Dewan Rakyat · 27 July 2017
15th Parliament, session 5, meeting 2 · 401 turns · 38,129 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Raime Unggi [Tenom] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah faktor yang membantu peningkatan kedudukan Malaysia dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang Tahun 2017 (US TIP Report) dan tindakan Malaysia dalam mengekalkan momentum pencapaian dalam laporan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk meletakkan Malaysia di luar kepompong tahap kedua dalam pemerhatian Tier Two Watch List. Penglibatan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi atau High Level Committee yang melibatkan tujuh orang Menteri, melibatkan sebelas jabatan-jabatan dan agensi di mana langkah-langkah pendakwaan dan juga beberapa langkah proaktif yang lain termasuk melakukan siasatan dan sabitan kes pemerdagangan orang telah menyebabkan kebolehpercayaan Jabatan Negara Amerika Syarikat mempertingkatkan tahap kita. Yang keduanya, kita juga bekerjasama dengan NGO untuk menambah baik aspek perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang di samping kita melaksanakan beberapa cadangan-cadangan penambahbaikan dan pengemaskinian proses pelaksanaan peraturan-peraturan sedia ada. Ini tentunya diikuti beberapa tindakan susulan terutamanya apabila kita menjalin kerjasama dengan negara-negara sumber yang meletakkan permasalahan itu kepada kita dan tidak adil sebuah negara di ASEAN diletakkan di dalam Tier satu tetapi negara itu menjadi negara sumber kepada permasalahan kita. Di dalam soal pemerdagangan orang ini, saya mengucapkan tahniah kepada majlis MAPO di mana MAPO adalah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan beberapa agensi-agensi lain terutamanya PDRM dan beberapa individu yang secara proaktif membantu HLC yang telah saya sendiri pengerusikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada pihak kementerian yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Soalan tambahan saya, tadi Yang Amat Berhormat ada menyatakan di mana badan NGO akan menjadi tempat-tempat perlindungan. Dalam Dewan yang mulia ini bolehkah kita tahu berapa banyakkah badan NGO’s yang beroperasi dan bagaimana ia beroperasi. Begitu juga dengan perancangan tier yang pertama, apakah tindakan kerajaan apabila menjelang tahun 2020 nanti, tindakan selanjutnya.
Setakat ini kita bekerjasama dengan dua buah NGO iaitu Tenaganita dan Good Shepherd. Kerajaan memberikan peruntukan kepada mereka. Namun kita juga menggalakkan NGO-NGO lain untuk bersama-sama bagi melakukan perlindungan. Di samping itu kita juga meletakkan beberapa kemudahan termasuk memberikan pekerjaan kepada mangsa-mangsa berkenaan. Di samping itu, perlu juga diketahui bahawa beberapa syarikat daripada US telah menawarkan pekerjaan kepada mangsa-mangsa ini, namun sekarang ini, kini galakkan syarikat- syarikat Malaysia untuk mengambil mangsa-mangsa yang diperdagangkan ini. Saya ingin menyebutkan bahawa untuk mencapai tahap satu, sasaran kita ialah pada tahun 2020. Kami amat positif boleh mencapai tahap satu dengan syarat kerjasama dapat kita lakukan dengan negara-negara sumber yang menimbulkan permasalahan kepada kita kerana yang menjadi beban adalah negara kita. Oleh yang demikian,
tentunya Yang Berhormat jika mahu bekerjasama dengan kami, kami akan mengalu- alukan terutamanya rakan-rakan di sebelah sana yang cukup sensitif terhadap pemerdagangan ini.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih dan tahniah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Persoalan saya ialah mudah. Bila laporan Jabatan Negara Amerika ini menyebut mengeluarkan Malaysia daripada pengawasan tahap dua, kerajaan menyambut baik laporan Jabatan Negara Amerika. Apakah nanti kalau Jabatan Negara Amerika ini memberikan satu laporan baru pula selepas ini dengan suatu yang agak negatif, apakah kerajaan bersedia menerima kerana bila laporan DOJ dibuat, kerajaan kata ini campur tangan asing sedangkan kalau dalam isu pemerdagangan manusia ini, kerajaan kata, “Tengok, kita pun telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika daripada pengawasan tahap dua”.
Tuan Yang di-Pertua, kepompong pemikiran Yang Berhormat Pokok Sena inilah yang patut ditolak oleh rakan-rakan yang lain kerana kita bukan mengiktiraf laporan itu sebagai laporan sebuah jabatan di Amerika Syarikat tetapi ini piawaian yang ditentukan oleh peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh Jabatan Negara. [Tepuk] Ini harus diakui bagaimana pencapaian ini adalah merupakan satu langkah proaktif oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang tentu membantu kita.
2. Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [Lumut] minta Perdana Menteri menyatakan status pembinaan tapak daratan helikopter (helicopter pad) di Pulau Jarak yang dikatakan terbengkalai disebabkan kegagalan kontraktor yang dilantik tidak berkebolehan kerana terpilih berdasarkan hubungan politik dan apakah tindakan kerajaan bagi memastikan ia dapat disiapkan segera.
Tuan Yang di-Pertua, jawapan dimulakan dengan pantun. Pantun ditanya, pantun dijawab, Dalam satu majlis Diraja, Soalan tuan mudah dijawab, Kerana kerajaan ikhlas bekerja. Tuan Yang di-Pertua, projek pembinaan semula infrastruktur asas di Pulau Jarak termasuk pembinaan tapak pendaratan helikopter untuk kegunaan operasi Angkatan Tentera Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan di kawasan maritim sedang berjalan dengan lancar. Kemajuan projek tersebut setakat semalam, 26 Julai 2017 adalah 31 hari lebih awal daripada jadual. Projek ini dimulakan sejak Mei 2016 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2018. Projek ini adalah untuk kegunaan pasukan keselamatan bagi menjaga perairan negara. Ia dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan mengikut pelan yang telah ditetapkan termasuk pembinaan tapak pendaratan helikopter. Kerajaan memandang serius usaha untuk memelihara keselamatan perairan negara dengan sentiasa memantau perkembangan projek tersebut. Jadi tidak timbul persoalan bahawa projek ini bermasalah. Tidak ada masalah, mafi musykillah.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya mendapat maklumat daripada kontraktor yang berwibawa yang mengatakan ia telah lewat. Tidak mengapa, saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tetapi balik saya akan siasat lagi sama ada kenyataan itu benar atau tidak memandangkan jeti yang ada di pulau tersebut sukar digunakan. Maka sebab itu saya gesa kerajaan supaya menyiapkan dalam tempoh yang dijanjikan, kalau boleh lebih cepat sebagaimana yang dikatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, projek ini dilaksanakan oleh kontraktor yang berwibawa dan sekali lagi saya sebutkan bahawa kemajuan projek adalah di tahap 25 peratus berbanding dengan jadual 22.8 peratus iaitu 31 hari lebih awal. Yang ini tak boleh berbohong Yang Berhormat, ini ialah merupakan kenyataan dan kita pantaunya daripada semasa ke semasa. Syarikat ini bukan sahaja syarikat berwibawa tetapi kontraktor ini ialah kontraktor yang mempunyai pengalaman yang luas di bidang kejuruteraan dan dia juga bekas Ahli Parlimen Tanah Merah.
Jadi, dia benda yang terbuka Yang Berhormat. Kita buat secara terbuka dan ia dilaksanakan dengan baik dan secara terbuka. Jadi, kalau untuk kita mempertikaikan apa-apa, saya ingat kita kena dapat maklumat awal daripada bawah. Buat masa sekarang, kita bergembira dengan prestasi yang telah dilaksanakan dan saya percaya ia akan dapat siap dengan lebih awal daripada yang dijangkakan.
3. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan seperti yang diketahui umum Akta Kebajikan Haiwan telah pun diluluskan dan diwartakan sejak tahun 2015. Mungkin ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih belum mengetahui secara jelas mengenai akta ini dan apakah tujuan akta ini diperkenalkan di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut di atas soalan yang dikemukakan. Bagi saya, soalan ini adalah suatu yang penting kerana pada 1 Julai iaitu pada awal bulan ini ialah tarikh di mana akta ini dikuatkuasakan di mana akta yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada tahun 2015, ia telah diwartakan dan bermula pada awal bulan ini, akta ini telah dikuatkuasakan. Kita tahu bahawa akta ini lebih bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan penghayatan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa haiwan adalah merupakan sebahagian daripada komuniti dalam masyarakat kita dan salah satu daripada perkara yang menjadi isu pembangunan untuk meletakkan negara kita sebagai negara yang dianggap negara maju. Bukan sahaja kita memberikan perhatian kepada kebajikan rakyatnya, kepada kebajikan manusia tetapi haiwan juga yang saya sebutkan sebahagian daripada komuniti perlu dilihat daripada aspek kebajikannya. Jadi dalam akta ini, ia menyebut tentang soal aspek kebajikan haiwan dan juga tentang aspek yang berkaitan dengan penganiayaan haiwan dan aspek-aspek pendidikan dan kesedaran adalah merupakan sebahagian besar daripada semangat akta ini.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah, adakah semua pemilik haiwan perlu dilesenkan berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini dan sejauh manakah penguatkuasaan telah dilaksanakan melalui akta ini berjaya membantu mencapai hasrat sebenar akta ini diadakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kalau kita kata penguatkuasaan, ia baru dikuatkuasakan. Tidak ada lagi pendakwaan dan sebagainya yang dibuat kerana kita tahu dalam akta ini ada aspek-aspek yang berkaitan dengan peringatan yang diberikan kepada mereka yang kemungkinan melanggar aspek- aspek yang berkaitan dengan kebajikan haiwan, mereka akan diberikan peringatan untuk memperbaiki keadaan dan sebagainya ataupun mungkin diberikan kompaun dan ada yang peringkat pendakwaan berdasarkan dan bergantung pada jenis kesalahan yang dibuat. Yang lesen ialah tentang perkara-perkara yang telah disenaraikan di dalam peraturan akta ini misalnya kalau orang hendak menyediakan penginapan haiwan ataupun orang hendak membuat hal-hal yang berkaitan dengan menunggang, mengepung haiwan, haiwan persembahan, pembiakan haiwan, penyelidikan, orang yang mengadakan penyelamatan dan pemulihan haiwan, kuarantin dan sebagainya. Terdapat 13 perkara yang disenaraikan yang perlu dilesenkan. Jadi kalau ada orang pelihara kucing di rumah itu, taklah sampai ke situ untuk dilesenkan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah daripada segi akta ini mengenai anjing dan kucing liar?
Sebagaimana yang disebutkan tadi, ianya lebih daripada aspek haiwan yang dipelihara, haiwan tujuan ternakan tetapi yang liar ini berada di bawah PBT. Jadi, ini juga perkara-perkara– tetapi kalau sekiranya perlakuan yang dikaitkan dengan penganiayaan terhadap haiwan ini contohnya orang datang menyepak atau melakukan kezaliman, akta ini juga boleh digunakan untuk bertindak terhadap mereka yang berkenaan. Terima kasih. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi] minta Perdana Menteri menyatakan apakah ketetapan kerajaan dalam hubungan diplomatik dengan negara Qatar berubah kesan tindakan beberapa negara Arab yang memutuskan hubungan dengan negara tersebut.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan pada hari ini oleh Yang Berhormat Parit Sulung, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Kota Bharu. Pada 31 Julai oleh Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Tumpat, pada 1 Ogos oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, 2 Ogos oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar dan juga 8 Ogos oleh Yang Berhormat Marang kerana semuanya ada kaitan. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa memantau secara dekat perkembangan situasi yang berlaku di Negara-negara Timur Tengah terutama negara- negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, UAE, Oman dan Qatar.
Keakraban serta hubungan baik yang terbentuk antara Malaysia dengan negara- negara GCC ini telah wujud sekian lama dan perhubungan ini tetap kukuh sehingga kini. Hubungan ini terbukti kukuh melalui pertukaran lawatan rasmi di antara Malaysia dengan negara-negara tersebut. Ini termasuklah lawatan negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke beberapa buah negara tersebut dan sebaliknya. Hubungan ini turut diperkasakan melalui hubungan perdagangan dan juga ekonomi serta jalinan rapat antara rakyat Malaysia dan negara- negara Timur Tengah. Pada tahun ini, Malaysia telah menerima lawatan negara oleh Arab Saudi dan Bahrain dan bakal menerima lawatan Putera Mahkota Arab Saudi dan Emir Qatar pada hujung tahun ini. Buat ketika ini, konflik antara Qatar dan negara-negara jiran seperti Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan UAE yang melanda sejak 5 Jun 2017 yang lalu tidak menggugat hubungan diplomatik yang telah terjalin antara negara-negara tersebut dengan Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia sentiasa memandang serius terhadap apa-apa konflik yang berlaku di antara negara yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Malaysia. Kerajaan mengharapkan penyelesaian segera dan menyokong sebarang usaha damai bagi menyelesaikan konflik dalam GCC ini. Kerajaan Malaysia turut menggesa agar semua negara terlibat untuk memberi kerjasama penuh kepada Kuwait yang menjadi pengantara dalam menyelesaikan konflik ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah dengan berkongsi pandangan secara telus dan terus di antara pemimpin Malaysia dan pemimpin-pemimpin negara-negara yang terlibat. Sebagai contoh, baru-baru ini saya telah mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan lawatan dan perbincangan dengan negara Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Bahrain. Saya telah menyampaikan pendirian Malaysia bahawa walau apa jua yang terjadi, kepentingan dan kedaulatan negara kita Malaysia akan tetap menjadi keutamaan. Ia juga menjadi tanggungjawab semua pihak, terutama umat Islam secara keseluruhannya untuk menjaga dan melindungi kedua-dua kota suci Mekah dan Madinah. Saya juga ingin menarik perhatian semua pihak kepada resolusi yang telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Riyadh pada bulan Mei yang lepas yang mana Malaysia turut dijemput dan telah sama-sama bersetuju untuk bekerjasama menentang segala bentuk fahaman ekstremisme dan terrorism seperti pengganas Daish. Kerajaan Malaysia juga berharap agar semua pihak dapat menghormati perjanjian yang telah dimeterai di kalangan negara-negara Teluk melalui Perjanjian Riyadh 2014 dan percaya bahawa perjanjian ini mampu menjadi asas yang kukuh dalam mencari penyelesaian terhadap konflik ini. Tuan Yang di-Pertua, suka saya tekankan bahawa rakyat Malaysia dan kita semua tidak perlu merasa gusar dan bimbang kerana konflik yang berlaku ini tidak menjejaskan dasar dan hubungan baik sedia ada kerajaan dengan semua negara- negara Arab terlibat. Sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dua hala dengan semua negara di rantau teluk demi manfaat bersama.
Kerajaan Malaysia mengharapkan agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik dan berharap kestabilan ukhuwah antara negara-negara teluk ini dikembalikan dengan berkat doa dan sokongan daripada semua pihak, insya-Allah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Krisis diplomasi Qatar tidak baik untuk kita, tidak baik untuk Islam, tidak baik untuk negara. Kita amat dihormati di persada antarabangsa, lebih-lebih lagi di kalangan negara Islam. Malaysia berjaya memainkan peranan perdamaian di selatan Thailand, Filipina, Sudan, Palestin dan banyak lagi. Penubuhan King Salman Centre International Peace itu satu bukti pengiktirafan yang amat tinggi. Saya hendak tanya soalan saya, atas sebab ketokohan tinggi, hubungan akrab kita dengan negara- negara ini dan peranan positif yang sentiasa kita mainkan, dengan pengiktirafan yang begitu tinggi, adakah kita bersedia sekiranya diminta dengan hubungan baik Yang Berhormat Sembrong dengan kalangan pemimpin ini, kita diminta untuk menjadi orang tengah atau bantu UAE atau apa-apalah untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah kerajaan bersedia untuk buat ini? Itu soalan.
Saya rasa setuju sangat bahawa krisis ini tidak membantu dari segi imej Islam, kesatuan ummah dan kita harap bahawa ia dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Akan tetapi usaha untuk memastikan perdamaian dan penyelesaian ini telah pun dikenal pasti Kuwait sebagai pihak perantara. Ada pihak-pihak lain seperti Turki, Amerika Syarikat dan sebagainya yang telah pun mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian ke arah menyatupadukan balik apa yang berlaku. Isu krisis Qatar ini bukan satu krisis yang mudah dan cukup kompleks. Akan tetapi saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Tinggi bahawa hubungan kita dengan negara-negara yang berkenaan, penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan mereka terhadap kita mengizinkan Malaysia memainkan sedikit sebanyak peranan kalau sekiranya diperlukan. Akan tetapi setakat hari ini kita patut memberi peluang kepada Kuwait untuk memainkan peranannya dalam meredakan ketengan antara Qatar dan negara-negara Teluk berkenaan. Pada masa yang sama, itulah juga pendirian OIC dan peranan Kuwait ke arah penyelesaian. Ini masih lagi berjalan. Kita pantau secara dekat dan insya-Allah kalau diperlukan, hubungan yang telah pun kita wujudkan dengan negara-negara berkenaan pun boleh membantu dan meletakkan Malaysia dalam satu posisi yang bukan sahaja strategik tetapi boleh memainkan peranan yang lebih mendalam. Akan tetapi kita perlu mempunyai fakta yang sebenarnya. Ia tidak datang dalam sekelip mata. Ia bersandarkan kepada pengalaman negara-negara berkenaan berpuluh tahun. Kita di Malaysia ini mesti mempunyai fakta yang tepat kalau sekiranya kita hendak mainkan peranan untuk membantu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengikuti soalan dan jawapan tadi dan saya terasa kita semua sealiran dengan pandangan dan soalan yang kita dengar tentang betapa perlunya krisis yang melibatkan Qatar dan jiran-jiran negara tersebut perlu diselesaikan dengan segera. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, Kuwait telah memainkan peranannya. Baru-baru ini Turki melalui Presiden Erdogan telah melawat Kuwait, Qatar dan Arab Saudi. Oleh itu, saya ingin bertanya dan mengetahui, apakah dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri, yang diperolehi oleh Presiden Erdogan daripada kunjungan beliau itu. Keduanya, bolehkah kita meningkatkan lagi peranan Malaysia untuk bersama- sama dengan Turki, bersama-sama dengan Kuwait memainkan peranan ini dan jangan membiarkan Amerika Syarikat atau Rusia atau Iran sekalipun untuk campur tangan supaya penyelesaian dengan penglibatan kita bersama Turki dan Kuwait itu lebih baik untuk kepentingan seluruh rantau dan seluruh dunia Islam ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Satu pandangan yang begitu tepat tetapi bukan mudah untuk dijawab. Ini kerana apa yang berlaku sekarang, ada pihak-pihak yang berkenaan yang mungkin ada kepentingan tersendiri untuk melihat kepada geo politik di rantau sana. Mungkin ada agendanya yang tersendiri yang akhirnya boleh menjejaskan kedudukan Islam dan kedudukan kesatuan ummah sesama kita. Akan tetapi kalau hendak tanya persoalan berhubung kait dengan lawatan Presiden Erdogan baru-baru ini, hubungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Presiden Erdogan ini cukup erat. Sebenarnya, kita belum dapat maklum balas daripada hasil shuttle diplomacy yang disebutkan tadi. Rata- rata daripada lawatan ke Saudi Arabia, ke Kuwait dan juga ke Doha. Saya percaya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada hubungan secara langsung dengan Presiden Erdogan dan Turki. Apa yang kita bimbang, ada pihak-pihak, kuasa-kuasa tersendiri yang luar daripada negara-negara Islam mungkin mengambil kesempatan. Ini kita kena bendung
melalui kesatuan negara-negara Islam itu sendiri. Di sinilah mungkin dari segi konsistensi pendirian Malaysia, hubungan kita dengan negara-negara berkenaan boleh menyedarkan kepada kita bahawa isu yang berkaitan dengan negara-negara Islam mesti diselesaikan oleh negara-negara Islam. Ini mesti kita cari cara dan tertib penyelesaian sesama kita. Saya setuju sangat Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, selain daripada Kuwait yang memainkan peranan ke arah untuk mungkin mendamaikan isu atau meredakan isu Qatar ini, saya melihat bahawa OIC seolah-olah telah hilang arah. Mereka, negara-negara Islam, tidak belajar daripada sejarah Palestin dijajah Israel, Syria dijajah oleh negara-negara luar sehingga mengakibatkan seluruh negara Islam dalam porak-peranda.
Justeru itu, apa peranan yang lebih komprehensif Malaysia untuk mungkin menganjurkan beberapa rundingan supaya isu ini, sedarkan negara-negara Arab ini, jangan mereka diperkotak-katikkan oleh pemimpin-pemimpin negara luar? Kalau mereka tidak sedar, maka berlakulah krisis negara Arab berterusan. Jadi saya meminta Yang Berhormat memainkan peranan ke arah untuk bukan sahaja mungkin membiarkan Kuwait memainkan peranan tetapi Malaysia ini terkenal dengan diplomatik kita, dengan rundingan yang lebih baik, jadi rasa saya perlu memainkan peranan ke arah untuk memulihkan hubungan negara-negara Islam di seluruh dunia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat, buat masa ini adalah kurang sesuai bagi Malaysia untuk membangkitkan isu ini dalam Mesyuarat OIC. Kita berpendirian bahawa setakat hari ini, isu ini perlu ditangani terlebih dahulu di kalangan negara-negara Teluk. Tambahan pula, Kuwait sebagai salah satu negara anggota OIC juga telah pun menjadi perantara bagi isu ini. Seperti saya sebutkan tadi, kita patut memberi peluang kepada Kuwait untuk memainkan peranannya dalam meredakan ketegangan antara Qatar dan negara-negara Teluk yang berkenaan. Pada sesi ke-44 Majlis Menteri-menteri Luar Negeri OIC yang telah diadakan dari 10 hingga 11 Julai 2017 di Azerbaijan, pendirian mereka ialah tidak menjadikan isu ini sebagai salah satu agendanya. Sekretariat OIC serta negara-negara anggota OIC percaya bahawa sesi tersebut bukanlah platform terbaik untuk membincangkan krisis Qatar. Ini pendirian OIC sendiri. Kebanyakan negara anggota OIC berpandangan bahawa perkara ini merupakan isu dalaman negara-negara Teluk dan Kuwait sebagai salah satu negara anggota OIC perlu diberikan peluang untuk memainkan peranannya sebagai perantara dalam krisis ini. Ini ada kaitan secara langsung dengan soalan Yang Berhormat berhubung kait dengan OIC. Kita lihat perkembangan daripada usaha penyelesaian daripada negara- negara Teluk tadi. Sekiranya sesuai pada masanya, tentunya Malaysia tidak pernah tolak dalam usaha kita untuk mencarikan apa jua jalan penyelesaian termasuk melalui OIC. Insya-Allah.
2. Tuan Teo Kok Seong [Rasah] minta Menteri Kesihatan menyatakan:- (a) apakah langkah jangka panjang untuk membantu pesakit Lisosomal (Lysosomal Diseases) agar dapat meringankan beban keluarga mereka; dan (b) setakat ini, berapakah bantuan kewangan atau peruntukan telah diberi kepada pesakit Lisosomal.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah berkenaan dengan penyakit Lysosomal Storage Diseases (LSD), Tuan Yang di-Pertua. Penyakit ini adalah penyakit genetik yang rare disease, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, iaitu lysosomal recessive dan dia dilahirkan dalam keadaan begitu. Bermakna dia dilahirkan tanpa ada enzim dalam badannya di mana baby itu dilahirkan dalam keadaan tidak boleh bernafas. Dia lahir tidak boleh bernafas ataupun dia jadi biru ataupun dia floppy baby. Dalam keadaan ini, kalau berlaku begini, maka darahnya akan diambil dan dibuat ujian dan kalau didapati ada penyakit LSD ini, maka dia kena diberi enzyme replacement therapy (ERT), Tuan Yang di-Pertua.
Kos rawatan bagi seorang pesakit pediatrik bagi merawat LSD adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun seorang. Kos untuk rawatan menggunakan ERT ini akan semakin meningkat dengan peningkatan usia seseorang pesakit. Dos ubat adalah mengikut berat badan pesakit. Disebabkan kos yang tinggi dalam rawatan pesakit ini, beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan kesihatan pesakit dari terus merosot. Satu peruntukan sebanyak RM8.5 juta telah diluluskan semenjak tahun 2009 sehingga kini untuk membiayai pembelian ubat bagi pesakit-pesakit LSD di hospital kerajaan. Peruntukan ini disalurkan setiap tahun ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dan sehingga kini seramai 28 orang pesakit LSD sedang menerima rawatan ERT. Sebanyak RM300,000 setahun disalurkan kepada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan perkhidmatan outsourcing ujian genetik ke luar negara semenjak tahun 2009 sehingga kini. Geran peruntukan sebanyak RM3 juta telah diberikan oleh kerajaan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA) pada tahun 2015 bagi membantu pesakit-pesakit LSD. Peruntukan khas perbendaharaan untuk perkhidmatan genetik sebanyak RM15 juta untuk rawatan pesakit dan memantapkan perkhidmatan makmal genetik pada tahun 2007. Satu jawatankuasa teknikal untuk enzyme replacement therapy telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan dianggotai oleh pakar-pakar genetik dan neurologi dari hospital-hospital KKM dan juga hospital universiti. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam meluluskan permohonan pesakit-pesakit LSD yang memerlukan rawatan ERT dan jawatankuasa ini perlu lebih selektif dari aspek klinikal untuk memastikan hanya pesakit yang benar-benar layak menerima bantuan ERT ini, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya saya amat berasa simpati terhadap pesakit-pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Di sini saya juga amat kagum terhadap semangat ahli-ahli keluarga khususnya ibu bapa mereka. Walaupun sumber pendapatan mereka rendah tetapi mereka tetap memperjuangkan nasib anak mereka dengan mengutip dana, mencari bantuan daripada pihak kerajaan. Saya rasa kita semua yang berada di dalam Dewan ini khususnya pihak kerajaan, saya harap pihak kerajaan dapat melipatgandakan usaha untuk membantu mereka. Soalan tambahan saya, kebanyakan daripada pesakit-pesakit ataupun ibu bapa mereka, mereka ada memberi feedback kepada saya bahawa sebenarnya mereka menghadapi masalah terhadap sistem kesihatan yang kita ada sekarang sebab wujudnya had untuk kos rawatan mereka memandangkan penyakit mereka perlu dirawat seumur hidup. Jadi dalam perkara ini, apakah usaha kerajaan untuk membantu mereka supaya memastikan nasib mereka terjamin? Saya difahamkan ada ramai lagi yang masih menunggu rawatan dan juga belum didaftarkan lagi. Saya ingin memohon pihak kerajaan dapat memberi bantuan yang sepenuhnya kepada mereka sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menyatakan kos perubatan mereka mencecah RM500,000 sehingga RM1 juta setahun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, memang di Malaysia terdapat 150 kes LSD ini dan yang mendapat rawatan melalui Kementerian Kesihatan ialah seramai 28 orang. Ini pun melalui satu penilaian oleh panel pakar-pakar. Yang lainnya— sekarang ini kita sudah buat secara NBOS, Tuan Yang di-Pertua, di mana pesakit-pesakit kita bekerjasama dengan pihak GLC, kerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran, kerjasama dengan pelbagai. Bank pun ada dan badan-badan charity, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah pun mencadangkan— sekarang sudah ada tiga persatuan yang menyelia ataupun melihat masalah mereka ini iaitu Malaysia Rare Disorders Society (MRDS), Malaysia Metabolic Society (MMS) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA). Yang Berhormat Menteri telah pun mencadangkan supaya mereka mewujudkan satu tabung yayasan yang bernama Rare Disease Alliance Foundation Malaysia dengan tujuan menggembleng usaha-usaha untuk membantu pesakit-pesakit dan keluarga yang berpenyakit begini melalui satu saluran yang rasmi. Maknanya kalau kita bergabung semua tenaga dalam satu foundation, maka usaha akan lebih mantap lagi, Tuan Yang di-Pertua. Ini kita sedang meneliti, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita difahamkan dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri juga tadi, penyakit LSD ini penyakit yang jarang-jarang berlaku.
Malah penampilan ataupun sign dan simptomnya juga berbeza dan beberapa jenis LSD yang kita semua sudah tahu ialah tidak ada rawatan untuk cure setakat ini. Bukan sahaja rawatannya mahal tetapi ia juga memberikan tekanan dan bebanan kepada keluarga dalam berbagai-bagai aspek. Kita tahu seperti juga penyakit-penyakit yang lain contohnya Hepatitis C pun sekarang ini ada ubat yang baik sofosbuvir. Akan tetapi, sangat mahal dan sudah tentulah pesakit tidak mampu dan sebagainya. Apa yang saya hendak tanya di sini ialah berapa orang kah yang betul-betul mendapat manfaat daripada ERT itu? Apabila diberi ERT berapa orang yang sebenarnya mendapat keringanan daripada bebanan penyakit yang dihadapinya. Adakah kerajaan akan bersedia untuk memberi pengiktirafan LSD ini dalam kelas yang tersendiri seperti mana kita bercakap tentang cerebral palsy, autisme yang semua orang tahu dan dengar walaupun penyakit ini jarang-jarang tetapi mereka-mereka yang kena ini memang sangat-sangat menderita. Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan adakah bersedia untuk mengiktiraf persatuan contohnya persatuan penyakit jarang jumpa Malaysia ini dengan kelas yang tersendiri yang lebih baik diberi perhatian lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini doktor perubatan ini daripada Bagan Serai. Tuan Yang di-Pertua, penyakit rare disease yang related dengan genetik adalah lebih daripada 500 ––ada senarai dekat saya ini. Lebih daripada 500 jenis penyakit semuanya very rare, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau kita hendak recognize satu bermakna kena recognize banyak lagilah. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, dalam hal LSD ini memang Yang Berhormat Menteri sudah bersikap positif dalam mencadangkan supaya ditubuhkan satu foundation. Mengenai treatment ERT Tuan Yang di-Pertua, memang basically Tuan Yang di-Pertua, pesakit-pesakit ini memang dia tidak boleh keluarkan enzyme langsung. Jadi, maknanya semua organ dia akan menghadapi masalah. They can get organ failures semua sekali dan sebab itu mereka perlu ERT seumur hidup dan kalau tidak dapat organ dia akan fail dan dia akan terlibat dengan berbagai-bagai penyakit. Biasanya dia akan mati oleh sebab penyakit-penyakit yang ditimpa akibat daripada dia hilang dia punya defend Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
3. Tuan Anuar bin Abd Manap [Sekijang] minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah bentuk kerjasama menerusi Inisiatif Trilateral Maritime Patrol (TMP) yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi mengekang aktiviti keganasan dari terus mengancam keselamatan tiga buah negara ini.
Muafakat Johor. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab soalan ini secara bersekali dengan pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mukah pada hari ini dan Yang Berhormat Libaran pada tarikh 3 Ogos kerana menyentuh isu-isu yang sama.
Ya, sila.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, situasi keselamatan serantau dan global pada ketika ini bukan sahaja terdedah kepada ancaman-ancaman berbentuk konvensional, malah ia lebih menjurus kepada cabaran-cabaran keselamatan berbentuk ancaman bukan tradisional yang memerlukan pendekatan menyeluruh dalam menanganinya. Ancaman keselamatan bukan tradisional ini jika tidak ditangani dengan teliti dan berkesan boleh menjejaskan keselamatan dan juga kedaulatan negara. Cabaran keselamatan bukan tradisional ini juga turut melibatkan isu keselamatan perairan di kawasan persempadanan Malaysia, Indonesia, Filipina di Laut Sulu yang mempunyai kepentingan keselamatan kepada ketiga-tiga buah negara. Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada kejayaan yang dicapai dalam menangani isu-isu keselamatan di Selat Melaka melalui kerjasama empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang dikenali sebagai Malacca Straits Patrol (MSP) telah dijadikan template atau model oleh Malaysia dalam membentuk rangka kerjasama bersama Indonesia dan Filipina yang dikenali sebagai Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang telah ditandatangani pada 14 Julai di Jakarta. Tuan Yang di-Pertua, TCA ini merupakan suatu bentuk pendekatan yang inovatif dan usaha yang unik yang menunjukkan kesepaduan ketiga-tiga negara sebagai lambang kesepakatan dan solidariti ASEAN. Di bawah rangka kerjasama in Trilateral
Maritime Patrol (TMP) telah dilancarkan di Tarakan, Indonesia pada 19 Jun tahun ini secara bersama oleh Menteri Pertahanan ketiga-tiga negara yang turut dihadiri juga oleh Timbalan Menteri Pertahanan Brunei dan Menteri Negara Kanan Singapura. Hasil pelancaran ini maka bermulalah pelaksanaan rondaan maritim yang melibatkan aset dan anggota pasukan keselamatan ketiga-tiga negara. Seiring dengan pelancaran Trilateral Maritime Patrol, Maritime Command Centre ketiga-tiga negara turut dilancarkan secara serentak bertujuan mewujudkan saluran komunikasi, meningkatkan koordinasi operasi dan kerjasama perisikan. Selain itu, ketiga-tiga negara ini juga telah bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan operasi hot pursuit iaitu mengejar, merentasi sempadan perairan oleh pihak angkatan tentera dan agensi keselamatan ketiga-tiga negara serta memberi bantuan kecemasan sekiranya diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai perancangan masa depan dalam mempertingkatkan lagi inisiatif kawalan maritim di Laut Sulu, kita sedang merancang untuk melaksanakan pula Trilateral Air Patrol secara berkala melibatkan tentera udara ketiga-tiga negara. Selain daripada itu ketiga-tiga negara turut bersetuju untuk melaksanakan exercise bersama yang bertujuan untuk mempertingkatkan tactical interoperability, dengan izin serta memperlihatkan kehadiran asset show of force, dengan izin angkatan tertera ketiga-tiga negara di kawasan tersebut. Akhir kata, Malaysia, Filipina dan Indonesia juga Singapura dan Brunei pada dasarnya bersetuju bahawa pendekatan TMP ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengekang jenayah-jenayah rentas sempadan tetapi juga pendekatan yang unik ini boleh digunakan untuk memerangi fahaman kumpulan Daish daripada menular di rantau ini. Kerjasama tiga hala ini adalah selaras dengan pendirian kesemua 10 negara anggota ASEAN yang berikrar untuk memerangi ancaman Daish di rantau ini semasa Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Kesembilan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN di Langkawi pada tahun 2015. Adalah mustahil untuk sesebuah negara bekerja secara silo atau bersendirian dalam membanteras aktiviti tersebut dan sebaliknya ia harus dilakukan secara bersama dengan melibatkan aset ketenteraan, strategi yang kukuh serta daya kepercayaan yang tinggi dan hubungan erat antara pemimpin ketiga-tiga negara. Suka saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa segala ancaman di Laut Sulu termasuk kumpulan militan Daish adalah benar dan peristiwa di Marawi, Filipina adalah bukti yang amat jelas kepada kita bahawa kita tidak boleh berdiam diri dan berusaha secara bersendiri untuk mengatasi ancaman-ancaman ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang saya kira kita memang amat yakin dengan kredibiliti dan PR yang dimiliki oleh Yang Berhormat Menteri terutamanya dalam menyelesaikan kerjasama dan juga isu antara negara-negara ASEAN ini terutamanya melibatkan isu berkaitan dengan keselamatan serantau. Cuma, tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut berkaitan dengan Marawi. Kita tahu pada 23 Mei 2017, suatu serangan besar-besaran telah pun dibuat oleh tentera Filipina bagi menggempur kubu kuat pengganas di daerah Marawi, Filipina ini. Cuma hanya semalam iaitu pada 26 Julai, barulah Presiden Filipina ini mengarahkan untuk menghentikan serangan besar-besaran ini. Ini kerana dikhuatiri keselamatan terhadap beberapa buah keluarga yang menjadi mangsa tebusan di sana. Soalan saya, apakah peranan negara kita dalam menangani isu ini menerusi inisiatif TMP yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan sejauh mana penerimaan negara-negara ASEAN lain terhadap penubuhan TMP ini terutamanya negara-negara yang berdekatan dengan sempadan kita seperti Singapura dan Thailand untuk mereka bersama dalam inisiatif ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Perkembangan kejadian di Marawi tidak menolak akan memberi kesan terhadap keselamatan di negara kita khususnya di Timur Sabah. Oleh sebab itu, apa yang menular di bandar Marawi kita pantau secara dekat dan seperti hubungan yang rapat yang telah diwujudkan di antara negara kita dengan negara-negara teluk atau di Timur Tengah.
