibat, kenapa tidak menyangkal dakwaan yang telah dikemukakan kepada mereka. Ini adalah perkara yang amat-amat aneh. Ini adalah suatu tuduhan yang amat serius kerana dalam laporan PBB ini juga ada menyebut serangan ini boleh dikira sebagai jenayah perang ataupun war crime. Kami juga ada maklumat Malaysia terlibat, bukan setakat hanya menentukan sasaran tetapi juga terlibat dengan lebih aktif lagi. Ini kita akan kemukakan kemudian. PBB juga ada menyatakan serangan udara dan laut telah merosakkan kemudahan pelabuhan-pelabuhan dan sekatan udara yang telah menjejaskan penghantaran dan pembekalan perubatan dan makanan. Mengikut laporan PBB dan juga BBC, hampir 18 juta rakyat Yaman di dalam keadaan kebuluran dan 2.1 juta anak-anak kecil Yaman mengalami meal nutrition iaitu tidak cukup zat dan makanan. War crime adalah perkara yang amat serius di mana pengumuman dewan awam di mana majlis kebumian yang dihadiri oleh 1,000 orang sedang berlangsung telah dibom dan 140 orang terkorban dan lebih daripada 500 orang tercedera. Ini adalah sejarah hitam yang berdarah yang dicatat Malaysia pertama kali terlibat dalam tuduhan jenayah perang. Jadi, saya minta kerajaan menjawab atau sekurang-kurangnya memberitahu Parlimen hari ini kenapa tidak menjawab? Pada 11 Mac pula, Brigadier General (B) Mohammad Arshad bin Mohammad Raji telah menyoal mengapa Malaysia terlibat dengan sekutu Arab Saudi di Yaman. Jeneral Mohammad Arshad menyebut, Malaysia tidak patut terlibat di Yaman dan jika ingin menyertai perkara ini sepatutnya dibawa ke Parlimen seperti apa yang dilakukan di Britain di mana Parlimen perlu mengetahui dan meluluskan. Di sini saya ingin memberi satu contoh, negara Pakistan yang pada mulanya ingin terlibat telah membawa dan membahaskan di Parlimen tetapi Parlimen telah menolaknya. Itulah cara yang sepatutnya tetapi kenapa Malaysia tidak bercakap benar di Parlimen dan kepada rakyat. Parlimen berhak mengetahui kerana Parlimen meluluskan peruntukan Kementerian Pertahanan dan rakyat patut tahu kerana rakyat membayar cukai untuk

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

pendapatan kerajaan. Penafian ini adalah satu perkara yang kita minta kerajaan memberi penjelasan yang sedalam-dalamnya kerana ini adalah amat penting. Satu lagi yang melibatkan isu antarabangsa adalah apa yang berlaku di Myanmar. Pada baru-baru ini, kami telah membawa usul untuk membahaskan isu Myanmar di Parlimen pada 24 November 2016 tetapi malangnya usul kami telah ditolak. Ahli-ahli Parlimen daripada Amanah, PKR dan DAP menyokong untuk dibahaskan tetapi Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional UMNO dan juga PAS tidak memberi apa-apa sokongan untuk dibahaskan di Parlimen.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

Seminggu selepas daripada itu satu himpunan tentang Rohingya telah diadakan di Stadium Mini Titiwangsa dianjurkan oleh UMNO dan PAS. Mengapakah isu Rohingya ini yang melibatkan kebanyakan orang Islam dan ada juga yang orang bukan Islam terlibat tidak boleh dibahaskan di Parlimen oleh semua wakil rakyat, tidak mengira parti dan agama. Adakah agama Islam ini telah menjadi begitu eksklusif di Malaysia ini untuk pihak tertentu sahaja sehinggakan ada yang sanggup melabel pihak yang lain munafik liberal dan kafir dan seterusnya dengan pihak-pihak tertentu mempolitikkan dan memonopoli flotila ke Myanmar. Ada pihak-pihak NGO antarabangsa seperti daripada Turki, Turkey- yang menyumbang USD500,000 telah menarik diri. Ini adalah kerana mereka tidak mahu flotila ini menjadi satu isu politik kerana mereka tahu kalau Kerajaan Myanmar mengetahui terlalu banyak kumpulan-kumpulan Islamik NGO, dia akan tidak memberi laluan yang baik. Jadi, yang pentingnya adalah untuk menghantar bantuan tetapi bukan untuk mempolitikkan isu ini sehinggakan terjejas penghantaran bantuan ini kepada mereka yang menghajatkan dan memerlukan bantuan- bantuan tersebut. Itulah yang kita rasa patut diberi satu pemikiran dan pertimbangan pada masa yang akan datang supaya tidak merugikan apa yang telah dijanjikan kepada orang-orang Rohingya. Saya ingin menyentuh sedikit sektor pertanian dan pemakanan supaya langkah diambil bagi memastikan jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti. Sektor perikanan dan pembelaan nasib nelayan Malaysia amatlah menyedihkan. Nelayan di antara yang termiskin dan mereka masih mengalami masalah pencerobohan di kawasan perikanan. Janji-janji Menteri untuk mengkaji semula sehalus-halusnya lesen bot laut dalam menceroboh kawasan nelayan tempatan dihampakan dengan penyambungan sebahagian besar lesen-lesen mereka yang berusaha laut dalam yang telah berkali-kali melanggar syarat-syarat lesen mereka. Walaupun Menteri berjanji akan mengambil tindakan, perangkap-perangkap nelayan tempatan dimusnahkan oleh pukat tunda haram dengan kerugian beribu-ribu Ringgit oleh mereka yang menjalankan operasi haram ini tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Keputusan untuk mengenakan bayaran yuran RM1,500 untuk setiap warga asing yang bekerja di bot-bot ini juga ditangguhkan sekali lagi. Menyentuh tentang FELDA, nasib peneroka FELDA amatlah menyedihkan hari ini di mana saham FGV telah jatuh daripada RM4.50 sehingga RM1.70 dan wang RM4.3 bilion telah hilang begitu sahaja seperti yang telah disebutkan oleh Pengerusi baru FELDA. Ini berlaku di masa FELDA amat memerlukan suntikan dana untuk tanam semula kepala sawit yang telah begitu tua dan perlu digantikan oleh tanaman yang baru. Di masa kerajaan tidak menyalurkan dana di situ, kerajaan telah belanja RM500 juta untuk membeli saham dalam Eagle Plantation daripada Indonesia yang hanya boleh dimiliki 37 peratus iaitu tiada controlling interest daripada Peter Sondakh yang seorang dikenali kawan rapat Perdana Menteri. Di masa yang sama pinjaman sebanyak RM300 juta telah diberi kepada Peter Sondakh untuk membina hotel mewah dan convention centre di Langkawi. Di manakah priority kerajaan di dalam waktu FGV mengalami kerugian, peneroka memerlukan menanam semula kepala sawit, perbelanjaan telah dialihkan kepada pelaburan-pelaburan yang tidak sepatutnya menjadi priority. Akhir sekali, di antara perkara-perkara yang kita ingin timbulkan adalah ketirisan perbelanjaan di mana di Terengganu sendiri tiga projek mega termasuk satu taman ilmu yang melibatkan universiti telah diabaikan oleh kerajaan negeri yang menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Harga projek asalnya hanyalah RM350 juta tetapi hari ini melambung kepada RM800 juta kerana perlu pembaikan kerana banyak barang-barang telah dicuri, vandalize dan ada juga bangunan yang terpaksa dirobohkan semula. Inilah situasinya apabila kerajaan negeri mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat tanpa berusaha untuk mendapat dana sendiri. Perlu diingat daripada RM2.2 bilion peruntukan untuk bajet negeri Terengganu, hanya RM250 juta iaitu 10

Dato’ Raja Kamarul Bahrin ShahPAS · PRKuala Terengganu

peratus datang daripada negeri, maknanya negeri Terengganu hanya mencari 10 peratus. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menimbulkan isu tentang apakah keputusan tentang siasatan atas insiden ke atas Yang Berhormat Shah Alam di mana beliau telah diserang di dalam kawasan Parlimen. Satu keputusan yang tegas dan satu yang perlu diputuskan dengan bersegera adalah adakah pihak Parlimen akan mengambil satu tindakan atau adakah dia akan membenarkan pihak polis melihat untuk menyelesaikan masalah ini. Bagaimanapun, satu ketegasan perlu diambil di dalam isu pencerobohan kawasan Parlimen. Sebelum pada apa yang berlaku pada Yang Berhormat Shah Alam juga, pada tahun lepas Yang Berhormat Pandan iaitu Saudara Rafizi juga telah ditangkap di luar pagar Parlimen di mana telah menghalang pergerakan Ahli Parlimen dari keluar dan kembali kepada Parlimen yang masih berjalan sesinya. Di situlah letaknya ketegasan untuk kita mengekalkan kedaulatan Parlimen supaya tidak dicerobohi dan dinodai oleh golongan-golongan yang tertentu. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya memohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda dan saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Pilah.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon untuk menyokong usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Isnin lalu. Saya juga turut mengambil peluang dalam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahKu, maka sesungguhnya dia juga mentaatiKu, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahKu, maka sesungguhnya dia telah mengingkariKu...” Hadis Al-Bukhari. Tuan Yang di-Pertua, pemimpin yang dinamik dan penuh pertanggungjawaban serta adil adalah yang didambakan dalam memimpin rakyat. Pemimpin selagi mereka berpegang dengan tali Allah, menggenggam sumpah taat setia dan amanah kepada negara, rakyat wajib menunjukkan taat setia dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi kepada mereka. Rakyat pula tidak seharusnya ingkar atau membiarkan diri terkeluar dari landas ketaatsetiaan kepada pemimpin. Ini dapat dilihat akan wujudnya fitnah jahat dan tohmahan terhadap dasar-dasar dan usaha kerajaan untuk memakmurkan negara. Sikap mempolitikkan semua perkara adalah sesuatu yang amat menjelikkan. Sikap rakus pembangkang yang mengheret rakyat dalam bersama dengan labu mereka adalah suatu yang amat memalukan. Sikap dan suara api penghasutan yang menentang dan mengheret rakyat ke lembah penghinaan terhadap kerajaan dan negara harus didisiplinkan melalui prinsip-prinsip Islam dan perundangan negara merupakan jalan terbaik.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Di sini saya menggesa seluruh rakyat Malaysia agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi fahaman jahat pembangkang ini. Janganlah juga terpesona akan janji plastik mereka itu yang lebih bersifat sandiwara politik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Saya nak terus dahulu, masa tidak mengizinkan, lain kalilah.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Wajar dinyatakan di sini, pemimpin kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepimpinan kerajaan telah dan dilihat tidak pernah lekang dalam usaha meneroka peluang dan ruang serta membela hak dan masa depan rakyat dan negara. Semua yang dilakukan hanya demi...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

“Berani kerana benar” Yang Berhormat Kuala Pilah. Yang Berhormat Kuala Pilah, kalau benar kena berani.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Tahulah peraturan tetapi beri peluang untuk sayalah...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau tak berani hendak berbahas, maknanya tak benarlah itu.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Semua yang dilakukan hanya demi kesejahteraan dan...

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan gunakan agama.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

...Kelangsungan hidup setiap inci diri warga Malaysia tanpa mengira latar diri siapa dan di mana serta demi kedaulatan negara tercinta ini. Saya juga menyanjung tinggi serta berasa bangga dengan inti pati Titah Diraja yang merangkumi semua aspek penting dari kesiapsiagaan, ekonomi dan kemakmuran negara sehinggalah ke aspek kesihatan, kesejahteraan dan kehidupan rakyat jelata secara komprehensif dan menyeluruh. Saya yakin dan amat pasti rakan- rakan pemimpin Ahli Yang Berhormat akan bertungkus-lumus dalam memastikan aspirasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu untuk negara dan bangsa dapat ditunaikan dengan jayanya dan tanpa sebarang pengecualian. Suka saya juga membawakan salah satu sentuhan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan visi Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50. Malaysia hari ini amat jelas akan visi 2020. Namun apakah persiapan dan hala tuju kita untuk rakyat dan negara ini apabila kita melangkaui 2020 kelak? Perubahan climate dunia, era pendigitalan ekonomi dan landskap dunia pada tahun 2050 adalah jelas lebih berbeza pada hari ini. Syukur negara kita Malaysia disyukuri oleh pemimpinnya yang sentiasa memikirkan dan mengolah serta melaksana jaya inisiatif jangka masa panjang untuk membentuk Malaysia agar terus mekar sebagai sebuah negara progresif dan dinamik serta aspirasi dan suara rakyat adalah asasnya. Beberapa kejayaan-kejayaan, pengiktirafan-pengiktirafan oleh organisasi di peringkat dunia, di peringkat rantau terhadap kebijaksanaan kejayaan negara Malaysia kita yang tercinta ini. Idea, pandangan dan pendapat secara kolektif dari segenap lapisan masyarakat adalah juga pemangkin kepada TN50. Bimbingan domain expert dari pelbagai bidang akan menjadikan landskap dan garis horizonnya lebih jauh dan meluas. Visi transformasi yang mencakupi pelbagai aspek seperti ekonomi, teknologi, pengurusan rakyat dan kesejahteraan serta aspek-aspek penilaian tinggi negara. Sekalung tahniah kepada Yang berhormat Rembau melalui kementeriannya Kementerian Belia dan Sukan yang telah melakar beberapa siri jelajah TN50 seperti roadshow, circle, town hall, dialog perdana dalam melangsungkan visi TN50 ini ke arah keberkesanan. Sasarannya ialah anak muda, anak muda harapan kita semua. Apa yang pasti adalah setiap dari kita pemimpin di Dewan yang mulia ini juga turut berperanan menterjemahkan visi negara ini ke peringkat Parlimen kita. TN50 amat jelas dan perlu dalam memastikan dan menentukan kesediaan negara dan warga generasi hijaunya menghadapi masa depan. Di sebalik kesungguhan dan langkah positif kerajaan bergabung sama organisasi-organisasi korporat dan badan NGO ke arah siri penerangan dan kejayaan akan visi ini, harapan saya agar TN50 turut dilangsungkan dan dikemukakan jelas kepada setiap peringkat warga emas dan warga OKU negara, peranan mereka juga adalah sebagai pemain dan pemangkin ke arah setiap visi negara. Saranan-saranan dari sahabat-sahabat Ahli Parlimen sebelum ini pun adalah selaras dengan harapan saya sendiri. Saya juga turut mencadangkan di Dewan yang mulia ini agar siri terjemahan TN50 ini juga diperluaskan ke kawasan luar bandar. Saranan daripada Yang berhormat Sibuti sebagai contoh. Ini juga dalam menjadikan TN50 sebagai sebuah visi inclusive setiap inci warga Malaysia dan hasil kejayaannya milik setiap dari mereka. Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh akan cabaran kehidupan rakyat yakni dalam isu pemilikan rumah. Ini jelas disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk negara ini dan hampir 54 peratus

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

rakyat Malaysia mendiami di kawasan bandar. Pertumbuhan kadarnya juga adalah di antara yang tertinggi di wilayah Asia Timur. Ini diperjelaskan lagi dengan peningkatan harganya yang terkesan daripada kadar urbanisasi yang meninggi. Desakan ini menyebabkan pembeli sudah tidak mampu untuk mengejar peningkatan harga rumah sehingga menarik diri daripada pasaran. Tahap pendapatan mereka yang lebih perlahan adalah faktor utama yang mempengaruhi kemampuan pemilikan ini. Ia turut memperlihatkan penarikan diri secara makro oleh pembeli tempatan yang mengarahkan jawapan kepada pasaran hartanah negara mungkin terpaksa meletakkan kebergantungan kepada pembeli asing. Di samping saya menyarankan kerajaan agar perlu melihat isu pasaran rumah ini secara telus dan tegas, saya turut ingin memuji langkah insentif terbaik kerajaan dalam memperkenalkan bermacam-macam pakej untuk isu perumahan ini seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, RTO, MyDeposit, MyHome, Rumah Bina Negara FELCRA dan RISDA, Perumahan Generasi Baru FELDA dan sebagainya. Terlalu banyak contoh-contoh yang telah, sedang dan akan dibuat oleh kerajaan. Ini memperlihatkan kerajaan amat prihatin dalam terus membantu setiap rakyat dalam memiliki rumah mereka sendiri. Sedap didengar tetapi macam-macam cabaran yang dihadapi. Namun demikian, insya-Allah dengan keikhlasan dan kegigihan kita, cita- cita ini akan dapat akhirnya tercapai dengan jayanya. Saranan saya juga agar penilaian semula...

Yang Berhormat Kuala Pilah sekejap.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

...Dan jelas akan peraturan serta...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan serai bangun.

Belakang, belakang.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Nanti saya habis dulu. Habiskan bab ini dulu. Saranan saya juga agar penilaian semula dan jelas akan peraturan serta syarat pembiayaan dan pinjaman perumahan khasnya untuk pembeli rumah kali pertama diperhalusi dan diperbaiki agar manfaatnya lebih terus dinikmati oleh rakyat kita. Kerajaan negeri juga diperlihatkan turut mempunyai peranan dan kuasa dominan dalam meletakkan dan membantu kadar pasaran harga rumah di negeri masing-masing. Ini kerana harga pasaran perumahan menjelma secara scary or friendly atas pengaruh harga tanah yang berkait rapat dengan locality dan lokasi, premium tanah serta penukaran syarat-syarat kos tanah. Okey, Yang Berhormat Bagan Serai, sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya mendengar dengan begitu teliti tadi tentang bagaimana prihatinnya kerajaan dan bersungguh-sungguhnya kerajaan dengan berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah perumahan di bandar dan juga di luar bandar. Saya ingin minta pendapat Yang Berhormat Kuala Pilah terutamanya di kawasan luar bandar. Saya ambil contohlah, umpamanya di Parlimen Bagan Serai. Rumah PR1MA buat 1,248 dengan harga lebih kurang RM248,000 dan ke atas. Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Pilah kalau saya katakan harga ini mungkin tak mampu oleh mereka-mereka yang di luar bandar. Alangkah baiknya kalau PR1MA dapat memikirkan bentuk rumah yang lebih murah dan bawah daripada 200,000 yang mungkin dapat dibeli oleh mereka di luar bandar. Jadi ini lebih meyakinkan rakyat lagi tentang kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya di luar bandar. Kita sediakan rumah yang cantik yang bagus tetapi harga yang mereka tak mampu beli, kita dapat lihat sahajalah nanti. Jadi apa pendapat Yang Berhormat Kuala Pilah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih wakil BN yang prihatin. Saya sudah sarankan tadi, ini adalah beberapa perkara yang seharusnya diperlihatkan, diperhalusi balik syarat-syarat yang sedia ada ini. Maknanya, ini pandangan daripada akar umbi dan seharusnyalah pihak-pihak yang berwajib dalam hal ini dapat meneliti balik syarat. Bukan saja soal harga tetapi juga syarat-syarat dan sebagainya. Jadi pandangan Yang Berhormat Bagan Serai itu boleh dijadikan sebagai tambahan ucapan saya untuk sama-sama diperhatikan oleh pihak kementerian berkenaan.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, apa gunanya kita berdiri dan bersumpah atas nama negara sedangkan kepercayaan dan amanah rakyat dipijak lumat? Sikap segelintir dari mereka ini, penjawat awam, bekas penjawat awam serta ahli perniagaan yang dengan rakus membuat penyelewengan, ketirisan dan rasuah amat memalukan dan mendukacitakan. Pendedahan diri dan penahanan serta pendakwaan terhadap mereka melalui undang-undang amat perlu dilaksanakan. Di sini saya ingin memberikan pujian terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) yang sentiasa peka dan aktif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar Malaysia terhindar dari sikap buas dan merosakkannya. Di sini saya turut menggesa agar pasukan ini diberi, diamanahkan dan dibantu dengan sepenuhnya dari segi pengurusan, dalam sudut pengurusan teknikal dan juga kuasa perundangan serta apa jua yang diperlukan agar masalah rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa di semua peringkat, baik kerajaan mahupun swasta, dapat dihapuskan dan paling tidak, akan dikurangkan. Seperkara lagi ingin saya membawa perhatian akan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan masalah kebocoran maklumat peringkat kerajaan. Ia juga bergerak seiring dengan penghinaan yang dengan sengaja ditujukan kepada institusi diraja dan pemimpin negara. Ini dilakukan oleh segelintir penjawat awam, sama ada mereka ini dipengaruhi atau memang mempunyai niat dan fikiran songsang dalam menghancurkan kerajaan di negara berdaulat ini. Perbuatan dan kesanggupan mereka dalam membuat perkara sebegini adalah suatu yang amat terhina. Apa yang jelas, perbuatan hina ini dilakukan oleh segelintir dari mereka. Tidak ramai tetapi satu, dua ini merosakkan periuk sebelanga. Namun, sebilangan besar dari mereka penjawat awam adalah terdiri dari mereka yang berpegang kepada sumpah dan taat setia kepada raja, pemimpin dan negara. Di sini saya ingin mencadangkan agar mewujudkan satu jawatankuasa pemantauan dalam mengawal selia dan memantau akan sikap negatif ini. Pengawal ini boleh tertumpu di dalam laman media sosial, blog dan sebagainya. Ia juga boleh dipanjangkan ke aktiviti-aktiviti harian mereka yang disasarkan ini. Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam program yang terbaru, soal berita-berita palsu dan sebagainya tadi dapat dikenal pasti. Ini adalah satu langkah awal yang seharusnya kita berikan pujian. Suatu usaha ke arah hendak meletakkan negara kita ini bebas dan rakyat tidak boleh hanya sesuka hati mereka mengeluarkan, menceritakan sesuatu yang kadangkala kesahihannya boleh kita persoalkan. Sekiranya mereka yang disasarkan dan dikenal pasti terlibat dalam perbuatan membocorkan maklumat kerajaan, tindakan undang-undang serta-merta akan dijalankan. Ini bertujuan agar permasalahan ini dapat dibendung dan menular di kalangan penjawat awam. Kita diperjelaskan di dalam Titah Diraja apabila Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong juga turut menyentuh akan usaha-usaha murni hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara luar serta peranan proaktif dan konsisten kerajaan di peringkat antarabangsa. Peranan kerajaan bukan bererti mencampuri urusan dalaman mana-mana negara, sebaliknya ia adalah berlandaskan prinsip dan nilai kemanusiaan sejagat. Harus dibezakan di antara mencampuri hal-hal dalaman negara dan yang satu lagi pula, hal-hal yang ada hubung kait kemanusiaan sejagat. Namun, apa yang mendukacitakan, di sebalik aluan-aluan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan peranan hebat kerajaan ini, terngiang-ngiang suara duka yang mengambil kesempatan memburukkan dan cuba menghancurkan nama baik Malaysia di luar negara. Ikhlas saya nyatakan di sini, tidak kira apa jua garis fahaman politik yang membezakan, janganlah kita meranapkan negara kita sendiri demi serakah politik, diri kita atau demi individu tertentu. Tiada sedikit pun keuntungannya dalam nilai perbuatan ini. Hanya ibarat menang jadi arang, kalah jadi abu. Kerajaan tetap menjalankan dan akan terus konsisten dalam berperanan di peringkat antarabangsa. Ini dizahirkan dalam pemilihan Malaysia sebagai salah satu daripada Ahli-ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB, United Nations Security Council bagi penggal 2015-2016 yang lalu. Jelas ia telah mencerminkan kredibiliti negara kita Malaysia di peringkat antarabangsa. Bukan mudah hendak letakkan negara kita di tempat sedemikian. Pemilihan Malaysia ini adalah merupakan kali keempat ke UNSC sejak negara mengecap kemerdekaan. Fungsi, reputasi dan juga profesionalisme Malaysia selama ini sebagai anggota yang bertanggungjawab di kalangan komuniti antarabangsa terutamanya dalam konteks keamanan dan keselamatan antarabangsa sudah terbukti

