Dewan Rakyat · 14 November 2017

15th Parliament, session 5, meeting 3 · 968 turns · 80,896 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor · question

1. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah punca banjir besar berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini walaupun kita mengetahui terdapat elemen hujan lebat yang luar biasa dan fenomena air pasang. Fenomena hujan lebat ini juga dialami oleh negeri-negeri lain tetapi kesan banjirnya tidaklah seburuk banjir yang berlaku di Pulau Pinang.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang begini hebat. Saya mulakan dengan membaca ayat Al-Quran surah Al-Imran ayat 182 yang bermaksud, “Azab yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tangan mu sendiri dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiayai hamba-hambanya”. Ayat yang kedua ialah surah Ar-Rum ayat 41; “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka bahawa sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” Tuan Yang di-Pertua, bacaan hujan di stesen Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dan Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan jumlah hujan yang tinggi bermula pada pukul dua petang pada 4 November 2017 sehingga lima petang pada 5 November 2017. Daerah Timur Laut menerima 289 milimeter, Daerah Barat Daya menerima 237 milimeter, Daerah Seberang Perai Utara menerima 372 milimeter, Daerah Seberang Perai Tengah 327 milimeter dan Daerah Seberang Perai Selatan menerima 165 milimeter. Pada masa itu, sedangkan purata hujan bulanan negeri Pulau Pinang adalah 150 milimeter sebulan. Penerima hujan di daerah-daerah yang disebutkan tadi dalam tempoh 15 jam telah melebihi purata hujan bulanan. Jadi tidak menghairankan bencana banjir telah berlaku. Manakala Jabatan Meteorologi juga telah mencatatkan kekuatan angin selaju 40 hingga 60 kilometer sejam. Tuan Yang di-Pertua sesungguhnya banjir diburukkan lagi dengan bacaan air pasang laut di Pulau Pinang yang kebetulan berlaku semasa fenomena bulan penuh iaitu setinggi 2.66 meter pada 4 November 2017. Manakala bagi bacaan air pasang pada 5 November 2017 adalah 3.07 meter. Keadaan ini menyebabkan air sungai tidak dapat keluar dengan lancar ke laut kerana pertembungan dengan air pasang. Daripada segi natijah perbuatan manusia pula, pembangunan yang telah rancak selepas tahun 2008 telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di Pulau Pinang dan perairan sekitarnya melalui pembangunan di cerun atau di lereng bukit serta penambakan laut.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Didapati infrastruktur seperti parit dan saliran tidak dinaik taraf seiring dengan pembangunan dan tidak dapat menampung kapasiti yang semakin meningkat. Infrastruktur- infrastruktur parit dan saliran ini perlu dinaikkan taraf dengan sewajarnya. Pengurusan kawasan tadahan hujan kerana pembangunan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyerap air. Ini mengakibatkan air larian bertambah. Dalam keadaan banjir baru-baru ini air turun bersama selut, airnya berwarna kuning, ini adalah akibat pemotongan bukit dan pembinaan cerun bukit. Akhir sekali di Seberang Perai pada masa sebelum ini ianya ialah untuk tujuan pertanian. Kebanyakan infrastruktur yang dibina pada ketika itu mengambil kira sistem saliran pertanian. Kini tebus guna dan perubahan guna tanah kepada perindustrian dan perumahan telah menukar corak kegunaan saliran. Saluran keluar utama kawasan Seberang Perai adalah Sungai Prai atau Sungai Perai, antara laluan Sungai Prai merangkumi Sungai Kulim dari Kedah. Sekiranya hujan lebat di Kedah maka Sungai Prai perlu menampung aliran yang lebih dan akhirnya membanjiri Seberang Perai. Terima kasih.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan mangsa banjir yang begitu ramai yang terlibat di dalam banjir pada masa banjir tersebut, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah bantuan- bantuan yang telah disampaikan kerana baru-baru ini semalam Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sehingga jam 8 pagi, 7 November 2017, keseluruhan mangsa banjir ialah seramai 7,680 daripada 1,722 buah keluarga telah ditempatkan di 71 pusat perpindahan. Angka ini sebenarnya telah bertambah pada 8 dan juga 9. Kit-kit makanan permulaan, kit hygiene, makanan bermasak, tuala mandi, tikar lipat, tilam, bantal dan selimut telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat perpindahan. Privacy mangsa-mangsa banjir juga dijaga dengan menempatkan pengadang, partition di pusat-pusat perpindahan. Kebajikan mangsa bencana terus dijaga dan mereka akan menerima sumbangan wang ihsan bencana. NADMA Malaysia bersedia untuk mengagihkan bantuan wang kepada mangsa bencana selepas senarai nama mangsa menerima pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Daripada segi bantuan tenaga manusia pula, pelbagai agensi kerajaan beruniform dan bukan beruniform seramai 3,477 orang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kebajikan mangsa banjir di pusat-pusat perpindahan. Usaha mencari dan menyelamat, pengangkutan jalan raya, accessibility perhubungan, kesihatan dan perubatan sokongan teknikal dan pakar serta kawalan keselamatan. Pengurusan bencana pada kali ini mendapat sokongan juga daripada NGO, daripada dalam Pulau Pinang dan juga di luar Pulau Pinang. Tidak ketinggalan sektor swasta serta orang perseorangan yang membantu dari segi pengagihan bantuan makanan dan keperluan lain. Lambakan bantuan yang diterima daripada pihak-pihak yang bermurah hati ini telah dibantu penyelarasannya oleh NADMA Malaysia di pusat-pusat perpindahan. Saya ingin maklum kepada Yang Berhormat, saya berada seawal-awalnya semasa banjir yang berlaku di Pulau Pinang dan saya menyelaraskan bantuan, termasuklah memindahkan orang, memastikan semasa mereka di pusat perpindahan dijaga dengan baik dan sering kali saya menyebut bahawa mereka akan diberi layanan diraja semasa di pusat perpindahan. Selepas itu, selepas mereka balik, kita membantu mereka untuk mencuci rumah dan sebagainya. Agensi kerajaan, Kerajaan Pusat terutamanya, memberi bantuan yang cukup luar biasa kepada penduduk Pulau Pinang baru-baru ini. Tanpa sokongan dan bantuan daripada agensi Pusat, saya kurang pasti apa yang mungkin boleh berlaku dengan apa yang telah saya ceritakan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya nampak bahawa soalan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor adalah sedikit berbaur politik tetapi saya rasa musibah banjir harus bantu semua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jadi, soalan saya kepada Menteri adalah bolehkah Yang Berhormat Menteri membantu negeri Pulau Pinang dengan memberi RM2 bilion simpanan luar jangka? Ini kerana pada tahun 2015, Kelantan dan Terengganu mendapat RM2 bilion bantuan luar jangka akibat banjir yang besar berlaku di sana. Jadi, kena berlaku adil, bolehkah Yang Berhormat Menteri melalui MKN meluluskan peruntukan tersebut untuk bantu Pulau Pinang? Terima kasih.

[Dewan riuh]

Saya berterima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana Yang Berhormat memohon peruntukan tambahan wang luar jangka. Akan tetapi kenapa Yang Berhormat tidak sokong bajet semalam?... [Tepuk] Bajet semalam sepatutnya disokong oleh pihak pembangkang...

Itu baru betul Menteri jawab.

...Bukan sahaja menentang tetapi minta buat belah bahagi undi dan belah bahagi undi menunjukkan bahawa Barisan Nasional mendahului dengan 100 undi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Jawab sahajalah Menteri, boleh bagi kah RM2 bilion?

Tak malu! Tak malu!

Yang Berhormat, kenyataan bahawa Terengganu mendapat RM2 bilion dan sebagainya, itu ialah tidak benar dan Kelantan, tidak benar. Kami NADMA hanya terlibat untuk membaiki rumah semasa banjir besar yang melanda negara yang melibatkan 650,000 orang mangsa, yang terbesar dalam sejarah. Yang Berhormat tidak mungkin berjumpa lagi dalam 100 tahun lagi. Itu sahaja yang kita bagi, pembaikan rumah kerana rumah itu rosak habis, tidak ada yang tertinggal lagi, kemudian kita bagi yang lain-lain ialah bantuan semasa perpindahan. Tugas NADMA ialah memastikan mereka berpindah melalui APM dan juga agensi lain, polis, tentera, bomba, RELA. Memastikan mereka pindah dengan selamat dan semasa di pusat perpindahan, kita jaga mereka dengan baik, memberi makan, minum dan sebagainya. Kali ini kita ada sedikit pertambahan, di mana kita mengadakan partition dan cuba mengasingkan lelaki-lelaki daripada perempuan supaya mereka yang berpindah ada privacy sedikit. Jadi, ini menunjukkan bahawa pengurusan banjir pada kali ini dibuat dengan baik dan kita bersiap siaga untuk menampung mangsa banjir pada bila-bila masa, sebanyak dua juta orang kalau berlaku banjir di negara ini, kita bersiap siaga. Kali ini kita bersyukur sebab semua sekali Ahli Yang Berhormat juga anggota Kolonel Kehormat Pertahanan Awam yang sepatutnya hadir semasa berlaku banjir baru-baru ini. Mungkin masa itu Yang Berhormat semua sibuk tetapi kalau Yang Berhormat tidak sibuk, sila hadirkan diri untuk sama-sama memberi bantuan. Berhubung dengan RM2 juta semalam, yang RM2 bilion Yang Berhormat pohon, benda ini akan dibincangkan di peringkat lain, bukan di peringkat saya. Akan tetapi yang saya hendak sebutkan sekali lagi ialah saya kesal sesungguhnya sebab Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang menentang belanjawan semalam, termasuk untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Jadi, mangsa banjir sekarang ini tidak mendapat sokongan daripada pembangkang. Terima kasih.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

2. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah usaha kementerian dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan supaya lebih berdaya saing serta memenuhi permintaan industri.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Besut

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut yang telah menunjukkan keprihatinannya di dalam penguasaan bahasa Inggeris di peringkat universiti dan kolej. Bahasa Inggeris adalah penting untuk pelajar sebenarnya. Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan untuk memastikan graduan-graduan kita mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik, mampu menulis, membaca, mendengar dan bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kementerian telah melancarkan MEA ataupun Malaysia English Assessment. Satu program supaya pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan juga menepati kualiti dengan memastikan ianya selaras dengan Common European Framework of Reference (CEFR). Kelayakan ini boleh guna pakai bukan hanya di negara kita tetapi juga di seluruh dunia. Ini kerana CEFR ini di iktiraf seluruh dunia. Malaysia English Assessment ataupun MEA akan menjadi satu game changer, dengan izin, dalam penguasaan bahasa Inggeris di kolej-kolej dan universiti dalam negara kita. MEA mempunyai dua komponen. Satu, komponen MEA1 - komponen yang formal, iaitu taksiran secara formal. Keduanya, secara tidak formal, yang di mana pembelajaran dalam situasi sebenar dilaksanakan iaitu dalam alam pekerjaan ataupun aktiviti luar kelas berasaskan tugasan ataupun, dengan izin, task based assessment. Program-program lain di samping MEA juga dilaksanakan seperti English Language Enhancement Project dengan kerjasama Talent Corp, finishing school untuk pelajar-pelajar tahun akhir, program-program immersion dilaksanakan semasa cuti semester, di mana mereka mengadakan debat, drama dan simulasi. Program English Language Carnival juga merupakan program-program yang berasaskan aktiviti dan tugasan dan kerjasama dengan Cambridge Malaysian Education Development Trust (CMEDT) untuk melaksanakan CATS ataupun Cambridge Accessible Test. Dengan program-program ini kita harap akan dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dan kebolehpasaran graduan-graduan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran melalui peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, adakah ada kaedah-kaedah lain yang digunakan oleh kementerian bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran para graduan IPT di negara ini? Terima kasih.

Ada banyak program lain yang sedang dilaksanakan di kementerian, di antaranya ialah program penaksiran pelajar-pelajar dan juga program pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Di antara program penaksirannya berbeza ialah dengan penggunaan integrated CGPA. Di mana taksiran lebih holistik, di mana taksiran bukan hanya berpusat kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga menilai, mentaksir kemampuan mereka bercakap, berkomunikasi, kemampuan keusahawanan mereka, kemampuan kemahiran praktikal mereka dan termasuk juga etika mereka.

Untuk pengajaran pembelajaran, kita mempunyai program-program seperti 2U2I, dua tahun di universiti, dua tahun di industri. Ia merupakan satu program work based learning yang amat popular sekarang ini yang memang diminati oleh banyak industri. Semasa saya berjumpa dengan industri, mereka memang gemar dengan program ini untuk memastikan pelajar-pelajar mempunyai pengalaman yang mencukupi. CEO Faculty Program juga merupakan program di mana kita melantik CEO syarikat- syarikat besar untuk menjadi adjunct professor universiti. Sehingga kini, lebih 70 CEO telah datang bukan hanya mengajar, ada yang telah- antaranya AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengecat kapal terbangnya dengan logo UPM di badan kapal terbang tersebut. Di samping itu juga, mereka juga mengambil pensyarah-pensyarah PhD muda untuk disangkutkan di syarikat mereka masing-masing untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Program-program MOOC ataupun online learning, program-program Gap Year di mana pelajar-pelajar boleh berhenti belajar selama setahun untuk menimba pengetahuan dan juga pengalaman sama ada dalam bentuk pekerjaan tetapi juga untuk memahami tentang kehendak diri mereka. Inilah antara program yang akan memastikan bahawa kebolehpasaran graduan kita akan terus meningkat.

Dr. Tan Seng GiawDAP · PRKepong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah cara-cara utama untuk mencapai CEFR dan prestasinya?

Ya, CEFR yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kepong tadi merupakan Common European Framework of Reference. Asasnya ialah saya katakan tadi MEA1. MEA1 ialah pengajaran di dalam kelas secara formal. Juga yang pentingnya ialah juga saya dah katakan tadi ialah MEA2 di mana pembelajaran yang tidak formal. Pembelajaran yang dalam situasi sebenar ialah pembelajaran di mana mereka bergiat dalam alam pekerjaan mereka ataupun aktiviti luar kelas berasaskan tugasan. Juga melibatkan aktiviti-aktiviti immersion, aktiviti-aktiviti saya katakan tadi karnival di mana pelajar-pelajar digalakkan untuk melaksanakan atau menggunakan bahasa Inggeris dalam apa juga program yang mereka laksanakan. Katakanlah berinteraksi dengan industri, mereka digalakkan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan industri. Mereka-mereka keluar dari kampus, mereka dibawa ke sekolah-sekolah untuk memastikan kemampuan bahasa Inggeris mereka itu selaras dengan apa yang dikehendaki oleh industri keseluruhannya. Pada masa yang sama juga, ia ada enam kategori di mana C2 dan C1 ini kalau mereka dapat C2 dan C1 ini dalam pentakrifan CEFR ini, mereka mampu untuk mengajar di sekolah-sekolah Inggeris seluruh dunia. Untuk dalam negara kita, B1 dan B2 ini. B1 baik untuk mereka dalam bidang industri yang tidak banyak menggunakan bahasa Inggeris. Kalau B2, mereka mampu bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Inilah kategori-kategori yang diguna pakai di seluruh dunia yang memastikan pelajar-pelajar kita, graduan-graduan kita apabila mereka keluar kelak mereka mampu untuk menguasai bahasa Inggeris. Jadi sebab itu saya mengatakan program MEA ataupun Malaysia English Assessment ini merupakan satu game changer untuk memastikan penguasaan bahasa Inggeris itu dapat dilaksanakan dengan baik di universiti-universiti. Terima kasih.

Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin · question

3. Dato' Sri Hasan Arifin [Rompin] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, umum mengetahui bahawa negara banyak bergantung kepada pengimportan susu segar bagi memenuhi keperluan domestik. Mohon Menteri menyatakan peranan utama Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara sebagaimana yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri dalam memastikan kejayaan industri tenusu negara.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Rompin bahawa sehingga sekarang kita terlalu banyak bergantung pada import untuk mendapatkan bekalan susu kita dan juga daging. Jadi, sebab itu kita merasakan ada sesuatu pendekatan baru yang perlu kita buat. Selama ini kita mengharapkan satu agensi sahaja dalam kementerian iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melihat keseluruhan aspek ini dan kita rasakan ia tidak mencukupi kerana kita fikirkan bahawa jabatan ini sepatutnya lebih menumpukan kepada kesihatan haiwan-haiwan ternakan kita dan kita perlukan satu badan baru bagi mengembangkan keperluan tuntutan tenusu dan juga daging dalam negara kita. Jadi sebab itu baru-baru ini dicadangkan Lembaga Tenusu dan Ruminan, mungkin kita cari nama yang lebih sesuai lagi yang perlu ditubuhkan. Antara lainnya ialah melalui lembaga ini, kita dapat membangunkan industri tenusu dan pedaging negara.

Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekUMNO · BNMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Kemaman

Yang keduanya, membantu mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial golongan penternak susu dan ruminan dan untuk membangunkan keseluruhan aspek perniagaan industri dan pembangunan nilai tambah kepada industri ini. Fungsi lembaga juga merangkumi aspek-aspek perancangan, penyelarasan, pemberian khidmat nasihat, pemasaran dan keperluan lain bagi menjamin kelestarian industri tenusu dan ruminan kita.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah contoh industri sokongan yang dilihat berupaya dibangunkan hasil kesan positif daripada pembangunan industri tenusu negara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Selama ini kalau kebanyakan orang melihat kalau kita hendak ternak lembu tenusu ataupun lembu berdaging misalnya, selalunya kita hanya melihat kawasan di mana lembu itu dipelihara tetapi kita tidak melihat aspek yang besar lagi iaitu tentang menyediakan makanan kerana makanan itu adalah merupakan satu asas yang penting. Kalau mengikut perkiraannya ialah seekor lembu memerlukan satu ekar tanah. Ertinya kalau kita ada 200 ekor, sekurang-kurangnya memerlukan 200 ekar tanah. Sekarang ini kalau kita katakan memerlukan, kita perlukan suatu angka yang munasabah. Kita perlu antara 20,000 hingga 30,000 ekor. Kita bayangkan berapa banyak kawasan tanah untuk kita sediakannya kerana makanannya kena ada makanan yang spesifik. Kalau tenusu, sebaik- baiknya rumput yang tertentu, misalnya rumput napier ataupun tanaman jagung kerana tanaman jagung yang boleh dijadikan silage, boleh digunakan asas pada makanan kepada lembu kita. Untuk berbuat demikian, kita memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk kerajaan-kerajaan negeri kerana tanah di bawah kerajaan negeri. Jadi sebab itu kita mesti mencari model yang baik. Contohnya, setiap mereka yang memelihara lembu ini, Tuhan berikan satu perkara yang sepatutnya kita melihat sebagai sebahagian daripada keperluan yang dikehendaki, misalnya buangan ataupun najis tinja kepada lembu-lembu ini adalah merupakan baja asli yang perlu diproses untuk tujuan menyuburkan tanah. Jadi ini juga perlu ada suatu putaran yang perlu kita bina dalam seluruh rantaian nilai kepada ternakan ini. Kemudiannya, kita perlukan tempat memproses susu yang dikeluarkan. Ia tidak boleh terlalu jauh. Misalnya sekarang ini kita ada Lembah Muadzam misalnya, tetapi prosesnya di Johor. Ia tidak economical dan tidak praktikal. Jadi sebab itu kita perlukan tempat proses yang berdekatan. Jadi ini antara sokongan-sokongan yang diperlukan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Di Kelantan, kita ada juga usaha-usaha kecil-kecilan di tanah-tanah ragut yang ada dan di Pasir Puteh ada kawasan yang sudah pun dibangunkan oleh Jabatan Veterinar dan juga penternak-penternak yang mengusahakan tenusu ini secara kecil-kecilan.

Masalah yang paling besar yang kita hadapi ialah pada penternak. Hendak mencari penternak-penternak yang gigih dalam usaha ini suatu yang susah. Apakah kerajaan melihat ini juga satu masalah yang besar yang perlu ditangani iaitu masalah di pihak penternak? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu kita perlu ada satu lembaga. Tidak boleh mengharapkan satu jabatan dan kita harapkan di dalam lembaga ini ada wakil daripada kerajaan negeri juga untuk membantu untuk melihatnya daripada perspektif yang lebih luas. Misalnya kita katakan salah satu daripadanya ialah kita minta sekolah-sekolah suatu masa nanti, program susu di sekolah itu dipertingkatkan. Sekarang ini mungkin permintaannya sekitar RM60 ke RM70 juta, tetapi kalau kita boleh tingkatkan bahawa sehingga RM200 juta, RM300 juta permintaan susu itu sebagai asas kepada pasaran yang sudah sedia ada. Jadi dengan sendiri penternak sudah tahu siapa yang hendak dijual perkara ini.

Jadi daripada situ kita bangunkan misalnya projek-projek bilik sejuk untuk sekolah bagi menyimpan susu dan bagaimana pula kalau susu ini dikeluarkan waktu cuti sekolah bagaimana. Kalau negara lain misalnya di Thailand sebagai contohnya, dia ada program bagaimana menghantar susu ini untuk murid walaupun waktu cuti sekolah. Jadi ini juga mesti dilihat secara menyeluruh supaya apabila demand yang sudah ada ia akan dapat membantukan orang yang mengeluarkannya mendapat suatu jaminan bahawa ianya laku dan ianya diperlukan. Jadi ini sebahagian daripada aspek besar yang perlu dilihat bukan sahaja orang yang mengeluarkan, orang yang menggunakan dan pendidikan bahawa tidak ada suatu katakan pilihan kepada budaya kita bahawa mengambil susu segar itu adalah suatu kemestian kerana pada hari ini kita kata kita mengeluarkan lebih kurang 50 peratus. 50 peratus daripada apa sebab kita katakan bahawa purata rakyat kita hanya mengambil 20 liter setahun, puratanya. Akan tetapi ini tidak mencukupi, Eropah 120 liter, Jepun mengubah cara hidupnya sehingga 50 liter sekarang ini. Oleh sebab itu bola kita tidak boleh hendak lawan Palestin misalnya kerana rakyatnya daripada kecil lagi ambil susu yang menguatkan otot, menguatkan tulangnya menjadi orang yang lebih kuat. Jadi sebab itu susu segar tidak ada pilihan melainkan kita mesti bangunkan keupayaan dan budaya masyarakat kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Nawawi bin AhmadUMNO · BNLangkawi · question

1. Dato' Ir. Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu sistem pembelajaran khas untuk sekolah tahfiz, di mana kita dapati terlalu banyak sekolah tahfiz swasta diwujudkan. Justeru, kementerian tidak dapat mengawal cara pembelajaran dan memantau keadaan sekolah- sekolah tahfiz. Sekiranya berlaku keadaan tidak diingini, pihak kementerian juga disalahkan.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ DusukiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum semua institusi pendidikan agama termasuk sekolah-sekolah tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak adalah perlu berdaftar dan tertakluk kepada enakmen kawalan sekolah-sekolah agama atau undang- undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di negeri berkenaan. Ini adalah selaras dengan ketetapan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri. Oleh itu, aspek akademik dan sistem pembelajaran dan pengurusan sekolah berkenaan adalah berada di bawah kawalan pihak berkuasa agama negeri berkenaan. Pada masa ini, tiada sistem pengajian tahfiz yang khusus atau selaras yang diguna pakai oleh pengusaha sekolah tahfiz. Kebanyakan sekolah tahfiz menggunakan kaedah dari pelbagai aliran pengajian bergantung kepada aliran pengajian guru masing-masing. Kerajaan menyedari bahawa sistem pendidikan tahfiz perlu ditambah baik untuk menjamin kualiti lepasan pelajar sekolah tahfiz adalah terjamin. Oleh itu, kerajaan melalui pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedang merangka empat model kokurikulum yang boleh diguna pakai oleh institusi tahfiz bagi menjamin masa depan dan hala tuju pelajarnya.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ DusukiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Model-model tersebut merangkumi Tahfiz Turath iaitu pengajian tahfiz Al-Quran bersama kitab Turath, Tahfiz Sains iaitu pengajian tahfiz Al-Quran bersama mata pelajaran Sains, Tahfiz Dini iaitu pengajian tahfiz Al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam, Tahfiz Kemahiran iaitu pengajian tahfiz Al-Quran bersama modul kemahiran. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan. Apakah perancangan dan pendekatan kerajaan untuk merealisasikan aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi melahirkan 125,000 huffaz di bawah TN50 menjelang tahun 2050?

Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Langkawi yang begitu prihatin berkenaan dengan pembangunan sistem pendidikan tahfiz di Malaysia. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara seiring dengan apa yang diaspirasikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui TN50 yang bakal digerakkan selepas tamatnya Wawasan 2020 nanti bagi tempoh 30 tahun selepas 2020 nanti sasaran yang digariskan ialah 125,000 huffaz yang ingin dilahirkan oleh kerajaan. Bukan sahaja huffaz yang mempunyai kemahiran dalam aspek penghafalan Al- Quran tetapi juga yang paling utama sekali ialah mereka juga mempunyai kemahiran dalam pelbagai disiplin dan bidang ilmu atau kita kenali sebagai huffaz profesional. Ini seiring dengan apa yang sering diungkapkan dan digariskan oleh Al-Quran, Allah SWT meletakkan ataupun mengistilahkan generasi sebagai generasi Ulul Albab yang disebut dalam Al-Quran dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ; “Generasi ini harus memiliki dua kekuatan iaitu kekuatan kerohanian; zikir, sentiasa ingat dan sentiasa terikat dengan Al-Quran dengan Allah SWT dan yang kedua kekuatan fikir iaitu mempunyai keupayaan menerajui pelbagai disiplin ilmu kerana ini merupakan antara tuntutan agama”. Oleh sebab itulah dalam konteks ini kalau kita lihat dalam kerangka pendidikan tahfiz di Malaysia ini sekurang-kurangnya kita mempunyai lima komponen yang boleh membantu untuk merealisasikan 30 tahun nanti kita mencapai target 125,000 ini. Sebagai contoh di bawah Kerajaan Persekutuan kita mempunyai sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di mana ketika ini kita mempunyai 31 buah sekolah di antara 11 SMKA, empat sekolah berasrama penuh dan 16 SABK yang melaksanakan apa yang dikenali sebagai Kokurikulum Bersepadu Tahfiz dan juga 15 buah sekolah yang melaksanakan apa yang dipanggil sebagai Kokurikulum Bersepadu Tahfiz Model Ulul Albab, ini yang pertama. Kedua, di bawah MRSM Ulul Albab pada ketika ini kita mempunyai empat MRSM Ulul Albab yang sudah beroperasi sejak 2009 sehingga 2016 sudah melahirkan 1,164 huffaz pelajar-pelajar yang menamatkan SPM dengan keupayaan menghafal Al-Quran dan ketika ini dimaklumkan juga lima sedang dalam proses pembinaan termasuk satu di Semporna, Bagan Datuk, Ketereh, Bera dan juga Sik. Ketiga, melalui Darul Quran JAKIM. Daripada 1996 hingga 2017 kita sudah mempunyai 7,030 graduan huffaz yang mana ada di kalangan mereka yang sudah menjadi doktor, jurutera, akauntan, pentadbir-pentadbir kerajaan yang hari ini sudah berada dalam pasaran dalam kerangka huffaz profesional. Keempat, kita mempunyai juga sekolah-sekolah tahfiz di bawah kerajaan-kerajaan negeri sejumlah 21 buah yang ketika ini kita mempunyai 4,506 orang pelajar dan yang kelima, sekolah-sekolah tahfiz berdaftar. Sehingga bulan Julai 2017 sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar adalah berjumlah 608 buah sekolah yang merangkumi 40,715 pelajar. Dengan jumlah yang sebegini besar, saya amat optimis bagi pihak kerajaan bahawa apa yang diaspirasikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk menyasarkan, melahirkan 125,000 huffaz menjelang 2050 sebagaimana wawasan ataupun TN50 yang akan dilancarkan kelak akan dapat direalisasikan. Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kita melihat bagaimana ghairahnya masyarakat untuk berminat di dalam, untuk menghantar anak-anak mereka sebagai seorang hafiz dan yang hantar itu pula bukannya terdiri dari kalangan mereka yang memang latar belakang mereka berpendidikan agama, malahan terdiri dari kalangan profesional dan juga korporat yang menunjukkan tanda minat mereka. Oleh sebab itu tumbuhnya maahad tahfiz pada hari ini perkara yang perlu dilihat dari segi sudutnya positif. Maka persoalan saya ialah, sejauh manakah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di dalam memantau ataupun mengendalikan soal perjalanan tahfiz di Malaysia pada hari ini. Minta penjelasan daripada Menteri.

Terima kasih sahabat saya daripada Bukit Gantang. Sebagaimana Yang Berhormat maklum bahawa sejurus selepas daripada peristiwa tragedi yang kita semua amat sedih dan amat kesali iaitu peristiwa kebakaran tragedi Darul Ittifaqiyah, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mempengerusikan High Level Committee (HLC), Jawatankuasa Tertinggi berkenaan dengan sistem tahfiz ini. Antara resolusi-resolusi penting yang disepakati adalah bagaimana untuk kita memastikan dasar pendidikan tahfiz negara ini dapat kita semarakkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, keputusan-keputusan daripada mesyuarat yang pertama dulu telah pun dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang di dalamnya dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan di dalamnya adalah wakil daripada kerajaan-kerajaan Negeri dan semuanya sepakat bahawa antara perkara yang paling utama yang perlu diberikan perhatian pada masa ini adalah soal keselamatan. Keduanya adalah bagaimana dasar pendidikan tahfiz negara ini perlu diperkasakan dan segera dilaksanakan. Alhamdulillah, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga pada 11 Oktober dan 12 Oktober yang lalu dasar pendidikan tahfiz negara ini sudah pun dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja. Alhamdulillah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja- Raja ketika Persidangan Majlis Raja-Raja ke-247 telah pun mengambil maklum berkenaan dengan dasar peringkat tahfiz negara ini, yang mana antara perkara yang penting dalam dasar pendidikan tahfiz negara ini bukan saja dalam aspek keselamatan yang diberikan fokus oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahkan dalam bajet yang baru diluluskan semalam pun peringkat dasar telah pun terkandung RM50 juta untuk memfokuskan aspek keselamatan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dasar peringkat tahfiz negara ini juga diharapkan dapat menyelaras kokurikulum, terutamanya dari segi aspek kualiti pendidikan tahfiz ini. Bukan sekadar untuk menjaga tahap prestasi dan keupayaan guru-gurunya juga tetapi dalam konteks kokurikulumnya supaya tidak terpisah daripada arus perdana dalam kerangka dasar negara ini untuk melahirkan huffaz kita yang mempunyai keupayaan yang pelbagai dalam disiplin ilmu dan juga kemahiran-kemahiran. Inilah yang diharapkan di bawah dasar pendidikan tahfiz negara ini sebagaimana yang dicadangkan di bawah high level committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.

Stephen Wong Tien FattDAP · PHSandakan · question

2. Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan nisbah perbandingan gaji purata bagi golongan pekerja antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Adakah benar bahawa Malaysia sedang mengalami stagnan pendapatan dan bagaimana kerajaan selesaikan masalah tersebut.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat PDM daripada FELDA Bukit Tajau, Maran...

[Dewan tepuk]

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia dan Yang Berhormat Sandakan, laporan gaji dan upah bagi tahun 2016 menunjukkan purata gaji dan upah di Semenanjung Malaysia adalah RM2,579 sebulan manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM1,731 sebulan lebih kurang tidak jauh dengan Sarawak. Sehubungan dengan itu, perbezaan purata gaji dan upah antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah RM848 sebulan. Faktor perbezaan besar ini didorong oleh kadar gaji dan upah yang tinggi di negeri-negeri dan tentu di Semenanjung Malaysia seperti di Selangor iaitu RM2,972 sebulan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM3,620 sebulan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, RM3,995 sebulan. Manakala berkenaan dengan isu kadar pendapatan yang stagnant ataupun tidak bergerak dilaporkan laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan purata gaji isi rumah di Malaysia tahun 2016 telah meningkat pada kadar 6.2 peratus. Maknanya sejak stagnant Tuan Yang di-Pertua. Secara purata iaitu kepada RM6,998 sebulan berbanding RM6,141 sebulan pada tahun 2014. Oleh yang demikian tidak timbul isu kadar pertumbuhan pendapatan di negara ini adalah stagnant. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kadar pendapatan purata gaji suri rumah meningkat dan menunjukkan isyarat yang positif, kerajaan akan tetap mahu meneruskan program- program sedia ada untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Contohnya, melalui latihan dan pendidikan seperti TEKUN, TUKAR, TERAJU, SUPERB, MARA, Dana Usahawan Muda, e- Rezeki, Dana Mudahcara dan bermacam-macam-macam lagi. Usaha juga Tuan Yang di-Pertua dibuat bagi mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup. Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan GLC akan meneruskan program sedia ada bagi memastikan rakyat kurang dibebani oleh peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini. Antara inisiatif-inisiatif tersebut adalah pengawalan harga barangan, pembahagian BR1M dan usaha perangi orang tengah. Kerajaan juga akan meneruskan Kedai Rakyat 1Malaysia, PR1MA, Klinik 1Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia dan sebagainya yang dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat. Bagi meningkatkan pendapatan rakyat, kerajaan meneruskan program- program usahawan seperti mana yang saya sebutkan di atas tadi. Dalam pada itu, Bajet 2018 yang baru diumumkan turut memberi keutamaan kepada kumpulan isi rumah, berjawatan 40 peratus terendah B40 dan kumpulan pendapatan 40 peratus sederhana M40. Inisiatif-inisiatif seperti pengurangan kadar cukai pendapatan individu, pemansuhan kutipan tol di beberapa lebuh raya dan pelepasan cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha lain yang dibuat dalam kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan pekerja di negara ini, mempertingkatkan kemahiran di institusi-institusi latihan kemahiran kerajaan dan swasta. Kedua, memberikan penekanan melalui program-program TVET termasuk penjenamaan semula program-program TVET oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang diumumkan pada 27 September yang lalu dengan kolaborasi tujuh kementerian yang diterajui utama oleh Kementerian Sumber Manusia. Ketiga mempergiatkan program upskilling dan reskilling pekerja melalui majikan seperti yang dilaksanakan oleh PSMB. Keempat, pelaksanaan gaji minimum yang kadarnya telah ditingkatkan pada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Maran

Kesimpulannya kerajaan akan terus memastikan inisiatif sedia ada di Sandakan sebagai langkah menjamin pendapatan rakyat sentiasa ditingkatkan setiap tahun dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa kini merupakan usaha kerajaan untuk memastikan negara dapat mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang begitu panjang juga. Akan tetapi ketidakseimbangan Sabah dan Semenanjung Malaysia di sini, kita pun jelas. Pendapatan kita lebih rendah dan barang mahal ini kita sudah tahu. Akan tetapi program-program ini saya fikir Menteri-menteri mesti mahu kaji semula. Program yang sedia ada efektif atau tidak?. Kita nampak laporan statistik negara tahun 2016, para negara ini Gini coefficient negara kita atau turun 0.401 turun ke 0.399. Akan tetapi di Sabah, rekod Gini coefficient kita meningkat dari 0.387 ke 0.402. Ini menjadikan Sabah lebih lagi teruk, lebih lagi miskin. Jadi, di sini saya meminta penjelasan dan pandangan dari kerajaan, apakah pendekatan kerajaan untuk mengurangkan atau merapatkan jurang ketidaksamarataan ini? Selain itu, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang Yang Berhormat.

Satu lagi yang penting punya. Saya fikir kita ada satu fakta yang melambatkan pembangunan ekonomi Sabah ialah sebab di Sabah ada satu golongan PDI berjumlah 30 peratus daripada the whole population of Sabah. Jadi lebih kurang 1.5 juta pun ada di sana. Adakah kementerian ini berniat mengambil golongan PDI ini sebagai buruh asing yang legalize ini untuk ganti apa yang selalu kita dengar kerajaan mahu mengambil Bangladesh 1.5 juta orang buruh asing ini? Kita fikir ini satu golongan yang sentiasa memberi masalah kepada kita dan memburukkan sosioekonomi. Saya mahu tanya, kerajaan ini ada langkah untuk mengambil golongan PDI sebagai buruh asing menggantikan buruh-buruh dari negara lain? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bertanya panjang-panjang dan soalan banyak digabungkan, yang menjadi masalahnya tidak banyak soalan yang boleh kita kemukakan dalam sesi soal jawab lisan. Yang Berhormat yang lain ramai lagi yang menunggu. Kita ada peluang untuk perbahasan, Yang Berhormat. Ini sesi soal jawab lisan. Yang Berhormat Menteri jawab satu sahaja Yang Berhormat... [Disampuk] Yang Berhormat Seputeh kalau tidak berminat, boleh keluar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Tadi cakap saya jawab panjang. Soalan lebih panjang daripada jawapan. Sebenarnya jawapan very mudah. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju sebenarnya kita hendak kalau boleh pendapatan rakyat negara kita diberikan setinggi mana yang mungkin. Tidak ada beza di Sabah, Sarawak, Labuan dan juga Semenanjung Malaysia. Oleh sebab itulah dalam kita menentukan minimum gaji negara umpamanya, kita melihat kepada beberapa kriteria. Saya tidak ada masalah, Yang Berhormat Sandakan, tetapi apakah sampai hati kita untuk menghancurkan majikan kerana kita hendak menaikkan pendapatan pekerja-pekerja kita? Oleh sebab itulah kita ada tripartite philosophy. Kita hendak persetujuan antara majikan, pekerja dan juga kerajaan. Kerajaan sebagai orang tengah, orang perantara yang mengimbangkan antara kemampuan majikan dan juga pekerja.

Dalam kita menentukan gaji-gaji di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia, kita ada dua kriteria yang kita tentukan asas ini. Ada formulanya, Tuan Yang di- Pertua. Kriteria asas ialah pendapatan garis kemiskinan yang menentukan keperluan- keperluan asas pekerja dan keluarga pekerja. Kedua, ialah penengah gaji (median wage) merujuk kepada kemampuan majikan membayar gaji. Kita kena lihat, kalau majikan tidak mampu bayar gaji, kenapa kita paksa majikan naikkan pendapatan? Oleh sebab itulah Majlis Perundingan Gaji Negara ini cukup rasional dalam menentukan kadar gaji negara ini. Kemudian kita ada kriteria pelarasan Indeks Harga Pengguna mencerminkan perubahan kos sara hidup, pertumbuhan produktiviti di kawasan-kawasan berkenaan, kadar pengangguran sebenar di kawasan terbabit. Jadi kriteria-kriteria inilah yang menentukan supaya kita dapat adil antara majikan dan pekerja. Kita tidak hendak membebankan mana- mana termasuklah majikan sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab juga kepada soalan tentang pekerja asing ini. Sebenarnya kita ada high level committee yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, jawatankuasa ini sentiasa melihat. Oleh sebab itu hari ini- kalau dahulunya kita ada lebih kurang dua juta pekerja asing, hari ini kita sudah tinggal 1.7 million pekerja asing. Usaha ini dibuat untuk memastikan supaya pekerja-pekerja asing ini kembali. Oleh sebab itulah kita mencari jalan bagaimana meningkatkan kemahiran pekerja- pekerja di negara kita. Kita adakan program upskilling, reskilling, kita adakan TVET yang dijanakan semula seperti mana yang saya maklumkan sebentar tadi yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pekerja-pekerja tempatan. Termasuklah ekspatriat yang ada di negara kita ini daripada pekerja asing seramai 135,000 orang lebih kurang, dikembalikan dan diambil oleh pekerja tempatan. Secara tidak langsung, pekerja tempatan akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada apa yang ada pada hari ini. Jadi usaha-usaha dibuat, Yang Berhormat Sandakan, usah bimbang. Percayalah kepada kita dan kita tidak pernah memberikan ruang yang boleh merosakkan masa depan pekerja-pekerja dan juga pendapatan penduduk di negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah kepada pihak kementerian di atas apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi melalui program-program yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran di kalangan pekerja-pekerja. Cuma soalan tambahan saya adalah boleh tidak pihak kementerian- saya minta Yang Berhormat menyatakan keberkesanan program-program yang dinyatakan termasuk program kolaborasi yang telah dilaksanakan oleh kementerian dalam membantu pekerja- pekerja di Malaysia ini terutamanya wanita dalam meningkatkan produktiviti di sektor swasta. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sebenarnya memang terbukti kepada kita bahawa usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan ini dapat menampakkan hasilannya. Umpamanya melalui skim-skim kemahiran yang dibuat oleh kerajaan melalui kementerian- kementerian yang ada secara kolaborasi ini. Kebolehpasaran pekerja-pekerja yang mendapat latihan kemahiran ini cukup tinggi sekali. Begitu juga melalui pusat-pusat pengajian tinggi, kolej komuniti dan sebagainya. Tidak silap saya, lebih daripada 90 peratus kebolehpasaran hasil-hasil keluaran daripada pusat-pusat kemahiran ini. Jadi termasuklah dari segi wanitanya. Seperti mana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam bajet baru-baru ini, penekanan diberikan kepada wanita dan saya kira banyak faedah yang diberikan yang cukup baik. Kita harap, insya-Allah, kita akan beri sokongan kepada kejayaan wanita dalam meningkatkan pendapatan termasuklah kita hendak mencungkil balik pekerja-pekerja wanita di rumah ini, Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya ramai wanita di rumah yang mempunyai kemahiran, yang mempunyai qualification, yang mempunyai kelayakan tetapi mereka lebih sayang kepada keluarga daripada mencari pendapatan luar. Ini kita hendak cungkil kembali supaya kita fikirkan bagaimana cara bekerja termasuklah bekerja dari rumah untuk jabatan, kementerian dan organisasi tetapi dalam masa yang sama, kemahiran, kepakaran yang dimiliki oleh wanita ini akan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara kita sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai · question

3. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, sejauh manakah redesigning higher education ini telah berjaya dilaksanakan. Apakah sumbangan sektor pengajian tinggi dalam menjayakan Dasar Transformasi Negara.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Besut

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai di atas minat untuk melihat kejayaan program-program redesigning higher education ataupun reka bentuk semula pendidikan tinggi negara. Mutakhir ini, minggu lalu, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memenangi tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri. Itu dalam negeri. Di luar negara pula, Tuan Yang di-Pertua, Universiti Melbourne di bawah country ranking U-21 telah memberi pengiktirafan kepada pendidikan tinggi negara untuk negara keseluruhannya, di mana ranking negara dalam dunia telah meningkat daripada kedudukan 36 kepada kedudukan 25 daripada tahun 2012 ke tahun 2017. Ini menandakan peningkatan sebanyak 11 anak tangga oleh U-21. Untuk QS ranking pula, kita melihat di mana universiti-universiti penyelidikan kita seperti UM, USM, UTM, UPM dan juga UKM diletakkan dalam kelompok satu peratus terbaik di dunia daripada 26,000 universiti dalam dunia. UM juga telah mendapat ranking ke-114 pada tahun ini, meningkat daripada 167 pada empat tahun yang lalu. Insya-Allah, dalam masa dua tahun ini, kita jangka UM akan memecah tembok 100 terbaik di dunia, insya-Allah.

Dato’ Seri Haji Idris JusohUMNO · BNMenteri Pendidikan Tinggi · Besut

Jika kita lihat lapan daripada universiti yang terbaik di ASEAN, lima dari lapan universiti terbaik di ASEAN datangnya daripada negara kita Malaysia iaitu kedudukan tiga, empat, lima, tujuh dan lapan. Di samping saya katakan tadi U21, QS ranking, terdapat juga pentaksiran yang dibuat oleh Elsevier iaitu agensi mengkaji penerbitan berkualiti di dunia, di mana Elsevier telah meletakkan Malaysia ke tempat kedua di dalam dunia dengan pertumbuhan 7.2 peratus dalam h-index publication di mana dunia hanya berkembang di peringkat 1.1 peratus. Clarivate Analytics pula telah banyak memberi pengiktirafan kepada pensyarah-pensyarah dan penyelidik kita, menjadikan mereka antara satu peratus yang terbaik di dunia di dalam h-index research mereka. Baru-baru ini Francisco Marmolejo, Tertiary Education Specialist daripada World Bank juga telah mengatakan bahawa, “Malaysia is at the forefront in facing challenges in Industry 4.0”, dengan izin. Terakhirnya ialah portal US News dalam bulan lalu telah mula meletakkan nama-nama universiti Malaysia di dalam Best Global Universities. Itulah antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan insya-Allah ia menggambarkan kemampuan kita untuk menyediakan pendidikan tinggi terbaik untuk rakyat Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagan Serai ingin mengucapkan tahniah kepada kehebatan KPT kerana kejayaan lima research universities.

Satu percent, one percent of the top in the world dan lima daripada lapan top universities in ASEAN adalah berada di Malaysia. Saya kira inilah satu kejayaan besar, berita terbaik untuk rakyat Malaysia sebenarnya. Itu satu pujian kepada KPT. Saya ingin ucapkan tahniah kerana KPT telah dinobatkan sebagai kementerian paling inovatif di Anugerah Inovasi Perdana Menteri. Maknanya Menterinya mesti hebat dan saya percaya teamwork daripada KPT pun mesti hebat. Jemaah yang baik ini. Dengan kekuatan war cry. Ini war cry special. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cuba. “Soaring upwards!” Ini menusuk kalbu universiti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Naib Canselor. Yang Berhormat Bagan Serai...

Bagi semangat, rasa kuat dan rasa muda.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai...

Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Bagan Serai, Naib Canselor UKM pun terbaik.

Yang terbaik Tuan Yang di- Pertua ialah Universiti Malaya. Yang terbaik sekarang ini. Macam Yang Berhormat Kuala Selangor dia bukan. Dia UKM. Tuan Yang di-Pertua pun saya difahamkan alumni UKM. Akan tetapi UKM pun terbaik juga. Tuan Yang di-Pertua, words that change the person. Soalan saya, dengan pencapaian sehebat ini, bagaimana rakyat rasa? Bagaimanakah kesarjanaan dan kecemerlangan universiti kita dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Dalam erti kata lain, sejauh manakah penyelidikan berbentuk translational dengan izin yang benar-benar memanfaatkan rakyat diwujudkan oleh KPT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya bila dikatakan soaring upwards itu, dia betul. Bukan genggam, Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat tadi semangat lebih sikit. Akan tetapi keseluruhannya kejayaan-kejayaan universiti ini akan memberi faedah kepada rakyat dalam bentuk rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti. Itu yang pertama. Dari segi penyelidikan, kita lihat banyak penyelidikan. Antara yang saya boleh sebut di sini ialah kita telah mula mendapat benih padi oleh UPM. PadiU Putra yang menghasilkan padi sebanyak sepuluh tan satu hektar, yang tahan penyakit dan juga kurang guna racun. Lainnya ialah UTM yang telah mampu membuat penapisan untuk air bersih yang boleh digunakan masa-masa banjir di mana airnya dilihat berwarna berbeza dan juga program penyahgaraman atau desalination, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di mana air masin boleh kita tukar menjadi air boleh diminum dan juga boleh digunakan untuk proses dialisis dan juga insya-Allah untuk menjadikan buah pinggang palsu ataupun artificial kidney. Program prosthetic limbs daripada UM juga boleh mengganti anggota yang telah cacat. Orang yang menggunakan prosthetic limbs mampu berlari. Program kuda laut ataupun belangkas, seahorse dan juga horseshoe crab yang dibiakkan boleh memulihkan alam sekitar dan juga boleh digunakan untuk perubatan. Program Public-Private Research Network (PPRN) telah membantu 300 orang projek SME dalam program-program mekanisasi usaha- usaha mereka. USM telah dapat mencipta konkrit yang tidak menggunakan simen ataupun, dengan izin, cementless concrete. Yang ini akan menyelamatkan penggunaan batu kapur. Program kelulut juga sedang dilaksanakan oleh USM tanpa menggunakan batang-batang kayu daripada hutan, program penyegar udara, air wangi, digital kampus di mana kampus insya- Allah pada pertengahan tahun depan akan menjadi cardless dan juga cashless.

Program Smart Mamak di mana kedai-kedai mamak kita boleh membuat tempahan tanpa pergi ke kedai. Cuma pergi mengambil sahaja dan juga banyak lagi program yang kita laksanakan seperti kereta elektrik tanpa pemandu dan insya-Allah kita akan lihat banyak lagi penyelidikan yang akan menguntungkan rakyat keseluruhannya.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan soalan tambahan saya ialah saya selalu dengar ada maklum balas daripada pihak industri di mana kadang-kadang graduan tempatan kita ini dari universiti tempatan ini unemployable. Satu ialah kerana bahasa Inggeris mereka tidak ada standard. Nombor dua ialah kadang- kadang kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan kita ini terlalu akademik sehingga apa yang pelajar universiti kita belajar itu tidak dapat memenuhi keperluan industri. Akan tetapi saya rasa gembira dengan apa yang dinyatakan oleh Menteri tadi bahawa kita memang ada USM dan beberapa universiti, ada sesetengah pencapaian dari segi sains dan teknologi mereka. Akan tetapi saya hendak tanya. Adakah Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan lebih koordinasi dan juga dialog dengan pihak industri macam FMM dan juga macam mana kementerian mengatasi masalah di mana bajet universiti tempatan ini dikurangkan dengan banyak sehingga kita lihat banyak universiti tempatan terpaksa kurangkan research yang diadakan di universiti tempatan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi kalau ini terus berlaku, macam mana kita boleh menjayakan dasar transformasi negara dari segi universiti tempatan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Silakan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Saya hendak mengalu-alukan pemimpin dan juga penduduk dari Pakatan Harapan Serian dan juga Keningau yang masuk Dewan.

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh yang menunjukkan minatnya. Akan tetapi saya sudah jawab tentang bahasa Inggeris kerana kita telah melancarkan Program Malaysia English Assessment (MEA) yang selaras dengan Common European Framework of Reference (CEFR), insya-Allah yang saya katakan tadi menjadi game changer kepada penggunaan bahasa Inggeris serta penguasaan bahasa Inggeris sekolah-sekolah. Tadi soalan awal. Selain itu saya telah mengatakan bahawa pelaksanaan iCGPA juga merupakan perkara yang saya sentiasa katakan di sini di mana pelajar-pelajar kita ditaksir bukan hanya daripada aspek akademik semata-mata tetapi juga dalam aspek-aspek yang lain. Kita mencipta iCGPA ini kerana kita ingin memastikan pelajar-pelajar kita lebih menyeluruh seperti dikehendaki dan dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Minggu lalu saya telah mengadakan satu perjumpaan dengan industri di Pulau Pinang sebenarnya yang dihadiri oleh 200 buah syarikat yang daripada MSC, daripada dalam negara dan mereka amat suka dengan program-program iCGPA dan juga program 2u2i yang boleh memastikan pelajar-pelajar kita berpeluang untuk mengikuti latihan industri semasa di dalam universiti. Saya bertanya kepada industri sekarang oleh kerana kita telah redesign pendidikan tinggi negara ataupun mereka bentuk semula, saya bertanya kepada mereka apa yang mereka mahu. Sebab itu kita dengar program-program seperti CEO@Faculty Programme dan juga program-program profesor yang ada. Kita boleh bawa mereka ke universiti dan melihat apakah kurikulum yang mereka mahu. Saya tanya mereka apa yang mereka mahu, apakah jenis graduan yang mereka mahu, berapa ramai yang mereka mahu dan bila mereka mahu?

Kita akan bekerjasama, saya menggunakan perkataan ‘industry and academy are one’, kita adalah satu dengan industri-industri dan insya-Allah ia akan memastikan agar isu- isu kebolehpasaran itu akan dapat kita atasi. Cuma angka yang dikatakan oleh Yang Berhormat tidak berapa betul, yang tadi mengatakan bajet kurang. Bajet kita tahun ini adalah meningkat 13.15 peratus dan juga penyelidikan juga telah ditingkatkan dalam bajet tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru · question

4. Tuan Sim Tze Tzin [Bayan Baru] minta Perdana Menteri menyatakan, perlaksanaan bas Rapid di semua ibu negeri di Malaysia dengan menyatakan jumlah bas Rapid yang beroperasi mengikut negeri dan jumlah penumpang purata sehari. Apakah keuntungan atau kerugian yang ditanggung oleh kerajaan mengikut negeri.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan bas henti-henti atau stage bus, dengan izin, memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam darat secara keseluruhan. Bagi perkhidmatan di kawasan yang mempunyai jaringan rel bandar, perkhidmatan bas henti-henti bertindak sebagai pelengkap kepada perkhidmatan rel bandar, di mana ia berfungsi sebagai penghubung bagi batuan pertama dan terakhir ataupun first and last miles, dengan izin. Sementara itu, di kawasan yang tidak mempunyai rel bandar, perkhidmatan bas henti-henti kekal sebagai mod pengangkutan awam utama dengan menjadi tulang belakang sebagai akses rakyat kepada pengangkutan awam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tujuan utama dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam adalah untuk memastikan rakyat menikmati faedah sosioekonomi yang terhasil darinya seperti menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, boleh diharap dan yang mampu dibayar, yang menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik. Oleh yang demikian, pengukuran hasil berdasarkan kepada akaun untung rugi dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam ini tidak memberikan perspektif sebenar tentang impak sosioekonomi yang terhasil, lebih-lebih lagi untuk perkhidmatan bas henti-henti yang disediakan. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai syarikat yang dimiliki sepenuhnya kerajaan, Prasarana Malaysia Berhad telah menyediakan perkhidmatan bas henti-henti Rapid melalui 1,147 buah bas Rapid KL yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala, 382 buah bas bagi Rapid Penang, termasuk Rapid Kamunting dan 80 buah bas bagi Rapid Kuantan. Perkhidmatan bas henti-henti yang disediakan meliputi laluan- laluan sosial yang dikenal pasti serta beroperasi hampir sepanjang waktu, termasuk di luar waktu puncak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah purata penumpang harian bagi Rapid KL di antara Januari dan September 2017 adalah di sekitar 360,690 orang iaitu peningkatan sebanyak tujuh peratus dan 0.4 peratus, berbanding tahun 2015 dan 2016 masing-masing. Bagi Rapid Penang dan Rapid Kuantan pula, walaupun menunjukkan penurunan, jumlah purata penumpang harian adalah konsisten iaitu masing-masing pada sekitar 80,000 orang dan 10,000 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun 2017. Sekian, terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sebab kita tahu bahawa kerajaan mempunyai rancangan untuk memperluaskan bas Rapid ke semua ibu negeri, semua negeri. Jadi, saya hendak tanya, apakah cost benefit kalau rancangan itu dilaksanakan? Ini kerana kita tahu bahawa kerajaan buat sekarang adalah untuk memberi subsidi kepada bas-bas local, tempatan. Kalau kerajaan memperluaskan bas ini, adakah ia lebih berbaloi atau memberi subsidi kepada bas-bas tempatan?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya juga ingin mengingatkan kepada kerajaan kerana dalam aku janji atau manifesto tahun 2013 yang dijanjikan Yang Amat Berhormat Pekan, dia kata ingin mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan orang kurang upaya. Akan tetapi saya terkejut, hanya Penang, Kuantan dan Kuala Lumpur sahaja mempunyai bas Rapid. Adakah kerajaan sempat untuk memperluaskan bas Rapid ke ibu kota negeri-negeri lain seperti di Kuching, Kota Kinabalu, Kangar, Ipoh dan sebagainya? Saya takut kalau kerajaan tinggal enam bulan sahaja sebelum pilihan raya, kalau tidak buat ini, adakah mungkin akan membawa kekalahan kepada Barisan Nasional? Terima kasih.

Terima kasih. Saya suka Yang Berhormat bertanya soalan seperti itu kerana kita– sebenarnya semua operasi-operasi dari segi pengangkutan awam darat, terutama sekali bas ini, mereka tidak mengirakan keuntungan, oleh sebab itu kerajaan memberi subsidi. Yang Berhormat pun tahu, oleh sebab itu kerajaan memberi subsidi. Saya hendak menyentuh mengenai kalau dari segi di Pulau Pinang sahaja, Rapid Penang mempunyai 404 buah bas yang beroperasi di 60 laluan. Pada masa ini, Rapid bus hanya beroperasi di tiga buah bandar sahaja. Lebih 90 peratus daripada kawasan operasi Rapid bus di tiga buah bandar berkenaan adalah laluan sosial dan tidak menguntungkan. Ini adalah sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang disediakan oleh kerajaan. Ingin saya nyatakan di sini, memang kerajaan hendak memastikan semua bandar mendapat laluan bas. Jadi, kebanyakan ialah laluan dari segi laluan sosial. Bagaimana kita menilainya? Penilaian dari segi penentuan laluan ini ialah berdasarkan kepada kalau kita lihat daripada misalnya, current services ataupun perkhidmatan yang ada pada masa ini di dalam satu-satu kawasan. Kita tidak mahu masuk ataupun Rapid bus masuk begitu sahaja kerana kita sudah ada the existing local operators, dengan izin. Ini kerana kita tidak mahu existing local operators itu akan menjadi saingan kepada Rapid bus, misalnya. Jadi, kita perlu menilai sama ada perlu atau tidak Rapid bus masuk. Selain daripada itu juga, sekarang ini Yang Berhormat sentuh tadi ialah mengenai stage bus. Kita sekarang ini untuk semua, terutama di ibu negeri- the capital city, dengan izin, kita mahu supaya menggunakan stage bus dan sekarang ini kita sudah ada di beberapa laluan di Kangar, Seremban dan juga di Ipoh kalau tidak silap, yang sudah masuk. Kuching, terima kasih menyentuh mengenai Kuching, insya-Allah Kuching akan ada juga. Tinggal lagi Johor, Johor Bahru dan- sebab kita sudah kenal pasti enam pilot project yang kita hendak lakukan dan insya-Allah ini akan menjadi kita punya trend nanti. Jadi, kita juga memastikan supaya kita sebagai kerajaan, tidak mahu menjadi saingan kepada local operators. Mungkin Yang Berhormat tadi menyentuh mengenai subsidi itu, kalau dilihat yang sekarang ini Yang Berhormat, subsidi yang kita beri, kita bukan hanya melihat kepada fuel, kepada minyak sahaja ataupun petrol sahaja. Akan tetapi kita mengambil kira secara komprehensif, Yang Berhormat. Ini termasuk mengambil kira berapa company ataupun syarikat itu belanja untuk membeli kenderaan atau bas itu, juga mengambil kira kebajikan pekerja iaitu terutama sekali driver-nya. Jadi, bukan hanya kita mengambil kira dari sudut berapa dia belanja dari segi fuel nya. Jadi keseluruhannya, kerajaan mengambil kira serba serbi dan yang penting sekali, semua masyarakat diambil kira dan mereka juga bermanfaat daripada perkhidmatan bas dan juga perkhidmatan pengangkutan awam darat yang diberi oleh kerajaan. Terima kasih.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada memaklumkan juga berkaitan dengan sistem bas henti-henti di Kuching. Jadi, saya ingin hendak bertanya lanjutlah, apakah rancangan kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan bas henti-henti di Kuching?

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Apakah status tentang projek perkhidmatan bas henti-henti di Kuching yang melibatkan Kota Samarahan yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Menteri seketika dulu. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Dari dulu lagi Yang Berhormat prihatin dan bertanya mengenai soalan yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memperkenalkan program Stage Bus Services Transformation ataupun SBST ini supaya langkah jangka panjang dalam menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang cekap. SBST ini sedang menjalankan secara berperingkat dan dirancang untuk dilaksanakan di setiap ibu negeri di seluruh negara. Tadi Yang Berhormat Bayan Baru pun bertanya. Jadi bagi Bandar Kuching Yang Berhormat apa asalnya kita menjangkakan untuk mula melaksanakannya pada tahun ini. Namun atas beberapa sebab teknikal, proses rundingan pelaksanaan SBST di Kuching khususnya berlarutan melebihi jangka masa kita anggarkan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, ini berita baik untuk orang Kuching. Alhamdulillah semua proses pemilihan dan rundingan tersebut telah pun dimuktamadkan. Sukacita saya ingin maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat terutama sekali yang berada Kuching saya hendak maklumkan di sini seperti saya nyatakan, menyampaikan berita khabar gembira ini kepada warga Bandaraya Kuching bahawa program SBST Kuching akan ditandatangani, insya-Allah pada minggu hadapan dan insya-Allah perkhidmatan bas henti- henti lebih baik ini akan mula dapat dinikmati oleh warga Kuching pada tahun hadapan insya- Allah. Itulah khabar gembira kepada orang Kuching .Yang Berhormat Bandar Kuching juga merenung. Jadi inilah berita baik tetapi Yang Berhormat insya-Allah pada minggu hadapan saya akan bersama untuk menyaksikan MOU di antara Persekutuan dan Negeri. Itu khabar gembira. Terima kasih.

Irmohizam bin IbrahimUMNO · BNKuala Selangor · question

5. Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan, cabaran strategik yang akan dihadapi oleh negara daripada aspek geo- ekonomi sekiranya cadangan pembinaan Terusan Segenting Kra realisasikan memandangkan ianya berupaya menjadi inisiatif terhadap laluan Sutera Maritim China yang dikenali sebagai One Belt One Road.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana pantun yang telah disajikan. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Gombak bertarikh 14 November 2017. Soalan-soalan ini bertanyakan mengenai isu yang sama iaitu Cadangan Projek Terusan di Segenting Kra. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan difahamkan cadangan pembangunan terusan tersebut masih belum diputuskan oleh kerajaan Thailand berikutan pengumuman pucuk pimpinan negara tersebut baru-baru ini bahawa, negara tersebut tidak berhasrat untuk meluluskan pembinaan terusan berkenaan. Cadangan pembinaan terusan ini juga tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan baik di peringkat ASEAN, dua hala atau mana-mana Pertubuhan Kerjasama Pembangunan Ekonomi Serantau seperti Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan Malaysia- Thailand Committee on Joint Development Strategy (JDS). Sehubungan itu, persepsi bahawa cadangan pembangunan terusan tersebut akan memberi implikasi negatif pada negara masih belum dapat dipastikan kerana ia masih di peringkat cadangan. Sekiranya pihak Thailand memutuskan pembinaannya dan memberi kesan negatif kepada negara, Malaysia akan membawa untuk perbincangan berlandaskan semangat setiakawan dan undang-undang antarabangsa melalui Forum ASEAN dua hala dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Sebagaimana yang sedia maklum, projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini baru hendak dimulakan. Saya lihat prospek projek ECRL ini akan menjadi satu lagi penghubung khususnya dari Pelabuhan Pantai Timur ke Pantai Barat. Kegusaran saya akan menjadi suram dalam jangka masa yang panjang sekiranya terusan ini dibina. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah keyakinan pihak kerajaan bahawa pembinaan terusan ini sekiranya wujud tidak akan menjejaskan prospek projek ECRL yang diunjurkan bakal menjadi pilihan khususnya dalam mengangkat muatan dari Pelabuhan Pantai Timur ke Pantai Barat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama bagaimana persiapan kita terhadap dua projek raksasa yang telah diimpikan dan telah dijalankan oleh Presiden Xi Jinping iaitu pertama adalah dengan izin Silk Road Economic Belt dan 21st Century Maritime Silk Road. Yang 21st Century Maritime Silk Road memang ada kaitan dengan Pantai Timur kita di Semenanjung Malaysia. Kalau kita kaitkan dengan ECRL, memang ada negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian daripada Johor akan mendapat manfaat. Pertama Yang Berhormat, Johor sedang dibina sebagai sebuah negeri yang begitu besar dari segi connectivity. Pertama pelabur Indonesia dan Singapura dan ketiga Thailand banyak telah melabur di Johor. Maka, jalan ini tetap akan memberi kesan bila ada jalinan hubungan daripada ECRL. Kedua, ECRL bukan sahaja dibentuk untuk kita menyediakan diri kita untuk projek yang besar daripada negeri China itu. Kerana kalau kita tengok bajet baru kita ini, kita menjadi sebuah negara yang resilient dari segi ekonomi. Untuk itu kita telah meletakkan pengislahan dalaman dari segi fiscal policy, dari segi digitalization, knowledge economy, supaya kita tidak banyak bergantung kepada perdagangan luar, kerana begitu volatile sekali perdagangan luar kerana populism, nationalism dan sebagainya. Dari sudut satu lagi adalah harapan negeri China bukan untuk dia merendahkan atau mengurangkan kesan ekonomi negara-negara lain kerana daripada kenyataan beliau iaitu Presiden China berkata, dua-dua ini, One Belt, One Road ini adalah pertama untuk kerjasama ekonomi, koordinasi dasar dari segi bilateral, multilateral untuk menjana perdagangan, untuk kolaborasi kewangan dan untuk meningkatkan silaturahim budaya dan sosial. Kalau niat mereka ikhlas, 60 negara yang menjadi hubung jalinnya yang mempunyai GDP sebanyak USD 21 trilion akan memberi tempias kepada Malaysia juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Saya rujuk terus kepada projek ECRL yang menjadi antara inisiatif terutama game changer bagi OBOR- One Belt One Road. Saya ingin membangkitkan memandangkan projek ini yang bernilai RM 55 bilion seperti yang diumum oleh kerajaan dan akan siap menjelang 2024. Di antara justifikasi utama bagi ECRL adalah ia akan membawa sebanyak hampir 60 juta tan barangan setiap tahun menjelang 2035. Jadi ini agak membimbangkan kerana pakar ekonomi mengatakan KTM yang sedia ada pun hanya membawa lebih kurang enam juta tan setahun menerusi jaringan yang sedia ada. Jadi apakah jaminan yang mampu diberikan oleh kerajaan untuk memastikan projek ini yang bernilai setakat ini RM 55 bilion akan memberi pulangan yang berpatutan kepada Malaysia dan tidak akan akhirnya menjadi sebuah pembaziran. Kita semua mahukan ia berjaya. Jadi pohon daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan yang meyakinkan. Terima kasih.

Yang Berhormat daripada Lembah Pantai terima kasih. Saya akan memberi jawapan yang meyakinkan. Pertama sekali ini adalah projek yang penting sekali untuk memastikan pengagihan kekayaan dan pembangunan regional wilayah dan saya rasa ini akan memberi satu kesan yang baik kepada Kelantan, Pahang dan juga Johor.

Untuk soalan Yang Berhormat, 60 juta tan barangan akan terpaksa diangkut dan landasan sekarang dan juga kapasiti KTM belum cukup lagi. Sudah tentunya setelah siap projek ini, demand and supply akan menentukan pembangunan KTM sendiri. Dulu, kita kata ekspres yang kita ada sekarang ETS itu bolehkah tidak bolehkah penumpang-penumpang sekarang sudah berjaya. Samalah. Sudah tentunya kalau track sudah ada di ECRL kapasiti juga akan dibina. Akan tetapi ia dirancang secara berperingkat-peringkat kerana pembinaan melibatkan kos. Sudah tentunya capacity building juga terus akan menjadi agenda. Jangan risau, Yang Berhormat. Kalau ada tuntutan terpaksa kita memberi balasan. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

6. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah peruntukan pembangunan yang telah habis dibelanjakan untuk sekolah- sekolah Tamil sepanjang tahun 2017 dan menyatakan secara terperinci dengan nama sekolah-sekolah yang terlibat. Apakah status kerja pembinaan sekolah-sekolah Tamil baharu yang telah dijanjikan oleh kerajaan?

Datuk P. Kamalanathan a/l P. PanchanathanMIC · BNTimbalan Menteri Pendidikan · Hulu Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Batu Gajah saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu- alukan kehadiran Ahli-ahli Persatuan Peniaga Pasar Malam Segamat dari Parlimen Sekijang yang bersama kita di Dewan pada pagi ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada tahun 2017 ini kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM84.52 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil di negara ini. Daripada jumlah tersebut, peruntukan pembangunan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang telah dibelanjakan pada tahun 2017, untuk pembangunan sahaja ialah sebanyak RM24,516,679.98. Perbelanjaan tersebut digunakan antaranya ialah untuk penggantian penuh, pembinaan blok bangunan tambahan, pembinaan sekolah baharu, pembinaan prasekolah, perolehan tanah dan sebagainya. Pada masa yang sama, kerajaan telah menyediakan Peruntukan Penyelenggaraan Khas (PPK) bagi tahun 2017 sebanyak RM50 juta kepada SJK(T) bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur dan RM10 juta bagi pembinaan 50 buah kelas prasekolah di SJK(T). Bagi peruntukan-peruntukan penyelenggaraan khas fasa 1, sebanyak RM25 juta telah selesai diagihkan kepada SJK(T) di bawah kategori sekolah kerajaan pada bulan Oktober 2017. Sebanyak RM25 juta lagi, diperuntukkan kepada kategori Sekolah Bantuan Kerajaan dan RM10 juta untuk prasekolah akan diagihkan dalam fasa 2, iaitu pada bulan Disember 2017. Bagi status pembinaan tujuh buah sekolah baharu SJK(T), sebuah sekolah iaitu SJK(T) Paya Besar Kedah telah siap dibina dan buat masa ini kita ada 450 orang pelajar yang telah memulakan pelajaran mereka di sana. Manakala lima buah sekolah lagi dalam proses pembinaan dan sebuah sekolah dalam proses prabina. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada 22 Januari 2012, Perdana Menteri telah berjanji dalam satu perjumpaan dengan masyarakat India bahawa enam sekolah Tamil baharu akan dibina. Setakat ini, sudah hampir enam tahun sekolah-sekolah ini masih belum siap dibina kecuali sebuah sekolah sahaja. Yang peliknya, apabila hendak bina bangunan-bangunan komersial seperti pasar raya, hendak bina hotel dan sebagainya dalam sekelip mata bangunan-bangunan ini boleh siap dibina.

Akan tetapi apabila hendak bina sekolah, kita menghadapi masalah yang begitu banyak sekali. Apabila ditanyakan kepada kerajaan, kerajaan pula memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Semua ini diletakkan di bawah Nambikkai pada tahun 2012. Sekarang, selepas Nambikkai dalam bajet kali ini Perdana Menteri pula sebut tentang... [Berucap dalam bahasa Tamil] Membawa maksud, ‘Esok Kita Punya’. Kalau esok kita punya, hari ini siapa punya? Yang Berhormat Menteri, saya hanya hendak ingatkan Menteri, jika janji-janji yang telah dibuat sebelum Pilihan Raya Ke-12 pun belum boleh disiapkan – kalau perkara ini terus berterusan, maka tiada esok bagimu, Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Esok masih ada. Dulu, kini dan selama-lamanya. Ini pimpinan kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan akan melaksanakan. Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua perancangan akan dilaksanakan. Mungkin ada kelewatan kerana ada isu-isu tanah yang harus kita selesaikan. Ini proses dalam pembinaan sekolah. Contoh, untuk membina sebuah sekolah baharu, setiap pihak berkuasa tempatan akan meletakkan hampir 20 jenis lesen akan diperoleh. Kita melalui segala proses ini. Semua janji yang telah pun dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan ‘Janji Akan Ditepati’. Kerajaan akan menepati janji. Bukan janji kosong seperti ‘Deklarasi Gelang Patah’ yang terpatah. Ini janji kerajaan Yang Amat Berhormat Pekan. Kerajaan Barisan Nasional. Kita akan melaksanakannya. Bukan sahaja esok masih ada, selama-lamanya akan ada Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, segala janji-janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pekan yang dilaksanakan tahun 2012 telah pun dihasilkan. Lima buah sekolah telah dibina. Kalau Yang Berhormat ada masa, boleh saya bawa tunjukkan sekolah- sekolahnya. Tidak ada masalah. Sekolah yang ketujuh, sekolah yang ke-530 SJK(T) PJA 1 baru menerima kelulusan merancang daripada pihak berkuasa tempatan di Selangor kerana ada kelewatan. Ada kerajaan negeri dengan sengaja melewat-lewatkan permohonan kita. Hendak buat macam mana?...

[Dewan riuh]

Hendak buat macam mana? Yang Berhormat, kerajaan tidak sama sekali mengetepikan- memang kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Pekan akan mengotakan janji. Ini Nambikkai, ini kepercayaan kita. Tidak akan diketepikan. Malah Yang Berhormat di bawah pimpinan inilah kita telah mendapat peruntukan yang paling banyak yang mana Rang Undang-undang Perbekalan ini Yang Berhormat tidak sokong. Tidak sokong pun, yang sokong Ahli-ahli Yang Berhormat di sini... [Tepuk] Tidak sokong pun, sehingga tengah hari ini RM897 ‘milion’ hampir RM950 ‘milion’ telah diperuntukkan oleh kerajaan prihatin, Kerajaan Barisan Nasional untuk masyarakat kaum India, khususnya pembangunan sekolah Tamil, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebab di Sekijang pun kita ada dua buah sekolah Tamil yang peruntukannya memang telah kita terima terutamanya untuk penyelenggaraan. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana prihatin tentang sekolah Tamil di Sekijang. Cuma, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya lihat perkembangan dan pertambahan bilangan sekolah Tamil ini adalah sejajar dengan perkembangan pendidikan di peringkat arus perdana. Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kerajaan untuk menangani isu-isu lain selain daripada isu peruntukan pembangunan di peringkat sekolah Tamil ini? Hal ini kerana, kita lihat kerajaan memang amat prihatin untuk menjaga kepentingan semua kaum dalam negara kita ini. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Terima kasihlah menghargai kerajaan yang telah memberikan bantuan. Tidak ada satu sekolah Tamil di negara ini yang boleh dikatakan tidak dapat sebarang peruntukan. Semua 524 buah sekolah di negara kita telah mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada kerajaan pimpinan Yang Berhormat Pekan ini. Yang Berhormat Sekijang, selain daripada bantuan dari aspek infrastruktur, kita ada pelbagai lagi bantuan. Contohnya, dalam peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah sebelum ini, selain daripada infrastruktur, kita juga telah mengagihkan bantuan pembangunan sukan. Contohnya, di negeri Kedah, sebuah sekolah yang mana ada pelajar- pelajar yang mewakili negara dalam sukan kriket telah pun membina sebuah padang kriket bertaraf antarabangsa supaya ia menjadi pusat pembangunan sukan kriket. Begitu juga dengan 15 buah sekolah yang kita telah kenal pasti dan kerja-kerja telah pun dilaksanakan. Bagi peruntukan tahun 2017, 10 buah sekolah lagi akan dikenal pasti untuk mewujudkan ruang-ruang sukan untuk menambahkan mutu sukan negara. Selain daripada itu, pembinaan prasekolah. Hasrat kita ialah untuk memulakan anak-anak kita lebih awal di prasekolah kerajaan dan pada masa yang sama dari aspek pedagogi kita telah menambahbaikkan hampir 80 peratus sehingga 85 peratus guru-guru yang mengajar di sekolah Tamil ini mempunyai kelayakan ijazah sekurang-kurangnya. Kita terus akan membantu mereka. Malah, Tuan Yang di-Pertua negara Malaysia-lah merupakan salah satu negara dirantau ini yang telah mempertahankan, kerajaan ini telah mempertahankan pendidikan bahasa Tamil. Baru-baru ini kita telah pun dengan jayanya melancarkan sambutan 200 tahun pendidikan Tamil di negara ini. Tidak ada lain negara-negara dalam dunia ini yang telah berjaya ke tahap itu. Kerajaan ini akan terus membantu, dan bukan sahaja daripada segi pembangunan infrastruktur, tetapi juga daripada segi penambahbaikan pedagogi, PDP dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang · question

7. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan, adakah pihak kementerian bercadang untuk membina Jalan Nanga Mujong ke Rumah Tunku, Nanga Sebiro, Sungai Gaat, Kapit.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ingin ku redah terasa payah; Hendak ku luah terasa sayang; Wahai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Perdengarkan soalan nombor tujuh dari Parlimen Hulu Rajang... [Tepuk]

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah · Kapit

Okey. Tuan Yang di-Pertua, kami berdua ini daripada kaum Iban. Kalau pantun Iban saya memang fasihlah.

