Dewan Rakyat · 2 August 2017

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 579 turns · 44,800 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad bin HamzahUMNO · BNJasin · question

1. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan tahap kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran IMF pula bahawa ekonomi dunia juga kembali mantap.

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Pekan

Tuan Yang di-Pertua, salah satu ukuran atau panduan yang paling mudah untuk mengetahui sasaran status pendapatan tinggi sesebuah negara adalah melalui unjuran pendapatan negara kasar per kapita dan juga pariti kuasa beli per kapita. Sungguhpun begitu, tatkala saya mengambil alih tampuk kepimpinan pada tahun 2009, saya telah menetapkan bahawa untuk Malaysia mencapai kedudukan sebuah negara maju (high income advanced economy), perlulah bersifat inklusif, yakni merangkumi kualiti kesejahteraan kehidupan rakyat dan bukan sekadar sasaran kuantitatif. Sebagai contoh, public happiness, aman dari jenayah, alam sekitar yang bersih, keindahan seni dan budaya, internet connectivity serta sebagainya. Mengikut laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), ekonomi dunia dijangka mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus pada tahun 2017 dan 3.6 peratus pada tahun 2018, yakni lebih baik berbanding pertumbuhan 3.2 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini disokong oleh ekonomi negara-negara membangun. Dijangka mencatat prestasi yang lebih baik terutamanya negara China, India dan kebanyakan negara Asian. Baru-baru ini juga, IMF telah menyemak semula unjuran mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2017 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus. Malah, Bank Dunia juga telah meramalkan anggaran unjuran pertumbuhan kepada 4.9 peratus berbanding unjuran asal 4.3 peratus. Sungguhpun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka kembali pulih, Malaysia tetap terdedah kepada beberapa risiko pada peringkat global seperti ketidaktentuan dasar negara-negara maju, volatility pasaran kewangan dan peningkatan sentimen perlindungan perdagangan, harga minyak serta risiko geopolitik. Namun begitu, pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif kerajaan melaksanakan keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar. Ini terbukti apabila KDNK mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017. Prestasi KDNK ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan dua angka iaitu 12.9 peratus, manakala pengguna swasta meningkat 6.6 peratus. Tuan Yang di-Pertua, di sudut ini, antara 2009 dan 2016, PNK per kapita telah meningkat kepada 51.8 peratus dan terkini PNK per kapita Malaysia telah meningkat kepada USD9,850 berdasarkan sasaran pendapatan tinggi, mengikut perkiraan Bank Dunia iaitu melebihi USD12,235. Kita telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi daripada 38 peratus kepada 19 peratus. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar secara konsisten melalui model baru ekonomi sejak 2010 sehingga berupaya mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan. Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif demi memastikan semua sektor ekonomi sentiasa berdaya tahan dan

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul RazakUMNO · BNPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Pekan

berdaya saing pada peringkat domestik dan global bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh. Ini termasuk mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas, menyediakan persekitaran kondusif bagi menarik pelaburan asing dan domestik, meningkatkan perdagangan dan produktiviti serta memperkukuhkan keupayaan inovasi dan teknologi negara. Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, pelbagai inisiatif kejayaan ini ternyata menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah a failed state atau sebuah negara yang gagal. Sebaliknya kerajaan telah menyediakan Pelan Transformasi Nasional untuk mengangkat Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Namun, pencapaian sepenuhnya tergantung kepada persekitaran dalaman dan luaran yang positif.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berjaya menganjurkan Persidangan Invest Malaysia 2017 pada 25 Julai yang lalu dengan penyertaan sebanyak 1,500 pelabur termasuk 900 pengurus dana dengan jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak USD19.9 trilion.

Ini satu peningkatan yang cukup ketara berbanding dengan tahun lalu hanya USD11 trilion sahaja. [Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menyatakan tentang pencapaian cemerlang ekonomi negara dan juga pengangguran serta inflasi yang rendah. Dalam masa yang sama, FDI yang telah kita peroleh yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga tidak melupakan tentang people’s economy terutamanya tentang GNI per kapita yang kita catat sebanyak USD9,850. Jadi mengikut ukuran untuk sebuah negara berpendapatan tinggi, kita seharusnya mencapai sebanyak USD12,235 ataupun sebanyak RM49,000 ke RM52,000. Ini bermakna kita mempunyai jurang sebanyak lebih kurang USD2,385 ataupun 19 peratus. Jadi ini juga bermakna, daripada tempoh 2018 hingga 2020, kita sebenarnya pada ketika ini terpaksa meningkatkan GNI per kapita sebanyak RM10,000 ke RM12,000. Mengambil kira tentang nilai ringgit kita, ini soalan saya.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Soalan, soalan.

Sabarlah.

Walaupun nilai ringgit kita berprestasi yang terbaik di rantau ini tetapi masih lemah kalau kita bandingkan sebelum krisis...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, minta diam Yang Berhormat.

...Dan juga dalam masa yang sama, pertumbuhan ekonomi kita kalau kita ikut purata daripada tahun lepas dan tahun ini lebih kurang 4.5 peratus, masih rendah lagi daripada sasaran 5.8 peratus yang patut kita capai pada setiap tahun dalam RMKe-11. Jadi soalan saya, apakah sebenarnya rancangan kerajaan untuk mencapai ataupun satu langkah drastik untuk kita mencapai satu pendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti dan sekiranya kita tidak berjaya mencapai apabila sampai tahun 2020, adakah kerajaan akan meneruskan usaha ini bagi terus mencapai sasaran kita? Terima kasih.

Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Jasin kerana dia mengikuti perkembangan ekonomi dengan rapi. Saya bersetuju pada umumnya apa yang dia sebutkan tadi terutama sekali daripada segi saranan dan angka-angka yang disebutkan. Apa yang saya hendak tegaskan Tuan Yang di-Pertua, kita boleh melakukan perkara-perkara yang dalam kemampuan dan kawalan kita yakni faktor-faktor domestik, kita mampu lakukan tetapi ada juga faktor-faktor yang luar daripada kawalan kita seperti harga minyak, seperti dasar-dasar negara maju yang membawa kesan juga kepada nilai mata wang kita dan sebagainya termasuk juga risiko geopolitik. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah untuk berusaha meningkatkan segala-gala yang mampu kita lakukan dalam kawalan kita seperti meningkatkan produktiviti negara daripada 3.7 peratus kita nak tingkatkan kepada lebih daripada empat peratus ataupun lebih tinggi daripada itu. Menambahkan lagi pelaburan infrastruktur umpamanya bila kita laksanakan East Coast Rail Line, kadar pertumbuhan

negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka meningkat tambahan 1.5 peratus berbanding dengan tidak ada kereta api East Coast Rail Line. Kita juga perlu meningkatkan inovasi, kita juga perlu kaji gaji minimum daripada semasa ke semasa dan kita perlu juga menentukan bahawa kita mesra pelabur dalam negara dan juga luar negara. Membangunkan digital ekonomi yang sedang kita rancangan dan sebagainya. Ini semua insya-Allah akan terus dilakukan dan diperhebatkan oleh pihak kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Pekan dan Perdana Menteri di atas keyakinan yang diberikan bahawa ekonomi Malaysia adalah sihat. Namun kesihatan ini nampaknya terganggu kerana apabila syarikat milik kerajaan sendiri, 1MDB dilaporkan semalam gagal membayar hutang sebanyak RM2.6 bilion kepada IPIC bersamaan dengan USD603.

[Dewan riuh]

Keadaan ini tentunya menggugat sentimen para pelabur yang ingin terus membuat pelaburan di negara ini. Ini penting ya, just dengarlah. Malah ini ialah kebimbangan yang dinyatakan dalam laporan atau unjuran IMF berkaitan ekonomi Malaysia bahawa masalah utama negara ialah hutang yang tinggi dan di mana kalau mengikut Bank Negara, jumlah hutang ialah sebanyak RM2.6 bilion yang dengan izin, contingent liabilities seperti jaminan kerajaan dan bon secara relatifnya juga dijanjikan dengan pulangan yang tinggi. Macam kita pinjam pada along lah ya. Di dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ini penting ya. Saya ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kemajuan ekonomi negara tidak hanya diukur daripada angka pertumbuhan semata-mata namun ia mestilah dirasai oleh rakyat yang mana Yang Amat Berhormat sendiri mengatakan kebahagiaan, keselamatan ini tidak guna pada angka yang baik namun rakyat menderita di bawah. Terpaksa membayar GST dan saya bertemu dengan makcik, ini adalah personal. [Dewan riuh] Saya bertemu dengan makcik dekat Hospital UMMC di mana dia merayu kepada saya, kenapa ubat yang selalunya dia...

Tak payah berpolitiklah dalam soalan.

...Perkara yang ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Tadi Yang Berhormat Jasin boleh, bagilah saya juga peluang.

Yang Berhormat Jasin tak main politik.

Dan sekarang dia tidak dapat bekalan. Ini adalah ubat ya. Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun ada. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Pekan, selain daripada kegagalan membayar hutang yang dinyatakan tadi, apakah tindakan kerajaan– ini soalan. Apakah tindakan kerajaan terhadap Laporan Bank Negara 2016 yang menyebut misalnya kekurangan rumah mampu milik pada 2014 dianggarkan sebanyak 960,000 unit rumah dan unjuran pada 2020, kekurangan rumah mampu milik akan mencecah pada 1 juta rumah dan sekarang ini dalam laporan, 70 peratus permohonan pinjaman untuk rumah daripada bank.

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Soalan, soalan.

Biarlah Yang Amat Berhormat Pekan dengar. Ini daripada pembangkang. Apa salahnya?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ya. Jangan bising.

Sebanyak 70 peratus bank loan ditolak. Permohonan 70 peratus bank loan ditolak dan pembelian kereta pun turun 13 peratus, terendah dalam enam tahun. Jadi, inflasi pun dah naik pada 4.5 peratus di Februari. Tak apalah MP-MP yang kaya-kaya tak apa, saya bercakap untuk orang muktaafin. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Begitu juga dengan anak-anak muda, peluang pekerjaan kepada rakyat. Census terkini yang dikeluarkan pada bulan Mei 2017, Jabatan Statistik Negara, bukan saya yang kata. Bukan Permatang Pauh tetapi Jabatan Statistik Negara mengatakan

pada 18 Julai yang sudah, seramai 507,000 yang tidak bekerja di Malaysia dan setengahnya adalah anak-anak muda. Saya mohon jawapan apakah Perdana Menteri boleh– ya lah productivity increase tapi tak ada kerja. Ini mestilah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sengaja tak tegur tadi pasal Yang Berhormat Jasin pun panjang dan ditegur oleh sebelah sini. Bila Yang Berhormat Permatang Pauh juga tanya soalan panjang, ditegur oleh sebelah sini. Jadi, saya sengaja tetapi sebenarnya janganlah panjang sangat soalan ya. Sila Yang Amat Berhormat.

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Walaupun itu bukan soalan tambahan tetapi syarahan mini tetapi tak apa, saya terima. [Ketawa]

Itu memang kerja pembangkang, kalau tidak buat macam itu, payah lah dari segi politik. Namun saya hendak bagi tahu bahawa hutang negara dalam lingkungan terkawal, malah telah dapat dikurangkan daripada 54 peratus KDNK pada 52.5 peratus dan fiskal negara defisit kita, kerajaan telah dapat kita kurangkan daripada 6.7 peratus kepada insya-Allah 3 peratus pada akhir negatif pada akhir tahun ini dan kita sedang menjurus kepada belanjawan berimbang. Soal 1MDB telah pun dikeluarkan kenyataan, maka itu soal teknikal sahaja Tuan Yang di-Pertua bukan soal tidak mampu bayar balik, jadi dijangka tidak akan menjejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara kita. Selain daripada itu, kita juga sentiasa melakukan usaha-usaha untuk menentukan bahawa rakyat teramai dapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan. Sebab itulah saya umumkan pakej untuk peneroka FELDA, saya umumkan untuk veteran ATM dan insya-Allah dalam bulan-bulan mendatang ini lebih banyak lagi usaha kerajaan akan kita lakukan. [Tepuk] Ini kerana kita sebagai sebuah kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk rakyat, tetapi kita tidak boleh menjanjikan benda-benda yang tidak masuk akal, Tuan Yang di-Pertua, yang lazim dijanjikan oleh pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tetapi kita tahu tidak mampu dilakukan oleh mana-mana kerajaan.

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus sahaja kepada soalan tambahan saya. Saya hendak bertanya Yang Amat Berhormat Pekan, mengenai apakah pembaharuan yang boleh dibuat untuk menjadikan sektor kewangan di Malaysia ini lebih padu, terutamanya dalam menjamin kestabilan jangka panjang dan mohon pencerahan akan langkah-langkah bagi mengurangkan subsidi yang explicit dan implicit kepada institusi kewangan dan juga pelan resolusi, Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kita akan melakukan usaha-usaha yang secara berperingkat-peringkat. Misalnya kalau disebut soal subsidi, memang itu salah satu daripada dasar kita untuk melakukan Pelan Rasionalisasi Subsidi Negara kita. Bila kita buat berperingkat-peringkat dan kita tambah bantuan-bantuan yang lain, maka ini tidak akan mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

Tan Seng GiawDAP · PRKepong · question

2. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong ] minta Menteri Kesihatan menyatakan insiden penyakit berjangkit di Malaysia. Apakah strategi untuk mencegahnya.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Tuan Yang di-Pertua, kadar insiden kes penyakit berjangkit terutama di Malaysia adalah penyakit demam denggi, iaitu 328.2 kes per seratus ribu penduduk, penyakit tangan kaki dan mulut sebanyak 152.25 per seratus ribu penduduk tibi sebanyak 83.36 per seratus ribu penduduk, penyakit leptospirosis sebanyak 17.12 per seratus ribu penduduk, penyakit Hepatitis B sebanyak 12.60 per seratus ribu penduduk dan penyakit HIV sebanyak 11 per seratus ribu penduduk. Kementerian Kesihatan secara berterusan memantau dan mengawal kejadian semua penyakit-penyakit berjangkit di Malaysia menerusi sistem civilian dan notifikasi penyakit berjangkit serta melalui aktiviti-aktiviti kawalan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. Bagi penyakit berjangkit yang utama, Kementerian Kesihatan melaksanakan strategi-strategi yang khusus untuk penjagaan kawalan penyakit- penyakit contohnya untuk penyakit denggi, langkah-langkah yang telah diambil ialah untuk menubuhkan pasukan petugas khas denggi di peringkat kebangsaan di mana

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

beberapa agensi termasuk beberapa kementerian bekerjasama di dalam usaha untuk membasmi ataupun membanteras wabak denggi ini. Menguruskan Sistem eDenggi adalah satu sistem yang bantu kita untuk pengurusan di dalam wabak denggi. Nombor tiga ialah untuk melakukan aktiviti-aktiviti pembersihan persekitaran kesihatan secara berterusan termasuk program-program gotong-royong dan menubuhkan COMBI di dalam merata-rata tempat untuk menggerakkan masyarakat di peringkat akar umbi untuk memainkan peranan lebih aktif di dalam melawan wabak denggi ini. Selain daripada itu, kempen-kempen kesedaran dan meningkatkan pengetahuan di kalangan rakyat dipertingkatkan melalui usaha pendidikan kesihatan, melalui media masa dan melalui usaha kerjasama dengan pihak di peringkat korporat. Untuk mengawal penyakit tibi, langkah yang diadakan oleh kementerian ialah untuk mengadakan pengesanan secara lebih awal dan selepas itu memberi rawatan awal untuk memastikan kes-kes tibi ini menjadi satu punca menjangkiti orang yang lain. Ini dilakukan melalui beberapa program pengesanan termasuk pemeriksaan kahak di dalam komuniti untuk mereka yang mempunyai gejala tibi, mengadakan x-ray di klinik-klinik kesihatan. Selain daripada itu melalui unit-unit mobil yang ada di dalam kementerian untuk membuat x-ray terhadap mereka yang mempunyai risiko untuk mendapat penyakit tibi, meningkatkan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk membekalkan LED mikroskop di dalam klinik-klinik kesihatan untuk meningkatkan pencapaian diagnosis di dalam penyakit tibi. Untuk HIV kita telah berjaya, khususnya di dalam mengurangkan penularan HIV melalui penagih dadah, khususnya melalui suntikan dan transmisi HIV daripada ibu kepada bayi. Ini dilakukan oleh pelbagai jenis strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Strategik Kebangsaan untuk membasmi HIV/AIDS yang baru-baru punya ialah daripada tahun 2016 sampai ke 2013. Secara kesimpulan, apa yang saya ingin menegaskan usaha untuk membasmi penyakit-penyakit berjangkit di dalam negara ini ialah bukan tanggungjawab Kementerian Kesihatan sahaja, tetapi ialah tanggungjawab kementerian pada keseluruhannya, whole of Government approach termasuk rakyat di dalam beberapa lapisan yang mempunyai tanggungjawab-tanggungjawab tertentu untuk memastikan kita tidak mewujudkan persekitaran yang akan membantu penularan penyakit-penyakit berjangkit ini. Kalau rakyat boleh kerjasama khususnya dalam menterjemahkan pengetahuan yang tersedia ada di dalam perubahan di dalam sikap kehidupan kita, saya ingat kerajaan boleh berjaya dalam mengawal dan mengurangkan jumlah penyakit-penyakit berjangkit yang ada di dalam negara kita. Terima kasih.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Apakah halangan dan masalah utama yang dihadapi dan peruntukan untuk insiden penyakit berjangkit?

Halangan pertama, seperti yang saya telah sentuh di dalam jawapan saya yang awal ialah sikap rakyat Malaysia. Contohnya dua penyakit berjangkit yang saya mengambil sebagai contoh, satu ialah denggi dan satu lagi leptospirosis. Kedua-duanya punca ianya apa yang boleh dikatakan kebersihan persekitaran. Kalau kita semua boleh bekerjasama di dalam mewujudkan satu persekitaran kebersihan yang begitu baik, di mana ada tempat-tempat pembiakan untuk nyamuk aedes itu memang usaha kerajaan untuk mengawal penyakit denggi ini akan berjaya. Tetapi apa yang berlaku kerana secara berterusan kita nampak ada tempat- tempat di mana pembiakan nyamuk aedes masih ada.

Ini adalah tanggungjawab, selain daripada rakyat, beberapa agensi-agensi tertentu— contohnya pengurusan sisa-sisa pepejal, pengurusan tapak-tapak tanah yang terbiar, pengurusan tapak-tapak pembinaan oleh pemaju-pemaju pembinaan. Kalau mereka semua boleh memainkan peranan aktif mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes, maka ini akan mengurangkan jumlah kes denggi. Macam itu juga dalam leptospirosis. Kita dengar kes-kes leptospirosis yang berpunca daripada kawasan-kawasan riadah dan rekreasi. Mengapa di dalam kawasan riadah ada pencemaran daripada kencing tikus itu ialah kerana mereka yang pergi ke situ, mereka membuang sisa makanan di seluruh tempat dan itu menjadi satu penarikan kepada rodent termasuk tikus untuk datang ke kawasan itu dan akibat daripada itu, pencemaran berlaku. So, permulaannya ialah apa yang kita buat. Oleh itu, kalau sikap rakyat boleh ubah sampai kita semua sedar bahawa tiap- tiap tindakan, walaupun kecil, itu kalau boleh dikurangkan secara lebih besar sebagai

rakyat Malaysia pada keseluruhannya, kesannya di dalam usaha kita untuk mengurangkan penyakit-penyakit ini akan berjaya. Selain daripada itu, memang kita ada menghadapi isu daripada pendatang- pendatang asing untuk penyakit tibi dan penyakit malaria contohnya, di mana mereka yang datang tanpa disaring secara rasmi kerana mereka ialah pendatang asing tidak rasmi. Mereka tidak melalui pemeriksaan perubatan yang diwajibkan oleh mereka yang datang secara rasmi. So, mereka ini kalau ada penyakit-penyakit ini yang tidak diketahui dan mereka campur dengan rakyat di seluruh tempat, mereka boleh menjadi punca untuk menjangkiti orang yang lain. Ini satu dua dari isu-isu yang mungkin menjadi cabaran untuk kementerian dalam usaha kita untuk mengawal penyakit-penyakit ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang begitu budiman pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya hendak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kementerian Yang Berhormat Menteri terutama sekali dalam memastikan usaha menangani khususnya penyakit-penyakit berjangkit ini dalam peringkat lokal berjaya digerakkan. Sebagai contoh di Pejabat Kesihatan Kuala Selangor, menggerakkan secara NBOS dengan agensi-agensi yang lain. Pada hemat saya, peningkatan penyakit berjangkit semakin hari semakin meningkat terutama sekali kepada golongan anak-anak kecil. Cuma soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah dari segi langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang dapat memastikan khususnya kesedaran rakyat mahupun dari segi kerjasama agensi dapat mengurangkan masalah meningkatnya penyakit-penyakit berjangkit dalam negara kita? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Usaha atau cara untuk mendekati rakyat di dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit boleh dibahagikan kepada dua saluran. Satu ialah melalui pendidikan dan meningkatkan kesedaran. Sebenarnya kementerian memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada perkara itu daripada usaha menggunakan akta-akta penguatkuasaan dan lepas itu melalui denda dan sebagainya. Walaupun demikian, ada aktiviti untuk menguatkuasakan akta-akta yang tersedia ada termasuk di dalam akta yang berkaitan vector control contohnya, di dalam mereka— contoh, yang ada tempat-tempat di mana kita sudah kesan ada pembiakan nyamuk aedes mahupun di dalam rumah atau tapak-tapak pembinaan atau di dalam tempat-tempat yang lain, tindakan telah diambil. Contohnya, kita telah beberapa kali telah menutup beberapa tapak pembinaan kerana tapak-tapak pembinaan ini telah dikesan positif untuk jejentik aedes. Itu ada kesan besar kepada pemaju kerana tiap-tiap kali tapak pembinaan mereka ditutup, kerugian mereka lebih kurang RM100,000. Itu memang mempunyai kesan. Dalam pada itu, untuk meningkatkan tahap kesedaran mereka, dibuat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan pihak CIDB dan JKR supaya pemaju-pemaju bertanggungjawab supaya apa-apa pembangunan projek-projek itu dijalankan di dalam satu suasana di mana kawalan persekitaran kebersihan ini diberi satu tumpuan yang tinggi. Ini satu contoh. Perkara ini memang dibuat secara berterusan. Tetapi, saya menerima hakikat bahawa untuk kita menguatkuasakan undang- undang di seluruh negara di semua tempat itu adalah satu perkara yang mustahil. Walaupun penguatkuasaan dibuat secara random di tempat-tempat di mana kita mempunyai pandangan bahawa ada risiko yang tinggi tetapi saya sebenarnya memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada perubahan sikap rakyat melalui pendidikan dan kesedaran yang tinggi. Terima kasih.

Normala binti Abdul SamadUMNO · BNPasir Gudang · question

3. Dato' Hajah Normala binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah kriteria yang menyebabkan suatu projek perumahan dikategorikan sebagai projek terbengkalai dan berapakah jumlah projek dan jumlah dana yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian bagi menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai ini.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Tanjong Piai kerana kedua-dua

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tanjong Karang

soalan yang dibangkitkan adalah mengenai isu yang sama iaitu projek perumahan terbengkalai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek-projek perumahan yang boleh disahkan sebagai projek perumahan terbengkalai perlu mengikut kategori-kategori seperti berikut: (i) Projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh perjanjian jual beli pertama dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan; (ii) petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah Akta Syarikat 2015 atau undang-undang berkaitan; (iii) syarikat pemaju telah diletakkan di bawah pelikuidasi yang dilantik atau pegawai penerima dan pengurus; atau (iv) pemaju memaklumkan bahawa tidak berupa untuk meneruskan projek secara bertulis kepada pengawal perumahan dan disahkan sebagai projek perumahan terbengkalai oleh Menteri KPKT selaras dengan seksyen 11(1)(a) Akta Pemaju Perumahan ataupun Akta 118. Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2009 hingga 28 Julai 2017, sebanyak 253 projek perumahan swasta telah disahkan terbengkalai di seluruh Semenanjung. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 190 projek atau 75 peratus telah berjaya disiapkan atau diselesaikan oleh KPKT yang memberi manfaat kepada 34,451 orang pembeli rumah. Manakala sebanyak 15 projek atau enam peratus sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan dan baki 48 projek atau 19 peratus sedang dalam perancangan awal pemulihan. Tuan Yang di-Pertua, daripada 190 projek yang telah disiapkan atau diselesaikan, sebanyak 32 projek telah dipulihkan menggunakan dana kerajaan dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM219,543 juta yang telah memberi manfaat kepada 5,079 pembeli. Kos yang dikenakan oleh pihak pelikuidasi yang dilantik oleh mahkamah adalah melibatkan tanggungjawab dan juga peranan pihaknya bagi menyelesaikan tanggungjawab pemaju asal projek pemajuan sebagaimana tercatat di dalam perjanjian jual beli asal di antara pembeli dan pemaju asal serta menyelesaikan segala tuntutan dari segi perundangan oleh pembeli asal projek. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri kerana baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah datang ke kawasan saya dan meluluskan peruntukan untuk membantu rumah-rumah yang telah agak lama terbiar kawasan flat, rumah-rumah kos rendah ini dan ternyata pengundi-pengundi saya sangat gembira. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanyalah sejauh mana pemantauan secara berkala dilakukan oleh kementerian terutamanya melibatkan projek perumahan awam berstrata agar ianya tidak membebankan pembeli seperti mana yang berlaku di dalam kawasan saya di Taman Seri Molek Perdana. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2013 sehingga ke hari ini masih lagi tidak siap dan pembeli-pembeli terpaksa membayar bayaran bank. Jadi bagaimanakah caranya pembeli-pembeli ini boleh mengadu dan mereka tidak terbeban. Almaklumlah dalam keadaan sekarang ini, kita tidak mahu ada mana- mana pihak mengambil kesempatan di dalam kekeruhan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang, saya pergi Johor kepada beberapa negeri tetapi sebelah sana kata, saya jaga Selangor sahaja. Terima kasihlah membuktikan. Terima kasih soalan. Memang kita tidak nafikan salah satu punca projek terbengkalai ini ialah kadang-kadang projek strata kerana bila mereka buat projek mereka, katalah 500 unit dia buat, jadi dia kena buat semua 500 unit. Tetapi apabila dia jual, penjualannya kurang mendapat sambutan jadi sebab itu projek- projek ini mereka tidak mampu untuk teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, jika ada mana-mana pihak yang membeli projek-projek terbengkalai ini ia boleh membuat aduan kepada KPKT dan juga mereka boleh mengambil tindakan mahkamah untuk menggulung syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek-projek terbengkalai. Untuk kita mengatasi di masa hadapan supaya kita dapat mengurangkan projek-projek terbengkalai maka kita telah pun meminda Akta Pemajuan Perumahan (Akta 118), di mana akta ini telah kuat kuasa pada tahun 2015. Di antara yang kita letak di bawah pindaan ini jelas kita mewajibkan pihak pemaju menyimpan atau mendepositkan di dalam tabung HDA ini sebanyak 3 peratus daripada kos keseluruhan. Kalau selama ini kita hanya bagi RM200,000 itu yang apabila projek terbengkalai terutamanya kos rendah kerajaan terpaksa mengeluarkan duit. Kedua, kita juga hari ini melantik auditor untuk sebelum kita keluarkan APDL, kita lantik auditor kita hendak melihat sama ada lejar akaun ataupun kewangan syarikat-syarikat ini betul-betul berkemampuan untuk melaksanakan satu-satu projek. Terima kasih.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya pada Menteri. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kementerian ataupun khidmat sumbangan, nasihat ataupun tindakan yang boleh diambil kepada syarikat yang telah dilantik oleh kementerian untuk memulihkan tanah rumah terbengkalai ini. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk petik satu contoh di Nibong Tebal, di Taman Halaman Indah. Sudah 10 tahun lebih sudah pembeli lebih kurang 1,138 orang tetapi apabila kementerian melantik satu Syarikat UDI untuk membuat pemulihan projek tersebut tetapi sehingga hari ini belum dapat lagi dilaksanakan. Jadi kalau boleh pihak Menteri, kementerian memberi nasihat kepada pembeli- pembeli bagaimana untuk mengambil tindakan seterusnya supaya projek ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Dia ada dua kategori projek terbengkalai ini yang dibuat oleh pihak swasta. Jawapan yang saya beri tadi di mana kerajaan belanjakan lebih RM200 juta itu ialah projek-projek melibatkan kos rumah rendah dan kos sederhana. Ini memang kita akan pergi lihat, kita buat penilaian dan lantik kontraktor di mana untuk siapkan. Kita lantik kontraktor ini pun untuk menyiapkan projek terbengkalai ini bermakna kontraktor yang kita lantik itu dia kena keluar duit dia sendiri dulu. Bila keluar sudah habis siap projek keluar CCC barulah kita bayar kepada dia. Itu yang projek kos sederhana dan juga kos rendah, kerajaan tolong bantu. Kerajaan Barisan Nasional ini baik Yang Berhormat, projek terbengkalai pun kita tolong bantu RM200 juta. [Tepuk] Tidak ada susah lantik kerajaan macam Barisan Nasional ini. Sebab rumah kos rendah ini memang untuk orang miskin. Satu lagi kategori ialah projek swasta yang kos biasa yang harga lebih daripada RM65,000 itu kerajaan tidak keluarkan duit. Kerajaan akan melantik syarikat swasta dan syarikat inilah yang kena pergi turun, dia pergi turun, dia buat penilaian dan dia buat kajian sama ada kalau dia meneruskan projek itu, kalau dia ambil alih projek tersebut dia mampu kah tak mampu untuk mendapat untung. Jadi ada syarikat masa dia buat penilaian mungkin dia tengok dia boleh dapat untung. Tetapi mungkin dia buat separuh kali dan juga bila hendak melaksanakan projek ini mungkin melibatkan pihak-pihak tertentu itu yang mungkin Yang Berhormat kata kontraktor yang kita lantik mereka tidak dapat menyiapkan. Namun yang demikian saya minta Yang Berhormat bagi detail sama ada projek itu projek kos rendah ataupun projek kos lebih daripada RM65,000 di mana kita hendak melihat tanggungjawab siapa yang patut selesaikan. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu soalan tambahan penting rumah terbengkalai.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Cukup Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali.

Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSKuala Nerus · question

4. Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan sebab-sebab tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sebenarnya kementerian sedia maklum bahawa kejadian air pasang besar dan

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

ombak yang kuat pada Januari hingga Februari 2016 telah menyebabkan kerosakan harta benda dan mengancam keselamatan nyawa dan harta benda penduduk setempat perlu ditangani dengan segera ataupun dalam erti kata lain kecemasan. Oleh yang demikian, kerja-kerja kecemasan ataupun darurat perlu dilaksanakan segera bagi menangani masalah tersebut. Kerja tersebut perlu segera di siapkan dalam keadaan ombak bergelora maka penggunaan batu-batu besar yang boleh bertahan dengan ombak dan senang diperoleh menjadi faktor pemilihan. Pemilihan struktur lapis lindung batu ini merupakan kaedah yang paling berkesan dan kos efektif bagi menangani keadaan tersebut selain bekalan bahan binaan yang boleh didapati dengan segera, tenaga kerja dan keupayaan pembinaan struktur di tapak pada ketika itu. Kerja-kerja pembinaan lapis lindung batu tersebut hanya bersifat sementara dan kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah di kawasan tersebut secara menyeluruh. Pada masa hadapan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merancang untuk membina struktur pemecah ombak ataupun break water dan penambakan pasir (beach nourishment) bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu yang saya bangkitkan sebenarnya telah berlarut begitu lama dari tahun 2009 dan sehingga sekarang 2017. Bererti lapan tahun isu ini berlalu bermula daripada isu hakisan Pantai Tok Jembal melarat kepada pantai ke utaranya itu Pantai Kampung Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan Kampung Kolam dan terakhir melarat pula kepada ke utaranya lagi iaitu Pantai Mengabang Telipot. Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi adalah jawapan yang sama yang saya dengar daripada awal yang saya masuk Parlimen ini dan sebar isu ini. Jawapannya ialah tambakan benteng batu akan menyelesaikan masalah tetapi ternyata yang berlaku ialah bila ditambak Pantai Tok Jembal untuk mengatasi masalah hakisan pantai hingga hari ini telah menghabiskan kos RM120 juta. Bila ditambak pantai Tok Jembal menggunakan batu Pantai Tok Jembal selamat tetapi pantai ke utaranya itu di landa hakisan pantai iaitu Pantai Tanjung Gelam. Tahun 2015 selesai isu Tanjung Gelam dibuat tambakan menggunakan batu juga dan terakhir tahun 2016 melarat pula kepada Pantai Mengabang Telipot.

Jadi jawapan yang diberikan Yang Berhormat Menteri adalah sama sahaja. Saya mencadangkan lebih awal dahulu, cadangan yang diberikan oleh penyelidik daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sendiri yang pakar di bidang kajian hakisan pantai ini menyatakan bahawa yang terbaik ialah, iaitu bukan hanya tambakan batu tetapi ditambah dengan tambakan pasir memanjangkan pantai seperti yang dibuat di Pantai Miami Queensland di Australia, terbukti berkesan. Soalan saya, saya tanyakan di awal tadi, adakah kerajaan bersedia untuk mengambil pandangan penyelidik UMT ini? Ini kerana telah berlalu lapan tahun ia tidak menyelesaikan masalah, kos yang sangat besar. Maka, adakah kerajaan akan merujuk kepada kajian yang dibuat oleh UMT? Kajian Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Fadhli Ahmad, Ketua Jabatan Teknologi Maritim, Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu. Ini soalan saya, terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Memang JPS ataupun Kementerian Sumber Alam Sekitar menerima pandangan daripada semua pihak termasuk pihak universiti tersebut. Cuma kalau kita merujuk kepada– saya ada gambar ini. Cuma kalau kita merujuk kepada pantai tersebut yang panjangnya lebih kurang lapan campur lima, 13 kilometer yang telah pun terjejas lebih kurang lima kilometer. Kalau mengikut keadaan semula jadi, suasana ataupun hakisan yang lebih kurang sama akan berlaku sehinggalah ke kawasan Batu Rakit, lapan kilometer ke atas. Ini natural. Apabila berlaku aktiviti dan juga hakisan termasuk penambakan seperti yang dilakukan, akan berlaku perkara yang sama sehinggalah ke kawasan di mana berlaku break water sama ada semula jadi ataupun kita bina. Kalau kita merujuk kepada pantai sedia ada, sebenarnya kerajaan telah pun buat pembinaan mengatasi masalah hakisan pantai menggunakan teknologi ataupun kejuruteraan yang terkini seperti iaitu break water bersekali dengan groyne. Maknanya ombak dipecahkan dan pasir secara semula jadi akan menghala ke pantai. Ini telah pun di bina di Tok Jembal. Tadi sebut hampir RM100 juta, masih dalam proses pembinaan.

Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin SamuriUMNO · BNTimbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Ledang

Seperti saya sebut tadi di kawasan Telipot ini, kawasan kecemasan. Ombak besar berlaku yang kita tidak boleh jangka pada waktu tersebut. Jadi, Yang Berhormat Kuala Nerus tidak usah bimbang sebab JPS ada perancangannya. Kita menunggu peruntukan yang cukup secara berkala pada masa hadapan iaitu buktinya telah pun kita buat pembinaan seperti di Tok Jembal dengan kos RM100 juta dengan kemajuan sekarang ini lebih kurang 70 peratus. Maknanya kita bersedia buat, perancangan sudah ada, duit berkala, pandangan daripada semua pihak termasuk pihak pakar universiti pun kita aplikasi dengan menggabungkan pengalaman, teknologi kejuruteraan yang ada di JPS. Saya anggap sebagai– JPS ini banyak, JPS ini sebenarnya banyak kejayaannya sebagai unsung hero kita kata. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang diberi. Umumnya mengetahui hakisan pantai ini disebabkan oleh ombak yang menyebabkan berlaku perubahan struktur pantai terutamanya negeri Pantai Timur daripada Kelantan, Terengganu hingga ke kawasan Berserah di Pahang. Persoalan saya ialah Yang Berhormat Menteri, adakah faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada hakisan yang berlaku dengan teruk ini? Sama ada mungkin berlakunya pembangunan yang tidak terancang di kawasan-kawasan yang melibatkan pinggiran pantai. Jadi, apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak kementerian dalam menangani isu-isu seperti yang saya nyatakan sebentar tadi? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Panjang pantai Malaysia lebih kurang 8,840 kilometer yang terdedah teruk dengan ombak besar terutama di pantai yang menghadap ke Laut China Selatan. Sebenarnya pantai kita ini boleh dikatakan pantai yang dinamik kerana naturalnya begitu, ia terdedah daripada hakisan. Hakisan berpunca banyak sebab. Pertama, sudah tentulah keadaan semula jadi kerana termasuklah perubahan iklim, halangan angin, kenaikan paras laut dengan sebab perubahan global warming dan seperti yang saya sebutkan tadi. Tidak lupa juga kita harus sedar tentang kesan daripada pembangunan. Kadang-kadang apabila kita tambak sesuatu pantai, dia boleh mengubah magnitud ombak secara keseluruhannya dan itu boleh menyebabkan berlaku hakisan pantai yang lebih serius kalau tidak ditangani dengan segera. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pihak JPS sebenarnya telah diarah untuk menyediakan satu perancangan yang menyeluruh dan jangka masa panjang. Maka sebab itu, daripada tahun 1985 telah pun diwujudkan National Coastal Erosion Study telah pun siap selain daripada Integrated Shoreline Management Plan. Garis panduan ini telah pun dibukukan, didokumenkan. Sekarang menjadi garis panduan kepada mana-mana pembangunan yang akan dibuat di kawasan pantai, dia ada garis panduannya. Bermakna pada masa akan datang apa-apa pembangunan mestilah merujuk kepada laporan tersebut ataupun kepada dokumen tersebut. Sekian, terima kasih.

Jumat bin IdrisUMNO · BNSepanggar · question

5. Datuk Jumat Bin Idris [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status tahap keselamatan khususnya di kawasan berhampiran sempadan Filipina ekoran pergolakan di Bandar Marawi Filipina Selatan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Tuan Yang di-Pertua, keadaan keselamatan ESSZONE khususnya di kawasan berhampiran sempadan perairan Filipina adalah tenang dan terkawal. Rondaan keselamatan di perairan dan kepulauan yang berhampiran sempadan dijalankan dengan intensif ekoran pergolakan di Marawi City, Philippine. Sejak 8 Disember 2016 sehingga kini, tiada berlaku kes jenayah penculikan oleh penjenayah rentas sempadan, kidnap-for-ransom group dan juga Abu Sayyaf Group. Tiada juga dikesan sebarang pencerobohan oleh elemen-elemen pengganas dari Selatan Filipina, terima kasih.

