Dewan Rakyat · 1 August 2017

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 472 turns · 42,059 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

1. Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah kebolehpasaran graduan kolej vokasional Kementerian Pendidikan, apakah isu pengiktirafan Diploma Kolej Vokasional yang menjadi kebimbangan masyarakat telah berjaya diselesaikan supaya graduan tersebut tidak teraniaya dan dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, nyatakan apakah usaha kementerian untuk menaik taraf kemudahan di kolej vokasional.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional bermatlamat untuk melahirkan tenaga kerja separuh mahir dan mahir dengan sasaran 70 peratus ke pasaran kerja, 20 peratus melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan 10 peratus menjadi usahawan. Itu matlamat penubuhan kolej vokasional. Setakat ini pencapaian kebolehpasaran graduan kolej vokasional sebanyak 90 peratus daripada 2,273 graduan dari 15 Kolej Vokasional Rintis yang ber-graduate pada Ogos 2016 dan telah mendapat pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari. Sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar kolej vokasional (KV) kohort 2013 telah bekerja. Pencapaian ini menunjukkan pelajar KV mempunyai kemahiran dan diiktiraf oleh pihak industri. Untuk maklumat Yang Berhormat, pengiktirafan program pengajian Diploma KV oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam proses verifikasi dan penilaian MQA. Pihak MQA telah selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program penuh diploma di 15 KV Rintis yang menawarkan 16 program. Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk memperolehi akreditasi penuh pada Disember 2017. Kementerian juga berbincang secara intensif dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyasarkan pelajar lepasan diploma diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi kohort 2012 hingga 2016, pelajar lepasan Diploma Kolej Vokasional (KV) layak memohon memasuki universiti awam dan swasta seperti surat kelulusan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. MQA telah menyediakan dua laluan graduan KV. Satu, laluan terus untuk mengikuti ijazah di pengajian tinggi dan yang kedua adalah melalui laluan APAL. Dari segi naik taraf kemudahan KV, kementerian menggunakan peruntukan tahun 2016 untuk menaik taraf peralatan di kolej vokasional. Kementerian Pendidikan sedang berusaha mendapatkan peruntukan tahunan untuk meningkatkan kemudahan peralatan di kolej vokasional. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian Yang Berhormat yang setelah Yang Berhormat mengambil alih, banyak perubahan telah dilakukan, apatah lagi NBOS dalam pengajian tinggi. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan begini. Alhamdulillah, ilham yang dibawa oleh Yang Berhormat Pekan dalam Transformasi Nasional 50 tahun mendatang untuk memberi ruang dan peluang kepada generasi muda ini, apakah wujud

satu bentuk penanda aras, proper module yang boleh diterjemahkan dari pendidikan vokasional iaitu negara luar seperti Jerman dan sebagainya untuk diusahakan oleh kerajaan? Saya juga pohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk memikirkan kalau boleh kita laksanakan hab-hab vokasional ini untuk kemahiran di seluruh negara. Contohnya di Baling, boleh cari kaedah berkaitan dengan vokasional bersandarkan pertanian dan kita dekat dengan Kulim Hi-Tech. Kita boleh membenarkan anak-anak muda yang minat dalam konteks praktikal untuk kita bagi peluang dan ruang kepada mereka untuk menjayakan Transformasi Nasional 50 tahun mendatang ini, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Satu cadangan yang baik untuk kawasan Baling. Sebenarnya pendidikan vokasional ini telah kita angkat untuk dinaik taraf sejak daripada, apabila Transformasi Pendidikan diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan daripada sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional yang kemudiannya telah diangkat menjadi kolej vokasional.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

80 buah sekolah kolej vokasional telah diangkat dengan pengambilan pada waktu ini lebih kurang 25,000 pelajar satu kohort untuk diambil. Dia belajar dua tahun, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, dia akan dapat Sijil Vokasional Malaysia. Dua tahun lagi dia tambah di kolej yang sama, dia akan mendapat Diploma Kolej Vokasional Malaysia. Persoalannya itu hari yang timbul adalah apabila dia dapat diploma dan dia ada kaitan pula dengan pengiktirafan oleh MQA. Kita telah berunding dengan MQA, kita telah berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Maknanya itu hari disebut oleh ibu bapa bahawa kalau dapat Diploma Kolej Vokasional ini tidak dapat melanjutkan pelajaran. Niat kerajaan awalnya adalah work force, untuk mendapat tenaga mahir yang ada skill, yang boleh bekerja dalam lapangan. Itu niatnya. Tetapi di kalangan ibu bapa juga ada yang bertanya, adakah anak kami boleh melanjutkan pelajaran. Jadi jawapannya, boleh melanjutkan pelajaran. Jadi hari ni maknanya kalau saya katakan 70 peratus daripada work force itu boleh pergi dalam lapangan, sama ada pelancongan, industri automotif, aircond dan sebagainya. 20 peratus boleh pergi ke pengajian tinggi dan sepuluh peratus menjadi usahawan. Itu lebih kuranglah target-nya. Sekarang ini akan masuk batch yang kedua dalam bulan Ogos ini akan ada graduan batch yang kedua daripada kolej vokasional. Kita sedang monitor di tiap-tiap kolej vokasional itu, berapa ramai yang telah diambil oleh industri untuk bekerja. Ini dibuat oleh Bahagian Teknik dan Vokasional. Jadi pandangan Yang Berhormat Baling berkaitan dengan apa yang ada untuk Baling, boleh kita bincangkan kemudian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Kita mengucapkan tahniah di atas usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kualiti kemahiran di kalangan pelajar kita. Saya ingin tahu dari sudut kebajikan guru. Apabila 80 buah sekolah vokasional dinaik taraf kepada kolej, apakah manfaat ataupun kemudahan ataupun naik taraf yang telah dapat dinikmati oleh para guru, tenaga pengajar di sekolah vokasional apabila dinaik taraf sebagai kolej dan sejauh mana kursus-kursus kemahiran yang dibekalkan kepada guru untuk setaraf dengan kedudukan kolej. Minta penjelasan.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang ke atas soalan tambahan. Untuk 80 buah kolej ini yang dulunya sekolah menengah teknik ataupun sekolah vokasional yang telah dinaik taraf. Yang pertamanya ialah kita hendak supaya kemahiran guru juga ditambah. Kemahiran guru yang berada di situ ditambah. Begitu juga dengan peralatan yang ada di sekolah vokasional ataupun di kolej vokasional itu pun ditambah supaya ada peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej vokasional. Paling penting sekali ialah kita sedang melihat bagaimana kita boleh mengkhususkan kolej vokasional itu berasaskan di mana letaknya. Contoh lah saya boleh bagi di sini. Kalau di Langkawi, sekarang kolej vokasional ada di Langkawi tetapi ada pelbagai subjek mata pelajaran. Sesuai dengan Langkawi sebagai pusat pelancongan, Langkawi boleh diletakkan aktiviti kolej vokasional yang berasaskan kepada pelancongan. Contohnya, dia boleh buat services, hospitality, kulinari, masakan yang kemudiannya anak-anak sekolah ini yang sudah graduate atau sudah mempunyai sijil atau diploma boleh terus pergi ke dalam industri yang ada di situ. Kita juga berfikiran bagaimana untuk hendak membangunkan kolej vokasional di Pengerang contohnya sebab Pengerang itu yang ada kaitan dengan oil and gas. Ini

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

antara perkara-perkara yang kita bincang. Kulim Hi-Tech Park disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi. Kulim Hi-Tech itu adalah kawasan industri. Bagaimana juga kolej vokasional boleh kita assimilate-kan dengan kawasan industri supaya anak-anak ini ada kemahiran dalam bidang yang disebut tadi. Berkaitan dengan guru yang berada di kolej, sebenarnya dari segi perjawatan yang mereka jawat, mereka adalah seperti di sekolah biasa juga, yang ada di sekolah ini daripada DG41, DG44, DG48 hinggalah DG52. Kemudiannya ada yang berpindah untuk menjawat jawatan pengurusan selepas itu. Jadi cumanya kebanyakan mereka ini adalah berkemahiran dan dalam bidang kejuruteraan. Terima kasih.

Siti Mariah binti MahmudPAS · PRKota Raja · question

2. Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pendirian Kementerian Kesihatan mengenai "endorsement" kementerian terhadap Air Kangen.

Datuk Seri Dr. S. SubramaniamMIC · BNMenteri Kesihatan · Segamat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat kerana tanya soalan berkaitan dengan air. Tetapi sebelum saya mula jawapan saya, saya akan menjelaskan bahawa soalan ini sedikit mengelirukan kerana ada beri pandangan seolah-olah kementerian telah memberi endorsement kepada air ini. Ini tidak betul. Saya kena membetulkan perkara itu. So, di bawah Akta Makanan 1983, air minuman berbungkus dan air dari mesin jual air termasuk Air Kangen boleh dipasarkan di Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan lesen daripada Kementerian Kesihatan dan tiada tuntutan kesihatan dinyatakan di label produk, mesin atau risalah yang digunakan bagi tujuan pengiklanan seperti yang diperuntukkan. Produk air minuman berbungkus dan air dari mesin jual air termasuk Air Kangen dijual di pasaran hendaklah juga memenuhi standard yang telah ditetapkan di bawah Jadual Kedua Puluh Lima Peraturan-Peraturan Makanan, Akta Makanan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan ahli Dewan, produk air minuman berbungkus dan air dari mesin jual, air termasuk Air Kangen yang dijual di pasaran tanpa lesen adalah menyalahi peruntukan-peruntukan di bawah peraturan 360B dan 360C Peraturan-peraturan Makanan. Selain itu, tuntutan kesihatan tidak dibenarkan dalam pengiklanan produk air minuman berbungkus dan dari mesin jual air termasuk Air Kangen termasuk dalam bentuk risalah kerana menyalahi peruntukan di bawah seksyen 17 Akta Makanan 1983 peraturan 18(6)(d) Peraturan-peraturan Makanan 1985. Sehingga kini hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan di seluruh negara sejumlah 6.5 liter Air Kangen yang bernilai RM360,000 telah dirampas kerana tidak berlesen. Kementerian Kesihatan sedang menguruskan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan semua air minuman berbungkus dan air dari mesin jual air yang tidak berlesen termasuk Air Kangen. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya sebenarnya dengan sengaja meletak endorsement itu dan ada telinganya di situ. Ini menunjukkan bahawa dan saya tahu kementerian, saya baca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan tentang apa yang telah Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Namun pada 22 ataupun 21 Julai, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan sendiri telah hadir dalam satu upacara perasmian Pusat Kangen di Pulau Pinang. Sehingga kini beliau dalam hadirnya itu tidak menafikan. Hanya setakat memperingatkan tentang peraturan, tidak menolak dakwaan-dakwaan yang palsu daripada pihak Kangen dan juga sampai hari ini kita tidak dengar tindakan yang diambil ke atas ejen-ejen ini yang membuat iklan menyalahi peraturan yang Yang Berhormat Menteri sebut dan juga yang paling bahaya membuat claim bahawa ia boleh mengubati pelbagai penyakit. Terima kasih.

Seperti yang saya jelaskan tadi, air daripada sistem Kangen adalah satu sistem penapisan air, satu filtration unit yang dijual di pasaran, ada orang yang beli dan menggunakan itu untuk menyediakan air minuman melalui sistem filtration. Kalau air yang dibekalkan itu menemui segala syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam peraturan-peraturan dan standard-standard yang ditetapkan dan mereka mohon kepada kementerian untuk mendapat lesen dan kementerian memberi lesen kepada mereka, mereka boleh menjual air itu selaras dengan semua ketetapan dan syarat yang ada.

So dengan itu, dalam usaha tindakan, kementerian telah mengambil tindakan, untuk tahun ini kita telah mengambil tindakan terhadap tiga orang yang menjual air

macam ini untuk sebab-sebab yang berlainan. Kebanyakan daripada aduan yang kita terima, satu ialah di mana air itu nampak kabur sedikit dan asas kepada itu pemeriksaan dibuat. Selepas pemeriksaan, kita telah memberi nasihat kepada pihak penjual. Kedua ialah di mana kawasan di mana air itu disediakan ialah tidak memenuhi segala ketetapan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Perkara itu satu perkara yang berterusan dan bila ada iklan di mana-mana jenis, di mana ada iklan yang menyebut seolah-olah air itu mempunyai kuasa untuk menyembuhkan daripada apa-apa penyakit, itu memang dilarang di dalam sudut akta kita dan kementerian akan mengambil tindakan terhadap semua pihak yang membuat perkara-perkara sedemikian. Kalau Yang Berhormat ada nampak atau lihat tentang iklan-iklan ini, tolong memberi bukti berkaitan itu kepada kementerian supaya kita boleh mengambil tindakan kepada mereka. Oleh kerana selain daripada menunjukkan contohnya, kalau ada di dalam makanan, contohnya ada di dalam makanan, bukan air, kalau makanan yang mempunyai kalsium contohnya, kita membenarkan mereka untuk cakap ini mempunyai kalsium yang boleh membantu di dalam perkembangan tulang contohnya. Selain daripada itu, dia boleh cakap dia boleh merawat penyakit. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah tindakan dan seriusnya kementerian memandang terhadap mana-mana pengiklanan makanan tambahan dan juga rawatan alternatif kesihatan yang menjanjikan kebaikan dan penyembuhan yang mana ada pengiklanan ini yang mengelirukan kadang-kadang. Jadi, apakah tindakan kerajaan jika ia boleh memudaratkan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ini Yang Berhormat Bagan Serai, termasuk air daun ketum kah? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini lebih luas daripada air, sudah sampai ke makanan yang lebih daripada air. Akan tetapi prinsip itu sama juga iaitu kementerian tidak membenarkan mana-mana pihak yang menjual makanan atau air, di mana mereka boleh nyatakan bahawa makanan ini boleh digunakan sebagai rawatan untuk apa-apa penyakit atau boleh menyembuhkan apa-apa penyakit yang sedia ada. Contohnya, kalau makanan ini dibuat, makanan ini akan menyembuhkan penyakit kencing manis contohnya, itu tidak dibenarkan. Melainkan mereka mempunyai bukti daripada sains, evidence yang dibuat di dalam satu situasi medical yang diiktiraf dan mempunyai clinical trials yang telah dibuat dan ini telah diiktiraf oleh pihak sains di seluruh dunia dan mereka menunjukkan bukti itu. Maka, pada keadaan itu kita boleh lihat kepada boleh atau tidak. Akan tetapi pada keseluruhannya, perkara ini tidak dibenarkan selain daripada keadaan yang saya telah sebutkan tadi bahawa memang ada, contohnya susu, ada susu yang mempunyai kalsium yang tinggi. Di dalam kalsium yang tinggi, kita tahu kalsium ialah satu bahan yang boleh membantu di dalam perkembangan tulang yang sihat. Kalau makan susu itu menunjukkan bahawa ia high calcium content dan boleh bantu dalam pertumbuhan tulang contohnya, itu dibenarkan. Contohnya, ada tepung yang mempunyai folic acid dan ia menunjukkan bahawa folic acid boleh membantu di dalam perkembangan sel merah di dalam darah, itu dibenarkan. Akan tetapi kalau tepung itu digunakan, ini akan merawat anemia di dalam seseorang, itu tidak dibenarkan. Oleh kerana itu ialah satu rawatan untuk penyakit, manakala itu ialah fungsi fisiologi folic di dalam badan kita. Perbezaan ini memang diambil kira oleh kementerian di dalam melaksanakan syarat ini. Kita memang menguatkuasakan apa yang telah ditetapkan dan di mana keadaan jika ada bukti, orang sudah menyalahgunakan perkara ini, tindakan akan diambil terhadap mereka.

Anuar bin Abdul ManapUMNO · BNSekijang · question

3. Tuan Anuar bin Abd Manap [Sekijang] minta Perdana Menteri menyatakan National Disaster Management Agency (NADMA) telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2015. Sebelum ini, kerja-kerja pengurusan bencana dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sejak tertubuhnya NADMA, banyak kerja pengurusan bencana telah bertambah baik dan fungsi jabatan-jabatan serta kementerian- kementerian yang berkaitan telah diselaraskan dengan baik. Soalan saya kepada YB. Menteri ialah apakah pencapaian yang boleh dibanggakan oleh NADMA sehingga kini dan apakah perancangan bagi 2 tahun atau 5 tahun ke hadapan dalam menjadikan NADMA sebagai sebuah agensi pengurusan bencana bertaraf dunia.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih di atas pujian yang diberikan

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

berhubung dengan fungsi NADMA. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sejak NADMA ditubuhkan iaitu kita tubuhkan selepas banjir besar pada tahun 2014/2015. NADMA sebagai agensi penyelaras dan juga tugas-tugas pengurusan bencana terus berstruktur dan juga yang berjalan dengan lancar. Dalam memperkasakan pengurusan bencana negara, NADMA bersama agensi-agensi penyelamat yang lain seperti SMART, polis, bomba, tentera, RELA sentiasa bekerjasama untuk melaksanakan tugas. Akan tetapi cabaran kita yang besar di peringkat awal ialah bila kita tubuh NADMA daripada MKN, NADMA terpaksa mengambil alih sekretariat di peringkat Persekutuan, negeri dan juga daerah. Sebelum ini ia diuruskan oleh MKN. Di peringkat Persekutuan, di peringkat Federal, kita tidak ada masalah. Akan tetapi di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah, kita ada masalah sedikit kerana ia diuruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam yang kedudukannya adalah yang paling junior di kalangan agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri. Akan tetapi kekuatan kita ialah pengerusinya tidak berubah, pengerusinya masih setiausaha kerajaan dan di peringkat daerah ialah pegawai daerah. Dengan kekuatan yang ada, dengan penggemblengan aset yang ada di semua agensi dengan penambahan aset, kita mampu untuk menghadapi bencana dengan baiknya. Untuk perancangan masa akan datang, kita hendak pastikan supaya rakyat dapat berpindah lebih awal ke pusat bencana. Inilah yang kita kehendaki, bila mereka berpindah lebih awal, kita akan dapat mengurangkan masalah kemalangan dan sebagainya. Keduanya, kita hendak pastikan supaya semangat kesukarelawan tinggi di kalangan rakyat. Inilah kita letakkan matlamat supaya semua anggota kerajaan, semua NGO dan juga semua pihak menyertai pasukan Angkatan Pertahanan Awam supaya kita dapat menyalurkan semangat kesukarelawanan kita kepada rakyat. Ketiganya, kita hendak pastikan supaya pusat-pusat perpindahan dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih baik, bilik air, tempat masak dan sebagainya. Sekarang ini kita juga terlibat secara langsung untuk memastikan supaya sumber permasalahan kepada banjir itu kita atasi. Contohnya ialah supaya kita hentikan penebangan hutan, kita pastikan supaya saliran dijaga dengan baik dari semasa ke semasa.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih kepada Menteri yang telah juga dapat menjawab dengan baik soalan tadi. Sejak penubuhan NADMA pada Oktober 2015 ini juga, boleh dikatakan negara tidak menghadapi apa-apa bencana besar yang mampu menguji tahap keupayaan sebenar NADMA dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan genting. Soalan saya, apakah tahap persediaan yang telah diambil oleh NADMA dalam menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda negara penghujung tahun ini dari segi keupayaan jentera, alatan serta stok bahan keperluan?

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih Yang Berhormat orang muda ini mempunyai pandangan masa depan yang jauh dan sudah pasti dia mempunyai masa depan yang cemerlang. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, apabila kita sudah bersiap-siaga, di akhirnya terletak kepada kumpulan sasar kita, rakyat sendiri, semangat kesukarelawanannya. Dalam masa yang sama, kesedaran mereka bahawa banjir ini ialah ataupun bencana ini adalah satu yang bahaya dan mereka mesti mengikut arahan dari semasa ke semasa supaya berpindah awal.

Berpindah awal ini, walaupun benda itu kecil tetapi ia cukup besar sebab ia akan mengurangkan risiko kemalangan. Dalam masa yang sama, kita boleh mengurangkan aset untuk menolong mereka, tetapi kita akan bagi perhatian lebih kepada kesejahteraan mereka semasa di pusat perpindahan. Untuk menghadapi musim yang akan datang, sebagaimana biasa, kita bersiap- siaga dan kita bersiap-siaga dengan keadaan sukarelawan kita yang meningkat. Kalau kita berjaya untuk mendapatkan keanggotaan daripada pegawai-pegawai kerajaan, itu adalah yang terbaik. Semua ahli wakil rakyat daripada Barisan dan juga pembangkang sudah menyertainya dan semua Ahli Dewan Negeri juga menyertainya. Kalau ini berlaku, ini adalah suatu yang terbaik sebab kita menghadapi bencana itu bersama dan kita sudah pasti dapat selesaikannya dengan baik. Keduanya ialah dari segi aset. Penggemblengan aset daripada agensi-agensi juga bertambah dan agensi juga telah menambahkan aset. Jadi kita mempunyai aset yang mencukupi. Dan pusat perpindahan kita boleh menempatkan 1.5 juta mangsa dari semasa ke semasa. Itu ialah sepuluh tahun yang lalu tetapi sekarang ini telah meningkat ke tahap mungkin dua juta mangsa yang boleh kita tampung dari semasa ke semasa. Jadi dalam musim akan datang, kita tidak ada masalah.

Banjir besar juga yang berlaku pada tahun 2016 ialah ujian kepada NADMA dan NADMA telah menghadapinya dengan baik dan saya percaya untuk musim yang akan datang, kita juga dapat menghadapi dengan baik dan kita berdoa supaya rakyat Malaysia sama-sama berdoa semoga kita dapat hadapi bencana dan ujian Allah ini dengan baik.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya ya. Setiap kumpulan yang melibatkan berbagai-bagai kementerian dan jabatan ini memerlukan satu semangat sustainability yang dapat dipertahankan minat dan excitement-nya sampai bila-bila kerana banjir besar tidak semestinya berlaku kerap. Jadi apakah langkah-langkah dan trigger indication-nya apabila berlaku perkara-perkara ini, segera dimobilizekan jentera- jentera yang telah namakan tadi? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, di antara orang yang paling teruk sekali menghadapi banjir pada tahun 2014 dan 2015. Walaupun Yang Berhormat datang lambat tetapi akhirnya Yang Berhormat dapat melihat sendiri betapa— walaupun lambat datang, tetapi masa dia datang itu, banjir masih besar. Hendak tunjukkan bahawa bencana yang besar itu telah berlaku. Jadi cara kita hendak pastikan supaya anggota kita sentiasa bersiap-siaga, sentiasa ceria, sentiasa ada so-called excitement tadi, kita hendak pastikan supaya latihan amal itu dibuat dari semasa ke semasa. Askar sendiri kalau tidak pergi berperang, dia juga akan boring. Demikian juga pihak lain. Macam polis, dia hadapi masalah setiap hari, tetapi macam askar sendiri, kalau tidak ada latihan perang, kita akan hadapi masalah kalau perang yang betul datang. Demikian juga anggota penyelamat. Kalau kita tunggu bencana datang baru mereka hendak selamat, saya ingat mereka hendak kena selamat diri mereka dahulu. Tetapi kita buat latihan amal yang kita buat dari masa ke semasa sekurang-kurangnya dua bulan sekali ataupun kalau boleh kita buat tiap-tiap bulan. Dan dengan pertolongan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Negeri, untuk sama-sama menggerakkan semangat kesukarelawanan di peringkat negeri dan daerah, sudah pasti ia akan menjadi bertambah baik. Yang Berhormat, saya hendak menjemput kalau ada masalah di bawah soal politik dan sebagainya, saya hendak bagi tahu APM tidak mengambil pendekatan demikian rupa. Kita meletakan rakyat sebagai keutamaan dan ia selaras dengan Kerajaan Barisan Nasional. Kita bagi keutamaan kepada rakyat. Dengan pendekatan yang sedemikian rupa— itu yang pertama tadi, kita membuat pendekatan latih amal. Keduanya, rakyat dengan kita mengadakan latihan amal bersama. Sebagai contohnya, dalam simulasi yang kita buat, kita pindahkan rakyat satu hari, kita buat masak makanan dan sebagainya dan selepas itu kalau berlakunya bencana yang sebenarnya, sudah pasti mereka melihat bahawa kita serius, mereka serius dan sudah pasti mereka sentiasa seronok hendak buat kerja. Dan kita tanamkan semangat kesukarelawanan ini dari sudut agama di mana kita buat kerja ini bukan sahaja untuk manusia tetapi kita buat kerana Allah. Sudah pasti kita akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNLipis · question

1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis] Minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru (New Forest Wealth Creation) bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui ekopelancongan hutan.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua, gatal hidung, sebab bunga daripada hutan banyak sangat. Terima kasih. [Disampuk] Alergi sedikit dengan bunga, Yang Berhormat.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 110 kawasan taman ekorimba atau dahulunya dikenali sebagai hutan lipur dan lapan kawasan hutan taman negeri yang terletak dalam hutan simpan kekal telah dibangunkan dan diuruskan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kawasan-kawasan yang telah dibangunkan itu mempunyai ciri-ciri keunikan seperti landskap semula jadi serta kepelbagaian flora dan fauna yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi ekopelancongan hutan. Ciri-ciri ini menjadi satu kelebihan bagi menarik pelancong atau pengunjung yang gemarkan alam semula jadi yang mampu menjana sumber pendapatan baru hutan, ataupun apa dikatakan, dengan izin, the new forest wealth creation kepada negara. Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menjana sumber pendapatan baru bagi meningkatkan hasil pendapatan negara melalui ekopelancongan hutan diperolehi menerusi beberapa pendekatan seperti berikut: (i) usaha pemuliharaan ekosistem hutan semula jadi atau konservasi in-situ di Malaysia seperti taman-taman negara, taman-taman negeri, tapak-tapak warisan, tapak-tapak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Ramsar; (ii) usaha pemuliharaan hutan yang terletak berhampiran kawasan bandar atau komuniti dikenali sebagai urban forest; (iii) usaha pemuliharaan hutan bersama-sama pihak berkuasa tempatan menerusi kerjasama MoU seperti Majlis Perbadanan Putrajaya; dan (iv) memajukan kawasan-kawasan taman ekorimba dan hutan taman negeri yang sedia ada dan mengenal pasti kawasan baru yang berpotensi. Antara usaha dan kerjasama yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia untuk menjana sumber pendapatan the new forest wealth creation bagi meningkatkan hasil pendapatan negara adalah menerusi ekopelancongan hutan seperti projek-projek berikut: (i) pembangunan Cameron Highlands Mountain Biodiversity Centre di kawasan Hutan Lipur Parit Fall, Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang; (ii) Kilim Geoforest Park di Langkawi, Kedah yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO merupakan formasi batuan yang berusia 500 juta tahun; (iii) Pulau Anak Tikus, Kilim Geoforest Park, Langkawi, Kedah yang merupakan satu-satunya surface fossil di Malaysia; (iv) kawasan Tapak Warisan FRIM di Kepong, Selangor yang merupakan pusat ekopelancongan hutan berhampiran kawasan bandar, pembangunan tapak berteraskan infrastruktur hijau menerusi program The Hub of Heritage FRIM akan dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjelang tahun 2020. (v) Jerai Geopark Kebangsaan merupakan kawasan hutan yang telah dikenal pasti mempunyai batuan; dan (vi) Pusat Konservasi Gajah dan Institusi Biodiversiti di Kuala Gandah, Pahang. Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk kemukakan soalan tambahan.

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana semalam sudah membawa satu rang undang-undang untuk memastikan pemeliharaan alam sekitar ini. Jadi persoalan saya, kita merupakan negara yang ekopelancongan salah satu sumber pendapatan yang terbesar untuk negara kita. Jadi sekarang ini kalau kita melihat,

mungkin terbantutnya sistem ekopelancongan ini dengan disebabkan oleh pembalakan, pemusnahan alam sekitar, pencemaran sumber asli dan sebagainya. Melalui program ini, kementerian telah mewujudkan 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network. Maka jenayah-jenayah ini sudah pasti mungkin dapat kita kawal. Berapakah jumlah penjenayah-penjenayah seperti ini yang telah kita dapat kesan ataupun dapat tangkap dan adakah kalau langkah-langkah kita ini, kita dapat melaksanakan tugas ini dengan kerjasama pasukan-pasukan tertentu? Itu soalan yang saya mohon kemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya mempunyai butiran-butiran khusus penangkapan dan hukuman yang telah dijatuhkan atas penangkapan kepada pihak yang telah mencerobohi hutan kita sama ada menerusi pembalakan haram, kemasukan ke dalam hutan simpan dengan tidak ada kebenaran ataupun pencerobohan untuk mencuri biodiversiti kita khususnya bahan-bahan yang bernilai dalam hutan kita termasuk flora dan faunanya, termasuk benda-benda macam gaharu dan sebagainya tetapi butiran itu tidak ada pada saya pada masa ini, Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan kita adalah secara NBOS ataupun kerjasama bersama dengan pihak agensi dan kementerian lain khususnya polis, tentera dan sekarang kita mendapat tawaran daripada Yang Berhormat Dato’ Seri dari Arau sebagai Menteri yang bertanggungjawab berhubung dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jadi, saya ini daripada The Old Guard yang JPAM itu. Dulu dipanggil JPAM, sekarang ini sudah APM. Saya tidak hendak sebutlah APM ini. Jadi, sudah diberi tawaran kepada kita dan kita sekarang telah mengurus mereka ini dengan latihan-latihan yang tertentu sama ada mereka diletak bersama dengan pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Jabatan PERHILITAN ataupun Jabatan Taman Laut Malaysia dan mereka ini telah membuat rondaan penguatkuasaan. Sebenarnya Yang Berhormat, penguatkuasaan kita tiap-tiap hari ada laporan yang saya terima berhubung dengan penangkapan, penyitaan dan pembawaan mereka ini ke hadapan untuk diselidik. Akan tetapi masalahnya, laporan dalam media kita berkurangan sedikit berhubung dengan penangkapan-penangkapan, berhubung penguatkuasaan di hutan dan rimba belantara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah usaha yang diambil untuk mendapat kerjasama dengan negeri-negeri yang berkenaan dan juga kemampuan termasuk APM? Adakah ini mampu untuk meninjau keadaan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, inilah contoh yang baik mengemukakan soalan tambahan. Tidak ada bunga-bunga.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang menghargai Yang Berhormat dari Kepong ini. Kawan lama, sudah 20 lebih tahun dalam Dewan. Beliau selalu berbincang dengan saya berhubung dengan hutan ini. Saya selalu memberi jawapan secara lisan dan secara peribadi dengan beliau kerana menunjukkan bahawa beliau memang concern, beliau memang minat berhubung dengan perkara hutan. Sebenarnya, kerjasama kita dengan agensi-agensi kerajaan itu adalah amat intim tetapi Yang Berhormat, dalam sudut penguatkuasaan hutan kerana kita mempunyai banyak perkara, kalau dalam Jabatan Hutan, orang itu mempunyai kepakaran-kepakaran sendiri yang mempunyai latihan-latihan sendiri. Bahkan ada renjer-renjer hutan kita yang mempunyai kelulusan masters degrees Yang Berhormat. Jadi dia bukan mempunyai satu bidang yang dipanggil dahulu hanya kelulusan LCE dan sebagainya, kelulusan Form 3 dan Form 4 sahaja. Banyak kebanyakannya mempunyai kelulusan-kelulusan ijazah, bahkan ada mempunyai kelulusan masters degree dalam bidang-bidang sendiri. Jadi dalam keadaan ini, mereka adalah dianggap sebagai seorang pakar dan apabila kita hendak involvekan mereka dengan badan-badan lain daripada polis, tentera, mereka ini tidak mempunyai kepakaran khusus untuk menguatkuasakan dan mereka mesti mengetahui apa benda yang dikuatkuasakan. Itu yang pertama saya sebut tetapi walau bagaimanapun, kerja kita dengan agensi-agensi lain adalah intim, baik dan pihak- pihak lain banyak memberi sokongan dan kerjasama dengan kita. Jawapan yang kedua, kebanyakannya ada misconception berhubung dengan hutan, Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang dikatakan hutan simpan di Malaysia itu ada dua jenis. Ada satu hutan simpan yang memang tidak boleh diganggu gugat kalau hutan simpan itu dalam catchment area. Akan tetapi ada hutan simpan yang boleh

diterokai yang mana di-control oleh pihak Kerajaan Pusat iaitu menerusi Majlis Tanah Negara yang memberi kuota-kuota tertentu kepada negeri-negeri yang memohon mendapat kuota untuk penerokaan ataupun untuk pembalakan di hutan-hutan simpan yang tertentu secara mapan dan secara sustainable. Jadi dalam keadaan sedemikian, ada kekeliruan pihak-pihak di seluruh negara ini memikirkan bahawa apabila disebut hutan simpan kekal, memang tidak boleh diganggu gugat tetapi ini adalah tidak betul dan tidak tepat. Ada hutan-hutan simpan yang dibolehkan untuk diterokai, memberi pulangan hasil kepada negeri dan negara tetapi di- control oleh pihak Majlis Tanah Negara dan kuota ini dilaksanakan mengikut tahunan oleh pihak-pihak negeri dan kelulusannya dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa · question

2. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah kes bantuan JKM yang dikurangkan, dihentikan dan lambat bayar menurut kategori JKM daerah di seluruh negara. Apakah komitmen kerajaan dalam memastikan tiada kelemahan prosedur sedia ada.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bachok pada 1 Ogos 2017 dan Yang Berhormat Alor Gajah pada 9 Ogos 2017 bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Yang di- Pertua, secara amnya, bantuan kebajikan yang diberikan adalah bersifat sementara. Bantuan ini merupakan satu bentuk saraan hidup bagi membantu kumpulan sasar yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bagi tujuan melanjutkan proses pemberian bantuan kewangan kebajikan kepada seseorang individu, Jabatan Kebajikan Masyarakat menjalankan proses kajian semula bagi membolehkan JKM membuat semakan status penerima bantuan sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia atau berpindah ke luar daerah. Oleh itu, JKM dapat menentukan sama ada bantuan kebajikan masih sesuai diteruskan atau tidak lagi bagi tempoh selanjutnya dan secara tidak langsung mengurangkan ketirisan wang kerajaan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, sesuatu kes penerima bantuan boleh ditamatkan berdasarkan faktor-faktor berikut: (i) meningkatkan tahap sosioekonomi serta mampu berdikari; (ii) penerima bantuan meninggal dunia; (iii) penerima kini tinggal bersama anak yang mampu menanggung perbelanjaan keluarga; (iv) bagi Skim Elaun Pekerja Cacat, pendapatan OKU tersebut telah melebih RM1,200 sebulan; dan (v) bagi bantuan kanak-kanak, bantuan boleh dikurangkan atau ditamatkan apabila anak-anak yang dalam tanggungan telah melepasi umur 18 tahun. Berdasarkan statistik JKM, daripada jumlah 483,637 kes penerima bantuan, seramai 40,990 kes ataupun 8.47 peratus dihentikan bantuan kerana faktor-faktor yang telah saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, kementerian melalui JKM berusaha membantu penerima bantuan agar berdikari melalui penglibatan aktif dalam bidang keusahawanan melalui pendekatan productive welfare dengan pemberian Bantuan Geran Pelancaran (BGP) dengan kadar RM2,700 sekali gus. Daripada tahun 2010 hingga 2016, seramai 5,757 orang telah menerima manfaat daripada Bantuan Geran Pelancaran dengan implikasi kewangan sebanyak RM19.94 juta.

