Dewan Rakyat · 31 July 2017
15th Parliament, session 5, meeting 2 · 364 turns · 38,822 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak kementerian telah memulakan kajian mengenai keperluan menggabungkan sekolah kurang murid di negeri Sarawak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Ada orang hati keras macam batu, Saya jawab soalan nombor satu. Yang Berhormat, berkaitan dengan kajian mengenai dengan keperluan menggabungkan sekolah kurang murid di negeri Sarawak. Sukacita saya maklumkan bahawa Kementerian Pendidikan pada tahun 2016 telah membuat kajian kebolehlaksanaan kelas bercantum di sekolah kurang murid dan juga kaitannya dengan penggabungan sekolah kurang murid. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, di seluruh negara tafsiran sekolah kurang murid adalah 150 pelajar ke bawah. Sekolah kurang murid adalah 2,996 sekolah adalah sekolah kurang murid, 2,058 kebangsaan, 578 SRJKC dan 360 SRJKT, 2,996. Daripada situ, sekolah kurang murid yang berada pada paras 20 orang murid ke bawah, satu sekolah 20 orang murid, 132 buah sekolah di seluruh negara. Di bawah 10 murid satu sekolah di seluruh negara adalah 44 buah sekolah. Pada waktu ini kementerian mempunyai dua kebolehlaksanaannya. Pertama adalah kelas bercantum. Kelas bercantum ini kalau murid kurang, Darjah 1 tidak cantum, Darjah 2 dan Darjah 3 dicantumkan, Darjah 4 dan Darjah 5 dicantum dan Darjah 6 tidak bercantum. Itu bagi bercantum dalam kelas, sekolah yang sama. Akan tetapi kemudiannya yang kedua adalah kajian untuk membolehkan supaya sekolah ini, sekolah-sekolah bercantum dan kajian ini telah dibuat dan setakat ini ada kes yang telah dicantumkan, contohnya di Kuala Lumpur apabila Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 2, Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Pasar telah dicantumkan di bawah Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar. Ada tiga buah sekolah yang telah dicantumkan menjadi satu buah sekolah. Perkara ini boleh dibuat kepada keseluruhan apabila kajian itu siap sepenuhnya. Untuk negeri Sarawak contohnya di Sibuti, dalam Parlimen Sibuti ada keseluruhan sekolah di dalam Sibuti itu mempunyai 27 buah sekolah kurang murid di dalam Parlimen Sibuti dan ini boleh kita pertimbangkan apabila kita melihat secara sepenuhnya kajian yang dibuat itu. Penggabungan ini sudah tentulah akan mengambil masa dan boleh dibuat secara berperingkat-peringkat dalam radius lebih kurang lima kilometer daripada sekolah asal.
Namun begitu sekiranya kita melaksanakan kesesuaian ataupun kebolehlaksanaan sekolah kurang murid secara penggabungan ini. Salah satu komponen yang mesti dibina adalah asrama kerana sekolah telah digabungkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Sarawak mempunyai banyak sekolah kurang murid dan kepentingan menyediakan akses pendidikan kepada anak penduduk kawasan luar bandar sangat diperlukan di pendalaman sebab geografi di kawasan kita di Sarawak berbeza-beza, sekolah-sekolah ini berjauhan di antara satu sama lain. Soalan saya, adakah SKM benar-benar mempunyai guru yang benar-benar berkelayakan dan pakar dalam mata pelajaran, diberi peluang kepada sekolah-sekolah kurang murid ini dan sejauh manakah pelaksanaan Dasar 90:10 memberi implikasi kepada SKM di negeri Sarawak? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti atas soalan tambahan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di negeri Sarawak dan negeri Sabah apabila kita membuat kajian penuh, menunjukkan sekolah-sekolah yang perlu kepada perhatian kerajaan secara keseluruhannya sebab lokasinya yang jauh dan di antara satu sekolah dan satu sekolah. Lebih kurang 340 buah sekolah kebangsaan yang memerlukan perhatian kerajaan dan untuk di Sibuti, di Parlimen Sibuti ada sekolah yang kita telah meletakkan guru-guru yang berkebolehan, guru-guru yang boleh memberi sumbangan. Misalnya di Sekolah Kebangsaan Balingian, di Sekolah Kebangsaan Tanjung Assam, SRJK(C) Kai Meng, Sekolah Kebangsaan Bau Ulu, Sekolah Kebangsaan Lim Paku Pinang, SK Ulu Lubai dan SRJK(C) Chung Hua Kim Choo Seng ini dalam Parlimen Sibuti. Berkaitan dengan Dasar 90:10 di mana 90 peratus ditetapkan adalah anak-anak tempatan Sarawak dan 10 peratus adalah guru-guru daripada luar negeri Sarawak. Ini satu dasar untuk membolehkan para pendidik itu datang daripada kawasan masing- masing dan membangunkan satu sistem pendidikan yang holistik di tempat masing- masing. Walau bagaimanapun sehingga hari ini ada bidang-bidang pendidikan yang masih tidak dapat dipenuhi secara sepenuhnya. Contohnya guru-guru agama, guru-guru agama tidak dapat lagi dipilih di kalangan anak tempatan, jadi ada posting guru dari luar untuk datang, begitu juga dalam beberapa subjek mata pelajaran. Jadi pada waktu ini, pada saya secara peribadi, kita boleh memenuhi Dasar 90:10 dengan syaratnya bahawa apa yang kita lahirkan di institut pendidikan guru itu adalah anak-anak tempatan, yang kemudiannya boleh dipostingkan balik ke tempat masing-masing. Walau bagaimanapun kita tidak tergesa-gesa Yang Berhormat dari segi sekiranya memerlukan guru dari luar dalam beberapa mata pelajaran, kita terpaksa juga bawa posting dari luar ke sana. Ini atas persetujuan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam perbincangan, sekiranya apabila sampai waktunya tetapi tidak dapat dipenuhi lagi, mungkin percentage itu masih ada dan ini terpaksa kita membuat posting juga daripada luar Yang Berhormat . Akan tetapi dari keseluruhan saya boleh tegaskan bahawa kita mempunyai guru-guru yang sudah kita identify, kenal pasti di daerah-daerah dalam negeri Sarawak, sebab pentadbiran pendidikan ini mengikut pejabat pendidikan daerah. Jadi pejabat pendidikan daerah inilah yang sebenarnya control bagaimana hendak menguruskan posting guru-guru itu dalam daerah. Saya sedar masalah ini, masalah di Sibuti, masalah di Baram, masalah di Belaga, masalah di kawasan-kawasan pendalaman negeri Sarawak yang patut diuruskan secara berterusan dari segi menguruskan posting guru. Terima kasih.
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan penjelasan tentang kajian yang sedang dilakukan bagi memenuhi hasrat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi. Persoalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menjamin akses kepada pendidikan bagi anak-anak di Sarawak sekiranya cadangan ini dilaksanakan? Apatah lagi pada hari ini kita bukan sahaja membicarakan soal akses kepada pendidikan tetapi persoalan yang lebih mencabar akses kepada pendidikan yang berkualiti, access to quality education. Pertimbangan yang perlu diberikan oleh kementerian ialah sekiranya penggabungan ini berlaku maka mungkin ada kesukaran bagi anak-anak di kawasan pendalaman untuk mendapatkan akses kepada pendidikan. Keduanya, apakah kementerian juga mengambil maklum tentang Laporan UNDP, Human Development Report 2013 yang menyebut sebahagian besar daripada anak-anak Sarawak gagal menamatkan pengajian di peringkat menengah. Sekali lagi,
sekiranya usaha ini dilakukan, maka apakah kemungkinan langkah ini akan menyumbang kepada masalah yang terkandung dalam laporan ini di mana anak-anak sekali lagi gagal mendapat akses kepada pendidik yang berkualiti di peringkat menengah. Oleh sebab penggabungan ini akan menyebabkan locality ataupun kedudukannya bertambah jauh dan infrastruktur yang sedia ada memungkinkan kegagalan anak-anak menamatkan pengajian masing-masing.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tuan Yang di-Pertua, untuk sekolah-sekolah kurang murid ini peraturan yang pertama yang mesti dipenuhi ialah apabila kita hendak memindahkan lokasi ataupun hendak menutup sekolah, peraturan yang pertama mesti dipenuhi ialah persetujuan ibu-bapa dengan Jabatan Pendidikan, sama ada ibu-bapa bersetuju atau tidak. Walaupun sekolah itu ada 15 orang murid, mesti mendapat tandatangan semua ibu-bapa 15 murid itu. Kalau ibu-bapa tidak bersetuju bermakna tidak boleh kita pindahkan sebab ada SRJK(C) sekolah Cina yang terpaksa tunggu sehingga murid menjadi kosong. Tidak ada murid, barulah Lembaga Pengelola Sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan nama sekolah itu ke negeri lain ataupun ke tempat lain sebab dia kena tunggu dua murid, tapi dua-dua murid ini ibu-bapa tidak bersetuju hendak berpindah, walaupun tinggal dua murid, dan sehinggalah mereka ini pada Tahun 6. Bila dua-dua ini sudah Tahun 6, habis sudah dan barulah Lembaga Pengelola Sekolah SRJK(C) itu memindahkan. Dalam kes di Sarawak pun sama, bila katakanlah kita bersetuju dengan kepimpinan tempatan dengan PIBG dan NGO bila kita berbincang, lima sekolah ini atau empat sekolah ini dengan jumlah murid 15, 20 kita cantumkan tetapi bila kita hendak cantumkan itu kita mesti mendapat persetujuan daripada ibu-bapa, itu yang pertama. Keduanya berkaitan dengan kualiti pendidikan Yang Berhormat bangkitkan, laporan daripada UNDP dan sebenarnya banyak laporan dibuat tentang pendidikan ini dibuat oleh UNICEF berkaitan dengan bagaimana sebahagian daripada pelajar yang tidak bersekolah di sekolah menengah. Sukalah saya menyebut di sini bahawa, dalam tempoh lebih kurang empat tahun kebelakangan ini di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing mempunyai kerjasama dengan ketua-ketua kampung dan juga ketua- ketua masyarakat setempat.
Contohnya, macam kes rumah panjang. Dalam rumah panjang itu ia ada ketua rumah panjangnya dan dipanggil tuai rumah. Tuai rumah boleh kenal pasti sebenarnya berapa ramai dalam keluarga mana yang dikatakan tidak bersekolah. Jadi kita ambil keseluruhan daripada setiap daerah itu kita boleh kenal pasti. Dari situ kita boleh tengok bagaimana enrollment sekolah itu, peningkatan jumlah pelajar di sekolah ataupun ada pengurangan pelajar di sekolah. Jadi saya yakin bahawa dengan usaha yang baik ini dengan kerjasama pejabat daerah dan pejabat pendidikan dan ketua-ketua masyarakat dalam setiap kawasan pejabat pendidikan itu kita boleh mengenal pasti di mana sebenarnya pelajar-pelajar yang— memang ada sedikit daripada mereka ini yang barangkali terlampau jauh, remote terlampau jauh sangat dengan akses kepada sekolah, barangkali itu. Akan tetapi di negeri Sarawak untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan kawasan ini kita mempunyai asrama. Sama ada asrama di sekolah ataupun asrama desa yang dibangunkan untuk membolehkan anak-anak ini ke sekolah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
2. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan bahawa apakah masalah-masalah telah dialami oleh pelbagai sektor apabila kerajaan melaksanakan harga petrol dan diesel yang terapung pada setiap minggu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Sarikei bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada 3 Ogos, Yang Berhormat Lipis dan Yang Berhormat Bukit Gantang pada 8 Ogos, dan juga Yang Berhormat Jelutong 9 Ogos serta Yang Berhormat Sik pada 10 Ogos kerana menyentuh berkenaan penetapan harga runcit petrol dan diesel.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penetapan harga petrol dan diesel adalah berdasarkan kepada harga pasaran dunia. Penyelarasan penetapan harga mingguan ini dapat menentukan pengguna menerima faedah mengikut harga pasaran dengan secepat mungkin. Dalam hal ini harga runcit yang dikenakan adalah lebih hampir kepada kos produk berkenaan. Kementerian telah mengadakan perbincangan bersama syarikat minyak pada 20 Jun 2017 dan pengusaha stesen minyak pada 6 Julai bagi membincang dan menambah baik pelaksanaan harga mingguan petrol dan diesel. Kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mengambil kira segala faktor sebelum dapat melaksanakan strategi baru bagi memastikan semua pihak merasa selesa dengan pelaksanaan yang dijalankan. Kaedah penetapan harga pada masa ini menjamin ketersediaan bekalan petrol dan diesel di pasaran pada harga yang benar-benar wajar ditanggung oleh pengguna. Buat masa ini syarikat minyak juga menyediakan insentif dengan menyediakan kemudahan kedai runcit di stesen-stesen minyak bagi membantu menambah pendapatan pengusaha stesen minyak melalui jualan barangan runcit di samping memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada orang awam. Selain daripada itu, syarikat minyak juga menjalankan program-program promosi di stesen minyak bagi menarik lebih ramai pelanggan ke kedai runcit tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memberi Sarawak beberapa istilah yang menggalakkan contohnya dari segi harga kerana sebahagian besar petroleum dihasilkan dari Sarawak? Minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan di sini apabila saya kata harga adalah merupakan daripada pasaran dunia, bukan bermakna bila kita dapat minyak tersebut atau petroleum tersebut dan terus kita jual ke petrol station, tidak. Kita terpaksa proses ia dahulu. Kadangkala apabila kita hendak proses crude oil yang ada dalam negara kita ini walaupun ia datang daripada Sarawak tetapi harganya berbeza dengan harga pasaran dunia yang ada. Walau bagaimanapun, dalam kaedah yang kita hendak membantu mereka di Sabah dan Sarawak, kita mempunyai program 1Malaysia 1Harga yang kita bantu kawasan-kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Insya-Allah, apa yang kita lakukan ini dapat membantu mereka di daerah-daerah pendalaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Sik, soalan tambahan.
Ya, Yang Berhormat Sik. Dia ada soalan jawab bersama.
Pokok Sena?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, ada pengusaha-pengusaha bahan api ini mengadu mengalami kerugian disebabkan oleh pengapungan harga bahan api ini setiap minggu. Saya ingin tahu, apakah hasil perbincangan bersama pengusaha stesen minyak yang mengadu berkaitan kerugian yang dihadapi oleh mereka akibat mekanisme yang dibuat oleh kerajaan ini. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sik membangkitkan isu yang mana pengusaha-pengusaha stesen mengadu mengalami kerugian. Apabila harga naik, mereka tidak pun mengadu kepada Yang Berhormat Sik keuntungan yang mereka lakukan. Jadi masa turun dia adu rugi, masa naik dia tidak adukan kepada sesiapa pun. Jadi masalah yang kita ada di sini adalah masalah perniagaan yang mana seseorang yang berusaha untuk menjadi seorang peniaga, dia mesti mengambil risiko. Risikonya sama ada harga turun ataupun naik ia adalah kerana apabila kita hendak berniaga ini mestilah mengetahui dengan lebih mendalam akan segala apa yang kita lakukan. Walau bagaimanapun oleh kerana kementerian ini sebagai sebuah kementerian caring ministry, kita berjumpa dengan mereka dan berbincang dengan mereka bagaimana caranya untuk
memastikan dalam keadaan mana sekali pun mereka tidak mengalami kerugian yang besar. Kalaupun ada rugi, insya-Allah yang boleh diterima oleh mereka. Walau bagaimana sekali pun mengikut trend harganya, ia ada kadangkala turun dan kadang-kadang harga naik. Insya-Allah, harga bahan api ini akan naik daripada semasa ke semasa kalau kita lihat daripada trend yang berlaku dalam dua, tiga minggu baru-baru ini. Ini menunjukkan tidak ada lagi masalah yang ditimpa oleh mereka yang menjadi pengusaha stesen. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbincangan saya dengan Menteri Kewangan kita hendak melihat supaya ia bukan hanya memberikan keadaan selesa kepada pengusaha stesen tetapi juga kepada pengguna-pengguna dalam seluruh negara yang hendak memastikan bahawa kalau harga naik, bekalan cukup. Kalau turun, bekalan cukup. Tidak ada mereka yang menyorok, tidak ada mereka yang tidak menjualkan barang-barang dalam keadaan yang mana harga terlampau turun dan naik. Ini yang kita lakukan insya- Allah apabila sampai masanya nanti, kita akan umumkan formula bagaimana untuk memastikan ia benar-benar boleh memberi keselesaan kepada pengguna dan juga pengusaha stesen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan satu lagi boleh?
3. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) adakah langkah-langkah keselamatan pengguna jalan raya dinyatakan dalam kontrak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ketika tempoh pembinaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dijamin; dan (b) apakah tindakan yang akan diambil sekiranya kontraktor tidak mematuhi piawaian keselamatan yang dinyatakan dalam menjamin keselamatan pengguna.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu di atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum Projek Lebuhraya Pan Borneo dipecahkan mengikut negeri iaitu negeri Sarawak dan negeri Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perjanjian Project Delivery Partner Agreement (PDPA) dengan izin, di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sendirian Berhad (LBUSB) selaku pelaksana projek atau Project Delivery Partner (PDP) dengan izin, telah ditandatangani pada 30 Jun 2015. Selain daripada hal-hal penting yang berkaitan projek, perjanjian ini juga turut menekankan hal-hal berkaitan keselamatan sepanjang tempoh pembinaan. Isu keselamatan yang telah diambil kira termasuk juga hal-hal keselamatan pekerja-pekerja dan pihak-pihak yang perlu berurusan di kawasan pembinaan. Bagi menjamin keselamatan mereka, pihak PDP sentiasa mengambil kira prosedur-prosedur yang berpatutan seperti berikut.
(i) prosedur Pelan Pengurusan Trafik di Tapak Bina sepanjang pembinaan jalan raya berpandukan kepada piawaian Arahan Teknik JKR; (ii) Akta Kilang dan Jentera 1967 peraturan BOWEC ataupun Building Operations and Works of Engineering Construction 1986, dengan izin; (iii) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; dan (iv) Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Awam di Tapak Bina 2007. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya terdapat kegagalan pihak kontraktor untuk mematuhi prosedur-prosedur keselamatan yang telah dinyatakan, pihak PDP akan mengarahkan kontraktor agar memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara
waktu sehingga penambahbaikan dipatuhi. Selain itu, satu notis penambahbaikan ataupun corrective action request, dengan izin, akan dikeluarkan oleh pihak PDP kepada kontraktor untuk tujuan masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, jawapan memang sedap, memang bagus, macam- macam prosedur ada. Akan tetapi saya mahu tanya Kementerian Kerja Raya, ada sedar ke tidak, apa sebut dalam punya prosedur semua tidak diikut? Apa sepatut itu prosedur mahu kena dilaksanakan. Contoh, ada banyak tempat kurang signboard. Ada juga tempat jalan raya penuh tanah. Kenapa di Kuala Lumpur JKR tidak kata dilaksanakan— takkan Putrajaya juga tanah semua jatuh di atas jalan? Tengok macam mana. Kita ada sedar ke tidak? Saya punya rakyat di rumah panjang ada berapa orang sudah accident kaki patah, tangan patah. Kita panggil keselamatan di bahagian, panggil meeting. Kita punya EPU kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak mahu datang. Kalau datang pun pusing satu dunia, never answer direct to the question. Blinking light pun tidak ada. Banyak orang dia kena accident sebab blinking light tidak ada. Dia orang tak tahu ini diversion semua sudah dibuat. Inilah yang tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata PDP akan keluarkan arahan, berapa kali kita sudah bagi? Tidak ada.
Indah khabar dari rupa.
Memang dia lupa. Ataupun sengaja lupa saya pun tidak tahu. Patut basic infrastructure mahu kena pindah dulu baru boleh melaksanakan bina jalan raya. Pun tidak peduli. Korek sini, korek sana, air hari ini putus, esok elektrik putus. Hari-hari macam itu. Saya mahu tanya... [Disampuk] Kamu kongkalikung. Kamu dari Sarawak kah? Orang kata rakyat punya masalah, you kasi main-main. Nanti esok Lanang kena, lu tengok macam mana. Lu boleh ketawa lagi kah tidak. Contoh satu lagi di Sibu. Kenapa saya sebut di Sibu? Pasal kita rakyat Bintulu ada kepentingan. Hari-hari guna itu jalan. Ada satu roundabout dia mahu bina itu flyover, dia tutup itu roundabout terus. Adakah kontraktor begitu? Kita di Kuala Lumpur kalau bina, ada nampak tak satu roundabout ditutup begitu? Kita punya kontraktor ada pengalaman kah tidak? Saya difahamkan itu kontraktor kongkalikung punya kontraktor. Tidak ada satu projek siap dalam jadual. Pun boleh dapat juga. Itu hari jawapan kita kata mesti mahu first class punya. Apa hal? Tadi bila divert itu jalan pergi lain tempat, itu jalan lama punya— 50-an, 60-an punya. Tapi itu jalan tidak naik taraf. Kecil. Kalau lori panjang lalu, itu kancil mahu masuk longkang. Apa cerita...? [Disampuk] Kamu itu, shut up. Itu Barisan Nasional. Kamu fikir kamu punya Penang, Selangor ramai yang bagus kah? Lagi teruk tahu? Orang cerita betul-betul rakyat punya masalah, kita tidak sokong, kita boleh diam lah.
Yang buat terowong bawah tanah punya.
Esok kalau Lanang kena macam mana? Lanang pun ada bina jalan.
Penang buat terowong bawah tanah.
Saya mahu tanya, kita kementerian ambil ini perkara serius kah tidak? Bila boleh selesaikan ini masalah? Terutama sekali keselamatan untuk rakyat di kawasan di Bintulu. Saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan cerita sama saya kongkalikung, jangan cerita kita syok sendiri dengan kita macam tadi punya jawapan. Itu standard memang ada. Saya harap kalau kita arah EPU kalau kita panggil meeting daripada Tuan Residen punya ofis, jangan dia tidak hadir. Hadir punya orang ada boleh jawab punya. Jangan cerita sana, “Saya nanti akan lapor sama bos”. Kalau tidak boleh, tidak usah mari meeting. Kita pun boleh minta kerajaan batalkan itu kontrak lagi bagus. Tengok itu bos mari meeting kah tidak.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, Yang Berhormat Bintulu, kita memahami apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Bintulu dan kita juga di peringkat kementerian apabila sahaja perkara-perkara dibangkitkan bukan sahaja oleh Yang Berhormat Bintulu tetapi juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mengambil maklum
dan juga akan mengambil tindakan. Dalam soal ini juga, Yang Berhormat, saya memahami ketidakselesaan Yang Berhormat mengenai isu ini. Sebenarnya, Yang Berhormat, tanggungjawab utama pihak PDP adalah untuk memastikan pihak kontraktor menjalankan pelan kawalan trafik, Yang Berhormat, yang penting untuk diadakan semasa proses pembinaan. Pihak PDP sewajarnya dan sepatutnya mengadakan audit dari semasa ke semasa. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu kita akan ambil maklum dan minta pihak PDP untuk beef up, dengan izin, meningkatkan lagi tahap audit dan juga pemantauan mereka kepada pelaksanaan projek Pan Borneo amnya di negeri Sarawak dan juga khususnya di kawasan-kawasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sendiri termasuklah kawasan Sibu tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kita akan mengambil maklum. Dan sudah tentu, Yang Berhormat, dari segi apabila berlaku kecuaian, sudah tentu selain daripada NCR, Yang Berhormat, banyak lagi venue, tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku kecuaian, Tuan Yang di-Pertua. Dan perkara-perkara itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat, tindakan perundangan juga boleh diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini. Saya juga mohon izin Tuan Yang di-Pertua, antara tindakan perundangan terhadap pihak-pihak yang terlibat insiden kecuaian boleh diambil menerusi tiga kategori iaitu aspek keahlian profesional, aspek kontraktual dan juga aspek kawal selia. Perkara- perkara ini secara umumnya, Yang Berhormat, boleh diambil sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini terutama sekali di projek-projek pembinaan termasuk lah Pan Borneo.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf ya.
Yang Berhormat Bintulu.
Paling mustahak punya saya mahu tanya sini dan dijawab di sini...
Yang Berhormat Bintulu, tak boleh Yang Berhormat.
Itu jalan raya punya tanah, kita boleh minta PDP arah kontraktor kasi cuci disegerakan kah tidak? Pasal, kalau hujan, licin untuk motorbike.
Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham tidak boleh tapi mustahak. Jangan esok lu punya kawasan pun kena juga.
Saya tidak benarkan, Yang Berhormat ya.
4. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta Perdana Menteri menyatakan usaha dan rancangan penempatan semula kawasan setinggan termasuk di persisiran pantai Timur Sabah bagi mengurangkan masalah sampah, jenayah dan aktiviti pengganas.
Tuan Yang di-Pertua, mula dengan pantun. Makan yong taufu di Kampung Sena, restoran lama berdinding papan, Sabah aman dirancang sempurna, ESSCOM megah berdiri di hadapan. Tuan Yang di-Pertua, peristiwa hitam yang melanda negara berikutan pencerobohan pengganas di Pantai Timur Sabah memberikan satu pengajaran besar dan berguna kepada kita semua khususnya dalam mendepani persekitaran setinggan di kampung atas air. Penempatan kawasan setinggan yang tidak terkawal dan berkembang subur di sekitar Pantai Timur Sabah sejak dahulu lagi menjadikan kawasan berkenaan segelintirnya terdedah dan terlibat secara langsung dengan pelbagai permasalahan
sosial seperti penyeludupan dadah, jenayah, sampah kebakaran, sambungan elektrik haram dan pelbagai aktiviti tidak sihat lainnya. Menyedari hal ini, kerajaan melalui ESSCOM dalam teras strategiknya telah menggariskan untuk memantapkan kerjasama dengan agensi lain bagi menangani penempatan semula perkampungan atas air dan setinggan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk di ESSZONE.
Sebagai langkah awal, ESSCOM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan dan Pejabat Daerah Semporna telah melaksanakan dua projek rintis di daerah berkenaan lantaran perkampungan atas air lebih banyak dan berleluasa di situ. Kerjasama erat dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memungkinkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) 1,000 unit di Taman Harmoni, Sandakan dan PPR Kampung Bubul, Semporna sejumlah 832 unit dijayakan. Penempatan semula perkampungan air ini melibatkan penduduk warganegara dari lima perkampungan air di Sandakan dan sembilan perkampungan air di Semporna. Perkampungan air yang terpilih adalah berdasarkan banci ESSCOM yang telah dilaksanakan pada bulan Ogos 2013 di Semporna dan bulan Februari 2014 di Sandakan. PPR Taman Harmoni fasa satu mempunyai 1,000 unit rumah. Sehingga 31 Julai 2017, seramai 640 ketua keluarga telah berpindah ke PPR Taman Harmoni. Bagi baki unit rumah yang kosong, dijangka akan diisi sepenuhnya selewat-lewatnya penghujung tahun 2017. Bagi PPR Bubul Ria, Semporna, terdapat sebanyak 832 unit rumah dan proses penempatan penduduk dari perkampungan yang terlibat belum dimulakan. Pada ketika ini, Pejabat Daerah Semporna dan Majlis Daerah Semporna sedang mengemas kini data banci ESSCOM. Urusan penawaran unit rumah kepada penduduk yang berjaya dijangka akan bermula selewat-lewatnya pada hujung 2017. Setiap rumah milik warganegara yang telah dikosongkan setelah berpindah, akan dirobohkan. Bagi PATI, akan diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka dan selepas itu, rumah akan dirobohkan bagi membersihkan keseluruhan kawasan terlibat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejurus penduduk dipindah masuk, sekali lagi, ESSCOM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Semporna akan terus mengadakan program kesedaran kebersihan, kesihatan, pembangunan sosioekonomi, pencegahan kebakaran dan pelbagai lagi aktiviti termasuk keagamaan dan rangka menyusun semula persekitaran hidup penduduk yang lebih selesa dan harmoni. Objektif penempatan semula penduduk di perkampungan air yang terpilih ini adalah untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk perkampungan Semporna. Perkampungan Semporna sudah sinonim dengan perkampungan setinggan yang berselerak, dibina rapat, sangat kotor dan tumpuan jenayah. Selain itu, perkampungan air juga merupakan tempat tinggal pendatang tanpa izin (PATI). Oleh itu, program ini akan mengasingkan penduduk warganegara dengan PATI, untuk memudahkan tindakan keselamatan. Usaha dan rancangan penempatan semula kawasan setinggan khususnya di pesisiran kawasan Pantai Timur Sabah akan diteruskan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Mengapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk selesaikan masalah setinggan dan pendatang tanpa izin terutama di pantai timur Sabah? Malah, ESSCOM telah ditubuhkan untuk menjamin keselamatan pantai timur Sabah dan telah gagal kerana pasti kawasan setinggan di Pantai Timur Sabah ini sebagai ancaman sejak berlaku pencerobohan tentera Sulu. Kenapa belum nampak apa tindakan drastik dan berkesan diambil terhadap PATI walaupun sudah ada cadangan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI mengenai pendatang tanpa izin dua tahun yang lalu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan Yang Berhormat, bertulis ya. Jadi yang sewajarnya, saya juga perlukan soalan tersebut untuk saya jawab secara bertulis. Akan tetapi pada dasarnya Yang Berhormat, tindakan cepat diambil. Oleh kerana tindakan, kita kena ingat, yang pertama, kita kena beri perhatian kepada keselamatan. Yang Berhormat, cubaan untuk menceroboh sudah kita patahkan berkali- kali dan kita juga telah berjaya mematahkan beberapa kali pencerobohan secara terus. Jadi ini kejayaan. Kita yang paling penting sekarang ini, hendak jaga keselamatan. Kedua, bagaimana untuk meningkatkan keselesaan penduduk di mana yang merupakan sumber kepada ancaman keselamatan tadi. Jadi itu adalah perkampungan
air. Kita telah buat, Yang Berhormat. Itu kira cepat itu sebab kita tidak boleh buat rumah air ini, buat, esok siap, tidak. Kita kena mengambil masa untuk siapkan rumah. Sekarang perancangan berjalan terus dan pelaksanaan juga berjalan terus. Kalau kita lihat keselamatan di kawasan ESSCOM, berada di tahap yang terkawal. Yang Berhormat, itulah kedudukannya. Kalau tidak, kita terdedah kepada pelbagai ancaman tetapi ESSCOM telah berjaya, kerajaan telah berjaya menubuhkan ESSCOM di kawasan ESSZONE dan kita berjaya menjaga keselamatan. Jadi, berhubung dengan cepat atau lambat ini adalah ini ialah perspektif, pandangan masing- masing. Bagi saya, dalam apabila kita sudah selamat, kita akan teruskan usaha-usaha pembangunan. Terima kasih tetapi oleh kerana Yang Berhormat telah bertulis dan membaca dengan hebat tadi, hantarkan saya secara bertulis dan saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan. Saya ingin tanya, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam penempatan semula untuk memindah penduduk-penduduk yang berkampung di atas air. Seterusnya, adakah lagi perancangan masa akan datang sebab di Sandakan, di kawasan saya ini masih banyak perkampungan-perkampungan di atas air yang pada ketika ini walaupun diberi jaminan oleh pihak kerajaan tentang keselamatan tetapi kebimbangan itu masih ada. Jadi apa perancangan daripada pemerintah berhubung dengan masa depan rakyat Malaysia di pesisiran pantai ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk memberi perhatian kepada sejumlah 82,694 orang setinggan. Ini adalah cabaran pada kita. Jadi, buat masa kini Yang Berhormat sebagai contoh, kita peruntukan ini Yang Berhormat boleh timbulkan terus dan kerajaan akan mengumumkan dari semasa ke semasa. Untuk Taman Harmoni sahaja Yang Berhormat, Taman Harmoni, kita telah membelanjakan RM165 juta. Itu untuk pembinaan rumah pangsa dan sudah pasti ia berterusan mengikut apa yang telah dirancang dan saya boleh beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jumlah setinggan 82,694 dan kita baru selesai di ‘Taman Adit’ di Sandakan tetapi kita masih lagi dalam perancangan untuk ke kawasan-kawasan lain termasuk ke Semporna sendiri, Lahad Datu, Kinabatangan sendiri. Ini kita belum buat bancian sepenuhnya kerana perkampungan air tidak besar. Akan tetapi kita beri perhatian kepada perkampungan air yang besar dahulu iaitu di Sandakan dan juga Tawau. Jadi, peruntukannya, sudah pasti disediakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa sebab kita meletakkan satu prinsip asas perjuangan kita iaitu tidak akan bertolak ansur daripada segi keselamatan. Kalau ia merupakan ancaman kepada keselamatan, kerajaan akan berhabis-habisan untuk menyelesaikannya. Terima kasih.
5. Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah mula beroperasi secara rasmi dan berapakah bilangan kes kesalahan seksual terhadap kanak- kanak telah mula dibicarakan sehingga ke hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak telah diumumkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu merasmikan Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 anjuran PERMATA pada 13 Mac 2017 bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa kepada jenayah seksual. Seterusnya pada 22 Jun 2017, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak- kanak yang pertama di Malaysia, bahkan pertama di Asia Tenggara telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Istana Kehakiman Putrajaya dan telah pun beroperasi secara rasmi pada 4 Julai 2017. Pada peringkat permulaan, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak- kanak ditubuhkan di Putrajaya untuk mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam Daerah Shah Alam, Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kes-kes yang didaftarkan di bawah Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-
kanak akan diselesaikan atau dilupuskan dalam tempoh satu tahun daripada tarikh ia didaftarkan.