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan tambahan. Pertama sekali, apakah tindakan kerajaan secara NBOS dalam menyediakan persekitaran yang lebih selamat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia berhampiran sempadan Selatan Filipina itu lebih terjamin? Keduanya, tindakan Kerajaan Filipina untuk mengebom perkampungan di Marawi ini menyebabkan ramai penduduk di Marawi itu keluar daripada Marawi dan tidak mustahil ada di antaranya akan lari ke Sabah melalui pintu sebelah utara Kudat, iaitu di Kepulauan Palawan. Soalan saya, apakah tindakan kerajaan dalam mengekang bukan sahaja kes penculikan, tetapi kemasukan beramai-ramai penduduk daripada Selatan Filipina ke

Datuk Jumat bin Haji IdrisUMNO · BNSepanggar

Sabah ini juga akan menjadikan satu tekanan terutama sekali sosial ekonomi untuk rakyat di negeri Sabah? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan tersebut kita mengadakan coordinated patrolling dengan Kerajaan Philippines dari semasa ke semasa dan di pihak tempatan, kita mengadakan operasi juga dari semasa ke semasa untuk pastikan supaya keadaan keamanan terjamin. Kita juga mengenal pasti di samping kita tahu bahawa musuh di hadapan, kita juga kenal pasti tali barut tempatan. Tali barut tempatan. Sekarang kita contohnya kita ada 16 nama-nama ada pada saya, 16 tali barut yang kita jangka memberi maklumat dan bekerjasama dengan pihak penjenayah. Ini pun kita kenal pasti. Kita sudah edarkan gambar mereka di merata-rata supaya kita dapat memburu mereka ini kerana mereka selama ini menjadi tali barut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita sedar apa yang berlaku di Philippines. Di mana sekarang ini kita tahu kematian kumpulan militan adalah 411 orang, 97 anggota pasukan keselamatan dan 45 orang awam. Ia merupakan tekanan kepada penduduk di sini untuk keluar dan pergi ke merata tempat. Akan tetapi, walau bagaimanapun dari kawasan yang pertelingkahan yang berlaku untuk mereka datang melalui laut dan terus ke tempat kita melalui jalan yang cukup jauh. Walau bagaimanapun, kita mengambil kira bahawa kemungkinan berlaku mereka datang ke sini dan tindakan akan diambil. Paling penting sekarang ini, usaha-usaha yang kita buat ini membolehkan kawasan di sana tenang dan terkawal.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri juga yang menjawab. Saya berkongsi kebimbangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Sepanggar dan yang saya ingin bangkitkan di sini adalah salah seorang daripada militan IS yang merupakan warga Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad yang dahulunya merupakan lecturer atau pensyarah di Universiti Malaya bagi bidang pengajian Islam, Islamic Studies. Saya ingin bangkitkan di sini bahawa pihak polis Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman telah mengesahkan bahawa Dr. Mahmud Ahmad yang tidak dikenal pasti sama ada sudah terbunuh di Marawi sendiri telah dipantau sejak awal 2010. Maksudnya, tujuh tahun dikatakan kegiatan beliau bersikap bukan sahaja subversif, sekarang memegang jawatan bendahari ataupun the main fundraiser bagi seluruh jaringan IS di Asia. Jadi, persoalan saya kita baru sahaja melihat dari segi penghukuman seorang pelajar Universiti Malaya, Siti Noor Aishah dihukum lima tahun penjara kerana memiliki 12 buku berkait keganasan . Bagi pihak kerajaan, apakah langkah yang sedang diambil untuk memastikan bukan soal mereka yang sudah pergi ke Marawi tetapi lingkaran atau jaringan pihak- pihak yang mempunyai pengaruh seperti pensyarah Universiti Malaya ini dipantau dan mereka ini dihalang sebelum dapat menjejaskan menjerumuskan lebih ramai lagi anak- anak muda di universiti? Untuk maklumat Yang Berhormat, Siti Noor Aishah ini mempunyai seorang ayah yang telah membuat laporan polis untuk menyelamatkan anaknya. Jadi persoalan saya, sedang kita berhadapan dengan ramai anak-anak muda kita yang mungkin terjebak dengan pengaruh terrorism. Kerajaan saya pinta langkah-langkah jelas dan tuntas untuk menyelesaikan dan memastikan dan mematikan pengaruh golongan yang berpengaruh ini seperti pensyarah di universiti dan sebagainya. Mohon maklum balas. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini cukup baik dan saya ucap tahniah sebab Yang Berhormat cukup arif tentang hal di selatan Filipina. Sudah pasti mengenali mereka-mereka di sana ya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, semua perkara ini dipantau dengan hebatnya oleh Kementerian Dalam Negeri dan sudah pasti semua persoalan Yang Berhormat telah timbulkan ini saya akan panjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan saya akan jawab pada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

Abdullah Sani Abdul HamidPKR · PHKapar · question

6. Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah kementerian sekiranya syarikat luar mengambil alih syarikat tempatan dan mereka tidak mahu mengambil pekerja tempatan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam negaraku Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat. Pertama, pelaburan langsung asing FDI di Malaysia termasuk pengambilan syarikat-syarikat tempatan mencatatkan aliran pelaburan asing ke negara ini memberi impak positif terutamanya kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan penting bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan kemasukan pelabur asing adalah selaras dengan Economic Transformasi Plan (ETP) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Di samping itu, pertumbuhan kadar FDI meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan prospek yang lebih baik untuk rakyat tempatan. Walaupun begitu, kerajaan telah menetapkan dasar dan polisi yang jelas berhubung dengan penggajian pekerja. Keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan mendapat peluang-peluang pekerjaan terlebih dahulu. Antara lain langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan seperti berikut. Pertama, menetapkan hanya negara-negara sumber tertentu sahaja yang boleh membekalkan tenaga pekerja asing di Malaysia. Kerajaan juga telah mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin mengajikan pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam portal JobsMalaysia sebelum dikeluarkan perakuan JobsMalaysia kepada majikan sebagai prasyarat untuk pengambilan pekerja asing. Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan. Kedua, menetapkan sasaran melahirkan 35 peratus pekerja mahir di Malaysia menjelang tahun 2020 bagi memastikan negara mampu membekalkan tenaga kerja yang berkemahiran bagi menampung keperluan guna tenaga pada masa akan datang. Untuk tujuan ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan skim latihan supaya pencari kerja tempatan memiliki kemahiran, pengetahuan, dan kemampuan yang setanding dan mampu mendapat pekerjaan di syarikat milik pelabur asing. Ketiga, meletakkan nisbah pekerja tempatan dan pekerja asing bagi menjamin peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan bagi setiap sektor dan subsektor yang dibenarkan. Sebagai contoh bagi sektor perkilangan, syarikat yang berorientasikan eksport nisbah kelayakan bagi pekerja tempatan kepada pekerja asing adalah 1:3. Manakala bagi syarikat yang bukan berorientasikan eksport nisbah kelayakan ialah 1:1. Satu pekerja asing, satu pekerja tempatan. Syarikat dalam subsektor elektrik dan elektronik nisbah kelayakan ialah 2:1. Keempat, kerajaan juga hanya membenarkan sektor-sektor dan subsektor tertentu sahaja yang telah dikenal pasti kurang diminati oleh pencari kerja tempatan untuk mengajikan pekerja asing bagi memastikan kelangsungan industri-industri tersebut berdaya saing dan seterusnya memajukan ekonomi negara dan kelima, di bawah Akta Kerja 1955, Akta 265 seksyen 60M memperuntukkan tiada majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan dengan tujuan mengambil kerja seseorang pekerja asing. Di bawah akta yang sama menurut seksyen 60N, sekiranya majikan dikehendaki mengurangkan tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja yang memerlukan pengurangan pekerja maka majikan tidaklah boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja tempatan melainkan pekerja asing dalam kategori pekerjaan yang sama ditamatkan terlebih dahulu. Manakala peruntukan undang-undang sedia ada di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1997 memberikan perlindungan kepada pekerja-pekerja terhadap sebarang bentuk pembuangan kerja tanpa sebab atau atas alasan atau tanpa alasan yang munasabah termasuklah pembuangan kerja yang disebabkan oleh diskriminasi terhadap pekerja tempatan. Ketujuh yang terakhir. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jabatan Tenaga Kerja telah menubuhkan Jawatankuasa Penggajian Pekerja Tempatan sebagai satu inisiatif baharu dan khusus bagi menempatkan pencari pekerja tempat di syarikat- syarikat yang memohon menggajikan pekerja asing. Pada tahun 2016, Jabatan Tenaga Kerja telah berjaya menempatkan seramai 5,754 orang pencari kerja tempatan kepada 661 majikan. Maknanya kalau satu majikan perlukan 1,000 pekerja, kita benarkan mungkin 600 atau 700, lagi 300 kita ambil pekerja tempatan. Tidak pun, kalau kita benarkan 1,000 maka mungkin mereka ambil 1,000 daripada pekerja asing.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Pada tahun 2017 sehingga Mei 2017, sebanyak 788 majikan terlibat dalam aktiviti ini. Seramai 4,238 orang pencari kerja tempatan berjaya ditempatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti jawapan balas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Secara khususnya Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyebut beberapa perkara, tujuh perkara penyelesaian dan melibatkan seksyen 60M, 60N Akta Kerja 1955 yang tidak mengizinkan pekerja tempatan itu ditukar ganti dengan pekerja asing. Jadi, daripada apa yang dilihat dan dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu menunjuk kesungguhan mengarah untuk berlakunya tidak ada penganiayaan terhadap pekerja-pekerja tempatan. Saya mengucapkan sekalung tahniah. Namun, yang jelas adalah masih kedapatan syarikat keterlaluan banyaknya, bilamana mengambil alih syarikat tempatan, mereka tidak mengambil sekali pekerja-pekerja tempatan walaupun berkemahiran. Jadi soalan saya ialah termasuk Yang Berhormat Menteri cakap seksyen 20 Akta Perusahaan 1967 itu yang boleh dirujuk untuk dibela posisi mereka sebagai pekerja itu, saya akui. Namun soalan saya ialah apakah keperluan kementerian boleh mengetatkan lagi undang-undang khusus seperti mana seksyen 60M dan 60N yang telah pun dikenal pasti mengukuhkan hak pekerja tempatan dan pekerja asing ini supaya tidak boleh syarikat asing ini memberi alasan mereka untuk menidakkan hak pekerja tempatan. Jadi daripada kelangsungan itu, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri dan kementerian supaya kenal pasti boleh atau tidak boleh undang-undang baru dikenakan kepada syarikat asing ini supaya mereka tidak boleh menganiaya pekerja tempatan. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya memang minat Yang Berhormat Kuala Langat ini kerana dia bersama dengan kita. Mungkin dalam kepala dia, sebahagiannya adalah kepala Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebutkan tadi bahawa kita tidak ada kompromi dari segi ini. Oleh sebab itulah kalau Yang Berhormat tengok, dahulunya kita dianggarkan oleh rakyat ataupun orang ramai bahawa kita mempunyai lebih daripada 2 juta pekerja asing yang bekerja di negara kita. Hari ini kita hanya mempunyai 1.7 juta. Maknanya beberapa ratus ribu, kita telah kembalikan mereka ini. Kita memang memberikan keutamaan, sebab itu syarat yang saya sebutkan tadi sama ada pemberhentian, pengambilan pekerja ini, kita mesti utamakan pekerja asing. Langkah baru yang kita buat baru-baru ini ialah kita menubuhkan satu tindakan khas di mana kalau syarikat itu memerlukan 500 orang pekerja, dahulunya kita benarkan kelulusan kepada mereka 500 orang, tetapi hari ini walaupun kita berikan kebenaran tetapi kita akan pastikan sebahagian daripada pekerja itu, kita akan tentukan mereka mesti mengambil pekerja tempatan. Jadi, ini antaranya dan banyak lagilah faktor-faktor lain yang kita ambil usaha untuk kita meningkatkan penglibatan pekerja tempatan. Umpamanya dari segi ekspatriat ataupun pegawai dagang, kita ada lebih kurang 164,091 orang pegawai dagang. Kita juga telah bersama dengan beberapa agensi yang lain, umpamanya terdapat 9 agensi yang diberi kuasa untuk meluluskan permohonan pas penggajian ekspatriat ini. Antaranya ialah Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Multimedia Development Corporation (MDEC) dengan izin, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di mana mereka ini bertanggungjawab untuk mengambil pegawai-pegawai dagang ini. Kita telah bersetuju untuk mengetatkan lagi tindakan supaya peluang-peluang pekerja-pekerja tempatan diambil sebelum kita mengutamakan pegawai dagang ini. Oleh sebab itulah kita telah meningkatkan usaha-usaha bagi melatih dan meningkatkan kemahiran upskilling dan reskilling pekerja-pekerja kita di negara kita ini. Jadi, inilah antara usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dan mungkin saya boleh sebutkan di sini kalau tidak terlalu panjang Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, antara usaha yang dijalankan oleh kementerian bagi menggalakkan warganegara merebut peluang pekerjaan ditawarkan adalah melalui mekanisme Program Penempatan Pekerja (3P). Antaranya karnival kerjaya, temu duga terbuka, kembara kerjaya, lawatan keperluan guna tenaga, kerjasama dengan agensi lain, holiday placement for students dengan izin dan program penyesuaian kerjaya. Kerajaan menerusi kerjasama pelbagai kementerian dan agensi telah merangka dan menawarkan pelbagai program bagi meningkatkan kebolehpekerjaan. Antaranya adalah program Graduate Enhancement Programme for Employability dengan izin, (GENERATE) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad, program SK1M dan Latihan 1Malaysia (SL1M), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, program pekerja dan future workers oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan lain-lain program.

Saya ingat kalau kita serius melaksanakan program ini, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh melatih pekerja-pekerja tempatan dan mengambil alih tempat pekerja- pekerja asing. Biarlah kerja-kerja 3D yang agak tidak- itu kita berikan kepada pekerja asing kerana kita masih memerlukan mereka walaupun tidak keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya sedikit sahaja. Adakah pihak kerajaan ada bercadang untuk memperkenalkan syarat kuota? Kalau kita hendak mengambil pekerja luar ini kena ada kuotanya sendiri. Ia sama ada di peringkat, maksud saya kepada syarikat yang mengambil alih itulah, dalam bentuk maknanya dia bagi kepada pekerja-pekerja bawahan sehinggalah pekerja-pekerja atasan. Contohnya di peringkat pengurusan dan sebagainya. Juga kita boleh juga bagi syarat kepada syarikat tempatan sendiri untuk perkenalkan syarat-syarat kuota tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya telah sebutkan tadi Tuan Yang di- Pertua, antara langkah yang kita ambil untuk memastikan supaya pekerja tempatan ini tidak diketepikan, disisihkan ialah menentukan nisbah pekerja tempatan dan pekerja asing bagi menjamin peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan bagi setiap sektor dan sub sektor yang dibenarkan. Sebagai contoh bagi sektor perkilangan, saya sudah sebutkan tadi. Syarikat yang berorientasikan eksport, nisbah kelayakan bagi pekerja tempatan adalah 1:3. Kalau eksport 1:1, satu pekerja asing dan satu pekerja tempatan. Sebenarnya dalam peraturan kita, kita mempunyai norm ataupun kadar-kadar tertentu Yang Berhormat. Maknanya kalau restoran, berapa penentuan yang kita letakkan boleh kita mengambil pekerja asing. Kalau perladangan, berapa luas ladang, baru kita benarkan mengambil pekerja dan banyak lagilah. Jadi mungkin ini Tuan Yang di-Pertua, kita boleh berikan penjelasan yang lebih detil kepada Yang Berhormat, untuk makluman kepada Yang Berhormat Setiu. Terima kasih.

Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah · question

7. Dato' Sri Hasan Bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah pelaksanaan “pin & pay” membantu urusan pembayaran dalam kalangan rakyat Malaysia dan bagaimanakah kerajaan menangani masalah menggunakan kata laluan dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan dan warga emas.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Kuala Pilah, merujuk kepada soalan Yang Berhormat, pindahan kepada kad pembayaran pengesahan berasaskan “pin” telah pun dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Julai 2017 bagi menggantikan pengesahan menggunakan tandatangan sebelum ini. Ia adalah satu inisiatif untuk meningkatkan keselamatan infrastruktur kad pembayaran. Pengesahan menggunakan tandatangan sebelum ini tidak sekukuh pengesahan menggunakan pin kerana banyak kita terima laporan tentang tandatangan pemegang, pemilik post ataupun point of sales tidak mengesahkan tandatangan di belakang kad seperti mana yang diperlukan sebelum ini. Oleh yang demikian, kaedah baru ini akan mengurangkan lagi penipuan di terminal point of sale dan boleh kita elakkan, mengurangkan penipuan ini melalui penggunaan “pin & pay”. Seterusnya merujuk kepada soalan berkaitan dengan pemegang kad bagi OKU penglihatan yang menggunakan tatacara pin ini. Terminal pos dilengkapi dengan ciri sentuhan textile dengan izin, termasuk titik yang timbul pada butang nombor 5 di pos terminal keypad tersebut. Ini adalah untuk membantu pengguna yang tidak dapat melihat dapat menggunakan nombor pin tersebut. Ciri sentuhan ini akan membantu mereka untuk memasukkan pin number seperti mana di ATM ataupun dengan izin, automatic teller machine.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Di samping itu, Bank Negara juga mewajibkan pengeluar kad pembayaran untuk membenarkan pemegang kad OKU penglihatan ini untuk mengesahkan transaksi secara tandatangan sekiranya diperlukan. Bagi pengguna kad warga emas yang sukar untuk melakukan transaksi melalui pin, dinasihatkan menghubungi bank ataupun pengeluar kad bukan bank mereka berkenaan bagi cara pengesahan transaksi kad pembayaran jika diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang baik dan saya juga mengucapkan

Dato’ Sri Hasan bin MalekUMNO · BNKuala Pilah

tahniah kepada pihak kerajaan dengan pengenalan sistem baru pin & pay ini, dan sudah tentu sekalilah dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini, kad yang berciri pay wave atau berasaskan pin ini yang menggunakan gelombang dengan kemudahan transaksi pembayaran tanpa sentuh dikhuatiri lebih berisiko kepada kecurian data ataupun juga penipuan kad. Oleh sebab itu saya mohon pihak kementerian dapat nyatakan tahap kesediaan kementerian dalam memastikan sistem pembayaran elektronik yang sedia ada dilengkapi dengan ciri keselamatan tinggi dan sukar diklon, itu satu. Sama juga dengan apa langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai pelaksanaan pin & pay ini, bagi memastikan isu penipuan kad ini dapat dikurangkan. Akhirnya saya memohon dapat menyatakan peratus penurunan kes-kes yang melibatkan penipuan akibat kehilangan atau kecurian kad selepas pelaksanaan pin & pay ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Bagi soalan tambahan pertama berkaitan dengan penggunaan kad. Kita ada lebih kurang sehingga akhir bulan Jun 2017 baru ini, lebih kurang 23 juta kad telah pun dikeluarkan. Setakat ini 97 peratus telah pun menggunakan kaedah pembayaran melalui pengesahan nombor pin. Point of sale (POS) juga telah pun di upgradekan untuk menerima cara pembayaran ini termasuk juga bagi stesen minyak dan sebagainya. Jadi boleh dikatakan sambutan kepada rakyat itu amat menggalakkan dan kita akan kembangkan lagi point of sale untuk kemudahan mereka. Selanjutnya berkaitan dengan penipuan. Sekadar untuk makluman Dewan yang mulia ini kadar penipuan yang direkodkan bagi transaksi bagi tahun 2016, transaksi yang telah pun dilakukan melalui pembayaran melalui kad adalah sebanyak 495.4 juta transaksi melibatkan jumlah ringgit transaksi itu RM150.8 bilion. Jadi dari segi penipuan yang dilakukan, pada tahun 2016 hanya 0.02 peratus daripada jumlah transaksi dan juga hanya sekitar 0.03 peratus daripada RM150.8 bilion tersebut. Jadi pelbagai langkah-langkah telah pun diambil untuk memberi kesedaran kepada rakyat berkaitan dengan keselamatan penggunaan kad pin & pay ini. Antaranya kita telah buatkan siri Jelajah E-Pembayaran Nasional tiga kali, temu bual sidang media dengan rangkaian TV utama, Media Prima dan juga RTM. Kemudian sesi bertemu dengan persatuan peniaga, kemudian pesanan khidmat masyarakat di radio, iklan di akhbar harian, SMS melalui telefon dengan pemberi khidmat telefon mudah alih ini dan paparan di laman media dan juga media sosial, kemudian video komersial di TV dan juga pawagam dan juga notis dipaparkan di kiosk dan sebagainya. Namun kita juga ingin mengingatkan kepada semua pemegang kad bahawa mereka perlu mengambil langkah untuk menjaga kad masing-masing. Jangan dedahkan langsung nombor pin kepada sesiapa juga dan sekiranya ada berlaku transaksi yang di luar pengetahuan mereka, mereka perlu berhubung dengan bank terus. Jadi inilah langkah-langkah yang kita ambil dengan kita harap yang penting sekali pemilik pemegang kad itulah kena jaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan. Saya meneliti jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat tadi. Kita dapati bahawa pengguna kad pin & pay ini mungkin tidak menghadapi masalah di dalam negara kita di mana semua industri perbankan di negara kita telah menerima kaedah ini. Akan tetapi saya telah mendapat beberapa rungutan daripada rakyat kita yang berkunjung ke luar negara. Ada negara-negara yang tidak menerima konsep transaksi menerusi pin & pay ini yang mana apabila mereka membuat pembelian ataupun pembayaran servis yang tertentu kepada pihak yang mereka mempunyai urusan. Mereka telah disekat kerana mereka mengatakan bahawa negara ini tidak menerima pin & pay ini. Jadi apakah langkah kerajaan khususnya untuk mengelakkan daripada masalah dihadapi oleh rakyat kita terutamanya berurusan di luar negara? Mohon penjelasan, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya rasa selalunyalah sebelum kita ke luar negara, walaupun mungkin kita ada platinum card dan sebagainya, tidak ada limit. Akan tetapi selalunya eloklah kita notify bank kita ini, negara mana kita hendak pergi. Katalah contoh travelling time minggu depan, 10 hari di mana-mana lah, maklumkan kepada bank kemudian kata kita mungkin akan menggunakan kad kita di sana. Jadi saya ingat masalah itu dapat diatasi.

Memang kita akui kadang-kadang kita melancong ataupun orang yang berjalan ke luar negara ini ke luar negara, sudah sampai ke sana buat transaksi, fail, dia akan jadi masalah. Jadi nasihat saya ialah maklumkan kepada bank pengeluar kad kita itu, kata kita akan berjalan dan insya-Allah dia akan buat arrangement yang tertentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

8. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditutup di seluruh negara dan penyelesaiannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa tiada institut pendidikan guru (IPG) yang akan ditutup tetapi hanya pertukaran fungsi IPG. Sebanyak empat IPG ditukar fungsi kepada kolej vokasional, empat IPG ditukar fungsi kepada politeknik, satu ditukar fungsi kepada PERMATA Pintar dan satu lagi kepada pusat latihan jurulatih TVET. Secara keseluruhannya 10 IPG kampus daripada 27 IPG kampus terlibat dengan pertukaran fungsi. Walau bagaimanapun 10 IPG yang terlibat akan terus melaksanakan latihan guru sehingga Jun 2020 iaitu sehingga pelajar sedia ada tamat pengajian. IPGK berkenaan akan wujud secara bersama atau co-exist dengan izin, dengan institusi baru. Tiada penempatan pelajar baru di 10 IPGK berkenaan. Pertukaran fungsi ini sebagai perubahan strategik bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dalam memenuhi keperluan semasa negara tanpa menjejaskan fungsi latihan guru. KPM menyasarkan untuk menyumbangkan 10 peratus atau 90,000 tenaga kerja berkemahiran dalam bidang TVET menjelang tahun 2020 melalui kolej vokasional. Mengambil kira kapasiti kolej vokasional sedia ada yang terhad, penambahan bilangan pusat latihan TVET diperlukan untuk KPM mencapai sasaran pengambilan pelajar seramai 30,000 orang pada tahun 2018. Pertukaran fungsi sembilan IPG untuk institusi TVET merupakan satu kaedah yang terbaik pengaplikasian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menampung keperluan segera terhadap kolej vokasional dan politeknik. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Menteri mendakwa bahawa tidak ada IPG yang ditutup tetapi sebenarnya ini adalah cara pengolahan istilah. Jelas disebutkan tadi maknanya fungsinya akan ditukar kepada kolej vokasional ataupun pusat latihan. Maknanya, tutup, tidak ada lagi- peranan institusi penyelidikan guru itu akan berkubur selepas ini. Saya ingin tahu tentang penutupan, cadangan pertukaran fungsi. Walaupun tidak dikatakan tutup untuk IPG di Kota Bharu, satu-satunya institut yang lama, yang sejarahnya ditubuhkan sejak 1952. Apa kesan, nasib kepada pensyarah? Adakah dengan bidang tugas mereka, mereka boleh mengajar di kolej vokasional ? Ataupun kalau mereka berada di bawah, kita tengok macam mana mereka boleh berperanan dengan suasana yang berbeza. Begitu juga kepada pelajar-pelajar atau pelatih-pelatih. Bayangkan anak-anak miskin yang akan ditemu duga sebagai guru, terpaksa pergi ke Kuala Terengganu kalau dari Kelantan kerana tidak ada lagi fungsi, institusi pendidikan guru ini sudah tidak berfungsi lagi. Sedangkan kursus-kursus untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

...perguruan lepasan ijazah, KPLI, struktur pengurusan, perguruan khas, perguruan am, kursus dalam cuti, banyak kursus yang memberi manfaat kepada negara. Untuk pengetahuan Menteri, lebih daripada 60 peratus sumber guru adalah daripada negeri Kelantan. Jadi, tidak ada rasionalnya kenapa IPG Kota Bharu juga terpaksa ditukar fungsinya, ditukar kepada kolej vokasional sedangkan lambakan kolej vokasional di Kelantan tidak silap saya lebih daripada 16 buah. Jadi, minta penjelasan tentang isu ini.

Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Rantau Panjang. Apabila kementerian berkata kita tidak menutup IPG kerana tanggapan masyarakat umum bahawa apabila kita bertukar fungsi, kononnya kita menutup dan kita tidak melatih guru. Itu sebabnya kita kena memberikan penjelasan. Saya ingin memberikan beberapa fakta. Kita mempunyai 27 IPG di seluruh negara dengan optimum kapasitinya 34,300 tempat. Akan tetapi pada bulan Disember 2016, yang berada di IPG

adalah hanya 14,600 orang pelajar iaitu cuma 42.8 peratus, lebih separuh kapasitinya tidak digunakan. Kita selepas kebelakangan ini, unjuran pengambilan guru lebih kurang 3,000 orang setiap tahun. Maka, sudah tibanya satu jangka waktu yang stabil, bermaksud lebih kurang 17,000 pelajar yang akan dilatih di IPG. Selepas penukaran fungsi, yang masih kekal sebagai IPG adalah sebanyak 17 kampus, yang mana maksimum kapasitinya 24,000 pelajar. Maka, cukup untuk kita melatih guru-guru yang diperlukan di negara kita. Oleh itu, pertukaran fungsi itu adalah memenuhi keperluan negara dalam latihan TVET seperti mana yang telah saya jawab. Berkenaan dengan penguraian pensyarah. Pensyarah-pensyarah yang sekarang berada di IPG akan kita tukarnya kepada IPG yang berdekatan, yang sama dengan fungsinya ataupun kursus yang mereka ajar. Berkenaan dengan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di 10 IPGK yang terlibat, yang ditukarkan menjadi kolej vokasional akan kekal di tempat yang sama. Mereka yang ditukarkan kepada politeknik itu akan kita letakkan di institusi di bawah KPM. Jadi, tidak ada isu sebab kita mempunyai perancangan yang rapi, penguraian yang mengambil masa sehingga tahun 2020. Sekian, terima kasih.

Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai · question

9. Dato' Sri Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah keberkesanan program #YouCanDuit dalam kadar pengambilan, jumlah kerja yang berjaya dijana dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul sejak program ini dilaksanakan.

Dato’ Jailani bin JohariUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tanjong Piai yang menanyakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan usaha membangunkan ekonomi digital, pihak kementerian melalui Malaysia Digital Economy Corporation ataupun MDEC, dengan izin, telah melaksanakan Program #YouCanDuit yang merupakan satu kempen komunikasi untuk menunjukkan minat dan kesedaran golongan sasaran terhadap manfaat dan faedah yang akan diraih melalui pembangunan digital economy negara. Di bawah agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Digital’, dua program utama iaitu eRezeki dan eUsahawan telah diperkenalkan bagi menyediakan peluang meningkatkan pendapatan sampingan melalui kaedah digital. Di bawah Program#YouCanDuit ini, MDEC dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah mengadakan pelbagai aktiviti komunikasi seperti hebahan melalui radio dan televisyen, laman web, media sosial, Program Turun Padang dan boot camp yang diadakan di seluruh negara. Sejak pelaksanaan Program #YouCanDuit pada tahun 2016, Program eUsahawan dan eRezeki telah berjaya menarik pendaftaran dan minat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Bagi Program eUsahawan, sejak bulan Januari 2016 sehingga bulan Jun 2017, sejumlah 82,672 usahawan muda dan desa telah mengikuti latihan dan kursus eUsahawan. Daripada jumlah ini, sebanyak 24,701 ataupun 30 peratus daripada peserta telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan berjumlah sebanyak lebih daripada RM88 juta. Manakala bagi Program eRezeki, bagi tempoh yang sama, sebanyak 87,891 individu telah dilatih melalui pusat dan wakil eRezeki di seluruh negara. Daripada jumlah ini, sebanyak 59,737 ataupun 68 peratus telah berjaya menjana pendapatan dengan nilai terkumpul keseluruhan yang berjumlah sebanyak lebih daripada RM65 juta. Pencapaian Program eRezeki dan eUsahawan sehingga kini adalah sejajar dengan sasaran awal yang telah ditetapkan oleh kerajaan, termasuk memberi manfaat kepada golongan B40 di negara ini. Menurut Jabatan Statistik, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 17.8 peratus kepada KDNK negara pada tahun 2015 dan peratusan ini dijangka akan meningkat kepada 18.2 peratus pada tahun 2020. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat itu sesi soal jawab lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [1 Ogos 2017]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Sekijang untuk menyambung perbahasan.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk menyambung semula perbahasan RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan bagi memasukkan seksyen 10B bagi tujuan pelaksanaan Dasar Harga Terangkum ataupun DHT. Sebenarnya, suatu tindakan tepat bagi memastikan pengguna tidak lagi terkeliru atau dimanipulasikan oleh sesetengah peniaga apabila mewajibkan peniaga untuk memaparkan harga akhir bagi setiap barang jualan atau servis yang ditawarkan. Maksudnya, apabila RUU ini dilaksanakan kelak, kalau biasanya kita lihat promosi dan juga penjualan produk-produk tertentu. Contohnya, di dada-dada akhbar ataupun di televisyen dan sebagainya ini, jika sekiranya harga itu tertera, maka apabila pengguna ingin membeli produk tersebut, mereka akan membayar pada harga tersebut. Maksudnya, tidak ada lagi sudah, kalau di surat akhbar itu di bawah itu ada ditulis, “Ini tidak termasuk cukai, tidak termasuk caj-caj tertentu” dan sebagainya. Jadi, dengan adanya RUU ini, saya amat yakin pengguna tidak akan lagi tertipu dan mereka akan membayar pada kadar yang mereka lihat. Kita sentiasa mendengar rungutan atau aduan orang ramai apabila dikenakan hidden charge, dengan izin, apabila mereka membayar sesuatu barangan atau servis. Jadi, apabila berlakunya perkara seperti ini, maka suka atau tidak, perlunya sesuatu peraturan seperti seksyen 10B ini untuk memastikan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan tawaran harga yang murah. Sedangkan mereka tidak mengetahui adanya caj tersembunyi sehingga menyebabkan di akhirnya, mereka terpaksa membayar harga yang lebih mahal. Akan tetapi saya masih ingat di awal pelaksanaan cukai pada tahun 2014, pihak kementerian sama ada KPDNKK ataupun MoF telah berulang kali mengingatkan para peniaga untuk memaparkan label harga yang telah dikira pada kadar cukai tersebut. Kalau kita lihat apa yang berlaku di pasaran, arahan ini dipatuhi oleh peniaga barangan walaupun ada segelintir yang tidak mematuhi. Namun, masalah yang timbul adalah peniaga yang menawarkan perniagaan perkhidmatan. Contohnya, servis kereta. Kebanyakan pengguna tidak dimaklumkan lebih awal harga sebenar yang perlu dibayar dan hanya mengetahuinya ketika hendak membuat bayaran.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Persoalan saya, mengapa perkara ini masih lagi berlaku sedangkan cukai ini tidak sama dengan caj-caj lain seperti caj perkhidmatan yang ditentukan sendiri oleh peniaga? Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, semenjak ia dilaksanakan, berapakah jumlah peniaga yang telah diambil tindakan undang-undang akibat tidak memasukkan kadar cukai dalam paparan harga perkhidmatan atau barangan jualan mereka? Pada masa yang sama, pihak kementerian sering kali menyatakan ahli Friends of KPDNKK telah memainkan peranan yang cukup besar dalam membuat laporan dan aduan kepada pihak kementerian untuk diambil tindakan. Cuma, saya berasa hairan kenapa perkara ini masih gagal diatasi. Bukan apa, apabila perkara ini berlaku, akhirnya orang ramai akan mula menyalahkan kerajaan dan banyak pihak yang cuba “menangguk di air yang keruh” berkenaan isu ini. Akan tetapi, ia menjadi lebih parah apabila pihak kementerian tidak mampu melaksanakan penguatkuasaan ke atas sikap peniaga yang mengambil kesempatan dalam kelompangan pihak kementerian ini.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil perhatian pihak kementerian terhadap aktiviti perniagaan atas talian ataupun online yang berjumlah 50,882 peniaga, namun masih ramai lagi atau kebanyakan perniagaan mereka ini tidak didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu agensi di bawah KPDNKK itu sendiri. Kalau kita lihat, tiada akta khusus untuk menyelia perniagaan online ini. Disebabkan itu, pemantauan yang dijalankan tidak mampu mengenal pasti mana-mana peniaga online ini yang meletakkan harga sesuka hati. Itu belum lagi termasuk dengan peniaga online yang menjual barangan ciplak ataupun, dengan izin, fake atau imitate dengan pelbagai terms, contohnya original copy atau gred AAA. Saya tidak pasti sama ada pindaan akta ini nanti akan merangkumi perniagaan atas talian ataupun tidak tetapi saya ambil contoh laman jualan online yang memang kita tahu banyak berada dalam internet sekarang ini. Kalau kita lihat, ada banyak bayaran tidak dikenakan caj penghantaran tetapi ada juga yang dikenakan caj penghantaran. Bagi yang dikenakan caj penghantaran ini, kalau kita lihat, ia hanya diketahui apabila mereka memilih barangan tersebut. Pada permulaan web itu, diletakkan pada kadar harga yang ditawarkan tetapi apabila hendak bayar, ia akan keluar caj-caj tersembunyi. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] Contohnya apabila hendak membeli rak kasut. Apabila mencari rak kasut tersebut, harga yang dipaparkan ialah RM100 tetapi apabila bersetuju hendak membeli rak kasut tersebut, barulah diketahui adanya caj penghantaran yang kalau barangan itu besar seperti rak kasut ini, ia boleh mencecah sehingga puluhan ringgit. Justeru, harga yang dipaparkan pada awalnya telah jelas mengelirukan dan memanipulasi pengguna.

Yang Berhormat Sekijang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menarik perhatian sedikit Yang Berhormat Sekijang apabila dia menyatakan caj-caj tersembunyi itu akan berlaku, akan dimasukkan dalam bil setelah urus niaga itu termeterai. Jadi, apakah Yang Berhormat Sekijang bersetuju supaya dengan pindaan ini, kerajaan menetapkan antara syarat pembelian itu, dalam bil itu mesti dimasukkan segala caj yang ada? Dan lebih baik lagi, kalau dapat dimasukkan. Contohnya kalau barangan itu berharga RM20, masukkan juga cukai SST yang sebelum GST supaya rakyat nampak kebaikan GST ini berbanding dengan SST. Sebab, ada sebahagian daripada orang ramai ini dia tidak tahu. Dia ingat dahulu tidak ada cukai. Apabila ada GST, wah! Tambah lagi dihasut oleh pihak-pihak tertentu, maka dia ingat kerajaan ini menzalimi rakyat apabila ada GST. Seolah-olah cukai ini hanya GST sahaja, yang sebelum ini tidak ada cukai. Jadi, kita masukkan terus. Kalau barangan itu berharga RM20, SST berapa, GST berapa dan segala jenis cukai dimasukkan dalam itu. Jadi secara tidak langsung dengan pindaan ini, kerajaan khususnya KPDNKK dapat mendidik rakyat kita tentang celik mereka terhadap sistem percukaian negara dan mereka lebih berilmu, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang sentiasa menghasut, mengadu domba dan macam-macam lagi tentang sistem percukaian yang nyata memberikan kelebihan kepada semua pihak. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Yang Berhormat Sekijang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya hendak tambah sedikit dan juga hendak tanya apakah pendapat Yang Berhormat Sekijang tentang apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Jerantut tadi bahawa ditunjukkan itu bahawa kesan-kesan dahulu SST. Sebenarnya SST ini sudah bertahun-tahun, puluhan tahun sehingga rakyat imun, tidak tahu yang sebenarnya di dalam itu sudah ada cukai yang berganda, cukai atas cukai dan dikenakan cukai daripada awal lagi, daripada tempat pengilangan lagi. Dan juga, dalam SST itu banyak berlaku ketirisan dan banyak berlaku penyelewengan, banyak berlaku penipuan dalam SST itu sendiri. Justeru itu, GST adalah jauh lebih baik dan digunakan di negara- negara maju. Apakah pendapat Yang Berhormat Sekijang?

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Yang Berhormat Sekijang, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dr. Izani bin HusinPAS · PRPengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sekijang, terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Rang undang-undang ini satu hal dari sudutnya hanya untuk mempamerkan harga bagi orang dapat pilih supaya orang tidak tertipu dan agak mudah untuk rang undang-undang ini. Cuma, rang undang-undang itu satu hal tetapi tindakan penguatkuasaan, tindakan pemantauan adalah satu hal yang lain. Kekerapan pemantauan memberi kesan yang sangat baik. Semakin kerap semakin baik. Kalau pemantauan itu dibuat kadang- kadang, maka hasilnya kita akan tahu ia akan teruk kerana peniaga akan sentiasa mengambil peluang untuk, boleh jadi, menipu dan sebagainya kerana kebarangkalian mereka ditangkap adalah terlalu kecil. So, macam mana Yang Berhormat Sekijang?

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang mencelah— Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya melihat sebenarnya usaha untuk mendidik rakyat berkaitan dengan cukai ini apabila kalau sebelum ini jumlah harga barangan yang dibeli itu kita tidak senaraikan berapa cukai yang dia kena bayar. Kalau dahulu, katanya sampai 10 peratus jumlah cukai untuk satu barang tersebut tetapi kini hanya tinggal enam peratus. Rupanya, apabila kita beritahu kepada rakyat bahawa ada cukai yang mereka kena bayar walhal sebelum ini kita tidak beritahu tetapi kali ini apabila kita maklumkan kepada mereka ada cukai yang mereka kena bayar, rakyat rupanya tidak selesa. Namun, saya yakin bukanlah dengan rang undang-undang ini nanti apabila kita laksanakan, kita hendak menutup adanya cukai berkaitan dengan GST ini. Sebenarnya kalau kita fahami berkaitan dengan rang undang-undang ini, ia meletakkan syarat kepada mana-mana peniaga supaya meletakkan jumlah harga sebenar yang perlu dibayar oleh peniaga. Maksudnya, tidak kiralah kalau selepas itu dalam resit pembayaran itu kalau katalah harganya RM100 hendak diletakkan cukai GST, caj penghantaran dan sebagainya, itu terpulang tetapi yang paling penting, pengguna melihat harga tersebut RM100 maka itulah jumlah harga yang perlu dibayar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Waima rang undang-undang mana pun kita buat, kalaulah pemantauan dan penguatkuasaan itu gagal kita laksanakan, maka rang undang-undang tersebut hanyalah tinggal rang undang- undang. Jadi seharusnya pihak kementerian mengambil berat tentang perkara ini dan saya amat yakin apabila ia terlaksana nanti, pihak kementerian bolehlah mengambil tindakan kepada mana-mana peniaga yang melanggar rang undang-undang ini nanti.

Yang Berhormat Sekijang, minta laluan.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sekijang. Saya tertarik apabila Yang Berhormat menyentuh mengenai perniagaan online. Cuma, saya juga sependapat dengan Yang Berhormat, tidak pasti sama ada bill atau rang undang-undang ini akan merangkumi perniagaan online atau atas talian ini kerana kita melihat sejak beberapa tahun yang lepas terutamanya tahun 2016, pelbagai kajian telah dibuat dan juga satu ramalan telah dibuat oleh satu pihak yang disebut Laporan Penipuan Ekonomi, meramalkan bahawa akan berlaku dalam tempoh lima tahun ini banyak penipuan dalam perniagaan online ini dan banyak syarikat terpaksa menghabiskan kewangan dan masa mereka untuk menangani masalah penipuan ini. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan, saya cadangkan bahawa kementerian KPDNKK terutamanya, perlu mengambil suatu langkah yang serius yang fokus untuk merangka suatu peruntukan undang-undang yang boleh cover ataupun merangkumi aspek perniagaan ini kerana ia telah melibatkan suatu macam masalah yang besar di kalangan rakyat kita yang memang mereka percaya.