Pantun sahajalah.

[Ketawa] Nantilah. Okey. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua dan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Bolehlah berpantun dalam bahasa Iban.

Boleh ya? Belum boleh lagi? Tidak apa. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang yang bertanya.

Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, peruntukan bagi pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di bawah kementerian ini adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri yang dipohon berdasarkan kepada senarai keutamaan yang telah dikemukakan dan dipersetujui oleh kerajaan negeri. Berdasarkan kepada senarai permohonan projek yang telah dikemukakan kepada EPU JPM bagi Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan Ketiga, tahun 2018, cadangan untuk membina Jalan Nanga Mujong ke Rumah Tunku, Nanga Sebiro, Sungai Gaat, Kapit, tiada dalam senarai keutamaan kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu, kementerian mencadangkan supaya Yang Berhormat Hulu Rajang mengemukakan permohonan pelaksanaan projek tersebut kepada kerajaan negeri supaya ianya dapat dimasukkan dalam senarai keutamaan kerajaan negeri. Kementerian akan mengemukakan senarai tersebut kepada pihak EPU, JPM untuk kelulusan setelah menerimanya daripada pihak kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini wakil Hulu Rajang sangat sedihlah pada hari ini. Saya telah mengemukakan permohonan kepada kementerian ataupun Jabatan Kerajaan Tempatan, JKR negeri Sarawak dan dalam itu telah mengatakan menghantarkan ke bahagian JKR dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Midterm Review. Jadi, saya tidak tahulah kemungkinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak mungkin tidak bersama dalam senaraian projek-projek tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, surat dihantar kepada JKR. Ini KKLW yang menjawab ini.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Di Sarawak macam itu Tuan Yang di-Pertua. Jadi KKLW tahun ini, bajet untuk pembangunan luar bandar RM1 bilion. Jadi saya mintalah, daripada RM1 bilion itu, kasihanlah Parlimen Hulu Rajang, satu. Kedua, misi KKLW saya ingat untuk menyejahterakan rakyat dan penduduk- penduduk pedalaman luar bandar. Kalau kita tanya kesediaan kawasan pedalaman, saya ingat kebanyakan wakil-wakil rakyat daripada Dewan ini datang dari pedalaman, penduduk luar bandar kita. Maka saya ingat, kalau bolehlah kita, kalau kita tanya kesediaan rakyat di luar bandar pada hari ini, mereka start menyokong Kerajaan Barisan Nasional maka patutlah diberikan peruntukan RM1 bilion itu kepada rakyat saya di Parlimen Hulu Rajang pada tahun akan datang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. RM1 bilion itu adalah keseluruhannya kepada negeri Sarawak. Kalau diminta oleh Yang Berhormat Hulu Rajang hanya kepada Hulu Rajang, mungkin memang tidak ...

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Sebahagian Yang Berhormat, sebahagian daripada...

Sebahagian. Oh! Sebahagian. Sebab ayat terakhirnya tadi berbunyi begitu. Jadi, memang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memang melihat kepada kesemua keseluruhannya secara holistik di mana kawasan-kawasan tertentu dan keperluan tertentu kita dapat bahagikan projek-projek seperti yang diperlukan. Cuma kita semua tahu negeri Sarawak ini adalah negeri yang begitu besar dan oleh kerana itu juga, kerajaan begitu adil. Ini kerana dalam bajet ini Sarawak diberikan peruntukan yang besar juga kerana keperluan itu memang KKLW peka sangat dengan permohonan-permohonan yang diminta seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang ini mewakili kawasan kampung saya. Oleh sebab itu saya menyokong sangat saranan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang yang banyak membantu dan yang rajin kerja.

Cuma untuk tahun depan, kita sudah dapat menerima senarai daripada EPU, projek- projek tertentu untuk dilaksanakan. Jadi kita akan melihat bagaimana kalau boleh dapat diselitkan masuk atau tidak permohonan daripada Yang Berhormat tadi untuk jalan tersebut, yang semestinya kita ada keputusan ataupun kelulusan daripada EPU. Oleh kerana disebut oleh Yang Berhormat Hulu Rajang tadi permohonan dikemukakan menerusi JKR. JKR Sarawak ya atau JKR Malaysia?

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

JKR Sarawak. Itu salurannya. JKR Sarawak kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk diutamakan dalam senarainya oleh kementerian berkenaan di Sarawak. Jadi kita menunggulah senarai yang diluluskan oleh EPU berdasarkan kepada keutamaan negeri Sarawak. Sekian, terima kasih.

Er Teck HwaDAP · PRBakri · question

8. Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, jumlah kedai runcit yang memohon, diluluskan dan ditolak untuk menyertai program TUKAR mengikut setiap daerah bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan sehingga 30/08/2017. Senaraikan jumlah individu yang sudah habis membayar balik pinjaman, belum membayar dan langsung tidak membayar.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, jumlah kedai runcit yang membuat permohonan untuk pinjaman bagi menyertai program TUKAR ialah sebanyak 4,096 permohonan. Manakala daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,526 permohonan telah ditolak. Permohonan yang diluluskan pula ialah sebanyak 1,570 permohonan. Jumlah peminjam yang telah habis membayar balik pinjaman program TUKAR ialah sebanyak 33 orang manakala peserta yang belum menyelesaikan pembayaran sepenuhnya ialah sebanyak 1,537 orang. Sekian, terima kasih.

Tuan Er Teck HwaDAP · PRBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan ketua Whip dan Timbalan Menteri yang budiman menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bakri. Di sini saya hendak tanya Timbalan Menteri, apakah kaedah yang digunakan untuk menilai semula program ini untuk melihat kebolehlaksanaan yang lebih efektif dan sesuai dengan keperluan pemohon dan pengguna? Bagaimana status peminjam yang cemerlang membayar balik pinjaman? Adakah mereka mendapat keistimewaan untuk mendapatkan pinjaman semula? Seterusnya berapakah jumlah peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman? Apa tindakan yang telah dilaksanakan bagi mendapatkan balik pinjaman yang diberikan? Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bakri di atas soalan tambahan. Program TUKAR ini dimulakan pada tahun 2011. Tujuannya untuk membantu para peniaga kedai runcit yang tidak mendapat peluang bagi pinjaman daripada bank. Jadi, program ini membolehkan pekedai-pekedai runcit mendapat pinjaman sebanyak RM80,000 yang mana harus dibayar dalam tempoh 15 tahun. Program ini sekarang sedang pun dijalankan tetapi khas kepada peniaga-peniaga kedai runcit yang menunjukkan kejayaan di dalam perusahaan ataupun perniagaan mereka. Kadar pinjaman bagi tempoh khususnya mulai tahun ini 2017, dinaikkan. Kalau dahulu setakat RM80,000, sekarang dinaikkan kepada RM200,000. Tempoh pembayaran juga sama selama 15 tahun. Sekian, terima kasih.

Hasbi bin HabibollahPBB · GPSLimbang · question

9. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan: (a) bilakah kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Fasa Limbang akan dimulakan; dan (b) bilakah kerja-kerja penaiktarafan Jalan Persekutuan di Limbang akan disiapkan.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, cadangan fasa kedua projek Lebuhraya Pan Borneo negeri Sarawak merupakan pelengkap kepada keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sarawak yang merentasi Telok Melano, Sematan ke Miri, Limbang dan seterusnya ke Lawas. Pelaksanaan fasa dua projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri Sarawak melibatkan jajaran Limbang akan dimulakan setelah kerajaan memuktamadkan penelitian aspek teknikal dan juga kewangan projek tersebut. Bagi menjawab soalan kedua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi kerja- kerja naik taraf Jalan Persekutuan di Limbang iaitu projek menaik taraf 14 selekoh-selekoh sub piawai Jalan Tedungan ke Pandaruan di Limbang, projek tersebut sedang dilaksanakan oleh pihak konsesi dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2017. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak merekodkan terima kasih kepada kerajaan.

Nasrudin bin Hassan TantawiPAS · PRTemerloh · question

10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah pihak kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan supaya pelantikan pegawai eksekutif tertinggi mana-mana syarikat GLCs perlu melalui Parlimen terlebih dahulu untuk diperhalusi.

Dato’ Wira Othman bin AzizUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Yang Berhormat Temerloh, lantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ataupun pengarah urusan (MD) ataupun Managing Director syarikat merupakan perkara dalam bidang kuasa pemegang saham seperti yang dinyatakan dalam constitution syarikat. Di antara kriteria pelantikan CEO, MD ini adalah berdasarkan kesesuaian dari segi kelayakan, pengalaman dan kepakaran seseorang individu tersebut seperti yang digariskan dalam The Orange Book – Strengthening Leadership Development. Selain daripada kelayakan tersebut, individu yang dilantik juga perlu menjalani tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bagi barisan pengurusan kanan syarikat seperti Chief Financial Officer (CFO) dengan izin, Chief Operating Officer (COO) dan lain-lain pelantikan, ia dilaksanakan di peringkat syarikat mengikut tatacara dan prosedur syarikat tanpa campur tangan kerajaan. Sehubungan itu, berdasarkan prosedur dan kaedah yang diterangkan, pelantikan CEO ini dan lain-lain pengurusan kanan adalah teratur, telus serta mengikut amalan terbaik dan tidak perlu melalui Parlimen terlebih dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih di atas jawapan yang dikemukakan. Sebenarnya masih ada satu kebimbangan berkait dengan pelantikan jawatan tertinggi di syarikat-syarikat milik kerajaan ini yang mana ia masih lagi dilantik di kalangan ahli-ahli politik atas mungkin kerana mengenang jasa ataupun baktinya sebelum daripada ini tanpa akhirnya memberi keutamaan kepada kelayakan dan juga kepercayaan.

Jadi risikonya kepada pengurusan dan juga kepercayaan reputasi syarikat tersebut. Jadi saya sebenarnya bersetuju dengan saranan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM supaya mana-mana lantikan itu mestilah sekali-kali atau 100 peratus tidak melibatkan ahli politik. Jadi persoalan saya ialah jika sekiranya kerajaan merasakan bahawa pelantikan jawatan tertinggi melalui Parlimen ini tidak perlu ataupun dilihat terlalu ideal, apakah kerajaan boleh bersetuju jika sekiranya saya cadangkan di sini sebarang kriteria ataupun syarat-syarat pelantikan jawatan tertinggi itu mesti juga diluluskan di peringkat Parlimen ini? Saya ingin tahu juga, sistem tapisan keutuhan serta perakuan SPRM yang dicadangkan oleh Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah untuk menerima anugerah pelantikan dan juga bintang ini serta pelantikan jawatan tertinggi dalam GLC itu masih diamalkan sehingga hari ini. Wallahualam.

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sudah maklumkan tadi, pelantikan CEO ataupun Managing Director (MD) ini bagi syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan, ia melalui satu carta aliran yang memang diterima pakai. Contohnya, seperti katalah wujudnya satu kekosongan, maka cadangan calon itu akan dikemukakan oleh syarikat ataupun agensi berkaitan dengan MKD ini, Menteri Kewangan Diperbadankan. Kemudian, mesyuarat jawatankuasa khas keahlian lembaga pengarah syarikat tersebut dan institusi berkaitan akan diadakan. Kemudian, dibawa kepada peringkat Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Kemudian, mendapat pertimbangan daripada kelulusan Yang Berhormat Menteri Kewangan ataupun Menteri Kewangan II. Kemudian selepas itu, dia kena pergi pula ke satu tapisan di peringkat SPRM. Di SPRM ini, ada pula tatacaranya, sudah tentulah mengikut rekod-rekod peribadi berkaitan dengan orang yang hendak dilantik ini. Sekiranya lepas daripada itu, maka insya-Allah dia ini akan dilantik, diberikan surat pelantikan. Akan tetapi, kalau contoh pula CEO ataupun MD berkaitan dengan institusi perbankan, selain daripada tatacara tersebut, dia kena pergi pula mendapat clearance Bank Negara Malaysia. Jadi, ada lah proses-prosesnya. Cumanya, macam cadangan Yang Berhormat berkaitan dengan hendak bawa benda-benda ini ke Parlimen, sedangkan kita tahu Parlimen ini bersidang secara berkala— tiga bulan sekali dan sebagainya- kemudian tidaklah sampai peringkat kita hendak lantik seorang CEO itu hendak dapat kelulusan Parlimen, ini akan menjadikan satu masalah yang besar kepada syarikat tersebut. Akan tetapi berkaitan dengan tatacara SPRM dan sebagainya, itu memang kita meletakkan satu tahap yang cukup tinggi, menjadi kriteria utama, di mana seseorang yang hendak dilantik itu mestilah lepas tapisan SPRM itu dari segi integritinya, rekod dan sebagainyalah. Ini adalah amalan sedia ada yang kita buat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila merujuk kepada GLC ini, saya amat tertarik dan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama sekali bagi GLC yang banyak membantu khususnya dalam kerja-kerja CSR kepada rakyat yang memerlukan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa GLC di Malaysia ini banyak menyumbang terutama sekali dalam mempertingkatkan lagi keluaran dalam negara kasar negara dan juga memberikan peluang pekerjaan di negara kita. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai pelantikan- pelantikan secara jawatan dalam memilih tampuk khususnya pengurusan eksekutif, sekiranya seseorang itu telah didapati menyalahi integriti dalam menjalankan urusan tersebut, apakah pihak kementerian bercadang untuk menyenaraihitamkan penama-penama ini supaya ia menjadi satu ingatan terutama sekali dalam soal integriti korporat dalam negara kita? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Corporate governance merupakan satu perkara yang cukup penting. Sebenarnya setiap tahun diadakan macam mesyuarat ataupun conference di kalangan CEOs ini bersama dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan sebagainya untuk kita update-kan cerita-cerita ataupun latest development berkaitan dengan integriti dan sebagainya. Untuk makluman Dewan, syarikat di bawah MKD ini yang kerajaan mempunyai majority share 44 iaitu yang aktif, yang minoriti hanya enam. Kemudian, SPV kita ada 22. Kemudian, yang syarikat kerajaan ada golden share ada 33 iaitu berkaitan dengan perniagaan melibatkan keselamatan ataupun sekuriti, kemudian berkaitan dengan interest dari segi contoh macam pembangunan-pembangunan yang besar dan sebagainya.

Ini merupakan syarikat-syarikat yang ada kepentingan syarikat kerajaan melalui golden share. Jadi berkaitan dengan integriti ini memang kita tidak akan kompromi, memang saban tahun antara KPI utama penilaian yang dibuat, pelantikan semula dan sebagainya. Selain daripada mencapai target sasaran perniagaan itu, integriti juga merupakan satu perkara yang penting dan kita juga sering mendapat laporan berkala daripada SPRM dan apa jua salah laku yang dibuat oleh CEO atau MD tersebut, akan sudah tentu diambil kira untuk pertimbangan pelantikan semula dan sudah tentu ianya akan di senarai hitamkan lah- jikalau sesiapa yang terlibat dalam perkara-perkara yang tidak mengikuti amalan corporate governance yang baik dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Baiklah Yang Berhormat, tamat sudah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 15 November 2017.”

Dato’ Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Minta Menteri Kewangan kemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi kesemua kementerian.

Datuk Seri Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNMenteri Kewangan II · Titiwangsa

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih dari RM172,929,672,100 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2018 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.13, B.20 hingga B.25, B.27 hingga B.32, B.40, B.42 hingga B.43, B.45 hingga B.48, B.60 dan B.62 hingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM48,000,000,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2018 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13, P.20 hingga P.25, P.27 hingga P.32, P.42 hingga P.43, P.45 hingga P.48, P.60, P.62 hingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai lampiran A dan lampiran B Kertas Perintah 23 Tahun 2017 dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2018 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2018 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 23 Tahun 2017 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2017. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa pandangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini tempoh perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang undang-undang Perbekalan 2018 dihadkan selama sepuluh minit sahaja bagi setiap wakil rakyat.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 Jawatankuasa — Maksud B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] - Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2018] -Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.

Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan peluang untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada maksud Butiran 0200000 Litigasi, muka surat 123. Butiran kecil 020100 Pendakwaan anggaran RM35,074,800. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, Jabatan Peguam Negara adalah badan perundangan yang tertinggi di negara ini. Misi penubuhan Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendukung perlembagaan dan undang-undang serta melindungi kepentingan negara melalui perkhidmatan perundangan yang berkualiti tinggi, cekap, adil dan saksama serta pendakwaan yang bebas. Begitu hebat sekali tanggungjawab yang telah diberikan kepada Jabatan Peguam Negara, ia bukan sahaja melibatkan kepentingan negara, malah turut meliputi kepentingan awam. Sehubungan dengan itu, saya ingin merujuk kepada laporan media yang dikeluarkan oleh Bernama pada 31 Oktober 2017. Saya petik daripada Tuan Pengerusi “Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali, berkata siasatan lanjut berkaitan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara tertentu, apabila kertas siasatan dirujuk kepada kami, kami akan menelitinya. Kami dapati wujud kekurangan bukti, jadi kami arahkan supaya siasatan dilakukan dalam beberapa perkara tertentu, saya tidak dapat mendedahkan perkara itu, siasatan masih dijalankan. Antara 20 hingga 25 peratus daripada kertas siasatan perlu dikaji semula”. Ini adalah petikan, Tuan Pengerusi. Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya ingin tahu apakah status terkini siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara berkaitan kes skandal 1MDB. Susulan daripada pengakuan Tan Sri Peguam Negara sendiri, bahawa penyiasatan lanjut mengenai 1MDB mengalami kekurangan bukti. Agensi penyiasatan manakah yang dimaksudkan oleh Jabatan Peguam Negara, sebagai belum lengkap dan sempurna penyiasatan lanjut itu. SPRM kah, PDRM kah ataupun Bank Negara Malaysia. Tuan Pengerusi, berkaitan dengan isu ini, saya difahamkan Bank Negara Malaysia telah menyarankan suatu tindakan pendakwaan diambil oleh Jabatan Peguam Negara ke atas 1MDB. Dalam hal ini, saya ingin merujuk kepada kenyataan media Bank Negara Malaysia pada 9 Oktober 2015, dua tahun sudah berkenaan saranan pendakwaan 1MDB itu. Saya petik, “Keputusan Peguam Negara berhubung dengan siasatan terhadap 1MDB berkait dengan saranan Bank Negara Malaysia supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, Exchange Control Act 1953” dengan izin, Tuan Pengerusi.

“Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya kepada Peguam Negara, tanggungjawab dan amanah yang berat ini.

Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa dengan penuh tanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia mengehendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah Exchange Control Act (ECA) - ini yang saya sebutkan tadi. Dipihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat yang relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia sendiri semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama, sama ada tidak tepat atau tidak lengkap. Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah membatalkan...” Ini masih lagi dalam sedutan media statement yang dibuat oleh Bank Negara. “Oleh yang demikian Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah ECA untuk pelaburan di luar negeri yang bernilai sebanyak USD1.83 bilion. Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan atau Financial Services Act 2013 kepada 1MDB untuk membawa balik ke Malaysia jumlah sebanyak USD1.83 bilion dan mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia perancangannya berkaitan dengan perkara ini. Bank Negara Malaysia akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).” Habis petikan. Saya ingin tahu Tuan Pengerusi, apakah tindakan susulan Jabatan Peguam Negara ke atas saranan Bank Negara Malaysia bagi menjalankan tindakan pendakwaan jenayah ke atas 1MDB sebagaimana yang disebutkan dalam kenyataan Bank Negara Malaysia tersebut. Sejauh manakah penyiasatan dilakukan? Apakah siasatan ini jika telah dilakukan adalah termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Tan Sri Peguam Negara sebagai antara 20 sehingga 25 peratus daripada kertas siasatan perlu dikaji semula. Apa yang perlu dikaji semula? Bank Negara Malaysia telah membuat saranan. Bank Negara menyarankan Peguam Negara supaya pendakwaan jenayah dibuat terhadap 1MDB atas perlanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, ini disarankan Bank Negara sejak 9 Oktober iaitu dua tahun yang sudah, 2015 dan kini sudah dua tahun berlalu. Namun sehingga hari ini, tidak kedengaran sebarang pengumuman mengenai penyiasatan ke atas 1MDB yang disarankan dan tindakan pendakwaan jenayah ke atas 1MDB berikutan pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang ini. Apa yang berlaku sekarang kita mohon agar diberi tahu atas bekalan yang dibawa tadi itu. Tuan Pengerusi, kesimpulannya saya ingin merakamkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Jabatan Peguam Negara seharusnya menjadi benteng bagi mendukung Perlembagaan dan undang-undang negara dan visi yang bertulis untuk menjadi organisasi perundangan awam yang bertaraf dunia nyata gagal melindungi kepentingan negara dalam soal berkaitan isu skandal 1MDB yang melibatkan secara langsung dan tidak langsung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jabatan Peguam Negara seharusnya memperbaiki prestasi dalam pengendalian kes seperti 1MDB secara berkesan ke arah pendakwaan agar penjenayah yang terlibat memalukan dan memburukkan imej negara dalam kaca mata dunia dihukum sewajarnya menurut undang-undang demi menjaga kepentingan awam dan negara. Jabatan Peguam Negara haris mencontohi amalan terbaik organisasi perundangan awam seperti the Office of the Attorney General of Switzerland dengan izin atau dengan izin saya tidak tahu hendak sebut ini dalam bahasa, Bundesanwaltschaft iaitu Jabatan Peguam Negara Switzerland yang tegas mengambil inisiatif dan lebih serius bertindak menangani isu skandal 1MDB berbanding dengan Jabatan Peguam Negara kita sendiri. Tuan Pengerusi, saya juga hendak masuk ke dalam Maksud Bekalan 4 SPR, ini sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 040000 one-off muka surat 71, Butiran 040100 iaitu Pilihanraya Umum Keempat Belas, anggaran RM320,000,500.

Tuan Pengerusi, menurut Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan menjadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan tiga fungsi iaitu menjalankan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, menyediakan dan menyemak Daftar Pemilih bagi pilihan raya itu, membahagikan pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenai- dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual Ketiga Belas, dan mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan negeri-negeri bagi maksud pilihan raya. Saya ingin menarik perhatian pada isu yang bersangkutan dengan Daftar Pemilih Tuan Pengerusi, ini penting ya. Pada 30 Oktober 2017 semasa perbahasan Peringkat Dasar Bajet 2018 ini Yang Berhormat Kluang telah membangkitkan isu pemindahan 1,079 pemilih daripada kalangan anggota tentera yang telah disenaraikan sebagai pemilih kawasan Parlimen P.140 Segamat. Saya quote, saya petik Hansard yang ditulis pada 30 Oktober itu muka surat 97 dan 98. “Kem Segamat dalam proses pembinaan dan papan notis di luar tapak pembinaan menunjukkan bahawa tarikh jangka siap bina kem tersebut ialah 16 April 2018, tahun depan. Walau bagaimanapun, ruang daftar pemilih tambahan suku ketiga tahun 2017 yang sedang dipamerkan telah menunjukkan pendaftaran seramai 1,079 anggota tentera atau pasangan mereka di dua lokaliti baru di kawasan Parlimen di kawasan P.140 Segamat dan N.02 Jementah. Antaranya 1,051 pemilih Kem Segamat dan 28 pemilih di Rejimen 501 Askar Wataniah Kem Segamat.” Selanjutnya pada 7 November 2017 baru-baru ini, Kumpulan Pemantau Pilihan Raya BERSIH mengumumkan penemuan lebih ramai lagi pemilih tentera dipindahkan ke Kem Tentera di Bera Pahang dan Kem Hutan Melintang Perak yang masih dalam pembinaan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Permatang Pauh, saya mohon maaf kerana saya mengganggu. Masa sudah disebut 10 minit, Yang Berhormat telah berhujah lebih kurang 14, 15 minit. Saya boleh benarkan lagi berhujah panjang tetapi saya akan potong masa daripada pihak-pihak pembangkang nanti, umpamanya kalau Yang Berhormat Lembah Pantai berhujah saya bagi 5 minit sahaja. Sila gulung.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak katakan point saya- sudah hendak habiskan sekarang. Jangan ambil masa yang lain. Saya punya point adalah kem belum siap, pengundi sudah siap. Itu adalah satu perkara, kita mohon jawapan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, sepuluh minit.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, sepuluh minit.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Limbang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 07500 iaitu LPKP Sarawak. Saya ingin menyuarakan bahawa pada masa ini, LPKP Sarawak jumlah pegawai penguat kuasa adalah di bawah 10 orang dan ia pun adalah pegawai-pegawai yang di kader daripada JPJ.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya mohon kepada Jabatan Perdana Menteri supaya menambah lagi pegawai penguatkuasaan. Sebab, walaupun Sarawak ia kecil dari segi jumlah penduduk ataupun jumlah kenderaan yang dilesenkan berbanding dengan di sini tetapi ia daripada Lawas sampai Telulu.

Jadi, Kuching hanya ada berapa orang, di Sibu dua, tiga orang, di sebelah zon utara hanya ada empat orang sahaja. Ini semua kader. Jadi, kita berharap supaya kerajaan mengadakan jawatan penguatkuasaan LPKP sendiri selain daripada yang dikader daripada JPJ. Keduanya ialah tentang kenderaannya juga. Saya selaku chairman di Sarawak, saya perhatikan- pun kenderaan ini pernah saya bangkitkan dulu. Kalau boleh, kita minta tambahan untuk kenderaan-kenderaan di agensi di cawangan-cawangan Kuching, Sibu dan Miri supaya penguatkuasaan, mobiliti akan lebih dapat berkesan dengan kemudahan ditambah lagi kenderaan-kenderaan mereka. Ketiga, pernah saya bangkitkan dulu pada sesi lepas- tentang mobiliti. Mobiliti untuk melepasi sempadan negara jiran, negara Brunei untuk ke Lawas, ke Limbang untuk melaksanakan tugas khusus kepada LPKP dan juga agensi-agensi Persekutuan yang lain. Saya memohon agar Jabatan Perdana Menteri melihat perkara ini, di mana sama ada untuk memberikan kelulusan blanket untuk kebenaran melintasi sempadan ataupun memberi kelonggaran. Di samping itu juga, memberi perlindungan sebab kadang-kadang kalau mereka penguatkuasaan- LPKP, jabatan lain pun sama juga, jabatan Persekutuan- apabila melintas di sana, kita driving berhemah tetapi kemalangan ini tidak berbau. Apakah mereka terlindung? Mesti ada satu skim perlindungan untuk mereka melintasi negara asing dalam tujuan untuk melaksanakan tugas. Perkara ini mungkin kecil, tidak ada apa-apa bagi tempat lain di seluruh negara ini sebab perkara ini hanya berlaku di kawasan zon utara Sarawak, selatan Sabah ini sahaja. Tempat lain tidak ada. Akan tetapi walau macam mana pun, mereka masih juga pegawai kerajaan. Mereka menjalankan tugas, membuat penguatkuasaan. Nanti kita hendak buat mobile unit untuk melawat, penguatkuasaan di Lawas, di Limbang dan sebagainya untuk melintasi ini. Disebabkan oleh hal ini, sekarang mereka tidak dibenarkan, mesti ada approval. Macam saya katakan, kalau pagi mohon approval, petang dapat approval, tidak mengapa juga. Akan tetapi ini faham-fahamlah. Kita kadang-kadang mohon hari ini, seminggu mungkin baru dapat ataupun dua, tiga hari, seminggu, kita tidak tahulah. Jadi, ini bukan hanya untuk LPKP tetapi untuk semua agensi Persekutuan yang petugas perlu melintasi sempadan di utara Sarawak ini. Dan...

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

[Bangun]

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Limbang menyatakan LPKP. Hari ini kita melihat Limbang, setujukah Yang Berhormat Limbang, kita melihat peranan LPKP di Sabah dan Sarawak telah meningkat? Sebentar tadi Yang Berhormat Limbang menyatakan bahawa perlu ada pertambahan pegawai penguatkuasaan. Saya fikir, Yang Berhormat Limbang, di Sarawak dan juga di Sabah perlu juga menubuhkan juga cawangan-cawangan, di mana kalau kita lihat sebagai contoh di kawasan pedalaman, di Keningau, ia boleh memberi perkhidmatan kepada di kawasan Tambunan, Nabawan dan juga Tenom sendiri. Begitu juga apabila menyatakan penguatkuasaan, pada hari ini kapasiti penjawat awam dalam LPKP tidak mencukupi. Saya fikir, Yang Berhormat Limbang, kita perlu memperluaskan lagi perjawatan dan juga kemudahan-kemudahan supaya penguatkuasaan dapat digerakkan secara lebih mantap lagi. Setujukah Ahli Yang Berhormat Limbang? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Tenom. Memang saya setuju. Masukkan dalam ucapan saya. Di samping itu juga, bukan hanya- memang betul, saya setuju sebab sejak e-hailing ini juga telah diluluskan, ertinya all these e-hailing punya syarikat nanti, pertambahan vehicles yang dijangka dalam 6,000 buah yang beroperasi di Sarawak dan Sabah, jadi kita memang sudah pasti memang memerlukan penguatkuasaan ini, yang mana pegawai penguatkuasaan ini perlulah ditambah.

Seterusnya, Butiran 060900 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Jadi, Limbang di sini memohon kalau boleh sama ada membuka cawangan ataupun menempatkan pegawai YADIM di Parlimen Limbang sebab keperluan itu memang ada. Seterusnya, Butiran 080400 – Bahagian PERMATA. Di Limbang belum ada TASKA PERMATA tetapi hanya ada sebuah pra-sekolah KEMAS tetapi menggunakan kurikulum PERMATA. Jadi kita memohonlah, di Limbang, kalau boleh diwujudkan PERMATA. Mungkin sebuah atau dua buah untuk tadika supaya kita ini tidak juga ketinggalanlah seperti tempat-tempat lain. Itu permohonan kita untuk di Limbang. Rasanya itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sebelum saya jemput Ahli Yang Berhormat yang berhujah, suka saya ingatkan bahawa dalam peringkat Jawatankuasa ini, kalau bahas, janganlah perbahasan itu seolah-olah macam bahas sewaktu Dasar. Spesifik kepada Kepala.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Tuan Pengerusi

Sila Yang Berhormat Temerloh.

Sayang Temerloh.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi, atas ruang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Saya merujuk kepada Butiran 010000 – Integriti. Tuan Pengerusi, hari ini kita mempunyai pelbagai institusi yang bernaung di bawah JPM ini, bertujuan untuk mengawal selia soal integriti, terutamanya di kalangan penjawat awam. Antara institusi yang terlibat adalah Institusi Integriti Malaysia (IIM) dan juga Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Namun, saya melihat aspek membendung penjawat awam daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak berintegriti ini nampaknya masih tidak ada kesudahannya, masih lagi banyak berlaku kes-kes yang melibatkan rosaknya integriti ataupun runtuhnya nilai integriti ini. Tuan Pengerusi, kalau saya lihat, pihak kementerian pernah mengeluarkan satu statistik berkenaan dengan kes penjawat awam yang dituduh dengan kesalahan tatatertib. Sepanjang tahun 2010 sehinggalah tahun 2016, adalah sebanyak 31,236 kes. Ini adalah satu jumlah yang terlalu banyak melibatkan kes-kes kesalahan tatatertib penjawat awam. Jika dirujuk kepada statistik Biro Pengaduan dan Pendakwaan SPRM, tahun ini sahaja, kes tangkapan melibatkan penjawat awam, tahun ini sahaja 374 kes yang melibatkan tangkapan. Jadi, saya melihat Tuan Pengerusi, ironinya, sebahagian besar kes-kes ini adalah melibatkan sektor sokongan, berbanding pengurusan profesional dan juga pengurusan tertinggi. Jadi, timbul persoalan di sini, adakah mereka ini benar-benar bebas dari pencemaran integriti sehingga mereka tidak dilibatkan dalam penangkapan dan seumpamanya ataupun ada perlindungan tertentu yang menyebabkan mereka tidak tertangkap ataupun dibebaskan dengan begitu sahaja? Ini persoalan yang saya ingin kemukakan untuk mendapat perhatian dan juga jawapan telus daripada pihak kementerian.

Tuan Pengerusi, satu perkara juga, saya telah berkali-kali sebelum daripada ini juga membangkitkan tentang ombudsman di negara ini. Sudah sampai masanya- sebab Malaysia ini adalah menjadi anggota keahlian kepada peringkat Asia Ombudsman ini, sudah sampai masanya kerajaan meneliti secara serius tentang salah laku dan juga rasuah di kalangan penjawat awam yang berlaku di negara kita.

Ini kerana mereka ini secara terus berada di bawah tanggungjawab pihak kerajaan dan ini jugalah menjadi tunjang yang efektif dan efisien dalam pembahagian bajet yang dibentangkan saban tahun. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak kerajaan mengenai dengan penglibatan pegawai daripada Jabatan Audit Negara dan juga SPRM dalam projek- projek yang menilai RM500 juta ke atas. Sebagai mana yang telah dicadangkan sebelum daripada ini, yang mana adakah ia akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan ataupun tidak bagi mengurangkan risiko ketidaktelusan pengurusan dalam pengurusan projek-projek tersebut sebab saya lihat perkara ini telah pun dicadangkan tetapi bagaimana perkembangannya. Kedua, Butiran 030700 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Pertamanya saya hendak ucapkan takziah kepada mangsa banjir yang melanda beberapa negeri terutamanya Pulau Pinang dan hari ini kita dapat maklumat di Muar telah mula dinaiki air, di Gua Musang telah dinaiki air. Jadi isu banjir dan juga banjir kilat ini Tuan Pengerusi sememangnya menjadi isu yang selalu kita bangkitkan di Parlimen ini. Kita tidak hanya bercakap soal bagaimana aspek pengurusan agensi-agensi kerajaan ketika berdepan dengan situasi bencana ini. Akan tetapi, kita mesti melihat juga, yang paling penting ialah bagaimana kita hendak mengatasi masalah bencana banjir yang semakin menjadi-jadi dalam negara kita ini. Ya, kita beriman dengan ketentuan qada dan qadar Allah SWT. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita juga diajar untuk berikhtiar semaksimum mungkin bagi mengatasi masalah yang kita hadapi, kemudian kita bertawakal kepada Allah... [Bercakap dalam bahasa Arab] Jadi pendapat saya jika sekiranya NADMA ini hanya bertindak sebagai one-stop centre semata-mata kepada pengurusan agensi-agensi lain macam Bomba dan lain-lain dalam negara kita untuk berhadapan dengan bencana. Maka saya kita NADMA itu tidak perlu dan tidak memenuhi pun keperluan menghadapi bencana. Oleh kerana kita tahu setiap agensi-agensi ini mereka telah mempunyai SOP mereka sendiri yang lengkap, yang mantap. Jadi keperluan NADMA ini tidak diperlukan daripada aspek itu. Jadi justeru itu Tuan Pengerusi, saya berpandangan supaya NADMA ini seharusnya bergerak lebih ke hadapan, selangkah lebih ke hadapan untuk menjadi perancang bagi melaksanakan tugas-tugas kajian sebagai contoh, bagaimana untuk mengatasi masalah bencana seperti banjir yang berlaku dalam negara kita ini. Gunalah segala kepakaran yang ada, gunalah segala teknologi yang kita miliki untuk mencari jalan mengatasi bencana ini seperti banjir. Contohnya, sebagai mana kita tahu dan kita maklum bahawa sistem saliran dan perparitan dalam negara kita ini antara punca berlakunya banjir termasuklah pembangunan yang tidak terkawal, antara punca berlakunya banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Jadi kenapa hal-hal seperti ini tidak diteliti dan dikaji oleh pihak NADMA untuk mengatasi dan mencari jalan penyelesaiannya. Ini sekali lagi- ia berbalik kepada soalan yang selalu kita timbulkan ialah soal efektifnya pengurusan agensi-agensi kerajaan ini. Ini sebab terlalu banyak agensi dan akhirnya timbul isu redundant gerak kerja dan ini bukanlah merupakan satu pendekatan yang baik, apatah lagi setiap agensi itu diberikan peruntukan melibatkan kos yang tinggi.

Jadi ke manakah nantinya kebijaksanaan kita mengurus kewangan dan juga dana negara apabila kos-kos yang tinggi itu hanya hilang begitu sahaja dengan banyaknya agensi tetapi tidak efektif untuk mengatasi bencana dan juga apa musibah yang melanda negara kita. Ketiga, terakhir dengan masa yang masih berbaki ini. Saya merujuk kepada Butiran 060000 – Kemajuan Islam. Baru-baru ini Tuan Pengerusi telah ada satu cadangan mengenai Pusat Mediasi Islam yang dikemukakan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia sebagai satu medan untuk menyelesaikan kes-kes pertikaian secara aktif yang melibatkan umat Islam dan juga bukan Islam. Sepertimana yang kita sedia maklum perkhidmatan mediasi ini telah pun wujud melalui satu majlis yang dinamakan Majlis Sulh. Jadi ini adalah secara khusus melibatkan orang Islam yang telah pun dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah sejak daripada tahun 2003. Justeru itu saya ingin mendapatkan penjelasan apakah perancangan kerajaan sekarang mengenai dengan Pusat Mediasi Islam yang dicadangkan itu. Adakah kes-kes pertikaian yang berlaku yang melibatkan perceraian pasangan yang memeluk Islam dan juga isu unilateral convention ini juga akan termasuk di bawah perancangan di bawah Pusat Mediasi yang dicadangkan oleh pihak Persatuan Peguam Muslim Malaysia ini. Jadi saya melihat perkara ini perlu mendapat penjelasan daripada pihak kementerian untuk kita mendapat menangani konflik-konflik dan juga krisis yang berlaku yang melibatkan isu-isu bertindan antara pengurusan di Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah dan juga isu yang berkait dengan konflik rumah tangga yang sebahagiannya telah memeluk ajaran atau seorang daripada ahli keluarga telah memeluk ajaran Islam. Jadi perkara ini masih lagi menjadi isu tertunggak dalam negara kita dan cadangan untuk menubuhkan Pusat Mediasi Islam saya rasa perlu diberikan satu perhatian dan kami mohon apakah tindakan mutakhir daripada pihak kerajaan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, sila Yang Berhormat Parit Buntar.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bangun]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hanya ada beberapa butiran yang ingin saya singgung dan sentuh iaitu pertama tentang PEMANDU iaitu di bawah 040000, Butiran kecil – 040600. Semua kita tahu bahawa PEMANDU telah meletakkan sesuatu fasa di mana akhirnya segala urusan PEMANDU yang melibatkan prestasi dan sebagainya akan diserahkan sepenuhnya kepada civil service. Jadi kalau kita tengok anggaran 2016 berbanding dengan 2017, berlaku peningkatan daripada RM27 ribu kepada RM40 juta. 2018 memang tidak ada peruntukan dan memang kita faham sebab fasa ini akan terus diserahkan dan Jabatan Perdana Menteri tidak lagi bertanggungjawab di atas PEMANDU ini. Persoalan saya ialah, saya ingin tahu dari pihak Menteri apakah fungsi peranan sebenar PEMANDU Associate Sendirian Berhad yang wujud dan diketuai oleh seorang bekas Menteri yang bertanggungjawab ke atas agensi PEMANDU di bawah JPM. Saya ingin tahu, apakah dia punya perkembangan dan bagaimanakah transformasi atau pemindahan itu dari sudut performance dia, apakah telah berlaku dan bagaimana ia boleh dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini proses tersebut dan PEMANDU Associate itu sendiri, sejauh manakah kerajaan masih lagi di bawah ataupun memantau PEMANDU Associate ini dari segi dia punya aktiviti dan sebagainya.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Seterusnya, Tuan Pengerusi saya ingin masuk Butiran 060000 yang melibatkan JAKIM di bawah Butiran kecil 060100. JAKIM membawa satu nama yang besar iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Peruntukan yang diberikan juga jika kalau dilihat dari sudut penambahan iaitu mendadak 2017 berbanding dengan sebelumnya. Sebelumnya RM744,947,800 sekarang lebih kurang RM810,890,000. Kenaikan sebanyak RM65 juta. Saya kira JAKIM ini sepatutnya membawa kredibiliti sebagai satu institusi yang akan membela Islam dengan makna yang sebenarnya. Saya ingin mengambil perhatian Menteri iaitu berkenaan dengan satu organisasi yang bernama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Tuan Pengerusi. Saya difahamkan IKSIM ini bekerjasama rapat dengan JAKIM dan juga Majlis Agama Islam Wilayah dan ditubuhkan pada 2014.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Antara program yang dibuat oleh IKSIM apa yang dinamakan sebagai Program Transformasi Pemikiran Islam (TRAPI). Cukup baik nama Transformasi Pemikiran Islam itu dan ia membawa satu nama yang cukup besar. Cuma soalan saya dalam beberapa program TRAPI, Tuan Pengerusi, ada satu program yang dinamakan sebagai Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisme: Agenda Penghakis Akidah Islam dan Meruntuhkan Kedaulatan Negara. Apa yang membimbangkan dalam program ini, ialah- saya mendapat maklumat mereka menonjolkan dalam program itu tokoh-tokoh politik tertentu sebagai liberal yang memperjuangkan pluralisme. Sedangkan nama-nama tokoh itu adalah orang yang dihormati dalam masyarakat. Apatah lagi mempunyai nama yang baik dalam ilmu Islamnya. Saya khuatir ini bukan agenda yang dikehendaki oleh Jabatan Kemajuan Islam. Yang Berhormat Arau berminat nampaknya. Mereka memaparkan tokoh-tokoh ini dengan membawa satu kefahaman yang memecahbelahkan masyarakat dan fahaman yang kita menentang semua yang menyatakan semua agama sama. Tiada ada siapa yang menyokongnya, Yang Berhormat Arau. Kita tidak menyokong LGBT. Sebagaimana yang selalu didakwa ini golongan plural, liberal, sokong LGBT. Tidak ada. Akan tetapi, mengapa mereka membawa isu ini dan dikaitkan dengan orang yang salah. Orang yang tidak ada kena mengena dengan pandangan dan pendapat ini. Saya khuatir JAKIM. Tolong ambil perhatian Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Saya khuatir ini usaha-usaha untuk lebih kepada character assassination. Character assassination kepada orang-orang tertentu yang digunakan sebagai satu pembunuhan politik. Bukan sebenarnya hendak menangani gejala-gejala yang disebutkan itu. Ini termasuk usaha-usaha yang dijalankan oleh IKSIM bersama kononnya hendak membanteras keganasan. Akan tetapi, orang yang dibawa dalam program menentang keganasan itu salah seorangnya yang kontroversial- yang hari itu saya sudah sebut nama dia, saya tidak payah sebut nama dia sekali lagi. Yakni yang mengambil gaji daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JAKIM bawa ambil dia seconded kepada JAKIM. Bercakap tentang menentang keganasan tetapi dia menimbulkan kebencian di antara umat Islam. Dengan hanya membawa satu fahaman yang mendakwa dialah sahaja Ahli Sunah Wal Jamaah, Orang lain semua tidak Ahli Sunah Wal Jamaah. Ini bahaya, Tuan Pengerusi. Bagi saya dia duduk dalam Butiran 060000. Sebab dia kata JAKIM adalah satu institusi yang perlu mengawal semua aktiviti-aktiviti ini sedangkan dia- saya hendak tahu adakah IKSIM mendapat peruntukan daripada peruntukan besar yang diberi ini? Adakah dia mendapat peruntukan itu? Saya sedih untuk dirakamkan di sini. Maklumat yang kita terima, dipaparkan gambar-gambar saya. Gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang lain. Sebagai ini ‘tokoh plural’. ‘Bahaya liberal’. Masya-Allah. Fitnah apa yang hendak kamu bawa ini seluruh Malaysia akan dengar. Sedangkan kita tidak pernah pun membawa fahaman tersebut. Ini bahaya. Bahaya dan dia bukan Jabatan Kemajuan Islam. Kalaulah ia berlaku di bawah Jabatan Kemajuan Islam, saya mengambil kira Jabatan Kemajuan Islam bertanggungjawab atas fitnah besar ini. Oleh sebab itu, jangan main-main.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Kalau perlu saya dakwa, saya akan dakwa di mahkamah. Oleh sebab itu kalau hendak jaga Islam, jaga betul-betul. Jangan gunakan kaedah untuk hendak membunuh karakter mana-mana ahli politik di sini yang tidak ada kena mengena pun dengan fahaman yang disebutkan itu. Seterusnya, saya ingin juga menyentuh kepada butiran Jabatan Kehakiman Syariah iaitu Butiran 050300 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pengurusan Hakim. Saya ingin bertanya kepada pihak Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan yang ada sejauh manakah usaha untuk mempertingkatkan gaji-gaji hakim yang ada? Mahkamah syariah ini bawa banyak isu. Termasuklah hari itu kita bincang Rang Undang-undang 355. Antara lain yang kita cadangkan ialah dalam proses itu perlu juga melihat bagaimana gaji hakim-hakim ini. Gaji hakim mahkamah syariah tidak sama dengan gaji hakim mahkamah sivil. Mahkamah syariah tidak ada suruhanjaya hakim-hakim syariah. Ini menyebabkan mereka terasa tersisih dan gaji mereka terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan hakim-hakim sivil. Lalu, diberikan satu tanggungjawab besar. Kononnya hendak bawa Rang Undang- undang 355 yang entah ke mana hari ini perginya. Saya ingin bertanyakan kepada pihak Jabatan Perdana Menteri, di manakah usaha untuk mewujudkan Suruhanjaya Hakim-Hakim Mahkamah Syariah yang membela nasib mereka, tangga gaji mereka supaya mereka ini dihormati? Ini kerana mereka ada satu suruhanjaya yang mereka boleh bawa segala masalah termasuklah isu sumber manusia dan isu-isu pengajian. Dengan tersebut, Tuan Pengerusi saya akhiri saya punya ucapan dalam jawatankuasa. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Lenggong. Selepas Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Tenom. Fasal tadi saya panggil dua daripada sebelah kiri. Sekarang sebelah kanan. Selepas Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Tenom. 10 minit seorang.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas di peringkat jawatankuasa. Saya ringkas sahaja. Cuma mahu menyentuh Butiran 171000 B.6. Cuma saya agak hairan juga apabila semalam kita membuat undian, rakan-rakan di sebelah sini nampaknya tidak menyokong dan tetapi hari ini bercakap macam-macam perkara, minta itu dan ini. Jadi, nampak semacam tidak betul di sebelah sini rupanya. Akan tetapi, apa pun tidak apa. Hakikat sebenarnya mereka tahu bahawa bajet ini baik sebenarnya untuk rakyat. Saya hendak menyentuh Jabatan Peguam Negara dan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, soalnya semalam sudah angkat undi. Sudah menang, sudahlah. Jadi, bila sudah menang kami cakaplah apa yang kami kena cakap. Apalah Yang Berhormat Lenggong ni.

Eh, hendak mencelah mintalah kebenaran. Tadi menegur JAKIM tidak mengikut peraturan. Sendiri pun tidak mengikut peraturan. Ikutlah peraturan. Jabatan Peguam Negara dan Integrasi Nasional RM273 juta diperuntukkan dan Butiran 17300 Pembangunan Pusat Rukun Tetangga RM8.1 juta. Keunikan di Malaysia ini, kita pelbagai kaum, pelbagai budaya, latar belakang yang cukup berbeza. Jika ia diadun dengan begitu baik ia merupakan suatu yang amat berharga kepada kita. Sebenarnya, ia boleh menjadi contoh kepada masyarakat di seluruh dunia.

Oleh sebab itu, saya fikir perpaduan ini cukup penting di mana rakyat dalam pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah sebenarnya boleh hidup dalam rukun yang cukup baik. Oleh sebab itu, saya berharap dengan penekanan yang diberikan dalam bajet ini dalam soal perpaduan maka kerajaan mesti bersungguh-sungguh untuk dalam apa cara sekalipun mesti memperteguh dan memperkukuhkan kefahaman dan keyakinan rakyat dalam soal pemahaman kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara. Maknanya, perkara ini mesti ditekankan dengan lebih jelas, lebih tersusun dan lebih sistematik supaya kita tidak mahu perkara-perkara yang tidak baik dalam soal perpaduan negara ini menjadi bencana besar kepada negara kita. Integrasi Nasional ini, kita tahu merupakan usaha untuk merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum ke arah meningkatkan semangat muhibah dan rasa kekitaan demi keharmonian kesejahteraan negara. Jadi, melalui butiran ini di bawah maksud B.6., kita lihat tadi sejumlah RM273 juta diperuntukkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan menyaksikan peningkatan lebih RM20 juta berbanding dengan peruntukan tahun ini. Jadi, saya mahu tahu dan mahu mendapat penjelasan daripada kerajaan. Apakah perancangan dan program yang telah dirangka bagi maksud perpaduan dan integrasi nasional bagi tahun hadapan dan seterusnya jumlah program atau kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan tahun ini? Kita juga sedar bahawa dengan cabaran masa kini, dengan adanya teknologi tanpa sempadan ini dunia sudah berada di hujung jari. Kemajuan teknologi pada masa kini seperti adanya laman sesawang, blog dan pelbagai platform media sosial, dilihat mempengaruhi dan menjejaskan perpaduan serta keharmonian dalam negara apabila ia sering disalah gunakan.

Maka saya ingin bertanya kepada pihak kementerian yang bertanggungjawab dalam soal Jabatan Perpaduan Negara ini, melihat kepada cabaran yang sudah berbeza, apakah pendekatan baru yang hendak dilakukan oleh kementerian? Apakah masih lagi mahu melaksanakan program-program yang secara tradisinya dilakukan? Saya sering kali juga menyebut dalam Dewan ini, apakah kumpulan sasarnya masih lagi di kalangan usia 40 tahun ke atas? Bagaimana dengan kumpulan-kumpulan remaja ini yang medan permainan sudah berbeza, minatnya sudah tidak sama? Maka, pendekatan yang perlu dilakukan oleh jabatan mesti sesuai dengan keadaan masa kini. Ini kerana kita lihat hari ini bahawa pelbagai akaun palsu, dan mungkin juga benar, berada di pelbagai laman sosial ini dan provokasi-provokasi yang melampau dibuat dan akhirnya menimbulkan suasana yang tidak baik di kalangan masyarakat. Tidak kiralah siapa pun yang membuatnya tapi yang penting saya mahu tahu, bagaimana jabatan ini memainkan peranan untuk menghadapi cabaran baru ini? Ini yang saya ingin sebut dan ingin hendak mendapat pandangan dan juga jawapan daripada kementerian. Oleh sebab itu jugalah saya harap Jabatan Perpaduan Negara ini mestilah diangkat kedudukannya, diletakkan di bawah kementerian yang besar kerana organisasi jabatan ini sampai ke peringkat bawah, dengan ada KRT dan sebagainya. Jika jabatan ini diperkukuhkan, ditambah nilai dan dikuatkan dengan pelbagai perkara dengan pegawainya, programnya dan dengan aktivitinya, saya percaya ia boleh menjadi alat yang cukup baik untuk memelihara kerukunan dan perpaduan di kalangan rakyat. Saya hanya mahu menyentuh perkara ini, cuma sedikit sahaja, berkaitan dengan Butiran 030700 dan Butiran 09910 di bawah Bekalan/Pembangunan 6 iaitu Agensi NADMA. Menterinya ada di sini. Saya minta kerajaan perkukuhkan NADMA, beri kuasa yang lebih kepada NADMA, biar NADMA boleh mainkan peranan di bawah. Kalau boleh, NADMA buat NBOS dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya tengok NADMA sudah mainkan peranan besar dalam menyelaraskan soal-soal bencana ini tetapi soal bagaimana kita hendak menangani mangsa yang berada di pusat-pusat penempatan itu, walaupun diletakkan di bawah jabatan lain tetapi saya minta bagaimana kerajaan boleh memikirkan supaya NADMA juga boleh memainkan peranan di sini.

Kalau NADMA boleh memainkan peranan, kita juga boleh bersama dalam NGO atau pihak bagi membantu masyarakat. Saya percaya dan mahu supaya kerajaan mengubah beberapa polisi dan perkara tertentu yang mengikat kita tetapi menyusahkan kita untuk membantu rakyat terutama sekali memperakukan kawasan-kawasan tertentu sebagai pusat penempatan dan sebagainya. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tenom.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang saya dalam peringkat Jawatankuasa. Saya ingin membahaskan Bekalan B.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Butiran 070400 berkenaan deNgan LPKP negeri Sabah. Tuan Pengerusi, ekoran daripada Yang Berhormat Limbang tadi, saya ingin mengemukakan perhatian kepada pihak Menteri bahawa LPKP Sabah juga mengalami masalah berkenaan dengan perjawatan sumber manusia terutama sekali di bahagian penguatkuasaan dan perlu pertambahan bilangan perjawatan penguatkuasaan ini supaya setiap peraturan yang dikuatkuasakan dapat dipastikan berjalan lebih lancar. Apatah lagi hari ini, Tuan Pengerusi, bagi negeri Sabah, kita mempunyai cawangan di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Saya melihat keperluan untuk menubuhkan juga cawangan-cawangan LPKP di kawasan pedalaman dan juga Labuan yang hari ini kita melihat banyak permohonan juga kita terima daripada bahagian-bahagian yang saya sebutkan tadi. Jadi saya kira kalau pihak kementerian, pihak Menteri boleh menubuhkan cawangan- cawangan di kawasan pedalaman apatah lagi di kawasan pedalaman baru sahaja ditubuhkan UTC, saya fikir amat perlu supaya bila cawangan ini dibuka, para pemohon terutama kepada pemilik bas, teksi dan juga van, mereka hampir untuk mendapat perkhidmatan daripada pihak LPKP. Begitu juga dengan keperluan kenderaan. Saya ingin memaklumkan, Tuan Pengerusi, pada satu ketika, kita LPKP bersama dengan jabatan-jabatan yang lain menjalankan penguatkuasaan secara bersama tetapi agak malangnya kenderaan yang dimiliki oleh LPKP negeri Sabah tidak mengizinkan sehingga menyebabkan mereka terpaksa tidak dapat mengikuti penguatkuasaan yang dijalankan pada hari tersebut. Jadi saya minta pihak Menteri supaya memberi perhatian berkenaan LPKP negeri Sabah. Satu lagi, Tuan Pengerusi, berkenaan P.6, Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Kita memahami bahawa Pusat Rukun Tetangga yang ditubuhkan di setiap kawasan Parlimen begitu penting dan telah memainkan peranan untuk merapatkan lagi hubungan di antara kaum-kaum, apatah lagi semangat 1Malaysia yang telah diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Saya fikir Pusat Rukun Tetangga mempunyai peranan yang penting dan apatah lagi pada tahun hadapan lebih kurang RM8 juta lebih telah diperuntukkan untuk menubuhkan Pusat Rukun Tetangga. Saya minta kepada pihak Menteri bukan sahaja menubuhkan dan membina Pusat Rukun Tetangga tetapi harus dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lain supaya organisasi Pusat Rukun Tetangga ini dapat bergerak dalam satu organisasi yang serba moden. Kita tidak mahu apabila Pusat Rukun Tetangga ini tubuh cuma bangunannya sahaja, di dalamnya tidak diisi. Kurang kerusi, kurang meja dan kurang kelengkapan yang lain. Saya fikir dengan peruntukan yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan, saya minta supaya kementerian juga melihat bagaimana Pusat Rukun Tetangga ini dilengkapi dengan peralatan- peralatan yang saya sebutkan tadi. Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan satu permohonan kepada pihak Menteri berkenaan dengan P.6, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya di kawasan saya, Tuan Pengerusi, ada beberapa masjid dan juga surau perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Datuk Raime UnggiUMNO · BNTenom

Saya mengambil contoh satu masjid di Kampung Saga Laut. Kampung ini sering kali dilanda banjir. Bila dilanda banjir, masjid ini sering kali dinaiki air dan beberapa kali juga telah kita meminta peruntukan daripada pihak kerajaan untuk membaiki surau tersebut. Alhamdulillah, kerajaan membantu. Akan tetapi bagi saya, kalau kita baiki, baiki dan baiki setiap kali banjir, tidak berbaloi. Saya fikir, melalui Menteri, saya minta supaya masjid di Kampung Saga Laut ini dipindahkan ke satu tempat yang lebih tinggi dan kita perlu bina baru berkenaan dengan masjid di Kampung Saga Laut. Begitu juga dengan keperluan di Daerah Kecil Kemabong. Di Daerah Kecil Kemabong, kita tidak ada masjid di sana. Saya harap pihak Menteri dapat memberi peruntukan yang mana pada tahun hadapan peruntukan yang akan dibelanjakan sebanyak RM14 juta lebih. Saya minta pihak Menteri mengambil perhatian ini. Memang menjadi keperluan. Bila melihat masyarakat umat Islam di Daerah Kecil Kemabong hari ini saban hari meningkat, saya fikir ada keperluan untuk dibinanya masjid. Begitu juga dengan keadaan masjid di Kampung Jawa Melalap, Tuan Pengerusi. Begitu juga bilangannya telah ramai dan masjidnya agak sempit. Saya fikir ketiga-tiga masjid ini perlu diberi perhatian dan minta pohon supaya ia dapat disegerakan peruntukan kepada ketiga-tiga masjid yang saya nyatakan tadi, Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya kena panggil daripada wakil DAP. Sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh dua perkara. Pertama ialah tentang Bekalan 4, Butiran 040100 iaitu di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai PRU-14. Saya rasa PRU-14 memang akan di- kalau bukan hujung tahun ini, ialah tahun depan. Akan tetapi apa yang kami risau adalah setakat ini masih ada 3.8 juta orang Malaysia, warga Malaysia walaupun sudah mencapai umur 21 tahun tetapi sampai hari ini mereka belum mendaftarkan diri lagi. Saya merujuk kepada satu jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada rakan saya Yang Berhormat Sibu yang menanyakan JPM berapa ramai orang Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik setakat ini. Kalau mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Pengerang, setakat 30 September tahun ini, SPR telah melantik sebanyak 205 orang Penolong Pendaftar Pemilih wakil pertubuhan yang mewakili 59 NGO di seluruh Malaysia. Saya rasa angka ini sebenarnya kalau kita banding dengan tahun yang lalu, memang angka ini adalah sangat kecil. Pada tahun 2011, ARO ataupun Penolong Pendaftar yang kami ada termasuklah daripada parti politik adalah seramai 5,720 orang. Pada tahun 2011 itu, mereka mampu memilih lebih daripada sejuta...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Pendaftar baru.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat boleh sambung nanti sebelah...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ada lagi masa lapan minit 11 saat sebelah petang. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, persidangan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya jemput Yang Berhormat Kulai untuk menyambung lebih kurang lapan minit lagi.

Puan Teo Ni ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sambung dengan ucapan saya. Jadi setakat September tahun ini, kami ada 205 orang yang menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (ARO). Akan tetapi sebenarnya pada tahun 2011, ARO kita adalah sebanyak 5,720 orang. Pada tahun itu kami mampu mendaftarkan seramai sejuta pemilih yang baru. Pada tahun 2012, ARO ataupun Penolong Pendaftar Pemilih ini berkurang kepada 4,777 orang, dan jumlah pengundi baru yang daftar pada tahun itu juga kurang kepada 700,000 orang. Jadi saya hendak tanya di sini, memandangkan bahawa PRU Ke-14 tidak jauh lagi, bukan hujung tahun ialah tahun depan, dan kita masih ada lebih kurang 3.8 juta orang yang belum mendaftarkan diri. Jadi, kenapa tidak boleh kita melantik lebih banyak orang menjadi Penolong Pendaftar Pemilih? Dahulunya kita izinkan parti politik untuk lantik orang yang mereka cadangkan untuk menjadi ARO tetapi sekarang tidak boleh. Saya hendak tahu, kenapa? Sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk mungkin boleh melantik Ahli Parlimen ataupun ADUN untuk menjadi ARO supaya kami boleh memberi kuasa kepada lebih ramai pengundi untuk mengundi pada PRU yang akan datang ini. Perkara kedua, saya pergi ke Bekalan 9, SPRM, Butiran 010100 - Siasatan. Saya hendak merujuk kepada satu laporan yang di mana Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd Azman Baki berkata, menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera. Datuk Azman Baki menyatakan bahawa bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Puan Teo Ni ChingDAP · PHKulai

...SPRM akan melihat daripada mana mereka dapat harta melampau- adakah ia diperoleh secara sah?

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kulai, minta celah sedikit boleh?

Puan Teo Ni ChingDAP · PHKulai

Ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Yang Berhormat Kulai, terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan sistem pendaftaran pengundi. Saban tahun pihak kami telah pun membangkitkan, mengapakah kerajaan tidak melaksanakan sistem pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun secara automatik menjadi pengundi yang sah? Sekiranya Jabatan Pendaftaran Negara mampu menjalinkan internet sistemnya bersama dengan JPJ, siapa yang tidak bayar saman, di mana road tax tidak boleh diperbaharui.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Akan tetapi, mengapakah sistem talian ini tidak boleh sampai ke SPR? Sesiapa saja yang memegang Mykad terus menjadi pengundi yang sah. Ini akan menjimatkan satu tahun RM3.5 juta untuk buat pendaftaran pengundi. Sekarang ini tiap-tiap tahun sudah defisit. Mengapakah duit ini tidak boleh dijimatkan? Adakah Yang Berhormat Kulai setuju supaya ini dijadikan cadangan- SPR laksanakan sendiri? Memandangkan SPR akan mendapat peruntukan RM370 juta untuk tahun depan, satu lonjakan enam kali lebih tinggi berbanding dengan tahun ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Kulai?

Puan Teo Ni ChingDAP · PHKulai

Saya sokong cadangan Yang Berhormat Taiping dan saya harap bahawa SPR, kerajaan kita bolehlah mempertimbangkan cadangan kami. Kalau bukan menambah bilangan Penolong Pendaftar Pemilih, kita haruslah melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik. Saya sambung dengan ucapan saya tentang SPRM. Saya hendak merujuk kepada ucapan yang dibuat ataupun gesaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan bahawa kalau ada kakitangan kerajaan yang hidup mewah melampaui pendapatan mereka, jadi SPRM akan siasat. Akan tetapi saya di sini hendak tanya, kalau sekarang ada tuduhan bahawa Ketua SPRM ataupun Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bercuti mewah-mewah, jadi siapa yang akan siasat dia? Saya hendak merujuk kepada video yang sekarang sudah menjadi viral di internet. Saya tidak- beliau pergi bercuti dengan siapa, itu bukan- itu saya rasa tidak perlu, saya tidak minat. Orang dewasa, itu saya tidak minat. Akan tetapi saya hendak cakap, hendak sentuh di sini sekarang ada tuduhan bahawa percutian mewah beliau di Bali sekurang-kurangnya RM50 ribu. Percutian mewah di Hong Kong jugalah sekurang-kurangnya bil hotel sahaja RM50 ribu. Jadi saya hendak tanya, mampukah seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM pergi bercuti mewah berterus-terusan? Adakah memang ini selaras dengan pendapatan beliau sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM? Ataupun menurut kepada video itu sebenarnya holiday ini ataupun percutian ini adalah dibayar oleh kroni dia. Di sini saya bukan menyatakan bahawa segala-gala tuduhan dalam video itu adalah benar ataupun sahih. Akan tetapi yang paling penting soalan yang saya hendak tanya di sini adalah, siapa yang akan menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM? Kalau dia sendiri yang dituduh bahawa bercuti mewah di Hong Kong dan juga di Bali. Tidak akan- kalau dia ada, sama ada satu pasukan khas akan ditubuhkan untuk siasat tuduhan tersebut, dan sama ada beliau akan diarah untuk mengambil cuti semasa siasatan dijalankan. Ini kerana kalau dia tidak lepaskan tanggungjawab dia, sekurang-kurangnya ambil cuti, boleh tidak kita percaya bahawa pegawai-pegawai SPRM yang lain itu, kakitangan beliau akan menjalankan siasatan dengan teliti dan juga adil. There is no cover up. Saya rasa di sini, orang yang atau tokoh yang kita bincang di sini adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM. Kita perlulah memastikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berintegriti, tidak ada rekod yang buruk. Dia seorang pemimpin yang memang bersih punya, baru rakyat ada keyakinan terhadap beliau untuk menjalankan siasatan untuk membanteras rasuah ini dengan begitu teguh. Akan tetapi kalau sekarang ada tuduhan yang dibuat terhadap beliau sama ada kerajaan kita, SPRM kita sedia untuk menubuhkan satu pasukan siasatan yang khas untuk meneliti tuduhan-tuduhan tersebut.

Puan Teo Ni ChingDAP · PHKulai

Saya juga hendak sentuh tentang keberkesanan siasatan SPRM. Ini kerana kalau kita bandingkan performance SPRM di antara tahun 2009 sampai lah tahun 2013. Di dalam tempoh masa lima tahun itu, kes yang dibawa ke mahkamah, dibicarakan di mahkamah adalah setinggi 1,845 kes. Akan tetapi di antara tahun 2013 sampai lah tahun 2017 Disember ini, kes yang dibicarakan di mahkamah hanyalah 1,229 kes. Ini adalah pengurangan hampir 500 kes...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, masa habis.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Dan kes yang dijatuhkan hukuman yang disabit itu juga menjadi semakin kurang. Jadi saya hendak tanya kenapa performance keberkesanan SPRM ini bukan lah meningkat tetapi semakin merosot? Sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Gerik.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membahaskan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Yang pertama di bawah B.1 berkenaan dengan Parlimen. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana kita sudah boleh bersidang dalam Parlimen baru. Persoalan saya ialah bagaimana pembangunan di keliling yang bila masa kita boleh gunakan. Kedua, saya melihat parking agak sesak di Parlimen. Apa usaha pada masa akan datang untuk memastikan mereka yang bertugas di Parlimen boleh mendapatkan parking yang sesuai. Seterusnya saya tengok kepada B.3 iaitu Jabatan Audit Negara. Kita sering diberi laporan tentang Jabatan Audit Negara. Sejauh mana pihak jabatan memantau kementerian- kementerian dan juga kerajaan negeri berdasarkan kepada laporan yang telah diberikan kerana kita cuma melihat laporan teguran sahaja. Akan tetapi hasil daripada teguran yang ada pihak kementerian-kementerian ataupun kerajaan negeri, sejauh mana teguran tersebut kita boleh mengetahui laporan yang telah mereka buat. Seterusnya saya hendak masuk ke B.4 - SPR. Saya ingin bertanya kepada Menteri yang menjaga SPR. Bagaimana kedudukan belah bahagi yang sehingga hari ini apabila kita tidak membuat kompelin perkara tersebut terus didaftarkan walaupun sebenarnya kita tidak berapa memahami tentang Belah-Bahagian. Kemudian kita dilanjutkan lagi dengan kawasan pilihan raya. Pembahagian kawasan pilihan raya yang baru. Didapati Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju. Sehingga hari ini bagaimana kedudukan kawasan pilihan raya yang baru. Seterusnya saya beralih kepada B.5 - SPA. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Sehingga hari ini berapakah tawaran kerja baru yang dibuat di bawah SPA untuk jawatan daripada pegawai sehinggalah ke peringkat pegawai sokongan di bawah. Ini kerana kita memahami dalam laporan mengatakan kadar pengangguran semakin tinggi tetapi dalam masa yang sama kita melihat ramai pegawai-pegawai kerajaan yang berpencen. Sejauh mana mereka yang berpencen saban hari, kekosongan jawatan yang ada tadi diisi dengan pengambilan yang baru? Oleh sebab itu saya mohon detail-nya untuk kita memahami agar anak-anak kita yang keluar daripada pusat pengajian tinggi dan pelbagai lagi boleh mengisi kekosongan yang ada. Saya beralih pula di bawah B.6 - Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya satu perkara iaitu Institut Integriti. Dalam keadaan kita hendak menjadi negara maju, kita merasakan setiap anggota awam begitu juga mana-mana pihak mestilah membuat kerja dalam keadaan yang berintegriti. Sejauh mana institut ini melatih pegawai awam menjadi pegawai-pegawai yang betul-betul integriti yang boleh membangunkan negara boleh dicontohi oleh rakyat biasa di bawah untuk memastikan kepercayaan kita kepada pentadbiran tinggi. Kita hari ini sering didedahkan dengan perlakuan-perlakuan salah guna rasuah dan pelbagainya yang memberi gambaran sama ada benar ataupun tidak sebab semuanya dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk pertuduhan. Nampaknya kadang-kadang tidak adil mereka ditangkap pakai baju gari tetapi akhirnya sebenarnya mereka cuma dituduh, tidak membuktikan kesalahan mereka.

Begitu juga saya ingin mendapat pandangan daripada pihak kementerian sejauh mana Biro Pengaduan Awam memang benar-benar membantu rakyat yang di bawah? Ini kerana kita melihat di bawah Jabatan Perdana Menteri, banyak agensi yang boleh membantu rakyat di bawah. Berkebetulan pula MKN kita dah ubah struktur. Sejauh mana Majlis Keselamatan Negara berfungsi untuk keselamatan negara sama ada ancaman dalam negara begitu juga ancaman daripada luar negara? Berkebetulan FELDA juga berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya ada dua kawasan FELDA di Gerik, satu Felda Bersia, satu Felda Lepang Nenering. Cuma berkebetulan di sini saya hendak ambil kesempatan untuk memohon satu projek di Felda Bersia untuk membina baru masjid yang sedia ada di Felda Bersia yang wujud pada tahun 1964 yang agak teruk dan kita harap kalau boleh pihak FELDA boleh membantu walaupun paper-nya dah mintak empat, lima, enam tahun sehingga hari ini belum nampak keberkesanannya. Dalam pada itu, pembangunan wilayah dalam Jabatan Perdana Menteri di mana Parlimen saya Gerik berada di bawah NCER ataupun NCIA yang fokusnya di Gerik ialah pelancongan. Saya amat berharap banyak lagi bantuan-bantuan yang boleh membangunkan pelancongan dalam Parlimen Gerik terutamanya di Royal Belum dan juga di gunung-gunung dan kawasan-kawasan yang menarik yang banyak. Kita buat paragliding dan pelbagai lagi. Saya berharap pihak NCIA juga membantu dari segi tanaman musang king dan juga duri hitam, D24 kerana saya tahu dalam Parlimen saya kita buat penumpuan untuk penanaman musang king yang hebat. Di mana kita harap kalau NCER boleh membantu pembangunan tersebut dari segi pertanian yang boleh menambahkan pendapatan rakyat. Walaupun saya tahu kawasan saya banyak bergantung kepada penanaman getah tetapi saya berharap pihak NCER melihat juga potensi dari segi tanaman buah-buahan yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk-penduduk di tempat saya. Dalam pada itu, saya juga hendak menyentuh tentang SPP B40. Saya ingin bertanya saya pun tidak tahu SPP ini kalau ikutnya duduk di bawah Kementerian Pendidikan. Akan tetapi dalam berbahas tadi kita melihat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Cuma yang saya hendak bertanya kalau anak- anak kita mendapat tempat di institut perguruan, mereka akan keluar terus mendapat kerja sebagai guru.

Akan tetapi yang kita tengok agak merunsingkan ibu bapa ialah mereka yang memilih untuk masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim dan lain-lain universiti yang menawarkan kursus perguruan, sejauh mana mereka dapat diserapkan terus menjadi guru dalam negara kita ini? Dalam pada itu, yang lain-lain saya bersetuju dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan JPKRT daripada Parlimen Pasir Gudang... [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen. Saya harap Tuan Pengerusi boleh bagi Yang Berhormat Pasir Gudang bercakap lepas ini kan...

[Dewan riuh]

Jadi dengan ini, saya menyokong dalam Jawatankuasa, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang...

