Dewan Rakyat · 15 November 2017
15th Parliament, session 5, meeting 3 · 807 turns · 65,901 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [Setiawangsa] minta Menteri Kewangan menyatakan, berapakah jumlah terkini Wang Tidak Dituntut, dan apakah langkah yang dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa. Wang tidak dituntut wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa yang tertentu seperti mana yang telah ditetapkan di bawah seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Pendaftar wang yang tidak dituntut ataupun pejabat Auditor General sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuat kuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak. Wang yang tidak dituntut merupakan akaun amanah kerajaan di bawah seksyen 10, Akta Acara Kewangan 1957. Wang tidak dituntut ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan seksyen 11(3), Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Merujuk kepada soalan, baki wang tidak dituntut sehingga 31 Oktober 2017 adalah sebanyak RM5.96 bilion. Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah serta inisiatif seperti berikut - Ini berikutan dengan keghairahan masyarakat untuk membuat tuntutan. Kita telah pun menganjurkan pelbagai kempen melalui media cetak seperti akhbar-akhbar tempatan sebanyak empat kali di Utusan Malaysia, Oriental Daily, Kosmo dan juga The Star. Kemudian program wawancara dan bual bicara melalui saluran televisyen dan juga radio seperti Selamat Pagi Malaysia di TV1, rancangan Do-It di TV1 juga, Nasi Lemak Kopi ‘O’ di TV9, MHI di TV3, program Assalamualaikum di TV Hijrah dan juga program Nadi Pagi di Nasional FM. Selain daripada itu, kita juga mengambil bahagian dalam pameran booth-booth memberi penerangan kepada pengunjung. Kemudian aktiviti bersama dengan agensi dan juga pelbagai jabatan. Selain daripada itu, taklimat kesedaran diadakan berkala di semua pejabat akauntan negeri seluruh Malaysia. Mulai suku kedua, insya-Allah tahun 2018, electronic government unclaimed money information system (eGUMIS) akan diaktifkan bagi memudahkan rakyat mengakses dan menyemak status wang yang tidak dituntut. Insya-Allah, Jabatan Akauntan Malaysia juga akan turut menyertai mobile CTC anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutama di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, apakah sumber ataupun jenis utama wang yang mencatat nilai tertinggi dalam wang yang tidak dituntut (WTD) ini? Apakah masalah utama yang menyebabkan sehingga kini sebanyak RM5 bilion lebih yang masih belum dituntut ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Mengikut rekod sebagai secara umum, kita ada tiga kategori wang yang tidak dituntut. Sebanyak 70 peratus daripada jumlah wang yang tidak dituntut ini datangnya daripada kategori kedua, iaitu urusan-urusan perbankan iaitu melalui akaun simpanan semasa dan akaun simpanan tetap. Selain daripada itu, 18 peratus daripada kategori pertama terutama sekali berkaitan dengan insurans, tuntutan insurans 18 peratus. Seterusnya lagi 12 peratus lagi adalah lain-lain akaun termasuk akaun pemiutang dan juga penghutang perdagangan. Masalah-masalah utama kenapa benda-benda ini berlaku ialah pertama sekali seperti yang kita pun dok sarankan kepada rakyat, kita hendaklah menguruskan akaun kita dengan baik. Maksudnya, kita kena update buku dan sebagainya. Kemudian, apa- apalah tuntutan yang perlu kita terima, patut kita dapatkan, janganlah sehingga ianya melepasi tempoh atau edah, contohnya pembayaran gaji, insurans, bonus yang melebihi satu tahun. Itu dihantar ke pejabat AG. Begitu juga akaun-akaun bank ini yang dormant, tidak aktif langsung sehingga tujuh tahun pun, bank ini perlu hantar kepada pejabat Accountant General. Begitu jugalah akaun-akaun pemiutang, si piutang, penghutang dan sebagainya ini pun dalam tempoh dua tahun. Ini antara punca-puncalah yang menjadikan tuntutan wang yang tidak dituntut ini daripada berpuluh-puluh tahun ini, menjadikan kumulatif amaunnya sampai RM5.9 bilion. Kita telah pun menerima sekitar untuk tahun ini sahaja, 52,015 permohonan dan 34,353 datangnya daripada sekitar Kuala Lumpur sahaja. Masalah-masalah yang kita hadapi yang lain semasa membuat tuntutan ini, contohnyalah yang boleh saya sebut untuk makluman Dewan dan juga untuk pendengar di luar sana, kita menghadapi masalah queue yang panjang sebab mungkin keghairahan daripada rakyat ketika mendengar urusan tentang wang tidak dituntut awal tahun baru ini.
Kemudian antara isu-isu yang selalulah di pihak pejabat ini pula menghadapi ialah ada di kalangan penuntut ataupun pemohon ini datang bawa buku bank contohnya, baki bank RM20,000 yang tertulis di bank ini. Kemudian dia pergi jumpa AG’s office, dia kata cek, cek, cek, di pejabat AG kata tinggal lagi RM2.50, contohnya. Ini sudah bertengkar, tepuk meja apa semua. Rupanya, apabila kita siasat balik dengan bank, dia sudah pun menggunakan ATM card, dia pergi jolok-jolok kad ini, dia sudah ambil semua kemudian dia pergi hendak mengelirukan- sebenarnya mengelirukan pejabat AG. Kedua, ada juga kes di mana seorang itu dia ada FD, certificate original dibawa. Dia datang kata ada RM50,000 FD, di cek di pejabat AG ini kosong. Rupanya dia telah pun melaporkan kepada polis, dia hilang sijil tersebut, kemudian buatlah tuntutan di bank dan mencairkan FD nya. Jadi, original certificate yang asal itu dia bawa pergi AG. Ini benda-benda yang kadang-kadang mengelirukan dan mengambil masa yang menjadikan kelewatan. Ada satu kes, contoh semasa dia menjadi tentera, dia membuka akaun pakai dokumentasi ataupun kad pengenalan tentera. Apabila dia membuat tuntutan, dia sudah pencen tentera, dia pakai IC awam. Jadi, apabila pi takdak, jadi bertengkar-tengkar, rupanya inilah perkara-perkara yang menyebabkan kelewatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, tadi dikatakan wang tidak dituntut ini sampai satu masa ia akan dijadikan pada akaun amanah kerajaan. Saya ingin tanya, berapa tempoh masanya ia dipindahkan ke akaun amanah kerajaan? Adakah ia juga akan dipindah ke akaun yang disatukan supaya wang ini boleh digunakan untuk tujuan yang lain? Satu juga untuk menunjukkan keikhlasan iaitu pihak-pihak kerajaan ingin pulangkan wang ini kepada pemilik-pemilik. Adakah kerajaan juga mengambil maklum bahawa prosedur untuk tuntutan ini adakah ia akan disimplifiedkan supaya pemilik atau warisnya dapat tuntut balik dengan cara yang lebih senang? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Untuk makluman Dewan, apabila wang tidak dituntut ini dipegang oleh AG sehingga 15 tahun, mengikut seksyen 11, kita boleh masukkan ke dalam wang hasil pindahan hasil. Akan tetapi untuk makluman Dewan juga, saya hendak maklumkan sekiranya walaupun katalah selepas 15 tahun, 20 tahun, sudah masuk ke dalam akaun hasil pun, tiba-tiba satu hari ada waris yang datang menuntut, kita akan bayar juga, tidak ada masalah. Cumanya, yang kedua dalam seksyen 9 ini jugalah consolidated trust account ini iaitu wang-wang yang dipungut, dikutip daripada orang awam. Ia masuk dalam consolidated trust account, yang ini diuruskan oleh kerajaan. Akan tetapi kalau let’s say, dengan izin, ada warislah- satu hari itu sampai 20 tahun, 30 tahun pun ada dokumen- dokumen yang menguatkan hujah menyatakan mereka berhak untuk menuntut, kita akan layan dan kalau cukup tatacara prosedurnya, kita akan bayar walaupun sudah masuk, tidak ada masalah. Dari segi prosedur untuk menuntut. Ia sebenarnya tidaklah menyusahkan sangat buat masa ini. Apa yang penting, tuan tubuh itu boleh pergi ke pejabat AG, bawa IC dia, kemudian dia boleh, pertama sekali, tunjukkan IC pergi ke kaunter di pejabat Accountant General ini. Dia akan disemak, katalah mungkin dia rasa dahulu ada tersimpan, tercicir dan apa-apalah, cek tidak tunai kah, apa, RM2,000, RM3,000 itu pun kita boleh cek melalui IC. Itu senang kalau tuan tubuh. Akan tetapi contoh kalau untuk waris, katalah bapanya atau emaknya dahulu pemegang akaun, adalah benda-benda yang bersangkut ini telah pun meninggal, pun boleh. Cuma dia kena bawa sijil kematian, itu pertama. Kedua, mesti bawa surat beranak mengesahkan hubungan dia dengan si mati. Jadi, daripada situ kita adalah prosedur selanjutnya mengisi borang tertentu. Apabila pejabat AG menerima borang yang lengkap ini dalam tempoh 30 hari daripada mula terima borang, insya-Allah duit itu akan dipulangkan seperti mana yang ada dalam penyata itulah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat peribadi dan maklumat peribadi yang sensitif orang lain menerusi internet, sama ada kerajaan merancang untuk menggubal rang undang-undang baru untuk mengatasi masalah ini.
Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam negaraku sehati sejiwa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulai yang menanyakan soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menitikberatkan dan memberikan keutamaan kepada hal ehwal berkaitan kerahsiaan dan perlindungan data peribadi setiap warganegara. Bertitik tolak daripada pendirian inilah, maka beberapa perundangan telah pun digubal demi menjaga kepentingan awam dalam negara melangkah maju ke hadapan ditunjangi paksi-paksi teknologi. Paling utama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Pelindungan Data Peribadi (JPDP) telah menguatkuasakan Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta 709 ini terpakai kepada berbilang sektor dan industri utama negara yang merupakan pengguna data. Antaranya, termasuklah komunikasi, perbankan dan institusi kewangan, insurans, kesihatan, pengangkutan, pelancongan dan hospitaliti dan beberapa lagi. Di bawah Akta 709 ini, setiap pengguna data wajib mematuhi tujuh prinsip pelindungan data peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan. Prinsip-prinsip tersebut ialah prinsip am, prinsip notis dan pilihan, prinsip penzahiran, prinsip keselamatan, prinsip penyimpanan, prinsip integriti data dan prinsip akses.
Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, suka saya sebutkan di sini bahawa apa-apa bentuk penzahiran maklumat peribadi tanpa persetujuan pengguna data menerusi apa-apa platform, termasuklah internet adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 130, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 ataupun dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Sehingga kini, sebanyak tiga kes telah pun didakwa di bawah Akta 709 dan kesemuanya telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Selain daripada tindakan mahkamah, jabatan turut proaktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti jangkauan kepada masyarakat awam bagi memupuk kesedaran berhubung tatacara pemprosesan data peribadi bagi tujuan komersial ini. Selain kerangka kawal selia data peribadi yang diperuntukkan di bawah Akta 709 seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah sama pentingnya untuk saya sebutkan di sini bahawa kerangka perlindungan data peribadi ini telah lama wujud di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melalui syarat kepada lesen-lesen dan kod am pengguna ataupun, dengan izin, general consumer code. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Pertama, kalau kita merujuk kepada Akta Perlindungan Peribadi, memang itu adalah satu akta yang baru tetapi ia hanya berkuat kuasa kepada transaksi komersial. Maksudnya, kalau sekarang ada orang dengan tujuan untuk membalas dendam, meletakkan data- data peribadi yang sensitif itu di dalam internet, nampaknya mereka tidak terjatuh dalam golongan ini dan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta Pelindungan Peribadi. Kedua, walaupun tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga ada sentuh tentang Akta Komunikasi dan Multimedia untuk memberi pelindungan kepada pengguna- pengguna internet tetapi saya hendak tanya di sini, sama ada berapa kes yang telah dibawa ke mahkamah? Oleh kerana kalau saya merujuk kepada jawapan yang saya dapat semalam, di antara tahun 2012 sehingga kini, sebenarnya ada 400 aduan tentang gangguan seksual melalui internet tetapi berapa kes daripada ini yang sebenarnya telah dibawa ke mahkamah. Nampaknya sekarang tindakan hanya diambil apabila pemimpin- pemimpin Barisan Nasional diusik, dihasut dan diasak, seperti dahulu apabila isteri kepada Perdana Menteri diusik...
Tanya sudahlah. Apa ini?
...Tindakan diambil begitu cepat...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Kulai. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dia belum minum pagi itu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin akan menjawab soalan yang pertama sahaja lah kerana yang kedua itu saya pun sudah pernah menjawab sebelum ini. Sebenarnya kita di pihak kementerian, tidak ada double standard. Kita akan buat proses siasatan seperti mana yang telah dimaklumkan kepada kita. Saya akan jawab soalan pertama iaitu berkaitan dengan perkongsian maklumat. Inilah yang kita sering tekankan bahawa kita sebagai pengguna, kita harus ada satu sifat yang dinyatakan bahawa “Jom Ambil Peduli”. Maknanya kita jangan terlebih kongsi dalam laman sosial media. Hal ini kerana untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengguna internet di Malaysia pada tahun 2015 ialah 24.1 juta dan pada tahun 2016 ialah 24.5 juta. Hasil kajian pengguna laman sosial kita dapati bahawa kita menggunakan internet selama empat jam sehari dan sebanyak 15.5 peratus pengguna adalah remaja di bawah umur 19 tahun.
Kita dapat lihat bahawa peratus penggunaan internet ini meningkat pada tahun ini hasil daripada kajian pengguna internet yang kita lakukan iaitu pada tahun 2016, setakat ini 89.3 peratus. Jadi kita dapat lihat bahawa dari segi peratus pemilik akaun media sosial misalnya daripada Facebook daripada tahun 2016, 96.5 peratus meningkat kepada 97.3 peratus. Instagram sahaja 46.7 peratus kepada 56.1 peratus. WeChat Moments- ini banyak aplikasinya iaitu 60.2 peratus kepada 43.7 peratus. Twitter, 26.5 peratus kepada 26.6 peratus. Jadi kita dapat lihat bahawa data ini dunia tanpa sempadan ini memang ada di mana-mana sahaja tetapi sebagai pengguna seperti mana yang saya tekankan tadi, maknanya kadangkala kita tidak sedar bahawa data pengguna ini dikumpulkan secara setiap hari secara sedar ataupun tanpa kesedaran pengguna itu sendiri. Jadi, kitalah sebagai pengguna kita harus hati-hati kerana terdapat maknanya minat kita yang suka berkongsi seperti misalannya lokasi, kegemaran kita, maklumat peribadi keluarga dan sebagainya tapi apabila benda-benda ini telah dimasukkan di dalam profiling kita maknanya kita tidak boleh tarik balik. Ini yang menyebabkan kebocoran data dan sebagainya. Jadi berbalik kepada soalan yang kedua saya tekankan tadi kita tidak ada double standard. Sebelum ini juga kita ambil tindakan terhadap kes yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Seputeh dan rakan-rakan di sebelah sana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin berkongsi, memahami yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai. Cuma saya tidak setuju cara dia itu bukannya tanya soalan tetapi hendak bagi ceramah pula kepada kita. Okey Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini kita juga dilaporkan ada syarikat telekomunikasi juga terlibat menjual maklumat peribadi pelanggan mereka. Sejauh manakah laporan ini benar? Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat yang terlibat? Hal ini kerana kita tidak mahu ya sebab saya percaya kita semua mesti ada dihubungi oleh panggilan telefon hendak suruh hadir taklimat pelaburan kononnya data pelaburan tetapi sebenarnya mempunyai lain daripada apa yang jadi. Bagaimana mereka boleh mendapat maklumat nombor telefon kita? Sudah tentulah saya percaya ada unsur-unsur yang membolehkan syarikat-syarikat ini mendapat nombor panggilan peribadi kita. Jadi saya hendak tahu lah sejauh manakah laporan ini benar dan apakah tindakan yang telah diambil? Hal ini kerana kita tidak mahu kita betul, kita kata kita ada akta macam-macam tetapi seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai tadi, adakah tindakan mahkamah telah diambil atau bagaimana? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada soalan sahabat saya daripada Yang Berhormat Tanah Merah. Sebenarnya apabila kita bercakap tentang jenayah siber ini sebenarnya ia beroperasi secara licik. Dulu mereka bergerak secara persendirian tetapi sekarang secara sindiket dan antara modus operandi yang biasanya digunakan oleh penjenayah siber ini antaranya pertamanya menggunakan teknik penggodam. Kedua, ia menggunakan teknik curi secara fizikal maknanya dia curi komputer kita, laptop kita dan telefon pintar dan sebagainya. Ketiga, dia boleh menggunakan teknik secara kejuruteraan sosial iaitu penyamaran melalui telefon ataupun e-mel, fizikal dan sebagainya. Inilah apabila kita melihat ruangan-ruangan tersebut kita jangan simply klik pautan-pautan yang kita tidak pasti kesahihannya dan yang ketiganya menggunakan teknik melalui sosial media iaitu memanipulasi maklumat melalui laman web sosial media. Adalah lebih baik sekiranya apabila kita diminta untuk melanggan apa-apa pun tidak semestinya kita memberikan maklumat secara jujur. Mungkin kita boleh tipu sikit tetapi bagi mengelakkan kejadian ini berlaku. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah bahawa sebenarnya pihak kita walaupun ada laporan sebenarnya kita telah pun menghubungi pihak telco berkaitan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan ini dan pada setiap masa sebenarnya, kita menekankan kepada pihak telco supaya memeriksa setiap transaksi sistem bagi memastikan tiada yang membuat penggodaman ataupun kebocoran maklumat berlaku. Sebenarnya ini tertakluk di bawah syarat lesen kepada setiap telco di bawah consumer code dengan izin, di mana yang menyatakan bahawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “A service provider may collect and maintain necessary data information of consumer for tracking practice. However, the collection and maintenance of such data of information shall follow the following good practices.” Dia ada ‘A’ sampai ‘G’ yang ‘H’ ini “not transferred to any party without prior approval from the consumer.” Saya dapati bahawa memang betul semalam telah keluar dalam surat khabar berkaitan dengan isu ini tetapi sebenarnya kita akan menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan secara terperinci. Akan tetapi apa yang ingin saya
tekankan di sini bahawa sebagai pengguna kita harus berhati-hati apabila kita melayari laman sosial. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat isu keselamatan dan privasi di internet ini memang agak serius dan apabila kebocoran kerap sangat berlaku dan ramai pengguna kita terlibat dan dilihat kebocoran maklumat ini bukan sahaja digunakan dalam negara kita tetapi digunakan juga oleh mereka-mereka yang berada di luar negara. Persoalannya di sini, adakah jika sekiranya pihak kementerian dapat mengenal pasti mana-mana syarikat telco yang terlibat ataupun dikatakan mengalami permasalahan kebocoran data ini, adakah bila pengguna ini mereka membuat aduan kepada syarikat telco atau kepada SKMM mereka akan mendapat pampasan daripada syarikat telco berkenaan? Kita tahu pergantungan terhadap teknologi telekomunikasi dan maklumat khasnya Internet di kalangan masyarakat kini memang kita tidak sangkal cuma tanpa pengetahuan yang mendalam masyarakat terutamanya keselamatan di alam siber ini sangat terdedah kepada ancaman-ancaman yang lain juga. Jadi apakah tindakan daripada pihak kementerian bagi mengekang perkara ini daripada terus berlaku? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang. Pada dasarnya sesuatu data ataupun rekod yang disimpan dalam talian masih selamat apabila langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil oleh agensi berkaitan. Sebenarnya apabila kita cakap tentang ancaman siber ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi berlaku di seluruh dunia. Misalannya, data pengguna syarikat gergasi antarabangsa seperti Facebook, Sony, Yahoo dan Google juga pernah digodam oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan syarikat-syarikat ini terpaksa melaburkan berjuta-juta ringgit untuk memastikan rekod dan sistem mereka tidak digodam. Jadi di pihak kita, seperti yang saya nyatakan awalan tadi kita ada akta yang dinamakan Akta Perlindungan Data Peribadi yang dikawal selia oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi mengawal selia pemeriksaan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga. Di pihak kerajaan juga melalui arahan 24 Majlis Keselamatan Negara juga telah mewajibkan semua agensi kerajaan dan organisasi yang dikenal pasti sebagai Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) untuk mematuhi standard ISO 27001. Jadi, berbalik juga kepada persoalan pokok iaitu daripada semakan yang kita dapati bahawa permasalahan utama ialah sikap rakyat Malaysia yang gemar berkongsi data peribadi dan juga terutamanya kecuaian pengguna data. Jadi itu yang saya tekankan tadi apabila kita sebagai data subjek ataupun kita panggil yang individu sendiri, kita seharusnya jangan terlebih kongsi. Kedua, kalau boleh kita pastikan kita rahsiakan kata-kata laluan kita dan kita pastikan kata-kata laluan kita itu dalam bentuk alphanumeric iaitu gabungan nombor dan abjad kerana sebenarnya semuanya ada dalam buku ini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Standard Perlindungan Data Peribadi 2015 dan pada masa yang sama suka saya maklumkan juga bahawa di bawah kementerian ini, dia ada dua fungsi yang berbeza iaitu berkaitan dengan aspek keselamatan data peribadi sebenarnya tertakluk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi. SKMM pula tertakluk di mana kita mempunyai kod amalan pengguna iaitu memastikan supaya penyedia perkhidmatan hendaklah menjaga keselamatan data peribadi pelanggan. Jadi inilah antara langkah-langkah keselamatan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dan juga program-program kesedaran yang kita lakukan sama ada melalui media konvensional ataupun media atas talian. Sekian terima kasih.
3. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, melalui kerangka kerja Strategi Lautan Biru Kebangsaan (N-BOS) apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup pada ketika ini serta sejauh mana keberkesanannya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong yang mengemukakan soalan. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Batu Pahat pada 16 November 2017, Yang Berhormat Tanah Merah pada 28 November 2017, dan Yang Berhormat Pagoh pada 29 November 2017 kerana menyentuh perkara yang sama, iaitu berkenaan kos sara hidup rakyat serta langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam menangani isu taraf hidup rakyat dan harga barangan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap isu- isu melibatkan taraf hidup rakyat pada masa kini. Pelbagai inisiatif dan program telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan taraf hidup rakyat di negara dijaga. Antaranya ialah seperti berikut: (i) penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang cuba menaikkan harga barangan dan disyaki mencatut; (ii) kempen harga berpatutan bagi memastikan rakyat terus mendapat bekalan barangan pada harga yang terendah melibatkan pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara; (iii) melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan untuk menyekat kenaikan harga semasa enam perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Pesta Keamatan, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas; dan (iv) Program Penyeragaman Harga bagi memastikan pengguna di kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut menikmati harga barangan kawalan iaitu beras, gula, minyak masak, tepung gandum, gas memasak LPG, petrol RON95 dan diesel pada harga yang dikawal oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga melalui Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, sentiasa membincangkan pelbagai strategi melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebang-saan (NBOS) dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk strategi-strategi khusus bagi menangani isu-isu kemiskinan bandar, urban poverty secara holistik dengan menubuhkan Jawatankuasa Harga bersama beberapa kementerian agensi berkaitan untuk melihat isu di sepanjang rantaian pengedaran dan Tabung Bantuan Khas Persekutuan Berpusat bagi mengumpul dana corporate social responsibility (CSR) sebagai lebih daripada 100 buah syarikat telah berdaftar di bawah dana CSR ini dengan anggaran kutipan dana sebanyak RM7 juta pada tahun 2016 telah disalurkan kepada institusi-institusi berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, seperti pertubuhan sukarelawan Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan, non-governmental organizations (NGO). Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga dari masa ke semasa akan mengkaji strategi-strategi dan pelan tindakan berkaitan kos sara hidup rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kesejahteraan rakyat terbela. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya hendak mengalu- alukan kehadiran guru besar dan juga pegawai-pegawai PPD Machang ke Dewan ini...
[Dewan tepuk]
Apa pun saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPDNKK atas pelbagai usaha untuk menangani kos sara hidup. Apabila kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet menangani kos sara hidup, itu menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu ini.
Saya juga tahu bahawa banyak dilaksanakan termasuk antaranya ialah penggunaan tujuh kad diskaun yang dibuat oleh kementerian. Cuma tambahan kepada soalan saya ialah apakah tindakan yang dirancang oleh kerajaan bagi menambah baik taraf hidup rakyat di negara ini dan seterusnya menangani isu-isu berkaitan dengan harga barang dan perkara-perkara berkaitan dengan kos sara hidup ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong dia atas soalan tambahan. Kerajaan memangnya amat prihatin akan keperluan rakyat dan komited dalam usaha meningkat taraf hidup rakyat dan hidup mereka. Di bawah Bajet 2018, pelbagai inisiatif telah digariskan oleh kerajaan, bukan sahaja melalui kementerian ini malahan melibatkan banyak pihak dalam kerajaan secara menyeluruh bagi meningkatkan taraf hidup rakyat ke arah yang lebih baik dan selesa. Sebagai contoh: (i) menyediakan pembiayaan mikro di bawah TEKUN, Amanah ikhtiar Malaysia dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa untuk rakyat berkecimpung dalam perniagaan dan menjana pendapatan; (ii) Program Peningkatan Usahawan Bumiputera, Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia untuk komuniti Cina dan Skim Pembangunan Masyarakat India melalui TEKUN; (iii) pelbagai lagi inisiatif bagi menjana pendapatan rakyat seperti Food Truck di bawah KPDNKK, Mobilepreneur di bawah KKLW dan sebagainya; (iv) meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan insentif kepada golongan pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan; (v) mengurangkan kadar cukai pendapatan individu bagi tiga golongan pendapatan; (vi) menetapkan kadar faedah maksimum jualan kredit kepada 15 peratus sahaja berbanding sehingga 35 peratus pada ketika ini; dan (vii) banyak lagi inisiatif yang diberikan oleh kerajaan melalui Bajet 2018. Kesemua ini disediakan bagi membuat keselesaan kepada rakyat serta peluang untuk mengubah kehidupan mereka selari dengan perkembangan taraf hidup sehari-hari. Mudah-mudahan hasilnya dapat dirasai oleh rakyat keseluruhannya. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita melihat dan memerhatikan bahawa banyak langkah yang telah dibuat, tetapi langkah-langkah itu kita lihat langkah-langkah yang bersifat tidak serta-merta menangani permasalahan rakyat. Kita tengok kenaikan harga barang Tuan Yang di-Pertua, masih terus berlaku. Apa tindakan kerajaan untuk mengaturkan supaya harga barang ini dapat diturunkan dengan mengurus kenaikan harga minyak.
Dengan menguruskan kejatuhan nilai wang Ringgit, dengan menguruskan, membetulkan antara penyataan hasrat, cita-cita dan polisi dengan pelaksanaan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat yang menanyakan soalan tambahan tadi. Di antara langkah-langkah diambil oleh kerajaan, seperti mana yang kita tahu tentulah yang pertamanya memberi subsidi kepada barangan keperluan seperti subsidi yang diberikan kepada enam barangan keperluan harian iaitu seperti subsidi bahan api termasuk gas memasak, petrol dan diesel.
Kedua, skim penstabilan minyak masak iaitu cooking oil stabilization scheme dan ketiga subsidi harga beras, subsidi diskaun elektrik, subsidi tepung gandum dan subsidi gula. Menyentuh isu harga barang, jika kita lihat makanan yang dijual di restoran mengambil contoh seperti nasi ayam, nasi lemak, roti canai dan teh tarik mencatatkan kenaikan secara purata sebanyak 1.1 peratus bagi nasi ayam, 3.3 peratus bagi nasi lemak, 1.6 peratus bagi roti canai dan 3.7 peratus bagi teh tarik berbanding tahun 2013. Memang berlaku kenaikan, namun adalah minimum bagi barangan-barangan lain seperti pakaian, telefon bimbit, kasut dan sebagainya, ia diambil kira sebagai barang keperluan gaya hidup dan terpulanglah kepada pengguna untuk mengawal perbelanjaan mereka dalam memenuhi kehendak masing-masing. Manakala, bagi barangan makanan laut seperti ikan, kerang dan lain-lain adalah ditentukan oleh penawaran dan permintaan dalam keadaan tertentu. Jika mana bekalannya berkurangan, kerajaan melalui kementerian yang berkaitan akan mengambil tindakan yang perlu untuk mempelbagaikan sumber bekalan bagi memastikan ianya cukup untuk menampung keperluan seterusnya mengimbangi harga di pasaran. Sekian, terima kasih.
4. Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [Bandar Tun Razak] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah keseluruhan dibayar oleh Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sejak 2002 bagi memenuhi terma perjanjian konsensi dan ganti rugi oleh Kerajaan Persekutuan kepada MAHB sejak 2008 serta prestasi kewangan ERL sejak mula operasi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Airport Holding Berhad bagi pihak kerajaan telah mengemukakan pembayaran Passenger Service Charge (PSC) kepada pihak Express Rail Link Sdn. Berhad (ERL). Dari tahun 2002 sehingga September 2017 ERL telah menerima bayaran keseluruhan PSC sebanyak RM741,234,295. Semenjak ERL mula beroperasi kadar purata bilangan penumpang perkhidmatan ERL adalah seramai 5.4 juta setahun. Pada 2015 terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 11.03 juta penumpang. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar tambang ERL pada 2016 telah menyaksikan penurunan kadar bilangan penumpang ERL sebanyak 19 peratus menjadikan 8.9 juta penumpang. ERL telah mengalami kerugian selepas cukai selama enam tahun berturut-turut iaitu dari tahun kewangan 2009 hingga tahun kewangan 2014. Sehingga tahun 2016 kerugian selepas cukai terkumpul adalah sebanyak RM661.34 juta. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, saya masih kurang faham tentang cara mengukur keuntungan oleh pemegang konsesi ini. Sedemikian kerana saya dapati jumlah yang dikutip boleh dikatakan melebihi daripada kos membuat ERL. Oleh itu, saya berharap boleh tidak Yang Berhormat terangkan tentang untung ataupun kadar keuntungan yang diberikan kepada konsesi untuk membuat ERL. Kedua, apakah bentuk hasil pulangan kepada keseluruhan konsesi ini, adakah keseluruhan konsesi ini mengalami kerugian kerana tidak dapat hasil daripada penjualan tiket-tiket tersebut? kesimpulannya, dengan cara ini kita boleh mengurangkan kos penswastaan yang sangat membebankan rakyat kerana kenaikan harga, sebab yang membayarnya bukan orang yang naik ERL sahaja tetapi orang tidak menggunakannya juga, menerusi cukai yang dikenakan untuk membayar ini. Oleh itu, saya harap mendapat penjelasan tentang perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan apa untungnya dan apa pulangannya dan tadi Yang Berhormat menyatakan tentang kos.
Kos membina ini RM2.4 bilion dan seperti saya maklumkan tadi bahawa memang collection tidak mencukupi dan pihak ERL pun telah mengalami kerugian. Pada keseluruhannya, ERL ini adalah untuk menampung penumpang daripada KLIA ke KL Sentral atau pun ke ibu kota. Oleh kerana kita hendak menjadikan Kuala Lumpur dan KLIA sebagai pusat transit hab dan kita hendak memastikan agar international travellers ini, dia mendapat kemudahan yang terbaik dan apabila dia hendak terbang ini, dia mesti sampai pada waktunya. Kita tidak mahu pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia terperangkap dengan traffic jam. Maka kita menyediakan satu sistem 28 minit sampai ke KLIA. Ini adalah satu standard dunia, standard di mana kota-kota dunia mengamalkannya. Jadi mengenai bayaran ERL ini, ia dibayar oleh passenger service charge (PSC) iaitu daripada passenger service charge yang kerajaan collect sekarang ini for international passenger RM73 – RM5 dibayar untuk ERL. Jadi dia tidak kena mengena dengan duit rakyat. Duit ini adalah daripada international passengers... [Disampuk]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, yang menggunakan international passengers, the so-called. Jadi, sedangkan untuk domestic passengers hanya dikenakan RM1 daripada PSC ini. Jadi, untungnya seperti saya sebut tadi kita hendak menjadikan KLIA sebagai pusat transit hab yang mesra dengan pelancong-pelancong luar negara.
Pulangannya seperti saya maklumkan tadi, memang kita- sejak 2016, kerajaan telah membuat satu pendekatan baru dengan tidak mengawal ataupun mengawal harga tetapi kita hanya meletakkan siling kepada RM64. Akan tetapi sekarang ini kerajaan hanya mengenakan - ERL hanya mengenakan RM55. Jadi pulangan- untuk makluman kontrak ini akan habis pada tahun 2029, selama 30 tahun tetapi oleh kita telah membuat perjanjian awal, rejim dulu pada tahun 2002 ia telah ada satu sistem di mana setiap lima tahun ia boleh review tambang. Jadi ia tidak review tambang ini sudah tiga kali. Jadi sampai 2016, kerajaan membuat satu pendekatan bahawa tambang kita bukakan tetapi kita meletakkan siling. Daripada siling RM64 ini, pihak ERL hanya kenakan RM55. Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, kita telah- sepatutnya kita kena beri pampasan tetapi kita panjangkan konsesi selama 30 tahun. Selepas 30 tahun, kerajaan tidak akan bayar lagi PAC yang RM5. After 2029, government tidak akan bayar lagi. Itu akan kita pada dasarnya based on the market fare pada ketika itu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa tambang dinaikkan kepada RM55 dalam perjalanan 28 minit dan menyebabkan penumpang yang menggunakan ERL menurun. Untuk menaikkan kembali penumpang yang menggunakan ERL ini, apakah kerajaan bercadang untuk memberikan diskaun kepada penumpang- penumpang yang akan menggunakan ERL ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, diskaun memang ada ditawarkan khususnya kepada warga emas 30 peratus, OKU juga 30 peratus, pelajar 30 peratus dan kepada yang menggunakan kerap, dia ada pas bulanan. Pas bulanan ini kalau dia bekerja di KLIA, dia boleh dapat 82 peratus. Maknanya sekali jalan itu just RM9 sahaja, bukan RM55. Akan tetapi dia kena menggunakan KLIA Transit. KLIA Transit ini bukan KLIA Ekspres. Ia ada dua perkhidmatan. Satu KLIA Ekspres dan satu KLIA Transit. KLIA Transit ini ia ada tiga stop iaitu di Bandar Tasik Selatan, di Putrajaya dan di Salak Tinggi. Ia cuma daripada- ia lambat dalam tujuh, lapan minit sahaja kerana berhenti di tiga tempat. Selain itu, diskaun juga yang menggunakan online 10 peratus dan yang menggunakan Visa Paywave 15 percent. Jadi banyak kemudahan diskaun diberikan kepada rakyat tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengenai GLC ini, ERL ini, kita mesti mahu lihat juga masalahnya. Satu, frekuensi. Kita punya frekuensi berapa lama satu trip? Kita kata 28 minit, datang pun mungkin setengah jam baru ada satu train lagi ERL sampai.
Kalau you pergi luar negara, you boleh nampak orang 10 minit, 15 minit satu – sampai airport tetapi kita punya berapa lama? Itu satu. Dua, kalau you break down back up service tidak ada, tunggu berapa lama. Jadi saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kita kaji balik semula? Instead of government holding this liability, bolehkah kita mencadangkan buat satu kajian privatize this ERL? Lain-lain negara semua airport orang main money, cuma kita punya lose money. Why don’t we privatize and give it to the private sector to run? Kita sudah melabur berapa bilion, bagilah sama dia.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Eh, you diam dululah. Apa you mahu bising-bising? Soalan ERL.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Teruskan Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya hendak privatization itu...
Tidak payah faham Yang Berhormat.
Tidak perlulah kerajaan subsidi. Apa lagi kerajaan mahu subsidi. Luar negara semua tidak perlu kerajaan subsidi, kenapa kita mahu? Inilah maksudnya, itu ‘telingong’ punya Yang Berhormat dengar dia cakap. Dia bukan faham pun. Kita boleh kaji balik apa perjanjian yang kita ada, kitalah get out the government liability and all that. Buatlah business betul-betul. Kita mahu kaji banyak aspek yang bermasalah ataupun kelemahan kita. Bolehkah kementerian buat kajian semula balik sekarang?
Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan daripada Yang Berhormat Bintulu untuk GLC ini mengkaji semula tentang privatization. Memang pada dasarnya setelah saya sebutkan tadi kita telah membuat kajian semula, sebab itu apabila pihak ERL hendak menaikkan harga sebelum ini, kita tidak benarkan. Sehinggalah tahun 2016, setelah lebih kurang 15 tahun beroperasi barulah kita membuat pendekatan baru dengan deregulate. Jadi, maknanya kita telah melaksanakan review. Kita telah- kerajaan tidak akan memberi pampasan selepas ini kerana kita telah memberi harga siling. Selama 15 tahun, yang kita tidak benarkan untuk kenaikan harga tambang sepatutnya pihak ERL boleh mohon pampasan tetapi kita telah melanjutkan konsesi 30 tahun. Selepas tahun 2029 ini pun kerajaan tidak akan lagi membayar kepada ERL ini kerana kita akan bagi harga siling sahaja. Kita tidak mengawal harga kenaikan yang mereka pinta. Terima kasih.
Sedikit sahaja, sedikit. Saya hendak dapatkan pengesahan sama ada ERL ini adalah...
Yang Berhormat Serdang, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Serdang duduk. Yang Berhormat Serdang, you are out of order, don’t do that.
5. Dato' Sri Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tanggungjawab pegawai perhubungan sekolah secara terperinci dan bagaimana mereka membantu pihak sekolah dalam menangani isu disiplin murid.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jalinan kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani salah laku disiplin telah diadakan melalui pelbagai program dan aktiviti. Antaranya melalui pelantikan pegawai perhubungan sekolah yang bertanggungjawab untuk:
(i) mengadakan lawatan ke sekolah bagi memantau dan meneliti perkembangan disiplin murid; (ii) melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah mengenai perlakuan murid yang bermasalah; (iii) mengadakan sesi khidmat nasihat dan panduan keselamatan kepada murid dalam perhimpunan sekolah;
(iv) mengadakan ceramah dan pameran berkaitan pencegahan jenayah, pencegahan penyalahgunaan dadah dan keselamatan jalan raya; dan (v) melibatkan diri dalam jawatankuasa permuafakatan sekolah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti 402 buah sekolah hotspot di seluruh negara yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu masalah disiplin dan masalah disiplin serta penyalahgunaan dadah. Jadi, soalan tambahan saya, mohon kementerian menyatakan sejauh manakah pegawai perhubungan polis di sekolah berjaya membantu pihak sekolah mengurangkan kes salah laku dan apakah trend statistik kes disiplin murid? Selain daripada itu, saya juga ingin tahu bagaimana pihak sekolah dapat memantau masalah sosial atas talian yang lebih sukar dijejaki seperti pembelian dadah melalui WhatsApp atau judi atas talian? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Piai di atas soalan tambahan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada PDRM kerana kerjasama dan sokongan daripada pihak polis banyak membantu kita melalui sistem PBS ini melantik seorang pegawai polis bersama dengan sekolah banyak membantu kita untuk mengurangkan isu-isu disiplin. Saya boleh bagi beberapa tahun ini kes-kes yang berkaitan dengan jenayah buli, mengancam dan memukul murid, memeras ugut dan buang sekolah, mengadakan satu trend menurun sejak tahun 2012. Cuma, meningkat pada tahun 2016 tetapi yang lain-lainnya termasuk tahun ini telah menurun. Berkenaan dengan bagaimana menangani isu-isu judi atas talian dan sebagainya dia tidak berlaku di kawasan sekolah. Tuan Yang di-Pertua, maka kita perlukan polis ataupun pihak berkuasa tempatan untuk bersama membantu kita menangani isu-isu tersebut. Akan tetapi, apa yang berlaku di sekolah telah kita membuat perancangan yang rapi dengan adanya mesyuarat permuafakatan yang melibatkan pihak polis, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD dan PIBG. Jadi setakat ini, kita dapat mengawal keadaan di sekolah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, isu disiplin pelajar menjadi isu yang membimbangkan kita. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana dasar kementerian terutama penegasan terhadap hukuman rotan yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk mendisiplinkan pelajar. Oleh sebab selagi tidak ada tindakan tegas, pelajar-pelajar yang bermasalah ini akan mengambil peluang di atas ketidaktegasan ini untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin. Jadi, apa dasar kementerian terkini terhadap isu hukuman rotan ini? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar kita masih kekal iaitu kita mempunyai SOP untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan sekolah untuk murid-murid yang mempunyai masalah disiplin termasuklah rotan maksimum tiga kali untuk lelaki di bahagian tangan dan secara tertutup. Itu memang merupakan dasar yang masih kita laksanakan.
Akan tetapi, selepas tindakan-tindakan sebelum inilah termasuk amaran secara lisan, amaran secara keras, amaran bertulis dan perjumpaan dengan ibu bapa. Selepas tindakan tersebut, barulah sampai tindakan untuk merotan. Akan tetapi, kita masih lagi mempunyai dasar merotan mereka yang melibatkan diri dalam isu disiplin. Sekian, terima kasih.
6. Dr. Izani Bin Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, statistik kes kanak-kanak dan remaja yang lari dari rumah bagi tempoh 2013 sehingga 2016.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Pihak polis memandang serius kes-kes lari daripada rumah yang melibatkan remaja termasuk kanak-kanak yang berlaku di seluruh negara. Keadaan ini, jika tidak diberikan perhatian sewajarnya ia boleh mengundang kes pemerdagangan orang ataupun kes sosial yang lain. Statistik remaja termasuk kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah yang dilaporkan hilang di seluruh kontinjen bagi tahun 2013, tahun 2014, tahun 2015 dan tahun 2016 adalah seperti berikut; (i) pada tahun 2013, seramai 2,054 orang telah dilaporkan hilang. Daripada jumlah tersebut seramai 2,026 orang telah dijumpai semula dan manakala bakinya 28 orang masih lagi hilang; (ii) bagi tahun 2014, jumlah kehilangan yang direkodkan adalah seramai 2,015 orang di mana 1,959 orang telah dijumpai semula dan 56 orang lagi masih hilang; (iii) pada tahun 2015, jumlah yang dilaporkan hilang telah berkurangan kepada 1,782 orang dari tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,563 orang telah dijumpai semula dan 219 orang masih lagi hilang; dan (iv) pada tahun 2016, tahun lepas, jumlah yang dilaporkan hilang telah menunjukkan peningkatan semula kepada 1,803 orang jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, seramai 979 orang telah dijumpai manakala 824 orang masih dilaporkan hilang. Statistik kehilangan mengikut jantina bagi tempoh yang sama seperti berikut: |Tahun|Lelaki|Perempuan| |----:|-----:|--------:| | 2013| 457| 1507| | 2014| 479| 1536| | 2015| 472| 1310| | 2016| 581| 1222|<END_TABLE_MARKER> Statistik kehilangan mengikut kategori umur yang dilaporkan bagi tempoh berkenaan adalah seperti berikut: |Umur (Tahun)|Bilangan| |------------|-------:| |6 ke bawah | 65| |7 - 12 | 207| |13 - 15 | 3959| |16 - 18 | 3333|<END_TABLE_MARKER>
Pecahan kehilangan mengikut keturunan bangsa bagi tempoh yang sama adalah seperti berikut: | Bangsa |Bil.| |-----------|---:| |Melayu |5123| |Cina | 528| |India | 758| |Lain bangsa|1245|<END_TABLE_MARKER> Hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis pelbagai punca yang dikenal pasti mendorong remaja lari dari rumah seperti berikut: | Punca Lari Dari Rumah |Bil.| |---------------------------------|---:| |Mencari kebebasan |4188| |Mengikuti kawan |1330| |Ikut kekasih |1025| |Salah faham keluarga | 715| |Tidak berminat untuk belajar | 150| |Mencari kerja | 101| |Bersama ibu atau bapa | 64| |tidak mendapat perhatian keluarga| 81|<END_TABLE_MARKER> Kes kehilangan remaja termasuk kanak-kanak ini boleh ditangani jika ibu bapa sentiasa memberikan perhatian dan pengawasan yang lebih terhadap pergerakan dan juga pergaulan anak-anak mereka tanpa membiarkan untuk bebas keluar dan bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Di samping itu, ibu bapa perlu juga memantau penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat, WhatsApp, YouTube dan sebagainya. Memandangkan medium ini boleh mempengaruhi perilaku anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu menekankan aspek pendidikan negara dan moral. Ini kerana melalui pendidikan ini akan menjadi benteng utama menghindari anak-anak terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab. Kita semua tahu bahawa punca lari dari rumah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi dan ini merangkumi selain daripada masalah media sosial ia juga masalah keluarga, kemiskinan dan sebagainya. Statistik menunjukkan bahawa remaja perempuan lebih terdedah kepada masalah lari rumah dan statistik juga menunjukkan sebentar tadi bahawa orang Melayu lebih hampir 60 peratus mengalami masalah lari daripada rumah. Ini sekali gus boleh menyebabkan peningkatan masalah-masalah sosial yang lain seperti dadah, pelacuran, jenayah sosial dan sebagainya.
Jadi, saya ingin mengetahui tindakan bersepadu misalnya di peringkat pendidikan, masalah kurikulumnya, masalah disiplinnya, apakah tindakan-tindakan bersepadu yang boleh kita lakukan agar gejala ini dapat dikurangkan? Ini kerana masalah ini seperti kata tadi, ia tetap berkaitan dengan masalah-masalah sosial yang lain yang akhirnya akan meruntuhkan atau mengurangkan produktiviti individu dan juga produktiviti negara itu sendiri. Minta pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Memang sudah pasti pihak KDN ataupun pihak polis ataupun NGO kita telah mengadakan kempen kesedaran iaitu melalui Child Awareness Campaign yang melibatkan ketua masyarakat, ibu bapa, sekolah, PIBG dan juga lain-lain supaya sedar kepada masalah-masalah yang menyebabkan kanak-kanak itu lari daripada rumah dan juga terlibat dengan gejala-gejala tidak bermoral, sosial dan sebagainya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, terutama sekali insiden di mana murid-murid sekolah terlibat dalam pengedaran dadah dan menyalahgunakan dadah.
Sudah pasti kempen ini sentiasa kita adakan dan kalau di kawasan Pengkalan Chepa kalau hendak perlukan Child Awareness Campaign, kita bersedia untuk berkhidmat dan membantu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengikut rekod tahun 2015, seramai 2,540 remaja perempuan lari bersama teman lelaki... [Disampuk] Seramai 1,857 terpengaruh dengan rakan sebaya. Seramai 1,592 lari daripada rumah kerana ada masalah keluarga. Seramai 1,371 pula lari kerana mahukan kebebasan. Justeru itu, di samping Child Awareness Campaign ini, apakah langkah-langkah yang lebih holistik yang mungkin boleh membendung gejala seumpama ini di mana tanggungjawab ibu bapa itu penting, penjaga penting dan mungkin akan ada kempen besar-besaran daripada kementerian, daripada kerajaan? Sebab, kita menuju negara maju tahun mendatang. Kita ada TN50, kita ada Wawasan 2020. Bayangkan, kalau remaja kita pengisian dalam Wawasan 2020 dan TN50 ini remaja tidak ada hala tuju, lemah longlai, tidak bermaya, maka negara kita akan menuju ke jalan kehancuran. Minta Yang Berhormat Menteri memberi satu jawapan yang boleh meyakinkan rakyat di luar sana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Tadi pada pengakhiran jawapan saya, saya sudah menekankan peranan ibu bapa yang paling penting untuk memantau, menjaga, memelihara dan sebagainya. Sekiranya ibu bapa tidak memainkan peranan penting, selain daripada NGO, sekolah, guru dan sebagainya, sudah pasti mereka akan terjebak dalam segala masalah seperti yang disebutkan tadi. Ini kerana pengaruh Facebook, media-media yang lain, WeChat dan sebagainya, memang very effective to say, dengan izin, untuk mempengaruhi mereka supaya lari dan mencari teman-teman, mengikut kawan dan sudah pasti mereka akan bergiat dalam kegiatan yang tidak diingini. Sekali kali saya menekankan untuk orang ramai supaya ibu bapa memainkan peranan yang lebih penting dan mengawasi tingkah laku anak-anak tersebut. Terima kasih.
7. Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, berapakah jumlah pekebun dan penoreh getah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) pada tahun ini dan adakah terdapat apa-apa inisiatif selain daripada pemberian BMT secara one-off ini yang dirancang dilakukan pada masa hadapan bagi memastikan mereka dapat memperoleh pendapatan ketika musim tengkujuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam membentangkan Bajet 2017 lalu telah menyediakan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini. Melalui bantuan tersebut, setiap pekebun kecil yang layak akan menerima RM200 sebulan selama tiga bulan pada November, Disember 2017 dan Januari 2018. Seramai 499,802 pekebun kecil dan penoreh telah mendaftar untuk menerima BMT daripada seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 392,680 daripada kawasan getah matang dan 107,122 daripada kawasan tidak matang. Sementara itu, daripada jumlah tersebut, 364,566 merupakan pekebun kecil individu dan 135,106 orang adalah pekebun kecil di bawah seliaan agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA, Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Sehingga 14 November 2017, seramai 264,352 orang telah menerima BMT di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk menyediakan bantuan lain untuk membantu pekebun dan penoreh getah bagi memperoleh pendapatan ketika musim tengkujuh. Sekian, terima kasih.
Akhir-akhir ini, musim tengkujuh sukar untuk diramal dan sukar untuk dijangka akibat daripada kerakusan pembangunan seperti di Pulau Pinang, akhirnya banjir juga. Saya hendak menyorot ini kepada persoalan daripada segi bantuan ini.
Majoriti daripada kawasan ini merupakan kawasan pedalaman dan tentunya pihak kerajaan ada pelan tindakan yang sewajarnya kerana apabila musim tengkujuh sudah berlaku, jadi bagaimana daripada segi proses pendaftaran dan sebagainya? Saya difahamkan juga proses pendaftaran ini menggunakan dalam talian. Adakah sudah diambil kira soal akses internet dalam kawasan tersebut yang bertujuan untuk memudahkan pendaftaran-pendaftaran kepada pekebun-pekebun kecil ini? Pohon dijawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, program pendaftaran sebenarnya telah dilaksanakan dengan begitu lancar. Ia mempunyai pelbagai cara. Ada dua cara yang penting sekali iaitu satu caranya adalah melalui talian dan kepada mereka yang tinggal di luar bandar, pihak LGM sendiri akan masuk ke dalam kawasan-kawasan bertemu dengan ketua- ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKKK untuk mendapatkan pendaftaran yang menyeluruh. Sebenarnya mengikut daftar yang kita telah terima apabila diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lepas, kita hanya menganggarkan 440,000 pekebun kecil tetapi apabila pendaftaran dilaksanakan, kita telah mendaftar 499,802 orang. ini bermakna tindakan itu begitu berkesan. Sebenarnya sebelum ini mereka pun telah didaftarkan melalui pembahagian IPG di mana LGM akan memberikan bantuan. Jadi dengan cara itu mereka telah mendaftar dan mendapat PAT-G. PAT-G ini adalah satu kad yang mengesahkan mereka itu adalah orang-orang yang layak menerima bantuan IPG. Maka dengan itu, apabila BMT ini dilaksanakan, maka kita gunakan PAT-G itu juga. Sistem yang sama yang mempunyai akuan dan macam-macam, mempunyai jumlah acreage tanah yang ada. Jadi percuma sahaja apabila BMT ini dilaksanakan, maka ramai lagi yang mendaftar dan itulah sebabnya ia bertambah. Jadi saya rasa tidak ada banyak masalah tentang pelaksanaan program ini sebab ia telah begitu popular dan telah mendaftar sekian banyak pekebun kecil telah menjadi ahli. Sekian, terima kasih.
8. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, kesan atau hasil menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Nampak Yang Berhormat Kuala Nerus dia sangat konsisten dengan perkara ini. Jadi untuk makluman, penggunaan lapis lindung batu ataupun rock revetment di kawasan Pantai Mengabang Telipot ini adalah penyelesaian secara segera ataupun kecemasan bagi mengelakkan kawasan pantai berkenaan terus terhakis bagi melindungi kediaman penduduk serta kepentingan awam di kawasan berkenaan.
Jadi kerja-kerja pembinaan lapis lindung batu tersebut hanya bersifat sementara dan kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah di kawasan tersebut secara menyeluruh. Geomorphology pantai yang amat dinamik menyebabkan sebarang perubahan ataupun pemasangan struktur pepejal seperti rock revetment sudah tentulah masuk kepada garisan pantai seperti di Pantai Mengabang Telipot. Sudah tentulah akan memberi kesan kepada garisan pantai yang berdekatan, termasuklah hakisan seperti yang diketahui umum. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan isu ini berkali-kali kerana isu masih lagi belum selesai. Penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan menggunakan lapis lindung batu. Ini jawapan yang saya dengar daripada awal dulu lagi, tahun 2013.
Saya hendak mengucapkan tahniah kerana Yang Berhormat Menteri menyebut akan mengkaji secara menyeluruh dan saya harap ia dapat dilaksanakan segera. Cuma yang saya hendak persoalkan di sini ialah kalau kita lihat hakisan segera, yang berlaku hakisan sekarang, berlaku pada bulan Februari 2017 dan kerajaan menggunakan istilah penyelesaian sementara menggunakan lapis lindung batu. Sekarang, pada bulan November, apa yang berlaku ialah lapis lindung batu itu membaiki hakisan di tempat tersebut. Kesannya ialah seratus meter ke hadapan berlaku pula hakisan yang sangat teruk melibatkan hampir 200 meter pantai telah terhakis. Maknanya, kaedah segera lapis lindung batu tidak berjaya menyelesaikan masalah. Saya boleh bagi contoh lagi apa yang berlaku sebelumnya pada bulan April 2016, bulan Disember 2016 dan juga Disember 2015 serta Disember 2014. Begitu panjang. Empat kilometer pantai Kuala Nerus terhakis dalam masa empat tahun. Antara punca bukan hanya kerana ombak besar tetapi kerana lapis lindung batu. Yang saya cadangkan berkali-kali di Parlimen ialah supaya di samping lapis lindung batu itu, dibuat pula tambakan pasir. Maka adakah kementerian bersedia untuk mengkaji balik cadangan yang saya berikan berkali-kali ini dan saya harap Menteri boleh turun bersama saya sekali untuk kita melawat site tersebut, insya-Allah. Itu soalan saya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya harap tidak keliru dengan kenyataan kementerian, sama ada saya atau Yang Berhormat Menteri tentang lapis lindung batu secara sementara segera. Itu adalah bagi menyelamatkan kediaman penduduk dan kepentingan awam. Dia berbeza dengan penyelesaian kepada hakisan pantai. Berbeza. Oleh kerana lapis lindung batu tersebut telah pun dilaksanakan, kajian telah pun dibuat dan kajian ini tidak boleh berhenti di situ kerana teori ini tidak pernah berhenti. Ilmu ini tidak pernah berhenti dan sentiasa berkembang. Daripada kajian tersebut, projek fasa dua berjumlah RM97 juta di sepanjang Pantai Tok Jembal sedang atau hampir siap dilaksanakan yang terdiri daripada penambakan pasir ataupun beach nourishment. Maknanya penambakan pasir seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus sedang malah hampir siap dilaksanakan sepanjang Pantai Tok Jembal kerana hakisan pantai tersebut dan belum siap 100 peratus, sebab ada beberapa lagi jarak pantai yang terpaksa ditambak juga ekoran daripada kajian tersebut. Kita sedia maklum ini adalah sifat semula jadi pantai yang terhakis akibat daripada arus laut yang berlaku kerana perubahan di tempat lain. Yang Berhormat perlu faham ya. Kalau Yang Berhormat menyebut tentang cadangan tersebut, sebenarnya itulah penyelesaian daripada kementerian, termasuklah tadi saya sebut fasa dua dan bagi fasa berikutnya, penambakan pantai juga akan dibuat di Mengabang Telipot. Tender pada bulan Disember tahun ini. Nilai lebih kurang RM10 juta, sepanjang satu kilometer. Itu yang kedua. Seterusnya, oleh kerana hakisan pantai hanya akan berhenti di kawasan yang stabil iaitu di Batu Rakit, rolling plan ketiga telah pun lulus sebanyak RM90 juta untuk meneruskan kerja-kerja penambakan pasir sepanjang enam kilometer tersebut sehinggalah ke Batu Rakit. Maknanya projek ini terus berjalan daripada Pantai Tok Jembal sehinggalah ke Batu Rakit dan tidak berhenti. Ini adalah kesan daripada perubahan arus laut dengan banyak sebab. Perubahan cuaca, iklim dan sebagainya termasuklah kerana perbuatan manusia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tahu ini satu soalan yang spesifik sebab selain daripada kajian dan juga projek yang tadi ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, saya hendak bertanya. Sebagai soalan tambahan saya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian melakukan pemantauan secara berskala di atas setiap projek-projek penambakan di semua tempat termasuk di kawasan Parlimen Parit Sulong dan juga Beluran. Terima kasih.
Ini penambakan pantai, ya? Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit Sulong, sudah tentulah kementerian akan sentiasa memantau setiap pembangunan tanah termasuklah penambakan pantai yang berlaku di sepanjang pantai di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.
Maka sebab itulah sekarang kalau mengikut peraturan terbaru, semua penambakan pantai mestilah disertakan dengan laporan Environment Impact Assessment (EIA). Itu wajib kerana tanpa laporan tersebut, pemantauan tidak dapat dijalankan pada masa-masa akan datang sama ada dalam proses pembinaan atau pun selepas pembinaan tersebut siap. Sekian, terima kasih.
9. Datuk Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sama ada kementerian sedar bahawa beberapa sekolah luar bandar yang menggunakan generator diesel engine tetapi kini banyak masalah dari segi penyelenggaraan dan perkhidmatan / tidak sepenuh masa 24 jam. Ada di setengah kawasan yang sudah ada bekalan elektrik RES tetapi tidak disambung kepada sekolah- sekolah ini. Apakah penjelasan terhadap isu ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian kepada keperluan penyelenggaraan generator ataupun genset diesel yang digunakan di semua sekolah di seluruh negara. Perkhidmatan genset terus dijanakan dan diselenggara mengikut jadual seperti mana dalam kontrak yang ditandatangani antara KPM dengan syarikat penyelenggaraan yang dilantik. Pada masa yang sama, KPM juga melaksanakan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik awam ke sekolah bagi sekolah yang mempunyai kemudahan bekalan elektrik kekal yang berdekatan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan begitu ringkas. Soalan ini timbul kerana dalam beberapa bulan yang lalu banyak complaint. Saya merujuk kepada kawasan saya sendiri, di kalangan guru-guru besar yang mengatakan bahawa electric supply sepatutnya 24 jam pun kadang-kadang duration out. Kadang-kadang petang tidak ada kerana diesel tidak mencukupi dan ada juga enjin diesel yang rosak. I think sebuah sekolah di kawasan saya di Sekolah Batu Luking masih sampai sekarang masih rosak. Itu jadi masalah.