Sekarang ini amalan perniagaan online ini cukup popular tapi banyak yang kita terima aduan daripada rakyat bahawa mereka ditipu. Paling kurangnya, barang yang dipamerkan sebelum mereka beli itu yang menarik perhatian mereka sehingga mereka

beli, akhirnya yang terima itu tidak sebagaimana yang dipaparkan. Itu tidak termasuk harga lagi, itu dari segi keadaan barang itu sendiri. Jadi, adakah Yang Berhormat boleh setuju dengan cadangan saya ini? Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih sahabat saya daripada Kota Bharu. Perniagaan online ini sebenarnya satu trend, trend pada hari ini. Oleh kerana kita melihat kebanyakan peniaga menggunakan teknologi internet ini untuk memudahkan pembeli-pembeli untuk akses produk-produk jualan mereka secara terus tanpa memerlukan melihat barang tersebut secara realiti. Namun, saya terima dan saya akui apabila RUU ini dilaksanakan nanti, saya amat berharap kepada pihak kementerian supaya dapat menyelitkan juga perniagaan secara online ini. Kalau kita lihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu tadi, perniagaan online inilah antara sebenarnya tempat di mana ramai peniaga memanipulasikan harga. Saya hendak sambung lagi Tuan Yang di-Pertua, ini belum termasuk lagi sebenarnya laman-laman web yang berperanan sebagai orang tengah bagi tempahan hotel. Contohnya, seperti Agoda, Expedia dan pelbagai lagi. Harga yang dipaparkan tidak termasuk dengan kadar cukai dan caj perkhidmatan, buat masa ini itu situasinya. Saya khuatir ia menjadi lebih ketara apabila cukai pelancongan dilaksanakan ataupun dikuatkuasakan kelak. Alasan ataupun justifikasi yang diberikan adalah caj tersebut akan dikutip secara terus oleh pihak hotel. Persoalan saya, adakah akta ini nanti juga akan merangkumi perniagaan atas talian seperti yang kita sebut tadi? Bagaimana pula dengan penawaran yang dibuat oleh orang tengah atau syarikat-syarikat online seperti Agoda dan Expedia ini nanti? Tuan Yang di-Pertua, melalui pindaan akta ini turut dimasukkan elemen pengawal harga yang memberi kebenaran untuk mendapatkan apa-apa maklumat berkaitan harga jualan daripada peniaga. Cuma saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah maklumat-maklumat tersebut dan adakah pemilikan maklumat tersebut boleh menjejaskan persaingan antara seorang peniaga dengan peniaga yang lain? Memandangkan penawaran harga memainkan peranan yang penting bagi pengguna untuk mendapatkan barang ataupun perkhidmatan. Saya juga ingin membangkitkan persoalan berkaitan peraturan mendapatkan maklumat berkaitan harga ini. Saya ingin bertanya, siapakah sasaran peniaga yang memerlukan mereka untuk memberikan maklumat harga ini? Adakah ia akan diperluaskan kepada peniaga-peniaga kecil seperti kedai runcit ataupun mini mart? Saya bertanyakan soalan ini kerana kita tahu peniaga runcit ini ramainya mendapatkan stok barangan jualan mereka dari pasar raya-pasar raya besar. Maknanya, mereka beli di pasar raya besar dan menjual produk tersebut di kedai mereka. Akan tetapi apa yang menjadi masalah, terutama di kawasan yang tiada pasar raya besar, terutama kawasan luar bandar, barangan yang dijual selalunya lebih mahal daripada yang sepatutnya. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian bagi memastikan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku? Kita maklum adanya program 1Malaysia, 1Harga tapi kita juga maklum perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Jadi, saya minta penjelasan pihak kementerian bagi perkara ini. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya sentuh adalah berkaitan dengan kesan domino akibat daripada kejutan pasaran seperti pengumuman harga minyak. Ini adalah berkaitan masalah dengan profiteering, dengan izin. Jika sebelum ini iaitu sebelum pengumuman harga minyak dilaksanakan secara mingguan, sering kali kita dengar alasan peniaga untuk menaikkan harga jualan barangan mereka. Namun, selepas pengumuman secara mingguan ini dilaksanakan, kita lihat kesan domino ini tidak lagi memberi kesan besar kepada harga jualan barangan. Akan tetapi berkurangan bukan maksud tiada langsung kejadian ini. Masih ada lagi berlaku peniaga yang mengambil kesempatan walaupun kadangkala harga minyak yang diumumkan naik kurang dari lima sen. Kebanyakan peniaga yang terlibat dalam perkara ini adalah mereka yang menjual makanan, makanan-makanan Siam seperti kedai makan dan juga restoran. Memandangkan adanya peruntukan pengawal harga di bawah pindaan ini, saya ingin bertanya, apakah peranan yang dimainkan oleh pengawal harga ini dan iaitu peniaga yang mengambil kesempatan di atas kejutan pasaran ini walaupun secara logiknya kejutan ini tidak memberi impak yang besar dalam jualan barangan mereka. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mengeluarkan guidelines, dengan izin, kepada pengguna tentang patut jualan produk makanan di kedai makan atau restoran secara berkala mengikut harga pasaran bagi memudahkan pengguna mengetahui harga yang sepatutnya dan membuat pilihan yang sewajarnya sebelum membeli barang tersebut. Kalau harga barangan mentah dan keperluan asas, kita tahu pihak KPDNKK mengeluarkannya secara harian.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Akan tetapi barangan siap proses seperti makanan ini, saya dimaklumkan masih belum ada guidelines tersebut. Saya mohon pertimbangan pihak kementerian dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukup sampai di sini. Apa yang penting melalui pindaan akta ini adalah penguatkuasaan. Tidak guna kita meminda apa- apa jenis akta sekali pun jika penguatkuasaan masih gagal mencapai objektif yang sepatutnya. Saya amat berharap apa yang disampaikan melalui perbahasaan ini mendapat perhatian dan tindakan kepada pihak kementerian. Untuk itu, saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus.

Bismillahir Rahmanir Rahim, [Membaca doa dan selawat] Terima kasih, kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya pertamanya merujuk kepada satu Firman Allah SWT. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ‘Dan kepada kaum Madian, kami utuskan saudara mereka bernama Syuib, berkata Syuib, wahai kaumku hendaklah kamu semua menjadi hamba kepada Allah, tidak ada Illah yang patut disembah melainkan Dia dan janganlah kamu mengurangkan sukatan dan juga timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan baik dan aku bimbang kepada kamu satu azab pada hari yang melingkungi kamu’. Umat yang menipu dalam perniagaan, ini berlaku sepanjang zaman, termasuk yang Allah Taala cerita tentang kaum Madian yang menipu dalam timbangan dan juga sukatan. Hari ini kita bawa satu rang undang-undang bertujuan untuk mengawal unsur- unsur penipuan ataupun unsur-unsur yang tidak jelas dalam jual beli. Kita semua mengetahui bahawa jual beli satu kontrak yang berlaku secara global, yang sangat diperlukan oleh masyarakat. Oleh kerana keperluan kehidupan manusia tidak dapat dilunaskan melainkan menerusi perniagaan. Ada penjual, ada pembeli, ada pemberi dan juga ada penerima. Prinsip ekonomi Islam dan juga prinsip muamalat Islam dalam perkara yang melibatkan jual beli ini ialah satu hadis Nabi SAW. [Membaca sepotong hadis] ‘Dua orang yang berjual beli ada ruang untuk membuat pilihan’ dipanggil [Menyebut dalam bahasa Arab], selagi mana mereka tidak berpisah’... [Membaca sepotong hadis] ‘Sekiranya penjual dan pembeli bercakap benar dan memberi penjelasan, maka diberkatilah untuk mereka berdua pada jual beli mereka berdua’. [Membaca sepotong hadis] ‘Sekiranya kedua-duanya berbohong dan menyembunyikan keadaan atau menyembunyikan aib, maka hilanglah berkat jual beli mereka berdua’. Akta yang kita bincang hari ini ialah untuk supaya satu harga terangkum dipamerkan oleh peniaga. Kita perlu melihat dari dua sudut. Pertama, tujuan akta ini. Sekiranya tujuan akta ini ialah untuk supaya tidak ada sebarang unsur tadlis. Tadlis ini istilah dalam fiqah menggambarkan suatu keadaan kabur yang tidak jelas kepada pembeli atau juga penjual. Sekiranya akta ini atau rang undang-undang ini bertujuan untuk menghilangkan kesamaran dan kekaburan terhadap hakikat sebenar barangan yang perlu dibayar atau harga yang sebenar, maka tentulah saya sangat mengalu-alukan rang undang-undang ini dibawa ke Parlimen dan diluluskan. Oleh kerana ia selari dengan apa yang dituntut oleh hadis Nabi SAW iaitu satu kejelasan pada harga.

Apa yang kita lihat pada hari ini – saya baca kenyataan awal Yang Berhormat Menteri sebelum akta ini di bawa, rang undang-undang ini di bawa ke Parlimen dalam beberapa siaran akhbar. Fokus awal untuk akta ini ataupun rang undang-undang ini ialah ditujukan kepada restoran dan juga hotel. Akan tetapi saya melihat yang lebih kritikal juga adalah pasar raya-pasar raya kerana di pasar rayalah selalunya pelbagai harga promosi dibuat dan dia bukan adalah harga yang terakhir yang patut dibayar oleh customer dan tentu dia tidak termasuk lagi service charge kalau ada dan juga tidak termasuk cukai GST yang dikenakan. Maka jika sekiranya tujuan akta ini atau rang undang-undang ini diperkenalkan adalah supaya tidak timbul kekaburan dan ketidaksamaran dan menjelaskan kepada para pembeli dan penjual itulah harga terakhir yang mereka kena bayar, saya yakin akta ini atau rang undang-undang ini akan mendatangkan ‘barokah’ dalam perniagaan seluruh umat manusia di Malaysia khususnya. Namun dalam masa yang sama timbul persoalan, sekiranya tujuan rang undang-undang ini juga ialah supaya rakyat tidak terasa cukai yang mereka patut bayar,

seolah-olah untuk kita menutup hakikat bahawa harga yang mereka patut bayar itu sehingga mereka terlupa bahawa mereka dikenakan cukai GST sebanyak enam percent, kalau itu tujuannya maka bagi saya ini sangat tidak patut. Itu saya kata ada dua tujuan daripada rang undang-undang ini. Hakikat bahawa kerajaan mengenakan cukai GST yang tentulah kita lihat di pasar raya terutamanya pastilah kita kena bayar GST. Kami daripada PAS dengan tegas menyatakan bahawa GST adalah bercanggah dengan Islam, tidak mesra syariat walaupun kita ada hero GST kita daripada Bagan Serai yang sentiasa memperjuangkan kebaikan GST tetapi itu pendirian kami, bahawa GST itu bercanggah dengan syariat dan sepatutnya ditarik oleh kerajaan. Sekiranya harga terangkum yang hendak kita masukkan pada kertas promosi sebagai contoh RM99 sekarang dibuat, kalau kita masukkan GST jadi sekian harga. Pada resit akhirnya mesti dikekalkan tanda harga GST yang dikenakan kepada rakyat supaya rakyat sentiasa sedar bahawa mereka memang dikenakan cukai oleh kerajaan. Saya pernah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan dulu apabila bincang isu GST, adakah tidak boleh kita memberikan rebate kepada orang-orang miskin yang mereka tidak layak membayar cukai sebenarnya? Apabila kita kenakan GST, mereka beli barang kena GST di pasar raya, mereka boleh claim semula GST mereka. Kalau resit itu ada, dipaparkan GST yang dikenakan maka tentulah kalau kerajaan bersedia untuk beri ruang kepada rakyat B40 sebagai contoh untuk claim semula cukai GST yang dikenakan kepada mereka walaupun dengan jumlah yang kecil RM100 hanya RM6 sahaja kecil bagi orang kaya tetapi besar bagi orang-orang miskin. Jadi bagi saya rang undang-undang ini mesti kita lihat pada dua sisi tadi. Semalam, ramai kalangan Ahli Parlimen terutama dari kalangan barisan pembangkang menimbulkan isu yg kedua ini iaitu adakah harga terangkum itu hendak melupakan rakyat terhadap hakikat rakyat mesti membayar GST? Kalau itu tujuannya, maka tentulah kami di peringkat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini. Cuma saya hendak bangkitkan satu isu lagi daripada rang undang-undang ini iaitu tentang service charge yang tentulah menjadi sebahagian daripada harga terangkum. Saya tengok dalam beberapa akhbar berita bahawa service charge yang dikenakan ini seolah-olah sebagai satu tips kepada para pekerja dan syarat kepada restoran ataupun hotel yang mengenakan service charge ini mesti ada perjanjian awal antara majikan dan pekerja bahawa tip itu menjadi hak milik mereka. Persoalan saya ialah, sejauh mana tips itu atau service charge itu memang diberikan kepada pekerja? Maknanya masuk dalam slip gaji mereka. Bulan ini gaji mereka RM1,100 sebagai contoh sebab tip mungkin besar kerana– atau bulan ini ramai orang masuk hotel, ramai orang masuk restoran maka tentu tip mereka lagi banyak. Jadi saya hendak dapatkan penjelasan kementerian, sejauh mana kementerian memantau service charge ini? Adakah dipulangkan kepada para pekerja ini sebagai tips ataupun tidak? Dan saya juga– saya rasa...

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya sila.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus, mengapa tips ini perlu diwajibkan dan dikenakan dalam bentuk surcaj? Kadangkala kita pergi ke satu restoran, layanan mungkin tidak baik, perkhidmatan yang diberikan mungkin tidak baik, mengapakah kita masih perlu bayar dan ini diwajibkan? Memang saya rasa sekarang ada banyak restoran dia letak notis untuk kenakan service charge tetapi adakah pihak kementerian ada mengenal pasti yang mereka kenakan service charge itu adalah collective agreement dengan pekerja-pekerja ini? Sekian.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Saya memang hendak bangkitkan isu ini. Tentang service charge dalam– saya baca dalam laman web kementerian menyebut service charge ini adalah satu berupa seumpama tips kepada para pekerja ini. Akan tetapi, saya rasa sampai masa kementerian kena rujuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga fatwa-fatwa negeri tentang hukum service charge ini. Hal ini kerana service charge ini di ambil 10 persen daripada harga yang dibayar. Perkhidmatan sama tetapi caj berdasarkan jumlah kita makan, jumlah kita bayar. Kalau RM100, RM10. Kalau RM1000, RM100. Adakah dengan pemberian yang tetap 10 persen itu dengan perkhidmatan yang diberi itu adalah sesuatu yang berbaloi?

Saya lihat ada unsur-unsur ketidakjelasan di sini dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘tadlis’ dan juga sesuatu benda yang samar. Saya tidak mahu bincang hukum di sini dalam Parlimen kita. Cuma saya hendak minta pandangan kementerian, adakah kementerian bersedia untuk merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk melihat tentang hukum service charge ini dan bagaimana kaedah yang terbaik? Adakah patut ditetapkan 10 percent? Ataupun ditetapkan satu amaun yang ‘ma’kul’ yang logik untuk diambil daripada customer ataupun kita kembali kepada konsep asal tip. Tip itu adalah pemberian daripada kita, customer kerana kita rasa gembira, kita rasa seronok dengan perkhidmatan yang diberikan oleh para pekerja. Apabila orang rasa seronok ini dia beri bukan sikit, bukan 10 percent sudah, lebih daripada itu kita boleh bagi. Kita masuk hotel pun bila orang angkat barang kita bagi RM10, RM20, RM50 pun kita bagi bila kita sudah suka pada orang yang bawa barang kita. Ia adalah tip daripada hati dan jiwa perasaan kita. Jadi saya rasa isu service charge ini walaupun tidak berbangkit sangat dalam rang undang-undang yang kita bincang, boleh kita bahas lagi untuk kita berikan yang terbaik kepada masyarakat kita. Cuma soalan yang saya hendak ajukan kepada kementerian ialah dari sudut pemantauan. Berapa ramai pegawai yang kementerian ada di seluruh negara untuk kita pantau pelaksanaan rang undang-undang yang bakal kita luluskan nanti? Hal ini kerana isu yang timbul ialah isu kita buat undang-undang satu, itu saya ucap tahniah kepada kementerian. Akan tetapi yang lebih penting ialah pada pemantauan tadi. Sekiranya tenaga yang ada untuk memantau tidak cukup, maka sebaiknya kementerian juga mengemukakan dari sudut kos yang diperlukan daripada rang undang-undang ini. Supaya ia tidak hanya menjadi undang-undang yang kita gagal laksanakannya seratus peratus jika ia baik untuk rakyat. Maka saya hendak tahu jumlah pegawai yang sedia ada sekarang dan unjuran ke depan oleh kementerian untuk menambah sekiranya tidak cukup pegawai yang diperlukan di seluruh negara. Apa dia mekanisme pemantauan? Adakah hanya bergantung kepada aduan? Ataupun memang spot-check dibuat oleh pegawai kementerian di lokasi-lokasi yang kita sangka dan kita jangka berlaku penipuan ataupun ketidakjelasan harga ini. Saya rasa itu sahaja daripada saya. Terima kasih atas peluang yang diberi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Bagan Serai sudah berucap belum? Yang Berhormat Kuala Selangor.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan usul Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita membicarakan mengenai rang undang- undang pada hari ini sudah tentunya pada hemat saya, ia berkait rapat dalam soal kepentingan pengguna pada hari ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian kerana mempunyai keberanian khususnya dengan memperkenalkan pindaan rang undang-undang pada kali ini demi untuk memastikan soal kepentingan pengguna itu dimartabatkan dan dipertahankan. Saya akui ia bukannya mudah tetapi maknanya usaha ini dilakukan untuk menunjukkan satu lagi intervensi kerajaan khususnya dalam memastikan kehidupan rakyat diambil berat oleh pihak kementerian dan juga kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, apabila merujuk mengenai undang-undang ini juga dan berkaitan rapat dengan kepentingan pengguna, Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada Mac 1962 telah menyatakan bahawa bila menyatakan tentang soal pengguna secara takrifannya melibatkan kita semua yang merupakan sebuah kumpulan ekonomi yang terbesar. Pengguna merupakan individu yang mempengaruhi dan dipengaruhi dan hampir setiap keputusan ekonomi peribadi mahupun awam. Tuan Yang di-Pertua. Justeru itu, apabila saya melihat Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 ini, pada hemat saya amat perlu kerana ia dari segi falsafah rang undang-undang pindaan ini akan menggalakkan ketelusan dalam aspek pempameran, pengiklanan dan juga sebutan harga serta caj.

Pindaan ini juga akan memasukkan seksyen baru yang akan menyatakan mana-mana pihak yang mempamerkan apa-apa barangan perlu memasukkan dalam harga atau cajnya semua cukai, duti-duti, caj kerajaan dan semua caj lain yang akan dikenakan ke atas barangan ataupun perkhidmatannya. Dalam erti kata yang lain, ia boleh dikaitkan dengan melaksanakan dasar harga terangkum ataupun dengan izin single pricing policy. Ia sangat penting, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana pada masa kini, pengguna sebenarnya terpaksa membayar kos yang lebih tinggi untuk sesesuatu produk atau perkhidmatan berbanding harga yang dipaparkan. Ia pada hemat saya, berpunca daripada kos tersembunyi yang tidak dinyatakan secara jelas kepada pengguna. Sebagai contoh, sebuah hotel memaparkan iklan bagi sebuah bilik dalam harga RM270 semalam. Namun demikian, apabila pengguna ingin membuat pembayaran, pengguna terpaksa membayar sebanyak RM314.82 iaitu RM27 untuk caj perkhidmatan manakala RM17.83 untuk caj GST. Maknanya sekali lagi, sudah pastinya mengelirukan pengguna. Mengakibatkan seolah-olah pengguna ditipu para peniaga yang tidak memaparkan maklumat yang jelas kepada pengguna. Pada hemat saya, keadaan ini juga berlaku apabila khususnya sebagai contoh, industri penerbangan. Apabila harga tiket yang diiklankan untuk jualan adalah tidak sama dengan harga yang perlu dibayar. Ini kerana ia tidak termasuk dengan caj-caj tersembunyi yang lain. Tuan Yang di-Pertua, apabila melihat kepada statistik aduan pengguna, menunjukkan statistik pada bilangan dari bulan Januari hingga Jun mencatatkan sebanyak 2,081 kes melibatkan nilai rampasan berjumlah RM251,505. Manakala jumlah kes yang telah dibayar kompaun adalah sebanyak 1,904 kes dengan jumlah bayaran sebanyak RM369,940 dan kes ini meningkat dari bulan Januari hingga Jun. Justeru itu, pada hemat saya adalah sangat perlu kaedah strategi pemasaran yang tidak telus dengan mengiklankan harga yang terlampau rendah namun ia dikaburi oleh caj-caj tersembunyi demi untuk mengaut keuntungan secara tidak jujur. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan peruntukan penalti am mengikut seksyen 57 dalam akta sedia ada tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya tidak melebihi RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun dan bagi kesalahan kedua dan berikut, didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pihak yang bukan satu pertubuhan perbadanan. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya. Kita sebagai pengguna pernah mengalami keadaan yang menjengkelkan dan apabila kita terpaksa membayar lebih berbanding harga yang dipamerkan di iklan-iklan. Manakala sesetengah peniaga pula amat suka memerangkap pengguna terutamanya bagi pengguna yang kurang mahir dalam selok-belok dengan izin T&C, terma dan syarat sesuatu produk atau perkhidmatan sehingga akhirnya memaksa pengguna membayar lebih akibat istilah-istilah yang mengelirukan seperti surcaj tambahan, caj perkhidmatan dan sebagainya. Dari sudut pandangan agama pula, tindakan pindaan rang undang-undang ini adalah bertepatan dengan syarat Islam khususnya dalam urusan muamalat ataupun jual beli kerana ia mestilah jelas serta tiada unsur tipu-daya sama ada dari segi harga, barangan, atau perkhidmatan itu sendiri. Oleh itu, pindaan ini amat penting. Ini kerana peniaga tidak akan sewenang- wenangnya memperkotak-katikkan para pengguna yang ada pada hari ini. Sebagaimana sabda Baginda Nabi Muhammad SAW bermaksud, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah akan bersama dengan para nabi. Orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid”. Riwayat Al Imam Tarmizi. Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, kejujuran ditekankan. Apabila wujud kejujuran ditekankan kerana kejujuranlah merupakan antara elemen penting khususnya dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seseorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang akan membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan juga pelanggan. Piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, apabila membicarakan persoalan mengenai harga terangkum yang mana falsafah daripada rang undang-undang ini. Pada hemat saya ia bukanlah satu perkara baru kerana ia turut dilaksanakan di beberapa buah negara yang lain. Antaranya negara Australia menerusi Australian Consumer Law, seksyen 48 dan beberapa buah negara yang lain. Ini menunjukkan bahawa ia merupakan satu rang undang-undang pindaan yang diguna pakai di kebanyakan negara.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bangun]

Ya, boleh, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Sedarkah Yang Berhormat bahawa kerajaan, kementerian, kita begitu serius sehingga kita memperkemaskan akta, sistem yang kita ada untuk memastikan bahawa pelanggan, pengguna terpelihara dan terjamin daripada ditipu oleh peniaga-peniaga. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita juga melihat masih ramai yang bermaharajalela. Peniaga-peniaga dengan membuat iklan dan sebagainya. Jualan dan sebagainya. Akan tetapi sebetulnya, di sebaliknya penipuan begitu besar. Jadi, di manakah kesilapan yang berlaku sebab sistem sudah nampak jelas. Memang sudah boleh diterima tetapi masih ada loopholes, mereka memainkan peranan untuk memanipulasikan keadaan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, apakah Yang Berhormat mencadangkan mungkin melalui enforcement yang ketat sahaja perkara-perkara begini dapat kita pastikan peniaga-peniaga ini tidak melakukan kesilapan, kesalahan demi kesalahan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ini contoh seorang wakil rakyat yang ingin melindungi khususnya kepentingan pengguna. Bila merujuk kepada perkara yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya kita tidak boleh meletakkan segala-segala-galanya kepada di bahu Yang Berhormat Menteri. Saya takut nanti makin putih rambutnya, dah lah putih, takut hilang rambutnya. Juga kerajaan pada hemat saya, kita kena bersama-sama, khususnya untuk memastikan bila rang undang-undang, sistem yang begitu baik itu telah diadakan, penguatkuasaan itu kita kena gerakkan secara collective, secara berpasukan. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, oleh Kementerian KPDNKK, mungkin elemen teknologi itu harus dipertingkatkan, mungkin aplikasi-aplikasi yang boleh menjadi satu sumber yang rakyat boleh memaklumkan terus sekiranya mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan kepada pengguna. Saya akui jumlah penguat kuasa yang ada di Kementerian KPDNKK ini mungkin ada, tetapi tidak mencukupi. Tetapi ianya harus digerakkan sebagaimana inisiatif Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian beliau melalui Friends of KPDNKK ini dan boleh dikembangkan melalui aplikasi yang saya fikir mesra pengguna supaya pengguna mempunyai satu tempat untuk mereka menyuarakan dan peniaga pula akan mengambil maklum bahawa mereka sedang diperhatikan bukan hanya oleh kerajaan tetapi juga oleh pengguna. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, saya ingin mencadangkan beberapa perkara demi untuk memastikan kepentingan pengguna ini dijaga. Saya berpendapat bahawa semua caj perlu di letakkan dalam satu harga. Rasionalnya penyelarasan caj ini mampu mengelakkan aspirasi harga daripada peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan kepada pengguna, sama ada online kah tidak online. Saya fikir ini satu perkara yang perlu diambil perhatian. Keduanya, pada masa yang sama, pemantauan perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan penyelarasan caj ini dipatuhi oleh semua peniaga yang terlibat, sama ada dengan menggunakan teknologi dan sebagainya supaya ada wujud gelombang bahawa pengguna merasa secure dengan izin, merasakan bahawa mereka dilindungi, mereka merasakan bahawa mereka ada tempat untuk bergantung kerana kalau ada mana-mana peniaga yang ingkar dan tidak patuh pada penyelarasan ini, maka pada hemat saya adalah amat wajar untuk diuar-uarkan kepada semua pengguna sama ada medium penyiaran di dalam website kementerian ataupun portal kementerian ataupun mana-mana media yang boleh dihebahkan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga juga sering dikaitkan dengan kewujudan orang tengah. Justeru itu pada hemat saya, mengambil falsafah daripada rang undang-undang ini dan bagi mengelakkan manipulasi harga daripada orang tengah ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar semua orang tengah yang terlibat dalam apa-apa jua peniagaan haruslah dilesenkan oleh KPDNKK. Tambahan lagi adalah lebih sistematik jika bank data orang tengah dapat diwujudkan bagi melindungi hak-hak pengguna. Keduanya sebagai contoh, kalau kita lihat harga ikan yang tidak menentu ini. Saya berpendapat di bawah kementerian, mengambil falsafah rang undang-undang ini, mungkin sudah sampai masanya Kementerian KPDNKK boleh mewujudkan harga ikan ataupun harga kawalan bagi satu contoh ikan, sebagai contoh ikan kembung, boleh

dikawal harganya sebagai satu elemen intervensi daripada kerajaan supaya mana-mana peniaga tidak melakukan spekulasi. Selain daripada itu pada hemat saya, dalam usaha untuk menambah baik rang undang-undang ini, saya ingin mencadangkan juga kepada pihak kementerian agar bekerjasama dan memperkasakan pengguna dengan memberikan pendedahan mengenai isu kepenggunaan kepada masyarakat. Saya akui Tuan Yang di-Pertua begitu aktif di Parlimen Kuala Krau, menggerakkan pendidikan kepenggunaan di kalangan rakyat, sama ada orang muda, belia dan sebagainya. Ini saya akui. Senyuman Tuan Yang di-Pertua menunjukkan bahawa beliau angguk benar apa yang beliau lakukan dalam menjaga kepentingan pengguna. Cuma yang paling penting ialah, bagaimana semangat yang telah ditunjukkan ini dapat diterjemahkan di semua tempat. Jangan hanya di tempat Tuan Yang di-Pertua sahaja. Pada hemat saya, apabila pindaan rang undang-undang ini berjaya dilaksanakan, adalah menjadi harapan saya dan juga rakyat agar pihak kementerian dapat memberikan penekanan yang lebih dalam aspek penguatkuasaan undang-undang menerusi aktiviti pemeriksaan supaya tiada lagi para peniaga yang memanipulasi harga barang demi mengaut keuntungan yang lebih, kerana dalam...

Yang Berhormat Kuala Selangor, sikit.

Okey. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jerantut.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar perbahasan Yang Berhormat Kuala Selangor yang mengatakan kesedaran kepenggunaan terhadap membantu kerajaan dalam mengawal harga barang ini, belum menyeluruh. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor, apakah untuk mengerakkan kesedaran pengguna ini, hanya kita hendak letakkan kepada KPDNKK sahaja atau kepada jentera yang dilantik oleh KPDNKK di setiap, boleh dikatakan di setiap daerah di Malaysia ini atau kita, setiap dari kita 220 orang yang ada dalam Dewan ini bersama-sama dengan kerajaan tanpa mengira siapa, tanpa mengira parti, tanpa mengira anutan budaya, kita bersama-sama mengerakkan kesedaran kepenggunaan di kalangan rakyat Malaysia agar sama-sama dapat kita membantu merealisasikan kenaikan harga barang ini, dapat dikawal. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Bila Yang Berhormat Jerantut bangun ini, saya ingin mengambil peluang kerana bila bangunnya seorang Ahli Parlimen, saya mendapat satu memo untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan Kelab Rukun Tetangga Parlimen Jerantut (KRT) ke Dewan yang mulai ini pada tengah hari ini. Pandai Yang Berhormat Jerantut bertanya soalan tetapi ada juga elemen yang diminta, minta saya bangkitkan. Saya hendak merujuk kepada pandangan ataupun soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut. Pada hemat saya, saya bersetuju apa yang dicadangkan oleh beliau kerana sebagaimana saya nyatakan sebentar tadi, jangan kita letakkan elemen kependidikan kepenggunaan hanya semata-mata ke bahu Yang Berhormat Menteri KPDNKK dan juga kementerian. Pada hemat saya, semua pihak, sama ada di peringkat kepimpinan atasan hingga lah bawahan, harus bersama-sama mengerakkan kerana kita semua adalah pengguna. Bila merujuk kepada perkara ini sudah tentunya dalam bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan negara kita, kita mulakan lah semangat kependidikan kepenggunaan ini dengan menceritakan dan mengerakkan aktiviti dan pernyataan yang positif bukan menghasut ataupun mewujudkan provokasi terutama sekali dalam membicarakan tentang soal kepenggunaan. Jadi ini penting dan sama amat yakin dan percaya kerana Yang Berhormat Menteri seorang yang berpengalaman dan juga dengan kementerian beliau, boleh mengajak semua Ahli Parlimen bersama beliau dan memberikan sedikit sebanyak autoriti kerana dalam pindaan rang undang-undang ini, ketua pengawal untuk mendapatkan maklumat, fasal 10C. Mungkin boleh dimulakan dengan Tuan Yang di-Pertua untuk kita gerakkan kependidikan kepenggunaan dan digerakkan ke seluruh Malaysia supaya akhirnya nanti rakyat akan yakin kepada apa yang dilakukan oleh KPDNKK dan juga kementerian. Cuma dalam soal...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Selangor, panjang lagi?

Sikit lagi, rumusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor saya hendak ambil peluang juga, ke mana perginya pengumuman RELA yang akan membantu penguatkuasaan kawalan harga.

Tuan Yang di-Pertua, baru saya hendak sebut, Tuan Yang di-Pertua sudah bangkitkan. Saya hendak masukkanlah, minta masukkanlah kepada Yang Berhormat Menteri

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Selangor, kita ada ramai anggota RELA, puluh-puluh ribu dalam negara kita, ada ramai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia minta bantuan daripada mereka, baru senang kerja Menteri kita.

Saya setuju Tuan Yang di-Pertua, itu antara rumusan yang ingin saya nyatakan kerana pada khidmat saya jumlah RELA, jumlah ATM dan aplikasi WhatsApp itu boleh dijadikan teras dan sebagai rumusan...

Yang Berhormat Kuala Selangor, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun.

Yang Berhormat Kuala Selangor, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Bolehkah di antara cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor, kita mempamerkan harga, semua harga itu dirangkumkan kecuali GST sahaja kerana kita perhatikan selalunya GST itu dicaj di kaunter pula dan semua kita tahu bahawa kita terpaksa membayar GST. Jadi untuk yang lain, surcharge yang lain, apa-apa lain itu kita rangkumkan tetapi GST kita hanya tidak disebutkan pada harga barang itu kerana kita tahu dia akan dicajkan dan juga kerana GST itu kita boleh dapat rebat daripadanya dan sebagainya. Jadi, bolehkah itu menjadi satu daripada cadangan yang akan dibawa oleh Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya rasa itu satu perkara yang boleh dihalusi oleh pihak kementerian kerana ini soal prosedur dan juga penguatkuasaan. Cuma dari segi aktanya, ia menjelaskan tentang harga terangkum. Jadi sebab itu saya fikir ini mungkin satu cadangan Yang Berhormat Pasir Puteh yang boleh difikirkan oleh pihak kementerian. Cuma sebagai rumusan akhirnya, besarlah harapan rakyat agar pihak kerajaan dan juga kementerian untuk terus tegas dan cekal dalam melaksanakan pindaan rang undang-undang ini bagi melindungi dan membela nasib rakyat yang ada kalanya dibinasakan oleh setengah-setengah sikap tamak oleh para peniaga. Jadi, sebagai akhirannya Yang Berhormat Kuala Selangor mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Yang Di-Pertua · Kuala Krau

Ya, saya belum nampak daripada Amanah, ada? Tidak ada lagi? Ya, saya hendak dengar daripada Yang Berhormat Pandan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang. Ini isu yang paling penting untuk rakyat di luar. Saya tidak bercadang awalnya untuk berbahas tetapi saya agak kecewa dan ini perlu disebutkan kepada Dewan kerana pindaan yang dibuat ini oleh Yang Berhormat Menteri sebenarnya adalah pindaan yang terlalu kecil sedangkan perkara pokok yang menyebabkan kenaikan harga barang yang sukar dikawal itu masih lagi belum dijawab dengan sempurna. Kuasa yang ada selama ini telah pun diberikan kepada akta yang sebelum ini semasa digubal dalam tahun 2011 dan ini sudah masuk 2017. Yang jelasnya ialah akta yang ada ataupun penguatkuasaan ataupun sumber ataupun pendekatan untuk

mengawal harga barang melalui Akta Pencatutan ini tidak berfungsi dengan baik dalam keadaan perkara-perkara makro ekonomi yang lain berubah yang sebenarnya untuk berlaku adil kepada Yang Berhormat Menteri, bukan dalam kawalan Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri hantar seberapa banyak penguat kuasa pun dalam suasana ekonomi yang berlaku sekarang, Yang Berhormat Menteri akan tetap kena marah. Jadi sebab itu, saya selalunya bab-bab harga ini kasar tetapi saya faham dengan pindaan ini dan dengan yang ada sebenarnya faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang ini adalah di luar bidang kuasa Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Sebab itu saya hendak kembali mengajak Dewan supaya kita benar-benar menyelami apakah sebenarnya yang telah menyebabkan kenaikan harga barang dan betapa pentingnya untuk kita mengetahui beberapa langkah yang dibuat itu ada kesan yang panjang kepada ekonomi rakyat terbanyak. Kita mengamalkan ekonomi pasaran terbuka Tuan Yang di-Pertua. Maknanya kalau Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Tuan Yang di-Pertua sendiri sebut tadi untuk menggerakkan RELA ataupun menggerakkan berapa puluh ribu pun sukarelawan untuk mengawal harga, itu tidak semestinya akan berjaya melaksanakan penguatkuasaan dengan baik serta-merta kerana membawa kes itu hanya satu langkah pertama. Kemudian perlu dibawa di mahkamah, kemudian saya sendiri telah meneliti akta yang sedia ada, kita tidak ada satu garis panduan ataupun undang-undang yang betul-betul menetapkan sebenarnya apa yang dimaksudkan mengambil untung secara keterlaluan. Kerana apabila kerajaan menetapkan untung untuk barang ini 20 peratus, untuk barang itu 15 peratus dan lain-lain, kita sebenarnya akan mengubah pendekatan ekonomi negara kita daripada satu ekonomi yang berpasaran terbuka, menjadi ekonomi komunis Tuan Yang di-Pertua, kerana hanya komunis yang boleh menetapkan berapa harga, berapa untung dan lain-lain kerana mereka mengawal daripada perbekalan, permintaan dan sebagainya dikawal. Sedangkan kita banyaknya ialah terdedah kepada ekonomi terbuka. Maka sudah tentu Dewan ini akan ada kesukaran untuk menetapkan sebenarnya bagi setiap barang, lada, ayam dan lain-lain. Contohnya barang ini, berapa untung ini sebenarnya. Jadi sebab itu saya faham ada had apabila kita kalau kita mengharapkan 100 peratus kepada KPDNKK untuk memastikan harga barang ini turun ataupun mengharapkan peniaga-peniaga yang betul-betul memastikan mereka ambil untung hanya dua peratus, tiga peratus dalam keadaan kita ekonomi terbuka. Ini kerana dalam ekonomi terbuka, kuasa untuk mempengaruhi dan menetapkan harga barang itu terutamanya harga barang terakhir yang sampai kepada pengguna adalah begitu terhad. Tuan Yang di-Pertua, kalau Dewan ini mengambil keputusan contohnya menetapkan semua harga barang, maka secara tidak langsung kita telah mengubah cara ekonomi kita dan itu akan ada banyak lagi kesan lain. Sebab itu daripada awal-awal lagi, saya dan sahabat-sahabat yang lain daripada sebelah sini memberi penekanan bahawa sebarang langkah makro ekonomi yang ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan sebagai Yang Berhormat Menteri Kewangan adalah perlu diperincikan dan perlu dengan berhati-hati kerana apa yang ditetapkan di peringkat makro itu akan ada kesan yang besar di bawah kerana ia merupakan perkara-perkara yang mempengaruhi kos perniagaan, kos barang, kos membuat perniagaan, kos menghantar barang dan lain-lain. Itulah sebenarnya yang ada pengaruh yang lebih besar kepada harga barang dan tidak adil untuk ditolak kepada Yang Berhormat Menteri KPDNKK dan pegawai setelah dasar dibuat di atas menyebabkan semua di bawah ini naik sebab harga barang. Kemudian dihantar kepada KPDNKK untuk menjawab. Kita akan tukar Yang Berhormat Menteri KPDNKK tiap-tiap dua tahun kalau macam itu. Jadi, sebab itu saya hendak sebut balik bahawa memang betul secara idealnya, sempurnanya di dalam ekonomi yang betul-betul terbuka, harga barang ditetapkan oleh penawaran dan permintaan. Kalau ada banyak syarikat atau pembekal yang menjual satu barang yang sama, sudah tentu mereka terpaksa bersaing, maka harga barang turun tanpa campur tangan kerajaan. Kalau ada contohnya barangan atau perkhidmatan yang ramai orang hendak dalam keadaan hanya beberapa kumpulan sahaja atau syarikat sahaja yang menyediakannya, sudah tentu harga barang akan naik. Akan tetapi itu dalam keadaan yang ideal dan ekonomi yang betul-betul terbuka, kita masih lagi belum sampai ke peringkat itu dan seperti mana yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Sementara saya ada kritikan dan yang lain-lain, saya bersetuju pada dasarnya bahawa tanggungjawab kerajaan, baik Barisan Nasional ataupun kalau Pakatan Harapan mengambil alih pun, tanggungjawab kerajaan ialah memastikan bahawa kos-kos asas

yang mempengaruhi harga barang dan perkhidmatan itu sebaik mungkin boleh dikawal dan dipastikan ia kekal pada harga yang stabil supaya ia tidak mempunyai kesan berganda yang menyebabkan kenaikan harga yang berganda apabila sampai di bawah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, pendapat saya masalah utama yang menyebabkan kenaikan harga barang yang begitu tinggi dan tidak lagi selari dengan kenaikan gaji yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, sebenarnya bukan soal pegawai KPDNKK tidak buat kerja, bukan soal pegawai ataupun peniaga-peniaga yang mengambil keuntungan berleluasa. Ada yang ambil kesempatan tetapi itu diuruskan oleh pegawai KPDNKK dengan sebaiknya.