[Dewan riuh]

[Ketawa] Tunggu sekejap ya, jangan marah.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang untuk turut serta dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa Bajet 2018. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh beberapa perkara di dalam butiran bajet kali ini. Yang pertama, Butiran 080200 dan Butiran 90000 berhubung kait dengan Talent Corporation iaitu peruntukan pembangunan yang diberikan kepada TalentCorp di dalam Bajet 2018 kali ini adalah sebanyak RM12.1 juta merupakan sedikit peningkatan berbanding dengan tahun 2017 dan perbelanjaan mengurus juga diberi di bawah Kod Objek Am 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Dengan keadaan ini, saya ingin bertanya, sejauh manakah critical occupational list ataupun COL yang diperkenalkan dapat membantu dalam menyediakan kumpulan belia yang mampu mengisi keperluan industri? Ini kerana jika dilihat kadar pengangguran belia di Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak 10.5 peratus dan ini memberi makna seramai lebih 273,000 belia menganggur pada tahun 2016. Dengan sejumlah peruntukan yang diberi ini, kita ingin tahu apakah perancangan- perancangan TalentCorp selain daripada hanya menjadi sebahagian daripada tugasan TalentCorp untuk membawa talents balik ke Malaysia? Kita juga ingin melihat apakah strategi spesifik TalentCorp dalam mengatasi masalah mismatch selain daripada memperkenalkan critical occupational list ini? Tuan Pengerusi, pada tahun 2018, telah diumumkan di dalam bajet yang baru ini, kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kerana telah mengumumkan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasakan Wanita. Jadi sehubungan dengan itu, saya hendak bertanya, apakah peranan TalentCorp di dalam membantu memastikan peningkatan participation wanita di dalam pasaran kerja selaras dengan usaha kerajaan yang diumumkan iaitu bersempena dengan Tahun Memperkasa Wanita pada tahun hadapan? Di manakah perancangannya? Kita ingin melihat satu blueprint yang jelas bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran 30 peratus yang hebat diperkatakan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 00117 iaitu berkenaan dengan pembangunan perkampungan nelayan. Pada masa ini, penempatan masyarakat nelayan Orang Asli di dalam kawasan saya di sebuah kampung di Teluk Jawa adalah dibina di atas air. Keadaan rumah-rumah mereka memanglah usang. Memang benar usaha penempatan semula pernah dilakukan, namun disebabkan pekerjaan mereka sebagai nelayan, mereka ini masih suka tinggal di tepian pantai lagi. Jadi, saya mohon agar peruntukan di bawah butiran ini dapat disalurkan kepada pembinaan kawasan baru Perkampungan Nelayan Teluk Jawa. Butiran 00121 iaitu infrastruktur luar bandar. Saya juga ingin memohon supaya dilakukan penambahbaikan infrastruktur seperti lampu jalan, parit dan penurapan jalan di kampung-kampung di dalam Parlimen Pasir Gudang terutamanya di dalam kawasan- kawasan kampung yang telah pun hak milik tanah telah diberi oleh kerajaan negeri dengan kadar yang sangat-sangat murah, yang sangat-sangat berpatutan. Inilah keistimewaan dalam Negeri Johor. Tanah-tanah diberi kepada rakyat. Tidak berlaku seperti di negeri-negeri lain, Selangor ataupun Pulau Pinang, tanah-tanah diambil. Akan tetapi di Negeri Johor, tanah- tanah setinggan diberi pemilikan. Jadi kita mohon agar infrastruktur di bawah Butiran 00121 ini dapat membantu penduduk-penduduk setempat. Butiran 070300 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima peruntukan sebanyak RM40 juta bagi tahun ini. Menerusi inisiatif ini juga, Program Transformasi Industri Teksi (TITP), SPAD menerima 3,474 permohonan lesen teksi individu daripada September 2016 hingga Julai 2017. Polisi sedia ada hanya membenarkan individu yang telah menamatkan kontrak pajak minimum selama tujuh tahun untuk memohon lesen teksi individu.

Soalan saya, apakah perancangan SPAD untuk membantu pemandu teksi untuk bersaing dengan perkhidmatan Uber dan Grab yang dilihat semakin menjadi pilihan pengguna? Apakah kaedah kerajaan untuk membantu menambah pendapatan pemandu teksi yang masih belum menamatkan kontrak pajak selama tujuh tahun ini? Apakah bantuan- bantuan seperti peralatan, kemudahan yang boleh diberi kepada persatuan-persatuan teksi agar mereka boleh sama menjadi kompetitif sebagaimana berjayanya Grab dan Uber? Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 071000 berhubung kait dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Peruntukan bagi jabatan ini pada tahun 2018 adalah sebanyak RM273 juta. Cadangan saya, amat bermanfaat agar peruntukan ini disalurkan di bawah butiran ini supaya diberi peruntukan untuk pembinaan pusat-pusat seperti balai raya atau tempat khusus bagi KRT. Sekiranya itu berlaku, maka pengurusan pergerakan dan aktiviti KRT akan lebih tersusun. Pada masa ini, apa yang kita dimaklumkan adalah peruntukan daripada KRT yang diperuntukkan secara tahunan, geran ini tidak diberi secara menyeluruh. Dia diberi secara berperingkat-peringkat menyebabkan jika mereka merancang untuk mengadakan aktiviti, ia agak tertangguh dan mereka ini pun tidak diberi geran atau kemudahan bagi mereka mempunyai bangunan sendiri. Apa yang berlaku, mereka bergantung pada wakil-wakil rakyat dan juga badan-badan lain untuk ada kalanya berkongsi bangunan yang sama. Mereka ini sangat aktif, Tuan Pengerusi, dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS), ramai yang menyertai tapi ingin juga diketahui, apakah skim insurans yang diperuntukkan akan terus dinikmati oleh mereka ini? Sangat digalakkan mereka ini untuk membantu sama daripada segi menjaga keselamatan penduduk setempat tapi diberikan mereka satu jawatan, kemudahannya tak ada. Basikal sebagai contoh, tidak ada diperuntukkan kepada mereka dan mereka ini terpaksalah memohon kepada wakil-wakil rakyat atau yang lain untuk membantu mereka. Apa yang saya ingin tekankan di sini supaya semangat mereka ini untuk bekerja dapat diteruskan dengan sebaik mungkin agar kerjasama untuk membanteras jenayah dan perkara- perkara lain untuk membawa permuafakatan di antara penduduk dan kawasan setempat dapat diteruskan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tambahan sedikit tentang butiran pengurusan ini ialah bagi luar bandar tadi iaitu Butiran 00121 tentang kelas-kelas ataupun tempat pembelajaran anak-anak kita iaitu kelas-kelas KEMAS. Kita mohon sangat agar pihak kementerian dapat memberi penambahan kepada kelas-kelas KEMAS ini kerana di kawasan- kawasan yang pendapatan penduduknya agak rendah, kita mohon supaya pihak jabatan memberi perhatian dan dapat dilaksanakan kelas-kelas tambahan ini.

Agak mendukacitakanlah jika di dalam satu kawasan, dalam satu tahun, hanya diperuntukkan satu kelas untuk tambahan. Sedangkan dengan keadaan kos sara hidup sedia ada, kelas-kelas KEMAS ini sangat membantu anak-anak bagi keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya sampaikan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada JPKRT daripada Parlimen Pasir Gudang yang diketuai oleh Tuan Haji Hashim dan rakan-rakan. Saya dengan ini menyokong Bajet 2018. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bukit Katil.

Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam reformasi.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan Butiran 00201 - Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang diperuntukkan sebanyak RM50 juta. Pada tahun 2017 Tuan Pengerusi, ianya berjumlah RM57 juta. Namun, semasa pembentangan Bajet 2018, Yang Amat Berhormat Pekan telah pun menyatakan lebih RM230 juta telah diagihkan sejak tahun 2014. Kali ini diberikan pengkhususan kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Kali ini diberi peluang kepada masyarakat India iaitu berkaitan dengan Amanah Saham 1Malaysia. Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan, adakah program ini akan memberi keutamaan kepada masyarakat India yang tergolong dalam kumpulan M40 ataupun B40? Dalam konteks ini, khususnya berkaitan dengan B40 Tuan Pengerusi, bagaimana kerajaan akan membantu mereka bagi pembelian unit saham ini? Ini kerana kita semua sedia maklum, sekarang ini dalam keadaan inflasi yang meningkat, dalam keadaan yang tidak ada pekerjaan, dalam keadaan mereka miskin, adalah satu perkara yang mungkin impossible, dengan izin, untuk mereka mampu membeli Amanah Saham 1Malaysia ini. Saya ingin tanya juga kepada kerajaan, adakah ini penyelesaian jangka panjang atau hanyalah satu retorik politik semata-mata kerana kebetulan ini berhampiran dengan pilihan raya dan ini dianggap sebagai satu gula-gula politik semata-mata. Ini kerana banyak respons telah pun kita dengar hasil daripada pembentangan ini, malah sebelum ini pun ada disebut sebagai Indian Blueprint, dengan izin. Berpuluh tahun masyarakat India ini dipinggirkan tetapi sehingga sekarang, baru ada satu dokumen yang benar-benar rasmi, yang menceritakan tentang komitmen kerajaan untuk membantu masyarakat India. Saya ingin tarik perhatian Dewan kepada satu hasil laporan Khazanah Research Institute pada tahun lalu yang telah membentangkan, hanya lima peratus anak-anak masyarakat India yang ibu bapanya tidak mendapat pendidikan tinggi, sempurna pendidikannya sehingga mendapat tertiary education. Berbanding dengan bumiputera 33 peratus, masyarakat Cina 44 peratus. Ia ada lima peratus bagi kategori yang paling rendah. Ini pada saya merupakan satu perkara yang jelas menunjukkan kegagalan dasar Kerajaan Barisan Nasional. Ini tentunya menuntut kepada satu jawapan dan penyelesaian yang bersifat jangka panjang dan bukan hanya membagi peruntukan tambahan dan memberikan pelaksanaan yang on paper, dengan izin Tuan Pengerusi, tidak boleh dijalankan dengan begitu baik. Ini saya minta supaya satu penjelasan yang lebih terperinci diberikan. Perkara yang kedua Tuan Pengerusi...

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Malaysian Indian Blueprint.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Hendak bagi Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil dan terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan Malaysian Indian Blueprint, saya telah tanya soalan ini di peringkat Dasar tetapi Menteri tidak ada untuk menjawab, Timbalan Menteri khususnya. So, saya kena ulang balik soalan yang sama dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Bukit Katil. Mengenai Malaysian Indian Blueprint ini, mengapa ia tidak dibawa ke Parlimen dan jadikannya sebagai dasar? Sebagai contoh, kita ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibawa ke Parlimen dan dijadikan sebagai satu dasar. Malaysian Indian Blueprint ini hanya blueprint, hanya sebagai satu dokumen, teks tetapi tidak dibawa dan diberi kuasa yang sama seperti Dasar Ekonomi Baru. Apa pandangan dan pencerahan daripada Yang Berhormat Bukit Katil? Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh mencelah sikit?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, saya ingat Yang Berhormat, saya tidak setujulah dengan cadangan Yang Berhormat Kapar sahabat saya ini sebab takkan satu perkara kita buat dasar, takkan kita buat dasar Iban, dasar Kadazan, dasar Orang Sungai, dasar Dusun. Cukuplah... [Tepuk]

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan dan juga terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kapar. Saya fikir pandangan Yang Berhormat Kapar itu mempunyai asas untuk kita bercakap soal masa depan dan juga perkembangan negara. Kita kena faham Tuan Pengerusi, we can laugh here, dengan izin, dalam Dewan. Akan tetapi kita bercakap tentang membangun satu masyarakat yang hormat-menghormati antara satu sama lain. Kalau kita boleh bentang dasar yang lebih baik, dasar yang lebih jelas, dasar yang lebih meyakinkan dalam Dewan Rakyat, saya tak tolak. Kalau katakan hendak bentang dasar masyarakat Iban, bentanglah. Saya pun ingin tahu juga bagaimana kita boleh memperkasa, to empower the community. Apabila pemimpin-pemimpin kerajaan mempunyai sikap yang begini, ini menyebabkan negara kita menjadi haywire dan bersifat tidak berasas kepada semangat Perlembagaan 1957. Tuan Pengerusi, saya hendak teruskan dengan SPRM di bawah perkara B.9, 010000 - Operasi; Butiran 010600 - Perundangan dan Pendakwaan; siasatan dan juga berkaitan dengan pendakwaan. Baru-baru ini Tuan Pengerusi, saya pergi ke SPRM kerana ingin membuat beberapa laporan rasuah dan penyelewengan. Saya dapat lihat bagaimana pejabat baru SPRM ada tiga blok, satu blok 14 tingkat, Blok B itu adalah 18 tingkat, dan Blok C - 22 tingkat. Jadi, memang saya fikir antara pejabat yang paling tinggi di Putrajaya itu Pejabat SPRM. Saya yakin dengan pejabat yang tinggi ini dapat melihat mana-mana kementerian yang cuba melakukan rasuah daripada pejabatnya. Cuma saya ingin bagi tahu kepada Dewan ini, memang kita belanja ratusan juta, puluhan juta, dengan izin, untuk membangunkan satu pejabat. Saya pergi dan hadir membuat laporan, biasalah ia akan diambil, dipanggil maklumat dan sebagainya. Akan tetapi kita lihat dari segi peralatan itu masih lagi jauh ke belakang. Ini saya ingin tanya kepada kerajaan, bagaimana dari segi komitmen kerajaan untuk membantu dari segi peralatan siasatan dan sebagainya? Kalau perkara seperti komputer, perkara-perkara asas yang sepatutnya tidak ada masalah itu masih lagi bermasalah? Pada saya, ini satu perkara yang cukup membimbangkan. Di samping itu Tuan Pengerusi, saya ingin ambil contoh berkaitan dengan siasatan. Sekarang kita tengok SPRM memang rajin tangkap dan kemudiannya siasat. Pada saya, kita alu-alukan siasatan dan juga tangkapan ini... [Disampuk] Saya belum hendak masuk lagi, cuma saya ingin bagi tahu kepada dalam Dewan ini, kalau kita ambil pendekatan misalnya, contohnya Brazil. Majalah Time tahun lalu membandingkan Brazil dengan Malaysia. Brazil, Presidennya ditangkap, didakwa kerana terlibat dengan skandal 1Brazil Berhad. 1MDB, sana pun sama juga ada skandal yang sama. Jadi, ia ditangkap dan kemudian kebanyakannya ditahan dan sebagainya. Begitu juga dengan dalam negara kita ini, hendak menjelang pilihan raya ini makin banyak lagi yang ditahan dan ditangkap. Cuma saya ingin tanya kepada kerajaan, apa sudah jadi dengan kes 1MDB ini? Okeylah, kita tak boleh bahas dalam Dewan. Cuma saya ingin bertanya kepada kerajaan, apa jadi dengan siasatan ini, apa jadi dengan kes yang besar seperti ini? Kita dimalukan di masyarakat antarabangsa, kalau betullah, kalau kata kita tak ada maklumat, baik. Saya ingin cadangkan kepada kerajaan, kalau tak ada maklumat, kita boleh tanya kepada Switzerland, kita boleh tanya kepada Singapura, kita boleh tanya lagi mana-mana negara yang telah pun menyiasat dan kemudiannya mengambil tindakan. Akan tetapi dalam negara kita, kes ini tidak diambil tindakan dan SPRM buat kenyataan tak ada kes untuk disiasat. Polis pula nak siasat. Polis bukan kerja dia siasat rasuah Tuan Pengerusi. Oleh sebab itu saya ingin tanya kepada Dewan, belanja kita allocate ini, kenapa jerung yang besar ini tidak ditahan?

Kenapa anak-anak ikan ini ditangkap dan digoreng? Ini perkara yang cukup serius kerana pada saya, kalau kita ingin menjadi sebuah negara yang benar-benar bersih tentang rasuah dan penyelewengan, kita mesti ada political will, dengan izin Tuan Pengerusi, untuk belajar dari negara-negara lain. Misalnya, negara Hong Kong. Saya sempat pergi ke ICAC sewaktu saya buat laporan rasuah terhadap Datuk Musa Aman. Mereka memberikan penjelasan yang cukup menarik tentang Independent Commission Against Corruption (ICAC) di Hong Kong. Mereka menubuhkan ICAC, mereka kata mission impossible. Akan tetapi ada tiga pendekatan yang dibuat, punishment, education dan juga prevention. Ini tiga perkara. Saya lihat dalam belanjawan ini Tuan Pengerusi, ada disebut tentang Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH). Baik, tapi saya ingin tahu, apa dia content yang kita belanja banyak ini? Apa dia content dan juga pengisian? Adakah ia termasuk soal pendidikan yang daripada awal lagi, value penanaman nilai dan sebagainya? Kalau tidak, kita akan berhadapan dengan masalah yang kecil ini di hukum dengan begitu berat.

Saya misalnya hendak quote, hendak rekod dalam Dewan ini berita semalam. Sarjan polis dipenjarakan 20 bulan, denda RM20,000. Terima rasuah berapa banyak Tuan Pengerusi. Terima rasuah sebanyak RM200. Penjara 20 bulan, denda RM20,000, rasuah RM200. Penyelewengan RM2.6 bilion ini saya tidak tahu sekarang ada tindakan atau tidak. We must be fair Tuan Pengerusi. Dalam Dewan ini kita mesti berlaku adil. Kita mesti sampaikan mesej rakyat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Mana ada penyelewengan. Sudah dibuktikan, AG sudah cakap tidak ada penyelewengan, tak kan ada penyelewengan. Kalau orang luar suka-suka sedap cakap ada penyelewengan, sedangkan pihak yang bertanggungjawab cakap tidak ada, ini yang masalah. Tidak tahu mahkamah mana, peraturan mana kita hendak ikut.

Yang Berhormat Kinabatangan, seksyen 66(1), Akta SPRM menyatakan bahawa SPRM punya kuasa untuk cari kes sehingga ke luar negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat. Ya, ya...

Tanya Switzerland, tanya Singapura, tanya negara lain kenapa kita rasa malu untuk mempertahankan integriti dan kepedulian kita kepada perkara yang membabitkan masalah yang berkaitan dengan rasuah ini Tuan Pengerusi.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Ya saya sudah siasat tetapi tidak ada bukti apa-apa. Dia kata tidak ada apa-apa. Takkan kita hendak ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya masa sudah habis Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Dia sudah siasat. Tidak ada ground untuk disalahkan.

Yang Berhormat Kinabatangan, saya boleh jawab Tuan Pengerusi.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah, sudah. Masa sudah habis.

Baik. Akan tetapi untuk rekod saya minta kerajaan tolong jawab kerana ini memalukan negara kita. Negara lain ketawa dengan kita. Hanya Yang Berhormat Kinabatangan sahaja yang setuju. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh satu perkara sahaja di bawah B.4 iaitu SPR, Butiran 010000 iaitu berkenaan dengan pilihan raya Tuan Pengerusi. Saya ingin membawa kepada makluman Dewan yang mulia ini bagaimana pendaftaran pengundi dilakukan oleh pihak SPR. Kita dapati bahawa SPR dalam banyak aduan yang saya terima mendaftarkan pengundi di locality yang salah, di DUN yang salah, di Parlimen yang salah. Apabila nama locality itu locality yang sama. Contohnya di Kuantan kita ada Jalan Berserah. Dalam Jalan Berserah itu sepanjang Jalan Berserah itu ada tiga DUN dan ada dua Parlimen. SPR tidak ada kemampuan untuk mengenal pasti lokasi dari GPS itu di mana letaknya satu-satu alamat. Jadi berapa ramai yang didaftarkan di DUN yang salah dan di Parlimen yang salah. Saya dapati alamat di pejabat saya sendiri diletakkan dalam Parlimen Indera Mahkota Tuan Pengerusi. Jadi saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana perkara ini boleh berlaku dan bagaimana kita boleh perbaiki. Saya hendak jumpa Pengarah SPR pun, Pengarah SPR Negeri tidak nak jumpa saya. Saya hendak tanya, kenapa daftar salah kat Parlimen. Sedangkan terang dalam Parlimen Kuantan tetapi didaftarkan dalam Parlimen Indera Mahkota. Yang saya faham, sistem yang hendak key in ini Tuan Pengerusi ia tidak ada sistem yang pop up. Jadi apabila dia kena roll. Jadi yang key in ini adalah manusia, ada human error. Jadi apabila dia tulis Jalan Berserah itu, dia keluar DUN Berserah, DUN Semambu, dia keluar DUN Teruntum. Jadi DUN Beserahlah yang paling pertama keluar mungkin itu yang diklikkan dan akhirnya didaftarkan dalam DUN yang salah, Parlimen yang salah. Jadi kalau saya boleh kenal pasti banyak dan ada laporan daripada BERSIH juga mengenal pasti banyak error begini berlaku, macam mana SPR hendak atasi perkara ini. Oleh sebab tidak seharusnya didaftarkan dalam DUN yang salah dan dalam Parlimen yang salah. Ia harus didaftarkan mengikut alamat yang seperti didaftarkan oleh pengundi. Tuan Pengerusi, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada Rang Daftar Pemilih Tambahan yang dipamerkan setiap suku tahun. Suku tahun pertama, suku tahun kedua dan suku tahun ketiga pada tahun 2017 ini, ianya hanya dipamerkan hard copy, dengan izin Tuan Pengerusi, tidak diberikan soft copy dan juga ada alamat yang tidak lengkap. Maka pameran yang dipamerkan itu nama-nama pengundi baru, pengundi pindah masuk, pengundi pindah keluar, itu semuanya tidak bermakna sekiranya kita tidak boleh buat semakan. Ia dipamerkan untuk orang buat semakan. Akan tetapi kalau ada alamat yang tulis NAL, alamat pun tulis NAL, maksudnya tidak ada alamat. Macam mana kita hendak buat semakan bahawa tidak ada pengundi hantu yang didaftarkan di alamat tersebut. Tuan Pengerusi, SPR perlu jawab kenapa tidak diberikan soft copy macam dahulu. Kenapa tidak diberikan alamat penuh, kenapa hanya hard copy dan tidak dibenarkan beli pun hard copy. Kita hanya boleh buat scan copy di pejabat SPR atau di pejabat pos yang dipamerkan selama dua minggu.

Tuan Pengerusi, kita khuatir sekiranya SPR ini diperalatkan, tidak bebas dan digunakan oleh parti politik yang memerintah untuk menyelewengkan maklumat, untuk memindahkan pengundi tanpa pengetahuan mereka dan untuk meletakkan dan mendaftarkan pengundi-pengundi hantu. Perlu penjelasan kenapa perkara ini dibenarkan? Kenapa SPR tidak lagi mengeluarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan seperti dahulu setiap suku tahun dengan soft copy dan alamat yang penuh. Dahulu saya pernah tanya Pengarah SPR. Pengarah SPR kata itu as per IC. Tuan Pengerusi, as per IC ini alamat penuh dengan poskodnya siap. Akan tetapi dalam rang yang dipamerkan, dalam Daftar Pemilih yang kita diberikan, tidak lengkap. Ada alamat nombor rumah, tidak ada jalan dan sebagainya. Jadi macam mana kami hendak pastikan bahawa alamat itu betul, rumah itu wujud dan pengundi itu wujud, Tuan Pengerusi.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kuantan, boleh minta sedikit pencelahan?

Okey.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan, terima kasih Tuan Pengerusi. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan adalah satu perkara yang cukup serius. Tanpa senarai pemilih yang bersih, kita tidak akan ada kerajaan yang bersih. Dalam tangan saya, saya mempunyai bukti di negeri Perak sahaja kita mempunyai 56,819 muka surat di mana terkandungnya maklumat pengundi-pengundi yang sama ada tidak ada alamat ataupun ada alamat cacat. Contohnya alamatnya -48, -36. Tidak ada lot number, tidak ada jalan, tidak ada poskod tetapi ada daerah mengundi. Bukankah ini adalah bukti pengundi-pengundi hantu yang gagal dibersihkan walaupun Dewan yang mulia ini telah pun meneruskan dan meluluskan cadangan di bawah Parliament Select Committee pada tahun 2012 kita susah payah, kita debat. Akan tetapi persoalan saya mengapakah SPR gagal untuk membersihkan maklumat-maklumat pengundi-pengundi hantu ini walaupun maklumat ini telah pun diserahkan kepada SPR. Apakah pandangan Yang Berhormat Kuantan.

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya kongsi kerisauan tersebut sebab memang perkara ini kerap diutarakan oleh pihak saya sendiri dan ramai Ahli-ahli Parlimen yang lain di sebelah sini. Saya pohon soalan Yang Berhormat Taiping itu dimasukkan sekali dalam ucapan saya untuk dijawab oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyambung dalam butiran bekalan B.4 ini. Di bawah Butiran 040100 iaitu peruntukan untuk PRU Ke-14 ya Tuan Pengerusi. Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjawab bagaimana pengurusan undi awal? Pada Pilihanraya Umum yang ke-13, undi awal dilakukan lima hari sebelum pilihan raya, hari mengundi untuk pengundi awam. Walaupun sebelum itu Pengarah SPR mengatakan bahawa kita boleh menjaga kotak peti-peti undi awal itu, namun ia tidak berlaku sewaktu kempen. Di Kuantan dan di banyak tempat, kotak-kotak peti undi awal diletakkan di dalam lokap polis. Lima hari diletakkan dalam lokap polis dan tidak ada pengawasan, pengawalan ke atas peti-peti undi. Dibenarkan bagi pihak calon. Calon tidak boleh letak orang hendak jaga peti undi. Jadi di Kuantan, saya dapat maklumat satu hari sebelum hari mengundi bahawa lokap akan dibuka dan peti undi akan diambil. Peti undi dan kertas undi diletakkan sekali dalam lokap yang sama. Jadi saya memohon untuk masuk Tuan Pengerusi untuk melihat proses pembukaan lokap dan peti undi dan kertas undi dikeluarkan tanpa mengusik peti undi awal. Oleh sebab saya dapat maklumat bahawa peti undi awal akan ditukar. Akan tetapi Tuan Pengerusi, apa yang berlaku saya ditahan dengan senjata, saya disekat oleh pihak ketua balai tidak membenarkan saya masuk mengiringi pegawai SPR untuk melihat proses lokap dibuka. Saya disekat dengan senjata api dan tidak dibenarkan masuk.

Tuan Pengerusi, persoalannya, apa yang disorokkan? Sebab, saya calon dan saya tidak dibenarkan masuk. Saya minta CCTV, saya hendak tengok dengan CCTV, CCTV rosak. Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan CCTV rosak, saya tidak dibenarkan masuk, pegawai SPR sahaja masuk dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Dalam lokap itu lima hari kertas peti undi awal kalau ditukar, tidak ada siapa yang tahu. Tidak ada CCTV, kita tidak boleh kawal, kita tidak boleh masuk, saya sendiri disekat sebagai calon dengan senjata api. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Bagaimana kita hendak pastikan undi awal ini selamat terutama di tempat-tempat undi awalnya besar dan ramai? Kalau kita tengok kem tentera sudah dibina, tengah bina, pegawai sudah masuk. Itu menunjukkan bahawa undi awal ini digunakan untuk selamatkan calon-calon di sebelah sana... [Tepuk] Tuan Pengerusi, perlu penjelasan. Akhir sekali, saya hendak tanya berkenaan dengan satu warta kerajaan pada 29 April 2016 yang memberitahu tentang notice of polling district, notis mengenai daerah mengundi dan pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri. Pada 29 April 2016- dalam ini pada muka surat 113- digazetkan dua pusat mengundi dalam Parlimen Kuantan yang sudah tidak wujud. Sekolah Kebangsaan St. Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Thomas sudah tidak wujud. Sudah tidak wujud selama tiga tahun. Tuan Pengerusi ingat saya pembawa usul dekat sini tidak mahu sekolah itu ditutup. Maka, saya pun tulis surat. Saya tulis surat pada bulan Disember 2016, tidak dijawab oleh Pengarah SPR Negeri pada ketika itu. Saya hendak jumpa, dia tidak hendak jumpa. Saya terjah pun hilang, tidak boleh hendak jumpa Pengarah SPR Negeri. Akhirnya, Pengarah SPR Negeri bertukar pada 8 September 2017. Saya tulis surat sekali lagi, saya tanya fasal pusat mengundi dan katanya belum digazet. Jadi saya hendak tanya, yang gazet tahun 2016 ini apa benda? Jadi, pohon penjelasan. Kita keluarkan duit yang banyak, kita beri peruntukan untuk PRU14, untuk operasi, untuk strategik tetapi semua ini silap. Silap key-in, silap DUN, silap locality, silap Parlimen.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, habiskan Yang Berhormat.

Tidak bagi alamat, alamat tidak ada, rang tak nak dipamerkan dengan soft copy, undi awal dikepung, disorok, tidak benar kita jaga. Adakah ini semua penipuan untuk menolong Barisan Nasional menang pilihan raya akan datang? Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya satu topik sahaja iaitu SPR, Butiran 010100 dan Butiran 030100. Saya simpatilah, Tuan Pengerusi, dengan nasib SPR kita ini. Sedangkan mereka diberi tanggungjawab, diberi amanah untuk mengurus pilihan raya tetapi selepas pilihan raya, bukan mereka mendapat ucapan tahniah kah, terima kasih kah bahkan dicaci, dimaki hamun, ditengking, dituduh macam-macam. Dituduh rekod pengundi hantulah, pengundi tidak bersihlah. Saya tidak tahu, mungkin kalau Yang Berhormat Kuantan ada penipuan, takkan Yang Berhormat Kuantan duduk sini...

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau hendak tipu, takkan kita tipu separuh-separuh. Tipu teruslah.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan, jika tidak ada penipuan, Yang Berhormat Kuantan sudah duduk di sebelah sana.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini yang masalah. Kalau dia kalah, dia kata tipu. Kalau dia menang, no thanks pun. Ya, sahabat saya.

Yang Berhormat Kinabatangan, apakah Yang Berhormat sedar bahawa bekas Pengerusi SPR itu adalah penyokong pembangkang dan sekarang memang bersama pembangkang?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi Yang Berhormat tanyalah dia, bekas pengerusi ini, adakah dia menipu, adakah dia rekrut pengundi hantu.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh saya minta...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat...

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

[Bangun] .

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Adakah Yang Berhormat Kinabatangan tahu Pengerusi SPR adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Ketua Penerangan UMNO?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jangan dahulu. Kalau minta, minta izin, minta izin. Minta izin. Ini floor saya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Adakah Yang Berhormat Kinabatangan tahu, dia adalah Setiausaha Sulit kepada Ketua Penerangan UMNO?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Minta izin, minta izin. Jangan begitu.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Minta izin.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sila, kalau mahu... [Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, you can do that, Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tadi saya hendak tanya, dia kata bekas Pengerusi SPR adalah penyokong pembangkang tetapi adakah Yang Berhormat Kinabatangan sedar bahawa Pengerusi SPR sekarang adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Ketua Penerangan UMNO? Di manakah sikap berkecuali dan profesionalisme dia, jika ini badan yang bersih, telus dan accountability?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, memang kita sedar tetapi sekarang dia sudah neutral. Dia melaksanakan tanggungjawab dia selaku Pengerusi, dia angkat sumpah. Dia berikrar menjalankan tanggungjawab.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Saya ketawa sampai gigi jatuhlah, Yang Berhormat Kinabatangan jawab macam ini.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tidak apa, kalau Yang Berhormat ketawa sampai esok pun saya tidak kisah. Yang Berhormat ketawa sampai esok pun saya okey...

[Dewan ketawa]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan, minta penjelasan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Okey, Yang Berhormat Seputeh.

Nanti dahulu. Bagi saya dulu.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pendang.

Yang Berhormat Kinabatangan, tadi Yang Berhormat Taiping hebat, dia kata pengundi hantu. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa Yang Berhormat Gelang Patah, alamat di Pulau Pinang adalah sebuah gudang? Gudang. Di-viral merata tempat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini kalau dikira alamat yang tidak jelas tetapi boleh juga bertanding, menang juga. Yang Berhormat Seputeh mahu apa?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya... [Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya hendak jawab Yang Berhormat Pendang lah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, dia tidak boleh jawab Yang Berhormat Pendang. Dia kena celah dengan Yang Berhormat Kinabatangan.

Yang Berhormat Seputeh ini Menterikah? Ini Menterikah ini? Menteri mana, Menteri mana?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Okey. Okey. Jawab Yang Berhormat Kinabatangan.

Tidak payah jawablah, bukan hendak jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Mencelah Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya hendak tanya Yang Berhormat Kinabatangan. Kalau bekas Pengerusi SPR itu kalau dia sudah insaf dan bertaubat, dari sebelah sana ke sini dan dia sudah tidak tahan korupsi, penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh MO1 semua itu, jadi saya cadangkan Yang Berhormat Kinabatangan harus juga belajar daripada dia.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya tidak mahu ulaslah ini, Yang Berhormat Seputeh. Macam di luar tajuk. Kita melihat, Tuan Pengerusi, bagaimana sengsaranya SPR. Mereka mengurus pengundi, mereka pamerkan. Setiap pengundi baru ada pameran. Buatlah bantahan. Akan tetapi ini bising, bising dalam ceramah, bising dalam Dewan, mungkin waktu tidur pun ini juga dia orang cakap, “SPR tidak telus”.

Yang Berhormat Kinabatangan...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau kalah, tidak telus. Kalau menang, SPR bagus.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Puteh bangun, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Seputeh menang banyak ribu-ribu.

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kalau hendak mudahkan kerja SPR, pendaftaran pengundi ini tidak payah didaftar oleh pengundi. Terus automatik daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Selesai masalah. Separuh daripada kerja SPR selesai. Kenapa SPR ini pilih jalan yang susah? Saya pelik juga. Boleh beri penerangan? Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih. Ini isu ini saya sudah suarakan lapan tahun yang lalu tetapi mungkin negara kita belum sampai ke tahap itu dan kita ingin memberi penekanan betapa tanggungjawab mengundi itu adalah tanggungjawab individu. Oleh sebab itu, rakyat yang tidak mendaftar, tidak mengundi, bermakna dia tidak ada hak untuk menentukan masa depan dia.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi kita galakkan semua belia-belia kita, anak-anak kita yang berumur 21 tahun mahu mendaftar undi dan undi Barisan Nasional...

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Tepuk] Itu yang penting.

Yang Berhormat Kinabatangan, tambahan. Pasir Puteh.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada lagi tambahan.

Sedikit lagi. Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan kerana kita sepakat dalam hal ini. Hak untuk mengundi adalah hak rakyat Malaysia. Kenapa kita tidak beri hak ini dengan membuat cara yang tidak betul ini? Saya rasa tidak betullah ini dan menyusahkan kita, merumitkan kita, membanyakkan kerja SPR. Jadi hak ini mesti diberikan dengan mendaftarkan pengundi-pengundi ini daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Kinabatangan? Terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, sebetulnya sistem kita memang sudah begini sebab manusia itu pun lahir dia tidak pandai berjalan, selepas itu merangkak, selepas itu jadi dewasa. Jadi proses sistem negara kita pun begitu. Insya-Allah, saya yakin negara kita akan menuju ke arah itu. Menuju ke arah elektronik sebab abad yang ke-21 ini, semua kerja-kerja kita akan dikurangkan oleh teknologi seperti handphone. Jadi, kita bersiap sedia. Yang penting, PRU akan datang ini, saya tidak mahu lagi- kalaupun kita ditakdirkan mungkin BN tidak menang, palis-palis, di Sabah- saya percaya Allah SWT masih memihak kepada kita. Sebetulnya pembangkang nyaris-nyaris menang tetapi Allah tidak bagi keizinan sebab mereka tidak ikhlas... [Tepuk]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan. Sedikit.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

...Oleh sebab itu rakan-rakan komponen PAS keluar sebab dia tengok tidak ikhlas, kalau tidak tanya kita punya Naib Presiden, dia tahu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Kinabatangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Bayan Baru Yang Berhormat.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ada lagi?.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sikit, sikit. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasihlah Yang Berhormat Kinabatangan kerana setuju dengan kita. You pun sudah kutuk SPR lapan tahun yang lalu.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, ‘you’ Yang Berhormat jangan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ahli Yang Berhormat Kinabatangan juga kutuk SPR lapan tahun yang lalu. Sekarang saya nak beritahu Yang Berhormat Kinabatangan bahawa pada PRU yang lepas, Pakatan Harapan menang 52 peratus tapi kenapa Barisan Nasional boleh duduk di sini? Itulah ketidakadilan, itulah Gerrymandering dan juga pembahagian yang tidak sekata, itulah masalah yang dilahirkan oleh SPR.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ok Yang Berhormat Bayan Baru, sebetulnya saya tidak kutuk SPR. Saya cadangkan, mencadangkan dan mengutuk lain. Kedua, sistem pilihan raya di negara kita ini bukan berlandaskan siapa big majority dalam total voters.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kalau itu Yang Berhormat kena bertanding di United Kingdom baru boleh. Kalau di Malaysia kena menangi hati rakyat di kawasan one-to-one marking. Kalau tidak percaya tanya Yang Berhormat Puchong. Terima kasih Tuan Pengerusi...

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga nak bahas tentang SPR, Bekalan 4, Butiran 010000; Urusan Parlimen Bekalan 1, Butiran 010000; SUHAKAM, Bekalan 6 dan Butiran 010200. Tuan Pengerusi saya juga nak sentuh tentang SPR. Kita tahu bahawa Kerajaan Selangor sedang bawa isu persempadanan kawasan di Selangor itu ke mahkamah. Kalau kita baca di surat khabar yang mana Datuk Seri Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, dia kata memang sudah ada 7,000 pengundi luar masuk ke kawasan DUN Sekinchan. Jadi macam mana seorang Ketua Bahagian UMNO tahu tentang ini? Apakah UMNO dan SPR itu sudah pun berpakat? Ini saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Saya juga nak tahu tentang apakah kali ini, PRU yang akan datang ini, pengundi di luar negara dapat buang undi jadi pengundi pos dalam PRU Ke-14. Ini kerana kita lihat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2016, dan juga pilihan raya kecil yang lepas itu mengundi di kedutaan tidak disediakan. Pengundi terpaksa menghantar kertas undi mereka kembali ke Malaysia sendiri. Jadi kita lihat bagi mereka yang diberi kertas undi, kalau mengikut laporan dibuat oleh BERSIH 2.0, mereka juga kata yang mana pengundian di luar negara tidak dilaksanakan dengan baik kerana pengundi tidak dapat membuang undi mereka kerana tempoh yang sangat pendek untuk permohonan menjadi pengundi pos. Kedua, kertas undi tiba di rumah pengundi hanya dua hari sebelum hari mengundi dan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengirim undi itu balik ke Malaysia dan juga tiada peluang untuk pemerhatian parti atau bebas ketika pengeluaran dan penerimaan kertas undi pos. Jadi saya nak minta Yang Berhormat Menteri jawab tentang aduan dan juga kenyataan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 itu. Tuan Pengerusi, saya nak tanya juga persempadanan semula yang dulu dibuat dan telah diluluskan di DUN Sabah itu, adakah ia akan diguna pakai dalam PRU yang akan datang ini? Ini kerana ia masih belum dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen. Begitu juga ada pihak, kita lihat ada NGO-NGO yang menanya dan menyeru pihak kerajaan ataupun pihak SPR membenarkan pengundi di Sabah dan Sarawak tetapi yang bekerja dan belajar di Semenanjung ini mereka boleh membuang undi di Semenanjung Malaysia. Apakah SPR telah mempertimbangkan cadangan seperti ini? Ini kerana ramai di antara pengundi Sabah dan Sarawak mereka memang tidak mampu untuk balik dan buang undi. Jadi adalah lebih baik bagi mereka membuang undi di Semenanjung Malaysia kerana kalau tidak hanya Barisan Nasional yang selalu hantar mereka balik dan ada pocket money lagi. Kita tahulah ini adalah salah satu bentuk rasuah atau politik wang yang boleh dilakukan. Tuan Pengerusi, saya juga nak sentuh tentang Parlimen. Parlimen ini, renovation yang telah dibuat di belakang ini saya rasa apa yang amat perlu adalah parking yang mana tempat letak kereta memang tidak cukup. Ini sebenarnya haruslah didahulukan untuk dibuat supaya kita lihat yang bila kita ada macam bajet, kita lihat kereta parking luar sehingga Lake Garden dan Tugu Negara itu. Kesian bagi mereka khususnya pada waktu hujan dan ramai pemberita terpaksa jalan lama untuk masuk ke Dewan ini. Jadi saya nak tanya bilakah ini akan siap? Saya rasa bagi kita sebagai Ahli Parlimen apa yang selalu kami perlukan adalah bilik mesyuarat. Bilik mesyuarat kita ini memang tidak cukup. Kita tidak perlu bilik mesyuarat yang besar, canggih dan yang mewah.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Apa yang perlu adalah satu ruang, ada meja kerusi yang simple sahaja untuk 30 orang ataupun bilik mesyuarat kecil untuk 10 orang supaya kami boleh berjumpa dengan pegawai ataupun kalau ada pelawat. Ini adalah permintaan yang saya rasa sangat basic bagi Ahli Parlimen. Saya tidak tahu, apakah reka bentuk ataupun design yang bangunan baru di belakang itu tetapi kalau boleh, saya rasa yang lebih bilik meeting room yang bersesuaian diberi untuk kami. Begitu juga kita lihat sekali lagi Tower Block sana. Bila kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri datang, mereka tutup satu lif. Susah bagi kami dan juga pegawai Parlimen ini tunggu lama kerana ada satu lif yang beroperasi saja. Jadi kami telah bangkitkan tiap-tiap bajet untuk minta tambahkanlah lagi lif, sampai sekarang pun belum ada. Nampaknya kena perlu tunggu buka kerajaan baru dua lif yang baru akan dipasangkan di Tower Block. Jadi adakah ini keberkesanan kerajaan untuk buat renovation di Parlimen ini? Sudah banyak kali saya bangkitkan, tidak ada isu. Tuan Pengerusi saya nak bangkit tentang SUHAKAM. Saya kesian pada SUHAKAM, saya lihat bajetnya sama sahaja, sama seperti tahun lepas dan dengan RM10 juta ini sebenarnya tidak banyak boleh dilakukan oleh pihak SUHAKAM. Kita lihat yang SUHAKAM pernah jumpa dengan Ahli Berhormat di Barisan Nasional dan juga pembangkang. Mereka adalah rasa sangat kesal dijadikan sebagai satu agensi ‘harimau tanpa gigi’. Saya nak tanya tentang...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Seputeh sedikit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Ya, sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Seputeh. Berkenaan dengan SUHAKAM di mana Menteri telah menubuhkan Kokus Hak Asasi Manusia tetapi pihak kami berasa amat kesal sekali sejak SUHAKAM ditubuhkan dekat 10 tahun tidak pernah satu kali pun Laporan SUHAKAM ini dibentangkan di Parlimen kemudian dibahas tentang laporan tersebut, jawatankuasa yang begitu penting. Apakah pandangan Yang Berhormat Seputeh, supaya Parlimen, Dewan yang mulia ini wajib membahaskan kerana ia melibatkan hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan negara kita yang tercinta ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Seputeh, sedikit saja. Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Berkenaan dengan SUHAKAM bajet tahun 2016 adalah RM20 juta tapi tahun 2017 mereka dipotong 50 peratus. Oleh sebab itu saya nampak bahawa mungkin itu disebabkan Barisan Nasional dia takut tentang semua isu-isu hak manusia sehingga mereka potong operasi tersebut. Minta pandangan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Saya setuju pandangan daripada Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Yang Berhormat Taiping ini. Tadi saya puas saya cari mana itu butiran SUHAKAM. Saya lihat semula butiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, baru saya dapat cari ia sebenarnya terletak di bawah Bekalan 6, Ketua Setiausaha Negara yang RM10 juta sahaja. Kalau kita lihat suruhanjaya dan juga agensi yang lain semua lebih daripada peruntukan diberi oleh SUHAKAM. Ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional memang tidak pentingkan tentang hak asasi manusia. Tuan Pengerusi, saya sebenarnya nak bangkitkan tentang pendengaran, tentang kehilangan Pastor Raymond Koh dan beberapa orang NGO, individu yang hilang itu. Di mana pendengaran itu, pegawai polis enggan hadir untuk memberi kerjasama kepada pihak SUHAKAM. Apakah ini boleh berlaku? Adakah ini menunjukkan bahawa yang SUHAKAM malah dipinggirkan oleh PDRM, yang mana pegawai polis tidak dan enggan beri kerjasama.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Macam mana ini boleh berlaku? Saya hendak dengar pandangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri tentang isu yang insubordination oleh anggota polis itu. Juga saya hendak tanya tentang- sudah banyak kali kita dengar tentang Harmony Act, Rang Undang- undang Harmoni yang menangani isu seperti hate speech, ucapan hasutan itu. Jadi, adakah ini satu rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen? Saya juga dengar daripada Ahli Yang Berhormat dan juga Menteri daripada Barisan Nasional tentang kerajaan hendak meminda undang-undang supaya hukuman mati bagi pengedar dadah ini diletakkan pada kebijaksanaan hakim. Apakah pindaan ini- bilakah pindaan ini akan dibuat? Ini kerana sudah dengar lama tetapi kita tidak lihat rang undang- undang. Adakah ia dibentangkan dalam sidang Parlimen ini? Ini adalah isu yang saya hendak minta pihak JPM untuk jawab. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Jasin.

Terima kasih Tuan Pengerusi beri saya peluang. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 040000 - Transformasi Ekonomi; Butiran 070000 - Pembangunan Nasional; Butiran 080000 - Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Modal Insan. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, pada hari semalam Tuan Pengerusi, Dewan ini telah membuat penggulungan tentang peringkat dasar Bajet 2018. Kita dapat melihat bahawa pihak pembangkang tidak menyokong bajet ini. Akan tetapi dalam masa yang sama, kita dapat lihat bahawa kerajaan kita yang cukup bertanggungjawab dan prihatin memberikan peruntukan kepada semua negeri termasuk negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pembangkang...

[Dewan riuh]

Dalam masa yang sama, kita dapat lihat apabila kejadian banjir di Pulau Pinang.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Dengar saja Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Seputeh pun hentam BN juga. Tidak apa, dengar sahajalah.

Tuan Pengerusi, semasa banjir di Pulau Pinang bukan sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin datang beramai-ramai bukan sahaja memberikan simpati bahkan membantu. Bagaimanakah kerajaan nanti untuk menguruskan apa jua bantuan yang mungkin diperlukan untuk membantu Pulau Pinang? Jadi saya teruskan pada perbahasan saya Tuan Pengerusi iaitu tiga perkara isu mikro.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Bukankah rakyat Pulau Pinang bayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi, tiga isu baru. Iaitu yang pertama tentang pertumbuhan ekonomi. Keduanya, tentang guna tenaga dan pengangguran. Ketiga tentang kemiskinan dan juga jurang kekayaan. Di samping itu juga, saya akan menyentuh sedikit tentang perkara-perkara isu mikro. Berhubung pertumbuhan ekonomi Tuan Pengerusi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, apakah sasaran pertumbuhan ekonomi kita menjelang tahun 2020? Keduanya, apakah sebenarnya sasaran sumbangan 40 peratus daripada gaji dan upah atau, dengan izin, compensation of employees (CE), kepada GDP kita?

Ketiganya, sasaran kita untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Bagi sasaran untuk pendapatan tinggi, kita berpaksikan kepada kerancakan ekonomi. Manakala gaji dan upah pula adalah merupakan sumbangan kita yang kedua terbesar kepada ekonomi ataupun kepada GDP kita. Gaji dan upah adalah merupakan punca terbesar 63 peratus pendapatan isi rumah kerana hampir tiga suku daripada 14.2 juta tenaga kerja kita adalah pekerja makan gaji ataupun employees. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan adakah kita mampu untuk mencapai sasaran CE40 tadi ataupun compensation of employees dalam masa empat tahun lagi? Saya bimbang kerana peningkatan sumbangan gaji dan upah kepada GNI itu sangatlah perlahan. Ini kerana hanyalah sebanyak 0.4 peratus di antara tahun 2015 dan tahun 2016. Tuan Pengerusi...

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Jasin, Sungai Siput.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Sungai Siput.

Dr. Michael Jeyakumar DevarajPSM · PRSungai Siput

Yang Berhormat Jasin, saya hendak tanya adalah baik satu target kita hendak tingkatkan percentage gaji pada GDP sampai 40 peratus. Akan tetapi, adakah juga penting jika kita agihkan juga? Ini kerana jika kita ada ramai pekerja kontrak yang dapat gaji hanya minimum tetapi CEO-CEO yang dapat gaji yang tinggi, nampaknya pada agregatnya ia tidak sampai pada tahap kita. Akan tetapi ramai orang kita masih dengan gaji minimum, masih miskin. Jadi, adakah perlu kita ada satu disaggregated data yang katakan B40 dapat berapa gaji, M40 dapat berapa gaji. So, baru kita boleh tengok adakah kita sampai masyarakat yang lebih adil. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya. Sebenarnya Yang Berhormat, kita berpendapat yang sama kerana kita mahu melihat supaya keadaan ini mesti setara dengan pertumbuhan ekonomi. Dalam masa yang sama, kita mengharapkan supaya kerancakan ekonomi ini bukan sahaja dapat membantu untuk merancakkan lagi pembangunan-pembangunan mega bahkan kita mahu melihat bahawa kebajikan kaum pekerja mestilah sentiasa dipelihara. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana ini adalah kejayaan kita mengekalkan kadar guna tenaga penuh selama 21 tahun sejak dari tahun 1995 sampai 2016 berturut-turut dengan kadar pengangguran di bawah empat peratus. Namun di celah-celah kegemilangan kita itu, terdapat pula isu pasaran buruh yang kurang kondusif dan perlu kita perbaiki lagi. Soalan saya yang pertama, apakah sebenarnya usaha kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan yang baru bagi kira-kira setengah juta lagi tenaga kerja ataupun orang yang boleh kita gunakan masih lagi menganggur? Keduanya, apakah usaha kerajaan dalam usaha kita untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada buruh-buruh asing? Dalam masa yang sama, banyak industri pada ketika ini terutama industri perladangan, industri pembinaan, industri pembuatan mengeluh kerana kekurangan tenaga kerja yang cukup acute sekarang dan cukup serius pada ketika ini. Jadi kita kena mendapatkan satu keseimbangan. Oleh sebab dalam masa yang sama kita tidak mahu melihat kebanjiran mereka tetapi kita tidak mahu kerana disebabkan usaha kita tadi, kita akan membantutkan pertumbuhan ekonomi daripada tiga sektor yang saya sebutkan tadi.

Seterusnya ketiga, dalam kegigihan kita untuk mengejar tahap ekonomi berpendapatan tinggi, apakah sebenarnya usaha-usaha kerajaan dan juga majikan swasta dalam memperbetulkan keadaan pasaran buruh yang kurang seimbang? Supaya kita dapat berganjak daripada perburuhan pendapatan kecil dengan industri yang memerlukan tenaga buruh banyak kepada bergaji tinggi dan juga high industries. Dalam masa yang sama, kita mahu melihat supaya working condition kepada pekerja-pekerja kita mestilah diperbaiki dan merombak semula gaji dan upah pekerja yang masih lagi berada di tahap yang rendah atau memperkenalkan, dengan izin, wage reform. Tuan Pengerusi, pada tahun 2020 nanti kita unjurkan 46 peratus daripada pekerja ataupun tujuh juta pekerja akan menerima gaji di bawah RM2,000 sebulan. Daripada jumlah tersebut, seramai 2.3 juta pekerja akan menerima gaji di bawah RM1,000 sebulan dan seramai 4.7 juta pekerja lagi akan menerima gaji daripada RM1,000 ke RM2,000 sebulan. Sedangkan sasaran gaji median kita pada tahun 2020 adalah sebanyak RM2,500 sebulan. Jadi atau tidak kesamarataan ini adalah sangat jauh jurangnya.

Justeru, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya usaha-usaha pihak kerajaan bagi merapatkan jurang ini supaya kita dapat melihat bukan sahaja pekerja-pekerja dapat menikmati gaji yang tinggi bahkan mereka dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi kita? Keempat, apakah sebenarnya usaha kerajaan untuk memperbetulkan dilema struktur ekonomi kita yang kita lihat pada ketika ini kurang efisien iaitu daripada segi produktiviti buruh dan juga kenaikan gaji? Buktinya, di bawah RMKe-10, gaji telah meningkat lebih pantas iaitu sebanyak 4.2 peratus setahun yang mana ia tidak seiring dengan kenaikan kadar produktiviti buruh yang lebih perlahan iaitu sebanyak 2.6 peratus. Satu ketika, produktif buruh kita jatuh kepada 1.6 peratus. Tuan Pengerusi, perkara kelima yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah mengenai sasaran gaji dan juga pampasan pekerja menjelang tahun 2020. Seperti yang saya katakan tadi bahawa kerajaan menyasarkan gaji median menjelang tahun 2020 adalah sebanyak RM2,500 sebulan. Pada masa yang sama, kerajaan menyasarkan sumbangan pampasan pekerja kepada GDP kita pada tahun tersebut adalah sebanyak 40 peratus berbanding dengan 34.9 peratus yang kita capai pada tahun 2015. Jadi, Tuan Pengerusi, saya menghormati masa, dengan ini saya ingin menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin turut membahaskan B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010100 berkaitan dengan operasi yang berkaitan dengan daftar pemilih. Saya baru menerima jawapan secara bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina berkaitan dengan persoalan undi tambahan yang dimasukkan dalam suku ketiga untuk Kem Segamat, Johor yang didakwa dan telah pun disahkan bahawa masih dalam pembinaan dan tarikh dijangka siapnya ialah pada 16 April 2018. Baik, saya bangkitkan persoalan ini, lalu di jawab oleh Menteri secara bertulis ini... [Membaca petikan] “Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewujudkan lokaliti bagi Kem Segamat setelah menerima permohonan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai perwujudan kem tersebut oleh pihak ATM. Perwujudan lokaliti bagi kem tersebut telah dilaksanakan setelah pihak ATM mengesahkan bahawa kem tersebut telah beroperasi.”

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, isunya ialah sekarang ini semua orang tahu bahawa kem tersebut dalam pembinaan. Jangkaan siapnya ialah pada 16 April 2018. Akan tetapi pihak tertinggi ATM telah memaklumkan kepada SPR bahawa kem tersebut telah beroperasi, lalu nama-nama sejumlah 1,079 orang, kalau tidak silap saya, telah dimasukkan di dalam daftar pemilih untuk tambahan bagi suku ketiga tahun ini. Sedangkan, Tuan Pengerusi, syarat untuk kita hendak memasukkan nama daftar pemilih tersebut mestilah seseorang itu bertugas di kem tersebut. Macam mana pihak ATM boleh memaklumkan kepada SPR dan SPR boleh menerima bahawa kem tersebut telah beroperasi sedangkan kem tersebut dalam pembinaan? Di manakah dikatakan ada anggota tentera yang bertugas di kem tersebut? Mungkin kalau ada pihak sekuriti yang jaga untuk projek pembangunan mungkin ada, tetapi saya tidak fikir sudah ada pihak Angkatan Tentera yang telah pun beroperasi, bekerja di situ. Ini menunjukkan bagi saya ATM telah berniat ataupun bukan lagi berniat tapi secara terang menipu SPR. Satu... [Tepuk] Menipu SPR. Ini dia menipu. Kem belum beroperasi dia kata sudah beroperasi. Kem dalam pembinaan dia kata telah pun beroperasi. Ini satu penipuan kepada SPR. Persoalan keduanya ialah macam mana pula SPR boleh menerima pengesahan, membuat pengesahan mengatakan kem tersebut telah beroperasi sedangkan kem tersebut belum beroperasi? Sepatutnya untuk mewujudkan satu-satu lokaliti ini apatah lagi lokaliti yang berkaitan dengan undi awal ini, sepatutnya SPR terlebih dahulu membuat semakan lawatan untuk mengesahkan kem tersebut wujud ataupun tidak. Bukan sahaja semata-mata menerima pemakluman daripada pihak tertinggi Angkatan Tentera ataupun pihak Kementerian Pertahanan. Jadi bagi saya ini satu kes penipuan dan seolah-olahnya macam cerita orang baru mengandung empat bulan, surat beranak keluar dah. Orang baru mengandung empat bulan, surat beranak keluar dah. Baru mengandung empat bulan, buat kenduri akikah sudah. Ini pun- mana Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Pendang? Keluar dah. Ini pun satu yang sangat memalukan. Jadi sebab itu- kata SPR kepada saya bahawa apa pun, “Selaras dengan Peraturan 15, 16 dan 17 Peraturan Pilihan Raya, satu prosiding siasatan awam akan dibuat berdasarkan kepada 151 bantahan di Kem Segamat.”. Isunya, Tuan Pengerusi, kita membuat prosiding siasatan awam kepada benda yang tidak wujud, satu benda yang tidak wujud, satu penipuan, kita akan menghabiskan sejumlah wang untuk membuat prosiding siasatan awam ini. Oleh sebab itu, bagi saya, jika SPR telah bersetuju dan turun membuat lawatan dan mengesahkan bahawa kem tersebut tidak wujud, maka 1,079 di dalam suku ketiga tambahan ini perlu dikeluarkan tanpa perlu membuat satu siasatan awam. Ini kerana kita membuat siasatan awam kepada benda yang tidak wujud...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Satu proses penipuan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ringkas.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan ini, bukan sahaja di Kem Segamat, sebenarnya di Kem Hutan Melintang, kawasan Parlimen Timbalan Perdana Menteri, pagar baru didirikan tetapi sudah ada 1,411 orang pegawai tentera yang bertugas di sana. Hendak bertugas di mana? Tapak pun baru ada lagi tapak kosong, semak samun tetapi ada.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

Ketiga, contoh di kawasan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di Parlimen Bera, sama juga keadaan yang sama. Ini merupakan satu penipuan secara besar-besaran, rompakan siang hari sistem pendaftaran...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTaiping

...Sistem demokrasi negara ini.

Tentera bunian.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih kepada...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, Yang Berhormat Pokok Sena, sebenarnya Yang Berhormat Taiping sudah hampir 10 minit mencelah Yang Berhormat. Ada empat orang dicelahnya ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa dia?...

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Taiping.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Total masa lebih kurang 10 minit ya.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, terima kasih Yang Berhormat Taiping, jadikan sebahagian daripada perbahasan saya dan saya percaya bahawa ia meliputi Kem Hutan Melintang dan juga Bera. Cuma, jawapan yang saya terima ini daripada Menteri, Dato’ Sri Azalina ini, berkaitan dengan Kem Segamat. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Dato’ Sri Azalina mengaku bahawa pihak SPR telah ditipu oleh Kementerian Pertahanan...

[Dewan ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Oleh Kementerian Pertahanan khususnya pihak tertinggi Angkatan Tentera. Baik, B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Butiran 010300 berkaitan dengan saraan. Saya hendak membangkitkan satu isu yang berkaitan dengan satu kenaikan tahunan untuk kakitangan awam. Satu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 2016 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia. Ini berkaitan dengan kenaikan tahunan. Bermakna bahawa dalam Pekeliling Perkhidmatan inilah mengandungi tentang berapa jumlah kenaikan tahunan daripada semua gred gaji yang ada dalam perkhidmatan awam. Cuma yang saya hairan, kenapa di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam, Bilangan 1 ini tidak termasuk untuk Gred Utama? Gred Utama ialah daripada Turus dan juga peringkat JUSA. Ini peringkat tertinggi iaitu peringkat Turus ini iaitu gaji yang paling tinggi sekali ialah RM31,338 tidak termasuk dengan elaun-elaun yang banyak. Saya percaya di peringkat Turus ini elaun dia lebih besar daripada gaji. Baik. Isunya, Tuan Pengerusi, berkaitan dengan persoalan ini ialah kenaikan tahunan untuk yang lain daripada Gred Utama ini dia berdasarkan kepada berapa jumlah- maknanya RM100, RM200- dan dia tidak berasaskan kepada peratusan daripada gaji yang ada kepada mereka.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi bagi saya bahawa ini suatu yang sangat tidak adil, jurang itu berbeza sedangkan walaupun tidak ada dalam pekeliling ini untuk gred utama tetapi gred utama disebut dalam- yang saya dapat maklumat ialah gred utama menerima kenaikan tahunannya ialah 9 percent, sedangkan untuk gred-gred yang lain ini, saya sebut di sini. Untuk perkhidmatan kejuruteraan daripada 21 gred gaji, pengiraan yang saya buat, kenaikan itu hanya 3.2 percent hingga 4.1 percent sahaja. Akan tetapi dia bukan diberikan berdasarkan kepada peratus, dia berdasarkan kepada RM100, RM200, RM300, RM400. Untuk kenaikan gaji perkhidmatan tadbir dan diplomatik untuk lima gred gaji, kenaikan mereka mengikut perkiraan saya ialah 3.4 percent hingga 4.4 percent. Kenaikan gaji bagi perkhidmatan pentadbiran dan sokongan untuk 30 gred gaji, antara 3.3 peratus hingga 5.1 peratus sebab mereka ini ada dalam pekeliling ini, yang saya sebut tadi.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Akan tetapi untuk gred utama yang kenaikannya ialah 9 percent, tidak ada dalam pekeliling tetapi mereka naik 9 percent. Jurang kenaikan itu terlalu besar sebab kenaikan 9 percent mereka itu berasaskan kepada tangga gaji mereka, gaji yang mereka terima. Jadi, bukan berasaskan kepada berapa kita hendak bagi. Jadi yang lain ini, diberikan umpamanya S19, gaji minimum dia RM1,352 dan kenaikan dia RM100. Kenaikan dia RM100, dalam pekeliling RM100, dia bukan percent. Jadi, pengiraan kami percent itu, macam saya sebut tadi bahawa dari 3.2 percent sampai 5.1 percent. Jadi bagi saya adalah suatu yang sangat tidak adil. Saya minta penjelasan kerana ini bagi kepentingan kepada golongan perkhidmatan awam. Saya minta juga supaya diwujudkan satu suruhanjaya gaji, suruhanjaya penggajian untuk sektor awam ini. Sekarang ini dia hanya bergantung kepada jawatankuasa gaji di peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi saya, sudah tentu Jabatan Perkhidmatan Awam akan membuat cadangan-cadangan yang lebih memihak kepada di peringkat tertinggi, gred utama ini, tidak memihak kepada gred-gred yang di bawah ini. Oleh sebab itu, saya minta satu suruhanjaya bebas, suruhanjaya penggajian untuk kakitangan awam diwujudkan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir, pasir pula. Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Saya terus kepada butiran-butiran yang saya hendak bangkitkan. Pertamanya adalah Butiran 060100 iaitu berkaitan dengan JAKIM. Saya hendak memuji inisiatif yang dibuat oleh JAKIM dalam mempercepatkan dan memperkasakan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia, terutamanya melalui jawapan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri di dalam MQT pada 25 Julai. Jadinya susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai berapakah jumlah pengeluaran SPHM ini sejak pengumuman tersebut dan sejauh manakah penambahan? Ini sebab Yang Berhormat Menteri ada memaklumkan bahawa akan berlaku kekerapan daripada segi mesyuarat Panel Pengesahan Halal ini. Jadinya, bila ada penambahan jumlah kekerapan mesyuarat ini, sejauh manakah penambahan ini dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal tersebut? Selepas itu, soalan seterusnya adalah saya mohon supaya diterangkan tahap jalinan kerjasama antara JAKIM dan juga Halal Monitoring Committee, terutamanya dalam kita hendak mendapatkan sijil halal ini terutamanya di peringkat antarabangsa. Soalan seterusnya adalah walaupun terdapat pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri mengenai masa untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal ini tetapi masih lagi ramai terutamanya usahawan-usahawan yang berkepentingan yang tidak mengetahui mengenai perkara ini. Jadinya, soalan saya adalah bagaimanakah sebenarnya JAKIM memberi penerangan kepada usahawan-usahawan mengenai inisiatif ini disebabkan masih lagi ramai yang tidak mengetahuinya. Seterusnya Butiran 040200 iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Mendapat makluman bahawa 90 peratus yang disalurkan oleh TERAJU ataupun dana yang disalurkan oleh TERAJU adalah kepada syarikat-syarikat kecil dan juga mikro. Kita tahu apabila syarikat-syarikat mikro ataupun syarikat-syarikat berskala kecil, ia akan lebih terdedah kepada faktor-faktor yang agak berisiko.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya soalan saya berkaitan ini adalah, berapakah sebenarnya ataupun adakah pihak TERAJU ada mengenal pasti jumlah dana hangus ataupun hutang lapuk yang direkodkan kesan daripada perniagaan usahawan yang diberikan dana melalui dana TERAJU ini yang tidak menjadi ataupun yang tidak berjaya ataupun sesetengahnya menjadi bankrap. Seterusnya, soalan saya adalah sejauh manakah TERAJU memantau dengan rapat perkembangan usahawan-usahawan bumiputera ini dalam usaha mereka untuk menilai keberkesanan penggunaan dana yang diberikan melalui TERAJU ini. Seterusnya, soalan saya, berapakah bilangan syarikat bawah TERAJU yang diberikan bantuan yang sebelum ini mungkin berskala sederhana ataupun berskala kecil, yang sekarang ini boleh diiktiraf sebagai usahawan global. Saya harap dapat diberikan fakta mengenai perkara ini. Terakhir mengenai tajuk ataupun di bawah butiran ini adalah April yang lepas, fasa kedua ada diumumkan mengenai inisiatif Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera, ia telah dilancarkan. Jadi soalan saya, apakah perancangan yang disediakan oleh TERAJU untuk memastikan syarikat-syarikat bumiputera yang berpotensi ini dapat dimajukan dan dapat dibimbing, bukan sahaja di skala ataupun berskala nasional tetapi dapat dibimbing menjadi syarikat ataupun usahawan-usahawan fasa matang yang mungkin boleh bertaraf multinasional. Seterusnya saya terus ke Butiran 070900 iaitu Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Saya menyambut baik inisiatif pihak kerajaan dalam usaha untuk merancakkan pemilikan rumah-rumah yang berkonsep seperti PR1MA ini. Jadinya soalan saya adalah berapakah jumlah keseluruhan rumah yang telah dibina oleh PR1MA ini? Berapakah yang dapat dijual dan berapakah yang masih lagi belum dijual? Seterusnya, kaedah. Saya hendak tahu, apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak syarikat PR1MA ini dalam memilih lokasi pembangunan projek-projek rumah PR1MA ini? Seterusnya soalan saya adalah bilakah- ini sebabnya di tempat saya, kami ada dua DUN. Satu DUN itu agak dia lebih ke arah bandar juga. Ini saya hendak tahu, bilakah projek ini akan dapat dilaksanakan di kawasan Parlimen Parit Sulong, terutamanya di kawasan DUN Semerah? Seterusnya, kita ada masalah di mana ada sesetengahnya dia hendak memohon tetapi disebabkan kekangan sebab dia masih lagi muda dan mungkin ada beberapa bebanan yang lain, jadinya apakah TERAJU ada satu mekanisme agar dapat membantu generasi- generasi TN50 ini bagi memudahkan mereka mendapat pinjaman untuk menampung...

Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

...Pembinaan ataupun membeli rumah.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Baling bangun.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Walaupun sebelah, dia kena masuk dalam Hansard juga berkaitan dengan rumah PR1MA dan pinjaman. Saya sudah berulang kali bercakap dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan generasi muda B40, malah yang inspirasi yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membantu TN50, generasi muda ini. Jadi, saya hendak tanya sedikit sahaja fasal pinjaman. Apakah kaedah yang patut TERAJU atau Jabatan Perdana Menteri laksanakan dalam N-BOS dengan Bank Negara, Kementerian Kewangan dan sebagainya ini? Saya minta mereka, malah mengadakan talian laluan green lane untuk mereka telefon atau panggilan hubungan. Ini berkaitan dengan pinjaman, pinjaman duit yang mana mereka jadi penjamin, malah mereka ada pinjaman dengan Courts Mammoth, Singer dan sebagainya. Hutang RM800, RM1,000, RM1,500 tetapi disenaraihitamkan sehingga memungkinkan orang muda itu tidak dapat pinjaman.

Hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang hendak bantu, akhirnya tersekat. Jadi, apakah Yang Berhormat Parit Sulong setuju dengan cadangan saya?

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya setuju, saya harap kementerian berkaitan dapat menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling. Seterusnya, Butiran 080200 - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). Selain daripada program internship dan program pameran pekerjaan yang dijalankan di bawah seliaan TalentCorp, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha yang dijalankan oleh TalentCorp bagi menarik lebih ramai lagi wanita menceburi pekerjaan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan? Kita tengok statistik, kalau penglibatan wanita dalam bidang ini agak rendah, ia lebih kurang dalam 30 peratus. Sedangkan 70 peratus graduan wanita mendaftar di institusi pengajian tinggi setiap tahun. Sebelum ini, TalentCorp ada jalankan ataupun lancarkan satu program- Career Comeback Programme di PricewaterhouseCoopers (PWC) yang menyeru wanita-wanita yang bercuti lama, yang sebelum ini beri tumpuan kepada keluarga, untuk come back to work, dengan izin. Jadinya, soalan saya adakah lagi cadangan lain seperti ini? Bermaksud, adakah akan ada lagi kerjasama secara N-BOS dengan syarikat-syarikat swasta yang besar yang lain, mungkin dengan Gamuda ataupun dengan UEM, dalam usaha untuk mencapai hasrat TN50, untuk meningkatkan tenaga kerja profesional wanita? Terutamanya dalam bidang kejuruteraan yang sekarang ini dikatakan paling kurang penglibatan daripada pihak wanita. Jadinya, itu sahaja soalan-soalan saya. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang. Saya pergi terus kepada maksud B.4, B.9, dan B.6- maaf, hanya B.4 dan B.6, Tuan Pengerusi. Saya pergi kepada Butiran 010000 - Pilihan Raya, di bawahnya 010100 - Operasi. Di mana dibangkitkan sebelum ini tentang isu SPR dan pengendalian operasi. Di sini kita melihat penambahan yang sepatutnya berlaku kerana semua menunggu-nunggu tarikh pilihan raya. Maka, kalau dilihat bawah Operasi ada kajian persempadanan semua kawasan pilihan raya, daftar pemilih dan pendidikan mengenai pilihan raya yang bakal berlangsung. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku Tuan Pengerusi, penurunan kepada hanya RM5.1 juta pada 2017, kepada RM3.58 juta tahun ini dan penurunan sebanyak 30 peratus. Sedangkan semua membicarakan isu termasuklah kem yang belum lagi disiapkan tetapi menempatkan pengundi, menjadi perbahasan yang sengit pada hari ini. Maka, pada saya sememangnya bila kita melihat wujudnya 276 representasi bantahan, Tuan Pengerusi, begitu banyak. Pada prosiding pertama siasatan di Semenanjung, 13 di Sabah, semuanya melambangkan betapa seriusnya yang hasrat rakyat, pengundi, mahu mempertahankan undian mereka. Di mana, bila masa dijelaskan hasrat menerusi pilihan raya, maka dapat dilihat menerusi perwakilan dalam Dewan Rakyat. Malangnya sekarang ini dalam sistem sedia ada, 52 peratus undi popular hanya memperlihatkan 40 peratus Kerusi di Parlimen.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Dalam keadaan ini Tuan Pengerusi, saya ingin mempersoalkan kenapa berlaku penurunan? Satu. Keduanya, isu kredibiliti kerana Pengerusi SPR yang sudah kita sebut berkali-kali, selaku mantan Setiausaha Ahli Parlimen Ketereh daripada Barisan Nasional, yang masih tidak mampu untuk menunjukkan komitmen untuk mempertahankan kredibiliti SPR . Semalam kita sibuk berbahas tentang bagaimana cadangan daripada Yang Berhormat Pandan meminta peningkatan RM2,000 bagi BR1M, minta pegawai kakitangan kerajaan menerima dua bulan bonus dan pengurangan cukai GST daripada enam hingga empat peratus. Semua ini Tuan Pengerusi, akan diputuskan menerusi Dewan Rakyat. Kalau kita tidak ada peluang untuk melunaskan hasrat rakyat, maksudnya yang berlaku adalah pilihan raya merupakan satu-satunya medan untuk melenyapkan hasrat rakyat. Kalau di Parlimen pun kita tidak mampu mengubah dasar ekonomi, dasar percukaian, pilihan raya menjadi cara utama. Oleh kerana itu, pada saya kalau hendak mempertingkatkan kos, ini perlu tetapi haruslah dicantumkan dan disaingi dengan pengembalian kredibiliti oleh Pengerusi SPR. Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu pendaftaran di Kem Tentera Bera, Segamat dan Bagan Datuk. Pada saya, ini, dengan izin, is the tip of the iceberg. Ini isu serius, saya tidak salahkan ATM sebenarnya. Saya kembali kepada Pengerusi SPR yang memang dilantik oleh pimpinan Barisan Nasional. Saya daripada awal kita bangkitkan, perlahan demi perlahan, semua hak kami selaku pemimpin parti politik yang merupakan pelanggan SPR, dirampas. Setiap suku bagi daftar pemilih tambahan, sekarang tidak adapun diberikan bersama CD supaya semua anggota Parlimen, semua parti-parti politik yang berkepentingan, boleh memeriksa dalam daftar pemilihan tambahan itu ada nama-nama yang mencurigakan. Ini sangat serius, Tuan Pengerusi. Atas sebab itu, saya fikir tidak ada jalan lain kecuali kita mendesak agar Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Digantikan dengan seseorang yang dapat mengikut dengan peruntukan di bawah perlembagaan, that commands the confidence of the electorates, Tuan Pengerusi. Tambahan lagi yang kontroversinya adalah 28 ribu nama daftar pemilih dalam SPR yang melibatkan 28,416 nama anggota tentera dan keluarga mereka, termasuk 7,600 di Kuala Lumpur, hanya ditambah dalam suku tahun pertama 2017. Jadi, semua ini wajib berjawab, Tuan Pengerusi. Oleh kerana kami tidak mampu mendapatkan temu janji sekalipun dengan Pengerusi SPR selama proses ini berlangsung. Jadi akhirnya, dalam segala perundingan, perbahasan, bercakap tentang percukaian, penggajian, kita akan gagal kerana tidak mampu dapat ditolak mengikut hasrat rakyat menerusi pilihan raya. Saya juga bangkitkan sebelumnya isu tentang kredibiliti juga. Oleh kerana Kerajaan Barisan Nasional sekarang mengatakan mereka jauh lebih baik berbanding dengan mantan Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini saya ingin bangkitkan, kalau mengikut track record dahulu tahun 1990, Malaysia menjemput The Commonwealth Tuan Pengerusi, untuk memantau pilihan raya kita. Jadi, hendak banding dalam benchmark sebegitu, kita juga harus ada keberanian untuk mendepani dan menjemput The Commonwealth menjadi pemerhati kepada Pilihanraya Umum Ke-14. Saya mahu tahu justifikasi, kenapa tidak mahu menjemput pihak Commonwealth Observer Group? Kalau dibandingkan dengan negara seperti Maldives, di pantau 2013, sementara dipimpin oleh mantan Presiden Dr. Lawrence. Tuan Pengerusi, seterusnya saya pergi kepada isu yang saya sebutkan tadi di bawah Butiran 060000 – Kemajuan Islam; di bawah Butiran kecil 060400 - Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI); yang menunjukkan peningkatan peruntukan kepada RM116 juta menjelang 2018. Saya ada bangkitkan peringkat Kamar Khas, isu pusara yang terpesong di Tanah Perkuburan Islam, Kawasan C, Pantai Dalam. Pihak JAWI akhirnya mengakui dan Pejabat Mufti menambah, sebagai langkah susulan, papan tanda kiblat yang dijangkakan akan beransur siap menjelang 14 November 2017.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHLembah Pantai

Akan tetapi saya pohon pihak JAWI, dalam kita memelihara maqasid ini, membantu semua masjid, bukan sahaja di Lembah Pantai. Akan tetapi seluruh tanggungjawab dan bidang kuasa mereka untuk dijaga, diurus dengan baik. Termasuklah membina pagar di sekeliling kawasan kubur supaya dalam mengawal aktiviti keluar masuk orang awam itu, tidak lah berlaku pencerobohan. Tidak perlu lah kita menunggu sehingga laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak. Tuan Pengerusi, dengan penambahan peruntukan ini saya fikir mereka harus mempamerkan tindakan yang menunjukkan kita ke depan dalam hal-hal yang berkait dengan pengurusan jenazah dan sebagainya. Jadi, setakat itu Tuan Pengerusi. Terima kasih di atas ruangan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Selangor.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan B.6, Jabatan Perdana Menteri. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030300 – Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Tuan Pengerusi, dalam membicarakan soal kedaulatan perairan negara, saya agak terkilan apabila khazanah laut negara dikaut keuntungannya, pertama sekali, oleh beberapa nelayan-nelayan asing. Ini terbukti apabila negara kehilangan sumber perikanan sebanyak 980,000 tan metrik yang dianggarkan bernilai antara RM3 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun akibat pencerobohan ini. Tuan Pengerusi, apabila merujuk kepada Butiran ini, saya ingin bertanyakan, kita melihat di negara kita mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan maritim yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Marin, Jabatan Laut Malaysia. Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar, dua tekong warga Vietnam telah mencuba merasuah anggota penguatkuasaan APMM dengan nilai sebanyak RM10,000 ketika anggota APMM ini sedang melakukan rutin rondaan. Saya ingin membawa ke Dewan yang mulia ini untuk kita berfikir sejenak. Sekiranya nilai RM10,000 ini sanggup dibayar oleh nelayan asing yang mencuri hasil laut negara, berapakah keuntungan yang diraih oleh mereka? Pada hemat saya, sudah tentunya ia sangat lumayan. Daripada jumlah ini, Tuan Pengerusi, saya ingin bertanyakan, berapakah kekuatan APMM terutama sekali dari segi infrastruktur dan juga kekuatan dari segi logistik terutama sekali untuk memerangi elemen-elemen perkara ini? Saya juga melihat dalam media hari ini, terutama sekali dalam akhbar hari ini, kita dikejutkan dengan berita pegawai kanan agensi yang berkaitan dengan industri perikanan yang telah memperoleh keuntungan atas angin sebanyak RM200,000 hanya dengan melepaskan bot nelayan yang ditangkap, manakala RM5,000 sebulan bagi kelulusan permit menangkap ikan. Ini satu perkara yang harus ditentang oleh kerajaan sekeras-kerasnya terutama sekali oleh agensi-agensi penguatkuasaan. Pujian harus diberikan kepada SPRM yang berusaha membanteras gejala rasuah di tengah laut menerusi Ops Armada yang kini telah pun memasuki gelombang kedua. Justeru itu, pada hemat saya, demi untuk memastikan koordinasi dan kesamaan tugas dan penguatkuasaan maritim, saya mencadangkan agar kesemua Agensi Penguatkuasaan Maritim diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas bagi menangani ketirisan hasil laut negara.