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

hebat. Penghormatan ini terlakar lebih bermakna apabila Malaysia dilantik sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015. Malaysia telah menggalas tanggungjawab ini bersama dengan negara lain dan menjadi penggerak penting dalam menangani isu-isu di bawah kuasa UNSC. Pemfokusan Malaysia kini menuju ke arah menggalakkan kesederhanaan, penyelesaian konflik secara aman, mencambahkan usaha perdamaian, operasi keamanan dan pembaharuan dalam UNSC. Selama tempoh pelantikan Malaysia sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB tahun 2016, kita telah membawa tiga inisiatif penting yang berkaitan dengan isu kanak-kanak dalam konflik bersenjata, membina keamanan dan perubahan iklim. Peranan Malaysia sebagai berada di UNSC juga adalah konstruktif, positif dan berjaya berdasarkan beberapa konsensus penyelesaian yang diluluskan oleh PBB yang berkaitan negara yang dilanda krisis seperti Syria dan Libya. Malaysia juga sedang berusaha ke arah memulihkan perhimpunan agung yang sering terlibat dalam proses yang tidak produktif dan tidak mendatangkan hasil. Sebagai sebuah negara tetangga serantau dan rakan kepada Myanmar, Malaysia tidak leka dalam mengikuti perkembangan yang berlaku di negara tersebut secara dekat termasuk situasi terkini di utara Rakhine terutamanya berkenaan dengan nasib yang menimpa etnik Rohingya. Malaysia telah secara konsistennya melahirkan kebimbangannya terhadap keganasan yang berterusan di wilayah tersebut yang telah memperlihatkan kehilangan nyawa insan yang tidak berdosa serta pemindahan manusia. Siri hitam ini meletakkan etnik Rohingya berasa tidak selamat, ketakutan dan panik lalu melarikan diri ke negara-negara jiran termasuklah Malaysia.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Ya, masa dah cukup.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Malaysia berpendapat bahawa sekiranya Kerajaan Myanmar ini ingin membersihkan dirinya daripada dakwaan pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ia perlu membuktikan ketulusannya dengan memberikan maklumat yang benar mengenai situasi tersebut serta membuka akses ke kawasan-kawasan yang terjejas. Kita sedia maklum bahawa Malaysia dan beberapa negara jiran yang lain terpaksa berdepan dengan kebanjiran pelarian terutamanya etnik Rohingya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malaysia atas nilai kemanusiaan telah memberikan perlindungan kepada seramai lebih kurang 56,000 pelarian etnik Rohingya yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut menerima desakan yang berterusan daripada rakyat Malaysia yang meluahkan nilai simpati akan nasib dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya. Ia juga memperlihatkan Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung nilai beban kewangan yang besar dalam penyediaan tempat perlindungan dan keperluan asas untuk mereka. Meskipun Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian PBB 1951 dan Protokol 1967, namun Kerajaan Malaysia secara konsisten dan ikhlas telah memberi bantuan kepada etnik Rohingya. Bukan sahaja atas sifat kerajaan tetapi juga NGO-NGO telah memberi bantuan kepada etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Sebagai salah sebuah negara pengasas ASEAN, Malaysia sangat maklum tentang prinsip tidak campur tangan yang telah menjadi prinsip asas pembentukan ASEAN. Justeru Malaysia tidak lagi memandang sifat isu ini hanya sebagai krisis dalaman Myanmar. Malah Malaysia melihatnya sebagai satu bentuk isu kemanusiaan yang maksimum dan bukan keagamaan yang perlu ditangani secara segera dan berkesan. Melalui konteks inilah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta rakan-rakan pimpinan yang lain telah menzahirkan pendirian Malaysia melalui penglibatan bersama dalam Himpunan Solidariti yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Disember 2016. Malaysia tidak akan berpeluk tubuh, berdiri selesa dan menutup mata sementara ribuan rakyat...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Macam menteri luar dah.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Sedikit. Malaysia tidak akan berpeluk tubuh, berdiri selesa dan menutup mata sementara ribuan rakyat Rohingya yang tidak bersalah dibunuh dalam pembersihan etnik yang dihalalkan pemerintah mereka.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Kelangsungan ini berterusan diperhebat oleh Kerajaan Malaysia yang menganjurkan sesi tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai situasi minoriti Islam Rohingya yang berlangsung pada 19 Januari 2017 yang lalu. Menyentuh pula tentang isu yang melibatkan Malaysia dengan Korea Utara. Harapan saya agar rundingan yang kini diusahakan oleh Kementerian Luar berjalan lancar dan semoga segala isu ini dapat diselesaikan dengan damai demi hubungan diplomatik kedua-dua negara. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali. Saya dan seluruh rakyat amat mensyukuri akan jiwa tulus yang dimiliki Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disulami dengan semangat para pemimpin negara Malaysia yang diketuai oleh gandingan padu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Kabinet dan sebagainya yang cukup terzahir melalui kunjungan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, penjaga dua masjid suci dan Raja Arab Saudi ke Malaysia dua minggu yang lalu. Ukhuwah dan jalinan ini telah mencambah segarkan persaudaraan kita ke tahap yang lebih hebat. Adalah menjadi harapan kami semua untuk mencadangkan kepada kerajaan agar perhubungan jalinan kerjasama dan ukhuwah padu Malaysia ini kita terus pertingkatkan juga ke negara saudara ASEAN kita seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam melalui aturan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negara-negara tersebut. Saya amat meyakini dengan lawatan rasmi ini, jajaran hubungan diplomatik antara kita negara ASEAN akan terus segar dan berjaya. Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan ini, saya ingin melahirkan rasa keterujaan akan Titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah mendampingi semua topik dan isu yang penting terhadap rakyat dan negara kita Malaysia. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga adalah sangat inclusive, padu dan jelas serta menarik pada masa yang sama. Saya amat yakin bahawa Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada semua di Dewan yang mulia ini agar bersedia dan menggalas usaha bertungkus-lumus dalam menjayakan program transformasi kerajaan agar menjadi lonjakan roh kejayaan ke arah anjakan paradigma sesebuah negara yang terus mekar, hebat menjelang tahun 2050 dengan landasan subur dan padu pemimpin dan rakyatnya. Bagai kuku kucing Persia, Sakitlah hati jangan serik, Subur negara ku negara Malaysia, Bangkitkan kita menjadi terbaik. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu Yang Berhormat Kuala Pilah menyokong. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, Sabah mengalami ketinggalan berbanding dengan Semenanjung Malaysia dari segi pembangunan. Salah satu punca ialah pengangkutan di Sabah tidak seimbang dengan Semenanjung Malaysia yang menyebabkan kos kehidupan dan barangan yang tinggi. Pembangunan amat lemah dan lambat serta kemiskinan di kawasan-kawasan pedalaman. Pada 18 Februari 2017, Menteri Pengangkutan telah melawat ke Sabah dan membuat pengisytiharan atau pengumuman yang menarik perhatian masyarakat umum orang Sabah. Pertamanya ialah beliau kata kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk melancarkan projek naik taraf Pelabuhan Sepanggar dan meningkatkan keupayaan pelabuhan tersebut. Kedua ialah berkenaan Dasar Kabotaj yang dikatakan dibebaskan di Pelabuhan Sepanggar. Manakala Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan media, Menteri Pengangkutan berkata Pelabuhan Sepanggar akan dibebaskan yang mana kapal asing diberi masuk ke Sabah untuk muat dan punggah barang yang diberi kebebasan serta-

merta untuk menghantar barang ke pelabuhan tempatan. Akan tetapi syaratnya ialah pelabuhan itu tidak ada perkhidmatan perkapalan domestik atau tempatan. Ini kononnya diberi kebebasan kepada Pelabuhan Sepanggar tetapi sebenarnya ia tidak ada apa-apa perbezaan dengan keadaan sekarang. Jikalau ini benar, ini semata-mata menipu orang Sabah dan memesongkan rakyat Sabah. Saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan yang jelas berkenaan perancangan tersebut. Sedangkan rakyat Sabah mengalu-alukan pengumuman menteri untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar. Saya harap ini bukan satu gimik politik yang mana dipergunakan untuk memburu undi memandangkan pilihan raya sudah dekat. Saya harap Yang Berhormat Menteri beri penjelasan yang teliti bila semua ini akan ditunaikan, bila projek naik taraf Sepanggar Port akan mula. Adakah peruntukan RM1 bilion itu sudah sedia untuk disalurkan dan adakah kerajaan akan membebaskan Pelabuhan Sepanggar tanpa apa-apa syarat. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pengangkutan laut yang tidak berdaya saing di Sabah dan Dasar Kabotaj ini mengakibatkan pembangunan Sabah yang lemah dan kos barangan yang tinggi. Saya juga ingin sekali lagi mengingatkan bahawa pengangkutan darat juga antaranya satu faktor yang menyebabkan kos barangan tinggi di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Persatuan Lori Sandakan telah membangkitkan sekali lagi tentang ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka melalui AGM nya, annual general meeting persatuan tersebut. Dalam mesyuarat itu, Persatuan Lori Sandakan merayu kepada kerajaan dan Yang Berhormat Menteri menyelesaikan ketidakadilan tersebut. Mengikut kenyataan persatuan itu, mereka harap kerajaan membina, meningkatkan BTM bagi lori di negeri Sabah dan merendahkan road tax bagi lori bahawa mengelakkan ketidakadilan pengusaha-pengusaha lori di Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Kini BTM di Sabah di antara 36,000 hingga 38,000 sahaja manakala Semenanjung Malaysia ialah 48,000 hingga 50,000.

Ia sudah tentu akan meningkatkan kos pengangkutan barang di Sabah berbanding di Semenanjung Malaysia dan terus meningkatkan kos barangan dan kehidupan keseluruhan di seluruh Sabah, yang lagi hebat Menteri Pengangkutan baru sahaja mengumumkan bahawa BTM lori di Semenanjung Malaysia dinaikkan lagi dari 20,000 hingga 70,000 kepada 75,000 BTM. Ini adalah amat tidak adil di mana Sabah tidak pernah dilaraskan dan tidak pernah dinaikkan. Manakala BTM ini di Semenanjung Malaysia sudah dilaraskan beberapa kali. Kerajaan sentiasa menggunakan alasan di mana jalan raya dan jambatan di Sabah tidak mampu tahan muatan lori yang tinggi. Akan tetapi ini adalah tanggungjawab kerajaan, ini perlulah diatasi bukan cari alasan yang sama. Saya mahu harap kerajaan ambil tindakan yang serius untuk selaraskan BTM lori antara Sabah dan Semenanjung bagi mengurangkan jurang harga barangan Sabah. Tuan Yang di-Pertua,selain itu road tax lori di Sabah adalah lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Ia adalah amat-amat tidak adil. Muatan rendah tapi road tax yang tinggi. Saya tidak tahu bagaimanalah ini double damage kepada Sabah. Manakala bagaimana Sabah tidak ketinggalan jauh di belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa Menteri Pengangkutan pada masa yang sama telah menyatakan bahawa kerajaan ada rancangan atau cadangan membina rel atau kereta api di persisiran Pantai Barat Sabah, ini dengar pun sedaplah. Saya ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut secara terperinci. Adakah kerajaan serius terhadap cadangan tersebut untuk mewujudkan sistem rel yang moden di Sabah. Saya nak tahu sama ada kerajaan adakah serius janganlah sampai pilihan raya baru buat. Janji manis untuk tipu undi rakyat. Saya tegaskan di sini bahawa pengangkutan kereta api adalah penting bagi Sabah, supaya Sabah dibangunkan dengan berjaya dan makmur. Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan media bertarikh 18 Januari 2017, Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) telah membuat cadangan bahawa Kerajaan Negeri Sabah harus cari satu tempat baru untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu yang lebih besar, disebabkan KKIA akan mencapai kapasiti penuh iaitu 13 juta orang penumpang setiap setahun dalam lima tahun yang akan datang, dan juga perlukan dua runway yang mampu memenuhi keperluan yang tinggi. Saya amat-amat hairan tentang pengumuman tersebut. Kenapa KKIA ini baru saja di naik taraf dengan pakai peruntukan setinggi RM1.7 bilion baru sahaja disempurnakan oleh Perdana Menteri tahun lepas. Kini mahu bina satu

lapangan terbang yang baru lagi, ini bukan sahaja membazirkan duit rakyat ini yang menunjukkan kerajaan tidak ada pandangan yang jauh. Selain itu, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri bahawa saya pernah bangkitkan isu ini di Parlimen apabila kerajaan paksa syarikat AirAsia minta ke Terminal 1 KKIA, berkuat kuasa 1 Disember 2015. Pada masa itu, enggan pindah ke Terminal 1 atas alasan kapasiti Terminal 1 akan penuh dalam tempoh masa yang terdekat jika AirAsia pindah ke Terminal 1. Kemudahan Terminal 1 seperti parking bay, serta taxiway adalah tidak mencukupi. Ia akan mengehadkan perancangan AirAsia untuk bawa masuk lebih banyak penumpang dengan buka laluan dengan destinasi yang baru. AirAsia telah tawarkan cadangan alternatif pada masa itu, iaitu dia sudi usaha dan bangunkan Terminal Dua tanpa menggunakan wang kerajaan dan ingin bangunkan Kota Kinabalu sebagai hab penerbangan AirAsia. Namun kerajaan tidak menerima tawaran tersebut dan ketika itu memberi jawapan kapasiti Terminal Satu adalah mencukupi. Justeru AirAsia terpaksa pindah ke KKIA pada 1 – 2015. Namun hari ini MAVCOM telah menyatakan bahawa kapasiti Terminal Satu akan penuh dan perlulah satu lapangan terbang yang lebih besar. Cuma satu tahun tiga bulan dahulu bilang kapasiti ini cukup, tiada masalah. Sekarang mula cakap kapasiti sudah mahu penuh. Jadi mana satu yang tepat, kenapa tidak ada perancangan jangka panjang. Baru sahaja di naik taraf dengan berbilion ringgit kini mahu bina lapangan terbang yang baru lagi. Ia amat mencurigakan. Kenapa mahu paksa AirAsia pindah, kalau Terminal Satu akan penuh dalam masa begitu singkat. Sedangkan AirAsia sudi menaik taraf Terminal Dua dengan kos sendiri. Adakah ini benar saya dengar bahawa kerajaan mahu tutup Terminal Two ada agenda ialah kerana mahu beri laluan kepada mega project iaitu Tanjung Aru Eco Development Project. Saya minta penjelasan daripada Menteri. Selain itu, baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan bahawa landasan kapal terbang di Sandakan akan dipanjangkan. Saya mahu dapatkan maklumat yang lebih lanjut iaitu bila ini akan dijalankan, berapa bajet dipakai diguna, bilanya akan di siap bina. Rakyat Sandakan dan Sabah sudah letih mendengar semua gimik politik untuk pilihan raya. Saya minta supaya ini disegerakan, jangan sampai pilihan raya sudah habis tunggu bertahun-tahun lagi jangan nanti hilang itu projek. Jadi pada masa itu, sekiranya kita mahu itu kapal terbang yang Sandakan sana, bumbungnya yang leaking banyak serius. Saya fikir, yang utamanya mahu bagi baik pulih bumbungnya selain cakap itu yang projek-projek yang besar. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil keprihatinan terhadap pengurusan Malaysia Airlines atau MAS yang telah merekodkan kerugian bertahun-tahun, ia adalah kerana MAS tidak mempunyai dasar baik untuk meningkatkan prestasi syarikat. Manakala saya lihat banyak contoh menunjukkan MAS mempunyai dasar yang buruk. Justeru, banyak orang cakap MAS ini bermaksud ‘Mana Ada Sistem’. Saya lagi Tuan Yang di-Pertua, memberi satu contoh. Satu, ialah apabila penumpang nak check-in luggage MAS hanya hadkan satu penumpang boleh masuk dua barangan sahaja. Ini dimaksudkan walaupun masih dalam had muatan 30kg, tetapi tidak benarkan masuk luggage lebih daripada dua barangan. Apakah logik di belakang prosedur tersebut. Ia adalah amat-amat tidak masuk akal. Ia hanya sekadar diberi peluang kepada servis berbalut untuk untung duit sahaja. Sedangkan seseorang hanya dibenarkan masukkan dua luggage dengan had muatan 30kg. Ini bermakna satu luggage purata 15kg ia amat menyusahkan rakyat khususnya warga emas dan orang tidak upaya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu isu yang controversial di mana seorang ibu bagaimana- dia baru di Sabah mengadu bahawa anaknya tidak mempunyai kewarganegaraan justeru tidak dapat pergi ke sekolah. Mengikut laporan pada 22 Februari 2017, Junitia Benahih anaknya Aitun Veranto lahir di Hospital Likas pada tahun 2010. Akan tetapi sijil kelahiran anaknya dikenal pasti bahawa agama rasmi anaknya ialah Islam. Seterusnya, dia terus menjelaskan kepada pegawai JPN bahawa dia seorang Kristian dan keluarga pun Kristian selama ini, dan dia adalah pasti bahawa anaknya secara automatik akan dibesarkan sebagai orang Kristian.

Akan tetapi JPN mengatakan bahawa oleh kerana nama Junita di atas MyKad mempunyai perkataan Islam, maka anaknya harus dikenal pasti sebagai seorang Muslim. Oleh kerana dia hendak tukar balik agama ke atas Sijil Kelahiran anaknya, JPN ambil balik Sijil Kelahirannya sehingga anaknya menjadi stateless. Ini telah berterusan sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan.

Anaknya masih tidak mempunyai Sijil Kelahiran dan kini menghadapi masalah. Hendak pergi ke sekolah pun tidak dapat walaupun Junita sudah berkali-kali memohon di JPN dan mengguna sepanjang tujuh tahun ini untuk memohon di MUIS supaya membatalkan perkataan Islam di namanya tetapi sampai hari ini JPN dan MUIS masih tidak dapat membantu dia dan kini pula JPN merujuk permohonan kepada Mahkamah Syariah dan sampai hari ini masih tidak dapat apa-apa berita lanjut. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu kesilapan portfolio JPN yang dikuasai oleh Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi Mahkamah Syariah sampai hari ini masih enggan selesaikan masalah ini dengan segera. Itulah sebab kenapa orang bukan Islam begitu takut terhadap undang-undang Syariah. Justeru kami tidak berani sokong rang Undang- undang 355. Bagi kes Junita, saya percaya ia bukan satu kes isolated. Masih ada banyak kes sedemikian berlaku setiap hari. Tuan Yang di-Pertua, satu NGO Persatuan Anak Negeri Sabah telah mengatakan bahawa lebih 1,000 kes seperti ini berlaku di Sabah. Masalah-masalah ini yang disebabkan oleh JPN terhadap orang asal Sabah sudah sampai tahap yang amat mengejutkan dan membimbangkan. Saya hendak kutuk sekeras-kerasnya, ada pegawai JPN ini adalah melampau dan biadab. Mereka dilaporkan mempunyai sikap yang teruk terhadap orang asal kita di Sabah. Masalah ini, sedemikian banyak dan telah membawa begitu banyak isu konflik di Sabah. Ini menunjukkan JPN yang di bawah kuasa oleh Kerajaan Persekutuan ini tidak boleh dipercayai dan mereka merupakan masalah yang sebenar di belakang semua masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengingatkan kepada kerajaan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 menjamin kepada kita bahawa orang Sabah mempunyai kebebasan agama dan sudah jelas JPN telah melanggar prinsip perjanjian tersebut. JPN ini bukan sahaja mencabuli hak kebebasan beragama Junita. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan telah mencampuri hak Sabah termaktub dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya merasa amat marah. Ini adalah dari rakyat biasa, dibuli oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau nenek moyang kita tahu ada masalah begini akan timbul, maka mereka tidak mungkin akan setuju tubuhkan Malaysia kerana ini adalah melanggar perjanjian khususnya di atas Batu Sumpah di Keningau. Sungguh jelas bahawa Kerajaan Persekutuan sudah jamin kepada orang asal Sabah bahawa mereka diberi kebebasan beragama tetapi ia telah gagal dipertahankan. Maka dengan itu, kalau Kerajaan Persekutuan tidak dapat menghormati apa yang telah dijamin, kuasa kewarganegaraan ini harus dipinda dan dipulangkan kepada Kerajaan negeri Sabah. Saya mahu kerajaan menyelesaikan masalah ini dan mempertahankan kebebasan agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang terjamin kepada setiap rakyat. Tuan Yang di-Pertua, isu yang saya ingin bawa di sini ialah Persekutuan langsung tidak ada keikhlasan atau serius untuk menyelesaikan masalah IC palsu, masalah pendatang tanpa izin atau PTI di Sabah. Pada 9 Mac 2017, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa satu lagi pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kad pengenalan palsu di Sabah. Ini langsung merupakan satu unnecessary, dengan izin. Sudah berapa ahli-ahli jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Mana itu yang dahulu tubuh ahli jawatankuasa yang dipimpin oleh CM- Chief Minister of Sabah? Mana satu ahli jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan, yang dibimbing oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah? Sudah janji tahun 2015 yang akan diselesaikan masalah ini tetapi sampai hari ini report ini pun belum ada lagi. Sekarang lagi pilihan raya mahu dekat. Satu lagi pasukan mahu ditubuhkan lagi, mahu menyiasat lagi. Apa yang mahu disiasat? Mana dua ahli jawatankuasa yang telah ditubuhkan dua tahun dahulu? Janji dan berjanji tetapi sampai hari ini tidak nampak apa- apa. Satu lagi pasukan mahu ditubuhkan. Jadi apakah maksudnya ini? Saya tidak fahamlah. Kalau Kerajaan Persekutuan tidak serius, walaupun ada ahli jawatankuasa ditubuhkan pun tidak guna. Semestinya mahu serius dan ikhlas untuk menyelesaikan satu major problem yang kita ada di Sabah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ucapkan terima kasih. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kota Melaka dahulu. Selepas Yang Berhormat Kota Melaka, Bebas saya bagi Yang Berhormat Kuala Kangsar. Ya sila Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sudi memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku amat jelas Tuanku mengingatkan semua pihak tentang kerosakan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan dan juga ia perlu ambil masa yang lama untuk dipulihkan sepenuhnya serta akan melibatkan kos yang tinggi. Justeru, Tuanku menggesa semua pihak untuk menghargai dan melindungi alam semula jadi serta tidak memusnahkan keseimbangan ekologi. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya pihak kerajaan bagaimanakah dengan keadaan hutan simpan di seluruh negara sedekad ini? Bolehkah Dewan diberitahu keluasan hutan simpanan setiap negeri dan juga membandingkan keluasannya dengan keluasan pada tahun 2000. Sila nyatakan punca-punca yang mengakibatkan kekurangan drastik hutan simpan di beberapa buah negeri dalam negara kita. Saya juga ingin tahu keluasan kuota deforestation untuk setiap negeri dan bagaimanakah kementerian dapat mengawal dan memantau kegiatan ini? Apakah tindakan akan diambil terhadap negeri-negeri yang bercanggah dengan syarat-syarat? Tuan Yang di-Pertua, saya telah diberitahu terdapat Jabatan Perhutanan Negeri yang menawarkan pajakan tanah hutan simpanan kekal untuk program tanaman pelbagai spesies termasuk pembalakan di tapak berkenaan. Adakah projek telah dapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan? Saya telah difahamkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan ada menawarkan projek tanaman pelbagai spesies. Ingin saya tanya kementerian, sejak tahun 2000 sehingga sekarang, berapakah keluasan hutan simpanan kekal yang telah ditawarkan dan dipajakkan kepada individu atau syarikat dan jumlah yang dapat diperoleh dari projek ini melalui bayaran deposit ladang, bayaran premium dan bayaran lesen.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat jika tidak diurus dan dikawal dengan baik, projek ini akan memberikan peluang untuk kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perniagaan yang tidak sihat seperti syarikat dibeli oleh syarikat lain. Ini hanya memberikan satu peluang untuk kegiatan yang tidak sihat dapat dijalankan serta sindiket- sindiket yang ambil kesempatan ini, menipu orang yang minat dalam projek ini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta izinkan saya baca satu laporan polis yang saya terima dari tiga orang warga Melaka yang terperangkap dalam kegiatan ini. Laporan polis yang saya akan baca di Dewan yang mulia ini ialah Tanjung Minyak. Nombor report Tanjung Minyak 006757/16. Tarikhnya 14 Disember 2016. Izinkan saya baca kandungannya. “Pada lebih kurang September 2012, saya telah berjumpa dengan dua orang Cina yang dikenali sebagai Wong Chee Seng, nombor kad pengenalan 530903-04-5653 dan Chua Sun Teng. Mereka telah memberitahu saya bahawa memandangkan pilihan raya akan dijalankan pada bila-bila masa, parti PAS memerlukan dana pilihan raya dan oleh itu Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS bercadang memajakkan tanah seluas 500 ekar di Hutan Simpanan Kekal Ulu Galas, compartment 49HSK Jeniang Mukim Bunga Tanjung, Kuala Balah, Jajahan Kuala Krai Kelantan Barat kepada sesiapa yang sanggup memberi derma kepada dana pilihan raya PAS. Wong Chee Seng dan Chua Sun Teng mengatakan bahawa mereka boleh menjamin kelulusan tanah tersebut kepada saya. Untuk meyakinkan saya, mereka telah mengaturkan saya untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Khoo Poay Teong, ADUN Ayer Keroh di sebuah kedai kopi berdekatan SMK Munsyi Abdullah, Jelutong, Melaka. Yang Berhormat Khoo Poay Teong mengesahkan kebenaran cadangan tersebut. Beliau mengatakan beliau sendiri telah pergi ke Kelantan untuk mengesahkan perkara ini. Saya mempercayai Yang Berhormat Khoo Poay Teong dan telah membuat bayaran berjumlah RM528,000 kepada Wong Chee Seng dan seperti berikutnya iaitu bukti untuk mereka masuk ke akaun Wong Chee Seng”. Ada sembilan transaksi yang telah dimasukkan ke akaun dan Wong Chee Seng pernah mengatakan saya membuat bayaran sejumlah– mengarahkan saya membuat bayaran sejumlah RM448,300 kepada Mohd Hafiz bin Mohd Fadzil yang dikatakan adalah Ketua Pemuda PAS Cawangan Pasir Mas Kelantan seperti berikut. Ada sepuluh transaksi yang dapat dibuktikan dengan bank slip kepada akaun Mohd Hafiz. Jumlahnya ialah RM448,300. Sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan dalam permohonan

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

tanah tersebut. Mereka mengatakan telah membayar RM533,990 kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan tetapi mereka tidak dapat mengemukakan resit-resit bayaran kepada saya walaupun berkali-kali dituntut oleh saya. Saya buat laporan ini dengan tujuan supaya satu siasatan dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, tadi laporan polis ini, saya hendak mohon pihak polis menjalankan siasatan dengan segera dan dengan serius bahawa kita tidak mahu perkara ini diulang. Jika pihak-pihak yang dikatakan mereka tidak terlibat dalam kes ini, saya pun harap mereka buat laporan polis supaya dapat bantu siasatan polis. Kita hendak orang yang terlibat yang bersalah. Yang lain yang tidak bersalah, mereka berhak membuat laporan polis atau membantu siasatan polis. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini saya percaya bukan hanya isolate, hanya satu aduan saya. Sebab itu saya juga ingin tanya pihak polis. Selama ini berapa laporan polis dapat diterima oleh pihak polis tentang kes-kes sebegini. Saya harap satu penjelasan yang detail oleh Dewan yang mulia ini dibekalkan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan ialah sektor pelancongan. Kita semua sedia maklum kepelbagaian budaya warisan dan keunikan alam semula jadi adalah antara daya tarikan sektor pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara. Dari jawapan kementerian yang saya terima pada 9 Mac 2017, sungguhpun dalam keadaan yang cukup mencabar, bagi tahun 2016, sejumlah 26,757,390 orang pelancong telah melawat Malaysia dengan peningkatan ketibaan sebanyak empat peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2015. Perbelanjaan pelancong sebanyak RM82.1 bilion tambahan iaitu 18.8 peratus. Saya ucap syabaslah. Saya ucap syabas kepada kementerian dan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Saya meneliti statistik terperinci ketibaan pelancong asing dan anggaran perbelanjaan yang dibekalkan kepada saya. Negara Thailand, China dan Brunei mencatat kenaikan yang besar dan menggalakkan. Pelancong dari Singapura masih jadi terbesar. Hampir separuh dari jumlah pesara pelancong yang datang ke negara kita pada tahun lepas. Saya merasa sedikit kecewa. Pelancong dari negara Indonesia dan India masih tidak begitu menggalakkan. Kementerian perlu mengkaji apakah sebab- sebabnya kerana kedua-dua negara ini, penduduk begitu ramai dan begitu besar dan saya percaya mesti juga ada pelancong-pelancong dari kedua-dua negara ini melancong ke negara lain. Malaysia yang sepatutnya akan jadi pilihan untuk mereka. Satu lagi yang saya tidak dibekalkan dalam statistik pelancongan ialah pelancong dari Timur Tengah. Bagaimana dengan sambutan mereka terhadap pakej-pakej pelancongan oleh sektor pelancongan khas untuk mereka. Saya harap kementerian dapat menjelaskan kedua-dua perkara ini yang saya bangkitkan.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan ialah tentang projek taman laut. Kebelakangan ini terdapat beberapa buah projek taman laut di beberapa negeri yang dilaksanakan secara besar-besaran. Ingin saya tanya kementerian, adakah satu jawatankuasa khas untuk memantau projek-projek taman laut ini? Juga ingin tanya, adakah satu masterplan tentang taman laut iaitu masterplan untuk keseluruhan negara kita, kajian keseluruhannya telah dijalankan atau tidak dan syarat- syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh pemaju-pemaju yang terlibat baik pun tempatan atau dari asing? Tuan Yang di-Pertua, tentang status milik tanah taman laut sering kali dipersoalkan. Saya pernah terlibat dalam usaha memulihkan projek terbengkalai Pulau Melaka di negeri Melaka, satu projek taman laut. Saya telah diberitahu bahawa semua projek taman laut, tanah-tanah yang diperolehi statusnya ialah leasehold dan untuk Pulau Melaka ialah leasehold 99 tahun iaitu pajakan 99 tahun. Saya berasa hairan apabila saya diberitahu dalam projek mega Melaka Gateway, tiga pulau taman laut yang akan dibangunkan oleh pemaju dari negara China status tanah itu diberikan status hak milik kekal. Tuan Yang di-Pertua, jika tawaran tanah hak milik kekal dan wujud kawasan tax free sebagai keistimewaan dan tarikan kepada pelabur asing, saya ingin mohon ia perlu juga ditawarkan kepada pelabur tempatan kerana saya percaya, pelabur tempatan juga mampu untuk melibatkan perniagaan mereka dalam kes-kes sebegini, bukan hanya pelabur asing mampu untuk melibatkan syarikat mereka dalam projek-projek mega, kita juga ada pelabur tempatan yang cukup mampu untuk melabur dalam projek-projek ini. Dua perkara juga ingin saya bangkitkan, iaitu tentang Streamyx yang diupgraded dengan izin Tuan Yang di-Pertua kepada UniFi. Di negeri Melaka,