Kebetulan juga semalam saya membuat panggilan kepada guru-guru besar. I don’t know whether because of this soalan. Ada tiga buah sekolah sekarang ini disambung meter SESCO daripada grid, I call sebab sekolah-sekolah ini dahulu memang banyak masalah daripada segi supply diesel di mana mereka kompelin kerana sebelah petang tidak ada electricity oleh kerana diesel tak mencukupi. Jadi, anyway, Yang Berhormat Menteri, mungkin kebanyakan sekolah-sekolah yang kemudahan elektrik akan disambungkan kepada grid. Soalan saya adalah apakah akan terjadi kepada generator-generator yang sekarang ini di mana satu sekolah diadakan dua set generator. Apakah akan jadi kepada generator set ini kemudian? Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, memang ada berlaku genset yang telah lama, kita telah masuk ke fasa lima pembekalan elektrik berdasarkan kepada genset diesel. Ada genset yang sudah uzur yang sekarang telah mula diganti. Kontrak yang kita berikan kepada syarikat adalah memasang solar panel hibrid bersama dengan solar panel dan penggunaan genset diesel. Pada masa yang sama, kita juga sedang menyambung bekalan elektrik kekal untuk sekolah-sekolah yang mempunyai bekalan elektrik kekal grid yang berdekatan dengan sekolah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Kanowit ini, telah melakukan fasa pertama sejak tahun ini, sebanyak 12 buah sekolah. Sebanyak sepuluh buah sekolah di Daerah Kanowit dalam proses penyambungan grid dan itu akan memberikan bekalan elektrik yang kekal kepada sekolah-sekolah ini dan akan menyelesaikan masalah bahawa kekurangan diesel yang memutuskan bekalan elektrik. Sekian, terima kasih.
10. Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [Wangsa Maju] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, apakah langkah yang diambil untuk menaik taraf pasar Gombak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merancang dan membangunkan semula Pasar Besar Gombak sedia ada kepada sebuah bangunan baru yang lebih berdaya saing dan mudah dicapai atau accessible oleh penduduk setempat. Pembangunan semula ini akan menempatkan komponen sedia ada seperti Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan DBKL, pejabat cawangan Wangsa Maju, unit-unit penjaja dan kedai sedia ada. Bagi tujuan mempertingkatkan kemudahan kepada masyarakat, bangunan tersebut akan dilengkapi dengan sebuah dewan serba guna dan tempat letak kereta yang mencukupi. Di samping itu, sebahagian tapak akan dibangunkan unit kediaman rumah mampu milik dengan harga kurang daripada RM300,000. Dengan adanya unit kediaman yang diintegrasikan dengan komponen yang sedia ada, dijangka dapat memajukan ekonomi para penjaja dan peniaga. Pada masa kini, projek ini dalam peringkat mereka bentuk bangunan dan sesi engagement bersama pihak yang terlibat sedang giat dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat itu sesi pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan untuk pagi ini. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 November 2017.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 23(1)(b), “Jika sesuatu pertanyaan mengandungi sesuatu kata-kata maka Ahli yang bertanya itu hendaklah bertanggungjawab betul atau tidak kata-kata itu.”
Saya hanya hendak tunjukkan yang soalan kedua, jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkenaan dengan saya itu memang adalah tidak benar yang mana beliau berkata SKMM memang ada ambil tindakan tak ada berat sebelah kepada semua pihak yang membuat aduan. Saya salah seorang mangsa sosial media yang mana banyak kritikan yang tidak betul dilemparkan kepada saya. Saya pernah buat laporan polis banyak kali, pernah buat laporan kepada SKMM dan tidak pernah apa-apa aduan yang saya buat itu diambil serius oleh SKMM dan mereka tak pernah jalankan siasatan. Jadi, jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri yang tadi itu adalah tidak benar. Saya memang berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri itu mengambil aduan saya dengan serius.
Yang Berhormat, ya.
Sekian, terima kasih.
Tidak berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 21(3), you are only making a statement dalam Dewan, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Buang masa lah.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2018 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2018 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 Jawatankuasa — Maksud B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] - Maksud P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2018] -Bill
Giliran Kementerian Kewangan. Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan saya peluang. Berapa minit ini Tuan Pengerusi?
Telah diputuskan sepuluh minit, Yang Berhormat.
Terima kasih. Di bawah maksud Butiran 010000 – Strategi Fiskal, muka surat 143; Butiran kecil, 010200 – Cukai. Anggaran adalah RM11,710,700. Tuan Pengerusi, semasa pembentangan Bajet 2018 oleh Yang Amat Berhormat Pekan. Beliau telah mengumumkan langkah-langkah penurunan cukai tanpa menyebut pengurangan kepada hasil. Soalan saya, berapakah anggaran akibat penurunan cukai pendapatan individu bagi tiga kumpulan berpendapatan bercukai. Berapakah jumlah individu bagi setiap kategori pendapatan penurunan cukai tersebut. Berapakah unjuran anggaran pengurangan kutipan hasil berikutan penurunan cukai pendapatan individu yang diumumkan pada pembentangan bajet yang lalu. Saya merujuk kepada anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2018, saya ingin tahu berapakah unjuran kutipan hasil cukai daripada aktiviti perjudian berlesen bagi tahun 2018 sama ada bentuk cukai langsung atau pun cukai tidak langsung. Di bawah butiran kecil, 010500 – Kastam Diraja Malaysia. Anggaran RM1,255,889,000, kastam adalah agensi yang bertanggungjawab secara langsung berkaitan kutipan GST. Menteri Kewangan telah pun mengumumkan beberapa langkah pengecualian GST yang melibatkan beberapa barangan dan perkhidmatan tertentu. Soalan saya, berapakah unjuran anggaran pengurangan kutipan hasil berikutan cadangan mengecualikan kadar sifar GST berikutan langkah menyeragamkan layanan GST ke atas bahan bacaan seperti menurut Lampiran 10 dalam teks ucapan bajet Yang Amat Berhormat Pekan. Berapakah unjuran anggaran pengurangan kutipan hasil berikutan cadangan kajian semula layanan GST bagi pihak berkuasa tempatan yang dicadangkan menurut Lampiran 12? Berapakah unjuran anggaran pengurangan kutipan hasil berikutan cadangan pelepasan GST ke atas pengimportan big ticket items. Berapakah unjuran anggaran pengurangan hasil berikutan cadangan kajian semula pelepasan dari membayar GST ke atas pengimportan barang di bawah lease agreements dari kawasan ditetapkan menurut lampiran 15. Berapakah unjuran anggaran pengurangan kutipan hasil berikutan cadangan kajian semula pelepasan GST ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan kepada operator kapal persiaran menurut lampiran 16.
Bawah Bekalan 11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Butiran 020000 - Bayaran Pindahan dan Pemberian, Butiran kecil 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai, anggarannya RM9,567,341. Soalan saya, untuk apakah, dan kepada siapakah subsidi dan bantuan tunai ini? Mengapakah peruntukan subsidi dan bantuan tunai ini merosot daripada RM12,752,020,800 pada 2017, kepada RM9,567,341,000 bagi tahun 2018? Kenapa dipotong RM3,186,679,800 ataupun pengurangan 25 peratus berbanding tahun lalu? Di bawah Butiran kecil 021600 - Pemberian Kemudahan Projek Khas, anggarannya RM3,557,500,000. Soalan saya Tuan Pengerusi, mohon butiran apa yang dimaksudkan projek-projek khas tersebut dan kumpulan sasarnya? [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, perbahasan RUU Perbekalan 2018 di peringkat Jawatankuasa ini terbatas bagi maksud Bekalan B.10, B.11 dan B.12, serta P.10 dan P.70 adalah di bawah kawal selia pegawai-pegawai yang rasminya Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan. Oleh kerana KSU Perbendaharaan turut bertanggungjawab sebagai pengawal kepada perbelanjaan kerana hutang negara di bawah maksud tanggungan 13, di muka surat 45. Saya mohon panduan Tuan Pengerusi. Apakah saya boleh menyentuh maksud tanggungan 13 tersebut iaitu perbelanjaan kerana hutang negara bagi tujuan perbahasan hari ini?
Ya, sila.
Boleh ya? Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud kandungan 13, perbelanjaan kerana hutang negara di bawah Kod (Objek Am) 40000 - Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM30,882,466,200. Menurut Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi tahun 2018, anggaran perbelanjaan kerana hutang negara bagi tahun 2018 berjumlah RM30,882,466,200 tadi yang saya sebut ini merupakan peningkatan sebanyak RM2,016,214,900 berbanding dengan perbelanjaan. Oleh kerana hutang negara bagi tahun 2017 yang berjumlah RM28,866,251,300. Laporan Ekonomi 2017 menyebut hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2017 dianggarkan RM685.056 bilion atau 50.9 peratus berbanding ke atas KDNK. Laporan tersebut tidak menyebut anjuran anggaran hutang Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018, tahun depan. Soalan saya, berikutan dengan penambahan anggaran perbelanjaan kerana hutang negara bagi tahun 2018 sebanyak lebih daripada RM2 bilion. Berapakah unjuran hutang negara tersebut bagi tahun 2018 sehingga Kerajaan Persekutuan membayar hingga RM30.88 bilion? Bukannya kecik ya. Angka yang sangat tinggi. Nampaknya hutang negara tidak akan berkurangan, sebaliknya akan terus meningkat yang tentunya memberi kesan kepada negara. Berikutan dengan unjuran kenaikan tersebut, saya ingin tahu, tidakkah menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan hutang negara? Kita fikirkan hutang negara kita meningkat, pembangunan 17 peratus sahaja. Terima kasih lah Yang Berhormat Menteri Kewangan ada sini mendengar. Perbelanjaan apakah yang diunjurkan kerajaan sehingga kerajaan mengunjurkan pertambahan hutang negara bagi tahun 2018? Berapakah nisbah unjuran hutang negara ini berbanding KDNK pada tahun depan? Berapakah hutang negara per kapita bagi tahun 2018? Saya ingin bertanya dan apakah polisi negara adalah untuk kita berhutang dan terus berhutang? Ini adalah satu- kalau hutang kita meningkat, yang akan membayarnya adalah generasi akan datang dan akan membebankan. Negara tidak melihat bahawa kita adalah negara maju, negara membangun tetapi hanya 17 peratus sahaja anggaran kewangan kita, perbelanjaan belanjawan ini dikhaskan untuk pembangunan. Saya mohon bertanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, saya ingin mendapat tahu, ramai yang berminat untuk perbahasan di bawah Kementerian Kewangan? Tiga, enam, sembilan, dua belas dan kita bercadang untuk jemput Yang Berhormat Menteri menjawab pukul 3 petang. Sila Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa, Anggaran Perbelanjaan Kewangan. Saya ingin menyentuh Maksud Pembangunan 10, Butiran 86000 – Strategic Reform Initiatives (SRI). Pada 5 Julai 2011, kerajaan telah mengumumkan enam inisiatif pembaharuan strategik SRI. Komponen kedua terpenting dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), di samping 12 lagi NKEA bagi meningkatkan daya saing Malaysia. ETP tersebut di ilhamkan dengan dua teras utama yang menjadi fokus melalui kesemua 12 NKEA dan juga daya saing untuk dicapai oleh SRI iaitu: (i) persaingan standard dan liberisasi; (ii) pembaharuan kewangan awam; (iii) penyampaian perkhidmatan awam; (iv) merapatkan jurang ketidaksamaan; (v) peranan kerajaan dalam perniagaan; dan (vi) pembangunan modal insan.
Ini dicapai dengan mengutamakan sektor ekonomi yang penting dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan negara kasar (PNK) dan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Sambil mewujudkan pemangkin yang diperlukan untuk memastikan persekitaran yang mesra perniagaan dan daya saing global dalam kalangan entiti perniagaan tempatan. Kalau kita lihat di bawah Maksud Pembaharuan Kewangan Awam SRI 2, ia bertujuan untuk mengukuh kedudukan Malaysia yang telah merosot berikutan krisis kewangan Asia sekitar tahun 1998. Sejak tujuh tahun lalu, kerajaan telah mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat daripada peratusan KDNK sebanyak 6.7 peratus pada tahun 2009, ke 3.1 peratus pada tahun 2016. Satu pencapaian yang baik dan saya ucapkan tahniah. Berdasarkan ini, kerajaan yakin akan dapat mencapai sasaran bajet yang seimbang menjelang tahun 2020. Saya percaya kita mampu untuk mencapai sebagaimana yang dirancang. Sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah SRI, kerajaan telah mengambil keputusan yang sukar iaitu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sejenis cukai berasas luas yang mengganti dua cukai penggunaan iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Walaupun GST dilaksanakan ke atas rangkaian barangan dan perkhidmatan yang lebih luas berbanding SST iaitu pada kadar 6 peratus. Ia diperkenal pada kuantum yang lebih rendah berbanding cukai jualan iaitu 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. Ia juga kekal sebagai kadar paling rendah di kalangan 8 negara ASEAN yang telah melaksanakan GST. Ternyata GST dilaksana pada 2015 membolehkan negara menghadapi pelbagai bentuk cabaran ekonomi yang mendatang seperti ketidaktentuan harga minyak dunia serta kejatuhan nilai ringgit.
Maknanya, kemerosotan pendapatan daripada sumber ini dapat diganti dengan GST. Inisiatif-inisiatif ini sebenarnya membolehkan kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada hasil berasaskan minyak daripada 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada anggaran sebanyak 14.6 peratus pada tahun 2016. Ini membuktikan sistem pengumpulan hasil yang terkini lebih teratur dengan pelbagai cukai yang lebih cekap dan sumber hasil yang lebih luas dan dipelbagaikan. Saya ingin bertanya pihak kementerian, apakah ada lagi usaha-usaha kerajaan yang hendak dilakukan untuk menambahkan kepelbagaian sumber pendapatan negara daripada hanya sistem cukai ini kepada perkara-perkara lain terutama sekali menceburi bidang-bidang baharu yang ada di dunia pada ketika ini? Mohon juga kementerian untuk menyatakan melalui inisiatif pembaharuan strategik SRI ini bagi maksud Pembaharuan Kewangan Awam. Apakah perancangan kementerian bagi mengenal pasti bidang-bidang ekonomi baharu yang mampu menjadi sumber pendapatan negara sebagaimana yang saya sebutkan tadi? Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh Butiran 09000 - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Kita tahu bahawa pendidikan penting kepada negara dan peluang pendidikan yang terbaik perlu diberikan kepada rakyat dan hakikatnya kita tahu bahawa di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, kerajaan telah membiayai sepenuhnya dan memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat dalam tahap ini dan di tahap pendidikan tinggi walaupun belum 100 peratus percuma tetapi peratusan yang ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi dan sebagainya begitu tinggi. Malah kerajaan juga menyediakan dana-dana tertentu termasuk biasiswa dalam pelbagai bidang dan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan ada di kalangan rakyat yang mendapat kemudahan biasiswa ini dengan sendirinya kita boleh kategorikan mereka mendapat sistem pendidikan peringkat tinggi yang percuma jika mereka mendapat biasiswa dan sebagainya. Saya lihat kerajaan menyediakan dana tersebut dalam bajet kali ini. Cuma dalam soal pelajar miskin ini, walaupun kita telah tahu bahawa di peringkat rendah memang percuma. Tapi tentunya kita kena akui juga ada di kalangan pelajar-pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan untuk membeli dan memenuhi beberapa keperluan dalam pendidikan mereka. Walaupun demikian, kerajaan menyediakan insentif bantuan persekolahan RM100 dan sebagainya. Maknanya dalam ketika kita bercakap soal pendidikan lebih bertaraf dunia, soal-soal kecil, soal-soal kebajikan rakyat tetap diberi keutamaan.
Saya ingin menyentuh soal Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini. Apakah dalam mengumpul wang ini, kerajaan juga mendapatkannya daripada sumber-sumber sumbangan daripada individu ataupun pihak swasta? Itu kedua, apakah kriteria yang ada sekarang ini hendak terus dikekalkan atau ditambah baik? Misalnya kita kena juga lihat kemiskinan bandar dan sebagainya. Saya juga ingin mendapat penjelasan apakah jenis-jenis dan kadar bantuan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini dan juga kriteria kelayakan. Oleh sebab itu, bila menyebut soal kriteria kelayakan ini, apakah kerajaan ada kesediaan untuk membuat dasar yang fleksibel? Maknanya, boleh diguna pakai dalam keadaan-keadaan tertentu. Misalnya, kalau kita lihat ketika ini di bandar misalnya walaupun gajinya, gaji rakyat ada yang dapat RM5,000-RM6,000 tetapi jika ada lima atau enam orang anak yang masuk ke universiti, ia memang menjadi suatu yang sukar bagi dia untuk menampung keperluan anaknya belajar. Jadi, apakah perkara ini dalam perhatian atau kajian pihak kerajaan? Saya juga berharap supaya perkara berkaitan dengan Butiran 040000 - Tabung Bantuan Bencana Negara dapat ditambah dan proses untuk memberi bantuan kepada rakyat itu, hari ini saya cukup memuji langkah kerajaan dan mengucapkan tahniah kerana kerajaan membantu. Walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menafikannya, tapi saya tidak tahulah macam mana sikap seorang Ketua Menteri yang langsung tidak memperakukan perkara yang benar, yang dilakukan oleh kerajaan di hadapan matanya sendiri pun Perdana Menteri turun, bantuan diberi. Hari ini Menteri-menteri kita banyak di Pulau Pinang. Baik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, segala turun membantu tapi masih lagi kerajaan negeri menafikan. Ini memang kerajaan negeri yang tidak berhati perut. Apa pun Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya soal Tabung Bantuan Bencana Negara ini, boleh tidak bantuan-bantuan kepada mangsa banjir ini dipermudah dan dipercepatkan? Itu saja yang saya minta peraturannya. Saya percaya tabung ini yang disediakan oleh kerajaan ini adalah tabung untuk rakyat Malaysia. Malah kita cukup adil, kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ini cukup adil dalam pemberian bantuan ini tidak kira siapa. Yang menyokong Yang Berhormat Seputeh pun tetap akan dapat. Ini menunjukkan kerajaan adil. Akan tetapi kalau kerajaan macam Pulau Pinang yang memang saya tidak tahu hendak istilah kenapa, tapi saya boleh istilahkan itulah kerajaan negeri yang langsung tidak berterima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Seputeh minat bahas, tidak berminat. Belakang Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Sibu. Sila, Yang Berhormat Sibu.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan Yang Berhormat Sibu peluang untuk berbahas dalam Jawatankuasa Perbekalan 2018. Saya ingin membahaskan tentang Bekalan 11, Butiran 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai. Tuan Pengerusi, saya sudah dua kali membangkitkan masalah borang lama Rumah Mesra Rakyat di dalam Dewan yang mulia ini. Hari ini saya check lagi dalam borang lama Rumah Mesra Rakyat lagi tetapi masih tidak ada pembetulan. Memasukkan Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini ke dalam golongan sokongan dalam borang lama Rumah Mesra Rakyat. Jadi, saya tidak faham mengapa begitu susah untuk memasukkan Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini untuk menjadi orang sokongan. Hal ini kerana jika tidak ada orang sokongan, borang itu tidak boleh diisi dan diteruskan, dilanjutkan langkah selanjutnya. Jadi, penduduk-penduduk di Kuching, di Sibu, bagaimana untuk mereka untuk memohon untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat ini? Saya rasa ini adalah tidak adil dan ini memang berat sebelah. Saya harap Kementerian Kewangan tolonglah betulkan borang lama itu. Kasi orang semua yang Ahli-ahli Yang Berhormat peluang yang sama untuk menjadi orang sokongan. Kalau tidak mahu, kalau tidak kasi Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini menjadi orang sokongan, jadi tidak perlulah orang sokongan dalam borang itu. Tidak perlu.
Hal ini kerana dalam borang lama itu orang sokongan adalah wajib. Kalau tidak ada orang sokongan, tidak boleh diteruskan permohonan itu. Jadi kalau tidak mahu kasi sebelah sini jadi orang sokongan, jadi mansuhkan kriteria itu, bidang itu. Tidak usahlah orang sokongan. Kasi semua orang boleh memohon tanpa orang sokongan. Bolehkah? Saya sudah nampak Yang Berhormat Menteri duduk sana sudah tengok saya. Saya harap ini dibetulkan borang lama ini okey. Satu lagi ialah mengenai wang tuntutan, wang yang belum dituntut. Saya mahu tahu berapakah wang yang belum lagi dituntut oleh- jumlah wang yang belum dituntut lagi dalam kewangan di Kementerian Kewangan? Boleh berikan jumlah wang yang boleh dituntut? Itu saja. Sekian, terima kasih.
Sebelah sana tadi Yang Berhormat Kuala Selangor ada. Keluar dah?
Tidak ada, depa tidak berminat.
Ya, ya secara gurauannya yang berkepala botak. Yang Berhormat Segambut.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cepat sahaja. Serdang, bukan Segambut lah.
[Ketawa] Yang Berhormat Serdang.
Saya tahu Tuan Pengerusi memang merenung kepada Yang Berhormat Segambut. Saya beritahu dia nanti. Saya cepat sahaja. Saya merujuk kepada butiran P.10, 090000 - Pelbagai Suntikan Ekuiti berjumlah RM811 juta. Saya minta Yang Berhormat Menteri senaraikan syarikat yang kepunyaan Kementerian Kewangan yang menerima suntikan ini. Juga memberi penjelasan, kenapakah suntikan ini perlu diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut. Saya juga merujuk kepada butiran B.11, 021000 - Bantuan Kepada IWK berjumlah sebanyak RM150 juta. Saya rasa bantuan ini telah berlanjutan beberapa tahun. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri bantuan ini akan diberikan kepada IWK sampai bila? Juga apakah rancangan untuk memulangkan IWK kepada keuntungan supaya bantuan seperti ini tidak perlu dilanjutkan. Saya juga merujuk kepada B.11, 021100 bayaran kepada sektor strategik sebanyak RM3.75 bilion. Saya rasa jumlah ini adalah satu jumlah yang besar. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri untuk senaraikan sektor-sektor yang menerima bayaran ini dan juga memberi penjelasan mengapakah bayaran ini perlu. Adakah bayaran ini termasuk bantuan kepada syarikat-syarikat seperti Prasarana yang menanggung hutang yang begitu banyak dan mesti terima bantuan daripada Kementerian Kewangan. Saya juga merujuk kepada B.11, 021600 - Pemberian Kemudahan Projek Khas yang jumlahnya RM3.6 bilion juga adalah satu jumlah yang begitu besar. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri untuk senaraikan projek-projek khas ini dengan terperinci dan juga memberi penjelasan mengapa projek khas ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Juga merujuk kepada B.11, 022500 - Inisiatif-inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (N-BOS) jumlahnya adalah RM120 juta untuk tahun 2018. Saya rasa ini perlu penjelasan yang lebih. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh senaraikan semua projek dan inisiatif di bawah N-BOS ini. Saya rasa ini tidak termasuk projek UTC yang telah disenaraikan dalam butiran yang lain. Juga B.11, 040400 - Lain-lain Bayaran Balik. Ini di bawah bayaran ganti, pulang balik dan juga hapus kira. Jumlahnya begitu besar RM4.24 bilion. Saya rasa tidak begitu bertanggungjawablah untuk senaraikan jumlah yang begitu besar dalam satu tajuk yang boleh dikatakan too general, dengan izin.
Lain-lain bayaran balik, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menyenaraikan kesemua bayaran balik ini dan juga memberitahu Dewan yang mulia ini kepada siapa, syarikat mana ataupun dengan tujuan apa bayaran balik ini diberikan. Dan berikan penjelasan sama ada ini adalah untuk membayar faedah kepada hutang SPV yang dipunyai oleh Kementerian Kewangan ataupun adalah bayaran untuk syarikat- syarikat seperti pembinaan PFI yang telah meminjam duit yang begitu banyak daripada EPF dan juga bank-bank swasta. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab soalan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Pokok Sena.
Terima kasih Tuan Pengerusi untuk berikan kebenaran kepada saya untuk turut terlibat dalam B.10 - Kementerian Kewangan dalam 020100 - Syarikat-syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya hendak minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan isu Khazanah. Nampak dalam hal pengendalian terhadap MAS, nampak Khazanah bagi saya setakat ini tidak menunjukkan satu prestasi pencapaian yang baik apabila dua pelantikan CEO telah bertukar ganti dalam tempoh setahun, setahun setengah. Bagi saya bahawa ini menunjukkan ketidakcekapan dalam penelitian pengambilan CEO yang menyebabkan apabila berlaku pertukaran yang begitu kerap dalam satu tempoh yang terlalu singkat ini menunjukkan bahawa pengurusan MAS itu akan terganggu dalam konteks perjalanan masa depan dalam usaha untuk pemulihan kepada masalah yang dihadapi oleh MAS. Jadi bagi saya, apakah kerajaan bersedia untuk merombak kembali tentang kedudukan Khazanah dari sudut Ahli Lembaga dan sebagainya. Ini supaya mereka betul- betul dapat memberikan fokus kepada bagaimana dengan membangunkan MAS itu melalui kebolehan orang Malaysia sendiri. Dahulu sampai kepada peringkat Khazanah sendiri pun kata bahawa mereka kata tidak ada orang Malaysia yang boleh buat. Itu jawapan yang diberikan kepada saya di dalam Dewan ini apabila saya mempersoalkan tentang pengambilan CEO orang luar yang pertama iaitu Christoph Mueller. Saya tanya, apakah tidak ada masyarakat dan rakyat Malaysia, tokoh-tokoh korporat yang mempunyai pengalaman yang baik untuk mengendalikan MAS itu sendiri. Mereka kata mereka telah pusing seantero Malaysia ini tidak ada anak Malaysia, rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa yang mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk mengendalikan MAS ini. Akan tetapi akhirnya baru-baru ini mereka lantik juga orang Malaysia. Saya ucapkan tahniahlah apabila lantik anak-anak Malaysia yang kita menghargai tentang kebolehan anak Malaysia. Saya sendiri pernah mencadangkan beberapa nama sebelum ini tentang kebolehan-kebolehan, pengalaman-pengalaman yang luas yang ada kepada anak-anak Malaysia daripada pelbagai kaum yang boleh kita angkat untuk mengendalikan dan menguruskan MAS. Akan tetapi nampaknya yang hendak mencari itu terlalu lemah. Maknanya Khazanah itu sendiri tidak dapat hendak meneliti dan lebih memberikan perakuan tentang kebolehan orang luar daripada negara kita. Jadi saya lihat bahawa sudah sampai masanya untuk Khazanah itu dirombak daripada Pengerusi Khazanah itu sendiri pun tidak bolehlah. Kena rombaklah. Pengerusi Khazanah yang saya fahamkan ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Bagi saya bahawa ini menunjukkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri tidak boleh berikan tumpuan terhadap perjalanan Khazanah.
[Bangun]
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, boleh celah?
Saya dengar terima kasih tadi.
Tidak, belum. Saya tidak kata terima kasih tadi. Dia kata terima kasih.
Bagi ruang Stampin.
Bukan saya.
Sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat ya. Memandangkan pada masa ini bahawa Malaysia Airlines telah pun ada menempah kapal terbang yang baru. Maksudnya ekonomi, mungkin sudah seperti Yang Berhormat katakan business getting well, mungkinlah. Memandangkan juga dengan adanya kapal terbang yang baru ini mereka memerlukan mungkin juruterbang yang lebih banyak lagi dengan stewardess dan steward yang baru. Bolehkah mereka hire back pekerja yang mereka pernah pecat itu terutamanya the welfare of 6,000 Malaysia Airlines yang telah pun dipecat dan di mana nasib mereka tidak tentu. Ada saya baca juga bahawa kerajaan sepatutnya membela mereka. Akan tetapi sekarang kerajaan kata, syarikat MAS ini non-existent anymore. They will not be pursuing the case. Jadi, patut kah kerajaan memerhatikan perkara tersebut. Memandangkan Malaysia Airlines sekarang ada duit beli kapal terbang, hire balik 6000 pekerja tersebut. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa sepatutnya apabila kerajaan dan MAS itu sendiri untuk membeli kapal terbang, sudah tentu memerlukan kepada pekerja-pekerja daripada pilot dan pramugara dan pramugari, kejuruteraan dan sebagainya. Seharusnya mereka yang telah diberhentikan sebelum ini harus diberikan keutamaan untuk diambil balik supaya mereka sudah ada pengalaman- pengalaman bekerja untuk memastikan supaya MAS itu lebih baik pada masa yang akan datang Akan tetapi dalam isu hendak beli kapal terbang ini pun saya tengok berbeza antara MAS dan Perdana Menteri. MAS hendak beli jenis lain, MAS hendak beli jenis lain. Saya pun tidak tahu jenis apa yang hendak pakai. Takut jangan pi main wau sudahlah. Layang-layang. Baik.
Kedua, saya hendak sentuh berkaitan dengan Butiran 030100 - Perolehan Kerajaan iaitu isu Kementerian Kewangan hendak memastikan perolehan kerajaan itu perolehan yang terbaik untuk menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan dalam hendak membangunkan negara kita. Akan tetapi yang saya hendak dapatkan persoalan di sini ialah kenapa kerajaan masih lagi beramal dengan tender runding. Maknanya bukan dengan tender terbuka. Bagi saya bahawa kalau hendak memastikan perolehan yang terbaik maka sudah tentulah bahawa projek-projek pembangunan yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan ini harus beramal dengan tender terbuka yang lebih memberikan pengurangan kos kepada pembinaan dan pembangunan yang akan kita lakukan. Ini akan menjimatkan wang negara dan wang rakyat. Jadi yang saya hendak tanya ialah kenapa masih beramal dengan tender runding. Kedua, kenapa dalam projek-projek yang akan ditentukan oleh pihak JKR umpamanya dan juga mungkin pihak-pihak yang lain, yang melebihi RM100 juta, saya difahamkan projek yang melebihi RM100 juta dalam tender runding ini perlu mendapat endorsement daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Apa yang berlakunya ialah pihak Kementerian Kewangan tidak menerima pakai pandangan daripada pihak JKR.
Saya hendak tunjuk contoh kepada Tuan Pengerusi bahawa projek menaik taraf jalan dari Tanjung Karang ke Hutan Melintang yang bukan sebelah Perak tetapi Hutan Melintang sempadan dengan Hutan Melintang. Projek tersebut JKR memberikan anggaran harga RM425 juta untuk 50 kilometer tetapi kena angkat kepada Kementerian Kewangan. Sebelum di-award itu kena angkat ke Kementerian Kewangan untuk dapat pengesahan dan persetujuan daripada peringkat Kementerian Kewangan. Tender runding itu akan diuruskan oleh JKR. Maknanya dia sudah panggil beberapa syarikat-syarikat lalu dia membuat anggaran RM425 juta tetapi malangnya apabila sampai kepada Kementerian Kewangan untuk projek tersebut Kementerian Kewangan bersetuju untuk bayar dengan RM686 juta. Ini satu benda yang sangat pelik bahawa melebihi RM260 juta. Ini bermakna bahawa satu kilometer, RM14 juta. Jadi saya pun tidak tahulah jalan apa satu kilometer RM14 juta, jalan berlian. Jadi oleh sebab itu saya hendak minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri kenapa ini boleh berlaku. Projek ini mula 21 Mac 2016 dan jangka siapnya 20 Mac 2020. Jadi bagai saya bahawa- saya ulang balik ialah kenapa masih beramal dengan tender runding? Keduanya, kenapa kita tidak menerima pakai nasihat, pandangan daripada JKR yang memberikan anggaran harga RM425 juta tiba-tiba Kementerian Kewangan boleh benar untuk arahkan supaya beri sampai RM600 juta lebih. Jadi ini sebagai bagi saya bahawa satu yang sangat tidak kena dan perlu penjelasan yang telus daripada pihak kerajaan. Oleh sebab bagi saya lebih RM260 juta ini kalau bawa pergi buat jalan di Kuala Krau pun saya lebih bersetuju untuk di kampung- kampung termasuklah jangan lupa jalan di Pokok Sena. Jalan di Kedah ini cukup teruk, jalan belah Simpok apa semua, Kuala Nerang, Kuala Lanjut cukup teruk. Jadi takkanlah dengan RM260 juta ini- saya tidak tahulah masuk poket siapa...
[Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya ucapkan terima kasih kepada adinda saya Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Raja.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ini sebenarnya agak kecewa dengan cara laporan ini dilakukan kerana saya cuba mencari apakah item-item dan kegunaan dan sebagainya tetapi tidak ada dekat depan itu. Jadi Kementerian Kewangan kena consider orang-orang macam saya ini yang tidak pandai untuk melihat perbelanjaan dan sebagainya. Contohnya saya ingin membawa ke Butiran 020500, Maksud Bekalan 11 iaitu Subsidi dan Bantuan Tunai yang kita lihat turun daripada RM12 bilion kepada RM9 bilion. Soalan saya ialah kenapa penurunan ini agak drastik lebih kurang 25 peratus dan sebenarnya Subsidi dan Bantuan Tunai ini dalam skim apa ini? Adakah BR1M? Apa dia? Jadi tidak ada, penjelasan tidak ada di hadapan saya tengok ini tidak ada. Jadi saya tertanya-tanya sebenarnya. Selepas itu Butiran 021100 – Bayaran untuk Sektor Strategik naik daripada RM1 bilion lebih ke RM3 bilion lebih. Jadi ini pun lagi satu apa dia sektor-sektor strategik itu yang menjadi tanda tanya kepada saya. Kemudian Butiran 022400 – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, daripada RM100 juta turun ke kosong. Jadi apakah skim khas ini sudah tidak diperlukan dan yang lepas- lepas itu yang rakyat Malaysia yang terpilih diberi peluang untuk meminjam RM5,000 dari institusi untuk dilaburkan kepada Amanah Saham 1Malaysia tetapi kini nampaknya sudah tidak ada kosong.
Selepas itu saya juga agak tertanya-tanya tentang bayaran ganti, pulang balik dan hapus kira. Jadi ada macam Butiran 040300 iaitu Hapuskira Pinjaman sampai RM25 juta. Ini adalah hapus kira untuk apa ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri? Saya mohon diberi penjelasan. Serupa juga dengan Butiran 040400 iaitu Lain-lain Bayaran Balik. Kalau ada penjelasan di depan seperti kementerian-kementerian lain itu saya tidak akan tanyalah soalan yang mungkin setengah orang anggap soalan bodoh ini. Akan tetapi saya terpaksa tanya kerana saya sendiri terpinga-pinga, kalau rakyat tanya saya pun tidak tahu. Balik sedikit kepada Butiran 020600 dengan 020800 satu ialah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya kepada Wilayah Persekutuan daripada RM36 juta kepada kosong dan kepada Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan juga daripada RM29 juta tinggal kosong. Adakah ini bermakna bahawa jalan-jalan raya di Wilayah Persekutuan tidak perlu penyelenggaraan atau ada dana lain yang boleh digunakan untuk menyelenggarakan. Jadi Wilayah Persekutuan kita tahu adalah penduduk bandarnya menyokong parti-parti pembangkang. Jadi adakah ini satu bentuk- saya tidak gunalah perkataan satu bentuk balas dendam atau apa jadi kosong kecuali kalau ada peruntukan dari tempat lain. Yang Berhormat Menteri saya ingin ungkit balik, tahun lepas dalam perbahasan bajet ini saya memohon pada ketika itu dan mencadangkan agar ada pengasingan hasil yang patuh syarie dan hasil yang tidak patuh syarie kerana ketika itu tiada pengasingan dibuat. Kita ada pendapatan-pendapatan daripada seperti kutipan daripada judi, loteri, cukai semua ini tidak patuh syarie dan semuanya dimasukkan di dalam satu akaun bersatu. Jadi saya mohon supaya dibuat pengasingan. Pada ketika itu Yang Berhormat Menteri telah berjanji untuk berbincang dengan pihak pengurusan Akauntan Negara untuk mengasingkan hasil daripada arak dan judi daripada cukai-cukai yang lain. Saya ingin tahu apakah perkembangan perbincangan ini? Apakah statusnya? Adakah kementerian atau kerajaan serius untuk melaksanakan pengasingan sumber pendapatan kerajaan. Saya juga telah mencadangkan supaya sumber-sumber tidak syarie ini tidak dicampurkan, tidak digunakan untuk membayar emolumen dan perkara- perkara yang melibatkan pendapatan kakitangan kerajaan dan sebagainya.
Selepas itu saya juga ingin bertanya butirannya tidak ada di sini tetapi saya rasa kedudukan kementerian dalam isu 1MDB bagi saya masih samar. Yang Berhormat Putrajaya perlu bercakap benar dalam menjelaskan sama ada mereka menggunakan dana awam untuk membantu syarikat pelaburan negara yang bermasalah seperti 1MDB menyelesaikan hutangnya. Kerajaan perlu lebih terbuka mengatakan bahawa Kementerian Kewangan pada tahun ini, telah menggunakan dana awam untuk menyelesaikan hutang 1MDB pada masa yang lalu. Antara contoh jelas ialah pinjaman RM800 juta daripada PERKESO dan RM2.4 bilion lagi bon sukuk Bandar Malaysia yang MOF andaikan sebagai kesan mengambil alih Tun Razak City Sdn. Berhad, dan Bandar Malaysia Sdn. Berhad. Kementerian secara efektifnya telah menyelesaikan masalah RM3.2 bilion hutang 1MDB ketika ia bersetuju mengambil alih projek hartanah itu dan memegang liabiliti itu kerana Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan hampir semua di atas hasil pinjaman 1MDB tidak pernah digunakan untuk pembangunan dua projek hartanah berkenaan. Satu lagi contoh ialah kegagalan penjualan pegangan 60 peratus di Bandar Malaysia, kepada Konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn. Berhad. Kita dimaklumkan bahawa 1MDB mengambil deposit RM741 juta yang dibayar ketika menandatangani perjanjian jual beli pada tahun 2015 tetapi apabila MOF membatalkan jualan itu susulan tunggakan pembayaran IWH RM741 juta itu dikembalikan kepada Iskandar Waterfront Holdings. Dalam perkembangan terkini 1MDB versus International Petroleum Investment Co. (IPIC), syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu gagal membayar hutangnya di mana katakan menyebabkan Malaysia malulah bila tidak dapat bayar hutang ini.
Putrajaya menerusi MOF sekali lagi, adakah terpaksa membantu ataupun telah terpaksa membantu jika 1MDB ini gagal membayar hutang kepada IPIC dalam tempoh lanjutan yang diberikan. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Jasin.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana beri saya peluang. Pertamanya saya akan membahaskan tentang Butiran 030100 - Perolehan Kerajaan, Butiran 030200 tentang Strategi Nasional. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin membacakan sedikit tentang landskap mikro kewangan negara. Kalau kita lihat daripada perbandingan tahun 2008 ke tahun 2017, pertamanya hasil kita RM162 bilion pada tahun 2008 dan RM225 bilion pada tahun 2017 iaitu ada perubahan sebanyak 39 peratus. GDP kita tahun 2008 hanya RM790 bilion, tahun 2017 kita telah melonjak sebanyak 70 peratus RM1.3 trilion. Hasil pula daripada peratusan tahun 2008, 20.5 peratus sementara tahun 2017 ia turun kepada 16.7 peratus. Seterusnya kepada emolumen dan juga pencen. Emolumen pada tahun 2008 RM38 bilion. Tahun 2017, dia telah melompat sebanyak RM79 bilion iaitu sebanyak 108 peratus. Sementara pencen daripada RM7 bilion tahun 2008, dia meningkat kepada RM24 bilion kepada 2017, maknanya 243 peratus. Inilah satu perkara yang mandatori kita kena tanggung dalam belanja mengurus yang tidak boleh kita elakkan. Satu lagi ialah tentang hutang. Kalau tahun 2008 kita hanya RM285 bilion, sementara tahun 2017 RM685 bilion iaitu melompat kepada 140 peratus. Khidmat bayar hutang kita kalau tahun 2008 kita hanya bayar RM13 bilion, sekarang telah meningkat RM29 bilion iaitu 123 peratus. Peratusan bayar hutang kita baik iaitu lapan peratus kepada 12.9 peratus. Sementara defisit fiskal yang seharusnya kita berikan tahniah dan satu penghargaan kepada kerajaan. Kalau tahun 2008, defisit fiskal kita pada 4.8 peratus ia nya telah menurun kepada tiga peratus pada tahun 2017. Insya-Allah apa yang telah sama-sama kita dapat lihat Belanjawan 2018 nanti akan terus dapat diperturunkan kepada 2.8 peratus. Akan tetapi dalam masa yang sama kita kena ingat, selain daripada banyak kecekapan yang telah kita sama-sama buktikan tentang pendapatan, cukai dan juga defisit, saya yakin dalam kita menyediakan perbelanjaan tahunan kerajaan telah mengambil kira bukan sahaja pendapatan daripada hasil sumbangan rakyat berbanding dengan perbelanjaan yang kerajaan kena tanggung untuk tujuan kepada rakyat juga. Dalam masa yang sama, kita nak lihat apakah bentuk pertumbuhan kita dan juga agihan yang akan kita buat secara adil bukan sahaja kepada semua negeri-negeri termasuk negeri pembangkang, bahkan kepada semua kumpulan yang patut kita berikan pembelaan. Tuan Pengerusi, saya tengok pula kepada berhutang kita bandingkan dengan GDP. Walaupun sebenarnya hutang ini adalah untuk bertujuan pembangunan yang produktif dan juga kemampuan kerajaan untuk membayarnya dan kita telah berjaya menurunkan daripada 55 peratus pada tahun 2015 kepada 50.9 peratus pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, kalau kita mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan sebanyak RM187 bilion bagi tujuan infrastruktur MRT, LRT dan lain-lain. Peratusan ini akan meningkat lebih daripada 55 peratus iaitu threshold kita, mungkin lebih kepada 64 peratus. Walau bagaimanapun ukuran tersebut adalah menggambarkan bahawa saiz defisit dan juga saiz hutang kita dengan menggunakan nilai ekonomi ataupun nilai GDP sebagai proksi ukuran. Ia sebenarnya tidak menggambarkan kemampuan untuk kerajaan membayar balik yang menentukan kemampuan tersebut ialah saiz hasil kerajaan.
Seterusnya dalam pada itu, kita ada tiga perkara bayaran wajib seperti yang saya sebut tadi emolumen, pencen dan khidmat bayaran hutang yang telah meningkat kepada 127.6 peratus dalam tempoh tersebut. Jadi syer tiga komponen berkenaan kepada belanja mengurus kita juga telah mengukuh daripada 38.3 peratus pada tahun 2008 kepada 59.7 peratus pada tahun 2017. Persekitaran ini telah menyebabkan bahawa belanjawan kewangan kita, ruang perbelanjaan kita terutamanya bekalan dan penyelenggaraan terpaksa dikurangkan. Dalam masa yang sama kalau kita lihat nisbah khidmat bayar hutang berbanding hasil kerajaan, saya sebut tadi telah mengukuh daripada lapan peratus kepada 12.9 peratus dalam tempoh sembilan tahun ini. Ukuran inilah sebenar yang patut kita lihat dari satu ukuran yang lebih tepat untuk kita menggambarkan setakat manakah kemampuan kerajaan untuk membayar balik hutang tersebut. Jika setakat situasi kewangan jangka pendek ini, maka saya tidaklah begitu bimbang. Apa yang bimbang kita ini adalah daripada segi kemampuan kewangan kerajaan jangka masa sederhana dan juga jangka masa panjang. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pada hari ini kita lihat satu petanda yang cukup positif sekali iaitu tukaran ringgit pada hari ini adalah sebanyak 4.18 satu peningkatan yang cukup ketara sekali dan keduanya kita lihat pula harga minyak mentah barrel telah meningkat kepada USD62.21 se tong, ia telah pernah mencecah USD64 minggu lepas.
Jadi daripada keuntungan yang telah kita dapati, hasil daripada peningkatan harga petroleum ini. Sebenarnya, bagaimanakah agihan kita? Tadi saya sebut tadi, inti sari untuk kita menyediakan kewangan negara selain daripada kita lihat apakah pertumbuhan kita, kita hendak lihat juga apakah agihan yang kita hendak buat kepada semua kumpulan masyarakat supaya kita dapat memberikan pembelaan dan kesejahteraan kepada semua. Justeru, adakah kerajaan akan mengecilkan ataupun introduce semula skim subsidi kepada pengguna-pengguna yang sepatutnya jangan kita buat langsung. Subsidi ini telah kita mansuhkan untuk petroleum. Walaupun harga petrol ini meningkat pada ketika ini sepatutnya semua pengguna mestilah membayar setara dengan harga minyak mentah harian. Keduanya, apakah sebenarnya threshold ataupun angka yang telah kita masukkan dalam bajet kita, maknanya harga minyak mentah. Maknanya setiap peningkatan kalau kita bajetkan USD54 sekarang ia telah meningkat kepada USD64. Maknanya ada different daripada USD10 setiap satu tong. Maknanya banyak duit ini. Jadi apa agihan kita? Selain daripada kita terpaksa melunaskan apa juga hutang kita dan komitmen kita, kita hendak lihat supaya pembahagian ini dapat sama-sama dirasakan oleh semua masyarakat. Mungkin kerajaan akan memperkenalkan dan meningkatkan lagi pembayaran BR1M yang sebenarnya cukup berpatutan kepada seluruh masyarakat. Ketika ini BR1M telah memberikan suntikan kepada lebih tujuh juta rakyat kita. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya perhatikan ramai kawan-kawan kita yang telah banyak membangkitkan tentang prestasi outcome masa dalam Anggaran Perbelanjaan Bajet tetapi perkara ini saya tidak dapat cerita fasal masa sudah tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan dan Yang Berhormat Menteri yang telah menunjukkan satu kemampuan yang cukup berkesan sekali dalam mentadbirkan kewangan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa untuk B.10 hingga B.12 di bawah Kementerian Kewangan.
Saya ingin menyentuh tentang B.10, Butiran 010100 – Fiskal dan Ekonomi. Saya ingin tahu tentang apakah program yang telah disusun, strategi yang disusun untuk mengurangkan defisit negara? Macam manakah kerajaan merancang untuk mengukuhkan lagi kadar tukaran ringgit yang walaupun kita lihat ada peningkatan tetapi masih jauh ketinggalan berbanding dengan yang sedia ada. Jadi, kita dengan penurunan nilai ringgit ini mempunyai kesan yang besar terutama kepada pengusaha-pengusaha yang melibatkan import dan eksport dan juga rakyat kita yang di sempadan. Jadi, apakah strategi yang digunakan terutama dalam mengurangi kos hidup rakyat yang semakin meningkat. Begitu juga Butiran 010200 – Cukai. Saya ingin tahu berapakah jumlah cukai yang telah dikutip oleh kerajaan setakat ini daripada negeri Kelantan khususnya dan berapakah pendapatan cukai daripada hasil judi? Berapa jumlah lesen-lesen judi yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan dan berapakah jumlah hasil cukai yang telah dikutip? Saya ingin juga penjelasan tentang Butiran 010300 – Belanjawan Negara iaitu pemberian kepada kerajaan negeri dan PBT. Saya ingin penjelasan sejauh mana perancangan yang telah dibuat untuk membantu terutama keperluan pembangunan di negeri-negeri di sebelah Pantai Timur. Sebab kita tengok keadaan ekonomi negara kita masih wujud jurang ekonomi yang begitu besar antara pembangunan di Pantai Timur dan di Pantai Barat. Jadi, sejauh mana kerajaan menyusun perkara ini untuk kita merangsangkan lagi lebih banyak lagi pembangunan, pertumbuhan ekonomi di sebelah Pantai Timur. Saya ingin tahu berapakah jumlah pemberian kepada negeri Kelantan dan juga seluruh PBT yang ada di seluruh negeri Kelantan. Begitu juga menyentuh Butiran 010500 – Kastam Diraja Malaysia. Saya ingin tahu berapakah kutipan cukai yang telah diperoleh melalui Jabatan Kastam dan masuk di pintu-pintu masuk utama. Apakah program-program yang telah disusun untuk mengatasi masalah ketirisan penyeludupan yang boleh mengurangkan hasil negara kita. Begitu juga rasuah yang mungkin ini menyebabkan berlakunya beberapa ketirisan dan sebagainya. Saya ingin juga menyentuh tentang B.12 Kumpulan Wang Persaraan. Saya ingin tahu berapakah jumlah pinjaman kerajaan yang telah diguna daripada wang Kumpulan Wang Persaraan ini untuk pelaburan kerajaan? Bagaimana ia dibelanjakan? Dan apakah hasil daripada pelaburan tersebut? Sebab ini menjadi hak kepada hak-hak pesara untuk mengetahui kedudukan kewangan Kumpulan Wang Persaraan ini dan di manakah dilaburkan? Menyentuh Butiran 010100 – Kumpulan Wang Rizab Negeri. Saya ingin tahu jumlah pemberian untuk penyelenggaraan jalan terutama di negeri di Pantai Timur, di Kelantan khususnya. Berapakah jumlah yang telah diberi dan apakah program kerajaan untuk meningkatkan lagi sumber pendapatan negeri yang mungkin ada negeri yang mungkin kekurangan hasil. Apakah bantuan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pendapatan hasil kerajaan negeri ini dapat diseimbangkan dengan keperluan pengurusan. Begitu juga, saya ingin tahu tentang Kumpulan Wang Amanah Pendidikan iaitu INSPEN. Sebanyak manakah program ini telah dilaksanakan? Apakah hasil daripada peruntukan kejayaan yang telah dicapai. Begitu juga peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di bawah Butiran 090000. Berapakah pelajar miskin yang setakat ini telah menerima bantuan? Kita dapat maklum banyak potongan senarai daripada pelajar-pelajar penerima sebelum ini telah dikurangkan bilangannya. Jadi, apakah kriteria yang telah diguna pakai oleh pihak kementerian yang menyebabkan ada sebahagian daripada pelajar-pelajar ini yang telah dikeluarkan nama daripada penerima bantuan ini. Jadi, setakat itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020000 khususnya Butiran 020400 – Pengurusan Aset Awam. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, pengurusan aset awam ini termasukkah aset-aset yang di bawah kementerian-kementerian? Contohnya kita lihat Kementerian Pendidikan sekarang ini, didapati bahawa banyak sangat kuarters- kuarters guru, ada yang telah pun dibina Tuan Pengerusi tidak duduk pun dan jumlahnya terlalu banyak. Jadi yang pertama nilainya susut. Kedua, kalau di Sungai Petani itu bukan sahaja hutan, rimba sudah masuk. Harimau pun akan ada, gajah pun akan ada sikit hari lagi. Sebab saya sudah bercakap ini kali yang ketiga dalam siri yang sama, isu yang sama tetapi nampaknya kerajaan membiarkan aset-aset ini runtuh dan hilang begitu sahaja. Apakah tidak boleh kementerian memikirkan untuk jual sahaja aset-aset ini. Bukan sahaja si Kedah, saya dimaklumkan juga banyak negeri-negeri seperti di Johor, Pahang dan banyak-banyak negeri. Saya ingat eloklah kementerian memikirkan supaya jual sahaja aset ini walaupun di bawah Kementerian Pendidikan. Khususnya banyak mereka yang telah pun dilanda banjir baru-baru ini hilang rumah juallah dekat orang-orang yang hilang rumah ini. Ini kerana saya rasa kita tidak begitu bertanggungjawablah melihat aset ini hilang begitu sahaja. Saya kira kalau tengok cara rumah itu dibina paling tidak pun satu unit nilainya masa dibina mungkin sekitar RM250,000 ke RM300,000 satu unit. Bayangkan kalau 1,000 unit atau 2,000 unit yang ada di seluruh negara berapakah jumlah yang akan kita hilang begitu sahaja. Jadi cadangan yang pertama sekali eloklah dijual kepada public, kepada rakyat kita yang memerlukan rumah dan mungkin dimasukkan juga di bawah kategori PR1MA dan sebagainya.
Itu yang pertama Tuan Pengerusi. Kedua ialah tentang Perbendaharaan Malaysia Sabah. Saya hendak tanya interpretasi apabila kita lihat Perlembagaan Malaysia Tuan Pengerusi, di bawah Jadual Kesepuluh, Bahagian IV, pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak. Jadi, masih lagi bermain di kepala saya, di dalam Perlembagaan Malaysia di bawah Bahagian IV, khususnya isu pemberian khas kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak, dalam isu ini, termaktub dalam Perlembagaan bahawa 2/5 daripada hasil cukai yang dikutip di Sabah hendaklah dikembalikan kepada orang-orang Sabah. Jadi saya hendak tanya kementerian, bagaimanakah interpretasi kementerian dalam isu ini? Adakah ia mengambil kira juga bajet yang telah pun dikhususkan - tahun- tahun bajet dikhususkan dan juga pemberian-pemberian khas yang diberikan kepada Sabah itu dikira sebagai memenuhi syarat Perlembagaan ini? Ini kerana Tuan Pengerusi, kita mendengar bahawa- bukan sahaja mendengarlah, kalau Tuan Pengerusi pergi Sabah pun, it’s not fair. Sebagai rakyat Malaysia, kita tengok bagaimana rakyat Sabah hidup jauh di belakang kita. Jadi, saya rasa secara personel, elok kita lihat balik hak mereka diberikan kepada mereka supaya- ini termaktub dalam Perlembagaan, bukanlah benda yang kita reka. Akan tetapi semasa Sabah menyertai kita sebagai membina Malaysia, sudah tentulah harapan mereka juga tinggi kepada kita. Jadi, kita kena honour whatever yang telah pun kita persetujui. Saya mohon untuk mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah interpretasi ataupun definisi di pihak kerajaan dalam mentafsirkan Jadual Kesepuluh Bahagian IV Perlembagaan Malaysia yang bertajuk “Pemberian Khas Kepada Negeri Sabah dan Sarawak”. Perkara seterusnya Yang Berhormat Menteri ialah tentang pengurusan Wang Tak Dituntut dan kita lihat bahawa satu jumlah yang agak besar. Apakah maksud pengurusan Wang Tak Dituntut? Adakah termasuk juga pihak-pihak bank yang dormant account dan sebagainya?
Ini sebab saya hendak tanya Tuan Pengerusi, saya dimaklumkan banyak pemegang-pemegang akaun yang apabila dia tidak aktif dalam menguruskan akaun dia, dia masuk dalam dormant account. Bila kita pergi tanya bank, bank kata- ya lah saya fasal mengaji di universiti pun ada dua akaun. Bila pergi tanya, dia kata, “Yang Berhormat, yang ini sudah 15 tahun sudah. Duit pun kami hantar ke Bank Negara”. Jadi isunya, adakah ini termasuk dalam pengurusan Wang Tak Dituntut? Makna kita hendak tahu, berapa jumlah yang sebenarnya yang dormant account ini dia masuk ke dalam kantung kerajaan? Adakah pengurusan Wang Tak Dituntut ini termasuk dalam kategori yang ini? Last sekali Tuan Pengerusi, ialah tentang sama juga yang disebut bahawa saya hendak bangkitkan tentang tender-tender terbuka dan juga rundingan terus. Adakah kerajaan masih lagi mengamalkan rundingan terus? Apakah kriteria? Saya faham, semasa kita- kadangkala kita memerlukan rundingan terus disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama mungkin urgency, masa suntuk ataupun kerana strategic reasons kita memberikan tender-tender secara rundingan terus. Akan tetapi dalam keadaan ekonomi yang meruncing begini, adakah kerajaan terus mengamalkan tender-tender yang rundingan terus ini kerana kadang-kadang kita melihat jumlah di antara kalau kita dengan tender terbuka dengan rundingan terus ini kadang-kadang dia punya varian, dia punya difference terlalu besar. Jadi, adakah kerajaan akan melihat balik? Betul ada urgency nya, tetapi juga kita selalunya ada senarai kontraktor- kontraktor ataupun mereka yang cemerlang dalam melaksanakan tender-tender kerajaan. Adakah kita terus tidak memberi peluang kepada mereka, sedangkan mereka terbukti berjaya dalam menyelesaikan banyak projek-projek kerajaan? Saya kira harus diberikan peluang kepada mereka ini dalam keadaan apa juga pun, bukanlah ‘syarikat RM2’ masuk, kemudian dia terus dapat. Akan tetapi kalaupun kita terpaksa memberikan kepada rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu oleh sebab-sebab tertentu khususnya dalam isu-isu urgency dan emergency, tetapi saya mencadangkan supaya senarai syarikat-syarikat yang cemerlang ini didahulukan. Maknanya these are the people who have done a good job dan tidak mengambil syarikat-syarikat baru yang ada juga kes ‘two dollar company’ tetapi oleh sebab rundingan terus, ‘two dollar company’ ini dapat. Kita pun tidak tahu apakah latar belakang dia dan sebagainya. Akhirnya, ada kes-kes yang kita lihat jumlah yang ditawarkan oleh syarikat ini berbanding dengan kalau kita buka open tender, jumlahnya yang terlalu besar. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ialah tentang hutang negara. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jasin tadi, saya melihat juga bahawa walaupun Yang Berhormat Menteri kata hutang kita masih within jumlah yang dibenarkan oleh undang- undang, tetapi kalau dicampur dengan contingencies dan lain-lain tanggungan kerajaan, kita mungkin melonjak lebih daripada 55 peratus. Jadi, isunya sekarang ini ialah adakah- betul, kita kata kita pinjam untuk membuat pembangunan. Akan tetapi kalau pembangunan itu suatu yang subjektif income nya, adakah kita boleh katakan bahawa kita invest ‘x’ amount of money dalam kita jangka dalam tempoh 10 tahun kita dapat. Akan tetapi kadangkala ada juga masalah- masalah yang lain yang timbul dan akibatnya, kita gagal dalam projek-projek tertentu. Akan tetapi hutang telah pun meningkat khususnya yang telah dijamin oleh kerajaan, termasuklah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi, 1MDB. Jadi isunya sekarang ini, adakah kerajaan akan melihat balik bahawa ini suatu yang amat merbahaya? Kita telah pun mencapai tahap ke-55 peratus dan mungkin juga tahun hadapan kita naik kepada 60 peratus walaupun kita selalu membandingkan dengan negara-negara lain. Akan tetapi isu-isu yang kita sebutkan sini ialah kita mungkin melabur dalam syarikat-syarikat ataupun kita menjamin dalam syarikat-syarikat yang kita tidak tahu sama ada, ada pulangan atau tidak seperti yang saya sebut tadi, dalam isu 1MDB. Saya ucap terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya merujuk Butiran 010200 B.10 - cukai RM11 juta; dan Butiran 020500 B.11 - Subsidi dan Bantuan Tunai. Berkenaan dengan cukai ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan sepatutnya membuat penerangan tentang kepentingan cukai, kenapa cukai dan apa itu cukai sebenarnya lebih meluas lagi. Ini kerana penerangan efektif dan berkesan mengenai cukai ini yang juga merujuk kepada GST umpamanya, adalah penting supaya rakyat tidak terkeliru. Ini kerana ada orang yang bercakap di luar dan bercakap dalam media dan sebagainya, rakyat terkeliru. Ini sebab apa, sekarang ini dengan ekonomi dunia tidak menentu, dengan harga minyak tidak menentu, dengan peningkatan kos sara hidup, peningkatan kos barangan dan sebagainya, telah disalahertikan dengan GST. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, 170 lebih negara yang telah mengamalkan GST ini, ada yang kaya, ada yang medium, ada yang rendah, adakah mana-mana negara ini menerima padah musibah hingga bankrap? Ini saya hendak tanya. Adakah negara-negara ini telah buat kesilapan yang besar? Ini saya hendak tanya. Adakah kerana GST ini menyebabkan negara-negara juga kos harga barang naik sebab GST juga? Itu saya hendak tanya. Itu saya hendak tanya. Ini sebab Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada cukai ini.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Rakyat kena faham...
Yang Berhormat Bagan Serai.
Kenapa kita mesti bagi cukai? Ini kerana 32...
Boleh tidak saya tanya satu soalan sahaja?
Saya minta maaf. I got...
Satu soalan sahaja.
I got not much time.
Adakah Yang Berhormat Bagan Serai...
Tidak apa Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping boleh duduk
Akui GST adalah cukai yang membebankan rakyat.
Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Taiping jangan ikut nafsu, mesti faham peraturan. Saya sudah cakap, perkara ini penting...
Bersetuju? GST adalah cukai yang membebankan rakyat...
No!.
Setuju?
Duduk! Tidak setuju! Habis sudah. Tidak dengar. Duduk, duduk...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Ikut peraturan Yang Berhormat. Sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kacau sudah, sekarang sudah pening saya. Saya sedang bercakap perkara yang sangat penting.