Hubungan kita dengan negara-negara jiran di ASEAN ini pun cukup erat dan kita berhubung dan bekerjasama rapat dengan Filipina untuk mengenal pasti bagaimana Malaysia boleh membantu dan jumlah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi sebenarnya lebih besar daripada itu kerana daripada laporan yang kita terima, 409,879 mangsa di sana telah kehilangan tempat tinggal, dipindah ke lokasi yang lebih selamat dan memerlukan bantuan segera, yang melibatkan 89,551 keluarga. Ini kira-kira
20 peratus daripada keseluruhan bandar Marawi telah pun musnah. Jangan kita ingat apa yang berlaku di Marawi tidak boleh menimpa kita. Sebab itu kerjasama rapat untuk kita mendekati mereka yang sekarang ini sudah dianggap sebagai Internally Displaced People (IDP), dengan izin. Pihak Filipina, Secretary Delfin Lorenzana telah pun bersetuju untuk kita bantu. Baru-baru ini kita telah mengatur gerak sebuah pesawat udara A400M TUDM dalam Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team kita juga pada 21 Julai dan 16 tan bantuan telah pun kita sampaikan kepada pihak Filipina. Setahu saya yang mereka perlukan secara mendesak sekarang ialah bantuan perkhidmatan perubatan dan kesihatan, penyediaan dan pemulihan bekalan air bersih dan juga bagaimana kita boleh bantu mereka menerapkan nilai-nilai murni Islam yang sebenarnya kepada penduduk bandar berkenaan yang terkesan. Ini di peringkat MinDef, kita telah gerakkan KAGAT dan juga pihak BSPP Risik untuk bersama-sama dengan mereka yang telah dihantar atau diatur gerak ke Filipina. Ini akan diperluaskan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dengan pihak Counter Terrorism Unit Cawangan Khas dan saya percaya, bersama-sama dengan Indonesia. Insya-Allah, kita dapat mengenal pasti secara tepat apa lagi yang boleh kita bantu tetapi ini perkembangan baru. Tidak pernah kita melihat bendera Daish dikibarkan di rantau kita. Masa yang telah pun ditetapkan oleh Presiden Duterte sudah jauh pun berlalu dan kita tengok jumlah mereka yang sekarang ini sudah jadi pelarian semakin besar dan ia membawa satu isyarat kepada kita untuk kita berwaspada dan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkepentingan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan berhubung kait dengan kerjasama yang rapat di antara negara Malaysia dan juga Filipina. Menyedari hakikat perkara ini, memang sudah lama berlaku dalam menjaga rantau di ASEAN ini, kerjasama dengan beberapa anggota ASEAN dan kita juga sedar bahawa keselamatan banyak benua di dunia ini ada hubung kaitnya dengan tuntutan hak negara-negara mereka. Kita juga sedar dan tahu, saya difahamkan di antara perkara yang menimbulkan berlakunya Tanduan ialah oleh kerana tuntutan mereka, kesultanan itu terhadap negeri Sabah dan Yang Berhormat nyatakan hubungan yang begitu akrab dengan Filipina dan tuntutan ini sudah pun menghantui kita. Bukan hanya menghantui zuriat kita di masa akan datang, saya yakin ia juga menjadi satu obor membakar semangat tentang keganasan tuntutan mereka. Jadi saya hendak tanya persoalan dia, hubungan baik di antara Kerajaan Filipina dengan Malaysia ini, bilakah agaknya persoalan tentang tuntutan ini walaupun ia dianggap remeh, kecil kemungkinan oleh beberapa pihak tetapi saya yakin perkara ini bukan kecil. Ini kerana dia menghantui masyarakat di southern Philippines, dengan izin dan mereka ini masih lagi dibakar semangat. Waima, saya juga sedar dan bimbang sikit, sudah dekat pilihan raya ini, banyak IC diberikan kepada pendatang tanpa izin dan keadaan ini kalau ia tidak ditangani tentang penyelesaian tuntutan terhadap tanah yang sudah berdaulat merdeka ini, sebahagian daripada Malaysia, kalau ia tidak dapat diselesaikan, ia hanya mungkin perbicaraan di antara pimpinan over cup of tea. Saya ingat ini tidak akan dapat mengatasi seperti apa yang berlaku di Palestin dan Israel. Saya hendak tahu sama ada, adakah langkah-langkah formal di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Filipina tentang tuntutan ini? Ini kerana presiden after presiden daripada Arroyo, daripada Marcos daripada banyak lagi, sekarang pun Duterte masih lagi tidak menjawab persoalan. Ini seakan-akan mereka masih menuntut tentang hak mereka terhadap negeri Sabah. Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini? Kalau ada, apakah sudahnya? Saya hendak tahu sedikit tentang perkara ini kerana ini merupakan obor dan satu perkara menghantui keselamatan di Pantai Timur Sabah.
Terima kasih sahabat lama saya daripada Semporna. Sudah lama tidak dengar hujahnya. Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua dalam perkembangan yang menular di Marawi ini, pertimbangan tuntutan Sabah yang sudah berpuluh-puluh tahun ini tidak menjadi satu perkara yang dibincangkan bersama kita dengan Filipina setakat hari ini. Ini kerana kita lihat bahawa agenda Daish dan IS bukan sahaja merangkumi negeri Sabah itu sendiri tetapi juga mereka juga telah umumkan di khalayak ramai bahawa wilayah islamiah yang mereka hendak wujudkan Islamic caliphate, dengan izin yang dia hendak wujudkan juga melibatkan Indonesia, melibatkan Singapura dan juga Jepun. Ini merupakan perkara yang kita memberi tumpuan. Dari segi tuntutan terhadap Sabah bukan sahaja dibincangkan di peringkat tertinggi di antara Presiden Duterte dengan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, tetapi sebenarnya masalah mereka di sana ia termaktub di dalam perlembagaan Filipina itu sendiri. Sebab itu yang saya hendak tekankan di Dewan yang mulia pagi ini, bukan kita meremehkan dan menidakkan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah, tetapi kita berdepan dengan ancaman yang lebih besar, kehadiran Daish di rantau kita dan perancangan mereka untuk perluaskan pengaruhnya dan mewujudkan satu caliphate di rantau kita dan akan melibatkan Sabah itu sendiri. Sebab itu rakyat di Sabah dalam kita hendak berpolitik pun, mesti ada had dan batasannya. Jangan kita berpolitik sehingga kita berpecah sesama kita dan mengizinkan pihak-pihak yang mengintai kita ini, mengeksploitasikan keretakan di kalangan masyarakat kita khususnya di masyarakat Sabah sehingga kalau sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, nauzubillah. Akhirnya, masa dan ketika itu sudah pun terlewat. Inilah yang hendak ingatkan kepada Dewan yang mulia ini yang kita dapat iktibar dan belajar daripada perkembangan dan apa yang berlaku dan menular di Timur Tengah sama ada di Iraq, di Syria, di Libya, di Tunisia. Saya doakan dengan kesatuan dan juga pertimbangan yang lebih luas untuk kepentingan negara kita, kita mesti pastikan bahawa ini merupakan satu ancaman yang tidak boleh kita kompromi.
4. Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin [Ampang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik mengenai kes penderaan kanak-kanak (seksual dan bukan seksual), mengikut negeri, jantina mangsa, jantina pemangsa, hubungan antara pemangsa dengan mangsa, dari tahun 2010 hingga 2016, serta bilangan pertuduhan dan sabitan dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ampang pada hari ini bersama dengan Yang Berhormat Merbok pada 7 Ogos bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut adalah berkaitan.
Sila.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin dan memandang serius akan kes penderaan ke atas kanak-kanak yang merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa hadapan negara kita. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, kategori kes penderaan seksual kanak-kanak adalah terdiri daripada kes rogol, sumbang mahram, luar tabii dan cabul.
Manakala bukan seksual adalah kes penderaan fizikal. Statistik PDRM pada tahun 2010 sehingga Mei tahun 2017 menunjukkan bilangan kes penderaan seksual mengikut kategori adalah seperti berikut: | Kes |Bilangan|Peratus| |--------------|-------:|------:| |Rogol | 13272| 59.70| |Sumbang Mahram| 1796| 8.07| |Luar Tabii | 1152| 5.18| |Cabul | 6014| 27.04|<END_TABLE_MARKER> Kes rogol adalah merupakan kategori kes paling tinggi berlaku terhadap kanak- kanak yang dilaporkan kepada PDRM. Berdasarkan statistik mengikut negeri pada tahun 2010 hingga tahun 2017 Mei, negeri Johor mencatatkan bilangan kes rogol paling tinggi iaitu sebanyak 2,089 kes atau 15.73 peratus. Seterusnya bagi kes sumbang mahram, negeri Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 263 kes atau 14.64 peratus. Manakala negeri Selangor mencatatkan jumlah yang paling tinggi berlakunya kes luar tabii dan kes cabul iaitu masing-masing mencatatkan 235 kes atau 20.39 peratus dan 1,052 kes, 17.04 peratus bagi kes cabul dan di dalam sepanjang tempoh tersebut. Manakala bilangan kes penderaan fizikal bagi tahun 2010 hingga Mei 2017 adalah sebanyak 2,244 kes. Kebanyakan pelaku bagi kes-kes yang saya sebut di atas adalah lelaki dan mangsanya pula adalah perempuan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kes penderaan seksual kanak-kanak, kementerian ini bersama agensi-agensi di bawahnya, serta kerjasama dengan agensi- agensi lain yang berkaitan telah mengambil langkah-langkah melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan penggubalan dasar dan perundangan, penyediaan perkhidmatan sokongan serta pelaksanaan program Advokasi. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pindaan terhadap Akta Kanak-kanak tahun 2001 yang kini dikenali sebagai Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak tahun 2017. Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak, program Advokasi, kempen keselamatan kanak-kanak di sekolah yang dinamakan Sahabat Bijak, Kursus Pra Perkahwinan Smart Start, Program Keluarga@Kerja, Parenting@Work, Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN dan Program PEKERTI@Sekolah. Selepas itu, kita ada Talian Kasih 15999 dan juga Childline. Selepas itu kita ada Majlis Kebangsaan bagi kanak-kanak di mana kanak-kanak sendiri di dalam majlis ini Yang Berhormat. Selepas itu kita ada Dasar Perlindungan Kanak-kanak, kita ada pusat aktiviti kanak-kanak, kita ada khidmat kaunseling, kita ada rumah untuk kanak-kanak Rumah Selamat dan I think dua hari yang lepas kita baru meluluskan di Dewan Rakyat ini iaitu pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga yang juga melibatkan kanak- kanak. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Ampang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, atas jawapan yang diberi tadi. Alhamdulillah, saya ucapkan syabas kerana ada beberapa langkah yang telah kita laksanakan. Namun demikian, daripada statistik yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah hampir 24,000 berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Jadi memandangkan Mahkamah Jenayah Seksual terhadap kanak-kanak hanya ada satu sahaja yang mengendalikan kes-kes yang berlaku di Selangor, Wilayah, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Akan tetapi kalau statistik ini menunjukkan bahawa perkara-perkara ini telah berlaku di negeri-negeri selain daripada yang saya sebut tadi seperti Johor, Sabah ini memerlukan pelaksanaan untuk mengadakan Mahkamah Jenayah ini di peringkat-peringkat negeri secepat mungkin. Jadi saya, ingin bertanya apakah status usaha untuk mengadakan mahkamah- mahkamah ini di peringkat-peringkat di negeri lain. Keduanya juga, tentang garis panduan untuk melaksanakan pengendalian kes-kes seksual terhadap kanak-kanak ini kerana kalau saya dapat juga satu laporan mengatakan bahawa dalam semua kes-kes yang telah dilaporkan ketika itu setakat tahun 2016 ada 12,987 hanya 2,189 sahaja dibuat pertuduhan dan ianya 140 sahaja yang disabitkan kesalahan. Jadi apakah garis panduan yang telah dalam persediaan atau masih dalam persediaan atau mungkin kena mengambil kira bahawa ada kes-kes yang telah dibuatkan laporan oleh kerana sebab-sebab tertentu kes-kes ini ditarik balik oleh keluarga dan sebagainya. Jadi apakah tindakan mahkamah dalam memastikan bahawa mereka- mereka ini dah buat salah tetap salah walaupun pemangsa tarik atas sebab-sebab pressure, tekanan dan sebagainya. Jadi, tetapi mesti ada satu garis panduan memastikan pemangsa, pendera-pendera ini...
Soalan.
Soalanlah ini, dengarlah dulu. Kenapa pekik-pekik?
[Dewan riuh]
Soalan ini, soalan ini, dengar. Dengar soalan ini ya. Jadi apakah tindakan yang kita akan lakukan kepada mereka yang kes-kesnya walaupun mereka sudah buat kesalahan yang besar itu tetapi telah ditarik balik oleh pemangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampang sebab ini adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati ya Yang Berhormat. Sebab anak-anak ini adalah aset kita pada masa akan datang. Jadi terima kasih Yang Berhormat, memang saya telah katakan tadi di beberapa negeri, tetapi kita fokus dahulu sebab Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Terhadap Kanak-kanak baru sahaja diluluskan di Dewan yang mulia ini dan dah diluluskan akta tersebut kita telah mengadakan pula Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang pertama di Malaysia yang dirasmikan pada 22 Jun tempoh hari iaitu di Istana Kehakiman Putrajaya. Memang Yang Berhormat, ianya adalah satu-satu dahulu dan telah mula bersidang pada 4 Julai Yang Berhormat. Daripada 4 Julai ini sehingga sekarang dia
bersidang dan sebenarnya sangat memberi penilaian yang dibuat di atas mahkamah itu sangat memberangsangkan. Sebab apa, banyak kes yang tertangguh Yang Berhormat telah dapat dikendalikan dan ianya memang pada masa ini hanya satu. Akan tetapi insya- Allah akan diperluaskan ke 13 buah negeri di Malaysia secara berperingkat-peringkat. Akan tetapi Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat kan, kita berpandu kepada banyaknya bilangan kes jadi mungkin dicadangkan bahawa kita juga mengadakan mahkamah ini di mana banyaknya kes-kes jenayah seksual ini berlaku dahulu. Walaupun tadi disebut secara berperingkat ke 13 negeri di Malaysia dan mahkamah ini Yang Berhormat dikendalikan oleh seorang Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan dan turut mempunyai pendakwa raya yang memiliki kepakaran khusus dalam jenayah seksual kanak-kanak. Sebagai rekod pada hari kedua, kes sumbang mahram dikenakan hukuman 25 tahun dan 10 rotan. Jadi itu bagi kita Yang Berhormat, adalah satu pengadilan kepada anak-anak ini yang didera sebegitu rupa. Sebagai tarif untuk rekod, kanak-kanak adalah 18 tahun ke bawah. Jadi semua statistik yang saya sebutkan tadi adalah bagi mangsa-mangsa yang 18 tahun ke bawah. Jadi Yang Berhormat, betul Yang Berhormat memang ada garis panduan dan garis panduan ini sebenarnya bersamaan dengan akta yang telah kita luluskan iaitu bersamaan dengan Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak. Betul Yang Berhormat, seperti yang Yang Berhormat sebutkan sebab Yang Berhormat membuat penelitian yang begitu rapi, banyak kes sebelum ini telah ditolak. Bukan sahaja daripada pemangsa. Yang Berhormat, pemangsa ini tidak begitu ramai, kes-kes ini sebab kes ditolak. Akan tetapi, oleh sebab evidence itu sendiri tidak dapat diperolehi dari mangsa.
Sebab itu Yang Berhormat, kita wujudkan mahkamah khas. Mahkamah khas ini memberi satu keselesaan kepada anak-anak, di mana mereka tidak langsung bersama di dalam mahkamah tersebut bersama dengan si pelaku. Mereka berada di tempat lain dan hanya hakim yang boleh mengadakan komunikasi bersama dengan kanak-kanak ini sebagai mangsa dan juga si pelaku. Jadi dia tidak nampak. Bila dia tidak nampak Yang Berhormat, dia memberi satu keselesaan kepada mangsa iaitu kanak-kanak, sebab dia tidak trauma dan dia tidak takut. Ini adalah kerana kadang-kadang bila dia melihat perogol dia itu, dia bercakap pun tidak boleh Yang Berhormat. Jadi terima kasih Yang Berhormat, kita berharap selepas ini banyak kes-kes yang tertangguh akan dapat berjalan dengan lancar dan sebab itu kita mewujudkan mahkamah khas ini supaya kes-kes ini tidak tertangguh dengan lama. Jadi trauma anak-anak ini kita dapat bendung dengan satu suasana yang mesra anak-anak. Terima kasih Yang Berhormat.
Lenting Yang Berhormat Parit Sulong, sila.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan di atas yang begitu serius membela dan begitu prihatin membela kepentingan anak-anak dan salah satu daripada strategi dasar adalah untuk menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak. Jadinya soalan tambahan saya kepada pihak kementerian adalah, apakah modul yang diguna pakai dalam mendidik kanak-kanak bagi memastikan bahawa mereka faham apa itu keadaan yang berisiko dan benar-benar tahu cara untuk mereka mendapatkan perlindungan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit sulung. Seperti saya katakan di kementerian saya, kita ada modul yang kita namakan PEKERTI. Nama dia panjang Yang Berhormat, tapi kita namakan dia PEKERTI. PEKERTI ini adalah satu modul untuk memaklumkan kepada anak-anak yang ada di sekolah, yang ada di lapangan, di mana-mana. Kita telah mengadakan banyak program- program ini di mana-mana kita dapat adakan untuk kita memaklumkan kepada anak- anak bahawa ini adalah sesuatu yang seharusnya mereka mengetahui, iaitu dengan izin Yang Berhormat, bad touch, good touch. Ia bukan sahaja dari segi biologi tapi dia adalah dari segi bagaimana kita dapat menghindarkan sesuatu yang tidak baik berlaku dan di mana kita memaklumkan bahawa pengaruh-pengaruh lain seperti pengaruh internet dan sebagainya untuk kita berhati-hati.
Jadi sebenarnya Yang Berhormat, di dalam Program PEKERTI yang kita buat di sekolah- sekolah, kita melatih 683 orang guru yang kita latih daripada 2012 sehingga tahun 2015 untuk kita sama-sama memaklumkan kepada anak-anak bahawa ada beberapa perkara yang mereka harus berhati-hati dan menghindari. Setakat ini kita telah dapat mencapai 10,025 orang pelajar daripada 141 buah sekolah. Lepas itu Yang Berhormat, kita ada program yang kita namakan Pusat Remaja Kafe@TEEN. Di mana di situ kita juga mengadakan pelbagai program-program untuk kita memaklumkan kepada anak-anak ini mengenai gejala-gejala yang boleh mengakibatkan kejadian jenayah seksual seperti saya katakan tadi. Kadang-kadang Yang Berhormat kita kena berterus-terang dengan remaja atau anak-anak ini mengenai beberapa kejadian kes-kes rogol, kes-kes sumbang mahram, kes-kes luar tabii dan sebagainya. Kita terpaksa berterus-terang sebab kadang-kadang anak-anak ini sebenarnya sudah tahu. Mereka kadang-kadang lebih tahu sebab itu kita memaklumkan kepada ibu bapa supaya juga- saya tahu ini ada sesuatu yang segan dan sebagainya tapi kita maklum kepada ibu bapa supaya mereka sebenarnya memainkan peranan ini dan jangan biarkan bahawa orang lain. Jadi ibu ayah yang sering memperingatkan anak-anak mengenai gejala-gejala jenayah seksual ini dan apa akan terjadi kalau mereka juga terlibat. Jadi ini adalah sesuatu yang kita buat. Jadi Yang Berhormat , selain daripada itu, kita ada khidmat kaunseling yang kita sering lakukan. Lepas itu kita ada yang kita namakan Program Khidmat Sokongan Saksi bagi Kanak-kanak. Kita membimbing kanak-kanak ini bila mereka berada di dalam mahkamah sebab kita tahu sebenarnya anak ini sebenarnya dalam keadaan trauma dan ketakutan. Jadi oleh yang demikian kita ada child psychologist atau kaunselor kita yang membimbing supaya anak-anak ini dapat memberi keterangan dengan lebih baik, supaya kes ini tidak hanya dibuang daripada mahkamah kerana tidak cukup evidence. Terima kasih Yang Berhormat.
5. Dato’ Abd. Aziz Sheikh Fadzir [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan sejauh manakah keberkesanan Program Projek Permulaan (EPP) 13-Kluster Tenusu yang telah diperkenalkan sejak tahun 2011 serta apakah rancangan kementerian bagi menampung 20 juta liter susu diimport kini dengan 100 peratus adalah keluaran susu tempatan tanpa import menjelang tahun 2020 terutamanya dalam menghasilkan lembu tenusu yang baik dari segi pemakanan dan penghasilan susu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan. Maaf saya tidak boleh jawab pantun itu kerana kita kena jawab tentang isu yang berkaitan dengan pengeluaran susu di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa kita adalah negara pengimport susu dan bahan-bahan yang berkaitan dengan produk susu. Sekarang ini kita bercakap bahawa kita masih mengimport kira-kira 20 juta liter iaitu 40 peratus daripada keperluan susu cair bagi keperluan dalam negara kita dan kita menganggap ini adalah suatu perkara yang perlu diatasi. Terdapat berapa program yang telah kerajaan buat sebelum ini termasuk beberapa program rintis mengenai pembiakan baka supaya kita dapat hasilkan jenis lembu tenusu tempatan yang tahan dengan cuaca kita, penyakit kita dan sebagainya dan tidak semestinya bergantung kepada induk daripada luar. Kita mesti melatih usahawan kita daripada yang kecil berskala besar, program transformasi penternak kecil yang saya sebutkan tadi. Bagaimana untuk meningkatkan, sehingga sekarang kalau kita katakan purata seekor lembu kita dapat keluarkan 15 liter tetapi masih ramai yang dia cuba pelihara, dia hanya dapat 10, 9, 12 kita kena didik dia. Walaupun 15 liter itu dia masih dianggap rendah kalau dibandingkan negara Eropah yang boleh keluarkan sampai 40, 50 liter bagi seekor lembu. Tapi yang paling penting sekali kita boleh pelihara, kita boleh import banyak. Akan tetapi makanan adalah suatu perkara yang cukup penting. Jadi makanan lembu tenusu memerlukan rumput napier, jagung dan sebagainya dan ia memerlukan keluasan tanah yang besar. Jadi perlukan suatu kesepakatan dengan Kerajaan Negeri pemilik tanak dan sebagainya. Ada pemeliharaan lembu ada sistem bagaimana menggunakan buangan lembu itu sendiri untuk membaja rumput dan ada kaedah yang lebih baik lagi dalam menyediakan semua ini. Jadi kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu kita lihat daripada tahun 2011 sehingga 2016 peningkatannya sudah
banyak. Dulu kita sekadar 25 juta liter kita keluarkan, sekarang sudah meningkat kepada 36 juta liter dan lain-lain petanda menunjukkan peningkatan. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun target kita, kita dapat selesaikan import pada tahun 2020 tapi saya kurang pasti sama ada kita dapat buat atau tidak. Ini kerana kita juga mesti menyasarkan berapakah jumlah consumption atau penggunaan kita. Sekarang ini kita bercakap average ataupun purata bagi seorang rakyat Malaysia menggunakan sebanyak 19 liter per orang susu cair atau pun produk susu. Sebenarnya ini adalah jumlah yang sangat rendah kalau dibandingkan average bagi rakyat di Eropah mereka ialah sebanyak 120, 150 liter. Negara yang sederhana misalnya, negara yang telah mengubah pemakanan mereka seperti Korea, Jepun seorang rakyat mereka meng- consume atau menggunakan sebanyak kira-kira 50 liter.
Jadi kalau kita kekal 19 liter ini saya rasa kita punya sukan pun bola sepak kita akan terus duduk ke tangga 150. Ada negara dia tidak ada stadium, tidak ada apa seperti rakyat di Afrika, di Palestin dan sebagainya boleh kalahkan kita kerana penggunaan susu adalah merupakan amalan mereka. Jadi ini juga perkara yang perlu kita lihat secara menyeluruh, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sudah menjadi Menteri lima tahun di kementerian ini. Apa kekangan yang sebenarnya Yang Berhormat Menteri face dan apa kerjasama yang sebenarnya kementerian perlu di kalangan kementerian-kementerian dalam NBOS program atau juga daripada rakyat termasuklah daripada Yang Berhormat- Yang Berhormat ini? Seperti yang kita tahu dahulu NFC ini satu isu yang cukup sensasi, gegar satu dunia tapi hari ini Yang Berhormat Pandan terpaksa pula minta derma untuk cover sensasi cerita ini. Adakah ini juga masalah yang dihadapi oleh kementerian untuk buat anjakan, keberanian untuk kita mengubah pemikiran dan cara kerja, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya begitu teruja dengan soalan yang dikemukakan iaitu NFC itu lembu – kalau di Indonesia panggil ‘lembu potong’ untuk daging tapi tenusu adalah merupakan satu aspek yang penting. Saya berpendapat bahawa tidak ada pilihan bagi rakyat kita untuk menjadi rakyat yang lebih kuat ototnya, tulangnya dan sebagainya. Kita tidak boleh lagi bergantung pada susu tepung yang diimport dan campur dengan air. Tidak sama dengan susu segar. Walaupun susah, kita kena fikirkan bagaimana untuk memenuhi keperluan ini. Saya selalu bercakap kepada rakan-rakan saya di kementerian, why not kita contohi India? India satu ketika dahulu negara pengimport susu tapi melalui dia panggil white revolution atau revolusi putih mereka, mereka pelihara kerbau, kerbau keluarkan susu dan mereka adalah merupakan pengeluar susu, produser susu segar antara yang terbesar di dunia. Sebanyak 18 peratus daripada apa yang dikeluarkan dunia datang dari India. Jadi ini juga memerlukan komitmen kita kerana kita tahu bahawa kita ada cabaran tertentu yang perlu kita lihat. Cabaran yang terbesar sekali ialah cuaca kita. Kita kena akui how good we are kerana pattern kita lihat bahawa kita kata happy cow atau lembu yang gembira ini akan menghasilkan susu yang banyak. Kalau kita sebut lembu yang gembira, gembira yang dikatakan ia selalu berhadapan dengan keupayaan kita untuk mengatasi apa yang dikatakan heat stress atau stress cuaca kita. Kalau cuaca kita panas jumlahnya adalah rendah. Di negara jiran dia terpaksa mencari tanah tinggi dan sebagainya untuk memelihara lembu tenusu untuk menghasilkan yang lebih baik. Akan tetapi teknologi kemungkinan kita akan dapat menghasilkannya dan kita lihat berapa contoh yang dibuat di kawasan Muadzam Shah, di Keningau, di Kundasang, Sabah dan sebagainya memperlihatkan keputusan-keputusan yang baik. Kita boleh menghasilkannya. Keduanya, orang melihat bahawa siapakah autoriti yang bertanggungjawab dalam soal industri tenusunya? Selama ini ia banyak diuruskan oleh satu jabatan dalam kementerian saya iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Akan tetapi jabatan ini terpaksa menguruskan soal rabies, terpaksa menguruskan soal yang berkaitan dengan ayam dan sebagainya. Oleh sebab itu baru-baru ini kita dapat persetujuan daripada Kabinet dan telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tahun hadapan kita akan tubuhkan Lembaga Pembangunan Tenusu Negara kerana ada banyak perkara melibatkan badan-badan yang lain. Yang Berhormat sebutkan tadi NBOS, misalnya bagaimana kita hendak menggalakkan consumption secara menyeluruh? Anak-anak mesti diajar mengambil susu yang bukannya di flavour-kan, ditambah lagi pemanis dan
sebagainya. Ia mesti dari awal lagi. Ia memerlukan satu kesediaan yang menyeluruh di peringkat sekolah. Sekolah perlu ada bilik sejuk untuk simpan susu ini, misalnya. Berapakah jumlah misalnya kalau kita katakan pada tahun 2050 dengan penduduk Malaysia 42 juta orang kalau seorang kita hendak mengambil sasaran seperti Jepun misalnya mengambil susu sampai 50 liter, Europe 120-150. Jepun sahaja, Jepun, Korea 50 liter. Kita memerlukan sebanyak hampir 500,00 ekor lembu tenusu yang diperlukan dalam negara kita. Ini kita kena – sekarang baru ada 21,000. Akan tetapi kalau kita beli dari luar katalah tambah 10,000 kita memerlukan hampir 200 juta. Harga lembu satu lebih kurang RM10,000, dia punya infra dan sebagainya. Tidak semua yang lactating, yang mengeluarkan. Semua kita kena ambil kira. Memerlukan 500,000. Bagi 500,00 hendak kawasan yang bagaimana? Kawasan pelihara lembu itu mungkin tidak besar tetapi untuk makanannya, napier-nya adalah merupakan jumlah yang besar. Jadi ini yang disebutkan cabaran yang memerlukan kerjasama Kementerian Pendidikan, kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan, kementerian saya dan sebagainya sehingga kita perlukan satu lembaga khusus yang dipanggil Lembaga Pembangunan Tenusu Negara untuk melihat semua ini dalam konteks yang menyeluruh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya hendak tanya Yang Berhormat bahawa walaupun dasar untuk meningkatkan pengeluaran susu di negara ini adalah diterima dengan baik tetapi masalahnya adalah two-pronged. Dua masalah di sini. Satu adalah di mana kekurangan tanah. Kalau kita tengok tanah-tanah yang sedia ada di mana di sebelah sungai dan tempat-tempat lain diambil alih untuk pembangunan. Kerajaan negeri-kerajaan negeri tidak memberi tanah yang luas untuk penternak-penternak kecil. There is no initiative and incentive oleh kerajaan negeri. Apakah dasar kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Ini bukan kali pertama saya tanya masalah ini. Pada 15 tahun dahulu pun saya ada bangkitkan perkara yang sama kerana kita tahu banyak tanah-tanah diambil alih bukan sahaja oleh peneroka yang lain atau pengusaha dan sebagainya tetapi oleh kerajaan sendiri and there is no replacement. Apa usaha yang dibuat supaya meningkatkan dan memberi lebih peluang untuk anak muda kita, initiative yang tertentu? Kedua adalah we must be frank. Yang Berhormat Menteri mengaku bahawa tropical weather. Weather adalah faktor yang menjadi masalah dan mengatakan bahawa kualiti lembu. Akan tetapi, if you look at it there is a mismatch walaupun dasarnya kita hendak tingkatkan liter per lembu macam luar negara 40 liter. Humanly impossible. The cow cannot function even the best of cows cannot do that. Apakah there is a mismatch dalam investment ini? Adakah kerajaan sedar bahawa kemungkinan besar bahawa kesilapan telah dibuat bahawa meningkatkan pengeluaran lembu dan lembu yang sedia ada di negara ini banyak di antaranya not quality to produce that? Apakah rancangan yang sedia ada untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya percaya Yang Berhormat Ipoh Barat dibesarkan dengan dibiasakan dengan mengambil susu segar setiap pagi dan menjadikan Yang Berhormat Ipoh Barat saya nampak begitu, 15 tahun dengan sekarang tidak berubah ya. Sentiasa nampak muda. Mungkin kerana ambil susu segar setiap pagi.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, tentang soal dari segi tanah adalah satu aspek yang penting tetapi untuk menjadikan ia efisien, kita kemungkinan, kita katakan tidak semestinya kita menggunakan model lama. Model lama kita masih ingat dahulu kita katakan etnik yang tertentu. Kalau dikatakan Benggali misalnya ada lembu, ada susu, pagi-pagi dia jual. Sekarang ini sudah tidak ada kerana berdasarkan usahawan kecil seperti ini. Akan tetapi untuk mengkomersialkan ia tidak boleh lagi kita bergantung pada yang kecil-kecil begini. Ia mesti ada satu perancangan besar, misalnya saya katakan Kerajaan Negeri Pahang setuju untuk menjadikan kawasan Muadzam sebagai lembah tenusu.