Saya yakin dan percaya, dengan penubuhan jawatankuasa ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh beberapa negara maju ketika ini, ianya secara langsung akan memperkukuhkan lagi kerjasama dan fungsi-fungsi sedia ada yang telah diamalkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan maritim ketika ini. Saya ingin mencadangkan agar jawatankuasa khas ini mungkin diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya untuk memastikan kerjasama N-BOS ini boleh mengurangkan lagi jurang di antara satu agensi dengan satu agensi yang lain. Dari segi itu juga, Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 040200 – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, dalam memastikan agenda ekonomi dan pembangunan Bumiputera menjadi teras keutamaan kerajaan, saya ingin bertanya khususnya dalam konteks memperkasakan agenda ini di peringkat akar umbi, kerana ada di kalangan khususnya masyarakat bawahan, mereka tidak mengetahui dari segi ruang dan peluang khususnya dalam memperkasakan agenda memperkasakan perniagaan mereka. Mungkin dari segi khidmat nasihat, dan rundingan berkaitan ekonomi dan perniagaan terutama sekali dalam meningkatkan kualiti hidup menjadi aspek utama dalam golongan ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan mungkin penubuhan one-stop centre di setiap daerah dan mungkin Kuala Selangor boleh menjadi perintis kepada cadangan ini untuk menjadi satu catalyst bagi menggerakkan agenda pertumbuhan ekonomi di kalangan Bumiputera yang saya lihat di peringkat masterplannya begitu berjaya mungkin dari segi local plan itu perlu dirangsang dan diperkukuhkan lagi supaya dengan 68.6 peratus masyarakat Bumiputera daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 31.7 juta orang, boleh kita gagaskan. Tuan Pengerusi, begitu juga dengan Butiran 070300 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Saya sekali lagi ingin mengharapkan belas ihsan khususnya di peringkat kerajaan supaya dengan pertumbuhan pesat pengangkutan awam yang ada khususnya MRT, mungkin satu hari nanti boleh difikirkan jajaran MRT daripada Sungai Buloh ke Kuala Selangor dapat difikirkan. Hal ini kerana Puncak Alam ketika ini akan menjadi satu proses pertumbuhan yang begitu luas, dan ini juga satu perkara yang boleh difikirkan oleh pihak kerajaan untuk memikirkan ia sebagai satu landasan. Tuan Pengerusi, seterusnya kepada Butiran 120100 – Jabatan Perdana Menteri. Sebagaimana projek-projek perumahan yang disediakan untuk kesejahteraan rakyat, saya memuji tindakan kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga prihatin kepada kemudahan kakitangan awam. Saya ingin mencadangkan agar Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) dapat diperbesarkan, diperluaskan khususnya di Parlimen Kuala Selangor bagi memanfaatkan kakitangan awam yang berkhidmat khususnya dalam Parlimen Kuala Selangor. Hal ini kerana kawasan Parlimen saya ketika ini jumlah rumah yang semakin meningkat, harganya begitu meningkat dan begitu mahal dan ada kalanya menjadi kekangan bagi kakitangan awam untuk memiliki perumahan tersebut. Tuan Pengerusi, seterusnya kepada Butiran 050000 – Dasar Baru iaitu merujuk kepada Butiran 050200 – Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH). Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak SPRM di atas pelaksanaan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH). Saya melihat Kempen 3J yang telah dianjurkan iaitu, “Jangan Hulur, Jangan Kautim dan Jangan Settle” merupakan kempen yang amat berkesan di dalam memerangi gejala rasuah yang boleh meruntuhkan institusi sebuah negara. Statistik untuk bulan Oktober 2017 sahaja telah cukup merisaukan. Ia menunjukkan sektor-sektor terutama dalam konteks awam ketika ini, peningkatan demi peningkatan meningkat, saya lihat ini harus dilakukan satu usaha berterusan untuk memastikan soal integriti ini tidak boleh dikompromikan. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merujuk kepada satu isu yang ketika ini telah bermain di media iaitu mengenai pembelian tanah di Ijok, Parlimen Kuala Selangor, yang mana antara perkara yang telah dibangkitkan dan saya ingin mengatakan di sini iaitu apabila Eco World mula dilaporkan menyuarakan minat untuk membangunkan tanah di Ijok pada September 2015, saya difahamkan kes masih lagi dalam mahkamah dan baru bermula untuk membincangkan global settlement, penyelesaian menyeluruh.

Saya ingin bertanya kepada pihak SPRM, dengan siasatan yang mungkin SPRM telah lakukan sekarang ini, adakah Eco World juga turut terlibat dalam rundingan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor dan pemaju-pemaju LBCN dan juga pihak Eco World? Jika Eco World terlibat, mengapakah pihak Eco World sendiri tidak selesaikan pampasan untuk petani-petani? Begitu juga ada perkara-perkara yang dibangkitkan iaitu mengenai masalah dan pertikaian perniagaan yang mana empunya tanah asal iaitu hampir 400 orang petani-petani PKPS telah menjadi mangsa sehingga terpaksa menunggu hampir 20 tahun untuk mendapatkan wang dan rumah yang dijanjikan. Sekiranya ada elemen penipuan dan rasuah, serta salah guna kuasa, saya amat berharap agar pihak SPRM dapat menyegerakan siasatan mereka supaya akhirnya yang paling penting, golongan petani di Ijok, Kuala Selangor ini mendapat pembelaan. Di samping itu juga, merujuk kepada Butiran Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) ini, saya ingin bertanyakan, berapakah jumlah ahli berdaftar sahabat GERAH sehingga hari ini? Apakah KPI GERAH dalam membudayakan revolusi anti rasuah ini? Selain daripada itu, bagi meningkatkan semangat dan iltizam kerja warga kerja SPRM, saya ingin memohon kepada pihak kerajaan mengenai status khususnya transformasi yang pernah dicadangkan oleh jawatankuasa khas menangani rasuah khususnya yang dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen sama ada di peringkat kerajaan mahupun peringkat pembangkang. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran yang terakhir iaitu yang berkaitan dengan Butiran 070000 – Pembangunan Nasional, yang mana saya lihat- pertamanya, saya memuji semangat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat yang telah memberikan kemudahan khususnya perkhidmatan awam darat bas di Parlimen Kuala Selangor. Saya ingin bertanya, dari segi apa yang dilakukan oleh bas Selangorku dengan SPAD melalui Rapid dan sebagainya, bagaimanakah bentuk pemantauan dan juga kerjasama khususnya dalam memastikan tiada warga asing yang menggunakan bas ini? Baiklah, Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, batu sumpah tidak masuk dalam Butiran Yang Berhormat.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Terima kasih. Saya ingin merujuk Bekalan 6 Butiran 030200 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan 030600 - Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Pada 9 November yang lalu, media melaporkan agensi-agensi maritim iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan saling salah menyalahkan mengenai kehilangan 980 juta tan hasil ikan setahun akibat pencerobohan nelayan asing. Antara alasan yang melibatkan agensi tersebut ialah kononnya tidak cukup kuasa dan peruntukan undang-undang bagi menjalankan penguatkuasaan. Bagi mengelakkan hasil laut negara kita terus dirompak nelayan asing, saya cadangkan supaya kerajaan memperkukuhkan sistem komunikasi di antara agensi-agensi terbabit sebagaimana yang dilakukan dalam agensi-agensi keselamatan di bawah ESSCOM. Sedangkan pencerobohan kapal-kapal nelayan daripada negara asing masih tiap-tiap hari masuk ke sempadan kita dan tangkap ikan dengan cara yang destruktif.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya ingin tahu, apakah tindakan akan diambil oleh kerajaan secara drastik supaya mereka tidak lagi berani masuk ke Malaysia? Jika kita tidak lakukan sesuatu yang drastik Tuan Pengerusi, masalah ini tidak akan diselesaikan. Saya ingin bertanya, jika agensi terbabit tahu, berapa jumlah berat ikan yang hilang sehingga ratus-ratus juta tan atau nilai RM6 bilion, mengapa pihak berkuasa tidak tahu siapa yang mencuri ikan kita ini? Kenapa pencuri ini tidak dapat ditangkap? Apakah masalahnya? Selain itu, saya ingin bangkitkan persoalan, di manakah nelayan-nelayan haram yang duduk lama di perairan negara kita ini mendapatkan bekalan minyak dan keperluan makanan? Siapa yang bekalkan mereka makanan dan bahan api? Adakah perkara ini disiasat? Laporan akhbar Asia Times dan BorneoPost dan Daily Express pada 11 November baru-baru ini mengatakan seramai 47 nelayan Vietnam telah dikenakan denda sebanyak hanya setengah juta. Kesalahan ini disiasat di bawah seksyen 15(1) dan seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985. Jika didapati bersalah, akan membawa denda maksimum sebanyak RM1 juta. Bagi kapten, kru pula, boleh didenda maksimum sebanyak RM100,000. Out of setengah juta dibahagikan 47 orang denda yang dikenakan hanya dalam RM10,000. Kalau ikut denda di bawah seksyen 15(1), dan seksyen 16(3), kiraan macam tidak berapa ‘ngam’ juga, Tuan Pengerusi. Adakah denda ini termasuk kapten? Berapa orang kapten yang ditangkap dan didenda atau kapten sudah hilang? Minta penjelasan Menteri, sekiranya penalti yang dikenakan itu terlampau sedikit, saya risau nanti nelayan asing ini macam main- main dengan pihak berkuasa kita. Berdasarkan statistik bagi tahun 2017, Jabatan Maritim telah menahan sebanyak 130 buah bot pukat tunda yang melanggar peraturan perairan negara ini. Manakala jumlah keseluruhan yang pernah ditahan ialah 1,000 bot asing. Ini macam itu kucing, main-main dengan tikus. Tangkap, main-main, lepas. Tangkap, main-main, terlepas. Ini kalau kerajaan main-main macam ini, susahlah kita. Rakyat juga pun rugi. Beli ikan masin- eh! Bukan ikan masinlah. Ikan itu- apa ini? Ini ikan yang...

Ikan bilis.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ikan bilis pun mahal. Sekarang pun naik RM12 di Kota Kinabalu. Sampai bilakah kita akan terus mendengar hasil laut kita terus dirompak oleh nelayan haram ini? Saya minta Dewan ini tubuhkan Public Accounts Committee untuk siasat perkara ini dengan serius dan drastik. Tuan Pengerusi, merujuk kepada Bekalan 9 Butiran 010100 – Siasatan. Tahniah saya ucapkan kepada SPRM kerana berjaya tahan 22 orang individu daripada Jabatan Perikanan baru-baru ini berkenaan masalah penangkapan ikan secara haram di sempadan laut Malaysia. Sudah tentu kes ini amat memalukan perkhidmatan awam di mata rakyat. Saya harap kes ini tidak berulang. Saya mahu SPRM bertindak dengan tegas, siasat isu ini bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi di peringkat kementerian pun mesti mahu disiasat. Saya minta SPRM siasat sama kementerian yang berkaitan daripada peringkat bawahan hingga peringkat atasan dan Menteri-Menteri. Leave no stone unturned, Tuan Pengerusi. Saya mendesak supaya isu kehilangan beratus-ratus juta tan hasil laut negara ini disiasat oleh SPRM secara holistik. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Bekalan 6, Butiran 070300 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Butiran 070400 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP Sabah) dan Bekalan 28 Butiran 011800 – Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan Motor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Mengenai geran RM5,000 kepada pemandu teksi untuk membeli kereta baharu, saya harap Menteri boleh naikkan geran kepada sekurang-kurangnya RM10,000 kepada pemandu teksi di Sabah dan juga di Sarawak. Harga kereta lebih mahal di Sabah kerana kos pengangkutan yang tinggi. Kurang-kurang pun RM30,000 sampai di Kota Kinabalu untuk hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah. Cabotage policy-lah punya hal Tuan Pengerusi. Begitu juga kos kehidupan yang tinggi di Sabah. Tuan Pengerusi, statistik JPJ menunjukkan di Sabah sahaja terdapat 362,369 unit motosikal berdaftar pada 2015. Bayaran tukar milik Tuan Pengerusi motosikal di Semenanjung adalah sebanyak hanya RM3. Di Sarawak pula RM5 tetapi yang paling hairan, bayaran tukar milik motosikal di Sabah pula ia setinggi RM40. Apa halnya? Kami orang kaya kah? Saya telah bangkitkan bayaran tukar milik motosikal yang berbeza di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak banyak kali tetapi persoalannya, adakah kerajaan sudah ambil tindakan sepatutnya? Jadi saya hendak tanya Menteri, sudah lama tahun isu ini belum diselesaikan. Bilakah harga bayaran ini akan diseragamkan? Mengapa di Semenanjung dan Sarawak sangat murah tetapi di Sabah sangat mahal? Tuan Pengerusi, minta dua minit lagi.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Tuan Pengerusi, merujuk kepada B.6, Butiran 070100 – Unit Perancang Ekonomi. Saya berasa amat kecewa kerana peruntukan untuk projek PRT, Kota Kinabalu tidak dilihat dalam bajet ini sedangkan projek ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat pada tahun 2015. Ketika pengumuman Bajet 2016 bahawa RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membina PRT di Kota Kinabalu. Saya sudah berapa kali sentuh perkara ini dalam Dewan yang mulia ini. Namun saya berapa amat kecewa apabila melihat progress pembinaan projek ini sungguh lambat. Persoalannya, bilakah projek PRT dilaksanakan di Kota Kinabalu? Akhirnya Tuan Pengerusi, merujuk kepada P.6, Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo. Sekarang pakej yang ke berapa sudah? Berapa pakej dan kilometer yang sudah disiapkan? Berapakah yang sudah dibelanjakan setakat ini? Bagaimana dengan status Kudat, Tuaran coastal highway? Bagaimana pula dengan pembinaan lebuh raya Kota Kinabalu, Tamparuli yang berjumlah RM40 juta? Kenapa tidak disebutkan dalam bajet Tuan Pengerusi? Sekian terima kasih.

Timbalan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, saya ingin dapat maklum berapa orang lagi yang minat?... [Mengira jumlah Ahli-ahli yang bangun] Dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas, empat belas, lima belas. Saya tidak dapat membenarkan semua agaknya. Kalau semua 10 minit kerana bercadang untuk Yang Berhormat Menteri mula menjawab pukul 6.30 petang. Jadi walaupun masa diberikan 10 minit kalau dapat ringkaskan, ringkas lagi baik, lima minit atau tujuh minit. Ya, Yang Berhormat Kuala Nerus selepas itu Yang Berhormat Kuala Kangsar. Yang Berhormat Kuala Nerus dahulu.

Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 060100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pertama sekali, JAKIM ditubuhkan untuk pertama memperkasakan Islam selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang menyatakan Islam Agama Persekutuan. Apa yang saya ingin saya timbulkan di sini ialah tentang pemerkasaan kepada imam-imam dan juga guru takmir walaupun dalam bajet disebut tentang peruntukan untuk mereka sebagai satu sagu hati tetapi sejauh manakah imam-imam dan guru takmir ini diberikan latihan untuk memperkasakan mereka sendiri dari sudut komunikasi dengan masyarakat.

Ini kerana imam-imam dan guru takmir ini juga menjadi tempat rujuk kepada masyarakat dan pelbagai isu melibatkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Kedua, kadang-kadang kita lihat ada imam-imam yang menjadi khatib yang sudah agak berusia menyebabkan ketika mana mereka menyampaikan khutbah, pembacaan teksnya kurang tepat, bacaan al-Qurannya silap dan sebagainya, adakah JAKIM memandang serius perkara ini untuk memberikan pandangan kepada majlis agama Islam negeri dari sudut tahap umur untuk menyampaikan khutbah kerana kalau kita lihat Islam pun ketika menyampaikan khutbah ini mesti bersikap- mesti dengan sebutan jelas... [Berucap dalam bahasa Arab] Nabi merah matanya dan tinggi suaranya ketika menyampaikan khutbah untuk hari Jumaat. Kemudian unit media di JAKIM. Saya dahulu banyak juga terlibat dengan program- program di peringkat media ini sebelum menjadi orang politik. Cuma saya lihat tentang status penggajian bagi penyampai-penyampai program media ini di RTM khususnya, adakah mereka disediakan satu tahap gaji yang tetap dan juga macam mana status mereka yang menjadi pegawai kontrak? Saya juga mahu tahu sejauh manakah kadar kekerapan program ini di RTM, di TV dan juga di radio untuk tahun 2017. Walaupun di sana kita sudah IKIM dan juga TV Hijrah tetapi oleh sebab RTM adalah TV1 dan Radio Klasik sebagi contoh adalah antara media nasional yang memang menjadi minat ramai masyarakat maka tentulah pemerkasaan program agama menerusi media di TV1 dan juga di radio ini mesti diperkasakan. Jadi saya mahu tahu banyak manakah kadar kekerapan program ini dibuat dalam tempoh tahun 2017 ini. Kemudian Darul Quran. Darul Quran satu kejayaan besar di bawah JAKIM dan antara program terbaik yang dibuat oleh Darul Quran ialah program berkembar dengan UIA untuk melahirkan bukan hanya seorang yang hafiz al-Quran tetapi juga seorang yang ada kemahiran profesional yang lain. Maka saya mahu tahu, untuk tempoh setelah hampir 10 tahun dilaksanakan program ini, berapa ramai profesional tahfiz yang telah berjaya kita keluarkan? Adakah Darul Quran berhasrat untuk juga buat joint venture program berkembar yang sama untuk pelbagai bidang profesional yang lain termasuk kerjasama dengan universiti di luar daripada Kuala Lumpur seperti di Terengganu. Kita ada UniSZA di tempat saya, dan juga UMT, adakah Darul Quran berhasrat untuk membesarkan lagi saiz program berkembar seumpama ini supaya tahfiz-tahfiz ini dapat kita lahirkan lebih ramai mereka yang profesional yang menjadi hafiz al- Quran, insya-Allah. Kemudian saya mahu penjelasan daripada JAKIM tentang isu yang timbul akhir- akhir ini, isu pemakaian tudung, menutup aurat. Timbul isu berkaitan dengan halangan kepada wanita-wanita yang bekerja di sektor perhotelan untuk mereka memakai tudung. Saya rasa ini perkara yang sangat serius. JAKIM mesti ada pandangan dan tentu ada tindakan yang boleh diambil oleh JAKIM dalam perkara ini bukan hanya melibatkan sektor perhotelan bahkan juga melibatkan bidang-bidang yang lain, mereka atas nama pakaian seragam kononnya maka wanita ini dihalang untuk memakai pakaian menurut kehendak Islam. Sedangkan kita menyatakan bahawa negara kita ini Islam adalah Agama Persekutuan maka mestilah kedaulatan agama itu dilihat dalam kehidupan seharian bukan hanya pada bab ibadah tetapi bab sosial masyarakat dalam isu sosial kemasyarakatan termasuklah sejauh mana kerajaan memantau keinginan pramugari di MAS sendiri untuk memakai tudung. Ini kerana ini juga adalah lambang bagi negara kita. Maka bagi saya JAKIM mesti memberikan pandangan dalam perkara ini. Dalam masa yang sama juga kita lihat hari ini kebanjiran syarikat-syarikat dan juga syarikat yang mempamerkan, mempromosikan fesyen Muslimah tetapi ada yang memaparkan kononnya fesyen Muslimah tetapi tidak mesra syariat, tidak bertepatan dengan kehendak syarak. Dengan cara pakai tudungnya tidak betul, nampak tengkuk dan sebagainya saya rasa JAKIM kena beri pandangan...

Timbalan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Rakan sebelah bangun, Yang Berhormat Rantau Panjang

...Dalam perkara ini.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat. Apakah pandangan Yang Berhormat, sepatutnya kerajaan menyediakan dasar patuh syariah dalam semua sektor yang melibatkan pekerja sama ada sektor awam atau swasta yang Muslim supaya dasar patuh syariah ini menjadi satu amalan sesuai dengan Islam menjadi agama rasmi bagi pekerja Islam. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Kerajaan sudah memperkenalkan indeks syariah maka patuh syariah ini saya rasa boleh kita kembangkan lagi untuk menjadi satu rujukan kepada majikan- majikan jika melibatkan wanita-wanita Muslim bekerja dengan mereka. Ini untuk kita perkasakan lagi Islam. Tentang fesyen tadi, jadi sejauh mana kita pantau syarikat-syarikat ini, kita berikan pandangan kerana mereka menggunakan jenama Islam. Fesyen busana Muslimah tetapi bukan Muslimah, ini kafirah. Tidak beriman kepada Allah SWT. Ini merosakkan nama Islam. Kemudian pemerkasaan halal JAKIM. Saya mahu tahu dalam senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal JAKIM ini, kita tahu ramai di kalangan mereka adalah syarikat yang bukan Islam yang masuk di bidang pemakanan. Saya mahu tahu jumlah peratusan syarikat- syarikat ini dan apa usaha JAKIM sendiri untuk meramaikan lagi syarikat bumiputera Muslim untuk juga mengambil certificate halal ini. Adakah di sana taklimat dibuat secara berterusan kepada pengusaha-pengusaha ini agar mereka lebih ramai mengambil certificate halal ini. Kemudian untuk tahfiz juga, adakah kerajaan berhasrat untuk menyediakan latihan perguruan kepada guru-guru tahfiz swasta ini kerana kerajaan sudah memberikan bajet untuk pendawaian tetapi yang saya bangkitkan ialah tentang latihan perguruan untuk guru-guru ini. Kemudian satu lagi isu hari ini kita lihat ramai kebanjiran selebriti agama ini yang mengeluarkan pandangan-pandangan peribadi yang bercanggah dengan pandangan arus perdana.

Mereka mengambil pandangan terpencil dari alim ulama silam, ijtihad individu seorang ulama dan dijadikan sebagai pandangan arus perdana dan bercanggah dengan apa yang diamalkan hari ini. Saya lihat kadang-kadang lebih kepada unsur khalif tu’raf. Kamu canggah orang, kamu akan dikenali, lebih kepada populariti. Jadi saya rasa perkara ini mesti diperhatikan oleh JAKIM. Saya mencadangkan supaya JAKIM menubuhkan satu Majlis Ulama se-Malaysia yang boleh menghimpunkan semua alim ulama ini daripada pelbagai, sama ada kerajaan mahupun pembangkang, untuk kita duduk bersama melihat isu-isu yang melibatkan masyarakat dan juga isu pertembungan antara selebriti agama ini. Pertembungan antara mufti dengan selebriti sekian sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan masyarakat. Sedangkan, perkara ini sepatutnya tidak lari daripada adab alim ulama. Alim ulama apabila mereka berbeza pendapat, mereka hanya beza pada pandangan, bukan pada hati dan perasaan tetapi sudah peringkat menggelar itu ini dan sebagainya, ini saya rasa agak tidak cantik bagi alim ulama. Maka, perkara ini mesti dipantau oleh JAKIM supaya ia tidak menjadi suatu yang mencemarkan imej agama Islam itu sendiri. Termasuklah kadang-kadang kita menggunakan istilah salafi, ASWAJA. Pertembungan salafi dan ASWAJA ini, benda-benda yang kita kena pantau. Kemudian, saya hendak merujuk kepada Butiran 060200 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Adakah JAKIM bersedia untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri untuk mewujudkan tabung wakaf pendidikan khususnya sebagai alternatif kepada PTPTN?

Ini kerana wakaf adalah sistem yang sangat baik untuk jangka masa panjang ekonomi umat Islam dan juga tentang pelaburan zakat. Saya mahu tahu dari sudut wilayah sendiri, banyak manakah peratusan ataupun nilai amaun pelaburan zakat yang dibuat oleh Wilayah Persekutuan? Adakah di sana syarikat-syarikat pelaburan yang menemui kegagalan dalam tempoh penglibatan jabatan zakat peringkat wilayah ini dengan pelaburan ini? Terakhir, saya merujuk kepada Butiran 060500 – Pejabat Mufti Wilayah. Mufti Wilayah saya lihat antara mufti yang sangat terkedepan dalam menangani masalah umat hinggakan saya lihat dalam web Mufti Wilayah Persekutuan, jangkauan pelawatnya sudah menjangkau 9 juta dan juga menjawab soalan-soalan begitu banyak daripada masyarakat. Adakah kakitangan yang ada di Jabatan Mufti ini cukup untuk menangani semua permintaan seumpama ini? Berapakah bajet yang disediakan, berapa orang pekerja yang ada? Ini kerana saya lihat Mufti Wilayah membuat kerja secara kolektif, bukan dia seorang diri tetapi ada team yang bersama dengannya. Adakah team ini cukup untuk menjawab semua soalan? Mufti Wilayah Persekutuan ini juga ada menulis satu buku, buku Bayyan Linnas, begitu banyak jilid. Saya harap supaya ia diberikan secara percuma, hadiah kepada semua Ahli Parlimen beragama Islam dalam Dewan kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke bawah Bekalan dan Pembangunan B.6, Butiran 060000 – Kemajuan Islam. Tuan Pengerusi, Malaysia kini dikenali bukan sahaja sebagai negara Islam, contohnya adalah prinsip wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebagai peneraju dalam pelbagai inisiatif patuh syariah seperti industri halal. Apa yang boleh diperhatikan hari ini, industri halal terletak di bawah JAKIM, di bawah MITI dan kewangan dan perbankan Islam di bawah Kementerian Kewangan. Wakaf pula diletak di bawah negeri-negeri. Ar-Rahnu diletak pula di bawah KPDNKK dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan hal-hal yang patuh syariah. Saya ingin bertanya, apakah inisiatif kerajaan ketika ini untuk memastikan keseluruhan inisiatif yang melibatkan instrumen-instrumen dan sistem yang patuh syariah ini diperkasakan, bahkan mungkin boleh disatukan? Mungkin sudah tiba masanya diletakkan di bawah satu bumbung bagi menyelaras satu agenda besar yang merupakan niche atau keistimewaan negara kita Malaysia yang sememangnya terkenal sebagai peneraju dalam pelbagai inisiatif patuh syariah. Kedua, Butiran 90000 dan Butiran 080200 mengenai Talent Corporation. Mohon kementerian nyatakan apakah kriteria-kriteria bagi mengenal pasti dan menyenaraikan pendekkan bakat-bakat pimpinan yang sesuai dan tepat untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan tertinggi di bawah Program National Leaders Circle? Saya mencadangkan daya patriotik negara harus menjadi kriteria terpenting. Seterusnya, Butiran 92000 – Agensi Inovasi Malaysia. Pertama, mohon kementerian beri penjelasan mengenai perbezaan dan kriteria-kriteria mengenai kaedah penilaian sesuatu tahap inovasi di antara SME Innovation Index dan penilaian yang dibuat oleh Khazanah Harta Intelek Malaysia (KHIM). Kedua, berkaitan National Corporation Innovation Index (NCII), bagaimanakah kerahsiaan maklumat syarikat-syarikat yang melalui analisis tahap inovasi mereka, adakah ia selamat? Ketiga, bagaimanakah kementerian hendak memastikan keberkesanan bagi menggalakkan inovasi di tahap yang tertinggi dengan mewujudkan jawatan-jawatan corporate innovation officer di syarikat-syarikat besar di negara ini?

Keempat, adakah kementerian akan meneruskan penggunaan general electric global innovation barometer sebagai pengukur inovasi sesebuah organisasi atau syarikat? Ini kerana tarif ini hanya diaplikasikan di 29 negara di seluruh dunia dan adakah ini memadai? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Akhir sekali, Butiran 010000 – Pengurusan Sumber Manusia, Butiran 010500 – Pengurusan Psikologi. Saya amat mengambil berat mengenai kesihatan mental dan daya juang setiap penjawat awam. Keadaan kurang fokus, mudah lupa, tidak kreatif dan masalah saraf adalah sebahagian simptom-simptom yang dialami penjawat awam. Saya juga beranggapan setiap individu itu sentiasa dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling terutamanya ahli keluarga. Jadi, adakah ketika intervensi dilakukan untuk membantu penjawat awam yang bermasalah psikologi, ia melibatkan ahli-ahli keluarga mereka sehingga mereka terus pulih? Saya rasa ia harus dibuat sekiranya mahu satu usaha yang tepat dan berhasil. Setelah berbagai-bagai usaha dibuat, saya ingin bertanya, adakah kaedah-kaedah baharu yang telah dievolusikan dan didapati? Adakah ia efektif membantu penjawat-penjawat awam kita? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya pendek sahaja. Pertama, Butiran 090300 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang antara fungsinya membangunkan ekonomi yang mampan berasaskan sektor ekonomi teras iaitu pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik. Setakat yang berjalan sekarang ini, NCIA melibatkan Daerah Perak Utara. Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa NCIA akan memasukkan Daerah hilir Perak atau Perak Selatan ke dalam skim ini. Jadi saya hendak minta kerajaan supaya dapat menimbangkan supaya memasukkan daerah Perak Tengah ke dalam skim NCIA ini. Itu perkara pertama. Perkara kedua ialah tentang PR1MA. Semua rakyat atau orang-orang muda berkehendakkan rumah tetapi pada hari ini, harga rumah begitu meningkat sekali termasuklah di tempat saya, Seri Iskandar yang harga rumah oleh swasta begitu tinggi sekali.

Jadi oleh kerana itu saya hendak mohon kepada PR1MA ataupun kerajaan untuk dapat membina sebanyak mungkin rumah di kawasan Seri Iskandar bagi membolehkan rakyat atau golongan muda untuk memiliki rumah, oleh sebab mereka tidak mampu lagi membeli rumah yang diusahakan oleh swasta. Tuan Pengerusi, yang ketiga ialah tentang 071000 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang peranan yang patut dimainkan oleh JPNIN dalam hal perpaduan kaum di negara ini. Kita melihat umpamanya dari semasa ke semasa banyak perkara yang berlaku yang boleh menyebabkan perpaduan rakyat di negara ini semakin menjauh dan semakin runcing. Saya hendak mencadangkan kepada JPNIN atau kerajaan supaya mewujudkan nilai sepunya. Nilai sepunya ini maksudnya suatu nilai yang akan diresapi oleh semua kaum di negara ini. Maksudnya nilai yang ada ialah satu melalui bahasa Melayu dan keduanya ialah kebudayaan Melayu. Jadi kalau ini dapat dijadikan sebagai teras kepada kehidupan kita di negara ini, maka insya-Allah hal perpaduan ini akan dapat diperbaiki.

Kemudian, baru-baru ini umpamanya Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad iaitu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah menyatakan kebimbangan Raja-raja Melayu terhadap perpaduan di negara ini. Tuan Pengerusi, kalau sekiranya soal perpaduan ini tidak diberikan perhatian maka usaha kerajaan untuk membangunkan negara ini akan berada dalam keadaan yang tidak menentu. Jadi kerana itu saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, apakah pandangan kerajaan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu itu supaya perpaduan negara ini dapat ditingkatkan. Untuk makluman Tuan Pengerusi sekalian, bahawa menurut laporan Indeks Keamanan Dunia oleh Institute for Economics and Peace, Sydney Australia, Malaysia berada pada kedudukan ke-29 daripada 163 buah negara yang paling aman di dunia pada tahun 2017. Ini sesuatu yang patut kita kekalkan dan kerana itu saya menyeru kepada JPNIN supaya dapat menentukan hal-hal perpaduan ini dapat diberi keutamaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa butiran yang ingin saya sentuh dan bahas. Bekalan 6, dan Bekalan Pembangunan P.6, Butiran 00110 dan 070900 iaitu Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Tuan Pengerusi, mengikut butiran yang disediakan dalam buku belanjawan, saya dapati bahawa jumlah anggaran harga projek untuk PR1MA ini ialah RM8,435,000,000 untuk anggaran harga projek. Akan tetapi untuk tahun 2016 sejumlah RM1,620,000,000 telah dibelanjakan. Akan tetapi untuk tahun 2017, anggaran dipinda kosong, saya pun tidak tahu kemungkinan mereka belum lagi dapatkan angka. Saya bangkitkan perkara ini kerana saya telah diadu oleh beberapa pemaju yang melaksanakan projek PR1MA yang dikatakan tuntutan atau claim mereka mengikut jadual telah tertunggak hingga tiga sampai lima bulan. Oleh sebab itu saya ingin tahu, adakah bayaran PR1MA kepada kontraktor- kontraktor untuk projek PR1MA ini menghadapi masalah? Kedua, saya ingin tahu unit PR1MA yang telah dibina siap atau separuh siap, berapa unit jika dibandingkan dengan target atau sasaran yang telah disediakan atau ditetapkan. Mengikut PR1MA ini, saya juga ingin tanya bagaimana kita dapat menjamin iaitu pembeli yang telah dipilih oleh pihak PR1MA boleh dapat pinjaman daripada bank? Saya sependapat dengan Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Parit Sulong iaitu sekarang pembeli menghadapi masalah. Saya dapat aduan daripada pembeli yang telah dipilih oleh PR1MA dan sudah juga pilihkan unit-unit blok projek PR1MA. Akan tetapi semasa mereka dirujuk kepada commercial bank, pada mulanya RHB pinjaman ditolak, selepas itu PR1MA minta dia pergi kepada BSN, sekali lagi ditolak, kali yang ketiga ke Maybank sama juga. Oleh sebab itu saya ingin tanya, apakah konasi ataupun persetujuan di antara institusi kewangan dengan PR1MA? Saya percaya semasa PR1MA meluluskan pembeli-pembeli ini, mesti sudah mengambil kira tentang pendapatan dan lain- lain pertimbangan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan. Butiran yang kedua yang saya ingin bangkitkan ialah Butiran 050600 - Jabatan Insolvensi Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang, Menteri yang telah jawab beberapa perkara yang saya bangkit tentang pindaan Akta Kebankrapan 1967 dan juga pindaan Akta Insolvensi. Saya ingin bawa satu pertanyaan lagi dan selepas ini saya akan serahkan butiran atau secara rasmi di tangan saya kepada Yang Berhormat Menteri untuk diambil tindakan selanjutnya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Tuan Pengerusi, Syarikat Autron Sdn. Bhd. dengan nombor syarikatnya 155326-H telah digulung oleh mahkamah pada 25 Februari 2010. Akan tetapi mengikut carian yang kita dapat, 38 keping tanah Lot 163 hingga 200 di kawasan Bandar XL1 Daerah Melaka Tengah, negeri Melaka masih dapat dipindah ke syarikat baru pada 20 April 2010. Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah semua harta di bawah syarikat itu telah dikaveat? Oleh itu saya ingin tanya, adakah ini satu kesalahan di bawah National Land Code? Jika ya, apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia supaya tanah ini dimiliki oleh syarikat baru, tidak dipindah milik lagi kepada orang lain. Kalau itu mungkin terlambat, kita ambil tindakan. Saya akan serahkan butiran ini dan juga carian rasmi ini kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat mengambil tindakan. Butiran 15000 - Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Parlimen Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya setakat ini berapa tahap ataupun tahap pembinaan projek ini? Berapa lot tanah dibelanja, adakah cuma mengikut anggaran atau peruntukan yang telah ditetapkan dan juga bagaimana dengan jadual pembinaan? Adakah ia akan siap mengikut jadual atau mengikut tarikh yang telah dijanjikan?

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Butiran 17400 – Program Pembangunan Kampung Baru. Saya dapati RM75,400,000 telah diperuntukkan untuk butiran ini dan ingin saya tanya, dari peruntukan ini berapakah akan diagihkan kepada negeri Melaka? Negeri Melaka terdapat juga 18 buah kampung baru dan bolehkah bagi sedikit keterangan, apakah projek yang telah dimulakan atau akan dimulakan untuk tahun 2017 dan tahun 2018? Terakhir Tuan Pengerusi, iaitu tentang Butiran 030800 iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Saya dapati RM129 juta diperuntukkan untuk tahun 2018. Ingin saya bertanya, bagaimanakah hubungan APM dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela atau NGO yang juga memainkan peranan yang sama. Bagaimana dengan kerjasama di antara mereka dan adakah juga mereka memberi bantuan kewangan kepada NGO ini supaya dapat menjalankan kerja dengan baik? Saya ingat cukup untuk setakat ini, Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Setiu.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara di peringkat Jawatankuasa ini. Pertamanya B.4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya hendak mengingatkan Dewan ini Tuan Pengerusi, bahawa dalam tahun 2012 kita membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan ada lebih kurang lima tahun selepas daripada itu, ada beberapa perkara yang tertunggak. Kita menjangkakan dalam tempoh lima tahun itu, pihak yang kita anggap sebagai urus setia kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Dewan ini mengambil beberapa tindakan, akan tetapi agak mengecewakan. Khususnya, antaranya yang telah dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut ialah mengenai persempadanan semula dan komposisi pengundi bagi setiap kawasan-kawasan pilihan raya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Dicadangkan di dalam suruhanjaya itu ataupun jawatankuasa itu supaya perbezaan di antara satu Parlimen dengan Parlimen yang lain begitu juga DUN adalah tidak terlalu besar, malah kita mencadangkan 15 peratus lebih ataupun kurang supaya ianya menggambarkan prinsip satu orang satu undi. Jadi kita menganggap dan mengharapkan SPR sebagai urus setia kepada urusan ini, mengambil sikap yang mengambil berat cadangan ini. Akan tetapi di dalam proses persempadanan yang kita telah dimaklumkan yang masih lagi belum selesai ini, kita mendapati perbezaan jumlah pengundi di antara kerusi dengan kerusi terlalu besar. Malah sebagai contoh, satu kerusi yang bukan luar bandar pun, macam Padang Rengas berbanding dengan satu kerusi yang lain misalnya Ampang ataupun Gombak 30 ribu orang atau 100 ribu lebih. Petaling Jaya Utara 150 ribu lebih. Jadi, langsung tidak mengambil semangat daripada cadangan-cadangan yang dibuat oleh select committee tersebut. Select committee ini Tuan Pengerusi, ialah select committee by partition dengan izin, yang sama-sama didukung oleh kedua-dua belah pihak. Jadi saya harap masih ada masa, walaupun mungkin SPR akan memberi alasan kita menumpukan pada pilihan raya umum tetapi lima tahun telah diberikan, lain pula yang telah dicadangkan oleh pihak SPR. Begitu juga dalam beberapa cadangan lain yang agak penting, contohnya memisahkan tanggungjawab SPR yang sepatutnya menumpukan kepada perjalanan pilihan raya dan membentuk suruhanjaya yang lain ataupun pihak berkuasa lain, yang mengendalikan urusan daftar pemilih dan juga persempadanan. Supaya masing- masing dapat menumpukan kerja dengan lebih efektif, yang ini pun kita tidak nampak diberikan perhatian oleh SPR. Jadi saya minta Menteri Jabatan Perdana Menteri jangan mengganggu SPR kerana SPR ini sepatutnya dia bebas, cuma sampaikan cadangan kita ini kepada SPR supaya diambil berat. Begitu juga dalam urusan pilihan raya ini juga, kita nampak dalam masa pilihan raya, tahun depan pilihan raya, jadi kita cakap sedikit tentang itu. Dalam urusan pilihan raya perjalanannya hari pengundian. Hari mengundi diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Akan tetapi antara itu, antara dua tarikh tersebut melainkan sesuatu urusan seperti menjaga banner ataupun ceramah-ceramah yang didapati tidak mengikut peraturan, urusan keselamatan, urusan hendak membuat ceramah, permission ataupun permit ceramah mesti melalui satu pihak yang lain pula, iaitu pihak polis contohnya. Kita mengharapkan dalam tempoh 10 hari ataupun dua minggu kempen ini, pihak SPR sendiri mengendalikan sebagai satu pusat sehenti one-stop center yang mengendalikan semua urusan kelulusan di dalam pilihan raya ini. Ini juga membawa cadangan yang kita buat di dalam select committee itu, iaitu kita membentuk satu caretaker government ini ada dalam saranan kita dan dicatat. Walaupun kita tidak letakkan satu tarikh ataupun tempoh pelaksanaannya, itu merupakan antara yang menimbulkan excitement semasa jawatankuasa tersebut menjalankan tanggungjawabnya. Jadi saya hendak bertanya perkembangan ini sama ada kita bersedia, kerajaan bersedia untuk membentuk satu caretaker government apabila dewan ini dibubarkan dan menjelang pembentukan kerajaan yang baru kita ada satu caretaker government yang mungkin dipengerusikan oleh pihak-pihak boleh kita anggap neutral supaya tempoh dalam masa pembentukan kerajaan yang baru itu berjalan dengan lebih adil, itu urusan SPR. Saya terus masuk kepada perkara yang kedua iaitu mengenai kemajuan Islam RM60 ribu, yang ini khusus kepada Institut Wasatiyyah Malaysia. Peruntukannya tidak banyak, RM4.5 juta sahaja, tidak berubah satu sen pun daripada tahun 2017. Jadi mungkin ini hanya untuk Butiran 40000 iaitu Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Saya lihat jawatankuasa penasihat bagi Institut Wasatiyyah ini Tuan Pengerusi, terdiri daripada tokoh- tokoh ilmuwan, akademik, orang-orang yang berpengalaman seperti bekas Ketua Pengarah JAKIM misalnya. Jadi, harapan kita institut ini yang menjalankan urusan supaya berlaku keadaan yang selesa dalam negara kita ini mengambil pendekatan-pendekatan sederhana dalam tindakan-tindakan sama ada pemerintahan, sosiopolitik, ekonomi diberikan tumpuan oleh sebab kita telah berhadapan dengan masalah dalam negara kita ini sudah timbul ketegangan di antara kaum, di antara agama.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Cadangan-cadangan yang tidak munasabah dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu yang menimbulkan kegelisahan. Perkara ini harus kita ambil berat, bukan sekadar kita bercakap dalam khutbah-khutbah hanya menekankan mengenai ajaran sesat yang khusus sebut dua di dalam khutbah Syiah dan Qadiani diulang setiap minggu tetapi kita ada di antara pengikut-pengikut, pemimpin-pemimpin dalam Islam sendiri yang bercakap menimbulkan kegusaran ada unsur-unsur ekstremisme di situ. Maka, di sinilah saya merasakan Institut Wasatiyyah ini harus mengambil satu pendekatan yang proaktif lebih bersemangat, supaya timbul di kalangan masyarakat kita satu suasana yang kita boleh duduk semeja bercakap dengan baik, berpolitik dengan baik, bersosial dengan baik dan tidak seperti hari ini yang sudah mula menimbulkan bibit-bibit yang kalau dibiarkan akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Seterusnya, saya mengundur sedikit kepada aspek pengurusan keselamatan iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Menterinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hari ini saya terbaca kenyataan beliau bahawa menolak, mengundi, menentang ataupun menolak bajet ini seumpama negeri banjir macam Pulau Pinang menolak bantuan daripada Pusat. Saya rasa ini boleh datang daripada ketua-ketua cawangan atau paling tinggi pun ketua bahagian tapi tidaklah daripada Menteri. Kita tahulah konsep federalism ini ya. Kalaulah ditakdirkan nanti pilihan raya umum akan datang Federal masih BN, 10 daripada 13 negeri dikuasai oleh pembangkang, mana hendak dihalakan peruntukan nasional ini kalau sudah 13 negeri pembangkang ini dianggap sebagai menolak segala apa yang diputuskan oleh nasional? Jadi, faham-fahamlah konteks federalism ini. Tanggungjawab Kerajaan Pusat ialah terhadap negeri-negeri. Seperti disebut Yang Berhormat Seputeh tadi, semua kita ini pembayar cukai. So, we deserve a fair comment daripada pihak pemerintah di Putrajaya. Saya berharap NADMA ini, seperti diharapkan, mencari jalan supaya pengumuman awal mengenai sesuatu malapetaka dapat dibuat early atau advance notice. Ini kerana di negara lain sudah diwujudkan sistem yang boleh mengesan berminggu-minggu lagi perkara ini daripada berlaku supaya kita dapat mengelakkan kesan yang paling teruk daripada bencana seperti kematian, kerosakan-kerosakan infrastruktur, kalau kita dapat maklumat lebih awal. Itu saya harapkan dengan peruntukan yang disediakan, dapat diuruskan perkara tersebut. Terakhirnya, Tuan Pengerusi, saya dapati peruntukan RM500 juta untuk PR1MA berbanding RM1.6 juta tahun lepas. Sama ada ini boleh meyakinkan kita bahawa PR1MA boleh mencapai sasarannya untuk menyediakan rumah seperti yang diuar-uarkan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Pendakwaan. Lebih kurang RM35 juta, lebih rendah daripada tahun lepas. Apa yang saya hendak katakan adalah mengenai dengan punca kuasa ini. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas bawah Perkara 145 telah memberi punca kuasa kepada Peguam Negara, terutama kepada Perkara 145(3), jelas iaitu memberi kuasa kepada Peguam Negara mengikut budi bicara iaitu kuasa mutlak Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah di mana-mana mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah. Ini sangat jelas dalam Perlembagaan kita, punca kuasa yang ada.

Jadi, masalah yang timbul, ada juga masalahnya pihak-pihak yang tidak ada punca kuasa pun masih cuba menghadapkan seseorang ke mahkamah. Contoh saya bagi, kalau ada apa-apa yang diucapkan oleh Ahli Parlimen kita berkenaan dengan tuduhan-tuduhan liwat dan sebagainya, ada juga cubaan-cubaan untuk bawa kepada mahkamah, sedangkan dalam Perkara 63(2) Perlembagaan kita tidak bagi langsung kepada mana-mana orang untuk bawa apa-apa prosiding kepada mahkamah. Begitu juga dengan ada percubaan dan adapun telah dibuat cubaan untuk membawa Speaker ke mahkamah. Pun ada juga dibuat. Padahal perkara ini dilarang sama sekali dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 63, fasal 1, jelas tidak boleh apa- apa prosiding di Dewan yang mulia ini tidak boleh pun dibawa kepada di mahkamah. Ini sangat jelas.

Yang Berhormat Setiu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Batu Gajah bangun.

Boleh?

Saya tidak sempat...

Sikit sahaja.

Masa saya kalau- nanti last...

Saya cuma hendak ingatkan Yang Berhormat Setiu, bahawa dulu di negeri Perak pun Speaker telah diheret ke mahkamah. Saya cuma hendak ingatkan itu sahaja. Jangan ingat tidak pernah. Di Perak pernah buat.

Saya kata sekarang, faham tidak? Peruntukan bawah Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan siapa-siapa pun bawa prosiding yang berlaku di sini ke mahkamah.

Jadi, macam mana dulu di Perak, Speaker telah dibawa ke mahkamah?

Itu masalah Speaker- itu tidak masalah...

Macam mana boleh berlaku?

Yang berlaku saya kata ini berkenaan dengan apa yang berlaku di Dewan kita.

Memang betul. Apa yang Yang Berhormat Setiu cakap itu memang betul.

Kalau ada Perlembagaan...

Saya setuju tapi dulu Kerajaan Barisan Nasional pernah bawa Speaker ke mahkamah.

Betul, sekarang ini saya bercerita Dewan kita, Perlembagaan di Dewan Parlimen.

Betul, saya setuju.

Yang berlaku di Perak, saya tidak ada pengetahuan.

Tidak ada pengetahuan, tidak apa.

Masalah betul, salah, itu terpulang kepada yang membawa. Sekarang pun ada orang bawa. Itu masalahnya.

Jadi, kita hendak katakan- yang dipersoalkan juga tentang pendakwaan ini, banyak cerita kenapa tidak bawa itu, kenapa tidak bawa ini, kenapa tidak siasat itu, kenapa tidak siasat ini. Sedangkan kalau Kanun Tatacara Jenayah pun, jelas seksyen 107 sehingga 109 dan juga dalam Akta SPRM bawah seksyen 29 sehingga seksyen 36, jelas menunjukkan bahawa semua perkara yang dinyatakan adalah boleh. Bukan maknanya mesti siasat, mesti menyita, mesti merampas. Tidak boleh. Ini yang susah, yang kita diuar-uarkan sekarang ini seolah-olah macam apa yang dibuat adalah salah di pihak kerajaan. Ini masalah yang timbul. Jadi, cabaran di pihak Jabatan Peguam Negara adalah berkenaan dengan apa yang dinyatakan dalam surat khabar. Jadi, kita tidak dapat nafikan bahawa kepesatan dalam pembangunan teknologi ini, ia boleh mampu mencorakkan pemikiran dan kepercayaan masyarakat dalam sesuatu perkara. Dalam konteks ini, kita katakan laporan yang- maknanya kurang tepat ataupun persepsi negatif, kerana ini diceritakan di dalam Dewan ataupun di luar-luar. Jadi, laporan media ini mengambil apa yang disebut di Dewan ataupun di luar, berkenaan dengan kuasa- kuasa pihak pendakwa raya dan maka, media melaporkan. Jadi, ini menimbulkan persepsi negatif masyarakat. Soalan saya kepada pihak Menteri, apakah langkah-langkah yang dapat memastikan orang awam disalurkan maklumat yang tepat bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap jabatan dan pihak kerajaan, secara amnya? Kedua adalah mengenai Butiran 050600 – Jabatan Insolvensi Malaysia. Jadi, saya menyokonglah jumlah RM52,413,000. Apa yang saya hendak persoalkan adalah mereka- mereka yang telah berjaya menyelesaikan hutang ini tapi masih tidak dapat keluar daripada senarai kebankrapan. Jadi, ini saya rasa akan menyukarkan mereka, terutamanya golongan peniaga untuk memulakan kehidupan baru. Malah, mereka yang bekerja makan gaji juga turut mengalami nasib yang buruk. Ada kalanya majikan kurang senang untuk memenuhi pelbagai tuntutan daripada pihak insolvensi berhubung dengan apa-apa dokumen dan juga sebagainya bagi mengajikan pekerja yang telah bankrap. Jadinya, dianggap satu perkara yang agak renyah. Jadi, pelbagai kelayakan hilang dalam sekelip mata. Jadi, sehubungan dengan itu, saya memohon agar pihak kerajaan dapat memberikan garis panduan berserta dengan tempoh sebenar tarikh hutang dilunaskan sehingga nama dikeluarkan dari pelbagai senarai hitam, termasuk CCRIS dan CTOS. Jadi, mereka yang telah melunaskan pembayaran hutang tetapi masih lagi disenaraikan muflis, apakah langkah yang penting ataupun langkah yang paling efisien untuk membantu mereka meneruskan mata pencarian mereka secara sementara sehingga nama dikeluarkan dari senarai bankrap? Jadi, ini penting supaya mereka tidak terasa dianiaya dan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan masalah-masalah lain seperti meminjam dengan along dan sebagainya. Masih ada. Butiran 060200 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Jadi seterusnya, saya menyokong butiran ini bagi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dengan peruntukan sebanyak RM15,176,800.

Tidak dinafikan perkembangan agama Islam negara ini banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran yang cekap. Malah negara-negara Islam yang lain turut mengambil pelbagai model yang sama untuk dibawa balik dan dipraktikkan di negara mereka. Jadi, tahniah kepada kerajaan. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah yang diambil bagi membolehkan rakyat mengetahui jumlah kutipan zakat terkumpul yang telah diagihkan kepada golongan asnaf khusus di negara ini.

Jadi, bolehkah kerajaan merangka agar pemberitahuan atau hebahan tersebut dapat diumumkan mengikut kiraan tiga kali atau empat kali setahun melalui laman web rasmi dan juga media. Ini perlu bagi menepis tohmahan yang negatif sesetengah pihak yang menyangkal usaha kerajaan dalam mendaulatkan Islam sekali gus membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, bolehkah kerajaan memastikan tiada golongan asnaf yang tertinggal dalam pemberian bantuan zakat. Ini kerana terdapat aduan bahawa mereka yang datang untuk memohon bantuan di kaunter zakat, tidak dilayan. Memandangkan segelintir daripada mereka tidak mempunyai alamat tetap. Jadi, saya pohon agar masalah birokrasi dapat di kurangkan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang memerlukan. Jadi, sekiranya boleh juga saya mohon agar pegawai-pegawai zakat dengan bantuan pelbagai agensi lain untuk kerap turun ke kawasan-kawasan pendalaman bagi meninjau dan membantu golongan yang memerlukan tetapi tidak mempunyai akses yang baik untuk keluar mendapatkan bantuan. Saya rasa itu sahaja dan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Labuan. Selepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kapar.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus sahaja ke Butiran 030100 dan Butiran 00101 Majlis Keselamatan Negara, Pengurusan dan Pembangunan. Labuan adalah salah satu tempat di mana pemegang-pemegang IMM13 terutamanya yang datang daripada Filipina ditempatkan. Ia menyumbang kepada jumlah penempatan penduduk yang tinggal di penempatan campur dan setinggan yang begitu besar di Labuan. Sehingga Labuan di- rate sebagai tempat yang tertinggi setinggan per kapita di negara ini. Jadi, saya ingin bertanya. Apakah hala tuju yang dirancang dan apakah peruntukan- peruntukan yang diadakan tahun ini akan memberikan sejumlah yang cukup supaya pengurusan dan pembangunan yang berkaitan dengan penduduk-penduduk tersebut diadakan di Labuan. Di mana baru-baru ini, ada kes-kes wabak ataupun hampir wabak, penyakit-penyakit berjangkit seperti Tibi dan beberapa jenis virus yang lain dilaporkan sehingga kita terpaksa bertindak cepat dalam cuba mengawal supaya ia tidak terkeluar daripada kawasan-kawasan tersebut. Seterusnya, MAWIP dan JAWI dengan Butiran 060300 dan Butiran 060400. Saya ingin bertanya adakah peruntukan dan berapakah peruntukan yang akan disalurkan ke Labuan untuk penyelenggaraan masjid dan surau dan juga pembinaan masjid dan surau untuk menggantikan yang lama yang sudah usang. Setengahnya sudah mula hampir roboh dimakan oleh anai-anai sebab ia dibuat daripada kayu di beberapa buah kampung di Labuan. Untuk Butiran 070100 Unit Perancang Ekonomi atau EP, saya ingin bertanya untuk kajian feasibility study, Jabatan Labuan dan Tanah Besar Sabah yang baru-baru ini diumumkan bilakah ia akan dimulakan memandangkan di sebut ia perlu diadakan sesegera yang mungkin. Bolehkah ia dilaksanakan pada awal tahun 2018? LPKP Sabah Butiran 070400, pertanyaan saya adalah Labuan adalah bandar yang kedua terbesar di Pantai Barat Sabah yang mana LPKP Sabah bertanggungjawab untuk hal- hal berkaitan dengan kenderaan. Adakah perancangan untuk mengadakan pejabat LPKP ataupun unit LPKP di Labuan. Memandangkan ia adalah sesuatu yang sudah dirancang oleh LPKP di Sabah punya Lembaga Pengarah. Seterusnya, program kerjasama serantau IMT-GT dan BIMP-EAGA. Labuan adalah salah satu province ataupun territory selain daripada Sabah dan Sarawak untuk Malaysia di rantau BIMP-EAGA, maka apa yang ingin saya tanyakan adalah, Labuan yang mempunyai perancangan untuk transformasi ekonomi.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Jadi, BIMP-EAGA ini adalah satu tempat di mana Labuan boleh memainkan peranan ataupun melonjakkan potensi dia sebagai pemain di dalam BIMP-EAGA terutamanya hal yang berkaitan dengan pengangkutan dan juga yang berkaitan dengan fishery dan juga tourism. Jadi, adakah peruntukan-peruntukan yang diberi untuk program ini juga disalurkan terus ke Labuan selain daripada yang ada diberikan sedikit melalui Kementerian Wilayah. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Yang Berhormat Kapar. Ramai lagi Yang Berhormat? Dua, empat, enam, lapan, 10 dan 11. Kalau hendak bagi semua, pendek-pendekkan ya, Yang Berhormat. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya masuk kepada B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya hendak rujuk Butiran 010100 Operasi digabungkan bersekali dengan Butiran 010400 - Pengurusan dan dibaca dengan meneliti Butiran 040000 “One-Off”. Khususnya 040100 Pilihanraya Umum Ke-14. Saya mendapati di bahagian Operasi untuk perkhidmatan dan bekalan, berbanding dengan tahun lepas pada tahun ini telah berkurangan sebanyak 70 peratus iaitu daripada RM2.5 juta kepada RM753,000. Manakala untuk Pengurusan pula, telah meningkat hampir 3 peratus iaitu daripada RM4.5 juta kepada RM8.8 juta. Akan tetapi, walaupun kita memahami bahawa tahun depan adalah tahun untuk pilihan raya. Maka, ada “One-Off” secara khususnya RM320 juta sepatutnya, sekiranya ada penambahan 93 peratus untuk Pengurusan itu boleh dimasukkan ke dalam “One-Off” untuk Pilihanraya Umum Ke-14 secara khusus. Akan tetapi, kenaikan 93 peratus untuk bahagian Pengurusan ini saya minta Yang Berhormat Menteri yang akan menjawab untuk bahagian ini menerangkan mengapa Butiran ini meningkat sebanyak 93 peratus walaupun untuk PRU14 secara khusus kita sudah ada RM320 juta dibelanjakan di bawah “One-Off”. Kedua, Tuan Yang di-Pertua. Adalah berkenaan dengan B.5, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya masuk kepada Butiran 030000 - Pengurusan Am. Khususnya 030400 Urus Setia Mesyuarat Suruhanjaya. Pada tahun lepas untuk Butiran Perkhidmatan dan Bekalan, kita hanya belanjakan sebanyak RM25,000 sahaja. Pada tahun ini, ada peningkatan 8,884 peratus iaitu RM2,221,000. So, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapa peningkatan secara mendadak daripada RM25,000 kepada RM2.2 juta dan bagaimana ini akan digunakan untuk Pengurusan Am khususnya Urus Setia Mesyuarat Suruhanjaya. Sebab RM2.2 juta dibelanjakan untuk mesyuarat ini perlu diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri akan menjawab bahagian ini nanti.

Untuk bahagian ketiga, saya akan masuk kepada B.6 khususnya Butiran 080000 iaitu berkenaan dengan Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Modal Insan. Saya masuk kepada bahagian 080400 – PERMATA khususnya untuk kod objek 40000 berkenaan dengan pemberian dan bayaran tetap yang telah berkurangan daripada RM8.5 juta kepada RM54,400 untuk bahagian PERMATA. Namun begitu, di bawah dasar baharu, sebanyak RM8.1 juta telah dibekalkan. Saya apabila merujuk kepada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan tempoh hari, kita dapati ada sembilan pusat baharu dan dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme yang akan ditubuhkan.

Adakah dasar baharu ini berkenaan dengan dasar yang telah dimaksudkan atau sekiranya tidak, saya menuntut penerangan daripada Yang Berhormat Menteri. Termasuk juga, mengapa tiba-tiba bayaran bahagian PERMATA iaitu Butiran 080400 dikurangkan daripada RM8.5 juta kepada RM54,000 sahaja tetapi tiba-tiba di Butiran 12000 – “One-Off”, sebanyak RM12,700,000 dibekalkan khususnya untuk kod Pemberian dan Bayaran Tetap pula sebanyak RM9.2 juta telah dibekalkan? Mengapa kita keluarkan daripada 080400 dan masukkan dalam Butiran “One-Off” dan saya menuntut Yang Berhormat Menteri memberikan penerangan bagaimana dana ini akan dibelanjakan. Point keempat saya seterusnya adalah berkenaan dengan P.6, Tuan Pengerusi khususnya adalah 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Apabila saya merujuk kepada muka surat 41 bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Pekan, saya difahamkan RM230 juta telah diagihkan sejak tahun 2014 untuk 500,000 peserta. Tahun lepas kita mendapati RM57,000,000 telah dibelanjakan dan tahun ini sebanyak RM50,000,000 akan dibelanjakan. Saya ingin mendapat perincian daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana RM57,000,000 pada tahun 2017 ini telah dibelanjakan? Apakah program-program yang telah diperkenalkan kepada masyarakat India dan berapa peratus sosioekonomi masyarakat India telah dibangunkan dengan wujudnya program-program di bawah butiran ini? Bahagian kedua soalan saya berkenaan dengan butiran yang sama, RM50,000,000 lagi akan dibelanjakan. Bagaimana pula RM50,000,000 akan dibelanjakan untuk tahun 2018? Adakah program-program baharu akan diperkenalkan? Apakah cadangan kerajaan untuk memperluaskan daripada apa yang telah dibelanjakan dari tahun 2014 hingga tahun 2017? Butiran terakhir saya Tuan Pengerusi, dengan izin berkenaan dengan...

Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar. Boleh sikit? Saya hanya hendak tanya satu penjelasan.

Silakan.

Berkaitan PERMATA tadi di bawah Butiran 080400. Tadi Yang Berhormat sebut RM54,000 kah? Saya semak balik sebab saya lihat di sini, ini adalah RM54,000,000- RM54,000,000. Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Banyak sangat isu, saya tersilap tadi. Sewajarnya adalah RM54,000,000. Ya, RM54,000,000. Terima kasih. Poin terakhir saya adalah berkenaan dengan B.7. Bekalan 7 berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam iaitu khususnya kepada 020000 – Pembangunan Sumber Manusia iaitu khususnya Butiran 020200 – Pembangunan Modal Insan. Di sini kita dapati satu pembaharuan iaitu daripada tiada apa-apa anggaran untuk tahun 2017 tetapi RM1.5 bilion telah dianggarkan untuk Bahagian Pembangunan Sumber Manusia khususnya Pembangunan Modal Insan. Saya ingin mendapat perincian daripada Yang Berhormat Menteri tentang bagaimana dana ini akan dibelanjakan. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sandakan. Saya hadkan tujuh minit ya. Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya berbahas di peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin merujuk kepada Kepala B.9 di bawah Butiran 0100000 – Operasi SPRM. Saya sedar bahawa peruntukan diberi kepada SPRM telah meningkat daripada RM216 juta pada tahun 2017 kepada RM242 juta pada tahun 2018.

Saya mengalu-alukan penambahan bajet kepada SPRM bagi membanteras kuasa yang dianggap sebagai musuh utama negara kita. Namun, saya tidak lihat SPRM betul-betul mampu menyelesaikan masalah rasuah di negara kita. Kalau ikut anggaran daripada Laporan Audit Negara, setiap tahun lebih RM20 bilion dibazirkan atau dirasuah setiap tahun. Sebenarnya Tuan Pengerusi, masalah rasuah menjadi lebih serius sejak tahun 2014. Maka Corruption Index Malaysia semakin jatuh dari 2014 hingga 2016 daripada markah 52 pada tahun 2014 jatuh kepada markah 50 pada tahun 2015. Lebih teruk, jatuh lagi pada tahun 2016 iaitu markah 45. Ini menunjukkan rasuah negara kita ini yang lebih serius. Seperti kes 1MDB, kes rasuah yang saya anggap sebagai ibu segala rasuah. Melibatkan pencurian wang rakyat melebihi RM50 bilion. Walaupun sudah ada siasatan diambil di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Perancis dan sebagainya tetapi di sini, dalam negara, langsung tidak ada siasatan malah tindakan sampai soalan pun tidak dibenarkan ditanya di Dewan yang mulia ini. Tuan Pengerusi, ia adalah amat menyedihkan sedangkan Malaysia digelar sebagai negara kleptokrasi tetapi SPRM langsung tidak mampu membantu membersihkan nama negara kita. SPRM tidak ada kredibiliti langsung untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kes-kes rasuah yang terbesar di negara kita. Di Sabah, skandal ‘Watergate’ yang dalam Jabatan Air Sabah merupakan salah satu kes rasuah yang paling serius di seluruh Malaysia. Keseluruhan sebanyak RM112 juta termasuk wang tunai, kereta mewah, beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah ditemui dan dirampas oleh SPRM dan ada lagi RM30 juta harta dan tunai dipercayai telah dihantar ke luar negara. Namun Tuan Pengerusi, saya berasa keliru. Rakyat Sabah pun keliru mengapa hanya dua orang pegawai dicharged di bawah kesalahan money laundering tetapi bukan kesalahan rasuah? Ini membangkitkan persoalan. Semua duit ini ditemui di rumah dan sudah jelas bahawa duit ini adalah daripada rasuah. Mengapa ini disiasat dan dicharged di bawah kesalahan money laundering sahaja, bukan rasuah? Kalau money laundering, duit cash ini dari mana? Bagi saya Tuan Pengerusi, ini adalah amat menyedihkan kalau SPRM kata tidak ada unsur rasuah atau adakah ia bertujuan menggelakkan unsur-unsur rasuah dalam kes ini untuk bantu orang-orang tertentu di atas? Tuan Pengerusi, saya mahu tanya dari manakah wang ini didapati dan adakah dua orang pegawai begitu bodoh sehingga letak wang di office? Sudah begitu obvious dan semua pun tentu semestinya wang ini akan diedarkan kepada dalangnya tetapi mengapa SPRM tidak mengambil satu tindakan yang lebih serius menyiasat? Ini satu rasuah yang begitu serius.

Jadi, Tuan Pengerusi, selepas itu, kita pun hairan Menteri-menteri menguasai Jabatan Air ini dan juga Ketua Menteri, ini dua-dua Menteri yang dikuasai Sabah, tidak ada memberi bantuan atau tidak dipanggil untuk membantu siasatan ini. Kita pun tidak tahulah. Rakyat Sabah pun hairan mengapa begitu. Jadi saya rasa, Tuan Pengerusi, ini satu kes yang begitu serius melibatkan sebanyak RM3.3 bilion dan dilaporkan RM2 bilion ini yang telah dirasuahkan. Jadi kita harap SPRM mesti mahu mengambil satu tindakan yang serius membongkar satu rasuah ini untuk semua kebajikan Sabah. Kita pun tahu wang ini untuk membangun infrastruktur di pedalaman atau luar bandar tetapi sekarang di luar bandar kita pada masa ini pun begitu merosot. Jadi kita harap SPRM jangan begitu- dalam kita satu Chinese punya itu... [Bercakap dalam bahasa Cina] Permulaan mengambil tindakan seperti harimau tapi akhirnya menjadi ular.

Jadi, Tuan Pengerusi, kita harap ini yang saya bangkit ini sudah beberapa kali, harap ini SPRM mengambil satu tindakan bahawa ini satu rasuah yang boleh dibongkar. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya hendak betulkan tadi sebenarnya Butiran 080400 – Bahagian Permata itu sebenarnya telah dikurangkan daripada RM8.5 juta kepada RM54,400. Jadi Yang Berhormat Batu Gajah menegur saya tetapi teguran itu adalah secara umum, bukan secara terperinci. Saya tekankan balik apa yang saya wajarkan tadi adalah betul. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bagan Serai. Lepas Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Lipis. Tujuh minit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Maksud B.6 bawah Butiran 071000 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Maksud P.6 bawah Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang saya fikirkan bahawa ini adalah satu keistimewaan dan satu keunikan di mana perpaduan merupakan satu perkara asas untuk kejayaan sesebuah negara. Jadi apabila perpaduan merupakan satu perkara yang penting dan konsep 1Malaysia ini yang berasaskan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, ini juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci kepada kejayaan kita untuk menghadapi segala macam ancaman dan juga cabaran masa sekarang ini. Jadi fokus saya pada kawasan rukun tetangga. Satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu pembangunan masyarakat tempatan yang juga dikatakan sama dengan neighborhood watch seperti yang terdapat di UK. Antara peranannya ialah menganjurkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dianggotai oleh pelbagai masyarakat. Di sini kita dapat lihat menanamkan semangat gotong-royong, tanggungjawab, kerjasama, mengeratkan silaturahim dan sama-sama menurunkan angka jenayah di sesuatu kawasan. Peranan kawasan RT dalam menjaga keselamatan telah diperkasakan apabila SRS diiktiraf dan dipromosi sebagai salah satu pelaksana NKRA iaitu meningkatkan keselamatan dan mencegah jenayah di bawah GTP dan bekerjasama dengan PDRM dan RELA serta pihak berkuasa tempatan. Namun, beberapa perkara yang saya dapat lihat, mereka masih lagi ada kekurangan terutamanya pejabat umpamanya. KRT sudah begitu lama, tapi banyak lagi KRT yang saya dapati tidak ada pejabat sendiri, terpaksa sewa dan kadang terpaksa berpindah randah dan ini mendatangkan masalah pada mereka yang berusaha secara sukarela. Begitu juga saya cadangkan untuk mempertingkatkan peralatan rondaan SRS. Peralatan yang lebih baik dan mempertimbangkan kemudahan logistik yang lebih baik. Contohnya kabinlah, untuk buat pusat rondaan. Kerajaan juga memberi insentif pada mereka yang terlibat dengan SRS dan juga satu promosi polisi insurans yang lebih baik, yang lebih selamat untuk mereka. Jadi saya juga mohon kerajaan meneliti sumbangan yang diberikan kepada warga KRT dalam mengurangkan kadar jenayah di satu kawasan dengan memberikan pengiktirafan kepada mereka yang sudah lama seperti pengerusi-pengerusi yang sudah lama berkhidmat, beri pengiktirafan umpamanya. Maksud B.6 Butiran 070900 – Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia. Ini merujuk kepada Parlimen Bagan Serailah. Kita ada PR1MA 1,248 unit. Rumah dua tingkat teres yang harganya lebih kurang RM240,000 dan ke atas. Cuba bayanglah, bagaimana orang-orang di Parlimen Bagan Serai yang rata-ratanya petani dan anak muda yang juga bekerja untuk menyelesaikan RM248,000 dan ke atas. Setengah itu dapat rumah tapi ditolak oleh pinjaman bank dan sebagainya.