Ini kerana bila orang tidak faham cukai, dia marah cukai sedangkan 32 juta, hampir 32 juta rakyat Malaysia, 14 juta yang bekerja, hanya 2 juta yang membayar cukai. Saya cakap tentang cukai persendirian. Kerajaan dalam bajet telah menurunkan 2 peratus tetapi kita lihat, 2 juta orang bayar cukai, lebih kurang 2 juta bayar cukai untuk dinikmati kesejahteraan hidup oleh 30 juta orang. Mana pergi yang lain?
Saya faham di hujung-hujungnya ada yang sangat miskin. Itu kerajaan sudah take care dalam bajet dan sebagainya tetapi, kebanyakannya yang tidak bayar cukai, yang lari cukai, macam mana? Kita hendak environment yang baik, kita hendak jalan raya yang terang, kita hendak pembetungan yang elok, kita hendak jalan raya yang baik, connection yang baik, kita hendak sekolah dan universiti yang baik, kita hendak segala- galanya yang baik, tetapi kita tidak menyumbang. Kerajaan bukan buat business. Jadi, sebab itu saya hendak Menteri menyatakan dan usahakan bagaimanakah kita dapat buat penerangan yang lebih mantap yang lebih jelas supaya tidak ada rakyat yang terkeliru, yang tertipu dengan anasir-anasir ini? Tuan Pengerusi, saya bimbang sebab ada orang kata dia hendak pergi balik kepada SST. Saya hendak tanya, kalau SST, siapa yang untung? Yang Berhormat Menteri kena jawab. Siapa yang untung sebenarnya? Rakyat yang untung kah atau segelintir penipu yang untung? Ketirisan yang berlaku. Saya pun hairanlah ada orang sangat cintakan SST ini. Jangan-jangan ada hal, jangan-jangan ada udang di sebalik batu. Jangan-jangan siapa yang melobi perkara ini. Kerana ini tidak menguntungkan rakyat. Ini tidak menguntungkan rakyat. Tuan Pengerusi, hari ini kita semua cakap fasal harga barang naik. Kalau kita ikut rentetannya, seperti yang dikatakan, harga minyak naik lah. Harga minyak naik ini bukan salah kerajaan, bukan salah Perdana Menteri. Harga minyak naik ini kerana harga ini yang tidak dapat dikontrol. Hari itu lagi saya sudah cakap- contohnya, kalau banjirlah. Banjir berlaku, ada perkara-perkara yang boleh dielak, ada perkara tidak boleh dielak. Yang tidak boleh dielak seperti monsoon, hujan lebat, high tide. Yang boleh dielak ialah tebang pokok, botakkan hutan, bina bangunan di lereng-lereng bukit hingga air tidak dapat diserap. Itu boleh dielak tetapi kerakusan, ketamakan haloba manusia pada hari ini menyebabkan perkara ini berlaku. Kita balik kepada minyak tadi, Tuan Pengerusi. Minyak ini kita tidak boleh kontrol. Harga barang mentah ini naik, maka kita tidak boleh kontrol. Kalau kita lihat dahulu sebelum apungan, paling tinggi RM2.30. Hari ini sudah melangkaui. Ini trend dunia sekarang. Jadi kita harap perkara baik akan berlaku. Cuma, saya hendak tanya kepada kerajaan, kalau katakan harga ini meningkat lah, trend meningkat- kita hendak buat macam mana. Meningkat katalah dia pergi sampai RM2.50. Adakah kerajaan akan bagi subsidi balik? Itu satu soalan. Adakah kerajaan akan tolong rakyat bagi subsidi balik? Yang keduanya, kata lah dia naik, adakah kerajaan akan letak satu siling harga minyak dan kerajaan akan bantu, contohnya share lah kita bayar umpamanya? Bagaimana untuk membantu untuk perkara ini? Jadi, Tuan Pengerusi, saya satu lagi perkara saya hendak tanyalah. Memang betul kita tengah melihat harga minyak dan rakyat betul. Akan tetapi saya hendak tanya, bagaimana dengan pengusaha minyak? Sebab saya lihat akhir-akhir ini, ada banyak stesen minyak kena tutup. Petronas di Taiping kena tutup. Ini Yang Berhormat Taiping dia tahu kah tidak tahu benda ini. Petronas di Taiping saya nampak tutup. Jadi saya mendapati mungkin adakah komisen mereka mencukupi...
Yang Berhormat Bagan Serai setuju oleh sebab PETRONAS di Taiping ini tutup menunjukkan ekonomi kita dalam krisis, setuju tidak?
Yang Berhormat, duduk ya. Sudah beberapa kali ditegur kita ada peraturan, Yang Berhormat. Kalau hendak mohon pencerahan, bangun dan seorang lagi duduk mengalah dan dipanggil oleh Pengerusi. Sekali lagi Yang Berhormat Taiping lakukan, boleh berehat Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya diganggu oleh mereka yang tidak mengikut peraturan. Saya pun kesal juga, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, sudah banyak stesen minyak kena tutup. Ini saya tengah cerita tentang pengusaha minyak. Orang yang usahakan minyak ini. Jadi tutup ini mungkin- saya difahamkan mereka punya komisen sudah sembilan tahun lebih tidak dinaikkan umpamanya. Sedangkan, harga benda-benda lain naik. Harga gaji naik, harga electricity naik, kos operasi naik. Jadi, adakah kerajaan bersedia juga untuk membantu pengusaha- pengusaha ini dan juga banyak pengusaha-pengusaha ini supaya dapat meneruskan perjuangan hidup mereka meningkatkan komisen untuk mereka? Ini satu permintaanlah untuk kita jaga rakyat ini semua. Jadi, Tuan Pengerusi, saya rasa ini dua perkara saya memang seriously hendak cakap lah supaya kita semua adil, kita semua saksama supaya kita dapat meneruskan bantu rakyat dengan BRIM, dengan rasionalisasi subsidi ini dapat bantu orang-orang yang bersasar supaya jangan orang-orang yang kaya, orang luar negeri yang ambil barang dia hari ini. Jadi saya hendak nyatakan bahawa perbelanjaan kita sebenarnya menunjukkan juga pendapatan kita, bukan semua tetapi yes. Orang miskin tidak pergi minum di Starbucks. Orang miskin tidak duduk di hotel-hotel mewah. Mereka banyak dikecualikan GST umpamanya tetapi dikenakan cukai kepenggunaan ini supaya semua orang ada rasa tanggungjawab. Jadi apa yang saya nak nyatakan, Tuan Pengerusi, sebenarnya cukai adalah satu keputusan kerajaan yang proaktif, yang bijak, yang tepat, yang berani, walaupun tidak popular tetapi untuk kepentingan rakyat. Disimpan duit itu dan dibagi kepada rakyat. GST umpamanya, dia bagi BRIM yang seterusnya tetapi yang kemudiannya yang diberikan untuk benda-benda lain. Dalam erti kata lain, kalau dibina universiti, kalau dibina sekolah, kalau dibina hospital, ada satu juzuk itu duit rakyat. Ada satu juzuk itu duit kita. Itu juga merupakan satu amal jariah, satu perkongsian... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sama-sama kita bertolong-tolong untuk kebaikan dan takwa.” Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya pergi pada Perbendaharaan Butiran 010200 – Cukai. GST telah terbukti menyebabkan kenaikan harga barang dengan inflasi yang berlaku pada tahun 2017 ialah sekitar empat percent berakhir pada bulan September 2017. Cukai ini dikenakan kepada semua orang tidak kira kaya atau miskin. Adakah kerajaan bersedia untuk respons pada cadangan PAS untuk diperkenalkan cukai yang menggantikan cukai daripada orang miskin ini iaitu cukai corporate saving dan juga cukai pegangan saham? Saya pernah ucapkan di Parlimen bagaimana saving yang ada dalam negara kita berjumlah lebih kurang RM1.6 trilion setahun. Kita andaikan 30 percent adalah daripada simpanan korporat. Jika dikenakan cukai 2.5 percent berdasarkan kaedah Islam, maka kita akan dapat hasil RM12 bilion. Begitu juga dengan cukai pegangan saham, yang juga ada lebih kurang RM1.6 trilion setahun. Jika diambil 2.6 percent setahun, maka kerajaan akan dapat lebih RM40 bilion. Itu yang pertama. Yang kedua, Butiran 010300 – Belanjawan Negara. Laporan audit setiap tahun menunjukkan kepada kita berlaku ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan. Apakah penambahbaikan yang dicadangkan oleh kementerian bagi menangani perkara ini? Adakah kerajaan juga- hari ini kita lihat kerajaan berhutang menggunakan dua sistem. Satunya, sekuriti Kerajaan Malaysia. Dan yang kedua, menggunakan kaedah sukuk. Adakah kerajaan berhasrat untuk satu jangka masa yang panjang untuk hanya bergantung pada sukuk sahaja yang ia adalah patuh syariah sepenuhnya agar segala pinjaman kerajaan pada masa akan datang benar-benar bebas daripada riba’?
Butiran 030100 – Perolehan Kerajaan. Apakah mekanisme penilaian dan pengawasan oleh kerajaan memastikan perolehan kerajaan adalah dari sumber yang benar-benar halal? Satu. Yang kedua, adakah kerajaan merancang atau membuat kajian untuk meneroka sumber-sumber baru lain daripada cukai? Ini kerana kerajaan membesarkan saiz cukai ini, pergantungan pada cukai hingga 80 percent. Maka, adakah kerajaan dalam membuat kajian untuk meneroka sumber-sumber baru cukai seperti menjadikan CSR sebagai satu sumber bagi negara iaitu dalam bentuk tabungan daripada korporat- korporat? Seterusnya, Butiran 040200 – Kehilangan Barang-barang dan Wang Kerajaan. Saya lihat kenapa meningkat daripada tahun 2017 hanya RM500,000 perbelanjaan kepada RM1 juta untuk jangkaan tahun 2018? Paling akhir, Butiran 040300 – Hapuskira Pinjaman Syarikat. Syarikat mana yang dihapus kira ini? Saya mohon senarai daripada kementerian. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Sandakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang saya berbahas ini perkara B.10 di bawah Butiran 030000 berkenaan Perkhidmatan Kewangan Awam. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan bahawa sejak kebelakangan beberapa tahun ini, kita lihat semakin ramai orang menjadi mangsa dalam kelakuan haram pemain wang di negara kita. Mengikut anggaran PDRM baru-baru ini, dari tahun 2013 hingga 2017, hanya empat tahun, seramai 1.73 juta orang mangsa terlibat dalam money game atau permainan wang ini. Sejumlah RM4.9 bilion dilesapkan oleh sebab permainan wang. Ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi negara kita. Tuan Pengerusi, seperti kes skim haram JJPTR ini, sekurang-kurangnya RM1.2 bilion telah lesap dari penipuan dan permainan wang. Ini tentu telah menjadi satu masalah masyarakat yang sangat serius. Kalau saya tidak silap, Malaysia telah menjadi salah satu tempat yang paling popular di Asia dalam bermain wang ini.
Yang Berhormat, kita sambung 2.30 petang ya.
Ya, terima kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Kita tempohkan mesyuarat sehingga jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi, batuk sudah okey tak? Perlu pil batuk tak? Tak perlu.
Semua okey.
Semua okey, baik-baik.
Atas, bawah, luar, dalam.
Tuan Pengerusi, bagus Tuan Pengerusi.
Siapa berhujah, Yang Berhormat Kota Kinabalu kah, Yang Berhormat Sandakan?
Sandakan, Sandakan.
Yang Berhormat Sandakan ya? Saya ingat Yang Berhormat Kota Kinabalu tadi. Sila Yang Berhormat Sandakan.
Ya, Tuan Pengerusi. Seterusnya saya punya ucapan, Malaysia telah menjadi salah satu tempat yang paling popular di Asia dalam permainan wang ini. Kebanyakan kes permainan wang di seluruh dunia terdapat dan berlaku di Malaysia. Ia menyebabkan ramai orang mengalami kerugian besar sehingga berjuta-juta ringgit dan keluarga berpecah belah, ini adalah amat menyedihkan. Tuan Pengerusi, sedangkan Bank Negara sedia maklum tentang permainan wang ini dan kita tahu setakat bulan September, sebanyak 405 buah syarikat telah disenaraikan sebagai syarikat yang tidak beri kebenaran dan terlibat dalam pelaburan haram atau permainan wang. Akan tetapi mengapa Bank Negara dan SSM tidak mengambil tindakan dengan keras dan masih membiarkan mereka terus beroperasi? Baru-baru ini Ahli Parlimen Segambut baru memberi satu laporan polis tentang seorang CEO oleh listed company yang terlibat sebagai orang yang tauke di belakang dalam satu money game punya company. Jadi, bagaimana ini boleh berlaku? Jadi Tuan Pengerusi, baru-baru ini saya telah menerima aduan terlibat oleh sebanyak 61 orang dari Sandakan dan jumlah pelaburan sebanyak lebih kurang RM2 juta telah rugi akibat permainan wang ini. Penipuan pelaburan saham Plus500 adalah diragukan oleh Liew Kit Hau lelaki yang berumur baru 29 tahun yang didaftar di bawah syarikat One Solution atau TOS Enterprise. Bukan sahaja 61 orang terkena saya diberitahu, lebih 300 orang terlibat dalam kes ini dengan anggaran kerugian RM7 juta. Jadi sekarang Mr. Lew pun sudah hilang mereka dengar dia ini sudah lari ke luar negara, saya dengar dia sudah menetap di Australia. Ada ladang lembu dengan pakai wang yang ditipu ini, susahlah ini. Saya minta pihak PDRM, imigresen, Bank Negara, SSM dan pihak yang berkenaan mengambil tindakan dengan segera terhadap kes ini. Tuan Pengerusi, saya juga tambah sedikit tentang tindakan polis terhadap permainan wang ini. Saya rasa tindakan polis tidak begitu cepat dan berkesan. Jika kita lihat dari segi statistik yang diberi oleh PDRM ini, dari 2013 hingga 2017 ada 2,537 laporan polis dibuat. Berbilion ringgit kerugian tetapi hanya 289 kes dibuka dan hanya 43 orang dicaj di mahkamah. Saya hendak tahulah pihak kerajaan bagaimana hentikan kelakuan tersebut. Saya rasa kerajaan mesti mahu mengambil suatu langkah yang proaktif bahawa aktiviti-aktiviti begitu boleh dihentikan. Pada butiran yang sama, saya ada satu isu lagi ingin dibangkitkan di sini, saya ingin minta penjelasan tentang dasar bank. Sejak kebelakangan ini di mana transaksi tidak dibenarkan antara bank dalam satu urus niaga dan jual beli. Sebagai contoh, satu pemilik kereta hendak jual keretanya kepada satu pembeli. Kenapa pemilik kereta mesti kena selesai hutang pinjaman bank sebelum menjual kepada pembeli itu? Kenapa di antara bank itu tidak boleh transfer loan itu kepada pemilik baru. Ini dulu selama-lamanya boleh tetapi setakat ini satu tahun dia kata ada new system. Saya tidak faham apa rasional ini, kita kena faham oleh kerana penjual ada kesusahan dan tidak dapat sambung loan, itulah sebab dia mahu jualkan kereta itu. Sungguhpun dia sudah dapat kelulusan pinjaman bank tetapi bank itu tidak boleh terus kasi transfer apa yang dipinjam kepada bank yang dia masih hutang. Dia minta pemilik kereta itu atau penjual kereta itu selesai hutang pinjaman dulu sebelum jual kereta boleh ditransact. Bagaimana penjual ini boleh selesai hutang sedangkan dia sudah tidak ada kemampuan.
Saya minta pandangan daripada Bank Negara adakah ini satu solution atau suatu new system ini yang membebankan atau menyusahkan rakyat. Kalau tidak, saya tidak tahulah apa sebab ini suatu new system boleh diadakan. Ini tidak membantu rakyat yang mahu menjual kereta ini, ia hanya boleh membantu ini loan shark yang akan pinjam wang satu minggu atau dua minggu dengan bunga 10 percent interest dan sebagainya. Ini susahkan rakyat, jadi Tuan Pengerusi inilah saya bangkitkan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam negara ku Malaysia. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020300 – Pelaburan Strategik. Tuan Pengerusi, apabila menyentuh berkenaan Butiran 020300 Pelaburan Strategik dan apabila kerajaan mengumumkan ekonomi digital merupakan trend yang semakin berkembang dalam landscape perniagaan global dengan jumlah organisasi perniagaan dan pelabur yang saya lihat yang melaksananya juga makin meningkat. Saya juga melihat tindakan kerajaan apabila melantik Jack Ma sebagai penasihat ekonomi Digital Free Trade Zone (DFTZ) di Malaysia adalah satu permulaan yang baik ke arah perdagangan elektronik e-commerce pada ketika ini. Tuan Pengerusi saya juga melihat dengan butiran ini juga, usaha ini akan berupaya menghubungkan perusahaan kecil dan sederhana PKS Malaysia menerusi portal dalam talian, terutama sekali untuk memberi akses kepada pengguna di negara China serta membantu PKS negara menembusi pasaran China yang mempunyai kuasa beli yang besar. Tambahan pula Tuan Pengerusi saya lihat ketika ini lebih daripada 50,882 peniaga dalam talian telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga Mei tahun ini membuktikan tahap kesedaran usahawan online berkembang pesat. Justeru itu melihat kepada butiran yang saya telah nyatakan, sejauh manakah pelantikan Jack Ma ini telah memberikan impak kepada pertubuhan ekonomi digital di Malaysia? Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Bank Data Usahawan Digital dapat diwujudkan dan disatukan demi memastikan ia berupaya mempertingkatkan lagi semangat usahawan digital seiring dengan Pelan Strategik e-Dagang negara yang bertujuan meningkatkan lagi pertubuhan e-Dagang Domestik daripada 10.8 peratus pada masa ini kepada 20.8 peratus pada tahun 2020. Bagi menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi e-Dagang, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat memberikan pertimbangan kadar pengecualian cukai selama dua tahun kepada syarikat-syarikat yang berteraskan perdagangan ekonomi digital. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 010200 iaitu Cukai. Pertamanya apabila membicarakan mengenai Butiran 010200 – Cukai, saya ingin menyatakan cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperolehi hasil atau pendapatan. Cukai yang dikutip ini dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan juga rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah dan di samping tujuan pembangunan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Tuan Pengerusi, namun demikian, apa yang mengejutkan saya apabila saya membaca menerusi laporan yang dikeluarkan oleh pihak LHDN, baru-baru ini dinyatakan seramai 13 orang jutawan antara individu yang sedang diburu kerana mengelak membayar cukai. Manakala lebih daripada 50 syarikat korporat terkemuka di negara ini dalam sektor telekomunikasi, hartanah dan juga perladangan juga turut dikesan melakukan kegiatan mengelak daripada membayar cukai. Lebih mengejutkan daripada jumlah tersebut, 20 syarikat dikenal pasti dan nilai cukai sebenar yang tidak dibayar berjumlah RM1 bilion. Tuan Pengerusi persoalannya, sekiranya syarikat-syarikat korporat gergasi yang dimiliki jutawan turut terlibat dalam mengelakkan cukai ini, adakah wujud juga di kalangan syarikat-syarikat kecil yang turut terlibat dalam hal ini.
Justeru itu saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah mekanisme terbaik yang sedang dirangka oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan di dalam menangani ketirisan pengelak cukai dan sejauh manakah pemantauan dibuat bagi mengatasi masalah ini. Kedua saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan syabas dan tahniah, kepada 24 syarikat yang menerima Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada CSR Malaysia di atas pembabitan aktif mereka membantu masyarakat dalam pelbagai bentuk bantuan. Justeru itu, bagi menggalakkan lagi penglibatan sektor swasta di dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar pelepasan cukai dapat diberikan kepada syarikat-syarikat yang aktif di dalam melaksanakan aktiviti CSR. Mungkin, saya juga ingin memohon agar pelepasan ini juga dapat diberikan kepada syarikat-syarikat milik kerajaan yang memberi peluang kepada graduan untuk menjalani latihan industri ataupun internship di syarikat mereka dan ini setidaknya akan memberikan satu gambaran kepada generasi muda, bahawa ini ruang dan peluang untuk mereka dilibatkan dalam proses-proses terutama sekali dalam menghadapi alam pekerjaan. Ketiga saya juga ingin mencadangkan agar potongan cukai pendapatan turut diberikan kepada para atlet OKU atau kepada atlet yang memenangi pingat emas di peringkat kejohanan antarabangsa, terutama sekali di Sukan Olimpik bagi menghargai usaha mereka di samping memberikan galakan kepada mereka. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Perkhidmatan Kewangan Awam. Menyentuh berkenaan Butiran 030000 – Perkhidmatan Kewangan Awam ini, saya ingin memohon kepada pihak Bank Negara untuk dapat mempertimbangkan agar kadar faedah pinjaman pembelian perumahan dapat dikurangkan oleh pihak bank. Terutamanya kepada para penjawat awam dan generasi muda yang baru kali pertama ingin membeli rumah. Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta menyokong tindakan kementerian, memberikan pengiraan potongan gaji 60 peratus daripada slip gaji mereka. Tuan Pengerusi, perkara yang seterusnya ialah Butiran 080900 Program NBOS MOF dan juga UTC. Tuan Pengerusi, saya juga melihat inisiatif perwujudan UTC ini sangat baik, terutama sekali di kalangan masyarakat yang ingin mendapatkan segala bentuk kemudahan pihak kerajaan di bawah satu bumbung. Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, apakah perancangan pihak kerajaan khususnya dalam pembinaan UTC, terutama sekali di kawasan-kawasan-kawasan bandar, lebih-lebih lagi dalam Lembah Klang mahupun di negeri Selangor. Ini kerana saya ucapkan syabas dan tahniah dan terima kasih, di atas keprihatinan pihak kementerian, ada cadangan untuk mewujudkan UTC di Shah Alam iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam negeri Selangor Darul Ehsan. Saya ingin mengharapkan agar, kerajaan dapat mempertimbangkan lagi lebih banyak lagi, terutama sekali dalam menyegerakan lagi status pembinaan UTC ini, terutama sekali di Shah Alam. Supaya akhirnya akan memberikan satu pandangan dan juga harapan, khususnya bagi rakyat di Shah Alam dan juga di Selangor terutama sekali bagaimana inti pati ini boleh digabungkan dengan penglibatan generasi muda untuk dilibatkan dalam UTC yang ada khususnya di Shah Alam. Saya juga ingin mengambil peluang ini, supaya UTC ini juga boleh dibuka juga kepada penglibatan Persatuan Nelayan Kebangsaan, supaya mereka boleh menjual ikan segar beku, terutama sekali bagi memenuhi tuntutan khususnya dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam elemen-elemen yang berkaitan dengan barangan basah.
Tuan Pengerusi, di akhir penutup perbahasan saya, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Titiwangsa kerana berjaya memberikan penggulungan yang begitu mantap, terutama sekali dalam meyakinkan rakyat Malaysia supaya tidak dimomokkan dengan provokasi pihak pembangkang. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Kelana Jaya,Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Sandakan tadi dari DAP.
Ya. Saya daripada PKR.
Yang itu DAP?
PKR.
PKR? Okey, sila PKR.
Terima kasih.
Selepas Yang Berhormat berhujah 10 minit, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab sebab ada ditulis di sini bahawa sudah dibuat ketetapan Yang Berhormat Menteri menjawab pada pukul 3, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya mula, saya ingin merakamkan bahawa saya prihatin Yang Berhormat Menteri Kewangan II ini, dia berdebat dengan kita tiga setengah jam, dua hari lalu. Ini adalah amalan yang baik and I fully support his style. Akan tetapi saya juga hendak merakamkan simpati saya sebab yang bentang itu Yang Amat Berhormat Pekan, yang kena jawab Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Dengan izin ya, Yang Amat Berhormat Pekan dapat glamor, he has to face the firing squad from us. Baik, saya merujuk kepada 010600 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini direkodkan sebagai kategori perkhidmatan dan bekalan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri sama ada perkhidmatan bekalan bayaran fi ini adalah berdasarkan 1.5 peratus collection daripada income tax? Kalau ya, adalah berdasarkan 1.5 peratus ini, nampaknya cukai pendapatan yang dianggarkan sebanyak RM127 bilion, 1.5 peratus only represents RM1.9 billion, not RM2.2 billion. Saya hendak tanya, kenapakah naik daripada RM1.8 bilion untuk tahun 2017 dan sekarang anggaran terbaru 2018 adalah RM2.2 bilion? Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 080900 – Program N-BOS MOF dan UTC, B.10 juga. Program tentang NBOS, MOF dan juga UTC ataupun Urban Transformation Centre ini merupakan satu perbelanjaan “One-Off”. Saya hendak tanya, kenapa tahun 2016 tidak ada dan tahun ini terus dapat RM130 juta? Ini nombor yang cukup besar. Apakah yang berlainan daripada tahun lalu? Adakah ini satu skim yang baru start? Baik, Tuan Pengerusi B.11, perkhidmatan awam ataupun 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai. Ini kategori 40000 iaitu satu pemberian geran. Kenapakah pemberian ini jatuh daripada RM12 bilion untuk tahun 2017, kepada RM9.5 bilion sahaja iaitu jatuh sebanyak RM3.18 bilion? Lebih kurang reduction 25 peratus. Isu subsidi ini penting kerana seperti yang kita semua tahulah, kos sara hidup ini meningkat. Jadi, banyak rakyat memerlukan subsidi. Kenapakah jatuh mendadak 25 peratus? Kalau jatuh 5 peratus, 10 peratus kita boleh terima lebih kurang. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kita tahu subsidi minyak sudah jatuh. Yang Berhormat Jasin tadi saya dengar dia kata kemungkinan besar price of Crude Oil Brent akan naik ke USD60, USD65 dalam sasaran. Itu maknanya, the cost of fuel at the petrol stations akan naik lagi. Jadi, subsidi tersangat penting. Saya hendak minta sama ada Yang Berhormat Menteri akan semak semula isu subsidi ini, akan membawakan balik apa-apa sistem untuk counter USD10 lebih daripada anggaran USD54 dahulu untuk 2018? Saya juga hendak tanya sama ada IPP masih menerima subsidi di bawah kategori independent power plant dan juga berapakah– adakah apa-apa yang di announce oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bayaran “One-Off”, kepada bilal, penjawat awam, adakah di bawah kategori ini juga? Baik, saya merujuk kepada B.11, 022500 – Inisiatif-inisiatif di bawah NBOS, RM120 juta. Tadi RM130 juta untuk UTC dan juga MOF, yang ini nampaknya untuk inisiatif-inisiatif lain. Saya hendak tanya yang RM120 juta ini sebenarnya dibayar kepada siapa? Oleh sebab ia direkodkan saya rasa sebagai satu pemberian, dibayar kepada siapa? Adakah ini digunakan oleh kementerian-kementerian lain? Kalau boleh disenaraikan dengan terperinci, kita boleh lah semak semula selepas itu. Isu terakhir saya, P.10 iaitu Pembangunan, 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti.
Ini telah ditimbulkan oleh kawan baik saya Yang Berhormat Serdang tadi. Saya juga hendak tambah sahaja yang ini. Kita lihat suntikan ekuiti ini, kenapakah ia di register sebagai satu item Pembangunan dan bukannya sebagai satu operation? Setahu saya, kalau kita hendak guna kategori Pembangunan, ia untuk dua benda. Satu infrastructure, buat jalan ataupun buat jambatan. Dua, untuk meningkatkan modal insan, human capital improvement. Jadi, suntikan ekuiti ini tidak nampak sangat bagi saya macam mana ia fall into the category of infrastructure ataupun untuk human capital development. Saya lihat 2016 - RM130 juta sahaja, Tuan Pengerusi. 2017 - RM187 juta tetapi untuk tahun 2018, ia meningkat 330 peratus ke RM811 juta. This is a massive jump sebanyak RM600 juta lebih. Jadi, apakah equity injection ini sebenarnya? Apakah purpose nya? Apa yang kita tahu, Tuan Pengerusi dan dalam isu IPIC, hutang 1MDB ini– 1MDB telah diambil alih oleh MOF. Adakah injection capital ini ada berkenaan atau tidak dengan injection kepada duit kepada 1MDB untuk settle IPIC debt, sebab itu meningkat RM600 juta tahun 2018? Itu saya rasa kalau boleh dijawablah, kalau tidak sub judice. Saya rasa ini pertanyaan yang penting dan tentang perkiraan akaun. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi jawapan, adakah ini berkaitan atau tidak? Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tiga minit lagi, boleh bagi Tuan Pengerusi?
Sila. 3 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada dua perkara yang saya hendak sentuh. Pertama ialah berkenaan dengan GST. Saya ingat setakat ini kebanyakan rakyat sudah menerima GST. Hanya aduan yang saya selalu dengar daripada para pembayar GST, khususnya pihak peniaga ialah kalau mereka lambat membayar GST, mereka akan dikenakan surcaj. Akan tetapi apabila mereka hendak tuntut balik GST yang terlebih dibayar, ini akan mengambil masa berbulan-bulan, tersangat lama. Satu lagi aduan ialah kalau sekiranya mereka kejar oleh sebab tersangat lambat, mereka kejar, jadi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan minta banyak dokumen. Jadi, mereka rasa bahawa ini seolah-olah satu ancaman kepada mereka. Seolah-olah kalau you buat sesuatu, saya ambil dendam. Jadi, saya cadangkan kalau ada dokumen tambahan yang diperlukan, mintalah lebih awal, jangan sampai orang hendak minta pulangan bayaran GST, baru kita minta. Jadi, ini akan mewujudkan satu gambaran yang buruk. Perkara yang kedua, ini satu pertanyaan yang ada orang ramai tanya saya, berkenaan dengan pelepasan cukai ke atas sewaan sebanyak 50 peratus yang diberikan kepada pemilik rumah. Apa yang mereka ingin tahu ialah RM2,000 ke bawah itu, adakah sewa yang dikutip ataupun pendapatan bersih selepas tolak segala perbelanjaan? Misalnya, quit rent, cukai harta dan sebagainya. Jadi, itu dua sahaja. Sekian, terima kasih.
Lima minit boleh?
Masa sudah Yang Berhormat.
Lima minit.
Ndak boleh saya ubah, kalau dahulu tidak ada masa dipaparkan di dinding, saya boleh ubah. Sekarang tidak boleh Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2018 di peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini.
Semua pandangan dan teguran dan cadangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan Kementerian Kewangan amat dihargai. Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut adalah Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Tebrau. Tuan Pengerusi, izinkan saya memberikan penjelasan ke atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Sebelum itu Tuan Pengerusi saya hendak minta kelulusan Tuan Pengerusi sebab ini adalah Jawatankuasa jadi banyak perkara-perkara yang dibangkitkan itu di peringkat dasar. Saya hendak go specific on jawatankuasa. Jadi boleh saya jawab yang itu sahaja?
Sila
Ya. Pertama, Yang Berhormat Pematang Pauh, tiada? Akan tetapi yang ini saya terpaksa jawab sebab banyak orang raised isu ini. Tuan Pengerusi, Butiran 020500 - Subsidi dan Bantuan Tunai. Saya hendak bacakan di sini persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pematang Pauh dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya menanyakan kenapakah subsidi 020500 under B.11 daripada RM12.7 bilion telah jatuh kepada RM9.56 bilion? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya beberapa subsidi yang dulu dimasukkan dalam Kementerian Kewangan telah diagihkan terus kepada kementerian-kementerian. Saya sebut ini; pertama, penstabilan harga minyak masak RM720 juta dipindahkan terus kepada KPDNKK. Kedua, pampasan kepada tol RM448 juta dipindahkan kepada KKR, bantuan persekolahan RM300 juta dipindahkan ke Kementerian Pendidikan, bantuan Baucar Buku 1Malaysia, RM328 juta dipindahkan kepada KPT dan sebahagiannya kepada KKLW. Pelbagai biasiswa, RM304 juta dipindahkan kepada berbagai-bagai kementerian. Everyone kita sudah transfer. Dulu semua dekat MOF RM12.7 bilion itu. Jadi oleh sebab benda bantuan-bantuan ini sudah jadi permanent, we transfer to the kementerian. Subsidi bil elektrik RM140 juta dipindahkan kepada ke KeTTHA, subsidi harga padi RM146 juta dipindahkan kepada MOA. Selebihnya saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat bahawa RM9.7 bilion yang tinggal itu- beza itu kita telah transfer yang tinggal RM9.7 bilion itu adalah RM1.6 bilion adalah untuk subsidi petrol, diesel dan LPG. Kemudian kita ada subsidi petrol dan diesel yang dikendalikan oleh Kastam, RM140 juta. Kemudian kita ada subsidi yang kita beri kepada Sabah Electricity Board (SESB) RM461 juta. Ini power plant yang pakai diesel di Sabah, jadi kerajaan bagi subsidi RM461 bilion. Kemudian BR1M RM6.8 bilion. Kemudian kita ada subsidi tepung gandum, 46. Kemudian kita ada Bantuan Pekebun-pekebun Kecil Getah, 50. These are measures budget yang diberi dan dibincangkan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam budget speech yang masuk dalam kementerian so much, so the difference kita masuk. Mana yang tidak cukup kita masukkan dalam ini. These are the budget that made up unpossible. Jadi saya hendak beritahu bahawa penurunan ini bukan kerana kita cut tetapi subsidi itu dipindah alih kepada kementerian-kementerian terbabit.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini baiklah kita dapat senarai yang jelas. Akan tetapi saya hendak tanya tentang RM1.6 bilion yang subsidi petrol, diesel dan LPG ini, adakah ia pergi ke IPP atau tidak? Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kelana Jaya. Ini tidak masuk IPP. Subsidi IPP yang berlaku hari ini ialah dia direct terus kepada Petronas. Petronas supply gas kepada IPP ini bukan pada harga pasaran, pada harga subsidi.
So, ia tidak melalui kerajaan. Itu yang kita rasa kalau tidak ada subsidi IPP ini dividen akan bertambah kepada kerajaan tetapi ia akan menyulitkan rakyat kerana apabila peningkatan terlampau tinggi sangat ia akan menyebabkan akan ada disruption dari segi progress of economy. Oleh sebab itu kita buat secara gradual apabila kita meningkatkan subsidi ini.
Boleh ya, Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi. Jadi maknanya Yang Berhormat Menteri kata ini just for confirmation-lah for record sake ialah subsidi IPP ini sebenarnya indirectly subsidized lah by the kerajaan ya. Kalau tidak dia akan bayar pada dividen sebagai dividen daripada PETRONAS ke kerajaan. Itu sahaja soalan saya.
Okey, soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Pematang Pauh juga bertanyakan dari segi 021600 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Tahun lepas, RM526 juta dan tahun ini RM3.5 bilion. Untuk pengetahuan Yang Berhormat untuk B.11 012600 ini Pemberian Kemudahan Projek Khas ini termasuk pemberian-pemberian bantuan khas kepada KAFA, imam, bilal, siak, Ketua Kampung, Tok Batin, kenaikan elaun warga emas, kenaikan elaun OKU, ADAM50, bantuan khas, Skim Pasaran 1Malaysia, Pemetaan Tanah Adat, Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia, Future Rice Centre, FAMA, stok barang makanan, Orang Asli, 1AZAM, RELA, penyelenggaraan sekolah, conforming school, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa. Itu adalah termasuk dalam RM3.5 bilion.
Yang Berhormat Menteri, saya pun ada tanya soalan tentang itu. Saya hendak melalui jawapan bertulis, bolehkah beri satu senarai di mana boleh letakkan jumlah untuk setiap program? Hal ini kerana jumlah ini memang besarlah. Ya, terima kasih.
Boleh. Seterusnya saya pergi ke Yang Berhormat Lenggong membangkitkan P.10 under- Yang Berhormat Lenggong pun tiada. Strategic Reform Initiatives (SRIs). Sebenarnya SRIs ini apa yang dibahaskan Yang Berhormat Lenggong itu berbeza apa yang ada di sini. SRIs ini adalah satu inisiatif yang diambil dalam kita punya strategic reform of our financial, pelaksanaan perakaunan yang mana kita memperuntukkan untuk mengadakan sistem accrual accounting under the budget on P.10. Kemudian saya teruskan...
Yang Berhormat Menteri, maaf boleh tidak penjelasan sekejap tentang accrual accounting ini? Tuan Pengerusi, terima kasih. Accrual accounting kita saya masih ingat pada tahun 2015 it was supposed to be tabled here tetapi tarik balik last minute. Adakah ini bermakna dengan SRIs untuk accrual accounting ini, tahun depan kita kemungkinan akan dapat satu rang undang-undang baharu untuk accrual accounting?
Setakat hari ini Yang Berhormat, sistem ini masih dalam proses dibangunkan, sebab accrual accounting dalam kerajaan ini is not a straight forward, very complicated. Ia melibatkan 25 kementerian, agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun. Ia mengambil masa yang lama. Saya hendak bagi perbandingan kepada Yang Berhormat mengenai accrual accounting yang dibuat oleh Kerajaan Singapura. Sampai hari ini, mereka masih belum lagi menyiapkan dari segi accrual accounting mereka dan mereka masih lagi pakai cash flow accounting. So, system ini is a bit complicated apatah lagi dalam negara kita, banyak perkara-perkara yang perlu diprogramkan yang begitu complicated. Saya percaya bahawa ini adalah target kita supaya satu hari nanti, kerajaan semua boleh buat accrual accounting dari segi laporan kepada Parlimen. Kedua, Yang Berhormat Lenggong juga- Yang ini saya ingat ini semua tidak payahlah, fasal semua ini dasar. Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu ada membangkitkan fasal rumah mesra rakyat walaupun dalam kita punya B.11, B.10, B.12 ini yang saya tidak nampak spesifik fasal rumah mesra rakyat ini, walau bagaimanapun saya hendak jawab. Yang Berhormat Sibu ada...? Yang Berhormat Sibu bertanyakan sama ada apabila rakyat apply rumah mesra rakyat dan apabila wakil rakyat pembangkang tidak boleh dibenarkan tanda tangan borang. Itu you punya soalan, Yang Berhormat Sibu? Betul?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sokongan? Oh! That means, dia isi borang lepas itu hendak sokong kepada...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Can you stand up? I want to hear. On.
Dalam borang lama, pertama, itu ialah sokongan daripada Ahli Parlimen tetapi itu ialah wajib. Akan tetapi Parlimen dari sebelah sini tidak diberi peluang untuk jadi ahli sokongan.
Okey.
Tidak boleh jadi ahli sokongan.
Dia tulis dalam borang itu tidak boleh? Ada tulis dalam borang kah?
Ya, tidak boleh selit. Kalau dalam borang lama itu, dia boleh klik, dia ada Ahli Parlimen. Kamu klik Ahli Parlimen Sibu, tidak ada barang. Ahli Parlimen yang lain, sana ada nama.
Okey, Yang Berhormat.
Barisan Nasional ada nama, barisan, ini Pakatan tidak ada nama.
Yang Berhormat, saya...
Sedikit Yang Berhormat. On the same score. Tuan Pengerusi, on same score. Aduan ini bukan nya di situ sahaja. Ia serata-ratanya. So can you please look into it?
Di seluruh Malaysia. Masalah ini di seluruh Malaysia.
Yang Berhormat, saya berpandangan bahawa rumah mesra rakyat ini untuk rakyat. Jadi tidak kiralah siapa sign pun, kalau rakyat itu deserve dapat, kena ambillah... [Tepuk] Jadi saya akan balik ini, saya akan...
Akan tetapi masalahnya, kalau di Bandar Kuching, seluruh Bandar Kuching tidak ada seorang pun boleh sokong, boleh beli sokongan?
Tidak mengapa.
Di Sibu sini, saya tidak boleh, Yang Berhormat Lanang tidak boleh. Hanya satu Ahli Dewan Undangan dari Barisan boleh.
Okey.
Di Kuching, memang semua tidak ada.
Jadi saya balik nanti...
Yang Berhormat Menteri.
Apabila saya habis nanti, saya akan jumpa... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Jadi satu tadi, Yang Berhormat Menteri punya jawapan, bilang ini di mana-mana seluruh Malaysia, siapa-siapa pun boleh sign, tidak kira mana divisionlah. Sepatutnya ini yang penting, Yang Berhormat Menteri mesti mahu beri satu instruction seluruh down. You punya pegawai-pegawai tertentu tempat-tempat itu, dia tidak kasi.
Okey. Okey.
Ini opposition, tidaklah. Borang pun susah mahu ambil.
Okay, alright. Okey. Saya lepas ini, saya akan berjumpa dengan pengurusan SPNB, saya akan beritahu kepada pengurusan SPNB, mana-mana rakyat yang duduk di mana-mana kawasan, kalau dia betul-betul layak dapat rumah mesra rakyat ini, then we have to give... [Tepuk] So, I think process we have to give... [Tepuk]
Satu masalah lagi. Borang lama itu kalau tidak ada sokongan dari Ahli Parlimen, dia tidak boleh proses.
Tidak mengapa. Selepas ini boleh proses... [Tepuk]
Okay, thank you.
Terima kasih atas komitmen Yang Berhormat. Terima kasih.
Kemudian, Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sibu juga tanya saya B.10, 040200, soal Wang Tidak Dituntut. Yang ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, Wang Tidak Dituntut, ya. So, untuk pengetahuan Yang Berhormat, wang yang tidak dituntut ini adalah dari segi undang- undang, wang ini perlu dibayar kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Akta Wang Tidak Dituntut 1965. Jenis-jenis wang yang tidak dituntut ialah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun. Contoh, kalau gaji tidak bayar, kita ada due, kena transfer kepada wang tidak dituntut. Bonus, insurans, dividen, pemiutang dan pelbagai penghutang. Kemudian, kalau wang di dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dalam apa- apa cara sekalipun dan melebihi tujuh tahun, maka wang-wang yang ada dalam akaun simpanan, akaun semasa atau akaun simpanan tetap perlu diserahkan kepada Wang Tidak Dituntut. Kemudian, wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melebihi apa-apa urus niaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun, sebab itu akaun pemiutang dagangan dan juga penghutang mestilah diberikan kepada Wang Tidak Dituntut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat statistik 1977 sehingga 2017, setakat September, terimaan wang yang tidak dituntut adalah RM9.06 bilion. Bayaran balik wang yang dituntut RM1.64 bilion. Pindahan ke Hasil, maksud, kita transfer ke Consolidated Fund kerana sudah lepas 15 tahun, RM1.46 bilion. Jadi baki hari ini tinggal RM5.96 bilion. Itu sahaja, Yang Berhormat, Tuan Pengerusi.
Siapa Yang Berhormat?
[Bangun]
Yang mana satu?
Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, adakah kementerian sedar bahawa ada juga ejen atau syarikat yang membantu wang yang tidak dituntut supaya mereka dapat komisen atas kerja mereka. Adakah itu benar?
[Bangun]
Ada syarikat atau ejen yang menjalankan kegiatan sebegini?
Yang Berhormat, same point, Yang Berhormat. Boleh tidak?
Boleh.
Terima kasih. Ini wang yang tidak dituntut selepas tujuh tahun, minta maaf, ia masuk kepada akaun wang yang tidak dituntut. Selepas 15 tahun, akan dimasukkan kepada Consolidated Fund. Antara tujuh tahun ke 15 tahun itu, apakah kaedahnya, kalau ada orang yang tersedar, kaedah dia hendak menuntut itu?
Pertama, Yang Berhormat Kota Melaka. Kerajaan tidak melantik mana-mana ejen untuk collect Wang Tidak Dituntut ini, on behalf of the owner. Tidak boleh. Kalau ada pun ejen datang menghantar borang, ia ada borangnya, kalau dia isikan borang ini, ejen isi borang, kemudian dia hantar, apabila dia hantar kepada itu, and then dia cakap, “Tolong bayar kepada ejen”. Tidak boleh. Kerajaan tidak akan bayar kepada ejen. Dia akan bayar terus kepada tuan punya. Tidak boleh bayar kepada ejen. Akan tetapi apa yang berlaku, sebahagian daripada tuan punya duit ini, dia melantik ejen, dia berjanji dengan ejen, “Kalau saya dapat balik collect saya punya duit, saya bagi 20 percent”. Itu kita tidak boleh buat apalah. Itu terpulang kepada tuan owner. Kadang-kadang owner dia tinggal jauh dan dia malas hendak keluar. Amaun pun kecil. Dia suruh orang lain tolong buat. Yang itu kita tidak boleh buat apa. Akan tetapi ikut prosedur kerajaan, dia tidak akan bayar kepada ejen. Dia bayar kepada tuan punya. Untuk Yang Berhormat Kuantan, bukan Yang Berhormat Kuantan. Ini apa?
Indera Mahkota.
Yang Berhormat Indera Mahkota.
Bawah sedikit daripada Tengku Mahkota.
Okey. Yang Berhormat Indera Mahkota, prosedurnya simple sahaja. Ia ada borang. Isi borang. In between 15 years itu, sebelum ia masuk dalam Consolidated Fund, dalam masa 15 tahun itu, boleh isi borang, hantar, mereka proses, sertakan akaun, isi nombor, dia check and masuk akaun.
Akan tetapi, kena isi borang. Oleh sebab borang ini is the most important thing yang kita kena isi. Kalau bila ada macam kita tidak berapa jelas dia akan ada enquiry kalau tidak ada enquiry terus bayar. Saya pergi seterusnya kepada Yang Berhormat Serdang dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya juga ada tanya pasal Pelbagai Suntikan Ekuiti, P.10, Butiran 09000, Yang Berhormat Serdang. Jumlahnya ialah RM811 juta. Jumlah RM811 juta boleh saya bacakan RM811 juta ini untuk pengetahuan Yang Berhormat Serdang, suntikan ekuiti ini terbahagi kepada beberapa syarikat contohnya Dana Permulaan Perniagaan sejumlah RM15 juta, kemudian Dana Perkembangan Perniagaan sejumlah RM10 juta, MDV Technology Acceleration and Commercialization Scheme sejumlah RM10 juta, suntikan dana modal tambahan kepada Pengurusan Aset Air Berhad sejumlah RM70 juta, Dana Modal Teroka Dalam Sektor Elektronik dan Elektrik Tenaga Boleh Diperbaharui sejumlah RM30 juta, Modal Teroka Industri Kreatif sejumlah RM20 juta, Project Multiproduct Lines oleh Suria Strategic Energy sejumlah RM250 juta, pemberian geran kepada Malaysia Rail Link sejumlah RM400 juta, suntikan kepada Multimedia Development Corporation Sdn. Berhad (MDEC), dan juga Cyberview Berhad sejumlah RM10 juta, pelbagai ekuiti program pembiayaan Cradle Fund CIP and co-investment sejumlah RM20 juta – RM811 juta.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya tentang suntikan yang saya rasa terbesar sekali iaitu RM400 juta kepada Malaysia Rail Link. Saya rasa Malaysia Rail Link adalah syarikat 100 percent own by MoF yang terlibat dalam ECRL. Jadi untuk RM400 juta ini apakah capital injection ini akan digunakan- apakah cara yang capital injection ini akan digunakan? Ini kerana sebagaimana saya tahu financing untuk ECRL kebanyakannya datang daripada bank China dan untuk pembayaran interest ada juga moratorium, saya rasa sampai tahun 2026 sahaja mesti bayar. Jadi kenapa perlu satu suntikan yang begitu besar.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya bila kerajaan mewujudkan syarikat MRAILS ini dia adalah merupakan syarikat jadi kita kena create paid up capital. Kita create RM400 juta as a paid up capital dan duit ini diguna pakai untuk buat preliminary work. Contohnya, design and research and then kita bayar gaji kakitangan yang kita employ daripada industri untuk menjalankan kerja-kerja untuk kita embark on East Coast Rail Link ini.
Okey, saya terus kepada – tadi sektor strategik saya sudah respons? Sudah ya. N-BOS- ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya. N-BOS di bawah B.11 RM120 juta. Untuk pengetahuan Yang Berhormat RM120 juta under N-BOS ini diperuntukkan di bawah peruntukan B.11 adalah seperti berikut. Global Entrepreneurship Community sejumlah RM7 juta, Blue Ocean Entrepreneur sejumlah RM18 juta, Startup and SME Promotion Year sejumlah RM1 juta, Volunteering Professionals sejumlah RM1 juta, Bahasa Inggeris 1Malaysia sejumlah RM2 juta, Coding at School sejumlah RM1 juta, NBOS Open Day, NBOS International Conference dan macam-macam lagi RM10 juta dan NBOS kementerian-kementerian – kita bagi kementerian-kementerian, kita gunakan bajet ini untuk bagi kementerian sejumlah RM80 juta. Jumlah RM120 juta. Kemudian ada satu lagi NBOS B.10 One-off RM130 juta. Butirannya adalah UTC sejumlah RM87 juta. Ini saya difahamkan ia mark kepada dua states, satu Pulau Pinang dan satu Selangor. Ini sebab these are the only states yang tidak ada UTC lagi. Kemudian Mobile CTC sejumlah RM7 juta, Inisiatif Keusahawanan sejumlah RM5 juta dan Malaysia Global Innovative and Creativity Centre (MaGIC) sejumlah RM31 juta.
Terima kasih, Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya tentang N-BOS ini sebab nampaknya the ultimate total adalah RM250 juta. Kementerian lain tidak ada N-BOS punya akaun sendiri, betul tidak. Itu soalan pertama. Kedua ialah daripada RM250 juta ini berapa sebenarnya adalah fi kepada consultants N-BOS? Banyak kali saya tanya soalan ini. Tiap-tiap tahun kita masuk soalan, reject- the National Blue Ocean Strategy Institute spesifiknya.
Terima kasih, Yang Berhormat. Apa yang saya sebut tadi peruntukan ini saya tidak nampak kita ada bayar mana-mana fees. Memang betul apa yang berlaku N-BOS kementerian-kementerian ini the initiative coordination unit is being set up under MOF. So, bajet ini kita letak under MOF under Special Strategic Unit. Jadi perbelanjaan program membuat UTC all that come from that budget. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat minta saya pasal fees ini saya tidak nampak. Tidak apa nanti saya check details kalau saya ada nanti saya beritahu.
Sedikit follow up. Mungkin pegawai boleh bantu selepas ini untuk memberi satu jawapan secara bertulis. Ini kerana sebelum ini PEMANDU Corporation yang juga dipunyai oleh MKD ini mereka juga ada bayaran tetap saya rasa lebih kurang RM40 juta disenaraikan dalam anggaran belanjawan. Akan tetapi, untuk Malaysia National Blue Ocean Strategic Institute walaupun bukan dipunyai oleh MoF- MKD tetapi saya rasa mereka memang ada kenakan fi kepada kerajaan. Jadi saya rasa ini juga mesti diberikan jawapan kepada Yang Berhormat Kelana Jaya.
PEMANDU dia tidak dikuasai oleh MoF. PEMANDU is a consultant body. Dia tidak ada owned by- kita own Prokhas.
No, there’s two. Ada satu ialah PEMANDU Corporation. PEMANDU Corporation itu 100 percent owned by MoF. I can show you the figures later.
Pegawai tolak check.
Untuk PEMANDU Associates yang baru itu yang sekarang 50 peratus dipunyai oleh Dato' Sri Idris Jala itu- that is private.
Okey, saya check. I never come across that part anyway. Maybe pegawai akan check alright. Okey, boleh saya pergi terus kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena you punya jawapan tidak ada ini semua dasar punya cerita. The specific tidak ada tapi tidak apalah saya jawablah.
Sebenarnya, tidak ada apa- ini pun jawab pasal ini patut ini dasar ini kita bincang. Anyway, saya setujulah apa yang Yang Berhormat Pokok Sena sebut tadi bahawa syarikat-syarikat kita di Malaysia ini, saya ingat kita banyak talent di Malaysia. It is just that we need to give opportunity to them. So, kita sudah employed dua Mat Saleh sudah tidak berjaya ini. Sekarang ini kita dah dapat Malaysian. Then, kita tengoklah macam mana. Okey. Jangan cakap pasal Director Khazanah tidak bagus sebab saya pun jadi director juga.
Ya lah- Tuan Pengerusi, maaf Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, terima kasih. Tidak isu dia Mat Saleh itu tidak berjaya kerana director ini lemahlah, director itu lemah keteganq orang dok tego, sudah dia pergi ambil juga. Director keteganq kita tidak boleh kekal. Saya tidak kata Yang Berhormat keteganq, Yang Berhormat okey.
Okey, Yang Berhormat Kota Raja...
Satu lagi Pokok Sena ada lagi itu.
Apa lagi yang ada?
Pasal perolehan itu, tender runding.
Perolehan itu you sebut perolehan yang itu untuk bayar gaji bukan – you cerita ini dasar. Akan tetapi, tidak apa saya hendak jawab you...
Jalan-jalan tadi.
Okey, nanti saya jawab.
Dasar tidak payah jawablah.
Sebenarnya macam ini, you punya cakap, tadi you cakap KKR recommend syarikat RM425 juta betul? Is that what you said?
JKR buat anggaran untuk 50 kilometer itu, RM425 juta. Dia bawa- ini tender runding dia panggil – jadi bila lima syarikat, enam syarikat masuk kemudian lebih daripada RM100 juta ini dia kena angkat kepada MoF.
Betul.
MOF kena endorse. Jadi MoF pergi RM680 juta lebih.
Tidakkanlah, projek RM100 juta MoF jadikan RM680 juta.
Ya.
Okey, you tolong bagi saya projek itu. Saya hendak check.
Tadi saya sebut tadi.
Tidak apa nama projek?
Highway, Jalan Persekutuan daripada Tanjung Karang ke sempadan Hutan Melintang.
Okey. Saya kalau tidak dapat sebelum saya tutup ini, saya akan bagi secara bertulis.
Ya, ya.
Ini ada jawapan. Pelaksanaan projek jalan raya yang menghubungkan Tanjong Karang ke Hutan Melintang masih dilaksanakan secara tender rundingan terus dan peningkatan kos daripada RM450 juta kepada RM668 juta. Ini soalan you kan? Okey, ini jawapan. Kerajaan sentiasa berpegang kepada lima prinsip asas dalam melaksanakan perolehan kerajaan iaitu akauntabiliti awam diuruskan secara terus, nilai faedah terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama. Dalam pelaksanaan projek kerajaan, agensi boleh melaksanakan secara tender terbuka dan tender terhad. Bagi projek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, projek ini telah dilaksanakan secara tender terhad bukannya secara rundingan terus. Melalui kaedah ini, prinsip saingan terbuka masih dikekalkan di mana tawaran para petender akan melalui proses penilaian sama seperti tender terbuka. Ini bagi memastikan tawaran terbaik diterima oleh kerajaan. Kos projek bagi menaik taraf Jalan Raya Tanjong Karang ke Sabak Bernam yang telah diputuskan ialah RM668 juta pada November 2015 masih kurang daripada siling peruntukan yang telah diluluskan oleh EPU. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, siling kita RM717 juta tetapi apabila kita tender, syarikat yang paling lowest dapat RM668 juta. Jadi kenyataan Yang Berhormat mengenai anggaran asal RM425 juta adalah tidak tepat.
Tuan Pengerusi. Boleh Tuan Pengerusi? Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak, isunya ialah macam saya katakan tadi tepat, tidak tepat tetapi itu adalah anggaran JKR. Kalau Yang Berhormat Menteri hendak nafi kata JKR tidak pandai, bagi tutuplah JKR ini. Tidak perlu tidak apa, Kementerian Kewanganlah buat anggaran untuk jalan raya. Ini anggaran daripada JKR RM425 juta. Jadi JKR pun terkejut tiba-tiba apabila patah balik, Kementerian Kewangan letak RM668 juta. Jadi satu benda- saya tidak persoal walaupun EPU kata silingnya RM700 juta lebih tetapi JKR kata itu siling peruntukan. Peruntukan boleh buat sampai RM700 juta lebih. Akan tetapi JKR yang pakar dalam jalan raya, JKRlah. JKR yang pakar dalam jalan raya. Dia tahu ukuran berapa, tar berapa tebal, tanah dan sebagainya. Jadi dia letak anggaran RM425 juta untuk 50 kilometer. Akan tetapi apabila sampai RM668 juta bermakna bahawa Tuan Pengerusi, satu kilometer sama dengan RM14 juta. Jalan apa satu kilometer sampai RM14 juta?
Yang Berhormat, apabila kita buat jalan- jalan ini, dia bukan buat jalan terus sahaja. Dia macam-macam, kita tengok keadaanlah. Akan tetapi apa yang saya hendak beritahu, RM717 juta ini pun datang daripada JKR juga. EPU mana boleh estimate kalau dia tidak ada teknikal from JKR, dia tidak boleh dapat figures ini. Akan tetapi tidak apalah Yang Berhormat, ini kita dalam Jawatankuasa, kita bincang hari lainlah. Okey?
Tidak, tidak. Kira- sebab Yang Berhormat Menteri, saya ucap tabiklah maknanya Yang Berhormat boleh...
Tidak apa, nanti saya akan jawab secara hitam putih. No problem. Saya lepas ini…
Benda itu boleh bincang tepi- tepi jalan okeylah. Kita minum kopi.
...tak perlu cakap lagi sudah.
Yang Berhormat, saya hendak beritahu sebab selepas ini ada dua kementerian, kita Jawatankuasa. Jawatankuasa ini be specific. Saya sudah jawab sedikit itu tetapi kalau Yang Berhormat hendak sangat, saya pun hendak minta Yang Berhormat ini, Yang Berhormat dapat daripada mana yang Jabatan Kerja Raya bagi RM425 juta? Beritahu saya...
Dia bukan faham itu.
Beritahu saya pegawai mana? Jadi senang saya pergi tanya. Kalau dia cakap, “Saya tidak cakap RM425 juta ini”. Jadi kalau kita ambil hearsay ini, saya ingat Parlimen ini sampai 12 malam tidak habis. Okay, all right.
Manalah ada orang hendak mengaku kata dia bagi maklumat pada saya.
Okay, all right. Saya pergi terus Yang Berhormat Kota Raja, subsidi tadi saya sudah jawab. Skim Amanah Rakyat Malaysia, ini adalah skim yang kita introduce pada tahun 2012 dan tamat pada tahun 2017. Jadi apabila tamat, kita tidak adalah Bajet 2018. Itu Skim Amanah Rakyat Malaysia, expiry dia kita buat lima tahun sahaja. So, skim ini sudah over kita tidak ada bajet. Ini mengenai pengasingan hutang arak dan judi. Ia sebenarnya dalam ini pun tidak ada spesifik tetapi saya hendak beritahu dalam kita punya skim ataupun dalam kita punya sistem Consolidated Fund ini, yang telah- yang ada dalam Perlembagaan kita, Perkara 97, Perlembagaan Persekutuan. Mana-mana duit yang kerajaan kutip hasil dari apa sahaja bentuk masuk dalam consolidated fund. Jadi memang kita tidak asingkan, tidak boleh asing. Oleh sebab kalau hendak asing kena tukar Perlembagaan Persekutuan 1957. Jadi hendak tukar Perlembagaan ini, Yang Berhormat kena ada dua pertiga. Itu satu. Akan tetapi kutipan hasil zakat kepada majlis-majlis agama memang diasingkan. Zakat semua itu memang diasingkan. Baitulmal dia asingkan.
Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya sebenarnya faham Consolidated Fund itu. Cuma apa yang kita hendak, pengasingan daripada segi akaun dan penggunaannya. Ya, kita tidak perlu mengubah Perlembagaan. Makna kementerian tahu, berapakah kutipan-kutipan cukai yang tidak syarie ini dan kemudian pendapatan-pendapatan yang lain. Sehubungan itu, jumlah yang kita kutip daripada tidak syarie ini hendaklah diasingkan- bukan asing fizikalnya, tetapi asing amaunnya itu kepada kerja-kerja ataupun perbelanjaan-perbelanjaan yang dibolehkan. Jadi mesti ada nawaitu ia itu kena ada. Mechanism yang kecil mikro itu- saya ingat kita ada ramai expert dalam JAKIM dan sebagainya. Macam mana kita hendak membersihkan kewangan kita yang bercampur ini Yang Berhormat Menteri. Saya tidak fikir perlu menukar Perlembagaan.