Daripada jumlah tersebut seramai 3,451 orang telah mampu menjana pendapatan melebihi RM300 sebulan daripada pendapatan mereka yang sedia ada. Manakala sehingga Mei 2017, seramai 349 klien JKM menerima Bantuan Geran Pelancaran dengan perbelanjaan sebanyak RM446,300.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian menerusi JKM telah juga menambah baik prosedur yang sedia ada untuk memastikan golongan sasar JKM yang layak terus menerima bantuan melalui kerjasama pemimpin tempatan, wakil rakyat, pasukan sukarelawan kebajikan, organisasi atau individu dan badan-badan bukan kerajaan dalam mengesan dan merujuk kes-kes yang memerlukan bantuan. Selain daripada itu JKM juga telah melaksanakan SOP dengan: (i) kajian semula tiga bulan sebelum tamat kelulusan; dan (ii) semakan secara atas talian dengan sistem myIDENTITY bagi kes yang meninggal dunia. Penambahbaikan ini telah dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2017. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Berkaitan dengan hal kebajikan kepada golongan daif ini banyak aduan-aduan yang kita terima sebagai wakil rakyat. Ada yang ditamatkan dia punya elaun saraan hanya kerana berpindah kawasan. Ada yang ditamatkan kerana hilang pekerjaan sebagai contoh elaun pekerja cacat tadi. Dia sudah hilang pekerjaan, syarat untuk mendapat elaun tersebut saya difahamkan mesti ada pekerjaan. Bila sudah hilang kerja kemudian elaun pula dipotong, ini sangat membebankan kepada mereka kerana elaun yang digunakan tadi, elaun yang dapat tadi hanya digunakan untuk membeli makanan sahaja. Jadi kalau yang untuk beli makan pun sudah mereka tidak ada ini satu bebanan yang sangat teruk. Ada juga yang mengadu kawasan-kawasan penempatan OKU tadi sangat daif dan usang dan tidak dinaiktarafkan sekian lama. Sebagai contoh saya mengambil contoh di kawasan saya, kawasan penempatan perumahan OKU di Kampung Telong, Kandis, sudah lama sangat. Rumah yang dibina pada waktu itu pun sangat sempit, ada satu bilik sahaja. Ada keluarga mereka semakin besar, kita kadangkala sebagai wakil rakyat pembangkang yang dinafikan hak dan peruntukan ini terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk menampung hendak tukar zink yang bocor, apabila tiba musim tengkujuh dan juga musim-musim ribut. Jadi soalan saya kepada pihak kementerian, apakah kementerian tidak bercadang untuk melihat dan menaik taraf kawasan-kawasan penempatan dan perumahan OKU yang sangat usang yang ada di negara kita pada hari ini. Sekian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok yang begitu prihatin terhadap nasib kumpulan sasaran kementerian termasuk sekali OKU. Berkaitan dengan soalan tadi pindah kawasan. Pindah kawasan ini sebenarnya memang dipindahkan supaya nanti mereka boleh memohon semula bantuan di daerah yang berkenaan dan mereka akan dapat melalui daerah. Itu tidak ada masalah, Yang Berhormat. Keduanya, berhenti kerja ini kalau mereka OKU tidak bekerja mereka ada pula bantuan khas. Untuk yang bekerja EPC itu RM350 sebulan, yang tidak bekerja RM200 sebulan. Jadi ini boleh kita tengok semula kalau ada apa-apa aduan seperti begitu Yang Berhormat boleh merujuk kepada kita, kepada JKM di daerah masing-masing. Berkaitan dengan penempatan OKU Yang Berhormat sebutkan tadi, kita akan siasat dahulu sama ada ini adalah di bawah kerajaan negeri ataupun dekat di bawah Kerajaan Persekutuan ataupun ia bersendirian. Apabila kita dapat kajian ini nanti baru kita boleh menengok apa yang boleh kita buat sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri. Jadi minta Yang Berhormat nanti bagikan kita alamat yang sebenarnya untuk kes ini. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas peluang memberi saya soalan tambahan. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, pertamanya saya hendak merakamkan terima kasih kepada pihak kementerian yang tanpa jemu membantu mereka-mereka yang memerlukan. Walaupun sebenarnya bantuan ini bersifat sementara tetapi ada yang sangat bermakna kepada separuh daripada mereka. Jadi soalan tambahan saya bagaimanakah caranya, pihak kementerian boleh meneruskan bantuan-bantuan ini tanpa memberi kesukaran kepada mereka-mereka dengan perlu membuat pendaftaran setiap tahun. Oleh kerana terutamanya bagi golongan yang sangat memerlukan OKU, bila sudah cukup umur atau keadaan mereka yang susah pergerakannya tetapi memerlukan satu pembaharuan bagi permohonan semula rayuan mereka sangatlah diperlukan, diberi perhatian oleh pihak kementerian. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang dan terima kasih kerana hendak mengucapkan terima kasih kepada kementerian kita yang sentiasa menjaga kumpulan sasar kita, ertinya orang-orang yang amat memerlukan. Berkaitan dengan bagaimana caranya kita boleh meneruskan bantuan ini tanpa menyusahkan mereka. Sebenarnya memanglah menjadi hasrat kita tidak akan menyusahkan. Kita akan membantu mereka yang susah jadi kita tidak mahu menyusahkan mereka. Namun demikian, kita kena juga patuh kepada peraturan-peraturan tertentu kerana kalau kita tidak mengadakan kajian semula yang tiga bulan sebelum tempoh habis bantuan ini setiap tahun, kemungkinan akan berlaku kes-kes di mana apabila penerima bantuan itu meninggal, tidak dilaporkan kepada kita dan berlakulah pembayaran dibuat secara berterusan. Kes-kes sebegini sudah banyak berlaku, akhirnya pewaris terpaksa membayar semula kepada kementerian dan kementerian pun kena diaudit pula pihak Auditor General. Jadi ini adalah perkara-perkara yang ingin kita elakkan daripada berlaku maka kita perlu juga mengadakan kajian semula. Ini bukan dengan tujuan untuk menyusahkan tetapi untuk kemudahan semua orang. Mana tahu penerima bantuan itu memerlukan bantuan-bantuan lain lagi yang boleh kita bantu mereka ataupun dengan bekerjasama dengan agensi yang lain kita bantu mereka untuk menambahkan lagi pendapatan mereka. Jadi kajian semula ini adalah amat-amat penting untuk kita lakukan. Untuk memudahkan maka kita memerlukan kerjasama daripada pemimpin di akar umbi dengan wakil rakyat, dengan NGO seperti yang telah saya sebutkan tadi supaya mereka yang memerlukan itu dan yang susah itu dipermudahkan lagi caranya untuk diteruskan bantuan mereka. Terima kasih.

Annuar bin MusaUMNO · BNKetereh · question

3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [Ketereh] minta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap pelarian Rohingya yang telah berpuluh tahun menetap di negara ini dan apakah keistimewaan yang diterima oleh anak golongan pelarian berkenaan yang dilahirkan di negara ini.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri. Tuan Yang di-Pertua, tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada anak pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pelarian UNHCR etnik Rohingya Myanmar yang dilahirkan di Malaysia. Semua pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya, Myanmar bebas bergerak di Semenanjung Malaysia, bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan agama, mendapat potongan harga caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus berbanding dengan warga asing yang lain dan punya akses kepada pendidikan swasta. Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang kad UNHCR ini melakukan aktiviti yang melanggar perundangan negara maka tindakan sewajarnya berdasarkan undang- undang berkaitan akan diambil. Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian etnik Rohingya ini memandangkan Malaysia bukan negara pihak kepada konvensyen mengenai status pelarian 1951 dan Protokol 1967. Namun demikian, di atas dasar perikemanusiaan yang luar biasa, kerajaan membenarkan pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya, Myanmar yang mempunyai kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara sehingga dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga. Mulai 1 Mac 2017, kerajaan telah melaksanakan projek perintis kebenaran bekerja terhadap pelarian etnik Rohingya, Myanmar yang memegang kad UNHCR untuk bekerja dalam sektor perkilangan dan perladangan bagi tempoh tiga tahun. Kad UNHCR bukanlah merupakan kad yang boleh digunakan oleh pelarian untuk bekerja di Malaysia. Tindakan penguatkuasaan oleh agensi-agensi penguat kuasa dijalankan dari semasa ke semasa ke atas migran asing dan pelarian yang bekerja tanpa permit kerja yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya kemukakan soalan tambahan saya ingin mengalu-alukan kehadiran Persatuan Pesara-pesara Daerah Segamat dan Sekijang ke Dewan yang mulia ini. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Seperti mana Yang Berhormat maklum, masalah pelarian Rohingya ini masalah yang telah berpanjangan lebih daripada

70 tahun, 7 dekad lamanya. Sebahagian daripada pelarian ini telah bermastautin dalam negara kita puluhan tahun lamanya dan telah melahirkan zuriat atau anak-anak yang sekarang ini mungkin telah pun berusia 20 tahun ataupun 25 tahun ataupun lebih. Jadi soalan saya ialah, tidakkah kerajaan bercadang untuk melihat kepada penyelesaian yang lebih bersifat jangka panjang. Misalnya dalam bidang pendidikan agar mereka mempunyai akses kepada pendidikan yang sama dengan yang diberikan kepada penduduk yang lain ataupun caj perubatan yang sekarang ini ada sedikit pengecualian untuk diberikan perubatan yang hampir sama ataupun sama dengan yang diberikan kepada rakyat yang lain memandangkan mereka adalah anak-anak kelahiran di sini dan masalah kesihatan itu adalah masalah yang boleh memberi impak bukan sahaja hanya kepada mereka tetapi juga kepada pihak yang lain. Jadi, oleh kerana masalah ini masalah berpanjangan, apakah kerajaan bersedia untuk melihat dan meneliti beberapa insentif tambahan bagi memastikan pelarian Rohingya yang kerajaan tunjukkan keprihatinan selama ini dapat diberikan perhatian yang lebih baik lagi.

Tuan Yang di-Pertua, soalannya apakah kerajaan bersedia melihat? Kerajaan memang bersedia. Itu sebab apabila berlaku krisis ini, kita lihat beberapa buah negara terutamanya negara Timur Tengah telah memberi bantuan terus kepada Majlis Keselamatan Negara untuk bantu terutamanya etnik Rohingya dan kita telah melaksanakan beberapa perkara untuk menambah baik kehidupan mereka di sini. Berhubung dengan yang lain-lain itu saya telah jawab tadi bahawa akses kepada pendidikan swasta kita bagi kelonggaran seluas-luasnya dan boleh dikatakan semua anak-anak etnik Rohingya ini mereka belajar di sekolah swasta sama ada ditubuhkan oleh swasta, ditubuhkan oleh mereka sendiri, atau ditubuhkan oleh UNHCR ataupun ditubuhkan oleh NGO prihatin. Secara keseluruhannya, anak-anak mereka mendapat didikan seperti yang telah ditentukan. Akan tetapi untuk masuk ke sistem pendidikan Malaysia sekarang ini, dia mesti warganegara. Jadi ke tahap itu sahaja yang kita boleh buat. Lain-lain sedang dibincangkan dari semasa ke semasa termasuk memberi peluang pekerjaan ini ialah cadangan daripada pelbagai pihak. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat dan telah memutuskan bahawa mereka ini kepada jumlah tertentu diberi peluang untuk bekerja. Akan tetapi Yang Berhormat sedia maklum bahawa pelarian mana pun sudah pasti mereka lebih minat untuk bekerja sendiri. Dalam bekerja sendiri itu mereka akan membuat beberapa aktiviti yang lebih menguntungkan. Kalau kerja yang telah kita tetapkan ini, sudah pasti mereka kurang berminat sebab mungkin tawaran gajinya RM1,000 walaupun kita beri makan percuma, tempat tinggal dan sebagainya. Mereka lebih berminat kerja sendiri yang berpendapatannya lebih dan kadang-kadang mereka juga terlibat mencuri hutan yang pendapatannya sudah pasti berlebih-lebih dan pelbagai lagi. Sebenarnya di samping simpati, masalah sosial dan juga masalah perundangan yang lain sedang kita tangani kerana bukan mereka sahaja yang berada di sini termasuk juga etnik yang lain.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya mengulangi pendirian disebut oleh Yang Berhormat Ketereh tadi. Ini kerana berkait dengan isu ini, saya sedar kita punyai masalah yang pelbagai, bukan sahaja berkait dengan pelarian Rohingya tetapi juga Syria dan juga isu Sri Lankan Tamil. Pada saya, saya hanya mahu merujuk Yang Berhormat sebuah kertas kerja penyelidikan yang dibuat oleh Universiti Malaya berkait dengan isu pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari Malaysia diterbitkan di Geografia Online di mana mereka telah mengakui Malaysia punyai masalah yang agak serius kerana tidak ada program yang holistik yang memastikan asimilasi secara menyeluruh. Kalau kita lihat contohnya di Jerman, pelarian ini begitu menular masalahnya sampai hampir mencecah sejuta orang dan mereka ada program untuk memastikan pelarian apabila masuk ke negara tersebut memahami budaya dan juga praktis yang insya-Allah dapat melahirkan suasana lebih kondusif. Saya fikir, kalau Yang Berhormat pergi teliti lokap dan sebagainya memang akan ada pelarian dan sesetengah daripada mereka apabila masa tidak ada ruang untuk mendapatkan pekerjaan dan nafkah, memang terjebak dalam beberapa gejala sosial. Makanya dalam laporan Universiti Malaya ini, yang akan saya berikan Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Mereka beri anjuran bahawa Malaysia perlu mewujudkan sebuah program asimilasi bersama di peringkat ASEAN dan UNHCR untuk menyelesaikan masalah ini. Ini kerana mahu tidak mahu it is a problem getting out of hand, dengan izin. Jadi saya mohon kesediaan Yang Berhormat yang budiman yang saya fikir sentiasa prihatin dalam perkara ini. Moga-moga dapat diwujudkan sesuatu yang lebih menyeluruh untuk jangka masa panjang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, kesediaan berbincang, menyampaikan apa-apa cadangan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak ada masalah. Negara ini negara demokrasi Yang Berhormat. BN menjalankan prinsip demokrasi yang cukup terbuka. Itu sebab Yang Berhormat Kota Kinabalu hantar memorandum, saya pergi terima dan dia pula beri kenyataan akhbar yang lebih daripada Menteri pula. Okey, saya terima. Tidak ada masalah sebab kita terbuka. Apa-apa cadangan sahaja. Akan tetapi untuk kes ini Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketereh pun sudah sebut Yang Berhormat Lembah Pantai, memang kombinasi yang cukup cantik mereka berdua ini. Saya hendak beritahu bahawa children ataupun kanak-kanak ini cuma 16,809 orang kanak-kanak Rohingya. Banyaknya orang dewasa yang dapat kad UNHCR ini orang dewasa yang ramai, tetapi anaknya so far sehingga kini kira-kira 16,809 orang. Ini beberapa cadangan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Asimilasi ini makna kata kita dalam proses untuk akhirnya mereka duduk di sini. Kita ini yang keluarkan kad ini ialah UNHCR. Kad di peringkat awal mereka keluarkan, mereka keluarkan menggunakan komuniti mereka sendiri. Setelah penekanan, pembisingan berlaku di pihak saya, sekarang ini mereka libatkan Kementerian Dalam Negeri secara langsung. Dahulu mereka libat secara tidak langsung, sekarang secara langsung dan mereka keluarkan kad baru yang lebih berdaya keselamatan. Sekarang ini kad boleh dibeli di mana-mana, di Chow Kit pun ada. Di mana-mana boleh beli tetapi kad mereka sendiri itu adalah sudah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Ini mereka keluarkan kalau sekiranya kita kata kita hendak melaksanakan proses asimilasi, bererti mereka seronok mengeluarkan kad tetapi mereka tidak berusaha untuk menghantar mereka ini ke negara yang ketiga. Tugas UNHCR ialah memberi perlindungan dan makanan. Akan tetapi mereka perlindungan pun tidak bagi, makanan pun tidak bagi dan orang-orang ini bebas bergerak ke sana sini mencari makan akhirnya menimbulkan masalah kepada Kerajaan Malaysia. Kalau kerajaan melaksanakan program asimilasi ini bererti kita ada niat untuk memberi mereka untuk menjadi warganegara dan UNHCR tidak berusaha untuk hantar ke negara ketiga. Dia kena buat. Ini tugasnya, dia kena hantar mereka ini ke negara ketiga ataupun hantar ke negara asal. Itu dia. Sebab kita kena ingat kita mempunyai masalah sendiri. Kalau kita buka flood gate ini dengan izin, sudah pasti lebih ramailah yang menjurus ke sini, bukan sahaja mereka tetapi warga yang lain. Jadi kertas daripada Universiti Malaya itu bagus tetapi pelaksanaannya kita akan ditimbangkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang budiman. So, jadi berhubung dengan persoalan adakah kami bersiap siaga untuk menerima pandangan, bila-bila masa. Sekarang ini pun selepas jawapan ini Yang Berhormat boleh jumpa saya di luar dan bagi cadangan tersebut untuk diteliti. Terima kasih.

Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal · question

4. Dato' Mansor Bin Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan statistik terkini jumlah pendaftaran atas talian (online) dan adakah kerajaan menawarkan sebarang insentif kepada perniagaan kecil online yang dikatakan belum lagi boleh meraih keuntungan besar berbanding dengan perniagaan online besar seperti Lazada,11street, Zalora dan eBay.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal di atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, setakat 10 Julai 2017, sejumlah 53,285 peniaga online yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang meliputi perniagaan syarikat dan perkongsian liabiliti terhad. Bagi menggalakkan pematuhan pendaftaran perniagaan dan pengenalan kepada perniagaan online, SSM turut menganjurkan karnival SSM ONE or Online Networking Entrepreneurs di seluruh negara.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Bagi peringkat kementerian ini pula, insentif yang ditawarkan adalah berbentuk keusahawanan digital kepada perniagaan kecil online yang memfokuskan kepada aspek pendidikan dan kemahiran. Latihan dan kursus yang ditawarkan oleh kementerian merangkumi latihan lapangan, on the job training, simulasi, kaedah strategi pemasaran digital melalui media sosial dan perniagaan online yang efektif, kursus jangka pendek dan latihan ini dilaksanakan secara NBOS bersama agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pihak industri, NGO dan juga Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Selain itu, agensi lain yang turut menawarkan program dan latihan kepada peniaga kecil online ialah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp.). MDEC adalah merupakan agensi peneraju untuk memandu Malaysia ke arah ekonomi digital manakala SME Corp. yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antara dan Industri (MITI) pula membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian. MDEC menawarkan Program eUsahawan di institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam yang terpilih di seluruh negara untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan belia dan mikro dalam menggunakan platform digital dan media sosial untuk meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran. Topik yang diajar merangkumi aspek sosial media marketing, mobile commerce, analisis data untuk memperbaiki keberkesanan pemasaran secara digital, bayaran di atas talian, pengiklanan digital dan juga keselamatan siber. Sejak Januari sehingga Disember 2016, sejumlah 51,203 usahawan muda dan desa telah mengikuti kursus eUsahawan dan kira-kira 30 peratus daripada peserta telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan sejumlah RM48 juta. SME Corp. pula berperanan melalui insentif di bawah Business Accelerator Programme selain daripada latihan keusahawanan dan pemasaran online kepada peniaga PKS, SME Corp. membantu dalam mengurangkan kos yuran penyertaan PKS di platform eDagang seperti Alibaba dan eBay. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHNibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kebelakangan ini kita dapati makin ramai minat untuk menjalankan perniagaan atas talian ataupun online terutama sekali di kalangan golongan muda dan ada kemungkinan besar mereka dapat meraih pendapatan yang agak selesa dan mungkin juga lumayan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri mengenai banyak latihan diberikan kepada individu-individu yang berminat dalam bidang keusahawanan ini. Mungkin kalau dapat, kementerian dapat memberi peruntukan khusus kepada individu yang baru mahu mencebur diri dalam perniagaan ini. Kedua Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kementerian memberikan kelonggaran kepada individu-individu permulaan ini terutama sekali apabila mereka terpaksa mewujudkan syarikat-syarikat dahulu sebelum mereka dapat menjalankan perniagaan atas talian ini dan juga cukai-cukai yang dikenakan kepada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Di bawah program seperti mana yang saya katakan tadi, ada satu program yang agak istimewa iaitu di bawah SSM. Program yang dikenali sebagai Young Entrepreneurs Go ini menawarkan bantuan khusus kepada– antara objektifnya ialah menggalakkan golongan pelajar menceburi bidang perniagaan dan mempertingkatkan kesedaran berkaitan kewajipan mendaftarkan perniagaan dan pengurusan perniagaan yang baik di kalangan pelajar dan mempromosikan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan. Di bawah program ini, pendaftaran perniagaan khususnya untuk pelajar tadi adalah free ataupun tidak perlu dibayar. Di bawah skim ini yang berkuat kuasa daripada 1 Januari tahun ini, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam boleh mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 sepertimana yang saya katakan tadi, dengan percuma. Di bawah skim ini sebenarnya pihak kerajaan menyalurkan geran sebanyak RM10 juta untuk sepuluh tahun. RM1 juta untuk setiap tahun di bawah skim ini. Setakat ini, peruntukan yang belum diguna pakai di bawah skim ini yang berjumlah RM10 juta tadi ialah sebanyak RM199,903.60 sen yang belum diguna pakai di bawah skim RM10 juta untuk sepuluh tahun ini tadi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Kita akan menjadi negara digital economy 20 percent pada tahun 2020. Kita juga merendahkan halangan

untuk berniaga, menjadi negara keenam memudahkan memulakan perniagaan di dunia. Kita juga ada accessibility yang baik, connectivity yang baik untuk peniaga-peniaga. Kita ada program daripada kerajaan untuk membantu usahawan muda tadi. Cuma saya hendak tanya kerajaan. Di samping perkembangan yang menarik dan baik ini, terdapat juga menurut laporan CyberSecurity Malaysia, tahun lepas sebanyak 3,921 insiden penipuan dalam perniagaan dalam talian ini. Jadi saya hendak tanya kerajaan, adakah kerangka yang ada ini cukup untuk kita melindungi pengguna dari online crime ini? Jadi itu soalan saya, terima kasih.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Pihak kerajaan dan kementerian memang sentiasa mengambil berat tentang penipuan yang dilakukan dalam mengendalikan perniagaan dalam talian ini dan sentiasa mengadakan pemantauan khususnya dari pihak penguat kuasa kita menjalankan tugas di mana-mana tempat di seluruh Malaysia. Kita berharap dengan adanya kerja-kerja baik yang dijalankan oleh penguat kuasa kita, aktiviti penipuan perniagaan atas talian ini akan berkurangan.

Memang pun tidak dapat dinafikan dan pihak yang penting, pihak kerajaan dan kementerian senantiasa mengambil berat tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.

Ahmad Fauzi bin ZahariUMNO · BNSetiawangsa · question

5. Dato' Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bagaimanakah pihak kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengatasi isu pengemis yang semakin berleluasa kini dan nyatakan jumlah kes yang diselamatkan sehingga suku kedua 2017.

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. DunUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Setiawangsa pada 1 Ogos 2017 dan 3 Ogos 2017 bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa peka mengenai isu pengemis dan gelandangan yang wujud di negara ini. Pelbagai pendekatan dan usaha telah dirancang serta dilaksanakan bagi membendung isu ini daripada terus meningkat, selain mewujudkan koordinasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, kementerian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, bertanggungjawab menyelamat dan memulihkan pengemis berdasarkan peruntukan Akta Orang Papa 1937. Bagi membendung aktiviti pengemisan daripada terus berleluasa, kementerian mengambil pendekatan membendung isu pengemisan secara holistik dengan penglibatan dan kerjasama pelbagai agensi, multi sectoral approach, dengan izin. Antara bentuk kerjasama yang diambil untuk menangani masalah pengemis adalah dengan meningkatkan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa. Operasi bersepadu ini turut melibatkan agensi penguat kuasa lain iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Daerah, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi tempoh tahun 2014 hingga tahun 2016, sebanyak 6,650 operasi menyelamat telah dijalankan di seluruh negara. Selain itu, kempen kesedaran dan pencegahan pengemisan dilaksanakan sebagai program advokasi kepada orang awam dengan mengadakan Kempen@walkabout, kempen kesedaran sempena Karnival Kebajikan 1Malaysia, mengedarkan risalah, pendidikan kesedaran melalui media elektronik, temu bual di radio dan televisyen serta kempen melalui khutbah Jumaat. Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 2,707 operasi menyelamat mengemis telah dijalankan sepanjang tahun 2016, di mana seramai 2,278 kes telah selamatkan. Pecahan kes adalah seperti berikut: (i) warganegara seramai 1,610 pengemis di selamatkan terdiri daripada 1,151 lelaki dan 459 perempuan;

(ii) bukan warganegara seramai 668 pengemis diselamatkan terdiri daripada 390 lelaki dan 278 orang perempuan. Tuan Yang di-Pertua, menyedari senario dan isu pembaziran makanan oleh badan bukan kerajaan (NGO) kepada gelandangan di Bandar raya Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan dan bandar raya Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil keputusan untuk memusatkan tempat pengagihan makanan oleh NGO kepada gelandangan. Penyaluran bantuan makanan oleh NGO untuk golongan gelandangan di ibu kota wajar disalurkan mengikut saluran yang betul bagi mengelakkan pembaziran makanan. Sikap beberapa NGO yang menyalurkan bantuan makanan yang berlebihan di tempat yang tidak sesuai telah menyumbang kepada pembaziran dan mengotorkan tempat awam. Kementerian bersama-sama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan koordinasi bersama NGO-NGO atau mana-mana kumpulan yang ingin membantu gelandangan dalam memberikan makanan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah menetapkan agar NGO yang bercadang untuk memberi bantuan makanan hendaklah membuat pengagihan di pusat-pusat agihan makanan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti Anjung Singgah, Kuala Lumpur di Jalan Hang Lekiu, Pusat Transit Perdagangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang, dan Pusat Khidmat Gelandangan di Lorong Medan Tuanku bermula pada Julai 2017 ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyambut baik usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai cadangan pemasangan papan tanda bagi tujuan penyelarasan di kawasan hotspots gelandangan di sekitar ibu kota. Pemasangan papan tanda ini bertujuan memberikan maklumat kepada NGO-NGO untuk membuat edaran makanan di pusat-pusat agihan makanan yang telah ditetapkan. NGO-NGO juga di saran untuk berhubung terus dengan operator di pusat-pusat agihan makanan bagi tujuan penjadualan agihan makanan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak menghalang mana-mana NGO atau individu yang berminat untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan pemberian makanan berlebihan berlaku, semua NGO hendaklah berhubung dengan pihak kementerian agar penyaluran bantuan makanan oleh NGO dapat diuruskan secara sistematik. Terima kasih.

Dato’ Ahmad Fauzi ZahariUMNO · BNSetiawangsa

Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya ialah, saya lihat profil pengemis sekarang ini sudah pelbagai, bukan lagi rakyat Malaysia tetapi pemegang kad UNHCR (United Nations High Commissioners for Refugees), Rohingya dan sebagainya. Adakah kementerian bercadang untuk menggubal undang-undang yang lebih ketat untuk menangkap mereka? Sindiket-sindiket terutamanya, yang mengeksploitasikan wanita dan kanak-kanak ini bagi maksud ini. Kadang-kadang cara mengemis ini pun dah berbeza. Dulu kita tak pernah nampak dekat traffic lights tetapi sekarang ini ia ada. Akan tetapi ia pun bukan rakyat Malaysia tetapi rakyat luar. Adakah kementerian mempunyai skuad khas bagi menangani isu pengemis, terutamanya pengemis daripada luar negara ini? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang masalah pengemis ini adalah satu masalah yang berterusan. Kita di kementerian, terutama sekali Jabatan Kebajikan Masyarakat, berusaha untuk menanganinya, bukan bersendirian tetapi bersama-sama dengan agensi-agensi yang lain. Kalau disebutkan tadi berkaitan dengan pengemis yang datang daripada luar negara, bukan warganegara Malaysia, Rohingya dan lain-lain lagi yang antara lainnya memegang kad UNHCR. Tugas kementerian ataupun JKM di bawah kementerian adalah untuk menyelamatkan mereka. Kita mengadakan pelbagai rondaan dan operasi kita adalah secara berkala bersama-sama dengan agensi yang lain dan ada yang dibuat di atas laporan yang diberikan kepada kita. Apa yang berlaku apabila mereka ini bukan rakyat warganegara kita, maka kita akan serahkan mereka kepada pihak yang berkenaan iaitu pihak imigresen. Setelah itu, merekalah yang akan mengambil tindakan untuk membawa mereka balik ke tempat di mana mereka ini dikawal atau disimpan sementara waktu. Akan tetapi masalahnya ialah perkara ini akan berterusan lagi, hari ini kita selamatkan mereka dan hantar bersama dengan Jabatan Imigresen dan lain-lain, esok nanti dia akan balik lagi. Jadi, kerjanya akan berterusan. Memang betullah kata Yang Berhormat tadi, patutnya mungkin ada satu undang-undang baru. Undang-undang ini mungkin perlu melibatkan pelbagai pihak, pelbagai kementerian untuk kita duduk bersama dan membincangkan bagaimana kita

dapat menanganinya dengan sebaik mungkin. Apatah lagi bila melibatkan warganegara daripada luar, bukan warganegara kita Malaysia. Saya ingin memaklumkan juga kepada Dewan yang mulia ini, pada Yang Berhormat, bahawa satu sekretariat penyelarasan bagi menangani isu golongan gelandangan ini, termasuklah juga berkaitan dengan pengemisan ini telah pun ditubuhkan yang mana di terajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Inisiatifnya adalah untuk melibatkan agensi kerajaan dan NGO supaya satu mekanisme yang lebih bersepadu dapat disusun dan dilaksanakan untuk kita menangani isu pengemisan dan golongan gelandangan ini dengan lebih holistik lagi dan untuk jangka panjang. Insya-Allah, terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi di bangkitkan oleh Yang Berhormat Setiawangsa, berkenaan dengan pengemis yang daripada luar negara. Persoalan saya ialah hari ini munculnya saya rasa semua di kalangan kita sudah pun menemui bagaimana kanak- kanak yang diperalatkan sebagai satu daripada kononnya dia menjual bahan atau barang daripada pusat tahfiz amal. Saya difahamkan, sejak daripada tahun 2007 telah pun mendapat surat daripada Jabatan Agama Islam Kedah yang mengatakan operasi Maahad tahfiz itu tidak mendapat kebenaran.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Sekarang ini kita lihat kanak-kanak itu masih lagi muncul di tempat-tempat di stesen minyak, restoran dan yang paling menarik sekali, dia tahu bila hari orang keluar gaji, itu yang paling ramai. Maka dengan sebab itu, apakah tindakan yang boleh dibuat? Kes ini sudah lama. Yang perlu ditangkapnya ialah orang yang menganjur. Kita rasa kita dapat tahu, mungkin orang yang di belakang ini memperalatkan kanak-kanak terutama kanak-kanak yang masih lagi bersekolah sedangkan mereka itu ialah orang yang digadaikan masa depan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukit Gantang. Memang ini adalah satu lagi masalah yang selalu menjadi bahan perbincangan kami di kementerian. Ini kerana dia melibatkan pertamanya kanak-kanak dan keduanya institusi agama, tahfiz dan ketiganya dia melibatkan kerajaan negeri kerana semua institusi yang berkaitan agama ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Permasalahan kami ialah bila ada laporan dan kita ketahui tentang adanya kanak-kanak yang kononnya daripada tahfiz atau daripada mana-mana sahaja yang sedang melakukan pengemisan ini di mana-mana sahaja, maka pegawai-pegawai kita akan datang untuk menyelamatkan mereka. Itu adalah tanggungjawab utama kami di kementerian kerana kanak-kanak adalah merupakan kumpulan sasar dan kita akan selamatkan mereka. Itu pertama, sebelum kita akan menyelidik, membuat kajian apakah sebenarnya puncanya, siapa yang terlibat dan sebagainya yang kita akan pula libatkan nanti agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan juga daripada kerajaan negeri, daripada pejabat agama dan sebagainya. Malangnya, apabila kita mengetahui kanak-kanak ini ada ibu bapa mereka, apabila ibu bapa mereka ini dipanggil untuk kita kembalikan anak-anak mereka kepada ibu bapa dan kita menasihati mereka itu untuk membuat laporan terhadap institusi seperti tahfiz dan sebagainya ini, kita dapati bahawa ibu bapa ini memberikan consent mereka kepada anak-anak ini untuk terlibat dalam apa yang mereka kata bukan pengemisan tetapi belajar untuk berdikari untuk berniaga. Jadi ini permasalahan kita. Setiap kali kita buat ini, beginilah ceritanya. Akhirnya kita tidak dapat buat apa-apa, kita serah kepada kerajaan negeri untuk melakukannya. Walau macam mana pun, saya pernah cakap dalam Dewan ini bahawa kita hendak beritahu kepada ibu bapa di luar sana, jika mereka meneruskan perbuatan yang sedemikian, kemungkinan mereka boleh diambil tindakan di bawah undang-undang Akta Kanak-kanak kita. Insya-Allah. Terima kasih.

Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas · question

6. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa kerja projek naik taraf jalan dari Damar Laut, Manjung ke Simpang, Taiping seakan-akan sudah berhenti dilaksanakan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan adalah projek FT60 daripada Damar Laut ke Changkat Jering sejauh lebih kurang 70 kilometer. Untuk makluman, terdapat dua pakej yang telah diluluskan daripada keseluruhan 70 kilometer tersebut yang kita rancangkan akan dibina dengan lima pakej. Dua pakej yang diluluskan iaitu pakej pertama telah mula dilaksanakan September 2016 manakala pakej yang kedua yang kita panggil Pakej 2A telah dimulakan pada Oktober 2016. Kemajuan kerja di tapak sehingga akhir Jun 2017 untuk pakej yang pertama dari Kampung Batu Tiga ke Segari adalah 20 peratus mengikut jadual di mana kerja-kerja pembersihan tapak dan rawatan tanah sedang giat dijalankan. Manakala pakej yang kedua, pakej 2A dari Segari ke Kampung Tebuk Yan, status kini berada dalam lingkungan 18 peratus juga mengikut jadual iaitu kerja-kerja tapak, pembersihan tanah dan penyediaan tapak. Sekarang ini pada masa yang sama, kita juga sedang menyelesaikan berhubung kait dengan pengambilan tanah, kerja-kerja pembayaran pampasan dan menyelesaikan. Daripada keseluruhan pengambilan tanah, ada juga yang merujuk kepada mahkamah perihal pampasan dan sebagainya. Alhamdulillah, setakat ini dah selesaikan kerja-kerja pengambilan tanah dan juga perundingan dan insya-Allah, selepas ini kerja-kerja seterusnya akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar lagi di mana penyerahan tapak sepenuhnya akan dapat diserahkan kepada kontraktor. Jadi tidaklah projek ini terbengkalai seperti mana yang disangka oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memang sudah mendapat jawapan daripada pihak kerajaan berkenaan projek ini tetapi apa yang berlaku ialah saya sudah melawat tapak berkenaan dan memang pekerja syarikat tersebut pada masa lawatan saya memberitahu tidak ada lagi arahan atau peruntukan untuk kerja dengan lebih rancak dan seperti yang dijanjikan akhir tahun Disember 2018, maksudnya akhir tahun depan akan siap. Harap Menteri melawat tapak berkenaan supaya— lawatan saya menunjukkan sangat sedikit sahaja kerja yang dibuat. Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua, apakah sudah terjadi kepada peruntukan RM600 juta untuk projek ini yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan pada masa tahun 2008 iaitu Tan Sri Kong Cho Ha? Apakah sudah terjadi kepada wang tersebut dan bilakah keseluruhan projek ini daripada Damar Laut ke Changkat Jering akan siap?

Yang saya katakan tadi projek ini mengikut perancangannya memang patut disiapkan mengikut apa kadar kontrak yang telah ditetapkan iaitu tahun 2018. Jadi...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini untuk fasa 1 dan 2A. Projek keseluruhan adalah daripada Damar Laut ke Changkat Jering.

Bagi peluang saya menjawab, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak menjawab, saya bagi Yang Berhormat menjawab.

[Dewan ketawa]

Keseluruhan projek ini saya katakan tadi 70 kilometer. Pakej 1 dan pakej 2A telah diluluskan. Yang lain akan kita laksanakan bila telah dapat kelulusan daripada pihak EPU. Jadi setakat ini dua sahaja yang telah diluluskan dan kita akan sentiasa meminta peruntukan daripada EPU untuk mendapat peruntukan dan sekiranya diluluskan, keseluruhan projek ini kalau mengikut jangkaan ataupun anggaran awal, kosnya adalah RM1.15 bilion kalau kita hendak laksanakan keseluruhan. Jadi setakat ini yang saya katakan tadi Pakej 1 dan 2A telah diluluskan dengan anggaran lebih kurang RM200 juta untuk dilaksanakan termasuk kerja-kerja pengambilan tanah dan pampasan tanah. Ini yang kita laksanakan. Setakat ini kalau peruntukan dapat, memang kita akan laksanakan dan kita akan monitor segala perancangan projek ini mengikut peruntukan perjanjian, terma, spesifikasi yang ditetapkan. Bukan macam ada setengah kerajaan termasuklah kerajaan yang dipimpin oleh DAP di Pulau Pinang, kalau setakat projek konsultan saja, mereka laksanakan pun belum, konsultan dah dibayar, projek pun belum start, study pun belum siap. Itu yang dia buat, tetapi kita bila kita buat, kita ikut apa yang telah kita rancang, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, tidak menjawab soalan. Kelulusan projek ini pada taun 2008 telah diumumkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tertangguh tujuh tahun. Tadi tidak jawab. Masa itu diberi jawapan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Tidak ada peraturan dalam sesi soal jawab lisan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Soalan saya tadi, ke manakah RM600 juta yang diperuntukkan dalam tahun 2008 untuk seluruh projek ini? Sekarang nilainya RM1.15 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, kerana Yang Berhormat tidak mengendahkan peraturan mesyuarat, Yang Berhormat sila keluar Yang Berhormat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Menteri mesti jawab. Tahun 2008 sudah diperuntukkan RM600 juta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bentara, sila jalankan tugas. Tidak payahlah Yang Berhormat Menteri respons.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Soalan tambahan.

Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar · question

7. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pelan penambahbaikan terhadap Dasar Buku Negara sejajar dengan perkembangan semasa termasuklah dalam proses menuju Transformasi Negara 2050 (TN50).

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Besar di atas soalan yang berkaitan dengan Dasar Buku Negara. Dasar Buku Negara telah diluluskan dalam Jemaah Menteri pada tahun 1988. Tujuannya adalah untuk membangunkan satu kaedah budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan juga merupakan satu tujuan bagi memajukan industri perbukuan negara. Dasar ini adalah dasar yang dinamik. Pelaksanaannya sentiasa responsive terhadap aspirasi keperluan dan tuntutan negara serta trend dalam industri perbukuan global.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNMenteri Pendidikan · Padang Terap

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, hala tuju rancangan Dasar Buku Negara ini telah dijajarkan beberapa kali berasaskan kepada misi negara. Misalnya pada tahun 1992, Dasar Buku Negara menangani cabaran dengan menjadikan negara maju. Tahun 2010, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyasarkan Malaysia jadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Perencanaan ke arah menjadikan industri perbukuan negara sebagai antara industri yang menjana pulangan besar kepada negara bermula pada tahun 2012 dan pada tahun ini, Dasar Buku Negara memerlukan penilaian dan pencapaian matlamat memandangkan negara sekarang sedang dalam usaha merangka misi baru ke arah 2050. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia diminta untuk membantu sebuah jawatankuasa mengkaji semula pelaksanaan Dasar Buku dan seterusnya mengemukakan perakuan bagi membangunkan bangsa Malaysia yang membaca dan melestarikan kemajuan industri perbukuan negara. Terima kasih.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Beberapa kali disebut berkaitan dengan industri perbukuan ataupun ekonomi perbukuan atau dalam bahasa yang terkini disebut sebagai biblioekonomi. Dalam menyatakan ekonomi perbukuan ini, perkara yang juga penting ialah Pesta Buku. Kita sedia maklum peringkat antarabangsa kita punya Pesta Buku Frankfurt, Tokyo dan sebagainya. Kita juga ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun, beberapa pendapatan yang diperoleh menunjukkan berlakunya penurunan daripada segi jumlah jualan dan juga kehadiran yang datang. Ini dikeruhkan lagi dengan apabila dahulunya Baucar Buku 1Malaysia sekarang ini bertukar kepada Kad Debit Siswa. Jadi soalan tambahan saya, apakah penambahbaikan ke atas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini dan adakah Menteri bersetuju supaya sifat lama Baucar Buku 1Malaysia itu dikembalikan?