Jadi saya rasa tidak sesuai dan saya cadangkan dibuat rumah, contohnya rumah teres satu tingkat yang harganya di antara RM80,000 hingga RM150,000. Ini lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah perumahan bagi mereka yang baru kerja, anak belia kita. Maksud B.6 Butiran 090300 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara. Saya difahamkan di kawasan Lembah Beriah, Bagan Serai, dilaksanakan satu projek pertanian moden ladang komersial bagi tanaman pelbagai jenis sayur. Ini satu inisiatif yang baik oleh NCIA. Saya ingin tahu, apakah perkembangan, macam mana keadaannya sekarang ini? Bagaimana ia dapat membantu rakyat di Parlimen Bagan Serai? Perkara yang lain saya dapat lihat ialah selain daripada aktiviti pertanian, iaitu aktiviti pelancongan untuk mempromosikan Kuala Gula sebagai tempat bertaraf antarabangsa jika diberikan perhatian yang lebih khusus. Taraf lokasi ini sepatutnya- saya sudah banyak kali cakap dalam Parlimen dulu untuk dinaikkan pada tahap tapak Ramsar. Secara tidak langsung, ia akan menaikkan Daerah Kerian yang menerima pengiktirafan dunia dan juga bakal menjadi tarikan utama pelancong. Mengklasifikasikan Kuala Gula sebagai tapak Ramsar sebenarnya memberi satu langkah tepat memandangkan lokasi ini merupakan kawasan flyway untuk burung-burung hijrah yang datang daripada utara. Sebagai contoh, ramai golongan nelayan di Sungai Mekong, Vietnam, tidak lagi turun ke laut dan mereka menumpukan kepada industri pelancongan yang memberi pendapatan yang lumayan. Perkara ini boleh juga dilakukan di Kuala Gula. Apabila kita bina lebih banyak chalet, kemudahan bot, perkhidmatan ala river cruise, menyediakan kudapan menarik seperti pembukaan galeri dan pertunjukan masyarakat Banjar disediakan, pastinya menarik pelancong-pelancong. Tuan Pengerusi, Maksud P.6 Butiran 15000 – Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Parlimen Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan kerana menyediakan sebuah Dewan yang cantik ini, yang sejuk, besar dan selesa. Namun, ada perkara-perkara yang saya nampak ini- saya pernah bercakap ini dulu di Parlimen tentang beam dekat belakang itu. Beam yang ada dekat belakang ini, laluan ini, saya pernah lihat beberapa Ahli Parlimen yang tertendang, tersandung kakinya, takut jatuh. Kalau jatuh, cedera, jadi banyak masalah. Saya nampak ada beams yang itu. Keduanya tentang kerusi ini. Kerusi ini apabila Ahli Parlimen duduk, bila tolak ke depan, dia melekat dan bila keluar, dengan susahnya hendak tarik keluar. Kebanyakan kerusi ini bercalar dekat ini. Cuba tengok. Yang Berhormat Lipis pun teruk bercalar. Banyak kerusi tengok bercalar. Yang Berhormat Langkawi pun bercalar juga. Semua tidak pandai jaga. Jadi ini saya rasa dua perkara yang dapat lihat agak penting di sini. Tuan Pengerusi...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Hendak tanya sikit Yang Berhormat Bagan Serai.

Masa sudah tinggal sikit.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sikit saja.

Tinggal seminit sahaja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya tahu, saya tahu. Sikit.

Okey, sikit. Very short.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya hendak tanya Yang Berhormat Bagan Serai, adakah kerusi ini selesa dan baik untuk kesihatan Ahli Parlimen? Selesa atau tidak?

[Ketawa] Itu saya kata masalah. Menimbulkan masalah hendak keluar hendak masuk itu. Semua bagus tapi yang itu adalah pendapat sayalah.

Tuan Pengerusi, akhirnya, Maksud B.5 Butiran 110000 iaitu tentang PERMATA. Apa yang saya dapat lihat, satu idea Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri yang sangat baik, yang diwujudkan sejak tahun 2007 dengan lima PERMATA yang diwujudkan. Kita dapat harap usaha-usaha untuk menggalakkan usaha yang baik ini diteruskan dan sepatutnya kita cadangkan ditambahkan peruntukan. Tambah- tambah lagi, sekarang ini akan diadakan Hospital Kanak-kanak PERMATA dan banyak juga anak-anak yang telah dilanjut sampai umur belasan tahun dapat melanjut ke luar negeri. Ini merupakan aset kepada negara kita dan mereka pulang dapat memberikan lebih lagi jasa kepada negara. Tuan Pengerusi, masa sudah sampai. Saya ucap terima kasih kerana bagi peluang pada Bagan Serai. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Lipis.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 090000 – Pembangunan Wilayah di bawah Butiran 090400 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Saya tengok peruntukan di bawah tahun 2018 ini sebanyak RM36 juta bagi merangsang, menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dengan cara saksama yang bertaraf dunia. Ini yang menarik minat saya yang bertaraf dunia. Di mana bajetnya juga pada tahun 2017 adalah sama lebih kurang RM36 juta lebih. Jadi saya hendak bertanya, ini adalah merupakan satu inisiatif mereka untuk melakukan satu perubahan yang besar kepada pelabur-pelabur yang bekerja untuk mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal, memastikan pembangunan sosial dan sebagainya. Dalam soal ini, bajet yang sama bagi tahun 2017, 2018 maka saya ingin bertanya, apakah yang telah dirancang di bawah ECERDC ini yang telah merancang khususnya untuk negeri Pahang? Saya tidak mahu menyentuh soal negeri lain, negeri Terengganu dan negeri Kelantan. Saya hanya menyentuh untuk negeri Pahang saja. Apakah perancangan yang hendak dilakukan bertaraf dunia itu? Kalau boleh perjelaskan dalam Dewan yang mulia ini. Bagi pihak Menteri JPM meletakkan- apakah perancangan-perancangan yang dilakukan juga dalam Parlimen Lipis dan juga yang mungkin berlaku dalam Parlimen Kuala Krau dan juga yang mungkin berlaku dalam Parlimen Jerantut. Kawasannya adalah persekitaran Pahang Barat termasuklah Raub dan Cameron Highlands. Apakah perancangan-perancangan bertaraf dunia itu? Ini yang menarik minat saya kerana kajian ini telah pun dibuat pada tahun 2017 lagi untuk menaikkan taraf ekonomi di Pantai Timur ini. Apakah perubahan-perubahan kepada modal insan itu sendiri kepada masyarakat-masyarakat setempat? Seperti saya katakan di dalam Parlimen Lipis itu sendiri, dalam Parlimen Kuala Krau, dalam Parlimen Jerantut dan sebaginya. Maka saya hendak melihat apakah perancangan-perancangan yang dilakukan oleh ECERDC ini? Maka kalau boleh pihak Yang Berhormat Menteri memperjelaskan kerana daripada tahun 2017 hingga 2018 ini, telah makan masa yang melebihi satu tahun mungkin. Apakah perancangan-perancangan itu yang boleh diperjelaskan bagi khusus untuk negeri Pahang itu sendiri? Saya pergi tajuk kepada Butiran 060000 – Kemajuan Islam, di bawah Butiran 060100 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mana pada tahun 2017, peruntukannya sebanyak RM744 juta dan pada tahun 2018 dinaikkan kepada RM810 juta. Berertinya perbezaan RM54 juta dinaikkan. Ini tidak lain tidak bukan bagi mewujudkan kepimpinan yang berwibawa, melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih, berketerampilan dedikasi dan berhemah, melahirkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai-nilai dalam etika Islam.

Saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah dengan peruntukan yang hampir mencecah RM1 bilion ini? Adakah perancangan-perancangan kita kepada pusat-pusat tahfiz khususnya? Sekarang ini kita mempunyai banyak pusat tahfiz sama ada di negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan sebagainya. Kita mempunyai begitu banyak sekali. Apakah perancangan-perancangan yang hendak dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini? Dengan bajet yang besar ini atau hanya untuk berkursus sahaja seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Akan tetapi kita kena mengambil kira pusat- pusat tahfiz ini hendaklah- mungkin kita boleh rancangkan, mungkin yang kecil-kecil ini dijadikan satu tempat yang besar saja. Kita menggunakan tenaga-tenaga pengajar yang berada di kawasan-kawasan itu sahaja. Maknanya kalau tahfiz ‘A’, tahfiz ‘B’, tahfiz ‘C’ tetapi ini tahfiz yang kecil tetapi kita gabungkan menjadi tahfiz yang besar. Mungkin kita boleh meningkatkan, menaiktarafkan dari segi keislaman itu sendiri. Kita mesti bekerja keras dari segi pusat-pusat tahfiz ini kerana dengan mereka inilah kita berterima kasih putaran dunia ini masih kita- sentiasa kita melakukan azan, berselawat dan sebagainya yang membuatkan dunia kita boleh menjadi lebih panjang lagi. Saya pergi kepada tajuk seterusnya iaitu Butiran 12000 iaitu “One-Off” di bawah Butiran 09910 iaitu di bawah NADMA yang dinamakan “One-Off”, meningkatkan tahap kemapanan jentera yang dinamakan SMART. Akan tetapi saya melihat peruntukan bagi bencana negara ini RM2.1 juta sahaja peruntukkannya yang hendak kita lakukan untuk mungkin untuk melatih pasukan SMART ini. Jadi saya sangat bersetuju dengan latihan yang digunakan ini. Akan tetapi saya melihat seolah-olah seperti peruntukannya begitu kecil sekali. Macam mana kita hendak jadi smart kalau peruntukannya begitu kecil? Bagaimana kita melihat negara-negara maju seperti Amerika boleh menyelesaikan masalah dengan segera tentang bencana-bencana ini. Kita dah tengok Pulau Pinang umpamanya, 90 peratus lebih kurang banjir. Adakah pasukan SMART kita ini boleh menyelesaikan masalah ini. Inilah yang sebenarnya kita hendak melihat perkara ini. Pasukan yang kita tahu adalah tentera, polis, bomba dan sebagainya terpaksa turun padang selain daripada pasukan SMART ini yang hendak turun padang membantu, yang kita nampak pada hari ini ialah di Pulau Pinang yang amat ketara sekali banjir, banjir lumpur. Banjir lumpur ini berat Tuan Pengerusi. Banjir lumpur ini ialah banjir yang memang senang dinaiki air, tempat saya pun berlaku. Hari ini ada banjir kecil di tempat saya disebabkan oleh mungkin saya tidak boleh nafikan berpunca daripada perlombongan-perlombongan kecil dan sebagainya, penebangan balak dan sebagainya. Begitu juga mungkin di Pulau Pinang ini terlalu banyak penarahan bukit-bukit dan sebagainya atas dasar untuk pembangunan. Akan tetapi berlaku akhirnya mangsa adalah rakyat itu sendiri. Jadi dalam soal ini, saya tengok bajet yang diberikan sangat kecil. Jadi, adakah kita bercadang untuk mungkin boleh diolah kembali? Mungkin ada perancangan- perancangan lain bagi meningkatkan bajet tersebut. Jadi, saya tidak sempat pergi beberapa butiran lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hendak bincang berkenaan dengan Butiran 010100 berkenaan dengan Institusi Integriti, yang mana apabila kita bercakap soal integriti ini kerajaan kita telah pun melancarkan satu Institut Integriti Malaysia pada 23 April 2004. Rohnya adalah supaya rakyat dan masyarakat di sini dibina dengan kehidupan. Hidup secara berada di dalam keadaan amanah, bersih dan juga berintegriti.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Pengerusi, kesemuanya ini ialah perlukan kepada contoh suri teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin terdahulu. Oleh sebab itu ada satu huraian yang pernah dihuraikan oleh Ibnu Katsir di dalam kitab Bidayah Wan Nihayah menceritakan tentang hal keadaan bagaimana rakyat ini akan mengikut agama ataupun tingkah laku ketua ataupun pemimpinnya. Dia memberi contoh bagaimana keadaan Sulaiman ibn Abdul Malik. Pada zaman pemerintahan khalifah ataupun pemerintahan Umayyah, dia merupakan seorang yang kahwin banyak. Jadi rakyat dia bila jumpanya tanya di kalangan mereka... [Berucap dalam bahasa Arab] “Berapa banyak kamu kahwin?”. Manakala dia buat perbandingan pula pada zaman Umar Abdul Aziz, seorang yang warak. Apabila jumpa di kalangan mereka Umar Abdul Aziz seorang yang baca Al-Quran banyak, wirid, sembahyang sunat rajin. Rakyat pula berjumpa di kalangan mereka tanya, “Berapa helai Al-Quran kamu baca hari ini? Berapa rakaat sunat yang kamu sembahyang hari ini? Berapa wirid yang kamu baca?”. Oleh sebab itu menghuraikan dalam hal ini kita lihat... [Berucap dalam bahasa Arab] rakyat itu akan mengikut tingkah laku ketua kepadanya. Maka dengan sebab itu bercakap soal ini, kita perlukan kepada suri teladan yang baik. Bernama pemimpin, sama ada yang telah menjadi kerajaan ataupun yang tidak menjadi kerajaan, perlu menunjukkan suri teladan yang baik. Maka dalam hal ini saya hendak menyentuh bagaimana, kenapa dalam keadaan kita membincangkan soal integriti di negara kita ini, tiba-tiba muncul pula cadangan daripada Kabinet meluluskan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN). Kononnya ialah untuk menerajui perubahan transformasi institusi penjawat awam. Sedangkan di negara kita ini sudah ada SPRM, sudah ada SUHAKAM.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Sudah ada Institut Integriti Malaysia. Sebab itu apabila kita tubuh pula Jabatan Integriti ini, ia melibatkan kos. Sepatutnya dalam keadaan yang ada pada hari ini, kita mesti memikirkan bagaimana untuk hendak mengurangkan kos perbelanjaan. Tiba-tiba, yang kita cadangkan pula untuk menubuhkan Jabatan Integriti. Kita sudah pun ada panel perundingan dan pencegahan rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Maka ini pun kita lihat sudah memadai untuk kita hendak mewujudkan masyarakat yang baik dan berintegriti. Perkara ini juga telah dibantah oleh SPRM sendiri kerana pada mereka ialah SPRM sendiri pun mereka kekurangan tenaga. Lebih baik wang yang hendak digunakan untuk pembentukan Jabatan Integriti ini diperluaskan dengan kita memperkasakan di kalangan anggota-anggota SPRM kerana SPRM sendiri, hari ini kekuatan mereka hanyalah 2,100 orang. Kalau ikut daripada bajet pada tahun 2012, cadangannya setiap tahun akan ada pengambilan 150 orang dan targetnya untuk kita mencapai kakitangan SPRM sebanyak 500 orang anggota. Tuan Pengerusi, saya juga hendak menyentuh berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan 010000 iaitu berkenaan dengan SPR. Jadi saya juga dapat jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said apabila soalan yang saya bangkitkan di dalam perbahasan dasar dahulu iaitu mengenai ada daripada kalangan pengundi-pengundi lokaliti yang berada di Parlimen Taiping berpindah dari DUN Kemunting yang berpindah ke dalam DUN Kuala Sepetang, daripada Parlimen Taiping ke dalam Parlimen Bukit Gantang. Persoalannya, atas asas apa yang dibuat? Ini kerana sedangkan ini ialah perpindahan daripada Parlimen yang berbeza. Walaupun dijawab sini ialah SPR turut mendapati bahawa kedudukan tempat pemilih terletak di bawah DUN N13 – Kuala Sepetang kerana berdasarkan kepada alamat pemilih sedangkan mereka ini sebelumnya mereka memang mengundi di Taiping. Tiba-tiba kenapa pula dipindahkan ke kawasan sini? Alamat mereka masih lagi alamat yang saya sebut iaitu di Setia Jaya, tiba-tiba mereka ini pula dipindahkan di dalam kawasan Parlimen sini. Maka sebab itu, ini satu perkara yang saya minta penjelasan. Saya juga hendak tanya, apa beza antara persempadanan semula ataupun belah bahagi yang saya dimaklumkan belah bahagi ini kuasa administratif yang dibuat oleh SPR tanpa perlu bawa kepada DUN ataupun Parlimen.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Adakah yang berlaku di dalam Parlimen Taiping dengan Bukit Gantang ini berdasarkan kepada belah bahagi yang hanyalah kuasa yang diberikan kepada pihak SPR itu sendiri. Maka ini saya hendak penjelasan supaya ianya tidak menimbulkan kekeliruan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PRRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Butiran 030100 – Majlis Keselamatan Negara. Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya 10 November 2017 di Seremban, khususnya di Taman Jasper Jaya dan juga Taman Mutiara Gala telah pun dilanda banjir kilat yang amat teruk sekali saya rasa di dalam sejarah. Dalam perkara ini, saya cuma ingin mengetahui bahawa bagaimanakah MKN atau pihak kerajaan, apakah SOP untuk menurunkan bantuan wang ihsan kepada rumah-rumah ataupun kepada mangsa-mangsa yang terjejas? Ini kerana saya difahamkan melebihi 200 buah rumah ditenggelami air pada hari itu. Jadi saya amat berharap pihak kementerian dapat memberi satu jawapan yang munasabah supaya bantuan dapat diturunkan dengan secepat mungkin untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas. Yang kedua, Integriti. Ini untuk Butiran 010500 iaitu Biro Pengaduan Awam (BPA). Di sini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada BPA kerana selama ini, kebanyakan aduan daripada pejabat saya, memang pejabat saya akan membuat aduan kepada BPA kerana kebanyakan masa tidak ada jawapan ataupun tak ada feedback ataupun maklum balas daripada Majlis Perbandaran Seremban ataupun Majlis Perbandaran Nilai. Jadi dengan wujudnya BPA ini, sekurang-kurangnya kita akan mengetahui apakah status aduan penduduk ataupun aduan pejabat kita. Cuma baru-baru ini saya mendapati bahawa sebenarnya kalau ikut apa yang ditetapkan oleh BPA, mereka ingin menyelesaikan aduan awam di dalam 15 hari. Akan tetapi baru-baru ini saya telah pun mengetahui bahawa sebenarnya banyak aduan saya rasa pihak Majlis Perbandaran Seremban dan juga pihak Majlis Perbandaran Nilai tidak memberi kerjasama kepada Biro Pengaduan Awam dan kebanyakan masa, kita tidak boleh mendapat status aduan awam di dalam jangka masa dua minggu ataupun 15 hari. Jadi dalam perkara ini, saya ingin memohon kepada pihak BPA, kalau ada kesukaran untuk mendapat kerjasama daripada MPS, apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak BPA untuk menyelesaikan aduan-aduan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak MPS. Ini kerana pihak Majlis Perbandaran Seremban, mereka hendak reply surat pun susah. Oleh sebab itu BPA memang telah pun mengambil satu tanggungjawab yang sangat penting kepada seluruh rakyat bukan sahaja kepada pejabat-pejabat kami. Akhir sekali, untuk Butiran 070800 – Bahagian Kampung Baru. Di sini saya ingin tanya kepada pihak kementerian untuk peruntukan kepada Kampung Baru khususnya Kampung Baru Cina. Adakah peruntukan yang disediakan pada tahun ini mencukupi untuk menaik taraf ataupun membaiki segala infrastruktur yang telah pun uzur, rosak ataupun sistem perparitan. Ini kerana saya difahamkan sebenarnya banyak ketua kampung juga mengadu kepada saya bahawa sebenarnya kebanyakan masa, mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk buat kerja-kerja penurapan jalan dan sebagainya. Saya harap dengan adanya bajet pada tahun ini, peruntukan ini dapat diturunkan dengan secepat mungkin supaya memastikan segala infrastruktur di kampung baru dapat diatasi ataupun dapat dibaiki. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit sahaja dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa. Pertamanya ialah Butiran 07000 – Pembangunan Nasional, butiran kecil 071000 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya mengharapkan dengan peruntukan sebanyak yang telah dinaikkan kepada RM273 juta ini dapat menambahkan lagi perancangan yang lebih kemas terhadap jabatan ini kerana kita menganggapkan perpaduan negara merupakan aset yang paling penting dalam kemajuan negara kita. Apa yang kita ada hari ini pun, apa yang kita nikmati hari ini pun hasil daripada perpaduan yang mantap di antara kaum yang ada di Malaysia ini. Kita sedar bahawa jabatan ini sangat penting tetapi kalau tidak ada perancangan yang kemas dan tanpa aktiviti yang banyak, tidak boleh menyedarkan anak-anak di peringkat awal lagi tentang nilai perpaduan ini, sudah pastilah sesuatu yang buruk mungkin melanda negara kita. Ini kerana negara kita amat mudah untuk diperkotak-katikkan oleh pihak luar kerana kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama, latar belakang dan budaya yang berbeza. Akan tetapi dengan adanya aktiviti yang kemas dan perancangan yang teratur akan menyedarkan anak-anak kita di peringkat awal lagi tentang nilai perpaduan ini merupakan perkara pokok dalam kemajuan negara kita dan dalam keselamatan negara kita. Saya amat yakin perpaduan yang ada hari ini dapat kita perteguhkan dan dapat kita panjangkan agar negara kita akan terus makmur dan berkembang dengan pesatnya. Akan tetapi sekiranya jabatan ini kita anggap tidak penting, tidak diberikan penumpuan dan tidak dihargai, maka akibat daripada perpaduan yang tidak kita pertahankan dan tidak kita perkasakan ini, sudah pasti negara kita akan mengikut jejak langkah negara- negara lain yang terjerumus ke arah perang saudara yang lebih teruk kalau kita fikirkan masa depan.

Seperkara lagi ialah saya hendak sentuh Butiran 080400 mengenai PERMATA. Walaupun pada awal PERMATA ini dilancarkan, nampak bibit-bibit negatif yang dilemparkan kepada PERMATA ini dengan pelbagai tuduhan, tetapi akhir-akhir ini kita sedar bahawa PERMATA ini satu program yang sangat baik, mencungkil bakat-bakat, kebolehan anak-anak kita di peringkat awal lagi. Sekarang ini kita lihat PERMATA telah dilebarkan kepada pelbagai bidang, PERMATA Seni, PERMATA- pelbagai lagilah. Jadi ini kita lihat satu proses yang sangat baik kita dapat melihat apakah tokoh-tokoh, bakat-bakat yang ada pada anak-anak kita. Jadi, saya mengharapkan walaupun kita lihat peruntukan PERMATA ini berkurangan berbanding dengan pada tahun lepas iaitu sebanyak hanya RM54 juta sahaja. Jadi kita bimbang dengan pengurangan peruntukan ini ia akan melibatkan terhalangnya beberapa perancangan. Contoh, mungkin ia akan melibatkan pembukaan kelas-kelas PERMATA yang sepatutnya ditambah khususnya kawasan-kawasan bandar-bandar kecil ataupun luar bandar tidak dapat kita perluaskan. Jadi ini dengan tidak secara langsung kualiti yang ada di kelas-kelas PERMATA ini tidak dapat dinikmati oleh anak-anak di kawasan bandar-bandar kecil atau luar bandar. Ini sudah pastilah merugikan bakat-bakat mereka. Di samping itu juga, kita bimbang dengan peruntukan yang berkurangan ini akan merencatkan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan lagi bakat-bakat yang ada pada anak-anak kita.

Walaupun kita lihat di bawah Butiran 120200 ada peruntukan khas “One-Off” diberikan kepada PERMATA, kita harap dengan peruntukan ini dapatlah dipanjangkan kepada kelas-kelas biasa, kelas-kelas tadika biasa yang ada di kawasan-kawasan luar bandar ini dapat diberikan juga peruntukan agar kelas-kelas ini dapat dirancang, dapat dirangka supaya mereka ini satu masa nanti dapat dimasukkan ke dalam kategori kelas PERMATA ini. Maknanya, mereka ini diberikan latihan ataupun diberikan penumpuan supaya aktiviti yang ada di kelas-kelas biasa ini dapat ke arah kelas PERMATA. Saya di kesempatan ini juga ingin hendak menyentuh tentang Maksud P.6, Butiran 09000 – Bangunan-bangunan Mahkamah. Saya mengharapkan agar kerajaan khususnya kementerian ini tidak terlepas pandang bahawa mahkamah di Jerantut yang telah terlalu uzur yang menimbulkan masalah kepada pengurusan mahkamah sendiri. Saya juga mengharapkan dengan peruntukan ini, secara tak langsungnya dapat menambahkan lagi bilangan hari di mana mahkamah ini beroperasi. Sekarang ini saya dapati hanya dua kali seminggu sahaja dan sudah pastilah akan memberikan kesan kepada pengurusan kes-kes yang ada di mahkamah ini dan akan jadikan kes tersebut tertangguh. Ia akan melambatkan proses penyelesaian kes-kes. Maksud P.6, Butiran 16300 – Projek Sistem Bekalan Air FELDA. Saya mengharapkan dengan adanya peruntukan ini dapatlah diberikan juga kepada pengurusan bekalan air di FELDA di kawasan Parlimen Jerantut iaitu Felda Sungai Retang yang saya difahamkan peruntukannya telah pun diluluskan tetapi sehingga hari ini belum lagi dilaksanakan. Saya mengharapkan agar peruntukan ini dapatlah disegerakan. Kesesakan atau kesusahan penduduk-penduduk di Felda Sungai Retang berkaitan bekalan air ini dapat diatasi. Jadi saya rasa di situ sahaja yang saya dapat bersama. Saya menyokong, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, Yang Berhormat Sekijang. Selepas Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Menteri menjawab. Ahli Yang Berhormat lain, saya minta maaf. Boleh mencelah ya.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Maksud P.6, Butiran 030700 iaitu NADMA. Pertamanya, saya hendak ucapkan terima kasih kepada pihak NADMA kerana dapat menguruskan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM500 seorang pada bulan Ogos yang lepas. Cuma, saya ingin bertanya kepada pihak NADMA. Ada beberapa rayuan dan beberapa nama tertinggal dalam senarai pemberian untuk bantuan kepada mangsa banjir ini. Saya ingin bertanya kepada pihak NADMA, bilakah pihak NADMA boleh membayar kepada mereka yang telah membuat rayuan dan tertinggal daripada senarai nama-nama ini? Seterusnya Butiran 060100 iaitu JAKIM. Saya mendapat aduan ada beberapa imam dan juga bilal yang mengadu elaun mereka ini agak lambat dan ada kes yang tidak dapat langsung. Sudah hantar borang, katanya sudah isi tetapi masih belum mendapat sebarang pembayaran elaun ini. Cuma saya ingin bertanya. Kita faham JAKIM menyerahkan elaun imam dan bilal ini kepada kerajaan negeri. Cuma, kita tidak tahu prosedur pembayaran itu bagaimana, jadual pembayaran itu bagaimana. Adakah diberi awal bulan ataupun diberi sebulan sekali, tiga bulan sekali? Sebab, ada sesetengah kes itu yang mengadu katanya enam bulan sekali baru dapat pembayaran ini. Jadi minta tolong pihak JAKIM membuat penjelasan tentang isu ini.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Butiran 070900 – PR1MA. Ini ringkas sahaja. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak Yang Berhormat Menteri senarai projek terkini, cadangan PR1MA di Sekijang. Ini kerana saya dapat makluman setakat ini belum ada lagi projek PR1MA yang dilaksanakan di kawasan Sekijang. Seterusnya untuk Maksud P.6, Butiran 04802 – Pembinaan Sekolah Agama. Walaupun negeri Johor ini kita melaksanakan sendiri pembinaan sekolah-sekolah agama di dalam negeri Johor, saya ingin bertanya adakah peruntukan di bawah Butiran 04802 pembinaan sekolah agama ini, peruntukan ini boleh dimohon daripada pihak kita untuk mewujudkan pembinaan sekolah agama yang baru? Kemudian untuk Butiran 16...

Yang Berhormat Sekijang, laluan. Peruntukan itu hanya RM314 juta, 0.3 peratus. Makna sedikit sangat RM314,000 hendak hantar ke Johor sahaja, satu sekolah sahaja.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Ya, RM314,000. Bukan semua. Saya minta mungkin satu atau dua.

Terlalu sedikit. Kenapa tidak minta banyak lagi? Tingkatkan. Minta kerajaan tingkatkan biar banyak lagi. Di Kelantan pun hendak juga. Terima kasih.

Tuan Anuar bin Abd. ManapUMNO · BNSekijang

Saya minta untuk negeri Johor. Akan tetapi kalau ada lebih, mungkin orang Kelantan pun boleh minta. Seterusnya pada Maksud P.6, Butiran 16200 – Projek Jalan Felda. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah peruntukan ini boleh juga dibina untuk membuat perparitan ataupun- kalau sekiranya dibenarkan, walaupun peruntukan itu jalan tetapi pembinaan perparitan juga adalah penting. Sebab, saya mendapat aduan walaupun jalan itu telah dapat dibina tetapi apabila sistem perparitan itu tidak dapat hendak diselesaikan, maka jalan itu kembali rosak. Jadi kalau boleh, saya minta kerjasama daripada pihak kementerian supaya peruntukan di bawah jalan FELDA ini turut diberikan untuk kita laksanakan kerja-kerja perparitan. Kemudian yang terakhir untuk Maksud B.9, Butiran 050200 iaitu untuk Gerakan Revolusi Anti Rasuah ataupun GERAH. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh mana prestasi GERAH ini dan apakah status pelaksanaan gerakan revolusi ini hanya bertempat di peringkat kebangsaan dan tidak diturunkan kepada peringkat daerah ataupun di peringkat negeri? Kalau sekiranya dilaksanakan di peringkat daerah ataupun negeri ini, bila akan dilaksanakan? Sebab, saya amat yakin Gerakan Revolusi Antirasuah ini adalah antara program yang agak baik. Jika sekiranya kita dapat memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya di peringkat bawahan, secara tidak langsung ia akan memberikan gambaran yang baik kepada negara bahawa kerajaan memang bergerak untuk memastikan negara kita bebas ke arah rasuah. Jadi saya rasa itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Nampak bayang mukanya rasa kecewa. Silakan, sila.

Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya sudah give up. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010400. Ini adalah mengenai integriti. Seperti yang semua kita tahu bahawa bawah tajuk integriti ini, ada beberapa institusi yang kini beroperasi seperti Institut Integriti, SUHAKAM, SIAP, BITU dan Biro Pengaduan Awam. Baru-baru ini, Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU) akan ditukarkan kepada satu jabatan iaitu Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara atau JITN.

Soalannya, apakah keperluan pertukaran ini? Malah, telah dikomen oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mengatakan bahawa penubuhan jabatan ini tidak perlu. Oleh kerana ia membawa kepada pembaziran dana, malah mencetus pertindihan fungsi antara beberapa agensi berkaitan. Jadi maknanya, nampaknya SPRM, Ketua Pengarah SPRM pun tidak bersetuju dengan upgrade B2 ini kepada JITN. Jadi, saya ingin mengetahui apakah sebenarnya fungsi JITN ini? Apakah fungsinya tidak bertindih dengan SPRM? Apakah ia mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan langkah-langkah anti rasuah ini? [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Kedua, saya...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ada?

Okey, sorry sebab tadi sudah tutup, ingat tidak boleh, kena buka semula. Kemudian, Bekalan B6 juga, Butiran 040500 - Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC). Saya ingin mengetahui setakat ini, adakah kerajaan sudah membuat keputusan untuk membina loji jana kuasa nuklear ini, di mana dan bila akan dibina? Kalau belum jadi, apakah fungsi MNPC ini selepas ini sehingga- maknanya, sampai bila kedudukan MNPC ini? Kalau kerajaan- sampai bila ia akan berfungsi dan sekiranya kerajaan tidak lagi membuat keputusan untuk membina loji nuklear ini, adakah ia tidak menjadi suatu pembaziran untuk mengadakan satu badan yang tidak nampak lagi bila mula ia akan berfungsi? Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai Butiran 040600 – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Kita semua tahu juga yang PEMANDU sekarang ini adalah satu badan swasta. Baru-baru ini apabila PEMANDU melakukan atau mengadakan satu conference yang diberi nama Global Transformation Forum (GTF) 2017 di dalam butiran Unit Perancang Ekonomi. Kerajaan telah mengeluarkan RM15 juta untuk menanggung operasi ini. Namun, kutipan daripada jualan tiket iaitu RM10,000 itu dikutip oleh PEMANDU Associates Sdn. Berhad. Jadi, apakah hubungan kerajaan kita dengan PEMANDU Associates Sdn. Berhad ini? Kenapa kerajaan masih lagi mendanainya sedangkan ia adalah satu entiti swasta yang mempunyai aktiviti global untuk mencari pelanggan di kalangan kerajaan-kerajaan dan juga di antara NGO-NGO dan sebagainyalah untuk mendapat kontrak-kontraknya? Seterusnya, saya hendak tanya apakah lagi projek-projek yang sedang dijalankan oleh PEMANDU Associates Sdn. Berhad ini untuk kerajaan? Tahun 2018 sudah tidak ada bajet untuknya. Jadi, adakah lagi kontrak-kontrak atau kita panggil performance delivery ini masih dijalankan oleh PEMANDU Associates dan bagaimana mereka ini mendapat projek ini? Adakah ia melalui tender terbuka atau diberi secara rundingan terus kepada PEMANDU Associates? Kita tahu bahawa CEO PEMANDU Associates ini adalah Datuk Seri Idris Jala yang mengetuai PEMANDU semasa PEMANDU di bawah Jabatan Perdana Menteri. Akhir sekali, saya ingin bertanya sedikit mengenai Butiran 080400 – Bahagian PERMATA. Saya ingin bertanya, silibus PERMATA ini sekarang diturunkan kepada tadika- tadika, pusat-pusat asuhan. Cuma, baru-baru ini saya dapat tahu bahawa semua pusat-pusat tadika yang ingin mendapat pengiktirafan ataupun berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menghantar latihan petugas atau pengasuh-pengasuh ini untuk mengikuti kursus PERMATA ini dan kursusnya ialah RM900 untuk seorang.

Jadi, adakah sekarang ini PERMATA bertindak sebagai- macam mana ya? Kalau ia hendak diturunkan kepada rakyat dan sekarang ini menjadi punca kewangan pula untuk PERMATA. Saya perlu penjelasan ini, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Selangau.

Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan. Saya telah menerima satu surat daripada Speaker...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Apa dia Yang Berhormat?

Berkait dengan Jabatan Perdana Menteri. Saya telah menerima satu surat daripada Tan Sri Speaker yang mengatakan bahawa permohonan saya untuk bahas pindaan Rang Undang-undang Bekalan mengikut Peraturan 55(3) dan 57(2) telah ditolak oleh Tan Sri Speaker. Ini berkait dengan pemindahan dana ataupun wang daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan sebanyak RM20 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya minta pandangan Tuan Pengerusi, cadangan saya sebenarnya ialah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Kementerian Kesihatan yang sekarang mengalami kerumitan kewangan, kekurangan wang untuk membeli ubat untuk rakyat. So, saya sebenarnya bercadang supaya sebanyak RM20.7 bilion suntikan baru kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan wang sebanyak RM12.4 bilion datang daripada pihak Jabatan Perdana Menteri dan RM8.3 bilion datang daripada Kementerian Pertahanan. So, tetapi saya tidak faham mengapa permohonan ini ditolak? Mungkin Tuan Pengerusi boleh menjelaskan apakah cara untuk mengalirkan dana daripada satu kementerian kepada kementerian lain. Oleh sebab apa yang dikatakan oleh Tan Sri Speaker ialah dalam hal ini saya berpandangan bahawa permohonan Yang Berhormat tidak mematuhi kehendak peraturan-peraturan mesyuarat untuk membahaskan dan meminda rang undang- undang. Apa yang saya gunakan ialah Peraturan Mesyuarat 55(3) dan Peraturan Mesyuarat 57(2). So, where is the mistake? So, saya tidak faham, mungkin dapat penjelasan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya dimaklumkan adalah Yang Berhormat telah dihantar makluman mengenai isu yang dibangkitkan dan tentu sekali saya rasa telah pun dimaklumkan tentang alasan penolakan. Yang Berhormat, pada peringkat ini saya tidak- saya nasihatkan agar Yang Berhormat boleh berhubung balik dengan Pejabat Pentadbiran untuk makluman lanjut mengenai perkara ini.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, apakah modus operandinya untuk... [Rakaman kurang jelas]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Pada peringkat ini, dari segi peraturan mesyuarat, apa sahaja yang diputuskan Speaker, kita tidak boleh bincang dan review, Yang Berhormat. So, I advise you to see the administration on how...

Saya faham Tuan Pengerusi. Saya faham what you are saying tetapi saya hendak minta penjelasan apakah prosedurnya? Kalau kita tidak boleh gunakan Peraturan Mesyuarat 55(3)...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya sudah maklumkan Yang Berhormat, sila- bolehlah berhubung balik dengan pihak pentadbiran mengenai perkara itu, Yang Berhormat.

Okey, okey. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Menteri dari kawasan Selangau.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Selangau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada cuma seorang Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Gerik yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 sebentar tadi yang ada kaitan dengan portfolio saya. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan di bawah portfolio saya itu iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pertamanya, isu mengenai berapakah tawaran kerja baru yang ditawarkan oleh SPA untuk jawatan pegawai dan kumpulan sokongan? Sejauh mana jawatan yang kosong akibat penyandang yang bersara, diisi oleh anak-anak muda? Untuk makluman Yang Berhormat, kekosongan jawatan yang berlaku dalam perkhidmatan awam adalah disebabkan penyandang yang bersara, dinaikkan pangkat, meletak jawatan, ditamatkan perkhidmatan dan kematian.

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Selangau

Pengisian kekosongan jawatan yang wujud di kementerian atau pun jabatan, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). By the way, JPA bukan di bawah portfolio saya. Hanya setelah kelulusan daripada JPA diperolehi, barulah SPA menguruskan pengambilan bagi mengisi jawatan-jawatan yang berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada tahun 2017 sehingga Oktober tahun ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah melantik sebanyak 12,769 orang calon ke dalam perkhidmatan awam dan pecahan mengikut kategori adalah seperti berikut, Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu kumpulan Ijazah 1,302 orang; Kumpulan Pelaksana peringkat Diploma dan STPM 1,923 orang; Kumpulan Pelaksana SPM ataupun lebih rendah daripada itu 9,544 orang. Jumlahnya 12,769 orang. Tuan Pengerusi, yang keduanya ialah isu mengenai kenapa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan bukannya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kenapa graduan dalam bidang pendidikan daripada universiti awam terutamanya Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak dilantik secara automatik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti mana graduan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974, di bawah Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan yang bertindak sebagai pihak berkuasa melantik (PBM) yang fungsinya melaksanakan pelantikan pengesahan dalam perkhidmatan dan kemasukan ke dalam perjawatan tetap berpencen, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib bagi anggota perkhidmatan pendidikan (APP). Sebagai PBB, SPP tidak diletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebaliknya bertindak melaksanakan pelantikan APP bagi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan iaitu guru dan juga Kementerian Pengajian Tinggi yang terdiri daripada pensyarah politeknik dan kolej komuniti. Pelantikan Anggota Perkhidmatan Pendidikan adalah tertakluk kepada unjuran kekosongan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut option atau subjek-subjek yang diperlukan oleh sekolah. Syarat-syarat lantikan bagi APP ini adalah seperti berikut: (i) warganegara Malaysia; (ii) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (iii) kepujian di dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM;

Datuk Joseph Entulu anak BelaunPRS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Selangau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan atau; Ijazah Sarjana Muda Kepujian, Ijazah Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan (v) Diploma Perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan iaitu IKHTISAS. Pelantikan dari kalangan graduan IPGM yang merupakan tajaan KPM dari segi perancangan adalah bagi mengisi kekosongan di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Manakala graduan universiti awam termasuk UPSI akan mengisi kekosongan bukan saja di sekolah menengah dan sekolah teknik dan vokasional di bawah KPM, tapi graduan ini juga boleh mengisi jawatan guru di sekolah-sekolah swasta. Seterusnya, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Sebenarnya dua Ahli Yang Berhormat yang ada kaitan dengan portfolio saya yang mengemukakan isu. Yang Berhormat Kapar mengenai peningkatan peruntukan tahun 2018, bagi Butiran 030400 - Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya. Tuan Pengerusi, peningkatan peruntukan tersebut adalah disebabkan penjajaran semula peruntukan di bawah tanggungan T09 SPA yang dipindahkan ke bawah peruntukan B05 SPA. Peruntukan tahun 2018 bagi T09 telah dikurangkan daripada RM10 juta pada tahun 2017 kepada RM7.785 juta untuk tahun 2018. Keadaan ini disebabkan beberapa jenis perbelanjaan yang dipindahkan kepada B05 bagi tujuan makan, minum dan pelaksanaan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan pada setiap hari Isnin. Selain melaksanakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya di luar stesen sebanyak empat kali setahun. Selain itu, juga digunakan untuk sewaan hotel dan bas bagi Ahli Suruhanjaya menghadiri pelbagai program berkaitan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Arau.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Arau

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin menjawab bagi pihak Yang Berhormat Pensiangan sebelum saya menjawab portfolio saya, ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, saya ambil maklum.

Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Lenggong, adakah program-program yang telah dilaksanakan bagi tahun 2017 dan perancangan program jabatan mengikut Bajet 2018. JPNIN telah merangka Pelan Strategik JPNIN 2017- 2020 yang diwujudkan sejajar dengan RMK-11 bagi memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan berdasarkan persekitaran semasa dan jangkaan akan datang. Pelan ini menetapkan enam teras utama yang mendukung ke arah memulihara dan memantapkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat seperti berikut, yang pertamanya membudayakan perpaduan, yang keduanya memperkasakan khidmat komuniti, yang ketiga memupuk semangat patriotisme, yang keempat meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti, mengukuhkan integrasi nasional dan mengukuhkan kecekapan organisasi. Anjakan paradigma JPNIN dibuat melalui kerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti Pertubuhan Persatuan Sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pihak swasta. Kerjasama ini mampu mencetuskan detik-detik perpaduan menerusi program, aktiviti jaringan sosial melalui Program My Hero Awards, Unity Run, Bicycle Ride in Putrajaya, Raising Flag Moments of Unity, Sunsuria City Eco Charity Bicycle Ride, Fiesta Merdeka. Yang Berhormat Lenggong ada sini tidak? Ya, saya jawab separuh, lepas itu Yang Berhormat saya akan jawab bertulis.

Ketiganya, ialah memperkenalkan bidang baru untuk diteroka oleh ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi bagi menjana sumber kewangan sendiri melalui penubuhan koperasi dan juga lain-lain. Penglibatan ini akan melahirkan usahawan-usahawan muda dalam komuniti yang produktif, inovatif dan berdaya saing, Ia seterusnya membina keyakinan, kesejahteraan dan kepuasan masyarakat akar umbi terhadap kehidupan mereka dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan sentimen- sentimen perkauman yang mudah dimanipulasikan oleh golongan tertentu. Yang Berhormat daripada Lenggong juga telah menimbulkan beberapa persoalan lain. Oleh kerana Yang Berhormat tidak ada di sini bolehkah saya jawab secara bertulis?.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Boleh Yang Berhormat.

Boleh ya, terima kasih. Kemudian sekarang saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan di bawah portfolio saya. Pertama ialah daripada Yang Berhormat Temerloh. Walaupun Yang Berhormat Temerloh tidak ada di sini sebab jawapan ini memerlukan jawapan yang segera kerana dia melibatkan banjir dan juga tanah runtuh dan sebagainya, saya menjawab ya dengan ringkasnya.

Yang Berhormat Temerloh bertanya, NADMA hanya bertindak seolah-olah one-stop centre (OSC) sahaja. Oleh itu kewujudan NADMA tidak perlu, jabatan-jabatan lain dah ada SOP pengurusan bencana masing-masing. Sepatutnya NADMA bergerak one step ahead dengan menjalankan kajian dan merancang program-program mengurangkan risiko berlakunya banjir. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, bencana banjir berlaku adalah disebabkan oleh pembangunan melebihi daripada apa yang dirancang dan tidak terkawal, overdevelopment. Misalnya pembangunan tetap diteruskan walaupun ia tidak mematuhi pelan struktur dan juga pelan tempatan. Di samping itu, penebangan hutan yang berleluasa juga telah menjadi faktor berlakunya bencana banjir. Sepatutnya pokok yang berusia ratusan tahun perlu dikekalkan sebagai daya tarikan pelancong yang akan menambah pendapatan negara bukannya tebang melalui pembalakan atas alasan pembangunan atau pendapatan yang tinggi. Sebagai contohnya Yang Berhormat, seekor zirafah di Afrika, kalau kita sembelihnya mungkin harganya USD10,000 tetapi kalau zirafah itu disimpan dan orang datang untuk melancong melihat seekor zirafah, ini seekor saja, sudah pasti pendapatannya berjuta-juta ringgit. Ada perangkaan menunjukkan mereka boleh dapat sampai 50 juta untuk menyimpan seekor zirafah. Jadi orang datang ke Afrika bukan hendak tengok ketandusannya, orang hendak tengok binatang-binatang yang luar biasa seperti zirafah, gajah yang besar, singa dan juga binatang-binatang lain. Akan tetapi kalau semuanya dibunuh, sudah pasti tidak ada tarikan lagi untuk orang-orang pergi ke sana. Tarikan orang pergi ke sana sekarang ini luar biasa kerana orang ingin melihat perkara-perkara yang telah saya sebutkan. Demikian juga sebatang pokok, mungkin berumur 100 tahun, 500 tahun yang boleh dihabiskan dalam masa setengah jam dan tumbang. Akan tetapi pelancong datang bukan hendak tengok gersang ataupun negeri tanpa hutan, mereka hendak tengok hutan. Mereka hendak tengok waterfall, hendak tengok sungai yang bersih dan bukan kuning seperti sekarang. Jadi bila mereka datang, mereka tengok macam seolah-olahnya lain daripada yang mereka jangkakan. Jadi kalau kita simpan satu pokok yang kalau kita tebang mungkin berharga RM10,000 ataupun RM15,000 ataupun RM20,000 tetapi kita boleh simpan satu pokok untuk orang datang melancong, kita boleh mendapat sampai RM20 juta. Sebagai contohnya ada sebatang pokok yang berbentuk orang di Pulau Tioman.

Orang datang mengambil gambar pokok ini dari seluruh dunia orang datang. Saya pun tidak nampak ada kehebatan tetapi bila tengok, perhati pokok itu ada kelainan sedikit, ianya berbentuk seperti orang sedang melambai-lambai.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi.

Jadi, orang datang ambil gambar tetapi kalau ditebang, macam Yang Berhormat Pokok Sena pergi tebang, jadi habislah pokok itu.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah kerajaan tidak boleh mempertimbangkan kepada negeri-negeri yang mempunyai kawasan-kawasan yang kita kata kawasan tadahan air, catchment area yang dalam konteks untuk penjagaan hutan, pokok-pokok ini iaitu dengan kerajaan membayar royalti kepada kerajaan negeri sebab mereka kehilangan sumber sebab kayu-kayu balak itu begitu besar bagi saya yang kalau ditebang mempunyai pulangan yang amat berharga untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup. Umpamanya macam di negeri Kedah, kita ada 110,000 hektar kawasan tadahan yang kita tidak boleh tebang sebab itu kawasan tadahan. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa Kerajaan Pusat oleh kerana kerajaan-kerajaan negeri seperti negeri Kedah ini tidak boleh nak tebang pokok-pokok di kawasan tadahan ini, maka seharusnya dibayar satu pampasan ataupun royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Arau, Kuala Krai minta sedikit, sambung bab itu.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Arau menyebut mengenai banjir kerana penebangan pokok dan tempat kawasan tadahan. Kalau kita tengok di Pulau Pinang, ini sebagai satu kes yang boleh kita kaji. Pulau Pinang ini ada dua bahagian, satu pulau, satu mainland dipisahkan oleh laut. Banjir berlaku di kedua-dua tempat. Kalau kita tengok hujah tebang pokok, potong bukit berlaku di pulau tetapi kalau kita tengok di sebelah Seberang Perai tanahnya rata, tidak ada banyak bukit, tidak ada pemotongan bukit, banjirnya, dengan izin, equally bad if not worse. Ada setengah tempat, langsung tidak ada tebang pokok pun macam di Kota Belud, banjirnya besar juga. Itu Menteri pun ada sebut, Kota Belud banjir besar, tidak ada tebang pokok pun. Jadi teori tebang pokok ini boleh Menteri bagi penjelasan sedikit. Terima kasih.

Saya sedang bertanya beberapa soalan kepada Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat duduk cepat sangat ya. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, yang pertama sekali tentang pampasan kepada kerajaan negeri. Ini harus dibincangkan dalam Jawatankuasa Perhutanan Negara dan juga Jawatankuasa Tanah Negara, Yang Berhormat. Tanah ini hak negeri. Saya boleh bercakap macam ini dengan hebatnya sebab saya bekas Menteri Besar, tiga penggal. Saya hendak beritahu, Yang Berhormat. Kadang-kadang kerajaan negeri bertindak, ia tidak beritahu pun kepada Kerajaan Pusat. Kadang-kadangnya ianya tidak dipersetujui, EIA nya tidak diluluskan tetapi mereka teruskan juga. Kita telah beri syarat kawasan kecerunan tertentu tidak boleh lebih kepada kecerunan tertentu untuk membuat pembangunan. Mereka akan teruskan sebab ini adalah hak berkuasa negeri. Yang Berhormat, saya hendak beritahu apa yang disebutkan tadi, ada sebuah negeri saya tidak mahu sebut di sinilah. Ada sebuah negeri, nanti negeri lain marah pula tetapi sebuah negeri yang telah melaksanakan apa yang kita cadangkan dan ini saya rasa negeri ini orang akan datang dari seluruh dunia untuk melancong kawasan tadahan air yang cukup luar biasa. Ini semasa pemerintahan kawan-kawan dulu, mereka tebang banyak pokok tetapi sekarang ini telah dipulihkan balik oleh kerajaan sekarang. Kita lihat ianya menjadi tarikan ramai orang untuk pergi ke sana. Pelancaran sebagai di antara kawasan tadahan yang terbaik ini akan kita buat dalam bulan Disember ataupun bulan Januari ini dan sudah pasti ramai dari seluruh dunia akan datang untuk melihat kawasan tadahan.

Yang kerajaan negeri, kami beritahu bahawa kami akan tolong kerajaan negeri untuk menanam semula pokok yang telah pun ditebang dan kawasan itu hendaklah dijaga dengan rapi supaya ianya menjadi tarikan untuk orang datang melancong. Jadi saya dengar maklumat bahawa ikan kelah di sana boleh kita bermain-main dan berpegang-pegang dengan ikan tersebut. Ini semua ialah kalau kita lihat betul-betul bahawa kalau kita menyimpan hutan, kita lebih untung daripada membuang hutan. Yang Berhormat, saya hendak beritahu bila kerajaan mengeluarkan lesen balak, dia bagi kepada orang-orang budiman. Saya sebut dalam Dewan ini, orang budiman, hartawan dan lain-lain lagi.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Akan tetapi orang yang- itu Yang Berhormat sebut. Saya tidak sebut ya. Akan tetapi bila orang yang pergi tebang, orang yang tebang itu tidak ada kelulusan ataupun tidak berperikemanusiaan. Dia tebang pokok dan semasa dia hendak dapat konsesi itu, jalan masuk itu sepatutnya ada keluasan tertentu, dia lebarkan untuk membolehkan dia ambil balak sepanjang perjalanan. Cuba lihat kita membiarkan hutan kita rosak, orang yang dapat lesen balak itu kadang-kadang tidak tahu bahawa orang yang tebang pokok itu ialah orang yang tidak berperikemanusiaan. Kalau berperikemanusiaan, tidak berlaku apa yang berlaku sekarang. Walau bagaimanapun, ini benda yang telah berlaku. Kita hendak cakap pun rugi masa, baiklah kita ambil tindakan serta-merta untuk membina dan memulihkan semula hutan kita yang rosak. Kalau tidak ia akan berlaku seperti yang telah berlaku.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pokok Sena sebut tentang pampasan tadi. Ini harus dibincangkan di sana. Kemudian Yang Berhormat Kuala Krai, saya terlupa Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak.

Yang Berhormat Kuala Krai tadi sebut kenapa di Pulau Pinang, di pulau banjir, di pulau dia kata mungkin orang potong pokok. Kenapa di Seberang Perai juga banjir? Tadi saya dah jawab dalam MQT tadi Yang Berhormat, saya jawab dengan panjang lebar, melangkaui tiga minit iaitu di kawasan di pulau sana pembangunan yang berlebihan. Di Seberang Perai di antara sebabnya ialah dulu ini kawasan pertanian. Bila kawasan pertanian kita tukar kepada perindustrian, ia mesti dikaji dengan teliti longkang-longkang yang mampu untuk menyalurkan air.

Kawasan pertanian- Yang Berhormat kawasan MADA, Yang Berhormat duduk kawasan MADA, saya pun duduk kawasan MADA, kalau kita pergi buat perumahan sudah pasti ia akan mendatangkan kesan kepada kawasan lain. Kita buat highway pun, kerana highway itu banjir berlaku sebab air tidak sempat mengalir dengan cepat. Banjir tidak boleh dielakkan kalau kita benarkan air itu mengalir dengan cara yang sewajarnya iaitu bila ada hutan ia akan pegang air itu sementara jadi ia perlahan-lahan dia keluar ke bawah. Kalau kita tidak buat highway sebagai contohnya ataupun kita buat saluran yang besar, air boleh mengalir sewajarnya tidak berlaku banjirlah. Kadang-kadang berlaku banjir, seberang highway banjir, sebelah highway tidak banjir. Akan tetapi ini sudah berlaku Yang Berhormat, bukan untuk dikesal-kesalkan tetapi adalah untuk kita melihat...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri.

...Bagaimana boleh kita bina semula untuk memastikan supaya hutan kita dipulihkan. Jadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang apa yang berlaku Yang Berhormat, ini saya hendak tunjuk ini Yang Berhormat.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak, tidak. Minta celahan.

Jadi tengok itu gambar itu, Yang Berhormat tengok ya... [Menunjukkan sekeping gambar] Ini kaji cuaca menggunakan model antarabangsa, pelbagai model bahawa angin tekanan rendah ataupun low ini pada 26 Oktober ia bergerak ke arah Kelantan. Kemudian kaji cuaca telah umumkan bahawa angin akan pergi ke Andaman Sea tetapi tiba-tiba angin itu berpusing balik, buat U-turn dan terus kena sedikit Perlis dan juga Kedah. Akan tetapi telah berhenti dengan begitu lama di Pulau Pinang selama 12 jam sebelum dia pergi ke utara Perak, kemudian dia balik pergi Kelantan dan terus ke Laut China Selatan. Jadi, sesuatu yang luar biasa berlaku dan oleh sebab beberapa masalah tempatan juga berlaku seperti perparitan dan sebagainya maka banjir telah berlaku. Ia berlaku apa yang berlakulah. Jadi Yang Berhormat ambil maklum tentang apa yang berlaku.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri sebut kata soal pampasan itu harus bincang di peringkat Majlis Tanah Negara dan sebagainya. Sebenarnya kalau ikut Kerajaan Negeri Kedah telah pun membuat permohonan ini sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ustaz Haji Azizan tetapi Kerajaan Pusat tidak melayan permintaan kerana kita merasakan bahawa ada keperluan untuk negeri Kedah mendapat pampasan ataupun royalti kerana tidak menebang balak di kawasan-kawasan tadahan. Jadi sebab itu kalau itu dapat sudah tentu kerajaan-kerajaan negeri ini akan dapat memperindah lagi tempat-tempat kawasan tadahan itu akan menjadi daya tarikan pelancong macam disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Tambah kalau macam negeri Perlis, saya percaya negeri Perlis pun ada hutan-hutan yang tertentu kawasan tadahan tetapi hasilnya tidak ada. Jadi kalau dia tidak tebang sudah tentu dia tidak dapat hasil. Jadi kalau kita bayar pampasan kepada dia sudah tentu dia mampu untuk membawa kepada satu perubahan yang lebih besar kawasan-kawasan tadahan itu jadi kawasan pelancongan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri tolong beritahulah negeri mana Yang Berhormat Menteri sebut tadi itu yang kata ada tempat baru ikan kelah, jadi kita pun hendak boleh pi melawat. Dulunya teruk, sekarang Kerajaan Pusat sudah bantu. Minta beritahu negeri mana?

Ya, Yang Berhormat negeri ikan kelahlah ya, negeri ikan kelah. Kalau ikan kelah, boleh kita bermain-main. Kita boleh turun ke tasik itu, jadi ikan kelah itu bukanlah dilatih tetapi ikan kelah itu dia datang dan kita boleh berikan makanan dan sebagainya. Ikan kelah yang dijual itu ada juga ikan kelah yang dijual bukan daripada situ. Ikan kelah itu ialah ikan kelah untuk kita melihat keajaiban alam semula jadi, ikan kelah yang sukar untuk kita hendak tangkap tiba-tiba boleh bermain-main dengan orang.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Negeri ikan kelah itu negeri mana?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Negeri mana?

Negeri mana, negeri ikan kelah Yang Berhormat [Ketawa]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pahang? Oh! Jadi, dulu Pahang ini tebang balak teruklah, kawasan tadahan inikan yang menyebabkan kerajaan terpaksa bantu, bagi bantuan untuk hendak memperindah, hendak tanam balik pokok.

Ada sedikit kawasan yang terteroka setelah kita melihat pada udara ada beberapa kawasan ini teroka. Kena ingat teroka ini bukan- setengahnya dibagi lesen, setengahnya diteroka secara haram Yang Berhormat. Peneroka ini ada dua jenis satu peneroka halal yang kedua peneroka haram. Jadi negeri ikan kelah ini kita akan umumkan nanti supaya semua orang boleh melancong ke sana dan melihat bahawa hutan itu adalah khazanah.

Berikutnya Yang Berhormat, selain daripada itu kita turut menyumbangkan– bencana banjir ini boleh kita kurangkan dengan kita memperbaiki infrastruktur, menaik taraf parit dan juga saliran dan juga kita tidak boleh mengurangkan kawasan tadahan dan sebagainya. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, kalau sekiranya kita ada membina sungai untuk mitigation ini, dengan izin, dan sebagainya tetapi kalau sekiranya kita tidak jaga kawasan tadahan, air yang kuning ini ialah dia bawa selut dan sungai-sungai yang dibina di bawah ini akan berlaku mendapan dan akhirnya banjir. Yang Berhormat di akhirnya ialah punca kepada banjir itu ialah sumber tadi, sumber perhutanan itu yang telah dirosakkan. NADMA ditubuhkan untuk memberi fokus kepada pengurusan bencana yang sebelum ini diuruskan oleh MKN. NADMA bertindak sebagai koordinator, implementer dan juga troubleshooter. Yang Berhormat sebelum ini MKN uruskan banjir sekarang NADMA, jadi dia memang bertambah efisien sebab dia mempunyai jabatan sendiri dan kita uruskan dengan baik.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya.

Kita menampung kekurangan contohnya kebajikan, kekurangan peralatan di tempat perpindahan. NADMA akan bantu kekurangan makanan NADMA bantu. Jadi NADMA penting sebagai agensi untuk menyelaraskan pengurusan banjir negara.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Sedikit.

Jadi bukan OSC sahaja.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri terima kasih. Saya akui bahawa salah satunya ialah punca daripada kawasan tadahan yang tidak dijaga akhirnya di mengalir ke dalam sungai-sungai baru, parit yang kita buat. Akan tetapi ada juga masalah di sana ialah sistem perparitan kita, penjagaan sistem perparitan kita. Pihak PBT, majlis daerah dan sebagainya tidak peduli, tidak ada penjagaan, pembersihan kepada kawasan-kawasan parit khususnya kawasan-kawasan dalam bandar. Jadi ini satu. Keduanya yang perlu ialah koordinasi di bawah NADMA ini ialah untuk memastikan supaya semua pihak itu tadi menjaga sistem perparitan ini supaya pembinaan projek-projek perumahan dan pembangunan ini mesti melihat kepada keutamaannya ialah sistem perparitan ini. Ini tidak berlaku. Setengah-setengah perumahan dibuat umpamanya di Kuala Lumpur, apa yang berlaku sekarang ini di Kuala Lumpur banjir-banjir kilat disebabkan pembangunan yang tidak terancang dan tidak melihat kepada keperluan kepada soal sistem perparitan dan saliran. Jadi saya minta satu koordinasi untuk melihat secara menyeluruh, master plan perparitan dan saliran ini kerana master plan ini master plan yang sudah lama yang tidak disemak kembali.

Bagus soalan Yang Berhormat itu saya akan jawab secara bertulis. Oleh sebab Yang Berhormat kita sudah ulang balik benda yang sama jadi tentang perparitan dan sebagainya. NADMA kita kena ingat NADMA ini ialah penyelaras di peringkat Pusat sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara. Akan tetapi di peringkat negeri pengurusan ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan dan jawatankuasanya. Kemudian di peringkat daerah dipengerusikan oleh pegawai daerah dan jawatankuasanya. Mereka ini berada di barisan hadapan untuk menguruskan banjir. Yang Berhormat ada kesilapan teknik yang kadang-kadang bila dulu masa MKN jaga semua orang kata MKN tidak bagi aset dan sebagainya. Sepatutnya jawatankuasa negeri itu kena maklum kepada kita lebih awal. Jawatankuasa daerah kena maklum.

Akan tetapi sekarang ini kita sudah pergi ke peringkat bawah lagi, kita tubuh jawatankuasa di peringkat komuniti. Kalau berlaku banjir- semalam saya sudah mula sebab kita sudah bagi benda ini setahun sudah tetapi tidak berapa berjalan dengan baik, sekarang ini kita buat gerakan berleluasa. Semalam saya panggil semua sekali kawan-kawan kita daripada Selangor dan juga daripada Wilayah dan kita tubuh serta-merta Defence Emergency Response Team (CDERT) di peringkat komuniti. Kalau berlaku banjir dia tukar baju pakai baju biru terus tolong orang banjir. Bukan dia tunggu hendak telefon sila datang. Kalau ada ular pun dia sendiri boleh tangkap tidak ada masalah. Kita akan bagi latihan dan sebagainya. Macam Ahli Yang Berhormat daripada Pokok Sena, saya akan latih dia macam mana cara-cara hendak menangkap ular tedung selar.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, isu dia Yang Berhormat Menteri, saya terima kasihlah tubuhkan NADMA ini untuk menguruskan banjir. Akan tetapi kita harus ke hadapan untuk melihat masalah, bukan mengurus banjir maknanya bila banjir datang kita urus. Akan tetapi kita tidak fikir bagaimana untuk hendak mengatasi masalah banjir, punca-punca, mengenal pasti punca banjir dan bertindak untuk mengatasi masalah banjir itu daripada berlaku. Ini yang sepatutnya dilihat oleh pihak kerajaan. Ini menyebabkan pembangunan itu tidak terancang dan sebagainya dan ini akan menyebabkan banjir akan berulang dalam bandar-bandar besar dan sebagainya.

Saya setuju Yang Berhormat, bahawa kita kena buat persediaan dan jangan langgar peraturan. Penang tidak boleh langgar peraturan. Macam kalau kata kawasan cerun tidak boleh buat, jangan buat...

[Dewan tepuk]

Jadi sebagai contoh, sama ada...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Semua negeri jangan langgar peraturan. Macam mana yang berlaku di Pahang, kerajaan terpaksa bantu balik.

Yang Berhormat sokong Penang juga? Yang Berhormat bukan PAS?

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Begitu juga di Kota Belud, tidak boleh langgar peraturan. Negeri Sabah tidak boleh langgar peraturan. Di Pokok Sena, maknanya PBT, kerajaan negeri tidak boleh langgar peraturan. Ini kadang-kadang buat perumahan, PBT ini dia lulus untuk projek perumahan, kita ini yang hendak beli rumah kita bukan tengok pelan perparitan. Kita tengok harga patut ada, aku boleh bayar tidak boleh bayar, aku ambil loan dan sebagainya, sign agreement untuk beli rumah. Akhirnya, tidak ada sistem parit, air tidak boleh hendak keluar. Ini menyebabkan masalah yang dihadapi oleh kawasan-kawasan perumahan. Ini kerana apa, kerana boleh dikatakan semua kerajaan negeri sama perangai macam ini, termasuk PBT.

Ya. Yang Berhormat, soalan ini cukup bagus. Apabila sampai kementerian yang berkenaan- Tuan Pengerusi, maaf. Saya ada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Pengerusi, bila sampai kementerian yang berkenaan, Yang Berhormat timbulkan benda ini. Saya ini NADMA Yang Berhormat, saya mengikut Arahan MKN nombor 20. Dalam Arahan MKN nombor 20 itu dengan terang menyebut bahawa tugas MKN ialah untuk menguruskan bencana, bukan banjir. Bencana iaitu gempa bumi, banjir dan sebagainya. Kita diberi SOP kita dengan terang dan jelas. Jadi, yang sekarang ini NADMA mengambil alih Arahan MKN itu. Kalau diberi kuasa tambahan untuk memastikan sumber air tidak dicemari dan sebagainya, saya cukup bergembira Yang Berhormat. Oleh sebab itu ialah sebahagian daripada penghidupan dan hobi saya iaitu berkawan dengan alam sekitar. Akan tetapi tugas saya sekarang ini adalah menguruskan bencana. Jadi, saya uruskan bencana. Kalau ada kekurangan tempat pengurusan bencana, Yang Berhormat beritahu. Yang Berhormat beritahu bahawa dalam masa 30 minit, sudah pasti kami sudah akan berada di tempat kejadian. Jadi macam pokok tumbang, ada kawan saya itu dia maklum pokok tumbang di hadapan. Bila dia maklum, kita pun angkat pasukan kita sampai, pokok tumbang di belakang kereta dia pula.

Jadi, dia telah terperangkap dalam jangka masa yang begitu lama. Ini semua berlaku kerana di samping ujian Allah kepada kita tetapi seperti yang saya baca ayat Al- Quran pada pagi tadi Yang Berhormat, kita dengar balik bahawa manusia merosakkan muka bumi ini dengan tangan-tangan mereka sendiri. Jadi, saya harap MQT tadi dihayati bahawa kita haruslah merancang dengan baik dan jangan melanggar peraturan. Ini sebab yang akan sengsara nanti ialah rakyat. Mungkin pihak kerajaan boleh mendapat sumber kewangan, tetapi yang menderita ialah rakyat. Ini sebab pembangunan itu berlaku cantik tetapi sekali rosak, rosak dengan besar. Jadi berhati- hatilah untuk membangunkan negeri, biarlah kita mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, saya telah menjawab Yang Berhormat Lenggong dan juga Yang Berhormat daripada Temerloh. Berhubung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor mengenai APMM, berhubung dengan kerjasama dengan TLDM. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, bahawa Malaysian Coast Guard (APMM) dan Jabatan Perikanan wujud melalui penubuhan Jawatankuasa Kerjasama Malaysian Coast Guard– DOF yang dipengerusikan secara bersama oleh ketua pengarah masing-masing. Jawatankuasa ini bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara dasar yang berkaitan dengan bidang tugas Malaysian Coast Guard dan Jabatan Perikanan dalam memastikan perairan sentiasa aman dan terkawal. Di samping memastikan sumber perikanan negara terpelihara dan mengkoordinasi aktiviti dan operasi bersama. Yang Berhormat Kuala Selangor ada sini atau tidak?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tidak ada. Tidak ada dalam Dewan.

Jadi, saya jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat sebab jawapannya agak panjang. Akan tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat bahawa terdapat koordinasi, kerjasama dan juga “Ops” bersama dengan agensi yang menjaga maritim di negara ini, termasuklah perikanan, TLDM, Polis Marin dan lain-lain lagi. Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu. Ini sesumpah, batu sumpah. Yang Berhormat ingin mengetahui ke atas keselamatan Sabah Timur di mana Yang Berhormat bertanyakan mengenai tindakan yang diambil oleh ESSCOM dalam menangani isu pencerobohan laut di perairan Sabah. ESSCOM bersama pasukan keselamatan dan penguatkuasaan sentiasa memantau dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku di kawasan pantai Timur Sabah. Antara tindakan yang diambil oleh ESSCOM dalam menangani pencerobohan di laut di perairan Sabah adalah seperti berikut: (i) mempertingkatkan kawalan di perairan sempadan dengan rondaan intensif dan juga mengadakan coordinated patrolling dengan pasukan keselamatan Filipina dan Indonesia; (ii) mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan- kawasan yang disyaki tempat pendaratan pendatang tanpa izin di ESSZONE dengan mengadakan operasi bersepadu; dan (iii) mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk dan keluar yang diwartakan seperti lapangan terbang dan pelabuhan di ESSZONE. Selain itu juga, ESSCOM juga terlibat dengan Operasi MAHARLIKA di antara Interpol - MAPHILINDO yang sudah beroperasi pada 1 November 2017 sehingga 15 November 2017 bagi mengesan dan menangani elemen foreign terrorist fighter.

Operasi ini diadakan untuk mengesan pergerakan individu yang tersenarai dalam wanted list serta dipercayai masuk melalui pintu masuk keluar dari Sandakan dan Tawau sama ada secara sah ataupun secara haram. Operasi ini dilaksanakan secara N-BOS. Agensi yang terlibat ialah PDRM, ESSCOM, imigresen dan juga Jabatan Kastam. Bukan itu sahaja, perkembangan terkini mengenai trilateral cooperative arrangement telah menyaksikan kejayaan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Filipina apabila pada 7 hingga 8 November yang lepas, ketiga-tiga negara telah mengadakan rondaan secara bersama melalui laut dan udara di perairan ESSZONE dan juga ruang udara ESSZONE. Ini ialah yang paling penting Yang Berhormat, sebab kerjasama ini kita berjaya mengadakan patrolling bersama. Kemudian Yang Berhormat Parit Sulong Tuan Pengerusi...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Bangun]

Yang Berhormat Kota Kinabalu ingin bertanya soalan?

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya, ada soalan lagi.

Ada soalan. Okey.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Banyak soalan Yang Berhormat Menteri tidak jawab Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri, soalan itu banyak penceroboh di tanah air kita iaitu illegal missing di Sabah. Saya mahu tanya, kalau mereka boleh tinggal berapa malam di laut? Di mana mereka dapat bahan api, makanan dan air? Jadi ini yang saya ada tanya soalan, tetapi Yang Berhormat Menteri tidak jawab. Adakah kaitan dengan fishery department dan maritime? Mungkin ada bot yang lebih satu minggu di tanah air kita. Jadi, sila Yang Berhormat Menteri beri jawapan. Kenapa mereka boleh tahan begitu lama curi ikan kita sampai 900 juta tan yang kena curi pun tiada orang tangkap, halang mereka?

Yang Berhormat tahu bahawa saya cukup tegas dalam tindakan menangkap nelayan asing. Oleh sebab nelayan asing ini dia bukan lagi, dia sudah masuk ke negara ini dengan cara yang agak berleluasa dan kita tidak bertolak ansur Yang Berhormat. Minggu hadapan Yang Berhormat boleh datang sekali untuk menyaksikan bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menyaksikan pembakaran bot yang akan dilupuskan. Kita akan bakar. Kita akan terus membakar semua sekali bot-bot yang telah kita tangkap, terutamanya daripada negara lain termasuk Vietnam. Jadi Yang Berhormat, mereka masuk ini, cara dia masuk mudah. Sekarang ini pukul 7 malam, jam pukul 7 malam ya, sekarang gelap sudah menjelang. Mereka akan menunggu di sempadan, lepas itu mereka masuk. Pada waktu malam, dalam angka yang begitu besar.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

[Bangun]

Kita juga walaupun aset kita tidak sebanyak bot yang masuk, tetapi kita akan ambil tindakan tegas sebab ini ialah dalam kawasan perairan kedaulatan negara. Yang Berhormat, kedaulatan negara kita tidak akan bertolak ansur. Siapa masuk, kita akan tangkap. Jadi, dengan cara usaha ini sahaja yang mampu membantu supaya ikan-ikan kita tidak dicuri oleh nelayan asing. Kita sedar bahawa mereka sekarang bukan menarik ikan menggunakan dua bot, tetapi kadang-kadang mereka menggunakan tiga bot. Kadang-kadang menggunakan empat bot, kadang-kadang menggunakan enam bot iaitu dalam bentuk barisan yang cukup panjang, akhirnya cucu cicit ikan habis mereka akan ambil. Jadi, saya telah menjawab soalan Yang Berhormat mengapa mereka berada lama di laut. Siapa yang berada lama? APMM ataupun nelayan asing? Yang Berhormat tanya soalan tadi mereka berada satu minggu di laut?

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Ya, ada saya tanya kalau mereka masih lagi masuk kita punya perairan, water kita. Jadi tetapi orang yang ini sialan mesti mahu makan. Jadi mana dia orang mahu dapat itu makanan, fuel dan air? Kalau bukan kita punya orang yang bagi. Kenapa dia boleh dapat bahan api? Ini soalan saya. Jadi you tahu tidak Yang Berhormat Menteri tadi kita jawab akan datang kita akan bakar dan juga apa yang kita cakap tenggelamkan itu illegal port. Ya,betul? Jadi baru-baru ini mahkamah hanya denda dalam 47 orang itu sailor hanya setengah juta sahaja. Jadi selaras hanya didenda lebih sepuluh ribu setiap orang. Akan tetapi dalam undang-undang, kalau foreign masuk kita punya perairan, kena denda sekurang- kurangnya maksimum RM100 ribu dan kapten dengar Yang Berhormat Menteri, RM1 juta. Akan tetapi ada tiga port di sana jadi ada berapa kapten kena tangkap? Kenapa kapten macam tiada denda? Ini kerana satu kapten kalau denda maksimum RM1 juta. Jadi sama 47 orang hanya denda setengah juta sahaja. Jadi saya tanya Yang Berhormat Menteri ini rasa kita ada keadilan kah kepada Malaysia?