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

sungguhpun usaha telah dibuat oleh pihak TM tetapi sampai hari masih terdapat kawasan-kawasan yang perlu UniFi tetapi coverage yang masih belum sampai ke kawasan itu, satu kawasan yang penting kerana satu tapak perniagaannya yang begitu besar dan penting di negeri Melaka iaitu Taman Melaka Raya. Saya sudah minta pihak TM, bilakah Taman Melaka Raya akan dibekalkan dengan perkhidmatan UniFi.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Ya, sila.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

50 saat barangkali.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Saya nak juga tumpang tanya kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa di Malaysia bukan sahaja pembekal perkhidmatan broadband itu tidak sekadar TM sahaja tetapi terdapat banyak lagi pelesen-pelesen network service provider dan network facilities provider yang mempunyai kuasa untuk membekalkan perkhidmatan broadband termasuk sekali TIME Telekom, TIME dotCom dan juga broadband wireless. Kenapakah syarat yang sama diguna pakai ke atas TM, UniFi ataupun Streamyx? Kenapa syarat yang sama tidak dikenakan ke atas pembekal yang lain seperti TIME Telekom supaya mereka ini tidak memilih tempat ataupun cherry picking untuk memberikan perkhidmatan ke kawasan perumahan padat dan meninggalkan pautan last mile itu kepada tempat-tempat yang lain itu bagi kepada TM sahaja. Saya rasa ini tidak adil terhadap TM sama sekali. Terima kasih.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memang saya setuju dengan apa yang dibangkitkan. Memang ini perlu dijawab oleh pihak kementerian dan harap itu dimasukkan sebagai sebahagian dalam perbahasan saya. Sungguhpun kawasan seperti di taman kediaman saya sendiri telah dinaiktarafkan sebagai UniFi tetapi apa yang dijanjikan masih tidak dapat ditunaikan tentang dia punya servis dan coverage, memang masih weak. Mengikut pihak TM, mereka masih cuba membetulkan keadaan ini, tetapi saya nampak ada sedikit tambah baik namun masih tidak seperti yang dijanjikan dan harap perkara ini dapat diambil berat. Banyak terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Kuala Kangsar. Malam tadi hebat di TV1.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bagi pihak seluruh rakyat Parlimen Kuala Kangsar ingin menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sangat berhikmah dan bersulam kehalusan dan kejernihan dan kasihnya Duli Tuanku terhadap rakyat terzahir dengan titah yang membina lagi bijaksana. Tuan Yang di-Pertua, pengukuhan institusi keluarga amat penting bagi menjamin masa depan negara. Pastinya kaum ibu adalah antara kunci utama bagi membolehkan anak-anak menjadi rakyat yang berjaya, pemimpin yang berkaliber dan berguna untuk negara. Satu-satunya cara bagi misi dan visi ini tercapai pada pendapat saya antara cara yang terbaik adalah ibu-ibu ini perlu menjaga dan mendidik anak-anak sepenuh masa. Namun, demi melaksanakan visi dan misi ini, ibu-ibu ini perlulah diberi pilihan menjadi suri rumah dalam masa yang sama berkerjaya. Perniagaan online adalah salah satu kerjaya yang boleh diperluas dan diperkukuhkan untuk kaum ibu agar nanti mereka bukan sahaja digelar dengan izin, housewives tetapi working housewives. Menjaga, mendidik anak tetapi masih mampu menjana pendapatan keluarga. Kementerian MITI perlulah merangka dan mengenal pasti perniagaan online yang membolehkan kaum ibu ini menjana pendapatan. Latihan dan kemahiran serta pemantauan berterusan perlu dijalankan khas dirangka demi kejayaan. Walaupun usaha ini nampak dibuat tetapi ketidaksepaduan dan perencanaan yang lebih tersusun dan bersasar kepada kumpulan ini harus dibuat secara perdana supaya ia menampakkan hasil dan keberkesanan. National eCommerce Council harus mengambil kira kelompok ini di dalam National eCommerce Strategic Roadmap

(NESR) 2007 to 2020 kerana ia mewakili peratusan yang besar populasi negara dan mempunyai kesan yang besar sekiranya satu koordinasi dibuat secara serius. Tuan Yang di-Pertua, di Kuala Kangsar dan Malaysia amnya iaitu masalah perumahan di kalangan ibu tunggal yang miskin sangat memerlukan penyelesaian. Ramai ibu tunggal ketiadaan rumah dan tiada pendapatan yang kekal seperti, ‘Jatuh ditimpa tangga’. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mewajibkan semua pemaju perumahan Aman Jaya 1 kos rendah yang dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Harta Tanah negeri Perak memperuntukkan kuota lima peratus kepada ibu tunggal miskin. Maka saya mohon dan menyarankan supaya Kerajaan Pusat juga memperuntukkan lima peratus daripada perumahan yang dibina di bawah skim-skim di bawah Kerajaan Persekutuan kepada ibu tunggal miskin. Ini menjamin ibu-ibu tunggal yang layak mendapat rumah sedikit sebanyak terjamin.

Saya juga memohon supaya setiap ibu tunggal dibantu dan diberi kemahiran secara percuma di mana-mana pusat kemahiran yang dekat dengan tempat mereka supaya mereka dapat meneruskan hidup berdikari. Di Pejabat Parlimen Kuala Kangsar, saya ada menyediakan kaunter kemahiran dan kaunter pekerjaan untuk ibu tunggal dan warga Kuala Kangsar yang memerlukan, yuran kursus kemahiran ini dibiayai oleh pejabat saya dan kursus yang dipilih adalah yang jangka pendek dan yang ada nilai pasaran secara serta-merta. Padanan pekerjaan juga saya laksanakan untuk ibu tunggal yang sudah ada kemahiran tetapi memerlukan pekerjaan. Temu duganya saya uruskan dan duit tambang ke temu duga saya biayai berserta surat sokongan sekiranya perlu. Saya berpendapat inisiatif ini perlu dibuat peringkat nasional kerana ia sangat membantu dan memberi semangat kepada ibu tunggal untuk meneruskan tugas mereka yang memerlukan pembelaan. Tuan Yang di-Pertua, ancaman luar dan dalaman negara adalah satu perkara yang perlu ditangani sebaik-baiknya sebelum ia berlaku. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar sistem pertahanan negara diperkasakan adalah bertepatan dan wajar dilakukan kerajaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kelengkapan pertahanan sama ada logistik atau intelligence-nya perlu ditingkatkan. Kita amat berterima kasih kepada angkatan tentera dan polis yang sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara bagi mengekalkan keamanan dan rakyat hidup dengan aman dan makmur. Ucapan terima kasih sahaja tentu tidak mencukupi kepada mereka. Oleh itu, adalah disarankan kepada kerajaan agar terus menjaga kebajikan bukan sahaja kepada mereka tetapi keluarga mereka. Cadangan untuk mendahulukan wira-wira kita ini untuk mendapatkan rumah mampu milik dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan amat dialu-alukan. Saya yakin wira-wira kita tentunya menerima berita yang baik ini dengan gembira. Saya juga berharap pemaju perumahan tidak kira dari agensi kerajaan atau swasta dapat juga melakukan perkara yang baik ini. Tuan Yang di-Pertua, jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melihat penyakit mental akan menjadi bebanan dunia nombor dua selepas penyakit jantung menjelang 2020 dan akan menjadi bebanan dunia pertama pada tahun 2030. Kita harus sedar bahawa satu daripada tiga penduduk berkait rapat dengan isu mental. Faktor genetik keturunan, gangguan bahan kimia dalam otak seperti dopamine yang berlebihan dalam penyakit skizofrenia, jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah adalah faktor-faktor besar yang mempengaruhi kesihatan mental. Kaji selidik WHO melaporkan bahawa tiada definisi tepat tentang apa itu kecelaruan ataupun penyakit mental dan kebanyakan perkara itu bergantung kepada konteks sosiobudaya, ekonomi dan undang-undang yang berlainan dan masyarakat yang berlainan. Maka kita harus melihat perlakuan pesakit mental Malaysia di dalam konteks kita di Malaysia. Seharusnya apa elemen-elemen yang ada di persekitaran kita mungkin meninggalkan kesan kepada orang Malaysia walaupun tidak kepada rakyat dari negara atau rantau lain.

Terkini pesakit mental boleh di diagnosis kan menggunakan DSM-5, Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition. Saya berpendapat sudah sampai masanya satu usaha perdana yang berterusan dan berterus terang dan jelas merentasi kekangan persepsi yang tidak mahu menerima hakikat mengenai penyakit ini dengan izin, has reached our doorstep. Kalau tidak bertindak mendepani secara agresif dan berfokus, kita akan melihat satu keadaan yang sangat menyedihkan. Saya pasti generasi TN50 akan dilanda satu musibah berkait langsung dengan penyakit ini sekiranya serangan penyakit ini tidak ditangani dan diambil kira dalam pembinaan negara bangsa. Saya juga mencadangkan supaya satu kempen besar- besaran dan promosi mengenai sikap dan penerimaan kenyataan mengenai penyakit ini dibuat. Saringan harus dibuat ke atas warga yang masuk ke alam pekerjaan. Kempen penerangan pencegahan harus dibuat di peringkat persekolahan dan kempen menghapuskan stigma terhadap pesakit mental dan penyakit mental mesti diteruskan dipertingkatkan lagi. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Sumber Manusia menjalankan satu inisiatif gabungan program-program penerangan dan program-program profiling di peringkat masyarakat akar umbi wajib dibuat dan bantuan psikologi harus dibuat selain daripada bantuan fisiologi dan perubatan. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada usaha program PERMATA, satu contoh di mana usaha memastikan kesihatan mental dibuat dari awal lagi di dalam proses pendidikan awal kanak-kanak kerana berjaya memulakan kempen meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan kanak-kanak dibesarkan di dalam persekitaran yang selamat dan kondusif bagi membina masa depan yang optimum. Perlakuan seksual grooming adalah satu contoh bentuk kecelaruan mental yang sangat menjijikkan sekiranya tidak dibendung atau dicegah ketika ia mula membenih. Ia bukan hanya akan memudaratkan pemangsa tetapi juga akan memudaratkan si mangsa hingga ke akhir hayat. Menjunjung kasih Tuanku kerana mengambil berat mengenai kebajikan kanak- kanak yang saya percaya Duli Tuanku juga peka dengan masalah kesihatan mental kanak-kanak dan juga penyakit mental kanak-kanak serta masyarakat umumnya. Titah Duli Tuanku, satu rang undang-undang jenayah seksual kanak-kanak untuk menangani masalah tersebut secara komprehensif akan dibentangkan. Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat Ahli Parlimen sama ada di pihak kerajaan dan juga sahabat- sahabat di pihak pembangkang supaya menyokong Rang Undang-undang Seksual Kanak-kanak 2017 yang bakal dibentangkan. Janganlah kita ada kekangan untuk menyokong RUU ini nanti demi masa depan negara. Tuan Yang di-Pertua, penjagaan alam sekitar adalah satu agenda penting bukan sahaja kepada negara malahan dunia. Pembangunan pesat dan penyalahgunaan penebangan hutan menyebabkan banyak kemudaratan kepada kawasan setempat dan tentunya membabitkan harta dan nyawa manusia. Banjir kilat, banjir besar, tanah runtuh dan kepupusan spesies hutan dan binatang liar adalah berpunca daripada kerakusan manusia yang tidak peka dalam penjagaan alam sekitar ini. Banyak penempatan hutan, sungai dan laut yang terbiar tanpa punya penyelenggaraan yang baik. Contohnya di kawasan Parlimen saya di Kuala Kangsar, banjir adalah satu fenomena yang menakutkan kerana Sungai Perak sudah semakin tohor dan tidak didalamkan. Akibatnya sistem pengaliran air sungai menjadi tidak menentu dan banjir berlaku. Parlimen Kuala Kangsar ada memberikan cadangan setelah membuat kajian agar perkara banjir ini dapat ditangani. Satu pelan untuk mendalamkan dan menjadikan tebing Sungai Perak sebagai kawasan riadah, perniagaan dan pelancongan yang cantik dan murah telah dicadangkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Pelancongan. Saya yakin dan percaya sekiranya permohonan Parlimen Kuala Kangsar diberikan sedikit perhatian, bukan sahaja masalah banjir ini dapat diatasi malahan ia akan memberikan manfaat kepada rakyat Kuala Kangsar di dalam industri pelancongan dan pendapatan ekonomi berganda. Tanah adalah aset yang bernilai Tuan Yang di-Pertua. Antara faktor yang menyebabkan tanah terbiar adalah kerana faktor status pemilikan harta pusaka yang tidak diselesaikan di atas faktor perbalahan, kurang pengetahuan, kurang modal, usia pemilik yang tidak mampu menjalankannya, tidak mempunyai idea dan peluang dan berbagai-bagai kekangan yang lain yang sudah tentu satu pembaziran aset negara di kalangan rakyat. Saya sarankan supaya ia ditangani supaya rakyat dapat dibantu untuk

menjana pendapatan dengan aset yang mereka ada terutama sekali pertanian di luar bandar yang kebanyakan pemiliknya adalah bumiputera. Saya mencadangkan supaya satu usaha yang berpadu dengan kerajaan- kerajaan negeri untuk memastikan tanah-tanah terbiar dikenal pasti dan sebuah badan bertindak yang berkesan ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada tanah-tanah terbiar ini. Saya pasti sekiranya ada khidmat nasihat perundangan secara mikro terus kepada pemilik tanah dan khidmat nasihat penggunaan tanah dan pengusaha yang mampu membantu, saya pasti ia akan dapat menyelesaikan polemik ini. Saya adalah seorang Ahli Parlimen yang mewakili rakyat luar bandar. Rakyat Bandar Diraja Parlimen saya kebanyakannya adalah rakyat yang berkerjaya penjawat awam, pesara, petani, penternak, nelayan atau bekerja sendiri. Cukup makan, pakai, cukup untuk meneruskan kehidupan walaupun tiada kemewahan luar biasa. Namun dalam menjalani kehidupan tanpa mempunyai kehendak luar biasa, rakyat di Kuala Kangsar masih mahukan keperluan-keperluan asas yang masih tidak ada atau mencukupi.

Permintaan mereka tidaklah banyak, tidak besar, malahan yang patut-patut sahaja. Cukuplah kalau ada lampu jalan di kampung-kampung mereka, surau dan bangunan serba guna kecil yang mampu digunakan untuk beribadah dan membuat majlis setarafnya. Ada jalan kampung masih gelap, Tuan Yang di-Pertua, yang meliputi beberapa kampung. Saya berharap agar permohonan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diluluskan. Setakat ini Yang Berhormat Menteri KKLW sangat membantu usaha yang dibuat di Parlimen Kuala Kangsar. Hanya masih ada yang kami perlukan untuk menyempurnakan usaha saya membantu rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup yang semakin meningkat dengan harga barangan yang semakin melambung adalah keluhan yang kita dengar daripada rakyat. Gaya hidup rakyat yang telah bertukar kepada lebih baik juga menyumbang kepada ketidakcukupan saraan hidup mereka. Kalau dulu, seorang kerani untuk pergi makan angin dalam negara setahun sekali pun amatlah jarang. Hari ini mereka akan ke Melaka atau Port Dickson sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jika dahulu hanya seorang sahaja yang ke kedai bersarapan, hari ini isteri dan anak boleh pergi sarapan sendiri- sendiri. Anak-anak dahulu kalau cuti di sekolah berasrama atau universiti balik naik bas atau kereta api, sekarang sudah ada motokar atau motosikal sendiri. Hakikatnya, saya percaya gaya hidup yang berbeza dan berbelanja lebih daripada keperluan dan sikap berjimat-cermat dan menabung yang semakin menurun dan tidak menjadi keutamaan menambah lagi kegusaran masyarakat. Sikap dan gaya berbelanja harus menjadi ingatan semua warga supaya kita tidak terjerumus ke dalam keadaan yang tidak ada kesudahannya dan menjadi ratahan fitnah dan momokan pihak- pihak yang mahu melihat usaha baik kerajaan ini ditolak dan tidak dihargai. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku menitikberatkan perpaduan sebagai ciri yang amat penting dalam negara kita. Apatah lagi negara kita mempunyai pelbagai bangsa, kaum, etnik, dan rakyat yang beriman dengan pelbagai kepercayaan dan agama. Menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Muhammad V yang mahukan kita bersama-sama dalam mendaulatkan negara walaupun kita berbeza pandangan politik dan berbeza ideologi. Maruah dan kemerdekaan negara wajib kita pertahankan bersama. Saya mohon dan berdoa moga kita sebagai Ahli Dewan Rakyat yang dipilih mencari satu persamaan di dalam apa yang kita bawa ke Dewan yang mulia ini. Agenda yang tersembunyi yang memusnahkan usaha negara tidak akan membantu kita. Bumbung berteduh yang ada hanya satu, terletak di atas kepala kita, runtuhnya ia diserang yang lain atau dari luar dan dalam kerana ketidakbersatuannya kita dan perbalahan antara kita. Yang menjadi mangsa bukan hanya kami yang di sebelah sini tetapi juga sahabat-sahabat yang di sebelah sana. ‘Di mana bumi dipijak, di situlah langit yang dijunjung’, ‘Berkatalah benar bertinta keikhlasan’ dan ‘Rakyat makmur, negara terpelihara’. Akhir kata, menjunjung kasih Duli Tuanku. Saya menyokong Usul Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan ramai lagi Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berhujah dan esok tidak ada tambahan masa kerana esok adalah hari Khamis, maka saya telah membuat keputusan untuk mengehadkan masa kepada 10 minit. Jadi tolong, penjaga masa, 10 minit mulai

Tuan Yang di-Pertua

daripada Ahli Yang Berhormat yang saya akan panggil sekarang ini. Sila Yang Berhormat Kuala Nerus, 10 minit.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sememangnya bagi Kerajaan Saba’ di tempat kediaman mereka ada tanda kekuasaan Allah iaitu dua taman daripada kanan dan kiri. Makanlah daripada rezeki yang diberikan oleh Rabb kamu dan bersyukurlah kepadaNya. Satu bumi yang baik dan Rabb yang Maha Pengampun.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Aristotle seorang hukama terkenal menyatakan bahawa, “Mana-mana pemerintah yang menjadikan kerajaannya sebagai khadam bagi agamanya, maka dia layak untuk terus memerintah. Manakala mana-mana pemimpin menjadikan agama khadam bagi pemerintahannya, maka ia layak untuk dihancurkan oleh Tuhan.” Kata-kata Aristotle itu adalah selaras juga dengan apa yang disebut oleh para fuqaha Islam dalam bidang politik Islam yang menyatakan bahawa konsep politik dalam Islam ialah... [Berucap dalam bahasa Arab] Menegakkan agama dan mentadbir bumi dengan agama Allah SWT. Saya mendengar Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan penuh teliti. Saya merumuskan bahawa hasrat besar daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah supaya negara kita menjadi bumi yang disebut sebagai... [Berucap dalam bahasa Arab] “Bumi yang baik, bumi yang sejahtera yang mana Rabb- nya memberi keampunan kepada para pemimpinnya dan keampunan kepada rakyatnya”. Maka untuk menjadi bumi yang diberkati ini, maka ada tiga asas penting yang perlu kita lihat. Pertama sekali, asas akidah dan kepercayaan. Kedua, asas syariat perundangan dan yang ketiga, asas akhlak dan juga moral. Pertama, akidah dan kepercayaan. Negara kita meletakkan satu peruntukan dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk diamalkan, dan juga Rukun Negara menyebut kepercayaan kepada Tuhan. Ertinya, asas kepercayaan beragama yang percaya adanya alam akhirat yang mana manusia akan dihisab di alam tersebut, percaya adanya syurga dan juga neraka, dosa dan juga pahala adalah asas bernegara bagi negara kita. Maka, sepatutnya itulah yang mesti kita perkasakan di semua peringkat bermula dengan pemerintahnya turun kepada rakyatnya, bermula daripada rakyat dan naik kepada pemerintahnya. Hari ini kita bercakap isu yang paling besar berkaitan dengan rasuah. Hingga kita baca satu kenyataan oleh Transparency International yang menyatakan bahawa indeks persepsi rasuah negara kita Malaysia jatuh daripada 54 ke 55 daripada 176 buah negara. Kita dengar akhir-akhir ini bagaimana sebahagian penjawat awam termasuk di kalangan Exco yang ditangkap dan sedang dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Ini menimbulkan persoalan kepada kita tentang tahap rasuah yang sedang kita hadapi pada hari ini. Bukan hanya daripada atas bahkan juga daripada paling bawah peringkat pentadbiran. Daripada mereka yang bekerja sebagai kerani-kerani di jabatan kerajaan hinggalah sampai ke mereka yang mungkin bergelar Menteri dan sebagainya pada masa akan datang. Maka timbullah persoalan kepada kita, bagaimanakah untuk kita menangani isu rasuah ini? Ini kerana rasuah adalah penyakit mereka yang ada kuasa walaupun sikit. Itu penyakit manusia sepanjang zaman. Ubat kepada penyakit ini adalah agama, tidak dapat tidak. Keyakinan adanya syurga dan juga neraka, takut kepada tuhan, takut akan dihisab di hari akhirat Allah Taala. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Barang siapa yang buat satu perkara baik walaupun sebesar zarah, dia akan melihatnya” [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Siapa yang melakukan walaupun sebesar zarah kejahatan, dia tetap akan melihatnya.” Ini polis yang ada dalam diri masing-masing, malaikat yang menyaksikan dan mencatat apa yang ditulis. Kesedaran adanya polis inilah dalam diri manusia mesti dipertingkatkan. Kita tidak berhadapan dengan manusia yang kaya harta atau manusia miskin harta tetapi kita berhadapan dengan orang yang miskin jiwa. Ada di kalangan Ahli-

ahli Yang Berhormat yang bercakap membawa contoh seorang yang miskin yang akhirnya membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. Bagi saya, bukan kerana dia miskin harta, tapi kerana miskin jiwa. Orang yang miskin jiwa walaupun dia kaya hartanya, dia akan merosakkan seluruh dunia ini. Kerana itulah Nabi Muhammad SAW bersabda kepada sahabat... [Berucap dalam bahasa Arab] , “Adakah kamu rasa banyak harta itu adalah kaya?” Kata sahabat, “Ya”. [Berucap dalam bahasa Arab] “Dan kau merasakan sikit harta itu adalah miskin?” Kata sahabat, “Ya”.

Lalu, sabda Nabi Muhammad SAW, [Membaca sepotong Hadis] , “Sebenar- benar kaya, adalah kaya jiwa”. Seorang yang kaya harta tetapi miskin jiwanya maka dia tetap akan mencuri. Dia tetap akan merompak. Mereka yang mencuri dan merompak hari ini bukan hanya seorang yang miskin, yang tidak boleh makan tetapi mereka juga kaya mempunyai kumpulan-kumpulan yang mencuri dan merompak secara bersistem. Kenapa? Bukan kerana miskin harta, kerana miskinnya jiwa. Seorang yang kaya harta, miskin jiwa tetap akan mencari harta walaupun dengan cara yang diharamkan oleh Allah SWT. Seorang yang miskin, Islam tidak menggalakkan umat menjadi miskin. Nabi Muhammad SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] , “Ya, Allah aku berlindung kepada Mu Ya Allah daripada kekufuran dan kefakiran”. Hadis riwayat Abu Daud. Miskin itu adalah satu situasi yang mungkin berlaku kepada sebahagian manusia tetapi yang paling penting ialah jangan jadi miskin pada jiwa. Seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwanya, dia akan bersabar dengan kemiskinannya dan tidak akan tergamak melakukan perkara yang haram semata-mata untuk memenuhkan perut yang lapar. Maka kerana itulah perkara pertama yang mesti kita betulkan di semua peringkat sama ada pada peringkat pendidikan yang formal ataupun tidak formal ialah menyediakan keimanan, ketakutan dan ketakwaan kepada Allah di semua peringkat khususnya mereka yang bergelar pentadbir daripada bawah sampai ke atas. Kita mengingatkan sesiapa sahaja yang ada jawatan di peringkat kerajaan dengan satu Hadis Nabi Muhammad SAW, [Membaca sepotong Hadis] . “Hadiah-hadiah yang diberikan kepada para governor, para pemerintah, Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri-menteri, exco-exco adalah harta khianat” dengan maksud harta rasuah. Sekiranya para pemerintah boleh memberi contoh yang baik kepada rakyat untuk tidak mengambil rasuah walaupun sedikit, tidak mengambil hadiah walaupun sedikit, maka ia akan menjadi contoh yang besar kepada rakyat terkemudian agar mereka juga tidak mengikut apa yang dibuat oleh pemerintah yang salah. Seperti mana ketam yang berjalan tidak betul, tidak mungkin boleh mengajar anaknya berjalan betul. Itu yang pertama. Kedua, kita bincang tentang isu kos hidup rakyat pada hari ini. Setiap masyarakat akan bincang isu ini, sepanjang zaman. Isu kenaikan harga barang, isu kos hidup yang semakin meningkat tetapi apa yang pasti, kita lihat apa sebab kepada kenaikan kos hidup. Kerajaan tidak boleh menafikan bahawa GST menjadi sebab kepada kenaikan harga barang. Pelbagai kajian yang dibuat tidak menafikan kenaikan harga barang cuma mereka berbeza pada kadarnya. Ada yang menyatakan kenaikan harga barang hanya berlaku pada tahun pertama sahaja GST dilaksanakan. Akan tetapi kita sudah masuk tahun yang kedua. Kenaikan barang kita saksikan dengan jelas. Ia tidak akan menurun. Ertinya GST benar-benar merosakkan. Kenapa ia merosakkan? Ya, kerajaan mendapat wang, mendapat duit yang besar, di luar daripada jangkaan. Jangkaan asal hanya mendapat RM15 bilion tetapi yang dapat, RM20 bilion lebih. Jangkaan asal mendapat hampir RM30 bilion, yang dapat RM40 bilion lebih. Ya, kerajaan mendapat wang tetapi wang yang dirompak dengan cara sistem yang halal atas kertas daripada rakyat. Kenapa saya katakan dirompak? Ini kerana GST adalah sistem yang salah. Saya ulang berkali-kali di Parlimen dalam ucapan saya bahawa GST adalah sistem cukai tidak patuh syariah. Yang sepatutnya sistem cukai kita mengambil daripada orang yang kaya [Membaca sepotong hadis] , diambil daripada orang kaya diberikan kepada orang miskin tetapi yang berlaku ialah GST mengambil daripada orang kaya dan mengambil daripada orang miskin untuk dikembalikan juga kepada orang kaya dan sebahagian orang miskin. BR1M yang diberikan tidak cukup untuk cover segala kos kenaikan harga barang disebabkan oleh GST, kerana itulah. Oleh sebab masa sangat pendek diberikan, kena pada giliran pertama saya yang mula pagi tadi, tidak mengapalah. Cuma saya hendak menegaskan bahawa

