Dewan Rakyat · 19 November 2018
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 1,909 turns · 78,925 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keluasan kawasan untuk projek penanaman semula hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre. Adakah ini bermakna sistem pengurusan hutan secara mampan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli.
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian belum lagi membuat keputusan berkenaan dengan cadangan penanaman semula yang dikemukakan oleh Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC). Berkaitan dengan cadangan penanaman semula ini, hal ini bukan bermakna kemerosotan hutan asli telah berlaku. Program penanaman semula ini adalah bertujuan untuk memulihkan hutan tersorot dengan izin, degraded forest seperti di kawasan diteroka, kawasan terbakar, kawasan ribut dan kawasan bekas lombong. Untuk makluman Yang Berhormat Bentong, hutan simpan kekal kita sekarang adalah bertambah dan bukannya berkurang. Sehingga 31 Disember 2017, keluasan hutan simpan kekal di Semenanjung adalah 4,811,226 hektar iaitu kira-kira 36.42 peratus dari keluasan tanah di Semenanjung Malaysia. Ini merupakan peningkatan sebanyak 23,968 hektar yakni 0.5 peratus dari jumlah keluasan hutan simpan kekal bagi tahun 2008. Ini menunjukkan bahawa pengurusan hutan secara berkekalan yang diamalkan di Semenanjung pada masa ini tidak mengakibatkan kemerosotan hutan. Kemerosotan hutan yang berlaku adalah disebabkan oleh penukaran guna tanah, dengan izin, land use conversion. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bentong, sememangnya Yang Berhormat Bentong merupakan pencinta alam semula jadi. Namun, sebagaimana sedia maklum, pentadbiran di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti mana Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan, pihak kementerian telah membuat semula semakan Akta Perhutanan Negara 1984 yakni Akta 313 untuk menambah baik pentadbiran pengurusan pembangunan dan pemuliharaan hutan. Salah satu tujuannya adalah untuk mengukuhkan kerjasama Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan Akta 313 tersebut. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu perkara menguruskan hutan amat complicated sikit kerana melibatkan state and Federal. Selain itu, ia juga melibatkan ministry yang lain. Saya mahu bertanya, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri jika saya cadangkan satu tri-ministry advisory council melibatkan Ministry MESTECC, your ministry dan Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim’s ministry, is that possible? Dengan izin, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Sememangnya kerajaan baharu Pakatan Harapan, kita mengalu-alukan cadangan yang baik. Insya-Allah kalau cadangan yang baik, kita akan pertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apakah pandangan Menteri selagi Akta Perhutanan Negara dan Kanun Tanah Negara tidak dipinda? Sebenarnya, laporan hutan ini adalah indah khabar dari rupa. Tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku di keadaan yang sebenarnya selagi dua akta ini tidak dipinda iaitu Akta Perhutanan Negara dan Akta Tanah Negara untuk menyesuaikan diri dengan matlamat untuk hutan ini diurus dengan sempurna dan baik?
Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya setuju apa yang Yang Berhormat Rompin kemukakan. Insya-Allah pada tahun hadapan, RUU Perhutanan akan kita bawa ke Parlimen iaitu dengan menambah baik. Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan sokongan selepas RUU ini diluluskan. Ini di mana kita mohon sedikit kuasa daripada Persekutuan ke atas perhutanan.
Seperti mana saya maklumkan tadi, kuasa mutlak setakat ini di bawah kerajaan negeri mengikut Perlembagaan 74(2) Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan. Mana-mana yang baik kami akan masukkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mendapat penjelasan, mungkin secara bertulis sebab ini perlukan data yang agak detailed iaitu jumlah keluasan hutan tanam semula dan pecahan mengikut negeri, serta jenis kayu yang ditanam semula. Berapakah jumlah hutan simpan yang dikeluarkan ataupun yang dibenarkan yang diberi lesen untuk pembalakan daripada tahun 2000 hingga tahun 2018?
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Kalau hendak detailed memang insya-Allah saya akan bagi secara bertulis, tetapi kalau secara umum boleh saya nyatakan di sini sahajalah. Pada tahun 2017, hutan simpan kekal berjumlah 259,217; manakala hutan tanah kerajaan berjumlah 585,109; rizab hutan liar berjumlah 4,884. Jumlah lebih kurang dalam lima juta lebih, jadi untuk yang secara detailednya saya akan bagi secara bertulis, terima kasih.
2. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan hala tuju dan bentuk bantuan yang disediakan bagi usahawan-usahawan tempatan dalam mengharungi era ekonomi digital pada Revolusi Industri 4.0.
Terima kasih Yang Berhormat Larut. Tuan Yang di-Pertua sebagai sebuah negara yang bergantung kepada pasaran global dan terus menyasar untuk menjadi negara pengeluar, Malaysia perlu meningkatkan rantaian nilai dan menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi, menerusi penggunaan teknologi agar negara agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Industri 4.0 akan mendorong syarikat-syarikat tempatan untuk menggunakan automasi, inovasi dan teknologi tinggi terkini dalam proses pembuatan masing-masing. Ia seterusnya akan membolehkan syarikat-syarikat PKS untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan pulangan pelaburan serta daya saing industri tempatan. Terdapat beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyokong serta membantu PKS tempatan mempersiapkan diri ke arah Industri 4.0. Antara inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dengan izin ataupun MED yang dikelolakan melalui agensi di bawahnya adalah seperti berikut, pertama Program Business Accelerator oleh SME Corp. Malaysia bagi memenuhi keperluan PKS untuk menggunakan teknologi Industri 4.0. Antara elemen pembiayaan yang layak dipertimbangkan adalah pembelian lesen perisian, pembelian perisian dan peralatan dan automasi mesin serta robotik yang berkaitan. Insentif ini berbentuk geran bersamaan 50 peratus hingga RM400,000, di bawah skim ini PKS juga boleh mendapat bantuan pinjaman mudah sehingga RM1 juta pada kadar
faedah empat peratus dengan margin pembiayaan sehingga 90 peratus dan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun. Kedua, kerjasama antara SME Corp. dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) bagi memperkukuhkan local system integrators untuk mewujudkan ekosistem bagi menggalakkan penggunaan teknologi 4.0 di kalangan PKS. Ketiga, kita menggalakkan koperasi-koperasi yang akan terus diperkasakan supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam persekitaran teknologi 4.0. Ini termasuk usaha bagi membantu meluaskan peluang perniagaan koperasi mengukuhkan lagi perhubungan industri dan penyelidikan yang berterusan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri sahabat saya yang menjawab soalan saya tadi. Daripada apa Yang Berhormat sebut tadi kebanyakannya adalah untuk kita membantu dari segi bantuan mendapatkan akses kepada teknologi-teknologi yang ada. Manakala teknologi seperti cloud computing, artificial intelligence dan sudah tentulah seperti internet of things sudah menjadi sesuatu keperluan keseluruhan dalam perniagaan atau dalam kata lain ia merupakan digital transformation ini merupakan sesuatu yang terkesan dalam seluruh business environment pada hari ini. Apakah kita sudah bersedia dalam semua teknologi-teknologi tersebut, atau kita masih lagi dalam peringkat penyelidikan untuk menentukan kegunaannya dalam negara kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Larut, tepat soalan itu. Dari segi adakah kita sudah ataupun sedang bersiap sedia. Kalau kita lihat belanjawan yang diumumkan baru-baru ini, untuk kita transform-kan kepada industri menurut penggunaan digitalization tadi, kita ada peruntukan RM3 bilion, untuk merancakkan industri untuk menerap teknologi pintar merangkumi robotik dan kejuruteraan buatan (artificial intelligence) yang disebutkan tadi, kita ada RM3 bilion. Kementerian sedang rancangkan hari ini adalah untuk bersama-sama dengan kementerian lain untuk memastikan infrastruktur itu diwujudkan supaya boleh teknologi ataupun Industri 4.0 ini diguna pakai ataupun digunakan lebih efektif. Sebagai contoh hari ini kalau kita lihat kelajuan internet untuk transportation of data dengan izin adalah kelajuan paling terendah di antara negara ASEAN. Di mana kita ada satu bottleneck, jadi kita sedang merancang untuk memastikan bottleneck the last mile ini dengan izin untuk ditingkatkan lagi untuk menaikkan kelajuan kepada 100 gigabyte per second dengan izin. Ini ada – kita boleh gunakan satu teknologi yang telah pun dikenal pasti yang dikaji dan telah pun dalam peringkat commercialization oleh kepintaran orang-orang dari negara kita. Jadi kita dalam peringkat memperhalusi rancangan untuk menaikkan taraf infrastruktur supaya kita boleh menggunakan teknologi yang disebutkan hari ini dalam keadaan kita ke arah industrial revolution 4.0 dengan sepenuhnya, dengan lebih bermakna. Kalau tidak ada persediaan dari segi infrastruktur, kita tidak boleh memanfaatkan industri dalam jangka masa yang terdekat untuk memastikan Industri 4.4 ini boleh diguna pakai sepenuhnya di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah sejauh manakah Kementerian Pembangunan Usahawan telah berusaha sama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan kelajuan internet. Sedangkan banyak kawasan perindustrian masih dalam kelajuan 512MB sahaja. Ini adalah menjadi satu masalah besar untuk industri-industri kita untuk meningkat usaha mereka untuk menyertai Revolusi Industri 4.0. Terima kasih.
Terima kasih. Kami dipihak Kementerian Pembangunan Usahawan akan melancarkan satu Pelan Tindakan Keusahawanan Nasional.
Dalam pelan tindakan ini, ada dimasukkan rancangan yang perlu dilaksanakan melalui kerjasama di antara Kementerian Multimedia yang disebutkan tadi. Itulah yang saya sebutkan tadi, antara utamanya adalah kita hendak meningkatkan infrastruktur supaya industrial revolution 4 ini boleh diguna pakai sepenuhnya. Kita telah kenal pasti teknologi- teknologi yang boleh dipakai. Hari ini kalau kita lihat, fibre optics sudah ada tetapi yang saya sebutkan tadi, the last mile itu masih lagi ada bottleneck, tidak cukup speed. Jadi kita akan menaiktarafkan the last mile supaya boleh menanggung data yang kita hendak transport,
dengan izin, supaya kita boleh melibatkan diri dalam industrial revolution 4.0 dengan lebih efisien.
Baru-baru ini saya sudah contact Telekom Malaysia kerana banyak kawasan saya didapati tidak ada kemudahan optical fibre. Itu adalah sebab mereka tidak boleh sampaikan servis dan perkhidmatan UniFi. Jadi ini adalah masalah. Bolehkah kementerian bekerjasama dengan Kementerian Multimedia untuk mengenal pasti kawasan-kawasan masih guna wayar copper?
