Dewan Rakyat · 15 November 2018
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 718 turns · 65,494 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menambah projek penjanaan kuasa solar berskala besar (large scale solar) bagi mencapai sasaran 20 peratus tenaga boleh baharui menjelang tahun 2025.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, kerajaan ada perancangan untuk menambah projek LLS. Akan tetapi, sebelum ini, izinkan saya huraikan sedikit untuk memberikan satu gambaran kepada Dewan yang mulia ini akan usaha kerajaan untuk meningkatkan tenaga boleh baharui. Dalam merancang bekalan elektrik negara, kerajaan sentiasa perlu mendapat imbangan apa yang kita katakan energy trilemma— reliability, affordability and sustainability. Bagi mengatasi cabaran untuk mencapai keseimbangan ini, industri bekalan elektrik perlu menuju ke satu arah 3D iaitu decarbonization, decentralization dan digitalization. Salah satu langkah 3D ialah untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh baharu. Kerajaan telah meletakkan sasaran penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2020. Ini tidak termasuk penjanaan elektrik daripada penjanaan elektrik hidro besar yang lebih daripada 100 megawatt. Bagi mencapai 20 peratus ini, kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Tarif dan Elektrik telah membuat analisis dan mendapati bahawa sebanyak 3,991 megawatt ataupun agak-agak empat gigawatt kapasiti tenaga boleh baharu perlu ditambahkan kepada sistem bekalan elektrik menjelang tahun 2025. Dengan ini, kerajaan merancang untuk meningkatkan penjanaan bekalan elektrik daripada pelbagai sumber TBB (tenaga boleh baharu) melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti feed-in tariff, net energy metering dan juga melalui projek berskala besar iaitu solar berskala besar atau large scale solar (LLS) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebelum kita pergi ke large scale solar, saya ingin bagi satu latar belakang. Kerajaan telah membuat dua kitaran projek LLS dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 958 megawatt. Daripada projek ini, tiga projek dengan kapasiti 32.5 megawatt telah mencapai tarikh operasi komersial. Projek yang lain akan dijangka mula menjana tenaga pada penghujung tahun 2018 sehingga 2020. Bagi mencapai sasaran 20 peratus, ini tidak mencukupi. Lebih banyak projek LLS perlu ditambah. Sebagai langkah awalan, pada tahun 2019, kerajaan akan melaksanakan tender terbuka untuk projek LLS kitaran ketiga (LLS 3) dengan jumlah kapasiti sebanyak 500 megawatt. Anggaran nilai projek-projek LLS 3 adalah sebanyak RM2 bilion. Perincian pakej- pakej projek akan diumumkan pada Januari 2019. Projek LLS 3 berserta dengan
penambahbaikan polisi NEM dan SREP dijangka akan memangkin pertumbuhan industri solar di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Menteri ialah apakah impak kepada alam sekitar, sekiranya ada, daripada projek-projek penjanaan kuasa solar berskala besar ini? Juga, bagaimanakah kerajaan akan menilai atau mencari keseimbangan antara impak ini dengan keperluan tenaga negara?
Tuan Yang di-Pertua, semua projek perlu sebab projek infrastruktur ataupun projek penjanaan elektrik akan ada impak kepada alam sekitar, di mana kita kena menilai apakah projek yang akan ada impak yang lebih besar. Apabila kita menimbang impak kepada alam sekitar, kita menggunakan garis panduan di mana impak itu ialah carbon footprint. Kita jejak karbon untuk setiap projek ini. Apabila kita buat analisis jejak karbon ini iaitu analisis carbon footprint ini, kita gunakan life cycle analysis iaitu kitar hayat. Kitar hayat di mana apakah projek tenaga boleh baharu yang ada lebih impak pelepasan karbon dari seluruh hayat dia kepada alam sekitar. Jejak karbon keseluruhan iaitu— life cycle analysis ini kita bukan sahaja dalam masa ia operasi tetapi kita kiranya apabila pembuatan dari segi pelepasan karbon pembuatan komponen-komponen sistem solar, pembinaannya dan seterusnya pelepasan karbon sepanjang operasi dan akhirnya apabila kita perlu melupuskannya.
Ia bersamaan dengan projek-projek yang lain juga, dari cradle to grave. Apabila kita tengok, kalau kita tengok dengan penilaian ini iaitu dari segi life cycle analysis kita dapati bahawa impak solar berskala tinggi seperti ini adalah jauh lebih rendah daripada yang kita berasaskan atau penjanaan elektrik berasaskan gas ataupun coal. Saya ada analisis di sini di mana kalau kita tengok pelepasan karbon seumur hayat untuk solar adalah 20 kali ganda lebih rendah daripada yang berasaskan bahan api yang konvensional ataupun fosil dan juga kalau kita tengok angin tetapi angin di Malaysia tidak ada banyak. Kalau angin di tempat yang lain this life cycle analysis ataupun carbon footprint ya, carbon footprint untuk angin adalah 40 kali ganda lebih rendah daripada penjanaan elektrik berasaskan bahan fosil ini. Oleh itu dengan statistik ini kita boleh tahu bahawa dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui kita boleh dapatkan impak yang lebih rendah kepada alam sekitar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini mengenai tenaga elektrik, sumber-sumber lain saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Menteri daripada hidro, angin, nuklear, ombak, hujan, biomass, apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang itu? Khusus daripada sumber-sumber itu ialah biomass buangan sawit. Jika kita boleh menjanakan elektrik, saya pernah melihat kilangnya di Sabah, maka pendapatan pekebun sawit mungkin boleh ditambahkan dengan penjanaan biomass buangan sawit untuk dijadikan tenaga elektrik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Kementerian kita sentiasa menilai pelbagai tenaga boleh diperbaharui dan melihat apakah teknologi yang kompetitif untuk menjana elektrik dan boleh mencapai satu keseimbangan antara again, affordability, reliability and sustainability. Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bukan sahaja dengan large scale solar, bukan sahaja dengan net energy metering yang telah saya kongsikan, bukan saja dengan SARE yang saya telah kongsikan tetapi sebanyak 114 megawatt kuota tenaga boleh baharu yang lain akan dibuka semula oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) pada hujung bulan ini. Perincian ini adalah seperti berikut, sejumlah 74 megawatt hidro kecil dan 10 megawatt biojisim akan dibuka untuk permohonan bermula 27 November 2018. Manakala sejumlah 30 megawatt biogas akan dibuka eBidding pada 19 November 2018. Untuk makluman semua, ini adalah kali pertama SEDA menjalankan eBidding untuk FIT. Dengan secara keseluruhannya kita tengok pelbagai teknologi yang boleh menambah tenaga boleh baharu dan bukan solar sahaja.
2. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Perdana Menteri menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) serta siapakah dan apakah indikator yang akan menentukan sama ada negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) ICERD.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. ICERD atau singkatan dari International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination merupakan instrumen yang bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum. Ianya telah dibuka untuk ditandatangani dan seterusnya disahkan oleh negara-negara sejak 21 Disember 1965. Sehingga kini Malaysia adalah salah sebuah negara merdeka yang tidak meratifikasikannya. Mesyuarat jawatankuasa antara kementerian dan agensi bagi menyelaras isu-isu berkaitan hak asasi manusia pada 15 Julai 2010 iaitu semasa kerajaan terdahulu telah bersetuju dan memutuskan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mengetuai Jawatankuasa Teknikal ICERD bagi meneliti secara terperinci artikel-artikel yang terkandung di dalam ICERD dan adakah artikel tersebut bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan. Konvensyen ICERD membenarkan tindakan affirmative di bawah Artikel 1(4) mengenai langkah-langkah khas atau special measures dengan syarat mempunyai penetapan jangka masa dan objektif. Langkah-langkah khas perlu memenuhi beberapa syarat seperti kesesuaian dengan situasi yang ingin diubah, keabsahan, keperluan dalam masyarakat demokratik, pengakuan dan penghormatan kepada prinsip keadilan dan ia bersifat sementara. Kewajaran dan indikator langkah-langkah khas seharusnya berlandaskan: (i) data yang tepat dan tidak berasaskan ras, warna, keturunan, asal usul etnik atau bangsa; (ii) mengambil kira komponen gender; (iii) mengambil kira status sosioekonomi dan budaya sesebuah masyarakat yang berlainan dalam populasi; (iv) penyertaan sesebuah masyarakat dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara; dan (v) perlu mengadakan rundingan awal dan penyertaan langsung daripada komuniti-komuniti yang terlibat adalah perlu selaras dengan perenggan 16 sehingga 18 General Recommendation, nombor 32. Kerajaan ingin menegaskan bahawa komitmen Malaysia terhadap konvensyen- konvensyen di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah bersifat realistik, praktikal dan boleh dipatuhi dan tidak bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan, khususnya yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain seperti mana terdapat dalam Perkara 153. Memandangkan isu-isu berkaitan Konvensyen ICERD tidak mendapat penjelasan yang jelas dan menyeluruh sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerisauan, maka kerajaan akan mengambil pendekatan aktif pada suku tahun pertama 2019 untuk mengadakan konsultasi bagi mendapatkan pandangan perundangan, legal opinion baik dari dalam mahupun luar negara dan pandangan intelektual di kalangan masyarakat ramai. Proses konsultasi ini sesungguhnya menepati pandangan dan nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di mana saya ingin quote Tuan Yang di-Pertua, “The new Malaysia will firmly espouse the principles promoted by the United Nations in our international engagements. This include the principles of truth, human rights, rule of law, justice, fairness, responsibility and accountability, as well as sustainability. It is within this context that the new Government of Malaysia has pledged to ratify all remaining core UN instruments related to the protection of human rights. It will not be easy for us because Malaysia is multi-ethnic, multi-religious, multi-cultural and multi-
lingual. We will accord space and time for all to deliberate and to decide freely based on democracy.” Langkah konsultasi perlu dilaksanakan bagi mendapat persetujuan berhubung konvensyen berkenaan sebelum kerajaan mencatur sebarang keputusan muktamad ratifikasi konvensyen ICERD tersebut dan dalam proses konsultasi tersebut tiada apa-apa timeline yang akan ditetapkan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jemput Yang Berhormat Pengerang untuk mengemukakan soalan tambahan pertama, 30 saat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah jaminan daripada kerajaan bahawa ratifikasi ini tidak akan membawa kepada pemansuhan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai beberapa isu terutama sekali isu berkenaan kuota dan perkhidmatan dan permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak. Seterusnya soalan saya pada kerajaan sama ada hendak menaikkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat usul saya nombor 18 untuk membahaskan perkara ini sebelum apa-apa ratifikasi ditandatangani. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan memberikan jaminan bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan. [Tepuk] Untuk ketenangan Yang Berhormat Pengerang, saya ingin merujuk kepada ratifikasi yang telah – maksud ratifikasi seperti mana yang terdapat di dalam Vienna Convention on the Law of Treaties 1969. Di bahagian (d) telah diberikan takrif kepada maksud reservation.
"Reservation means a unilateral statement, however phrased or named, made by a State, when signing, ratifying, accepting, approving or acceding to a treaty, whereby it purports to exclude or to modify the legal effect of certain provisions of the treaty in their application to that state’’. Dengan itu, saya berharap Yang Berhormat menerima jawapan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, bersetuju jika saya katakan iaitu pada waktu sekarang ini negara kita lebih memerlukan untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi rakyat. Jadi, soal nak pengesahan untuk menandatangani ICERD ini bukanlah keutamaan sekarang. Kalau ianya akan menimbulkan porak-peranda, malapetaka, lebih baik kita tumpukan kepada urusan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat negara kita. Terima kasih.
Setuju, setuju, setuju.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan bahawa buat masa kini terdapat pihak-pihak yang telah menimbulkan keresahan masing-masing kerana mereka sebenarnya tidak faham inti pati ICERD yang dicadangkan ini. Saya ingin menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak mendiskriminasikan mana-mana kaum. Saya dapat nyatakan daripada pengetahuan peribadi saya sebagai seorang peguamlah. Sekiranya kita rujuk kepada Artikel 153, saya ada dalam bahasa Inggeris version, ini sebagai seorang peguam saya ingin menyatakan asal saya sebagai peguamlah, menyatakan bahawa, “it is the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays.” Saya highlight the word ‘special position’, di fasal 153(2) pula menyatakan, ‘’ Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and the federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and the natives of the states of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation’’, saya highlight perkataan ‘reservation’, ‘for Malays and native of any state of Sabah and Sarawak and of such proportion as he may deem reasonable’. Saya highlight balik, ‘such proposition as he may deem reasonable’, iaitu nisbah yang Yang di-Pertuan Agong fikirkan munasabah. Jadi, mengambil kira peruntukan tersebut, saya ingin highlight iaitu dalam ICERD mentakrifkan maksud “racial discrimination”, sebagai dalam Artikel 1 ianya mentakrifkan sebagai it shall mean any distinction, exclusion, restriction or preference. Keempat-empat
perkataan ini yang mentakrifkan maksud diskriminasi tidak terdapat dalam Perlembagaan kita. Oleh itu saya dapat menyatakan pendapat peribadi sayalah. Jadi, ianya memerlukan lebih banyak lagi dialog, diskusi dan juga pendapat-pendapat legal opinion supaya kita dapat mengesahkan sama ada kita dapat ratify ICERD ini atau tidak. Sekian, terima kasih.
3. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah hala tuju kementerian bagi tahun 2019 dalam memperkasakan industri pelancongan khususnya dalam menonjolkan ekopelancongan dan kepelbagaian kaum serta budaya di Sabah.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, dalam meningkatkan industri pelancongan negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengenal pasti enam tema utama berdasarkan Pelan Strategik Pelancongan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) sebagai pemangkin bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 28.1 juta orang pelancong dengan RM92.2 bilion pendapatan pelancongan pada tahun 2019. Enam tema ini adalah nombor satu dengan izin, affordable luxury. Second thing, culture, art and heritage. Ini ada enam tapi kalau disebut semua, lambat dan lama sikit. Jadi saya potong sedikit-sedikit. Nature adventure events, entertainment and spa dan business tourism. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kementerian juga telah merangka Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 sebagai hala tuju dalam memperkukuhkan pembangunan dan kelestarian kelas tarian segmen ekopelancongan di seluruh negara. Bagi konteks negeri Sabah, kementerian memfokuskan kepada produk ekopelancongan di samping menonjolkan kepelbagaian budaya dan adat warisan masyarakat tempatan. Bagi tujuan tersebut lapan kluster ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di Sabah telah dikenal pasti seperti berikut; Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Klias Kuala Penyu, Sandakan, Kinabatangan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Tambunan, Crocker Range National Park, Keningau, Tenom, Kota Kinabalu, Tamparuli, Kundasang, Ranau, Maliau Basin, Imbak Canyon, Danum, Bali, Tabin, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Mabul, Sipadan dan Kunak. Antara produk-produk utama di bawah kluster-kluster ini yang telah dan sedang dipromosikan oleh kementerian bersama-sama Sabah Tourism Boat adalah seperti Monsopiad Cultural Village, Mari-mari Cultural Village dan Kinabalu Park di Kota Kinabalu, Orang Utan Rehabilitation Centre, Borneo, Sun Bear Conservation Centre dan Maliau Basin di Sandakan, Rafflesia Information Centre di Tambunan dan di Danom Valley di Lahad Datu. Manakala program yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah Crocker Range Festival 2018 yang akan diadakan dari 22 November hingga 25 November 2018 di Padang Bandaran Keningau dan Forth Kullu Adventure Challenges yang akan diadakan pada 2 Disember 2018 di Kullu, Sabah.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM35.9 juta bagi projek-projek pembangunan di Negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Di samping itu pihak swasta seperti agensi-agensi pelancongan telah dan sedang bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha produk pelancongan dalam membangunkan pakej-pakej pelancongan bagi kluster-kluster ini. Ia kemudiannya akan dipromosikan dan dijual kepada agensi-agensi pelancongan luar negara menerusi pameran-pameran galakan pelancongan seterusnya menerusi pembangunan kluster ini aktiviti community-based tourism (CBT) juga dapat dikembangkan dan dipromosikan secara lebih holistik terutama program homestay. I want to correct Tuan Yang di-Pertua. I think the word community-based tourism shouldn't be in a word of CBT. Otherwise, it will be wrong in interpretation, criminal breach of trust jadi dia. So, I wouldn't be using this one.
Sudah habis ya Yang Berhormat? Sudah habis. Tempoh masa sudah habis.
All right, okey. Thank you.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Papar untuk mengemukakan soalan tambahan pertama, tempoh 30 saat.
Ya, soalan tambahan saya ialah apakah antara program yang dirancang pada tahun 2019 bagi mempromosikan keunikan yang ada di Sabah khususnya di peringkat antarabangsa dan mempromosikan Sungai Papar yang luas dan panjang sebagai destinasi pelancongan dengan tersedianya waterfront seperti di Sungai Sarawak. Terima kasih.
Sebentar tadi saya ada menyebutkan tentang pembangunan atau apa yang dilaksanakan di Papar tentang kluster tetapi saya ingat Yang Berhormat daripada Papar ini mungkin dia tidak mendengar apa yang saya cakap. Saya tidak mahu ulang lagi jawab Tuan Yang di-Pertua, tulis surat lah sama saya, saya tulis, saya jawab dalam bentuk tulisan. Got black and white, he can read day and night. Thank you. [Dewan ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar Yang Berhormat Menteri, saya teruja menunggu usaha kerajaan di dalam bidang ekopelancongan sebab kami mempunyai kepelbagaian kekayaan ekopelancongan di Sungai Perak yang besar, bukit berflora dan fauna, bunga-bunga Rafflesia yang berbagai-bagai jenis dan air panas di Ara Panjang, Manong. Saya mohon kementerian nyatakan bagi memastikan pembangunan ekopelancongan ini nanti mengambil kira pulangan kepada masyarakat setempat terutama sekali orang asli, orang asal dan masyarakat setempat, orang kampung yang mungkin terjejas khazanah semula jadinya kerana pembangunan ekopelancongan ini. Jangan nanti kerana tidak diurus dengan baik, segala tarikan asal ini akan pupus dan indigenous tourism dengan izin ini akan hilang kelebihannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar. Saya kalau boleh Yang Berhormat just write a letter to me, then I will give you a reply dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Sebetulnya saya menyokong, menerima, menyambut baik rancangan Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar in order to do this, I think I need Yang Berhormat please write a letter to me, I will give you a proper reply and I will work with you dalam pembangunan ekopelancongan Kuala Kangsar. Terima kasih banyak.
Boleh Yang Berhormat Kuala Kangsar? Setuju letter. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Perdana Menteri menyatakan status undang- undang terkini berkenaan dengan pemilikan kapal Equanimity serta status dan prosedur lelongan awam kapal tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping untuk soalan satu. Soalan dia, izinkan saya membaca. Dia bertanya tentang status undang- undang terkini berkenaan dengan pemilikan kapal Equanimity serta status dan prosedur lelongan awam kapal tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya membaca ini saya rasa izinkan saya. Mungkin ada orang tanya apa dia makna Equanimity ini. Kalau untuk mudahnya dalam bahasa Melayunya lah ketenangan dalam gelora. So, saya harap dengan jawapan ini, mana-mana
yang bergelora itu tenang lah. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kalau ikut kawan saya, rakan saya Yang Berhormat – dia kata boleh tidak kita panggil kapal Equanimity ini Kapal Jho Low. Dia kata saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua. Kapal Equanimity telah ditahan atas satu waran penahanan pada 7 Ogos 2018 yang dikeluarkan mengikut bidang kuasa Admiralty Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 24 Ogos 2018 Mahkamah Tinggi telah membuat perintah untuk Equanimity dijual melalui tender awam. Selaras dengan perintah mahkamah tersebut, seorang broker central agent daripada Monaco telah dilantik untuk meneruskan penjualan kapal tersebut. Seorang penilai juga telah dilantik untuk membuat penilaian kapal Equanimity. Tuan Yang di-Pertua, bagaimanapun nilai harga Equanimity itu adalah sulit dan tidak boleh didedahkan di Dewan ini ia selaras dengan perintah mahkamah yang didapati pada 24 Ogos 2018. Di mana izinkan saya membacanya. Penjualan vessel tersebut melalui tender awam dijalankan dengan nilai vessel tersebut dikekalkan sulit. Ini ayat dalam perintah mahkamah dan tidak didedahkan kepada pasaran prospektif sepanjang proses penjualan. Oleh itu, semua tawaran bagi kapal tersebut akan dibuat terus kepada Syerif Mahkamah dan Syerif Mahkamah diberi kuasa untuk menerima harga tertinggi yang ditawarkan. Tender awam ini telah dibuka 29 Oktober 2018 dan akan ditutup pada 28 Ogos 2019. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri dengan jawapan yang penuh dengan maklumat terkini. Selain daripada penyertaan dan lelongan awam kapal Equanimity. Soalan tambahan saya apakah tindakan undang-undang termasuk tindakan undang-undang jenayah yang telah atau akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab khasnya Jho Low dalam perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Yang Berhormat Taiping. Tentang pendakwaan jenayah saya rasa ini adalah bidang kuasa Peguam Negara di bawah artikel 145(3) maka yang itu kami sebagai pihak kementerian tidak boleh campur tangan. Walau bagaimanapun kalau Yang Berhormat Taiping membaca media memang telah tindakan diambil. Cumanya kita mengharapkan lah, kalau Jho Low dengar jawapan pada hari ini dia boleh balik lah untuk mempertahankan diri dia. Kita harap mana-mana pihak yang ingin tolong dapatkan Jho Low balik itu boleh lah berhubung terus dengan pihak polis untuk membantu polis mendapatkan Jho Low untuk balik ke Malaysia dan menghadapi pertuduhan untuk membela diri sebab dia kata dia tidak bersalah. Saya difahamkan dia pun telah membelanjakan lebih kurang RM4 bilion untuk dengan izin boost dia punya imej dan telah engaged peguam-peguam yang antaranya peguam-peguam di Amerika telah dilaporkan oleh media untuk hendak boost imej dia dalam menjawab, dia pakai PR punya firm untuk memastikan imej dia dalam kes ini dibersihkan lah.
Jadi beliau telah sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak. Jadi saya harap beliau akan balik ke Malaysia untuk berhadapan dengan pertuduhan dan membela diri beliau. Sekian, terima kasih.
Ya, Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan boleh mengesahkan kapal ini milik Jho Low sebagaimana yang disebut kalau Jho Low berani balik? Adakah maklumat yang diterima oleh pihak kerajaan untuk mendedahkan siapa sebenarnya syarikat yang memiliki sebab kita mendapat maklumat bahawa syarikat ini didaftarkan di Pulau Cayman? Jadi sejauh mana maklumat yang diterima oleh pihak kerajaan dalam isu ini? Minta penjelasan.
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, sebenarnya apabila kes ini dibawa ke mahkamah, sepatutnya kalau sekiranya mana-mana pihak yang merasakan bahawa kapal ini bukan milik Jho Low kah ataupun milik orang lain kah, sepatutnya dia pergi ke mahkamah dan mendapatkan khidmat peguam untuk mencabar. Akan tetapi saya hendak maklumkan, walaupun terdapat satu notice of arrest ataupun penahanan kapal itu dan ada satunya perintah jualan dan telah ada satu peluang untuk
mereka ini mencabar, tetapi the previous owners of the Equanimity – izinkan saya baca dalam information memorandum ini. “The information: The previous owners of the Equanimity have not challenged the claim, the arrest of the sale. So, the arrest and the sale have been widely publicized and no party has recorded any objection”. Bermakna, tidak ada pihak pun. Oleh sebab itu kes itu telah dibawa ke mahkamah tanpa ada sebarang contest. Jadi saya pun merasa hairan kerana apakah kalau betullah mereka mempertikaikan bahawa kapal ini milik seseorang lain, sepatutnya mereka mencabar itu di mahkamah. Oleh sebab itu sekarang ini apabila telah pun diputuskan oleh Mahkamah Admiralty bahawa kapal ini telah pun diarahkan untuk dijual, maka izinkan saya membacakan, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
“For the avoidance of doubt, the Cayman registry...”, macam tadi kata Yang Berhormat iaitu kapal ini didaftarkan di Pulau Cayman, “… has confirmed that a duly notarized bill of sale issued by the Malaysian court together with a duly executed affidavit by the Sheriff of the High Court of Malaya that notice of the in rem action. ‘In rem’ ini maksudnya yang melibatkan keseluruhan – dalam undang-undang ada in rem dan in personam. ‘In rem’ maknanya ia melibatkan keseluruhan dunia. Bermakna bila dijual ini, seluruh dunia tahu secara mudahnya. Bermakna dia kata, “The notice that in rem and the decision have been duly given to the defendant in the action will be recognized as sufficient proof of ownership to transfer legal ownership to the buyer. The Malaysian court order for sale is also accepted by the Cayman registry for the deletion of the vessel from the Cayman Registry”. Maknanya apabila dia sudah ada perintah mahkamah ini, segala urusan pendaftaran di Cayman itu telah tamat. Bermakna sekarang, kapal ini boleh dijual dan kalau dijual, orang yang beli ini mendapat satu hak milik yang sah. Ini yang berlaku dalam undang-undang. Apa yang saya merasa hairan sikit, kenapa mereka tidak cabar daripada awal? Ini yang sepatutnya dilakukan sekiranya Jho Low merasakan kapal itu bukan miliknya ataupun kapal ini tidak boleh dijual. Mereka sendiri tidak mengambil apa-apa inisiatif. Jadi saya rasa sekadar itu. Sekian, terima kasih.
3. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya melarang semua sisa plastik yang diimport dari luar negara terutamanya dari China, Eropah dan Australia masuk ke Malaysia.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Klang kerana mengajukan soalan mengenai adakah kementerian bercadang untuk mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara supaya melarang semua sisa plastik yang diimport dari luar negara terutamanya dari China, Eropah dan Australia masuk ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Klang, KPKT tidak bercadang untuk menukar dasar atau mengubah Dasar Pengurusan Sisa Pepejal, melarang kemasukan sisa plastik. Namun demikian, KPKT akan menyemak semula dan ketika ini, KPKT telah mengenal pasti isu-isu yang menyebabkan tidak terkawalnya termasuknya sisa plastik daripada luar negara. Jadi oleh kerana itu, KPKT akan meningkatkan dan memperketat lagi syarat-syarat kemasukan plastik ini dan juga tingkatkan penguatkuasaan dan juga mengerapkan penyeliaan serta pemantauan itu harus dijalankan dengan rapi. Jadi berikut dengan pendedahan baru-baru ini, dua bulan atau tiga bulan yang lepas, kilang-kilang plastik yang kita lihat dalam keadaan yang tidak terkawal, yang kotor dan sebagainya, jadi KPKT turun padang. Kami dapati bahawa kilang-kilang yang dimaksudkan, yang didedahkan dalam media dan sebagainya adalah kilang-kilang haram yang tidak mempunyai AP untuk mengimport sisa plastik. Oleh kerana itu, satu jawatankuasa telah kita bentuk. Mereka telah menyemak atau memeriksa. Sebanyak 114 kilang plastik yang telah mendapat kelulusan untuk membawa plastik import. Dalam 114 kilang-kilang yang telah dilawat dan dibuat siasatan, hanya lapan sahaja yang memenuhi syarat-syarat terperinci yang dikeluarkan oleh KPKT.
Semalam saya turun ke Penang dan kita juga dapati bahawa pengimport-pengimport plastik ini membawa plastik ke Malaysia tanpa mendapat AP. Sebelum mereka mendapat AP, mereka sudah mengimport plastik-plastik ini ke dalam negara. Jadi oleh kerana itu, syarat-syarat yang lebih ketat kita telah kenakan agar pengimportan plastik ini lebih terkawal. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat Klang, ketika ini sistem untuk memohon AP plastik ini adalah melalui e-application, melalui online application dan banyak syarat yang mereka harus tunaikan termasuk syarat-syarat daripada DOE, syarat-syarat daripada SWCorp, syarat-syarat dari segi mesinnya, kapasiti mesinnya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kita telah menambahkan lebih banyak lagi syarat untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat pengimport plastik ini mereka tidak menjalankan pengimportan yang illegal, yang secara haram. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Di Klang, seperti yang diketahui oleh Yang Berhormat bahawa kita ada lebih kurang 100 mungkin illegal factories yang memproses plastik, khususnya di kawasan Westports dan juga Telok Gong. Kita dapati walaupun Majlis Perbandaran Klang (MPK) iaitu PBT telah membatalkan lesen mereka, tetapi selepas dibatalkan, mereka masih operate. So ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan khususnya KPKT harus lebih tegas dalam enforcement. Saya percaya Yang Berhormat bahawa PBT tidak diberi arahan yang secukupnya. Oleh kerana itu mereka masih mempertimbangkan untuk memberi lesen kepada kilang-kilang yang baharu. So, kita ada dua isu. Satu, enforcement itu lemah dan kedua, PBT tidak diberi pengetahuan yang cukup dan juga tidak ada enforcement di PBT juga. Minta pandangan dan penjelasan. Terima kasih.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Klang. Ketika ini KPKT telah menyelaraskan semua. Satu pekeliling telah dikeluarkan kepada semua PBT terutamanya di negeri Selangor dan juga Penang yang kebanyakannya kilang- kilang plastik ini ada dan untuk menutup semua kilang haram ini. Jadi setiap permohonan lesen kilang-kilang untuk memproses plastik ini, harus mendapat surat persetujuan daripada KPKT yang telah meluluskan mereka untuk mengimport plastik. Jadi ini adalah satu ketetapan baru yang telah kita buat. Pekeliling ini telah saya keluarkan. Namun demikian, selepas kes yang terdedah pada tempoh hari, KPKT telah membekukan lesen-lesen import plastik. Jadi ketika ini kita masih belum lagi release untuk meluluskan permohonan mereka. Jadi semua permohonan yang baharu harus menetapi syarat-syarat yang baharu yang kita telah letakkan sebanyak 18 syarat. Seperti yang saya sebut di Port Klang dan juga di mana-mana tempat apabila mereka memohon untuk membuka kilang plastik ini, mereka harus mendapat prior approval from KPKT with regards to their AP imports. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soal mengenai dengan sisa pepejal ini saya ingin mengambil bahagian untuk bertanya. Sejauh manakah jika pengharaman import sisa pepejal dilaksanakan akan memberi kesan kepada industri pemprosesan plastik serta adakah hala tuju untuk mengurangkan penggunaan plastik di negara ini dapat dicapai jika input plastik ini diteruskan pada masa-masa hadapan. Soalan saya yang kedua Tuan Yang di-Pertua, apakah status terkini jawatankuasa khas untuk mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengawal pengimportan sisa plastik yang telah diwujudkan oleh kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Soalan itu memang soalan yang tepat yang saya kira saya dapat memberi peluang untuk saya menjawabnya lebih lanjut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Libaran dan semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, selepas kes terdedahnya maka Kabinet telah memutuskan untuk empat kementerian untuk duduk untuk membincangkan hala tuju pengimportan plastik termasuk MESTECC, MITI dan juga ‘Air dan Tanah’. Jadi bila kami dapati bahawa potensi business untuk import plastik ini adalah sebanyak RM30 bilion dalam negara Malaysia. Jadi kita tidak boleh pandang remeh kerana satu income yang banyak untuk negara ini. Oleh kerana itu, kita memperketatkan lagi dan
banyak prosedur-prosedur dan sebagainya. Jadi untuk pengetahuan semua juga, Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa plastik ini sebenarnya ada plastik yang dibenarkan untuk import adalah kualiti plastik, industri plastik yang mana ia datangnya daripada plastik homogenous dan juga palet yang bersih daripada sisa plastik industri. Akan tetapi kalau terminologi yang kita gunakan sekarang adalah sisa plastik, plastic waste, it looks like as though, dengan izin Tuan Yang di-Pertua bahawa it looks as a waste as in waste as sampah-sarap, sampah yang tidak berguna. Jadi yang ini yang kita akan kawal dengan lebih rapi, kita pastikan bahawa sisa plastik industri yang dibawa ini adalah yang berkualiti yang boleh diproses untuk menjadikan bahan-bahan pengguna yang mendatangkan hasil sebanyak RM30 bilion kepada negara kita. Jadi, untuk jangka masa yang panjang kita tidak mahu miss the chance for this, dengan izin opportunity income ini maka KPKT telah dan kementerian-kementerian yang telah terbabit telah bersetuju untuk memberikan satu phasing out memberikan jangka masa untuk kita mengurangkan kadar import dan meningkatkan local plastic untuk diproses dalam kilang kita di Malaysia sendiri. Jadi inilah saya harap kita dapat melaksanakan ini kerana we have to look into the income prospect, Tuan Yang di-Pertua dengan izin dan juga bagaimana kita hendak mengurangkan penggunaan plastik yang pencemaran alam dan sebagainya dan mengawal kilang-kilang yang sepatutnya memproses plastik-plastik yang mendatangkan pendapatan kepada negara. Terima kasih.
4. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha-usaha penambahbaikan bagi memperketatkan kebenaran kahwin bawah umur serta adakah pihak kerajaan bersedia meminda akta-akta berkaitan sedia ada bagi menghalang segala bentuk perkahwinan bawah umur pada masa hadapan.
Terima kasih dan Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Rembau. Izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Rembau bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Selayang pada hari ini, Yang Berhormat Pengerang pada 3 Disember dan Yang Berhormat Batang Sadong pada 5 Disember kerana soalannya berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai usaha untuk menaikkan umur minimum perkahwinan dalam perundangan di Malaysia, kementerian telah membentangkan hasrat kerajaan ini dalam Mesyuarat Pre-council Majlis Raja-Raja dan Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) yang mana kedua-duanya berlangsung pada hari yang sama iaitu 16 Oktober yang lalu. Kementerian berbesar hati dan menghargai maklum balas positif semasa pembentangan dalam kedua-dua mesyuarat tersebut. Pada prinsipnya menyambut baik cadangan kerajaan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Mesyuarat MBKM secara spesifiknya telah memutuskan secara konsensus supaya umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun untuk lelaki dan wanita. Kementerian berharap pihak kerajaan negeri dapat seiring bersama Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani masalah perkahwinan bawah umur ini di negeri masing-masing. Selain dari negeri Selangor yang telah menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun melalui pindaan enakmennya pada 12 September yang lalu, syabas Selangor. Kerajaan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Sabah juga telah menyatakan hasrat untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai usaha-usaha penambahbaikan yang telah diambil oleh kerajaan bagi memperketatkan kebenaran perkahwinan bawah umur ini di mana secara prosedurnya ditadbir di bawah beberapa agensi iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Agama Negeri-negeri dan Mahkamah Adat.
Bagi permohonan kebenaran perkahwinan bawah umur orang Islam, JKSM telah mewujudkan tatacara operasi standard (SOP) perkahwinan bawah umur sebagai panduan melalui arahan amalan kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia yang telah berkuat kuasa pada 23 Julai 2018 tahun ini. SOP ini antara lain mengehendaki laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM), laporan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan laporan polis daripada PDRM yang dikemukakan kepada mahkamah sekiranya Hakim Syarie mendapati bahawa laporan-laporan tersebut diperlukan dalam mempertimbangkan permohonan perkahwinan bawah umur. Maklumat seperti latar belakang pemohon dan bakal pasangan, pendapatan, status sosial, kemampuan, mampu tidak mampu jaga isteri serta status pendidikan juga antara elemen yang perlu dinyatakan melalui laporan sosial agar Hakim Syarie dapat memberi keputusan yang mampu memelihara kanak-kanak yang terlibat dalam perkahwinan bawah umur ini. Bagi perkahwinan orang bukan Islam pula, memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164) akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun depan. Pindaan di antaranya akan mengandungi keperluan untuk mengemukakan laporan sosial, laporan kesihatan dan laporan daripada PDRM bagi permohonan perkahwinan bawah umur di bawah Akta 164 yang sedang diterajui oleh KDN. Selain daripada itu kerajaan juga bercadang untuk membentangkan rang undang- undang bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303) dan Akta 164 selewat-lewatnya pada penggal kedua Dewan Rakyat tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan melalui sesi muzakarah pakar isu perkahwinan bawah umur yang telah diadakan oleh JAKIM pada 6 November yang lalu dengan penglibatan hakim-hakim syarie, peguam-peguam syariah, jabatan-jabatan agama Islam dan penasihat-penasihat undang-undang dari semua negeri, terdapat negeri-negeri yang telah pun mengambil langkah proaktif dan kreatif dalam pelaksanaan SOP di negeri masing-masing. Sebagai contoh di negeri Kedah, selain daripada perlu mengemukakan laporan sosial bagi pasangan yang ingin berkahwin di bawah umur, mereka juga perlu menghadirkan diri ke JKM selepas berkahwin untuk sesi kaunseling bagi tujuan pemantauan sehingga mereka berumur 18 tahun. Negeri Selangor juga yang telah sekian lama mempunyai persefahaman bersama JKM negeri memastikan bahawa laporan sosial yang dikemukakan bagi permohonan perkahwinan bawah umur perlu mengambil kira aspek latar belakang, pendidikan, sosioekonomi dan keadaan tempat tinggal kanak-kanak tersebut. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mengekang perkahwinan bawah umur, persepsi masyarakat yang menganggap perkahwinan sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dan jalan keluar daripada masalah kemiskinan perlu diubah. Sehubungan itu, tindakan selain pindaan undang-undang yang sedang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut: (i) melaksanakan program pembasmian kemiskinan; (ii) meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga untuk memasukkan anak-anak ke sekolah dan memastikan mereka ini tidak tercicir daripada sistem pendidikan sehingga umur 17 tahun, Tingkatan 5; (iii) meningkatkan program kesedaran dalam pendidikan kesihatan reproduktif; dan (iv) memastikan masyarakat faham tentang kesediaan kanak-kanak perempuan daripada aspek fizikal, baligh cukup umur, dan mental ar-ruj akal fikiran yang sempurna. Tuan Yang di-Pertua, kementerian tegas berpendirian bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya terutama dari segi pendidikan.
Bak kata pepatah dengan izin, “When you educate a man, you educate only that man. But when you educate a woman, you educate a generation”. Perlindungan dan hak kanak-kanak adalah kepentingan utama dan kerajaan tidak sama sekali berkompromi berkaitan hal ini. Kementerian akan meneruskan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk di sebelah BN yang berkepentingan ke arah mencapai matlamat ini, demi perlindungan dan kesejahteraan anak-anak kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan yang sangat lengkap tadi. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan dalam menyelaraskan undang-undang di peringkat negeri. Namun demikian, ini hanya adalah hasrat daripada setiap negeri untuk menyelaraskan agar umur minimum itu dinaikkan kepada 18 tahun untuk setiap negeri mengikuti jejak Selangor. Apakah langkah-langkah seterusnya daripada Kerajaan Persekutuan? Memandangkan bidang kuasa ini di bawah kerajaan negeri untuk memastikan bahawa setiap negeri benar-benar dapat meminda undang-undang mereka. Apakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dapat memberi satu takrif ataupun satu jangka masa yang konkrit? Di mana di Malaysia, umur bagi perkahwinan minimum adalah 18 tahun di semua negeri di Malaysia. Satu jaminan pada hari ini.
Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
...Yang Berhormat Rembau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, memang kita hendakkan setiap negeri sama dengan Selangor sebab itulah kita ada perjumpaan dengan Majlis Raja-raja, pre-council. Kita menerangkan dan menerima apa-apa query daripada Ke Bawah Duli dan ini saya dapat jaminan bahawa akan diselaraskan. Namun power ataupun kuasa negeri itu mempunyai kuasa atas undang-undang dalam negeri yang merangkumi aspek perkahwinan. Kita juga hendak melihat bahawa jawapan kepada ini bukan sahaja daripada segi perundangan, namun kita hendak tengok macam masalah katakan kemiskinan, pendidikan, sexual health, sexual knowledge dan education. Sekarang kita juga ada masalah-masalah yang berkaitan dengan jenayah-jenayah seks ini, berkaitan juga dengan salah guna dadah, salah guna syabu, salah guna Methamphetamine dan juga. I always get that wrong, sorry Tuan Yang di-Pertua. Ice lah satu yang ini dan juga sexual grooming. Ini yang kita hendak buatkan supaya kita dapat menangani keseluruhannya. Negeri-negeri memang ada kekangan namun sebab itulah kita engaged dengan Majlis Raja-raja. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah memandangkan masalah perkahwinan di bawah umur ini merupakan satu isu global, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan perbandingan Malaysia dengan negara-negara lain yang telah melaksanakan dengan izin, total ban ke atas perkahwinan kanak-kanak di bawah umur dan negara yang masih membenarkan pengecualian?
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Buat masa ini total ban ini, Norway telah meluluskan undang-undang yang mengharamkan semua perkahwinan kanak-kanak. Pada tahun ini dengan niat untuk menetapkan contoh ke arah pembasmian amalan global secara keseluruhannya pada tahun 2030. Negara Finland pula baru-baru ini telah menyatakan kesediaan untuk mengharamkan perkahwinan kanak- kanak dengan menutup semua kelemahan undang-undang yang sebelum ini membolehkan kanak-kanak berkahwin. Walaupun kebanyakan negara meletakkan 18 tahun sebagai had untuk minimum perkahwinan, masih banyak lagi negara yang menyediakan ruang untuk pengecualian atas sebab-sebab tertentu dengan kebenaran ibu bapa, penjaga dan keputusan mahkamah. Sebagai contoh, United Kingdom, Kanada, Australia membenarkan perkahwinan kanak- kanak 16 tahun atau 17 tahun dengan syarat keputusan mahkamah menentukan bahawa kes masa tersebut mempunyai exceptional circumstances dengan izin dan dengan perakuan ibu bapa. Negara Amerika Syarikat pula terdapat beberapa negeri yang langsung tidak mempunyai umur minimum bagi perkahwinan kanak-kanak. Di mana berdasarkan laporan
Economist pada tahun ini, Yang Berhormat Rembau biasa menjadi journalist dalam Economist, tahu ada credible – antara tahun 2000 sehingga 2015 terdapat 985 perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak berumur 14 tahun dan 10 perkahwinan yang melibatkan kanak- kanak 12 tahun. Contoh negara lain yang masih membenarkan perkahwinan bawah umur dengan kebenaran ibu bapa adalah Jepun, 16 tahun untuk wanita dan 18 tahun untuk lelaki, New Zealand 16 tahun untuk lelaki dan wanita. Ini adalah sumber United Nations Statistics Division, 2013. Namun adalah tidak sesuai untuk memandangkan negara kita dengan negara- negara yang saya sebutkan tadi. Ini kerana undang-undang tersebut berkuat kuasa di bawah konteks yang berbeza. Tambahan pula, amalan perkahwinan bawah umur adalah amalan yang jarang berlaku di negara-negara tersebut. Secara amnya, di negara-negara tersebut kebanyakan drivers atau root causes kepada perkahwinan kanak-kanak telah pun dibasmi seperti kemiskinan tegar, akses penuh kepada pendidikan, kesihatan dan perancangan keluarga ditawarkan, tiada kurang atau kurang stigma ke atas kanak-kanak yang dilahirkan secara luar nikah serta penguatkuasaan undang-undang yang criminalize perkahwinan paksa. Dengan kata lain, pendekatan holistik untuk menangani punca masalah perkahwinan kanak-kanak telah pun wujud di negara-negara tersebut sebagai tambahan kepada langkah-langkah perlindungan sekiranya perkahwinan kanak-kanak masih berlaku. Ia berlainan dengan negara kita di mana kita masih perlu menambah baik kapasiti dari aspek pendidikan, kesedaran, terdapat prejudis dan stigma ke atas masalah sosial, mengkaji status anak tidak sah taraf dan masih lagi terdapat kemiskinan tegar. Oleh sebab itu kerajaan sedang mengambil langkah meneliti kekangan yang terdapat dalam Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta melaksanakan program kepekaan, sensitization secara berterusan berhubung isu perkahwinan di bawah umur ini kepada hakim-hakim, pekerja sosial dan badan-badan penguat kuasa sebagai persediaan ke arah pengurangan yang lebih ketat bagi mengekang perkahwinan kanak-kanak pada masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat, terima kasih di atas penjelasan tadi. Sebenarnya Yang Amat Berhormat, apa yang dijawab tadi semuanya cantik. Cuma saya rasa oleh sebab ini menjadi satu isu yang begitu besar sekali untuk keseluruhan negara kita bukan hanya satu-satu negeri sahaja. Ini untuk kita menangani masalah seperti ini bagi generasi-generasi akan datang. Kadang-kadang yang remaja ini merasai it is cool to do something, dengan izin. Akan tetapi kita mahu supaya mereka mempunyai satu pandangan bahawa it is not cool to get married at 18, dengan izin. Jadi, apakah yang dirancang oleh negara di mana kita perlu ada koordinasi di antara kementerian-kementerian tertentu mempunyai program bagi menangani masalah seperti ini? Ini kerana ia bukan satu perkara yang begitu mudah sekali. Jadi, ia perlu ada koordinasi dari segi kesihatan, education dengan izin, Education Ministry dan juga kementerian-kementerian yang lain yang mana mereka perlu menangani sebagai satu perkara yang complete, dengan izin untuk menangani masalah seperti ini supaya remaja-remaja mempunyai perancangan yang lain pada umur 18 tahun. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Memang betul, saya memang memandang masalah ini serius. Akan tetapi untuk menangani masalah ini, kita ada dua. Kalau di Sarawak itu Customary Right. Customary apabila mereka kahwin dalam pedalaman, memang tidak ada had umur minimum, tidak ada mana yang boleh kita hadkan sebab ini adalah di bawah satu lagi mahkamah yang berlainan. Di Sabah juga begitu, customary marriage dan juga di kalangan Orang Asli. Tuan Yang di- Pertua, Tok Batin mempunyai kuasa penuh untuk perkahwinan. Seperti mana yang saya katakan tadi bahawa ini adalah satu pendekatan holistik kita ambil. Bahawa betul anak-anak muda ini tidak cool untuk kahwin muda tetapi tidak cool juga untuk terlanjur. Ini juga adalah salah satu daripada masalah apabila ketelanjuran sebab stigma dikahwinkan cepat-cepat.
Ini adalah salah satu yang kita mesti tangani dengan lebih teliti lagi kerana sexual health, sexual education yang mementingkan bahawa peri pentingnya untuk menjaga
everything, dengan izin, yang berkaitan dengan marriage ini kerana perkahwinan ini bukan sahaja suka-suka sesama ini tetapi ada tanggungjawab, ada amanah, ada juga apa yang kita perlu iaitu responsibility ini. Bila berkahwin itu yang dikatakan tentang baligh and you are cukup umur, namun ada ar-ruj iaitu cukup akal fikiran. Jadi holistically, kena ambil itu into account. Not only education tetapi juga persekitaran. Sekarang ini pornografi ini especially child pornography, Tuan Yang di-Pertua, memang berleluasa. Begitu juga grooming. Grooming ini kita mesti perketatkan undang- undang kita yang telah diluluskan dahulu yang sedikit tergegas-gesa, jadi kita kena fill in the gap untuk perketatkan supaya kita boleh buatkan sesuatu yang boleh mengekang ataupun memberhentikan segala eksploitasi terhadap kanak-kanak. Terima kasih.
5. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Kerja Raya menyatakan kos pembinaan dan kos penyenggaraan serta operasi bagi setiap lebuh raya yang mengutip tol, pendapatan mereka melalui kutipan tol, pampasan kerajaan setakat ini dan tarikh tamat tempoh perjanjian konsensi.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri Kerja Raya meminta menyatakan kos pembinaan dan kos penyenggaraan serta operasi bagi setiap lebuh raya yang mengutip tol, pendapatan mereka melalui kutipan tol, pampasan kerajaan setakat ini dan tarikh tamat tempoh perjanjian konsesi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini terdapat sebanyak 29 lebuh raya bertol yang masih beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi. Jumlah kos pembinaan bagi 29 lebuh raya adalah berjumlah RM35.14 bilion. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kos purata bagi perbelanjaan operasi dan penyenggaraan untuk semua 29 lebuh raya yang masih beroperasi adalah sebanyak RM1.7 bilion setahun untuk kos operasi, RM402 juta setahun untuk penyenggaraan rutin dan RM459 juta setahun untuk penyenggaraan berkala dan naik taraf lebuh raya di mana jumlah keseluruhan bagi kos operasi dan penyenggaraan dianggarkan sebanyak RM2.5 bilion. Manakala jumlah pampasan yang telah dibayar dari tahun 1990 sehingga 2017 adalah sebanyak RM5.109 bilion dan jumlah hasil tol dari mula operasi sehingga tahun 2017 adalah sebanyak RM74.654 bilion. Bagi tarikh tamat tempoh konsesi lebuh raya, terdapat dua lebuh raya yang dijadualkan tamat dalam tempoh 10 tahun, 16 lebuh raya dijadualkan tamat dalam tempoh 11 hingga 20 tahun, dan 11 lebuh raya dijadualkan melebihi 20 tahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang lengkap berserta dengan fakta angka-angka yang dinyatakan. Saya suka merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri yang dikeluarkan dalam media dalam satu sesi temu bual mengenai isu tol dan juga tender terbuka iaitu pada 3 September 2018. Dalam temu bual tersebut, kalau siapa yang baca, dapat diteliti hakikatnya bahawa Kerajaan Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh untuk mencari jalan bagi mengurangkan bebanan rakyat dalam isu tol tersebut. Cuma, sekarang ini kita tahu seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, kosnya sekitar RM35 bilion dalam soal pembinaan. Dalam soal operasi dan penyelenggaraan sekitar RM2.5 bilion tetapi jumlah hasil setakat ini sudah mencecah sehingga RM74 bilion. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri tahu pendirian syarikat-syarikat konsesi lebuh raya ini terhadap tuntutan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap tuntutan rakyat supaya kadar tol ini diturunkan dan juga dimansuhkan? Apa pendirian mereka dalam isu ini? Adakah mereka ini sudi hendak bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Harapan? Juga, adakah kita sebagai sebuah kerajaan yang baharu ini mempunyai kuasa? Walaupun kita tahu perjanjian tersebut berat sebelah, perjanjian tersebut menguntungkan syarikat-syarikat konsesi, tetapi adakah Kerajaan Pakatan Harapan boleh cari jalan untuk memastikan kita kaji balik terma dan syarat perjanjian sedangkan tempoh konsesi itu masih ada sekitar 10, 15 tahun yang akan datang? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Pada tahap ini, Yang Berhormat, kementerian telah diberi tempoh enam bulan untuk menyelesaikan dan ber nego dengan stakeholders khususnya dalam perkara ini. Dan mereka faham mengenai hala tuju Pakatan Harapan dan mereka ini pun terbuka. Kita akan kembali kepada Jemaah Menteri, selepas enam bulan ini, dan akan kemukakan beberapa cadangan yang kita akan terima dalam negotiation yang akan berjalan sekarang ini. Mereka faham dan kita menelitikan. Kalau ada ruangnya dalam perjanjian itu di mana kita akan kajikan semula perjanjian-perjanjian itu, kita akan bertindak sewajarnya. Terima kasih.
Paya Besar.
Soalan tambahan kedua di sebelah kiri.
Paya Besar.
Ya, Yang Berhormat Payah Besar, silakan.
Alhamdulillah.
[Dewan ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Perkataan ‘syukur’ itu tidak ada di situ. Syukur alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah sebab nampak juga saya di tempat yang gelap ini. [Ketawa]
Memang gelap dekat belakang.
[Dewan ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya kira amat jelas bagi rakyat di luar sana melihat sesungguhnya kutipan tol sudah melebihi daripada kos pembinaan. Cumanya persoalan saya, saya tidak curiga atas pembentangan tempoh hari dan bertepatan Menteri yang ada di sini, berkaitan mengapa kerajaan merancang supaya tol dalam bandar dibekukan walhal saya kira ini adalah satu cadangan yang agak terkebelakang kerana kita berusaha untuk mengurangkan kesesakan di dalam bandar. RM700 juta yang telah diperuntukkan supaya pembekuan tol dalam bandar ini dilakukan sepatutnya RM700 juta ini diberikan insentif kepada pengangkutan awam. Itu yang pertama. Yang keduanya, saya hendak minta jaminan daripada kementerian Yang Berhormat, adakah Pan Borneo dan Central Spine Road yang kerajaan terdahulu mengatakan tidak akan dikenakan caj atau tol, adakah Pakatan Harapan juga membuat pendirian yang sama? Siap sahaja Pan Borneo dan Central Spine Road yang menghubungkan Pahang ke Kota Bharu, tidak akan dikenakan caj ataupun kadar tol. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Untuk soalan kedua— mungkin saya jawab itu terlebih dahulu. Bagi Pan Borneo dan Central Spine Road, itu adalah satu jalan raya persekutuan dan saya telah menjawab soalan ini masa dahulu bahawa tidak ada tol yang akan di imposed, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi dua-dua ini. Akan tetapi, keputusan bagi keseluruhan lebuh raya mengenai tol ini belum lagi diputuskan. Seperti mana saya telah nyatakan tadi, negotiation masih dijalankan dan keputusan yang muktamad akan diberikan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan. So, setakat ini semua keputusan itu belum lagi diputuskan. That will be done...
Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada Belanjawan 2019, apabila Yang Berhormat Bagan mengumumkan supaya tidak ada kenaikan tol dalam bandar dan sebanyak RM700 juta diperuntukkan. Pada hemat saya, kenapa kita perlu bekukan kenaikan tol dalam bandar sebab apa ini adalah tindakan ke belakang. Kita mahu dalam bandar tidak ada kesesakan dan apabila LRT, MRT sudah ditingkatkan, sepatutnya penduduk dalam bandar menggunakan pengangkutan awam. Akan tetapi, ini tindakan ke belakang, sebab itu saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Kenapa tidak bekukan tol di lebuh raya utama, Lebuhraya Utara Selatan yang sepatutnya lebih diperlukan oleh penduduk untuk commute daripada negeri ke negeri. Saya minta satu lagi jaminan, adakah selama lima tahun ini Lebuhraya Utara Selatan tidak
akan ada kenaikan tol sepanjang Pakatan Harapan memerintah sebab penggal lain mungkin kita kot.
Terima kasih Yang Berhormat, seperti mana yang saya telah terangkan, jelaskan, keputusan belum lagi difinalized dan ini akan diambil kira dalam negotiation kita dalam bulan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Bharu. Yang Berhormat Kota Bharu ada? Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya mohon Dewan ini mengalu-alukan kunjungan ahli-ahli Gerakan Srikandi Malaysia (GSIM) ke Dewan Rakyat pada pagi ini. Terima kasih. [Tepuk]
Dewan Rakyat mengalu-alukan rombongan Gerakan Srikandi Malaysia.
6. Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) berapakah jumlah syarikat yang sudah berdaftar dalam Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga September 2018; dan (b) apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan terhadap syarikat-syarikat yang gagal mendaftar dalam SST dan mengelak dari membayar cukai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tempoh sehingga 23 Oktober 2018, bilangan orang yang berdaftar di bawah SST adalah sebanyak 92,682 buah perniagaan. Daripada bilangan tersebut, 57,298 adalah berdaftar di bawah cukai perkhidmatan manakala 35,384 adalah berdaftar di bawah cukai jualan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana peniaga yang telah menepati syarat untuk berdaftar perlu berdaftar di bawah cukai jualan berdasarkan seksyen 12, Akta Cukai Jualan 2018 dan cukai perkhidmatan berdasarkan seksyen 12, Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Peniaga yang gagal berdaftar di bawah SST, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau pemiliknya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Bagi peniaga yang mengelak dari membayar cukai pula dikenakan kompaun sebanyak tidak melebihi 50 peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan. Ketetapan ini adalah berdasarkan seksyen 95, Akta Cukai Jualan 2018 dan seksyen 80, Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang berfakta sekejap tadi. Namun saya ada satu siri soalan. Pertamanya, yang melibatkan pra SST iaitu di dalam rejim GST. Di mana setelah Akta GST 2014 dimansuhkan oleh kerajaan hari ini, Yang Berhormat sendiri sebagai Menteri Kewangan telah beberapa kali membangkitkan soal tunggakan bayaran balik GST ataupun GST refund yang dikatakan berjumlah RM19.4 bilion. Di mana Yang Berhormat sebut sebagai ‘dirompak’. Saya ingin tahu berapakah pula tunggakan cukai GST yang belum dibayar kepada kerajaan oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini berdaftar dengan rejim GST melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Untuk soalan pasca SST pula, setelah Akta Cukai Jualan 2018 dan juga Akta Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan oleh Parlimen yang mulia ini, saya ingin tahu berapakah bilangan syarikat yang telah diluluskan atau dibenarkan pengecualian exemption daripada berdaftar di bawah kedua-dua akta ini. Apakah pula pendirian kerajaan dan juga apakah perancangan pihak kementerian Yang Berhormat dalam menangani isu penyata kewangan dan perakaunan syarikat yang berbeza yang telah dihantar antaranya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga dihantar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di
samping kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang sudah tentu mengakibatkan kehilangan cukai yang sepatutnya dipungut oleh pihak kerajaan, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan yang asal adalah berkaitan dengan SST, tiba-tiba muncul pula GST tapi saya akan cuba jawab sungguhpun ia terpesong sedikit daripada soalan asal. Ditanyakan tentang GST yang tiada kaitan dengan soalan asal ini, seperti yang saya sebut dan umum dalam Dewan yang mulia ini di mana RM19.4 bilion masih belum dibayar. Daripada jumlah ini hanya ada RM148 juta dalam Tabung Bayaran Balik GST, iaitu satu tabung amanah. Itulah sebabnya pihak kerajaan kekurangan wang tersebut yang seharusnya dibayar balik lebih dua tahun lepas tetapi telah berlonggok dan menjadi satu bayaran balik terkumpul yang begitu besar sekali.
Sekejap Yang Berhormat, itu yang dikatakan tidak dibayar kepada syarikat, refund. Ini soalan saya yang tidak dibayar oleh syarikat kepada kerajaan di bawah rejim GST, itu soalan saya.
Ya, itu yang saya sebut tadi. Soalan asal ini ialah SST bukan GST, mana ada kaitan.
[Dewan riuh]
Mengikut rekod Yang Berhormat, adakah tidak?
Akan tetapi soalan asal ini SST, saya buat persiapan berkaitan dengan SST.
Jawab bertulis.
Jawab secara bertulis sahaja.
Jawab lain pula.
Ya, tidak adil pula Yang Berhormat Menteri sebab... [Dewan riuh]
Akan tetapi saya masih cuba untuk...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mesti ada kaitan Yang Berhormat Bagan.