Saya ambil maklumlah. Okey.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tambah? Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan cukai judi ini, saya masih ingat Yang Berhormat Titiwangsa semasa menjadi backbencher dulu. Pernah bersama- sama dengan kami di sebelah sini untuk cuba mengurangkan cabutan khas. Seperti yang kita tahu bahawa 4D ini ia setiap minggu ada tiga kali. Akan tetapi beberapa tahun ini setiap tahun Kementerian Kewangan meluluskan hampir 20 kali cabutan khas. Hampir setiap bulan ada sekurang-kurangnya dua cabutan khas. Ini seolah-olah untuk menambah pendapatan cukai untuk pihak kerajaan dan ini memberikan mesej bahawa kerajaan memerlukan pertambahan cukai perjudian ini untuk menampung pendapatan kerajaan. Kita tidak mahu menggalakkan lebih banyak berjudi. Sepatutnya cabutan khas ini dikurangkan dan bukannya ditambah. Saya masih ingat dulu Yang Berhormat bersama-sama dengan kami dalam pendirian ini. Saya harap selaku Menteri Kewangan II ini, Yang Berhormat dapat mengurangkan cabutan khas. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sejak ambil alih ini tidak adalah saya tambah. But at the same time benda itu sudah ada, ia sudah fixed every year. Ia ada cabutan tambahan yang telah diluluskan sebelum ini. Jadi kita tidak tambah. Jadi ini adalah keputusan yang telah dibuat. Jadi, I take note you punya suggestion. Yang Berhormat Jasin. Yang Berhormat Jasin pun banyak dasar tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat Jasin, peningkatan harga petroleum kita memang- untuk pengetahuan Yang Berhormat Jasin setiap USD1 peningkatan harga minyak, ia akan memberi benefit kepada kerajaan dari segi pendapatan, dianggarkan lebih kurang RM300 juta bersamaan USD1.
Jadi kalau Yang Berhormat Jasin sebut tadi, kalau kita ada- kalau hari ini kita punya bajet average price of oil 52, katakan by the end of December 2018 kita punya average price 62. Bermakna kita ada USD10 kali dengan RM300 juta, bermakna kita ada RM3 bilion additional income. Jadi saya ambil maklum pandangan Yang Berhormat mengatakan bahawa apabila harga minyak naik nanti, dia akan menjadi tekanan kepada kita punya inflation terutama apabila transportation ini merupakan salah satu daripada contribution factor dalam kita punya inflation. Dalam inflation punya items ini, transportation ada weightage dia, lebih kurang dalam 13.7 peratus. Approximately 13.7 peratus. Food 30 peratus, rumah lebih kurang dalam 23 atau 24 peratus, transport is 13.7 percent.
Jadi, apabila harga minyak naik, harga petrol pun naik ia secara tidak langsung headline inflation akan naik. Akan tetapi, core inflation dia akan tetap stabil. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, for the last three to four years, kita punya core inflation, is still remain at 2.5 percent tetapi headline inflation is four percent. This is because of kalau dulu Yang Berhormat ingat kita punya harga minyak USD44 per barrel average. Akan tetapi, sekarang ini kita punya average sudah USD53. Jadi kalau USD44 ke USD53, sudah tentu dia akan menyebabkan weightage itu terjejas sedikit, itu satu. Kedua, Yang Berhormat, dari soal minyak ini, kalau Yang Berhormat ingat pada tahun 2008 harga minyak mencecah sehingga USD140 per barrel. On average, kita lebih kurang dalam USD115 per barrel. Pada ketika itu, kita tidak ada BR1M. Akan tetapi, harga minyak kita di pasaran adalah RM2.70. Jadi, sekarang ini kita RM2.31 kerajaan ambil maklum terhadap peningkatan harga minyak ini dan mungkin- Ini saya mahu make it very clear, mungkin. Kalaulah peningkatan ini menyebabkan kerajaan dapat lebihan yang boleh kita sumbangkan kepada peningkatan masyarakat-masyarakat yang berpendapatan rendah macam penerima-penerima BR1M ini, kemungkinan besar kita boleh mempertimbangkan BR1M sedikit extra. Akan tetapi, extra ini tidak permanent kerana apabila jatuh baru kita kurang. Sila
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soal minyak adalah soal kesejahteraan hidup rakyat. Memandangkan daripada jawapan wakil kerajaan harga minyak mentah dunia meningkat USD1, satu tong, pendapatan kerajaan bertambah RM300 juta. Saya difahamkan sejak kerajaan melaksanakan sistem the floating price system, harga minyak sudah naik 19 kali. Besok, difahamkan naik kali Ke-20, tujuh sen lagi naik, besok. Walaupun kita katakan floating price system, tetapi daripada kenyataan KSU Kementerian Kewangan, mengatakan sebenarnya kerajaan ada memberikan subsidi minyak supaya harganya tidak meningkat secara mendadak. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri beritahu Dewan yang mulia ini, sebenarnya berapakah subsidi minyak yang telah diberikan? Mengikut kenyataan KSU sendiri sebab yang kami faham tidak ada subsidi. Akan tetapi KSU kata, ada subsidi. Maka, berapakah subsidi minyak yang telah kerajaan belanjakan untuk menstabilkan harga minyak supaya rakyat tidak hidup tertekan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, saya bagi sedikit yakni sejak kita floating ini, kita kalau tengok ada 12 kali kita turun, lebih kurang 19 kali kita naik. 12 kali turun, total 74 sen, 19 kali naik, 75 sen. Kalau kita tengok the next impact is one cent. Saya cerita tentang since floating-lah. Daripada segi subsidi minyak ini tadi saya sebut dalam B.11 tadi- subsidi, ada RM1.6 bilion iaitu minyak diesel dan juga LPG gas. Subsidi itu kita tidak berikan kepada pengguna-pengguna private transport ini. Akan tetapi, kita bagi subsidi kepada nelayan dan juga segment of the society yang kita bagi untuk bantu mereka untuk menggiatkan ekonomi. Saya teruskan seterusnya kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Ini semua saya sudah jawab. Yang itu peringkat dasar. So, bantuan pelajar miskin. Bantuan pelajar miskin B.12.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bantuan pelajar miskin ini adalah bantuan kepada pelajar miskin yang memperoleh pendapatan keluarga sebulan kurang daripada RM760 di Semenanjung Malaysia dan RM910 di Sarawak dan RM1050 di Sabah berdasarkan kepada maklumat ICU. Berapakah jumlah yang mereka berikan? Macam sekolah rendah, bantuan persekolahan RM200 setahun kepada 989,987 orang pelajar. Bantuan Tingkatan Satu, RM200 kepada 189,225 orang pelajar. Bantuan kes kecemasan dan keciciran, bantuan am persekolahan RM200 setahun kepada 35 orang pelajar. Bantuan am persekolahan RM200 setahun kepada 29,000 orang. Bantuan bulanan bagi 25,000 orang sebanyak RM500 setahun. Bantuan bulanan sekolah rendah, RM600 setahun kepada 20,000 orang dan termasuk macam- macam bantuan dalam Kumpulan Wang Amanah. Kemudian, saya terus pergi ke Yang Berhormat Sungai Petani, ini saya sudah jawab. Yang Berhormat Sungai Petani? Pengurusan Aset Awam. Untuk Butiran 020400 ini adalah Jabatan Pengurusan Aset Awam, gaji-gaji yang kita bayar. Jabatan ini merekodkan harta-harta yang boleh alih kerajaan. Contoh, furniture, kereta dan macam- macam lagi aset yang berjumlah RM104 bilion itu department yang merekodkan pengurusan aset awam. Termasuklah tanah-tanah yang hendak dijual kena pergi ke jabatan ini untuk dapat proper penilaian sebelum dijual. Itu tugas jabatan tersebut. Kemudian, Yang Berhormat juga tanya Butiran 030600, dari segi Perbendaharaan Malaysia, Sabah dan Sarawak. Apa Yang Berhormat tengok tadi itu, ialah gaji yang kita bagi pada jabatan kita di Sabah dan Sarawak, Federal Office. Akan tetapi, saya hendak bacakan kepada Yang Berhormat dari segi apa yang kita berikan kepada Sabah dan Sarawak. Di Sabah, kita berikan macam-macam peruntukan secara direct per kapita grant RM46.2 juta, MARRIS RM599 juta. Selepas itu, pemberian bermacam-macam. Jumlah semua RM1 bilion. Kemudian ini tidak termasuk peruntukan-peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membina sekolah-sekolah, jalan raya, hospital, keselamatan, royalty dan sebagainya. Akhir sekali, untuk Sabah ini dia juga dapat royalty. Royalty dia dapat setakat tahun 2017, kita sudah berikan since kalau saya hendak bacakan jumlah yang kita sudah bagi Sabah ini sejak tahun 1975, untuk royalty kita sudah berikan RM13.1 bilion dan untuk Sarawak RM33 bilion untuk royalty. So, these are all the payment kita bayar dan untuk pembangunan di negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, kita allocate Sabah RM40 bilion dan kita allocate Sarawak RM38.9 bilion.
Cuma minta sedikit clarification ya Yang Berhormat Menteri?
Ya.
Terima kasih. Yang saya tanya Menteri ialah tentang penggunaan apa yang berlaku dalam Perlembagaan ini, Jadual Ke- 10 dan Bahagian IV. Maknanya, whatever yang government sudah spent itu, yang Menteri kata kumpulkan total saya tidak tahu berapa jumlahnya. Adakah itu di outside seperti yang telah pun diperuntukan ataupun Yang Berhormat Menteri anggap bahawa itu adalah juga sebahagian daripada payment yang telah pun diberikan mereka dalam Jadual Ke-10? Maknanya kalau, in future kalau kerajaan ada duit mungkin kerajaan akan melihat balik Jadual Ke-10. At the moment ini, kerajaan tidak akan melihat Jadual Ke-10 ini tetapi kerajaan bagi apa yang telah seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Is that what you mean? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tidak berapa pasti yang bab Perlembagaan itu, tetapi apa yang saya sebut tadi ini adalah pembayaran-pembayaran yang kita bayar selama ini kepada Sabah dan Sarawak.
Akhir sekali- Yang Berhormat Bagan Serai pun saya sudah jawab tadi.
Yang Berhormat Kuala Nerus, saya sudah jawab. Banyak subjek yang dibangkitkan. Perolehan sukuk. Yang Berhormat Kuala Nerus tidak ada ya? Hapus kira hutang- okey, tidak ada. Yang Berhormat Sandakan. Yang Berhormat Sandakan, ini bukan spesifik money game tetapi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Sandakan, kita punya masalah fasal money game ini ialah rakyat kita, dia cepat kena syok hendak untung lebih. Jadi bila orang janji untung 20 peratus, 30 peratus satu bulan, semua masuk. Jadi bila rugi, baru dia datang cari Bank Negara, baru dia datang cari polis. Jadi bila kita jumpa orang-orang operator ini, dia cakap they never janji. Dia cakap, “This is an investment. Ada certain month I untung, I bayar you lah. Certain month I rugi, I tidak boleh bayar”. Jadi itu isu yang selalunya berbangkit kepada rakyat. I think, Yang Berhormat Sandakan, saya tidak mahu debate pasal kawan-kawan saya sedang tunggu hendak bentang dia punya itu. Pasal ini bukan spesifik. Cuma saya hendak beritahu, kerajaan sentiasa mengambil tindakan kepada mana-mana syarikat ataupun pihak yang mengendalikan skim-skim money game yang kita anggap sebagai skim penipuan. Memang dia not sustainable, skim dia. Jadi saya hendak nasihatkan kepada rakyat Malaysia, sebelum pergi melabur mana-mana skim ini, dia kena datang rujuklah dahulu tanya kalau ada orang tipu. Jadi senang kita tangkap dia awal-awal. Jangan sampai orang yang melancarkan skim ini sudah kutip RM500 juta baru hendak pergi kompelin. Okey.
Tuan Pengerusi, just one question. Jadi saya mahu tahu, Menteri, Bank Negara sudah maklum tahulah senarai ini company yang tidak boleh kutip pelaburan yang sah. Jadi mengapa ini Bank Negara masih biarkan? Ini saya tidak faham. Mengapa tidak mahu ambil tindakan, ini company tidak sah, yang haram yang mengutip pelaburan? Ini yang kita tidak tahu. Kalau ini Bank Negara dia belum tahu, okeylah tetapi dia sudah tahu. Ini 450 buah syarikat itu yang haram untuk mengutip ini pelaburan.
Setujulah, Yang Berhormat Sandakan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Sedikit.
Okey.
Sedikit. Yang Berhormat Menteri, saya rasa apa yang cuba ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sandakan, dia cuba mengatakan bahawa sebenarnya banyak syarikat di mana kita telah pun mengetahui sebenarnya business mereka memang buat money game sahaja tetapi syarikat ini wujud tanpa sebarang tindakan ataupun penguatkuasaan terhadap mereka. Saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan supaya memastikan syarikat- syarikat ini dia tidak beroperasi, tidak lagi cuba menipu pelabur-pelabur. Sebab saya rasa memang banyak sudah kena, saya rasa. Saya tengok banyak orang tua, mereka punya simpanan, mereka punya EPF semua telah pun melabur ke dalam money game ini. Akan tetapi syarikat-syarikat ini masih wujud, masih beroperasi. Saya rasa itu yang cuba disampaikan oleh Yang Berhormat Sandakan. Saya rasa adalah tanggungjawab kita semua, pihak kerajaan mahupun pembangkang, untuk sama-sama memantau. Kalau kita berikan senarai kepada pihak kerajaan, saya rasa pihak kerajaan juga ada tanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka ini yang menipu rakyat. Terima kasih.
Ada kaitan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya di sini hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, apakah status financial consumer alert yang ada dalam website Bank Negara iaitu senarai syarikat-syarikat yang menjalankan skim-skim yang kira tidak sah daripada segi undang-undang? Adakah status itu hanya sekadar amaran seperti amaran merokok? Merokok tidak salah tetapi kerajaan memberikan amaran.
[Bangun]
Ataupun status itu, syarikat-syarikat ini adalah haram, tidak sah dan telah melakukan jenayah? Kalau telah melakukan jenayah, mengapa tidak ada tindakan? Mengapa tunggu sehingga berlaku laporan? Kalau sudah tahu, mesti terus ambil tindakan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya rasa dalam laporan akhbar telah diumumkan bahawa Bank Negara bersekali dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah membuat serbuan dan juga siasatan ke atas, antaranya dua syarikat money game ini dan banyak juga akaun telah pun dibekukan oleh Bank Negara. Jadi, saya rasa tindakan telah dibuat tetapi keputusan siasatan itu yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang dikatakan akan menghebahkan keputusan siasatan menjelang 31 Ogos. Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada siasatan itu sudah siap.
Yang Berhormat, saya dalam soal ini, kita semua sama. We are same because saya pun memang hendak memastikan bahawa benda ini kita kena hapuskan. Saya bagi contoh macam saya ambil satu syarikat di Penang, MBI. Kerajaan tangkap, freeze account, masuk lokap. Today, semua dah freeze. Tengah dalam penyiasatan, tetapi you nak caj orang ini, dia go on the pretext of your investment. Dia cakap, “I never promised to people”. Isu ini mahkamah lah decide. Saya bukan here nak decide. Tapi saya nak beritahu, kita dah beritahu dalam Bank Negara punya website, these are all the schemes that please, jangan melabur. Akan tetapi kita pergi melabur. Today, MBI still operate tapi dia tak operate dekat Malaysia. Server semua dekat luar. Jadi kita duduk dekat rumah, kita terlibat dalam coin system. Jadi, ini yang menyebabkan akhirnya kita kerajaan boleh lakukan apa saja untuk membanteras ini tetapi akhirnya kalau masyarakat kita tidak mempunyai financial literacy yang tinggi atau faham, memang masalah. Satu. Nombor dua, kita juga dah beritahu kepada masyarakat, kita tak expect everyone to have a good financial literacy, tetapi kita dah beritahu kalau nak melabur mana-mana pelaburan, kena rujuk. Kalau rasa suspicious- yang orang guarantee 10 percent satu bulan. Fixed deposit satu tahun pun baru empat percent. MGS baru empat percent. So, macam mana kita boleh melabur 10 percent sebulan? So, at the end of the day, we have to go back to masyarakat. Dan kita semua wakil rakyat, kita must continue to advice them, but this is a long process- financial literacy. It is not easy. Greedy ini is not easy you nak eliminate. So, itu sahaja saya nak tekankan, Yang Berhormat. Akhir sekali, Tuan Pengerusi, saya nak jawab soalan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, ada satu perkara Yang Berhormat Menteri tidak jawab iaitu tentang transaksi bank ini beli kereta punya itu. Mengapa bank itu tidak boleh terus transact wang yang dia telah lulus untuk membeli satu kereta? Mengapa mesti mahu pemilik yang jual kereta itu mesti mahu clear semua dia punya hutang di bank baru boleh di kasi transact itu deal? Ini memberi satu masalah. Sebab, kalau saya mahu jual satu kereta, semestinya saya hutang bank RM30,000, I have to settle this RM30,000 dulu baru boleh jual itu kereta. Walaupun saya sudah dapat loan dari the next bank yang sudah luluskan maybe RM50,000, dia tidak boleh kasi transact itu RM30,000 terus pergi bank itu. Dia mahu saya sendiri bayar, clear up my RM30,000 dia punya loan, baru boleh transact. Ini apa maksud dia? Ini susah pada rakyat yang mahu jual kereta itu. Dia tak ada duit, bagaimana boleh clear dia punya loan dulu? Jadi, dia mahu pinjam lah. Dulu... [Rakaman kurang jelas] Tunggu-tunggulah 10 percent only for two weeks or one week. Sebab, itu sudah lulus dari the next bank.
Okey, Yang Berhormat Sandakan, saya ambil maklum lah. Nanti saya carilah you punya masalah ini. Fasal dalam ini tak ada lah. Dalam ini saya cari ini kereta pun tak ada...
[Dewan ketawa]
Tak apa, nanti kita duduk, kita bincang.
Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau, saya nak clarify, walaupun dia tak spesifik tapi Yang Berhormat Tebrau nak tanya sewaan tadi 50 peratus- Yang Berhormat Tebrau mana? Tak ada? Kalau orang sewa dapat income, 50 percent tax exemption, 50 percent, boleh tolak kos.
Yang Berhormat Menteri, soalan mereka ialah apabila kita kata RM2,000 ke bawah, adakah ini jumlah sewa yang kita kutip ataupun sewa selepas tolak segala perbelanjaan macam quit-rent, cukai harta dan sebagainya? Maksudnya nett income.
Tak ada. Your rental must be gross RM2,000. Then after that, you minus all your cost at RM2,000, you minus 50 percent. So, that means, even though your gross is RM2,000, your nett is actually RM1,000, then only you minus your cost. Tuan Pengerusi, saya telah selesai…
Yang Berhormat Menteri, tidak jawab soalan saya tentang butiran Lain-lain Bayaran Balik.
Apa itu?
RM4 bilion. Lain-lain Bayaran Balik.
Bekalan berapa?
Butiran 0404...
Tidak, tidak. B berapa, B.12?
B.11.
B.11. Okey, berapa?
Butiran 040400 – Lain-lain Bayaran Balik. Senaraikan...
Butiran 040300?
Butiran 040400. Lain-lain Bayaran Balik.
Okey, lain-lain bayaran. Nanti sekejap. Nanti sekejap saya baca, okey. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pembayaran ini adalah balik pinjaman-pinjaman dalam syarikat-syarikat MKD under PFI yang kita pinjam kepada KWSP dan juga dana-dana infra, these are all pembayaran balik yang kita bagi kepada syarikat-syarikat tersebut.
Just give me a breakdown lah. Terima kasih ya.
Boleh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,520,672,200 untuk Maksud B.10, RM26,832,774,000 untuk Maksud B.11 dan RM1,664,900,100 untuk Maksud B.12 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM4,520,672,200 untuk Maksud B.10, RM26,832,774,000 untuk Maksud B.11 dan RM1,664,900,100 untuk Maksud B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,289,911,500 untuk Maksud P.10 dan RM2,000,000,000 untuk Maksud P.70 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,289,911,500 untuk Maksud P.10 dan RM2,000,000,000 untuk Maksud P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 Jawatankuasa — Maksud B.21 [Jadual] – Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan 2018] –Bill
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terbuka untuk dibahas. Sila, Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melibatkan beberapa butiran iaitu pertama, di bawah Butiran 040000, Butiran kecil 041100 – TEKUN. Tuan Pengerusi, jika kita melihat penyata kewangan berbanding 2018 hari ini, bermula dari 2016, peruntukan sebenar untuk TEKUN ialah RM4 juta manakala Bajet 2017 turun kepada RM3 juta dan pada Bajet 2018 kita melihat penurunan kepada RM2 juta. Saya ingin bertanya kerana skim TEKUN ini adalah satu skim yang baik kerana membantu perniagaan kecil-kecilan dan juga ia banyak memberikan ruang untuk peniaga-peniaga kecil ini. Akan tetapi soalan saya ialah menurut laporan Audit yang dijalankan antara Mei dan Oktober tahun lalu, apa yang dinamakan sebagai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN Nasional telah berjaya meningkatkan pembiayaan kepada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion untuk 473,922 usahawan dalam tempoh 18 tahun. Akan tetapi bagaimanapun, prestasi kewangan TEKUN Nasional 2013 hingga 2015 kurang memuaskan kerana bebanan hutang kepada kerajaan dan hapus kira hutang lapuk usahawan yang tinggi. Maknanya mereka gagal untuk membayar hutang- hutang yang dikeluarkan oleh TEKUN kepada aktiviti perniagaan mereka. Jumlah yang dimaksudkan ialah RM209.28 juta. Jadi disebut juga di sini bahawa pengurusan aktiviti selaras dengan objektif penubuhan juga tidak teratur menurut laporan itu. Kutipan bayar balik pembiayaan berbanding sasaran iaitu antara 78 peratus hingga 96 peratus. Pembiayaan tidak berbayar atau non-performing loan pada tahap 38 peratus. Jadi soalan saya, kalaulah TEKUN dengan laporan Audit menyatakan tentang hutang lapuk tinggi yang terpaksa dihapuskan yang membebankan kerajaan, kenapakah dan rasionalnya kita terus perlu memperuntukkan RM2 juta kerana bagi saya jikalau ia dilihat sebagai gagal dalam konteks urus tadbir dan kerugian yang merugikan kerajaan, maka apakah rasional skim TEKUN ini diteruskan? Itu soalan pertama tentang TEKUN. Bagi butiran seterusnya, saya masuk kepada Butiran 010000 yang melibatkan butiran kecil 012100 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini kita lihat ada isu berkenaan dengan pegawai agensi perikanan dan juga APMM yang terlibat dalam kes rasuah sehingga bot asing daripada nelayan luar kita anggap mencuri sebahagian daripada hasil tangkapan yang sepatutnya dinikmati oleh nelayan tempatan dan mereka telah pun ditangkap oleh SPRM. Cuma soalan saya ialah saya ingin tahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, tujuannya ialah untuk meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan ikan mencukupi serta memenuhi piawaian. Saya ingin bertanya kerana Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ini juga terlibat dalam memberi lesen dan sebagainya. Adakah pegawai yang dimaksudkan, pegawai kanan dari dua agensi kerajaan yang berkaitan dengan industri perikanan itu, adakah mereka daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Kalau betul, maka apa tindakan kerajaan seterusnya dalam usaha memastikan bahawa nelayan-nelayan ini tidak menjadi mangsa kepada amalan rasuah yang menyebabkan nelayan tempatan rugi yang diandaikan hampir kerugian RM3 bilion hasil daripada kecurian yang berlaku di dalam lautan kita. Seterusnya soalan saya kepada LKIM ialah apa yang dikatakan sebagai Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Apakah kerajaan akan memberikan Skim Bantuan Bencana Alam ini kepada nelayan-nelayan di Kedah dan juga di Pulau Pinang yang baru-baru ini terlibat dalam musibah banjir yang berlaku? Jadi itu saya perlu penjelasan dari sudut insentif bantuan bencana alam kepada nelayan-nelayan. Kalau pesawah dia ada lebih kurang RM600 sebelum dia menunggu hasil tuaian, maka apakah nelayan juga diteruskan insentif untuk mereka. Seterusnya saya ingin bertanya juga melibatkan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) di bawah butiran kecil 020600 dalam peruntukan hampir RM47 juta yang sebelumnya RM48 juta. Now, soalan saya, saya amat menyokong Bahagian Latihan ini kerana ia melahirkan satu ruang untuk pelajar-pelajar kita juga melihat tentang sektor pertanian dan sektor pertanian ini juga memerlukan kemahiran-kemahiran mengikut teknologi-teknologi terkini supaya mereka dapat menjadi usahawan pertanian yang berjaya. Soalan saya, berapakah ramai anak muda yang telah dilatih dalam program ini dan lulus serta berjaya dan sejauh manakah program ini mampu untuk mengekalkan atau memastikan keberlangsungan industri pertanian di Malaysia sedangkan bajet yang berkurangan daripada 2017 kepada 2018 daripada RM48 juta kepada RM47 juta, apakah ia mampu sustain untuk mengekalkan satu bahagian besar untuk melahirkan usahawan pertanian.
Akhirnya Tuan Pengerusi, satu yang saya telah timbulkan dan ramai daripada rakan-rakan di sini juga telah timbulkan iaitu berkenaan dengan Butiran 040000 – Program Khusus, Butiran Kecil 040800 - Subsidi Benih Padi Sah. Penyata Kewangan 2016, peruntukan hampir RM60 juta. Anggaran 2017 - RM40 juta dan anggaran 2018 - RM75 juta. Saya ingin bertanya sebab ini ada kaitan tentang macam mana subsidi benih padi yang tahun sudah, daripada peruntukan tahun sudah, terberhenti pada musim kedua. Oleh kerana ramai yang mengadu tentang kegagalan mereka untuk mendapat subsidi bagi benih padi ini. Termasuklah di Daerah Kerian dan juga sebahagian besar di utara. Kerajaan kemudian mengeluarkan tambahan peruntukan untuk tujuan tersebut. Saya difahamkan hampir 80 ribu tan metrik benih padi yang diberikan kepada 9 pengeluar ataupun 9 pembekal yang dibahagikan kepada petani-petani. Soalan saya, bagi tidak mengulangi masalah yang dihadapi pada musim padi yang lalu, saya ingin bertanya kepada kementerian dengan jujur untuk menjawab soalan ini. Adakah baru-baru ini apabila subsidi benih padi tidak ada di pasaran, maksud saya tidak di subsidi kan, apakah ini disebabkan pengeluar gagal untuk memenuhi permintaan atau kerajaan tidak cukup duit untuk finance atau subsidize yang sepatutnya 80 ribu tan metrik ini telah disubsidikan? Jadi, saya mohon kepada pihak Yang Berhormat Menteri, memberi pencerahan agar petani-petani di seluruh negara, termasuk di Kerian dan juga di Kedah dan di Pulau Pinang, dapat penjelasan. Soalan saya berkenaan dengan tajuk yang sama ialah dengan menyebut subsidi benih padi sah yang di bawah peruntukan ini. Apakah juga racun subsidi juga termasuk ataupun kali ini racun subsidi bagi pesawah ditiadakan? Itulah soalan-soalan yang saya ingin ajukan dalam peringkat Jawatankuasa ini supaya dapat pencerahan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas di peringkat Jawatankuasa, Anggaran Perbelanjaan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya ingin menyentuh Butiran 060400 – NKEA - Agriculture dan 94000 - NKEA, Bekalan dan Pembangunan nombor 21. NKEA pertanian memfokuskan usaha untuk melonjakkan syarikat tempatan ke tahap yang lebih tinggi dalam rantaian nilai melalui penggunaan standard yang lebih baik, pemindahan teknologi dan kemudahan aktiviti yang bernilai tinggi serta memanfaatkan modal syarikat peneraju untuk memperluaskan kehadiran eksport, di samping meneraju peserta industri yang lebih kecil ke arah mencapai bahagian pasaran yang lebih besar. Kalau kita lihat sektor pertanian, ia menyumbang sebanyak RM68.1 bilion kepada pendapatan kasar negara pada tahun 2016 dan terus berperanan sebagai tunjang ekonomi kepada negara ini. Berdasarkan Laporan Program Transformasi Kerajaan bagi maksud pertanian, mencatat beberapa pencapaian penting, termasuk protokol yang dimeterai ketika kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Republik Rakyat China yang telah membenarkan eksport sarang burung walet misalnya, sarang burung walet mentah yang belum dibersihkan dari negara kita. Perkembangan ini tentunya dijangka meningkatkan hasil eksport sarang burung walet ini kepada RM3 ribu hingga RM5 ribu sekilo berbanding dengan RM1 seribu ketika ini. Yang bakal dimanfaatkan tidak kurang daripada 10 ribu penternak sarang burung walet tempatan. Tahun ini juga kita dapat lihat, menyaksikan peningkatan hasil pendapatan purata tahunan petani yang menyertai inisiatif penanaman padi misalnya, kepada 42 ribu berbanding dengan 33,500 pada tahun 2012. Perkembangan ini susulan penyatuan lebih 25 ribu hektar tanah di kawasan Kuala Muda, Kedah yang berjaya menjana pendapatan yang lebih tinggi. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, tentang pencapaian- pencapaian yang telah dicapai oleh kementerian setakat ini. Soalan saya, sejauh manakah pelaksanaan NKEA petani ini membuka peluang pekerjaan sejak ia dijalankan serta apakah galakan yang diberikan kepada golongan belia untuk menceburi bidang pertanian yang mampu menjana pendapatan dan sebagai salah satu cara mengurangkan pengangguran, khususnya di kalangan siswazah? Selain daripada itu, melihat kepada kebergantungan negara terhadap eksport makanan, adalah satu perkara yang perlu diberi penekanan yang khusus oleh pihak kementerian. Ini kerana berdasarkan statistik dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lepas iaitu antara Oktober, jumlah nilai import negara mencatatkan RM38.1 bilion. Ini menunjukkan tahap kebergantungan Malaysia kepada import makanan ini masih lagi tinggi. Walaupun ia tinggi tetapi demi kepentingan rakyat, maka ia terpaksa dilakukan. Maka, saya memohon penjelasan daripada kementerian, apakah usaha serta langkah yang dilakukan oleh kementerian dalam usaha untuk kita mengurangkan kebergantungan import makanan negara daripada luar ini bagi memenuhi masyarakat tempatan? Saya boleh mengambil satu contoh. Buat masa ini kerajaan difahamkan, membelanjakan tidak kurang daripada RM3.1 bilion untuk mengimport 4 juta tan jagung, bijirin setiap tahun. Perkara ini dilihat sebagai satu yang walaupun penting tapi agak merugikan juga kalau kita bergantung kepada luar. Akan tetapi alangkah baiknya kalau ia dapat diusahakan oleh rakyat tempatan. Mungkin mekanisme dan ada langkah- langkah tertentu yang sedang di susun oleh kementerian. Cuma saya ingin nyatakan dan ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah kekangan dan masalah sebenarnya untuk kita benar-benar mencapai satu tahap iaitu mengurangkan kebergantungan ini? Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat? Kalau kita lihat pula, Malaysia memperoleh sayur-sayuran, buah- buahan dan daging sekurang-kurangnya daripada 120 buah negara. Ini suatu yang besar, mengimport lebih daripada 50 jenis bahan segar dan beku bagi memenuhi selera rakyat. Banyak betul rakyat Malaysia makan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, ya. Tadi tengok sudah pakai songkok, dibuang songkok ini. Semangat, ya. Apa pun Yang Berhormat...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bukan, itu menunjukkan keseriusan mendengar ini. Sekejap lagi saya harap jawapan yang baik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hebat ini. Apa pun kita lihat buah- buahan seperti tembikai, pisang, nanas dan juga rambutan adalah antara yang diimport dari luar negara. Apakah betul ini daripada Afrika, Australia, India, Thailand dan China? Jadi, apakah kita masih lagi belum cukup dengan perkara ini? Selain daripada itu, saya juga hendak dapat maklumat terperinci. Saya ucapkan tahniahlah kepada pihak kementerian dan kerajaan kerana telah berjaya meletakkan durian musang king di Negara China. Hari ini menjadi suatu bahan eksport yang paling bernilai dan hari ini ramai, berebut-rebut orang, termasuk di Parit Sulong hendak tanam musang king. Saya tidak tahulah ada tidak kementerian kalau boleh musang king yang cepat berbuah ini kerana orang sudah tidak sabar-sabar hendak eksport ke Negara China ini. Apa pun Yang Berhormat, saya minta jugalah. Tempoh hari Yang Berhormat Menteri telah pun ke kawasan saya di Lenggong ini. Kawasan saya ialah antara kawasan terbesar yang mengeluarkan rusa. Ketika ini kita mengeluarkan 5,600 ekor rusa dan Perak pengeluar terbesar di Malaysia. Di Perak itu di kawasan saya adalah 85 peratus daripada kawasan saya dan kita ada lagi enam kawasan ternakan. Kalau lah kementerian dapat bangunkan keenam-enam itu, saya yakin Lenggong saja boleh menjadi pengeluar terbesar dalam negara ini. Saya harap ia dapat dilaksanakan. Kalau kita lihat juga, sasaran yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, di mana kementerian akan menumpukan usaha untuk menjamin bekalan makanan dan meningkatkan produktiviti, mempertingkatkan kemahiran petani, nelayan dan pekebun kecil, menambah baik khidmat sokongan dan penyampaian, memperkukuh rantaian bekalan dan memastikan pematuhan terhadap keperluan antarabangsa. Saya ingin penjelasan, apakah pencapaian yang telah kerajaan peroleh setakat ini?
Namun begitu, bolehkah kementerian memberi penjelasan kerana isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi ketika ini dalam merealisasikan sektor ini menjadi industri yang baik dalam negara kita. Itu- bagaimana dengan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan isu produktiviti kita yang rendah? Kemudian, sokongan institusi kepada industri. Kemudian, bagaimana dengan tenaga kerja yang kita ada? Apakah masih lagi kita perlu kepada tenaga kerja dari luar dan tahap mana guna tenaga kerja dalam sektor ini yang berkemahiran? Maksud saya dalam jumlah pekerja yang terlibat dalam industri ini, berapa peratus guna tenaga kemahiran berkemahiran yang terlibat dalam industri ini? Saya harap dapat mendapat jawapan daripada kementerian. Apa pun saya ucapkan tahniah dan syabas. Saya percaya kementerian ini dapat melonjakkan industri asas tani ke tahap yang lebih baik dan usaha-usaha yang berterusan. Kita harap satu ketika nanti kebergantungan kita kepada bekalan makanan dari luar dapat kita kurangkan dan kita juga menjadi pengeluar dan pengeksport bekalan makanan kepada negara-negara luar. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengambil peluang untuk turut sama berbahas maksud bekalan B.21 ini dan saya ingin menyentuh Program Khusus 040000, dan Butiran kecilnya 041200. Tuan Pengerusi, ini adalah mengenai Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan- Crops for the Future Research Centre, yang telah diasaskan pada tahun 2011 yang bermatlamat mengkaji dan menilai tanaman yang kurang diberi perhatian dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk dunia. Kalau kita tengok bajetnya pada tahun 2018 ini tinggal kosong. Jadi maknanya seolah-olah pusat ini akan sama ada ditutup ataupun bagaimana ya daripada RM5 juta sekarang ini langsung tidak dapat apa- apa peruntukan? Jadi saya ingin tahu dari 2011 hingga 2017 sebenarnya berapakah jumlah keseluruhan yang telah dilaburkan kepada pusat penyelidikan ini?
Tuan Pengerusi, sebagai orang yang datang daripada bidang perubatan, saya sangat merasa sedihlah kerana pusat begini ini penting kerana setiap tumbuhan yang ada di muka bumi ini semuanya ada khasiatnya ataupun gunanya. Cuma kita manusia belum lagi mengenalinya. Dengan pelbagai penyakit yang ada di dalam dunia ini, maka ini adalah penyelidikan untuk masa hadapan. Mungkin untuk sekarang kita tidak nampak dengan jelas lagi kegunaannya dan nilai komersialnya dalam industri farmaseutikal. Jadi saya ingin tahu kenapakah pusat ini yang sebenarnya mendapat kerjasama daripada University of Nottingham dan di dokong oleh penyelidik-penyelidik antarabangsa juga dan sekarang ini tidak langsung mendapat apa-apa peruntukan. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan apakah yang sebenarnya yang berlaku kepada CFFRC ini? Adakah ia tidak berfungsi ataupun tidak memenuhi matlamat penubuhannya pada 2011? Adakah pelaburan kerajaan selama dari 2011 hingga sekarang ‘seperti mencurah air ke daun keladi’ begitu hingga tidak ada manfaatnya? Saya menganggapkan bahawa ia adalah suatu kerugian kepada negara kerana kita akan hilang maklumat-maklumat ataupun penyelidikan ke atas flora dan fauna kita yang mungkin di masa hadapan akan menjadi sumber makanan dan ubat-ubatan untuk penduduk negara kita kalau tidak pun penduduk seluruh dunia. Itu saja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Pertamanya, saya hendak terus kepada Butiran 909000 iaitu Industri Asas Tani. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian di atas usaha berterusan yang dibuat terutamanya dalam memperkasakan pengusaha-pengusaha pertanian yang kita panggil usahawan asas tani ini. Cuma saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mengenai jumlah usahawan asas tani ini yang mendapat terutamanya latihan pemasaran daripada kawasan Parlimen saya dan juga pembiayaan yang telah diberikan kepada mereka. Juga saya hendak mohon supaya pihak kementerian menyatakan jenis-jenis program dan juga latihan-latihan di bawah butiran ini. Adakah ada persiapan yang diberikan kepada usahawan-usahawan asas tani ini yang menjurus kepada penggunaan digital ataupun e-commerce, memandangkan sekarang ini terutamanya apabila diumumkan di dalam Bajet 2018 banyak yang diperkatakan mengenai digital ekonomi. Apabila kita bercakap mengenai ekonomi digital ini ia akan bermula daripada sekecil usahawan yang boleh kita kategorikan termasuklah daripada mereka iaitu pengusaha-pengusaha industri asas tani ini. Kemudiannya, yang kedua iaitu butiran 15600 iaitu Program Kawalan Banjir dan Kawasan Pertanian. Kekerapan banjir ini memang biasa di kawasan Parlimen Parit Sulong. Akan tetapi apabila terdapat banjir ini kita melihat apabila dibuat aduan kepada pegawai-pegawai yang berkaitan terutamanya apabila ia merosakkan tanaman-tanaman oleh pengusaha-pengusaha pertanian di kawasan Parlimen Parit Sulung seolah-olah tidak ada bantuan daripada pihak kementerian. Sehubungan dengan itu saya hendak bertanya kepada pihak kementerian. Apakah jenis-jenis bantuan yang diberikan kepada petani-petani yang menghadapi masalah seperti banjir ini? Seperti apakah jenis program kawalan banjir untuk kawasan pertanian ini? Adakah terdapat dana yang diberikan kepada mereka dan sekiranya ada berapa banyak? Berapa pula jumlah yang telah diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Parit sulung? Seterusnya untuk lembaga ataupun butiran 00400 iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Antara hasil pertanian di kawasan Parlimen Parit Sulung adalah nanas. Banyak permintaan terhadap industri ataupun produk nanas ini. Termasuklah baru-baru ini saya hendak mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana nanas telah boleh dieksport ke negara China. Cuma apabila terdapat usahawan-usahawan yang hendak mengeksport nanas ke negara China ini masalah kemudiannya adalah kuantiti. Oleh sebab tidak mempunyai nanas berkualiti yang cukup untuk dihantar ke luar negara terutamanya eksport ke negeri China.
Cuma saya hendak bertanya sehubungan dengan itu saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana dan apakah cara yang sedang dan akan dirancang oleh pihak kementerian dalam usaha untuk memastikan bahawa permintaan ini dapat dipenuhi oleh pengusaha nanas di Malaysia ini? Setakat ini berapakah kuantiti pengeluaran nanas dan berapakah pula yang telah dieksport ke Negara China hasil daripada agreement yang dibuat di antara Malaysia dan juga negara China? Seterusnya kepada butiran 00903 iaitu Pemasaran dan Eksport. Tadi Yang Berhormat Lenggong ada menyebut sedikit mengenai permintaan daripada Negara China terhadap Musang King kita.
Tahniah kerana pemasaran yang begitu hebat yang dibuat oleh kementerian yang menyebabkan permintaan itu terlampau tinggi dari Negara China terutamanya Musang King ini. Saya nak bertanya kepada pihak kementerian, sebabnya saya dah banyak kali mencadangkan supaya mungkin kita buat trademark. Saya nak minta kepastian sama ada pihak kementerian, adakah perancangan untuk trademark kan Musang King ini sebagai produk dari Malaysia. Oleh sebab kalau tidak, kita telah mendapat laporan bahawa ada pula yang mengatakan yang daripada negara lain tetapi dia mengatakan bahawa dia itu Musang King dari Malaysia. Oleh sebab itulah mereka boleh meninggikan harga mereka dan disambut baik oleh negara China. Jadinya saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, setakat ini adakah atau tidak Musang King ini di-trademark-kan sebagai produk Malaysia? Sekiranya ada, bilakah ianya telah di trademarkkan? Kalau belum, bilakah akan trademark-kan Musang King ini agar kita dapat menjaga Musang King ini sebagai hasil daripada produk di Malaysia ini. Seterusnya adalah mengenai Butiran 041100 iaitu berkaitan dengan TEKUN...
Minta laluan, Yang Berhormat Parit Sulong.
Ya, okey.
Ya, pasal isu penjenamaan trademark untuk Musang King. Saya nak tanya, kerana memang Musang King keluaran dari Raub dan keluaran dari Balik Pulau pun tak sama. Jadi macam mana kita boleh trademark jikalau Musang King keluaran tempat-tempat yang berbeza mungkin ada perasa yang berbeza, mungkin ada tarikan yang berbeza. Macam mana ini boleh dilakukan?
Okey, terima kasih banyak Yang Berhormat. Okey, saya faham. Kita nak cakap satu rasa sama untuk semua durian pun kita agak payah sedikit. Akan tetapi, Musang King itu as a brand. Produk dari Malaysia, jenama dari Malaysia. Oleh sebab saya tak tahu sama ada betul ke tidak tetapi branding ini dah diambil oleh Thailand. Oleh sebab itu saya nak minta kepastian daripada pihak kementerian, sebab kita yang mulakan. Kita yang dah hantar dan memelopori Musang King sampai kalau di China, cakap Musang King, semua bercakap mengenai dari negara kita, Malaysia. Oleh sebab itu kita penting untuk trademark-kan itu sebagai product of Malaysia, yang berasal dari Malaysia. Oleh sebab kalau negara lain ambil, kita dah tak ada apa sedangkan ianya berasal dari Malaysia. Oleh sebab itu saya nak minta kementerian untuk bagi penerangan mengenai buah itu sendiri iaitu Musang King. Seterusnya kepada Butiran 041100 iaitu TEKUN. Saya nak menanyakan kepada pihak kementerian mengenai sambutan terhadap program Skim Pembiayaan Program TemanNita yang kalau kita bandingkan dengan pinjaman TEKUN seperti yang sebelum ini, apa jenis perbezaan antara kedua-duanya. Kemudian saya juga hendak bertanya, kalau untuk jumlah pemohon dari kawasan saya ini berapa ramai mereka ini? Bagaimanakah prestasi pemohon-pemohon tersebut? Seterusnya soalan saya pula kepada pihak kementerian adalah mengenai Program Pembangunan Usahawan Siswazah yang setakat ini saya tengok memang menggalakkan.
Cuma saya nak tahu, dari kawasan Parlimen Parit Sulong ini berapa ramai yang mendapat bantuan TEKUN dan dikaitkan pula dengan pembangunan usahawan siswazah ini. Kalau ada success story, minta juga dinyatakan di dalam Dewan ini bagi kita menjadikan dia ikon kepada usahawan siswazah yang lain yang mungkin boleh kemudiannya dibimbing sama ada oleh TEKUN ataupun kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi yang lain. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Seterusnya soalan saya adalah mengenai pembangunan usahawan bekas tentera. Bagaimanakah melalui TEKUN, boleh dapat dibantu mereka ini dalam meningkatkan sumber pendapatan usahawan bekas tentera ini terutamanya dari kawasan Parlimen Parit Sulong ini. Kalau ada, berapa ramai dan apakah lain-lain lagi program yang boleh digunakan untuk membantu mereka dari kawasan Parlimen saya. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi.
Ya, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang perkara Butiran 23300 iaitu Pengurusan dan Pemuliharaan Ikan yang peruntukkannya telah naik daripada RM4 juta hingga RM11 juta dan juga Butiran 23702 iaitu Pengurusan dan Perlindungan Sumber Perikanan. Tuan Pengerusi, kita memang tahulah kerajaan daripada semasa ke semasa telah membuat perancangan untuk menambah atau memulihkan bilangan ikan di laut yang semakin pupus di kawasan tertentu. Baru-baru ini pada awal tahun, ada satu projek yang telah dibuat pelancarannya di Marang di mana satu acara besar-besaran, penempatan tukun dan sebagainya telah dilaksanakan. Akan tetapi kami juga meminta kerajaan supaya memberi lebih perhatian kepada penguatkuasaan daripada segi apabila bilangan ikan yang makin pupus dikembalikan kepada keadaan atau bilangan yang hampir semula jadi, apakah langkah- langkah untuk memberi satu jaminan mereka ini tidak diambil oleh pihak luar. Itu adalah satu pertimbangan yang amat penting kerana apa jua peningkatan, perlulah boleh dimanfaatkan oleh nelayan kita sendiri. Seperti kita tahu baru-baru ini, satu pengumuman telah dibuat bahawasanya 980,000 tan metrik tangkapan laut telah hilang oleh pencerobohan asing yang mana nilainya antara RM4 bilion hingga RM6 bilion dan ini adalah satu jumlah yang amat besar di mana sepatutnya sebahagiannya boleh dimanfaatkan oleh negara kita. Itulah ketirisan yang berlaku di tengah laut di mana pemantauan perlu diadakan bersama dengan usaha untuk memulihkan bilangan atau pembiakan ikan-ikan yang diusahakan oleh pihak-pihak berkenaan. Itulah antara perkara yang perlu diberi penekanan kerana masalah ini telah lama berterusan dengan pihak-pihak nelayan sudah tidak lagi menaruh banyak harapan untuk ke laut dan cuba mencari sumber alternatif. Saya rasa di sinilah kita minta dan pohon pihak kerajaan dan Jabatan Perikanan juga di bawah kementerian mencari cara-cara yang lebih inovatif untuk memantau daripada segi keberkesanan kuat kuasa dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini. Kalau pihak berkuasa yang mengawal sempadan telah mula menggunakan dron untuk mengawal sempadan yang tebal dengan hutan rimba dan sebagainya, kenapa tidak teknologi yang sama digunakan di laut terbuka yang luas kerana di Australia juga, Pihak Berkuasa Laut Australia menggunakan dron untuk memantau pergerakan ikan Yu dan sebagainya untuk memberi perlindungan kepada pelancong. Ini adalah suatu perkara yang mesti kita cari cara dan inovasi yang kreatif untuk memberi pendekatan dan peningkatan yang positif kepada nelayan-nelayan yang perlukan perlindungan.
Tuan Pengerusi, kita juga tahu bahawasanya dengan kepupusan tangkapan ikan di Pantai Timur, harga-harga ikan makin naik dan juga harga industri yang berkaitan dengan industri perikanan seperti keropok keping, keropok lekor telah terjejas di mana ramai pengusaha-pengusaha yang berkenaan telah merungut bahawasanya mereka tidak dapat mencari ikan-ikan yang berkualiti tinggi yang sesuai untuk membuat produk mereka yang menjadi suatu produk tradisi di Pantai Timur dan terpaksa mengimport dari luar dan kadangkalanya terpaksa mengambil dari Thailand. Ironinya di sini, kemungkinan sebahagian daripada ikan yang dibawa kembali dari Thailand kemungkinan berasal daripada perairan kita. Itulah di antara perkara yang kita hendak sentuh di sini. Di bawah Butiran 22503 di bawah Peningkatan Kuali Stok Akuakultur, dengan peningkatan naik daripada RM3 juta hingga RM3.5 juta pendidikan. Kita juga meminta supaya kerajaan memberi satu jalan baru untuk nelayan untuk mencari sumber pendapatan alternatif pada musim tengkujuh seperti kita hadapi sekarang di mana empat bulan hingga mungkin lima bulan nelayan tidak dapat ke laut di mana industri akuakultur dapat menampung keperluan dan pendapatan mereka di musim mereka tidak dapat ke laut. Jadi inilah perkara yang kita rasa diversification pendapatan nelayan perlu diberi penekanan.
Saya rasa dengan banyak teknologi yang kita boleh pelajari daripada negara jiran seperti Thailand, tidak payah pergi jauh. Thailand mempunyai satu sistem akuakultur yang boleh dikatakan sangat successful. Itulah seperti yang kita patut contohi. Kenapa tidak kita memberi lagi banyak pendedahan kepada nelayan tempatan untuk tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan di laut. Ini kerana ikan air tawar juga merupakan satu pilihan yang boleh memberi alternative source of income. Itulah di antara apa yang saya ingin sampaikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Selangor. Minta maaf. Yang Berhormat Sungai Besar.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Izinkan Sungai Besar ambil peluang dalam peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kepala B.21, Butiran 041100 dan Kepala P.21, butiran 30000 berkaitan dengan TEKUN. Seperti mana yang kita sedia maklum, TEKUN atau namanya Yayasan TEKUN yang ditubuhkan pada 9 November 1998 itu ternyata telah banyak memberi kebaikan dan berjasa dalam membina usahawan di luar bandar. Saya hendak merujuk kepada perkara ini kerana kalau kita melihat belanja mengurus untuk TEKUN ini kurang sebanyak RM1 juta dan belanja pembangunan turun sebanyak RM23 juta dan ini menzahirkan kebimbangan kepada saya. Adakah agenda pembangunan usahawan ini boleh diteruskan kerana skim pembiayaan ini di bawah belanja pembangunan. Kalau kita lihat, produk-produk yang ada pada TEKUN ini kita melihat seperti Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, seperti Skim Pembiayaan Kecil dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10,000 hingga RM50,000. Kita ada Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) jumlah pembiayaan RM50,000 sehingga RM100,000. Kita punya tempoh bayaran sehingga 10 tahun dan produk yang agak kontroversi itu adalah Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN iaitu Pembiayaan Pertama dari RM1,000 sehingga RM10,000 dan tempoh pembiayaan adalah setara enam bulan hingga lima tahun. Di peringkat TEKUN juga, mereka ada Skim Pembiayaan Program TemanNita, pembiayaan pertama RM1,000 sehingga RM10,000 tempoh pembiayaan enam bulan hingga lima tahun dan Skim Pembiayaan Kontrak-i iaitu jumlah pembiayaan RM1,000 sehingga RM100,000. Beberapa pandangan terhadap produk-produk TEKUN ini kalau boleh diberikan feedback daripada pihak kementerian ialah pembiayaan Skim TEMAN TEKUN. Kalaulah pembiayaan perniagaan bermula daripada RM1,000 bagaimana mereka harus melaksanakan berniaga bermula daripada RM1,000. Walaupun maksimumnya itu RM10,000.
Ini kerana pada saya, memulakan pembiayaan perniagaan bermula dengan RM1,000 adalah sangat tidak mencukupi. Apatah lagi sekiranya pada kali ini usahawan itu merujuk kepada pengkhususan kepada branding, penjenamaan dan sebagainya. Saya fikir pembiayaan TEMAN TEKUN itu harus bermula sebanyak RM5,000. TEKUN akan memberikan dana pada saya berdasarkan kepada kertas kerja pelan perniagaan. Kemudian akan dinilai, akan dirujuk, akan dibuat penilaian yang sewajarnya. Akan tetapi sudah tentulah ada kalanya pelan pembiayaan berdasarkan kepada kertas kerja ini ada kalanya dinilai daripada segi wang yang diperolehi kurang daripada seperti nilai kertas kerja tersebut. Jadi saya hendak sebutkan perkara ini penting kerana apa? Ini kerana kalau boleh penilaian itu perlu ada kaedah-kaedah lain dalam menentukan jumlah kewangan pembiayaan yang mesti diberikan. Saya hendak merujuk kepada perkara TEKUN juga tetapi hendak merujuk kepada non-performing loan (NPL) ini. Dengan sistem kerja yang sedia ada, dengan produk yang sedia ada dirumuskan tadi sebanyak 38 peratus NPL disebutkan dalam kajian yang saya perolehi. Jika 38 peratus ini seperti mana yang telah dirujuk disebut oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi, pada saya jumlah ini adalah sangat tinggi. Sewajarnya gerak kerja daripada segi produk dan gerak kerja TEKUN itu harus berubah sesuai dengan perkembangan dan juga sesuai dengan jumlah NPL yang tinggi. Itu yang pertama. Kedua, saya suka untuk merujuk produk TEMAN TEKUN. Rata-rata banyak tempat yang saya pergi, mereka memberikan pandangan bahawa produk TEMAN TEKUN dengan mencari lima orang sekali dan meminjam sekali dan dengan jumlah yang sama merupakan suatu kepayahan oleh usahawan-usahawan baru ini. Dalam konteks negeri Selangor, mereka punya pilihan, mereka punya opsyen. Kerajaan negeri, mereka punya juga skim yang sedemikian rupa yang lebih mudah, yang lebih mereka dapatkan nilai pembiayaan yang berjumlah RM3,000. Perkara ketiga yang seterusnya ialah saya merujuk kepada mereka yang baru berjinak-jinak, yang perlu mendapatkan pinjaman daripada TEKUN ini. Saya takut TEKUN akhirnya jadi seperti sebuah bank. Hala tuju dan hasrat peringkat awal itu untuk membantu membiayai usahawan-usahawan muda yang baru, yang cepat, yang mudah untuk berniaga itu tidak akan kesampaian. Saya merujuk perkara ini kerana saya dengar apabila soal pemberian kepada usahawan-usahawan TEKUN ini sudah mereka rujuk kepada CTOS, CCRIS dan juga RAM Credit Info atau RAMCI. Saya fikir kalau semakin sukar dan semakin payah, saya takut ini membantutkan usaha dan cita-cita untuk membentuk usahawan daripada segi ini. Saya hendak rujuk juga daripada segi tindakan undang-undang. Beberapa kali saya didatangi oleh peminjam TEKUN. Status mereka akibat daripada kepayahan mereka berniaga akibat daripada persekitaran perniagaan yang mungkinnya mereka salah dalam memilih bidang usahawan produk tersebut. Jadi saya ada zahirkan kebimbangan berapa ramai kah sebenarnya daripada peminjam-peminjam TEKUN ini yang akhirnya dihadapkan ataupun menerima tindakan undang-undang akhirnya daripada kepayahan mereka. Akhirnya saya hendak rujuk, kalaulah boleh dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berkisar, berkaitan dengan digital economy. Saya fikir salah satu daripada pra syarat peminjam TEKUN ini setidak-tidaknya mereka mestilah celik IT supaya dengan celik IT itu, dengan media sosial yang mereka kuasai, setidak- tidaknya ruang untuk bertemu dengan lebih ramai pelanggan akan lebih besar daripada segi yang mereka cakupi. Itu sahaja fokus saya daripada segi TEKUN. Harap dapat feedback daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Alor Setar. Sebelum itu saya hendak dapat kepastian ramai lagi tak?
Ya, saya bercadang untuk minta Yang Berhormat Menteri menjawab 5.30 petang. Kita ada dua jam daripada pukul 4. Pukul 4 hingga pukul 5.30 petang, satu jam setengah. Boleh ya. Pendek-pendek sahaja. Ada yang macam Yang Berhormat Sungai Besar tidak sampai 10 minit, lima minit, enam minit. Ringkas-ringkas dalam peringkat Jawatankuasa walaupun diberikan masa 10 minit. Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya ingin bermula dengan B.21, Butiran 010100 - Industri Padi dan Beras. Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertanian atas satu isu yang cukup penting iaitu saya telah dimaklumkan beberapa hari lalu bahawa syarikat BERNAS telah pun mengeluarkan satu surat peguam ataupun tindakan terhadap Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras atau secara ringkas PADI Rescue. PADI Rescue ini terdiri daripada golongan NGO-NGO pesawah padi yang terdiri daripada pihak-pihak seperti Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Badan Membela Kebajikan Petani, MADA iaitu Badan Bertindak Pesawah, M10, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Persatuan Pemborong, Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI) dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa.
Surat ini Tuan Pengerusi, telah pun dikeluarkan susulan dengan satu memorandum yang telah pun dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 hari bulan Oktober lalu. Di mana rescue padi telah pun meminta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meneliti masalah-masalah yang dialami oleh golongan pesawah padi termasuk pengilang dan pemborong seluruh industri sektor padi beras. Permintaan utama mereka adalah untuk meminta kerajaan untuk menimbang semula untuk menubuhkan Lembaga Padi Beras Negara Malaysia (LPN) sebab pada pendapat mereka BERNAS telah pun gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Akan tetapi, apa yang kita lihat baru-baru ini BERNAS telah pun mengeluarkan satu notis tuntutan hendak membawa tindakan terhadap NGO-NGO ini kerana membawa memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini adalah sesuatu yang seharusnya tidak harus berlaku. Oleh sebab BERNAS ini bukan satu syarikat swasta yang biasa, it is not the only regular private company tetapi adalah satu syarikat boleh dikatakan seperti satu agensi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab- tanggungjawab sosial yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani di antara BERNAS dan kerajaan semenjak tahun 1996. Apabila golongan-golongan pesawah padi dan pengilang membawa isu ini, mereka hanya membawa isu berkenaan sama ada BERNAS ini telah pun menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab sosial yang telah pun diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka. Maka, mana boleh sekarang kita melihat BERNAS mengeluarkan hendak saman golongan NGO-NGO ini. Ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku seolah-olah sekarang kita sekarang melihat wajah hodoh sebenarnya kapitalis kroni company BERNAS ini. Mereka sepatutnya membela golongan pesawah. Siapa yang akan rugi? Adakah BERNAS akan rugi? Bukan BERNAS yang rugi yang untung banyak adalah syarikat BERNAS, berbilion-bilion Ringgit. Sekarang yang susah adalah golongan pesawah padi dan pengilang yang banyak daripada pengilang-pengilang telah pun tutup. Baru-baru ini saya difahamkan juga bahawa syarikat-syarikat telah pun membuat laporan polis terhadap BERNAS untuk membawa isu kerana banyak kilang-kilang Melayu ini telah pun di saman oleh BERNAS sampailah kena bankrap semua, winding up. Terbaru adalah kes yang saya dibawa perhatian adalah kes Kilang Beras Pering Kedah Sdn. Bhd. daripada Kedah. Mereka mahu buat satu aduan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena pula juga di saman oleh BERNAS, dikeluarkan satu surat tuntutan untuk deformation.