Keadilan Yang Berhormat, tetapi orang yang kena tangkap pun kadang-kadang cerdik juga kerana mereka memilih penjara daripada bayar. Jadi kita terpaksa kalau kita penjarakan mereka jadi mereka tidak bayar. Jadi ini ialah keputusan mahkamah yang saya tidak- Yang Berhormat boleh timbulkan benda ini dari masa ke semasa. Akan tetapi tuduhan Yang Berhormat bahawa mereka sudah pasti dapat sumber minyak, air dan juga makanan daripada orang Malaysia, Yang Berhormat kalau dia daripada orang lain kalau kita tahu bahawa ini ialah kes menyeludup, kita akan ambil tindakan. Akan tetapi kalau daripada pegawai APMM, coast guard, Yang Berhormat bagi tahu dekat mana kesnya. Kita akan ambil tindakan yang tegas tanpa bertolak ansur.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Okey, supaya kita ambil tindakan yang drastik ya Yang Berhormat Menteri. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri ambil ini kes supaya ini satu denda tidak cukup berat dia dapat selesai kita punya masalah selama- lama ini. Ada kah Yang Berhormat Menteri, kita bersetuju kah kita tubuhkan satu PAC di Parlimen supaya siasat hal ini yang serius affecting kita punya ekonomi.

Yang Berhormat, tanpa penubuhan apa-apa jawatankuasa kita ambil tindakan sudah ke hadapan. Kita hendak pastikan supaya orang ini tidak mencuri lagi barang kita. Macam di laut Indonesia sekarang ini bersih sebab apa? Tindakan tegas yang diambil sehingga laut itu boleh dikatakan bersih tidak ada lagi orang- orang asing yang pergi menangkap di kawasan mereka. Akan tetapi laut kita masih ada lagi orang asing masuk dan oleh itu kena ambil tindakan tegas. Kalau di Indonesia dia bom, saya bakar sahaja. Itu tindakan tegas Yang Berhormat. Jadi kita harap dengan usaha-usaha ini akan dapat memastikan supaya harta negara yang begitu berharga tidak dicuri dengan begitu teruk. Sekarang ini tindakan yang diambil itu ada kekurangannya.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Okey Yang Berhormat Menteri, terima kasih lah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya harap masa yang depan apa yang dikatakan Yang Berhormat Menteri ambil tindakan drastik terus dapat, bakar dan tenggelamkan, boleh?

Jadi Yang Berhormat setujulah Menteri Barisan Nasional ini kira hebat-hebat boleh terus sokong ya.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Jangan main-main lagi, Yang Berhormat Menteri kita punya akta habis.

Tak main, betul-betul punya betul ini.

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

RM6 bilion hilang tiap-tiap tahun. Apa macam kita, itu ikan pun mahal sekarang. Orang Sabah pun tidak mampu makan seafood. Satu hari Menteri pun tidak mampu. Yang Berhormat Menteri kita punya ikan di laut. Okey. Thank you.

Yang Berhormat yang lain semua elok Yang Berhormat sokong saya. Sebut Barisan Nasional Yang Berhormat berbulu. Jangan, angan begitu Yang Berhormat kerana...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Mana saya boleh sokong Barisan Nasional kalau tidak selesaikan dia punya hal. Betul tidak? Selesai dulu lah.

Ya, tetapi Yang Berhormat sokong Menteri ya? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Kita akan terus mengambil tindakan kepada segala bentuk jenayah yang berlaku di laut Yang Berhormat. Kalau ada yang melibatkan anggota saya Yang Berhormat bagi tahu. Walaupun hanya dengar sedikit, kita akan ambil tindakan. Cara kita ambil tindakan seperti Saidina Umar. Saidina Umar...

Tuan Wong Sze Phin @ JimmyDAP · PRKota Kinabalu

Boleh Yang Berhormat Menteri, saya banyak saya punya intelligence di laut sudah sekarang.

Ya, thank you. Yang Berhormat Parit Sulong. Yang Berhormat Parit Sulong ke mana anda, Yang Berhormat? Tuan Pengerusi bolehkah saya menjawab bertulis ini?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, boleh Yang Berhormat.

Cuma saya hendak sentuh sedikit tentang PR1MA ini sebab saya tahu bahawa banyak pihak menimbulkan kenapa mereka tidak dapat pinjaman dan sebagainya. Yang Berhormat, PR1MA akan terus berbincang dengan pihak institusi kewangan. Menteri Kewangan telah menjawab semalam dengan panjang serta lebar berhubung dengan PR1MA dan kita akan terus berunding dengan bank supaya bank dapat melunakkan sedikit pinjaman kepada mereka yang mendapat rumah PR1MA. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat bertanya tadi tentang kedudukan pelaksanaan projek PR1MA. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Lembaga PR1MA telah meluluskan 259,881 unit, daripada jumlah tersebut 141,661 unit sedang dalam pembinaan. Yang Berhormat, proses pembinaan ini bermacam-macam- macam peringkat. Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana sehingga kini sebanyak 10,199 unit kediaman telah siap dibina iaitu di Kedah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan juga Perak. Jumlah ini adalah mengikut perancangan dan dijangka meningkat kelak. Berkenaan dengan jualan rumah kediaman PR1MA sehingga kini sebanyak 12,970 unit telah dijual dengan nilai pembangunan kasar, gross development value (GDV) bernilai RM3.14 bilion berdasarkan status jualan semasa. Pada ketika ini, PR1MA hampir untuk mencapai sasaran jualan kediaman PR1MA bagi tahun 2017 yang ditetapkan iaitu sebanyak 16,250 unit dengan GDV sebanyak RM4.1 bilion. Jumlah ini akan tercapai dalam tempoh terdekat khususnya apabila lebih banyak unit dibuka untuk jualan kelak. Oleh yang demikian, tidak wujud unit yang tidak dijual kerana ia masih di dalam proses penjualan. Walaupun Yang Berhormat tidak ada di sini saya terus bawa dengan hebatnya. Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ada bangkit tentang iaitu bayaran kepada kontraktor atau tuntutan dari kontraktor dikatakan terdapat tunggakan yang berbulan-bulan. Adakah ini pihak PR1MA sudah siasat tentang masalah ini? Ini kemungkinan besar akan perlahankan, slow down itu pembinaan rumah ini supaya dapat the holding cost yang amat tinggi. Oleh sebab itu, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri boleh kah beri tahu kepada Dewan ini sebab saya tidak nampak anggaran perbelanjaan yang sebenar telah untuk tahun 2017 ini, hanya ada untuk tahun 2016. Yang tahun 2017 ini atau perbelanjaan ini, adakah dia mencukupi atau di luar anggaran? Bolehkah Yang Berhormat Menteri beri tahu Dewan ini?

Yang pertama sekali Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Baling telah menimbulkan pelbagai perkara termasuk membantu golongan muda yang telah disenaraihitamkan dalam memperoleh pinjaman perumahan. Yang Berhormat, hari ini perundingan sedang dibuat terus dengan bank. Oleh sebab kita tidak mahu apabila masalah itu berbangkit kita tidur dengan masalah. Walaupun satu masalah kita akan selesaikan. Ini ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beritahu bahawa tidak ada satu inci masalah pun kita akan tinggalkan, termasuk dalam kes Yang Berhormat ini kena maklum ini kes spesifik bukan kes seluruh Malaysia. Ini kes spesifik, mungkin daripada Kota Melaka dan sebagainya. Yang Berhormat boleh maklum dan saya akan rujuk kepada PR1MA. Berhubung dengan peruntukan, memang peruntukan kita belum dapat sepenuhnya tetapi Menteri Kewangan II yang ada sini yang baik hati sudah pasti akan mencari jalan untuk menyalurkannya kepada PR1MA. Yang Berhormat, PR1MA adalah satu skim yang cukup luar biasa yang dibuat oleh kerajaan. Jadi kalau ada masalah begini Yang Berhormat boleh rujuk kepada saya secara khusus ya.

Tuan Sim Tong HimDAP · PRKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, kes yang saya bangkitkan ini bukan katakan mereka disenaraihitamkan tetapi pihak bank tidak bagi sebab yang sebenar, mereka hanya tolak permohonan mereka untuk pinjaman ini dan mereka dirujuk oleh PR1MA kepada bank itu macam RHB yang pertama. Selepas itu pembeli beritahu kepada PR1MA, RHB tidak luluskan. PR1MA katakan you pergi ke BSN, BSN tolak lagi sampai MAYBANK tolak, pembeli itu katakan “Berapa kali hendak saya cuba lagi?” Sebab itu saya tidak pasti dan saya tanya mereka, mereka katakan, “Saya tidak pernah disenaraihitam sebab saya pun tidak ada lain owing.” Oleh sebab itu, kemungkinan pendapatan mereka tidak mencukupi syarat atau keperluan daripada bank sebab itu saya hendak tahu bagaimana PR1MA dapat membantu pembeli-pembeli sebegini.

Yang Berhormat, sebab kes Yang Berhormat ini kes khusus Yang Berhormat boleh rujuk kepada saya dan RHB, MAYBANK dan lain-lain lagi adalah panel bank PR1MA. Jadi Yang Berhormat boleh rujuk, kes ini khusus. Berhubung dengan bayaran kepada kontraktor tadi, Yang Berhormat kena maklum kepada kita. Ini mungkin subkontraktor yang terlibat dengan kontraktor tetapi dengan kontraktor, Yang Berhormat kena maklum kontraktor mana yang ada permasalahan dari segi pembayaran, Yang Berhormat boleh timbulkan. Yang Berhormat Kota Melaka, walaupun sekarang sudah menjadi anggota Bebas tetapi orangnya tetap ceria dan sentiasa menyokong Barisan Nasional. Terima kasih Yang Berhormat.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri. Parit Sulong ada ini, minta tolong jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah tiga kali...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah tiga kali Yang Berhormat Menteri panggil Yang Berhormat Parit Sulung.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Tengah lapar.

Macam mana Tuan Pengerusi, boleh saya ulang balik ya? Tadi saya sebut sudah sekerat Yang Berhormat, separuh, sekarang saya teruskan ya.

Jumlah jualan yang menggalakkan ini ialah hasil daripada usaha PR1MA menganjurkan beberapa siri program hari terbuka. Alhamdulillah melalui program ini secara purata jualan kediaman PR1MA mencecah 1000 unit sebulan bagi pelbagai projek di seluruh negara Tuan Pengerusi. Jumlah ini merupakan satu jumlah yang luar biasa jika dibandingkan dengan kadar jualan rumah pasaran oleh pemaju swasta. Yang Berhormat kena sedia maklum bahawa rumah PR1MA 20 peratus bawah daripada harga pasaran. Program Hari Terbuka PR1MA menjelajah seluruh Malaysia untuk memberi kemudahan kepada rakyat adalah untuk memberi pelaung kepada rakyat untuk membeli rumah PR1MA. Ia berkonsepkan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat bagi urusan pembelian kediaman PR1MA. Semasa hari terbuka PR1MA, pembeli boleh membuat semakan syarat kelayakan, laporan Credit Tip Off Service (CTOS), pinjaman tabung pendidikan serta kelayakan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan. Selain itu pembeli yang berminat boleh membeli kediaman PR1MA dan terus menandatangani perjanjian jual beli semasa program tersebut. PR1MA melihat kepada persekitaran yang kondusif melalui penyediaan kemudahan dan utiliti sedia ada seperti kemudahan komuniti serta berkaitan dengan infrastruktur yang lengkap bagi mengurangkan kos sara hidup. Kemudahan ini dapat menampung pelbagai aktiviti penduduk setempat seterusnya menggalakkan pembangunan gaya hidup berkomuniti. Antara kemudahan yang dipertimbangkan oleh pembangunan PR1MA adalah seperti kemudahan sosial, pengangkutan, pendidikan dan sekolah serta kawasan komersial berhampiran. Sistem Pendaftaran Nasional PR1MA turut menjadi panduan untuk mengetahui bukan sahaja tahap kemampuan pemohon setempat tetapi juga membantu dalam mengetahui permintaan pemohon bagi sesebuah kawasan. Berkenaan dengan pembangunan di Parit Sulong, pada masa ini PR1MA masih belum mempunyai projek di kawasan tersebut. Namun demikian PR1MA akan mengkaji kesesuaiannya setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti permintaan penduduk setempat, tahap kemampuan pemohon serta harga kediaman PR1MA. Kalau Yang Berhormat bertanding lagi dan menang, sudah pasti Yang Berhormat akan melihat kejayaan di Parit Sulong nanti. Akan tetapi saya pasti Yang Berhormat Parit Sulong senang menang ya. Ini adalah untuk memastikan bahawa...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri...

Projek kediaman PR1MA...

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak saya hendak tanya sedikit...

...Mempunyai harga yang menepati permintaan serta tahap kemampuan pemohon. Ya, silakan Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Okey, saya maklum dengan apa jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya cuma hendak tahu jugalah sebagai tambahan soalan saya. Dia ada minimum kah kalau misalannya hendak buat rumah PR1MA katalah kena ada 30 ekar ataupun 50 ekar kah. Kena ada macam itu kah? Sebab saya tengok, bagi satu DUN saya, dia agak sesak dan ramai yang datang kepada saya selaku wakil rakyat untuk tanya mengenai rumah-rumah PR1MA dan juga rumah-rumah yang lebih kurang bertaraf beginilah. Akan tetapi kita hendak jawab, payah because setiap kali apabila ditanya, saya kena rujuk balik kepada pihak kementerian dan sampai sekarang, setelah berapa lama kita cuma dengar nama sahaja tetapi tidak sampai lagi rumah PR1MA itu ke kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadinya saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perkara ini, terima kasih.

Yang Berhormat minta apa pun tidak ada masalah, asalkan Barisan Nasional menang di Parit Sulong. Yang Berhormat, saya bawa pegawai PR1MA, pegawai PR1MA ada di belakang saya. Habis sahaja jawapan Yang Berhormat, terpa lah minta beritahu kepada PR1MA dan PR1MA sentiasa mudah cara dengan semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Jadi sama ada Yang Berhormat daripada pembangkang, Barisan Nasional, kita tetap memudah cara. Jadi Yang Berhormat boleh berjumpa dengan pegawai. Berhubung dengan had minimum untuk kita membuat rumah. Kita tidak boleh buat rumah untuk 20 unit, 30 unit. Kita mesti ada kadar tertentu untuk membolehkan apabila kita masuk ke sana, harga rumah itu dapat dikurangkan dengan itu kos rumah dapat dikurangkan ke tahap 20 peratus. Jadi saya telah menjawab Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Baling yang baru masuk saya tidak boleh ulang lagi saya sudah jawab tadi...

Akan tetapi Yang Berhormat saya hendak tambah sedikit sebab tidak habis lagi Yang Berhormat cakap itu sebab itu lari masuk walaupun baru tengah dalam surau tadi. Okey, Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya berkaitan dengan generasi muda ini yang kita uar-uarkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu peka hendak bantu generasi muda untuk khususnya mendapatkan rumah buat kali pertama. Terima kasih kepada rakan-rakan daripada PR1MA, memang saya percaya mereka rajin untuk memastikan rumah ini dapat dibina. Jadi soalan saya adalah begini, berkaitan dengan CTOS, CCRIS, OCIS dan sebagainya. Anak-anak muda pada hari ini apabila dia sudah berumur 28 tahun malah 30, 31 tahun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan begitu baik hati hendak bagi rumah kali pertama kepada mereka. Apabila dia hendak beli dia kena ambil pinjaman. Apabila dia ambil pinjaman, apabila sampai ke bank pihak bank akan periksa CCRIS, CTOS, OCIS dan sebagainya.

Dato’ Dr. Noraini binti AhmadUMNO · BNParit Sulong

Gaji dia.

Kadang-kadang ada Yang Berhormat buat slip gaji sendiri, ada yang meniaga sendiri, tidak kisahlah itu tidak penting, yang penting sekarang ini berkaitan dengan pinjaman-pinjaman terdahulu. Waktu umur dia 22, 23, 24 tahun dia pernah beli peti ais daripada Courts Mammoth ataupun perabot, dia beli dengan Singer dan sebagainya, bayar ansuran. Jadi masih tertunggak lebih kurang RM850. Ini walaupun kes terpencil tetapi sudah banyak kali saya berjumpa dengan anak- anak muda ini. Bank terus kata tidak boleh sebab CTOS, CCRIS tidak boleh selesai. Jadi mereka dengan harapan yang begitu tinggi yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampai ke bank tidak dapat pinjaman. Apabila satu bank tolak, sistem dia online, mereka tidak boleh pergi ke bank mana-mana lagi. Jadi persoalan saya, ada tidak kementerian, jabatan di bawah Yang Berhormat Menteri ada N-BOS dengan Bank Negara, Menteri Kewangan atau Ministry of Finance malah dengan Jabatan Perdana Menteri di bawah Insolvensi, mereka ada tidak satu N-BOS yang mana RM5,000 ke bawah, kita wave. Saya punya cadangan RM5,000 ke bawah kalau ada hutang Courts Mammoth– malah Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah ini, bukan setakat pinjam dia guarantor, guarantor pun di blacklist kan, jadi I think ini tidak adil untuk generasi muda. Kita kena bagi laluan khas malah saya fikir kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri kena adakan toll-free green lane line. Dia orang boleh telefon beritahu mengadu terus, saya hendak buat pinjaman, hutang saya dengan Singer RM850 saya jamin sahaja. Jadi ini harus di wave ataupun dengan izin saya sudah cakap banyak hari sudah ini, hari ini ada ketiga-tiga Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri Kewangan II ada, Yang Berhormat Menteri JPM ada, Yang Berhormat Menteri jaga undang-undang pun saya tahu ada dekat sini depan ini. Jadi saya fikir ini kalau boleh di NBOS di antara tiga orang dengan Insolvensi itu dapat kita selesaikan masalah generasi muda B40 ataupun mereka-mereka ini untuk kita memastikan TN50 dapat dilaksanakan seperti hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk generasi orang-orang muda tanpa sempadan politik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, laluan, laluan.

Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Pasir Puteh.

...Tauke kilang.

Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Pasir Puteh. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rasa cukup terpanggil untuk menyambung apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Baling tadi. Inilah bahaya hutang yang mana bila kita berhutang dan tidak boleh bayar hutang, maka susah bagi bank untuk beri berhutang yang lebih lagi, hendak meminjamkan hutang kerana mereka tidak akan bayar. Jadi, sebenarnya ada penyelesaian iaitu hutang yang lepas itu dibayar oleh kerajaan atau dibayar oleh majlis agama, tabung zakat. Memang sebahagian daripada zakat itu boleh membayar hutang dan juga kerajaan boleh menyediakan satu dana untuk menyelesaikan hutang ini. Selesaikan hutang pemuda-pemuda ini, kemudian mereka boleh membuat pinjaman pula dan mereka tidak bayar pula. Jadi, bayar pula. Jadi, bertambah lagi, bertambah lagi. Jadi, saya tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya. Bagaimana pendapat Menteri? Terima kasih.

Pertama, Yang Berhormat Baling yang baru balik dari Pulau Pinang membantu mangsa banjir di sana, terima kasih. Yang Berhormat beri tilam ya... [Tepuk] Selepas ini Yang Berhormat tolong beri yang lain samalah, peti ais satu kah atau apa-apa yang patut sebab kerosakan yang berlaku di Pulau Pinang itu agak luar biasa. Akan tetapi Yang Berhormat belum sampai Kota Belud. Kota Belud juga berlaku kerosakan yang agak luar biasa. Jadi, Yang Berhormat kena sampai di sana nanti ya. NADMA akan bekerjasama dengan Yang Berhormat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Terima kasih kepada wakil rakyat Barisan Nasional yang begitu hebat membantu rakyat. Terima kasih. Yang Berhormat, berhubung dengan persoalan Yang Berhormat timbulkan, Menteri Kewangan sedang mencatatnya dengan hebatnya tentang perkara ini [Ketawa] dan untuk pengetahuan Yang Berhormat...

Akan tetapi Yang Berhormat, semalam dia hendak jawab tetapi pasal GST lama sangat, buang masa Yang Berhormat. Sampai tidak boleh jawab.

Ya tetapi kali ini pasal penggulungan Kementerian Kewangan, dia akan jawab dengan habis. Yang Berhormat, PR1MA telah pun dan selalu berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara berhubung dengan isu ini. Kami bukan mendiamkan diri. Ini di bincang dengan Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara dan kita sedang mencari jalan penyelesaian terbaik. Walau bagaimanapun, saya harap Yang Berhormat Menteri Kewangan akan menggulungnya nanti sebab adalah tidak wajar untuk saya berbuat demikian bila melibatkan polisi. Jadi Yang Berhormat, beberapa persoalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, saya telah menjawab tadi. Jadi, Yang Berhormat ada soalan tambahan? Jadi...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya pun tadi keluar sekejap pergi bantu banjir pula. Sorry. Saya bertanyakan mengenai peruntukan PR1MA sejumlah RM500 juta, besar tetapi berbanding dengan jumlah yang tahun lepas itu, jauh lebih kecillah. Kita dimaklumkan dalam maklumat yang kita dapat mengenai pembangunan rumah mampu milik, termasuk rumah PR1MA ini, jauh lagi daripada mencapai sasaran yang kita hendak capai tahun depan. Jadi, adakah kementerian menganggap jumlah yang diperuntukkan untuk PR1MA ini boleh membantu mencapai matlamat yang hendak dicapai? Terima kasih.

Yang Berhormat, saya hendak beritahu bahawa kami confident boleh. Jadi, Yang Berhormat kata macam mana hendak selesai, baru siap 10,000? Oleh sebab kita kena ingat 141,000 lebih tadi adalah dalam proses pembinaan. Jadi Yang Berhormat, kita yakin kita boleh mencapainya, sekurang-kurangnya sampai kepada tahun pengakhiran itu, kita sudah mulakan projek itu. Projek itu sudah kita mulakan. Hendak siap semua sekali sudah pasti tidak mungkin tetapi ada peringkat-peringkat pelaksanaannya. Yang Berhormat kena sedia maklum bahawa kami sedang bekerja keras untuk membantu rakyat supaya rakyat sentiasa diberi perlindungan dari semasa ke semasa. Jadi Yang Berhormat, saya telah menjawab Yang Berhormat berhubung dengan amaran cuaca buruk dan juga ada lagi Yang Berhormat telah timbulkan, tadi telah saya jawab dalam MKNKT tadi. Yang Berhormat boleh akses perkara ini dari semasa ke semasa sama ada melalui portal bencana, Facebook, Twitter, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan juga lain-lain lagi. Kita berdoa semoga Kuala Krai tidak dilanda banjir kali ini. Akhir sekali, Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Parit, ada di sini atau tidak? Oh! Yang Berhormat Parit ada. Yang Berhormat Parit, ini di bawah Kementerian Yang Berhormat Pensiangan tetapi saya tengok Yang Berhormat sudah masuk daripada solat tadi, terbuka pintu hati untuk bertanya Yang Berhormat, Yang Berhormat ada sana. Saya akan jawab sekejap lagi. Berhubung dengan Yang Berhormat Sekijang. Ini Menteri-menteri di JPM sedang resah menunggu. Saya rasa sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Jangan gelisah. Okey, berhubung dengan Yang Berhormat Sekijang, bertanya sama ada senarai yang dihantar, yang tertinggal itu sama ada boleh diluluskan ataupun tidak. Yang Berhormat, pastikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pejabat Daerah lulus, kami lulus. Tidak ada masalah. Yang Berhormat hantar mari di NADMA, seminggu dapat peruntukan, tidak ada masalah. Berhubung dengan Yang Berhormat Rasah juga menimbulkan perkara yang sama iaitu senarai mangsa yang disahkan oleh pegawai daerah, senarai mangsa untuk mereka yang layak mendapat wang ihsan. Ia mesti diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah itu, pegawai daerah. Pegawai daerah akan bergantung kepada pendaftaran yang dibuat oleh JKM dan juga APM di pusat-pusat perpindahan. Ada kes yang berlaku di mana seperti di Kota Belud yang saya hadir lewat malam itu dalam pukul 11 tetapi Yang Berhormat Kota Belud hadir lebih awal dengan hebatnya. Dia telah memberikan peruntukan juga dengan hebatnya sehingga orang di situ tersenyum dan gembira. Akan tetapi kita ada masalah sebab pendaftaran tidak dibuat kerana kita kekurangan pegawai sebab ia berlaku serentak. Akan tetapi malam itu juga saya buat, malam itu juga kita mendapatkan buku dan malam itu juga kita daftar dan sekarang ini Kota Belud alhamdulillah, mendapat sewajarnya apa yang mereka dapat. Orang tanya, “Kenapa belum dapat wang ihsan?”. Ini kerana kami tidak dapat senarai. Yang kita dapat senarai sekarang ini ialah dari Perlis, kita akan bayar pada minggu ini juga, kemudian dari Penang, senarai itu pada 7 November kita dapat senarai, pukul 10 pagi kita dapat senarai tetapi pada 8 November, senarai lain telah berlaku, 9 November saya pergi pula ke Penang dan saya tengok senarai lain berlaku, dua kali ganda daripada senarai awal. Jadi saya kata, setakat ini cukup kita berhentikan pendaftarannya sebab kalau tidak nanti, kita tidak berhenti untuk mendaftar. Daftarnya sudah ke tahap dua kali ganda, Yang Berhormat. Jadi walau bagaimanapun, biarlah JKM dan juga pegawai daerah mengesahkan senarai tersebut. Jadi, bagi soalan Yang Berhormat kata orang yang tidak berpindah, jadi inilah masalah yang timbul sekarang ini. Biarlah Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai daerah untuk mengesahkan apa yang berlaku di tempat masing-masing. Yang Berhormat Parit, saya sudah habis untuk menjawab di bawah portfolio saya, Tuan Pengerusi. Sekarang saya ingin sentuh JPNIN sedikit sebab Yang Berhormat Parit datang sini, Yang Berhormat.

Jadi, Yang Berhormat Parit telah menimbulkan pelbagai perkara iaitu peranan JPNIN dalam hal ehwal perpaduan kaum dan tindakan kerajaan berhubung dengan perpaduan kaum yang dilihat semakin runcing. Yang Berhormat, kerajaan menyedari bahawa usaha untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum bukanlah satu usaha yang mudah. Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan mendampingi dan mendidik, dengan izin, engagement and educate, JPNIN telah memainkan peranan dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti berikut: (i) memperkasakan kepimpinan 7,900 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara agar peka dan sensitif terhadap isu- isu atau gerakan-gerakan yang sengaja mengancam untuk memecahbelahkan perpaduan dan juga keharmonian rakyat; (ii) menyemaikan mesej keharmonian, kedamaian dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum serta agama dalam program dan aktiviti seperti sambutan Moments of Unity, sambutan World Interfaith Harmony Week for Tolerance, dialog harmoni dan lain-lain; (iii) mengadakan percambahan idea di kalangan golongan muda melalui wacana, perbincangan meja bulat, seminar dan juga forum; (iv) menyelesaikan konflik komuniti dan memupuk perdamaian di peringkat akar umbi melalui mediator komoditi; (v) meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara kepada 6,218 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan sekolah menengah dan 150 sekretariat Rukun Negara di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara; (vi) menggalakkan silang kerjaya dan budaya di syarikat-syarikat milik bumiputera dan bukan bumiputera melalui penyertaan mahasiswa dalam Program Latihan Industri Perpaduan; (vii) menyemai nilai-nilai murni kepada kanak-kanak melalui pendidikan prasekolah di seluruh negara; (viii) menyebarluaskan mesej dan slogan agar budayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian melalui penglibatan syarikat- syarikat swasta, GLC dan juga bukan kerajaan.

Secara keseluruhannya kerajaan telah bersungguh-sungguh melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara Malaysia tercinta ini. Namun usaha-usaha ini tidak akan berjaya tanpa komitmen dari masyarakat Malaysia. Oleh itu rakyat sewajarnya berfikiran lebih rasional dan tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan laporan dalam media sosial kerana tidak semua kandungan yang disebarkan itu adalah benar dan kadang-kadangkala sesuatu insiden yang telah lama berlaku untuk dikitar semula dengan hasrat untuk sengaja menarik perhatian dan mencetuskan keadaan panik dan kebimbangan di kalangan orang ramai. Yang Berhormat Bagan Serai- yang tidak hadir saya akan jawab secara bertulis. Jadi, akhir sekali untuk kementerian ini, saya ingin menggulung di sini bahawa kita menyeru kepada semua pihak, pemimpin, Wakil Rakyat, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri supaya memupuk perpaduan dan jangan membuat perkara-perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan sebagainya. Sekian, terima kasih sekali lagi kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Pensiangan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri dari kawasan Parlimen Kota Belud.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Tuan Pengerusi, izinkan saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018, Jabatan Perdana Menteri peringkat Jawatankuasa yang turut menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya. Tuan Pengerusi, Ahli Parlimen Pasir Gudang telah membangkitkan mengenai perancangan TalentCorp dan strategi secara spesifik untuk membawa pulang tenaga pakar Malaysia yang berada di luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TalentCorp menjalankan program-program outreach yang fokus dan strategik. Melalui siri program outreach sebegini, pelbagai maklumat berkenaan peluang pembangunan kerjaya dan pertumbuhan industri-industri yang berdaya saing di Malaysia dikongsikan kepada para profesional warga Malaysia di luar negara. Para profesional warga Malaysia di luar negara juga dihubungkan secara terus dengan majikan- majikan berpotensi untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai prospek kerjaya sebenar yang ditawarkan oleh pihak industri di Malaysia. Penglibatan TalentCorp dengan pemegang-pemegang biasiswa kerajaan di luar negara juga telah dipertingkatkan dengan sasaran untuk membawa mereka pulang ke tanah air bagi memenuhi keperluan industri. Kerjasama di antara pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan majikan-majikan berpotensi telah dieratkan lagi bagi mencapai usaha murni ini. Mulai tahun 2018, TalentCorp akan memperkenalkan program baru yang dikenali sebagai KNOWMADS atau Program Diaspora Perantauan Profesional Malaysia. Melalui inisiatif ini, profesional yang berada di perantauan diberi peluang untuk berkhidmat dan memberi sumbangan kepakaran kepada projek-projek tertentu secara jangka pendek. Contohnya, sebagai Professor Adjunct atau penyelidik di universiti-universiti di Malaysia. Sejak inisiatif Returning Expert Programme diambil alih oleh TalentCorp pada tahun 2011, seramai 4,496 profesional warga Malaysia telah diluluskan untuk kembali ke tanah air melalui program ini. Menurut laporan Bank Dunia bertajuk “Improving the Effectiveness of TalentCorp's Initiatives: Assessment of Returning Expert Programme and Residence Pass-Talent” pada Jun tahun 2015. Analisis cost-effectiveness menunjukkan bahawa, terdapat faedah bersih dari segi kewangan iaitu manfaat fiskal bersih sekitar kira-kira RM27,000 bagi setiap individu yang pulang ke Malaysia melalui Returning Expert Programme (REP). Anggaran tersebut tidak termasuk positive economy wide externalities, dengan izin, yang dijana oleh bakat dan kemahiran tinggi tersebut selepas kembali bekerja. Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Parit Sulong juga membangkitkan mengenai usaha dan peranan TalentCorp untuk membantu wanita kembali bekerja. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2011 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu sasaran untuk meningkatkan sumbangan wanita dalam ekonomi dengan meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita kepada 55 peratus menjelang tahun 2015. Sasaran ini seterusnya ditingkatkan kepada 59 peratus menjelang tahun 2020 semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat pembentangan Bajet 2017. Antara inisiatif untuk meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita ialah Career Comeback Programme (CCP) yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberikan insentif kepada majikan untuk merekrut dan mengekalkan wanita yang memilih untuk berehat daripada kerjaya.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

TalentCorp dalam inisiatif bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan dua geran. Resourcing Grant dan Retention Grant untuk menggalakkan majikan menggaji wanita yang memilih untuk bekerja semula setelah berehat dari kerjaya dan mengekalkan mereka dalam pekerjaan selama lebih daripada enam bulan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan menggalakkan majikan untuk merekrut wanita untuk bekerja semula setelah berehat dari kerjaya dan mengekalkan mereka dalam pekerjaan selama lebih daripada enam bulan. Bagi wanita Program CCP memberikan peluang untuk menghubungkan mereka dengan majikan seterusnya mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan yang disediakan dalam pasaran kerja. Wanita yang layak mendaftar untuk program ini akan berada dalam pangkalan data TalentCorp sebagai wanita yang aktif dan bersedia dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan. Dari semasa ke semasa, wanita akan mendapat manfaat daripada bengkel, latihan dan berita mengenai program yang dijalankan khas untuk merekrut wanita untuk bekerja semula setelah berehat dari kerjaya. Dalam kaji selidik bersama antara TalentCorp dan ACCA iaitu ‘Retaining Women in the Workforce’ pada tahun 2012, mendapati 93 peratus wanita berhasrat untuk kembali bekerja. Namun, terdapat 63 peratus wanita yang ingin kembali bekerja mendapati sukar untuk memasuki semula tenaga kerja berikutan persepsi dan kecenderungan majikan dalam proses pemilihan. Dalam hubungan ini kerajaan melalui TalentCorp menyediakan resourcing grant untuk menggalakkan serta menarik majikan merekrut dan mengekalkan wanita bekerja dengan meningkatkan kemudahan mesra keluarga terutamanya bagi pekerja wanita. Di samping itu, retention grant disediakan bertujuan untuk memberikan insentif pada majikan mengekalkan wanita di tempat kerja. Tuan Pengerusi, pertumbuhan ekonomi negara- Ahli Parlimen Jasin membangkitkan persoalan mengenai usaha kerajaan bagi memastikan negara mencapai sasaran. Sasaran pertumbuhan ekonomi 2020, sasaran 40 peratus pampasan pekerja ataupun compensation of employees kepada KDNK dan ekonomi berpendapatan tinggi dapat dicapai menjelang tahun 2020. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang menyemak semula unjuran perkembangan ekonomi Malaysia sehingga tahun 2020, dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun 2018. Semakan ini dibuat dengan mengambil kira faktor pemulihan economy global termasuk harga komoditi utama dan pengukuhan kadar mata wang ringgit. Pada tahun 2016, pampasan pekerja kepada KDNK telah meningkat kepada 35.3 peratus berbanding 34.8 peratus pada tahun 2015. Peningkatan ini dijangka akan berterusan berdasarkan antara lain, peningkatan produktiviti buruh dan jangkaan peningkatan kadar gaji minimum. Sasaran 40 peratus COE pada tahun 2020 juga akan disemak semula berdasarkan perkembangan ekonomi semasa. Malaysia berada di atas landasan yang betul Tuan Pengerusi, untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pendapatan negara kasar, per kapita Malaysia telah meningkat sebanyak 3.8 peratus setahun daripada RM25,322 atau USD 7,184 pada tahun 2009 kepada RM37,759 atau USD 9,102 pada tahun 2016. Berdasarkan tahap minimum PNK per kapita bagi status negara maju berpendapatan tinggi yang ditetapkan oleh Bank Dunia sebanyak USD 12,235. Ini bermakna Malaysia perlu melangkaui jurang sebanyak 26 peratus lagi sebelum mencapai status berkenaan. Oleh itu, usaha lebih giat perlu dipertingkatkan bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai pada tahun 2020. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah tahap produktiviti yang masih rendah berbanding dengan negara-negara maju dan beberapa negara membangun. Di samping itu negara masih lagi bersaing dengan negara-negara serantau dari segi ekonomi berintensif buruh dengan kos yang rendah berbanding model berintensif inovasi. Oleh itu terdapat potensi yang besar bagi negara untuk membuat lonjakan dan merapatkan jurang perbezaan ini.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Objektif mencapai negara maju ‘lebih’ daripada sekadar pencapaian daripada sudut ekonomi semata-mata termasuklah tahap pendapatan, ia juga merangkumi pembangunan secara mampan dalam aspek sosial dan alam sekitar seiring dengan status sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Negara perlu juga mencatatkan kemajuan dalam aspek sosial ekonomi berkenaan, sebelum ia boleh dianggap sebagai sebuah negara maju sebenar. Ahli Yang Berhormat Jasin juga membangkitkan mengenai usaha kerajaan untuk menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada buruh asing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Malaysia dianggap mencapai guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran nasional sebanyak 3.4 peratus bagi tahun 2016 bersamaan dengan 504,100 penganggur berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016. Kadar pengangguran ini adalah rendah dan stabil, antara 3.1 peratus hingga 3.7 peratus semenjak tahun 1990-an. Negara dianggap telah mencapai guna tenaga penuh sekiranya kadar pengangguran adalah empat peratus atau kurang yang mana ia adalah selari dengan definisi Organisation for Economic Coorporation and Development (OECD). Kadar pengangguran di kalangan belia didapati tinggi terutamanya bagi lepasan sekolah dan graduan yang baru menamatkan pengajian. Daripada jumlah keseluruhan 504,100 orang penganggur, seramai 273,400 orang atau 54 peratus merupakan golongan belia yang berumur di antara 15 hingga 24 tahun. Jumlah ini meliputi 10.5 peratus kadar pengangguran di kalangan belia. Daripada jumlah ini seramai 61,400 orang adalah merupakan graduan yang menganggur dengan kadar pengangguran sebanyak 17 peratus. Ini juga adalah selari dengan Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2016 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang menunjukkan hanya 22.7 peratus graduan yang masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah tamat pengajian. Kadar ini menurun berbanding pada tahun 2015 yang mana 23.9 peratus graduan yang belum mendapat pekerjaan dalam tempoh yang sama. Untuk makluman, graduan yang dikategorikan sebagai bekerja, dalam konteks kajian ini merangkumi graduan yang sedang bekerja, melanjutkan pelajaran, meningkatkan kemahiran serta menunggu penempatan pekerjaan. Di bawah Program Transformasi Nasional, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan dari tahun 2010 hingga tahun 2016 dan sebagai langkah proaktif kerajaan menerusi inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas telah mengunjurkan perwujudan peluang pekerjaan sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu menjelang tahun 2020. Dalam hal ini kerajaan memberi penekanan dalam mempertingkatkan kebolehpasaran graduan bagi menangani isu pengangguran di kalangan graduan. Antara usaha yang sedang dilaksanakan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengurangkan ketidakpadanan antara penawaran dan permintaan guna tenaga pada ketika ini termasuklah: (i) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kepimpinan, etika dan spiritual antaranya menerusi pelaksanaan pentafsiran bersepadu; (ii) meningkatkan pendidikan keusahawanan bagi memupuk minda keusahawanan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran berniaga; (iii) mengurangkan program pendidikan tinggi yang tidak relevan kepada keperluan industri;

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

(iv) meningkatkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum pendidikan tinggi dan latihan praktikal antaranya menerusi program akademi berbentuk 2U2I iaitu dua tahun pembelajaran di universiti dan dua tahun penempatan industri ataupun 3U1I iaitu tiga tahun pembelajaran di universiti dan satu tahun penempatan industri; dan (v) peningkatan program kebolehpasaran graduan melalui program intervensi dan program pusat kecemerlangan industri. Selain itu, kerajaan turut melaksanakan pelbagai langkah intervensi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah Program Skim Latihan 1Malaysia, Program Pentauliahan Profesional, Program Finishing School, Apprenticeship Programme, Bridging Gap Programme dan juga Program Latihan Keusahawanan yang mendedahkan graduan mengenai dunia keusahawanan dan memupuk minat mereka untuk menceburi perniagaan dan keusahawanan. Di samping itu, kerajaan juga sedang dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi dengan menggalakkan industri beralih ke aktiviti rantaian nilai yang lebih tinggi. Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah termasuk meminimumkan ketidakpadanan ataupun mismatch dalam pasaran buruh di mana Jawatankuasa Jurang Kemahiran Kritikal ditubuhkan bagi mengenal pasti jurang kemahiran kritikal dalam sektor strategik bagi perancangan modal insan akan datang dan mempergiat kolaborasi dengan pihak industri untuk mempertingkatkan pengambilan graduan dan menambah baik kualiti program sedia ada. Selain itu, kebergantungan kepada pekerja asing tidak boleh dielakkan sepenuhnya, terutamanya bagi pekerja-pekerjaan bersifat 3D, dirty, dangerous dan difficult yang tidak diminati oleh rakyat Malaysia, terutamanya dalam sektor pembinaan, pertanian dan pembuatan dan juga kekurangan kemahiran tempatan bagi sesetengah bidang yang melibatkan teknologi tinggi. Namun begitu, pihak kerajaan masih mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Antaranya ialah pertama, menggalakkan sektor-sektor yang berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi. Kedua, hanya membenarkan jawatan- jawatan yang tidak dapat diisi dan kurang diminati oleh pekerja tempatan di dalam lima sektor formal iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan. Ketiga, bagi menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pihak kerajaan menetapkan ratio pekerja tempatan dan pekerja asing bagi pihak industri yang menggaji pekerja asing sebagai contoh untuk sektor perladangan ialah keluasan tanah lapan hektar untuk seorang pekerja dan getah pula berkeluasan tanah empat hektar untuk seorang pekerja. Untuk sektor perkilangan bagi syarikat dalam subsektor elektrik dan elektronik, nisbah kelayakan yang telah ditetapkan dua pekerja tempatan bagi seorang pekerja asing. Begitu juga pihak kerajaan turut mengenakan syarat yang ketat ke atas majikan yang ingin menggaji pekerja asing dengan mewajibkan mereka mengiklankan kekosongan sesuatu jawatan dalam portal JobsMalaysia sebelum dikeluarkan sijil perakuan pengesahan majikan. Kelima, mempromosi dan memudah cara peluang penempatan pekerjaan melalui Program Penempatan Pekerjaan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Keenam, melaksanakan Program Train and Place iaitu melatih pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing yang mahir dan yang terakhir mengutamakan exit policy kepada penggajian pekerja asing dengan menyediakan Pelan Pembangunan Latihan Kemahiran kepada pekerja tempatan. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan mengenai usaha-usaha TERAJU membantu usahawan bumiputera hingga mencapai status global.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan serius dan komited dalam menjayakan inisiatif pemerkasaan ekonomi bumiputera dan ia merupakan satu agenda nasional yang amat penting demi memperkukuh dan memperhebatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara. Dalam tempoh enam tahun semenjak penubuhan TERAJU, pelbagai inisiatif dan langkah-langkah baharu yang telah dilaksanakan bagi memacu agenda pembangunan bumiputera. TERAJU merupakan sebuah unit strategik ditubuhkan dan ditugaskan untuk memacu serta menyelaras Transformasi Ekonomi Bumiputera secara teratur dan profesional, dipantau secara terus oleh Majlis Ekonomi Bumiputera dan dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana komposisi keanggotaan MAB terdiri daripada Menteri-Menteri kanan dan pegawai-pegawai kanan tertinggi kerajaan. Pelbagai keputusan penting telah dicapai dalam menentukan dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif baharu PEB. Antaranya adalah seperti Dasar ‘Carve-out & Compete’ yang mana telah menghasilkan penglibatan yang lebih menyeluruh oleh usahawan-usahawan bumiputera sektor pembinaan di dalam projek-projek bertaraf nasional seperti MRT jajaran satu dan dua, LRT 3, Lebuh Raya Pan Borneo dan Menara Warisan Merdeka PNB. Nilai yang telah berjaya di-carved out khas kepada bumiputera melalui 14 buah projek sehingga hari ini, adalah sebanyak RM61.13 bilion. Program-program keusahawanan pembiayaan yang dijalankan dan digerakkan secara kolaborasi dengan kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi Wilayah Pembangunan Koridor, syarikat-syarikat milik kerajaan dan pihak-pihak swasta dan pelbagai institusi perbankan antara seperti Dana Teras dan Dana Mudahcara bumiputera. Juga penetapan KPI bumiputera di setiap kementerian dan syarikat GLC dan GLIC untuk memastikan agenda bumiputera turut dilaksanakan bersama. Keempat, penubuhan Jawatankuasa Khas MAB di Sabah dan Sarawak untuk memastikan usaha pembangunan Bumiputera dapat dijalankan secara menyeluruh dan yang kelima penubuhan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi khas bagi bumiputera. Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, jumlah nilai yang telah dicipta bagi bumiputera di bawah TERAJU sehingga 31 September 2017 adalah sebanyak RM116.4 bilion yang terdiri daripada pelaburan swasta bumiputera sebanyak RM14.2 bilion. Penciptaan nilai sebanyak RM8.5 bilion, pembiayaan perniagaan dan modal insan sebanyak RM7.3 bilion dan peluang perniagaan sebanyak RM86.4 bilion. Sejumlah 3,572 syarikat dan 114,176 individu telah menerima manfaat daripada 31 buah program yang dilaksanakan di bawah TERAJU. Bagi terus melonjakkan syarikat bumiputera berprestasi tinggi, TERAJU telah memperkenalkan Program TeraS pada tahun 2011. Di bawah program ini sebanyak 1,060 buah syarikat bumiputera berprestasi tinggi dan berdaya saing berdasarkan merit telah dikenal pasti. Melalui Program TeraS syarikat-syarikat ini diberikan kemudahan mengakses pemudah cara, pro pertumbuhan seperti Dana TeraS, Dana Mudahcara, Skim Jejak Jaya Bumiputera dan ‘Carve-out & Compete’.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Sehingga kini RM1.7 bilion Dana Mudahcara telah diluluskan kepada 515 projek melibatkan pelaburan swasta bernilai RM14.2 bilion. Projek-projek ini menyediakan sebanyak 44,000 peluang pekerjaan dan bagi dana teras pula sebanyak 436 kelulusan berjumlah RM1.39 bilion sebagai pinjaman kepada syarikat-syariat teras yang dilaksanakan melalui kerjasama dengan bank-bank terpilih. Walau bagaimanapun, kadar peratusan hutang lapuk bagi pinjaman ini adalah di antara dua peratus hingga tiga peratus. Ini adalah kerana peminjam daripada industri minyak dan gas yang terkesan daripada kejatuhan harga minyak dunia.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Bagi melonjak syarikat-syarikat teras untuk menjadi jaguh antarabangsa atau global players TERAJU telah melancarkan satu lagi platform yang dikenali sebagai Teraju International untuk membantu menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi jaguh global. Dua program utama di bawah platform ini adalah Bumiputera Initiatives for Globalization (BIG) yang digerakkan secara kolaborasi dengan MATRADE dan Bumiputera Frontier Financing bersama EXIM bank. Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk tempoh tiga tahun bagi kedua-dua program tersebut melalui bajet tahun lalu. Pada tahun 2016, sebanyak 93 Petunjuk Prestasi Utama Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (KPIPEB) kementerian bagi 25 kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri telah ditetapkan. Sebanyak 23 kementerian telah mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus sasaran KPI yang telah ditetapkan bagi tahun 2016. Tuan Pengerusi, bagi cadangan Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor kerajaan mengambil maklum atas cadangan supaya ditubuhkan satu stop center di setiap kawasan Parlimen untuk terap agenda pemerkasaan bumiputera. Cadangan ini akan dipertimbangkan bagi pihak TERAJU dalam memperkasakan lagi agenda pemerkasaan bumiputera. Ahli Yang Berhormat Gerik, telah mencadangkan supaya kerajaan melalui Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) meningkatkan pembangunan pusat-pusat tumpuan pelancong di Parlimen Gerik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak NCIA telah melaksanakan inisiatif ekopelancongan di Gerik khususnya di Royal Belum iaitu menaik taraf Jeti Awam Pangkalan Aman di Pulau Banding, penyediaan pelan induk bersepadu bagi Hutan Tropika Belum Temengguh dan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan di Hutan Tropika Belum Temengguh. Inisiatif ini bukan sahaja merancakkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan di Royal Belum tetapi memberi kesan limpahan kepada pengusaha-pengusaha bot pelancongan, pengusaha-pengusaha house boat, agen-agen pelancongan dan pengembaraan dan pemandu-pemandu pelancong. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Gerik mengenai industri agropolitan di kawasan Gerik, untuk makluman pihak NCIA sentiasa terbuka untuk menerima cadangan projek atau pun aktiviti yang melibatkan kerjasama sektor swasta dari pelaburan-pelaburan tempatan dan antarabangsa di dalam perusahaan penanaman buah-buahan utama seperti nanas, belimbing, tembikai, betik, pisang, mangga, nangka, jambu batu, durian, rambutan dan manggis merujuk kepada kesesuaian jenis tanah di Gerik. Ahli Yang Berhormat Parit, mencadangkan supaya kawasan Perak Tengah turut dimasukkan dalam perancangan koridor utara. Untuk makluman cadangan untuk memasukkan Perak Tengah di dalam kawasan koridor utara akan dipertimbangkan semasa mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara akan datang. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat Pasir Gudang juga memohon supaya peruntukkan di bawah Butiran 00117 iaitu Pembangunan Perkampungan Nelayan digunakan untuk membina kawasan baru bagi perkampungan nelayan di Pasir Gudang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa prihatin pembangunan perkampungan nelayan terutamanya perumahan dan kemudahan infrastruktur asas. Walau bagaimanapun, Butiran 00117 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang merupakan projek khusus untuk negeri Perak sebagai projek rintis dan masih dalam pelaksanaan. Untuk negeri-negeri lain terdapat peruntukan disediakan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu program khas perumahan nelayan bagi tujuan pembinaan dan baik pulih rumah nelayan. Dengan ini disarankan supaya sebarang permohonan baru boleh dikemukakan kepada MOA untuk pertimbangan selanjutnya. Tuan Pengerusi, akhir sekali Ahli Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan mengenai penubuhan CSDU di mana semua urusan PEMANDU akan dipindahkan kepada Civil Service Delivery Unit (CSDU), Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam.

Datuk Seri Abdul Rahman DahlanUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Kota Belud

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) telah ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menjadi unit peneraju bagi mewujudkan sistem pengurusan prestasi yang merangkumi agensi utama dan menginstitusikan budaya penyelesaian masalah yang sistematik dan efektif dalam perkhidmatan awam. Oleh itu PEMANDU telah diberikan peruntukkan tahunan untuk membantu pentadbir mentadbir urus perbelanjaan operasi dalam menjayakan pemantauan KPI dan pelaksanaan projek di bawah program transformasi negara. Hasilnya pelaksanaan NTP tahun demi tahun telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan dan telah membawa negara kita semakin hampir kepada tahap negara maju menjelang tahun 2020. Selari dengan pencapaian NTP kerajaan mendapati bahawa keupayaan daya saing perkhidmatan awam telah meningkat saban tahun secara tidak langsung kebanyakan usaha perkenakan pelaksanaan projek NTP kini diterajui pihak kementerian yang terlibat tanpa sokongan penuh dari PEMANDU. Pada tahun 2017, berdasarkan keupayaan daya saing perkhidmatan awam yang semakin meningkat keputusan telah dibuat untuk membubarkan PEMANDU mulai 1 MAC 2017 dan memulakan proses peralihan di mana fungsi PEMANDU akan diterajui oleh Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam (CSDU) di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara. Untuk memastikan kesinambungan pelaksanaan National Transformation Program (NTP) kerajaan telah bersetuju bahawa seramai 45 kakitangan PEMANDU Associates ditempatkan di CSDU untuk tahun pertama peralihan dan seterusnya 30 kakitangan ditempatkan di CSDU bagi tahun kedua peralihan sesuai dengan berakhirnya tempoh kontrak kakitangan tersebut. Setakat ini sahaja lah penjelasan saya berikan terhadap isu-isu utama yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan

Saya bertanya berkenaan PEMANDU tadi. Tuan Pengerusi, tadi saya bertanya sama ada PEMANDU masih ada kontrak dengan kerajaan. Apakah projek-projek yang sedang dijalankan? Bersama itu saya tanya juga adakah tender terbuka untuk mereka memenangi projek-projek daripada kerajaan?

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sepanjang yang saya tahu dia tidak membina projek-projek pembangunan dan sebagainya. Apa yang saya tahu PEMANDU Associates in a process of winding down dan banyak kegiatannya hanya terlibat kepada memberikan consultancy kepada kerajaan dan juga kerajaan-kerajaan dan negara-negara luar. Kita berbangga kerana PEMANDU Associates sekarang ini berada di Afrika, di Eropah memberikan negara-negara tersebut banyak nasihat dan pandangan melalui consultancy jobs yang menyelaraskan pembangunan negara-negara tersebut berdasarkan pengalaman PEMANDU dalam mentransformasikan negara kita, program transformasi negara. Setahu saya, saya tiada maklumat berkenaan bajet yang diberikan kepada PEMANDU Yang Berhormat. Mungkin saya boleh buat secara bertulis.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri sedikit. Saya tidak mahu mengganggu tadi kerana kelancaran pembentangan tadi. Saya cuma hendak berpatah balik kepada usaha-usaha untuk menyediakan graduan kita dengan keperluan industri. Akan tetapi bagaimana tentang- walaupun ini bukan di bawah kementerian bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu tidak adakah satu kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi yang menjalankan satu program di beberapa universiti awam di Malaysia iaitu 2u2i dua tahun di universiti, dua tahun di industri. Walaupun program ini dimaklumkan baru mula, adakah pemantauan dibuat bersama dengan urusan yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi? Ada terlibat sama atau hanya Kementerian Pendidikan Tinggi sahaja. Terima kasih.

Itu saya rasa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi akan menjawab. Nanti giliran KPT menjawab soalan untuk peringkat jawatankuasa Yang Berhormat boleh. Akan tetapi seperti yang saya tahu ialah 2u2i ini dan 3u1i ini sedang dalam pelaksanaan sama ada ianya berjaya ataupun tidak- saya pasti ia akan berjaya. Akan tetapi kalau dia tidak berjaya dan ada masalah dan cabaran yang diterima saya harap Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberikan penjelasan. Jadi itulah sahaja....

Sikit Yang Berhormat Menteri. Sini Yang Berhormat Lipis. Tuan Pengerusi, saya ada bertanya tentang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECRDC). Mungkin adakah Yang Berhormat Menteri saya bertanyakan tentang apakah perancangan yang boleh merangsang, menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Wilayah Pantai Timur yang dikatakan dilaksanakan seperti bertaraf dunia. Jadi saya tengok tiada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi saya mohon kalau tiada, saya minta supaya dapat jawapan bertulis supaya saya dapat melihat pembangunan Pantai Timur itu.

Sorry Yang Berhormat ada terlepas pandang. Fokus utama diberikan kepada projek-projek program-program strategik dan berimpak tinggi. Soalannya tadi ialah apakah rancangan ECERDC untuk projek-projek di Pahang pada tahun 2018 terutamanya untuk kawasan Pahang Barat. I think dalam- pembangunan projek-projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Pahang adalah sebahagian pendekatan oleh pihak kerajaan yang bertindak sebagai pemangkin bagi pertumbuhan dan pembangunan luar bandar bagi pembasmian dan kemiskinan bagi rakyat miskin tegar dan orang asli.

Bagi kawasan Pahang Barat, fokus diberikan kepada pembangunan modal insan dan kelompok perniagaan tani. Pembangunan di kawasan Pahang melibatkan projek-projek yang kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan merangkumi kelompok- kelompok ekonomi utama seperti pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, pendidikan serta projek-projek pemangkin seperti infrastruktur dan program pembangunan modal insan. Antara projek-projek dan program utama yang sedang atau telah dilaksanakan di Pahang adalah seperti berikut:- (i) Pelabuhan Kuantan; (ii) Taman Industri Malaysia-China Kuantan; (iii) Loji Rawatan Air Ganchong serta Sistem Retikulasi di Ganchong, Peramu dan Nenasi; (iv) pembangunan Bandar Pelabuhan Kuantan; (v) Taman Negeri Tasik Chini; (vi) pembangunan Ladang Nanas Bersepadu Rompin; (vii) pembangunan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Tenusu di Muadzam Shah; (viii) pembangunan Integrasi Kluster Herba di Chegar Perah; (ix) Program Empower ECER; (x) Program Entrepreneur ECER; (xi) Program TERAJU@ECER. Soalan kemudiannya yang ditanya oleh Yang Berhormat Lipis ialah keberkesanan program modal insan di kawasan Lipis.

Program Empower ECER merupakan program pembangunan modal insan yang dirangka khusus untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat di ECER. Program ini merangkumi dua program iaitu latihan kemahiran dan keusahawanan bagi golongan belia dan dewasa yang berpendapatan rendah dan latihan akademi bagi pelajar UPSR, PT3 dan SPM yang menyasarkan pelajar lemah dan sederhana. Program Empower ECER bermula di kawasan Lipis pada tahun 2011 dan sehingga kini telah berjaya memberi manfaat kepada seramai 1,100 peserta dewasa dan 2,300 pelajar sekolah di Daerah Lipis. Program ini telah berjaya melahirkan 70 peratus daripada peserta dewasa menjadi usahawan dan menjana pendapatan tambahan daripada tahun 2011 hingga 2016. Program latihan akademi pula, Program Empower ECER telah mencapai KPI yang telah ditetapkan. Pada tahun 2016, seramai 300 pelajar Empower ECER Lipis yang mengambil peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM telah mencapai peningkatan akademik 70 peratus ke atas. Akan tetapi, secara keseluruhannya, Yang Berhormat, ECER ini ada dua, tiga perkara yang saya hendak sebut di sini. Mungkin kita terpaksa fikirkan. Satunya ialah Central Spine Road yang akan melalui negeri Pahang. Itu sedang kita- tahun depan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan dalam bajet untuk memberikan peruntukan untuk seksyen yang terbaru. Akan tetapi pada pandangan saya, Central Spine Road ini perlu dipercepatkan bagi membolehkan kita membuka tanah-tanah ataupun kawasan di pedalaman Semenanjung Malaysia. Samalah juga dengan Pan Borneo ataupun North-South Highway. Ini akan membuka laluan baru daripada Kota Bharu sampailah ke Negeri Sembilan dan mungkin boleh dipanjangkan lagi ke negeri Johor. Dengan wujudnya CSR ini, ini adalah game changer yang terbaru, yang kita sedang fikirkan. Akan tetapi kalau dia- ada banyak cadangan. Ada juga cadangan yang ingin menswastakan Central Spine Road (CSR) ini. Akan tetapi ini masih lagi dalam pertimbangan kita kerana kita menyasarkan supaya CSR ini kalau boleh tidak dikenakan tol supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Akan tetapi kalau tidak menggunakan tol, mungkin masa kerajaan untuk membina keseluruhan panjangnya CSR itu akan memakan masa sedikit. Akan tetapi kalau kita bersedia mengenakan tol, banyak syarikat yang berminat dan kita boleh cepatkan CSR itu tetapi tol kena ada. Akan tetapi pandangan kita ialah CSR itu perlu dikekalkan sebagai jalan raya, highway, lebuh raya yang tidak bertol yang akan membuka laluan baru yang akan merentasi pedalaman Semenanjung. Kemudian, saya juga dapat melihat contohnya Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Satu lapangan terbang yang cukup cantik tetapi nampak tidak begitu mencapai potensi sebenarnya. Baru juga petang tadi saya berbincang dengan CEO ECER untuk melihat bagaimana untuk mempertingkatkan lagi aktiviti di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Kalau Tuan Pengerusi pernah pergi ke Terengganu, Lapangan Terbang Kuala Terengganu adalah antara lapangan terbang yang pada sayalah, yang mempunyai saiz sederhana tetapi cantik dari segi reka bentuknya dan it is a waste kalau kita tidak dapat mempertingkatkan lagi penerbangan ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Malah, kalau Malaysia Airports contohnya, berhasrat untuk menswastakan lapangan terbang tersebut, saya kira pihak UKAS di bawah saya dan pihak EPU tidak akan membantah kalau Malaysia Airports berminat untuk menswastakan atau kerajaan ingin menswastakan lapangan terbang ini bagi membolehkan lebih banyak lagi penerbangan-penerbangan daripada luar negara termasuk chartered flights masuk ke negeri Terengganu. Jadi itulah antara lainnya tetapi pada saya, Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kota Tinggi bangun, Yang Berhormat.

Central Spine Road itu adalah satu perkara yang very important dalam keutamaan kita untuk ECER ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya spesifik untuk Yayasan PENERAJU. Saya difahamkan lebih 15,000 penerima tetapi saya juga difahamkan di samping kursus profesional, Yayasan PENERAJU juga menguruskan tentang placement ataupun latihan untuk kemahiran. Saya hendak tahu, berapakah pecahannya? Kalau tidak ada hari ini, mungkin dari segi laporan bertulis tetapi yang pentingnya, apakah KPI yang perlu dicapai oleh PENERAJU dan apakah standard yang dibuat untuk memastikan latihan-latihan itu mencapai matlamat untuk mereka mendapat pekerjaan? Dan Kursus, course yang diperoleh atau pemadanan dapat oleh PENERAJU dan disalurkan kepada badan-badan yang buat latihan ini, saya ingat kalau boleh dijelaskan. Sebab di Pengerang, soalan saya tanya ini, kita lihat 23,000 pekerjaan kemahiran tinggi atau entry level, PENERAJU ada bantu tetapi cuma kursus-kursus yang diberi itu ada yang kursus yang sama dua minggu tetapi course yang berbeza-beza. Sama ada melalui government punya latihan contohnya ADTEC ataupun IKBN ataupun LPLP dibandingkan dengan kursus yang sama juga tetapi digerakkan oleh badan-badan swasta ataupun semi swasta. Jadi saya minta penjelasan sedikit. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana soalan itu agak spesifik- program Yayasan PENERAJU ini banyak, Tuan Pengerusi. Mungkin kalau boleh membantu juga, saya harap Yang Berhormat boleh juga membaca di dalam website Yayasan PENERAJU tetapi spesifik kepada soalan Yang Berhormat, saya akan bagi jawapan bertulis, boleh? Terima kasih.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kuala Krai. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya agak terkedu sedikit mengenai CSR yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri kerana selama ini kita tidak menyebut hendak menjadikan CSR ini sebagai toll road. Baru hari ini kita terdengar, agak mengejutkan. Saya ingat Yang Berhormat Lipis pun sampai tidak terkata lagi, ya. Ia bermula sudah lama tetapi berapa tahun sudah? Enam, tujuh tahun pembinaan. Sepanjang saya menjadi Ahli Parlimen di Kuala Krai menggunakan jalan lama itu, baru 42 kilometer CSR ini berjalan. Memanglah mengambil masa yang lama dan kita terpaksa bersabar tetapi kalaulah alternatifnya untuk mempercepatkan pembinaannya dengan mengenakan tol, saya mohon kepada kerajaan supaya tidak memikirkan, tidak terfikir langsunglah untuk mengenakan tol. Buatlah jalan itu, berilah peruntukan, biar segera dilaksanakan dalam dua, tiga tahun sepanjang yang diperlukan tetapi tolonglah jangan terfikir untuk meletakkan tol. Terima kasih.

Tuan Pengerusi, sebelum Yang Berhormat Menteri jawab. Sedikit sahaja.

Seperti mana yang saya katakan tadi, ini- ya, Yang Berhormat Lipis.

Yang Berhormat Menteri, saya sebenarnya tadi hendak bangun juga. Saya menyokonglah apa yang Yang Berhormat Kuala Krai kata. Sebenarnya, saya nampak dengan pembinaan Central Spine Road (CSR) itu merupakan memang boleh menjanakan ekonomi sebenarnya, boleh pembukaan kawasan- kawasan baru dan sebagainya. Saya pun berharap supaya CSR ini segera dilaksanakan ataupun disiapkan kerana kita boleh menghubungkan sehinggalah ke Negeri Sembilan dan mungkin terus ke Johor. Jadi pada pandangan saya, memang tidak nampaklah kalau hendak dibuat tol lagi. Saya, alhamdulillah dari Merapoh sehinggalah ke Kechau Tui sudah disiapkan. Dulu saya boleh sampai ke Merapoh lebih kurang satu jam 20 minit, sekarang 50 minit. Saya boleh sampai 50 minit sehinggalah ke Gua Musang sekarang walaupun Merapoh-Gua Musang belum siap tetapi dalam pembinaan yang hampir siap.

Jadi saya berharap supaya pihak kerajaan supaya meneliti sepenuhnya supaya disegerakan siap. Kami sudah tidak tahan lagi dengan keadaan jammed daripada Kuala Lumpur sehingga mungkin sampai ke Kota Bharu. Dulu saya boleh pergi ke Kota Bharu tiga jam, sekarang saya kena pergi empat jam setengah. Maknanya disebabkan oleh mungkin ekonomi yang baik kerana kereta semakin banyak, lori semakin besar dan sebagainya. Minta jasa baik Yang Berhormat Menteri perbincangan akan disegerakan.

Tuan Pengerusi, memang CSR ini atau Central Spine Road adalah projek yang agak tinggi dalam keutamaan kita. Akan tetapi oleh kerana dia tidak bertol- saya cuma hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kuala Krai tadi bukan hasrat kerajaan hendak memberikan tol. Cuma saya bagi tahu tadi bahawa ada cadangan daripada pihak swasta yang ingin membina jalan itu dalam kadar yang lebih cepat tetapi dengan tujuan mengenakan tol. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Pada pandangan saya, walaupun idea itu baik tetapi kerana traffic volume-nya pun belum sampai ke tahap yang membolehkan kita mengenakan tol, maka mungkin cadangan itu tidak diterima. Akan tetapi kesannya pula ialah ia akan memakan masa sedikit untuk kerajaan membina keseluruhan CSR itu kerana jauh dan panjang dan terrain ataupun muka bumi yang terpaksa dilalui amat mencabar sekali. Akan tetapi tahun hadapan- saya tidak ada jumlahnya di sini tapi saya masih ingat lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan tambahan peruntukan untuk membina seksyen baru CSR itu. Akan tetapi kalau hendak ditol kan sudah tentu ia akan boleh cepat disiapkan tetapi saya rasa rakyat tidak boleh menerima dan kita memang berhasrat untuk memastikan CSR itu tidak bertol dan maka terpaksalah menggunakan bajet pembangunan setiap tahun. Jadi itulah sahaja Tuan Pengerusi. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan banyak soalan kepada EPU dalam perbincangan dalam Peringkat Jawatankuasa. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, terima kasih. Saya jemput Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri. Sila.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih di atas Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya soalan mengenai agensi di bawah portfolio saya. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Kangsar ingin mengetahui perbezaan di antara kriteria penilaian tahap SME Inovasi Indeks (SMEII) dan Khazanah Harta Intelek Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, Khazanah Harta Intelek Malaysia (KHIM) yang kini dikenali sebagai Innovation Business Opportunity (IBO) adalah merupakan inisiatif oleh PlaTCOM Ventures anak syarikat milik penuh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) melalui kolaborasi bersama SME Corporation Malaysia yang mengumpul dan menyenaraikan harta- harta intelek milik universiti-universiti, pusat-pusat penyelidikan dan industri tempatan kepada peluang-peluang perniagaan yang berpotensi tinggi untuk tujuan pengkomersialan. Manakala, SME Innovation Index ataupun SMEII adalah merupakan lanjutan kepada program National Corporate Innovation Index (NCII) yang kini sedang dibangunkan oleh pihak Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk meningkatkan prestasi syarikat SME melalui suatu ukuran yang boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan tahap inovasi syarikat PKS ataupun SME’s.

Dato’ Sri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Batang Sadong

Seterusnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kuala Kangsar turut ingin mengetahui tahap keselamatan kerahsiaan analisa maklumat syarikat melalui National Corporate Innovation Index (NCII). Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif NCII adalah merupakan inisiatif berkaitan melalui perisian atas talian ataupun online software, dengan izin, yang dinamakan score card NCII, dengan izin, untuk membantu syarikat-syarikat membuat penilaian tentang tahap kedudukan inovasi sesebuah syarikat. Tahap kerahsiaan analisa ini adalah selamat. Kita percaya memang selamat kerana proses penilaian NCII adalah dilakukan di peringkat syarikat yang berkenaan di mana analisa NCII tidak dimaklumkan kepada pihak luaran. Seterusnya, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Kuala Kangsar yang membangkitkan yang ingin mengetahui keberkesanan inovasi untuk jawatan Ketua Pegawai Inovasi ataupun Chief Innovation Officer (CIO) dengan izin, di setiap syarikat besar. Untuk makluman Yang Berhormat, pewujudan jawatan CIO di setiap syarikat besar adalah amat baik kerana ia akan impak yang positif kepada keberkesanan sesebuah syarikat di dalam aspek pembudayaan inovasi. Terdapat banyak organisasi berinovasi tinggi di peringkat antarabangsa mempunyai jawatan CIO yang memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan agenda inovasi syarikat secara lebih berstruktur dan terancang untuk menjadikan sesebuah organisasi lebih berinovatif dan berdaya saing. Lagi daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar, Tuan Pengerusi ialah beliau ingin mengetahui sama ada kegunaan General Electric atau GE Innovation Barometer sebagai pengukur inovasi adalah memadai. Untuk makluman Yang Berhormat juga, GE Innovation Barometer adalah merupakan laporan kaji selidik yang dijalankan oleh pihak General Electric secara bebas ataupun independently dengan izin, di setiap negara untuk mengenal pasti landskap inovasi di sesebuah negara di mana laporan tersebut turut melaporkan ekosistem inovasi negara Malaysia yang positif dan menghargai ataupun dengan izin acknowledge. Usaha kerajaan di dalam mempromosikan digitalisasi ataupun digitalization dengan izin sebagai pencetus ekosistem inovasi di dalam negara. Saya berpendapat pihak kerajaan wajar mengambil kira laporan berkenaan sebagai makluman tambahan berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pihak GE secara bebas sebagai pihak ketiga. Selain ini, pihak kerajaan juga turut mengambil kira laporan kedudukan tahap inovasi di peringkat global melalui laporan Global Innovation Index (GII) yang diterbitkan oleh pihak World Intellectual Property Organization (WIPO), dengan izin, dan Cornell University NC. Laporan Global Innovation Index 2017 melaporkan Malaysia berada di tangga kelapan di Asia dan ke-37 di dunia berbanding 127 negara. Malaysia juga adalah salah sebuah 10 negara teratas di Asia selepas Singapura, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, New Zealand dan Australia. Tuan Pengerusi, minta maaf suara ada serak sedikit- serak basah...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat boleh minum sekejap.

Saya minum sekejap... [Meneguk sedikit air minuman] Terima kasih Tuan Pengerusi. Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya terus kepada soalan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah membangkitkan beberapa isu berkaitan teksi dan e-hailing. Yang Berhormat ingin mengetahui apakah rancangan kerajaan untuk membantu pemandu teksi untuk bersaing dengan perkhidmatan e-hailing. Bagi menambah baik peluang pendapatan pemandu dan menggalakkan persaingan yang sihat, salah satu langkah yang direncanakan di bawah program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah menggalakkan pemandu teksi untuk memanfaatkan penggunaan teknologi iaitu aplikasi e-hailing.

Kita sentiasa menggalakkan pemandu teksi untuk menyertai dan bekerjasama dengan mana-mana penyedia perkhidmatan e-hailing agar mereka mendapat akses kepada pengguna atau pelanggan yang berada di dalam platform e-hailing. Pada masa yang sama, SPAD turut menggalakkan agar syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing untuk menjadikan teksi sebagai salah satu pilihan dalam perkhidmatan mereka. Antara syarikat-syarikat e-hailing yang telah pun bekerjasama dengan teksi dan menawarkan kenderaan teksi di bawah platform e-hailing, mereka adalah Zepp On, Uber, dan Grab. Di samping itu, liberalisasi jenama dan model kereta dan penggunaan kadar tambang dinamik turut dibolehkan kepada teksi bagi menggalakkan persaingan yang sihat antara teksi dan e-hailing.

Selain itu Tuan Pengerusi, menerusi inisiatif TITP kontrak pajak akan dikawal selia bagi memastikan dan ia tidak berat sebelah dan membebankan pemandu teksi. Antara terma- terma yang dicadangkan adalah insurans persendirian bagi pemandu, hari percuma dari sewa bagi pemeriksaan PUSPAKOM dan pemberian kadar keuntungan yang sama rata bagi pemasangan iklan pada badan kenderaan teksi. Yang Berhormat Pasir Gudang turut ingin mengetahui apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi yang tidak berada di bawah sistem pajak atau pun yang masih lagi mempunyai baki setahun hingga tiga tahun dalam kontrak pajak sedia ada. Ini kerana dasar bantuan geran RM5,000 yang diumumkan semasa pengumuman TITP hanya memberikan geran tersebut kepada pemandu yang telah tamat perjanjian sistem pajak dengan syarikat teksi. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, kita juga mendapat aduan daripada pemandu-pemandu teksi yang ingin untuk mendaftarkan teksi mereka untuk menyertai platform e-hailing. Akan tetapi, tidak dapat berbuat demikian kerana kenderaan mereka melebihi had umur yang dibenarkan oleh penyedia perkhidmatan. Oleh sebab itulah, kerajaan menyediakan geran berjumlah RM5,000 yang boleh dimohon oleh pemandu teksi yang tidak berada dalam sistem pajak untuk mereka menukar kepada kenderaan teksi yang baru bagi membolehkan mereka juga menyertai dan mendapat akses kepada pelanggan perkhidmatan e-hailing selain daripada operasi street hailing mereka. Seterusnya, ini adalah soalan terakhir daripada Yang Berhormat Kota Raja Yang Berhormat Kota Raja bertanya adakah pihak kerajaan sudah membuat keputusan untuk membina loji kuasa nuklear. Kedua, soalan beliau ialah sekiranya keputusan sudah dibuat. Di manakah lokasi dan bilakah projek akan di mulakan. Ketiga, apakah fungsi MNPC dan sampai bilakah MNPC akan terus wujud. Keempat, sekiranya kerajaan tidak meneruskan projek loji nuklear apakah yang akan terjadi kepada MNPC. Bukankah menjadi pembaziran untuk MNPC terus wujud. Untuk soalan ini, Tuan Pengerusi. MNPC telah ditubuhkan pada 7 Januari 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri yang berfungsi untuk merancang, menerajui dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan tenaga nuklear bagi Malaysia dan mengambil tindakan yang perlu untuk merealisasikan pembangunan loji jana kuasa nuklear yang pertama di Malaysia. Saya hendak nyatakan di sini sehingga kini kerajaan masih belum mengenal pasti atau membuat sebarang keputusan mengenai lokasi untuk pembinaan loji jana kuasa nuklear di Malaysia. MNPC juga bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan infrastruktur nuklear negara selaras dengan garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) atau International Atomic Energy Agency, dengan izin.