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya telah menyediakan keperluan bagi prasarana yang khusus seperti sistem teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian dengan mahkamah khas tersebut. Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ini telah dilengkapi dengan sistem Court Recording Transcription (CRT), sistem audio visual dan bilik saksi kanak-kanak dan bilik menunggu saksi kanak-kanak iaitu bilik PERMATA. Untuk maklum Dewan yang mulia ini, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya dikendalikan oleh seorang hakim Mahkamah Sesyen gred JUSA C. Pelantikan hakim Mahkamah Sesyen pada gred yang tinggi ini adalah kerana kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan isu undang-undang yang kompleks dan rentas sempadan. Setakat 26 Julai 2017, terdapat sebanyak 62 kes didaftarkan dan pecahan status kes adalah seperti berikut; 11 kes telah selesai, 25 dalam sebutan dan 26 masih dalam perbicaraan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak mengucapkan terima kasih di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana kejayaan menubuhkan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak seperti yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadinya soalan tambahan saya adalah, bilakah kerajaan bercadang untuk meluaskan lagi kewujudan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak ke seluruh Malaysia selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa perasmian tersebut. Apakah tindakan kementerian untuk menyediakan persekitaran yang sesuai, yang mesra dengan kanak-kanak yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan keterangan oleh kanak-kanak sebagai mangsa jenayah seksual? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya kerajaan komited dan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak secara berfasa ke semua 12 negeri dalam negara kita. Ini mengikut bilangan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak sebagai usaha untuk mengurangkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam negara kita. Selain daripada itu sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan juga akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi merangka special standard operating procedure ataupun SOP atau satu garis panduan khas yang komprehensif bagi mengendalikan kes-kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk psikologi kanak- kanak. Jawatankuasa kerja ini juga akan melibatkan semua pihak yang berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Peguam Malaysia, UNICEF dan NGO-NGO kanak-kanak yang berkaitan. Seterusnya, merujuk kepada persoalan Yang Berhormat mengenai persekitaran mesra dan sesuai dengan kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam jawapan utama saya, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang pertama di Putrajaya telah menyediakan bilik saksi kanak-kanak dan bilik menunggu saksi kanak-kanak, bilik PERMATA yang berkonsepkan mesra kanak-kanak dengan izin, child friendly. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, juga prasarana dan kemudahan di bilik saksi kanak-kanak dan bilik menunggu kanak-kanak, bilik PERMATA di Mahkamah Jenayah Seksual ini telah dibiayai oleh Yayasan PERMATA Malaysia. Bilik-bilik ini bukan sahaja membantu saksi kanak-kanak yang tergolong dalam golongan saksi rentan, vulnerable witness berumur di bawah 18 tahun memberi keterangan tanpa perlu berhadapan dengan orang yang kena tuduh di dalam mahkamah tetapi juga membolehkan juga mahkamah menilai dan membuat penghakiman yang adil supaya orang yang kena tuduh dapat disabitkan dan dihukum menurut peruntukan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak [Akta 792]. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, bidang yang kita sebut berkenaan dengan kesalahan jenayah seksual ini satu bidang yang khusus. Jadi saya dengar apa yang disebut tadi berkenan dengan keperluan kita ada infrastruktur dan satu keadaan yang mana keterangan daripada mangsa boleh diambil dengan spesifik dan sebagainya. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, selain daripada infrastruktur dari segi mahkamah, kelengkapan dan sebagainya, adakah kerajaan meletakkan sebarang syarat supaya hakim-hakim yang mendengar kes-kes sebegini diberikan kursus yang tertentu supaya mereka boleh lebih mengenali aspek-aspek yang perlu dikendalikan dalam kes- kes sedemikian. Misal kata apabila mereka, when they deal with the evidence of mangsa dalam kes-kes sedemikian dan also yang mana mereka perlu melihat kepada pendapat- pendapat yang diberikan oleh pakar-pakar seperti psychologist dan sebagainya. Adakah kerajaan juga mengambil kira bahawa selain daripada infrastruktur dari segi bangunan mahkamah dan sebagainya, apa yang perlu juga kemungkinan kita perlukan hakim-hakim yang mengendalikan kes-kes ini diberikan kursus-kursus tertentu supaya apa yang dilakukan boleh mencapai keadilan seperti mana yang dihasratkan melalui penubuhan mahkamah seperti ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sebenarnya memang apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu memang begitu tepat. Saya dalam jawapan tadi menyatakan bahawa hakim di dalam pertama di Putrajaya adalah hakim JUSA C. Ini bermakna bahawa apabila mahkamah ini diwujudkan, hakim diberikan kursus supaya mempunyai kepakaran bukan sahaja hakim tetapi juga termasuk pendakwa raya. Inilah yang dibincangkan bersama dengan Majlis Peguam Malaysia supaya peguam-peguam dalam bidang pembelaan kes ini juga diberikan pengkhususan bersama supaya keterangan yang diambil bukan sahaja daripada kanak-kanak tetapi juga daripada orang yang kena tuduh. Mengambil kira semua aspek bukan sahaja aspek-aspek apa yang sedang berlaku dan seterusnya. Itu sebabnya bagi kerajaan yang disebut tadi sebagai jawapan asal tadi special standard operating procedure (SOP) itu adalah garis panduan khas yang komprehensif untuk digunakan dalam mahkamah dan kemudian pengkhususan untuk hakim dan juga pendakwa raya dan juga peguam bela akan diwujudkan supaya mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Terima kasih.
6. Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan berapakah jumlah import makanan asasi tahun 2016 daripada negara luar dan apakah langkah penyelesaian jangka masa panjang Kementerian agar Malaysia tidak terlalu bergantung kepada negara luar dalam aspek ini.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bukit Gantang yang mengemukakan soalan berkenaan dengan import makanan asasi tahun 2016 dari luar negara dan Yang Berhormat ingin tahu langkah penyelesaian jangka masa panjang supaya kita tidak bergantung sangat kepada import. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan iaitu jumlah import makanan asasi terutamanya beras sebagai makanan asasi pada tahun 2016 ialah sebanyak 47,670 tan metrik dengan nilai RM1.3 bilion. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan langkah-langkah seperti berikut untuk menambah pengeluaran padi beras tempatan supaya kita jangan bergantung sangat kepada— tetapi sebenarnya import beras kita cuma lebih kurang 30 peratus sahaja dari keperluan dalam negara. Lebih kurang 70 peratus dikeluarkan oleh petani-petani kita sendiri. Walau bagaimanapun, kita ingin meningkatkan pengeluaran dengan pertama sekali membangunkan empat kawasan pembangunan pertanian Integrated Agricultural Development Agency (IADA) iaitu satunya di Pekan, keduanya di Rompin, Pahang dan Batang Lupar di Sarawak, yang keempat Kota Belud di Sabah. Keempat-empat kawasan ini dijadikan kawasan jelapang padi negara sebagai tambahan kepada jelapang padi yang sedia ada sebanyak lapan jelapang padi.
Jelapang padi baru ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2015 dan akan siap secara berperingkat sehingga tahun 2020 melibatkan keluasan lebih kurang 25,000 hektar. Setakat ini kawasan ini telah pun mengeluarkan lebih kurang 114,000 metrik tan setahun dengan hasil pengeluaran produktiviti 4.6 per hektar. Selama hari ini dia di luar jelapang, hasilnya rendah sekitar dua metrik tan sahaja. Langkah kedua untuk menambahkan pengeluaran beras dan padi negara kita ialah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kerugian lepas tuai melalui penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi. Itu saya baca dengan ringkas, tidak payah panjang lebar faham lah tu, iaitu menggunakan mekanisasi dan teknologi. Mekanisasi bagi tujuan mengurangkan kehilangan lepas tuai (post-harvest losses) yang pada masa ini dikaji, katanya lebih kurang tiga puluh peratus kehilangan hasil tuai. Dengan cara ini harap kita dapat mengurangkannya. Ketiga, menggalakkan penggunaan variety padi sah baru seperti Siraj 297 dan Siraj 269 yang berhasil tinggi. Ia bukan sahaja berhasil tinggi Tuan Yang di-Pertua tetapi juga rentang penyakit. Maknanya boleh tahan daripada serangan penyakit terutamanya di kawasan yang mudah terdedah kepada penyakit. MR269 misalnya mempunyai ketahanan yang lebih baik terhadap penyakit karah dan perosak serta memberikan hasil tinggi untuk pilihan para petani dalam meningkatkan hasil tanaman berbanding MR219. Walau bagaimanapun, saya hendak beritahu di sini dengan ikhlasnya bahawa benih- benih ini baru dan belum cukup lagi jumlahnya kita boleh bekalkan pada petani untuk diperluaskan penanamannya. Keempat, langkah yang keempat menyatukan kawasan penanaman bersaiz kecil. Dia banyak kawasan pertanian tanam padi ini kawasan yang scattered ya. Saiz- saiz kecil kita satukan melalui pengurusan secara berpusat seperti yang dilaksanakan di bawah Projek NKEA, EPP 11 bagi meraih faedah skala ekonomi ataupun economies of scale dan mengurangkan kos pengeluaran. Kelima, menyediakan infrastruktur pengaliran dan saliran yang mencukupi dan cekap, sistem pengairan dan saliran yang cekap. Kita berikan peruntukan yang besar umpamanya bagi RMKe-11 ini, sebanyak 1.243 bilion untuk empat kawasan jelapang padi yang saya sebutkan itu sahaja. Kawasan-kawasan yang lain, banyak lagi peruntukan yang kita beri untuk naik taraf saliran dan pengairan. Yang keenam, terakhir, pengurusan stok penimbal beras bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Stok penimbalan beras pada masa ini ditetapkan pada tahap 150,000 metrik tan bagi menampung keperluan maksima selama 30 hari. Tuan Yang di-Pertua, walaupun beras merupakan makanan asasi, kita juga makan barang yang lain. Jadi seimbasnya saya hendak menyatakan di sini, selain daripada beras, antara kumpulan makanan utama lain diimport adalah makanan untuk ternakan bernilai 6.67 bilion diimport. Sayur-sayuran bernilai 5.1 bilion, ikan, krustasea, moluska dan sediaan sebanyak 3.8 bilion, buah-buahan sebanyak 3.7 bilion, daging yang disediakan, sediaan ini maknanya prepared meat sebanyak 3.4 bilion. We are importing dengan izin Tuan Yang di-Pertua, lebih 40 bilion bahan makanan. Our export cuma lebih kurang 30 bilion. Ada beza dekat 16 bilion dari segi balance of trade. Kita mengalami lebih kurang 16 bilion perbezaan, yang mana kita kena fikir macam mana hendak meningkatkan pengeluaran-pengeluaran ini supaya tidak berterusan kita melihat pengaliran keluar foreign exchange atau wang asing ke luar negara. But it’s very challenging Tuan Yang di-Pertua umpamanya sebab, kalau makanan ternakan, jagung adalah bahan mentah utama untuk animal feed, jagung kita cuba sekarang ini untuk menanam jagung but ini baru di peringkat percubaan dari segi cuaca, keserasian tanah dan sebagainya. Jagung bijirin ini tidak begitu. Kita buat sebelum ini, sebab kita fikir cuaca dan tanah mungkin tidak sesuai. So keep on dengan izin importing bahan makanan untuk ternakan ini. Begitu juga macam sayur-sayuran seperti bawang dan sebagainya dan cili banyak kita import dari India, tadi saya sebut bilion-bilion. So we have to, you know dengan izin to really think hard, macam mana untuk mengurangkan pengimportan ini. Langkah-langkah berikut turut dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import, kumpulan makanan tersebut tadi ya. (i) melaksanakan pelbagai projek agromakanan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi seperti akuakultur, rumpai laut, sarang burung walet, produk herba, buah-
buahan dan sayur-sayuran serta makanan proses premium melalui program bidang utama ekonomi negara, NKEA; (ii) melaksanakan projek berimpak tinggi seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur, Ladang Kontrak dan Pembangunan Usahawan; (iii) menggalakkan penggunaan teknologi moden kepada golongan sasar dengan menawarkan latihan dan geran seperti latihan sangkut teknologi memproses makanan, latihan hands-on, geran in-kind, geran pemadanan, high- impact products dan geran pemadanan change upgrade product; (iv) mempergiatkan program agropreneur muda bagi menggalakkan penyertaan usahawan muda dalam bidang pertanian; (v) memperkasakan pembangunan industri tenusu baka bagi mengurangkan import susu dan hasil susu. Kita juga sedang menggalakkannya; dan (vi) melaksanakan pembangunan industri jagung bijirin di kawasan-kawasan pertanian seperti di luar jelapang padi bagi menangani import jagung bijirin yang begitu banyak sekali kita kebergantungannya kepada import untuk makanan ternakan kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Saya juga bersetuju tentang beberapa cadangan yang hendak dibuat oleh kementerian untuk hendak mengelak terutamanya wang kita ke luar negara kerana melibatkan hampir RM40 bilion wang keluar kerana kita import makanan. Persoalan saya ialah apakah langkah yang dilakukan oleh kementerian terutama untuk meningkatkan bekalan makanan negara kita yang melibatkan penglibatan di kalangan generasi muda terutamanya di kalangan graduan-graduan universiti ataupun graduan-graduan yang keluar daripada pusat pengajian tinggi supaya mereka ini boleh menggunakan skill di dalam pertanian mereka, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan pengeluaran ataupun memberikan sumbangan kepada produk makanan di negara kita. Minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mempunyai satu projek yang besar untuk melihat golongan muda termasuk graduan melibatkan diri dalam industri pertanian dan satu kesedaran yang kita hendak beritahu bahawa pertanian is no longer a sunset industry. Dulu dianggap sebagai sunset but actually dengan izin, pertanian adalah satu perniagaan yang benar dan bukannya sekadar bercucuk tanam. Rantaian industri pertanian itu begitu luas sekali dari segi cucuk tanam, memproses, memasak, menjual, export, transportation, mechanization dan juga termasuk dari segi marketing dan sebagainya. Jadi graduan-graduan boleh terlibat dalam mana-mana rantaian industri pertanian ini yang mengikut minat mereka sesuai dengan pelajaran mereka peroleh dan di kementerian kita ada satu bahagian yang di sebut sebagai Unit Agropreneur Muda (UAM). Di sini graduan ataupun siapa-siapa juga daripada orang muda lelaki dan perempuan boleh menyertai program ini dan mereka diberikan bimbingan, latihan, tunjuk ajar dan diajar dengan teknologinya, diajar kemahirannya, diajar pengurusannya. Selepas itu kementerian akan memberikan sokongan supaya masalah modal juga dapat diatasi. Kalau pengusaha-pengusaha baru yang lain yang hendak mendapat modal pinjaman daripada bank dan sebagainya, mereka terpaksa bersendirian memohon dan juga berurusan dengan pihak bank tetapi peserta agropreneur muda, mereka tidak dijamin tetapi pihak kementerian akan memastikan keperluan modal daripada pinjaman bank itu dapat diberikan kepada mereka. Jadi inilah di antaranya usaha kita untuk memberi peluang kepada golongan graduan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana di tempat saya contohnya ada dua Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Timur dan Koperasi Mawar Berhad contohnya mereka berasaskan kepada pertanian dan mereka berjaya bukan sahaja untung tetapi juga memberi dividen kepada pekerja-pekerja. Jadi saya hendak tanya kementerian, dengan pembangunan pesat khusus contohnya di Johor akan ada permintaan yang banyak tentang hasil-hasil ternak, tanaman pertanian dan sebagainya dan ini kalau kita dapat jayakan akan mengurangkan lagi import kita sebab keperluannya memang bertambah. Jadi saya hendak tanya kementerian, di samping kementerian memberi kewangan kita bagi bantuan upskilling dan upscaling dengan kemahiran pengurusan dan memang kementerian sudah buat, cuma saya hendak tanya adakah kerajaan mencadangkan untuk memberi mereka ini khidmat strategic planning. Kita tahu sekarang macam contoh NBOS, Kementerian Pengajian Tinggi ada translational research development di mana mereka buat bukan sahaja apply research, diaplikasikan teknologi kah, kewangan kah, management dan sebagainya. Jadi adakah kerajaan bercadang spesifik kumpulan-kumpulan yang berjaya diperbesarkan, diperkasakan dengan mempunyai perancangan hala tuju jelas lima hingga 10 tahun supaya mereka jadi besar diperkasakan dan dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan import bill ini. Apa pandangan kementerian? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh minat dengan tajuk yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi dan memang satu perkara yang amat relevan. Banyak daripada pengusaha kita, dia diajar dari segi technical knowledge berhubung dengan projek yang hendak dilaksanakan termasuklah dalam bidang usahawan tani ini. Hendak jadi penternak kah, hendak jadi nelayan kah, hendak jadi petani kah, tetapi masalah pengurusan kewangan, business management, financial management itu kadang- kadang kurang kita beri perhatian. Kegagalan seseorang yang berniaga ialah biasanya apabila dia lemah dalam bidang management atau pengurusan perniagaan itu. Jadi saya bersetuju ini satu elemen sokongan yang patut diberi latihan kah, nasihat kah, bimbingan kah, dari segi business planning and business management. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat dan saya akan bincang dengan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk melihat bahawa subjek ini juga diutamakan dalam program kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengalu-alukan kehadiran rombongan pesara kerajaan daripada Parlimen Jerantut ke Parlimen yang mulia ini.
7. Datuk Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah lantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari tahun 2013 sehingga kini mengikut pecahan umur, jantina, kaum dan negeri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Simpang Renggam, semenjak tahun 2013 sehingga Jun 2017, SPA telah melantik seramai 133,282 orang calon ke dalam perkhidmatan awam. | Tahun Lantikan |Bilangan Lantikan (orang)| |------------------------|------------------------:| | 2013| 38659| | 2014| 37707| | 2015| 24606| | 2016| 25046| |2017 (sehingga Jun 2017)| 7264| |Jumlah | 133282|<END_TABLE_MARKER>
Pada tahun 2015 sehingga 2017, jumlah pelantikan telah menurun berbanding pada tahun sebelumnya. Situasi ini berlaku ekoran keputusan kerajaan pada April 2014 melaksanakan inisiatif penggunaan sumber manusia secara optimum dengan mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam. Keputusan tersebut masih berkuat kuasa sehingga hari ini. Berdasarkan inisiatif ini, perwujudan jawatan baru dalam perkhidmatan awam tidak dibenarkan. Pengambilan ke perkhidmatan awam hanya dibuat bagi tujuan pengisian kekosongan jawatan akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan. Bagi tempoh 2013 sehingga Jun 2017, jumlah pelantikan calon bagi jawatan kumpulan pelaksana adalah lebih tinggi berbanding kumpulan pengurusan dan profesional. Seramai 101,333 orang atau 76.03 peratus telah dilantik bagi kumpulan pelaksana, manakala seramai 31,949 orang atau 23.97 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional. Perbandingan mengikut jantina pula menunjukkan seramai 80,625 calon perempuan telah dilantik atau 60.49 peratus berbanding seramai 52,657 calon lelaki atau 39.51 peratus.
Pelantikan lebih ramai calon perempuan disebabkan permohonan oleh calon perempuan, terutamanya graduan lebih ramai berbanding calon lelaki. Jumlah permohonan calon perempuan ialah sebanyak 4,646,233 orang atau 58.28 peratus berbanding permohonan calon lelaki hanya sebanyak 3,326,494 orang atau 41.72 peratus. Dalam tempoh yang sama, jumlah pelantikan mengikut kaum yang telah ditawarkan pekerjaan adalah seperti berikut. | KAUM |BILANGAN|PERATUS (%)| |------------------|-------:|----------:| |Melayu | 100627| 75.50| |Bumiputera Sabah | 9059| 6.79| |Cina | 7696| 5.77| |Bumiputera Sarawak| 7036| 5.28| |India | 5886| 4.42| |Orang Asli | 7900| 0.60| |Lain-lain | 2182| 1.64|<END_TABLE_MARKER> Dari segi pelantikan mengikut negeri kelahiran pula, lima negeri yang paling ramai calon-calonnya dilantik ke dalam perkhidmatan awam ialah negeri Kelantan iaitu seramai 17,806 orang atau 13.36 peratus calon. Diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon atau 10.39 peratus. Negeri Sarawak seramai 13,845 calon atau 10.39 peratus. Negeri Perak seramai 12,517 calon atau 9.39 peratus dan negeri Johor seramai 11,848 calon iaitu 8.89 peratus. Bilangan pelantikan yang tinggi ini disebabkan bilangan calon-calon yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam dari kelima-lima negeri ini adalah tinggi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada beberapa cawangan dan juga pemimpin adat daripada Parlimen Beluran. [Tepuk] Terima kasih. Soalan tambahan saya, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang cukup terperinci tadi. Jadi, saya ingin bertanya, apakah kaedah yang sebenarnya digunakan oleh pihak SPA dalam menentukan komposisi lantikan yang mengambil kira kepentingan dan juga keseimbangan setiap kaum, setiap negeri dan jantina? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Secara amnya, akan saya terangkan nanti kenapa saya menggunakan istilah ‘secara amnya’. Secara amnya, kita memang mendukung prinsip menggunakan merit untuk memilih seseorang calon yang akan ditawarkan pekerjaan di sektor awam. Tidak ada dasar yang betul-betul digunakan untuk menentukan ada imbangan di antara kaum masing-masing. Prinsip yang tertentu yang digunakan selain daripada merit ini ialah untuk Sabah dan Sarawak misalnya, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat sedar tentang isu devolution of power, dengan izin, yang sedang berjalan sekarang dan dari segi memperkasakan Sabah dan Sarawak. Jadi, recruitment yang kita buat di SPA ialah
mana-mana jawatan yang wujud di Sabah dan Sarawak, sedapat-dapatnya akan ditawarkan ke anak-anak tempatan ataupun orang Sabah dan Sarawak. Kedua, memanglah kadangkala kita juga mengambil kira seruan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya yang memohon supaya wanita ini diambil kira dari segi jumlahnya supaya ditawarkan lebih banyak lagi jawatan-jawatan yang wujud diberikan kepada wanita. Mengikut angka yang telah saya bacakan tadi, telah kita patuhi. Satu lagi ialah dari segi recruitment untuk jawatan- jawatan yang rendah. Kita sependapatnya memang mengambil anak-anak tempatan, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak dan juga mengikut daerah dan sebagainya. Ini akan memudahkan transfer issue. Kadang-kadang transfer issue ini memerlukan banyak allowance dan sebagainya. Untuk mengurangkan perbelanjaan transfer dan juga isu pekerja-pekerja yang sudah bertugas cuma beberapa bulan atau beberapa tahun sahaja kemudian memohon untuk dipindahkan. Isu transfer ini juga timbul kadangkala kerana isteri dan suami bekerja di tempat yang lain dan mahu ditempatkan di satu locality yang sama. Jadi, untuk sedapat- dapatnya mengelakkan isu ini timbul di masa depan, jadi kita telah membuat satu dasar supaya orang tempatan yang kita tawarkan pekerjaan untuk peringkat jawatan rendah ini. Ada beberapa pandangan tentang isu yang cuba mengetengahkan isu pengimbangan di antara kaum ini. Ini seperti isu persepsi kita. Kalau kita masukkan air ke dalam gelas, ada yang mengatakan gelas itu setengah penuh, ada juga yang mengatakan setengah kosong. Tuan Yang di-Pertua, kalau orang Melayu misalnya bercakap, dia akan mengatakan tengoklah berapa juta kami yang memohon tetapi berapa ribu sahaja yang dapat. Misalnya pada tahun ini, lebih satu juta. 1.2 juta lebih yang memohon. Ini setakat bulan Jun tetapi berapa puluh ribu sahaja yang dapat. Ini bermakna, masih 1.2 juta ini tidak dapat pekerjaan. Masih menganggur. Akan tetapi dia kata, tengoklah bangsa Cina berapa puluh ribu yang tidak berjaya tetapi sebenarnya bangsa Cina ini cuma berapa orang sahaja juga yang ditawarkan jawatan ini. Jadi, itu terpulanglah kepada persepsi masing-masing sama ada hendak melihat gelas itu sebagai setengah penuh ataupun setengah kosong. I think, dengan izin, the argument will never end. Akan tetapi pandangan saya ialah apabila kita mengirakan berapakah pendapatan ahli keluarga di situ, kita tidak mengasingkan ini pendapatan saya dari sektor awam, ini pendapatan saya dari sektor swasta. Apa yang kita ambil kira ialah berapa jumlah pendapatan keluarga tersebut. Ini bermakna, apabila kita mengira isu pengimbangan ini, telah saya terangkan dahulu juga, kita patut mengambil kira secara holistik iaitu pekerjaan ataupun jumlah sesuatu kaum itu, bangsa itu yang bekerja dengan pihak swasta dan bukan sahaja menumpukan perhatian kepada sektor awam sahaja.
Secara kebetulan, saya beberapa hari yang lepas ada bengkak saya punya mata, sakit mata dan saya telah melawat Rejang Specialist Centre di Sibu semasa turun ke padang dan saya lihatlah senarai orang yang bertugas jawatan tinggi. Percayalah, dalam senarai itu— saya lupa berapa tapi lebih kurang 20 orang jumlahnya jawatan tinggi dan saya tengok dalam senarai, dua senarai itu, pakar-pakar, doktor-doktor dan sebagainya, tak ada seorang pun bumiputera. I know some of you will say, well, siapa yang menghalang mereka bertugas dalam sektor swasta. Akan tetapi kalau dilihat daripada segi pengimbangan ini, inilah sebabnya perlunya kadangkala kerajaan mengambil kira isu ini. Otherwise, kalau kita lihat cuma sektor awam sahaja— sektor awam, I think orang Cina misalnya, peratusan dia daripada segi penduduk lebih kurang 25 peratus di Malaysia. Jadi, jawatan yang ditawarkan juga perlu 25 peratus. Tapi kalau 25 peratus ini, saya tak tahulah berapa ribu, ditambah dengan jumlah yang bertugas atau bekerja dalam pihak swasta, my goodness, apa akan berlaku? What happened to NEP punya dasar dulu?
Soalan tambahan.
Then we will still be with you, dengan izin. Kita akan masih di-identified along pekerjaan. We will still be identified with our professions. Yang ramai barangkali bumiputera masih di ladang, di kebun dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah kita faham kenapa perlunya sesuatu dasar yang diagak equitable ataupun fair oleh sesebuah kumpulan tak semestinya dianggap fair oleh kumpulan yang lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, nak tanya sikit.
Panjang sangat jawapannya, meleret-leret lah, Tuan Yang di-Pertua. Ini soal Selangor, penting ini.
Saya tak boleh control jawapan panjang, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itulah sesi soal jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, cadangan Rang Undang-undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah ataupun Rang Undang-undang ABS 2017 ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Mesyuarat pada 31 Mac 2017. Seiringan dengan komitmen negara untuk terus memelihara sumber biologi, Malaysia telah meratifikasikan Konvensyen Pelbagai Biologi, Convention of Biological Diversity, ataupun secara ringkasnya dipanggil CBD pada 24 Jun 1994. CBD mempunyai tiga objektif utama iaitu pemuliharaan biodiversiti, penggunaan mampan biodiversiti dan perkongsian faedah yang terhasil daripada penggunaan sumber biologi, access to biological resources and benefit sharing yang secara ringkasnya disebut ABS. Satu protokol antarabangsa mengenai ABS iaitu Nagoya Protocol on Access to Genetic Resources and Fair and Equitable Sharing of Benefits Arising from their Utilization (Nagoya Protocol) telah diterima pakai di bawah CBD pada tahun 2010 setelah dirunding selama lebih kurang enam tahun. Malaysia masih belum meratifikasi Nagoya Protocol kerana undang-undang ABS perlu diwujudkan di peringkat domestik terlebih dahulu dan perkara-perkara yang digariskan dalam protokol tersebut perlu dipatuhi sebelum pertimbangan untuk menandatangani atau ratification dibuat. Sebagai negara yang kaya dengan sumber biologi, adalah penting supaya undang-undang ABS diterima pakai untuk memastikan negara mendapat pulangan atau faedah yang terhasil daripada penggunaan sumber biologi negara. Perkara ini juga adalah selaras dengan hasrat negara untuk menjana kekayaan baru daripada sumber biologi seperti yang digariskan dalam Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016- 2025, Model Baru Ekonomi dan Dasar Bioteknologi Negara. Rang Undang-undang ABS 2017 ini adalah penting untuk memastikan sumber biologi negara diakses dengan jaminan perkongsian faedah dan mengelakkan berlakunya aktiviti biopiracy di mana sumber biologi negara ataupun pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi dibangunkan tanpa sebarang perkongsian faedah kepada negara. Selain itu, undang-undang ini dapat menyediakan tatacara yang jelas kepada pengguna dan pemberi sumber biologi tentang prosedur untuk mengakses sumber biologi atau pengetahuan tradisi serta perkongsian faedah. Faedah yang diperoleh boleh diguna untuk membiayai serta menyokong usaha konservasi biologi negara selaras dengan keutamaan negara untuk memastikan biodiversiti terus dipelihara dalam usaha negara mencapai matlamat pembangunan. Perkara ini juga adalah selaras dengan
matlamat utama CBD untuk kerangka kerja ABS yang menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti. Pada masa ini, dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak telah mempunyai undang-undang negeri mengenai biodiversiti yang turut mempunyai peruntukan bagi mengawal selia aktiviti ABS. Ia dikenali sebagai Ordinan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (Pindaan) 2014 dan Enakmen Biodiversiti Sabah 2000. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan Malaysia melaksanakan obligasi di bawah CBD, Undang-undang ABS 2017 perlu dibentuk di peringkat kebangsaan berdasarkan kuasa Parlimen selaras dengan Perkara 76(1) dan (a) Perlembagaan Persekutuan di mana Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk membangunkan undang-undang berkaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian ataupun konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain atau apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, konsep yang diguna pakai di bawah Rang Undang- undang ABS 2017 adalah secara decentralization di mana setiap negeri masih mengekalkan hak mutlak mereka ke atas sumber biologi dan Kerajaan Persekutuan hanya bertindak sebagai penyelaras dalam pelaksanaan undang-undang ini. Selain itu, Undang-undang ABS Kebangsaan juga penting untuk memastikan keseragaman tatacara akses perkongsian faedah di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menerangkan rang undang-undang ini dengan lebih terperinci iaitu ABS 2017 dibahagikan kepada 10 bahagian yang mengandungi 63 peruntukan yang boleh diringkaskan seperti berikut:
• Bahagian I - permulaan; • Bahagian II - pihak berkuasa; • Bahagian III - kehendak bagi permit untuk mengakses sumber biologi; • Bahagian IV - permit daftar rekod dan pelupusan; • Bahagian V - pembatalan permit dan rayuan; • Bahagian VI - pemantauan dan pengesanan; • Bahagian VII - mekanisme pusat penjelasan; • Bahagian VIII - langkah pengguna; • Bahagian IX - kuasa berhubung dengan penguatkuasaan, penyitaan, penangkapan dan sebagainya; • Bahagian X - bahagian am. Selain itu, rang undang-undang ini mengandungi dua jadual. Jadual Pertama adalah senarai pihak berkuasa kompeten ataupun competent authorities mengikut negeri. Manakala Jadual Kedua pula ialah borang akuan berkanun, permohonan bagi sesuatu permit untuk tujuan bukan komersial. Di Bahagian I dijelaskan bahawa akta ini dinamakan Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah ataupun ABS dalam ringkas yang bertujuan untuk melaksanakan Konvensyen Kepelbagaian Biologi di mana protokol di bawah CBD ataupun Convention on Biological Diversity berkenaan akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi serta perkongsian faedah daripada penggunaannya. Akta ini akan mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi penguatkuasaan akta ini di Sabah dan Sarawak. Selain itu, tafsiran terminologi-terminologi yang terpakai turut dihuraikan di sebahagian ini. Bahagian II menjelaskan mengenai Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan, National Competent Authority di peringkat nasional dan peringkat berkuasa kompeten di peringkat negeri akan diwujudkan bagi mengawal selia pelaksanaan undang-undang ABS serta fungsi-fungsi National Competent Authority dan competent authority di peringkat negeri. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan bertindak sebagai National Competent Authority. National Competent Authority berperanan untuk membantu pelaksanaan undang-undang ABS oleh competent authority dan bertindak sebagai focal point untuk:
(i) berkomunikasi dengan urus setia perjanjian atau triti antarabangsa dan negara-negara lain isu access benefit sharing; (ii) menyelenggara portal ABS clearing-house mechanism kebangsaan untuk mematuhi obligasi di peringkat antarabangsa; (iii) menyokong pembangunan protokol dan tatacara komuniti untuk memberi keizinan makluman awal ataupun apa yang dikatakan Prior Informed Consent (PIC) oleh masyarakat peribumi dan masyarakat tempatan, Indigenous and Local Communities (ILC); dan, (iv) menentukan fee yang terpakai di bawah undang-undang ini dengan merujuk kepada competent authorities dan menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan kesedaran awam mengenai access benefit sharing. Competent authority merupakan entiti di peringkat negeri yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri bagi menguatkuasakan undang-undang ABS. Senarai competent authorities adalah seperti di jadual Rang Undang-undang ABS ini. Antara peranan competent authority adalah untuk: (i) menguruskan permohonan akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi; (ii) menyelenggara rekod semua permohonan dan keputusan berkenaan dengan akses; dan, (iii) menyediakan laporan tahunan kepada National Competent Authority berkenaan permohonan dan keputusan akses termasuk sebarang kesalahan yang dilakukan di bawah undang-undang ini. Selain itu, bahagian juga menjelaskan mengenai keperluan menubuhkan satu jawatankuasa penasihat dan badan penasihat bagi menyokong National Competent Authority dan competent authority dalam melaksanakan fungsi dengan efektif. Jawatankuasa penasihat berfungsi memberikan pandangan dan nasihat dari aspek saintifik, teknikal dan etika serta perkara-perkara yang berkaitan dengan access benefit sharing kepada National Competent Authority dan competent authority. Badan penasihat pula akan terdiri daripada wakil ILC dan akan ditubuhkan oleh competent authority apabila terdapat keperluan untuk memberi pandangan terhadap perkara yang berkaitan ILC dan pengetahuan tradisi berkaitan sumber biologi. Bahagian III memperjelaskan keperluan permit bagi akses untuk tujuan potensi komersial dan bukan komersial serta syarat-syarat bagi kelulusan permit. Bahagian ini juga merangka mengenai keizinan berasaskan makluman awal iaitu Prior Informed Consent dan perjanjian perkongsian faedah. PIC ataupun Prior Informed Consent merupakan proses mendapatkan kebenaran awal secara bertulis daripada pihak Indigenous and Local Communities untuk mengakses sumber biologi atau pengetahuan tradisi berkaitan dengan sumber biologi yang dimiliki oleh mereka mengikut undang- undang dan amalan adat, protokol dan tatacara Indigenous and Local Communities berkaitan. Prior Informed Consent daripada Indigenous and Local Communities diperlukan dalam dua keadaan apabila pengguna: (i) ingin mengakses sumber biologi di tanah yang mana ILC mempunyai hak seperti yang diiktiraf dalam undang-undang; dan (ii) memerlukan akses kepada pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang dimiliki oleh Indigenous and Local Communities. Perjanjian perkongsian faedah mengikut terma-terma yang dipersetujui bersama, maka merujuk kepada satu perjanjian yang dimeterai antara pemberi dan pengguna sumber biologi dan atau pengetahuan tradisi berkaitan sumber biologi bagi memastikan faedah dikongsi secara adil dan saksama. Perincian mengenai Prior Informed Consent dan perjanjian perkongsian faedah mengikut persetujuan atau bersama iaitu agreement akan dinyatakan dalam peraturan yang akan dibentuk di bawah undang-undang ini.
Bahagian IV memperuntukkan bahawa permit merupakan bukti pematuhan kepada akta ini. Selain itu, National Competent Authority juga perlu menyelenggara dan menyimpan rekod bagi permit-permit yang telah dikeluarkan oleh competent authority. Perincian tanggungjawab pemegang permit untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan serta perihal pelupusan sumber biologi juga dijelaskan dalam bahagian ini. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian V menerangkan mengenai sebab-sebab permit dibatalkan, peluang yang diberi kepada pemegang permit yang permitnya telah dibatalkan untuk membuat rayuan secara bertulis kepada mahkamah. Bahagian VI pula memperuntukkan pembentukan mekanisme pemantauan dan pengesanan yang efektif tentang penggunaan sumber biologi dan atau pengetahuan tradisi berkaitan dengan sumber biologi bagi mengawal selia aktiviti bioprospecting dan R&D ke atas sumber biologi negara. Perkara ini adalah selaras dengan Nagoya Protocol yang menggariskan supaya tempat pemeriksaan, check point dikenal pasti sebagai langkah untuk menentu dan mengesan penggunaan sumber biologi dan atau pengetahuan tradisi berkaitan dengan sumber biologi. Agensi yang akan dilantik sebagai check point merupakan agensi yang menguruskan permohonan untuk hak harta intelek, pendaftar produk, kelulusan produk yang dipasarkan serta geran penyelidikan awam.