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Buku Negara ini adalah seperti yang saya nyatakan ia merupakan sesuatu yang dinamik dan responsive kepada keadaan sekeliling. Prioriti pertama adalah budaya membaca, budaya membaca di kalangan masyarakat sama ada masyarakat dalam semua kategori membaca untuk misalnya, saya boleh sebut di sini di peringkat antarabangsa, satu tahun sekurang- kurangnya seorang individu membaca 16 judul buku. Akan tetapi dalam negara kita yang kita buat kajian setakat ini, buku yang dibaca lebih kurang 12 sahaja judul buku dan rakyat Malaysia dalam 30 juta. Rakyat Malaysia sekurang-kurangnya kena ada 30,000 judul buku dikeluarkan dalam negara kita. Tidak kiralah judul buku apa pun. Akan tetapi setakat ini yang kita keluarkan judul buku adalah lebih kurang dalam 20,000 buah judul buku setahun. Jadi maknanya kita kena pergi satu tingkat lagi untuk mendapat satu nilai tambah yang berkesan dalam penerbitan buku. Salah satu perkara yang paling penting dalam usaha untuk mempertingkatkan budaya membaca ini adalah terjemahan juga. Jadi maknanya, peranan menterjemahkan buku mesti ditingkatkan. Jadi kalau ada buku baru sama ada dalam bahasa apa pun buku itu datang, tetapi yang pentingnya kita cepat- cepat menterjemah. Barangkali kalau buku itu dalam bahasa Mandarin misalnya, kita boleh terjemahkan dalam bahasa Malaysia dan kita boleh terjemahkan dalam bahasa Inggeris, misalnya, buku dalam bahasa Korea ataupun bahasa Jepun. Jadi kalau ini kita buat, maknanya banyak bahan yang kita boleh tingkatkan dari segi membaca dan pengetahuan masyarakat sendiri dalam sebuah negara yang majmuk ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Ya, terima kasih. Saya mahu tanya, berapa buah buku sebulan dibaca oleh 35 orang Menteri dalam Kabinet satu bulan?

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Berapa buku dibaca oleh semua Ahli Parlimen dalam Parlimen?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak pernahlah.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHGelang Patah

Menteri, jawab. Jangan lari. Menteri tidak baca. Apa guna itu Pesta Buku.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sekejap ya. Oleh sebab itu Yang Berhormat Menteri, saya kata, “Yang Berhormat sekalian, sila baca berulang-ulang kali peraturan mesyuarat kita”. Baca yang itu dulu, baru boleh kita soal orang lain. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Mahdzir KhalidUMNO · BNPadang Terap

Saya ingat bab baca buku ini, masing-masing lah Yang Berhormat Gelang Patah. Jadi tidak payah jawablah dalam Dewan ini. Dia ada hak masing-masing untuk baca buku. Jadi Yang Berhormat Gelang Patah.

M. Kulasegaran a/l V. Murugeson DAP · PHIpoh Barat · question

8. Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) adakah terdapat tempoh masa untuk melupuskan kes-kes perbicaraan di Mahkamah Perusahaan (Industrial Court); dan (b) adakah pengantaraan dilaksanakan di mahkamah perindustrian menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Hebatkan Menteri-menteri yang ada dalam Dewan. Sila.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat, untuk makluman Mahkamah Perusahaan telah ditubuhkan di

bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 sebagai satu badan arbitrasi untuk mengendalikan kes-kes pertikaian perusahaan yang dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia setelah kes-kes tersebut tidak dapat diselesaikan melalui proses rundingan damai di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Mahkamah Perusahaan adalah sebuah tribunal yang mempunyai kuasa separa kehakiman. Mahkamah Perusahaan telah membuat keputusan adalah tidak terikat dengan technicality tetapi berdasarkan ekuiti ataupun hati nurani. Ini diperuntukkan di bawah subseksyen 35 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Kepentingan dan hak pekerja yang telah diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan adalah terbela melalui semakan kehakiman dan proses rayuan di Mahkamah Tinggi melalui sistem perundangan sivil yang sedia ada. Mahkamah Perusahaan mempunyai 22 buah mahkamah yang terdiri daripada satu jawatan Yang di-Pertua dan 21 orang Pengerusi Mahkamah. Buat masa ini, terdapat satu kekosongan jawatan yang masih belum diisi. Kes-kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Perusahaan adalah melibatkan kes-kes pembuangan kerja dan pertikaian perusahaan yang dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Adalah menjadi hasrat Mahkamah Perusahaan agar setiap kes yang dirujuk dapat diselesaikan secepat mungkin, tanpa penangguhan supaya keadilan dapat diberikan kepada semua pihak bertikai sama ada pekerja atau majikan. Bagi merealisasikan hasrat Mahkamah Perusahaan ini, pihak Mahkamah Perusahaan telah meletakkan sasaran bagi pelupusan. Yang Berhormat, mungkin tidak sesuai ‘pelupusan’, mungkin ‘penyelesaian’. Penyelesaian kes-kes perbicaraan di Mahkamah Perusahaan seperti mana yang terkandung dalam Piagam Pelanggan Mahkamah Perusahaan seperti berikut: (i) mengeluarkan keputusan atau award dalam tempoh tiga bulan dari tarikh hujahan bertulis terakhir dari difailkan atau hujahan lisan diberikan; dan, (ii) membicarakan dan memutuskan setiap kes yang dirujuk dalam tempoh 16 bulan bagi kes pembuangan kerja dan 12 bulan bagi kes lain-lain. Mahkamah Perusahaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memastikan semua kes pertikaian dirujuk dapat diselesaikan secepat mungkin dan seadilnya. Untuk makluman Dewan yang mulia, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] tidak memperuntukkan kuasa secara khusus kepada Pengerusi Mahkamah dan pegawai supaya mengendalikan proses mediasi atau perantaraan, soalan kedua Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, subseksyen (29)(g) Akta 177 secara amnya membenarkan apa-apa arahan yang perlu bagi membantu mempercepatkan penyelesaian kes. Ia adalah suatu proses di mana kedua-dua pihak secara sukarela berusaha untuk berbincang secara damai tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang panjang. Bermula tahun 2015, Yang di-Pertua Mahkamah Perusahaan telah mengeluarkan arahan secara pentadbiran bahawa pegawai-pegawai juga boleh membantu Pengerusi Mahkamah dalam menjalankan sesi mediasi atau perantaraan ini dan Mahkamah Perusahaan amat menggalakkan pihak-pihak yang bertikai untuk menjalani proses mediasi.

Ini memandangkan ia merupakan satu pendekatan yang boleh membantu mempercepatkan penyelesaian kes. Kita ada maklumat statistik. Tidak apa, Yang Berhormat saya ingat terima kasih setakat itu.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita ada Yang Berhormat Menteri di dalam Dewan tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri pula jawab. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tidak apa Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Bukan dia specialist dalam hal ini kah? Yang Berhormat, saya pernah mengemukakan soalan ini kerana perkara yang dihadapi di Mahkamah Perusahaan di negara ini. Walaupun ada hasrat untuk menyelesaikan kes dalam seberapa cepat yang boleh tetapi kerap kali ia tidak. Ia mengambil masa lebih

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

daripada 24 bulan. Hak pampasan maksimum yang boleh diberi oleh Mahkamah Perusahaan adalah 24 bulan backdated wages dan rasional prinsipnya telah tidak bererti jika kes itu hanya diselesaikan di Mahkamah Perusahaan lebih daripada 24 bulan. Saya rasa ini adalah satu yang perlu diambil kira, di mana kalau kes dimulakan juga ia di tangguh sehingga sembilan bulan, 10 bulan doesn’t make sense. Apabila kes- kes sivil sekarang di negara ini dengan sistem yang baru boleh diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan dari permulaan. Apakah rasional, apakah sebab kes-kes di Mahkamah Perusahaan mengambil sangat banyak masa? Adakah tidak ada arahan tertentu atau ada terlampau banyak kes dan kekurangan pengerusi? Atau sistem yang lama yang digunakan oleh Mahkamah Perusahaan untuk – dalam proses ini melambat- lambatkan hak kepada pekerja-pekerja yang telah menghilangkan kerja. Itu nombor satu. Kedua, perkara (b) yang saya bangkitkan, saya setuju tidak ada spesifik regulasi mengenai perantaraan. Akan tetapi masalah yang dihadapi yang saya difahamkan telah dibawa kepada perhatian saya adalah di mana penyelesaian perantaraan dibuat oleh hakim yang sedang mendengar kes tersebut. Saya pohon agar ia dibuat seperti di mahkamah sivil sekarang, di mana jika ada perantaraan atau penyelesaian mediasi itu dibuat oleh satu hakim mahkamah, Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang lain dari yang mengendalikan kes tersebut supaya ia lebih bebas, tidak ada elemen bias dan sebagainya. Saya harap ini dapat diimplementasikan supaya kita ada satu situasi win- win dalam perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat di atas keprihatinan terhadap kepentingan pekerja. Sebenarnya kita tidak pernah cuba mencari jalan untuk menyeksa pekerja-pekerja kita. Oleh sebab itu saya sebutkan tadi bahawa Mahkamah Perusahaan ini agak berbeza sikit dengan mahkamah sivil. Mahkamah Perusahaan ini kita hendak berikan win-win situation kepada pekerja, majikan dan juga bahkan kepada negara, kerajaan. Adalah akan merugikan kalau kita membuat tindakan yang agak drastik, memastikan supaya keputusan dibuat dengan cepat tetapi tidak memenangkan kedua-dua pihak. Pekerja akan hilang pekerjaan, contoh umpamanya dan majikan akan hilang pekerja dan akhirnya akan menimbulkan masalah lain dari segi masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita tengok rekod bagaimana kita menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Perusahaan. Berdasarkan rekod jabatan bagi tahun 2016 daripada 1,320 kes, diselesaikan sebanyak 1,109 kes, 84 peratus adalah melibatkan kes pembuangan kerja dan sebanyak 211 kes 16 peratus adalah kes-kes lain. Daripada 1,109 kes, kes pembuangan kerja yang diselesaikan ialah 870 kes, 78.4 peratus diselesaikan dalam tempoh 16 bulan. Sebanyak 239 kes, 21.6 peratus diselesaikan dalam tempoh lima tahun. Lamalah setengah, sebahagian. Begitu juga kembali kepada soalan yang kedua Yang Berhormat. Sebenarnya proses runding ini, perundingan antara majikan dan pekerja ini memang kita galakkan. Kita ada statistik Yang Berhormat Ipoh Barat. Berdasarkan rekod jabatan bagi tahun 2014 sebanyak 187 kes mediasi. Maknanya kita rundingkan antara pekerja dan majikan telah dijalankan di mana 64 kes, 34.2 peratus telah berjaya diselesaikan. Saya mengambil 13 tahun rekod kes mediasi ini. Daripada tahun 2004 sehingga 2016 – saya tidak akan bacakan satu persatu tetapi secara perkiraannya selama 13 tahun kita lihat daripada jumlah kes yang dirundingkan, lebih 40 peratus dapat kita selesaikan melalui runding, perundingan. Ini bermakna kita dapat mewujudkan satu win-win situation dengan izin, antara pekerja dengan majikan. Ini tidak menimbulkan masalah kepada pertikaian lanjutan terhadap pekerja dan majikan. Ini yang harus kita lakukan. Tuan Yang di-Pertua, sementara itu saya berterima kasih kepada pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya kita tidak membiarkan kes-kes ini begitu lama. Bukan sahaja hendak dilambatkan. Oleh sebab itulah Mahkamah Perusahaan telah mengambil beberapa langkah terkini bagi kita mempercepatkan penyelesaian kes-kes antaranya seperti berikut: (i) menggunakan pendekatan Alternative Dispute Resolution (ADR) dengan izin, melalui kaedah perantaraan dan penilaian awal untuk mempercepatkan penyelesaian kes; (ii) memudahkan prosedur perbicaraan dengan memperkenalkan pemfailan penyataan saksi sebelum perbicaraan. Makna kita awalkan ia punya tindakan lain. Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan masa semasa perbicaraan di mahkamah; dan (iii) tidak membenarkan permohonan daripada peguam untuk menangguhkan perbicaraan kes kerana sesuatu sebab atau

alasan melainkan dengan sebab atau alasan yang munasabah dan tidak dapat dielakkan seperti cuti sakit, kecemasan dan sebagainya. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga membangunkan 11 mahkamah teknologi iaitu yang menggunakan teknologi Sistem Perekodan Digital untuk mempercepatkan proses perbicaraan. Perekodan perbicaraan secara digital dapat mempercepatkan proses perbicaraan sesuatu kes sistem pemfailan, ePemfailan dan ePenyerahan juga telah dilaksanakan pada 1 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Perusahaan dari semasa ke semasa berusaha untuk mengatasi segala masalah ini dan akan memastikan semua kes pertikaian dirujuk dapat diselesaikan secepat mungkin dan kami mengalu-alukan pandangan-pandangan yang lebih baik daripada semua Ahli Yang Berhormat dan juga pihak peguam dan sebagainya. Antara Yang Berhormat sebutkan tadi ada kes kata ditangguhkan sehingga sembilan bulan, sebenarnya kita melibatkan beberapa kes lain. Umpamanya kes yang melibatkan pekerja asing. Mereka juga pekerja kita tetapi mereka terlibat dengan tuntutan-tuntutan seperti ini. Penetapan tarikh sambung bicara yang lama adalah kerana antaranya pihak yang menuntut adalah bukan warganegara dan telah kembali ke negara asal. Apabila mereka kembali, maka mereka terpaksa melalui tempoh yang panjang untuk boleh kembali semula ke Malaysia untuk mengikuti mahkamah penghakiman dan sebagainya. Oleh itu tarikh bicara yang singkat tidak dapat ditetapkan kerana pihak yang menuntut perlu tempoh masa yang agak panjang untuk membuat perancangan perjalanan terutamanya jika mereka telah kembali bertugas di negara asal. Kedua, tiada tarikh sesuai di antara pihak-pihak terlibat dengan tarikh lapang mahkamah. Ketiga, oleh kerana peningkatan bilangan kes baru yang diterima oleh mahkamah telah meningkat sebanyak 72.5 peratus sejak tahun 2014 sehingga akhir tahun 2016. Sejumlah 22 buah mahkamah seperti mana yang saya sebutkan tadi bersedia untuk mengendalikan kes-kes yang seperti ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Mansor bin Abdul RahmanUMNO · BNSik · question

9. Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [Sik] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah kementerian mempunyai perancangan untuk penempatan ke gred yang lebih tinggi bagi jururawat terlatih yang telah lulus di peringkat ijazah, memandangkan semakin ramai jururawat terlatih yang telah mempunyai ijazah tetapi masih berkhidmat pada Gred U29 (peringkat diploma).

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skim perkhidmatan jururawat ada memperuntukkan peluang peningkatan kerjaya kepada jururawat-jururawat yang memiliki kelayakan ijazah. Mereka yang mempunyai kelayakan ijazah boleh dipertimbangkan ke gred kumpulan pengurusan dan profesional. Walau bagaimanapun pertimbangan ke atas gred tersebut bergantung kepada bilangan jawatan yang wujud. Tuan Yang di-Pertua, bagi pegawai jururawat Gred 29 atau gred yang lebih tinggi dan memiliki ijazah, mereka boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk dipertimbangkan ke Gred 41. Selain itu, jururawat yang memiliki ijazah yang boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan jururawat Gred 42 melalui proses kenaikan pangkat biasa yang dilaksanakan Lembaga Kenaikan Pangkat kementerian. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini terdapat 2,326 jururawat yang mempunyai ijazah Tuan Yang di-Pertua. | Gred |Jumlah Perjawatan| |--------------------|----------------:| |U44 hingga JUSA C | 69| |U42 | 198| |U41 | 69| |Fleksi 41 dan 42 | 20| |Fleksi 41, 42 dan 44| 477|<END_TABLE_MARKER>

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan · Balik Pulau

Jadi memang jumlah yang mempunyai ijazah dengan jumlah jawatan memang tidak seimbang, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan dan hala tuju kementerian bagi meningkatkan bilangan dan kualiti perkhidmatan jururawat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah?

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini yang mengambil degree adalah atas inisiatif sendiri, mereka yang mengambil ini melalui sama ada IPTA ataupun IPTS dengan belanja sendiri. Saya difahamkan lebih kurang RM24,000 untuk dua tahun dan mereka hanya diberi cuti separuh gaji ataupun cuti tanpa gaji. Sekarang pihak kementerian sedang berbincang dengan Universiti Malaya, untuk membuat collaboration antara KKM dengan Universiti Malaya dalam mengadakan program degree course di Sungai Buloh, Tuan Yang di-Pertua. Bermakna pada masa akan datang, apabila program ini dijalankan maka kos dapat diturunkan dan ramai yang akan boleh mengambil degree course yang diatur oleh kedua-dua pihak, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah 1981; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Wira Othman bin Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Richard Riot anak JaemSUPP · GPSMenteri Sumber Manusia · Serian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan rang undang-undang ini, saya ingin memperjelaskan sedikit sebab tadi Yang Berhormat Ipoh Barat telah menyatakan, mengapa perlu dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Jadi sebenarnya soalan tentang Industrial Court itu, saya telah menjawab di Dewan yang mulia ini tidak kurang daripada dua kali. Maka kali ini, saya memberi peluang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawabnya. Keduanya, saya akan mengemukakan rang undang-undang dan ini adalah rang undang-undang baru. Ini penjelasan dan di bawah collective responsibility, kita berhak untuk memberi kuasa kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi sistem insurans pekerjaan yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk menyediakan faedah-faedah tertentu dan program penempatan pekerjaan semula kepada orang yang berinsurans sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan yang akan menggalakkan dasar pasaran buruh yang aktif dan bagi perkara yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH 2017 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [31 Julai 2017]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri untuk menyambung jawapan.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kena beri ruang yang luas kerana orang hutan ini perlu ruang luas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Bunga pun banyak dalam hutan, Yang Berhormat.

Bunga, pokok, macam-macam Tuan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih. Semalam saya telah menjawab hampir 45 minit dan hari ini saya berharapan boleh menyelesaikan masalah ini sebelum sesi pagi ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila, sila.

Selepas tamat sesi pagi. Semalam yang terakhir sekali saya menyebut bahawa hutan di Malaysia, di semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, sebagai sebuah negara, kita tidak mempunyai sebenarnya, kalau dihitung secara purata, mempunyai kadar deforestation di seluruh negara. Akan tetapi kalau kita lihat daripada sudut komponen, kita mendapati iaitu ada deforestation berlaku di Semenanjung sedikit tetapi tidak berlaku di Sabah dan ada surplus yang begitu menyerlah di Sarawak. Jadi inilah kedudukan yang sebenar yang kita lihat sekarang ini. Semalam juga saya menyebut berhubung dengan hutan, klasifikasi hutan itu sendiri. Kalau kita lihat klasifikasi hutan kita dalam laporan kita kepada masyarakat antarabangsa ialah berlandaskan hutan-hutan yang asli, sama ada hutan simpan dan hutan kerajaan dan tidak termasuk dengan ladang kelapa sawit. Walaupun ia panggil green forest, green cover juga, berkemungkinan boleh emitting oxygen dan juga sebagai carbon sink kepada carbon dioxide juga. Jadi dalam bentuk itu, dalam keadaan itu, maknanya penguatkuasaan kita masih boleh menepati janji-janji dan pledges kita di persidangan antarabangsa, yang pertamanya pada 1962 dulu semasa...

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

[Bangun]

Tunggu Yang Berhormat ya, saya belum habis mukadimah pagi. Minta maaf Yang Berhormat Kepong. Pledges kita semasa Mesyuarat Rio 1992 dan selepas itu secara rasminya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Copenhagen 2014 dan secara rasminya juga dalam memutuskan semasa Paris Agreement 2015 oleh Yang Berhormat Menteri NRE. Dalam keadaan itu, kita masih mengatakan kita akan kekal 50 peratus dan sekarang ini kita masih ada 55.4 peratus. Ini masih ada ruang yang dispute sebenarnya. Bahkan ada NGO-NGO kita belum lagi memahami sebenar. Apa yang kita lihat sekarang, dia macam satu kek, ya. Kalau kek itu kita simpan di situ dan datanglah semut-semut gigit-gigit tepian itu, jadi orang yang lalu di tepian itu akan melihat banyak gigit-gigit oleh semut. Dia fikir semua hutan itu sudah kena gigit. Sebenarnya yang di tepian itu yang kena gigit dan di pedalaman itu masih dalam keadaan yang baik dan okey, Tuan Yang di-Pertua. Jadi maknanya tidak ada mendatangkan kesan yang begitu buruk kepada forest, hutan simpan kita. Satu lagi penjelasan saya umpamanya, yang berlaku di Sungai Muda di Kedah umpamanya yang keluar dalam media mengatakan bahawa illegal

logging berlaku di tempat catchment area. Sebenarnya saya sudah melihat sendiri secara berulang-ulang dengan Ketua Pengarah Jabatan Hutan Semenanjung daripada atas dan secara dekat, melihat bahawa memang tidak ada pembalakan berlaku di catchment area. Sungai Muda ini ia unik. Di keliling Sungai Muda, catchment itu dan ia punya reservoir itu, dikelilingi oleh hutan dan dikelilingi oleh bukit-bukau. Ia hutan tebal dan bukit yang boleh dikatakan curam dan tinggi dan hanya pembalakan dilihat berlaku di luar catchment area dan di belakang bukit, kalau pembalakan berlaku di situ, ia punya segmentation dan sebagainya tidak akan masuk ke dalam tempat Sungai Muda.

Jadi kita cukup yakin tapi benar ada satu jalan yang kita jumpa yang dikatakan memasuki dalam catchment area itu jalan yang kita lihat adalah laterite road ataupun jalan tanah kuning yang melalui kawasan itu dan mungkin ada pokok-pokok kayu yang tertebang oleh kerana jalan itu dan saya dimaklumkan oleh kerajaan negeri dan saya telah berjumpa Menteri Besar bahawa ada aktiviti pengambilan pasir. Saya berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah supaya mencari jalan supaya jangan digunakan jalan itu lagi untuk jalan lebih ringkas supaya tidak mengganggu gugat reservoir air di situ dan catchment area tidak diganggu, terima kasih.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Boleh?

Yang Berhormat Kepong dulu Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Apakah pendapat kementerian mengenai bukit-bukau yang digondolkan di seluruh negara? Apakah pendapatnya dan juga mengenai ladang-ladang kelapa sawit, apa sebenarnya itu definisi ataupun takrifan kementerian?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri sedikit berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri telah sebut tentang perlombongan pasir. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, di negeri Perak perlombongan pasir telah dimonopoli oleh satu badan sahaja iaitu Perak Menteri Besar Incorporated. Akan tetapi, badan itu sudah lima tahun tidak bentang akaun di DUN Dewan. Saya hendak tahu apakah rancangan Kerajaan Persekutuan untuk memantau supaya sumber-sumber hasil daripada perlombongan pasir ini tidak mengalami ketirisan dan ada penyelewengan yang berlaku supaya hasil-hasil ini dapat membawa manfaat kepada pembangunan negeri dan juga negara, sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, tentang hutan tadi. Soalan definisi tentang hutan tadi, adakah ladang hutan termasuk di dalam kawasan hutan yang disebut oleh Menteri tadi? Ini kerana ladang-ladang hutan ditanam dengan kebun getah. Jadi adakah ini termasuk juga sebagai dalam hutan, itu satu. Kedua, ialah adakah juga hutan-hutan di bawah state land termasuk dalam kawasan dikatakan yang didefinisikan oleh Menteri sebagai hutan yang terkawal tadi, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya ada lima persoalan. Soalan daripada Yang Berhormat Kepong itu dia lebih fokus lagi, menggondolkan bukit-bukau. Yang kita tahu bukit-bukau yang banyak tergondol yang pertama ialah di Cameron Highlands yang dah catches the imagination of banyak orang hingganya Kerajaan Pusat mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menangani masalah di Cameron Highlands. Selepas itu, penguatkuasaan telah dibuat oleh pihak tentera, polis dan sebagainya dan sekarang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah APM, dulu dipanggil JPM. Akan tetapi, pihak polis dan tentera masih bekerjasama dengan pihak ini untuk menangani apa yang berlaku di Cameron Highlands. Kita masih membuat pemantauan sama ada pencerobohan masih berlaku ataupun tidak. Kita ada tiga peringkat di sana, yang pertama iaitu tanah-tanah hutan simpan yang telah di ceroboh pada tahun 2000 sebelum jawatankuasa di tubuh pada 2013 dahulu dan tanah- tanah hutan simpan itu di bawah kawal seliaan Kementerian NRE, kementerian saya dan penanaman ini telah di mula dan dibuat oleh pihak Jabatan Hutan Malaysia bersama dengan pihak NGO. Banyak NGO yang terlibat dan orang-orang individu terlibat dengan penanaman hutan di kawasan Cameron Highlands.

Kedua, ialah hutan kerajaan negeri. Hutan kerajaan negeri ini masih kita berbincang dengan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri supaya kita minta laluan masuk ke dalam hutan tersebut untuk mengambil tindakan penanaman dan sebagainya. Akan tetapi, masalah Tuan Yang di-Pertua ialah masih banyak kes-kes yang masih di mahkamah, belum selesai lagi kes-kes ini. Jadi semua alat-alat pembinaan dahulu iaitu dia punya besi-besi, cerucuk besi dan juga dia punya plastik dan zink masih disimpan di situ sebagai evidence yang tidak boleh dibuat. Jadi pengurusan ini masih berterusan. Kita hendak bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk menangani masalah kes-kes yang masih tergantung di mahkamah untuk penyelesaian. Bila sudah selesai di mahkamah nanti barulah barang-barang ini boleh dipindah. Saya dimaklumkan beribu tan besi dan plastik dan– kawasan-kawasan ini belum dapat ditanam semula. Jadi dalam keadaan itu kalau kita tebang dekat atas itu kita nampak dia memang tidak ada diambil tindakan apa-apa sebabnya tergendala oleh kerana mahkamah-mahkamah belum membuat keputusan kes-kes yang begitu banyak di bawa boleh pihak berkuasa negeri dan juga Kerajaan Pusat di atas pencerobohan pada awal tahun 2013.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

[Bangun]

Yang Berhormat, minta maaf panjang sedikit penjelasan ini. Ketiga ialah hutan di sebelah Pahang di logging area di Kelantan area. Di Kelantan area ini juga banyak kawasan yang telah dicerobohi tetapi kita dapat penjelasan daripada kerajaan Kelantan bahawa sebahagian besar kawasan dilogging itu ialah kawasan-kawasan tanah individu. Saya tidak tahu macam mana dia jadi tanah individu mungkin Kerajaan Kelantan sudah beri geran kepada pihak ini, konsesi kepada pihak ini dan menukarkan status tanah itu kepada tanah perladangan, pertanian dan juga untuk tanam getah. Jadi ini, kita adalah di bawah kerajaan negeri. Untuk penjelasan kepada umum bahawa resources negara ini sebagai mana kita tahu dibahagi kepada Perlembagaan adalah kepunyaan kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memberi tanah-tanah tersebut kepada pihak- pihak individu ataupun ke pihak syarikat untuk di ladang dan sebagainya. Kita tidak ada hak untuk menghalang Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya. Kita tidak ada hak, ini adalah kuasa kerajaan negeri di bawah Perlembagaan dan kita tidak berkuasa untuk menentu. Kita hanya boleh memberi nasihat kepada pihak kerajaan negeri. Itu soalan di dalam hutan, ini hanya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepong cerita ini. Yang dalam bandar umpamanya yang banyak dalam newspaper ini bahkan Yang Berhormat di Kepong sendiri telah pun ditemu-bual oleh pihak media berhubung dengan Pulau Pinang. Jadi Pulau Pinang menyatakan digondolkan bukit-bukit di Pulau Pinang. Penjelasan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun sama juga, mengatakan bahawa tanah-tanah ini adalah tanah-tanah individu dan bukan tanah kerajaan. Jadi di dalam keadaan sedemikian saya pun tidak mengetahui bila tanah ini diberikan kepada individu dan bila dia itu– kita tidak ada kuasa untuk menghalang pihak kerajaan negeri untuk tidak memberi mana-mana tanah kawasan-kawasan kepada individu. Bahkan, Tuan Yang di-Pertua, di bawah undang-undang yang ada pada kita sekarang ini berlandaskan Perlembagaan memberi kita bahawa tanah yang telah diisytiharkan daripada kawasan hutan simpan kekal. Kerajaan negeri berhak untuk di- registered, digazet kawasan itu dan menjadi kawasan yang boleh diberi dan diserahkan kepada individu-individu dan selepas itu diberi untuk diterokai apa sahaja kegunaan selepas itu.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Does it mean kerajaan negeri tidak payah ganti? Seperti mana dalam Malay reserve kalau dikeluarkan sebahagian daripada malay reserve must be replaced by equal acreage tapi hutan simpan saya tidak tahu. Jadi macam mana?

Dia pun sama, ada seksyen- seksyen dia yang tertentu. Kalau tidak salah saya seksyen 6 dan 7 Akta Hutan itu dan menentukan bahawa apabila satu-satu kawasan itu digazet untuk sebagai digunakan untuk gunaan lain daripada hutan simpan dia terpaksa diganti. Akan tetapi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua ialah apabila dalam undang- undang menyebut itu sebenarnya the semangat di sebalik undang-undang dulu ialah apabila ini diambil, tangan kiri mengambil, tangan kanan menunjuk semula, mengganti. Gantian itu mesti dibuat di bawah undang-undang tetapi dalam undang-undang tidak menentukan bahawa gantian ini dibuat secara simultaneous Yang Berhormat. Itulah

kadang-kadangnya ada kelewatan gantian yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri apabila mengambil satu-satu kawasan sebagai projek dan sebagainya, gantian ini tidak simultaneous.

Yang Berhormat, saya sudah mengambil kira perkara ini dalam perundangan yang baru. Apabila penggubalan undang-undang yang baru nanti, penggantian itu di buat secara simultaneous. You tidak boleh ambil yang sebelah kiri melainkan sebelah kanan sudah serah mana tanah dia dengan beberapa syarat. Syarat yang pertama, tanah itu mesti di re-forest kan semula kalau tanah gantian itu tidak diforested. Rehabilitate dengan mencari tanah, betul-betul tanah hutan, bukan tanah kosong dan lengang ataupun tanah yang degraded forest area diberi dengan Jabatan Hutan sebagai hutan simpan kekal. Jadi, mekanisme itu pula kita masuk dalam mekanisme undang-undang yang baru, bakal kita rancang Tuan Yang di-Pertua. Jadi, ini membaik pulih. Dalam keadaan sekarang kita hendak menangani kerana falsafah undang-undang ialah mengatasi masalah yang kita hadapi pada masa sekarang ini. Jadi, memang betul, bukan sahaja rizab Melayu tetapi juga forest reserve ini kalau diambil, mesti diganti dengan tu. Jadi, saya telah banyak menekan, bahkan saya banyak menghalang projek-projek besar. Saya kata saya tidak mahu lulus EIA projek ini melainkan gantian ini simultaneous. Dah, banyak dah perkara-perkara ini dalam zaman saya, masa saya, tidak kita luluskan apa- apa dia punya kajian melainkan gantian itu telah dikenal pasti dan kos penggantian, reforestation, rehabilitation dan sebagainya itu di biayai oleh syarikat ataupun pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil tanah itu tadi. Jadi, ini telah kita communicatekan kepada kerajaan dan telah dilaksanakan pada masa sekarang tetapi projek-projek yang dulu itu belum lagi. Itu, Yang Berhormat Kepong sudah habis, Yang Berhormat Pasir Puteh tadi punya soalan apa tadi?

Berkenaan dengan ladang hutan yang di tanam dengan...

Ya, terima kasih. Terima kasih. Ini juga saya tidak setuju. Saya sudah beritahu, bagi arahan dengan ketua pengarah saya, Jabatan Hutan Semenanjung bahawa ada sistem sekarang, sebenarnya sistem ini inisiatif di bawah kementerian perladangan. Kalau dia– bahkan ada beri itu. Diberi hutan ini, di minta daripada kerajaan negeri untuk jadi hutan tanaman semula. Sebenarnya, hutan tanaman semula itu jadi satu excuse untuk tebang pokok. Apabila sudah tebang habis pokok, nombor satu, penanaman tidak buat. Kalau ditanam pun ditanam dengan benda-benda lain yang bukan hutan. Oleh sebab pengklasifikasian hutan itu tadi sebagai mana yang di sebut kelmarin, saya kata yang di tanam dengan kelapa sawit, dibuat jadi pertanian, yang dibuat dengan pokok getah, belum lagi diklasifikasikan sebagai hutan simpan kekal. Jadi, maknanya kita kehilangan hutan. Jadi, ini saya kata kena berjaga-jaga, kita kena berbincang dan communicate dan engage Kementerian Perladangan dan pihak kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini. Engagement tengah kita buat dengan harapan Yang Berhormat, semua pihak memainkan peranan untuk menjaga kan alam sekitar kita, biodiversiti kita dan hutan kita. Jadi, Yang Berhormat...

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya ucapkan tahniah di atas usaha Menteri untuk memastikan bahawa penggantian hutan dan itu dilakukan secara immediate rather than later. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, saya sebenarnya berapa kali berbicara di dalam Dewan ini berkenaan dengan contohnya masalah bauksit di Kuantan. Yang Berhormat Menteri nampaknya datang ke Kuantan untuk melihat sendiri, hands-on. Jadi, saya ucapkan tahniah dalam urusan itu. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, kita ada dua national park. Very big national park. Pertama, iaitu our national park di Pahang. Kedua adalah the oldest rainforest iaitu Rompin Rainforest. Saya hendak minta Yang Berhormat dan jasa baik Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat ajak ketua pengarah Yang Berhormat naik helikopter sekali, pergi tengok betul atau tidak. Saya tidak mahu buat tuduhan tidak berpasal, tengok Rompin Rainforest, pergi tengok our national park. Adakah ia comel, very youthful ataupun orang tua yang di luarnya, di tepi ini rambut banyak tapi di tengahnya botak. Cuba tengok. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu arahan kepada ketua pengarah, ada duduk dekat belakang, aturkan helikopter, kita pergi bawa Dato Fauzi sekali. Kita akan melawat. Okay, Tuan Yang di-Pertua. Jadi,

sebenarnya penglibatan penanaman pokok ini. Saya hendak sebut penanaman pokok di seluruh Semenanjung semenjak tahun 2006 dulu, kita mempunyai satu target untuk penanaman pokok. Kita mempunyai target iaitu 26 juta pokok hendak kita tanam. Bermula pada tahun 2010, Kempen Penanaman 26 juta Pokok, Program Penanaman Pokok Bakau dan spesies lain yang sesuai di pantai negara, perbadanan pemulihan kawasan hutan terosot, Projek Central Forest Spine, program kesedaran berkaitan kehutanan. Penanaman 3.141 pokok karas di Ladang Tangkak yang telah memecahkan rekod Malaysia Book of Records. Ini semua sudah kita sebenarnya laksanakan, sehingga kini sebanyak 82 juta pokok telah di tanam. Maknanya, kita sudah exceed kita punya target Tuan Yang di-Pertua. Daripada yang kita– dulu had kan dahulu, sampai sekarang kita sudah menanam lebih daripada yang kita rancangkan. Bagi tahun 2016 sahaja, jumlah penanaman pokok adalah sebanyak 5.5 juta pokok berbanding dengan sasaran yang kita tetapkan iaitu penanaman sebanyak 4 juta dahulu. Jadi...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, 82 juta pohon pokok telah pun di tanam. Syabas saya ucapkan. Akan tetapi adakah Menteri sedar berapa pohon pokok yang di tanam itu hidup dalam sistem pemulihan hutan ini? Yes, ramai di tanam. Banyak pokok tetapi yang sebenarnya kerja susulan menjaga pokok, adakah ia dipantau mengikut target yang telah dicapai? Terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih soalan yang macam ini Yang Berhormat. Sebenarnya, memberi pengetahuan dengan pihak yang di belakang itu, pegawai saya. Sebenarnya, kita mengikut kerajaan negeri, kempen itu dibuat, di pusatkan di Kuala Lumpur iaitu di pusatkan di kementerian untuk menggalakkan penanaman pokok. Bahkan, saya sendiri sudah pergi beberapa tempat untuk tanam pokok. Sebenarnya, apabila telah di tanam, kawasan itu diserah kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Sama ada ditanam di Sabah, di Sarawak ataupun di Semenanjung, mana-mana negeri di Semenanjung, diserahkan kepada jabatan-jabatan hutan negeri masing-masing. Pihak NGO yang kita lihat juga di minta supaya bersama dengan jabatan kerajaan negeri untuk melihat dan memantau. Kita sekarang mengetahui Yang Berhormat, sebenarnya apa masalah kepada pokok-pokok yang kita tanam. Jadi, saya sudah memberi arahan kepada ketua pengarah supaya memilih umur pokok itu, besar pokok yang kita tanam supaya ia lebih– boleh hiduplah dengan tidak mati sebab-sebab tertentu oleh sebab di kacau binatang, di kacau– kadang-kadang benda macam siput pun boleh kacau Yang Berhormat, benda- benda yang kita tanam. Kalau di tepian laut macam mangroves Yang Berhormat, yang kacau tanaman mangroves ialah apa tau? Ketam. Ketam makan mangroves. Sebelum ia tumbuh. Kalau ia di kacau ketam itu, ia mati. Ini kita sudah kesan semua pemangsa- pemangsa pokok yang kita tanam di tepian laut, dalam hutan dan sebagainya. Jadi bermakna Yang Berhormat, pemantauan itu ada, mungkin boleh dipertingkatkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kanowit bangun, Yang Berhormat.