Yang Berhormat Menteri, saya pernah saya tahu Yang Berhormat Menteri sedang mendengar dan saya pun tahu bahawa Yang Berhormat Menteri sebelum ini pun pernah menegur BERNAS atas tanggungjawab mereka. Akan tetapi, saya melihat sekarang ini BERNAS ini dari sejak mereka dikeluarkan daripada Bursa Saham di mana kita banyak membantah. Apa sebab kita membantah, sebab mereka hendak keluarkan diri daripada public scrutiny supaya tidak ada orang awam boleh mengetahui apa sedang dibuat oleh mereka. Adakah mereka sudah hilang ataupun lupa tanggungjawab mereka sampai sekarang hendak saman orang-orang yang mereka diamanahkan untuk melindungi, membela dan untuk memajukan. Adakah ini tanggungjawab sosial yang dimaksudkan dalam perjanjian kerajaan dengan BERNAS. Memang kerajaan mempunyai kuasa dalam perjanjian dengan BERNAS untuk mengambil, untuk stop mereka. Saya tahu dalam perjanjian 1996 dalam terma-terma perjanjian di antara kerajaan dan BERNAS, kerajaan mempunyai hak untuk menyemak semula segala program, polisi, projek dan aktiviti yang dilaksanakan oleh BERNAS supaya ia tidak akan menjejaskan kepentingan nasional ataupun Security of Malaysia. Kerajaan Malaysia juga mempunyai hak kuasa veto dan golden share dalam kes ini. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri, saya akan menyerah satu salinan surat tuntutan ini kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kena meneliti dan saya haraplah kerajaan memang mempunyai kuasa ambil tindakan untuk meminta BERNAS memberi jaminan untuk tarik balik kes ini daripada saman golongan- golongan pesawah padi. Isu yang lagi satu yang saya hendak bawa di sini adalah berkenaan dengan perkara Butiran 040800. Ini isu juga agak penting mengenai dengan subsidi benih padi sah. Yang Berhormat Menteri, sebelum ini memang ada banyak kompelin tentang masalah padi angin dan yang terbaru sekarang adalah rumpai-rumpai padi angin ini telah pun menjadi kebal daripada penggunaan racun herbicide. Baru-baru ini saya difahami banyak pesawah padi mengalami banyak kehilangan sampai 20 peratus daripada hasil mereka dirosakkan disebabkan oleh padi angin. Saya merujuk kepada satu academic paper yang bertajuk, “Prevalence of Herbicide Resistant Weed Species in Malaysian Rice Fields” yang dikeluarkan dalam Journal Weed Biology and Management, joint paper di antara Universiti UPM dan Universiti Malaysia yang menyentuh atas masalah gene transfer daripada benih-benih teknologi CL kepada weeds seperti padi angin sehinggalah padi angin sekarang menjadi kebal dan tidak boleh dimusnahkan ataupun dimatikan dengan herbicide biasa. Mereka telah pun meminta supaya satu pengajian yang menyeluruh seluruh negara untuk dibuat dalam perkara hal ini sebab ia boleh mengancam seluruh sektor industri padi dan negara dan saya harap kerajaan dapat menjawab isu ini. Adakah kerajaan sudah pun membuat satu penilaian tentang isu ini? Itulah dua isu yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih sangat-sangat kepada Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Tanjong Piai.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 011200 – Pengurusan dan Pelindung Sumber, DOF dan Butiran 011300 – Perancangan dan Korporat, DOF. Tuan Pengerusi, persiaran pantai di Tanjong Piai yang merupakan satu tarikan pelancong di seluruh dunia kerana terletak di tanah penghujung benua Asia kini berdepan dengan ancaman hakisan hingga mencapai jarak 8 meter setiap tahun. Hakisan pantai ini telah bermula pada tahun 1970an dikatakan semakin serius sejak 15 tahun yang lalu. Apabila jarak hakisan kian ketara disebabkan pelbagai faktor termasuk lalu lintas kapal dagang yang semakin bertambah di Selat Melaka. Masalah hakisan ini merupakan isu berterusan yang memerlukan tindakan pengawalan yang berterusan juga. Pihak kementerian yang berkenaan telah melakukan pelbagai usaha dan terkini adalah pembinaan structure pemecah ombak bagi mengurangkan kesan hakisan.
Tuan Pengerusi, pembinaan structure pemecah ombak ini terbukti berjaya mempertahankan kelajuan ombak, mengurangkan hakisan dan menangani pencemaran sekali gus meminimumkan kemusnahan berterusan kekayaan alam Tanjong Piai. Bagaimanapun, pembinaan berkenaan difahamkan memberikan impak pula kepada nelayan pantai di kawasan tersebut. Saya telah dimaklumkan oleh wakil nelayan yang mengatakan pendapatan mereka menjadi merosot disebabkan hasil tangkapan yang menjadi punca pendapatan mereka telah berkurangan.
Saya juga difahamkan wakil mereka telah berjumpa dengan pihak kementerian di Putrajaya pada 5 Mei 2017 yang lalu bagi mendapatkan bantuan penyelesaian berkaitan permasalahan tersebut. Pada masa itu, Ketua Setiausaha Kementerian telah berjanji secara lisan bahawa segala tuntutan akan dibayar kepada mereka untuk membantu mereka. Sehubungan dengan itu, saya memohon kementerian untuk melihat semula perkara ini dan memberi bantuan sewajarnya kepada nelayan-nelayan terlibat serta bilakah tuntutan yang dijanjikan akan diberi kepada nelayan-nelayan yang terlibat tersebut? Saya juga berharap Menteri, kalau boleh minta jasa baik, dapat turun padang untuk meninjau keadaan sebenar yang dihadapi oleh nelayan-nelayan dan kalau boleh adakan program-program yang sesuai yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. Saya juga cadangkan kalau boleh adakan sesi dialog bersama nelayan yang terlibat bagi menyelesaikan masalah mereka sebab masalah ini sudah berlanjutan beberapa tahun dan sebenarnya kerajaan negeri telah menghulurkan bantuan tapi nampaknya tidak boleh menyelesaikan masalah ini. Jadi inilah permintaan saya supaya kalau boleh Menteri atau Kementerian Pertanian Asas Tani boleh mengadakan lawatan dan memberi bantuan ataupun program-program yang sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka. Itu saja.
Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada empat isu yang saya nak bangkitkan di sini. Satu ialah di bawah Butiran 040500 – Subsidi Baja Padi di mana tahun lalu kita telah bekalkan RM300 juta, tahun akan datang kita akan bekalkan RM465 juta. Saya pernah dengar aduan daripada pesawah yang mengatakan apa yang dibekalkan pada mereka tidak dapat dipakai, tidak begitu berkesan dan mereka terpaksa beli daripada pasaran baja yang lebih berkesan. Jadi, adakah kementerian buat satu kajian adakah ramai yang hadapi masalah ini dan apakah sebabnya? Adakah masalah dengan kualiti baja yang dibekalkan ataupun adakah ini kerana tanah mereka berlainan? Juga, adakah pernah kementerian kaji kaedah memberikan mereka baucar yang bergantung kepada saiz tanah mereka? Ini kerana kita sedang pakai satu jumlah yang begitu besar, RM465 juta dalam tahun yang akan datang, dan jika ia tidak begitu berkesan, it’s pouring good money down the drain. Kedua ialah Butiran 020300 – Pembangunan Komoditi Ternakan. Saya mahu tanya, adakah sebahagian daripada apa yang diperuntukkan akan dipakai untuk kaji masalah yang dihadapi oleh penternak lembu? Ramai daripada mereka ada di kawasan sekitar bandar-bandar di mana perkembangan bandar-bandar membawa kepada pengusiran. Jika ini tidak ditangani, kita akan kehilangan ramai daripada penternak lembu yang ada kemahiran mereka, yang ada pengalaman selama satu dua generasi. Jika mereka semua hilang- tahap sara diri kita dalam susu sekarang hanya 10 percent ke bawah dan tahap sara diri kita dalam daging lembu ada 20 percent sahaja. Jika kita benarkan, membiarkan kumpulan ini, golongan ini, dengan izin, crowded out oleh pembangunan, ini akan merugikan kitalah.
Jadi, adakah kementerian ambil berat masalah ini? Adakah buat kajian apakah cara untuk membantu untuk memelihara, untuk mengekalkan kumpulan penternak ini? Umpamanya, jika kita boleh pakai Akta Pengambilan Tanah umpamanya, untuk wujudkan ranches untuk orang menternak ini, ini akan bantu sangat. Isu ketiga yang saya bawa ialah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu dalam P.21 Butiran 01940, Butiran 01910 - ada lapan butiran. Saya mahu tanya, apakah perkembangan dengan IADA ini di kawasan-kawasan ini? Apakah prestasi di situ? Berapa ramai petani sedang usahakan tanah di situ? Adakah ini petani yang asal di situ ataupun adakah mereka diganti oleh syarikat-syarikat pertanian has commercial farming taken over from the local farmers? Apakah keberkesanan projek IADA dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan dalam meningkatkan barang-barang makanan untuk negara kita? Akhir sekali, saya nak bawa ke Butiran 030000 iaitu pembangunan dasar kementerian. Adakah pernah kementerian mengkaji konsep wujudkan keselamatan sosial untuk para petani? Pada masa ini, petani, pesawah, pekebun semua tiada perlindungan sosial. Mereka tidak ada KWSP, mereka tidak ada PERKESO. So, bolehkah kita wujudkan satu skim untuk- kita mula dengan pesawah padi seramai 170,000 orang. Mereka beri satu perkhidmatan, satu sumbangan yang begitu penting untuk negara kita. Bolehkah kerajaan bayar PERKESO untuk mereka, caruman PERKESO untuk mereka atas satu anggaran pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan? Caruman SOCSO hanya 1.25 percent daripada pendapatan. Ini jika kita kira untuk 170,000 orang pesawah ini, kerajaan hanya kena bayar RM40 juta sahaja untuk cover dia dengan PERKESO. Jika mereka jatuh sakit ataupun jika ada kemalangan, ada satu perlindungan kepada mereka. Jika mereka meninggal dunia sebelum umur 60 tahun, isteri mereka, keluarga mereka dapat satu perlindungan. Ini bukan satu kos yang begitu tinggi. Kenapa ini tidak boleh dikaji dan mungkin dilaksanakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Jerantut.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya sedikit saja, insya-Allah. Pertamanya, Butiran 020000 – Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani, di bawah Butiran kecil 020300 – Pembangunan Komoditi Ternakan yang mendapat peruntukan RM19 juta. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah statistik yang menunjukkan peningkatan bilangan pengeluaran daging kita tahun demi tahun? Ini kerana peruntukan ini sentiasa bertambah tetapi nampaknya hasil keluaran negara kita masih lagi tidak menunjukkan pertambahan ketara. Jadi apakah usaha-usaha lain yang boleh dijalankan oleh kementerian supaya pertambahan pengeluaran daging ini dapat ditingkatkan? Mungkin kita boleh berikan terbuka kepada pemohon-pemohon yang bersungguh- sungguh nak menjalankan ternakan ini. Kedua ialah Butiran 040000 – Program Kursus. Saya nak mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kementerian ini khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang telah pun meningkatkan peruntukan ini daripada RM1 bilion kepada lebih daripada RM2 bilion iaitu program yang berkaitan subsidi langsung kepada rakyat. Kalau kita lihat, begitu banyak subsidi yang sudah dikeluarkan kepada petani khususnya. Misalnya, subsidi harga padi daripada RM300 juta naik kepada RM516 juta. Subsidi baja padi daripada RM300 juta kepada RM465 juta. Insentif harga padi daripada RM400 juta kepada RM563 juta. Ini membuktikan bahawa kita dapat menafikan bahawa kerajaan menarik segala subsidi tetapi subsidi yang disasarkan terus kepada mereka yang benar-benar berhak yang sepatutnya kita uar-uarkan kepada rakyat. Jadi, tahniah kepada kementerian. Butiran selanjutnya ialah di bawah Butiran 04000. Tahniah juga kepada kementerian ini kerana dalam usaha untuk mempelbagaikan tanaman, kita lihat di bawah butiran ini terdapat peruntukan sebanyak RM9.1 juta. Saya ingin bertanya, adakah ia termasuk dalam perluasan tanaman durian khususnya durian Musang King?
Bagaimanakah kalau sekiranya kementerian berhasrat untuk memperbesarkan tanaman durian ini? Bagaimana dari segi bekalan benih? Adakah kementerian telah bersedia dengan mungkin semangat para petani apabila melihat durian ini sebagai satu sumber menjana pendapatan baru. Bagaimanakah nanti bila berlaku lambakan benih di pasaran? Adakah kita boleh mengawal hendak pastikan benih-benih durian Musang King kalau kita katakan Musang King ini benar-benar berkualiti. Kita bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan kerana hendak melihat hasil agak lambat selepas lima tahun mungkin baru kita nampak hasil. Jadi nanti kalau benih durian yang dibekalkan itu tanpa kualiti nanti petani akan merasa tertipu dan akhirnya mungkin mereka akan marah kepada kerajaan kerana kita kurang dari segi kawalannya. Seperkara lagi saya hendak menyentuh tentang Butiran 04800 – Pembangunan Industri Kelapa. Tahniah kepada kerajaan kerana melihat kembali industri kelapa ini kerana kita lihat kemungkinan pada tahun 2020 nanti negara memerlukan hampir 1.2 bilion biji kelapa. Sekarang ini pun dari segi penggunaan kita 600 biji setahun. Kita baru keluar 500 biji, maknanya kita kurang 100 biji. Sekali lagi saya hendak tanya kepada kementerian, apakah pihak kementerian telah mempunyai persediaan yang cukup dari segi menyediakan benih. Nanti mungkin petani hendak benih, ada di pasaran benih-benih yang dari segi kualiti tidak baik. Sekali lagi ia akan menyamai benih durian tadi. Jadi apakah pihak kementerian telah bersedia untuk menangani masalah bekalan benih kita ini? Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Tuan Pengerusi banyak kawasan-kawasan tanaman padi di luar jelapang yang bersaiz kecil termasuklah di kawasan Parlimen Jerantut dan mungkin juga di Kuala Krau, Lipis dan sebagainya telah ada pasaran hari ini. Akan tetapi apabila mungkin subsidi dulu dikurangkan petani tidak menanam, sekarang ini hendak tanam balik padi ini. Apakah pihak kementerian bersedia membantu petani-petani yang hendak menanam semula padi ini? kemudahan- kemudahan perparitan dan saliran ada, kemudahan asas sudah ada cuma memerlukan pembaik pulih. Jadi saya harap kalau ada hantarlah peruntukan ini ke Jerantut misalnya. Seperkara lagi ialah saya hendak tanya berkenaan dengan perkembangan mutakhir kini. Saya lihat tidak ada dalam peruntukan one-off terutama apabila petani menghadapi masalah. Misalannya baru ini apabila fenomena alam, fenomena cuaca tidak menentu, kemarau yang berpanjangan. Jadi petani khususnya penternak ikan sangkar mengalami kerugian kerana kekeringan air sungai ataupun suhu air sungai meningkat begitu ketara menyebabkan ternakan mereka mati. Jadi petani banyak yang rugi, itu satu. Kedua, akhir-akhir ini juga berlaku konflik antara hidupan liar dan masyarakat dengan penduduk. Termasuklah gajah, monyet dan sebagainya yang memusnahkan tanaman mereka dalam berskala besar dan kekerapannya tinggi. Apakah ada bantuan khusus daripada pihak kementerian sendiri untuk menangani kerugian di kalangan petani. Sebab apa yang berlaku di kawasan saya, di Parlimen Jerantut petani rasa resah kerana kemusnahan tanaman mereka tidak ada siapa yang dapat membantu setakat hari ini. Jadi saya merayu agar kementerian ini terutama dalam bajet yang akan datang ini dapat memberikan ruangan khusus ataupun peruntukan khusus pada para petani yang mengalami tanaman-tanaman ataupun ternakan mereka mengalami gangguan daripada hidupan liar akibat daripada kemusnahan hutan yang tidak terkawal ini. Jadi Tuan Pengerusi saya mengucapkan terima kasih dan saya menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat Dungun.
Bismillahir Rahmanir Rahim... [Berucap dalam bahasa Arab] Firman Allah yang bermaksud, “Dan kamu dapat mengeluarkan daripadanya yakni laut, daging yang segar dan enak untuk dimakan.” Mengambil maksud terima kasih kepada apa yang telah diizinkan oleh Tuan Pengerusi terhadap keizinan untuk saya berbahas dalam peringkat Jawatankuasa bagi Maksud Bekalan 21, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini. Saya ingin untuk bertanya kepada perkara yang melibatkan Pembangunan Industri Padi iaitu di bawah P.21, Butiran 04700 yang melibatkan matlamat daripada maksud untuk mencapai tahap bagi sara diri 80 peratus dalam tahun 2020 iaitu bagaimanakah usaha-usaha yang telah dijalankan untuk menjayakan matlamat ini. Adakah telah ada perancangan yang khusus untuk mencapai tahap 100 peratus sara diri bagi keperluan beras negara. Ini kerana hari ini rata-rata yang sebahagian besar daripada tanah-tanah yang ditanam dengan tanaman padi ini yang diusahakan secara kecil-kecilan di peringkat negeri sebahagiannya telah ditukar menjadi tapak kediaman. Jadi tentulah kena ada satu usaha yang bersungguh-sungguh dari pihak kementerian untuk menjayakan hasrat dalam masa terdekat ini, jangka pendek tahun 2020 mencapai tahap sara diri bekalan beras ini kepada 80 peratus. Kalau boleh untuk jangka panjang mencapai tahap sara diri 100 peratus tetapi mesti diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Kedua ialah berkait dengan di antara perkara yang menjadi National Key Economic Area (NKEA) adalah berkait dengan pertanian iaitu di bawah P.21 Butiran 94000 iaitu berkait dengan satu yang dimasukkan di bawah Entry Point Projects (EPPs), produk herba bernilai tinggi yang melibatkan taman herba di Pasir Raja, Hulu Dungun, Dungun Terengganu. Setakat mana pencapaian kemajuan projek ini? Apakah peluang- peluang pekerjaan yang telah diperoleh oleh warga tempatan? Apakah aliran-aliran juga yang telah diperoleh oleh penduduk tempatan dalam kawasan yang berhampiran di Hulu Dungun ini? Ketiga ialah berkait dengan Butiran 00203 iaitu di bawah P.21 juga, Bank Pertanian Malaysia. Di mana atas asas nama yang telah ditukar kepada Agrobank maka di antara pelanggan utama adalah petani-petani, peladang, penternak, nelayan, pengilang-pengilang, usahawan tani dan pengusaha industri asas tani. Di mana dalam kita melihat akhir-akhir ini Agrobank ini walaupun pada asas penubuhannya adalah khusus untuk pertanian dan juga mereka-mereka yang terlibat di dalam yang melibatkan pengeluaran asas tani ini. Akan tetapi dia sudah menjadi seperti sebuah bank komersial juga yang melibatkan tidak lagi menerima sepenuhnya bantuan kerajaan tetapi berdiri di atas perjalanan pendeposit-pendeposit yang membuka akaun dengan bank Agrobank ini. Maka setakat manakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai untuk mengeluarkan petani, peladang, penternak, nelayan dan juga usahawan-usahawan industri asas tani daripada keadaan pada masa ia mula ditubuhkan. Adakah juga berlaku kekangan-kekangan kepada mereka yang terlibat sebagai pelanggan pada asal Bank Pertanian ini ditubuhkan? Dengan matlamat asal itu mereka tidak dapat untuk menerima perkhidmatan seperti mana asas ia ditubuhkan kerana difahamkan akhir-akhir ini kerajaan hanya memberi sumbangan dalam bentuk pinjaman iaitu RM1.1 bilion ataupun 14 peratus sahaja daripada sumber Agrobank ini. Akan tetapi sumber kewangan 86 peratus atau RM7.2 bilion sumber dana Agrobank diperoleh daripada deposit pelanggan dalam bentuk simpanan, yang kita maklum bukan lagi hanya melibatkan pelanggan-pelanggan asal daripada kalangan pemain-pemain industri asas tani. Mohon pencerahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Tenom. Oleh sebab ramai lagi saya hadkan masa lima minit dan saya lanjutkan sehingga jam 6 petang untuk Yang Berhormat Menteri menjawab ya. Sila Yang Berhormat Tenom, lima minit.
Lima minit?
Ya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 10730 - Pembangunan Industri Tenusu, yang mana dalam peruntukan tahun hadapan sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan untuk membangun industri tenusu. Ini merupakan salah satu potensi dalam kekayaan baru seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Industri tenusu seperti yang kita ketahui mengeluarkan pelbagai jenis produk tenusu. Antaranya susu segar, susu tepung, mentega, keju, aiskrim dan juga yogurt. Menerusi statistik pula, secara puratanya setiap rakyat Malaysia hanya meminum susu segar sebanyak 19.9 liter sepanjang tahun, berbanding dengan rakyat yang ada di Benua Eropah dan juga Amerika Utara yang puratanya meminum susu segar antara 100 liter hingga 150 liter setahun. Manakala kajian daripada badan antarabangsa juga menunjukkan bahawa rakyat di India, New Zealand dan juga Jepun, masing-masing mengamalkan peminuman susu segar antara 30 liter hingga 100 liter setahun. Ini menunjukkan pengambilan susu segar oleh rakyat Malaysia masih pada tahap yang rendah jika dibandingkan rakyat di negara-negara lain. Justeru itu Tuan Pengerusi, saya menyahut baik seruan kerajaan bagi menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Ini kerana salah satu daripada sasaran dan juga matlamat penubuhannya adalah bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk minum lebih banyak susu segar yang semestinya sangat baik bagi diet pemakanan, berbanding 19.9 liter pada masa kini. Jika budaya minum susu segar dapat diterap dalam kehidupan masyarakat menjelang tahun 2050, sekurang-kurangnya setiap tahun sebanyak 50 liter susu segar diambil dalam pemakanan setiap rakyat Malaysia. Dengan pewujudan Lembaga Tenusu dan Ruminan dan sasaran tersebut juga, negara dijangka memerlukan sebanyak 2.6 bilion liter susu yang dikeluarkan oleh 502,000 ekor lembu dalam tempoh 30 tahun. Pada masa kini, negara memiliki beberapa ladang ternakan lembu susu dengan kira-kira 852 penternak lembu susu di seluruh negara. Antara negeri yang mencatatkan pengeluaran susu lembu tertinggi adalah di Sabah, Johor dan juga Pahang. Daripada jumlah ini, 10 peratus adalah penternak secara komersial dan 90 peratus adalah penternak secara kecil-kecilan. Tuan Pengerusi, kira-kira 21,000 ekor lembu tenusu diternak di ladang-ladang ini yang mana menghasilkan sebanyak 36.5 juta liter susu setahun. Statistik menunjukkan keperluan susu segar antara negara-negara adalah sebanyak 60 juta liter setahun. Permintaan susu segar di Malaysia pula semakin meningkat iaitu kira-kira 5 peratus setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih kurang minum susu segar. Namun, saban tahun ia masih menunjukkan peningkatan, sekali gus pengeluaran susu segar tempatan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Ini menyebabkan negara kita terpaksa mengimport dari negara luar seperti Indonesia, Australia dan New Zealand bagi memenuhi keperluan ini. Apabila kita terpaksa mengimport Tuan Pengerusi, ini menunjukkan semakin banyak aliran wang yang keluar daripada negara kita. Jadi, dengan wujudnya Lembaga Tenusu dan Ruminan ini, saya pasti kita mampu merancakkan pembangunan industri tenusu negara bagi menjana lebih banyak peluang dan juga pulangan ekonomi serta menggalakkan lagi pengeluaran produk tenusu tempatan, apatah lagi dengan pembabitan industri tenusu dalam Program Projek Permulaan (EPP) 13 iaitu salah satu program di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Tuan Pengerusi, saya berharap pihak kementerian dapat bertanggungjawab untuk lebih proaktif dalam membantu golongan penternak kecil ini supaya pelbagai insentif yang boleh mengembangkan industri ini dapat dikongsi dengan sebaik-baiknya kepada mereka yang terlibat. Tidak kiralah dari mana, daripada sudut apa. Latihan kah, kursus kah, teknologi, mahupun bantuan yang berkaitan dengan pembiayaan mesin pemerahan susu. Semua pihak berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan industri ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, Tuan Pengerusi, bagaimanakah kementerian akan membantu penternak kecil dalam memastikan mereka mempunyai faedah dalam usaha kerajaan mengembangkan industri ini? Adakah terdapat sebarang perancangan dalam membawa masuk teknologi yang lebih moden sebagai modal pembangunan industri tenusu dan menjadikan penternak kecil-kecilan ini sebagai penerima manfaat? Apakah bentuk galakan-galakan yang lain yang telah disediakan oleh pihak kementerian yang mana boleh meningkatkan lagi pengeluaran dalam industri tenusu negara? Begitu juga dengan usaha-usaha yang lain, saya mahu minta pihak kementerian melihat secara holistik bagaimana industri tenusu ini dapat disamakan ataupun dapat disertakan dengan kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ataupun Kementerian Pendidikan. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya, belakang. Ya, ya. Belakang sekali. Belakang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010000 – Bekalan Makanan Negara, Butiran kecil 010100 – Industri Padi dan Beras; Butiran 25000 – Pusat Pengeluaran Penyelidikan dan Latihan Haiwan Sarawak, serta Butiran 26000 – Pembangunan Ternakan Sarawak. Tuan Pengerusi, Yang Amat Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah. Dengan pengumuman ini, saya berharap kerajaan boleh memberi penerangan yang jelas tentang rancangan peruntukan ini. Bagi mengelakkan kelakuan penipuan, kerajaan harus memantau dan mengurus rancangan ini dengan telus dan sistematik. Kerajaan sepatutnya harus memberi penerangan tentang cara-cara untuk mendapatkan subsidi pertanian supaya rakyat lebih memahami dengan peruntukan ini. Disebabkan infrastruktur dan logistik di Sarawak masih keterbelakangan berbanding dengan Semenanjung Malaysia, banyak barang disebabkan tidak dieksport telah membawa masalah jualan perlahan dan kerugian. Kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah infrastruktur dan logistik sebelum memperkembangkan sektor pertanian. Di kawasan Sarikei, kerajaan boleh menggunakan SIC iaitu Sarikei Innovation Center untuk memaklumkan rakyat tentang jumlah peruntukan yang diluluskan dan rancangan pertanian supaya petani boleh dapat pengetahuan berserta tentang maklumat dan informasi terkini berkaitan sektor pertanian. Ini sebab bahagian Sarikei merupakan satu lokasi pengeluaran sumber makanan, terutamanya dalam sektor pertanian. Majoriti rakyat menjadi pengusaha pertanian dan nelayan sebagai pendapatan yang utama dalam kehidupan mereka. Selain itu, dalam Bajet 2018, Yang Amat Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150 juta kepada pesawah padi. Bantuan ini betul-betul memanfaatkan golongan pekebun. Negara kita sendiri mampu mengeluarkan bekalan beras tanpa perlu mengimportnya dari negara lain. Walaupun begitu, saya berharap kerajaan boleh menjelaskan tentang maklumat dan informasi berkaitan bantuan dan subsidi dalam sektor pertanian, termasuk cara untuk memohon serta prosedur yang berkaitan. Pada tahun 2015, Yang Amat Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan RM70 juta kepada pekebun-pekebun yang menanam padi bukit di Sarawak dan Sabah. Akan tetapi keadaan sebenarnya adalah berbeza dengan perancangan itu. Saya pernah mempersoalkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tentang berapakah pesawah padi di Sabah dan Sarawak mendapat manfaat dari peruntukan ini. Jawapan yang saya dapat ialah Sabah ada 15,000 pesawah padi bukit dan Sarawak ada 61,000 pesawah padi bukit mendapat manfaat dari peruntukan ini.
Jikalau data tersebut adalah benar kita dapat lihat banyak padi bukit pada masa itu. Akan tetapi hakikatnya bukan begitu. Pendek kata saya berharap kerajaan boleh mengambil tindakan yang tepat dan melaksanakan rancangan ini dengan sempurna, telus, berkesan, efisien dan efektif untuk mencapai kejayaan dalam rancangan ini kerana rancangan ini bukan sahaja membantu petani tetapi juga memulihkan ekonomi sekarang. Sekian, terima kasih.
Ya ini di peringkat Jawatankuasa. Senang, ringkas rujuk P dan B. Kepala P, kepala B dan saya ingin tahu banyak point yang boleh kita cakap sebenarnya. Yang Berhormat Setiu.
[Bangun]
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ada empat perkara. Pertama, Butiran 04000 - Pembangunan Pelbagai Pertanian. Selama ini kita bergantung kepada import dari negara luar. Contoh macam cili, cili ini kita import lebih kurang RM154 juta setahun bersamaan 48,000 metrik tan. Akan tetapi kita perlukan sebenarnya 88,000 metrik tan. Jadi maknanya senang kata tanah kita subur tapi masalahnya penggunaan tanah itu lebih kurang 24 peratus sahaja guna. Jadi soalan saya, apakah cara yang boleh dilakukan bagi mempelbagaikan tanaman pertanian di negara kita? Mungkin kita boleh bagi contoh juga macam penanaman pokok tin, ada tidak ura-ura untuk menanam pokok tin? Ini ia boleh memberi hasil yang agak banyak. Jadi sebenarnya kita perluaskanlah kepada golongan belia terutamanya. Oleh sebab mereka ini kadang-kadang berminat tetapi maslah mereka ini kurang modal, kurang tanah dan tidak mahir dalam pemasaran pertanian. Jadi kita kena bantu. Kedua, Butiran 04800 iaitu berkenaan dengan produk daripada tanaman pembangunan industri kelapa. Jadi kita lihat ada negara yang bukan pengeluar yang boleh menghasilkan pelbagai produk seperti di Ireland, sapuan jem kelapa organik ia dilihat unik dan juga kreatif. Jadi saya berharap kerajaan dapat mempergiatkan usaha dalam mencari pelbagai sumber untuk bangunkan tanaman ini dan juga menghasilkan produk-produk berkualiti yang boleh dieksport ke luar negara. Ketiga, Butiran 10730 tadi yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tenom berkenaan dengan pembangunan industri tenusu sebab dalam negara kita sebenarnya kalau kita hendak keluarkan lebih kurang 2,000 bilion liter dan kita memerlukan lebih kurang 200,000 ekor lembu untuk kita bagi kepada 50 liter setiap per kapita itu. Jadi ingin saya bertanya sama ada kerajaan ingin memberi galakkan atau inisiatif yang- apakah galakkan atau inisiatif yang diambil bagi meningkatkan penyertaan golongan terutama bumiputera dalam bidang ini? Kedua, apakah latihan-latihan yang boleh diikuti oleh golongan belia terutamanya serta suntikan modal dalam menjayakan program ini? Ketiganya, peladang-peladang yang menjalan aktiviti penternakan secara kecil- kecilan sama ada mereka boleh turut serta untuk sama-sama melibatkan diri bagi meningkatkan pendapatan mereka. Hal ini kerana ini adalah di antara mereka yang mempunyai kawasan yang cukup sebenarnya cukup luas dan boleh menampung ternakan yang banyak. Akan tetapi bilangan ternakan yang ada terlalu sedikit dan tidak sesuai untuk dipasarkan secara komersial. Akhirnya, Butiran 26400 - Peningkatan Produktiviti dan Pemuliharaan Ekosistem. Apa yang berlaku akhir-akhir ini saya difahamkan ada berlakunya pelepasan spesies ikan pemangsa iaitu ikan karnivor contohnya Ikan Keli Afrika, Ikan Buaya, Arapaima, Flowerhorn dan lain-lain. Sebanyak lebih kurang 34 spesies. Jadi ikan kita yang ada dalam negara kita ini sudah lari sudah. Jadi, apa sebenarnya tindakan oleh pihak kementerian dalam mengawal perkara-perkara ini supaya ikan-ikan kita ini dapat diselamatkan dan juga dapat membantu nelayan supaya mereka ini tidak terjejas dengan apa yang mereka dapat selama ini? Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Yang Berhormat Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bicara berkenaan dengan Butiran 020400 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu berkenaan dengan semua orang bercakap tentang durian ini terbahagi kepada tiga lah iaitu satu kita sebut, durian kampung, durian komersial dan juga durian import. Akan tetapi saya hendak bercakap tentang durian kampung kerana tempat saya di Bukit Gantang belum ada lagi yang boleh untuk ditanam durian komersial seperti mana Musang King. Walaupun ada percubaan tanam di situ nampak gagal di Kampung Mecat itu dekat tempat saya ditanam tetapi nampaknya gagal mati pokok di situ. Cumanya dalam soal durian ini saya mengharapkan supaya- tahun ini okey lah dua musim sudah. Pasal kebetulan buah tidak banyak. Hampir 40 peratus berlaku kekurangan buah durian kerana perubahan musim dan cuaca sehinggakan peraih beli dekat dengan pekebun satu kilo RM7 ataupun sampai RM10 manakala dijual di tengah jalan ataupun di tepi jalan antara RM15 hingga RM20 satu kilo. Ini kebetulan musim ini, kebiasaannya kalau dulu punya hanya sekilo RM2 ataupun RM1 sahaja. Persoalannya ialah supaya- saya mintak supaya pihak kementerian mengadakan pusat pengumpulan dan juga pusat pemprosesan terutama untuk hendak menjadikan durian ini terutama atau durian kampung ini sebagai adanya nilai tambah kerana saya lihat ada yang mereka jual tempoyak walaupun dijual dulunya dengan harga durian harga RM5 atau RM10 tetapi bila tempoyak dijual sekilo sebanyak RM30. Itu persoalan durian. Kedua, durian Belanda. Durian Belanda ini perkara yang boleh juga kita teroka oleh sebab ada diberitakan yang dibuat oleh bekas pesara tentera dekat dengan Bukit Kulim iaitu antara Jalan Ijok ke Bukit Supitan dekat Gerik. Di sana ada dia tanam durian Belanda kerana ini juga nilainya cukup baik juga kerana buahnya sekilo antara RM16 hingga RM25. Ini saya harapkan supaya juga di pihak kementerian terutamanya di pihak FAMA untuk menggalakkan kerana durian ini boleh berbuah dalam masa dua tahun. Dalam satu tahun dia berbuah sebanyak tiga kali. Sudah tentu kalau pendapatan satu kilo RM16 hingga RM 25 ini satu yang agak memberangsangkan. Paling pentingnya sekali ialah saya harapkan supaya dalam soal pertanian ini saya pun hairan juga kerana negeri kita ini bukan jauh mana dengan Thailand tetapi semua orang contohnya Thailand, Thailand, Thailand, Thailand. Akan tetapi negeri kita ini sama dekat dengan Thailand. Jadi persoalannya kenapa pertanian kita tidak menjadi seperti begitu? Saya dimaklumkan pegawai-pegawai pertanian di Thailand merekanya turun ke bawah pantau dan tengok bagaimana perjalanan untuk coach ataupun untuk bimbing petani-petani ini untuk menghasilkan hasil yang agak baik. Diharapkan pihak kementerian dapat mengambil perhatian dalam soal ini. Keduanya adalah berkenaan dengan Butiran 22500 - Projek Lembu Pedaging. Lembu mahal, terutamanya kita lihat pada musim Aidiladha. Kami sebagai wakil rakyat ini kita tahu keuntungan yang harga daripada biasanya melebihi daripada RM1,000. KPDNKK pun tidak boleh hendak kontrol dia kata kerana memandangkan mereka lembu ini dapat dari luar oleh kerana duit kita jatuh dan barang pula kita import permintaannya begitu tinggi sehinggakan kita lihat harga lembu itu menjadi mahal.
Persoalannya, kenapa perkara ini sepatutnya kita ada Pertubuhan Peladang, FAMA dan sebagainya ada anggota-anggota kenapa perkara ini tidak difikirkan? Ini kerana setahun setiap kali musim perayaan ini antara 31,207 ekor lembu dengan kerbau dan kambingnya lebih kurang 25,174 ekor kambing yang diperlukan untuk Aidiladha. Akan tetapi malangnya perkara itu tidak cukup. Oleh sebab itu kita harapkan supaya perkara ini ada satu inisiatif, sikap proaktif yang dibuat oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada butiran kerana terpaksa bercakap cepat kerana waktu lima minit sahaja dan pertanian ini amat penting sekali bagi kawasan saya. Saya pergi kepada Agropreneur Muda ya anggaran perbelanjaan bagi tahun Butiran 00901 perbelanjaan bagi tahun 2018 sebanyak RM15 juta. Persoalan saya, apakah perancangan pihak kerajaan pendekatan bagi menggalakkan penglibatan golongan muda ataupun belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian? Ini merupakan langkah sememangnya langkah efektif bagi agropreneur muda yang progresif, berdaya saing dan kreatif untuk dalam bidang pertanian ini yang kita tahu bahawa pendapatannya agak tinggi. Walau bagaimanapun, usaha kerajaan setakat ini kalau saya lihat tidak lagi mencapai kepada sasaran yang mungkin kita galakkan. Ini kerana dengan peruntukan yang ada ini saya melihat bahawa golongan yang dimonopoli bukanlah masih lagi bukan lagi golongan orang muda. Jadi golongan belia yang terlibat dalam sektor pertanian ini agak kurang lagi. Sehingga Julai 2017 geran usahawan muda ini disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM100 juta bagi menggalakkan belia menyertai sektor pertanian dan penternakan. Belum mencapai sasaran sebanyak 50 peratus pengagihannya hanya RM13 juta sahaja berdasarkan statistik. Kalau saya salah saya minta maaf dan boleh katakan tidak ramai yang mengambil peluang keemasan ini. Jadi saya berharap dengan ini apakah langkah-langkah kerajaan supaya mempromosikan usahawan-usahawan muda ini supaya terlibat dengan bidang pertanian. Keduanya saya hendak pergi kepada Butiran 02000 - Program Pembangunan Komoditi Tanaman iaitu anggaran perbelanjaan tahun 2018 sebanyak RM19 juta. Kalau kita melihat sekarang ini penghasilan saya tak tahu sama ada di negara kita ataupun, tetapi saya melihat di kawasan saya banyak pengusaha madu kelulut dan dijangka pasarannya sangat tinggi sekali sehingga mencecah sekarang ini kalau tempatan saya sudah mencecah RM150 satu kilogram bagi harga madu kelulut tersebut. Akan tetapi di pasaran kalau di eksport mencecah sehingga RM400 ke RM600 sekilogram. Jadi ini yang mungkin menjadi tiruan dari segi madu kelulut tiruan. Jadi soalan saya apakah perancangan kementerian untuk mempromosikan lebih meluas dari segi madu kelulut ini ke peringkat antarabangsa seperti negara China, Singapura, Brunei dan sebagainya. Sekiranya ia tidak mencukupi mungkin apakah perancangan pihak kerajaan untuk menggalakkan mereka lebih banyak mengusahakan seperti yang saya katakan melalui peruntukan ini tidak mencecah 50 peratus lagi sasaran kita ini. Jadi saya melihat perkara ini sangat penting bagi kita. Saya pergi kepada butiran seterusnya iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang yang Butiran 012200 yang peruntukan tahun ini RM179 juta yang saya nampak adalah melahirkan dan melestarikan lebih ramai peladang komersial yang berdaya saing dan memberi sumbangan kepada sektor pertanian selaras dengan matlamat transformasi pertanian melalui LPP ini. Jadi saya hendak melihat perkara ini peruntukan yang besar ini apakah perancangan-perancangan daripada pihak kementerian yang menyasarkan melalui LPP ini boleh mewujudkan perkara yang saya katakan melahirkan generasi muda melibatkan diri ini. Saya melihat tempat saya, setelah saya melakukan kempen-kempen tertentu di kampung-kampung, saya sendiri telah dapat melahirkan ramai usahawan tani muda ini dan sekarang ini mereka sedang berusaha membuat kertas kerja. Saya berharap supaya pihak pertanian dapat membantu usahawan-usahawan muda khususnya yang datang daripada Parlimen Lipis ini sendiri. Saya pergi kepada tajuk yang seterusnya iaitu – oleh kerana terpaksa bercakap laju saya pergi seterusnya kepada tajuk Butiran 020400 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang peruntukan RM178 juta.
Persoalannya saya apakah ada perancangan daripada pihak kerajaan supaya FAMA dijadikan sebagai penyimpan stok makanan negara bagi tujuan sekiranya akan berlaku bencana besar-besaran. Mungkin boleh mengawal harga-harga yang hari ini kita sering sebut dikatakan harga-harga bahan makanan ini sangat mahal. Mungkin melalui FAMA ini kita boleh menjadi sebagai orang-orang tengah untuk mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih. Cuma minta supaya pertanian ini dipanjangkan sikit masa untuk berbahas. Biarlah sampai kita habis tengah malam pun kerana yang datang dari kawasan Parlimen kampung ini banyak hendak bahas dalam bidang pertanian.
Ya, Yang Berhormat Pasit Puteh.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. P.21 Butiran 90100 iaitu Dasar Perancangan Strategik. Kita lihat peningkatan yang agak mendadak RM2.8 juta pada tahun 2017 meningkat kepada RM73 juta pada tahun 2018. Jadi saya ingin tahu, apakah yang ada di bawah program ini yang mana kita lihat ada peningkatan yang begitu mendadak. Kedua ialah tentang P.21 dan B.21. P.21 Butiran 00300, B.21 Butiran 012500 iaitu MARDI. Saya tertarik dengan MARDI ini kerana ia pusat research kita yang termasyhur, yang memang terkenal lama sudah tetapi akhir-akhir ini nampaknya kita kalah dengan sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya tadi dengan Thailand. Jadi peruntukannya agak banyak RM212 juta untuk perbekalan dan RM42 juta untuk pembangunan. Jadi saya hendak tahulah akhir-akhir ini, tahun lepas sahaja berapa banyak hasil yang boleh dikomersialkan oleh MARDI ini. Hasil daripada kajian-kajian ini berapakah pulangan kepada pengusaha-pengusaha yang membangunkan program baru daripada MARDI ini. Kalau kita mengeluarkan belanja yang begitu banyak maka kita harapkan juga hasilnya banyak dan boleh digunakan untuk petani-petani, penternak dan nelayan. Perkara yang satu lagi ialah tertarik dengan Yang Berhormat Lipis tadi tentang agropreneur P.21, Butiran 00901 iaitu Agropreneur Muda sebanyak RM15 juta. Kita lihat masalah besar kita dalam pertanian ini selalunya ialah generasi pewaris kepada petani- petani kita. Kita lihat ramai daripada anak-anak petani tak mahu menjadi petani dan juga kita lihat mereka ini lebih suka untuk membuat kerja-kerja lain. Jadi usaha yang dilakukan sekarang adakah kita telah berjaya? Kalau berjayanya berapa ramai agropreneur muda ini yang kita telah lahirkan dalam katakan dua tahun yang lepas berapa ramai? Adakah kita berpuas hati dengan bilangan ini? Kemudian tentang Pusat Latihan Pertanian Kebangsaan P.21 Butiran 90700. Kita tahu latihan ini penting untuk petani-petani, penternak dan nelayan untuk mereka ini meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya memberikan motivasi kepada mereka untuk menjaga usaha-usaha mereka supaya berjaya. Jadi saya ingin tahu majlis ini mendapat RM23 juta apakah peranan dia? Apakah yang dia dapat lakukan setakat ini? Ini kerana peruntukan itu agak banyak juga dan saya ingin tahu apakah hasilnya berapa banyak latihan yang dilakukan, berapa banyak usahawan petani yang dapat dilahirkan daripada latihan-latihan pertanian yang diusahakan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ini.
Kemudian tentang Pembangunan Industri Kelapa P.21 04800. Saya rasa ini suatu industri yang masa depannya cukup cerah, hanya saya tidak dengar di Kelantan, adakah usaha ini sedang diusahakan di Kelantan. Berapakah peruntukannya yang diberikan untuk Kelantan? Saya diberi tahu bahawa benih-benih atau anak-anak kelapa ini agak mahal. Adakah boleh pihak kerajaan dengan peruntukan yang agak sedikit RM3 juta ini untuk menampung usaha-usaha yang dilakukan oleh petani untuk menanam kelapa ini dengan benih-benih yang begitu mahal.
Kemudian tentang IADA Kemasin-Semerak, P.21 01400. Peruntukannya tidak banyak sebenarnya, sedikit RM1 juta lebih sahaja, tetapi kawasan ini cukup penting kerana kawasan ini dalam kawasan Pasir Puteh, Bachok yang mana pertanian di sini banyak bergantung kepada program perairan ini dan juga untuk mengawal banjir. Jadi peruntukan yang ada ini, saya rasa tidak berapa mencukupi dan kita diberitahu juga bahawa dalam mengawal banjir ini diperlukan pam dan pam kita lihat banyak pam-pam yang ada itu tidak berfungsi. Jadi adakah masalah ini sudah diatasi dan kalau tidak mencukupi perbelanjaan ini, adakah pihak kerajaan sanggup untuk menambah peruntukan untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam kawasan ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak ringkas sahaja, ada beberapa perkara yang ingin saya sebut di sini. Sik adalah kawasan pertanian. Pertama adalah dalam Butiran Utama 010000 - Bekalan Makanan Negara. Pada tahun 2010 - 2012 ada satu dasar atau satu program yang dipanggil DJBM iaitu Dasar Jaminan Bekalan Makanan di mana pada ketika itu kerajaan memberi lebih kurang RM200,000 kepada termasuk dalam kawasan Parlimen Sik di mana tanam pisang lebih kurang 15 hektar dan kita dapat pulangan lebih kurang RM400,000. Jadi saya tengok ini satu pencapaian program penanaman yang berjaya di kawasan luar bandar, di mana kita guna degraded land tanah-tanah terbiar digunakan. Hasilnya di antara RM18,000 ke RM25,000 satu hektar. Saya hendak tanya kepada Menteri adakah lagi program ini, kalau ada lagi saya harap program ini diteruskan, satu ia berjaya, pulangan yang baik, ketiga kita boleh guna degraded land. Kedua ialah Butiran 040700 berkenaan dengan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan, dan Butiran 041400 - Elaun Sara Hidup Nelayan Darat. Hari ini, jabatan atau Pejabat Perikanan Pertanian di Sik menyerahkan Elaun Sara Hidup Nelayan lebih kurang 200 orang lebih nelayan di Sik, terima kasih banyak, dan saya ingin tanya, adakah insentif hasil tangkapan nelayan kepada nelayan-nelayan darat. Ketiga, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Perkhidmatan Perkembangan Perikanan. Yang Berhormat Menteri, Sik ini ada banyak tasik, tasik buatan yang terjadi disebabkan oleh ada empangan dan juga air daripada damp ini disalurkan kepada air bekalan minuman ke daerah di Kedah dan juga sampai ke Pulau Pinang. Dan juga ada minuman- air disalirkan kepada projek kawasan MADA. Jadi saya tengok aktiviti pemeliharaan ikan tidak begitu rancak. Jadi saya hendak tanya adakah tasik ataupun empangan yang supply air minuman seperti mana di kawasan saya tidak dibenarkan ataupun tidak sesuai untuk membela ikan. Ikan dalam sangkar di dalam tasik. Keempat ialah Perkembangan Industri Lembu Kerbau. Yang Berhormat Menteri pada tahun 2010 ada projek Transformasi Usahawan Sektor Ternak di Sik di mana penduduk-penduduk Sik diberi dengan lembu, kerbau dan juga binatang ternakan. Akan tetapi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu projek ini tidak begitu berjaya. Apabila saya bertanya dengan Pegawai Pertanian di dalam Mesyuarat MP3, Pegawai Pertanian beritahu bahawa bantuan projek ini masih ada, tetapi terdapat rekod- rekod yang backdated record yang tidak dapat dikenal pasti. Ada lembu yang hilang, ada lembu yang tidak diberi rekod yang sistematik. Jadi perkara ini saya harap Menteri, saya hendak tanya Menteri, adakah lagi bantuan ini sekarang, dan saya harap kalau ada bantuan-bantuan ataupun peruntukan untuk kerbau, lembu dan ternakan ini diberi semula kepada penduduk kampung. Kelima ialah berkenaan dengan Butiran 04900 - Pembangunan Industri Buah- buahan. Saya mengucap tahniah kepada FAMA, dua tiga tahun yang lepas, walaupun durian kampung tidak begitu berharga, tetapi durian kampung ini tidak terbuang sebab FAMA telah mengambil satu inisiatif mengumpul durian-durian kampung ini menjadi paste menjadi lempuk.
Akan tetapi, pada tahun ini disebabkan oleh supply durian kampung itu kurang, harga durian meningkat dan tidak dijual dalam bentuk biji lagi, dijual dalam bentuk kilogram. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah peruntukan untuk melakukan transformasi kebun-kebun ataupun dusun-dusun pokok durian ditanam dengan durian yang mana kita bincang sekarang ini yang masyhur Musang King dan sebagainya. Keenam berkenaan dengan penyiasatan. Saya harap MARDI lebih membuat satu R&D yang lebih supaya kita tidak waste tanam tanaman-tanaman yang tidak sesuai. Sebagai contohnya di Sik itu, ada satu tempat itu LGM tanam 1,000 hektar kelapa sawit, tetapi kelapa sawit tidak sesuai di Sik, jadi sampai dia punya standard pencapaian pun tidak sampai jadi membazir. Akhir sekali ialah berkenaan dengan keganasan pertanian ini Tuan Pengerusi. Apa yang saya maksudkan ialah tanaman-tanaman ini diganggu oleh binatang-binatang liar, terutama sekarang ini khinzir. Jadi khinzir, kalau dahulu monyet, tetapi sekarang ini khinzir, bukan sahaja pokok-pokok yang lembut yang ada umbut tetapi pokok-pokok yang ada tunjang pun sudah diganggunya sehingga mengganggu tanaman-tanaman kontan dan juga tanaman-tanaman permanent di kawasan pertanian seperti ini. Jadi saya harap Kementerian Pertanian dengan kerjasama PERHILITAN dapat membantu penduduk-penduduk dan juga petani-petani dan peladang yang menanam tanaman-tanaman di kawasan ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 041200 - CFFRC, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan. Tuan Pengerusi, kewujudan pusat ini sangat bertepatan dengan masalah yang kita hadapi dari segi security makanan yang juga menjadi fenomena seluruh dunia. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan daripada 18 ribu spesies tumbuhan yang berpotensi yang sedang diusahakan oleh pusat ini, mana satu yang telah dipilih menjadi sumber makanan dan tanaman masa hadapan. Apakah jenis tanaman yang dikenal pasti juga berkaitan dengan lokaliti-lokaliti yang ada di seluruh negara dan juga boleh memberi sumbangan besar kepada negara. Kedua, apakah underutilized crop yang ada potensi yang besar dan mungkin akan pupus kalau tidak digiatkan dari sekarang. Akhir sekali Butiran 03500 - Pembangunan Industri Bunga dan Komoditi Berpotensi. Tuan Pengerusi, peningkatan eksport bunga-bunga negara adalah enam peratus setahun dan yang paling banyak di eksport adalah bunga kekwa, kedua bunga orkid dan seterusnya mawar, teluki dan lily dan hanya 107 syarikat pengeksport bunga negara. Ini adalah kadar yang sangat rendah dan permintaan paling tinggi adalah negara Jepun, Singapura, negara-negara Teluk dan Eropah. Antara masalah-masalah pengusaha industri bunga adalah jaringan pemasaran yang kurang mantap dan galakan pasaran yang lemah, sama ada di dalam dan di luar negara. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah infrastruktur asas baru seperti glass house yang mempunyai hawa sesuai untuk tanaman bunga dan diusahakan di negeri-negeri yang mempunyai cuaca yang lebih kondusif. Apakah usaha-usaha di dalam bidang teknologi, pengeluaran dan pemindahan teknologi yang diusahakan oleh kementerian bagi menyahut fourth industrial revolutions negara. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi...
...Yang Berhormat lain boleh mencelah ya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan juga salam sehati sejiwa. Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen, Yang Berhormat semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bajet Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 19 orang Ahli Parlimen, Yang Berhormat telah mengambil bahagian dan saya perhatikan ada ramai lagi yang ingin mengambil bahagian tetapi disebabkan oleh faktor masa, mereka tidak berkesempatan. Ramainya bilangan Yang Berhormat mengambil bahagian dan ingin mengambil bahagian menunjukkan bahawa industri agromakanan merupakan satu industri yang penting kepada negara kita ini. Bukan sahaja dari segi membekalkan makanan yang cukup untuk keperluan rakyat negara kita ataupun kita menggunakan perkataan food security, jaminan keselamatan makanan untuk rakyat tetapi juga industri agromakanan merupakan satu industri yang penting dalam ekonomi negara. Pada masa ini, kita melihat bahawa industri agr makanan ini telah tertinggal sebagai satu industri yang menyumbang hanya sekadar tiga peratus meningkat sedikit kepada 3.48 peratus disebabkan oleh masa lalu. Rejim pemerintahan masa lalu, pimpinan lalu yang telah mengabaikan industri agromakanan. Di mana emphasis ataupun keutamaan diberikan kepada sektor manufacturing, industrialization dan industri pertanian dianggap sebagai satu sunset industry. Fokus, perhatian peruntukan, komitmen pada masa yang lepas nampaknya menyebabkan sektor pertanian pada hari ini hanya merupakan satu sektor yang kecil sahaja dalam ekonomi negara. Walau bagaimanapun, percayalah bahawa kerajaan kita pada hari ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri memberikan perhatian yang sangat serius, memberikan komitmen yang tinggi untuk melihat bahawa industri agromakanan dan pertanian akan menjadi satu industri yang memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan rakyat. Ini kita dapat lihat daripada peruntukan bajet yang begitu tinggi diberikan daripada setahun ke setahun. Jadi kita sebagai Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan marilah kita memberikan sokongan kepada langkah yang diambil oleh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional dalam hal ini dengan menggalakkan rakyat untuk menyahut cabaran dan tawaran yang diberikan oleh kerajaan dalam berbagai-bagai bidang, dalam berbagai-bagai program pertanian dan makanan yang sedang dikemukakan kepada rakyat pada keseluruhannya. Berjaya tidak berjaya apa yang dilakukan banyak bergantung kepada respons rakyat, reaksi rakyat, penerimaan rakyat terhadap program-program, dasar-dasar, bantuan-bantuan, insentif, subsidi dan sebagainya. Ini tidak akan menjadikan ia menjamin kejayaan kita dalam membangunkan petani-petani, penternak dan nelayan. Sektor pertanian itu pada keseluruhannya kalau rakyat, pengusaha, petani tidak menyambut dengan baik. Inilah yang menjadi cabaran penting. Sebentar tadi berbagai-bagai soalan telah dikemukakan di antaranya mengapa, mengapa, mengapa, mengapa, apa kemajuan setakat ini, Agropreneur Muda ini mengapa tidak begitu ramai pemuda yang minat, kaum belia yang minat yang mengambil bahagian dan sebagainya. Ini is a matter of why. Is not anything wrong with the policies in the program but it’s something that we have to look into, Tuan Pengerusi bersyarah sedikit ya. Sabar ya.
Tidak apa.
The mindset of the people, our mindset we have to change. That is why baru-baru ini kita melancarkan Gelombang Tani Nasional, Gelombang Nelayan oleh Yang Amat Berhormat TPM dengan tujuan to change the mindset of the people terutamanya petani, nelayan, penternak supaya tidak kekal dalam keadaan yang begitu. Jadi kita harap gelombang tani, gelombang nelayan dan gelombang penternak ini akan menjadi kenyataan dalam masa-masa yang terdekat. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Parit Buntar telah bertanyakan apakah jenis bantuan yang disediakan kepada petani yang terjejas banjir. Untuk makluman Dewan, bantuan yang disalurkan kepada petani yang menghadapi masalah banjir adalah dalam bentuk bantuan ihsan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Satunya, bantuan ihsan kepada pengusaha sayuran, minimum RM500 sehektar, maksimum RM2000 sehektar tetapi tertakluk kepada keluasannya maksimum dua hektar. Bantuan mengikut keluasan yang musnah. Bantuan ihsan kepada pengusaha buah-buahan dan tanaman kontan pula minimum RM500 sehektar, maksimum RM1000, bantuan terhad kepada maksimum empat hektar. Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Bagan Serai. Boleh?
Yang Berhormat Bagan Serai.
Ya tumpang.
Okey, okey.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tumpang sebab ini cerita Yang Berhormat Parit Buntar ini. Yang Berhormat Parit Buntar dengan saya ini satu daerah jadi kawasan kami ini kawasan petani, pesawah. Jadi apabila banjir tadi itu, maknanya pengairan akan terganggu. Pengairan ini akan terganggu kalau banjir, kalau kering kontang dia akan terganggu. Akan tetapi apa saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah peluang untuk kawasan daerah Bagan Serai ini iaitu salah satu daripada jelapang padi dan juga memberikan makanan security kepada negara diberikan pembangunan pengairan yang lebih baik lagi. Sekarang ini tali air kita tanah, kalaulah kita diberikan peluang untuk mewujudkan tali air konkrit yang lebih memudahkan pengairan, tidak ada sekatan daripada rumpai-rumpai yang degil umpamanya akan memberikan pengairan yang lebih baik kepada sawah. Maka pengairan lebih baik akan menghasilkan padi yang lebih baik dan meningkatkan pendapatan mereka dan ini kita menuju kepada wawasan kita, 2020. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, memang menjadi hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membangunkan, menaiktarafkan dan memodenkan sistem pengairan dan saliran jelapang padi. Yang Berhormat punya kawasan ini, kalau tidak silap saya, masuk dalam Kerian, bukan? Kerian ini banyak dapat, tahu? Lebih banyak daripada kawasan saya lagi, tetapi mungkin belum cukup lah. Insya-Allah, dari semasa ke semasa dengan kemampuan kewangan kita, kita akan teruskan menaik taraf saliran ini sebagaimana yang Yang Berhormat sebutkan tadi tali air konkrit, kok U, U-Drain, macam-macam istilah orang pakai sekarang. Jadi, insya- Allah, sabar ya, tetapi walaupun macam mana pun, saya hendak tegaskan, tidak ketinggalan tahu, dekat jelapang padi di Kerian di tempat Yang Berhormat adalah di antara satu kawasan yang jelapang padi yang mendapat peruntukan yang begitu banyak sekali tetapi kawasannya luas. Okey, saya tidak hendak membuang masa...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri
Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar ialah berkenaan dengan pegawai yang disabitkan dengan isu SPRM. Ini pegawai yang kena tangkap kononnya bersekongkol dengan nelayan asing. Untuk makluman Dewan, anggota yang terlibat bukan dari LKIM tetapi dari Jabatan Perikanan Malaysia berjawatan pembantu laut dari Pangkalan Perlindungan Sumber Labuan dan tidak mempunyai kuasa menjalankan kerja-kerja pelesenan. MOA komited melaksanakan tanggungjawab pengurusan perikanan negara dengan penuh integriti dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak di dalam ataupun di dalam jabatan yang terlibat dengan salah laku dan perbuatan rasuah. Perkara ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, Tuan Pengerusi, berkenaan dengan kerugian TEKUN. NPL nya dikatakan 38 peratus dan juga disebut tentang hutang lapuk. TEKUN tidak rugi, sebaliknya ia nya cuma peruntukan hutang lapuk iaitu amalan perakaunan. Walaupun diklasifikasikan sebagai hutan lapuk, TEKUN masih membuat kutipan dan berjaya dikutip sebanyak RM76 juta daripada RM209 juta yang dilaporkan. Bukan maknanya dibiarkan begitu sahaja. Istilah saja lapuk tetapi duitnya tidak lapuk. Kita akan cuba kutip juga. Maknanya peminjam tidak boleh lari. Untuk tahun 2016, TEKUN telah mencapai keuntungan sebanyak RM19 juta. Ini yang dikatakan rugi tadi. Yang Berhormat Parit Buntar kata rugi. Sebenarnya untung sebanyak RM19 juta. TEKUN juga masih mampu membayar kepada kerajaan sebanyak RM375 juta tanpa tertunggak di atas pinjaman daripada kerajaan. Yang Berhormat Parit Buntar kata tadi tidak mampu hendak bayar. Jadi maknanya tidak betul itu ya. Seterusnya, Yang Berhormat Parit Buntar juga menyatakan perkara berkenaan bantuan banjir. Sebanyak 160 penternak serta 3,500 petak sangka dan kolam terjejas. Bantuan daripada input ternakan, benih dan makanan ikan serta perolehan peralatan dan kerja-kerja pembaikan. Bantuan dijangka akan disalurkan sejurus keadaan pulih pada awal tahun 2018. Anggaran bantuan RM500,000. Ini untuk ternakan. Seterusnya- Yang Berhormat Parit Buntar ini tanya banyak sangat ini. Adakah LKIM akan beri bantuan bencana kepada nelayan di Pulau Pinang dan Kedah yang terlibat dengan banjir baru-baru ini. LKIM akan memberi bantuan melalui Tabung Bencana. LKIM mempunyai peruntukan tabung sebanyak RM2 juta. Bancian dan penilaian kerosakan sedang dibuat. Seterusnya, mangsa dibantu untuk mengisi borang bantuan melalui persatuan nelayan kawasan. So, kena isi borang lah. Seterusnya, Yang Berhormat Parit Buntar juga- Yang Berhormat Parit Buntar masih ada di sini lagi kah, dah balik dah?... [Disampuk] Dah balik, tidak payahlah saya jawab. Kenapa tak bagi tahu? Bagi tahu lah. Tidak payahlah kita jawab, ya tak? Jadi yang balance ini kita jawab bertulis sahaja lah. Dia tidak bagi tahu... [Disampuk] Tidak dengar? Seterusnya, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Lenggong... [Disampuk] Tak ada juga? Apa Yang Berhormat Lenggong ini? [Ketawa] Tanya, lepas itu balik. Buang masa kawan-kawan lain yang masih nak bertanya ya... [Disampuk] Lepas ini nak kenalah itu. Yang Berhormat Kota Raja. Ada lagi ya? Kota Raja mana ada pertanian. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan selama tujuh tahun untuk CFF ini- tadi Yang Berhormat Kuala Kangsar pun ada sebut tadi. Mana Yang Berhormat Kuala Kangsar? Dah keluar. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan RM111 juta, Yang Berhormat, di mana OE nya ialah RM63 juta dan DE nya RM56 juta. Dapat? Kajian yang sedang dijalankan oleh CFF masih dalam proses pengkomersialan. Still in the process of commercialization. After how many years? Seven years. Mandat kerajaan menjelang tahun 2017, CFF hendaklah mampu membiayai sendiri operasinya.