Masalahnya, apabila ini masalah mikro ekonomi, bukan masalah beberapa peniaga yang melanggar undang-undang, maka itu menjadi luar kawalan. Oleh kerana faktor-faktornya ialah beberapa keputusan mikro ekonomi yang dibuat sejak Yang Amat Berhormat Pekan mengambil alih dalam tahun 2009. Saya tidak salahkan sangat buat Yang Amat Berhormat Pekan dalam tahun 2009. Ya, Yang Berhormat Selayang.

Yang Berhormat Pandan, saya tertarik dengan apa yang diucapkan tentang perniagaan bebas dan untuk mengawal kos. Antara sebab kos naik, kita mengadakan satu sistem iaitu AP untuk makanan. Bukan sahaja AP untuk kereta. Di sini saya ada jawapan untuk soalan saya Parlimen, di mana untuk gula ada 726 AP untuk import gula. So, bila kita mengadakan sistem di mana kita tidak ada perniagaan bebas dan mereka dapat AP untuk mengimport gula dan untuk barang-barang yang lain, maknanya kos sudah naik sebelum rakyat dapat membeli.

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya akan sentuh panjang sedikit tentang soal AP ini. Oleh kerana orang ramai sedia faham tentang AP kereta sebelum ini tetapi tidak ramai yang di luar dan di dalam Dewan yang tahu kesan AP kepada barang-barang makanan mudah. Contohnya, saya selalu bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Kesan AP kepada harga kubis contohnya. Akan tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Selayang dan saya juga cuba mengimbangi dengan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan untuk barang-barang asas itu ada pembekal yang boleh membekalkan barang itu secara stabil dan berpanjangan, mengambil kira turun naik pasaran. Jadi, saya faham kalau contohnya, beberapa pembekal pukal diberikan kelebihan agar mereka boleh menjadi pembekal yang lebih besar untuk barang-barang asas ruji gula, beras dan lain-lain. Akan tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat Selayang, tidaklah boleh hanya untuk memastikan ada bekalan yang stabil dan berterusan dalam pasaran, kita menyalahgunakan kaedah AP itu untuk menyekat persaingan sehingga ia menjadi monopoli yang menyebabkan syarikat atau pihak yang sebenarnya memikul tanggungjawab memastikan kelangsungan bekalan, tiba-tiba dia jugalah yang menjadi pihak yang mengherotkan pasaran sehingga menyebabkan harga tinggi kerana dia monopoli. Jadi, saya faham. Saya tidak kata 100 peratus mesti batalkan sehingga kita buka seterusnya, seluas-luasnya kerana kita negara yang kecil. Ekonomi kita masih banyak bergantung kepada import dan lain-lain. Maka, kerajaan mesti diberikan kuasa untuk memastikan bekalan itu dapat berterusan pada masa yang panjang. Akan tetapi apa yang saya lihat sekarang, kuasa dan kaedah itu setelah 40 tahun, 50 tahun, telah menjadi satu mesin mencetak wang yang menyebabkan bukan sahaja gula, bukan sahaja beras tetapi saya akan sebut, kubis pun. Ini adalah data yang datang daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri. Kubis pun menjadi mangsa kepada soal AP ini juga, sehingga harga kubis naik tiga kali ganda sejak tahun 2015. Saya akan sentuh sedikit selepas ini tetapi saya hendak kembali kepada soal tahun 2009 apabila Yang Amat Berhormat Pekan mengambil alih. Beliau mewarisi defisit ekonomi yang tinggi. Lebih kurang lima peratus, enam peratus pada ketika itu. Saya faham, ada keperluan untuk mengurangkan defisit itu. Bezanya ialah kami di sebelah sini berterusan meminta kerajaan mengawal perbelanjaan. Ini kerana pembaziran yang berlaku oleh kerana perbelanjaan kerajaan yang tiris ini, bukan kami yang kata. Ini ialah Laporan Ketua Audit Negara tiap-tiap tahun. Sudah ada bukti yang berterusan, ada masalah dari segi mengawal perbelanjaan, terutamanya dalam projek-projek yang membazir atau yang diselewengkan. Jadi, perbezaan pendapat dengan Yang Amat Berhormat Pekan hanyalah kami merasakan defisit itu yang menyebabkan hutang yang tinggi, boleh dikawal tanpa membebankan rakyat jika hanya pembaziran, rasuah dan penyelewengan dikawal dan dikurangkan. Malangnya, ini sudah tahun kelapan Yang Amat Berhormat Pekan mengambil tindakan yang berbeza. Yang Amat Berhormat Pekan mengambil tindakan yang bagi saya, konservatif dan juga primitif, Tuan Yang di-Pertua. Dengan menjadikan

perbelanjaan dan peruntukan kerajaan yang selama ini membantu menstabilkan harga barang sebagai musuh utama dan sebab utama kenapa berlakunya defisit. Sedangkan defisit itu bukan disebabkan oleh subsidi. Defisit itu bukan disebabkan kita memperuntukkan RM200 juta setahun untuk memastikan kos asas makanan ini tidak meningkat. Defisit ditetapkan dan disebabkan oleh kerugian-kerugian besar projek-projek yang gagal. Oleh sebab itu, Yang Amat Berhormat Pekan daripada tahun 2009 telah melancarkan satu program ekonomi untuk memotong semua peruntukan-peruntukan yang selama ini bertanggungjawab mengawal dan menstabilkan harga barang. Saya boleh sebut satu persatu. Tahun 2009, pada ketika itu mantan Menteri Dato’ Seri Idris Jala diberi tanggungjawab khusus untuk menghapuskan subsidi. Pada ketika itu, kami tidak boleh bersuara banyak kerana kita memberi ruang dan rakyat memberi kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Pekan untuk mentadbir ekonomi dengan mengurangkan defisit. Itu jalannya. Malangnya, yang diambil tahun 2009, tahun 2010, Yang Amat Berhormat Pekan mengumumkan akan menghapuskan subsidi satu persatu. Kemudian, dalam dua tahun seawal tahun 2011, Yang Amat Berhormat Pekan juga mengumumkan juga cadangan untuk memperkenalkan GST. Saya tidak salahkan Yang Berhormat Pontian. Saya minta maaf kalau kadang-kadang beban ini dihantar kepada Yang Berhormat Pontian kerana keputusan dan tanggungjawab untuk melaksanakan GST ialah keputusan Yang Amat Berhormat Pekan, bukan Yang Berhormat Pontian. Dia yang umum tahun 2011 dan dengan segala tentangan pun, Yang Amat Berhormat Pekan menetapkan untuk meneruskan juga pelaksanaan GST dalam tahun 2015 dalam keadaan rakyat dan ekonomi negara tidak bersedia. Ya, Yang Amat Berhormat Bagan Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Pandan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan teliti apa Yang Berhormat Pandan sebut tadi yang mengatakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan tentang GST pada dua tahun yang lepas. Akan tetapi setuju tidak Yang Berhormat Pandan atau sedar tidak Yang Berhormat Pandan bahawa GST ini bukan kita sembang baru dua tiga tahun. GST ini telah dibincangkan melebihi 30 tahun sejak daripada tahun 1983 dan pernah dibawa ke dalam Dewan ini oleh Tun Daim, pernah dibawa ke Dewan ini oleh Dato’ Seri Anwar dan pernah dibawa ke dalam Dewan ini dalam ucapan bajet oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kemudian, setelah dibuat penelitian, setelah dibuat konsultasi, setelah dibuat segala kajian, dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Setuju tidak, benda ini sudah lama sembang? Bukan sembang dua tiga hari, Yang Berhormat Pandan.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, memang betul-betul bola tanggung. Yang Berhormat Bagan Serai, memang saya faham cukup cintakan GST. Itu satu pendirian yang bahaya dengan dekat pilihan raya sekarang ini. Saya faham fakta yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu betul. Soal GST ini mula dibawa seawal tahun 1980-an, bermula dengan Tun Daim Zainuddin. Bezanya begini Yang Berhormat Bagan Serai. Perdana Menteri dan Menteri- menteri Kewangan sebelum ini mendengar pandangan daripada ahli ekonomi dan juga penasihat-penasihat yang menuntut supaya dilaksanakan GST. Akan tetapi apabila dibawa ke Dewan ini, apabila dibawa keluar dan ditanya rakyat, Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini, Menteri-menteri Kewangan sebelum ini menghormati dan mengetahui bahawa melaksanakan GST dalam keadaan gaji rakyat masih lagi rata-rata rendah, hanya akan membebankan rakyat. Oleh sebab itu, mereka bawa dan kemudian mereka tidak laksana. [Tepuk] Kami tidak pernah memusuhi GST. Saya dilatih dalam bidang itu. Bezanya ialah dalam keadaan sekarang, ia membawa lebih mudarat kepada rakyat.

Kita sepatutnya mencontohi perkara-perkara ataupun langkah-langkah yang diambil sebelum ini. GST ini kalaulah sudah tidak boleh buat apa sangat dah, itu pun saya rasa banyak lagi langkah-langkah lain yang boleh diambil seperti mana yang pernah diambil oleh Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri Kewangan yang sebelum ini. Ya, Yang Berhormat Bagan Serai ada lagi masa.

Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Pandan baliklah, adakah 170 negara yang telah mengamalkan GST sudah

tidak ada apa-apa hendak buat dah, sudah tidak ada apa-apa yang boleh dah, baru hendak amalkan GST? Adakah begini negara lain? Itu saya hendak tanya. Bukankah sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memasuki pejabatnya sehingga sekarang, pendapatan per kapita telah meningkat, ekonomi telah meningkat, business telah meningkat, rakyat tidak hidup sengsara...?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Tidak hidup sengsara.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Pandan.

Ada rakyat yang susah tetapi kerajaan telah banyak menolong. Saya hendak Yang Berhormat Pandan bagi pendapat.

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai dan saya bagi kepada Yang Berhormat Rasah.

Yang Berhormat Pandan. Sedikit, sedikit sahaja.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pandan, setuju tidak dengan saya, sebab rakan-rakan di sebelah situ dia orang memang sering mengagung-agungkan pelaksanaan sistem cukai GST, tetapi satu perkara yang saya rasa agak pelik, mengapakah perkataan GST dia hilang ketika masa kempen PRU ke-13? Jikalau Barisan Nasional mengumumkan bahawa jikalau mereka menang ketika PRU ke-13 mereka akan laksanakan GST, saya cukup yakin sekali kita di sini akan duduk di sebelah sana dan sebelah sana akan duduk di sini. Betul tidak Yang Berhormat Pandan?

[Dewan riuh]

Saya bagi kepada Yang Berhormat Setiu juga.

Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Bagan Serai, jangan layan. Yang Berhormat Bagan Serai jangan layan sebab Yang Berhormat Pandan cakap merapu. Merapu maksud saya dalam konteks pindaan undang-undang sekarang. Kita bercakap tentang dasar harga terangkum. Tidak ada kena-mengena langsung apa yang diberitahu. Jadi maknanya sekarang, saya pun tidak faham dia merapu dekat sini ini tentang apa sebenarnya. Ceritalah pasal dasar harga terangkum. Perlu diadakan, perlu dipinda ataupun tidak? Itu sahaja. Jadi maknanya kita sekarang biarkan...

Baik, baik, terima kasih Yang Berhormat Setiu.

Kita biarkan Yang Berhormat Pandan bercakap pasal isu-isu lain. Isu yang kita ada sekarang...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Indera Mahkota ini dia memang merapu, suka merapu juga.

Terima kasih, Yang Berhormat Setiu sebab saya ada tujuh minit...

Jadi maknanya sekarang... Saya tak tahu bila dia nak sentuh. Belum sentuh lagi pun tentang pindaan. Tidak sebut langsung dasar terangkum.

Saya akan jawab. Cuma, minta Yang Berhormat Setiu duduk dahulu. Saya ada tujuh minit sahaja lagi untuk jawab. Terima kasih.

Ya lah. Sebab, saya fed up dengan masalah— tidak tahu apa yang dia hendak bercerita sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah...

Yang Berhormat Setiu lagi merapulah. Duduklah.

Serupa yang mendengar semalam, yang bercakap semalam pun semua merapu.

Cabaran saya tentang GST pun tidak berani ambil. Berani ambil?

Ini bukan pasal GST. Tidak ada kena-mengena pun.

Turun pasar malam, turun pasar tani, turun jumpa rakyat ambil video, boleh?

Hei tambi, duduklah, duduk.

Yang Berhormat Kapar, isunya sekarang, Yang Berhormat Kapar, isunya sekarang...

Ambil kamera tanya tentang GST. Ambil cabaran, jangan merapu.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk saya teruskan...

Masalah inilah yang susah.

...Kerana saya hanya ada enam minit yang saya perlu jawab soalan-soalan.

Saya pun kadang-kadang tengok merapu tidak habis-habis sampai bila pun saya tidak tahu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Setiu.

Saya minta kawan daripada negeri saya untuk duduk ya.

Biarlah kita bercakap kalau hendak cerita fasal itik, jangan cerita fasal ayam. Cerita fasal kaki dua, bulu lain-lain. Okey, cakap begitulah lebih kurang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, Yang Berhormat Setiu, terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Saya tidak akan menjawab tentang bulu yang lain-lain. Itu bukan tempat dalam Dewan ini. Akan tetapi saya hendak jawab bermula dengan soalan Yang Berhormat Setiu kenapa perlu dibawa perkara ini sedangkan kita membahaskan pindaan kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Saya sebenarnya membantu Yang Berhormat Menteri kerana saya faham kepayahan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri diberikan tugas yang sebenarnya di luar bidang kuasa beliau kerana beliau tidak mengawal perkara-perkara lain. Jadi sebab itu saya bawakan soal sebenarnya yang bertanggungjawab dan yang kita sama-sama kena tekankan ialah bagaimana memastikan kita membaiki kembali beberapa tindakan-tindakan dan keputusan ekonomi yang salah yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Pekan sehingga menyebabkan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Saya menimbulkan isu walau macam mana kita menggubal atau meminda atau menambah kuasa kepada Yang Berhormat Menteri dalam kes ini, memang dia tidak boleh mengawal harga seperti yang dituntut oleh rakyat kerana kita mengamalkan ekonomi terbuka. Tidak boleh ada pegawai-pegawai yang kerjanya tiap-tiap hari pergi tangkap, kemudian dakwa, kemudian masuk mahkamah kena tunjukkan apa sebenarnya keuntungan yang tidak berpatutan, yang berganda-ganda. Undang-undang kita akan jadi huru-hara kerana hakim akan kata, ha, bawa yang itu, bawa yang ini. Dia menambahkan birokrasi yang tidak menyelesaikan masalah dan menambah kos kerajaan sedangkan punca utama kenaikan harga barang bukan masalah pegawai-pegawai menteri. Punca utama ialah tiga empat benda yang saya hendak sebut ini. Jadi sebab itu, hendak mengawal harga barang bukan soal Akta Kawalan Harga Barang dan Antipencatutan semata-mata. Ini untuk dalam keadaan-keadaan tertentu, dalam keadaan bencana, dalam keadaan huru-hara yang mana ada pembekal dan syarikat yang mengherotkan bekalan dengan menyembunyikan bekalan dengan tujuan

untuk menaikkan harga barang. Yang itu Yang Berhormat Menteri boleh campur tangan dan Yang Berhormat Menteri boleh tangkap. Akan tetapi takkan Yang Berhormat Menteri hendak tangkap orang yang jual sayur, orang yang jual goreng pisang, orang yang jual napkin? Yang Berhormat Menteri ada kerja lain. Jadi sebab itu saya kata jangan kita pukul menteri, kementerian pasal harga barang sebenarnya yang perlu jawab ialah Menteri Kewangan. Itu maksud saya dan yang saya bawa dalam perkara ini. Untuk saya jawab Yang Berhormat Bagan Serai, itu hujah yang paling klasik yang selalu saya dengarlah. Ini dilaksanakan di 170 buah negara dan lain-lain. Dahulu 162, sekarang saya dengar sudah naik 170 ya tidak. Keadaan dia begini, Yang Berhormat Bagan Serai dan Tuan Yang di-Pertua. GST adalah cukai yang kelebihannya hanyalah satu iaitu ia lebih mudah dikutip kerana ia tidak memerlukan pemfailan percukaian. Berbanding dengan cukai pendapatan yang mana syarikat ataupun individu kena tulis, kena hantar, kemudian pegawai LHDN kena kira dan lain-lain. Proses itu panjang. GST, siapa beli dia kena bayar. Jadi GST ini yang 170 negara, Yang Berhormat Bagan Serai, yang banyak melaksanakannya sebenarnya tergolong dalam dua negara yang berada di hujung spektrum ekonomi. Satu ialah spektrum ekonomi yang negara itu memang mundur dan perniagaan dan aktiviti kewangannya cukup rendah menyebabkan kalau mahu dikutip dari segi cukai pendapatan dan keuntungan syarikat, tidak ada hasil pendapatan kerajaan kerana rata- rata rakyatnya bercucuk tanam, tidak bekerja, kerja kampung dan lain-lain. Dalam keadaan itu, cukai yang paling sesuai ialah GST kerana memang tidak ada syarikat pun hendak kutip. Cukai pendapatan tidak ada, pekerjaan bergaji kurang. Yang 170 negara yang selalu disebut-sebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai itu kebanyakannya tergolong dalam negara-negara ini. Sebab itu saya selalu ulang, hanya kerana negara Burundi melaksanakan ini, takkan kita hendak ikut Burundi? Satu lagi spektrum yang hujung sekali ialah negara-negara yang gaji dan pendapatan rakyatnya rata-rata tinggi. Bila gaji dan pendapatan rakyatnya tinggi, syarikat banyak, maka hasil yang paling besar ialah sebenarnya cukai pendapatan dan sebahagian besar rakyat dan pekerjanya adalah berada di dalam sistem percukaian cukai pendapatan. Ini menyebabkan berlaku birokrasi kos yang tinggi untuk membuat pentaksiran oleh pegawai-pegawai. Malah, pentaksiran semula pun, pentaksiran individu sendiri pun memakan masa dan kos yang tinggi. Maka sebab itu, kerajaan-kerajaan dia menukar. Dia akan memperkenalkan GST supaya diturunkan cukai pendapatan tetapi dikutip melalui GST tetapi akhirnya beban cukai daripada setiap seorang rakyat negara itu dan pekerjanya tidak bertukar kerana GST bukan cukai tambahan, GST ialah cukai yang lebih mudah dikutip. Tuan Yang di-Pertua, dah pukul 1.00, kalau saya minta tiga minit sahaja lagi habiskan daripada kita hendak sambung balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Satu minit.

Satu minit. Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya hendak rangkumkanlah. Saya selalunya bergaduh dengan Yang Berhormat Menteri dalam bab-bab harga barang ini tetapi kita kena berlaku adillah. Saya hendak pulangkan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Pekan kerana perkara yang telah berlaku dalam enam tujuh tahun yang lepas yang menyebabkan kenaikan harga barang yang berganda selepas satu kepada satu kepada satu sehinggakan segala langkah-langkah yang diperkenalkan melalui kementerian- kementerian seperti KPDNKK melalui BR1M dan lain-lain ini tidak berkesan ialah kerana berlaku empat perkara yang sebenarnya adalah kegagalan Yang Amat Berhormat Pekan. Pertama, saya sudah sebut, dasar menghapuskan subsidi. Sekarang tahun 2017 kita tidak ada subsidi sangat pun, hampir semua sudah habis. Kedua, dasar menghapuskan subsidi dan mengapungkan sepenuhnya harga petrol dan diesel seperti yang berada sekarang. Itu menyebabkan kenaikan harga kerana peniaga-peniaga terpaksa mengambil kira kos yang tidak ada subsidi untuk gandum, harga minyak naik, kemudian tahun 2015 dilaksanakan GST. Dan yang terakhir sekali, Tuan Yang di-Pertua— saya tidak boleh cerita pasal kubis saya. Lain kali saya cerita pasal kubis. Yang terakhir, kegagalan Yang Amat Berhormat Pekan ialah ekonomi di bawah beliau telah menyebabkan mata wang kita jatuh mendadak dalam keadaan kita banyak bergantung kepada barang makanan dan barang bekalan import itu telah menyebabkan harga barang naik.

[Bangun]

Saya minta maaf, Yang Berhormat Rompin. Boleh saya jawab dalam ucapan yang lain? Saya kena simpulkan sebab sudah pukul 1.02. Jadi sebab itu saya minta Dewan sebenarnya kalau kita benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, kita kena berbincang dengan Yang Amat Berhormat Pekan, bukan Yang Berhormat Larut kerana ini di luar bidang kuasa Yang Berhormat Larut. Saya minta supaya perkara ini dibawa ke Kabinet dan saya sokong pindaan yang ada ini tetapi saya yakin pindaan yang ada ini tidak boleh membantu sangat malah membebankan Yang Berhormat Menteri dalam keadaan ia tidak berlaku adil kepada Yang Berhormat Larut. Terima kasih. Saya menyokong. Assalamualaikum. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah, Yang Berhormat, kita tangguhkan persidangan kita sehingga jam 2.30 petang. Selepas ini Yang Berhormat Bagan Serai ya.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya panggil Ahli Yang Berhormat berhujah, saya tidak mahu ada nanti Ahli-ahli Yang Berhormat raise point of order kerana when you raise point of order, you have got to make a ruling. Sekarang ini Speaker tidak boleh naikkan ruling sudah, mahu diheret pergi mahkamah. See, so I cannot make a ruling anymore because when I make the ruling, saya kena heret di mahkamah. Jadi itu, Perlembagaan Persekutuan, Artikel 63(1) tidak ada makna lagi itu. We are getting more complicated in our mind. I cannot catch up with all the mentality of the MPs. Sila.

Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan Bagan Serai ruang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang begitu prihatin, yang begitu mengambil berat tentang masalah rakyat yang kita hadapi hari ini iaitu masalah kos sara hidup, masalah barang mahal dan kerajaan telah ada satu pelan yang besar, satu cara untuk mengatasi masalah untuk menolong dan membantu rakyat. Sentiasa berusaha. Inilah kerajaan yang prihatin, kerajaan yang patut kita sokong dan kerajaan yang patut kita ambil. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, diikuti pula dengan rang undang-undang meminda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu Akta 723 dan memasukkan seksyen baru 10B dan 10C iaitu konsep dasar harga terangkum ataupun single pricing policy dengan izin, dan juga polisi iaitu memberi kuasa kepada pengawal untuk melihat dokumen, mendapatkan dokumen, penyata dan juga maklumat-maklumat berkenaan dengan barang-barang yang dipamerkan. Jadi, ini dua perkara yang penting yang mana hari ini masalah yang dihadapi oleh rakyat, masalah yang sedang melanda rakyat hari ini ialah pempameran itu. Yang dipamerkan lain, yang di cajnya lain. Jadi apabila orang datang, orang lihat pameran yang dipamerkan harga sesuatu umpamanya dan tidak dinyatakan terperinci apa-apa yang lain dan apabila hendak buat bayaran, didapati harganya lebih tinggi. Jadi rakyat kita rasa macam tertipu sebab apa kita tidak diberitahu. Jadi, ini dasar single pricing policy ini mendetilkan, memberikan perincian kepada semua. Kita lihat perkara ini kadang-kadang jadi dekat restoran. Bila kita pergi makan dekat restoran, kita lihat barang-barang yang diletak harga tetapi bila kita buat bayaran, ada lagi service charge. Masa itulah dia tulis GST, masa itulah dia tulis taxes yang sebagainya dan menyebabkan rakyat terkeliru. Perkara-perkara yang mesti dinyatakan. Jadi hari ini, apa yang kerajaan kita ingin buat pindaan ialah kerajaan ingin memasukkan 10B ini iaitu mempamerkan harga terangkum. Semua sudah didetilkan dalam itu. Begitu juga penting

kuasa pengawal itu iaitu memberikan peluang, memberikan ruang supaya dia dapat melihat dokumen dan sebagainya untuk menentukan keadilan. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua ialah barang mahal. Hari ini rakyat kompelin barang mahal. Barang mahal dan memberi harga yang tidak munasabah dan ada di antara peniaga yang tidak meletakkan tanda harga. Saya tak kata semua, apabila saya kata ada sikap pengguna, ada sikap penjual dan peniaga yang tidak betul, yang tamak, saya tak kata semua. Saya tak kata semua tapi ada yang menyebabkan harga naik. Jadi, kita lihat dalam KPDNKK umpamanya pada tahun 2016 telah membuat rampasan berjumlah RM43,928 di dalam tempoh tiga perayaan dan membuat pemeriksaan pada 40,284 premis. Ha, ini pada tahun 2016 meliputi tiga perayaan. Masa inilah orang ambil peluang. Bila orang ramai, barang jadi sikit, maka orang ambil peluang untuk buat penipuan, untuk menaikkan harga dan sebagainya. Kita lihat yang ini. Jadi pada asasnya Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkaralah dekat sini. Satu, peniaga itu sendiri. Yang kedua, pengguna itu. Yang ketiga adalah KPDNKK itu sendiri. Jadi kita lihat hari ini, harga barang naik. Saya dah dengar perbahasan hari ini, satu hari di sebelah pagi tadi yang mengatakan sebab GST dan katanya sebab GST tak sesuai sekarang, tak sesuai di saat rakyat ini tengah susah, tak sesuai. Ini mana punya dengar ini? Ini macam seolah-olah tak faham ataupun buta, ataupun hilang ingatan. Hari ini, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak tahun 2009 melihat ukuran-ukuran makro umpamanya GDP meningkat 72 peratus sehingga tahun 2016. Consumption expenditure meningkat 88 peratus, eksport meningkat 102 peratus. Government revenue meningkat 38 peratus, taxes revenue meningkat 55 peratus, investment meningkat 102 peratus dan GDP per kapita meningkat 52.7 peratus. Ini apa ini? Ini petunjuk-petunjuk makro, ini petunjuk-petunjuk yang menyatakan bahawa ekonomi kita bagus dan baru-baru ini pada 24 Julai 2017, IMF World Economy Outlook ada membuat laporan Julainya yang mengatakan bahawa pergerakan ekonomi meningkat untuk Malaysia dan membuat outlook untuk 2017 kepada 4.8 peratus, dulunya 4.5 peratus kerana berada dalam steady end katanya tentang polisi kewangan kita hari ini. Tuan Yang di-Pertua, ini petunjuk-petunjuk yang nyata dan kita lihat hari ini three major world rating body umpamanya Standard and Poor’s, Moody’s and Fitch memberikan rating yang baik untuk negara kita. Ini memberikan gambaran bahawa ekonomi kita bagus, bahawa inilah masa yang terbaik sebenarnya. Jadi kalau ada orang kata petunjuk makro tak bagus, ada orang kata Kerajaan Malaysia kerajaan yang fail, Kerajaan Malaysia kerajaan yang tak baik ekonominya, saya katalah ini mungkin mengaji tak habislah. Ini mungkin mengaji tak habis. Sama ada dia berbohong ataupun dia buta ataupun dia hilang ingatan ataupun saya boleh kata semasa IMF membuat laporan, mungkin dia tertidur masa itu. Jadi ini kita lihat.

Yang Berhormat Bagan Serai, sikit.

Saya nak bermula dengan kenyataan bahawa ekonomi kita bagus dan pernyataan yang mengatakan GST tak sesuai pada masa ini adalah satu pembohongan, satu benda yang boleh mengelirukan rakyat. Ini jelas. Silakan.

Boleh, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Bagan Serai dalam keadaan semangat mengangkat tema bahawa ekonomi kita baik, kita percaya kepada laporan IMF. Saya fikir mungkin Yang Berhormat Bagan Serai perlu baca lebih detil laporan IMF. Saya mendengar sendiri taklimat World Bank dan IMF semasa di Washington bulan April yang lalu. Di mana dinyatakan dengan begitu jelas bahawa kebimbangan unjuran ekonomi yang diberikan oleh IMF dan World Bank itu berkaitan ekonomi Malaysia bahawa masalah utama negara ini ialah hutang yang tinggi. Di mana kalau mengikut Bank Negara sendiri pada tahun ini, laporan Bank Negara, jumlah hutang itu sebanyak RM630.5 bilion dan ditambah dengan contingent liability, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, jaminan kerajaan dan bon yang secara relatifnya lebih tinggi. Pagi tadi misalnya, Ketua Pembangkang membangkitkan dua isu utama yang dilaporkan oleh Bank Negara iaitu yang pertama, soal rumah mampu milik misalnya. Bagi tahun 2016, dianggarkan kekurangan rumah mampu milik itu berjumlah 960,000 unit rumah. Pada tahun 2020, diunjurkan kita kurang rumah mampu milik ini hampir satu

juta unit. Dalam masa yang sama, Jabatan Statistik Negara tahun ini, bulan Julai yang lalu mengeluarkan satu statistik bahawa unjuran mereka yang tidak ada pekerjaan Yang Berhormat Bagan Serai, seramai setengah juta orang. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Bagan Serai dalam keadaan bersemangat mempertahankan hujah, kena tengok juga laporan-laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan seperti Bank Negara supaya dapat memandu perbahasan ini untuk memberikan sumbangan idea yang lebih bernas selain daripada mengambil sifat membodek membabi buta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Yang Berhormat Bukit Katil ini saya ingat Yang Berhormat Pandan tadi. Rupanya Yang Berhormat Bukit Katil pun mungkin tertidur semasa IMF membuat laporan. Ini badan-badan internasional, badan-badan antarabangsa, dia bukan UMNO dan dia bukan Kerajaan Barisan Nasional. Dia adalah badan-badan yang kepakarannya ada dalam bidang ekonomi dan dia membuat ini bukan suka-suka. Dia berdasarkan ini semua sebab memberi unjuran sebanyak 4.8 peratus peningkatan ekonomi. Negara mana pun ada orang susah tetapi bukan semua susah. Yang susah memang dibantu oleh kerajaan. Itu sebab pada awalnya Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan bahawa kerajaan inilah kerajaan yang prihatin, yang sensitif, yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kehidupan rakyat. Bukan yang complain, yang meruntuhkan, yang mengelirukan macam pembangkang yang ada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, asasnya saya hendak ulang sekali lagi tentang sikap peniaga.

Yang Berhormat Bagan Serai.

...tentang sikap peniaga. Saya...

Yang Berhormat Bagan Serai. Boleh, Yang Berhormat Bagan Serai? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya terpanggil untuk mencelah sedikit mengenai unjuran-unjuran perkembangan ekonomi ini. Malah, kalau kita – Yang Berhormat Bagan Serai, kalau kita gunalah badan-badan validasi peningkatan antarabangsa ini. Sebenarnya kalau kita tengok sudut macam Yang Berhormat Bukit Katil cakap tadi 500,000 orang tidak ada kerja. Seramai 500,000 daripada 15 juta pekerja, lebih kurang tiga peratus. Saya ingat mana-mana di dunia pun kita akan ambil kira peratusan macam itu. Kalau dua percent itu sampai ada zero growth atau memang sudah tidak ada kerja. Sebanyak 500,000 ini mungkin sebab perpindahan, mungkin sebab kerja baru. Kita ada beberapa juta pekerja asing, banyak. Jadi di situ menunjukkan memang betullah kalau kita ada 500,000 pekerja asing tidaklah ramai, tetapi kalau lima juta, bermakna ekonomi itu tengah rancaklah membangun. Itu satu bukti, pertama. Keduanya dari segi hutang. Hutang ini pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sudah sebut pagi tadi. Kita punya hutang daripada 55 peratus daripada KDNK turun, kepada 53 peratus, kepada 52 peratus. Akhir sekali 50.2 persen. Dan kita harap bajet berimbang. Defisit tiga percent, dua percent masih turun. Jadi kita tidak boleh lari daripada angka-angka petunjuk ini, tidak boleh lari kalau kita cakap. Kalau kita kata 500,000 based on 15 juta, kita kata tiga persen defisit daripada 50.2% hutang KDNK. Selepas itu hutang berkurang. Kalau ikut peratusan hutang tinggi, Jepun lagi tinggi, Singapura lagi tinggi. Akan tetapi ada sebab-sebab tertentu seperti negara perdagangan, pelaburan tinggi dan ekonomi ini bergantung kepada apa kita labur hari ini kesannya dua, tiga tahun akan datang. Kalau kerajaan tidak buat pelaburan ini, kerajaan tidak bertanggungjawab sebab nanti tidak ada perkembangan, tidak ada pertumbuhan ekonomi. Itu tidak baik. Apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingat dengan panjang lebar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut pagi tadi, kita pun maklum jelas. Mesti ada petunjuk- petunjuk yang kita guna pakai. Bukan sahaja kita pakai, bank pakai, institusi bagi pinjaman pakai. Akan tetapi bila sampai benda itu sakit telinga kita dengar, kita tidak mahu pakai itu dan kita bagi benda lain pula. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Bagan Serai? Kita kena realistiklah dari segi itu. Jangan kita double standard. Kita mesti realistik dan berpaksikan kepada kenyataan, kepada figure-figure ini. Bukan kita pluck from the air. Sebenarnya figure- figure ini nyata dan diguna pakai di seluruh dunia. Jadi, apa pandangan?

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, inilah pandangan yang sangat bernas. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Kota Tinggi dimasukkan dalam perbahasan saya. Oleh sebab apa, ini yang saya katakan tadi. Tengok, sudah tidak ada. Yang Berhormat Pandan tidak ada, Yang Berhormat Bukit Katil pun tidak ada. Dia sudah tidak mahu dengar, sebab apa? Apa yang telah dinyatakan– sebab ini bukan calang-calang orang. Siapa kita hendak lawan dengan pakar ekonomi? Pakar ekonomi yang bebas pemikirannya, yang mempunyai kepakaran yang menceritakan tentang ekonomi yang sedang berlaku sekarang ini. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi jelas. Ini berapa orang sahaja, saya sudah sebut tadi. Negara maju pun ada orang tidur tepi jalan. Negara maju pun ada yang miskin. Jadi kita ada segelintir yang tidak ada kerja, kerajaan yang prihatin, dia akan cari jalan untuk bekerja. Ada banyak cara-cara. Kerajaan yang prihatin, orang susah dia tolong. Nelayan tolong, penoreh tolong, pekebun kecil sawit tolong, Angkatan Tentera Veteran tolong, FELDA tolong. Siapa yang ada masalah kita dapat, kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan berusaha untuk menolong. Ini bukan bodek, bodoh. Ini bukan cerita bodek bodoh. Ini cerita tentang fakta. Kita bawa keluar fakta. Apabila kita bawa keluar fakta, tengok, lari. Ini kerana kita bercakap tentang GDP. Semua ini petunjuk tujuh perkara yang saya sebut tadi menunjukkan peningkatan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memasuki kerusi pada April 2009 sehingga sekarang. Jadi apa kita hendak “menegakkan benang yang basah”? Tuan Yang di-Pertua, tiga perkara tadi ini sikap peniaga. Oleh sebab manusia ini ada macam ini. Saya dengar pagi tadi Yang Berhormat Kuala Nerus cerita tentang pendekatan agama. Orang yang kuat imannya, orang yang betul fikrahnya, orang yang betul imannya, orang yang tulus ikhlas tidak menipu. Menipu ini tidak boleh. Menipu ini tidak boleh. Jadi bila ambil peluang menipu, itu yang salah itu. Yang dikatakan GST menyebabkan harga barang naik, it’s nonsense. Tidak ada evidence yang menunjukkan barang naik sebab GST. Akan tetapi barang naik oleh perkara-perkara yang lain. Tadi kita cerita tentang demand and supply. Bila demand and supply tidak cukup, barang naik. Apabila GST dilaksanakan, memang ada peringkat awal akan naik sedikit. Ini berlaku pada semua negara 170 buah. Bukan 17 buah. Sebanyak 170 buah negara yang mengamalkan berlaku peningkatan sedikit tetapi time itu sudah habis. Sekarang ini peningkatan harga oleh orang yang hendak cari peluang, tamak. Cari peluang, rakus, tidak fikir hal orang. Jadi sikap peniaga, segelintir peniaga. Saya tidak kata semua peniaga. Nanti saya kata peniaga, nanti orang kata jangan undi dia. Ini fikiran yang singkat. Kita cerita tentang adalah sedikit “Nila setitik yang merosakkan susu sebelanga” ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang perkaranya pengguna. Kita sebagai pengguna kena bijak. Jangan pakai beli, tengok betul-betul. Kita check betul-betul. Pengguna yang bijak, kita study. Sekarang ada banyak KPDNKK buat dan kita buat report. Kita jangan senyap sahaja. Kita check betul-betul. Tengok macam mana dan kita jangan senyap. Kita buat report dan beritahu kepada pihak yang berkuasa. Ketiga ialah tentang KPDNKK. Sudah tentulah kita hendak badan-badan yang berkuasa ini meningkatkan penguasaan. Itu sebab masuk seksyen 10C itu. Seksyen 10C sebab ada pengawal, ada kuasa. Dia boleh check dan dia boleh tengok. Dia boleh tengok dokumen, dia boleh tengok penyata dan dia boleh check kebenaran dan sebagainya, dan KPDNKK berkuat kuasa. Kita hendak ketulusanlah di sini. Sekali lagi kita bercakap tentang penipuan. Sekali lagi orang kata tentang macam-macamlah. Umpamanya rasuah dan sebagainya. Kalau kita hendak berjaya, kita kena buat macam ini. Ingat kita bukan berjaya di dunia sahaja. Kita hendak berjaya di akhirat nanti. Ini fikiran kita macam mana. Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit sebanyak setuju dengan Yang Berhormat Pandan tentang healthy market, pasaran yang sihat yang kita sebut ini iaitu pasaran yang tidak ada monopolistic yang patut kita buat.