Dr. Che Rosli bin Che MatPAS · PRHulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Central Forest Spine Yang Berhormat sebut tadi. Adakah telah pun di laksanakan atau memerlukan satu akta baru, kita dapat melaksanakan bagi memberi peluang untuk kita memelihara flora dan fauna? Dengan cara ini kita dapat memberi peluang kepada haiwan-haiwan yang hampir pupus seperti gajah, harimau dapat bergerak bebas tanpa ada sekatan oleh sebab sebahagian daripada hutan telah pun di tebang dan sebagainya. Terima kasih.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Dalam point yang sama Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, pada zaman dahulu ada– sama ada dasar ini masih kekal di dalam kementerian punya pelaksanaan iaitu what they called, the Tree Farm Licence (TFL), maknanya hutan-hutan yang mana orang yang dapat kawasan hutan tidak boleh memotong, umpamanya, pohon yang 18 inci, sentimeter or diameter something like that.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Jadi dengan secara automatik, ia recycle pokok itu akan jadi hutan dara kemudian. Saya tidak tahu, Yang Berhormat Menteri, sama ada is there still a policy— the TFL policy. Thank you.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, central forest spine itu yang saya hendak sebut, sebenarnya inilah satu program yang dianggap ke hadapan dalam melaksanakan forest management di negara ini. Bahkan, banyak pihak apabila saya menghadiri mesyuarat badan tropical rainforest untuk seluruh dunia dan juga masa menghadiri mesyuarat CBD di Cancun, apabila saya menyebut berhubung dengan central forest spine dan satu lagi the heart of Borneo, semua orang kagum, Yang Berhormat. Mereka ingin melihat program ini terlaksana kerana mereka juga ingin melaksanakan program yang sama kerana— sebab-sebab central forest spine dirancang dahulu ialah oleh sebab banyak sangat fragmented forest oleh sebab pembangunan. Jalan-jalan yang lalu dan laluan hendak ke TNB itu, laluan elektrik ini, high tension punya elektrik dan laluan hidro dan bermacam-macam lagi amenities kita. Jadi, mengetahui perkara ini, dalam masa 10 tahun yang lalu hingga ke tahun 2016, sebanyak 86 ribu hektar hutan simpan kekal binasa oleh sebab laluan-laluan ini, Yang Berhormat. Kita mengetahui, jabatan mengetahui, saya mengetahui. Jadi agenda saya yang pertama pada tahun 2016 apabila saya assume jadi Menteri NRE ini, berbincang dengan semua pihak amenities providers ini— lebuh raya, Lembaga Lebuhraya, jabatan-jabatan macam Kementerian KeTTHA, Kementerian MOSTI— semua saya jemput datang ke pejabat saya untuk satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan supaya tidak banyak sangat hutan-hutan kita dibinasakan oleh sebab laluan-laluan amenities services ini. Amenities ini perlu dihantar kepada masyarakat kita. Kalau tidak, orang di luar bandar tidak dapat elektrik, tidak dapat air, tidak dapat apa-apa. Jadi ini perlu diberi tetapi dalam masa yang sama kita minimize-kan, mengurangkan kesan negatif kepada hutan simpan kekal kita. Dalam keadaan sedemikian, maka walaupun apa yang disoal oleh Yang Berhormat— daripada mana tadi?

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Indera Mahkota.

Yang Berhormat Indera Mahkota bertanya kesan daripada pembinaan ini, gantian itu. Gantian itu kadang-kadang dia lambat sikit dan tidak ada sistem dahulu mengatakan apabila dibinasakan, gantian itu mesti macam forest biasa juga— forest yang sudah ditanam, dijaga dan sebagainya sudah jadi hutan. Gantian itu semberono sahaja dapat.

Dato’ Fauzi bin Abdul RahmanPKR · PRIndera Mahkota

Saya tanya tadi, Yang Berhormat Menteri, sama ada kementerian masih kekal dengan dasar yang dipanggil dasar Tree Farm License (TFL)? Terima kasih.

Itu saya akan sampai situ nanti. Jadi saya harap ini last lah sebab saya banyak lagi agenda, Yang Berhormat.

Sarawak sikit sini.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Jasin sudah lama bangun.

Bagi dua orang. Satu orang daripada Sarawak, satu daripada Jasin, Melaka. Jadi, itu tadi yang saya sebut tadi pasal amenity service ini— central forest spine. Jadi, kita mempunyai 37 koridor, Yang Berhormat, yang perlu kita sambungkan fragmented forest ini supaya jadi satu laluan hutan dan laluan ini kena di-rehabilitated, ditanam, dijaga menjadi hutan semula jadi supaya sebagaimana Yang Berhormat sebut, hunting area untuk binatang-binatang besar ini boleh— macam tapir, macam gajah, macam harimau dan sebagainya. Ini akan menjanakan pembiakan juga dan boleh mendatangkan keselesaan kepada binatang ini dan binatang ini pula tidak akan masuk ke kawasan-kawasan manusia yang mana mungkin mendatangkan satu konflik di antara manusia dan binatang buas ini. Jadi ini kita laksanakan. Pada tahun 2016, satu kertas telah dibawa kepada Majlis Pembangunan Fizikal Negara yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jabatan Hutan Semenanjung telah membentangkan satu kertas iaitu kos kalau kita hendak beli semua koridor ini daripada kerajaan negeri ialah RM1 bilion pada masa itu. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri whisper dengan saya, very high the price yang diminta ini. Jadi, kita kerjasama sahaja, tidak payah belilah. Saya bincang dengan menteri-menteri, kita kerjasama sahaja supaya kawasan-kawasan koridor ini dibuat, stewardship di bawah MB negeri masing-masing. Menjadi harapan kita ialah the goodwill daripada pihak negeri supaya koridor ini boleh kita jaga sebagai hutan

dan kita rehabilitated, kita tanam semula dengan kerjasama Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga NGO-NGO yang tertentu supaya memberi bukan sahaja untuk membesarkan hutan tetapi laluan kepada binatang-binatang kita. Tuan Yang di-Pertua, fasal penebangan tadi, memang dalam konteks pentadbiran hutan mampan kita, sistem mengikut berapa girth yang boleh kita tebang dan berapa girth yang tidak boleh kita tebang itu masih kita laksanakan, dan mengikut berapa pokok kayu ditebang dalam satu hektar masih kita laksanakan dan masih dikawal selia oleh pihak Jabatan Hutan, Tuan Yang di-Pertua. Setakat itulah. Kalau ada persoalan lain berhubung dengan hutan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia beritahu saya dan kita, insya-Allah, akan jawab secara bertulis.

[Bangun]

Oh, dua ini. Minta maaf. Okey, Yang Berhormat Jasin dahulu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cukup kagum dengan kehebatan Yang Berhormat Menteri pada pagi ini. Tetapi apa-apa pun, saya hendak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak kerajaan kerana membentangkan Akta ABS ini sebagai satu daripada pra syarat sebelum kita dapat menandatangani Nagoya Protocol. Ini membuktikan bahawa kesungguhan kerajaan kita memastikan kelestarian hutan kita. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut ini, kita sedang menghadapi satu isu yang cukup besar pada ketika ini di mana yang pertamanya, apabila Parlimen European telah membentangkan satu resolusi dan telah meluluskan resolusi tersebut untuk mengehadkan pengimportan minyak sawit biodiesel disebabkan kita menyahhutankan hutan-hutan kita, walaupun sebenarnya negara kita pada ketika ini masih mempunyai 55 peratus dan undang-undang yang ketat tentang apa juga salah guna untuk penebangan hutan. Dalam masa yang sama, baru-baru ini satu statement telah dikeluarkan oleh menteri daripada negara Perancis, menteri alam sekitar yang mengesahkan bahawa Perancis juga akan mengambil tindakan yang sama untuk mengehadkan pengimportan minyak kelapa sawit kerana kita menyahhutankan hutan kita. Saya ingin membawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana minyak kelapa sawit adalah satu hasil utama negara. Tahun lepas ia telah menyumbang sebanyak RM67 bilion kepada GDP kita dan di mana dua juta manusia ataupun orang bergantung hidup kepada hasil kelapa sawit. Seharusnyalah usaha untuk menangani masalah ini secara bersama oleh kerajaan, bukan saja satu kementerian bahkan beberapa kementerian yang berkenaan. Jadi saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah sebenarnya pihak kerajaan mahu melawan semula apa juga tuduhan yang dilemparkan oleh negara-negara Europe, negara Eropah di mana negara ini memang penting bagi kita kerana ia satu daripada sumber utama penjualan minyak sawit dalam dunia pada ketika ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, dalam isu yang sama berkenaan dengan pengeksportan sawit ini. Saya ingin juga bertanya dengan Yang Berhormat sebab tadi Yang Berhormat Menteri telah menghuraikan beberapa negeri yang mungkin tidak dapat menjaga hutan mereka kekal dan isu hutan di Malaysia ini juga adalah tergantung kepada negeri-negeri. Jadi soalan saya adalah dalam isu yang sama yang telah disebut oleh yang Berhormat Jasin, ini adalah satu daripada isu yang besar kepada kita berkenaan dengan sawit, di negara seperti Papua New Gunea, ada sebuah syarikat yang menguruskan sawit sehingga sekarang tidak dapat menjual minyak sawit mereka sebab NGOs dari luar kempen tak boleh beli minyak sawit itu. Jadi sekarang ini kita telah mengisytiharkan bahawa 50 atau 56 peratus kawasan hutan kita akan menjadi hutan kekal.

Jadi soalan saya adalah, dalam beberapa negeri yang kita ada ini, adakah kerajaan dapat mengesyorkan ke dunia luar bahawa kita akan dapat masih menjaga 55 peratus, 56 peratus kawasan tanah kita di Malaysia ini masih kekal hutan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya yang pertama soalan EU ini, keputusan yang dibuat oleh pihak EU untuk menekankan kelapa sawit ini adalah satu perkara yang patutnya tiap-tiap orang kita di sini sama ada kita dalam kerajaan ataupun pihak pembangkang, sama ada dalam pentadbiran ataupun backbenchers, kita patut memainkan peranan untuk memberikan penjelasan sejelas-jelasnya. Apa yang masalahnya pihak EU ini, dia tidak ada penyelidikan yang meluas dan mendalam. Sepatutnya mereka pergi engage kita dahulu tetapi mereka mendengar NGO, laporan-laporan mereka yang berkepentingan, laporan- laporan mereka yang memang terlalu taksub dengan soalan-soalan hutan ini. Jadi itulah maka mendorongkan pihak EU telah membuatkan satu keputusan yang mengatakan bahawa mereka akan halang penjualan minyak sawit ke EU. Padahal, EU juga mesti mengingatkan bahawa kita juga membeli barang-barang daripada EU. Banyak barang kita beli, trade kita dengan EU. EU patut juga melihat bahawa bilateral understanding itu patut itu juga. Mereka juga menjual benda-benda yang mendatangkan carbon footprint, mengeluarkan emission yang tinggi. Dia jual dengan kita tetapi kita tidak pernah pun menilai mereka. Jadi itu kadang-kadang ada salah kelemahan daripada sikap kita tidak menilai ini. Jadi saya berharap pihak wakil rakyat yang terlibat dengan IPU, terlibat dengan CPA, terlibat dengan IPO, AIPA dan sebagainya, bawa perkara ini. Di luar agenda pun tidak apa. Bincang soalan ini supaya kita jangan dilihat sebagai tidak berupaya menangani masalah apabila kita ditekan di luar negara sebab saya menganggap perkara ini adalah tidak adil dan tidak betul. Sebabnya, kita masih mempertahankan sebagaimana Yang Berhormat daripada Kapit sebut– Yang Berhormat Kapit ya? [Bertanya kepada seorang Yang Berhormat] Eh! Bukan. Yang Berhormat Kanowit. Rakan sebelahlah. Sebut bahawa kita masih kekal dengan undertaking kita daripada tahun 1992 dulu yang kita akan kekal 50 peratus forest cover kita. Ini forest betul ini, bukan forest tanaman, bukan ladang-ladang kelapa sawit dan sebagainya dan itu satu. Kedua, kalau kita hala trend, malam tadi saya sudah tunjuk, trend daripada tahun 2012 hingga 2016 bahawa trend itu meningkat penjagaan hutan kita. Hutan simpan kekal kita bertambah. Jadi ini menunjukkan bahawa bukan saja kita hendak fulfill kita punya pledge kepada badan antarabangsa, tetapi sebaliknya kita akan mengisi lebih daripada itu. Kita lebih daripada janji-janji kita. Jadi dalam keadaan sedemikian, patutnya mereka menghormati dan menghargai tindakan kita. Mereka sudah tidak ada hutan lagi sudah. Mereka sudah ranapkan hutan abad 18 dulu. Mereka sudah habiskan hutan-hutan mereka. Jadi kenapa sekarang oleh kerana hendak mencari hutan untuk menjadi carbonising, untuk menjadi sequestration kepada carbon dioxide dia, barulah dia sedar bahawa hendak konsep hutan. Bila kita minta sumber kewangan daripada sudut penjagaan hutan ini, apa kata mereka. Bagi tidak bagi. Jadi dia sepatutnya bersikap adil. Ini sumber pembangunan dan ekonomi negara. Apa fasal, apa pula akhirnya kita punya Millennium Development Goals yang patutnya kita meningkat tahap kehidupan kita di negara ini kalau kelapa sawit ini dihentikan, dihalangkan mereka untuk masuk ke negara mereka. Jadi saya berharap semua pihak memainkan peranan. Janganlah cuba sabotaj negara kita sendirilah pada mana-mana pihak yang ingin menyebut perkara-perkara yang tidak baik itu khususnya berhubung dengan persoalan environment, forest, deforestation dan sebagainya. Kita membuat yang terbaik. Kita mempunyai program yang terbaik. Semua pihak. Yang Berhormat, kenapa saya dilantik menjadi Pengerusi dalam LMMC iaitu Like-Minded Megadiverse Countries? Kenapa? Sebabnya ialah mereka menghormati bahawa Malaysia memainkan peranan yang baik bukan saja menunjukkan prestasi yang baik di antarabangsa. [Tepuk] Itu di belakang sana, negotiator kita, Profesor Datuk Gurdial Singh, yang mendapat nama, yang membuat nama harum kepada Malaysia. Semalam disebut, Dr. Gary Theseira, negotiator kementerian, yang disebut oleh pihak-pihak LMDC iaitu Like- Minded Developing Countries sebagai negotiator yang diamond in the crown of negotiating table bagi pihak Malaysia dan pihak LMDC di Paris Agreement. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita memainkan peranan, bukan kita cakap omong kosong saja. Kita deliver what we said dan kita laksana di negara kita apa yang kita buat. Jadi saya berharap ciri-ciri ini sebenarnya ada pada kita, sudah kita laksana dan kita buat, bukan kita fulfill, kita lebih daripada itu. Kita ada mempunyai the passion and interest untuk protect kita punya environment.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada soalan Tasik Chini. Soalan Tasik Chini juga dibangkit semalam iaitu man and biosphere, salah satunya di negara kita di Malaysia ini iaitu di Tasik Chini. Tasik Chini ini kena jaga dan semalam ada dibangkit oleh Yang Berhormat. Saya menerima hakikat bahawa laporan dibuat pada tahun 2012 mengatakan Tasik Chini tercemar. Memang saya terima kerana apa yang berlaku pada ketika itu ialah navigational channel daripada Sungai Pahang, masuk ke Tasik Chini membawa air yang kurang bersih, yang tercemar oleh kerana air bah, flooding, air banjir daripada Sungai Pahang masuk ke Tasik Chini. Apabila paras air di Tasik Chini meningkat, akhirnya semua kita punya lotus, bunga teratai, mati sebab bunga teratai ini sejenis bunga yang akar dia mesti bersentuh dengan bawah itu, tanah di bawah air. Apabila akar itu tergantung, dia akan mati. Jadi itulah sebabnya teratai itu mati. Akan tetapi orang kata, teratai mati oleh kerana air itu tercemar sangat. Sebenarnya tidak betul. Scientifically, sebenarnya, secara realiti ialah oleh kerana akar dia timbul kerana air itu meningkat tinggi. Jadi walaupun demikian, memang betul pada ketika itu air di Tasik Chini telah mencapai kelas tiga dan akhirnya kerajaan mengambil inisiatif di bawah kementerian jagaan kementerian NRE, semua agensi terlibat, NAHRIM terlibat, Jabatan Alam Sekitar terlibat, Jabatan Hutan terlibat, apa lagi, JPS terlibat dan Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat dan pihak ECR terlibat, East Coast Development terlibat. Jadi kerajaan di bawah terajui kementerian ini, kita mengambil tindakan supaya air di Tasik Chini itu akan meningkat kepada tahap satu dan dua, airnya. Baru-baru ini pada bulan April tahun ini Yang Berhormat, saya buat lawatan sendiri. Saya pergi di Tasik Chini mempunyai 10 laut. Orang Asli panggil ‘laut’, tempat kawasan yang besar mempunyai terusan sendiri iaitu connection dia, koridor dia. 10 laut dia itu, semua telah mencapai air bertahap kelas dua. Maknanya, kita berenang di situ, mandi di situ, boleh mandi tidak apa, tidak ada mendatangkan apa-apa pada badan dan skin kita. Kita berharap pada tahun 2018, kita boleh mencapai kepada tahap satu, air dia. Saya menerima hakikat bahawa ada perlombongan di sekeliling kawasan ini dan kita juga mengetahui bahawa ada pembalakan, ada pertanian juga. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya juga mengetahui bahawa ada lima perkampungan Orang Asli di sekitar itu menggunakan Tasik Chini ini sebagai tempat mencari hidup mereka. Bukan sahaja memakan ikan tetapi memakan satu jenis kura-kura iaitu terrapin. Kalau di Sarawak dipanggil usuna, yang kepala merah itu. Mereka pun ada membakar juga, dia bakar sebab dia hendak tangkap terrapin. Jadi saya kata bagi tahu dengan Timbalan KSU saya menjaga hal alam sekitar ini supaya mengkaji bagaimana boleh kita membantu pihak Orang Asli ini untuk membela terrapin dalam satu kawasan untuk makanan. Jangan bunuhkan terrapin dalam sistem Tasik Chini.

Dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, kita masih program ini sebaik dilaksanakan. Baru-baru ini ada pihak universiti telah memohon sumber kewangan dan Perdana Menteri kata okey boleh, nanti hantar surat peribadi kepada dia dan saya mendapat assurance daripada ECR mengatakan tidak payah sebab mereka akan bagi sumber kewangan. Jadi dalam keadaan sedemikian, sumber kewangan ada, kepakaran ada, jabatan ada terlibat, insya-Allah Tasik Chini akan kekal menjadi pusat UNESCO sebagai main and biosphere negara di sini dan ia menjadi satu tempat kebanggaan kepada kita. Ketiga, saya hendak sebut secara, turut bangkit juga semalam, natural history museum. Jadi Tuan Yang di-Pertua, perkataan muzium ini eksklusif kepada Jabatan Muzium itu, jadi masalah kita hendak gunakan perkataan itu. Jadi saya kata kepada pegawai saya, jangan buat muzium, buat satu galeri tetapi perkaranya sama. Kita dah bermula sebenarnya sebelum Yang Berhormat bangkit, saya dah mula dengan satu galeri. Kalau pergi ke Bukit Nanas, kita ada Appsnya sendiri. Jadi kalau masuk Apps itu dalam handphone Yang Berhormat, dalam iPhone ini, Apps itu push saja Apps itu, Yang Berhormat boleh pergi ke mana-mana hutan simpan di Malaysia. Hendak tunjuk Hutan Belum kah, Hutan Kilim kah, hutan mana kah dan saya dah nak upgrade benda ini nak tunjuk kalau di Belum apa benda yang ada di Belum. Kalau hutan simpan kekal di mana, apa yang ada di hutan simpan itu. Kalau dimangrove farm dekat mana, apa yang ada di situ. Kalau kata hendak tengok buaya, dia boleh tengok buaya berenang. Kalau nak tengok kura-kura, boleh tengok kura-kura berjalan. Jadi semua benda ini boleh kita tunjuk nanti bila dah diupgrade tetapi permulaan projek ini telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama juga, tanah telah dikenal pasti untuk permanent site untuk galeri ini yang kita tailor-made selaras dengan apa yang dibuat di Smithsonian Museum di Washington, Amerika. Harapan saya makan masa yang panjang

mungkin tetapi kita mulakan dengan kecil-kecilan dahulu dalam keadaan yang kita semasa. Jadi memang inisiatif kerajaan menjurus ke arah itu dan boleh dilihat dan diguna pakai bukan sahaja sebagai satu khazanah kepada negara tetapi juga sebagai satu tempat rujukan, kajian dan juga sebagai satu tarikan pelancong kepada negara ini nanti.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri. Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya ada empat soalan, Menteri cuma jawab satu semalam dan kita dah tunggu lama. Saya memang sukalah hujah Menteri ini, memang dedicated tetapi saya perlukan jawapan kepada soalan-soalan saya. Kalau boleh Menteri jawab satu sajalah untuk saya itu, yang lain itu boleh bertulis. Saya hendak tahu apakah kos anggaran untuk semua program ini. Saya dah tanya di hujah saya semalam, adakah ia RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta, jangan kata extra expenses tetapi tidak bagi amaunnya sebab kita perlu tahu. Dalam dua bulan yang akan datang ini kita akan sampai bulan 10, bulan bajet. Kalau Menteri tidak ada bajet untuk program ini, kita bincang buat pindaan ini tidak guna juga. Kalau boleh beri kita satu anggaran, more or less. Terima kasih.

Sebenarnya Yang Berhormat, saya bukanlah hendak competitional berhubung perkara ini. Saya dah di Dewan ini 28 tahun Yang Berhormat, kalau cari Ahli Parlimen di sini tidak banyak sama dengan saya. Yang Berhormat Kepong itu samalah. Saya dah lihat banyak perundangan dan saya dah masuk Parlimen ini, saya dah masuk Parlimen Britain, saya dah duduk di situ selama setengah bulan, dengar itu sahaja, perbahasan setiap hari, tengok rang undang- undangnya sahaja. Saya dah attend Parlimen Athens di Greece dan saya attend Macedonia Parlimen punya persidangan. Banyak Parlimen yang saya rasa Jadi banyak rang undang-undang dia, memang tidak boleh menyebut berapakah kos pelaksanaan undang-undang itu sebelum undang-undang itu diluluskan oleh Parlimennya. Kita tidak boleh Yang Berhormat, banyak rang undang-undang kita check, rang undang-undang yang ada di depan kita ini, berapa banyak rang undang- undang itu mengatakan ia boleh tetapkan berapa kos pelaksanaannya. Kita punya agensi 12 Yang Berhormat, pelaksanaan daripada bioseptic Yang Berhormat sampai ke Jabatan Alam Sekitar yang ada semua hubung kait dengan perkara ini, kita hendak angkakan berapa banyak sangat, saya hendak bohong dengan Parlimen kah Yang Berhormat? Saya tidak boleh. Jadi itulah kenapa istilah dalam rangka kerangka rang undang-undang biasanya disebut, “perbelanjaannya belum boleh ditetapkan”. Jadi Yang Berhormat supaya saya tidak berbohong kepada Dewan dan menyelewengkan Dewan, Yang Berhormat tidak mendapat maklumat yang tidak tepat dan tidak betul. Itulah rasionalnya di sebaliknya ini. Jadi saya tahu Yang Berhormat semalam semua soalan-soalan dah jawab, berhubung dengan persoalan global warming, negara protokol, Persidangan Rio, banyak lagi international convention dan protokol itu dibangkitkan. Saya telah jawab secara umum semalam. Akan tetapi ini perkara yang khusus, Yang Berhormat memang saya minat, dia minat juga tetapi saya pun minat nak tahu sebenarnya tetapi macam mana saya hendak kenal pasti sekarang, saya tidak boleh. Saya tidak hendak berbohong, saya tidak hendak mengelirukan Dewan. Di bawah Peraturan 36(12) itu masalahnya besar, jadi saya tidak hendak menyeleweng. Jadi kita kerjasamalah Yang Berhormat ya. Insya-Allah bila masanya nanti kita akan itu dan masa pelaksanaannya pun akan makan masa yang panjang daripada pihak Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Kita kompeten, authority kita, lepas itu advisory council kita, berapa banyak kos pembayaran kepada tiap-tiap orang, pengurusannya, adakah perlu kita menubuhkan sekretariat kepada advisory atau scientific adviser dia itu. Jadi semua perkara ini akan kita lihat pada masa-masa yang akan datang dan kita akan laporkan kepada Kabinet. Pada ketika itu sudah sampai masanya kita akan bagi maklumat kepada Dewan. Tuan Yang di-Pertua, soalan kompeten atau itu semalam juga dibangkit. Sebenarnya di bawah undang-undang ini kita melantik competent authority dan membangkit dalam soalan competent authority itu iaitu berhubung dengan adakah tidak kita mempunyai satu kepakaran untuk melaksanakan ini sebab kita punya competent authority dianggap tidak mencukupi. Sebenarnya Yang Berhormat, mana senarai tadi, tadi saya minta jabatan saya berapa banyak kita punya daripada sudut competent authority ini. Dalam FRIM itu sahaja kita mempunyai 170 pakar Yang Berhormat, dalam FRIM sahaja, Forest Research Institute, 170 lebih pakar dalam semua bidang biodiversiti,

bioteknologi, perhutanan, berhubung dengan apa lagi, ada enam agenda yang penting dan akhirnya iaitu commercialization ada baru diluluskan. Sebab FRIM itu tidak boleh commercialize dulu sebab undang-undangnya tidak membenarkan sebelum undang- undang baru diperkenalkan pada tahun 2016 dan telah diluluskan di Dewan ini. Sekarang kita telah merancang berhubung dengan commercialization pendapat-pendapat FRIM. Semalam juga ada di soal berhubung dengan apakah penemuan-penemuan yang telah dibuat oleh pihak FRIM? Dan berapa banyak telah dipatenkan penemuan- penemuan ini. Kita dah ada banyak penemuan, beratus penemuan kita dapat dan ada banyaknya sudah di-commercialize kan menerusi badan-badan, syarikat-syarikat, pihak- pihak yang berminat untuk meng-commercialize-kan pendapat-pendapat ini. Akan tetapi pada perundangan yang ini dan saya telah memberi arahan supaya certification dibuat. FRIM sebagai certifying agency, sebagai pakar untuk mengkhususkan bahawa kalau perkara ini di certify kan sebagai Tongkat Ali, ia diluluskan sebagai Tongkat Ali. Sebetul-betulnya ada Tongkat Ali di dalam itu, bukan tidak ada. Kadang-kadang orang sebut Tongkat Ali tetapi kalau di check secara saintifik, ia tidak ada contain pun elemen Tongkat Ali dalam itu. Jadi ini kita kena khususkan supaya produk kita dilihat sebagai satu produk yang genuine. Certification ini kita akan laksanakan. Certification pakar kepakaran kayu supaya dia memenuhi keperluan antarabangsa dan kehendak antarabangsa dan perubatan, drug, herba, mediational, semua mendapat certification. Kalau certification ini proses ini boleh dilaksanakan, semua barang-barang yang kita jual menerusi perkara ini dapat certified daripada FRIM dengan research FRIM dan sebagainya, kita mendapat keluaran perkara-perkara yang berkualiti tinggi dan boleh diterima agensi-agensi luar negara. Bahkan impian kita supaya produk kita, herba kita, mediational kita boleh diterima FDA iaitu Food and Drug Administration di Amerika. Jadi di tahap itu kita hendak lihat Yang Berhormat, begitu tinggi harapan kita tetapi kita boleh capai sebab FRIM itu sendiri is recognized by the world, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kalau soalan-soalan yang banyak disoal pagi ini tidak dapat dijawab, insya-Allah kita boleh beri jawapan bertulis kalau Yang Berhormat minat berhubung dengan kita. Buat masa ini, itulah sahaja untuk penggulungan ini Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 63 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Pindaan) 2017Bill

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Larut

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mengemukakan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya huraian.

Ya. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat kajian terhadap isu pengiklanan dan paparan harga yang mengelirukan susulan daripada aduan yang diterima daripada pengguna. Berdasarkan kajian yang dijalankan itu, kementerian berhasrat untuk melaksanakan dasar harga terangkum yang mana pengiklanan, pempameranan dan paparan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh sesuatu barangan atau perkhidmatan hendaklah merangkumi semua harga termasuk cukai duti atau caj kerajaan serta semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kementerian berharap dasar harga terangkum ini juga dapat memperkukuhkan aspek ketelusan harga barangan dan perkhidmatan yang dipaparkan serta persaingan yang lebih adil dan sihat di kalangan peniaga. Ianya akan turut memberi manfaat kepada pengguna serta meningkatkan lagi hak kebajikan dan perlindungan pengguna. Susulan daripada kajian tersebut, Jemaah Menteri dalam mesyuarat bertarikh 11 November 2016 semasa menimbangkan memorandum daripada kementerian bertajuk pelaksanaan Dasar Harga Terangkum (DHT) telah bersetuju supaya Akta Perihal Dagangan 2011, Akta 730 dikaji dan diperincikan bagi memastikan Dasar Harga Terangkum ini dapat dilaksanakan. Kementerian selanjutnya telah mengkaji semua akta-kata dan peraturan di bawah seliaan kementerian, termasuk perundangan berkenaan percukaian. Hasil daripada kajian tersebut, kementerian mendapati bahawa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta 723 serta Akta Perihal Dagangan 2011, Akta 730 wajar dipinda bagi memastikan peruntukan berhubung pempameranan, pengiklanan, penyiaran atau sebutan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna hendaklah termasuk semua cukai, duti atau caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap apa-apa barang atau perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta 723 digubal bagi tujuan mengadakan peruntukan bagi mengawal harga barangan dan caj bagi perkhidmatan serta melarang pencatutan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 723 ini dipinda buat kali terakhir pada tahun 2014 bagi tujuan untuk membuat pindaan pada seksyen 2, 3 dan 15 serta memasukkan seksyen baru iaitu seksyen 10A, 53A dan 60A yang berkaitan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan. Rang undang-undang yang dicadangkan ini bertujuan untuk meminda Akta 723 bagi mengadakan keuntungan berhubung pelaksanaan Dasar Harga Terangkum bagi membolehkan pelaksanaan Dasar Harga Terangkum dapat dilaksanakan supaya kekeliruan dan ketelusan mengenai harga barangan dan caj bagi perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pengguna merangkumi pelbagai caj tambahan lain boleh ditangani.

Pindaan yang dicadangkan juga bertujuan membenarkan pengawal, memperoleh data harga daripada mana-mana orang demi membantu kerajaan dalam memantau harga barangan, merangka dasar dan tindakan yang perlu berkaitan dengan harga barangan dan perkhidmatan serta membolehkan pegawai penguat kuasa yang mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau premis untuk memeriksa harga barangan atau caj bagi perkhidmatan tempat atau premis tersebut.

Dalam hal ini kementerian telah mengadakan konsultasi dengan persatuan pengguna dan industri-industri berkenaan mengenai cadangan untuk menambah baik Akta 370 dan Akta 723 serta peraturan di bawahnya bagi pelaksanaan Dasar Harga Terangkum. Rang undang-undang ini juga telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Malaysia. Pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut: (i) memasukkan seksyen baru 10B bagi mengadakan peruntukan berhubung pelaksanaan Dasar Harga Terangkum iaitu mempamerkan, pengiklanan, penyiaran atau sebutan harga hendaklah termasuk semua cukai, duti atau caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap apa-apa barang atau perkhidmatan dalam sesuatu perniagaan yang telah ditetapkan melainkan jika kelulusan diperoleh di bawah seksyen 9(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Akta 762; (ii) memasukkan seksyen baru 10C untuk memberi kuasa kepada pengawal bagi mendapatkan apa-apa maklumat seperti penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga atau apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh pengawal bagi tujuan membantu kerajaan memantau harga barangan, merangka dasar dan tindakan yang perlu berkaitan dengan penstabilan harga barang dan caj bagi perkhidmatan; dan (iii) meminda subseksyen 28(1) bagi membolehkan penolong pengawal mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau premis perniagaan, memeriksa harga barangan atau caj bagi perkhidmatan di tempat atau premis perniagaan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf tadi, saya minta menyokong. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken JinPBS · BNTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Tawau

Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang- undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan saya ingin menyampaikan penghargaan saya terhadap pegawai KPDNKK yang selalu memantau harga barang-barangan di kedai dan pasar raya demi memastikan kepentingan pengguna dan memastikan pengguna tidak ditipu dan tidak bayar lebih. Walau bagaimanapun, dalam perbahasan rang undang-undang ini saya juga menyampaikan suara hati dan masalah yang dihadapi oleh peniaga khususnya peniaga dalam golongan sederhana dan kecil di negara kita. Saya pernah sebenarnya ada sesi dialog dengan beberapa peniaga dan mereka menyuarakan pandangan mereka

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

terhadap rang undang-undang ini dan juga masalah yang dihadapi oleh mereka dan saya ingin panjangkan aduan dan masalah mereka dalam perbahasan saya ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah berjanji bahawa pemungutan ataupun kutipan GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tetapi kesalnya ini tidak berlaku. Misalnya, jika kita makan tengah hari di restoran harga satu cawan teh tarik sebelum GST adalah RM1, harga selepas GST adalah RM1.06. Kalau termasuk nasi campur yang berharga RM10 selepas GST kita bayar RM10.60 jadi jumlah bil satu hidangan makanan tengah hari adalah RM11.66. Bagi seorang pekerja golongan bawahan yang terima gaji RM1,500 sebulan sekiranya perbelanjaan makanannya untuk tiga kali satu hari ialah RM20 dia akan terpaksa bayar GST untuk makanan RM1.20 sehari dan RM36.00 GST satu bulan untuk makanannya. Jadi jika jumlah perbelanjaan peribadinya adalah RM1,000 sebulan maka jumlah pendapatan yang hilang setiap bulan adalah RM60. Bagi peniaga pula, kos operasi perniagaan bertambah kerana terpaksa beli software baru, peralatan baru dan juga lebih bayaran kepada book keeper kerana kerani terpaksa simpan rekod yang rumit dan terperinci supaya ia boleh dibentangkan kepada pegawai kerajaan yang datang semak harga jualan bila-bila masa. Pada waktu kegawatan ekonomi sekarang, bila gaji orang ramai tidak meningkat dan daya perbelanjaan pengguna berkurangan tambahan pula dengan kos operasi perniagaan yang meningkat, jadi untung bersih bagi banyak syarikat pun akan berkurangan. Keadaan ini menyebabkan ramai peniaga dan syarikat mengambil pendekatan tunggu dan lihat ataupun wait and see ataupun pendekatan yang kurang agresif untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sikap peniaga kita pun menyebabkan banyak kedai ataupun ruang kompleks membeli belah tidak dapat disewa dan juga peluang pekerjaan yang berkurangan. Akhirnya banyak syarikat tidak menaikkan gaji kakitangan mereka dan tidak membayar bonus kepada pekerja mereka kerana prestasi perniagaan yang kurang memuaskan. Walaupun kerajaan bangga dengan kutipan cukai daripada GST tetapi pertambahan kutipan cukai GST adalah hasil daripada penambahan beban kepada rakyat secara umum. Orang muda kita mendapati peluang pekerjaan semakin berkurangan, pegawai kerajaan yang berpendapatan rendah malah terpaksa buat kerja sambilan selepas waktu kerja seperti jadi pemandu kereta Uber. Pelaksanaan GST telah bawa banyak kesusahan kepada rakyat dan juga pengguna dan ia juga menyusahkan pengusaha dan juga peniaga. Jadi, Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan ini kelihatan menambahkan lagi beban kepada para peniaga. Tuan Yang di-Pertua, mengikut pindaan kepada rang undang-undang ini, peniaga dikehendaki mempamerkan semua cukai kerajaan bagi setiap produk ataupun servis. Proses pengiraan ini adalah terlalu rumit ataupun kita kata terlalu troublesome untuk dipamerkan pada setiap produk dalam iklan ataupun di dalam kedai kerana ia dikehendaki mengandungi semua maklumat. Misalnya kos satu unit peti sejuk yang diimport dari luar negara berharga USD100 ataupun RM450. Ia dijual pada harga RM1,000 termasuk GST satu unit, jadi pecahan harganya dipamerkan seperti berikut iaitu harga asal RM943.36, GST sebanyak 6 peratus ialah bernilai RM56.64. Jadi harga terakhirnya adalah RM1,000. Mengikut praktis sekarang butir tersebut akan dicetak pada resit tetapi mengikut pindaan rang undang-undang yang dibentangkan ini peniaga terpaksa mempamerkan semua butiran pada sebut harga atau papan iklan. Jika butir-butir tersebut tidak dipamerkan maka seorang peniaga akan dituduh melakukan kesalahan dan boleh dikenakan denda yang tinggi oleh pengawal. Pengiraan harga akan menjadi lebih rumit jika nilai mata wang Malaysia berturun naik dengan drastik ataupun tidak tentu. Jika seseorang peniaga mempunyai ataupun membeli 5 unit peti sejuk yang diimport satu bulan sebelum ini pada kadar pertukaran USD1 bersamaan dengan RM4.30. Bagi 5 unit baru diimport oleh peniaga pada bulan ini pula adalah pada exchange rate USD1, RM4.60 jadi praktis biasa bagi peniaga kita adalah harga purata dikira semula setiap kali pembelian dibuat, jadi harga purata untuk 10 unit peti sejuk pun akan menjadi RM4.45 kerana they even out last month and this month dengan kadar turun naik exchange rate US Dollar dengan Ringgit Malaysia.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, sekiranya unit peti sejuk yang dijual oleh kedai elektrik adalah unit yang dibeli sebelumnya, pengawal pula akan mendapati peniaga tersebut telah mengenakan GST berdasarkan dengan harga import yang telah diratakan pada bulan lepas dan bulan