kerajaan sepatutnya dengan segera membatalkan GST daripada dilaksanakan. Itu bukan hanya harapan rakyat bahkan harapan ramai Ahli-ahli Parlimen walaupun daripada kerajaan sendiri yang tidak mampu bercakap secara terbuka. Wallahualam. Saya menjunjung kasih atas Titah Tuanku. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Besar. 10 minit, Yang Berhormat.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya terlebih dahulu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong yang lepas kerana negara kita aman, ekonomi berkembang dan rakyat terbela. Begitu juga harapan rakyat supaya negara terus maju di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang baru. Bukan sahaja negara terus maju dari sudut ekonomi tetapi juga tidak ada sabotaj, fitnah, manipulasi dan tuduhan yang tidak berasas terhadap pemimpin negara demi keamanan negara yang kita cintai. Kita lihat sokongan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang sedia ada terus kukuh dalam kita mencapai kejayaan untuk membela rakyat. Kita lihat demonstrasi, dulunya demonstrasi Bersih 1, 2 dan sebagainya dan baru-baru ini pun sudah tidak ramai orang. Apa lagi walaupun demonstrasi itu dicampur dengan parti baru tetapi rakyat menyokongnya sudah tidak ramai. Sedangkan perhimpunan RUU 355 mendapat sokongan padu rakyat di seluruh negara dan begitu ramai berbanding dengan perhimpunan Bersih di mana Parti PAS dan UMNO bergabung dan kita harap teruskan usaha ini supaya rakyat lebih banyak menyokong kerajaan yang sedia ada. Kita lihat kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib sekarang ini telah terus mendapat keyakinan di pihak antarabangsa dengan pelabur daripada China dan baru-baru ini King Salman, Ketua Kerajaan Saudi dan Penjaga Dua Masjid telah datang untuk melabur ke negara kita. Kita lihat, kita buat kerja, kerajaan buat kerja tetapi pembangkang hanya dok cari komen, dok cari salah dan sebagainya. Alhamdulillah, kemasukan dana pelaburan yang nilai berbilion-bilion ringgit itu merancakkan perkembangan ekonomi. Cuma saya hendak maklumkan sedikitlah, pada pihak-pihak yang menjaga kepentingan bumiputera, kita hendak kalau boleh, tiap-tiap projek berbilion-bilion ini ada penyertaan bumiputera. Kita lihat daripada projek berbilion- bilion sampai ke pasar raya-pasar raya yang besar, sampai ke gerai-gerai di shopping complex yang besar, tidak ada kebanyakannya bumiputera, yang berniaga hanya satu, dua buah gerai sahaja. Jadi kita lihat, perlulah dilihat perkara ini supaya rungutan serius daripada masyarakat peniaga bumiputera ini terhadap kerajaan. Usaha kepimpinan dalam memajukan negara ini tidak akan berjaya tanpa bantuan pegawai kerajaan ataupun pegawai perkhidmatan awam ataupun penjawat awam. Saya hendak terang sedikit. Apa makna penjawat awam ini? Penjawat awam ini adalah rakyat membayar gaji kepada mereka berkhidmat untuk orang awam. Saya ucapkan tahniah kepada kakitangan awam seperti SPRM, Kementerian Luar, MITI, polis, tentera dan sebagainya kerana telah membuat kerja dengan cemerlang untuk rakyat, tetapi ada juga yang tidak bekerja dengan baik. Saya ingin melihat di sini, menyentuh sedikit bab polis, bukan semua. Saya puji trafik, SB menjejak Daish iaitu ISIS dan sebagainya, kawal sempadan, kecurian malah kalau orang mencuri di kedai judi pun ditangkap. Ini cukup hebat tetapi saya hendak cerita sedikit bab Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang tidak melakukan kerja dengan baik malah menghabiskan duit rakyat. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu insiden iaitu RISDA telah ditipu oleh satu syarikat peguam di Sabah. RISDA membeli satu bidang tanah di Sabah tetapi ditipu di mana tanah tersebut adalah tanah NCR, tidak boleh dibeli tetapi dimaklumkan oleh seorang orang tengah yang sekarang ini menjadi Naib Presiden parti yang baru ditubuhkan di Sabah. Kononnya seorang pemimpin yang hebat, hendak membela rakyat, buat parti baru tetapi tipu. Tipu duit orang miskin, duit RISDA. Kita buat laporan. Kita buat laporan yang bukan sedikit. Wang RM15 juta duit pekebun kecil, duit orang susah ditipu. RM15 juta. Kita buat laporan polis. Kes ini berlaku tahun 2014, laporan polis dibuat bulan Mac tahun sudah. Sampai sekarang, kita tanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), jenayah jahanam kerajaan pula, duit kerajaan ini.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Jadi kita lihat di sini bahawa bulan tiga, sekarang sudah bulan tiga, 12 bulan setahun 365 hari tidak siasat. Tiada tindakan diambil. Tidak bawa masuk mahkamah. Apabila kita tanya, sedang siasat. JSJK ini buat apa? Oleh sebab itu, saya tengok kes baru-baru ini di Selangor, 50 juta lebih rakyat ditipu. 100 orang lebih baru siasat. Gaji mahal satu jabatan, setahun tak boleh siasat. Duit bagi dekat peguam, peguam tipu duit pekebun kecil tetapi siasat setahun tidak ada kes. Bila kita tanya, “Oh! Peguam Negara tak bagi kes”, “Suruh hantar balik. Siasatan tidak lengkap.” Takkan tak tahu buat kerja? Jadi saya tak faham, JSJK ini tak tahu buat kerja atau pun tak buat kerja? Ataupun ada orang atas dok bayar-bayar sebagainya? Ini yang kita kena lihat. Ini saya beritahu kepada Menteri Dalam Negeri bukan kementerian tetapi satu jabatan ini perlu dilihat kerana penipuan banyak berlaku tetapi tindakan tidak diambil. RM15 juta duit rakyat, ini kena ingat. Kemudian syarikat apabila kita buat laporan polis, dia buat kes pula saman malu. Curi duit tak malu. Lepas itu dia saman malu kerana kita buat kes. Dia sama ini berlaku kes ini Menteri dulu, Menteri dulu. Sekarang dia tak serupa hendak bela rakyat pula. Ini Menteri dulu punya kes ni. Kes KLW Menteri dahulu. Termasuk dengan Pengerusi RISDA yang lepas dan sebagainya. Ini lepas ni siasatan dibuat dia saman malu pula. Dia curi duit tak malu, dia saman malu. Ini berlaku dalam negara kita dan JSJK tak buat apa-apa. Jadi kita minta bahawa tolong, satu jabatan menghabiskan duit rakyat, rakyat bayar gaji. Rakyat kena tipu siasat lah cepat, takkan susah hendak siasat? Masuk duit kepada lawyer, lawyer tipu duit. Siasat apa lagi? Jadi ini perlu diberi perhatian kita takut kerana ada benda-benda orang atas yang terlibat dan kita minta disiasatkan dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua kita hendak tanya RM15 juta ini mana dia income tax? Mana dia Bank Negara? Bank Negara ni kalau kita keluarkan duit RM50,000 kena isi borang. RM15 juta duit dikeluarkan Bank Negara tak buat apa-apa siasatan. Mana income tax? Jadi kita lihat. Hari ini saya beritahu dekat Parlimen, tolong Bank Negara ni AMLA- sudah patut kena AMLA dah. Kalau orang kecil-kecil itu RM80,000 berapa ribu kita siasat. Ini kes yang besar yang kita sampaikan kepada rakyat supaya JSJK ini mengambil tindakan, jangan pandang buat-buat tak tahu. Kedua, saya ingin menyentuh sedikit tentang Jawatankuasa Tenaga Kerja. Baru-baru ini RISDA dan agensi-agensi kerajaan lain merungut kerana memohon pekerja asing tak dapat. Saya hendak cerita bagi kelapa sawit ini. Ladang kelapa sawit ini yang sesuai kerja orang Indonesia sahaja. Ini kerajaan agensi kerajaan memohon pekerja asing untuk kutip buah. Buah sawit ini dua hari tak kutip maka kerajaan akan rugi tak boleh pakai. Contoh dalam sebulan dua pusingan. Kalau satu tan 700, seribu tan tak kutip maknanya 700,000. Sebulan dua kali. Kalau seribu tan maka 1.4 juta. Kita pohon Jawatankuasa Tenaga Kerja, mereka cakap tak lulus. Ini apa buat? Jawatankuasa Tenaga Kerja, Menteri sokong pun tak lulus? Ini Sumber Manusia dan juga KDN. Ini pegawai kerajaan, penjawat awam apa buat? Menyusahkan kita. Kalaulah agensi kerajaan ladang sawit satu negara ini maka berbilion rakyat rugi duit dan kerajaan rugi duit tak boleh bayar income tax. Lepas itu tubuh pula— mereka ini dibayar gaji oleh rakyat untuk buat memudahkan kita memohon pekerja asing, tubuh pula MyEG dan sebagainya rakyat tanggung kos lagi. Satu orang kalau mohon pada MyEG selepas lulus JSJK kena pi MyEG. MyEG ini RM1,138 tambahan lagi kos rakyat. Rakyat kena bayar lagi. Begitu juga kelulusan pembantu rumah cukup suka sekarang RM15,000, maka rakyat merungut. Ini jawatankuasa ini tolonglah – jawatankuasa ini tolong lihat bahawa janganlah kadang- kadang kita menyusahkan rakyat. Meniaga rugi berbilion, ladang sawit banyak buah tidak dikutip. Jadi Jawatankuasa Tenaga Kerja ini jangan buat jawatankuasa menyusahkan rakyat dan menyusahkan syarikat-syarikat. Lepas itu warning pula syarikat, kalau ambil pekerja asing kami freeze setahun. Dah tak buat kerja, kita susah payah tiga tahun setengah tanam sawit lepas itu susahkan kita pula dapat hasil tak boleh kutip. Ini perkara- perkara yang perlu dilihat oleh kerajaan supaya memudahkan kerja rakyat supaya rakyat lebih senang mencari makan terutamanya kawasan-kawasan perladangan. Ketiganya saya hendak sentuh sedikit berkenaan dengan rungutan daripada Yang Berhormat Pandan baru ini mengatakan bahawa satu convention centre yang dibuat di Langkawi itu menelan duit rakyat merugikan rakyat. Saya hendak sentuh sedikitlah. Di kawasan utara ni tak banyak projek, tidak banyak projek. Di kawasan utara ini– minta maaf Tuan Yang di-Pertua minta masa sedikit sebab mengatakan Perdana Menteri itu dan ini dan Perdana Menteri meluluskan membuat satu convention centre di Langkawi. Banyak hotel di Langkawi tetapi tidak ada convention centre. Dia menjadi pusat pelancongan. Kalaulah kerajaan bagi geran dan sebagainya kalau projek itu

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

beratus juta ringgit, itu biasa sahaja sebab hendak memajukan kawasan di sebelah utara terutamanya kita dapat hasil pendapatan pelancongan. Perlis untung, Kedah untung dan belah Pulau Pinang untung kerana ada pelancongan. Ramai pihak international membuat convention di sebelah utara. Jadi janganlah kita duduk di belah pekan, di belah Kuala Lumpur kita marah orang bagi projek di sebelah utara. Begitu juga dengan sistem minyak. Saya hendak sentuh sedikit tentang minyak ini sebab kata menghabiskan duit rakyat dan sebagainya. Saya hendak beritahu, di bandar ini macam-macam ada. Contohnya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena patuh kepada peraturan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Saya hendak sentuh sedikit bab luar bandar ini tentang minyak ini. Sebab kata minyak ini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau saya benarkan Yang Berhormat terpaksa saya benarkan orang lain. Yang Berhormat Kuala Nerus pun tadi terpaksa berhenti.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebab masa tak adil kat kami. Tadi orang cakap panjang, kami cakap pendek. Dua tiga minit pun Tuan Yang di-Pertua berkira. Saya minta maaf lah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V yang baru- baru ini telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XV. Menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda, titah ucapannya yang banyak mencakupi perkara-perkara yang amat relevan kepada negara kita pada hari ini. Pertamanya, Seri Paduka Baginda telah menyentuh tentang pemeliharaan ikrar Tuanku untuk memelihara pemerintahan yang adil agar ia dapat memberikan keselesaan kepada rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya dalam ribuan tahun yang silam di dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 126, ada Nabi Ibrahim a.s. memanjatkan doa kepada tuhan semasa Nabi Ibrahim a.s. hendak jadikan Kota Makkah sebagai kota yang masyhur, Baginda meminta kepada Allah supaya dijadikan Kota Makkah ini kota yang mana ia zahir ujud keamanan dan yang keduanya dialirkan rezeki supaya yang beriman tidak mati kelaparan. Alhamdulillah doa Nabi Ibrahim ini dikecapi oleh negara Malaysia dan di atas usaha-usaha, pimpinan-pimpinan kita yang terdahulu, 50-60 tahun yang silam hari ini kita hidup dalam keadaan majmuk tetapi masih aman dan dialirkan rezeki dan saya yakin bahawasanya doa yang kita selalu bacakan di dalam solat duha kita telah Allah makbulkan. Dalam doa yang sedemikian kita selalu meminta kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang halal, yang melimpah, yang tidak tahu dari mana datang kecuali daripada- Nya dan kiranya rezeki kami di langit turunkan ia, kira di bumi keluarkan ia, kira di lautan permudahkan ia. Kita bersyukur kepada Allah SWT bahawasanya negara Malaysia yang tidak terjumpa nikmat seperti negara-negara lain adalah hebat. Rezeki dari langit diturunnya hujan tidak setitik kurang, tidak setitik lebih hingga ditanam apa pun semuanya tumbuh dari bumi, korek di bumi dulu ada bijih timah, bijih besi, bijih bauksit, emas dan sebagainya. Di lautan ada minyak dan ada gas. Kesemua ini adalah rezeki daripada Tuhan dan sesungguhnya Tuhan menguji manusia dengan dua cara dan menguji sesebuah negara juga dengan dua cara. Diberikan kesusahan untuk menguji kesabaran kita dan diberinya kesenangan untuk menguji kesyukuran kita. Kiranya kita syukur akan ditambah nikmat, tetapi jikalau kita kufur akan rasa azabnya. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari yang mengajak kita menzahirkan kepimpinan ataupun pemerintahan yang adil yang saksama yang inklusif demi untuk kesejahteraan sangat-sangat dialu-alukan oleh rakyat jelata.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Ke Bawah Duli Tuanku mencakupi banyak perkara. Akan tetapi oleh kerana masa yang diberikan adalah amat singkat, saya hendak sebutkan secara ringkas yang menarik perhatian umum adalah perkara-perkara seperti TN50 memelihara pemerintah yang adil, keselesaan rakyat, ekonomi dan pendapatan negara dan unsur-unsur yang membahayakan negara seperti radikalisme dan rasuah serta ketirisan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawasanya menzahirkan negara yang adil bukan hanya terletak kepada satu golongan. Saya ingin menyatakan bahawasanya negara kita telah mencapai keadaan yang sedemikian rupa kerana jasa daripada bukan sahaja orang politik tetapi juga pentadbir-pentadbir daripada rakyat jelata daripada umarak, daripada ulama dan hasilnya adalah kita hidup dalam keadaan yang amat selesa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawasanya— oleh kerana masa yang amat singkat saya hendak menyatakan bahawasanya peranan yang dimainkan oleh pentadbir adalah amat besar sekali. Oleh sebab itu saya berasa amat dukacita apabila melihat laporan dan makluman daripada SPRM bahawasanya pentadbir-pentadbir kita di bawah umur 40 tahun, peratusan rasuahnya adalah 54 peratus. Tahun lepas ratusan ditangkap rasuah. Tahun ini ramai lagi juga sama ada di dalam polis, di dalam pejabat tanah dan sebagainya ditangkap. Masa ini adalah sangat mendukacitakan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang ini untuk membaca satu ucapan daripada Perdana Menteri Tun Razak pada tahun 1967 yang menyatakan bahawasanya peranan pentadbir-pentadbir daripada KSU dan KSN sampai hingga ke bawah adalah amat penting di dalam pembangunan negara. Saya bacakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa Inggeris, kepada penjawat awam kata Perdana Menteri iaitu pada ketika itu Tun Razak Hussein tahun 1967 katanya dengan izin, “As civil servants, I hope you will stand up to us as politicians, and not allow yourselves to be dominated by us, because in a true democracy, the civil service has a duty to perform, to place fairly and squarely facts before the politicians based on balanced, unbiased judgement, which the politicians ‘can take it or leave it’ as he so wishes. After all civil servants are pensionable; you have nothing to lose. The future of our country’s…” saya ulang, “The future of our country’s democratic way of life is dependent on you.” Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin menyarankan bahawasanya civil service ataupun perkhidmatan awam kembali kepada semangat yang terdahulu iaitu mereka memainkan peranan yang penting daripada KSN, KSU, AG, Ketua Polis, SPRM dan semuanya harus menyedari bahawasanya mereka juga mempunyai peranan dan fungsi yang besar di dalam menentukan kejayaan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak nyatakan sedikit bahawasanya dalam apa yang disebut inclusivity, inclusiveness saya hendak mengajak kerajaan mengkaji semula di atas konsep inclusiveness seperti apa yang saya hendak secara ringkas di manakah ada inclusiveness sekiranya Ahli-ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat seperti mesyuarat banjir di peringkat daerah, mesyuarat pembangunan daerah, tindakan daerah dan sebagainya. Apakah yang dikatakan inclusiveness sekiranya wakil-wakil rakyat daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mendapat peruntukan tahunan bagi rakyatnya tetapi dinafikan oleh kerajaan terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Kedua, di atas keselesaan rakyat, saya hendak mengingatkan kepada kerajaan yang paling asas keselesaan rakyat adalah berdasarkan kepada yang saya sebut secara ringkasnya adalah tiga ‘l’. Kalau rakyat selesa dengan ‘l’, perutnya tidak lapar, ‘l’ lampin cukup pakaiannya, ‘l’ ada lindung, maka saya kira adalah lebih selamat dan lebih selesa kehidupan rakyat jelata. Ketiganya, kerajaan mesti membahagikan rakyat kita kepada tiga kelompok. Pertama iaitu yang berusia satu hari hingga 20 tahun. Umur 20 tahun hingga 60 tahun. Umur 60 tahun dan ke atas. Umur satu hari ke 20 tahun yang perlu diberikan adalah pendidikan. Maka sistem pendidikan kita mesti diperlihatkan semula. Umur 20 tahun— antara 20 tahun ke 60 tahun memberi perkhidmatan kepada negara. Umur 60 tahun ke atas tua yang kita wajib menjaga kesihatan mereka. Jadi maksud saya, umur satu hari ke 20 tahun kerajaan jangan nafikan hak-hak dan kemudahan untuk rakyat mencari ilmu ataupun pendidikan. Umur 60 tahun ke atas jangan dipotong sebarang peruntukan kepada hospital-hospital, kepada kesihatan dan sebagainya.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, sungguh banyak perkara yang hendak disebut. Akan tetapi oleh kerana masa, saya hendak mengajak kita bina semula negara kita ini iaitu Imam Ghazali mengatakan, “Baiknya umat, bila baiknya umarak, pemerintah. Baiknya umarak, bila baiknya ulama”. Letak meletakkan ulama’ pada tahap yang tinggi. Jadi saya mengharapkan bahawasanya dengan izin Tuan Yang di-Pertua saya hendak menyatakan di sini bahawasanya dengan izin, “What this country needs is for good people to stand up and be counted. Good people includes daripada setinggi-tingginya the rulers, government members, politicians, civil service, civil societies” dan rakyat keseluruhannya. “A nation however rich or strong will collapse when evil triumphs, and evil will triumph when good people do nothing”. Tuan Yang di-Pertua, this country is ours, right or wrong. When wrong, let’s put it right. When right let’s keep it tight. Negara ini kita yang empunya sama ada betul atau tersalah. Jika tergelincir kita perbetulkan sama. Jika lurus bersama, kita pelihara. Akhirnya hanya beberapa rangkap pantun untuk menghormati Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, Berhak disembah hanyalah Allah, Raja yang adil dijunjung perintah, Ikrar Tuanku semulia-mulia titah, Agar dirahmati dikurnia barakah. Berikrar Tuanku memelihara keadilan, Rakyat menaruh penuh harapan, Dipanjang usia, di takhta berkekalan, Doa patik-patik sekalian agar Allah memperkenankan, Ampun Tuanku beribu ampun, Jika persembahan kurangnya santun, Walau berbicara, berseloka, berpantun, Namun doa dan niat sesuci embun. Kepada Allah doa dipanjat, Tuanku dipanjang usia dikurnia berkat, Bersemayam di takhta ditadbir umat, Rakyat dilimpah rezeki sejahtera dan selamat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. [Tepuk] Yang Berhormat Lubok Antu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk ikut serta berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas pada 6 Mac 2017 yang lepas. Perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah mengenai program untuk membantu transformasi pembangunan luar bandar, khasnya penduduk bumiputera Sarawak yang rata-rata tinggal kebanyakan di luar bandar. Dari konteks Sarawak kaum Dayak atau kaum Bumiputera yang lain banyak mempunyai Tanah Adat Bumiputera (NCR) yang masih terbiar, belum lagi dimajukan untuk tanaman-tanaman seperti grass crop, yang boleh memberi hasil lumayan kepada mereka. Jadi dengan ini saya ingin memohon supaya peruntukan ditambahkan untuk memajukan program-program tanaman yang membangunkan Tanah Adat Bumiputera khasnya para pekebun-pekebun kecil. Di sini saya ingin memohon supaya lebih banyak lagi peruntukan disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan seperti RISDA yang menanam getah dan MPOB, Lembaga Koko, Lembaga Getah Malaysia supaya bantuan- bantuan agensi-agensi dapat disalurkan kepada pekebun-pekebun kecil di negeri Sarawak untuk memajukan tanah mereka yang banyak terbiar.

Sudah tentu kalau hasil yang lumayan nanti ia menaik belia-belia di luar bandar lebih berminat untuk membantu ibu bapa mereka dan akan mengurangkan penghijrahan mereka ke bandar-bandar. Dalam hal ini saya memohon supaya satu pusat latihan diwujudkan di kawasan-kawasan Parlimen untuk membantu belia-belia kita diberi bimbingan supaya bagaimana hendak menguruskan, melatihkan mereka supaya mereka dapat menguruskan kebun-kebun mereka secara komersial. Perkara kedua yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai, perkembangan projek-projek yang telah diluluskan di kawasan Parlimen Lubok Antu. Pertama adalah cadangan untuk menaik taraf jalan Hulu Skrang. Di dalam lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pilihan raya negeri yang lepas, beliau telah mengumumkan lebih RM28 juta peruntukan untuk menaik taraf jalan Ulu Skrang yang sepanjangnya 56 kilometer. Dari 56 km Jalan Hulu Skrang, hanya 20 lebih panjang hanya dapat dilalui oleh kenderaan. Selebih itu tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana banyak sungai yang belum ada jambatan dan begitu juga ada kawasan-kawasan curam yang begitu tinggi yang berbahaya dan ada sesetengah tempat tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Rakyat telah bertanya-tanya, bilakah projek ini akan dimulakan? Kedua mengenai kelulusan untuk menaik taraf bekas jalan Brak dari Simpang Sebeliau, Ka Ng Uyau. Kelulusan ini telah diberitahu pada Dewan ini semasa jawapan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjumlah RM12.5 juta telah diluluskan dan setakat ini belum nampak apa-apa projek ini dimulakan. Jadi, saya ingin tahu bilakah kerajaan akan menunaikan janji ini supaya jalan yang menghala ke kawasan Uyau ini dapat diperbaiki dan dapat dilalui oleh kenderaan untuk kampung-kampung atau rumah-rumah panjang yang tinggal sepanjang Lemanak. Pada kemudahan asas, saya ingin tahu mengenai perancangan untuk membawa atau untuk membekalkan air bersih ke kawasan-kawasan yang begitu memerlukan air bersih kerana air sungai telah dicemar dan tidak lagi sesuai diminum tanpa dirawat. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan yang saya maksudkan adalah Wong Pandak, Wong Panjai, Emsawang, kawasan Rasau, kawasan Nanga Kumpang, Ranau dan Kandis dan kawasan San Semanjuk, Seteringin, Kejemut, Tembong, di Tabut kawasan Sarang. Saya ingin tahu bilakah bekalan air ke kawasan ini dapat disalurkan daripada air terawat yang tidak jauh daripada tempat yang mereka yang tinggal di situ. Satu lagi perkara yang saya ingin sentuhkan di sini adalah mengenai kekurangan liputan komunikasi di kawasan Lubok Antu. Kawasan-kawasan yang saya maksudkan adalah kawasan Ulu Tengkari, kawasan Lemanak, kawasan Hulu Skrang, kawasan Deluk. Kawasan ini mereka terpaksa menaik bukit berjalan hingga satu atau setengah jam untuk mendapatkan line mereka untuk berhubung dengan keluarga mereka, atau berhubung dengan pegawai daerah atau berhubung dengan Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan line. Oleh yang demikian, saya minta kerajaan supaya lebih banyak lagi menara komunikasi dapat dibuat di kawasan ini. Begitu juga di kawasan penempatan semula. Walaupun ada menara di tempat mereka di sana tetapi liputannya agak lemah. Mungkin saya mohon kerajaan akan menaik taraf menara yang sudah sedia ada berdekatan di tempat mereka iaitu kawasan tempatan semula hidro Batang Ai. Akhir sekali, saya ingin mengutarakan sekali lagi mengenai masalah kaum Dayak yang masih ketinggalan dari semua aspek. Di sini saya mahu kaum-kaum Iban, kaum-kaum Dayak yang baru mencebur diri dalam perniagaan. Jadi mereka perlu dibantu. Oleh yang demikian, saya mohon supaya tabung khas untuk membantu mereka untuk mendapatkan kredit yang mudah supaya mereka dapat bersaing dengan kaum yang lain. Dengan ini saya ingin menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bandar Kuching.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam usul menjunjung kasih terhadap Titah Tuanku. Ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasaan saya dan salah satu daripadanya adalah mengenai isu autonomi Sarawak yang amat dekat kepada hati setiap orang Sarawak dan pun sering disebut-sebutkan oleh Barisan Nasional negeri Sarawak dan Perdana Menteri juga. Akan tetapi saya meneliti atas isu-isu autonomi yang disebut-sebutkan oleh Barisan Nasional ini hanya

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

menyentuhi permukaan sahaja. Scratching the surface sahaja dan tidak sentuh kepada isu pokok mengenai autonomi Sarawak yang kita hendak tuntut. Pada pendapat saya, isu pokok kalau kita sebutkan autonomi, isu pokoknya adalah hak atas kewangan, pendapatan kerana tanpa apa-apa revenue, tanpa apa-apa pendapatan yang disebutkan autonomi kuasa ini tidak akan dapat dilaksanakan. Semasa hendak melaksanakan certain polisi, hendak minta duit daripada Kerajaan Persekutuan dan saya tidak teliti apa-apa atau tengok ada apa-apa tuntutan untuk hak atas revenue kerajaan mengenai autonomi Sarawak ini. Oleh itu, saya ingin mencadang bahawa kalau Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak jujur dan ikhlas hendak menjalankan satu devolution of power, hendak memberikan autonomi kuasa kepada Sarawak, cadangan saya adalah bahawa segala cukai yang dipungut di Sarawak, 50 peratusnya dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan 20 peratus oil and gas royalty dibayar dan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Hanya dengan ada dana begitu besar, barulah kita boleh melaksanakan apa-apa projek dan agenda kerajaan negeri. Ini bukan hanya satu cash handout or money for nothing. Dalam cadangan kita DAP sini, kita pun mencadangkan supaya devolution of power dalam bidang pendidikan dan dalam bidang health care dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak supaya kita boleh menjalankan agenda-agenda, polisi-polisi pendidikan dan perubatan yang berbeza dengan Kerajaan Persekutuan. Saya percaya dalam bidang apa-apa pun kalau ada persaingan barulah kita boleh maju. Tanpa persaingan kita tidak dapat maju. Biarlah kita mewujudkan satu sistem pendidikan yang berbeza. Sistem pendidikan negeri Sarawak berbeza dengan sistem pendidikan Kerajaan Pusat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Di Sarawak kita ada mencadangkan supaya kita memulihkan sekolah English di mana bahasa English menjadi bahasa pengantaraan pelajaran. Kalau itu autonomi yang kita hendak tuntut, hendak devolution of power diberi kepada negeri Sarawak, inilah bidang kedua-duanya yang kita bercadang supaya Kerajaan Persekutuan menurunkan kuasa itu. Saya juga percaya bahawa kebanyakan orang Sarawak bersetuju atas cadangan kita DAP di mana 50 peratus cukai yang dipungut dari Sarawak dipulangkan kepada negeri Sarawak dan 20 peratus oil and gas royalty dipulangkan kepada negeri Sarawak dan juga selepas itu, kita akan membiayai segala perbelanjaan bidang perubatan dan bidang pendidikan. Kita bayar guru-guru kita sendiri, kita bayar doktor- doktor, jururawat dengan dana daripada negeri Sarawak. Saya haraplah Menteri-menteri dari Sarawak yang duduk dalam Kabinet pentadbiran pusat, federal agar mereka menyampaikan dan see to it, that cadangan ini boleh direalisasikan.