Saya punya pendapat- Bagan Serai berpendapat, kita bukan tidak boleh kawal harga, kawal harga sikit boleh tetapi it’s not sustainable. Long term tidak boleh. Kita macam mana kita hendak kawal. Macam mana kita hendak kawal. Sebab itu, kawalan harga hari ini melibatkan macam-macam. Akhirnya yang susahnya seperti kita kata kementerian yang jadi susah. Pengawalan harga sebab apa, kita mesti hari ini

mewujudkan satu polisi harga patut. Satu polisi harga bukan harga rendah dan murah tetapi satu polisi harga patut dan adil membela kedua-dua peniaga dan juga pengguna. Mesti ada untung tetapi untung tidak boleh sampai rosakkan pengguna sampai orang tidak mampu hendak beli. Jadi, apa yang perlu ada ialah sebenarnya struktur pasaran yang sihat. Healthy market structure umpamanya. Sebab kita tidak boleh ada kalau ada monopolistic punya maka sesuatu akan ambil kesempatan. Saya bagi contohlah katakan pak Mat buka kedai di kampung. Pak Mat satu kampung sahaja- dia seorang sahaja kedai, siapa yang control? Pak Mat control. Pak Mat angkat harga, semua orang tak boleh buat apa-apa. Pak Mat kata, hari ini dia hendak cuti semua orang jadi susah sebab hanya ada Pak Mat sahaja yang jaga atau Pak Mat ini gunting rambut. Kalau Pak Mat angkat harga semua orang tidak boleh kata apa-apa. Kalau Pak Mat tutup kedai, maka semua orang jadi susah. Sebab itu kita perlu ada enough players, perlu ada ramai pemain-pemain di dalam business ini- kita contoh. Pagi tadi saya dengar Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor ini dia seorang yang pintar yang bijak, walaupun orangnya rendah, orang yang rendah-rendah ini bijak dan pintar selalu. Betul Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua. Jadi sikit saya hendak bagi tahu, Yang Berhormat Kuala Selangor ini adalah pengerusi LKIM, dia cerita fasal ikan. Nelayan ambil ikan, ikan ambil, pemborong datang, orang tengah pemborong datang bagi pada peruncit, peruncit jual. Betul saya setuju dengan jihad orang tengah tetapi saya hendak bagi tahu lagi yang terbaiknya ialah jihad abuse monopolistic. Sebab apa? Kalau ada orang tengah empat orang, dia monopoli. Orang tengah yang control, tetapi kalau orang tengah itu ada 40 orang, bagaimana? So, that is why we need, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, we need more players to be in the team. Jadi, bila ramai orang tidak boleh main-main dengan harga. Maka, tidak payah teruk-teruk hendak kawal sebenarnya. Sebab sudah terkawal dengan sendirinya. Bila ramai dia ada band berapa harga rendah, berapa harga tinggi. Saya boleh main di daerah itu dan tidak boleh ke bawah. Jadi perlu ada contohnya kita ada- ini berdiri apa ini? Ya, sila [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sahabat saya dalam akta ibu seksyen 15(1) memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk menetapkan mekanisme harga. Akan tetapi, saya tidak nampak lagilah benda yang dilakukan. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat tentang kuasa yang telah diberikan dalam akta ibu 15(1) bagi Yang Berhormat Menteri menetapkan atau pun mengadakan mekanisme harga supaya kita pembeli-pembeli tidak teraniaya dengan penjual-penjual rakus seperti Yang Berhormat sebutkan tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Itu satu pemikiran orang lamalah bagi pendapat saya yang lebih men detail mekanismenya. Saya berharap sangatlah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk memberikan penjelasan nanti. Saya sambung sedikit Tuan Yang di-Pertua tentang pasaran, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya Tuan Yang di- Pertua bila dia sebut fasal rendah Tuan Yang di-Pertua, terbuka mata saya Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu saya bangun. Rendah boleh dianggap sebagai rendang, tetapi rendang ada buahnya dan sebab itulah saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai. Tadi saya tertarik bila Yang Berhormat Bagan Serai sebut tentang struktur pasaran sihat. Ini kerana pada hemat saya dalam sebuah kerajaan ataupun negara yang berbilang kaum ini, kita kena pastikan dalam struktur pasaran sihat ini jangan kita analogikan yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Ini berkait rapat dengan faktor pendidikan kepenggunaan yang mana pada hemat saya Yang Berhormat Bagan Serai, dalam dunia digital yang akan datang setujukah Yang Berhormat Bagan Serai dalam usaha untuk memastikan struktur pasaran sihat ini sudah sampai masanya di peringkat kerajaan khususnya di KPDNKK, di mana saya tegaskan pagi tadi kita sudah kena jauh ke hadapan dengan menggunakan teknologi dan aplikasi. Pada hemat saya ini sangat penting kerana kalau kita hendak menambah kakitangan sudah tentu memerlukan kos yang tinggi dari segi operatingnya. Akan tetapi, kalau kita wujudkan aplikasi semua rakyat Malaysia mempunyai telefon ataupun sistem perhubungan yang serba canggih. Jadi, ini yang saya nyatakan dalam soal ini yang mana bagi pandangan Yang Berhormat Bagan Serai bila dalam struktur untuk menjaga pasaran yang sihat, harga yang terkawal, keuntungan yang

berpatutan, sudah sampai masanya di peringkat kerajaan di KPDNKK kita kekalkan, kita perkenalkan elemen teknologi. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai rendah itu menawan, rendang itu juga baik. Akan tetapi, apa yang lebih penting pelaksanaan itu harus sampai ke peringkat akar umbi. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bagan Serai, Stampin kalau boleh?

Sebentar sikit sahaja lagi. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya memang terpikat dengan kata- kata Yang Berhormat Kuala Selangor itu iaitu teknologi itu, progress teknologi zaman moden di era Tuan Yang di-Pertua, di era fourth industrial revolution, dengan izin, iaitu teknologi dipergunakan, teknologi yang modern, robotic automation ini dipergunakan dalam kes yang kita sedang sebut ini iaitu kos barang yang mahal dan sebagainya. Bagaimana KPDNKK dapat mengaplikasikan teknologi yang moden ini? Ini satu pemikiran yang baik untuk kita bawakan. Silakan Yang Berhormat Stampin.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai saya tertarik apa yang dikatakan ucapan daripada Yang Berhormat tadi yang mana Yang Berhormat katakan bahawa macam mana monopoli ini merosakkan dan menjadikan rakyat lebih sengsara kerana dia lack of competitiveness. Jadi, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai seperti yang bagaimana Yang Berhormat katakan tadi patutkah kita juga teliti balik terdapat kontrak-kontrak kerajaan yang bagi kepada syarikat-syarikat tertentu yang mana harga yang ditawarkan oleh mereka sangat terlampau tinggi. Saya bagi contoh di Hospital Umum Sarawak. Saya dapati bahawa syarikat- syarikat yang supply equipment hospital equipment kepada HGH ini duit harga yang di- supply ini adalah berkali ganda daripada harga pasaran. Walaupun itu pun harga maintenance juga beberapa kali ganda sehinggakan peralatan yang rosak sepatutnya di siap perbaiki dalam satu minggu, dia tarik sehingga lewat sehingga beberapa bulan dan dalam harga yang begitu tinggi sekali. Ini bukan apa yang saya katakan sebabnya ini adalah feedback daripada orang bawahan daripada hospital. Minta pandangan Yang Berhormat.

Yes Yang Berhormat Stampin. I got it. Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Stampin, sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina. Apa Yang Berhormat Stampin hendak sampaikan kepada saya. Monopolistic yang saya maksudkan ini Tuan Yang di-Pertua ialah bila ada kumpulan-kumpulan yang memonopoli dan control harga saya sudah bagi contoh tadi tetapi bukan semua. Bukan semua, sebenarnya ada beberapa isu contohnya perkhidmatan electricity umpamanya, perkhidmatan air umpamanya. Ini perlu ada- di situ ada kita panggil regulated monopolistic iaitu regulated monopolistic. Monopoli yang terkawal supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Akan tetapi pada isu-isu yang lain contohnya ayam kah, telur kah, ikan kah yang lain tidak perlu ada.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Hospital tidak perlu regulated?

Kalau orang tidak faham terutama sekarang ini apabila pembangkang bangun mengelirukan rakyat. Ini yang saya bimbang, Tuan Yang di-Pertua. Jaga. Itu yang saya bimbang. Jadi, keliru orang maka orang ingat kita buat yang tidak betul. Sedangkan KPDNKK telah buat perkara yang betul.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Saya rasa Yang Berhormat tidak berminat apa yang saya tanya kepada Yang Berhormat ya.

Kita lihat dalam 10B dalam 10C ini ia membentangkan mengetatkan lagi undang-undang supaya Akta Kawal Harga ini menjadi lebih baik lagi. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita katakan tadi tentang kekuatan power KPDNKK yang ada pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi hendak mengulangi sokongan Bagan Serai kepada pindaan ini tetapi sebelum saya turun sekali lagi saya berhenti ini saya hendak ulang sekali lagi, bukan harga barang disebabkan oleh GST, perkara ini diulang- diulang macam tidak faham-faham kita cakap hari ini. 170 negara ini bukan bodoh buat kerja ini setelah buat semua kajian dan GST tidak pernah. GST bukan sahaja kerana dapat kutip duit cepat. Itu fikiran yang singkat. GST ini menolak ketirisan, menolak penipuan yang telah berlaku dalam SST, banyak penipuan dan ketirisan, banyak benda

yang tidak betul. Akan tetapi ada golongan-golongan yang cukup takut apabila kita mengadakan GST yang lebih efisien, yang lebih telus, yang lebih baik.

Saya puji kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berani mengambil tindakan yang kita anggap tidak popular, tetapi demi kebenaran, demi rakyat, inilah saya katakan kerajaan yang patut kita sokong. Tuan Yang di-Pertua, ini jelas dan Bagan Serai cukup-cukup terang tentang perkara ini, tidak ada unsur-unsur bodek dan sebagainya, tetapi adalah kebenaran yang nyata, kebenaran yang nyata bahawa GST sebenarnya adalah jalan kita....

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Bagan Serai tidak jawab soalan saya.

Untuk mencapai kejayaan menuju negara maju hari ini. Sudah lah Yang Berhormat Stampin, saya dah hendak berhenti sudah ini, it’s okay. Tuan Yang di-Pertua, Bagan Serai menyokong pindaan ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017. Tuan Yang di-Pertua, saya biasanya straight to the point, I won’t beat around the bush. Dalam perkara ini, rang undang-undang ini cuma empat fasal sahaja. Jadi, maka ucapan saya sebenarnya pendek juga. Akan tetapi sebenarnya saya tidak bercadang untuk bercakap tentang GST kerana isu ini memang tidak ada direct connection langsung dengan kementerian ini ataupun dengan rang undang-undang ini. Akan tetapi, selepas kita dengar dua hari, tiap-tiap orang bawa isu GST ini, please allow me to give my little opinion on the issue. Baik, bagi saya, apabila terdapat satu cukai baru sama ada GST ataupun apa-apa cukai pun dan diperkenalkan, Kerajaan sepatutnya memastikan penurunan cukai-cukai lain. There must be a zero tax gain when you introduce a new tax. Kita tahu sekarang data dah tunjuk, GST ambil RM40 bilion setahun daripada rakyat. Dulu sebelum GST, SST ambil RM15 bilion sahaja. Maknanya the nett collection, dengan izin, the nett collection, extra tax adalah RM25 bilion. Tuan Yang di-Pertua, its not the issue sama ada GST itu baik atau tidak ke, 170 buah negara sudah ambil semua tu. Isu dia bila you introduce tax baru, you tidak boleh make it an additional tax, you kena turunkan tax-tax lain. Jadi, maknanya senang, RM25 bilion telah dikeluarkan daripada ekonomi negara, daripada pasaran, from the market. Setiap orang Malaysia kena bayar lebih kurang RM900 seorang. Bayi kah, grandmother kah, umur tiga tahun kah, dua puluh tahun, dua puluh satu, semua kena bayar. That is the problem, dengan dikeluarkan RM25 bilion ini, ekonomi negara kita lembap dua, tiga tahun. There is no denying this issue, that is clear cut fundamental economics. Baik, Tuan Yang di-Pertua saya fokus balik kepada isu rang undang-undang ini. Pindaan...

Yang Berhormat Kelana Jaya sahabat saya, boleh tidak?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Hendak GST pula?

Bukan, saya bukan fasal GST, sebelum pergi masuk yang lain.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Okey, silakan.

Saya tadi berkongsi pandangan dengan Kelana Jaya. Saya ada beberapa perkara yang elok juga kita jelaskan Tuan Yang di-Pertua. Sebab bila kita kata ekonomi lembap pun tidak tepat juga Yang Berhormat Kelana Jaya. Because, pertamanya, SST dulu tu tidak efisien, sepatutnya kita collect RM40 bilion, tetapi sebab SST tu tidak efisien, ada orang collect tetapi kerajaan tidak dapat ambil duit ini. Itu sebabnya 170 negara pindah kepada GST, sebab there is what supposed to be, dengan izin, realizable derivation income yang tidak dapat direalize sebab apa? Sistem itu tidak efisien, satu.

Belum habis lagi Yang Berhormat Kelana Jaya. Jadi, kalau dapat RM25 bilion bukan tambahan sebenarnya. That is what sepatutnya kerajaan hendak ambil daripada SST, tetapi SST tidak efisien, maka GST membantu kerajaan mendapat realize balik mendapat cukai-cukai. Itu pendapat pertama. Keduanya, apabila kata ekonomi tu lembap pun tidak betul juga, sebab apa kita kena realize bila dapat RM25 bilion, sepatutnya dapat, tetapi masuk kepada mereka yang tidak bertanggungjawab, RM25 bilion ini kerajaan dapat, kerajaan guna balik untuk stimulate the economy dengan pembangunan-pembangunan. Contohnya dengan dapat belanja lebih lagi. Dengan itu tidaklah kata lembap, sebenarnya dia akan menyokong balik pembangunan. Itu sebab there are more money to be spent on the development, on the kebajikan rakyat. Jadi dari segi itu sahaja saya berbeza. Akan tetapi dari segi pertama tadi, GST tadi tidak sepatutnya kita bincang, ini off tangent ini Yang Berhormat Kelana Jaya. Kita sepatutnya cerita fasal dasar harga terangkum dengan mekanisme untuk memperkasakan. Jadi kita off tangent sikit. Itu saya setuju. Terima kasih.

Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya Yang Berhormat Lipis, ya silakan.

Okey, saya hendak minta penjelasan dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Apabila sebentar tadi saya dengar Yang Berhormat Kelana Jaya mengatakan setiap rakyat Malaysia kena RM900. Jadi pada pandangan saya, amat berketidaktepatan atas kenyataan itu. Ini sebab setiap rakyat Malaysia, saya tidak tahu siapa sebenarnya, siapa yang setiap rakyat Malaysia ini yang ada lebih kurang 31 juta katakanlah. Takkan 31 juta orang, tiap-tiap orang tu kena RM900. Saya sangkal dakwaan ini bagi yang menggunakan banyak, dia pakai kereta mewah, dia buat rumah mewah, sebagainya mewah memang dia kena tinggi, lebih daripada RM900. Saya hendak betulkan, sebab nanti semua orang ingat dia kena RM900 GST itu. Sebab itu tidak boleh menjadi satu andaian bahawa setiap kepala kena RM900, tidak betul.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Lipis, saya jawab Yang Berhormat Lipis dahulu. Yang Berhormat Lipis, andaiannya senang, average RM900, iaitu soalan matematik. Ambil 31 juta orang, rakyat Malaysia bukan 31 juta semuanya, ada foreign workers juga, jangan tidak calculate.

Betul, itu pengiraan sedemikian betul.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya, you take 31 divided by 25 billion, you get the maths lah.

Sebanyak RM40 bilion dibahagi dengan rakyat, memang betul.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau you malas matematik, jangan tanya soalan macam ini.

Jadi RM30 bilion dibahagi dengan rakyat, memang betul pengiraan Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Jadi?

Akan tetapi soalnya sekarang, saya tidak pernah kena RM900.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Ya lah.

Yang Berhormat Bagan Serai tidak pernah kena RM900 sebulan? Anak-anak saya tidak pernah kena RM900 sebulan?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Additional cost to your spending. Itu clear.

Jadi, mesti meletakkan angka yang benar, jangan pusing fakta, itu sebenarnya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Lipis, tidak apa.

Bagi saya saya tidak setuju. Tidak setuju.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Lipis tidak setuju tidak apa, balik buat matematik.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, you discuss that over teh tarik outside.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Absolutely, Tuan Yang di-Pertua saya hendak move on forward dengan isu rang undang-undang ini. Akan tetapi saya buat jawapanlah pada dia dan kawan baik saya tu daripada Yang Berhormat Kota Tinggi, kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua, saya jawab sedikit, ya. Kalau RM25 bilion ini digunakan untuk projek-projek baik, kita dapat economic multiplier. Akan tetapi, data daripada income tax menunjukkan dua tahun ini, income tax turun. If the country is making money, kalau korporat-korporat untung besar oleh kerana economy multiplier RM25 bilion ini, income tax naik. The data tells you, there is no economic multiplier from the RM25 billion collected. So, what is there to argue about? Theoritically betul. Apa Yang Berhormat Kota Tinggi kata tu, check your facts ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Siapa?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Kuala Krai, on your right.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Yang Berhormat Kuala Krai? Silakan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kelana Jaya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi ialah andaian bahawa sebenarnya SST yang telah di-scrap itu sepatutnya menjana RM40 bilion, tetapi ianya tidak efisien. Tidak efisien ini adakah kerana dikutip tetapi tidak disampaikan, yang boleh diselesaikan kalau kita buat secara sistem GST, cara-cara tu ataupun kerana tidak dikutip, ataupun kerana barang- barangannya tidak menyeluruh seperti yang ada GST. Kerana andaian saya, SST dulu, kena kalau kita makan di hotel yang berjenama, beli barang-barang yang mahal-mahal di kedai-kedai yang tidak melibatkan orang kampung pun. Jadi kalau itu diefisienkan maka sudah tentu RM40 bilion tu datang bukan daripada orang kampung tadi tu. Akan tetapi orang-orang yang tidak kisah pun, mampu bayar, macam mana?

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai, memang apa analisa yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Krai tu tepat. Isu dia kemungkinan SST tidak efisien, kemungkinan ya. Akan tetapi, the bulk of the gain from the RM25 bilion tu ialah kerana semua barang kena GST. Dulu kita makan di restoran, beli simen, pergi jumpa lawyer baru kena SST. Sekarang semua benda yang kita buat, pergi toilet pun kena bayar GST sekarang. Baik, saya minta maaf lagi Tuan Yang di- Pertua, let me just focus and go straight to the point, sebab kita habis dekat sepuluh minit dah cakap tentang GST ini. Baik Tuan Yang di-Pertua, ini adalah pindaan yang pendek tetapi penting ya. Setelah membaca pindaan ini, saya percaya isu utamanya ialah mengenai perbandingan antara single pricing dan multiple pricing. Dalam sistem multiple pricing, syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga akan membuat satu anggaran yang mungkin mengelirukan pengguna.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Katakan saya bagi contoh sesebuah syarikat cuba menjual pakej percutian ke Bali. Harga yang diletakkan dalam advertising RM1,000. Dia bubuh satu asterisk di situ. Jumlah itu tidak akan termasuk GST ataupun caj perkhidmatan kah, caj hantar tiket kah, ya oleh itu terdapat asterisk di situ. Ini mengelirukan para pengguna apabila membeli pakej itu kerana jumlah tersebut yang diiklankan tidak termasuk caj-caj tambahan. Rang undang-undang ini cuba memperbaiki masalah ini dengan melaksanakan sistem single pricing iaitu semua caj tambahan termasuk GST perlu dimaklumkan kepada para pengguna terlebih dahulu. Pada dasarnya dan saya menunggu jawapan daripada Menteri nanti. Pada dasarnya saya menyokong pindaan ini to be fair kerana ia mempertahankan hak pengguna. Saya cuma ada dua isu yang penting sekali dan saya minta Menteri jawab, beri pandangan beliau. Isu pertama, saya minta lah kementerian kalau boleh berikan peniaga-peniaga satu tempoh setahun sebagai satu grace period di mana peniaga- peniaga boleh beralih ataupun adjust kepada sistem single pricing ini. Ini penting sekali seperti dalam Companies Act yang kita debat tahun lalu diberikan satu tahun grace period supaya semua syarikat boleh adjust. Ini penting kerana kita tidak mahu create satu situasi di mana terdapat isu-isu implementasi. Jadi saya minta Menteri kalau boleh beri

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

jawapan pada pandangan saya sama ada dia setuju atau tidak bagi satu tahun grace period ya. Kedua, ialah Menteri perlu waswas kerana dengan single pricing ini tiba-tiba peniaga-peniaga mungkin mengambil kesempatan untuk naikkan harga. Katakan tadi kita kata RM1,000 untuk pergi ke Bali ya. GST RM60, six percent. Kalau dia hendak adjust into a single pricing dia mungkin put up another RM40. RM1,100 sebab dari segi iklan ataupun dari segi senang difahami ia nampak angka yang lebih elok daripada RM1,060. Jadi saya minta Menteri kalau boleh fokus kepada single pricing sistem ini, mungkin disalah gunakan ya. Baik, Tuan Yang di-Pertua, kerana pembahasan ini saya pada dasarnya menyokong, saya cuma ada satu perkara lagi yang pendek. Saya ingin membentangkan satu isu yang lain dan saya minta Menteri memberi perhatian kepadanya. Isu ini isu tentang unit pricing. Unit pricing adalah di mana pengguna dimaklumkan kos sebenarnya sesuatu produk. Saya bagi satu ilustrasi, saya tiap-tiap minggu kena pergi lah supermarket dengan isteri saya beli benda. Beli orange, apple. Saya bagi ilustrasi epal lah. Katakan saya pergi ke supermarket, terdapat epal hijau, green apples dalam paket lapan biji. Saya pergi tengok Washington apples 12 biji. Saya pergi tengok Fuji apples tujuh biji. Unit pricing akan memastikan setiap epal itu diberi kos secara gram dia. Itu penting sekali sebab kalau kita tengok tiga ini how can we decide which one is the best price? Jadi saya minta kalau boleh, Menteri fokus kepada unit pricing kerana pengguna akan diberi kuasa to make informed decision sekiranya terdapat unit pricing system. Baik Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi tidak panjang lebar, saya sokong tetapi saya hendak tunggu jawapan daripada Menteri dahulu. Oleh itu ucapan saya pendek dan terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua. Thank you for your kindness and patience. Terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh dua aspek berkenaan dengan rang undang-undang ini. Pertama adalah saya rasa rang undang-undang ini adalah penting untuk menghapuskan caj servis yang dikenakan oleh hotel atau pihak restoran. Dengan single pricing ini maka semua harga yang ditunjukkan dalam menu itu, dipaparkan dalam menu itu perlulah harga yang muktamad di mana kita tidak perlu membayar lebih daripada apa yang telah dipaparkan. Oleh sebab memang sekarang kita menghadapi satu masalah apabila kita pergi ke sebuah restoran, lepas makan kita terima bil baru kita tahu bukan sahaja kita kena bayar GST sahaja tapi kita kena bayar caj perkhidmatan dan caj perkhidmatan itu adalah 10 peratus dan juga ada GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan itu. Jadi akhirnya kita perlu membayar lebih 16.6 peratus lebih daripada apa yang kita sepatutnya belanja. Jadi ini adalah satu cara. Saya harap dengan adanya rang undang-undang ini diluluskan nanti pihak Kementerian dapat membatalkan perintah yang telah dibuat pada tahun 2015 di mana adalah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015 di peringkat ini adalah tidak perlu lagi jikalau rang undang-undang ini dapat diluluskan kerana memang ada restoran, ada hotel yang memang ambil kesempatan untuk mengenakan caj perkhidmatan dengan sesuka hati. Apabila isu ini menjadi satu isu beberapa tahun dahulu apabila GST mulai diperkenalkan, pihak kementerian ada menyatakan caj perkhidmatan itu adalah satu tip untuk pekerja-pekerja sebuah restoran, untuk pekerja-pekerja sebuah hotel tapi mengapa tip ini perlu diwajibkan? Ini tidak perlu diwajibkan. Ini adalah berdasarkan layanan yang diberikan. Perkhidmatan yang dibekalkan. Jikalau saya tidak puas hati dengan layanan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah restoran saya berhak untuk tidak memberikan, untuk tidak membayar caj perkhidmatan tersebut. Akan tetapi jikalau dengan ada perintah ini di mana ada satu notis dipaparkan dalam bahasa Melayu diikuti dengan saiz perkataan lima sentimeter, huruf besar jadi dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengenakan caj perkhidmatan tersebut. Akan tetapi, ini adalah jikalau sesebuah dia tidak ada collective agreement dengan pihak pekerja-pekerja mereka maka akhirnya caj perkhidmatan in adalah diperoleh oleh restoran tersebut dan bukannya tip yang dapat di kalangan semua kakitangan mereka. Saya harap ini dengan secara tidak langsung dengan adanya rang undang-undang baharu ini, caj perkhidmatan ini dapat dihapuskan untuk selama- lamanya.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya ingin sentuh adalah berkenaan dengan POS Malaysia. Mulai 1 Oktober tahun lepas di mana POS Malaysia sekarang mengenakan GST ke atas semua barangan produk yang dibekalkan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh POS Malaysia. Akan tetapi ini tidak dapat memenuhi kehendak polisi ini jikalau polisi, dasar single pricing ini dilaksanakan nanti kerana apa yang dipaparkan untuk satu setem misalannya satu sekeping setem 60 sen, 10 keping setem adalah RM6.00 tapi akhirnya kita perlu bayar jikalau saya beli 10 setem 60 sen setiap keping saya perlu membayar RM6.35. Jadi kalau saya beli 50 setem dengan 60 sen sekeping saya perlu bayar RM31.80. Macam mana POS Malaysia dapat memenuhi kehendak polisi ini, kehendak dasar ini kerana apa yang dipaparkan itu tidak termasuk setem ke dalam nilai setem tersebut? Jadi kita menghadapi satu masalah dan saya harap ini dapat dikaji semula supaya POS Malaysia perlu mengenakan GST secara inklusif dan bukannya secara eksklusif. Apa yang dipaparkan itu adalah harga yang muktamad. Berapa nilai yang saya beli, saya hanya perlu beli itu sahaja, saya hanya bayar nilai itu sahaja dan saya tidak bayar lebih daripada itu. Jadi ini satu perkara yang amat serius dan kerana memang akta GST di bawah seksyen 9(5) menyatakan semua harga barangan yang dipaparkan perkhidmatan yang dibekalkan perlulah GST secara inklusif. Akan tetapi banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan GST secara eksklusif walaupun tidak mendapat kebenaran daripada ketua pengarah. Saya berharap ini satu isu yang menghantui semua orang.

[Bangun]

[Bangun]

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tanjong, adakah Yang Berhormat Tanjong bersetuju dengan cadangan supaya akta ini juga bukan sahaja digunakan ke atas kawalan harga barangan tetapi juga kawalan harga tiket penerbangan? Semasa musim perayaan, kementerian KPDNKK mengawal harga barangan seperti gula, tepung, ayam, minyak masak dan sebagainya. Akan tetapi pada masa ini, tidak pernah harga tiket penerbangan dikawal. Jadi, saya ingin minta sama ada akta ini boleh mengawal harga tiket penerbangan kerana Menteri Kementerian Pengangkutan mengatakan harga tiket penerbangan tidak dapat dikawal, diberi secara bebas. Akan tetapi saya rasa pada masa musim perayaan, harga tiket penerbangan selalunya melampau tinggi dan rakyat merasa beban apabila ingin balik ke kampung. Jadi, saya bercadang supaya di Sarawak atau di Sabah, tiket penerbangan harganya juga dikawal oleh kementerian KPDNKK supaya rakyat dapat balik ke kampung masing-masing. Jadi, saya bercadanglah supaya ini dapat dimasukkan. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Tanjong. Terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Ini adalah di bawah anti-profiteering, antipencatutan di mana ini adalah satu masalah yang besar ketika musim perayaan. Ini termasuk juga untuk syarikat penerbangan bajet seperti AirAsia. AirAsia, biasanya kita naik AirAsia untuk pergi ke Sabah dan Sarawak pada hari kebiasaannya, kita tidak payah bayar lebih daripada RM1,000. Akan tetapi kadangkala musim perayaan, satu tiket yang sama dengan perkhidmatan yang sama tetapi kita perlu membayar lebih daripada RM1,500. Ini mereka mengambil satu kesempatan untuk mengaut lebih keuntungan. Saya harap perkara ini dapat dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh pihak kementerian. Ini bukan...

[Bangun]

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong. Saya ingin menumpang Yang Berhormat Tanjong untuk bertanya dua soalan. Pertama adalah apabila sistem pricing ataupun kawalan harga ini ditetapkan, adakah resit yang akan kita terima daripada peniaga akan mempunyai pecahannya? Saya mungkin tidak mendengar ini tadi. Makna dia, kita hanya mendapat satu harga seperti yang dipamerkan tetapi apabila kita mendapat resit pembelian itu, adakah pecahan GST dan lain-lain ada di situ atau tidak? Pertama.

Kedua ialah saya ingin bertanya kerana mengenai GST sekarang ini banyak penjualan melalui online. Kalau kita buka kadang-kadang Facebook kita dan sebagainya, ada barang-barang yang dijual dan kita boleh order secara online. Jadi, adakah penjualan-penjualan melalui online ini, bagaimana mekanisme kerajaan mengenakan GST kepada mereka? Ini kerana mereka mungkin tidak berdaftar syarikat ini kerana kita pun tidak tahu siapa sebenarnya penjual barangan ini dan hanya dihantar oleh pengedar- pengedar yang ada dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Raja. Ini boleh dimasukkan dalam ucapan saya untuk dapat jawapan daripada pihak kementerian. Saya hendak jawab balik kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang. Walaupun syarikat penerbangan itu tidak terletak di bawah kementerian KPDNKK secara terus, secara langsung tetapi ini adalah satu perdagangan. Perdagangan dalam negeri, di mana jika ada jualan tiket penerbangan, ini satu trade, domestic trade dan perlulah saya harap pihak kementerian juga dapat memberi perhatian terhadap masalah ini. Jangan hanya tolak ini kepada pihak Kementerian Pengangkutan sahaja. Akhirnya, saya hendak balik kepada isu Pos Malaysia ini. Memang ini satu masalah besar kerana setem yang dijual itu, jikalau setem untuk domestik kita perlu bayar GST. Akan tetapi setem untuk internasional, untuk hantar ke luar negara, tidak payah bayar GST. Akan tetapi apabila kita beli setem itu, ia tidak asingkan. Dia tidak beritahu mana setem untuk domestik, mana setem untuk internasional. Jikalau kita beli, kita kena bayar GST. Padahalnya, setem yang untuk dihantar ke luar negeri itu kita tidak payah bayar GST. Jadi, ini satu beban yang sepatutnya tidak harus ditanggung oleh pihak pengguna dan ia perlu ditanggung oleh pihak Pos Malaysia. Jikalau ini dapat dimasukkan secara inklusif dalam produk Pos Malaysia itu, maka GST itu dapat ditanggung oleh pihak Pos Malaysia dan bukannya oleh pihak pengguna. Ini sahaja yang saya hendak bangkitkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sedikit sahaja. Sekadar untuk merakamkan, register, dengan izin, pandangan Kuala Krai mengenai pindaan kepada rang undang-undang ini. Walaupun disebut sebagai pindaan yang kecil, dua perkara sahaja tetapi kita mengambil dua hari juga untuk berbahas. Saya bermula dengan mengatakan bahawa kami di pihak belah sini sentiasa mahu mengingatkan rakyat bahawa kita menolak GST. Ini penting. GST telah berlangsung dua tahun daripada 60 tahun kemerdekaan kita. Negara kita berjaya survive untuk tempoh lebih 50 tahun dan tidak ada sesuatu yang boleh meruntuhkan negara kita kalau tidak ada GST. Jadi, kita sudah mengingatkan rakyat. Oleh sebab itu, kita mendesak kalaupun kita meluluskan rang undang-undang ini, pindaan ini dan peniaga hanya meletakkan satu tanda harga, suatu harga, satu nombor yang di dalamnya sudah dimasukkan segala jenis cukai, GSTnya, cukai perkhidmatannya. Akan tetapi kita menuntut supaya para penjual mesti mencatatkan di bawah pada harga itu, komponen daripada harga tersebut. Kalau ia RM100, berapa bahagian daripada RM100 itu GST ataupun cukai service tax yang lain atau sebarang cukai-cukai lain yang dimasukkan, dicatatkan di situ. Ini juga sebagai satu pendidikan kepada pengguna. Jadi, mereka tahu apa yang mereka bayar, bahagian mana yang mereka bayar. Perkataan GST itu akan sentiasa ada di pandangan mereka dan mengingatkan mereka bahawa sebenarnya mereka membayar satu cukai yang bagi kita amat tidak wajar dikenakan kepada rakyat kita. Jadi, saya menuntut supaya perkara ini dilaksanakan. Ya, letaklah satu harga, jumlah. Akan tetapi breakdown daripada harga itu mesti dicatatkan. Begitu juga di dalam resit pembayaran seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Resit pembayaran juga harus mencatatkan komponen ini supaya kita tahu dan kita tidak tertipu. Ini kerana ini juga cara kita untuk mendidik rakyat, mereka lebih sensitif dengan sebarang bentuk cukai-cukai ataupun kalau ada kesilapan-kesilapan, mereka boleh mengesannya dan tidak membebankan peniaga-peniaga. Hari ini Tuan Yang di-Pertua, semuanya boleh diprogramkan di dalam mesin cetak kita, mesin membayar kita itu, mesin cashier kita itu. Jadi, apa juga yang telah dimasukkan itu akan dapat diprintout, tidak membebankan, tidak perlu kira dengan kalkulator dan sebagainya. Jadi, tidak timbul pekerja ataupun peniaga akan merasa

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

tertekan, lebih banyak kerja, marah dan sebagainya. Hanya sekali program sahaja, mereka boleh mengeluarkan maklumat-maklumat ini supaya dapat mendidik rakyat. Rakyat harus sentiasa digambarkan bahawa mereka dibebankan dengan GST ini, sehinggalah suatu masa kita hapuskannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan banyak isu melalui pindaan akta yang saya bawa daripada semalam. Pertamanya, saya ingin jelaskan di sini bahawa pindaan Akta ini sebenarnya adalah sesuatu yang mudah. Seperti ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan dalam perbincangan, perbahasan dan semua yang dilakukan itu, ianya adalah untuk memberikan satu rasa tanggungjawab kepada semua pihak dalam negara kita sama ada ia peniaga mahupun juga pengguna. Pengguna adalah untuk menentukan mereka ini faham akan tanggungjawab mereka dari segi gerakan kepenggunaan. Apabila kita hendak melakukan sesuatu bagi memperkukuhkan lagi gerakan kepenggunaan dalam negara kita, kita mesti menentukan supaya pengguna-pengguna ini faham akan tanggungjawab mereka. Maka saya ucapkan terima kasih kepada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang meminta supaya kementerian membangkitkan semangat supaya semua pengguna lebih faham, lebih menggunakan aplikasi, lebih menentukan kerjasama, bantu-membantu tidak kira ideologi politik, tetapi yang pentingnya adalah supaya akhirnya pengguna lebih berkuasa daripada peniaga yang akan menentukan harga. Syabas kepada semua. Kalau ini boleh kita lakukan, tidak timbul lagi masalah sama ada peniaga ini menipu dan sebagainya. Itu adalah falsafah yang sebenarnya bila kita hendak pinda supaya Akta ini lebih jelas untuk semua pengguna dalam negara kita. Pertamanya, apabila kita hendak menentukan industri mana yang mesti mengikut pindaan Akta ini. Kita fikirkan dahulu banyak industri yang ada dalam negara, banyak perkhidmatan yang ada dalam negara. Tetapi, yang pentingnya supaya kita adakan enabler, kita pentingkan supaya ada sesuatu yang boleh memberikan tanggungjawab kepada kerajaan supaya akhirnya industri-industri yang akan kita perbesarkan nanti itu akan menjadi kenyataan bermula apabila kita luluskan Akta ini. Maka sebab itu kita hendak supaya bila seseorang peniaga hendak mempamerkan sesuatu harga, biarlah harga yang dipamerkan itu tidak berubah lagi. Maknanya kalau dia pamerkan satu harga RM10, dia akan menerima bayaran RM10 daripada pembeli. Itu yang sepatutnya kita terima semua. Jadi tidak ada timbul lagi sama ada hendak lari daripada hendak menunjukkan kena bayar GST, bayar caj-caj lain. Itu sepatutnya tidak masuk dalam perbahasan ini. Ini kerana yang penting kepada saya adalah gerakan pengguna tadi. Jadi semua pengguna tahu orang ini jual RM10, orang ini jual RM9, orang ini jual RM8, jadi RM8 itulah yang paling murah. Sekarang ini tidak. RM9 itu belum tentu murah daripada RM10 kerana RM10 sudah merangkumkan semua caj-caj yang ada, manakala yang RM9 ini masih lagi ada caj yang belum dimasukkan dalam pamer atau iklan yang telah pun dia keluarkan. Maka sebab itu, saya tidak mahu lagi melihat ada peniaga-peniaga yang cuba untuk, bukan menipu tapi melakukan muslihat-muslihat dalam pengiklanan mereka. Maka bila kita rangkumkan semua, tidak timbullah lagi masalah ini kerana pengguna tahu yang di situ benar-benar murah. Kalau RM8, kita bayar RM8. Tidak adalah caj-caj lain lagi. Itu yang sebenarnya yang kita mahu lakukan. Oleh sebab itu, saya ucapkan terima kasihlah. Sebenarnya ramai daripada Ahli- ahli Yang Berhormat sama ada yang sebelah sini atau sebelah sana bersetuju tentang pindaan ini. Akan tetapi perbahasannya telah masuk macam-macam bab-bab. Oleh sebab itu saya hendak jelaskan sama ada relevan ataupun tidak apa yang mereka bangkitkan. Pertama, Yang Berhormat Seputeh bangkitkan tentang kos operasi. Kos operasi tidak timbul di sini kerana apa yang mereka lakukan hari ini, itulah yang akan menjadikan kos operasi peniaga. Cuma, yang penting kepada kita hari ini yang dia

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

pamerkan itu. Kalau dia pamer RM10, orang akan bayar RM10. Apa lagi kosnya? Tak ada, tak ada kos tambahan lagi daripada itu. Hari ini yang jadi masalah kepada pengguna adalah yang dipamerkan RM10 itu belum tentu RM10. Jadi hari ini kalau dia hendak pamerkan RM10, pamer RM10. Kita tak jadi masalah. Cuma, pengguna akan bayar RM10. Jadi tak ada kos tambahan di sini. Yang saya hairannya, Yang Berhormat Seputeh hendak mempertahankan peniaga. “Oh, supaya ini akan menyebabkan penambahan kos.” Tak ada penambahan kos di sini. Kedua, alasan bebanan kepada peniaga sebab kita benarkan pengawal untuk masuk dan menyelidik segala apa dokumen yang ada dalam syarikat atau premis-premis tersebut. Ini kita lakukan adalah kerana dahulu kuasa yang kita berikan kepada pengawal hanyalah untuk melihat sahaja dan mencatat. Apabila ada aduan, baru kita boleh minta dokumen. Hari ini dengan adanya akta ini, pindaan ini, dia boleh terus minta dengan dokumen. Itu yang kita nak ada penambah baikkan supaya tidak ada lagi persoalan sama ada pengawal ini boleh ataupun tidak meminta dokumen pada bila-bila masa. Hari ini boleh. Jadi, itu yang kita hendak lakukan penambah baikkan ini adalah semata-mata kerana hendak memastikan ada kuasa yang diberikan kepada pengawal. Kemudian Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu membangkitkan...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Boleh saya tanya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya bangkit dengan kos operasi ini- memang ini kos operasi yang bertambah kerana GST, kerana semua kena computerized betul-betul. Tadi Yang Berhormat Menteri saya ada dengar tak cakap langsung pun tentang masalah yang peniaga hadapi tentang jualan barangan yang diimport kerana perubahan kadar pertukaran di antara Ringgit Malaysia dengan US Dollar dan juga yang lain. Selalunya yang peniaga itu dia even out dalam beberapa bulan ini puratanya yang Ringgit Malaysia adalah berapa, dan dia even out itu kos supaya dia boleh jual dengan, bukan satu hari sangat tinggi, lepas itu yang stok baru itu lebih murah dan sebagainya. Jadi saya rasa ini suatu hakikat yang mana bila pengawal masuk ke kedai hendak tengok dokumen semua itu, mereka mungkin perlu duduk dan jelaskan kepada pengawal, ini adalah sebab mereka tetapkan sesuatu harga. Ini juga melibatkan GST yang dijual itu kerana kalau tiap-tiap bulan kadar pertukaran nilai ringgit dengan US Dollar itu berbeza, jadi mereka perlu even out yang harga sebenar dalam beberapa bulan ini. Ini memang satu masalah yang dihadapi oleh peniaga. Jadi saya rasa peniaga...

Tak payah panjang-panjang.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Juga adalah pengundi kita, warga Malaysia. Kalau tak ada peniaga, ekonomi kita tidak akan tumbuh juga. Saya rasa kita harus pertahankan semua supaya satu formula yang lebih win-win dicapai oleh semua pihak.