The whole area, di Rompin sampai Pekan sampai ke Kuantan, keseluruhannya. Ini kerana dianggap ia lebih efisien kerana di situ kita kena ada ladang menternak lembu. Satu perkara yang Tuhan beri lembu itu ialah buangan dia, dikatakan manure pada lembu ini ialah baja yang natural untuk tanam makanannya iaitu rumput napier. Mencari modelnya, berapa besar kawasannya kerana daripada segi percaturan, daripada segi perkiraan, seekor lembu tenusu memerlukan satu ekar tanah untuk ditanam makanannya. Jadi, kalau perlukan 1,000 ekor, memerlukan 1,000 ekar. Kalau 10,000,
memerlukan 10,000. Ini adalah merupakan satu challenge. Kalau di sana sedikit, di sini sedikit, susah kerana hendak hantar buangan lembu tadi untuk dibajakan tempat itu, ia akan menjadi lebih mahal. Ini adalah merupakan model misalnya di negara-negara Eropah, bagaimana menguruskan buangan lembu tersebut untuk tujuan membaja tanah dan sebagainya, mesti diatur dengan lebih baik. Itu yang pertama. Keduanya, selepas lembu ini menghasilkan susunya, ia memerlukan tempat untuk memprosesnya. Kalau dahulunya yang kecilnya dia keluarkan lembu, dia perah sendiri dan kemudiannya dia jual sendiri waktu petang dan sebagainya, sudah tidak berlaku sekarang ini. Kita perlu memprosesnya, sama ada mempasturkannya ataupun UHT dan sebagainya, ia mesti memerlukan kilang memprosesnya berhampiran dengan tempat susu itu dikeluarkan. Ertinya, kalau sekarang ini oleh sebab ia tidak rancang daripada awal dahulu, susu dikeluarkan di Muadzam tetapi kena ada suatu trak untuk membawanya ke Larkin, ke Johor. Dari Larkin, Johor barulah dihantar ke Lembah Klang dan ada pula tempat. Itu tidak efisien. Sepatutnya di sana ada tempat proses. Kalau ramai penternak kecil berada di kawasan yang berdekatan, tempoh susu yang baru diperah dengan weather kita sekarang ini, tidak boleh terlalu lama untuk sampai ke tempat memprosesnya. Jadi, ini semua memerlukan perancangan yang saya sebutkan tadi, yang sebab itu kita ada Lembaga Pembangunan Susu tadi untuk melihat semua perkara tadi. Saya rasa ini juga menjawab tentang mismatch dan sebagainya. Kita tahu bahawa ia perlu juga tentang pembangunan baka, breed. Saya sudah lihat sendiri di Muadzam misalnya, kalau lembu yang Friesian yang kita ambil terus daripada Australia datang sini, untuk mengkondisikan diri dia dengan makanan di sini, dengan cuaca di sini adalah merupakan suatu yang terlalu mencabar sekali. Akan tetapi anak kepada lembu tadi dan anak yang telah dikacukkan sudah mempunyai ketahanan yang lebih baik. Ketahanan ini yang kita katakan melihat bahawa masa hadapan industri ini lebih baik kerana kita dapat menghasilkan baka-baka baru yang lebih tahan dan dapat mengeluarkan jumlah yang munasabah yang disebutkan tadi. Ini adalah memerlukan proses yang baik dan memerlukan sokongan daripada semua pihak Tuan Yang di- Pertua.
6. Dr. Izani bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah inisiatif yang diambil terhadap ibu bapa bayi yang tidak mahu anak mereka menerima suntikan vaksin 5-Serangkai (DTaP-IPV/HiB) agar dapat memutuskan rantaian penularan penyakit cegahan vaksin dan mengelakkan berlakunya wabak dalam komuniti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, kita terus kerja. Ada PRU atau tidak ada PRU, semua orang di dalam kerajaan buat kerja seperti biasa seperti menjawab soalan yang ditanya pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa kerana menanya satu soalan yang begitu tepat dengan masa ini, berkaitan dengan penggunaan vaksin dan isu-isu berkaitan dengan satu kumpulan kecil yang menolak kegunaan vaksin di dalam masyarakat kita. Bilangan penolakan vaksin telah bertambah setiap tahun, namun peningkatan tersebut tidaklah begitu ketara. Contohnya, bilangan penolakan vaksin pada tahun 2016 adalah sebanyak 1,603 kes berbanding 1,541 kes pada tahun sebelumnya. Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan mendidik ibu bapa mengenai kepentingan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi. Ibu bapa yang telah dikenal pasti menolak vaksin akan diberikan kaunseling oleh pakar perubatan keluarga dan ilmu dan kefahaman yang betul. Ia dijangka akan memberi impak yang berkekalan, malah mereka mampu menjadi ejen bagi mengubah pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap vaksin dan imunisasi. Pihak Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif yang proaktif untuk mewujudkan kumpulan advokasi imunisasi. Kumpulan ini terdiri daripada anggota kesihatan dan menyasarkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai kepentingan imunisasi dan imuniti kelompok. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga telah bekerjasama dengan lain-lain jabatan, persatuan dan sebagainya dalam menyediakan maklumat tepat bagi masyarakat. Antaranya, usaha yang telah dijalankan adalah mengeluarkan kenyataan akhbar dan mengadakan forum di negeri-negeri bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada itu, kementerian juga melalui laman sesawang portal
MyHEALTH telah menyediakan fakta dan informasi tentang vaksin dan imunisasi untuk rujukan masyarakat. Kementerian juga bekerjasama dengan persatuan-persatuan tertentu dalam mempromosi dan memberi maklumat tepat mengenai imunisasi melalui laman sesawang Immunise4life. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan menyeru semua pihak untuk sama-sama meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan imunisasi dan berganding bahu memastikan liputan imunisasi kekal tinggi. Dengan ini, rantaian penularan penyakit jangkitan vaksin dapat diputuskan dan wabak dalam komuniti dapat dielakkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Kita tahu bahawa penyakit tetanus, hepatitis semua ini penyakit yang amat bahaya yang boleh membawa kematian. Dengan tidak memberikan vaksin, kita juga tahu bahawa dia boleh menularkan penyakit ini kepada orang lain. Sebelum pada ini, kita rasa soal vaksin ini hampir selesai. Cuma perkembangan mutakhir ini, setelah golongan anti vaksin ini timbul, menjadikan pemberian vaksin ini menjadi memberi keraguan kepada sebahagian rakyat. Jadi, saya ingin menanyakan, adakah alasan mereka tidak memberi vaksin kerana beberapa kejadian komplikasi daripada vaksin ini disebabkan oleh kecuaian di pihak kita? Maaf, di pihak kementerian, di pihak doktor sendiri. Maknanya, memberi vaksin tidak pada masa yang baik. Misalnya, pada masa demam ataupun kepada immunosuppressed patient dan sebagainya, dengan izin. Jadi, adakah kelemahan-kelemahan daripada tindakan kementerian, pegawai-pegawai kita ini yang menyebabkan penolakan kepada vaksin ini? Itu satu. Adakah kementerian bercadang untuk mengenakan suatu tindakan atau pindaan undang-undang yang lebih berat kepada orang yang mempromosikan anti vaksin ini? Oleh kerana saya rasa dari sudut kesihatan dan juga dari sudut agama, hukum, telah selesai bahawa vaksin ini adalah benda yang mesti dilakukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat tentang soalan yang telah dibangkitkan tadi. Berkaitan dengan isu mengapa kumpulan ini menolak vaksin ini, ia bukan terdiri daripada pengalaman mereka daripada kegunaan vaksin di dalam negara kita. Ini adalah satu perkara yang ada di seluruh dunia, di mana adalah kewujudan kumpulan-kumpulan ini yang mengadakan kempen anti vaksin ini dan mereka mempunyai perhubungan melalui media sosial pada hari ini.
Kalau kita lihat, satu ialah daripada segi keraguan tentang komplikasi seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Akan tetapi, sebenarnya mengikut semua kajian sains dan bukti daripada sains, kebaikan yang boleh didapati daripada kegunaan vaksin di dalam membendung dan mengurangkan penyakit- penyakit yang berjangkit ini lebih beberapa ratus kali ganda daripada apa-apa adverse effect yang ada di dalam vaksin itu. Kesan sampingan akibat imunisasi biasanya adalah ringan dan tidak merbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di Bahagian Regulatori Farmasi Negara sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga ini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan. So, itu bukan suatu sebab yang mustahak. Tentang cadangan kedua yang telah diberi oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa iaitu bolehkah kita ada satu pendirian yang lebih tegas terhadap isu vaksin ini seperti bolehkah kita secara sistem perundangan mewajibkan bahawa tiap-tiap anak yang dilahirkan di negara kita diwajibkan mengikuti program vaksinasi kebangsaan yang telah disediakan oleh kerajaan. Perkara ini kita sudah bincang di peringkat kementerian dan agensi-agensi lain. Pada masa sekarang, pendirian kita ialah bahawa lebih baik kita lihat kepada perkara ini melalui pendekatan pendidikan, bimbingan dan kaunseling. Walaupun satu kaedah yang kita telah kaji dan telah diamalkan di Australia contohnya, di mana bila seseorang murid didaftarkan di dalam sebuah tadika contohnya, tadika itu mewajibkan semua anak-anak yang telah divaksin dan telah mendapat imunisasi yang penuh sahaja boleh didaftarkan. bukan daripada segi diskriminasi untuk anak yang tidak mendapat vaccination, tetapi sebagai satu langkah untuk memberi perlindungan kepada anak-anak yang lain yang ada di dalam tadika itu. so, itu ialah satu kaedah yang diamalkan di satu dua negara yang kita
sedang kaji dan keputusan akan dibuat selaras dengan penerimaan di dalam kalangan rakyat kita. Isu-isu lain tentang isu haram atau halal yang telah dibangkitkan ini, itu ialah isu yang kita cuba selesaikan melalui kerjasama dengan pihak JAKIM. Beberapa fatwa yang telah dikeluarkan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk agama yang telah menjelaskan tentang keutamaan vaksin dan kebaikan yang boleh diperolehi oleh vaksin untuk mempertahankan seseorang daripada penyakit. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau waktu kecil-kecil dulu kita sebut cucuk cacar ya? Maknanya di sini ada bekas besar yang mana bila timbul masalah seperti yang ditanya oleh penanya asal, di luar bandar sudah ada gerakan mempengaruhi ibu bapa supaya tidak cucuk vaksin. Kita amat bimbang akan merebak balik tibi, pelentung ataupun small pox itu, dan lain-lain penyakit. Jadi hendak minta kerajaan nyatakan mekanisme bagi memastikan bayi di kalangan masyarakat di luar bandar ataupun mereka yang tinggal di pedalaman dan sukar mendapat akses kemudahan kesihatan tidak tercicir daripada mendapat vaksin yang disarankan oleh pihak kementerian. Minta kementerian menjawab. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian mengambil berat tentang keperluan memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan mencukupi untuk rakyat Malaysia tanpa mengira mereka ada di bandar atau di luar bandar. Salah satu daripada perkara yang diberi keutamaan oleh kerajaan ialah untuk memastikan bahawa penyampaian perkhidmatan kesihatan kita sampai kepada seluruh pelosok negara kita termasuk kawasan-kawasan pedalaman melalui pelbagai jenis kaedah. Pada masa sekarang, tiada sebab mengapa seseorang yang duduk di dalam kawasan-kawasan pedalaman atau anak dilahirkan di dalam kawasan-kawasan pedalaman menghadapi satu situasi di mana mereka tidak boleh mendapat imunisasi. Selain daripada klinik-klinik desa yang kita telah menubuhkan di seluruh negara termasuk kawasan-kawasan pedalaman di dalam kawasan-kawasan di mana kita tiada struktur yang kekal, ada klinik-klinik bergerak melalui darat atau klinik-klinik bergerak melalui sungai yang sampai ke tempat-tempat itu untuk memastikan isu imunisasi itu telah diselesaikan dan melalui pihak jururawat yang membuat lawatan ke rumah-rumah itu untuk memastikan ibu bapa akan bertanggungjawab untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk pastikan mereka mendapat vaccination seperti yang telah disenaraikan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Sehingga sekarang, satu perkara yang mungkin kita boleh katakan membanggakan kepada negara kita. Pada keseluruhannya untuk lebih kurang semua vaksin di dalam coverage kita, coverage kita lebih daripada 90-95 peratus. So, 95 peratus daripada rakyat Malaysia untuk kebanyakan daripada program vaccination ini mendapat suntikan vaksin. Cuma isu ialah keraguan di dalam kumpulan kecil itu. Malangnya, mereka terdiri bukan daripada mereka yang tidak ada pendidikan. Mereka terdiri daripada kumpulan yang berpendidikan. Itu yang menjadi isu. Terima kasih.
7. Tuan Khoo Soo Seang [Tebrau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama ada pekerja-pekerja yang berusia lebih 55 tahun masih perlu mencarum kepada PERKESO dan adakah mereka layak mendapat pampasan yang serupa dengan pekerja- pekerja yang lain sekiranya mereka sakit atau menimpa kemalangan yang menjadikan mereka hilang keupayaan bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pekerja-pekerja yang berusia lebih 55 tahun masih perlu mencarum dengan PERKESO sehingga mencapai umur 60 tahun iaitu selaras dengan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2012 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 dan mereka layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan juga Skim Keilatan. Walau bagaimanapun, bagi pekerja berumur lebih 55 tahun yang baru bekerja dan tidak pernah mencarum kepada PERKESO sebelum ini, mereka dikecualikan membayar caruman dengan PERKESO. Sebaliknya, caruman hanya dibayar oleh majikan sahaja. Mereka layak mendapat perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan selagi masih bekerja tanpa mengira had umur.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang budiman, izin Tebrau tanya soalan tambahan. Saya ingin tanya jumlah permohonan pampasan PERKESO yang ditolak buat beberapa tahun kebelakangan dan apakah
sebab-sebab penolakan? Juga, adakah PERKESO mempunyai tabung perubatan yang khas untuk penerima pencen ilat? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan tambahan yang telah diajukan, beliau menanya berapakah jumlah permohonan pampasan PERKESO yang ditolak. Jadi jawapannya, jumlah permohonan yang ditolak— satu, untuk Skim Bencana Kerja pada tahun 2015 adalah 6,113; pada tahun 2016, jumlahnya adalah 7,780.
Mengenai skim keilatan, jumlah permohonan yang telah ditolak bagi tahun 2015 adalah 11,564 kes manakala pada tahun 2016 jumlahnya adalah 15,130. Mengenai sebab-sebab utama kes-kes ditolak adalah: (i) kes disahkan bukan bencana kerja iaitu kemalangan yang berlaku yang bukan terbit daripada pekerjaannya; (ii) kes masa dalam perjalanan pergi balik iaitu pelaku semasa di tempat rest; dan (iii) ia bukan seorang pekerja di bawah akta tersebut iaitu self-employed. Mengenai adakah PERKESO mempunyai tabung khas perubatan. Tuan Yang di-Pertua, kita sebenarnya tidak mempunyai tabung khas perubatan untuk penerima pencen ilat. Ini penting, walau bagaimanapun setiap penerima pencen ilat boleh mendapat faedah-faedah secara percuma iaitu faedah-faedah seperti berikut:- (i) pemulihan jasmani dan vokasional; (ii) kemudahan rawatan seperti dialisis; dan (iii) Program Return to Work iaitu untuk membolehkan pekerja yang mengidap keilatan kembali semula ke alam pekerjaan. Itu Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bercadang memperluaskan skop liputan perlindungan bagi pekerja-pekerja yang melalui jalan atau laluan lain ke tempat kerja atau rumah. Ini kerana kadang-kadang perlu melalui jalan lain bagi memudahkan perjalanan. Ini melibatkan perlindungan PERKESO tidak diberi bagi laluan selain yang ditetapkan dalam pendaftaran asal. Ini merugikan pekerja yang ditimpa kemalangan. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Mengikut akta yang ada pada kita, selagi si pekerja itu dalam perjalanan sama ada pergi atau balik adalah terlindung dalam skim ini.
Ya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang sungguh prihatin tentang pekerja. Saya meneliti penjelasan Menteri daripada apa yang telah diberi maklum itu menjadi satu perkara yang cukup penting untuk didengari di luar sana. Daripada usia yang tidak ada persaraan, hari ini kita sudah pun menguatkuasakan undang-undang 60 tahun. Maka, soalan saya ialah berlakulah banyak perkara-perkara yang berbangkit di antara 55 tahun ke 60 tahun. Jadi, soalan saya ialah apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan maklumat dan hak pekerja dalam lingkaran itu dalam isu hak PERKESO ini dapat dimanfaatkan dan dipastikan rakyat memahami dan tahu apa hak mereka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya dari semasa ke semasa kita menyiarkan tentang skim-skim yang ada pada PERKESO sama ada melalui media massa atau media sosial. Ini termasuklah menggunakan televisyen dan mainstream media. Jadi, Tuan Yang di-Pertua soalan itu walaupun beliau adalah bekas atau mantan Timbalan MTUC, beliau mengajukan soalan ini yang sepatutnya tidak diajukan. Akan tetapi, kerana beliau sudah pun tahu bila Yang Berhormat Kuala Langat ketika itu menjadi Timbalan Presiden MTUC, bahawa kita selain dari apa yang saya telah sebutkan tadi iaitu menyiarkan melalui media massa atau media sosial kita juga print atau mengeluarkan buku-buku panduan tentang apa yang ada dalam skim-skim yang ada di bawah PERKESO.
8. Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di kalangan pelajar sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia secara berterusan membuat penambahbaikan terhadap Pendidikan Agama Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Di antara usaha penambahbaikan bagi Pendidikan Islam ialah seperti berikut: (i) penyemakan kurikulum semula mata pelajaran Pendidikan Islam di bawah KSSM dan KSSR semakan 2017; (ii) pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini ataupun KBD kepada 171 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) kepada 16 sekolah agama bantuan kerajaan bermula tahun 2015; (iii) memperluaskan pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) kepada 15 buah sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia, 11 buah sekolah menengah kebangsaan agama dan empat SBP pada tahun 2017; (iv) merancang untuk membina sebanyak 77 buah sekolah menengah kebangsaan agama pada awal 2017. Sekolah menengah kebangsaan agama seluruh negara adalah sebanyak 59 buah buat masa sekarang; (v) selain sekolah menengah kebangsaan agama, Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2005 telah melaksanakan pendaftaran sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat berdaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan. Setakat Jun 2017 sebanyak 220 sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat telah berdaftar sebagai SABK di seluruh negara iaitu 180 sekolah menengah dan 40 sekolah rendah; (vi) pada awal tahun 2017, seramai 782 Guru Interim Dini dan guru Interim Tahfiz telah ditempatkan di sekolah agama Kementerian Pendidikan Malaysia; dan (vii) mulai tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di Sekolah Agama Imtiaz, Besut, Terengganu dengan menggabungjalinkan tiga disiplin iaitu bidang sains, tahfiz dan turas untuk murid menengah atas terpilih di sekolah tersebut. Selain daripada itu, kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam juga disemak untuk memberi lebih tumpuan kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat penambahbaikan secara bersepadu dalam tiga aspek iaitu aspek kurikulum, pedagogi dan bahan sokongan mata pelajaran Pendidikan Moral dengan lebih menitikberatkan elemen perpaduan. Kandungan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah dan menengah diperkembangkan melalui tajuk atau tema yang ada kaitan dengan perpaduan.
Murid bukan sahaja boleh menguasai kandungan dan disiplin ilmu mata pelajaran berkaitan tetapi murid juga diajar untuk memahami konstruk perpaduan serta menghayati dan mengamalkannya. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan lebih banyak aktiviti dan interaksi dalam kalangan murid supaya penghayatan terhadap konstruk perpaduan iaitu menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian dapat dicapai. Bahan sokongan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membantu menerapkan elemen perpaduan di peringkat sekolah rendah dan menengah khususnya Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Peraturan Mesyuarat 18.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada membentangkan satu usul 18 untuk membincangkan wabak rabies yang merebak di Sarawak. Saya telah terima satu surat jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa perkara ini telah diberi penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Saya rasa alasan ini tidak berpatutan dan tidak dapat diterima kerana ada dua sebabnya. Pertama, isu ini bukan sahaja di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan kerana veterinar adalah di bawah Kementerian Pertanian dan juga hari itu, nampaknya jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan tidak tahu apa-apa yang telah berlaku di bawah. Manakala walaupun ada kekurangan vaksin di on the ground tetapi beliau memberitahu Dewan ini ada cukup vaksin. Ini perkara pertama. Sebab pertama saya kata alasan yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua ini tidak boleh diterima kerana bukan sahaja ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan sahaja. Oleh itu, tidak cukuplah untuk Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk jawab sahaja. Alasan kedua, isu ini adalah penting. Lima nyawa sudah hilang. Dalam sesi soal jawab, hanya beberapa minit untuk address the issue. Kita perlukan satu usul tergempar supaya kita boleh address the issue in detail. Oleh itu saya rasa Tuan Yang di-Pertua, tidak perlulah Parlimen ini atau Tuan Yang di-Pertua untuk melindungi Menteri-menteri supaya mereka tidak perlu menjawab isu penting yang mengancam nyawa orang ramai. Oleh itu, saya menyeru Tuan Yang di-Pertua supaya overrule the decision to reject and membenarkan isu ini, usul saya dibahaskan dalam Dewan hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Bandar Kuching pun sudah menyebut bahawa beliau telah menerima jawapan daripada Tan Sri Speaker tentang alasan untuk menolak usul di bawah 18(1). Sebenarnya saya tidak perlu juga mendengar apa-apa alasan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching cuma saya memberi peluang untuk beliau memberikan alasan. Oleh itu, permohonan Yang Berhormat tetap ditolak oleh Speaker. Terima kasih.
[Menyampuk]
Sebenarnya Yang Berhormat – Yang Berhormat, saya sudah bagi peluang panjang lebar Yang Berhormat. Yang Berhormat pun hadir dalam sesi soal jawab lisan pada– Yang Berhormat, saya dengar ...
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat...
Jawapan yang diberikan itu tidak cukup.
Yang Berhormat, Yang Berhormat semasa berucap saya tidak sentuh, saya tidak kacau, saya tidak ganggu pun. Apabila saya hendak bagi petua, ruling, Yang Berhormat sabarlah. Yang Berhormat pun ada dalam Dewan ketika Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan dan juga Yang Berhormat tahu juga bahawa kementerian telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Sila kita teruskan urusan.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang baru terima jawapan yang sepatutnya dihantar kepada saya, ini soalan lisan semalam. Jadi saya sekadar mendapat yang...
Peraturan mesyuarat berapa Yang Berhormat?
...Jawapan diberi oleh pihak kerajaan ini semakin lewat.
Yang Berhormat Seputeh, peraturan mesyuarat berapa?
Peraturan Mesyuarat 26. Jadi kebanyakan kelewatan ini berlaku kepada Jabatan Perdana Menteri. So, saya hanya hendak menyeru Tuan Yang di-Pertua kerana kenapa Jabatan Perdana Menteri ini begitu lewat dan banyak soalan yang kami bangkitkan seperti yang dibangkitkan oleh rakan- rakan saya dua hari yang lepas itu semua berkenaan dengan topik 1MDB dan lain, semua ini tidak dijawab? Saya tanya tentang perbelanjaan holiday Perdana Menteri ini, dahulu ada jawab, sekarang semua tidak dijawab.
Yang Berhormat...
Jadi apa gunanya bagi kami Ahli Parlimen berada di sini, banyak soalan ditanya tidak ada jawapan yang betul dan begitu lewat sekali. Saya hanya hendak minta Tuan Yang di-Pertua memandang serius tentang perkara ketidakcekapan Jabatan Perdana Menteri. Sekian.
Terima kasih. Sila, teruskan urusan kita pada hari ini.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [26 Julai 2017]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim.
Ya, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ini lagi cekap. Sebelum dijemput sudah berdiri.
Sila-sila.
Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Langkawi boleh mencelah ya.
Sebelum saya memberikan maklum balas terhadap isu-isu yang dibangkitkan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian yang turut bertemu untuk berbincang dan memberi maklum balas dalam cadangan penambahbaikan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat secara formal dan tidak formal di luar sesi sidang Dewan Rakyat. Saya amat menghargainya. Semalam, rakan kita Yang Berhormat Kluang ada menyentuh mengenai ada berjumpa dengan saya. Ini adalah satu spirit ataupun semangat yang memang kita galakkan di mana kita bekerjasama dalam hal untuk memastikan industri teksi ini akan sentiasa berterusan. Jadi segala cadangan, teguran dan pandangan telah diambil kira dan sebahagiannya adalah selari dengan hasrat dan tumpuan yang sedia ada ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 yang dibawa ke Dewan yang mulia pada hari ini adalah untuk memastikan industri teksi tanah air dapat terus berkembang selari dengan arus pemodenan dan trend terkini, menawarkan perkhidmatan yang baik, meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan yang lebih utama, tidak mengabaikan kebajikan pemandu teksi. Saya telah mendengar dengan teliti semua hujah dan pandangan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membahaskan rang undang-undang ini semalam. Saya amat gembira kerana rata-rata semua Ahli Yang Berhormat secara dasarnya bersetuju dengan objektif dan hasrat yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan berhubung hal ini.
Saya mengambil maklum bahawa kebanyakan perkara-perkara yang dibangkitkan adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana rancangan Kerajaan dalam Pelan Transformasi Industri Teksi (TITP) akan dilaksanakan. Sebenarnya, sejak diumumkan oleh Kerajaan pada Ogos tahun lalu kita telah menjalankan banyak sesi dengan izin, engagement dengan semua stakeholders, dengan izin. Terutamanya pemandu-pemandu teksi bagi menerangkan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan dalam TITP. Malah, saya sendiri dalam setiap sesi Parlimen telah menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini berhubung dengan TITP ini. Walau bagaimanapun, saya sekali lagi pada hari ini akan berkongsi tentang bagaimana Program TITP yang dibangunkan akan memacu perubahan dan transformasi yang diperlukan dalam industri teksi tempatan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Program Transformasi Industri Teksi yang telah diformulasikan bagi mewujudkan persekitaran industri teksi yang sihat dan adil kepada semua pihak iaitu pemandu, pengguna dan pengendali. TITP bukan hanya dibangunkan melalui andaian atau rekaan semata-mata. Dakwaan bahawa TITP dan cadangan pindaan rang undang-undang yang dibawa pada hari ini hanyalah untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat besar e- hailing semata-mata adalah tidak berasas. Hal ini kerana, TITP telah dibangunkan hasil daripada penyelidikan yang teliti, kaji selidik yang luas, perbandingan dan konsultasi berterusan dengan kesemua stakeholders, dengan izin dalam industri ini bagi memastikan kebaikan dan manfaat dapat di nikmati oleh semua pihak. Sebagai contoh, satu lab selama sebulan setengah telah diadakan bagi menyediakan platform untuk semua stakeholders. Sama ada berkumpulan mahupun individu daripada pemandu teksi hinggalah kepada pengendali dan penggunaan dapat tampil dan mengemukakan pandangan, cadangan dan juga luahan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dalam industri teksi ini. Oleh itu isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai masalah yang membelenggu industri teksi sememangnya telah pun diambil maklum melalui penyelidikan dan konsultasi yang telah dijalankan oleh kerajaan. Kita juga telah dapat mengenal pasti isu yang jauh lebih dalam dan luas daripada apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat. Apa yang saya maksudkan di sini adalah saya mahu memberikan jaminan bahawa TITP yang dibangunkan sebenarnya merangkumi dan memberi tumpuan untuk mengatasi kesemua masalah yang ada di dalam industri teksi pada hari ini. Tuan Yang
di-Pertua, secara keseluruhannya perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat semalam boleh saya rumuskan menyentuh isu-isu berhubung pertama iaitu persaingan yang sihat atau same level playing field dengan izin antara teksi konvensional dengan e-hailing. Kedua, pengeluaran permit individu. Ketiga, pendapatan pemandu teksi yang berkurangan. Keempat, kebajikan pemandu teksi, kebajikan pemandu e-hailing dan juga kebajikan pengguna. Kelima, kegusaran mengenai impak e-hailing terhadap pemandu teksi, pengguna dan seterusnya industri teksi itu sendiri di masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan beberapa isu di mana ia melibatkan mengenai same level playing field, dengan izin. Boleh dikatakan semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah menggesa agar Kerajaan memastikan bahawa kedua-dua pemandu teksi dan pemandu perkhidmatan e- hailing diberikan layanan yang sama dan perlu dikenakan syarat-syarat dan prosedur yang sama untuk beroperasi. Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Parlimen kerana ini satu perkembangan terbaru di mana kita melihat sokongan terhadap kedua- dua pihak untuk teksi dan juga untuk e-hailing wujud di kalangan kita di dalam Dewan yang mulia ini. Sukacita dimaklumkan bahawa perkara ini sememangnya akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Syarat-syarat yang dikenakan kepada pemandu teksi pada waktu ini seperti pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu akan turut perlu dipatuhi oleh pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing. Terdapat beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat mencadangkan agar syarat-syarat ke atas pemandu teksi ini dilonggarkan yang didakwa boleh mengurangkan kos dan beban pemandu teksi. Namun syarat-syarat ini diperlukan demi faktor keselamatan. Oleh itu ia tidak akan dikecualikan kepada pemandu teksi tetapi akan turut dikenakan kepada pemandu e-hailing. Ini yang kita maksudkan juga dalam perkataan same level playing field dengan izin. Mengenai pemeriksaan kesihatan, ia diperlukan bagi memastikan pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing di akui sihat untuk menawarkan perkhidmatan. Pemeriksaan kenderaan berkala pula, ia diperlukan bagi memastikan kenderaan yang digunakan sebagai teksi dan kenderaan e-hailing selamat kepada pemandu, penumpang dan pihak ketiga. Suka cita dimaklumkan bahawa selepas ini pemandu teksi hanya perlu membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan berkala ini sekali setahun berbanding setiap enam bulan yang disyaratkan kini. Ini sudah meringankan beban mereka. Manakala kenderaan yang berusia kurang daripada tiga tahun daripada tarikh ia didaftarkan di kecualikan untuk pemeriksaan berkala ini. Syarat ini akan turut perlu dipatuhi oleh kenderaan e-hailing. Keperluan dilindungi insurans pula setiap kenderaan teksi perlu mempunyai insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga. Keperluan yang sama juga harus dipenuhi oleh kenderaan e-hailing dan dari segi kad pemandu pula setiap pemandu teksi pada masa ini perlu memiliki kad pemandu yang dikeluarkan oleh SPAD. Bagi menjaga keselamatan pengguna, pemberian kad pemandu ini akan turut melalui saringan tapisan keselamatan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selepas ini kad pemandu ini juga perlu dimiliki oleh pemandu perkhidmatan e-hailing. Maklumat mengenai pemandu ini akan turut dijadikan bank data bagi membolehkan SPAD memantau rekod pemandu. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada keperluan untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan tadi pemandu teksi juga sering menyuarakan bahawa mereka tidak dapat bersaing on the same level playing field dengan izin dengan perkhidmatan e- hailing. Hal ini kerana mereka perlu mematuhi jenis, model dan spesifikasi kenderaan tertentu untuk dijadikan kenderaan teksi. Sementara pemandu perkhidmatan e-hailing boleh menikmati kos operasi yang lebih rendah dengan menggunakan kenderaan yang lebih kecil dan lebih murah kos operasinya. Oleh yang demikian, antara inisiatif di bawah TITP adalah pembukaan jenama dan model kenderaan yang boleh digunakan sebagai teksi dan kenderaan e-hailing bagi memberikan pilihan kenderaan yang lebih luas yang dirasakan sesuai dengan kelas penumpang yang disasarkan serta kos operasi mereka. Pilihan kenderaan ini adalah tertakluk kepada pematuhan keperluan minimum tiga star rating di bawah ASEAN NCAP. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat juga menyuarakan pendapat bahawa pemandu teksi tidak dapat bersaing secara sihat kerana perlu menanggung sewaan permit daripada syarikat kerana tidak memiliki permit sendiri.
Sejak penubuhannya pada tahun 2010 sehinggalah tahun 2016, SPAD tidak mengeluarkan permit teksi yang baru kepada individu mahupun syarikat. Bagi membantu pemandu teksi untuk keluar dari sistem pajak sedia ada. SPAD melalui pelaksanaan TITP ini, akan mengeluarkan permit teksi individu yang baru kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan dengan syarikat. Selain itu, pemandu yang layak juga akan diberikan geran sebanyak RM5,000 sebagai pembayaran pendahuluan atau dengan izin, down payment untuk pembelian teksi baru-baru.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] Pemberian permit teksi individu yang baru ini bukan hanya terhad kepada tahun ini sahaja malah akan terus dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum tamat tempoh pajakan dalam masa terdekat ini. Sehingga kini seramai 600 orang pemandu teksi telah menerima permit individu di bawah inisiatif TITP ini.
Yang Berhormat Batu bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Batu hendak tunggu saya, takut mungkin Yang Berhormat Batu tanya semalam ada dalam sini. Boleh tunggu?
Okey, tapi dalam on the issue sebab transform dari yang tadi. Jawapan yang tadi bukan isu yang saya bangkit tadi. Saya ingin pertama sekali saya mengalu-alukan pendekatan yang baru untuk memberi permit individu kepada semua pemandu teksi. Cuma kita di sini juga ingin tahu berapa lama proses ini di ambil kerana Yang Berhormat Menteri tadi tidak sebut sebenarnya berapa ramai pemandu teksi yang sekarang ini terikat dengan permit sewa yang lama dan berapa syarikat yang masih pegang permit yang telah diberi oleh rejim yang lama dan saiz yang begitu besar ini ia akan mengambil masa berapa panjang untuk dihijrah ke permit individu. Adakah kementerian sudah ada kajian dan juga ada penetapan.