Seperti mana negara lain yang giat meneroka tenaga nuklear seperti United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, China dan Saudi Arabia, Malaysia harus meneruskan penerokaan tenaga nuklear sebagai tenaga karbon rendah atau, dengan izin, low carbon untuk jangka panjang bagi menggantikan tenaga berasaskan bahan bakar fosil. Ini adalah selari dengan hasrat rakyat Malaysia terutamanya golongan belia yang meluahkan aspirasi mereka agar Malaysia utamakan kelestarian dan daya tahan alam sekitar dan menjadi sebuah negara yang boleh mencapai carbon neutrality menjelang tahun 2050. Selain itu, oleh sebab teknologi tenaga nuklear sedang giat berkembang dan dibangunkan adalah penting untuk Malaysia terus peka dengan perkembangan teknologi nuklear terkini yang lebih selamat dan kurang menghasilkan sisa. Jadi, itu sahaja soalan- soalan dan jawapan saya. Jadi, saya mengucapkan banyak terima kasih...

Yang Berhormat Menteri ada soalan. Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, di depan saya ada satu petikan surat khabar Star Online and I am quoting Yang Berhormat Menteri, on Thursday 2 November 2017 dan petikan ini ialah hasil daripada ucapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri di Abu Dhabi mengenai Malaysia’s plan for nuclear energy development. It says, the headline, “Malaysia lauded for careful nuke approach” dan saya baca dengan izin Tuan Pengerusi. “Malaysia is now considering nuclear fission as part of its energy mix”, itu satu. Kedua, menyebut nama Yang Berhormat Menteri, “Nancy said that nuclear power formed the basis for Malaysia’s pursuit to lay a strong foundation for future with sustainable energy”. Now, bila saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri dan bila saya baca petikan ini nampaknya ada bercanggah. Sebab, kalau kita baca row petikan ini, this article- nampaknya Malaysia telah membuat satu keputusan untuk go forward untuk membina jana kuasa- nuclear power plant. So, this is contradictory and kalau itu tidak benar, mungkin Yang Berhormat Menteri mesti menjelaskan kepada The Star bahawa dia itu misquoted ataupun salah. Itu pertama. Kedua, tadi saya pun pelik dengar Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa nuclear is low carbon. This is new to me sebab actually we look at it and it is not low carbon sebab sisa itu very carbon. Sisa nuclear power plant itu very carbon and it is very expensive- untuk dia punya simpanan. After you have the simpanan, itu kos untuk simpanan ataupun safe guarding of the sisa itu, more costly than the pembinaan nuclear power plant itself. So, the cost is very high. So therefore, saya tidak faham macam mana projek seperti ini boleh dikatakan sustainable and how can it be part of the mix when it so expensive. So, minta pandangan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan check The Star Online sebab masa itu saya berada di Abu Dhabi, dan saya telah jelas menyatakan, walau apa pun sekali, kami hanya pergi ke sini untuk berkongsi dan untuk mendengar. Saya minta supaya negara-negara lain itu berkongsi kepada kita. Negara expert, ada juga report dari yang lain, dengan izin, negara lain yang jadi expert dalam bidang ini untuk memberi kita pandangan, berkongsi dengan kita supaya ia boleh menjadi guideline, dengan izin, iaitu panduan kepada negara newcomer. Saya ingat saya bercakap semasa itu. Negara newcomer, I was a panel, dengan izin, dan saya meminta supaya negara-negara yang telah menjadi pendahulu daripada kita ini untuk berkongsi dengan kita expertise mereka, experience mereka supaya ia menjadi panduan kepada kita. Daripada segi, Yang Berhormat kata tadi sama ada ia mahal atau apa. Inilah yang kita hendak buat. Kita membuat kajian. Kita membuat kajian dan kita tidak pernah commit untuk mengatakan kita akan membina nuclear plant ataupun meletakkan, menentukan lokasi sebagai tempat untuk kita adakan site dia. Itu memang kita tidak pernah commit. Dan saya ingat sebagai newcomer saya menyatakan kepada mereka yang bertanya kepada saya even the media, saya mengatakan- sebab itulah kami di sini masih lagi dalam tahap mengkaji tenaga nuklear dan belum lagi membuat keputusan. That was really- kita sudah repeatedly menyatakan pendirian.

Tenaga nuklear mempunyai kos yang kompetitif semasa operasi dan ia dikenal pasti sebagai tenaga rendah karbon kerana ia mempunyai kadar pelepasan karbon terendah. Ini adalah daripada findings, dengan izin Tuan Pengerusi. Jadi, setakat ini apa pun argument daripada Yang Berhormat itu ialah masih lagi dari segi it is quite subjective, dengan izin. Ini kerana kita masih lagi dalam tahap kajian dan kita masih lagi hendak mendapat pandangan daripada nuclear experts, dengan izin. Sebab kita telah mendengar ramai dan banyak country, dengan izin yang telah datang kepada kita hendak mengongsikan expertise mereka. Kita ada pergi ke China, kita ada Jepun berkongsi dengan kita, kita ada French yang berkongsi dengan kita dan masa saya berada di sana bilateral dengan Amerika Syarikat pun. Jadi, sebab itu kita hendak tahu kenapa mereka memilih nuclear energy. Kenapa dia memilih apa yang mereka pilih itu and why should Malaysia choose apa yang mereka pilih, dengan izin, dan Abu Dhabi pun membina empat reaktor. Jadi, kita hendak tahu.

Jadi sebab itu Yang Berhormat, kita tidak pernah membuat keputusan untuk mengatakan kita akan commit. Dia tanya saya pada tahun bila. Memang kita meletakkan tahun kita target dalam tahun 2030, dengan izin, tetapi itu hanya target year. Akan tetapi tidak semestinya kita akan terus melakukannya sebab target kita sampai ke situ. Mungkin kita akan mengkaji semula dan seterusnya ia mungkin mengambil masa yang lebih lama ataupun we may not even do anything about it at all bila kita sudah rasa ia not sesuai untuk kita, dengan izin. Jadi Yang Berhormat, inilah- this was my personal statement, dengan izin. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya percaya dengan komitmen yang telah diberikan kepada Dewan ini daripada Yang Berhormat. Saya percaya. I believe you dan Yang Berhormat Menteri pun telah menyatakan isu yang sama pada perbahasan yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu. o, I believe you. Akan tetapi bila kita baca keratan akhbar macam ini, kita pun bukan jumpa hari-hari untuk tukar pandangan. So, kita terpaksa percaya apa yang ditulis dan kita pun terpaksa– adakah kerajaan telah tukar pandangan isu ini? So, I think you need to correct this issue, Yang Berhormat. Itu satu. Kedua, I think you also have to- kerajaan juga harus tengok perkembangan di Eropah sekarang. Di European Union sekarang sebab mereka ada zero nuclear policy, di mana kerajaan-kerajaan seperti Germany sekarang tukar daripada nuklear kepada renewable energy. Kita dapati bahawa dalam kes Germany, mereka ada satu program bernama energy vendor. So, energy vendor itu merupakan di mana mereka membuat penghijrahan daripada fossil fuel kepada renewable energy. So, that is also big development. Oleh kerana penghijrahan ini, sekarang rumah masyarakat-masyarakat tempatan menjana elektrik sebanyak 30 peratus di Germany sekarang. So, this is a way forward untuk renewable energy, climate change dan sebagainya. So, nuclear is not the way to go, but renewable energy is the way to go. So, itu pun kita mesti buat kajian. So, just not focus on the nuclear, but also on the renewable energy.

Terima kasih Yang Berhormat. I appreciate, dengan izin. Saya menghargai Yang Berhormat highlight mengenai report daripada online. Saya menghargai juga Yang Berhormat tahu bahawa kita konsisten dengan statement kita selama ini. Itulah statement saya dan bagi pihak kerajaan dan kita memang konsisten dan tidak ada komitmen untuk terus ke projek nuklear ini.

Yang Berhormat Menteri.

Kedua... Sekejap. Saya belum habis menjawab. Terima kasih.

Oh, belum habis.

Kedua ialah mengenai apa yang berlaku di Eropah. Saya pun bertanya perkara yang sama. Cuma Yang Berhormat, oleh kerana portfolio saya in-charge pasal nuklear, jadi saya tidak bercakap mengenai portfolio orang lain. Jadi, memang pun itu di antara perkara yang saya risau juga. Saya bertanya kepada mereka yang- Germany. Saya tahu tiga buah negara yang telah membuat keputusan ini tetapi ada yang saya tidak boleh commit di sini jawapan mereka kerana ia bukan satu jawapan yang rasmi. Oleh kerana apabila saya berjumpa secara tidak rasmi dengan pihak-pihak yang disebut. Negara-negara yang disebut sini, saya ada bertanya juga kenapa ada negara yang menutup tetapi ada yang mengatakan dia bukan tutup terus tetapi ada yang reconsider dengan cara yang lain. Akan tetapi saya amat menghargai apa yang Yang Berhormat katakan di sini dan saya hendak tekankan di sini. Kita bukan bermakna apabila kita menyebut mengenai nuklear ini, tidak semestinya kita terus akan pergi kepada mengimplementasikannya terus. Akan tetapi perlu ada persediaan dan juga kita membuat kajian dalam hal energy mix yang lain, dengan izin Tuan Pengerusi. Tadi- saya banyak berterima kasih kerana inilah yang kita mahu. Apa yang kita mahu di Malaysia ini Yang Berhormat. Kalau kita hendak melakukan sesuatu, kalau rakyat Malaysia hendak menentang kah, hendak bersetuju, kita mahu rakyat Malaysia adalah rakyat yang mempunyai maklumat. Seperti Yang Berhormat katakan, it is not a sustainable energy bagi Yang Berhormat tetapi kita hendak mendengar rakyat Malaysia yang bersetuju atau tidak bersetuju dengan informasi yang tepat. Jadi, inilah yang kita mahu. Atas sebab itu, kalau ada communication mengenai nuklear ini, bukan bermakna kita terus hendak implementasi. Kita hendak menggalakkan rakyat kita menjadi rakyat yang bermaklumat. Knowledgeable, dengan izin. Jadi, terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Cukup, Yang Berhormat?

Yang Berhormat Kota Raja.

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak tanya, kita ada Malaysian Nuclear Corporation. Do we have an establishment untuk renewable energy seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Klang tadi? Oleh kerana sudah beberapa tahun kita invest, kita melabur dalam MNC ini tetapi kita tidak dengar yang kerajaan kita maknanya betul-betul serius juga dengan alternatifnya iaitu renewable energy dan kita kira dari segi sustainability. Rakyat Malaysia lebih pro kepada renewable energy, because you know the problem with nuclear energy. Jadi, saya ingin tahu do we have a parallel- Adakah kita ada satu institusi lain? Sepatutnya kesemua kajian mengenai energy ini comes under one institution, because renewable energy bukan di bawah Menteri. Jadi, dia mungkin tidak mendapat satu metro view kesemuanya.

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya ada sejarah di sebalik kenapa ditubuhkan MNPC ini. Kalau saya hendak cerita, itu cerita panjang dan bukan di bawah saya juga. Jadi, sebab itu lahirnya MNPC. Jadi, yang Yang Berhormat tanya tadi mengenai renewable energy, adakah badan yang tertentu? Sebenarnya di bawah KeTTHA, kita ada Sustainable Energy Development Authority bernama SEDA. Mereka mempunyai skop mereka tersendiri yang termasuk dalam hal ini, dalam renewable energy, fuel and tariff, semua itu mereka punya portfolio. Jadi, saya tidaklah menyentuh itu kerana saya hanya bertanggungjawab dalam hal nuklear sahaja.

Akan tetapi Yang Berhormat, betul katakan ia tidak menyeluruh kerana saya tidak dapat menyentuh portfolio orang lain dan saya tidak mempunyai maklumat. Jadi, terima kasih Yang Berhormat bertanya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih. Ya, saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong. Yang Berhormat Menteri, sila. Tidak banyak isu, Yang Berhormat.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Ayer Hitam

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Yang Berhormat Rasah yang telah membangkitkan dua isu berkaitan dengan peruntukan Bahagian Kampung Baru di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat ingin tahu pengagihan peruntukan pembangunan bagi kampung baru di Melaka. Yang Berhormat juga ingin tahu mengenai projek yang telah dilaksanakan pada tahun ini dan akan dilaksanakan di kampung-kampung baru negeri Melaka pada tahun hadapan. Untuk makluman Tuan Pengerusi dan juga maklumat Yang Berhormat Kota Melaka, pada tahun 2017, Bahagian Kampung Baru, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,719,553 iaitu RM1.719 juta untuk pelaksanaan projek-projek pembangunan di 23 buah kampung baru di negeri Melaka. Jadi jumlah ini, sebanyak RM1.274 juta telah diperuntukkan untuk projek-projek infrastruktur seperti menaik taraf dan membina jalan, longkang, pagar, tembok dan sebagainya. Manakala baki peruntukan sebanyak RM445,000 adalah untuk projek amenity social seperti menaik taraf gelanggang, dewan orang ramai, balai raya, landskap dan lain- lain lagi. Projek kemudahan infrastruktur dan amenity social ini bertujuan mempertingkatkan keselamatan dan juga keselesaan pengguna dan juga untuk menggalakkan penduduk kampung baru menjalani aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Selain daripada itu, Bahagian Kampung Baru juga memperuntukkan RM85,800 untuk pelaksanaan projek baik pulih rumah bagi membantu meningkatkan kualiti dan taraf hidup keluarga miskin di kampung baru negeri Melaka.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Ayer Hitam

Maka dengan ini saya mempelawa Yang Berhormat Kota Melaka sekiranya ada keperluan untuk baiki rumah dan juga mana-mana projek meningkatkan infrastruktur, bahagian ini sedia memberi pertimbangan. Bagi tahun 2018 pula, bahagian Kampung Baru telah mendapat kelulusan peruntukan. Oleh kerana tahun ini peruntukan dia lebih daripada tahun 2017 untuk Bajet 2018, maka untuk negeri Melaka dan negeri-negeri lain juga kita sedia memberi peruntukan yang lebih tinggi daripada tahun 2017 dan semua permohonan ini sedang diterima dan dipertimbangkan dan ianya akan diluluskan berdasarkan kepada keperluan justifikasi projek dan juga kesesuaian. Yang Berhormat Rasah juga membangkitkan isu mengenai Kampung Baru. Yang Berhormat Rasah ingin mengetahui sama ada peruntukan pembangunan yang disediakan pada tahun 2017 mencukupi untuk menaik taraf infrastruktur asas di Negeri Sembilan. Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah, pada tahun 2017 bahagian Kampung Baru JPM telah diluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta di mana RM42 juta merupakan peruntukan projek pembangunan dan RM8 juta peruntukan projek baik pulih untuk seluruh negara.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri · Ayer Hitam

Bagi Negeri Sembilan pula, sebanyak RM4.066 juta telah diperuntukkan untuk menyediakan atau menaik taraf kemudahan infrastruktur dan amenity sosial seperti jalan, longkang, dewan orang ramai, balai raya, kemudahan riadah dan sebagainya. Selain daripada itu, RM934 ribu telah diluluskan untuk pelaksanaan projek baik pulih rumah di seluruh Negeri Sembilan. Yang Berhormat ingin tahu sama ada peruntukan itu cukup atau tidak. Saya ingin mengatakan bahawa peruntukan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun hadapan adalah lebih tinggi daripada yang diberikan pada tahun 2017. Manakala kita melihat peruntukan ini, kita juga kena membuat perbandingan yang sama iaitu PBT juga turut diberikan waran peruntukan. Ini bermaksud tidak ada pertindihan dari segi kerja-kerja yang dilakukan oleh KPKT dan juga Bahagian Kampung Baru. Maka apabila kita menilai projek itu, kita akan lihat sumber kewangan sama ada dalam BKP atau sebahagian daripada kampung baru, ianya terletak di bawah jurisdiksi pihak berkuasa tempatan. Jadi sebagai satu gambaran kepada Yang Berhormat Rasah, saya masih ingat lagi dalam pembentangan bajet alternatif Pakatan Harapan pada 25 Oktober baru-baru ini, telah dinyatakan dalam subjek 3.4.17 iaitu Regenerating Chinese new villages. Yang situ dikatakan kerajaan pusat di bawah kerajaan sekarang hanya memberi RM20 juta. Ini adalah statistik yang tidak betul. Secara purata saya sudah kata setiap tahun pasti ada lebih daripada RM50 juta yang kita berikan. Bagi tahun 2018, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah umumkan iaitu RM75 juta, malahan jumlah yang lebih besar daripada komitmen Pakatan Harapan yang mengatakan mereka akan beri RM60 juta. Ini sebagai perbandingan iaitu berdasarkan kepada perbandingan ini, saya menyatakan bahawa komitmen sekarang, komitmen kerajaan untuk Bajet tahun 2018, ianya begitu ketara sekali adalah lebih banyak daripada apa yang di-commit-kan oleh pihak sana. Apa yang saya hendak katakan secara kesimpulan, peruntukan ini kalau kita kata, memadai untuk memenuhi keperluan yang mendesak, itu memang. Oleh kerana proses menaik taraf infrastruktur ini mengambil masa secara progresif dan setiap tahun kita kena buat penyelenggaraan dan kita akan melihat justifikasi projek dan keperluan dan mengikut kemampuan kewangan yang ada pada JPM. Dakwaan Yang Berhormat kononnya ada Ketua Kampung Baru yang menggunakan duit poket, duit saku sendiri untuk menurap jalan. Saya mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat sekiranya betul-betul ada. Saya memang menyanjung tinggi kalau ada ketua kampung macam itu yang sudi mengeluarkan RM100 ribu. Saya yakin daripada siasatan saya, 56 ketua kampung baharu di bawah jagaan, saya belum pernah mendengar ada seorang ketua kampung boleh keluarkan RM80 ribu atau RM100 ribu untuk menurap jalan. Barangkali ada permintaan, dan kita minta supaya mereka meletak mana yang hendak diutamakan dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya, apa yang diminta, itulah kita luluskan. Saya rasa bagi mana agensi pun kita tidak boleh melakukan. Jadi itu sahaja jawapan saya untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Rasah, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Dato’ Wira Razali bin Ibrahim. Sila.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Bismillahi Rahmani Raahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya menyambung bagi lebih kurang 14 agensi. Insya-Allah tidak panjang kalau tidak ada gangguan dan dapat kita bezakan di antara perkara yang berkaitan di Peringkat Jawatankuasa dan Peringkat Dasar kerana sebahagian besar telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri yang berkaitan ketika Peringkat Dasar.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Yang Berhormat Sekijang bertanyakan tentang peruntukan projek jalan FELDA bagi digunakan untuk perparitan. Untuk makluman Yang Berhormat, skop kerja projek jalan FELDA merangkumi kerja penurapan semula jalan kampung, menaik taraf sistem perparitan dan menaik taraf sistem saliran yakni sungai di dalam rancangan FELDA seluruh negara. Justeru peruntukan boleh digunakan untuk perparitan. Kedua Yang Berhormat Jerantut bertanyakan tentang soal sistem bekalan air Felda Sungai Retang. Untuk makluman Yang Berhormat, projek menaik taraf sistem bekalan air di seluruh Felda negeri Pahang yang bermula pada tahun 2012 telah dilaksanakan mengikut keutamaan seperti kelulusan makmal pengurusan nilai yang diadakan pada 27 Februari hingga 2 Mac 2012. Senarai keperluan projek disediakan oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIPB) dan pada masa tersebut projek bekalan air di Felda Sungai Retang telah ditangguhkan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, Felda telah menerima permohonan untuk menaik taraf sistem bekalan air di peringkat Felda Sungai Retang setelah mengambil kira peningkatan keperluan bekalan dan perancangan untuk membina perumahan generasi kedua di rancangan tersebut, Felda telah mengadakan perbincangan semula bersama PAIPB dan sedang menimbangkan untuk melaksanakan projek tersebut dalam masa terdekat. Yang Berhormat Gerik memohon untuk membina baru masjid sedia ada di Felda Bersia. Untuk makluman Yang Berhormat, Felda sememangnya menyediakan peruntukan untuk membaik pulih bangunan infrastruktur di tanah rancangan termasuklah bangunan masjid. Maka pihak Felda akan mengambil maklum tentang permohonan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gerik dan akan membuat pertimbangan sewajarnya seandainya ada peruntukan nanti. Yang Berhormat Sandakan bertanyakan tentang isu penurunan skor dan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah yang terkini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan sentiasa meneruskan usaha untuk menambah baik struktur tadbir urus negara dan memperbaiki kedudukan negara dalam CPI. Walau bagaimanapun, harus kita ingat bahawa usaha-usaha menambah baik adalah bersifat jangka panjang dan hasilnya juga akan hanya dapat dilihat dalam jangka masa yang akan datang kerana bukan mudah untuk mengubah budaya serta amalan lazim. Ia perlu dipupuk secara berterusan. Justeru kerajaan telah melaksanakan bidang keberhasilan utama negara (NKRA), membanteras rasuah di bawah Program Transformasi Negara sejak tahun 2009 yang antara lain berfungsi untuk mengkaji serta melaksanakan inisiatif-inisiatif yang dapat menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah khususnya di sektor awam dan akan kemudiannya diperluaskan juga ke sektor swasta. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah pewujudan Portal MyProcument Kementerian Kewangan yang mendedahkan tender-tender kerajaan yang boleh diakses oleh orang awam, penubuhan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah yang telah memberi keutamaan untuk menyegerakan serta menyelesaikan kes-kes rasuah dan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen dengan kekerapan dua kali setahun secara langsung telah menunjukkan bahawa usaha kerajaan ke arah ketelusan. Penubuhan Unit Integriti dalam semua sektor awam termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC dan badan-badan berkanun juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk mengubah amalan serta menegakkan integriti dan tadbir urus yang baik serta membanteras rasuah secara menyeluruh. Fungsi utama Unit Integriti adalah untuk mengukuhkan sistem kawalan dalaman khususnya dalam mengendalikan sistem pentadbiran dan isu integriti dalam sesebuah organisasi. Untuk sektor swasta dan korporat, kerajaan dalam usaha melaksanakan undang- undang liabiliti korporat yakni corporate liability, dengan izin, dan mempromosikan pengadaptasian sistem pengurusan anti rasuah ISO37001 bagi membendung rasuah dalam kalangan sektor swasta dan korporat.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Kota Raja membangkitkan isu penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dari aspek fungsi, pertindihan fungsi serta agensi seperti SPRM dan implikasi kos penubuhan.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Suka cita saya maklumkan pengurusan integriti dan tadbir urus kerajaan merangkumi aspek yang lebih luas dalam sistem pentadbiran kerajaan yang mana inisiatif anti rasuah merupakan sub set kepada aktiviti pengurusan integriti. Kelemahan tadbir urus berulang dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Prestasi kedudukan negara dalam indeks persepsi rasuah dan penangkapan kes-kes rasuah oleh SPRM memberi penekanan supaya penambahbaikan perlu terus diperkasa. Dalam masa yang sama kerajaan mengambil maklum akan kewujudan dan peranan dalam agensi-agensi sedia ada dalam pengurusan integriti dan tadbir urus seperti SPRM, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan – SIAP; Institut Integriti Malaysia – Integriti; dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia - SUHAKAM. Pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran kerajaan terus dipertingkatkan melalui Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 1/2014 mengenai gerakan pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Namun begitu, matlamat agenda integriti dan tadbir urus baik negara boleh lebih diperkukuhkan melalui perancangan strategi pelaksanaan rapi oleh sebuah agensi peneraju. SPRM melalui Akta SPRM 2009 bermatlamat untuk menggalakkan integriti dan bertanggungjawab tentang pentadbiran sektor awam serta swasta serta melaksanakan fungsi penguatkuasaan bagi membanteras rasuah. Sebagai sebuah suruhanjaya, SPRM boleh mengesyorkan kepada kerajaan tentang langkah-langkah penambahbaikan bagi membanteras rasuah ini. Namun pelaksanaan dasar dan inisiatif pemantapan integriti yang mencakupi bidang yang lebih luas daripada hanya pencegahan rasuah semata-mata dan tadbir urus adalah di bawah tanggungjawab agensi perkhidmatan awam di bawah kementerian kerajaan. Mandat yang sama diberikan kepada SUHAKAM yang antara lain fungsi termasuklah mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah yang perlu diambil berhubung isu hak asasi manusia. Selain itu Integriti juga ditubuhkan untuk memantau menyelaras dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada tahun 2004 yang bertujuan untuk membudayakan nilai integriti berorientasi seluruh rakyat Malaysia. Manakala SIAP iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa berperanan sebagai badan bebas yang memantau integriti dan tadbir urus agensi penguatkuasaan di bawah Akta 700. Pengurusan integriti tadbir urus negara melibatkan isu skop yang lebih meluas dan sebab itu perubahan JITN seperti yang telah kita jawab beberapa kali secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat yang bertanya, satu badan yang akan mengendalikan kesemua perkara yang saya nyatakan tadi, sama ada SPRM, SIAP, SUHAKAM dan juga Integriti. Yang Berhormat Bayan Baru menyatakan pada tahun 2016, bajet yang diterima oleh SUHAKAM adalah RM20 juta. Tahun 2017 bajet SUHAKAM telah dipotong 50 peratus hanya menjadi RM10 juta. Kenapa ia dipotong? Adakah kerajaan tidak mengambil berat mengenai isu-isu hak asasi manusia? Untuk makluman Yang Berhormat Bayan Baru, bajet tahunan SUHAKAM yang diluluskan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM5.5 juta. Maknanya bajet yang diluluskan bagi tahun 2017 lebih banyak iaitu RM10.116 juta. Ini menunjukkan bahawa Bajet 2017 telah pun menunjukkan peningkatan sebanyak 84 peratus dari tahun sebelumnya. Manakala sebanyak RM10.116 juta masih dikekalkan bagi bajet 2018. Bajet SUHAKAM dibangkitkan oleh Seputeh diletakkan di bawah Bekalan B.6 dengan KSN sebagai Pegawai Pengawal. Dalam masa yang sama terdapat agensi lain yang diberikan peruntukan yang lebih. Adakah Kerajaan Barisan Nasional tidak pentingkan hak asasi manusia di negara ini.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Seputeh, penyelarasan kod bajet bagi JPM telah ditambah baik dan kini ianya disusun mengikut program dan klaster iaitu klaster integriti, pengurusan keselamatan, pembangunan wilayah, pembangunan nasional dan sebagainya. Berpandukan klaster bagi agensi dan suruhanjaya di bawah klaster yang sama iaitu klaster integriti, SUHAKAM merupakan penerima bajet kedua tertinggi selepas Biro Pengaduan Awam dan jika dibandingkan dengan SIAP dan IIM yang menerima peruntukan bajet yang kurang dari Suhakam. Justeru kenyataan mengatakan bahawa barisan nasional tidak memberi perhatian kepada isu hak asasi manusia adalah tidak benar. Yang Berhormat Seputeh, dalam kes kehilangan Ramon Goh dan beberapa individu yang hilang didapati pihak PDRM enggan hadir memberi kerjasama dalam sesi pendengaran awam. Adakah ini menunjukkan isu hak asasi manusia seperti ini dipinggirkan dan enggan memberi kerjasama oleh PDRM. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Insubordination of PDRM - Seputeh ini semua tidak betul. Oh, dia pun tidak ada. Tak apa saya beritahu Seputeh melalui rekod Sesi Pendengaran Awam Suhakam yang diperoleh kehadiran dari pihak PDRM sepanjang pendengaran awam berlangsung dengan baik dan memuaskan. Justeru insubordination of PDRM tidak berlaku. Yang Berhormat Taiping menyatakan laporan tahunan SUHAKAM didapati tidak pernah sekalipun dibentangkan dan dibahas di parlimen. Adakah tindakan kerajaan supaya diwajibkan untuk dibentangkan di parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan tidak pernah menolak sebarang usul yang baik untuk dibahaskan termasuklah berkaitan hak asasi manusia. Berkaitan hak asasi manusia ini Yang Berhormat bolehlah cadangkan untuk kita pertimbangkan untuk dibahas dan dibentangkan laporan tahunan SUHAKAM seperti laporan- laporan yang lain. Yang Berhormat Temerloh menyatakan tentang pelbagai agensi organisasi berkaitan integriti yang telah ditubuhkan seperti EAIC integriti namun masih banyak kes melibatkan kerosakan keruntuhan nilai integriti di kalangan penjawat awam. Mengapakah majoriti kes dilaporkan melibatkan kumpulan pelaksana? Untuk makluman Yang Berhormat, Institut Integriti Malaysia (Integriti) tidak akan pernah berputus asa dan sentiasa meningkatkan usaha untuk membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia, terutama kepada penjawat awam. Dalam menambah baik pengisian program-program berteraskan integriti, Integriti telah memperkenalkan pelbagai instrumen seperti Pelan Integriti Organisasi (PIO) yang menjadi blueprint gerakan integriti organisasi; Integrasi Assessment Tools (IAT) yang bertujuan untuk menilai tahap integriti dalam sebuah organisasi di Malaysia dan Malaysia Integriti Profiling (MIP) untuk menilai kecenderungan seseorang individu. Dalam menangani cabaran integriti perkhidmatan awam melalui instrumen-instrumen seumpama ini diharap integriti akan dapat dipertingkatkan. Yang Berhormat Gerik membangkitkan soal, sejauh mana BPA benar-benar membantu rakyat secara keseluruhan. Untuk makluman Yang Berhormat, Biro Pengaduan Awam- BPA, membantu rakyat melalui pengurusan pengaduan awam khususnya aduan terhadap pentadbiran kerajaan yang merangkumi 25 kementerian, 292 agensi kerajaan persekutuan, dan 12 pejabat SUK. BPA menyediakan platform saluran aduan menyeluruh yang boleh digunakan oleh orang awam untuk membuat aduan iaitu menerusi portal BPA, telefon, faks, e-mel, SMS, surat, aplikasi telefon pintar, atau hadir sendiri ke pejabat BPA. Bagi merakyatkan perkhidmatan awam, BPA juga melaksanakan program turun padang melalui program mesra kaunter bergerak aduan dan kaunter aduan bergerak bersepadu. Usaha ini merupakan inisiatif proaktif BPA untuk memudahkan orang awam bagi menyalurkan aduan.

Dato’ Wira Razali bin IbrahimUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Muar

Bagi tahun 2017 sehingga September tahun ini, sebanyak lima program mesra, 114 program kaunter aduan bergerak, dan lima Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu telah dilaksanakan dan program ini telah dilaksanakan di pelbagai lokasi di Malaysia dengan bilangan pengunjung seramai 14,361. Yang Berhormat Rasah bertanyakan tentang tindakan BPA jika agensi yang diadu tidak memberikan kerjasama sehingga menyebabkan aduan awam tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari. Untuk makluman Yang Berhormat penyelesaian aduan dalam tempoh 15 hari BPA dipandu oleh tatacara pengurusan aduan BPA yang merangkumi pengeluaran surat akuan terima, surat kepada agensi, surat kepada pengadu yakni mengenai keputusan aduan dan soal selidik serta surat penghargaan kepada agensi. BPA akan menghubungi agensi pada hari kelima untuk mendapatkan penjelasan berkaitan sesuatu aduan seterusnya satu mesyuarat akan dibuat bagi membincangkan aduan tersebut. Walau bagaimanapun, agensi yang tidak dapat menyelesaikan aduan dalam tempoh 15 hari bergantung pada kompleksiti aduan perlu mengumpulkan alasan untuk dimaklumkan kepada pengadu secara umumnya aduan kompleks memerlukan masa yang lebih lama kerana siasatan rapi perlu dilaksanakan. Yang Berhormat Kulai bertanyakan tentang status siasatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang berbelanja mewah di Bali. Adakah perbelanjaan ditanggung oleh kroni. Mengapakah beliau tidak diarah bercuti semasa siasatan dijalankan ke atas beliau. Sebenarnya Yang Berhormat perkara ini telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 8 November yang lepas. Sebagai tambahan, pihak polis sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan juga mengenai siasatan yang telah dijalankan pihak Jabatan Peguam Negara juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah pasukan petugas khas di bawah Jabatan Peguam Negara akan memantau siasatan kes ini...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh minta penjelasan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya hendak minta penjelasan sikit. Oleh kerana di sini unsur yang saya sebut tadi adalah tentang rasuah, kerana kalau dia pergi bercuti mewah dengan kroninya yang buat bayaran, saya rasa itu mungkin satu yang berunsur rasuah. Jadi saya hendak tanya sama ada pasukan PDRM tersebut yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri juga akan menjalankan siasatan sama ada percutian mewah di Bali dan Hong Kong itu berunsur rasuah atau tidak? Saya hanya nak dapat kepastian daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.

Buat masa ini, dia setakat siasatan dibuat oleh pihak polis. Untuk kita memberikan penekanan betul atau tidak dakwaan yang dibuat, sama ada pihak SPRM akan membuat siasatan, saya rasa ia bergantung kepada siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan pemantauan yang dibuat oleh pihak Peguam Negara kerana ini bukan kes yang biasa. Orang atau subjek adalah ketua kepada agensi yang hendak menyiasat. Saya rasa Yang Berhormat pun faham. Akan tetapi kita perlu ingat, tidak ada orang boleh lari daripada sebarang bentuk kesalahan. Akan ada prosedur-prosedur lain. Buat masa ini, pada saya, kita perlu memberi peluang kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kerana ada laporan-laporan polis yang dibuat. Jadi kita hendak kena tahu juga betul kah pergi Bali. Ramai yang tanya hari itu, betul kah dia orangnya. Ini semua andaian yang akan dapat kita peroleh jawapannya selepas pihak polis selesai membuat siasatan...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, panjang lagi kah Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Panjang lagi?

Tak, ini baru separuh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Kalau yang tiada dalam Dewan...

Jangan jawab?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Jawab secara bertulis ya.

Okey. Terima kasih atas ruling itu, Tuan Pengerusi. Kita jawab bertulis ya. Yang Berhormat Kulai bertanyakan tentang kadar sabitan yang menurun pada tahun 2013-2016. Yang Berhormat, pihak SPRM tidak boleh ukur sabitan itu sebagai prestasi menaik atau menurun. Yang Berhormat pun faham sebab ada kes dia ambil panjang, ada kes dia ambil pendek. Jadi, kita tidak boleh ukur jumlah sabitan atau pendakwaan mengikut tahun. Mungkin ambil masa yang panjang, ia akan refleks pada tahun yang panjang tersebut. Namun begitu, SPRM akan memberikan terus kerja-kerja untuk meningkatkan prestasi. Untuk makluman Dewan, peratusan sabitan kes di mahkamah bagi tempoh empat tahun sebelum ini iaitu sejak tahun 2013 ialah sebanyak 84 peratus sabitan. Tahun 2014 sebanyak 78 peratus. Tahun 2015 sebanyak 77 peratus dan tahun 2016 sebanyak 87 peratus. Yang Berhormat Bukit Katil, ada? Yang Berhormat bertanyakan tentang keperluan logistik siasatan SPRM yang dikatakan ketinggalan zaman. Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keperluan logistik SPRM termasuklah peralatan-peralatan untuk siasatan dan keperluan ICT bagi memperkasakan operasi SPRM. Ini boleh dilihat dari pembinaan bilik Video Interview Room (VIR) di SPRM bagi memastikan rakaman percakapan orang yang disiasat atau saksi yang dirakam bagi memastikan tiada unsur-unsur paksaan dan ugutan semasa rakaman percakapan saksi dijalankan. Saya rasa SPRM sahaja ada bilik ini dalam negara kita. Tempat lain pun tak ada yang semua dirakam. Tempat lain tak sebaik SPRM. Selain daripada itu, SPRM juga telah membangunkan sistem Complaint Management System (CMS) dengan izin, bertujuan untuk menguruskan aduan-aduan atau maklumat yang diterima oleh SPRM dan seterusnya pengadu akan mengetahui status aduan yang dilaporkan kepada SPRM tersebut. Kerajaan akan sentiasa menimbangkan daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi operasi menambah baik gerak kerja SPRM.

Sikit. Terima kasih Tuan Pengerusi. Dua isu. Satu tentang aduan yang kita buat itu katanya dimaklumkan dalam masa tujuh hari. Daripada segi SOP SPRM, adakah ianya dimaklumkan terus kepada pengadu ataupun pengadu kena ada inisiatif untuk semak dengan SPRM? Itu yang pertama. Keduanya, bilik rakaman tadi. Adakah ianya juga diberi kepada yang membuat aduan? Ini kerana bila lepas buat aduan SPRM, kita akan diminta berikan maklumat tambahan. Adakah bilik rakaman tadi yang disebut canggih dan sebagainya itu disediakan untuk pengadu ataupun hanya untuk saksi kes semata-mata? Terima kasih.

Kita akan jawab tentang apa yang diadukan itu kepada pengadu. Makna, dia akan tahu. Walaupun secara computer generated, tetapi dia akan tahu tentang status aduan dia. Bilik VIR ini untuk semua. Bila kita ambil apa juga rakaman termasuk bila kita panggil itu, tak semua kita panggil akan dituduh. Ada yang dipanggil itu, saksi. Itu pun kita akan rakam. Jadi maknanya, perkara-perkara yang berkaitan dengan satu- satu perkara yang dipanggil dalam bilik VIR, kita akan rakam. Biasa pengadu, dia tak masuk bilik itu. Pengadu, dia datang bagi aduan sahajalah sebab daripada aduan, ada yang kita terus buka kertas. Ada yang kadang-kadang tak ada kena mengena pun dengan rasuah.

Statistik, saya tak boleh bagi tetapi pernah saya bagi di Dewan ini yang tak semua aduan terjerumus kepada perlakuan rasuah. Jadi, pengadu kita tak bawalah ke dalam bilik ini, Yang Berhormat ya. Terima kasih.

Cuma sedikit. Sebagai rekod, saya ada buat dua aduan sebelum ini tetapi kalau ikut jawapan Menteri kita ini, ia akan dimaklumkan. Setakat hari ini, saya ingat dah dua minggu ke tiga minggu tetapi belum lagi dimaklumkan terutamanya kes membabitkan Tan Sri Shafee dan bayaran RM95 juta kes Dato’ Seri Anwar dan sebagainya. Yang ini, saya ingat perkara yang serius. Kalau boleh, Menteri maklumkan kepada pegawai yang berkaitan. Terima kasih.

Saya tak perlu beritahu dekat pegawai pun. Kita tak beritahu pengadu tentang hasil siasatan. Kita beritahu yang aduan itu dah terima dan kita ambil tindakan. Takkanlah hak siasatan kita nak buat apa kita beritahu dekat pengadu? Sebab, pengadu ini bukan semestinya orang yang terlibat. Jadi, pelaporan dan malahan semua kes yang SPRM siasat, tak pun lapor dekat saya, tak lapor dekat Perdana Menteri sebab dia ada satu badan. Oleh sebab itu banyak perkara yang dibangkitkan tentang content siasatan kita tak boleh hendak share sebab dia boleh jeopardize, mempengaruhi siasatan yang dilakukan. Maknanya bila dilaporkan balik kepada pengadu itu, kita dah ambil tindakan sahajalah. Bukan beritahu semua perkara kepada pengadu. Itu maksudnya, Yang Berhormat ya. Sebab itu kadang-kadang- Yang Berhormat Puchong pun selalu bangkit. Dia kata dia dah dapat surat, benda itu diambil tindakan tetapi perkembangan dia tak tahu. Yang penting, dapat surat itu. Perkembangan itu taklah tanggungjawab SPRM untuk beritahu kepada pengadu sebab pengadu memberikan satu maklumat untuk kita siasat dan lepas siasat, kita serahkan kepada pasukan penyiasat untuk buat tanpa perlu melaporkan kepada mana-mana orang. Itu ada beza sikit tetapi pengadu tahu bahawa maklumat itu dah diterima dan diambil tindakan.

Saya betulkan. Bukan soal siasatan tetapi maklum balas tentang sama ada kes itu disiasat atau tidak juga kadang-kadang tak sampai kepada kita. Terima kasih.

Itu nanti saya beritahu kepada pegawai. Yang itu betul. Itu biasanya memang kita dah- makna dah terimalah. Nanti kita check, kenapa dua perkara itu tidak dapat diperoleh oleh Yang Berhormat Bukit Katil. Okey. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sekijang...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya. Ada.

Ada ya? Dan Yang Berhormat Bukit Katil. Bertanyakan tentang GERAH. GERAH ini adalah seperti yang semua maklum, Gerakan Revolusi Anti Rasuah, telah dilancarkan pada 8 Mei. GERAH adalah satu gerakan untuk mendekati masyarakat melalui projek turun padang oleh pegawai-pegawai SPRM dengan tujuan untuk mengajak seluruh warga masyarakat supaya menunaikan obligasi memerangi, memberi dan mengusir rasuah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, “Jangan hulur, jangan kawtim, jangan settle”. Harapan SPRM, gerakan ini berupaya mewujudkan masyarakat yang menjadi lebih berani, benci kepada rasuah dan salah guna kuasa serta bangun menentang rasuah bersama-sama dengan pihak SPRM. Susulan itu juga, program Sahabat GERAH telah dilancarkan pada 1 Ogos. Melalui inisiatif ini, semua lapisan masyarakat dijemput untuk menjadi ahli Sahabat GERAH. Matlamat utama adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat. Sejak Sahabat GERAH dilancarkan pada 1 Ogos, SPRM telah berjaya mendapat respons yang baik daripada seluruh masyarakat dengan penyertaan seramai lebih kurang 106,000 ahli masyarakat yang berdaftar sebagai Sahabat GERAH SPRM. Yang Berhormat Kuala Selangor bertanyakan tentang transformasi yang dilaksanakan oleh SPRM. Yang Berhormat pun sedia maklum, dalam jawatankuasa yang Yang Berhormat sertai, pelbagai bentuk program transformasi yang telah dilaksanakan beberapa dekad yang lalu dan pihak SPRM akan memikirkan apa juga perkara yang lebih baik bagi kita memastikan usaha kita dapat mencapai matlamat.

Menyedari hakikat ini, maka pendekatan baru berteraskan slogan ‘Mesra rakyat, digeruni perasuah’ telah diperkenalkan pada pertengahan tahun 2016. Bagi merealisasikan hasrat ini, SPRM telah melaksanakan pelbagai program bersama rakyat bagi mengukuhkan jambatan silaturahim termasuk menganjurkan Program Ziarah Kasih, Program Perhimpunan Mahasiswa Antirasuah atau PEMARAH, Program Bersama Komuniti-komuniti Luar Bandar, Karnival SPRM dan Program Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR). Yang Berhormat Kuala Selangor juga bertanyakan tentang status siasatan SPRM ke atas kes pertikaian tanah di Ijok yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan dua syarikat pemaju yang dikatakan wujud unsur rasuah. Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan ini masih dalam siasatan pihak SPRM.

Yang Berhormat Pokok Sena bertanyakan tentang kenaikan gaji kumpulan sokongan dan pengurusan dan profesional dalam bentuk amaun manakala kenaikan gaji kumpulan pengurusan tertinggi dalam bentuk peratusan. Serta bertanyakan juga mengapa kenaikan gaji pengurusan tertinggi perkhidmatan awam tidak terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 2016? Untuk makluman Yang Berhormat, prinsip Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) adalah berasaskan kelayakan masuk dan latihan serta complexity tugas sesuatu gred jawatan. Semakin tinggi sesuatu gred jawatan, semakin tinggilah complexity tugasnya. Prinsip ini bukan sahaja digunakan di dalam perkhidmatan awam negara kita tetapi juga diamalkan di luar negara termasuk di sektor swasta. Untuk makluman Yang Berhormat, mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, ia hanya lebih menumpu kepada penambahbaikan skim perkhidmatan kumpulan pelaksana dan pengurusan serta profesional. Juga maksudnya mereka yang tergolong pelaksanaan gaji permulaan terendah iaitu RM1,200 dalam perkhidmatan awam. Maklumat mengenai kenaikan gaji kumpulan pengurusan tertinggi dan perkhidmatan awam pula terkandung dalam pekeliling berasingan iaitu Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 3/2016. Oleh sebab itu yang tertinggi, tidak ada dalam Bilangan 1/2016 Yang Berhormat rujuk. Yang Berhormat Kuala Kangsar. Ini saya kena bagi satu pengiktirafan kerana soalannya sangat baik dan berpandangan jauh iaitu intervensi psikologi kepada penjawat awam bermasalah. Maknanya bukan jadi satu isu besar dalam negara kita tetapi bertanyakan tentang intervensi yang kita buat kepada psikologi penjawat awam. Sebagai persediaan ke arah negara, kebajikan penjawat awam perlu diambil kira dengan menyediakan perkhidmatan psikologi yang komprehensif bagi membangunkan kesejahteraan psikologi penjawat awam yang holistik. Walaupun penjawat awam yang bermasalah berada di tahap terkawal, intervensi psikologi yang berbentuk preventif dan komprehensif adalah dikendalikan oleh pegawai psikologi di unit pengurusan psikologi yang berada di kementerian dan agensi kerajaan berkaitan. Pegawai psikologi yang bertugas di kementerian dan agensi kerajaan mempunyai kelayakan asas sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau Ijazah Sarjana Muda Kaunseling daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Perwujudan jawatan pegawai psikologi di JPA telah bermula pada tahun 1992 dan seterusnya akan disebar luas ke kementerian dan agensi kerajaan mulai tahun ini. Bilangan pegawai psikologi yang berada di kementerian dan agensi kerajaan terdiri daripada seorang hingga tiga orang pegawai psikologi pada Gred S41 hingga S52 mengikut saiz dan complexity tugas agensi berkenaan.

Antara tugas yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi ialah untuk: (i) memberi perkhidmatan psikologi seperti pembangunan diri melalui program pengurusan stres, pengurusan kewangan dan pengurusan kemarahan serta motivasi, (ii) perkhidmatan kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling berkelompok, kaunseling kerjaya, kaunseling perkahwinan, kaunseling keluarga dan kaunseling keibubapaan; dan (iii) perkhidmatan psikoterapi seperti penyediaan pelan rawatan bagi kes kemurungan dan kebimbangan dan yang lebih mustahak untuk saya kongsi perkhidmatan psikologi dan kaunseling juga turut dipanjangkan kepada ahli keluarga terdekat pegawai sekiranya memerlukan perkhidmatan tersebut. Baik kerajaan ini...

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi...

Ya?... Okey.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sila.

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan saya. Ya, saya faham bahawa kelayakan dan juga kebertanggungjawaban antara pihak gred utama dengan gred yang lain itu sangat berbeza. Akan tetapi saya juga mempersoalkan bahawa dari segi kehidupannya saya fikir kesemuanya memerlukan kepada kenaikan yang lebih cepat, kenaikan tahunan. Ini saya tidak persoalkan dari segi skim gaji yang diterima setiap bulan tetapi kenaikan tahunan itu yang agak berbeza. Maknanya daripada yang atas itu sembilan peratus sedangkan yang lain itu berasaskan kepada amaun dengan pengiraan yang saya buat itu tadi ialah antara tiga peratus ke lima peratus. Jadi bagi saya bahawa sepatutnya kumpulan-kumpulan yang lain itu pun harus diletakkan secara peratus supaya ia lebih lihat jurang itu tidak begitu jauh. Antara kumpulan- kumpulan yang lain itu atau gred yang lain itu pun berbeza tiga peratus ke empat peratus, tiga peratus ke lima peratus dan sebagainya. Sepatutnya kalau kita letakkan lima peratus ataupun enam peratus daripada gaji yang mereka dapat itu seharusnya itu lebih adil bagi saya.

Yang Berhormat patut tambah ada juga yang dapat 10.8 peratus. Makna tinggi daripada pengurusan tertinggi macam Gred 41 kalau ikut penambahan amaunnya lebih kurang 10.8 peratus. Akan tetapi kita akan semak. Kita pun hendak tahu kenapa perkara itu digunakan. Akan tetapi antara perkara yang berlaku adalah jumlah kepegawaian bawah gred-gred itu berbeza-beza... [Disampuk] Gred 41. Yang Berhormat Kapar bertanyakan bagaimana dana RM1.6 bilion dibelanjakan bagi biasiswa. Peruntukan bagi tahun 2018 kepada Jabatan Perkhidmatan Awam meliputi pembiayaan penajaan pelajar dan pegawai tajaan tertanggung yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi dan juga bagi penajaan baru 2018. Maksudnya yang baru dan yang sedang belajar. Oleh sebab dia belajar bukan semua setahun. Ia empat tahun, lima tahun. JPA masih dalam proses merangka program-program penajaan yang akan ditawarkan pada tahun 2018. Penajaan JPA ada dua. Pertama, latihan dalam perkhidmatan. Kedua adalah latihan sebelum perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan adalah penajaan yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau mengikuti kursus pendek dalam menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Latihan sebelum perkhidmatan adalah penajaan yang diberikan kepada pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan model baru penajaan yang berteraskan merit dan inclusivity yang mana turut memberi fokus kepada golongan B40.

Penajaan peringkat Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) bertujuan untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia bagi perkhidmatan awam dan juga bidang- bidang spesifik yang diperlukan oleh negara. SPR, banyak yang sebut SPR ini. Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena ini walaupun dia ada tetapi cerita tentang kem ini sudah jawab banyak kali. Waktu dasar pun sudah sebut tentang 1,079. Cuma saya hendak beritahu sekali lagilah apa yang SPR buat adalah mengikut prosedur dan kita tidak boleh cerita tentang belum siap kem sebab SPR tidak tengok kem dan yang tengok kem ini MINDEF. Apabila peraturan memohon itu betul maka kita luluskanlah. Oleh sebab ada rumah belum siap tetapi yang belum siap itu bilik air, bilik sudah tidur. Ada yang belum siap tetapi dapur sudah boleh pakai. Jadi untuk cerita tentang kem, tanya dekat kem. Akan tetapi untuk SPR, permohonan yang dibuat itu mengikut peraturan dan kuasa-kuasa yang diberikan. Itu maksudnya. Saya sudah jawab banyak kali. Sudah banyak kali dijawab peringkat dasar.

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tidak Yang Berhormat. Peringkat dasar pun Yang Berhormat Menteri kata dia akan tunggu laporan daripada SPR baru ini. Itu saya dengar sendiri.

No, no. Jawapan Yang Berhormat Menteri SPR sudah dapat bantahan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, kalau sudah dijawab yang itu tidak payah ulang Yang Berhormat.

Dia sudah jawab. Semua bantahan untuk 1,079 itu semua sudah dibantah kalau di Segamatlah. Sekarang tengah buat pendengaran. Kita tunggulah pendengaran itu.

[Bangun]

Dato’ Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik. Saya ada soalan tambahan. Okey, Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Betul walaupun SPR mengikut peraturan dan prosedur tetapi ternyata sekarang walaupun Yang Berhormat kata ada rumah buat belum siap tetapi bilik air tidak siap. Akan tetapi syarat untuk seseorang pengundi itu bagi undi awal tentera ini dia mesti berkhidmat di kem tersebut. Jadi sedangkan kem tersebut masih belum beroperasi. Apabila tidak beroperasi maknanya anggota tentera itu tidak berkhidmat di kem tersebut. Jadi sepatutnya bagi saya bahawa kalau dalam pilihan raya, SPR boleh pergi check, hendak buat bangsal dekat mana, hendak tentukan jarak berapa jauh dan sebagainya SPR boleh check. Takkanlah untuk hendak menentukan locality ini sepatutnya dalam kes-kes yang berkaitan dengan tentera ini seharusnya dia mendapatkan satu bukti yang lengkap untuk menunjukkan bahawa kem tentera itu wujud. Jadi persoalan saya, adakah SPR akan mengambil tindakan kepada ATM? Ini kerana membohongi pihak SPR sehingga mencemar nama baik SPR bagi saya.

Itu Yang Berhormat cakap. Akan tetapi Borang ‘A’ yang diisi oleh pihak angkatan tentera itu dipenuhi. Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau hendak pergi tukar alamat pun, SPR tidak tengok rumah Yang Berhormat. Dia tengok dekat IC itu apabila nak tukar, dia tukarlah.

Borang ‘A’ diisi oleh pihak kementerian untuk pertukaran petugas. Benda itu diisi dan kita puas hati dan kita terimalah. Itu sahaja. Oleh sebab itu saya kata peraturan yang diberi di bawah Akta SPR, Peraturan 12, Borang ‘A’ itu telah diisi oleh pihak ATM menetapkan tempat bertugas pegawai dia atau anggota dia dipenuhi ikut peraturan yang ada. Waktu kita pamer, ada bantahan dibuat. Itu Yang Berhormat Menteri sudah jawab.

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, Tuan Pengerusi baik. Bila bantahan dibuat jadi pendengaran awam itu akan dibuatlah kan? Pendengaran awam. Akan tetapi maknanya kalau pihak tentera itu dia akan bawa semua orang yang dia daftar itu mari ke tempat bantahan ini, dia kata, “Ya, kami...” Sedangkan SPR tidak pergi tengok ke tempat itu wujud ataupun tidak. Sudah siap ataupun tidak, beroperasi ataupun tidak. Bermakna bahawa seolah-olah macam kalau SPR berpuas hati, dipuaskan hati oleh pihak ATM selepas ini dalam kes pendengaran awam okey dia akan gazetlah, sedangkan hakikatnya bahawa kem tersebut masih belum beroperasi. Bukan kata Kem Segamat sahaja termasuk ketiga-tiga kem iaitu jawapan kepada Yang Berhormat Batu Gajah dia menjawab untuk ketiga-tiga kem.

Oleh sebab itu ada tempoh untuk bantah. Yang Berhormat pun sudah cerita tetapi Yang Berhormat banyak sangat mengandai-andai lah, kita tunggulah pendengaran itu. Setiap kali kita pamer akan ada bantahan. Saya boleh bacakan bantahan yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia selama ini pun. Oleh sebab itu, SPR akan tengok by document and by power given, dengan izin, dalam undang-undang dan ATM ada membuat permohonan dan Borang ‘A’ itu dipenuhi dan ada bantahan, kan saya sebut tadi. Kalau di belah Bera ada bantahan tetapi tidak banyak lima tetapi di Segamat semua itu dibantah. Tunggulah pendengaran. Yang Berhormat bayangkan jauh sangat fasal apa? Hendak tuduh sampai ambil tindakan dekat ATM dan sebagainya menipu, nama baik SPR, Yang Berhormat Menteri pun tidak jawab macam itu hari itu. Kita sudah beritahu pendengaran akan dibuat..

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ya, bagi saya hendak nama baik SPR tercalar.

Itu Yang Berhormat cakap. Tidak, itu Yang Berhormat cakap. Yang Berhormat, nama SPR, Yang Berhormat...

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apabila dia menerima cadangan daripada ATM pada kem yang tidak beroperasi.

Yang Berhormat, nama SPR tercalar apabila ada Bangla dikatakan sebagai pengundi hantu. Siapa hari ini tidak ada, tercalar-calar sudah SPR. Kita minta mana itu, tidak jumpa juga. Cerita-cerita dongeng ini yang membuatkan orang mula fikir macam SPR ini jahat sangat. Oleh sebab itu saya kata ikut prosedur..

Dato' Haji Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Jadi adakah bermakna bahawa kem yang tidak beroperasi ini satu cerita dongeng sedangkan dia merupakan satu kenyataan.

Prosedur mana mengatakan bahawa- nanti tanyalah kementerian itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

Mereka dok silap ingat Yang Berhormat Pokok Sena itu Bangla.

Kita takkan hendak diam sahaja tengok.

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat Muar, isu lain Yang Berhormat. Ya, beralih kepada isu lain.

Itulah. Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh pun tidak ada. Yang Berhormat Kulai pun tidak ada. Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada. Yang Berhormat Kuantan. Bagaimana hendak pastikan undi awal selamat, kenapa SPR mewartakan sekolah yang tidak wujud sebagai pusat mengundi.

Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, Peraturan 3(1A) Peraturan Pilihan raya, tarikh undi awal hendaklah ditetapkan tidak kurang daripada tujuh hari selepas hari penamaan calon dan tidak kurang daripada tiga hari daripada tarikh mengundi. Semua peti undi awal yang telah dimeterai akan dimasukkan ke dalam beg undi dan juga kemudiannya dimeterai di hadapan ejen tempat mengundi. Beg peti undi ini seterusnya akan disimpan di lokap sehingga tiba proses pengiraan undi. Sekiranya calon ingin mendapatkan akses kepada lokap, calon perlu mendapatkan kebenaran pihak polis yang bertanggungjawab ke atas lokap berkenaan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Lokap 1953. Tentang pewartaan sekolah..

Yang Berhormat, boleh saya celah yang tadi itu. Dalam kes yang ini memang permohonan dibuat kepada balai tetapi tidak dibenarkan untuk saya mengiringi pegawai SPR. Apabila pegawai SPR buka pintu lokap kerana apabila dibuka pintu lokap itu dia hendak ambil kertas undi, kertas undi yang digunakan oleh undi awam dan dalam lokap yang sama diletakkan kotak undi awal. Jadi saya cuma mahu mengiringi dan melihat bahawa tidak ada kotak-kotak undi awal itu tidak diusik bahawa ianya selamat apabila dibuka lokap itu. Akan tetapi disekat dan ditahan oleh Ketua Balai dengan arahan Ketua Balai menggunakan senjata api. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri saya kira ini sesuatu yang tidak wajar sebab sebagai calon kita ada kuasa dan ada hak. Tak akanlah SPR sebab itu saya selalu kata SPR ini toothless tiger. Sepatutnya SPR is the apex of the organization, dengan izin. SPR seharusnya tidak boleh lepas tangan. Kalau ini, ini polis. Kalau ada beli undi, ini SPRM. Jadi SPR buat apa? Tak akan SPR tidak ada kuasa. Macam tadi pun bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata SPR tunggulah orang buat bantahan. This is very irresponsible. Tak akanlah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab macam itu. Maksudnya kita tidak boleh hendak cakap apa. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh kata macam itu the SPR lepas tanganlah. So, anything goes, it’s free for all. Adakah macam itu Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Memang macam itu. Saya hendak buat macam mana. Saya sebut tadi ada Peraturan Lokap. Yang Berhormat boleh ambil video saya dan viral kan macam saya ini hendak mengelak, tidak. Ada Peraturan Lokap, kuasa-kuasa Ketua Balai lah. Yang Berhormat tadi baru jadi calon pun sudah cerita macam hebat sangat. Apa ingat jadi calon boleh langgar semua peraturan? Yang Berhormat mohonlah dekat lokap... [Tepuk]

Boleh tidak SPR letak peti undi awal itu di tempat lain? Kalau tertakluk kepada undang-undang balai. Boleh tidak SPR jaga peti undi awal dan kami jaga 24 jam pun kami sanggup. Boleh tidak SPR buat undang-undang yang macam itu?...

[Dewan riuh]

Pembangkang ini hendak buat undang-undang semua hendak bagi senang dia, mana boleh. Sudah peraturannya macam itu. Ini check and balance. Ada Yang Berhormat tadi cakap...

Come on, it’’s free and fair election we are talking about.

Betul.

Bukan hendak senang mana-mana pihak. I mean we are talking about fair election, bukan berat sebelah. Saya bila mereka kata peti undi selamat, saya kata orang pun mati dalam lokap. Macam mana hendak pastikan peti undi tidak ditukar...

Say lah whatever you like. I just, saya hanya jawab kalau dinafikan selepas mohon itu cerita lain. Akan tetapi kalau setakat kita ini calon, kita boleh langgar semua perkara pun tidak boleh, Yang Berhormat. Janganlah balas saya...

It’s not langgar it’s right. Saya memohon, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memohon dan tidak dibenarkan dan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya ada di depan ini, Yang Berhormat. Ikut peraturan, ya.

Mohon ikut kebenaran. Yang Berhormat kena ingat ya, mohon belum mesti lulus. Ini masalah kawan kita ini bila mohon dia kira lulus, mohonlah. Kalau Ketua Balai itu atas apa juga alasan, dia tidak bagi, tidak bagi. Akan tetapi kalau kita rasa kita calon kita ada kuasa untuk masuk itu tidak berapa kena. Jadi saya cuma cakap apa yang ada dalam peruntukan. Kita tidak boleh ajar untuk melanggar apa peraturan sebab tidak bersama dengan selera kita. Sampai cadang untuk letak peti undi di luar lokap hendak letak mana? Yang Berhormat, cadanglah mana pun kalau Yang Berhormat punya sikap memang tidak akan puas hati dia akan timbulkan juga. Tempat itu tidak boleh kerana apa sebab kita tidak suka. So, peraturan ini sudah guna lama. Yang Berhormat, saya hendak beritahu fasal SPR ini ya. Saya tengok banyak perkara dibangkit. Saya hendak baca sedikit. Kita patut rasa seronok meraikan demokrasi kerana tahun 2013, pilihan raya kita mencatat jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya 84.84 peratus... [Tepuk] Sebelum ini tidak pernah sampai 80 peratus pun. Bermakna kita sudah buat seperti yang sepatutnya untuk orang keluar mengundi. Cuma Yang Berhormat ada masalah tidak dapat masuk lokap untuk mengiring, Yang Berhormat bangkit macam itu satu isu yang sangat besar. Ada banyak cerita fasal SPR yang dibangkitkan kepada saya lebih kepada bersifat political. Banyak cadangan yang hanya dia tengok tempat political kita sahaja. Saya rasa itu tidak adil kepada pihak SPR yang bertungkus-lumus untuk memberikan hak kepada semua. Tidak ada orang yang hendak jadi pengundi tidak dapat jadi pengundi Walaupun 38 juta itu jumlah yang besar, sehingga ada yang menyatakan untuk buat automatik, tetapi tetap ada 16 peratus tidak keluar mengundi pun dalam pilihan raya yang lepas. Jadi pada saya apa yang kita buat ini sebenarnya adalah perkara yang benar-benar hendak kita laksanakan dan Yang Berhormat patut tunggu banyak lagi jawapan yang lain daripada cerita fasal lokap ini.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan kotak peti undi awal itu. Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan kotak undi awal itu, sebelum PRU13 ini bukan banyak kali, ini kali pertama. PRU13 ialah kali pertama kita mengadakan undi awal. Bukan banyak kali, it’s the first time. Sebelum PRU13, kita ada berjumpa parti-parti politik berjumpa dengan SPR dan kita minta untuk kita mengawal, ini the right of the candidate, the right of wakil calon untuk mengawasi peti undi macam polling agent and counting agent sehinggalah proses mengira undi. Jadi persoalannya pada Pengarah SPR ketika itu, bolehkah kita mengiringi dan menjaga peti undi, keselamatan peti undi awal itu sehingga proses mengira undi dan jawapannya ialah, ya. Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa apabila SPR menyerahkan kepada pihak PDRM dan kemudian SPR seolah-olah tidak ada kuasa dan pada saya ini satu alasan untuk menutup kalau berlaku apa-apa. Jadi SPR lepas tangan. Saya rasa ini tidak wajar sebab SPR mesti memastikan bahawa the process is free and fair. Terima kasih.

Jawapan saya samalah. Mohon, sebab dia ada peraturan lokap. Lokap ini bukan suka-suka boleh keluar masuk, Yang Berhormat. Dia ada peraturan. Berkenaan dengan dua sekolah, SK St. Thomas dengan SMK St. Thomas ya. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR telah membuat pengemaskinian daerah mengundi melalui warta senarai daerah mengundi 29 April 2016, tadi Yang Berhormat sebut. Penetapan pusat- pusat mengundi yang akan diguna pakai semasa pilihan raya nanti akan diwartakan setelah dikemas kini ataupun yang akan muktamad kelak.

Yang Berhormat Kuantan sekali lagi bertanyakan tentang pendaftaran pengundi dibuat oleh SPR sebab lokaliti Parlimen, DUN yang salah untuk pendaftaran tersebut, bagaimana perkara ini boleh berlaku. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi maksud urusan Pendaftaran Pemilih, pemohon hendaklah menggunakan alamat dan Kad Pengenalan. SPR menetapkan bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN berdasarkan kepada alamat yang diisi oleh pemohon seperti mana yang dinyatakan dalam Borang ‘A’. Ini adalah selaras dengan Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada peruntukan undang- undang tersebut, SPR hanya melaksanakan urusan pendaftaran pemilih selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Namun, sekiranya pemilih mendapati terdapat kesilapan dalam penetapan bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN oleh SPR, pemohon boleh mengemukakan aduan kepada SPR.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira- terima kasih Tuan Pengerusi. Saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham isu yang diutarakan. Alamat dalam IC itu memanglah alamat yang digunakan sewaktu pemilih itu mendaftar untuk menjadi pengundi tetapi dalam key in process itu, apabila ada lokaliti yang sama di DUN yang berbeza dan di Parlimen yang berbeza, di situ ada timbul kesilapan. It’s an error. It’s a human error, Yang Berhormat Timbalan Menteri. It’s a human error. Jadi persoalan saya, kita duduk bahas tentang bajet, kita bagi butiran-butiran bajet peruntukan untuk strategik operasi dan sebagainya, untuk ICT dan sebagainya. Di sini, apa yang boleh dibuat oleh SPR untuk memastikan bahawa alamat itu didaftarkan di dalam DUN yang betul? Contoh saya bagi ialah Jalan Beserah, satu jalan besar yang sebelah kanan ini DUN lain, Parlimen lain, sebelah kiri DUN lain, Parlimen lain. Sebelah kiri itu ada dua DUN dalam Parlimen lain dan didaftarkan dalam DUN yang berbeza. Di hujung Jalan Berserah, sedangkan alamat ini di awal Jalan Beserah. It is a human error. Alamat dalam IC tidak salah. Jadi, itu yang persoalannya. Apa yang SPR boleh buat untuk memastikan tidak ada error macam ini? Terima kasih.

Berjuta orang daftar, kalau tidak ada yang salah, tera lah. Oleh sebab itu saya beritahu, kalau ada salah, kemukakan, kita betulkan. Itu saja. Jadi kalau Yang Berhormat Kuantan ada, bawa dia punya pun tidak apa, dia boleh e-mel, dia boleh faks, dia tidak datang pun tidak apa sebab kita akan buat semakan untuk pastikan semua pendaftaran tidak ada error. I am speechless, you know, nak pastikan semua pegawai kita boleh buat. Kalau boleh, baguslah ya. Kalau boleh tidak ada salah langsung ini memang hebat. Yang Berhormat Kuala Krai, SPR gagal mengambil kira cadangan SSC untuk menimbangkan jumlah pemilih antara bahagian dalam julat 15 peratus, adakah SPR akan mengasingkan ketiga-tiga fungsi kuasa SPR, sama ada SPR akan menumpukan kepada urusan perjalanan pilihan raya dan suruhanjaya lain untuk melaksanakan urusan pendaftaran pemilih dan persempadanan. Ketiga, bertanyakan tentang SPR bersedia untuk mewujudkan caretaker government. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR dalam menjalankan urusan kajian semula persempadanan telah mengambil kira empat prinsip utama- banyak kali sudah kita sebut, iaitu: (i) kemudahan kepada pemilih untuk keluar mengundi dan bahagian pilihan raya tidak merentasi sempadan negeri;

(ii) kemudahan pentadbiran bagi urusan pendaftaran pemilih dan pilihan raya; (iii) jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar; dan (iv) memelihara hubungan tempatan. Ini empat prinsip yang kita guna tetapi perbezaan bilangan pemilih di dalam mana- mana bahagian pilihan raya supaya tidak melebihi 15 peratus yang ditetapkan oleh Fasal 4, Perkara 116, Perlembagaan Persekutuan telah pun dimansuhkan oleh Akta 14, tahun 1962, seksyen 32 berkuat kuasa dari 21 Jun 1962 dan tidak diguna pakai lagi sebagai pertimbangan. Sudah lama sudah. Tahun 1962 kita tidak pakai sudah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Yang Berhormat Menteri, saya tidak merujuk kepada Perlembagaan. Saya hanya merujuk kepada perbincangan yang kita buat di dalam Select Committee itu, Tuan Pengerusi. Dalam perbincangan Select Committee itu, kita bercakap tentang keseimbangan pengundi. Itu yang saya bertanyakan. Sama ada kita akan revert ataupun kita akan menggunakan panduan ini untuk menentukan jumlah pengundi?

Buat masa ini tidak, sebab cadangan yang Select Committee bincang itu tahun 1962 kita dah batalkan, maknanya kita dah tidak pakai. Benda itu ada dulu tapi pindaan itu dah dibuat, jadi dah tak buatlah. Buat apa nak timbang tahun 1962 kita dah pernah guna dan kita hentikan penggunaan selepas pindaan yang dibuat. Itu maksud saya nak jawab itu. Jadi maknanya kita tidak guna itu. Kita pakai yang empat prinsip tadi. Keduanya, SPR telah diberi kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan yang merangkumi perkara yang berkaitan dengan perjalanan pilihan raya, pendaftaran pemilih dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya. Sehingga kini, kerajaan tidak berhasrat untuk mewujudkan apa-apa suruhanjaya bebas yang baru terutamanya dalam mengasingkan fungsi dan tanggungjawab SPR. SPR mampu dan berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana yang diperuntukkan di bawah Fasal 1 dan 2, Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Mengenai caretaker, untuk makluman Yang Berhormat, tidak ada kuasa perundangan yang boleh dibuat oleh SPR untuk berbuat demikian kerana pelantikan kerajaan hanya dibuat melalui Perlembagaan Persekutuan dan bukan di bawah Akta Pilihan Raya. Makna, caretaker itu disebut di bawah Perlembagaan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Betul, Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Saya tidak mencabar apa yang Menteri sebut. Saya hanya relate apa yang kita bincang dan diputuskan cadangan-cadangan yang dipersetujui oleh Parlimen. Ertinya, bukan SPR yang meminda tapi ruang mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meminda mana-mana yang patut mengikut keputusan kita buat di Dewan ini. Itu saja. Memang dia sendiri tidak boleh buat. Dia mesti ada pindaan kepada undang-undang, kepada Perlembagaan baru boleh buat. Itu maksudnya. Akan tetapi ia nya bermula kerana kita menganggap sekretariat segala perubahan ini ada di SPR. Akan tetapi kalau SPR tidak mampu nak buat dan tidak berminat nak buat, tidak apalah, kita terima, kita cari jalan lainlah untuk memastikan perkara yang kita setuju di Parlimen, kita bersama-sama dalam Parlimen ini, dapat dilaksanakan juga akhirnya. Terima kasih.

Saya kekalkan jawapan saya. Saya tidak sebut kita tidak minat ya. Kita cakap apa yang ada dalam peruntukan ya, itu sajalah. Kalau ada perkembangan lain, nanti saya beritahu. Yang Berhormat Gerik bertanyakan tentang bagaimana status kedudukan belah bahagi sekiranya tiada aduan daripada pemilih serta apakah status persempadanan negeri Selangor memandangkan terdapat bantahan.

Untuk makluman Yang Berhormat, SPR telah melaksanakan pengemaskinian daerah mengundi yang terkini yang kita gunakan seperti yang diwartakan pada 21 April. Sekiranya tiada apa-apa aduan, pengemaskinian daerah mengundi yang dibuat akan kekal dan digunakan oleh SPR bagi yang diwartakan pada 21 April itu tadi. Untuk negeri Selangor, SPR akan menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes saman Kerajaan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 7 Disember sebelum kita menentukan tindakan lanjut selepas itu. Yang Berhormat Seputeh tidak ada. Ini mengenai Parlimen. Yang Berhormat Gerik ingin mengetahui bilakah kawasan pembangunan sekeliling kompleks Parlimen boleh digunakan sepenuhnya.

Yang Berhormat, SPR sudah habis kah atau ikut turutan?

Habis sudah.

Soalan saya mengenai Butiran 010400.

Apa dia?

Tentang pengurusan peningkatan sebanyak 93 peratus.

Oh! Operasi itu ya?

Tidak apalah, saya bagi detail saja tapi jawapan dia, memang dia ada stages. Ada tinggi, ada rendah. Tidak bermakna bila rendah itu kita tidak beri penekanan sebab proses-proses macam mendaftarkan pengundi, dia berperingkat- peringkat. Jadi penggunaan itu telah diberi tahun- kerja bagi operasi itu pada tahun depan semakin berkurangan sebab kita ada RM320 juta yang diluluskan untuk pilihan raya. Kita nak pilihan raya sudah ini, Yang Berhormat. Ada RM320 juta yang diperuntukkan untuk pilihan raya, lagi banyak itu sebenarnya. Nanti saya bagi detail dekat Yang Berhormat lah...

[Bangun]

Duduklah. Apa berdiri lagi?

Soalan saya sebenarnya, kalau Yang Berhormat tahu, itu yang saya bangkitkan. Ada pengurangan 70 peratus di satu bahagian, ada peningkatan 93 peratus.

Itu yang saya beritahu dia ada peringkat-peringkat. Nanti saya bagi detail dekat Yang Berhormat.

Selepas itu ada pula One-Off untuk pilihan raya, PRU14. That is why saya tanya mengapa PRU14 pun ada, lepas itu pengurusan pun ada peningkatan. Kalau ia terbabit kepada PRU14, sepatutnya dimasukkan dalam One- Off.

Okeylah, duduklah.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Duduk, duduk. Saya sudah beritahu tadi nanti saya bagi jawapan dan detail lebih tepat sebab tidak ada dekat sini.

Saya dengar Yang Berhormat cakap itu tapi prosesnya by stages. Ini jenis kalau tidak ada duit mungkinlah kita boleh cerita, ini duit ada, cuma diletak di bawah tumpuan tugas pada ketika itu. Tahun depan dah nak pilihan raya, Yang Berhormat masih cerita yang belakang pun tidak berapa kena, ya. Jadi, ada tempat yang naik, ada tempat yang kurang. Apa yang penting, kesediaan untuk menghadapi dan keperluan bagi kita meletakkan tugas SPR seperti yang kita harapkan terlaksana, yang disediakan oleh Kementerian Kewangan.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Tadi persoalan saya berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan 305 orang pemilih. Dia berada di lokaliti di DUN Kamunting iaitu dalam Parlimen Taiping. Cuma baru-baru ini sampai kepada saya senarai itu telah pun daripada DUN Kamunting itu berpindah ke dalam DUN Sepetang di dalam Parlimen Bukit Gantang. Jadi, persoalan saya hendak tanya, soal belah bahagi ini, adakah perlu kepada kelulusan DUN ataupun hanyalah administrative daripada pihak SPR sahaja? Ini melibatkan soal perpindahan antara Parlimen. Minta penjelasan, terima kasih Timbalan Menteri.