Di antara agensi yang telah dikenal pasti ialah Institut Pengajian Tinggi Awam terpilih, Perbadanan Harta Intelek Malaysia bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, National Pharmaceutical Regulatory Agency dan National Institutes of Health di bawah Kementerian Kesihatan dan bahagian dana di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VII di bawah RUU ABS ini memperuntukkan bahawa National Competent Authority perlu mewajibkan satu portal ABS Kebangsaan, clearing house mechanism. Portal ini adalah untuk memuatkan maklumat-maklumat berkaitan undang-undang ABS negara, peraturan ABS, permit akses yang dikeluarkan dan sebagainya. Bahagian ini juga menjelaskan maklumat permit yang boleh dipapar di dalam clearing house mechanism. Bahagian VIII pula menyatakan bahawa pengguna sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi dari Malaysia juga dikehendaki untuk mematuhi undang-undang berkaitan akses kepada sumber biologi dalam negara-negara kepada CBD yang mempunyai undang-undang berkaitan akses. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan permit akses kepada negara-negara lain yang terlibat bagi membolehkan sumber biologi atau pengetahuan tradisi berkaitan sumber biologi tersebut diguna di Malaysia. Perkara ini dikenali sebagai langkah pengguna ataupun user measures bagi menyokong pelaksanaan undang- undang akses ataupun ABS negara lain. Perihal kuasa berhubung dengan penguatkuasaan, penyitaan, penangkapan dan sebagai di bawah rang undang-undang ini diperjelaskan dalam Bahagian IX manakala Bahagian X memperuntukkan berkaitan perkara-perkara am di bawah rang undang-undang ini. Antaranya menyatakan bahawa segala fi yang meliputi kos pentadbiran seperti bayaran bagi permit akses dan bayaran mengenakan denda bagi kesalahan bagi kecuali faedah kewangan yang terbabit daripada perjanjian perkongsian faedah perlu disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan ataupun Kumpulan Wang Disatukan Negeri. Bahagian ini juga menerangkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta ini serta kuasa menteri. Peruntukan ini menjelaskan kuasa menteri untuk mengisytiharkan pengecualian terhadap sumber biologi tertentu ataupun koleksi sumber biologi tertentu boleh daripada dikawal selia di bawah akta ini seperti keadaan bagi menyokong, usaha konservasi, biodiversiti negara dan menjaga kepentingan indigenous and local communities. Bahagian ini juga memperuntukkan kuasa menteri untuk meminda jadual dan membentuk peraturan di bawah akta ini. Selain itu, bahagian ini menyatakan perihal akses sebelum berkuat kuasanya akta ini. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memastikan negara mendapat pulangan yang setimpal dan sewajarnya daripada penggunaan sumber biologi dan atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi negara. Undang-undang ini telah dapat memastikan supaya aktiviti biopiracy dapat dibendung. Selain itu, inisiatif ini juga dapat memenuhi obligasi negara di peringkat antarabangsa terutamanya di bawah Convention of Biodiversity untuk menggalakkan
perkongsian faedah yang adil saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sesiapa menyokong?
Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk melaksanakan konvensyen kepelbagaian biologi dan mana- mana protokol kepada konvensyen berkenaan dengan akses kepada sumber biologi dan pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi dan perkongsian faedah yang terhasil daripada penggunaannya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bagan Serai, selepas Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Lembah Pantai. Ya, sila.
[Membaca sepotong ayat Quran] Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini Rang Undang- undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Terlebih dahulu saya ingin kita sama-sama mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kita berada di dalam negara Malaysia, satu negara yang kaya dengan biodiversiti. Kita adalah di antara 12 negara di dunia ini yang mega diversiti. Kita semua mengetahui bahawa biodiversiti ini adalah kehidupan sebenarnya. Kalau porak-peranda biodiversiti makna kehidupan itu sendiri akan menjadi masalah. Sebab itu perkara biodiversiti menjadi perbincangan dunia, menjadi perbincangan di antarabangsa. Kita lihat masalah yang kita hadapi ialah banyak sumber-sumber asli ini juga dicuri daripada negara kita hari ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat potensi-potensi biodiversiti dari segi farmaseutikal, dari segi nutraceutical, kita dapat dengar tentang potensi-potensi bahan- bahan asli umpamanya tongkat ali, kacip fatimah dan juga pokok ketum yang kontroversi yang mempunyai banyak kajian-kajian. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan kementerian kerana begitu sensitif dan prihatin tentang perkara ini. Kita lihat Kerajaan Malaysia daripada dulu lagi, daripada Rio Summit yang telah mengambil bahagian, telah meletakkan kepentingan biodiversiti tentang pemeliharaan alam sekitar dan juga kita lihat janji-janji di Court 21 umpamanya dan seterusnya perjanjian antarabangsa supaya kita menjaga hasil hutan, supaya kita menjaga hutan kita melebihi 50 peratus. Ini janji-janji dan perkara-perkara yang sedang berlaku oleh kementerian iaitu untuk menjaga kepentingan biodiversiti negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kerana telah mewujudkan National Biodiversity Centre (NBC). Akan tetapi tentulah pada peringkat awal ini saya kira NBC ini masih terlalu kecil dan mungkin memerlukan lebih ramai lagi staf, ramai lagi pegawai yang terlibat. Mungkin NBC ini untuk lebih aktif lagi dan perlu ada mereka-mereka yang mempunyai kepakaran, lebih banyak kepakaran. Saya tidak kata tidak ada kepakaran tetapi lebih banyak aktivis-aktivis alam sekitar, lebih banyak mereka yang sangat fokus kepada alam sekitar. Lebih banyak mereka-mereka daripada contohnya daripada Akademi Sains Malaysia yang mempunyai kepakaran tentang biodiversiti dan juga mereka daripada Majlis Profesor Negara. Dengan ini kita harap NBC akan lebih berfungsi dan lebih menguntungkan negara jangka panjang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ABS dengan ringkas kita hari ini adalah penting seperti yang kita dengar tadi untuk konvensyen biodiversiti ataupun CBD iaitu bagaimana kita dapat mengamalkan konservasi hutan dan juga menggunakan secara yang mampan. Akhirnya bagaimana kita dapat berkongsi faedah di antara pengguna dengan pembeli sumber. Protokol Novella umpamanya yang wujud pada 29 Oktober 2010. Kita belum tandatangani lagi disebabkan kita belum mewujudkan rang undang-undang ini. Jadi kepentingannya, pada peringkat ini saya ingin menyatakan betapa pentingnya keseimbangan ekologi ini, betapa pentingnya keseimbangan hutan yang kita sebut hari ini, sumber-sumber asli hari ini.
Hari ini kita lihat apa yang berlaku hari ini, apabila keseimbangan hutan ini tak dapat dijaga. Ini daripada peringkat awal. Apabila hutan yang digondolkan, apabila hutan ditebang ikut sesuka hati dan ikut nafsu dan ikut keuntungan sahaja. Lautan tidak dipedulikan, haiwan-haiwan species-species yang akan terancam. Itulah kita tak hairan kita lihat gajah sudah mengamuk sekarang ini. Monyet sudah mengganggu manusia hari ini, buaya makin ganas hari ini kerana makanan tak cukup. Daripada suatu ketika nanti, akan berlaku kepupusan haiwan-haiwan spesies-spesies yang penting. Ini boleh menjejaskan keseimbangan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua?
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani bangun.
Ya, silakan sahabat.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya mendengar ucapan. Walaupun permulaan Yang Berhormat Bagan Serai, tetapi begitu semangat sekali. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Bagan Serai mempunyai iltizam untuk memastikan bahawa apa jua harta kita, dipertahankan dan dikawal. Namun begitu, Yang Berhormat Bagan Serai, sedarkah Yang Berhormat Bagan Serai dan setujukah Yang Berhormat Bagan Serai dengan saya, bahawa sementara Menteri bersungguh-sungguh, saya tengok Menteri bersungguh-sungguh untuk memastikan hak dan harta kita dipertahankan khususnya dalam isu ini. Tetapi kuasa hutan dan tanah di bawah dan berada dalam tangan kerajaan negeri. Menteri mungkin boleh berhempas pulas di Parlimen, tetapi mereka yang merosak dan menghancurkan hutan kita, bukan Menteri. Tetapi mereka yang berada di negeri-negeri. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai hal ini bahawa yang harus selari, sementara kita memperkenalkan akta ini, maka akta-akta lain khususnya yang berhubung dengan tanah dan hutan mesti juga selari dengan apa yang kita lakukan. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai tentang hal ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani pun nampak bersemangat pagi ini. Bagus, inilah yang kita hendak lihat daripada kedua-dua belah dalam Dewan ini menyatakan penyatuan, fikir tentang bagaimana pentingnya keseimbangan hutan ini. Kita dapat lihat usaha-usaha kerajaan sangat banyak sebenarnya dan adalah kuasa- kuasa oleh Kerajaan Persekutuan malah dalam rang undang-undang ini juga kita menyatakan kuasa-kuasa dan hak negeri. Bukan maknanya kuasa-kuasa negeri ini untuk menghancurkan apa yang ada. Tetapi saya yakin Menteri akan buat penjelasan yang lebih jelas tentang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya baru tadi bercakap tentang penggondolan hutan ataupun penghapusan hutan yang akan mengakibatkan pemanasan global. Ini satu lagi isu yang dibincangkan di peringkat dunia, di negara-negara Barat, di merata-merata kita fikir tentang bagaimana kalau penggondalan hutan ini menyebabkan peningkatan paras laut, menyebabkan peningkatan suhu dan akan menyebabkan masalah kepada dunia hari ini. Inilah perjanjian-perjanjian dibuat dan daripada pemimpin-pemimpin negara memberikan kata-kata, janji-janji bagaimana untuk menurunkan paras stabil umpamanya dan menjaga hutan pada hari ini. Seperti yang kita lihat hari ini, pembalakan haramlah umpamanya, mereka- mereka yang menggondol hutan ini yang Yang Berhormat Sungai Petani dah sebut tadi. Buat kerja secara haram ini, ikut kepentingan diri hari ini, merosakkan hutan hari ini, boleh menyebabkan banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Inilah yang dikatakan merosakkan alam. Hari ini manusia hari ini. Ini adalah satu amanah daripada Allah SWT. Amanah daripada Tuhan, kita dapat Malaysia yang aman makmur, yang menuju kepada negara yang maju dan sangat prihatin tentang penjagaan alam sekitar, komitmen kerajaan. Kita menubuhkan MBC, kita adalah mega biodiversiti, kita hendak jaga dia, pemeliharaan dia, itu adalah penting. Sebab itulah, sebenarnya antara ini kalau kita ikut apa yang Yang Berhormat Sungai Petani, bukan kerajaan negeri yang dipersalahkan, tetapi sikap manusia itu, perangai manusia hari ini, ketamakan manusia hari ini. Ini yang patut diberikan saranan yang penting supaya mereka yang terlibat tidak lagi meneruskan kerja-kerja jahat ini yang merosakkan kehidupan itu sendiri, saya beritahu. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang melibatkan yang dikatakan penghapusan hutan ini menjadi isu dunia sebenarnya. Kita lihat hai ini umpamanya kita adalah antara
pengeluar sawit yang hebat dalam dunia. Apa yang berlaku baru-baru ini adalah resolusi EU, resolusi Kesatuan Eropah yang mengatakan bahawa mereka tidak akan lagi melayani, mengambil lagi pengambilan minyak sawit yang tidak mampan pada tahun 2020. Pengurangan kepada sawit umpamanya dengan mengatakan kita menanam sawit dan kita merosakkan hutan. Dengan kata kita menyediakan untuk pertanian, kita merosakkan hutan. Ini adalah satu perkara yang akan ditentang oleh kerajaan yang saya faham bahawa sebenarnya kita tidak buat perkara macam itu. Bahawa sebenarnya, adalah satu resolusi yang tidak adil umpamanya. Kalau kita tidak merosakkan hutan untuk perkara itu, malah ada negara-negara lain, yang lebih rosakkan hutan untuk perkara sawit umpamanya. Resolusi yang tidak adil hari ini hanyalah menjuruskan kepada sawit umpamanya, adalah satu resolusi yang Malaysia kira tidak adil dan tidak saksama. Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, isu resolusi, ia berkaitan dengan isu penghapusan hutan. Jadi berkaitan dengan sumber asli yang kita bincang hari ini, pada peringkat awal ini, pada peringkat mukadimah ini, saya sedang membincangkan tentang hutan itu sendiri. Sumber yang kita hendak jaga kerana kita adalah negara anugerah daripada tuhan. Negara yang mega diversiti. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini adalah satu benda yang sangat perlu kerana kita khuatir, apa yang kita ada, orang curi. Kerana kita khuatir apa yang kita ada, orang ciplak. Orang jadikan satu paten, orang jadikan satu produk lain dan orang mendapat keuntungan, ini satu kerugian. Kita katakan pada awal tadi, mega diversiti memberikan keuntungan, potensi memberikan keuntungan dari segi industri, dari segi formasi kita, dari segi mutasi kita, dari segi ubat-ubatan yang baru kita boleh jumpa. Banyak benda lagi yang perlu diterokai. Saya kira negara kita ini pakar dalam biodiversiti masih lagi berkurangan. Kepakaran dalam bidang ini masih lagi berkurangan dan kerajaan perlu memberikan penekanan ini. Ini kerana, kita mega diversiti tetapi kita tidak cukup staf umpamanya, kita tidak cukup pakar-pakar umpamanya. Saintis, berapa banyak saintis-saintis yang kita ada, yang pakar dalam biodiversiti. Ini begitu penting. Tuan Yang di-Pertua, sumber biologi yang diakseskan ini dalam rang undang- undang ini saya ingat, saya kira boleh kita rumuskan satunya adalah untuk sumber ini diakses dengan cara yang betul dengan jaminan keuntungan dua-dua belah pihak. Maknanya, perjanjian dua-dua belah pihak. Dan untuk mengelak biopiracy, dengan izin dan juga satu lagi untuk menyokong konsidensi yang kita cakap selama ini supaya tidak menjejaskan. Perkara yang keduanya adalah tentang hak kerajaan negeri. Ini yang kerajaan negeri tidak perlu risau kerana yang disebut tadi. Ada tu NCA dengan CA ini kerana NCA Nasional Automatif ini akan mengawal dari segi undang-undang, penyelarasan, keseragaman dan sebagainya. Sedangkan state akan mempunyai hak-hak yang tersendiri. Apa yang kita katakan tentang biopiracy ini? Pernah terjadi dan mungkin ada yang kita tahu dan mungkin ada yang kita tidak tahu. Pada tahun 2012 ada saintis-saintis daripada US yang datang, ke satu negeri di Malaysia ini.
Ya, Yang Berhormat Jerantut bangun.
Saya habiskan sikit lagi. Dan berjumpa dengan orang-orang tempatan ataupun Orang-orang Asli di sini. Tanya banyak fasal pokok, selidik banyak fasal pokok, balik ke US, dua tiga tahun lagi dia keluarkan satu produk. Pada tahun 2007 seorang saintis datang ke sini sebagai visiting professor. Visiting professor, kemudian buat banyak penyelidikan dan pertanyaan dan balik ke negara dia dan pada tahun 2010 membangun dua paten atas kulat umpamanya. Kulat yang berasal daripada Malaysia untuk kegunaan merawat penyakit-penyakit kelapa sawit. Ini contoh-contoh biopiracy tetapi kita tidak hendak ambil undang-undang, kita punya dia untung. Ini yang kita sedang, sebab itu rang undang-undang ini sangat penting. Silakan Yang Berhormat Jerantut.
Ya sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Bagan Serai menyatakan hak kerajaan negeri dipertahankan. Cuma saya ingin minta respons daripada Yang Berhormat Bagan Serai, dalam pelaksanaan undang-undang ini nanti, apakah yang akan berlaku pengulangan dari segi pertindihan kuasa misalnya. Kuasa Kerajaan Pusat mengadakan undang-undang, kuasa dari segi pelaksanaan terhadap undang-undang ini banyak kepada kerajaan negeri. Jadi kalau kerajaan negeri
merasakan kepentingan mereka akan tergugat dengan pelaksanaan, mungkin dari segi penguatkuasaan nanti tidak berjalan seperti mana yang sepatutnya. Contoh, tadi Yang Berhormat Bagan Serai mengatakan ada resolusi untuk mengharamkan import minyak sawit dari Malaysia, yang ini ada kaitan dengan pemusnahan hutan yang tidak dilakukan oleh kerajaan tetapi mungkin dilakukan oleh pengusaha-pengusaha hutan yang mungkin memanipulasikan undang-undang ataupun peraturan, ataupun penguatkuasaan yang ada, yang menyebabkan ia memberi sumbangan kepada kemusnahan hutan. Sedangkan hutan yang dirancang untuk dibangunkan oleh kerajaan mengadakan ladang-ladang sawit, tidak termasuk dalam kategori ini. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Serai dari segi penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang perkasa tetapi dari segi pelaksanaannya ada kelemahan atau di mana-mana ini akan mengulangi balik keadaan sebelum undang-undang ini diadakan.
Jadi minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih.
Satu pandangan yang baik Yang Berhormat Jerantut. Saya mohon pandangan ini dimasukkan dalam perbahasan saya juga. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tak gunalah kalau kita ada undang- undang kita tidak laksanakan dan kalau kita tidak ada penguatkuasaan. Tentang pertindihan umpamanya tadi sekali lagi seperti mana Yang Berhormat Sungai Petani bertanya tadi, saya percaya Yang Berhormat Menteri ada jawapan yang khusus tentang perkara ini sebab di negara kita ini ada benda yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan ada hak-hak negeri yang perlu kita turuti. Ini undang-undang. Tidak bermakna kita akan eksploit tidak banyak akan menjadi kerosakan. Akan tetapi seperti saya hendak ulang sekali lagi, masalah yang timbul ini sebenarnya adalah disebabkan kerakusan manusia dan ketamakan manusia yang tidak mempedulikan tentang kehidupan yang sebenarnya. Tuan Yang di-Pertua, jadi banyak lagi tentang perkara kalau kita bincang tentang sumber asli, penjagaan sumber asli, kesan-kesan kalau tidak ada penjagaan dan juga tentang penghantarannya ke luar negara umpamanya. Saya sudah ada sebut dulu sekali tentang ketum ini. Ketum ini menjadi satu agenda yang kontroversi, tidak selesai- selesai. Kalau kita lihat dengan ketum ini ada banyak kebaikannya sebenarnya. Orang sudah lama pakai dah. Saya selalu tanya sejauh manakah kajian dilakukan. Ataupun sejauh manakah kajian yang kita kata clinical trial untuk manusia tentang kebaikan ini? Negara luar sudah mula pakai. Ada kita dengar berita-berita di luar negara contohnya di US, penggunaannya untuk menahan kesakitan. Penggunaannya untuk pelbagai perkara dan kebimbangan kita dia tarik di sini senyap-senyap, dia bawa sana dia buat kajian, dia minta paten. Hari ini siapa untung? Barang kita punya, untung dia punya. Tidak ada undang-undang. Inilah kepentingan yang kita katakan rang undang-undang ini adalah sangat penting yang perlu kita sama-sama setuju dan kita luluskan supaya perkara-perkara ini terjaga. Banyak lagi contohnya tentang permit R&D. Kalau saya sebut di sini tentang permit, sebab apa bila kita buat MOU umpamanya, buat perjanjian umpamanya, perlu ada perjanjian yang jelas dan yang jitu tentang perjanjian sesuatu produk yang diambil dari negara kita, yang dibuat uji kaji, dibuat kajian dan sebagainya untuk kebaikan manusia dan kebaikan dunia. Apabila ada keuntungannya nanti, apabila wujudnya satu produk yang baik nanti, bagaimana tentang keuntungannya pula? Adakah ia memberikan keuntungan kepada pembeli, kepada rakyat? Adakah memberikan keuntungan kepada negara kita ini untuk sokong penjagaan biodiversiti kita ini? Apa yang saya hendak nyatakan Tuan Yang di-Pertua, kalau perjanjian ini tidak jelas dan tidak dimuktamadkan dengan betul dan tidak dikawal ataupun di-monitor dengan betul, maka kita bimbang seperti yang kita sebut-sebut tadi ada undang-undang, pelaksanaan tidak jelas. Ada undang-undang, pelaksanaan tidak tepat. Maka jadilah benda ini ulang dan ulang dan ulang lagi. Banyak perkara kalau kita cakap tentang alam sekitar hari ini. Surat saya ingin tanyakan tentang penjenamaan pokok kebangsaan yang masih tidak diwujudkan. Ini satu lagi yang berkaitan dengan biodiversiti. Juga tentang umpamanya saya pernah sebut dalam perbahasan-perbahasan dahulu tentang Ramsar site . Ini tentang biodiversiti. Saya ada sebut dahulu kalau saya sentuh Ramsar site saya pernah bertanya kepada kerajaan dan pada kementerian, bila Ramsar site— ini pernah dijawab oleh Menteri pun. Adakah Ramsar site akan diwujudkan di utara Malaysia? Di utara Malaysia tidak ada. Tempat-tempat lain bagus.
Bagaimanakah peningkatan dari segi infrastruktur, daripada kemudahan pengiktirafan dunia? Pemberian kewangan terutamanya untuk menjaga kawasan- kawasan kita hari ini. Contoh di Bagan Serai, saya sebut tentang Kuala Gula, suatu tempat yang ada penjagaan marin umpamanya. Kehidupan laut. Burung-burung hijrah, pokok-pokok bakau dan sebagainya. Ini semua sumber asli. Sumber asli. Kalau kita lihat daripada orang yang datang sahaja ramai orang dari luar negara. Orang Malaysia pun tidak nampak di tempat itu. Jadi ini satu perkara lain. Jadi Ramsar site satu perkara yang perlu diberi perhatian kepada rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh serta memberi cadangan supaya kita mewujudkan Natural History Museum. Ini tidak ada lagi ini. Kita lihat di negara luar yang biodiversitinya lebih rendah daripada kita telah wujud Natural History Museum yang mana sedia research centre, tempat penyelidikan, tempat spesimen-spesimen disimpan, tempat bagaimana inovasi dikeluarkan. Apakah kerajaan akan bersedia untuk membuat Natural History Museum? Nanti ada orang tanya pula mana hendak dapatkan dana. Dana kerajaan tolong. GLC ada. Swasta ada. GLC dan swasta syarikat-syarikat yang berkaitan, yang ada hubung kait dengan hutan, yang ada hubung kait dengan haiwan, maka tampillah ke hadapan. Tampil untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada perkara-perkara macam ini, biodiversiti. Ini yang kita hendak wujud. Kita hari ini hendak negara maju, negara maju buat macam mana? Negara maju, masyarakat swasta ia punya syarikat yang tidak berkaitan kerajaan memberi bantuan untuk R&D, memberi bantuan pada universiti. Tidak timbul dana universiti tidak cukup kerana mendapat sokongan yang padu untuk menterjemahkannya dalam kejayaan umpamanya. Jadi sudah sampai masanya kerajaan kita juga patut fikirkan tentang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan Bagan Serai peluang untuk berbahas ini— dapat peluang berbahas ini. Isu alam sekitar, isu pemanasan global, isu peningkatan karbon umpamanya adalah isu yang sangat-sangat saya minati. Saya ingin memberi tiga pertanyaan kepada kerajaan pada ketika ini.
Juga termasuk isu daun ketum.
Ya isu daun ketum itu saya sudah sebut. Saya pernah sebut dahulu itu. Kalau ketum kita dapat buat betul-betul ujian mungkin ketum akan menjadi satu perkara yang sangat berguna dan mendatangkan keuntungan kepada negara. Ramai orang buat business cari yang betul.
Yang Berhormat Sibuti minat ini.
Yang Berhormat Sibuti minat sebab Yang Berhormat Sibuti Tuan Yang di-Pertua, dia pernah minum ketum.
[Dewan ketawa]
Kita dengar confessionnya.
Ya, sila.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apabila dikatakan ketum ini sebab ketum ini sudah lama diguna pakai oleh kawan-kawan kita di Semenanjung dan kebanyakan daun ketum ini dan airnya diminum sebagai ubat. Mencergaskan, untuk menahan badan mereka apabila mereka hendak ke laut, mereka dapat kuat lagi daripada— bukan sebagai dadah. Apa ang menjadi masalah sekarang orang buat air ketum campur yang lain campur ini campur itu mengkhayalkan. Oleh sebab itu saya masih bertegas sebab saya pernah juga menggunakan air daun ketum dengan hanya mencium sahaja saya jadi cergas. Boleh driving. Ini cerita benar itu. Cium sahaja. Dari Miri boleh sampai ke Mukah, dari Mukah sampai ke Kuching. Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa daun ketum ini tidak berbahaya kecuali disalah guna pakai. Bagaimana yang cerita Yang Berhormat Bagan Serai kerana Yang Berhormat Bagan Serai mungkin ada juga menggunakan ketum untuk memberi makanan-makanan, herba yang dia edarkan kepada kawan-kawan kita di Parlimen ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Serai, Kota Raja.
Ya, sila Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya pun juga berminat sebenarnya dengan isu biodiversiti ini. Tadi Yang Berhormat Bagan Serai menyebut bagaimana produk ataupun tumbuhan dari negara kita kemudian dibawa balik dikaji dan kemudian dipatenkan. Kita tahu bahawa di dalam penyelidikan moden ini biasanya penyelidik- penyelidik cuba mencari active ingredient there kepada sesuatu herba itu. Ini memakan masa. Akan tetapi sebenarnya apa yang berlaku, perubatan tradisional dalam negara kita yang sudah lama ada tidak didokumentasikan dengan baik. Jadi bagi saya, saya merasakan bahawa kita tidak ada satu institusi penyelidikan herba tempatan termasuklah flora dan fauna daripada hutan kita dan selagi kita tidak ada satu institusi yang khusus, maka kita akan mengalami kekurangan pakar- pakar biodiversiti ini. Begini pun di dalam biodiversity centre itu satu, natural history itu satu tapi mengkajinya dan mengkajinya bagaimana untuk digunakan dalam masa yang singkat seperti yang telah digunakan oleh perubatan-perubatan tradisional kita. Saya bagi contoh misalnya kunyit dan banyak lagi bahan-bahan yang telah digunakan secara tradisi.
Masa kita belajar dalam perubatan dulu, termasuk Yang Berhormat Bagan Serai, kita tidak pernah kenal bahan-bahan ini. Akan tetapi apabila kita sudah hidup dan praktis ya, kita dapati ramai daripada doktor-doktor allopathic sekarang ini sudah beralih kepada juga campur dengan alternative medicine ini. Jadi, saya ingin bertanya, setakat sekarang ini adakah kerajaan tidak mahu menubuhkan satu institusi untuk mengkaji dengan dalam penggunaan herba-herba tradisional ini secara saintifik? Oleh kerana kita memberatkan kepada apa kita panggil evidence based medicine tanpa kita perlu mengekstrak active ingredient, kita boleh mengidentify ataupun mengenal pasti herba- herba ini dan kemudian boleh menganjurkan penggunaannya. Oleh sebab saya risau dengan kegunaan perubatan moden sekarang yang semakin mahal, beyond our reach now. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Bagan Serai?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja dan terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Itu Tuan Yang di-Pertua, tengok baru cerita ketum, cerita kunyit, nanti macam-macam keluar lagi nanti. Oleh sebab itu kita katakan tadi negara Malaysia yang kaya dengan biodiversiti, megadiversity. Ada banyak lagi, kita perlukan kepakaran ini dan mungkin contohnya FRIM, kita tidak sepenuhnya lagi, belum maksimum lagi yang ada di FRIM, pakar-pakar yang ada di FRIM umpamanya, untuk membuat kajian-kajian ini. Pakar-pakar yang ada di universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, research universiti yang ada dekat Malaysia hari ini. Macam saya sebutkan tadi tentang penjenamaan pokok kita ini. Contohnya pokok hutan kita, pokok hutan kebangsaan, kita tidak ada. Apa dia bunga kebangsaan? Apa dia bunga kebangsaan? Mungkin ada di antara rakyat yang tidak faham bunga kebangsaan, bunga raya. Kalau pokok hutan kebangsaan kita tidak ada umpamanya. Kalau kita ada pokok cengal umpamanya, jenis pokok hutan kebangsaan. Oleh sebab kita ini negara megadiversity, kita patutnya ada satu, kita ada benda perkara macam ini. Itu sebab saya nyatakan tadi tentang natural history museum yang telah diwujudkan di tempat-tempat lain. Tuan Yang di-Pertua, beberapa pertanyaan sudah yang saya hendak teruskan kepada kementerian. Saya hendak tanya tentang kes-kes kecurian hasil biodiversiti negara dan yang telah dipatenkan oleh pihak saintis, mahupun penyelidik dari luar negara. Ada tidak sebenarnya, berapa? Apakah perkembangan terhadap kes sedemikian dalam mendapatkan kembali hak paten tersebut kepada negara? Bolehkah kita buat? Perkara kedua ialah tentang hendak tanya bentuk kajian dan penyelidikan serta penerokaan biodiversiti ataupun kita sebut bioprospecting yang sedang dilaksanakan oleh para penyelidik dengan menggunakan Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) terhadap sumber biodiversiti negara yang mampu diketengahkan serta dipatenkan untuk kegunaan global. Akhirnya, berapakah jumlah kes penerokaan haram yang telah berjaya dipatahkan operasinya oleh kementerian bersama penguat kuasa sejak 2015 umpamanya. Apakah langkah-langkah ataupun tindakan kementerian bagi jangka masa yang panjang untuk memperbanyakkan jumlah tumbuhan, pokok yang mendatangkan faedah dari segi perubatan dan sebagainya, contohnya tanam pokok lebih kah dan sebagainya.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rasa rang undang-undang ini satu rang undang-undang yang sangat penting untuk kehidupan itu sendiri. Antara perkara yang perlu sekali kita beri penekanan ialah rakyat mesti sedar dan insaf dan kerajaan mesti banyakkan membuat lagi kempen-kempen supaya kita sedar dan insaf, kita negara megadiversity. Kita bersyukur anugerah Ilahi, ini akan jadi sumber pendapatan dan kita akan jadi famous dan sebagainya, kita boleh meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan dengan lebih hebat lagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi, Bagan Serai menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Dalam isu ini, saya tidak akan panjang lebar seperti kawan baik saya Yang Berhormat Bagan Serai. Saya biasanya straight to the point sahaja. Saya akan bentangkan empat perkara. Saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini berhubung dengan United Nations Conference on Environment and Development ataupun Rio Summit yang telah ditandatangani oleh negara kita pada tahun 1992, masa itu saya di universiti. Saya ingat sangat Rio Summit ini. Nampaknya, perkara ini timbul kembali selepas hampir 24 tahun sebab ratification 1993, sekarang 2017, 24 tahun kemudian. Isu pertama saya adalah mudah, bukannya susah sangat. Kenapakah rang undang-undang ini mengambil masa yang begitu lama untuk dikemukakan di Parlimen? Sehubungan itu, apakah status Implementation Convention Rio Summit oleh negara-negara lain? Saya difahamkan terdapat 168 negara yang telah menandatangani Konvensyen Rio. Berapakah bilangan negara yang telah ratifikasikan konvensyen tersebut dan terus meluluskan undang- undang berkenaan untuk negara mereka masing-masing? Menurut laman web Convention of Biological Diversities, sebuah badan bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun United Nations. Laman web ini menyatakan bahawa hanya segelintir negara yang telah mengambil langkah positif untuk melaksanakan syarat-syarat Konvensyen Rio atas nama biodiversiti. Bukan semua dan tidak dicakapkan berapa yang buat undang-undang. Nampaknya, kita satu-satunya yang- we are one of the very few that is passing a law, dengan izin. Saya tidak dapat mencari senarai negara lain. Saya harap Menteri boleh memberitahu kita negara mana yang telah melakukannya? Ini penting kerana ini memang soalan yang patut kita dengari, consider baik-baik. Adakah matlamat undang-undang ini ialah untuk kita mengejar negara-negara lain yang telah melakukan rang undang-undang yang bersama ataupun adakah kita ketinggalan dari segi saintifik? Maknanya, kita terpaksa buka kepada negara- negara barat yang lebih maju, Jepun, untuk melakukan kerja-kerja biodiversiti. Dengan izin, is this the case of Malaysia catching up to the rest of the world or are we opening up to enable more developed countries to exploit our biological resources? Saya harap Menteri memberi penjelasan tepat supaya Dewan ini boleh memperoleh konteks sepenuhnya rang undang-undang ini. Adakah ini untuk tolong kita atau tolong orang luar? Sekiranya hutan-hutan kita dieksploitasi, adakah ini satu tanda bahawa bahan bidang sains dan teknologi negara kita masih lemah dan tidak mampu menjalankan kajian atas sumber-sumber biologi dan pengetahuan tradisi kita sendiri. Saya ingin juga bertanya, berapakah jumlah paten yang telah dikeluarkan oleh Malaysia ataupun universiti-universiti Malaysia dalam bidang biodiversiti dan pengetahuan tradisi tempatan? Ini tidak termasuk produk-produk seperti kopi tongkat ali lah, teh kacip fatimah. Maknanya, saya hendak tahu produk-produk seperti ubat-ubatan kanser atau ubat-ubatan penyakit imunisasi seperti AIDS. Dalam 24 tahun ini, yang kita menandatangani Konvensyen Rio, kita keluarkan berapa paten? Sepuluh kah, seratus kah atau seribu? Itu penting sangat. Kalau kita keluar sepuluh, itu bermakna kita ada masalah besar dari segi scientific research. Kalau kita ada 1,000, kita tidak payah pun minta dibukakan hutan-hutan kita, pengetahuan tradisi kita kepada orang luar. Itu isu pertama saya dan saya sekarang beralih kepada isu kedua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini nampaknya tidak merangkumi petani-petani kecil. Di dalam rang undang-undang ini jelas dikatakan exclusion of small farmers. Memandangkan rang undang-undang ini tidak memberi definisi petani kecil, saya merujuk kepada Protection of New Plant Varieties Act 2004. Dengan izin, saya bacakan definisi petani kecil. “A small farmer is a farmer whose farming operation do not exceed the size of holding as prescribed by the Minister”.