Sebenarnya figure nya ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya..
Sekejap, figure dia nanti saya bagi. Kalau dari segi secara menyeluruhnya memang kita ada kajian yang dibuat. Sebab itu adalah satu proses berterusan. Ini adalah kerana sekarang ini sudah ada 600 mereka yang keluar kerana mereka sudah habis tempoh. Tetapi dalam tempoh masa yang sama mungkin ada yang hendak keluar, tidak menunggu tempoh dia selesai. Jadi saya akan kemukakan figure.
Sorry, 600 is a very small figures
Baru, baru sahaja. Minggu depan ada lagi. So it is dengan izin it is on going process, Yang Berhormat. Jadi kalau hendak mengetahui secara menyeluruhnya berapa syarikat, berapa permit yang terlibat, saya akan dapatkan figure dia nanti, sebentar nanti. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan penyataan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi akan ada geran RM 5000 kepada pemandu teksi. Saya hendak tanya ini, saya kurang jelas sikit. Saya di Langkawi, kita ada 1,000 teksi dan kebanyakan teksi ini sudah 10 tahun 12 tahun dan kalau mereka hendak masuk dalam sistem Uber ataupun Grab teksi ini, dia perlu teksi yang baru 7 tahun ke bawah, saya difahamkan. Adakah geran RM 5000 ini boleh diberikan kepada empunya teksi individu di Langkawi untuk digunakan bagi upgrade teksi mereka?
Yang Berhormat sementara ini keutamaannya diberi kepada mereka yang masih dalam pajak. Sistem itu keutamaan lah sebab kita hendak membantu untuk mereka keluar daripada sistem pajak seperti saya nyatakan. Yang Berhormat, ini adalah TITP. Tujuan TITP kerana hendak membantu mereka yang berada di dalam sistem pajak itu yang telah banyak mengadu mengenai masalah mereka hendak keluar daripada sistem pajak, hendak mintak permit individu. Kita, insya-Allah permit individu akan diberi dan geran hanya diberi kepada mereka yang hendak keluar daripada sistem pajak, sementara ini. Jadi kita tidak hendak commit dulu untuk yang lain itu.
Ya pasal apa, Yang Berhormat Menteri kerana apabila kehadiran Uber ini menyebabkan perbezaan dari segi kebersihan dan juga dari segi produk, kualiti dan sebagainya. Oleh sebab itu merayu supaya pihak kerajaan boleh kembangkan geran RM 5,000 ini daripada sistem tadi kepada sistem individu yang mempunyai kereta lama dan yang sudah tua kerana mereka hendak beli kereta baru untuk bersaing dengan Uber dan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Tetapi oleh sebab mereka tidak mampu, maka mereka tidak dapat membeli. Yang ini satu daripada agenda yang sepatutnya kerajaan ambil perhatian.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, itu kita tidak dapat nyatakan di sini dahulu. Cuma mungkin kalau saya hendak commit bercakap secara pentadbiran, itulah perbincangan kita dengan pihak-pihak yang hendak membantu teksi ini, misalnya e-hailing punya syarikat ini. Tetapi kita tidak dapat hendak commit di sini dahulu kerana kita belum luluskan undang-undang ini. Jadi setakat ini kita hendak commit kita tidak berani. Cuma dalam perbincangan kami, memang itu kami sentuh kerana kita hendak membantu memberi peluang kepada mereka yang berada dalam sistem pajak dahulu. Tetapi kita sedar bahawa mereka yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi pun ingin juga dapatkan teksi yang cantik, teksi yang baru. Untuk membincangkan selanjutnya, insya-Allah kami akan ada perancangan bersama dengan syarikat-syarikat ini. Oleh sebab belum ada komitmen, kami tidak berani commit dulu sehingga ini sudah diluluskan. Macam mana kita hendak commit seolah-olah kita commit tetapi kita belum lagi ada undang-undangnya. Kita ambil perhatian apa Yang Berhormat nyatakan tadi itu. Insya-Allah kita akan bincangkan selanjutnya sebab itu sudah ada dalam perbincangan kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Setiawangsa bangun.
Bukan, give Yang Berhormat Kluang. Cuma saya rasa nanti takut nanti apa yang Ahli Yang Berhormat hendak tanya nanti saya masih menjawab. Kalau ada kesabaran boleh tunggu tak? Bagi saya jawab dulu, mana tahu.
Nanti..
Tunggu dulu sebab banyak yang saya hendak ini
Tidak apa, saya ringkas sahaj,a dua soalan
Bagi jalan Yang Berhormat.
Satu dengan soalan tentang keberkesanan TITP. Memang kerajaan ada program TITP, tetapi kita semua dimaklum bahawa sudah ramai pemandu teksi tidak lagi memandu teksi kerana persaingan dengan e-hailing. Boleh tahu berapa dalam dua tahun, sejak dua tahun yang lalu, berapa pemandu teksi yang tidak lagi memandu teksi. Ini saya rasa boleh tunjuk keberkesanan TITP. Kalau TITP berkesan, tidak ada orang akan keluar sebagai pemandu teksi. Soalan kedua ini pandangan saya Yang Berhormat Menteri tahu lah, sistem pajak ini is a legacy issue. Kalau boleh kerajaan harus tamatkan secepat mungkin dan berikan peluang kepada pemandu supaya boleh tamat sekarang dan bukan sampai akhirnya contractual period. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebab itu saya kata tunggu sekejap sebab jawapannya ada dalam ini. Nanti saya cakap lain daripada apa, especially dari segi yang pajak itu, yang legacy itu biar saya- mungkin saya dengar dulu soalan saya akan jawab Yang Berhormat Kluang nanti Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya talking about level playing field ini seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi, kalau Uber dengan Grab ini, dia punya umur kenderaan itu tujuh tahun. Adakah ianya juga akan di applicable to taxi juga after seven years, you cannot use your car anymore. Thank you.
Yang Berhormat itu senang saya jawab, itu adalah ruling daripada JPJ. Jadi kita tidak dapat hendak tukar ruling daripada JPJ. Kalau JPJ benarkan untuk kita extend, kita akan cuba minta sebab memang ramai yang hendak minta itu. Jadi saya teruskan, yang itu sudah saya jawab. Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah mendakwa bahawa semua masalah yang membelenggu dalam industri teksi ini boleh diselesaikan melalui
penghapusan permit teksi syarikat. Saya ingin tegaskan bahawa sekiranya penyelesaian holistik adalah semudah itu, ia telah lama dapat di atasi. Walau bagaimanapun saya ingin maklumkan bahawa syarikat yang memiliki permit teksi turut, Yang Berhormat Kluang tolong dengar, syarikat yang memiliki permit teksi ini turut telah menyumbang dan memainkan peranan yang tersendiri dalam industri ini. Sebagai contoh terdapat sebilangan pemegang permit individu yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan pinjaman kenderaan melalui institusi kewangan, ini boleh di sebabkan pelbagai faktor seperti usia, rekod kewangan yang tidak memenuhi kehendak institusi kewangan dan sebagainya. Syarikat-syariat teksi bersedia untuk memberikan kemudahan sewa belikan kenderaan yang kita kenali sebagai sistem pajak.
Di akhir kontrak perjanjian dalam sistem pajak ini, kenderaan tersebut akan menjadi milik pemandu. Ini bermakna perjanjian dalam sistem pajak ini adalah sama konsepnya seperti perjanjian higher purchase dengan izin, kenderaan yang digunakan oleh institusi kewangan. That answers your question ya, terima kasih. So, meaning sekarang ini Yang Berhormat faham juga. Mereka ada social responsibility untuk membantu sebab ada juga di kalangan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan pinjaman.
I think there is— kalau boleh kita decouple dua isu ini. Permit kita bagi terus tetapi dengan cara lain mereka boleh buat higher purchase. Mungkin dengan bantuan kerajaan ataupun sewa kereta. Akan tetapi decouple permit dengan kereta.
Itulah Yang Berhormat yang TITP ini kita ada yang RM5,000 down payment itu kan. Kita hendak membantu mereka supaya mereka keluar daripada dibelenggu oleh sistem yang sudah ada di bawah sistem pajak. Cuma yang tadi Yang Berhormat Langkawi pun ada mengatakan supaya— Langkawi ya?
Ya.
Ada mengatakan kalau boleh hendak ditolong yang individual owners of the taxi ini, terima kasih dengan izin. Kita ada perancangan membincangkan ini dengan pihak e-hailing punya syarikat ini kalau mereka ini hendak bekerjasama dengan mereka. What is going to happen? Apa cara mereka membantunya? Jadi ini memang ada dalam perbincangan kita, cuma saya hendak katakan di sini kami tidak berani commit di sini dahulu melainkan sudah ada jelas di mana komitmen itu sudah dipersetujui. Oleh sebab kita memang hendak membantu. I tell you Yang Berhormat, apa yang you all kata fasal taxi service ini, kami sebagai kerajaan memang prihatin sebab itu TITP ini diperkenalkan kerana mendengar daripada mereka. Apa inisiatif di bawah TITP ini adalah hasil daripada mereka. Semua yang tidak setuju ialah e-hailing lah dia orang tidak setuju. Jadi kita mempunyai perancangan yang besar untuk mereka. Saya teruskan di sini Yang Berhormat ya. Namun dalam perjanjian sistem pajak ini kita dapati bahawa terma-terma yang diguna pakai dalam industri pada masa ini adalah berat sebelah dan tidak menjaga kebajikan pemandu. Oleh sebab itulah antara cadangan pindaan dalam rang undang-undang yang dibawakan pada hari ini adalah untuk membolehkan SPAD memastikan terma-terma kontrak ini memenuhi standard piawaian minimum yang ditetapkan bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak itu iaitu pemandu dan syarikat selaras dengan salah satu inisiatif yang digariskan dalam TITP. Jadi ini ada dalam pindaan fasal 27 pindaan seksyen 253 ya. Tuan Yang di-Pertua, ramai juga Ahli Yang Berhormat semalam telah menyuarakan kebimbangan terhadap impak perkhidmatan e-hailing ke atas industri teksi yang seterusnya boleh memberikan kesukaran kepada pengguna dan pemandu sendiri, sama ada pemandu teksi atau pemandu perkhidmatan e-hailing. Antara isu yang dibangkitkan adalah pertama, mengenai kadar tambang e-hailing yang tidak akan dikawal selia seperti tambang teksi sedia ada. Kedua ialah bimbang layanan yang tidak adil terhadap pemandu di masa hadapan. Sebagai contoh, kadar komisen yang dikenakan. Ketiga, kemungkinan kewujudan hanya satu atau dua syarikat gergasi yang akan memonopoli atau duopoli dalam industri. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, kita optimis bahawa kekhuatiran terhadap isu-isu tersebut boleh dibendung melalui konsep pasaran terbuka di mana persaingan akan membolehkan pengguna dan pemandu menggunakan kuasa mereka. Pada masa ini kadar tambang teksi dikawal selia melalui penggunaan meter. Kadar tambang
berkenaan adalah kadar tambang siling. Sebagai contoh, sekiranya meter teksi menunjukkan caj sesuatu perjalanan itu adalah sebanyak RM15, pemandu boleh mengenakan bayaran sebanyak RM15 ataupun kurang daripada nilai tersebut sebagai diskaun bagi menarik minat atau membina reputasi dan hubungan yang baik dengan pelanggan. Akan tetapi tidak boleh mengenakan bayaran melebihi RM15. Ini bermakna dakwaan bahawa pemandu teksi tidak boleh bersaing untuk menawarkan kadar tambang yang rendah seperti perkhidmatan e-hailing kerana terikat kepada harga yang dikawal selia adalah tidak benar. Sementara itu tambang perkhidmatan e-hailing akan menggunakan konsep tambang dinamik iaitu tambang yang berubah mengikut permintaan dan penawaran ke atas perkhidmatan tersebut dalam sesuatu masa. Apa yang penting Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya ingin mencelah tentang tambang. Saya dapati bahawa tambang e-hailing dengan tambang teksi ini perbezaannya cukup besar. Contohnya macam di kawasan saya. Kalau hendak pergi ke Pantai Cenang Airport, RM10 tetapi e-hailing RM4. Jadi satu perkara yang sukar diterima oleh pelanggan dan juga oleh pemandu teksi. Pemandu teksi dia sudah lama dengan harga demikian, kalau dia hendak turun diskaun kos operation per day dia akan menjadi lebih besar daripada pendapatan harian, menyebabkan dia ada gap negatif yang dia tidak mampu untuk bertahan dalam berbulan- bulan. Makna kata, pendapatan sekarang ini, pendapatan melebihi daripada kos setiap hari. Akan tetapi kalau sudah ada diskaun, maka pendapatan dia akan kurang daripada kos maintenance harian bagi teksi minyak keluarga dia. Jadi sudah tentu perkara ini adalah tidak sihat. Maka saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah boleh kita buat satu sistem di mana kawalan harga ini dapat dikurangkan gapnya di antara Uber dan juga teksi agar persaingan yang lebih sihat? Mana-mana pun tempat sekiranya ada harga yang terlalu murah berbanding dengan harga yang mahal, sudah tentu ramai pelanggan akan pergi kepada harga murah. Akhirnya, akan membunuh teksi itu.
Yang Berhormat Menteri, the related question. Boleh saya cadangkan, kementerian harus kaji sebab practice yang dibawa oleh syarikat gergasi ini terutamanya yang dikuasai oleh investor dari luar negara yang mempunyai financial backing yang kuat, mereka boleh cross subsidy. Kita tidak tahu adakah klausa dalam undang-undang Malaysia yang anti monopoli? Untuk memastikan syarikat ini tidak buat subsidi untuk mendapatkan market. So, contoh ini ialah memang kita tahu kosnya lebih daripada RM4 atau RM8 tetapi mereka sanggup buat kerana mereka hendak ambil lebih banyak pelanggan daripada taxi convention. Jadi, adakah kita mempunyai undang-undang untuk mengelakkan taktik monopoli ini atau anti-trust yang kita boleh mengawal kebajikan pemandu teksi?
Tuan Yang di-Pertua, saya celah sikit dengan Yang Berhormat Batu. Saya berasa itu juga satu hal yang patut diberi perhatian oleh kementerian dan kerajaan. Ini kerana saya difahamkan Uber ini kalau dia tidak mencapai nilai yang tertentu tetapi dia ada jam yang tertentu, dia akan dapat top up ke atas pendapatan dia pada hari itu. Dengan demikian itu, ada faktor cross subsidy seperti mana Yang Berhormat Batu nyatakan. Ini sudah tentu akan merugikan persatuan teksi dan juga pemandu teksi itu sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Yang Berhormat Menteri, saya sambung sikit ya. Sudah banyak literature yang katakan cara Uber dia guna pelabur dan dana dari pelabur supaya dia ambil market share selepas dia dapat pasaran, dia bunuh industri teksi di merata tempat baru dia naikkan harga. So, that is a question that we have to deal with.
Terima kasih. The last part you cakap tadi what is the question of?
Bukan, ini soalan yang kita kena...
The last word tadi...
This is the question, I will give it. Dia memang sudah banyak sastera yang menunjukkan bahawa ini cara modus operandi Uber yang juga dipakai oleh Grab dan kita jangan sampai satu hari di mana satu syarikat mendominasi semua seperti yang berlaku di negara China.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima Yang Berhormat semua.
Apa yang kita ada di sini, biar saya jawab yang ini dulu. Saya akan sentuh apa Yang Berhormat cakap tadi, di mana apa yang penting adalah pengguna masih mempunyai maklumat terhadap mekanisme serta jumlah tambang yang akan dikenakan. Berhubung dengan jumlah tambang daripada mereka ini adalah lebih murah. Oleh sebab itu kita katakan same level playing field, dengan izin. Cuma pihak teksi ada kelebihannya dari segi penawaran perkhidmatannya. Pihak teksi boleh mengambil penumpang di street hailing, dengan izin, di mana e-hailing tidak boleh dan mereka mempunyai kelebihan itu. Kalau kita lihat pada— Sekiranya pengguna, kalau kita lihat di sini, sekiranya pengguna menggunakan e-hailing, mereka akan termaklum dengan kadar tambang perjalanan sebelum mereka menaiki atau memesan kenderaan e-hailing. Mereka boleh memilih untuk tidak menggunakannya atau beralih kepada alternatif yang lain sekiranya ia dirasakan mahal. Itu untuk pengguna. Akan tetapi teksi pula, kita sedang menggalakkan teksi untuk kerjasama dengan pihak yang memberi perkhidmatan e-hailing ini supaya mereka juga dapat menikmati perkhidmatan seperti mana yang diberikan oleh e-hailing. Jadi, sebab itu kita menggalakkan. Biar saya habis dahulu sebab memang ada perancangan. Oleh sebab itu saya kata, kalau boleh biar saya habis, baru saya jawab yang lain, ya? Oleh sebab memang kita hendak cuba membantu pihak teksi dari dibelenggu oleh sistem yang sudah ada sekarang. So, kalau kita hendak katakanlah, saya lari daripada skrip saya ini. Kalau kita hendak katakan pihak teksi ini memang dikatakan flag fall-nya memang tinggi daripada pihak e-hailing ini. Jadi, ada yang datang kepada saya sendiri mengatakan kalau boleh minta kerajaan naikkan lagi. Dalam hati saya, kalau kita naikkan lagi, bukan sahaja penumpang sahaja tidak mahu gunakan mereka, malah itu tidak akan membantukan mereka. Jadi, sebab itu kita hendak cuba supaya mereka ini berada dalam keadaan yang sama dengan pihak e-hailing ini. Yang Berhormat, saya teruskan. Oleh itu, perkhidmatan e-hailing tidak akan boleh mengenakan tambang yang tinggi dengan sewenang-wenangnya. Tadi mengatakan memonopolinya sebab pelanggan akan dapat monitor berapa harga ataupun tambang yang dikenakan kerana ia akan menjadi mereka tidak competitive dan akan kehilangan pelanggan. Ini bermakna, penumpang boleh menggunakan kuasa pengguna mereka untuk mempengaruhi kadar tambang yang dikenakan sekiranya mereka mengenakan lebih mahal ataupun tidak berapa competitive, pelanggan akan membuat pilihan mereka sendiri. Tambang dinamik ini juga akan dinikmati oleh teksi yang mendapatkan penumpang mereka melalui e-hailing sebab teksi sekarang ini ada juga yang telah menggunakan e-hailing. Manakala bagi perkhidmatan konvensional street hailing, dengan izin, pengguna dapat mengetahui bahawa tambang mereka adalah berdasarkan mekanisme menggunakan meter. Jadi, kita lebih transparent daripada apa yang dikatakan ataupun di-alleged-kan, dengan izin, sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, pengguna perkhidmatan e-hailing akan tertarik untuk menggunakan aplikasi e-hailing yang menawarkan perkhidmatan yang efisien, boleh diharap dan menawarkan harga yang berpatutan. Salah satu faktor yang mempengaruhi tahap efisien perkhidmatan e-hailing adalah ketersediaan perkhidmatan dan masa menunggu untuk kenderaan tiba.
[Bangun]
Bagi memastikan tahap ketersediaan yang tinggi dan masa menunggu yang singkat untuk bersaing secara competitive, penyedia perkhidmatan e-hailing perlu menjalinkan kerjasama dengan ramai pemandu. Oleh yang demikian, penyedia perkhidmatan e-hailing perlu menawarkan pakej yang terbaik bagi menarik lebih ramai pemandu untuk menyertai mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak mampu untuk memberi layanan yang buruk atau menindas pemandu kerana pemandu boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih dan menyertai mana-mana penyedia perkhidmatan e-hailing yang memberi manfaat optimum kepada mereka. Sebagai contoh, pemandu boleh memilih untuk menyertai penyedia perkhidmatan e-hailing yang mengenakan komisen yang rendah berbanding pesaing yang lain. Konsep...
Yang Berhormat Tebrau bangun, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tebrau, mahu tunggu atau tidak?
Okey.
Tunggu, dengar saya dulu, ya? Takut apa yang— sebab banyak ini. Saya rasa isu-isu itu sudah disebut di sini tetapi kalau tidak ada, saya akan jawab.
Saya boleh tunggu, tidak mengapa tetapi nanti berikan saya peluang.
No problem. Insya-Allah. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, konsep pasaran terbuka juga boleh membendung kewujudan monopoli atau duopoli seperti yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Kerajaan juga menggalakkan syarikat atau pengusaha tempatan untuk menceburi industri e-hailing dan akan menetapkan syarat-syarat yang telah mengambil kira kemampuan untuk syarikat tempatan memasuki industri ini. Dakwaan bahawa perniagaan ini tidak boleh disertai oleh syarikat tempatan kerana memerlukan modal yang terlalu besar yang hanya mampu disediakan oleh syarikat- syarikat besar antarabangsa juga adalah tidak benar. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan syarikat-syarikat tempatan yang kini telah sedia ada membangun dan menjalankan sistem e-hailing seperti PickNGo, Zepp On, EasyCabs, Riding Pink dan JCab. Itu di antara yang tempatan yang mereka menggunakan teksi-teksi tempatan. Jadi...
Yang Berhormat Langkawi, bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan peluang kepada syarikat-syarikat dan juga teksi di satu tempat, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri bahawa kita perlu melihat supply and demand. Saya fokus kepada Langkawi kerana saya ada isu di Langkawi. Supply and demand. Langkawi, kita sebuah pulau yang kecil dengan penduduk 90,000 dengan keadaan pelancong 3.6 juta tetapi supply and demand ini merupakan satu isu yang cukup besar. Kalau kita mempunyai banyak teksi, mereka tidak mampu bersaing kerana market macam itu sahaja. Setiap hari macam itu. Kalau kita ada sedikit teksi dan Uber, pelancong pula tidak dapat untuk perkhidmatan sedangkan orang tempatan ini tidak berapa guna kerana mereka ada motor, kereta dan sebagainya. Yang penting sebenarnya, saya hendak minta pihak kementerian supaya membuat satu kajian bagi satu-satu tempat. Macam Langkawi, isolated. Macam KL tidak mengapa. Ia boleh serap bila-bila masa tetapi di Langkawi ini, kawasan yang terpencil tetapi dengan wujudnya Uber, yang tidak terkawal jumlahnya menyebabkan supply and demand sudah lari hinggakan setiap pemandu teksi jatuh pendapatannya tiba-tiba sahaja dalam 30 hingga 40 percent menyebabkan ada di antara mereka tidak mampu untuk menyara hidup dengan pendapatan yang jatuh itu kerana ia melebihi daripada kos senggara harian kehidupan mereka. Jadi, isu di sini ialah minta Yang Berhormat Menteri boleh kira macam mana supaya boleh ada pengiraan supply and demand untuk limit kuota bagi satu-satu permit teksi atau Uber di satu-satu tempat.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil perhatian apa yang disarankan oleh Yang Berhormat sebab kita faham keadaan di Langkawi, tempatnya kecil. Jadi, insya-Allah kita akan lihat kepada perkara tersebut. Saya teruskan ya, Tuan Yang di-Pertua? Pengangkutan merupakan satu bidang yang amat luas merangkumi darat, udara dan maritim. Di dalam sektor pengangkutan darat sendiri juga merangkumi isu yang luas, termasuk perancangan, pemantauan, penguatkuasaan terhadap pematuhan undang-undang yang meliputi bukan sahaja pengangkutan awam darat tetapi juga melibatkan antara lain penggunaan kenderaan persendirian. Saya rasa saya jawab ini kerana beberapa kali sudah ditanya, kenapalah SPAD ini di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan di bawah Kementerian Pengangkutan? Jadi, di bawah Pelan Transformasi Kerajaan ataupun GTP yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah menjadikan penyediaan dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam darat bandar sebagai salah satu teras utama di dalam bidang keberhasilan utama negara ataupun NKRA. Justeru, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan satu entiti yang dilengkapi dengan sumber dan kepakaran, khusus untuk memberi fokus sepenuhnya dalam menjayakan objektif yang disasarkan tersebut. Penubuhan sebuah suruhanjaya khusus iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan sahaja boleh merealisasikan objektif yang telah digariskan tetapi pada masa yang sama membolehkan kementerian sedia ada untuk terus menumpukan perhatian dan usaha tanpa perlu mengurangkan tumpuan kepada bidang pengangkutan lain yang masih lagi luas. Saya akan menjawab lagi soalan-soalan yang telah dikemukakan juga semalam tetapi kalau ada yang tertinggal, tolong bangun dan tanyakan saya balik ya, sebab banyak di sini.
Mengenai tribunal pula, ada yang menyarankan supaya tribunal perlu diwujudkan dalam rang undang-undang untuk menjaga kebajikan pemandu teksi atau pemandu e-hailing. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, sekiranya terdapat apa-apa pertikaian antara syarikat pengendali teksi atau pengendali perniagaan pengantaraan iaitu syarikat e-hailing dengan pemandu teksi ataupun pemandu e-hailing, pertikaian tersebut boleh dirujuk kepada Jabatan Aduan Suruhanjaya. Suruhanjaya akan menangani pertikaian ini dengan menjadi pengantara atau mediator, dengan izin, kepada kedua-dua belah pihak untuk mencapai penyelesaian yang baik ataupun amicable solution, dengan izin. Untuk makluman dan sebagai contoh, sejak dari tahun 2015, terdapat hanya dua aduan yang telah dibuat oleh pemandu ke atas syarikat pengusaha teksi berkenaan sistem pajak yang telah pun diselesaikan oleh Suruhanjaya dengan baik. Justeru, Suruhanjaya telah membuat siasatan dan membantu menyelesaikan pertikaian- pertikaian tersebut selaku pengantara iaitu mediator. Oleh hal yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, penubuhan tribunal yang diusulkan adalah suatu yang tidak diperlukan memandangkan wujudnya mekanisme di peringkat Suruhanjaya sedia ada. Di samping itu, pewujudan tribunal yang diusulkan merupakan, dengan izin, unnecessary cost implication kepada kerajaan memandangkan pertikaian-pertikaian yang dikemukakan mampu diselesaikan oleh Suruhanjaya.
Yang Berhormat Serdang bangun, Yang Berhormat.
Sekejap ya. Saya habis jawapan ini dulu. Dengan penguatkuasaan pindaan akta ini, Suruhanjaya juga boleh membuat peraturan yang memperuntukkan bentuk dan kandungan mana-mana perkiraan atau perjanjian di antara syarikat pengusaha teksi dengan pemandu teksi. Oleh itu, ini akan membantu dalam memastikan bahawa terma-terma perjanjian yang dimasukkan lebih melindungi pihak-pihak dan ini diharap dapat mengurangkan pertikaian pihak-pihak. Kebiasaannya, Tuan Yang di-Pertua, perjanjian yang dimasuki di antara pemandu teksi ataupun pemandu e-hailing bersama syarikat pengusaha teksi atau pengendali perniagaan pengantaraan iaitu syarikat e-hailing mempunyai terma-terma yang memperuntukkan penyelesaian pertikaian. Contoh, mekanisme penyelesaian pertikaian yang mungkin terdapat di dalam perjanjian adalah timbang tara ataupun arbitration, dengan izin. Di dalam hal ini, pihak-pihak kepada perjanjian tersebut hendaklah akur kepada perjanjian dan terikat untuk pergi ke timbang tara dan bukannya tribunal. Sebagai tambahan, hubungan antara pemandu teksi ataupun pemandu e- hailing adalah suatu hubungan kontraktual. Justeru, penyelesaian pertikaian yang dihadapi oleh syarikat pengendali teksi, pengendali perniagaan pengantaraan, pemandu teksi atau pemandu e-hailing adalah melalui proses perbicaraan di mahkamah. Ya, Yang Berhormat Serdang.
Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Serdang.
Ya, selepas Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Tebrau ya.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, pihak DAP telah menganjurkan satu survey di kalangan pemandu kenderaan e-hailing dan selepas kami ada satu sidang akhbar, saya dan Yang Berhormat Kluang dan beberapa lagi Ahli Parlimen DAP telah mendapat banyak aduan melalui WhatsApp, e-mel, Facebook dan sebagainya. Lebih daripada 20 aduan terhadap syarikat e-hailing. Saya rasa apa yang Menteri kata tadi di mana pihak SPAD ada mendengar dua sahaja aduan, saya rasa itu adalah tidak munasabah kerana saya rasa memang ada banyak masalah yang dihadapi oleh pemandu e-hailing. Kenapa saya rasa cadangan tribunal ini adalah penting? Ini kerana tribunal ini sekarang ada force of law. Misalnya jikalau pemandu e-hailing sekarang kata syarikat e- hailing ini hutang dia RM5,000 tidak dibayar, adakah pihak SPAD ada kuasa undang- undang untuk memaksa syarikat e-hailing untuk membayar apa-apa pampasan ataupun apa-apa yang dihutang kepada pemandu? Juga, adakah pihak SPAD ada hak untuk mendapatkan maklumat daripada syarikat e-hailing untuk membuat pengesahan sama
ada pihak pemandu ini memang dihutangi jumlah yang dikatakan yang dihutang oleh syarikat e-hailing itu? Saya juga telah cadangkan kepada Menteri sebelum ini dan juga telah membuat satu usul untuk menambahkan satu seksyen baru untuk mewujudkan satu tribunal. Saya rasa semalam ada juga Ahli Parlimen di pihak sebelah sana yang juga mencadangkan tribunal ini sebagai satu idea yang baik. Kenapa Menteri rasa bahawa tribunal ini tidak perlu seperti yang dimasukkan dalam Akta Perlindungan Pengguna? It’s the same— consumer tribunal and also the e-hailing tribunal and also taxi driver tribunal.
Ringkaskan Yang Berhormat.
Saya rasa ini adalah sesuatu yang patut dimasukkan ke dalam akta ini dan saya rasa Menteri perlu memberikan satu penjelasan.
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau, saya jawab dulu ya. Saya takut saya terlupa. Kalau saya tidak silap dengar, Yang Berhormat tadi menyatakan pemandu e- hailing ya yang mengadu? Sebab, kalau pemandu e-hailing mengadu di atas kapasiti sebagai pemandu e-hailing, Yang Berhormat kena sedar kita belum lagi meluluskan undang-undang ini. Tetapi sekiranya ada yang melibatkan SPAD, maka mereka akan mengambil tindakan. Biasanya itu satu tindakan— I mean, tindakan dari SPAD itu selalunya diambil tindakan serta-merta. Akan tetapi, kalau dia merujuk mengenai beliau sebagai pemandu e-hailing dan perlu diambil tindakan dari segi hutang, itu belum lagi di bawah SPAD. Sebab itu kita perlu ini diluluskan supaya kita dapat bertindak. Boleh ya? Faham ya? Terima kasih.
Does SPAD have the force of law to ask the e- hailing company to pay back apa yang dihutangkan oleh...? Itu soalan saya.
Kita belum menyentuh details itu, sebab apa yang kita hendak sekarang ini melalui rang undang-undang ini, kita mempunyai kuasa untuk mengawal selia terma-terma kontrak nanti. Itu secara besarnya. Jadi details- nya nanti apabila sudah diluluskan, baru kita ada perundingan dengan mereka, dengan— I mean, dari segi kontrak itu semuanya akan secara rasminya hanya boleh dicommit selesai kita meluluskan rang undang-undang ini. Terima kasih.
[Bangun]
Saya rasa Yang Berhormat Tebrau tadi sudah lama menunggu, Yang Berhormat Kluang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Soalan saya begini. Sebab, di bawah Grab dia ada GrabCar, GrabTaxi, ada GrabShare dan pada satu ketika dia ada juga GrabHitch, walaupun baru saya check seolah-olah dia sudah tarik balik tapi ini tidak bermakna dia tidak akan ditambah balik kemudian. Jadi undang-undang baru ini, adakah kita boleh cover semua ataupun nanti ada sistem lain yang dia masukkan? Satu lagi ialah saya percaya selepas dijadikan akta nanti, pemandu Grab atau e-hailing perlu ambil insurans yang serupa dengan teksi. Tapi bagi Uber dan Grab, sebab ada full time, ada part time, jadi adakah insurans yang mereka hendak ambil serupa ataupun macam mana? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, rang undang-undang ini, pindaan ini adalah untuk kita membenarkan perkhidmatan e-hailing untuk digunakan. Itu pertama. Keduanya ialah mengenai insurans tadi. Kalau teksi biasa digunakan komersial RM2 dan yang e-hailing itu akan menggunakan yang persendirian biasa. Cuma, apabila mereka hendak menjadi pemandu nanti, itu adalah kontrak mereka dengan syarikat sama ada Uber, Grab, EzCab kah apa, itu antara mereka. Apa sahaja yang mereka hendak letak nanti, terma itu yang pastinya pemandu dilindungi insurans, penumpang pun dilindungi— third parties. Jadi semuanya dari segi kos insuransnya itu, kadang-kadang mana tahu insurans itu nanti harga dia lain, jadi itu bukan kita yang determine tetapi yang pasti, insuransnya adalah perlu ada wujud di kalangan mereka.
Yang Berhormat Menteri, sambung petang, Yang Berhormat.
Okey. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat bersambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi, kita berhenti setakat masa Yang Berhormat Tebrau tengah bertanya soalan.
Boleh saya sambung tanya soalan?