Oleh itu, mulai tahun 2018, tahun depan, CFF perlu meningkatkan aktiviti pengkomersialan. Kaji, kaji saja, tak ada pengkomersialan, rugilah kita, ya tak? So, we have to put a little...
[Bangun]
Yes.
Kalau melihat kepada peruntukan itu, tahun 2018 dah tak ada peruntukan. Jadi, untuk dia survive- maknanya sebelum ini sudah ada pendapatan daripada pengkomersialan. So, how much- the question is, would they be sustainable?
They should. They have been given the time, Tuan Pengerusi. Since they were appointed, there was an understanding and agreement with the government that seven years is the period for them to be on their own. We cannot be continuing subsidizing and spending money without seeing any result. Would you agree to that?
Cuma begini. Sekarang ini oleh kerana dia tidak menerima lagi peruntukan tahun depan tetapi institusi ini masih lagi di bawah kementerian Yang Berhormat, maknanya masih ada report lagilah tahun depan?
Ya, ya.
Saya ingat dia nak ditutup.
Belum. Belum tutup lagi. We want them to berdikari. Yang Berhormat Parit Sulong pun dah tak ada. Ini Yang Berhormat Parit Sulong lagi. Yang Berhormat Parit Sulong lagi. Banyak Yang Berhormat Parit Sulong tanya ini.
Yang Berhormat Kuala Terengganu. Yang Berhormat Kuala Terengganu mana? Ada? Ha, favourite subject, topic. Nelayan kan? Yang Berhormat bertanyakan penggunaan dron. Jabatan akan mengkaji kesesuaian penggunaan dron sekiranya ia bersesuaian. We are still in the process of, you know, evaluating. Sesuai atau tidak sesuai. Buat masa ini, Jabatan Perikanan memantau vessel nelayan tempatan melalui sistem Vessel Monitoring System (VMS). Ini yang kita masih pakai lagilah. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Terengganu mencadangkan atau bertanyakan, apakah alternatif lain kepada nelayan untuk menampung keperluan pendapatan nelayan pada musim tengkujuh. Sebagai sumber pendapatan sampingan bagi nelayan pada musim tengkujuh atau pada masa yang tidak ke laut, LKIM mempunyai peruntukan untuk mereka menceburi bidang keusahawanan ternakan air melalui Program Touch Point di mana mereka boleh memohon terus kepada LKIM dengan jumlah maksimum RM20,000 bagi bantuan peralatan, makanan dan benih. Dalam masa yang sama, nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan menjadi ahli Persatuan Nelayan layak menerima bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan bagi menampung kos sara hidup terutamanya pada musim tengkujuh...
Boleh tanya, Tuan Pengerusi?
Boleh, boleh.
Tidak sempat tadi.
Alright.
Ada perkara penting mengenai perikanan ini. pada tahun 2015, kementerian menerusi LKIM telah mengumumkan satu pusat beku perikanan di kawasan Sandakan di mana pusat beku perikanan ini saya rasa saya bukan pertama di Sabah tetapi merupakan pusat beku perikanan yang dinanti- nantikan, yang boleh membawa satu kemajuan kepada industri perikanan. Jadi bagaimana status pusat beku perikanan di kawasan Sandakan ini? Terima kasih.
Pusat beku makan? Pusat beku?
Ikan.
Cold room?
Ya.
Cold room. Nanti kita tunggu jawapan, ya. Yang Berhormat Kuala Terengganu juga membangkitkan soal pengurusan sumber perikanan mampan. Saya hendak jawab ataupun hendak? Okey, bagi tujuan memelihara sumber perikanan negara Tuan Pengerusi, MOA melalui DOF Jabatan Perikanan telah melaksanakan program-program seperti berikut: (i) pengezonan kawasan; (ii) penstrukturan semula kawasan; (iii) peralatan pukat yang mesra sumber; dan (iv) pembangunan tukun. Tukun adalah kawasan pembiakan ikan, ya. Pada tahun 2017, DOF telah melabuhkan tukun-tukun di lima tapak, 150 unit di Malaysia termasuk rig to reef. Meningkatkan penguatkuasaan secara N-BOS dengan agensi Polis Marin, APMM, meningkatkan keupayaan aset jabatan bagi program perlindungan pengurusan sumber, perketatkan syarat lesen dan syarat minimum pendaratan pukat tunda 250 tan metrik setahun, pukat jerut 350 tan metrik, pemasangan peralatan AIS ke atas 2,630 vesel pukat tunda zon B. Akhir sekali, mengukuhkan kerjasama serantau untuk membanteras penangkapan ikan secara haram oleh ASEAN Sectoral Working Group on Fisheries and Regional Plan of Action (RPOA). Yang Berhormat Kuala Terengganu juga membangkitkan program peningkatan pendapatan alternatif. Ini saya sudah jawab tadilah, di musim tengkujuh. Kenaikan harga ikan ketika hasil tangkapan nelayan berkurangan. Ini pertanyaan terakhir daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Kenaikan harga ikan adalah didorong oleh beberapa faktor antaranya apabila hasil tangkapan oleh nelayan berkurangan tatkala berlakunya musim tengkujuh bagi tempoh November hingga Februari setiap tahun. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh faktor geografi lautan iaitu suhu air dan arus laut. Hasil tangkapan yang berkurangan mendorong kepada nelayan untuk menjual dengan harga yang tinggi bagi menampung kos operasi. Oleh kerana harga yang ditawarkan lebih tinggi di peringkat jeti, pendaratan menyebabkan harga yang tinggi ditawarkan kepada pengguna oleh pemborong dan peruncit. Walau bagaimanapun, peningkatan harga ikan ini bukanlah bersifat kekal bahkan pendaratan ikan akan kembali stabil bermula sekitar Mac dan sudah tentu harganya akan turun kembali stabil. So, in other words, selepas musim tengkujuh, bekalan semakin bertambah dan harga akan kembali pulih kepada sedia kala. Program Q’Fish bertujuan untuk menawarkan ikan segar. Ikan segar beku berkualiti sebagai pilihan dengan harga yang...
[Bangun]
Yang Berhormat Kuala Terengganu bangun, Yang Berhormat. Kuala Terengganu.
Nanti, habiskan ayat ini, ya. Sebagai pilihan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna. Menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemakanan ikan segar beku sebagai sumber protein utama. Harga siling bagi spesies ikan Q’Fish adalah antara RM8 hingga ke RM10 melibatkan ikan yang popular di kalangan rakyat seperti kembung, selar, pelaling, selayang, cencaru dan tilapia. Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh tentang isu pemantauan tadi kerana sekarang ini the onus of proof, dengan izin, banyak diletakkan pada para nelayan untuk membuktikan pencerobohan dan sebagainya dan kerana itulah saya rasa teknologi dron perlu dikaji sedalam-dalamnya kerana di Australia sendiri ia digunakan untuk memantau pergerakan ikan dan sebagainya di bawah air.
Saya rasa memang sesuailah kalau satu lawatan dibuat untuk mengkaji kemungkinan ini digunakan di Malaysia untuk membantu nelayan kita kerana inilah satu cara kita boleh meringankan beban nelayan untuk memberi bukti dengan kemudahan yang terhad, dan kemampuan mereka yang terhad. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyebut di sini juga tentang Akta Perikanan 1985. SPRM hari ini ada mengeluarkan satu kenyataan bahawasanya pada mereka, pendapat mereka adalah akta tersebut agak lapuk dan perlu dikaji semula untuk memberi peluang untuk nelayan-nelayan tempatan mengambil bahagian yang lebih bermakna di dalam industri perikanan supaya lesen-lesen untuk laut dalam dan sebagainya. Akta pemberian permit dikaji semula supaya tidak diberi begitu senang kepada warga asing atau digunakan dengan bot-bot asing kerana inilah salah satu daripada punca kehilangan antara empat hingga enam bilion sumber pendapatan laut kita dan 980,000 tan metrik adalah satu jumlah yang besar. Saya rasa saranan daripada SPRM adalah banyak meritnya untuk dikaji supaya satu pembaharuan perlu dibuat kerana teknologi telah berubah, suasana telah berubah dan inilah satu pembaharuan yang kita harap dapat dilakukan oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan mendengar ataupun memberi perhatian kepada cadangan tersebut, penggunaan dron tadi, ya. Seterusnya, Yang Berhormat Parit Sulong masuk pula ini. Ini yang susah ini. You want me to go back to Yang Berhormat Parit Sulong?
Minta tolong, Yang Berhormat. Terima kasih.
So, I kena cari balik ni, minta maaf Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Parit Sulong, ia pergi ke mana tadi? Okey. Yang Berhormat Parit Sulung- Tuan Pengerusi, minta maaf. Yang Berhormat Parit Sulong bertanya tentang jumlah usahawan asas tani. Keduanya, Yang Berhormat tanya jenis program dan latihan yang disediakan kepada usahawan. Apakah ada persiapan latihan ke arah e-commerce? Jawapannya, jumlah usahawan asas tani mengikut daerah di Batu Pahat- 189 orang, Daerah Batu Pahat, Parit Sulong masuk Batu Pahat kah? Ada lagi Yang Berhormat Parit Sulong. MOA telah menyusun latihan kepada tiga peringkat iaitu peringkat asas pelaksanaan kepada– eh! Apa ini? Saya sudah bagi tahu, tulis elok-elok... [Ketawa] Ini tulis macam doktor, doktor punya tulisan tidak boleh baca... [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Nantilah kejap, sabarlah. Pelaksanaan... [Ketawa] kepada bakal usahawan baru meliputi motivasi, kemahiran pembuatan produk dan asas kewangan atau perniagaan. Dapatlah, faham lah, itu peringkat pertengahan... [Disampuk]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apa itu?
Menteri, boleh tak saya hendak tanya sikit? Hendak tanya.
Nantilah I baca jawapan ini dulu...
Okey.
...After that you can ask.
Lepas itu boleh kan?
Can.
Okey, terima kasih.
Yang tidak tahan, Tuan Pengerusi. I tahan... [Ketawa] sampai tengah malam pun I tahan... [Ketawa] Hari itu kena tegur, panjang sangat jawapan. Panjang pun susah, pendek pun susah. Peringkat asas and then after that peringkat pertengahan. Ini latihan dilaksanakan melibatkan tahap pembangunan dan peningkatan produktiviti dengan jualan RM7 juta. Kursus meliputi meneroka pasaran baru, pembangunan keupayaan, memahami dan merancang dan menganalisis pasaran.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Peringkat lanjutan. Kursus di peringkat tahap mengukuhkan peserta di tahap- jumlah, 1 juta setahun dan bersedia menembusi pasaran luar negara. Kursusnya meliputi, mengembangkan kebolehan dan keupayaan produk, mengukuhkan pasaran hingga peringkat global, menyediakan kebolehan, mengadakan jaringan perniagaan. Yang Berhormat Parit Sulong, hendak tanya tadi apa?
Okey, terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih saya ucapkan Yang Berhormat Menteri. Saya terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Akan tetapi saya dengar tadi jumlah usahawan yang telah diberikan latihan adalah seramai 189 orang. Kalau hendak ikut jumlah ini Tuan Pengerusi, ia amat sedikit memandang Daerah Batu Pahat ini adalah yang daerah kedua terbesar di negeri Johor. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, kalau boleh diberikan peruntukan lain untuk lebih banyak lagi kita melatih usahawan-usahawan. Daerah Batu Pahat ini kalau dekat negeri Johor dikenali sebagai daerah yang perkara asas dari segi keusahawanannya ialah industri asas tani itu sendiri. Ini sebab kalau hendak pergi tengok barangan daripada kerepek sampailah ke industri sebesar-besarnya, termasuk perabot juga di Daerah Batu Pahat. Akan tetapi kebanyakannya adalah industri asas tani. Adakah Yang Berhormat Menteri mungkin boleh mengalokasikan peruntukan yang lebih untuk Daerah Batu Pahat, terutama kawasan Parit Sulong dan terutama kepada wanita? Terima kasih.
Hendak minta tambahlah. Itu sahaja ayatnya kan? Tuan Pengerusi, insya-Allah kita ada kewangan yang lebih, kita akan tambah. Lagi banyak kita hendak membangunkan usahawan dari semasa ke semasa. So, Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan pengeluaran nanas MD2 untuk pasaran eksport ke China. So, we are talking about eksport of nanas, pineapple ke negara China. Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan tambahan bagi meningkatkan pengeluaran nanas MD2 dari RM3 juta bagi tahun 2017 kepada RM10 juta tahun 2018 untuk menambah luaskan kawasan tanaman nanas MD2 dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. Setakat ini sebanyak lapan kontena telah dihantar ke China, tadi tanya berapa banyak. Lapan kontena telah dihantar ke China dengan sasaran 1,000 metrik tan sebulan. Di samping itu, peluasan tanaman nanas ke negeri Sabah dan Sarawak sedang dilaksanakan. So, Yang Berhormat Sabah dan Sarawak, this is the future of our people, our brothers. Sumber kekayaan baru dan Sarawak sedang dilaksanakan memandangkan terdapat kawasan tanah yang luas di kedua-dua negeri tersebut yang boleh ditanam dengan nanas MD2. Saya difahamkan satu ekar sahaja boleh bagi pendapatan RM3,000 sebulan, just imagine. Kalau ada dua ekar, RM6,000 sebulan, very good. So, Tuan Pengerusi, we should encourage our people to go into this kebun nanas. Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya tentang TemanNita, prestasi TemanNita, bilangan peminjam daripada Parit Sulong. TemanNita adalah pembiayaan secara kumpulan lima orang wanita. Sehingga kini seramai 3,373 usahawan telah berjaya memperoleh pinjaman dengan nilai RM20 juta di seluruh negara. Response is still only about 20 percent, I mean peruntukan RM100 juta, taken up only RM20 juta, so about RM80 million lagi? Kita mengalu-alukanlah permohonan daripada bakal-bakal usahawan ini. Kalau ikut ini ada banyak lagi berbaki.
Dari jumlah tersebut, seramai 30 orang adalah peminjam Parit Sulong, 30 orang sahaja, apa Yang Berhormat ini? Tidak kempen... [Ketawa] 30 orang sahaja adalah peminjam Parit Sulong dengan nilai RM180 ribu pula itu, why? No, ada RM80 juta lagi. Sikit-sikitlah dulu... [Ketawa] TemanNita dilancarkan pada Februari 2017, baru lagi. Ah! Jadi makanya barulah, tidak boleh juga hendak salahkan. Menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan peratus NPL pada kadar 0.04 peratus. Very good.
Lagi, Yang Berhormat Parit Sulong, Program Kawalan Banjir Kawasan Pertanian. It’s a flood mitigation. Kementerian ini sememangnya melaksanakan Program Kawalan Banjir Kawasan Pertanian dan buat masa ini, ia memberi fokus kepada kawasan penanaman padi di skim-skim jelapang padi ataupun jelapang IADA. Sekiranya ada permohonan yang diterima, kementerian bersedia untuk mempertimbangkan. Sehingga kini, tiada permohonan yang diterima dari kawasan Parit Sulong. Tiada permohonan. Peruntukan yang diterima di bawah butiran ini untuk 2018 ialah sebanyak RM8 juta untuk kawasan mana? Kawasan Pasir Panjang, Hulu Perak, kawasan main rain Seberang Perak, Skim Pengairan Besut Terengganu, IADA Samarahan, Sarawak dan MADA. Yang Berhormat tidak perasan ya. Dia sebut Seberang Perak itu kawasan saya itu. Dua kawasan saya, Pasir Panjang Hulu. Itu pun kawasan saya itu. I was born there, you know... [Ketawa] Kementerian dia beri chance, Timbalan Menteri dulu. Habis. Ada lagi Yang Berhormat Parit Sulong? Ya, ada lagi nampak. Banyak Yang Berhormat Parit Sulong tadi. Trademark musang king. You hendak bagi trademark. Setakat ini ada sistem traceability bagi tujuan pengeksportan durian iaitu sistem MyTrace dipanggil yang menggunakan QR code di mana pembeli boleh mendapatkan maklumat hingga peringkat pusat pemprosesan bagi mengesahkan musang king tersebut adalah berasal dari Malaysia. Perancangan telah dibuat untuk melaksanakan traceability ini hingga ke peringkat ladang. Pada tahun 2018, Malaysia durian musang king telah ada dalam senarai MyIPO bawah kategori geographical indication. Perbadanan Harta Intelek Malaysia itu bermula pada 13 Mac 2014. You happy with that? Okey. Habis Yang Berhormat Parit Sulong, Tuan Pengerusi. Kita pergi laju sedikitlah. Yang Berhormat Sungai Besar, ada? Okey. Yang Berhormat Kuala Kangsar sudah masuk balik... [Ketawa] Tadi hilang sekejap tetapi I have not come to your turn yet. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Besar membangkitkan soal had pinjaman ini. Dia kata sedikit sangat RM1,000, terlalu rendah dan sebut juga berkenaan dengan NPL 38 peratus. Agak tinggi katanya dan juga TEKUN ini terlalu ataupun terlalu orang kata sudah jadi macam commercial bank dia kata. Rujuk credit rating seseorang pemohon itu sampai kepada CTOS, CCRIS dan lain-lain. Payahlah ya. Itu maksud Yang Berhormat. Jadi, had minimum RM1,000 Yang Berhormat, mengikut kajian kita di MoA ialah bagi usahawan seperti di Sabah dan Sarawak yang meniaga di Pasar Tamu. RM1,000 agak cukuplah for a start, bukan? Cukupkah agak-agak ini Yang Berhormat-Yang Berhormat dari Sarawak dan Sabah? RM1,000 is enough for them to start? Di Pasar Tamu, RM2,000. Jadi tidak apalah kita ambil pandangan ini nanti bincang. Berapa? Mana KSU, mana?... [Disampuk] Apa dia?
Sedikit, sedikit.
Well, I will take it up. RM2,000 ya?
Okey, saya ingat– Boleh, boleh?
Ya, boleh.
Sebab dia begini. Katakanlah seorang usahawan yang kecil pun, kalau dia meniaga nasi lemak. Sekarang ini Yang Berhormat Timbalan Menteri ikut branding, kemudian ikut packaging, kemudian hendak letak muka dia, kemudian hendak letak nama yang baik.
Jadi perkara-perkara ini dengan nilai RM1,000 itu pada saya tidak memadai, kalau ikut pada arus meniaga pada hari inilah. Itu sebab pada saya, kenapa tidak kita naikkan terus kepada RM3,000? RM5,000? Yang Berhormat Lipis pula minta RM5,000 di peringkat permulaan. Itu sahaja. Sebenarnya itu penjelasan yang kita hendakkan sebab nilai caption RM1,000 itu terlalu kecil sangat.
Tuan Pengerusi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Besar ada juga kebenarannya but hendak kata tidak benar pun, I do not want to use that word tetapi tidak berapa tepat. Takkan dok jual nasi lemak pun hendak beri labelling lah... [Disampuk] [Ketawa] Dia bungkus dengan anu sahaja, daun pisang, bukan. Kalau nasi lemak- tidak tahulah. Nasi lemak di Kampung Baru itu dipanggil Nasi Lemak Antarabangsa. Dia tidak ada label, dia bubuh sahaja dalam itu, dalam pinggan. I mean kita sahajalah. Akan tetapi saya bersetujulah macam kata rakan-rakan Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak ini tadi, maybe RM2,000 is more reasonable lah kan? So kita akan bincangkan dengan pihak TEKUN, kalau boleh ditingkatkan kepada RM2,000. I tend to agree with you. Tambahan lagi sekarang ini kos pun sudah bertambah bukan. So, NPL TEKUN telah menurun daripada 38 peratus kepada 34 peratus Yang Berhormat. NPL adalah menilai prestasi di atas pinjaman semasa ataupun outstanding loan tanpa mengira peminjam yang telah selesai membayar. Prestasi program TEKUN dapat dilihat secara keseluruhan dengan melihat peratusan hutang lapuk yang pada kadar 7.7 peratus. Bad debt is only about 7 percents. NPL, you talked about 34 percent but is not all lost. Belum hilang lagi NPL ini. It’s only problematic. It’s problematical. Peminjam yang TEKUN dia masih lagi pursue collection dengan mengambil tindakan macam-macam cara.
Boleh? Dia sebab akhirnya nanti para peminjam ini kalau dia tidak boleh bayar, dia jumpa wakil rakyat balik. Ini sebab kalaulah ada aturan perubahan yang boleh diguna pakai yang lebih baik supaya nanti orang akan menilai di peringkat luaran itu NPL nya agak sedikit menurun dan kemudian kalau tidak ditapis betul-betul di peringkat awal, berlaku di lapangan dia akan kembali kepada local leaders.
Tuan Pengerusi, TEKUN is doing something orang kata introducing the new mechanisme sebagai menyambut apa Yang Berhormat sebutkan itu. They already talked about it, you know. Selama hari ini collection ini, pegawai kah, staf TEKUN pergi jumpa seorang-seorang peminjam kutip, bukan. Sekarang ini dibuat secara online pun boleh. Payment online, satu cara tetapi saya rasa kalau online sahaja mungkin peminjam tidak begitu maju ke depan, datang ke depan untuk membayar bukan? So, tidak cukup online itu cuma untuk kemudahan sahaja. Jangan ada peminjam yang beri alasan hendak pergi susah lah, lambat lah, jauh, begitu begini, so we give this online system payment. Akan tetapi dalam pada itu, kita back up juga masih lagi dengan pegawai-pegawai jumpa dengan mereka yang agak liat dan degil. On top of that, tindakan surat notice of demands kah, apa kah, when it is necessary, it will be issued. Jadi maknanya, pelbagai cara diambil dan daya usahakan oleh pihak TEKUN to see that tidak kita write-off sewenang-wenangnya. Akan tetapi isu pergi wakil rakyat itu biasalah. Kalau tidak, siapa suruh jadi wakil rakyat... [Ketawa]
This is one of the hazards. Apa perkataan dia? Hazard? Hazard of being a wakil rakyat, you know?... [Ketawa] Semua kita tahu kan? So, nobody asked you to be wakil rakyat, you want to be wakil rakyat. Kita tanggunglah bersama mana yang mampulah kan? So, begitulah kedudukannya iaitu pihak TEKUN keep on trying to improve the collection system and it’s not taking it easily kata bila NPL itu, maka semua itu kira hangus. Tidak. They keep on collecting, ya. Seterusnya Yang Berhormat, untuk pengetahuan, TEKUN juga tidak menyenaraihitamkan peminjam di mana-mana biro kredit. Jadi maknanya, they are not blacklisted. Walaupun they have problem with certain credit rating agencies but as far as TEKUN is concerned, bila dia memohon, mereka masih lagi diberikan pertimbangan.
I was supposed business yang dia hendak buat itu boleh memberikan keuntungan, it’s a good business, viable or small business ini janganlah kata viable, viability ini we are talking about big business. Kalau kita jual pisang goreng, jual nasi lemak baru hendak cerita viability nampak. Asalkan dia boleh mendatangkan pendapatan, untung, dia boleh. Okeylah, betul tidak? Jadi, I agreed with you. Saya setuju dengan Yang Berhormat, kita jangan banyak songeh sangat apabila kita deal dengan orang-orang, peniaga-peniaga kecil ini. Mereka hendak hidup kan? Bilangan saman yang dikeluarkan sehingga kini, seramai 15,022 orang peminjam. Peminjam masih boleh berunding walaupun keluar surat. Itu kita, procedurally we have to do that. Otherwise, people think what? Ini tidak ada apa- apa tindakan and they have nothing to worry about it and take it for granted. We don’t want peminjam ini take it for granted. We are serious about collection, we are serious about them, honouring their commitment to the bank as a borrower. Akan tetapi kita tidaklah terus menerus mengambil tindakan kebankrapan. Apabila dia terima surat, masih boleh lagi datang berunding. So, we are being very kind, you know. Very helpful. Terpulang kepada mereka hendak respons. Okey. Habis, Yang Berhormat.
Satu lagi. Yang Berhormat Sungai Besar.
Okey.
Saya bangkitkan tentang satu produk TEKUN yang sangat popular di kalangan penjaja bawahan ini iaitu produk TEMAN TEKUN. Akan tetapi TEMAN TEKUN ini kena mencari lima orang sekali, meminjam sekali dengan nilai yang sama, tetapi dengan responsibility dan tanggungjawab yang berbeza. Masalahnya ialah, katakanlah dia hendak pinjam RM3,000 dia kena cari lima orang, empat orang yang lain untuk pinjam RM3,000. Jadi ini masalahnya. Jadi, saya mengemukakan pandangan tadi kalau boleh lima orang ini direndahkan kepada tiga orang sebab untuk meminjam bukan satu nilai yang besar walaupun di peringkat awalnya tadi Skim TEMAN TEKUN boleh membiayai sehingga RM10,000 dan RM20,000 untuk pinjaman kedua. Kalau boleh ini diperhalusi pohon dapat respons daripada kementerian.
Terima kasih. Kita akan pertimbangkan cadangan Yang Berhormat itu. Akan tetapi sebagai komen saya lah, my response to your proposed idea itu, kalau kita tengok Amanah Ikhtiar Malaysia, kenapa mereka boleh buat pula secara berkelompok? Dia boleh cari dia punya group untuk buat pinjaman? Then sampai kan satu tahap mereka sanggup shared the responsibility. Not only responsibility, they shared the liability. Kalau ada defaulters antara group itu,member kepada group itu, yang the rest will assist and help to settle the liability of the loan. So, we actually, I mean, kita tidak malu lah kata we are trying to emulate ikut macam mana Amanah Ikhtiar Malaysia buat. Hal ini kerana, it’s proven to be successful. Akan tetapi kita bincang lagi lah, tengok macam mana boleh dibaiki ya tidak? Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua kalau tiada, saya tidak jawab. Yang Berhormat Tanjong Piai ada? Masih ada lagi. Ganti rugi untuk nelayan yang terjejas akibat pembangunan kawasan pantai. Is that right? Okey. Jawapannya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dimaklumkan bahawa sagu hati atau ex-gratia telah disalurkan kepada pada 454 orang nelayan pantai yang terlibat melalui Kerajaan Negeri Johor yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.62 juta atau RM3,000 seorang pada 20 Ogos 2017. Betul? You want clarification? Tepat ya jawapan? Kerajaan negeri sudah bayar apa lagi?
Itu kerajaan negeri Yang Berhormat.
You mahu dari Federal pula?
Kerajaan Persekutuan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan
Ya. Cukuplah itu. Kalau kerajaan negeri tidak bayar, kita bayar. Janganlah double pula. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?
Boleh. Boleh. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Alor Setar, are you here? Ini dia mesti ada.
Boleh, saya mencelah Yang Berhormat?
Yang Berhormat Tanjong Piai bangun Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tanjong Piai. Okey, okey.
Okey, tadi Yang Berhormat Menteri kata kerajaan negeri yang berikan bantuan. Akan tetapi sebab daripada wakil nelayan, dia tunjukkan satu surat yang mengatakan kementerian akan juga membantu juga. Oleh sebab itulah dia minta saya bawa ke Dewan yang mulia ini, yang satu. Kedua, boleh tidak kementerian hantar wakil ataupun Menteri turun padang bantu supaya apakah program-program yang boleh meningkatkan pendapatan. Oleh sebab, perkara ini sudah berlanjutan lama dan tidak boleh selesai. Maknanya pendapatan berkurangan begitu berterusan. Tidak akan berhenti. Jadi bagaimana bantu mereka selesaikan ataupun meningkatkan pendapatan? Mungkin ada banyak program- program yang di bawah kementerian yang boleh bantu mereka?
Pertama sekali tentang tadi bantuan itu. Kerajaan Negeri Johor sudah bantu, sekarang hendak minta Federal pula. Kita berpendapat kalau sudah dapat daripada Kerajaan Negeri Johor RM3,000 should be okey. Akan tetapi, Yang Berhormat kata ada surat. Betul ada surat itu? What does it say?
Surat daripada wakil nelayan mengatakan kementerian ada hantar wakil jumpa di Putrajaya. Jadi semasa berjumpa dengan KSU, jadi KSU berjanji akan memberikan bantuan yang sewajarnya pada bulan Mei. Akan tetapi yang setakat ini tidak ada jawapan, stop begitu sahaja.
Ya, okey. Bagi surat itu kalau ada. I want to see the letter.
Okey, sure. Sure.
No, what is committed, is committed. We are men with honor and principle. Apa kita cakap, kita buat. Bukan macam sesetengah orang itu, lain cakap, lain yang buat. So, I want to see the letter ya. Yang Berhormat Alor Setar, BERNAS mengambil tindakan terhadap PADI Rescue, NGO that you mentioned. So, many NGOs you know. Melalui surat peguam tindakan diambil bukan untuk menghalang 14 tuntutan, namun ianya adalah atas dasar untuk menghalang PADI Rescue- PADI Rescue means the NGO’s group there are so many of them. I don’t have to mention one-by-one untuk menghalang mereka daripada mengeluarkan fakta-fakta yang tidak benar mengenai BERNAS. So, BERNAS is protecting themselves from fitnah, accusation, baseless accusation. That is what BERNAS said, you know, whether true or not true, that’s what they said. If you are not happy, you come to BERNAS-lah.
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sikit?
Ya.
Untuk penjelasan bagi Yang Berhormat Menteri benefit. Kalau Yang Berhormat Menteri melihat surat yang bertarikh 2 November itu, the lawyer of BERNAS telah pun menyatakan butiran-butiran yang dikatakan kononnya fitnah terhadap BERNAS. Artikel yang mereka memproducekan itu adalah terdapat dalam satu website yang pesawah padi dan NGO-NGO ini meminta orang ramai untuk sign to support. Kalau kita membaca dalam kandungan petisyen itu, dia punya petisyen itu adalah untuk menubuhkan LPN Negara dan beras padi LPN. Di mana Yang Berhormat Menteri, pihak dari sini dan pihak dari sana pun ramai yang bersetuju hendak tubuhkan balik LPN. Pihak-pihak yang berkepentingan seperti pesawah padi, pengilang, pemborong pun menuntut supaya LPN ditubuhkan.
I got your point.
So, where is the defamation Yang Berhormat?
Tidak perlu panjang, I got your point.
There is no defamation.
Okeylah.
Lagi pun Yang Berhormat mereka sekarang menuntut untuk ganti rugi. Ini kerana NGO-NGO ini menyoalkan keberkesanan whether or not BERNAS have undertaken, done a good job or not as required under the BERNAS Agreement. Whether they have helped the pesawah padi, whether they have membantu pengilang-pengilang? So, how can now BERNAS who is supposed to help these people mengambil tindakan terhadap mereka kerana menghantar satu memorandum kepada kerajaan? Kerajaan mempunyai tanggungjawab to stop them from bullying the NGOs. Hendak senyapkan mereka ini tidak boleh benarkan.
Okey, okey. I got your point. My reply to that Yang Berhormat claimed tidak ada fitnah, yang BERNAS kata ada fitnah, bukan? Itu yang menyebabkan mereka mengambil tindakan buat surat, legal letter to the group. So, now who is right? Who is wrong? I have to read. I have to read the letter, we have to study the case. Is your version against their version? Your story against their story. All right, betul tidak?
Yang Berhormat, I am not going my version. Ini adalah dakwaan BERNAS sendiri dalam surat peguam mereka sendiri.
Okay, let me read after this.
Tentang LPN, tentang SSL, pengilang Melayu...
Okey, okey.
Nothing fraudulent.
What I’m trying to say, I did not say that I disagree with you.
Okey.
Sudah itu? Apa pula you hendak bising-bising lagi?
No, because Yang Berhormat...
All I’m saying...
BERNAS is now trying to bully farmers and bully pengilang-pengilang. That’s why I’m asking...
That is your claim.
Saya minta kerajaan untuk mengambil tindakan to rein them in and control them.
Okay, I’m telling you, we will not allow anybody to bully anyone. Sama ada BERNAS hendak buli mereka ataupun mereka hendak buli BERNAS. Let’s be fair. NGO also cannot buli BERNAS.
NGO mana boleh buli BERNAS Yang Berhormat Menteri. BERNAS ini revenue berbilion-bilion. They have all sorts of privileges. They are huge company and very powerful company. Mangsa adalah pesawah padi dan NGO which they want to bankrupt because they are raising issues against BERNAS. Itu yang kena dihentikan Yang Berhormat Menteri.
Ya lah, bullying is in many forms not necessarily because you have a lot of money, you can bully people. Small people can bully big people also, you know? You all keep bullying us. [Ketawa] You all ini kecil, macam you selalu buli kita. Kita tahan sahaja, sabar sahaja.
Itu sebab Yang Berhormat Menteri, BERNAS should stop bullying. Yang Berhormat Menteri, kalau macam ini BERNAS should actually stop it. Jangan bagi letter of demand dan sebagainya, betul tidak?
You know...
Sabarlah, sabar lah. Betul?
We have to establish the fact who is bullying whom? This is something we do not establish yet. Unless we look into the case. I will talk to BERNAS after this for them to justify yang dia kata bahawa mereka difitnahkan. Don’t you think that is only fair? A fair way to look into the issue?
Yes. I totally agree. Saya bersetuju sepenuhnya kata-kata Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan mengambil perkara ini dengan serius, bercakap dengan BERNAS, teliti kan surat itu. Pada pendapat saya, memang surat itu dia punya niat adalah niat jahat.
That is your pendapat, okey. We respect.
That is my pendapat. That is my pendapat Yang Berhormat Menteri.
With due respect to you. Okay?
And I hope Yang Berhormat Menteri will look into it because this is very serious.
Yes, we’ll look into it. But if they are on the right, you have to accept.
Jangan- no, Yang Berhormat Menteri...
No, no. You jangan meminta orang, paksa orang supaya bersetuju...
Yang Berhormat Menteri, I am giving Yang Berhormat Menteri the benefit to go and read because Yang Berhormat Menteri belum lagi baca surat tuntutan. I have read through the surat tuntutan.
Okey, okey. Panjang nanti orang lain marah ini. Cakap dengan you ambil masa panjang sangat. You know Tuan Pengerusi pun dia sekali-sekali dia tengok sama saya punya. How long this is going to go on? Ini Menteri lagi tunggu apa semua, mahu jawab ini. Apa Timbalan Menteri cakap panjang- panjang ini? I know who I am [Ketawa] Okey. BERNAS mengambil tindakan, tindakan diambil. Ini merupakan perkara yang perlu diselesaikan antara BERNAS dan PADI Rescue. Bagi tindakan ke atas kilang- kilang, ia adalah berdasarkan kadar hutang yang tinggi, di mana setelah beberapa peluang diberikan, mereka telah gagal untuk melunaskan bayaran.
So, this is the thing. You keep on denying. We have to look at the fact of the case. Is it true that they haven’t given so much time, bagi untuk menyelesaikan hutang dia tidak selesai? I think if you are the loaner, you yang bagi pinjaman. You sudah bagi peluang begitu lama. So, what are you going to do? We have to be fair you know Yang Berhormat. So, we will study the case.
Yang Berhormat, cuma saya hendak, just quickly. Dalam perkara ini saya difahamkan permasalahan susutan padi beras ini telah pun berlanjutan untuk satu masa yang panjang. Memang BERNAS di bawah perjanjian dengan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membantu pengilang- pengilang bumiputera Melayu di antaranya Skim Kisar, Skim Pusat Belian dan sebagainya. So, throughout this many years, saya difahamkan memang ada permasalahan banyak di antara pengilang dengan BERNAS. Di antaranya adalah di mana BERNAS gagal untuk mengambil stok-stok pengilang yang telah pun duduk dalam kilang-kilang mereka untuk satu masa yang lama sehingga nilai beras itu telah menjadi rosak ataupun nilainya go down. So, they will have a problem. So, that was a lot of dispute berkenaan dengan pengilang Melayu dengan BERNAS. Saya juga difahamkan bahawa BERNAS juga ada memihak kepada pihak-pihak tertentu. Pengilang-pengilang yang kononnya berhutang berjuta-juta tetapi tidak ada tindakan dilakukan sebaliknya mereka buat joint venture dengan pengilang-pengilang tersebut. So, I harap Yang Berhormat Menteri dapat juga melihat dalam keadaan ini, investigate and talk to both parties because otherwise today there is no longer pengilang- pengilang Melayu, habis sudah.
Okay. We will do it.
Seramai 20 orang pengilang Melayu sahaja di Malaysia sekarang ini.
We will do it.
And most of them are going winding up. They are all going to become bankrupt very soon because of BERNAS taking action against them. That is the fact.
You know, you have heard me before kan? I am pro rakyat, pro petani. So, that is my blood. But I also at the same time, I cannot be listening to one side of the story.
The problem is the government is listening to BERNAS only. Listen to both sides. Sit down and negotiate with them.
I will look into this, you know. Thank you for the info. But not necessarily if the info is wrong, I cannot follow you, I cannot agree with you. If the info is right, you are right, then I am with you. But the problem is most of the time, you are on the wrong side. [Ketawa] This is the problem. Prove to me that you are right, then I will agree with you. Betul tidak? It’s nothing- I mean, let’s not politicize this issue. When it comes to the interest of the rakyat and the petani, don’t play politics even among my colleagues. If they’re trying to politicize, I will go against them. So, what? My position? I don’t care. What important is the rakyat. They support me, you cannot get rid of me... [Ketawa] I mean you can take my positionlah, my post, my chair but you cannot take me away from my people. Apa ini banyak sangat ini?... [Ketawa] Lepas satu, satu. So, you don’t worry. Ha ini lagi, last onelah. I want to reply to your Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan apa ini? Terdapat dua kemungkinan padi angin tidak dapat dikawal oleh pakej teknologi clear field, CL22. Mata ini tidak berapa nampak ini. Apa ini Yang Berhormat?... [Bertanya kepada Yang Berhormat Pontian] CL22 apa ini? OD kahapa ini? Ha, CL220. Lepas itu bracket pula, macam nombor pula bracket. Untuk control padi angin. Pertama, petani tidak mengikuti panduan penggunaan clear field sepenuhnya iaitu menggunakan benih sah. Menyembur racun on duty yang sah dan pada masa yang tepat dan tidak menanam variety padi clear field melebih dua musim.
Kedua, padi angin berevolusi rintang terhadap racun on duty kesan daripada penyalahgunaan sistem clear field ini. MARDI sedang bekerjasama dengan syarikat BASF untuk menjalankan aktiviti penyelidikan bagi menangani masalah ini sejak daripada tahun 2015 lagi. Dijangka satu SOP kawalan padi angin akan diumumkan hasil daripada kajian ini pada tahun 2019. Variety yang disyorkan ialah MR263, MR219, MR284, MR297 dan MR269 manakala variety baru akan dilancarkan tahun depan. Ada dua variety baru yang akan dilancarkan.
Yang Berhormat Menteri, short one.
Cukup, dah lah tu.
No, on this issue. Benih padi CL ini. Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya tidak tahu sama ada ia adalah satu cadangan yang baik untuk MARDI bekerjasama membuat kajian bersama dengan BASF sebab BASF Monsanto ini adalah syarikat yang mengeluarkan CL dan sekarang didakwa pula terdapat gene transfer daripada CL kepada padi angin yang mengakibatkan padi angin itu menjadi kebal kepada penggunaan kegunaan herbicides. So, yang isunya sekarang adalah sama ada saya ingat dan saya rasa bahawa MARDI sepatutnya membuat kajian yang independent bukan relay kepada Monsanto yang membekalkan benih padi CL ini. The whole investigation will be biased. Yang Berhormat Menteri.
Always ada prasangka buruk ya. Tidak bolehlah macam itu. You have to be fair to everybody. Jangan sangka buruk. Orang ini fitnahlah, orang itu fitnahlah. Itulah, inilah. Tipulah, biasedlah. How do you? Took my advice ya? Yang Berhormat jangan begitu. Mana dia lagi? Ini dia, okey. Yang Berhormat Sungai Siput. Masalah ternakan di bandar. Yang Berhormat Sungai Siput? Dah balik? Tiada. Okey, tidak payah. Kalau ramai yang tiada ada, lagi bagus... [Ketawa] Yang Berhormat Jerantut.
Ada, Yang Berhormat.
Banyak kawan-kawan daripada backbencher pula, pembangkang dah tiada soalan dah sekarang... [Ketawa] Pemodenan sistem pengairan padi petani. Kawasan luar jelapang ingin menanam padi semula. Kementerian buat masa ini memberikan keutamaan kepada kawasan jelapang dan skim- skim luar jelapang yang aktif. Bagi kawasan kurang dan tidak aktif, kementerian akan mengkaji cadangan penambahbaikan yang dikemukakan daripada aspek kesesuaian dan daya saing dalam mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat. Yang Berhormat juga membangkitkan soal peruntukan yang meningkat daripada RM1.69 bilion bagi subsidi dan insentif tambahan. Peruntukan sejumlah RM1.69 bilion ini adalah bagi memastikan petani dapat mengeluarkan hasil padi yang mencukupi untuk kegunaan negara dan dalam masa yang sama dapat membantu petani mengurangkan beban kos pengeluaran. Seterusnya Yang Berhormat bertanya juga atau membangkitkan apakah pihak kementerian ada perbekalan yang cukup untuk benih kelapa. Ini suruh tanam, suruh tanam tetapi benih tiada. Ya tidak? is also, sekarang jadi isulah. Dulu tebang kelapa, sekarang suruh tanam pula... [Ketawa] Tak lama esok tebang balik, tanam semula. Itu sahajalah kerjanya... [Ketawa] Then, we do not know for how long this demand for kelapa will go on. Esok dah tanam banyak-banyak, dah price jatuh. Drop in price, so we have to tebang... [Ketawa] I think some study has to be made, actually. We must only plan to meet the demand. Alright? Berapa ekar? Jangan more than that. Kalau kata perlu tanam 5,000 ekar, 5,000 ekar. Kalau 10,000 maka 10,000. Jangan nanti semua orang jual nasi lemak semua nak jual nasi lemak, kan? Sudahlah setengah daripada stall nasi lemak itu tidak laku, oversupply. So, I think in this case also, I think we’ll discuss lah back, bila balik ke pejabat, bincang perkara ini. Not a very serious study yang macam saya sebutkan tadi. Kalaupun local demand, kata kita ada lebihan, can we export? Kalau kita boleh eksport, there is a demand from outside then we can tanam seluas-luasnya. Jadi, benih. Pada tahun 2018, pengeluaran anak benih kelapa dianggarkan sebanyak 600,000 anak benih dan jumlah ini adalah mencukupi bagi memberi keperluan benih untuk pembangunan industri tanaman kelapa. Ini dah cukup dah dia kata. Nanti keluar banyak-banyak benih lagi, dah pengusaha benih pula bermasalah.
Sikit, Menteri. Buat masa ini, Yang Berhormat Menteri, minat petani terhadap tanaman kelapa ini agak memberangsangkan. Cuma bekalan, saya difahamkan hendak dapat kelapa matag pun tiada. Kemudian ada variety baru yang dikatakan dari Kuala Selangor, Sungai Gulang- Gulang (SGG) pun petani kena tunggu tiga bulan baru hendak dapat. Ini kerana kalau tiga bulan itu mungkin mood petani pun tidak minat dah hendak tunggu. Saya bimbang dia beralih membeli di pasaran terbuka yang tidak ada jaminan daripada segi mutu benih yang disediakan. Jadi, akhirnya dia akan kata Jabatan Pertanian cakap sahaja lebih, kerja tiada. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bangun] Yang Berhormat Menteri.
Kalau ikut ini Yang Berhormat, saya sebut tadi 600,000 anak benih pokok tetapi keperluan negara, keperluan untuk ini negara yang dianggarkan sebanyak 500,000 anak benih sahaja.
So in other word, lain perkataan, kita sudah keluarkan lebih daripada keperluan. 600,000 against 500,000. Jadi kalau hendak- di mana timbul soal tidak cukup itu? Itu we have to look into this lah.
Ya, saya minta kementerian selidik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab saya sendiri, saya cuba hendak support aktiviti ini di kawasan Parlimen Jerantut, tapi bekalan memang sukar untuk dapat setakat hari inilah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya sama dengan pendapat Yang Berhormat Jerantut sebab saya juga turut serta menghubungi Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian, memang mengatakan SGG ataupun matag ini memang tidak ada bekalan benih. So saya rasa permintaan ini memang agak tinggi dan sekarang ini harga boleh mencecah sehingga RM2.50 sebiji. Jadi, minat usahawan-usahawan kepada penanaman kelapa ini agak meningkat. So, sekarang ini yang kita dengar dalam bajet, PM menyebut pula careca, yang baru, dan kita pun search dalam internet kata baru dalam kajian dan akan dilancarkan pada tahun 2018 yang mana pokoknya ketinggian hanya dalam enam kaki sahaja dan boleh mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Jadi kita dengan stok yang sangat-sangat berjuta tan masih kekurangan di negara kita, memang sepatutnya kita menggalakkan dari segi usaha ini.
Kalau sekiranya ada keperluan yang sebenar, kita kena tambahlah benih pokok ini kan. Kita tidak boleh amalkan sikap denial syndrome, ya tidak? Main tolak-tolak saja, tak boleh.
Yang Berhormat Menteri, masalah yang ditimbulkan tadi saya rasa betul. Di Kelantan pun masalah yang sama.
Okey.
Kami berharap bahawa pihak Yang Berhormat Menteri dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih.
Okey, kita akan bawa perkara ini untuk dikaji dengan lebih mendalamlah- the demand and the supply. Bekalan anak benih adalah dihasilkan oleh pusat-pusat pengeluaran benih kelapa Jabatan Pertanian. Anak benih yang dihasilkan oleh pihak swasta akan disahkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian. So, ada juga yang kita swastakan. Kalau ada sesiapa di antara usahawan di kawasan Yang Berhormat umpamanya, boleh mengusahakan pokok benih ini, this is also satu peluang. Seterusnya, isu bekalan benih durian dan langkah memastikan benih berkualiti berada di pasaran iaitu durian musang king terutamanya. Isu bekalan benih kelapa dan- langkah itu sudah kita sebut tadi. Yang durian ini.
Pada masa ini, terdapat lebih kurang 60,000 anak pokok musang king dan pada tahun hadapan, anggaran benih yang akan dikeluarkan ialah 240,000. So be prepared lah. Jumpa dengan Jabatan Pertanian. Jangan ketinggalan esok.
Cuma sikit, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Apa yang saya tekankan ialah kualiti benih yang ada di pasaran terbuka, misalnya di pasar-pasar malam, di pasar pagi, yang banyak mengeluarkan benih durian ini yang diclaim musang king. Bila saya tanya ambil di mana benih musang king yang banyak ini dengan harga dia jual RM20 sepokok, dia kata dia import daripada Thailand. Jadi apakah kualiti benih yang diimport ini, yang dibawa masuk daripada Thailand ini benar-benar dijamin kualitinya? Kita bimbang petani menjadi mangsa kepada keadaan ini, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Ya, Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat ya. Itu satu perkara yang kita kena ambil tahulah. Kita tidak mahu Thailand punya musang jadi musang king kita. Musang dia lain, musang kita lain. Musang king kita sudah terbukti ada kualiti, harga mahal. So, kita akan adakan pemantauan. Saya harap Jabatan Pertanian akan buat pemantauan tentang perkara ini. Tadi saya sebut next year, 240,000 pokok ya. Dijangka keperluan benih adalah sebanyak 100,000 setahun. Ini dia. So, dijangka. Mengikut kajian Jabatan, 100,000 pokok setahun. So, kalau kita keluarkan sampai 2,000, 3,000 pokok, nanti sudah berlebihan pula ya. Bagi memastikan ketulenan benih musang king, jabatan telah melaksanakan skim pengasingan bahan tanaman kepada nurseri-nurseri swasta yang mengeluarkan benih. Setakat ini, terdapat 20 yang mengeluarkan benih durian ini telah menyertai skim ini. Petani dan orang ramai digalakkan untuk membeli anak-anak benih daripada nurseri tersebut. Terdapat 20 nurseri ya. Anak-anak benih durian ini disahkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian. Yang Berhormat Jerantut juga membangkitkan soal pengeluaran daging, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Melihat dari pengeluaran daging pada tahun 2007, Malaysia mengeluarkan 34.9 ribu tan metrik daging lembu dan 1.8 ribu tan metrik daging kambing bebiri. Manakala bagi tahun 2017, Malaysia telah berupaya mengeluarkan 50.3 ribu tan metrik daging lembu dan 4.5 ribu tan metrik daging kambing bebiri. Melihat dari pengalaman, pengeluaran Malaysia telah berkemampuan meningkatkan pengeluaran daging lembu sehingga 44 peratus dan 150 peratus bagi daging kambing bebiri. Namun begitu, dengan kepesatan ekonomi dan peningkatan kuasa beli rakyat telah mengubah tabiat makanan serta menyebabkan peningkatan per kapita daging segar kepada tujuh kilogram setahun bagi daging lembu/kerbau dan 1.3 kilogram setahun bagi daging kambing bebiri. Ini seterusnya telah menyebabkan- walaupun kapasiti pengeluaran meningkat, namun kadar sara diri daging telah menurun dari 24.1 peratus pada tahun 2007 kepada 23 peratus pada tahun 2016. Manakala bagi daging kambing bebiri, ianya meningkat dari 10.2 peratus kepada 13.0 peratus tahun 2016. Banyak dia punya peratus-peratusnya. Bolehkah, masuk kah? Peratus-peratus ini. Bantuan kerana kerosakan disebabkan binatang liar. Babi tadi, dan juga binatang liar yang lain. Jabatan Pertanian tidak menyediakan sebarang ganti rugi ke atas kerosakan yang disebabkan oleh binatang liar. Namun, bantuan diberikan dalam bentuk in kind bagi pembinaan pagar dan membuat parit gajah bagi mengelakkan kemasukan binatang liar. Pada tahun 2016, sejumlah RM847,000 telah digunakan bagi tujuan pembinaan pagar melibatkan 661 petani. Jabatan juga menjalankan kerjasama bersama Jabatan PERHILITAN bagi menangani masalah ini.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon sekiranya dapat kita laksanakan agar meringankan bebanan para petani kita kerana serangan hidupan liar ini, kalau boleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membincangkan semula langkah-langkah yang boleh kita ambil, selain daripada dalam bentuk in kind tadi, kita beri, bukan ganti rugi, tapi membantu mereka supaya memulakan semula pertanian mereka ini kerana kalau Jabatan Pertanian tidak membantu, ke mana lagilah harapan mereka. Jadi saya minta dikaji semulalah bantuan ini. Terima kasih.
Baik insya-Allah. Yang Berhormat Dungun ada, balik dah?
Yang Berhormat Dungun ada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dungun, usaha untuk meningkatkan SSL beras negara. Kerajaan membuat penetapan semula SSL daripada 100 peratus kepada 80 peratus menjelang 2020. Penetapan ini mengambil kira permintaan pengguna dan industri terhadap beras import seperti Basmati, beras wangi dan Japonica. Usaha untuk meningkatkan SSL negara ialah yang pertama, penggunaan varieti rintang dan benih padi bebas penyakit dengan anak benih bebas penyakit dan benih padi sah. Kedua, meningkatkan kesedaran petani untuk melaksanakan pengamalan penanaman padi yang baik contohnya MyGAP. Pembangunan infrastruktur, pengairan saliran, automasi, mekanisasi dan sebagainya dan juga mengurangkan post-harvest losses. Boleh ya Yang Berhormat Dungun? Kemudian Yang Berhormat Dungun juga membangkitkan industri herba bernilai tinggi di Dungun. Setakat mana kemajuan peluang pekerjaan dan benefit kepada penduduk tempatan. Projek EPP1 di Dungun adalah untuk menjadikan pusat pengeluaran bahan mentah herba, herbal park. Luas tanaman yang diusahakan sebanyak 40.47 hektar daripada sasaran 162.4 hektar iaitu 24.9 peratus. Peluang pekerjaan sebanyak 45 daripada sasaran 65 diwujudkan terdiri daripada penduduk tempatan. Jadi maknanya ramai juga lah penduduk tempatan. Seterusnya, apakah kerjaya kejayaan Agrobank dalam membantu petani, penternak, nelayan dan usahawan tani menjalankan projek pertanian. Ini bertanyakan soal Agrobank. Jumlah pinjaman atau pembiayaan Agrobank yang telah diluluskan kepada petani, penternak, nelayan dan usahawan tani adalah seperti berikut, 2015 RM680 juta, tahun 2016 sebanyak RM878 juta meningkat itu. Hampir RM200 juta. Tahun 2017 setakat ini, setakat September RM642.48 juta. Pembiayaan di atas adalah bagi bidang tanaman, perikanan, perhutanan, penternakan, industri asas tani dan perkhidmatan pertanian iaitu dalam bidang yang dimandatkan kepada bank. Itulah Dungun. Terima kasih. Saudara kita Yang Berhormat Tenom ada? Ada... [Ketawa] Menyorok sahaja nampaknya. Yang Berhormat Tenom, penubuhan Lembaga Tenusu dan Ruminan. Kerajaan sememangnya dalam perancangan untuk menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan pada tahun depan seperti mana yang dimaklumkan dalam Bajet 2018 yang lalu. Dalam pembangunan industri tenusu bagi membantu penternak kecil pakej di bawah sumber kekayaan baru. Meliputi pemberian 10 ekor induk, mengukuhkan sistem rangkaian sejuk RFT tank, peralatan sokongan penternak seperti chopper, untuk penternak komersial pemberian bantuan berupa induk ternakan 100 ke 500 ekor, pengukuhan rangkaian sejuk lori tangki susu, dan juga peralatan sokongan penternakan. Itu berkenaan dengan pembangunan industri tenusu untuk small and big players.
Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Adakah setiap penternak tenusu yang secara kecil- kecilan ini juga diberi bantuan subsidi kepada per liter susu yang telah dijualkan di pasaran. Adakah ini termasuk juga subsidi kepada susu-susu yang telah dihasilkan oleh penternak-penternak kecil tadi. Selain daripada input-input yang lain yang dibantu oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Subsidi bantuan itu dah- di satu bentuk subsidi untuk pengusaha tenusu itu. Jadi Yang Berhormat bertanya subsidi apa lagi nak bagi.
Harga, kalau contoh price support kepada per liter susu yang dihasilkan. Saya dapat tahu contoh dia...
Price support, belum lagi lah. Kita belum lagi.
Itu tidak dimasukkan kah? Kalau boleh itu pun boleh diambil kira untuk membantu penternak-penternak.
We are looking into it. For the time being, belum ada lagi but it’s a policy matter. We have to discuss this and whether it’s practical or not practical kementerian kena perhalusi. Seterusnya, Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan teknologi terkini dalam penternakan tenusu itu. The latest technology. Bagi memastikan lembu tenusu yang diternak bersesuaian dengan keadaan iklim di Malaysia, antara langkah yang diambil adalah seperti berikut, pertama ialah membangunkan baka yang boleh beradaptasi dengan iklim tropika seperti pembangunan dan peningkatan populasi tenusu tempatan iaitu Mafriwal. Seterusnya menggunakan teknologi terkini seperti sistem rumah tertutup blower fan dan cooling fan dengan menggunakan teknologi ini boleh memberikan persekitaran yang kondusif untuk penternakan lembu tenusu. Lembu ini pun manja juga. Hendak ada kipas angin lah, fan. Itulah teknologi dia Yang Berhormat Tenom. Saya teruskan Tuan Pengerusi, boleh teruskan Tuan Pengerusi. Ada sikit lagi.
Banyak lagi Yang Berhormat?
Lepas ini siapa pula?
Lepas ini Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
dah tunggu lama dah. Mana komoditi.
Kalau panjang lagi boleh jawab bertulis Yang Berhormat.
Tengok ya. Satu, daripada Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu ada? Tak ada? Yang Berhormat Setiu kena jawab. Marah dia karang. Kawan kita. Yang Berhormat, ikan pemangsa di perairan umum. MoA melalui DOF telah mengenakan syarat. Syarat-syarat di mana ikan-ikan dari luar negara, spesies asing perlu kelulusan Jawatankuasa IRA atau Import Risk Analysis terlebih dahulu sebelum dibawa masuk. DOF iaitu Jabatan Perikanan memberi khidmat nasihat dan mengadakan program kepada penternak. Kesedaran orang awam yang akan membuat perlepasan di perairan umum yang juga termaktub di dalam Kaedah-kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) yang telah dikuatkuasakan 1 Mac 2017 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Seterusnya Yang Berhormat Setiu, kerajaan negeri juga digalakkan untuk menerima pakai kaedah ini iaitu jabatan juga menjalankan dan penguatkuasaan terhadap premis-premis ikan akuarium melalui Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb., bagi Ikan) 1990, Pindaan 2011, mengambil tindakan terhadap premis-premis akuarium yang memelihara ikan-ikan larangan yang tidak diberi kebenaran untuk memelihara ikan tersebut.
Yang Berhormat Setiu juga bertanyakan apakah cara untuk mempelbagaikan tanaman dalam negara. Kementerian melalui Jabatan Pertanian telah mempelbagaikan tanaman melalui pelaksanaan projek seperti berikut: (i) pembangunan industri buah-buahan melalui kluster betik, rambutan, durian, pisang, mangga harumanis dan tembikai, projek tanam semula buah-buahan terpilih; (ii) pengeluaran industri sayur-sayuran melalui bantuan peningkatan hasil sayur kluster tanaman kontan dan ekonomi. Ini pembangunan kelapa, kopi. Tadi kita telah sebut semua itu.