Ini adalah satu definisi kosong. It is not even a definition, dengan izin, ya. Apakah saiz kebun yang diguna pakai oleh pihak kerajaan? Itu soalan penting. Kalau kita hendak exempt petani kecil daripada rang undang-undang ini, beritahu kita. Adakah petani kecil seorang yang mempunyai satu ekar sahaja, 10 ekar, tiga ekar? Definisi mesti solid kerana tanpa definisinya kita tidak tahu sama ada rang undang-undang ini boleh diguna pakai dari segi Rio Summit. Dengan izin, is the definition of small farmers in compliance with the terms of the Rio Summit? Oleh sebab kita ke sini dengan rang undang-undang ini untuk mengatakan kita akan ikut apa yang telah dipersetujui di Rio Summit. Saya minta penjelasan daripada pihak Menteri sebab tidak jelas langsung di dalam rang undang-undang ini dan juga tidak jelas langsung di dalam the New Plant Varieties Act 2004.
Perkara ketiga saya adalah mengenai isu commercialization of bio resources. Saya rujuk kepada tajuk rang undang-undang ini iaitu “Perkongsian Faedah”. Apakah maksudnya? Di manakah formula perkongsian faedah ini? Apabila kita bincangkan perkara perkongsian faedah, biasanya kita dapat satu ratio— 50:50, 70:30— tetapi ratio tersebut tidak tertera di dalam rang undang-undang ini. Adakah ini bermaksud perkongsian faedah ini tertakluk kepada discretion dan piecemeal basis oleh Menteri sendiri? Sekiranya ia bermakna setiap eksploitasi sumber-sumber kita tertakluk kepada kuasa budi bicara mutlak Menteri, it is not a good example. Saya bagi satu senario. Katakan kita ada ubat kanser, kita panggil ubat kanser A. Malaysia dapat 20 peratus daripada keuntungannya. Untuk ubat kanser B, kita dapat 50 peratus. Maknanya, adakah ini adil? That is seen to be too much discretion, dengan izin ya. Dengan izin, what is the baseline and what is the guideline? Kita tidak boleh membenarkan perkongsian ini tertakluk kepada budi bicara Menteri sahaja. Jadi satu garis panduan perlu diwujudkan di dalam rang undang-undang ini. Jika garis panduan tersebut menetapkan perkongsian faedah dalam lingkungan 30 peratus ke 50 peratus, itu munasabah. Yang Berhormat Bagan Serai mesti tertanya, “If you are sharing, what am I sharing?” Mana guideline dia? Selagi kita beri kuasa budi bicara berlebihan kepada Menteri, ia akan menyebabkan masalah-masalah biasa seperti good governance, corruption, undue influences. Saya berikan contoh. Katakan Menteri baik kita adalah seorang pemegang saham GlaxoSmithKline, syarikat terbesar di dunia daripada segi perubatan. Glaxo mari ke hutan kita cari satu benda exploit sumber biologi itu. Kemudian, Glaxo kata kena bayar 10 peratus sahaja. It is a small profit sharing. Tidakkah ini menimbulkan satu situasi conflict of interest yang tertera? Oleh itu, saya syorkan dengan sekeras-kerasnya satu garis panduan profit sharing perlu diadakan di dalam rang undang-undang ini, dan saya kata 30 peratus ke 50 peratus sebagai satu panduan yang baik. Sehubungan dengan perkara ketiga, iaitu perkara keempat saya, ialah siapakah yang akan menerima faedah daripada perkongsian ini? Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Jerantut tadi sudah cakap, apakah kerajaan negeri akan dapat. Ini penting sebab hutan-hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan Kerajaan Pusat. Jadi dalam rang undang-undang ini kena dicakapkan ataupun dituliskan berapa sebenarnya negeri-negeri dapat. Adakah Kelantan kena dapat berapa peratus, Pahang— ya, ini penting. Isu terakhir saya sebab saya rasa masa sudah overtime. Saya conclude sajalah. Saya merujuk kepada huraian rang undang-undang ini di mana terdapat isu tentang implikasi kewangan. Tuan Yang di-Pertua, huraian berkata rang undang-undang ini akan melibatkan perbelanjaan wang tambahan tetapi tidak dapat ditentukan sekarang. Kalau Menteri tidak tahu jumlah perbelanjaannya, mengapa bentangkan rang undang-undang ini? Dengan izin, how many times must we read illogical explanations that will cost extra money but the amount is unknown? Menteri bertanggungjawab sepatutnya memberi satu anggaran. Kalau lari 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus, kita boleh terima. Tapi satu anggaran perlu dilakukan sebab isunya senang, bulan Oktober ini bulan bajet, bulan belanjawan. Menteri ada dua bulan lagi ini nak keluarkan bajet untuk rang undang-undang ini. Jadi saya minta Menteri dalam jawapan nanti, bagi kita tahu berapakah anggaran dia untuk kos program ini sebab tidak guna kita luluskan rang undang-undang ini tanpa bajet untuk melaksanakan. Itu saja, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kangar.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam Rang Undang- undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah ataupun RUU ABS 2017. Saya cukup yakin dan percaya bahawa pelaksanaan undang-undang akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah RUU ABS 2017 akan memberi manfaat dan faedah kepada negara kita dan akan memberi satu langkah transformasi yang lebih positif serta penambahbaikan yang mampu memanfaatkan semua pihak agar sumber biologi yang ada di negara kita terpelihara dan dikekalkan. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan satu negara yang memberi komitmen dalam memelihara sumber biologi. Pada 24 Jun 1994, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Kepelbagaian Biologi ataupun CBD. Antara objektif konvensyen ini ialah konservasi biodiversiti, penggunaan secara mampan dan perkongsian faedah yang bijak serta adil dan saksama dari segi sumber genetik. Di bawah konvensyen ini, satu Protokol Antarabangsa mengenai Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah iaitu Nagoya Protocol. Namun, Malaysia belum lagi menandatangani Nagoya Protocol kerana undang-undang ini perlu diwujudkan terlebih dahulu dan perkara-perkara yang digariskan dalam protokol tersebut perlu dipatuhi. ABS atau singkatan kepada akses sumber biologi ini bermaksud pengambilan sumber biologi daripada habitat semula jadi untuk sumber ini ditemui, disimpan dan ditanam bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan ke atas sumber genetik terbitan dan sebatian biokimia yang terkandung dalam sumber biologi tersebut. Oleh itu, keperluan RUU ABS 2017 ini adalah memastikan sumber biologi negara diakses dengan jaminan perkongsian faedah secara adil dan saksama, mengelakkan berlakunya aktiviti biopiracy. Seterusnya, ia menyediakan tatacara yang jelas kepada pengguna dan memberi sumber biologi tentang prosedur untuk mengakses sumber biologi dan pengetahuan tradisi serta perkongsian faedah. Faedah utama yang diperoleh dalam RUU ABS ini boleh digunakan untuk membiayai serta menyokong usaha konservasi biodiversiti negara. Tuan Yang di-Pertua, tujuan rang undang-undang ini ialah untuk mengawal undang-undang biodiversiti, untuk mengambil tindakan terhadap orang luar yang cuba mencuri bahan hutan kita untuk dipatenkan. Dalam ABS ini juga adalah memastikan faedah yang terhasil daripada kepentingan biodiversiti ini seperti ubatan tradisional dikongsi secara adil dan saksama untuk menjana kekayaan daripada sumber biologi. Salah satu isu dan statistik yang dijalankan oleh pihak kementerian, terdapat mereka-mereka yang masuk bertujuan untuk melancong dan terdapat juga pelajar luar negara yang masuk melalui universiti kita, mereka membuat kajian menggunakan sumber daripada hutan kita selepas itu ia dipatenkan di luar negara dan negara kita akan mengalami kerugian dari segi itu. Justeru itu, RUU ABS ini, bila diluluskan nanti, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan ke atas mereka. Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua persoalan yang ingin saya timbulkan iaitu pertama, mohon menyatakan sejauh manakah kerjasama dan penglibatan negara- negara di rantau Asia ini mengenai akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah melalui Nagoya Protocol? Keduanya, apakah peruntukan-peruntukan dalam ABS ini akan memberi faedah serta manfaat kepada negeri-negeri yang mempunyai sumber biodiversiti yang banyak?
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap agar undang-undang ini menjadi satu usaha murni dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menyelaras usaha negara untuk melaksanakan objektif ketiga Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang mmpromosikan perkongsian faedah ini yang adil dan saksama daripada penggunaan sumber biologi. RUU ini juga diharapkan agar kita dapat menambah dari segi ekonomi serta membangunkan sektor pelancongan yang kita harapkan berkembang di masa akan datang. Jadi saya menyokong RUU ini. Sekian terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang tidak dinafikan Malaysia antara 12 buah negara yang mempunyai flora dan fauna yang terbesar antaranya 15,000 spesies tumbuhan berbunga iaitu lebih 10 peratus daripada spesies dunia. Antaranya ada bunga yang terbesar, Rafflesia dan ada pokok yang tertinggi iaitu pokok Tualang yang menjadi satu brand, madu Tualang kerana lebah suka hinggap di pokok Tualang, 175,000 spesies haiwan iaitu lebih daripada 15 peratus seluruh dunia, 3,000 spesies orkid yang difahamkan baru-baru ini ada satu spesies orkid di Sarawak yang boleh diekstrak menjadi bahan anti-HIV, 1,000 spesies rama-rama, 730 spesies burung, 300 spesies mamalia dan 350 spesies reptilia. Kita mempunyai berbagai-bagai jenis hutan umpamanya hutan hujan tanah rendah, hutan bakau, hutan paya, hutan bukit, hutan bukit kapur dan sebagainya. Kita juga mempunyai terumbu batu karang yang luas dan berbagai-bagai spesies hidupan yang menarik dan cantik. Saya berharap kementerian berusaha mengekalkan sumber biologi negara dengan merujuk kepada Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016- 2025 yang difahamkan terbahagi kepada kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem. Akan tetapi saya perlu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, tujuan utama akta ini dibentangkan seolah-olah akan memberi peluang pihak-pihak tertentu mengeluarkan spesies dalam sumber biologi kita untuk tujuan komersial asalkan ada lesen. Daripada satu aspek, saya setuju kerajaan mengawal pengeluaran hasil kepelbagaian biologi ini kerana saya nampak tidak adil, tidak adil langsung mereka yang tidak langsung mengeluarkan kos untuk memelihara sumber biologi, tiba-tiba mengaut kekayaan tanpa membayar cukai kepada kerajaan. Apakah fees yang akan dikenakan setimpal dengan keuntungan yang mereka perolehi nanti serta aspek lain yang saya kira kita masih perlu preserve atau memulihara sumber biologi kita kecuali untuk tujuan pendidikan, penyelidikan dan ekopelancongan. Apakah kementerian akan mengambil kira atau memberi pelindungan kepada spesies- spesies sumber biologi yang boleh memberi nilai perubatan seperti Tongkat Ali sebagai anti malaria, orkid dari Sarawak sebagai anti-HIV? Spesies-spesies ini diharap, tidak dibenarkan dengan sewenang-wenangnya dibawa keluar negara dan dipatenkan di luar negara sebagaimana yang sahabat-sahabat lain telah sebutkan tadi. Begitu juga saya berharap kecantikan kepelbagaian biologi terumbu karang yang menjadi tapak pembiakan ikan tidak diganggu dengan mudah walaupun nanti boleh diberi lesen. Saya juga berharap kementerian dapat mengawal sumber biologi negara kita terutama untuk pembangunan dan perladangan yang melibatkan kawasan tadahan dan tidak boleh dibenarkan pembukaan hutan berleluasa hingga menyebabkan banjir kilat dan sebagainya. Persoalan kedua, adakah sumber biologi yang dirujuk dalam akta ini hanya tertumpu kepada spesies asal sama ada dalam hutan, paya, bukit atau laut atau ia juga merangkumi hasil tanaman pertanian dan hasil perikanan yang benihnya dihasilkan daripada teknologi moden seperti melalui bioteknologi? Akhir sekali, saya juga bimbang kemampuan kementerian dalam menyediakan penguat kuasa dalam melaksanakan akta ini. Sebagai contoh, selama ini, apabila kita membangkitkan mengenai pencerobohan hutan kepada jabatan hutan daerah, maka jawapannya tidak ada renjer yang cukup. Sekian, terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 ini. Saya ambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana saya lihat pendekatan yang begitu agresif untuk mengadakan akta ini dan bukan sahaja apa-apa sahaja berkaitan kementerian ini, nampak memberi satu impak yang positif. Saya rasa mengikut United Nations Convention on Climate Control dan selepas itu disusuli dengan berbagai-bagai konvensyen berkaitan dengan biodiversiti, Convention on Biological Diversity (CBD), kita ada Cartagena punya protokol dan akhir ini kita ada
Nagoya Protocol yang mana kita juga hari ini, saya harap dengan persetujuan daripada Dewan ini, kita akan membuat resolusi menyokong dan dengan itu, akta ABS ini boleh kita enforce sebagaimana kita tahu tadi 2010 sudah buat ratification tetapi kita tidak dapat gerakkan tetapi dengan ada kementerian mengambil pendekatan produktif, saya mesti rakam di sini, ucapan tahniah kepada kementerian dan kerajaan kerana mengambil pendekatan yang totally, pendekatan baru untuk kita melihat potensi kita sebagai negara yang mempunyai aset biodiversiti yang begitu besar sekali. Rakan sebut tadi kita nombor 12 dalam dunia mega biodiversiti. Kalau kita hendak memahami apa maksud mega biodiversiti ini, contohnya di tempat saya Tuan Yang di-Pertua, kita ada wetlands, kita ada bakau. Kita dahulu konvensyen 1971 Ramsar, di Iran kita ambil dan hari ini alhamdulillah, sebahagian daripada bakau kita terjaga baik. Saya pernah menelusuri Sungai Kota Tinggi. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat hendak ikut beritahu saya, kita boleh menelusuri bersama-sama, kita dapat perhatikan dari segi wetland ini, bakau ini sebahagian daripada biodiversiti kita yang begitu tinggi nilainya. Dapat menampan tsunami contohnya, dapat mengawal pengeluaran carbon monoxide, mengeluarkan oksigen yang tinggi. Di samping itu, saya difahamkan burung-burung daripada Siberia datang ke tempat saya di wetland ini hendak makan ikan belacak, antara makanan yang menjadi minat mereka dan binatang ini terbang beribu-ribu batu untuk hadir dan bukan sahaja di Kota Tinggi, di Putrajaya pun kita ada Heron. Kita ada bird sanctuary yang mana kita lihat dengan bangau-bangau Heron dan siapa pernah tengok Heron ini, dia punya paruh lebih besar dari badan, besar-besar. Ini satu lagi petanda bahawa kalau kita punya biodiversiti tidak bagus, binatang ini dia tidak ada politik, dia tidak ada fikir panjang-panjang. Kalau tempat itu bagus, dia datang. Itu sebabnya kita mempunyai pusat tumpuan ini dan saya rasa pendekatan kerajaan untuk kita ada akta macam ini, kita ada kerangka-kerangka kerja yang menepati patuh konvensyen peringkat dunia, maka saya rasa ini yang patut kita perkasakan. Memang banyak negara– kita ini sign konvensyen macam-macam. Kalau biodiversiti ini kita tahu Amerika pun baru-baru ini di Paris dia keluar balik. Dia pun go ahead, go a stern tetapi kita konsisten. Sejak dari dahulu kita masuk, kita hantar depositary kita punya intention beberapa tahun kemudian ratify tetapi pelaksanaan untuk jadi akta memanglah ini satu perkara yang memang sukar. Banyak negara pun tidak dapat follow setakat sign konvensyen.
Akan tetapi saya setuju tadi pandangan— mana tadi mengatakan kita adalah sebuah negara yang memang ke hadapan dari seginya itu sebab usaha yang berterusan ini mesti diteruskan. Akta ini satu pembuktian bahawa kita serius untuk memastikan bahawa elemen-elemen yang berkaitan biodiversiti ini dapat kita kekal dan kita dapat meraih potensinya. Salah satu kebaikan ABS ini ialah akta access, benefit and sharing ini yang diprotokolkan di Nagoya ialah untuk memastikan biodiversiti ini dapat kita guna dalam keadaan mapan, sustainable dan ia memberi pulangan yang baik masa depan, untuk anak cucu kita. Kita ini kadang-kadang cerita hari ini. Kita kena melihat 30, 40 tahun yang akan datang. Memang ambil masa sikit 15 tahun untuk kita rectify ataupun enforce tetapi kita perlu melihat undang-undang, kita perlu melihat keperluan-keperluan kita dan keperluan kita ini banyak, diverse. Jadi, saya ingat pandangan saya Yang Berhormat Kelana Jaya itu saya setujulah kena buat untuk satu bajet tetapi sebenarnya hendak buat sekarang ini, rangka- rangka ini memang amat sukar kerana keperluannya begitu diverse. Nama pun diverse. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya memahami pihak kementerian telah berinteraksi dengan pihak negeri. Kita- satu lagi negara kita ini kita ada keperluan tanah, air dan biodiversiti ini milik kerajaan negeri. Itu satu lagi perkara yang kita kena ambil kira dan juga kena ada pendekatan berhemah, wisdom dan win-win situation. Itu sebabnya perkara tidak mudah. Apabila saya membaca akta ini memang tidak mudah. Termasuk juga perkara-perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Kelana Jaya tadi fasal pekebun kecil. Setahu saya pekebun kecil ini kalau ikut konvensyen biasa 40.66 hektar ke bawah. Itu standard norm lah. Kalau pekebun kecil ini small holder, dia 100 ekar ke bawah atau 40 hektar ke bawah. Jadi mungkin itu menjelaskanlah tetapi bukan saya hendak jawab, ini Yang Berhormat Menteri kena jawab. Akan tetapi yang penting sekali di sini interfacing ataupun engagement dengan kerajaan negeri amat penting untuk memastikan persetujuan win-win supaya ABS ini dapat digerakkan dan dengan kadar segera. Kalau boleh ABS ini dapat digerakkan, kita boleh sign enforce protocol yang kita setuju yang sudah berbelas tahun ini.
Dulu masa Rio, Rio 1992 saya pun ingat saya pun belajar juga sama dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Rio ini kita buat forest cover. Kita dituduh deforestation, tebang hutan. Akan tetapi hari ini saya— tahun lepas saya pergi Brussels, tanya soalan sama juga. Kita punya forest cover hari ini 55 to 56 percent, tidak termasuk sustainable medium long term punya cultivation macam yang kelapa sawit atau getah. Itu another 17 percent. Kalau campur 17 dengan 56 ini, 73 percent. Kalau 73 percent, kalau tidak silap sayalah kita antara negara paling tinggi sekali di dunia yang ada forest cover. Walaupun kita siang malam kena bantai dengan teruk. Saya biasa Tuan Yang di-Pertua, saya pergi— saya dulu belajar dekat Amerika, saya tengok jalan-jalan tidak jumpa pokok. Baru tahun lepas ini saya ada peluang pergi ke negara Eropah. Dua, tiga melawat naik bas. Saya tengok di situ dia punya tourist operator itu dia cakap, “This is our forest”. Rupanya forest dia sekelompok-sekelompok, yang ada paling banyak pokok zaitun. Itu pun cultivation, dia tidak ada pokok. Eropah ini cakap banyak, pokok pun tidak ada. Kita ini 73 percent forest cover kena bedal siang malam. Jadi saya pun confused-lah, saya pun confused tidak faham. Selepas itu kita pula dari segi forest cover ini, kita bukan tanam pokok yang kita tanam macam cash crop dekat sana, Tuan Yang di-Pertua. Dia tanam pokok cash crop summer rapeseed kah, corn oil kah apa semua. Kita ini tanam pokok 25 tahun, 30 tahun. Siap ada flora dengan fauna dia sekali. Ada monyet, ada burung hantu dan macam- macam. Jauh berbeza dengan mereka. Mereka tanam cash crop ini tiga bulan, ambil hasil selepas itu di biar kosong. Selepas dua bulan, bajak balik. Selepas itu tanam. Maknanya dia pokok sudah tidak ada. Jadi kalau kita tengok dari segi Rio, selepas itu kita tengok Protokol Ramsar 1971. Kita antara negara yang paling— di Lembah Danum, di Belukar Durian, di Gelang Patah. Tengok kawasan-kawasan wetland kita. Jauh lebih baik kita bandingkan bagaimana dia manage dekat tempat lain. Jadi mesej saya, kita kena yakin jugalah kebolehan kita, kemampuan kita. Jadi kita ada asas untuk mengatakan kita membuat satu rangka undang-undang yang bukan kosong, kita don’t pluck from the air. Kita ada kemampuan, keyakinan dan kita laksanakan. Cuba pergi dekat Parit, dekat Dinding sana saya tengok, kawasan bakau dia pun cantik. Jadi saya tengok ada beberapa perkara yang kita rasa kita ke depan, itu sebab rang undang-undang ini kita buat semata-mata kosong tetapi mempunyai keperluan lain. Itu pertama. Keduanya, dari segi benefit and sharing ini saya amat bersetuju. Begitu besar potensi mega biodiversiti ini. Mega biodiversiti anggap lebih besar. Saya dengar dulu, mungkin saya dengar tidak berapa tepat. Ada orang dia ambil produk kita, tiba-tiba jadi nama lain. Kita hendak elakkan produk-produk biodiversiti ini daripada dicuri, dikeluarkan. Sama ada kita tidak mempunyai kemampuan penuh, itu saya tidak boleh jawab. Akan tetapi kita biasa menang. Malaysia ini negara kita kalau buat konvensyen kah, kalau research kita menang. Medal banyak dulu, saya ingat MPOB menang, PORIM Research. Kita mempunyai kapasiti. FRIM pun ada menang. Cuma masalah kita hendak translate jadi komersial yang problem. Kalau kita dapat commercialize it in a way dalam tatacara yang menguntungkan semua dan protect our interest, saya ingat akta-akta ini kita kena sokong seratus peratus. Oleh sebab kalau kita cakap kita tidak jaga,, maka produk biodiversiti ini hilang sebenarnya it’s a lost-lost situation for everybody. Akan tetapi kalau kita kata kita satu kerangka yang kuat dan kerangka ini comply dengan international regulation, kita akan menang, kira menang-menang. Bukan sahaja menang, multifaceted. Satunya kita bangunkan commercial potensi kita. Keduanya, dapat empowerment kepada research development kita. Ketiga, kita dapat menyumbang segala potensi kepada kerangka dunia dan keempatnya kita beritahu mereka dalam dunia we are the premium one. Kita yang menerajui dalam banyak hal. Jadi dari segi ini mungkin kita kena melihat kerajaan— saya tahu, saya sudah baca ini memang banyak technical, dari bahagian teknikal tersebut. Akan tetapi dari segi dasarnya, kita kena perkasakan lagi, kita kena ada proper allocation untuk marketing commercialization dan of course, before ini dapat buat kita kena luluskan kerangka ini dahulu. Supaya kita dapat dalam the right footing dan hala tuju kita jelas apa kita hendak buat dengan mega diversiti yang kita ada. Saya ingin hendak sentuh beberapa perkara. Kita ini konvensyen kita comply dengan COP kah, Conference of the Parties, kita comply dengan Cartagena tadi, dengan Nagoya. Kita dengan Kyoto, kita sokong Amerika resign. Selepas itu di Paris baru-baru ini Amerika keluar. Jadi dia “go-ahead gostan, go-ahead gostan” kita yang susah. Akan tetapi don’t worry, itu pedulikan mereka. Kita ada biodiversiti yang paling banyak, dia
sudah tidak ada hutan. Kita lebih penting. Itu sebabnya kita ambil masa sikit enam tahun, tujuh tahun. Kita juga pengalaman kita ambil supaya kita melihat dengan lebih menyeluruh, merangkumi keperluan-keperluan kita dahulu. Of course, saya sebut tadi kita ada sembilan negeri. Dua lagi Sabah dan Sarawak sudah ada undang-undang. Ini mesti diharmonikan supaya niat utama itu bukan federal hendak mengekang tetapi federal hendak facilitate, memudahkan. Dalam keadaan ini negeri lebih jelas, federal dengan lebih jelas dan kita dapat exploit the full potential of kita punya biodiversiti yang kita ada pada hari ini. Saya hendak ambil kira sedikit, sekali lagi tentang pandangan. Kita ini masalah persepsi. Di persada dunia kita di pandang serong. Kita ini dilihat macam kita ini bakar hutan kita setiap hari. Padahal kita ada 73 percent forest cover. Padahal kita ada melibatkan small holder. Saya difahamkan 650,000 small holder yang below 100 acre. 650,000. Kalau satu family ada empat orang, sudah berapa juta. Akan tetapi ini yang kita ambil kira sebenarnya. Oleh sebab itu kita moving at our pace dengan kerangka kita untuk memenuhi keperluan kita sendiri, hutan kita sendiri. Kita comply dengan international sector but at the same time kita mesti comply atau satisfy keperluan kita sendiri. Itu sebabnya saya tengok kita menangani isu-isu contoh macam kelapa sawit, kita ada RSPO. RSPO ini ever changing goal, kita meet standard ‘A’ selepas itu dia naik lagi. Makna dia berniat tidak ikhlas. Maka kita adakan MSPO contohnya Malaysian Sustainable Palm Oil. Berterih-terih kita kena buat. We have 5.8 million hectares of kelapa sawit. Agaknya kementerian lain tetapi sama juga, we have to sustain them dalam keadaan membolehkan kita optimize kita punya potential, at the same time kita comply dengan isu itu. Akan tetapi kalau rule international itu berubah, kita mesti ada kekuatan sendiri. Itu sebab MSPO mesti mempunyai kekuatan sendiri yang kita akan buat, kita akan bina but it takes time a bit. Akan tetapi saya sokong kita kena buat ini semua. Kita juga dipandang untuk Sustainable Development Goals 2030, kita dicap sebagai deforester. Kita ini penyahhutanan. Itu sepatutnya kempen yang amat tidak baik. Dia kata kita ini merosakkan hutan. Padahal kita maintain very high percentage of forest cover tetapi dia kata kita merosakkan hutan. Kita sama-sama sebelah sana, sebelah sini— Yang Berhormat Kelana Jaya atau saya kita kena fight together to show that this activity will impact 650,000 small holders kita, tidak termasuk syarikat-syarikat besar dan melibatkan RM70 bilion pendapatan negara. Itu sebabnya apabila kita cakap dia ada kaitan di antara kita punya ABS ini dengan pandangan-pandangan negatif yang diberi, ditonjolkan di persada antarabangsa. Kalau mereka berjaya, tujuh million tan kelapa sawit tidak boleh masuk dalam Euro par contohnya. Kesannya akan jauh sampai ke akar umbi dan kita semua akan jadi mangsa termasuk yang duduk dalam Dewan ini. Itu sebab saya rasa kita— saya sebut ini sebab ini ada kaitan dengan Rio tadi, sebagaimana Yang Berhormat Kelana Jaya cakap dengan deforestation dan mereka merupakan kerangka-kerangka international. Kalau kita tidak involve pada peringkat permulaan untuk formulation, formulative kita akan jadi follower. Apabila follower, dia akan tidak memberi keuntungan kepada kita. Saya bimbang kalau kita tidak bersikap proaktif dalam keadaan ini, kita bimbang mereka akan letak pelbagai lagi kayu pengukur yang akan menyeksa kita, menyusahkan kita, menyusahkan rakyat kita. Itu sebabnya dia pakatan sekarang deforestation, penyahhutanan kita kena lawan besar-besaran sama ada peringkat kerajaan, saya ucap tahniah. Kerajaan hendak pergi ini— Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut members at Parlimens akan ke Brussels, ke Eropah dan kalau boleh NGO-NGO sama ada bawah kerajaan atau tidak, we unite on this common issue iaitu kita mesti pertahankan negara dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita bermasalah. Berbalik kepada ABS tadi, access, benefit and sharing ini dalam negara protokol...
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya mencadangkan supaya...
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Ya?
Hendak sambung?
Saya ada hendak sebut lagi ini.
Hendak sambung 2.30 ya?
Ya, sambung 2.30.
Baiklah, Yang Berhormat kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang dan Yang Berhormat Kota Tinggi akan menyambung perbahasan.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sila Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung semula perbahasan saya mengenai Rang Undang-undang ABS ini. Saya hendak menyebut sedikit tentang proses ABS ini. Insya-Allah kalau rang undang-undang diluluskan, ia akan berfungsi lebih dengan bersifat decentralization ataupun Federal akan undang-undang tetapi ia ada konsultasi di peringkat negeri-negeri. Di peringkat Pusat, ia lebih bersifat pemudah cara dan supervisory . Manakala di peringkat negeri pula, hasil-hasil mahsul negeri termasuk air, tanah dan hasil hutan termasuk juga barang-barang biodiversiti ini akan dapat digerakkan secara bersama. Dengan itu, dengan adanya Akta ABS ini, maka ada potensi apabila hala tuju yang jelas, kerangka kerjanya jelas, maka ada potensi untuk industri biodiversiti ini dikembangkan pada tahap yang lebih tinggi lagi. Dengan adanya akta ini, kita harapkan bahawa cerita-cerita biopiracy ataupun kehilangan bahan-bahan ini terlepas ke tangan lain dari segi patternship juga dapat kita hapuskan sama sekali. Kalau tidak dapatkan semua, sekurang-kurangnya kita mempunyai satu kerangka yang strict untuk memastikan kita tidak lagi hilang aset-aset biodiversiti ini. Kita tidak mahu esok, nama-nama contoh macam kacip fatimah, kita tengok dekat luar, nama dia lagi, labisia pumila, tetapi rupanya namanya kacip fatimah sahaja. Kenapa tidak kita namakan kacip fatimah di peringkat antarabangsa, sebab itu hasil kita. Begitu juga dengan tongkat ali. Kita panggil long jack. Saya pun tidak faham Tuan Yang di-Pertua, kenapa dia panggil long jack, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi itulah tongkat ali yang banyak di situ, juga ada di Amazon, tetapi ia popular di kawasan kita. Namun akhirnya penjenamaannya tidak mencerminkan itu aset kita. Jadi dengan adanya kerangka ini, maka biopiracy ini dapat kita kurangkan dan kita dapat mempertahankan warisan yang amat berharga, biodiversiti ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita bercerita tentang biodiversiti, tidaklah dapat kita tolak, kita mesti cerita tentang konservasi, conservation. Ini adalah kerana amat penting dalam arus kemajuan pembangunan yang begitu pesat, kita terpaksa guna tanah. Ada kawasan-kawasan tertentu kita terpaksa bangunkan. Akan tetapi dengan adanya kerangka kerja ini dengan kerjasama yang rapat antara Federal dan negeri, kita yakin program-program yang melibatkan konservasi dapat dipertingkatkan lagi. Saya yakin di peringkat-peringkat negeri ada badan-badan tertentu yang mengawal selia dan juga membangunkan hasil-hasil mahsul dalam negeri. Kalau ini dapat diseiringkan dengan pihak Federal, saya yakin program-program konservasi ini lebih jelas hala tujunya dan dapat digerakkan secara bersepadu dan bersama. Ini akan memberi satu mesej yang jelas bahawa kita, rakyat Malaysia memang utamakan conservation untuk masa depan. Kita sibuk tentang TN50, Aspirasi Generasi Baru tentang apakah hasil kepada mereka? Mereka telah bertanya dalam forum-forum town hall TN50. Antara yang saya difahamkan soalan penting ialah tentang pemulihan alam sekitar. Jadi ini juga amat
penting supaya kita memahami aspirasi generasi baru dan supaya program-program konservasi ini dapat dijalankan dengan lebih teratur, dengan kerangka kerja lebih padat dan mendapat sokongan dari semua pihak termasuk Federal dan negeri. Ini melibatkan juga tentang reforestation. Kita biasa dengar Tuan Yang di-Pertua, di mana-mana, negara kita dihentam kononnya kita me-nyah pokok. Kita ini tidak prihatin kepada hutan tetapi sebagaimana yang saya sebut tadi, walaupun kita dihentam teruk, kita mempunyai forest cover 73 percent; 56 percent pokok dan 17 peratus pokok-pokok tanaman yang mampan contohnya kelapa sawit, getah dan sebagainya. Pokok-pokok ini bertahan 22 hingga 30 tahun. Ada flora dan faunanya sendiri. Atas sebab itu perkataan ‘deforestation’ yang dimasukkan ke dalam tema-tema untuk strategic development goal 2030 dan dijangka tidak akan membantu kita ataupun memberi kita konotasi negatif. Itu sebabnya akta ini amat penting untuk membuktikan kerajaan prihatin, serius dan kalau kita luluskan, kita dapat terjemah dalam kerangka Nagoya Protokol kita dan juga Convention on Biodiversity kita sudah tentu kita comply dan kita akan dapat membantu kita mengurangkan penafsiran negatif yang dibuat pihak antarabangsa tentang deforestation. Malahan, saya hendak mencadangkan kepada kementerian, kita kena ada satu tema baru. Kita panggil, reforestation. Maknanya kita mesti ada usaha-usaha kukuh menggalakkan menanam pokok secara besar-besaran. Saya terfikir Tuan Yang di- Pertua, negara kita ini memang negara yang mudah tumbuh. Saya minta kalau boleh, pembesar negara kah, mana-mana kah, pelancong kah, kita ada 31 juta pelancong dari luar negara, mereka datang sini, they will not, dia tidak akan tinggalkan Malaysia selagi dia tidak menanam satu pokok. Kalau boleh, kita kempenkan secara besar-besaran. They will not leave Malaysia until they plant a tree. Kalau kita boleh buat kempen ini, kunjungan pembesar-pembesar negara dari luar, kita pastikan mereka, tempat-tempat yang sesuai supaya bukan sahaja boleh tanam, dia akan kembali semula melihat pokok yang ditanam. Itu satu pembuktian bahawa kita rakyat Malaysia amat prihatin kepada penanaman semula atau reforestation ini. Di samping itu, saya ambil— Tuan Yang di- Pertua, saya hendak sebut kepada kementerian, tempat saya ini ada, baru-baru ini kita buat PAMER, Projek Air Mentah untuk RAPID. Jadi kita gazet 5,000 ekar Tuan Yang di- Pertua. 2,500 ekar kita terpaksa tenggelamkan, inundated with water, 2,500 ekar untuk ada tampungan air yang sesuai dan 2,500 ekar lagi untuk peripheral untuk kawasan penampan. Jadi 5,000 ekar, kita sudah gazet untuk pembangunan tetapi dalam masa yang sama, dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor, dengan Badan Kawal Selia Air Johor, kita telah gazetkan, wartakan satu kawasan baru seluas lebih kurang sama lebih kurang 5,000 ekar juga yang mana kita akan jadikan kawasan hutan dan kawasan itu ada pokok yang tidak tumbuh. Jadi kita minta supaya, BAKAJ pun peruntukkan sedikit perbelanjaan. Kita minta juga Federal bantu dari segi program-program reforestation. Tambah balik pokok-pokok ini supaya jangka masa tiga, empat tahun, hutan-hutan ini akan hidup dan akan mengekalkan balik biodiversiti kita dalam masa medium dan jangka masa panjang.