Yang Berhormat Tebrau masih bertanya, belum habis tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingat saya ulang balik soalan saya tadi. Saya sebenarnya tanya berkenaan dengan Grab, ia ada banyak jenis, GrabCar, GrabTaxi, GrabShare dan satu ketika ia ada GrabHitch. Jadi, adakah ini semua walaupun GrabHitch sekarang seolah-olah sudah ditarik balik tetapi ada kemungkinan ia akan masuk semula. Jadi, adakah kita ambil kira semua skim itu ataupun skim-skim yang akan datang. Kedua, memandangkan bahawa pemandu kereta di bawah e-hail ini ada fulltime, ada part time. Jadi, adakah mereka akan bayar insurans yang serupa? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, saya rasa tadi yang insurans saya sudah jawab tetapi saya boleh ulangkan. Mengenai GrabCar ke Grab apa tadi, sebenarnya kita sekarang ini menggalakkan supaya teksi-teksi untuk menggunakan e-hailing supaya mereka dapat juga merasai apa yang dirasai oleh perkhidmatan yang diberi di bawah e-hailing. Namun begitu seperti yang saya nyatakan, kalau teksi konvensional ini mereka boleh menggunakan street hailing dan juga e-hailing. Jadi mereka ada kelebihan di situ. Tambahan pula kalau di airport, mereka ada ruang untuk mereka berhenti. Jadi, teksi-teksi konvensional ini banyak kelebihan mereka. Kedua tadi, dari segi insurans tadi, saya sudah nyatakan. Kalau teksi biasa, dia gunakan PSV yang RM2 itu. Kalau yang lain itu kita tidak tahu apa kosnya nanti, terpulang kepada syarikat insurans tetapi yang penting pemandu, penumpang dan juga pihak ketiga semuanya dilindungi di bawah insurans. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan. Satu ialah tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang perjalanan mahkamah kalau ada, saya hendak balik isu tribunal. Menteri kata mereka boleh pergi mahkamah kalau ada masalah kerana ini satu format kontrak. Soalannya, kalau dia bawa GrabCar ataupun Uber, memang dia tidak ada kemampuan untuk dapat perkhidmatan guaman. Itulah keperluan tribunal supaya tribunal itu ada legal standing, tribunal itu boleh memberikan arbitration untuk dua pihak dan memastikan syarikat-syarikat gergasi ini mematuhi apa yang diputuskan oleh tribunal ini. Soalan kedua ialah tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang harga bahawa harga akan dihadkan dan tidak akan naik harga. Sekarang ini, isu Uber atau Grab ini bukan kenaikan harga. Masalahnya harga lebih rendah daripada teksi kerana ia dapat subsidi daripada pemegang saham Uber ataupun Grab, dia ambil pasaran itu. So, element antitrust, elemen membanteras unfair competition, adakah kita membuat pertimbangannya dari segi perspektif itu.
Yang Berhormat Menteri, saya sambung sedikit dengan yang tadi. Bab permasalahan yang akan ditimbulkan oleh sama ada teksi atau Uber kepada satu badan atau tribunal. Saya ingin tarik perhatian Menteri, bab Uber pula. Sekiranya ada permainan daripada penumpang untuk memusnahkan punca cari makan kepada pemandu Uber itu dengan memasukkan data performance daripada lima kepada satu. Maka, Uber automatically akan delete nama dia seumur hidup
tidak boleh lagi menjadi pemandu Uber. Di manakah pemandu Uber ini akan membuat rayuan kerana dia tidak boleh rayu kepada syarikat Uber sekiranya beliau dianiaya oleh penumpang.
Terima kasih Yang Berhormat, saya jawab Yang Berhormat Kluang dahulu. Pertama tadi dari segi tribunal.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya mencelah?
Biar saya habiskan dulu, saya lupa nanti hendak jawab. Tribunal tadi Yang Berhormat Kluang, kita sudah nyatakan SPAD ada mempunyai mekanismenya sendiri. Kalau dari segi tidak mampu pergi ke mahkamah atau apa, masa inilah kita nak menentukan kalau diluluskan ini, SPAD boleh interfere atau mengawal selia dari segi terma-terma kontrak.
Jadi itu kita ambil kira, kalau itulah menjadi masalahnya. Kita ambil kira macam mana mekanisme dia nanti sebab ini adalah perlu untuk kita meluluskan rang undang- undang ini bagi membolehkan SPAD untuk masuk campur dalam urusan hal seperti ini. Itu satu. Kedua tadi daripada segi pricing. Kita sudah nyatakan, kita mahu supaya mereka ada same level playing field, dengan izin. Jadi sebab itu, daripada segi harga, kalau mereka naikkan tinggi sangat, they would not get their customers, dengan izin sebab it becomes competitive. Ia menjadi satu pricing yang kompetitif. Jadi, pihak teksi yang menjadi keraguan mereka ialah mereka khuatir dia punya price terlalu tinggi berbanding dengan Uber ataupun mana-mana e-hailing. Akan tetapi kita perlu ingat, e- hailing ini ada juga mengenakan komisen. Ini yang menjadi isu antara mereka. Jadi sebab itu kita tidak ada masuk campur sebab itu urusan mereka. Jadi kalau kita khuatir harga mereka itu rendah, memang orang naik dekat e-hailing punya kenderaan tetapi di samping itu, ada juga urusan daripada segi komisen yang menjadi sebutan tadi juga. Jadi ini adalah perlu diuruskan oleh mereka sendiri. Daripada segi teksi pula yang konvensional, kita menggalakkan supaya mereka bekerjasama dan secara administratif, bukan secara undang-undang, kami pun memang sudah berbincang dengan pihak e-hailing punya providers. Bukan hanya Uber, bukan hanya GrabCar tetapi tadi saya sudah sebut beberapa lokal punya syarikat, syarikat lokal yang ada juga menggunakan dan memberi perkhidmatan ini untuk teksi lokal. Jadi kita mahu supaya mereka berhijrah juga ke arah itu. Cuma teksi yang konvensional ini seperti yang saya nyatakan, mereka ada kelebihannya. Mereka boleh gunakan e-hailing, mereka juga boleh kenakan street hailing. Jadi itu kelebihan mereka kalau mereka pandai untuk mengambil peluang daripada apa yang ada untuk mereka ini.
[Bangun]
Saya nak jawab – Kejap, siapa tadi? Yang Berhormat Tebrau, ya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga- siapa? Juga kepada Yang Berhormat Menteri. Pada awal tahun ini, ada berlaku satu kemalangan maut di kawasan saya dan kedua-dua pemandu dan penumpang meninggal dunia. Akan tetapi saya difahamkan, saya tidak tahu benar atau tidak benar, hanya penumpang yang akan dapat pampasan sedikit daripada syarikat tetapi pemandu ini langsung tidak dapat apa-apa. Jadi, macam mana kita hendak pastikan kedua-dua pihak ini diberikan perlindungan? Sekian.
Yang Berhormat boleh jelaskan? Itu daripada syarikat mana? Syarikat e-hailing kah atau teksi kah?
Bukan, itu Uber.
Itulah, e-hailing lah.
Ya, e-hailing.
Sebab itu Yang Berhormat, saya nyatakan kita belum lagi meregulasikan until this one is approved, dengan izin. Kalau tidak, kita tidak dapat masuk campur. Dengan ini, baru kita dapat mengenakan terma-terma kontrak. Boleh ya? Faham ya? Terima kasih. Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita sekarang hendak lulus ini, akta rang undang-undang ini, kita ada ambil kira atau tidak, sekarang Uber tidak
ada limit sudah. Berapa ramai orang mahu, daftar sahaja dalam internet tetapi teksi pun banyak keluar. Sudah berapa banyak? Jadi masalahnya sekarang, teksi tidak dapat cari makan. Teksi, harga sudah fixed. Uber, harga fixed sendiri. Jadi, dalam masa mereka hendak cari penumpang, susah. Itulah teksi sekarang huru-hara. Dia marah, dia tidak sokong kita, kerajaan. Dia kata kita langsung tidak ambil berat tentang mereka cari wang harian. So undang-undang kita ini sudah ambil kira kah atau belum macam mana kita hendak selaraskan. Kalau boleh, kita buat pertimbangan macam limitation untuk teksi. Mereka bawa pergi airport, KLIA atau KLIA2, mereka tidak boleh ambil penumpang balik pergi Kuala Lumpur. Macam Singapura, lain. Mereka boleh. Saya cuma minta SPAD ambil kira. Macam di Singapura, mereka hantar passenger naik sampai airport, dia boleh ambil penumpang turun. So kita punya polisi macam standard, ada double standard. So, rakyat pun rasa harga banyak tinggi, mahal. So saya rasa SPAD ini kalau ada undang-undang yang baru, hendak menyelesaikan Uber ataupun GrabCar kah sama teksi ini semua, duduk berbincang. Tengok dan selaraskan, sama-sama boleh. Kalau mereka mahu cari makan lebih sikit pun susah. Teksi sekarang, contohnya di Bintulu, teksi cuma dapat half sepatutnya apa yang mereka mahu dapat. Dulu boleh sehari dapat RM100 lebih, sekarang kadang-kadang tidak sampai RM50. Ini tetap tidak sokong sama kita. Dia marah kita. Ini pembangkang, memang dia tunggu. Macam Yang Berhormat Bandar Kuching, dia tunggu. Senang hati dia. Dia, teksi akan sokong sama dia. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya akan pastikan jawapan mengenai teksi dari airport. Kalau tidak silap, sekarang sudah ada dibenarkan dari airport ini. Nanti saya– saya tunggu jawapan dulu untuk memastikan sebab kalau tidak silap, memang kita benarkan teksi sekarang ini untuk membawa balik penumpang dari airport. Yang Berhormat tadi mengatakan mengenai apa cara kita hendak menolong. Inilah TITP yang kita hendak tolong. Cuma Yang Berhormat, ramai daripada pemandu teksi ini masih lagi kurang faham. Jadi kita secara berterusan mengadakan engagements, dengan izin, dengan pemandu-pemandu teksi ini untuk mereka memahami. Ini sebab kita bukan hendak membantu e-hailing. Kita tidak hendak sebut Uber kah atau Grab sebab ada juga lokal. Apa yang pagi tadi saya jawab pasal EzCab, itu semua lokal punya company. Jadi kita hendak menggalakkan sahaja supaya pemandu teksi yang ada ini boleh juga menjadi Uber driver partners ataupun Grab driver partners dan yang lokal itu sudah menggunakan mereka. Jadi, sudah jelas nampak sedikit demi sedikit sudah ada penghijrahan itu. Jadi, memang inilah yang kita ada ini adalah untuk menolong mereka kerana merekalah yang memberi maklumat kepada kita sebelum ini. Okey, saya hendak jawab yang mengenai itu, untuk soalan Yang Berhormat Bintulu tadi. Pada masa ini, teksi bermeter sememangnya boleh menghantar dan mengambil penumpang di KLIA1 dan KLIA2. Sudah boleh dah. Kalau dulu memang ada masalahlah.
Ya, Uber.
Daripada segi tambang tadi, sekiranya terdapat unsur-unsur atau perkara antitrust oleh syarikat e-hailing, ia akan ditangani di bawah Akta Persaingan 2010.
Berkenaan dengan Uber. Sini, Gopeng, Gopeng, Gopeng.
Yang Berhormat, sekejap, sekejap. Mengenai teksi airport ini, kata sudah boleh ambil. Hantar penumpang pergi airport dan juga boleh ambil penumpang turun. Ya, teksi tetapi airport punya teksi tidak benarkan. Selalu, minggu yang lepas saya baru nampak polis pergi tangkap. Mereka ambil penumpang, dia tunggu sana dan kena saman. Bila saya tanya polis, polis kata mereka tidak boleh ambil penumpang. Dia mesti mahu pergi ambil teksi. Kemungkinan sudah kelulusan tetapi mereka kira kongkalikung punya, mereka tidak turunkan mesej yang betul-betul sampai bawah. Inilah saya minta lihat.
Terima kasih Yang Berhormat. Pegawai ada di belakang. Minta mereka ambil perhatian terhadap perkara ini supaya pastikan tindakan diambil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pagi tadi, Menteri pernah sebut soal sama ratakan
persaingan dan juga peranan Uber. Cuma saya hendak lihat yang mana kalau kita lihat Uber telah beroperasi lebih daripada dua tahun. Kebetulan cara Uber dan e-hailing yang lain, cara mereka beroperasi adalah merupakan cara kereta sapu yang sekian lama menjadi satu perkara yang tidak diizinkan di bawah undang-undang yang sedia ada tanpa penggubalan undang-undang pada hari ini.
Jadi kalau kita lihat daripada modus operandi Uber di merata-rata tempat di luar negara, mana-mana negara, mereka tidak sekalipun memohon permit, memohon keizinan daripada pihak berkuasa. Mereka tidak pernah menunjukkan sikap untuk mematuhi undang-undang yang sedia ada di mana-mana authority pihak berkuasa. Jadi masalah sekarang, walaupun kita menggubal undang-undang ini supaya membolehkan e-hailing ini beroperasi, bagaimana kita boleh memastikan supaya Uber selepas ini akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan yang sekian lama. Dia tidak pernah menghormati pun. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh Stampin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada satu soalan sahaja. Sikit sahaja, hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Bolehkah syarikat insurans yang lain apabila bil ini telah pun dipaparkan, menawarkan produk insurans kepada pelanggan ataupun pemandu. Terima kasih.
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Gopeng, ya? Terima kasih Yang Berhormat Gopeng kerana menghighlightkan dengan izin perkara itu. Saya suka sebab mendengar Yang Berhormat Gopeng bercakap begitu, sekurang-kurangnya kita sedar bahawa selama ini ianya dijalankan secara macam kereta sapu dan tidak ada orang peduli pun. Tidak ada orang rasa gentar sebab mereka menjalankan perkhidmatan itu secara sembunyi-sembunyi. Jadi sekarang ini, macam negara lain dikatakan begitu juga, no regulation dengan izin. Akan tetapi sekarang ini kita tidak mahu menjadi seperti negara lain sebab kita mahu supaya kita dapat mengawal. Tadi Yang Berhormat mengatakan macam mana hendak mengawal kalau sudah diregulatekan. Kalau sudah diregulate dengan izin, barulah kita dapat mengawal because sekurang-kurangnya kita ada sedikit identiti mereka kah. Itu yang dalam perundingan kita bagaimana kita hendak mengenalkan bahawa itu adalah e-hailing punya kenderaan. Apabila sudah diperkenalkan, sudah diregulatekan, kita dapat kenal. Maka kita dapat juga mengenforce dengan izin. Enforce lah. Tidak cari perkataan itu.
Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Tadi Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Stampin, kalau dari segi insurans itu, hendak menawarkan kepada syarikat- syarikat ini, itu adalah kebebasan pihak insurans dengan syarikat itu dan bukannya kami masuk campur. Terima kasih. Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan dengan sama ratakan persaingan itu. Saya lihat dalam pindaan akta ini, Pengerusi SPAD pun ada di sini. Kita lihat apabila dia tidak selesaikan semua masalah khususnya kepada pematuhan syarat-syarat yang dikenakan. Misalannya sebab e-hailing ini, ada pemandu e-hailing ada yang bertugas sepenuh masa, ada yang part time. Ada yang mungkin sejam dua. Jadi apakah yang akan mendorong mereka supaya mereka mematuhi syarat-syarat yang ditentukan termasuk lesen vokasional dan kereta yang didaftar sebagai kenderaan e-hailing. Ini pertama. Kedua, saya juga harap kalau boleh kementerian cari cara untuk mengurangkan entry barrier supaya kos untuk kendalikan teksi ataupun e-hailing dapat dikurangkan sebanyak mungkin supaya persaingan itu lebih serata. Sekian.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, Sekijang di belakang.
Boleh saya jawab itu? Saya takut lupa.
Okey.
Tadi Yang Berhormat Gopeng bertanya bagaimana kita dari segi mengawal supaya kenderaan itu mematuhi apa yang kita adakan. Saya hendak ulang sekali lagi. Dengan adanya kita meluluskan ini, kita dapat mengenakan syarat-syarat. Akan tetapi sebelum itu juga, saya hendak nyatakan dengan apa yang berlaku kebelakangan ini dengan kes-kes yang melibatkan e-hailing punya drivers ini, pihak SPAD telah meminta supaya mereka ini memberi maklumat pemandu kepada SPAD. Sebelum ini, mereka sukar untuk memberi kepada kita maklumat sebab mereka pun mempunyai masalah dari segi hendak mengadakan screening semua itu. Jadi mereka hanya menerima apa yang ada. Oleh sebab itu mereka memerlukan, ini yang dinyatakan kepada kita. Mereka memerlukan pemandu. Jadi sesiapa sahaja, cara hendak membantu driver-driver secara temporary, even student dengan izin yang hendak jadi temporary driver, jadi Uber drivers, even student dengan izin yang hendak jadi temporary drivers, jadi Uber drivers ataupun partners, jadi mereka tolong. Cuma sekarang kita ketatkan. Kita ketatkan supaya mereka melalui kita untuk mengadakan screening terhadap potential drivers ini. Supaya kita dapat menghantar kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk screen sama ada, ada criminal records-kah. Yang macam itu, kita sudah pun dijalankan tanpa menunggu undang-undang ini diluluskan demi keselamatan rakyat. Demi keselamatan penumpang. Jadi sebab itu perkara itu telah kita lakukan. Terma-terma yang lain, kita akan muktamadkan apabila kita sudah meluluskan ini. Kami tidak mahu dikatakan sebelum lulus, sudah muktamadkan perjanjian. Sebenarnya, untuk makluman, kami belum ada perjanjian dengan mana-mana pihak pun. Jadi belum lagi ditetapkan apa-apa tetapi saya ambil kira your comment dengan izin. Your comment kita ambil kira sebab this is very useful comment dengan izin supaya kita dapat ambil kira perkara-perkara yang kecil pun boleh memberi maklum balas yang baik untuk kita semua. Selain daripada itu juga, jika mana-mana pihak tidak mematuhi syarat, mereka tidak akan dibenarkan untuk beroperasi. Jadi rang undang-undang yang kita bentangkan ini akan memberi kita kuasa untuk mengawal selia dan mereka perlu mematuhi syarat yang kita tetapkan. Okey, Yang Berhormat? Terima kasih. Yang Berhormat Sekijang. I think I’ll give Yang Berhormat Sekijang. This is the last one sebab kita ada LPKP punya nanti. Isu yang sama lagi. Jadi kita last one, Yang Berhormat Sekijang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu lari jauh sebab Yang Berhormat Menteri menyebut tentang mengawal selia. Saya dimaklumkan ada juga kedapatan beberapa kes pemandu- pemandu e-hailing ini mereka menyewa kereta daripada sebuah syarikat. Maksudnya syarikat itu ada sepuluh hingga 20 buah kereta. Disewakan kereta itu untuk pemandu- pemandu e-hailing ini. Maksudnya adakah syarikat ini perlu juga memohon permit seperti syarikat-syarikat teksi yang kita sebut pada awal tadi atau kalau permit itu boleh dimohon melalui individu yang hendak membawa kereta tersebut. Jadi saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa dari awal tadi saya sudah jawab soalan mengenai permit ini. Apabila ini diluluskan, mereka yang membawa kenderaan itu hendak menjadi Uber driver pun mereka perlu mematuhi undang-undang seperti mana taxi driver yang sekarang ini. Jadi dari segi permit kah, insurans kah, semua itu diperlukan. Akan tetapi sekarang ini kita belum lagi mengawal selia kerana belum ada kuasa untuk mengawal selia. Terima kasih. Last one.
Last.
Last one.
Minta maaf, yang ini saya tunggu lama. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri tadi kata dalam proses untuk buat permit dan sebagainya. Saya hendak tanya, adakah pihak kerajaan akan mengadakan satu undang-undang di mana Uber ataupun teksi hanya boleh beroperasi di kawasan yang dibenarkan ataupun e-hailing ini boleh beroperasi di mana-mana sahaja. Jadi saya berpendapat bahawa kerajaan patut ada kuasa untuk menentukan Uber ataupun GrabCar ataupun apa-apa di mana tempat mereka boleh beroperasi dan di mana mereka tidak boleh beroperasi supaya di masa hadapan, kita mempunyai kuasa untuk menentukan hal-hal ini sekiranya berlaku permasalahan kepada masyarakat.
Yang Berhormat, itu adalah mengenai zoning, kan? Zoning sebab teksi sekarang pun ada zoning. Ini di antara perkara yang masih dalam perbincangan kita untuk kita menentukan kawasan mana sama ada mereka
dibenarkan pergi dalam kawasan macam di Semenanjung ini dari Kuala Lumpur pergi ke Johor kah, boleh ke situ sahajakah. Jadi itu masih belum dimuktamadkan dari segi zoning. Akan tetapi itu kita sedari bahawa inilah yang tidak sama dengan teksi dia punya syarat-syarat. Itu memang sudah ada dalam perbincangan kita. Cuma masih belum lagi dimuktamadkan. Sebagai tambahan maklumat, semalam ada ditanya kalau dari segi pergi ke luar daripada Malaysia ini dari Johor untuk pergi ke Singapore, untuk makluman kalau e-hailing ini tidak boleh pergi ke Singapore misalnya. Kalau teksi yang biasa, konvensional, kita sudah ada G2G agreement dengan Kerajaan Singapore.
200 buah teksi dari Singapura boleh ke Malaysia tetapi hanya sampai ke Larkin. Dari Malaysia ke Singapura boleh 200 tetapi hanya sampai ke Rochor, Singapura. Saya rasa itu sahajalah.
Thailand? Thailand macam mana Thailand?
Thailand melalui agensi-agensi berkaitan kerajaan mengadakan perbincangan dengan Mesyuarat Bandar, Management Working Group namanya iaitu melalui JPJ, MKN, MOT dan peringkat ASEAN sedang mencari jalan lagi bagi memastikan pematuhan kepada pengeluaran International Circulation Permit (ICP) oleh JPJ. SPAD telah menetapkan syarat-syarat sedia ada untuk kemasukan kenderaan pelancongan yang berdaftar secara komersial. Ini telah diterangkan kepada pihak berkuasa Thailand semasa perbincangan berkala di antara Malaysia dan Thailand. Itu maklumat itu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja untuk soalan dan jawapan dari segi Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017.
Tuan Yang di-Pertua, menteri tidak jawab soalan saya satu lagi iaitu apabila Uber driver dianiayai oleh penumpang. Katakanlah penumpang ini kenal dia. Kemudian dia saja-saja ambil Uber driver ini dan dia bubuh markah 1 daripada 5. Automatically Uber tidak akan register dia sebagai pemandu Uber lagi. Jadi, di mana boleh dia buat...
Yang Berhormat, itu seperti yang saya nyatakan, setakat ini kita tidak mengawal mereka lagi. Sehingga ini sudah diluluskan. Cuma sistem rating yang membolehkan penumpang untuk menilai perkhidmatan yang diberi adalah di antara mereka. Jadi setiap penyedia perkhidmatan akan mempunyai mekanisme tertentu mereka sendiri dalam menilai sistem rating ini dan tidak hanya menilai berdasarkan satu rating sahaja dan tidak boleh untuk menggantungkan dari segi aksesnya pemandu berdasarkan hanya satu rating sahaja. Jadi, itu sudah ditentukan di kalangan mereka juga. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan tadi.
Sudah habis kah? Tuan Yang di- Pertua, boleh saya tanya last sekali? Boleh?
Menteri sudah duduk Yang Berhormat. Kalau Menteri sudah duduk, susah dia nak berdiri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 32 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato’ Razali bin Ibrahim) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ataupun SPAD melalui Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 , Akta 714 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Akta 715 adalah terhad kepada Semenanjung Malaysia. Manakala kuasa dan fungsi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ataupun LPKP Negeri Sabah dan Sarawak di kedua-dua negeri tersebut masih lagi berkuat kuasa dan terpakai melalui Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 iaitu Akta 334. Dewan yang mulia ini sebentar tadi telah meluluskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 yang antara lain meluluskan pindaan untuk mengawal selia perkhidmatan e-hailing dengan memasukkan tafsiran dan bahagian baru perniagaan perantaraan serta pindaan-pindaan berbangkit berhubung perkara yang sama. Jadi saya hendak mengambil peluang ini mengucapkan banyak terima kasih kepada mereka yang telah terlibat atau pun mengambil bahagian tadi. Bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan kawal selia ke atas perkhidmatan e-hailing di seluruh negara, pindaan kepada Akta 334 adalah diperlukan bagi pelaksanaan yang sama di negeri Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 ini mempunyai 20 fasal bagi maksud tersebut. Tuan Yang di-Pertua, antara fasal-fasal pindaan utama dalam rang undang- undang ini ialah; pertama fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 334 untuk memasukkan takrif baru iaitu kenderaan e-hailing, perniagaan perantaraan dan lesen perniagaan perantaraan”. Semuanya ada inverted comas, dengan izin dan untuk meminda beberapa takrif tertentu yang sedia ada. Kedua, fasal 6 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru IVA ke dalam Akta 334 untuk mengawal selia pelesenan perniagaan perantaraan. Seksyen baru 26A yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi pelesenan perniagaan perantaraan termasuk permohonan, syarat yang boleh dikenakan pada suatu lesen perniagaan perantaraan yang dikeluarkan oleh lembaga dan kesalahan menjalankan suatu perniagaan perantaraan tanpa lesen. Seksyen baru 26B yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi pembaharuan suatu lesen perniagaan perantaraan termasuk permohonan dan syarat bagi pembaharuan lesen itu dalam tempoh dan mengikut cara yang ditentukan oleh lembaga. Seksyen baru 26C yang dicadangkan memberikan kuasa kepada lembaga untuk meluluskan atau menolak permohonan pemegang lesen perniagaan perantaraan untuk mengubah lesen atau syarat lesen itu. Seksyen baru 26D yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang lembaga boleh membatalkan atau menggantung suatu lesen perniagaan perantaraan. Seksyen baru 26E yang dicadangkan yang diperuntukkan bahawa lesen perniagaan perantaraan tidak boleh dipindahkan atau dipindahhakkan kepada mana- mana orang iaitu mana-mana orang lain. Jadi seksyen 26E yang dicadangkan juga memperuntukkan bahawa lembaga boleh membenarkan pemindahan atau penyerahhakan lesen perniagaan perantaraan itu kepada mana-mana orang lain.
Seksyen baru 26F yang dicadangkan menghendaki pemegang lesen perniagaan perantaraan untuk menyimpan akaun dan rekod mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh lembaga. Seksyen baru 26G yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kewajipan pemegang lesen perniagaan perantaraan untuk memberitahu lembaga mengenai apa-apa prosiding atau tuntutan yang mungkin mempunyai kesan buruk kepada keadaan kewangan pemegang lesen itu dan menjejaskan keupayaan pemegang lesen itu untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen itu. Fasal-fasal 3 dan 5, fasal-fasal 7 hingga 13 dan fasal-fasal 15 hingga 19 yang dicadangkan adalah pindaan berbangkit berikutan kemasukan bahagian baharu IVA untuk mengawal selia pelesenan perniagaan perantaraan. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu (1B) ke dalam seksyen 14 Akta 334 untuk mengadakan peruntukan bahawa kenderaan e-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan perkhidmatan awam tertakluk kepada suatu pelesenan perniagaan perantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 43A untuk menetapkan liabiliti terhadap pegawai syarikat apabila suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 334. Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Apabila saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ini cuma penyelarasan rang undang-undang khas untuk Sarawak dan Sabah sahaja. Jadi untuk menjimatkan masa oleh kerana banyak sudah perbahasan yang kita dengar di rang undang-undang kita yang terdahulu ini maka saya minta kerjasama supaya perbahasan khas untuk wilayah-wilayah Borneo sahaja, Malaya sudah bincang. [Ketawa] Jadi sila Sarawak dan Sabah sahaja, jangan nanti ada isu lagi. Kita bincang hal begini macam itu tax cukai pelancongan. Okey, sekarang Yang Berhormat Tenom sama Yang Berhormat Limbang, mana satu yang mahu? Okey, Yang Berhormat Tenom dahulu. Begini barulah, sila Yang Berhormat Tenom.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Senang, runding sahaja. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik rang undang-undang ini untuk memberi kuasa kepada pihak kerajaan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing di negara kita. Dalam era digital ini penggunaan teknologi telah menjadi gaya hidup masyarakat pada masa kini. Kemampuan peralatan elektronik juga berubah mengikut keperluan semasa. Antara penggunaan telefon mudah alih yang kini sudah menjadi suatu keperluan dalam aktiviti seharian. Kemampuan telefon mudah alih ini berubah dari hanya yang membuat panggilan telefon biasa pada suatu ketika dahulu kepada mendapatkan maklumat dan perkhidmatannya di hujung jari. Pengenalan perkhidmatan e-hailing dalam industri pengangkutan awam dilihat dapat memberikan manfaat bersama kepada pengguna dan juga pemandu. Ianya dapat membantu ataupun memberi complement kepada sistem pengangkutan sedia ada dan dapat memberi peluang kepada para pemandu teksi serta pelengkap dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan juga trend pasaran pada masa kini. Ianya juga turut dapat membantu pemandu teksi untuk mendapatkan penumpang seterusnya menambah pendapatan mereka melalui tempahan perkhidmatan teksi melalui aplikasi ini. Di Sabah Tuan Yang di-Pertua, dijangka seramai 8,487 orang pemandu teksi yang sedia ada akan terlibat dan dapat manfaat dalam sistem pelaksanaan perkhidmatan e-hailing ini. Bagaimanapun, mungkin masih ada yang tidak mengetahui bagaimana perkhidmatan e-hailing ini boleh memberikan manfaat kepada mereka. Oleh yang demikian, kerajaan perlu membantu pemandu teksi untuk melihat dari sudut mana dalam perkhidmatan e-hailing ini boleh memberi manfaat kepada
mereka. Ini kerana perkhidmatan e-hailing ini merupakan satu model perniagaan yang baru yang digandingkan dengan penggunaan teknologi. Kita mahu pemandu teksi terlibat dalam perkhidmatan e-hailing ini agar seiring dengan kemajuan teknologi dan juga memastikan industri teksi ini kekal relevan. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, ada juga Yang Berhormat Menteri tadi menyentuh berkenaan dengan pemandu-pemandu teksi di lapangan terbang. Di Sabah kita mempunyai seramai 241 orang pemandu teksi lapangan terbang yang sedang beroperasi. Mereka hanya boleh mengambil penumpang di lapangan terbang untuk dihantar ke destinasi yang dituju oleh penumpang. Mereka hanya berharap kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat kapal terbang untuk tempahan teksi mereka. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan Yang Berhormat Menteri, agar penggunaan e-hailing hanya dibenarkan kepada pemandu teksi lapangan terbang sahaja. Penyedia aplikasi boleh menetapkan hanya teksi lapangan terbang sahaja yang appear, yang keluar dalam sistem tempahan apabila penumpang membuat tempahan teksi menggunakan aplikasi ini. Saya memahami dengan cara dasar competition yang ada sekarang, dalam dasar kita hari ini telah menetapkan pelbagai laluan yang telah kita tetapkan. Saya minta supaya pihak kementerian, pihak kerajaan mengutamakan kepada pemandu-pemandu ataupun pengusaha-pengusaha teksi yang sedia ada di airport ini kerana mereka cuma bergantung kepada penumpang sahaja. Kita tidak mahu ada lagi apabila hadirnya nanti seperti mana yang kita ketahui hari ini Uber, Grab mereka memasuki kawasan-kawasan airport ini. Ini tidak memberi peluang, kalau boleh pihak kerajaan memikirkan bagaimana boleh mengajak ataupun boleh bagaimana keadaan ini dapat disertai oleh semua pihak agar tidak timbul masalah- masalah kekalutan yang berlaku di mana saya dapati ada aduan-aduan yang sering kita dengar terutama daripada pemandu-pemandu teksi yang mengatakan kawasan mereka telah dimasuki oleh pengusaha-pengusaha lain tanpa kebenaran. Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini syarikat penyedia menyediakan mengenakan 20 hingga 25 percent komisen yang dikenakan daripada jumlah tambang. Jumlah ini dilihat agak membebankan khususnya kepada para pemandu teksi yang menggunakan perkhidmatan e-hailing ini. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar diberi kadar komisen yang istimewa kepada para pemandu teksi bagi mengelak syarikat penyedia mengenakan kadar komisen sesuka hati pula. Saya menyarankan agar pihak kerajaan menetapkan dan mengawal selia kadar komisen ini. Kita juga mengalu-alukan semua pihak untuk terlibat dan menerokai peluang dalam industri ini. Bagaimanapun, semua pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam perlu memahami peranan masing-masing dan juga undang-undang yang sedia ada, yang telah ditetapkan. Kita menyokong perkara yang bagus dan memberi manfaat kepada masyarakat tetapi kita juga mahu mereka terlibat, kenal dan juga faham undang-undang yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam pelaksanaan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dan pengawalseliaan perkhidmatan e-hailing ini maka peranan dan fungsi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) juga turut bertambah. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat memperkasakan LPKP ini dengan menambah bilangan perjawatan yang sedia ada. Terdapat beberapa keperluan untuk diwujudkan pejabat kawasan terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Bagi negeri Sabah pada masa ini adalah menjadi keperluan bagi mengadakan, mewujudkan pejabat cawangan ini terutamanya di kawasan pendalaman Keningau, mungkin kawasan saya Tenom dan juga di Kudat dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan bagi memudahkan masyarakat kita berurusan dengan pihak LPKP.
Bagaimanapun, disebabkan terdapat beberapa kekangan sumber manusia, maka pertambahan pejabat-pejabat cawangan ini belum dapat dilaksanakan. Justeru itu, saya berpendapat agar pihak kerajaan dapat memberi kelonggaran dan juga dapat mempertimbangkan pertambahan sumber manusia di LPKP, khususnya bagi negeri Sabah. Sejajar dengan pengenalan e-hailing ini dalam industri pengangkutan awam ini juga, saya memohon agar pihak kerajaan dapat memberikan peruntukan tambahan kepada pihak LPKP untuk membangunkan dan juga menaik taraf sistem ICT yang digunakan pada masa ini agar seiring dan dapat disesuaikan dengan pelaksanaan perkhidmatan e-hailing.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya kita mahu melihat perkhidmatan e- hailing ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Bagaimana perkhidmatan e- hailing ini dapat membantu pemandu teksi sedia ada, seperti kata pepatah Tuan Yang di-Pertua, “ibarat kita menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berkecai”. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Libaran, mana lagi? Jangan nanti ada lagi hal di luar nanti. Tiada suara daripada wilayah-wilayah Borneo. Malaya sudah banyak cakap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Stampin.
Tuan Yang di-Pertua, ada Limbang.