[Bangun]

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Minta penjelasan, okey.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching, dengan perbahasan Yang Berhormat Bandar Kuching, saya rasa bahawa rakyat Sarawak macam rakyat Sabah juga tidak puas hati dengan apa sahaja kita dapat dalam Persekutuan Malaysia ini. Adakah rakyat Sarawak satisfied dengan izin, dalam Persekutuan Malaysia?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

Memang ramai orang Sarawak tidak satisfied tetapi nampaknya Barisan Nasional itu amat satisfied dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sehinggakan mereka masih sokong pentadbiran Najib. Ini amatlah menyedihkan untuk orang Sarawak dan juga orang Sabah. Isu yang kedua yang saya ingin sebutkan adalah mengenai satu permintaan, surat permintaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kepada Kementerian Pendidikan supaya membekalkan guru Pendidikan Islam dari negeri lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak. Permintaan ini adalah untuk 433 guru Pendidikan Islam. Saya berasa permintaan ini amatlah tidak memadai kerana ada perbezaan pemikiran guru-guru Pendidikan Islam dari Semenanjung dengan kita dari Sarawak. Kita ada perbezaan pemikiran, budaya, falsafah dan pemahaman tentang Islam. Guru-guru dari Semenanjung ini tidaklah sesuai untuk mendidik murid-murid di Sarawak. Misalannya di Sarawak, kedai makan kopi, orang Islam, orang bukan Islam boleh makan sama-sama. Orang Islam makan makanan yang halal, orang bukan Islam

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHBandar Kuching

makan makanan yang bukan Islam di satu meja. Kita ada interaksi yang begitu baik di Sarawak. Akan tetapi di Semenanjung sini, kita tidak nampak keadaan ini. Satu contoh lagi, kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh penganut Kristian di Sarawak tetapi di sini, di Semenanjung tidak dibenarkan. Isu berus cat diperbuat daripada bulu babi. Di sini adalah satu isu yang begitu sensitif, tetapi di Sarawak langsung ini bukan satu isu. Saya telah terima satu jawapan daripada Menteri atas isu ini. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, hukum penggunaan berus dibuat dari bulu babi, ini merupakan khilaf mazhab dalam agama Islam. Ada mazhab yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan penggunaannya. Oleh itu, ini ada perbezaan di antara pemikiran orang Semenanjung sini dengan orang Sarawak. Isu salib, isu salib menjadi satu isu yang begitu sensitif sehinggakan tidak boleh dinampak orang Islam di Semenanjung sini tetapi di Sarawak, satu church and mosque side by side, not an issue at all. Oleh itu, saya rasa amatlah tidak sesuai untuk kerajaan membekalkan, menghantar guru-guru Pendidikan Islam daripada Semenanjung sini kepada Sarawak. Janganlah mencemarkan pemikiran anak muda generasi baru Sarawak. Janganlah membawa, mengimport falsafah dan pemikiran yang sempit atas agama ini daripada Semenanjung kepada Sarawak. Biarlah kita mengekalkan apa yang baik di Sarawak sepanjang masa ini iaitu keharmonian di antara kaum. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut serta berbahas bagi menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana negara kita Malaysia terus menerus selamat, aman dan makmur serta dilimpahi nikmat rezeki yang sama ada daripada aspek pembangunan ekonomi, sosial budaya, malah kestabilan politik, keselamatan, keamanan dan kemakmuran masih dapat dikekalkan. Saya berasa amat berbesar hati kerana mendapat ruang di dalam perbahasan ini. Walaupun masa sedikit sahaja Tuan Yang di- Pertua, saya cuba habiskan perkara ini. Kehidupan lebih baik untuk rakyat serta memberi sokongan kepada agenda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang mengambil tindakan yang cepat dan tegas ke atas Korea Utara di atas kejadian pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong Nam yang dibunuh di KLIA 2, terutama sekali kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri dalam berdiplomasi secara berkhemah dan mengikut saluran yang ditetapkan. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, ialah keselamatan rakyat kita, tujuh rakyat kita di Pyongyang. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan berhubung terus dengan Pyongyang ataupun minta bantuan kepada Kerajaan China kerana hubungan negara Malaysia dengan Kerajaan China begitu baik dan Kerajaan China dihormati oleh Kerajaan Korea Utara ataupun kita terus membawa perkara ini ke Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun UNSC untuk kepentingan rakyat kita di Korea Utara. Kita berdoa mudah-mudahan rakyat kita dapat balik ke negara yang tercinta ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, mengenai keselamatan di Perairan Timur Sabah. Terima kasih kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, dalam Titah Tuanku ada menyentuh soal aset dan fasiliti keselamatan di sepanjang Perairan Timur Sabah.

Kawasan saya Parlimen Libaran adalah sebahagian dari yang dimaksudkan itu. Perkara ini masih menjadi keutamaan saya untuk dibangkitkan lagi walaupun perairan kawasan Libaran ini panjang dan menghala ke Laut Sulu jauhnya lebih kurang sejam perjalanan dan belum ada kejadian seperti di Tanduo. Akan tetapi oleh sebab pembangunan begitu rancak di pesisir pantai kita tidak mahu bahawa suatu hari nanti kawasan ini akan menjadi masalah esok. Itu sebabnya pada sidang yang lalu saya memerhatikan bahawa pos-pos kawalan setakat ini agak daif ada dua tempat iaitu satu di Pulau Libaran dan satu lagi di Kuala Gonggong. Jadi saya memohon supaya pos-pos kawalan ini di naik taraf dan saya difahamkan pembinaan pos kawalan ini dilakukan selepas Majlis Keselamatan Negara dipertanggungjawabkan untuk menyelia pembinaannya dan sudah dibincangkan. Saya difahamkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan kali ke-

65 pada 10 April 2012 lagi. Malahan pembinaan pos itu sudah diluluskan pada Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh yang membabitkan peruntukan lebih kurang kira-kira RM11 juta yang telah disediakan. Apa yang menjadi pertanyaan saya sehingga hari ini di kawasan Parlimen Libaran pos-pos kawalan ini belum lagi dinaik taraf apatah lagi saya memohon ada lagi dua tempat iaitu di simpang tiga Pekan Sungai Tiram dan di kawasan perkampungan Sungai Daling. Kita kenal pasti bahawa kawasan ini adalah kawasan berisiko tinggi di mana orang-orang yang tak dikenali mengikut laporan JKKK, ketua kampung di kawasan ini maka ramai orang tidak dikenali yang turun ataupun berlepas dari kawasan-kawasan yang saya sebutkan. Jadi saya berharap pihak kementerian yang terbabit dapat mengambil nota supaya dapat mengambil iktibar dan supaya perkara ini dapat kita selamatkan dari segi pencerobohan. Ketiganya, Tuan Yang di-Pertua mengenai prasarana. Sekali lagi Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyentuh perihal kebajikan rakyat luar bandar. Paksi kepada peningkatan kebajikan rakyat adalah prasarana yang baik yang disediakan oleh kerajaan dan saya berterima kasih jugalah di atas sumbangan kerajaan dalam menyediakan prasarana asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan pembinaan jalan raya. Walaupun belum menyeluruh lagi tetapi penyediaan prasarana asas ini semakin berkembang, tidak juga ketinggalan di kawasan yang saya wakili. Tuan Yang di-Pertua di Parlimen Libaran ada dua pembinaan jalan utama yang amat penting, di antaranya ialah Lintas-Libaran sepanjang 25.6 kilometer daripada Batu 16 sehingga ke Batu 32 yang dibina sejak 2 tahun lalu. Ini bakal mengurangkan kesesakan lalu lintas apabila siap kelak. Selain mengurangkan kesesakan sudah pasti secara tidak langsung juga yang meningkatkan ekonomi setempat di sepanjang laluan jalan Lintas berkenaan. Kalau kita lihat perkembangan projek terkini pembinaan jalan yang bermula di fasa 4 dan kini memasuki fasa 3 kemudian 2 dan 1 menelan kos kira- kira RM400 juta. Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang menjadikan sebahagian jalan Lintas-Libaran itu akan bersambung dengan laluan Pan Borneo. Saya ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, bilakah fasa 3, 2 dan 1 ini dimulakan kerja-kerjanya kerana apabila siap jalan-jalan ini sudah tentu ia akan membawa manfaat bukan sahaja kepada penduduk Libaran tetapi keseluruhan rakyat di negeri Sabah ini. Satu lagi jalan yang amat penting iaitu jalan pesisir pantai daripada Gum-Gum ke Semawang juga telah diumumkan dalam bajet yang lalu dengan kos sebanyak RM160 juta dengan sebuah jambatan merentasi Kuala Gum-Gum menuju ke Semawang. Jalan pesisir pantai ini mempunyai– saya difahamkan reka bentuknya telah siap cuma yang saya harapkan jalan ini akan dimulakan pada tahun ini dan penduduk di kawasan saya sangat-sangat mengharapkan. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, apabila siap jalan ini iaitu jalan pesisir pantai yang melibatkan potensi pelancongan di mana perikanan juga ada di situ, petani-petani kecil berada di situ. Dengan siapnya jalan ini sudah tentu ianya akan membuka laluan yang baik secara tidak langsung, banyak pertumbuhan-pertumbuhan yang akan terjadi yang mana majlis perbandaran mula membuat rancangan iaitu mewujudkan pekan baru seperti Pekan Sungai Tiram selain Pekan Gum-Gum dan juga kawasan di Tanjong Pisau yang mempunyai pantai yang begitu baik sekali. Tuan Yang di-Pertua yang ketiga. Sejak Kerajaan Barisan Nasional... [Disampuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Penampang.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak warga Penampang saya akan menyentuh beberapa perkara dalam perbahasan Titah Diraja ini. Pertama Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan Royal Commission of Inquiry di Sabah yang sudah dekat 2 ½ tahun tidak pun ada penyelesaian selain daripada penubuhan jawatankuasa selepas jawatankuasa. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this is very serious and I am sure Tuan Yang di-Pertua dan ramai rakyat Sabah, warga Sabah ingin tahu apakah penyelesaian muktamad berkenaan dengan isu ini. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa di Sabah pendatang tanpa izin ini yang kemungkinan telah mendapat IC Sabah bukan sahaja datang daripada Philippines ataupun Indonesia. Kita tahu juga daripada warga Pakistan yang mana didapati di banyak

kampung seluruh Sabah mereka berniaga sebagai sundry shop. Dalam fahaman saya Tuan Yang di-Pertua bila warga asing memasuki Sabah sepatutnya mereka sudah ada 90 hari visa ataupun 30 hari dan jika mereka ingin berniaga ataupun kerja di Sabah mereka patut diberikan work permit. Itu dalam bidang kuasa Sabah. Akan tetapi apabila imigresen tidak enforce ataupun tidak membuat pemantauan jika orang-orang ini adalah orang Sabah ataupun berniaga secara melanggar visa mereka it becomes a serious problem for us, Tuan Yang di-Pertua. I think they will get assimilated into the system and slowly they will become our citizens, taking away our rights as Sabahan and our place in Sabah. I think the Menteri Dalam Negeri must take serious concern over this dan saya assume dalam pengumuman dua, tiga hari lalu di mana unit khas untuk menyiasat jika IC telah dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin, maybe related to this. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua at the same time I am quite concerned with this unit khas yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri Sabah because unit ini seperti it’s repeating what the RCI was supposed to do.

Dalam terms of reference RCI, boleh saya baca Tuan Yang di-Pertua. Dalam terms of reference RCI Sabah, mereka sepatutnya menyiasat berapa banyak IC telah dikeluarkan di Sabah kepada pendatang tanpa izin dan jika IC telah dikeluarkan kepada orang ini, adakah pengeluaran itu menurut undang-undang Persekutuan Malaysia. There are three more terms of reference which are duplicating which this unit khas that the Timbalan Perdana Menteri announced a few days ago. It is duplicating. Now Tuan Yang di-Pertua, one of the most serious things I see as a person of 40 years of age in Sabah adalah a big change in the demographic identities in Sabah. More and more pendatang tanpa izin are around us, mixing around us. And they are speaking like us, they are being educated like us and I believe and I truly believe mereka sudah dapat kad pengenalan dan telah jadi warganegara. So, we need a concrete and final solution as to how the government wants to solve this matter. At the same time, seperti mana yang saya telah mencelah dengan beberapa perbahasan Ahli Parlimen awal, dengan unit khas yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri ini, saya percaya bahawa itu juga confirms ataupun affirms, dengan izin, bahawa daftar pemilih di Sabah has been compromised and tainted with illegal immigrants who have become citizens and are voting to decide on who governs Sabah. This is serious and Tuan Yang di-Pertua, I hope the Minister can assure the people of Sabah bahawa daftar pemilih ini tidak akan diguna pada pilihan raya yang akan datang dan pilihan raya hanya akan diadakan selepas pemutihan daftar pemilih ini. The second one, kedua, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan entri melalui Menumbok daripada Labuan ke Menumbok di mana satu direktif ataupun surat kelonggaran dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada 26 Julai 1984. Dalam direktif ini, seseorang yang keluar daripada Labuan biarpun beliau adalah orang asing ataupun orang Semenanjung Malaysia, beliau boleh memasuki Sabah tanpa dokumen jika melalui Labuan ke Menumbok seterusnya ke Sabah. Ini kita perlu satu penjelasan daripada Menteri sebab bila kita masuk melalui airport, kita juga melalui imigresen dan kawan- kawan saya seperti Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Kelana Jaya pun mesti diberikan 90 hari visa. [Disampuk] Yes, I want to maintain that, my friends. The third one, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan decentralization. Ia berkaitan juga dengan apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching but I would like to touch also dalam education sebab di Sabah, rights on deciding what university can open di Sabah is all Federal or centralized. Bila kita tengok dan lihat di Sarawak, mereka ada international universities seperti Swinburne, Curtin dan many other universities whereby Sarawakians can go and study for the same quality at the cheaper price when as compared to going overseas. I think Sabah should look into this and the Federal Government should decentralize education and allow Sabah to decide what universities they would like to build in Sabah. Also, berkaitan yang sama adalah berkenaan dengan net tax return yang terkandung dalam Article 112C dan D dan juga Tenth Schedule of the Federal Constitution. Committees sudah ditubuhkan. Yet, I don’t see any result other than to be asked to be patient. And it has been since 1968 that the Federal Government has been paying Sabah RM26.7 million until now without considering inflation as my friend from Kelana Jaya once said dalam perbahasan dia. This is serious and I don’t think you even need a committee to do this. Just do it, laksanakan Perjanjian Malaysia 1963 seperti terkandung dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963.

Fourthly, Tuan yang di-Pertua, adalah satu isu yang hangat di Sabah berkenaan dengan penurunan status Sabah sebagai the Borneo State. Dalam original constitution kita, [Sambil menunjukkan senaskhah buku] sebelum Julai 1976 di mana pindaan dibuat di Parlimen ini, we were described as the Federation of Malaysia which is comprised of, satu, I think Article 1A as— minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Under Article 1(2)(a), dengan izin, The States of Federation of Malaysia shall be known as the States of Malaya di mana the eleven other states in Peninsular are named and 1(2)(b), the Borneo States namely Sabah and Sarawak. Akan tetapi selepas Julai tahun 1976, this was taken away and we were described as just one of the many states. The poor excuse given by the government, State Government of Sabah, if I can recall a few months ago, adalah we included Sabah and Sarawak based on alphabetical order. I think that is wrong and I think that is an afterthought. But what is important di sini, Tuan Yang di-Pertua, adalah dalam Artikel 161E Perlembagaan Persekutuan Malaysia, sepatutnya tidak ada penukaran ataupun penurunan di mana Sabah dan Sarawak will be affected tanpa persetujuan the State Government of Sabah. So, I want to ask the Prime Minister, jika pada tahun 1976 semasa pindaan ini dibuat, adakah Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju dengan penurunan status Sabah sebagai negeri seperti negeri yang ada di Peninsular Malaysia? The fifth one, Tuan Yang di-Pertua, give me a bit of time, adalah satu traffic light yang tidak dibina di depan SMK Kampung Limbanak di Daerah Penampang which is causing a huge and massive traffic for school children who are attending secondary and primary di Kampung Limbanak and the 2,000 over residents living in that area. I hope the Minister in charge of the Pan Borneo Project can consider building traffic light. On top of that, Beauty and the Beast, my daughter, Tuan Yang di-Pertua, asked me to ask the Minister why did they ban Beauty and the Beast? [Tepuk] Thank you, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baram.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan kali ini lagi. Pada hari ini saya hendak sentuh dua perkara. Satu ialah berkenaan dengan kawasan luar bandar dan kedua ialah berkenaan dengan bencana. Kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, bahawa apabila cakap berkenaan dengan luar bandar ini, ia adalah sama juga dengan kita kata apabila yang pernah disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak. Beliau mengatakan bahawa kalau kita tengok keadaan yang kurang maju, kita pergi sahaja di luar bandar, dia kata. Sebab, di luar bandar inilah kita nampak banyak masalah. Jalan dia memang waktu kemarau berdebu, waktu musim hujan licin dan becak. Kita tengok juga apabila kita bercakap berkenaan dengan bekalan elektrik, kita cakap berkenaan dengan generator set di rumah-rumah panjang dan mungkin yang ada sekarang ini ialah solar hibrid. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Akan tetapi bila kita cakap berkenaan dengan air, sama juga, gravity feet, orang kata gravity feet. Kita cakap berkenaan dengan sekolah, bangunan sekolah yang daif ataupun bangunan-bangunan sekolah yang terbengkalai.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Kita cakap dengan klinik sama juga dan kita cakap berkenaan dengan telekomunikasi pun sama juga. Kita perlu pergi ke tempat-tempat tertentu sahaja untuk mendapat liputan supaya kita dapat berhubung dengan rakan kita di bandar. Inilah keadaan ciri-ciri ataupun tahap pembangunan yang kita nampak, saya rasa bukan sahaja di Baram bahkan di seluruh negeri Sarawak dan mungkin juga di negeri Sabah ini. Jadi, saya rasa kita juga dalam Dewan ini mungkin sudah berkali-kali bercakap baik daripada pihak kita di sebelah sini mahupun sebelah sana. Mengatakan bahawa pembangunan luar bandar ini perlu diutamakan dan ini saya rasa saban tahun, saban kita merancang untuk pembangunan kita. Kita sentiasa mengatakan berkenaan dengan pembangunan luar bandar ini.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Namun pada hari ini, hakikat dia kita masih memerlukan intervensi, kita masih memerlukan injection daripada Kerajaan Persekutuan lagi ini. Lebih-lebih lagi, saya rasa ini adalah lebih kritikal di negeri Sarawak. Di mana mungkin hampir lebih daripada separuh daripada kawasan di Sarawak ini masih lagi adalah digelar sebagai luar bandar ini. Di Baram khususnya, Tuan Yang di-Pertua. Kita nampak mungkin jalan yang ada di Baram ini mungkin yang di tar tidak sampai 100 kilometer. Keluasan kawasan Baram ini hampir lebih daripada 22,000 square kilometer. Akan tetapi, jalan yang kita ada adalah memang kita ucapkan banyak terima kasih kepada kerajaan tetapi inilah hakikat dia kita masih lagi memerlukan pertimbangan dan kelulusan peruntukan yang lebih lagi daripada pihak kerajaan negeri di Kerajaan Persekutuan ini. Dengan ini, saya sekali lagi merayu supaya jalan-jalan balak khususnya di negeri Sarawak dan lebih spesifik lagi di kawasan Baram ini di naikkan taraf lagi. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memperuntukkan lebih kurang RM300 juta untuk menaikkan taraf jalan balak di kawasan Baram tetapi mohon lagi. Supaya peruntukan yang sama ditambahkan lagi untuk menaikkan taraf jalan-jalan di kawasan DUN Marudi ini sebab di sinilah saya rasa yang kita amat memerlukan keadaan-keadaan yang macam ini. Kedua, saya juga minta kerajaan untuk melihat semula berkenaan dengan keadaan-keadaan sekolah khususnya SMK Datuk Lawai Jau di Long San yang saya nampak masih ada lagi satu bangunan yang tiang sahaja ada tetapi bangunannya dia belum ada. Akan tetapi saya rasa ini, saya difahamkan bahawa projek ini telah terbengkalai sejak tahun 2010 ini. Minta semua ini dipercepatkan pelaksanaan supaya ini akan dapat membangunkan masyarakat di kawasan luar bandar ini. Saya juga merayu kepada Dewan ini, kepada kementerian yang berkenaan supaya solar hibrid, bekalan solar hibrid ini dipanjangkan kepada kawasan-kawasan di luar kawasan main grid agar ini dapat dinikmati oleh rakyat di luar bandar ini. Begitu juga, dengan air dan begitu juga dengan telekomunikasi sebab bukan semua kampung ataupun tempat dapat di hubungi oleh telefon bimbit pada masa ini. Khususnya, di Kampung Long Loyang ini. Saya ingat ini perlu di perbaiki, perlu dibekalkan dengan kemudahan ini agar dapat di segerakan juga. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan banjir ini. Banjir saya rasa kita pun bukan sahaja dia musim tengkujuh sahaja. Akan tetapi, ada juga masa-masa tertentu juga kita mengalami banjir ini. Pada tahun ini, kita di daerah Baram di kawasan Parlimen Baram memang banyak rumah panjang yang mengalami masalah banjir ini. Malangnya, pada tahun lepas ataupun yang sebelum ini. Saya rasa kita pihak kementerian, pihak kerajaan mengatakan bahawa supaya sesiapa yang mengalami banjir ini tanpa kita mengira siapa. Bukan sahaja dibantu tetapi juga kalau ada wang ihsan ini dahulu. Akan tetapi, saya rasa dan saya difahamkan bahawa untuk banjir tahun ini khususnya dalam dua, tiga bulan lepas ini saya difahamkan bahawa kementerian yang berkenaan telah menetapkan supaya hanya yang berpindah sahaja yang layak untuk menerima wang ihsan ini. Saya rasa kita di kawasan pendalaman khususnya di kawasan Baram, sebab di kawasan Baram ini kita masyarakat dia mendiami rumah panjang. Rumah panjang ini ada dua tingkat. Satu tingkat bawah dan satu tingkat kedua. Selalu dia apabila kita menghadapi masalah banjir ini, mereka yang banjir ini hanya pergi ke tingkat atas dan mereka tidak dipindahkan. Saya rasa kita punya polisi ini perlu di konsisten-kan. Supaya kalau dahulu mereka di bagi kali ini pun saya rasa perlu juga di bagi ini. Diberikan peruntukan yang seumpama macam ini. Sebab saya rasa kalau kita pindahkan mereka sudah pasti ini akan means more expenses for the government, dengan izin. So, minta supaya perkara- perkara macam ini dapat diselesaikan dan saya rasa inilah yang kita perlu memberi yang terbaik kepada kita punya masyarakat ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Batu Gajah.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi ruangan kepada saya untuk turut sembah menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua. Adakah benar ekonomi negara masih kukuh dan stabil seperti yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan

pemimpin-pemimpin Barisan Nasional? Sebenarnya kerajaan telah diselamatkan oleh dua perkara iaitu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST dan penarikan balik subsidi. Kedua-dua tindakan ini telah membebankan rakyat kerana terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan yang melampau. Dikatakan ekonomi negara telah berkembang sebanyak 4.2 peratus pada tahun 2016. Adakah prestasi ini memadai untuk kita berbangga bahawa kedudukan kewangan negara kita kukuh dan stabil. Dalam satu jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, pasaran buruh adalah stabil dan negara berada dalam guna tenaga penuh. Adakah ini benar? Pada tahun 2015, lebih kurang 40,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Pada tahun lalu, lebih kurang 50,000 orang dikatakan telah kehilangan pekerjaan di seluruh negara. Begitu juga, tahun ini dijangka lebih daripada 50,000 orang akan kehilangan pekerjaan. Pengangguran di kalangan anak-anak muda dan siswazah juga amat ketara.