Mungkin kita melibatkan NBOS Kementerian Pendidikan supaya anak-anak kita di sekolah-sekolah ini mereka ambil peranan untuk tanam pokok tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu dan kalau boleh setahun dia boleh tanam sekian ribu pokok dengan bantuan kementerian, FRIM kah atau dengan bantuan benih pokok. Dengan cara ini kita membudayakan, budaya tanam pokok dan kita jaga hutan simpan kita. Kita jaga kawasan-kawasan hutan kita. Inilah punca-punca biodiversiti yang amat berharga yang perlu kita gerakkan ke arah sana. Kita kena buat secara bersepadu dan mesti ada peruntukan-peruntukan tertentu untuk membuatkan ini boleh kita laksanakan secara bersepadu melibatkan semua rakyat Malaysia, sekolah rendah, universiti, swasta, kilang supaya itu menjadi satu amalan kita. Kita mulakan, bila pembesar datang saya sebut sekali lagi make sure dia jangan balik selagi dia tidak tanam satu pokok dekat Malaysia. Dengan cara itu, kita akan membudayakan dengan secara serius dan dengan itu kita dapat kekalkan satu keseimbangan dan kita akan send mesej kepada negara di luar sana bahawa kita 73 percent forest cover dan kita tetap tanam pokok setiap masa dan ini budaya kita dan ini yang akan menjaga kita punya alam sekitar. Saya juga sebut dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini, dia ada kaitan sedikit dengan kelapa sawit sekali lagi. Negara kita tanam lebih kurang 16 juta ekar kelapa sawit, 17 persen dan kita produce 19 juta tan satu tahun. Akan tetapi, negara di sebelah kita Indonesia dia mengeluarkan hampir 35 juta tan setahun dan dia punya
forest tidak ada limit, dia boleh sampai 100 juta hektar tapi kesannya bila mereka membuat pertanian secara tidak mapan, not good agriculture practice mereka buat slash and burn, dia bakar field ini semua. Jadi bila bakar kesannya Tuan Yang di-Pertua yang teruknya ialah satunya ialah badan-badan antarabangsa bagi masalah kepada kita, dia hendak boikot minyak kita dan sebagainya. Salah satu sebab ialah kerana bila mereka tanam kelapa sawit dia buat slash and burn dia bakar, bila dia bakar haze itu sampai ke sini. Jadi kita kerajaan telah menubuhkan CPOPC, satu perundingan yang baik untuk kita educate them. Kita ajar mereka bagaimana good agriculture practice dan kalau boleh dalam jangka masa panjang dengan penghasilan baja yang lebih baik, mereka dapat kurangkan slash and burn dengan cara itu mengurangkan haze. Dengan secara tidak langsung konsep prosper-thy-neighbour membantu negara kita membangunkan pertanian yang mapan, yang tidak merosakkan alam sekitar juga akan kita jangka masa panjang. Itu sebabnya dari segi alam sekitar kita hendak jaga haze supaya tidak jadi masalah kita dan kalau haze berterusan industri kelapa sawit kita juga akan terjejas dengan teruk dan jadi bahan belasahan golongan-golongannya yang kononnya berselindung di belakang konvensyen tapi sebenarnya mereka pun tidak mempunyai satu kerangka yang kuat untuk mempertahankan alam sekitar sebab pokok-pokok mereka pun sudah habis. Itu sebabnya saya menyarankan supaya kita juga menyokong kuat usaha kerajaan untuk mengadakan CPOPC dan menggalakkan pengeluar- pengeluar produksi kelapa sawit besar yang besar di Asia Tenggara termasuk Thailand dan Indonesia bersama kita, melibatkan program-program memelihara alam sekitar dan secara tidak langsung dan langsung akan memelihara biodiversiti kita. Saya juga hendak menyebut satu perkara lagi mengenai commercialization ataupun kita mengoptimumkan pulangan potensi biodiversiti dalam bentuk-bentuk komersial yang boleh beri pulangan yang baik kepada negara kita. Kita tahu potential ini amat besar, dia mungkin sampai trilion dan potensi ini amat besar. Kita tahu tapi kita masih dalam kerangka ini untuk menyediakan satu platform yang ampuh supaya kita dapat optimize-kan, optimumkan potensi kita dalam biodiversiti ini. Kita tengok satu contoh negara lain. Kita tengok Korea contohnya, Korea Tuan Yang di-Pertua mereka mempunyai satu– dia ada K-Pop. K-Pop ini tujuannya ini dia jual filem tapi bukan itu sahaja, mereka jual lifestyle dengan cara-cara kecantikan, kesihatan. Mereka ada ginseng, orang kata tongkat ali ini ginseng juga tapi dia berjaya komersialkan ke peringkat dunia. Akhirnya menjadi satu ikutan dan akhirnya mereka samakan industri ini termasuk dengan lifestyle termasuk dengan hiburan, leisure termasuk kesihatan, kecantikan, all together jenama branding K-Pop dan mereka berjaya padahal biodiversiti mereka berbanding kita, kita jauh lebih baik. Oleh sebab merupakan satu potensi yang amat baik untuk merealisasi potential ini dalam bentuk-bentuk commercialization yang teratur, tersusun dan saya seru kerajaan, kementerian mesti mempunyai satu kerangka kerja yang solid untuk kita garapkan potensi ini supaya ia menjadi satu potensi yang besar yang melibatkan dan yang mempunyai prasarana yang begitu besar dan lebih-lebih lagi kita sebuah negara yang mempunyai akses kepada produk halal. Kita juga boleh berupaya membuat produk- produk halal berasaskan biodiversiti ini dan sudah tentu kita mempunyai market yang begitu besar bukan sahaja market penduduk Islam tetapi seluruh dunia. Ini sesuai dengan negara kita yang kita mengharapkan potensi perdagangan yang lebih baik dan menjadi pusat-pusat perdagangan kepada kawasan serantau dan juga di dunia. Jadi pendekatan commercialization ini mesti dilihat secara serius dan mesti dibuat. Seperti yang saya sebut tadi kita ada produk-produk, kita juga menang banyak pingat emas. Kita menang pingat emas tentang research development tetapi pengaplikasian produk-produk ini kepada komersial, inilah satu yang kita kena lihat dan kita kena bina kapasiti ini supaya kita dapat seiring dan dengan itu akan memberi pulangan yang baik dan ini akan menggembirakan negeri-negeri yang bersama-sama dengan kita. Jadi usaha ini mesti dibuat secara itu. Akhir kata, last sekali saya hendak sebut tentang alam sekitar ini. Saya hendak sebut tentang gajah dengan air, saya sebut sekalilah, walau saya cakap peringkat dunia ini, bila gajah datang di kampung saya, seriau juga dan selalu datang. Terima kasih, kepada kerajaan bagi tapak tetapi saya minta tolong disegerakanlah sanctuary gajah di Kota Tinggi sebab Tuan Yang di-Pertua, gajah datang sebelah rumah sudah, bukan seekor, berkumpulan. Jadi kalau kita tidak pindah saya takut pertembungan haiwan dengan manusia akan menyebabkan kematian dan berlaku kematian tahun lepas satu di
kawasan saya, Tunjuk Laut. Saya tidak hendak benda ini berlaku. Jadi saya minta kementerian beri perhatian sikit supaya gajah ini dapat diselesaikan masalah. Jadi atas itu saya hendak bagi last sekali pantun pendek. Pantun pendek, sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kunyit ketum aset biodiversiti, Warisan temurun anugerah Ilahi, Akta ABS wajib didukungi, Negara, negeri sama-sama berkongsi. Aset biodiversiti potensinya tinggi, Aspirasi generasi TN50, Kota Tinggi sokong RUU ini, Demi Malaysia yang ku cintai. Sekian, wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak akan membahaskan dengan panjang tetapi ingin bertanya kepada Menteri jika konsultasi sudah dibuat antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan rang undang-undang ini. Saya dapati bila membaca rang undang-undang ini bahawa Menteri akan ‘berunding dengan Sabah' dan akan wartakan rang undang- undang ini selepas perundingan yang dibuat. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua kita sudah mengalami dan nampak berapa kali undang-undang yang telah digubal telah di bantah juga di Sabah seperti cukai pelancongan satunya. Kedua, yang kerap kali di bawa di tanah kita di Sabah iaitu Petroleum Development Act di mana undang-undang selepas dipersetujui oleh Sabah, lepasnya telah jadi satu bahan ataupun isu yang agak controversial di Sabah. Saya juga ingin membawa kepada Menteri bahawa undang-undang yang sama sudah pun digubal di Sabah melalui Wildlife Conservation Enactment 1998 dan juga Biodiversity Enactment 2000. Kedua-dua enekmen ini khususnya Biodiversity Enactment 2000 mentadbir aset-aset biodiversiti di Sabah dan saya percaya dengan apa yang sudah di hujah selama ini di Dewan yang mulia ini bahawa decentralization ataupun devolution of power akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Why not dengan izin, memberikan kuasa sepenuhnya autonomous, whatever we call it, management of our asset, biodiversity asset kepada Sabah tanpa undang-undang yang sedang dibentangkan ini. Sabah boleh mentadbir undang-undang biodiversity sendiri dan saya percaya Sarawak pun sama. Sabah, Sarawak adalah satu negeri, an island that has the most number of biodiversity assets. Kalau kita baca dalam artikel-artikel yang ada 6,000 fauna terdapat di Sabah sendiri...
Minta penjelasan.
Ya, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Adakah pembentangan rang undang-undang ini sebelum konsultasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dan selepas kita luluskan undang-undang ini barulah Kerajaan Persekutuan berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak? Bukankah ini putting the horse before the cart.
Oleh itu, saya rasa lebih baiklah kerajaan tarik balik rang undang-undang ini dan buat konsultasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Oleh kerana itulah tempat yang terdapat banyak biodiversiti resources yang akan dipengaruhi oleh undang-undang ini. So, apakah Yang Berhormat Penampang setuju dengan cadangan saya? Supaya kerajaan tarik balik rang undang-undang ini, buat satu konsultasi yang menyeluruh dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah dan selepas itu barulah bentang di Parlimen untuk diluluskan oleh semua. Setujukah?
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan ucapan dan soalan Yang Berhormat Bandar Kuching bahawa this is putting the cart before the horse,
dengan izin. Sepatutnya kita ada consultancy dengan Sabah dan menolak masalah yang sudah kita menghadapi baru-baru ini seperti tourism tax yang sangat controversial di Sabah dan Sarawak hingga ke hari ini. Saya kembali– ucapan yang dibuat dan soalan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, saya juga ingin memasuki dalam ucapan saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kalau Kerajaan Persekutuan dapat menarik balik rang undang-undang ini dan berbincang dengan Sabah dan Sarawak dahulu, baru kita boleh membentang rang undang-undang ini. Akan tetapi selepas itu, jika Kerajaan Persekutuan masih degil ingin meluluskan undang-undang ini, ada tiga perkara yang saya ingin membawa perhatian juga kepada Menteri. Satu adalah klausa 22 iaitu perjanjian perkongsian faedah. This is another showcase Tuan Yang di-Pertua, di mana oil royalty kita pun lima peratus sehingga ke hari ini dan orang Sabah dan Sarawak kerap kali meminta review atas oil royalty yang diberikan melalui cash payment disebut dalam Petroleum Development Act itu. This is another worrying position that we have Tuan Yang di-Pertua. Klausa 23 ini baik tetapi I’m concern Tuan Yang di-Pertua, sebab ini berkaitan dengan traditional medicine that we have. Saya tahu bahawa dalam rang undang-undang ini yang menyebut bahawa kehendak termaklum awal atau pun prior informed consent akan dibuat bersama dengan stakeholders di kawasan itu. Akan tetapi you have seen how mismanaged this becomes at the end of the day Tuan Yang di-Pertua. I believe undang-undang ini sepatutnya seperti mana yang saya cakap awal-awal, ditadbiri purely by Sabah. Biarkan pihak Kerajaan Persekutuan kalau ingin meluluskan undang-undang ini, biarkan undang-undang ini hanya di pihak Malaya ataupun Peninsular Malaysia.
Yang Berhormat Penampang, boleh mencelah sedikit?
Okay, go ahead.
Tentang seksyen 23 ini, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Penampang. Untuk pembinaan dam besar atau pun mega dam di tempat seperti Sabah dan juga di Sarawak - Murun, Baleh, Baram dan juga sebagainya, adakah free and prior informed consent telah didapati daripada pihak penduduk tempatan untuk membina dam ini? Apakah impak dari segi niat Kerajaan Persekutuan untuk menguatkuasakan seksyen 23 dalam bill yang baru ini?
Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Saya setuju dengan Yang Berhormat Serdang bahawa free and prior informed consent ini Tuan yang di-Pertua, tidak pernah didapat daripada orang-orang asal di Penampang dan Papar di Sabah sebelum mencadang dam ini. Juga mungkin di Sarawak agak sama, free and prior informed consent atau pun kehendak termaklum awal ini tidak dilaksanakan. Walaupun ini adalah satu charter yang diperlukan dalam United Nations Indigenous Peoples punya charter. If I’m not wrong, free and prior informed consent. So, I urge the Federal Government to really look into this matter before even approving this bill. Thank you.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Saya juga hairan mengenai Akta Biodiversiti. Oleh sebab dulu, kalau ikut sejarah pembinaan Bakun Dam yang dulu, terjejas bukan sahaja hidup harian orang yang menetap di sana tetapi saya ingat beratus-ratus species flora dan fauna sudah terjejas. Apa komen Yang Berhormat Penampang?
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yes, masalah berkenaan dengan fauna yang terjejas agak sama di seluruh Malaya dan Sabah dan Sarawak. Inilah kita mesti juga manage asset kita, but at the same time, pandangan yang saya ada sebagai wakil rakyat dari Penampang dan datangnya dari Sabah, bahawa undang-undang macam ini sepatutnya hanya dibuat di Sabah, di level Sabah dan tidak payah berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, ada lagi ketiga yang ingin saya bawakan iaitu dalam definisi rang undang-undang ini. Jika diluluskan, saya ragu juga dalam definisi yang menyebut ‘masyarakat peribumi’. Walaupun ada kurungan yang menjelaskan bahawa ‘masyarakat peribumi’ ini dalam konteks Sabah dan Sarawak berkenaan dengan fasal 6, Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin menyoal Menteri, jika nama ‘masyarakat peribumi’ ini boleh diperbaiki berkenaan dengan Sabah, perbaiki dengan nama dikenali sebagai ‘orang asal’ Sabah dan Sarawak. I think let’s go forward in the definition of the people of Sabah and Sarawak Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. I don’t have much more to say other than position Penampang adalah rang undang-undang ini sepatutnya tidak dibentang sebelum
perbincangan dengan mendalam dengan Sabah dan Sarawak. Dengan ini, Penampang menolak rang undang-undang ini. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
Kalau tiada lagi yang ingin berhujah selepas Yang Berhormat Serdang, boleh Menteri jawab. Selepas Yang Berhormat Serdang, kalau tidak ada lagi yang berhujah selepas Yang Berhormat Serdang, boleh Menteri jawab. Okey, sila Yang Berhormat Serdang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk membentangkan beberapa soalan untuk Menteri berkenaan dengan akta yang baru ini. Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Soalan yang pertama yang ingin saya bangkitkan ialah tentang Nagoya Protocol. Nagoya Protocol ini adalah sesuatu yang berlangsung daripada Rio Convention yang berkenaan dengan Convention on Biological Diversity atau CBD. Saya hendak tanya sama ada pihak Kerajaan Persekutuan ada niat untuk menandatangani dan selepas itu untuk meratifikasikan Nagoya Protocol? Oleh kerana sejauh yang saya tahu, Malaysia bukanlah salah satu daripada 97 buah negara yang telah meratifikasikan dan juga menandatangani Nagoya Protocol. Jikalau Malaysia belum lagi ataupun tidak ada niat untuk menandatangani protokol ini, saya hendak tanya pihak kementerian, kenapa kita delay? Kenapa kita masih lagi tidak mahu menandatangani protokol ini? Oleh kerana sebagaimana yang saya tahu, undang-undang ini yang berniat untuk mewujudkan atau menubuhkan satu National Competent Authority adalah sesuatu yang diperlukan di bawah Nagoya Protocol, di bawah Convention of Biodiversity. Jadi itu adalah soalan yang pertama saya.
Soalan yang kedua saya adalah tentang Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan ataupun National Competent Authority. Saya rasa pihak berkuasa ini amat penting kerana ada banyak kuasa yang diberikan kepada National Competent Authority ini. Akan tetapi soalannya saya hendak tanya ialah berapakah bajet yang akan dialokasi atau diperuntukkan kepada pihak berkuasa ini? Dan apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bahawa pihak berkuasa ini ada cukup orang yang berkompeten, ada cukup expertise, dengan izin, untuk membuat apa yang perlu di bawah pihak berkuasa ini? Saya hendak beri satu contoh. Sebagaimana yang saya tahu, seorang pakar alam sekitar dari FRIM, Dr. Gary Theseira telah disecondedkan, dengan izin, ke kementerian untuk masa yang lama oleh— salah satu sebab ialah kerana kementerian tidak cukup pakar untuk membantu kementerian menulis misalnya Intended Declared National Contribution (INDC) di bawah Cop 21 di Paris. Jadi, memandangkan bahawa seseorang seperti Dr. Gary ini telah di-seconded untuk lebih daripada lima tahun, apa kepastian yang kementerian boleh beri kepada Dewan yang mulia ini bahawa memang cukup expertise dalam kementerian untuk mendirikan ataupun mewujudkan National Competent Authority ini? Itu adalah soalan yang kedua. Soalan yang ketiga ialah berkenaan dengan permit untuk membuat kajian. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya tahu, sekarang kalau sesiapa yang hendak mohon research permit ataupun kajian research untuk pergi ke dalam hutan dan membuat kajian, mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak Forestry Department ataupun Jabatan Perhutanan dan pada masa yang sama juga mesti mendapatkan kebenaran daripada EPU. Saya rasa ini adalah satu kaedah yang dijalani oleh semua penyelidik ataupun researcher termasuk penyelidik dari luar negara ataupun foreign researcher. Jadi saya hendak tanya, selepas National Competent Authority ini telah diwujudkan, siapakah yang ada kuasa muktamad untuk membenarkan atau memberi kebenaran kepada penyelidik ini terutamanya penyelidik daripada luar negara untuk membuat kajian di Malaysia? Adakah EPU akan diganti oleh Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan ini? Soalan yang terakhir saya ialah berkenaan dengan perlindungan tempat penting dari segi biodiversiti. Saya hendak memberi dua contoh. Satu contoh ialah Tasik Chini di kawasan Pahang di bawah kerusi Parlimen Pekan iaitu kerusi parlimen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tasik Chini adalah satu tempat yang memang unik dan ia adalah satu tempat pertama di Malaysia yang diberi taraf UNESCO biosphere reserve.
Ia juga adalah salah satu daripada dua natural freshwater lake di Semenanjung Malaysia. Apa yang telah terjadi di Tasik Chini? Saya merujuk kepada satu artikel yang telah diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada April 2012 di mana tajuknya adalah “Selamatkan Tasik Chini” di mana dua orang pemimpin Orang Asli dari Kampung Gunung Tasik Chini telah menulis suatu rayuan kepada Utusan Malaysia untuk membuat rayuan kepada kerajaan untuk menyelamatkan Tasik Chini. Apa yang begitu ketara ialah aktiviti pembalakan dan juga perlombongan di kawasan persekitaran Tasik Chini telah mendapat bantahan yang memang kuat daripada orang tempatan. Bantahan ini adalah oleh sebab tidak ada free, prior dan informed consent yang didapati daripada Orang Asli tempatan di kawasan Tasik Chini, tetapi walau bagaimanapun, projek pembalakan dan juga perlombongan diteruskan dan ada banyak tempat yang penting dari segi biodiversiti di persekitaran di kawasan Tasik Chini telah dimusnahkan dan kesemua ini berlaku di kawasan Parlimen Pekan iaitu kawasan parlimen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa bukan sahaja Utusan Malaysia telah memaparkan isu ini tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri juga sedar bahawa Transparency International juga telah membuat satu laporan yang amat terperinci mengenai masalah alam sekitar yang telah berlaku di Tasik Chini. Saya hendak tanya sama ada rang undang-undang ini boleh menyelamatkan tempat yang memang penting dari segi biodiversiti seperti Tasik Chini? Saya rasa Yang Berhormat Kota Tinggi pun ada bincang tentang isu Johor, isu penting dari segi biodiversiti di Johor. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada rang undang-undang ini akan menyelamatkan ataupun melindungkan kawasan Ramsar di kawasan selatan Johor yang saya rasa ini kalau tidak ada apa-apa tindakan dilakukan, kawasan Ramsar atau bakau ini memang akan dimusnahkan oleh sebab ada pembangunan yang pesat di kawasan Johor selatan. Dengan itu, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan saya yang dibentangkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-sama berbahas di dalam Rang Undang-undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Saya hendak mengambil kesempatan ini hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian yang saya percaya begitu komited dalam usaha untuk menangani kemelut yang berkaitan dengan aktiviti biopiracy. Jadinya, ada beberapa perkara akan saya sentuh di sini yang saya percaya bahawa kalau dari segi pelaksanaan undang-undang, sudah semestinya ada isu dan juga ada cabaran yang tersendiri. Saya hendak mengambil contoh yang pertama iaitu mengenai isu yang berkaitan dengan gondolan hutan yang memang kita tahu telah lama berlaku dan telah mencetuskan polemik di kalangan masyarakat setempat. Ini mungkin akibat setengah pihak yang begitu rakus yang kemudian akan menyumbang kepada bencana alam seperti banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Atas dasar itulah saya hendak memuji langkah yang dibuat oleh pihak kementerian melalui program penanaman semula pokok seperti kempen menanam 26 juta pokok yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Pada waktu yang sama, saya juga hendak mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan berapa perkara kepada pihak kementerian terutamanya mengenai penjenamaan semula pokok-pokok kebangsaan yang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Contoh yang begitu ketara yang mingkin saya tertarik untuk melihat adalah isu mengenai kegiatan kecurian kayu gaharu misalnya, yang kerap dilakukan mungkin oleh warga bukannya warga sini tetapi mungkin warga luar di mana terdapat kes yang melaporkan terdapat pegawai renjer hutan yang dicederakan. Ini mungkin membuktikan bahawa sumber biologi yang terdapat di negara kita berada dalam kelas yang tersendiri dan pokok-pokoknya hasilnya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa. Saya gunakan contoh kayu gaharu ini sebab kalau kita ke luar negara, kita tanya mengenai manakah gaharu yang paling baik sekali di dunia dan akhirnya mereka akan mengatakan bahawa gaharu yang terbaik sekali adalah daripada Malaysia dan gaharu ini menghasilkan kayu yang paling mahal sekali di dunia dan menghasilkan minyak wangi
antara yang termahal di dunia, di samping berfungsi sebagai pokok herba yang mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi.
Begitu juga dengan tanaman kelapa sawit yang menjadi antara sumber komoditi kita. Jadinya usaha berterusan untuk mengekal dan juga memperluaskan keluasan hutan negara ini dalam program penanaman semula ini, memang saya harap kementerian dapat perbanyakkan juga. Saya juga merasakan bahawa kita harus menjadi juara dan juga memimpin dunia dalam usaha untuk mengekalkan dan meluaskan sumber biologi ini dan pastinya, kita tidak mahu ada pihak-pihak daripada luar yang mempertikaikan keluasan hutan di negara kita yang mendakwa sebagai contohnya macam kelapa sawit kita yang dikatakan menyebabkan kemusnahan hutan dan sebagainya. Jadinya soalan saya pada pihak kementerian adalah sejauh manakah komitmen kita sebagai satu negara iaitu Malaysia dalam usaha untuk membanteras serta mengekang deforestation di peringkat antarabangsa terutamanya menerusi perjanjian Nagoya Protocol macam tadi Yang Berhormat Serdang pun ada menyebut mengenai perkara ini. Seterusnya, saya juga hendak menanyakan pada pihak kementerian mengenai bagaimanakah pengeluaran permit yang diperuntukkan menerusi Rang Undang-undang ABS ini mampu untuk menjamin kesinambungan kehidupan spesies hutan? Tadi kita bercakap mengenai tumbuh-tumbuhan, herba dan dalam waktu yang sama, kita pun juga menghadapi satu kepupusan spesies haiwan yang mungkin hanya terdapat di Asia Tenggara itu sendiri. Jadinya kerana itulah saya mohon pihak kementerian untuk menyatakan, bagaimanakah permit yang diperuntukkan melalui rang undang-undang ini mampu untuk menjamin kesinambungan kehidupan spesies yang diancam kepupusan ini? Seterusnya juga, saya ingin menyentuh sebab pada saya dalam kita hendak melaksanakan satu undang-undang, gambaran yang lebih besar perlu kita lihat supaya dalam waktu yang sama dalam kita melaksanakan undang-undang itu, kita hendakkan keseluruhan masyarakat dapat menerima manfaatnya. Oleh kerana itu saya ingin daripada awal tadi saya nyatakan mengenai cabaran yang perlu dihadapi bila rang undang-undang ini dilaksanakan seperti cabaran untuk memperuntukkan tentang keperluan mengadakan perjanjian perkongsian faedah ataupun mendapat keizinan pemaklum awal daripada masyarakat peribumi dan juga masyarakat tempatan dan perjanjian perkongsian faedah berdasarkan terma dipersetujui bersama. Namun, saya juga hendak bertanya sejauh manakah komuniti masyarakat ini akan memperoleh manfaat dan juga faedah menerusi bio-prospecting yang dinyatakan ini kerana kita perlu memahami bahawa sumber genetik ataupun biologi ini tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak atau individu dan juga adalah sukar untuk kita mengenal pasti spesifiknya tentang siapa yang lebih mengetahui mengenai penggunaan sumber tersebut terutamanya berkaitan dengan kebanyakan ilmu pengetahuan, berkenaan dengan sumber ini yang bersifat kolektif ataupun yang telah diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Jadinya cabaran ini saya lihat ia sebagai satu kekangan awal. Soalan saya di sini adalah, bagaimanakah pihak kementerian mengklasifikasikan sesuatu sumber biologi ini adalah milik masyarakat peribumi dan yang mana satu serta bagaimana pula prosedur yang telah ditetapkan untuk mendapatkan keizinan daripada masyarakat peribumi bagi mengakses sumber biologi tersebut? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menguji pendekatan pihak kementerian yang selalu memastikan bahawa keseluruhan masyarakatnya terlibat dan memperoleh manfaat yang ada dan saksama, hasil daripada kekayaan sumber biologi yang ada. Namun, saya hendak juga mendapatkan penjelasan di sini mengenai bagaimana kementerian melihat pendekatan bioprospecting ini mampu untuk memberikan nilai tambah kepada pembangunan kemajuan masyarakat yang terlibat dan apakah terdapat juga peruntukan di bawah Rang Undang-undang ABS ini sekiranya terdapat conflict of interest berkaitan sumber biologi di antara kumpulan etnik dalam masyarakat yang terbabit? Jadinya Tuan Yang di-Pertua, pemantauan dan juga pengesanan akses sumber biologi melalui penubuhan tempat pemeriksaan juga merupakan satu keperluan yang melalui undang-undang ini. Hal ini adalah penting bagi memastikan sumber biologi tersebut tidak di ceroboh oleh mana-mana pihak dan sebarang penggunaan kepada akses sumber biologi perlulah mendapat kebenaran daripada pihak tempatan kompeten. Jadinya soalan saya seterusnya adalah mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh pihak kementerian sekiranya sesuatu sumber biologi itu yang telah sekian lama diguna pakai oleh sesuatu kumpulan etnik tanpa pengetahuan pihak authority dan
bagaimanakah pula prosedur pengesanan akses sumber biologi ini akan dijalankan oleh CA? Seterusnya, meskipun secara relatifnya liputan hutan di negara ini memang sangat signifikan, namun beberapa statistik menunjukkan bahawa kita harus berwaspada dengan perkembangan terkini status hutan kita dan walaupun terdapat lebih kurang 15 ribu spesies tumbuhan di negara ini. Akan tetapi seterusnya saya hendak bertanya juga mengenai bagaimana pihak kementerian melihat RUU ini mampu untuk menjamin status dan juga keselamatan sumber biologi yang semakin terancam ini? Soalan yang seterusnya pula adalah bagi haiwan yang mencetuskan bahaya kepada penduduk setempat seperti kalau kita tengok macam buaya, buaya yang mengganas, jadinya apakah juga RUU ini sebenarnya memberi lampu hijau kepada para pengeksport untuk menggunakan undang-undang ini untuk mengeksport produk daripada haiwan buaya ini sebagai contoh, keluar negara bagi tujuan pengkomersialan dan juga aspek pemeliharaan hidupan laut yang dikelolakan oleh Jabatan Laut? Selain daripada itu juga, saya hendak juga bertanya pada pihak kementerian mengenai limitasi kepada ataupun terhadap akses untuk mengguna, mendapat dan apa- apa yang setara dengannya terhadap sumber biologi yang termaktub di bawah peruntukan di bawah RUU ABS ini dan soalan seterusnya, bagaimanakah pula tindakan pihak kementerian dalam memastikan integriti CA dalam memberikan permit kepada orang yang ingin mengakses sumber biologi sedia ada kerana sumber biodiversiti ini terutamanya daripada Malaysia ini mempunyai satu potensi yang sangat besar untuk dibangunkan dalam penjanaan kekayaan baru ataupun disebut sebagai new source of wealth creation seperti yang terkandung dalam New Economic Model 2010 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh kerana itulah saya percaya dengan kelulusannya nanti, RUU ini kita dapat melihat bahawa ia secara langsungnya akan memastikan bahawa negara serta seluruh isi masyarakat negara ini akan menjadi pemilik sumber memperoleh pulangan setimpal sejajar dengan sumber biologi yang ada di Malaysia. Dengan itu, saya menyokong RUU ini. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ada enam perkara yang saya hendak bangkit. Pertama ialah berkenaan dengan sesi konsultasi mengenai Rang Undang-undang ABS itu. Saya ingin mendapatkan pencerahan daripada kementerian mengenai jumlah sesi konsultasi yang telah dijalankan oleh kementerian bagi mendedahkan Rang Undang-undang ABS kepada masyarakat peribumi dan setempat. Oleh kerana pada saya, saya rasa bahawa penglibatan dan pemahaman mengenai hak masyarakat peribumi dan setempat dan RUU ABS itu adalah amat penting supaya tiada percanggahan dan perselisihan yang akan berlaku nanti.
Dengan ini, saya juga ingin mengetahui bagaimana kementerian dapat memastikan tahap pemahaman masyarakat peribumi dan tempatan tentang Rang Undang-undang ABS ini. Kedua, berkenaan dengan tujuan pengaksesan di antara komersial dan bukan komersial. Dalam Rang Undang-undang ABS, kementerian telah memisahkan dua jenis pengaksesan yang boleh dibenarkan dengan berdasarkan kepada objektif penyelidikan iaitu komersial dan bukan komersial. Namun pemisahan objektif penyelidikan ke atas sumber biologi tidak hanya tertumpu pada komersial dan bukan komersial sahaja. Keadaan yang mungkin berlaku di luar skop yang telah ditetapkan dalam dua keadaan. Pertama, informasi mengenai sumber biologi, sampel genetik dan pengetahuan tradisional kini telah banyak dibukukan dan diterbitkan secara umum ataupun disimpan di universiti penyelidikan awam dan swasta. Maka adakah dengan Rang Undang-undang ABS ini, kementerian dapat memastikan bahawa pengaksesan tersebut dikawal selia. Apabila dalam Rang Undang-undang ABS tersebut, pengaksesan yang cuba ditakrifkan hanya kawasan perhutanan, kawasan perlindungan ataupun kawasan hijau yang sensitif atau mana-mana kawasan flora dan fauna. Kedua, galakan kementerian atau agensi kerajaan yang lain untuk mengadakan kolaborasi di antara Universiti Penyelidikan Malaysia dengan institusi-institusi swasta
seperti universiti swasta menyebabkan penyelidik mempunyai dua peranan iaitu komersial dan bukan komersial. Keadaan ini adalah di dalam Rang Undang-undang ABS masih mampu memantau pengaksesan oleh seseorang penyelidik yang mungkin mempunyai conflict of interest. Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pembukaan kawasan ataupun lokasi turun-menurun masyarakat peribumi dan tempatan. Pembukaan kawasan ataupun lokasi turun-menurun masyarakat peribumi dan tempatan seperti tempat penyembahan suci ataupun tapak pengebumian mereka adalah tidak dapat dielakkan. Ini adalah kerana lokasi ini wujudnya herba-herba yang bernilai tinggi serta kawasan kehidupan jenis-jenis biodiversiti yang istimewa. Maka saya minta kementerian menyatakan adakah hak masyarakat peribumi dan tempatan yang telah dijamin di bawah Rang Undang-undang ABS supaya kebenaran dan persetujuan telah diperolehi dahulu daripada masyarakat peribumi dan tempatan ataupun sebaliknya. Perkara yang keempat ialah conflict resolution yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun kementerian di antara kerajaan negeri dengan masyarakat peribumi dan tempatan. Rang Undang-undang ABS jelas menyatakan bahawa hak kerajaan negeri tidak akan terjejas dan masih terjamin mengikut Perlembagaan Persekutuan. Manakala peranan Kerajaan Persekutuan ataupun kementerian ialah sebagai penyelaras kepada ABS. Maka apakah keadaan dan kaedah ataupun mekanisme conflict resolution yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun kementerian apabila wujud perselisihan di antara kerajaan negeri dengan masyarakat peribumi dan tempatan seperti yang sedang berlaku di negeri Kelantan. Keadaan yang lebih jelas ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jabatan tersebut bertanggungjawab agar kawasan ataupun tanah perkampungan Orang Asli diwartakan mengikut Akta Orang Asli. Namun kerajaan negeri mempunyai hak untuk membatalkan pewartaan ke atas kawasan ataupun tanah perkampungan Orang Asli. Saya bercadang agar laporan tinjauan pendapat masyarakat peribumi dan tempatan serta langkah resolusi diwajibkan dan pemahaman supaya dapat bertambah approach. Perkara yang kelima Tuan Yang di-Pertua, tabung ataupun dana pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan perhutanan koridor perlindungan dan zon mampan yang sensitif. Saya ingin mencadangkan agar satu tabung ataupun dana pemuliharaan dan pemeliharaan dipertimbangkan oleh kementerian bersama dengan kerajaan negeri. Tabung ataupun dana ini akan berfungsi sebagai peruntukan kepada usaha dan inisiatif bagi pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan perhutanan koridor perlindungan dan zon mampan yang sensitif. Selain itu, dana tersebut boleh digunakan untuk kementerian ataupun kerajaan negeri untuk menjalankan kajian impak alam sekitar ataupun biodiversiti yang lebih menyeluruh. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa penasihat bawah seksyen 11, saya bercadang bahawa pertubuhan-pertubuhan peribumi dan masyarakat setempat dilibatkan supaya suara mereka boleh didengar. Jadi dengan kata-kata sedemikian Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tebrau menyokong sepenuhnya Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Sekian, terima kasih.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba mengambil sedikit bahagian dalam Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah. Tuan Yang di-Pertua, bila kita berbincang soal sumber biologi, perkongsian faedah, maka kita tidak boleh lari daripada pertamanya sumber biologi itu sendiri, penggunaannya dan juga perkongsian. Kita alhamdulillah, negara kita dikurniakan sumber biologi yang pelbagai dengan banyaknya daripada sumber laut, sumber hutan dan sebagainya. Kita juga tidak dapat elak di mana oleh kerana dengan perkembangan populasi yang semakin meningkat, maka penggunaannya semakin meningkat dan dengan sendirinya kita mengurangkan sumber biologi yang ada. Namun demikian, Islam sebagai agama yang universal telah menyebut di dalam Al-Quran dengan panduan yang cukup jelas. Pertama, Allah Taala sebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala apa yang ada di dunia ini untuk kegunaan manusia”. Maka sumber biologi yang ada ini mempunyai
kepentingan kepada alam itu sendiri dan juga kepentingan kepada manusia. Namun demikian, Allah juga, Islam juga menegaskan bahawa di dalam ayat-ayat yang lain disebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maknanya, “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia”. Maknanya selain daripada sumber asli, sumber-sumber biologi ini untuk kegunaan manusia, namun di sana ada juga kekangannya bahawa penggunaannya mestilah seimbang. Seimbang supaya dalam keadaan kita menggunakan sumber yang terhad ini, kita juga menjaga supaya tidak berlaku kerakusan ataupun tidak berlaku kerosakan yang teruk kepada ekosistem kita. Apa yang kita tahu kepada alam sumber biologi ini, kepelbagaian biologi ini sangat mempunyai kepentingan kepada sistem alam itu sendiri dari sudut hakisannya, dari sudut pencemarannya, dari sudut serapan air, dari sudut penjagaan udara dan sebagainya. Akan tetapi dalam masa yang sama ia juga mempunyai kepentingan kepada manusia.