Yang Berhormat Limbang, aduh. Lepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Menteri boleh jawab?
Tuan Yang di-Pertua, boleh denda Yang Berhormat Limbang tidak?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Lepas Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tidak boleh panjang. Yang Berhormat, ucapan itu tidak boleh panjang daripada Yang Berhormat Tenom.
[Ketawa]
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat ditahan—tahan lagi. Mahu berkamehnya. [Ketawa]
Dengan izin.
Dengan izin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan hujah perbahasan bagi menunjukkan sokongan saya terhadap usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi kita telah mendengar satu ucapan dan kupasan berhubung dengan usul bagi meminda Akta LPKP 334 yang telah disampaikan dengan jelas oleh Yang Berhormat Menteri sebagai pembawa usul. Oleh itu, sebab itu saya sebagai pembahas ketika ini memohon kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian supaya dapat mengadakan satu suasana perbahasan yang positif dan profesional serta menunjukkan kematangan dan kredibiliti dalam membahaskan pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, usul yang berada di hadapan kita merupakan satu usul yang melibatkan pindaan bagi maksud menyelaras urusan kawal selia e-hailing atau syarikat perantara sebagaimana pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat yang telah diluluskan sebentar tadi. Pindaan ini membolehkan perkhidmatan ini turut dikawal selia di Sabah dan Sarawak memandangkan Akta Pengangkutan Awam Darat terhad untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Dengan pindaan ini, kawal selia e- hailing akan lebih menyeluruh meliputi seluruh negara kita. Dengan wujudnya mekanisme ini, maka perkhidmatan e-hailing bolehlah dikawal selia menerusi peraturan tertentu untuk manfaat rakyat. Ini termasuklah mewajibkan syarikat-syarikat e-hailing untuk berlesen dan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan. Di samping itu, spesifikasi kenderaan-kenderaan e-hailing juga diselaraskan menerusi kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia yang menitik beratkan aspek-aspek keselesaan dan keselamatan penumpang supaya sentiasa di tahap yang terbaik. Di Sarawak, berdasarkan maklumat oleh syarikat pengendali e-hailing, jumlah pendaftaran oleh orang untuk menjadi pemandu e-hailing
setakat ini adalah amat memberangsangkan. Dianggarkan antara 5 ribu ke 6 ribu pendaftaran untuk Uber dan lebih kurang seribu pendaftaran untuk Grab seluruh Sarawak. Ini menggambarkan penerimaan positif rakyat Sarawak terhadap perkhidmatan e-hailing ini. Untuk maklumat semua, teksi yang ada di Sarawak pada masa ini yang aktif adalah lebih kurang 1,329 buah sahaja dari Lawas sampailah ke Kuching. Daripada jumlah seribu, hampir 2,500 dalam daftar. Begitu juga yang satu lagi iaitu kereta sewa. Daripada seribu lebih, 1,037 dalam daftar, yang aktif hanyalah 600 lebih. Di samping mempelbagaikan mobiliti rakyat, perkhidmatan ini juga telah membuka peluang pendapatan sama ada pendapatan tetap atau sampingan kepada rakyat tempatan. Ini secara langsung menambahkan baik pendapatan dan sosioekonomi rakyat itu sendiri. Kewujudan e-hailing di Sarawak juga dilihat berpotensi untuk memantapkan lagi perkhidmatan teksi. Menerusi aplikasi e-hailing, penumpang yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi turut boleh membuat tempahan menerusi e-hailing. Bagi merealisasikan hasrat ini, beberapa siri engagement antara syarikat e-hailing dan persatuan-persatuan teksi telah pun diadakan. Sesi ini memberi peluang untuk kedua- dua pihak lebih memahami peranan masing-masing dalam memantapkan lagi industri teksi. Hasil beberapa sesi engagement di antara syarikat e-hailing dengan persatuan sebelum ini juga, beberapa strategi telah disusun oleh pihak pengendali e-hailing tertentu untuk menggalakkan lagi penyertaan pihak teksi bagi menggunakan aplikasi e-hailing seperti hebahan dan penerangan menerusi video pendek dan montaj, hebahan di media massa dan penganjuran sesi town hall. Strategi ini dijangka insya-Allah akan digiatkan apabila pindaan rang undang-undang ini diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan syarikat e-hailing membangunkan dan menawarkan aplikasi e-hailing yang berkualiti kepada pelanggan, kerajaan disarankan supaya aplikasi-aplikasi e-hailing dinilai dan di perakui terlebih dahulu oleh agensi-agensi peneraju ICT kerajaan seperti MAMPU sebagai sebahagian daripada prasyarat untuk mempertimbangkan permohonan lesen sesebuah syarikat e-hailing. Dengan ini, keselamatan dan reliability aplikasi e-hailing kepada orang ramai akan lebih terjamin. Di samping itu juga, syarikat-syarikat e-hailing yang telah berlesen kelak hendaklah menggunakan peluang yang diberikan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan ataupun berhadapan dengan tindakan undang-undang. Sesungguhnya, kita sedang menyaksikan suatu fenomena transformasi pengangkutan yang akan terus berevolusi pada masa akan datang. Kewujudan e-hailing adalah bukti bagaimana pengangkutan pada hari ini bukan saja membawa orang ramai dari satu destinasi ke suatu destinasi sahaja, sebaliknya pengangkutan hari ini telah mengintegrasikan ICT sebagai enabler, dengan izin, atau pemboleh cara untuk menjadikan industri pengangkutan lebih kompeten dan berdaya saing. Agensi-agensi peneraju ICT, sektor kerajaan, disaran boleh berperanan sebagai pemudah cara dalam perkara ini untuk manfaat rakyat. Sebagai contoh, kerajaan boleh mewujudkan satu gerbang carian e-hailing yang menghimpunkan semua syarikat-syarikat e-hailing bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan e-hailing dengan harga perbandingan yang terbaik, sama seperti konsep pencarian aplikasi Trivago untuk tempahan hotel secara online sebagai contohnya. Kerajaan juga melalui MAMPU turut di saran mewujudkan portal sehenti bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengesan pergerakan ketibaan dan berlepasnya pelbagai mod pengangkutan awam dengan tepat menerusi integrasi peralatan GPS di telefon pintar. Perkara ini sekiranya direalisasikan sudah pasti memberi impak sosio ekonomi yang besar. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkara yang ingin saya untuk saranan apabila rang undang-undang ini diluluskan. Memang dalam engagement kita, kita juga berharap mungkin setengah pemandu teksi ataupun peserta, mereka menyatakan mereka tidak mampu untuk membangunkan aplikasi mereka sendiri.
Tetapi dalam engagement kita dah menyuarakan kepada yang ada sekarang supaya dapat menerima mereka juga untuk menjadi sebahagian daripada mereka itu sendiri. Tetapi itulah, ini sebagai secara berseloroh, apabila undang-undang telah pun diluluskan, jangan tutup pintu pula kepada teksi-teksi yang ingin hendak join mereka dengan mempelbagaikan macam-macam restriction. At the same time, memang kita minta sama ada wujudnya Uber, Grab ataupun mana-mana, memanglah harapan kita pengguna mengharapkan teksi itu sendiri akan senantiasa meningkatkan, menaik taraf
servis mereka daripada kereta mereka sendiri sampailah kepada tingkah laku, cara mereka berhubung, berhadapan dengan customer mereka. Itulah harapan kita. Di samping ini juga, kita mesti ingat juga— saya ada dengar tadi, ada seolah- olah selama ini pun kerajaan telah pun berusaha untuk membantu memberikan berbagai- bagai insentif kepada teksi sebelum kita dengar lagi hal-hal Uber dan Grab ini, seperti Tayar 1Malaysia di mana satu set tayar, bukannya satu biji yang diberikan. Satu set ertinya empatlah tayar— untuk dibetulkan. Untuk membetulkan semalam saya dengar ada orang kata satu biji sahaja. Tetapi yang sebenarnya empat biji, satu set. Lesen kenderaan memandu dan semua ini disediakan. Baru-baru ini teksi juga dibenarkan untuk mencarum dalam PERKESO, telah pun diluluskan undang-undangnya pada sesi lepas. Sebelum ini juga, kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional memberikan kemudahan untuk membantu para teksi untuk menukar kenderaan mereka. Tetapi terus terang, di Sarawak sambutannya tidaklah seberapa hari itu ya. Pengecualian eksais untuk pembelian teksi dan sebagainya. Jadi ini kita faham juga, para teksi sebelum ini menyuarakan they want a level playing field. Well, kita faham akan kesalahan mereka. Pagi tadi yang menarik perhatian saya ialah tentang dibangkit oleh Yang Berhormat Langkawi untuk di Semenanjung di Pulau Langkawi. Saya kena berkongsi sedikit ya, Yang Berhormat Menteri, tentang keadaan kita di Sarawak. Di Sarawak kita hanya ada seribu lebih sahaja teksi, 1,700 lebih. Yang aktifnya pun 1,300. Tetapi yang mempunyai banyak kenderaan teksi hanyalah di pekan- pekan besar. Bintulu sebanyak 229, Kuching sebanyak 600, Miri sebanyak 360, Sibu sebanyak 294 dan— itu sahaja. Yang lain itu tercicir. Asah Jaya ada satu, Bau ada satu, Lawas ada 16, Marudi ada 30, Kapit ada lima sahaja. Itu pun dalam daftar kita. Tetapi yang betul-betul beroperasi...
Limbang berapa? Berapa di Limbang?
Limbang, Tuan Yang di- Pertua, 60 sahaja. Tetapi yang sebenarnya yang berjalan di atas jalan raya itu hanya habis-habis 30 lebih sahaja. Itulah keadaan realitinya sekarang. Jadi memang betul, pada masa ini kita di Sarawak, kereta sewa ada zonnya masing-masing. Sampai kita mempunyai 19 zon untuk operasi kereta sewa. Teksi pun mengikut zonnya masing-masing juga. Kita memang sedang memperhatikan perkara ini. Sebab, kalau kita benarkan mereka merentasi semua, maka keseimbangan dari mereka mencari rezeki ini rasanya memang akan terjejas. Memang nampak, kita sudah melihat perkara ini. Di Sarawak sendiri pun bukan macam di sini, kita tidak ada pajakan. Semuanya adalah lesen sendiri. Individu semua. Tidak ada. Kita dah lihat perkara ini. Kalau dibuat, memang ia akan menjejaskan. Apatah lagi dengan customer kita yang begitu sedikit sekali sebenarnya, berapa sahaja. Penduduk Sarawak baru 2.6 juta di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, jadi perkara ini kita memang nampaklah apa yang akan berlaku. Jadi mungkin dengan lulusnya undang-undang ini, kami juga dengan Yang Berhormat Tenom sebagai pengerusinya, Sabah dan Sarawak juga dengan mungkin kerajaan sendiri melihat tentang apakah Uber ini juga dibuat zoning juga. Sebab, memang terus terang, kalaulah ambil lah di Kapit ataupun ambillah yang sini Samarahan, ada 13 buah sahaja teksi. Kalau masuk lagi Uber, maka akan cairlah pendapatan mereka. Sudah pasti memang akan cair. Disebabkan kalau masuk pintu, RM10. Somebody atau Uber masuk atau mana- mana e-hailing masuk dengan RM3— sedangkan driver yang bawa RM3, dia sanggup RM3 buka pintu sebab dia ada pendapatan tetap. Sedangkan yang operate teksi ini memang betul bangun pagi sampai malam, itulah pendapatan dia. Hendak kerja lain tak boleh. Itulah pemandai dia, kata orang. Itulah yang dia buat. Tetapi memang betul, dalam bab-bab mencari rezeki ini ialah kena rajin. Memang itu kita mengakui. Kita tidak boleh hanya bersandarkan satu sumber rezeki kita. Sebagai mana sikap pemandu Uber, dia ada gaji tetap tetapi dia hendak cari lebih juga untuk utilize masa dia dalam mencari rezeki. Okey, Yang Berhormat Langkawi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mencelah sedikit. Nampaknya Sabah dan Sarawak ini duduk di dalam satu pulau yang besar. Pulau Borneo. Langkawi duduk di dalam pulau yang kecil. Tetapi isu kita sama. Seperti mana yang Yang Berhormat Limbang cakap itu, sama dengan isu saya. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tolong ambil perhatian kepada pulau- pulau ini.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya bukan apa. Apabila ini telah diluluskan, memang itu akan menjadi tanggungjawab LPKP, SPAD untuk merangka sebagai lembaganya. Tetapi inilah, ia mestilah juga mendapat sokongan dan mungkin menjadi undang-undang di masa depan. Sebab, akan timbul juga perkara-perkara lain lagi. Kalau kita melihat, ini baru cerita teksi sahaja. Tetapi, dalam undang-undang ini, mungkin di peringkat jawatankuasa ada detil-detilnya, ada disebut di sana tentang pemandu e-hailing ini tidak boleh lebih daripada 11 orang. Kalau kita tengok 11 orang, ini sudah cerita van. Sedangkan kalau di Sarawak, kereta sewa itu adalah van. Atap kuning, kereta sewa. Jadi rasa-rasanya apabila undang-undang ini diluluskan, bukan hanya teksi yang tersentuh, terkena. Ertinya, dalam persaingan ini dalam sama-sama mencari rezeki, nampaknya somebody will come with e-hailing, dia bawa van. Ini juga akan menjadi persaingan dengan kereta sewa. Kalau di Sabah, saya tahu, dia punya bas adalah van. Banyak. Jadi inilah perkara yang berlaku sekarang. Jadi kita boleh melihat perkara ini sama-sama, pihak Menteri melihat juga perkara ini. It’s no doubt that...
Boleh celah sikit?
Sekejap ya. Kita boleh menentukan dalam pelaksanaannya yang mana dulu, yang mana ini mengikut keadaan. Jangan hairan, sekarang ini kalau kita baca media massa, cerita ada Uber truck pun ada dah hendak dibuat. Itu pun lagilah. Itu pun masa depan. Uber truck pun ada dah disuarakan kalau kita tengok dalam internet. Daripada mana?
Gopeng.
Okey, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Limbang. Cuma saya hendak dapat sedikit penjelasan. Kalau penggunaan van, bila kapasiti melebihi 10 itu, sebenarnya tidak termasuk dalam kenderaan e-hailing. Bagaimana kita hendak categorize kan kenderaan tersebut apabila digunakan sebagai e-hailing? Sebab, kalau mengikut pindaan tu, e-hailing tu kapasiti yang maksimum itu 10 orang penumpang. Minta pandangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Itulah, sebab itu saya raised up this issue. Sebab, kalau kita baca di sini, satu kenderaan e-hailing ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada 11 orang. Jadi ini kita sudah melihat ke depanlah sedikit. Jadi, insya-Allah, mungkin nanti apabila diluluskan di pihak LPKP Sarawak dan Sabah, insya-Allah, kita melihat bagaimana berbincang dengan pihak Menteri tentang pelaksanaan ini dulu. We go one by one lah. Biar teksi dulu, kemudian cerita pakai Uber van dan sebagainya inilah. Satu perkara lagi yang saya ingin hendak sentuh ialah tentang level playing field yang disuarakan oleh pihak teksi. Mungkin sekarang ini kita tengok di mana-mana, kalau kita pergi Jakarta dengan blue taxi-nya, kita pun blue taxi kita executive. We have the yellow cab, dan black cab everywhere di muka bumi ini, di sana sini. Jadi, kita tahu pada masa ini teksi itu dalam apabila kita meluluskannya, kalau dia beli kereta warna hitam, dia kena cat kuning, kena cat merah. Ini semua akan ditanggung oleh mereka sendiri.
I just throw this idea, Yang Berhormat Menteri dengan izin. Why not kalau kita hendak satu lagi langkah kita ‘kelecek’ dalam label playing field ini iaitu why not teksi tidak payah tukar warna. Ikut warna yang dikeluarkan oleh kilang ataupun kilang itu, kita sudah tahu kita hendak warna bagaimana biar ia keluar daripada kilang satu warna begini. Jadi, tidak payahlah orang yang memohon untuk menjadi operator teksi ini belanja lagi dalam enam ke tujuh ribu untuk cat teksi, hendak ubah warna, hendak ubah itu lagi. Jadi, mungkin perkara ini juga boleh dilihat kalau kita masih lagi ingin hendak mengekalkan nostalgia teksi ini hidup di negara kita ini. Di samping ini juga Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengambil kesempatan juga sedikitlah sebagai Pengerusi LPKP Sarawak mungkin Sabah pun ada iaitu tentang dari segi penguatkuasaan. Dengan adanya Uber, di mana saya difahamkan Jabatan LPKP terpaksa menubuhkan unit-unit mereka tertentu. Satunya bila sudah e-hailing ini ada di mana we’re talking about macam di Sarawak ini lima ke enam ribu, how we’re going to monitor kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pemandu-pemandu Uber ini. Jadi, rasanya memang kita berharap pihak
kerajaan akan memohon untuk penambahan perjawatan di pihak LPKP rasanya di Sarawak dan Sabah. Penguatkuasaan ini mesti ditambah itu satu Uber, ini e-hailing. Kedua, ialah tentang kita tahu iaitu ISBSF ini. Di mana LPKP juga menjadi tanggungjawab dipertanggungjawabkan untuk menjaga, monitor jumlah pembayaran dan sebagainya kepada konsortium-konsortium bas ini khususnyalah, ini menyimpang sikit Yang Berhormat Menteri ya, tetapi ambil kesempatan. Ini pun juga memerlukan penambahan pegawai khususnya dari segi pegawai tadbir dan pegawai-pegawai yang boleh mengendalikan supaya ia dapat pengurusan ISBSF, pengurusan e-hailing dan sebagainya ini akan lebih efisien dalam pengendaliannya dan supaya kita juga dapat melayan ataupun dapat menangani aduan-aduan yang saya rasa akan kita hadapi. Dulu 1,000 lebih teksi dengan Uber sudah 5,000 ke 6,000 sudah, sudah banyak itu. Memang aduan-aduan akan bertambah. Jadi, keduanya lagi di samping itu juga saya dilihat secara peribadi apabila kita memohon pegawai-pegawai penguatkuasaan ditambah, pegawai tadbir ditambah, saya perhatikan kenderaan pun kena tambah juga di LPKP Sarawak. Pada masa ini very frank, Tuan Yang di-Pertua. Penambahan kenderaan untuk LPKP Sarawak, I don’t know about Sabah adalah kereta ––sorry, I used this word ‘bekas’, bekas LPKP Semenanjung dulu apabila SPAD ambil alih semua kenderaan LPKP Semenanjung X-Trail yang lama itu diserahkan kepada SPAD. Lepas itu SPAD beli kenderaan baru, yang lama-lama ini dia hantar ke Sarawak. Saya terus-teranglah, tidak elok tidak bagus. Jadi, saya minta kalau kita hendak boost up the spirit of our workers, pegawai-pegawai kita janganlah buat macam itu. Bagi bekas- bekas saja [Tepuk] berilah kenderaan yang baru yang memerlukan.
[Bangun] Tuan Yang di-Pertua ...
Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Limbang.
Ini tindakan yang tidak patut dibuatlah. Saya pun terasa terharulah dengan point ini.
Akan tetapi itulah realitinya jadi apabila ada kesempatan ini, saya bersuaralah Tuan Yang di-Pertua, ya Yang Berhormat Tenom.
Saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Limbang, kita juga di Sabah mengalami nasib yang sama. Bolehkah pihak Yang Berhormat Menteri, pihak kementerian apa yang ada di SPAD itu sama ratakanlah bagi dengan Sabah dan Sarawak. Kita di Sabah dan juga Sarawak kawasannya cukup luas. Tadi, saya meminta Yang Berhormat Menteri supaya menambah perjawatan supaya dapat memberi perkhidmatan khidmat yang lebih berkesan. Saya bagi contoh Yang Berhormat Limbang. Orang-orang di Tenom, orang-orang di Keningau, Tambunan, Pensiangan terpaksa ke Kota Kinabalu perlu perjawatan seperti ini dan pegawai-pegawai kita di Kota Kinabalu untuk melakukan, contohlah penguatkuasaan terpaksa buat NBOS. Yalah memang betul NBOS itu. Akan tetapi, bagaimana kekerapan kita untuk menguatkuasakan apatah lagi sebelum rang undang-undang ini dikuatkuasakan ke sana sini pegawai-pegawai kita. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya pihak kementerian menambah perjawatan dan menambah kelengkapan yang perlu seperti mana SPAD, supaya tidak lihat nanti orang cakap kita macam di anak tiri kan pula. Apa pandangan Yang Berhormat Limbang.
Sebahagian daripada ucapan saya Yang Berhormat Tenom. Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itulah yang disuarakan demi untuk keberkesanan dan satu lagi ialah tentang penguatkuasaan ini tadi because kita sudah melihat sekarang, teksi 1,000 lebih campur Uber 5,000 lebih. Ini yang makin banyak I consider, I lump it into one you know, it’s becoming sudah 6,000 sudah. It’s going to be a different game now, we need more enforcement dan sebagainya. Satu lagi cerita Tuan Yang di-Pertua, iaitu tentang ini aduan daripada orang bawahan. Ini khusus untuk Limbang, Limbang di ‘keliong’ ––nya orang kata dengan izin oleh negara Brunei Darussalam dan semua kenderaan melalui darat termasuk agensi- agensi LPKP sendiri dan agensi-agensi Persekutuan yang lain, hendak ke Sabah, hendak buat apa-apa tugasan dan juga untuk penguatkuasaan. Sekarang ini, semua kena minta kelulusan daripada Jabatan. Minta maaf ––Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk merentasi sempadan. Kalau minta pagi dapat petang jawapan tidak apa juga, mana ada cerita macam itu. Jadi, sekarang ini dulu kita buka kaunter untuk kita ada tiga zon Kuching, Sibu dan
Miri untuk cater northern region, Sibu untuk cater tengah-tengah dan Kuching untuk southern region. Jadi, sekarang apabila mereka hendak buka kaunter di sebelah Lawas, sebelah Limbang daripada selalu almost empat, lima, tujuh kali setahun sekarang kena kurangkan. Sebab ini kena minta kebenaran dulu untuk merentasi sempadan. Which I think it’s not so practical. Jadi, saya minta kepada kerajaan ambillah daerah ini untuk semua agensi bukan hanya LPKP, bukan hanya LPKP tetapi semua agensi Persekutuan yang perlu melaksanakan tugas terpaksa merentasi Brunei Darussalam. Saya rasa kena keluarkan pekeliling yang khusus untuk kawasan ini sahaja, yang lain tidak ada masalah pun mana ada masuk negara asing. Kita sahaja orang yang hendak bekerja ke Limbang ke Lawas atau ke Miri. Perkara ini kena ambil perhatian. Sebab kalau tidak ini, tidak payah pergilah. Susah hendak minta inilah, lagi tulis surat pergi KL lagi untuk kelulusan ini, kebenaran, and then takut lagi nanti kalau kita pergi juga kita accident di Brunei. Bukan kita ––kita drive elok, orang SG pemandu kenderaan kerajaan, pemandu berhemah tetapi kita elok orang lain langgar kita, are they covered by the insurance everything. Jadi, ini boleh menyebabkan orang jadi malas ––demotivated disebabkan oleh perkara ini. Mungkin yang buat keluarkan arahan ini dia tidak pernah pergi ke Limbang, tidak pernah pergi Utara Sarawak. Dia tidak tahu, terus terang very frank dua hari lepas, saya jumpa kebetulan terserempak dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa di kafe. Saya beritahu dia semua and then I told him I want to recite in Dewan Rakyat also about this matter. Ini bukan hanya LPKP semua termasuklah penguatkuasaan-penguatkuasaan ini. Itulah yang berlaku sekarang. Jadi saya harap perkara ini dilihat, diambil kira dalam kita hendak menambah efficiency kita dalam melaksanakan semua ini, certain things kena juga kita perhatikan the practicality di lapangan. Jadi, ini pun bukannya banyak daerah macam ini di Malaysia, satu saja Limbang, Lawas dengan Miri ini saja. Ini saja dalam satu negara Malaysia ini yang ada hal kes macam ini. Itu pun bukan kita punya mahu, ini balik cerita koloni dulu macam mana kita berpecah-pecah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua rasanya itu saja yang saya ingin hendak suarakan. Saya percaya bahawa pindaan rang undang-undang ini membolehkan....
[Bangun] Yang Berhormat Limbang, sekejap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Di awal perbincangan tadi, saya mendengar bahawa Yang Berhormat Menteri pun ada menyebut kalau untuk Uber ataupun e-hailing ini boleh kereta tujuh tahun. Sedangkan teksi-teksi kita di Sarawak di bawah LPKP umur dia 10 tahun.
Mereka sekarang meminta untuk supaya disambung sehingga 12 tahun ke 15 tahun. Tentulah teksi-teksi di Sarawak yang sudah uzur itu untuk membawa pelancong- pelancong yang datang, akan menjejaskan imej kita di negeri Sarawak. Boleh atau tidak Yang Berhormat Limbang mohon juga supaya Yang Berhormat Menteri kita boleh memikirkan wang RM5,000 tadi yang dibagi oleh kerajaan untuk membantu teksi-teksi kita di Sarawak untuk membeli teksi-teksi baharu supaya mereka sama rata dilihat seperti Uber ataupun e-hailing tadi. Bagaimana pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Sibuti. Sebenarnya saya ingin baca requests dari Sarawak ini supaya cerita fasal level playing field ini lagi. Tadi Yang Berhormat Langkawi cakap fasal RM5,000, yang sebenarnya untuk pajakan. Jawapan Yang Berhormat Menteri adalah untuk orang yang menghadapi sistem pajakan di sini. Itu yang diutamakan. Akan tetapi sebagaimana Yang Berhormat Langkawi, yang sebenarnya kami di Sarawak pun mohon supaya Sarawak dan Sabah bukan hanya– kita sana memang tidak ada pajakan. Memang betul teksi kita sana tua-tua sebab umurnya dibenarkan sampai 15 tahun dan baru-baru ini persatuan teksi hendak minta sambung sampai 20 tahun lagi. Itu pun kami fikir-fikir dahulu. Kalau tidak, sampai bila imej tidak akan berubah. Masih teksi fesyen lama. Walau bagaimanapun, semua ini kita daripada LPKP Sarawak dan Sabah semuanya berdasarkan kelulusan daripada JPJ dan PUSPAKOM. If they are road worthy, selamat, besi masih tebal lagi, tidak nipis, berkarat, semua ini kerja apabila mereka meluluskannya barulah kami mengeluarkan lesen sama ada untuk disambung ataupun dia fit ataupun tidak to be on the road.
Jadi memang perkara ini menjadi persoalan. Oleh sebab itu awal-awal saya katakan– sekejap ya Yang Berhormat Langkawi. Jangan bila undang-undang ini sudah lulus, jangan e-hailing company ini pula kedekut. Tidak mahu ajak bawa, tidak mahu bawa. “Engkau tidak layak, engkau umur sudah tua, kereta aku lima tahun, kereta kamu tua-tua, mana boleh masuk group kami”. All these things. Jangan pula kedekut. Oleh sebab mereka hendak buka dia punya Apps ini tidak mampu, joint sekali. Inilah yang kita harapkan. Memang at the same time, kita hendak pemandu-pemandu teksi menaik taraf, meningkatkan perkhidmatan, kualiti kereta mereka. That is why di Sarawak kami bukan minta RM5,000, Tuan Yang di-Pertua. We write to the Minister, kalau boleh di Sarawak, kami minta bukan RM5,000 tetapi RM10,000 untuk bantu mengubah teksi mereka supaya mereka along the way boleh join all this– the big e-hailing companies yang sudah ada sekarang. Yes, Yang Berhormat Langkawi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Limbang. Sebenarnya, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Limbang, kalau lah cara Sabah dan Sarawak memohon peruntukan geran bagi pembelian teksi baharu, apakah Yang Berhormat Limbang bersetuju, kalau kita juga minta supaya teksi di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung ini, diberi pengecualian cukai kerana itu akan menurunkan harga teksi dan seterusnya membantu pemandu-pemandu teksi itu untuk bergerak ke hadapan menghadapi keadaan same level playing field?
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Sebenarnya masa ini siapa beli teksi memang ada lesen, memang pun tidak kena eksais. Memang tidak kena eksais cukai pun. Memang tidak kena pada masa ini.
Tidak tahu itu. Sorry. Minta maaf kerana Langkawi semua bebas cukai.
Tidak apa. Itulah, you lagilah ya pulau you. Jadi inilah antara yang kita pohon untuk membantu teksi-teksi ini. Diharap ia dapat di-consider dan kalau boleh juga kita meminta bantuan untuk membantu teksi- teksi di Sabah dan Sarawak. Bantuan at least mungkin dalam RM1,000 galakan penggunaan sistem e-hailing dan smartphone, bantuan untuk bagaimana hendak mengendali teksi-teksi kita yang sudah tua-tua ini, bantuan RM1,000-RM2,000 untuk menambah baik lagi warna pengenalan teksi-teksi ini. Macam-macam kita boleh buat lah ya. Termasuklah menyelaras kadar tambang. Ini juga dalam proposal kami kepada yang telah pun kami tulis kepada Menteri, penyelarasan tambang berzon sebagaimana yang kami buat pada masa ini, also applicable to this Uber thing. Kalau tidak, mesti akan cair punya di tempat kecil-kecil itu terutamanya. Rasanya itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua apa yang akan disampaikan. Kalau ikutkan panjang lagi ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mengucapkan– saya percaya bahawa pindaan rang undang-undang ini membolehkan perkhidmatan e-hailing lebih tersusun serta terjamin serta memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk orang- orang teksi sendiri. Dengan kata-kata itu, saya mengakhiri hujah perbahasan saya. Saya dengan ini menyokong pindaan rang undang-undang APKP 334 yang diusulkan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Satu wakil dari Sarawak, satu dari Sabah. Mahu tambah lagi? Tidak ada. Cukup. Sila Yang Berhormat Menteri jawab. Saya puas hati dengar.
Ya terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat dari Tenom dan juga dari Yang Berhormat Limbang. Kedua-duanya hero untuk LPKP Sabah dan Sarawak. Seorang mengetuai atau jadi Pengerusi LPKP Sabah, seorang LPKP Sarawak. Saya percaya apa yang mereka lakukan adalah demi memperbaiki keadaan di negeri Sabah dan Sarawak. Saya sebagai Menteri dari Sarawak juga amat menyokong visi mereka ini kerana kita dapat melihat sendiri apa yang berlaku di kedua-dua negeri ini. Namun begitu, saya mengharapkan agar kedua-dua mereka nanti Sabah dan Sarawak sebab ada juga perbezaannya daripada amalan yang ada di Semenanjung. Jadi saya mengharapkan agar kedua-dua mereka ini ada masanya kita akan duduk bersama-
sama untuk mengharmonikan apa yang menjadi saranan tadi supaya kita dapat sama- sama menghalusi pelaksanaannya di Sabah dan Sarawak. Kita juga telah mencadangkan dan menggalakkan agar Lembaga di Sarawak dan Sabah, kedua-duanya mereka untuk menguruskan perbincangan mereka dengan pihak syarikat e-hailing bagi membantu teksi-teksi di Sabah dan Sarawak. Kita juga mendengar apa yang Yang Berhormat Langkawi tadi nyatakan. Yang Berhormat Langkawi sentiasa menyuarakan bagi pihak pemandu teksi di kawasan Langkawi. Kita mendengar dan kita memang mengambil pertimbangan dan sudah pun ada perbincangan juga Yang Berhormat Langkawi ya untuk bersama teksi dan juga pihak e-hailing di sana. Jadi mereka ada perundingan sendiri untuk mengenal pasti terma- terma mereka sendiri. Jadi di antara yang telah disebutkan tadi, insya-Allah, kita akan bincang bersama-sama dan saya amat menyokong dari segi walaupun ia tidaklah mengenai e- hailing tetapi yang tadi disentuh oleh Yang Berhormat Tenom mengenai keperluan perjawatan apabila kita memperkenalkan sistem ini, sama juga dengan Yang Berhormat Limbang tadi, apabila kita memperkenalkan sistem ini, mereka akan memerlukan kakitangan yang ditambah dan itu juga memang kita ambil kira dan kita akan membawa perkara ini kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Juga yang disentuh tadi mengenai e-hailing pergi ke airport sahaja tadi itu, kalau Sabah, kenderaan e-hailing tidak akan dibenarkan untuk mengambil penumpang di kawasan lapangan terbang memandangkan kelas lesen teksi lapangan terbang di Sabah hanya boleh beroperasi di lapangan terbang sahaja. Walau bagaimanapun, kenderaan e-hailing boleh menurunkan penumpang setakat ini lah ya. Namun begitu, sama ada dipersetujui oleh pihak teksi ataupun tidak, saya rasa engagement yang berterusan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, perlu dilakukan supaya mungkin ada keserasian nanti dalam kalangan mereka. Kita sudah nampak keserasian ini di Sabah, cuma di Sarawak mungkin ia boleh dianjurkan lagi perbincangan mereka kerana pelaksanaan sama ada kenderaan e-hailing dibenarkan untuk menghantar ataupun mengambil penumpang ke atau dari lapangan terbang adalah tertakluk kepada pertimbangan kuasa Lembaga sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 16 untuk Akta LPKP.