Menteri Kewangan juga menyatakan kadar inflasi masih terkawal iaitu pada paras 2.1 peratus bagi tahun 2015 dan 2016. Saya merasakan angka ini tidak mencerminkan keadaan inflasi yang sebenar. Cubitan inflasi yang cukup pedih dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Pengukuran prestasi ekonomi negara harus dilihat dalam konteks makro. Banyak lagi indikator-indikator ekonomi yang lain harus diambil kira dan dipertimbangkan sebelum merumuskan keadaan ekonomi negara sebenar. Antara indikator-indikator yang menunjukkan ekonomi negara kita semakin uzur ialah penurunan nilai ringgit yang mendadak, peningkatan kos hidup, pengurangan pendapatan boleh guna, industri pembinaan semakin terbantut, hutang isi rumah yang semakin meningkat, penutupan cawangan-cawangan bank, kejatuhan mendadak prestasi industri automobil, peningkatan kadar muflis, kesukaran mendapat pinjaman bank, pemotongan bajet untuk kementerian, hutang negara yang melonjak. Semua ini membuktikan berlaku penguncupan ekonomi yang telah mengheret negara kita ke ambang krisis kewangan. Tuan Yang di-Pertua, golongan B40 dan M40 adalah yang paling terjejas akibat kenaikan harga barangan. Kerajaan telah merumitkan keadaan ekonomi rumah tangga mereka dengan pelaksanaan GST dan penarikan subsidi. Pada tahun 2016, jumlah kutipan GST adalah berjumlah RM41.2 bilion. Jumlah ini dijangka akan meningkat lebih daripada RM42 bilion pada tahun 2017. Penjimatan kerajaan daripada penarikan balik subsidi pula boleh dipuratakan kepada RM20 bilion setahun. Pengenaan GST dan penarikan subsidi mengakibatkan rakyat Malaysia menjadi 60 bilion lebih miskin setiap tahun berbanding sebelum polisi-polisi ini dilaksanakan. Kerajaan pula sentiasa menghelah mengatakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak ada masalah dengan GST dan penarikan balik subsidi kerana dibantu oleh kerajaan melalui pemberian subsidi bersasar iaitu BR1M. Namun kita perlu sedar bahawa bayaran BR1M setahun adalah berjumlah lebih kurang RM6 bilion sahaja iaitu 10 peratus daripada perolehan kerajaan melalui GST dan penarikan balik subsidi. Saya mengaku BR1M membantu serba sedikit golongan tertentu tetapi ini bukanlah penyelesaian muktamad untuk meningkatkan pendapatan golongan yang disasarkan itu. Pemberian BR1M RM1,200 ini hanyalah sekadar RM3.30 sehari untuk sekeluarga. Jika keluarga itu mempunyai empat orang anak maka setiap orang hanya akan menerima 80 sen. Jumlah ini tidak cukup untuk membeli sekeping roti canai untuk sarapan pagi. Bagaimanakah bantuan ini dianggap boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan yang berpendapatan rendah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan Titah Tuanku yang menyentuh soal perpaduan dan integrasi nasional untuk pelaksanaan pelan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan berteraskan Perlembagaan Persekutuan. Perpaduan merupakan inti pati asas dalam membina negara bangsa Malaysia. Pemimpin-pemimpin awal selepas merdeka memang menyematkan roh perpaduan dalam usaha-usaha membina negara ini. Masyarakat majmuk dapat hidup aman dan damai saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita rela dan secara terbuka menghadiri perayaan-perayaan kaum lain. Kita makan bersama dan kita hidup bersama. Tahap toleransi yang tinggi, anak-anak kita dapat bergaul dan bermain bersama-sama. Mana perginya budaya hidup bersatu padu yang menjadi kebanggaan kita di arena antarabangsa. Hari ini keadaan sudah menjadi cukup berbeza. Kita tidak dapat melihat keeratan perpaduan rakyat seperti 30 tahun yang lalu. Walaupun kita ada Dasar Integrasi

Nasional tetapi semuanya wayang kulit untuk mengaburi mata dunia. Usaha-usaha menyatukan tidak dilakukan secara ikhlas dan serius. Pemimpin-pemimpin yang ada hari ini telah hilang semangat perpaduan semata-mata untuk kepentingan politik. Mereka sanggup melaga-lagakan rakyat untuk memperoleh sokongan undi kaum tertentu. Cabaran utama untuk menghalang integrasi kaum dan hubungan etnik negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman, etnosentrisme, sosial ekonomi dan pemisahan fizikal. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyatupadukan rakyat berpandukan lima perkara yang saya sebutkan tadi. Kerajaan harus sedar bahawa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tuan Yang di-Pertua, kehadiran Dr. Zakir Naik di Malaysia telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan pandangan kontroversi di kalangan pelbagai pihak. Mereka merasakan kehadiran beliau boleh memecahbelahkan perpaduan dan mewujudkan persengketaan antara golongan-golongan tertentu di antara kita. Kenyataan-kenyataan beliau yang menghina agama lain menyakiti golongan-golongan tertentu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengetahui apakah status Dr. Zakir Naik di negara kita ketika ini. Apakah pendirian kerajaan tentang kehadiran dan aktiviti-aktiviti beliau di negara kita. Beliau merupakan seorang warga India, dikatakan menggalakkan terrorism secara terbuka, terdapat tuduhan daripada media negara India yang mengaitkan beliau dengan dukungan terhadap kegiatan terrorism. Yayasan kepunyaannya yang bernama Islamic Research Foundation juga sedang disiasat oleh negara India kerana disyaki mempunyai hubungan dengan pihak pengganas. Pihak media menuduh bahawa serangan yang terjadi di Dhaka Café, Bangladesh oleh sekumpulan orang bersenjata dikhabarkan berinspirasi daripada ucapan provokatif Dr. Zakir Naik. Beberapa media menyebut bahawa dirinya menjadi pelapor berbagai serangan pengganas. Apakah pandangan kerajaan dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, manakah perginya peruntukan Bajet 2016 untuk SJKC dan SJKT. Presiden MCA memberi jaminan bahawa peruntukan RM50 juta untuk Bajet 2016 untuk SJKC akan sampai tidak lama lagi. Masalahnya ialah kenapa peruntukan Bajet 2016 untuk SJKC tidak disampaikan kepada sasaran dalam tahun tersebut. Parlimen telah meluluskan RM50 juta untuk SJKC. Manakah perginya wang peruntukan itu, adakah wang itu telah disalurkan ke tempat yang lain. Pertama kali ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius mengenai pembangunan sekolah-sekolah vernakular. Oleh yang demikian, wang sepatutnya sampai ke SJKC itu telah diubah haluan ke tempat lain. Perkara kedua yang saya ingin timbulkan ialah SJKT telah menerima RM50 juta yang dijanjikan dalam Bajet 2016. Hari ini saya telah menerima jawapan daripada Menteri Pendidikan bahawa hanya RM16.5 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan bagi sekolah-sekolah Tamil. Selain daripada itu, permintaan saya untuk menyenaraikan sekolah-sekolah yang menerima peruntukan itu tidak dijawab oleh Menteri. Ini menimbulkan kesangsian terhadap komitmen dan kejujuran kerajaan untuk membantu SKJT. Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, SEDIC kononnya telah memainkan peranan meningkatkan sosioekonomi kaum India. Saya ingin Menteri yang bertanggungjawab untuk menghuraikan segala pencapaian terbaik untuk agensi ini. Nyatakan juga jumlah yang telah dibelanjakan di bawah pelbagai projek dan program yang ditaja oleh SEDIC. Adakah benar SEDIC memberi peruntukan kepada NGO-NGO yang ada kaitan dan hubungan dengan pihak MIC. Sila berikan justifikasi pemberian peruntukan kepada MIFA. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Universiti AIMST yang ditubuhkan oleh MIC pada tahun 2001. Apakah objektif sebenar universiti ini diwujudkan. Adakah objektif ini tercapai atau telah terkandas di tengah-tengah jalan. Berapakah gaji bulanan yang dibayar kepada Chancellor, Vice Chancellor dan CEO serta Lembaga Pengarah bagi Universiti AIMST. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera... [Membaca sepotong doa]

Pertamanya saya ucap terima kasih dan merafak sembah, junjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Saya mengambil kesempatan itu mengucapkan tahniah kepada PDRM atas menangani cabaran-cabaran yang begitu mendesak di akhir-akhirnya ini. Kepada SPRM yang menangani isu-isu rasuah dengan baik. ATM memperkasakan pertahanan negara dan juga akan mengadakan LIMA, saya difahamkan LIMA tahun ini yang terbesar pernah diadakan. Serta Angkatan Pertahanan Malaysia yang menangani isu banjir baru-baru ini dengan baik dan juga kepada seluruh jentera perkhidmatan awam yang telah menjalankan tugas dengan baik pada tahun ini. Saya terus kepada TN50 ataupun Transformasi Nasional 50 kerana ini satu perkara yang besar yang penting yang perlu kita beri perhatian.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah tadi perpaduan merupakan satu kerangka yang amat penting dalam kita merangka TN50, 33 tahun daripada sekarang kita tidak tahu apa yang berlaku kepada negara kita tetapi dengan adanya asas-asas kita melalui outwork perspective plan 1990 dan kita ada DEB dan kita ada Wawasan 2020. Ianya satu asas yang kuat untuk kita ke depan dan lebih nyata lagi sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjalankan Transformasi Nasional iaitu mengenai Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), political dan sosial. Kita menampakkan hasil-hasil yang berkesan yang telah pun menjadi satu ukuran ataupun pencapaian yang boleh dinilai bukan sahaja oleh domestik tetapi juga pihak antarabangsa dan ini menjadi suatu asas kuat untuk kita menonjolkan pembangunan kita 50 tahun akan datang. Sudah tentulah pembangunan ini tidak terkecuali kepada nombor satunya ekonomi. Kita lihat hari ini dengan tidak berlakunya TPPA tetapi saya yakin akan berlaku TPPB ataupun prakarsa untuk economy bloc yang lebih besar kerana pada tahun 2030 sahaja nanti China akan menjadi negara terbesar di dunia, economy wise, kedua- India; ketiga- Amerika Syarikat; keempat- Jepun; dan kelima- Indonesia. Apa yang menarik Indonesia jiran kita sahaja akan menjadi ekonomi yang besar dan pada 2050 dijangkakan menurut PricewaterhouseCoopers yang melakukan program unjuran 2050 yang dilakukan pada tahun 2014. Data-data 2014 berdasarkan IMF dan juga World Bank. Kita ASEAN, China akan menjadi negara terbesar, India dan ASEAN sebagai satu bloc akan menjadi satu ekonomi yang besar. Jadi kalau kita ambil kira China, India dan ASEAN TEN yang terletak sebelah, di antara ekonomi besar ini, sudah tentulah kita akan mendapat manfaat yang begitu besar dan kita mesti bersiap siaga untuk menentukan kerangka yang solid, kerang yang kukuh untuk kita memanfaatkan untuk masa depan negara. Kita kena ambil kira faktor-faktor keselamatan juga. Pada ketika ini pada tahun 2015 dimaklumkan, lebih 80,000 vessel ataupun kapal melalui Selat Melaka- 80,000 kapal yang seberat lebih 200 tan melalui Selat Melaka. Itu ketika itu kita punya combine size at GDP ASEAN baru, USD3 trilion, dan RCEP yang kita kira sekarang pada hari ini berjumlah USD21.3 trilion. Akan tetapi angka ini akan menjadi USD160 trilion purchasing power parity (PPP) yang diunjurkan oleh PricewaterhouseCoopers berdasarkan data- data daripada World Bank dan IMF, sudah tentulah jumlah laluan kapal menjadi bertambah besar dan sudah tentu faktor-faktor keselamatan perlu diambil kira. Atas sebab itulah saya melihat TN50 ada satu kerangka yang baik yang dibuat oleh kerajaan dan ia mesti disokong bukan sahaja belah sini, belah sana juga. Ini satu kerangka yang kita “layout” sekarang untuk mendepani 33 tahun yang akan datang yang begitu mencabar kerana pembangunan ekonomi dunia akan berpusat atau weightage sekitar di kawasan kita dan kita Malaysia yang menjadi negara yang mendepani Laut China Selatan dan Selat Melaka dan Laut India akan memainkan peranan yang begitu besar. Itu sebabnya kita melihat TN50 ini ada satu kerangka yang amat baik. Dalam merangka TN50 ini saya juga mengharapkan supaya Kementerian Belia dan Sukan dan juga kementerian-kementerian yang lain mengambil kira fakta-fakta keperluan-keperluan jati diri sebab apa guna kita mempunyai negara yang maju tetapi kita hilang kejatian diri kita. Kita embrace, dengan izin embracing the digital world, digital economy negara pada tahun 2020 merupakan satu perlima daripada ekonomi kita. Kita akan berdepan satu fenomena yang saya panggil the curve of exponential. Selepas 1,000 tahun kita mendalami ilmu-ilmu yang ada, last 100 years manusia telah berjaya menzahirkan ilmu itu dalam bentuk aplikasi yang canggih, teknologi yang canggih. The last 50 years kita lalui ledakan teknologi yang kini menjadi prasarana ataupun platform untuk kita berkembang dengan begitu pesat lagi. Itu sebabnya kita

dalam TN50 kita sedia embracing the change of technology. Akan tetapi kita juga mesti menentukan rakyat kita 2050 akan menjadi human, tidak menjadi robot, tidak hanya memerlukan touch button semata-mata tetapi kita lupa tentang jati diri kita. Oleh sebab itu saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah tadi faktor- faktor perpaduan mesti diberi perhatian yang kuat, faktor-faktor kejatidirian dengan nilai- nilai murni yang baik mesti diberi perhatian yang kuat kita juga akan berdepan dengan artificial intelligence. Kita juga, alhamdulillah kerajaan kita, berwawasan jauh kita telah menggerakkan maqasid syariah, index yang menentu petunjuk-petunjuk bahawa kita pada landasan yang betul. Atas sebab itu saya rasa kita sudah bersedia untuk bergerak ke arah ke depan dengan track record GTP/ETP yang kita lalukan yang telah pun menjadi satu rujukan yang baik. Sebenarnya dalam PwC report ini, kita lihat bahawa Malaysia dilihat pada tahun 2014 peringkat global telah menunjukkan satu ekonomi yang mapan yang menjadi “star example”bersama Columbia yang boleh dijadikan ukuran. Jadi saya hendak kata tadi kalau kita rujuk kepada perkara-perkara yang mengatakan yang kita bankrap itu, saya ingat saya tak hendak sentuhlah. Fakta-fakta tidak menunjukkan begitu. Contohnya sebentar lalu saya mengatakan 2015 pelaburan kita RM186 bilion, tahun 2016 naik RM207 bilion naik 11 percent. Eksport kita November naik 7.8 percent; Disember naik (month to month) 18.7 percent; Januari 2017 naik (month to month) 13.6 percent. Kita tengok tourism pada tahun 2015 kita punya receipt (penerimaan) RM69.15 bilion, pada tahun 2016 RM82.1 bilion dan kita jangkakan receipt pada 2017 akan melonjak mencecah RM100 bilion. Ini antara fakta-fakta yang kita tidak boleh tolak. Kita tengok dari segi hutang, kita managed well. Tahun 2015 kita hutang 54.5 percent pada GDP tetapi tahun 2016 turun kepada 52.7 peratus. Kita lihat akhir-akhir ini pelaburan daripada foreign direct investment (FDI) pada kita tahun 2015 berjumlah RM36 bilion, pada tahun 2016 meningkat kepada RM59 bilion dan ini ada dalam kerangka pelaburan yang besar RM207 bilion tadi. Saya juga menyebut satu contoh yang baik kita ada pelaburan RM2.42 bilion di dalam satu industri kita panggil industri solar sahaja. Rupanya the last 10 years kita ada pelaburan berjumlah RM28 bilion melibatkan 41 buah projek di mana 95 peratus daripada projek ini adalah pelaburan yang datang daripada luar negara. Ini satu petunjuk yang nyata bahawa tidak timbul keraguan tentang “this is the right place for them to invest”. Semalam International Organization of Securities Commissions (IOSCO), bursa ini membuka IOSCO Asia Pacific Hub di Malaysia. Ini satu petanda lagi bahawa keyakinan yang tinggi oleh pelabur. Baru-baru ini rating pelaburan daripada sebuah NGO neutral di Amerika mengatakan Malaysia is the best place to invest in the world. Kita adalah nombor empat iaitu Kuala Lumpur terbaik untuk shopping. Kita berada enam terbaik di dunia dari segi memudahkan perniagaan, competitive dan banyak lagi. Kalau kita go through tanda-tanda ini yang dibuat bukan kita, tetapi mereka yang buat. Ini satu lagi petunjuk bahawa ekonomi kita berkembang ke arah yang betul dan kalau kita tengok tadi sebelum ada GST pun pada 2014, data-data telah menunjukkan bahawa pembangunan kita amat mapan. Janganlah kita risau tadi kata 40,000 menganggur kita ada guna tenaga 14.7 juta. Kalau 10 percent, 1.4 million kalau one percent it is a 142,000. Kadar pengangguran adalah sebahagian disebabkan perubahan kerja, dan mungkin job upgrade. Contohnya macam bank 40,000-50,000 setahun. Ini banyak tetapi kalau diikut ukuran-ukuran dalam masa ini very-very marginal yang boleh kita manage. Sebagai bukti pula bila bank-bank tutup bukan sebab rugi, dia untung. CIMB untung, Maybank untung dia kurangkan pekerja sebab upgrading, using of autonaked technology machine terkini. Kita pakai digital, kita pakai ATM machine. Ini sudah tentu akan merubah cara kita buat bisnes. Saya cakap kerajaan menggerakkan TVET. TVET ini tahun 2016 kita gerakkan RM4.2 bilion untuk 330,000 kemahiran. Tahun 2017- RM4.6 bilion untuk menggerakkan 310,000 kemahiran. Tahun 2020 kita anggarkan 1.5 milion tenaga mahir kita perlukan, kita gerakkan untuk menangani keperluan industri melalui pelaburan-pelaburan yang masuk dan inilah merupakan kerja-kerja yang baru yang kita usahakan. Kita lihat pada tahun lepas sahaja 12 bulan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya membawa pelaburan berjumlah RM190 bilion, RM144 bilion daripada China dan baru- baru ini RM46 bilion daripada Saudi Arabia. Bukankah ini satu petanda bahawa keyakinan itu ada? Kalau orang tengok kita hendak bankrap takkan dia hendak meniaga di sini. Jadi dari segi ekonomi saya tak

hendak cakap banyak-banyaklah sebab ini sebenarnya menghabiskan masa kita di Dewan ini. Jadi saya terus kepada komoditi. Satu lagi komoditi yang- Tuan Yang di-Pertua hendak habis masa sudah. Penting CPOPC saya hendak tanya kepada kerajaan ini Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC). Kita mengeluarkan 20 juta tan setahun, Indonesia- 34 juta tan setahun. Sekejap- bagi saya dua minit, please. Waktu kita ada 500,000 household smallholders pekebun-pekebun kecil, di Indonesia ada almost three millions smallholders. Jadi kita pengeluar combined capacity mengeluarkan hampir 55 juta tan setahun dan kita 85 peratus pada hasil sawit dunia. Akan tetapi kita tidak mempunyai kuasa ataupun kita hendak ada kontrol supaya harga itu kita yang tentukan. Sekarang ini dia ada RSPO Ahli-ahli Yang Berhormat. RSPO ini dia tentukan standard yang kita perlu buat. Sepatutnya kita ada kita punya MSPO kerana mengambil kira keperluan our smallholder. Di RSPO ini sebenarnya ia ambil kira hanya keperluan industri, lebih middle-sweam, and hiliran. Middle and downstream tetapi upstream kita terpaksa berdepan dengan RSPO. Itu sebabnya kita buat CPOPC dan kita harap negara macam Columbia, Ivory Coast dan negeri pengeluar lain akan join kita dan dengan cara itu saya harap dengan adanya pengikhtirafan negara- negara pengeluar komuniti menstabilkan harga dan dapat menjaga kepentingan pendapatan peserta-peserta luar bandar, peneroka smallholder di luar bandar.

Itu sebab kata program kita ini saya minta kerajaan supaya melihat semula. Kita kena spend lebih bajet untuk memastikan MPOB dan mana-mana agensi yang berjuang untuk kelapa sawit mesti diperkasakan dengan lebih baik lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Masa sudah cukup Yang Berhormat.

Dan untuk projek kawasan saya, saya minta tolong dua sahaja, satu FT092 jalan empat lorong daripada Bandar Penawar, Penawar kepada Kampung Makam Kota Tinggi. Saya sudah cakap tiga tahun ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya macam sudah frust dah. [Ketawa] Minta tolonglah. Saya minta tolong empat lorong masuk. Jadi saya hendak cakap satu lagi, FT096 ini antara jalan-jalan yang saya agak amat penting. Jadi saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua yang hadir terima kasih, terima kasih yang tak kacau saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kuantan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya turut sama di dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Yang Ke-15. Di dalam masa yang singkat ini saya ingin membawa dua, tiga perkara yang amat penting. Titah Baginda berkenaan dengan jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti. Dua perkara di sini iaitu food security dan food quality, Tuan Yang di-Pertua. Kita bercakap lebih sedekad berkenaan dengan food security ini. Kita tidak cukup dari segi kita punya bekalan beras. Kita tidak cukup dari segi bekalan daging lembu. Akan tetapi kita terperangkap di dalam skandal seperti NFC apabila kita cuba mengatasi masalah ini. Saya ambil berat apa yang dikatakan, yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini harus kita selesaikan dan perlu ada satu blueprint berkenaan dengan food security ini dan perlulah pihak Menteri menjelaskan apa dia blueprint. Bagaimana kita hendak atasi masalah food security ini supaya ia tidak berterusan. Saya juga ingin bercakap berkenaan dengan food safety. Di dalam isu ini food safety ya. Tuan Yang di-Pertua, makanan masa depan kita seperti yang dikatakan, yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. “Let food be thy medicine and medicine be thy food”, ini kata Hippocrates. Bagaimana kita hendak bawa satu diet yang kurang kepada makanan proses yang lebih selamat, yang lebih natural, yang lebih organik.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu isu yang harus kita tangani bersama kerana kita tahu bahawa kita ada Akta Peraturan Makanan 1985, kita ada Akta Makanan 1983, kita ada Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kita masih berhadapan dengan keadaan di mana kita ada residue racun makhluk perosak, pesticide di dalam sayur-sayuran kita. Kita masih ada residue antibiotik di dalam daging ayam yang kita makan. Kita ada formaldehyde di dalam ikan yang dijual di pasar. Kita ada boric acid dalam mi kuning dan juga di dalam cili boh yang dijual di pasar sedangkan kita ada akta- akta ini yang begitu jelas, yang begitu ketat berkenaan dengan food quality ataupun kualiti makanan. Ini harus kita tangani. Kita juga ada food quality control division. Saya hendak dengar daripada food quality control division, apakah langkah- langkah yang diambil untuk memastikan bahawa tidak ada formaldehyde dalam ikan yang dijual di pasar sebab saya tahu bot-bot nelayan di laut dalam pergi tiga minggu akan letak formaldehyde di dalam ikan. Apabila naik ke dalam lori yang membawa ikan ke pasar-pasar borong, driver-driver lori sendiri beritahu saya bahawa mereka letak formaldehyde. Kena letak ubat YB, kalau tak nanti ikan tak nampak segar apabila sampai ke pasar. Ini persoalan yang yang harus dijawab oleh Director of Food Quality, Food Quality Control Division. Kenapa perkara ini berterusan? Bagaimana kita hendak hentikan penggunaan additive ataupun pengawet makanan yang terlalu banyak? Bagaimana kita hendak pastikan bab makanan yang sampai ke meja kita, from farm to table ini, dijamin keselamatannya. Tidak menggunakan racun-racun yang terlarang, contohnya. Tidak dicemari dengan antibiotik yang berlebihan kerana masa depan kita seperti yang dititahkan oleh Duli Tuanku ialah makanan itu masa depan kita. Jadi Tuan Yang di- Pertua, itu yang berkenaan dengan food safety dan food quality. Food security harus perlu kita tangani dan ada satu blueprint bagaimana kita hendak tangani perkara ini. Perkara yang kedua dalam masa yang singkat ini, izinkan saya bercakap membahaskan berkenaan dengan penggondolan hutan ataupun massive deforestation. Kebelakangan ini kita berhadapan dengan satu fenomena, banjir yang teruk, Tuan Yang di-Pertua. Laporan berkenaan dengan sungai-sungai yang tercemar, sungai-sungai yang keruh melibatkan air minuman yang tercemar dan sebagainya. Ada dua sebab kenapa perkara ini berlaku. Ini daripada analisa saya dan kita boleh bahas, saya hendak dengar pandangan Menteri. Perkara yang pertama ialah berkenaan dengan amalan menukar hutan simpan kekal kepada hutan ladang. Saya kira ini faktor yang nombor satu di mana undang-undang kita membenarkan kita menukar status hutan simpan kekal kepada hutan simpan ladang. Akan tetapi hutan simpan ladang ini tidak sama dengan hutan simpan kekal kerana apabila kita hendak buat ladang, kita tarah habis. Kita botakkan hutan-hutan simpan kekal itu. Apabila kita tarah habis, lapisan pokok-pokok dalam hutan ladang tak sama dengan lapisan pokok-pokok yang di dalam hutan simpan kekal iaitu ada bertingkat- tingkat yang memperlahankan curahan air hujan sebelum ia masuk ke dalam tanah. The effect of natural sponge itu tidak berlaku dalam hutan ladang. Oleh sebab itu, air itu terus turun, turun dan menyebabkan banjir. Kemudian, hakisan juga berlaku kerana tanaman monocrop seperti kelapa sawit yang menjadi ladang tanaman dominan negara ini mempunyai akar yang pendek dan serabut tidak seperti akar-akar pokok hutan yang panjang yang mampu mencengkam tanah daripada terhakis. Jadi kemudian, berlaku hakisan. Jadi inilah antara perkara- perkara yang berlaku apabila hutan simpan ditukar kepada hutan ladang. Kemudian sosial ekonomi Orang Asli juga terjejas. Habitat spesies biodiversiti juga terjejas. Sungai juga tercemar kerana apabila ada hutan ladang, ada kimia, ada racun digunakan. Ada sisa kimia pertanian itu menjadikan air-air sungai itu tercemar dengan racun-racun daripada hutan ladang tadi. Jadi ini semuanya menyebabkan downstream ataupun di hilir berlaku pencemaran, di hilir ada kekeruhan, di hilir ada banjir dan sebagainya. Jadi itu sebab yang pertama kenapa berlaku banjir. Sebab yang kedua dalam masa yang tinggal ini, saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada Laporan Aid Environment bertajuk MCTS Certified Deforestation is Misleading Sustainability Claims Made Under MTCS by one kerana laporan ini pada Oktober 2015, ia mengatakan bahawa apa yang didakwa oleh Malaysia bahawa Malaysia subscribes kepada sustainable forest management plan. Mengikut laporan ini, dia mendakwa bahawa apa yang dilaporkan oleh MTCS itu meleset, Tuan Yang di-Pertua. Kerana katanya, walaupun MTCS mengatakan bahawa kita sustainable, kita mengamalkan sustainable logging, tetapi di sini dalam laporan ini yang mengatakan bahawa, dengan izin, the study presents over 30 cases of tropical deforestation in Peninsular Malaysia which according to accredited certification bodies, are part of the MTCS certified forest. Most of the cases are not identified or justified in MTCS audit. In fact, because the accredited auditors do

not use geospatial data in their assessment, they certify deforestation as sustainable. Maksudnya dia certify, it is sustainable sedangkan apa yang benar-benar berlaku is deforestation. Jadi laporan ini menyeleweng. Tadi sudahlah kita buat simpan hutan kekal jadi hutan ladang, kemudian kita laporkan pula bahawa kita amalkan sustainable deforestation. Sedangkan apa yang benar-benar berlaku ialah penggondolan hutan yang tidak dilaporkan kerana kita tidak boleh, tidak menggunakan up-to-date maps dan untuk membuktikan bahawa berlaku deforestation Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini amat dikhuatiri kerana dalam laporan ini Tuan Yang di-Pertua, Kelantan, Perak, Kedah, Pahang pun paling banyak negeri kita. Pahang paling banyak. Semua hutan kekal di Pahang itu dilaporkan berlaku deforestation. Yang tidak sustainable. Yang saya hendak dengar, apa yang akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam perkara ini. Betul atau tidak laporan daripada Aid Environment ini