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

ini adalah lebih tinggi. Pengawal harga mungkin berpendapat kos import peti sejuk sepatutnya dikira pada nilai RM4.30 sen dan bukannya kos purata RM4.45 sen. Jadi, peniaga pun terpaksa memberi bukti kepada pengawal tentang kos import setiap unit peti sejuk dan ini memang sangat menyusahkan mereka. Kalau peniaga gagal membentangkan justifikasi yang memuaskan, dia boleh dikenakan denda RM100 ribu kerana kuasa mutlak diletakkan pada budi bicara pengawal. Pindaan rang undang-undang ini memang mendatangkan banyak masalah bagi pihak penjual barangan import. Pindaan rang undang-undang ini mengehendaki peniaga terpaksa melabur sistem komputer yang lebih sophisticated dan juga mahal supaya harga import setiap barang yang dijual dalam kedai boleh disimpan dengan teliti. Bagi peniaga pula, bila nilai mata wang Ringgit Malaysia jatuh, peniaga tersebut bukan sahaja tidak mendapat untung yang lebih tetapi syarikat itu terpaksa menanggung kos pelaksanaan perniagaan yang bertambah dan ini mengurangkan lagi untung sesebuah syarikat. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbincangan saya dengan beberapa orang peniaga, mereka mendapati rang undang-undang ini memberi kuasa yang terlalu besar, malah mutlak kepada pengawal. Mereka berkata, proses membuat keputusan perniagaan harian selalunya mengikut keadaan semasa dan setiap syarikat mempunyai praktis standard perakaunan yang berlainan. Akan tetapi mengikut pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan ini, pengawal boleh memutuskan sama ada seseorang peniaga melakukan kesalahan ataupun salah daripada segi pengiraan mengikut budi bicara beliau. Ini adalah tidak adil kerana pengawal mungkin membuat keputusan yang salah. Oleh itu, kerajaan seharusnya memberi tafsiran yang lebih jelas tentang ‘salah laku’. What is the definition of salah laku seseorang peniaga dan juga saluran rayuan bagi syarikat tersebut. Kalau pengawal buat sesuatu keputusan yang mana pihak peniaga rasa tidak adil, jadi apakah saluran yang mereka boleh ambil? Adakah mereka harus bawa semua isu ini ke mahkamah ataupun mereka ada satu badan yang mana mereka boleh meluahkan ketidakpuasan tentang keputusan pengawal. Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini juga memberi kuasa kepada penolong pengawal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan dengan tujuan menjalankan pemeriksaan. Ini merupakan pencabulan terhadap operasi perniagaan sesebuah syarikat. Pengawal telah diberi kuasa untuk mengeluarkan notis bertulis kepada peniaga untuk memberi semua dokumen dan penjelasan. Jadi, kuasa penolong pengawal untuk menceroboh masuk ke dalam premis peniaga hanya akan merunsingkan hubungan di antara peniaga dan pihak penguat kuasa. Secara rumusan, saya menghargai rang undang-undang ini yang memberi perlindungan kepada pengguna supaya pengguna tidak ditipu oleh syarikat dengan menggunakan alasan GST. Akan tetapi dalam suasana yang kurang memuaskan ini, saya berharap kementerian boleh mengadakan lebih dialog dengan pihak peniaga supaya persefahaman yang menang-menang atau win-win situation boleh diwujudkan di antara pihak kerajaan dan juga pegawai di kementerian. Di sini saya juga hendak ambil satu contoh yang mana saya rasa kadang- kadang we might have some overzealous officers di KPDNKK ini. Macam isu yang rampas berus cat yang diperbuat oleh bulu babi itu yang mana ia dibuat secara tiba-tiba. Tiba-tiba banyak kedai dituduh dan barangan mereka itu iaitu berus cat yang dikatakan dibuat oleh bulu babi itu dirampas. Selepas itu, beberapa bulan kemudian ada kedai yang mana pihak kementerian pulangkan berus itu kerana didapati barang yang mereka rampas itu selepas dengan ujian DNA, oh, bulu itu bukan bulu babi. Lepas itu pulangkan. Jadi saya rasa, bolehkah kita ambil satu pendekatan yang lebih refine? Bolehkah kita buatkan surat, minta mereka bukti dan bukan straight away bawa media dan rampas berus ini dan berus itu di seluruh negara dan lepas itu kita dapati kita tidak dapat beli berus kerana penjual pun tak pasti itu bulu anjing kah, bulu lembu kah, bulu babi kah atau bulu apa. Jadi, saya rasa kekecohan ini sebenarnya kita boleh elakkan kalau kementerian boleh bagi amaran dulu, boleh nasihat dulu, boleh keluarkan notis dulu. Bila penyemakan dibuat, boleh dijalankan dengan satu pendekatan, satu cara yang lebih halus sikit, lebih manners atau good manners. Jadi, ini tidak akan jadi satu berita yang dilaporkan di televisyen dan dikeluarkan di semua surat khabar yang mana perbuatan ini menyebabkan tujuan baik dan niat yang baik oleh pihak kementerian tetapi bila ia diheboh-hebohkan macam itu, ia dijadikan satu isu yang ramai orang rasa tidak adil, tidak patut dan ini dijadikan satu situasi yang kecoh dalam masyarakat kita.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, ini adalah pandangan saya dan juga saya sebenarnya rasa yang bila kementerian bentangkan rang undang-undang ini juga haruslah mungkin ada lebih sesi perbincangan dengan pihak pengusaha. Khususnya, peniaga yang bukan peniaga besar, bukan pasar raya tetapi peniaga yang kelas menengah ataupun sederhana dan juga kecil itu. Saya rasa kementerian haruslah faham apa masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana kita sebagai kerajaan pun, kita selain daripada mempertahankan kepentingan pihak pengguna, kita juga harus faham apakah masalah yang dihadapi oleh pihak pengusaha dan peniaga yang sederhana dan kecil. Supaya juga satu keadaan yang win-win boleh dicapai oleh dua pihak supaya kita juga adakan keadaan yang lebih harmoni di antara pihak kementerian dan juga pihak peniaga kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Setiu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bermula dengan sedikit nak beritahu kepada pihak-pihak Pakatan Harapan, sedikit sahaja. Jangan ada double standard selepas ini. Faham?...

[Dewan riuh]

Jangan ada double standard saya kata, bukan saya kata double standard. Jangan ada double standard. Senang sahaja. Maknanya, kalau kita hendak sokong, kita sokong. Jangan pula selepas sokong, bangun nak mengundi. Ha! Itu tak boleh. Oleh sebab pada sesi lepas...

[Dewan riuh]

Dengarlah dulu, tak, dengar dulu. Pada sesi lepas, nampak macam sokong. Kita terima kasih kepada Menteri kita yang begitu prihatin kepada pengguna. Berkenaan dengan term charges itu hari, pasal perlindungan pengguna. Dah sokong, nampak macam sokong. Sampai masa, eh, mengundi pula. Ha ini yang saya nak kata jangan ada double standard...

Bukan double standard.

Faham tak tu? Sokong macam sokong, macam nak melindungi pengguna tetapi bila kita nak gunakan akta kepada pengguna, melindungi pengguna, dah ada pula yang seolah-olah macam menentang.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Minta penjelasan. Boleh?

Baru permulaan baru.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Double standard. Panjang, panjang.

Yang Berhormat Pokok Sena pun satu hal juga.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya dari Setiu yang...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tak payahlah ini, tak ada langsung pancutannya kat sini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak ada langsung pancutannya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tak, tak. Saya nak minta penjelasan daripada dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tak ada kena mengena. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sama ada dia sedar atau tak sedar Akta Pelancongan dulu ini yang masa mengundi itu di sini BN pun sokong, akhirnya selepas itu BN Sarawak pula tak sokong...

[Dewan riuh]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ha itu yang double standard [Ketawa]

Ini berkenaan dengan pengguna. Kita cerita pasal pengguna.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akta Pelancongan pun pengguna juga itu.

Kebajikan. Kebajikan pengguna. Faham Yang Berhormat Pokok Sena? Kalau tak tahu, jangan cakap.

Okey, kalau kita lihat kepada pindaan- saya hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Selepas satu, satu pindaan undang-undang dibuat untuk memberi perlindungan kepada pengguna. Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana baru-baru ini ada pengusaha gula hendak menaikkan harga gula tetapi Yang Berhormat Menteri kata tidak boleh naik. Ini pun satu pendekatan yang sangat baik. Tentang pindaan. Kalau kita lihat kepada seksyen baru kita, seksyen 10B, amat jelas seksyen 10B ini. Bermakna, kena pamerkan harga yang terakhir, harga yang sebenar. Tidak lagi disebut tertakluk kepada cukai-cukai ataupun caj-caj yang dibenarkan. Jadi tidak boleh masukkan. Jadi kalau kita letakkan di kedai, kalau harganya letak RM10, letaklah harga RM10. Tidak boleh lagi maknanya tertakluk kepada enam persen GST ataupun service charge dan sebagainya. Inilah yang sangat penting. Inilah yang pengguna perlu tahu. Sekurang-kurangnya pengguna dia boleh menggunakan kuasa membeli mereka. Bermakna mereka pergi ke restoran dan sebagainya, dapat lihat harga yang sebenar. Di sinilah keperluan kenapa akta ini perlu dipinda. Dan ianya dinyatakan sebagai wajib. Maknanya hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu. Maknanya wajib diikuti oleh peniaga-peniaga. Dan hukuman sangat berat. Cuma, dalam seksyen 10B(2), cuma dinyatakan, “Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan”. Cuma, kesalahan itu adakah yang dinyatakan dalam Akta Ibu, seksyen 57 kalau tidak silap saya? Jadi hukumannya kalau itulah yang dimaksudkan, bermakna individu dengan kesalahan pertama itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 ataupun penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya sekali. Ini kalau individu. Kalau melibatkan syarikat, boleh sampai ke RM500,000. Ini maknanya satu kesalahan yang berat- supaya peniaga-peniaga tidak mengelirukan pihak pengguna. Ini yang sangat-sangat baiknya akta ini dipinda setakat ini. Jadi kalau hendak cerita pasal benda-benda lain itu, pihak kementerian, kalau ada unsur-unsur luar, kalau kos meningkat dan sebagainya, pihak kementerian sebenarnya tidak ada kuasa. Ini caj yang dibenarkan sahaja dimasukkan dalam harga yang memang hendak dipamerkan untuk dijual...

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Yang Berhormat Setiu, sedikit penjelasan boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiu setuju atau tidak. Hari ini kita adakan pindaan supaya kita adakan single pricing policy. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, sebenarnya sebelum pelaksanaan GST, kebanyakan daripada barangan kita tidak perlu bayar enam percent. Kalau adapun, ada sedikit barang yang dikenakan sales ataupun service tax. Setuju atau tidak, sebab pelaksanaan GST hari ini, dia memaksa kita semua untuk meluluskan single pricing supaya dilaksanakan? Bagi saya, semua price tag di dalam kedai ataupun peniaga-peniaga kecil itu terpaksa ditukar. Saya memang faham, sebagai Ahli Parlimen, tanggungjawab kita, kita perlu mempertahankan hak pengguna tetapi pada masa yang sama, peniaga-peniaga ini mereka juga merupakan pengguna. Saya rasa punca yang paling besar adalah pihak sana telah pun menyokong pelaksanaan GST dan ini telah pun menyebabkan kesukaran dan juga kesulitan kepada peniaga-peniaga. Kepada pengguna, perkara yang sama. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi disebabkan oleh GST. Setujukah Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.

Tanya setuju atau tidak setuju, memang tidak setujulah. [Ketawa] Sebab, Yang Berhormat Rasah tidak faham. Kita bukan sekarang baru kita kenakan cukai. Dulu pun sudah ada cukai... [Disampuk] Nanti, saya jawab sikit sahaja. Dulu ada cukai dan sudah dirangkumkan dalam satu

harga. Dia tidak nyatakan cukai-cukainya. Sekarang kita hendak buat benda yang sama. Kita hendak rangkumkan dalam satu harga. Bagus apa. Maknanya pengguna boleh tahu. Dia pergi kedai, oh! Harga RM10 dan dia boleh pilih. Kalau harga di sini RM10, dia pergi kedai lain pun mungkin RM9, dia pilih yang RM9. Senang sahaja. Itu jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Saya terpanggil untuk mencelah sebab saya confused juga. Ini kerana dasar ini atau undang- undang ini very straight forward. Jelas tujuannya. GST sudah jalan, cuma kita hendak seragamkan harga. Single price pricing ataupun Dasar Harga Terangkum supaya dia memudahkan pertamanya, pengguna, kedua, mengurangkan kekeliruan. Untuk peniaga, dia jelas. Dia tidak payah letak berapa percent, berapa percent, dia letak satu harga. What you see is what you pay. Standard dia sama. Kalau kedai ini harga terakhir katalah RM10 sudah masuk semua sekali, GST semua sudah masuk, kedai lain pun sama juga sudah masuk. Kalau satu harga itu, semua sudah termasuk. Koskah, GSTkah, kos barangan, sudah masuk. Jadi pengguna tahu itulah kos terakhir yang dia bayar dan ia diletak di papan-papan tanda supaya rakyat tidak keliru. Saya ingat ini jelas. Tidak ada pusing-pusing pasal kos. Tadi cakap pasal penguasa. Itu bahagian penguatkuasaan. Yang penting kita cakap ini harga yang pengguna hendak tengok. Kalau saya masuk kedai itu, inilah harga dia. All in. Semua sudah termasuk. Kalau pergi kedai lain, harganya murah. Kalau dia cakap, “Oh! Ini tidak masuk GST”. Kita tidak mahu macam itu lagi. Ada kedai harga termasuk GST, ada kedai tidak termasuk GST. Ini yang menyebabkan peluang-peluang untuk peniaga ambil kesempatan dan pembeli-pembeli atau pengguna terkeliru. Jadi bagi saya, dasar ini amat jelas untuk membantu mem-protect atau melindungi pengguna supaya kita ada satu standard sahaja. Kalau masuk harga RM10, RM10 lah. Kalau dia RM9.50, bermakna dia murah. Akan tetapi kalau dia kata RM9.50 tetapi ini tidak termasuk GST, ini yang kita tidak mahu. Bagi saya, kalau ini dasar yang kerajaan buat, Yang Berhormat Setiu, ini amat baik sebab kita hendak selaraskan dan protect pengguna. Pasal GST, cerita mahal, itu- dasar ini memperkemaskan lagi. Kalau cakap pasal harga dulu pun, sebelum GST, sudah ada SST. Orang pun tidak bising. Orang tahu harga itu, harga itulah. Sudah termasuk semua sekali itu. Akan tetapi kalau kita cerita tadi pusing GST balik, harga mahal, kita ini sudah terkebelakang balik, Yang Berhormat Rasah. Kita sudah balik belakang. Jadi tujuan kita- ini very straight forward. Kita hendak protect pengguna. Dari segi ini, apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Saya setuju sangat sebab kita akan ada- perihal dagangan, itu kemudian. Untuk protect pengguna dan ini memudahkan lagi. Dari segi cetak tidak cetak tadi Yang Berhormat Seputeh cakap, ini sebenarnya tidak ada isu. Dia sama. Dia tidak ada kaitan pun. Ini pasal pamer. Pamer, pamer. What you see is what you pay. Kita tidak mahu ada confusion dekat situ. Itu tujuan sebenarnya supaya rakyat jelas. What you see is what you pay. Tidak ada lagi ini tidak tambahlah, itu... Dengan itu kita kurangkan kekeliruan, kita kurangkan peluang untuk penipuan dan sebagainya dan rakyat jelas. Dia tidak terkeliru lagi. Saya ingat ini straight forward. Tidak payah hendak bincang panjang-panjang ini. Apa pandangan Yang Berhormat Setiu? Terima kasih.

Kita boleh luluskan sahaja.

Inilah yang dikatakan Ahli Parlimen yang faham pasal rang undang-undang ini [Ketawa] Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Seputeh tidak faham.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapatkan penjelasan?

Jadi maknanya sekarang ini, saya bersetuju sangatlah dan minta dimasukkan dalam perbahasan saya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Setiu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Beruas bangun.

Ya, Yang Berhormat Beruas? Hendak tanya benda yang samakah atau...?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Hendak dapatkan penjelasan tentang harga tetap tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa terlalu banyak peraturan akan menyebabkan kesukaran untuk berniaga. Dalam perniagaan ini sebenarnya, bunga bukan semua harga tetap. Ada kerana barangan sudah lama sedikit, peniaga hendak lelong untuk jual dengan harga lebih murah. Katakan diskaun 30 percent. Jadi kalau kita tetapkan semua harga barangan dikatakan satu harga sahaja, dan dengan peraturan-peraturan lain dalam akta ini di mana mereka terpaksa menyimpan rekod jualan, kos, invoice, expenses, remuneration, allowance pekerja semua ini, semua peniaga akan melanggar undang-undang ini.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Satu pun tidak akan terkecuali. Itu sebabnya dalam menjaga hak pengguna, kita bukan hendak menyusahkan peniaga. Peniaga ini berbagai-bagai jenis. Kita hanya mungkin boleh memakai undang-undang ini untuk syarikat-syarikat besar. Dengan adanya peraturan yang sekarang ini, hendak menggaji satu orang akauntan pun, mungkin harganya lebih tinggi daripada keuntungan daripada sesuatu perniagaan yang kecil. Kita yang tahu tentang perniagaan, kalau terlalu banyak peraturan, susah sangat, mungkin seperti yang guru sekarang ini, sebenarnya guru-guru mesti menjaga anak-anak murid kita. Sekarang ini kerana terlalu banyak peraturan minta dimasukkan semua data, akhirnya, mereka jadi dengan izin, ramai yang tertekan jiwa mereka. Begitulah dengan peniaga-peniaga sekarang ini. Kalau tambah lagi peraturan, mereka kata mereka terpaksa menghadapi kerajaan tempatan tentang lesen-lesen dan permohonan lesen, health department, income tax, customs office. Tidak payah lah niaga. Jadi, inilah niat baik kita ini telah dengan izin, menyebabkan sangat susah untuk peniaga-peniaga dan dengan peraturan yang terlalu banyak, semua akan melanggar undang-undang dan dengan itu, bertambahnya peluang untuk rasuah. Pegawai-pegawai yang datang ini boleh cari salah dengan satu-satu sedikit pun yang hendak menyalahkan peniaga ini, mesti mereka dapat kita kata cari kesalahan mereka. Harap Yang Berhormat Setiu dapat memberi penjelasan. Kalau Yang Berhormat Setiu tidak dapat memberi penjelasan, harap Menteri fahamlah tentang kesusahan peniaga-peniaga yang betul-betul hendak berniaga.

Bukan saya tidak boleh jawab. Saya rasa Yang Berhormat Beruas tidak faham juga ini. [Ketawa] Dia cerita fasal seolah-olah macam kerajaan menggunakan akta ini untuk standardize-kan harga. Bukan begitu. Maksud saya sudah pun explain tadi. Saya kata, “Kalau kita hendak pamerkan, dengan harga yang sudah termasuk dengan cukai-cukai, duti dan caj-caj kerajaan”, itu yang saya maksudkan. Kita bukan bermakna harga itu sama semua kedai. Tidak macam itu. Maknanya, jangan letak harga RM10 tetapi bila dia pergi bayar, dia kena bayar dengan harga RM10.16 ataupun sebagainya. Itu maksud saya. Kita baca betul-betul itu makna itu yang di maksud dengan makna harga terangkum ini, harga sebenar yang akhir itu. Sudah faham ya? Sudah boleh faham Yang Berhormat Beruas? Tidak faham lagi. Bukan kita hendak suruh sama harga setiap restoran dan sebagainya. Tidak boleh.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Setiu, maksud saya, sebabnya, so long as a price is ascertainable, kalaupun harga itu RM100, tambah service charge 10 peratus, 6 peratus GST, ascertainable, kita pun sudah boleh tahu harganya kalau ada kekeliruan. Kalau dengan apa yang kita hendak luluskan nanti, saya hendak tanya, kalau sudah pamerkan harga, boleh tukar harga tidak? Kalau hendak kurangkan harga 30 peratus, boleh kah atau tidak boleh? Ini kerana kita tahu barangan ini, kalau sudah lama, mungkin ada model baru yang keluar, telefon bimbit yang lama ini, kita mesti jual murah-murah. Apa akan jadi? Begitu kerana dalam undang-undang ini, ada perlunya dinyatakan sales record, purchase record, invoices, expenses, pekerja pun, semua kos barangan itu mesti kita kata buat satu senarai berapa jumlah kos ini. Jadi maksud saya kalau tidak ada kebebasan– saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, boleh bagi diskaun atau tidak dengan undang-undang-undang? Kalau kita sudah pamerkan harga telefon bimbit ini sekarang ini RM1,000 dengan campur GST RM1,060. Katakan sekarang ada model baru yang hendak keluar, pekedai hendak

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

turunkan harga RM700 tambah GST, boleh kah atau tidak boleh? Kemudian kalau itu berlaku, bagaimana dengan lain-lain rekod yang diperlukan? Boleh kah atau tidak boleh? Itu saya tanya Yang Berhormat Setiu.

Yang Berhormat Beruas, masalah diskaun ini dia bukan dari segi cukai. Diskaun ini, kuasa budi bicara kepada peniaga. Dia hendak bagi. Akan tetapi seelok-eloknya, kalau hendak bagi diskaun, letaklah harga akhirnya RM700. Tidak susah, tidak jadi isu. Apa yang jadi isu, kita hendak menjadikan perkara tersebut sebagai isu, susahlah. Jadi saya rasa habis tentang 10B ini. Saya beralih kepada 10C.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dia kalau hendak tanya, kena tekan itu. Hendak tanya, tidak tekan, macam mana ini.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Saya tekan Yang Berhormat Setiu, boleh? Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiu, saya cuma hendak bagi pesanan sikit sahaja. Kalau you go through one-by-one 10B, 10C, itu untuk Committee Stage. Kalau boleh terus stick to Dasar lah. Terima kasih.

Apa yang dasar-dasarnya pula ini. Kita sekarang ini, kalau ikut bawah, bawah peraturan kita, jelas. Bawah peraturan kita jelas. Kita hanya tertumpu pada pindaan 36(1) kah apa tadi... [Disampuk]

Yang Berhormat Setiu, minta jelas.

Okey 10C ya.

Klang, Klang.

Boleh?

Okey, okey.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu kajian oleh Universiti Sains Malaysia yang dipanggil, “A Study Comparing the Retail Drug Prices Between Northern Malaysia and Australia”, dan study ini telah dibuat oleh empat orang iaitu Mohamed Azmi Hassali, Asrul Akmal Syafie dan dua orang pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Dalam artikel mereka, mereka telah menunjukkan bahawa- mereka membuat satu perbandingan di antara harga ubat di Malaysia dan juga harga ubat di Australia. Mereka nampak bahawa dalam kajian mereka, lebih kurang perbezaan harga di Malaysia untuk ubat yang sama tetapi harga itu adalah berlainan. Berlainan itu sampai 30 peratus hingga 130 peratus dan harga yang mahal itu, di Malaysia dan harga murah di Australia. So in Malaysia, the prices are increased up to 30 percent to 130 percent. So mereka mengatakan bahawa ini adalah sebab di Australia, ada kawalan harga untuk semua ubat di mana kerajaan tetapkan harga tetapi di Malaysia, harga ubat mengikut pasaran bebas. So, tidak ada ketetapan. Dalam suatu contoh mereka berikan bahawa dalam satu barisan kedai, kalau kita ada dua kedai farmasi, untuk ubat yang sama, ada dua harga. Ini mereka tekankan sebab ini adalah cara pasaran bebas bekerja. So, soalan saya kepada Yang Berhormat ialah adakah ini bermaksud kalau kita hendak selaraskan harga ubat, maka kerajaan mesti membuat satu kawalan kepada semua ubat di Malaysia? Ini disebabkan tidak ada satu ubat sama tetapi harga yang berbeza dalam tempat yang sama ataupun kompleks yang sama, kedai kompleks yang sama. Itu satu. Isu yang berkait nombor dua ialah isu mengenai Hepatitis C di mana Menteri pun tahu isu ini di mana sekarang Malaysia, lebih kurang 400,000 orang anak Malaysia ada Hepatitis C. Untuk mendapat medicine ataupun ubat untuk mereka, satu orang adalah lebih kurang RM300,000 iaitu kalau mereka menggunakan Sofosbuvir. Satu pil Sofosbuvir adalah lebih kurang USD1,000. So therefore, USD84,000, kalau kita tukar lebih kurang RM350,000. So soalan di sini ialah tadi Yang Berhormat Setiu mengatakan bahawa kerajaan khususnya kementerian adalah prihatin kepada pengguna... [Disampuk] Tunggulah, tunggu, tunggu adalah prihatin kepada pengguna.

So, soalan di sini kalau kerajaan betul-betul prihatin kepada pengguna, mengapa kerajaan tidak kawal price ubat-ubat ini? Minta pandangan, pandangan yang bagus...

[Dewan tepuk]

Sebab yang bertanya tu pun dia dah lari daripada tajuk yang kita hendak bincangkan sekarang ini...

[Dewan ketawa]

Kita bincang fasal pameran harga sebenar tetapi yang saya...

Itulah saya bangkit, perlu dikawal, sebab kita ada dua sistem [Ketawa]

Kita cerita fasal harga. Kalau di farmasi, nanti dulu. Bila di farmasi kalau kita pamerkan harga yang satu murah satu mahal dan ini memberi kelebihan kepada pengguna, dia boleh pilih harga yang murah. Itu senang sahaja. Sebab itu dia suruh letak pindaan sekarang ini hendak buat macam itulah. Letakkan harga yang terakhirnya, harga sebenar dia. Kena faham, dia jangan, kita kadang-kadang jadi complicated. Benda yang senang di susah-susahkan. Itu yang saya tidak faham, sebab kita kena tengok kepada apa pindaan yang kita hendak buat. Dia minta kita pamerkan harga sebenar, itu yang dikatakan harga terangkum, dia boleh termasuk GST dan caj-caj lain, itu yang dimaksudkan di bawah 10B. Jadi hendak kena faham itu, jangan kita divert issue itu yang lari sahaja, susah itu.

Yang Berhormat, saya fikir Yang Berhormat tidak faham apa saya cakap.

Masalah di sini ialah bahawa...

Siapa tidak faham tidak tahulah.

...Oleh kerana kita menggunakan pasaran bebas, maka mana-mana kedai pun tidak boleh tetapkan sebab supply dengan demand tu berlainan. Minggu-minggu supply demand ditukar. So, mereka tidak boleh tetapkan satu kos, kos itu akan lari. Akan tetapi kalau dalam kes ubat, kita duduk bawah satu kawalan. We control the price of medicine. Kalau kita control the price of medicine, kalau the market go up and down, tidak akan ada influence mempengaruhi harga ubat. So, my point is will you support the idea of fixed prices or price control of medicine? Itu question.

Kalau kita bercakap fasal pindaan hari ini... [Disampuk] Dengarlah dulu, tidak faham yang sebelah ini. Sekarang ini saya hendak bertanya kepada pihak Menteri, sama ada yang berkenaan dengan ubatan ini dah dimasukkan kah tidak, dah dikonsultasi kah tidak? Fasal perkara-perkara ini?...

[Dewan riuh]

Masuk kah tidak? Berapa industri setakat ini yang boleh maknanya mungkin sudah ada restoran, mungkin sudah ada sebab ini ramai pengguna. Kalau ubatan rasa belum lagi, mungkin juga di hotel dan sebagainya sudah ada konsultasi. Saya pun tidak pasti. Minta jawapan daripada pihak Menteri apa yang sebenarnya konsultasi yang dibuat dengan industri mana, barulah kita boleh jawab, betul?...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Setiu, sikit Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Bukit Katil, boleh?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, saya seronok tengok Yang Berhormat Setiu menjelaskan pindaan ini bahawa hendak mempamerkan harga sebenar. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Setiu, adakah Yang Berhormat Setiu setuju kalau pamer harga sebenar biar betul-betul. Contohnya harga sebelum ini berapa, harga sekarang ini berapa. Biar rakyat dapat tengok berapa kenaikan. Terima kasih...

[Dewan ketawa]

Ini soalan menipu kah apa ini? Itulah, maksudnya sekarang ini dia bila pindaan ini dibuat. Tujuan sebenar dia supaya pengguna tahu harga yang dipamerkan, tidak kiralah harga dulu kah harga sekarang kah. Sekarang yang selepas pindaan, ini harganya, kalau tidak mereka tidak tahu harga sebenar. Itu yang boleh saya jawab soalan. Terima kasih.

Boleh mencelah sikit? Terima kasih Yang Berhormat Setiu... [Disampuk] Tidak saya,

sebenarnya saya, sahabat saya Yang Berhormat Klang ini dia memang prihatin fasal ubat-ubat ini, jadi saya tahu dia akan bangun dan dia akan cakap fasal ubat dan saya memang sama dengan dia lah. Kalau kita boleh dapat market forces supaya harganya lagi murah, why not? Katalah tadi jual ubat RM1,000 dengan masuk GST semua sudah ada, itulah harga akhir RM1,000. Tiba-tiba, Yang Berhormat Beruas hendak jual RM700. Okey, bagi sayalah, tetapi dengan syarat sudah masuk GST, semua dah ada. Jangan nanti hendak bayar RM700, “Oh! Ini tidak masuk GST”, tidak masuk, ini tidak mahu macam ini. Kalau hendak diskaun RM500 pun, boleh juga tetapi dengan syarat dah masuk GST. Cuma kalau RM500 nanti Yang Berhormat Klang tanya, “Eh! ubat ini RM1,000, tetapi kalau dia jual RM500 takut ubat tiruan pula ini”. Ini kena check balik dia ambil kat mana ini, jangan- jangan dia seludup. Itu yang hendak kena ada part on back-end tadi. Kerajaan pun sudah tahu kalau jual murah-murah pun bimbang juga, mana dia ambil barang-barang murah ini? Jadi dua perkara, satunya harga. Kalau disebabkan kita buat sama harga A,B,C kedai empat kedai semua sudah masuk GST, tadi jual RM1,000, yang ini jual RM800, ini jual RM700, Yang Berhormat Beruas jual RM500 kita pergi kedai Yang Berhormat Beruas ramai-ramai. Sebab termasuk GST, tidak ada hidden cost. Akan tetapi kalau pergi Yang Berhormat Beruas nanti RM500, ini tidak masuk lagi, ini kena tunggu tiga bulan, ini kena masuk GST, itu tidak boleh. Inilah tujuan dasar harga terangkum atau single price pricing ini diadakan supaya pengguna tidak terkeliru, satu. Kedua, kalau tiba-tiba harga Yang Berhormat Beruas hendak jual, orang jual paling murah jual ubat RM1,000, RM700, dia jual RM300. Ini ada tidak kena ubat ini, sudah expired kah, kos dia seludup kah kita tidak tahu. Jadi kerajaan mesti ada satu mekanisme untuk pastikan, untuk kepentingan pengguna supaya ada tatacara kita boleh check. Bukan hendak menyusahkan penjual. Kalau rakyat rasa bagus, kepenggunaan bagus, saya ingat peniaga pun kita jual ini dengan ada rasa tanggungjawab. Kita jual ini dengan rasa countability, pengguna suka, kita pun happy. I make profit, you also get the services. Benda-benda macam ini mutual. Jadi saya ingat, inilah rohnya atau konsep Dasar Harga Terangkum ini dibuat untuk menyenangkan rakyat dan juga jelas apa yang perlu dilakukan oleh pekedai dan bukan niat dia untuk menyusahkan lagi. Apa pandangan Yang Berhormat Setiu, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Setiu, panjang lagi?

Sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai bangun.

Ini yang dikatakan...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Sikit sahaja Yang Berhormat Setiu, bersambung. Sikit sahaja, apa yang disebutkan tadi.

Bagi saya jawab dulu boleh? Lagi berapa, sudah amend dulu dah lah, tidak kan hendak amend lagi. Jadi yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi, inilah orang yang betul-betul faham dengan pindaan ini. Maknanya dia boleh bezakan dengan apa yang dia tanya sebelah sana, yang di sini bertanya. Jadi, saya minta digunakanlah dalam perbahasan saya. Okey, boleh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Setiu. Saya hanya ingin bangkitkan berkait dengan apa yang disebut tadi ya. Isu tanda harga yang mengelirukan. Saya pasti semua di sini mahukan pengguna mempunyai daya beli yang lebih berpatutan, mereka boleh pilih. Maka antara cadangan yang dibawa oleh Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutifnya. Di Malaysia ini tidak ada undang-undang Tuan Yang di- Pertua yang mengehendaki tanda harga seunit mewakili berat, isi padu dan saiz produk seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jepun. Maka cadangan Persatuan Pengguna adalah untuk memastikan kita pinda akta ini dengan memasukkan pindaan mengenai tanda harga seunit barangan contohnya, the specification, dengan izin. Maka saya mungkin minta panduan Yang Berhormat adakah Yang Berhormat bersetuju dalam hal ini sama ada mengikut pasaran bebas ataupun tidak, tetapi dari segi isi padu dia. Jadi undang-undang itu govern ya, isu harga seunit mewakili berat, isi padu dan juga saiz produk. Saya fikir ini memudahkan juga di peringkat pengguna dan juga penjual. Terima kasih, mohon pandangan Yang Berhormat.

Ya, saya bersetuju dan juga tidak bersetuju. Saya setuju kalau ianya melibatkan industri-industri yang perlukan dalam bentuk unit, isi padu dan sebagainya. Kalau dalam restoran dan sebagainya, hotel dan sebagainya saya rasa benda ini belum kita boleh guna lagilah. Kalau hendak diluaskan

kepada industri lain, saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya teruskan dengan 10C, sikit sahaja. Ini hanya memberi kuasa kepada pengawal harga itu, dia bagi notis, maknanya boleh bekalkan. Bermakna pihak peniaga kena bekalkan tentang kos harga barangan tersebut. Jadi ini juga satu pindaan yang sangat baik. Mereka boleh memeriksa dan sebagainya, kemudian mereka boleh membuat satu analisa berkenaan dengan maklumat-maklumat yang diberikan tadi. Jadi ini juga satu pindaan yang sangat baik. Saya ingat setakat itu sahaja dan saya menyokong. Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih. Saya tadi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebelah Yang Berhormat Beruas saya terlupa, sebelah Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Kulai, sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Wanita dulu, wanita dulu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tadi ada sebut macam itu, jadi saya ikutlah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kita hargai Tuan Yang di- Pertua, hargai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Bukan selalulah wanita dapat layanan keutamaan tetapi banyak terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, yang menyayangi golongan wanita...