Jawab soalan, yang sungguhpun terpesong, saya masih berusaha untuk menjawab. So, Yang Berhormat kena faham sedikit. Di sinilah sebabnya, apabila kita sebut tentang jumlah wang yang tidak dibayar oleh pihak kerajaan, itulah jumlahnya. Apabila Yang Berhormat tanya tentang jumlah cukai yang sepatutnya dibayar oleh syarikat tetapi tidak dibayar, tindakan yang diambil tetapi ini di bawah rejim lain. Itu di bawah GST.
[Dewan riuh]
Saya ingin tahu jumlahnya berapa? Kalau ada rekod daripada pihak Yang Berhormat.
Itu yang saya sebut tadi kerana soalan asal ini adalah berkaitan dengan SST, bukanlah GST...
Kalau boleh saya cadangkan Yang Berhormat...
...Sekiranya hendak maklumat ini saya akan cuba maklumkan kemudian. So, macam mana saya boleh jawab sekarang apabila itu bukan berkaitan dengan SST.
Ya, tidak adil bagi Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, buat jawapan bertulis lah Yang Berhormat Menteri.
Itu tidak ada masalah. Satu lagi apabila sebut tentang jumlah wang. Saya rasa itu pihak pembangkang ini memang cerewet betullah. [Ketawa] Tidak faham! Tanya satu pula, macam mana hendak jawab apabila tanya lain?
Macam tidak biasa jadi pembangkang sahaja.
[Dewan riuh]
Apabila kita sebut tentang refund GST, itu satu perkara yang amat penting. Saya rasa ada rakan Yang Berhormat pun tidak sabar-sabar tunggu
pembayaran balik GST. Ini kerana mengikut beliau syarikat dia pun telah terhutang jutaan ringgit. So, itu kita akan berusaha bayar balik termasuk parti pembangkang yang tidak sokong sama kerajaan ini. Tidak mengapa, kita tetap akan bayar balik juga. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tebrau, Tuan Yang di-Pertua.
Hulu Langat.
Ipoh Timur.
Soalan tambahan di sebelah kanan, Yang Berhormat Hulu Langat, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu berapakah syarikat-syarikat yang telah dikenakan tindakan kerana tidak mendaftar SST ini dan kalau boleh apakah alasan-alasan syarikat tersebut tidak membayar? Ini kerana Dewan ini perlu mengetahui apa yang dirasakan oleh syarikat-syarikat apabila mereka tidak mendaftar. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan Yang Berhormat ini memang tepat pada soalan asal.
[Dewan riuh]
Memang Yang Berhormat Hulu Langat mengikut peraturan mesyuarat.
Sabah. Sabar. Sabar.
Ini soalan bocor ni.
Sebenarnya adalah ditegaskan ini bahawa...
Ya.
Perbezaan antara PAS dan Amanah.
Begitulah Yang Berhormat yang ada buat homework. Perbezaannya. So, yang pasti ialah bahawa bila kita sebut tentang syarikat-syarikat yang masih tidak berdaftar, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengambil pendekatan yang lebih mesra, lebih prihatin dan lebih lembut. Ini kerana, kita tidak mahu mengambil tindakan hukuman dulu. Kita mahu buat pendidikan. Ini kerana, ini adalah satu sistem percukaian yang baru yang dikenakan pada 1 September. Oleh sebab itu, buat masa ini, kita masih mengambil tindakan untuk menasihati semua syarikat dengan seberapa segera yang mungkin untuk mendaftarkan diri. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak bercadang untuk mengambil tindakan dahulu. Akan tetapi, kita akan berikan satu tempoh masa sekiranya mereka masih berdegil tidak mahu mendaftarkan diri, maka, tindakan akan diambil seperti yang saya nyatakan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat, pihak Jabatan Kastam Diraja, kita tidak kecualikan mana-mana syarikat daripada pembayaran SST kecuali ada sebab-sebab yang istimewa sekali. Sehingga kini, tidak ada pengecualian diberikan. Kalau ada pengecualian adalah terhadap industri atau sektor perniagaan itu sendiri. Ini saya rasa merangkumi perniagaan tersebut supaya kita boleh berikan insentif untuk mewujudkan daya saing atau level playing field dan pada masa yang sama, boleh menggalakkan lebih banyak pengeksportan. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jalan raya Persekutuan menghubungkan Tamparuli menuju Pekan Ranau menghadapi kesesakan yang semakin meruncing. Apakah perancangan pihak kementerian dalam menangani masalah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Ranau yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri Kerja Raya yang meminta untuk mengatakan jalan raya persekutuan menghubungkan Tamparuli menuju ke Pekan Ranau menghadapi kesesakan yang semakin meruncing. Apakah perancangan pihak kementerian dalam menangani masalah ini?
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan raya persekutuan yang menghubungkan Tamparuli menuju ke Pekan Ranau yang dimaksudkan ialah Laluan R22. Berdasarkan semakan stesen bancian dan isi padu trafik lalu lintas terkini, mendapati bahawa tahap perkhidmatan jalan, dengan izin, level of service (LOS) berada pada tahap LOS ‘A’. Oleh yang demikian, tidak ada keperluan untuk menaik taraf jalan tersebut pada masa kini, memandangkan aliran trafik pada jalan sedia ada masih lancar serta masih lagi mampu menampung kapasiti jalan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Bagi laluan Ranau dahulu. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, jika sekiranya dikatakan bahawa jalan Tamparuli ke Ranau sehingga ke kawasan Telupid tidak ada masalah, kita akan mendapati bahawa sebenarnya masalah utama ialah apabila tiba di Pekan Ranau. Apabila sekiranya di laluan ini, ada kenderaan yang tiba ke daerah Ranau lambat kerana terpaksa lebih berhati-hati. Ia selalunya akan menimbulkan kesesakan yang panjang sehinggakan pada suatu masa, sehingga enam kilometer ke tujuh kilometer ke Pekan Ranau daripada Kota Kinabalu itu sendiri. Jalan ini juga sebenarnya, apabila lori-lori contohnya dua lori, tiga lori atau empat lori berada di hadapan, sukar sekali kita mahu memotong kerana jalan ini agak sempit. Sehingga kalau kita datang daripada Pekan Kundasang turun ke Pekan Ranau, jika terdapat dua lori, tiga lori atau empat lori memang sukar sekali untuk kita memotong dan membuatkan kenderaan sukar berjalan dengan lancar. Ada waktunya, jalan ini sebenarnya tidak mahu dimasuki oleh pelancong daripada luar negara. Ini kerana, apabila mereka pergi ke Ranau sebagai contoh pergi ke kawasan Kundasang dan Hot Spring, mereka terpaksa mengatur perjalanan mereka kerana takut tidak dapat kembali dalam masa yang ditetapkan bagi mereka untuk menaiki pesawat. Oleh sebab itu ada di antara mereka yang telah membatalkan untuk masuk sehingga ke Daerah Ranau dan tempat-tempat pelancongan di Daerah Ranau. Jadi, sebab itu saya merayulah kepada Kementerian Kerja Raya tolong, kalaupun tidak dapat buat untuk besarkan jalan itu keseluruhannya, pilihlah mungkin 10 atau 15 spots di mana-mana yang boleh diperluaskan jalan itu supaya ada tempat kawasan untuk boleh memotong kenderaan-kenderaan berat melalui kawasan ini.
Apa soalannya Yang Berhormat Ranau? Soalan?
Saya berikan penjelasan dulu, Tuan Yang di- Pertua.
Panjang sangat penjelasannya macam berbahas.
Oleh sebab itu, seperti kata Menteri tadi, mengatakan tidak ada keperluan. Jadi, oleh sebab itu saya kemukakan hujah kenapa saya tidak bersetuju dengan hujah tersebut. Oleh sebab kalau saya kemukakan soalan yang sama jawapannya tetap sama Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi, tidak boleh berbahaslah Yang Berhormat Ranau. Oleh sebab banyak soalan lagi.
Jadi, soalan saya, kepada Menteri ialah bolehkah sekiranya Menteri membuat kajian semula supaya di tempat-tempat tertentu perjalanan antara Tamparuli dan Ranau ini dibina atau dibuka kawasan-kawasan di mana boleh kenderaan memotong atau diperbanyakkan lagi tempat untuk mereka dapat memotong di sepanjang jalan ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Ranau dengan maklumat yang terkini. Saya akan menyiasat dan kita akan menyuruh pegawai kita untuk melihat sekali lagi jika ada keperluannya. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya setuju dengan sahabat saya daripada Ranau. Oleh sebab laluan ini pun menjadi laluan saya untuk ke Sandakan dan ke kawasan saya. Jadi, memang ada keperluannya. Dalam masa yang sama, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun faham, kesesakan jalan raya ini berada di mana-mana terutama sekali di bandar raya ataupun di kota-kota besar. Jadi, apakah kementerian Yang Berhormat Menteri mempunyai perancangan secara holistik iaitu untuk meletakkan program jangka panjang bagi memastikan di bandar raya ini dikurangkan kesesakan jalan raya mungkin dengan pelbagai
cara. Sekurang-kurangnya rakyat ada harapan untuk ditunggu walaupun harapan itu mungkin tidak ada kepastiannya. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Kita faham mengenai semua keadaan di seluruh negara mengenai keadaan lebuh raya atau failed road di seluruh negara ini. Masalah kita adalah kita dicabarkan dengan location yang begitu ketat. Sebenarnya saya telah memberikan kenyataan akhbar dahulu, di mana bajet untuk kementerian kita untuk penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara ini adalah sepatutnya RM2 bilion. Akan tetapi, malangnya dari dahulu lagi sehingga sekarang ini kita hanya menerima sekitar RM600 juta sehingga RM800 juta sahaja untuk setahun untuk penyelenggaraan jalan persekutuan. Ini tidak mencukupi. Oleh sebab itu kita ada backlog sebanyak 30 percent, maintenance setahap ini. Kalau Yang Berhormat Kinabatangan tanya saya, sebagai Menteri, saya mahu maintain, resurface mengikut rule of the failed road ini, satu kali dalam setiap tujuh tahun, mestilah ada resurface, sekali gus. Akan tetapi, kerana kita dicabarkan dengan bajet. Kita tidak dapat melaksanakan ini. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Kinabatangan, kita faham mengenai perkara ini dan kita akan prioritizekan jalan-jalan yang begitu kritikal. Itu cadangan setakat ini. Terima kasih.
9. Dato' Seri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan mengapakah kilang kelapa sawit bersebelahan Bandar Jementah masih dibenarkan beroperasi walaupun mereka gagal mematuhi terma dan syarat seperti mana dalam kelulusan operasi sementara mahupun cadangan yang diberikan oleh kementerian sendiri. Apakah jalan penyelesaian jangka panjang kerajaan dalam menangani masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, kilang sawit milik Mastika Sdn Bhd tersebut beroperasi dengan lesen yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi yang berkaitan bukan sahaja JAS, iaitu Jabatan Alam Sekitar, juga Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pihak berkuasa tempatan berkaitan dan sebagainya. Kementerian melalui JAS akan sentiasa memantau operasi kilang tersebut daripada segi pematuhan kepada syarat-syarat lesen. Pemeriksaan terkini pada 2 Oktober 2018 mendapati, kilang kelapa sawit milik Mestika Sdn Bhd di Jementah telah menggunakan kolam sedia ada untuk pengitaran semua efluen daripada operasi kilang tersebut. Pemeriksaan pada 16 Julai 2018 juga telah mendapati bahawa, kedua-dua pelepasan efluen dan particulate matter adalah di bawah had yang ditetapkan dalam syarat-syarat lesen dan Akta 172. Antara tindakan yang telah diambil oleh pihak kilang ialah dari segi kawalan pencemaran efluen, JAS telah mensyaratkan pelepasan parameter keperluan oksigen biokimia yang ketat ke alur atau sungai berkenaan yang mengalir masuk ke Sungai Muar dengan nilai batas kurang daripada 20 milligram/ liter. Untuk memastikan pematuhan kepada nilai batas tersebut, pihak premis telah memasang Sistem Kolam Rawatan Efluen Perindustrian ataupun IETS dengan membrane bioreactor sebagai rawatan akhir sebelum pelepasan efluen ke alur air sungai. Walaupun begitu, premis ini diminta menjernihkan efluen dengan sistem pengolahan yang lebih maju. Pihak kilang telah pun bersetuju melaksanakannya seperti yang telah dibincangkan semasa perjumpaan pihak kilang bersama Yang Berhormat Segamat, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Jementah, JAS, Majlis Perbandaran Segamat dan juga Majlis Daerah Tangkak pada 19 Ogos 2018. Dari segi kawalan pencemaran bau, JAS Johor telah masyarakatkan pemasangan Biogas Plan. Pihak premis telah memberi komitmen untuk menyiapkan pemasangan sebelum akhir tahun 2018. Peratus kemajuan kerja sehingga Oktober 2018 adalah 75 peratus. Sistem tersebut adalah untuk memerangkap gas-gas rumah kaca yang terbebas daripada kolam-kolam IETS dan seterusnya untuk penjanaan kuasa elektrik. Sistem ini juga dapat mengawal masalah pencemaran bau. Dari segi kawalan pencemaran asap hitam, JAS telah mensyaratkan pematuhan nilai batas pelepasan particulate matter 150 miligram per joule meter padu dari cerobong Sistem Alat Dandang, biomass boiler. Pihak premis telah
memasang Sistem Kawalan Pencemaran Udara (APCS) jenis venturi scrubber and swirl untuk mematuhi nilai batas tersebut. Premis juga telah memasang Continuous Emission Monitoring System bagi membolehkan Jabatan Alam Sekitar memantau pelepasan asap hitam secara online dan berterusan. Untuk jangkaan masa panjang bagi memastikan sistem IETS dan APCS beroperasi dengan berkesan dan dapat mematuhi lesen, premis tersebut telah diarah untuk melaksanakan Pematuhan Kendiri, self-compliance, Guided Self-Regulation dengan pemantauan prestasi sistem alat kawalan tersebut oleh orang yang berwibawa (competent person) yang ditauliah oleh JAS. Di samping itu kementerian melalui JAS akan terus berusaha dan memantau operasi kilang tersebut dari segi pematuhan kepada akta kualiti alam sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan bagi mematuhi syarat-syarat lesen. Sekian terima kasih.
Mesyuarat tidak dicadangkan untuk diluluskan. Akan tetapi akhir diluluskan juga di bawah Kerajaan BN untuk sebab-sebab tertentu. Masalah yang dihadapi oleh rakyat masih ada. Kalau tidak saya tidak akan masukan dalam soalan ini. Selepas saya mendengar jawapan yang diberikan oleh kementerian. Maka pada 18 Ogos, mengikut mesyuarat tersebut, maka telah ada satu perjanjian di mana mereka akan adakan bahawa mesyuarat bersetuju minit mesyuarat (JAS) 3.1(a) subseksyen para (1) di mana aneorobic digester tank, dia mencadangkan bahawa adakan satu sistem daripada sistem tertutup biogas high dentisity kepada aneorobic digester tank. Pertama sekali kerana ia akan menurunkan pencemaran bau dan juga sistem lebih baik. Keduanya adalah satu sistem activated carbon filter, maknanya dengan membrane sahaja tidak cukup, dia hendak adakan satu activated carbon filter dan kilang telah bersetuju bahawa mereka akan melaksanakan pada tahun ini. Kilang menunjukkan bahawa akan beri maklum balas kepada JAS negeri Johor, selewat-lewatnya 20 September, maka saya hendak tahu, adakah mereka bersetuju untuk melaksanakan seperti yang telah dicadangkan dan apakah kandungan dalam surat mereka kepada Jabatan Alam Sekitar negeri Johor dan adakah kementerian akan memastikan jika mereka tidak membuat kedua-dua ini, lesen sementara waktu itu akan dicadangkan ditarik balik seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat pada 18 Ogos. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Segamat tentang dua perkara, tentang 3.1(a) kalau tidak silap saya tadi dengar. Saya tidak ada maklumat terperinci tentang kandungan yang ditanyakan oleh pihak Segamat. Saya mungkin boleh menjawab secara bertulis. Akan tetapi saya juga dimaklumkan bahawa sehingga sekarang, daripada start Julai 2018 sehingga kini tidak ada aduan yang Jabatan Alam Sekitar terima. Sekiranya kalau daripada pihak penduduk ingin membuat sebarang aduan, kita ada e-aduan boleh masuk ke dalam web e- aduan.doe.gov.my untuk membuat sebarang aduan dan di sini kita buka aduan.
Yang Berhormat boleh? Sebab dalam mesyuarat tersebut juga kita telah bersetuju bahawa mesyuarat bersama penduduk akan dilaksanakan setelah semua cadangan dilaksanakan. Maka kerana itu saya telah bekerjasama dengan semua masyarakat penduduk agar tidak membuat aduan sehingga kita menerima. Maka dalam pada masa yang sama, 3.1 para subseksyen (1)(d), maka kita ada perjanjian. Oleh sebab itu belum ada aduan. So I’m managing the situation, but dengan izin, we have come to the stage, we have to have a decision. Perlu ada keputusan. Terima kasih.
Tentang yang tadi 3.1, 3.1 ya? Okey 3.1 saya tidak ada maklumat terperinci Tuan Yang di-Pertua untuk saya jawab sekarang. Nanti saya akan bawa Kementerian untuk saya bertanyakan lebih lanjut dan memberi soalan yang bertulis kepada Yang Berhormat Segamat dan kita juga sebenarnya Jabatan Alam Sekitar sedang menunggu tarikh. Saya dimaklumkan kalau ada sesi town hall yang dicadangkan daripada Yang Berhormat Segamat yang diadakan sekali dengan penduduk, ya.
Yang Berhormat Menteri di dalam ini kita bersetuju mesyuarat bersama penduduk akan dilaksanakan setelah semua cadangan dilaksanakan. Masalahnya cadangan tersebut tidak dilaksanakan oleh kilang tersebut.
Okey maklumat yang ada dengan saya sekarang ini ya, setakat ini, kalau ikut parameter yang ada dengan saya, keputusan-keputusan analisis kimia dipatuhi sebenarnya oleh syarikat. Syarikat kelapa sawit
milik Mestika Sdn Bhd, ya. Contoh, kalau saya boleh bacakan di sini biochemical oxygen demand, had yang ditetapkan dalam Akta 172 ialah 100. Akan tetapi keputusan ujian bulan Julai 2018 kurang daripada 2.0. Contoh lagi pepejal terampai, had ditetapkan dalam Akta 172 ialah 400 dan keputusan ujian pada bulan Julai adalah 18. Jadi kebanyakan semua parameter yang dijadualkan di sini memang mematuhi had-had yang ditetapkan. Untuk 3.1 saya akan jawab secara bertulis dan juga kami di Jabatan Alam Sekitar melalui MESTECC mengalu-alukan sebarang cadangan, komen daripada penduduk sekitar dan juga Yang Berhormat Segamat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya hendak balik kepada apa yang dibincangkan adalah soal beberapa buah kilang ini kadang-kadang mendapat amaran beberapa kali, ya. Akan tetapi meneruskan operasi. Apakah kementerian tidak bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat. Contohnya menggantung lesen operasi dan sebagainya supaya isu pencemaran alam sekitar, khususnya sungai dapat diatasi segera. Ada kilang-kilang sawit yang melepaskan bahan buangan hingga matikan ikan-ikan dalam sungai dan saya secara peribadi bertemu dengan dua-tiga kes sebegini.
Walaupun diberi amaran berkali-kali tetapi operasi masih berjalan. Saya fikir ada satu tindakan yang lebih tegas berhubung dengan akta ini supaya pihak kementerian ada kuasa untuk menggantung lesen dan sebagainya supaya isu ini tidak berulang beberapa kali. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Kubang Kerian. Kalau boleh, saya minta Yang Berhormat Kubang Kerian untuk lanjutkan dua atau tiga syarikat Yang Berhormat Kubang Kerian cakap tadi, mentioned tadi, kemukakan kepada kementerian untuk kita adakan setiap siasatan ya. Terima kasih.
10. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan: (a) apakah usaha berterusan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi mempromosikan sektor pelancongan khususnya di kawasan Perak Tengah dan adakah kementerian melaksanakan kolaborasi bersama pengusaha industri seperti inap desa bagi mempromosikan kawasan pelancongan tertentu; dan (b) apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kementerian kepada pengusaha inap desa dalam mempromosikan sesuatu kawasan pelancongan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Perak telah merancang dan melaksanakan strategi dan program promosi untuk merancakkan serta memperkenalkan lagi produk-produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat domestik dan antarabangsa. Di bawah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025, kawasan Perak Tengah telah dimasukkan ke dalam kluster Ulu Geroh, Gua Tempurung, Gopeng, Batu Gajah yang mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh dipromosikan secara bersepadu. Pembangunan pakej-pakej pelancongan secara kluster oleh agensi-agensi pelancongan berupaya untuk menarik lebih ramai pelancong untuk tinggal lebih lama di sekitar kluster ini. Antara produk pelancongan utama yang berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan bersekali di kluster ini adalah Gua Tempurung, Kellie’s Castle, Taman Alam Kinta, Tokong Sam Poh Tong dan Taman Herba. Semasa Tahun Melawat Negeri Perak Tahun 2017, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak telah mempromosikan produk pelancongan di Parit di bawah daerah
pelancongan Perak Tengah. Promosi dan pembangunan pakej yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama, pembangunan pakej dan promosi melalui Homestay Kampung Pendiat. Melalui pakej ini, pelancong berpeluang merasai sendiri pengalaman serta keunikan budaya, keenakan makanan dan berpeluang mencuba aktiviti kehidupan sebenar masyarakat setempat di sekitar kawasan homestay termasuk di kawasan Parit. Turut diusahakan adalah penyertaan di pameran homestay oleh Homestay Kampung Pendiat, Homestay Maju Manik dan FELCRA Seberang Perak di Bagan Datuk, Perak anjuran Kementerian Kewangan Malaysia pada 19 November 2017. Kedua, pembangunan pakej dan promosi melalui agensi. Agensi pelancongan di negeri Perak melalui inisiatif ini, pakej Perak Food Trail telah dihasilkan dan juga dipromosikan yang mana ia turut meliputi destinasi jejak makanan di kawasan Parit. Ketiga, kementerian turut mengambil maklum usaha Kerajaan Negeri Perak dan pihak berkuasa tempatan untuk menceriakan lagi sekitar kawasan Parit dengan mewujudkan lukisan mural jalanan dan menambahbaikkan Taman Cempaka Sari yang mampu memberikan impak bagi menarik minat pelancong domestik untuk mengunjungi sekitar kawasan Parit. Keempat, kementerian turut mengetengahkan produk-produk pelancongan di Parit sempena acara-acara pelancongan negeri, yang mana ia mampu meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri Perak secara umumnya dan ke Parit, secara khususnya. Tuan Yang di-Pertua, inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia, yang turut mendapat perhatian pelancong antarabangsa. Sejak kebelakangan ini, segmen pelancongan tersebut menjadi amat berpotensi dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia sentiasa memberikan bantuan dan mengadakan kolaborasi serta kerjasama dengan pengusaha-pengusaha homestay dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti atau kemudahan yang ditawarkan oleh homestay melalui inisiatif-inisiatif seperti berikut: (i) Kursus Intensif Pemasaran Homestay melalui media sosial dengan kerjasama Pusat Pembangunan Modal Insan Perak bersama Persatuan Homestay Negeri Perak pada 11 hingga 12 Oktober tahun 2017; (ii) program Visit MyKampung bersama Politeknik Ungku Omar dan pelajar antarabangsa di Homestay Maju Manik, Teluk Intan pada 13 hingga 14 Ogos tahun 2017; (iii) melalui pelaksanaan program Mega Familiarisation dengan mempelawa wakil-wakil media dan para pengusaha pelancongan antarabangsa untuk menyertai acara-acara dan program-program pelancongan homestay supaya ia dapat dipromosikan di luar negara; (iv) publisiti dan promosi dalam media sosial serta digital seperti klip video promosi pelancongan ‘Malaysia, Truly Asia’; (v) pengiklanan yang memaparkan imej-imej menarik homestay Malaysia, dipromosikan di dalam negara dan di luar negara; (vi) mencetak risalah homestay untuk kegunaan para pelancong; (vii) penganjuran seminar atau taklimat homestay di sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang telah dikenal pasti sentiasa diadakan dari semasa ke semasa; dan (viii) pada masa yang sama, beberapa sesi engagement atau taklimat berkaitan homestay juga diadakan bersama sektor swasta atau pengusaha industri tempatan bagi mendapatkan sokongan atau kerjasama mereka dalam membangunkan dan mempromosi pakej-pakej homestay.
Di samping itu, kementerian juga memberikan bantuan menaik taraf kemudahan guna sama infrastruktur asas. Di perkampungan homestay yang berdaftar untuk keselesaan dan kepuasan para pelancong yang menginap di homestay. Melaksanakan program dan aktiviti homestay dengan kerjasama agensi pekerjaan di bawah kerajaan negeri serta di peringkat Persekutuan dan mengadakan usaha berterusan meningkatkan pembangunan keupayaan pengusaha homestay melalui kursus dan latihan bagi memastikan kualiti perkhidmatan homestay yang optimum diberikan dan menawarkan pakej-pakej homestay yang menarik seperti kursus pembangunan pakej pemasaran melalui media sosial, pengendalian makanan dan komunikasi homestay. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf homestay di seluruh Malaysia pada tahun 2018. Kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi tujuan menaik taraf kemudahan di 24 buah homestay di seluruh Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Menteri cukup panjang lebar yang disebut tadi khususnya di kawasan sayalah di Perak Tengah, di dalam kawasan Parit termasuk menyebut tadi tentang pekan Parit yang saya minta supaya ia diangkat menjadi pekan warisan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah usaha yang telah dilaksanakan kementerian bagi mempergiat pemerkasaan kerjasama dengan pemain industri inap desa dalam membangunkan pelancongan yang menarik dengan penawaran harga yang berpatutan. Bila harga yang berpatutan sudah pasti pelancong akan hadir untuk berada di homestay, di chalet dan sebagainya. Apakah usaha promosi yang akan dijalankan oleh kementerian terhadap industri inap desa bagi menjadikan destinasi pilihan masyarakat dunia khususnya di dalam kawasan Perak Tengah di Parlimen Parit. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung harga yang berpatutan. Harga yang berpatutan kita tidak ada control atau kalau kita bagi sesuatu harga kepada pemilik-pemilik ini tetapi terpulanglah kepada mereka. Kita mahu harga ini berpatutan rendah, boleh diguna pakai oleh semua. Akan tetapi, kadangkala mereka ini di luar jangkaan memberi pula harga yang tinggi sedikit. Jadi, kita daripada semasa ke semasa akan— kita akan memeriksa supaya harga ini tidak sebegitu tinggi. Kedua, promosi. Promosi ini yang sebetulnya kita dalam World Travel Market di London baru-baru ini. Kita mempromosikan juga homestay yang ada di negara kita di Malaysia ini. So, ini bukan setakat di dalam Malaysia sahaja tetapi kita buat promosi sampai di luar negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah berkenaan dengan homestay juga tetapi begitu juga dengan short-term operasi sewa jangka pendek dan juga homestay. Ini kerana saya menerima aduan bahawa kadang- kadang homestay dan juga short-term sewa ini menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti. Oleh itu, saya ingin menanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah strategi kawalan kerajaan terhadap platform operasi sewa jangka pendek seperti Airbnb, Homeaway, iBilik dan sama ada kerajaan berhasrat mengawal selia dan mengutip cukai pelancongan or tourism tax daripada aktiviti homestay dan juga aktiviti seperti Airbnb. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua. Airbnb. Kita minta mereka ini semua untuk berdaftar dengan kementerian supaya cukai-cukai ini dapat dikutip oleh kerajaan melalui Kementerian Pelancongan. Soalan yang kedua tadi, short-term sewa. Kalau saya tidak silap daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, correct me if I’m wrong but I think itulah question tadi itu. Untuk setakat ini, soal sewa-sewa ini for short-term atau long-term terpulang kepada pemilik ini. Ini kerana mereka yang menjalankan business, mereka akan lebih tahu apa yang baik but then, if there is any problem coming up, legal problem or whatever it is— they will be coming to the ministry. Then, we’ll be coming up to interfere dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, tamatlah sesi soal jawab lisan. Seterusnya usul. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab ramai lagi yang hendak berbahas, maka Tuan
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam berbahasan peringat dasar Rang Undang- undang Perbekalan 2019 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin 19 November 2018.”
Kota Belud, mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2019 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2019Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2019 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta ringgit (RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [14 November 2018]
Saya bermula dengan berita baik. Saya telah menerima senarai yang agak lengkap setakat ini iaitu 44 orang pembahas yang masih menunggu. [Ketawa]
[Dewan riuh]
Berita yang kurang baik ialah oleh sebab ramai yang sedang menunggu, kita terpaksa had kan 10 minit setiap pembahas supaya kita tidak meningkatkan kadar penceraian. [Ketawa] Jadi, saya menjemput pembahas pertama iaitu Yang Berhormat Setiawangsa.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Setiawangsa ingin turut serta dalam perbahasan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2019. Pertama, Setiawangsa ingin fokus ialah tentang tindakan untuk menyamakan kadar gaji minimum seluruh Malaysia ke RM1,100 itu adalah satu langkah yang perlu dipuji. Akan tetapi, kerajaan juga harus mempercepatkan penyediaan dasar dan rangka kerja yang jelas atau dengan izin road map ke arah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun ini sebagaimana yang kita janjikan dalam Buku Harapan. Ini bukan sahaja soal manifesto tetapi saya percaya ia soal meningkatkan kuasa beli dan juga kitaran ekonomi di dalam negara kita. Pada tahun 2013, nisbah upah pekerja ataupun compensation of employees (CoE) berbanding KDNK di Malaysia adalah 34 peratus. Sedangkan di negara-negara maju seperti Australia adalah 47.8 peratus dan Korea Selatan 43.2 peratus.
Malah kita juga ketinggalan berbanding ekonomi sederhana. Kita dalam kategori yang sama, Afrika Selatan mencatatkan kadar 45.9 peratus. Di Malaysia kadar ini meningkat sedikit ke kadar 35.3 peratus pada tahun 2016. Namun, kadar pendapatan korporat ataupun corporate earnings jauh lebih tinggi iaitu sebanyak 59.5 peratus dan lima peratus dalam bentuk cukai kerajaan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Rentetan itu, inisiatif di mana syarikat awam harus memaparkan secara terbuka nisbah minimum dan maksimum gaji pekerja dan langkah yang akan diambil oleh mereka untuk menyelaraskan nisbah gaji yang lebih saksama yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan amat dialu-alukan. Ini memberikan syarikat-syarikat awam yang juga majikan-majikan swasta terbesar peluang untuk menjadi ejen yang proaktif di dalam isu ketidaksamaan pendapatan yang makin rancak di Malaysia. Bekas banduan sering menghadapi masalah untuk diterima semula di dalam masyarakat apabila mereka dibebaskan daripada penjara. Mereka berhadapan dengan stigma dan prejudis masyarakat yang sering kali menyumbang kepada mereka kembali ke dalam kitaran jenayah yang memusnahkan masyarakat. Apabila ini terjadi, penjara hanya bersikap menghukum dan tidak memulihkan. Ini melibatkan wang rakyat yang membiayai penjara tersebut. Maka timbullah kata-kata ahli falsafah Perancis Michel Foucault, “Prison is a recruitment centre for the army of crime. That is what it achieves”. Justeru, keputusan kerajaan untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang mengaji bekas banduan merupakan langkah yang baik untuk memastikan mereka boleh kembali ke alam pekerjaan dan memulakan hidup baru sekali gus keluar dari kitaran jenayah yang disebut di atas. Pada masa yang sama, Setiawangsa ingin mengulangi cadangan— ya, saya ingat saya sudah bangkitkan dalam perbahasan mid-term review baru-baru ini. Cadangan insentif serupa diberikan kepada syarikat-syarikat besar untuk menaikkan gaji pekerja-pekerja yang mendapat atau yang berada di level paling bawah. Ini berbeza dengan gaji minimum yang merupakan gaji lantai yang mandatori tetapi insentif mungkin untuk syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan korporat untuk menaikkan gaji pekerja-pekerja dalam segmen RM1,500 ke RM2,000 ataupun RM2,500. Ini adalah seiring dengan saranan living wage yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Perbekalan kerajaan, government procurement. Kalau mengikut Model Dasar Ekonomi Baru selama ini kita hendak lahirkan banyak usahawan bumiputera dan sebagainya. Akan tetapi, itu sebenarnya tidak cukup untuk mengatasi kesenjangan ekonomi. Apa yang boleh kita buat dan dibuat di beberapa buah negara lain ialah kerajaan misalnya meletakkan beberapa kuota untuk syarikat-syarikat yang sanggup membayar living wage. Mereka diberikan keutamaan untuk projek-projek yang besar misalnya. Dengan ini, gaji pekerja akan meningkat naik. Kita harus ingat masyarakat Melayu dan bumiputera merupakan golongan
pekerja yang terbesar di Malaysia. Akan tetapi, pendekatan ini juga akan adil kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum di kalangan mereka yang berada di pekerjaan paling bawah. Saya juga ingin menyentuh tentang sistem cukai yang telus dan adil. Saya ingat tentang SST dan sebagainya telah banyak di sebut oleh pembahas-pembahas yang lain. Oleh kerana masa yang terhad, saya ingin fokus kepada isu cukai pendapatan. Reformasi cukai harus meliputi elemen competency, accountability and transparency yang sering ditekankan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sejak beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jadi saya ingin menyentuh perkara ini dalam aspek Akta Cukai Pendapatan 1967. Seksyen 127(3A), akta in memperuntukkan bahawa Menteri Kewangan boleh memberikan pengecualian cukai kepada sesiapa sahaja tanpa perlu dibentangkan di Parlimen. Banyak penyalahgunaan yang berlaku pada era Barisan Nasional kerana peruntukan ini. Pihak yang ada kabel untung, rakyat dan kerajaan rugi. Kita harus maklum seksyen 127(3A) sudah sedia ada yang membolehkan Menteri Kewangan memberikan pengecualian cukai menerusi perintah berkanun dan dibentangkan ke Parlimen yang membolehkan pengecualian dibuat dengan bertanggungjawab dan telus supaya kita boleh tengok dan nilai sendiri. Malaysia baharu tidak perlukan seksyen 127(3A). Pada masa yang sama, seksyen 44(6) juga memberikan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri kuasa untuk memberikan pengecualian cukai kepada pertubuhan dan institusi awam atau tidak berorientasikan keuntungan. Wujud aduan kurangnya ketelusan proses permohonan pengecualian cukai yang membuka KPHDN untuk dikritik. Pemohon-pemohon yang layak dikatakan ditolak tetapi pertubuhan yang berkaitan UMNO seperti Yayasan Pendidikan Cheras mendapat pengecualian cukai. Kuasa ini harus dipinda agar KPHDN tidak terdedah kepada kritikan kerana memberi kuasa yang begitu besar untuk memberikan pengecualian. Pada pembentangan belanjawan yang lepas, Menteri Kewangan juga mengumumkan bahawa mahasiswa pinjaman PTPTN akan tertakluk kepada skim pembayaran melalui potongan gaji dua peratus hingga 15 peratus bermula daripada RM1,000. Secara jujurnya, keputusan ini menimbulkan reaksi yang negatif terutama dari kalangan belia yang kini menghadapi kadar pengangguran berangka 10.8 peratus. Kita semasa kempen PRU-14 telah menjelajah negara untuk meyakinkan anak muda untuk memilih kita berdasarkan janji untuk menangguhkan pembayaran sehingga bergaji RM4,000. Ini berdasarkan pengalaman negara-negara seperti United Kingdom dan Australia. Jadi sebab itu saya berharap dasar ini dikaji semula sebab gaji minimum pun sudah hendak naik kepada RM1,100. Jadi bunyi janggal. Kalau kita tidak boleh buat pada kadar RM4,000, saya faham tetapi sekurang-kurangnya bagi angka yang lebih munasabah supaya kita dapat membantu graduan-graduan kita. Seterusnya yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dua isu yang sangat dekat dengan Setiawangsa iaitu pertama untuk menghentikan Ekovest bermaharajalela. Kerajaan harus mengkaji semula projek-projek yang diselenggarakan oleh Syarikat Ekovest di Kuala Lumpur terutamanya projek river of life yang mana Ekovest telah diberi kontrak bernilai RM100 juta oleh DBKL pada zaman rejim yang lama bagi kerja-kerja penambahbaikan dan pencucian pada Mac tahun ini menjelang pilihan raya dan sebuah projek bernilai RM79 juta pada April 2017 sebahagian dengan projek blue river— saya tidak tahulah, tetapi saya nampak setakat ini belum blue lagi. Saya juga sering menerima aduan daripada penduduk kawasan Setiawangsa tentang kerja-kerja Ekovest untuk Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) yang berjalan. SPE yang bernilai RM4 bilion ini mengundang kemarahan ramai penduduk di dalam pengambilan tanah sebelum ini juga melibatkan kerja-kerja pembinaan yang menyusahkan rakyat dan didakwa tidak mengikut piawaian. Cukuplah rakyat terutama penduduk Setiawangsa merana kerana projek-projek Ekovest yang sering kelihatan janggal dengan syarat-syarat perancang dan LLM seperti DUKE dan juga DUKE 2. Cukuplah Ekovest bermaharajalela. Akhir sekali, selepas kita tunggu sejak tahun 2012— ini adalah part akhir saya Tuan Yang di-Pertua. Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 akhirnya telah diwartakan. Sebagai mana disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, beliau berharap pelanggaran yang berlaku di kawasan Setiawangsa iaitu di kawasan Taman Tiara Titiwangsa tidak lagi berlaku.
Namun, kita harus ingat menurut draf kawasan tersebut sepatutnya dewan serba guna dan padang. Kemudian projek yang dicadangkan ketika kementerian diketuai oleh Yang Berhormat Putrajaya adalah kondominium mewah dan RUMAWIP dengan kepadatan 800 orang seekar. Taman Tiara Titiwangsa adalah kawasan lot banglo dengan kepadatan 32 orang seekar. Macam mana masuk akal? Keliling 32 ekar patut ini taman dan juga dewan, tiba-tiba dijadikan kondo dan perumahan 800 orang setiap ekar. Saya difahamkan selepas bantahan penduduk dan pertukaran kerajaan dan saya telah bangkitkan sebelum ini, kelulusan baru adalah masih untuk kondominium cuma kepadatannya diturunkan sedikit. Akan tetapi, ini masih lagi bertentangan dengan rancangan asal. Begitu juga dengan pelanggaran-pelanggaran yang dirakamkan di addendum rancangan tempatan yg baru diwartakan. Siasatan menyeluruh mesti dilakukan tentang siapa yang mendapat manfaat dan untung daripada tindakan ini. Saya Setiawangsa, mengucapkan tahniah kepada SPRM yang sudah mula bertindak terhadap penjualan tanah iaitu satu khazanah rakyat, amanah rakyat yang bernilai lebih RM5 bilion di Kuala Lumpur sahaja pada zaman Barisan Nasional.
Setiawangsa faham kita sukar hendak membetulkan kesemuanya kepada keadaan asal kerana apa yang berlaku di atas on the ground, dengan izin dan juga implikasi kewangan yang besar. Akan tetapi, kita tidak boleh menutup kesalahan rejim yang lama dengan begitu sahaja. Perlu ada keazaman politik atau political will untuk berbuat lebih baik. We cannot be a better Barisan Nasional but we must be the best Pakatan Harapan, dengan izin. Jadi saya merayu kepada Menteri, kerajaan seharusnya menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelamatkan tanah-tanah yang ada yang sangat berharga untuk rakyat. Kita sering mengadu tentang masalah lalu lintas, kurangnya kawasan rekreasi, kenapa budak-budak semakin berat, banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur. Kita mengadu tidak cukup tanah untuk sekolah dan pengangkutan awam serta park and ride. Kita mahu menjadi bandar raya yang livable seperti Melbourne tetapi kita tidak berani berhadapan dengan pemaju yang tidak beretika. Kita tidak berani untuk membuka lembaran baru untuk warga kota. Jadi, Yang Berhormat, saya berharap inilah masa yang terbaik untuk kita selamatkan Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Dalam tempoh masa 10 minit ini, memang terhad, tetapi satu contoh yang baik. Perbahasan mesej yang padat, tepat, jelas dan berfakta. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tidak diganggu, manfaatkan 10 minit yang amat berharga ini. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2019. Rakyat sebenarnya amat ternanti-nanti pembentangan belanjawan pada kali ini kerana ianya adalah bajet pertama yang dibentangkan oleh Kerajaan Harapan yang tentunya bagi anggapan rakyat, banyak inisiatif-inisiatif yang menguntungkan rakyat akan diumumkan terutamanya selepas gagal menunaikan janji 100 hari dan gagal mengumumkan sesuatu yang baik untuk rakyat apabila Kajian Separuh Penggal RMKe-11 diumumkan di Parlimen ini. Jadi, harapan mereka adalah kepada bajet ini. Walau bagaimanapun, harapan mereka tersasar begitu jauh. Rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang selama ini dihimpit dengan harga komoditi yang jatuh begitu teruk, dengan harga barang yang meningkat begitu tinggi selepas SST merasakan bahawa bajet ini tidak memberikan perhatian langsung kepada mereka. Kumpulan luar bandar, rakyat luar bandar rasa dipinggirkan melalui bajet yang diumumkan. Walaupun ada statement selepas itu iaitu akan ada bajet tambahan, tetapi bajet asal ini yang penting tidak menitikberatkan dan tidak mementingkan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat luar bandar ketika ini.
Jadi, kalau temanya bajet kali ini adalah rakyat sejahtera, bolehlah kita tukarkan menjadi rakyat sengsara. Tidak ada pengumuman langsung untuk petani, tidak ada pengumuman untuk nelayan, tidak ada pengumuman untuk penoreh getah, tidak ada pengumuman untuk pesawah, tidak ada pengumuman untuk pekebun kelapa sawit termasuk peneroka dan sebagainya. Sedangkan, mereka ini merupakan kumpulan yang besar di luar bandar. Peneroka sendiri, peneroka FELDA mempunyai seramai 112,653. Petani termasuk pekebun sayur dan sebagainya seramai 457,000. Pesawah seramai 193,600. Pekebun penoreh getah di bawah RISDA seramai 560,000. Penternak seramai 56,000. Peserta FELCRA seramai 120,000. Nelayan di semua zon seramai 132,000 lebih. Menjadikan keseluruhan mereka adalah 1.5 juta. Jika dicampur dengan keluarga mereka, jumlah mereka adalah 7.5 juta. Inilah jumlah yang menunggu-nunggu bajet yang diumumkan baru-baru ini tetapi hampa, tidak ada apa yang mereka dapat. Apa yang telah mereka perolehi juga tidak mereka perolehi. Seperti nelayan yang mengharapkan bantuan sara hidup RM300 diteruskan tetapi tidak diteruskan. Penoreh getah dan pekebun kecil mengharapkan RM200 sebulan diteruskan sewaktu musim tengkujuh tetapi tidak diteruskan juga. Malah yang lebih menyedihkan, statement yang mengatakan mereka tidak perlu menerima bantuan ini kerana mereka perlu bekerja dengan lebih keras. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian...
Minta laluan.
Saya tidak ada masa.
Siapa yang buat statement tersebut, Yang Berhormat?
Saya tak payah sebutlah. Kita semua tahu...
No lah. Dalam pembentangan bajet tersebut, kenyataan itu tidak dikemukakan.
Bukan...
Siapa yang mengeluarkan kenyataan itu?
Tak payah ganggu. Tak payah ganggulah, Yang Berhormat Jelutong.
Duduk dulu. Bukan daripada...
Ini adalah perkara serius. Don’t mislead the Dewan.
Tadi masa your turn, tak ada orang ganggu pun. Sit down. Hei! Yang Berhormat Jelutong!
Saya tak kata pengumuman Menteri Kewangan mengatakan...
Siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut? Menteri Kewangan tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika membentangkan bajet.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, saya minta...
Saya cakap selepas bajet diumumkan, apabila tidak ada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, pemimpin daripada Pakatan menyebutkan bahawa...
Siapa? Siapa?
Yang Berhormat Langkawi.
Ha?
Yang Berhormat Langkawi ada sebut.
Bila? Bila dikatakan kenyataan itu? Ini adalah tuduhan serius.
Pergi semak. Pergi semaklah. Tak payah sebut.
Semak medialah.
Ia akan memberikan persepsi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak menilai pihak nelayan, petani dan pesawah.
Betullah. Betullah itu.
Bila kenyataan itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Langkawi?
You check. Bukan saya tak bertanggungjawab hendak jawab daripada Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya bagi tahu bahawa kenyataan itu tak pernah dinyatakan.
Sekejap, sekejap. Tak apa. Yang Berhormat Jelutong telah menyatakan pertanyaan dan dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Bera. Ya, okey.
Kalau kenyataan itu tidak dibuktikan, ini adalah perkara serius.
Eh! Yang Berhormat Jelutong, duduklah Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong!
Tuan Yang di-Pertua, di dalam peraturan Dewan, kita tidak boleh argue ini semua...
Ya, Yang Berhormat Jelutong minta penjelasan. Bagi penjelasan.
Saya sudah jawab. Cukup.
Baik, teruskan Yang Berhormat Bera.
Di musim tengkujuh, bukan nelayan tidak mahu bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.” Saya minta Yang Berhormat Bera supaya merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Langkawi dan buktikannya di Dewan ini.
Okey.
Sekarang.
Dalam media. Mana saya boleh bawa...
Media mana? Bila?
Saya akan dapatkan.
The Star? Berita Harian?
Saya akan dapatkan. Okey, puas hati? Saya akan dapatkan.
No, no. Sekarang saya minta buktikan sekarang.
Tak bolehlah sekarang.
Kalau kita keluarkan kenyataan itu... [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Okey. Yang Berhormat Bera, sila beri penjelasan.
Utusan Malaysia, Kota Bharu, 10 November...
Utusan Malaysia surat khabar UMNO.
Hoi! Tak boleh lah cakap macam itu!
Kalau tidak betul, Yang Amat Berhormat Langkawi sudah nafikan.
Yang Berhormat...
Apalah. Hei! Duduklah. Saya ada empat minit lagi. Please.
Apa kenyataan yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi?
Hei! Yang Berhormat Jelutong, jangan buang masa lah!
Don’t waste our time lah, brother.
Not wasting time. This is a serious allegation against the Prime Minister.
Bacalah paper!
Tadi Yang Berhormat Setiawangsa pun serious allegation juga.
Baik, Yang Berhormat Bera sudah bagi penjelasan.
Saya teruskan.
Ya, teruskan.
Nelayan zon ‘A’ yang berperahu kecil tidak mungkin boleh turun ke laut dalam waktu musim tengkujuh. Penoreh getah tidak menoreh getah sewaktu musim hujan kerana susu bercampur dengan air. Sebab itulah kerajaan lama iaitu Kerajaan BN melihat kesusahan ini dan sebab itulah kita memberikan bantuan RM200 waktu musim tengkujuh dan RM300 untuk nelayan. Akan tetapi, perkara ini tidak diteruskan oleh Kementerian Pertanian dan sebagainya. Alasan daripada Kementerian Pertanian, kita akan tengok siapa yang layak menerima. Nelayan zon ‘A’ seramai 30,000 ini merupakan nelayan miskin yang tak perlu dipertimbangkan lagi.
Mereka adalah kumpulan miskin yang sepatutnya menerima apa sahaja bantuan daripada kerajaan. Oleh sebab masa tidak banyak, bagi penoreh getah saya ingin mengemukakan beberapa cadangan supaya pihak kerajaan boleh mengambil cadangan ini untuk membantu penoreh-penoreh getah. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada, tidak ganggu pun, terima kasih. Pertama, teruskan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh. Kedua, harga lantai. Waktu kita Kerajaan BN itu kita menyediakan harga lantai iaitu RM2.20 per kilo. Sekarang ini harga getah, cup lump adalah RM1.80 sekilo, tidak mampu hendak menampung hidup sebab itu kita terbaca di dalam media ada yang terpaksa meminjam daripada along untuk beli pakaian sekolah anak dan sebagainya. Ini yang patut kita fikir, bukan hendak bincang kenyataan yang
saya sebutkan tadi. Ini bermakna sekarang kos pengeluaran untuk getah sudah meningkat. Jadi saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya harga lantai bukan sahaja dikekalkan tetapi dinaikkan kepada RM3 ataupun RM3.20 untuk membantu pekebun kecil. Getah skrap harga lantai getah skrap juga sekarang ini harga RM1.90, saya harap kita dapat menaikkan sehingga RM3 dan sebagainya. Begitu juga dengan bajet untuk aktiviti ekonomi tambahan supaya mereka mendapat pendapatan tambahan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang disediakan oleh RISDA. Sekarang ini hanya RM10 juta yang diperuntukkan, saya memohon supaya ditambah kepada RM50 juta. Bagi nelayan, saya harap RM300 sebulan tadi diteruskan. Bagi kelapa sawit, harga kelapa sawit sekarang adalah di sekitar RM350 hingga RM370 satu tan untuk buah tandan segar. Mereka yang terlibat dengan kelapa sawit seperti peserta FELCRA yang dulunya mendapat dividen RM700 sebulan sekarang turun kepada RM200 sebulan. Bagi peneroka- peneroka, pendapatan mereka jika ditolak hutang dan ditolak dengan kos...
Tuan Yang di-Pertua...
Kos pengeluaran dan sebagainya...
...Atas peraturan yang sama.
...Kos pengeluaran dan sebagainya, tidak cukup untuk menampung hidup.
Saya rujuk kepada Peraturan 12.
Ya.
Peraturan 36(12). Tentang kenyataan Yang Berhormat Bera tadi, saya lihat beliau telah pun mislead dengan izin kerana dalam petikan surat khabar tersebut kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi. Ia cuma saranan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi seperti berikut...
Saranan? Saranan itu kenyataanlah, daripada mulut dialah keluar. Ya Allah...
[Dewan riuh]
Akan tetapi bukan seperti yang telah dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi.
...Ini apa jenis lawyer lah dia ini? [Dewan riuh] Hoi! Jangan kacaulah.
Tuan Yang di-Pertua...
You balik baca bahasa Malaysia, saranan dan kenyataan itu sama Yang Berhormat Jelutong.
Saya minta ruling, saya minta ruling!
[Tidak jelas] ...School, Yang Berhormat Jelutong.
Jangan kacau, jangan kacaulah.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, pendapatan peneroka...
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara serius.
Hari ini, pendapatan peneroka...
Ini Dewanlah bukan mahkamah, silap tempat.
Memberi persepsi bahawa Yang Amat Berhormat Langkawi tidak mementingkan petani dan pesawah, Yang Berhormat... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, pendapatan peneroka hari ini...
On kan balik.
Tuan Yang di-Pertua.
Pendapatan peneroka hari ini tidak mampu untuk mereka hidup kerana setelah ditolak kos, setelah ditolak kos pengeluaran hutang dan sebagainya kadang-kadang pendapatannya menjadi kosong. Ini yang patut kita fikirkan sebagai Ahli-ahli Parlimen dan saya mempunyai cadangan. Patutnya sokong cadangan saya Yang Berhormat, cadangan saya. Cadangan saya kalau dulu apabila pendapatan mereka kurang daripada RM1,500 semua hutang-hutang peneroka ditangguhkan. Saya harap Yang Berhormat dapat menangguhkan hutang peneroka sewaktu pendapatan mereka kurang daripada RM1,500. Saya percaya ini tidak berat, tidak berat pun. [Tepuk] Oleh sebab janji pilihan raya dulu hendak hapuskan terus hutang peneroka. [Disampuk] Ini cuma kita minta tangguh sahaja, tangguh sementara sehinggalah pendapatan mereka mencapai RM1,500. Kedua, sekarang tidak ada harga lantai bagi kelapa sawit dan saya cadangkan harga kelapa sawit juga diberikan harga lantai seperti getah. Saya mencadangkan harga lantai kelapa sawit adalah sebanyak RM400. Jadi kalau harga lantai ini dapat diberikan, harga lantai untuk getah dapat diberikan, penangguhan-penangguhan dapat diberikan, saya percaya pendapatan mereka mungkin dapat kita tingkatkan walaupun belum tentu dapat menampung hidup seperti yang mereka hadapi hari ini. Jadi bagi saya Yang Berhormat sebab masa tidak ada...
Tolong minta ya.
Bagi saya Yang Berhormat, kerajaan telah dipilih oleh rakyat, janji-janji diberi walaupun kita kata tidak boleh sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya jagalah kepentingan rakyat luar bandar ini. Cukuplah bangun, bangun, blame apa yang dibuat oleh Kerajaan BN dahulu. Blaming game cukuplah. Saya setuju dengan Pengerusi kepada Council of Eminent Persons (CEP), Tun Daim sendiri mengatakan “Cukuplah, Ahli-ahli Parlimen kerajaan hari ini yang hanya menyalahkan kerajaan yang lepas semata-mata tetapi tidak buat kerja”.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Bera.
Rakyat susah. Rakyat susah...
Saya minta Yang Berhormat Bera untuk rumuskan, rumuskan perbahasan.
Nelayan susah...
Yang Berhormat, hutang dulu siapa kena bayar Yang Berhormat?
Penoreh getah susah...
Hutang dulu siapa kena bayar?
Hutang 1MDB siapa?
[Dewan riuh]
Hei! Buat kerjalah! Buat kerja.
Kerajaan sekarang... [Dewan riuh]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya minta Yang Berhormat Bera untuk menamatkan. Tamatkan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Baik, terima kasih Yang Berhormat Bera.
Yang Berhormat, hutang dulu siapa kena bayar? Hutang dulu.
Ingat ini kerajaan red carpet kah?
Tolonglah.
Letak jawatan.
Yang Berhormat Bera. Cukup ya. Baik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mikrofon.
Saya harap cukuplah mencari alasan untuk diversion kepada kegagalan kerajaan hari ini untuk menjaga kepentingan rakyat.
Terima kasih.