Jadi di sini keperluan kita ialah saya melihat banyak undang-undang yang telah dibentuk, dihasilkan supaya benda ini dijaga dengan baik. Namun di sana ada kekurangan dari sudut pelaksanaan ataupun pelaksanaan ketegasan daripada pelaksanaan undang-undang itu sendiri. Kita melihat kita sebut masalah deforestation ataupun penebangan hutan, yang kita tahu bahawa undang-undang penebangan hutan ini telah pun ada. Kita telah diperuntukkan tidak boleh menebang lebih daripada had-had tertentu yang telah ditentukan. Namun sedemikian di sana ada pencerobohan. Pencerobohan yang menjadi isu, bukan masalah undang-undang yang telah kita itu, jadi penegasan terhadap undang-undang ini penting untuk menjaga sumber biologi. Kedua yang seterusnya, itulah baru kita melihat bahawa manfaat dan kalau kita tengok Nagoya Protocol ini sendiri menyebut bahawa pemanfaatan kekayaan sumber biologi ini. Manfaat daripada sumber biologi ini yang diambil daripada satu-satu negara itu sepatutnya kembali kepada negara yang terbaik. Jadi oleh yang demikian, saya rasa undang-undang ini ataupun RUU ini adalah suatu yang baik, yang bagus dan boleh dikatakan ia sepatutnya lama, sepatutnya lama sudah kita bentang untuk menjaga kepentingan-kepentingan negara ini. Kalau kita melihat tadi, ramai yang kita sebut masalah misalnya, ketumnya, Yang Berhormat Bagan Serai dia suka ketum. Ketum yang kita tahu bermanfaat kepada kesihatan sama seperti ganja, Yang Berhormat Bagan Serai. Sama seperti morfina, Yang Berhormat Bagan Serai. Kesemuanya ini adalah benda-benda yang boleh menghasilkan perubatan painkiller yang sangat baik. Morfin terbaik painkiller kita tahu. Tetapi yang kita larang, kita tentang ialah penyalahgunaan morfin, penyalahgunaan dadah, benda-benda tadi. Jadi kalaulah morfin itu boleh diternak, ditanam dengan baik, diurus dengan baik, dijadikan perubatan, ia tidak jadi masalah. Sama juga dengan ganja, sama juga dengan ketum. Akan tetapi kita, negara kita benda-benda yang bermanfaat ini tidak jadi kita tidak dapat manfaat tetapi kita dapat kesan sampingan penyalahgunaan. Budak sekolah bawa air ketum dan sebagainya, ini satu benda yang salah. Jadi kalau kita nak lihat dari segi kepelbagaian bio ini untuk mendapat manfaat kepada kita, maka ia perlu diurus dengan baik. Ketum tidak boleh sebebasnya ditanam Yang Berhormat Bagan Serai. Ditanam dengan sebegitu, dikutip sebegitu, dibuat air, dibawa bekal ke sekolah, bukan macam itu. Kalau nak kira nak kembangkan dia kepada perkara yang lebih baik maka mesti diuruskan dengan baik, satu. Kedua saya percaya bahawa pakar-pakar bio kita, saintis kita, mempunyai kepakaran dari segi mendapatkan maklumat kepentingan ataupun manfaat daripada flora dan fauna dari segi perubatan. Saya rasa banyak kertas-kertas kerja itu ada. Cuma masalah nak commercialize yang itu menjadi masalah. Ini kerajaan mesti tanggung, kerajaan mesti membantu bagaimana untuk mengeluarkan hasil fikiran mereka ini untuk kita pasarkan. Itu yang paling penting, Yang Berhormat Bagan Serai, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sebab sudah seru banyak kali kan, bila sudah kena seru itu. Saya berminat dengan perbahasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya nak tanya balik fasal ketum ini. Apakah Yang Berhormat Pengkalan Chepa setuju kalau sebenarnya FRIM lah terutamanya, FRIM lah yang mana ada banyak pakar-pakar dekat sana tentang botani ini dan juga pihak universiti terutama USM yang begitu banyak mengeluarkan kerja-kerja penyelidikan tentang ketum ini dan juga universiti penyelidikan yang lain. Sebenarnya bersatu hatilah,kolaborasi secara
jemaah memikirkan bagaimana ketum ini sebenarnya boleh mencari jalan penyesuaian dan kerajaan mengambil tindakan yang secukupnya kepada mereka yang menyalahgunakan. Akhirnya ketum ini akan jadi satu peluang pekerjaan yang besar, peluang business yang besar, mendatangkan keuntungan sebab kita banyak daun ketum. Sebelum yang saya sebut tadi di US ada dipatenkan, di sini kita rugi. Jadi kita punya barang, dia punya untung. Apa pendapat Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Bukan setakat ketum Yang Berhormat Bagan Serai. Apa saja daripada sumber biologi yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita, manfaat dari sudut kesihatan ataupun dari segi perubatan dan juga manfaat dari segi ekonomi, semua itu benda yang saya bersetuju. Cuma tinggal lagi, jangan diserah pada orang kampung menanam benda macam ini. Tanam kemudian salah guna, kemudian edar, itu tidak betul. Kalau kita nak bercakap soal kebaikan ketum, kita boleh cakap kepentingan ganja juga. Sama, dari segi kesihatan, dari segi perubatan, semuanya ialah semuanya lebih kurang sama antara dengan ketum dan juga ada tumbuhan-tumbuhan yang lain. Cuma pengurusan yang baik ini yang penting supaya rakyat kita tidak mengambil bahagian yang negatif. Sepatutnya benda ini boleh diusaha dengan lebih baik, dengan bantuan kerajaan dengan cara-cara yang terbaiklah. Selain daripada itu saya tengok, yang penting sekali yang kita sebut sekali, selain daripada untuk oleh kerana kita nak jaga kepelbagaian bio kita ini supaya ia tidak diceroboh, tidak diguna dengan rakus, di sinilah kepentingan-kepentingan penguatkuasaan dan juga penyalahgunaan ataupun masalah-masalah seperti rasuah dan sebagainya perlu diambil kira. Ini adalah kerana dalam dari segi penyalahgunaan inilah menyebabkan hutan-hutan kita dan sebagainya, sama ada hutan, sama ada di laut, semuanya sekali ialah masalah yang disebabkan oleh pencerobohan. Ini pula perlu ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan. Ketiga, masalah hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Ini pun satu hal yang paling penting yang saya rasa perlu kita pertimbangkan dengan sebaiknya. Apabila sesuatu akta dibuat dan benda ini sepatutnya diterima oleh negeri, maka dari segi manfaat juga antara pusat dan kerajaan negeri mesti ditimbangkan sebaik-baiknya supaya satu pihak mendapat manfaat dan satu pihak lain juga mendapat manfaat yang sama. Jadi ini benda-benda yang perlu diteliti setelah barangkali undang-undang ini diluluskan, RUU ini diluluskan dan perkara ini sangat-sangat penting. Selain daripada itu, selain daripada kemusnahan menjaga pencerobohan dan sebagainya, dari sudut restorasi pada sumber biologi ini juga...
[Bangun] Minta laluan, minta laluan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tadi saya tertarik dengan pandangan, perhubungan, perbincangan Yang Berhormat berkait dengan perhubungan di antara negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Tapi saya nak tanya pandangan Yang Berhormat, berkait dengan perhubungan ataupun perhubungan di antara Kerajaan Pusat dan petani yang sedia ada. Saya bincang berkait dan minta pandangan Yang Berhormat berkait dengan apa yang dipanggil terminator technology. Terminator technology ini sekarang banyak digunakan di Malaysia dan juga di lain tempat. Akan tetapi selalunya kita dapati bahawa petanilah yang akan menghasilkan benih-benih yang digunakan dalam satu musim, yang dapat digunakan dalam musim yang seterusnya. Sebenarnya control itu adalah bawah kawalan petani yang sedia ada. Namun sekarang kita ada firma-firma gergasi yang sekarang dipanggil seed industry yang menggunakan seed yang terhad, yang hanya boleh digunakan untuk satu musim sahaja. Pada akhir musim itu, maka seed itu akan mati, tidak boleh dipakai. Ini mengakibatkan masalah kepada petani sebab sekarang petani terpaksa beli daripada Monsanto misalnya. Pergantungan pada Monsanto ini menjadi masalah kepada petani sebab kosnya tinggi, kos itu tinggi dan untuk menggunakan satu benih mereka juga mesti menggunakan racun yang khusus yang dijual oleh Monsanto juga. Nampaknya firma gergasi ini, dia macam control dan kawal. Isu yang nak dibangkit dan minta pandangan Yang Berhormat ialah Kerajaan Malaysia tandatangani beberapa FTAs, perdagangan bebas seperti TPPA dan juga yang sekarang dibincang iaitu The Regional Cooperation Economic Partnership yang memberi ruang kepada terminator ini dan juga firma Monsanto untuk berdagang dengan Malaysia.
So, saya minta pandangan adakah kerajaan harus membela rakyat Malaysia, petani Malaysia atau bela Monsanto? Adakah kita mesti memberi sokongan kepada FTA- FTA ini yang tidak membawa kebaikan kepada petani kita? Minta pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seperti mana pepatah “Yang kaya makin kaya, yang miskin papa kedana”. Itulah bahasa jawapan yang mudah. Maknanya kalau kita tengok daripada firma gergasi yang menyediakan bahan tadi, kita melihat bahawa daripada benih, racun, barangkali baja semuanya di kontrol. Yang kita tahu akan menyebabkan tekanan kepada petani-petani makin meruncing. Itu satu fakta yang kita tidak boleh nafikan. So, daripada ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Klang bahawa kerajaan perlu melihat semula perkara ini supaya petani-petani kita mendapat manfaat. Walaupun kita tahu justifikasinya boleh jadi kerana benih semusim ini boleh mendatangkan hasil yang banyak. Namun demikian, perkara ini seharusnya dikaji balik sama ada dengan benih yang semusim ini, dari sudut hasil dengan kos, adakah ia seimbang. Jadi saya merasakan bahawa ini suatu monopoli, suatu benda yang tidak adil kepada rakyat dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Klang dan masukkan hujahnya ke dalam ucapan saya. Saya rasa setakat itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Bandar Kuching. Selepas Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sekijang. Selepas itu Yang Berhormat yang ini. Kalau tidak ada lagi yang berhujah, Yang Berhormat Menteri sedia menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang- undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya menganggap dan melihat pembentangan rang undang-undang ini sebagai satu cara hakisan kepada kuasa negeri. Walaupun tertakluk dalam seksyen 1(3) bahawa akta ini mula berkuat kuasa di negeri Sabah dan Sarawak, tarikh yang ditetapkan oleh Menteri setelah berunding dengan pihak berkuasa negeri melalui pemberitahuan dalam warta. Akan tetapi ini menunjukkan satu tujuan yang jelas bahawa rang undang-undang ini sekiranya diluluskan, ia akan pada satu masa yang depan, lambat laun akan diaplikasikan dan dikuatkuasakan di Sarawak dan juga di negeri Sabah sedangkan di Sarawak ada Sarawak Biodiversity Centre Ordinance yang mengurus dan mentadbir tentang sumber biologi di Sarawak. Jikalau rang undang-undang ini pada masa kelak diaplikasikan, dikuatkuasakan di Sarawak, maka ada dua set undang-undang yang akan digunakan atau dikuatkuasakan di negeri Sarawak. Ini akan menimbulkan kekeliruan dalam bidang tersebut. Apa yang telah disebutkan dalam akta ini iaitu ia akan dikuatkuasakan setelah berunding dengan pihak berkuasa negeri. Saya ada keraguan bahawa pihak berkuasa negeri, adakah ia bererti Kabinet Negeri Sarawak atau Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana ini merupakan satu kuasa yang di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sepanjang masa ini, bidang berkenaan pengurusan sumber biologi ini dalam Perlembagaan Persekutuan kita adalah di bawah bidang kuasa negeri. Oleh kerana ia merupakan satu conflict of law. Jurisdiction di antara negeri dan Persekutuan yang tertakluk dalam Perlembagaan. Oleh itu saya rasa kalau Kerajaan Persekutuan ingin menguatkuasakan undang-undang ini di Sarawak, perlulah satu sidang Dewan Undangan Negeri diadakan di masa kelak untuk meluluskan dan bukan sahaja Cabinet decision. Tidak mencukupi. Saya juga ingin meluahkan satu kekesalan saya ke atas Menteri yang membuat pembentangan rang undang-undang ini. Kebelakangan, dalam masa dua tahun ini, kita telah dengar suara yang lantang dan kuat yang diluahkan oleh Barisan Nasional Sarawak bahawa kita hendak autonomi di beberapa bidang kuasa. Sekarang, seorang Menteri dari Sarawak yang membentangkan satu akta yang bertujuan pada masa kelak untuk menghakis kuasa autonomi Sarawak. Saya rasa ini tidak berapa seronok. Yang Berhormat Menteri, lebih baiklah kita meminda hari ini, meminda seksyen 13 di Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah supaya dimasukkan dalam rang undang-undang ini, akta ini tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak. Saya tidak tahu negeri Sabah mahu...
Tuan Yang di-Pertua, sama juga. Sabah.
Setuju juga? Setuju juga. Ya, ini orang Sarawak dan Sabah, we want to defend our autonomy in whatever areas that is left for Sarawak. Oleh itu saya cadangkan Yang Berhormat Menteri, supaya jangan pada masa depan dituduh sebagai orang yang membuka atau menghakiskan kuasa autonomi Sarawak di bidang sumber biologi. Lebih baik hari ini kita membetulkan apa yang disebutkan saya tadi iaitu supaya kita buat jelas sekali akta ini tidak akan dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak. Saya juga ingin memberi satu contoh di mana ada duplicity of duties and resources. Contohnya adalah dalam bidang tourism atau pelancongan di mana kita ada pelancongan yang diuruskan oleh kerajaan negeri melalui Sarawak Tourism Board. Kita juga ada satu lembaga yang diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan. Malaysian Tourism Board yang pada masa lalu diwujudkan di Sarawak. Beberapa tahun selepas kewujudan kedua-dua Lembaga ini, akhirnya Malaysian Tourism Board was closed down. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah kerana ada duplicity of resources. Saya rasa kalau undang-undang ini diluluskan hari ini, memang tentu ada satu pressure yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya kerajaan negeri akan dipaksa untuk menerimanya dan memberi kelulusan kepadanya. Pressure ini, tekanan yang diwujudkan mungkin melalui peruntukan dalam kementerian yang tidak akan disalurkan kepada negeri unless kerajaan negeri memberi kelulusan atau untuk undang- undang dikuatkuasakan di negeri Sabah dan Sarawak.
Kalau tidak lulus, tidak memberi kebenaran untuk berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, maka peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak akan disalurkan kepada bidang research untuk sumber biologi. Ini mungkin akan berlaku Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya tertarik dengan apa yang disebut berkenaan dengan duplicity of duties or work, dengan izin. Pada 12 Jun 2017, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa Sarawak akan adakan satu oil and gas company yang akan buat downstream dan upstream exploration. Bukankah itu juga sama dengan Petronas? Bukan ini tanda yang mungkin Sarawak dan juga Sabah sepatutnya mengendali resources-nya tersendiri? Terima kasih.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Penampang. Oleh itu, saya sekali lagi ingin mengatakan amatlah saya kesal Menteri yang membentangkan rang undang-undang ini yang dilihat sebagai satu hakisan kepada autonomi negeri Sarawak atas sumber biologi ini adalah seorang Menteri yang datang dari Sarawak.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Siput.
Yang Berhormat Sekijang dahulu.
Dia bagi saya.
Penjelasan atau...
Pencelahan.
Okey, sila, sila.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Actually, saya tidak begitu faham berkenaan dengan hakisan untuk negeri kerana jika kita tengok dalam akta ini, dikatakan ada competent authority yang ditubuhkan di peringkat negeri. Jadi, competent authority untuk Sarawak akan ditubuhkan di Sarawak yang akan bagi permit untuk sesiapa yang hendak buat kajian dan pastikan dia bagi balik untung daripada commercialization kepada kaum-kaum natives di Sarawak ataupun di Sabah. So, saya tidak begitu faham, bolehkah jelaskan bagaimana kuasa Sarawak terhakis oleh bill ini? Terima kasih.
Pada masa sekarang, itu permit yang harus dikeluarkan untuk peng-commercialization of sumber biologi ini akan dikeluarkan oleh Biodiversity Centre Sarawak. Dengan kewujudan rang undang-undang ini, maka ada dua body, pihak berkuasa yang akan mengeluarkan permit itu. Oleh itu, itu merupakan satu hakisan kepada kuasa Biodiversity Centre Sarawak yang merupakan satu agensi kerajaan. Saya harap Yang Berhormat Sungai Siput lebih jelas.
Yang Berhormat Kuching. Saya belum jelaslah tentang isu ini. Kalau kita lihat kepada 3(3), tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan hak negeri untuk mengambil tindakannya berhubung dengan akses kepada sumber biologi seterusnya. Ini hak negeri. Jadi, itu ada hak negeri, maka tidak sepatutnya Persekutuan boleh mengganggu gugat kuasa yang sudah ada pada negeri. Apa pendapat Yang Berhormat Bandar Kuching? Terima kasih.
Telah saya sebut polisi-polisi yang sepanjang masa ini mengenai access to biological resources ini adalah di bawah the sole control of the state government. The sole control. What happens now is that the Federal Government is going to have a cut in it. A part in playing the control of the resources. That is why I’m saying erosion of Sarawak’s rights. Ini telah berlaku di beberapa bidang dan lambat laun, kuasa negeri akan diambil alih oleh kuasa Persekutuan. Apa yang akan berlaku ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor mungkin mengenai– yang telah saya sebut tadi adalah mengenai to control your financial resources. Reduce the allocation for the research, unless you comply to it. You know? Ya, sure.
Saya rujuk kepada seksyen 9(5), di mana akta ini kata pihak berkuasa kompeten hendaklah berunding dan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kompeten kebangsaan dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya di bawah akta ini. Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching berpendapat bahawa ini adalah satu contoh di mana kuasa negeri telah dihakis di bawah akta ini?
Which one? Seksyen 9(5). Minister please take note.
[Dewan ketawa]
Minister please take note. Saya rasa cukuplah jelas apa yang saya ingin sampaikan hari ini tentang Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017. Kita telah– Parlimen ini telah dituduh sebagai untuk menghakis hak kuasa negeri Sarawak melalui kelulusan Territorial Sea Act, Tourism Act. Saya rasa janganlah kita repeat what has happened dan more so, because the Menteri who tabled this bill is the Menteri from Sarawak. Oleh itu, saya sekali lagi saya menyeru supaya seksyen 1(3) of this act, this rang undang-undang, di-amended supaya kita buat jelas sekali akta ini tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak dan Sabah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kerana memberi saya ruang untuk berbahas dalam Rang Undang- undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 ini. Seperti yang kita maklum, Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan biodiversiti yang belum diterokai iaitu yang ke-12 terbesar di dunia. Hasil biodiversiti negara yang kaya ini telah terbukti apabila banyak produk untuk kepentingan perubatan seperti produk herba, farmasi dan sebagainya telah berjaya kita hasilkan selama ini. Sebagai komitmen dalam memelihara dan memulihara sumber biologi, Malaysia telah pun meratifikasi Konvensyen Kepelbagaian Biologi ataupun CBD pada tahun 1994. Hasil daripada CBD ini, suatu dasar yang dikenali sebagai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan telah pun diperkenalkan pada tahun 1998 dengan memberi hala tuju kepada agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan strategi, pelan tindakan serta rancangan-rancangan berkaitan dengan kepelbagaian biologi supaya ia dipulihara dan sumbernya digunakan secara lestari. Namun, selepas hampir 30 tahun dasar ini diperkenalkan, saya berpendapat sudah tiba masanya suatu dasar dan undang-undang baharu diperkenalkan, maka rang undang-undang pada hari ini adalah dikira bertepatan dengan masa dan keadaannya untuk kita sama-sama bentangkan. Tambahan pula, Malaysia masih belum menandatangani Protokol Nagoya iaitu protokol mengenai akses sumber biologi, walaupun Malaysia telah lama menganggotai CBD. Rang undang-
undang ini dijangka bakal mengubah keadaan tersebut. Buat masa ini, hanya Laos dan Indonesia sahaja dalam kalangan negara ASEAN yang telah menandatangani protokol antarabangsa ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi dapatan saya tentang betapa kayanya sumber biologi di negara kita ini. Pertama, sebanyak 377 spesis alga mikroskop telah didokumenkan di Malaysia. Kedua, terdapat lebih 2,500 spesis kulat bakau direkodkan di negara ini. Ketiga, 13,000 spesis tumbuhan berbunga yang mempunyai nilai komersial perubatan dan juga herba. Keempat, 297 mamalia darat dan 22 mamalia laut. Dapatan ini membuktikan negara kita sangat kaya dengan anugerah biologi. Akan tetapi apakah sebenarnya permasalahannya?
Permasalahan utama yang saya lihat adalah bagaimana sumber biologi ini digunakan untuk menghasilkan produk berkepentingan umum seperti ubat-ubatan lalu dipatenkan oleh syarikat-syarikat besar antarabangsa. Apa yang menjadi isu ialah apabila selepas ia dipatenkan, kita kehilangan pemilikan terhadap sumber tersebut. Kehilangan pemilikan ini akhirnya menyebabkan kerugian kepada sumber negara sedangkan hasil biologi tersebut datangnya daripada negara kita.
Yang Berhormat Sekijang, sikit sahaja.
Ya.
Terima kasih. Daripada sumber bio yang kita kata kajian-kajian dibuat oleh pakar-pakar kita mengenai perubatan dan sebagainya tadi, tetapi permasalahan dari segi commercialization itu masalah. Untuk memasarkan perkara ini, dia memerlukan satu syarikat yang besar, kalau kerajaan tidak mengambil alih. Apabila syarikat-syarikat besar mengambil alih, yang kita tahu syarikat besar ini sudah tentu tidak daripada negara kita. Jadi, kertas-kertas kerja yang kita telah habiskan modal untuk kajian ini, kertas itu kadang-kadang terlepas sama ada dijual, dikongsi dan sebagainya kepada syarikat besar menyebabkan selain daripada ilmu itu sendiri diambil, juga sumber kita diambil. Jadi bagaimana agaknya kerajaan perlu menyelesaikan perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Masukkan ucapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa itu dalam ucapan saya. Saya amat bersetuju sebenarnya sebab perkara inilah yang saya hendak bahaskan selepas ini tentang apakah sebenarnya peranan yang dimainkan oleh pihak kementerian bagi memastikan perkara ini dapat kita atasi.
Yang Berhormat Sekijang, laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya pelik kenapa sampai 23 tahun daripada Protokol Nagoya sampai sekarang, 23 tahun baru kita boleh buat benda ini. Apakah sebab-sebab yang menghalang kita daripada mempercepatkan undang-undang seperti ini? Kerana kita tahu kalau kita lambat, kita rugi dan negara rugi. Jadi apakah di antara sebab-sebabnya, dalam pengetahuan Yang Berhormat Sekijang lah, tentang perkara ini? Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya yakin dan saya percaya oleh kerana tempoh masa yang terlalu lama dan juga setelah melihat banyak sebenarnya aset-aset kepada sumber biologi kita telah pun terlepas ke tangan asing, maka sewajarnyalah kementerian menggunakan rang undang- undang yang ada pada hari ini untuk melaksanakan apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pasir Puteh tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Apa yang menjadi isu selepas ia dipatenkan? Sebenarnya kita kehilangan pemilikan terhadap sumber tersebut, seperti yang disebut oleh dua orang sahabat saya sebentar tadi. Kehilangan pemilikan ini akhirnya menyebabkan kerugian kepada sumber negara sedangkan hasil biologi tersebut adalah datang daripada negara kita sendiri. Akan tetapi pada masa yang sama, kenapa perkara ini terjadi? Kita perlu akui pembiayaan terhadap eksplorasi dan penyelidikan sumber biologi bagi penghasilan
produk perubatan misalannya, masih terhad. Syarikat-syarikat luar yang mempunyai sumber kewangan yang besar mengambil kesempatan terhadap kekurangan ini lalu menyebabkan kita ketinggalan untuk memulakan kajian tersebut sehingga menyebabkan potensi membangunkan produk hasil biologi terlepas ke tangan mereka. Sebagai contoh, ada beberapa produk-produk yang sepatutnya boleh kita patenkan dan kita boleh bangunkan dalam negara kita tapi oleh kerana mereka tidak mempunyai dana, hasil kajian dan dapatan tersebut telah dihantar ke luar negara melalui syarikat-syarikat besar dan mereka telah patenkan produk-produk tersebut dan akhirnya syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar. Malahan, hasil biologi yang sepatutnya mendapatkan keuntungan kepada dalam negara kita telah terlepas begitu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kos aktiviti pemuliharaan yang tinggi telah mengekang usaha mengurus dan memulihara sumber biologi secara holistik dan berkesan. Fokus utama negara kita yang memberi penekanan terhadap pembangunan sosioekonomi menyebabkan pemuliharaan terhadap biologi kita terbantut. Penekanan terhadap sosioekonomi telah menyaksikan bagaimana perluasan pembangunan kawasan yang dahulunya diwartakan sebagai kawasan perlindungan dan konservasi akhirnya dikorbankan untuk pembangunan dan pada satu ketika, aktiviti pemulihan ini dilihat sebagai liabiliti pula kepada negara. Suka atau tidak, kita tidak boleh menafikan bagaimana biologi ini sangat penting dalam mengekalkan kestabilan ekosistem. Saya berharap melalui rang undang-undang ini nanti, satu langkah drastik terutamanya dari kerjasama dengan pihak swasta diperkemas dan diperluaskan bagi memastikan pemuliharaan sumber biologi ini dapat kita pertingkatkan. Ini termasuklah dengan syarikat-syarikat yang telah menghasilkan paten dengan menggunakan hasil biologi negara. Ini penting bagi memastikan kesinambungan hasil biologi negara akan dapat turut dinikmati dan dirasai oleh generasi akan datang. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melaksanakan banyak dasar berkenaan pengurusan sumber asli sebagai panduan kepada kerajaan negeri sebagai penguat kuasa dasar. Sebagai contoh, Dasar Perhutanan Negara 1978, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 serta Dasar Mineral Negara 2 tahun 2009. Masalah utama yang dilihat dalam menjayakan dasar ini apabila peruntukan kuasa ini adalah terhad kepada kerajaan negeri. Sebelum ini pun sudah ada satu perbahasan berkaitan dengan kuasa negeri dan juga kuasa Persekutuan. Disebabkan kekurangan kapasiti dan keupayaan terutama dari segi kewangan, maka dasar ini tidak dapat dijalankan secara berkesan dan juga komprehensif. Kekurangan sumber peralatan, pengawasan dan pemantauan canggih menyebabkan eksplorasi haram tidak dapat dikenal pasti dengan lebih awal. Banyak kali kita dapat lihat masih berlaku penyeludupan haiwan atau tumbuhan dilindungi. Itu yang dapat kita tangkap. Kita tidak tahu berapa banyak pula kerugian yang telah dialami bagi penyeludupan yang telah berjaya melepasi kawalan keselamatan. Jadi persoalan saya, apakah usaha yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi membantu kerajaan negeri? Maksudnya, apakah usaha pihak kementerian untuk bantu kerajaan negeri bagi menyediakan pasukan penguat kuasa dan juga kelengkapan bagi usaha pemantauan ini. Ini sangat penting kerana jika kita laksanakan undang-undang ini tetapi membiarkan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar semasa, maka hasrat dan objektif utamanya tidak mungkin akan dapat dicapai akibat daripada kekurangan sumber yang saya sebutkan tadi. Juga, adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan NBOS dengan mana-mana kementerian yang lain ataupun agensi-agensi yang berkaitan— contohnya polis, tentera ataupun agensi seperti RELA, ATM dan lain-lain— dalam urusan berkaitan dengan penguatkuasaan ini? Tuan Yang di-Pertua, perkembangan semasa menyaksikan bagaimana teknologi baharu muncul saban hari. Perkembangan saintifik yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk ke atas kesejahteraan sejagat. Kewujudan biologi sintetik dan kejuruteraan genetik telah menyebabkan kehidupan dan persekitaran sekeliling dimanipulasi sehingga ia bercanggah dengan norma kehidupan. Kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius kerana jika kerajaan gagal untuk mendapatkan penyelidikan biologi sebagai keutamaan, saya amat khuatir kita akan ketinggalan apabila teknologi biologi sintetik dan kejuruteraan genetik berkembang kelak. Seperti yang saya katakan di awal tadi, negara kita ini kaya dengan hasil biologi. Hasil-hasil ini masih banyak yang belum kita kenal pasti potensinya. Justeru, suatu langkah drastik perlu dijalankan bagi mengenal pasti potensi sumber-sumber yang kita
ada tadi untuk dikomersialkan sebelum suatu teknologi baru diperkenalkan oleh negara luar dan mereka-mereka yang berkepentingan. Saya berharap dana penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan mahupun oleh pihak swasta haruslah digunakan dengan sebaik mungkin dan lebih berfokus untuk menghasilkan produk yang akan diterima dan diperakui di peringkat antarabangsa. Kita sering kali mencapai kejayaan dalam penyelidikan. Banyak kejayaan kita capai. Namun, banyak kali juga penyelidikan yang dicapai tidak mempunyai nilai komersial. Tidak guna kita berhabis ribuan dan jutaan ringgit untuk menjalankan penyelidikan jika akhirnya ia tidak dapat digunakan kerana kurangnya nilai komersial. Jadi saya berharap dana penyelidikan yang disediakan perlulah mengambil kira faktor komersial sebelum ia diberikan kepada para penyelidik tadi. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah rang undang-undang ini nanti juga boleh diguna pakai untuk mana-mana sumber biologi kita yang pernah dicuri ataupun dipatenkan oleh pihak luar dan kita boleh ambil tindakan kepada syarikat- syarikat ini atau membuat rampasan semula terhadap syarikat-syarikat atau individu yang telah menggunakan sumber-sumber daripada negara kita ini? Tuan Yang di-Pertua, pengurusan yang cekap dan penggunaan sumber asli yang mampan adalah penting dalam mencapai pembangunan lestari demi kesejahteraan negara. Rang undang-undang ini dilihat bakal mewujudkan kepastian dari segi undang- undang dan hubungan adil antara pembangunan produk biologi serta memberi keuntungan bukan sahaja kepada pendapatan negara, malah demi pembangunan teknologi biologi dalam negara kita untuk semua negeri. Saya amat berharap semangat satu Malaysia kita untuk memastikan akta dan rang undang-undang ini kita sama-sama dapat luluskan supaya ia bukan hanya memberikan kepentingan kepada sebelah pihak iaitu di peringkat Kerajaan Pusat, malah sebenarnya ia juga memberi keutamaan dan juga menunjukkan rasa penting dan rasa perlunya kita untuk menjaga kepentingan dalam kerajaan negeri. Sekian sahaja perbahasan saya untuk rang undang-undang ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Nerus, selepas itu Menteri boleh menjawab ya.
Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dalam hadis Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] Sabda Nabi, “Dunia ini suatu yang manis dan juga menghijau dan sesungguhnya Allah SWT menjadikan kamu khalifah yang diberikan amanah untuk menjaganya, lalu Allah Taala melihat apa yang kamu kerjakan. Maka berhati-hatilah kamu terhadap dunia tersebut”. Hadis ini mengajar kepada kita konsep pengurusan alam sekitar yang diberikan oleh Allah SWT bahawa dunia ini kaya dengan pelbagai sumber alam untuk manusia termasuklah kepelbagaian biologi yang kita bincang pada hari ini dan tinggal lagi kepada manusia bagaimanakah amanah menguruskan sumber yang diberikan oleh Allah SWT ini. Negara kita Malaysia adalah satu negara yang kalau kita kata bukan yang terkaya tetapi antara yang terkaya mempunyai sumber kepelbagaian biologi dengan kita lihat dari sudut floranya di Malaysia kita memiliki 12,000 spesies tumbuhan berbunga, 1,100 spesies paku pakis, 500 spesies pokok berkayu keras seperti meranti, balau, kapur, cengal dan keruing dan juga kita punya ekosistem laut yang kaya dengan terumbu karang. Dari sudut fauna, kita mempunyai pelbagai spesies binatang seperti mamalia hampir 300 spesies, spesies burung 700 lebih, spesies reptilia sahaja 350, amfibia 165, ikan air tawar 300 dan kita juga memiliki banyak sumber genetik seperti buah-buahan. Durian sahaja kita mempunyai 28 spesies, mempelam 22 spesies, manggis 49 spesies, menunjukkan kepada kita bahawa negara kita sebenarnya kaya dengan pelbagai sumber kepelbagaian biologi. Saya rasa berdasarkan hakikat itulah, maka hari ini kita bawa ke Parlimen satu Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017.