Yang Berhormat Setiu juga membangkitkan penyertaan bumiputera, latihan belia, suntikan modal penternak kecil untuk sertai projek tenusu. Kerajaan mengambil maklum akan penyertaan bumiputera dalam projek tenusu dan dalam Projek Rintis Tenusu 2017, 80 peratus pengusaha komersial adalah bumiputera. Latihan belia dilaksanakan melalui NATC. Suntikan modal dilaksanakan melalui matching loan dengan pihak Agrobank. Penternak kecil juga telah dilibatkan dalam Projek Rintis Tenusu 2017 dengan seterusnya untuk tahun-tahun 2018, 2019 dan 2020. Seramai 100 penternak kecil akan dilibatkan dalam projek tenusu mulai 2017. Yang Berhormat Sarikei tidak payahlah, ya. Ada juga Yang Berhormat Sarikei? Pada masa ini terdapat seramai 82,000 pengusaha padi bukit di bantu di bawah subsidi baja padi bukit ataupun padi huma, di mana pecahan seperti berikut. Sarawak seramai 66,700 pengusaha melibatkan 60,494 hektar, manakala Sabah seramai 15,000 pengusaha, 11,000 hektar. Peruntukan 2017 ialah sebanyak RM70 juta. Ya, Yang Berhormat Sarikei? Senyumlah sikit. Mentang-mentang dia pembangkang, tidak boleh senyum kah? [Ketawa] Mana- mana pengusaha padi bukit yang tidak tersenarai boleh kemukakan nama kepada LPP Sabah dan DOA Sarawak untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat Bukit Gantang tidak ada?
Ada, ya.
Mana?
Depan ini, depan.
Bertulis sudahlah ya. Boleh?
Ya.
Boleh? Boleh yang bertulis ya? Jawab terus? So, I have to. Isu bekalan lembu korban, ya? Saban tahun permintaan terhadap ternakan untuk tujuan korban akan meningkat selaras dengan peningkatan kesejahteraan dan taraf ekonomi rakyat Malaysia. Namun begitu, setiap tahun dari pemantauan kementerian ini, bekalan ternakan korban sentiasa mencukupi. Cukup, walaupun sebahagian kecil iaitu lebih kurang satu per empat ataupun 25 peratus datang dari sumber import. Kecil sahaja. Namun begitu, tidak dinafikan harga ternakan tersebut sentiasa meningkat kesan daripada dua faktor utama iaitu seperti berikut: (i) kesan dari market forces iaitu berasaskan bekalan dan permintaan yang sama yang mana permintaan yang tinggi telah mendorong kepada peningkatan harga; (ii) kesan dari kenaikan harga ternakan dunia yang mana jika dibandingkan dengan harga dalam negara, ia masih rendah berbanding dengan harga di Indonesia, Thailand dan Brunei; dan (iii) pewujudan Lembaga Tenusu dan Ruminan Negara akan merancakkan lagi industri ruminan dan meningkatkan populasi lembu negara.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Minta.
Kata tadi suruh baca sahaja. Selepas itu soal pula lagi. Hai! Cerdik betul.
Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bijaksana. Cumanya macam ini Yang Berhormat Menteri ya. Masalahnya ialah kita menghadapi kenaikan harga barang, harga lembu ini yang agak mendadak sehinggakan kadang-kadang berbeza sampai RM1,000 antara harga biasa dengan harga ini. Boleh atau tidak pihak kementerian melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, melalui persatuan-persatuan dan sebagainya untuk kita ini menjadi pembekal supaya tidak berlakunya eksploitasi lembu ini tadi? Terima kasih.
Yang Berhormat, kita menjadi?
Bermakna, menjadi pembekal supaya tidak ada exploit waktu dekat hendak...
Apa hendak bekal? Kita bukan ada lembu.
Lembu, melalui kementerianlah. Melalui FAMA ataupun Pertubuhan Peladang dan sebagainya itu.
Insya-Allah sebenarnya. Insya- Allah. Okey, last sekali ada. Last two. Bolehlah, hendak habis sudah. Yang Berhormat Lipis. Saudara Lipis. Adakah kita akan buat promosi madu kelulut ke luar negara. Promosi madu kelulut ke luar negara sememangnya sedang dilaksanakan oleh kementerian ini dengan penyertaan ekspo dan promosi oleh pejabat-pejabat perwakilan pertanian di luar negara. Kalau Yang Berhormat hendak ikut, boleh tetapi tambang kah, apakah, terpaksa bayar sendiri... [Ketawa] Keduanya, Yang Berhormat Lipis juga membangkitkan perkembangan Program Agropreneur Muda dan impak terhadap belia. Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Agropreneur Muda, sehingga Oktober 2017, seramai 3,816 Agropreneur Muda menerima bantuan sebanyak RM93.7 juta. Jumlah permohonan yang diluluskan pada tahun ini hingga kini ialah 2,514 pemohon berbanding tahun sudah iaitu seramai 1,034 berbanding dengan tahun 2015 seramai 1,153 pemohon. Peningkatan ini menunjukkan peningkatan minat golongan belia terhadap dalam bidang keusahawanan dan pertanian. Last, Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang, tidak ada. Tidak ada, okeylah tidak ada.
Sudah jawab sudah tadi.
Sudah jawab. Jadi, akhir sekali saya ingin mengucapkan penghargaan yang tinggi dan juga jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet MOA di peringkat Jawatankuasa ini. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,759,183,400 untuk Maksud B.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,759,183,400 untuk Maksud B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,428,536,200 untuk Maksud P.21 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,428,536,200 untuk Maksud P.21 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2018 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2018 Jawatankuasa — Maksud B.20 [Jadual] - Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan 2018] -Bill
Giliran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya satu tajuk sahaja iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Tuan Pengerusi, saya suka menyentuh sikap Kesatuan Eropah baru-baru ini telah meluluskan satu resolusi iaitu resolusi yang diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimennya di Dewan Rakyat Eropah iaitu untuk menghalang pembelian minyak sawit Malaysia dan juga seluruh minyak sawit di dunia ini. Alasan mereka bahawa minyak sawit keluaran Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara ini tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Eropah. Sedangkan Eropah cuma mengimport lebih kurang 30 peratus minyak sawit daripada negara kita. Permainan ini juga saya lihat memang terancang sebab bukan sahaja antara kumpulan Ahli-ahli Parlimen itu yang meluluskan resolusi ini bahkan dimainkan oleh beberapa NGO di Eropah, di France, di Itali, di Amsterdam iaitu mengiklankan berbagai-bagai kerosakan berhubung dengan minyak sawit yang kita produce ini. Apa yang saya ingin persoalkan iaitu sejauh mana kerajaan mengambil peranan untuk membuat penentangan di atas tindakan-tindakan yang diambil oleh Kesatuan Eropah ini? Oleh sebab mereka dalam resolusi itu mereka meletakkan syarat mereka hendak regulatekan minyak sawit kita dengan satu agensi sahaja iaitu agensi yang dikawal selia oleh Eropah. Jadi ini pada saya merupakan satu tindakan yang tidak bermoral daripada Ahli- ahli Parlimen Eropah. Oleh sebab minyak sawit ini adalah keluaran negara kita. Kenapa orang asing, orang luar yang hendak menentukan bagaimana cara dikeluarkan? Kononnya minyak sawit kita ini merosakkan bumi, minyak sawit kita tidak sustainable, minyak sawit kita membunuh orang utan dan kita membuat pembakaran secara terbuka. Ini pada saya cerita sudah 20 tahun, 30 tahun yang lalu. Mereka harus sedar bahawa di negara kita Malaysia ini kita tidak membuka lagi ladang sawit baharu. Apa yang ada kita replanting ataupun penanaman semula. Ini yang berlaku. Eropah juga mengiktiraf satu badan iaitu dipanggil Round Table Sustainable Pam Oil (RSPO). RSPO ini kebanyakannya diduduki oleh ahli lembaga pengarah bukan daripada pengeluar tetapi daripada pengilang itu sendiri. Justeru itu, kerajaan telah mewujudkan MSPO. Saya rasa MSPO ini lebih proaktif sebab kita menjaga kepentingan bukan sahaja pengeluar, kita menjaga kepentingan pengilang, kita menjaga kepentingan refinery dan yang penting kita menjaga 650,000 orang pekebun-pekebun kecil yang bernaung dan dalam industri seumpama ini. Walaupun kecil-kecilan tetapi kalau dikumpulkan, ia menjadi banyak. Justeru itu, rasa saya Kesatuan Eropah haruslah melihat diri mereka sendiri. Kita sedar bahawa ekoran daripada bekalan sawit yang berterusan, yang sustainable ini maka menjadi saingan kepada soya bean, kepada grape seed kepada sunflower dan berbagai-bagai lagi. Mereka sedar bahawa produk mereka ini tidak tahan lama. Setiap 4 bulan mereka akan kena replanting. Sedangkan kita ini 25 tahun hingga 30 tahun kelapa sawit ini satu kali di-replanting. Justeru itu, saya meminta kementerian, saya meminta kerajaan supaya bertindak tegas untuk melindungi bukan sahaja mungkin pemain-pemain yang besar melibatkan ladang kelapa sawit yang beratus-ratus ribu hektar tetapi keutamaan kita melindungi kita punya small holders ataupun pekebun-pekebun kecil ini. Saya juga meminta kepada big player di dalam industri kelapa sawit ini supaya tampil ke hadapan. Oleh sebab kalau minyak sawit ini tidak boleh dieksport ke luar negara, mereka juga akan mengalami kerugian yang besar. Jadi saya minta kepada IOI, Sime Darby dan macam-macam lagi yang dikira setakat ini berpuluh-puluh yang memiliki beratus-ratus ribu hektar tampil ke hadapan, bantu kerajaan, bantu rakyat.
Ini masalah. Kita menuntut mereka bangkit bersama-sama untuk mempertahankan kepentingan negara. Kita harus melihat walaupun Malaysia ini negara yang kedua penyumbang pengeluaran minyak sawit ini sebab yang pertama iaitu negara Indonesia. Indonesia adalah pengeluar terbesar. Saya telah berjumpa dengan Menteri dia. Menteri dia kata, dia akan pertahankan apa juga yang berlaku. Kalau perlu kita tidak perlu eksport minyak sawit kita kepada Eropah. Dia meminta supaya Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan Indonesia untuk memerangi usaha-usaha jahat daripada pihak Eropah ini. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mula dengan 010300 Lembaga Koko Malaysia. Saya telah beberapa kali bangkitkan isu mengenai industri koko di dalam Dewan yang mulia ini pada hari yang sama saya tekankan isu-isu berkenaan dengan industri koko. Sebagai contoh, kali ini kita telah memperuntukkan kewangan yang hampir sama lebih kurang dahulu RM25 juta, kini RM27 juta. Akan tetapi penekanan yang saya hendak berikan adalah dalam masa kini kita dapati industri koko sedang berkembang dan ada potensi yang lebih tinggi. Jadi, apakah intensif-intensif yang telah dibekalkan oleh kerajaan kepada petani terutamanya pekebun kecil di luar bandar dan bagaimanakah kita akan membangunkan industri koko pada tahun 2018? Pada waktu yang sama saya ingin juga mengetahui bilangan pengilang-pengilang coklat tempatan termasuk usahawan-usahawan coklat tempatan dan juga bilangan kilang konfeksi koko. Selain daripada itu saya juga ingin mengetahui nilai eksport industri koko negara. Sebagai contoh pada tahun 2015, kita tahu industri koko telah mempunyai pendapatan eksport sebanyak RM5 bilion. So, dari sudut tekanan itu saya ingin Yang Berhormat Menteri menerangkan untuk tahun 2016 dan unjuran nilai eksport untuk tahun 2017. Selain daripada itu Tuan Pengerusi, saya juga ingin tekankan pada tahun 2015 juga kerajaan telah memperkenalkan satu program yang dikenali sebagai FFS di Kampung Yom, Sungai Siput. Ini adalah untuk melibatkan Orang Asli untuk menggalakkan Orang Asli menanam koko. Jadi disebabkan itu adalah lokasi pertama program FFS, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang status program ini? Adakah program ini telah berkembang kepada kampung- kampung Orang Asli yang lain? Seterusnya Tuan Pengerusi, saya hendak masuk kepada bahagian kedua iaitu 010600 - Lembaga Lada Malaysia. Lada hitam merupakan satu bahan makanan dari India telah dibawa ke Sarawak dan kita tahu Sarawak adalah salah satu negeri yang mempunyai satu potensi untuk menaikkan nilai eksport lada di negara kita. Eksport lada hitam keluaran Malaysia ke luar negara telah mencecah RM180.4 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama pada tahun ini, Tuan Pengerusi.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pekebun-pekebun kita sebab dapat menghasilkan satu nilai yang terbaik dalam masa tujuh bulan yang pertama. Jepun merupakan pembeli utama komoditi daripada kita, berkenaan itu saya nampak juga amaun yang telah dibekalkan kepada Lembaga Lada Malaysia adalah sama sahaja. Tahun lepas pun RM22,158,700 nilai yang sama telah dibekalkan pada tahun ini bermaksud saya tidak nampak apa-apa progress walaupun dalam masa tujuh bulan yang pertama industri lada hitam ini telah menunjukkan satu potensi yang terbaik. Dengan nilai yang sama tahun lepas dan tahun ini dana yang diperuntukkan adalah sama, saya ingin mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai ‘intensif-intensif’ yang akan dibekalkan oleh kerajaan untuk memastikan komoditi lada ini terus berkembang pada tahun-tahun hadapan...
Yang Berhormat, “insentif” rasanya perkataan itu, “insentif.”
Ya?
“Insentif”, bukan “intensif.”
“Insentif”, adoi sudah malam sangat, Tuan Pengerusi. Ya, “insentif.”
Ya, “insentif”.
Selalu guna itu, “insentif”. Ya, terima kasih. Bermaksud Tuan Pengerusi peka dengan apa yang saya cakap ini. Terima kasih.
Tidak boleh tidur, Yang Berhormat kena perhati.
[Ketawa] Terima kasih, Tuan Pengerusi. Kedua Tuan Pengerusi, selain daripada insentif-insentif yang saya bangkitkan tadi yang kedua adalah mengenai khususnya adalah lada Sarawak. Lada Sarawak dikenali mempunyai premium kualiti dan rasa tersendiri, Tuan Pengerusi. Banyak negara terutamanya pesaing-pesaing kita seperti Vietnam telah berkunjung ke Sarawak untuk meneliti lada Sarawak. Jadi kita memahami bahawa lada mempunyai iaitu khususnya lada Sarawak ini mempunyai nilai yang luar biasa. Maka saya bercadang kerajaan sepatutnya mengambil ini sebagai satu kesempatan untuk mengkaji dan membangunkan industri lada khususnya lada Sarawak ini. Bersangkut paut dengan isu yang saya bangkitkan ini lada Sarawak, saya ingin mendapatkan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai perancangan kerajaan untuk mempromosikan khususnya lada Sarawak ini dan bagaimana kita boleh gunakan lada Sarawak ini untuk mengawal pasaran antarabangsa dunia. Ketiga Tuan Pengerusi dengan izin, berkenaan dengan Butiran 030300 iaitu Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Saya sehati dengan Yang Berhormat Kinabatangan dalam hal minyak kelapa sawit ini, minyak sawit ini. Saya rasa sebagai rakyat Malaysia kita kena bersyukur kepada industri sawit di Malaysia dan kita seharusnya mara ke hadapan untuk mempromosikan industri sawit negara ke tahap yang lebih tinggi dan setaraf dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa. Saya juga memberikan komitmen bahawa kita tidak akan membenarkan kuasa- kuasa Eropah mengaibkan dan menghina industri minyak sawit negara. Berkaitan dengan poin ini Tuan Pengerusi, izinkan saya menanya beberapa soalan untuk menambah baik industri ini. Soalan pertama saya ialah, apakah perancangan kerajaan untuk menghasilkan produk minyak sawit yang bermutu tinggi? Kedua, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan hasil tuaian minyak sawit ini memenuhi permintaan dunia? Ketiga, apakah tahap kajian dan penyelidikan, research and development (R&D) yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kita setara dan mampu bersaing di pasaran dunia. Keempat Tuan Pengerusi dengan izin, kita arif dalam Dewan ini bahawa kerajaan telah menetapkan pematuhan mandatori persijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan sebentar tadi dan ianya bertujuan untuk meningkatkan industri minyak sawit kepada standard global. Saya mengalu-alukan tindakan ini. Saya ingin mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini terhadap syarat persijilan MSPO ini. Apakah status terkini? Oleh sebab kita akan lancarkan secara berperingkat-peringkat. So, saya ingin mendapatkan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri tentang status.
Namun begitu Tuan Pengerusi, saya agak kecewa apabila dana yang dibekalkan untuk kempen anti minyak sawit hanya RM2 juta. Dulu kita bekalkan RM1.5 juta ada penambahan sebanyak RM500 ribu. Namun saya ingin melafazkan kekecewaan saya, saya berharap atau saya mampu mencadangkan bahawa seharusnya kita perlu memikirkan untuk menambahkan nilai ini. Kalau tadi Yang Berhormat Kinabatangan senada dengan saya ingin mempertahankan industri ini dengan RM2 juta sahaja kita tidak mampu. Terakhir sekali Tuan Pengerusi adalah Butiran 030500 – Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah sebanyak RM261 juta telah dibekalkan. Ini adalah satu inisiatif, tepat sekarang, inisiatif yang terbaik saya berterima kasih kerana pekebun kecil dan penoreh getah ini perlu dijaga khususnya dalam musim- musim tengkujuh. Akan tetapi saya ingin mendapat penerangan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah kita telah kenal pasti berapa ramai yang akan menerima bantuan ini. Sekiranya ada, berapa banyak wang yang akan kita akan salurkan kepada setiap seorang pekebun kecil dan penoreh getah ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kota Tinggi.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan hendak mengatakan bahawa saya menyokong penuh saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengatakan kita Malaysia bersama dengan Indonesia akan membuat satu joint force untuk memastikan hasil minyak sawit kita tidak akan diperkotak-katikkan oleh European Union dan usaha kerajaan ini melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) yang mana kita dengan Indonesia dapat dilaksanakan segera. Bukan niat kita sebenarnya untuk memulakan trade war dengan mengadakan sekatan-sekatan kepada sektor-sektor dalam perladangan komoditi ini tetapi kita lebih hendak menjaga 650,000 pekebun kecil di Malaysia, tiga juta orang yang berkait dengan industri minyak sawit ini dan juga di Indonesia saya difahamkan 17.5 juta pekebun kecil juga akan terlibat. Angka ini sudah tentu mungkin lebih tinggi bila melibatkan pada seluruh pergantungan kepada industri ini. Atas sebab itu saya menyokong penuh sebagaimana Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Kapar- untuk kerajaan meneruskan usaha untuk memperkasakan lagi usaha kita untuk memastikan kelapa sawit tidak akan menjadi bahan yang akan dikekang oleh European Union. Saya juga mengucap tahniah kerana bajet tahun ini untuk kementerian ini ditambah dan pertamanya ialah seperti mana Yang Berhormat Kapar cakap lagi Butiran 030500 ada Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah sebanyak RM261 juta. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan baru-baru ini juga banjir yang kita tahu negara kita ada banjir jadi kerajaan bersiap sedia. Ini sebahagian daripada kos pertambahan. Jadi saya harap dari segi ini belah-belah sana kena fahamlah kadang-kadang tinggi ini ada sebab musababnya. Akan tetapi saya juga hendak tanya untuk Butiran 94000 iaitu NKEA sebanyak RM243 juta diperuntukkan. Saya yakin ini ada penjelasan. Akan tetapi sebelum itu saya hendak menarik minat Dewan yang mulia ini dah ucap tahniah kepada kementerian kerana kalau tengok outcome-nya, komoditi yang berdaya saing di pasaran global nampaknya pertambahan kita lihat kelapa sawit bukan RM80 bilion setahun tetapi untuk plantation dan komoditi kementerian ini hasil eksport komoditi dijangkakan RM133 bilion tahun depan. Itu satu angka yang amat besar. Kita lihat dengan petunjuk prestasi utama antara lain ialah penambahan persijilan antarabangsa MTC Forest Management daripada 15 hingga 17 tahun depan disasarkan tetapi yang paling ketara ialah persijilan antarabangsa MSPO kita daripada 362 tahun ini disasarkan kepada 1,938 dan persijilan MSPO untuk peringkat kilang daripada 10 hingga ke 95.
Ini adalah satu petunjuk-petunjuk betapa kita serius untuk menangani isu-isu yang kita tahu ada pihak-pihak tertentu cuba mengekang eksport nilai komoditi kita. Kita tahu sejarah kita tahun 1990-an kelapa sawit dikaitkan dengan nutrition of value deficiency- kena kanser dan sebagainya oleh pelobi-pelobi kacang soya. Kita ada sejarah kita menangani dengan baik.
MPOB, MPOC, kementerian telah mengadakan R&D, mengadakan seminar- seminar dan akhirnya pada hari ini minyak kelapa sawit tidak lagi dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan. Akan tetapi hari ini is ever changing goalpost, maknanya bila kita jual tujuh juta tan kelapa sawit ke Eropah, Malaysia dan Indonesia, ada pihak- pihak melobi melihatnya sebagai satu ancaman kepada mereka dan cuba mempromosikan rapeseed dan canola oil yang mana ditanam di Eropah mereka mengaitkan dengan Strategic Development Goal 2030 kriteria iaitu deforestation. Disebabkan ini mereka cuba mengaitkan dan ini adalah amat bahaya untuk kita. Sekali lagi ada juga rakyat bertanya selama-lama ini kita tidak buat apa-apa kah? Kita sudah buat 1990-an, 2000 kita tangani industry value dan kita berjaya. Kali ini satu lagi Tsunami iaitu hendak mengaitkan kita dengan deforestation dan pemusnahan alam sekitar. Nampaknya orang Eropah ini dia lebih concerned orang utan dengan monyet daripada household ini, pekebun-pekebun kecil 670 ribu ini. Itu sebabnya kita mesti mengadakan satu kapasiti yang cukup untuk menangani gelombang kedua untuk mereka merosakkan kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah sebut kita sudah tubuhkan CPOPC kita mengadakan pensijilan MSPO dan sebenarnya MSPO ini jauh lebih baik, saya setuju dengan Yang Berhormat Kapar. Jauh lebih baik daripada RSPO, RSPO ini dahulu ditubuhkan kerana syarikat- syarikat besar berpendapat, kalau mereka tidak dapat jual minyak sawit, mereka masalah. Jadi syarikat-syarikat ini tubuhkan satu standard baru dipanggil the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO). Akan tetapi hari ini RSPO kita lihat hanya menjaga kebajikan pengilang-pengilang dan juga mainstream dan downstream, pertengahan dan hiliran. Akan tetapi dia tidak menjaga kebajikan pengeluar-pengeluar contohnya pekebun-pekebun kecil, syarikat-syarikat besar sama ada di Malaysia atau Indonesia. Jadi kita MSPO ini lebih merangkumi, lebih mempunyai nilai tinggi dalam valuation, mengambil kira seperti mana Yang Berhormat Kinabatangan cakap tadi, pengeluar, pekebun kecil, pengilang pertengahan dan pengilang huluan dan juga consumer. Jadi itu sebab MSPO ini jauh lebih baik dan ia mengambil kira kepentingan kita. Silakan, boleh.
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi. Saya dimaklumkan di pasaran Eropah sekarang ini sebanyak 1,700 produk yang mengeluarkan label “No Palm Oil”. Saya juga dimaklumkan dalam 1,700 produk ini 60 peratus adalah sebenarnya mendapat pensijilan RSPO. Jadi soalan saya mungkin minta penjelasan apakah pendekatan kita untuk mengeluarkan pensijilan MSPO ini akan berkesan dan akan membantu dan mungkin esok produk yang ada label “No Palm Oil” akan berkurangan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya minta tolong masuk dalam ucapan saya. Kita rasa kita ragu-ragu niat sebenar RSPO ini sebab mereka ahli RSPO tetapi mereka juga menyokong kempen “No Palm Oil” label di Eropah seperti mana yang Yang Berhormat Simpang Renggam cakap tadi. Jadi kita tidak boleh semata-mata meletakkan harapan kita, masa depan kita kepada mereka semata-mata. Atas sebab itulah kita mesti hidupkan MSPO kita mesti kuatkan bersama ISPO iaitu Indonesian Sustainable Palm Oil- itu sebablah kerajaan menubuhkan CPOPC dan kerajaan hari ini saya rasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan industri kelapa sawit kita tidak digantung oleh mereka-mereka yang mempunyai niat yang meragukan sehingga hari ini.
Saya melihat bahawa saya setuju tadi bajet kita untuk promosi ini perlu dipertingkatkan. Kalau setakat RM2 juta ini apa yang kita boleh buat. Saya yakin dalam pembangunan Butiran 94000 – NKEA ini sudah tentu ada usaha-usaha untuk membuat pensijilan, membuat education, membina infrastruktur untuk MSPO kita, saya yakin. Cuma saya rasa adakah kita bergerak pada tahap yang sedinamik usaha mereka di Eropah. Kita mesti seiring kita tidak boleh syok sendiri buat ikut cara kita, sebab apa dinamika usaha untuk mengekang ini saya ingat amat kuat. Saya pergi di Brazil tahun lepas ada kumpulan baru pergi tahun ini saya ingat usaha mereka nampaknya lebih agresif tahun ini. Atas sebab itu saya rasa kerajaan mesti menilai usaha-usaha yang lebih solid dan telah dimulakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Presiden Jokowi dan kementerian mesti melihat pensijilan prasarana MSPO bersama ISPO mesti diperkasakan dengan kadar yang segera. Tuan Pengerusi...
Yang Berhormat Kota Tinggi, saya nak sampuk sedikit ya.
Yang Berhormat Jasin bangun.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Adakah Yang Berhormat Kota Tinggi bersetuju dengan pendapat saya bahawa perbuatan ini sengaja direka untuk satu tujuan tertentu bagi memastikan supaya bukan sahaja nama minyak kelapa sawit ini rosak, bahkan dia mahu ada satu matlamat tertentu untuk mempromosikan barangan mereka pula. Perbuatan yang tidak beretika ini kalau hanya dibuat oleh lobby group bagi menanamkan sifat kebencian masyarakat kepada kelapa sawit satu hal. Akan tetapi sekarang dia memilih forum yang lain pula dibawa kepada Parlimen, dibawa kepada legislator. Apa pendapat Yang Berhormat Kota Tinggi.
Saya setuju dengan Yang Berhormat Jasin- minta turut masuk ke dalam ucapan saya dan saya hendak sambung sedikit lagi- saya minta kepada kerajaan. Kita negara berdagang, kita memerlukan perdagangan yang banyak untuk memastikan kemapanan ekonomi kita. Kita sedang berunding dengan RCEP kalau TPP itu jadi, kalau RCEP ini mungkin November 2018 jadi, kita mesti menggunakan kekuatan yang kita ada untuk bersemuka dengan Eropah kerana kita juga akan buat perdagangan bersama European multilateral. Jadi saya minta ini juga diambil kira dalam persiapan MITI, persiapan kementerian ini dan mana-mana agensi kerajaan supaya sama ada kita pergi kedutaan di Eropah supaya kita bagi mesej yang jelas bahawa kita tidak akan berdiam diri dan kita menggunakan leverage yang terbaik untuk memastikan perdagangan kita ini tidak terkekang. Saya sebut lagi tadi kita bukan hendak mulakan peperangan trade war. Kita hendak tambah perdagangan tetapi kita kena melihat kepentingan semua holder pengunci-pengunci yang kita jaga. Sebelum habis sedikit lagi, saya hendak tanya kenapa dalam Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara – Butiran 00401, peruntukannya bertambah tetapi daripada segi acreage bertambah kurang daripada 31,000 ekar kepada 25,000 ekar. Kenapa tinggi tetapi acreage masih rendah? Saya minta Kepala- satu lagi saya minta kalau kementerian bagi bertulis sedikit lah kalau tidak- boleh detail NKEA RM243 juta ini, boleh di-detail-kan supaya kita dapat tahu perbelanjaan yang spesifik untuk memperkasakan MSPO dan CPOPC ini, berapa belanja dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan usaha yang disebut tadi mesti diperkasakan dan diperkuatkan lagi? Jadi saya ucapkan banyak terima kasih Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membuat pemerhatian dan cadangan. Pertamanya saya ingin mengulas pandangan mengenai komoditi kita khususnya kelapa sawit yang mendapat tentangan hebat katanya daripada Parlimen Eropah. Sebenarnya kita tidak terkejutlah kerana kita hendak bersaing mereka pun ada hasil mereka. Jadi apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan supaya kementerian, kerajaan mengambil sikap yang agresif bagus. Akan tetapi kita tidak wajar bersifat combative, dengan izin, kerana ini perniagaan. Kita kena memujuk dan kita sudah berjaya dari segi sudut kesihatannya tetapi dari segi alam sekitarnya kita masih lagi memerlukan beberapa tindakan. Jadi kalau kita hendak bersifat berperang tidak akan memberi apa-apa dan antara cadangan Yang Berhormat Kinabatangan tadi supaya kalau terpaksa kita tidak payah eksportlah ke Eropah. Saya rasa ini satu yang desctructive pada industri ini. Jadi kita harap kerajaan akan mengambil sikap yang positif, engage dan juga cuba mempromosikan hasil kita. Kita juga ada kajian, sekarang ini orang boleh buat kajian melalui satelit kadar tanah yang dibuka untuk kelapa sawit dan untuk tanaman komoditi yang lain. Ternyata pertambahan acreage ini meningkat dengan banyak di beberapa buah negeri. Kita boleh kemukakan statistiknya kalau mahu. Jadi ini bukan rahsia kepada masyarakat antarabangsa. Orang boleh membuat analisis terhadap perkara ini jadi sudah tentu kita dalam melaksanakan program membuka acreage yang baru seperti yang dicadangkan di bawah kementerian ini ya, kelapa sawit misalnya 5.8 juta hektar. Ini saya tidak tahu kawasan baru kah ataupun kawasan sedia ada di-maintain-kan daripada tahun lepas. Kalau ini berlaku jadi kita harus meyakinkan dunia bahawa program kita itu sustainable tidak menjejas alam sekitar barulah kita boleh berhujah dengan baik. Saya ingin menyentuh sedikit mengenai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
Tuan Pengerusi, saya baru balik daripada Bangladesh ya. Orang Bangladesh kirim salam kepada Tuan Pengerusi kita. Dia orang rindukan Tuan Pengerusi kita tidak hadir kali ini ya kerana ada sidang.
Ya. Ini kerana ada sidang Yang Berhormat.
Ya.
Tidak boleh hadir kerana ada sidang.
Ada sidang ya. Di sana Tuan Pengerusi semasa persidangan dijalankan ada dua buah khemah besar di tepi kawasan persidangan dibuka untuk pameran barang-barang dan jualan. Antara barang yang popular di promosi dan dijual sana ialah berbagai-bagai barangan, berbagai-bagai peralatan dan hiasan yang dibuat daripada jut sejenis fiber yang kita semua tahu merupakan antara tanaman asli di Bangladesh. Macam-macam beg knapsack ataupun beg belakang itu. Pakaian, hiasan rumah, macam-macam dia promosikan dengan begitu agresif sekali. Jadi berbalik kepada negara kita, kita dulu ada sedikit excitement dalam tahun 2012 kalau tidak silap saya, bila kita meluluskan Lembaga Kenaf ini. Kita dibayangkan, kita diberikan gambaran bahawa kenaf ini sejenis fiber yang kita boleh buat macam- macam, tetapi ke mana pergi excitement itu. Di mana kempen ataupun hasil-hasilnya yang boleh menarik perhatian pelancong misalnya.
Jadi saya berharap di bawah P.20 ini, sejumlah RM16 juta tidak banyak. Jadi, bagaimana kita hendak mempromosikan perkara ini dengan secara lebih luas. Jadi, saya harap perhatian pada masa akan datang ialah untuk menjadikan industri ini lebih berguna dan lebih baik kepada pengusaha-pengusahanya dan dibuat dengan cara besar-besaran dan kempennya pun dibuat dengan cara besar-besaran. Seterusnya ialah mengenai komoditi getah. Saya rasa harga getah di peringkat small holding ini sangat rendah Tuan Pengerusi. Bulan September hujung sekitar RM2.70 sekilo, RM2.60 sekilo. Walaupun bukan paling rendah dalam sejarah yang berlaku pada tahun 2016 yang lalu. Akan tetapi, jauh lebih rendah daripada tahun 2011 atau 2012 apabila harganya RM6.70 sekilo. Langkah kerajaan kita patut puji apabila mencadangkan supaya bantuan RM200 untuk tiga bulan kepada pekebun kecil ini diberikan untuk musim hujan. Akan tetapi kita kena ingat masalah kekurangan hasil dan harga ini bukan hanya ditentukan oleh hujan, masa panas pun pokok getah buat hal. Dia daun luruh dan susu getah kurang. Jadi, saya mencadangkan supaya dipertimbangkan seperti juga nelayan bahawa bantuan, saraan RM200 ini tidak dihadkan hanya kepada tiga tahunkah, ataupun tiga bulan dalam setahun. Akan tetapi, biarlah menjadi suatu dorongan supaya industri getah ini khususnya di kalangan pekebun kecil tetap maju, tetap mendapat sokongan daripada para penanam-penanam ini. Biar mereka merasa mereka membantu negara dan negara membantu mereka dari segi sudut bantuan ini. Dengan itu, saya rasa tidaklah dera sangat pekebun-pekebun kecil getah ini. Sekarang ini musim tengkujuh, selepas ini musim panas. Harga yang rendah ini saya rasa Tuan Pengerusi hanya menguntungkan industri, pemain-pemain besar seperti Top Glove misalnya yang membuat keuntungan yang dilaporkan semakin meningkat hasil daripada harga getah yang murah. Saya yakin keperluan getah mereka mencukupi, tidak berkurang kerana musim hujankah atau musim panas tetapi apabila harga yang mereka beli adalah murah, maka mereka mendapat margin keuntungan yang lebih besar. Saya rasa pihak industri pun harus mengambil sedikit social responsibility untuk berkongsi dengan memastikan harga belian daripada pekebun kecil ini tidak terlalu rendah supaya kedua-dua pihak memperoleh keuntungan. Ini saya rasa kita tidak boleh harapkan industri membuat secara sukarela, memerlukan kerajaan memberikan dorongan atau insentif supaya pihak industri dapat membantu dalam mengawal harga ini daripada terus jatuh. Jadi Tuan Pengerusi itu yang saya hendak sebutkan dalam sesi ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada B.20, Butiran 030300 – Menangani Kempen Antiminyak Sawit. Jadi kita dapat lihat bahawa sawit ini merupakan salah satu daripada tunggak ekonomi negara hari ini, merupakan sumber makanan dan tenaga dan kepelbagaian minyak sawit. Kita lihat pada hujung abad ke-20, kempen untuk antisawit ini telah dijalankan di Eropah dan juga di Amerika Syarikat. Dakwaan yang dikatakan lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol dan seterusnya menyebabkan berbagai- bagai penyakit. Seperkara lagi ialah tentang isu alam sekitar di mana penebangan hutan, menghapuskan hutan dan sebagainya. Kita hairanlah sampai hari ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh yang mengatakan kolesterol menyebabkan penyakit jantung umpamanya ataupun penyakit-penyakit seperti yang disarankan. Malah kolesterol sebenarnya diperlukan oleh badan. Dinding sel, hormon, jantung kita membuatkan garam hempedu dan sebagainya. Maknanya kalau tidak ada kolesterol dalam badan kita maka hayat ini akan pupus, manusia akan pupus. Sebab apa, steroid hormon, seks hormon semua ini terjadi daripada sterol ataupun kolesterol. Jadi kita dapat lihat ini.
Saya sampai sekarang saya pernah tanya berapa kali, sekarang ini orang terus kata bahawa kolesterol menyebabkan sakit jantung. Berapa orang yang mati hari ini kalau dibuat ujian-ujian yang kolesterolnya tinggi. Kebanyakannya ataupun ada ramai yang meninggal dunia kerana serangan jantung mengejut tetapi kolesterolnya normal. Macam mana itu? Itu macam mana pula. Ataupun soalan yang kedua saya hendak tanyalah kalau Yang Berhormat Menteri boleh dapat cari jawapan ini pun bagus. Hari ini ramai orang diberikan statin, ini statin ubat untuk menurunkan kolesterol. Kita semua tahu kan kolesterol dibuat dalam badan kita, dalam liver kita dan juga kita ambil daripada pemakanan. Apa yang ada kolesterol- susu, daging, telur dan sebagainya. Jadi kalau orang makan ubat statin kolesterol, katanya untuk menghindarkan sakit jantung. Berapa orang yang makan ubat statin dan kolesterolnya turun, berapa orang? Berapa orang yang sudah ambil dan sudah buat pemeriksaan yang mendapati perkara ini? Jadi, maknanya anggapan atau tanggapan yang mengatakan kolesterol menyebabkan sakit jantung ini sebenarnya tidak clear-kan, masih blur- masih kabur sebenarnya sebab ini yang berlaku sekarang ini, ini yang berlaku sekarang ini kita dapat lihat. Jadi, begitu juga tanggapan mengatakan ia menyebabkan kanser dan sebagainya. Jadi, hari ini dunia perubatan ini sudah banyak berubah. Dunia perubatan sudah banyak berubah, banyak ujian-ujian dilakukan. Memang kadang-kadang kita pun boleh jadi confused. Satu ketika dikata kopi tidak elok untuk jantung, satu lagi kata kopi bagus untuk jantung. Satu ketika dia kata coklat tidak bagus untuk jantung, satu ketika kata coklat bagus untuk jantung. Satu ketika dikatakan alkohol bagus untuk kesihatan, satu ketika alkohol tidak bagus untuk kesihatan. Jadi rakyat pun akan keliru.
Rokok macam mana Yang Berhormat?
Dunia akan keliru Tuan Pengerusi.
Rokok macam mana?
Ya?
Rokok, rokok.
Rokok? [Ketawa] Rokok kita perlukan topik yang lain Tuan Pengerusi [Ketawa] Rokok sensitif.
Cerut, cerut.
Yang Berhormat Putatan akan marah saya dan ramai nanti akan marah [Ketawa] Tuan Pengerusi. Jadi, saya sedang menceritakan tentang ini. Jadi, bila datang resolusi Parlimen Eropah yang mengatakan dua isu ini kesihatan dan penebangan ini kita hendak perbelanjaan yang diberikan RM2 juta ini saya kira tidak cukuplah. Sepatutnya yang ditambah lagi supaya dibuat uji kaji lagi. Sebab hipotesis yang mengatakan kolesterol menyebabkan sakit jantung tidak dibuktikan, tidak ada satu saintifik yang membuktikan. Jadi, kerajaan telah memperkenalkan Skim Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO). Ini satu perkara yang bagus yang kita buat untuk pertumbuhan yang mampan yang bagus ini. Tuan Pengerusi sehingga Ogos 2017 kawasan tanaman yang telah diberi MSPO adalah 245,381 hektar. Kawasan tanaman ini merangkumi 237,509 hektar di bawah syarikat perladangan manakala sejumlah 3,868 hektar di bawah kategori pekebun kecil. Jadi, sikitlah. Hari itu saya sudah tanya sekali bagaimana tentang pekebun kecil ini? mereka faham tidak, penting tidak benda ini, bagaimana insentif, adakah diberi insentif ataupun adakah diberi pemahaman. Bagaimana kerajaan hendak menggalakkan mereka, pekebun kecil ini yang selalu yang menjadi masalah adalah pekebun kecil. Ini kerana merekalah nama pekebun kecil. Mana-mana yang mempunyai ladang besar itu dia sudah buat. Setakat ini 22 buah kilang telah mendapat pensijilan MSPO ini.
Berdasarkan statistik daripada Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) sehingga Ogos ini, sebanyak 1.9 juta hektar ladang sawit yang diusahakan oleh hampir 650,000 pekebun kecil persendirian dan terancang masih belum mendapat pensijilan ini. Jadi soalannya- tadi saya katakan tentang insentif yang disediakan. Sejauh manakah sasaran yang ditetapkan oleh kementerian dalam menggalakkan pekebun kecil mendapat sijil ini? Apakah bentuk kerjasama yang dilakukan oleh kementerian bersama badan antarabangsa dalam mempromosikan MSPO ke pasaran antarabangsa? Tuan Pengerusi, kerajaan telah buat macam-macam perkaralah. Sekarang ini sedang berlangsung Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2017 di KLCC ataupun disebut PIPOC 2017. Saya sempat menghadiri sekejap semalam. Lari sekejap pergi sebelum sambung balik berbahas di sini. Banyak perkara yang kita dapat tahu. Antaranya perbincangan mengenai kebaikan, ujian-ujian dan R&D iaitu research and development mengenai sawit itu sendiri. Sekarang ini, tahun ini, dijangka eksport meningkat RM70 bilion melebihi tahun lepas RM67.7 bilion, dan permintaan banyak umpamanya dari ASEAN daripada Vietnam dan Filipina meningkat dan harganya agak stabil di antara RM2,600 hingga RM2,700 per tan...
Boleh Yang Berhormat Bagan Serai?
Silakan Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Bagan Serai soal kelapa sawit dalam soal perdagangan. Saya minta pendapat daripada Yang Berhormat soal penggambaran ataupun persepsi daripada komuniti antarabangsa terhadap kelapa sawit. Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa, yang menggambarkan negatifnya atas kelapa sawit ini adalah ditaja oleh beberapa orang korporat yang berkepentingan kepada penjualan kelapa sawit dengan soybean, sayur canola, rapeseed, dan lain-lain lagi yang boleh dikatakan sebagai cabaran kepada pengeluar kelapa sawit? Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa ada juga segelintir atau golongan rakyat kita yang ditaja oleh orang-orang yang berkenaan supaya memberi gambaran bahawa penanaman kelapa sawit itu melibatkan perubahan cuaca dan juga kepada soal perikemanusiaan yang mana terdapat baru-baru ini di Kuching bahawa adanya demonstrasi dan sebagainya?
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Itu mungkin ada kebenarannya. Kita harap Yang Berhormat Menteri dapat menjawab. Sebab, bila kita katakan penebangan hutan tadi dan merosakkan habitat dan sebagainya, sejauh mana kebenarannya? Kalau kita lihat, pengeluar utama sawit dunia adalah Malaysia dan Indonesia sebenarnya dan kita dapat 600,000 yang terlibat, sedangkan di Indonesia 7.5 juta yang terlibat dengan ini. Bermakna hutan sana lebih besar. Bagaimanakah mereka mengadakan penanaman sawit ini? Adakah penghapusan hutan, pembakaran terbuka dan sebagainya dibuat? Jadi kita hendak Malaysia menjawab juga, kementerian menjawab sejauh mana kita menjaga perkara atau isu ini. Sebab kalau kita naik kapal terbang, kita tengok bawah semua sawit. Tadi bila disebut oleh Yang Berhormat Putatan tentang minyak bijian yang tidak tepu, contohnya minyak soya, minyak bunga matahari, minyak sunflower dan sebagainya, sejauh manakah minyak ini selamat pula? Ini kita tidak tahu. Sebab, tadi saya katakan ada kajian sekejap jadi ini, sekejap jadi macam ini. Sekarang minta Yang Berhormat Menteri, minta kementerian menyatakan kajian yang ada sekarang, sejauh mana kebenaran yang dikatakan minyak kacang soya, minyak bunga matahari ini lebih baik daripada minyak tepu seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit, palm kernel oil, minyak tepu hari ini?
Mana yang lebih baik sebenarnya? Sebab kita dapat lihat hari ini kematian disebabkan oleh sakit jantung disebabkan bukan oleh kolesterol sebenarnya, kalau kita lihat hari ini. Sebab, kolesterol normal tadi dan orang yang makan ubat statin pun kolesterol tidak turun-turun. Macam mana hendak turun, sebab badan pun buat kolesterol lagi, dia makan kolesterol lagi. Jadi, kita lihat. Ini isu kesihatan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi, ada kemungkinan apa yang Yang Berhormat Putatan kata tadi bahawa ada orang yang melobi di belakang itu. Itu sebab saya tengok kalau orang lobi benda yang tidak betul, orang lobi benda yang tidak betul, kita risau. Ini ada siapa yang cuba melobi sebenarnya atas keuntungan-keuntungan peribadi. Ini perkara-perkara yang berkait sekali, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi pun sudah senyum. Saya pun sudah setuju dengan benda ini, saya puas hati dapat menyampaikan hasrat Bagan Serai. Terima kasih.
Lagi tiga ya. Selepas Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Ya Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana turut memberi peluang kepada saya membahaskan Maksud B.20 dan P.20 Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Kalau kita melihat daripada sumbangan hasil komoditi negara itu, sangat penting kepada hasil keluaran negara kita. Didapati pada tahun 2017 sebanyak RM97.2 bilion dan pada tahun 2018 dijangka RM96.3 bilion. Saya ingin tahu, apakah punca berlakunya anggaran kekurangan hasil? Apakah ini disebabkan penurunan harga komoditi utama negara kita? Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil komoditi negara kita untuk menambahkan pendapatan hasil negara? Apakah jenis industri hiliran yang telah diwujudkan untuk memastikan hasil tanaman komoditi kita dapat mengeluarkan hasil yang bertambah untuk kepentingan negara? Menyentuh Butiran 010100, yang mana berkaitan dengan kemajuan industri komoditi. Kita lihat hasil daripada keluaran minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf dan sebagainya, saya ingin tahu sejauh mana teknologi terkini telah digunakan untuk penghasilan produk yang berasaskan komoditi ini supaya nilainya lebih tinggi? Apakah kerjasama yang telah dibuat dengan negara serantau? Apakah halangan dagangan yang menyebabkan hasil produk kita mungkin menyebabkan saingan terutama di peringkat antarabangsa? Saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan Butiran 010200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang mana kita melihat dalam peruntukan Bajet 2018 ini tidak ada penambahan. Jadi saya ingin tahu, apakah pencapaian daripada hasil komoditi ini? Apakah halangan ataupun cabaran utama terhadap komoditi utama ini iaitu kenaf dan tembakau negara? Saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan Butiran 010300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM). Sejauh mana industri ini memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara kita? Berapakah hasil eksport yang kita telah berjaya hasilkan? Apakah industri-industri hiliran yang telah kita wujudkan untuk menambahkan hasil daripada hasil koko negara kita? Kalau kita lihat dalam bajet untuk tahun 2018 ini, di mana peruntukannya berkurang daripada RM25,752,000 kepada RM25,252,000. Mengapakah berlaku demikian? Apakah masalahnya?
Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan Butiran 030500, berkaitan dengan Bantuan Musim Tengkujuh yang mana melibatkan 440,000 pekebun kecil di mana sebelum ini diperuntukkan RM261 juta. Saya ingin tahu, berapakah jumlah pekebun kecil yang telah berdaftar setakat ini dengan pejabat wilayah LGM ini? Bilakah tarikh akhir? Sebab, kita dimaklumkan bantuan ini akan diberi untuk bulan November, Disember dan Januari. Jadi setakat ini, berapa peratus daripada jumlah pekebun kecil ini telah berjaya didaftarkan? Saya ingin tahu juga, berapa buahkah pejabat wilayah LGM ini yang beroperasi untuk pendaftaran bagi setiap negeri? Sebab, apa yang saya tahu contohnya di Kelantan, pejabat ini seolah-olah tidak merangkumi keseluruhan Parlimen ataupun kawasan terutama di kawasan yang ramai pekebun-pekebun kecil. Mereka terpaksa bertumpu kepada satu pejabat, contohnya di Machang. Jadi, hampir keseluruhan pekebun kecil terpaksa pergi ke Machang. Ini adalah satu yang tidak sesuai terutama bagi mereka yang berada jauh di pedalaman. Jadi saya ingin tahu, kenapa pejabat wilayah LGM ini tidak dibuka di setiap kawasan ataupun Parlimen untuk memudahkan pekebun-pekebun kecil ini?
Begitu juga saya ingin tahu, berapa jumlah daripada mereka yang berdaftar yang telah ditolak permohonan mereka kerana atas sebab-sebab yang tertentu. Mungkin kerana resit pembelian yang tidak sah, ataupun resit pembelian yang tidak rasmi. Masalah yang saya dapati daripada rakyat saya sendiri mengadu isu yang berkaitan yang permohonan bantuan musim tengkujuh ini ialah apabila mereka pekebun- pekebun kecil ini yang tidak mendapat resit yang sah daripada pembeli-pembeli getah yang di kampung yang hanya tulis di kertas biasa. Resit seperti ini tidak diterima oleh LGM. Jadi menyebabkan ramai mereka yang tidak dapat membuat permohonan. Jadi macam manakah mekanisme yang tidak dibuat oleh pihak LGM untuk memudahkan terutama pekebun kecil yang miskin ini yang mereka sepatutnya layak mendapat bantuan tetapi kerana halangan yang kecil ini mereka tertolak ataupun gagal untuk mendapat bantuan. Saya ingin penjelasan macam manakah perancangan pihak kementerian dalam menyelesaikan isu ini. Juga saya ingin tahu tentang berkaitan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia – Butiran 040300, yang mana mendapat peruntukkan RM 2.5 juta. Jadi saya ingin tahu sejauh mana hasil eksport yang telah didapati hasil daripada perindustrian kayu ini. Kalau kita lihat, negara kita industri kayu ini cabaran utamanya kita sudah kekurangan bahan ataupun kayu balak terutamanya. Apakah penyelesaian masa depan, sejauh mana terutama daripada pokok-pokok getah yang kita tanam, yang kita telah usahakan untuk menghasilkan industri perabot dan sebagainya yang boleh kita memanfaatkan untuk mendapat pendapatan hasil yang begitu banyak. Juga saya ingin tahu sebagai kawasan yang bersempadan dengan negara Thailand, saya ingin tahu sebanyak manakah jumlah hasil eksport perkayuan melalui pintu masuk daripada Rantau Panjang ke negara Thailand dalam pengeksportan kayu kita. Apakah perancangan pihak kementerian untuk jangka panjang untuk memastikan industri kayu ini kita terus berkembang dengan mampan supaya industri ini akan memberi manfaat yang besar untuk generasi akan datang. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Kelana Jaya.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan berbincang tentang isu kelapa sawit. Saya dengar daripada dua-dua belah tadi memang isu ini penting dan memang kita rasa lebih kurang bipartisan dalam perkara yang sama. Cuma saya lebih cenderung kepada kawan baik saya Yang Berhormat Kuala Krai sebab dia memang menimbulkan isu kita tidak boleh terus berlawan sahaja tentang isu ini tetapi kena cari sustainability dan juga kena cari standard yang lebih baik.
Saya merujuk kepada B.20, Butiran 030300 – Kempen Anti Minyak Sawit. Semua setuju saya dengar Ahli-ahli Parlimen semua kata RM2 juta ini is ridiculous, is such a small amount. Tuan Pengerusi semasa saya menjadi corporate lawyer kita ada client membuat advertising. Advertising billboard satu kosnya RM100 ribu setahun. Ada yang sampai RM500 ribu. Maknanya dalam bajet RM2 juta ini you can only get maximum 10 to 20 billboards to solve your problem. Jadi dari context itu sahaja kita lihat betapa kecilnya RM2 juta ini untuk perkara melawan Kempen Anti Minyak Kelapa Sawit. Multimedia tidak buat- tolong senarai apa yang RM2 juta ini digunakan. R&D tidak ada, tidak banyak. Minta kawan baik kita Kuala Kedah yang pergi buat speech, buat R&D sendiri. Where is the Universiti Malaya punya report? Semua ini penting, you need money. You tidak boleh bagi RM2 juta untuk buat kerja-kerja multimedia, R&D, dokumentari, big data tidak ada. Baik saya merujuk kepada 030400 NKEA Sawit- RM8 juta ini adalah satu bajet yang kecil sekali. Apakah senarai terperinci saya minta Yang Berhormat Menteri tunjukkan kita apakah NKEA ini. Adakah ini untuk menambah yield. Kalau kita kata yield hasil kepada kelapa sawit, apakah prestasinya? Dalam 20 tahun ini yield kita naik two percent. Kita berlawan dengan gergasi-gergasi lain, tanaman lain seperti soya tiap-tiap dua tahun one percent increase in yield of soya bean. Di mana research- RM8 juta buat apa? NKEA ini buat apa sebenarnya? Senaraikan ya? Baik saya merujuk kepada P.20, 11101 – MPOB. Bajet MPOB RM16 juta. Again, this is ridiculous amount of money. MPOB ada MPOC juga, dia sepatutnya promote palm oil. Kalau kita buat conference tiga empat hari PPOC ini kita belanja berapa, RM2 - RM3 juta? How can you do this? This is a very ridiculous. Tiap-tiap tahun saya mari ke Parlimen, isu yang sama ditimbulkan maknanya bajet untuk hendak pertahankan industri yang penting ini- saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh kawan baik saya Yang Berhormat Kota Tinggi. Dia kata industri ini RM80 bilion, pada masa harga naik boleh sampai ke RM100 bilion setahun. Pada masa harga turun RM60 bilion, maknanya purata RM80 bilion setahun. Apakah bajet kita untuk tahun 2018? Saya baca- RM2 juta- kempen; RM 8 juta – NKEA; RM16 juta – MPOB. Total RM26 juta- RM26 million. Are you crazy? Jumlah RM80 bilion punya industri you pakai RM26 million hendak tolong. That represents, dengan izin, 0.03 peratus bajet, 0.03 percent is what you spend to defend the palm oil industry? This is too much, it is way too little. Jadi Yang Berhormat Menteri, nasihat saya ialah senang, please fight for your own ministry. It’s such an important ministry, fight for your ministry dan dalam bahasa Inggeris, “put the money where your mouth is...” Baik saya merujuk kepada isu MSPO yang saya rasa di bawah PPOC dan NKEA. Saya hendak tahu, apakah sebenarnya bajet allocated kepada MSPO sebab saya mendapat complaint daripada syarikat-syarikat kecil. Bukan syarikat gergasi lah- IOI semua itu tidak ada complaint kepada saya, yang kecil-kecil. Dia tanya saya, dia pergi ke MPOB, dia pergi ke MPOC dia tanya kalau saya hendak buat MSPO di mana dokumen-dokumen untuk reference, standard operating procedure- tidak ada. Jawapannya ialah, you pergi cari consultant. So, what are you doing? Kata semua orang hendak transfer ke MSPO untuk mempertahankan industri kita tetapi tidak ada sokongan, reference pun tidak ada untuk MSPO. Baik saya merujuk perkara akhir, Butiran 030500, penoreh getah menerima pertolongan/bantuan sebanyak RM261 juta. Angka yang besar sekali bukan saya hendak complaint tentang kenapa dia terima RM261 juta. Namun bila kita bandingkan dengan apa yang diterima oleh industri kelapa sawit memang jauh. Memang jauh. Apakah saiz industri getah? Saiz industri getah RM7.9 bilion setahun, 10 peratus kepada saiz kelapa sawit. Kelapa sawit RM80 bilion. Ini RM7.9 bilion lebih kurang RM8 bilion lah. Only 1:10 tetapi mendapat bajet besar RM 261 juta, padahalnya MPOB dapat RM26 juta sahaja. Jadi semua ini tidak masuk akal.
Jadi yang pentingnya saya hendak nasihatkan lagi kepada Yang Berhormat Menteri, tolong lah jawab- bagi jawapan betul- kenapa tidak pernah menambah bajet yang berpatutan untuk protect industry yang tersangat penting kepada ekonomi kita? Setahu saya USDA bila dia hendak promote US beef ataupun dia hendak promote tanaman-tanaman US, dia akan spend satu peratus. Satu peratus daripada eksport dia. Kalau eksport dia RM100 bilion dia akan spend RM1 bilion. Di sini saya sudah katakan kita cuma spend 0.03 peratus. You have to really buck up. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ya Yang Berhormat Sik.
Assalamualaikum terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Peringkat Jawatankuasa.
Saya terus kepada Butiran 010500 – Lembaga Getah Malaysia. Satu ketika dulu, Malaysia adalah merupakan pengeluar getah yang utama di dunia. Ketika itu hanya beberapa negara sahaja yang mengeluarkan getah iaitu seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sekelilingnya. Akan tetapi sekarang ini banyak negara hinggalah ke Laos, Burma, Kemboja, Vietnam, India dan China. Ini menyebabkan dari segi dalam satu dunia, dari segi globalnya pengeluaran meningkat dan demand kurang, ini menyebabkan harga getah menurun seperti sekarang ini. Jadi, sekarang isu yang paling hangat sekali di dalam industri komoditi getah ialah harga getah yang rendah. Jadi, kerajaan mengambil macam- macam inisiatif. Pertama, untuk meningkatkan harga getah ialah dengan memperbanyakkan, meningkatkan kualiti ataupun susu getah itu sendiri. Kedua, dengan usaha-usaha lain iaitu dengan memberi bantuan dan sebagainya. Dalam meningkatkan kualiti, kerajaan memperuntukkan RM29 juta dari segi R&D dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti dan juga meningkatkan amaun susu getah daripada pokok getah yang ditoreh. Salah satu ialah seperti mana rain guard iaitu meletakkan plastik. Ini cara untuk meningkatkan kualiti dan meningkatkan produk getah yang boleh didapati iaitu meningkatkan kualiti dan juga volume susu getah yang dikeluarkan. Di mana diletakkan plastik ketika waktu hujan, kita dapat menoreh dengan masa yang lebih banyak dan mendapat kualiti yang lebih tinggi dan juga kualiti getah lateks yang lebih tinggi dan kuantiti yang lebih banyak. Jadi, yang kedua dengan cara automatic rubber tapping. Saya pun tidak pasti di Malaysia ini digunakan atau tidak digunakan secara automatik rubber tapping di Malaysia ini. Di mana, pokok-pokok getah ini dipasang dengan mesin yang menggunakan solar sistem dan juga di program waktu menorehnya. Ketiga ialah seperti mana yang dilakukan oleh LGM iaitu membina kilang-kilang yang kita boleh mendapat dua produk daripada getah, daripada cup lump, daripada skrap. Pertama, kita boleh menghasilkan rubber crepe dan juga kita boleh menghasilkan serum. Ini semua cara-cara di mana kerajaan berusaha untuk meningkatkan volume dan juga meningkatkan kualiti getah supaya harga getah yang dijual itu boleh mendapat dengan harga yang lebih dan meningkat pendapatan kepada pekebun-pekebun tidak kiralah sama ada ladang-ladang getah yang besar ataupun pekebun-pekebun kecil. Soalan saya kepada kementerian ialah yang pertama, adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan rain guard sebagai salah satu cara untuk meningkatkan pengeluaran getah? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan sistem ART ini iaitu Automated Rubber Tapping System dalam meningkatkan kualiti dan juga produk getah ini?
Ketiga, adakah kerajaan bercadang juga untuk mempromosikan atau memperluaskan pembinaan kilang untuk membentuk rubber crepe dan juga serum supaya meningkat harga getah yang dapat diperoleh oleh pekebun-pekebun kecil? Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan atau kementerian, berapakah kos kalau kita hendak menggunakan rain guard ataupun kos satu-satu kilang? Sekarang ini sebenarnya kilang ini telah dibuat oleh LGM, salah satunya ialah di Sungai Sari di Padang Terap. Anggaran kos tiap-tiap kilang, anggaran kos kalau kita hendak menggunakan rain guard dan juga Automatic Rubber Tapping. Kedua, saya ingin menyentuh kepada Butiran 030500 - Bantuan Musim Tengkujuh kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah. Sayugia diingatkan bahawa selama tiga bulan, kalau musim tengkujuh iaitu dalam bulan November, Disember, Januari, industri getah kerugian sebanyak dekat-dekat RM300 juta dalam masa tiga bulan ini. Saya hendak tekankan di sini bahawa RM261 juta yang diberikan oleh kerajaan itu adalah untuk memberi bantuan kepada pekebun-pekebun kecil yang kehilangan pendapatan ketika musim tengkujuh. Jadi, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan di Alor Setar bahawa bantuan musim tengkujuh ini, BMT ini akan diteruskan bukan tahun ini sahaja tetapi akan diteruskan pada tahun-tahun ke hadapan. Saya melihat dalam memberi bantuan musim...
Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Baling bangun.
Yang Berhormat Sik, Baling boleh?
Ya, sila.
Terima kasih.
Ada empat minit lagi.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya pun tahu sebab Tuan Pengerusi sudah bagi tahu ada dua orang sahaja lagi. Soalan saya sama sahaja dengan Yang Berhormat Sik tadi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi sumbangan ini kepada semua penoreh dan pekebun kecil getah. Saya ada bersama Yang Berhormat pada baru-baru ini, akan diberikan tahun depan pun. Persoalan saya hendak tanya Yang Berhormat Sik supaya masukkan sekali. Bayaran tersebut sudah mula buat kah belum? Oleh sebab di Baling, bulan 11, bulan 12, ini hendak masuk bulan 12 ini, belum dapat lagi. Jadi, yang mana dikatakan hendak dikreditkan akaun RM200 itu masih belum dapat lagi. Jadi, kalau Baling tidak dapat, Sik pun serupa larih deh meroyak deh. Jadi, saya minta kita masukkan di dalam ini untuk tanya Menteri, jawab sama ada sudah start bayar kah belum? Kalau belum, bila yang akan dibayar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Baling, saya setuju dengan Yang Berhormat Baling. Saya pun belum dengar daripada orang- orang penoreh di Sik bahawa bantuan itu telah dimasukkan. Saya harap Menteri bagi tahu supaya benda ini dipercepatkan. Kalau hendak ikut sekarang ini tiap-tiap hari hujan di kawasan Sik, Baling, Padang Terap dan sebagainya. Jadi, dalam proses untuk mendapatkan bantuan ini, kad PATG tiap-tiap orang yang ada hak untuk mendapat bantuan ini mesti ada kad PATG. Jadi, saya menyeru kepada semua penoreh getah dan juga pekebun kecil supaya segera mendapatkan kad PATG ini. Satu perkara lagi bila saya lihat proses untuk mendapatkan kad ini kadang- kadang masalah banyak berlaku. Sebagai contohnya, penoreh getah ini bukan semua ada kereta kenderaan dan sebagainya. Sebagai contohnya, Pejabat LGM di Baling, di Sik dan juga di Padang Terap hanya ada di Sungai Petani.
Jadi, bagi pekerja-pekerja ataupun pekebun-pekebun ataupun penoreh yang duduk jauh, mereka terpaksa mengambil masa, yang pertama. Kemudian perlu kenderaan untuk pergi daftar untuk mendapatkan kad PATG itu. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk membuat road show? Oleh sebab apa, bantuan ini bukan November, Disember dan Januari tahun ini sahaja. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tahun-tahun ke hadapan akan diteruskan bantuan ini. Jadi, saya mencadangkan dan bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bercadang untuk mengadakan road show? Contohnya, di Parlimen Sik dan Baling ini kawasannya luas. Jadi, pegawai-pegawai ini saya rasa eloklah turun kepada kawasan-kawasan tertentu dalam masa yang berkala supaya kita boleh bagi 100 peratus penoreh-penoreh dan juga pekebun-pekebun kecil mempunyai kad ini. Jadi, bantuan ini dapat dituntut. Selain daripada itu juga, saya juga ingin Menteri menyebut statistik- statistik seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi. Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 010600 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Di Parlimen saya ada satu ladang yang agak luas. Ladang lada ini adalah merupakan salah satu ladang yang luas di kawasan utara. Lada hitam ini adalah satu komoditi harganya mahal. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah usaha kementerian untuk memastikan semua pengusaha memiliki satu jenis mesin yang boleh memproses lada ini iaitu mesin itu mesin Pepper Peel-O-Matic? Di mana ia mengutip, mengupas dan semua proses dalam masa yang singkat dan ini akan menyebabkan pengeluaran lebih banyak dan mutu kualiti lada lebih tinggi. Kemudian, saya juga ingin mendapat jawapan daripada kementerian, apakah peranan (LLM) Lembaga Lada Malaysia dalam sektor pemasaran? Oleh sebab kita lihat bahawa Sarawak adalah pengeluar lada hitam yang paling tinggi di Malaysia.
Lada hitam adalah satu komoditi yang tersangat baik dan harganya tinggi dan kita lihat sekarang bukan setakat di Sarawak sahaja, di Semenanjung pun ada ladang- ladang yang luas termasuk di utara Semenanjung Malaysia dan di Semenanjung Malaysia hanya ada satu pejabat yang saya tahu iaitu di Johor. Saya ingin bertanya, adakah Lembaga Lada Malaysia ingin membuat satu pejabat lain di utara Semenanjung Malaysia? Saya ingat setakat itu perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengutarakan soalan dan pandangan yang berkaitan dengan perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi semasa perbahasan Belanjawan 2018 Peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya menjawab isu-isu yang diutarakan, bagi pihak kementerian saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas perhatian terhadap industri perladangan dan komoditi negara yang dizahirkan melalui peruntukan-peruntukan yang dikhaskan dalam Bajet 2018 ini. Dengan bersandarkan peruntukan yang sediakan, kementerian bertekad akan terus komited melaksanakan pelbagai agenda yang telah dirancang bagi memastikan pertumbuhan industri komoditi yang konsisten demi menjana pendapatan ekonomi negara. Tuan Pengerusi, saya merancang untuk menjimatkan masa, mana-mana Wakil Rakyat- Yang Berhormat yang tidak hadir, yang menyoal tetapi tidak hadir di Dewan, saya akan jawab secara bertulis, kepada mereka yang hadir sahaja di dewan ini yang akan saya baca jawapan masing-masing.
Terlebih dahulu saya ingin menjawab pandangan dan juga soalan-soalan daripada Yang Berhormat Kapar. Ada terdapat dua insentif yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia iaitu Program Penanaman Baharu Koko dan Program Peningkatan Produktiviti Koko. Insentif yang disediakan bagi penanaman baharu koko adalah bantuan pembersihan kawasan tanaman, bekalan anak benih koko dan pokok pelindung, pemberian input pertanian seperti baja dan racun, peralatan pertanian dan kursus kemahiran asas pengurusan tanaman koko. Bagi Program Peningkatan Produktiviti Koko pula, insentif yang disediakan adalah pemberian input pertanian seperti baja dan racun, peralatan pertanian dan Kursus Kemahiran Lanjutan Pengurusan Tanaman Koko. Tuan Pengerusi, antara insentif yang diperkenalkan ialah Program Sokongan Pasaran Domestik (PKSPD). Bagi memastikan pengusaha tanaman koko terutamanya pekebun kecil dapat memperoleh harga yang stabil mengikut harga pasaran antarabangsa. Program ini memberikan khidmat pasaran kepada petani yang bermasalah dalam memasarkan biji koko untuk memperoleh harga yang berpatutan. Antara manfaat yang diterima oleh pengusaha koko melalui program ini adalah seperti berikut; (i) memudahkan pemasaran hasil biji koko oleh pengusaha koko; (ii) memastikan pengusaha koko mendapat harga berpatutan dan mengurangkan kegiatan orang tengah yang menawarkan harga yang tidak kompetitif; dan (iii) membantu pekebun kecil meningkatkan kualiti biji koko yang dihasilkan agar dapat meraih pendapatan yang berpatutan. Berhubung dengan tanaman lada...
Yang Berhormat koko sudah habis ya, boleh saya tanya soalan?
Boleh.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah tanya tentang berapa banyak pengilang usahawan dan sebagainya, jika Yang Berhormat tidak dapat memberikan dalam bentuk lisan pada hari ini, saya mohon jawapan bertulis. Seterusnya saya telah tanyakan dua lagi soalan, satu adalah unjuran pertumbuhan industri koko ini sebab kita pasti pada tahun 2015 eksport koko adalah hampir RM5 bilion. Saya tanya unjuran pada tahun 2016 dan juga untuk tahun 2017 sehingga bulan November. Seterusnya juga saya telah bertanya tentang Kampung Yom, Sungai Siput. Oleh sebab kita telah memperkenalkan industri koko ini untuk Orang Asli supaya dia menceburi bidang ini. Itu adalah program pertama kita, program yang dikenali sebagai FFS. So, sejak tahun 2015 kita hendak tahu perkembangan. Mohon pencerahan Yang Berhormat untuk jawapan kepada soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya meneruskan jawapan saya, kemudian akan kita jawab kalau ada maklumat yang berhubung dengan FFS saya akan jawab sebab mungkin akan diserahkan kemudian. Berhubung dengan lada, ada tiga skim yang digunakan untuk memastikan insentif ini akan memberi kepada peladang-peladang lada untuk menanam lebih banyak lada. Satu ialah Skim Penanaman Baharu Lada, nilai bantuan sejumlah RM26,000 sehektar dalam tempoh dua tahun. Pekebun dibekalkan dengan input pertanian seperti baja dolomite, insentif berbentuk tunai bagi keratan dan tiang sokongan dan khidmat nasihat teknikal juga diberikan. Kedua, skim peningkatan kualiti lada peringkat ladang. Melalui skim bantuan ini, pekebun dibantu untuk meningkatkan kualiti lada di peringkat ladang dan menggalakkan pekebun mengeluarkan lada seperti Lada Berkualiti Eksport (LBE) dan Lada Putih Krim (LPK) untuk mendapat harga yang lebih lumayan. Bantuan yang disediakan merupakan kemudahan lepas tuai seperti pengipas, pelerai, spiral separator, pelantar, jemuran, tangki rendaman dan bahan binaan untuk empangan kecil anak sungai. Keutamaan bantuan adalah untuk pekebun kecil yang menanam sekurang-kurangnya 2,000 pokok ke atas.
Seterusnya Tuan Pengerusi, pelan strategik kementerian bagi meningkatkan eksport lada adalah seperti berikut; memperkukuhkan kawalan kualiti lada keluaran negara untuk terus meyakinkan pembeli dan pengguna, lada keupayaan kawalan kualiti melalui pengiktirafan dan pensijilan seperti ISO 170252005 dan juga ISO 9012008. Hazard analysis and critical control points dan halal perlu diperkukuhkan untuk memantapkan lagi penjenamaan produk lada sawit telah pun mendapat pensijilan petunjuk geografi- geographical indication. Kedua, pemantauan kualiti dan promosi untuk menghasilkan lada yang berkualiti. Usaha sedang dibuat untuk membangunkan kaedah analisis yang baharu untuk pemantauan kualiti lada. Di samping itu, promosi juga giat dilakukan untuk menghasilkan lada yang berkualiti di peringkat ladang melalui program-program pembelajaran untuk pekebun lada. Ketiga, meningkatkan daya saing industri lada. Oleh sebab kos pengeluaran yang tinggi, lada keluaran Malaysia menghadapi masalah bersaing secara terus bagi pasaran bahan mentah dengan negara luar lain seperti Vietnam dan Indonesia di mana kos pengeluaran adalah lebih rendah. Untuk meningkatkan daya saing industri lada Malaysia, usaha sedang giat dilakukan untuk memperkenalkan beberapa produk lada tambah nilai peringkat kilang seperti lada steril dan serbuk lada untuk pasaran yang lebih mementingkan keselamatan dan kualiti makanan dan produk istimewa peringkat ladang seperti lada putih, krim LPK.
Keempat, galakan pasaran luar negeri. MPB terus mempergiatkan usaha untuk meningkatkan eksport lada dan produk-produk lada Malaysia ke negara-negara pengguna menerusi aktiviti galakan pasaran luar negeri dengan menyertai pameran luar negara. Bagi merealisasikan matlamat ini, MPB telah dan akan mempergiatkan usaha menyertai lebih banyak promosi bagi memberi kesedaran kepada pengguna terhadap lada dan produk lada keluaran Malaysia terutamanya lada berkualiti eksport dan lada istimewa seperti Sarawak Creamy White Pepper, Microlin Fine Group Pepper, Cracked Pepper, Coast Ground Pepper dan lada berkualiti eksport. Usaha-usaha seperti tersebut akan dipergiatkan lagi di masa akan datang supaya lada yang dieksport sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di luar dan dalam negara. Yang Berhormat Kapar juga ingin tahu beberapa faktor berhubung dengan koko. Bilangan pengilang coklat dan konfeksi coklat sebanyak 40 buah syarikat. Ini yang mungkin Yang Berhormat Kapar minta tadi ya. Nilai eksport tahun 2016, RM5.7 bilion. Nilai eksport 2017, unjuran RM5.8 bilion iaitu meningkat 1.75 peratus. Bilangan usahawan coklat 185 orang dengan kapasiti antara 100 kilogram hingga 800 kilogram sebulan. Berhubung dengan Farmer Field School (FFS) yang sedang dilaksanakan. Ada beberapa tempat iaitu sebuah di Sungai Siput, Perak. Sebuah lagi di Jerantut, Pahang, Ranau, Sabah, Sebuyau, Sarawak, Kinabatangan, Sabah dan Kinta, Perak. Berhubung dengan minyak sawit, MPOB giat menjalankan kegiatan...
Yang Berhormat,
Ya.
Minta maaf, boleh Tuan Pengerusi?
Ya sila.
Terima kasih untuk jawapan terperinci mengenai koko tadi, terima kasih. Berkenaan dengan lada Yang Berhormat Timbalan Menteri belum lagi sentuh tentang lada Sarawak yang saya suruh tekankan tadi. Ada jawapan tentang lada Sarawak secara khusus. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Berhubung dengan lada, sudah ada juga saya sentuh tadi sebenarnya, brand Sarawak pepper ini sudah memang terkenal di seluruh dunia.
Sebenarnya suatu ketika apabila saya ada urusan rasmi di China, saya mendapati di restoran-restoran dan juga di dalam kapal terbang, dia memberi lada yang dibrandkan dengan “Sarawak Pepper”. Kawan saya juga di Boston, mereka juga mengatakan bahawa di restoran di sana juga mereka menggunakan brand “Sarawak Pepper”. Jadi sebenarnya brand “Sarawak Pepper” ini harus dipertahankan dan diusahakan. Malangnya ada pengilang-pengilang kita membeli lada daripada luar negeri dan proses di sini dan namakan “Sarawak Pepper”. Jadi ini sekarang sedang kita usahakan dan sedang kita cari tindakan-tindakan untuk memastikan usaha untuk menjatuhkan nama “Sarawak Pepper” ini dihalang.
Yang Berhormat, berapa kawasan yang dikenal pasti sedang mempromosikan lada Sarawak ini di Sarawak? Adakah beberapa kawasan baru dikenal pasti untuk mempromosikan dan menaikkan pengeluaran di pasaran dalam masa yang terdekat khususnya pada tahun 2018. Minta pencerahan, terima kasih.
Dari segi acreage, sebenarnya di Malaysia yang terbesar sekali di Sarawak yang menanam lada. Ada juga di Johor dan ada juga di sedikit di Kedah dan di Sabah juga ada yang menanam lada. Sebenarnya promosinya dikendalikan oleh Lembaga Lada sendiri. Sebenarnya Lembaga Lada sendiri sering mengikut seminar-seminar, kursus-kursus di seluruh negara. Saya difahamkan mereka baru sahaja kembali daripada Sri Lanka mengikuti kursus ini dan dalam pada itu mereka juga memperkenalkan lada yang berkualiti iaitu “Sarawak Pepper”.. Satu kebaikannya kita menghasilkan Sarawak pepper yang begitu tinggi kualitinya. Itu sebabnya di negara-negara Eropah, mereka amat menginginkan Sarawak pepper. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi ada usaha untuk merosakkan usaha ini sebab lada-lada yang dieksport daripada luar negeri sepertinya tidak berkualiti. Saya akan teruskan juga masih lagi Yang Berhormat Kapar yang bertanyakan juga mengenai MPOB dengan sawit. MPOB giat menjalankan kajian-kajian ke atas minyak sawit untuk menunjukkan khasiat pemakanan minyak sawit berbanding dengan minyak masak yang lain dan memberikan maklumat terkini hasil kajian ke atas minyak sawit. Pejabat-pejabat serantau MPOB di Washington DC, Brussel, Karachi, Kaherah dan Shanghai terus menjalankan usaha khidmat nasihat teknikal bagi mengatasi kempen-kempen anti minyak sawit menerusi penganjuran seminar-seminar, pameran dan penyertaan serta pembentangan kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa. Kerjasama dengan French Alliance for Sustainable Palm Oil, Belgian Alliance for Sustainable Palm Oil dan European Sustainable Palm Oil Advocacy Group yang menjaga kepentingan minyak sawit Malaysia. Sebenarnya di Eropah banyak kawan kita yang bersetuju dan menyokong usaha kita untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia. Itulah sebabnya kita ada kumpulan-kumpulan yang berada di Belgium, Paris and France. Ini mereka sebetulnya memang tahu kebaikan minyak sawit dan mereka amat bersetuju untuk membantu Malaysia. Seterusnya menganjurkan program lawatan untuk Ahli-ahli Parlimen ke Majlis Kesatuan Eropah pada 20 dan 24 Februari 2017 bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai industri sawit yang mampan dan pemuliharaan alam sekitar yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta pembasmian kemiskinan penduduk luar bandar khususnya yang terlibat dalam perusahaan sawit. Untuk makluman Dewan ini, majlis ini bahawa bulan Februari sekumpulan Ahli Parlimen daripada Eropah datang ke Sandakan dan juga melawat ke Sepilok melihat orang utan di sana dan juga melawat pelbagai ladang pekebun kecil yang ada di Beluran. Saya berkesempatan untuk bersama-sama dengan mereka. Mereka amat kagum dengan usaha perladangan di Malaysia. Mengenai peruntukan untuk kempen anti sawit sebanyak RM2 juta untuk tahun 2018. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta juga diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017. Seterusnya Yang Berhormat Rantau Panjang juga berhubung- ini berhubung dengan kayu ya. Secara keseluruhannya eksport produk kayu negara sejak tahun 2015 adalah melebihi RM20 bilion.
Pada tahun 2016 nilai eksport perkayuan adalah sebanyak RM22.1 bilion. Nilai eksport perkayuan ke Thailand adalah sebanyak RM709 juta. Antara penyelesaian yang dijalankan bagi meningkatkan bekalan bahan mentah: pertama, mengharamkan eksport kayu getah bergergaji sejak bulan Julai; kedua, menggalakkan pengimportan bahan mentah daripada luar negara; ketiga, meneruskan program pembangunan ladang hutan bagi menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan untuk industri perkayuan.
Dan keempat, menggalakkan penggunaan bahan mentah alternatif seperti palm oil trunk seperti yang kita tahu bahawa sekarang ini palm oil trunk sudah boleh diproses untuk menjadi plywood. Ada kilang di Nilai yang melaksanakan proses ini maknanya kita mencari bahan-bahan yang baru untuk industri kayu kita. Seterusnya, Yang Berhormat dari Rantau Panjang juga ini berhubung dengan ingin tahu mengenai status bantuan musim tengkujuh. Topik ini amat digemari akhir-akhir ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2017 tahun lalu telah menyediakan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 440 ribu pekebun kecil dan penoreh getah di negara ini. Melalui bantuan tersebut setipa pekebun kecil yang layak akan menerima RM200 sebulan selama tiga bulan pada bulan November, Disember 2017 iaitu tahun ini dan Januari 2018 tahun depan. Sehingga 14 November 2017 sebanyak 264,352 pekebun kecil dan penoreh telah menerima BMT di seluruh negara dengan jumlah pembayaran sebanyak RM52,873,200. Sehingga tarikh tersebut, seramai 483,941 pekebun kecil dan penoreh individu telah mendaftar untuk menerima BMT menggunakan kad PAT ataupun Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang mana seramai 291,366 memohon untuk mendapatkan BMT secara talian. Permohonan untuk BMT ini dibuka sehingga 31 Januari 2018. Untuk makluman Dewan ini, walaupun yang mendaftar untuk sebagai yang layak menerima 483,941 pekebun kecil tetapi hanya 291,396 pekebun kecil dan penoreh setakat ini yang membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Musim Tengkujuh. Tuan Pengerusi, Lembaga Getah Malaysia merupakan agensi yang dilantik menguruskan agihan BMT. Daripada jumlah pekebun kecil yang mendaftar, terdapat 35,505 pekebun kecil dan penoreh mempunyai maklumat bermasalah yang menyebabkan pendaftaran ke dalam pangkalan data BMT tidak dapat dilakukan. Antara masalah yang menyebabkan proses pendaftaran BMT tidak dapat dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) pekebun kecil dan penoreh tidak memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang merupakan syarat utama bagi melayakkan seorang pemohon menerima BMT. Untuk seorang itu boleh menerima BMT dia mesti mempunyai kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G); (ii) tiada kad pengenalan bagi mengesahkan status kewarganegaraan pemohon; (iii) tiada maklumat keluasan kebun; dan (iv) tiada alamat atau alamat yang diberikan tidak lengkap dan nombor kad pengenalan salah atau bertindih. Ini kadangkala adalah kesilapan pengisi borang. Kadang-kadang nombor IC dia kurang satu nombor, kadang-kadang alamat tidak tepat. Ini juga menyebabkan mereka tidak layak secara automatik tetapi Lembaga Getah terus berusaha untuk mengenal pasti mereka ini mencari, meminta bantuan daripada kepada ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi JKK di kawasan supaya mereka tidak dapat dikenal pasti. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi LGM bersama agensi-agensi pelaksana sedang berusaha dalam menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sebanyak 19 pejabat wilayah LGM telah dibuka bagi tujuan pendapatan BMT. Ini bagi memastikan setiap pekebun kecil dan penoreh yang layak akan menerima BMT mengikut masa yang ditetapkan. Saya akan beralih..
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri boleh?
Okey, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucap terima kasih di atas penjelasan yang telah diberi. Cuma saya ingin tahun daripada 19 pejabat LGM yang telah dibuka, berapa jumlah setiap negeri? Ini kerana sebagaimana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain, pejabat LGM ini terletaknya hanya ada satu ataupun dua sahaja di setiap negeri yang saya dapat makluman. Sedangkan kedudukan pekebun-pekebun kecil jauh di pedalaman yang kebanyakan mereka adalah golongan miskin yang susah untuk mereka keluar jauh ke bandar. Jadi, apakah langkah-langkah akan datang untuk memudahkan lagi urusan pendaftaran ini supaya mereka yang terlibat ini mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada LGM. Minta penjelasan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti yang saya katakan tadi bahawa sebenarnya ada dua cara untuk mengisi borang BMT. Satu daripadanya ialah melalui talian dan kita tahu dan LGM tahu bahawa bukan semua rakyat di pelosok kampung sana boleh menggunakan cara talian ini. Oleh sebab itu, LGM telah menggerakkan tenaganya untuk masuk ke kampung dengan menggunakan pejabat-pejabat yang ada di kawasan-kawasan, di negeri-negeri untuk masuk turun ke padang untuk mencari mereka ini. Jadi ini usaha yang begitu rumit tetapi kita harus faham dengan usaha ini kita telah mendapat 460 ribu orang yang telah mendaftar. Kita kena faham itu walaupun perkara itu rumit, kita telah dapati jumlah yang begitu besar 400 lebih ribu orang yang telah didaftarkan seperti yang saya katakan tadi. Jadi saya akan terus menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang berhubung dengan komoditi kenaf. Penanaman kenaf secara komersial telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan keluasan sebanyak 1,693 hektar dan bilangan pekebun kecil yang terlibat seramai 409 orang. Pada tahun 2016 seluas 2,502 hektar kawasan telah diusahakan dengan melibatkan 1,086 penanam. Peningkatan keluasan tanaman sebanyak 21.2 peratus berbanding tahun 2010 disebabkan oleh pertambahan kawasan tanaman baru dan aktiviti perkembangan yang dijalankan secara berterusan pada tahun 2016. Nilai jualan kenaf di pasaran tempatan dan eksport telah meningkat kepada RM1.68 juta berbanding dengan RM1.17 juta pada tahun 2015. Peningkatan ini disokong oleh pengeksportan produk kenaf kepada China dan juga Thailand selain didorong oleh pasaran tempatan. Antara isu dan cabaran utama industri kenaf adalah pasaran domestik dan eksport kenaf masih terhad dan memerlukan penerokaan serta penembusan pasaran yang lebih luas. Produktiviti di peringkat huluan masih rendah dan kecekapan pengeluaran masih memerlukan sokongan infrastruktur daripada pihak kerajaan. Pembangunan ladang secara komersial akan menjadi kunci kejayaan industri kenaf untuk jangka masa panjang. Saya juga akan terus menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang berhubung dengan industri koko. Tuan Pengerusi, pendapatan eksport pada tahun 2016 iaitu RM5.7 bilion dan dijangka meningkat 1.75 peratus kepada RM5.8 bilion pada tahun 2017. Industri hiliran terdapat enam pengisar tempatan dengan pengisaran sebanyak 200 ribu tan metrik setahun.
Terdapat 42 buah kilang coklat dan konfeksi coklat, dengan nilai eksport hampir RM600 juta pada tahun 2016. Terdapat 185 usahawan coklat dengan hasil jualan hampir RM12 juta. Saya beralih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai ingin tahu mengenai insentif peningkatan harga getah. Tuan Pengerusi, kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan para pengusaha dan penoreh getah kesan daripada ketidakstabilan harga getah. Bagi meringankan beban pekebun kecil di seluruh negara, kesan daripada ketidakstabilan harga getah, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif selain Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperuntukkan sebanyak RM260 juta bagi tahun 2017, kerajaan juga turut menyediakan beberapa insentif seperti berikut.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang telah dilaksanakan mulai tahun 2015 akan diaktifkan apabila harga purata bulanan getah menurun ke bawah paras harga pengaktifan iaitu harga getah gred SMR20 Free On Board pada paras RM5.50 sekilogram atau paras RM2.20 sekilogram bagi harga cup lump. Insentif ini membolehkan pekebun kecil dengan pemilikan purata dua hektar dan produktiviti cup lump sebanyak 3,000 kilogram sehektar setahun, menikmati pendapatan bulanan sebanyak RM1,100. Sehingga 31 Oktober 2017, bilangan permohonan tuntutan IPG adalah sebanyak RM525,982 dengan jumlah 67.9 juta yang telah diagihkan. Mekanisme penetapan harga di ladang dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan lapisan orang tengah dalam urus niaga getah. Ini lagi satu usaha untuk membantu menstabilkan harga getah yang dilaksanakan oleh LGM. Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk melaksanakan urus niaga jual beli getah. Setakat ini sebanyak 18 buah koperasi terlibat dalam skim tersebut dan mampu menawarkan harga pada puratanya, lebih kurang 10 sen hingga 20 sen sekilogram, lebih tinggi berbanding pembeli getah berlesen. Ketiga, menerusi bajet 2018, kerajaan meneruskan pemberian bantuan musim tengkujuh sebanyak RM261 juta bagi bulan November, Disember 2018 dan Januari 2019 iaitu sebanyak RM200 sebulan bagi 440,000 pekebun kecil getah. Ini bermaksud bahawa program BMT ini tidak, bukanlah One-Off, bukan pembayaran One-Off. Tahun akan datang, ia juga akan dilaksanakan. Bermakna setiap tahun, pekebun kecil getah akan menerima BMT.
Yang Berhormat Menteri
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Kuala Krai hendak bertanya.
Sila, sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan ataupun cadangan yang saya kemukakan tadi ialah supaya kerajaan meneliti bukan sekadar bantuan musim tengkujuh, tiga bulan. Masalah harga jatuh ini ataupun masalah produktiviti ini berlaku masa musim panas, musim daun luruh. Ini juga memberi kesan kepada pekebun kecil kita. Cadangan kita, sama ada boleh diterima oleh kementerian dan kerajaan, supaya menimbang pemberian insentif ini bukan sekadar tiga bulan tetapi lebih daripada itu. Saya yakin Yang Berhormat Baling akan bersetuju ini. Yang Berhormat Baling tidak ada, ya. Begitu juga Yang Berhormat Sik kerana kita, Kuala Krai, Baling, Sik ini adalah tempat yang ramai pengusaha-pengusaha pekebun kecil getah ini. Jadi, saya mencadangkan supaya ditambah tiga bulan, paling tidak. Menjadi enam bulan supaya dapat meliputi tempoh yang kita katakan produktiviti yang rendah kerana cuaca. Bukan hujan tetapi kerana ketika daun luruh. Apakah boleh dipertimbangkan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi, harga getah ini juga samalah juga komoditi yang lain, ia tidak akan dapat stabil sebabnya kita juga bergantung kepada harga pasaran di dunia. Akan tetapi di Malaysia, berbeza dengan negara-negara lain. Di Malaysia, kita, kerajaan memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Insentif pengeluaran getah ini adalah satu mekanisme yang amat baik. Apabila harga getah turun di bawah paras RM5.50, selebihnya akan dibayar oleh kerajaan. Ini bertujuan supaya penoreh-penoreh getah akan terus menoreh getah mereka walaupun harga pasaran rendah daripada RM5.50. Satu lagi ialah harga cup lump. Harga cup lump telah ditetapkan parasnya RM2.20. Sekiranya harga cup lump itu di pasaran turun rendah daripada RM2.20 maka selebihnya akan dibayar oleh kerajaan. Ini juga bertujuan supaya penoreh-penoreh getah, industri getah ini akan berterus, sebelum ini kita tahu kita adalah pengeluar sarung tangan getah yang terbesar di dunia.
Jadi, kita perlukan bekalan getah itu supaya industrinya akan terus berjalan dengan baik dan lancar. Seterusnya, saya masih lagi dengan Yang Berhormat Kuala Krai. Ini adalah ingin mengetahui tentang kempen dan promosi untuk meluaskan pasaran kenaf. Tuan Pengerusi, antara langkah-langkah yang diambil untuk mempromosikan dan meluaskan pasaran produk kenaf adalah seperti berikut. Satu, Perkongsian Awam Swasta (PPP) dalam pemprosesan dan pengilangan kenaf melalui pembangunan kilang pemprosesan kenaf perintis di Terengganu dan pembangunan pusat pemprosesan kenaf di Kelantan, Pahang dan Kedah. Program skim pendapatan rakyat ini. Kedua melalui kenaf bagi mengembangkan aktiviti keusahawanan kenaf melalui penghasilan produk kraf, bantal dan tilam kenaf. Program ini mampu beri pendapatan tambahan sehingga RM1,000 sebulan kepada peserta terlibat. Ketiga, program kenaf untuk rakyat disasarkan kepada pekebun kecil yang tidak mempunyai tanah untuk penanaman kenaf atau mempunyai kawasan tanaman terhad, kurang daripada satu hektar dan memproses serta mengeluarkan fiber premium untuk dijual kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Keempat, program industri kenaf rakan rakyat bertujuan memberi pendedahan teknologi dan potensi industri ini dengan memberi persepsi yang tepat kepada rakyat. Kelima, mendapatkan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi penghasilan tilam kenaf untuk bekalan ke hospital awam dengan kerjasama satu syarikat pengeluar tilam kenaf. Hasil daripada program promosi dan kempen yang telah dijalankan, kenaf telah menembusi dan penerokaan pasaran eksport seperti pasaran China. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada.
Yang Berhormat Bagan Serai ada? Tidak ada?... Okey. Tidak ada? Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Putatan. Ada? Hadir dengan setianya. Ini Yang Berhormat Putatan mengatakan bahawa terdapat gelintir golongan yang ditaja untuk memburukkan minyak sawit. Tiada bukti kukuh untuk mengaitkan nama-nama golongan yang menaja kempen untuk memburukkan minyak sawit. Akan tetapi, kalau ada bukit-bukti, Yang Berhormat Putatan boleh serahkan bukti itu kepada kami supaya kita boleh mengambil tindakan. Seterusnya Yang Berhormat Sik... [Melihat ke tempat duduk Yang berhormat bagi Sik] Yang Berhormat Sik sudah tidak ada?
Ada, ada.
Tidak nampak. Yang Berhormat Sik risau berhubung dengan harga getah yang begitu rendah. Sebenarnya harga getah ini, seperti yang saya katakan, adalah harga komoditi seperti juga harga sawit, harga lada dan lain-lain. Ia memang tidak stabil tetapi oleh sebab itu, kerajaan seperti saya katakan tadi, berusaha sedaya upaya untuk memastikan pekebun-pekebun kecil ini akan terus hidup, akan terus melaksanakan, menjalankan perusahaan mereka di dalam ladang getah. Jadi seperti yang saya katakan tadi, telah saya sebut bahawa kerajaan telah memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan juga sekarang ini kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Seterusnya, Yang Berhormat Sik juga telah menyentuh berhubung dengan automatic rubber tapping. Automatic rubber tapping ini masih lagi dalam proses- belum lagi dikomersialkan tetapi dia masih lagi dalam percubaan. Kita tahu automatic rubber tapping ini kosnya agak tinggi, mungkin pekebun kecil tidak mampu tetapi mungkin ladang-ladang besar, estet-estet getah boleh menggunakan automatic rubber tapping ini. Kilang rubber crepe. Kilang rubber crepe ini yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Sik sebenarnya adalah satu usaha yang sedang giat dilaksanakan oleh LGM. Ia sebenarnya bertujuan untuk menambah pendapatan pekebun-pekebun kecil getah. Kalau dahulu hanya getah sahaja yang mempunyai harga tetapi dengan adanya kilang crepe ini, serum akan dihasilkan daripada proses.
Dahulu serum ini akan dibuang sahaja. Akan tetapi, kita punya pakar-pakar di Lembaga Getah Malaysia telah dapati bahawa serum ini mempunyai protein yang begitu tinggi yang boleh diproses untuk makanan haiwan. Jadi dengan itu, maka maknanya bukan sahaja getah yang berharga tetapi serum atau protein yang dihasilkan daripada serum itu juga mempunyai harga dan dengan sendirinya akan menaikkan pendapatan para pekebun kecil. Jadi berhubung dengan pejabat lada di utara, itu maklumat tepat akan saya dapati, peroleh daripada pegawai-pegawai kita. Saya harap pegawai-pegawai masih ada di sini untuk memberi maklumat berhubung dengan pejabat lada di utara. Daripada Yang Berhormat Kelana Jaya. Belum balik ya? Oh, masih ada. Okey, kempen anti minyak sawit. Telah banyak saya perkatakan tadi berhubung dengan kempen minyak sawit. Kempen minyak sawit ini memang sebenarnya LGM telah menubuhkan banyak pejabat-pejabat di merata dunia untuk memberi kempen. Baru-baru ini di Tehran juga, telah kita bina kita punya pejabat dengan pakar kita di sana untuk memberi, mengadakan seminar, mengadakan berbagai-bagai usaha untuk memberi perkenalan kepada orang- orang Iran. Sebenarnya di Iran ini mereka ingin juga menggunakan minyak sawit tetapi kerajaan mereka telah hadkan pengimportan minyak sawit ke Iran hanya 30 peratus sahaja daripada minyak makan yang vegetable oil yang diimport ke negara mereka. Jadi kerajaan kita sedang berusaha dengan pihak Tehran untuk memastikan sekatan itu dibebaskan. Itu usaha sekarang ini. Sebenarnya banyak lagi negara-negara lain yang telah didirikan pejabat-pejabat MPOB ini supaya mereka boleh melawan kempen anti minyak sawit.
Penjelasan, Menteri. Boleh?
Ya.
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak minta secara bertulislah kalau boleh itu, senarai bagaimana RM2 juta ini digunakan, dan ya lah kalau Tehran dapat RM10,000, RM20,000, bagilah senarai macam mana bajetnya. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya hendak sambung sedikit. Boleh, Tuan Pengerusi?
Sila, sila.
Yang Berhormat, saya rasa kempen kita perlu dalam mode terancang. Kita dapati di pihak Yang Berhormat Kuala Kedah sentiasa membawa isu palm oil tentang keberkesanan, kebaikan dan sebagainya. Saya rasa daripada kempen begini, kita perlukan satu kempen yang agresif. Selalunya kita sekarang dalam mode defensif. Bila kuasa Eropah kenakan kita, persoalkan kebaikan palm oil, kita cuba hendak defensif. Saya rasa kita kena gerak dalam aggressive mode. Contoh, apa salahnya kalau video-video dikeluarkan tenatang the beauty of palm oil, the benefit of palm oil. Dalam bentuk macam itu. Something should be attractive. Kita tidak perlu pergi Tehran. Kita boleh buat benda itu dekat sini dan pasarkan ke seluruh dunia. Sekarang kita ada kuasa YouTube, Google dan sebagainya. Itu adalah pasaran yang sewajarnya perlu dilakukan- dalam dokumentari-dokumentari dan sebagainya. Kita kena keluarkan dokumentari sendiri dan pasarkan kepada National Geographic. Dia ambil tidak ambil tidak apa, tetapi kita ada saluran-saluran lain yang kita boleh perkenalkan. So, saya rasa pendekatan macam ini yang perlu dibawa, you know- macam mana anak-anak muda hendak memahami palm oil. Macam dulu saya ingat lagi pada tahun 80-an apabila kacang soya diperkenalkan, beginilah mereka cuba untuk mempengaruhi. Mengapa kita tidak guna taktik yang sama? Dengan kemampuan yang ada dan dengan penambahan RM30 juta yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri tadi, saya rasa pendekatan-pendekatan ini perlu dibawa ke hadapan.
Saya rasa negara kita memang ada ramai expert yang boleh menerangkan tentang kebaikan palm oil. Mengapa kita tidak gunakan mereka, mengapa kita tidak duduk meja bulat dengan mereka? Kita fikir pasal meja bulat Eropah. Mengapa kita tidak buat di Malaysia dan gunakan kemahiran mereka datang dengan idea-idea yang telah saya cadangkan tadi? Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih. itu satu pandangan yang baik. Kita akan ajukan pandangan itu kepada mesyuarat kita nanti supaya boleh diambil tindakan. Seterusnya, Yang Berhormat Kelana Jaya juga menyentuh berhubung dengan R&D. Sebenarnya kita MPOB telah banyak mengadakan R&D dan satu daripadanya juga adalah R&D yang terkini yang telah dipasarkan iaitu santan sawit. Santan sawit ini sebenarnya adalah sama dengan santan kelapa. Dia mempunyai proses-proses tertentu tetapi hasilnya adalah sama sekali rasanya sama, baunya sama dengan santan kelapa. Jadi ini adalah satu penemuan yang begitu baik sebabnya kita tahu di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara ini, santan kelapa ini banyak digunakan dalam masakan. Jadi berhubung dengan NKEA. Saya tadi juga nak jawab Yang Berhormat daripada Kota Tinggi tapi dia sudah keluar, sudah balik. Sebenarnya...
Ada.
Ada? Oh, baru bangun tidur ya? Kita ada senarai NKEA untuk tahun ini. Program NKEA adalah bernilai RM245,930,000 untuk tahun ini. Untuk tahun depan adalah RM243,897,000. Itulah nilai yang dikeluarkan untuk kita punya NKEA untuk sawit dan getah. Senarai ini akan saya beri kepada Yang Berhormat Kota Tinggi dan juga Yang Berhormat Kelana Jaya.
Yang Berhormat Menteri, saya terpanggil untuk mencelah sikit tadi. Sebenarnya isu industrial value ini sudah tidak jadi isu. Isu sekarang ini dia kata kita deforestation. Kita rosak alam sekitar. Jadi ini second wave, yang dulu dari segi industrial value kita sudah berjaya dan kita ada pengalaman melalui agensi kita, buat seminar dan berjaya. Kali ini pula isu deforestation. Deforestation ini dia attack kita, mungkin dulu kita ingat ada haze, pembakaran hutan di Indonesia, cross-border haze sampai Singapore semua kena. Salah satu sebab ialah pekebun kecil ini di negara jiran kita dia pakai slash and burn. Tujuannya untuk memperkayakan di samping murah untuk bersih. Selepas itu dia dapat hasil baja. Itu sebab salah satu daripada isu Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) ialah di samping stabil tenaga, buka stok yang lebih besar sebagai mechanism penstabilan harga. Ia juga kita hendak good agriculture practice di kalangan peserta-peserta ini dan pembekalan baja. Baja ini kalau economy scale tidak cukup mereka tidak pakailah. Kos dia mahal, dia bakar sahaja. Akan tetapi kalau baja ini kita buat secara besar dan kita boleh alternatif pada good agriculture practice, maka mungkin pembakaran ini akan dapat kurang. Ini satu lagi potensi bagaimana kita boleh menangani isu-isu selain daripada fasal yang dia tuduh kita bakar hutan dan sebagainya. Jadi saya ingat bukan institutional, institutional yang lebih besar ialah fasal alam sekitar. Jadi apa komen pada Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Menteri, boleh tambah?
Okey, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mendengar Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan warga kita yang terlibat dengan memberi gambaran negatif ataupun perladangan kelapa sawit. Jawapan Yang Berhormat Menteri itu amat saya rasa berdukacita sebab dia bila- kalau saya tahu lapor kepada dia. Bukanlah cara begitu yang menjawab menyenangkan hati dan perasaan Wakil Rakyat.
Saya amat berdukacita kerana kementerian pun sedar bahawa ada demonstrasi di Sarawak baru-baru ini. Takkan tidak tahu dan takkan tidak tahu media-media dan NGOs yang terlibat dalam demonstrasi itu. Takkan tunggu saya mahu buat laporan? Itu satu isu yang pegawai bagi jawapan kepada Menteri ini saya fikir kita harus bertindak secara positif, itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Saya akan berusaha untuk menyenangkan hati Yang Berhormat Putatan. Akan tetapi setakat ini belum lagi bolehlah. Nanti lain kali kita boleh. Jadi saya tadi baru mendapat maklumat daripada Yang Berhormat Sik. Dia sudah tidak ada ya?
Dia keluar, dia keluar.
Dia keluar? Apa boleh buatlah. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Tinggi pula datang. Okey, Yang Berhormat Kota Tinggi, saya akan jawab. Yang Berhormat Kota Tinggi, langkah-langkah yang diambil untuk mempertahankan pasaran minyak sawit negara ke negara-negara Eropah. Satu daripadanya ialah mempromosikan pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil kepada pihak berkuasa EU sebagai salah satu inisiatif kerajaan ke arah pembangunan industri sawit yang mapan dan dalam masa yang sama memelihara kebajikan pekebun-pekebun kecil. Kedua, menganggotai pakatan minyak sawit di Eropah seperti yang dikatakan tadi, seperti Sustainable Palm Oil Advocacy, European Palm Oil Alliance dan Belgian Alliance. Kerjasama erat dengan beberapa negara EU melalui kumpulan kerja berkenaan minyak sawit antaranya dengan negara Belanda. Kerjasama ini meliputi aspek penyelidikan dan pembangunan R&D minyak sawit. Ketiga, penganjuran Persidangan dan Seminar di EU bagi meningkatkan kesedaran penggubal dasar dan undang-undang penggunaan dan pengeluaran barangan pengguna mengenai minyak sawit dari aspek kemapanan pemakanan dan keselamatan. Kelima, penganjuran program suai kenal minyak sawit untuk Ahli-ahli Parlimen Eropah. Ini telah saya sebutkan tadi. Keenam, Malaysia dan Indonesia melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) telah menyatakan bantahan ke atas Resolution European Union dan akan bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini serta meneruskan usaha-usaha menangani kempen minyak sawit. Untuk maklumat Dewan ini, sebenarnya Resolution European Union ini belum lagi menjadi undang-undang, ia baru satu resolusi sahaja, pendapat yang bersama di antara mereka. Dia akan dibawa kepada satu lagi badan iaitu satu council yang akan menentukan, memutuskan sama ada resolusi itu boleh diterima untuk menjadi undang- undang yang akan dilaksanakan, dikuatkuasakan. Setakat ini belum lagi. Sebenarnya MPOB telah banyak berusaha, pengerusinya ada di sini, Pengerusi MPOB telah berusaha untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kita dan juga kita mengaitkan juga WTO dan banyak perkara lain yang telah gunakan, yang telah kita laksanakan untuk memastikan undang-undang ini tidak akan terlaksana. Satu lagi Yang Berhormat Kota Tinggi. Peruntukan NKEA. Itu saya sudah sentuh tadi NKEA. Pada tahun 2018 adalah berjumlah RM263,897 berbanding dengan RM245,930 pada tahun 2017. Peningkatan peruntukan adalah sebanyak tujuh peratus. Peruntukan tahun ini mewakili 40 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan kementerian.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sejumlah RM245 juta. Ya, RM245,930,000 okey. Untuk makluman, kerajaan amat prihatin terhadap pembangunan keseluruhan rantaian nilai sektor NKEA merangkumi huluan pertengahan dan hiliran di mana setiap sektor telah diberi peruntukan yang sewajarnya.
Walau bagaimanapun, bagi kedua-dua sektor sawit dan getah peruntukan tertinggi telah diberi kepada sektor huluan yang masing-masing berjumlah RM69,655,000 bagi sawit dan RM152 juta bagi getah. Ini menunjukkan kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan pekebun-pekebun kecil bagi kedua-dua sektor. Yang Berhormat Kota Tinggi juga menyentuh berhubung dengan pembangunan Lembaga Kenaf dan Tembakau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan pembangunan 2018 yang diluluskan kepada LKTN meningkat dari RM14 juta kepada RM16.84 juta. Peningkatan peruntukan 2018 sebanyak RM4.12 juta bagi 2018 adalah kepada pembangunan kilang kenaf di Setiu, Terengganu. Manakala peruntukan bagi tanaman kenaf masih kekal sekitar RM5 juta pada tahun 2018 bagi menyediakan insentif tanaman seluas 2,000 hektar kepada pekebun kecil. Penurunan keluasan tanaman 2017 adalah disebabkan peruntukan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM14 juta berbanding RM40 juta pada tahun 2016. Kesan cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada penurunan keluasan tanaman disebabkan kerosakan hasil. Tuan Pengerusi, saya rasa itu sahaja jawapan... [Tepuk] Saya percaya semua isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Belanjawan 2018 peringkat Jawatankuasa di Dewan yang mulia ini yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah saya beri penjelasan. Oleh itu pihak kementerian akan menyusuli isu-isu ini dan mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi memastikan industri komoditi negara terus mengekalkan prestasi dan berdaya saing. Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM441,074,200 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM441,074,200 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM497,346,500 untuk Maksud P.20 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2018 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM497,346,500 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2018] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 16 November 2017.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.02 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kes Penipuan Melibatkan Syarikat Pelancongan TempatanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, terdapat kes penipuan yang melibatkan syarikat pelancongan tempatan di mana wang-wang yang dibayar oleh pelancong-pelancong kepada syarikat pelancongan telah diseleweng dan menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada pelancong-pelancong. Pada bulan Mac 2017, sekumpulan pelancong tempatan yang terdiri daripada 18 orang telah dianiayai dan ditipu oleh Syarikat Orange Harmony Tours Sendirian Berhad apabila wang-wang yang dibayar untuk pakej pelancongan ke Zhangjiajie, China selama lapan hari enam malam di Zhangjiajie, China telah diseleweng dan atau dilesapkan oleh Syarikat Orange Harmony Tours Sendirian Berhad tersebut.
Tuan Yang di Pertua, fakta adalah bahawa 18 orang pelancong telah membayar wang kepada syarikat pelancongan tersebut untuk pakej pelancongan ke China. Apabila mereka sampai di negara China, mereka telah diberitahu oleh ejen di sana bahawa Syarikat Orange Harmony Tours Sendirian Berhad telah gagal untuk membayar wang untuk pakej pelancongan mereka dan mereka tidak dapat balik ke Malaysia kecuali mereka membayar semula wang sebanyak RM 3,670 setiap orang.
Secara keseluruhan, 18 orang pelancong tempatan terpaksa membayar jumlah wang sebanyak RM60,205 kepada ejen di China agar mereka dapat balik kembali ke tanah air dengan selamatnya. Satu laporan polis bersangkut Balai Polis Pekan Bahru Nombor 002333/17 telah dibuat oleh salah seorang mangsa kes penipuan telah dibuat oleh Cheah Siew Fong pada 10 Jun 2017.
Justeru itu, saya memohon penjelasan daripada kementerian berkenaan hasil siasatan polis terhadap kes ini dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana- mana pihak yang terlibat dalam kes penipuan ini. Adakah tindakan telah diambil terhadap pengarah-pengarah yang mengambil kesempatan terhadap mangsa-mangsa kes penipuan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai jumlah aduan-aduan penipuan kes seumpama ini yang melibatkan syarikat-syarikat pelancongan tempatan, hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil untuk menyelesaikan aduan-aduan kes tersebut dalam tempoh tahun 2013 sehingga September 2017. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, perkara pertama yang ingin saya tekankan di sini adalah Syarikat Orange Harmony Tours Sendirian Berhad tidak mempunyai bidang perniagaan “outbound” iaitu bagi menjalankan perniagaan pelancongan ke luar negara. Perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa syarikat tidak boleh dan tidak sepatutnya mengelola sebarang pakej pelancongan ke China kerana ia tidak mempunyai lesen bidang tersebut dan status ini boleh disemak melalui laman sesawang www.motac.gov.my.
Berkenaan dengan hasil siasatan polis, status siasatan dan hasil tindakan kes ini adalah wajar diperjelaskan sendiri oleh kementerian yang berkaitan memandangkan siasatan polis adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Berkenaan dengan tindakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK), adalah dimaklumkan bahawa kementerian telah menerima satu aduan daripada mangsa kejadian iaitu ibu dan bapa pengadu dan aduan tersebut dikemukakan oleh anak mangsa, pihak ketiga (third party), ya dan bukannya terus daripada mangsa kejadian pada 27 Mac 2017.
Sejurus mendapat aduan tersebut, kementerian ini melalui Pejabat KPK Negeri Perak telah mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak syarikat untuk mengemukakan penjelasan mengenai insiden tersebut melalui surat tunjuk sebab bertarikh 30 Mac 2017 dalam tempoh masa 14 hari, tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima. Selanjutnya, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Pejabat Motac telah membuat serbuan ke atas premis syarikat pada 20 April 2017 dan sekali lagi pada 5 Mei 2017 susulan syarikat telah ditutup semasa serbuan pertama.
Namun, pemeriksaan kali kedua telah mendapati premis tersebut telah terus tutup dan tidak lagi beroperasi. Pada 9 Mei 2017, pengadu telah menarik semula aduannya.
Walaupun pengadu telah menarik semula aduan, kementerian masih lagi meneruskan siasatan ke atas syarikat Syarikat Orange Harmony Tours Sendirian Berhad untuk dikenakan tindakan sewajarnya termasuk pembatalan lesen serta menyenaraihitamkan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat dari mendapatkan lesen pelancongan yang baru atau mengambil alih syarikat yang baru.
Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur, kementerian sentiasa membuat pemantauan, penguatkuasaan dan siasatan terhadap kes-kes penipuan melibatkan orang awam yang menjadi mangsa dan diperdaya oleh Agensi Pelancongan dan Syarikat Pelancongan.
Berdasarkan kepada rekod kementerian ini, kes-kes yang telah disiasat dan sedang diambil tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di atas pelbagai kesalahan penipuan dan penyelewengan sejak tahun 2013 hingga kini adalah seperti berikut:
|No.| Tahun |Bilangan Kes| |--:|--------------|-----------:| | 1| 2013| 23| | 2| 2014| 15| | 3| 2015| 7| | 4| 2016| 26| | 5|September 2017| 18|
Berdasarkan statistik ini, jumlah kompaun yang telah dikeluarkan oleh kementerian, melibatkan kes-kes yang telah disabitkan kesalahan adalah berjumlah RM499,000. Manakala sebanyak 38 kes telah pun dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan. Antara kesalahan pelanggaran utama di bawah Akta 482 adalah:
(i) kesalahan bekerjasama dengan agensi tanpa lesen;
(ii) kesalahan menjalankan perniagaan sebagai agensi pelancongan tanpa lesen; dan
(iii) membuka cawangan tanpa lesen.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian bertanggungjawab menguatkuasakan Akta 482 dalam memastikan keteraturan industri pelancongan Malaysia dengan menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawahnya termasuklah mengambil tindakan ke atas kesalahan di bawah kod etika, mengenakan tindakan denda, pendakwaan dan pembatalan lesen perniagaan agensi pelancongan berkaitan sekiranya sabit kesalahan demi menjaga kepentingan industri pelancongan dan orang awam.
Selain itu, rakan-rakan strategik kementerian yang turut mengambil tindakan terhadap kes-kes penipuan seumpama ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berdasarkan peruntukan kuasa perundangan setiap agensi kerajaan tersebut. Penipuan dengan niat iaitu bersifat jenayah komersial seperti menjual pakej pelancongan yang tidak wujud atau palsu untuk mendapatkan wang daripada mangsa adalah disiasat dan diambil tindakan oleh PDRM berdasarkan Kanun Keseksaan.
Manakala penipuan bersifat kepenggunaan seperti pakej pelancongan yang tidak sama seperti dijanjikan atau pelanggaran kontrak perkhidmatan agensi pelancongan dengan pelancong kendaliannya boleh diambil tindakan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), KPDNKK yang dikuatkuasakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2010.
Dalam usaha memerangi gejala penipuan dan penyelewengan oleh agensi pelancongan, kementerian telah pun menjalankan 14 siri kempen kesedaran kepada orang awam di seluruh negara. Bagi tahun ini, fokus utama kempen adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai hak kepenggunaan dalam membanteras penipuan pakej Umrah bersama dengan rakan-rakan strategik daripada PDRM dan TTPM. Berlandaskan Strategi Lautan Biru Nasional ini, pihak kementerian telah berjaya meningkatkan kesedaran orang awam agar sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati dalam memilih pakej Umrah mahupun syarikat pelancongan yang sah.
Di samping itu, orang ramai turut didedahkan kepada peranan PDRM dalam membanteras penipuan oleh entiti yang memang berniat membuat penipuan (scam) di bawah kategori jenayah komersial dan meningkatkan pengetahuan berkenaan hak mereka selaku pengguna yang disampaikan oleh TTPM. Melihat kepada keberkesanan kempen ini, pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan skop kempen pada tahun hadapan kepada pakej-pakej pelancongan lain selain umrah agar ianya dapat memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada orang awam.
Selain itu, kementerian turut bercadang untuk meningkatkan kadar-kadar penalti di atas kesalahan sedia ada di bawah Akta 482. Peningkatan kadar penalti iaitu denda dan penjara yang dalam proses pindaan ini amat kritikal agar ia lebih relevan dengan keadaan semasa dan mencapai objektifnya yang bertindak sebagai pencegah pelanggaran undang-undang dalam mendidik semua pihak khususnya para penggiat industri agar mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa. Yang Berhormat, saya hendak nasihatkan kepada orang-orang yang hendak beli pakej ini, sila siasatkan syarikat itu dalam website kita. Itu basic. Kalau dia tidak dibenarkan untuk menjual pakej ke luar negara, maka janganlah berurusan dengan mereka, ya.
Pada masa yang sama, kementerian turut membuat pindaan terhadap Peraturan-peraturan di bawah kuasa Pesuruhjaya Pelancongan yang turut diperkemas di samping meningkatkan elemen pemantauan dan penguatkuasaan melalui sistem atas talian yang lebih berkesan, terutamanya dalam pengendalian ibadah umrah dan ziarah.
Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penipuan dan Modus Operandi Syarikat Sunner Group International BerhadSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima lebih daripada 80 aduan daripada pembeli berkenaan pelan pelaburan dan perniagaan mesin vending jalur lebar mudah alih (WiFi) yang dianjurkan oleh Syarikat Sunner Group International Berhad (MYCOID:1033320-H) yang beralamat 19A-31-3A, Business Centre, Nombor 19, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan yang telah menipu pembeli dengan jumlah wang yang besar antara RM26,000 hingga RM31,000.
Orang awam menerima panggilan telefon daripada syarikat tersebut walaupun
4 mereka tidak pernah mempunyai urusan dengan syarikat tersebut. Ini adalah satu penyalahgunaan data peribadi orang ramai.
Sunner Group menjalankan modus operandi menghubungi orang awam dengan menawarkan pakej promosi percutian percuma, serta orang awam yang dihubungi diminta untuk hadir ke sebuah hotel untuk sesi taklimat pakej promosi percutian tersebut.
Namun sesi taklimat pakej promosi percutian yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan berubah menjadi satu sesi pembentangan pelaburan dan perniagaan mesin vending jalur lebar mudah alih (WiFi).
Sunner Group telah menawarkan satu pelan pelaburan dan perniagaan perkhidmatan mesin jalur lebar layan diri dengan mengenakan caj serendah RM1 bagi 30 minit akses jaringan jalur lebar. Wakil Sunner Group menyatakan mesin berkenaan mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pembeli, antara RM3,000 hinggalah RM7,000 sebulan, untuk membeli mesin jalur lebar ini daripada syarikat berkenaan dengan harga mesin tersebut sekitar RM26,000 hingga RM31,000. Bukan setakat itu sahaja, syarikat berkenaan berjanji akan menempatkan mesin berkenaan di lokasi tumpuan orang ramai semasa sesi pembentangan.
Walaupun pembayaran telah dibuat oleh pembeli dengan jumlah wang yang besar berhubung pelan pelaburan dan perniagaan yang ditawarkan, kebanyakan pembeli masih belum menerima mesin yang dibeli dan perjanjian pembelian yang ditandatangani didapati berat sebelah serta berbeza dengan tawaran yang dijanjikan oleh kakitangan syarikat berkenaan semasa sesi pembentangan. Syarikat berkenaan dipercayai sudah beberapa tahun beroperasi dengan menjalankan modus operandi sama iaitu menarik pembeli dengan menawarkan pakej promosi percutian. Sebanyak 50 laporan polis yang sudah dibuat oleh pembeli di sekitar negara ke atas syarikat berkenaan.
Justeru itu, saya berharap agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dapat melakukan siasatan yang terperinci dan mengambil tindakan yang tegas kepada syarikat berkenaan dari terus menerus menggunakan modus operandi sama menipu orang ramai. Sekian sahaja. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menerima sebanyak 63 aduan berhubung dengan kegagalan membekalkan mesin vending jalur lebar mudah alih (WiFi) seperti yang dijanjikan oleh Syarikat Sunner Group International Berhad.
Pengadu telah membuat laporan polis bahawa mereka ditipu oleh syarikat tersebut kerana:
(i) tidak mendapat mesin seperti yang dijanjikan oleh syarikat Sunner Group International Berhad. walaupun bayaran penuh telah dijelaskan;
(ii) penempatan lokasi mesin tersebut tidak seperti yang dijanjikan;
(iii) mesin yang diterima tidak berfungsi dengan baik; dan
(iv) lingkungan (radius) penerimaan wifi tidak seperti yang dijanjikan iaitu kurang dari 150 meter.
Kajian telah dibuat ke atas semua 63 laporan polis yang dikemukakan oleh pengadu dan mendapati:
(i) aduan ini tidak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana pengadu bukan pengguna (end user) tetapi pembelian yang dibuat lebih untuk tujuan perdagangan;
(ii) elemen jualan langsung sukar dibuktikan dengan jelas dan terdapat isu traceability modus operandi “panggilan telefon”
kerana pihak telco hanya menyimpan rekod panggilan bagi tempoh tiga hingga enam bulan; dan
(iii) siasatan ke atas syarikat turut dijalankan dan mendapati bahawa syarikat berkenaan tidak menjalankan modus operandi jualan langsung dan aduan yang disiasat adalah lebih kepada unsur-unsur penipuan di mana ianya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu penyalahgunaan data peribadi orang ramai, ianya merupakan perkara di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dikawal selia melalui Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 16 November 2017. Terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]