Dalam saya sebutkan tadi, Yang Berhormat, dalam kerangka, dalam kaedah pelan tindakan pembangunan usahawan tadi, kita ada perhalusi apakah rancangan terperinci yang perlu kita buat. Kita akan measure daripada segi outcome, kesudahannya apa jadi. Jadi, kita akan membuat satu rancangan bersama dengan Kementerian Multimedia memastikan kita dapat sasarkan apa yang dirancang. Terima kasih.
3. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewujudkan satu sistem baru yang lebih telus seperti tempahan dan pembayaran nombor pendaftaran kenderaan baru dibuat secara atas talian terus @ direct online kepada orang ramai untuk mengelakkan keterlibatan pihak-pihak tertentu yang dilaporkan mengambil kesempatan atas penjualan nombor-nombor tersebut. Adalah juga diminta agar nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat diberi harga siling (ceiling price) dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.
Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Pengangkutan Jalan 1987 ataupun Akta 333 telah memperuntukkan kuasa untuk mewujudkan, menetapkan, menguntukkan dan mengenakan fi bayaran ke atas nombor pendaftaran sesuatu kenderaan kepada Menteri ataupun Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 akta tersebut. Seksyen 11 APJ 1987 telah menetapkan bahawa semua kenderaan yang telah didaftarkan perlu diuntukkan satu tanda indeks yang disebut sebagai nombor pendaftaran bagi menunjukkan kawasan kenderaan didaftarkan. Pengarah pula boleh menetapkan kadar bayaran fi bagi nombor pendaftaran yang telah diuntukkan kepada kenderaan tersebut. Selaras dengan APJ 1987, seksyen 5 dalam Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor 1959 telah menetapkan peraturan prosedur mengenai peruntukan nombor pendaftaran. Dalam hubungan ini, nombor pendataran hendaklah dibuat mengikut kepada kawasan sesuatu kenderaan didaftarkan sama ada di Semenanjung atau negeri dan bahagian di Sabah dan Sarawak. Selain daripada nombor pendaftaran yang mengikut kawasan pendaftaran, nombor pendaftaran istimewa telah turut diperkenalkan selaras dengan Kaedah 5A Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor 1959. Pembelian nombor pendaftaran istimewa ini adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri. Antara nombor-nombor istimewa yang pernah dikeluarkan sebelum ini adalah MALAYSIA, ASEAN, BAMBee dan SUKOM. Berdasarkan kepada proses semasa, nombor-nombor pendaftaran sesuatu kenderaan boleh diperoleh oleh orang ramai melalui dua kaedah. Bagi nombor-nombor istimewa dan menarik seperti nombor satu angka, nombor berturutan dan sebagainya, orang ramai boleh mendapatkan nombor-nombor berkenaan menerusi proses tender terbuka, tender secara manual. Orang ramai yang berminat mendapatkan nombor yang istimewa ini bolehlah mengisi borang berkenaan dan memasukkan tawaran harga ke dalam peti tender yang disediakan. Selepas tempoh tender tamat, penender yang mengemukakan tawaran tertinggi akan diisytiharkan pemenang kepada proses tender berkenaan. Bagi nombor-nombor pendaftaran biasa atau nombor berterusan pula, orang ramai boleh mendapatkan nombor berkenaan secara urusan terus di kaunter dengan membayar kadar fi bermula pada RM200 untuk setiap nombor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian Pengangkutan sentiasa memikirkan kaedah-kaedah bagi menambah baik proses bagi mendapatkan nombor pendaftaran yang istimewa supaya satu sistem perolehan yang terus dapat disediakan kepada orang ramai.
Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sedang dalam proses kajian untuk membangunkan satu sistem perolehan nombor pendataran secara atas talian yang dinamik dan terbuka. Berbanding dengan sistem tender secara manual, sistem perolehan nombor secara atas talian ini akan membawa kemudahan kebaikan seperti berikut: (i) orang ramai menerusi sistem ini boleh melihat tawaran harga yang ditawarkan oleh semua petender yang lain; (ii) orang ramai boleh menaikkan harga tawaran masing-masing mengikut kemampuan berdasarkan harga tawaran daripada orang lain; (iii) pemenang akan diumumkan dan akan dapat dilihat oleh semua petender secara terus dan pada masa sebenar; dan, (iv) orang ramai tidak lagi berurusan di kaunter bagi tujuan mengemukakan borang tender masing-masing dan boleh melaksanakan proses ini mengikut keselesaan masing-masing. Bagi memastikan satu sistem yang selamat dan berkesan dapat disediakan, Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan kajian yang terperinci untuk membangunkan spesifikasi dan proses aliran kerja sistem berkenaan. Kementerian akan mendapatkan khidmat nasihat daripada MAMPU yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ICT untuk membantu dan memberikan pandangan dan nasihat dalam membangunkan sistem perolehan nombor pendaftaran di atas talian ini. Keseluruhan proses kajian dan pembangunan sistem ini dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan hingga enam bulan. Kementerian Pengangkutan menjadualkan agar sistem yang telah siap sepenuhnya akan dapat mula digunakan pada awal tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Kalabakan berkaitan penetapan harga siling ke atas pembelian nombor pendaftaran kenderaan pula, pihak Kementerian Pengangkutan pada masa ini tidak bercadang untuk menetapkan harga siling bagi nombor pendaftaran kenderaan. Ini adalah kerana nombor pendaftaran akan diberikan kepada pembida tertinggi di mana ia merupakan satu pelaksanaan yang terus dan terbuka serta dapat menambahkan hasil kepada pihak kerajaan. Jika harga siling ditetapkan, maka ia telah bercanggah dengan prinsip tender yang mana tidak ada lagi keperluan untuk mempunyai sistem sebegini dalam proses perolehan nombor kenderaan. Sesungguhnya Kementerian Pengangkutan adalah komited dalam memastikan semua proses tender akan berlangsung secara terus dan terbuka dan boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Proses tender ini juga wajar diteruskan. Melalui sistem tender secara atas talian kelak, saya percaya ia akan berupaya untuk menyumbang kepada meningkatkan hasil kutipan kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapannya yang penuh. Soalan tambahan saya, masih bersangkutan dengan JPJ. Adalah menjadi masalah— tidak apa, kalau tidak boleh jawab di sini, bertulis pun boleh. Adalah menjadi masalah kepada pemilik-pemilik kenderaan perdagangan seperti lori yang berpermit apabila mereka dikenakan saman yang tidak boleh dikompaun seperti lebih muatan dan sebagainya untuk hadir di mahkamah. Disebabkan saman-saman tersebut, pembelian cukai jalan adalah disekat sehingga perbicaraan mahkamah yang selalunya mengambil masa yang terlalu lama untuk dilaksanakan. Ini boleh mengakibatkan perjalanan perniagaan terganggu kerana kenderaan seperti lori ini tidak dioperasi tanpa cukai jalan. Jadi soalan saya, bolehkah prosedur seperti ini yang menyusahkan peniaga ditambahbaikkan dengan membenarkan semua saman diselesaikan terus di pejabat tanpa harus pergi ke mahkamah? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Walaupun jawapan itu tidak begitu berkaitan dengan soalan asal, namun jawapan saya adalah apa-apa prosedur boleh dikaji balik, tidak ada masalah. Cuma sekarang ini, kita memerlukan notis dan masa untuk kita mengkaji balik prosedur tersebut dan apa-apa kajian itu akan dilaksanakan oleh JPJ bersama-sama dengan OPKP Sabah. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya melihat bagaimana Yang Berhormat Menteri menjawab tentang harga siling tempahan nombor-nombor ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kepada kerajaan, nombor tempahan ini adalah nombor-nombor yang diminati oleh seseorang. Dapat nombor kah atau tidak dapat nombor kah bukanlah perkara yang sampai boleh menjejaskan kehidupan mereka. Jadi saya hendak tanya kerajaan, apakah tujuan sebenarnya meletakkan harga kepada nombor tempahan yang diminta ini? Contohnya, saya melihat harga yang paling minimum yang utama adalah RM10,000 dan paling rendah nombor popular adalah RM300. Pertanyaannya ialah kenapa— kalau ini untuk meningkatkan lagi pendapatan Jabatan Pengangkutan, kenapa tidak dinaikkan lebih tinggi lagi? Ataupun kalau ini tidak menyusahkan rakyat, kenapa tidak direndahkan lagi? Kenapa mesti minimum RM300? Kenapa tidak RM100? Terima kasih.
Itu soalan yang cukup— ada macam soalan falsafahlah. Mengapa terlalu tinggi, mengapa terlalu rendah, itu saya tidak ada masa hendak menjawab. Cuma saya hendak katakan, kita melihat ini sebagai satu punca pendapatan kepada kerajaan. Mengapa letak satu harga untuk katakan nombor single digit ada RM10,000, kerana itu nombor-nombor yang cukup digemari.
Kalau kita tidak meletakkan satu nombor harga minimum, ia seolah-olah nombor itu tidak bernilai. Jadi, kita meletakkan satu harga minimum dan kita membiarkan supaya satu sistem tender dilaksanakan. Untuk makluman, nombor-nombor ini boleh dan ada potensi untuk menjana hasil yang lumayan kepada pihak kerajaan. Umpamanya, apabila kita telah mengambil alih kerajaan baru-baru ini, pada bulan Ogos lepas kita memperkenalkan siri nombor Malaysia, “Malaysia 1” menjanakan pendapatan RM1,111,111 kepada kerajaan. Saya hendak katakan di sini bahawa semua nombor pendaftaran secara khas pada hari ini tidak akan lagi diberikan kepada mana-mana pihak NGO ataupun pihak-pihak persendirian. Semua nombor pendaftaran ini akan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri dan apa- apa hasil akan masuk dalam tabung kerajaan. [Tepuk] Ini berbeza dengan dahulu. Kalau dahulu ada 39 nombor pendaftaran yang pernah dikeluarkan. Macam-macam nombor. Ada “X, Y, VIP, Perfect, E”, macam-macam “RIMAU”. “RIMAU” itu bawah kerajaan, itu sebab. Ini Yang Berhormat Lumut jangan kacau. Macam-macam nombor lain itu Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Kebanyakan nombor ini dipohon oleh pihak NGO. Apabila mereka memohon sesuatu nombor itu, kerajaan benarkan, mereka bayar RM1 juta kepada kerajaan. Padahal satu siri nombor ia boleh menjana mungkin RM10 juta. Jadi, kerajaan leakage RM9 juta. Siri “Malaysia” menjanakan RM13 juta untuk pendapatan kerajaan. Jadi, RM1 juta is nothing. Memang banyak pihak hendak memohon nombor-nombor pendaftaran khas ini. Bayar RM1 juta, selepas itu mereka dapat kelebihan. Dia kata dia buat macam-macam program dan lain. Siapa audit? Kerajaan tidak dapat audit. Jadi, kita sekarang ini dasar baharunya semua nombor pendaftaran khas ini bawah kerajaan. Saya hendak katakan kepada orang ramai walaupun ada persoalan-persoalan mengapa kata dasar sekarang ini tidak membenarkan lagi, mengapa ada lagi nombor- nombor seperti “E” dan sebagainya yang diperkenalkan baru-baru ini? Saya hendak nyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa apa-apa nombor pendaftaran khas yang diperkenalkan sekarang ini semuanya diluluskan sebelum 9 Mei. Terakhir itu “E” diluluskan pada 17 April oleh Yang Berhormat Menteri terdahulu. Memang mereka sudah bayar, itu sebabnya kita tidak dapat tarik balik dan kita terpaksa membenarkan mereka meneruskan pendaftaran. Itu sebabnya, masih ada nombor-nombor pendaftaran baharu yang diperkenalkan sekarang tetapi itu telah diluluskan sebelum ini dan mereka telah bayar kepada pihak kerajaan. Kita tidak dapat batalkan. Jadi selepas ini, apa- apa nombor pendaftaran khas hanya akan dikeluarkan oleh pihak JPJ ataupun pihak kerajaan sahaja. Semua hasil pendapatan akan masuk dalam tabung kerajaan. Terima kasih.
4. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah pelaburan langsung asing (FDI) yang telah berjaya dibawa masuk bagi tahun 2018 serta berapakah jumlah FDI yang telah berjaya dibawa masuk dari negara China.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dalam mengukuhkan usaha bagi terus menarik pelaburan asing ke dalam negeri bagi memastikan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi utama pilihan para pelabur. Bagi tempoh Januari hingga ke Jun 2018, jumlah pelaburan asing yang diluluskan adalah sebanyak RM26.5 bilion dan projek-projek yang diluluskan ini merangkumi projek dalam sektor utama (primary industries), perkilangan (manufacturing) dan juga perkhidmatan (services). Sebahagian besar daripada RM26.5 bilion pelaburan asing (FDI) yang telah diluluskan dalam tempoh masa Januari hingga Jun 2018 adalah dalam sektor perkilangan (manufacturing) iaitu RM15.2 bilion diikuti oleh sektor perkhidmatan dengan RM6 bilion dan RM5.3 dalam sektor utama (primary industries). Dalam sektor perkilangan, mengikut soalan Yang Berhormat Padang Terap, negara Republik Rakyat China (RRC) mencatatkan jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu sebanyak RM6.6 bilion diikuti oleh Republic of Korea sejumlah RM2.4 bilion, Jepun RM1.6 bilion dan Singapura RM0.8 bilion. Industri-industri utama yang menyumbang kepada pelaburan asing daripada RRC adalah produk getah sebanyak RM3.1 bilion, produk logam asas sebanyak RM2.9 bilion dan produk petroleum termasuk petrokimia (petrochemical) berjumlah RM309 juta. Kerajaan menyedari akan kepentingan pelaburan asing yang menyokong ekonomi Malaysia. Justeru itu, antara langkah yang diambil untuk meraih keyakinan dan kepercayaan pelabur asing untuk terus melabur di negara Malaysia adalah: (i) Menambah baik dasar-dasar semasa yang mesra perniagaan termasuk merealisasikan dasar-dasar yang menggalakkan pelaburan terutamanya pelaburan berkualiti di seluruh negara serta memudah cara kemasukan dan pelaksanaan projek- projek pelaburan. Kami memang komited untuk menambah baik ease of doing business dengan izin, di mana Jawatankuasa Pemudah akan dipulih semula dan juga jawatankuasa khas yang baharu akan ditubuh dan akan dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Yang Berhormat Menteri MITI untuk menambah baik kaedah membuat perniagaan di Malaysia. (ii) Menambah baik pelbagai strategi dan insentif sebagai pemangkin dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan terutamanya yang melibatkan teknologi tinggi selaras dengan trend industri termasuk projek pelaburan berasaskan Revolusi Industri 4.0 dan automasi. (iii) Meningkatkan engagement dan penyertaan pihak industri dalam sesi konsultasi kementerian dengan komuniti perniagaan serta secara konstruktif bagi mendapatkan maklum balas langsung berhubung langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menambah baik dan juga memperkukuhkan iklim pelaburan di Malaysia. (iv) Untuk menganjurkan misi-misi pelaburan ke luar negara untuk menarik pelaburan baharu dan berkualiti. Pada tahun ini sebanyak 17 misi pelaburan telah dirancang sehingga Oktober 2018. Di antara misi pelaburan (trade and investment mission) yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: (a) Specific Project Mission (SPM) teknologi hijau ke Eropah Jun 2018;
(b) Specific Project Mission (SPM) minyak dan gas (oil and gas) ke Eropah Ogos 2018; (c) Specific Project Mission (SPM) sains dan teknologi perubahan ke India September 2018; (d) trade and investment mission ke Amerika Syarikat pada Oktober 2018; dan (e) trade and investment mission ke Jepun dan Korea Selatan. Baru-baru ini pada Oktober 2018 yang telah dipimpin oleh Yang Berhormat Penampang iaitu Yang Berhormat Menteri MITI. (v) Program untuk menganjurkan program-program media engagement dan publisiti melalui laman web kementerian dan agensi yang berkaitan seperti media sosial Facebook, Twitter, Instagram bagi menghebahkan lagi maklumat mengenai peluang pelaburan dan perdagangan serta dasar dan insentif terkini kepada pelabur-pelabur yang berpotensi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang berkaitan dengan foreign direct investment terutamanya dari negara China. Soalan saya soalan tambahan berkaitan dengan pelaburan asing ke rantau ini, ke negara-negara ASEAN. Kita sedar salah satu daripada negara yang begitu kuat untuk menarik pelabur asing ini adalah Vietnam dan juga negara Indonesia. Kita menjadi salah satu daripada negara yang menjadi tumpuan dari Eropah, China, Jepun dan Korea seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi. Cuma, saya hendak minta penjelasan di sini yang pertamanya ialah berhubung dengan inisiatif BRI dari negara China yang disebut sebagai Belt and Road Initiative yang telah 75 buah negara sebenarnya yang telah mengambil bahagian dalam BRI ini. Jadi, di mana Malaysia dalam konteks BRI dengan negara China? Saya juga hendak sebutkan kita di Malaysia ini ada banyak kawasan industri. Macam di Kedah salah satunya dipanggil Kulim Hi-Tech Park.
Seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi kalau disebut hendak RM26.5 bilion dari Januari sehingga Jun, jadi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi anggaran Julai hingga Disember tahun 2018 jumlah pelabur asing masuk. Kalau boleh kita hendak tengok jugalah mungkin tidak dapat jawapan hari ini tetapi berapakah kawasan-kawasan industri. Kalau di Sabah ada KKIP, di Johor ada kawasan perindustrian, di Selangor, di Penang dan di Kedah. Kalau kita agihkan kepada kawasan-kawasan perindustrian ini, berapa pelabur asing yang dapat pergi ke kawasan-kawasan industri ini. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Padang Terap tadi. Saya hendak mengambi kesempatan ini untuk memberi angga terkini kerana tadi Yang Berhormat Padang Terap ada tanya. Sebelum ini saya telah mengumumkan angka pelaburan asing dari Januari ke Jun 2018 yang merangkumi sektor perkhidmatan dan juga sektor industri utama. Angka terkini yang saya ada yang melibatkan sektor perkilangan sahaja iaitu manufacturing ini adalah untuk angka Januari ke September 2018 berbanding dengan tempoh masa yang sama untuk tahun 2017. Jumlah FDI untuk Januari hingga September 2018 adalah RM48.8 bilion berbanding dengan FDI pada masa yang sama, tempoh yang sama tahun 2017 adalah RM14.0 bilion. Jadi telah tambah begitu ketara dari tempoh masa Januari hingga September 2018 berbanding dengan 2017. Jadi, itu adalah angka yang terkini. Untuk soalan tentang inisiatif BRI yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Padang Terap tadi, saya rasa saya hendak tegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan memang
sokong Belt and Road Initiative. Akan tetapi cuma yang saya hendak tegaskan ialah cara untuk menggalakkan FDI ini daripada negara China akibat daripada BRI ini adalah untuk menegaskan tiga perkara:- (i) kita hendak galakkan pelaburan yang high technology dan tidak mencemarkan environment ataupun persekitaran di Malaysia; (ii) kita hendak pelaburan yang beri peluang kepada sektor SME di Malaysia untuk melibatkan diri dalam pelaburan asing dari mana- mana negara termasuk negara China; dan (iii) kita mahu pelabur asing ini memberi peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia. Saya rasa ini adalah sesuatu yang saya dan Yang Berhormat Menteri telah tegaskan apabila kita pergi ke luar negara termasuk pergi ke negara China. Dari segi menggalakkan pelaburan BRI kepada Malaysia dan bagaimana kita hendak bersaing dengan negara Vietnam dan juga Indonesia, saya rasa apabila pelabur asing ini datang ke Malaysia mereka tahu bahawa Malaysia ini memang ada kekangan dari segi foreign workers. Apabila mereka tahu bahawa ada kekangan seperti ini low value-added industry yang memang bergantung kepada buruh asing ini akan disalurkan kepada negeri seperti Vietnam dan Indonesia. Apa yang kita hendak ialah high quality investment yang tidak bergantung kepada buruh asing dengan kaedah yang lebih tinggi. Dari segi strategi untuk menarik pelabur-pelabur ini saya rasa ada beberapa sektor yang lebih khusus kepada geographical area yang tertentu. Seperti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap tadi untuk sektor E&E mereka memang hendak melabur di kawasan seperti Kulim dan juga kawasan seperti Batu Kawan di mana Nexus E&E di Pulau Pinang dan juga di Kedah Selatan merupakan satu tempat tumpuan oleh pelabur asing termasuk dari negara China di sektor seperti solar panel ataupun solar manufacturing. Manakala yang lain mungkin mereka lebih suka kepada Sarawak untuk low energy cost di sana di Samalaju Industrial Park dan ada juga ramai pelabur asing termasuk negara China yang suka melabur di negeri Johor kerana mereka bergantung kepada supply chain daripada negara Singapura. Jadi ada strategi-strategi yang khusus untuk menarik FDI daripada sektor-sektor tertentu daripada negara China dan juga negara yang lain. Terima kasih.