Saya sangat menyokong untuk akta ini atau rang undang-undang ini dibawa ke Parlimen sebagai satu cara untuk kita melindungi sumber ataupun kepelbagaian biologi yang kita ada pada hari ini. Di sana kita lihat, ada beberapa akta yang telah dibawa atau telah sedia ada di peringkat negara, di peringkat federal kita ada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Perikanan 1985, Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan kita ada juga enakmen di peringkat negeri di Semenanjung sebagai contoh Enakmen Taman Negara Kelantan 1938, Pahang 1939, Terengganu 1939. Di Sabah juga kita ada Enakmen Tanah 1984 dan juga Enakmen Hutan 1968. Semua enakmen dan akta ini menjurus kepada pemeliharaan kepelbagaian biologi. Maka timbul satu persoalan yang banyak dibicarakan juga oleh Ahli Parlimen kita sebentar tadi iaitu dari sudut penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini kerana kita akan berhadapan dengan isu ketidakseragaman undang- undang-undang. Setiap di peringkat federal, kita ada kuasa tertentu, di peringkat negeri pun ada kuasa tertentu dan kebanyakan apa yang kita bincang tentang kepelbagaian biologi, sumbernya adalah negeri. Maka timbullah sejauh mana penyelarasan dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri kerana ketidakseragaman ataupun tidak ada penguatkuasaan undang-undang menimbulkan isu penghakisan kuasa di peringkat negeri. Walaupun kita faham hasrat kerajaan itu sangat baik untuk menghalang daripada sumber yang ada itu dicuri oleh mereka daripada luar negara sebagai contoh. Akan tetapi dalam masa yang sama timbul juga persoalan sampai bila kita boleh menghalang kecurian ini menggunakan akta yang kita bawa atau rang undang-undang yang kita bawa pada hari ini, jikalau dalam masa yang sama...
[Bangun]
Kita juga tidak mempunyai badan-badan penyelidikan yang hebat bertaraf antarabangsa yang boleh mengambil peluang daripada kepelbagaian biologi yang kita ada ini dan menjadi aset kepada negara. Itu persoalan, antara yang saya hendak soal kepada Menteri ialah berapa banyak pusat penyelidikan...
Yang Berhormat...
Berhubung kepelbagaian biologi telah ditubuhkan dalam tempoh 1994 hingga 2017?
Yang Berhormat Bagan Serai ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya mendengar dengan teliti perbahasan Kuala Nerus yang menyentuh soal kuasa ataupun had kuasa Kerajaan Persekutuan dan juga hak mutlak kerajaan negeri. Apa yang kita katakan dalam Rang Undang-undang ABS ini konsep decentralization itu. Bermakna, kerajaan negeri mempunyai hak yang mutlak atas sumber biologinya. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Nerus, bagaimana apakah kerajaan akan meneruskan usaha ataupun menunjukkan kesungguhan untuk membuat sesuatu perkara yang baik untuk rakyat dan juga untuk alam sekitar. Saya hendak bagi contohlah. Saya pernah bawa isu Ramsar. Contohnya, cadangan untuk mewujudkan Ramsar di Kuala Gula Parlimen Bagan Serai untuk rakyat, untuk kebaikan rakyat, untuk kebaikan alam sekitar dan untuk memelihara biodiversiti. Jawapan yang saya dapat dalam Dewan ini ialah kementerian dan kerajaan sangat setuju dan sangat bersetuju dengan perkara-perkara ini untuk mewujudkan satu lagi Ramsar site tetapi bergantung pada keputusan kerajaan negeri. Itu tidak apa. Memang betul jawapannya begitu. Akan tetapi, adakah jawapannya sampai dekat situ sahaja? Jikalau kerajaan negeri kata tidak boleh sampai bila-bila, adakah habis sampai tidak boleh buat apa-apa ataupun kalau kerajaan negeri kata tidak boleh, kita meneruskan usaha ini untuk meneruskan usaha lagi untuk mewujudkan Ramsar site demi kebaikan alam sekitar? Terima kasih.
Kalau mereka kata tidak boleh, tidak bolehlah. Mereka ada kuasa dia.
Yang Berhormat Kuala Nerus, boleh sikit Yang Berhormat Kuala Nerus? Bukit Katil.
Ya, sila.
Boleh Datuk? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum Yang Berhormat Kuala Nerus memberikan pandangan, Yang Berhormat Kuala Nerus bercakap tadi tentang kuasa negeri dan kuasa federal. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Kuala Nerus kepada bila kita bercakap tentang biological resources, dengan izin ataupun genetic resources ini, ia tentunya akan termasuk bidang kuasa terhadap tanah. Adakah Yang Berhormat Kuala Nerus sedar bahawa ada satu landmark case, kes yang penting iaitu kes Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar melawan Kajing Tubek, kes Mahkamah Rayuan pada tahun 1997 yang memutuskan semua hal yang berkaitan dengan tanah ini dan saya percaya juga berkaitan dengan sumber biologi, sumber alam sekitar itu adalah di bidang kuasa eksklusif kerajaan negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kes ini kalau untuk pengetahuan Yang Berhormat adalah berkaitan dengan kes Bakun Dam yang bersabit tentang consequences, dengan izin of environmental terhadap pembinaan dam di negeri Sarawak. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Ya, saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Bukit Katil tadi bahawa kuasa yang ada pada negeri untuk melibatkan tanah itu sangat besar. Akan tetapi bagi saya, apa yang penting adalah perundingan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi adalah isu yang sama. Bagi saya negeri ada kuasa tetapi jika setiap perkara yang baik, dirunding dengan baik, dengan negeri, saya yakin, dia akan mendatangkan hasil yang baik.
[Bangun]
Tinggal lagi ialah rundingan supaya kuasa negeri diambil cakna, diambil penyelarasan, diambil tahu supaya tidak timbul isu yang kita bangkitkan tadi.
Yang Berhormat Beruas bangun Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada hemat saya, undang-undang ini mesti digubal dengan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan, satu kuasa sahaja, satu-satunya autoriti yang mengeluarkan permit dan lain-lain kuasa yang terkandung di dalam rang undang-undang ini. Sebenarnya, apa-apa kuasa yang hendak Kerajaan Persekutuan laksanakan mesti mendapat persetujuan pihak berkuasa negeri.
Kerana ini jelas termaktub dalam Schedule Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, selain daripada tanah, termasuk juga hutan di mana pihak kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak ataupun eksklusif. Jadi tidak bolehlah pihak Kerajaan Persekutuan mengeluarkan lesen ataupun permit seakan-akan Kerajaan Persekutuan ini ada kuasa ke atas hutan yang memang di bawah kuasa negeri. Jadi, saya berharap undang-undang ini haruslah ditarik balik, diperbaiki. Niatnya baik, kita semua sokong tetapi kalau nanti dikatakan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia ia akan menjadi sia-sia sahaja. Jadi saya berharap isu ini dapat dipertimbangkan lebih lanjut dan terperinci agar niat baik rang undang-undang dapat dilaksanakan.
Ya, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beruas tadi. Cuma untuk ditangguhkan saya tidak setuju, saya setuju untuk terus diproceed tetapi saya harap satu jaminan Menteri bagaimana kuasa negeri. Dalam cadangan 3(3) ada disebut tentang hak negeri untuk mengambil tindakan berhubung akses kepada sumber biologi. Cuma saya tengok peruntukan ini sangat longgar hanya memberi ruang kepada negeri untuk mengambil tindakan tetapi dari segi kuasa mutlak melibatkan isu-isu lain tidak dijelaskan di sini. Jadi saya rasa isu ini perlu kita bangkitkan di sini. Hatta kita tengok dalam tajuk awal RUU sendiri pun disebut dalam seksyen 1(2) dan 1(3). Dalam (2) seolah-olah menyatakan penguatkuasaan akta ini untuk Semenanjung dan 1(3) untuk Sabah saya Sarawak. Kenapa dipisahkan dua keadaan ini? Adakah di sana ada sesuatu perbezaan melibatkan Semenanjung pada pandangan Kerajaan Persekutuan dan lain pula melibatkan Sabah dan juga Sarawak. Itu juga persoalan mesti dijawab oleh Menteri. Apa yang saya hendak bangkitkan lagi ialah sejauh mana kepelbagaian biologi diambil pertimbangan dalam sebarang bentuk pembangunan yang dijalankan, melibatkan pembangunan, melibatkan hutan yang ditebang, pembinaan bandar baru,
tanah-tanah yang ditambak ataupun dengan kata lain sejauh mana penilaian kesan alam sekitar atau kita panggil EIA diberi keutamaan pada isu-isu yang melibatkan kepelbagaian biologi? Terakhir yang saya hendak sebut ialah dengan melihat begitu banyak akta yang telah sedia ada dan hari ini kita bawa pula satu lagi cadangan akta yang baru, adakah kementerian mempunyai satu badan yang merumuskan dasar-dasar kepelbagaian biologi ini untuk diselaraskan bagi semua akta. Maknanya bukan hanya hari ini kita buat akta yang baru tetapi akta-akta yang sedia ada, Akta Perikanan, Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan dan Akta Kualiti Alam Sekitar. Adakah patut kita review juga supaya unsur-unsur melibatkan kepelbagaian biologi ini dapat kita pelihara supaya ini menjadi satu undang-undang yang bersepadu ke arah pemeliharaan kepelbagaian biologi ini. Terakhir saya hendak sebut ialah...
Yang Berhormat Kuala Nerus, minta sikit penyelarasan, Bukit Katil. Boleh Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Yang Berhormat Bukit Katil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan penyelarasan tadi. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Kuala Nerus adakah Yang Berhormat Kuala Nerus sedar bahawa the focal point dalam akses pada sumber biologi ini dan perkongsian faedah ini adalah di bawah Ministry of Natural Resources. Manakala focal point for the treaty yang kita bahas tentang Nagoya treaty ini dia sebenarnya lebih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. So, di sini berbeza juga dari segi kementerian. Jadi adakah ini juga yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus bila sebut tentang penyelarasan tadi? Terima kasih.
Ya, betul...
Yang Berhormat Beruas bangun Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya memang tertarik dengan penghujahan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi berkenaan dengan berbagai undang-undang yang sedia ada yang terpakai untuk hidupan liar, haiwan dan lain-lain. Saya ingin dapat penjelasan dan juga pada hemat saya ialah peruntukan seksyen 3(2) yang nampaknya mengelirukan. Kalau boleh dikatakan peruntukan ataupun perkataan-perkataan asalnya bercanggah dengan perkataan- perkataan ataupun akhir peruntukan ini. Dengan izin, saya bacakan. Seksyen 3(2) mengatakan; “Peruntukan akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan peruntukan dalam mana-mana undang- undang lain yang berkuat kuasa pada masa ini, yang berhubungan dengan hutan, hidupan liar, haiwan, perikanan dan perdagangan antarabangsa mengenai spesies terancam kecuali perkara yang termasuk di bawah peruntukan akta ini”. Adakah satu perkataan yang sudah hilang iaitu kecuali perkara lain yang termasuk dalam peruntukan akta ini. Kalau seperti yang sedia ada, pada permulaan peruntukan ini dinyatakan ia adalah tambahan dan tidak mengurangkan. Maksudnya lain- lain undang-undang itu lebih berkuasa daripada akta ini. Akan tetapi pada akhir perenggan ini dikatakan kecuali perkara yang termasuk di bawah peruntukan akta ini. Adakah ini bermaksud akta ini lebih berkuasa daripada akta atau undang-undang lain? Jadi dengan izin, on the first draft it says this act or bill is subservient to other laws. On the other hand, end of the day it says anything that is stated in this law is excluded from that subservience. Jadi ini maksudnya mengelirukan. Apakah status akta ini? Di bawah atau subject to other laws or other law now subject to this law so long as the subject matter are stated in this law. Kalau boleh dapat penjelasan.
Ya, saya respons kepada Yang Berhormat Bukit Katil terlebih dahulu. Pertama tentang penyelarasan tadi. Ya, saya setuju bahawa penyelarasan melibatkan pelbagai, bukan hanya satu kementerian. Kita ambil contoh isu melibatkan pencerobohan oleh nelayan Vietnam menerusi pukat tunda yang menyebabkan kita kehilangan begitu banyak benih-
benih ikan yang kecil akibat pencerobohan tersebut. Ia juga melibatkan kepelbagaian biologi. Itu saya timbulkan persoalan sejauh mana, adakah di peringkat kementerian ada satu badan menyelaraskan isu-isu ini supaya semua akta yang berkaitan itu kita lihat secara bersepadu dan kita baiki mana lagi yang kurang. Berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas tadi saya pun baca. Kalau kita lihat pada seksyen 3(3) pun; “Tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan hak negeri untuk mengambil tindakan yang berhubungan dengan akses kepada sumber biologi dan perkongsian faedah yang terhasil daripada penggunaannya dengan syarat bahawa tindakan itu selaras dengan objektif dan peruntukan akta ini”. Kalau tengok pada ayat ini pertama dia kabur, apa makna objektif dan peruntukan akta ini itu kabur, satu. Kedua, ia meletakkan akta ini lebih tinggi daripada yang lain seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. Jadi memang ada saya lihat pertembungan penggunaan perkataan ataupun istilah yang kita gunakan dalam rang undang-undang ini maka saya rasa ia perlukan satu penjelasan daripada Menteri.
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dan akhir...
Tambahan, belakang- belakang, Pasir Puteh.
Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.
Pasir Puteh. Saya rasa pihak yang menulis atau yang menyediakan akta ini jelas dan ayat-ayat ini pun jelas, ia untuk mengelirukan, untuk mengaburkan.
[Dewan ketawa]
Langsung diluluskan oleh AG. Jadi benda itu bagaimana? Apa pendapat Yang Berhormat Kuala Nerus?
Statement Yang Berhormat Yang Berhormat Pasir Puteh ini boleh tahan juga ya. Jelas untuk mengelirukan. Saya serah pada Menteri lah untuk menjawab persoalan tersebut. Cuma yang terakhir yang saya hendak bangkitkan ialah al-Quran selalu sebut antaranya, sifat manusia... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Manusia ini sangat zalim dan sangat jahil”. Zalim, maknanya letak satu benda tidak kena pada tempat. Berlaku pencerobohan, berlaku silap urus, berlaku silap tadbir. Maka silap urus dan silap tadbir ini kita tangani menerusi undang-undang, antara yang cuba kita buat pada hari ini. Akan tetapi tinggal lagi yang kedua namanya ‘jahula’, tersangat jahil. Jahil ini melibatkan pelbagai peringkat. Maka saya rasa persoalan saya hendak timbulkan pada kementerian, sejauh mana isu kepelbagaian biologi ini kita jadikan dia sebagai isu negara yang kita berikan ilmu tentang kesedaran perkara ini di semua peringkat. Di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan juga di peringkat masyarakat awam.
Saya rasa tidak cukup untuk kita bawa rang undang-undang ini tanpa kita perkasakan dengan education, dengan pendidikan, kefahaman dan kesedaran. Ia mesti digerakkan serentak dan saya rasa bajet untuk itu mesti menjadi sebahagian bajet bagi pengurusan di bawah rang undang-undang ini. Itu sahaja daripada saya, terima kasih. Wassalammualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Sikitlah, bagi sikit?
Berapa sikit Yang Berhormat?
Lima minit ke sepuluh minit. Sepuluh minit okeylah, sepuluh minit? Boleh?
Ya, sepuluh minit Yang Berhormat. Sepuluh minit.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, [Membaca potongan ayat al-Quran] maksudnya “Jangan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini kerana Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan”. Jadi bertepatanlah dengan akta ini diperkenalkan. Tujuan utama akta ini adalah untuk mengawal selia, itu yang penting sekali. Mengawal selia tentang akses kepada sumber biologi negara. Ini yang sangat- sangat kita tekankan sebenarnya. Sebab itulah kita lihat kalau peruntukan yang disebut- sebut tadi, bawah seksyen 3 tadi, akta ini sebenarnya, akta-akta lain dah ada. Kalau berkaitan dengan hutan, dah ada akta hutan dan sebagainya. Kalau hidupan liar pun, dah ada, haiwan pun dah ada, perikanan pun dah ada, semua dah ada. Semua perkara- perkara ini adalah berkenaan dengan spesies-spesies yang terancam. Jadi bertepatanlah dengan akta ini diadakan, ianya sebagai satu tambahan yang disebut tadi. Sebagai tambahan kepada peruntukan yang memang dah sedia ada. Sama ada di persekutuan ataupun di negeri. Dinyatakan juga dalam akta ini, pihak berkuasa persekutuan dan juga pihak berkuasa negeri. Jadi dinyatakan dalam Jadual 1, di negeri mana dan siapa pihak berkuasa. Jadi mereka inilah yang mempunyai kuasa sebenarnya dan tujuan pihak berkuasa persekutuan ini hanya untuk dirujuk, untuk berbincang dan mendapatkan khidmat nasihat. Saya rasa ini cukup bagus. Ada yang mengawal daripada segi nasihat dan sebagainya. Kalau kita lihat apa yang dinyatakan dalam akta ini, lebih tertumpu pada pengeluaran permit. Jadi, permit-permit ini bukan dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan, ianya dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri. Jadi merekalah sebenarnya yang mempunyai kuasa. Dinyatakan di sini, kalaulah ada perlanggaran kepada apa yang disebut sebagai permit tadi, kalau kita lihat Bahagian III, seksyen 12, dia sama ada permit untuk komersial ataupun bukan komersial dan kalau tak ada permit, hukuman dia boleh sehingga RM500 ribu dan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun. Ini satu hukuman yang berat untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kalau mereka melakukan kesalahan, mereka akan menerima hukuman yang agak berat. Disebut juga, tidak boleh pindah milik, tak boleh ubah permit. Hukuman yang dikenakan cukup berat, RM200 ribu. Ubah atau pindah milik dan juga ubah permit itu hukumannya RM200 ribu dan juga boleh dipenjarakan sehingga sepuluh tahun. Jadi inilah yang penting yang dinyatakan. Lain-lain juga banyak lagilah dinyatakan tentang hukuman-hukuman. Dari segi pembatalan, kalau permit dibatalkan dan dia tak serah permit itu balik, juga boleh dihukum sehingga RM200 ribu dan juga sepuluh tahun, kalau melibatkan individu. Kalau pertubuhan, lebih lagi iaitu RM500 ribu hukuman dia. Cuma saya ingin memberi sedikit saranan ...
Yang Berhormat Setiu, boleh dapat penjelasan?
Ya, Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Setiu. Memang di bawah dengan izin, competent authority yang telah dinyatakan di bawah First Schedule bill ini dinyatakan permohonan hendaklah dibuat kepada Economic Planning Unit setiap negeri berkenaan. Katakan Johor, Johor State Economic Planning Unit. Di Perak, Perak State Economic Planning Unit lah competent authority. Ia seakan-akan memang menghormati hak negeri. Akan tetapi daripada segi undang-undang, Economic Planning Unit tidak boleh mengambil alih kuasa kerajaan negeri kerana dalam undang-undang Persekutuan, kerajaan negerilah yang mempunyai kuasa atas tanah dan hutan. Jadi, I think with due respect, dengan izin, saya rasa kuasa kerajaan negeri cannot be taken over by Economic Planning Unit. Sebab itu pada hemat saya, undang-undang ini memang melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Saya rasa tidak ada perlanggaran tentang undang-undang Persekutuan, sebab diwakilkan kepada pihak berkuasa. Kompeten itu diwakilkan kepada pihak Economic Planning Unit ini. Bukan maknanya negeri itu sendiri yang berkuasa, mesti diwakilkan kepada pegawai- pegawainya. Peringkat-peringkat itulah.
Tak. Kerajaan negeri mesti membuat keputusan siapakah competent authority yang diberikan kuasa sebab undang-undang Persekutuan tidak boleh menentukan siapa kerajaan negeri hendak lantik sebagai competent authority, dengan izin.
Sebab itu dinyatakan bawah akta ini. Dirujuk kepada Jadual 1 tadi, ia menentukan siapa yang sebenarnya pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa yang kompeten, yang untuk mengeluarkan permit itu tadi. Permit dikeluarkan oleh– dah dinyatakan dengan jelas siapa dia yang patut keluarkan. Dia ada wakil masing-masing. Kalau kita lihat, Johor siapa dia. Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, dah jelas apa? Apa yang kita kata bertentangan dengan Akta Persekutuan yang ada? Tak jelas, sebab dah dinyatakan bawah seksyen– tang mana seksyen dia yang menyebut Jadual 1, Jadual Pertama ini.
Seksyen 9.
9? Okey, seksyen 9.
[Bangun]
Jadi kalau 9(1), pihak berkuasa kompeten yang dinyatakan dalam Jadual Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa. Then telah dinyatakan dengan jelas dalam seksyen ini. Jadi tiada persoalan yang timbul sebenarnya.
Yang Berhormat Setiu, sikit.
Yang Berhormat Bukit Katil bangun.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengajak Yang Berhormat Setiu untuk pergi ke satu lagi seksyen iaitu seksyen 10(1) yang menggariskan fungsi dan kuasa pihak berkuasa kompeten iaitu disenaraikan dan tidaklah termasuk dalam perkara yang disebut oleh rakan kita, Yang Berhormat Beruas sebentar tadi. Isunya ialah isu exclusive jurisdiction, dengan izin. Saya sebut tadi di peringkat awal pencelahan, ada kes di mahkamah rayuan yang telah diputuskan berkaitan dengan hak kuasa negeri dan ini tidak digariskan secara teliti di dalam akta ini yang mengulas tentang fungsi dan kuasa pihak berkuasa kompeten. Saya fikir itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Beruas sebentar tadi kerana tidak dinyatakan dan tidak dizahirkan secara jelas dalam peruntukan ini khususnya seksyen 10. Ini nantinya akan timbul pertikaian dan sebab itulah kita bangkitkan di sini, apakah niat penggubal undang-undang untuk mungkin tidak memasukkan klausa ini ataupun punya pendekatan yang lain. Terima kasih.
Seksyen 10 itu menyebut tentang pihak berkuasa kompeten dan pihak berkuasa kompeten telah dinyatakan di bawah definisi, di bawah tafsiran, siapa dia. Kena rujuk satu persatulah, pihak berkuasa kompeten ertinya pihak berkuasa kompeten sebagai – dirujuk kembali kepada Jadual Pertama. Jadi apa lagi yang kita tidak – saya pun tidak nampak apa benda yang bertentangan dengan Akta Persekutuan ini sebab dia sudah sebut, yang kompeten siapa, yang mewakili negeri. Negeri mana? Negeri Johor, negeri Terengganu, negeri Kelantan dan sebagainya...
Saya, saya...
...Diwakili oleh pihak berkuasa negeri, apa Yang Berhormat masalah dia? Saya rasa tidak ada masalah.
Saya cadangkan schedule 1 ini mesti dipinda di mana competent authority yang dilantik oleh kerajaan negeri, itulah patutnya cara kerana kita Kerajaan Persekutuan tidak boleh menentukan kepada kerajaan negeri siapa patut orang yang kompeten kerana itu kuasa dia. Jadi kalau untuk undang-undang ini mengikut Perlembagaan Persekutuan haruslah kompeten dan autoriti ini dinyatakan, autoriti yang dilantik atau yang diberi kuasa oleh pihak kerajaan negeri. Begitulah pandangan saya supaya ia lebih mengikut undang-undang.
Ya lah, mungkin kita tidak lihat kepada undang-undang negeri itu sendiri, ya. Maknanya sekarang kita tidak diberikan apa sebenarnya peruntukan dalam undang-undang negeri, siapa wakil-wakil mereka. Jadi...
Yang Berhormat Setiu, saya mahu bantu Yang Berhormat Setiu. Kalau kita lihat kepada pihak berkuasa kompeten ini Yang Berhormat Setiu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat semua
ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan misalnya, semua ini dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan, tidak dilantik oleh Kerajaan Pusat dan saya percaya Majlis Biodiversiti Sabah atau Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak juga dilantik oleh Kerajaan Sarawak, tidak dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, terima kasih.
Jikalau macam itu betullah, maknanya tidak bertentangan dengan akta yang kita ada sebab sudah dilantik oleh pihak negeri, kerajaan negeri. Jadi betullah. Cuma dinyatakan sahaja pihak berkuasa kompeten untuk memberi kuasa, memberi permit di dalam akta yang kita ada sekarang, itu sahaja. Saya rasa boleh fahamlah tentang isu ini. Cuma sedikit saranan kepada pihak kementerian jangan kita – sudah banyak sangat berlaku kerosakan dan sebagainya, jadi kita perlu ada langkah-langkah untuk memelihara kawasan perhutanan dan juga kawasan laut sebenarnya. Kalau kita lihat mungkin kita perlu mengadakan program perhutanan semula iaitu penanaman semula hutan secara meluas. Ini saya difahamkan sejak tahun 2010 sebenarnya sudah dikatakan 26 juta pokok perlu ditanam semula dan 2016 sahaja sudah lebih kurang 5.5 juta pokok ditanam semula. Jadi ia sudah melebihi sasaran, sasaran sebenarnya empat juta sahaja tetapi dia sudah tanam lebih daripada 5.5 juta. Cuma apa yang saya hendak tahun 2017 macam mana, telah melebihi sasaran ataupun kurang daripada sasaran yang kita hendak?
Yang Berhormat Setiu, hendak bantu Yang Berhormat Setiu sedikit.
Ya.
Memang begitu banyak yang kita tanam tetapi yang Allah tanam lagi banyak sebab benih-benih itu bertaburan lebih banyak lagi yang ditanam Allah SWT. Akan tetapi masalah kita ialah banyak lagi yang kita tebang dan banyak yang kita gondolkan untuk benda-benda lain. Apakah pendapat Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.
Yang gondol dekat Kelantan banyak, ya atau tidak? Ya lah itu memanglah, itu saya kata tadi. Saya sebut tadi untuk maknanya kita hendak kembalikan kepada yang telah dirosakkan itu, jadi kita dengan cara yang baiknya ialah dengan penanaman semula, kita tanam dan kerajaan ada inisiatif saya rasa, sudah ada buat benda ini. Mungkin boleh saya sarankan tentang sumber tenaga bahan api. Mungkin kalau sumber tenaga bahan api ini kita boleh hadirkan secara alternatif yang lebih dipanggil mesra alam, biogas dan sebagainya, menggantikan kayu yang digunakan untuk dijadikan bahan api. Ini juga kita boleh consider. Akan tetapi mungkin juga kita lupa dari segi kehilangan kebanyakan bio kepelbagaian ini disebabkan oleh kebakaran hutan. Ini juga boleh menjadi satu sebab. Jadi apa yang perlu kita buat ialah kita mengambil langkah- langkah untuk mengelakkan daripada kebakaran hutan dan yang lain-lain mungkin dari segi pemburuan haram, pemburuan secara biasa, saya rasa benda ini juga kita perlu haramkan, kita tidak boleh benarkan yang secara berleluasa. Satu lagi berkenaan dengan biodiversiti laut ini. Kalau biasa jabatan taman laut peranan dia biasalah kita tahu untuk menjaga koral dan sebagainya, yang berfungsi menyediakan makanan ikan, untuk oksigen dan juga keseimbangan ekologi laut ini. Cuma masalah sekarang ini Jabatan Laut ini di bawah kementerian lain juga, ia tidak – mungkin ada sudah diberi kuasa ataupun delegate power. Kuasa ini telah diberi kepada pihak Kementerian Alam Sekitar, jadi minta sahkan sebab untuk penguatkuasaan dan sebagainya agak sukar kalau di bawah kementerian yang lain. Pertanyaan saya, berapa banyak lagi taman laut sebab kita hendak kena jaga laut kita ini terutama di kawasan saya sudah ada Pulau Redang. Pulau Redang kita sudah ada Jabatan Taman Laut yang menjaga taman laut kita dan apabila saya pergi ke sana memang nampak kawalan cukup ketat. Satu lagi mungkin dari segi terumbu karang. Terumbu karang ini banyak, ia pelbagai, ia banyak ragam. Jadi apabila ia banyak, maknanya biasanya ia banyak berlaku kerosakan, mereka snorkeling kah, apa yang apa mereka semua – kadang-kadang ambil terumbu karang ini bawa naik ke darat dan benda itu menjadi rosak dan sebagainya. Jadi akhirnya, saya menyokong pindaan ini, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin hendak menjawab persoalan-persoalan yang secara umum ini. Saya juga menerima hakikat bahawa bukan semua orang faham dengan treaty, konvensyen dan protokol antarabangsa ini kerana ia amat kompleks dan amat payah hendak difahami secara sepintas lalu. Jadi saya perjelaskan soalan protokol ini dahululah ya. Apabila kita mengadakan mesyuarat iaitu the Rio Summit 1992 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada mana tadi? Yang Berhormat Kelana Jaya, selepas itu berbangkit daripada mesyuarat itu berhubung dengan perkara yang dipanggil biodiversiti ini dan apabila biodiversiti ini dibangkitkan, ia mengeluarkan satu konvensyen dalam mesyuarat ini dan beberapa konvensyen. Multilateral perjanjian dilaksanakan selepas itu iaitu UNFCCC, Convention on Biodiversity dan juga CITES. Jadi tiga perkara yang berasingan menangani perkara-perkara yang berlainan dan di sini kita hanya membincangkan soalan Convention on Biodiversity yang berbangkit daripada perbincangan di Rio pada 1992.
Selepas mengkaji dan melihat semua pengisian dalam Convention of Biodiversity itu, Malaysia menangani Convention of Biodiversity pada 1994. It takes us about a year plus sebelum kita menangani perkara itu. Selepas kita menangani Konvensyen Biodiversiti, masa itu konvensyen itu tidak mengkhususkan- masih banyak perkara-perkara yang tidak dikhususkan di bawah itu untuk penjagaan biodiversiti itu sendiri. Jadi, itu lah kenapa satu daripada protokol yang dikeluarkan iaitu Protokol Nagoya. Ini memakan masa perbincangan di bawah Konvensyen Biodiversiti itu, Nagoya Protocol, perbincangan antarabangsa untuk mendatangkan satu consensus selama enam tahun dan barulah Nagoya Protocol itu diluluskan, diterima oleh masyarakat dan kita selepas itu baru menangani dan ratify Nagoya Protocol. Kita boleh menangani tetapi kita tidak boleh ratify sebab syarat Nagoya Protocol itu ialah kita kena ada local law dahulu. Undang-undang ini, sebab Nagoya Protocol memberi akses kepada biodiversiti. Negara kita sebagai negara yang kaya dalam biodiversiti, kita tidak boleh membenarkan orang masuk ke hutan-hutan kita membuat penyelidikan, buat kajian dan sebagainya, boleh pattern kan harta benda kita. Jadi, dalam keadaan demikian itulah kenapa undang-undang ini perlu diwujudkan dahulu sebelum kita ratify Nagoya Protocol. Maknanya, orang belum boleh masuk ke hutan kita untuk buat kajian, itu maknanya. Walaupun kita dah party to the convention of CBD, dengan ringkas Convention of Biodiversity, tetapi kita belum ratify Nagoya Protocol. Protokol yang diwujud di bawah CBD untuk menangani isu-isu yang secara detail macam mana akses benefits sharing ini boleh dilaksanakan. Jadi, akses benefits sharing ini boleh dilaksanakan berlandaskan local law yang diluluskan oleh negara kita sendiri. Ini belum kita buat. Apabila kita telah menangani protokol ini, kita hendak buatkan undang-undang ini, lagi satu masalah yang besar kita hadapi. Masalahnya adalah undang-undang hutan, harta benda, resources ini bukan kepunyaan Federal. Ia kepunyaan negeri. Oleh sebab ia kepunyaan negeri, konsultasi awal memang telah kita buat . Undang-undang kita boleh rangka, undang- undang ini unik. Undang-undang ABS ini, ia bukan dibuat di AG Chambers, dibuat di universiti oleh konsultan luar supaya kita hendak input yang adil, seadil-adilnya kepada semua pihak. Jadi, dalam keadaan demikian itulah memakan masa yang begitu panjang untuk kita mewujudkan undang-undang ini semenjak Protokol Nagoya itu diluluskan. Kita belum lagi boleh ratify. Hingga sekarang ini pun, daripada yang 160 lebih yang bersetuju dengan CBD itu, hanya 97 sahaja yang ratify Nagoya Protocol. Oleh sebab syarat Nagoya Protocol itu berkehendakan undang-undang local, municipal law has got to be enacted by the country’s Parliament sebelum kita boleh ratify. Sebabnya, bila orang masuk, itu ada syarat-syarat yang boleh ditetapkan. Undang-undang ini apabila dilaksanakan oleh pihak konsultan, selepas itu konsultasi dibuat secara terperinci. Tiap-tiap negeri sama ada negeri yang sekecil-kecil Perlis, kita sudah buat konsultasi, termasuklah Sarawak dan Sabah. Untuk makluman orang Sarawak dan orang Sabah, bahkan diiktirafkan oleh AG Negeri Sarawak, mengatakan this the most consulted undang-undang, dilulus di negara Malaysia. Undang-undang yang telah diterima orang negeri Sarawak. Akan tetapi dalam masa yang sama, oleh sebab keunikan negeri Sarawak dan Sabah dalam konteks penubuhan Malaysia, maka negeri Sarawak itu diasingkan, ada Yang Berhormat yang bertanya tadi. Diasingkan undang-undang ini secara menyeluruh, bila sudah diluluskan
nanti, insya-Allah dan apabila digazet nanti, undang-undang ini akan terlaksana di Semenanjung sahaja. Akan tetapi oleh keunikan negeri Sarawak dan Sabah itu sendiri, maka ada satu peranan khas bahawa selepas undang-undang diluluskan, ia tidak boleh dilaksanakan secara automatik, ia kena berbincang lagi dengan orang negeri Sarawak dan negeri Sabah. Sebab-sebabnya negeri itu unik dan yang keduanya, mereka mempunyai undang-undang sendiri di negeri Sabah dan Sarawak. Undang-undang negeri Sarawak, khususnya saya dimaklumkan juga oleh pihak penggubal undang-undang ini, distreamlined dengan undang-undang ini sebelum dibawa ke Sarawak. Diharmonizedkan, maknanya undang-undang didraf bersama undang-undang negeri Sarawak itu didraf. Bila didraf, diharmonized undang-undang itu, baru undang-undang Sarawak dipercepatkan, sebab ia tidak perlu dikonsultasi dengan sesiapa pun. Akan tetapi undang-undang Federal, ia perlu ada konsultasi tiap-tiap negeri, that takes a long time, dengan izin Yang di-Pertua. Jadi, saya berharap semua pihak mengetahui bahawa sudah disetujui, bahawa tidak ada kuasa negeri yang diambil dari sudut pelaksanaan. Oleh sebab kita mengetahui bahawa undang-undang ini ialah untuk kepentingan biologi biodiversiti itu sendiri di negeri masing-masing.