Terima kasih, saya menolak bajet yang disediakan oleh Yang Berhormat Bagan ini.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum itu ingin mengalu-alukan lawatan rombongan bekas Putera Maktab Tentera Diraja dan juga Eksekutif Persatuan Bekas Putera Maktab Tentera Diraja ke Parlimen. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan yang saya hormati. Wang rakyat adalah amanah, Jangan di belanja sesuka hati, Belanjawan 2019 mestilah berhemah, Pembangunan dijana mestilah manusiawi. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bagan selaku Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Ini tentulah bersejarah tetapi yang lebih penting lagi ia akan menjadi permulaan penting untuk sebuah perjalanan panjang sekurang-kurangnya bagi lima tahun akan datang. Kebetulan kita baharu sahaja selesai membahaskan semakan semula Rancangan Malaysia Kesebelas, justeru itu saya percaya semangat Belanjawan 2019 ini mestilah seiring dengan KSP RMKe-11. Namun, ia juga secara tidak langsung menjelaskan bertapa Kerajaan Persekutuan sedikit sebanyak terikat dengan sebahagian perancangan pentadbiran lalu. Saya percaya nanti bermula daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pakatan Harapan akan lebih berpeluang untuk menentukan dasar-dasarnya sendiri sepenuhnya. Tadi sengaja saya mulakan dengan pantun kerana semasa tempoh sekitar dua jam pembentangan belanjawan tempoh hari, saya merasa ada sedikit kekurangan dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana tidak ada langsung diselitkan pantun. Jadi duduk dua jam dalam Dewan ini agak boring. Tambah menyedihkan saya, Belanjawan 2019 ini tidak menunjukkan dengan jelas komitmen terhadap pemerkasaan seni dan budaya. Selain
daripada insentif FIMI ataupun Insentif Filem Malaysia yang diberikan kepada FINAS dan juga Pinewood sebanyak RM130 juta dan kuantum yang tidak disebutkan jumlahnya mengenai pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad, tidak kedengaran tentang seni lukis, galeri, persembahan, orkestra, kraf, tarian tradisi, sastera dan sebagainya. Sebelum ini Dewan pernah mendengar tentang jawapan Menteri Pendidikan mengenai hasrat untuk mengangkat kedudukan Dewan Bahasa dan Pustaka supaya setara dengan kedudukan British Council dan juga Goethe Institute dan sebagainya. Saya percaya persoalan budaya ini memerlukan perhatian yang lebih besar memandangkan negara kita mempunyai kemajmukan kaum dan suku kaum yang sangat kaya dengan budaya. Kita selalu menyebut kemajmukan ini sebagai kekuatan kita. Belanjawan tidak seharusnya hanya memikirkan soal untung kerana kelak nanti kita mungkin merosot menjadi sebagaimana kisah Raja Midas. Kalau kita belajar Raja Midas ini dia sentuh apa pun jadi emas tetapi akhirnya dia hendak berkasih sayang dengan anak dia pun tidak boleh. Hendak makan pun tidak boleh, sebab apa sebab dia hanya memikirkan dalam konteks kewangan semata-mata. Mungkin ada yang saya terlepas pandangan, nanti mungkin boleh Menteri jelaskan. Jika boleh saya mencadangkan agar pada masa akan datang kita boleh mula menempatkan pegawai-pegawai kebudayaan di kedutaan-kedutaan kita di luar negara supaya ada pertukaran budaya berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, fokus pertama, untuk melaksanakan reformasi institusi. Saya ingin menyentuh tentang disiplin fiskal kerana pada mulanya saya merasa bimbang dalam kenyataan-kenyataan Menteri Kewangan sebelum ini menyatakan belanjawan kali ini mungkin belanjawan ikat perut. Akan tetapi alhamdulillah, ia tidaklah seperti yang saya jangkakan. Cuma, apa yang saya gusarkan ialah anggaran hasil persekutuan bagi tahun hadapan ini hanyalah sekitar RM261 bilion dan ini termasuklah dengan dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion. Saya ingin bertanya, sampai bilakah kita akan bergantung kepada hasil minyak untuk menanggung belanjawan kita? Ini kerana kita kena tahu selain daripada hasil minyak digunakan untuk belanjawan, kita juga memberi banyak subsidi petrol yang mana ini juga akan memberi kesan kepada alam sekitar. Ini mungkin Menteri di MESTECC boleh jawab. Saya ingin juga merujuk kepada trend, corak perbelanjaan belanjawan kita daripada sejak lebih daripada lima tahun lepas. Kita tengok sebenarnya peruntukan untuk pengurusan mengambil hampir semua hasil daripada apa yang kita kutip setiap tahun. Daripada yang saya sempat semak dalam lima tahun hingga enam tahun terakhir, belanjawan untuk pengurusan kita memakai sehingga 95 peratus hingga 99 peratus daripada jumlah hasil yang kita kutip. Dalam kata lain, selama ini belanjawan pembangunan kita bergantung kepada hutang. Jadi, ini mestilah disemak semula. Soalan saya ialah bolehkah kita mencapai belanjawan berimbang sebelum habis tempoh sepenggal lima tahun pentadbiran ini? Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan pergantungan besar kepada Petronas dalam memastikan amalan disiplin fiskal yang baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memuji hasrat kerajaan untuk bermula dengan zero-based budgeting. Bagi saya, ini satu yang baru dan ini juga seharusnya menjawab pertikaian sesetengah Ahli Parlimen yang berkata peruntukan untuk perkara- perkara tertentu dikurangkan. Sebenarnya apabila kita pergi kepada zero-based budgeting ini, ia bukanlah seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau tahun-tahun sebelum ini jika kita menjangkakan pertumbuhan sebanyak lima peratus, jadi kita menjangkakan pertambahan dalam setiap belanjawan itu. Dalam setiap aspek yang kita hendak belanjakan, kita menjangkakan lebih kurang empat peratus hingga lima peratus ataupun mungkin lebih sedikit. Akan tetapi kalau zero-based budgeting, kita bermula daripada kosong. Jadi mungkin ini tahun pertama, jadi kita tidak dapat hendak menilai sepenuhnya berapakah anggaran wajar. Jadi, mungkin dalam tempoh dua tahun atau tiga tahun akan datang kita akan dapat menentukan anggaran wajar perbelanjaan peruntukan untuk pelbagai perkara yang disebutkan. Saya juga ingin menyentuh isu pelaburan negeri Perlis kerana saya banyak kali menyebut, sebelum ini juga saya bangkitkan, namun jawapan yang diberikan oleh Menteri
Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini hanya menyentuh tentang pelaburan domestik. Negeri Perlis sudah lama tidak menikmati pelaburan langsung asing. Jadi saya ingin bertanya, apakah komitmen daripada kerajaan untuk mendapatkan pelaburan asing ini ke negeri-negeri yang tertinggal, bukan sahaja negeri Perlis? Jadi kebetulan saya wakil rakyat dari negeri Perlis, saya menyebut tentang negeri Perlis kerana ini sangat penting. Dalam objektif RMKe-11, kita hendak mendekatkan jurang pembangunan. Kalau ini tidak dapat dicapai, maksudnya kita gagal untuk mencapai objektif yang digariskan. Seterusnya isu keempat ialah kebajikan umum. Banyak perkara disebut ialah tentang bantuan-bantuan contohnya Bantuan Sara Hidup, caruman i-Suri dan sebagainya. Ini tentulah kata boleh dipuji. Cuma, yang saya ingin cadangkan ialah untuk kerajaan melihat bagaimana untuk memastikan penyampaiannya kurang birokratik atau pun less bureaucratic. Ini kerana dalam zaman teknologi maklumat kalau kita merujuk kepada teknologi-teknologi yang dibangunkan di seluruh dunia yang sekarang ini sedang mengambil alih, ia banyak menyentuh tentang pengurangan transaksi kos (cost transaction). Jadi, seharusnya bantuan- bantuan ini kena memikirkan kaedah baharu supaya ia lebih cekap dan berkesan. Saya suka bila ada usaha buat pemutihan untuk melihat nelayan yang tidak turun. Ini sebab sebelum ini saya pernah terlibat bagi Bantuan Sara Hidup, saya dimaklumkan memang sesetengah yang penerima bantuan ini tidak pernah turun ke laut pun, tetapi mereka menerima. Jadi, usaha-usaha pemutihan ini sangat penting supaya tadi kecekapan kos. Jadi apabila berlaku pengurangan, tidak semestinya pengurangan itu buruk. Kadang-kadang pengurangan inilah sebenarnya yang meningkatkan kecekapan. Saya percaya juga isu dana pencen sangat serius. Saya bertemu dengan sebahagian bekas pekerja dalam skim lalu terutamanya yang pernah bekerja dengan misalnya Lembaga Letrik Negara yang kadar pencennya sangat rendah, sekitar RM150 sebulan. Jadi, mereka tidak boleh hendak menampung hidup. Jadi mungkin dalam kita banyak bercakap tentang gaji minimum, mungkin kita juga patut pertimbangkan pada masa akan datang kita patut ada sebenarnya pencen minimum instead of gaji minimum dengan izin. Jika boleh, saya juga ingin menyebut tentang tentera. Tentera, ramai juga yang sudah berkhidmat lama. Oleh sebab kurang mungkin empat tahun atau lima tahun daripada tempoh perkhidmatan yang melayakkan mereka menerima pencen, jadi mereka tidak dapat menerima pencen. Mungkin juga dapat dipertimbangkan untuk menyemak semula tempoh layak terima pencen bagi tentera-tentera yang pernah berkhidmat untuk negara. Mungkin kadar pencen mereka boleh diberi berdasarkan tahun perkhidmatan mereka daripada mereka perlu memenuhi satu tempoh panjang. Ini kerana sesetengah dalam kes di Perlis yang pernah saya jumpa ketika pergi ke kampung-kapung, ada juga yang sebenarnya dia bukan hendak berhenti pun, tetapi oleh sebab dia ada masalah kesihatan yang sangat serius, dia dapat terima Parkinson, jadi dia tidak menerima pencen. Jadi, kehidupan dia pun semakin sukar kerana dia hendak bekerja sendiri pun tidak dapat. Seterusnya isu perumahan, disebut tentang property crowdfunding dan juga peer- to-peer lending. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, bagaimanakah inisiatif ini dapat menyelesaikan isu 35,000 rumah mampu milik yang telah siap? Ini kerana yang disebutkan tentang peer-to-peer lending ini bercakap tentang untuk pembinaan rumah akan datang yang mungkin hanya siap lepas habis penggal pun. Jadi maksudnya, rumah yang mampu milik yang sedia ada masih tidak selesai, ada lebih kurang 35,000 rumah yang orang kata sepatutnya boleh dilaksanakan menggunakan skim ini. Saya juga melihat masalah utama pemilikan rumah berlaku kerana pergerakan gaji tidak seiring dengan kenaikan harga rumah. Maksudnya kenaikan harga rumah yang lebih laju daripada gaji. Jadi dengan bayaran deposit 20 peratus, bagi saya ini tidak realistik kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah dan juga pekerja-pekerja yang tidak ada gaji. Ada orang mungkin bulan ini dia dapat banyak, mungkin bulan hadapan dapat kurang. Jadi, perlu ada penelitian untuk menyelesaikan masalah ini. Saya juga hendak menyentuh sedikit berkaitan juga dengan perumahan. Baru-baru ini berlaku kebakaran di kawasan saya, di mana ada pili-pili bomba yang tidak dapat berfungsi, maksudnya tidak ada air. Jadi mungkin perlu ada satu semakan supaya memastikan pili-pili bomba yang dipasang di seluruh kawasan dapat betul-betul digunakan bila diperlukan.
Saya juga suka dengan inisiatif pas bulanan tanpa had untuk menggunakan pengangkutan awam. Saya fikir wajar juga diperkenalkan pas bulanan tanpa had untuk mengurangkan beban tol kepada penduduk dalam bandar, tol dalam bandar. Jadi instead of dia bayar setiap kali penggunaan, mungkin dia perlu membuat bayaran satu kadar sahaja boleh guna dalam masa sebulan. Mungkin RM150 instead of dia berbelanja RM300 atau pun RM200 lebih setiap bulan. Jadi kalau dia bayar satu kadar, dia boleh guna tol dalam bandar dengan hanya satu nilai. Tentang pendidikan, kita sudah banyak belanja. Setiap tahun kita belanja lebih kurang dalam 20 peratus belanjawan kita untuk pendidikan. Kita kena tanya, sejauh manakah keberhasilannya? Jika Yang Berhormat Port Dickson bangkitkan tentang indeks kain sarung yang dikemukakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, mungkin kita patut pada zaman ini, kita kena lihat apakah strategi yang akan diambil. Maksudnya kita kena ukur kemajuan kita berdasarkan berapa orang satu isi rumah yang dapat sambung belajar ke universiti. Kalau dahulu kain sarung, sekarang kita ukur kemajuan masyarakat tentang satu rumah ini mesti ada anak sekurang-kuranya seorang masuk universiti. Saya juga hendak menyentuh sedikit fasal wanita, sedikit sahaja...
Minta Yang Berhormat Kangar rumuskan.
Ya, saya hendak habis sudah. Saya juga hendak sentuh fasal isu wanita. Kita hendak memastikan hari ini kita tengok sebenarnya lebih kurang lebih daripada 80 peratus guru-guru yang ada di Malaysia ini adalah terdiri daripada golongan wanita. Akan tetapi kalau kita tengok dari segi sejarah, Ketua Pengarah terakhir pendidikan yang dipegang oleh wanita ialah pada tahun 1991 hingga 1993 iaitu Tan Sri Dato’Dr. Asiah Abu Samah. Jadi mungkin katanya Menteri Pendidikan boleh memikirkan untuk meletakkan lebih ramai pemimpin wanita dalam sektor pendidikan memandangkan guru-guru ini ramai yang wanita. Akhirnya yang saya mungkin hendak sentuh sedikit ialah tentang kita hendak cakap fasal Industry Revolution 4.0, kita kena pastikan kemudahan WiFi baik di sekolah-sekolah sebab sekolah ini bagi saya ialah satu indikator kemajuan di sesuatu kawasan. Pendidikan itulah akan jadi great equalizer. Kalau pendidikan kita masih tertinggal, maka tertinggallah untuk jangka masa panjang. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menutup dengan pantun juga. “Tahun baru 2019 tempoh yang ada melaksanakan belanjawan, Kerajaan baharu semakin tangkas membina negara memenuhi harapan.” Dengan ini, saya menyokong belanjawan yang dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ada dua minit sebelum break. Kita jemput Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih, 12 minit Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang ini. Saya berdiri di sini untuk turut membahaskan Belanjawan 2019 dalam waktu yang agak terbatas. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum bahawa dalam mana-mana negara pun, matlamat sesuatu belanjawan itu dirangka adalah untuk memberi keadilan sosial kepada rakyat dalam negara tersebut. Oleh itu, sesuatu belanjawan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga objektif utama. Pertamanya, pertumbuhan ekonomi yang mampan atau sustainable economic growth. Keduanya, kawalan harga barang yang efektif atau mengelakkan daripada inflasi. Ketiganya, pengurangan kadar pengangguran atau unemployment. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun kita mengadakan atau kerajaan membentangkan belanjawan, ramai di kalangan pakar-pakar ekonomi kita yang cukup pakar dalam bidang ekonomi ini telah memberikan ulasan. Antara yang sering dalam negara kita memberi ulasan, saya sebut tiga orang atau empat orang. Pertamanya, Dr. Jomo Kwame Sundaram. Keduanya, Dr. Muhammed Abdul Khalid. Ketiganya, Yang Berhormat sahabat
saya dari Kuala Selangor. Keempat, mungkin yang selalu saya ikuti iaitu Yang Berhormat Pasir Gudang, yang selalu sebelum daripada ini, sebelum duduk dalam Dewan ini.
Akan tetapi, malangnya apabila bajet 2019 ini pandangan Dr. Jomo kita sudah tidak dengar, pandangan Dr. Muhammed Abdul Khalid sudah tidak dengar, pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor pun tidak dengar yang Yang Berhormat Pasir Gudang adalah saya dengar sedikit. Jadi adakah kerana mereka ini berada dalam kerajaan, Dr. Jomo menjadi anggota CEP, Dr. Muhammed Abdul Khalid menjadi penasihat ekonomi Perdana Menteri, Yang Berhormat Kuala Selangor menjadi Menteri Kesihatan, cuma diharapkan Yang Berhormat Pasir Gudang sajalah. Jadi saya menjangkakan bahawa orang-orang ekonomi ini apabila ada dalam kerajaan, lebih efektif bagi mereka untuk menyumbangkan buah pandangan dan idea untuk kepentingan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua point yang utama di samping yang kecil-kecil. Isu pertama, saya merujuk kepada para 25 dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang berkaitan dengan langkah konsolidasi fiskal ke atas hutang RM1 trilion yang melibatkan 1MDB. Para 31, langkah yang ketiga disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mendapat segala dana yang hilang atau yang dicuri daripada 1MDB. Dalam hal ini, sebagaimana yang kita tahu kerajaan telah membawa pendakwaan sama ada kes jenayah ataupun kes sivil mungkin yang berkaitan dengan 1MDB. Persoalan yang saya hendak bangkitkan kepada kerajaan untuk dijawab. Baru-baru ini, satu prinsip ataupun amalan yang agak baru dalam proses kehakiman kita telah diamalkan dalam negara kita ini iaitu yang dipanggil, nolle prosequi - dalam bahasa Latin. Dalam bahasa Inggeris not to proceed with the case. Ada sebagaimana yang kita tahu, bulan September baru-baru ini to be exact 3 September, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang - Yang Berhormat Jelutong. Telah menarik balik satu kes yang sensasi, saya tidak mahu sebut kesnya. Atas dasar pendakwa raya memohon supaya kes ini discharged not amounting to an acquittal dengan izin. Akan tetapi, mahkamah telah memberikan discharge and acquittal kepada kes ini. Apabila disoal oleh rakyat, tampil pendakwa raya mengatakan bahawa mereka menarik balik kes ini atas dasar yang dipanggil sebagai prinsip, nolle prosequi, charges against the accused person. Jadi persoalan saya, bila kes 1MDB didakwa, apabila prinsip nolle prosequi ini sudah diamalkan dalam negara kita ini - Persoalan saya bukan kepada Yang Berhormat Jelutong, kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah kita..
Penjelasan.
..nak melihat prinsip ini dipakai di dalam kes 1MDB kalau sekiranya pendakwa mendapati bahawa keterangan tidak memihak kepada pendakwaan.
Yang Berhormat Kota Bharu, penjelasan.
Ya, saya tidak ada masa. Minta maaf.
No, saya bagi penjelasan.
Saya juga dalam...
Saya boleh jelaskan apa bezanya.
Tidak apa, tidak apa. Saya faham.
Ada bezanya di antara kes 1MDB dan kes..
Jadi..
Yang Berhormat Jelutong, kalau tidak bagi kebenaran sila duduk.
Yang Berhormat dalam kes ini, apabila kes ini telah ditarik balik, banyak pihak yang berkepakaran telah memberi pandangan. Antara bekas Attorney General iaitu Tan Sri Abdul Talib. Apabila MACC atau SPRM
mengatakan mereka terkejut dengan tindakan mahkamah atas pendakwaan menarik balik kes ini. Immediate response daripada ex-AG ini dia kata being shocked is not good. Menjadi terkejut itu bukan satu benda yang baiklah dalam kes ini dan beliau mencadangkan kalau SPRM tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, sila buat rayuan kepada kes ini. Tan Sri Abdul Talib juga dalam kenyataan mengatakan, saya tidak pernah tarik balik kes yang sedang berjalan. Itu yang dia beri pandangan.
Yang Berhormat Kota Bharu.
Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan..
Keputusan untuk bebaskan adalah keputusan mahkamah.
...adakah perkara ini..
Yang Berhormat Kota Bharu, jangan mengelirukan Dewan.
Perkara ini akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam rangka kita melaksanakan rules of law atau kedaulatan undang- undang. Isu saya yang kedua, saya merujuk kepada ucapan belanjawan ini dalam para 46. Yang Berhormat Menteri Kewangan menjelaskan bahawa satu jawatankuasa khas mengenai pembaharuan cukai telah ditubuhkan yang bercadang untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan sistem pencukaian yang lebih agresif dan berkesan untuk pembaharuan cukai. Dalam para 62, beliau menyatakan langkah yang ketiga belas, cukai fee dan levi ke atas sektor perjudian, lesen kasino dinaikkan dari RM120 juta kepada RM150 juta setahun. Duti kasino dinaikkan daripada 55 peratus kepada 55.5 peratus ke atas pungutan bersih. Lesen mesin dealer dinaikkan dari RM10 ribu kepada RM50 ribu setahun, duti mesin judi dinaikkan 20 peratus kepada 30 peratus atas kutipan kasar cabutan khas dikurangkan sebanyak 50 peratus. Persoalan yang saya hendak bangkitkan di dalam perbahasan saya ini ialah yang pertama, adakah kerajaan kita hari ini, government of the day hari ini ya ingin terus bergantung kepada pendapatan atau revenue daripada industri judi? Judi kita tahu satu amalan yang tidak baik untuk rakyat. Tidak kira agama, bangsa, kaum dan sebagainya. Tidak baik dan seolah-olahnya dalam masa kita memerangi judi baru-baru ini dijelaskan judi haram. Sama saja judi haram, tidak haram kita memerangi judi haram. Akan tetapi, seolah- olah kita menggalakkan judi halal. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, dalam rangka untuk menaikkan fi lesen dan sebagainya kepada kasino dan premis ataupun perniagaan judi ini, adakah kerajaan meletakkan syarat-syarat kepada pihak-pihak industri ini? Sebagai contohnya, kita tahu apabila industri ini dikenalkan chargers yang lebih tinggi, mereka akan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti perjudian yang mungkin melibatkan semua rakyat. Sama ada online ataupun offline. Adakah kerajaan pada masa yang sama mengehadkan kegiatan perjudian ini daripada lesen yang diberikan kepada pengusaha- pengusaha perjudian ini? Mungkin kasino akan dibenarkan secara online dan sebagainya. Itu pertanyaan saya kepada pihak kerajaan. Saya juga ingin tahu berapakah jumlah pendapatan revenue kerajaan daripada lesen kasino, judi pertaruhan dan semua lesen-lesen perjudian di dalam negara kita ini. Isu saya yang ketiga ialah mengenai saya hendak bertanya kepada kerajaan, baru- baru ini selepas PRU 14 kita dapati bahawa ramai pihak yang memberikan komen, kritikan dan sebagainya terhadap Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) sehinggalah pengerusi yang lalu telah meletakkan jawatan. Kerajaan hari ini telah melantik pengerusi yang baru untuk SPR ini, tetapi pada masa yang sama Timbalan Pengerusi SPR dan juga ahli-ahli anggota SPR ini telah turut meletakkan jawatan. Jadi saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, bilakah kerajaan akan membuat pelantikan timbalan pengerusi dan ahli-ahli suruhanjaya ini memandangkan sekarang ini hanya tinggal seorang sahaja ahli iaitu pengerusi yang kebetulan baru-baru ini saya mewakili parti saya pergi kepada...
Penjelasan.
...dialog yang dianjurkan oleh-
Yang Berhormat Kota Bharu, penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu.
Kita kesian kepada apa ni...
Yang Berhormat Kota Bharu.
...Pengerusi SPR yang...
Yang Berhormat Kota Bharu, penjelasan Yang Berhormat Kota Bharu. Sebenarnya mereka belum letak jawatan lagi. Mereka kata mereka akan letak jawatan pada hujung tahun. Ertinya mereka masih dalam jawatankuasa tersebut.
Mungkin betul.
Jangan mengelirukan Dewan.
Tidak, mungkin betul Yang Berhormat Kota Melaka. Akan tetapi dalam semua.
Memang betul.
Mungkin betul.
Itu memang hakikat.
Dalam semua kegiatan SPR, mereka sudah tidak terlibat. Saya attend sendiri di Putrajaya di Pejabat SPR. Yang Berhormat Kota Melaka tidak pergi.
Terima kasih.
Hanya pengerusi sahaja ada.
Yang Berhormat Kota Melaka, teruskan Yang Berhormat Kota Bharu.
Okey yang keempat yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua. Saya ada dua minit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Saya ingin menyentuh mengenai kawasan saya. Saya melihat bahawa bajet 2019 ini agak mengabaikan Pantai Timur termasuk negeri Kelantan sendiri. ECRL telah digantung oleh kerajaan buat sementara dan yang penting terminal airport Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu walaupun telah dicadangkan dalam bajet 2018, nampaknya dalam bajet ini tidak ditimbulkan langsung. Kemudian lebuh raya Kota baharu-Kuala Krai, walaupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Langkawi dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, tetapi nampaknya tidak ada di dalam bajet 2019. Jadi saya mohon pertimbangan kerajaan supaya melihat pembangunan di Pantai Timur ini sebagai sebahagian daripada pembangunan wilayah yang sepatutnya seimbang di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat. Akhirnya saya ucap terima kasih dan saya merasakan saya tidak dalam kedudukan untuk menyokong bajet ini pada masa ini. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Bharu. Seminit lagi saya hendak memulakan dengan memanggil Yang Berhormat Bandar Kuching.
Seminit? [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sudah, sudah.
Sudah. [Ketawa] Kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2019 ini yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 2 November 2018. Habis.
Okey, cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah tepat pukul 1.00 dan kita berhenti rehat dan disambung semula selepas rehat pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]
Dipersilakan Yang Berhormat Bandar Kuching. Silakan.
Terima kasih. Tadi saya mike check sahaja. Sekarang saya mulakan perbahasan saya. Dalam belanjawan ini, kerajaan Pakatan Harapan telah berupaya membentangkan satu belanjawan berjumlah RM315.4 bilion walaupun kita mewarisi keadaan kewangan yang tidak baik, hutang-hutang yang tinggi disebabkan oleh rasuah yang berleluasa, skandal- skandal kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan dan tunggakan cukai GST dan cukai pendapatan yang berjumlah RM35.4 bilion, yang sepatutnya dibayar balik kepada rakyat tetapi telah dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu. Walaupun dengan batasan dan kekangan yang dihadapi, peruntukan untuk pembangunan dalam Belanjawan 2019 telah mencatat peningkatan daripada belanjawan yang lepas. Antaranya sebanyak RM4.346 juta berbanding RM4.336 juta pada tahun 2018 telah diperuntukkan kepada Sarawak. Saya juga memahami bahawa jumlah peruntukan ke Sarawak bukan saja tertakluk kepada peruntukan pembangunan tetapi juga banyak peruntukan lain termasuk yang dikategorikan dalam multi-state allocation. Oleh itu saya ingin meminta, Kementerian Kewangan untuk menyenaraikan secara terperinci jumlah dan kuantum sebenar yang akan disalurkan kepada wilayah Sarawak. Tuan Yang di-Pertua saya berdiri di sini bukan saja untuk mewakili suara Bandar Kuching tetapi juga untuk membawa keluhan dan rintihan rakyat Malaysia di Sarawak ke Dewan yang mulia ini. Walaupun secara asasnya terdapat peningkatan kepada peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak, namun begitu dengan izin, with due respect, it may be an increased budget but it is still not an adequate budget. Walaupun negara sekarang sedang memikul beban hutang kewangan yang tinggi, saya berpendapat bahawa lebih banyak masih boleh diperuntukkan kepada Sarawak, wilayah terbesar di Malaysia untuk mengimbangi pembangunan yang jauh ketinggalan terutamanya di luar bandar. Sarawak mewakili 40 peratus daripada keluasan Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 20.6 juta orang dan keluasan 124,450 square kilometre. Maka peruntukan tersebut adalah penting untuk memastikan pembangunan yang lebih seimbang termasuk pembinaan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, jaringan jalan raya dan komunikasi, dewan, tempat ibadah semua agama serta kemudahan awam yang lain. Selain itu, jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak sekarang hanya hampir 17 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan dan ini kurang daripada jumlah 30 peratus yang telah disasarkan sebelum ini. Walaupun saya memahami batasan kewangan, namun saya berharap kita dapat mencapai sasaran tersebut dalam belanjawan yang akan datang. Belanjawan di bawah Kerajaan Barisan Nasional terdahulu tidak harus digunakan sebagai satu kayu ukur, yardstick, dengan izin kerana selama itu, mereka telah gagal membela nasib rakyat Sarawak. Akan tetapi Kerajaan Pakatan Harapan haruslah membetulkan apa yang salah dan lebih melambangkan status equal partners dalam Persekutuan ini. Selain itu, saya juga menyokong niat Kerajaan Pakatan Harapan dalam RMKe-11 untuk mengoptimumkan segala sumber asli serta mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan yang sedia ada. Oleh itu saya menyambut baik penubuhan satu Jawatankuasa Khas Kabinet untuk mengkaji semula dan memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963. Saya ingin mencadangkan agar
jawatankuasa tersebut bersidang secepat mungkin dan menggunakannya sebagai satu platform yang baik untuk mengkaji semula akta-akta yang terlibat, termasuk pindaan kepada Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Petroleum Development Act 1974 dan Territorial Sea Act 2012 supaya hak sebenar Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadinya dapat ditentukan. Selain itu saya juga menyeru kerajaan mengkaji semula dan menyemak semula peruntukan khas di bawah Perlembagaan yang merujuk kepada pemberian peruntukan khas kepada negeri Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi saya berharap, usaha untuk mengkaji tidak hanya untuk menghasilkan satu laporan yang cantik dan sedap dibaca, tetapi langkah-langkah seterusnya dan proaktif haruslah diambil untuk mengembalikan hak-hak dan kuasa wilayah Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63. Ramai daripada rakan-rakan seperjuangan saya di Dewan ini dari Sarawak mahupun di Sabah telah berulang-ulang kali berbahas tentang hak-hak yang termaktub. Ini bukan kerana kita kekurangan bahan bahas tetapi ini satu isu yang dekat pada hati kita dan saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan boleh melakar sejarah dengan melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh dilakukan oleh kerajaan dahulu dan mengembalikan hak-hak dan kuasa kepada Sabah dan Sarawak. Namun begitu, walau betapa pentingnya pengembalian hak-hak kita, satu lagi perkara yang lebih penting yang harus diberikan tumpuan lebih ialah pentingnya kita menangani masalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada, bukan saja di Sarawak tetapi di seluruh Malaysia. Ini kerana tanpa safeguard ini dengan izin, betapa banyak pun peruntukan yang diberi, risikonya adalah ia akan disalurkan kepada golongan elit dan kroni-kroni mereka. Oleh itu, saya menyambut baik peruntukan kerajaan sebanyak RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus SPRM. Itu peningkatan 18.5 peratus daripada RM242.1 juta pada tahun lepas. Jumlah kakitangan juga akan ditambah seramai 100 orang pada tahun depan. Selagi masalah rasuah dan ketirisan tidak ditangani, mungkin ia adalah sia-sia kita bercakap tentang peruntukan yang lebih kerana ia mungkin akan masuk kocek sendiri pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang rasuah. Oleh itu, saya menyeru agar usaha- usaha kerajaan untuk membasmi rasuah dilebarkan ke wilayah Sarawak dan menyiasat pemimpin atau pegawai yang memakan rasuah, menyalahgunakan kuasa, tidak kira gelaran, tidak kira posisi kuasa mereka. Saya berharap lebih banyak pegawai SPRM akan ditugaskan ke Sarawak. Malah, kakitangan yang ada harus dinilai semula untuk memastikan mereka sendiri tidak terlibat atau pun menyalahgunakan kuasa mereka. Di Sarawak, kita ada pelbagai dakwaan skandal-skandal kewangan, penyalahgunaan kuasa dan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, yang telah mendapat perhatian dunia. Dalam konteks orang Sarawak, untuk menangani masalah rasuah dengan izin, we first need to address the elephant in the room kerana banyak dakwaan dan tuduhan rasuah dan juga penyalahgunaan kuasa ini melibatkan tidak lain dan tidak bukan mantan Ketua Menteri Sarawak. Saya telah membawa isu ini ke Dewan yang mulia ini pada persidangan yang lepas. Mengikut jawapan bertulis, SPRM telah menjalankan siasatan ke atas mantan Ketua Menteri Sarawak dan siasatan itu telah diberikan kepada AGC.
10 kertas siasatan telah dibuka tetapi AGC pada masa itu memutuskan supaya kes itu ditutup pada tahun 2016. Namun begitu kalau kita mengikuti perkembangan kes pendakwaan rasuah Mantan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini. Walaupun SPRM pada masa itu mempunyai satu kes yang kukuh tetapi kes itu juga diarahkan ditutup. Jadi mungkin bagi situasi di Sarawak walaupun kes itu telah diarahkan ditutup namun ia tidak bermaksud tiada bukti-bukti atau tiada kes yang kukuh terhadap Mantan Ketua Menteri tersebut. Oleh itu saya menyeru agar kes itu dibuka semula dan dakwaan terhadapnya disiasat secara lanjut, secara terperinci dan telus. Saya menyokong pandangan Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan niat untuk melaksanakan Unexplained Wealth Orders (UWO) untuk membanteras rasuah seperti yang dilakukan di UK. Banyak orang cakap tentang sebuah banglo di Pulau Pinang namun mereka belum lagi melihat betapa besarnya mansions yang ada di Sarawak yang dikatakan dipunyai oleh pemimpin-pemimpin, ahli keluarganya dan kroni-kroni yang terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang subsidi petrol bersasar kepada pemilik kenderaan persendirian sahaja dan kapasiti enjin 1500 cc ke bawah. Dalam konteks Sarawak, kebanyakan rakyat terutamanya di luar bandar terpaksa menggunakan kereta diesel four-wheel drive berkapasiti tinggi. Bukan kerana mereka kaya, tetapi disebabkan bentuk muka bumi dan juga keadaan jalan raya yang teruk terutamanya di kawasan pedalaman. Oleh itu saya ingin meminta kementerian agar melakukan satu kajian terperinci dan memberikan satu pengecualian dan juga subsidi diesel untuk kes-kes istimewa terutamanya di Sabah dan Sarawak sambil menangani masalah penyeludupan minyak ini ke negara jiran. Saya juga ingin mencadangkan supaya subsidi petrol boleh diberikan kepada semua rakyat pengeluar minyak terutamanya di Sabah dan Sarawak supaya rakyat di sana mampu menikmati harga minyak lebih rendah sebagai satu sumbangan balik dan penghargaan kepada negeri-negeri tersebut. Tuan Yang di-Pertua, walaupun dalam keadaan kewangan sekarang, saya menyambut baik Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan. Saya ingin mencadangkan agar lebih peruntukan digunakan untuk menambah baik dan memperkukuhkan primary care sebagai fokus untuk menangani masalah NCDs dengan mengimplementasi ..... B40. Kesannya akan menambahkan congestion di primary care tersebut maka saya mencadangkan satu langkah dan peruntukan lebih diagihkan kepada primary care. Selain itu, saya juga mencadangkan agar peruntukan lebih baik untuk menambah baik infrastruktur dan hospital ada termasuk Hospital Sentosa di Kuching. Bangunannya uzur, daif dan terdapat asbestos dalam bangunan tersebut. Sistem perpaipan hospital tersebut juga tidak pernah diubahsuai baru-baru ini dan satu testing di makmal telah dilakukan dan sampel air di hospital turut didapati mengandungi asbestos yang membahayakan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, ini satu keperluan yang amat penting maka saya harap kementerian dapat memperuntukkan dana untuk memperbaiki hospital itu. Disebabkan kesuntukan masa, saya ingin mengakhiri perbahasan ini dengan satu peringatan kepada kita semua bahawa rakyat telah menaruh harapan dan kepercayaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Kita haruslah mempelajari daripada kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Saya yakin dan optimis Kerajaan Pakatan Harapan akan membawa negara kita mengaum maju ke hadapan seperti harimau Asia di persada dunia. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian, silakan.
Assalamualaikum. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini saya pernah sebut, “ada aku kisah apa yang kau orang cakap”. Kali ini saya nak sebut, “ada aku hairan dengan Bajet 2019”. Tiada yang menghairankan Tuan Yang di-Pertua, tiada yang menggemparkan, tiada yang wow, tiada yang terlalu hebat kerana bantuan sara hidup turun, saham turun, ringgit turun, sawit turun, getah turun, pertumbuhan turun, peruntukan kementerian banyak turun. Defisit fiskal naik, dividen Petronas naik, import naik, cukai SST naik, harga barang naik, hutang isi rumah naik, potongan PTPTN naik, tekanan darah pun naik Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan ketawa]
. Bak kata seloka pendek..
Makan ubatlah.
Hujan turun banjir kilat, BN diturun apa yang dapat, Hujan turun banjir kilat, Ekonomi turun itulah hakikat.
Tuan Yang di-Pertua, zero-based budgeting (ZBB) adalah teori lama bermula seawal 1970-an, ini kaedah lama yang boleh dipakai tetapi bukan sesuatu yang bersifat roket sains. Ada pelbagai teori belanjawan awam yang boleh diguna pakai tetapi Kerajaan PH slogannya Malaysia Baharu tetapi suka kepada yang lama. Contoh sistem cukai yang diguna 170 daripada 194 negara iaitu GST dibuang tetapi diguna sistem lama SST yang negara seluruh dunia sudah tidak gunakan. Kerajaan BN telah menggunakan outcome-based budgeting (OBB), dengan izin iaitu bajet berteraskan keberhasilan berdasarkan teori lebih terkini untuk hasil kesejahteraan rakyat dan negara dengan perincian aktiviti-aktiviti dan program-program yang berkesan. Pekeliling mengenai OBB ini telah diberi ke seluruh negara. Saya harap MOF, Kementerian Kewangan jangan dibuang OBB hanya kerana MOF kini menggunakan zero-based budgeting (ZBB). Disebut dalam bajet tentang entrepreneurial state dengan izin, negara keusahawanan ini juga bukan perkara baru. Beberapa tahun lalu dalam bajet BN telah disebut hasrat kerajaan untuk menggerakkan entrepreneurial nation dengan izin, hanya tukar ‘nation’ kepada ‘state’ satu lagi copy paste oleh PH. Saya berharap walau sudah ada Kementerian Pembangunan Usahawan, Bahagian Usahawan Bumiputera di setiap kementerian jangan diberhentikan. Ini disebabkan usaha membina bangsa usahawan tidak boleh terpikul hanya oleh sebuah kementerian tetapi perlu secara National Blue Oceans Strategy (NBOS), dengan izin berstrategi, ada lautan biru bersepadu dengan semua agensi. Maka barulah entrepreneurial nation state boleh dicapai untuk membina usahawan merentas semua kaum, merentas desa dan kota, membina produk perkhidmatan, merentas pasaran global supaya rakyat menikmati financial independence dengan izin, kemerdekaan kewangan. Sehubungan dengan itu, MITI yang ditugaskan untuk menyelaras Industri 4.0 perlu menghebatkan aktiviti membantu PKS SME. Semalam MITI umum akan memilih 500 PKS bagi didedahkan tentang IR 4.0 pada tahun hadapan. Ini tidak cukup Tuan Yang di-Pertua. Jumlah PKS Malaysia lebih 900 ribu, 500 mana cukup. Paling kurang 10 ribu PKS atau 10 peratus PKS setahun atau lebih barulah ada kesan untuk dipraktikkan IR 4.0 agar daya saing negara boleh dilanjutkan. MITI juga perlu merancakkan usaha e-dagang bersama MDEC berapa peruntukan yang diberi dan apa program-program baru yang di cadang. MATRADE perlu berusaha lebih keras bagi mewujudkan lebih banyak syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera untuk menembusi pasaran eksport. Berapa peruntukan yang diberi dan apa program-program baru yang dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, ICERD pada saya adalah satu bentuk penjajahan baru oleh dominasi luar. Negara kita negara berdaulat, Perlembagaan telah dimaktubkan tiada kuasa dunia sebesar mana pun boleh mengatasi hak dan kedaulatan setiap inci tanah di bumi tercinta ini.
[Dewan tepuk]
Kita sudah ratifikasi konvensyen dunia tentang wanita, tentang kanak-kanak, tentang OKU. Jika ada lagi yang belum diratifikasi tetapi tidak timbulkan kontroversi selesaikan yang itu dulu. ICERD tidak disahkan sejak puluhan tahun sejak tahun 1965, 21 Disember tapi mengapa era Kerajaan PH ini perlu dibangkitkan. Jika PAS akan berarak di jalan raya, UMNO sudah pasti akan bersama dan kita sudah mulakan demonstrasi itu. Jangan dijolok sarang tebuan, Jangan dikacau harimau yang diam, Kelak akan disengat dan akan diterkam. Tuan Yang di-Pertua, mereka sebut kleptokrasi global tentang 1MDB. Saya nak tanya tentang aset-aset 1MDB di negara ini. Sila perinci kan nilainya seperti TRX, Bandar Malaysia, tanah di Pulau Indah, tanah di Pulau Pinang dan lain-lain. Bekas CEO 1MDB Arul Kanda sebut banyak kali kepada umum antaranya pada 19 Mac 2018, jumlah aset 1MDB ialah RM42 bilion melebihi hutang sebanyak RM31 bilion. Kenapa jumlah hutang ini begitu cepat berubah, siapa yang berbohong? 19 Mac 2018, hutang 1MDB RM31 bilion. 17 Ogos 2018 jawapan di Dewan Rakyat hutang 1MDB naik kepada RM38.3 bilion. 2 November 2018 dalam bajet, hutang 1MDB
melonjak kepada RM50.9 bilion. Biar betul bila bercakap tolong jelaskan. Sebut fasal hutang lebih RM30 bilion ini saya nak tahu bagaimana nak dapatkan RM32 bilion wang skandal forex yang lesap itu. Apa jadi dengan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja tentang skandal ini. Saya mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin penjelasan mengenai bajet kepada JAKIM yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan untuk syiar Islam dia sebut ada penambahan.
Betul kah ada pertambahan dibanding tahun 2018 sebab dalam Kertas Perintah Penyata Kementerian Kewangan muka surat 5, JAKIM di peruntukkan RM882.8 juta bukan seperti dalam ucapan bajet RM1.2 bilion. Setahu saya ada penambahan agensi dalam JAKIM yang disebabkan pertambahan peruntukkan itu. Sebelum ini agensi itu berdiri sendiri dalam JPM dengan bajet sendiri tetapi kini disatukan bawah JAKIM. Jadi, bermakna bukan ada pertambahan sebenar peruntukkan, terkeliru lagi mengelirukan. Seperkara lagi, saya ingin mencadangkan agar ada seorang bertaraf KSU diberi kepada JAKIM memandangkan tugasnya yang sangat penting. Ketua Pengarah sekarang sama taraf dengan ketua-ketua agensi JAKIM yang lain, ini menyukarkan arahan kerja. Tuan Yang di-Pertua, mengapa peruntukan Kementerian Industri Utama dipotong hampir 50 peratus daripada RM938 juta turun kepada RM507 juta? Adakah nasib penoreh getah 650,000 pekebun sawit tidak penting? Mentang-mentang mereka orang kampung, mentang-mentang di Bagan dan Seputeh tiada kebun getah dan kebun kelapa sawit, maka peruntukkan di potong begitu banyak. Mengapa peruntukkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani RM700 juta daripada RM5.1 bilion turun kepada RM4.4 bilion? Adakah nasib nelayan, penternak, pesawah, peladang tidak penting? Mentang-mentang mereka orang kampung, orang miskin, tidak duduk mewah di bandar dan bandar raya mereka dipinggirkan. Maka benarlah Yang Berhormat Port Dickson suatu masa ketika dulu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Kementerian Pendidikan memberi maklum balas tentang cadangan saya agar menimbangkan subjek keusahawanan di ajar sejak tingkatan 1 agar ratusan ribu lepasan SPM yang tidak mengikuti STPM, Kemahiran IPTA dan IPTS agar mereka ada asas ilmu niaga dan boleh diguna untuk bina kehidupan menjadikan negara ini berteraskan keusahawanan. Saya juga mohon jawapan yang pasti daripada Yang Berhormat Menteri di JPM bahawa pendaftaran secara automatik menjadi pengundi akan dibuat supaya 3,663,634 orang rakyat yang telah berumur lebih 21 tahun boleh menjadi pengundi disebabkan jumlah sebesar itu masih belum mendaftar. Saya mohon jawapan yang pasti juga daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bahawa semua kedutaan Malaysia di luar negara diberi peruntukkan khas bagi menjadikan penembusan eksport sawit getah dan lain-lain produk utama jenama Malaysia sebagai KPI utama segala para duta dan pegawai yang sekali gus boleh membantu dapatkan pasaran baru untuk membaiki harga getah sawit yang jatuh merudum sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Hospital Pontian yang telah diumum oleh mantan PM akan dibesarkan segera dibuat. Saya mohon rumah PPR 1,000 unit yang telah dimohon segera dibuat. Saya mohon sebuah sekolah berasrama penuh agama di Pontian segera dibuat. Saya mohon pembesaran jalan menjadi empat lorong antara Pontian ke Benut segera dibuat dan tambahan lorong motosikal antara Benut ke Simpang Renggam, kawasan Yang Berhormat Menteri Pendidikan segera dibuat. Saya mohon sebelum dibina jambatan bengkok, segera bina dua jambatan roboh di Pontian yang jumlah peruntukkannya untuk dua jambatan itu sudah saya dapatkan cuma RM3.1 juta sahaja bukan RM3,000 juta ke RM4,000 juta seperti mana kos jambatan bengkok ini. Tuan Yang di-Pertua, kita kena fikir rakyat, rakyat, rakyat. Bukan fikir syarikat, syarikat, syarikat. Kita kena fikir orang ramai.
Syarikat 1MDB.
Jangan kacaulah!
Yang Berhormat Jelutong duduk, duduk, duduk.
Tadi sudah janji tidak hendak kacau Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak ulang balik. Kita kena fikir rakyat, rakyat, rakyat. Kita bukan fikir syarikat, syarikat, syarikat .
Jho Low, Jho Low, Jho Low.
Jho Low ini Cina mana.
Gila kah!
Ikut perjanjian.
Ya, ikut perjanjian.
Bodohlah dia ini.
Saya ulang balik. Kita kena fikir rakyat, rakyat, rakyat bukan fikir syarikat, syarikat, syarikat.
Gila kah!
Kita kena fikir orang ramai, orang kampung, orang kampung, orang kampung. Bukan manifesto tidak ditunai. Kelentong, kelentong, kelentong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kanowit, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang 10 minit untuk bersama-sama membahaskan Bajet 2019. Tuan Yang di-Pertua, banyak isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sarawak dan Sabah berkaitan dengan hak dan isu di bawah MA63. The Federal Constitution, royalti minyak dan sebagainya. Saya tidak akan mengulang lagi hujah mereka tetapi di sini saya ingin menyampaikan sokongan penuh terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Juga sebelum saya menyentuh hal- hal lain yang lebih spesifik, saya ingin mohon kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telus ini untuk memberi angka-angka yang sebenarnya mengenai royalti minyak. Semenjak Petronas ditubuhkan, saya mahu jumlah royalti di bawah lima peratus yang telah dijanjikan yang diberi kepada Sarawak dan Sabah, perlu diberi angka di Dewan yang mulia ini. Supaya kita tahu, apakah sebenarnya yang diberi selama 40 tahun yang lalu?
Termasuk 22 tahun.
Selama 22 tahun ya? Kita mesti ingat 22 tahun dahulu kita juga di bawah pimpinan Yang Berhormat Langkawi sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai penasihat Petronas. [Disampuk] Jadi, saya harap beliau mempunyai data-data dalam hal itu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sekolah daif di Sarawak. Kita difahamkan lebih 1,000 atau 1,020 buah sebenarnya sekolah daif di Sarawak dan 415 yang amat kritikal. Inilah sekolah-sekolah yang rumah-rumah guru, rumah-rumah bilik darjah dan sebagainya sudah usang dan ada yang tidak dapat diduduki lagi. Isu saya di sini adalah peruntukkan yang kita pohon setiap tahun daripada Kerajaan Pusat, Kementerian Pendidikan memang tidak mencukupi. Jadi, isu sekarang adalah, kalaulah perkara ini berlanjutan bila sekolah-sekolah daif ini akan dipulihkan? Berapa tahun dulu kita mempunyai satu cadangan untuk membina sekolah besar-besar dan moden dengan semua facilities yang moden supaya sekolah kurang murid (SKM) dapat digabungkan kepada sekolah-sekolah yang moden ini. Akan tetapi nampaknya kebelakangan ini, saya mendengar hasrat itu tidak ada lagi dan itu menjadi masalah. Kita pergi kepada piecemeal maintenance atau pun pembinaan sekolah-sekolah yang kecil ini yang akan menelan belanja yang besar dan mengambil masa yang panjang. Dalam keadaan yang mendesak ini, saya mencadangkan kepada kerajaan sebab kalau kita bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat masalah ini tidak akan diselesaikan dalam masa yang singkat. Jadi, saya melihat Kerajaan Negeri Sarawak pun sekarang ini mungkin
dapat mengambil tugas ini dan saya mohon kalau dapat semua pengurusan pendidikan ini diberi terus atau full autonomy kepada Kerajaan Sarawak supaya masalah yang di atas tadi dapat diselesaikan dengan segara. Satu lagi perkara sekolah ini saya ingin menyentuh isu 1BestariNet. Saya baru sahaja menghadiri satu majlis di sekolah rendah di kawasan saya dan saya difahamkan oleh guru besar dan juga pegawai yang hadir daripada PPD Daerah Kanowit. Kedua-dua mengatakan bahawa 1BestariNet di Kanowit di semua sekolah 100 percent not functioning tetapi PPD masih membayar RM699 untuk sebuah sekolah kepada 1BestariNet. Ini yang jadi masalah, connectivity tidak ada tetapi bayaran masih ditunaikan oleh PPD kepada syarikat- syarikat yang mengendalikannya. Jadi, saya telah memberi cadangan kepada mereka untuk stop the payment, tulis kepada kementerian dan cari cara yang lain. Maybe naik taraf ICT, infrastructure terus kepada fiber optik supaya ia dapat berfungsi. Juga dalam isu sekolah di SMK Kanowit, ada dua blok yang sudah rosak. Ketua Pengarah pun ada melawat untuk melihat dua blok besar tiga tingkat di SMK Kanowit telah pun rosak disebabkan infrastructure failure. Saya difahamkan masa itu peruntukan telah pun diberi dalam tahun 2018 tetapi sampai sekarang ini saya tidak melihat apa kerja yang sedang dibuat untuk membaik pulih atau membina baru dua buah blok tiga tingkat yang amat teruk rosak ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dalam masa yang singkat ini satu masalah yang besar di Sarawak ini yang terjadi di kawasan penempatan Sungai Asap di Belaga. Yang Berhormat Hulu Rajang sudah tiada lagi. Ini berkenaan dengan dadah. Isu dadah ini kita tahu semua, tetapi perkara yang saya ingin sentuh di sini adalah sebab di sana ini pihak-pihak yang patutnya berkuasa ini menuding jari. Polis, aduan diberi kepada Polis tetapi Polis dilihat aduan, but no action.
Di sekolah di mana murid-murid ini belajar sudah ditentukan oleh Antidadah, mereka yang positif dadah ini, cikgu pun tidak tahu nak buat apa. Balik ke kampung atau rumah panjang, penduduk sana marah dengan ketua masyarakat dan ketua kampung sebab tidak dapat mengambil tindakan untuk mencegah masalah ini. Jadi isu di sini adalah, agensi mana yang dapat menyelesaikan masalah ini? Polis ataupun yang lain? Saya pun telah mengutarakan masalah ini kepada polis tetapi mereka pun mahu bukti. Bukti apa? Kita sudah tahu mereka ini adalah penagih dadah. Mereka membuat banyak masalah di kampung-kampung. Mencuri, merompak dan sebagainya. Saya harap perkara ini diambil berat dan mungkin Kementerian Dalam Negeri memberi satu standard operating procedure (SOP) yang terperinci kepada polis-polis yang berada di peringkat daerah ini supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera. Ia amat serius sekarang ini. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, isu satu lagi yang perlu kita huraikan di sini adalah berkenaan dengan subsidi pengangkutan ataupun transporter subsidy yang telah dilaksanakan di Sarawak dan Sabah untuk barang-barang keperluan seperti beras dan minyak dan lain-lain yang dijual di kawasan-kawasan pedalaman untuk menyeragamkan harga. Saya telah menyebut perkara ini dalam beberapa tahun yang dulu dan memang saya tidak setuju dengan subsidi transporter ini. Saya setuju dengan subsidi barang tetapi saya tidak setuju dengan subsidi transporter. Saya difahamkan bahawa subsidi ini perlu ditamatkan atau dihapuskan sebab apa yang terjadi dahulu adalah mereka yang diberi atau syarikat-syarikat yang diberi tugas untuk membawa barang-barang ini ke kawasan pedalaman tidak menjalankan tugas mereka. Jadi, harga barang di pedalaman pun tidak turun seperti yang diharapkan. Jadi saya bersetuju sistem subsidi ini untuk mereka yang masih memerlukan di kawasan pedalaman diberi satu sistem menggunakan baucar atau menggunakan credit card kepada mereka yang di pedalaman ini supaya membeli barang lebih murah di bandar-bandar besar mengikut perkiraan yang sepatutnya. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan harga komoditi yang banyak turun. Banyak telah disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdahulu. Yang Berhormat Bera tadi telah menghuraikannya. Yang menjadi masalah kita di kawasan luar bandar ataupun di Sarawak adalah sebab sudah terlalu ramai pekebun-pekebun kecil melibatkan diri dalam tanaman ladang sawit dan sebagainya walaupun in small scale. Akan tetapi apabila harga sawit ini turun, mereka amat terasa. Ladang-ladang besar pun sekarang saya lihat daripada
feedback mereka, kalaulah harga FFB sawit turun kepada RM280 setan, mungkin ada yang akan tutup, abandon the project. Jadi dalam hal ini, saya menyeru kepada kerajaan untuk melihat, lebih-lebih lagi kepada pekebun-pekebun kecil, apakah bantuan yang dapat diberi seperti bantuan sara hidup ataupun bantuan subsidi supaya kehidupan mereka terjamin. Seterusnya satu lagi perkara yang selalu disebut oleh wakil rakyat dari Sarawak ialah berkenaan dengan pembinaan hospital baru. Hospital sudah amat sesak di Sarawak dan juga klinik-klinik. Ini juga menjadi masalah sebab ini adalah di bawah Kerajaan Pusat. Dalam hal ini, kalau kita masih mengabaikan dan tidak mengambil serius masalah ini, masalah ini tidak akan diselesaikan. Jadi dalam hal ini, saya juga menyeru kepada Kerajaan Pusat untuk membincangkan dengan kerajaan negeri. Kalau dapat, kita berikan perkhidmatan kesihatan ini terus kepada Kerajaan Negeri Sarawak— full autonomy— supaya perkara ini dapat diambil alih oleh kerajaan negeri. Last, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan infrastruktur dan bantuan rumah miskin di Sarawak. Memang dari segi infrastruktur jalan, RES dan sebagainya, kita masih banyak memerlukan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat. Saya harap di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ia dapat diberi peruntukan lebih banyak supaya masalah infrastruktur di Sarawak dapat diselesaikan. Satu lagi adalah berkenaan dengan peruntukan untuk membina dan naik taraf rumah panjang. Dalam tahun 2016, kita telah diberi peruntukan sebanyak RM50 juta untuk penduduk di rumah panjang menaik taraf rumah mereka through loan. Akan tetapi tahun 2018, saya ingat tidak ada. Tahun 2019 pun saya belum nampak. Saya harap kerajaan sekarang ini dapat mengagihkan peruntukan ini supaya mereka yang ingin menaik taraf rumah panjang atau membina baharu rumah panjang dapat peruntukan dan bantuan daripada kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kanowit. Sekarang giliran Yang Berhormat Sandakan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian bahawa ucapan daripada bajet Yang Berhormat Menteri Kewangan menyentuh tentang pengurangan levi buruh asing. Mengikut ucapan tersebut, memandangkan kekurangan pekerja dalam bidang pertanian dan perladangan, saya di sini mahu mendapatkan penjelasan, adakah dasar ini hanya untuk pertanian dan perladangan? Jadi kalau begitu, saya fikir ini kita mesti mahu bertimbang rasa dalam sektor perikanan. Ini satu dasar untuk pekerja asing yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun daripada RM10,000 setahun bagi setiap pekerja turun kepada RM3,000 yang dirancang. Ini kerana sektor perikanan ini sentiasa memerlukan buruh asing atau pekerja asing berpengalaman khasnya untuk sebagai kapten atau anak kapal membantu penangkapan ikan ini. Kalau tidak ada pekerja asing yang berpengalaman begitu, saya fikir ini satu sektor perindustrian akan terjejas. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya pun mahu sentuh lagi tentang buruh asing juga. Saya difahamkan agensi buruh di Sabah perlu membayar satu deposit lebih tinggi daripada RM50,000 kepada RM250,000. Di Sabah, Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Asing Sabah merayu kerajaan memberi timbang rasa. Satu deposit begitu, mereka tidak mampu. Kebanyakannya akan ditutup khasnya agensi yang kecil dan kebanyakannya adalah agensi dari sektor Bumiputera. Ini kerana di Sabah, seorang amah yang dilengkapkan untuk menyelesaikan servisnya baru caj RM4,325 berbanding dengan Semenanjung yang hampir- hampir mahu RM20,000. RM20,000. Ada yang RM16,000 atau RM18,000. Jadi perbezaannya terlampau besar. Jadi harap deposit ini boleh dikembalikan kepada RM50,000 yang dulu yang sedia ada. Kalau tidak pun, jangan sampai RM250,000. Saya mahu sebut tentang transport, pengangkutan. Saya berulang kali membangkitkan lagi Landasan Kapal Terbang Sandakan. Bila boleh mula dilaksanakan pemanjangannya? Walaupun Yang Berhormat Menteri memberi jaminan, beritahu akan teruskan projek ini tetapi sampai hari ini sudah enam bulan kita tidak dengar apa-apa. Warga
di Sandakan pun sudah losing patience juga sebab ini satu landasan yang begitu penting untuk pelancongan dan sebagainya. Pada masa ini, pelancongan di Sabah begitu blooming tetapi di Sandakan tidak dapat diagihkan satu hasil yang begitu besar sebab kita tidak dapat foreign punya kapal terbang mendarat di Sandakan.
Jadi harap ini satu, dasar ini kita perlu dan mesti mahu secepat mungkin. Jadi lagi, even making serious, more serious yang mendesak ialah Maswing akan stop operation pada 1st January 2019. Jadi ini saya fikir satu keadaan yang banyak buruklah. Satu lagi, permit lori sampai sekarang sudah enam bulan, banyak lori yang masih menunggu satu mesyuarat daripada LPKP, tidak boleh dilaksanakan sebab saya difahamkan pada masa ini Pengerusi LPKP belum dilantik. Jadi banyak lori menunggu permit, tidak boleh dilancarkan di jalan lagi. Jadi ini making the situation worse. Sekarang harga oil palm pun turun. Pekerja asing, yang labour itu pun tidak cukup, tambahan lagi sekarang permit ini tidak boleh dilanjutkan. Bagaimana ekonomi kita di Sabah? Jadi saya juga ingin membangkitkan lagi isu muatan lori di Sabah. Sampai sekarang walaupun government baru sudah mentadbir enam bulan tetapi sampai sekarang masih belum nampak apa-apa di Sabah. Muatan lori itu baru 36 tan tetapi di Semenanjung sini sampai 52 tan. Saya dengar akan dinaikkan lagi, jadi bagaimana? Ini satu keadaan yang kita perlu fikirkan, mesti mahu JKR atau bagaimanakah, saya mahu ia dipercepatkan. Satu lagi tenaga hijau, kementerian ini. Saya mendapat tahu ada empat IPP yang telah dihentikan dan salah satunya ialah termasuk projek pembinaan loji penjanaan kuasa gas di Sandakan, 300 megawatt juga dibatalkan. Jadi saya fikir dan harap kementerian ini mengambil perhatian mengkaji semula bagaimana, wajarkah satu generator plant yang begitu penting untuk pantai timur di Sabah dihentikan sebab pada masa ini electricity supply masih tidak mencukupi khasnya di pantai timur. Jadi kita pun tidak faham kenapa sudah pakai, sudah bayar, 800 punya dana atau peruntukan diberikan kepada kontraktor itu sampai hari ini kita tidak mahu lanjutkan. Seharusnya kontraktor yang sudah menerima dan dapat wang itu, peruntukan yang sudah dibayar semestinya dilanjutkan, menghabiskan satu projek yang begini. Saya mahu sebut tentang penurunan kuasa. Perkara ini telah dihebohkan pada pilihan raya ke-14 dan Sabahan menyimpan harapan yang besar dan tinggi kepada kerajaan yang baharu tetapi sampai sekarang sudah enam bulan, adakah kuasa-kuasa yang diturunkan? Sabahan, sudah already lost patience, we have been talking about MA63 tetapi sampai hari ini tidak nampak apa-apa. Walaupun ada satu dua jawatankuasa ditubuhkan tetapi itu untuk satu penurunan kuasa yang lengkap tetapi pada masa kini, kita tidak nampak apa-apa. Seperti manifesto yang sedia ada, seperti manifesto 44, di mana decision right on health and education harus diturunkan kepada kerajaan negeri tetapi sampai hari ini – sebab itu kerajaan Sabah yang telah ditubuhkan, dua kerajaan ialah pertama kerajaan kesihatan dan satu lagi pendidikan untuk menerima satu kuasa yang akan diturunkan tetapi saya mengambil kementerian saya contohnya, kesihatan. Selama enam bulan ini saya tidak pernah menerima satu surat atau koresponden daripada Kerajaan Persekutuan. Saya khuatir Kerajaan Persekutuan tidak tahu kah ada satu Kementerian Kesihatan yang ditubuhkan di Sabah. Saya tidak faham mengapa begitu? Jadi pada masa kini banyak barang-barang kita, perkara-perkara atau kuasa-kuasa kita boleh bekerjasama tetapi sampai hari ini kita tidak tahu apa-apa yang dilancar, yang dilangsungkan di Sabah seperti projek-projek yang dilaksanakan, pembangunan dan pelantikan kontraktor tetapi semua ini semestinya – Just satu minit, sorry. Jadi semua ini semestinya kita mahu bekerjasama, kita tidak, what is the point kalau kita ada satu kementerian di Sabah yang langsung kita tidak tahu apa tindakan yang diambil di Persekutuan, di sini. Jadi I think it is time for the Federal here to really lay down the kuasa kepada negeri-negeri atau Sabah dan Sarawak yang kita tentukan. I think whatever is done in Sabah it must get the consent from the Sabah government. There is no point, we are having the Sabah government here bersama-sama dengan Pakatan Harapan di Persekutuan sini tetapi Sabah has no right in certain ministries dia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya di sini juga berharap, so I think in term of development kesihatan, hospital yang kita banyak terbelakang. We have been left behind, kita tidak cukup doktor, tidak cukup pakar, tidak cukup peralatan perubatan....
Papar, minta laluan.
Jadi saya harap...
Sudah habis masa Yang Berhormat Papar. Sila gulung, habiskan.
Jadi kita harap...
Kasi chance lah Papar.
Jadi saya harap agar Kerajaan Persekutuan beri lebih perhatian kepada keperluan dan kemampuan rakyat Sabah. Jangan lupa, tanpa Sabah dan Sarawak kita tidak ada Malaysia. Jadi kita pun mengiktiraf Sabah dan Sarawak rakan kongsi, bukannya salah satu, what we called? Daripada 13 negeri ini. Jadi Perdana Menteri berulang kali sebut kita, Sabah dan Sarawak are different. You cannot compare Sabah and Sarawak berbanding semua negeri-negeri yang sedia ada. I think that is something, kita harap we would be working together, bersama-sama untuk membangunkan kebajikan, kebaikan Malaysia, bahawa Sabah dan Malaysia boleh membangun bersama-sama.