Saya mengucap terima kasih. Sebelum saya hendak mengajukan soalan Pendang ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah dipilih menjadi jawatankuasa peringkat tertinggi PKR dan juga kepada Timbalan Presiden PKR yang telah dipilih. Sekali lagi saya ucap tahniah. Cuma yang menjadi kesedihan Pendang pada pagi ini saya dapat maklumat daripada Pulau Pinang, sahabat saya daripada Jelutong telah tewas dalam pemilihan, berlaku silent protes dalam DAP. Jadi saya terus kepada soalan.
[Dewan ketawa]
Saya minta straight to the point dan ajukan pertanyaan.
Pertamanya, saya hendak tanya berkenaan dengan...
Tahniah Yang Berhormat Pendang.
Terus kepada soalan.
Terus kepada pertanyaan.
Congratulation kena bagi, takziah pun kena bagi, tahniah pun kena bagi kan.
[Dewan Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pasai dia kalah kan.
Pasai kalah. Masa inilah hendak ambil kesempatan kalau tidak tak ada tempat. Okey, baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan – terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lumut.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertamanya saya hendak tanya status projek Tanjung Agas yang dijadikan industrial park sampai ke sekarang ini bagaimanakah statusnya Tanjung Agas di Pekan? Kedua, projek pelaburan asing masuk pada 1 Januari sehingga suku pertama suku kedua iaitu 30 Jun 2018, berapa jumlah pelaburan asing masuk? Berapa jumlah pelaburan asing keluar daripada Malaysia? Suku ketiga daripada 1 Julai sehingga 30 September berapa pelaburan asing masuk dan berapa pelaburan asing keluar pada zaman selepas berlaku pertukaran? Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI sekian. Kalau tidak boleh hari ini jawab bertulis.
Saya rasa sesi Parlimen yang lalu saya sudah menjawab soalan tentang pelaburan asing yang telah keluar daripada Malaysia selepas pilihan raya. Kalau tidak silap ada mungkin tiga projek yang telah berhenti operasi di Malaysia bukan kerana isu pilihan raya tetapi oleh sebab isu kewangan mereka sendiri ataupun perubahan strategi dari segi strategi jangka masa panjang. Akan tetapi untuk angka yang terkini itu sampai bulan September saya akan berikan secara bertulis. Untuk isu status Tanjong Agas Industrial Park itu, on the top of my head saya memang tidak boleh jawab soalan itu. Namun saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Pendang saya pernah pergi ke Tanjong Agas Industrial Park waktu saya menjadi pembangkang kerana ada beberapa projek besar-besaran telah diumumkan di Tanjong Agas. Akan tetapi sebagaimana yang saya tahu apabila saya buat lawatan ini lebih kurang dua tahun sebelum ini, ada infrastruktur telah disediakan tetapi tidak ada pelaburan besar yang telah masuk seperti yang diumumkan sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Jadi saya harap saya boleh buat kunjungan sekali lagi untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan juga untuk membuat siasatan kenapa projek berbilion-bilion ringgit yang telah diumumkan sebelum ini oleh Kerajaan Barisan Nasional tidak boleh direalisasikan di Tanjong Agas itu. Terima kasih.
Terima kasih, very professional.
[Soalan No.5 – Y.B. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) tidak hadir]
6. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sejauh mana tindakan kementerian dalam menghapuskan monopoli syarikat swasta seperti Astro di dalam sektor penyiaran dan membuka ruang kepada syarikat lain untuk memberikan perkhidmatan sama.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh eksklusif dan keistimewaan ataupun dengan izin exclusive right and privilege yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd ataupun ASTRO untuk menyiarkan medium kandungan penyiaran satelit iaitu menerusi aktiviti pemancar ke mana-mana satelit bagi penerimaan kandungan penyiaran oleh orang awam secara langsung dari mana-mana satelit untuk tempoh 20 tahun telah tamat pada 28 Februari tahun 2017. Namun demikian, Astro masih berhak untuk meneruskan aktiviti penyiaran satelit ini atas dasar non-exclusive basis kerana lesen-lesen yang dimiliki Astro di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah sah sehingga 1 Februari tahun 2020. Manakala bagi lesen individu pemberi kemudahan rangkaian atau network facilities provider individual license, (NFP) dan pemberi perkhidmatan rangkaian, network service provider individual license (NSP) dan bagi lesen individu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan ataupun dengan izin, content applications service provider individual license adalah pada 28 Februari 2022. Sehingga 30 September 2018, terdapat lebih kurang 35 syarikat telah diberikan lesen CASP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menawarkan
perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, Penyiaran Bebas ke Udara (FTA), Protocol Internet (IPTV) dan juga penyiaran televisyen Terrestrial Digital Television Broadcasting ataupun (DTTV). Ingin saya maklumkan di sini daripada senarai di atas, terdapat empat syarikat, telah diberikan―, telah dibenarkan ataupun diberikan perkhidmatan penyiaran TV melalui platform satelit selain daripada ASTRO iaitu Ansa Broadcast Sdn Bhd (ANSA), Jaringan Mega Sdn Bhd (Jaringan Mega), Smart Digital International (M) Sdn Bhd (Smart Digital) dan High End Net Sdn Bhd (High End Net). Dengan adanya penawaran pelbagai platform ini, rakyat Malaysia dijangka akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan sama ada melalui penyiaran percuma tanpa langganan, dengan izin, non-subscription broadcasting ataupun melalui penyiaran berbayar, subscription broadcasting. Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui platform Over-The-Top (OTT) seperti aplikasi Tonton, iflix dan Netflix. Untuk makluman, aplikasi Over-The-Top ini adalah aplikasi penyediaan kandungan melalui internet dan ia adalah aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan pelesenan di bawah AKM 98. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk memberikan perkhidmatan penyiaran boleh mengemukakan permohonan lesen CASP kepada SKMM bagi tujuan penilaian. Penilaian oleh pihak SKMM untuk membuat syor kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi permohonan lesen CASP adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang mematuhi peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Peraturan Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tahun 2000 dan Garis Panduan Pelesenan. Antara kriteria-kriteria tersebut adalah seperti mana berikut: (i) Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan modal berbayar minimum sebanyak RM500 ribu; (ii) Maklumat korporat syarikat termasuk pemegang saham syarikat, Ahli Lembaga Pengarah dan juga pengurusan syarikat; (iii) Perihal jenis kemudahan perkhidmatan aplikasi atau kandungan dan teknologi yang akan ditawarkan; (iv) Perihal liputan dan cadangan Pelan Pelaksanaan Komersial dan Jangkaan Perbelanjaan Operasi serta Modal termasuklah Rancangan Pembiayaan seperti sumber dan pembiayaan domestik atau asing; dan (v) Kedudukan kewangan semasa syarikat.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak rujuk Buku Harapan― Pakatan Harapan. Saya hendak tanya apakah status kajian untuk menamatkan manipulasi Astro seperti yang terkandung dalam buku tersebut dan apakah Pelan Pemerkasaan RTM yang tujuannya untuk menandingi Astro serta Pelan Pemerkasaan RTM sendiri dan dikhabarkan mahu bergabung dengan telco Maxis. Terima kasih.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan penamatan monopoli Astro tadi, saya sudah jawab Yang Berhormat Lenggong yang mana saya telah sebutkan bahawa tidak ada lagi penguasaan secara eksklusif kepada Astro yang mana ada empat syarikat yang saya sebutkan tadi telah pun diberikan hak yang sama untuk bersaing. Cuma lesen yang ada, yang dibenarkan kepada Astro itu akan tamat tahun 2020. Berkenaan isu pemerkasaan RTM, itu adalah perkara yang saya percaya memang diletakan sebagai keutamaan yang mana sebelum RTM ini dilihat sebagai syarikat penyiaran yang mampu bersaing dengan Astro ataupun sebagainya, pengukuhan di peringkat asas RTM itu sedang dilakukan dan ini kita dapat lihat beberapa perubahan yang drastik yang telah dibuat dalam penstrukturan semula RTM dalam tempoh empat ke lima bulan ini. Akan tetapi, cuma perlu diingat di sini bahawa RTM dengan Astro adalah dua syarikat yang berbeza yang mana RTM memberikan perkhidmatan secara percuma dan Astro di antara RTM dengan Astro itu secara, dengan izin perbandingan apple to apple, ya. Terima kasih.
Alhamdulillah. Baik terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita masih bercakap fasal usaha supaya tidak berlakunya monopoli di dalam penyiaran dan kita juga telah diterangkan tadi terdapat beberapa jenis stesen-stesen TV swasta yang ada sama ada Media Prima yang banyak menguasai televisyen swasta percuma dan kita melihat tentang televisyen satelit berbayar seperti Astro yang disebutkan tadi, Televisyen Kabel Berbayar, Televisyen Antena Berbayar. Namun kita sedang berusaha untuk melihat peluang-peluang syarikat-syarikat lain untuk terlibat dalam dunia penyiaran di negara kita ini. Saya ingin tahu, berapa permohonan- permohonan syarikat penyiaran swasta yang telah ditolak dan apakah alasan kerajaan menolaknya sama ada menolak disebabkan oleh mereka tidak menepati syarat-syarat yang kita sediakan ataupun kerana mereka cuba memberikan perkhidmatan yang terlalu tinggi sehingga tidak terjangkau oleh kerajaan untuk meluluskannya. Soalan saya.