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Hidup Tuan Yang di-Pertua! Betul, betul. Saya di sini, saya memang sokong segala usaha Yang Berhormat Menteri untuk melindungi ini pengguna-pengguna. Akan tetapi di sini ada satu situasi yang saya nak minta bantuan daripada Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri Menteri untuk membantu pembeli-pembeli dalam kes ini kerana saya telah menerima lebih daripada 70 aduan daripada pembelian berkenaan dengan pelan pelaburan dan perniagaan mesin vending luar, jalur lebar mudah alih, Wi- Fi Vending Machine, yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang bernama Sunner Group International Berhad yang telah menipu kebanyakan para pembeli dengan wang berjumlah sekarang- setakat statistik yang saya dapat kumpul, sebanyak RM2 juta. Syarikat Sunner Group International Berhad ini telah menawarkan satu pelan pelaburan dan perniagaan untuklah perkhidmatan WiFi Vending Machine dengan mengenakan caj serendah RM1 bagi 30 minit akses jaringan jalur lebar. Syarikat ini menjalankan modus operandi dengan menghubungi orang ramai, dengan menawarkan pakej promosi percutian percuma serta orang ramai yang dihubungi diminta untuk hadir ke sebuah hotel untuk sesi taklimat pakej promosi percutian tersebut. Orang awam telah menerima panggilan telefon daripada syarikat tersebut walaupun mereka tidak pernah mempunyai urusan niaga dengan syarikat tersebut. Jadi di sini saya rasa kesalahan pertama Sunner Group International Berhad ini adalah telah menyalahgunakan data peribadi pengguna-pengguna ini. Bukan itu sahaja sesi taklimat pakej promosi percutian yang dijanjikan oleh syarikat tersebut sebenarnya berubah menjadi satu sesi pembentangan pelaburan dan perniagaan WiFi Vending Machine. Mesin berkenaan kalau menurut wakil Syarikat Sunner itu, mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pembeli untuklah membeli mesin tersebut. Harga mesin tersebut adalah di antara RM25,000 hinggalah RM31,000 dan kalau menurut wakil penjualan syarikat tersebut, pulangan keuntungan yang mampu dapat oleh pembeli adalah setinggi RM3,000 sehingga RM7,000 sebulan melalui perkhidmatan mesin tersebut. Bukan setakat itu sahaja, syarikat tersebut juga berjanji untuk menempatkan mesin berkenaan di lokasi tumpuan orang ramai semasa sesi pembentangan. Lokasi strategik yang telah dijanjikan oleh syarikat tersebut adalah universiti kerajaan seperti lagi kalau di Johor, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UPM juga di hospital kerajaan sepertilah HSA, di pusat membeli belah utama. Akan tetapi lokasi yang ditawarkan oleh syarikat tersebut sebenarnya belumlah memperoleh apa-apa kelulusan. Walaupun mereka janji untuk menetapkan WiFi Vending Machine itu di HSA, tetapi semasa saya menghubungi CEO syarikat tersebut setelah satu tahun perjanjian ditandatangani, CEO itu mengakui dalam telefon bahawa mereka belum dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk meletak apa-apa WiFi Vending Machine di dalam hospital kerajaan tersebut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi dalam pandangan saya, syarikat ini Sunner Group International hanya menanam tebu di hujung bibir sahaja kepada pembeli. Setelah pembeli membuat pembayaran pembeli itu diminta untuklah menandatangani surat perjanjian pemberian dengan kadar segera, dengan secepat mungkin tanpa diberi masa yang mencukupi untuk menilai dan membaca kandungan perjanjian tersebut, Selain itu, sesalinan surat perjanjian tersebut tidak diberi secara terus kepada pembeli atas alasan syarikat tersebut akan bawa balik untuk buat stamping dan selepas itu barulah mengirim surat perjanjian tersebut itu kepada pembeli-pembeli. Walaupun begitu kiriman surat perjanjian hanya dikirimkan kepada pembeli dalam jangka masa melebihi satu bulan. Setelah pembeli itu dapat surat perjanjian tersebut mereka mendapati bahawa perjanjian tersebut adalah berat sebelah dan banyak berbeza daripada tawaran yang dijanjikan oleh kakitangan syarikat berkenaan semasa sesi pembentangan. Walaupun bayaran telah dibuat oleh pembeli dengan jumlah wang yang besar berhubung dengan WiFi Vending Machine tersebut tetapi banyak lagi pembeli- pembeli selepas satu tahun masih belum dapat WiFi Vending Machine itu kerana oleh sebab lokasi yang mereka telah ditawarkan itu sampai hari ini tidak boleh dapat. Situasi ini menyebabkan kebanyakan pembeli tidak berpuas hati dengan syarikat tersebut kerana syarikat itu nampaknya tidak mahu menunaikan janji dan tidak mahu bertanggungjawab. Syarikat berkenaan dipercayai sudah beberapa tahun beroperasi dengan menjalankan modus operandi yang sama iaitu menarik pembeli dengan menawarkan pakej promosi percutian percuma. Akan tetapi setakat ini sebenarnya saya telah mengumpul lebih kurang 70 laporan polis telah dibuat oleh pembeli di sekitar Malaysia ke atas syarikat tersebut. Jadi saya harap bahawa selain daripada pihak polis, saya juga minta jasa baik Dato’ Seri Menteri untuklah menjalankan siasatan terhadap syarikat ini yang saya rasa telah menggunakan satu modus operandi yang cukup disyaki dan saya rasa yang amat tidak adil kepada pembeli-pembeli. Saya bersetuju bahawa pembeli-pembeli ini juga perlu ambil sedikit tanggungjawab kerana mereka telah gagal untuk membaca surat perjanjian ini dengan teliti sebelum mereka menandatangani perjanjian tersebut. Akan tetapi oleh sebab saya rasa cukup ramai pembeli-pembeli yang telah terlibat dalam skim ini, jadi saya memang di sini nak inginlah mengambil peluang ini untuk membawa perkara ini kepada perhatian Dato’ Seri Menteri supaya ...

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Yang Berhormat Kulai.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, sila.

Tuan Julian Tan Kok PingDAP · PRStampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Kulai juga. Di bahagian Stampin juga, kawasan saya juga terdapat kes-kes yang sedemikian iaitu daripada Syarikat Sunner Group International Berhad, di mana pelabur telah melabur sebanyak RM30,000 satu mesin. Seperti juga Yang Berhormat katakan bahawa, mereka tidak menunaikan janji mereka dan mesin-mesin yang mereka janjikan itu tidak berfungsi seperti mana yang dispesifikasikan. Ada juga saya dapat aduan daripada pengadu bahawa di belakang syarikat ini adalah orang-orang yang terkenal. Oleh sebab itu, tiada tindakan segera yang dikenakan walaupun banyak police reports telah pun dibuat. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Kulai bagaimana dengan isu tersebut.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ya, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya rasa bukan sahaja peristiwa ini berlaku di kawasan Johor, di kawasan Parlimen Kulai, tetapi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Stampin, sebenarnya beliau dan juga Ahli Parlimen Bandar Kuching juga terima aduan yang sama mengenai syarikat yang sama di Kuching juga di Sarawak. Bukan itu sahaja, rakan-rakan saya di Negeri Sembilan juga menerima laporan yang sama, dan juga perkara yang sama berlaku di Penang juga. Jadi memanglah 70 laporan polis yang saya dapat kumpul ini adalah di seluruh Malaysia. Di antara mereka, ada yang bawa kes ini pergi ke mahkamah, tetapi saya rasa peluang ataupun chances untuk mereka dapat keadilan di mahkamah adalah tidak begitu optimistik kerana perjanjian telah disign dan perjanjian ini ada satu clause yang menyatakan bahawa apa-apa janji dibuat oleh wakil jualan ataupun wakil syarikat itu adalah bukan muktamad dan surat perjanjian itu adalah muktamad.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi saya rasa ini adalah satu perjanjian yang berat sebelah. Oleh sebab itu saya ingin hendak minta jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan satu siasatan. Saya memang ada dengar juga daripada pengadu-pengadu yang menyatakan

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

bahawa mereka syak bahawa ada orang politik yang terlibat dalam syarikat itu tetapi saya tidak ingin untuk sebut nama ataupun membuat apa-apa tuduhan di sini. Ini kerana saya hendak beri satu peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu dan saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh membantu kumpulan pembeli-pembeli ini. Di sini sebanyak 70 laporan polis telah dibuat tetapi saya rasa banyak lagi mangsa-mangsa di luar yang belum menghubungi pihak pejabat saya ataupun Ahli Parlimen Stampin. Jadi mungkin selepas ini saya bolehlah serah sesalinan laporan polis kepada Yang Berhormat Menteri. Minta jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, itu sahaja. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lipis.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, selepas Yang Berhormat Lipis?

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 pada hari ini. Saya sangat yakin dan percaya bahawa KPDNKK adalah membuat perubahan ini kerana disebabkan tidak lain tidak bukan daripada pengguna yang menzahirkan perkara-perkara seperti ini. Saya yakin setiap hari mungkin laporan diterima melebihi beribu-ribu laporan. Maka satu dasar yang perlu ataupun rang undang-undang perlu dibuat semula, dikaji semula untuk menambah baik, untuk melahirkan, menzahirkan peniaga yang beretika, telus serta memastikan kepentingan untuk rakyat itu sendiri. Kalau tidak saya percaya rang undang-undang ini kalau masih dalam berkedudukan yang agak baik maka sudah pastilah KPDNKK tidak akan melakukan perkara itu. Ini hasil daripada maklumat yang diterima khususnya daripada orang ramai. Tidak mungkin daripada pegawai-pegawai KPDNKK sahaja. Tidak mungkin daripada Yang Berhormat Menteri sahaja sebab itu satu perkara yang perlu kita lahirkan, sebab itu perlu kita memberi pandangan yang baik adalah tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada maklumat itu sendiri. Saya pernah mendengar perkataan daripada salah seorang pengarah Badan Pencegah Rasuah ataupun SPRM. Dia kata tidak mungkin kami dapat melakukan tugas dan tanggungjawab. Kami ada 3,500 orang sahaja kakitangan dan kita ada rakyat Malaysia sudah hampir mencecah 32,000 orang. Kalau tidak ada laporan daripada orang ramai tidak mungkin kami boleh melaksanakan tugas itu. Ini jugalah yang berlaku di mana-mana kementerian kerana mereka tahu akan kedudukan ini sebenarnya. Maka demi kepentingan rakyat, Kerajaan Barisan Nasional mesti melakukan perubahan yang baik kepada rakyat itu sendiri... [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Menteri ajak minum teh selepas ini.

Itu baru sikit bodek itu. Tuan Yang di-Pertua, saya menzahirkan ucapan terima kasih kerana dengan adanya perubahan rang undang-undang ini sebab saya juga tidak lari daripada sering dikunjungi oleh masyarakat memberitahu pelbagai masalah. Hari ini kita membuat perubahan yang hanya khusus, sepatutnya perbincangan ini tidak perlu dipanjangkan, seharusnya diterima kedudukan perubahan rang undang-undang yang berlaku pada 2017 ini. Oleh sebab saya perkatakan sedemikian rupa, kita hendak mengawal keadaan, hendak mengawal- sering saya perkatakan kartel-kartel ini sering memainkan harga, sering meletakkan harga sesuka hati khusus di musim perayaan. Kalau musim perayaan ini kita tengok dalam WhatsApp, Telegram dan sebagainya semua ditujukan kepada KPDNKK termasuk video-video klip kononnya memaki-maki kerajaan. Sedangkan mereka inilah yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara-perkara sedemikian rupa. Oleh sebab itu kita hendak letakkan satu paras tanda harga. Ini tanda aras menentukan harga itu sendiri. Saya setuju dengan kata Yang Berhormat Setiu tadi. Kita pilih barang yang murah, kenapa kita hendak pergi tempat yang mahal? Tidak mungkin. Kalau ada lagi lebih banyak pesaing-pesaing, lebih baik untuk pengguna-pengguna. Akan tetapi kita hendak tahu harga itu sebenar sebab penggunalah sebenarnya

mempunyai kuasa yang tertentu boleh menentukan segala-galanya. Saya sering beritahu kepada pengguna, kalau sudah tahu harga itu mahal buat apa beli? Pergi cari yang murah. Kadang-kadang pekan sehari waktu bulan puasa harga tidak munasabah tetapi soal ini takkanlah KPDNKK juga, Yang Berhormat Menteri juga hendak beritahu kepada pengguna, “Jangan beli ikan itu, masak itu mahal sangat”. Kitalah sebagai pengguna menggunakannya. Kalau sebagai contoh seekor ikan patin mencecah sehingga RM30, RM40 seketul bulan puasa, memang bulan puasa kita terliur hendak makan. Akan tetapi kalau harga tidak munasabah, kita sebagai pengguna menggunakan kuasa itu sendiri. Maka saya percaya...

Yang Berhormat Lipis.

...Kalau setiap hari dia menjual barang itu buang ke longkang sahaja, sudah pasti dia akan menurunkan harga itu pada masa akan datang.

Yang Berhormat Lipis.

Yang Berhormat Parit, silakan ayah.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Lipis. Memanglah tujuan kerajaan hari ini untuk menentukan harga adil, harga yang baik untuk masyarakat. Akan tetapi masalahnya Yang Berhormat Lipis ialah ada anggota masyarakat yang tidak kisah fasal harga.

Ada duit dia beli.

Ada duit dia beli, macam durian. Dulu kira biji, RM4 sebiji. Sekarang kira kilo. Jadi maksudnya mereka yang ada duit, yang berada tidak kira fasal harga. Itu fasal yang melibatkan Yang Berhormat Menteri harga naik tidak tentu hala kata orang Parit. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Lipis, bagaimana benda ini dapat diatasi? Kedua ialah sejauh mana nanti setelah undang-undang ini lulus, penguat kuasa dapat menguatkuasakan harga itu? Oleh sebab di depan kita dia letak harga, belakang, balik penguat kuasa dia letak harga lain. Ini yang berlaku pada hari ini. Jadi ini Yang Berhormat Lipis yang kita kena hadapi, bagaimana kita kata kita hendak tolong rakyat tetapi akhirnya rakyat juga yang susah dan sukar. Terima kasih Yang Berhormat Lipis.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit, saya sangat- sangat bersetuju sebab saya katakan sedemikian rupa. Dari awalan tadi saya mengatakan inilah kuasa pengguna yang menentukan barang ini. Kalau saya hendak menyebut soal harga, kita tengok sahaja harga Mosang King itu sendiri ataupun Musang King memang bukan bawah kawalan. Kita tahu KPDNKK ada harga-harga kawalan, ada harga siling. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita boleh menunjuk contoh-contoh tertentu dalam soal ini.

Yang Berhormat Lipis, celah sikit.

Harga Musang King mencecah sehingga RM150 sekilo. Kalau sedang saya ini memang dahsyat hendak makan, tidak mampu hendak makan. Harga RM150 sekilo termasuk kulit, bukan isi sahaja. Kalau beli tempoyak itu padat isi sahaja. Akan tetapi ini beli sekali dengan kulit. Saya beritahu kepada orang ramai kalau terasa hendak makan Musang King ini, kita fikir buang duri dia, apakah selepas itu kita boleh makan? Yang lembut itu mungkin boleh buat gulai lemak, mungkin boleh buat gulai tempoyak juga sebab rugi beli kulit sangat- sangat mahal. Okey, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Lipis. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis, mungkin Yang Berhormat Menteri pun ada di sini iaitu tentang penguatkuasaan ini tadi? Memang ada dilaksanakan. Ini mungkin berkaitan dengan kalau dengan di Semenanjung ini, Johor mungkin utara, kalau di Sarawak, Miri, Limbang, Lawas. Di mana barang-barang ini, penjual ini dia kata beginilah, kalau kami di utara Sarawak, orang Limbang tidak beli, orang Brunei beli. Harga naik sedikit pun orang beli juga. Jadi, bagaimana bab

penguatkuasaan di sini? Ini satu juga. Kita orang biasa, rakyat Malaysia sendiri, penjual sudah main harga sudah. Jadi, bukan tidak ada penguatkuasaan tetapi kita hendak penguatkuasaan itu harga sebenarnya supaya mereka tidak sewenang-wenangnya sebab orang, penjual sudah main harga dengan orang luar. Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis?

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Ini yang awalan ucapan saya tadi. Saya menyokong rang undang- undang ini kerana kita hendak meletakkan satu tanda aras harga supaya yang dibangkitkan oleh pengguna tadi, hendak menggunakan kuasa pengguna itu, maka telah tercatat dalam soal ini, soal penguatkuasaan. Itu juga yang saya bangkitkan. Bagaimana SPRM untuk menyiasat? Maknanya, kita sebagai pengguna ini menggunakan kuasa pengguna itu sendiri. Kita tidak boleh bergantung kepada penguatkuasaan sahaja. Akan tetapi dalam soal ini juga, penguatkuasaan apabila diberi maklumat, kena segera hadir. Oleh sebab kalau hendak melakukan rondaan dan sebagainya, saya percaya tidak mampu. Di kampung-kampung, di hulu-hulu, semuanya ada kedai. Tidak mungkin penguatkuasaan boleh sampai ke kawasan-kawasan yang kalau di Pahang itu, macam Tembeling kena naik bot dan sebagainya, hendak sampai pun, orang sudah tahu maklumat. Jadi, kita sebagai pengguna ini, memberi laporan, maka inilah akta yang kita hendak ubah, ini yang boleh menjadi kepada yang lebih telus lagi kepada peniaga dan khusus kepada pengguna itu dapat tahu sendiri tentang harga itu. Ini sebenarnya tujuan rang undang-undang ini. Itu yang saya katakan sedikit sahaja, sepatutnya tidak payah dibahaskan. Kita terus sahaja menyokong dan khususnya dalam seksyen 10A yang menyatakan bahawa mana-mana pihak yang mempamerkan apa-apa barangan atau perkhidmatan perlu memasukkan dalam harga atau cajnya semua cukai, duti, caj kerajaan dan semua caj lain yang akan dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan mereka. Sudah jelas.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

[Bangun]

Kalau hotel kita tengok, dia punya iklan lagi seronok.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Lipis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Kuala Krai bangun. Yang Berhormat Kuala Krai, hujung.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Lipis hujung sana, Kuala Krai hujung sini.

Jauh di sana, dekat di hati.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kagumlah dengan sokongan total rakan kita terhadap pindaan ini dengan tujuan supaya kita hendak memperkasakan para pengguna katanya, ya? Bagi saya, kalau kita hendak memperkasakan para pengguna, para pengguna mesti mempunyai maklumat yang cukup mengenai harga barangan tersebut. Berapa harga sebenar, berapa cukai GST nya, berapa cukai ataupun service charges-nya, cukai perkhidmatannya? Biar ia nampak supaya kalau pada harga itu ternyata sepatutnya kosong GST, maka ditulis situ kosong. Kalau tidak ditulis, kita tidak tahu. Jadi, pengguna tidak dapat maklumat tersebut. Begitu juga cukai perkhidmatan yang sekarang ini masih lagi dikenakan. Jadi bagi saya, betul, kita boleh letak bottom line harga itu. Contohnya, RM144, Kemudian di bawah itu ada breakdown nya supaya kita dapat memperkasakan para pengguna untuk menegur, untuk membawa maklumat ini kepada KPDNKK dan tidak semestinyalah hanya menunggu pihak controller mendapatkan maklumat. Itu sudah lambat tindakan kalau berlaku penyelewengan, sudah lambat. Inilah masanya kita hendak mendidik pengguna. Jadi, saya mencadangkan supaya kalau betul hendak diletakkan satu harga tetapi breakdown ataupun pecahan- pecahan daripada cukai itu mesti dinyatakan di situ. Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Lipis, adakah Yang Berhormat Lipis aware kalau dalam mendapatkan resit pembelian ini, sama ada yang akan tercatat hanya satu harga itu ataupun ada pecahan-pecahan cukai di dalam resit yang ada dalam cetakan ataupun printout semasa pembayaran? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya cukup mudah dalam soal perbahasan dalam Parlimen. Kalau apa perkara yang diperkatakan itu benar, kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, apa salah kita bersetuju. Saya tidak suka menjadi orang yang mengatakan tidak setuju. Apabila pembangkang cakap sahaja, tidak setuju. Saya tidak setuju. Kalau ada benda yang benar, saya katakan benar. Akan tetapi pembangkang kena terima juga kalau apa yang saya katakan benar, kena cakap benar juga. Kalau Yang Berhormat Menteri jawab nanti, kalau benda yang benar, kena kata benar juga walaupun pahit ditelan. Oleh sebab itu, kalau ingat dalam ucapan saya dalam pembentangan bajet yang lalu, saya pernah katakan kepada KPDNKK, kita mesti ada research and development (R&D). Research and development ini mesti ada, mesti kita tahu, benar kadar harga- harga ini, barulah kita dapat menentukan harga lantai, harga siling dan sebagainya. Mungkin yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai ini, mendatangkan– kalau hendak meletakkan perincian, lagi peniaga-peniaga atau kartel-kartel lebih marah lagi tetapi bagus, biar rakyat pengguna tahu. Kita buat habis-habisan. Kalau tidak, rakyat marah kepada kerajaan sedangkan bukan kerajaan yang hendak menaikkan harga. Kartel-kartel ini yang menaikkan harga, maka ini adalah cadangan-cadangan yang baik, yang boleh terima, Yang Berhormat Kuala Krai. Kita terima sebenarnya. Biar detail-kan lagi. Biar lebih maklumat-maklumat itu lebih kita tahu lagi supaya pengguna ini tahu berapa kos sebenar. Kalau sardin kita katakan, sardin berapa kos sebenar? Maka, kita bersetuju kalau ini lebih boleh diperincikan, saya percaya lebih baik tetapi penjual pula mungkin menjadi marah. Sikit Yang Berhormat Beruas, ya? Saya bagi. Sikit sahaja. Saya hendak beritahu, ini berlaku pada diri saya. Di sebuah supermarket Kuala Lumpur, saya tengok. Supermarket ini memang selalu- mall besar, besar dia punya business. Di tengah kota Kuala Lumpur. Saya pernah tengok, satu barangan yang harganya lebih kurang dia letak RM175. RM175. Saya kata, mall ini tidak payah hendak tunggu. Kita boleh tunggu sedikit. Minta maaf, saya betulkan. Kita boleh tunggu sedikit sebab ia sentiasa ada jualan murah. Sentiasa ada sales. Saya cakap dengan isteri saya, “Kita sabar sikit. RM175 ini mahal. Abang bukan berduit sangat hendak beli.” Jadi, saya tunggu. Saya tunggu apabila mungkin jualan murah- diam Yang Berhormat Parit Sulong. Saya tengah berucap ini...

[Dewan ketawa]

Jadi saya, apabila sampai jualan murah, saya pergi, dia letak harga RM500 lebih. Kemudian— Memang dahsyat. Kemudian, apabila di tolaknya harga selepas diskaun, jadi RM195. Lebih mahal hari sales. Jadi, saya tarik seorang sales girl itu, saya tanya, “Betul atau tidak harga sebelum ini saya tengok RM175?”. “Eh! Tidaklah, tidaklah. Tidaklah encik, tidaklah tuan’’. “Saya report ke KPDNKK nanti, baru tahu. Baik cakap betul. Kalau beritahu betul, saya tidak cakap”. Dia kata, “Betul. Apabila tiba sahaja musim sales, kami kerja sampai empat pagi, lima pagi. Tukar tanda harga. Tukar tanda harga”. Tidakkah gila nama macam itu, Tuan Yang di-Pertua? Sampai empat pagi, lima pagi dia meletakkan tanda harga, RM500 lebih sales, 70, 80 percent...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Mahal daripada yang hari biasa. Jadi, yang perkara-perkara seperti inilah yang hendak dilihat sepenuhnya oleh masyarakat. Sila Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memuji Yang Berhormat Lipis kerana amat terbuka dalam isu ini bahawa setiap barangan, pembeli mesti tahu apakah harga sebenar sesuatu barangan, berapakah cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan. Dengan demikian, saya berharap Yang Berhormat Lipis pun bersama saya dalam hal ini, terutamanya seksyen 10B yang hendak dipinda.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dinyatakan di sini bahawa penjual barangan itu, orang itu hendaklah memasukkan dalam harga atau caj itu semua cukai, duti caj kerajaan dan semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan. Ini bermakna bahawa pihak penjual hanya boleh - melainkan Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan yang sebaliknya. Dari bacaan saya, penjual hanya boleh mempamerkan harga barang itu yang sudah merangkumi termasuk semua cukai-cukai yang dikenakan. Ini bermaksud rakyat tidak tahu apakah harga asal barangan itu dan berapakah jumlah cukai sebenar yang dikenakan oleh pihak kerajaan. Adakah ini satu bill yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan untuk menutup GST dan cukai-cukai yang tinggi yang dikenakan oleh pihak kerajaan supaya rakyat kabur

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

tentang sebenarnya bahawa barangan menjadi mahal kerana cukai yang melambung tinggi? Harap Yang Berhormat Lipis boleh bagi penjelasan sama ada— dari bacaan saya, itulah hakikatnya. Pihak penjual tidak boleh nyatakan cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan. Kalau setuju dengan saya, kita tidak harus menyokong pindaan yang sedang dibahas untuk dipinda.

Yang Berhormat Beruas, saya sudah kata tadi, mana yang baik saya sokong, mana yang tidak baik saya tidak sokong. Dalam hal ini, terus terang saya katakan saya menyokong bagi pihak kerajaan, menyokong 10A. Sebab saya katakan sedemikian rupa— itu yang kita maksudkan kita hendak tahu harga sebenar. Tadi Yang Berhormat Kuala Krai pun, itulah sebenarnya dibahaskan, diperkatakan sedemikian rupa. Saya rasa pekedai akan lebih marah lagi kepada kita kalau kita suruh dia meletakkan satu persatu item. Sebab itu juga saya katakan kepada KPDNKK supaya R&D itu ada menyebabkan kita boleh tahu harga sebenar, kita boleh tahu harga-harga sebagainya. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Bangun]

Untuk makluman, dari segi barangan yang dikenakan GST ini, saya pernah buat kajian sendiri GST ini, Yang Berhormat Menteri. Saya ambil bil di rumah saya, sebulan saya simpan barang yang saya kena GST. Saya belanja barang yang dikenakan GST untuk makanan rumah sahaja, saya kena hanya lebih kurang RM500 kali enam peratus, maknanya saya kena tambahan belanja di rumah saya sebanyak RM30 sahaja. Kalau siapa kata belanja lebih GST, pembohong. Memang dia orang kaya, dia memang orang banyak duit. Kalau siapa cerita dia belanja banyak GST, dia adalah orang kaya, orang banyak duit. Tidak percaya, Ahli Yang Berhormat cuba simpan bil selama sebulan makan cara yang sebenar bukan cara bermewah, kita akan tahu sebenar berapa GST yang kita kena. Saya buat kajian, saya tengok sendiri.

Yang Berhormat Lipis, laluan.

Yang Berhormat Pasir Puteh.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin untuk saya mencelah. Saya tertarik dengan isu yang kita berbincang di sini iaitu harga yang dipamerkan mestilah meliputi semua charges bercampur dengan harga barang itu. Maknanya kalau harga barang RM900, campur dengan GST, campur dengan caj-caj yang lain katakanlah RM1,000, maka dipamerkan ialah harga RM1,000 pada barang itu. Akan tetapi, ini sebenarnya tidak telus kerana kita sebagai pembeli kita hendak tahu harga sebenar barang itu. Kemudian kita sudah boleh mendapat charges yang lain itu dalam resit yang kita beli nanti. Dia akan keluarkan juga charges yang lain— charges GST misalnya berapa, charges service tax berapa— dalam slip pembelian kita nanti kita akan dapat. Bermakna kita akan lebih faham harga sebenar barang itu dan harga tax dan yang lain-lain itu akan dicatatkan di dalam resit pembelian nanti. Itu lebih telus untuk kita mengetahui harga barang sebenar. Maka kita boleh menilai sama ada kita hendak beli di kedai itu atau di kedai-kedai lain. Akan tetapi, jika kita tidak tahu charges yang lain, kita hanya tahu harga akhirnya, maka ia tidak begitu telus. Apa pendapat Yang Berhormat Lipis tentang hal ini? Kerana saya rasa tidak jelas apabila kita letak harga akhir sahaja. Lebih baik kita letak harga sebenar, kemudian bila kita bayar nanti kita tahu harga tax berapa, harga cukai lain berapa dan yang lain itu dan barulah telus kepada harga sebenar barang itu. Itu lebih adil kepada pembeli. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pada saya, saya bersetuju. Sebab saya mengatakan sedemikian rupa— saya tadi saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat Beruas.

Setuju, Pasir Puteh setuju dengan Yang Berhormat Beruas?

Saya setuju dengan Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya beritahu Yang Berhormat Beruas tadi, saya kata kalau sedemikian rupa, lebih banyak lagi kartel-kartel ini akan marah. Dia lebih marah. Katakanlah harga daripada RM10, katakanlah GST enam peratus, kemudian lain-lain tax, katalah 10 peratus, mana orang tahu kerajaan kenakan lebih kurang adalah 16 peratus? Akan tetapi ini saya tidak kira tepat ya. Saya tidak serupa Yang Berhormat Pandan boleh mengira tepat yang tidak benar. Saya hendak beritahu, maknanya dia akan lebih banyak kerja dan kita akan lebih tahu harga. Baik, baik. Oleh sebab itu saya katakan tadi sebagaimana yang saya jumpa di supermarket yang cuba menipu sedemikian rupa. Jadi kita tidak mahu— inilah sebenarnya dasar yang hendak dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ini untuk memberikan ketelusan kepada pihak pengguna. Akan tetapi, saya tidak tahu lagi bagaimana cara pelaksanaan sebenar, adakah dalam resit tertulis. Akan tetapi kalau orang beli sampai 50 item kecil dan besar semua kena tulis berapa sekian-sekian, saya ingat tidak sempat hendak balik, tidak sempat pula orang belakang berderet panjang menunggu print itu. Dia ada juga kelemahan dan kebaikan sebenarnya. Kelemahan dan kebaikan, kita cari mana yang baik dari segi Akta Pencatutan ini sendiri. Saya percaya Yang Berhormat Menteri akan berbudi bicara sepenuhnya dalam soal ini— yang pandangan-pandangan Ahli Yang Berhormat ini. Oleh sebab itu saya sudah katakan tadi, mesti ini kita menerima daripada rungutan orang ramai itu sendiri hendak menentukan kedudukan kekuatan kerajaan itu bahawa harga ini boleh dikawal dengan baik.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Lipis. Saya terpanggil untuk membuat pencelahan setelah mendengar beberapa orang telah memberikan hujahan. Kita dapati bahawa peniaga ini yang banyak dengan mempunyai sikap yang tidak betul telah meletakkan harga yang tinggi. Akan tetapi, saya dengar tadi beberapa kali dari pihak pembangkang yang mengatakan ini sebab GST lah, sebab tax yang tinggi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lipis lah, bukankah GST di Malaysia ini adalah di antara yang terendah dalam dunia ini? Jadi kalau kata harga barang yang mahal tadi, bukanlah disebabkan oleh GST tapi disebabkan oleh perangai dan sikap yang tamak, yang rakus, yang haloba peniaga-peniaga yang ada. Setuju tidak dengan saya Yang Berhormat Lipis?

Yang Berhormat Lipis, sikit. Kita bila diperkenalkan GST, jadi peniaga-peniaga ini dia ada satu dia panggil point of sale, dia kena keluarkan resit. Jadi persoalannya sekarang ini, kalaulah harga barang sebenar dipamerkan, bagaimana dengan resit? Sebab, saya rasa bahawa resit masih dikeluarkan dimasukkan GST. Jadi harga barang, katakanlah harga RM10.06 katakanlah, tetapi dalam resit yang dikeluarkan dia nyatakan harga sebenar yang asal bercampur dengan GST enam peratus katakanlah yang kenalah, yang tidak kena pun banyak sebenarnya. Jadi maknanya adakah Yang Berhormat Lipis bersetuju bila maknanya point of sale tadi tidak berubah, yang berubah hanya yang hendak dipamerkan sahaja? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Setiu. Saya menyokonglah Yang Berhormat Bagan Serai itu, memang kita sudah tercatat yang terendah GST, tidak boleh orang pertikaikan. Yang Berhormat Setiu, saya ingat yang ini pendetailan ini saya ingat biar pihak Yang Berhormat Menteri menjawab sebab cara pelabelan itu saya pun tidak pasti cara pelabelan itu. Adakah pelabelan itu sudah masuk GST ataupun tax lain, itu saya tidak pasti.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Maksudnya saya tidak tahu, maksud dia. Maknanya kalau harga itu RM10, sudah masuk GST kah atau tidak dalam pelabelan itu, saya tidak tahu. Itu biar Menteri yang jawab pelabelan itu. Kalau saya jawab, saya ambil tugas Menteri kalau silap nanti. Saya ambil tugas Menteri.

Yang Berhormat Lipis, sebenarnya clear, very jelas di sini, dalam akta ini bahawa termasuk GST. Maknanya harga akhir itu dan...

Kalau betul penjelasan yang disebut...

Ini tidak telus. Ini tidak telus kepada pembeli.

Kalau sudah termasuk— kita boleh mengira sebenarnya. Kalau RM10, kalau sudah masuk GST, harganya RM10.06. Maknanya, kita membayar RM10, asal ada sen, sen, sen itu, sudah masuklah segala percukaian. Mudah sahaja pengiraan dia.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

GST ini ada dengan taxes dia tidak masuk dengan harga genap. Siapa kira dia harga genap, dia bohong. Itu sebenarnya. Akan tetapi cara pelabelan oleh yang sebenarnya, biarlah diserahkan kepada Menteri yang menentukan dalam jawapan nanti, yang lebih tepat. Saya tidak hendak tersilap cakap dalam Dewan ini. Nanti keluar dalam video di-viral-kan, Yang Berhormat Lipis cakap lain. Saya tidak hendak. Biar Menteri yang menjawab.

Ya Yang Berhormat Lipis. Yang Berhormat Lipis, sikit, sikit.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Lipis, boleh...

Sebab yang saya rasa mereka tanya ini yang mereka tidak pasti sama ada resit itu berubah atau tidak. Ini sebenarnya dan sebenarnya kalau hendak kira dari segi yang saya sebut point of sale tadi, sebenarnya resitnya tidak berubah. Apa yang berubah hanya yang dipamerkan sahaja, yang sudah dimasukkan dengan cukai-cukai. Akan tetapi bila dikeluarkan resit, dia akan nyatakan berapa GST, berapa caj-caj lain. Itu yang saya cuba hendak jelaskan. Jadi pertanyaan saya, sama ada bersetuju ataupun tidak? Kalau resit dikekalkan dan yang asal itu dimasukkan semua dengan cukai-cukai. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Yang Berhormat Lipis dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau bacaan saya, seksyen 10B ini, dengan jelas menyatakan di bawah (2), “Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan”. Ini bermaksud, mana-mana peniaga yang mempamerkan harga dengan menyatakan komposisi cukai ini menjadi satu kesalahan. Jadi— tadi Yang Berhormat Lipis kata kita hendak harga itu lebih telus, harga asal, cukai berapa. Akan tetapi kalau kita luluskan undang-undang ini, ini bermaksud, kalau seseorang itu harga barangan adalah RM100, kita nyatakan GST enam percent iaitu RM6, tambah service charge-kah atau lain-lain, 10 percent, RM10 lagi ia akan menjadi satu kesalahan. Jadi saya rasa, kalau itulah pendirian Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Lipis mesti menolak pindaan ini. Itulah pandangan saya. Harap kita bersama-sama memberi panduan kepada pihak kerajaan supaya harga kita itu telus, berapa cukai kerajaan, berapa harga asal barangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu awalan saya mengatakan dari segi pelabelan itu. Sekarang ini juga yang dibangkitkan oleh rakan-rakan tadi, saya rasa tidak silap dari mana tadi ada bangkitkan. Dia mengatakan kepada Yang Berhormat Setiu, “Ini belum detil. Selepas ini di bawah jawatankuasa, ada pendetilannya”. Jadi kita pendetilan dalam masa jawatankuasa yang cara pelabelan ini. Maka sebab itu saya mengatakan dalam pendetilan perbahasan dasar ini, biarlah kita menentukan apakah bentuk hala tuju pendetilan itu, di bawah ini. Saya pun baca di bawah seksyen 10 ini. Saya pun baca. Saya melihat cara-cara pelabelan dan pendetilan itu. Sebab itu dari awalan lagi mungkin daripada perbahasan kita ini sendiri juga melihatkan ciri-ciri bagaimana KPDNKK untuk menentukan penstabilan harga itu sendiri. Dia hendak stabilkan harga. Sebab itu dalam pendetilan nanti, kita boleh berbahas bagaimana cara hendak menstabilkan harga untuk melihat ketelusan kerajaan, ketelusan peniaga, hak pengguna itu sendiri. Saya percaya Menteri buat sebab saya katakan awalan tadi, oleh sebab ketidakpuasan hati pengguna itu banyak dilihat dari segi harga-harga itu sendiri. Saya hendak beritahu satu lagi cara penipuan di supermarket. Kita tengok dia timbang ayam umpamanya. Dia timbang ayam, kita katalah ayam itu harga RM10 sekilogram. Saya letak harga RM10 ini senang hendak kira sebenarnya. Kalau letak RM12 apa payah hendak kira. Katakanlah 2.2 kilogram. Maknanya harga RM22 sepatutnya. Kita tengok

depan kita RM22 kita pun senyum. Harga RM20 tetapi apabila dia ambil dia bawa ayam itu masa dia tag harga itu, sudah menjadi RM28. Kita tidak tahu. Kita bawa sahaja dengan troli. Sampai tempat bayar, kita bayar sahaja RM28 sedangkan sepatutnya kita kena RM22 sahaja. Inilah salah satu cara-cara penipuan yang berlaku di dalam mana-mana— tentang bab pemakanan ini, barang jualan-jualan makanan ini. Maka inilah sebabnya KPDNKK, saya merakamkan ucapan tahniah melakukan transformasi yang besar terhadap mengawal harga ini. [Tepuk] Mengawal harga sebenarnya transformasi. Satu transformasi untuk menentukan kebaikan rakyat itu sendiri. Jadi KPDNKK, tahniah. Teruskan kerja. Jadilah kempen pengguna yang bijak, buat kempen beli barangan harga rendah dan saya sudah meneliti juga pihak kerajaan seharusnya meletakkan kadar jumlah denda yang terbaik bagi menakut-nakutkan mereka. Jangan sewenang-wenangnya senang dibayar. Kalau di sesetengah negara, ada pesalah tiga kali melakukan kesalahan, dia dibatalkan. Kalau berat hukuman, ada sesetengah negara dihukum gantung terus sahaja. Saya baru terbaca artikel hari ini tetapi bukan kes barangan makanan lah. Kes menyeludup dadah umpamanya. Sampai tiga kali, kena gantung. Akan tetapi dalam soal makan ini, batalkan lesen dia, mengimport kah, mengeksport kah, batalkan. Kalau tiga empat kali kesalahan, mereka ini black market dan sebagainya. Banyak— mereka ini banyak duit. Mereka boleh melakukan, boleh membeli. Inilah yang dinamakan boleh merasuah dan sebagainya. Jadi untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong rang undang- undang ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena minta...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Temerloh.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian bagi mengutarakan beberapa perkara berkait dengan perbahasan kita pada petang ini. Sebelum kita dikemukakan tentang pindaan Akta Kawalan Harga bagi pindaan 2017 ini, pada bulan Ogos pada tahun yang lalu, pihak Kementerian Perdagangan telah menyatakan bahawa kementerian dalam proses mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ini kerana mendapat dakwaan daripada persatuan peniaga bahawa akta ini telah menyekat kebebasan mereka untuk berniaga dan juga tidak merangsang pelaburan. Saya dapati pihak Yang Berhormat Menteri telah pun menyebut tentang ingin mewujudkan satu mekanisme baharu sebagai jalan penyelesaian kepada pihak peniaga dan juga pengguna supaya kedua-dua pihak inilah rasa selesa dan wujud win-win situation ini. Persoalannya, berdepan pula dengan pindaan akta ini untuk pindaan 2017 ini, apakah mekanisme baharu yang telah disebutkan itu telah pun ditemui dan telah pun direalisasikan bagi mengatasi isu berbangkit antara pihak peniaga dan juga pihak pengguna? Apakah pihak kementerian telah benar-benar turun ke padang bertemu dengan pihak peniaga, berbincang dengan pihak pengguna dan membuat kajian yang teliti untuk menyediakan pelan penyelesaian yang efektif supaya dapat mengatasi semua rungutan dan sungutan yang berbangkit yang telah pun ditimbulkan? Tuan Yang di-Pertua, meskipun tadi disebut bahawa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan ini yang dikuatkuasakan pada 1 April 2011 yang lalu adalah penting untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menjual dengan harga yang melambung tinggi yang tidak munasabah.