Jadi, ahli lembaga untuk LPKP Sarawak dan Sabah ini amat berkuasa. Kuasa mereka begitu besar sekali. Jadi kedua-dua ini memang mempunyai kuasa yang besar, cuma memerlukan sedikit masa mungkin untuk menyusun aturkan keadaan di sana. Kita sentiasa memberi sokongan. Tadi saya mendengar juga yang ditanya oleh Yang Berhormat Sibuti tadi mengenai tujuh tahun itu. Sebenarnya itu adalah memang polisi untuk tempoh kenderaan. Kita juga sedar bahawa ada di Sarawak adanya lebih daripada tempoh tujuh tahun kerana mereka memohon dari tahun ke tahun untuk dibenarkan. Itu juga bergantung kepada kuasa lembaga LPKP di negeri masing-masing. Kalau ianya menjadi halangan untuk membenarkan mereka untuk meneruskan, itu bergantung lagi kepada perbincangan dengan pihak-pihak persatuan teksi di peringkat negeri masing-masing. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang ini mengucapkan banyak terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat, tadi berbincang kita mengenai Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, sekarang ini baru kita selesai untuk Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan untuk Sabah dan Sarawak ya. Jadi saya mengambil peluang ini mengucapkan banyak terima kasih dan syabas kepada semua kerana kita sama-sama menyokong untuk berhijrah dan juga untuk menyokong hasrat untuk membantu kebajikan pihak pemandu teksi ini. Biarlah kita sama-sama menjalankan tugas kita untuk memastikan mereka juga tidak akan ketinggalan. Saya hendak bawa sedikit perumpamaan, kalau dahulu kita menggunakan mobile phone yang besar ATUR itu, semakin lama semakin kecil, semakin lama semakin kecil, handphone kita, kita gunakan smartphone. Inilah ibaratnya apa yang berlaku kepada teksi pada hari ini. Kalau kita menggunakan telefon selama ini, sekarang ini handphone pun boleh digunakan untuk membuat tempahan. Jadi, kita sukar untuk mengelakkan diri kita dalam negara ini daripada penghijrahan ini. Biarlah ia menjadi satu permulaan untuk kita menyokong penghijrahan ini dan supaya negara kita menjadi sebuah negara yang pertama kali yang meregulasikan sistem e-hailing ini dan dimasukkan dalam rang undang-undang kita. Syabas dan tahniah kepada semua. Terima kasih banyak-banyak. [Tepuk]
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI PEKERJAAN SWASTA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali yang pertama pada 30 Mac tahun ini. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] ialah suatu akta yang mengawal aktiviti Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan menjaga hak serta kebajikan pencari-pencari kerja. Akta ini mengehendaki APS mempunyai lesen yang sah dan perjalanan aktiviti APS perlu mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan. APS juga dikehendaki mengemukakan maklumat berkaitan pendaftaran dan penempatan pekerja untuk memudahkan pemantauan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Selain daripada mengawal dan memantau penempatan pekerjaan di dalam negara, Akta 246 ini juga mengawal penempatan pencari kerja tempatan ke luar negara setelah mendapat kebenaran atau endorsement di mana APS dikehendaki menyediakan bon atas nama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Akta 246 mula berkuat kuasa pada 19 Februari 1981 dan terpakai di seluruh negara. Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja, sehingga kini terdapat 1,003 APS yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, di Sarawak 55 dan di negeri Sabah 117. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pada tahun 2016, sebanyak 6 APS telah didakwa di bawah peruntukan akta ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini, Akta 246 telah dipinda sekali iaitu pada tahun 2005. Pindaan ini melibatkan seksyen 3 dan seksyen-seksyen berkaitan bagi memperjelaskan tafsiran ketua pengarah dan peruntukan berkaitan kuasa melantik ketua pengarah dan pegawai-pegawai yang lain. Susulan syor Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2010, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula undang-undang perburuhan termasuk Akta 246 ini bagi memudahkan urusan perniagaan dan memastikan perlindungan yang lebih berkesan kepada golongan pekerja. Kementerian Sumber Manusia telah menjalankan kajian keberkesanan melalui konsultasi dalaman dengan pegawai-pegawai Jabatan Tenaga Kerja yang merupakan agensi penguat kuasa.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia juga mengadakan sesi libat urus dengan persatuan yang menaungi APS di Malaysia iaitu Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta (PIKAP) dan persatuan yang menaungi majikan-majikan pembantu rumah iaitu Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA). Cadangan pindaan-pindaan terhadap Akta 246 ini telah dikaji secara terperinci oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang dianggotai secara tripartite, dengan izin oleh pihak kerajaan, wakil pekerja dan wakil majikan menerusi Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan. Berdasarkan maklum balas yang diterima, Kementerian Sumber Manusia berpandangan Akta 246 wajar dipinda berlandaskan objektif-objektif yang berikut: (i) Menambah baik dan memodenkan perundangan berkaitan APS supaya selaras dengan keperluan semasa; (ii) Memperjelaskan pemakaian perundangan berkaitan perekrutan yang meliputi pekerja bukan warganegara; dan (iii) Memperkasakan aktiviti penguatkuasaan. Rang Undang-undang APS (Pindaan) 2017 melibatkan pindaan dan penggantian terhadap 29 peruntukan sedia ada, pewujudan 24 peruntukan baharu dan pemansuhan 11 peruntukan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya akan menjelaskan fasal-fasal penting dan substantif dalam rang undang-undang ini seperti berikut: Fasal 2 menggantikan peruntukan pengecualian pemakaian Akta 246 dengan mewujudkan peruntukan khusus bagi mengecualikan agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Ini akan memudahkan urusan pentadbiran kerana Yang Berhormat Menteri tidak perlu mengeluarkan perintah bagi mengecualikan pihak berkuasa awam yang terlibat dalam aktiviti merekrut sebagaimana dikehendaki dalam akta seperti mana amalan sekarang. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini juga bertujuan untuk memastikan semua pencari kerja pekerja bukan warganegara dan majikan yang menggunakan perkhidmatan APS dilindungi secara komprehensif oleh akta ini. Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat mana-mana syarikat atau anak syarikat Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan menjalankan aktiviti merekrut, maka syarikat ini dikehendaki untuk mendapatkan lesen di bawah cadangan RUU ini. RUU ini melibatkan pindaan kepada lapan tafsiran sedia ada. Empat tafsiran baru dan dua tafsiran dimansuhkan. Antara pindaan dan tafsiran baru yang dicadangkan dalam fasal 3 RUU ini termasuklah: Pertama, agensi pekerjaan swasta bermaksud “suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan diberikan lesen di bawah akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut”. Pindaan tafsiran ini menghendaki mana-mana pihak yang hendak memohon lesen APS merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016. Kedua, majikan merujuk kepada mana-mana orang yang mendapatkan perkhidmatan APS bagi maksud untuk merekrut seseorang pekerja bagi dirinya. Pindaan tafsiran ini menjelaskan maksud bahawa majikan sebagai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan APS bagi mendapatkan pekerja, hendaklah menggaji orang yang direkrut itu sebagai pekerjanya. Tafsiran ini antara lain dapat mencegah aktiviti menyumber luar, dengan izin outsource tenaga kerja yang mana majikan menempatkan atau membekalkan orang yang direkrut melalui APS kepada majikan lain. Ketiga, merekrut merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang termasuk aktiviti pengiklanan seperti pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk menawarkan, untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan bagi seseorang pencari kerja atau menawar untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja bagi seseorang majikan. Frasa mana-mana orang bertujuan untuk merangkumi aktiviti merekrut yang dijalankan oleh orang persendirian atau pertubuhan lain yang tidak mempunyai lesen APS bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan. Keempat, pencari kerja ialah seseorang yang berdaftar dengan suatu APS bagi maksud mencari pekerjaan atau ditawarkan suatu pekerjaan atau menerima tawaran suatu pekerjaan tetapi tidak termasuk bukan warganegara. Tafsiran ini tidak merangkumi bukan warganegara atas dasar bahawa kerajaan mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Walau bagaimanapun, aktiviti merekrut pekerja bukan
warganegara tetap diliputi bagi memantau aktiviti APS yang menempatkan pekerja asing dan pekhidmat domestik asing. Kelima, wang jaminan bermaksud suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 iaitu Akta 758 atau Bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) tetapi tidak termasuk Bank Islam Antarabangsa berlesen yang didepositkan menurut seksyen 14C. Tafsiran baharu ini memperjelaskan maksud bentuk wang jaminan yang boleh dikeluarkan dalam bentuk tunai ataupun jaminan kewangan dengan izin, financial guarantee. Tuan Yang di-Pertua, fasal 7 RUU memperuntukkan bahawa tiada pihak boleh menjalankan aktiviti merekrut tanpa mempunyai lesen yang diberikan di bawah akta ini. Mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pengenaan hukuman yang berat ini menunjukkan betapa seriusnya pelanggaran tersebut kerana aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah boleh memberi kesan yang sangat besar kepada mangsa khususnya pencari kerja dan pekerja bukan warganegara yang boleh menjurus kepada aktiviti pemerdagangan orang dan buruh paksa. Perkara ini akan menjelaskan kebajikan pencari kerja dan pekerja bukan warganegara serta mencemarkan imej negara. Fasal 8 memperuntukkan supaya permohonan bagi lesen APS hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja mengikut kategori lesen yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Permohonan ini dibuat berdasarkan prosedur-prosedur yang ditentukan oleh ketua pengarah dan disertakan dengan fi proses yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Fasal 9 rang undang-undang ini memperuntukkan bahawa pemohon lesen APS hendaklah mematuhi syarat-syarat tertentu.
Antaranya satu, pemohon mestilah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 yang bermakna orang perseorangan atau perkongsian tidak layak memohon lesen APS. Pemohon perlu mempunyai modal berbayar seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan sekurang-kurangnya 51 peratus jumlah syer syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia. Ini bagi memastikan hanya pemohon syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja yang dilesenkan sebagai APS dan majoriti syer dimiliki oleh warganegara Malaysia. Syarat-syarat ini dapat memudah cara agensi penguatkuasaan memantau dan menguatkuasakan akta serta memastikan kepentingan pencari kerja bukan warganegara dan majikan terpelihara jika berlaku pelanggaran serius terhadap peruntukan akta. Keduanya, pemohon hendaklah bukan seorang yang bankrap, tidak pernah disabitkan kesalahan dalam mana-mana undang-undang berkaitan antipemerdagangan orang dan buruh paksa atau forced labor. Syarat ini Tuan Yang di-Pertua bertujuan memastikan pemohon mestilah mempunyai kredibiliti yang tinggi dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pemerdagangan orang dan buruh paksa kerana aktiviti merekrut sering kali dikaitkan dengan perkara berkenaan khususnya yang melibatkan pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, fasal baru 9A memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memberi atau menolak pemberian lesen APS selepas menerima permohonan di bawah fasal 8. Ketua pengarah akan memaklumkan keputusan permohonan secara bertulis kepada pemohon. Jika ketua pengarah memutuskan untuk memberi lesen, pemohon hendaklah membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua dalam tempoh 30 hari daripada pemakluman keputusan bertulis itu dibuat. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan ketua pengarah membatalkan kelulusan pemberian lesen APS ini. Fasal baru 9B memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengenakan apa- apa syarat lain yang difikirkan sesuai ke atas lesen yang diberikan di bawah fasal 9A. Antara pindaan substantif lain terhadap peruntukan berkaitan lesen APS ini termasuklah satu, fasal 10 berkaitan tempoh sah lesen selama 24 bulan dari tarikh dikeluarkan melainkan jika digantung atau dibatalkan. Sebelum ini tempoh sah lesen ialah 12 bulan. Pindaan ini menggunakan APS di mana mereka tidak perlu memperbaharui lesen setiap tahun seperti mana amalan sekarang.
Fasal 11 memperjelaskan prosedur-prosedur pembaharuan lesen yang perlu dipatuhi. Fasal baru 11A pula memperuntukkan keadaan-keadaan yang membolehkan Ketua Pengarah menggantung atau membatalkan lesen APS tanpa tuntutan ganti rugi. Fasal ini memperuntukkan berkaitan tindakan yang perlu dan boleh diambil oleh APS yang lesennya digantung atau dibatalkan. Fasal baru 13A menghendaki APS memohon salinan lesen daripada ketua pengarah jika lesen hilang, musnah atau rosak. Permohonan ini hendaklah disertakan dengan fi proses penggantian lesen. Fasal baru 13B memperuntukkan bahawa APS tidak boleh menyerah atau memindah lesen di bawah akta ini kepada orang lain kecuali mendapat kelulusan bertulis daripada ketua pengarah terlebih dahulu. Fasal baru 13C pula memperuntukkan bahawa APS tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen kepada orang lain. Kegagalan mematuhi fasal 13B dan 13C boleh menyebabkan APS didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Tuan Yang di-Pertua, fasal baru 13D rang undang-undang ini menghendaki supaya syarikat APS yang telah diberikan lesen memohon kepada ketua pengarah untuk mendapatkan suatu dokumen pengenalan diri kepada pekerja yang bertanggungjawab di atas aktiviti merekrut bagi memudahkan kawalan pekerja lain yang tidak menjalankan aktiviti merekrut tidak akan diberikan bukti pengenalan diri. Kegagalan mempunyai bukti pengenalan diri boleh menyebabkan APS dan pekerjanya dikenakan tindakan undang- undang. Peruntukan ini dimasukkan kerana penguatkuasaan mendapati wujud pihak yang menjalankan aktiviti sebagai APS secara haram termasuk mendakwa bertindak sebagai ejen kepada APS yang sah. Peruntukan ini akan membantu membanteras gejala penipuan atau penyamaran oleh individu yang tidak diberi hak dari segi undang-undang untuk menjalankan aktiviti merekrut. Fasal baru 14A pula berkaitan fi pendaftaran yang boleh dikenakan kepada pencari kerja bagi pekerjaan dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan APS. Fasal 14B berkaitan fi penempatan yang boleh dikenakan oleh APS kepada pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah mereka menerima tawaran pekerjaan. Jika fi penempatan telah dibayar oleh majikan APS tidak boleh menuntut fi penempatan daripada pencari kerja atau pekerja bukan warganegara. Fasal baru 14C menghendaki APS mendepositkan wang jaminan kepada ketua pengarah mengikut kategori lesen yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. Wang jaminan ini ialah cagaran untuk membantu pencari kerja pekerja bukan warganegara dan majikan sekiranya menjadi mangsa kepada kegagalan APS menjalankan tanggungjawab seperti menampung kos penghantaran balik, penyediaan tempat tinggal, makan dan minum. Keperluan mendepositkan wang jaminan juga bertujuan untuk memastikan hanya syarikat yang benar-benar komited sahaja memohon lesen dan menjalankan operasi sebagai APS. Fasal baru 14D memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk menggunakan wang jaminan bagi memastikan tanggungjawab terhadap pencari kerja, pekerja bukan warganegara dan majikan dipenuhi. Fasal ini turut memperuntukkan supaya APS menggenapkan atau mengemukakan semula wang jaminan mengikut jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Kedua sekiranya wang jaminan asal telah digunakan. Fasal baru 14E memperuntukkan APS boleh menuntut semula wang jaminan melalui permohonan bertulis sekiranya memberhentikan operasi, lesen dibatalkan ataupun telah tamat tempoh sah. Ketua Pengarah juga boleh mengembalikan wang jaminan bagi maksud pertukaran kategori lesen APS. Fasal baru 14F pula memperuntukkan jika APS tidak menuntut wang jaminan setelah memberhentikan operasi, lesen dibatalkan atau telah tamat tempoh sah, ketua pengarah boleh melucut hak wang jaminan yang tidak dituntut itu selepas satu pemberitahuan dibuat dalam warta.
Wang jaminan yang dilucut hak akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Fasal 19 mengehendaki APS untuk menyedia, menyelenggara dan menyimpan rekod seperti pendaftaran pencari kerja, pendaftaran majikan, kekosongan pekerjaan, penempatan pencari kerja dan pekerja bukan warganegara dan amaun fi yang dikutip. Rekod tersebut hendaklah disimpan tidak kurang daripada enam tahun. Fasal 21 memperuntukkan kuasa kepada ketua-ketua pengarah atau pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan sebagaimana kuasa anggota polis yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah iaitu Akta 593. Melalui peruntukan ini, pegawai-pegawai penguat kuasa di Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia dibekalkan dengan kuasa yang mencukupi untuk menguatkuasakan undang-undang ini. Fasal 28 memperuntukkan kesalahan dan penalti berkaitan mengenakan fi yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan dalam Jadual Pertama, memberi maklumat palsu dan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan akta dan peraturan di bawahnya. Penalti bagi kesalahan-kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Tuan Yang di-Pertua, Jadual Pertama RUU ini memperuntukkan jenis dan jumlah fi yang dikenakan. APS dikehendaki membayar fi lesen dan fi proses kepada Jabatan Tenaga Kerja. APS boleh mengenakan fi pendaftaran kepada pencari kerja dan fi penempatan daripada pencari kerja dan pekerja bukan warganegara. Penetapan kadar fi dalam jadual memudahkan Menteri menentukan kadar yang sesuai mengikut keperluan semasa. Jadual Kedua RUU ini memperuntukkan kategori lesen, modal berbayar, wang jaminan dan wang jaminan untuk menubuhkan cawangan baru. Perwujudan kategori lesen memberi pilihan kepada pemohon lesen untuk menjalankan perniagaan APS mengikut jenis penempatan pekerjaan. Ini merupakan permintaan stakeholders, dengan izin, semasa sesi konsultasi diadakan. Tiga kategori lesen yang boleh dipohon adalah seperti berikut: (i) Lesen A ialah untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam Malaysia; (ii) Lesen B untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar Malaysia dan pekhidmat domestik asing di dalam Malaysia; dan (iii) Lesen C untuk penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan luar Malaysia dan pekerja bukan warganegara di dalam Malaysia. Kadar modal berbayar dan wang jaminan yang berbeza ditetapkan bagi setiap kategori lesen yang mana penempatan pekerjaan di luar negara atau yang melibatkan pekerjaan bukan warganegara dikenakan modal berbayar dan wang jaminan yang lebih tinggi kerana lebih berisiko kepada pelanggan APS. Kategori lesen ini juga menggantikan sistem endorsan yang sebelum diperlukan untuk penempatan pekerjaan di luar negara. Peruntukan-peruntukan yang dinyatakan dalam jadual ini memudahkan Menteri mengubah butiran mengikut keperluan semasa. Tuan Yang di-Pertua, secara amnya Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 menambah baik Akta 246 dengan mempertingkatkan perlindungan kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara dan majikan yang menggunakan perkhidmatan APS. Liberalisasi ekonomi dalam sektor perburuhan negara, termasuk pematuhan kepada instrumen-instrumen antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa membuka ruang kepada migrasi buruh pada skala yang lebih besar dan lebih mencabar. Perkara ini menuntut perlindungan yang lebih baik kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara dan majikan untuk mencegah eksploitasi dan penipuan. Oleh yang demikian, RUU ini digubal supaya pengawal selia dan pemantauan aktiviti APS dapat dijalankan dengan lebih telus, teratur dan komprehensif. Penambahbaikan yang dicadangkan juga dapat membantu melicinkan urusan pentadbiran APS, seterusnya memudah cara aspek menjalankan perniagaan. Semua bentuk penalti yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini bertujuan untuk melindungi pencari kerja, pekerja bukan warganegara dan majikan daripada sebarang ketidakadilan serta membolehkan mereka mendapatkan hak di bawah undang-undang. Selain itu, ia bertujuan mencegah aktiviti merekrut tanpa lesen yang sah dan memastikan APS menjalankan aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu bagi memudahkan urusan pentadbiran pemantauan dan penguatkuasaan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang- undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, khususnya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Peguam Negara serta pegawai-pegawai mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada siapa menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bukit Katil.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, yang telah memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017. Seperti mana yang telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa ini merupakan pindaan bagi memperketat lagi tatacara bagaimana untuk mengawal selia agensi pekerjaan swasta (APS). Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan seperti mana amalan biasa di dalam perbahasan, ada isu-isu yang ingin kita dapatkan butiran yang lebih lanjut berkaitan dengan akta ini. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan kita lihat pindaan ini yang dicadangkan telah pun meringkaskan kewajipan dan kuasa ketua pengarah dengan lebih terperinci, tersusun dan juga jelas. Ia secara tidak langsung telah pun memperluaskan tanggungjawab dan kuasa yang ada pada ketua pengarah itu sendiri. Dari semua perkara yang berhubung dengan pelesenan sehingga ke pengurusan wang jaminan, ketua pengarah diberi kuasa untuk membuat keputusan sendiri sama ada menerima ataupun menolak pelesenan berdasarkan cara dan pertimbangannya.
Jadi di sini saya ingin mendapatkan penjelasan Menteri, apakah kuasa ini adalah absolute? Kerana kita semua sedia maklum dengan maxim, dengan izin, absolute power corrupts absolutely. Bila you ada kuasa penuh, ada kecenderungan untuk berlaku elemen-elemen yang kurang sihat seperti rasuah dan sebagainya. Jadi adakah tujuan ataupun niat penggubal rang undang-undang ini bertujuan untuk memberikan kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah ataupun nantinya ada ruang-ruang di dalam rang undang-undang ini yang saya yakin kementerian telah pun meneliti dengan lebih mendalam, apakah safeguard ataupun perkara-perkara yang boleh membatasi kuasa ketua pengarah ini supaya ia tidak dilihat sebagai one man’s power, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua? Perkara yang kedua dalam isu yang ingin saya bangkitkan ini ialah soal syarat permohonan lesen. Di dalam bahagian syarat permohonan lesen, sefaham saya, penambahan syarat nama syarikat didahului dengan perkataan “agensi pekerjaan” itu merupakan sesuatu yang agak pelik dan perlukan penjelasan. Sekiranya sesuatu agensi pekerjaan swasta yang lama wujud tidak mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “agensi pekerjaan”, adakah bermakna mereka ini tidak boleh memohon lesen ataupun memperbaharui lesen mereka? Ini perkara yang saya fikir teknikal tetapi penting untuk diberikan pencerahan oleh Kementerian kerana ia akan berbangkit di kemudian hari apabila Dewan ini meluluskan pindaan ini. Dan adakah syarikat berkenaan perlu bertukar nama syarikat atau mendaftar syarikat yang lain yang mempunyai nama syarikat didahului dengan perkataan “agensi pekerjaan”? Jadi dia kadang-kadang persoalan chicken and egg lah, ayam dulu kah telur dulu. Jadi dalam konteks ini, apa relevannya dengan pindaan ini? Apakah dengan perkara-perkara yang pada saya titik-titik bengit ini yang kecil-kecil ini boleh memberikan sebarang impak ataupun kesan kepada pindaan ini? Apa sebenarnya tujuan ataupun niat penggubal rang undang-undang ini bagi meletakkan elemen-elemen yang pada saya tidak signifikanlah, tidak substantif pada pindaan rang undang-undang ini?
Yang ketiganya adalah pengenalan wang jaminan. Wang jaminan ini saya percaya, ikut kefahaman saya lah, adalah pindaan seksyen baru di dalam akta ini di mana dalam bab atau dalam fasal wang jaminan ini, pemohon perlu mendepositkan wang jaminan yang ditetapkan di Jadual Kedua di dalam akta ini kepada ketua pengarah apabila berjaya memperbaharui lesen, menubuhkan cawangan dan pertukaran kategori lesen. Penggunaan wang jaminan ini dikatakan adalah untuk memastikan tanggungjawab APS ataupun tanggungjawab Agensi Pekerjaan Swasta ini kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara ataupun majikan dipenuhi. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, adakah wang jaminan ini berkesan dalam memastikan Agensi Pekerjaan Swasta menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif? Tambahan pula, dalam bahagian ataupun dalam bab wang jaminan ini, juga tidak mengspesifikasikan ataupun mengkhususkan tanggungjawab Agensi Pekerjaan Swasta dan jenis penggunaan wang jaminan ini oleh ketua pengarah dan digunakan oleh apa situasi. Dalam situasi yang bagaimana dimanfaatkan? Sebab itu dalam usaha kita seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam ucapan mengatakan bahawa kita ingin menjadikan APS ini menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif, adakah wang jaminan ini dapat memandu Kementerian khususnya mengikut rang undang-undang ataupun pindaan ini memastikan bahawa Agensi Pekerjaan Swasta ini menjalankan tanggungjawabnya dengan efektif? Ini persoalan yang penting yang ingin saya bawa di dalam perbahasan ini. Dan ada juga sekatan, Tuan Yang di-Pertua. Sekatan ke atas Agensi Pekerjaan Swasta. Dalam pindaan yang dicadangkan mengatakan tatacara ataupun prosedur permohonan lesen yang lebih komprehensif dan jelas. Maknanya kali ini lebih teraturlah. Dari segi cara mereka yang memohon lesen ini lebih mudah untuk difahami. Tetapi kalau kita ambil pendekatan yang reverse, kita berfikir secara terbalik untuk dari segi strategi, saya nampak prosedur ini ataupun tatacara permohonan lesen ini akan menambahkan lagi kesusahan atau lebih banyak lagi proses dan langkah yang perlu dipatuhi. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, correct me if I’m wrong, tapi saya percaya perkara-perkara yang kadang-kadang ingin menjadikan tatacara lebih komprehensif, ia sebenarnya tidak mempermudah keadaan tetapi menambahkan lagi kesusahan kerana banyak proses, banyak langkah-langkah yang perlu dipatuhi. Saya hendak letakkan kaveat di sini. Yang bimbang saya tadi ialah bila banyak proses, banyak langkah, dia menimbul banyak lagi perkara-perkara yang akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang kurang sihat kerana hendak memastikan mendapat lesen dan sebagainya, pelbagai cara difikirkan. Jadi we have to cover this, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, supaya ia tidak boleh dijadikan satu amalan yang kurang sihat dari segi amalan kemungkinan berlakunya rasuah, penyelewengan, corruption dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang saya percaya perlu diberikan perhatian yang cukup berat oleh pihak Kementerian. Segala pemindahan hak milik lesen, pemajakan lesen Agensi Pekerjaan Swasta, penubuhan cawangan dan pertukaran kategori lesen juga perlu mendapatkan persetujuan daripada Ketua Pengarah. It goes back, saya sebutkan tadi. Mesti dapat persetujuan daripada Ketua Pengarah. Kalau Ketua Pengarah sekarang ini baik, alhamdulillah lah. Tapi kalau Ketua Pengarah esok ada masalah, jadi beban kepada kementerian dan akhirnya menimbulkan masalah kepada masyarakat dan juga rakyat. Selain itu, pekerja-pekerja Agensi Pekerjaan Swasta juga perlu memakai dokumen pengenalan diri semasa menjalankan aktiviti mereka. Saya lihat dari segi undang-undang pula ya, dari segi undang-undang. Kita lihat hukuman yang lebih tinggi. Hukuman kesalahan bagi agensi pekerjaan, misalnya yang memaparkan iklan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 ataupun penjara dan sebagainya kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun. Ini dalam fasal 20, agak terperinci, tetapi dari segi polisinya dan dari segi dasarnya, Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mengingatkan bahawa— yang ingin saya tanya dalam Dewan ini kepada kementerian. Apakah dalam melaksanakan undang-undang ini ataupun mengenakan hukuman ini, adakah kuasa ketua pengarah dan pegawai-pegawainya itu diberi kuasa seperti polis? Seperti yang diperuntukkan di bawah misalnya Criminal Procedure Code (Kanun Tatacara Jenayah) dari segi penguatkuasaan, dari segi pemeriksaan, dari segi penyiasatan sebagai tambahan kepada kuasa yang telah diperuntukkan dalam the parent’s act ataupun dalam akta ibu ini di mana sebelum ini peruntukan yang sedia ada, ketua pengarah berkuasa memasuki dan memeriksa premis yang disyaki beroperasi tanpa lesen atau melanggar akta. Mereka boleh soal siasat, mengarahkan untuk menunjukkan rekod dan sebagainya.
Sebab itu saya ingin tanya kepada kementerian, apakah pihak ketua pengarah dan pegawai-pegawai diberi kuasa? Kerana kalau diberi kuasa seperti polis, maka saya percaya ada beberapa pindaan yang perlu dibuat bagi tujuan mengharmonikan undang- undang yang sedia ada. Kerana kita juga ada Criminal Procedure Code, kita ada juga Akta Agensi Pekerjaan Swasta ini dan mesti ada satu kesepaduan dan selari antara kedua-dua pihak. Kalau tidak, kalau kita ikut Kanun Tatacara Jenayah, only the police, hanya polis sahaja ada kuasa untuk membuat tangkapan dan sebagainya. Jadi yang ini saya percaya perkara-perkara yang ingin saya bangkitkan...
Yang Berhormat...
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Saya juga hendak menambahkan kepada perhatian Yang Berhormat Bukit Katil berkenaan penggantian seksyen 23 berkenaan dengan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan fasal 27(2). Di mana memberikan kuasa mutlak kepada Yang Berhormat Menteri terutamanya kepada fasal (2)(b). Di mana menetapkan denda tidak melebihi RM250 ribu bagi pelanggaran dan ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang di buat di bawah akta ini. Tadi Yang Berhormat telah menekankan dari sudut ketua pengarah absolute power corrupts. Di sini kita pula ada memberi kuasa yang mutlak kepada Yang Berhormat Menteri untuk menetapkan denda. Saya rasa bahagian ini pun telah diselitkan baru. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri hanya boleh membuat pemberitahuan dalam warta sahaja. Akan tetapi, sekarang kita ada kuasa diberikan kepada Yang Berhormat Menteri untuk membuat menetapkan denda satu nilai yang agak tinggi. Saya minta Yang Berhormat mengulas bahagian ini. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Kapar di atas persoalan tadi dan saya percaya bahawa selain daripada kebimbangan Yang Berhormat Kapar yang saya juga minta Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan. Dalam masa yang sama, kita perlu teliti peruntukan di dalam pindaan ini yang juga memberikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengubah keputusan ketua pengarah. Ini saya percaya Yang Berhormat Kapar juga sedia maklum ada di dalam pindaan ini. Di mana Yang Berhormat Menteri boleh juga mengubah keputusan ketua pengarah. Jadi, saya percaya kalau kita ada Menteri yang sekarang ini alhamdulillah lah. Ya tidak? Yang Berhormat Serian mungkin okey. Tetapi kalau ada Menteri yang lain saya fikir kita juga kena teliti betul-betul supaya ada satu safe guard yang saya sebut terlebih awal––safe guard. Satu berkata yang boleh membantu mengatasi kuasa ini agar ada berlakunya check and balance yang disediakan di dalam pindaan ini. Kita juga sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, bahawa peringkat awal kalau kita teliti terdahulu perbahasan mengenai TPPA. Saya ingat waktu itu Yang Berhormat Menteri pun ada menyatakan bahawa lapan undang-undang buruh waktu itu akan dipindah termasuk akta agensi pekerjaan swasta ini. Jadi, sekarang kita tahu bahawa TPPA itu tiada lagi sudah dimuktamadkan oleh akibat dari penarikan diri Amerika Syarikat. Jadi, bagaimana pula adakah pindaan ini mengambil kira kesan daripada TPPA yang kemudian ditiadakan. Apakah ini menjadikan pindaan ini menyebabkan kerajaan mendengar pandangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia yang sentiasa konsisten meminta ataupun mendesak kerajaan supaya memperbaharui Undang-undang Buruh untuk meningkatkan pelindungan kepada pekerja tanpa mengira sama ada TPPA itu dilaksanakan ataupun tidak. Kita semua sedia maklum banyak kes-kes yang saya dapat di hadapan saya ini, di mana kes-kes penipuan dan sebagainya beberapa laporan media yang agak mengesankan kena perangkap, penipuan ejen yang menawarkan pekerja sebagai pemetik buah di Australia dengan tawaran gaji RM12 ribu sebulan. Bila sebut soal pemetik buah di Australia ini, saya percaya Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum sekarang ini ramai juga daripada rakyat kita yang kadang- kadang ambil cuti, ada yang saya tahu kakitangan kerajaan di kawasan saya ini dia ambil cuti tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan ada setahun cuti tanpa gaji sebagai kakitangan kerajaan. Ini kerana ingin pergi ke Australia untuk memetik buah.
Adakah keadaan ekonomi kita semakin teruk? Saya pun tidak tahu lah. Tetapi itu beside the point. Point yang ingin kita nyatakan ini ialah soal bagaimana untuk memastikan perkara-perkara ini dapat kita halang secara sepenuhnya melalui pindaan ini. Ini kerana kita tidak mahu rakyat kita yang pergi ke Australia ini dengan kerja kononnya ditawarkan gaji yang lumayan RM12 ribu sebulan. Siapa yang tidak mahu. Kalau setakat dia jadi kerani di salah satu pejabat kerajaan dengan gaji dua, tiga ribu sebulan. Sudah pasti tarikan-tarikan ini amat menggiurkan bagi mereka. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita berhadapan dengan masalah kemungkinan berlakunya penipuan. Ada satu case in point yang sedang saya tangani di kawasan saya ialah isteri dia tidak boleh balik pula. Ini kerana ada masalah pula di sana. Jadi, ini perkara-perkara yang saya percaya berada di dalam radar pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan bagaimanakah undang-undang ini dapat memastikan–– we can also dengan izin Tuan Yang di-Pertua menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat kita. Saya fikir cukup setakat itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan sedikit penjelasan mengenai agensi pekerjaan swasta ini. Terlebih dahulu saya menyokong pindaan akta agensi pekerjaan swasta ini iaitu sebuah syarikat mestilah berdaftar di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ini. Ini kerana mudah bagi kita untuk mengawal aktiviti agensi ini serta menjaga kepentingan pencari kerja terutama warganegara Malaysia yang mungkin berminat untuk bekerja di luar negara. Soalan pertama saya, adakah agensi pekerjaan swasta ini hanya boleh memberi perkhidmatan kepada warga Malaysia sahaja ataupun juga kepada warganegara asing yang mungkin datang ke sini untuk mencari kerja umpamanya kerja sektor pencucian, penjagaan anak, warga emas dan sebagainya. Jadi, adakah ia juga terlibat? Soalan yang kedua, saya juga difahamkan bahawa ada satu Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara atau Malaysian Overseas Employer Management Centre (MOEMC) yang juga menyelaras penghantaran pekerja keluar negara dan membantu pekerja yang bermasalah. Apakah perbezaan di antara peranan agensi pekerjaan swasta ini dengan MOEMC ini. Ketiga, saya pun agak confused yang saya difahamkan apabila pencari kerja mendaftar dengan agensi pekerjaan swasta ini sebelum mereka dihantar ke luar negeri perlu mendapat pengesahan daripada ketua pengarah. Akan tetapi, saya dengar daripada Yang Berhormat Menteri tadi dengan adanya modal berbayar dan juga wang jaminan ini adakah tidak perlu lagi pengesahan daripada ketua pengarah setiap kali agensi ini menghantar pekerja kita ataupun pencari kerja ini ke luar negara. Kemudian, adakah benar saya juga difahamkan bahawa pencari kerja yang diuruskan oleh agensi pekerjaan swasta ini yang berminat bekerja di luar negara terdiri daripada ramai orang-orang Melayu yang mungkin mereka belajar di luar negara tetapi mereka tidak balik ataupun yang sudah ada kelulusan di sini mendapat diploma profesional dan sebagainya, kemudian mereka daftar untuk pergi ke luar negara. Saya difahamkan yang lain-lain bangsa Cina dan India itu hanya 25 peratus tetapi 75 peratus adalah orang Melayu. Terakhir, baru-baru ini saya mendapat aduan daripada rakyat saya di Hulu Langat yang mengatakan mereka daftar dengan agensi pekerjaan swasta ini, kemudian dihantar bekerja di Korea.