Ya, terima kasih ya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan berapa jumlah permohonan yang ditolak. Akan tetapi saya boleh nyatakan di sini sebenarnya untuk mengelakkan tadi isu monopoli tadi―, sebenarnya ada empat syarikat yang telah pun diberikan lesen. Akan tetapi yang menjadi masalah syarikat itu masih lagi belum bermula sehingga ke hari ini. Jadi saya berpendapat, syarat-syarat yang disebutkan ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi. Sekiranya syarat-syarat tersebut dipatuhi tidak ada masalah untuk syarikat itu diberikan lesen dan bersaing secara sihat sebab kita―, saya sudah sebutkan dalam jawapan saya tadi, tidak ada lagi isu monopoli, penguasaan secara eksklusif oleh Astro dan ini jelas, ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
7. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah luas tanah rizab Orang Asli yang sudah diwartakan dan berapakah yang belum diwartakan. Apakah bentuk kerjasama yang diadakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menangani tuntutan untuk mewartakan tanah rizab Orang Asli di Kelantan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod JAKOA sehingga Disember 2015, terdapat sebanyak 853 buah kampung Orang Asli. Dari jumlah tersebut, sebanyak 192 buah kampung Orang Asli dengan keluasan tanah 32,779.37 hektar telah diwartakan sebagai kawasan Orang Asli di bawah seksyen 6 dan Seksyen 7 Akta 134 dan di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965. Manakala sebanyak 661 buah kampung dengan anggaran keluasan sebanyak 99,854.67 hektar lagi masih dalam proses untuk diangkat permohonan dan kelulusan pewartaan. Ke arah pembentukan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, JAKOA akan menyediakan pelan mengikut keluasan yang dituntut oleh masyarakat Orang Asli. Seterusnya, pelan berserta kertas kerja permohonan tanah akan dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri Kelantan untuk tindakan dan pertimbangan selanjutnya. Selain itu, kerjasama juga dibentuk melalui pelbagai mesyuarat yang melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan negeri, Orang Asli dan NGO bagi mencari penyelesaian mengenai permasalahan tanah Orang Asli. Kerjasama di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus diteruskan dan dieratkan melalui rundingan di dalam menangani dan menguruskan hal ehwal masyarakat Orang Asli amnya di negeri Kelantan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum ikatan Orang Asli dengan tanah ini amat rapat, oleh sebab budaya, sejarah dan lain-lain. Masyarakat Malaysia yang lain mempunyai peluang yang luas melalui pendidikan untuk meneroka bidang-bidang seperti perniagaan, kerajaan dan lain-lain. Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan menangani masalah ini. Soalannya, bila kerajaan akan menjangka untuk menyelesaikan kira-kira dua pertiga lagi? Lebih kurang angka-angka Yang Berhormat tadi, satu pertiga sudah pun diwartakan, dua per tiga belum diselesaikan. Adakah satu tahun, 10 tahun, 20 tahun? Adakah kerajaan
ingin melihat semula kepada saiz yang ekonomik untuk membolehkan Orang Asli memperoleh pendapatan yang secukupnya bagi menampung keperluan hidup seharian? Ini kerana punca mata pencarian mereka semata-mata tanah dan hutan. Jadi kalau saiz yang tidak ekonomik, adakah kerajaan ingin melihat semula kepada saiz ini? Bermaknanya, adakah angka yang disebut Menteri tadi mencukupi untuk memastikan bahawa Orang Asli dapat hidup dengan selesa? Seterusnya, adakah kerajaan ingin melihat semula kepada delivery, cara-cara untuk kita memastikan segala dasar ini terlaksana? Kita ada JAKOA, beberapa kementerian yang lain. Adakah kerajaan ingin melihat semula, kaji semula sistem delivery untuk memastikan pergeseran antara autoriti atau pihak berkuasa negeri ataupun pusat dengan Orang Asli dapat dikurangkan? Kita tahu beberapa tempat di Malaysia ini ada masalah tertentu dan adakah kerajaan bercadang untuk menangani isu ini dengan berkesan— pergeseran antara masyarakat Orang Asli dengan pihak berkuasa? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat, atas soal tersebut. Memang saya perakui ikatan tanah Orang Asli itu amat rapat, mereka hidup rapat dengan tanah. Adalah penting bagi menangani masalah ini. Bagi menjawab soalan tersebut sama ada bila baki tanah tersebut akan diwartakan, saya dapat memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa rundingan-rundingan sedang dijalankan dengan kerajaan-kerajaan negeri tertentu bagi memastikan dan juga membolehkan tanah-tanah yang selebihnya diwartakan. Sekiranya diambil contoh di negeri Kelantan, daripada jumlah sebanyak 123 buah kampung Orang Asli yang diiktiraf di Kelantan, sebanyak 112 buah kampung telah dibuat pengukuran penandaan perimeter bagi tujuan permohonan warta kawasan Orang Asli. Jadi proses permohonan pewartaan kepada pihak berkuasa, misalnya di negeri Kelantan, dilaksanakan secara peringkat-peringkat dan begitulah juga dengan negeri-negeri lain setelah kerja-kerja ukur keliling dibuat. Namun, ia juga tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan kerajaan negeri. Sama ada saiz tersebut akan menampung pendapatan masyarakat Orang Asli, saiz yang ekonomik, saya ingin menyatakan bahawa saiz tersebut juga bergantung pada permintaan oleh masyarakat Orang Asli sendiri. Umpamanya di Gua Musang, satu mesyuarat telah dijalankan bersama dengan NGO-NGO dan juga masyarakat tempatan Orang Asli pada 20 Ogos dan juga pada 13 Sept 2018 iaitu pada tahun ini. Hasil daripada mesyuarat tersebut ialah bahawa masyarakat Orang Asli akan membuat satu peta lakaran keluasan tanah yang mereka perlukan. Peta lakaran tersebut akan mereka buat berdasarkan kepada tanah penempatan mereka, tanah pertanian, kubur-kubur lama dan juga kawasan-kawasan rayau. Jadi itu akan memastikan bahawa keperluan mereka mencukupi. Soalan seterusnya sama ada sistem delivery— memandangkan terdapat pergeseran di antara Orang Asli dan juga agensi-agensi tertentu— dapat dikurangkan. Kerajaan di bawah JAKOA sedang berbincang dengan agensi-agensi kerajaan tersebut terutama kerajaan negeri dan juga jabatan hutan negeri masing-masing dan sedang berunding untuk memastikan bahawa isu-isu masalah Orang Asli ini dapat ditangani dengan cara lebih praktikal. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas usaha kerajaan untuk membantu Orang Asli. Sebenarnya di samping usaha yang dibuat ini, terdapat juga tanah-tanah Orang Asli dieksploitasi oleh pihak tertentu di mana mereka kahwin dengan Orang Asli dan akhirnya memiliki tanah, mereka membangunkan, mereka menjadi kaya tetapi Orang Asli tidak juga kaya. Orang Asli ini terletak di bawah Akta 134. Tuan Yang di-Pertua, saya ramai saudara Orang Asli. Bukan saya Orang Asli— tidak— tetapi terlibat dengan masyarakat Orang Asli. Jadi saya hendak bertanya dengan Menteri, andai kata sekarang ini kita telah berusaha untuk meratifikasikan ICERD ini, tidak ada lagi perbezaan, apakah kalau ratifikasi ini diterima, bererti hak-hak Orang Asli yang selama ini dibela di bawah Akta 134 itu akan terbatal dengan sendiri? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan ini tidak berkaitan dengan soalan asal. Saya percaya akan ada masa kemudian daripada ini— semasa hujahan— untuk bertanya soalan tersebut.
Ada kaitan ini, ada kaitan ini.
Walau bagaimanapun, saya boleh menjawab setakat ini. Sekiranya— saya stress perkataan, ‘sekiranya’ ICERD tersebut ditandatangani oleh kerajaan, maka boleh dilaksanakan reservations tertentu bagi menjamin hak-hak Orang Asli terjamin.
But that is misleading.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang Akta 134 jelas... [Pembesar suara dimatikan]
Saya hanya benarkan satu pertanyaan tambahan sahaja.
8. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan syarikat gergasi multinasional mengutamakan penggajian rakyat Malaysia berbanding warga asing di dalam bidang kepakaran tinggi.
Terima kasih. Kerajaan mengamalkan dasar di mana keutamaan penggajian diberikan kepada warga tempatan terutamanya di dalam bidang berkepakaran tinggi. Pihak majikan kebiasaannya akan turut mengutamakan pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan yang diperlukan.
Pengambilan pegawai dagangan ekspatriat hanya akan dilakukan apabila kemahiran atau kepakaran yang diperlukan tidak dimiliki oleh warga tempatan atau bilangannya sangat terhad untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Permohonan bagi jawatan ekspatriat ini juga perlu dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan yang ditentukan mengikut jenis-jenis perniagaan dan industri. Selain daripada itu, pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa kebanyakan majikan tidak melanjutkan tempoh kontrak yang telah ditawarkan dan perkara ini dapat dilihat dari bilangan ekspatriat yang tidak berubah. Bagi menambah baik kawalan penggajian ekspatriat, kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, jabatan dan agensi terlibat akan dipertingkatkan dengan memperkenalkan langkah-langkah yang lebih berkesan seperti pelaksanaan integrasi sistem dengan pelbagai agensi di bawah satu platform. Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan lagi kawalan di atas penggajian ekspatriat oleh para majikan, Kementerian Sumber Manusia melalui Talent Corporation dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) telah membangunkan Critical Occupations List (COL) yang bertujuan mengenal pasti kemahiran dan pekerjaan yang sukar dipenuhi merangkumi keperluan tenaga kerja mahir, separuh mahir dan lulusan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET. COL iaitu Critical Occupations List digunakan sebagai rujukan dalam mempertimbangkan kelulusan penggajian ekspatriat oleh pihak penguasa yang terlibat. Selain itu, Critical Occupations List juga diaplikasikan dalam penentuan program membangunkan kemahiran tenaga kerja, pengurusan biasiswa dan inisiatif meningkatkan kebolehpasaran graduan. Inisiatif turut menetapkan sasaran untuk merapatkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri dengan menawarkan modal insan oleh institusi pengajian tertiary seperti universiti dan TVET agar kebergantungan kepada ekspatriat dapat dikurangkan. Di samping usaha kawalan dan pemantauan pengajian ekspatriat serta perancangan jangka panjang yang dilakukan pelbagai agensi TalentCorp dan sebagainya turut memainkan peranan dalam optimize penyertaan profesional warga Malaysia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir oleh pihak industri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah pihak kerajaan mempunyai satu sistem kuota bagi mengawal penggunaan tenaga pakar daripada asing dalam industri, khususnya di kawasan industri bebas di Pulau Pinang? Berapakah jumlah yang berada pada taraf gaji RM5,000 ke atas yang diambil pada waktu ini? Terima kasih.
Ini soalan yang statistik, di mana saya akan memberi jawapan secara bertulis. Akan tetapi, pada asasnya dan hakikat adalah kita memberi keutamaan kepada pekerja dalaman, Malaysians first. Itu adalah benchmark nya dan TalentCorp dan sebagainya, di mana bila ada permintaan khusus di mana ada kepakaran dengan pekerja-pekerja asing, maka kelonggaran diberi untuk mereka bekerja di sini secara kontrak. Itu sahaja dan bukan secara mereka bekerja selama-lamanya. Pada masa mereka bekerja di sini, satu di antara galakan yang diberi oleh kerajaan adalah supaya pemilik-pemilik industri kita sendiri menangani perkara tersebut dan memberi training kepada pekerja-pekerja dalaman di negara ini.
[Bangun]
Soalan tambahan seterusnya saya kena panggil sebelah sini, Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan Menteri.