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya dalam masa sedikit ini, menyebut perkara yang kalau saya tidak sebut tidak boleh lah iaitu berkenaan dengan bauksit. Baru-baru ini, 3 kanak-kanak hilang nyawa mereka iaitu Salsabilah Zuhairi berumur 12 tahun, Mahathir Mohd Zuhairi berumur 7 tahun, Nurin Ain Juwita Mohd Sharif berumur 10 tahun. Mereka hilang nyawa mereka di satu lombong yang ditinggalkan, yang dikorek tanahnya. Kemudian berlaku lopak air atau a pool of water. Setakat ini Tuan Yang di-Pertua, tidak ada siapa yang mengaku bertanggungjawab. Tidak ada siapa yang mengaku bertanggungjawab. Kita hendak saman. Kerajaan negeri kata samanlah. Tapi hendak saman siapa? Tanah itu milik siapa? Semua pejabat tanah tutup mulut. Tidak ada siapa yang berani bagi maklumat. Siapa pelombong yang mengorek di situ. Tidak ada siapa yang berani bagi maklumat. Semua tutup mulut. Adakah nyawa mereka ini sia-sia? Adakah nyawa mereka ini tidak berharga? Saya hendak tanya kepada Dewan yang mulia ini. Saya hendak, di sini saya ingin mencadangkan ya bahawa saya cadangkan kepada Dewan yang mulia ini batalkan semua AP Tuan Yang di-Pertua. Semua AP, waima untuk membersihkan stockpile sekalipun atas alasan bersihkan stockpile, mereka diberikan AP khas. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, AP khas itu ialah untuk cover up operasi mereka. Korek timbun, korek timbun. Sebab itu setahun stockpile tidak kurang. Bermula dengan 4 juta tan sampai sekarang, 4 juta tan. Kenapa stockpile tidak kurang. Saya cadangkan hentikan semua AP, batalkan semua AP, fokus, tumpu kepada pemulihan, rehabilitation. Tutup semua lombong ya. Tutup semua lombong yang tinggal. Tanam balik dengan pokok-pokok, selamatkan masa depan anak-anak kita, masa depan negara kita Tuan Yang di-Pertua. Itu ucapan saya. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Merbok.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Penggal Kelima, Mesyuarat Pertama, Parlimen Ketiga belas. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana memberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan tugas ucapan ini. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan kos sara hidup. Peningkatan kos sara hidup akan dirasai apabila peningkatan harga melebihi pendapatan. Ini menyebabkan perbelanjaan individu meningkat. Maka pilihan yang ada ialah mereka menggunakan barangan atau perkhidmatan yang lebih rendah kualitinya. Peningkatan harga mengikut Indeks Harga Pengguna telah menunjukkan peningkatan yang jauh lebih rendah dari peningkatan pendapatan. Jika pertumbuhan pendapatan melebihi peningkatan harga, masyarakat tidak akan merasai tekanan daripada peningkatan kos sara hidup. Struktur ekonomi Malaysia telah disusun melalui beberapa fasa daripada bergantung pada modaliti pertanian hingga ke sektor pembuatan dan perkhidmatan telah berjaya mencipta pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Kesejahteraan ekonomi telah membawa kesejahteraan kepada masyarakat. Terdapat golongan yang telah menikmati peningkatan struktur yang lebih baik dari dahulunya berpendapatan rendah, sekarang telah memperoleh pendapatan tinggi. Kenaikan kos adalah kurang berkesan untuk jangka masa panjang. Kuasa pasaran adalah lebih berkesan untuk memainkan

peranan tersebut. Mengawal harga barang kawalan hanyalah langkah jangka masa yang pendek, bukan satu penyelesaian mutlak. Langkah hakiki adalah melalui peningkatan kecekapan dan produktiviti serta pengagihan sumber yang cekap mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang maksimum. Setiap individu dalam masyarakat perlu membudayakan produktiviti untuk memaksimumkan pengeluaran. Koleksi individu yang produktif akan menyumbang kepada sebuah ekonomi produktif. Kesannya ekonomi akan sejahtera dan kenaikan kos sara hidup mungkin mampu diatasi. Tuan Yang di-Pertua, cadangan untuk kawalan harga barang yang lebih efektif, permintaan yang tinggi terhadap barang basah dan bahan masakan terutama pada musim perayaan menyebabkan ada peniaga cuma mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang tinggi sewenang-wenangnya. Faktor inilah yang memaksa pihak kerajaan mengenakan kawalan harga bagi menjaga kebajikan pengguna. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 adalah akta terbaru yang menggantikan Akta Kawalan Harga 1946. Ini digubal untuk menghalang dari peniaga membuatkan harga barang sewenang-wenangnya. Sekiranya melanggar peraturan, mereka akan berdepan dengan hukuman yang berat. Melalui akta baru ini, pihak berkuasa boleh bertindak segera terhadap peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab. Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi sikap tamak peniaga ini adalah melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas. Sebelum ini pengawalan harga barang tidak dapat dilakukan kerana tidak ada akta khusus untuk membuat demikian. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin memberikan cadangan dalam memantapkan lagi akta untuk kawalan harga barang ini. Yang pertama sekali ialah kerajaan perlu membuka duti import daripada negara lain supaya lebih banyak barang yang dibekalkan tidak melambung tinggi. Cadangan yang kedua ialah mengadakan kad rebat diskaun ataupun mata ganjaran 1Malaysia. Konsepnya sama seperti kad Tesco dan Bonuslink. Cuma penggunaannya diperlukan kepada kedai runcit dan juga pasar raya. Seterusnya pemberian subsidi perlu diperhalusi agar ia sampai kepada golongan sasaran iaitu mereka yang benar-benar memerlukannya. Subsidi pada hari ini dilihat lebih menguntungkan peniaga. Pengguna hanya menerima sebahagian kecil sahaja faedah dan subsidi kerajaan ini. Kesimpulannya kenaikan harga barang lebih melanda negeri kita. Kenaikan yang tidak terkawal menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara. Oleh itu semua pihak harus memainkan peranan dalam membendung masalah kenaikan harga barangan keperluan dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya masalah kenaikan harga barang dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, mengatasi masalah pengangguran di Malaysia.

Mengikut perangkaan, jumlah tenaga kerja yang ada di Malaysia pada Oktober 2016 adalah seramai 14.77 juta orang. Namun begitu, masih terdapat 205,200 orang atau pada paras 3.5 peratus yang masih mencari pekerjaan atau menganggur. Disebabkan oleh hal tersebut, pada 1 Jun 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M untuk mempersiapkan mereka dengan ilmu kemahiran dan pengalaman yang bertujuan membantu mereka yang menganggur. Oleh kerana pihak kerajaan tidak pernah memandang remeh isu pengangguran ini, maka Festival Kerjaya SL1M telah dianjurkan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan latihan untuk semua peringkat kelulusan. Namun begitu apa yang saya dapati, kebanyakan syarikat yang turut serta dan menyokong usaha kerajaan ini, kebanyakannya tidak government-linked companies ataupun GLC. Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat terutamanya public listed company yang mendapat tender-tender lumayan dari kerajaan. Saya yakin sekiranya syarikat-syarikat public listed companies ini turut membantu mendapatkan tanggungjawab sosial korporat mereka, nescaya lebih besar peluang akan tercipta buat golongan sasar ini. Tuan Yang di-Pertua, mungkin sudah sampai masanya untuk kerajaan meneraskan beberapa syarat sebelum menawarkan tender kepada mana-mana syarikat sebagai tanggungjawab yang perlu dijayakan untuk rakyat. Seperti mana kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau mahu public listed companies turut membantu dan dapat program seperti ini memang tepat pada masanya.

Seterusnya saya mengundur diri. Saya mohon perkara yang disampaikan oleh saya pada hari ini harus diberi perhatian serius agar Malaysia terus maju dan makmur selaras dengan ucapan, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ menjadi kenyataan. Sekian, terima kasih. Ahli Parlimen Merbok terus menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Ya, Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut bersama-sama untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku saya yakin kesemua daripada Ahli- ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini kita dapat merasai Tuanku begitu prihatin kepada kebajikan rakyat dan khususnya kepada anak-anak muda terutamanya kepada mereka yang sedang belajar. Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak ingatkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya sebelum ini slogan Barisan Nasional adalah ‘Janji Ditepati’ tetapi apa yang saya perhatikan selepas PRU Ke-13 sehingga hari ini, kita tidak lama lagi akan menghadapi pilihan raya yang ke-14. Apa yang kita perhatikan sebenarnya kos sara hidup rakyat ini masih belum diselesaikan. Yang paling penting sekali bukan sahaja kos sara hidup rakyat tidak diselesaikan tetapi tahun ini sahaja kita telah pun menyaksikan kenaikan harga minyak sebanyak 40 sen. Ini merupakan satu kenaikan yang amat membebankan seluruh rakyat dan pada masa yang sama rakyat kita terpaksa membayar GST di mana kalau dulu tidak ramai rakyat yang layak untuk bayar cukai tetapi tidak kira sekarang kaya ataupun miskin, mereka terpaksa membayar cukai GST. Ini telah pun menambah buruk keadaan kos sara hidup rakyat dan ia perlu ditangani dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita lihat ada GST, kita juga memperlihatkan wujudnya kenaikan harga minyak dan sebagainya. Akan tetapi kita lihat bagi pihak TNB baru-baru ini saya terima banyak aduan daripada penduduk dari kampung bahawa mereka telah pun didakwa mengusik meter mereka. Saya hendak ambil satu contoh iaitu salah seorang penduduk yang tua, tinggal seorang di rumahnya, namanya Tan Keng, nombor akaun 032000408301. Beliau telah didakwa mengusik meter kerana kediamannya penggunaan elektriknya cuma lebih kurang dalam RM15 sebulan. Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan seorang warga emas yang tinggal seorang di kediamannya tanpa sebarang air-cond tetapi diminta oleh TNB untuk membayar pampasan sebanyak RM445. Saya rasa ini merupakan satu yang amat tidak adil khususnya bagi pihak TNB. Mereka cuma menggunakan kuasa mereka untuk menindas rakyat. Saya yakin perkara ini juga dihadapi oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat di mana ketika pengadu-pengadu ini datang ke pejabat kami, mereka tidak boleh membuat apa-apa. Mereka cuma ada pilihan untuk berunding dengan TNB hendak bayar apa, hendak diskaun ataupun tak nak diskaun. Kalau tak nak diskaun, TNB akan bawa kes ini ke mahkamah. Untuk makluman semua, kebanyakan daripada pengguna-pengguna ini, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mengupah peguam. Jadi kebanyakan kes ini terpaksa mereka menerima tawaran daripada TNB dan pada masa yang sama kita ada Suruhanjaya Tenaga tetapi Suruhanjaya Tenaga ini nampaknya tidak boleh pakai juga. Saya sendiri telah pun menghantar beberapa aduan kepada Suruhanjaya Tenaga tetapi sampai hari ini Suruhanjaya Tenaga tidak melayan aduan daripada saya dan langsung tidak lihat terhadap semua pengguna yang ditindas oleh pihak TNB. Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang sangat penting di mana saya rasa kementerian yang berkenaan, Kerajaan Pusat mesti campur tangan bagi memastikan hak-hak penduduk kita dapat terjamin. Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat ada sebut, tadi saya kata ‘Janji Ditepati’ tetapi janji peruntukan bagi SJK(C), SJK(T), sekolah menengah kebangsaan Cina bagi tahun 2016 sampai hari ini masih belum dijelaskan oleh pihak kerajaan, masih tidak dapat ditunaikan. Ketika saya tanya soalan di Dewan yang mulia ini, jawapan yang saya terima daripada Kementerian Pendidikan khususnya daripada Menteri Pendidikan, mereka cuma kata peruntukan telah pun diturunkan pada hujung bulan Februari, akan diturunkan kepada semua sekolah secara berperingkat.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Akan tetapi saya hendak tanya di sini, sekarang tahun 2017, sekolah-sekolah ini cuma menerima peruntukan untuk tahun 2016. Kalau peruntukan tahun 2016 perlu menunggu secara berperingkat, bilakah sekolah-sekolah ini boleh mendapat peruntukan untuk tahun 2017. Saya berharap dalam perkara ini pihak yang bertanggungjawab, pegawai yang terlibat ataupun mana-mana individu yang menyebabkan kecuaian ataupun kesilapan ini, kita perlu mengambil tindakan terhadap mereka. Janganlah kita wujud sesuatu di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan bajet dan pada masa yang sama telah pun mengumumkan peruntukan yang sepatutnya diturunkan kepada sekolah ini tidak dapat ditunaikan. Ini satu perkara yang serius dan saya percaya ini perlu diambil tindakan yang tegas dan kita tidak boleh melepaskan mereka yang cuba melakukan kesilapan ini. Saya percaya kerajaan memang mempunyai niat yang baik untuk membantu sekolah cuma pihak-pihak yang tertentu cuba menghalang peruntukan ini turun ke sekolah. Dalam isu ini, saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa semasa pembentangan bajet untuk tahun 2016 iaitu pada hujung tahun 2015, saya pernah membangkitkan isu ini di dalam Parlimen mengenai kebimbangan saya terhadap kemungkinan besar peruntukan ini tidak boleh turun kepada semua sekolah tetapi tidak ada.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Walaupun saya ada utarakan masalah ini tetapi nampaknya tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Sampai hari ini kita masih menanti peruntukan untuk tahun 2016. Paling teruk sekali, pada mulanya kami ingat hanya peruntukan untuk SMJK tidak turun tetapi SJKC, SJKT turut tidak dapat. Oleh sebab itu dalam perbahasan saya ketika pembentangan Bajet 2017, saya mohon pihak kerajaan supaya mengemukakan satu senarai minit di mana kita hendak lihat satu senarai yang menyenaraikan berapakah peruntukan yang diterima oleh setiap sekolah. Ini kerana kita hendak memastikan sekolah kebangsaan menerima keseluruhannya peruntukan yang diturunkan. Kita hendak memastikan semua aliran sekolah menerima peruntukan yang diperlukan untuk menaiktarafkan sekolah tersebut kerana kita hendak memberikan satu environment atau pun keadaan yang lebih baik kepada anak-anak murid kita dan juga guru-guru kita. Akhir sekali, memandangkan masa tidak mengizinkan, cuma 10 minit diperuntukkan, saya hendak sekali lagi membangkitkan isu pengiktirafan UEC. Saya rasa pagi tadi kita telah pun menyaksikan bagaimana Yang Berhormat Ketereh mempertahankan pengiktirafan sijil UEC. Apa yang saya hendak tegaskan di sini, isu pengiktirafan sijil UEC ini ia bukan isu politik. UEC diterima oleh universiti terkemuka antarabangsa. Akan tetapi yang amat malang sekali, pihak kerajaan sampai hari ini masih mengambil langkah tidak mengiktiraf UEC. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataannya pada Disember 2016, beliau menyatakan bahawa isu teknikal UEC telah pun diselesaikan, cuma menanti keputusan Kabinet hendak iktiraf ataupun tidak. Akan tetapi ketika saya tanya soalan kepada Menteri Pendidikan, jawapan daripada pihak kerajaan, masih status quo. Saya tanya status terkini tetapi kerajaan tidak dapat menjawab saya apakah status terkini. Cuma jawapan yang standard iaitu tidak mengaku Dasar Pendidikan Negara. Jadi ini merupakan satu perkara yang penting di mana banyak janji ataupun harapan telah pun diberikan kepada rakyat ataupun diberikan kepada murid-murid. Jadi ini merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan. Saya cadangkan kepada pihak kerajaan, jikalau kerajaan benar-benar ikhlas, saya mohon pihak kerajaan supaya iktiraf UEC sebelum PRU ke-14. Bukannya guna isu UEC untuk memancing undi daripada mana-mana pihak. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian. Saya amat berharap perkara-perkara yang saya timbulkan pada hari ini dapat jawapan daripada pihak kerajaan. Sekian ucapan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut berucap dan membahaskan Titah

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya berkongsi kegusaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tentang ledakan penyakit tidak berjangkit atau noncommunicable disease (NCD), dengan izin. Isu ini pernah dibangkitkan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong yang lepas dalam Titah Baginda pada tahun 2013 dan saya ingat saya pernah membahaskannya. Diberikan jawapan yang agak detail oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan telah ada langkah-langkah, misalannya selepas itu melihat kembali piramid makanan sebagai contoh. Namun, benda ini masih berlaku dan tidak ada tanda penurunan akan ledakan penyakit tidak berjangkit ini, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai Ahli Parlimen, saya dimaklumkan dalam tempoh 10 hari ini sahaja, beberapa kematian. Umur 37 tahun mati kena serangan sakit jantung, 38 tahun kena strok, selamat tetapi cacat, 34 tahun juga meninggal kerana serangan sakit jantung. Seorang lagi berumur 46 tahun meninggal kerana kanser. Seorang lagi berumur 52 tahun meninggal kerana kanser. Ini sebagai Ahli Parlimen di satu kawasan. Kawasan lain lagi banyak. Sedangkan ibu bapa mereka masih sihat walafiat. Maknanya, ada sesuatu yang tidak kena dalam beberapa tahun, beberapa dekad yang terakhir ini dalam kesihatan dan cara kita menangani penyakit tidak berjangkit ini. Maka generasi muda cacat dan cedera dan juga merencatkan kesihatan, pertumbuhan ekonomi, hilang produktiviti dan semuanya. Saya cukup ingat sebelum saya datang ke Parlimen menziarahi seorang yang berusia 54 tahun sudah 27 tahun beliau strok ketika beliau berumur 27 tahun. Saya hendak memberitahu bahawa sebab terbesar pada pandangan saya ialah kerana teori kita tidak berubah. Teori yang dipakai sekarang yang mula-mula disebut 60 tahun yang lalu, teori kalori. Menteri Kesihatan selalu sebut calorie in, calorie out, dengan izin, iaitu obesiti, diabetes semua berlaku apabila banyak kalori diambil, kurang kalori dikeluarkan. Oleh kerana itu, kita lihat kempen Kementerian Kesihatan- saya hendak sebut juga. Di lebuh raya kita tengok banyak papan tanda, Tuan Yang di-Pertua. Kalau di lebuh raya itu, dengan Kerjasama Kementerian Kerja Raya untuk mengatasi obesiti. Di luar bandar sampai kawasan pedalaman. Di Kuala Kedah, kawasan hulu-hulu, Kampung Selarong Padang, Kampung Kuala Kangkung yang tidak berapa ada orang pun banyak dinaikkan papan tanda. Saya petik satu yang saya lihat di Kampung Selarong Padang, di tengah-tengah padang di tengah bendang. “Jaga kesihatan anda. Makan dengan kurang kalori.” Teh tarik 44 kalori, dan kalau minum teh tarik kena berjalan bersamaan dengan kalorinya itu sama dengan berjalan 0.8 kilometer. Makan satu pisang 88 kalori, 20 minit berjalan atau 1.6 kilometer. Karipap 132 kalori, 2.4 kilometer berjalan ataupun 30 minit berjalan. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, apa faedah kita letakkan ini semua? Pertama, sainsnya tidak betul. Kedua, siapa yang lihat papan tanda sebelum makan? Ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, apa maksud berjalan? Maknanya saya kalau misalannya di lebuh raya, tiba-tiba saya makan roti canai- itu yang tidak disebut di papan tanda di sini. Saya makan pisang sebiji, adakah saya kena park kereta saya dan berjalan 1.6 kilometer untuk mendapatkan equilibrium tadi balik? Itu doesn’t make sense, dengan izin. Tidak masuk akal. Apa faedahnya juga diletakkan? Saya yakin bahawa tidak sedikit belanja dikeluarkan untuk memasang papan tanda ini. Belanjanya, masanya, tenaganya merata-rata tempat dalam negara tetapi apa faedahnya? Ini semua, Tuan Yang di-Pertua, kerana kita memakai teori yang tidak tepat tadi iaitu teori kalori. Sebenarnya telah banyak kajian, ribu-ribu kajian dibuat sejak 58 tahun dahulu dan dikeluarkan pelbagai kajian, teori kalori yang dibangkitkan di Amerika ini, tidak ada satu kajian pun menunjukkan ia terpakai pada badan manusia. Ini kerana badan manusia bukanlah mesin yang ringkas, bukan mesin termodinamik yang ringkas. Maka masuk keluar itu tidak berlaku. Manusia ada hormon dan lain-lain lagi. Itu yang menyebabkan segala yang disyarahkan di merata tempat di Malaysia tidak memberikan sebarang kesan kepada obesiti dan lain-lain, tidak memberikan kesan. Hari raya banyak banner naik di masjid. Kuih ini berapa kalori, berapa kalori. Tidak ada siapa yang ikut. Kalau ikut pun, tidak ada faedah apa. Makanan boleh banyak kalori, misalnya telur dan lemak, tetapi kita makan sedikit sudah kenyang. Makanan boleh kurang kalori seperti aiskrim tetapi kita makan banyak, berulang-ulang. Jadi ubahlah teori tadi kepada teori yang disebut yang sekarang dipakai di banyak tempat di dunia dengan jayanya dalam membendung penyakit tidak berjangkit ini yang disebut sebagai, dengan izin, hormonal theory of obesity iaitu paras insulin yang

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

menentukan akhirnya sama ada kita menyimpan lemak atau membakar lemak. Juga bahawa penyakit ini disebabkan oleh proses yang disebut keradangan atau inflammation. Ini boleh diubah. Simple. Banyak rujukan, ramai orang yang tahu. Akan tetapi malangnya, Kementerian Kesihatan sangat lambat untuk berubah, sangat lambat. Masih pakai teori zaman dinosaur. Kalau kita dalam perubatan, dinosaurlah. Tempat lain sudah berubah. Itu tidak dapat kita tangguh-tangguh lagi, Tuan Yang di-Pertua. Dalam tahun 2014, kita membelanjakan RM1.9 bilion untuk ubat kencing manis sahaja. Bukan rawatan kencing manis, ubat kencing manis sahaja. Siapa sembuh? Saya yakin tidak ada siapa sembuh di Parlimen atau di Kuala Kedah. Tidak tahu kalau tempat lain macam Kuala Krau ada sembuh, wallahu ‘alam. Akan tetapi tidak ada yang sembuh.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Apakah justifikasi kita membelanjakan berbilion ringgit dan tidak ada hasilnya, Tuan Yang di-Pertua. Maka ubah teori tadi dan perlulah kita ubah tadi. Maka, rakyat akan lebih faham. Kita letakkan tanda-tanda yang mengelirukan di seluruh negara tentang kalori begini, begini, begini, berapa kalori, berapa banyak kena jalan, tidak berkesan dan tidak berlaku. Orang yang terkena diabetes, obesiti, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan strok ini di luar bandar petani dan nelayan bukan hanya berjalan sejauh 1.6 kilometer tetapi mereka bekerja yang bersamaan dengan berjalan-jalan berpuluh-puluh kilometer sehari. Nelayan di tempat saya, Tuan Yang di-Pertua, mereka bekerja di laut dengan tenaga empat kerat yang cukup teruk. Pakai banyak kalori. Ribu-ribu kalori tetapi merekalah yang kena obesiti, merekalah yang kena kencing manis. Di usia muda, merekalah yang collapse, rebah kerana strok dan serangan sakit jantung serta lain-lain lagi. Jadi itulah kita kena ubah dan saya mohon supaya Kementerian Kesihatan melihat kembali segala garis panduan dan teori yang digunakan. Selanjutnya saya hendak sebut sedikit lagi tentang Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tuduhan bahawa kelapa sawit yang diproses mengandungi molekul yang bersifat karsinogen, yang menyebabkan kanser. Ini menyebabkan kegusaran, keresahan di Eropah dan memberikan kesan kepada pasaran kelapa sawit kita. Minyak kelapa sawit adalah eksport kita yang sangat penting, Tuan Yang di-Pertua. Enam peratus daripada GDP kita daripada minyak kelapa sawit dan kita pernah mengeksport sampai RM60 bilion. Perlulah kita buat langkah- langkah untuk menjaga pasaran kita tadi. Syor saya ialah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ini kena memasarkan yang saya sebut sebagai virgin palm oil, dengan izin. Minyak kelapa sawit dara seperti konsep minyak kelapa dara sebagai makanan kesihatan. Ini kerana minyak kelapa sawit dara adalah salah satu daripada makanan bernutrien tinggi yang sangat berkhasiat, Tuan Yang di-Pertua. Ia mengandungi zat-zat karotena (carotenes), Pro Vitamin A, ia mengandungi ubidecarenone ataupun coenzyme Q10, Vitamin E, tocotrienols , lemak mono tidak tepu dan berlemak tepu yang sangat sihat. Kalau kita pasarkan dan kita jadikan ia sebagai makanan kesihatan dan tersebar di seluruh dunia, maka isu minyak kelapa sawit tidak sihat akan hilang. Dulu-dulu minyak kelapa mengalami masalah yang sama tetapi apabila orang menggunakan minyak kelapa dara dan merasakan ini makanan sihat, maka bila disebut apa-apa tentang kelapa, habis hilang. Sekarang kita membelanjakan banyak duit untuk memasarkan dan menjawab tohmahan-tohmahan yang akan terus berlaku di Eropah dan tempat lain tetapi kalau kita boleh ubah imej minyak kelapa sawit sebagai minyak kesihatan dengan kita memasarkan virgin palm oil, dengan izin, ataupun minyak kelapa sawit dara tadi dan ia mendapat tempat di hati orang-orang yang the health conscious people, dengan izin, orang-orang yang menjaga kesihatan ini, maka hilang masalah tadi dan kita dapat menjaga eksport kita kerana kita paling ke hadapan dalam penyelidikan kelapa sawit dan kelapa sawit kita dianggap bermutu tinggi di Eropah dan serata dunia, Tuan Yang di-Pertua. Ini satu komoditi yang sangat penting demi keselamatan kita, national security, keselamatan kita, wang kita sampai RM60 bilion, Tuan Yang di-Pertua, maka perlu kita jaga pasaran. Lain-lain itu, bila kita sebut, kita hendak jawab tohmahan, tidak terjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas izin yang diberikan kepada saya. Walaupun hendak cakap lagi tetapi moga-moga dapat faedah walaupun sekejap sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sibu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan yang diberi oleh Kementerian Kewangan, pada masa sekarang, keseluruhan cukai yang dikenakan ke atas motosikal CKT [Tidak jelas] 150cc ke bawah ialah 26 peratus iaitu 20 peratus adalah cukai eksais dan enam peratus ialah GST. Bagi motosikal CKT 150cc ke atas ialah 36 peratus keseluruhan cukainya iaitu 30 peratus eksais duti dan enam peratus GST. Kalau motosikal 250cc sehingga 500cc, tambah lagi lima peratus cukai import. Jadi 41 peratus keseluruhannya. Kalau 500cc ke atas ialah 46 peratus dengan tambahnya lagi 10 peratus cukai import. Tuan Yang di-Pertua, nampaknya begitu banyak golongan B40 yang banyak bergantung kepada motosikal sebagai jenis pengangkutan harian mereka. Saya mencadangkan supaya cukai excise duty bagi kumpulan motosikal 150cc ke bawah dihapuskan untuk tujuan mengurangkan harga motosikal yang semakin meningkat harganya kerana inflasi dan turunnya nilai Ringgit. Walaupun saya tahu kerajaan mahu pencapaian peratusan tempatan dicapai untuk membantu industri tempatan adalah penting tetapi ia boleh dicapai bukan sahaja melalui insentif pengurangan cukai eksais tetapi dengan insentif cara lain. Kalau kerajaan takut excise duty dihapuskan akan mengurangkan minat pengeluar motosikal untuk menggunakan barangan tempatan dalam produk mereka. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya juga ingin menyuruh kerajaan supaya menyeragamkan harga automobil di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Contohnya harga motosikal di Semenanjung Malaysia adalah lebih murah dari Sabah dan Sarawak. Beza harganya adalah dari beberapa ratus Ringgit kepada 1,000 lebih. Saya tidak faham kerana rakyat di Sabah dan Sarawak adalah lebih kurang dari segi pendapatan tetapi mereka mesti membayar lebih untuk membeli motosikal mereka. Saya harap penyeragaman harga ini boleh diluaskan juga bukan dari segi automobil bahkan barangan dan pakaian juga. Saya rasa kita ini 1Malaysia. Semua harga barang mestilah sama sahaja. Bukan di Semenanjung lebih murah tetapi di Sabah dan Sarawak lebih mahal. Tuan Yang di-Pertua, isu sekarang ini ialah pencerobohan kapal penguat kuasa negara asing di perairan Malaysia terutamanya di Laut China Selatan. Adakah ia semakin serius? Banyak kali soalan ini ditanya di dalam Dewan yang mulia ini tetapi kerajaan nampaknya tidak berniat untuk menjawab soalan ini. Saya diberitahu bahawa keadaan di Laut China Selatan adalah sangat tegang. Jadi saya minta Kementerian Luar Negeri memberikan penjelasan supaya Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini semua sudah tahu apa keadaan sebenar yang berlaku di Laut China Selatan terutamanya di kawasan perairan di luar Sarawak. Di internet ada menyebarkan satu berita bahawa seorang penyelam China telah menyimpan satu tugu kedaulatan di bawah air di kawasan yang hanya berjarak 80 kilometer dari Bintulu, Sarawak. Saya ingin tahu, adakah kerajaan sedar dengan perkara ini, dan apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan? Dalam satu website pelancongan Brunei juga menyatakan bahawa Terumbu Semarang Barat Nantong Jiao adalah milik negara Brunei. Jadi saya ingin tahu sama ada Terumbu Semarang Barat sudah diserahkan kepada pihak Brunei. Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya ialah mengenai isu Oratis. Kontrak Oratis yang membekalkan ubat dan peralatan perubatan kepada pesara-pesara JPA telah dihentikan. Apakah langkah kerajaan yang akan diambil untuk mengatasi masalah pesara-pesara JPA ini yang tiada tempat untuk mendapatkan ubat mereka yang disubsidi oleh JPA. Hospital awam juga menyatakan bahawa mereka tidak ada bajet untuk membekalkan ubat kepada golongan pesara ini. Banyak persoalan telah timbul berikutan perhentian kontrak ini.