Akan tetapi persoalan yang besar di situ ialah bukan sahaja pada pindaan akta tetapi sejauh mana penguatkuasaan dan pemantauan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian yang mengambil tindakan terhadap perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sebahagian daripada peniaga- peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. Mungkin sebahagiannya memaparkan tanda harga, mempamerkan tanda harga tetapi saya lihat di sana ada peluang untuk berlakunya manipulasi terhadap tanda harga yang telah pun dipamerkan itu. Untuk menyorok dan menyembunyikan harga sebenar dengan memperdayakan pihak

pengguna yang mungkin tidak menyedari dan tidak memahami bagaimana harga pasaran semasa dengan sesuatu barang tersebut. Mereka lebih bergantung kepada label ataupun tanda harga yang dipamerkan kerana menganggap itu adalah tanda yang legal dan berada di bawah pemantauan pihak kementerian. Lalu oleh sebab ada label itu, ada tanda harga yang dipamerkan, maka mereka sepenuhnya memberikan kepercayaan tanpa menyedari ia telah di manipulasi melalui pameran tanda harga tersebut. Kalau kita lihat pada pindaan yang terbaru ini pula, untuk memastikan tanda harga itu perlu memasukkan semula macam mana yang kita bincangkan tadi cukai, duti caj perkhidmatan, caj kerajaan dan semuanya yang dikenakan ke atas barang ataupun perkhidmatan mereka. Saya kira ini boleh jadi satu lagi peluang untuk pihak tertentu mewajarkan tindakan mereka, memaparkan satu harga yang melambung tinggi yang tidak munasabah dalam keadaan pengguna pada waktu itu tidak mempunyai maklumat yang jelas, lalu mereka menganggap ini mungkin kerana harga tersebut telah masuk dengan caj-caj ataupun cukai-cukai yang telah pun dikenakan ke atas peniaga ataupun ke atas harga barang tersebut. Lalu mereka hanya bayar dan membeli tanpa mempunyai maklumat yang jelas. Itu tidak termasuk lagi dengan mungkin penipuan berlaku kepada gred ataupun kualiti barang tersebut dan juga penipuan terhadap timbangan dan juga sebagainya. Jadi saya harap pihak kementerian dapat mempertingkatkan tahap penguatkuasaan dan juga pemantauan itu.

Yang Berhormat Temerloh, Limbang sikit.

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.. Saya ingin juga hendak menyampuk sikit, menarik perhatian saya tentang kita yang selalu Yang Berhormat Menteri bila pergi kedai dia orang tanya, “You hendak bayar cash kah pakai kredit kad? Kalau kredit kad ada GST, kalau cash tiada”, itu satu. Keduanya lagi, ialah kalau dia tanya hendak resit tak resit? Kalau ada resit ada GST, yang tidak ada resit tidak ada GST. Macam mana dalam segi penguatkuasaan, pemantauan tentang perbuatan sedemikian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap pertanyaan serupa itu dimasukkan dalam ucapan saya supaya dapat diberikan jawapan oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi saya ingin utarakan di sini ialah kementerian selalunya menegaskan bahawa dengan pelaksanaan GST ataupun cukai GST ini dia tidak akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang di pasaran tetapi malangnya mengikut pemantauan saya lah, saya dapati ia nya berlaku sebaliknya daripada apa yang di uar-uar kan. sebab harga barang tetapi naik. Apabila kita tanya kepada peniaga kenapa naik harga barang ini, jawapan standard mereka ialah kesan langsung daripada mereka dikenakan GST. Itu tidak termasuk lagi dengan kenaikan harga barang satu hal, kemudian berlakunya peningkatan inflasi. Kalau kita lihat daripada Januari sehinggalah ke Jun sampai 3.6 peratus, jadi ini adalah merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian. Saya hendak jawapan daripada pihak kementerian, benar sejauh mana GST itu menurunkan harga barang. Kalau boleh tolong senaraikan.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Kemukakan kepada kita satu persatu senarai barang-barang yang telah pun didapati harganya turun ekoran daripada GST.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat terima kasih. Saya tertarik juga dengan apa yang tadi dibincangkan oleh Yang Berhormat daripada Temerloh dan juga apa yang dibangkitkan rakan saya daripada Yang Berhormat Limbang, mengenai charges tambahan yang dikenakan oleh peniaga-peniaga seperti apa Yang Berhormat Limbang katakan tadi mengenai kalau sekiranya menggunakan ini, jadi GST akan di kenakan. Lagi satu yang banyak kita hadapi dengan pekedai-pekedai ataupun peniaga- peniaga ini adalah apabila menggunakan kredit kad. Kalau guna kredit kad dia ada caj tambahan lagi selepas daripada itu. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Temerloh mengenai ini, adakah benda ini juga perlu kita ambil kira sebabnya adalah kos-

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

kos yang incur, yang terjadi kepada kita selaku pengguna dan juga termasuk lah kita ini antara kita sebagai pengguna. Terima kasih.

Yang Berhormat Temerloh sambung sikit, boleh Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya tertarik dengan soalan Yang Berhormat Temerloh yang menanyakan tentang harga barang yang telah menyebabkan dikenakan GST dan harga barang itu telah berkurangan seperti mana yang telah maklumkan apabila GST dilaksanakan. Yang Berhormat Temerloh tadi telah meminta senarai barang secara terperinci. Saya juga hendak sambung sikit daripada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Menteri juga perlu memberi senarai barang yang sebenarnya telah meningkat disebabkan oleh GST. Antara dinafikan atau senarai inilah barang-barang yang telah meningkat dan inilah punca kerana ia meningkat. So, ia ada dua-dua belah kita perlu dapat jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Yang Berhormat Temerloh.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mencelah sikit.

Dato’ Dr. Tan Kee KwongPKR · PRWangsa Maju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Ada satu lain aspek, ada ramai consultant termasuk arkitek dan engineer bagi saya aduan sebab bila bil dia punya client sebelum dia terima apa-apa pendapatan dia kena GST dan kalau lewat bayar kepada pihak Custom kena denda. So sebelum dia dapat itu wang dia terpaksa bayar GST. So saya dengar pun ada satu firma consultant engineer terpaksa tutup walaupun sudah buat business 20 tahun. Apa pandangan Ahli Yang Berhormat Temerloh.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mohon mencelah sikit Yang Berhormat Temerloh, mohon Gopeng belakang.

Okey sila.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Ini berkenaan dengan harga barang ini sebab baru sahaja kita mendengar daripada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk yang mengatakan soal harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi kalau berbanding dengan mini market yang lain. Jadi sebenarnya kita tahu di mana Kedai Rakyat 1Malaysia ini mendapat peruntukan daripada kementerian dan kerajaan untuk urusan Kedai Rakyat 1Malaysia di mana kedai tersebut memberikan khidmat di mana harga barang sepatutnya lebih rendah kalau banding dengan mini market yang lain. Akan tetapi sebaliknya Yang Amat Berhormat Bagan Datuk mengatakan bahawa harga di Kedai Rakyat 1Malaysia itu lebih mahal daripada apa yang sepatutnya. Jadi saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Temerloh berkenaan dengan perkara ini adakah ini sepatutnya berlaku? Sekian.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan. Tuan Yang di-Pertua, saya kira semua pencelahan itu berbentuk persoalan- persoalan di kemukakan kepada pihak kementerian, jadikan satu koleksi pertanyaan saya jua kepada pihak kementerian untuk diberikan jawapan supaya kita daripada pihak pengguna tidak ada lagi nanti ada bayaran-bayaran ataupun kos-kos dan harga-harga yang tersembunyi yang terpaksa di bayar sewaktu kita bermuamalah ataupun melakukan urusan jual beli, termasuklah melalui kos-kos yang tersembunyi daripada kad kredit ataupun mahupun kad debit dan seumpamanya. Tuan Yang di-Pertua, berikutnya saya ada lagi perkara yang ingin di kemukakan di sini ialah susulan daripada cadangan cukai pelancongan terhadap industri perhotelan dalam negara kita ini yang sudah pasti saya dapati di luar sana ada pro dan kontranya. Saya juga bimbang dengan kawalan harga yang lemah pada hari ini oleh pihak yang berwajib. Dia akan menyebabkan situasi yang lebih membebankan rakyat dalam negara kita sendiri. Terutamanya nanti sewaktu hendak menyewa hotel kita terpaksa membayar satu kos yang sepatutnya kos itu di tanggung oleh pihak pelancong-pelancong asing yang datang daripada luar negara yang ingin menginap di hotel tetapi turut sama membebankan rakyat negara kita sendiri. Saya kira tidak mustahil selepas ini pemilik- pemilik hotel sebahagianya akan memanipulasi undang-undang ini untuk meningkatkan caj perkhidmatan yang diberikan.

Jadi saya tidak mahulah nanti rakyat Malaysia ini hanya mampu dan hanya boleh tinggal di hotel-hotel bajet saja, tidak boleh pergi ke hotel 3 bintang dan ke atas kerana mempunyai caj yang tinggi dan juga yang telah dikenakan kepada hotel ini. Jadi saya minta supaya pihak kementerian dapat melihat situasi ini dan menyediakan satu mekanisme pemantauan yang berkesan kerana inilah yang menjadi isu pokok sebenarnya kerana kita sudah banyak sudah buat pindaan dan juga telah melihat akta ini dibentangkan tetapi bagaimana tentang penguatkuasaan. Seterusnya akhir saya hendak sebut ialah Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Sesyen Khas Anti Pencatutan ini telah pun ditubuhkan pada April 2015 yang lalu dan ianya adalah bertujuan untuk mendakwa kes-kes pencatutan daripada peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan menaikkan harga yang tinggi secara sesuka hati dan ia juga tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Jadi saya ingin bertanya, sehingga Jun 2017 tahun ini, berapa sebenarnya jumlah kes yang telah dibicarakan dalam mahkamah tersebut dan berapa notis pencatutan yang telah pun dikeluarkan oleh pihak penguat kuasa. Selain daripada penguatkuasaan yang tegas Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bertanya, apakah langkah kerajaan untuk memberikan pendidikan kepenggunaan kepada rakyat supaya mereka bukan saja mengetahui hak mereka sebagai seorang pengguna, malah juga mereka mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya mereka berhadapan dengan isu-isu yang kita bincangkan pada hari ini, manipulasi harga dan seumpamanya. Oleh sebab ramai di kalangan pengguna-pengguna ini, mereka tidak mengetahui hak mereka dan juga mereka tidak tahu apakah kuasa mereka sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Lipis tadi, pengguna mesti menggunakan kuasa. Ya betul, menggunakan kuasa, tetapi mereka tidak tahu bagaimana mereka hendak mengaplikasikan kuasa kepenggunaan yang ada kepada mereka. Jadi ini saya harap pihak kementerian mengambil satu langkah yang wajar untuk membuat satu pendidikan kepenggunaan yang lebih menyeluruh, lebih holistik maknanya, sampai ke peringkat umbi rakyat sehingga semua peringkat termasuk di desa, di kampung, di Felda, mereka tahu untuk menggunakan hak mereka sewaktu mereka berdepan dengan urusan jual beli ini, terutamanya apabila pergi ke gedung- gedung jualan yang besar. Jadi mereka mungkin berdepan dengan kos-kos yang tersembunyi, yang tidak disedari, yang telah pun didedahkan banyak pihak dalam Dewan yang mulia ini. Jadi itulah yang saya ingin kemukakan kepada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sebelah sini pun tidak apa, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang Berhormat Sungai Besar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang belakang sana.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Sungai Besar, Sungai Besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas memberi ruang kepada Yang Berhormat Sungai Besar untuk ambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Tahniah kepada pihak kementerian atas rang undang-undang ini. Saya fikir ini Yang Berhormat Menteri yang paling kuat sekali kena tahan uji bermula daripada minyak, kemudian harga barang dan hari ini pula kawalan berkaitan dengan harga. Kita jangan kehilangan kebijaksanaan dalam membahaskan soal rang undang-undang ini. Pertama kerana saya melihat dua perkara yang penting di dalam rang undang- undang ini adalah soal dasar harga terangkum. Bagaimana single pricing policy ini, sama ada ketika kita para peniaga pamer, ketika para peniaga iklan, ketika para peniaga menyiarkan harga, maka harga itu adalah harga yang terangkum termasuk semua duti, caj dan sebagainya. Saya fikir ini adalah perkara besar yang pertama. Yang kedua, kita melihat bagaimana kuasa pengawal harga dan juga penolong pengawal harga boleh mendapatkan maklumat berserta dengan sifat yang rahsia dan mempunyai nilai ekonomi daripada para peniaga. Saya fikir ini dua perkara besar yang harus ada di dalam rang undang-undang ini.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Mengapakah perkara ini berlaku? Pertama kerana akhir-akhir ini kita melihat ada banyak aduan daripada para pengguna yang tertipu terhadap caj-caj tersembunyi yang tidak dimaklumkan di peringkat awal. Sebagai contohnya, ada kalanya kalau kita pergi ke restoran-restoran, caj perkhidmatan itu beza, GST itu berbeza, harga itu berbeza. Jadi ketiga-tiga caj ini tidak dipamerkan. Maknanya walaupun perkara yang kita makan itu akhirnya kita patut bayar, tetapi para pengguna juga ada hak untuk mendapatkan maklumat, berapakah sebenarnya yang pengguna patut bayar. Saya fikir ini yang disebut secara jelas dengan dasar harga yang terangkum ini. Ini yang pertama. Yang kedua, kita tidak nafikan sebelum ini ada di kalangan para peniaga yang mengambil kesempatan di atas kelonggaran peraturan yang sedia ada dan membuat keuntungan berlebihan. Bagaimana mereka melaksanakan ini? Mereka melaksanakan ini dengan cara terdapat caj-caj tersembunyi yang ada pada perkhidmatan tersebut, dan yang ketiga, kita tidak boleh nafikan wujudnya penguatkuasaan yang begitu lemah, yang belum begitu sempurna akibat daripada ketiadaan punca kuasa. Jadi sebab itu pada saya yang paling penting di dalam hal ini, akta ini ada, peraturan ini ada. Sekiranya pengawal dan juga penolong pengawal ini tidak punya kuasa untuk mendapatkan maklumat, saya fikir ini akan membantutkan usaha ini. Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi sekalian, atas alasan ini beberapa rasional mestilah dikemukakan di peringkat awal. Antaranya, kita harus pastikan pengguna tidak terpedaya daripada di manipulasi dengan harga tawaran yang tidak telus. Setidak-tidaknya dengan pindaan rang undang-undang ini, pengguna boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan punya pilihan. Sebagai contohnya, katakanlah perkhidmatan ini ke mekanik. Jadi dia boleh bandingkan harga dengan single pricing policy ini, mereka boleh ke mekanik ‘A’, mekanik ‘B’, dan juga mekanik ‘C’. Akhirnya pengguna ada hak untuk mendapatkan pilihan harga berdasarkan single pricing policy yang dikemukakan. Itu yang kedua. Yang ketiga, setidak-tidaknya dalam pindaan rang undang-undang ini boleh menambah baik penguatkuasaan yang sedia ada. Maknanya peraturan-peraturan yang ada ini, bolehlah diguna pakai untuk melindungi para pengguna. Saya hendak rujuk perkara ini kepada beberapa perkara perbandingan yang ada, yang wujud di luar negara berkaitan dengan pameran harga ini, mempamerkan harga. Yang pertama di Australia. Australian Consumer Law (ACL) menerusi Competition and Consumer Act 2010. Apa yang dirujuk dalam ACL ini, memang mewajibkan paparan harga akhir yang merangkumkan cukai dan caj sebagai jumlah tunggal yang perlu dibayar pengguna kecuali caj yang bersifat pilihan termasuk caj penghantaran. Ini apa yang berlaku di Australia. Di Kesatuan Eropah, di EU, requirement to indicate product price regulation 2002 dan juga arahan tetap di bawah Price Act 1958-1972 dan Consumer Protection Act 2007. Ini kaitan kita cuba lihat perbandingan. Di negara Kesatuan Eropah, harga jualan ini membawa maksud harga akhir dalam Euro termasuk value added tax dan semua jenis cukai dan duti paparan perlulah sama dengan bayaran yang dibuat. Maksudnya, rang undang-undang yang ingin dipinda ini mewakili semangat yang sama pelaksanaannya, apa yang berlaku di Kesatuan Eropah dan juga di Australia. Saya rujuk lagi kepada beberapa perkara ataupun peraturan yang di Amerika Syarikat dan juga di Kanada. Maklumat yang saya dapat ialah Amerika Syarikat dan juga Kanada tidak mewajibkan untuk meletakkan harga terangkum tetapi kebiasaannya harga paparan telah mengandungi cukai dan juga caj. Saya hendak sebutkan perkara ini berdasarkan pindaan rang undang-undang ini maknanya apa yang kita lakukan ini, benchmark yang kita ada, panduan yang kita ada, adalah merupakan yang telah berlaku, diguna pakai di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi sekalian, walaupun apa yang kita lakukan ini demi perlindungan kepada pengguna, saya fikir pihak kementerian juga mesti menjelaskan beberapa perkara dan juga persoalan.

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Yang pertama, adakah soal dasar harga terangkum ini melibatkan semua jenis perkhidmatan ataupun ada sebahagian sahaja perkhidmatan ataupun cukup sekadar perkhidmatan pengurusan, perkhidmatan hotel, restoran makanan dan sebagainya. Ini mesti diberi penjelasan dan rakyat harus tahu. Ini yang pertama. Kedua, selain daripada cukai kerajaan apakah caj-caj lain yang dibenarkan untuk dipaparkan? Ketiga, sejauh manakah kesiapsiagaan daripada pihak industri untuk bersedia kerana apabila kita sebut soal cukai, apabila kita sebut soal duti, kita sebut soal pamer, iklan dan juga siar dia akan melibatkan kos. Jadi sejauh manakah industri bersedia terhadap perkara ini?

Tuan Budiman bin Mohd ZohdiUMNO · BNSungai Besar

Saya ingin menyorok kepada beberapa perkara penting. Pertama, saya fikir ada kelompangan penguatkuasaan yang mesti diambil serious yang memerlukan penambahbaikan dari segi undang-undang. Kita sedia maklum ada beberapa restoran yang ada kalanya mengenakan GST tetapi dalam masa yang sama mengenakan caj perkhidmatan. Ini menyebabkan ada kalanya pengguna sering kali terpedaya dengan tawaran harga yang mengelirukan akhirnya perlu membayar harga yang lebih mahal daripada tawaran harga. Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang penting yang harus diperjelaskan, yang harus menimbulkan persoalan ialah semenjak sekian lama KPDNKK ini mewujudkan apa yang disebut sebagai Friends of KPDNKK. Sejauh manakah sebenarnya keberkesanan Friends of KPDNKK ini? Berapa ramai jumlah semasa? Adakah dengan tambahan apa yang disebut dengan sebagai penolong pengawal harga tadi boleh menyebabkan isu-isu yang berkaitan dengan kawalan harga ini akan benar- benar dapat membantu KPDNKK dalam urusan penguatkuasaan. Perkara yang penting juga yang perlu diberi makluman ini ialah pengawal harga yang disebut di dalam RUU ini, adakah boleh mengarahkan peniaga untuk membekalkan maklumat kos barang- barang yang lain. Contoh, dia letak barangan tersebut RM15, adakah boleh pengawal harga ini tanya harga RM15 ini terdiri— maksudnya ialah bidang kuasa pengawal harga dan juga penolong pengawal tersebut kerana saya fikir sudah sampai masanya juga para peniaga ini tidak mengenakan caj yang berlebihan. Kerana apa? Dalam jangka masa yang panjang ia akan memberikan suatu pentadbiran yang baik kepada para peniaga sebagai contohnya record keeping mereka. Sekiranya para peniaga ini punya maklumat- maklumat berkaitan dengan jumlah harga sebenar yang di caj setidak-tidaknya isu berkaitan dengan cukai perniagaan dan cukai pendapatan jadi perkara-perkara ini boleh untuk diperjelaskan. Yang akhirnya, siapakah yang sebenarnya yang punya kuasa untuk melantik pengawal harga ini? Disebut tentang kuasa Yang Berhormat Menteri tetapi bagaimanakah sekiranya ada pengawal harga di kalangan penjawat awam yang boleh menerima apa-apa arahan dan juga apa-apa maklumat. Adakah ini terhad dalam menentukan harga dan caj sahaja? Bagaimana dalam lini pengeluaran cukup panjang daripada segi perbuatan, pengeluaran, pemborongan dan persoalannya, dalam keadaan yang ada pada hari ini, berapakah sebenarnya jumlah pengawal harga yang benar-benar praktikal yang patut ada? Contoh, kita sedia maklum dalam kawasan saya sendiri di kawasan Selangor sebelah utara. Penguat kuasa itu terdiri daripada yang berada di pejabat di Kuala Selangor sedangkan yang konteks Selangor utara itu kita ada dalam empat Parlimen. Ada di Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Jadi adakah dalam konteks hari ini, berapakah nilai jumlah ataupun praktikalnya pengawal harga yang ada pada hari ini. Saya akhirnya hendak memberikan ucapan tahniah dan saya menyokong RUU ini kerana saya fikir ini sangat baik. Walaupun saya fikir ada lompang-lompang yang dikemukakan ketika perbahasan rakan-rakan Yang Berhormat tetapi di peringkat permulaan saya fikir ini bermula sudah memadai. Terima kasih. Sungai Besar menyokong RUU ini.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tak apa, Tuan Yang di-Pertua mungkin nampak kita serupa hari ini. Tuan Yang di-Pertua pun saya nampak handsome hari ini, nampak muka pun ceria. Saya percaya sudah tentu ada orang yang berminat dengan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan rang undang-undang ini. Saya hendak mintak seperti mana yang telah pun disebut sebahagian daripada rakan-rakan tadi bahawa kita tidak menolak tentang keperluan untuk melindungi pengguna dan memastikan supaya harga barangan dan perkhidmatan ini benar-benar adil untuk semua, khususnya untuk pengguna-pengguna. Tetapi sudah tentu dalam hendak lindungi pengguna ini kita bukan sekadar untuk melindungi pengguna dengan hanya mempamerkan harga yang disebut sebagai harga yang terangkum sahaja. Tetapi sudah tentu bahawa kita harus melindungi pengguna supaya

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

dalam masa yang sama dia dapat mengetahui tentang berapa pecahan-pecahan caj yang telah pun dikenakan kepada dia selain daripada harga sebenar kepada harga barang tersebut. Ini juga merupakan satu keperluan yang saya fikir harus dilihat oleh kementerian. Oleh sebab itu, bahawa dengan kaedah yang dibuat hari ini saya tidak nampak kepada kita benar-benar untuk hendak melindungi pengguna tetapi kita hanya sekadar untuk hendak memberikan gambaran seolah-olahnya pengguna ini tidak terasa jumlah cukai yang dia kena. Tidak terasa tentang jumlah kadar cukai itu tinggi ataupun rendah dan sebagainya. Jadi pengguna pergi-pergi, “Oh! Ini harga all in”. Maknanya termasuk sekali dengan cukai sama ada GST ataupun cukai-cukai caj yang lain. Jadi seolah- olahnya rakyat kata rakyat tidak hendak marah. Kerajaan seolah-olah buat undang- undang supaya rakyat jangan marah kerana ada cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat khususnya kepada pengguna. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa dalam konteks pengguna, kita bukan sahaja nak melindungi pengguna tetapi ingin mendidik pengguna. Mendidik pengguna tentang pengetahuan dia terhadap hal-hal yang berkaitan dengan percukaian dalam negara kita. Sebab itu dalam KPDNKK ini ada dalam bidang pendidikan kepenggunaan bukan sahaja dia hendak tahu tentang harga, dia boleh beli harga barang yang murah di sini dan yang mahal kena tolak sebagainya. Tetapi dia juga harus diberikan maklumat yang jelas. Sebelum dia hendak membeli barang, dia kena tahu, barang itu dia beli, barang ini harga berapa, cukai berapa dan sebagainya. Bukan kita hendak tunggu ambil resit daripada kaunter baru kita tahu. Pada waktu itu kita sudah beli, kita sudah bayar baru dapat resit. Tetapi sebelum beli seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Kota Tinggi tadi maknanya dia lihat dia beli, tengok dia beli, harga dia puas hati dia beli supaya kita dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Jadi saya tidak nampak di sini bahawa kerajaan cuba untuk memberikan perlindungan sebenar kepada pengguna tetapi lebih kepada untuk hendak meredakan kemarahan rakyat terhadap soal percukaian yang dikenakan ke atas barangan dan juga perkhidmatan. Jadi pengguna tidak nampak harga ataupun tak nampak cukai yang dibayar itu terlalu tinggi dan sebagainya. Maka sudah tentu bahawa ini adalah tidak adil kepada pengguna. Oleh itu saya minta kalau boleh pihak kerajaan sama ada esok boleh membawa kepada satu pindaan kepada akta ini untuk membolehkan supaya di detail- kan harga yang dipamerkan itu berapa cukai dan berapa harga dan sebagainya. Ini harus dilakukan sebab dalam akta ini 10C, yang disebut subseksyen 10C. Maknanya ada pula satu kaedah kelonggaran di sini iaitu “kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam” iaitu yang berkaitan— maaf, dalam 10B juga, iaitu (a), “kecuali jika sesuatu kelulusan yang di bawah subseksyen 9(7) Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, [Akta 762 ] telah diperoleh, semua cukai, duti, caj kerajaan; dan...”

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Maknanya, subseksyen 9 itu memberikan penjelasan bahawa kalau dapat kebenaran daripada pihak berkuasa Kastam, maknanya dia kena pamerkan, maknanya harga ini tidak termasuk dengan cukai. Jadi, saya tidak fikir peniaga-peniaga akan meminta, mungkin ada barangan-barangan tertentu yang dia kena letak begitu tetapi pengguna bagi saya bahawa peruntukan ini tidak diberikan kepada pengguna. Peruntukan ini, subseksyen 9, cukai GST ini hanya diberikan kepada peniaga, bukan kepada pengguna, Tuan Yang di-Pertua. Pengguna tidak boleh pergi minta kepada Ketua Pengarah Kastam bahawa kami hendakkan dipamerkan tetapi peniaga boleh minta daripada Ketua Pengarah Kastam apabila subseksyen 9 ini diberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam. Jadi, bagi saya bahawa satu yang lebih adil harus diberikan kepada pengguna iaitu pengguna hendak satu peruntukan, di mana kerajaan harus memastikan supaya peniaga harus mempamerkan harga iaitu dengan didetilkan berapa harga dan berapa cukai dan sebagainya. Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Berbincang tentang single pricing policy ini Yang Berhormat Pokok Sena, ia ada dua isu yang kita perlu pandang. Satu adalah di mana harga tidak dipamerkan, satu harga tidak dipamerkan tetapi kedai letak satu harga, peniaga letak satu harga, bila kita pergi bayar, harganya lebih tinggi daripada apa yang sepatutnya. Itu yang merangkumi akta ini, itu yang cuba diselamatkan oleh akta ini. Dia kata ini memihak dan membantu pengguna. Apa yang satu lagi keadaan yang kita perlu juga teliti adalah kita dah pamerkan harga, harga itu sebenarnya telah bukan harga sebenar tetapi harga yang lebih tinggi. Selepas itu kita pergi bayar, kita dapat

melalui resit, harganya lebih tinggi daripada yang sebenarnya. Itu pun adalah sesuatu situasi, di mana harga lebih tinggi daripada harga sebenar. Bahagian itu tidak dikawal oleh akta ini. Jadi, hendak kata dengan akta ini kita mengawal harga barang dengan holistik, saya rasa tidak benar. Oleh sebab hanya separuh saja ia dapat mengawal tetapi penipuan memang masih lagi boleh berlaku dan tiada kawalan secara holistik. Saya bagi sebagai contoh, dalam akta ini juga ia kata ‘semua caj lain’. Jadi, apa yang dipamerkan, bila kita tengok harga itu, kita just buat keputusan untuk beli. Itu saya setuju, kita ada choice untuk beli. Akan tetapi caj-caj lain, semua caj lain hanya kita akan tahu selepas kita beli, selepas kita bayar. Dari sudut itu, penipuan memang berlaku. Dari sudut itu, harga kawalan dari sudut hendak kawal harga kawalan dengan akta ini tidak boleh dilakukan secara holistik. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kapar dan saya minta ia dimasukkan dalam sebahagian daripada perbahasan saya yang perlu diberikan penjelasan oleh pihak Menteri. Bahawa kita memerlukan supaya perlindungan itu bukan sekadar satu, certain-certain begitu tetapi secara yang lebih holistik untuk memberikan sebenar-benar perlindungan kepada pengguna. Jadi, sebab itu saya menekankan tadi tentang bagaimana keperluan. Maknanya, kalau peniaga perlu diberikan, maknanya 10C, peniaga perlu memberikan maklumat harga barang dan caj perkhidmatan kepada pengawal kuasa iaitu Kastam. Akan tetapi bagi saya bahawa pengguna juga berhak tahu, mesti ada satu peruntukan yang dia mesti pamerkan suatu yang untuk dalam pengetahuan pengguna iaitu berapa harga dan berapa caj. Bukan Kastam sahaja yang tahu, yang hendak bayar barang ini bukan Kastam, Kastam hendak terima cukai, hendak lihat harga barang, kemudian dengan cukai yang diberikan itu sama ada munasabah atau tidak munasabah pembayaran yang dibayar kepada Kastam. Jadi, bagi saya bahawa dalam hal ini mesti diberikan perlindungan kepada pengguna untuk memastikan supaya pengguna benar- benar mendapat jaminan bahawa harga yang dibayar itu ialah harga yang dia puas hati dan sebagainya. Kemudian satu juga perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada menyebut tentang Kedai Rakyat 1Malaysia. Beliau mengarahkan KPDNKK untuk membatalkan pembekal, kalau tidak silap saya, kepada Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Oleh kerana didapati ada barangan-barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia itu melebihi daripada harga di luar daripada Kedai Rakyat 1Malaysia. Ini sudah bertentangan dengan konsep asal iaitu untuk memastikan supaya hendak meringankan beban kos pengguna. Sejauh mana tindakan yang telah pun diambil oleh KPDNKK? Ini maknanya, kedai yang digagaskan, maknanya konsep ini digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kononnya memberikan kelegaan, memastikan barangan yang harganya lebih murah dan menjimatkan kos sara hidup masyarakat dan rakyat. Jadi, saya agak terkejut apabila ada kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Oleh kerana dia menyebut bahawa kedai itu dibiayai oleh pihak kerajaan. Walaupun seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini, kalau tidak silap saya, kerajaan tidak subsidi kepada kedai. Akan tetapi pembangunan kedai itu seperti yang disebut sebelum ini, RM106 juta kerajaan biayai untuk program pembangunan Kedai Rakyat 1Malaysia ini. Untuk 185 premis di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Jadi maknanya, kita telah mengeluarkan RM106 juta lebih untuk membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Jadi, tiba-tiba Kedai Rakyat 1Malaysia ini tidak memenuhi matlamat kerajaan sendiri untuk memastikan harga barangan itu lebih murah daripada harga di luar daripada harga Kedai Rakyat 1Malaysia. Ini diakui oleh tuan punya pemilik Kedai Rakyat 1Malaysia iaitu Pasar raya Mydin ini bahawa dia mengakui bahawa ada barangan- barangan tertentu yang lebih mahal daripada di pasaran luar. Jadi, apa tindakan yang telah pun diambil? Jadi, bagi saya bahawa kalau Kedai Rakyat 1Malaysia ini pun kita tidak boleh hendak kawal untuk menyebabkan berlaku harga yang lebih tinggi daripada harga di luar daripada Kedai Rakyat 1Malaysia. Bagaimana pula kita hendak kawal barangan di kedai-kedai yang lebih banyak, yang lebih luas ini, dengan kita tidak benar- benar memberikan perlindungan kepada pengguna? Macam saya katakan tadi iaitu mempamerkan secara detil harga, cukai serta caj-caj yang lain yang telah pun dikenakan untuk memastikan supaya bahawa dia tahu harga yang terangkum itu meliputi sekian- sekian harga, GST berapa, surcharge ini berapa, cukai ini berapa. Supaya dia beli dalam keadaan dia puas hati. Bukannya kita menjadikan supaya rakyat ini tidak marah kepada

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

kerajaan kerana dia tidak tahu apa-apa cukai yang dikenakan, seolah-olahnya tidak ada cukai yang dikenakan kepada dia. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Jika apa yang saya sebutkan tadi berkaitan dengan soal yang saya perkatakan tentang mempamerkan harga itu tidak disebut, saya fikir seharusnya kerajaan membawa pindaan untuk memastikan supaya semua orang kena pamerkan harga dan juga kena pamerkan cukai-cukai kerana sebut cukai-cukai yang telah pun dikenakan ke atas setiap barangan dan juga perkhidmatan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang baik hati pada petang ini, berseri-seri wajah. Saya percaya Dato’ Vida bila-bila masa boleh bersedia menerima Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas pindaan kepada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Walaupun secara holistik single pricing policy ataupun menetapkan satu harga ini memang sesuatu yang perlu, tetapi ada beberapa juga cadangan-cadangan yang saya perlu kemukakan untuk Yang Berhormat Menteri meneliti dan memperhalusi supaya memperbaiki situasi yang sedang berlaku di mana rakyat sedang menghadapi keadaan semasa di mana harga barangan meningkat dan harga barangan tidak dikawal di mana pengguna dianiayai dengan harga-harga yang tinggi. Berdasarkan kepada isu-isu itu, saya ingin membawa beberapa poin. Saya mulakan dengan yang pertama. Merujuk kepada huraian di dalam akta pindaan ini di mana dalam poin ketiga fasal 2, perenggan ketiga dalam huraian mengatakan bahawa... [Membaca petikan] “Seksyen 10B yang dicadangkan bertujuan untuk mengehendaki mana-mana orang yang mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut atau menyebabkan untuk dipamerkan, diiklankan, disiarkan atau disebut harga apa-apa barangan atau caj apa-apa perkhidmatan untuk memasukkan dalam harga atau caj itu semua cukai, duti dan caj kerajaan dan semua caj yang lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatannya.” Dan penerangan di bawah itu adalah penting sebab dia mengatakan bahawa... [Membaca petikan] “Ini adalah untuk menangani pempameranan harga atau caj yang tertakluk kepada pelbagai caj tambahan, yang menyebabkan harga atau caj akhir yang lebih tinggi perlu dibayar oleh pengguna.” Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri, bagaimana akta ini dengan pindaan ini dan huraian ini boleh menjamin bahawa peniaga-peniaga tidak akan mengenakan caj yang lebih tinggi? Itu adalah persoalan daripada huraian ini. Selepas itu disambungkan juga di dalam huraian ini mengatakan bahawa... [Membaca petikan] “Seksyen 10B yang dicadangkan dimasukkan ke dalam akta ini untuk menggalakkan ketelusan dalam pempameranan, pengiklanan, penyiaran dan sebutan harga atau caj.” Ketelusan yang kita sedang sebut di sini adalah ketelusan dari sudut pameran harga seperti yang saya telah panjangkan dalam pencelahan saya tadi, di mana ada harga barang, harga barang ini bila kita ambil barang itu berbeza, apabila kita membayar berbeza menyebabkan harga lebih tinggi. Itu bahagian yang kita boleh kawal. Akan tetapi dari sudut harga barang, bila kita bayar the last price that we paid, bila kita bayar itu adalah harga yang lebih tinggi, bagaimana kementerian hendak kawal? Sebab, ketelusan dari sudut pameran harga adalah salah satu aspek yang kecil. Ketelusan harga terakhir, ketelusan dari sudut harga barang tidak tinggi, ketelusan dari sudut harga barang yang dibeli itu adalah harga yang berpatutan, harga yang munasabah, harga yang sepatutnya dibayar oleh pengguna, ketelusan itu tidak dijaga ataupun dikawal oleh akta ini.