Tahniah Yang Berhormat Kapar.
Ya, terima kasih. Saya meneliti, tetapi nombor tiga, bukan nombor satu ya. [Ketawa] Saya meneliti jawapan Menteri dan saya memahami hasrat dan juga komitmen kementerian untuk mengawal selia pekerja yang berkemahiran tinggi, pekerja asing ini. Apa yang saya lihat ialah peranan TVET dan juga penguatkuasaan JTK terhadap syarikat-syarikat besar ini. Peranan TVET melahirkan pekerja tempatan berkemahiran tinggi yang boleh bersaing dengan pekerja asing, itu slogan dia. Namun sebagai contoh peristiwa yang berlaku sebelum ini iaitu MAS sebagai contoh. CEO MAS dibayar berjuta-juta ringgit setahun. Akan tetapi, kita kena tengok sejarah Tan Sri Dato’ Abdul Aziz Abdul Rahman yang telah membekalkan RM5 bilion untuk MAS sebelum dia meninggalkan MAS. Menunjukkan efisiennya pekerja tempatan tetapi tidak diberi penghargaan. Soalan saya ialah apakah langkah kerajaan untuk mengadakan kuota, sekurang-kurangnya kuota untuk ataupun memastikan pekerja diberi pekerja tempatan diberi peluang untuk kategori perkara tertinggi untuk mendapat tempat dalam proses menjamin mereka memperoleh pekerjaan, apa tindakan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat kapar, tahniah Yang Berhormat Kapar menang dalam PKR. Akan tetapi, saya tahu soalan yang dibangkitkan adalah kerana wujudkan mungkin Yang Berhormat Permatang Pauh. Di mana berkaitan dengan TVET, di mana beliau telah dilantik sebagai pengerusi untuk kawal selia berkaitan semua TVET di negara ini. Tahniah kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, she has got the real heart on it. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar, betul kita memberi keutamaan kepada pihak-pihak dalaman dalam memberi galakan supaya keutamaan diberi kepada rakyat Malaysia dalam mendapat, bukan setakat mendapat kerja tetapi juga dalam tingkatkan pangkat dan sebagainya. Saya setuju bahawa mungkin ada polisi-polisi yang tidak sesuai sebelum ini. Di mana keutamaan nampaknya diberi kepada pekerja-pekerja asing di atasan, top level dan saya rasa itu perlu dihalusi, perlu diingat balik. Kita bukan kekurangan talent, yang kurang adalah inisiatif yang baru, peningkatan fikiran yang baru di mana kita ada inisiatif-inisiatif yang baru. Yang Berhormat kapar semestinya tahu. Satu di antaranya adalah, kita sekarang ada menjalankan Career Comeback Programme iaitu CCP di mana kita memberi galakan kepada profesional wanita yang layak dipertimbangkan untuk program ini adalah mereka yang telah bekerja selama sekurang-kurang tiga tahun dan telah berhenti sementara selama sekurang- kurang enam bulan. Sehingga setakat 30 September, seramai 654 bakat wanita profesional telah kembali bekerja di bawah program ini yang melibatkan sebanyak 268 majikan terdiri daripada
pelbagai industri. Satu lagi adalah Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR) menerusi pelaksanaan inisiatif STAR yang merupakan kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Awam, program ini berperanan memudah cara transisi graduan kerajaan untuk menyempurnakan ikatan perjanjian biasiswa bersama syarikat dan pemain industri terkemuka Malaysia. Usaha ini adalah sebagai langkah berterusan kerajaan dalam mengoptimize pulangan pelaburan kerajaan ke atas bakat-bakat terbaik negara yang telah ditaja oleh kerajaan dengan memastikan mereka pulang ke tanah air dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar, ini adalah satu di antara rancangan- rancangan kerajaan di mana kita ingin memberi nafas yang baru, new breathing space supaya kita dapat bukan sahaja menggunakan tenaga yang sedia ada di dalam negara tetapi juga dari luar negara, membawa mereka ke negara ini. Baru-baru ini, di mana kita juga telah dalam satu mesyuarat Kabinet telah menubuhkan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing.
Ini akan menghalusi semua perkara mengenai pekerja asing di negara ini dan satu di antara objektifnya, terms of reference adalah harapnya ada kita dapat mengurangkan penggantungan kita dengan pekerja asing. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat menyambut Maulidur Rasul dan selamat bercuti esok kepada semua MP. Sebelum saya meneruskan soalan saya, saya ingin Dewan ini ingin mengalu-alukan kehadiran Ahli Majlis Pakatan Harapan Bahagian Kampar, Perak, kedua, AJK Keadilan Cabang Kalabakan, Sabah dan ketiga AJK Keadilan Cabang Beluran, Sabah.
9. Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Kesihatan menyatakan: (a) apakah langkah positif yang diambil oleh kementerian untuk menyegerakan kerja-kerja menaik taraf Hospital Papar yang lewat disiapkan tidak mengikut jadual; dan (b) adakah kementerian akan membina sebuah mini hospital di Pekan Papar untuk mengelakkan kesesakan pesakit mendapat rawatan di Hospital Papar serta mengatasi kekurangan doktor- doktor pakar di Hospital Papar yang menyebabkan ramai pesakit kritikal dihantar ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hospital Papar merupakan sebuah hospital tanpa pakar yang mempunyai 77 katil. Kadar penggunaan katil atau bed occupancy rate dengan izin bagi Hospital Papar masih berada pada paras yang rendah iaitu pada 42 peratus ke 49 peratus pada tahun 2014 hingga 2017. Selain itu purata kemasukan pesakit ke wad di Hospital Papar adalah antara 14 hingga 17 orang sehari pada tahun 2014 hingga tahun 2017. Memandangkan fasiliti sedia ada di Hospital Papar sudah uzur, projek naik taraf Hospital Papar telah pun diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Untuk projek naik taraf sebenarnya ada dua bahagian. Bahagian pertama dilaksanakan melalui Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana 14 unit machine hemodialysis dan satu dewan bedah akan dibina dan kebetulan projek ini dijangka siap Februari 2019 dan setakat ini 80 peratus siap. Bahagian kedua dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya melalui kontraktor utama yang dilantik iaitu BHO Sdn. Bhd. dengan tarikh siap asal projek dijadualkan pada 18 Mei 2020. Walau bagaimanapun projek ini telah memperoleh lanjutan masa sebanyak 263 hari disebabkan kelewatan pihak kontraktor memperoleh pelan pembangunan berikutan terdapat isu-isu berkaitan dengan geran tanah. Ini menjadikan tarikh siap semasa projek pada 5 Februari 2021. Projek ini melibatkan penambahan pembinaan wad-wad lelaki dan perempuan, wad kanak-kanak, dewan bedah, jabatan kecemasan, makmal darah, Jabatan Patologi dan Jabatan Radiologi. Ia akan menambahkan bilangan katil daripada 77 buah kepada 104 buah katil secara keseluruhan. Dengan adanya blok baru ini perkhidmatan kepakaran melalui
pelaksanaan program kluster bersama Hospital Queen Elizabeth dapat disediakan kepada penduduk Papar dengan lebih komprehensif. Pada masa ini kontraktor telah memulakan kerja-kerja tanah di tapak yang berlangsung serentak dengan kerja reka bentuk. Kemajuan fizikal sebenar projek adalah 5.3 peratus berbanding jadual 4.62 peratus dan ini bermakna tidak ada kelewatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Jabatan Kerja Raya serta agensi-agensi kerajaan yang lain menjalankan pemantauan berkala secara bulanan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan, kementerian dan mesyuarat tapak bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kementerian akan berusaha memastikan bahawa projek ini di siap dalam jangka masa, kos dan standard yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Papar, memandangkan bahawa projek naik taraf Hospital Papar sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2021, buat masa ini belum ada perancangan lain untuk menunjukkan sebuah hospital mini di pekan Papar kerana facilities sedia ada di Hospital Papar masih mampu menampung keperluan penduduk Papar. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan kedua, soalan tambahan saya ialah saya mengalu-alukan langkah kerajaan baharu yang melaksanakan projek semua dengan kaedah open tender. Akan tetapi kita juga jangan lupa akan sumbangan-sumbangan penyokong-penyokong kita sebelum pilihan raya. Satu, adakah kerajaan akan melanjutkan kerja kontraktor ini yang dilantik terus oleh kerajaan terdahulu yang telah menyiapkan kerja seperti yang Yang Berhormat umumkan tadi, 5.3 peratus. Akan tetapi status pelaksanaan kewangan sudah mencapai 11.98 peratus setakat ini. Jadi adakah, saya juga ingin, saya juga difahamkan bahawa kontraktor ini banyak mendapat kontrak-kontrak lain daripada kerajaan terdahulu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Untuk maklumat Dewan ini, projek ini keseluruhan kos lebih kurang RM98 juta dan buat sementara waktu tidak ada kelewatan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Projek tersebut diberikan secara tender terhad dan buat sementara waktu tidak ada cadangan untuk dibuka semula tender semula. Jadi ikut yang sedia ada, projek ini akan diteruskan dengan kontraktor yang sedia ada. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya ingin menanyakan berkait dengan SOP ya, standard operating procedure bila mana-mana hospital menjalani pembaik pulihan ataupun upgrading work kerana ini bukan sahaja terhad kepada hospital di Papar, contohnya di Seberang Jaya, adakah kementerian bersedia membuka kepada cadangan kolaborasi dengan hospital-hospital mini ataupun satelit sementara dalam proses upgrading itu berlangsung. Saya timbulkan kerana contohnya Hospital Serdang yang juga menyaring pesakit- pesakit jantung. Dahulunya hanya dilakukan oleh IJN. Maka bila Hospital Serdang menjalani kerja-kerja upgrading, akhirnya pesakit dia kadangkala menjadi mangsa kepada kerenah birokrasi sistem. Maka pada saya kolaborasi dengan hospital mini atau satelit sementara dalam proses upgrading ini sangat penting. Mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Memang dalam usaha kementerian apabila ada upgrading ataupun pembinaan bangunan baru dalam hospital yang sedia ada, kita akan pastikan supaya perkhidmatan tidak akan terjejas. Jadi ada beberapa langkah yang kementerian buat semasa pembinaan baru di mana untuk memastikan perkhidmatan yang sedia ada berjalan. Sama ada kita berkolaborasi dengan hospital-hospital yang berdekatan, hospital-hospital yang lain ataupun ada setengah kes di mana kita juga mendapat perkhidmatan daripada hospital swasta di mana ada kolaborasi kerjasama dengan hospital swasta supaya yang penting sekali supaya perkhidmatan kementerian tidak terjejas dan kepentingan pesakit dipelihara. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya berkaitan dengan di kawasan saya di Kulim ada satu hospital di mana cover tiga Parlimen, Parlimen Baling, Parlimen Kulim-Bandar Baharu dan juga Parlimen Padang Serai. Didapati banyak
kekurangan. Saya sudah banyak kali kemukakan masalah-masalah berkaitan dengan hospital tersebut tapi mahupun kerajaan dahulu, banyak kali dia orang datang melawat dan buat perjanjian-perjanjian tapi tidak ditunaikan.