Saya bertanya, “Kenapa hendak pergi ke Korea?”. Jawapannya, “Gaji yang lumayan”. Itu jawapannya. Akan tetapi kemudian, saya berjumpa dia balik ke Malaysia dengan tangannya yang bengkak, yang sakit. Then, dia menjelaskan kepada saya bahawa dia dari Korea hendak balik, agensi ini tidak bantu dia. Ini kerana dia kata gajinya dipegang oleh agensi dulu dan dia tidak ada perlindungan insurans. Jadi akhirnya, terpaksa berhutang dengan kawan-kawan dan balik. Alhamdulillah, baru-baru ini, baru majikan yang di tempat kerja itu panggil balik, dia kata boleh bagi insurans cover dengan syarat you balik ke Korea untuk membuat rawatan di hospital di Korea. Akan tetapi malangnya saya tidak dapat penjelasan apakah nama agensi swasta yang terlibat itu. Jadi itu sahajalah. Sekian sahaja, terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada dua orang termasuk seorang yang mencelah mengenai Rang Undang- undang Agensi Pekerjaan (Pindaan). Pertamanya, yang disebutkan, saya memulakan dengan perkataan dengan izin yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil dan Yang Berhormat Kapar iaitu mengenai kebimbangan kerana perkataan “absolute power corrupts”. Jadi Tuan Yang di- Pertua, bagi saya apa yang dikemukakan, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil lebih berkisar kepada cadangan. Cadangan-cadangan itu bagi kita amatlah baik dan kita akan mengambil maklum dan akan memastikan bahawa apa yang telah dicadangkan itu kita ambil perhatian. Tuan Yang di-Pertua, kuasa menolak seperti mana yang kita disebutkan tadi, kuasa menolak atau kuasa meluluskan sesuatu lesen adalah bukan– memang terkandung dalam pindaan kepada akta ini yang menyatakan bahawa kita akan memastikan bahawa kuasa menolak atau meluluskan sesuatu lesen untuk agensi pekerjaan hendaklah– kuasa menolak dan meluluskan yang ada pada ketua pengarah sebenarnya adalah setelah kita – seperti mana yang saya sebutkan dalam pembentangan saya sebentar tadi. Setelah mengambil kira iaitu pandangan dari ketiga- tiga yang terlibat iaitu setelah engagement kita dengan majikan, engagement kita dengan persatuan pekerja asing, persatuan domestik iaitu persatuan pekerja tempat domestik. Itu diambil kira. Maka mengenai perkataan “corrupt” itu, walaupun saya sebut di sini, kita setelah mendapat engagement dengan pihak tripartite ini iaitu kementerian kita sebagai mediator ataupun orang tengah dalam mana persatuan pengambil pekerja diwakili termasuk pekerja domestik. Maka kita percaya bahawa I just want to use this word. Kuasa di bawah ketua pengarah dan perkataan “rasuah” atau “corrupt”, memang kita tahu di mana-mana kementerian, di mana-mana jabatan pun, walaupun kuasa sudah diberikan dan mana- mana orang yang memegang sesuatu jawatan termasuk yang bukan ketua pengarah, perkataan integriti itu amatlah penting, integriti. Ini kerana di kementerian-kementerian yang lain kita tahu beberapa pegawai telah pun didakwa, ada yang didapati bersalah. Maka perkataan “absolute power corrupts” tidak bagi saya bukanlah satu kebimbangan tetapi itu adalah kerana semata-mata perbuatan seseorang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil juga telah menyebut tentang perkataan “agensi pekerjaan” perlu ditukar nama atau mendaftar syarikat yang lain sebagai “agensi pekerjaan swasta”. Tuan Yang di-Pertua, keperluan menggunakan perkataan “agensi pekerjaan” adalah bagi memudahkan pencari kerja untuk mengenal pasti agensi pekerjaan yang berlesen di bawah Jabatan Tenaga Kerja. Semasa peralihan penguatkuasaan rang undang-undang ini, agensi sedia ada yang tidak menggunakan perkataan “agensi pekerjaan” masih boleh meneruskan operasi tanpa meminda nama syarikat. Walau bagaimanapun, semasa memperbaharui lesen, perkataan “agensi pekerjaan” perlu ditambah. Jadi itu satu. Keduanya, juga dari Yang Berhormat Bukit Katil. Apakah syarat-syarat permohonan lesen telah ditetapkan dalam blue bill ini iaitu dalam bacaan kedua ini telah disebutkan bahawa dengan terperinci. Maka saya fikir tidak perlu untuk saya menjawab di sini. Selepas itu tentang pengenalan diri, mengapa perlu dokumen pengenalan diri diperkenalkan? Jadi Tuan Yang di-Pertua, setiap pekerja Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang menjalankan aktiviti merekrut hendaklah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti yang diperuntukkan – saya telah sebut waktu saya membentangkan tadi di bawah seksyen baru 13D. Tujuan dokumen ini, tujuan pengenalan dokumen pengenalan diri ini diperkenalkan bagi mencegah penyamaran eksploitasi dan penipuan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Katil ya lebih kurang, itulah yang saya dapat menjawab mengenai apa yang telah diutarakan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Katil sebentar tadi tetapi seperti mana yang saya telah sebutkan dalam mengambil bahagian dalam perbahasan tadi Yang Berhormat Bukit Katil lebih berkisar kepada cadangan, kepada kebimbangan. Maka dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya
sebenarnya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Katil kerana telah memberi cadangan yang akan menjadi bimbingan kepada kita untuk memastikan bahawa akta ini, pindaan 2017 ini akan menambah baik, akan menambah lagi pemartabatan agensi-agensi pekerja swasta. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat, terima kasih kerana menyokong pindaan kepada akta ini. Jadi soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Hulu Langat iaitu mengenai peranan pengambilan dan penempatan pekerja tempatan dan pekerja asing. Jadi APS Tuan Yang di-Pertua, APS berperanan untuk pengambilan dan penempatan pekerja tempatan dan asing iaitu seperti mana yang terdapat di dalam jadual kedua-dua rang undang-undang ini. Mengenai fungsi MOEMC, jadi Yang Berhormat Hulu Langat telah menyentuh tentang fungsi MOEMC. Bagi tugas MOEMC adalah untuk memastikan individu yang ingin bekerja ke luar negara melalui agensi pekerjaan berlesen mendapat maklumat terlebih dahulu berkenaan status agensi tersebut sama ada berdaftar dengan JTK atau tidak. Maklumat tersebut boleh disemak sama ada melalui website Kementerian Sumber Manusia atau terus berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja. Mengenai fungsi jabatan kerajaan yang terlibat iaitu pusat yang terlibat dengan APS ini, pusat pengurusan pekerja-pekerja pelesen luar negara atau MOEMC yang terdapat di Putrajaya, Johor, Sabah dan Sarawak untuk menyelaras penghantaran pekerja ke luar negara melalui agensi pekerja swasta yang berdaftar dengan JTK. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) memperuntukkan agensi pekerjaan swasta yang berhasrat untuk mengambil pekerja tempatan bekerja di luar negara perlu mendapatkan kebenaran endorsement daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Yang Berhormat Hulu Langat juga telah menyentuh tentang ini isolated case iaitu berhubung isu rakyat Malaysia yang bekerja di Korea. Dalam perkara ini, saya telah menyatakan tadi bahawa ini adalah isolated case. Walau bagaimanapun, apa yang perlu dibuat, apa yang boleh dibuat oleh si mangsa ini iaitu complaint, membuat complaint kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran supaya Jabatan Tenaga Kerja boleh membuat siasatan. Yang Berhormat Hulu Langat juga membangkitkan isu mengenai kebenaran ketua pengarah sama ada kebenaran ketua pengarah diperlukan untuk hantar ke luar negara walaupun wang jaminan telah diberikan oleh APS. Ya, jawapannya perlu. Ia perlu pengesahan daripada ketua pengarah untuk penghantaran pekerja ke luar negara melalui APS. Rang undang-undang ini menggariskan kewajipan Agensi Pekerjaan Swasta untuk mendapatkan endorsement bagi ketua pengarah sebelum pergi ke luar negara walaupun wang jaminan telah didepositkan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja yang saya boleh jawab dan bagi kedua-dua mereka termasuk Yang Berhormat Kapar yang mencelah iaitu bagi kita di kementerian, saya sekali lagi mengulang dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana soalan-soalan yang diajukan lebih berkisar kepada kebimbangan yang ada terhadap apabila rang undang-undang pindaan ini diluluskan nanti. Sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI PEKERJAAN SWASTA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 14 [Pindaan] -Bill
Saya melihat Yang Berhormat Klang tidak ada dalam Dewan. Usul ini tidak dapat dibentangkan. Tidak boleh wakil, Yang Berhormat. [Fasal 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AGENSI PEKERJAAN SWASTA (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 15 hingga 36 -Bill
Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga perkara yang saya ingin bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya ialah berkaitan dengan fasal 32 iaitu di muka surat 26, Yang Berhormat Menteri. Penggantian seksyen 30. Kalau mengikut akta ibu Tuan Pengerusi, dinyatakan dalam bab itu ialah kesalahan kumpulan orang, akta ibu.
Di mana di sebut secara jelas jika sesuatu kesalahan itu, mana-mana setiap pengarah ataupun pekongsi bagi sesebuah pertubuhan perbadanan atau sesebuah perkongsian disifatkan sebagai bersalah jika kumpulan perbadanan atau perkongsian itu melakukan kesalahan. Namun seseorang boleh melepaskan diri jika dapat membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia telah mencuba sedaya upaya untuk mencegah kesalahan itu. Maknanya akta yang lama akta ibu, akta lama dinyatakan secara jelas di perenggan 30(b), jika kumpulan itu adalah satu perkongsian, tiap-tiap pekongsi itu disifatkan adalah disifatkan sebagai pesalah atas kesalahan itu. Cumanya ya dengan syarat bahawa bagaimanapun tiada seorang pun pengarah atau pekongsi itu boleh membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan dia. Cuma dalam cadangan fasal 32 pindaan ini dinyatakan di perenggan (a) dan (b) dan ada elaboration yang agak panjang di situ berkaitan dengan pengarah, pengurus, setiausaha ataupun pegawai pertubuhan perbadanan. Cuma timbul kekeliruan di sini tiada lagi perkataan di (b) iaitu berkaitan dengan sesuatu perkongsian. Di (b) itu 30(b) yang pindaan fasal 32 menyatakan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ataupun pembiarannya. Apa makna pembiaran ini dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu. Maknanya di sini tidak ada lagi perkataan perkongsian. Yang ini saya ingin nyatakan, ingin mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah sesuatu perkongsian itu masih dimaksudkan sebagai satu perbadanan di bawah peruntukan yang baru ini atau pun apa. Ini kerana akta yang lama itu ada, jelas perkongsian dinyatakan, dalam yang baru ini tiada sudah. Jadi ini perkara yang agak teknikal yang ingin saya bangkitkan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Kedua, Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan penggantian seksyen 21. Saya bacakan seksyen 21 ini, seksyen 21, akta ibu memberikan peruntukan yang agak panjang lebar berkaitan dengan kuasa untuk masuk dan juga memeriksa premis. Di sini telah pun dipinda di mana tidak lagi– akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut iaitu kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan. Dalam konteks ini ketua pengarah dan para pegawainya diberi kuasa seperti polis yang saya nyatakan dalam perbahasan di peringkat dasar tadi di bawah Kanun Tatacara Jenayah mengenai penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan sebagai tambahan kepada kuasa yang lain di dalam akta ibu. Sebelum ini, peruntukan yang sedia ada berkuasa memasuki, memeriksa premis yang disyaki beroperasi tanpa lesen ataupun melanggar akta, mereka boleh soal siasat, arah untuk tunjukkan rekod, sita ataupun ambil salinan rekod dan menyita apa- apa rekod lain atau dokumen milik sesiapa berada di dalam premis itu. Jadi kita ingin tanya, sekarang ini saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri tidak ada lagi sudah peruntukan yang agak panjang lebar ini. Cuma apa kewajarannya untuk memberi kuasa yang begitu besar kalau ikut fahaman saya kepada Jabatan Tenaga Kerja. Adakah mereka ini boleh tangkap orang yang disyaki, adakah mereka boleh menggari orang itu jika dia melawan. Jika mereka boleh tahan orang, adakah mereka mempunyai lokap yang tersendiri. Jadi perincian ini kena dapatkan penjelasan dan panduan untuk di kemudian hari, bagaimanakah, apakah niat sebenarnya penggubal undang-undang ini dalam menjalankan pindaan yang agak signifikan ini kerana diberikan kuasa begitu besar kepada Jabatan Tenaga Kerja. Perkara ketiga Tuan Pengerusi ialah yang agak simple, yang agak mudah sedikit iaitu seksyen 18. Seksyen 18 ini kalau Akta Ibu berkaitan dengan iklan. Dalam
seksyen 18(1) akta ibu, tiada satu pun agensi pekerjaan swasta boleh mengiklankan dalam satu-satu sebaran am melainkan jika iklan itu ada dua perkara; pertama dia ada nombor lesen dan yang kedua dia ada maklumat betul mengenai kekosongan, kelayakan dan had dan syarat pekerjaan. Jadi saya ingin tanya selepas pindaan, kalau kita tengok selepas pindaan, di muka surat 21 ini pindaan seksyen 18, menyatakan seksyen 18 akta ibu itu dipinda dan memasukkan perkataan– dikekalkan nombor lesen dan maklumat betul mengenai iklan itu– pindaan yang baru ini. Di samping pindaan terhadap denda yang dikenakan RM50,000. Jadi saya ingin tanya kerana kalau dahulu kalau dalam Akta Ibu maklumat betul itu diberikan pen-detail-an, kekosongan, kelayakan dan had dan syarat pekerjaan, jadi detail. Akan tetapi, dalam pindaan ini dia hanya nyatakan maklumat betul mengenai iklan. Jadi kita ingin tanya, apakah dalam konteks ini, adakah kekosongan, kelayakan, had dan syarat pekerjaan itu yang ditetapkan dalam peruntukan akta ibu masih wajib dipaparkan dalam iklan ini atau apakah butiran sebenarnya yang perlu dimasukkan ke dalam iklan itu selain nombor lesen kerana hanya menyatakan bahawa maklumat betul mengenai iklan. Jadi, yang ini saya perlukan penjelasan daripada kementerian untuk memastikan agar usaha kementerian untuk melakukan pengetatan terhadap perkara-perkara yang penting di dalam rang undang-undang ini dapat dicapai, terima kasih Tuan Pengerusi.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Pertama, Yang Berhormat Bukit Katil telah menyentuh tentang perkataan perkongsian. Agensi pekerjaan swasta dalam definisi terkini tidak lagi merangkumi perkataan perkongsian dan ini adalah kerana ianya kita telah mengeluarkannya dan terdapat dalam fasal 32(a) [530B] mengenai kuasa Ketua Pengarah dan pegawai, sama kuasa seperti polis. Tuan Pengerusi, dalam rang undang-undang ini iaitu penggantian kepada seksyen 21 telah diperuntukkan penggantian kuasa Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja hendaklah mempunyai segala kuasa seperti mana seorang pegawai polis. Ini iaitu seperti mana diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Jadi Tuan Pengerusi Yang Berhormat Bukit Katil telah menyebut tentang lokap dan sebagainya, sama ada mereka boleh digari atau sebagainya. Dengan terlulusnya pindaan ini nanti, itulah yang saya telah sebut bahawa ia, akta pindaan ini akan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Kerja seperti mana kuasa yang diberikan kepada polis iaitu di bawah kanun tatacara seperti mana yang terkandung dalam Kanun Tatacara Jenayah. Jadi kuasa polis juga lebih kurang seperti mana yang terkandung, kita ada menyebut polis. Kuasa polis ini wajar saya telah sebut dan ia terkandung dalam penggantian seksyen 21 iaitu 21- ketua pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja di bawah seksyen 4A hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan. Biar saya baca di bawah Kanun Tatacara Jenayah iaitu akta 593. Berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan, dan penyiasatan dan kuasa ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah akta dan bukan pengurangan. Ini tambahan kepada kuasa yang akan diberi kepada pegawai-pegawai di Jabatan Tenaga Kerja. Tuan Pengerusi, itu sahaja jawapan.
Tuan Pengerusi, sedikit.
Ya.
Tuan Pengerusi, sungguhpun Yang Berhormat Klang tidak ada di sini tetapi semangat daripada pindaan itu ialah supaya fees dalam seksyen 14, satu hingga...
Yang Berhormat, yang itu dalam perbahasan. Sekarang ini dia menjawab Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat, you should stand up before that.
Yalah saya ingat habis jawapan Yang Berhormat Bukit Katil.
Tidak ada, dia terbuka untuk dibahas di peringkat Jawatankuasa fasal-fasal 1 hingga 36.
Ya.
Tadi tidak ada orang bangun, saya minta Menteri jawab. Sekarang ini minta penjelasan tentang isu yang diterangkan.
Oh, saya fikir dalam perbahasan. Saya fikir tadi Yang Berhormat Bukit Katil, lepas itu kita hendak bahas.
Sudah lama, sudah lama dalam Parlimen.
Ya, sebab saya tidak ada peluang untuk– saya fikir tadi ini dalam...
Betullah itu, tidak apalah yang itu yang Yang Berhormat fikir, yang ini saya jelaskan kepada Yang Berhormat.
Selagi Menteri belum...
Tidak ada. Dia menjawab Yang Berhormat Bukit Katil sahaja.
Boleh Yang Berhormat Menteri jawab sedikit dalam isu. Kalau Yang Berhormat Bukit Katil...
Kalau saya tidak sedar tidak apa tetapi saya sudah sedar, saya kena patuh peraturan.
Tuan Pengerusi, boleh tidak?
Menteri sudah habis Yang Berhormat. [Fasal-fasal 15 hingga 36 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Yang Berhormat Klang tidak ada dalam Dewan, ia tidak boleh dibentangkan, terima kasih. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Ini tidak dibuka..
Tidak boleh wakil Yang Berhormat.
Bukan, ini kerana untuk bahas induk. Sebelum Yang Berhormat Menteri jawab.
Sudah habis. Ini sudah lain – habis sudah. [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 31 Julai 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Melihat Kembali Peraturan Tidak Membenarkan Bas Ekspres Menurunkan Penumpang di Tempat AwamSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, yang dihormati Tuan Yang di-Pertua. Usul ini saya bacakan dedikasi terhadap satu kejadian kematian disebabkan oleh seorang hendak pergi ambil anak dia, dia meninggal dunia. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pengguna bas ekspres lazimnya terdiri dari masyarakat yang tidak berkemampuan dan pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mensyaratkan bas ekspres cuma boleh mengambil penumpang dari satu point yang dibenarkan dan menurunkan penumpang di satu point juga yang dibenarkan. Jika penumpang diturunkan di mana-mana tempat yang tidak ditetapkan oleh pihak berwajib, pihak SPAD akan mengambil tindakan sewajarnya.
Sebagai contoh, bas ekspres yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur dan destinasi terakhirnya Alor Setar, tidak boleh menurunkan penumpang di R&R (Rehat & Rawat) Gurun kerana R&R Gurun tidak ditentukan sebagai satu point yang dibenarkan.
Lazimnya penduduk yang tinggal di bandar-bandar kecil seperti Gurun, Jeniang dan Sungai Tiang akan menggunakan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Alor Setar atau Kuala Lumpur Sungai Petani jika mahu pulang dari Kuala Lumpur ke kampung mereka.
Oleh kerana bas ekspres tidak turunkan penumpang di R&R Gurun, maka waris yang menjemput penumpang tidak ada pilihan.
Mereka mesti ke Sungai Petani atau ke Alor Setar atau penumpang kena menyewa teksi dari Sungai Petani atau Alor Setar ke kampung mereka.
Tambang bas dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani ialah RM48 sehala.
Tambang teksi dari Sungai Petani ke Jeniang, pada waktu sebelum subuh ialah RM35 sehala.
Pada hal jika bas ekspres menurunkan penumpang di R&R Gurun, waris boleh tunggu di situ dan semua masalah selesai tanpa mengeluarkan kos tambahan. Rakyat yang menggunakan khidmat bas ekspres terdiri dari mereka yang sebolehnya mahu berjimat cermat, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang amat mencengkam sekarang.
Adalah disarankan SPAD boleh melonggarkan syarat-syarat penurunan penumpang. Jika penumpang boleh diturunkan di mana- mana tempat yang ada pondok perhentian bas oleh bas berhenti-henti tidak ada sebab bas ekspres tidak boleh menggunakan pondok seperti ini untuk turunkan penumpang. Mungkin pondok itu betul-betul terletak berhadapan rumah penumpang. Akan tetapi kaedah sekarang penumpang cuma boleh turun di point yang ditetapkan dan penumpang terpaksa menggunakan kenderaan lain untuk pulang ke rumahnya.
Sekian Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Okey, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sungai Petani kerana menyarankan beberapa perkara yang telah menjadi keluhan penumpang dan juga berjiwa rakyat.
Untuk makluman, salah satu polisi semasa kelas lesen bas ekspres menetapkan bahawa perkhidmatan tersebut adalah untuk membawa penumpang dari terminal ke terminal yang diluluskan sahaja.
Oleh yang demikian, aktiviti menurunkan penumpang selain dari di terminal adalah tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan undang- undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Perkara ini diperkenalkan kerana keselamatan penumpang sebelum, semasa dan selepas perjalanan menjadi keutamaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tempat hentian bas perlu mempunyai ciri-ciri minimum keselamatan dan kesesuaian untuk bas ekspres berhenti terutama apabila penumpang hendak diturunkan pada waktu malam atau awal-awal pagi.
Kebanyakan hentian bas di sepanjang jalan raya atau hentian Rehat & Rawat (R&R) secara amnya tidak sesuai untuk dijadikan tempat menurunkan penumpang kerana tidak mempunyai ciri-ciri terminal yang baik, sebagai contoh, layby dan platform yang sesuai untuk penumpang turun dan naik dengan selamat, cahaya yang terang di kawasan hentian, laluan yang cukup lebar untuk tidak mengganggu trafik dan ciri-ciri keselamatan yang lain.
Berbanding perkhidmatan bas berhenti-henti yang kebanyakannya hanya beroperasi pada waktu siang, bas ekspres sebaliknya beroperasi sepanjang hari. Jika penumpang hendak diturunkan di hentian-hentian bas di sepanjang jalan pada waktu malam atau awal pagi, ia akan meningkatkan risiko keselamatan mereka kerana tidak semua hentian bas mempunyai pencahayaan yang terang. Selain dari itu, bas ekspres selalunya akan berhenti lebih lama berbanding bas berhenti-henti kerana pemandu bas juga perlu turun untuk membuka bahagian bagasi dan menurunkan bagasi penumpang.
Hal ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya terutamanya di waktu puncak apabila terdapat juga bas berhenti-henti yang ingin menurunkan penumpang di hentian bas tersebut. Bukan itu sahaja, penumpang bas ekspres yang membawa bagasi selalunya akan diambil oleh ahli keluarga atau waris. Mereka yang akan menunggu di sepanjang jalan berdekatan dengan hentian bas ini akan turut mengganggu aliran lalu lintas dan pengguna jalan raya yang lain.
Suruhanjaya mengambil maklum mengenai cadangan dan rungutan penumpang-penumpang bas ekspres berhubung dengan peraturan yang tidak membenarkan bas ekspres menurunkan penumpang di tempat awam. Yang Berhormat punya cadangan itu diambil kiralah. Antara perkara yang sering dibangkitkan ialah mereka terpaksa menambah kos perbelanjaan dan masa perjalanan disebabkan bas tidak dibenarkan untuk berhenti sebelum sampai ke terminal seperti mana yang dikatakan Yang Berhormat tadi. Namun begitu, sekiranya perkara ini diluluskan, kebarangkalian untuk penumpang meminta agar tambang yang lebih murah dikenakan mungkin berlaku kerana dia tidak meliputi keseluruhan perjalanan. Untuk makluman, kadar tambang bas ekspres dikira berdasarkan jarak dari terminal ke terminal dan kadar tambang ini telah digazetkan.
Untuk makluman, dalam sesi-sesi libat urus bersama pemain industri, pengendali tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana akan mengurangkan pendapatan mereka kerana operasi yang ditetapkan adalah berdasarkan pengiraan tambang dari terminal ke terminal. Oleh yang demikian, berkemungkinan akan terdapat pengendali yang tidak akan berminat untuk menawarkan perkhidmatan kepada penumpang yang ingin turun lebih awal daripada di terminal dan ini akan menimbulkan masalah kepada penumpang berkenaan.
Suruhanjaya meletakkan keselamatan penumpang sebagai keutamaan yang paling tinggi, melebihi keperluan mobiliti. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya ini bersedia untuk menimbangkan sebarang permohonan atau permintaan dari orang awam, penumpang ataupun pengendali bas sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan dapat mengesahkan bahawa hentian yang dipohon itu menepati semua aspek keselamatan dan keselesaan penumpang. Saya ulangi, sekiranya PBT membenarkan maka saranan daripada Ahli Yang Berhormat dapat kita lihat semula.
Pengesahan kesesuaian ini hanya boleh diberikan oleh PBT yang berkenaan kerana mereka bertanggungjawab menyelia antara lain semua infrastruktur yang dibina di dalam kawasan PBT tersebut.
Termasuklah persetujuan daripada pengendali-pengendali bas ekspres ini. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berkaitan Klinik Kesihatan BintangorSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Klinik Kesihatan Bintangor mengalami masalah kekurangan ambulans yang serius dan telah mempengaruhi tahap perkhidmatan Klinik Kesihatan Bintangor. Klinik Kesihatan Bintangor mungkin mengalami kekurangan kakitangan walaupun mempunyai seorang doktor pakar, enam orang doktor dan enam orang pembantu perubatan.
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk meningkatkan perkhidmatan klinik terutamanya menentukan sebilangan doktor 24 jam berada di klinik untuk memberi rawatan apabila kecemasan berlaku.
Contohnya, terdapat satu kes kemalangan berlaku pada 17 Mei 2017 di Bintangor. Apabila mangsa-mangsa kemalangan menelefon ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapat bantuan, namun ambulans mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian, hal ini menyebabkan mangsa-mangsa kemalangan terpaksa meminta bantuan dari orang awam untuk menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Bintangor. Masalah-masalah yang munasabah ini berlaku kerana kekurangan sumber dan kepakaran di Klinik Kesihatan Bintangor atau sikap kakitangan yang kurang bertanggungjawab. Selain itu, sikap kakitangan-kakitangan yang tidak bertanggungjawab menghantar mangsa kemalangan ke Hospital Sarikei tanpa sebarang pemeriksaan.
Pada fahaman saya, pihak klinik sepatutnya memberi rawatan asas kepada pesakit seperti memeriksa luka, menghentikan pendarahan, memberi suntikan dan ubat-ubatan dan sebagainya sebelum menghantar pesakit ke Hospital Sarikei. Lebih-lebih lagi, berapakah lama ambulans klinik perlu dihantar untuk pemeriksaan.
Pada fahaman saya, Klinik Kesihatan Bintangor hanya dua buah ambulans yang disediakan manakala antara sebuah ambulans telah dalam keadaan rosak dan ditunggu untuk pemeriksaan semasa saya menulis perbahasan ini. Saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan segera untuk mengaturkan pemeriksaan bulanan untuk menilai tahap keselamatan dan prestasi ambulans sentiasa dalam keadaan yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, klinik perlu sentiasa memainkan peranan yang penting untuk memberi rawatan kepada pesakit, jadi pihak klinik sepatutnya melantik seorang pemandu ambulans yang bertanggungjawab dan doktor yang sepenuh masa untuk meningkatkan prestasi klinik supaya pesakit menerima rawatan yang profesional.
Sebagai contohnya, apabila panggilan ambulans dibuat oleh rakyat, ambulans perlu mengambil tindakan segera untuk sampai ke tempat kejadian dan doktor atau kakitangan-kakitangan kesihatan perlu memberi rawatan asas dalam masanya.
Saya amat terkejut seksyen Klinik Kesihatan Bintangor beroperasi dalam “panggilan atas pasif” (passive on call) manakala bukan dalam “panggilan atas aktif” (active on call). Mengapakah kakitangan-kakitangan perkhidmatan Klinik Kesihatan Bintangor dalam “panggilan atas pasif”. Adakah kerajaan menjimatkan kos disebabkan menjimatkan kos? Disebabkan menjimatkan kos, rawatan pesakit boleh dilewatkan dan diabaikan.
Oleh itu, saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan segera untuk meningkatkan perkhidmatan Klinik Kesihatan Bintangor dan kecekapan kerja supaya pesakit boleh mendapat perkhidmatan dan rawatan yang efisien. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha serta mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan seluruh negara termasuk negeri Sarawak. Perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk perkhidmatan pra hospital di klinik-klinik kesihatan.
Untuk makluman, Klinik Kesihatan Bintangor, Sarikei merupakan Klinik Kesihatan Jenis Empat (4). Populasi kawasan operasi klinik adalah seramai 33,600 orang dengan purata kedatangan harian pada tahun 2015 adalah seramai 266 orang dan 207 orang pada tahun 2016.
Pada masa ini klinik ini mempunyai seorang Pakar Perubatan Keluarga, lima orang Pegawai Perubatan, enam orang Pembantu Pegawai Perubatan dan 26 orang jururawat. Bilangan staf sedia ada ini adalah memenuhi keperluan semasa.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan dakwaan yang mengatakan ambulans Klinik Kesihatan Bintangor mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kemalangan pada 17 Mei 2017, adalah dimaklumkan bahawa pada masa kini, Klinik Kesihatan Bintangor mempunyai dua buah ambulans bagi memenuhi perkhidmatan ambulan dan pra hospital. Walau bagaimanapun, hanya satu ambulans sahaja (telah beroperasi sejak 16 Mei 2013) dapat berfungsi dan berada dalam keadaan baik manakala sebuah lagi ambulans (yang berusia 12 tahun) adalah dalam proses untuk dilupuskan.
Ambulans Klinik Kesihatan Bintangor sentiasa diperiksa dan diselenggarakan oleh pihak konsesi syarikat ADL di bawah program Perkhidmatan sokongan klinikal mengikut keperluan. Dari Januari 2017 hingga Jun 2017, beban kerja bagi ambulans untuk panggilan kecemasan adalah sebanyak 27 kes dan kes rujuk ke hospital adalah sebanyak 158 kes.
Secara puratanya ambulans ini hanya mempunyai lima kes kecemasan sebulan untuk tempoh enam bulan dan 26 kes sebulan untuk rujukan ke hospital bagi tempoh yang sama. Sehingga kini, Klinik Kesihatan Bintangor masih mampu untuk memberikan perkhidmatan ambulans dengan beban kerja yang telah disebutkan. Untuk aduan berkaitan kelewatan respons ambulans, siasatan pihak kami mendapati tiada rekod panggilan kecemasan untuk kes kemalangan pada 17 Mei 2017 tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dakwaan mengenai sikap kakitangan-kakitangan yang tidak bertanggungjawab kerana menghantar mangsa kemalangan ke Hospital Sarikei tanpa sebarang pemeriksaan, adalah ditegaskan bahawa kementerian sentiasa memantau dan memastikan semua kakitangan klinik termasuk pegawai perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan telah dilatih untuk memberi semua rawatan asas yang diperlukan oleh pesakit, sama ada
kes kecemasan, kemalangan ataupun bukan kecemasan. Walau bagaimanapun pihak kementerian akur mengenai masalah sikap beberapa staf yang tidak prihatin dan tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun bagi aduan ini, tindakan selanjutnya sukar diambil kerana tiada maklumat jelas berkaitan tarikh dan masa berlakunya kejadian tersebut. Pihak kementerian akan mengukuhkan pemantauan dan penyeliaan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku pada masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa kakitangan-kakitangan perkhidmatan Klinik Kesihatan Bintangor beroperasi dalam panggilan atas pasif (passive on call) pula, adalah dimaklumkan bahawa Klinik kesihatan Bintangor adalah salah satu klinik daripada 26 buah klinik yang terpilih di bawah Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan di Negeri Sarawak (Medical Emergency Command Centre) yang menyediakan perkhidmatan kecemasan ambulan secara aktif 24 jam sehari di mana seorang pemandu dan seorang Penolong Pegawai Perubatan on call aktif selama 24 jam.
Bagi semua klinik di bawah sistem ini, semua panggilan kecemasan selepas waktu pejabat hendaklah dihubungi dengan talian 999. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2017, jumlah kes kecemasan selepas waktu pejabat bagi Klinik Kesihatan Bintangor adalah 213 kes, secara puratanya kes kecemasan harian adalah sebanyak satu kes sehari. Bagi tempoh Januari- Disember 2016 pula, jumlah keseluruhan kes kecemasan selepas waktu pejabat adalah sebanyak 438 kes dan purata hariannya adalah sebanyak dua kes sehari.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik di semua klinik kesihatan secara amnya termasuk Klinik Kesihatan Bintangor khususnya dan sentiasa memantau kecekapan staf dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan yang efisien kepada pelanggan, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 31 Julai 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.54 petang]