Minta maaf, saya tidak jawab tadi ya? Kita akan pakai belah bahagi, ini tidak ada kena mengena dengan DUN. Ambil contoh ya, ada satu tempat itu nama kampung dengan nama peti undi bertukar. Ini kampung ‘A’, ini kampung ‘B’ tetapi peti undi ini ‘B’, peti undi ini ‘A’. Jadi, pertukaran belah bahagi itu telah membetulkan perkara yang disebutkan tadi. Jadi untuk perpindahan, perkara ini sedang dibuat dan yang terkini itu diguna pakai. Kuasa itu sebenarnya diberikan kepada Ketua Pendaftar ataupun Ketua Pendaftar SPR untuk berbuat demikian. Ia jadi masalah kalau ada hilang terus dalam senarai satu DUN. Akan tetapi setakat perubahan ini ia hendak keselesaan pun diambil kira, kekeliruan itu diperbaiki dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, tentang pemilih daripada satu DUN Kamunting ke Kuala Sepetang itu satu, Ketua Pendaftar ada kuasa untuk berbuat demikian. Akan tetapi ia lebih kepada ke arah menyenangkan, bukan pengundi itu hilang kan? Ia lebih bertukar dari segi kedudukan lokaliti dan tempat mengundi, ya.

Tuan Idris bin Haji AhmadPAS · PNBukit Gantang

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, maksudnya ialah Parlimen berlainan itu boleh dibuatkah? Itu persoalan saya. Kalau di dalam sama Parlimen tidak apa, ini fasal Kamunting itu dalam Parlimen Taiping, sedangkan Sepetang itu dalam Parlimen Bukit Gantang. Kalau di dalam sama-sama Parlimen itu mungkin saya fahamlah. Terima kasih.

Ini saya minta notis, saya bukan tahu semua pun. Ini satu perkara yang saya rasa semua pun nak tahu. Saya minta pihak SPR sediakan jawapan, nanti saya beritahu Yang Berhormat. Kalau sebelum saya habis, ia datang, saya beritahu semua orang sekali. Yang Berhormat Gerik bertanyakan tentang bila siap dan ingin mengetahui usaha untuk perancangan yang diambil untuk mengatasi masalah parking. Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat, pihak JKR melaksanakan projek fasa 3B yang merangkumi blok Ahli Parlimen empat tingkat, dewan serba guna dan yang berkaitan. Projek ini dijangka siap pada Disember 2018, dan insya-Allah dapat digunakan pada awal 2019. Untuk makluman Yang Berhormat, makluman parking yang sedia ada seperti berikut: kereta sekarang boleh 450 buah; motosikal 68 buah. Dalam pembinaan fasa 3B nanti, bilangan parking akan dapat ditambah kereta 200 buah lagi dan motosikal 80 buah. Unit Penyelarasan ICU, Yang Berhormat Tenom tidak ada. Jabatan Audit Negara, Yang Berhormat Gerik. Sejauh manakah Jabatan Audit Negara memantau Kementerian Negeri mengenai laporan teguran yang telah dikeluarkan? Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Audit Negara mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) melalui paparan susulan Lembaga Ketua Audit Negara yang boleh dicapai atas talian melalui portal AG dashboard.

Setakat 31 Oktober, sebanyak 2,912 isu bagi Lembaga Laporan Ketua Audit Negara tahun 2011 hingga 2016 - Siri 1, yang melibatkan 25 kementerian telah dipaparkan dalam portal tersebut. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,592 atau 89.1 peratus isu-isu yang telah diselesaikan oleh kementerian yang terbabit. Manakala, baki 320 yakni 10.9 peratus isu masih belum selesai yang melibatkan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013. Yang Berhormat Temerloh, tidak ada ya. Jadi, lebih kurang itulah Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sedikit.

Ya, Yang Berhormat Bukit Katil.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan tadi dalam perbahasan khusus berkaitan dengan 1MDB dan yang berkaitan, khususnya siasatan SPRM. Boleh saya minta jawapan tentang perkara yang saya bangkitkan? Terima kasih Timbalan Menteri.

Saya tidak pasti apa Yang Berhormat masih hendak, kalau SPRM lah ya. Oleh sebab buat masa ini seperti yang kita semua maklum, pihak Peguam Negara sudah mengarahkan pihak polis atas arahan pada 24 Oktober, termasuk perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tentang laporan Bank Negara. Semua ini buat masa ini masih dalam siasatan oleh pihak AG Chambers yang telah pun memberikan arahan kepada pihak polis pada 24 Oktober yang lalu. Jadi, SPRM pun Yang Berhormat sendiri kata dah tidak ada, memang tidak adalah. Jadi, hendak tanya perkembangan, tambah pula Bench sudah ada semacam ruling untuk kita tidak bercerita, tidak menjawab tetapi saya beritahu. Ini memang jawapan yang terakhir pihak Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan tambahan kepada perkara-perkara yang diminta oleh pihak Peguam Negara.

Sedikit Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Maknanya, it is confirmed lah Timbalan Menteri bahawa MACC tidak ada lagi siasatan. Cuma saya ingin tarik perhatian Timbalan Menteri, saya percaya kerajaan pun aware, dengan izin, bahawa keputusan Majlis Raja-Raja pada tahun 2015 yang meminta supaya siasatan ini mesti dilaporkan secara komprehensif hasilnya agar dapat meyakinkan rakyat tentang isu ini. Jadi, adakah laporan ini akan dibuat secara komprehensif? Kenapa MACC menamatkan dan menutup siasatan ini walhal banyak negara-negara lain telah membuat siasatan. Terima kasih.

FOREX punya pelaburan pun kita buka sampai habis semua. Jadi, pada saya perkara itu bila tiba waktunya nanti akan kita ketahui. Sekarang ini pun ada banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan di UK yang semua cerita mungkin macam satu pihak salah tetapi cerita yang dikemukakan oleh pihak yang satu lagi juga mendapat pertikaian. Jadi, orang Cina kata, man-man lah, man-man ya. Kita tunggu perkara yang sedang disiasat oleh pihak yang berkaitan dan insya-Allah kebenaran itu akan terbukti. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ya, saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ DusukiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Bismillahir Rahmanir Rahiim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Pengerusi.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ DusukiTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Lembah Pantai yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam dan agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya dan Yang Berhormat Menteri dalam perbahasan Bajet 2018 di Peringkat Jawatankuasa ini. Bagi memudahkan penggulungan, saya ingin menjawab berasaskan isu-isu yang dibangkitkan mengikut jabatan dan agensi seperti berikut; JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Institut Wasatiah Malaysia (IWM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Akan tetapi saya akan menjawab berasaskan kehadiran Yang Berhormat di dalam Dewanlah, yang lain itu saya hantar secara bertulis. Boleh Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Sila, sila.

Pertama, Ahli Yang Berhormat Parit Buntar membangkitkan bahawa penambahan peruntukan JAKIM yang mendadak iaitu dengan kenaikan sebanyak RM65 juta dan sama ada peruntukan tersebut turut menyumbang kepada program-program di bawah IKSIM- Institut Kajian Strategik Islam Malaysia. Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat seperti yang kita semua faham, peringkat Jawatankuasa ini kita hanya membincangkan peruntukan perbelanjaan ataupun peruntukan bajet kepada agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dalam konteks ini IKSIM tidak relevan kerana JAKIM tidak pernah memberi sebarang peruntukan kepada IKSIM. Berkenaan dengan tuduhan tadi Yang Berhormat, saya dengar berkenaan dengan tuduhan nakal Yang Berhormat sebut kata JAKIM terlibat dalam program membunuh karakter. Saya rasa ini tidak berasas kerana JAKIM sebagai agensi yang membawa aspirasi dan dasar kerajaan, terutamanya Dasar Wasatiah Negara yang diinisiatifkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sudah tentulah kita tidak boleh memburukkan ataupun melabel mahupun membunuh karakter mana-mana individu. Ini seharusnya dipegang oleh kita bersama sebagai orang Islam bukan sahaja di peringkat Kerajaan tetapi juga di sebelah sana. Istilah- istilah ataupun label-label yang tidak sepatutnya yang boleh mengguris hati mana-mana perasaan. Saya rasa ini adalah tidak wajar kerana apabila kita bercakap soal wasatiyyah maka maksud wasatiyyah bukan hanya dalam kerangka memperjuangkan kesederhanaan tetapi dalam al-Quran disebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Dengan izin. Maksudnya, kita sebagai umat pilihan- umat pilihan, umat yang berpegang teguh kepada syariat Allah. Apabila mengatakan syariat Allah di dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT berfirman, dengan izin... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Sehingga akhirnya. Maksudnya, “Wahai orang beriman janganlah kamu meremeh-remehkan, merendah-rendahkan baik kaum lelaki mahupun kaum wanita.”. Paling penting sekali disebut, jangan juga tanabazu bil alqab. Maksudnya, janganlah kita menggunakan gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh mana-mana orang yang kita panggil dengan panggilan yang tidak wajar. Saya kira di peringkat JAKIM kita tidak pernah menggelarkan sesiapa dan saya harap maknanya ini juga adalah tanggungjawab kita bersama sebagai orang Islam. Kita tidak perlu menggelar sesiapa pun juga...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi. Terima kasih atas pencerahan itu dan saya menerimanya dengan satu mesej yang baik.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Cuma soalan saya tentang IKSIM tadi. Oleh sebab IKSIM mengikut maklumat yang kita terima ada hubungan dengan JAKIM dan juga saya difahamkan program-program mereka juga ditaja oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Jadi di atas persoalan itulah yang saya kaitkan tanggungjawab. Jikalau benar ada isu-isu yang disebut itu maka saya hanya meminta JAKIM mengambil peranan leadership seperti yang disebut dan dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, maka itulah sepatutnya. Akan tetapi yang berlaku di bawah ini tidak begitu. Menyerang dan juga membuat program-program yang disebut dalam program itu anjuran bersama. Disebut Majlis Agama dan juga JAKIM. So, itu persoalan saya. Bukan saya menyatakan ia satu- saya tidak mengharapkan jawapan ringkas mengatakan kami tidak ada kena mengena begini. Cuma saya mengambil tanggungjawab moral bagaimana JAKIM perlu memimpin wasatiyyah ini dan bukan membiarkan perkara itu berlaku wewenangnya.

Saya setuju dengan Yang Berhormat. Kita mengambil tanggungjawab bersama seperti mana saya sebutkan tadi JAKIM tidak ada apa-apa hubungan dengan IKSIM dan sangkaan dan andaian Yang Berhormat mengatakan ada program dengan kerjasama JAKIM adalah satu yang tidak betul. Itu setakat ini yang saya boleh jawab. Perbahasan berkenaan dengan IKSIM juga tidak relevan dalam perbahasan kali ini. Kita boleh membincang dalam sesi yang lain kerana peruntukan daripada- peruntukan JAKIM seperti mana yang diperuntukkan dalam bajet kali ini tidak ada untuk IKSIM pun. Jadi tidak relevan apa juga perbincangan berkenaan dengan IKSIM dan seperti mana saya tegaskan JAKIM tidak ada apa-apa hubungan dengan IKSIM dari segi peruntukan, tidak pernah disalurkan kepada IKSIM mahupun program-program bersama dengan IKSIM dalam konteks itu. Berkenaan dengan peruntukan yang meningkat sebanyak RM65 juta. Yang Berhormat harus fahami bahawa peruntukan ataupun penambahan peruntukan ini adalah juga berkait rapat dengan kenaikan elaun imam-imam, guru takmir dan guru-guru KAFA yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sejak tahun lepas. Bahkan peruntukan sebanyak RM1,500 One-Off yang melibatkan 14,254 orang imam-imam seluruh Malaysia. Selama ini ramai yang tidak menyedari bahawa hakikatnya imam-imam seluruh Malaysia walaupun di bawah kerajaan-kerajaan negeri, di bawah Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri-negeri tetapi peruntukannya adalah disalurkan melalui JAKIM. Ini melibatkan 14,254 orang imam-imam, 32,764 orang guru-guru KAFA, 3,950 guru-guru takmir, 7,442 orang bilal, 6,408 orang siak yang melibatkan pertambahan kos sebanyak RM97,127,000. Jadi ini adalah fakta yang saya perlu jelaskan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Nerus, ini banyak Yang Berhormat Kuala Nerus sebutkan tetapi tidak ada, jadi saya tidak perlu jelaskan di sini persoalan berkenaan dengan pakaian fesyen Muslimah, berkenaan dengan cadangan Majlis Ulama Malaysia, berkenaan dengan sejauh manakah latihan kepada guru takmir dan imam-imam bagi diperkasakan keupayaan komunikasi mereka. Ini semua saya akan hantar secara bertulislah. Penjelasan berkenaan dengan tindakan JAKIM. Apakah pendirian JAKIM terhadap isu pemakaian tudung yang dipolemikkan ataupun yang disebutkan oleh pihak Malaysian Association Hotel (MAH) dan agensi-agensi yang berkaitan. Saya kira perkara ini pun...

Tuan Pengerusi saya kira beberapa isu itu saya rasa ada kepentingan awam dan menjadi isu yang kita hendak timbulkan...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya, sekarang menjawab Yang Berhormat.

...Akan tetapi kerana sudah dibentang oleh Yang Berhormat Kuala Nerus...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Yang Berhormat.

...Dan kita sendiri pun hendak jawapan itu saya minta supaya Menteri boleh mengambil beberapa persoalan itu untuk dijawab. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Boleh sabar Yang Berhormat, sedang dijawab Yang Berhormat.

Sebab masa kita agak sudah lewat jadi saya kira boleh dijawab secara bertulis. Cuma dalam konteks tudung ini saya harap maknanya perkara ini kita perlu fahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah perkara yang melibatkan kewajipan, wajib. Ia adalah isu yang bersifat integral dengan izin. Integral bermaksud maknanya ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Apabila dikatakan tuntutan agama sudah tentulah kita harus berbincang dalam kerangka perundangan negara yang mana kita ada dua peruntukan Perlembagaan yang penting. Pertama Perkara 3 yang menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan yang kedua adalah Perkara 11(1) iaitu kebebasan untuk mengamalkan agama. Ini pernah dihujahkan di peringkat Mahkamah Persekutuan terutama dalam kes yang melibatkan Meor Atiqulrahman. Kalau ingat lagi kes itu yang melibatkan pemakaian serban di sekolah yang mana di dalam penghujahan hakim, hakim telah menyebut bahawa kalau perkara-perkara yang melibatkan integral part of certain religion ataupun kalau ia merupakan suatu kewajipan asas di dalam sesebuah agama maka ia sudah tentulah terikat kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan Perkara 3, dan Perkara 11(1). Jadi kalau ada kenyataan-kenyataan, kalau ada polisi-polisi yang saya difahamkan oleh Kementerian Pelancongan tidak ada SOP di peringkat antarabangsa yang menghalang pekerja-pekerja hotel daripada memakai tudung, maka kenyataan yang mengatakan bahawa memakai tudung itu adalah suatu SOP antarabangsa itu adalah satu yang tidak betul dan tidak benar. Bahkan kenyataan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Jadi pendirian JAKIM dalam konteks itu jelas, kita sebagai agensi yang diberikan kuasanya oleh Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam sebagai mana diperuntukkan oleh Perlembagaan, maka pendirian JAKIM sudah tentu seiring dengan pendirian yang telah pun termaktub di dalam Perlembagaan Perkara 3, dan Perkara 11(1).

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)

Ya.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya ingin bertanya kepada yang Timbalan Menteri sama ada Timbalan Menteri akan bersetuju atau tidak dalam menangani isu ini secara undang-undang perlunya kita memperkasakan undang-undang anti diskriminasi. Di mana ia termasuk anti diskriminasi itu ialah di tempat kerja di mana mengikut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada warganegara yang boleh didiskriminasikan mengikut lapan perkara termasuklah agamanya. Jadi kalau itu dianggap sebagai satu yang disokong oleh JAKIM ataupun Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Agama, maka saya menyarankan supaya juga menyokong saranan kita untuk memperkenalkan undang-undang anti diskriminasi yang telah saya kemukakan dalam Private Members Bills saya. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Pandangan saya sudah tentulah apa sahaja bentuk diskriminasi kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan perlu kita tangani secara bersama. Cumanya dalam konteks sini, kita harus bincang dalam forum yang lainlah kerana ini bukan masa yang sesuai untuk kita memperhalus cadangan Yang Berhormat tadi.

Berkenaan dengan – yang itu selesai. Ini pun daripada Yang Berhormat Kuala Nerus juga, berkenaan dengan status penggajian penyampai-penyampai yang bertugas di Unit Media JAKIM dan juga program-program agama JAKIM di TV nasional. Ini saya akan menjawabnya secara bertulis. Yang Berhormat Parit Sulong, ada ya? Ahli Yang Berhormat Parit Sulong bertanyakan bagaimanakah sebenarnya JAKIM memberikan penerangan mengenai inisiatif segera pensijilan halal kepada pengusaha-pengusaha yang masih belum mengetahui mengenainya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan, JAKIM telah pun memperkenalkan apa yang dikenali sebagai Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) yang dimulakan pada Jun 2017 lagi. Inisiatif ini adalah sebagai suatu maklum balas ataupun tindak balas terhadap pelbagai cadangan dan idea-idea untuk memastikan konteks pensijilan halal Malaysia ini terus berada pada tahap yang terbaik, terutamanya bagi urusan pemprosesan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia ini. Sebelum ISPHM ini diperkenalkan, banyak aduan dan rintihan yang kami dapat daripada pelbagai pihak, mengambil masa berbulan-bulan. Akan tetapi dengan penambahbaikan ini, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melalui beberapa strategi baru yang diperkenalkan, kita dapat membuat pengesahan pensijilan ini sehingga ke tempoh tiga hari bekerja. Secara puratanya, kita dapat menyelesaikan tempoh kelulusan ini kurang daripada 15 hari. Untuk pengetahuan, sehingga 31 Oktober 2017, sebanyak 1,230 permohonan ataupun 90 peratus telah berjaya diluluskan dalam tempoh kurang daripada 15 hari. Manakala 10 peratus lagi yang belum mendapat kelulusan dalam tempoh tersebut adalah permohonan-permohonan yang masih dalam tempoh tindakan pembetulan oleh pihak pemohon, bukan di pihak JAKIM. Jadi, antara inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh JAKIM bagi menyampaikan maklumat ini sudah tentulah kita mempunyai satu ruangan halal di TV1 setiap minggu dan kita juga memanfaatkan media-media sosial. Pada masa yang sama, kita melakukan program-program outreach, dengan izin, kepada usahawan-usahawan dan pengusaha-pengusaha di pelbagai peringkat. Ahli Yang Berhormat juga memohon penjelasan mengenai tahap jalinan kerjasama antara JAKIM dengan Halal Monitoring Committee. Untuk pengetahuan semua, Halal Monitoring Committee adalah sebuah badan pensijilan halal yang beroperasi di United Kingdom. Pada masa ini, terdapat dua badan pensijilan halal yang diiktiraf di United Kingdom iaitu Halal Certification Europe (HCE) dan Halal Food Authority. Untuk pengetahuan juga, sebanyak 67 badan pensijilan halal antarabangsa yang kini mendapat pengiktirafan JAKIM yang melibatkan 42 negara. Hari ini banyak negara luar yang memohon daripada JAKIM kerana label Sijil Halal Malaysia ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, hatta ke peringkat negara-negara yang dikenali agak ketat dari segi aspek memastikan ketulenan, kejituan dan kebersihan sesuatu produk dan perkhidmatan yang hendak dilakukan. Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat juga bertanya berkenaan dengan jumlah syarikat bumiputera Islam yang mendapat Sijil Halal dan apakah inisiatif JAKIM untuk menggalakkan peningkatan jumlah pemegang Sijil Halal dalam kalangan bumiputera. Untuk pengetahuan, pada masa ini, jumlah pemegang Sijil Halal dalam kategori bumiputera adalah 2,029 pada tahun 2017. Ini mewakili 30 peratus pemegang Sijil Halal dengan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada tahun 2016. Berkaitan dengan inisiatif bagi menggalakkan industri ini memohon Sijil Halal, sukacita dijelaskan bahawa tanggungjawab untuk penggalakan industri halal ini adalah di bawah Halal Industry Development Corporation (HDC).

Namun, JAKIM juga telah melakukan dan menganjurkan pelbagai kolaborasi program-program dengan pelbagai agensi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan, mahupun negeri-negeri seperti FELDA, TERAJU, BKKM, Jabatan Pertanian, SME Corp., MATRADE, KEDA, FELCRA, NGO-NGO dan juga pertubuhan-pertubuhan dan persatuan- persatuan industri yang lain, yang mana kita memberikan penjelasan bagaimanakah program-program yang kita boleh membantu usahawan-usahawan ini dalam proses mendapatkan pensijilan halal. Tuan Pengerusi, seterusnya Yang Berhormat Lipis. Ada? Ada. Yang Berhormat bertanya apakah perancangan JAKIM terhadap pusat-pusat tahfiz ekoran peningkatan bajet pada tahun 2018. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, JAKIM dengan kerjasama pihak- pihak berkuasa negeri-negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang melibatkan lima teras utama iaitu: (i) memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan; (ii) mewujudkan model institusi tahfiz; (iii) mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana; (iv) memperkasakan tadbir urus institusi tahfiz; dan (v) mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz. Untuk pengetahuan juga, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini juga telah pun disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja pada bulan Oktober yang lepas. Fokus utama Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini adalah seperti mana yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dan juga High-Level Committee berkenaan dengan pendidikan tahfiz negara ini adalah fokus untuk memastikan aspek keselamatan diberikan penumpuan terlebih dahulu. Justeru, RM50 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam Bajet 2018 baru-baru ini akan diperuntukkan untuk menaik taraf pusat-pusat tahfiz khususnya pusat-pusat tahfiz persendirian ataupun pusat-pusat tahfiz swasta yang berdaftar. Oleh sebab itulah diulang-ulang beberapa kali supaya pusat-pusat tahfiz persendirian ini dapat didaftarkan kerana saya pernah menjawab di Dewan yang sama, kita mempunyai tiga aliran tahfiz ini. Pertama, aliran kebangsaan. Ini di bawah Darul Quran JAKIM dan juga di bawah Kementerian Pendidikan, yang mana kita mempunyai 31 sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakan apa yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Ulul Albab. Ini sedang dilaksanakan di 31 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa] Di samping itu juga, kita mempunyai MRSM-MRSM Ulul Albab, yang ketika ini empat MRSM sedang melaksanakan program tahfiz ini dan akan ditambah lagi lima MRSM baru yang akan diwujudkan. Itu di bawah Kerajaan Persekutuan. Di bawah kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, kita mempunyai 21 pusat-pusat tahfiz. Ketiga, adalah pusat-pusat tahfiz persendirian. Sehingga Jun 2017, kita mempunyai 608 pusat tahfiz persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Kalau mengikut angka yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan tahfiz yang ada di negara kita, jumlahnya pelbagai.

Ada sehingga 1,200 pusat tahfiz, 1,500 pusat tahfiz tetapi peruntukkan RM50 juta yang diumumkan oleh kerajaan akan hanya disalurkan kepada pusat-pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri bagi membolehkan aspek keselamatan mereka ini dapat ditambah baik dengan cara yang sempurna.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Kuala Lipis bangun.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya ingin bertanya dengan adanya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menghimpunkan pengetua-pengetua tahfiz di mana kehadirannya melebihi 2,000 lebih pengetua-pengetua tahfiz. Dari perbincangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berapa ramai sekolah-sekolah tahfiz yang diketuai oleh pengetua-pengetua ini menerima respons daripada Yang Amat Berhormat untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara?

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Untuk pengetahuan dalam kita menggubal Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini, JAKIM hanya merupakan sekretariat tetapi anggotanya meliputi pertama, yang penting adalah negeri- negeri kerana seperti yang dimaklum bahawa kuasa agama ini terletak di bawah negeri- negeri. Jadi kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Itu yang pertama Kedua, kita melibatkan juga wakil-wakil pertubuhan yang mewakili pusat-pusat tahfiz ini. Oleh sebab itulah antara perkara yang saya sebutkan tadi teras-teras, lima teras yang kita letakkan sebagai fokus Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini mengambil kira kerangka ataupun model tahfiz yang dilaksanakan oleh pihak persendirian ini. Oleh sebab ada pusat tahfiz yang menggunakan model Turath maknanya kerangka yang digunakan adalah kerangka disiplin ilmu yang lama. Ini kita iktiraf. Ada juga yang menggunakan model Ulul Albab, ada yang menggunakan model yang pelbagai. Cuma yang penting apa yang kita hendak pastikan penyeragaman dan penyelarasan ialah aspek kurikulum pengajian tahfiz ini haruslah menepati piawai kualiti yang kita sama-sama tetapkan di bawah dasar peringkat tahfiz ini. Contohnya guru-guru yang akan dipilih ataupun dilantik bagi membolehkan pusat tahfiz itu diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Kita sudah tentu memerlukan guru-guru yang betul-betul mempunyai keupayaan, ada kredibiliti, ada pengiktirafan sijilnya oleh pihak-pihak yang kita iktiraf. Jadi bagi memastikan kita tidak mahu ada pihak-pihak yang menggunakan kesempatan ataupun mengambil kesempatan membangunkan pusat tahfiz untuk mengaut keuntungan. Itu yang banyak berlaku juga. Mewujudkan pusat tahfiz ini tidak susah. Daftar sebagi sebuah syarikat, buka akaun di bank dan hantar anak-anak tahfiz ini pergi kutip derma dan minta derma daripada orang ramai. Ini boleh berlaku sekiranya kita tidak ada penyelarasan dan penyeragaman dalam memastikan kurikulum tahfiz dan juga aspek mengoperasi tadbir urus pusat-pusat tahfiz di ini berada pada tahap piawaian tertentu. Oleh sebab itu lah apa yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas daripada siri-siri pertemuan dengan kumpulan-kumpulan tahfiz ini adalah supaya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini dapat dibangunkan secara bersama antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri dengan mengambil kira pandangan daripada pihak persendirian dan juga pihak swasta terutamanya persatuan-persatuan yang mewakili mereka ini supaya apa yang kita hajatkan seperti mana yang diinspirasikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui TN50 dalam tempoh 33 tahun akan datang kita dapat melahirkan sekurang-kurangnya 125,000 huffaz iaitu para penghafaz.

Pada masa yang sama, mereka bukan sekadar memiliki keupayaan menghafaz 30 juzuk Al-Quran tetapi mereka mempunyai keupayaan dan menguasai pelbagai disiplin ilmu yang merangkumi aspek-aspek profesional. Ini yang diinspirasikan oleh kerajaan. Yang Berhormat juga bertanyakan berkaitan dengan bilangan huffaz profesional yang dilahirkan oleh Darul Quran. Adakah Darul Quran berhasrat untuk bekerjasama dengan institusi-institusi lain? Untuk pengetahuan tahun 2017, Darul Quran telah melahirkan seramai 1,635 graduan hasil daripada kerjasama dengan institusi-institusi seperti berikut (i) Darul Quran JAKIM dengan UIAM 1,502 orang; dan (ii) Darul Quran JAKIM dengan UNITEN 133 orang. Ini yang kita sudah nampak hasilnya. Kerjasama bagaimana? Kerjasama dalam konteks pelajar-pelajar yang melalui Darul Quran mereka mendapat sijil tahfiz. Akan tetapi apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Islam Antarabangsa mereka masuk dalam pelbagai bidang-bidang profesional. Ada yang masuk dalam bidang perubatan, ada yang masuk dalam bidang ekonomi, ada yang perakaunan, ada yang kejuruteraan. Seramai 1,502 orang ini adalah hasil daripada graduan-graduan yang telah pun menamatkan pengajiannya di UIA pada masa yang sama mereka adalah hafiz. Maknanya kita sudah ada 1,502 graduan yang hafal Al-Quran tetapi pada masa yang sama mereka adalah doktor, mereka adalah akauntan, mereka adalah pentadbir kerajaan, mereka adalah jurutera. Ini adalah salah satu perkara yang kita lakukan atas inisiatif yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri di bawah apa yang kita sebut sebagai TN50 untuk melahirkan 125,000 orang hufaz profesional. Di samping itu juga, pada masa ini Darul Quran juga telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia, UPSI dan UTeM. Kita mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai pihak lain demi merealisasikan agenda negara ini. Yang Berhormat Temerloh, tidak ada. Tidak ada saya- ini berkenaan dengan penubuhan Pusat Mediasi Islam yang dicadangkan oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Ini saya jawab secara bertulis. JAWHAR, ini pun Yang Berhormat Kuala Nerus, tetapi ada Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu ada? Yang Berhormat Setiu membangkitkan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk rakyat mengetahui jumlah zakat yang terkumpul yang diagihkan kepada golongan asnaf di negara ini? Juga berkenaan dengan apakah, bagaimanakah kerajaan hendak memastikan tiada asnaf yang tertinggal untuk dibantu kerana ada aduan asnaf yang tidak dibantu di kaunter. Tuan Pengerusi, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum di bawah Butiran I, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan- Hal Ehwal Agama Islam termasuklah pengurusan zakat sama ada kutipan mahupun agihan adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, lazimnya agensi pengurusan zakat negeri-negeri dan MAIN akan menghebahkan tentang jumlah kutipan dan agihan hampir setiap bulan dan menerusi pelbagai medium termasuk media sosial, website dan juga Facebook yang boleh diakses ataupun dilayari oleh semua pihak. Mengenai agihan zakat secara umumnya dasar agihan zakat adalah mengikut lapan asnaf yang layak menerima agihan. Manakala secara pentadbiran pengagihan zakat di negeri-negeri adalah mengikut fatwa bidang kuasa, kaedah yang ditetapkan oleh negeri masing-masing. Mengenai aduan asnaf yang disebutkan oleh Yang Berhormat diharapkan Ahli Yang Berhormat dapat mengemukakan maklumat secara bertulis dan secara lengkap agar hal ini dapat ditangani secara bersama dan pihak Majlis Agama Islam negeri tersebut. Berkaitan ini juga Yang Berhormat Setiu juga membangkitkan bagaimana kerajaan boleh memastikan golongan asnaf dibantu dan tiada asnaf tercicir dengan kerenah birokrasi dalam zakat. Saya sebutkan di peringkat negeri-negeri ada kaedah yang disebutkan tadi.

Di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertanggungjawab dalam aktiviti agihan zakat. MAIWP sehingga kini menawarkan 28 skim bantuan zakat merangkumi aspek keperluan asasi, pendidikan, tempat tinggal dan perubatan dan sebagainya.

MAIWP dari semasa ke semasa, sentiasa menambah baik perkhidmatan dalam agihan zakat yang dilakukan, antaranya: (i) ada SOP di peringkat MAIWP hari ini bagi mempercepatkan kelulusan permohonan bantuan zakat. Kalau dulu 30 hari, sekarang mesti selesai dalam tempoh tidak lebih lima hari; (ii) meringkaskan borang permohonan. Dulu lapan halaman, sekarang dua halaman dan tidak perlu pengesahan mahupun sokongan daripada mana-mana pihak kecuali pengesahan pendapatan sahaja; (iii) membuka pusat agihan zakat mengikut kawasan parlimen bagi memudahkan ASNAF. Di mana sehingga kini terdapat 10 pusat agihan zakat telah dibuka dan memudahkan ASNAF memohon bantuan zakat tanpa mereka perlu hadir ke ibu pejabat Baitulmal MAIWP; (iv) MAIWP juga mengambil pendekatan yang lebih proaktif menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal pada tahun 2012 lagi bagi menjejaki dan mengenal pasti mereka yang masih tercicir daripada menerima zakat. Sehingga kini, seramai 3,185 orang telah berjaya dikenal pasti; dan (v) memperkenalkan kaunter bergerak baitulmal MAIWP yang beroperasi secara berkala di lokasi-lokasi strategik seperti BPR, masjid dan lokasi tumpuan umum seperti tapak bas pasar malam dan sebagainya. Apa yang lebih mustahak lagi, kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab kita untuk melaporkan di Dewan yang mulia ini. Setiap tahun, laporan MAIWP daripada segi jumlah kutipan dan juga jumlah agihan dibentangkan di dalam sebagai Laporan Tahunan MAIWP di Dewan Rakyat, Parlimen ini untuk tatapan, pembacaan dan rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian...

...Jadi, seharusnya tidak timbul masalah berkenaan dengan isu hebahan, kutipan dan juga agihan. Di samping itu juga, MAIWP juga melakukan pelbagai kaedah hebahan berkenaan dengan bukan sahaja jumlah kutipan tetapi juga jumlah pengagihan. Ya, silakan.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan zakat khususnya model MAIWP. Cuma, saya ingin tanya dan juga kita memahami bahawa seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terdapat bidang kuasa yang terbatas dengan negeri-negeri. Akan tetapi, apakah MAIWP menyediakan satu model yang baik ataupun SOP? Agar ia kalau tidak diikuti pun dapat ditambah baik di peringkat negeri-negeri. Hal ini kerana kita tahu di peringkat negeri-negeri ini, terutama di negeri Melaka susah dari segi zakat dan sebagai terpaksa orang turun naik, kadang-kadang pergi tidak dapat apa-apa. Jadi ini perkara-perkara yang saya fikir menyusahkan masyarakat.

Kedua, tentang JAWHAR tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang Program JAWHAR ini. Saya tahu bahawa ada satu Projek JAWHAR 2020, dan kita tahu ada juga masalah bidang kuasa ini cuma kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan dari segi kelemahan macam mana penambahbaikan dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Katil. Berkenaan dengan model MAIWP ini ialah kita tidak ada kuasa untuk memaksakan model kita untuk dituruti ataupun diikuti oleh mana-mana kerajaan negeri. Akan tetapi yang paling penting di peringkat Kerajaan Persekutuan kita harus menunjukkan contoh yang terbaik dalam konteks bagaimana kita mengutip zakat dan yang paling penting yang sentiasa diperkirakan oleh masyarakat ialah bagaimana agihan ini dilakukan. Oleh sebab itulah, di peringkat MAWIP juga, dari segi hebahan pengagihan ini dilakukan secara online juga, secara live di ruang-ruang media sosial. Untuk pengetahuan, baitulmal mempunyai Facebook yang mempunyai followers-nya lebih daripada 100,000 orang. Hal ini kerana Facebook baitulmal terutamanya dan juga MAIWP secara umumnya sentiasa memberikan update, dengan izin, ataupun apakah aktiviti-aktiviti pengagihan yang dilakukan? Juga cara bagaimana mereka boleh memohon tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah birokrasi. Berkenaan dengan isu JAWHAR ini, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, wakaf ini juga terletak di bawah kuasa negeri-negeri. Sebagai mana peruntukan Perlembagaan. Namun demikian, JAWHAR mempunyai hubungan yang amat akrab dengan semua Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Bahkan sehingga hari ini pun kita banyak berbincang apa sahaja inisiatif yang dilakukan dalam konteks hendak membangunkan instrumen-instrumen wakaf umpamanya ia akan dilakukan bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Ia terkait juga dengan salah satu isu yang dibangkitkan tentang Tabung Wakaf Pendidikan ataupun inisiatif wakaf pendidikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Memandangkan Yang Berhormat tiada, saya tidak perlulah memperincikan inisiatif yang hari ini sememangnya JAWHAR dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri sedang membangunkan apa yang kita bangunkan di peringkat awal ini adalah satu garis panduan berkenaan dengan bagaimana institusi-institusi pengajian tinggi boleh memanfaatkan instrumen wakaf dalam mengupayakan proses untuk mereka mendapatkan dana-dana secara wakaf. Ini kerjasama antara JAWHAR dengan negeri-negeri. Seterusnya, Yang Berhormat Limbang. Ada, Yang Berhormat Limbang..., tiada ya?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Limbang tiada.

Kalau Yang Berhormat Limbang tiada, ini berkenaan dengan YADIM ini saya rasa kita bagi jawapan secara bertulis.

Ada, ada dalam Dewan.

Ada, dalam Dewan? Ada, atau tiada? Okey, tidak apa. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai..., ada ya? Yang Berhormat Kuala Krai meminta Institut Wasatiyyah Malaysia mengambil pendekatan proaktif dan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan Dasar Wasatiyyah di dalam masyarakat bagi menangani masalah yang ada sekarang. Tidak cukup hanya dengan hanya ceramah dan forum sahaja. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebab itulah tadi Yang Berhormat ada bangkitkan berkenaan dengan peruntukan yang nampak sedikit, yang di peruntukan kepada Institut Wasatiyyah Malaysia. Institut Wasatiyyah Malaysia adalah satu institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi sekretariat bagi mempromosikan Dasar Wasatiyyah Negara. Akan tetapi, Institut Wasatiyyah Malaysia dia tidak bergerak secara solo, tidak bergerak secara sendirian. Dia bekerjasama dengan pihak JAKIM, dia bekerjasama dengan pihak agensi-agensi dan kementerian-kementerian lain dan juga bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Jadi, program-program yang dilakukan dalam konteks untuk kita mempromosikan ataupun mengarusperdanakan wasatiyyah ini bukan hanya dilakukan oleh Institusi Wasatiyyah Malaysia. Institusi Wasatiyyah Malaysia, hanya menyelaras dan menganjurkan program-program secara bersama. Antaranya dengan JAKIM dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dengan pelbagai agensi-agensi kementerian-kementerian kerana untuk makluman juga ia terkait dengan Indeks Syariah Malaysia. Di mana asasnya ialah wasatiyyah juga. Oleh sebab itulah apa juga yang kita hendak sebutkan dalam konteks mempromosikan idea wasatiyyah ini, ia harus dilihat secara holistik dengan mengambil kira semua perkara, semua komponen yang melibatkan soal pembangunan Islam di Malaysia. Oleh sebab itulah, agensi-agensi ini mengambil sarana daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk bekerjasama secara NBOS bagi meminimumkan perbelanjaan kerajaan tetapi memaksimumkan hasil dan juga impak kepada rakyat terutamanya dan...

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Ya, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri?

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Tuan Pengerusi, sedikit? Mohon penjelasan ya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Sebelum itu saya ada membuka sedikit maklumat lama tahun 2012 dalam satu akhbar JAKIM menubuhkan IKSIM, itu dalam akhbar. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, JAKIM tidak ada kaitan dengan IKSIM. Akan tetapi laporan akhbar itu mengatakan JAKIM menubuhkan IKSIM bertarikh April 2012 dalam akhbar 17 hari bulan. Akan tetapi di dalam laman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) senarai agensi Yang Berhormat Menteri di JPM, JAKIM, Kehakiman dan sebagainya termasuklah juga pewujudan semula IKSIM. Itu satu ya. Jadi saya hendak katakan, kemungkinan surat khabar itu tidak betul melaporkannya. IKSIM bukan di bawah JAKIM tetapi bersama di bawah JPM. Itu dalam website JAKIM. Jadi yang surat khabar tidak betul itu, saya pun tidak mahu ulas sebab laporan itu saya baca dalam Utusan Malaysia. Jadi tidak terkejutlah saya ya. Cuma dalam bab Institut Wasatiyyah ini, bukan beli surat khabar ini dalam online ini, hendak men-confirm-kan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ya. Jadi kena tengok jugalah.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHKuala Krai

Saya menganggap Institut Wasatiyyah ini sebagai lead agency dalam urusan mempromosikan pendekatan wasatiyyah Kerajaan Malaysia. Jadi walaupun dengan konsep NBOS tadi itu semua agensi lain terlibat tetapi Institut Wasatiyyah yang membawa nama wasatiyyah itu sendiri harus ke depan dalam advokasinya, dalam memberikan guideline kepada rakyat, kepada NGO-NGO, kepada persatuan-persatuan lain. Jadi, tidak cukup hanya dengan menyerahkannya kepada agensi-agensi yang lain. Institut Wasatiyyah ini dengan background penasihat dan juga struktur organisasi yang begitu mantap dengan tokoh- tokohnya mesti menyuarakan, bersuara dengan kuat supaya ia didengari dan tidak ada nanti ada agensi-agensi lain seperti IKSIM tadi itu yang dibawa oleh Yang Berhormat Parit Buntar, membuat perkara yang lebih dilihat ekstrem dalam pendekatannya dan tidak melambangkan wasatiyyah yang hendak diperjuangkan oleh kerajaan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, saya hendak tambah sedikit lagi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sabar dahulu. Saya sedikit sahaja tadi. Saya hendak betulkan bila tadi Yang Berhormat Menteri kata tidak relevan. Saya rasa itu kena tarik baliklah. Sebab, IKSIM dia duduk bawah Jabatan Perdana Menteri, bahagian senarai agensi dan yang kedua, dia ditubuhkan oleh JAKIM. So saya rasa perlu dibetulkanlah yang kata tidak relevan itu. Saya rasa tidak tepatlah sebab dia masih bertanggungjawab.

Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar balik. Saya kata tidak relevan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak perbetulkan sebab itu termaktub. Sama ada berita tidak betul ataupun Menteri tidak betul.

Saya sebutkan tadi, kita hari ini sedang berbincang di peringkat Jawatankuasa bagi membincangkan peruntukan Bajet 2018 kepada agensi-agensi yang terlibat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya betul tetapi kena ambil tanggungjawab.

Oleh sebab itu saya katakan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu di bawah tanggungjawab...

Saya sebutkan tadi bahawa peruntukan...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Janganlah lepaskan kata tidak relevan.

Ia memang tidak relevan dalam perbincangan kita hari ini kerana...

Tuan Pengerusi.

...Hari ini kita bincangkan apakah wang negara, Bajet 2018 ini digunakan oleh JAKIM untuk membayar dan mengongkosi, membiayai IKSIM. Hakikatnya tidak ada.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi kalau tidak ada, tidak relevan. Kenapa kita hendak bincangkan benda yang tidak ada kaitan?

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Itu yang saya maksudkan sebagai tidak relevan hendak dibahaskan...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, hendak beri Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat?

Sekejap. Saya sudahkan. Kalau tidak...

Saya ada kena mengena dengan isu ini.

Okey, selepas ini saya beri ruang.

Saya hendak tunjukkan satu perkara yang saya faham tadi apa Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi. Apa yang saya faham bahawa JAKIM tidak ada kena mengena dengan IKSIM. Tidak apa, mungkin esok kita tengok Hansard.

Depan saya ini adalah carta organisasi IKSIM. Pengerusi Majlis IKSIM, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Pengerusi Majlis IKSIM, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Jadi maknanya, JAKIM ada kena mengena dengan IKSIM.

Tuan Pengerusi, untuk pengetahuan, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Ia adalah syarikat berhad dengan jaminan yang berdaftar di bawah SSM. Jadi mana boleh JAKIM tubuhkan syarikat. Mana boleh JAKIM tubuhkan IKSIM. Jadi, Tuan Pengerusi, sebab itu saya kata perbincangan kita mengenai IKSIM hari ini tidak relevan. Kalau kita hendak bincangkan perkara IKSIM, sepatutnya tadi...

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, saya rasa dia misleading.

...Sepatutnya tadi Yang Berhormat sebutkan berkenaan dengan perkara ini.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya rasa tidak betul. Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Menteri sedang menjawab dalam konteks peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sekarang ini, walaupun IKSIM di bawah syarikat tetapi dia di bawah supervision, di bawah agensi yang duduk di bawah Menteri di JPM.

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jadi janganlah hendak pusing- pusing.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Tak boleh macam itu Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Jawab sahaja benda ini duduk di bawah itu.

Saya sudah kata tidak relevan kerana Yang Berhormat baca atau tidak buku tebal ini... [Merujuk kepada buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018].

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Ya, itu bercakap pasal bajet. Ini dia bercakap pula kata IKSIM ini syarikat berhad dan sebagainya.

Hari ini kita bincang pasal bajetlah, Yang Berhormat...

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Di mana tanggungjawab moralnya?

Yang Berhormat, sudah sudahlah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Di mana tanggungjawab dia hendak pimpin? Itu kaitan isunya.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya Yang Berhormat, duduklah. Yang Berhormat Parit Buntar duduk, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat Parit Buntar duduk.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bukan bajet itu.

Yang Berhormat, sudah, sudahlah.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya kena tanya Menteri baliklah, tanya balik, minta pengalaman dia macam mana hendak menjawab

Yang Berhormat, kita di peringkat Jawatankuasa membincangkan berkenaan dengan peruntukan bajet kerajaan terhadap agensi-agensi yang menerima bajet daripada kerajaan dan di dalam agensi-agensi yang tersenarai, tidak ada agensi IKSIM yang menerima peruntukan daripada Bajet 2018. Jadi, kalau tidak diterima, mana relevannya untuk kita bincangkan di peringkat Jawatankuasa. Sepatutnya dibangkitkan pada peringkat Dasar lagi lah. Sudah, sudahlah. Kita sudah pukul 10.55 malam.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Boleh terima atau tidak bahawa IKSIM duduk di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu soalan saya. Ia duduk di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri tetapi Timbalan Menteri tidak hendak ambil tanggungjawab... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat. Ya, kita ...

Kepala mana ini, kepala mana? Kepala B atau P?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Yang Berhormat, kita memang di Peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat, cuma perkara-perkara yang tersenarai dalam butiran-butiran dalam Jawatankuasa.

Ikut kepalalah.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rasa sebab itulah masalah pembangkang, dia tidak ikut peraturan. Dia hendak memperjuangkan peraturan tetapi dia tidak ikut peraturan. Hari ini kita tidak bincangkan berkenaan itu. Jadi, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Yang Berhormat Kuala Krai tadi, berkenaan dengan Institut Wasatiyyah Malaysia, memang Institut Wasatiyyah Malaysia banyak menganjurkan program-program advokasi dan mempromosikan konsep wasatiyyah. Pada masa yang sama, Institut Wasatiyyah Malaysia juga banyak mengeluarkan buku-buku yang hari ini menjadi rujukan, buku-buku Dasar Wasatiyyah yang menjadi rujukan. Jadi saya minta Yang Berhormat Kuala Krai mungkin saya boleh minta Institut Wasatiyyah Malaysia memberikan semua buku terbitan Institut Wasatiyyah Malaysia berkenaan dengan Dasar Wasatiyyah Negara kepada Yang Berhormat. Satu perkara yang saya ingin tekankan di sini sebelum saya rumuskan ialah bila kita bercakap soal wasatiyyah, ia tidak bermakna kita berada di tengah-tengah tanpa hala tuju dan tanpa pendirian. Wasatiyyah yang dimaksudkan di dalam Islam ada tiga makna penting. Pertama, kecemerlangan. Wasatiyyah mesti cemerlang, ajwad. Kedua, wasatiyyah mesti adil. Ketiga, wasatiyyah adalah sifat kesederhanaan. Tiga aspek ini perlu kita fahami.

Bila kita fahami secara holistiknya, maka seperti mana yang sentiasa disebut-sebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dasar Wasatiyyah Negara tidak sesekali menghalalkan apa juga bentuk ekstremisme sama ada yang bersifat radikal mahupun bersifat liberal. Kita jangan hanya bercakap bila kata radikal itu sahaja yang bersifat ekstrem. Ada juga kelompok-kelompok yang membicarakan berkenaan dengan aspek liberal yang tercabut jati dirinya, tercabut daripada asas-asas keagamaan khususnya Islam seperti mempromosikan LGBT dan sebagainya. Jadi ini pun adalah satu perkara yang tidak sesekali memenuhi apa yang kita sebut sebagai Dasar Wasatiyyah Negara. Oleh sebab itulah kewujudan Institut Wasatiyyah Malaysia ini harus difahami sebagai salah satu inisiatif untuk memahamkan dan memberikan pencerahan kepada rakyat akan peri pentingnya untuk kita memahami kerangka wasatiyyah yang sebenar. Tuan Pengerusi, isu-isu lain ini kebanyakannya Yang Berhormat Kuala Nerus bangkitkan. Oleh kerana Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada di dalam Dewan, maka saya mohon semua perkara yang berkaitan dengan agensi-agensi yang saya tidak bangkitkan dalam perbahasan penggulungan saya ini akan dijawab secara bertulis khususnya kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya. Seterusnya giliran Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Devamany.

Dato’ Sri Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat daripada Bukit Katil telah menanyakan penjelasan mengenai Amanah Saham 1Malaysia untuk golongan B40 masyarakat India dan seterusnya beliau menanyakan mengenai benar kah laporan Khazanah Institute yang hanya mengatakan lima peratus daripada masyarakat India menerima pendidikan sehingga peringkat tertiary. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Amanah Saham Nasional ini yang B40 itu, dengan izin, sebanyak RM500 juta telah diagihkan dalam Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan mekanisme untuk mengagihkan RM500 juta kepada 100,000 keluarga B40 mengikut senarai e-Kasih akan dilaksanakan. Setiap tahun seramai 20,000 dan sebanyak RM100 juta akan diagih-agihkan. Itulah. Seterusnya, mengenai pendidikan tertiary. Jaminan diberi dalam Bajet 2018 bahawa tujuh peratus akan dijadikan komitmen kerajaan dalam pendidikan tinggi di institusi awam.

Dato’ Sri Devamany a/l S. KrishnasamyMIC · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Baki sekarang adalah 6.7 peratus, maka laporan Khazanah itu tidak tepat. Oleh sebab... oh! Yang Berhormat daripada...

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri?

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, sila Yang Berhormat Bukit Katil.

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan sedikit penjelasan. Cuma saya hendak tarik perhatian Yang Berhormat Menteri di muka surat 39, Malaysia Indian Blueprint yang menyatakan RM500 juta dengan izin trust seed fund yang akan diagihkan.

Saya membangkitkan ini kerana ia dalam bentuk trust fund atau tabung amanah, jadi sudah pasti ia membabitkan apa yang dipanggil bayaran, ongkos dan sebagainya. Jadi bagaimana sasaran B40 itu dapat mengambil nikmat daripada perkara ini kalau ia membabitkan ongkos dan sebagainya dan mereka tidak mampu untuk dibantu khusus berkaitan perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat, 15 juta unit ini diagihkan dalam tempoh lima tahun tadi dan PNB telah pun bincang mekanisme dan kami dalam peringkat rundingan untuk meletakkan kriteria yang lebih jitu terhadap perkara ini. Satu cara adalah RM5,000 akan diberi kepada setiap isi rumah dan dalam tempoh lima tahun itu, dividen itu akan dibayar kepada keluarga itu. Kami masih dalam proses bagaimana untuk menentukan RM5,000 itu dibayar balik. Adakah bayaran itu akan dikenakan dan berapa jumlahnya akan ditentukan kelak dan akan diumumkan pada masa akan datang. Sekarang saya teruskan kepada Yang Berhormat Kapar yang telah meminta mengenai isu-isu berkaitan dengan SEDIC. Persoalan beliau adalah mengenai RM230 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan sosial masyarakat India melalui SEDIC dari tahun 2014 hingga kini. Adakah benar bantuan disalurkan kepada 500 orang kaum India dan beliau juga ingin tahu sebanyak RM57 juta telah dibelanjakan pada tahun ini dan berapa peratus kah kenaikan kepada taraf sosioekonomi masyarakat India. Betul Yang Berhormat Kapar? Okey. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan dalam ucapan Bajet 2018 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memang benar seramai 502,362 peserta telah menerima manfaat daripada program-program SEDIC. Pengagihan dana pada tahun 2017 adalah berikut: (i) pembasmian kemiskinan RM1,579,495; (ii) kestabilan keluarga, RM1,727,050; (iii) pemerkasaan pendidikan rendah sehingga tertiary RM4,012,128; (iv) belia dan kanak-kanak berisiko tinggi RM3,650,946. (v) keusahawanan dan peluang kerja, RM7,291,280. (vi) transformasi tempat ibadat RM3,950,165. (vii) identiti kaum India, RM3,380,710; (viii) institusi latihan kemahiran swasta RM17,557,100; dan (ix) program pembangunan kapasiti RM14,706,126. Maka saya mintalah Yang Berhormat merujuk kepada www.sedic.my untuk dapatkan semua NGO yang telah mendapat pengagihan bantuan ini pada tahun 2016 dan pada 2017 akan dipamerkan atau dimuat naik dalam website itu nanti. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat.

Menteri.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat.

Mana? Tidak bagi ruang untuk kita tanya soalan.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis Yang Berhormat Menteri?...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat...

Malaysian Indian Blueprint yang saya tanya hendak jadikan dasar pun tidak jawab.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sebentar Yang Berhormat.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Sudah habis.

Tuan Pengerusi, saya punya PERMATA tidak jawab, Malaysian India Blueprint tidak jawab...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Menteri sudah habis Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa...

Apa level ini?

Tuan Pengerusi...

Menteri takut hendak jawab tentang PERMATA.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Duduk Yang Berhormat Kapar.

Takut hendak jawab tentang PERMATA. Tidak ada seorang Menteri pun yang boleh bertanggungjawab untuk... [Dewan riuh]

Saya juga ada bangkitkan...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ya, pada peringkat ini Yang Berhormat Kapar kena ikut peraturan, Yang Berhormat Menteri sudah duduk daripada menjawab. Sudah selesai.

Tidak bolehlah macam itu Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi...

Dia tidur tadi.

Tuan Pengerusi, saya sedang tunggu daripada tadi. Ada dua isu. Satu, Yang Berhormat Timbalan Menteri duduk secara tiba-tiba padahal ada dua isu yang berbangkit.

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Saya kena teruskan prosedur Yang Berhormat.

Lagi satu Tuan Pengerusi, belum ada mana-mana Menteri jawab tentang PERMATA...

[Dewan riuh]

Saya tanya tentang PERMATA, mengapa tiada Menteri yang berani jawab tentang PERMATA. Takut sangat nak jawab tentang PERMATA...

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM125,172,700 untuk Maksud B.1, RM2,522,000 untuk Maksud B.2, RM146,958,900 untuk Maksud B.3, RM370,665,300 untuk Maksud B.4, RM37,491,400 untuk Maksud B.5, RM5,215,264,000 untuk Maksud B.6, RM1,981,807,500 untuk Maksud B.7, RM148,892,100 untuk Maksud B.8, RM242,134,500 untuk Maksud B.9 dan RM16,803,100 untuk Maksud B.40; di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM125,172,700 untuk Maksud B1, RM2,522,000 untuk Maksud B.2, RM146,958,900 untuk Maksud B.3, RM370,665,300 untuk Maksud B.4, RM37,491,400 untuk Maksud B.5, RM5,215,264,000 untuk Maksud B.6, RM1,981,807,500 untuk Maksud B.7, RM148,892,100 untuk Maksud B.8, RM242,134,500 untuk Maksud B.9 dan; RM16,803,100 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM12,214,034,800 untuk Maksud P.6 dan RM46,100,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM12,214,034,800 untuk Maksud P.6 dan RM46,100,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]

Ini pengecut. PERMATA takut...

[Dewan riuh]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan

Jangan kurang ajar.

Hello! Saya tunggu daripada pagi lah...

Ajar Yang Berhormat Menteri dahulu. Saya ajar Yang Berhormat Menteri menjawab. Kalau berani... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 November 2017. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 11.07 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Memohon Kemudahan Balai Bomba Dan Penyelamat Di Daerah AsajayaSpecial Chamber

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tajuk ucapan saya Memohon Kemudahan Balai Bomba Dan Penyelamat Di Daerah Asajaya kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengemukakan usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 kepada Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai permohonan membina sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di Daerah Asajaya dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan.

Tuan Yang di-Pertua, Daerah Asajaya yang berkeluasan 65.29 kilometer persegi amat memerlukan sebuah balai bomba yang strategik dengan jarak paling hampir dengan tempat kejadian sesuatu insiden. Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat adalah Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan lebih kurang 53 kilometer, mengikut laluan Jalan Dato Mohd Musa/Bulatan UNIMAS/Bulatan UiTM/Jalan Entingan/UiTM/Jalan Asajaya - Sadong Jaya. Bentuk muka bumi Asajaya adalah rata kerana berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dengan anggaran penduduk seramai 32,100 (statistik 2010) mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Malah sesetengah kawasan bergambut yang subur dan sesuai untuk tanaman nanas. Pembangunan pesat sektor perladangan kelapa sawit di Sadong Jaya dan sektor pertanian di Asajaya memberi potensi kebakaran ladang sebagai risiko kebakaran utama di samping kebakaran sektor industri yang juga berkembang pesat dan juga kediaman.

Risiko kebakaran di Daerah Asajaya mengambil kira respond time dalam tempoh 53 minit 30 saat dan keadaan ini menggambarkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadapi kesukaran dalam operasi pemadaman dan penyelamatan yang cekap dan berkesan. Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Daerah Asajaya akan memberi kesan besar kepada kesejahteraan dan keselamatan yang mana ketika ini daerah ini belum mendapat perlindungan sepenuhnya. Jabatan ini juga boleh memberi khidmat nasihat serta latihan kebombaan dalam aspek mencegah dan melawan kebakaran.

Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat ini dapat menggalakkan kemasukan pelabur asing dan tempatan berikutan tahap prasarana terbaik dan ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada pengurangan pembayaran premium insurans kepada industri, kedai dan lain-lain. Dengan adanya kewujudan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini juga akan menarik lebih ramai masyarakat ke Asajaya dan bakal menyaksikan banyak peluang pekerjaan serta pembangunan pesat yang akan meningkatkan ekonomi

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

rakyat di Parlimen Kota Samarahan dalam Daerah Asajaya. Besarlah harapan saya agar kementerian dapat menilai permintaan rakyat di Parlimen ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan. Pertama kali bawa usul dalam Kamar Khas, ya. Jadi terima kasih. Agaknya selepas banyak kali bawa soalan berkaitan dengan balai bomba baru Asajaya. Jadi, hari ini terpaksa bawa dalam usul di Kamar Khas. Jadi kita ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Tuan Yang di-Pertua, menyedari tentang keperluan yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi untuk mewujudkan sebuah balai bomba di kawasan Daerah Asajaya bagi melindungi nyawa penduduk dan juga harta yang dianggarkan – bancian yang tadi Yang Berhormat sebut 32,100 itu adalah bancian berdasarkan pada tahun 2010 dan bancian pada tahun 2015 adalah seramai 33,600 orang. Kementerian telah pun membuat permohonan, Tuan Yang di-Pertua, bagi pembinaan balai bomba kategori D yang turut dilengkapi dengan sebuah jentera pemadam bersama dengan 21 orang anggota bomba di Asajaya dengan kos projek berjumlah RM7 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan ini telah pun dibuat oleh kementerian sejak daripada Rancangan Malaysia Kesebelas, Rolling Plan yang Pertama

(RP1) pada tahun 2016. Persoalan yang berkaitan dengan balai bomba ini telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada sesi tahun 2013, ya. Ini adalah soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada 4 Julai 2013 dan permohonan telah pun dibuat oleh kementerian untuk RP1 pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, permohonan itu tidak dipertimbangkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan permohonan kedua - selepas RP1 itu tidak berjaya, maka kementerian buat permohonan lagi untuk RP2 pada tahun 2017 tetapi juga tidak disenaraikan dalam senarai EPU dan kementerian telah pun memohon Tuan Yang di-Pertua, agar projek bagi Balai Bomba Asajaya ini diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2018, iaitu tahun depan. Tahun 2016 tidak dapat, 2017 tidak dapat, kita minta untuk tahun 2018.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut masih lagi belum mendapat pertimbangan oleh pihak EPU. Justeru itu, saya hendak berikan pengharapan baru kepada Yang Berhormat, bila Yang Berhormat dengar jawapan ini, daripada RP1, RP2 dan RP3 sampailah untuk tahun 2018, permohonan itu masih lagi tidak tersenarai dalam senarai EPU.

Harapan yang mahu saya berikan kepada Yang Berhormat pada hari ini, pihak kementerian sedang berusaha merayu untuk mendapatkan kelulusan khas kepada EPU untuk projek tersebut Tuan Yang di-Pertua, diluluskan dalam Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2013 dengan menggunakan pelarasan peruntukan dalaman Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jadi kita gunakan melalui peruntukan dalaman. Ini kerana kalau kita hendak tunggu yang situ, mungkin kita kena bawa balik kepada tahun 2019.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Yang Berhormat Menteri telah pun mengarahkan kepada Yang Berbahagia Dato’ KSU kementerian untuk mengemukakan rayuan di atas yang sebutkan kepada Yang Berhormat tadi, kepada pihak EPU dalam minggu ini juga dan surat rayuan tersebut akan disalinkan kepada Yang Berhormat. Jadi maknanya, janji kementerian ini kepada Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan tadi menggunakan pelarasan peruntukan dalaman Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, insya-Allah, akan dapat membantu untuk kita memulakan harapan yang telah pun dihasratkan oleh Yang Berhormat.

Bagi kawasan Daerah Asajaya ini Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, seperti Yang Berhormat maklum juga, mendapat perlindungan kebombaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dengan kekuatan ada 48 orang anggota kita di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan ada dua buah jentera pemadam tetapi jaraknya ialah 23.7 kilometer dengan response time sebanyak 46 minit. So, 23.7 kilometer dia hendak sampai, dia ambil masa 46 minit. Jadi betul, tepatlah harapan Yang Berhormat itu untuk memohon sebuah Balai Bomba baharu untuk kawasan Asajaya.

Dalam pada itu Yang Berhormat, Pasukan Bomba Sukarela Sungai Bulu di Asajaya juga bertindak memberikan perlindungan kebombaan dengan kekuatan 65 orang anggota Pasukan Bomba Sukarela, ada satu jentera, kita berikan Proton Arena

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

lengkap dengan sebuah pam angkut, 10 unit hos, dua unit nozel dan enam set Peralatan Perlindungan Diri seperti helmet, jaket api, gloves dan sebagainya.

Akan tetapi memandangkan Pasukan Bomba Sukarela ini ia berpusat di Sungai Bulu dan terletak 32 kilometer ke kawasan Asajaya. Maknanya ia lebih jauh daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan tadi, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan membantu Yang Berhormat untuk menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dengan kerjasama Yang Berhormat untuk mengenal pasti keahlian seramai 20 orang di dalam pekan Asajaya. Jadi Yang Berhormat balik mungkin minggu ini agaknya, boleh tengok siapa agaknya keahlian daripada kumpulan masyarakat yang aktif, yang mahu menjadi ahli kepada Persatuan Bomba Sukarela sementara menunggu balai bomba baru itu.

Kementerian bersetuju – dalam pada Yang Berhormat cari 20 ahli ini, kita akan bantu penubuhan Pasukan Bomba Sukarela, kementerian telah juga bersetuju untuk membekalkan dua buah kabin kontena – kita tidak mahu bina bangunan tetap kerana bangunan tetap ia akan jadi balai bomba baru Asajaya. Jadi dua kabin kontena, sebuah pam angkut bersama 10 gelung hos untuk pasukan bomba tersebut dan boleh diletakkan kabin itu di tapak cadangan Balai Bomba Asajaya. Jadi untuk sementara waktu, kerana kawasan itu pun luas. Jadi ini adalah merupakan langkah jangka masa pendeklah, sekurang-kurang dapat membantu menangani masalah kebakaran yang kecil sebelum ia menjadi besar dan juga akan dapat membantu menangani isu responds time di kawasan tersebut.

Jadi saya harap mudah-mudahanlah, dengan jawapan yang diberikan oleh kementerian ini, Yang Berhormat akan rasa lega hati, balik boleh beritahu dengan orang kawasan, kita tubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dalam pada kita tunggu penyelarasan peruntukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi pembinaan sebuah balai bomba Asajaya yang baru, insya-Allah, pada tahun hadapan, ya Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta Di Pangsapuri/Flat Kos Rendah Dan SederhanaSpecial Chamber

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. So Yang Berhormat Menteri, tolonglah bina satu Balai Bomba dekat Asajaya ini.

40 minit itu responds time itu, saya rasa...

Tidak apa. Yang Berhormat tidak payah jawab. Saya sudah jawab soalan itu tadi.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

[Ketawa] Okey, terima kasih.

Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta/Parkir Di Pangsapuri/Flat Kos Rendah Dan Sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada masalah parking yang melanda di flat-flat kos rendah dan sederhana di seluruh negara. Semasa proses pembinaan, dasar yang diguna pakai oleh pihak pemaju ialah dengan mengkhususkan satu tempat letak kereta bagi setiap rumah. Apa yang berlaku ialah kadang-kadang kita mempunyai isi rumah yang menggunakan lebih daripada satu buah kereta.

Permasalahan juga timbul apabila rumah tersebut didiami oleh sekumpulan eksekutif muda yang masing-masing memiliki kereta. Pemilikan kereta bagi sesetengah isi rumah itu telah menjadi suatu keperluan. Ini diakibatkan daripada kelemahan penyediaan sistem pengangkutan awam berhampiran dengan flat mereka. Jarak menuju ke stesen pengangkutan terdekat dan jadual pengangkutan yang tidak tepat menjadikan mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Akibat daripada jumlah kereta yang banyak, kereta diletakkan berlapis-lapis.

Kereta terpaksa diletakkan dengan keadaan bahaya dengan jarak antara satu kereta dengan kereta yang lain sangat rapat sehingga amat berpotensi untuk berlaku pelanggaran kecil. Kereta yang diletakkan di sepanjang lapisan kedua dikehendaki tidak menaikkan brek tangan. Banyak juga kes di mana cermin kereta dipecahkan kerana kereta tersepit tidak boleh keluar daripada parking. Keadaan menjadi kronik apabila kereta penghuni terpaksa diletakkan di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas sehinggakan jalan dua hala bertukar menjadi satu hala akibat permasalahan ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PRPetaling Jaya Selatan

Satu lagi masalah yang berlaku ialah apabila kenderaan kecemasan seperti bomba dan ambulans diperlukan untuk masuk ke kawasan perumahan flat yang sempit akibat kereta diletakkan berlapis-lapis ini. Oleh yang demikian, kereta kecemasan terpaksa meletakkan kenderaan mereka di jarak yang jauh daripada tempat kejadian dan ini menyukarkan kerja-kerja penyelamat.

Selain daripada memadam kebakaran, pihak bomba yang sering dipanggil dalam membantu membawa pesakit obesiti ke hospital. Ada kalanya pesakit obesiti berada di tingkat tinggi rumah pangsa dan kemudiannya terpaksa diusung ke ambulans yang terletak jauh daripada tempat sepatutnya menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit. Ini juga berlaku kepada pesakit-pesakit biasa yang memerlukan bantuan ambulans.

Saya mencadangkan solusi kepada permasalahan ini. Pertamanya ialah dengan menyediakan lebih banyak tempat meletak kereta. Dengan peruntukan sewajarnya, pihak kementerian boleh menjalankan projek perintis dengan mengaplikasikan sistem parking kereta bertingkat secara mekanikal. Tempat parkir mekanikal ini sudah banyak digunakan di luar negara. Mengapa kaedah ini tidak boleh diaplikasikan di negara kita? Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai pelaksanaan serta kos pembinaan parking mekanikal di flat kos rendah dan juga sederhana negara ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Petaling Jaya Selatan. Ini satu Yang Berhormat ini, yang paling banyak buat usul Kamar Khas inilah dia, Yang Berhormat daripada Petaling Jaya Selatan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selepas ini saya sebut KPKT, melalui PLAN Malaysia, dahulu adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, panjang sangat. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, nama yang terkini kita pinda, tukar untuk mudahkan sebutan dan orang faham ialah nama PLAN Malaysia. PLAN Malaysia Tuan Yang di-Pertua, telah pun menyediakan Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kenderaan ataupun selepas ini saya sebut sebagai Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kereta (GPP TLK) ya, Yang Berhormat, ya, bagi menyelaras dan memastikan pemakaian GPP TLK yang seragam di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, memenuhi keperluan perkembangan semasa seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi. GPP TLK ini Tuan Yang di- Pertua, disediakan bagi menggantikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta (JPBD) bagi tahun 2000 dan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta Bertingkat bagi tahun 2003.

GPP TLK ini telah dibentangkan dan mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang ke-67 minit (MNKT Ke-67) pada 10 Julai 2017. Ia sudah diterima, sudah dibentangkan, diterima pakai dan dipersetujui oleh semua kerajaan negeri.

Garis panduan ini Tuan Yang di-Pertua, ia merupakan salah satu – ini Yang Berhormat kena dengar baik-baik. Ia merupakan salah satu syarat dalam pertimbangan untuk apa-apa kelulusan Kebenaran Merancang, salah satu daripada syarat untuk permohonan KM bagi sesuatu permohonan projek pembangunan di mana-mana kawasan PBT. Kalau mana-mana di antara permohonan itu tidak mematuhi kepada garis panduan yang saya sebutkan ini sebagai syarat dalam kebenaran merancang, sepatutnya pihak Berkuasa Tempatan tidak boleh mempertimbangkan untuk sebarang kelulusan kepada mana-mana pemohon yang tidak mematuhi kepada syarat GPP TLK tadi. Selepas ini balik, Yang Berhormat boleh khabar kepada PBT kawasan Yang Berhormat dan juga di negeri Selangor.

GPP TLK ini Tuan Yang di-Pertua, telah mengambil kira prinsip-prinsip perancangan antaranya – tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat termasuklah kemudahsampaian yang sistematik, mesra pengguna dan aspek keselamatan untuk

Datuk Halimah binti Mohd. SadiqueUMNO · BNTimbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Tenggara

memastikan susun atur, reka bentuk tempat letak kenderaan adalah terancang dan mempunyai sirkulasi atau circulation jalan keluar masuk yang jelas termasuklah untuk bomba dan sebagainya. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, GPP TLK ini telah meliputi dan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat untuk masuk ke mana-mana kawasan pangsapuri ataupun flat kos rendah tadi.

Bagi mengatasi kesesakan terutama di kawasan-kawasan perumahan pangsapuri ataupun flat kos rendah, GPP TLK ini juga telah menetapkan piawaian minima sudut, jenis laluan, lebar, landas keluar masuk, lengkungan landas, pencahayaan termasuk penyediaan tempat letak kenderaan khas bagi OKU/warga emas/golongan khas serta tempat letak kenderaan khas bagi tujuan keselamatan seperti Bomba. Ini Yang Berhormat faham saya sebut tadi, ya.

Tuan Yang di-Pertua, masalah parking yang tidak mencukupi berlaku di kawasan perumahan kos rendah yang lama memandangkan pada masa dahulu bila kita design rumah kos rendah kita, sama ada dibina oleh kementerian, kerajaan ataupun oleh pemaju dalam negeri-negeri yang ada, dahulu tidak ramai penghuni yang berkemampuan untuk beli kereta. Dahulu kalau ada satu rumah, ada satu kereta pun sudah bagus. Sekarang ada satu rumah sampai lima ke enam buah kereta. Anak sudah bekerja, kereta merupakan keperluan. Kereta bukan lagi merupakan kemewahan. Jadi walaupun mereka duduk di kawasan flat kos rendah, ia tidak menidakkan keupayaan mereka untuk mempunyai kenderaan dan kenderaan itu berupa kereta.

Jadi maka kerana itu, pada masa kini, kementerian telah pun membina parking bertingkat di kawasan PPR bagi mengatasi masalah kekurangan tempat parkir seperti di PPR Kota Bharu dan PPR Kepong yang mempunyai piawaian satu petak letak kereta bagi satu unit rumah dan 20 peratus untuk pelawat. The other 20% is for visitors, dengan izin.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat agar parkir mekanikal diaplikasikan di negara kita seperti mana yang sedang berlaku di negara-negara luar. Pembinaan ini Tuan Yang di-Pertua, ia bergantung kepada kesesuaian lokasi terutamanya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tanah yang terhad.

Di samping itu, implikasi dari segi kos pembinaan dan kos penyelenggaraan.

Jadi buat masa ini Yang Berhormat, tiga projek PPR seperti yang saya sebutkan tadi, yang ada parkir bertingkat, iaitu PPR Kota Baharu, bilangan rumah 1,000, bilangan parkir 1 is to 1 dan kos membina ialah RM20.6 juta. It is not cheap actually dan bagi PPR Kepong, unit rumah 1,600, jumlah parkir 1,600, this is one to one, ya untuk mereka yang menghuni – the others is 20% bagi visitor berjumlah RM23.5 juta.

Bagi PPR Sentul, 500 unit bilangan - parkir 500, Kos pembinaan parkir bertingkat ialah RM8.5 juta. So we are trying our best. Kementerian sedang menguruskan untuk membina kemudahan fakir mekanikal ini terutama di kawasan-kawasan BPR. Saya harap mudah-mudahan Yang Berhormat telah mendapat penjelasan yang sepatutnya saya berikan bersesuaian dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Sekiranya urusan untuk kita bina lebih banyak lagi parkir mekanikal, we have to look into the cost penyelenggaraan yang mungkin akhirnya – dengan harapan ia tidak membebankan kepada penghuni dari segi pembayaran penyelenggaraan kepada Joint Management Body (JMB).

Jadi ini antara perkara-perkara yang sedang kita tengok. Jadi apa yang saya minta Yang Berhormat buat selepas ini, Yang Berhormat balik, pastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan dalam negeri Selangor mematuhi kepada perkara yang telah pun saya sebutkan tadi. GPP TLK adalah syarat wajib dalam mana-mana permohonan kebenaran merancang. Kita harap kalau ini sekiranya berlaku Tuan Yang di-Pertua, insiden yang berlaku di Pulau Pinang sekiranya kerajaan negeri mematuhi kepada garis panduan yang telah pun kita bentangkan dalam Majlis Perancangan Fizikal Negara, kalau itu dipatuhi, maka banyak perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Jangan jadi macam negeri Pulau Pinang, balik betulkan balik negeri Selangor ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 15 November 2017. Terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.56 petang]