Saya berharap kali ini banyak permohonan telah dilakukan pihak Pakatan Harapan ditunaikan dan rakyat di kawasan itu mengalu-alukan. Banyak ramai yang tidak dapat memberi medical treatment yang baik, maka banyak yang sudah hilang nyawa. Saya berharap benda ini tidak dilakukan seterusnya. Terima kasih.
Apa soalannya Yang Berhormat.
Peralatan dan juga electricity seperti mana yang kita telah mohon diberikan jawapan. Bolehkah diatasi?
Ya, terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih sebab soalan yang tersebut keluar daripada soalan asal.
Memang.
Akan tapi saya akan bincang dengan Yang Berhormat Bagan Serai selepas ini. Yang Berhormat Padang Serai.
Padang Serai.
Bagan Serai pun ada yang sama. Sekalilah itu.
Dua-dua serai ya tidak apa, itu cadangan yang terbaik sekali saya ingat. Dengan itu selesailah sesi pertanyaan bagi jawab lisan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Cukai Jualan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita hanya ada dua hari saja untuk menjawab dan 25 kementerian dan JPM saja lebih kurang empat orang Menteri menjawab maka tidak ada pilihan, saya mohon mencadangkan; “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Mesyuarat pada hari ini tidak ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 21 November 2018. Saya mohon mengusulkan.”
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2019 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2019Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2019 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta ringgit (RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [15 November 2018]
Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana ramai Menteri dalam senarai yang akan menjawab. Keseluruhannya 25 campur lebih daripada itu 28 mungkin, had masa terpaksa ditentukan secara yang berwaspada. Jadi saya ingin mencadangkan 30 minit bagi setiap Menteri yang menjawab sebab itu ditentukan sampai pukul 10.30 malam ini. Kalau tidak, tidak habis esok. Jadi sebagai permulaan saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Ahli Parlimen Parit Buntar untuk memulakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi menjimatkan masa Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab pada Ahli-ahli Parlimen yang hadir sahaja kerana itu menandakan minat dia kepada soalan. Kalau dia tidak hadir itu maknanya dia tidak berminat Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat.
Sebelum itu juga saya takut terlupa saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran daripada kawasan Parlimen Parit Buntar yang ada sama di dalam Dewan pada pagi ini.
[Dewan tepuk]
Selamat datang ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, saya pertama kalinya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah mengambil bahagian membangkitkan isu-isu berkaitan dengan hal ehwal Islam. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah ditimbulkan serta mengambil serius tentang tajuk-tajuk yang telah dikemukakan untuk dibahaskan. Saya akan cuba untuk memberikan sebaik mungkin jawapan berpandukan kepada mengangkat martabat Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Yang Berhormat Pasir Salak mengangkat martabat Islam, Yang Berhormat Pasir Salak sibuk sekarang ini sejak duduk sepentas ini, sibuk eh?
[Dewan ketawa]
Saja lama tidak kacau Yang Berhormat Pasir Salak.
Nama itu sudah elok Mujahid.
Ya lah, betullah.
Jangan jadi Mujahat.
[Dewan ketawa]
Jangan tapi tahniahlah dapat duduk sepentas sekarang ini nampak lebih mantap lagi, tahniah.
[Dewan ketawa]
Baru sedar keperluan politik matang.
Berasa dengkilah itu, berasa dengki.
[Ketawa] Tahniah, tahniah. Saya ada pantun sikitlah. Negara ini kita punya, Rumpun diikat tiada cerai, Terima kasih sudi bertanya, Giliran saya membuka tirai. Yang Berhormat Rantau Panjang ada di dalam Dewan, terima kasih kerana sering membangkitkan isu-isu yang berkepentingan bersama. Menyentuh tentang peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Saya ingin menjelaskan bahawa semua institusi pendidikan agama termasuk Sekolah Agama Rakyat ditubuhkan oleh pelbagai pihak. Dalam mereka ghairah menubuhkan adalah perlu untuk berdaftar dan tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama atau undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa di negeri berkenaan, itu dulu.
Ini berpandukan kepada ketetapan Butiran 1 senarai negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, “hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.” Oleh itu, peruntukan kewangan adalah di bawah pihak berkuasa agama negeri berkenaan dan pihak pengurusan institusi tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan tetap komited untuk membantu bagi memperkasakan institusi ini. Ini dilakukan melalui penyaluran-penyaluran peruntukan secara one-off. Walaupun kita tidak berkuasa tetapi di atas negeri, tetapi di atas keprihatinan kita telah memperuntukkan sejumlah wang bagi one-off kalau boleh saya sebut dari tahun 2018 yang ini yang dulu dan kita tidak ada masalah kerana perkara yang baik ini kita teruskan.
Maka tahun ini 2019, seperti bajet yang telah dibentangkan, iaitu bantuan yang sama diteruskan sebanyak RM25 juta. Bantuan ini dijangka akan membantu menaik taraf pembangunan secara fizikal bagi 147 sekolah pondok dan 106 sekolah menengah agama rakyat. Itu data yang ada pada kami. Sebab itu, saya seru kepada rakan-rakan, kalau ada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan di atas peruntukkan RM25 juta ini, kami alu- alukan untuk kita menyatakan bahawa kerajaan hari ini tidak sama sekali membelakangkan keperluan sekolah-sekolah pondok dan juga sekolah menengah agama rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk tetapi tidak nampak kehadiran Yang Berhormat. Dan seorang lagi Yang Berhormat Ledang. Adakah Yang Berhormat Ledang hadir?
Yang Berhormat Ledang tidak hadir. Jawapan bertulis.
Juga tiada. Akan tetapi, saya rasa ini penting. Maka saya mengambil keputusan untuk berkongsi sama dengan rakan-rakan yang tidak bertanya iaitu berkenaan dengan guru-guru takmir Maahad Tahfiz, sekolah KAFA dan Guru KAFA. Saya rasa ini ada kepentingan semua pihak, maka izinkan saya memberi sedikit maklumat atas soalan yang telah diajukan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pengurusan pengimarahan masjid dapat dimartabatkan, pada tahun ini, tahun 2018, peruntukan sejumlah RM37,920,000 bagi 3,950 orang guru takmir diperuntukkan bagi menjalankan tugas-tugas pengimarahan. Dan untuk pengetahuan, sebagai gambaran mengenai perkara ini, sejumlah yang ada dengan peruntukan yang ada iaitu RM37.9 juta ini akan diteruskan, Tuan Yang di-Pertua, bagi kita memastikan guru-guru takmir dan juga imam-imam terus dibela di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Kita tidak berakhir dari sudut memberi peruntukan semata-mata, Yang Berhormat. Kita juga telah memastikan bahawa kita mahu kompetensi atau pun kebolehupayaan guru- guru takmir ini dan para imam ini dipertingkatkan. Bukan sahaja kita bagi elaun tetapi kita juga hendak mempertingkatkan kualiti mereka sebagai guru-guru takmir dan juga imam. Maka bagi pihak JAKIM, kita telah menyediakan latihan profesional untuk imam-imam dan guru takmir melalui program yang kita namakan sebagai Tafaqquh Fiddin Multaqa' Imam dan Guru Takmir serta latihan-latihan lain yang kita rasakan perlu. Jadi tidak timbullah— Yang Berhormat Bagan Datuk hari itu saya ada di dalam Dewan, dia kata kerajaan baharu sekarang ini dah hapuskan peruntukan Guru KAFA lah, imam dan sebagainya. So, hari ini saya telah jawab dengan jelas dan terang, saya harap tidak berulang lagi persepsi-persepsi negatif di luar sana yang kononnya Pakatan Harapan tidak mengambil berat tentang guru-guru tahfiz, guru-guru KAFA dan juga imam-imam. Tidak cukup dengan itu, Maahad Tahfiz pula kita sentiasa meletakkan prioriti dengan memperuntukkan bagi tahun 2019 sebanyak RM50 juta bagi mempertingkatkan apa yang dinamakan sebagai Dasar Tahfiz Negara. Hari ini, insya-Allah, Yang Berhormat, lepas ini saya dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan akan buat MoU di mana kita telah melebar luaskan pendidikan tahfiz ini kepada sekolah-sekolah kerajaan yang sekolah-sekolah menengah yang mana dari situ kita akan menjadikan sijil SPM mereka juga dimuatkan bahawa mereka lulus tahfiz yang diiktiraf. So, ini Yang Berhormat Kepala Batas, komitmen kita untuk memastikan tahfiz ini terus dimartabatkan. Jadi, tidak timbullah kalau orang kata kerajaan baharu ini tidak ambil peduli dan sebagainya. Kita telah jawab dengan terang dan jelas.
Kita menyediakannya juga untuk menaik taraf prasarana yang saya sebut sekali bersandarkan kepada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Itu tahfiz. Bagi pemerkasaan pendidikan KAFA pula— yang orang heboh kata tidak ambil berat lah, kita dah buang Guru KAFA dan sebagainya. Itu tidak betul. Ini kerana pada masa ini bagi mempertingkatkan kewujudan KAFA ini sebagai satu entiti di dalam arus perdana, kita telah mengkaji kedudukan Guru KAFA ini dengan menubuhkan task force. Kita ada satu task force yang khusus bagi mewujudkan perjawatan Guru KAFA dan menaik taraf perjawatan penyelia KAFA sebagai satu usaha bagi mereka merasakan bahawa— contohnya, kita berfikir tentang hendak menetapkan gaji yang lebih tinggi. Ini kerana untuk pengetahuan Ahli Parlimen sekalian, ada guru-guru KAFA yang ada degree tetapi perjawatan gajinya itu tidak setaraf dengan degree dia. So, kita hendak fikir macam mana boleh disesuaikan dengan dia punya qualification. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada... [Disampuk]
Mohon sikit, Yang Berhormat Menteri, penjelasan berkaitan.