Saya hendak jelaskan di sini, sebab saya kata pindaan yang kita berikan ini adalah yang dipamerkan. Saya tak persoalkan dia nak even out, dia nak tukar iklan itu daripada harga RM10 jadi RM11, tak apa, dia pamerkan RM11. Sebab, ini adalah free market economy. Dia nak naik RM11, kalau sebelah sana even out with RM10, orang akan pergi yang RM10. Yang penting kepada kita ialah dia tak boleh pamerkan RM11 tapi bila nak bayar dia nak tambah lagi enam percent caj-caj lain. Itu tidak dibenarkan. Itu sahaja, Yang Berhormat Seputeh. Apa yang masalahnya? Apa yang susah sangat? Mudah sahaja. Jadi kalau tak reti... [Tepuk] Terima kasih. Jadi kalau tak reti, lain kali peniaga-peniaga tersebut jumpa Menteri yang lebih mengetahui daripada peniaga. Itu sahaja. Jadi tak timbul masalah ini sebenarnya.

Menteri.

Kedua, apa yang dibangkitkan oleh...

Yang Berhormat Menteri, penjelasan.

Penjelasan tentang your harga...

Ubat. Harga ubat.

Harga ubat, itu belum masuk lagi.

Okey, okey. Sebab ada berkaitan dengan jawapan Menteri kepada Yang Berhormat Seputeh.

Tidak, tidak. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu- you punya tadi masa Yang Berhormat Setiu kalau tidak silap saya.

Okey, terima kasih.

Yang Berhormat Setiu merasakan bahawa ada double standard di kalangan pembangkang. Saya setuju juga sebabnya double standard ini kerana ada orang daripada kalangan pembangkang dia mengatakan mesti harga ini dikawal. Ada yang mengatakan tidak payah dikawal. Ada yang mengatakan ini menyusahkan, ada yang mengatakan sokong. Jadi betul double standard. Di sini [Merujuk kepada blok kerajaan] , tidak ada double standard, semua sokong, satu kata, satu...

[Dewan riuh]

Jadi Yang Berhormat Setiu benar. Ada kebenaran dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Jadi maka sebab itu, saya hendak supaya kita semua faham, harga terakhir yang kita hendak adalah harga yang dibayar oleh pengguna. Jadi ada mereka yang menyoalkan tentang single pricing policy...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

...Dicelahnya masa Yang Berhormat Setiu. Dia kata, dulu tidak ada GST, sekarang ini ada GST. Saya hendak maklumkan, GST issue ini sudah bermula dari tahun 2015 sudah. Semua orang yang hendak kena bayar GST, sudah bayar pun. Semua orang yang hari ini sudah faham tentang GST, buat mengikut tax- consumption based taxes yang kita lakukan ini adalah kerana untuk memahamkan kepada semua, tidak boleh lari lagi daripada benda yang hendak kena bayar. Kebanyakan daripada produk-produk yang digunakan oleh household banyaknya tidak kena GST pun. Yang Berhormat Kapar kata pergi pasar malam, masa bila pasar malam bayar GST ini. Sebab itu Yang Berhormat Setiu hendak pergi pasar malam semalam, saya beritahu dengan Yang Berhormat Setiu, tidak payah pergilah pasar malam, pasal pasar malam tidak kena GST. Sebab itu Yang Berhormat Setiu tidak pergi. Syabas GST, syabas Yang Berhormat Setiu kerana tahu tanggungjawab pasar malam tidak bayar GST. “Yang kau pergi pasar malam hendak suruh bayar GST siapa suruh?” Ini Yang Berhormat Kapar pun. Jadi, kalau boleh saya hendak supaya kita semua sedar bahawa service charge yang kita rangkumkan itu adalah sesuatu yang kita hendak supaya akhirnya pengguna bayar harga yang dipamerkan. Itu sahaja. Tidak mahu lain daripada itu. Kalau dia tambah lain daripada itu, boleh lakukan aduan kepada KPDNKK dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Yang Berhormat Beruas, siapa lagi.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kami memang sokong hasrat kerajaan memastikan harga yang dibeli oleh pengguna itu berpatutan. Masalahnya ialah kerana terlalu banyak undang-undang daripada segi income tax kah, customs tax kah, GST kah, daripada kerajaan tempatan kah hinggakan peniaga ini terlalu banyak dokumen yang hendak mereka buat untuk memastikan mereka tidak lakukan undang-undang. Boleh saya cadangkan, kenapa kementerian tidak menanggung tanggungjawab ini dalam sistem internet sekarang ini ataupun komputer yang begitu canggih ini, kementerian senaraikan semua barangan di Malaysia, kemudian beritahu rakyat, apakah harga berpatutan? The range, dengan izin, supaya sesiapa yang rasa sesuatu barangan itu berpatutan atau tidak, mereka masuk sahaja perkataan itu, katakan ‘pensel 2B’, kementerian ada senarai. Terus kita tahu pensel 2B ini range-nya, apa jenis dan harga supaya rakyat tahu harga berpatutan. Masalah kita ialah untuk supaya peniaga tidak dibebankan dengan semua undang-undang, regulations is meant to regulate. Kalau overregulation, dengan izin, is tide fall. Ia mematikan sesuatu perniagaan dan mematikan atau menjadi barang yang menekan jiwa ataupun peniaga-peniaga.

Terima kasih. Okey.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi, put push the back, kenapa kerajaan, kementerian tidak kerja? Yang patut buat kerja ini kementerian, bukan peniaga-peniaga. Hendak bayar cukai pun peniaga yang dibebankan. Itulah cadangan saya.

Wah! Bagusnya Yang Berhormat Beruas. Saya minta Yang Berhormat Beruas beritahu pada Penang, segala apa caj yang

dikenakan oleh Local Council di Penang, jangan diberikan tax langsung. Zero. [Ketawa] Jadi mudah saya beritahu, “Penang, tidak ada caj lain, kosong”... [Disampuk] Eh! Ini apa ini. Hendak complain apa lagi. “Kau yang minta”. Bukan saya yang hendak beri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan, bukan. Isunya, is the preparation of the documentation.

Alright.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Itu kementerianlah yang buat. Takkan peniaga kecil pun hendak buat semua kerja.

Alright. Okey. Jadi maknanya...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Bukan isu cukai. Sekarang isunya, the documentation siapa yang mesti buat kerja itu supaya rakyat tahu sesuatu harga itu berpatutan atau betul tetapi kementerian mesti buat itu. Jangan rakyat sekarang pun terbeban, income tax lambat pun kena denda...

Okey, Tuan Yang di-Pertua, ia bukan...

Dato’ Ngeh Koo Ham,DAP · PHBeruas

Dokumen sedikit pun menjadi beban kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dia hendak debate dengan saya. Saya hendak menjelaskan dia. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Beruas senang sahaja. Saya sudah maklumkan tadi, takkanlah saya hendak menentukan harga. Contohnya Penang, harga air yang diberikan itu terlampau mahal dari di Melaka sebagai contoh... [Disampuk] Sudah tentu bila kita hendak tentukan harga, hendak kawal senang.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Paling murah di negara ini.

Jadi tidak kena untuk saya yang hendak...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Contoh yang salah.

...Menentukan harga mengikut segala bayaran, segala chargers. Tidak boleh.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Menteri di sini sama ada dia bodoh ataupun dia tidak ada fakta dalam tangan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini tidak betul. Tarik balik!...

[Dewan riuh]

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Kena tarik balik perkataan ‘bodoh’ itu.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Harga air di Pulau Pinang merupakan harga yang paling murah di seluruh dunia!...

[Dewan riuh]

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Tarik balik perkataan ‘bodoh’.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Bodoh punya orang.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Perkataan ‘bodoh’ kepada Menteri. Minta tarik balik.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Kena bayangkan, kena bayangkan...

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Kurang ajar itu.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Jelutong, bodoh.

Tuan Ooi Chuan AunDAP · PRJelutong

Cakap ikut fakta, jangan mislead Parlimen!

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Jelutong, bodoh!

Tuan Yang di-Pertua

[Mengetuk tukul]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini Yang Berhormat Jelutong tidak pandai-pandai. Bodoh!

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, kenapa terpaksa begini? Kenapa? Jangan sampailah seperti begini. Menteri memberi penjelasan. Dia buat perbandingan. Jadi kalau perbandingan itu tidak diterima, janganlah sampai gunakan perkataan-perkataan unparliamentary kerana itu akan mengundang reaksi. Jangan begitu. Tadi sebelum masuk sudah saya cakap secara sinis. Saya tidak boleh buat lagi sekarang ini keputusan kerana saya diheret di mahkamah. Saya dapat tahu Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan hendak heret saya pergi mahkamah kerana saya buat keputusan. Jadi tidak boleh saya buat sama ada keputusan itu saya punya ruling kerana sama ada dia subjudice kah pasal saya diheret ke mahkamah kah ataupun saya tidak boleh buat keputusan sudah. Ini yang jadi kepada Dewan Rakyat sekarang ini, yang semua mahu kita promote bahawa world class standard, yang semua sini world class. Jadi saya faham. Sudah sembilan tahun saya dengar lecture. Kalau saya buat PhD, tiga sudah PhD saya. [Ketawa] Soal ekonomi, soal itu, saya faham semua. Menteri jelas, saya faham. Isu juga ialah pamer, pamer. RM10 kah, RM11 kah tetapi semua dirangkum sana. Saya senang Yang Berhormat Menteri. Saya datang tidak payah lagi tawar-menawar. Saya pakej, saya tidak hendak, saya keluar. Itu sahaja. Jadi perkataan itu jangan ulang balik. Kalau ulang balik, saya ambil tindakan tetapi tidak apa tadi sudah lempar-lempar itu daripada Yang Berhormat Kinabatangan sudah lempar, dari mana sudah lempar, tidak apa lempar, saya forget all about that. Sila Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi sebelum saya benarkan sesiapa, saya hendak jelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua, yang menyoal saya Yang Berhormat Beruas. Saya jelaskan kepada Yang Berhormat Beruas secara yang lebih baik. Dia minta supaya kementerian yang menentukan harga. Saya hendak kata, macam mana saya hendak tentukan harga, apabila cajnya berbeza. Ada local government yang cajkan lebih tinggi daripada tempat lain. Apabila saya bagi contoh Penang dengan Melaka, sudah ada orang melompat. Mana boleh macam itu. Saya tahulah Penang lebih mahal daripada Melaka.

Itu yang sebab dia melompat. Saya hendak jelaskan adalah fakta, caj di Penang lebih mahal daripada Melaka. Oleh sebab itu orang Melaka dia tidak mahu orang Melaka sendiri yang menaikkan harga, yang orang Penang hendak orang Melaka menaikkan harga di Penang dia punya pasallah. Ini yang sebenarnya- sebab itu yang saya hendak jelaskan adalah supaya Yang Berhormat semua jelas. Caj yang kita hendak kenakan itu sesiapa sahaja dia masukkan segala caj yang dia hendak masukkan itu, dia masukkan kemudian dia pamerkan. Sini pamerkan benda yang sama, cuma harganya berbeza, penggunalah- sebab itu saya sudah mula-mula tadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan yang penting kepada kita adalah gerakan pengguna supaya selepas ini- saya hendak berterima kasih kepada contohnya Yang Berhormat Kuala Selangor yang mencadangkan supaya aplikasi dibantu, dibuat supaya pengguna boleh menggunakan teknologi-teknologi yang moden, yang canggih ini supaya pengguna seluruh negara dapat membandingkan mana kedai yang menjual lebih murah daripada kedai-kedai lain. Itu tahniah kepada Yang Berhormat Kuala Selangor daripada Barisan Nasional, syabas...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Penjelasan boleh?

Itu yang saya hendak jelaskan. Jadi kalau hendak bangkitkan soal bodoh, pandai ini, saya hendak maklumkan hari ini yang cakap bodoh itulah bodoh yang sebenar. Oleh sebab saya tidak mahu perkara ini ditimbulkan, dibandingkan mana-mana, tidak. Saya cuma hendak jelaskan perbandingan di antara satu negeri dengan satu negeri yang lain, sudah ada perbezaan cajnya menyebabkan mana kerajaan hendak menetapkan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri sudah bercanggah dengan undang-undang ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya hormati Yang Berhormat Menteri hendak jelaskan. Apa yang saya bangkitkan tadi sebenarnya akta ini, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan maksudnya Price Control and Anti-Profiteering Act 2011. Ini bermaksud undang-undang telah memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mengawal harga dan juga memastikan tidak ada keuntungan yang berlebihan. Inilah undang-undangnya, sebab itu

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

saya katakan gunakan undang-undang ini. Saya bukan katakan tetapkan satu harga but price range daripada yang minimum dan yang tertinggi. Niat satu sahaja, tadi apa yang saya hendak luahkan ialah pihak peniaga telah dibebankan dengan pelbagai kita kata perkara yang perlu diikuti, banyak undang-undang, overregulations. Jadi saya mohon pihak kerajaan memang ada kuasa. Kalau pihak kerajaan- internet, you just list the order price, range it as a guide supaya orang tidak tertipu atau tidak dikenakan harga yang terlalu tinggi. Itu sahaja permintaan yang munasabah.

Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Untuk meringankan...

Yang Berhormat Beruas...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Pihak peniaga daripada terpaksa...

Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Membuat semua detil-detil harga berapa jumlah, adakah ini terlalu tinggi, adakah over profiteering, macam-macam lagi.

Alright.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Masalah apa pun kerunsingan yang perlu mereka hadapi kerana...

Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Ada undang-undang sedemikian.

Terima kasih. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas punya fokus sekarang ini adalah hendak membantu peniaga...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Betul. Saya pun...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Saya punya dokumentasi sahaja bukan harga. Harga memang kita punya harga berpatutan.

Tidak, tidak. Hendak membantu peniaga. Saya hendak maklumkan- saya dengan persatuan-persatuan peniaga dalam negara kita ini begitu rapat dengan saya. Ya, sebab itu agenda kita rang undang-undang yang kita buat ini selepas berbincang dengan mereka. Bukan saya buat ini suka-suka hati, tidak. Kita lakukan secara yang adil. Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa adil. Maka sebab itu yang saya hendak jelaskan adalah sekarang ini Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas boleh tulis surat dengan saya nanti, minta supaya Yang Berhormat Menteri melakukan sesuatu, hendak membantu peniaga supaya peniaga tahu caj-caj mana yang mereka mesti masukkan, okey? Saya akan panggil semua peniaga yang mana yang tidak faham, saya akan jelaskan kepada mereka. Oleh sebab banyak caj, banyak undang-undang, banyak peraturan yang mereka lakukan itu adalah sesuatu yang mengambil kepentingan semua pihak, sama ada peniaga ataupun pengguna atau juga local government. Bukan semata-mata Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi semua kita ambil untuk memastikan caj-caj itu sudah dia masukkan, sudah dirangkumkan dalam satu harga. Ini saya hendak- saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Beruas kerana Yang Berhormat Beruas kata Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan ini boleh digunakan untuk kawal harga dan sebagainya. Saya hendak maklumkan, hari ini yang kita bincang pindaan terhadap pengiklanan, itu yang penting. Saya sudah jelaskan sebab itu masuk semua caj sebelum dia hendak iklan dan hendak mempamerkan harga. Dari segi anti pencatutan, itu berbeza dengan pindaan yang kita hendak lakukan. Bezanya adalah apabila seseorang melakukan harga yang tidak berpatutan melampaui dari segi profiteering-nya, profit-nya maka dia boleh melakukan aduan. Pengguna boleh melakukan aduan, hantar surat KPDNKK insya-Allah, kita akan ambil tindakan dengan sewajarnya. So far, semenjak kita mengadakan undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, tidak sampai pun 100 cases yang telah melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Jadi maknanya tidaklah berapa ramai sangat peniaga yang tidak faham. Kecuali mereka yang kita ambil tindakan itu pun pertamanya kita melakukan dengan paling adil, kita panggil dia, kita ajar dia, berikan advokasi, maklumkan kepada

dia lain kali jangan melakukan kesalahan sedemikian rupa. Itu menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional juga bertanggungjawab kepada semua pihak.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ini ulang banyak kali.

Memanglah kena...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri. Memang adakah- sekarang saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri maksudnya lain kali kita masuk restoran jadi kita buka itu menu, kalau itu burger RM5 dia akan letak service charge berapa, GST enam peratus selepas itu jumlah harga mungkin RM7. Adakah ini akan berlaku, dikehendaki dilakukan oleh semua restoran dan sebagainya?

Terima kasihlah Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh ini selalunya saya puji, hari ini pun saya hendak puji sekali. Bagus, kalau tidak faham tanya elok-elok macam itu. Tidak payah guna ayat-ayat bodoh, pandai, tidak payah. Yang Berhormat Seputeh tidak pernah guna. Tahniah, syabas Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak maklumkan Yang Berhormat Seputeh, kalau lain kali Yang Berhormat Seputeh pergi kedai yang jual burger. Dia tulis RM10, Yang Berhormat Seputeh bayar RM10. Akan tetapi kalau dia kata belum sebab RM10 itu tidak termasuk service charge, tidak termasuk GST maka Yang Berhormat Seputeh ambil nama syarikat, penjual, peniaga tersebut berikan kepada KPDNKK, kita terus ambil tindakan kerana telah menipu dan menyalahgunakan akta yang akan kita luluskan nanti... [Tepuk] Okey? Itu sahaja, that’s it, simple. Itu sahaja, apa yang hendak susah sangat Yang Berhormat Seputeh? Lain kali kalau Yang Berhormat Seputeh susah, jumpa saya. Kita- come to my office.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri, jadi ini bermaksud semua restoran, hotel, pub, kafe semua kena tukar menu.

Okey.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Kerana harganya semua berbeza sekarang.

Betul.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Wah!

Jadi dia pamer. Contoh, contoh ya. Apabila dia pamer RM100 itu, dia mesti bermakna sudah masuk semua caj, simple sahaja. Jadi hari ini kalau dia hendak letak harga RM106, dia kena pamerkan RM106. Dia tidak boleh lagi kata RM100 campur GST, tidak boleh. Itu tidak dibenarkan lagi selepas ini, that’s all. Yang Berhormat Beruas nanti...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri.

...Kemudian Yang Berhormat Beruas ada bertanya dengan saya tentang...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tentang isu ini...

...Macam mana hendak bagi diskaun. Yang Berhormat Beruas tanya semalam macam mana hendak bagi diskaun. Nanti dahulu Yang Berhormat Beruas, ini saya hendak jawab Yang Berhormat Beruas punya. Mudah sahaja, apabila kita sudah pamer kata RM100, kemudian ada orang minta, “Yang Berhormat Beruas, boleh bagi diskaun RM30 atau 30 peratus?” Yang Berhormat Beruas kata, “Okay, you take”. Bayar RM70.

Itu tidak jadi masalah, yang pasti harga asal itu telah dipamerkan RM100. Akan tetapi, kalau dia pamer RM100 dia hendak jual lebih daripada RM100 itu masalah, ya. Akan tetapi, kalau dia hendak pamer RM100 hendak bagi diskaun, hendak bagi percuma pun itu engkau punya pasal, okey.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi kebenaran kepada saya untuk mendapatkan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, duduk dahulu Yang Berhormat Beruas. Bentara ambil maklum tukar saya punya tukul sudah patah. [Ketawa] Saya mahu

Tuan Yang di-Pertua

yang solid. Nanti minta. Saya serius dia sudah patah tadi. Jadi ambil yang solid yang tidak boleh patah. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tukar besi Tuan Yang di-Pertua, ini pembangkang punya hal.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Walaupun begitu, tidak menghalang saya untuk mengambil tindakan juga. Sila.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tetapi tukul sudah patah.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin apa yang Yang Berhormat Menteri bagi jawapan tadi, ini bercanggah dengan pindaan yang kita hendak buat. Ini kerana tadi Yang Berhormat Seputeh kata kita mesti pamerkan jumlah harga barangan campur GST atau cukai lain, service tax tetapi kalau ikut undang- undang yang hendak dipinda ini pekedai atau peniaga itu kalau dia menulis RM106 sudah termasuk GST itu sahaja yang dipamerkan. Jadi, kita tidak tahu harga asal kerana tuntutan pindaan ini ialah harga nett mesti dipamerkan. Jadi, kita tidak tahu berapa cukai GST. Berapa harga sebenarnya barangan itu. Jadi, bagi saya ini pindaan ini memudaratkan pengguna kerana kita tidak tahu harga barangan sebenar. Lagi satu Tuan Yang di-Pertua, berkenaan ini diskaun memang susah. Ini kerana kita tahu peniaga ini bukan perkara yang mati. Kadang-kadang kita bagi diskaun kerana barangan sudah ada model baru yang hendak keluar. Kadang-kadang kerana orang ramai beli lebih, dia beli 500 keping jadi kita bagi diskaun kerana jumlah yang banyak. Kalau beli satu, dua kita bagilah harga yang tinggi. Isunya, kenapa peniaga ini runsing. Ini kerana kalau sudah ditukar harga, GST must be calculated backward, dengan izin. Saya tidak tahu berapa Yang Berhormat Menteri sini tahu macam mana kira backward. Kalau RM106 kita tahu harga asal RM100, kalau kita diskaun kepada RM70 saya hendak Yang Berhormat Menteri bagi tahu berapakah jumlah GST, berapa jumlah asal. Kalau kita lapor yang silap kena penalti, masuk penjara. Jadi berapakah peniaga tahu matematik ini. Kalau Yang Berhormat Menteri sekarang boleh bagi tahu berapakah jumlah GST, berapa jumlah asal barangan itu. Kalau harga turun kepada RM70 dalam masa lima minit saya hormatlah. Kalau peniaga tidak tahu dia mesti kira setengah hari, dapat nasihat dari orang ramai bagaimana mahu masuk GST, nanti kena penalti juga. Jadi, lagi satu perkara harap Yang Berhormat Menteri faham kalau kita overregulate, pegawai-pegawai boleh salah guna kuasa. Kalau dia datang dia kata saya hendak tahu semua kos barangan ini, itu sahaja permintaan satu sahaja seluruh hari dia tidak payah berniaga. Ini kerana kos barangan ini, komponen dia banyak. Akhirnya, setiap kali pegawai datang dia bagi RM50 hingga RM200 bagilah bye, bye, supaya dia tidak siasat. Itu yang berlaku apabila kita ada illegal immigrant berjuta-juta. Terus terang di banyak tempat, polis secara terbuka ambil satu orang setiap bulan RM50 kerana sudah tidak dapat dikawal.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebab itu saya mohonlah don’t overregulate, regulate for good but overregulation kills. Harap Yang Berhormat Menteri dapat poin saya ini. Terima kasih.

Saya dapat poin Yang Berhormat Beruas... [Disampuk]

Tuan Khoo Soo SeangMCA · BNTebrau

Yang Berhormat Menteri, Tebrau mohon mencelah sedikit.

Sekejap saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas, senang sahaja. Kalau hari ini dia jual RM100 dia pamerkan campur GST RM106. Dia hendak bagi diskaun 30 percent, harga asal dia RM100 dia bagi jadi RM70 dia hendak caj 6 percent, 4.20 cent, 74.20 cent. Murah

daripada yang dipamerkan itu tidak apa. Yang tidak bolehnya Yang Berhormat Beruas... [Disampuk]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Isunya biasanya kita jual niaga. Kita round out, kata RM106 kita jual RM70 atau mesti kira lagi susah.

Okey.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebab itu saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri bagi tahu sekarang, kalau dia jual harga nett RM70. Berapakah GST? Berapakah harga barangan?

You tidak payah hendak test saya, sama ada saya tahu ataupun tidak tahu ataupun tidak. Saya hendak maklumkan di sini... [Ketawa] [Disampuk]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ya, dia hendak test kita. Saya hendak maklumkan, saya tidak payah hendak layan soalan-soalan yang macam itu. Saya hendak maklumkan dia pamer “X”, asalkan pengguna bayar murah daripada itu berapa diskaun kau hendak bagi, bagilah. Yang tidak bolehnya dia pamer “X” bila bayar “X” plus, plus itu sahaja. Itu sahaja pindaan kepada akta ini, itu sahaja, kena faham. Engkau hendak bagi diskaun, engkau bagilah diskaun. How much you pay itu antara peniaga dengan custom, tidak ada kena mengena dengan pengguna, pengguna sudah bayar dia balik, okey. Itu masalahnya adalah masalah yang saya hendak pastikan adalah pengguna tidak tertekan, tertipu apabila dia melihat harga dan bayaran yang dibuat berbeza dengan apa yang dipamerkan. Itu sahaja hari ini. Saya sudah jelaskan tadi.

Yang Berhormat Menteri.

Dan lagi Yang Berhormat Klang. Ini Yang Berhormat Klang.

Yang Berhormat Menteri.

Bertanyakan tentang ubat. Saya hendak maklumkan hari itu saya sudah jawab. I think, jawapan saya adalah supaya perbincangan antara saya dan Kementerian Kesihatan. Akhirnya, kita hendak pastikan sama ada boleh kita kawal ataupun tidak tentang ubat-ubat yang begitu tinggi. Free market economy ini bermakna harga-harga ubat yang biasa itu biarlah mengikut apa yang ada sekarang ini. Cuma mungkin ubat-ubat yang begitu mahal yang ada spesifik drug yang boleh menyebabkan rakyat terpaksa bayar dengan harga yang mahal kita hendak lihat apa jenis-jenis ubat atau penyakit-penyakit. Itu adalah perbincangan antara kita dengan kementerian.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi mengenai ubat, boleh saya minta satu penjelasan... [Disampuk]

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Sebenarnya saya bangkit dua isu, satu daripada kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Di mana brand ubat yang sama dalam satu barisan kedai ada dua harga. So, macam mana kita hendak mengatasi masalah ini? Sebab kalau kita kedai satu, satu harga ubat yang sama. Kedai kedua, farmasi kedua, harga yang lebih. So, this is a problem. Itu satu. Isu berkait dengan sofosbuvir ini, sebenarnya harga satu tablet adalah USD1000. So, 84 tablets to cure Hepatitis C dan dua minggu lalu saya ingat Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengatakan bahawa as many as 400,000 Malaysian have Hepatitis C. So, this is an urgency. So, saya tahu Yang Berhormat Menteri telah memberi jawapan kepada saya bahawa Yang Berhormat Menteri akan berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk bincang isu ini. Akan tetapi, saya ingat sudah lama sikit. Can you expedite this dan memberi satu keputusan dalam masa yang singkat. Sebab ini berkait dengan nyawa dan juga kos itu terlalu tinggi dan kementerian mungkin tidak boleh beli ubat-ubat ini. Minta pandangan. Terima kasih.

Itu isu lain. Insya-Allah saya akan ambil perkara ini sebagai satu perkara yang urgent untuk kepentingan masyarakat.

Terima kasih Yang Berhormat Klang, kerana itulah yang lebih baik. Soalan seperti ini, permintaan seperti ini, kerajaan akan pertimbangkan dengan sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Klang. Kepada Yang Berhormat Bukit Katil yang...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri tadi penjelasan yang...

...Bertanyakan tentang beberapa isu seperti sebelum GST dengan selepas GST tidak timbul kerana yang pentingnya adalah harga yang dipamerkan itu adalah harga yang mereka hendak jual dan harga yang akan pengguna bayar. Itu yang lebih penting. Kemudian...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri, tentang pameran itu boleh saya dapatkan penjelasan, tadi belum dapat. Last one. One question. One sentence. Saya hendak dapatkan penjelasan daripada Menteri. Sekarang kalau undang-undang ini diluluskan adakah pameran harga itu hanya satu harga sahaja atau mesti harga asas campur cukai? Katakan kalau harga itu RM96, GST RM5.76. Jadi kalau kita pamerkan mesti pamerkan RM96, GST RM5.76, jumlah RM101.76 ataupun hanya boleh pamerkan harga ini barangan RM101.76. Itu sahaja. Kalau bacaan saya hanya boleh pamerkan RM101.76. Tidak boleh dipamerkan cukai-cukai. Jadi one sentencing or must have the combination? Itu sahaja.

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Beruas...

Yang Berhormat Menteri, boleh masuk sikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kalau kita jawab Yang Berhormat Beruas, sampai besok pagi pun, dia tidak faham. Paling mustahak kita mesti barang-barangan ada price tag. Kita mesti mahu ada. Kalau kita ada sudah, kita terangkan sana GST ada masuk atau tidak masuk? Kalau GST tidak masuk, kita pun boleh tulis ‘excluded GST’. Kita terus terang. Saya rasa walaupun kampung punya orang, dia tidak begitu bodoh, dia tidak pandai kira. Saya rasa kampung punya orang kadang- kadang dia punya kiraan lebih pandai daripada kita, walaupun dia orang tua. Kita jangan- sebagai wakil rakyat turun padang kita bukan mahu beri jelas. Kita bagi panas, kita beri kongkalikung sepuluh kali pusing. Rakyat memang keliru. Yang Berhormat Menteri cuma adapun yang saya nampak takat kedai runcit, ada punya- di kawasan kedai di luar bandar memang dia tidak letak price tag. Memanglah kadang-kadang jadi gaduh. Macam contoh ada satu barang, same product but different pricing. Memang ini kita kadang-kadang adalah orang kata ini same product different brand, kadang-kadang harga lain. Akan tetapi dalam market kita kadang-kadang itu terlampau lebih. So, that is the most important macam mana kita hendak mengawal masalah ini berlaku. Yang Berhormat Menteri, satu lagi masalah kita. Ini isu GST cuma hanya- sekarang ada pemborong ataupun wholesaler. Mereka kata harga dulu sudah masuk kira RM1 termasuklah service tax itu semua 10 peratus, RM1. Patut sekarang kita mahu tolak dulu, barulah kali dengan six percent. Tetapi banyak orang tidak buat begitu. Terus RM1 kali lagi dengan enam percent. Macam mana kita hendak kawal itu? Saya mahu minta Yang Berhormat kalau boleh jelas sama pegawai kita, penguat kuasa semua turun padang, kita mendidik sama ini- I mean the wholesaler-kah ataupun kedai runcit kah, ini semua. Kalau kita ikut pembangkang punya cerita ini, Yang Berhormat Beruas ini kalau pusing satu dunia dia sebagai...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Bintulu tolong baca pindaan inilah. Baca pun dia sendiri tidak faham.

Macam mana dia tidak faham. Kalau dia tidak faham macam mana dia boleh graduate dia punya peguam, saya pun tidak faham. Janganlah kita pandang terlalu rendah orang kampung tidak pandai kira. Saya punya emak mati umur 102 tahun. Akan tetapi bila kadang-kadang kira, dia lagi pandai daripada saya. Sekolah pun tidak janganlah kita ini buang masa dalam Dewan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Bintulu tolong baca pindaan ini. Yang Berhormat Bintulu tidak baca. Tidak tahu apa dia cakap pun...

Baca atau tidak baca sekarang saya ikut apa yang you jelaskan sudah cukuplah. Apa ni. Kita sebagai peguam, janganlah kata semua orang tidak faham.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sekarang dikatakan di sini tidak boleh dinyatakan...

Cuba Yang Berhormat Beruas saya duduk sini sudah ulang balik, ulang balik.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Single pricing maksudnya kita tidak boleh...

Kontroversi. Ada kontroversi barukah?

Yang Berhormat Menteri.

Nanti, nanti. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Beruas ini kawan saya. Sebab itu saya hendak jelaskan. Orang Perak. Dia orang Perak. Orang Perak dengan orang Perak ini kawan... [Disampuk] Akan tetapi dia... Pameran harga. Kalau in English we put it single pricing policy. Single. Maknanya tidak ada dua, tidak ada tiga. Single. Solid one single. Bahasa Melayu terangkum. Rangkum semua. Okey? Itulah maksud yang sebenarnya. Simple explanation. Single, tidak ada dua atau tiga. Maknanya yang di pamer itu single, yang dibayar single. Itu maksudnya tidak boleh lagi dia tulis situ satu harga, bila hendak bayar dia kata ada service charge, ada GST lagi tidak boleh sebab dia sudah masukkan bila dia pamerkan harga. Itu maksud single pricing.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi dalam pameran itu boleh tulis GST berapa tak? Boleh kah tidak boleh? Itu sahaja. Memang kalau saya ini bodoh, memang saya hendak penjelasan. Harga itu boleh ditulis GST enam peratus berapa tidak? Boleh kah tidak boleh? Itu sahaja. Simple question.

Yang Berhormat Menteri.

Dia macam ini. Saya minta maaf nanti Yang Berhormat Jelutong kata bodoh lagi. Yang Berhormat Jelutong yang kata, bukan saya tidak kata Yang Berhormat Beruas- saya orang Perak, you- tidak akan timbul masalah ini. Saya hendak jelaskan. Contoh single pricing maknanya the last price yang dibayar. Atas itu dia hendak tulis hendak tulis apa lah dia hendak jual orang kah hendak jual apa kah itu dia punya fasal dia tulis masuk charge itu dia punya fasal. Yang pentingnya, harga akhir itu mestilah harga yang dibayar. Itu sahaja. Kalau dia tidak mahu pamerkan semua, cuma dia kata dia jual Yang Berhormat Beruas dengan harga RM100, jadi pembeli bayar RM100. Dia tidak kira yang dalam-dalam itu charge berapa, dia tidak payah. Itu pun boleh. Jadi maknanya terpulanglah dia hendak letakkan ABCD akhirnya RM100 ataupun dia tidak letak ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dia jual RM 100. Terpulang. Yang penting kepada kita...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih, baru jelas sekarang.

Okey, alhamdulillah. Alhamdulillah you tell your Jelutong friend.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tadi pusing-pusing tidak jawab, sekarang baru jawab. Sebab itu kita keliru. Single pricing ini mesti jelas...

Okey. Sudahlah tu. Sudah, okey? Apa pula lagi ini?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya tentang single pricing ini. Yang sekarang apabila kita booked hotel online, harga yang dipaparkan ialah let say RM400 tetapi di sana ditulis exclude service charge dan exclude GST. Jadi semasa kita bayar kita perlu bayar RM400 plus 10 percent plus 16 percent. Maksudnya kita hendak bayar RM466.40. Jadi selepas pindaan ini adakah setiap harga yang dipaparkan dalam online atau di mana-mana hotel perlu dipaparkan RM 466.40 dan apabila kita dapat resit baru mereka breakdown harga itu, GST dan service charge? Dan bagaimana jika harga ini dipaparkan dalam online kalau cukai pelancongan dilaksanakan? Adakah mereka (tourist) datang ke

Malaysia mereka booked hotel online, adakah mereka akan mendapat harga ini atau cukai pelancongan perlu dibayar berlainan? Saya minta penjelasan. Thank you.

Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Lanang. Selepas sahaja kita luluskan ini, sebab ramai daripada sebelah sana pun sokong-sokong tadi, jadi saya sudah kira memang luluslah kecuali cakap lain, buat lain. Jadi apabila itu, maknanya, selepas ini, apabila dia tulis dalam website dia, harga satu malam RM400. Dia bayar RM400. Tidak ada lagi caj-caj lain. Jadi selepas kita luluskan ini, saya akan menjemput semua mereka dalam industri perhotelan ini untuk berjumpa dan saya berikan the grace period supaya mereka selepas ini buat website itu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh kita bersama. Yang Berhormat Lanang bersama dengan saya. Itu maksudnya. Faham? Okey. Terima kasih. Jadi saya teruskan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya dengan unit pricing, sama macam Yang Berhormat Kelana Jaya. Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. So, tadi pun saya berjumpa dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Dia kata, “Macam mana Dato’? Can you do this?” Saya hendak maklumkan kita sedang buat kajian. Masalahnya kita susah sedikit hendak buat unit pricing ini. I give you one example, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Contohnya Milo. Ada Milo yang jual dalam sachet, ada Milo yang jual dalam plastic bag, ada Milo yang jual dalam can, dalam tong. Kalau kita hendak buat unit pricing, it is based on weight tetapi dengan can, dengan harga yang berbeza ini menyebabkan ada kekeliruan yang berlaku. Maka sebab itu kita hendak kajian ini diberikan dengan lebih terperinci dan kita hendak secara detail-nya nanti, dalam can apa ataupun kita keluarkan daripada bottling, semua ini kita akan ambil dan apabila sudah dapat kepastian, kita akan bawa sini. Insya- Allah. I mean, this is a good- salah satu suggestion yang baik. Oleh sebab itu saya sudah ambil kira dan telah pun kita bincang. Perkara ini sebenarnya dalam perbincangan kita. Cuma hendak bawa di sini ini, kena ada kepastian, kena betul-betul. Kita tidak mahu esok ia buat lain, berlaku lain. Sebab itu kita akan buat kajian dengan terperinci, ya Yang Berhormat Kelana Jaya? Terima kasih. Kemudian, Yang Berhormat Kulai. Is Yang Berhormat Kulai here? Tidak ada, tidak mengapa sebab dia pun keluar topik. Jadi saya akan bincang dengan dia lain. Isu ini isu lain. Kita akan bincang bersama dengan Yang Berhormat Stampin pun bangkitkan isu ini. Kita bincang. Ini tidak masuk dalam topik untuk pengiklanan. Ia berbeza, ya? Yang Berhormat Lipis. Tahniah kepada Yang Berhormat Lipis kerana faham bahawa isu ini yang sebenarnya very simple cuma hendak berikan supaya kuasa pengguna itu, gerakan pengguna itu diberikan lagi pendidikan dan sebagainya, insya- Allah. Inilah yang kita lakukan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Lipis dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang kita lakukan hari ini ialah pegawai-pegawai saya telah pun buat, tiap-tiap pegawai akan turun pergi ke sekolah beri ceramah untuk beritahu kepada mereka hak pengguna, apa kuasa yang mereka ada. Itu di peringkat sekolah lagi. Kemudian di peringkat universiti. Semua pegawai saya yang berada di ibu pejabat juga turun ke bawah dan berikan ceramah. Ada dialog bersama dengan mahasiswa untuk mereka juga memahami bahawa akhirnya nanti apabila mereka sudah menjadi pengguna yang bebas dalam negara kita ini, dia sudah boleh faham akan hak, akan kuasa mereka dan kita menggalakkan mereka ini supaya menjadi ahli Friends of KPDNKK. Jadi terima kasihlah kepada Yang Berhormat Lipis. Cuma saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Lipis, memang durian ini, dia banyak jenis durian. Sudah tentu harga pun berbeza daripada satu durian dengan durian-durian yang lain. Jadi saya tidak boleh kawal durian mesti harga ini. Tidak boleh. Itu yang sebenarnya. Insya-Allah. Kemudian Yang Berhormat Limbang ada tanya tentang barang yang dijual di Brunei. Macam mana barang yang dijual di Limbang, mereka kata, “Engkau hendak beli, beli. Kalau tidak mahu beli pun tidak mengapa sebab ini kita jual untuk orang Brunei”. Kalau Yang Berhormat Limbang merasakan ada kesalahan dari segi anti-profiteering, laporkan kepada kita. Insya-Allah akan kita ambil tindakan. Tentang Yang Berhormat Kuala Krai. Bagaimana hendak memperkasakan pengguna? Sama ada resit atau pecahan kita keluarkan dalam resit? Saya hendak jelaskan. Memang resit seperti yang ada sekarang ini, tidak boleh ada beza lagi. Resit yang sama. Kalau dia keluarkan itu, apa sahaja yang dijual, resit yang ada hari ini dengan resit selepas kita luluskan ini pun, masih lagi akta yang sama.