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan ketelusan yang saya bangkitkan ini secara holistik bagaimana akta ini ataupun garis panduan yang ada pada kementerian boleh menjamin ketelusan wujud dari sudut peniaga menjual barangan dan pembeli membeli barangan. Termasuk juga huraian untuk seksyen 10C juga, menarik di mana tertera dekat sini bahawa... [Membaca petikan] “Maklumat yang dipungut di bawah seksyen 10C yang dicadangkan akan membolehkan kerajaan untuk memperoleh data mengenai harga barangan dan caj bagi perkhidmatan bagi maksud analisis. Harga dan caj yang dipungut dan dianalisis akan membantu kerajaan untuk memantau harga barangan dan caj bagi perkhidmatan di pasaran.” Saya tertarik dengan analisis dimasukkan dalam huraian ini. Bagaimana analisis ini boleh membantu mengawal harga barang? Analisis sepatutnya telah dilakukan sebelum ini. Saya memahami kementerian sepatutnya ada mekanisme-mekanisme tertentu yang digunakan untuk mengawal harga barang. Apakah kaedah-kaedah ini, mekanisme-mekanisme ini telah gagal dan kerajaan terpaksa menggunakan akta ini untuk membuat kajian dan analisis? Jika ada analisis-analisis yang digunakan untuk kawalan harga barang, saya ingin Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bahawa apakah kaedah-kaedah dan mekanisme analisis yang telah digunakan dan adakah ini penambahan kepada analisis kita yang sedia ada? Saya menuntut penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dari sudut yang itu. Bahagian kedua saya, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dan berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 yang baru-baru ini diberikan kepada kami yang berkenaan dengan kementerian Yang Berhormat Menteri di muka surat 104 sehingga 131, berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di mana Ketua Audit Negara telah membuat laporan khas terhadap program penyeragaman harga bagi barang kawalan perlu di negeri Sarawak. Di muka surat 130, Ketua Audit Negara telah membuat beberapa pengesyoran dengan memberikan enam pandangan supaya KPDNKK mengambil tindakan yang sewajarnya. Salah satu syor Ketua Audit Negara ialah berbunyi begini... [Membaca petikan] “Mengambil tindakan terhadap pegawai pemantauan harga dan pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri Sarawak yang bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan pemantauan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing.” Ia boleh dirujuk, Yang Berhormat Menteri, di muka surat 131 untuk pengesyoran ini. Berbalik kepada pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantauan harga ini. Banyak yang telah dibangkitkan. Sebab, saya rasa isunya adalah kawalan dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan. Saya tidak nafikan ramai pegawai sedang menjalankan tugas mereka, saya tidak nafikan, terima kasih kepada mereka, tetapi yang saya ingin membawa perhatian ke Dewan yang mulia ini adalah saya rasa ia tidak mencukupi, masalah masih lagi sedang berleluasa dan kita perlu ada satu mekanisme yang disediakan supaya pegawai-pegawai ini dapat berfungsi dengan sebaik mungkin. Macam dekat sini, apabila kita berbalik kepada Laporan Ketua Audit Negara, dia mengesyorkan secara terus terang bahawa pegawai yang bertanggungjawab ini tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Bermaksud, Laporan Ketua Audit Negara mengatakan kalau pegawai itu menjalankan tugas mereka, tanggungjawab mereka dengan sempurna, sewajarnya masalah boleh diatasi. Ini di negeri Sarawak. Akan tetapi saya berpandangan ini bukan sahaja wujud di negeri Sarawak tetapi ia secara berleluasa di kawasan-kawasan kampung, pedalaman dan luar bandar. Jadi, saya sekadar memberi input supaya Yang Berhormat Menteri menerima dengan hati yang terbuka dan saya juga mencadangkan satu garis panduan, mungkin sudah ada, tetapi garis panduan yang terkini dengan latihan yang terkini supaya pegawai- pegawai kita boleh mengharungi tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Berlandaskan kepada poin ini, ada tiga soalan tambahan yang saya perlu tanya dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri iaitu yang pertama, setakat hari ini, berapa ramai pegawai pemantauan harga dan pegawai penguat kuasa yang diberikan tugas oleh KPDNKK? Kedua, berapakah kes yang telah dilaporkan berkenaan dengan salah guna kuasa ataupun penyelewengan oleh peniaga-peniaga ini dengan menambahkan harga barang dan sebagainya untuk tahun 2016 dan berapa banyakkah kes-kes ini yang telah didakwa di mahkamah? Yang ketiga adalah berapa ramai pula

pegawai pemantauan harga dan pegawai penguat kuasa KPDNKK yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab mereka dan berapa ramaikah yang telah diambil tindakan pada tahun 2016? Isu ketiga saya, Yang Berhormat Menteri, adalah berkenaan tanda harga atau caj harga yang tidak mengikut harga yang sebenar.

Kita dengar daripada beberapa rakan seperjuangan, Ahli-ahli Parlimen daripada kawasan lain yang telah menekankan bahawa pergi ke kedai, langsung tidak ada tanda harga. Ada kalanya tanda harga ini terlalu kecil. Ada kalanya tanda harga tidak meliputi semua barang yang dijual. Saya bagi contoh sebagai restoran. Apabila pergi restoran, dia mungkin ada untuk roti canai, nasi lemak dan sebagainya. Air tidak ada ataupun air buah, just letak air buah selepas itu dikosongkan. Dari sudut laporan yang telah diterima oleh kementerian, saya rasa kementerian arif tentang benda ini, tahu tentang benda ini tetapi apakah pendekatan yang telah dilakukan oleh kementerian untuk mengharungi masalah spesifik tentang tanda harga? Sekarang kita sudah bawa undang-undang untuk mempamerkan harga. Saya faham tentang undang-undang ini tetapi dari sudut spesifikasinya di mana kena letak harga ini, di mana perlu dipamerkan harga ini, berapa besar harga ini. Jangan pula ada harga yang dipamerkan, ada harga yang tidak dipamerkan. Jadi berlandaskan situasi itu, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak kes yang dilaporkan kepada KPDNKK mengenai isu spesifik ini, tidak ada tanda harga ataupun caj harga barangan sepanjang tahun 2016? Berapa banyak kes yang telah diambil tindakan oleh Yang Berhormat Menteri atau kementerian tentang kes- kes melibatkan caj atau tanda harga ini? Saya juga ingin mendapat pandangan dan penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang pelaksanaan Program Penyeragaman Harga. Sebelum ini saya pernah baca bahawa kerajaan telah mewujudkan program ini untuk seragamkan harga barang. Apakah status tentang program ini dan apakah kejayaan dan pencapaian yang telah diperoleh daripada pelaksanaan program ini? Keempat Tuan Yang di-Pertua, ia berkaitan dengan barang yang di caj melebihi harga yang ditetapkan. Ini lagi satu masalah dan saya ingin mengulangi apa yang saya telah celah Yang Berhormat Pokok Sena sebentar tadi di mana kita dengan akta ini, dapat mengawal situasi di mana harga barang itu apabila dipamerkan, berbeza dengan apabila kita membayar. Itu kita dapat mengharungi dengan akta ini di mana sekarang tidak boleh. Kalau harga barang itu RM100, di kaunter pembayaran kita memang akan bayar RM100. Ini dapat disyorkan melalui akta ini. Saya ucapkan tahniah dan syabas. Akan tetapi dari sudut yang lain, yang tidak diharungi oleh akta ini adalah RM100 yang dipamerkan itu sebenarnya bukan harga sebenarnya. Sebenarnya telah melalui harga yang lebih tinggi, bukan sebenarnya RM100 katakan, harga yang dipamerkan. Harga yang dipamerkan, katakan sebenarnya RM90 tetapi dipamerkan RM100. Jadi kita pergi di kaunter, kita bayar RM100. Padahal harga sebenar barang itu ialah RM90, bukan RM100. Bagaimana kenaikan harga itu kita hendak kawal? Itu tidak dijawab oleh akta ini. Saya rasa akta ini mendiamkan diri dari sudut harga barang dinaikkan apabila dipamerkan. Itu perlu dipandang serius oleh kementerian sebab kalau itu tidak dapat diharungi, kalau tidak ada garis panduan untuk bahagian sebegitu, saya rasa masalah kenaikan harga tidak dapat dibendung secara holistik. Berkaitan dengan itu, saya ingin menanyakan juga tentang secara spesifik, berapa kes yang telah dilaporkan pada tahun 2016 tentang kenaikan harga? Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kementerian supaya kita boleh sama-sama berkongsi untuk membantu sama lain untuk mengharungi kenaikan harga barang yang sedang melanda rakyat pada masa ini? Terakhir Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan GST. Walaupun ada rakan-rakan seperjuangan saya dari sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] telah mengatakan bahawa GST ini adalah baik dan sebagainya, saya dari hari pertama sampai hari ini berpendapat bahawa GST membebankan rakyat dan GST memang telah menaikkan harga barang itu tidak dapat dielakkan. Saya ingin membuat satu cabaran terbuka dalam Dewan yang mulia ini, daripada Ahli-ahli Parlimen sebelah sana, [Merujuk kepada blok kerajaan] yang bangun mencelah kami mengatakan kami membawa isu tentang GST ini membebankan dan sebagainya. Baik Yang Berhormat pergi ke bawah, jumpa rakyat biasa di pasar, di hadapan pasar malam dan sebagainya, temu ramah rakyat biasa, buat recording dan

buktikan kepada kami. Itu sahaja. Pergi jumpa balik rakyat biasa, buat satu recording ramai-ramai, 10 orang, 20 orang, 30 orang di pasar malam, di pasar pagi, di pasar biasa, di kawasan-kawasan orang miskin, di estet-estet, buat rakaman. Kita hendak tengok, ada atau tidak rakyat biasa boleh beranikan diri keluar dan mengatakan, “Kami terlalu gembira dengan GST, kami tidak dibebankan dengan GST, kami amat seronok dengan GST”.

Yang Berhormat Kapar.

Saya hendak dengar rakyat biasa mengatakan sebegitu. Saya rasa, Yang Berhormat Bagan Serai sebagai hero GST hendak mencelah. Saya akan bagi dia ruang tetapi terima cabaran saya Yang Berhormat, turun di Bagan Serai, pergi pasar malam. Kalau boleh, saya boleh datang sekali temu ramah depan saya, rakyat biasa yang mengatakan mereka suka dengan GST. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya kasihan tengok Yang Berhormat Kapar ini. Benda yang kita sudah luluskan, kita sudah terangkan, dia kelirukan balik lagi. Cuba boleh bayang rakyat yang dengar cerita ini tadi. Kita sudah kata banyak kali dan berulang kali, barang yang naik ini kebanyakannya disebabkan oleh sifat tamak peniaga, sifat haloba peniaga, sifat rakus peniaga tetapi telah dicanangkan, telah dibesarkan, telah diperhebat sebab GST yang enam percent, yang antara paling terendah dalam dunia hari ini. 175 buah negara sudah makan GST, tidak ada yang cerita macam ini. Akan tetapi Yang Berhormat Kapar ini menyuruh orang pergi interview dan sebagainya. Kekeliruan yang telah diwujudkan oleh pembangkang hari ini telah menyebabkan rakyat berfikiran seperti apa Yang Berhormat Kapar sebut tadi. Thank you, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sudahlah Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Dalam tidak menerima cabaran saya, dia mengakui bahawa rakyat pun menolak GST. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai kerana pengakuan itu secara terbuka. Pada waktu yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita bukan mengelirukan rakyat. Jangan pandang rendah kepintaran rakyat biasa di bawah. Saya bagi cabaran secara terbuka. Pergi pasar malam, soal mereka, buat interview. Pamerkan kepada orang biasa, orang-orang lain supaya orang lain memahami. Ini cabaran terbuka. Bukan saya mengelirukan. Saya turun pasar malam, saya turun pasar pagi, saya tanya rakyat biasa. Duduk sana, minum pagi, itulah keluhan mereka. So, itu cabaran yang saya buka kepada mereka mengatakan saya mengelirukan rakyat. Tidak, rakyat pandai. Rakyat pandai Tuan Yang di-Pertua. Semenanjung, Sabah dan Sarawak, saya rasa rakyat boleh menilai. Balik kepada isu GST ini, Tuan Yang di-Pertua. Mengapa saya bawa dalam perbincangan saya tentang akta ini? Mungkin Tuan Yang di-Pertua mengatakan atau berpandangan bahawa ia tidak berkaitan tetapi saya mengatakan ia berkaitan kerana sekarang apabila ia dipamerkan, rakyat tidak perlu tengok GST lagi. Apabila harga barang dipamerkan di kedai, harga barang RM100. Rakyat tidak perlu diperingatkan GST lagi. Ini satu kaedah untuk melarikan diri. Setiap kali kalau kita tengok GST, rakyat marah. Akan tetapi sekarang, kita ada satu undang-undang dengan satu hukuman sampai penjara, Tuan Yang di-Pertua. Jangan pamerkan caj. Apa benda ini? Apa salahnya kita pamerkan caj? Adakah ia boleh menyalahkan sesiapa, menyusahkan sesiapa? Saya bagi satu contoh Tuan Yang di- Pertua, dengan izin. Kita letak satu barang, katakan durian Musang King. Kita letak durian Musang King. Letak harga biasa dia satu kilo berapa. Selepas itu caj GST, selepas itu caj lain-lain. Ini jumlahnya. What is wrong with that? Bukankah itu ketulusan yang kita bawa balik kepada rakyat biasa, menunjukkan I bayar harga durian ini dengan harga ini. Selepas itu ada GST, selepas itu ada bayaran ini, ini. Jumlah ini saya ada choice untuk beli. Saya tidak nampak itu mengurangkan kepintaran rakyat biasa dan bagaimana itu boleh menambahkan ketelusan. By giving details to the people, you actually helping them to make a choice and a decision, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Saya rasa kalau dari sudut itu saya rasa walaupun single price policing ini bagus tetapi dalam kaedah hanya mempamerkan itu saya rasa ia tidak akan menyelesaikan masalah yang wujud kerana rakyat perlu dikeluarkan daripada keraguan, kerisauan, kegelisahan, kemarahan tentang GST ini dan ini adalah salah satu taktik.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Mohon laluan.

Ya, Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kapar. Berkenaan dengan single price labelling itu sebenarnya saya mempertikaikan kebijaksanaan keperluan tersebut. Sebab kalau kita laksanakan keseluruhan, ini ada akan menimbulkan masalah kepada mereka khususnya mereka yang menuntut input GST. Ini kerana mereka perlu tahu sama ada harga barang tersebut mengandungi GST di mana mereka boleh tuntut balik input GST apabila jumlah yang dilabel itu, jumlah keseluruhan tanpa mengambil kira input GST yang pembeli itu bakal untuk buat tuntutan. Jadi saya rasa langkah ini tidak sepatutnya berlaku. Pandangan, Yang Berhormat Kapar?

[Bangun]

Saya jawab dahulu Yang Berhormat Gopeng. Saya jawab dahulu. Minta maaf.

Yang Berhormat Kapar sekali ya.

Ya, saya jawab, saya jawab. Saya rasa Yang Berhormat Menteri akan jawab begini, saya rasa. Betulkan saya kalau saya salah, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri akan kata itu tidak perlu risau sebab itu akan ada dalam resit, detail itu akan ada dalam resit. Berapa percent you bayar GST itu ada dalam resit tetapi saya ingin tambahkan sebab itu adalah poin saya seterusnya yang Yang Berhormat Gopeng telah mencelah. Resit dengan harga yang dipamerkan ini perlu dipandang secara berbeza kerana ada dua sebab yang penting. Satu adalah resit ini hanya ada GST tetapi dekat sini kita sudah kata caj akhir itu adalah termasuk caj seperti semua cukai, duti, caj kerajaan, semua caj-caj lain tidak akan ada dalam resit hanya ada pada GST sahaja. So, kalau Yang Berhormat Menteri hanya akan mengatakan bahawa itu ada pada resit, breakdown of the GST is there. I rasa tidak lagi sekali menjawab secara holistik dan yang kedua adalah ini adalah isu pamerkan. Bila yang detail yang kita hendak ialah semasa kita pamerkan barang itu dan tidak ada salah kalau kita letak detail semasa harga itu dipamerkan. Ya, Yang Berhormat Gopeng.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Ya, soal GST ini. Sebab untuk seorang pembeli yang boleh tuntut input GST. Jadi pembeli itu kalau beli daripada seorang penjual yang daftar sebagai di bawah GST dan tidak di bawah GST ada kelainan dari segi kos untuk pembelian tersebut berlainan sekadar enam peratus daripada kos keseluruhan. Jadi dia ada perbezaan. Jadi kalau penjual itu tidak daftar, bukan GST collector, jadi pembeli itu bila beli barang tersebut dia bayar 100 peratus kos yang dibeli. Akan tetapi kalau dia beli daripada seorang GST collector, dia boleh tuntut bayaran balik melalui input GST. Jadi ada perbezaan harga kos walaupun pameran itu sama, kedua-duanya sama. Jadi saya rasa jawapan daripada Yang Berhormat Kapar kalau Yang Berhormat Menteri itu yang jawab saya rasa tidak begitu tepat, minta pandangan.

Yang Berhormat Kapar laluan sikit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk membantu kalau harga barang itu ditulis harga barang yang sebenar kemudian ditulis GST di situ kosong, tidak ada tax itu membantu juga untuk pengguna mengetahui bahawa barang ini sebenarnya tidak di cukai, tidak ada GST padanya. Jadi itu menolong kerajaan kerana kita tahu banyak barang-barang lebih daripada dua ribu barang-barang tidak ada GST. Jadi di situ pengguna akan tahu bahawa barang-barang ini tidak di cukai oleh kerajaan, maka itu membantu. Jadi kalaulah tidak disebutkan harga sebenarnya dan cukai-cukai itu maka kita tidak mengetahui. Terima kasih.

Boleh, Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengajak Yang Berhormat Kapar untuk mengulas sedikit tentang perkara GST yang telah diulas dan juga sebagai memberikan komentar berkaitan dengan pandangan Yang Berhormat Bagan Serai yang sekarang ini nampaknya menyalahkan peniaga rakus, peniaga zalim, peniaga tamak dan sebagainya. Sekarang ini mungkin kesalahan peniagalah tetapi tidak apalah. Saya harap peniaga di luar sana dapat tengok ini secara live dan berilah undi kepada Pakatan Harapan pilihan raya akan datang.

Cuma, satu saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Kapar adakah Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini sudah ada suatu halangan untuk keluar negara, blacklist, dengan izin kalau mereka tidak bayar GST ataupun ada tunggakan cukai GST oleh para peniaga, mereka itu tidak lagi boleh dibenarkan ke luar negara. Adakah Yang Berhormat Kapar sedar tentang perkara ini? Dan yang keduanya tadi disebut soal peniaga rakus, tamak dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Kapar sedar bahawa sekarang ini di negeri Selangor misalnya, saya baru terbaca laporan media yang mengatakan bahawa local council itu Kerajaan Persekutuan hutang local council lebih kurang dalam RM36 juta. Maknanya dia sudah bayar ini - dia tidak refund balik, Kerajaan Persekutuan tidak refund balik local council sebanyak RM36 juta walaupun kita sudah selesai bab GST tetapi nampaknya seolah-olah Kerajaan Persekutuan ini dia ada masalah dari segi refund. Saya percaya ini masalah yang besar yang juga dialami oleh peniaga-peniaga yang lain, jadi apa pandangan Yang Berhormat Kapar. Terima kasih.

Terima kasih kepada ketiga- tiga Yang Berhormat yang telah mencelah. Saya masukkan ucapan mereka ke dalam ucapan saya untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin memberi input saya dari sudut Yang Berhormat Gopeng tadi telah menanyakan tentang tuntutan yang dilakukan. Itu memang bahagian yang berbeza, memang ada wujud perbezaan dari sudut tuntutan bila harga dipamerkan seorang yang mendaftar dengan GST dan seorang penjual yang tidak mendaftar saya rasa penjelasan itu perlu diberikan. Adakah ia dirangkumi dalam akta ini juga? Berkenaan dengan Yang Berhormat Pasir Puteh memang betul. Bila ada pameran sebegitu ia memang membantu, itu yang telah dibangkitkan oleh rakan kita daripada Yang Berhormat Kuala Krai dia telah menggunakan perkataan dengan izin, breakdown of the pricing. Breakdown of the pricing is good, ia tidak akan menyusahkan mana-mana pihak. Sebagai pengguna I rasa kalau kita betul-betul hendak bagi yang terbaik kepada pengguna, we will be very happy to see the breakdown of the pricing. Yang Berhormat Bukit Katil dua isu, saya memang sedar dua-dua isu. Satu tentang tunggakan dan di blacklist kan. Ya, itu menunjukkan semangat kementerian dan kerajaan apabila hendak kenakan undang-undang terhadap seseorang yang tidak membayar GST. Akan tetapi semangat dan tindakan yang sama perlu diberikan kepada isu-isu lain seperti harga barang yang sedang meningkat, kualiti kehidupan yang sedang merudum dan sebagainya. Sebab benda ini tidak diimbangkanlah saya rasa rakyat menghadapi masalah dan sedang menderita pada tahap ini. Berkenaan dengan refund RM36 juta itu lagi sekali semangat hendak kutip ada, semangat hendak refund itu tidak ada. Saya rasa itu kena bekerja pada tahap yang sama. It has to be at the same level. Jangan kita kutip sahaja, refund mengambil masa. Saya minta Yang Berhormat Menteri terangkan kenapa kelewatan ini sampai RM36 juta tidak dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab itu adalah duit rakyat Selangor yang perlu dipulangkan kepada mereka pada masa yang ditetapkan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya bukan sahaja sebagai wakil rakyat daripada Parlimen Kapar tetapi juga sebagai Pengerusi Biro Kepenggunaan, walaupun menghargai akta ini tetapi saya minta budi bicara dan jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk memperhalusi cadangan dan menjawab persoalan yang telah ditimbulkan oleh saya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Alang-alang tadi kalau kasi berhenti pukul 5.30 baru elok.

Tuan Wong ChenPKR · PHKelana Jaya

Sambung esok.

Clocking, clocking.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sekijang. Satu minit selepas itu sambung esok.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan rang undang- undang ini. Pindaan akta ini sebenarnya memang sangat penting. Objektifnya mudah bagi memastikan pengguna terus terbela, tidak terkeliru dan dimanipulasikan oleh para peniaga di luar sana. Saban hari kita mendengar rungutan tentang kos sara hidup rakyat.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Kita juga sering kali mendengar rungutan pengguna ini ditipu, maka dengan itu dengan adanya pindaan ini ia bakal melindungi nasib kepada pengguna. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, biasanya 5.30 kita berhentikan?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Ya, Tuan Yang di-Pertua setuju.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 2 Ogos 2017.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.31 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Mewujudkan Akta Anti-Buli dalam Memerangi Jenayah Buli di Kalangan Remaja dan Kanak-kanakSpecial Chamber

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka di institusi pengajian semakin menjadi-jadi, apabila jenayah buli di Malaysia menjadi perhatian utama pelbagai pihak. Terkini, melihatkan kes buli sehingga Allahyarham kadet Zulfarhan dan mendiang T.

Nhaveen maut kerana dibuli oleh beberapa remaja secara zalim.

Dari tempoh 2012 hingga 2015, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa lebih daripada 14,000 kes jenayah buli dilaporkan seluruh negara. Majoriti kes jenayah buli yang dilaporkan sepanjang tempoh tersebut diperlakukan secara fizikal. Penganiayaan fizikal ini memberi kesan jangka panjang kepada tubuh badan pelajar berserta parut mental dan emosional yang berlarutan sehingga masa hadapannya.

Oleh itu, cadangan untuk menggubal undang-undang khas mencegah jenayah buli perlu dilaksanakan dengan kadar segera. Akta anti buli ini dapat memperkemaskan prosedur dan penelitian terhadap jenayah buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dengan Akta anti buli ini, insya-Allah Allah SWT, pelajar perlu diberikan pendedahan berkesan mengenai hak mereka sekiranya menjadi mangsa buli dan saluran yang efektif dalam melaporkan kejadian buli.

Guru juga perlu bertindak dan tidak menyembunyikan kes jenayah buli dalam akta anti jenayah buli. Malah, penubuhan akta anti buli ini disokong oleh beberapa badan pendidik dan ibu bapa termasuk Yang Berhormat Menteri juga. Ya, seperti The Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie). Akta anti buli ini seharusnya mendesak agar setiap institusi pendidikan mempunyai strategi dan perancangan yang selari dengan dasar kerajaan memerangi jenayah buli.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Oleh itu, usaha untuk menubuhkan jawatankuasa khas jenayah buli di peringkat sekolah dan universiti perlu ditubuhkan. Ekoran itu, usaha ini perlu diselaraskan dengan peruntukan dana yang mencukupi bagi menampung kos dalam membanteras jenayah buli di sekolah.

Jawatankuasa ini dapat memperkukuhkan badan kaunselor dalam menangani jenayah buli dari segi psikologi dan motivasi. Namun, ianya melibatkan mereka yang mahir dalam bidang tersebut bersama agensi yang terlibat.

Pihak kerajaan juga perlu mengkaji dan meminta Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 agar dapat membasmi jenayah buli di sekolah mengikut pendekatan baharu yang berkesan mengikut peredaran masa. Cadangan untuk memasukkan frasa memerangi jenayah buli dalam Akta Kanak-kanak

(Pindaan) 2016 juga merupakan satu langkah ke hadapan dalam mencegah jenayah buli dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Kemasukan frasa memerangi jenayah buli dalam Akta Kanak- kanak (Pindaan) 2016 turut memberi hak kepada remaja dan kanak- kanak daripada menjadi mangsa buli di kawasan persekitaran dan rumah. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius akan kes-kes buli yang berlaku khususnya melibatkan kanak-kanak sekolah.

Ini adalah kerana kanak-kanak berhak mendapat perlindungan daripada sebarang bentuk keganasan dan layanan yang buruk sama ada secara fizikal atau emosi sebagaimana yang digariskan di bawah artikel 19, Convention mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC). Tingkah laku buli adalah satu perilaku sosial yang amat kompleks dan melibatkan pelbagai pihak seperti kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa, masyarakat dan persekitaran. Antara puncanya ialah:

(i) menunjuk gaya (power play), dengan izin;

(ii) tiada kasih sayang; dan

(iii) meniru perangai dari orang dewasa dan sebagainya.

Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan, peratusan murid sekolah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam salah laku buli yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 adalah terkawal dengan trend yang menurun iaitu 0.08 peratus kepada 0.06 peratus. Dalam tempoh Januari hingga Jun 2017, sebanyak 0.02 peratus murid terlibat di dalam gejala tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod, tiada kes yang melibatkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah dalam tempoh 2012 hingga sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai mencadangkan supaya Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Akta Kanak-kanak dikaji dan dipinda dan suatu akta anti buli diadakan. Untuk makluman, Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dan Akta Kanak-kanak hanya terpakai masing-masing di sekolah. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, ia tidak dipanjangkan ke remaja yang berumur 18 tahun ke atas dan di luar persekolahan.

Kerajaan berpandangan bahawa buat masa ini perundangan yang terpakai bagi mengawal selia dan memantau isu buli adalah mencukupi.

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

Sebagai tambahan, Program Advokasi juga dilaksanakan secara berterusan bersama oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi lain seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Pertama, di bawah perundangan, jenayah buli sekiranya membabitkan kekerasan dan kematian merupakan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia terdapat sebayak RM2,322 kes buli melibatkan pelajar sekolah dari tahun 2012 hingga Jun 2017 dengan penurun kes sebanyak 22.1 peratus iaitu 846 kes bagi tahun 2012 kepada 332 kes bagi tahun 2016.

Kes-kes tersebut disiasat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan.

Di bawah Akta Kanak-kanak tahun 2001, kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan sbg pembuli boleh ditempatkan di asrama akhlak untuk diberikan intervensi yang sewajarnya. Melalui permohonan ibu bapa, penjaga atau pelindung bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai waris. Bagi kanak-kanak yang mempunyai konflik dengan undang-undang pula, mahkamah boleh memerintahkan mereka mengikuti program yang dilaksanakan di Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Henry Gurney atau melaksanakan perintah khidmat masyarakat bagi tujuan pemulihan.

Kedua, sistem pemantauan. Jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II, sebelah saya ini, Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, merupakan jawatankuasa yang diwujudkan sejak tahun 2014 yang bertujuan untuk memberi ruang kerjasama kepada semua pihak bagi membendung maslah disiplin murid melalui penglibatan semua pihak. Jawatankuasa ini telah dapat melaksanakan aktiviti secara lebih berkesan.

Ketiga, pengisian data salah laku disiplin murid dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh KPM, peratusan murid sekolah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat dalam salah laku buli yang direkodkan dalam SSDM bagi tahun 2012 hingga tahun 2016 adalah terkawal dengan trend yang menurun iaitu 0.08 peratus kepada 0.06 peratus. Dalam tempoh Januari hingga Jun 2017, sebanyak 0.02 peratus murid terlibat dalam gejala tersebut dan berdasarkan rekod, tiada kes yang melibatkan kematian akibat perbuatan buli dalam kawasan sekolah dalam tempoh 2012 hingga sekarang.

Keempat, pelaporan dan tindakan oleh sekolah. Buli dan gengsterisme dikawal dan dipantau melalui empat arahan surat pekeliling ikhtisas KPM iaitu:

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul KarimPBB · BNMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Batang Lupar

(i) Surat Siaran Menangani Tingkah laku Ala Samseng dalam kalangan murid bertarikh 11 Mac 2009;

(ii) Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 8/2010, Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam kalangan Murid di sekolah;

(iii) Surat Siaran Pematuhan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam kalangan murid di sekolah bertarikh 11 November 2014; dan

(iv) Surat pekeliling ikhtisas bilangan 7/2011, pelaksanaan standard operating procedure 137 pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid 2011. Sekiranya didapati murid terlibat dengan kegiatan sama ada buli atau gengsterisme, pihak KPM mewajibkan sekolah menubuhkan jawatankuasa disiplin sekolah.

Dalam pada itu KPM turut mengeluarkan buku panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah, cetakan kedua tahun 2014 sebagai panduan kepada pihak sekolah dalam usaha menangani gejala buli di peringkat sekolah.

Kelima, pegawai perhubungan sekolah (PPS) dan peti aduan di sekolah. Bagi program Advokasi pula, kita ada program dinamakan Sahabat Bijak. Program Keselamatan Kanak-kanak di Sekolah atau Sahabat Bijak, dilaksanakan sejak tahun 2014 dengan kerjasama agensi- agensi kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor korporat dan masih diteruskan dari semasa ke semasa. Ia bertujuan untuk menyebar luas maklumat berkaitan aspek keselamatan kanak-kanak termasuk literasi undang-undang kepada kanak-kanak sekolah, ibu bapa, penjaga, guru serta masyarakat.

Keenam, khidmat kaunseling. Ibu bapa, penjaga atau guru boleh merujuk dan mendapat khidmat kaunseling di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga. Kepada kes-kes penderaan termasuk kes buli atau penderaan dan juga kepada pembuli dan pendera. Kementerian ingin menekankan sokongan dalam melaksanakan advokasi perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di sekolah atau di rumah sama ada melalui Biro Kebajikan atau Pendidikan di negeri-negeri dan keprihatinan terhadap isu semasa ini amat diperlukan memandangkan perlakuan sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa dalam institusi pendidikan sebagai rumah kedua bagi anak-anak kita.

Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Melihat Kembali Jadual Persekolahan di MalaysiaSpecial Chamber

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saban tahun kita mendengar bagaimana pelajar-pelajar terkandas dan tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akibat hujan lebat atau buku-buku dibawa arus atau air banjir menaiki kawasan sekolah.

Lazimnya, pelajar akan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan. Akan tetapi akibat hujan lebat dan kadangkala banjir menyebabkan semua persediaan menjadi musnah dan tidak menjadi. Amat malang bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur kerana pada waktu-waktu ini hujan lebat di kawasan mereka. Manakala amat beruntung mereka di kawasan Pantai Barat kerana tengkujuh tidak berlaku di sini. Monsun timur laut atau musim tengkujuh akan datang setiap tahun dan kita tidak berkuasa mengubahnya tetapi mengubah jadual persekolahan dan jadual peperiksaan adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Kenapakah permulaan persekolahan mesti bermula pada bulan Januari dan peperiksaan SPM terjadi pada bulan November dan Disember di waktu musim tengkujuh. Apakah kekangan dan masalahnya jika peperiksaan tidak diadakan pada bulan November dan Disember.

Ianya elok dan praktikal peperiksaan diadakan pada bulan-bulan kering seperti Mac dan April dan waktu persekolahan bermula boleh dijadualkan semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sungai Petani atas cadangan Melihat Kembali Jadual Persekolahan di Malaysia.

Izinkan saya menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Penggal persekolahan di Malaysia disediakan dengan mengambil kira cuti umum sempena sambutan perayaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan serta hari kebesaran negeri-negeri di Malaysia. Pelaksanaan penggal persekolahan sedia ada turut dijadikan asas kepada peruntukan waktu pelaksanaan kurikulum kebangsaan di semua sekolah selain mempengaruhi tarikh dan tempoh bermula dan tamat peperiksaan awam terutamanya peperiksaan umum yang mempunyai kesan kepada peluang pendidikan lanjutan murid ke peringkat sijil, diploma mahupun ijazah sarjana muda.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Cadangan perubahan untuk tidak memulakan persekolahan pada bulan Januari akan mempunyai implikasi dari segi perundangan, tadbir urus, prosedur kewangan dan aktiviti-aktiviti utama pendidikan serta program selepas menengah. Merujuk kepada Akta Pendidikan

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

1996 [Akta 550], seksyen 29A. Pendidikan Rendah Wajib; menyatakan bahawa “Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari, dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah sepanjang tempoh pendidikan wajib”. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998; turut menyatakan, ‘Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari’. Dengan mengambil kira peraturan ini, KPM juga telah merancang takwim persekolahan supaya penggal persekolahan berakhir sebelum musim tengkujuh bagi mengelakkan bilangan hari persekolahan terjejas akibat bencana banjir.

Tuan Yang di- Pertua, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dilaksanakan pada bulan November dan Disember kerana berkait rapat dengan penggal persekolahan (pengajaran dan pembelajaran) yang telah dirancang oleh kementerian. Penggal persekolahan yang bermula bulan Januari akan memberi masa yang mencukupi untuk pembelajaran murid, pengajaran guru dan sekolah menghabiskan sukatan pelajaran yang disediakan. Ini penting kerana pentaksiran yang dilakukan adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menangani bencana banjir yang dijangka berlaku pada bulan Oktober hingga Disember setiap tahun bagi memastikan semua calon-calon SPM menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah-langkah proaktif tersebut adalah seperti berikut:

(i) penubuhan jawatankuasa di peringkat KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan sekolah yang dikenali sebagai Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan Peperiksaan Awam (JKPPA);

(ii) garis panduan untuk semua pihak menghadapi bencana banjir juga dikeluarkan oleh KPM;

(iii) Lembaga Peperiksaan (LP) telah mempersiapkan prosedur yang meliputi langkah-langkah keselamatan berkaitan dengan nyawa dan bahan peperiksaan yang perlu diikut oleh para petugas peperiksaan, PPD, JPN dan orang awam melalui Pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2001 yang dikenali sebagai Operasi Payung;

(iv) mengadakan kerjasama dengan kementerian dan agensi yang terlibat, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bagi bantuan makanan, penginapan, pusat pemindahan dan bot semasa banjir; dan

(v) selain itu, untuk memastikan semua calon mendapat kertas soalan pada masa yang ditetapkan sewaktu berlaku banjir, Pekeliling

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Persediaan Menghadapi Situasi Pintu Bilik Kebal Yang Tidak Boleh Dibuka dan Boleh Menjejaskan Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2007 yang dikenali sebagai Operasi Tebuk juga telah disediakan. Ini adalah untuk memastikan semua bilik kebal yang dikendalikan oleh LP dapat dibuka sewaktu peperiksaan berlangsung. Langkah ini akan memastikan integriti perjalanan peperiksaan tidak terjejas walaupun berlaku banjir.

Tuan Yang di-Pertua, KPM mengenal pasti semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berada di kawasan yang dijangka banjir setiap tahun. Calon-calon SPM ini sentiasa diberi keutamaan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan Peperiksaan Awam (JKPPA) peringkat negeri dan daerah. Ramalan banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia tujuh hari lebih awal membolehkan JKPPA bertindak segera untuk memastikan calon menduduki peperiksaan.

Bagi calon-calon peperiksaan SPM yang tinggal di pusat pemindahan banjir, pihak JKKPA dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba Malaysia akan menghantar calon ke pusat peperiksaan yang berhampiran.

Asrama-asrama sementara di sekolah menengah yang berkaitan akan dibuka untuk memastikan calon sentiasa berada di kawasan pusat peperiksaan dan tidak terkandas dengan banjir serta memudahkan calon untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Pada tahun lepas, seramai 434,535 calon menduduki SPM, sedikit berkurangan berbanding dengan seramai 440,682 calon pada tahun sebelumnya iaitu 2015. Berdasarkan rekod KPM, tiada calon yang terkandas dalam bencana banjir dan tidak dapat menduduki peperiksaan SPM seperti yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Petani.

KPM juga telah mengarahkan sekolah-sekolah yang terletak dalam kawasan berisiko banjir melaksanakan pengurusan dan penyimpanan aset serta peralatan sekolah yang bersesuaian bagi mengelakkan kerosakan akibat banjir. Bagi menangani masalah buku- buku yang dibawa arus atau dilanda banjir, KPM melalui Bahagian Buku Teks telah menyediakan pelan kontingensi bagi menggantikan buku- buku teks yang musnah dengan segera bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Tuan Yang di- Pertua, sebarang cadangan perubahan tarikh peperiksaan SPM kepada bulan Mac dan April menuntut kepada kajian dasar bagi mengenal pasti kebolehlaksanaan suatu model baharu penggal persekolahan. Ini adalah untuk menggelakkan impak negatif kepada tadbir urus dan pelaksanaan semua aktiviti utama pendidikan seperti tarikh bermula dan tamat peperiksaan umum, keakuran tempoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi keperluan Kurikulum Kebangsaan, dan aktiviti lain yang dianjurkan oleh agensi luar KPM seperti Program Latihan Khidmat Negara bagi calon lepasan SPM.

KPM juga terikat dengan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan yang menetapkan segala perbelanjaan akan menggunakan peruntukan semasa dan pembayaran dibuat sehingga bulan Januari tahun berikutnya.

Datuk Chong Sin WoonTimbalan Menteri Pendidikan

Banjir merupakan satu fenomena alam yang sukar dijangka tetapi sikap berwaspada dan merancang tindakan awal bagi membantu calon- calon SPM menduduki peperiksaan dengan selamat mampu mengurangkan impak bencana ini. Walau bagaimanapun, KPM sentiasa mengingatkan pihak JPN, PPD dan sekolah supaya memainkan peranan secara proaktif bagi memastikan calon SPM menduduki peperiksaan seperti yang dirancang.

KPM juga sangat menghargai bantuan dan kerjasama semua pihak terutama kementerian dan agensi yang berkaitan yang sentiasa membantu dalam menangani situasi banjir. KPM berharap kerjasama padu seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan, selaras dengan anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 2 Ogos 2017.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.58 petang]