Sila gulung ya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kimanis.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019. Banyak yang hendak diutarakan tetapi masa yang diberikan singkat sekali maka saya ingin menjuruskan skop perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2019 ini secara khusus kepada Sabah serta juga menyentuh Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, dasar demi dasar berubah, bajet demi bajet dibahaskan dan diluluskan selama 55 tahun. Sudah pun sampai kepada Rancangan Malaysia Kesebelas tetapi nasib Sabah dan Sarawak tetap sama. Jelas sekali terasa dengan izin, we forget how naive we are in believing that somehow this time the budget outcome would be different for Sabah and Sarawak. Mantera biasa adalah mana-mana pembentangan dasar kerajaan yang penting ialah kerajaan akan berikhtiar bersungguh-sungguh agar tidak ada golongan rakyat yang tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara.
Akan tetapi malangnya nampak sangat gagal mendengar rungutan rakyat Sabah dan Sarawak selama 55 tahun. Dalam hal ini adakah Kerajaan Pakatan Harapan benar-benar serius mahu membangunkan dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan, pemimpin Pakatan Harapan memberi jaminan akan mengembalikan status rakan sekutu ataupun equal partner kepada Sabah dan Sarawak. Saya percaya pengembalian status Sabah dan Sarawak sebagaimana dalam MA63 memberi kita asas yang kukuh untuk mengeratkan hubungan ketiga-tiga wilayah. Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah melontarkan kata-kata pastinya keperluan-keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian kerana masih terdapat daerah-daerah yang mundur dengan kelengkapan amat daif sekali. Itulah petikan kata-kata Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia ke-55 baru-baru ini.
Malangnya dasar dan bajet masih memperlihatkan perancangan berat sebelah ataupun tidak menepati sasaran yang ditetapkan. Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah bertanggungjawab menjamin pembangunan fiskal, meningkatkan kualiti hidup rakyat dari semasa ke semasa seperti meningkatkan langkah-langkah keselamatan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, penyediaan infrastruktur, utiliti asas dan sosial seperti perumahan, mengurangkan kadar kemiskinan dan pemuliharaan serta perlindungan alam sekitar yang mana ia wajib diberikan perhatian sewajarnya. Dari sudut ini pelaksanaan pembangunan prasarana asas dan utiliti bekalan air, elektrik, jalan kampung wajar diberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak. Sukacita saya mengingatkan barisan Jemaah Menteri bahawa Kota Kinabalu bukan Sabah dan Kuching bukan Sarawak. Oleh itu apabila Menteri-menteri datang ke Sabah jangan datang sampai ke Kota Kinabalu sahaja dan jangan sampai di Kuching sahaja, di Sarawak tetapi hendaklah pergi ke pekan-pekan terutama sekali di kawasan pedalaman- pedalaman yang begitu daif sekali. Tuan Yang di-Pertua, ahli ekonomi yang terkenal John Maynard Keynes pernah berkata dengan izin "The difficulty lies not so much in developing new ideas as in escaping from old ones" . Pemikiran lama, cara lama, budaya lama tidak lagi sesuai untuk menyelesaikan masalah rakyat Sabah dan Sarawak. Saya yakin tiada faedah yang boleh diperoleh daripada terus saling menyalahi atau mengungkit sejarah yang menyumbang kepada keadaan kita pada masa kini. Pelaksanaan program pembangunan perlu lebih konsisten kepada sasaran yang ditetapkan dan bukan bersandarkan kepada proses politik. Soalan saya kepada kerajaan, adakah peruntukan kepada Sabah sebanyak RM5,009 juta di dalam Belanjawan 2019 ini telah memenuhi perkara berkaitan di bawah Perlembagaan Malaysia. Bilakah Sabah akan menerima 40 peratus daripada hasil negerinya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan diteruskan melihat Perkara 112 di bahagian tujuh peruntukan kewangan. Pemberian khas itu termaktub dalam Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan serta Tuan Yang di-Pertua, bilakah isu mengenai royalti minyak dapat diselesaikan? Tuan Yang di-Pertua, laporan dengan izin The State of Households 2 pada 2016 oleh Khazanah Research Institute mendapati Kelantan, Sabah dan Sarawak mencatat peratusan terbesar isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Tambahan laporan tersebut, keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh isi rumah pastilah juga berbeza berdasarkan lokasi dan di mana mereka tinggal. Malahan menurut seorang fellow dari MIER di sebalik pencapaian yang hebat ini satu trend atau arah aliran yang jelas perlu diberi perhatian. Trend ini adalah purata pendapatan bulanan isi rumah bumiputera sentiasa rendah dari lain-lain etnik semenjak tahun 1970. Ini bermakna tidak berlaku perubahan struktur dari segi pendapatan isi rumah jika dilihat dari sudut pembahagian berdasarkan etnik. Dengan kata lain mengikut fellow MIER ini, kita telah berjaya membesarkan kek semenjak tahun 1970 sehingga sekarang namun peratusan pembahagian kek mengikut etnik tidak banyak berubah. Gambaran yang saya cuba jelaskan tadi adalah untuk kelompok bumiputera secara keseluruhannya tetapi pada masa yang sama, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini saya pasti keadaan adalah lebih teruk untuk golongan bumiputera di Sabah dan juga di Sarawak. Soalan saya kepada pihak kerajaan, apakah perancangan Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk Sabah dan Sarawak agar setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengetengahkan nasib penoreh getah dan pekebun kecil yang terperangkap dalam putaran ganas kemiskinan apabila mereka hanya memperoleh pendapatan RM8 sehari ekoran kejatuhan teruk harga komoditi tersebut. Mereka ditekan dengan harga getah rendah yang berlarutan. Kitaran kemiskinan penoreh getah diwarisi dari satu generasi ke generasi ataupun dikenali sebagai dengan izin generation of poverty. Apakah langkah-langkah secara kekal diambil oleh kerajaan untuk membantu nasib penoreh getah dan pekebun kecil kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memastikan transformasi sosioekonomi bagi wilayah Sabah dan Sarawak adalah wajar penggubal-penggubal dasar memastikan kepentingan rakyat kedua-dua wilayah tersebut sentiasa terpelihara. Dalam mentransformasikan pertumbuhan ekonomi Sabah dan Sarawak ke tahap yang lebih tinggi, bidang keusahawanan merupakan teras penting dan menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan menyeru kerajaan memastikan peruntukan yang disalurkan kepada Teraju menerusi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan peruntukan yang diberikan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera memastikan keutamaan diberi kepada golongan bumiputera Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung. Saya ingin menekankan di sini bahawa golongan bumiputera Sabah dan Sarawak masih memerlukan bimbingan untuk menyesuaikan diri menghadapi cabaran dunia ekonomi baru. Tuan Yang di-Pertua, jumlah KDNK Malaysia pada tahun 2017 ialah RM1,352 bilion. Ini bermakna negeri Sabah telah menyumbang sebanyak RM91.9 bilion kepada KDNK Malaysia. Walaupun negeri Sabah telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, namun indikator ekonomi menunjukkan trend yang tidak menyenangkan iaitu kadar pengangguran terus meningkat dari 5.4 peratus pada tahun 2016 kepada 5.6 peratus pada 2017 berbanding kadar pengangguran seluruh Malaysia dalam lingkungan 3.4 peratus. Malah kadar pengangguran belia di negeri Sabah iaitu berumur di antara 15 tahun hingga 24 tahun ialah 13.5 peratus iaitu yang tertinggi di negara Malaysia. Saya pernah terbaca satu definisi menarik mengenai kemiskinan. Mengikut penulisan tersebut definisi kemiskinan bukan sekadar pendapatan rendah daripada pendapatan purata per kapita yang ditetapkan tetapi taraf pendidikan yang rendah tidak menikmati keperluan moden, pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan pemikiran yang sempit. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Yang Berhormat Menteri Kewangan kenapa kah situasi ini berlaku? Bagaimana peruntukan kepada negeri Sabah sebanyak RM5009 juta tersebut dapat memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah? Kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, apakah perancangan Kerajaan Malaysia untuk menangani isu pengangguran negeri Sabah terutamanya pengangguran di kalangan belia? Seterusnya saya ingin menggulung ucapan perbahasan saya pada hari ini dengan isu-isu pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tekankan bahawa hanya dengan ilmu dan pendidikan sahaja akan dapat meningkatkan penguasaan bumiputera minoriti dalam bidang ekonomi. Pendapatan isi rumah B40 dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi. Sukacita saya nyatakan dengan izin I would like to state the here that I am strong proponent of no child should be left behind. I believe that every child has a right to a good education with the broad range of enrichment programs that emphasize the cultivation of certain characters strength will inevitably provide unrivalled opportunities for every child to chase their dreams. Maka wajarlah antara cabaran yang sering diperkatakan berkenaan Sabah dan Sarawak adalah mengenai isu pendidikan yang ada kaitan langsung dengan pembangunan modal insan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pakar masa depan dan futurist telah memberi pelbagai tentang bayangan masa depan negara dan dunia dalam tempoh tiga dekad yang akan datang.
Secara ringkasnya sains, teknologi dan inovasi akan menjadi daya penggerak bagi penubuhan dan pembangunan yang ingin kita lihat. Peningkatan kekayaan negara pada masa akan datang bergantung kepada kemampuan masyarakat untuk berinovasi. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, yang bermula pada tahun 2016, inovasi telah diberikan peranan khusus oleh kerajaan sebagai salah satu pemacu perubahan atau dengan izin, game changer yang mampu menjana kekayaan kepada masyarakat. Pada masa yang sama, kita ini berada di ambang dengan izin, Fourth Industrial Revolution dan kita perlu mengambil peluang daripada inovasi yang dibawakan oleh dengan izin, disruptive technologies seperti nanotechnology dan internet of things untuk meningkatkan kesediaan menghadapi era berkenaan. Walau bagaimanapun, persoalan saya kepada kerajaan hari ini, ialah bagaimana kerajaan dapat membantu Sabah dan Sarawak di dalam menghadapi cabaran-cabaran yang saya nyatakan tadi bila mana penggunaan penstrukturan asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, pendidikan, kesihatan dan internet di kawasan luar bandar di Sabah masih lagi ketinggalan. Bagaimanakah pihak kerajaan hendak menyediakan dua wilayah tersebut mengharungi cabaran-cabaran yang akan dibawa oleh Revolusi Industri 4? Adakah kementerian yang terlibat cakna dan prihatin terhadap isu ini? Tujuan soalan saya ini kepada kerajaan adalah
kerana bumiputera Sabah dan Sarawak mungkin ada dengan izin, equal opportunity tetapi saya pasti not equal start, yang sekali gus menyebabkan jurang prestasi pelajar antara bandar dengan luar bandar yang luas. Berapa lama lagi keadaan ini akan berterusan? Jadi, apakah perancangan pihak kerajaan untuk merancang lagi pendidikan serta Latihan Teknikal Vokasional (TVET) di Sabah dan Sarawak terutamanya dalam usaha untuk menambahkan jumlah tenaga kerja mahir yang terdiri daripada warga tempatan serta mengurangkan kadar pengangguran dan kadar keciciran? Tuan Yang di-Pertua, adalah besar harapan saya bahawa Kerajaan Malaysia baharu di bawah kepimpinan Pakatan Harapan akan lebih prihatin dan berlaku lebih adil kepada Sabah dan Sarawak. Dengan kata-kata itu, saya menamatkan perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kimanis. Sekarang giliran Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan kesempatan bagi saya untuk membahaskan Belanjawan 2019 ini. Saya ingin mengatakan di sini, bahawa, saya menyokong belanjawan ini walaupun belanjawan ini ada kekurangan ada kelemahannya, tetapi belanjawan ini mempunyai fokus yang jelas untuk kewangan negara kita dan ekonomi negara kita. Ini kekuatan dalam belanjawan ini. Ada tiga fokus yang disebut di dalam ucapan Yang Berhormat Bagan, Menteri Kewangan. Saya akan tumpukan pada yang pertama sahaja, sebab masa yang terhad. Pertama, melaksanakan reformasi institusi yang berkaitan dengan masalah kewangan ini. Pertama sekali, kita dapat lihat, selepas lebih sembilan tahun ini – Sekarang kita lihat yang membentangkan belanjawan ini ialah Menteri Kewangan, pada masa yang lepas, dia yang Perdana Menteri dia juga Menteri Kewangan. Ini satu reformasi yang sangat bagus! [Tepuk] Perdana Menteri fokus dengan kerja dia sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan fokus kerja untuk belanjawan, untuk jaga fiskal dan ekonomi negara. Saya nampak, belanjawan ini tidak seperti yang disebutkan oleh sahabat-sahabat di sebelah sana iaitu pembangkang. Ini bukan hanya nak menyusun, copy and paste. Tidak. Baca betul- betul tentang fokus ini iaitu, melaksanakan reformasi institusi iaitu pengurusan makro ekonomi. Jangan salah tadbir urus kewangan awam ini dan diperjelaskan. Kalau kita lihat, dalam ucapan ini, iaitu Perenggan 15 sehingga Perenggan 19, saya nyatakan dengan ringkas sahaja. Umpamanya, ada fokus – kerajaan sekarang ini, akan bercadang membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal (Fiscal Responsibility Act) pada tahun 2021. Ini untuk mengelakkan perbelanjaan negara supaya jangan sampai tidak terkawal. Jangan berlaku hutang yang besar. Selama ini tidak ada undang-undang, sekarang ada undang-undang. Saya lihat negara kita ini bergerak atas dasar landasan undang-undang. Kalau tidak ada undang-undang, itu yang jadi masalah. Kalau jalan raya tidak ada traffic light, apa yang akan jadi?
Betul. Betul.
Jadi mesti ada undang-undang.
Ya betul!
Jadi, saya tidak mahu sentuh sangat dollars-and-cents. Ahli-ahli Yang Berhormat sentuh soal itu. Akan tetapi, saya mahu melihat dari segi polisi, dasar ini, untuk menuju masa depan negara kita. Saya sebut lagi, kerajaan juga akan membentangkan satu lagi Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan. Tidak lama lagi akan dibentangkan Akta Perolehan Kerajaan iaitu persaingan yang terbuka, kemudian ada open tender dan sebagainya. Ini satu kaedah, ada akta yang akan jaga. Menteri Kewangan akan datang tidak boleh sesuka hati, pegawai-pegawai kerajaan tidak boleh buat sesuka hati.
Ada satu perkara lagi yang saya mohon perhatikan, iaitu, ini bukan sebarang belanjawan iaitu Perenggan 19, ada disebutkan dalam soal sistem perakaunan itu akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula pada tahun 2021. Jadi, ini di antara fokus yang baharu. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya, saya pergi kepada belanjawan ini sendiri. Saya mengatakan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan ini bukannya sempurna. Akan tetapi, dalam keadaan negara kita liabilitinya besar hutang negaranya besar, terpaksa merangka dengan sebaik yang mungkin. Akan tetapi, saya berharap, Menteri Kewangan dan kerajaan pertimbangkan. Bukan semua yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat baik daripada Kerajaan, BEBAS ataupun daripada pembangkang tidak ada merit. Ada merit. Misalnya, pagi tadi, Yang Berhormat Bera iaitu bekas Menteri, beliau pernah menjadi Menteri Pertanian pernah menjadi Menteri Luar Bandar. Saya meneliti ucapan beliau. Ucapan beliau yang menyebut tentang masalah rakyat di luar bandar seperti petani, penoreh getah, pekebun kecil, nelayan, penternak begitu juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada PAS pun ada menyebut perkara ini, daripada pihak pembangkang pun ada menyebut tadi. Yang Berhormat Kapar ada menyebut dan ramai yang sebutkan lagi, Yang Berhormat Port Dickson pun ada menyebut. Jadi, saya berharap, kerajaan boleh semak balik belanjawan ini. Kerajaan mendapat dividen khas RM30 bilion daripada Petronas. Duit itu hendak dibayar nanti kepada refund, bayar balik GST dan juga bayar balik cukai pendapatan LHDN. Sama ada bayar balik kepada syarikat GST, syarikat-syarikat berkenaan GST. Ini syarikat-syarikat yang besar. Syarikat-syarikat yang sedang, syarikat yang maknanya, perniagaan. Maknanya, memang tanggungjawab kerajaan untuk bayar hutang kerana hutang mesti dibayar. Akan tetapi, janganlah duit RM30 bilion daripada Petronas itu hanya untuk bayar refund GST dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri, cukai itu. Boleh bayar beransur-ansur. Sebahagian daripada duit Petronas disalurkan untuk membantu penoreh getah, pekebun kecil, petani, nelayan di luar bandar di bandar, ertinya insentif-insentif – Menolong rakyat, meringankan kehidupan mereka.
Sebab apa Tuan Yang di-Pertua, sebab harga komoditi sekarang iaitu seperti getah dan juga sawit terlalu rendah. Saya baca umpamanya, harga skrap getah, scrap rubber, satu kilogram RM1.84 sampai RM2. Kalau di Sarawak dan di Sabah lagi rendah. Jadi bermakna, jumlah yang untuk membantu rakyat di luar bandar ini, yang telah pun terbiasa dibantu oleh kerajaan yang lepas dengan insentif dan sebagainya, tetapi dalam keadaan sekarang ini, kita perlu teruskan. Nelayan-nelayan pada musim tengkujuh ini tidak boleh ke laut, perlu dibantu. Ini bermakna, rakyat perlukan ini. Dalam waktu yang sama, dalam satu minit lebih ini, saya mohon ada perdebatan hari itu tentang bantuan sekolah. Saya mengucapkan tahniah, saya gembira iaitu sekolah menengah persendirian Cina mendapat bantuan buat kali pertama. Ini baik. Satu dasar yang inklusif sebab rakyat semua bayar cukai. Jadi sebab apa mesti didiskriminasikan. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya dapati Yang Berhormat Rantau Panjang ada sebut sekolah agama rakyat tidak dapat peruntukan. Kalau betul tidak dapat peruntukan, saya mohon di samping kita memberi peruntukan di sekolah menengah persendirian Cina, bantulah juga sekolah agama rakyat yang tidak dapat peruntukan ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, pagi ini saya mendapat SMS daripada rakyat yang mengatakan golongan muda, pelajar-pelajar, mahasiswa, rasa tertipu – kata-kata mereka iaitu kerajaan yang sekarang ini tidak dapat melaksanakan janji terhadap PTPTN. Jadi saya harap, saya tidak mahu berada di dalam pihak kerajaan ini sebagai pihak kerajaan cuba hendak menipu rakyat. Jadi saya mintalah susun semula soal PTPTN ini, bantulah anak-anak muda kita dan pelajar-pelajar ini. Jangan susah sangat. Kita dengarlah masalah mereka. Janganlah kita keras sangat, jangan sangat dollars-and-cents. Kalau sudah berjanji, kita buatlah. Jika tidak sepenuhnya, sebahagiannya. Tidak dapat sebahagian, separuh, suku pun tidak mengapalah.
Ini baru betul.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Terap, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berucap, kita mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan bersama-sama kita dalam Dewan yang mulia ini pelajar-pelajar dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan diharapkan dengan kehadiran mereka pada sesi persidangan ini dapat memberi manfaat kepada para mahasiswa hari ini [Tepuk] .
Selamat datang.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ucapan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 yang diberi masa lebih kurang 10 minit. Saya hendak pergi kepada beberapa perkara sahaja dengan masa 10 minit. Pertamanya, saya menyokong Yang Berhormat Kimanis, berkaitan dengan apa juga perjanjian penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini kerana saya kira bahawa sudah sampai masanya Sabah dan Sarawak sebagai dua wilayah bersama-sama dengan Semenanjung Malaysia dan membentuk Persekutuan Malaysia. Sebagai bekas Menteri Pendidikan, kita juga telah bersetuju supaya perkataan ‘Sabah' itu ataupun ‘Sarawak' itu lebih dikenali sebagai wilayah Sabah dan wilayah Sarawak yang telah bergabung dengan wilayah Semenanjung ini yang kemudiannya menubuhkan Persekutuan Malaysia. Sudah tentulah perkara-perkara yang ada kaitan dengan apa juga dari segi perundangan, bajet dan juga dari segi urusan yang berkaitan dengan negeri, diberi satu road map yang jelas kepada negeri Sabah dan Sarawak. Saya bukan kerana isteri saya orang Sabah, saya hendak kata begitu Yang Berhormat Kimanis, tetapi ...
Kerja lama di Sabah kot.
Kita kira bahawa dia adalah layak untuk mendapat dalam tempoh 50 tahun. Saya sedar sebagai bekas Menteri Pendidikan, saya telah pergi ke Tenom, Nabawan, Kudat, Pulau Banggi, Semporna, Lahat Datu, Baleh, Kapit, Sarikei, Lubok Antu dan banyak lagilah tempat yang kalau saya hendak sebut satu persatu, sememangnya layak setengah-setengah tempat itu harus diperbaiki dengan segera keadaan fizikal sekolah. Sabah mempunyai lebih daripada 1,000 buah sekolah dan Sarawak mempunyai 1,400 buah sekolah. Pada tahun 2017, kita memohon kepada Kerajaan Persekutuan pada waktu itu untuk memberi satu bajet khusus untuk pembaikan sekolah di Sabah dan Sarawak. Kerajaan pada waktu itu telah memberi peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Sarawak dan RM1 bilion untuk Sabah. Kita sempat berbelanja sebanyak RM500 juta untuk Sabah dan RM500 juta untuk Sarawak untuk pembaikan sekolah-sekolah daif. Sekolah-sekolah daif ini boleh dibahagikan kepada dua: sekolah daif kategori yang sememangnya teruk; dan, sekolah daif yang boleh digunakan. Jadi ini kita pergi dan kita tengok dan layak sebenarnya diteruskan program pembaikan sekolah-sekolah daif di luar bandar. Di Semenanjung pun Tuan Yang di- Pertua, dapat pada waktu itu untuk seluruh negeri-negeri di Semenanjung sebanyak RM500 juta. Jadi pada bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang menunjukkan bahawa tidak ada peruntukan tahunan untuk pembaikan sekolah-sekolah di luar bandar ini, saya kira bahawa wajarlah diberi penekanan ataupun dibuat tambahan kemudian nanti untuk membolehkan bahawa banyak sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak itu dibaiki. Ini adalah suatu sentimen yang pernah satu masa dahulu, 20 tahun dahulu Tuan Yang di-Pertua, pernah dibangkitkan oleh tokoh politik dari Sabah bahawa kenyataan yang barangkali semacam racist tetapi sebenarnya tidak racist. Dia membangkitkan hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dia tidak dapat untuk negeri Sabah. Dalam bahasa Sabah, dia pernah sebut mengenai dengan anak sekolah yang berjalan kaki, sekolah asrama bagaimana asramanya, bagaimana keadaan kantin di sekolah, bagaimana bilik kelas dan bagaimana dengan taraf guru-guru yang ada di sana. Jadi saya kira bahawa ini salah satu daripada perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan ditekankan yang berkaitan dengan pendidikan.
Dalam pendidikan juga, saya boleh sebut bahawa berdasarkan apa yang ditunjukkan kepada kita dalam bajet baru-baru ini bahawa dalam hal yang berkaitan dengan early childhood care and education, pendidikan awal kanak-kanak – sebab pendidikan awal kanak-kanak ini Tuan Yang di-Pertua, bukan di bawah Kementerian Pendidikan. Pendidikan awal kanak-kanak ini di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Umur satu hari hingga umur empat tahun, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Umur lima tahun hingga enam tahun di bawah Kementerian Pendidikan, tadika. Jadi, itu lama. Betul, saya akui itu sesuatu yang sepatutnya kita mencadangkan kepada kerajaan yang baharu ini kalau boleh, boleh disekalikan di bawah satu kementerian. Sebab selamanya, hendak minta lesen untuk asuhan kanak-kanak kena pergi kepada Kementerian Pembangunan Wanita. Hendak minta sekolah tadika, kena pergi kepada Kementerian Pendidikan. Sebagai bekas Menteri, saya mencadangkan supaya kalau boleh, boleh dicantumkan di antara asuhan dengan tadika itu boleh disekalikan.
Perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan ini juga adalah yang berkait dengan kurikulum. Yang Amat Berhormat Langkawi dalam satu kenyataan baru-baru ini disebut mengenai dengan boleh dibuat rombakan secara besar-besaran kurikulum dan beliau melihat bagaimana untuk melihat proses peningkatan ataupun kualiti kemanusiaan, nilai-nilai kemanusiaan ditingkatkan. Saya kira bahawa Yang Berhormat Simpang Renggam dia terkejut waktu Perdana Menteri sebut, sebab bila sebut, rombakan kurikulum. Jadi dia jawab dalam surat khabar bukan rombakan Kabinet. Akan tetapi tidak apalah, itu hal dialah tetapi yang paling penting adalah bagaimana rombakan itu boleh dibuat. Dan kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan. Walaupun ada disebut oleh Menteri Pendidikan seolah-olah ada penyalahgunaan. Itu biarlah dia sebut tetapi saya tahu bahawa ada Rancangan Makanan dibuat pada tahun 2016, 2017 dan bagaimana pada tahun 2018. Isu yang kedua habis masa sudah? Isu yang kedua saya hendak sebut di sini adalah isu yang berkaitan dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Kimanis juga padi, harga getah dan kelapa sawit. Saya datang daripada Kedah Tuan Yang di-Pertua. Kawasan jelapang padi (MADA)100 lebih ribu hektar dan ada lebih kurang 50 ribu petani dalam kawasan padi. Ini tidak disebut langsung secara jelas mengenai dengan bantuan ataupun apa bentuk kepada petani-petani padi. Dan petani-petani ini, sebenarnya mereka ini telah memberi beras untuk sumbangan untuk makanan kepada negara lebih kurang 67 peratus daripada pengeluaran beras negara. Jadi maknanya Kedah bagi, MADA bagi kepada beras ini. Akan tetapi dalam apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan sebagai Menteri Kewangan, tidak sebut langsung hal yang berkaitan dengan subsidi, hal yang berkaitan dengan baja, hal yang berkaitan dengan pengeluaran padi ini. Jadi kita berharap bahawa ini diambil kira secara serius kerana ianya adalah sebahagian daripada penduduk dalam negara yang telah memberi sumbangan yang besar walaupun mereka hanyalah kumpulan petani. Begitu juga dengan getah. Saya datang daripada kawasan penanaman getah atau penoreh getah. Yang Berhormat Pokok Sena datang daripada kawasan padi dan getah. Jadi tahu bahawa yang disebut oleh sahabat kita daripada Johor tadi.
Pasir Gudang.
Harga RM1.80 sekilo. Kalau RM1.80 sekilo, satu hari dia boleh menoreh 10 kilo, dia dapat RM17. Kalau dia dapat 20 kilo, maknanya dia dapat RM38. Lebih kurang RM34 satu hari dan kalau dia dapat tanpa hujan, dia dapat pendapatan dan ini patut kementerian yang berkenaan dengan getah ini, patut lihat perkara ini. Begitu juga yang akhirnya adalah yang berkaitan dengan sawit. Sawit pun sebenarnya berada pada tahap yang rendah pada waktu ini. Kedua-dua ini kita tahu ia adalah terikat dengan harga di pasaran antarabangsa tetapi kita mestilah mempunyai dasar luar negara yang jelas yang berkaitan dengan hubungan dagang dengan negara-negara yang besar. Salah satu negara yang paling besar membeli komoditi kita adalah negara China. Kita mestilah mempunyai jelas hubungan luar negara yang jelas. Kita tidak boleh menunjukkan sesuatu yang kemudiannya boleh memberi kesan negatif kepada rakyat yang berada di bawah.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya kira bahawa apa pun dalam tempoh lima bulan ini, lima bulan yang terakhir ini, kos sara hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar meningkat dengan kesan daripada kejatuhan harga komoditi. Kita berharap bahawa Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai pelan tindakan yang bersepadu untuk membolehkan satu suasana kehidupan yang lebih baik daripada apa yang berlaku dan kita tidak mahu akhirnya nanti bila habis perbahasan ini, di Dewan yang mulia ini kita sebut bajet ini dikenali sebagai bajet antara dua darjat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bachok. Silakan Yang Berhormat Bachok.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. [Berselawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2019 yang merupakan belanjawan sulung kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan. Izinkan saya di Dewan yang mulia ini memulakan dengan membaca sepotong ayat Al-Quran. Daripada Surah Al-Anfal ayat 53. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “balasan yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakannya kepada sesuatu kaum sehinggalah mereka terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Tuan Yang di-Pertua, sebelum setiap kita dilahirkan di dunia ini, Allah terlebih dahulu telah menyediakan rezeki untuk kita dengan sempurna. Sebelum kita tahu untuk bercucuk tanam, kita telah disediakan buah-buahan yang hanya perlu untuk dipetik dan dimakan. Sebelum kita tahu menggali telaga dan menyediakan paip-paip di rumah kita, kita telah disediakan dengan air hujan dan sungai-sungai yang mengalir jernih. Begitulah rezeki kita mendahului kelahiran dan kehadiran kita di muka bumi ini. Ada dua hukum alam atau sunnatullah yang perlu kita yakini. Pertama, rezeki setiap kita sudah pun mencukupi. Allah telah pun menjaminnya. Tinggal lagi Allah mahukan manusia menyusun dan mengagihkannya dengan benar, berdasarkan hak-hak yang dimiliki masing-masing. Sebarang perlanggaran terhadap hak-hak manusia itulah yang menjadi sebab utama wujudnya jurang yang memisahkan orang-orang yang kaya raya dengan orang- orang yang fakir miskin walaupun mereka hanyalah hidup berjiran di kampung atau di negara sendiri. Ia sebagaimana Allah melebatkan turunnya hujan di kawasan-kawasan tadahan. Ia kaya dengan air yang banyak tetapi ia bukan untuk dimiliki hutan dan bukit-bukau tersebut tetapi untuk dialirkan ke kawasan-kawasan melalui sungai-sungai yang sedia tercipta ke kawasan-kawasan kehidupan yang memerlukannya. Begitulah kekayaan negara dan individu. Ia bukan milik sepenuhnya buat si pemilik tersebut bahkan ia adalah amanah yang perlu diagihkan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan. Negara dan orang kaya mestilah mencipta sungai-sungai yang banyak ke setiap pelosok kehidupan rakyat agar rezeki Allah sampai kepada tuannya. Tuan Yang di-Pertua, adapun hukum alam ataupun sunah Allah yang kedua adalah bahawa nikmat Allah ke atas manusia tidak akan kekal selama-lamanya. Tidak ada kesenangan kecuali berselang kesusahan, tidak ada kesusahan kecuali berganti kesenangan. Akan tetapi itu tidak berlaku kecuali dengan adanya sebab yang mendahului. Kehidupan ini bermula dengan nikmat, rahmat dan kasih sayang Allah. Apabila nikmat kehidupan telah dikecapi, maka Allah mahukan manusia mensyukurinya. Dengan syukur, Allah meredai manusia dan membalasnya dengan nikmat bertambah-tambah. Maka dihantarkan peringatan demi peringatan untuk manusia melalui kitab-kitabnya, rasul-rasulnya dan hamba-hambanya yang soleh agar manusia bersyukur kepadanya dengan mentaati arahannya dan menjauhilah larangannya. Maka kekal dan bertambahlah rezeki kehidupan dengan penuh keberkatan. Akan tetapi apabila manusia enggan bersyukur, bahkan melakukan pelanggaran dan maksiat, maka tibalah masa dan ajalnya Allah menukarkan kenikmatan dengan bala dan
musibah ke atas manusia. Bukan Allah yang memulakannya tetapi manusia. Bukan Allah yang menzalimi tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Begitulah Tuan Yang di-Pertua, maksud ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi. Ia adalah tunjang utama falsafah pembinaan sebuah negara yang taat kepada Tuhannya.
Tuan Yang di-Pertua, bajet atau Belanjawan Negara bukanlah sekadar angka dan jumlah bahkan lebih dari itu ia adalah bagaimana kita menguruskannya. Kita boleh mengutip hasil negara dan mencapai jumlah yang kita mahukan. Akan tetapi yang lebih utama adalah bagaimana kutipan itu dilakukan. Kita boleh membelanjakan perbelanjaan negara semahu yang kita mahukan. Akan tetapi yang lebih utama adalah bagaimana yang kita membelanjakannya. Pokoknya rezeki Allah masuk dan keluarnya adalah terikat dengan hukum Allah atau halal dan haramnya. Justeru amatlah penting untuk kita mengetengahkan soal amanah dan ihsan di dalam belanjawan kita. Ia bukan soal kekukuhan fiskal negara semata-mata. Bahkan ia biarlah sebuah belanjawan ihsan yang menggamit keredaan Allah SWT. Bajet sulung Pakatan Harapan kali ini didahului dengan kejutan menjadi bajet pertama negara yang mencecah angka RM300 bilion, menjadikannya bajet terbesar dalam sejarah negara. Ia secara zahirnya kelihatan hebat. Akan tetapi ada yang saya ingin sentuh. Pertama, jumlah perbelanjaan mengurus mewakili sehingga 99 peratus daripada unjuran kutipan hasil iaitu RM259 bilion daripada kutipan RM261 bilion. Ia adalah situasi yang tidak sihat dan amat berisiko kepada keupayaan fiskal sekiranya berlaku kenaikan kos di luar jangka atau kemungkinan berlaku kutipan cukai yang lebih rendah. Kedua, untuk menanggung belanjawan yang besar ini, Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya terpaksa mengambil langkah tidak popular dengan memecah kunci pertahanan terakhir ekonomi negara iaitu Petronas melalui dividen khas sebanyak RM30 bilion. Ia bagi saya lebih lemah dan lebih terdesak berbanding tindakan lebih berperlembagaan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang memohon pinjaman pendahuluan daripada Kerajaan Pusat bagi menampung kekurangan dan kelewatan kutipan hasil oleh kerajaan negeri. Ini adalah bayaran cash, agar kita tidaklah begitu memperlekehkan kekurangan sesama kita di dalam Persekutuan Malaysia selama mana ia masih dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Ketiga, belanjawan kali ini nyata gagal memasukkan golongan petani, pekebun kecil dan nelayan yang merupakan kumpulan mesti yang sewajarnya disebut dan dibantu, diberi perhatian utama oleh kerajaan. Ini dikritik oleh kedua-dua pihak sama ada oleh pihak kerajaan ataupun pembangkang. Ia bagi saya adalah signal bahawa belanjawan kali ini telah gagal atau cacat untuk menjadi sebuah belanjawan kemanusiaan. Saya berharap ia diberi semakan semula. Tuan Yang di-Pertua, walaupun belanjawan yang besar ini mengakibatkan tanggungan defisit mencecah sehingga RM52 bilion atau 3.4 peratus kepada KDNK, tetapi pentadbiran baharu Kerajaan Pakatan Harapan sudah pasti akan menggunakan sepenuhnya kelebihan sokongan, kepercayaan dan harapan rakyat terhadap mereka berbanding kerajaan lama yang bukan sahaja berhadapan defisit fiskal. Bahkan juga defisit kepercayaan rakyat di hujung pemerintahan mereka. Sudah pasti kelebihan itu perlulah digunakan dengan sebaiknya. Saya yakin ia terhasil daripada keyakinan rakyat terhadap janji-janji perubahan dan penambahbaikan oleh Pakatan Harapan sebagaimana terkandung dalam manifesto PRU ke-14 baru-baru ini. Walaupun agak melangit dan berbulan bintang janjinya dengan satu demi satu bintang jatuh ke lautan fatamorgana, saya masih yakin bahawa rakyat masih mendesak agar perubahan negara terus dipacu oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas dengan masa yang berbaki, saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Pertama adalah isu integriti. Kerajaan mestilah mempunyai political will yang tinggi bagi membudayakan pentadbiran berintegriti yang akan menamatkan rasuah dan salah guna kuasa. Pentadbiran yang berintegriti adalah jaminan terbesar kejayaan belanjawan kali ini. Walaupun tindakan menarik balik pertuduhan yang telah berjalan di mahkamah terhadap pemimpin kerajaan telah benar-benar mengoyak keyakinan terhadap komitmen memerangi salah guna kuasa tetapi ia biarlah menjadi peringatan keras agar ia tidak lagi berulang. Kedua, adalah isu PTPTN. Walaupun kelihatan bahawa kerajaan telah “Berpatah arang” untuk mengotakan janji mereka berkaitan PTPTN, saya masih menaruh harapan agar
pihak kerajaan memikirkan hala tuju terbaik dalam isu pembiayaan pendidikan tinggi ini. Solusi yang dilihat lebih teruk berbanding kerajaan dahulu sebagaimana yang dinyatakan dalam bajet baru-baru ini, saya harap bukanlah keputusan terakhir pihak kerajaan. Saya mencadangkan satu langkah ke depan perlu dimulakan daripada sekarang. Bagi penubuhan Perbadanan Wakaf Pendidikan Negara. Ia adalah jawapan paling meyakinkan terhadap hala tuju aset utama negara iaitu anak muda, para penuntut di institusi pengajian tinggi yang mestilah dijauhkan daripada berhadapan masa depan yang kelam akibat gangguan hutang dan sekatan-sekatan yang mengakibatkan terbantutnya sumbangan terbaik mereka untuk negara. Ketiga adalah isu dadah. Saya ambil masa sikit. Satu minit insya-Allah.
Ya, untuk menggulung.
Isu dadah. Saya di Dewan yang mulia ini ingin menggesa pihak kerajaan agar mengemukakan satu kertas putih mengenai langkah strategik menangani permasalahan dadah dalam negara. Saya yakin dadah kekal sebagai musuh utama negara. Ia merosakkan bangsa, membazirkan wang negara dan menjebakkan negara dalam jenayah yang pelbagai dan tidak berkesudahan. Dengan mengambil segala kelemahan lepas sebagai teladan dan panduan, saya amat berharap kerajaan baharu mengambil satu tindakan drastik dan besar dengan membentangkan satu kertas putih bagi menangani isu penyalahgunaan dadah dalam negara kita. Perangilah dadah dengan jiwa dan raga kita dengan nilai-nilai agama yang tinggi, saya yakin gejala dadah mampu di atasi bahkan dilenyapkan dengan sebaik-baiknya, insya-Allah. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, isu hukuman mati. Saya di Dewan yang mulia ini ingin mendesak kerajaan agar menarik balik cadangan memansuhkan hukuman mati ke atas sebarang kesalahan jenayah. Ini bagi saya adalah langkah terburu-buru tanpa melalui proses perbincangan dan penelitian oleh semua pihak. Ia tanpa sebab yang munasabah selain tunduk kepada desakan pihak luar yang tidaklah lebih bijaksana daripada kita sendiri. Hukuman mati adalah hukuman yang wujud dalam seluruh agama samawi sama ada Islam ataupun agama-agama yang datang sebelumnya. Ia adalah hak dan perakuan yang jelas daripada Allah bahawa hukuman mati ke atas individu yang bersalah adalah jalan menuju kesejahteraan hidup bagi umat manusia. Justeru, saya mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi meneliti hukuman ini dengan penambahbaikan bagi mencapai manfaat kehidupan di dunia dan akhirat. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Saya Tuan Yang di-Pertua, terpaksa skip beberapa butiran, fakta-fakta penting demi menghormati masa yang penuh berharga di Dewan yang mulia ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Taiping Bandar Warisan, sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberi kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2019 iaitu Rang Undang-undang Pembekalan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 2 November yang lalu. Belanjawan 2019 bermakna bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” merupakan bajet pertama Kerajaan Pakatan Harapan. Ia merupakan dokumen yang begitu komprehensif mencorakkan semula pengurusan negara ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan penuh ketelusan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun terpaksa berhadapan dengan hutang dan liabiliti sebenar kerajaan sehingga akhir Jun 2018 yang mencecah RM1 trilion merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek kerjasama awam swasta iaitu PPP.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana telah berjaya menghasilkan Belanjawan 2019 yang mengimbangi pembangunan ekonomi untuk menambahbaikkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat di samping bertekad ke arah melaksanakan konsolidasi fiskal secara teratur berasaskan tiga fokus. Ini jelas menunjukkan betapa besar pengorbanan hak rakyat dalam skandal salah tadbir urus kewangan awam yang diwarisi dari kerajaan dahulu. Sehingga Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa menggunakan dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion untuk menampung tunggakan bayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion yang telah disalah guna.
Saya mendapati ramai daripada Yang Berhormat dari pihak sebelah sana mempertikaikan penggunaan dividen khas Petronas tersebut. Saya yakin kalau bukan kerana kekangan kewangan akibat kleptokrasi global seperti yang sedia maklum, Yang Berhormat Menteri Kewangan akan berupaya menghasilkan belanjawan yang lebih sempurna demi kesejahteraan rakyat yang dikasihi sekalian. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang sedia maklum, adalah tidak realistik untuk mencapai sasaran defisit 2.8 peratus pada tahun 2018 kecuali kerajaan meneruskan amalan terdahulu dengan menyorok perbelanjaan secara off-balance sheet. Defisit fiskal pada tahun 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus kerana komitmen perbelanjaan Kerajaan Barisan Nasional gagal menyediakan peruntukan yang berbilion-bilion jumlahnya. Walau bagaimanapun, pentadbiran Pakatan Harapan yang baru mengambil alih lima bulan komited melaksanakan langkah konsolidasi fiskal untuk mengurangkan defisit kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2019, tiga peratus pada tahun 2020 dan 2.8 peratus pada tahun 2021 dan defisit dijangka akan terus berkurangan kepada sekitar dua peratus dalam jangka masa sederhana. Dalam usaha mengurangkan kedudukan hutang, saya sokong cadangan kerajaan menubuhkan Pejabat Pengurusan Hutang yang memantau penerbitan hutang untuk mengelakkan berlakunya bayaran khidmat hutang yang tinggi dan tidak kompetitif. Tuan Yang di-Pertua, tindakan untuk meneruskan beberapa projek infrastruktur yang akan menjana kesan penggandaan ekonomi yang tinggi setelah menjalankan rundingan semula telah menghasilkan penjimatan yang begitu besar sekali. Contohnya untuk Projek LRT 3, Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek daripada RM31.6 bilion kepada hanya RM16.6 bilion. Sejumlah RM15 bilion telah dijimatkan atau bersamaan dengan penjimatan sebanyak 47 peratus. Manakala bagi Projek MRT 2, Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM8.8 bilion iaitu penjimatan sebanyak 22.4 peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dan menyokong usaha kerajaan untuk mendapat kembali segala dana yang hilang atau dicuri daripada 1MDB termasuk memohon kepada Mahkamah England untuk membatalkan perjanjian penyelesaian, menuntut kembali sebanyak USD1.46 bilion yang telah dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu atas alasan penipuan yang berlaku. Saya juga memohon Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi penjelasan yang terperinci mengenai hujah Yang Berhormat Pekan mengenai perjanjian penyelesaian tersebut yang mengelirukan Dewan ini dalam perbahasan beliau. Tuan Yang di-Pertua, demi menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat yang begitu berani menolak kerajaan yang zalim, Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup kepada B40 dengan pemberian bantuan secara lebih bersasar dan secara kreatif serta prihatin bergantung pada saiz isi rumah mulai Januari 2019. Demi mewujudkan budaya yang tekun serta rajin berusaha serta berdaya saing di kalangan orang muda, saya sokong sepenuhnya inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan Bantuan Sara Hidup kepada pemuda yang belum berumah tangga. Tambahan pula, individu yang bekerja akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM100 sebulan bersamaan dengan RM1,200 setahun dengan syor kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai tahun 2019 dan ia juga kali pertama gaji minimum di seluruh Malaysia iaitu termasuk Sabah dan Sarawak diselaraskan. Tuan Yang di-Pertua, dengan peruntukan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api untuk mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan negara,
saya mengambil kesempatan ini menarik perhatian pihak Kementerian Pengangkutan mengenai masalah perkhidmatan ETS dari bahagian utara Semenanjung. Contohnya, dari Taiping dengan ETS, saya dapat tiba di Ipoh dalam tempoh 45 minit sahaja. Satu perjalanan yang selesa dan menjimatkan masa. Akan tetapi, perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam 30 minit. Adalah besar harapan saya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang prihatin akan kelengkapan landasan memasuki pusat Bandar Raya Kuala Lumpur yang perlu dinaiktaraf dengan kadar segera demi memendekkan masa perjalanan tersebut kepada dua jam 30 minit. Sukacita saya cadangkan dalam masa terdekat, naik taraf landasan yang diperlukan dipertingkatkan bilangan gerabak untuk setiap trip dan seterusnya menurunkan tambang tiket demi kesejahteraan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan membantu sektor pertanian dengan mengurangkan kadar lanjutan bagi pekerja asing yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun daripada RM10,000 kepada RM3,500 telah disambut baik. Saya berharap kerajaan akan mengambil kaedah levi mengikut prinsip semakin ramai pekerja asing digaji, semakin tinggi levi yang dikenakan untuk memberi kemudahan kepada pihak majikan menentukan jumlah pekerja yang perlu diambil. Kaedah peningkatan kos ini akan mewujudkan pengimbangan untuk menggalakkan pihak majikan mengambil lebih pekerja tempatan khasnya golongan belia yang sedang bersusah payah menunggu giliran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menangani rasuah dan penggubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut― minta sedikit masa lagi.
Sila menggulung.
Saya menyokong cadangan kerajaan dalam Belanjawan 2019 memperuntukkan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan isu skandal 1MDB yang melibatkan penyelewengan berbilion ringgit yang menyebabkan ramai pihak menyoal ketelusan sistem pentadbiran negara kita termasuk juga pendakwaan yang akan dijalankan pada petang ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Saya terpanggil untuk mencadangkan pembentukan undang-undang komprehensif bagi mengelakkan isu penyelewengan seumpamanya berulang. Izinkan saya mencadangkan pindaan undang-undang ke atas seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi membolehkan SPRM mengeluarkan notis mengarah mana-mana ahli politik atau kakitangan awam yang disyaki terlibat rasuah mengisytiharkan harta. Pada masa yang sama, sebagaimana yang sedia maklum, pihak wakil rakyat kerajaan telah mengisytiharkan harta pada bulan yang lalu. Saya turut cadangkan agar pihak anggota SPRM juga mengambil langkah yang sama untuk mengisytiharkan harta mereka supaya ketelusan unit integriti tertinggi dalam negara akan disanjung dan disegani. Akhir kata, Malaysia sememangnya mampu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi sekiranya pertumbuhan ekonomi adalah saksama, terangkum dan mampan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan itu, saya mohon menyokong usul Belanjawan 2019. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Betong, selepas itu Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2019 peringkat dasar. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen daripada Sarawak, jujur saya katakan bahawa kami di Sarawak merasakan Belanjawan 2019 adalah belanjawan yang tidak banyak memberi perhatian kepada rakyat Sarawak dan tidak mendukung laungan kesamarataan
dalam pembangunan wilayah atau rakan kongsi, dengan izin, equal partner yang meletakkan Sarawak sama taraf dengan Semenanjung dalam membentuk negara Malaysia tercinta ini.
Dalam Belanjawan 2019, Sarawak hanya mendapat peruntukan sebanyak RM4.346 bilion hampir sama dengan peruntukan dalam Belanjawan 2018 iaitu RM4.336 bilion, pertambahan sebanyak RM10 juta sahaja. Namun peningkatan peruntukan ini secara relatifnya amatlah kecil apabila diambil kira kadar inflasi, kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, ini amat mengecewakan kerana kita sebenarnya amat berharap agar kesamarataan wilayah ini dapat diterjemahkan dalam peruntukan dana yang lebih adil. Sebaliknya Sarawak mendapat jumlah yang jauh kecil berbanding peruntukan bagi Semenanjung Malaysia. Nilai peruntukan ini tidak menggambarkan status Sarawak sebagai rakan kongsi tetap dalam Persekutuan Malaysia. Sepatutnya peruntukan kepada Sarawak adalah satu pertiga atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, dana pembangunan hanya RM4.3 bilion untuk Sarawak adalah jumlah yang sangat kecil. Ia tidak mencukupi untuk memastikan kemakmuran rakyat Sarawak dengan kadar kemiskinan yang tinggi, dengan jurang yang luas antara bandar dan luar bandar selain sebagai sebuah negeri yang mencatatkan pendapatan purata yang rendah maka jumlah peruntukan ini ternyata tidak mencukupi. Maka, saya berpandangan Kerajaan Persekutuan tidak memahami keperluan Sarawak sebagai negeri terbesar dalam Persekutuan Malaysia. Malah peruntukan yang diberikan kepada Sarawak juga tidak diperincikan. Keseluruhan Belanjawan 2019 ini hanya berpaksikan daripada Semenanjung Malaysia dan bandar. Ia memberi fokus kepada golongan B40, walau bagaimanapun fokusnya lebih kepada golongan B40 di bandar. Di Sarawak masih terdapat ramai yang tinggal di luar bandar dan pendalaman. Tidak ada peruntukan khusus untuk golongan B40 di luar bandar dan pendalaman. Tuan Yang di-Pertua, bidang pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Ini termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan dalam Belanjawan 2019 ini telah menerima peruntukan terbesar iaitu RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah peruntukan. Dari jumlah itu, peruntukan RM100 juta adalah untuk membaiki sekolah di seluruh Malaysia dan RM2.9 bilion untuk bantuan pendidikan. Namun ucapan Belanjawan 2019 tidak menyatakan secara terperinci butiran dana untuk Sarawak bagi tujuan membaiki pulih sekolah-sekolah daif walaupun masalah sekolah daif adalah isu besar bagi rakyat di Sarawak. Keseluruhannya terdapat 1,457 buah sekolah yang ada di Sarawak. Dari jumlah itu 1,020 buah adalah sekolah daif yang kebanyakannya terletaknya di pendalaman. Daripada jumlah itu, 415 buah sekolah adalah dalam keadaan daif dan kritikal. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu Kerajaan Negeri Sarawak dalam belanjawan negeri 2019 telah mengambil langkah berani dengan memperuntukkan sejumlah RM81.7 juta untuk pendidikan dan sekolah-sekolah di Sarawak. Walaupun kerajaan negeri sedar bidang pendidikan adalah di bawah Kerajaan Pusat. Untuk makluman Dewan ini, Kerajaan Negeri Sarawak sebelum ini juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menyambung bekalan tenaga elektrik ke 113 sekolah daripada gred utama SESCO untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam. Akan tetapi, projek ini belum dapat dilaksanakan kerana masih menunggu persetujuan Kerajaan Pusat. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masalah yang saya nyatakan tadi, maka sekolah- sekolah daif di Sarawak tidak akan diperbaiki atau dinaik taraf secepat mungkin dan yang menjadi mangsa adalah anak cucu kami di Sarawak. Jadi Sarawak tidak dapat menanti lebih lama lagi penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau pihak yang bertanggungjawab. Di Sarawak juga terdapat ramai pelajar yang dikategorikan sebagai miskin dan memerlukan. Amat diharapkan pelajar-pelajar ini akan terus mendapat bantuan pendidikan daripada peruntukan yang diberikan. Tuan Yang di-Pertua, bagi sektor pertanian, belanjawan kali ini sangat mengecewakan kerana tidak ada perincian yang jelas mengenai program sokongan selain jaringan keselamatan sosial untuk getah. Selain itu, tidak ada program pemberian subsidi untuk tanaman lain seperti lada, kelapa sawit dan lain-lain. Di Sarawak masyarakat luar bandar amat terkesan dengan penurunan harga tanaman komoditi seperti kelapa sawit, lada
dan getah yang merupakan sumber pendapatan utama para penduduk luar bandar. Namun dalam belanjawan terbaru ini Kerajaan PH tidak memperlihatkan sebarang inisiatif baru untuk meringankan bebanan rakyat terutamanya rakyat di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, pendek kata Belanjawan 2019 tidak ada peruntukan yang khusus untuk rakyat luar bandar. Bagi Sarawak yang hampir seluas Semenanjung Malaysia, kira-kira 43 peratus penduduknya adalah tinggal di kawasan luar bandar ataupun pendalaman. Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang menyentuh sektor pertanian secara umum hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk research and development (R&D) produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan. RM18 juta untuk automasi, industri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani. Semua itu sebenarnya tidak memberi manfaat secara terus kepada golongan petani atau nelayan. Tidak ada disebut perkara seperti bantuan dan insentif baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil dan nelayan. Walaupun kita sering bercakap soal keselamatan bekalan makanan, National Food Security di Dewan yang mulia ini. Saya menggesa kerajaan untuk meneruskan bantuan kepada pesawah, pekebun kecil dan nelayan. Bantuan semasa musim menuai atau tengkujuh atau ketika harga komoditi yang mereka usahakan jatuh merudum sepatutnya diteruskan seperti sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, selain itu Belanjawan 2019 langsung tidak memberi peruntukan untuk meneruskan pengukuran tanah adat atau native customary land di Sarawak bagi rakyat bumiputera Sarawak. Sejak tahun 2010 Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM154.5 juta untuk program mengukur tanah adat atau NCL menerusi program khas bumiputera Sarawak dan RM90 juta juga telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas untuk tujuan ini. Ini membuktikan kerajaan terdahulu faham dan prihatin betapa pentingnya pengukuran dan pengeluaran surat hak milik adat perlu dilakukan untuk membantu membasmi kemiskinan bagi mencapai pembangunan mapan dan inklusif khususnya bagi rakyat bumiputera Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya tidak ada yang luar biasa bagi rakyat Sarawak dalam Belanjawan Persekutuan 2019 walaupun kebergantungan pendapatan negara masih berasaskan dari minyak dan gas yang juga disumbangkan dari hasil bumi Sarawak. Bagaimanapun kita tetap berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meneruskan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah dalam Belanjawan 2019. Projek ini dianggap penting dalam usaha menyediakan kemudahan serta keselesaan kepada rakyat di Sarawak dan kita harap projek ini juga akan dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berbahas.
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ledang, selepas itu Yang Berhormat Parit Sulong. Sila Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan belanjawan sulung Kerajaan Pakatan Harapan. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan kerana pertama telah menggunakan kalimah belanjawan dan bukan bajet dalam pembentangan kali ini, bahasa jiwa bangsa. Kedua, kerana Belanjawan 2019 masih menekankan kesejahteraan rakyat yang selari dengan aspirasi Pakatan Harapan biarpun ada kekangan ekonomi dan juga kewangan.
Belanjawan 2019 ini merupakan cabaran besar bagi Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuktikan bahawa rakyat telah membuat satu keputusan yang tepat dan betul dalam pilihan raya yang lalu. Ia merupakan kesinambungan daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober lalu dan kini Belanjawan 2019 telah dibentangkan. Kita perlu buang lemak tetapi tidak sampai memotong otot. Begitulah falsafah yang dinyatakan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2019 yang lalu. Falsafah ini bermakna sementara terdapat langkah penjimatan dilakukan terhadap sektor tertentu serta kadar percukaian ditambah, namun pertumbuhan ekonomi masih ditekankan supaya beban rakyat dapat diringankan dan ekonomi negara tetap mampan. Dalam keadaan ekonomi serta kewangan agak menekankan, Kerajaan Pakatan Harapan berupaya untuk mengumumkan peruntukan lebih tinggi bagi tahun 2019 tanpa membebankan rakyat dan dengan cukai baharu. Manakala, cukai tidak sihat dinaikkan seperti ke atas sektor perjudian dan minuman bergula dikilangkan. Selain itu, ada juga cadangan bayaran khas kepada penjawat awam. Tumpuan juga diberikan kepada kesihatan dan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat dan melahirkan modal insan yang berkualiti. Kadang- kadang saya rasa ini satu paradoks. Apabila di sebelah pihak mengatakan bahawa belanjawan ini sangat tinggi, tetapi di sebelah sebaliknya juga mereka menuntut untuk diberikan bantuan subsidi dan sebagainya. Ini merupakan seolah-olah seperti satu paradoks. Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya dapati ada beberapa petunjuk prestasi utama untuk kejayaan Belanjawan 2019. Pertama, ianya terletak di atas falsafah zero-based budgeting yakni memberi kesan kepada isu keberkesanan, kecekapan dan penjimatan. Kedua, adalah penggubalan akta perolehan kerajaan yakni ada kaitan dengan membanteras salah guna kuasa, kecuaian dan rasuah. Ketiga, pengurangan hutang sebagai peratusan kepada KDNK yakni ada kaitan dengan komitmen untuk memastikan hutang itu berkurangan pada masa hadapan, mendapatkan kembali dana dan aset yang hilang dan bersikap telus dalam melaporkan nilai hutang langsung dan liabiliti kerajaan. Kemudian juga, sebagai penunjuk prestasi utama ialah peningkatan hasil kerajaan dengan kita memanfaatkan aset kita, kita leverage atas aset dan kita menyemak semula percukaian. Seterusnya, penunjuk yang lain ialah menjamin kebajikan dan kualiti hidup melalui bantuan sara hidup B40 yang lebih bersasar. Skim KWSP i-Suri, subsidi minyak bersasar, subsidi bil elektrik bersasar, bantuan one-off kepada pesara kerajaan, kemudahan perubatan untuk ibu bapa pegawai lantikan kontrak, gaji minimum RM1,100 seluruh Malaysia dan mengurangkan jurang pendapatan serta ada juga untuk membaik pulih kuarters kerajaan dan lain-lain. Begitu juga untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran. Bagi seramai 4,000 orang belia, satu juta rakyat Malaysia yang berumur antara 61 tahun hingga 65 tahun dan juga bekas banduan. Selain itu juga, penunjuk prestasi yang penting ialah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial. Ini satu perkara yang juga besar yang telah disebutkan dalam belanjawan. Begitu juga dengan peningkatan pendapatan boleh guna melalui contohnya pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pendidikan berkualiti dengan bantuan kemudahan untuk golongan yang miskin, naik taraf dan selenggara semua sekolah, potongan cukai untuk penyumbangan tabung penyelenggaraan sekolah dan IPTA, pembinaan semula sekolah daif, pengenalan dana wibawa TVET, biasiswa dan pinjaman pelajaran, agenda pemerkasaan bumiputera dan lain-lain. Begitu juga disebutkan tentang meningkatkan syiar Islam, memupuk budaya negara usahawan dan lain-lain lagi termasuklah bagi saya tidak ketinggalan juga disebutkan tentang membangunkan Sabah dan Sarawak serta meningkatkan kemudahan dan infrastruktur penempatan FELDA. Akhir dalam penunjuk prestasi untuk kejayaan belanjawan ini yang saya nampak adalah pentingnya untuk taraf hidup rakyat meningkat dalam bentuk gaji yang lebih tinggi. Pekerjaan yang lebih baik dan lebih wang untuk berbelanja. Maksudnya, Tuan Yang di- Pertua. Ini adalah penunjuk utama untuk kejayaan kepada belanjawan dan untuk ia boleh berlaku maka ia perlu mendapatkan sokongan daripada semua kita dan juga rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengambil kesempatan membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan kawasan dan akan membutirkannya dengan lebih teliti dalam perbahasan peringkat jawatankuasa nanti. Pertama, isu nelayan dan isu banjir di muara Sungai Kesang, DUN Serom, Ledang. Projek penggalian muara sungai ini bernilai RM20 juta di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli tetapi telah ditangguhkan. Mohon pertimbangan pihak kementerian supaya projek diteruskan demi membela nasib nelayan dan penduduk sekitar. Ia menjejaskan pendapatan nelayan dan boleh mengakibatkan banjir seramai 172 nelayan terlibat dan 70 buah bot kecil dan lapan buah bot besar.