Apakah sebab kontrak ini dihentikan? Adakah ini kerana kerajaan sudah kekurangan kewangan untuk meneruskan pembekalan ini? Saya juga ingin tahu, mengapa projek macam ini mesti melalui Oratis sebagai orang tengah. Ini kerana projek macam ini sebenarnya boleh dijalankan directly melalui farmasi-farmasi komuniti tanpa melalui orang tengah macam Oratis. Ini juga akan meringankan beban kos kerajaan kerana melalui Oratis, kerajaan mesti bayar Oratis 17 peratus sebagai mark up keuntungan kepada Oratis.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan kaedah kerajaan ini kerana seolah-olah nak menjaga kroni-kroni Barisan Nasional seperti Oratis sahaja. Duit yang dibayar kepada Oratis untuk servisnya lebih baik digunakan untuk menjaga para ahli farmasi muda di luar sana yang struggling untuk berjaya. Saya sebagai seorang ahli farmasi, saya ingin menekankan di Dewan yang mulia ini bahawa suasana dari segi perundangan Malaysia adalah tidak mesra kepada ahli farmasi. Kami adalah komited untuk membekalkan servis profesional dan juga harga ubat yang kompetitif kepada orang ramai. Akan tetapi para pesakit tidak diberikan peluang untuk mendapatkan ubat yang lebih murah daripada kedai farmasi terutamanya ubat grup ‘B’ kerana doktor tidak mengeluarkan prescription kepada pesakit. Jadi, satu pindaan undang-undang-undang supaya doktor diwajibkan untuk mengeluarkan prescription kepada pesakit adalah penting supaya pesakit-pesakit mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang lebih murah dari farmasi. Untuk penyakit kronik seperti hypertension, asma, diabetes dan sebagainya prescription untuk pembekalan tiga bulan haruslah dikeluarkan oleh doktor kepada pesakit. Biasanya total follow up period adalah tiga bulan. Kalau dia tidak pulang, pesakit balik berjumpa dengan doktor, hanya untuk mendapatkan ubat, dia perlu membayar consultation fee setiap kali berjumpa dengan doktor. Ini juga amat membebankan rakyat. Jadi saya harap kerajaan boleh mengkaji supaya perkara ini ditimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, banjir yang berlaku baru-baru ini di Sibu, banyak kebun sayur dimusnahkan di kawasan Sungai Biduk. Satunya faktor yang mengakibatkan berlakunya banjir ini adalah disebabkan oleh pelepasan air di Empangan Hidro Bakun. Saya rasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan supaya memberikan sedikit bantuan jenis wang tunai kepada pekebun-pekebun sayur ini. Saya harap kementerian berkaitan boleh memberi jawapan supaya adakah kerajaan berhasrat untuk memberikan bantuan jenis wang tunai kepada pekebun-pekebun sayur ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin sentuh tentang pendaftar pengundi di Sibu. Pendaftaran pengundi di Sibu adalah amat susah di UTC Sibu. UTC Sibu tidak ada post office. Jadi, post office biasanya tutup pada pukul 4.30 petang dan pada waktu biasa, banyak orang bayar bil sehingga pemuda yang layak nak mendaftar menjadi pengundi mesti tunggu dengan masa yang panjang. Di Sibu juga tidak ada office SPR. Banyak lagi pemuda-pemuda yang masih belum mendaftar menjadi pengundi. Bukan mereka belum politically aware tetapi tidak ada masa dan tempat untuk mendaftar. Kalau mereka balik kerja, sudah pukul lima, nak pergi post office untuk mendaftar jadi pengundi, post office sudah tutup. Jadi, saya juga diberitahu oleh pihak post office bahawa mereka tidak mahu berpindah atau beroperasi di UTC kerana sewa yang dikenakan oleh UTC amat mahal untuk mereka. Jadi saya mahu tanya, berapakah sewa yang dikenakan oleh UTC? Bolehkah jabatan lain yang beroperasi di UTC boleh menjalankan pendaftaran pengundi supaya semua UTC di Malaysia boleh mendaftar pengundi? Macam UTC Sibu tidak ada jabatan yang mengambil peranan untuk mendaftar pengundi. Saya juga ingin tahu, siapakah penolong pendaftar pengundi di Sibu. Saya minta kementerian berikan satu senarai nama macam siapakah persatuan NGO yang di Sibu yang layak menjalankan pendaftaran pengundi supaya saya boleh arahkan penduduk di kawasan saya pergi ke tempat itu untuk mendaftar menjadi pengundi. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen, saya juga pernah memohon menjadi penolong pendaftar pengundi kepada SPR tetapi permohonan saya tidak berjaya. SPR cakap ini mesti melalui persatuan yang ada register atau berdaftar dengan ROS.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sibu.

Jadi saya harap pihak kerajaan boleh memberi peluang supaya semua Ahli Parlimen boleh diberi peluang menjadi penolong pendaftar pengundi. Ini ialah basic service yang boleh dibekalkan oleh pejabat Ahli Parlimen. Sekian, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Titah Yang

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

di-Pertuan Agong sempena perasmian sesi Parlimen pada tahun ini. Memang banyak benda yang telah disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia. Di antaranya persoalan mengukuhkan kedudukan Islam dan menjaga kedudukan Islam tapi saya nak tegur sikitlah apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kuala Lipis tadi yang mana saya nak tegur tadi tapi tak dibenarkan oleh beliau, tak dibenarkan mencelah yang mana seolah-olah Yang Berhormat Kuala Lipis memberikan satu gambaran bahawa Islam ini tak membenarkan kita untuk menukar kerajaan, menegur ataupun menukar kerajaan bahawa umat Islam mesti menunjukkan satu tahap ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan yang tidak berbelah bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Lipis?

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Maaf, Yang Berhormat Kuala Pilah. Maaf. Yang Berhormat Kuala Lipis itu geng Yang Berhormat Kuala Krau [Ketawa] Ini geng Yang Berhormat Kuala Pilah pula ya, geng Yang Berhormat Rembau. Maka, saya ingin memberikan pesanan supaya janganlah kita peralatkan agama untuk mempertahankan kerajaan apabila rakyat inginkan perubahan, apabila dilihat bahawa ada banyak kekurangan dan kelemahan-kelemahan pada kerajaan, maka jangan kita gunakan agama sebagai satu perisai dan kononnya mengatakan Islam tidak membenarkan umatnya untuk menegur dan menukar kerajaan. Kita semua dah tahu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi... [Membaca sepotong hadis] “Sesiapa yang nampak adanya kemungkaran, adanya rasuah, adanya penyelewengan, adanya kezaliman, adanya pecah amanah dan sebagainya, hendaklah dia ubahkannya dengan tangannya dan kalau dia tidak mampu, maka hendaklah dia ubah dengan lidahnya dan kalau dia tak mampu, maka hendaklah dia benci di dalam hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

Lalu saya menganggap bahawa Yang Berhormat Kuala Pilah tidaklah ingin umat Islam berada dalam keimanan paling rendah malahan seharusnya kita bertindak untuk membawa perubahan kerana tidak ada nas dan dalil dalam Islam yang mewajibkan umat Islam mempertahankan kerajaan yang kleptokrasi yang rasuah, yang menyeleweng dan yang membenarkan pembaziran dan perbelanjaan yang boros. Ini satu perkara yang perlu diperjelaskan kerana ia melibatkan kefahaman kita tentang tuntutan dan kewajipan kita sebagai rakyat khususnya bagi yang beragama Islam. Kedua, saya hendak juga respons kepada Yang Berhormat Kota Tinggi yang tidak habis-habis memberikan hujah makro ekonomi yang begitu ceria dan baik. Seolah- olah ekonomi negara Malaysia ini tidak ada masalah, kadar pertumbuhan cukup baik, pelaburan cukup baik dan sebagainya. Okeylah kalau kita tidak mempertikaikan persoalan angka-angka ini di peringkat makro ekonomi sekalipun. Akan tetapi saya rasa tidak ada sesiapa yang boleh menafikan di peringkat mikronya kekayaan, kemewahan, pembangunan, pembesaran ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang dibangga-banggakan yang kononnya sedang berlaku tidak turun ke peringkat bawah. Kos kehidupan semakin meningkat, kos kehidupan semakin menyukarkan, membebankan, menyempit, menjadi satu beban terhadap rakyat jelata yang mana segala percakapan dan propaganda berhubung dengan ekonomi yang baik, pertumbuhan yang sihat, pelaburan yang tinggi dan sebagainya merupakan bagaikan hanya khabar angin. Kerana apa? Ini kerana hakikatnya rakyat semakin tersepit. Hari itu Yang Berhormat Kota Tinggi bila disebut tentang persoalan pensyarah yang 6,000 orang yang dilaporkan, betul tidak betul tidak tahu, kata telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Selepas itu ada datang pula jawapan daripada Kementerian Belia dan Sukan di mana dikatakan bahawa bukan 6,000, hanya 2,000. 2,000 pun ramai. Dijawab pula oleh Yang Berhormat Kota Tinggi, katanya oh itu oleh sebab sudah ada peralihan kepada TVET. Eh! Adakah TVET ini merupakan tumpuan sistem pendidikan negara? Sehingga tadi disebut tentang soal perubahan teknologi, bidang yang lebih mencabar dan sebagainya tetapi adakah TVET akan memacukan negara untuk menghadapi zaman teknologi yang berkembang pesat sehingga kita sanggup menggadaikan kepentingan universiti-universiti dan akademik, pensyarah-pensyarah, profesor-profesor yang sepatutnya merekalah yang memberi sumbangan dan sokongan yang begitu bermakna supaya negara kita boleh menghadapi perubahan dan kemajuan teknologi yang seperti itu. TVET ini ada peranannya, itu kita tidak nafikan tetapi ia bukan bertujuan untuk menjadi alasan untuk mengurangkan bajet di peringkat universiti-universiti dan

Tuan Khalid bin Abd. SamadAMANAH · PHShah Alam

dikorbankan pensyarah-pensyarah, profesor-profesor dan sebagainya. Soal ekonomi yang baik- tadi kita telah dengar ramai termasuk Ahli Parlimen-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional sendiri. Sebagai contoh Yang Berhormat Baram. 10 minit cerita tentang kemiskinan di kawasannya. Cubalah beritahu kepada orang yang miskin di Baram itu tentang kadar pertumbuhan yang begitu tinggi. Beritahulah kepadanya tentang pelaburan yang begitu tinggi, yang dia tahu harga barang naik, kos hidup naik, semakin lama semakin sukar. Kalau benarlah ekonomi kita sedang mengalami satu kadar pertumbuhan yang begitu tinggi, maka kenapa kita perlukan GST? Dahulu tidak ada GST, subsidi ada. Sekarang ini kena GST, subsidi tidak ada. Mana pergi duitnya kalau benar ekonomi kita sedang berkembang dengan pesat. Dahulu GST tidak ada, harga minyak rendah. Sekarang ini GST ada, kerajaan kutip berbilion-bilion, harga minyak naik, subsidi tidak ada. Lalu percanggahan daripada dakwaan kononnya ekonomi kita berkembang dengan baik dan bebanan ekonomi yang dikenakan ke atas rakyat jelata yang mana rakyat jelata menjadi sumber kekayaan untuk hendak kutip revenue untuk kerajaan. Ini merupakan amalan sebuah kerajaan yang semakin kekurangan kewangan, bukan amalan sebuah kerajaan yang semakin kaya dan semakin mewah. Tuan Yang di-Pertua, saya ada membawa satu usul kepada Dewan ini yang mana saya telah sampaikan dan serahkan usul ini pada 21 Februari yang merupakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) yang saya menuntut supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dihadirkan ke Dewan Rakyat untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaannya yang telah dia buat pada 26 Januari 2016 bahawa, “tiada apa- apa kesalahan jenayah yang dilakukan Najib Razak berhubung dengan wang sebanyak RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadinya.” Kenyataan yang dibuat oleh beliau secara umum dan terbuka telah terbukti palsu apabila mahkamah di Singapura telah membuktikan bahawa duit RM2.6 bilion bukan datangnya daripada mana-mana putera Arab Saudi tetapi telah datang dari sumber 1MDB melalui Bank Tanore. Sekarang ini bank itu ditutup dan pegawai-pegawai yang terlibat telah dipenjarakan. Saya telah meminta dalam usul ini supaya Peguam Negara dihadirkan di Dewan Rakyat untuk menjelaskan kenapa pendirian beliau begitu berbeza dan bercanggah dengan apa yang telah terbukti di mahkamah di Singapura. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mengucapkan terima kasih. Wallahu ‘alam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 Mac 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.38 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Status Pembinaan SMK Pelangi PerdanaSpecial Chamber

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara tajuk, saya ingin mengemukakan usul berkenaan perkara tadbir kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengenai status terkini pembinaan Sekolah Menengah Pelangi Perdana berhadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Parit Buntar di DUN Alor Pongsu Parlimen Bagan Serai. Kronologinya, pengambilan tanah seluas 15 ekar telah dibuat pada tahun 2007 oleh pihak Kementerian dan bayaran pampasan dibuat pada Oktober tahun yang sama. Kawasan cadangan pembinaan sekolah ini adalah di Batu 5 Jalan Baharu Parit Buntar, Perak dalam kawasan Parlimen Bagan Serai di DUN Alor Pongsu.

Keperluan kritikal Sekolah Menengah Pelangi Perdana di Batu 5 Jalan Baharu, permasalahannya adalah tiada sekolah menengah yang berdekatan dan pelajar terpaksa mengharungi perjalanan antara 15 kilometer hingga 25 kilometer untuk ke sekolah tersebut dan terdapat banyak perumahan baru di kawasan ini cukup kuotanya untuk membuka satu sekolah baru. Pelunjuran pelajar dalam tempoh lima tahun dijangkakan sekolah ini akan mempunyai pelajar seramai 2,000 orang murid. Saya difahamkan projek pembinaan sekolah ini dimasukkan ke dalam Rolling Plan Pertama RMKe-11. Oleh itu bilakah tender pembinaan akan ditawarkan dan jangka masa pembinaan sekolah ini dapat dilaksanakan.

Sekian terima kasih.

Datuk P. Kamalanathan A/L P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Bagan Serai yang telah membangkitkan isu pembinaan Sekolah Menengah Pelangi Perdana, Parit Buntar di Parlimen Bagan Serai.

Pada kesempatan ini, izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi perhatian kepada keperluan pembinaan baharu SMK Pelangi Perdana, Parit Buntar di bawah Parlimen Bagan Serai. Pembinaan sekolah menengah tersebut adalah perlu bagi membolehkan murid-murid daripada SK Jalan Baharu, SK Tanah Kebun, SK Parit Tok Ngah, SK Teluk Pial, SK Sungai Burung dan SJKT Simpang Lima menyambung pendidikan mereka ke peringkat menengah.

Datuk P. Kamalanathan A/L P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Pada masa sekarang 90 peratus murid-murid daripada sekolah rendah tersebut mengikuti pendidikan menengah mereka di SMK Seri Perak dan SMK Panglima Bukit Gantang. Secara keseluruhan, murid Tahun 6 pada tahun 2017 di enam buah sekolah rendah tersebut berjumlah 232 orang murid.

Aspirasi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai sistem pendidikan berprestasi tinggi dan menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian Pendidikan Malaysia juga berhasrat merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian gender sehingga 50 peratus menjelang 2020.

Berdasarkan keperluan tersebut, proses pengambilan tanah seluas 17 ekar untuk tapak pembinaan SMK Pelangi Perdana telah dilaksanakan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengangkat permohonan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Oleh kerana projek tersebut tidak diluluskan dalam RMKe-10, KPM sekali lagi mengangkat permohonan tersebut dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama RMKe-11 dan projek pembinaan sekolah tersebut menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Spesifikasi projek ini ialah 36 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan yang lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah selesai melaksanakan proses lantikan syarikat perunding. Surat setuju terima (SST) kepada syarikat perunding telah pun dikeluarkan pada 8 Mac 2017 bagi pembinaan Projek Sekolah Menengah Pelangi Perdana.

Pada masa ini projek tersebut sedang dalam fasa reka bentuk dan dijangka akan ditenderkan dalam bulan Oktober 2017. Sebagai maklumat terkini, perunding projek tersebut yang dilantik dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Kerian telah mengadakan lawatan dan kajian tapak pada 13 Mac 2017.

Tuan Yang di-Pertua sebagai kesimpulannya, isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sememangnya dalam tindakan pihak kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang telah meluluskan tanah untuk pembinaan sekolah tersebut. Terima kasih juga dirakamkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan di peringkat negeri Perak dan Parlimen Bagan Serai yang sejak dahulu telah memperjuangkan isu ini. Perlu saya tegaskan di sini bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan murid-murid mendapat pendidikan di sekolah yang kondusif dan selamat dengan membuat perancangan pembinaan sekolah baharu berdasarkan unjuran demografi murid dan keperluan setempat.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kelulusan sesuatu projek pembinaan sekolah baharu tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa kerajaan. Sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia menerima kelulusan, kementerian komited untuk memastikan projek pembinaan SMK Pelangi Perdana, Parit Buntar berjalan lancar dengan pemantauan secara berterusan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Kementerian berharap apabila pembinaan sekolah tersebut siap, sekolah tersebut akan menjadi pemangkin kepada peningkatan pencapaian akademik murid secara keseluruhannya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Skim Pesakit Bayar Penuh: Adakah “Due Diligence” DiamalkanSpecial Chamber

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Usul berkenaan perkara tadbir kerajaan Skim Pesakit Bayar Penuh - Adakah “Due Diligence” Diamalkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Skim Pesakit Bayar Penuh (Skim PBP) pada tahun 2007 di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Apabila KKM mengumumkan pada tahun 2010 bahawa Skim PBP akan diperluaskan ke empat buah hospital kerajaan lagi, beberapa kumpulan sivil dan politik telah membantah cadangan itu kerana kami telah menerima maklum balas bahawa Skim PBP mewujudkan pertindihan kepentingan di kalangan doktor pakar dan berpotensi menjejaskan kualiti rawatan kepada pesakit biasa.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

KKM telah menangguhkan perlaksanaan Skim PBP pada takat itu, tetapi secara senyap melaksanakannya di lapan hospital pada tahun 2015. Skim PBP akan diperluaskan kepada lapan buah hospital kerajaan lagi tahun ini.

Adakah audit terhadap kesan Skim PBP dijalani di Hospital Selayang dan Putrajaya sebelum keputusan untuk melaksanakannya di hospital-hospital lain? Adakah audit ini mengambil tahu pandangan pesakit biasa, doktor pakar yang tidak ambil bahagian dalam skim PBP, doktor yang sedang latih dan jururawat? Siapakah pihak yang menjalani audit di Selayang dan Putrajaya dan apakah kepakaran pihak ini dalam menjalani audit sebegini? Adakah kerahsiaan confidentiality responden terjamin dalam proses audit?

Apakah kriteria yang dipakai untuk mengukur penglibatan pakar dalam rawatan pesakit biasa sebelum dan selepas Skim PBP diperkenalkan? Bagaimanakah masa yang diguna oleh pakar untuk menjaga pesakit biasa diukur? Bagaimanakah kesan Skim PBP terhadap latihan doktor pakar muda dinilai?

Apakah sebabnya penemuan findings audit ini tidak diumumkan sebelum Skim PBP diperluaskan ke hospital-hospital lain? Mengapa kumpulan-kumpulan sivil yang membantah skim ini pada Disember 2010 tidak dijemput ke suatu sesi dialog sebelum perlaksanaan skim ini di lapan hospital pada tahun 2015?

Sistem Perkhidmatan Kesihatan Awam kita adalah suatu aset dalam masyarakat kita yang amat membantu orang biasa dan juga memupuk semangat solidariti di kalangan rakyat. Kerajaan kita harus sedari bahawa tanggungjawab memelihara Sistem Perkhidmatan Kesihatan adalah antara amanah terpenting yang diberi pada kerajaan oleh rakyat. Malangnya, dalam isu perlaksanaan PBP Kerajaan kita telah bertindak secara kurang bertanggungjawab kerana tidak mengamalkan ‘due diligence’ tetapi tergesa-gesa dalam melaksanakan suatu perubahan yang akan menjejaskan kesihatan rakyat biasa.

Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput.

Tuan Yang di-Pertua, Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) diperkenalkan sebagai salah satu langkah bagi mengurangkan masalah penghijrahan Pegawai Perubatan Pakar ke hospital swasta. Pesakit awam yang memilih perkhidmatan PPBP dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar di hospital kerajaan. Sebahagian pendapatan yang diperoleh oleh hospital melalui perkhidmatan ini akan diberikan kepada Pegawai Perubatan Pakar yang berdaftar dan terlibat memberi perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini juga dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menanggung subsidi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat berkemampuan untuk membayar caj rawatan sepenuhnya.

Mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan PPBP, pakar yang memberi perkhidmatan PPBP hanya boleh memberi konsultasi atau merawat pesakit PPBP setelah selesai merawat pesakit awam yang lain. Dalam penyediaan perkhidmatan, pertimbangan keadaan klinikal clinical consideration pesakit adalah diberi keutamaan iaitu pesakit yang lebih kritikal akan diberi rawatan atau menjalani pembedahan terlebih dahulu, tidak kira sama ada pesakit awam atau pesakit PBPP.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pengauditan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh Kementerian Kesihatan melaksanakan PPBP secara berperingkat dengan Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya sebagai Hospital Rintis pada tahun 2007. Pada tahun 2010 satu pengauditan terhadap PPBP di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang telah dilakukan oleh Cawangan Audit Dalam KKM bagi menilai sama ada PPBP telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat bagi mencapai objektif yang ditetapkan, dan segala pungutan hasil dan perbelanjaan diurus dengan teratur mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan. Secara umumnya, penemuan audit mendapati pelaksanaan skim PPBP di kedua-dua hospital tersebut memuaskan dan pelaksanaan skim ini tidak mengganggu perkhidmatan rawatan kepada pesakit awam.

Audit telah mengesyorkan Garis Panduan PPBP perlu dikaji semula bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan skim ini. Audit itu juga telah mengesyorkan bahawa PPBP yang dilaksanakan dengan baik boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan di samping memberi perkhidmatan kepakaran kepada pesakit awam dan juga pesakit PPBP.

Dengan itu, pada tahun 2015, KKM telah pun memperkemaskan garis panduan bagi mengukuhkan pelaksanaan perkhidmatan ini dan kini digunakan sebagai panduan pelaksanaan PPBP.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Peluasan Fasa 1 Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh pengurusan tertinggi KKM telah memutuskan Peluasan Fasa 1 pada tahun 2014 kepada lapan buah hospital lagi dengan mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah pertama, respons yang positif dan menggalakkan dari penyertaan dan permintaan perkhidmatan oleh pesakit sejak pelaksanaan PPBP pada tahun 2007. Sejak PPBP dimulakan, bilangan pesakit yang menyertai PPBP telah meningkat dari 227 orang pada tahun 2007 kepada 15,635 orang pada akhir tahun 2014. Ini menunjukkan terdapat segolongan pesakit yang mampu dan ingin menerima opsyen yang ditawarkan ini.

Kedua, peningkatan peletakan jawatan di kalangan pakar KKM hampir empat kali ganda pada tahun 2014 berbanding tahun 2008 adalah membimbangkan di mana tawaran lumayan oleh pihak hospital swasta menjadi faktor penarik. Dari jumlah itu, seramai 53 peratus atau 351 orang pakar adalah berusia lingkungan 31 hingga 39 tahun. Golongan usia ini adalah pakar-pakar yang selalu dipertanggungjawabkan untuk melatih pegawai perubatan dan pegawai perubatan latihan siswazah di KKM. Kekurangan golongan pakar ini boleh mendatangkan impak negatif terhadap pembangunan kompetensi pegawai perubatan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pesakit, terutamanya melalui perluasan PPBP ini dan ganjaran yang kompetitif, ramai pakar terlibat akan ingin terus berkhidmat dan kekal di hospital kerajaan.

Dengan ini, pada 21 Oktober 2014, Seminar Peluasan Fasa Pertama PPBP telah dilakukan dan dihadiri oleh anggota dari 10 buah hospital, jabatan kesihatan negeri dan pegawai-pegawai dalam KKM. Tujuan seminar adalah untuk memberi pengenalan, pendedahan dan seterusnya sebagai persediaan kepada hospital-hospital baru yang akan melaksanakan PPBP.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya, pesakit PPBP hanyalah satu peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit di mana pesakit bukan PPBP masih merupakan fokus utama penyampaian perkhidmatan perubatan di hospital yang terlibat. Selain itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 menunjukkan rakyat Malaysia mahukan opsyen memilih doktor apabila menerima rawatan di fasiliti kerajaan.

KKM sentiasa bersikap terbuka dan bersedia melakukan penambahbaikan dalam PPBP. KKM juga yakin bahawa Pegawai Perubatan Pakar di KKM akan terus memberikan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada rakyat. Adalah diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan komitmen Pegawai Perubatan Pakar di KKM untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang mereka di fasiliti kesihatan KKM. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Khamis, 16 Mac 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.51 petang]