Boleh? Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan tahniah kepada kementerian sebab saya difahamkan untuk dasar harga terangkum atau single price pricing ini, kementerian akan buat dua sektor atau dua industri yang spesifik dulu. Ini amat baik sebab bagi saya, kalau kita buat secara blanket, keseluruhan, mungkin ada kekeliruan. Jadi saya komen ‘commend’ or puji keprihatinan kerajaan untuk buat sektor-sektor yang telah dikonsultasi dulu. Dengan adanya consultation ini maknanya ada perbincangan. Seperti tadi kata peniaga-peniaga. Peniaga ini kadang-kadang kita terlebihlah, kita kata seolah-olah peniaga ini tidak baik. Ini pun tidak boleh juga sebab peniaga ini pun sebahagian daripada kita. Kita hendak jaga pengguna. Peniaga pun kita hendak jaga juga. Jadi apabila ada konsultasi ini akan mengurangkan perbezaan. Kalau kefahamannya tinggi dan kita buat dua dulu sektor, saya difahamkan hotel dan F&B, maka dengan ini, kita akan dapat lihat pelaksanaannya dan kemudian akan diaplikasikan sektor-sektor lain. Ini akan memudahkan lagi pelaksanaan. Ini baik untuk rakyat, mengurangkan kekeliruan. Saya juga hendak sebut Yang Berhormat Menteri, takrif RUU ini Yang Berhormat Menteri, saya ingat single price pricing ini ada yang cerita monopolistic, duopolistic. Saya ingat ia terbit dari perkataan “single price pricing policy” ini sebab dia ingat single price, satu harga yang ditetapkan. Jadi dia confused antara kawalan dan juga single price tetapi kalau ditengok daripada bahasa Melayu, bahasa Malaysia kita, dasar harga terangkum. Terangkum maknanya inklusif. Kita sudah kira semua sekali itu. Jadi letak satu harga sahaja. Harga itu, is what you- kalau bagi pengguna, what I see is what I pay, dengan izin. Apa yang kita lihat, harga itulah kita bayar. Untuk peniaga pula, to be fair to them, apa yang saya display, pamer, itu yang you kena bayar. Jadi dia kena ada mutual sebab antara peniaga dan pengguna, kita kena ada mutual. Saya rasa peniaga ini pun they want to be a good peniaga. Dia rasa ada tanggungjawab. Apabila ia harga RM100, itu you bayar. Dia pun seronok, pengguna pun seronok. Tidaklah semua peniaga apabila kita bagi itu, dia rasa, “Wah! Aku kena tipu”, dan pengguna-pengguna keluar pula kata, “Aku kena tipu pula”. Saya rasa zaman ini sudah habis. Rakyat Malaysia bertanggungjawab. Kita minta peniaga pun ambil ini sebagai satu pride on their side dan pengguna, pembeli pride on their side as well, mutual. Saya setuju dengan Yang Berhormat Beruas. Dia cakap fasal harga itu, saya faham tetapi takrifan single price ini ada sedikit mengelirukanlah. Akan tetapi kalau you tengok dasar harga terangkum, itu lebih jelas. Untuk pameran sahaja. What you see is what you pay. Kalau peniaga pula, what I display is what you pay. What I will receive. Jadi saya minta itu mungkin di brandingkan dengan lebih jelas lagi Yang Berhormat Menteri. Kedua, saya ucap tahniah tadi sebab dengan pendekatan yang baik ini, consultation, segmentation, ini semuanya saya ucap tahniah, prihatin dan ini akan memudahkan lagi pelaksanaan. Saya harap pelaksanaan ini sebenarnya, pada dasarnya amat baik. Amat-amat baik. Ada kekeliruan sedikit. Satu lagi tadi saya cakap. Contoh Yang Berhormat Menteri ada ‘A’, ‘B’, ‘C’, or empat syarikat. Jual perkara yang sama. Semua empat-empat sudah masukkan harga GST. Yang ‘A’ jual RM100. Kedai ‘B’ jual RM90. Kedai ‘C’ jual RM80. Penjual ‘D’, Yang Berhormat Beruas ‘D’ RM50. Jadi ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ semua sama. Semua sudah bayar tetapi sudah tentu pengguna ada pilihan. Dia tidak rasa tertipu lagi, satu. Akan tetapi kalau misalnya Yang Berhormat Beruas jual RM50, kita ramai-ramai beli dekat Yang Berhormat Beruas. Dia ada most price competitive tetapi kalau misalnya benda itu RM100, tiba-tiba Yang Berhormat Beruas jual RM20, nanti kita pelik juga. Macam mana Yang Berhormat Beruas boleh jual RM20? Itu saya ingat, akta itu bagus sebab kita boleh, penguat kuasa tengok. Bukan Yang Berhormat Beruas lah, orang lain, dia jual murah sangat. Kenapa ini? Mungkin sudah expired kah. Mungkin dia salah letak harga kah atau mungkin seludup kah? Dengan cara ini, tatacara ini, kita ada mekanisme hendak protect pengguna juga dan protect penjual, both sides. Jadi saya ingat ini boleh dibrandingkan dengan baik. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, saya sedikit? Yang Berhormat Menteri. Sedikit. Sedikit.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Yang Berhormat Setiu.

Yang Berhormat Menteri, ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya dasar harga terangkum ini, seolah-olah

kita hendak sorokkan GST. Ada yang dakwaan-dakwaan begitulah. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri.

Adakah sistem yang sedia ada iaitu berkenaan dengan point of sales itu dikekalkan? Bermakna, dia kena keluarkan invois yang bercetak dan bersiri. Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, satu sentence, clarification

Yang Berhormat Beruas, tadi pun satu sentence, ini satu sentence lagi.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tadi apabila sudah ditanya- memang untuk dapat penjelasan...

You know, when I say that you are my friend, doesn’t mean that I have to be with you all the time...

[Dewan ketawa]

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

No, kita mahu clarification supaya kalau akta ini diluluskan, tidak ada kekeliruan, niat satu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi kita kata single pricing system. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah salah kalau saya pamerkan harga sesuatu barang dengan RM100, ada regular customer, kawan yang datang, saya jual RM90. Maksudnya, sungguh saya pamerkan kepada orang ramai, mereka datang beli RM100, kawan datang atau regular customer, kita jual RM90. Jadi, bolehkah di katakan saya menjual lebihan harga kepada customer biasa? Hendak dapat penjelasan.

Pertama, saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kota Tinggi kerana faham tentang isu ini. Betul, isu ini kita sudah bincang dengan bermacam-macam industri, persatuan dan akhirnya kita buat keputusan. Insya- Allah selepas kita luluskan ini, hanya dua sahaja, industri perhotelan dan juga restoran ataupun F&B yang akan kita masukkan dahulu buat masa ini. Yang lain kita dalam perbincangan sebab ada juga tadi yang membangkitkan tentang penerbangan, banyak sektor penerbangan dan yang lain-lain itu akan kita mula masukan satu persatu selepas segala keputusan, segala tindakan, segala regulation yang kita hendak lakukan itu, relevan kepada industri masing-masing. Insya-Allah kita akan lakukan. Kedua, tentang apa yang di tanyakan oleh Yang Berhormat Beruas. Kata hendak bagi diskaun, apakah dia salah kerana orang lain dia jual RM100, tiba-tiba dia bagi diskaun RM90. Saya sudah kata Yang Berhormat Beruas, your girlfriend, you want to give her free, itu you punya pasal lah, kita tidak marah, dont worry. Akan tetapi masalah kita, jangan jual lebih daripada yang dipamerkan, itu sahaja, so itu. Jadi, Yang Berhormat Setiu pula kata ada dakwaan yang mengatakan ini kita hendak menyorokkan GST. Saya hendak maklumkan di sini bahawa kementerian saya, KPDNKK adalah kementerian yang menjaga undang-undang anti-sorok. Jadi, tidak ada benda yang kita sorok. Kalau sorok, maknanya salahlah undang- undang kita. Kita melakukan pengawal selia untuk anti-sorok dalam negara kita ini. Jadi, semua perkara yang kita lakukan tidak ada sorok. Kemudian, ramai, Yang Berhormat Temerloh, benda yang sama telah pun saya jawab. Cuma Yang Berhormat Limbang, ada bertanyakan bayar cash dengan kredit kad. Semalam ada tanya itu, adakah ini menyebabkan perbezaan? Saya hendak maklumkan di sini, selepas ini dia mesti bayar apa yang dipamerkan sama ada dengan kredit kad atau tunai, itu lah jumlah yang kena dibayarkan. Begitu juga dengan soalan Yang Berhormat Parit Sulong.

Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Wangsa Maju, tanya tentang bagaimana pula dengan consultant yang- itu consultant yang bayar GST dan sebagainya. Itu isu lain, sama ada dia bayar dulu, bayar kemudian, itu isu lain. Itu boleh kita tanyakan dengan Kementerian Kewangan nanti tentang pembayaran GST kepada consultant, tidak ada kena-mengena dengan kementerian saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada point bila bayar dengan kredit kad itu. Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga setelah harga itu, harga yang dipamerkan tetapi dia mengenakan caj dua peratus atau tiga peratus kerana

menggunakan kredit kad? Jadi, dalam keadaan ini, apakah benda ini boleh dilakukan dan bagaimana tindakan kementerian kepada peniaga jenis ini?

Kredit kad sebenarnya adalah merupakan akta yang dijaga, dikawal selia oleh Bank Negara. Maknanya, sesiapa yang menggunakan kredit kad sepatutnya tidak bayar lagi lebih daripada itu. So, dia boleh buat complain, aduan terhadap mereka yang melakukan. Kepada kita, dia tidak boleh bayar lebih, maknanya kalau dia sudah pamerkan RM100, tiba-tiba you bayar lebih daripada RM100, dia masukkan caj lain. Bermakna, dia melakukan kesalahan. Oleh sebab dia sebut pula lagi caj kredit, itu maknanya melakukan kesalahan. Itu ya, Yang Berhormat Kota Raja.

Begini, di dalam caj bila keluar itu memang ia masuk two percent, harga begini, dia kata saya di caj oleh bank another two percent for using the credit card. Jadi, harga yang akhirnya timbul adalah total.

Saya faham Yang Berhormat Kota Raja. Cuma maknanya, yang you sepatut bayar RM100 tetapi dia caj lagi, kredit caj. Jadi maknanya, yang di pamerkan dengan you bayar sudah berbeza. You boleh buat aduan kepada kita, itu maksud yang saya katakan tadi. Kemudian, Yang Berhormat Sungai Besar, dua perkara penting yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar. Katanya, tentang satu, pamer dan iklan, satu lagi kuasa pengawal. Itulah yang kita telah jelaskan seperti awal-awal tadi. Pamer, iklan, semua itu kita rangkumkan harga. Insya-Allah kuasa pengawal yang kita berikan itu adalah untuk membantu pengguna, bukan untuk mengambil kuasa daripada sesiapa tetapi adalah kerana untuk membantu. Begitu juga dengan perkara penting yang diminta supaya ramai daripada kita menjadi friends kepada KPDNKK. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Besar, kerana inilah yang menjadi masalah dengan kementerian saya. Penguatkuasaan dengan pegawai-pegawai yang ada hanya 2,600 orang semuanya. Tenaga untuk kita hendak kawal semua undang-undang, semua perkara-perkara di bawah kementerian saya ini banyak, besar. Jadi, 2,600 orang ini tidak mencukupi. Saya hendak supaya ramai-ramai menjadi friends of KPDNKK. I want terutamanya, insya-Allah Yang Berhormat Beruas menjadi rakan kepada KPDNKK, okey? Insya-Allah. So, saya akan bagi borang, so you be one of them. Siapakah yang berkuasa untuk melantik pengawal? Saya hendak jelaskan sini, dalam akta menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri boleh melantik pengawal. Kemudian, Yang Berhormat Pokok Sena bangkitkan bermacam-macam isu, termasuklah isu seolah-olah hendak menyorokkan daripada pamerkan GST. Itu saya sudah jawab tadi bahawa sebenarnya tidak ada kita hendak sorokkan. Kemudian ada yang membangkitkan isu krim. Saya hendak maklumkan, isu krim itu lain. Saya tidak mahu menjawabnya. Yang Berhormat Kapar ada membangkitkan tentang bagaimana hendak menjamin supaya peniaga tidak menipu. Saya hendak maklumkan, dalam dunia hari ini yang hendak menipu tetap menipu, macam mana undang-undang sekali pun dia tetap menipu. Jadi, ketelusan yang macam mana yang kita hendak lakukan, ketelusannya adalah yang dipamerkan itu, itu yang kita bayar. Kalau dia suruh bayar lain daripada yang dipamerkan, buat aduan dan kita akan pastikan mereka akan ambil tindakan. Bagi maksud 10C, kata pasal apa ini untuk kajian? Maknanya, mekanisme sebelum ini bagaimana? Saya hendak jelaskan di sini. Sebenarnya, sebelum ini pun kita ada, cuma hanyalah mengikut kadar yang dipamerkan sahaja. Akan tetapi hari ini yang kita hendak lakukan bukan itu, kita hendak supaya dia bagi lebih detail daripada ada yang ada. Jadi, analisis yang lebih detail daripada analisa yang kita lakukan pada hari ini, itu yang lebih mustahak, ya Yang Berhormat Kapar. Kemudian tentang pandangan daripada Ketua Audit. Saya hendak jelaskan di sini, tidak ada masalah tentang isu ini. Itu hanya isu kecil kerana pegawai pemantauan harga ini adalah merupakan yang kita bayar secara kontrak. Jadi, kadang-kadang orang secara kontrak, duduk dalam-dalam ini, di Sarawak. Sebenarnya, hendak pergi jauh, hendak pergi memantau harga. Jadi, kadang- kadang mengambil masa tiga hari, masa tiga hari dia balik ke ibu pejabat dia. Itu kadang- kadang lewat, itu masalah yang dilakukan. Kita telah pun mengambil tindakan ini, jadi di sini tidak ada masalah yang sebenarnya.

Kemudian, program penyeragaman harga. Sama ada berjaya ataupun tidak. Insya-Allah, selama ini berjaya kerana harga tidak lagi jauh gap di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini yang kita lakukan.

Begitu juga dengan Yang Berhormat Gopeng yang telah pun bertanyakan tentang sama ada detil itu harus kita berikan dalam label ataupun tidak. Saya sudah jelaskan dengan Yang Berhormat Beruas tadi, masa kita hendak pamerkan itu, dia hendak bubuh detil pun boleh, dia tidak bagi detil pun boleh. Akan tetapi harga akhir, the total itu yang mustahak- yang dipamerkan. Yang atas itu dia hendak masukkan atau dia tidak hendak masukkan, tidak menjadi kesalahan. Yang penting, dipamerkan harga yang pengguna mesti bayar. Kemudian Yang Berhormat Pasir Puteh, benda yang sama dan begitu juga dengan Yang Berhormat Bukit Katil, bagaimana dengan peniaga yang rakus, yang menipu. Kita akan mengambil tindakan kalau dia melanggar undang-undang yang kita berikan. Breakdown repricing seperti yang Yang Berhormat Kapar bangkitkan tadi pagi, saya sudah jelaskan bahawa pamer dengan resit mesti sama, akhirnya jumlah yang dibayar mesti sama. Jadi sama ada pamer itu detil, resit yang detail- saya hendak maklumkan, resit seperti yang ada sekarang ini. GST dia tulis situ, caj lain, apa saja ada dalam resit. Yang dipamerkan itu kalau dia tidak hendak tulis pun tidak apa, asalkan bayarannya dengan yang dipamerkan itu sama. Kemudian Yang Berhormat Sekijang...

Yang Berhormat, berkenaan dengan soalan saya yang bertanya tentang kes-kes yang dilaporkan ke kementerian Yang Berhormat dan juga bilangan kes yang dibawa atau dirujuk ke mahkamah untuk tahun 2016. Saya minta jasa baik Yang Berhormat bagi saya jawapan bertulis sekurang- kurangnya. Terima kasih.

Insya-Allah. Tentang Yang Berhormat Sekijang, apa yang dibangkitkan adalah seperti jawapan yang telah diberikan lebih awal. Tahniah kerana mahu melihat undang-undang yang kita lakukan ini memberikan keadilan kepada pengguna. Itulah yang kita hendak berikan dan tidak akan ada caj yang tersembunyi, insya-Allah. Dan FOK itu akan kita berikan lagi pengajaran-pengajaran dan, insya-Allah, kita akan bagikan authority kepada Friends of KPDNKK untuk menetapkan kedai-kedai yang mana yang menjual harga patut dan kita berikan label di mana FOK yang akan menentukannya nanti, insya-Allah. Online business, saya hendak maklumkan memang dia kena letak harga dan dia tidak boleh lari daripada apa yang kita luluskan pada hari ini. Tidak ada caj tersembunyi sebenarnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut. Yang Berhormat Pengkalan Chepa minta supaya tindakan pemantauan itu biarlah penguatkuasaannya begitu baik sekali. Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik tapi manusia tetap manusia. Ada orang yang melakukan kesalahan, ada orang yang cuai. Ini adalah kerana kecuaian- apa yang berlaku. Bukan kerana kehendak tapi mungkin circumstances, keadaan yang menyebabkan sesuatu perkara berlaku. Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi yang mengatakan dari segi sudut agamanya, dia bagi kaedah tadlis. Saya hendak maklumkan memang itu sesuatu yang kita hendak practice iaitu tentang definisi gharar yang sebenarnya. Bukan tadlis itu tetapi ketelusan itu yang jelas yang akan kita pastikan. Begitu juga dengan kedudukan pengawal atau penolong pengawal. Kita hendak mereka melakukan sesuatu yang lebih baik dan tidak ada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekeliruan ataupun melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang ada. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya bersetuju, seperti apa yang dikatakan Presiden Amerika pada tahun 1992, semua kita pengguna. Ini adalah sama ada kita yang mempengaruhinya atau kita dipengaruhi dalam ekonomi negara kita sendiri. Maka kalau kita dapat bersama, kita yang memastikan bahawa kedudukan ekonomi kita ini sama ada kita yang menentukannya atau orang lain yang menentukannya. Terpulanglah untuk kita bekerjasama dan tidak merosakkan imej negara, tidak merosakkan macam-macam perkara yang boleh menyebabkan juga keadaan ekonomi kita terumbang-ambing. Jadi, falsafah yang kita lakukan ini adalah sesuatu keadilan yang kita berikan, satu peluang yang kita berikan, peningkatan untuk pertumbuhan ekonomi semata-mata melalui undang-undang yang kita berikan dengan lebih jelas kepada rakyat dalam negara kita. Tahniah dan syabas. Kemudian, Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Pandan nanti saya jawab akhir sekali. Banyak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pandan. Saya akan jawab yang akhir sekali.

Yang Berhormat Bagan Serai, tidak mahu pengguna tertipu, maka sebab itu akta ini baik. Tahniah, syabas seperti apa saya telah jelaskan tadi. Begitu juga dengan Yang Berhormat Bukit Katil, Yang Berhormat Pendang dan banyak daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong supaya kita lakukan ini dengan secara yang lebih baik. Alhamdulillah, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya hendak jelaskan apa yang Yang Berhormat Pandan ingin kita buktikan kepada negara. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pandan. Buat pertama kalinya dia sokong akta yang saya bawa, walaupun dengan kaedah, walaupun dengan cara mengatakan seolah- olah dasar ekonomi yang dibawa oleh kerajaan ini tidak baik. Saya hendak jelaskan di sini sebenarnya pengurusan ekonomi yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang begitu baik sehinggakan apa yang penting kepada kita adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan dengan baik supaya semua peniaga, semua rakyat yang ada dalam negara kita ini dapat menikmati segala apa pengurusan yang kita berikan. Contoh, daripada performance review yang telah pun diberikan, banyak- World Bank, IMF, rating agency- menunjukkan bahawa kita dapat menguruskan ekonomi kita dengan begitu baik sekali. Kita telah memastikan dari segi pengurusan financial kita, dari segi pengurusan monetari, kita pentingkan supaya apa yang kita lakukan ini adalah semata-mata untuk mengukuhkan ekonomi negara kita, tidak boleh sehingga tidak menyebabkan apa yang dikatakan oleh ramai pembangkang seolah-olah negara kita akan menjadi sebuah negara yang bankrap. Kita telah memastikan untuk kita berikan tenaga domestic investment. Kita berikan peluang untuk menentukan capital market kita bertambah baik. Kita hendak menentukan supaya ada improvement dari segi infrastructure. Kita hendak memastikan juga dibuat promosi keluar negara untuk ramai investor datang ke negara kita. Kita hendak berikan prioriti untuk menentukan produktiviti dalam negara kita ini. Inovasi dan green technology yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang berbeza dengan negara- negara lain. Kita hendak menentukan juga empower dari segi human capital, hendak memastikan juga segala apa yang kita lakukan ini bukan hanya prioriti kepada satu pihak, tetapi semua pihak. Inklusif. Begitu juga sama ada dari segi bumiputeranya, daripada kumpulan-kumpulan yang lainnya. Inilah yang kita hendak pastikan. Begitulah juga untuk memastikan daripada kedudukan cost of living, bagaimana hendak memastikan mereka B40 diberikan peluang-peluang yang tertentu, berikan BR1M. Segala apa yang kita lakukan ini adalah membuktikan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang adil untuk mempertahankan dan memberikan kekuatan ekonomi dalam negara kita... [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua, dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNFasal-fasal 1 hingga 3 – Tuan Pengerusi · Kuala Krau

Ada yang hendak bahas? Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon kepada kerajaan agar seksyen 10B yang hendak ditambah ini dipinda supaya mencerminkan apa yang telah Menteri tadi beri jawapan. Ini kerana apabila kita pergi ke mahkamah, mahkamah akan mentakrifkan sesuatu undang-undang mengikut perkataan yang termaktub dalam undang-undang itu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Memandangkan kalau saya sebagai seorang peguam dan juga ramai lagi lain- lain kawan boleh berpendapat bahawa dengan pembacaan peruntukan yang dicadangkan ini boleh memberi satu anggapan bahawa harga yang hendak dipamerkan mestilah satu harga sahaja. Maksudnya harga itu mestilah telah merangkumi atau memasukkan dalam harga atau caj itu semua cukai, duti dan caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu. Perkataan itu seakan-akan memestikan harga yang ditetapkan itu sudah merangkumi. Tidak boleh diberikan butiran-butiran lain. Kalau boleh, penjelasan ini dinyatakan dengan jelas supaya tidak ada keraguan. Kalau saya membaca pertama kali sebelum Menteri memberi penjelasan, ia seakan-akan kalau kita memberikan harga asal sesuatu barangan, campur semua caj-caj cukai yang lain, ia menjadi satu kesalahan. Akan tetapi Menteri kata itu tidak menjadi satu kesalahan. Jadi kalau perkataan sedemikian ini boleh dipinda untuk lebih jelas, adalah lebih baik sebelum kita meluluskan undang-undang ini. Kalau tidak nanti akan dipertikaikan di mahkamah pula. Ini kerana kita badan tertinggi penggubal undang-undang. Undang- undang itu mesti jelas supaya tidak dipertikaikan. Kalau undang-undang itu tidak jelas, maksudnya kita sebagai penggubal undang-undang, kita sudah gagal dalam tanggungjawab dan tugas kita. Itu sahaja penghujahan saya. Harap saranan saya ini dapat diterima. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Kapar. Selepas Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada dua soalan ringkas sahaja. Pertama berkenaan dengan 10B, seksyen 1 di mana berbunyi jika dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan yang ditetapkan oleh Menteri. So, saya minta Yang Berhormat menerangkan apakah ini bermaksud ada pengecualian diberikan oleh Menteri untuk seksyen 10B sebab di sini tertera bahawa jika ia ditetapkan oleh Menteri. Apa klausa ini dan minta penjelasan supaya kita senang memahaminya nanti. Seterusnya Bahagian II adalah saya memahami bahawa rang undang-undang ini dipinda untuk diselaraskan dengan seksyen 9 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan di bawah tajuk pengenaan dan skop cukai seperti seksyen 9 subseksyen (5). Di sini ada satu pengecualian seksyen 9 subseksyen (7). Akan tetapi sebenarnya seksyen 9 subseksyen (6) dan subseksyen (7) kena baca sekali. Saya maksudkan seksyen 9 adalah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 di mana seksyen 9 subseksyen (6) berbunyi, “Mana-mana orang berdaftar boleh memohon kepada Ketua Pengarah dalam bentuk atau mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk dikecualikan daripada mempamer, mengiklan, menyiar atau menyebut harga mengikut apa-apa cara harga itu termasuk cukai yang boleh dikenakan”. Seksyen 9 subseksyen (7) pula mengatakan bahawa, “Ketua Pengarah boleh meluluskan secara bertulis sesuatu permohonan yang dibuat di subseksyen (6)”. Ini berkaitan dengan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan yang telah dimasukkan ke sini. Persoalan saya adalah, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk mengecualikan barang? Adakah skop-skop atau garis panduan telah dikenal pasti? Sebab kita sudah ada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan dan diaplikasikan sejak tahun 2014. So, sepatutnya sudah ada contoh-contoh dan senarai. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih pertamanya kepada Yang Berhormat Beruas. Ayat Yang Berhormat Beruas tanya itu pun sepatutnya sudah faham. Sebab dia guna perkataan merangkumi. Betul, dia rangkum kepada semua itu kita rangkumkan. Jadi tidak timbul masalah ini sebenarnya. Memang jelas, ia masukkan semua caj. Kalau dia terlupa masukkan, dia sudah pamerkan, dia terlupa. Jadi masa pengguna hendak bayar kata, “Eh! Saya terlupa hendak masukkan ini”, tidak dibenarkan lagi. Mulai selepas itu dia kena tukarlah yang dipamerkan. Sebab yang dipamerkan itulah yang kena bayar, sebagai contoh. Itu contoh.

Keduanya Yang Berhormat Kapar bertanyakan tentang apakah perkara-perkara yang ditetapkan oleh Menteri. Saya hendak maklumkan, tadi saya sudah kata dalam perbincangan kita dengan banyak kumpulan, sektor, industri yang kita pasti hari ini hanya dua iaitu perhotelan dan juga restoran atau F&B itu masuk dan yang lain belum lagi. Itu maksudnya. Kita akan tetapkan satu persatu selepas ini, selepas kita luluskan akta ini saya akan umumkan yang inilah terima pakai dan yang lain itu satu persatu akan kita masukkan daripada semasa ke semasa. Soalan yang nombor dua tadi tahniah dan syabas kerana itu adalah soalan yang begitu baik sekali kerana banyak orang confused tentang exemption ini yang diberikan.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Minta laluan.

[Bangun]

Exemption yang diberikan ini adalah apabila kita dapati sesuatu katalog yang ditunjukkan dan dipamerkan itu selalunya antara peniaga dengan peniaga. Dia tidak ada di situ tentang GST dan sebagainya. Mereka selalunya berbincang tentang kos masing-masing. Itu berbeza daripada apa yang kita lakukan ini kerana pembayaran peniaga itu adalah pameran yang lain. Katalog juga adalah merupakan satu pameran tetapi oleh kerana peniaga, dia mesti mendapat pengecualian untuk mengeluarkan katalog yang sebegitu. Itu maksud yang sebenarnya. Persetujuan telah pun kita lakukan bersama dengan Jabatan Kastam mengikut Akta 762 ini. Terima kasih. Apa lagi?

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Saya nak minta laluan.

Yang Berhormat Tanjong saya ingat tidak payahlah pasal...

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Saya minta satu perkara saja.

Tuan Pengerusi. Saya tidak berapa suka apabila orang bangkitkan ayat yang saya tidak suka tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi. [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Assalamualaikum kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian saya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat kajian terhadap isu pengiklanan dan paparan harga yang mengelirukan susulan daripada aduan yang diterima daripada pengguna. Berdasarkan kajian dijalankan itu kementerian berhasrat untuk melaksanakan Dasar Harga Terangkum yang mana pengiklanan, pempameranan dan paparan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh suatu barangan atau perkhidmatan hendaklah merangkumi semua harga termasuk cukai, duti atau caj kerajaan serta semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Ini adalah mengikut akta yang telah pun kita bahaskan sebentar tadi. Kementerian berharap Dasar Harga Terangkum ini juga dapat memperkukuhkan aspek ketelusan harga barangan dan perkhidmatan yang dipaparkan serta persaingan yang

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

lebih adil dan sihat di kalangan peniaga. Ianya akan turut memberi manfaat kepada pengguna serta meningkatkan lagi hak kebajikan dan perlindungan pengguna. Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada kajian tersebut, Jemaah Menteri dalam mesyuarat bertarikh 11 November 2016 semasa menimbangkan memorandum daripada kementerian bertajuk, “Pelaksanaan Dasar Harga Terangkum” telah bersetuju supaya Akta Perihal Dagangan 2011 Akta 730 dikaji dan diperincikan bagi memastikan Dasar Harga Terangkum ini dapat dilaksanakan. Kementerian selanjutnya telah mengkaji semua akta dan peraturan di bawah seliaan kementerian termasuk perundangan berkenaan dengan percukaian. Hasil daripada kajian tersebut kementerian mendapati bahawa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 Akta 723 serta Akta Perihal Dagangan 2011 Akta 730 ini wajar dipinda bagi memastikan peruntukan berhubung pempameranan, pengiklanan, penyiaran atau sebutan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna hendaklah termasuk semua cukai, duti atau caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap apa-apa barang atau perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, Akta Perihal Dagangan 2011 ini digubal bagi tujuan untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta ini. Untuk makluman, Akta 730 belum pernah dipinda sejak ia mula berkuat kuasa pada tahun 2011. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 730 pindaan kepada Seksyen 15 Akta 730 perlu dibuat bersama-sama dengan pindaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan seperti yang kita lakukan sebentar tadi. Dalam hal ini kementerian telah mengadakan konsultasi dengan Persatuan Pengguna dan industri-industri berkenaan mengenai cadangan untuk menambah baik Akta 730 dan Akta 723 serta peraturan di bawahnya bagi pelaksanaan Dasar Harga Terangkum. Rang undang-undang ini juga telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara. Pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:- (i) meminda seksyen 2 dengan memasukkan tafsiran akta ini ke dalam Akta 730; (ii) meminda subseksyen 3(5) dalam teks Bahasa Kebangsaan dengan menggantikan perkataan “atau” dengan perkataan “dan” supaya selaras dengan teks bahasa Inggeris; dan (iii) meminda seksyen 15 seperti berikut: (a) seksyen 15 dinomborkan semula sebagai subseksyen 15(1) Akta 730 subseksyen 15(1) tersebut memperuntukkan bahawa jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang atau perkhidmatan disebut harga itu hendaklah melainkan jika ternyata sebaliknya disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain; (b) subseksyen 15(2) juga dicadangkan adalah untuk mengecualikan pemakaian subseksyen 15(1) kepada apa-apa perdagangan dan perniagaan ditetapkan di bawah seksyen baharu 10B Akta 723; (c) subseksyen 15(3) yang dicadangkan adalah bertujuan untuk menghendaki orang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 Akta 762 untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pengawal selepas berunding dengan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais bagi maksud penyelarasan di antara arahan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais perkataan “pempameranan harga” yang menyentuh cukai barang dan perkhidmatan dengan garis panduan pengawal berkaitan pempameranan harga; dan (d) subseksyen 15(4) yang dicadangkan adalah bertujuan untuk memperuntukkan takrif Ketua

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Pengarah Kastam dan Eksais dan orang berdaftar yang disebut dalam subseksyen 15(3). Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian, kalau tidak terlepas sahaja macam itu. Nampaknya tidak ada orang hendak debate sangat perkara ini. Memang rang undang- undang ini memang berkaitan dengan pindaan yang telah kita luluskan tadi tentang isu yang samalah isu [Ketawa] Isu Anti-Profiteering, maaf. Ini sudah penat sedikit. Baik, saya cuma melihat satu isu sahaja tentang single pricing itu. Tadi kita sudah bincangkan dasarnya. Saya lihat di dalam fasal 4 dikatakan sini bahawa Director General of Customs and Excise untuk isu GST akan mengeluarkan satu guideline yang penjual-penjual, peniaga-peniaga kena comply. Saya minta kalau boleh itu minta Yang Berhormat Menteri berikan lebih detaillah sebab isu guideline ini terlalu luas, terlalu terbuka. Selain daripada isu itu– oleh kerana ini adalah tentang enforcement display, saya hendak tanya berapakah bilangan pegawai yang sebenarnya membuat enforcement kerja yang menguatkuasakan rang undang-undang ini? Berapa yang keluar menyemak pasar-pasar tentang isu labelling? Subseksyen to this issue ialah, berapakah kompaun yang telah dikeluarkan pada tahun 2016? Bagi perihal kelemahan penguat kuasa perihal perdagangan, berapakah bilangan pengguna yang telah membuat formal complainst terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab? Dengan izin, What are the total losses and complaints suffered by consumers at the hands of unscrupulous traders in 2016? Itu sahajalah untuk dasar ini kerana pindaan ini terlalu kecil, tidak ada isu, semua sudah kita debat sebelum itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada yang minat lagi?

Saya. Yang Berhormat Kota Raja sedikit pertanyaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya ingin penjelasan mengenai isu ini tentang harga terangkum. Tadi saya bangkitkan semasa melalui Yang Berhormat Tanjong tadi tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menjawab, ialah isu penjualan barangan melalui online. Isunya ialah harga yang diberi itu dan kemudian tidak ada sebelum ini tidak disebut GST, bermakna dia betul-betul harga terangkumlah ini sama ada dia kena GST atau tidak. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana regulasi penjualan online? Adakah syarikat-syarikat ini juga di bawah pengawasan Kastam dan Eksais kita? Syarikat– sebab penjualan itu kadang-kadang dia daripada syarikat-syarikat luar negara dan kemudian yang ada di negara kita hanyalah yang mengedar. Jadi saya cuba sebenarnya, dua barangan yang saya beli melalui online, tidak ada alamat syarikat, tidak ada invoice, tidak ada customer service dan tidak ada, banyak-banyak inilah. Harganya kadang-kadang sangat berlainan.

Saya compare Zalora misalnya harganya lain dan harga yang dijual melalui Facebook dan macam-macam lagi itu, adalah berlainan. Jadi ada perbezaan RM50, RM60 kadang-kadang di dalam penjualan satu barang itu, yang sama. Jadi adakah ini juga diambil kira oleh pihak KPDNKK ini? Sejauh mana penjualan online yang melibatkan syarikat luar negara yang hanya menggunakan perantara pengedar boleh menguntungkan negara kita? Adakah negara kita dapat daripada sedikit hasil daripada penjualan sebegini? Mungkin a little bit out of daripadanya. Akan tetapi, saya rasa hendak dapat Yang Berhormat Menteri susah. Terima kasih.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pindaan seksyen 15 di bawah fasal empat. Ini kerana di sini, kalau dirujuk kepada seksyen 15. Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang-barang atau perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah melainkan jika ternyata sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai dan duti kerajaan yang layak dan apa-apa caj lain. Akan tetapi di bawah fasal empat ini, dicadangkan untuk memasukkan satu peruntukan baru sebagai seksyen 15(2). Mengapa ini diwujudkan? Kemasukan seksyen ini seolah-olah bercanggah dengan prinsip dengan semangat kita pinda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan tadi. Mengapa kita masih hendak beri satu ruang untuk orang memanipulasikan undang-undang untuk kepentingan sendiri? Saya rasa ini tidak harus wujud. Tadi kita baru luluskan satu rang undang-undang untuk tidak membenarkan sesiapa untuk memaparkan harga yang tidak termasuk caj-caj yang lain. Akan tetapi kalau masuk seksyen 15(2) ini, ini akan memberi ruang untuk orang lain, pembekal atau peniaga memanipulasikan harga mereka. Saya harap pihak kementerian dapat mengkaji semula sama ada seksyen 15(2) ini adalah sesuatu yang wajar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, ada yang minat lagi? Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Bagan Serai? Tidak.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, tadi saya kurang jelas. Saya minta Yang Berhormat Kelana Jaya sebutkan semula. Minta maaf, Yang Berhormat Kelana Jaya.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Okey, tidak apa. Tidak apa, Yang Berhormat Menteri. Saya tanya soalan pertama itu tentang isu guideline di bawah seksyen 15 ini. Dikatakan sini, dalam perkara GST, guideline akan dikeluarkan oleh Director General dan peniaga-peniaga mesti comply. Saya hendak tanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri beritahu kita apakah guideline ini? Berilah kita sedikit klu ataupun syarat-syarat condition guideline. Tidak boleh kata blanket guideline macam itu. Jadi, kita boleh faham adakah GST ini akan dipamerkan atau tidak. Itu basic fundamental question. Yang lain itu ialah tentang performance of how many officers you ada yang buat kerja ini, berapa compound issue terhadap peniaga-peniaga dan lastly apakah kehilangan ataupun losses how many people complained kena tipu oleh peniaga dalam isu labelling. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kelana Jaya. Pertama, saya hendak jelaskan tentang apa yang dimaksudkan dengan guideline yang kita hendak dapatkan daripada kastam ini. Setakat yang berhubungan dengan seksyen 9 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] orang berdaftar hendaklah mematuhi apa-apa garis panduan yang berhubungan dengan pempameran— yang dikeluarkan oleh pengawal selepas berunding dengan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais. Maknanya, contoh tadi saya sudah kata kita hendak buat perhotelan dan F&B restoran. Bila kita sudah bincang nanti, kita kata seperti jawapan saya dalam akta yang sebelum ini, peniaga-peniaga, B2B. Dia ada katalognya dan kita hendak berikan exemption. Apa garis panduan yang hendak kita berikan. Kita akan duduk, bincang macam mana kriteria, apa kaedah semua sebelum dia mendapat exemption tadi. Itu yang akan kita berikan. Jadi, kita hendak pasti supaya akhirnya nanti peniaga faham. Dia hendak dapat exemption boleh untuk kepentingan peniaga dengan peniaga. Jadi, maknanya kita berikan keadilan kepada mereka yang sedang membincangkan produk-produk yang

mereka hendak jual dengan peniaga-peniaga yang lain. Itu sebagai contoh. Itu garis panduan yang akan kita umumkan nanti. Selalunya peraturan ini akan diumumkan selepas akta itu diterima. Kita tidak boleh sebut awal sebelum akta itu belum diterima lagi tetapi sebagai contoh, itulah yang akan kita berikan. Tentang bilangan pegawai, saya tadi telah maklumkan kita hanya ada lebih kurang 2,600 orang. Jadi, tidak cukup, Yang Berhormat Kelana Jaya. Yang Berhormat Kelana Jaya pun kena bantu saya. Kena jadi ahli Friends of KPDNKK. Borang saya bagi. Yang Berhormat Kapar dengan Yang Berhormat Kelana Jaya. Yang Berhormat Lembah Pantai, senyum. Kalau hendak pun saya bagi borang. KPDNKK. Bukan Barisan Nasional. KPDNKK, kementerian. Nanti ingat bila saya bagi borang, itu borang Barisan Nasional. Tidak, tidak, tidak. Saya hendak bagi borang Friends of KPDNKK. [Disampuk] Hendak jadi Menteri terus, Yang Berhormat Kuala Krai? Itu lambatlah. Akan tetapi... [Disampuk] Berapa bulan? Insya-Allah. Jadi, apa yang kita hendak lakukan adalah kerjasama. Sebab kalau kita boleh lakukan kerjasama ini, insya-Allah kita boleh bantu-membantu. Hendak jadi mata dan telinga. Contoh macam Yang Berhormat Kulai. Isu yang tidak ada kena mengena langsung dengan akta tadi tetapi ada kena mengena dengan masalah yang ditimbulkan oleh rakyat dalam negara. Dia jumpa dengan saya dan dia beri dokumen tebal... [Sambil menunjukkan dokumen tebal] ...untuk membantu pengguna-pengguna yang telah pun tertipu oleh syarikat dan dokumentasi ini akan saya gunakan hendak melihat sama ada boleh ataupun tidak kita selesaikan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai. Oleh sebab itu, saya cuba untuk memastikan dengan adanya 2,600 orang ini dapat menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan— banyak. Kita ada konsep National Blue Ocean Strategy sekarang ini. Kita akan bekerjasama dengan angkatan tentera (ATM), kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, kita akan bekerjasama dengan ketua-ketua kampung. Ini adalah untuk menambahkan lagi kepada mereka yang boleh membantu pegawai-pegawai saya di seluruh negara. Inilah yang sebenarnya yang ingin saya lakukan untuk mendapat pertolongan, bantuan mata dan telinga daripada rakyat untuk menjadikan gerakan kepenggunaan ini menjadi satu gerakan bukan hanya untuk sebelah pihak tetapi untuk semua rakyat yang ada dalam negara kita. Itu yang kita lakukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Menteri tidak sebut penglibatan RELA yang diumumkan. Ini kerana RELA bertanya dan juga melibatkan elaun-elaun perkhidmatan mereka ini. Apa kedudukannya sekarang?