Kedua, adalah isu banjir kilat di sekitar taman kawasan Tanjung Agas, Ledang yang tidak dapat diselesaikan. Projek untuk menaik taraf sistem saliran Parit Haji Othman pakej dua bernilai RM7 juta telah ditangguhkan. Pohon pertimbangan dan keutamaan pihak kerajaan supaya projek diteruskan demi kesejahteraan penduduk. Saya berharap kedua-dua projek di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ini termasuk dalam belanjawan pembangunan berjumlah RM2.83 bilion. Seterusnya, isu naik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di skim pengairan Kesang Tasik, Kesang Gate, Telok Rimba, Pulau Penarik, Serom dan juga Kesang. Projek ini bernilai RM27 juta di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah ditangguhkan. Ia melibatkan lima skim sawah iaitu masalah bekalan air bagi pengairan sawah padi dan menjejaskan pendapatan pesawah dan masalah banjir di kawasan Tanjung Gading Darat, Sengkang dan memberi kesan kepada kawasan pertanian kelapa sawit serta penempatan. Saya mohon pertimbangan pihak kementerian supaya projek ini diteruskan dan termasuk dalam belanjawan demi untuk membela nasib pesawah dan pekebun kecil. Keempat, isu naik taraf Hospital Daerah Tangkak yang sering kali saya bangkitkan dalam Dewan ini. Hospital ini dia tersepit antara Hospital Pakar Segamat dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Semua kes berat dipindahkan dari Hospital Tangkak ke Hospital Muar dan kini saya difahamkan Hospital Muar telah bertambah sesak. Meskipun, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk melaksanakan Skim Pelindungan Kesihatan (PEKA) dan juga– namun saya bimbang berkenaan dengan kualiti perkhidmatan kesihatan apabila hospital bertambah sesak. Saya mohon kerajaan untuk menyatakan apakah jumlah yang diperuntukkan untuk menaik taraf hospital kepada hospital pakar khususnya Hospital Tangkak. Berapakah pula diperuntukkan untuk klinik kesihatan khususnya di kawasan Parlimen Ledang. Seterusnya, adalah berkenaan dengan isu di luar kawasan sedikit. Akan tetapi, perlu dibangkitkan iaitu isu kebajikan warga tentera dan rumah terbengkalai yang ditimbulkan oleh Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT). Isu ini melibatkan taman perumahan SL Desa Pahlawan Kok Lanas, Kelantan yang kebanyakan pembelinya ialah warga tentera dan bakal pesara tentera. Projek ini mula terbengkalai sejak Oktober 2009 dan disahkan sebagai projek bermasalah oleh bahagian perumahan KPKT pada Mac 2012 lagi. Mohon perhatian pihak KPKT dan Kementerian Pertahanan untuk menyelesaikannya dan jika melibatkan kos mengambil kiranya dalam Belanjawan 2019. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan cadangan peruntukan kerajaan sebanyak RM1.2 bilion bagi memastikan kemajuan syiar Islam. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah penyerapan guru dan penyelia KAFA termasuk dalam peruntukan berkenaan. Apakah ia termasuk dalam peruntukan sebanyak RM882.8 juta di bawah JAKIM. Ini kerana kenyataan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa sejumlah 3,000 orang hingga 5,000 orang daripada lebih kurang 32,000 orang guru- guru KAFA akan diserapkan ke dalam skim perjawatan secara berperingkat. Saya mohon pertimbangan supaya kerajaan memperuntukkan jumlah tertentu supaya KAFA dapat diperkasakan sebagai satu pendekatan untuk memperkukuhkan asas Pendidikan Islam untuk kanak-kanak dalam pendidikan al-Quran dan fardu ain. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap melalui Belanjawan 2019 ini kerajaan akan benar-benar berusaha mengembalikan semula hak dan harta rakyat terdiri daripada cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah RM35.4 bilion.
Membuat tuntutan USD1.46 bilion yang telah dibayar kepada IPIC dan Aabar dan mendapatkan kembali dana dan aset yang hilang atau dicuri daripada 1MDB. Pemulangan lebihan cukai pendapatan dan cukai GST ini selari dengan hadis Rasulullah SAW dalam Kitab Riyadus Solihin, “Barang siapa ambil hak seorang Muslim dengan tangan kanannya, maka Allah telah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga untuknya. Maka seseorang bertanya, sekalipun barang sedikit wahai Rasulullah? Maka Rasulullah menjawab, Meskipun sebatang siwak”. Siwak ini adalah kayu kesihatan gigi. Inilah antara tanggungjawab kerajaan di dalam Malaysia baharu, memastikan setiap ringgit dan sen harta dan hak rakyat dikembalikan semula kepada mereka yang berhak. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Belanjawan 2019. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Betul ya?
Betul, betul.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong. Selepas ini Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kerana Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk berbahas sempena ucapan Belanjawan 2019. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya terkejut apabila kerajaan menggunakan satu tema, temanya adalah ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Akan tetapi di sini, saya hendak menumpukan tumpuan kepada ‘rakyat sejahtera’ yang dimaksudkan. Saya juga terkejut kerana saya yakin ketika Menteri Kewangan memutuskan untuk mengangkat tema ‘rakyat sejahtera’, pastinya beliau tidak dimaklumkan mengenai satu laporan. Satu laporan itu adalah laporan World Happiness Index 2018 yang meletakkan Malaysia pada tangga ke-35 daripada 156 buah negara dengan kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tahun sebelumnya berada di tangga yang ke-42, kemudiannya ke tangga yang ke-35. Jadinya, untuk pihak kerajaan yang mungkin tiada maklumat mengenai laporan ini, saya hendak jelaskan bahawa laporan ini adalah dibuat oleh United Nations berdasarkan pada dapatan yang dibuat di mana rakyat ditanya mengenai kualiti kehidupan di negara mereka tahun sebelumnya. Kalau sekiranya laporan itu untuk tahun 2018, bermaksud 2017 dia sudah buat kajian tersebut. Justeru, saya ingin tegaskan bahawa laporan ini tentunya tidak memihak kepada Malaysia sekiranya dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional ketika itu tidak efektif dan juga tempang. Maka, saya dengan ini mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya tema ‘rakyat sejahtera’ itu patut ditukar dalam belanjawan ini. Dia tidak bolehlah daripada sekarang ini dia macam masuk bakul, lepas itu dia angkat sendiri. Ini lagi worse than that dengan izin, sebabnya belum apa-apa lagi buat sudah masuk bakul dan juga angkat sendiri. Sudahlah rakyat juga terkejut kerana banyak pertuduhan terutamanya bekas Ketua Menteri sebelum ini dikejutkan. Kami dikejutkan dengan digugurkan daripada pertuduhan. Terkejut lagi, saya percaya rakyat ini apabila menyatakan bahawa...
Yang Berhormat, apa kena- mengena dengan kenyataan belanjawan Yang Berhormat?
Saya tidak hendak bagi laluan kepada sesiapa sahaja Tuan Yang di-Pertua, kerana saya ada 10 minit sahaja.
No. Saya hendak tanya mengikut peraturan, apa kena-mengena dengan belanjawan?
Yang Berhormat Jelutong sabar dahulu. Nanti ada giliran untuk bahas.
Ini kerana sekarang ini hakikatnya– Dengar dahulu. Ini kerana sekarang ini hakikatnya pelbagai bantuan telah sama ada dipotong ataupun dimansuhkan. Ini adalah hakikat yang diberikan di dalam belanjawan yang telah dinyatakan...
Apa kena-mengena dengan tuduhan yang digugurkan?
Jadinya, saya hendak kata itu yang sebab kita terkejut. Terkejut ini. Terkejut ini, rakyat terkejut. Maka, benarlah ada elemen captured economy di mana dengan...
Saya pun terkejut dengar 1MDB. Rakyat pun terkejut dengar 1MDB.
Rich and powerful want to continue enriching themselves dengan izin. Ini sama ada kerajaan betul-betul yakin bahawa golongan kaya ini akan melaburkan kembali pendapatan mereka secara produktif dan merancakkan
ekonomi negara serta mencipta banyak peluang pekerjaan ataupun mungkin kerajaan begitu naif dan mempercayai mereka tidak akan menggunakan kelebihan ini untuk meningkatkan nilai net worth diri mereka. Jadinya, saya tengok seterusnya mengenai bab pemerkasaan wanita. Saya tidak nampak ada sesuatu, ada yang dinyatakan di dalam ini pemerkasaan wanita dinyatakan secara holistik dan juga komprehensif. Sekadar merangka dasar untuk menggalakkan penyertaan wanita terlibat dalam pasaran kerja, itu sudah lama sudah kita buat. Saya hendak bagi contoh dalam manifesto yang lepas, ada ditekankan hendak wujudkan satu sistem ekonomi negara peduli wanita. Namun, saya tidak nampak. Saya tidak nampak secara jelas aspek peduli wanita dinyatakan di dalam belanjawan ini. Saya hendak nyatakan juga kekuatan salah satu daripada indeks hendak menentukan indeks gender di dunia ini, sekarang kita masih lagi di tangga ke-57. Okey, 57 daripada 186 negara. Akan tetapi, salah satu daripada indeks yang kita tengok untuk menentukan gender wanita ini adalah aspek ekonomi. Jadinya, itu salah satu pengukurnya. Jadinya saya hendak mencadangkan kepada pihak kerajaan, saya rasa tidak terlampau lambat untuk kerajaan menubuhkan satu yang dinamakan Majlis Agenda Wanita, Majlis Ekonomi Wanita untuk merangka satu hala tuju dan juga di peringkat kebangsaan. Di situlah boleh dirancang apa juga yang boleh dibuat dalam perancangan untuk memperkasakan wanita di dalam bidang ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak perkara itu. Jadinya, saya juga hendak bertanya mengenai manifesto. Kita faham, kita sudah bercakap mengenai pelaksanaan mendapatkan 30 peratus wanita di dalam pentadbiran kerajaan, di dalam politik, saya hendak minta di bawah kerajaan yang baharu, tekankan lagi. Ini sebab kita telah cuba dan banyak sudah yang kita laksanakan. Saya juga secara kebetulan adalah Pengerusi Wanita Ahli-ahli Parlimen Komanwel. Ini adalah agenda utama kita. Kalau kerajaan baharu boleh melaksanakan dalam masa lima tahun, saya akan respek apa yang dilaksanakan sebab ini adalah cabaran kita untuk mendapat wanita untuk sama-sama bersama di dalam politik. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang semua tahu, mungkin Yang Berhormat Jelutong nanti jangan bangun ya Yang Berhormat Jelutong. Saya daripada parti UMNO, saya sendiri adalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Apa tujuan penubuhan parti UMNO ini? Sudah tentulah untuk membela, mempertahankan agenda politik, ekonomi dan juga sosial Melayu dan bumiputera. Akan tetapi dalam waktu yang sama, kita tidak pernah mengetepikan bangsa-bangsa lain dan kita beri mereka peluang dan ruang. Akan tetapi, saya tengok sebab kita faham bahawa kita memahami takdir sejarah, negara Malaysia dibina bersama dengan semua kaum yang lain. Sejak tahun 1974, empat dasawarsa yang lepas, Menteri Kewangan memang dipimpin oleh pemimpin Melayu. Sudah pasti akan ada wujud satu persepsi yang negatif di kalangan masyarakat apabila kali ini, Menteri Kewangan dipimpin oleh seorang pemimpin bukan Melayu. Ini persepsi. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan...
Yang pertama pun Cina ada.
Oleh sebab itu saya kata sejak tahun 1974. Tengok fakta.
Persepsi...
Saya cakap dari persepsi...
Persepsi yang disebabkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Okey, saya teruskan. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah kerangka ekonomi yang jelas yang telah disusun untuk mempertahankan keadilan ekonomi ataupun economy justice dengan izin, buat umat Melayu. Saya menolak amalan tokenism di dalam bajet ini. Misalnya, hendak tunjukkan kerajaan prihatin dengan institusi agama agar ia dipertahankan, maka diberi sekian juta ringgit. Akan tetapi, apa yang umat Melayu hendak adalah satu kerangka dan juga satu dasar ekonomi yang jelas untuk membantu memastikan keadilan ekonomi ini dapat diterjemahkan. Sebagai permulaan saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, berapa jumlah pengerusi GLC, pengerusi agensi atau ahli-ahli lembaga pengarah, CEO dan ketua-ketua pengarah di bawah kerajaan baharu ini– Yang saya hendak tahu, jumlahnya dari segi
komposisi kaum dan juga gender. Saya juga percaya bahawa kerajaan terpaksa mewujudkan kementerian baharu iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang mana ia dipimpin oleh seorang Melayu untuk mengimbangkan kembali. Jadi saya hendak tahu, sama ada dari pihak kerajaan...
Yang Berhormat tahu tidak...
Juga daripada...
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi...
Tahu tidak...
Saya harap dia dapat laksanakan semua resolusi yang telah digubal semasa Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara yang akan dapat dijayakan...
Yang Berhormat Bagan pernah pergi ke penjara membela seorang gadis Melayu semasa menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka.
Walaupun saya sendiri yakin ia akan semakin menjadi sukar kerana segala-galanya akan bergantung kepada kewangan daripada pihak kewangan.
Saya tidak cukup masa. Jadinya saya ada beberapa perkara lain yang saya hendak cakapkan tetapi saya akan cakap di dalam waktu perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Akan tetapi sebelum mengakhiri ucapan saya, ada banyak perkara lain saya hendak ucap akan tetapi Yang Berhormat Jelutong asyik kacau. Lepas ini berucaplah Yang Berhormat Jelutong. Sebagai penutup, saya hendak sampaikan satu rangkap pantun. Serangkap pantun sahaja. Serangkap pantun ini pun banyak lagi yang lain hendak cakap tetapi saya hendak cakap serangkap pantun ini sebab ia pernah diungkapkan oleh Yang Berhormat Port Dickson semasa beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO ketika itu. Dengar pantun ini. Akar nibung meresap, Akar keranji di dalam perahu, Terbakar kampung kelihatan asap, Terbakar hati siapa yang tahu. Akhir kata, dengan itu, saya menolak satu bajet yang tidak mensejahterakan rakyat, satu bajet copy paste. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Parit Sulong rindu pada Yang Berhormat Port Dickson lah itu.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelutong. Selepas ini Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya pergi kepada inti pati perbahasan saya, memandangkan Yang Berhormat Parit Sulong masih ada di sini, biar saya perjelaskan. Jangan sakit hati kerana Yang Berhormat...
Biarlah Yang Berhormat Menteri yang jelaskan. Saya tidak tanya dengan Yang Berhormat Jelutong ini Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Parit Sulong.
Biar saya habis.
Susah betul.
Yang Berhormat Bagan...
Susah betullah. Yang Berhormat Jelutong, kita duduk di luar.
Bila jadi Menteri Kewangan...
Sabar, sabar. Jangan panas hati.
Sebelum beliau menjadi Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka, telah pergi ke penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang menjadi mangsa seorang pemimpin UMNO. Saya beritahu di sini, yakinlah pemimpin-pemimpin di sebelah sana. [Merujuk kepada blok pembangkang] Yang Berhormat Bagan sebagai Menteri Kewangan akan membela semua rakyat. Tidak kira orang Melayu, orang India, orang Cina, orang Iban, Kadazan semua akan dibela kerana sejarah menunjukkan ketika beliau menjadi Ahli Parlimen biasa sahaja, beliau telah masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu. Ini penjelasan saya kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Dengar betul-betul. Saya di sini terkilan Tuan Yang di-Pertua. Daripada permulaan bajet kita lihat semua di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] , tidak kira PAS, UMNO mengeluh tentang kekurangan, kekurangan subsidi, kekurangan itu dan ini. Akan tetapi tidakkah Ahli- ahli Yang Berhormat di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] tanya, apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku. Apakah yang menyebabkan masalah di mana kita terpaksa mengurangkan belanjawan dalam keadaan begini? Ketika itu, mengapa tidak Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana [Merujuk kepada blok pembangkang] lantang bersuara, mempersoalkan Yang Berhormat Pekan tentang masalah 1MDB yang menyebabkan kita menghadapi bajet yang serba kekurangan sekarang.
[Bangun]
Walaupun kekurangan, masih lagi dapat menjamin masa depan yang sejahtera, yang saya fikir adalah holistik, yang dapat menjamin masyarakat majmuk di negara Malaysia.
Boleh?
Yang Berhormat Pendang, duduk dulu. Belum panas lagi Yang Berhormat Pendang. Duduk dulu. [Ketawa] Kita lihat, bagi rakyat di Pulau Pinang, saya berterima kasih bercakap tentang kawasan saya Jelutong. Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan bahawa kutipan tol untuk motosikal di dua jambatan akan dimansuhkan. Perkara ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional dulu dan ini membantu golongan B40.
[Bangun]
Yang Berhormat, sikit dulu. Biar saya habiskan. Saya bagi nanti.
Itu Manifesto BN actually.
No, Yang Berhormat.
Manifesto DAP adalah penghapusan tol keseluruhannya.
60 jambatan Pulau Pinang – Yang Berhormat, Jambatan Pulau Pinang...
I think you got to check your facts, Yang Berhormat Jelutong.
No, no.
Minta kebenaran dulu.
Let me finish. Jambatan Pulau Pinang dibina ketika saya masih lagi di bangku sekolah, sekolah rendah. Akan tetapi tiap-tiap tahun bila pilihan raya, tiap-tiap kali Yang Berhormat Pekan akan datang, “Kalau kita menang kali ini, kutipan tol akan dihapuskan”. Menang tiga empat kali tidak dihapuskan pun. Akan tetapi kali ini saya berterima kasih kepada Pakatan Harapan kerana kutipan tol untuk motosikal telah berjaya dimansuhkan bermula 1 Januari 2019. Ini membantu golongan B40. Tidak kira orang Melayu, orang India, orang Cina semua di Pulau Pinang senang. Dulu masa Barisan Nasional, tiap-tiap kali kutipan tol dinaikkan. GST dikenakan, kutipan tol dinaikkan. Di Pulau Pinang, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana saya adalah di antara pembahas pertama yang membahaskan atas isu bajet ini. Mengapa? Mengapa perkara ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional dahulu? Memang manifesto. Tiap- tiap kali pilihan raya Yang Berhormat, Yang Berhormat Pekan akan datang mengumumkan perkara ini tetapi tidak pernah dilakukan. Saya berterima kasih juga di atas pengumuman di mana Pelabuhan Port Swettenham akan dijadikan pelabuhan bebas cukai. Ini juga akan merangsang lagi kemasukan pelancong-pelancong ke Pulau Pinang dan ini adalah perkara yang begitu diterima baik oleh rakyat di Pulau Pinang. Tidak pernah dibuat oleh Barisan Nasional dahulu. Walaupun kita mempunyai kekangan kewangan pada masa sekarang, Barisan Nasional masa dahulu hanya kutip, kutip, kutip dan kutip sahaja. Tidak pernah diberikan balik kekayaan yang diambil. Kekayaan yang diambil bukan ditaburkan kembali kepada rakyat. Kekayaan yang diambil oleh Barisan Nasional dan UMNO dahulu dikutip untuk kegunaan peribadi, kita lihat sekarang. Ramai sangat bekas Menteri dan Ahli Parlimen UMNO dituduh di mahkamah untuk kesalahan rasuah. Hari ini kita lihat isteri Yang Berhormat Pekan dituduh untuk mengambil komisen RM189 million untuk satu projek.
Ini apa kena mengena dengan bajet ini? Lailahaillallah. Terus, terus yang lainlah.
Ha! Saya beritahu. Saya beritahu.
Mengarut betullah.
Saya beritahu sekarang. Yang Berhormat, kita perlu lihat. Rakyat di luar sana sedang nilai kita. Jangan datang ke Dewan ini dan bersandiwara seolah-olah kita...
Sandiwara apa? Itu manifesto pun tidak siap lagi habis.
Ya, saya beritahu. Yang Berhormat, dengar dulu Yang Berhormat.
Yang Berhormat Parit Sulong, minta kebenaran sebelum berucap.
Benar. Ingat dulu Yang Berhormat Parit Sulong. Dengar cakap Tuan Yang di-Pertua. Kali ini kita lihat Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana, [Merujuk kepada blok pembangkang] semua mengeluh kata subsidi untuk nelayan tidak mencukupi, subsidi untuk petani tidak mencukupi, semua...
[Bangun]
Okey, Yang Berhormat Kota Melaka kita bagi.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Ringkas.
Jadi, adakah Yang Berhormat Jelutong setuju dengan saya bahawa apabila kita melihat dari segi pemimpin, bukan kita tidak harus lihat daripada segi kaum. Tadi Yang Berhormat Parit Sulong kata kalau orang Cina jadi
Menteri Kewangan ada persepsi, itu memang rasis. Apa yang kita lihat hari ini daripada apa yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Jelutong, bolehkah kita mengatakan bahawa kalaupun dia orang Melayu menjadi seorang Menteri Kewangan, kalau dia rasuah apa gunanya? Setuju atau tidak dengan saya?
Saya setuju. Ini semua sama, across the board. Pernahkah mana-mana...
Pendang, minta laluan.
No, no, Yang Berhormat Pendang duduk dulu. [Ketawa] Kita bagi Yang Berhormat Kota Melaka, saya jawab.
Kita gentleman.
Saya jawab, sekejap.
I you minta, I...
Saya bagi, saya bagi nanti, saya bagi.
Yang Berhormat Pendang duduklah. Ini hak dia.
Pernahkah kita lihat mana- mana pemimpin MIC masuk penjara membela orang India, tidak pernah. Pernahkah kita lihat mana-mana pemimpin MCA masuk penjara bela orang Cina, tidak pernah. Pernah mana- mana pemimpin UMNO masuk penjara bela orang Melayu, tidak pernah tetapi Yang Berhormat Bagan masuk penjara bela gadis Melayu. [Tepuk] Ini adalah perbezaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional/UMNO. Kita membela semua rakyat, kita membela masyarakat majmuk tidak kira orang Melayu, India, Cina, kita bela semua. Berbalik kepada isu Jelutong, saya di sini merayu kalau boleh memohon kepada Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan juga projek-projek seperti LRT, MRT untuk rakyat di Jelutong. Ini kerana Jelutong adalah kawasan di mana ia sesak. Tiap-tiap kali terdapat kesesakan lalu lintas. Maklumlah Penang ini sekarang popular. Kerajaan Pakatan Harapan ramai sangat yang datang membeli belah dan melancong di situ. Akan tetapi kita memerlukan satu sistem pengangkutan yang lebih baik, sistem pengangkutan seperti LRT, MRT dan kalau boleh water taxi dipertimbangkan. Kalau saya boleh minta di sini menggunakan kesempatan ini, saya minta Yang Berhormat daripada Bagan dan Menteri Pengangkutan untuk mempertimbangkan permintaan-permintaan daripada rakyat Jelutong supaya kita dapat menikmati pemodenan dan juga kenaikan dalam kemasukan kenderaan-kenderaan ke dalam Jelutong sejak kebelakangan ini. Yang Berhormat Pendang saya bagi.
Ya.
Ya terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong.
Cuba ringkas masa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya hendak cepatkan tetapi dia gentleman lah, saya cakap pun dia bagi. Dia bercakap pun saya bagi, okey alhamdulillah. Saya hendak balik 1MDB ini kita memang seluruh dunia sudah tahu, kita sudah serahkan kepada pihak berkuasa SPRM dan juga polis untuk buat investigation dan juga mendakwa. Jadi kita tak mahu bincang banyak, sekarang kita hendak bincang bab ekonomi. Bab agihan bajet kepada semua rakyat. Jadi banyak yang dikurangkan tetapi keseluruhan bajet RM318 bilion berbanding yang lepas-lepas lagi meningkat dekat mana yang kata ada penjimatan. Hanya untuk peruntukan tertentu sahaja dikurangkan. Itu satu. Kedua, kita lihat masa Yang Berhormat Menteri Kewangan...
Ini berbahas kah bertanya? Masa sudah tamat.
Hendak tanya, hendak tanya satu lagi saya bagi balik hujah. Kedua saya hendak tanya.
Tetapi masa dia sudah tamat.
Okey tak, okey last. Masa Menteri Kewangan melawan mempertahankan gadis Melayu, siapa Perdana Menteri pada ketika itu?
[Dewan ketawa]
Itu biarlah Yang Amat Berhormat Langkawi dan mungkin Yang Berhormat Bagan untuk jawab. Saya akan menggulung Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Amat Berhormat Langkawi kerana walaupun terdapat banyak sangat kekangan yang dihadapi oleh mereka. Bukan senang, saya faham, saya fikir kerana menyediakan bajet, membentangkannya dan memastikan pelaksanaan bajet itu adalah bukanlah kerja yang mudah. Terutamanya dalam masa lima bulan selepas kita mengambil alih kerajaan. Jadi saya mengambil kesempatan ini saya yakin bahawa pembentangan bajet ini akan memastikan kesejahteraan masyarakat majmuk di Malaysia akan terjamin. Saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan ribuan terima kasih di atas isu-isu lain berkenaan dengan kawasan Jelutong. Kalau diberikan kesempatan Tuan Yang di-Pertua, saya akan membangkitkannya semasa jawatankuasa bersidang. Saya dengan sepenuh hati memohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa, selepas ini Yang Berhormat Batu. Sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan bicara ini dengan memetik sepotong ayat yang disebut dalam al-Quran. [Membaca sepotong doa daripada ayat Al- Quran] “Wahai Nabi Daud, kamu telah dipilih menjadi pemimpin maka hendaklah kamu melaksanakan hak kepada mereka yang berhak menunaikan hak kepada mereka yang berhak, jangan kamu menurut kehendak hawa nafsu sesungguhnya kamu akan tersesat daripada jalan Allah SWT.” Tuan Yang di-Pertua, terdapat lima sisi kejayaan dan kegagalan kepada bajet ini. Kejayaan dan kegagalan pertama Bajet 2019 ia berjaya dibentang pertama kali oleh parti daripada bukan Barisan Nasional, yakni Pakatan Harapan. Akan tetapi gagal dibentang bersama dengan PAS sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam yang telah puluhan tahun bersama berjuang sehingga terpahat dalam sejarah membela dan mempertahankan Islam. Ini mengakibatkan pembentangan Bajet 2019 gagal dirangka berpedomankan Al-Quran dan As-sunah, Bajet 2019 lebih didominasi oleh sebuah dasar gabungan nasionalis PBBM, demokrat keadilan dan sosialis DAP. Akibatnya suara dan solusi Islam dalam penyelesaian negara terpinggir. Ini terbukti apabila Bajet 2019 gagal menonjolkan usaha lebih memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Apakah kerajaan pada hari ini tidak sedar bahawa kesangsian umat Islam di luar sana terhadap wibawa kerajaan ini untuk mempertahan dan membela Islam adalah semakin tinggi. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan dan kegagalan yang kedua. Bajet 2019 berjaya membawa tema, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik dan Rakyat Sejahtera” tetapi gagal membawa satu tema yang lebih tepat bagi menunjukkan peralihan sebuah kerajaan baharu selepas 61 tahun yang diperintah oleh Barisan Nasional. Bahkan gagal meletakkan reformasi sebagai tema bajet. Ini menunjukkan Bajet 2018 dibentuk daripada pemikiran dan dasar yang bercampur, bertembung kepentingan antara satu sama lain serta tidak begitu kukuh. Apakah kerajaan tidak boleh menyediakan sebuah bajet yang lebih melibatkan partisipasi rakyat dan pelbagai parti termasuk parti pembangkang secara khusus.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Beruas minta mencelah.
Islam rahmatan lil’alamin. Peraturan 37 saya tidak membenarkan sebarang pencelahan.
Saya hendak tanya semua Islam, semua yang baik di sokong oleh Islam. Banyak yang baik dalam bajet.
Kalau orang itu mencelah, itu bermakna untuk dihalau keluar, Tuan Yang di-Pertua. Islam rahmatan lil’alamin sudah lama tidak berkumandang, sepatutnya Bajet 2019 yang lebih baik dan tepat adalah berbunyi reformasi dan rahmat untuk semua. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan dan kegagalan ketiga Bajet 2019 ia berjaya menambah secara ketara kepada jumlah keseluruhan RM314.5 bilion dan sektor pendidikan RM60.2 bilion tetapi mengejutkan gagal memperuntukkan secara nyata dan melegakan beban rakyat terbawah kelompok orang miskin, ibu tunggal, nelayan, petani dan penoreh getah. Kementerian Pembangunan Wanita sepatutnya memperoleh peruntukan yang jauh lebih besar khususnya dalam menangani kemiskinan Kelantan sebahagian negeri yang ramai ketua isi rumah miskin tegar di Semenanjung dengan angka 7,805 sepatutnya pada tahun 2019 separuh daripadanya telah dikeluarkan daripada paras miskin tegar. Namun sayangnya nama Kelantan langsung tidak tercatat dalam bajet pada kali ini. Apakah jumlah sebenar pemotongan telah dilakukan oleh kerajaan terhadap bantuan-bantuan kepada golongan miskin. Keempat, Bajet 2019 ia hanya berjaya meneruskan format pembentangan buku anggaran perbelanjaan persekutuan sebagaimana kerajaan terdahulu tanpa banyak pembaharuan yang lebih merakyat. Buku Bajet 2019 hanya melaporkan jumlah bilangan penjawat awam tetapi gagal melaporkan jumlah orang miskin, ibu tunggal, petani, nelayan, penoreh yang menderita menanggung beban. Apakah yang menghalang kerajaan yang ada pada hari ini untuk mengubah format bajet yang sedia ada. Kejayaan dan kegagalan yang kelima Bajet 2019 adalah ucapan dimulai oleh Menteri Kewangan dengan menyalahkan kerajaan terdahulu, lantas sekali gus gagal memberi keutamaan kepada melaksanakan harapan rakyat. Tepat sekali apa yang disebut oleh Tun Daim tegur kepada Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini supaya henti salahkan kerajaan lama. Nampaknya nasihat daripada penasihat kerajaan Malaysia tidak diendahkan oleh Menteri Kewangan. Soalan saya apakah kerajaan ini ingin meneruskan perbuatan dan dasar menyalahkan kerajaan terdahulu. Tuan Yang di-Pertua, falsafah fatwa Makkah, pembukaan Kota Makkah wajar dijadikan rujukan penting Malaysia Baharu sebuah pemerintahan baharu yang memaafkan semua, melupakan sengketa lama, menyatukan semua pihak dan bersama membina agenda baru perubahan negara dan mewujudkan perdamaian nasional ataupun national reconciliation, dengan izin. Rasulullah sebagai rasul sekali gus pemerintah memberi teladan kepada kita di dalam era negara baharu. Penyertaan rakyat berduyun-duyun mendukung agama Allah yang menciptakan langit dan bumi serta agenda perubahan membolehkan negara baharu diasaskan dengan baik bagi membina sebuah empayar pemerintahan yang lebih luas dan gemilang bukan sahaja pada aspek good governance bahkan juga pada human governance. Pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya lebih mengutamakan perkhidmatan menyelesaikan masalah rakyat, bukannya memburu musuh politik serta membalas dendam. Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan bagi mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang dalam tempoh pemerintahan yang lalu, satu pendekatan baru diperlukan iaitu dengan penubuhan Suruhanjaya Kebenaran Malaysia (SKM) bagi mendapatkan pengakuan, memberi kemaafan dan memperoleh kembali semua duit rakyat yang hilang sepanjang 61 tahun pemerintahan yang terdahulu. Ia bukan setakat terhad kepada skandal 1MDB semata- mata, bahkan turut melibatkan semua skandal-skandal mega yang pernah tercatat di dalam sejarah negara kita. Model seperti Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian Afrika Selatan mungkin boleh dijadikan rujukan utama bagaimana sebuah negara era baharu dimulakan melalui
pembentukan suruhanjaya ini saya percaya wang rakyat yang hilang akibat pelbagai skandal sebelum daripada ini, barangkali ribuan skandal yang tercatat sebelum daripada ini dapat dikembalikan. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya rakyat lebih sejahtera, gembira menikmati kekayaan negara berbanding nikmat melihat pelaku-pelaku jenayah dipenjarakan. Jika Suruhanjaya Kebenaran Malaysia ini berjaya dibentuk, saya percaya perolehan negara pada tahun 2019 akan mendatangkan jumlah berbilion berbanding kos yang terpaksa dibelanja bagi memburu Jho Low dan mereka yang bersubahat. Tuan Yang di-Pertua, Kerana kasih ku hulur tanda, Tersarung indah di jari kenanga, Kerana manifesto rakyat terpesona, Angkara bajet rakyat merana. Di manakah peruntukan dalam perbelanjaan pada kali ini bagi kerajaan membayar penalti pembatalan penangguhan projek-projek mega ataupun disebut sebagai back fee.
Bagaimana dengan tambatan banjir dan pembangunan di negeri yang dikatakan miskin seperi Kelantan, seperi Bukit Kayu Hitam disebut secara spesifik dalam pembentangan bajet sebagai trak depot dan laluan perdagangan Malaysia–Thailand sedangkan Kelantan dan Terengganu mempunyai potensi laluan dagang yang menguntungkan kerajaan. Selain kebergantungan kepada Petronas, adakah kerajaan ada sekarang rancangan backup plan sehingga harga minyak jatuh atau kita ada krisis fiskal? Jika Petronas tidak mampu lagi menanggung, bagaimana pelan kerajaan untuk memulihkan ekonomi? Kemudian saya ingin bertanya Menteri Kewangan, dalam bajet kerajaan menanggung hutang dan mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan sehingga peruntukan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dipotong secara mendadak. Apakah pecahan komponen komitmen luar jangka liabiliti sebanyak RM184.9 bilion itu? Berapakah pecahan tempoh jangka liabiliti itu? Adakah bajet 2019 mengambil kira liabiliti untuk setahun sahaja atau keseluruhan tempoh? Sedangkan kita ada bajet tahunan yang sepatutnya dipecahkan liabiliti itu kepada setahun dan bukan keseluruhan sehingga mencecah trilion ringgit. Bagaimana pula bentuk hutang kerjasama awam swasta PPP? Apakah pecahan komponennya dan berapa lama jangkanya? Adakah kerajaan menjadikan alasan untuk memotong bajet langsung kepada kos sara hidup rakyat dengan mengambil keseluruhan komitmen liabiliti, luar jangka dan tanpa melihat kepada jangka dan pecahan komponennya? Tuan Yang di-Pertua, yang terakhirnya saya ingin menyebut beberapa isu tempatan. Saya memohon kepada kerajaan yang ada pada hari ini, atas semangat reform untuk memperbetulkan kesilapan yang lampau dan tidak mahu meneruskan legasi kerajaan terdahulu. Apa yang perlu diperbetulkan ialah memberi hak yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen untuk mendapat hak bajet yang sama dengan Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Saya difahamkan perkara ini sudah dalam perhatian Yang Amat Berhormat Langkawi dan saya mewakili PAS mengucapkan terima kasih kalau sekiranya ia benar-benar dilaksanakan kesamarataan peruntukan untuk semua Ahli Parlimen. Bukan untuk kepentingan kami Ahli Parlimen, tetapi adalah untuk kepentingan rakyat yang mengundi yang kami wakili. Apakah jaminan proses pemberian tender kepada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra? Saya mendapat maklumat tender untuk pilih konsultan pada tahun 2016 telah selesai. Tahun 2017 tender untuk kontraktor, kontraktor tidak comply. Retender balik pada tahun 2018 berdasarkan kepada arahan daripada MOF semasa pertindihan tender, perubahan kerajaan berlaku dan kesemua proses tersebut sekarang ini telah tertangguh dan saya menantikan Bajet 2019. Namun sayangnya langsung tidak disebut. Bagaimana pembesaran
airport, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini yang telah pun diluluskan dalam era pemerintahan sebelum daripada ini? Ketiga, apakah pihak kerajaan sedar akan kewujudan zon perindustrian petroleum dan gas dan Kelantan? Seluas 2,000 ekar yang sudah pasti akan memacu ekonomi rakyat Kelantan sekiranya minyak dan gas diarah ke pantai Kelantan. Ke manakah pendaratan hasil gas dan petroleum kawasan...
Ya, sila menggulung Yang Berhormat.
...blok PM301, blok PM302, kawasan JDA didaratkan. Berapakah nilai hasil simpanan di kesemua kawasan tersebut? Berapakah nilai royalti hasil daripada kawasan berkenaan kepada kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat? Berapakah jumlah peluang pekerjaan mahir dan separuh mahir yang akan tersedia sekiranya minyak benar-benar didaratkan di negeri Kelantan? Terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan mewakili rakyat Kelantan. Menaruh harapan yang penuh supaya royalti agar dilunaskan, pemberian royalti kepada Kelantan pada tahun ini kerana menghormati hak rakyat Kelantan dan menghormati perjuangan rakyat Kelantan sudah puluhan tahun untuk menuntut hak royalti supaya mereka dapat mengecapi sama kekayaan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu. Selepas ini Yang Berhormat Arau, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 yang bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera”. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen termuda, sudah tentunya saya sangat prihatin dan sangat menekankan permasalahan bagi anak muda dan golongan belia. Antara masalah utama golongan muda pada hari ini ialah masalah pendidikan. Ini mencakupi aspek permasalahan masa depan pelajar dan pusat latihan kemahiran yang terlibat di dalam program pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kita menghadapi pelbagai permasalahan berkaitan TVET dan antaranya adalah kekurangan institusi teknikal dan vokasional. Untuk menampung jumlah pelajar iaitu hanya 17,000 tempat yang ditawarkan berbanding 66,000 permohonan pada tahun 2016. Ini merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen dalam sidang tahun lepas. Saya memandang serius akan isu ini kerana ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa masih ramai anak muda yang mempunyai masalah dengan sistem pembelajaran konvensional. Mereka ini harus diberikan peluang agar tidak tercicir di dalam menerima pendidikan yang berkualiti. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat membina lebih banyak institusi teknikal dan vokasional. Jika boleh, setiap Parlimen mempunyai sekurang-kurangnya satu institusi TVET yang boleh menampung penduduk setempat. Permasalahan korupsi dan rasuah di dalam dana HRDF seperti yang dimaklum oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia turut memberi kesan kepada sistem TVET dan pelatihan secara menyeluruh. Penyaluran dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran iaitu PTPK merupakan salah satu penyumbang kepada masalah graduan kerana dana yang tersekat telah menyebabkan 20,000 pelajar tidak dapat menyambung pelajaran di institusi TVET. Selain itu, isu akreditasi MQA dan JPK dalam sistem persijilan institusi TVET juga tidak membolehkan pelajar lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Sijil mereka tidak laku. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan besar bagi golongan anak muda lebih-lebih lagi kepada yang sedang mengikuti kuliah. Untuk pengetahuan, bagi graduan TVET politeknik, kolej komuniti, GIATMARA dan lain-lain, golongan ini majoritinya menerima gaji bulanan permulaan yang rendah iaitu bermula dari RM1,000 hingga RM2,000 ketika mereka mula
bekerja. Kerajaan harus melakukan sesuatu untuk menjadikan mereka well-recognized dengan izin, dalam pasaran pekerja swasta. Kadar penglibatan industri dalam melatih dan menyumbang kepada TVET di negara kita tidak seperti di luar negara. Merujuk kepada United Kingdom di mana syarikat-syarikat swasta perlu menyumbang sedikit dana untuk mendapat pelatih dan tenaga kerja dalam bidang TVET. Saya memandang serius akan permasalahan TVET ini. Maka saya menyokong cadangan Jawatankuasa Pemeriksaan TVET yang diketuai oleh Yang Berhormat Permatang Pauh yang telah mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas untuk melakukan transformasi, menyelaras semua agensi dan pengurusan yang berkait dengan TVET. Agar ia bebas, telus dan berintegriti dalam mengangkat sistem TVET negara dalam menghadapi cabaran IR 4.0. Tuan Yang di-Pertua, saya kekal konsisten dalam memperjuangkan isu perumahan dalam setiap perbahasan saya. Isu pokok ini harus diberi penekanan dari semasa ke semasa. Selain dari desakan kepada kerajaan untuk membina lebih banyak perumahan mampu milik, kita juga tidak harus terlepas pandang akan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah kos rendah dan sederhana yang sedia ada. Di kawasan Batu, terdapat banyak perumahan kos rendah dan sederhana yang tidak di selenggara dengan baik. Perumahan ini bukanlah dalam jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun KPKT. Oleh itu, jika berlaku masalah kemudahan asas di perumahan ini, mereka harus menyelesaikan sendiri. Akan tetapi, yang menjadi permasalahannya mereka tidak mempunyai dana yang cukup untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau maintenance dengan izin, oleh sebab hasil pungutan yang rendah. Contohnya, jika lif rosak mereka perlu berbelanja besar untuk memperbaikinya. Dengan hasil kutipan yang sering kali tidak mencukupi untuk penyelenggaraan, saya cadangkan agar tabung penyelenggaraan perumahan diteruskan semula membantu perumahan-perumahan ini melakukan maintenance, dengan izin. Selain itu, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu isu kerja-kerja MRT yang telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang kritikal. Saya memohon dengan bajet yang disalurkan kepada Kementerian Wilayah adalah menjadi keutamaan untuk diadakan solusi alternatif dan menaik taraf jalan raya bagi mengurangkan permasalahan lalu lintas di Bandar Raya Kuala Lumpur terutamanya di kawasan saya yang mempunyai projek pembinaan MRT. Mungkin perlu juga bantuan tambahan dari pihak trafik PDRM atau Jabatan Trafik DBKL untuk memantau tempat atau jalan yang dilanda kesesakan yang teruk.
Tambahan pula, tentang kehijauan di Kuala Lumpur, pokok secara umumnya dilihat sebagai komponen atau elemen yang mempunyai nilai estetika untuk melengkapkan keindahan reka bentuk bandar, bangunan, laluan dan juga taman. Kehijauan yang ada pada pokok pula secara semula jadi menyejukkan mata memandang dan meredakan ketegangan penglihatan. Hadirnya pokok yang rendang dan memberikan naungan menggalakkan lebih ramai orang warga kota untuk berjalan kaki ke destinasi mereka di dalam kawasan bandar. Bahkan jika perlu memandu sekalipun, ia lebih selesa untuk memandu di bawah lindungan daun-daun hijau berbanding dengan memandu di bawah terik sinar mentari. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah, apakah perancangan Kementerian Wilayah untuk meningkatkan kehijauan di Kuala Lumpur? Saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Kementerian Sains dan Teknologi. Terdapat ramai inventors yang tidak dapat peluang untuk mengembangkan hasil reka cipta mereka. Kerajaan seharusnya menghargai dan memberi sokongan penuh kepada usahawan inventor tempatan dan mengangkat produk reka cipta mereka ke peringkat dan pasaran yang tinggi, bukan sahaja di dalam Malaysia malah ke serata dunia. Amat jarang sekali kita lihat produk-produk ciptaan tempatan yang berjaya di dalam pasaran dunia. Ramai juga yang berhenti separuh jalan kerana tiada sokongan untuk meneruskan ciptaan-ciptaan mereka. Dan yang lebih menyedihkan, saya mendapat laporan bahawa kerajaan terdahulu telah mengambil banyak kesempatan atas ciptaan dan teknologi oleh inventors tempatan. Jadi, banyak ciptaan itu yang tidak menjalani sebarang knowledge transfer akhirnya menemui kegagalan kerana kerakusan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mahu membuat keuntungan.
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil maklum akan perkara ini dan dapat membuat satu akta yang dapat melindungi hasil-hasil inovasi mereka lantas mengguna pakai inovasi tempatan di dalam setiap projek kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengamatan— saya telah tubuhkan satu jawatankuasa di Parlimen saya untuk memantau keselamatan di dalam semua sekolah. Lawatan yang saya telah hadiri atau lakukan hampir di lapan buah sekolah, saya dapati bahawa tahap sistem keselamatan di sekolah-sekolah berikut adalah di bawah paras peratusan yang tidak memuaskan. Kekurangan alat keselamatan seperti alat pemadam api atau fire extinguisher, dengan izin, ini amatlah perlu dititikberatkan di setiap sekolah dan juga perlu dipantau dan diselenggarakan sepanjang masa. Bilik pam sudah jadi seperti stor penyimpan barang dan menjadi sarang tikus. Hos air tidak boleh diguna dan bermacam- macam lagi masalah berkaitan keselamatan. Kita harus belajar dari kesilapan lalu. Contohnya, kes kebakaran di sekolah tahfiz di Keramat. Kita tidak mahu tragedi yang menyedihkan seperti itu berulang semula. Maka perlulah diwujudkan jawatankuasa khas untuk memantau semua sekolah. Sekolah adalah tempat kita mendidik generasi akan datang. Setiap pelajar juga perlu dididik dengan kesedaran akan aspek keselamatan sistem dan pemantauan dalam setiap perkara yang boleh mendatangkan kemalangan. Penerangan dan tunjuk ajar dalam mengendalikan situasi kecemasan juga perlu diadakan secara kerap di semua sekolah. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar segala yang telah saya bahaskan dalam sesi kali ini akan dapat diberikan perhatian dan diperkemaskan lagi oleh kementerian- kementerian yang terlibat. Maka oleh itu, saya menyokong sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin menyokong ucapan kawan-kawan saya yang lepas termasuklah daripada Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Parit Sulong dan juga lain-lain lagi. Pertama sekali, saya ingin sentuh tentang masalah pasaran saham. Pasaran saham kita sekarang ini makin turun. Kalau dia melepasi 1,600 pada minggu hadapan, dia akan terus turun lagi dan kalau dia capai ke angka 1,000, ini bererti akan berlaku malapetaka dalam pasaran saham. Ini kerana usah-usaha yang kita buat sekarang ini, cakap-cakap yang kita buat tidak menguntungkan ekonomi, tidak menguntungkan pasaran saham. Teguran yang dibuat oleh Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin, Pengerusi CEP, sepatutnya diambil iktibar oleh semua pihak. Bila dia tegur, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku sekarang di mana pemikiran menyalahkan kerajaan yang lama tersebut berterusan. Kalau sekiranya kerajaan yang lama salah, okey, tidak apa salah, tetapi sekarang ini kita hendak dengar apa yang kerajaan baharu hendak buat. Barulah market ada rangsangan, pasaran kita boleh pulih semula. Dalam keadaan sekarang, orang hilang confidence kerana persepsi yang ditunjukkan suasana yang berlaku dalam negara. Kita memang seronok melihat kawan-kawan kita jatuh, lepas itu kita pijak. Mungkin kita ini daripada kumpulan sadis ataupun keturunan sadis. Jadi kita akan seronok melihat kejatuhan orang. Walau bagaimanapun, kita jangan lupa bahawa Allah lebih berkuasa daripada anda semua. Bahawa akan berlakulah pusingan kehidupan. Tetapi saya hendak bagi tahu, seperti yang Yang Berhormat Pengkalan Chepa sebutkan tadi bahawa kita berpegang kepada prinsip yang dibawa oleh Rasulullah SAW di mana semasa pembukaan Makkah selepas Perjanjian Hudaibiyah, Baginda mengampunkan semua manusia termasuk seorang manusia bernama Hindun, isteri kepada Abu Sufian, ibu kepada Muawiyah bin Abu Sufian, khalifah Islam Bani Umaiyah yang pertama, di mana Baginda telah memalingkan muka. Apabila Hindun datang, Baginda memalingkan muka sebab Hindun hina mayat bapa saudaranya dan memperkotak-katikkan mayat tersebut. Baginda memalingkan muka daripada Hindun. Akan tetapi, Allah turunkan Al-Quran bahawa Baginda tidak boleh
memalingkan muka kepada orang yang datang kepada Baginda. Dengan itu, Baginda ampunkan Hindun. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan-tuan, kuasa yang tertinggi untuk mengampunkan manusia ialah Allah SWT. Bukan kita manusia yang mengambil pendekatan untuk balas dendam. Tuan-tuan percayalah, kalau perbuatan ini berterusan, esok pemerintahan lain pula ambil alih, dia juga akan ambil pembalasan dendam. Jadi, kita akan jadilah satu kerajaan balas membalas dendam. Seperti yang pernah disebutkan oleh Yang Berhormat Langkawi semasa jadi Perdana Menteri dulu bahawa orang segan hendak pergi kepada negara-negara Afrika kerana kerajaan baharu yang naik akan menghukum yang lama. Kerajaan baharu yang naik akan menghukum yang lama dan dengan itu bantuan dan pelaburan tidak sampai kepada negara-negara Afrika. Ini disebut sendiri oleh Yang Amat Berhormat Langkawi semasa dahulu dan kami berpegang kepada Yang Berhormat Langkawi sebut. Itu sebab pendekatan kita ialah pendekatan yang sederhana, lebih berbentuk kasih sayang, bukan dalam bentuk sadis yang berlaku sekarang. Kita ambillah ucapan daripada Yang Berbahagia Tuan Daim Zainuddin itu sebagai panduan untuk kita meneruskan kerja. Kami semua akan bekerjasama. Saya hendak menyebut di sini bahawa orang menegur. Ada Yang Berhormat Kapar kelmarin menegur pegawai-pegawai PTD senang naik pangkat. Saya hendak bagi tahu, menuduh pegawai PTD senang naik pangkat adalah sesuatu yang tidak tepat. Saya hendak bagi tahu, gaji Tuan Yang di-Pertua sendiri sama seperti gaji Turus 1, lebih tinggi daripada Turus 1 iaitu KSN. Turus 2 dalam perkhidmatan awam cuma tiga orang— KPPA, PAT dan juga IGP. Gaji dan elaun mereka (Turus 2) ialah RM24,342. Turus 3 iaitu KSU, Panglima Tentera Darat, Timbalan IGP, RM22,415. JUSA A iaitu KPPA, Jeneral dan juga RM18,884. Padahal Ahli Parlimen, saya hendak beritahu Ahli Parlimen 292 orang, elaun kita ialah RM24,800, elaun Senator RM16,950. All in lah, campur semua. Dari segi basic Ahli Parlimen cuma RM16,000. Yang Berhormat Batu yang tidak pernah kerja, masih belajar lagi, sekarang dapat sama seperti Turus 2 elaun.
Jika nak menegur pegawai-pegawai kerajaan yang terpaksa bertanggungjawab kepada seluruh negara itu ialah sesuatu yang tidak tepat. Cuma yang saya minta ialah supaya kenaikan pangkat yang berdasarkan time-based terutamanya kepada polis dan juga lain-lain anggota beruniform termasuk PTD dan sebagainya supaya dikira perkhidmatan mereka bukan kepada pangkat yang terakhir mereka dapat. Contohnya polis konstabel naikkan dari lans koperal, nak kira lans koperal hendak naik ke koperal, dikira tempoh daripada lans koperal. Sepatutnya dia kena ambil tempoh perkhidmatan. Jadi perbetulkan tentang kenaikan pangkat. Tuan Yang di-Pertua, saya yang bawa usul untuk menaikkan elaun Ahli Parlimen dan saya bagi keistimewaan yang cukup tinggi kepada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua, kami Menteri tidak naik elaun masa itu dan saya sediakan semua dengan pertolongan dan bantuan oleh Setiausaha Parlimen, Datuk Roosme dan juga seorang lagi pegawai daripada JPA dan juga JPM. Tiga orang kita buat kerja bertungkus-lumus untuk menyiapkan elaun ini dan bila kita perkenalkan elaun ini di Parlimen, disetujukan semua sebulat suara oleh semua termasuk DAP. DAP minta walaupun mereka sokong tetapi minta supaya elaun peruntukan untuk Ahli Parlimen disamakan. Barisan Nasional tidak sempat laksana sebab kalah. Jadi sekarang ini PH sudah menang, saya minta PH laksanakan peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen dengan sama rata. Sekarang ini kami Barisan dan juga lain-lain dapat RM100,00 tetapi PH mungkin dapat RM500,00 ke RM800,00. Kita bahagi sama ratalah sebab ini permintaan PH semasa dulu yang kita tidak sempat bagi, kita hanya sempat bagi elaun Ahli Parlimen.
Keduanya, oleh kerana masa agak tertekan, yang keduanya saya minta pembalakan diharamkan serta-merta dan semua pembalakan yang telah lulus mesti mengikut SOP. Sekarang ini pembalakan dibuat sesuka hati macam perompak. Seterusnya ialah tentang pembangunan Wilayah, Perlis masih tidak disenaraikan. Saya minta Yang Berhormat Langkawi yang saya kasihi supaya pertimbangkan Perlis dalam senarai pembangunan Wilayah sebab kalau tidak Perlis sebagai sebuah negeri yang miskin, kecil, dipinggirkan begini sudah pasti seolah-olahnya tidak layak kami untuk menjadi sebuah negeri. Kemudian saya menyokong Yang Berhormat Port Dickson, supaya elaun petani, nelayan, penoreh getah dan juga lain-lain lagi dipertimbangkan semula dan hari ini dalam sejarah Menteri Kewangan bangun bercakap dan menjawab bahawa dia bersetuju untuk mempertimbangkan. Jadi bagi pihak kami puak-puak petani, kawasan saya pertanian MADA, kita nak ucap terima kasih di atas pertimbangan tersebut dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bera supaya harga lantai ditetapkan untuk getah, kelapa sawit dan sebagainya. Kemudian fasal Beting Patinggi Ali, saya menerima jawapan bertulis tentang pelbagai usaha dibuat. Saya tidak mahu dengar janji lagi. Kita mahu apakah tindakan untuk keluarkan China Coast Guard daripada Beting Patinggi Ali dalam kawasan Sarawak. Sudah pasti orang Sarawak tertanya-tanya, apakah perlindungan yang mereka dapat berada dalam Malaysia kerana Beting Patinggi Ali diceroboh oleh China Coast Guard malah dalam National Geographic China menyebut bahawa kawasan Beting Patinggi Ali adalah sebahagian daripada negara China. Saya juga ingin menyentuh sikit tentang rule of law, saya menyokong Sultan Selangor dan Raja Perlis. Sultan Selangor menentang pemikiran liberal seorang Menteri dan Raja Perlis memberi ruang untuk road show kepada Zakir Naik tentang 71(3), menyebut bahawa “Parlimen, bahawa di mana-mana negeri, mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu lazimnya tidak diendahkan maka walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi memastikan pematuhan peruntukan itu”. Kita lihat Bahagian I, Jadual Kelapan telah terdapat negeri yang melebihi daripada Persekutuan terutamanya dari segi pelantikan Menteri Besar dan sebagainya. Kemudian, saya juga menyebut bahawa saya menyokong Yang Berhormat Marang berhubung dengan ICERD. Semasa pilihan raya 1955, dua tahun sebelum merdeka, kita dapati penduduk Melayu dan bumiputera di Malaya pada masa tersebut ialah 84.4 peratus. Pada tahun 1957, Perkara 17 diadakan dalam Perlembagaan Malaysia. Dengan itu kerajaan telah memberi 1 juta warganegara menyediakan penduduk Melayu/bumiputera telah turun daripada 84.4 persen kepada 60 persen. Tidak pernah ada sejarah dalam dunia ini sebuah negara yang sanggup berbuat demikian. Akan tapi orang Melayu berbuat demikian kerana sayang pada orang Cina, orang India dan sebagainya tetapi sampai hari ini tiba-tiba kita nak ungkit balik tentang perkara yang telah dipersetujukan pada tahun 1955 dan juga 1977. Jadi saya minta supaya benda ini diberi pertimbangan dan tentang ICERD. Kedua terakhir ialah berhubung dengan eNTRI yang disebutkan oleh Yang Berhormat PAS semalam. Terdapat 2 juta visa dikeluarkan tetapi kita nak tanya kepada kerajaan, berapa orang pelancong China yang datang di sini yang balik atau keluar. Pada hal dalam eNTRI dengan jelas menyebutkan bahawa 15 hari mereka boleh berada di sini terlampau ramai yang masuk tetapi orang keluar kurang. Jadi ke manakah mereka pergi dan di antaranya ialah mungkin yang sedang berkumpul di pejabat pendaftaran. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini terakhir betul-betul tentang royalti minyak. Saya menyokong supaya Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak diberi royalti minyak tetapi oleh kerana minyak terletak di kawasan Federal saya minta negeri-negeri lain juga dipertimbangkan. Kelmarin kawan saya pergi makan di Hilton, makanan Jepun. Semasa dulu dia makan dia kena enam peratus GST tapi kelmarin dia bayar service caj 10 persen, service tax enam persen jadi 16 peratus. Saya harap duit lebihan kutipan SST ini digunakan untuk membangunkan rakyat dengan sebaik-baiknya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kerana kelulusan yang dibagi untuk projek-projek kecil luar bandar untuk negeri Perlis dan juga Arau
serta kawasan-kawasan lain yang telah diberi oleh Menteri Ekonomi, yang itu kita sokong terima kasih yang lain sokong dengan pindaan.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dialah Allah yang telah menciptakan bagi kamu apa yang ada di bumi semuanya”. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Belanjawan 2019 bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan. Kita melihat kepada teras Manifesto sebelum daripada bajet yang melibatkan parti- parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum, 9 Mei 2018. Di antara teras Manifesto Pakatan Harapan ialah ada 5P yang melibatkan penghapusan, pengurangan, penjimatan, percuma dan pemerkasaan. Hasil daripada teras manifesto yang dikemukakan akhirnya rakyat membuat perubahan berasaskan kepada teras Manifesto ini baru timbullah tagline dengan izin pada waktu itu “Tukar kerajaan”. Pada 9 Mei 2018 berlaku pertukaran itu, maka sepatutnya bajet yang dirangka bagi tahun 2019 di bawah nama Belanjawan 2019 mestilah memberi fokus kepada teras manifesto kerana kita berada di sini adalah hasil daripada pilihan yang dibuat oleh rakyat sebagai pengundi.