[Bangun]
Itulah kenapa struktur undang- undang itu... tunggu Yang Berhormat ya. ...struktur undang-undang itu kita adakan national competent authority yang hanya sebagai penyelaras. Oleh sebab di bawah Perlembagaan kita, only the Federal can enter into a treaty dan protokol antarabangsa, not a state, not mana-mana kawasan. Jadi, itu kenapa kita menyelaras dan tidak lesen sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Setiu, memang betul. Itulah kenapanya lesen, permit dan sebagainya semua diletak kepada competent authority, that is the state. Dalam konsultasi itu berkemungkinan pihak penggubal undang-undang telah dimaklumkan this is our competent authority untuk on behalf of Sarawak. On behalf of Perlis, Johor dan sebagainya. Saya juga mengetahui sebagai orang yang dalam kerajaan, sebelum mana- mana perkara, EPU kah, apa badan di negeri-negeri itu hendak meluluskan satu-satu perkara, saya cukup yakin ia dibawa ke Kabinet negeri dahulu. Maknanya, dilulus oleh pihak kerajaan negeri itu dulu sebelum perkara-perkara itu diterima pakai oleh pihak negeri ataupun pemberi nama ini kepada pihak penggubal undang-undang ini. Jadi Yang di-Pertua, saya tidak lupa kepada bahawa suara-suara yang mengatakan devolution of power yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya pun tidak suka juga perkara ini dipolitikkan kerana untuk menjaga kepentingan bersama. Tujuannya kita sudah ada treaty dan konvensyen, hanya Federal yang punya kuasa untuk treaty dan konvensyen dan negeri tidak selamat daripada ini. Negeri tidak boleh dapat apa-apa benefit daripada konvensyen sedemikian ini kalau tidak ada Federal punya authority. Itu lah kenapa Federal perlu memainkan peranan sebagai penyelaras. Itulah kenapa negeri tidak boleh keluarkan terus bulat-bulat begitu sahaja dengan sendirinya, as if the negeri is not part of Malaysia.
Minta penjelasan.
For so long as any state is still part of Malaysia, it has to be decided together.
Then, what is the point of devolution of power?
[Bangun]
Okey, okey, okey. Tunggu sekejap. Okey, Yang Berhormat. [Menunjuk ke arah yang Berhormat Kelana Jaya]
Saya dulu sebab soalan saya. Terima kasih Yang di-Pertua. Menteri, just for the record. Kalau kita hendak kira dari Nagoya Protocol, itu 2010. Maknanya, kementerian Menteri sudah tujuh tahun bertungkus-lumus untuk berbincang, negotiate dengan negeri-negeri yang lain. Adakah ini benar ataupun sebenarnya negotiation dua tiga tahun sahaja? Ini isu yang penting sebab Menteri kata ini isu yang paling penting untuk kita, untuk kementerian Menteri. Why so slow? It is still very slow. But, point yang saya bagi bukannya isu tentang jangka masa itu, point yang saya hendak tanya kepada Menteri ialah berapakah negara-negara lain yang telah menggubal ataupun membuat pindaan undang-undang mereka untuk adopt biodiversity ini?
Saya faham Malaysia adalah sebuah negara biodiversiti yang rich sekali, yang kaya dengan biodiversiti. Saya hendak tanya, negara lain 97 buah negara yang ratify ini, berapa yang telah membuat undang-undang mereka sendiri untuk biodiversiti? Sebab, ini isu pokoknya di Dewan ini. Why are we doing this? Are we doing this because other countries are doing it? Or is it we are opening up for the exploitation of biodiversity by the developed country? Itu soalannya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh juga bertanya Yang Berhormat Menteri?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey.
Sebenarnya, Yang Berhormat— soalan yang pertama, soalan konsultasi tadi ya— kita memulakan konsultasi pada 12 Jun 2013 dan berterusan hingga Oktober 2016. Jadi, konsultasi itu merangkumi semua pihak di Malaysia sebab dia ada beberapa perkara isu yang bangkit dan konsultasi itu bukan dengan pihak negeri sahaja. Umpamanya, konsultasi berhubung dengan indigenous and local communities (ILC), semua pihak ada dalam itu yang dibuat pada Mac 2014. Jadi setiap isu dibangkit akan dibuat satu konsultasi yang tertentu, dan setiap negeri diwakili oleh pihak-pihak tertentu. Jadi maknanya, Yang Berhormat, kita memang sudah lama buat konsultasi ini. Walau bagaimanapun...
[Bangun]
Yang Berhormat, saya masih soal konsultasi. Jadi maknanya konsultasi ini memang berterusan and kita tahu the concern of the negeri dan itulah mengapa we are not pushing the thing down the throat of anybody. Jadi itu yang pertama. Kedua, soalan kenapa lama sangat. Yang Berhormat, kadang-kadang international convention, international protocol ini daripada sudut politik kita sendiri dalaman Malaysia pun banyak juga soal konsultasi, itu makan masa yang panjang untuk everybody to agree on certain terms. Apabila sudah draf dua kali dia ‘ting tong’, ‘ting tong’ macam itu, Yang Berhormat, memang banyak perubahan yang bakal dibuat. Bukan undang-undang— saya cukup yakin Yang Berhormat mengetahui, banyak peguam yang mengetahui macam mana hendak pinda undang-undang. Kadang-kadang ‘ting tong’ undang-undang itu, dot and dash pun kita hendak up and down dan AG kena bersetuju juga akhirnya sebab at the end of the day, dengan izin, AG akan bertanggungjawab pada undang-undang yang baik atau buruk cara-cara undang-undang itu digubal. Kalau tidak, undang-undang itu akan masuk keluar, masuk keluar dalam Dewan untuk dipinda semula. Jadi semua perkara ini dibuat. Kalau ada sikit perubahan, masuk balik buat perubahan, the consultant yang buat perundangan ini buat semula. Selepas itu masuk ke AG punya chambers, masuk kementerian setuju atau tidak dan pihak-pihak yang dibincang tadi setuju atau tidak, bincang lagi sekali. Jadi ia punya perbincangan itu amat rumit dan banyak. Itulah kenapa ia menjadi begitu panjang masanya, Yang Berhormat.
[Bangun]
Minta maaf, Yang Berhormat Beruas dahulu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak utarakan dua perkara. Nombor satu ialah bahawa Kerajaan Persekutuan tidak ada kuasa atau hak untuk meminta kerajaan negeri membuat apa-apa pun yang di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Kedua, kemungkinan besar dalam isu biodiversiti, mungkin jabatan hutan setiap negeri mempunyai kepakaran untuk memproses permohonan sama ada untuk meluluskan sesuatu permit itu atau tidak kepada mana-mana pemohon. Biasanya Economic Planning Unit ini tidak ada kepakaran. Jadi kalau kita tetapkan satu badan yang kemungkinan besar tidak ada kepakaran ataupun kebolehan untuk membuat assessment tentang permohonan untuk permit itu, ia akan mendatangkan sesuatu yang memudaratkan. Jadi lagi baik untuk kerajaan negeri yang menentukan siapakah
Competent Authority itu kerana mungkin dalam set up negeri, mereka pun ada kepakaran. Bagilah pihak yang ada kepakaran menguruskan isu biodiversiti ini.
Boleh saya sambung Yang Berhormat Menteri? Boleh? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua persoalan. Pertama adalah berkaitan dengan makluman yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa kelewatan adalah disebabkan oleh kita berunding dengan negeri-negeri dan setelah kita berunding baru kita telah sediakan First Schedule di mana mewakili semua negeri. Persoalan saya adalah berkaitan dengan fasal 1 sub (2) dan (3) di mana sub (3) secara terang-terang mengatakan bahawa untuk negeri Sabah dan Sarawak, setelah kita wartakan, kita akan berunding balik. Padahal sebelum ini, menggunakan apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri, kita telah pun berunding dan hasil daripada perundingan inilah kita sudah ada First Schedule dan semua negeri telah diwakili. Tetapi kita ada klausa special untuk Sabah dan Sarawak mengatakan setelah diwartakan, kita akan berunding balik untuk negeri-negeri khususnya Sabah dan Sarawak. So, apa rasionalnya selepas diwartakan, untuk Sabah dan Sarawak kita hendak berunding balik tetapi untuk Semenanjung kita tidak perlu rundingan, dia akan ambil effect seperti legislation yang lain? Itu yang pertama. Kedua adalah seperti yang rakan seperjuangan saya daripada Kelana Jaya telah menanyakan tadi, daripada 97 buah negeri yang telah meratifikasikan protokol tersebut, berapa negeri yang telah membuat undang-undang seperti negara kita? Ini dua soalan minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, just similar, dekat sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan awal tadi saya sudah membahaskan bahawa di Sabah sendiri, undang-undang sudah ada spesifik berkenaan dengan biodiversiti ini dikenali sebagai Biodiversity Enactment 2000 di Sabah. Kita kembali kepada isu devolution of power yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Apa gunanya ada devolution of power jika protokol ini masih dalam pantauan undang-undang Federal tetapi di state itself, dengan izin, di Sabah sudah ada undang-undang yang sama? Jika ada kekurangan undang-undang itu, bukankah pihak Federal memberi satu pandangan di mana Sabah dan Sarawak mengambil similar undang-undang kepada state and will not be under Federal Law? Because, this is a state list matter. Terima kasih.
Ya, yang pertama tadi saya sudah sebut, negara yang telah meratifikasikan Nagoya Protocol sebanyak 97 buah. Negara itu telah menggubal undang-undangnya kerana syarat Nagoya Protocol mesti ada undang-undang lulus sebelum ratify. Itulah kerana— kalau ini diluluskan, kita boleh ratify Nagoya Protocol. Kalau tidak diluluskan, kita tidak boleh ratify Nagoya Protocol. Maknanya negara kita masih terdedah kepada eksploitasi pihak biopiracy. Kalau ada pihak universiti bekerjasama dengan mana-mana researchers dan sebagainya, dia buat keluar dan dia patenkan selepas itu, kita hanya gaduh macam itu sahaja tetapi kita tidak ada landasan. Saya boleh beri contoh Yang Berhormat, yang mana kes-kes yang orang researchers sendiri buat kerjasama dengan universiti. Selepas sudah dapat butiran, selepas itu dia hendak patenkan. Hanya nasib kita, orang dengar dia hendak buat paten tetapi protes kita ini macam itu sahaja. Dia kata dia ada bahan daripada tempat lain. Walaupun dia buat kesilapan sedikit yang kita boleh protes itu— macam ini Profesor Gary Strobel yang buat research bersama dengan local university. Dia daripada Montana State University. Jadi dia hendak daftarkan itu. Apabila dia daftar, kita dengarlah dia sudah daftar. Kita dengar saja, tidak ada—sebab kita tidak ada ini. Undang-undang kita tidak ada. Kita belum ratify Nagoya Protocol. Jadi itulah sebabnya kepentingan undang- undang ini untuk kita hendak ratify Nagoya Protocol. Jadi itu jawapan saya sudah bagi. Soalan ketiga. Okey, Sarawak sudah ada— Ordinan Pusat Kepelbagaian Biodiversiti Sarawak (Pindaan) 2014. Di Sabah sudah mempunyai undang-undang Enakmen Biodiversiti Sabah 2000. Jadi apa perlunya dimasukkan dalam ini lagi? Betullah kata Yang Berhormat itu, tetapi Sarawak and Sabah itu is still part of Malaysia. Malaysia is looked as a whole untuk triti dan konvensyen biodiversiti ini.
Jadi kalau kita tidak masuk Sarawak dan Sabah dengan sendirinya Sarawak dan Sabah itu become exposed juga. Kalau ada research berlaku di sana, macam as if they are not part of the whole protocol. Jadi itu lah sebabnya kita berunding dulu. So we
got to tell Sarawak selepas all these things undang-undang ini kita satu persatu, even pelantikan daripada sudut pengiktirafan ILC iaitu Indigenous Local Communities itu pun kita bincang dengan terperinci dengan semua pihak. Dalam masa yang sama, Sarawak dan Sabah itu Yang Berhormat, masih kita – macam saya orang Sarawak lah, we got to accept. Orang Semenanjung kena terima hakikat bahawa Sarawak and Sabah itu berlainan sedikit daripada sudut struktur di bawah Perlembagaan kita. Dia diberi sedikit ruang dan peluang untuk benda-benda lain. Jadi itu lah kenapa walaupun telah di lulus nanti tetapi oleh sebab undang-undang ini dalam struktur yang sebenar, dia merangkumi semua negeri di Malaysia.
[Bangun]
Akan tetapi, penerimaan di Sarawak dan Sabah itu, akan berperingkat-peringkat as and when Sarawak and Sabah bersetuju menerima.
Yang Berhormat Menteri boleh bertanya? Bukankah ini juga peluang kita untuk menjadi partner dalam persekutuan ini ataupun rakan kongsi dalam persekutuan ini di mana kita pun boleh menandatangani konvensyen ini sebagai Sabah, Sarawak dan Wilayah. Terima kasih.
Yang Berhormat, itu bukan saya yang menetapkannya. Tanya dengan United Nations, Yang Berhormat.
Sebagai Yang Berhormat Menteri, Please! You should do this.
Ada benda-benda yang saya tidak boleh buat, yang kita tidak boleh buat. Ia hanya pihak di sana. Ia tidak boleh menyatakan “Okey, Sarawak, Sabah ataupun Perlis, tandatangani berasingan”. Tidak boleh.
Wilayah Persekutuan, of course...... undang-undang.
We have to go as a nation Yang Berhormat. Malaysia. Jadi saya ingat Yang Berhormat, soalan protokol dan konvensyen itu saya sudah...
Soalan sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa sebelum kita bawa rang undang- undang ini, kita sudah buat satu perbincangan dengan semua negeri di seluruh Malaysia. Kalau semua sudah disettlekan perbincangannya, kenapa bangkit lagi pemisahan 1(2) dan 1(3) sebab dua-dua sudah, semua negeri telah kita dapat consultation mereka? Sahaja soalanlah.
Saya sudah jawab dua kali. Jadi, kalau saya hendak menjawab tiga kali Yang Berhormat, ada lagi yang keempat tanya saya. Sarawak and Sabah is different. That is it. Jadi kita kena terima hakikat ini Yang Berhormat. Yang Berhormat pun kadang-kadang selalu berucap kata menghormati hak orang Sarawak dan orang Sabah. Sini sedikit sahaja kita bagi, Yang Berhormat sudah tanya. Berilah sedikit. Jadi Yang Berhormat Bandar Kuching, is not true. Saya hendak erode-kan kuasa Sarawak dan Sabah daripada sudut undang-undang ini. Kita bukan sahaja bincang, bahkan kita bagi provision. Saya berbincang dengan penggubal undang-undang ini, macam mana pelaksanaan. Jadi saya diberi penjelasan dengan penuh sepenuhnya, bukan sahaja daripada pihak penggubal, daripada pihak AG tetapi saya sudah baca sendiri undang-undang ini bahawa Sarawak and Sabah, ada sedikit perbezaan daripada negeri-negeri yang lain. Dalam penggubalan penubuhan Malaysia pun, dia memang berlainan juga Yang Berhormat. Satu orang sign on behalf Persekutuan Tanah Melayu dan satu group untuk Sarawak, satu group untuk Sabah dan satu group untuk Singapura. Itu sebab dia asas to us. Asas asal itu. Jadi bukan hendak membezakan. Yang Berhormat, itu yang pertama, soalan pokok yang ingin saya perjelaskan. Kedua, ingin saya perjelaskan soalan hutan. Sebab dia tidak berhubung kait dengan direct kepada undang-undang ini sendiri. Soalan hutan ini ialah keadaan hutan kita sekarang. Ini kena baca Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, fakta yang sebenar. Kalau kita melihat di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak dibahagi kepada tiga hutan ini. Konservasi hutan. Sebenarnya ada peningkatan, kalau dilihat di Sarawak semenjak Sabah pada tahun 2011. Di Semenanjung, keluasannya ialah 5,807,005 tetapi ia
menurun pada tahun 2015 iaitu 5,784,870. Pengurangan 22,135 hektar hutan Semenanjung. Akan tetapi di Sabah, daripada 4,435,989 kepada 4,435,990. Ia meningkat satu tetapi yang champion dalam konservasi hutan ialah Sarawak iaitu seluas 7,687,631 dan sekarang 2015, ialah 8,034,000. Jadi ada tambahan 346,369 hektar. Sebagai satu nation, as a nation negara Malaysia, kita tidak ada sebenarnya Yang Berhormat apa yang dikatakan kadar deforestation, tidak ada deforestation. Walaupun ada berlaku deforestation di Semenanjung sebagaimana saya sebut tadi sebanyak 22,000 hektar tetapi oleh kerana di Sarawak dan di Sabah itu meningkat, khususnya di Sarawak meningkat, maka as a nation, kita tidak ada berlakunya deforestation. Jadi walau bagaimanapun Yang Berhormat, keseluruhannya hutan dari tahun 2006 hingga 2015, keseluruhan daripada Semenanjung, Sarawak dan Sabah, kita menunjukkan peningkatan daripada sudut konservasi ataupun hutan simpan kekal. Jadi ini perkara-perkara yang asas yang ingin saya sebutkan daripada sudut perbincangan di sini tadi.
[Bangun]
Ketiga, perkara yang ingin saya sebutkan juga ialah soalan yang bukan ada jauh sangat, bukan ada kena mengena sangat tetapi ada kena oleh sebab dia biodiversiti juga, daun ketum Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya? Yang Berhormat Sungai Siput.
Ya.
Ya. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hutan, katakan kita punya acreage di bawah hutan ini meningkat, adakah kita mengambil kira ladang-ladang kelapa sawit, ladang-ladang getah sebagai hutan? Ini kerana saya tengok, pada saya daripada apa yang saya boleh tengok, banyak hutan kita ditebang, dikatakan tetapi coverage kita increased, adakah kita in sleight of hand? Kita sifatkan, characterize semua ladang sebagai hutan juga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya persoalan ini banyak dibangkit di perbincangan antarabangsa Yang Berhormat sama ada Malaysia mempertahankan forest cover kita 55.4 peratus. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi undertaking di Copenhagen 2014 dan saya buat undertaking balik pada 2015 di Paris, mengatakan kita akan mempertahankan 50 peratus daripada forest cover kita. Memang ia tidak merangkumi palm oil plantations Yang Berhormat, bahkan tidak termasuk pokok getah pun. Jadi dengan sendirinya kalau kita melihat, kita hanya menyebut hutan sahaja, bukan tanaman itu. Ladang kelapa sawit tidak masuk. Walaupun dalam hakikatnya bahawa it is a green cover juga kalau dilihatnya plantations ini. Akan tetapi mengikut kajian yang dibuat oleh Kementerian Teknologi Hijau berhubung dengan hutan kerana hutan yang disebut oleh Forestry Department ini di bawah Kementerian NRE tidak termasuk hutan-hutan yang di dalam the green lung of the cities. Itu tidak termasuk walaupun dia pristine dan sebagainya, tidak dimasukkan. Mengikut KeTTHA ataupun Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengatakan 67 peratus sebenarnya green cover seluruh Malaysia. Jadi maknanya kita adalah negara yang mempunyai green cover yang terbesar. Daripada sudut proportion dengan kita punya tanah keluasan negara kita. Jadi dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, saya walaupun memang mengambil tindakan-tindakan yang terperinci untuk mempertahankan forest cover kita, kita tidaklah perlu mendengar sangat soalan-soalan yang dibangkit oleh khususnya umpama soalan kita, kelapa sawit kita tidak diterima oleh pihak EU umpamanya.
Saya ada pergi memberi- semasa saya memberi keynote address kepada Singapore Dialogue pada bulan April yang lepas berhubung dengan perkara ini. Saya dijumpa oleh pihak-pihak NGO dan sebagainya di Singapura. Saya beritahu dengan jelas bahawa pihak di EU itu tertekan dengan penjualan-penjualan soya bean punya produk itu. Dia hendak jualkan dia punya soya bean tetapi dia hendak suppress kita punya palm oil. Padahal kita punya palm oil, kita hendak certify pun. Pada 2019, kita akan certify semua palm oil ini sama ada sustainable development ataupun tidak kita punya palm oil. Akan tetapi cerita yang patut kita ketahui sebagai Ahli Parlimen Negara Malaysia ialah
daripada yang 100 peratus itu, 40 peratus kita punya palm oil ialah daripada the small holders. Yang plantation besar-besaran itu, 60 peratus. Yang 60 peratus itu kita boleh selesai pada tahun 2019 untuk certification. To certify that tanah yang diguna ataupun plantation yang ditanam adalah di atas sustainable management. Maknanya, kita tidak membinasakan forest berleluasa. Akan tetapi pensijilan kepada yang 40 peratus, the small holders Yang Berhormat, kita kena buat satu keputusan dalam hati kita sendiri. Macam mana hendak certify yang kecil-kecilan ini? We cannot certify all of them by 2019. Saya beritahu dengan EU, kalau you hendak suppresskan kita berlandaskan ini, makna you hendak halangkan kita to achieve our millenium development goal yang juga instrumen antarabangsa United Nations. Jadi, yang mana you mahu? Jadi saya kata, oleh kerana you hendak jualkan soya bean, you hendak jualkan minyak-minyak lain and then you kata, kelapa sawit ini tidak baik. Tebang hutan tetapi at the same time, janji di bawah Montreal Protocol, sampai sekarang pun duit tidak bantu dengan orang-orang perlukan bantuan di developing countries.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tadi tentang isu minyak sawit tetapi saya hendak ulas perkara yang kedua. Pertama tadi, saya hendak dapatkan penjelasan. Yang Berhormat Menteri sebut soal kita ada satu undang-undang untuk menghalang sebarang usaha mencuri sumber biologi kita daripada orang luar tetapi tidak termasuk hal-hal yang berkaitan dengan misalnya pembalakan, plantation palm oil dan sebagainya. Yang ini adakah ia tidak, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, being covered by Nagoya Protocol ataupun sebenarnya itu semangat daripada convention ini? Ini saya kurang jelas. Kedua tentang EU tadi. So, saya hendak put on record, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Kita punya kempen palm oil ini cukup intensif. Misalnya, saya pergi bulan lalu ke Bosnia, Herzegovina, saya has to put on record, Ambassador Bosnia ini dia kempen kuat palm oil. Akan tetapi saya ingat Yang Berhormat Menteri kena maklum bahawa antara masalah, the real di bawah ialah minyak sawit ini ia tidak tahan sejuk. Waktu sejuk nanti ia beku. Ini jadi masalah besar yang saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh bawa ke dalam Kabinet. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya secara detail-nya, kelapa sawit ini saya serah kepada Menteri Perladangannya lah. Dia sudah dua kali pergi ke Eropah untuk memberi penjelasan. Bahkan, saya ditanya semasa di Singapura, soalan macam ini, “So, you agree with the Minister Mah from Malaysia about palm oil?” I said, “Of course I agree with him, because he is protecting our industry. The industry is big enough to supplement our wealth.” Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya it is not about forest cover, it is not about biodiversity, it is all about commerce. Kita ini competing dengan minyak-minyak jualan di Eropah, jualan daripada Amerika. Itu yang kita hadapi sekarang. Jadi, kita patut berasa- Malaysia sepatutnya jangan dengar sangat cakap-cakap mereka ini. Kadang-kadang dia— Dalam kita punya convention, UNFCC ataupun United Nations Framework Convention for Climate Change ini, ada peruntukan-peruntukan yang tertentu yang developed countries, negara yang maju patut beri, salur kepada negara- negara yang membangun untuk membantu kita conserve kita punya hutan. Akan tetapi tanya sekarang, berapa tahun semenjak Montreal Protocol, ada duit turun atau tidak? Yang sekarang diwujudkan apa yang dikatakan Green Climate Fund. Itu sebabnya Donald Trump tidak mahu itu. Oleh sebab dia tidak mahu sumbang itu. Green Climate Fund. Hingga sekarang kita bermati-matian. Saya sendiri pergi menghadap, berjumpa dengan Pengarah Green Climate Fund ini semasa di Bali. It is not my level tetapi saya pergi juga untuk memperjelaskan kedudukan Malaysia and dia kata, “Now you are in the last lap. We should be able to go in.’’ Akan tetapi apa yang berlaku, kerenah dalaman mereka iaitu berhubung dengan modality, procedures, bermacam-macam untuk macam mana hendak keluar. Sebenarnya, mungkin mereka sahaja hendak tekan kita, kelapa sawit tidak boleh jual tetapi hutan kena preserve. Mereka sudah bakar hutan ini years ago. Beratus tahun dulu dia bakar tetapi ada orang kita di sini tidak faham, sokong sahaja apa yang mereka kata. Bukan kita tidak tahu conservation, kita mahu conservation. Kita mahu mempertahankan biodiversiti kita. Kita mahu mempertahankan hutan kita. Kita hendak mempertahankan kita punya sumber laut. Kita hendak mempertahankan semua tetapi bukan atas tekanan daripada pihak Barat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah panjang juga cerita saya pada hal perkara itu. Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang. Full consultation had been made and undang- undang ini tidak mengambil hak mana-mana negeri dan hak negeri itu terletak di tangan competent authority negeri. Dia lah beri lesen, dia lah beri permit, dia lah beri peluang sama ada boleh atau tidak masuk mana-mana biodiversiti. Agreement itu juga, the term agreement walaupun kita selaras tetapi akhirnya, pihak competent authority negeri yang akan bertanggungjawab untuk sama ada sign ataupun tidak dan menjaminkan hak-hak traditional users ini sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi. Sebabnya Yang Berhormat, kita bincang secara mendalam, ya. Umpamanya, satu jenis pokok. Pokok ini dikatakan untuk ubat sakit perut, umpamanya. Secara tradisinya, orang Malaysia sudah guna satu jenis pokok ini, ia direbus ataupun di— itu untuk ubat sakit perut tetapi research belum dibuat secara mendalam. Akan tetapi macam mana selepas agreement disigned, selepas itu didapati rupanya pokok ini bukan sahaja ubat sakit perut tetapi banyak lagi penyakit-penyakit lain boleh diubat. Jadi, kalau dilihat daripada sudut amalan tradisi, maknanya amalan tradisi untuk sakit perut sahaja. Di luar sakit perut, ia sudah tidak ada hal dah. Undang-undang ini kita cover, Yang Berhormat. Ini yang kita hendak beritahu secara mendalam bahawa undang-undang ini akan menyeluruh untuk cover the interest of the nation. Interest of the individual ini dan kita hendak share macam mana researcher daripada Amerika bersama Universiti Malaya umpamanya. Buat research. Selepas itu, apabila sudah dapat research, keuntungan itu, yang pak cik-pak cik menggunakan ubat- ubat dulu, mendapatkan keuntungan sendiri supaya in the context of development millenium goal, kita hendak membiayai komuniti luar bandar ini mendapat keuntungan dan manfaat daripada biodiversiti yang ada di persekitarannya. Di samping yang sama, kerajaan negeri lah yang akan menentu apa yang dia dapat. Kita tidak boleh tentu, ada Yang Berhormat bangkitkan, hendak tentukan, oh you must have the percentage. Bezanya Yang Berhormat, kalau hendak buat research tongkat ali, buat herbal, untuk minum kopi, mungkin you can set the figure macam ini tetapi kalau ia drugs Yang Berhormat, ia akan menjanakan by billions. Macam mana you hendak tetapkan? Jadi, tiap-tiap perkara itu sama ada ia herbal, jadi drugs, jadi apa, ia berlainan percentage. Percentage itu berlandaskan kebijaksanaan kerajaan negeri menentukan agreement yang bakal ditandatangani di antara pihak-pihak ini dengan researchers ataupun pihak yang hendak men-develop-kan produk-produk biodiversiti kita itu nanti. Jadi, di peringkat Pusat, kita kawal selia sahaja. Kita lihat sahaja. Yang dapat untung, negeri dapat untung ILC iaitu indigenous local community. Jadi Tuan Yang di-Pertua, belum habis lagi, banyak ini. Melainkan Tuan Yang di-Pertua arah berlainan.
Ya, boleh sambung esok Yang Berhormat?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 1 Ogos 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu KITAS Terhadap Pelajar Malaysia di IndonesiaSpecial Chamber
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di pusat pengajian tinggi di Indonesia wajib mempunyai KITAS (Kartu Izin Tinggal Terbatas). Untuk mahasiswa, KITAS boleh diperbaharui setiap satu atau dua tahun sekali. Pemerintah Indonesia akan kenakan bayaran RI5 juta (RM1,606.50) untuk setiap tahun pembaharuan.
Urusan untuk memperbaharui KITAS boleh dilakukan secara sendiri atau melalui ejen. Jika ia dilakukan sendiri terlalu makan masa kerana harus berurusan dengan Ibu Pejabat Imigresen Indonesia di Jakarta. Untuk itu, pelajar lazimnya berurusan dengan ejen dan bayarannya amat mahal. Jika KITAS mati tarikh, pemerintah Indonesia akan dikenakan penalti dan dikira dengan menghitung berapa hari dari tarikh matinya KITAS itu. Ini menjadi tersangat beban kepada pelajar Malaysia di sana.
Adakah Duta Besar Malaysia di Indonesia pernah ajukan masalah ini kepada kementerian? Jika belum, kementerian mesti membuat kajian bagaimana agar satu persefahaman dapat dicapai di antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia supaya pelajar Malaysia menikmati kemudahan yang sama seperti kemudahan yang kita berikan kepada pelajar Indonesia yang menuntut di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh serta selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai
Petani kerana membangkitkan perkara ini yang mana saya sifatkan secara peribadi adalah isu yang amat penting dan juga mendesak.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sungai Petani, Kedutaan Besar Malaysia di Republik Indonesia (KBM) sentiasa prihatin dan ambi peduli terhadap kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar Malaysia di Indonesia, termasuk permasalahan berhubung Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS).
Education Malaysia Indonesia (EMI) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang diletakkan di bawah naungan perwakilan Malaysia di luar negara dan dalam kes ini, Education Malaysia Indonesia telah pun dimohon supaya membuat kajian terperinci, supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih efektif. Berdasarkan laporan EMI, permasalahan ini timbul ekoran ketidakseragaman pengurusan KITAS pelajar asing oleh institusi-institusi pengajian di Indonesia.
Selain terdapat faktor birokrasi yang melibatkan pelarasan beberapa pihak berkuasa di Indonesia termasuk pemimpin tempatan, daerah dan Pejabat Imigrasi Indonesia. Ia juga telah membuka ruang kepada para ejen untuk mengambil kesempatan terhadap pelajar asing di Indonesia dan tidak terkecuali terhadap pelajar-pelajar kita Malaysia.
Kementerian Luar Negeri menyambut baik pandangan dan juga cadangan Yang Berhormat Sungai Petani dan beranggapan bahawa satu kertas kajian bagi memastikan pelajar Malaysia menikmati kemudahan yang sama seperti kemudahan yang diberikan kepada pelajar Indonesia yang menuntut di sini wajar diadakan. Cadangan ini akan diteliti lebih lanjut oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kerana melibatkan isu pelajar Malaysia dan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.
Saya ingin tegaskan dan saya ingin beri jaminan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga terutamanya kepada Yang Berhormat Sungai Petani yang mempunyai empat orang anak menuntut di sana bahawa Kementerian Luar Negeri akan mengangkat isu permasalahan berhubung KITAS ke peringkat Joint Commission for Bilateral Cooperation (JCBC) yang diketuai oleh Menteri Luar negara-negara terbabit yang akan berlangsung pada bulan Ogos.
Saya juga beri jaminan bahawa perkara ini akan diangkat ke rundingan tahunan antara Malaysia dengan Indonesia. Sebuah mekanisme rundingan duha hala peringkat paling tertinggi yang diketuai dan dipimpin oleh kedua-dua hendak Head of Government. Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan bapak Presiden Republik Indonesia yang diadakan pada bulan November di Malaysia. Jadi, sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Badan Pemantauan untuk Acara LarianSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- pertua. Tajuk ucapan saya ialah Badan Pemantauan untuk Acara Larian.
Tuan Yang di-Pertua, acara larian di Malaysia telah sampai tahap populariti di mana setiap minggu terdapat acara larian bukan sahaja di kawasan perbandaran di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi juga di negeri lain seperti Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Semalam saya baru lari 13 kilometer di Lebuhraya Besraya. Jadi ada sedikit penatlah. Ada acara larian besar-besaran seperti Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon dan Penang Bridge International Marathon dan juga acara larian yang kecil seperti larian lima kilometer dan 10 kilometer.
Dengan penambahan acara larian, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang menganjurkan acara larian tetapi batalkan pada saat terakhir ataupun menukarkan tarikh larian tanpa memberi notis yang cukup dan tidak memberikan bayaran balik (refund) kepada para pelari.
Saya minta pandangan Menteri sama ada perlunya untuk mewujudkan satu badan pemantauan (monitoring body), dengan izin acara larian supaya hanya badan dan penganjur yang ada pengiktirafan daripada pihak yang berdaftar dengan badan ini boleh mendapatkan pengesahan umum ataupun public endorsement untuk acara mereka. Penubuhan badan pemantauan boleh meningkatkan tahap acara larian di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, acara larian juga tidak dapat pengiktirafan, masih boleh dianjurkan tetapi ia bersifat run at your own risk di mana tidak ada apa-apa jaminan seperti bayaran balik dan tidak menukarkan tarikh tanpa notis yang cukup dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Serdang, seksyen 34 Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] telah menetapkan bahawa badan sukan hendaklah memastikan penganjuran secara sukan mengikut kaedah dan garis panduan yang diiktiraf oleh semua badan pengelola dan pengawalseliaan bagi tujuan dalam semua perkara. Selain itu, seksyen 36 [Akta 576] menyatakan bahawa sesebuah syarikat tidak boleh menjalankan apa-apa sukan tanpa mendapat kelulusan dahulu daripada pesuruhjaya.
Tuan Yang di-Pertua, antara syarat-syarat yang dikenakan dalam permohonan pelesenan di bawah Akta 576 adalah keperluan syarikat untuk memohon hak penganjuran daripada badan pengawal dalam jenis sukan yang hendak dianjurkan. Rasional keperluan syarat-syaratnya adalah untuk memastikan agar acara sukan tersebut dapat dipantau dan segala keperluan teknikal dalam acara sukan itu dapat dijalankan mengikut peraturan sukan antarabangsa.
Namun begitu masih terdapat lagi pihak penganjur yang terus menganjur acara sukan tanpa mengikut prosedur yang betul dan
peraturan penganjuran sukan di peringkat antarabangsa. Kementerian telah bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan dan PDRM iaitu bermula daripada tahun 2016 dalam memastikan tiada penganjur boleh menjalankan apa-apa acara sukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada semua pihak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan sedang menggubal peraturan mengenai penganjuran acara sukan. Peraturan ini turut mengambil kira mekanisme, kawal selia penganjuran acara sukan, termasuklah cadangnya pindaan kenaikan denda daripada RM5,000 kepada RM500,000. Pada masa yang sama kementerian sedang dalam proses meminda Akta 576 dengan menambah lebih banyak peruntukan baru dalam menguatkuasakan pengawalseliaan oleh kementerian dalam sebarang penganjuran acara sukan.
Pemindahan Akta 576 juga bertujuan supaya peruntukan di bawah akta ini lebih komprehensif dan memberikan kuasa yang lebih khusus kepada kementerian untuk mengawal selia perkara yang melibatkan sukan dan orang awam. Kementerian mengambil maklum perhatian Ahli Yang Berhormat tentang perkara ini dan ingin menegaskan bahawa langkah jangka pendek dan panjang sudah dan sedang diambil bagi memastikan mengatasi perkara ini. Sekian, terima kasih.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 1 Ogos 2017.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.45 petang]