Sebab itu saya tidak sebut, Tuan Yang di- Pertua. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua sudah tanya ini, saya kena jawab. Saya tidak mahu jawab RELA sebab allowance tadilah. Kalau sudah hendak kena bayar allowance yang banyak, baik kita lantik pegawai. Maka, sebab itu yang kita hendak lakukan adalah perbincangan supaya kos itu boleh membantu keseluruhannya. Itulah yang sebenarnya kita hendak lakukan. Bukan kerana tidak mampu tetapi kerana tidak mahu merugikan keseluruhan semata-mata hendak tahukan tentang kedudukan harga, hendak mengawal harga.

Itu sebabnya saya nak memastikan bahawa semua anggota yang bekerjasama dengan kita itu tidak menyebabkan penambahan dari segi kos untuk kita memastikan rang undang-undang itu dapat kita kawal selia dengan sebaik mungkin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, nampaknya sama di antara Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dengan Akta Perihal Dagangan. Bolehkah Menteri menjelaskan perbezaan antara dua akta ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari segi perihal dagangan itu, dia merangkumi semua barang yang didagangkan. Kalau kita dah masukkan dalam satu akta, akta yang tadi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan telah pun kita masukkan, maka dalam undang-undang ini juga kita kena ada enabler-nya supaya nanti tidak ada orang yang kata, saya tak ikut itu sebab Akta Perihal Dagangan ini boleh berikan exemption. Sebab itu kita hendak supaya ianya sama. Jadi dia tak boleh menggunakan salah satu untuk mengelak daripada diambil tindakan sekiranya mereka menyalahgunakan daripada segi pameran harga, semua itu. Maka sebab itulah kita hendak supaya ianya dapat dengan lebih jelas.

Jadi tak ada lagi kekeliruan sama ada hendak menggunakan Akta Perihal Dagangan ataupun nak menggunakan akta yang telah pun kita luluskan tadi, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Jadi, kita hendak seimbangkan. Semuanya tidak boleh ada loophole lagi, tidak ada lubang-lubang yang boleh mengelak daripada peniaga menyalahgunakan mengikut undang-undang yang sedia ada. Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey.

[Ketawa] . Kemudian tentang apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya. Berapa kompaun. Kompaun ini, saya akan jelaskan, akan saya berikan melalui bertulis.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih, terima kasih.

Ini kerana mengikut Akta Perihal Dagangan itu macam-macam. Jadi, kompaun yang mana? Jadi, saya nak jelas Yang Berhormat Kelana Jaya. Adakah kerana tentang pengiklanan sahaja ataupun on the whole.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Labelling. Isu labelling lah. Saya faham Menteri Azalina tak sampai lagi [Ketawa] . Jadi kita fahamlah semua ini. Tak apa, kita tarik sikit.

Cantik cara tari tarik-tarik tali ini, hebat. [Ketawa]

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Kalau kita tarik cepat sikit, boleh balik awal sikit tak?

Saya tak faham.

Saya boleh menyelamatkan sebab saya nak bahas jawatankuasa.

Ini Yang Berhormat Kelana Jaya dengan Yang Berhormat Kapar ini, jangan preempt. Ini benda yang mereka lakukan ini seperti macam masalah politik yang selalu mereka lakukan. Buat preempt benda yang belum terjadi, janganlah. Saya tak suka...

Kita nampak isyarat Tuan Yang di-Pertua, so kita memahami [Ketawa] .

Tuan Yang di-Pertua bagi isyarat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Saya tak perlulah respons.

Sebab saya tak nampak pun Tuan Yang di- Pertua, tapi tak apalah. Jadi kompaun itu, saya hendak supaya nanti kita bincang. Jadi saya boleh jelaskan kompaun untuk pengiklanan ataupun kompaun keseluruhannya, sebab Akta Perihal Dagangan ini macam-macam. Sebab itu saya tak boleh nak jelaskan yang mana satu. Jadi kita akan berikan kemudian, begitu juga dengan berapa bilangan kompelin yang dibuat secara formal. Insya-Allah saya rasa akan kita pastikan yang secara formal ini kita berikan dan secara tidak formal itu yang macam mana pula? Saya pun tak tahu, tapi tak apalah, kita akan berikan dengan jelas. Kemudian Yang Berhormat Kota Raja ada membangkitkan tentang isu online. Di sini saya nak jelaskan. Bila online ini, kita ada satu rang undang-undang di KPDNKK ini yang kita namakan Akta Perlindungan Pengguna. Akta Perlindungan Pengguna 1999, ada menetapkan peraturan dalam jadual yang kita berikan dalam akta itu dalam Peraturan 3, pendedahan maklumat. Sesiapa yang berniaga secara online ini, pertamanya dia mesti ada nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web, website atau dalam pasar dalam talian or the marketplace atau nama perniagaan atau nama syarikat. Dia kena jelas. Jadi kalau kita hendak berniaga secara online dan kita sebagai pengguna tengok tak jelas, jadi, berhati-hati. Kedua, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat mesti ada, kalau jika terpakai. Ada orang yang menggunakan individu. Jadi kalau tak ada kita lihat, maknanya itu adalah sesuatu yang boleh kita persoalkan. Ketiga, alamat e-mel dan nombor telefon. Dia mesti ada e-mel dan telefon, semua cukup sebab Akta APP ini, kita berikan sesuatu untuk melindungi pengguna

daripada kena tipu apabila ada urus niaga melalui online atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, perihalan tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu, harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain, kaedah pembayaran, terma-terma dan syarat-syarat, anggaran masa penghantaran barang dan perkhidmatan kepada pembeli. Semua telah pun kita jelaskan dalam Jadual 3 akta ini. Jadi, tak timbullah kalau isu ini dibangkitkan. Saya minta boleh buat aduan dan insya-Allah akan kita ambil tindakan yang sewajarnya kerana selalunya apa yang menyebabkan penipuan berlaku adalah apabila pengguna tak pasti sama ada orang itu benar ataupun tidak, sama ada peniaga itu sah ataupun tidak.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

[Bangun]

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

[Bangun]

Maka kita ada berikan bermacam-macam cara untuk memastikan perkara ini berlaku dengan baik sebaik mungkin. SSM sebagai contoh, e-commerce atau business melalui online ini, kita hendak adakah satu trademark atau hallmark yang kita hendak pastikan sesiapa yang mendapat cop BizTrust ini adalah mereka yang benar-benar genuine. Itu telah pun kita keluarkan dan insya-Allah dengan kaedah ini, dia boleh memberikan rasa lebih selesa kepada pengguna apabila hendak melakukan perniagaan jual beli mengikut online bila ada BizTrust logo yang akan kita keluarkan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Tuan Yang di-Pertua.

Sudah pun bermula dan telah pun saya umumkan pada bulan lepas. Insya-Allah perkara ini boleh dapat membantu pengguna- pengguna dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, itulah yang telah pun saya jawab ..

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Soalan saya belum jawab. Yang Berhormat Menteri, soalan saya belum jawab. 15(2).

Apa dia?

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Seksyen 15(2).

Oh! 15(2) ya? 15(2) ini adalah untuk memastikan harga disifatkan termasuk cukai. Maknanya segala masalah yang ada dalam ini hendaklah kita pastikan ianya termasuk dalam Akta GST yang telah pun sama seperti yang kita lakukan dengan rang undang-undang tadi. Jadi, perkaranya sama.

Tuan Ng Wei AikDAP · PRTanjong

Masalahnya mengapa 15(1) masih perlu dikekalkan kerana jikalau kita hendak semua harga yang dipaparkan itu muktamad, tak perlulah kekalkan 15(1) itu. Minta penjelasan.

Saya hendak jelaskan di sini adalah kerana ada exemption tadi seperti yang saya jawab kepada Yang Berhormat Kelana Jaya jadi sebab itu kita hendak berikan, iklan ini ada katalog juga adalah salah satu pengiklanan. Sebab itu kita kekalkan, kena ada tafsiran-tafsiran tentang beberapa sektor-sektor lain yang boleh kita berikan exemption itu semua akan kita ikut, ya Yang Berhormat Tanjong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa]

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNFasal-fasal 1 hingga 4 – Tuan Pengerusi · Kuala Krau

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai, Kapar dan selepas itu Menteri jawab.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya hanya ingin menyentuh satu pindaan sahaja. Pindaan seksyen 3, subseksyen 3(5), akta ini dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan ‘atau’ dengan perkataan ‘dan’. Tuan Yang di-Pertua, perkataan ‘atau’ dengan ‘dan’ pun hendak bahas juga. Saya meneliti huraian yang diberikan dalam bahasa Malaysia, fasal tiga bertujuan untuk meminda subseksyen 3(5) teks bahasa kebangsaan Akta 730 supaya selaras teks bahasa Inggeris. Poin saya, selalunya kalau berlaku perbezaan di antara bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dalam mana undang-undang, maka kita akan mengambil yang dalam bahasa kebangsaan. Jadi maksudnya, kalau dalam bahasa Inggerisnya berbeza dengan bahasa kebangsaan, dipinda bahasa Inggeris itu sesuai dengan bahasa kebangsaan. Akan tetapi dalam kes ini, rang undang-undang ini untuk meminda undang-undang dalam bahasa kebangsaan, kerana hendak mengikut bahasa Inggeris. Jadi ada ironinya di sini. Saya tidak faham apakah undang-undang ini semasa kita luluskan dahulu 2011, tidak tersilap ataupun tidak mengambil kira perbezaan ini ataupun bahasa Inggeris nya silap, sepatutnya kita pinda yang bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, itu sahaja.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin rujuk seksyen 3(5) yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Saya perlukan kepastian, jika sebelum ini bahasa Inggeris yang silap, kita betulkan. It’s fine, I am okay with that tetapi kalau kita ikut yang bahasa Inggeris tetapi sebaliknya berlaku nanti ada kekeliruan, jadi biar Dewan yang mulia ini rekod satu penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri supaya benda ini jelas. Kedua adalah mengenai fasal 4 seksyen 15(1), di mana sekarang yang asal dia tiada seksyen dinamakan sebagai harga disifatkan termasuk cukai yang kini menjadi subseksyen 1 dan yang baru dijadikan sebagai subseksyen 2, di mana dia mengatakan bahawa tidak terpakai bagi apa-apa iklan yang dibuat. Contoh yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah berkenaan katalog. Akan tetapi itu adalah satu bahagian yang kecil sahaja tetapi akta tidak menyebut katalog dan sebaginya, huraian pun tidak sebut katalog dan sebagainya. So, saya risau ia akan membuka satu lacuna, keluasan untuk salah tafsiran pada masa hadapan. Saya minta Yang Berhormat memberi penjelasan bahawa yang ini tidak bercanggah, ada situasi di mana yang jelas subseksyen 2 yang dimaksudkan ini akan dipergunakan nanti Ketiga ialah tentang subseksyen (3), di mana ada perkataan apa-apa garis panduan, ini berkenaan Akta 762, adakah garis panduan ini telah dikenal pasti sebab kita seolah-olah memberi satu ruang yang luas, apa-apa garis panduan boleh di guna pakai sepatutnya sejak 2014, garis panduan itu sudah sepatutnya ada. Elok untuk saya, garis panduan begini diletakkan di dalam akta ini sebagai jadual atau schedule, at least orang ramai, rakyat biasa tahu apa yang dimaksudkan sebagai garis-garis panduan yang akan diikuti. Saya nampak trend kebelakangan ini kita membuka keluasan sebegini dan kita membiarkan practicality takes its own course. So, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahagian itu juga dan balik kepada huraian subseksyen 15(1) Akta 730 ini ada satu perkataan yang dikaitkan di sana yang berbunyi sedemikian. “Melainkan jika ternyata sebaliknya...” Ini di bahagian huraian. So, yang itu saya minta Yang Berhormat Menteri, terangkan apa yang dimaksudkan “Ternyata sebaliknya...” Sebab ini berpandukan Akta 723 yang kita bincangkan tadi. So, benda ini pun perlu dijelaskan, supaya dewan yang mulia ini faham interpretasi akta ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Kapar tentang seksyen 3 menggunakan perkataan ‘atau’ dengan perkataan ‘dan’. Ianya jelas bahawa yang kita mahu adalah dan maknanya tentang pengawal itu bukan atau timbalan pengawal tetapi pengawal dan timbalan pengawal boleh. Itu yang

kita hendak jadi kita tukar, sama ada terpaksa tukar dua-dua tetapi apabila kita lihat dari segi bahasa Inggerisnya ia sudah cukup. Jadi kita tidak tukar, sebab yang kita hendak adalah supaya pengawal dan timbalan pengawal. Akan tetapi dalam bahasa Inggeris itu sudah cukup. Jadi kita tidak tukar yang itu, sebab kita hendak ‘dan’. Tentang Yang Berhormat Kapar yang telah membangkitkan subseksyen 1 dalam seksyen 15 itu, saya hendak jelaskan sebab ianya adalah sesuatu supaya dapat kita selarikan dengan akta yang tadi, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Jadi kita masukkan dalam akta ini, supaya ia tidak berlawanan dengan akta yang telah pun kita lulus sebentar tadi. Sebab itu bila kita sudah buat kajian, apabila kita meletakkan nanti seluruh barang-barang atau perkhidmatan yang telah kita luluskan itu, ia juga termasuk dalam Akta Perihal Dagangan. Kalau tidak nanti ia berbeza, sebab itu hendak letakkan sekali dalam akta ini. Kemudian tentang jenis garis panduan itu.

Boleh saya celah untuk 15 ini? Kalau kita berpandukan akta ibu, seksyen 15, dia sudah kata harga disifatkan termasuk cukai. Bermaksud bila kita selaraskan Akta 730 sebelum ini, sorry Akta 723, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Bila kita kaitkan dengan akta itu dan kita masukkan pula subseksyen (2), kita kata subseksyen (1) ini tidak terpakai, bermaksud harga disifatkan termasuk cukai ini tidak terpakai.

So, saya minta penjelasan di mana mekanisme ini yang akan digunakan atau pun tafsiran situasi-situasi di mana subseksyen (2) ini akan digunakan, subseksyen (2) yang baru ini, yang baru dimasukkan ini. Oleh sebab ia gunakan perkataan subseksyen (1) tidak terpakai, padahal subseksyen (1) ia sudah kata harga disifatkan termasuk cukai. Bermaksud, apabila kita masukkan subseksyen (2) ini, bila ia mula, subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa iklan. Bermaksud, iklan-iklan ini tidak perlu disifatkan, termasuk cukai. So, bagaimana itu? Situasi macam mana kita hendak aplikasikan dan interpretasi dua-dua bahagian ini, dua-dua seksyen ini? Itu yang saya minta penjelasan, terima kasih.

Saya kurang jelas yang mana yang tidak terpakai. Saya hendak maklumkan di sini, bila kita buat pindaan seksyen 15 ini, seksyen 15 dalam Akta Perihal Dagangan yang kita bincang sekarang ini, seksyen 15, akta ibu dipinda. Kita pinda. Maknanya, yang 15 itu kita pinda, kita masukkan dengan menomborkan semula. Yang nombor 1 itu kita nomborkan semula sebagai subseksyen (1). Maknanya, kita tidak buang. Kita adakan, cuma kita nomborkan jadi (1). Yang (b) pula, dengan memasukkan selepas subseksyen (1) itu, yang ini, yang baru yang kita jelaskan.

Saya faham Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi sekarang isunya adalah seksyen 15 yang awal. Seksyen 15 yang awal ini, apa yang ia cakap ini, ia bercakap tentang harga disifatkan termasuk cukai. Bermaksud, bila kita letakkan satu harga, harga itu telah termasuk cukai dan sebagainya. Itu yang kita sedang bincang sejak semalam dan hari ini, harga pameran itu kena termasuk harga cukai. Betul? Alright. Now. Dengan masuknya subseksyen (2), subseksyen (2) menyatakan subseksyen (1) tadi, yang tadi saya cakap itu, ‘termasuk cukai’ itu tidak terpakai. Bermaksud, tidak– sekarang apa yang kita pamerkan tidak ‘termasuk cukai’. So, itu yang saya nampak macam bercanggah dan saya tanya tentang di manakah penjelasan?

Okey, saya nak jelaskan. Itu yang sebabnya mula-mula ia pakai, kemudian subseksyen (1) itu tidak terpakai sekiranya “...perniagaan yang ditetapkan di bawah seksyen Akta Kawalan Harga dan...” maknanya, dibuat dalam perjalanan perdagangan bagi apa-apa iklan yang dibuat. Ia macam ini. Akta Perihal Dagangan ini banyak. Apa yang kita hendak masuk antipencatutan ini hanya dua. Jadi, yang lain tetap menggunakan subseksyen tadi yang kita jadikan (1), yang lain. Apa yang kita hendak luluskan, yang Menteri akan beritahu perhotelan, F&B and then kita masukkan dalam (2). Jadi maknanya, yang lain tetap ada seperti akta sebelum ini. Yang baru itu, yang kita masukkan dalam subseksyen (2). Yang itu. Jadi, jelas sebab Perihal Dagangan ini banyak, macam-macam. Jadi, kita hendak pastikan supaya selari, jadi tidaklah semua. Nanti orang ingatkan perihal dagangan ini semua. Tidak. Antipencatutan sahaja, yang mana yang telah kita luluskan. Mana-mana yang Menteri telah pastikan dalam akta yang kita buat pindaan tadi, kita masukkan di sini. Itu maksudnya. Jadi, barulah selari. Kalau tidak, ia tidak selari. Oleh sebab perihal dagangan ini macam-macam ada. Itulah yang saya ingin jelaskan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Okey, terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]. [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang indang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Halimah binti Mohd. Sadique) dan diluluskan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 3 Ogos 2017. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Sekolah Kebangsaan di Taman Sutera, KajangSpecial Chamber

Dr. Ong Kian MingDAP · PHSerdang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tajuk ucapan saya ialah sekolah kebangsaan di Taman Sutera, Kajang. Tuan Yang di-Pertua, tapak untuk membina sebuah sekolah kebangsaan yang baru di Taman Sutera telah dikenal pasti. Pembinaan projek ini telah ditangguhkan mulai 30 April 2015. Jawapan yang diberikan oleh pihak kementerian kepada soalan Parlimen saya yang bertarikh 24 Mac 2016 mengatakan bahawa penangguhan ini disebabkan oleh permohonan kontraktor untuk melaksanakan kerja tambahan iaitu pengeluaran lebih tambakan tanah (unsuitable material), dengan izin, yang tidak diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jawapan yang sama juga menyatakan bahawa pihak KPM telah mengemukakan surat kepada pihak kontraktor pada 14 Disember 2015 untuk meminta sama ada kontraktor yang sama mahu meneruskan kerja ataupun kontrak ditamatkan secara bersama-sama (mutual termination), dengan izin. Sampai sekarang, pembinaan di tapak tersebut belum bermula lagi. Memandangkan bahawa penangguhan ini telah berlangsung lebih daripada dua tahun, mengapakah pihak kementerian tidak melantik kontraktor yang baru supaya pembinaan boleh dimulakan dan sekolah boleh dibina secepat mungkin untuk kebaikan dan keselesaan penduduk di persekitaran Taman Sutera, Kajang? Sekian, terima kasih.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) sedia maklum akan projek pembinaan sebuah sekolah

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

kebangsaan di Taman Sutera, Kajang yang telah tertangguh sejak tahun 2014. KPM juga telah memberikan penjelasan kepada pertanyaan lisan Ahli Yang Berhormat Serdang mengenai projek ini pada tahun 2015 dan 2016. Dalam Kamar Khas pada petang ini, izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

KPM sentiasa membuat pengunjuran dan perancangan pembinaan sekolah, mengenal pasti kemudahan infrastruktur yang perlu dibangunkan atau ditambah baik bagi memastikan infrastruktur yang mencukupi untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Keperluan kemudahan ini dikaji semula setiap lima tahun melalui brif piawai standard bagi bangunan sekolah baharu untuk dimasukkan dalam setiap Rancangan Malaysia. Pada masa yang sama, KPM sentiasa memantau pelaksanaan projek yang telah diluluskan oleh agensi pusat dengan cara yang teratur mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan setiap projek dilaksanakan dengan baik mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di- Pertua, Saya ingin memaklumkan bahawa projek pembinaan sekolah, SK Taman Sutera, Kajang telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kesepuluh. Perunding arkitek dan kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan projek. Oleh kerana aras tanah berbeza dengan pelan asal yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPK), syarikat perunding projek SK Taman Sutera Kajang telah membuat pindaan semula reka bentuk projek.

Dalam tempoh tersebut, kebenaran merancang (KM) yang dilulus oleh MPK tamat pada April 2014. Oleh itu, permohonan semula KM telah dibuat setelah mendapat kelulusan pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Akibat perubahan reka bentuk dan skop kerja pengeluaran tanah di tapak projek, KPM telah mengadakan perundingan harga dengan pihak kontraktor bermula September 2014. Namun, pihak kontraktor tidak memberikan sebarang maklum balas kepada cadangan KPM, sehingga pada 13 November 2014 barulah mereka mengesahkan tidak bersetuju dengan kadar harga yang ditetapkan oleh KPM. Ekoran keputusan itu, pada 19 Disember 2014, perunding arkitek telah mengeluarkan arahan penangguhan di tapak projek.

Pada 22 Januari 2015, perunding arkitek mengemukakan kaedah alternatif kerja dan anggaran kos pada 2 April 2015. Pada tahap ini, KPM menjangkakan projek akan mengalami kelewatan dan meminta kontraktor memohon extension of time (EOT). Seterusnya, pembinaan projek sekolah ini telah ditangguhkan mulai 30 April 2015, disebabkan oleh permohonan kontraktor untuk melaksanakan kerja tambahan iaitu pengeluaran lebihan tambakan tanah (unsuitable material) tidak diluluskan oleh KPM. Dalam tempoh September hingga Disember 2015, KPM mengadakan perundingan dengan kontraktor supaya meneruskan projek tanpa melibatkan kos tambahan kerana KPM terikat dengan peruntukan yang diluluskan oleh agensi pusat.

Tuan Yang di- Pertua, bagi menyelesaikan isu tersebut, pada 14 Disember 2015, KPM telah mengemukakan surat kepada kontraktor untuk meminta persetujuan sama ada meneruskan kerja atau kontrak ditamatkan secara bersama-sama (mutual termination). Hanya pada 27 Jun 2016, kontraktor telah bersetuju secara rasmi supaya kontrak bagi

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

projek ini ditamatkan secara bersama. Manakala perunding arkitek projek ini juga telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak KPM untuk menarik diri melalui surat bertarikh 20 September 2016.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah saya senaraikan itulah yang menjadikan projek pembinaan SK Taman Sutera, Kajang tertangguh sehingga kini. KPM tidak menjangkakan perkara itu berlaku. Kesediaan serta keputusan perunding dan kontraktor terhadap projek ini adalah di luar kawalan KPM. Perlu saya tegaskan bahawa, pihak KPM telah mengambil semua langkah yang perlu berdasarkan prosedur dan peraturan kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

Demi kepentingan masyarakat setempat dalam menyediakan akses pendidikan yang lebih selesa kepada anak-anak mereka, KPM berusaha meneruskan projek tersebut. Terkini, KPM telah membuat pelantikan baharu perunding arkitek bagi projek tersebut. Surat setuju terima (SST) telah dikeluarkan pada 31 Julai 2017. Pada masa sekarang, proses semakan semula reka bentuk projek, permohonan kelulusan merancang daripada pihak berkuasa tempatan dan proses tender akan dilaksanakan semula sebelum kontraktor baharu dapat dilantik bagi melaksanakan projek ini.

Tuan Yang di- Pertua, pada masa ini terdapat tiga buah sekolah kebangsaan yang berhampiran dengan Taman Sutera, Kajang iaitu SK Cheras Jaya yang jaraknya cuma tiga kilometer, SK Taming Jaya, lapan kilometer dan SK Seri Sekamat, lapan kilometer. Penduduk di Taman Sutera Kajang dan masyarakat sekitar boleh terus menghantar anak- anak mereka ke sekolah-sekolah tersebut, sementara menunggu projek pembinaan SK Taman Sutera. KPM akan memastikan semua anak-anak mereka itu mendapat akses pendidikan di sekolah berhampiran berdasarkan pilihan ibu bapa masing-masing.

Kesimpulannya, kelewatan pelaksanaan projek pembinaan SK Taman Sutera Kajang berpunca daripada faktor-faktor yang berada di luar kawalan dan jangkaan KPM. Pihak KPM telah berusaha untuk menjayakan projek tersebut tetapi kekangan di pihak kontraktor telah membawa kepada keperluan melantik kontraktor baharu. Dalam hal ini, proses pelantikan konsultan dan kontraktor baharu telah dimulakan.

KPM akan berusaha menyiapkan projek SK Taman Sutera Kajang demi kemudahan dan keselesaan penduduk setempat. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Perumahan Anggota Bomba dan Penyelamat di Petaling Jaya SelatanSpecial Chamber

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Permasalahan perumahan anggota bomba dan penyelamat di Petaling Jaya Selatan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada masalah perumahan bagi menempatkan anggota bomba dan penyelamat di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Berbeza dengan pasukan keselamatan berpakaian seragam seperti tentera, polis serta pasukan penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan kastam, pasukan bomba dan penyelamat mendapat layanan yang berbeza terutama dalam aspek kebajikan tempat penginapan.

Perkhidmatan pasukan bomba dan penyelamat amat penting dalam menjaga keselamatan orang awam sehingga ada kalanya mereka perlu berhadapan dengan maut. Kerja-kerja memadam kebakaran dan kemalangan jalan raya, menghapuskan keadaan gas beracun di kilang atau kenderaan kemalangan yang membawa gas, menangkap reptilia berbahaya diserahkan kepada mereka. Mereka juga dipanggil dalam menggagalkan percubaan orang awam yang cuba untuk membunuh diri.

Pendek kata, mereka ini menanggung tanggungjawab yang berat bagi kita semua.

Saya ingin mendapatkan statistik daripada pihak kementerian tentang jumlah anggota bomba dan penyelamat yang dalam perkhidmatan buat masa kini dan nisbah mereka berbanding dengan populasi terkini. Apakah insentif kenaikan pangkat yang disediakan buat pasukan berpakaian seragam ini dan tangga gaji yang disediakan serta bilakah kali terakhir penyelarasan tangga gaji mereka ini dikemaskinikan.

Adakah mereka diberi perlindungan insurans jika berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas? Apakah gaji yang disediakan buat anggota bomba dan penyelamat memadai dengan keadaan ekonomi sekarang?

Salah satu aspek kebajikan yang paling merunsingkan mereka ini adalah mengenai kemudahan asas perumahan. Ada anggota yang terpaksa berulang-alik dari rumah mereka ke tempat kerja dalam jarak yang jauh kerana sukar untuk mendapatkan tempat tinggal atau faktor- faktor lain termasuk kadar sewa yang tinggi terutama di Bandar Petaling Jaya. Berapa banyakkah tempat perumahan setakat ini yang disediakan oleh kerajaan, buat anggota bomba setakat ini dan berapa banyakkah lagi projek perumahan buat mereka ini masih dalam pembinaan?

Daripada jumlah tersebut, berapa ramai anggota pasukan bomba dan penyelamat layak untuk mendapat kemudahan tersebut serta berapa ramai yang masih dalam senarai menunggu? Adakah kerajaan menyediakan elaun perumahan sekiranya kemudahan perumahan tidak disediakan?

Di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan mempunyai dua buah balai bomba iaitu Balai Bomba Petaling Jaya dan Penyelamat di Seksyen 52 dan juga Jalan Penchala di Seksyen 51. Adakah anggota- anggota yang ditempatkan di kedua-dua kawasan tersebut diberi kemudahan perumahan yang mencukupi? Adakah pihak kerajaan ada rancangan untuk menambahkan lagi tempat penginapan selain daripada kemudahan yang sedia ada? Sila senaraikan projek-projek perumahan yang masih dalam rancangan pembinaan dan jangkaan panjang projek tersebut akan siap.

Saya berharap kerajaan dapat menyenaraikan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah penempatan anggota bomba dan penyelamat di negara ini supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien. Sekian, terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang dari kawasan Petaling Jaya Selatan. Selepas ini saya sebut PJ Selatan, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, ia macam kertas undang-undang Yang Berhormat, ya. Selepas ini disebut.

Oh! Selepas ini disebut.

[Ketawa] Saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat pun sudah sebut tadi senarai tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Panjang lebar dan kita tahu tugas hakiki Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ialah menyelamatkan nyawa, bukan sahaja manusia, haiwan dan sebagainya juga harta awam. Akan tetapi tuntutan yang ada pada hari ini Yang Berhormat, permintaan sudah lebih tinggi. Permintaan perkhidmatan lebih kepada perikemanusiaan. Kaki masuk dalam lubang jamban pun bomba, biawak masuk dalam rumah pun bomba.

Maknanya skop perkhidmatan yang diberi oleh anggota warga bomba ini sudah semakin luas. Ia mencakupi soal yang berkaitan dengan kehidupan semasa rakyat yang ada terutamanya di negara kita. Jadi saya hendak maklumkan, saya sudah catit, Yang Berhormat kemukakan 11 isu dalam usul Yang Berhormat. Tiga isu berkaitan dengan kawasan Yang Berhormat. Jadi saya akan jawab semua Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai seramai 13,342 anggota beruniform sepenuh masa dan diperkasakan dan diperkuatkan dengan 1,489 orang pegawai bomba bantuan (PBB) dan itu menjadikan jumlah keseluruhan 14,831 anggota bomba di seluruh negara sepenuh masa dan bantuan. Jadi seluruh negara ialah 14,831. Berdasarkan– Yang Berhormat tanya tentang nisbah dengan populasi rakyat di Malaysia.

Berdasarkan kepada penduduk negara ini Tuan Yang di-Pertua, yang kini berjumlah 32 juta orang, nisbah anggota bomba kepada orang awam adalah satu anggota bomba bagi setiap 2,157 orang awam. Ini merupakan satu nisbah yang munasabah dan diguna pakai oleh kebanyakan negara di dunia. Sekiranya jumlah anggota bomba yang saya sebutkan tadi 13,342 dan dicampur pula dengan anggota bomba bantuan tadi, maka jumlah keseluruhan anggota yang ada ialah seramai 28,180 orang termasuk bomba sukarela, yang kita ada seramai 13,349 ia menjadikan jumlah keseluruhan 28,180 orang. Kalau kita ikut nisbah kepada populasi semasa yang ada, maka ia bersamaan dengan satu anggota bomba kepada 1,135 orang awam, ya, Yang Berhormat. Okey.

Tadi Yang Berhormat sebut, layanan yang diberikan oleh kerajaan amat berbeza. Untuk anggota warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kalau kita bandingkan dengan yang lain, ini tidak betul kerana Yang Berhormat pun tahu apa yang kerajaan buat untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kerajaan tidak pernah mengabaikan sebarang aspek yang berkaitan dengan kebajikan anggota bomba sebagaimana yang dinyatakan seperti yang dilakukan kepada mana-mana agensi keselamatan yang lain.

Berhubung dengan insentif kenaikan pangkat dan juga gaji, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklum kepada Yang Berhormat, pegawai Gred KB19 hingga kepada KB38 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan, dia adalah layak untuk dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan Penguasa Bomba Gred KB41. Maknanya Yang Berhormat, anggota bomba Gred 19 sehingga yang saya sebutkan tadi, kenaikan pangkat kepada jawatan-jawatan yang saya nyatakan tadi tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila mereka sudah disahkan dalam perkhidmatan, memenuhi kelayakan yang ditetapkan ataupun lulus peperiksaan khas.

Maknanya kalau dia itu Gred KB19, dia ambil dari semasa ke semasa, duduk dalam peperiksaan khas yang diadakan daripada KB19 itu akhirnya dia boleh jadi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kita tidak ada apa-apa sekatan walaupun mereka tidak ada ijazah. Even though they don’t have degree, dengan izin, mereka boleh melalui semua proses peperiksaan khas yang akan kita adakan, akhirnya mereka boleh sampai kepada kedudukan untuk menjadi seorang Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sampai macam itu sekali kita jaga.

Untuk makluman Yang Berhormat, penyelarasan tangga gaji. Kali terakhir penyelarasan tangga gaji pegawai bomba, kerajaan buat pada 1 Julai 2016 di mana melalui Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Awam, kerajaan telah menetapkan gaji permulaan Pegawai Bomba Gred KB19 dinaikkan dari RM936 kepada RM1,360 iaitu peningkatan sebanyak RM424 atau bersamaan dengan 45.3 peratus. tahun 2016, Yang Berhormat sudah jadi Ahli Parlimen. Ia naik hingga 45.3 peratus.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga turut menyediakan perlindungan insurans berkelompok. Tugas mereka sentiasa dalam keadaan bahaya yang terbuka. Anything can happen to them, dengan izin, untuk anggota bomba sejak tahun 2014 meliputi faedah kematian, kecacatan kekal, khairat kematian, penyakit kritikal, perbelanjaan perubatan dan pembedahan akibat kemalangan sehingga RM40,000.

Ini merupakan tambahan Tuan Yang di-Pertua, kepada faedah- faedah biasa yang melibatkan bayaran pampasan yang diperoleh oleh setiap penjawat awam seperti yang sedia ada di bawah Skim Bayaran Pampasan (ex-gratia) bagi pegawai kerajaan di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pegawai Berpencen yang ditimpa kemalangan atau kecederaan termasuk yang teraniaya oleh anasir- anasir jahat semasa menjalankan tugas rasmi.

Secara keseluruhannya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, juga mendapat gaji yang setara sebagaimana yang dinikmati oleh agensi kerajaan yang lain. Selain daripada gaji, pegawai bomba juga diperuntukkan dengan elaun-elaun khas seperti Elaun Pasukan Hazardous Materials (HAZMAT), Elaun Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Elaun Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dengan izin dan masing-masing bernilai RM100. Turut diberikan adalah Bayaran Insentif Bomba sebanyak RM110 dan RM220 bagi mereka yang bertugas secara syif 12 jam atau 24 jam. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Elaun Memandu Kenderaan Bomba sebanyak RM150 juga diberikan kepada pegawai bomba yang memandu kenderaan yang telah ditetapkan. Ini Yang Berhormat, sedikit sebanyak

dapat membantu untuk meningkatkan lagi jumlah pendapatan bulanan yang boleh diperoleh oleh seorang pegawai bomba.

Mengambil kira mereka ini adalah hero yang tidak didendangkan, they are unsung heroes, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi mengambil kira pengorbanan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan kini saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, kerajaan sedang mempertimbangkan permohonan elaun khas Skim Bomba sebanyak RM200 bagi setiap anggota bomba yang telah pun dikemukakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada kementerian dan insya-Allah kita harap mudah-mudahan apabila diluluskan oleh kementerian, dia akan dapat membantu dengan lebih banyak lagi selain daripada apa yang saya nyatakan.

Tuan Yang di-Pertua, itu yang berkaitan dengan gaji dan insentif.

Berkaitan dengan aspek perumahan pula, mengenai aspek perumahan, kerajaan menyediakan 4,110 unit perumahan untuk anggota bomba seluruh negara di mana 3,070 unit telah pun diduduki dan kerajaan sedar bahawa keperluan perumahan ini tinggi. Ia bukan sahaja berlaku di kawasan Yang Berhormat, ia berlaku di seluruh kawasan Lembah Klang, di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, kementerian sedang menyiapkan dua projek kuarters berpusat, satu di Kempas, Johor dan satu di Cheras, Kuala Lumpur dengan kapasiti sebanyak 326 unit dan 226 unit masing-masing.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, terdapat 10 projek balai bomba baharu yang sedang dibina Yang Berhormat, yang turut disediakan kemudahan perumahan dan masing-masing sebanyak empat unit iaitu di Tanjong Manis, Batu Niah, Sook, Daro, Bintangor, Beluran, kawasan Tuan Yang di-Pertua. Itu saya tulis huruf besar itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, kalau tidak sebut saya sebutkan sekali lagi.

Saya sudah tulis huruf besar itu. Saya pun semak juga siapa Speaker yang akan chair tadi. Jadi saya besarkan tulisannya. Kimanis, Pitas, Gemencheh dan Kuala Krai.

Kesemua projek ini dijangka siap secara berperingkat mulai daripada September 2017 sehinggalah Disember 2019.

Pada dasarnya Tuan Yang di-Pertua, semua pegawai bomba adalah layak untuk memohon sebarang kemudahan perumahan kerajaan berdasarkan pada gred yang telah pun kita tetapkan. Pada masa ini Yang Berhormat tanya, ada senarai menunggu, tidak ada. Ini kerana ini soal tawaran dan permintaan Tuan Yang di-Pertua. Kadang- kadang kita sediakan kuarters, mereka sudah ada rumah. Kadang- kadang kita sediakan kuarters tetapi mereka rasa tidak sesuai hendak duduk kuarters.

Untuk anggota bomba dekat dengan tempat kerja mereka di balai bomba tetapi mungkin untuk isteri dan anak-anak mereka yang duduk berdekatan dengan kawasan tempat isteri bekerja, anak sekolah, kadang mereka ada pilihan yang lebih daripada keutamaan yang diletakkan untuk diri mereka sendiri. Keutamaan keluarga itu diletakkan sebagai kepentingan yang paling atas berbanding dengan diri mereka. Jadi bagi mana-mana anggota bomba yang tidak mendiami mana-mana perumahan kerajaan, mereka akan menerima elaun perumahan minima RM300 sebulan. Itu pun Yang Berhormat sudah tahu. Tuan Yang di-

Pertua, itu saya sudah jawab 11 isu tadi Yang Berhormat bangkitkan.

Sekarang saya hendak jawab tiga isu Yang Berhormat bawa bagi kawasan Parlimen PJ Selatan berkaitan dengan dua balai bomba di kawasan Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, masa ini anggota bomba dan penyelamat Petaling Jaya, Seksyen 52 itu Yang Berhormat, ia bukan seksyen 52, itu kerana jalannya yang di depan itu. Sebenarnya itu kita panggil Balai Bomba Seksyen 7, tetapi kadang- kadang orang confuse kerana jalan depan itu is Jalan Seksyen 52. Jadi orang suka panggil 52. Sebenarnya ialah Balai Bomba Seksyen 7, ya, Yang Berhormat. Ia berjumlah 46 orang dan 29 bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala.

Tiga orang anggota dari Balai Bomba Seksyen 7 duduk kuarters di Balai Bomba Damansara dan Subang manakala sembilan lagi anggota dari Balai Bomba Jalan Penchala duduk kuarters di Balai Bomba Damansara juga. Bagi anggota kedua-dua balai ini yang belum lagi duduk dalam kuarters, mereka ditawarkan kemudahan perumahan di Kuarters Berpusat Cheras di mana jarak dari kuarters tersebut ke tempat bertugas di kawasan Yang Berhormat itu lebih kurang 15.5 kilometer.

Kuarters tersebut dijangka siap pada tahun ini.

Masalah kita Tuan Yang di-Pertua ialah tanah. Jadi selepas ini Yang Berhormat balik beritahu dengan Menteri Selangor, beritahu dengan dia bila kementerian minta tanah untuk bina perumahan bagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sokong dan berikan tanah. Tanah ini kalau beri, berilah dekat tempat Yang Berhormat minta tadi. Jangan bila kita minta tanah, nun jauh. Itu yang kena berulang lebih kurang 15.5 kilometer.

Jadi kita harap Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan negeri semua boleh berikan sokongan untuk mengenal pasti tapak-tapak yang sesuai untuk kita bina perumahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, insya-Allah, ia akan menyelesaikan isu dan masalah jarak antara tempat kerja iaitu balai bomba dengan tempat sedia ada yang mungkin disewakan dan sebagainya atau jarak seperti yang ada pada anggota bomba dari dua balai kawasan Yang Berhormat.

Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab 11 isu tadi dan saya sudah jawab tiga isu. Saya harap Yang Berhormat puas hati, lepas ini balik boleh bercerita yang betul apa yang kerajaan buat untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, nampak sekali Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan puas hati, dia angguk-angguk.

Ya, puas hati. Dia angguk.

[Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 3 Ogos 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.59 petang]