Maka, tentulah apakah sebabnya rakyat menukar kerajaan? Kita dapati antaranya ialah berkait dengan kos sara hidup. Lalu apakah perancangan, mekanisme yang kita patut masukkan untuk memberikan satu kepastian kepada rakyat bahawa kos sara hidup mereka akan dapat mereka lalui untuk mendepani masa dalam tahun 2019 sehingga kepada bajet atau Belanjawan 2020. Begitu juga kita melihat kesan daripada perubahan yang berlaku ialah kerana harga barangan yang sangat meningkat daripada apa yang berlaku pada rejim GST peningkatan harga barang kemudian bertukar kepada SST dilaporkan ada 29 jenis barangan yang turun harga. Apakah boleh diperjelaskan apakah barang-barang yang turun harga selepas dari pelaksanaan SST 1 September 2018? Kemudian di antaranya janji lagi ialah turunkan harga minyak RON95 yang menjadi penggunaan yang sangat luas di kalangan rakyat. Walaupun ada yang diberikan secara bersasar bagi kenderaan 1500cc ke bawah dan juga melibatkan motosikal tetapi apabila kita melihat kepada hasrat sebenar rakyat ketika janji-janji manifesto dalam ucapan-ucapan yang dibuat ialah penurunan harga minyak. Akan tetapi itu juga tidak kelihatan dalam bajet yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 ini. Begitu juga penghapusan tol yang juga kita tidak lihat dalam belanjawan ini yang difahamkan dengan sebab tol dibekukan kenaikan kerajaan terpaksa membelanjakan pula RM700 juta pampasan. Ini pun juga kita tidak melihat bagaimana janji penghapusan itu berlaku sedangkan semasa kita meletakkan teras manifesto yang sepatutnya menjadi teras dalam kita susun bajet ini tetapi tidak berlaku. Lebih lagi dahsyat ialah PTPTN yang kita sebut dalam 100 hari rakyat melihat apabila Kerajaan baharu Pakatan Harapan menjadi kerajaan iaitu sehingga sampai kepada satu tahap gaji yang diperoleh RM4,000 barulah dikenakan bayaran balik bagi PTPTN tetapi sekarang dalam Belanjawan 2019, RM1,000 sudah dipotong daripada pendapatan mereka dua percent hingga lima percent menyebabkan ini akan benar-benar membebankan mereka kerana gaji minimum bagi paras kemiskinan yang diletakkan ialah RM1,100. Jadi ini asas yang penting untuk kita melihat kepada belanjawan yang dikemukakan ini. Kita ambil sebagai satu contoh, ketika rakyat melihat menu yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto mereka, maka rakyat tertarik dengan menu manifesto itu. Akan tetapi setelah Belanjawan 2019 dibentangkan, rakyat tidak melihat apa yang sepatutnya mereka dapat daripada menu yang dikemukakan. Ada apa yang mereka pesan daripada makanan menu itu tidak seperti mana yang mereka harapkan. Ada yang tidak masak, ada
yang mentah. Saya mengharapkan supaya belanjawan akan datang tahun 2020 akan melihat kepada kepentingan teras ketika manifesto Pakatan Harapan dikemukakan kepada rakyat yang akhirnya melibatkan perubahan kerajaan. Saya pohon supaya dilihat kepada kepentingan itu. Kedua, dalam tempoh masa yang sangat singkat ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk melihat kepada prakata bajet 2019 dalam Buku Ucapan Belanjawan. Malaysia seumpama seekor harimau Asia yang selama ini tidur lena sekarang bangkit mengaum semula. Yang Amat Berhormat Langkawi menyebutkan daripada ucapan itu dalam prakata bajet ini maka kita mesti lihat kepada asas di waktu kita menjadi ‘Harimau Asia’ itu. Pertama ialah nilai mata wang ringgit kita yang sangat tinggi pada waktu itu bahkan sampai kepada peringkat rakyat kita boleh pergi ke negara Singapura boleh melancong dan membeli kerana nilai ringgit Malaysia yang sangat tinggi. Bahkan negara kita pada waktu itu nilai mata wang kita ini menjadi rebutan. Kita boleh pergi ke Thailand dengan tidak payah menukar kepada mata wang Thailand. Kita boleh berbelanja menggunakan mata wang kita dan kita akan mendapat pulangan yang sangat baik. Begitu juga kalau kita menunaikan haji dan umrah tetapi sekarang tidak berlaku lagi. Jadi, saya harap fokus pertama kerajaan yang baharu ini kalau hendak bangkit semula mestilah memastikan bahawa nilai ringgit yang naik akan dapat dilaksanakan dengan meletakkan mekanisme sebagaimana menaikkan nilai itu dan menstabilkan ekonomi negara. Kedua ialah yang ingin saya sebut berkait dengan ketika kita menjadi harimau Asia itu ialah sukan negara. Bola sepak kita pada waktu itu dalam kalangan negara-negara Asia, sangat hebat. Jepun dan Korea kita boleh tandingi tetapi tidak lagi sekarang. Jadi, saya pohon Kementerian Belia dan Sukan di bawah Menteri Belia dan Sukan supaya meletakkan satu kaedah bagaimana untuk kita meletakkan sukan teras yang sangat asas kepada rakyat Malaysia ini. Kemudian begitu juga hoki, badminton dan juga takraw. Ketiga, saya pohon supaya apabila kita meletakkan kembalinya Malaysia menjadi sebuah negara maju, mesti juga dilihat kepada pembangunan wilayah bagi negeri-negeri. Saya pohon supaya dibuat satu checklist kepentingan negeri-negeri di Pantai Timur. Apa yang diperlukan oleh Kelantan, apa yang diperlukan oleh Terengganu dan apa yang diperlukan oleh Pahang untuk menandingi negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang supaya bila ada checklist itu, boleh kita membuat unjuran kepada pembangunan- pembangunan perlu untuk satu tempoh jangka masa berdasarkan Rancangan Malaysia yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Ha! Yang Berhormat Lubok Antu?
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Bukit Gelugor.
Yang Berhormat Lubok Antu.
Lubok Antu ya.
Which one?
Ya, Yang Berhormat Lubok Antu.
I thought it wasn’t Bukit Gelugor. Bukit Gelugor first?
Bukit Gelugor.
I do apologize. I minta maaf Tuan Yang di-Pertua mungkin ada kekeliruan.
Oh! Ya, actually you were not here sebentar tadi. Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf Yang Berhormat Lubok Antu tetapi Yang Berhormat Lubok Antu akan ada peluang nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya membahaskan sempena bajet yang telah pun diucapkan seminggu lalu. Antara isu-isu yang ingin saya timbulkan adalah berkenaan dengan isu-isu yang berkait dengan the rule of law yang juga menjadi satu tumpuan di dalam kerajaan baharu Pakatan Harapan ini. Seperti yang mana kami sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, isu rule of law ini sekarang menerima perhatian yang agak hebat dengan penangkapan dan pertuduhan banyak tokoh-tokoh, ahli politik dari Kerajaan Barisan Nasional dulu yang kini menghadapi pertuduhan-pertuduhan di mahkamah, pertuduhan rasuah dan sebagainya. Isu yang ingin saya bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan pelantikan ataupun the selection or appointment dengan izin Tuan Yang di-Pertua, hakim-hakim di dalam pihak judiciary, badan kehakiman yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sekarang. Dari segi ini saya membangkitkan bahawa prosedur atau pun undang- undang yang terpakai adalah seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan di mana hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, ketua hakim dan juga President of the Court of Appeal dengan izin Tuan Yang di- Pertua adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat yang diberi kepada Yang di- Pertuan Agong oleh Perdana Menteri yang telah pun ditakrifkan sebagai nasihat yang mesti diterima.
Jadi dalam erti kata lain, ini adalah satu perkara di mana Perdana Menteri sebenarnya mempunyai kuasa untuk melantik hakim-hakim dari Mahkamah Persekutuan hingga Mahkamah Tinggi. Ini merupakan satu perkara yang perlu dibangkitkan, satu perkara penting oleh kerana Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, prinsip the separation of powers adalah satu prinsip yang mengasingkan kuasa-kuasa antara lain eksekutif dan pihak badan kehakiman. Dari segi ini sekiranya Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk indirectly melantik secara tidak langsung hakim-hakim tersebut adalah sudah tentunya ini adalah melanggar prinsip separation of powers tersebut. Terdapat banyak perceptions ataupun persepsi yang perlu kita betulkan, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pelantikan hakim-hakim. Dalam kes-kes yang lalu, kes-kes yang kontroversi seperti kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ataupun Yang Berhormat Port Dickson. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Di dalam kes-kes beliau, kita lihat dari segi peningkatan ataupun promotion hakim-hakim. Kesemua hakim di dalam Mahkamah Rayuan yang memberi keputusan di dalam kes sodomi kedua tersebut, semuanya akhirnya ditingkatkan ataupun dipromoted, Tuan Yang di- Pertua, ke Mahkamah Persekutuan. Kita juga lihat sekiranya sebaliknya, persepsinya adalah hakim-hakim yang telah pun memberi keputusan yang memihak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti Dato’ Mohamad Zabidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau sehingga hari ini tidak pernah dipromote. Jadi, persoalan yang timbul adalah, adakah terdapatnya ketelusan ataupun transparensi berkenaan dengan proses pelantikan, proses promotion dengan izin Tuan Yang di-Pertua hakim-hakim tersebut untuk mengelakkan persepsi sebegitu berlaku. Ini adalah penting, Tuan Yang di-Pertua oleh kerana baru-baru ini kita juga mendengar berkenaan kes- kes judicial interference ataupun gangguan kehakiman di mana di dalam kes mendiang Karpal Singh iaitu bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, terdapat allegation ataupun tuduhan bahawa kesnya iaitu di bawah Akta Hasutan telah pun di kompromi. It was compromised dengan izin di mana saya telah pun membangkitkan perkara ini pada perbahasan saya dahulu di mana terdapat hakim-hakim ataupun pertuduhan bahawa hakim-hakim telah pun menukar keputusan mereka daripada tidak bersalah ataupun rayuan dibenarkan kepada rayuan tidak dibenarkan. Now saya ingin membangkitkan isu ini dari segi yang sedikit lain pada perbahasan ini Tuan Yang di-Pertua, iaitu dari segi penyiasatan isu ini. Kita tahu bahawa Ketua Hakim, Tan Sri Richard Malanjum telah pun mengumumkan bahawa isu ini dalam proses siasatan. Isu ini telah pun dibangkitkan pada akhir bulan Julai dan sekarang kita dalam bulan November.
Hampir ke bulan Disember sekarang. Sudah lebih tiga empat bulan sekarang. Langsung tiada apa-apa berita berkenaan siasatan tersebut. Apa yang dikhuatiri di sini Tuan Yang di-Pertua, adalah bahawa CJ ataupun Ketua Hakim sekarang merupakan hakim di bawah Ketua Hakim dulu, Tan Sri Md. Raus bin Sharif iaitu hakim yang menjadi Ketua Hakim pada masa kejadian ini dikatakan berlaku. Sekiranya itu benar, jadi siapa yang bertanggungjawab adalah bekas hakim tersebut. He must take responsibility for what happened dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh kerana it happened dengan izin during his tenure. Jadi sekiranya sekarang seorang subordinate, bekas Ketua Hakim itu iaitu Ketua Hakim sekarang mengambil siasatan terhadap apa yang berlaku di bawah tenure ataupun masa bosnya yang dahulu, sudah tentu ini akan menimbulkan satu konflik. Sudah tentu. It is not possible dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk seorang hakim bebas daripada persepsi memihak sekiranya beliau merupakan seorang subordinate kepada Ketua Hakim dahulu. Jadi dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menimbulkan dakwaan seorang hakim Mahkamah Rayuan sekarang, Yang Arif Datuk Dr. Haji Hamid Sultan yang juga telah pun menimbulkan dakwaan bahawa beliau telah pun diberi teguran kerana memberi penghakiman yang tidak diterima– senang diterima oleh beberapa pihak. He was reprimanded dengan izin Tuan Yang di-Pertua oleh a senior judge. The most senior judge. Ini adalah semua dakwaan yang serius yang membawa kepada persepsi yang buruk kepada badan kehakiman kami. Jadi apa yang perlu kita lakukan di sini, saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua adalah untuk menubuhkan satu Royal Commission of Inquiry. Satu RCI perlu ditubuhkan untuk menyiasat salah guna yang ditimbulkan tersebut. Adakah dakwaan-dakwaan ini benar atau tidak. Hanya orang yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas Ketua Hakim, Tan Sri Md. Raus bin Sharif tersebut boleh melaksanakan tugas ini. It is not possible dengan izin untuk Ketua Hakim sekarang untuk melaksanakan tugas ini tanpa persepsi bebas sekiranya beliau melakukan siasatan ini. Jadi ini adalah satu perkara yang saya seru kepada pihak kerajaan sekarang untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya. Isu yang kedua of course adalah isu sekarang yang hangat iaitu isu berkenaan dengan death penalty dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah satu perkara yang amat serius terutamanya sekiranya ia adalah berkenaan dengan jenayah-jenayah kepada golongan tertentu seperti kanak-kanak. Baru-baru ini kita mendengar berita buruk berkenaan seorang bayi berusia sembilan bulan yang telah pun dengan begitu kejamnya dirogol dan dibunuh akibat perkara ini. Jadi apakah hukuman yang sewajarnya yang perlu kita laksanakan. Ini adalah satu perkara yang perlu dipertimbangkan dengan serius. Adakah death penalty wajar dikekalkan untuk kes-kes serius ini ataupun wajar dihapuskan untuk kes-kes kesemua. Saya berpandangan bahawa– saya minta maaf, saya akan habiskan, Tuan Yang di-Pertua. Saya berpandangan bahawa elemen ataupun aspek mandatori death penalty itu perlu dihapuskan, perlu diabolish untuk kesemua jenayah tetapi sama ada discretion kepada hakim itu perlu dikekalkan, itu perlu kita buat kajian yang lebih mendalam untuk kita mengambil langkah yang sewajarnya dari langkah ini. Saya ada banyak isu lagi Tuan Yang di-Pertua untuk saya nak timbulkan but memandangkan suntuk...
Masa terhad.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua sekali lagi kerana memberi saya peluang untuk membahas perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Lubok Antu dan selepas Yang Berhormat Lubok Antu baru Yang Berhormat Kepala Batas. Silakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2019 yang bertemakan, ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak seperti yang diuar-uarkan merupakan equal partners dengan izin dalam pembentukan Malaysia. Sebagai equal partners, Sabah dan Sarawak sepatutnya juga mendapat peruntukan belanjawan yang seimbang dengan Malaya.
Apa yang menyedihkan, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak ternyata masih sama seperti yang diberikan oleh Kerajaan UMNO/BN dahulu. Apa bezanya kerajaan baharu Pakatan harapan ini dengan kerajaan dahulu dalam melayani serta menyantuni Sabah dan Sarawak? Ironinya, Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara terutamanya daripada hasil minyak dan gas. Saya menyuarakan terutamanya hak Sarawak agar diberi peruntukan yang lebih seimbang dan banyak untuk mempercepatkan pembangunan di Sarawak yang sejak 61 tahun dahulu ketinggalan dalam arus pembangunan. Sayugia diingatkan sebagai equal partners dalam pembentukan Malaysia, kita rakyat Sarawak tidak harus ditinggalkan dalam arus pembangunan. Justeru, daripada segi perjawatan dalam kerajaan, saya juga mengingatkan Kerajaan PH agar memberi kesaksamaan dalam sektor awam. Saya menyeru agar komuniti Dayak di Sarawak terutama kaum Iban diberi tempat untuk menyandang jawatan tertinggi kerajaan terutama untuk jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Sarawak. Ramai anak Dayak atau Iban yang layak serta berkebolehan untuk menyandang jawatan-jawatan ini. Sementara itu, saya juga menyeru agar golongan cerdik pandai dalam kalangan Dayak terutama kaum Iban juga diberi peluang setempat untuk berkhidmat dalam GLC sama ada di Sarawak ataupun di Semenanjung. Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap bukan sebagai pembangkang tetapi kebenaran harus diutarakan. Dari segi pendidikan, saya berharap agar Kerajaan PH terus memperkasakan bidang pendidikan terutama di luar bandar seperti Sarawak. Sekiranya kita pergi ke luar bandar di Sarawak, banyak sekolah yang telah usang dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air bersih. Saya berharap Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan khas untuk menyelenggarakan sekolah-sekolah di Sarawak. Justeru, saya juga menyeru agar khidmat guru profesional seperti guru yang pakar di dalam bahasa Ingggeris, matematik, sains dan teknikal profesional seperti guru yang pakar di dalam bahasa Inggeris, turut dihantar ke sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, agar dapat menyeimbangkan tahap kualiti pendidikan yang ditawarkan antara bandar dan luar bandar. Secara tidak langsung, ini dapat membina modal insan di luar bandar seperti di Sarawak. Pengambilan guru interim, tiada seorang pun di kalangan orang Dayak. Saya mohon Menteri Pendidikan mengkaji semula kuota kemasukan pada guru interim. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial. Inisiatif kerajaan memperuntukkan hampir RM29 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang merupakan peningkatan sebanyak 7.8 peratus, berbanding tahun lepas amat significant dengan hasrat rakyat terutama di luar bandar, untuk mendapat kemudahan kesihatan. Besar harapan saya agar penantian rakyat di luar bandar terutama di kawasan saya di Parlimen Lubok Antu untuk melihat Hospital Lubok Antu akan didirikan pada tahun hadapan. Saya turut berharap agar kerajaan bagi kemudahan klinik kesihatan yang ada sekarang ini di Lubok Antu yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di luar bandar. Saya juga ingin meminta jasa baik kerajaan untuk menempatkan para doktor pakar di kesemua hospital di kawasan Parlimen luar bandar terutama di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, demi menjamin kesejahteraan rakyat, pihak kerajaan juga harus menambah kemudahan hemodialisis di kawasan hospital kerajaan di luar bandar untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan ini. Realitinya rakyat di luar bandar seperti di Lubok Antu yang menggunakan kemudahan ini terpaksa pergi ke hospital lain seperti di Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan kemudahan ini kerana hospital terdekat seperti
di Hospital Betong dan Hospital Sri Aman tidak dapat menampung pertambahan pesakit yang memerlukan kemudahan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan melalui inisiatif memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan melalui inisiatif memastikan pembangunan seimbang iaitu membina dan menaik taraf jalan raya, jalan luar bandar dan jambatan dengan peruntukan RM926 juta. Saya berharap kerajaan akan turut memastikan kawasan Parlimen Lubok Antu akan dapat manfaat peruntukan ini. Saya ingin menegaskan agar Jalan Ulu Skrang perlu dinaik taraf serta membina jambatan di sungai-sungai yang dilalui Jalan Ulu Skrang. Saya juga berharap agar kerajaan dapat menyalurkan peruntukan untuk membina dan baki Jalan Ulung Kari, Lemanak perlu dibuat pada tahun hadapan bagi memastikan rakyat di luar bandar tidak ketinggalan dari arus pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, inisiatif kerajaan untuk meluaskan akses bekalan elektrik dan air di luar bandar dengan peruntukan RM694 juta dan RM738 juta masing-masing begitu penting untuk semua kawasan Parlimen di luar bandar terutamanya di Sarawak. Di Lubok Antu, saya berharap agar semua kawasan yang belum dapat akses bekalan elektrik dan air akan mendapat bahagian dalam peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan ini. Apa yang paling penting, saya berharap agar semua sekolah di kawasan Parlimen Lubok Antu dapat disambungkan dengan bekalan elektrik dan bekalan air bersih pada tahun hadapan, demi keselesaan para guru dan pelajar. Baru-baru ini, Kerajaan GPS Sarawak telah meluluskan peruntukan RM31 juta untuk air pancut. Sedangkan rumah panjang di kawasan saya di Engkilili, Lubok Antu belum mendapat bekalan air terawat pada masa kini. Jambatan Darul Hana menelan belanja berjuta-juta oleh Kerajaan GPS Negeri Sarawak sedangkan Jambatan Nanga Kesit runtuh ditelan air yang telah ditularkan di media sosial sekarang ini. Apakah itu terbela selama ini? Saya minta Kerajaan Pakatan Harapan, jangan dipinggirkan pembangunan di kawasan saya Lubok Antu. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif kerajaan untuk memastikan Sabah dan Sarawak terus dibangunkan dengan memberi peruntukan sebanyak RM5.009 juta untuk Sabah berbanding dengan RM4.133 juta pada tahun 2018. Saya berharap agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat memastikan peruntukan ini digunakan sebaik-baiknya untuk sampai kepada rakyat. Saya berharap agar Kerajaan Persekutuan memantau sebaik-baiknya penggunaan peruntukan ini di Sarawak. Saya mencadangkan agar kesemua Parlimen terutama sekali di luar bandar agar diberi peruntukan khas daripada peruntukan RM4.346 juta untuk memastikan pembangunan di kawasan Parlimen di luar bandar Lubok Antu dapat disegerakan. Tuan Yang di-Pertua, balai bomba harus diberikan keutamaan di kawasan Lubok Antu, memandangkan kawasan saya agak jauh daripada Betong. Sejak beberapa bulan yang lepas, tiga kebakaran berlaku di kawasan Lubok Antu. Semua harta benda tidak dapat diselamatkan memandangkan terlalu jauh di kawasan daripada balai bomba. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada fokus pertama Belanjawan 2019 iaitu melaksanakan reformasi institusi, saya berharap agar kerajaan terus mendukung ketelusan serta accountability dalam pelaksanaan Belanjawan 2019 ini. Semoga semua peruntukan betul-betul sampai kepada rakyat. Sekiranya tidak telus serta bertanggungjawab dalam agensi pelaksanaan, rakyat yang akan sengsara. Oleh itu, saya berharap kerajaan mewujudkan jawatankuasa bebas pemantauan pelaksanaan Belanjawan 2019 demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Apa yang penting, duit pembayar cukai iaitu rakyat tidak disalahgunakan. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan dengan pembentangan Belanjawan 2019 ini. Dengan ini, saya menyokong keseluruhan, tetap menyokong Belanjawan 2019 ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana peluang dan juga ruang yang diberi untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 dalam waktu-waktu yang berbaki ini yang dibentangkan pada 2 November yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, kita sudah dengar hujah-hujah yang dibangkitkan sama ada daripada blok pembangkang mahupun daripada blok pihak kerajaan yang banyak antara lain mewarnai perbahasan berkaitan Belanjawan 2019 kali ini yang juga menyentuh antara lain rasa risau, rasa gusar, ketidaktentuan dan ada juga ketidakjelasan dalam perkara-perkara tertentu yang sekali gus memberi gambaran bahawa pembentangan Belanjawan 2019 kali ini dapat dilihat seakan-akan agak longgar dan not really promising, dengan izin. Ini sememangnya dapat dilihat walaupun belanjawan ini memperuntukkan RM316 bilion tetapi ia beralaskan kepada kedudukan fiskal yang makin merosot pada 3.7 peratus. Kemudiannya pada tahun berikutnya 3.4 peratus sehinggalah tahun 2021 pada tiga peratus. Ia memberi makna bahawa kita akan terus berada pada keadaan keberhutangan yang berterusan malahan menambah. Lebih parah lagi bila mana belanjawan ini seakan-akan memperlihatkan rasa ketidakpedulian dalam memberi, berkongsi ataupun belanjawan secara merata kepada pihak rakyat di peringkat bawahan terutamanya di kalangan B40 dan ini sememangnya terbukti dan telah diungkapkan berulang-ulang kali oleh rakan-rakan saya sama ada di pihak kerajaan mahupun juga di pihak pembangkang dan sebagaimana juga yang disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson yang saya fikir merupakan antara perkara yang amat-amat memberi pengertian yang sama sekali tidak memberi makna kepada rakyat di peringkat bawahan. Cuma saya hendak tekankan di sini ialah berkaitan secara spesifik berkaitan dengan isu Kementerian Luar kerana pada saya, saya mempunyai penghormatan dan juga sanjungan kepada Menteri Luar yang saya lihat merupakan seorang yang mempunyai dinamik yang ada keinginan dan iltizam untuk menjulang dasar-dasar luar negara untuk meletakkan negara di persada yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa. Namun apa yang dibangkitkan oleh beliau ketika mengemukakan usul dasar-dasar Kementerian Luar nampaknya tidak difahami oleh Menteri Kewangan. Ini terbukti bila mana dalam Belanjawan 2019, peruntukan yang diberi kepada Kementerian Luar hanyalah berjumlah RM748 million. Hakikatnya ia lebih rendah daripada 2016 dan lebih rendah lagi pada 2015. Mungkin 2015 kerana waktu itu kita menjadi Pengerusi ASEAN boleh difahami tetapi ia hanya sekadar tinggi satu peratus sahaja daripada Belanjawan 2018. Amat berbeza dengan negara-negara kita di ASEAN. Kita melihat peningkatan yang cukup tinggi di Thailand, di Filipina, di Singapura sebanyak empat peratus, di Indonesia sebanyak hampir lapan peratus dan kalau kita lihat kalaulah peruntukan kepada Kementerian Luar ini kita dollarized, kita convert into dollar kerana kebanyakan operasi Kementerian Luar berada di pejabat-pejabat perwakilan di luar. Hampir 60 ke 66 peratus perbelanjaannya ialah denominated in dollar kebanyakannya. Kalau kita dollarizedkan daripada RM748 juta yang diperuntukkan, bererti ia bersamaan dengan USD178 juta sekadar untuk membuat bandingan negara lain. Kalau di Filipina, peruntukannya adalah USD366 juta bererti satu kali ganda. Kalau di Indonesia USD530 juta, manakala di Singapura negeri yang kecil tetapi USD363 juta. Ini menunjukkan bahawa apa yang dihasratkan oleh Menteri Luar Negeri hakikatnya tidak difahami malahan ianya akan menyebabkan kakitangan yang berada di Kementerian Luar akan berdepan dengan kemelut yang cukup menyukarkan mereka. Oleh kerana di luar negara kita dapat memahami bagaimana terpaksa mereka berdepan dengan inflasi di negara hos, bermakna terpaksa berdepan dengan kos-kos kenaikan berkala tahunan. Demikian juga polisi-polisi negara contohnya katalah minimum wage. Kalau di Europe, kebanyakannya minimum wage adalah di Germany EURO1,000 minimum wage bersamaan dengan RM4,000. Ini semua akan menjadi hambatan kepada duta-duta dan para perwakilan kita untuk melaksanakan dengan adanya peruntukan yang sebegini kecil yang diberi kepada Kementerian Luar. Saya bangkitkan ini kerana ini adalah masalah yang dihadapi oleh
Kementerian Luar dan saya harap bahawa Menteri dapat menilai dan juga dapat memberi penekanan kepada Menteri Kewangan perihal kewangan. Oleh sebab inilah pentingnya untuk kita melihat dan memahami isu dasar luar kerana dasar luar ini sebagaimana yang disebut oleh Henry Kissinger. Beliau mengatakan, “No foreign policy has any chance of success, no matter how clever one can be. If it is born in the minds of a few and carried in the hearts of none”. Maknanya kalau tidak adalah penjiwaan, pemahaman yang memahami keperluan dasar luar dan juga keperluan yang diperlukan, maka ia akan menyaksikan apa yang dihajati kononnya untuk memperkasakan dasar luar negara hanya sekadar tinggal mimpi semata-mata. Seperkara lagi yang saya hendak tekankan adalah berkaitan dengan apa yang sering dibangkitkan di bawah Kementerian Luar juga berkaitan dengan ratifikasi instrumen- instrumen antarabangsa terutamanya instrumen yang berada di bawah hak-hak asasi manusia ataupun human rights. Banyak kita dengar bahawa perbahasan banyak meneliti tentang soal ICERD. Saya hendak jelaskan kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan yang mulia ini bahawa ICERD itu adalah salah satu sahaja daripada core instrumen daripada sembilan instrumen di bawah UNHRC. Hakikatnya Malaysia telah pun menandatangani tiga instrumen dan hanya bererti enam instrumen yang belum ditandatangani. Untuk makluman, daripada 197 negara seluruh dunia hanya 24 negara sahaja yang meratifikasikan keseluruhan sembilan instrumen. Bererti less than 15 percent, sebab itu saya memikirkan bahawa tidak perlu wujud ketergesaan, an obsession untuk meratifikasikan ICERD apatah lagi ia merupakan satu konvensyen yang cukup contentious di negara kita. Walhal kita ada banyak lagi yang saya anggap sebagai konvensyen yang mungkin boleh ditandatangani dengan keadaan yang mudah seperti International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance. Demikian juga dengan International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families. Kalaulah kita dapat menandatangani dua yang mana less contentious daripada ICERD, kita sudah berada sama dengan US malahan kita berada sama juga dengan Singapura dan kita juga berada pada paras yang lebih tinggi daripada negara-negara yang lain. Jadi saya fikir bahawa soal ICERD ini adalah soal yang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pelbagai dan ramai di kalangan rakan-rakan adalah soal yang sebenarnya bukanlah yang wajar didahulukan kerana ia bukan ada compulsion daripada UNHRC pun untuk kita menandatangani. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan ASEAN. Saya hendak tahu daripada Menteri Luar sejauh mana code of conduct yang dimulakan pada awal tahun ini bagi tujuan untuk mengawal dan keselamatan di Laut China Selatan terutamanya yang sememangnya kita tahu amat penting dapat telah tercapai di Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini. Demikian juga dengan berkaitan dengan isu Rohingya yang sememangnya diakui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan bahawa ini adalah bukan isu dalaman Kerajaan Myanmar, tetapi menjadi isu sejagat dan rantau ASEAN dan saya hendak tahu bagaimana sejak Kofi Annan meninggal dahulunya kita ada Advisory Council of Kofi Annan yang telah melakukan syor-syor kepada Kerajaan Myanmar.
Saya hendak tahu bagaimana sejak Kofi Annan meninggal, dahulunya kita ada Advisory Council of Kofi Annan yang telah melakukan syor-syor kepada Kerajaan Myanmar. Namun, sekarang kita hendak tahu, apakah progress terkini? Bagaimana kedudukan masyarakat Rohingya yang sememangnya menjadi perjuangan oleh kerajaan kita dengan banyak bantuan termasuklah perkara yang kita lakukan melalui field hospital dan sebagainya? Saya hendak tahu, sama ada perkembangan terkini ini dapat menjadikan apa yang dimulakan oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini dapat dilakukan dengan baik oleh kerajaan pada hari ini. Jadi, saya fikir itu sahaja antara perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri secara spesifik yang ingin saya bangkitkan. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibu. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas di dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2019 atau Belanjawan 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang bertanggungjawab dan pragmatik, yang tidak mengutamakan retorik dan janji-janji yang mungkin tidak direalisasikan seperti belanjawan Kerajaan GPS di negeri Sarawak baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Perbelanjaan negara atau negeri haruslah merancang perbelanjaan secara berhemah dan berhati-hati. Ini supaya duit hasil cukai rakyat tidak disalahgunakan dan dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti baru-baru ini, Kerajaan GPS Sarawak menggunakan RM31 juta untuk membina musical fountain di hadapan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, RM31 juta boleh digunakan untuk pembinaan sebuah sekolah untuk mendidik pakar modal insan negara. Akan tetapi, sekarang digunakan untuk membina satu musical fountain yang overpriced dan tidak ada orang yang berani bertanggungjawab terhadapnya. Saya memohon supaya SPRM harus menyiasat kes musical fountain di Dewan Undangan Negeri Sarawak ini dan semua projek mega di Sarawak. Baru-baru ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, bahawa beliau akan menggunakan RM1.5 bilion sebagai peruntukan walkabout. Ini memang melampau dan tidak ada transparency dalam perbelanjaan peruntukan walkabout tersebut. Semua perbelanjaan ini harus dipantau dan disiasat supaya kesejahteraan rakyat terjamin. Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin menyentuh tentang perkara mengenai kelemahan urus tadbir institusi kerajaan. Saya banyak menerima aduan daripada orang ramai bahawa pentadbiran negara masih mempunyai masalah seperti– saya berikan beberapa contoh. JPJ Sibu masih tidak boleh menguruskan e-Bidding atau tender untuk mendapatkan nombor plat istimewa walaupun sudah lama diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, di Sibu JPJ. [Disampuk] Seterusnya ialah banyak pegawai kerajaan tidak menguasai polisi-polisi kerajaan seperti kastam. Apabila orang ramai ingin menanya sesuatu tetapi selalunya diberitahu bahawa mereka tidak tahu dan harus merujuk kepada Kuching atau Putrajaya. Saya berasa masalah ini harus ditangani dengan cepat supaya expectation rakyat dapat dicapai. Juga KDN merupakan cabaran yang paling secretive dan polisi selalu bertukar. Keadaan ini memang menyukarkan orang ramai untuk membuat permohonan tertentu. Seperti baru-baru ini, saya menerima satu aduan daripada Sekolah Teologi Methodist, Sibu yang memohon kelulusan untuk pengambilan pelajar antarabangsa. Sebenarnya Sekolah Teologi Methodist, Sibu adalah sebuah kolej yang amat terkenal di Sibu. Ia juga merupakan satu kolej teologi yang tertua di Sarawak, iaitu sebelum penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Secara rasminya ia ditubuhkan pada tahun 1954 dan didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961, pada tahun 1969. Setahu saya, sebenarnya untuk sekolah atau kolej yang didaftarkan di bawah Akta Pelajaran, ia tidak perlu mendapatkan kelulusan daripada KDN untuk pengambilan pelajar antarabangsa. Akan tetapi, sekarang mereka harus memohon untuk mendapatkan kelulusan untuk pengambilan pelajar antarabangsa pada setiap tahun dan polisi selalu bertukar. Pihak kolej diminta untuk membekalkan dokumen-dokumen yang selalu berlainan pada setiap tahun. Sehingga sekarang, kelulusan untuk tahun ini belum lagi dikeluarkan. Satu contoh lagi ialah pelajar antarabangsa diminta untuk memberikan insurans sebelum mereka tiba di Malaysia. Sebelum ini, pelajar antarabangsa hanya perlu memberikan insurans selepas mereka sudah tiba di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang industri pelancongan. Saya ingin menegaskan bahawa usaha kerajaan dalam memajukan ekopelancongan masih belum memadai. Negeri Sarawak merupakan negeri yang paling
berpotensi di dalam ekopelancongan tetapi masih belum menampakkan usaha yang kukuh dan berimpak dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan. Saya difahamkan bahawa setiap tahun banyak duit diperuntukkan oleh kerajaan untuk pembangunan industri pelancongan. Akan tetapi, tidak nampak banyak kesan atau impak yang besar. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya meneliti masalah ini, saya berasa bahawa kekurangan penglibatan kerajaan tempatan atau majlis daerah dalam usaha Kementerian Pelancongan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon Kementerian Pelancongan supaya melibatkan Ahli Parlimen dan kerajaan tempatan dalam usaha merancang projek-projek pelancongan tempatan seperti di Sibu. Ini boleh membantu kementerian untuk membuat perancangan yang lebih memenuhi keperluan tempatan. Bukan hanya merancang demi merancang sahaja. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang masalah sekolah daif di Sarawak. Saya berpendapat bahawa masalah sekolah daif ini memang satu masalah yang tiada pengakhiran. Ini kerana bangunan sekolah memang akan terus usang dan menjadi daif. Salah satu sebab yang saya perhatikan ialah kualiti kerja yang kurang memuaskan oleh kontraktor dan bangunan sekolah yang tidak economic. Saya ingin mengulangi lagi, pengalaman saya apabila saya berpeluang untuk melawat sebuah sekolah yang baharu dari segi reka bentuk iaitu SMK Sungai Merah. SMK Sungai Merah merupakan satu sekolah yang besar tetapi sekarang menghadapi masalah kos penyelenggaraan yang tinggi kerana kualiti pembinaan sekolah yang kurang memuaskan. Akibatnya, bangunan rosak dan usang dengan cepat. Kalau tidak ada peruntukan untuk penyelenggaraan yang diberikan, saya berasa dalam lima tahun atau sepuluh tahun sekolah itu juga akan menjadi sekolah daif. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, satu impression kepada saya ialah apabila melawat sekolah itu, ialah sekolah itu overdesign. Bukan sahaja melibatkan kos pembinaan yang tinggi, banyak ruang di dalam bangunan sekolah tersebut adalah pembaziran. Tidak ada sky bridge pada setiap tingkat, structured dome dan sebagainya. Saya rasa sekarang kita haruslah bersikap economic dari segi design atau reka bentuknya. Design sekolah haruslah mengimbangkan butiran seperti kos penyelenggaraan. Banyak sekolah yang tidak mendapat peruntukan penyelenggaraan, mereka hanya biarkan kerosakan bangunan sekolah tersebut dan akan menjadi daif. Saya harap Kementerian Pendidikan mengkaji semula reka bentuk bangunan sekolah di Malaysia. Ini supaya ia berlandaskan konsep economic dengan kos penyelenggaraan yang rendah supaya masalah sekolah daif ini boleh ditangani dengan lebih berkesan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas laluan untuk saya sama-sama membahaskan Belanjawan 2019. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya berkenaan dengan belanjawan yang melibatkan pelajar IPT. Kerajaan menyentuh isu tentang peruntukan biasiswa, aktiviti penyelidikan IPT, program latihan, pembayaran balik PTPTN dan yang paling membimbangkan apabila kita melihat bahawa terdapat bantuan-bantuan yang sebelum ini seperti kad siswa tidak lagi diteruskan demi kepentingan pelajar.
Saya berasa bersyukur apabila Yang Berhormat Menteri ada menyentuh akan mempertimbangkan tentang baucar buku. Kita sedia maklum buku-buka adalah merupakan rujukan yang penting untuk seorang pelajar terutamanya di IPT. Oleh itu, saya berpandangan bahawa baucar buku ini perlu diteruskan walaupun terdapat sedikit kelompangan, misalnya yang mana kalau kita tengok sebelum ini, kes-kes pelajar-pelajar menjual baucar buku untuk mereka dapatkan wang.
Penambahbaikan yang perlu dibuat juga adalah antaranya kita awalkan pemberian baucar buku ini kerana pada yang lepas, kes-kes yang didapati pemberian baucar ini diperoleh di pertengahan semester yang mana awalnya pelajar telah pun berhabisan untuk membeli buku-buku dan juga berhabisan duit untuk membuat fotostat copy nota-nota dan sebagainya. Jadi kita kata kita hendak melahirkan graduan-graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang tetapi jika bantuan begini kita tidak dapat teruskan, saya risau harapan ini tidak dapat direalisasikan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang elaun minimum latihan industri. Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang pelajar yang membuat latihan industri. Dia belajar di sebuah kolej berkenaan dengan spa. Saya tanya berapa ringgit elaun? Dia kata RM500. Berapa lama? Setahun. Masya-Allah, lama. Bayangkan kalau majikan yang dia membuat praktikal itu tidak menjaga lojingnya, tidak memberi bantuan makan dan sebagainya, bagaimana kehidupan pelajar ini? Sebab itu saya minta pihak Kementerian Pendidikan untuk memantau. Adakah pihak kementerian mempunyai modus operandi bagi melihat bagaimana kebajikan pelajar- pelajar yang menjalani latihan industri ini dari segi kedudukan mereka, pembelajaran sewaktu praktikal dan juga prasarana dan juga persekitaran mereka sewaktu praktikal ini dijalankan? Kita tidak mahu ada majikan-majikan yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan ataupun cuba mengeksploitasi pelajar-pelajar ini demi kepentingan mereka. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang soal belia. Pertamanya berkenaan dengan Majlis Perundingan Belia Negara yang mana sebelum ini saya sebagai pemimpin belia di peringkat daerah dan juga nasional terdedah dengan Majlis Perundingan Belia daerah, negeri dan kemudiannya negara. Akan tetapi apabila dua tahun lepas, kalau tidak silap saya, sudah tidak ada lagi majlis perundingan belia daerah dan juga negeri— yang hanya ada hanyalah di peringkat kebangsaan. Sedangkan Majlis Perundingan Belia ini dibuat untuk daerah bagi melihat pembangunan belia luar bandar khususnya bagi membincangkan pembangunan belia setempat. Hal-hal yang dibincangkan majlis perundingan belia di daerah ini baik kerana kita boleh mendapat respons ataupun maklum balas khusus untuk anak muda di sesuatu kawasan ataupun di sesuatu daerah terutama sekali yang berkait rapat dengan akar umbi. Pendekatan ataupun engagement yang direct sebegini khusus dekat dengan masyarakat memberi kelebihan kepada mereka apabila Majlis Perundingan Belia ini dapat dilaksanakan dan seterusnya di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Jadi apabila pendekatan hari ini hanya ada di peringkat kebangsaan sahaja, saya takut, saya khuatir suara belia kurang didengari. Malah, contohnya di Parlimen Masjid Tanah yang berada di bawah Daerah Alor Gajah, peranan agensi kerajaan dan juga NGO juga dilihat hari ini kurang mesra belia apabila majlis perundingan belia ini dimansuhkan di peringkat daerah dan juga negeri berbanding pada yang lepas. Dengan adanya majlis perundingan belia ini di setiap daerah, kepelbagaian demografi akan dapat dilihat dan juga lebih berkesan berbanding sekarang yang hanya fokuskan di peringkat nasional. Jadi saya harap pihak kementerian dapat melihat tentang perkara ini. Keduanya, saya ingin menyentuh tentang Dana Bantuan Pentadbiran yang melibatkan belia. Peringkat daerah menerima RM40,000 Dana Bantuan Pentadbiran, negeri mendapat RM80,000, kebangsaan saya pasti lebih ribu-ribunya. Saya dimaklumkan oleh ahli-ahli belia di kawasan yang mana kali ini hanya terdapat 17 sahaja badan gabungan yang memperoleh sebahagian daripada peruntukan yang telah pun diluluskan pada Bajet 2018. Daripada 17 ini, tujuh datangnya daripada daerah dalam negeri Kelantan, satu Majlis Belia Negeri iaitu Kelantan. Maksudnya orang Kelantan bertuah. Daripada 17, lapan daripadanya dapat pada negeri Kelantan. Apabila dirujuk kepada kementerian, mereka mengatakan bahawa sudah tidak ada lagi dana pentadbiran untuk persatuan-persatuan belia ini. Jadi, ini adalah tidak adil untuk persatuan-persatuan belia yang lain kerana mereka hari ini hendak buat mesyuarat agung pun mereka tidak ada dana. Bagaimana kita hendak memperkasakan belia terutama sekali belia di luar bandar bagi kita mengangkat suara anak muda ini malah untuk membuat engagement seterusnya dengan mereka? Jadi saya berharap pihak kementerian dapat melihat tentang perkara ini.
Dan ketiganya tentang belia dan sukan ini, saya ingin menyentuh tentang peranan Pesuruhjaya Sukan. Kita melihat di bawah Akta 1997, Pesuruhjaya Sukan ini dikuatkuasakan di bawah Akta tersebut yang mana ia mendaftar badan sukan— antara fungsinya— dan juga mengawal selia atau pantau badan sukan. Juga menangani isu-isu yang melibatkan badan sukan. Dari pemerhatian saya, Pesuruhjaya Sukan ini mempunyai banyak kerja, mempunyai besar tanggungjawabnya, namun mereka kekangan dari segi sudut kakitangan yang boleh membantu menguatkuasakan dan juga membantu menyelia persatuan-persatuan sukan. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya dapat memperkasakan Pesuruhjaya Sukan ini dengan memberi lebihan bajet untuk mereka menambah lagi kakitangan supaya segala perihal tentang persatuan sukan ini dapat dibantu dan dibuat dengan lebih lancar lagi. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang belanjawan berkaitan kesihatan. Dalam soal kesihatan ini, saya ingin menyentuh dua perkara iaitu integrasi data rekod kesihatan dan juga hal kebajikan. Baru-baru ini saya bertemu dengan makcik saya yang duduk dekat FELDA Jengka, Pahang, dia datang ke rumah anaknya di Masjid Tanah, Melaka, tiba-tiba dia mengalami kesakitan terpaksa balik ke Hospital Jengka. Anaknya pun kerja tidak seberapa tetapi kerana apa kena pergi balik Hospital Jengka? Kerana rekod kesihatannya hanya di Hospital Jengka sahaja yang ada. Maksudnya tidak ada integrasi daripada rekod kesihatan antara Hospital Jengka dengan Hospital Alor Gajah. Jadi sebab itu kalau dapat diperkasa, diperbaiki dan ditambah baik sistem online supaya integrasi maklumat antara pesakit di seluruh hospital di Malaysia ini alangkah lebih baiknya dan dapat memudahkan rakyat kita Malaysia. Dalam hal yang berkaitan dengan kebajikan haiwan, ramai orang Malaysia yang cukup cintakan haiwan. Jadi saya harap agar dapat kita melihat mereka-mereka ini yang membantu haiwan-haiwan yang terbiar. Kucing anjing gelandangan juga harus dibela. Bukan hanya gelandang manusia tetapi mereka ini juga cinta haiwan, kita harus juga melihat tentang usaha mereka supaya mereka ini dapat ditingkatkan peruntukan kepada klinik-klinik veterinar dan juga NGO yang mengerakkan aktiviti-aktiviti mereka. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas dan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan yang mana seriusnya untuk membanteras rasuah. Akan tetapi pada masa yang sama, kita juga harus melihat bahawa isu dadah juga adalah merupakan isu yang cukup kritikal. Sebab itulah saya ingin menyentuh tentang soal Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang mana dipertanggungjawabkan tentang hal-hal dadah, tetapi minta maaf cakap, mereka ini tidak terserlah dari segi kredibiliti mereka. Kerana apa? Mereka tidak ada uniform pun sebagaimana badan-badan yang lain macam bomba, macam ini. Sedangkan mereka inilah yang membuat tugasan penguatkuasaan, rawatan, mereka inilah yang kejar cari penagih dan sebagainya tetapi mereka ini juga tidak kita lihat dari segi kebajikan dan juga dilindungi daripada kesihatan mereka. Yang mana mereka ini apabila membuat penguatkuasaan, mereka terdedah pada bahaya. Bahaya kepada penyakit AIDS, penyakit TB dan sebagainya. Ada satu kes saya tengok, dia membuat penguatkuasaan sampai terjebak dijangkiti dengan TB. Bukan TB biasa, Tuan Yang di-Pertua, tetapi TB tulang dan sampai hari ini dia menderita. Bagaimana nasib anggota-anggota AADK ini? Kita tidak cerita lagi tentang soal bahan keselamatan yang digunakan. Mereka hanya ada cota dan gari, tidak ada senjata api. Macam mana latihan taktikal tidak ada diberikan. Patutnya mereka harus diajar bagaimana hendak defend diri. Saya sudah hendak landing dah, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh tentang umrah. Isu umrah sewaktu saya berada di MoTAC, saya lihat bahawa isu ini cukup penting sekali. Namun, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) ini— yang berkaitan dengan pelbagai inisiatif berkaitan umrah dengan pelbagai pihak.
Saya ingin bertanya hal berkaitan umrah ini wajar diselaraskan di bawah satu badan khusus sebagaimana Tabung Haji. Adakah ada sebarang perancangan dipihak kerajaan
untuk mewujudkan pentadbiran urus yang lebih sesuai dalam menguruskan hal-hal berkaitan umrah, memandangkan isu ini lebih luas, bersifat cross-cutting melibatkan pelbagai agensi, kementerian dan juga pelbagai industri. Paling utama agama Islam itu sendiri yang memberi impak, malah individu yang terlibat dalam umrah ini lebih daripada 200,000 orang, lebih daripada jemaah yang hendak pergi haji. Jemaah yang hendak pergi haji hanya 30,000 orang hingga 40,000 orang, tetapi umrah 200,000 orang jemaah. Pengurusan umrah masih dilihat sebagai business as usual, walaupun setelah setahun lesen khas umrah itu diperkenalkan. Soalan saya yang terakhir, apakah status semasa cadangan penambahbaikan industri umrah ini dengan penambahbaikan industri umrah, dengan adanya perpindahan pengurusan kepada pihak Jabatan Perdana Menteri ataupun JAWHAR dalam tempoh masa spesifik yang telah ditetapkan bagi perpindahan tanggungjawab tersebut. Saya minta kalau MoTaC sekiranya benar-benar serius untuk membantu, kerana apa saya cakap ini Yang Berhormat? Kerana hari ini kita dalam bulan November, tidak lama lagi bulan Disember, Januari, yang inilah waktunya tempoh ramai penipuan-penipuan umrah akan berlaku. Saya minta MoTaC standby, tambahkan penguat kuasa, tambahkan anggota untuk membantu membanteras penipuan umrah ini. Saya rasa itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Wangsa Maju.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan bajet yang sangat seimbang untuk tahun 2019. Dalam keadaan kerajaan berdepan dengan situasi kewangan yang mencabar, pelbagai kelegaan diberikan kepada golongan termiskin B40 tentu sekali sangat dialu-alukan. Akan tetapi, saya ingin menegaskan di sini bahawa di samping menyusun masyarakat berdasarkan pendapatan isi rumah di dalam memberi peruntukkan perlu juga kita melihat kepada pelbagai kumpulan yang kurang bernasib baik seperti warga emas, kanak-kanak dan OKU. Di dalam kebanyakan masyarakat kumpulan dominan sentiasa mendapat sumber paling banyak, manakala golongan-golongan kecil cenderung menerima peruntukan pembangunan yang sangat sedikit. Pada hari ini saya memilih untuk bersuara mewakili satu kumpulan iaitu kumpulan warga emas. Selaras perubahan demografi negara, dasar-dasar dan undang-undang perlu dilihat semula peruntukan yang diberi kepada kumpulan ini. Ini kerana dalam masa 12 tahun sahaja Malaysia bakal memasuki kategori the aging society. Di mana 15 peratus daripada populasinya adalah masyarakat yang berusia 60 tahun ke atas. Pada hari ini bantuan keperluan asas hidup untuk golongan warga emas adalah terhad. Bantuan kerajaan hanya datang dalam bentuk rumah-rumah kebajikan bersubsidi yang diurus oleh badan-badan kebajikan. Potongan harga tambang untuk pengangkutan awam, perubatan bersubsidi dan bantuan kebajikan kecil untuk mereka yang langsung tiada tempat bergantung. Justeru itu, ramai warga emas termasuk bekal kakitangan rendah kerajaan berdepan kekangan kewangan yang berterusan kecuali jika mereka mempunyai simpanan yang besar ataupun mempunyai anak-anak yang sanggup menanggung mereka. Tuan Yang di-Pertua, memberi bantuan kebajikan di sana-sini tidak menyelesaikan masalah keperluan pesara dan warga emas, persoalan penting yang mesti kita tanya ialah bagaimana kerajaan dapat membantu kehidupan dan kewangan populasi warga emas yang semakin meningkat ini supaya setiap orang yang telah berkhidmat untuk negara ini dapat menikmati kehidupan pesara yang baik. Malaysia seperti kebanyakan negara mempunyai skim pencen contohnya Tabung Persaraan dan EPF, satu bentuk simpanan wajib untuk golongan pekerja. Akan tetapi sistem ini ada dua kelemahan yang besar, yang pertama ia mengabaikan mereka yang bekerja sendiri seperti nelayan, peniaga-peniaga kecil dan petani. Ia juga mengabaikan golongan tanggungan seperti suri rumah dan OKU. Kelemahan kedua ialah kebanyakan pesara akan kehabisan seluruh simpanan EPF dalam masa 10 tahun selepas bersara.
Dalam banyak negara-negara maju, di samping skim pencen untuk kakitangan pekerja, terdapat juga skim pencen yang meliputi semua golongan di dalam negara. Contohnya di Australia, selain memiliki superannuation satu skim yang serupa dengan EPF kita, mereka juga mempunyai skim pencen yang tidak memerlukan caruman individu. Di negara Kanada juga selain mempunyai Canada Pension Plan untuk pekerja, terdapat juga Old Age Security Programme kepada mereka yang layak. Program itu juga tidak memerlukan caruman dan ia ditanggung oleh kerajaan. Di Jepun pula, selain insurans pencen kakitangan, semua rakyat yang berumur di antara 20 tahun hingga 59 tahun diwajibkan untuk membayar satu jumlah tetap ke dalam sistem tabung pencen negara. Di bawah sistem ini, satu kategori pencen juga dicipta untuk mereka yang bekerja sendiri dan satu lagi kategori untuk tanggungan. Jadi di dalam semua negara-negara maju ini, kehidupan majoriti warga emas mereka dapat dijaga. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sebagai sebuah negara membangun, mungkin tidak mampu membantu sebanyak seperti yang diberikan di negara maju. Namun meninggalkan segmen besar populasi kita yang bekerja sendiri dan golongan tanggungan tanpa persediaan hari tua, hanya akan mengeruhkan lagi populasi warga emas yang bakal dihadapi Malaysia tidak lama lagi. Saya mencadangkan supaya satu skim pencen yang meliputi semua warganegara dilaksanakan, diperkenalkan di Malaysia. Kita boleh belajar daripada sistem yang dilaksanakan di negara Jepun. Memperkenalkan skim pencen untuk semua melalui sumbangan oleh kedua-dua pihak individu dan kerajaan bukan sahaja memberi persediaan kewangan kepada semua warga emas tetapi juga akan membantu mengurangkan beban kerajaan di dalam menanggung populasi yang semakin dimakan usia ini. Dalam tahun 2010, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia telah dicipta untuk menampung golongan yang bekerja sendiri. Skim kini telah dijenamakan semula sebagai i- Saraan. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berapa ramai yang telah menyertai skim tersebut sehingga hari ini? Saya syak kebanyakan kumpulan sasar tidak sedar kewujudan skim tersebut. Akibatnya ramai tertinggal dari menyertai skim ini. Namun saya berpendapat negara ini sedang bergerak ke arah yang betul di dalam mengiktiraf keperluan memberi pencen untuk semua. Namun bagi memastikan skim tersebut berjalan secara berkesan, skim ini perlu dirombak skop dan mekanismenya. Cadangan saya adalah seperti ia perlu berdasarkan secara kewajipan, it has to be compulsory sebab sekarang skim ini berasaskan secara sukarela, it has to be replaced it, it won’t work.
Saya juga mencadangkan di dalam skim baharu ini individu menyumbang mengikut satu peratus- tetap pendapatannya. Manakala kerajaan menyumbang berdasarkan kepada satu sliding scale. Contohnya bagi golongan peniaga dan profesional yang berpendapatan tinggi, mereka akan menerima peratusan yang lebih kecil. Katalah tiga peratus hingga lima peratus caruman daripada kerajaan sedangkan golongan yang berpendapatan rendah akan menerima peratus caruman lebih besar. Contohnya 15 peratus hingga 30 peratus dari kerajaan. Saya berharap cadangan-cadangan saya akan dapat dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya menyeru kepada rakan-rakan Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini untuk berusaha bersama-sama kepada untuk mewujudkan satu skim pension untuk semua di seluruh negara kita. I would like to quote Warren Buffett sebagai kesimpulan ucapan saya, “Someone is sitting in the shed today because someone planted a tree a long time ago”. So, rakan-rakan Yang Berhormat, I think let us start planting the tree so that our senior citizens in future, will have a better and more secured retirement. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jasin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasa ini. Pertama saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan walaupun beliau tidak ada, timbalannya pun tidak ada. Akan tetapi tidak mengapalah, saya ucapkan syabas sekurang-kurang menjadi satu sejarah di atas pembentangan sulung beliau ini. Apa pun sebelum saya meneruskan ucapan saya ini, saya ingin mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, sama ada sebelum pembentangan bajet ini ianya telah dibentangkan dan mendapat maklum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- kerana ini penting. Kita dapat lihat dan juga sama ada ia telah dihalusi dan diteliti ataupun tidak oleh semua ahli Kabinet sebelum ianya dibentangkan di Parlimen ini. Saya menanyakan soalan ini kerana daripada segi pengisian, daripada segi liputan, kualiti, kekuatan dan juga kecenderungan bajet ini ada banyak tanggapan yang mempunyai niat buruk. Ini tanggapan biases yang terselit dalam bajet ini yang sebenarnya tidak mencerminkan kebijaksanaan dan juga keadilan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan Pakatan Harapan yang cuba tonjolkan. Apa yang lebih menghairankan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun membayangkan tentang kemungkinan beliau akan membentangkan bajet tambahan. Sedangkan bajet ini belum habis kita bahaskan lagi dan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini telah menguatkan lagi keyakinan saya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri tidak berpuas hati dengan bajet yang baharu dibentangkan. Seingat saya selama 61 tahun kita merdeka, peristiwa ini belum pernah berlaku. Walaupun sebelum ini, tiap-tiap tahun sebelum pembentangan bajet dibuat, beberapa bulan sebelum itu diadakan dialog dengan semua stakeholders dengan semua NGOs, dijemput petani, penternak dan nelayan untuk turut serta bagi kita mendengar rintihan mereka daripada peneroka-peneroka FELDA, misalannya. Tidak cukup dengan itu, dijemput rakyat semua memberikan cadangan terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada ketika tersebut. Saya hendak tanya sama ada perkara ini dibuat? Ataupun terus dibuat sahaja. Kita copy and paste sahaja. Inilah tanggapan orang ramai yang sepatutnya kita jawab sendiri. Keduanya, benarkah ekonomi negara kita ini akan tumbuh dengan lebih baik pada tahun 2019 berbanding dengan tahun ini? Ini kerana dengan keadaan ekonomi global yang begitu mencabar pada ketika ini, bukan sahaja kita berhadapan dengan peperangan perdagangan daripada US-China, US-EU, dan banyak negara lain yang sedang menghadapi ancaman pada ketika ini. Macam mana yang kita boleh katakan ekonomi kita akan berkembang pada tahun 2019 sedangkan hasil kita masih lagi kita samar-samar lagi. Kehidupan rakyat sebenarnya banyak bergantung pada pertumbuhan ekonomi. Selain kita memerlukan keamanan dan juga keselamatan, pada para 13 Yang Berhormat Menteri telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi kita pada tahun ini adalah sebanyak 4.8 peratus. Itu sebab Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengingatkan sahabat- sahabat saya jangan- kita berhentikan membuat tuduhan-tuduhan palsu kepada kerajaan yang lalu. Kita lihat daripada pertumbuhan ekonomi sahaja sudah cukup menggambarkan kalau tahun lepas tahun 2017 pertumbuhan kita 5.9 peratus, sekarang 4.8 peratus makannya kita telah menurun kepada 1.1 peratus. Saya hendak tahu, apakah sebenarnya faktor utama yang telah menyebabkan kejatuhan kadar pertumbuhan ekonomi kita sebanyak 1.1 peratus ini. Sedangkan defisit kita Tuan Yang di-Pertua pada tahun 2017 hanya tiga peratus. Kita menjangkakan tahun ini kita akan capai 2.8 peratus. Akan tetapi sekarang unjuran kerajaan baharu ini dikata pula 3.7 peratus defisitnya. Dalam keadaan yang cukup mencabar pada tahun hadapan, dia kata defisit kita akan berkurang 3.4 peratus. Saya hendak minta kalau boleh kita hendak minta penjelasan daripada beliau kerana pertumbuhan ekonomi kita perlahan sedangkan hasil kita berkurangan. Bahkan kita dapat lihat dengan penuh confidence pula Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengunjurkan ekonomi kita akan meningkat 4.9 peratus pada tahun hadapan. Sekalipun kadar yang saya sebut tadi, keadaan pertumbuhan ekonomi yang cukup mencabar, sebagai
sebuah negara perdagangan kita terdedah kepada ancaman-ancaman ini. Pada hari ini kita dapat lihat duit kita jatuh lagi RM4.19 sen. Kalau kita tengok daripada Mac, tahun yang sama kita duit kita RM3.21 sen. Sekarang RM4.19 sen. Kita tengok pula pasaran saham kita apabila dibentangkan kewangan selalunya pasaran saham akan reaksi. Reaksi dia melonjak harga. Akan tetapi apa yang terjadi sekarang? Pasaran kita menjunam jatuh. Hari ini pasaran saham kita telah jatuh lagi 1,690 mata. Jadi ini tidak bagus. Jadi ini satu daripada tanggapan yang patutnya kita sama-sama lihat. Dalam konteks senario tersebut, pada tahun hadapan menurut Yang Berhormat Menteri pula seperti di para lapan dalam ucapan beliau, dalam pembentangan beliau, perdagangan dunia pula diunjurkan akan merosot 0.2 peratus kepada empat peratus. Dia maklum benda ini, tetapi dia kata ekonomi kita akan tumbuh. Dalam masa yang saya dijangka sektor domestik sendiri tidaklah begitu memberangsangkan kerana kedudukan kerajaan Pakatan Harapan, saya mohon maaf kalau saya tersilap, apa yang saya lihat tidak stabil. Kesepakatannya begitu longgar dan rapuh serta haluannya bercelaru. Pasti keadaan ini tidak menimbulkan keyakinan yang mantap di mata para pelabur khasnya dan sektor swasta amnya, mereka tidak boleh menaruh harapan kepada kerajaan kita pada ketika ini. Justeru dipercayai mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Maka pelaburan FDI dan DDI kita tidak akan mengalir masuk ke dalam negara. Tanpa pelaburan, bagaimanakah ekonomi kita akan tumbuh? Dalam pada itu, peruntukan kerajaan sendiri adalah RM10 bilion lebih rendah berbandingkan dengan peruntukan 2018.
Kita jangan terlalu asyik tengok peruntukan tahun ini tinggi RM316 bilion, tahun lalu RM290 bilion. Maknanya kita ada pertambahan RM26 bilion tanpa kita lihat bahawa sebenarnya kita juga telah masukkan dalam bajet kita untuk membayar tuntutan-tuntutan daripada GST dan juga Lembaga Hasil sebanyak RM35 bilion. Wang ini sangat penting untuk kita bincangkan dan kita hendak tengok kalaupun kerajaan akan membayar semula tuntutan- tuntutan daripada GST dan juga Lembaga Hasil, kita hendak setiap tuntutan yang dibuat mestilah diperiksa dan diteliti dan diaudit secara halus kerana kita tidak mahu ada penipuan. Saya hendak kalau boleh direkodkan di dalam dewan ini semua tuntutan yang dibuat sama ada GST dan juga Lembaga Hasil jangan ada penipuan walaupun kita tidak akan bayar. Kita sudah hutang orang kita bayar tetapi janganlah bayaran itu kita buat secara sewenang- wenangnya. Ketiga, kelewatan kita membayar kepada kontraktor-kontraktor yang sudah lama kerja mereka disiapkan. Dalam keseronokan Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut bilion-bilion ringgit tetapi saya hendak sebut di sini, akibat keputusan Yang Berhormat ambil bukan sahaja banyak projek yang patut kita laksanakan dihentikan bahawa kerja-kerja yang telah pun disiapkan berbulan-bulan belum bayar lagi. Apa sebabnya? Lantaran itu bukan sahaja pertumbuhan ekonomi kita terjejas, kita menguncup 1.0 peratus malah sekali gus Yang Berhormat telah berjaya membunuh ramai kontraktor dan para pekerja mereka yang terpaksa diberhentikan kerana tidak mampu membayar gaji. Saya hendak sebut perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Perkara ini terjadi dalam kawasan saya. Dua masjid telah pun diluluskan pembinaannya. Satunya di Bemban sebanyak RM5 juta dan satunya lagi di Tehel RM4.5 juta. Saya hendak kalau boleh jawapan daripada Yang Berhormat Menteri kenapakah projek yang telah dibuat, yang telah dilaksanakan sebanyak 15 peratus tiada pembayaran langsung. Selepas itu, projek kedua 4.5 peratus telah pun diluluskan dan dipilih kontraktor tetapi akhirnya saya telah dimaklumkan oleh pejabat JKR projek itu telah ditarik semula. Kenapa? Ini masjid Tuan Yang di-Pertua. kita ada obligasi kita. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya- mereka yang teraniaya ini adalah kontraktor kecil dan tidak mempunyai modal yang besar serta para pekerja yang di bawah mereka dengan keluarga mereka- siapakah kebanyakan mereka? Sudah tentulah mereka lah kontraktor, peniaga serta pekerja Melayu. Daripada kalangan usahawan pula dan ahli-ahli perniagaan, mereka merintih pada ketika ini kerana ini berasaskan daripada peluang perniagaan yang cukup terhad. Pendek kata ekonomi kita pada ketika ini suram dan juga
muram. Perkara ini mesti dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri supaya kita semua dapat betul-betul maklum dan insya-Allah negara kita akan tumbuh. Saya hormati Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mencukupi dan tidak mengizinkan walau banyak perkara yang hendak saya timbulkan. Akan tetapi apa pun berhentilah kalau boleh kita menuding jari pada Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. Bahkan sekurang- kurangnya kita mesti bersyukur bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat telah mewarisi sebuah kerajaan yang cukup mantap, sebuah kerajaan yang berjaya. Apa tidak, pertumbuhan ekonomi kita cukup hebat sekali dan telah diakui bukan sahaja oleh Bank Dunia bahkan seluruh dunia bahawa kita dalam keadaan yang cukup mencabar tetapi kita telah berjaya bukan sahaja memberikan kesejahteraan, keamanan bahkan kemakmuran kepada seluruh rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Perbekalan 2019. Saya mengambil maklum pendirian Kewangan Kerajaan dalam bajet ini akan terus melaksanakan Dasar Fiskal Berkembang- Expansionary Budget, iaitu jumlah dibelanjakan ekonomi lebih tinggi berbanding jumlah kutipan hasil. Dalam bajet ini juga kerajaan telah membuat disclosure, pendedahan terhadap inisiatif off-budget dan juga strategi CAT kerajaan iaitu Competency, Accountability dan Transparency. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pengumuman dalam bajet ini terhadap kemudahan cuti tanpa rekod kepada penjawat awam yang beragama Buddhist, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme untuk tujuan keagamaan tujuh hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Ini adalah seperti setara dengan penjawat awam beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah. Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut. Saya meminta butiran pekeliling tersebut boleh dirunding dengan Malaysian Consultative Council of Buddhist, Christianity, Hindu, Sikh dan Taoisme. Ini akan memberikan manfaat kepada melebihi 200,000 penjawat awam beragama bukan Islam di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan beberapa pengumuman Belanjawan 2019 dan juga dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang membawa berita baik kepada negeri Pulau Pinang. Antara lain pemansuhan tol bermotosikal di jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang, Zon Duti Bebas di Port Swettenham Pulau Pinang, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang serta pembesaran dan penambahbaikan kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Seperti dilaporkan di dalam tinjauan fiskal dan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan 2019 bahawa harga purata petroleum pada tahun dianggarkan pada tahun 2019 dan tahun 2020 antara USD60 dan USD70. Tuan Yang di-Pertua, Brand Crude Oil Futures tutup pada USD65.46 per barrel pada pukul lima malam semalam sampai pada tahap yang terendah dalam tujuh bulan. Polisi negara US juga inginkan harga minyak yang terendah untuk mengurangkan kesan inflasi di ekonomi US. Tambahan pula Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Sabah telah meluluskan pindaan Undang-undang Tanah untuk membolehkan kutipan cukai untuk hasil semula jadi yang boleh di ekstrak dari perairan termasuk hasil minyak. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk memberi satu maklum balas terhadap perubahan semasa terkini sama ada di peringkat antarabangsa dan juga di DUN Sabah dan Sarawak. Implikasi terhadap kewangan Petronas. Ini penting kerana dalam bajet ini juga merangkumi satu dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion untuk membayar tunggakan balik cukai GST dan cukai pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga meminta Kementerian Pengangkutan untuk menerbitkan master plan untuk lapangan terbang untuk kapal terbang. Terdapat banyak cadangan untuk menubuhkan lapangan terbang antarabangsa. Di Pulau Pinang ada cadangan, di Kedah dan juga di Perak perlu ada satu perancangan futuristik memandangkan sektor penerbangan ini mempunyai ruang yang cukup besar untuk pembangunan. Belanjawan ini juga ada cadangan untuk menjelmakan lapangan terbang kita kepada Real Estate Investment Trust (REIT), Airport REIT yang pertama di dunia.
Saya faham bahawa ini adalah satu usaha untuk unlock the assets dalam Bahasa Inggeris yang ingin mengubahkan kepada Airport Real Estate Investment Trust yang barangkali dijangka membolehkan membawa hasil- ada penganalisis menjangkakan membawa hasil RM4 bilion. Saya dapati bahawa ini merupakan pengumuman dan seperti yang kita tahu bahawa airport adalah satu aset ataupun satu property strategic assets yang penting dan airport bukan sahaja ada car park, ada free trade duty zone, FMB tetapi juga control tower dan runway. Saya meminta supaya pangkalan aset diselia perlu dihalusi. Ini kerana Airport REIT ini perlu dihalusi dengan lebih teliti kerana ia juga melibatkan sovereignty dan juga kedaulatan strategic asset yang begitu penting. Airport merupakan satu highly regulated area, satu tempat yang dikawal selia dengan tinggi. Saya rasa perkara ini perlu diperhalusi dan juga memastikan bahawa apa-apa cadangan untuk menjadikan airport kita sebagai dalam REIT untuk menjana wang yang hasil ini perlu diberikan satu perhatian yang sangat serius dan satu kajian yang sangat menyeluruh. Ini kerana still ada contoh-contoh yang lain, di tempat lain. Hanya kita yang ingin menjadikan Airport REIT ini pertama kali di dunia.
Saya juga menarik perhatian bahawa tentang Airbnb. Ini kerana kutipan hasil pelancong kita, RM10 setiap malam, setiap bilik ini, masih belum merangkumi Airbnb. Saya rasa bahawa ini adalah berpotensi perlu kita - saya telah menerima banyak aduan dari penduduk-penduduk kawasan saya kerana tempat saya adalah di kawasan Bukit Bendera ada pantai, ada bukit. Oleh itu, ia merupakan tempat pelancongan yang amat popular dan terdapat aktiviti-aktiviti Airbnb yang telah membawa kerunsingan kepada penduduk tempatan bahawa terdapat kacau ganggu terhadap jiran-jiran dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti sewa jangka pendek sama ada Airbnb, HomeAway ataupun iBilik. Kita apabila mengambil kawal selia, kita perlu mengawal selia Airbnb ini seperti kita mengawal selia Grab. Ini kerana sebelum ini Airbnb tidak ada satu usaha pendaftaran yang serius. Kita pun tidak tahu siapa dalam website Airbnb. Hanya ada satu telefon nombor sahaja, tidak ada alamat surat-menyurat ataupun pejabat Airbnb di Kuala Lumpur dan sebagainya. Kita perlu mengawal selia. Kita perlu belajar daripada negara-negara lain. Negara Singapura telah mulai mengawal selia terhadap Airbnb dan kita mempunyai potensi untuk mengutip cukai apabila kita membuat pendaftaran. Apabila kita mengeluarkan peraturan untuk kawal selia, kita boleh juga mengutip cukai. Ini juga boleh walaupun tidak dimasukkan dalam belanjawan ini. Tahun depan, kita boleh mengawal selia Airbnb dengan kutipan cukai. Saya juga mengambil maklum bahawa- saya mengkaji dalam bajet ini bahawa Kumpulan Wang Warisan yang diperuntukkan RM30 juta pada bajet tahun lalu tetapi tidak diperuntukkan tahun ini, RM30 juta untuk Kumpulan Wang Warisan. Kumpulan Wang Warisan ini sebenarnya untuk memulihara dan menjaga bangunan-bangunan warisan seperti yang disenaraikan dalam Akta Warisan Kebangsaan. Sekiranya kita melaksanakan kutipan cukai terhadap Airbnb ini, kita boleh menggunakan kutipan cukai ini untuk memenuhi peruntukan untuk memulihara bangunan warisan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan pengumuman kerajaan bahawa kos 50 peratus hasil kutipan cukai bagi cukai pelancongan yang diterima kepada negeri- negeri berkenaan. Saya rasa Pulau Pinang akan mendapat manfaat yang besar kerana Pulau Pinang mempunyai banyak kutipan cukai pelancongan. Saya mengalu-alukan juga pengumuman kerajaan tentang usaha mendrafkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal atau Fiscal Responsibility Act dan juga Akta Perolehan Kerajaan dan juga perakaunan akruan yang menggantikan perakaunan asas tunai mulai 2021. Saya berharap ketiga-tiga usaha ini boleh dipercepatkan dan dilengkapkan dalam masa satu tahun dan bukan seperti dua tahun atau tiga tahun seperti yang diumumkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan Satu Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion. Dalam buku ‘Economy Outlook 2019, ia telah menyatakan Malaysia menduduki tangga kelima dari segi average 4G speed di Asia Tenggara, di belakang Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar. Saya rasa perkara ini memang tidak boleh diterima. Saya ingin mendengar, apakah pelan NFCP ini dengan strategi serta apakah sasaran supaya Malaysia boleh memperbaiki 4G speed dan menduduki tangga top three dalam senarai average 4G speed di Asia Tenggara?
Kerajaan juga perlu bergerak pantas dari segi regulating cryptocurrency. Securities Commission Malaysia telah mengumumkan bahawa ada Initial Coin Offering (ICO) akan mula diselia 2019. Saya dapati bahawa Bank Negara dan juga Securities Commission Malaysia selalu lambat dari segi kawal selia terhadap inovasi-inovasi baru ini. Sebelum ini ada money games. Apabila Bank Negara masuk untuk kawal selia, telah terlambat beberapa bulan dan saya rasa cryptocurrency dan Initial Coin Offering (ICO) ini Securities Commission Malaysia perlu memberikan satu tumpuan yang serius dan juga supaya produk-produk inovasi ini dapat dikawal selia untuk melindungi kepentingan pelabur dan juga kepentingan orang ramai. Dalam masa itu juga, kerajaan boleh juga mengenakan cukai dan mendapatkan hasil, menambahkan hasil negara dengan produk-produk yang terbaru ini. Dengan ini, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Baram.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengawalkan giliran saya pada petang ini. Terima kasih juga kerana diberikan kesempatan untuk turut berbahas untuk Belanjawan 2019 seperti yang di bentang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tempoh hari. Bagi kita di kawasan pedalaman, apabila musim pra bajet ini dulu, kita ingat bahawa apabila terbentangnya bajet yang pertama untuk Kerajaan PH, kita sangat mengharapkan agar bajet ini akan membawa lebih kebaikan kepada rakyat khususnya yang di luar bandar. Namun, seperti yang pernah disebut oleh seorang mantan pemimpin di negeri Sarawak dulu, awal-awal kita kata dia memang manis tetapi kemudian dia tidak berapa manis. Ini pun saya rasa memang sudah jadi dengan bajet kita ini. Saya berpendirian begitu Tuan Yang di-Pertua oleh kerana untuk wilayah Sarawak dan juga untuk wilayah Sabah, peruntukan pembangunan yang dibentangkan oleh Kerajaan PH ini, walaupun lebih sikit daripada apa yang telah dibentangkan oleh kerajaan dulu, tetapi yang sikit ini saya rasa tidak begitu cukuplah. Oleh kerana seperti yang saya sebut semasa saya turut berbahas dalam KSP dua minggu yang lepas, mengikut kajian yang dibuat oleh State Planning Unit Wilayah Sarawak, negeri ataupun wilayah Sarawak memerlukan peruntukan dalam anggaran RM154 bilion untuk melaksanakan berbagai-bagai pembangunan di wilayah Sarawak untuk memastikan supaya wilayah Sarawak tidak lagi ketinggalan menjelang tahun 2030. Anehnya dan sedihnya, kita di kawasan pedalaman merasakan bahawa peruntukan yang diberikan untuk pembangunan wilayah Sarawak yang bernilai kira-kira RM4.4 bilion itu adalah tidak mencukupi sebab kalau kita mengambil puratanya Tuan Yang di-Pertua, menjelang tahun 2030, wilayah Sarawak memerlukan peruntukan sebanyak kira-kira RM12.75 bilion setiap tahun. Ini untuk memastikan supaya kemajuan yang ada diwujudkan, yang ada di wilayah Semenanjung ini dapat dikejarkan oleh kita di Sabah dan di Sarawak ini. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Baram boleh kita kata adalah kawasan yang paling dapat mencerminkan keadaan-keadaan yang kurang mundur di Sabah dan Sarawak. Sebab di Parlimen Baram, kita pada masa ini, hampir 90 peratus daripada jalan raya yang ada di daerah Baram ini ataupun di kawasan Baram ini adalah jalan balak ataupun bekas jalan balak iaitu jalan tanah ini.
Selebih itu adalah di bandar atau di pekan-pekan seperti Pekan Long Lama, Pekan Marudi dan Pekan Beluru. Satu ataupun dua kilometer dari pekan ini adalah jalan balak dan jalan tanah ini. Ini pun sudah berkali-kali disebut bukan sahaja oleh kita dari pembangkang tetapi juga disebutkan oleh kita dari pihak kerajaan dan bukan kerajaan hari ini. Akan tetapi, yang memang disebutkan juga dahulu oleh kerajaan yang satu ketika dahulu di sebelah sini. Bererti masalah pembangunan khususnya jalan di daerah ataupun di kawasan Parlimen Baram memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya hendak mencadangkan supaya untuk mengubahkan cara hidup kita di kawasan pedalaman khususnya di daerah Baram. Jalan-jalan balak ataupun jalan-jalan
bekas jalan balak ini diberi keutamaan dengan segera. Saya ambil contoh dii kawasan Baram, kita amat-amat memerlukan satu jalan yang sepanjang kira-kira 300 kilometer iaitu dari Pekan Lapok. Saya sebutkan sekali lagi dari Pekan Lapok menuju ke kawasan pedalaman khususnya ke satu tempat yang dinamakan sebagai kilometer 10 dan dari kilometer akan terus ke kawasan Bario ini. Saya percaya dan yakin bahawa jalan ini memang sudah lama ada dalam blueprint wilayah Sarawak tetapi sampai hari ini, dia tinggal lagi masih jalan balak ini. Saya mohon supaya jalan ini di baik pulih ataupun diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensi- agensi yang tertentu supaya jalan ini dapat mengubah nasib rakyat di kawasan Baram sebab saya yakin bahawa jalan ini bolehlah kita kata sebagai the game changer untuk Parlimen Baram ini. Di samping itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mencadangkan lagi dua jalan iaitu jalan dari Pekan Lapok yang sama tadi menuju ke Ulu Tinjar dan menuju ke Long Jegan dan pergi ke Long Sobing ke Long Atun dan terus ke kawasan Apau Nyaring supaya ini juga menjadi laluan utama ini. Di mana yang lain itu yang dari Long Lama- Pekan Long Lama pergi ke Long Bedian dan mulai dari Long Bedian kita cadangkan supaya sebuah batang jalan juga dibina untuk menyambungkan kawasan ini dengan kawasan-kawasan lain khususnya yang menuju dari Long Bedian pergi ke Long Seridan dan terus ke Long di kawasan Lawas ini. Ini boleh kita katalah sebagai jalan alternatif daripada Pan Borneo yang sedang ataupun yang akan dibina dalam masa yang terdekat ini. Ini saya rasa adalah antara jalan-jalan yang penting dibuat di daerah Baram ini. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga dari bekalan air, bekalan elektrik dan sekolah yang daif sebut sahaja mana-mana inilah kata- inilah sifat-sifat ataupun characteristic, dengan izin, yang wujud di daerah Baram ataupun Parlimen Baram ini. Saya mohon supaya apa yang telah diterangkan supaya RM4 bilion ini diguna pakai untuk sebahagian daripada ini diguna pakai untuk menyelenggarakan sekolah, klinik, jalan dan seterusnya bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan Baram. Dengan kesempatan ini, oleh sebab masa tidak mengizinkan saya hendak memohon penjelasan dari kementerian berkenaan dengan status menaikkan taraf jalan balak iaitu bekas jalan balak di kawasan Baram yang pernah- yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu yang saya rasa dalam digolongkan dalam fasa yang ketiga ataupun yang keempat dan ini pun telah diluluskan dan saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan status pelaksanaan projek ini sama ada dia diteruskan ataupun sebaliknya dan kalau minta-minta dia disambungkanlah. Sebab ini, sudah pun ini jalan memang penting untuk kita di kawasan Baram ini. Di samping itu, last Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan bekalan api dan bekalan air di kawasan nelayan di hilir Pekan Marudi sebab kawasan air dekat situ adalah air masin, Yang Berhormat Miri. Air masin dekat situ dan bekalan air dekat situ adalah bergantung 100 peratus dengan air hujan sebab gravity feed pun tidak dapat dibina sebab dia adalah kawasan rendah. Saya rasa sebagai kesimpulan dengan adanya pegawai kerajaan yang ada sekarang ini, dengan adanya slogan yang mengatakan rule of law, yang mengatakan bahawa kita memang mengambil hakikat bahawa kawasan pedalaman di negeri Sarawak dan Sabah ini adalah kurang maju dengan adanya komitmen ini, dengan adanya political will ini, mohon kerajaan yang ada sekarang untuk laksanakan political will ini supaya negara kita ini terus aman dan terus makmur dalam masa yang akan datang...
Masa sudah cukup.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Saratok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kerana diberikan ruang dan peluang untuk turut serta dalam membahaskan Bajet 2019. Walaupun negara dibebani hutang dan liabiliti yang berjumlah RM1 trilion lebih. Namun, Bajet 2019 yang berjumlah RM316.5 bilion lebih tinggi daripada Bajet 2018 dahulu.
Sarawak telah diperuntukkan RM4.346 bilion sahaja. Walaupun boleh dianggap tidak memadai, akan tetapi ia RM10 juta lebih daripada bajet tahun 2018. Saya tidak akan menyentuh secara terperinci bajet tersebut pada hari ini. Akan tetapi, ingin mengetengahkan beberapa isu utamanya berkaitan dengan Saratok dan Sarawak. Isu Malaysia Agreement 1963. Tuan Yang di-Pertua, banyak telah diperkatakan dan dihuraikan isu MA63 ini oleh rakan-rakan saya dari Sarawak. Isu ini amatlah dekat di hati warga Sarawak. Pada pandangan saya, isu ini mesti ditangani bersama oleh kerajaan Sarawak dan Persekutuan. Sehubungan itu, amatlah bertepatan langkah yang diambil oleh Sarawak dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil MA1963 Consultative Committee oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa persidangan minggu lepas dan dianggotai oleh semua wakil rakyat daripada GPS dan PH Sarawak juga. Jawatankuasa itu bertindak sebagai badan perunding kerajaan negeri dengan satu lagi jawatankuasa yang dibentuk oleh Kerajaan Pusat iaitu Special Cabinet Committee. Dengan tertubuhnya jawatankuasa khas ini, saya berharap agar isu yang berbangkit akan diselesaikan di meja rundingan tanpa tekanan mana-mana pihak.
Isu sekolah daif di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya telah maklumkan di sidang dahulu terdapat 1,020 sekolah daif di Sarawak di mana 415 buah berada di dalam keadaan yang tersangat daif. Sejumlah RM416 juta telah diperuntukkan daripada RM500 juta yang bajet tahun 2018 telah dibelanjakan untuk membaik pulih 116 buah sekolah pada tahun 2018. Ini bermakna Sarawak masih ada 904 buah sekolah lagi yang masih perlu dibina semula atau di baik pulih. Di dalam Bajet 2019, hanya RM100 juta diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah di seluruh negara. Jumlah tersebut amatlah tidak mencukupi. Oleh yang demikian saya menyeru supaya Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan Sarawak telah menyatakan kesediaan untuk meminjamkan sejumlah wang RM1 bilion dalam bentuk soft loan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kerja membaik pulih sekolah tersebut. Kerajaan Sarawak telah menulis surat tetapi masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan. Semasa pembentangan Bajet 2019 Sarawak, RM50 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk menyambungkan sekolah yang berada berdekatan dengan power grid supaya sekolah tersebut dapat menikmati bekalan elektrik dan tidak lagi bergantung pada jana kuasa diesel yang menelan belanja yang mahal. Saya difahamkan Kerajaan Sarawak sudah menulis surat kepada Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan kebenaran kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Namun sehingga sekarang, Kerajaan Negeri Sarawak belum mendapat maklum balas lagi. Saya menyeru Kementerian Pendidikan bertindak dengan kadar segera untuk memberi kebenaran supaya kerja penyambungan elektrik ke power grid utama dapat dimulakan segera. Saya telah melihat sekolah di SMK Saratok dan SMK Kelekak. Saya mendapati keadaan yang sama begitu teruk sekali terutama almari dan katil murid. Kebanyakan muridnya tidak memiliki almari. Murid lelaki terpaksa tidur di atas pelantar kayu yang dibina di atas lantai dan tiada katil. Bayangkan suasana di mana pelajar remaja tidur beramai-ramai di atas pelantar kayu. Pada pendapat saya, ini bukanlah satu persekitaran yang sesuai bagi tempat tinggal pelajar. Justeru itu, saya meminta jasa baik Kementerian Pendidikan untuk memperuntukkan emergency fund sebanyak RM500,000 sahaja untuk membeli almari dan katil yang baharu untuk kegunaan pelajar SMK Saratok dan SMK Kelekak sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2019. Pengukuran tanah adat. Di dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11, tonggak 3.55 menyatakan aktiviti pengukuran dan pemetaan tanah adat akan dilaksanakan bagi membolehkan tanah adat itu dibangunkan. Sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan pada tahun 2018 tetapi tidak ada peruntukan disediakan dalam Bajet 2019. Di sini saya menyarankan supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan sejumlah wang dana untuk pengukuran tanah individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bukan dalam seksyen 6.
Infrastruktur jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, pada sidang pertama yang lalu saya telah difahamkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan status pembinaan Jalan Raya Bajau Kupang dan Jambatan Kerian yang mana kedua-dua projek tersebut dijangka berjumlah RM180 juta terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Justeru itu, Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan pada sidang Dewan minggu lepas untuk meneruskan segera pembinaan Jambatan Kerian dengan menggunakan dana Sarawak sendiri. Oleh yang demikian, saya menyeru agar KPLB mempertimbangkan semula pembinaan Jalan Bajau Kupang. Selain pembinaan Jalan Bajau Kubang, sama meminta KPLB menaik taraf dan menurap jalan berikut: (i) menaik taraf Jalan Ulu Awet sepanjang 13.5 kilometer; (ii) membina jalan baharu dan jambatan yang menghubungkan Jalan Ulu Awet dengan Jalan Ulu Kabo; (iii) menaik taraf Jalan Kampung Perepat; (iv) menaik taraf Jalan Kedangan Rusa dan membina jambatan membina merentasi Sungai Kerian di Kedangan Rusa; (v) menurap Jalan Mudung di Tapan Hujan; (vi) menaik taraf jalan menuju ke rumah layang dengan Ibus. Skim bantuan penanaman kecil sawit. Skim bantuan tanaman sawit pekebun kecil amatlah diperlukan di Saratok. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di Saratok lebih 2,500 pemilik tanah adat telah membuat permohonan bantuan skim tanaman sawit pekebun kecil di bawah agensi pelaksana MPOB. Maka itu, saya ingin mendapat maklum balas daripada pihak Kementerian Industri Utama dari Kementerian Kewangan, langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk membantu merealisasikan permohonan tersebut. Banyak faedah dari segi ekonomi yang boleh kita kaitkan dengan skim bantuan tanam sawit tersebut iaitu pembasmi kemiskinan di luar bandar, menyediakan peluang pekerjaan dan mengurangkan penghijrahan penduduk ke kawasan bandar. Justeru itu, menggalakkan penanaman sawit melalui skim penanaman pekebun kecil diibaratkan kata pepatah “Give a man a fish and you feed him for a day. Teach him to fish and you feed him for a lifetime.” dengan izin. Meskipun harga sawit merudum pada masa sekarang akan tetapi bagi pengusaha penanam secara persendirian masih berbaloi sekurang-kurangnya menyediakan peluang pekerjaan untuk diri sendiri. Untuk kawasan Parlimen P.205 Saratok, kita memiliki satu kawasan yang dipanggil Integrated Agriculture Development Area (IADA) yang dipanggil Kalakap Saribus Bentong yang melibatkan kawasan seluas 4,880 hektar. Dari segi peruntukan telah mendapat bantuan, tetapi saya ingin menekankan di sini kepincangan di dalam pengagihan peruntukan dari segi penyelenggaraan yang tidak merangkumi keperluan sebenar operasi. Saya difahamkan dari dua juta keperluan yang telah dipinta untuk operasi penyelenggaraan, hanya 400,000 hingga 500,000 sahaja diluluskan. Peruntukan yang lebih besar adalah ketika membolehkan struktur tebing terhakis membuatkan jalan projek dan memperkukuhkan ban-ban. Untuk makluman, kawasan seluruh skim idea Kelakak adalah 10,000 hektar. Operasi pengairan dan saliran yang diselenggarakan oleh IADA ini berbeza dengan di Semenanjung di mana kebanyakannya hanya melibatkan kawasan sawah padi. Ini berbeza dengan keadaan di Sarawak di mana kebanyakan kawasan pengairan dan saliran yang diselenggarakan oleh IADA merangkumi kawasan perkampungan iaitu tempat tinggal kepada lebih 26,000 keluarga tani. Kesejahteraan keluarga tani terlibat amatlah bergantung pada keefisienan sistem pengairan dan saliran yang diselenggarakan oleh IADA. Misalannya Kampung Payang di bawah skim IADA, Kampung Nyabur di mana sistem penyaliran terganggu akibat penghakisan runcing di tebing Sungai Sebelak yang kini menjejaskan kawasan tanaman dan sistem kawalan tatapan banjir tersebut. Permasalahan di Kampung Payang bukanlah fenomena ini akan tetapi berlaku juga di seperti Sesang dan Nyabur. Mengikut anggaran kos RM10 juta diperlukan untuk membina struktur kawalan hakisan tebingan sungai yang kukuh. Justeru itu, saya menyarankan Kementerian Pertanian memberikan peruntukan RM10 juta seperti yang diperlukan.
Isu pembunuhan Bill Kayong. Saya ingin membangkitkan kes pembunuhan Bill Kayong yang merupakan seorang pejuang tanah adat.
Minta dirumuskan.
Okey. Mendiang telah dibunuh secara kejam dengan beberapa das tembakan daripada jarak dekat pada 8.20 pagi di persimpangan lampu di Kuala Baram, Miri. Pada 10 Ogos 2018, mahkamah tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh. Namun, sampai sekarang dalang pembunuhan ini masih belum mendapat keadilan yang setimpal. Saya menyeru supaya pejabat pendakwa raya dan polis membuka semula kes siasatan ini untuk memastikan keluarga mendiang mendapat keadilan yang sebenar dengan membawa dalang ke muka pengadilan. Selagi dalang di sebalik kes ini bebas, selagi itulah mereka masih belum mendapat keadilan yang sebenar. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menghujungkan bahas saya untuk Bajet 2019 dengan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2019 ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada jumlah lapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum berbahas. Kita akan dapat selesaikan pada malam ini juga. Oleh itu, saya jemput Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, dan selamat sejahtera. Sebelum saya meneruskan ucapan suka saya membaca sepotong ayat al-Quran [Membaca sepotong doa daripada ayat al-Quran] . “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambahkan nikmat kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar kepada Allah sesungguhnya azab ku amatlah keras di sisi Allah SWT.” Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2019 pada tahun ini. Ini merupakan belanjawan kali pertama yang dibentangkan oleh kerajaan baharu selepas daripada PRU yang ke-14 baru-baru ini.
Rakyat telah pun meletakkan suatu harapan yang tinggi dengan memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan untuk memimpin dan memerintah negara ini setelah pemerintahan yang begitu lama di bawah Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Sudah tentulah harapan yang tinggi daripada rakyat ingin melihat suatu perubahan seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto sehingga rakyat tertarik dalam menyokong Pakatan Harapan pada PRU yang lepas. Kita mengharapkan supaya kerajaan dapat meneruskan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan masyarakat bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat di negara kita ini. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya perubahan dan mandat yang telah diberikan dalam PRU yang lepas. Belanjawan sudah pun dibentangkan dan rakyat sedang menanti apa yang mereka dapat daripada belanjawan yang dibentangkan ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlulah telus dalam melaksanakan belanjawan yang dibentangkan ini iaitu kerajaan perlu telus dengan rakyat berkaitan dengan peruntukan belanjawan yang besar dalam sejarah belanjawan negara kita yang dibentangkan. Dalam konteks perbelanjaan pembangunan, saya menyarankan supaya kerajaan menyatakan bahawa satu mekanisme secara terperinci dalam menyampaikan peruntukan kepada rakyat dan bantuan dan sebagainya kepada rakyat agar wang itu disalurkan dengan cara yang berhemah, dengan keadaan yang telus, adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana pihak sama ada golongan yang berada di bandar ataupun di luar bandar, sama ada di Pantai Barat mahupun di Pantai Timur hatta di Sabah dan Sarawak seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan ini, kita melihat sumber pendapatan baharu yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan di mana kerajaan mewujudkan sumber pendapatan baharu sebagai pendapatan tambahan negara. Sumber pendapatan baharu ini bagus sekiranya tidak menzalimi rakyat.
Merujuk aspek percukaian, Menteri Kewangan dalam pembentangan telah mengumumkan beberapa cadangan termasuklah cukai keuntungan harta tanah ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah dalam tempoh enam tahun ke atas dan seterusnya akan dinaikkan kadar cukai daripada kosong peratus kepada lima peratus. Persoalannya, adakah relevan kerajaan mengenakan cukai tersebut kepada rakyat yang menjual tanah mereka yang melebihi enam tahun apabila ini dilihat sedikit sebanyak membebankan rakyat khususnya golongan M40. Saya memohon agar kerajaan meneliti balik rancangan ini, cukai ini untuk mewujudkan cukai keuntungan harta tanah ini kepada individu yang menjualkan tanah dalam tempoh melebihi enam tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini juga, saya ingin menyebutkan berhubung dengan isu pendidikan. Kita melihat bagaimana kerajaan telah pun memperuntukkan begitu banyak kepada Kementerian Pendidikan dan telah pun memberi kepada beberapa jenis sekolah yang telah pun disebut secara jelas kerana telah membuat perincian bajet secara hitam putih oleh pihak kerajaan untuk pendidikan khususnya sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah menengah persendirian Cina yang buat pertama kali dimasukkan dalam belanjawan. Walaupun bajet yang diberikan ini sama rata antara sekolah agama, sekolah Cina dan Tamil tetapi kerajaan perlu melihat kepada keperluan yang sepatutnya diterima setiap rakyat yang memerlukan. Suka saya hendak sebutkan di sini iaitu peruntukan kepada sekolah agama rakyat tidak disebutkan oleh kerajaan. Walaupun ada peruntukan untuk sekolah pondok, tahfiz tetapi bukan semua SAR merupakan sekolah tahfiz. Ia dikategorikan berbeza. SAR ini dibina melalui acuan pendidikan sendiri dan mempunyai hak seperti pengasas dan pejuang sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan juga sekolah menengah persendirian Cina yang memilih acuan pendidikan sendiri. Ini kerana SAR merupakan sebuah sekolah yang kurikulumnya melibatkan dinniyah, yang melibatkan pendidikan agama dan dalam yang sama mengambil kurikulum melibatkan akademik yang di bawah Kementerian Pendidikan yang ada pada hari ini. Oleh itulah, saya mengharapkan supaya pihak kerajaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan yang ringkas ini juga, saya ingin menyebutkan satu perkara yang berlaku di kawasan saya iaitu yang melibatkan serangan ulat bungkus kepada kelapa sawit yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tanjong Malim iaitu apa yang berlaku ini merupakan suatu perkara yang penting yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Ini kerana ancaman ulat bungkus ini telah memberi kesan kepada produktiviti pengeluaran minyak sawit di Malaysia kita ini. Ini sekali gus bakal merencatkan pertumbuhan nilai eksport minyak sawit negara dengan kemerosotan hasil tandan sawit. Kesan jangka panjang serangan ulat bungkus ini yang tidak dikawal mengakibatkan pokok kelapa sawit tidak lagi efektif untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang baik. Pada hari ini, saya membawa suara rakyat khususnya di kawasan Kemaman iaitu yang melibatkan kawasan FELDA berkaitan ancaman ulat bungkus yang telah mengancam beberapa kawasan tanaman kelapa sawit terutama di Gugusan Felda Kerteh 5 yang merupakan kawasan serius yang setakat ini memberi kerugian kepada para peneroka dan peladang. Sebelum ini saya difahamkan peruntukan berkaitan pelaksanaan kawalan ulat bungkus ini iaitu sebanyak RM12.4 juta oleh kerajaan terdahulu. Persoalan saya, bagaimana peruntukan pada kali ini memandangkan isu serangan ini terus berlaku? Saya mengharapkan supaya kerajaan memberi perhatian yang serius dan memberikan peruntukan yang sewajarnya kepada usaha membasmi ataupun melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan kawalan terhadap serangan ulat bungkus ini. Saya menyarankan pihak kerajaan lebih mesra menggunakan kaedah kawalan biologi ataupun semula jadi berbanding menggunakan kaedah semburan racun kimia. Penggunaan racun kimia yang tidak terkawal boleh mengakibatkan sisa racun kimia tertentu mengambil jangka masa yang panjang untuk hilang. Akibatnya, kadar pembiakan ulat bungkus meningkat berkali ganda tanpa adanya pemangsa. Kaedah suntikan batang juga tidak sesuai bagi musim yang seumpama ini iaitu musim tengkujuh. Oleh itu, dalam belanjawan yang ada ini, saya mengharapkan pihak kerajaan dapat meneruskan apa yang dibentangkan di dalam belanjawan ini dan saya mengharapkan juga supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang sebaiknya dengan ketelusan tanpa
rasuah. Kita yakin kalaulah itu diamalkan kepada kita, insya-Allah, negara kita berterusan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Saya mengharapkan, insya-Allah, apa yang dijanjikan itu dapat dilaksanakan seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto yang telah dibentangkan dan biarlah selari dengan belanjawan yang ada ini. Rakyat akan sentiasa memerhati dan akan melihat sejauh mana pelaksanaan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya rasa sekadar ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Segamat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam belanjawan ini, Kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan satu bajet berjumlah RM315.4 bilion, merupakan satu bajet yang lebih tinggi. Saya mendapati ramai Yang Berhormat banyak berbincang mengenai perkara-perkara makro. Maka saya mengambil kesempatan untuk berbincang lebih banyak mengenai kawasan saya dan juga impaknya daripada bajet ini.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mahu jadi harimau di Asia, maka kita perlu jadi harimau di kawasan kita dahulu. Maka, apakah yang diperlukan untuk saya menjadi harimau di Segamat?
[Ketawa] Harimau Segamat.
Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, di negara ini kita perlukan tiga perkara yang penting. Pertamanya, dengan izin, adalah public order, keselamatan rakyat iaitu di bawah Kementerian Dalam Negeri. Keduanya adalah kesejahteraan rakyat dan juga kualiti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Ketiganya adalah untuk kita mempunyai, dengan izin, first-class mentality di bawah Kementerian Pendidikan. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, indeks mobiliti rakyat amatlah penting agar mereka boleh pergi bekerja dan juga ulang-alik ke kawasan dan juga untuk menjalankan tanggungjawab mereka, maka pengangkutan adalah amat penting dan ia adalah di bawah Kementerian Pengangkutan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun sejak bertahun-tahun begitu banyak bajet yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan dan juga sebagainya, walaupun Menteri Kesihatan itu sendiri adalah mantan Menteri Kesihatan daripada kawasan Parlimen Segamat tetapi kalau kita mendapati di Hospital Segamat sehingga hari ini tiada pun sistem MRI ataupun fasiliti untuk MRI, malah mereka harus dihantar ke Muar ataupun ke Johor Bahru dan hanya mempunyai beberapa sahaja kepakaran. Contohnya, klinik pakar atas lawatan seperti nefrologi adalah tiga kali sebulan, neurologi pula adalah sebulan sekali, respiratori adalah tiga bulan sekali, neurofisiologi adalah dua bulan sekali. Maknanya, ia merupakan lawatan-lawatan yang dilakukan dan sebenarnya ia adalah tidak efektif. Kebanyakan kalinya mereka akan dihantar ke hospital- hospital lain. Dengan itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta Kementerian Kesihatan untuk menyatakan status pusat kesihatan di Jalan Muar (Klinik Kesihatan Jenis 2) yang dahulunya dibajetkan sebanyak RM40 juta dan yang keduanya pusat kesihatan di Palong Timur 2 dengan RM20 juta. Bilakah Kementerian Kesihatan akan melaksanakannya? Adakah ia akan diagihkan dalam bajet ini? Seterusnya mengenai keselamatan dalam negeri pula, saya mendapati bahawa mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita harus pastikan bahawa public order, keselamatan rakyat itu adalah amat penting. Kita perlu pastikan bahawa anak-anak kita dapat berjalan kaki ke sekolah dan juga balik dengan selamat. Saya yakin pada masa ini kalau anak kecil kita hendak pergi ke sekolah, kita sudah tidak berani lagi berbanding dengan pada zaman kita. Begitu jugalah dengan fasiliti. Kalau kita hendak mereka mempunyai first-class mentality, tetapi kita berikan mereka kemudahan third-class facility maka tidak mungkin
mereka boleh buat kerja dengan baik. Contohnya, di IPD Segamat telah usang sejak tahun 1930-an, sehingga sekarang masih tidak dibuat kembali walaupun telah mempunyai beberapa cadangan. Begitu juga dengan ada pejabat-pejabat kerajaan, contohnya Civil Defence Department (Pertahanan Awam), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di Segamat, mereka terpaksa duduk di pejalan kaki. Bayangkanlah tuan-tuan, jika mereka terpaksa duduk di pejalan kaki di pejabat, bagaimana kita boleh harapkan first-class mentality daripada mereka? Maka, kesalahan itu sebenarnya bermula daripada Dewan ini kerana apabila kita tidak berjaya mengagihkan ataupun kalau Menteri Kewangan tidak berjaya mengagihkan kewangan ataupun pengagihan kepada kementerian-kementerian dengan efektif, maka tidak mungkin kita boleh ada first-class mentality. Saya juga mengambil kesempatan ini kepada KDN, kalau kita hendak kurangkan kadar jenayah di Segamat dan juga sebagainya, maka pertama sekali kita juga harus memberikan insentif. Contohnya Majlis Daerah Segamat telah pun menjadi Majlis Perbandaran Segamat tetapi OCPD nya masih berpangkat Superintendent, belum naik ACP lagi. Pertama sekali, maka saya cadangkan kepada KDN agar juga melihat kepada tahap motivasi yang diperlukan. Seterusnya mengenai pendidikan pula, maka saya ingin menyatakan bahawa yang paling penting dalam pendidikan adalah sistem pendidikan yang bagus. Saya tahu di daerah Segamat ini ada lebih kurang 90 lebih sekolah dan di Parlimen Segamat sahaja ada 60 lebih buah sekolah dan ada juga sekolah yang memerlukan fasiliti yang lebih baik. Begitu juga dengan sistem, contohnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan, daripada sekolah bantuan modal dan kita telah berjanji dalam manifesto untuk menjadikan bantuan penuh ataupun sekolah kerajaan. Saya berharap bahawa Kementerian Pendidikan akan pastikan atau memberikan jawapan, bilakah dan bagaimanakah mereka akan menunaikan janji tersebut. Walaupun isu yang dibawa itu adalah isu tanah tetapi saya yakin bahawa isu tanah ini kita tidak perlu own the tanah, dengan izin, ataupun you don’t need the ownership, you need the control. Maka tidak perlu beli tanah tersebut tetapi boleh membuat pajakan yang lama daripada ladang dan juga sebagainya. Padahal pada masa ini mereka telah pun memberikan untuk kita gunakan dengan tiada anggaran kos. Maka, kita boleh membuat pajakan untuk 50 tahun dan juga sebagainya. Maka dengan itu bahawa mereka bolehlah diangkat untuk menjadi sekolah kerajaan. Maka, tidak perlu isu tanah ini wujud lagi. Seterusnya mengenai keperluan untuk sesebuah tempat untuk dibangunkan. Dahulunya Segamat adalah bandar keempat terbesar tetapi sekarang Segamat telah agak mundur. Ini kerana kita mendapati perkembangan ini telah berlaku di bandar-bandar lain tetapi tidak terdapat di Segamat. Maka, saya cadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk adakan ataupun menjemput mana-mana universiti awam ataupun swasta untuk membuka satu cawangan di Segamat. Malah saya sendiri merayu kepada Menteri Pendidikan, jika boleh beliau berikan satu undangan untuk universiti perubatan daripada luar negara untuk dibuka di Segamat. Jika dibenarkan, saya sendiri akan cuba mencarikan rakan untuk membuka satu universiti di Segamat. Dengan itu, ia bolehlah menjadikan satu sistem kesihatan ataupun teaching-based hospital yang lebih baik di Segamat. Mengenai pengangkutan pula, Kementerian Pengangkutan, saya ingin bermula mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana baru-baru ini beliau telah pun memanggil KTM dan juga YTL berbincang mengenai stesen ETS di Batu Anam. Ini kerana stesen ETS di Batu Anam ini adalah amat penting kerana ia akan menaikkan mobiliti masyarakat Melayu khususnya di DUN Buloh Kasap. Walaupun Pakatan Harapan tertewas di DUN Buloh Kasap, saya yakin dengan adanya kita menumpukan mobiliti untuk rakyat khususnya bumiputera untuk terus dapat bekerja mahupun di Kuala Lumpur ataupun di Johor Bharu. Dengan adanya stesen ETS ini akan berhenti maka mereka bolehlah pergi untuk bekerja ataupun mendapatkan perubatan dengan kos yang lebih rendah. Maka, mobiliti ini amatlah penting. Saya juga merayu kepada KTM untuk mengadakan schedule perjalanan yang sesuai agar mereka boleh menggunakan KTM ini bukan hanya untuk bercuti tetapi juga untuk bekerja setiap hari. Mengenai Kementerian Kerja Raya pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya kerana saya telah membawa satu isu, iaitu isu kemalangan jalan raya di Persimpangan KSM dan beliau telah pun meluluskan dan saya difahamkan kerja untuk menyiapkannya telah pun siap 90 peratus. Maka dengan ini, saya mengucapkan terima
kasih kepada Menteri Kerja Raya. Pada masa yang sama, saya juga merayu dalam bajet ini agar beliau dapat agihkan RM500,000 lagi untuk Persimpangan Taman Astaka yang tidak jauh daripada Persimpangan KSM yang masih mempunyai masalah yang besar. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan bahawa lebuh raya dari Segamat ke Muar melalui Tangkak haruslah disiapkan secepat yang mungkin, begitu juga dengan jalan raya ataupun lebuh raya dari Kuantan ke Segamat dan seterusnya dari Segamat ke Yong Peng. Ini adalah perkara yang amat penting kerana bandar Segamat ini telah keluar daripada jajaran lebuh raya. Maka kalau tidak ada sistem infrastruktur yang bagus, maka susah hendak bangunkan kawasan ini. Bila susah hendak bangunkan kawasan ini, maka pendapatan rakyat di kawasan ini adalah juga terjejas. Begitu juga dengan mobiliti mereka untuk bekerja, mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan juga lain-lain. Maka, saya merayu kepada Kementerian Kewangan untuk memastikan bahawa peruntukan pengagihan diberikan kepada kementerian-kementerian tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ingin menjadi harimau Asia maka saya yakin setelah saya dengar daripada Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak, begitu juga dengan keluhan saya dari Bangsa Johor, sebenarnya kita pun tidak mendapati apa-apa yang hebat dalam bajet atau Belanjawan 2019 untuk bangsa Johor. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua pun dari negeri Johor tetapi kita mendapati kita juga seolah-olah diabaikan daripada pembangunan kali ini. Maka, saya juga mencadangkan kepada Menteri Kewangan agar juga beliau menumpukan sedikit peruntukan di selatan, Johor (Gemas Baru). Ia merupakan satu yang amat penting kerana Johor merupakan pintu masuk dari Singapura. Seterusnya, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian yang telah membantu saya agar rakyat di Segamat ini akan menjadi lebih sejahtera. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas bakal peruntukan yang akan diberikan oleh Menteri Kewangan kepada setiap kementerian dan untuk saya sendiri sebagai Yang Berhormat dari Segamat untuk menjadi harimau Segamat. Maka, saya boleh bersama-sama membantu Malaysia untuk menjadi harimau di Asia. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Hulu Selangor bangkit untuk berbahas mengenai belanjawan tahun 2019 di Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, marilah kita mengucap syukur kerana Kerajaan Pakatan Harapan buat julung kalinya melalui Menteri Kewangan telah membentangkan belanjawan tahun 2019. Pelbagai aspek telah diambil kira dan terusi. Namun, Hulu Selangor ingin memohon beberapa pencerahan dan menyuarakan beberapa cadangan yang datang dari rakyat sekalian. Moga dengan perbahasan hari ini, kita dapat bersama membina negara mampan untuk tahun 2019 ke arah Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, bagi merealisasikan agenda fokus kedua belanjawan tahun 2019, iaitu memastikan kesejahteraan rakyat. Saya ingin memohon agar pihak kementerian mempertimbangkan golongan belia individu B40 sebagai salah satu kategori yang diberikan bantuan sara hidup. Melihat aspek anak muda yang baharu saja tamat belajar dan mula mencari pekerjaan, bantuan ini dilihat dapat meringankan beban mereka. Ini turut dapat membantu mereka untuk menampung kos permulaan hidup di samping memotivasikan golongan belia agar gigih mencari peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Seterusnya menyentuh isu subsidi minyak secara bersasar. Hulu Selangor ingin bertanya, apakah mekanisme yang akan digunakan oleh pihak kementerian bagi memastikan subsidi ini diberikan kepada rakyat yang berhak terutamanya golongan B40? Kami ingin juga memohon pihak kementerian agar mempertimbangkan semula subsidi kepada pemilik motosikal. Saya menerima banyak keluhan daripada rakyat terutamanya di kawasan luar bandar ingin memohon agar pihak kementerian dapat menaikkan had cc motosikal yang layak menerima subsidi. Diharapkan pihak kementerian dapat mempertimbangkan hak pemilik motosikal yang berkapasiti 150cc ke bawah diberi subsidi.
Bagi menambahbaikkan pemberian subsidi minyak ini, Hulu Selangor turut mencadangkan agar pihak kementerian dapat memperluaskan pemberian ini. Kepada pemilik kereta persendirian yang menggunakan kereta buatan Malaysia ataupun kereta nasional, ini bukan sahaja dapat memberikan kelebihan kepada rakyat untuk menikmati subsidi. Malah ia dapat dilihat sebagai satu batu loncatan buat industri pembuatan kereta nasional. Secara tidak langsung, kita menggalakkan rakyat Malaysia untuk memiliki kereta nasional. Tuan Yang di-Pertua, bagi aspek peluang pekerjaan jika dibandingkan dengan kawasan bandar, belia di luar bandar masih jauh ketinggalan. Apatah lagi untuk merebut peluang pekerjaan yang begitu terhad. Hulu Selangor ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Sumber Manusia dapat menubuhkan sebuah pusat perkembangan latihan kemahiran di daerah Hulu Selangor. Dengan adanya pusat perkembangan ini, ia dapat membantu golongan lepasan sekolah terutamanya mempersiapkan diri dengan kemahiran- kemahiran asas yang diperlukan di alam pekerjaan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dapat menggunakan platform ini untuk persiapan diri mereka dengan kemahiran asas teknikal. Melalui inisiatif ini, kita dapat membantu melahirkan pekerja-pekerja yang memenuhi permintaan pasaran pekerjaan. Secara tidak langsung, kita dapat membantu murid lepasan sekolah ini dari terlibat dengan gejala negatif yang tidak mendatangkan hasil. Inisiatif ini dapat kita laksanakan dengan usaha sama dari pelbagai institusi pengajian, institusi dan juga Kolej Komuniti. Tuan Yang di-Pertua, bagi aspek facility kesihatan adalah amat wajar bilangan dipertingkatkan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang mana kepadatan penduduknya semakin meninggi seperti di Hulu Selangor. Sebanyak 9.12 peratus peruntukan Bajet 2019 diberikan kepada pihak Kementerian Kesihatan. Adakah pihak Kementerian Kesihatan akan membina facility kesihatan baru di Malaysia untuk tahun 2019? Apakah Hulu Selangor dapat dipertimbangkan untuk menjadi salah sebuah daerah yang dapat didirikan facility kesihatan baru ini? Jika kerajaan dapat meluluskan permohonan ini, secara tidak langsung kerajaan telah memelihara nasib rakyat Hulu Selangor khususnya dengan membantu meringankan beban rakyat yang kurang kemampuan untuk mendapatkan khidmat doktor pakar di hospital. Saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan pelbagai projek rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia. Saya juga menyokong pemberian dana untuk membantu rakyat kita yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mampu milik mereka. Namun, saya ingin memohon pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan untuk bersama melihat kembali syarat-syarat yang telah ditetapkan serta membantu rakyat dari segi mendapatkan pinjaman perumahan yang baik. Saya terima banyak aduan bahawa di kawasan luar bandar seperti Hulu Selangor, pinjaman perumahan amat sukar dipenuhi. Ada juga kes di mana pinjaman yang diperoleh begitu rendah berbanding harga sebenar rumah tersebut. Maka amat wajar untuk kita bersama melihat isu ini agar dapat kita pastikan setiap rakyat Malaysia mampu miliki rumah sendiri. Sekurang-kurangnya kita sasarkan satu keluarga, satu rumah mampu milik untuk mereka. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan merupakan satu elemen penting di negara kita. Kerajaan begitu proaktif dalam merangka pelan pendidikan untuk memastikan masa depan rakyat Malaysia berpendidikan tinggi. Amat wajar Kementerian Pendidikan menjadi penerima peruntukan terbesar bagi meneruskan agenda reformasi pendidikan. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan Kolej Komuniti. Oleh itu, Hulu Selangor ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan. Apakah ada perancangan untuk membina Institusi Pendidikan Tinggi yang baru di kawasan Hulu Selangor? Adakah peluang untuk mewujudkan universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Kemahiran di kawasan Hulu Selangor terutamanya dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional? [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Hulu Selangor amat memerlukan satu pusat pengajian tinggi untuk membantu meningkatkan taraf akademik di daerah ini. Kewujudan universiti awam di Hulu Selangor ini juga dapat menjadi pemangkin pelbagai pembangunan ekonomi penduduk setempat. Tuan Yang di-Pertua, selagi itu saya. Tuan Yang di-Pertua, saya diberitahu bahawa beberapa tahun ini inisiatif dijalankan untuk membantu anak-anak murid sekolah. Selain itu, bagi memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekal mampan dan relevan, saya mohon Kementerian Pendidikan melihat semula isu ini. Sekiranya penangguhan semula pembayaran tidak dapat dilaksanakan, diharap pihak kementerian dapat mengkaji untuk menghapuskan bayaran, dengan izin, interest yang dikenakan kepada peminjam. Para graduates amat tidak bersetuju dengan kadar bunga ini. Ya, betul, hutang perlu dilangsaikan. Akan tetapi, kita perlu ambil kira fakta para graduan yang masih menganggur dan yang baru mula bekerja. Mereka ini masih bergelut untuk menyara kehidupan. Bagaimana mereka dapat membayar pinjaman ini sedangkan bunga pinjaman ini terus berjalan. Tidakkah ini kelihatan zalim buat para peminjam ini? Justeru itu, pihak kementerian perlu cekap dalam menangani isu ini agar kita dapat memastikan generasi akan datang tidak terbeban hanya disebabkan menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelan gentian optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi di kawasan Hulu Selangor dapat dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat. Saya sering menerima aduan dan rungutan rakyat terutamanya di kawasan perindustrian. Ini sedikit sebanyak mengakibatkan kerugian kepada pengusaha kerana banyak urusan tergendala akibat infrastruktur Internet yang lemah. Ini juga memberi impak buruk kepada bakal-bakal pelabur kerana kelemahan capaian Internet yang begitu rendah. Diharap pihak berwajib dapat membantu bagi menaik taraf infrastruktur digital di kawasan Hulu Selangor. Belanjawan tahun 2019 menyenaraikan bahawa Khazanah Nasional Berhad akan membangunkan Subang sebagai hab aeroangkasa bertaraf dunia.
Namun begitu, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh daerah luar bandar bagi membangunkan kawasan ini untuk menarik lebih banyak pelabur dalam sektor aeroangkasa. Di Hulu Selangor khususnya kita telah berdiri megahnya UMW, Aerospace Sendirian Berhad yang menjadi pembekal utama kerongsong kipas enjin kapal terbang kepada syarikat pembuatan enjin Rolls-Royce. Seterusnya D7 Kilger turut bertapak di Hulu Selangor bagi mengembangkan lagi sektor pembuatan aeroangkasa.
Sila menggulung Yang Berhormat.
Yes. Hulu Selangor kini dilihat sebagai satu kawasan strategik bagi menarik lebih banyak pembangunan perindustrian aeroangkasa. Justeru itu adakah badan-badan kerajaan mahupun swasta yang terlibat dapat turut sama membangun sektor aeroangkasa di kawasan Hulu Selangor. Tuan Yang di- Pertua, sebab masa yang tidak diizinkan, saya minta diberikan satu minit.
Boleh bangkit di Peringkat Jawatankuasa.
Okey, dengan itu Yang Berhormat Hulu Selangor mohon menyokong dan Yang Berhormat Hulu Selangor menyokong Belanjawan tahun 2019. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai, lepas itu Yang Berhormat Miri. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2019.
Fokus utama ucapan saya ialah melaksanakan reformasi institusi. Kerajaan Pakatan Harapan berkata dalam Malaysia baharu, pelbagai perubahan dan penambahbaikan sistem demokrasi mahu dilaksanakan. Ramai juga Menteri Pakatan Harapan yang berjanji dalam Dewan ini kononnya Ahli Parlimen pembangkang akan diiktiraf peranannya, tiada diskriminasi dan sekatan untuk masuk ke premis kerajaan. Akan tetapi hakikat sebenar yang berlaku di zaman ini tetap sama seperti sebelum ini. Saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat di kawasan Jerai masih disekat untuk masuk ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuma yang hairannya pihak sekolah memohon sumbangan daripada Ahli Parlimen tetapi saya tidak pula dibenarkan masuk ke sekolah berkenaan. Mohon Menteri Pendidikan berikan penjelasan berkenaan polisi larangan yang hanya terhad kepada wakil rakyat pembangkang. Bukan itu sahaja, saya juga ingin meminta Yang Berhormat Ampang, yang juga Menteri KPKT untuk memberikan penjelasan mengapa pihak PBT di kawasan saya tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat yang sah. Saya tidak dijemput menyertai Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Yan, tempat saya digantikan oleh penyelaras Ahli Parlimen Jerai yang tidak pun dipilih oleh rakyat pada PRU14 yang lepas. Reformasi institusi apa yang dimaksudkan sebegini jikalau perangai masih sama dengan yang lama. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan syiar Islam. Kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019. Saya mohon perincian peruntukan ini. Saya menyambut baik peruntukan ini kerana kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Sememangnya perlu dimartabatkan lagi melalui pengimarahan masjid, surau dan institusi Islam yang lain. Cuma yang amat menyedihkan apabila berlaku suasana di Kedah seorang pegawai khas Exco Agama Kerajaan PH ini dengan angkuhnya menggertak hampir 150 imam, khatib dan setiausaha masjid sekitar daerah Kuala Muda, Yan. Adakah dengan kuasa yang baru diperoleh ini memberi lesen besar bertindak melampaui batas dan tidak menghormati ilmuan. Saya harap Menteri Agama dapatlah menasihati para pegawai lantikan politik ini tahu batas tugas dan peranan mereka agar tidak lebih susu dari kuah. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan masa hadapan Pulau Bunting. Apakah projek yang akan dilaksanakan bagi membangunkan pulau ini. Rakyat tertanya-tanya kerana dahulu dikatakan Pulau Bunting ini akan menjadi pusat pelabuhan kapal. Kemudian ada yang berkata ia akan dijadikan pusat pelancongan dan selepas itu hendak dijadikan pusat penapisan minyak, loji jana kuasa arang batu. Selepas ini apa pula. Amat rugilah jikalau ianya terbiar seperti projek gajah putih tanpa pembangunan yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk ekonomi penduduk setempat. Berhubung dengan jalan yang telah pun siap ke Pulau Bunting. Berlaku kemalangan baru-baru ini menyebabkan kematian dan ramai mengadu supaya persimpangan di selekoh itu dipasang lampu isyarat. Minta sungguh-sungguh kepada kementerian berkenaan kerana telah pun meragut nyawa yang agak ramai. Akhirnya saya ingin menyentuh berkenaan usaha memperkasakan tulisan jawi melalui program JQAF, singkatan kepada jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain. Pengajaran pemulihan tulisan jawi dilaksanakan melalui inovasi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti permainan, lagu, multimedia dan seumpamanya. Inisiatif ini memberikan suntikan semangat untuk anak-anak pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menyeronokkan. Ketika RMK-9 dahulu sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan program JQAF di peringkat sekolah rendah. Mengapa tidak dalam RMK-11 ini kita teruskan kesinambungan pembelajaran JQAF di peringkat sekolah menengah pula. Graduan tertunggu-tunggu kenapa belum dibuat lantikan guru JQAF di peringkat sekolah menengah. Bahagian Pendidikan Islam KPM wajar diberikan nafas baru dan peranan lebih besar untuk memperkasa Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, pihak KPM perlu menilai semula Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM 2013-2025) agar diberikan penekanan kepada aspek Pendidikan Islam di samping penekanan kepada penguasaan Sains dan Matematik serta bahasa. Selain itu juga penyelarasan antara program JQAF KPM juga perlu dibuat dengan sistem kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang berada di bawah bidang kuasa JAKIM dan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Negeri-negeri. Hal ini amat penting agar wujud
keselarasan modul, silibus yang diguna pakai di semua sekolah. Adakah jawatankuasa kerja sudah dibentuk antara Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) dengan Kementerian Pendidikan bagi menjayakan usaha ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam berkenaan status Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam Malaysia atau LPPPI di bawah JAKIM. Adakah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan akan meneruskan pelaksanaan tujuh resolusi warsah, islah LPPPI yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 13 hingga 15 Jun 2017. Antara resolusi tersebut ialah: (i) Satu mekanisme khas diwujudkan bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama antara persekutuan dengan negeri dalam mengurus dan membangunkan perkara-perkara berkaitan dengan Pendidikan Islam di Malaysia; (ii) LPPPI dengan mengambil kira perkenan Majlis Raja-raja hendaklah diperkukuhkan sebagai badan penyelarasan dan pengiktirafan induk berkenaan dengan Pendidikan Islam di Malaysia; (iii) KAFA disambut, ditambah baik secara menyeluruh dan dianjakkan daripada program pengukuhan, menjadi sistem pendidikan asas arus perdana bagi kanak-kanak Islam; (iv) dasar kerajaan berhubung dengan bantuan dan kemudahan kepada SMAR, SMAN dan sekolah yang seumpamanya hendaklah diselaraskan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada; (v) satu panel khas diwujudkan di bawah LPPPI untuk menyelaras, memberi pengiktirafan dan mengawal selia penubuhan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan lain-lain; (vi) Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab ditubuhkan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengukuhkan bahasa Arab, guru dan pelajar; dan (vii) Tabung Dana Pendidikan Islam diwujudkan di bawah LPPPI menerusi kerjasama strategik antara kerajaan negeri, badan berkanun, swasta dan individu. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap walaupun Kerajaan Persekutuan kini sudah bertukar parti yang berkuasa, namun perkara yang baik dan bermanfaat demi maslah ummah wajar diteruskan oleh kerajaan sekarang walau siapa pun yang memerintah, amanah yang dipikul tetap sama. Pembangunan modal insan adalah sia-sia sekiranya kita hanya menumpukan aspek fizikal dan lahiriah semata-mata kerana kita hanya akan melahirkan insan yang bersifat materialistik tetapi kosong jiwanya.
Kita mahu membina sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Bukannya berkiblatkan Barat yang sedang mengalami masalah kebejatan dan keruntuhan moral kerana mengesampingkan petunjuk Ilahi dalam kehidupan. Pada akhirnya, saya berharap agar perancangan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 ini tidaklah sekadar indah dalam coretan lisan berjanji dan tulisan sahaja. Apa yang lebih utama ialah pelaksanaan kata-kata. Rakyat di luar sana sudah pun memberikan kepercayaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik, bukannya mundur kembali ke belakang. Wajar diingat, apabila rakyat sudah berani membuat perubahan besar pada PRU Ke-14 yang lepas, maka tidaklah mustahil mereka akan menggunakan kuasa mereka kembali untuk menghukum Kerajaan Pakatan Harapan seandainya gagal melaksanakan janji dan mensia-siakan amanah yang sudah diberi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai kerana menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Miri, selepas itu Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tiga tahun dulu, ada satu malam ada seorang telefon saya, dia cakap dia mahu bunuh saya. Esok dia cakap mahu pergi klinik pukul sembilan, mahu bunuh saya. Itu orang, dia kerja dengan company, dia punya bos Datuk Lee. Saya terus pergi buat laporan polis waktu malam itu. Saya ada gambar, ada video, ada transkrip tetapi sampai ini hari tidak ada siapa-siapa yang kena charge. Itu malam, Bill Kayong, saya punya PA pun kena ugut dengan sama dia punya orang. Dia cakap, “Ini malam saya mahu bunuh you, Bill Kayong kerana you kerja dengan Dr. Teo”. Bill Kayong, itu malam terus naik bas dari Miri pergi Betong, lapan jam naik bas dengan dia punya adik kerana dia takut orang mahu bunuh dia. Akan tetapi dua hari lagi, dia keluar lagi, dia pergi Miri buat laporan polis tetapi sampai ini hari pun tidak apa-apa. Itu orang pun bebas. Tidak lama lagi saya pergi klinik pukul lapan pagi, dua orang pakai itu baseball bag, pukul saya dari belakang. Nasib- bagus tidak kena kepala, saya tidak mati tetapi saya punya left collarbone, kiri punya collarbone hancur. Saya masuk hospital di Singapore, pakai lapan skru, pakai metal plate. Saya buat laporan kepada polis, sampai ini hari tidak apa-apa. Tidak ada orang kena charge. Tidak lama lagi, Bill Kayong pergi kerja- pagi pukul lapan, ada tiga buah kereta ikut dia. Dua pickup, satu Proton Saga merah- benar. Ikut dia sampai traffic light, satu kereta blocked dia di sebelah kiri, satu di belakang, satu Proton Saga pergi kanan. Apabila buka dia windscreen, buka dia itu pintu, ada orang shot dia- Bill Kayong mati terus. Bill Kayong sudah ditembak mati tetapi itu kes memang kerana dia tolong orang rumah panjang, laporan polis kerana itu company ada hantar lima orang pergi itu tempat- Bekelit. Sana ada 500 orang, ada lima rumah panjang, ada lima tuan rumah. Dia tidak mahu jual dia punya tempat kasi company, Datuk Lee punya company. Itu Tuai Rumah Jambai, ada satu hari dia pakai kereta, orang langgar kereta dia sampai overturned. Apabila dia keluar kereta overturned, dia bernasib bagus, dia, adik, bini dan anak keluar tidak apa tetapi Tuai Rumah Jambai, bila dia keluar itu overturned punya kereta, ada orang pakai samurai potong kepala dia, masuk hospital. Nasib bagus tidak mati, laporan polis...
Yang Berhormat.
Polis pun tidak bikin apa-apa.
Dahsyatlah.
Itu company punya orang kerana orang semua tahu itu company punya orang. So, itu Tuai Rumah Panjang dia punya rumah kena firebombed. Orang buang itu api masuk dia rumah, dia punya kereta kena bakar di rumah tidak apa-apa. Laporan polis semua tidak siasat, no investigation. Until today, nobody knows. Everybody knows who do it but no police action. So, Bill Kayong sudah mati. Saya mahu cerita satu lagi. Ada orang pakai kereta pickup pergi kebun dalam mahu langgar orang Iban kerana sana punya orang tidak mahu jual dia punya tanah. Orang cakap dia diam sana lama sudah. Dia punya pokok sudah tinggi, company mahu datang rampas dia punya tanah, dia tidak mahu jual kerana itu kes kerana banyak hal di Miri. Trial of Bill Kayong, itu mastermind sudah tangkap dari China masuk mahkamah. Dia lari pergi Australia, dia lari pergi China, kena tangkap under police escort pergi mahkamah tetapi itu prosecutor tidak mahu continue with the trial. The judge asked the prosecutor, dengan izin, “Why you bring this mastermind together with two office bodyguards to the court?” And what the prosecutor said is, “I do not know’’. Ada 21 itu saksi sudah ada sapina, tunggu dia luar punya itu mahkamah tetapi tidak masuk mahkamah. So, ini hari saya mahu kasi orang tahu- the family of Bill Kayong and the people of Miri, want the trial of Bill Kayong to be a mistrial. I also want to ask the Sarawak Government, do not sell the land here and there to everybody, to all the companies. Every company can buy native land, dengan izin. Since companies in Sarawak owned already 1 million hectare of land. Most of this land is native
land. You can register a company in Kuching today, tomorrow you can buy native land and this purchase is not legal- it is under the table. So, I want the Federal Government, the new government to take this case seriously. It has been going on three years. The family is waiting there for retrial and I hope the new government is serious about this because Miri is now a cowboy town. Within two years, four people are shot in the similar way like Bill Kayong on the roadside. Not a single police case has been taken action, nobody has ever been charged. Four people are shot in Miri on the roadside in the car. So hopefully the government will take this case seriously. A lot of protest by the family, by the people in the kampung but so far, no actions. Mastermind is released, not even charged. How can one person be charged and three cars. At least five or six people involved in the murder of Bill Kayong on the roadside but only one person is charged. So, the presecutor refused to continue the trial and the justice is not done. Finally, Miri Hospital, 350 beds are full. A lot of people are sleeping on the stretcher, a lot of people cannot enter the hospital because it is full. So, dengan izin, I hope the kementerian will build a new hospital. Also, policlinic in Miri, 1,000 to 1,500 patients per day and the people are going to the clinic at 4.30 in the morning, line up at the gate of the policlinic and by the time they have the medicine, it would be about in the afternoon about 3 pm. The policlinic closes at 9 pm because there are 1,500 patients every day in the Miri policlinic. So, I hope the Minister of Health take action and make a better policlinic and new policlinics and a new hospital. Thank you very much.
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibuti, selepas itu Yang Berhormat Putatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada Sibuti untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Belanjawan 2019 dan saya ingin memulakan perbahasan ini dengan sekolah daif. Saya memerhati perbahasan ini ramai dan majoriti Ahli Parlimen dari Sarawak dan juga Sabah termasuk juga Semenanjung Malaysia memperkatakan tentang isu sekolah daif. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar dianggar sebanyak RM60.2 bilion. Walaupun isu sekolah daif merupakan isu yang besar, Belanjawan 2019 hanya memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Jelas peruntukan ini tidak mencukupi. Persoalannya berapa banyak yang diperoleh dan apa yang Sarawak akan dapat. Sedangkan Kerajaan Sarawak memerlukan lebih kurang RM3 bilion bagi tujuan baik pulih dan bina semula sekolah-sekolah daif. Kerajaan yang lepas telah memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM450 juta untuk baik pulih sekolah daif. Sebanyak 116 buah sekolah telah dibina dan kini hanya tinggal 904 buah sekolah yang masih memerlukan perhatian dan juga dibaik pulih. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini beberapa sekolah di kawasan Parlimen Sibuti dan beberapa kawasan lain di Sarawak telah mengalami masalah putus bekalan diesel kerana kontraktor yang dilantik tidak lagi membekal diesel dan syarikat tersebut juga dikaitkan dengan isu projek solar yang bermasalah di seluruh Sarawak. Ini mengakibatkan guru-guru dan pelajar terpaksa bergelap. Saya menerima tweet daripada guru-guru yang mengadu kepada ruang Twitter Menteri Pendidikan. Saya terharu ada guru dan juga ibu bapa sanggup berkongsi duit untuk membeli minyak diesel. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, terdapat 371 buah sekolah di Sarawak masih menggunakan mesin jana kuasa elektrik yang memerlukan bekalan diesel. Sejak tahun 2009 melalui Projek NKRA Bekalan Elektrik Luar Bandar, kebanyakan kawasan di luar bandar seperti di kawasan Parlimen Sibuti telah disambungkan kepada grid 24 jam ke kampung dan juga di rumah panjang. Sebagai contoh baru-baru ini saya pergi ke kawasan Saeh yang mempunyai masalah terputus bekalan elektrik tiga buah sekolah. Ketiga-tiga sekolah ini berhampiran dengan rumah panjang yang menikmati bekalan elektrik 24 jam. Secara logik adalah mustahil mengapa sekolah tersebut tidak disambung kepada grid SESCO yang hampir kepada sekolah. Siapa yang silap? Adakah pihak
kementerian ataupun pihak Jabatan Pendidikan tidak menyemak status dan kedudukan grid elektrik ini. Sebagai langkah way forward, Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan peruntukan RM50 juta. Saya telah membangkitkan perkara ini kepada Menteri Pendidikan dan juga telah mendapat jawapan di dalam Parlimen ini. Saya dimaklumkan pihak Kerajaan Negeri juga baru sahaja mendapat respons daripada pihak Kerajaan Pusat walaupun demikian belum ada kebenaran membenarkan pihak Kementerian Pendidikan memulakan tawaran kerja dan kontrak. Selain masalah grid, Sarawak juga mengenal pasti sebanyak 428 buah sekolah masih bergantung dengan sumber air tadahan dan juga telaga tiub untuk membantu meringankan beban kementerian dan juga kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM9 juta untuk menyelesaikan masalah bagi 33 buah sekolah dengan menghubungkan kepada grid air. Dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan 2019, Kementerian Pendidikan menyenaraikan sebanyak RM120 juta bagi penyelenggaraan genset dan juga RM60 juta bagi menyelenggarakan telaga tiub. Saya berpandangan sekiranya Kerajaan Persekutuan ataupun Kementerian Pendidikan menerima tawaran daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan mempercepatkan proses tawaran kontrak, kita dapat melakukan penjimatan dan penjimatan daripada penyelenggaraan genset yang bernilai RM120 juta ini dapat digunakan untuk disalurkan ke membaiki sekolah-sekolah daif. Pada tahun 2018, sebanyak 53 buah sekolah dilanda banjir dan kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM4 juta bagi menggantikan perabot dan juga peralatan ICT sekolah. Saya ingin membangkitkan isu-isu sekolah di Sarawak yang terdedah dengan ancaman banjir kilat dan juga banjir yang berlaku setiap tahun. Sebanyak 216 buah sekolah dikenal pasti dan saya berharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang drastik mengenai masalah ini. Selain daripada itu juga, berkenaan tentang 1BestariNet. Terdapat 803 buah sekolah di Sarawak mempunyai talian Internet tetapi hanya pada nama sahaja. Walaupun kelajuan dinyatakan sebanyak 4MB tetapi sekolah-sekolah ini tidak dapat melaksanakan ataupun menjalankan operasi-operasi ataupun pembelajaran melalui Internet. Seterusnya, saya melihat kerajaan baharu setelah mengambil alih memang dicanangkan mereka ingin membina semula sistem pendidikan negara. Mungkin formula yang lepas sudah kurang elok dan kesannya adalah deretan sekolah-sekolah daif yang banyak di negeri Sarawak dan juga Sabah. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar melihat isu sekolah kurang murid ini merupakan faktor penyumbang kepada sekolah- sekolah daif di Sarawak. Sekiranya kerajaan ingin mentransformasikan ataupun mereformasi isu-isu sekolah daif ini perlu dilihat permasalahan sebenarnya iaitu sekolah kurang murid. Di sini saya mempunyai rekod di mana sebanyak 263 buah sekolah yang boleh digabung menjadi 49 buah sekolah. Kita dapat melihat sekiranya sekolah-sekolah ini dapat digabungkan maka kerajaan dapat menjimatkan kewangan dan juga menumpukan pembinaan hanya kepada 49 buah sekolah. Maka, saya menyeru kepada pegawai-pegawai KPM dan juga Menteri dan juga Kementerian Pendidikan agar turun ke Sarawak membuat satu kajian. Tidak apa membelanjakan sedikit peruntukan untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah sekolah kurang murid ini kerana bagi saya masalah sekolah kurang murid ini menyumbangkan kepada prestasi pendidikan di Sarawak daripada segi akademik sangat-sangat membimbangkan. Daripada tahun 2014 sehingga tahun 2017 saya mendapati rekod pencapaian UPSR di kawasan Sarawak hanya terletak dalam kedudukan 15 daripada 16 dan ini adalah sangat-sangat membimbangkan. Selain daripada itu juga saya mendapati enrolmen kepada aliran Sains di sekolah- sekolah menengah di kawasan Sarawak juga sangat membimbangkan dan juga berlaku penurunan. Pada tahun 2015 sebanyak 19,860 orang pelajar dalam aliran Sains tetapi pada tahun yang terkini hanya 12,941 orang yang hanya mengambil aliran Sains. Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membangkitkan berkenaan tentang Artikel 112D, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa duti import dan juga duti eksais atas keseluruhan petroleum adalah sumber tambahan hasil diserahkan kepada negeri Sabah dan juga Sarawak.
Di sini saya ingin menyatakan satu rekod iaitu sejak daripada Januari 2000 sehingga 2015 sepanjang 16 tahun Sarawak hanya mendapat RM1.660 bilion manakala pada tempoh masa yang sama bermula daripada tahun 1984 sehingga tahun 2000, Sarawak mendapat perolehan RM2.81 bilion. Maka peruntukan RM120 juta yang diserahkan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri adalah tidak mencukupi bagi Sarawak dan juga Sabah. Di sini saya ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan menyemak semula pembayaran RM120 juta tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya agak terkilan apabila mendengar Kerajaan Pusat akan memohon dividen istimewa sebanyak RM30 bilion. Saya tidak mahu kerajaan bergantung kepada kantung ataupun poket Petronas. Saya telah dimaklumkan oleh pekerja-pekerja Petronas mereka sekarang adalah seolah-olah seperti kereta Kancil yang terpaksa memecut 160 kilometer per jam untuk memenuhi target dan untuk menyumbangkan kepada ekonomi negara. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan dan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan, bagi tempoh 42 tahun Sarawak hanya mendapat RM33 bilion sedangkan pada tahun 2019 dalam tempoh sekelip mata RM30 bilion perlu diserahkan kepada kerajaan untuk membayar cukai-cukai.
Saya juga memohon agar pada tahun-tahun yang akan datang, perkara ini tidak diamalkan. Selain daripada itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat. Saya tahu kerajaan sekarang, kerajaan baharu cuba sedaya-upaya untuk mensejahterakan rakyat. Saya tahu dan juga faham tiada kerajaan yang akan membebankan rakyat. Saya memberi peluang kepada kerajaan yang baharu ini agar dapat menilai semula Bajet 2019. Agar dapat membantu rakyat terutamanya negeri Sarawak daripada segi pembangunan luar bandar. Itu sahaja yang saya dapat perkatakan. Saya menyokong bajet ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Putatan. Selepas itu Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Maran dan juga Yang Berhormat Tumpat akan melabuhkan tirai. Sekian, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang dan peluang untuk saya menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat awal ini saya bercakap khusus untuk rakyat di kawasan saya, P173 Putatan yang perlu diberi perhatian di peringkat Kerajaan Persekutuan. Parlimen Putatan adalah sebuah daerah yang terletak di pinggir Kota Kinabalu yang pesat membangun dengan kepadatan penduduk yang mencecah hampir 90,000 orang. Untuk makluman, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) juga terletak di kawasan Parlimen Putatan. Sesuai dengan kedudukannya, Daerah Putatan secara semula jadi menjadi daerah penampan kepada Bandaraya Kota Kinabalu ataupun lebih tepat lagi sebagai daerah satelit dan Bandar Putatan itu adalah sebagai bandar satelit. Perkara pertama yang saya sentuh ialah berkenaan dengan keperluan penduduk untuk rumah yang ketika ini amat kritikal. Jika kita mahu membina projek perumahan untuk rakyat, kawasan di pinggir bandar seperti Putatan inilah kawasan yang paling ideal kerana tiga sebab iaitu seperti berikut:- (i) di bandar-bandar utama yang berdekatan, kawasan adalah amat terhad dan tidak ada lagi tanah yang tersedia. Manakala di kawasan luar bandar pula tanah amat luas tetapi permintaannya tidak tinggi; (ii) penduduk telah tertumpu di Daerah Putatan iaitu sebagai kawasan pinggir bandar untuk mencari tempat tinggal. Akibatnya muncullah kawasan-kawasan setinggan di merata-rata tempat; dan
(iii) penduduk kawasan Putatan terus berkembang dalam masa yang sama, kawasan perkampungan sedia ada tidak lagi dapat menampung pertambahan jumlah penduduk. Bersesuaian dengan kelulusan kerajaan untuk terus membina rumah mampu milik dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion, saya akan mengemukakan kertas cadangan dan permohonan untuk Program Perumahan Rakyat di kawasan saya dan amatlah tinggi harapan saya agar pertimbangan sewajarnya dapat diberikan kelak. Setakat ini, cuma terdapat dua program PPR di kawasan Parlimen Putatan yang dibina oleh kerajaan lepas dan menyediakan 1,000 unit rumah PPR. Perkara kedua pula, saya ingin sentuh ialah terhadap Kementerian Pendidikan. Saya ingin memohon kepada Kementerian Pendidikan agar memberi perhatian kepada kedudukan Putatan sebagai daerah yang padat yang mana peningkatan penduduk itu semakin meningkat dan sekali gus bilangan pelajar yang mendaftar juga bertambah dengan begitu tinggi. Pada masa ini, sebuah sekolah menengah iaitu SMK Petagas sedang dalam pembinaan tetapi jika ia siap kelak pada tahun 2021, masih terlalu jauh untuk menampung pelajar-pelajar dari sekolah rendah yang mana kadar pendaftarannya terlalu tinggi. Untuk makluman, hari ini Parlimen Putatan mempunyai sembilan buah sekolah rendah yang mana jumlah pelajarnya adalah lebih daripada nisbah yang sewajarnya dan cuma terdapat lima buah sekolah menengah yang menyambut pelajar-pelajar dari sembilan buah sekolah rendah tersebut. Maka dengan itu jelas saya nyatakan di sini bahawa jelas berlakunya ketidaksimbangan jumlah sekolah di kawasan Parlimen antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan agar pimpinan sekolah menengah ditambah di kawasan Parlimen Putatan. Untuk makluman juga, permohonan untuk pembinaan sekolah menengah yang baharu iaitu SMK Lok Kawi telah pun diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada bulan Julai 2018. Saya pohon agar sekurang-kurangnya kertas cadangan di peringkat kementerian akan dimasukkan pada tahun ini agar pembinaannya dapat dimulakan seawal-awalnya tahun 2020. Tapak untuk pembinaan SMK Lok Kawi ini juga telah dikenal pasti dan menunggu respons daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi pengajian pra universiti di daerah Parlimen Putatan pula, pemusatan pra universiti dibuat di SMK Putatan menggunakan bangunan sementara. Justeru itu, saya memohon agar satu bangunan khas untuk pra universiti dibina secepat mungkin bagi menyediakan kawasan yang lebih kondusif untuk pembelajaran para penuntut pra universiti. Di samping itu, sekali lagi saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar polisi pembinaan kolej komuniti iaitu satu parlimen satu kolej diteruskan bagi melahirkan lebih banyak lagi rakyat yang mempunyai pendidikan. Dalam masa yang sama, untuk membuka peluang kepada semua rakyat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana saya difahamkan sijil kolej komuniti membolehkan penuntutnya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Sekurang-kurangnya kertas cadangan untuk pembinaan kolej komuniti ini dan kerja konsultasi dapat dilakukan pada Bajet 2019 ini ia dapat direalisasikan pada tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian Kementerian Belia dan Sukan agar melihat kepada kawasan Parlimen Putatan atau khususnya di Daerah Putatan untuk membina satu stadium untuk menampung keperluan masyarakat di seluruh kawasan Putatan. Untuk makluman, ketika ini sekolah-sekolah di Parlimen Putatan terpaksa menggunakan stadium dari Daerah Penampang untuk menganjurkan satu-satu kejohanan. Dari segi kos, pastinya akan meningkat dan pihak sekolah terpaksa bergerak jauh daripada Daerah Putatan ke Daerah Penampang hanya untuk menyertai sebarang acara. Kita sedia maklum bahawa sekolah-sekolah biasanya mempunyai pelbagai aktiviti contohnya sukan tahunan, sukan daerah dan sebagainya. Sehingga kini, Parlimen Putatan belum mempunyai kemudahan stadium sukan untuk kegunaan masyarakat. Saya juga menyatakan di sini bahawa Parlimen Putatan sebenarnya tidak ketandusan bakat sukan berkualiti. Beberapa bintang sukan negara pernah muncul dari kawasan Parlimen Putatan seperti dalam acara olahraga, sepak takraw dan bola sepak. Kini, sukan sepak takraw wanita dan juga Muay Thai, Putatan mempunyai atlet yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Malaysia baru-baru ini. Untuk itu, sekali lagi saya memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk melihat kepada perkara ini. Saya
yakin pasti dengan pembinaan stadium sukan di Parlimen Putatan akan merancakkan lagi industri sukan bukan sahaja di Parlimen Putatan tetapi ia juga menyumbang kepada peningkatan sukan di negeri Sabah dan juga Malaysia. Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri untuk melihat kepada Daerah Putatan yang sehingga kini masih lagi belum mempunyai ibu pejabat daerah polis. Untuk pengetahuan, Daerah Putatan telah pun di naik taraf kepada daerah penuh pada tahun 2007 tetapi sehingga hari ini struktur pentadbiran polis Putatan masih lagi diletakkan di bawah Daerah Penampang. Saya memohon kepada kementerian agar sekurang-kurangnya membuat rangka kajian pembinaan dan khidmat konsultasi untuk merealisasikan pembinaan Ibu Pejabat Polis Putatan agar ia dapat menjamin keselamatan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Daerah Putatan mempunyai aktiviti ekonomi yang rancak serta di dokong dengan sistem perbankan yang sangat padat pada hari ini. Untuk itu, keperluan kepada IPD dan penaik taraf Polis Daerah Putatan amat tinggi bagi meningkatkan kualiti keselamatan di seluruh Daerah Putatan. Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat, saya juga ingin memohon agar sebuah klinik kesihatan daerah dapat ditambah di daerah Putatan bagi menampung kepadatan Klinik Kesihatan Putatan yang sedia ada. Untuk memohon sebuah hospital di Daerah Putatan, ia dilihat tidak begitu praktikal pada waktu ini memandangkan Daerah Putatan terletak berdekatan dengan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Maka dengan itu saya memohon agar Kementerian Kesihatan peka berkenaan perkara ini agar usaha kita untuk meningkatkan kualiti kesihatan setiap rakyat Malaysia dapat direalisasikan. Kerajaan Negeri Sabah bersedia untuk menyediakan tapak untuk pembinaan klinik kesihatan yang baru sekiranya projek klinik kesihatan yang baharu diluluskan oleh kementerian kelak. Untuk Kementerian Pengangkutan pula, saya memohon agar sebuah perhentian bas yang moden dan sofistikated dapat dibina di Daerah Putatan kerana pada waktu ini kemudahan tersebut belum lagi dapat disediakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pula, saya memohon kepada kerajaan untuk menaikkan geran Kelab Rukun Tetangga (KRT) yang ketika ini berjumlah RM6,000 setahun. Seperti sedia maklum, KRT telah menjalankan pelbagai program untuk menyatukan rakyat pada peringkat akar umbi tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Program-program yang dilaksanakan bukan hanya menjurus kepada program-program bersifat kemasyarakatan tetapi juga KRT secara umumnya menjalankan program-program berteraskan pembangunan ekonomi, sukan, pendidikan dan juga keselamatan. Dengan geran yang diberikan, KRT telah berjaya menjalankan pelbagai program.
Namun demikian, geran ini dilihat tidak mencukupi kerana geran ini juga merangkumi perbelanjaan mesyuarat dan sebagainya. Maka dengan itu, saya mencadangkan kepada kerajaan agar dapat menaikkan jumlah geran tersebut daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun bagi pelbagai program KRT pada peringkat akar umbi. Selain itu, Skim Rondaan Sukarela (SRS) merupakan badan sukarela yang membantu menjaga keselamatan kawasan-kawasan perumahan dan kawasan kampung tanpa bayaran gaji ataupun elaun. Apabila saya turut meronda bersama SRS, saya mendapati alatan SRS dengan peralatan seperti vest dan sebagainya tidak pernah diganti. Saya memohon kepada kementerian terlibat agar melaksanakan langkah proaktif bagi meningkatkan kualiti SRS ini. Berikanlah sedikit peruntukan kepada SRS ini agar dalam masa ini dapat meningkatkan kualiti program SRS. Akhirnya, saya memohon jasa baik kerajaan untuk menimbang semula peruntukan untuk negeri Sabah. Ketika ini saya difahamkan negeri Sabah hanya mempunyai 50 peratus jalan berturap di seluruh negeri Sabah. Jalan yang berturap ini adalah kombinasi jalan raya persekutuan, negeri dan juga jalan raya di bawah majlis. Justeru itu, saya memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar lebih peka kepada perkara ini agar lebih banyak lagi jalan berturap di negeri Sabah dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk teruskan lagi, saya memohon agar segala isu yang saya utarakan diberikan pertimbangan yang sewajarnya agar ianya selari dengan slogan Belanjawan 2019 iaitu, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik dan Rakyat Sejahtera”.
Akhir sekali, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2019. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu, selepas itu Yang Berhormat Maran. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Pertamanya, saya bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya diberi peluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini walaupun saya di antara Ahli Parlimen yang terakhir diberi ruang untuk berbahas pada malam ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama berbahas dalam perbahasan Bajet 2019 peringkat dasar demi kepentingan seluruh rakyat. Terlebih dahulu, saya memetik satu Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib KWJ. [Membaca sepotong Hadis] Maksudnya... “Daripada Ali bin Abi Talib, berkata Rasulullah SAW, “Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka halal baginya bala.” Lalu ditanya oleh Ali, “Apakah 15 perkara itu wahai Rasulullah?”. Sabda Rasulullah, “Apabila harta rampasan yakni harta negara menjadi milik peribadi, amanah dianggap sebagai harta rampasan perang, zakat dianggap hutang, seorang lelaki taat pada isterinya dan menderhakakan ibunya, seorang lelaki berbuat baik pada sahabatnya tetapi kasar terhadap bapanya, suara hingar-bingar berlaku di masjid, orang yang jadi pemimpin di kalangan sesuatu kaum ialah orang yang paling hina di kalangan mereka, dimuliakan seseorang lelaki kerana bimbangkan ketakutannya, diminum arak dipakai sutera, dipuja penyanyi dan pemuzik, lelaki akhir umat melaknat orang yang terdahulu, ketika itu tunggulah bala Allah berupa angin yang berwarna merah ataupun dibenamkan ke bumi ataupun diubah rupa manusia.”” Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai baru-baru ini kita telah diuar- uarkan bahawa akan berlaku pengisytiharan harta Ahli Jemaah Menteri. Rakyat tertunggu- tunggu. Akan tetapi yang menyedihkan, bukan harta keseluruhannya diisytiharkan tetapi yang diisytiharkan hanyalah pendapatan bulanan Ahli Jemaah Menteri. Semalam kita dengar satu cadangan daripada Yang Berhormat Padang Serai yang mencadangkan kepada kerajaan supaya menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh pemimpin kerajaan terdahulu. Saya mencadangkan supaya penyiasatan ini bukan hanya melibatkan pimpinan kerajaan terdahulu yang masih lagi berada dalam Barisan Nasional tetapi juga dicadangkan siasatan sama dilakukan kepada bekas pemimpin-pemimpin terdahulu yang sekarang ini berada di dalam Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa agensi-agensi kerajaan digunakan untuk melindungi kepimpinan kerajaan. Sebagai contoh, pendakwaan terpilih berkaitan dengan isu yang berkait dengan rasuah banglo oleh Menteri Kewangan, mendedahkan rahsia negara atau membocorkan maklumat negara oleh salah seorang calon Timbalan Presiden sebuah parti dalam PH. Jadi nampaknya SPRM, institusi kehakiman digunakan hanya untuk melakukan penyiasatan dan penangkapan kepada pemimpin-pemimpin yang bukan berada dalam barisan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, kita bersetuju dengan cadangan kerajaan mewujudkan kembali apa yang dinamakan Bantuan Sara Hidup. Walaupun pada peringkat awalnya Perdana Menteri sendiri ada mengeluarkan kenyataan jika kita hanya suap rakyat, mereka akan menjadi lemah serta menyifatkan pentadbiran kerajaan terdahulu memanjakan rakyat dengan adanya bantuan tunai seperti BR1M. Dianggap juga BR1M ini sebagai dedak untuk rakyat. Akan tetapi akhirnya, kerajaan baharu juga terpaksa akur mengekalkan BR1M, cuma diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup. Apa yang menyedihkan ialah melalui Bantuan Sara Hidup ini, seramai 2.7 juta individu yang belum kahwin dinafikan hak dalam Bantuan Sara Hidup.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua, dalam isu PTPTN, walaupun manifesto PH kena bayar bila gaji RM4,000 tetapi sekarang RM1,000 pun sudah dipotong melalui online bank dengan kadar dua hingga 15 percent. Apalah yang ada sangat dengan gaji RM1,000 ini, Tuan Yang di-Pertua? Rakyat dipersalahkan apabila rakyat menuntut janji sebagaimana komentar atau jawapan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan yang mengatakan walau apa pun yang ada dalam manifesto, hutang mesti dibayar. Masalahnya bukan tidak hendak bayar hutang, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kerajaan sudah berjanji apabila gaji RM4,000, kenapa gaji RM1,000 pun sudah diambil, sudah diminta untuk bayar? Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Menteri Kewangan sentiasa berubah-ubah, sentiasa dibuat U-turn balik dalam isu hubungan dengan IRI, dalam isu hutang negara, dalam isu refund GST. Mula-mula buat kenyataan lain, selepas itu nafi balik. Sepatutnya seorang Menteri mesti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
Dalam isu petrol, walaupun rakyat diberi subsidi sebanyak 30 sen tetapi dengan kadar harga RM1.90 adalah masih terlalu tinggi bagi golongan B40. Apatah lagi yang diberi subsidi ini bukan berdasarkan kepada pendapatan rakyat tetapi berdasarkan kepada kapasiti enjin kereta bawah RM1,500 baru dapat subsidi 30 sen ini. Sedangkan ada golongan yang berpencen, golongan yang pencen tetapi memakai kereta Mercedes-Benz yang cc nya RM1,500 lebih, pecen tidak seberapa lepas itu kena bayar road tax yang mahal tetapi dalam masa yang sama tidak berikan subsidi 30 sen ini sebagaimana golongan yang lain. Dalam isu bantuan petani kita nampak berlaku pengurangan, asalnya RM262 juta pada tahun 2018 dikurangkan kepada RM98 juta maknanya 70 peratus pengurangan daripada Bajet 2017. Dengan alasan nelayan ada yang tidak layak menerima dan perlu diputihkan. Persoalannya, adakah munasabah 2/3 daripada senarai nelayan yang ada itu bukan nelayan yang selayaknya untuk mendapat bantuan tersebut? Perlu difikirkan balik. Dalam peruntukkan hakisan pantai disebut RM38 juta, korek muara sungai RM175... juta. Saya ingin bertanya tentang apa yang disebut, saya sebut dalam ucapan saya sebelum ini berkait dengan pembinaan breakwater bagi menyelesaikan masalah kecetekan muara di Sungai Merang dan juga pembinaan breakwater untuk menyelesaikan masalah hakisan di Batu Rakit yang saya dimaklumkan oleh JPS belanjanya mencecah ratusan juta. Di bawah peruntukkan mana untuk menyelesaikan ataupun untuk membina breakwater ini?
Ya Yang Berhormat, sila gulung.
Sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk projek jalan luar bandar pada tahun 2019 berbanding dengan 2017 sebanyak RM764 juta iaitu penambahan sebanyak RM66 juta. Diharap dengan penambahan ini kerajaan tidak meminggirkan daerah Setiu, saya sudah sebut banyak dalam ucapan saya sebelum ini, beberapa perkara yang melibatkan masyarakat di Setiu khususnya jalan-jalan yang sempit, kampung-kampung yang sudah saya berikan namanya sebelum ini. Masalah- masalah lain yang berlaku di Setiu, insya-Allah saya harap dengan peruntukan meningkat ini dapat menyelesaikan sebahagian besar daripada masalah yang berlaku di Setiu. Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam elaun subsidi baja 2018 sebanyak RM465, tahun 2019 separuh dikurangkan sebanyak RM232.5 juta untuk Bajet 2019 dan begitu juga intensif pengeluaran padi daripada RM563 bilion kepada RM281.5 bilion. Pengurangan hampir separuh ini, adakah munasabah kita kurangkan bajet ini dalam keadaan kita mengharapkan rakyat kita menambahkan hasil pengeluaran padi dan tidak bergantung pada padi import. Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, last sekali isu kesihatan. Satu isu yang penting yang kita dapat lihat hari ini bagaimana sering kita terbaca di dalam akhbar ataupun terpampang di TV rintihan ibu bapa yang anaknya menghadapi sakit kronik. Mereka terpaksa meminta derma melalui TV, melalui paper, melalui akhbar bagi membayar kos untuk mengubati anak mereka dan kadang-kadang tidak sempat kumpul duit secukupnya anak sudah meninggal dunia. Baru-baru ini ada kes seorang ibu, dia kata dia hendak serah balik duit yang di kumpul ini kerana anaknya sudah meninggal dunia. Jadi apa salahnya kalaulah sekiranya
kerajaan dapat menanggung kos seperti ini kerana kes-kes seperti ini tidak banyak Tuan Yang di-Pertua. Dahulu kes Ahmad dan Muhammad yang dapat sumbangan daripada Raja Arab Saudi ketika melakukan operation pembedahan kembar siam. Jadi saya cadang kerajaan supaya menanggung atau menampung sebahagian. Akhir sekali RM261 juta untuk bantuan pekebun kecil dan penoreh getah.
Yang Berhormat sudah tiga kali yang akhir sekali, akhir sekali, akhir sekali.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sudah tinggal tiga orang lagi.
Bila hendak sampai di penghujung? Sila menggulung.
Saya hendak menggulung. Last sekali ini Tuan Yang di-Pertua. Tahun 2018 sebanyak RM261 juta diperuntukkan untuk bantuan pekebun kecil tetapi 2019 tidak ada sebarang peruntukan. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar penduduk Setiu merupakan pekebun kecil dan penoreh getah dan ada di kalangan mereka datang dari NGO. Tidak ada orang hendak bangun celah. Apa makna NGO? NGO ini Tuan Yang di-Pertua, ‘noreh getah orang’. Hasil dibahagi dua, lagi membebankan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya akhiri dengan aqulu qauli hadza, wa astaghfirullahal adzim li wa lakum. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Maran. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam negaraku Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Menteri, Timbalan Menteri Ahli-ahli Parlimen dan juga petugas-petugas Parlimen yang masih setia bersama dengan kita pada malam ini bagi menyelesaikan tanggungjawab membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut membahaskan rang undang-undang atau Bajet 2019 ini. Pembentangan Bajet 2019 oleh Kementerian Kewangan telah memperlihatkan peningkatan peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan bagi perbelanjaan pengurus dan perbelanjaan pembangunan negara kepada RM316.55 bilion, ini sekali gus memperlihatkan peningkatan sebanyak RM20.16 bilion berbanding Bajet 2018. Saya fikir ucapan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang lalu kerana mengekalkan kecemerlangan pentadbiran sepanjang suku pertama tahun 2018 sekali gus membantu kepada daya saing dan prestasi bagi sosioekonomi negara dan membimbing kerajaan yang baharu ini untuk membina satu bajet yang juga penting kepada rakyat keseluruhan. Menjelang pembentangan Bajet 2019 rakyat daripada segenap peringkat di seluruh pelosok negara ternanti-nanti hasil daripada sebuah bajet yang dikatakan boleh membahagiakan dan menggembirakan oleh kerajaan baharu atau sebaliknya. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini lahir rasa kecewa yang banyak menyelubungi senario negara kerana bukan sahaja janji PRU-14 oleh Pakatan Harapan tidak dapat ditunaikan sepenuhnya namun Bajet 2019 nyata memihak kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya terutama kepada yang berkepentingan seperti golongan B40, golongan luar bandar dan OKU. Walau bagaimanapun, peruntukkan kali ini meningkatkan dan menjadi bajet paling tinggi yang pernah dibentangkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membicarakan seberapa perkara dalam bajet ini yang menyentuh beberapa kementerian, yang pertama ialah Kementerian Sumber Manusia. Peruntukkan yang diberikan kepada kementerian ini adalah sebanyak RM1.39 juta semasa Bajet 2018 dan jumlah ini
menunjukkan peningkatan kepada RM1.385 juta dalam Bajet 2019 iaitu bersamaan peningkatan kira-kira RM66 juta iaitu 4.8 peratus, Timbalan Menteri ada di sini yang jaga Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak mengalu-alukan usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan kemahiran ataupun pekerja-pekerja kita di negara ini dengan memberikan penekanan kepada teknikal, vokasional dan education training. Maknanya latihan, pendidikan, vokasional dan teknikal yang mana telah diberikan perhatian daripada kerajaan dahulu dengan kita memperuntukkan lebih kurang RM4.9 bilion bagi memperkasa pelan induk TVET iaitu peningkatan sehingga RM300 juta berbanding dengan Bajet 2017. Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa kerana walaupun TVET mendapat tempat di hati kerajaan namun TVET bukan lagi satu keutamaan kepada kerajaan dalam memperkasa dan melahirkan tenaga kerja negara.
Saya hendak tahu daripada kementerian dan kerajaan dahulu semasa pelancaran TVET pada 27 September 2017, saya masih ingat, tujuh kementerian secara kolaborasi bergabung melahirkan tenaga kerja negara. Pada tahun lepas, RM4.9 bilion diperuntukkan. Saya hendak tahu apa yang telah terjadi dengan kombinasi ini? Dulu kita berikan kepercayaan kepada Kementerian Sumber Manusia, Timbalan Menteri dia ada di sini. Saya hendak maruah ini dikekalkan supaya Kementerian Sumber Manusia menjadi peneraju utama bagi menggalakkan TVET ini. Saya juga mahu bertanya kepada kementerian, saya mendapat luahan daripada training provider. Kita ada lebih kurang mungkin 1,200 lebih training providers, dengan izin, penyedia latihan. Saya ingat Menteri dan Timbalan Menteri boleh sahkan kepada saya dengan pembetulannya kemudian yang terdiri daripada kerajaan dan juga swasta. Training provider ini menyediakan pusat-pusat latihan yang mana kita membantu kerajaan sama ada dalam swasta dan juga kerajaan sendiri seperti MARA dan sebagainya di bawah kerajaan, swasta mungkin di dalam bentuk yang lain, melahirkan tenaga-tenaga mahir di negara kita ini. Saya mendapat maklumat di akhir ini, dengan kerajaan baharu ini, mereka telah terlalu resah dan saya difahamkan banyak training providers ini, pusat-pusat penyediaan latihan ini telah pun tutup perniagaan mereka. Saya minta Menteri Sumber Manusia berikan perhatian kepada perkara ini. Jangan kerana satu atau dua isu yang ditimbulkan oleh beberapa pihak walaupun di kementerian sendiri, kita korbankan banyak training providers yang telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk melatih anak-anak yang membantu kerajaan melahirkan pekerja-pekerja mahir. Oleh sebab itulah saya minta, saya mahu tahu daripada Menteri dan kerajaan, sepanjang tahun ini, berapakah jumlah penyedia latihan keseluruhannya, kerajaan dan juga swasta? Saya juga mahu tahu berapa banyak training providers, penyedia latihan ini telah pun menutup perniagaan mereka kerana tidak mendapat sokongan daripada kementerian dan juga yang lain-lain? Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak tahu tentang pekerja di negara ini. Kalau kita lihat secara overall, keseluruhannya, statistik penduduk di negara kita lebih kurang 31 juta orang. Pekerja, workforce kita lebih kurang 15 juta orang yang layak bekerja lebih kurang 14 juta orang, rakyat asing lebih kurang tiga juta orang dan pekerja asing lebih kurang dua juta orang, dahulu kita sudah turunkan kepada 1.7 million, expatriates kita ada seramai 150,000 orang lebih kurang ya, Menteri, di negara kita ini. Saya hendak tahu, kalau usaha kita meningkatkan peluang-peluang pekerjaan separuh mahir atau mahir ini kepada pekerja kita, apakah perancangan kerajaan baharu ini bagi memastikan supaya 100,000 pekerja expatriates ini dapat kita kembalikan? Kita ambil peluang itu untuk diberikan kepada pekerja- pekerja tempatan kita. Saya minta jawapan daripada pihak kementerian. Saya mahu pergi pula kepada Kementerian Dalam Negeri, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kerajaan kerana membuat - saya kira penambahan peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri, dari RM14.7 bilion kepada RM15.6 bilion. Ini satu perhatian yang baik seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Jadi, tentang perkara ini saya minta supaya kerajaan berikan perhatian kepada kemudahan yang diberikan kepada pasukan polis dan keselamatan terutamanya dahulu, kita telah mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi membaiki Balai Polis Maran. Akan tetapi, apabila kerajaan baharu ini, peruntukan ini telah pun disekat, diberhentikan dan saya harap demi
keselamatan negara, jangan kira politik kerana pasukan polis dan pasukan keselamatan ini tidak mengira siapa pun kerajaannya, tetapi mereka masih bekerja untuk negara dan untuk kepentingan keselamatan negara kita. Berikutnya ialah tentang kepentingan masyarakat dari segi kesihatan. Kesihatan adalah satu aspek yang juga penting untuk rakyat dan saya kira pertambahan juga telah diberikan oleh kerajaan kepada Kementerian Kesihatan. Jadi, saya minta supaya kementerian memberikan perhatian kepada pembinaan Hospital Maran yang telah pun diluluskan pada RMKe-11, peruntukan telah pun disediakan sebanyak RM80 juta dan tapak telah pun disediakan oleh saya di Parlimen, iaitu tanah kerajaan yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar. Jadi, saya harap pelaksanaan bangunan hospital dapat diteruskan. Berikutnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah tentang kebajikan peneroka FELDA. Saya lihat peneroka FELDA telah menjadi mangsa keadaan ekonomi dan juga keadaan pertukaran kerajaan pada hari ini. Saya minta oleh kerana hasil sawit rendah, mereka terpaksa menjual hasil tanaman mereka kepada pihak swasta dan tidak diberikan kepada FELDA dan FELDA menghadapi kerugian yang cukup besar saya kira kalau tidak diberikan perhatian kepada peneroka ini. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mahu minta supaya dalam etika kita berparlimen ini, saya sudah empat penggal dalam Parlimen Tuan Yang di-Pertua, saya bukanlah kata orang seorang yang baik, tetapi saya tidak pernah mengeluarkan bahasa- bahasa yang boleh menyakitkan hati orang. Saya hendak supaya berikan perhatian, gunakan kuasa yang ada pada Tuan Yang di-Pertua supaya nasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat ini jangan berbahasa begitu, boleh diistilahkan - Mungkin boleh saya sebutkan sedikit biadab, kurang ajar dan juga mungkin menyakitkan hati orang, bersaban hari, saban kali. Biarlah kes itu telah berlaku. Berilah kekuasaan kepada undang-undang untuk menghukumnya. Jangan kita kerana kebencian yang kita lahirkan kerana kita pemimpin yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat ke seluruh negara supaya kita nanti akan dihormati dan kita juga akan dinilai oleh masyarakat akhirnya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas izin memberikan saya membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019.
Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Tolong nasihatkan sebelah sana juga.
Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat untuk melabuhkan tirai perbahasan peringkat dasar.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmanir Rahim. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 ataupun Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Jumaat, 2 November yang lalu. Bahkan, saya mendapat penghormatan untuk menutup perbahasan Bajet 2019. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan 2019 merupakan belanjawan pertama oleh kerajaan baharu selepas Pilihan raya Umum yang ke-14. Ia memberikan petunjuk ke mana dan kepada siapa prioriti kerajaan baharu ini. Walaupun sering dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan baharu ini bahawa mereka telah mewarisi kedudukan kewangan yang membimbangkan. Namun, Bajet 2019 merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara yang memperlihatkan peningkatan ketara berbanding Bajet 2018 yang merupakan bajet pilihan raya yang besar sebelum ini sehingga Bajet 2018 dikenali sebagai ‘ibu bagi segala bajet’ kerana besarnya peruntukan yang dibuat dalam pembentangan tersebut. Belanjawan 2019 meningkat daripada RM282.25 bilion pada tahun 2018 kepada RM316.5 bilion pada tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan bajet ini sepatutnya menggembirakan ramai rakyat. Dengan temanya pula yang cukup baik, ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’. Sebelum diteliti bajet ini satu per satu, tentunya rakyat boleh gembira kerana bajet yang bertambah untuk menyejahterakan rakyat pula. Namun, setelah diteliti dengan tidak menafikan ada pihak yang sangat bergembira dengan bajet ini, namun kepada sebahagian besar rakyat bajet ini adalah merupakan satu bajet yang sangat mendukacitakan sehingga
ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menamakan bajet ini dengan ‘Bajet air mata’. Saya bersetuju dengan tema bajet air mata ini yang membawa air mata gembira kepada mereka yang mendapatkan manfaat yang besar daripada bajet ini. Namun ia merupakan air mata duka kepada sebahagian besar rakyat terutamanya yang berada di kawasan pedalaman seperti di Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah dan Sarawak yang mana mereka ini adalah merupakan kumpulan yang sepatutnya diberikan tumpuan utama sebaliknya, diabaikan secara relatifnya dalam bajet yang meningkat ini. Mereka itu sebahagian besarnya adalah orang-orang Melayu, orang India, bahkan termasuk orang Cina yang miskin yang terdiri daripada petani-petani, penternak-penternak, nelayan- nelayan, buruh dan juga peniaga-peniaga kecil.
Usaha untuk mengimbangkan ekonomi wilayah seperti mana yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong nampaknya diabaikan oleh kerajaan baharu ini. Negeri Kelantan yang merupakan negeri kelahiran Tuan Yang Dipertua langsung tidak disentuh dalam pembentangan Bajet 2019, walaupun banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan yang telah beberapa kali saya kemukakan di Dewan ini dan tidak berhasrat untuk mengulanginya dalam masa yang terhad ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan empat hari ini, kita melihat bahawa Ahli- ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang menolak bajet ini seperti yang dibentangkan. Manakala Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan pula memberi pujian melangit terhadap bajet yang dibentangkan ini dengan pelbagai alasan yang diberikan. Walau bagaimanapun angka tidak boleh menipu, sehubungan ini saya akan membaca beberapa angka dalam masa berbaki ini supaya rakyat boleh menilai sendiri ke mana dan kepada siapa bajet ini ditujukan dan tidak hanya dipengaruhi oleh retorik Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau salah angka ini perbetulkan saya. Di sebalik janji manifesto bulan bintang dan bajet ditingkatkan dengan ketara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkurang daripada RM5.119 bilion kepada RM4.417 bilion pengurangan sebanyak 13.7 peratus. Namun dalam temu ramah Yang Berhormat Menteri Pertanian seperti mana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan dua hari yang lalu, Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan seolah-olah tidak mengetahui bahawa bajet dalam kementeriannya telah dipotong dengan besar sekali. Mungkin benar apa yang disebut oleh seorang Ahli Yang Berhormat semasa membahaskan perbahasan tadi yang menyebut bahawa bajet yang dibentangkan ini tidak dirujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tidak pula di bincang sesama Menteri. Peruntukan terhadap subsidi baja padi mengalami pengurangan daripada RM465 juta kepada RM232.5 juta separuh dari jumlah peruntukan tahun 2018. Peruntukan insentif pengeluaran padi turut berkurang daripada RM563 juta kepada RM281.5 juta sekali lagi separuh daripada jumlah peruntukan tahun 2018. Insentif bersasar nelayan berkurang daripada RM262 juta kepada hanya RM98.5 juta sahaja, lebih daripada 60 peratus dikurangkan daripada bajet 2018. Tiada peruntukan terhadap subsidi baja padi bukit ataupun padi huma daripada RM70 juta pada tahun 2018. Pengurangan elaun sara hidup nelayan darat daripada RM12.5 juta kepada hanya RM3.5 juta sahaja daripada hampir RM13 juta itu RM10 juta telah berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula mendapat peruntukan yang berkurangan daripada RM8.523 bilion kepada RM8.414 bilion. Peruntukan terhadap MARA di bawah pengupayaan usahawan desa berkurang daripada RM3.5 bilion kepada hanya RM1.3 bilion sahaja, iaitu lebih RM2.2 bilion berkurangan. Manakala jalan perhubungan desa di bawah perbelanjaan pembangunan berkurangan daripada RM143 juta kepada RM95.4 juta. Lebih menyedihkan semasa kita sedang membahaskan belanjawan ini rakyat di negeri Pantai Timur sedang mengalami musim tengkujuh. Namun tiada peruntukan khusus bagi bantuan musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah berbanding peruntukan tahun 2018 sebanyak RM261 juta yang diperuntukkan kepada pekebun-pekebun kecil dan penoreh-penoreh getah bagi memberikan bantuan musim tengkujuh kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, lebih mengecewakan adalah isu peruntukan royalti terhadap Kelantan juga tidak disebut dalam belanjawan ini. Di sebalik janji memperkukuhkan sistem
federalisme dalam negara ini. Tiada program penambahbaikan tebatan banjir, tiada peruntukan terhadap pembinaan lebuh raya baru serta pemberhentian atau penangguhan projek ECRL itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Kelantan. Kesemuanya ini adalah duka bagi rakyat negeri Kelantan yang amat mengharapkan kerajaan baharu ini sepatutnya tidak mengulangi kesalahan kerajaan yang lama. Namun apa yang berlaku kerajaan hari ini lebih galak menyerang serta merendah-rendahkan pengurusan kerajaan Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai bantahan terhadap konvensyen antarabangsa terhadap penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum ataupun ringkasnya ICERD. Saya ingin mengulangi pendirian yang dibuat oleh Yang Berhormat Marang yang juga presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bahawa tidak sukar bagi PAS untuk mengerahkan jutaan rakyat untuk berhimpun jika kerajaan tetap berkeras mahu meratifikasikan ICERD bahkan saya juga ingin menegaskan di sini tanpa mengulangi hujah-hujahnya bahawa ratusan ribu kalaupun tidak juta rakyat Kelantan akan turun berhimpun di Kuala Lumpur apabila sampai seruannya. Meskipun tiada lebuh raya yang menghubungkan Kelantan ke Kuala Lumpur, meskipun tiada lagi perkhidmatan kereta api terus dari Kelantan khususnya Tumpat ke Kuala Lumpur, meskipun musim ini mereka berada dalam suasana siap siaga menghadapi musim banjir yang menyusahkan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Islam telah memelihara hak asasi manusia sesuai dengan fitrahnya tanpa perlu ratifikasi ICERD. Keadilan dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan seperti yang difahami oleh golongan-golongan liberal yang meletakkan keadilan itu sebagai kesamarataan sehingga melanggar fitrah seseorang insan. Malah dalam negara kita hari ini yang dilihat terabai atau didiskriminasikan bukannya golongan minoriti malah golongan majoriti termasuk apa yang boleh diterjemahkan dalam pembentangan bajet pada kali ini. Allah SWT berfirman: [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Wahai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, sesungguhnya Allah mengetahui lagi maha mendalam pengetahuan-Nya”. Walaupun tanpa ratifikasi ICERD Islam memberikan keadilan kepada semua. Sekian terima kasih. Wassalamualaikum arahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat begitulah berakhirnya perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2019. Hari ini seramai 41 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Setakat ini seramai 108 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sebelum kita berpisah, Tanam sireh dalam taman Gali lubang tepi perigi, Terima kasih Yang Berhormat budiman, Isnin minggu depan kita berjumpa lagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 19 November 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.29 malam]