Bagi saya habiskan KAFA sikit. Selepas itu Yang Berhormat Sik. Saya tahu Yang Berhormat Sik tadi ada soalan nombor 10 ya yang ada juga kaitan. Saya akan bagi ruang nanti lah. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan saya Yang Berhormat Kuantan yang kita telah lantik menjadi pengerusi bagi task force ini dengan terms of reference dia iaitu mengkaji dan menilai semula tugas dan tanggungjawab guru dan penyelia KAFA, mengesyorkan kepada kerajaan skim perjawatan tetap bagi guru dan penyelia-penyelia KAFA – Silakan Yang Berhormat Sik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan KAFA ini, dalam unjuran JAKIM, apakah sebab masih ramai lagi pelajar Muslim di peringkat sekolah rendah yang tidak mengikuti kelas KAFA? Kalau diikut jumlahnya, kalau kita tengok jumlah pelajar di peringkat rendah ini, ia melebihi dua juta. Akan tetapi yang mengikuti kelas KAFA ini dalam rekodnya lebih kurang 900,000. Jadi, ada lagi jumlah yang besar pelajar-pelajar ini tidak mengikuti kelas KAFA ini. Adakah mereka melihat peperiksaan UPKK itu tidak ada nilai tambah kepada mereka untuk mereka hendak menyambung pelajaran ke peringkat menengah? Padahal, kalau dalam semakan, dalam satu mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada tahun 2010 yang lalu, telah diputuskan dalam mesyuarat ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu yang mempengerusikan dan memutuskan bahawa sijil UPKK ini adalah menjadi kriteria utama selepas UPSR bagi pelajar yang akan memohon kemasukan ke Tingkatan Satu aliran agama di sekolah menengah agama persekutuan atau pun negeri. Namun, sehingga kini arahan keputusan mesyuarat ini nampak tidak dilaksanakan oleh kementerian, Jadi, adakah pihak JKM menyedari hal ini dan apa yang JAKIM rancang untuk melihat kedudukan UPKK ini sebagai satu peperiksaan yang penting untuk pelajar? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Sebenarnya soalan Yang Berhormat Sik itu ada dalam soalan nombor 10, Tuan Yang di- Pertua, tetapi tidak sempat naik pada waktunya. Terima kasih. Saya akan rujuk kepada keputusan MKI yang kata tahun 2010 telah ada satu ketetapan. Akan tetapi, bagi menyatakan keseriusan kerajaan hari ini apabila saya dan Timbalan saya mengambil jawatan di Jabatan Perdana Menteri bahagian agama, antara lain yang kita tumpukan ini ialah KAFA. Itu termasuklah bagaimana KAFA ini memastikan dia punya kualiti. Kedua, guru-guru dan yang ketiga juga pengiktirafan. Perkara itu semua duduk di bawah satu dasar yang baharu yang di mana kita telah mengkhususkan satu bahagian khas di bawah JAKIM yang kita namakan sebagai khusus Bahagian Pendidikan Islam. Dulu pendidikan Islam ini dia tidak khusus, dia macam orang kata melalui LEPAI, melalui kokurikulum. Dia tidak secara fokus.
Oleh kerana kita telah bawa isu ini dan alhamdulillah kita telah dapat waran untuk melaksanakan bahagian baru ini pada tahun 2018 masa kita di perjawatan. Insya-Allah ia
telah berkuat kuasa 15 November. Cuma isu teknikal sahaja kita nak cuba selesaikan di mana daripada apa yang Yang Berhormat Sik bangkitkan itu akan menjadi sebahagian daripada penelitian kita termasuklah laporan MKI yang dikatakan telah pun dibuat pada tahun 2010. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik yang prihatin. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini kita memperuntukkan satu– kerajaan menyediakan peruntukan khusus melalui JAKIM untuk membayar elaun guru KAFA. Kita nak bayar elaun guru KAFA ini, semuanya dia duduk di bawah JAKIM. Dia park dekat JAKIM. Oleh sebab itu saya nak jawab juga sesetengah orang mungkin dalam bajet menyatakan kenapa JAKIM bajetnya besar. Sebenarnya bajet besar itu hampir 70 percent of the budget dengan izin ialah untuk elaun-elaun ini. Untuk elaun guru KAFA, untuk elaun imam, untuk elaun guru takmir dan penyelia- penyelia KAFA. Oleh sebab itu dia punya bilangan kalau boleh saya kongsi di sini kalau mengambil kira tahun 2018, peruntukan itu ialah sebanyak RM401 juta yang memanfaatkan seramai 32,764 orang guru KAFA yang menyumbang kepada 978,000 anak murid di 40,711 buah kelas. Itulah besarnya bilangan yang Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan usaha memastikan mereka terus dibela melalui elaun-elaun yang kita telah tetapkan. Pada tahun ini, kita akan mengekalkan amaun yang begitu untuk memastikan KAFA terus cemerlang dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak Islam yang mahir dalam asas fardu ain dan Al-Quran dan kita masukkan satu elemen baru. Untuk pengetahuan Dewan sekalian bahawa bukan sahaja peperiksaan itu dari sudut kelulusannya sahaja penting tetapi kita instill atau kita masukkan juga di dalam kurikulum tentang keperibadian, sahsiah Muslim yang kita kata secara menyeluruh agar mereka bukan sahaja dapat menguasai ilmu-ilmu fardu ain tetapi juga mempunyai peribadi yang mulia sebagai seorang Muslim.
Yang Berhormat Menteri.
Ya? Oh! Okey. Oleh sebab Yang Berhormat Bagan Serai dia jiran saya, saya bagilah. Kalau tidak, saya– sebab dia tidak ada soalan tetapi oleh kerana jiran, saya beri. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Ya, betul. Betul, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Silakan.
Saya sedar dalam perbahasan saya tidak menyentuh isu ini. Akan tetapi bila saya dengar tadi tentang kisah guru KAFA dan guru takmir, saya ingin bertanya, setelah mendengar peruntukan yang telah disediakan. Apakah kerajaan bersedia untuk menaikkan lagi elaun kepada mereka ini yang telah menghambakan diri kepada perkara yang penting ini untuk sahsiah dan untuk kepentingan melahirkan insan yang baik dari segi agama. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi saya sebut Yang Berhormat Bagan Serai. Kita telah menubuhkan satu task force yang telah dipengerusikan oleh Timbalan saya. Salah satu daripada dia punya terms of reference ialah memastikan perjawatan itu sesuai dengan dia punya elaun yang mana antaranya saya sebut tadi yang ada degree ramai tetapi gajinya RM900 sahaja. So, kita akan mempertingkatkan dari sudut kesesuaiannya. Ini kita tidak boleh lakukan melainkan dengan kerjasama dengan JPA. Dalam ucapan bajet nanti, tekan sikitlah JPA. Bila dia bentang, kita tekan sikit JPA bila nak luluskan. Saya menyokong supaya guru KAFA ini diserapkan sebagai guru kontrak contohnya dan diberikan kenaikan elaun. Itu saya sokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jiranku.
Yes. Kita pun sama-sama tidak ada hospital lagi. Bukan sahaja Padang Serai. Bagan Serai, Parit Buntar serupa sahaja. Baik Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat Bagan Datuk sekali lagi. Saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Bagan Datuk begitu prihatin sebenarnya dalam isu Islam walaupun banyak daripada tanggapannya itu tersasar. Seolah-olah dia menyatakan kerajaan hari ini tidak pentingkan. Ada yang kata JAKIM nak dihapuskan. Saya rasa ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini mesti bertanggungjawab dengan ketegasan kita bahawa kerajaan baharu hari ini ada komitmen. Bukan untuk menghapuskan apa yang sudah ada tetapi nak mempertingkatkan apa yang telah sedia ada. Itu premisnya di situ. Jangan pergi kempen dekat luar menyatakan kerajaan hari ini nak hapuskan JAKIM, kerajaan hari ini tidak mengambil berat tentang JAKIM dan sebagainya. Oleh itu saya sekali lagi menegaskan di sini dengan lebih terperinci. Yang Berhormat Pontian ada hadir? Yang Berhormat Pontian?
Tidak ada ya.
Yang Berhormat Pontian pun tidak ada? Okey. Akan tetapi tidak apalah. Untuk kepentingan awam supaya benda ini direkodkan dan bagi tanggungjawab kita untuk memahami bahawa kerajaan sekarang ini juga mengambil berat tentang isu ini malah lebih baik lagi. Saya ingin menyatakan bahawa soalan yang menyatakan JAKIM tidak ada Ketua Setiausaha seperti kementerian lain. Dia hanya ada Ketua Pengarah lalu dianggap sebagai kita telah menurunkan status JAKIM dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau saya ambil daripada tahun 2018 daripada kerajaan dulu lagi, kita meneruskan tradisi mengekalkan kewujudan JAKIM malah kita mempertingkatkannya. Pada tahun 2018, JAKIM telah diperuntukkan sebanyak RM810 juta untuk anggaran belanja. Ini untuk anggaran belanja. Manakala tahun 2019, JAKIM telah diperuntukkan anggaran belanja sebanyak RM882 juta. Bermakna ada peningkatan di situ yang melibatkan, ada baru lagi kita telah mempertingkatkan keberkesanan dari sudut struktur JAKIM ini. Kita telah memasukkan empat agensi baru di bawah penyelarasan JAKIM iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), TV Alhijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Maknanya kalau dulu mereka ini seolah-olah berselerak walaupun mereka ini report kepada Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi bagi mengukuhkan lagi kedudukan JAKIM...
Yang Berhormat Menteri.
Minta laluan sikit.
Bagi saya habis. Duduk dulu.
Berkenaan inilah. Berkenaan yang...
Duduk, duduk, duduk. Duduk dulu bagi saya habis cakap. Jangan potong stim saya.
Silakan Yang Berhormat.
Saya baru dok cerita bab JAKIM. Kena dengar dululah sebab rakan-rakan kita di sebelah sana kata macam-macam dekat kita. Akan tetapi sekarang sudah sepentas, okeylah. Bermakna lagi kuat lagilah ya. Saya nak beritahu. JAKIM ini dia beri lagi satu tanggungjawab untuk selaraskan empat TV Alhijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Atas sebab apa? Nak lagi berkesan. Supaya kita dapat dia direct report kepada JAKIM. Ini memberikan lagi satu tugas bahawa JAKIM juga bertanggungjawab secara penyelarasan kepada agensi-agensi yang saya sebutkan tadi dalam struktur yang baru. Ini memberi satu gambaran bahawa JAKIM diperkukuhkan. Diberikan keberkesanannya berbanding dengan tanggapan bahawa kita ini tidak peduli malah ada yang tergamak menyatakan kononnya nak menghapuskan JAKIM. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma mahu sedikit penjelasan. Walaupun tidak sempat untuk merujuk kepada angka-angka yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi cuma difahamkan bahawa peruntukan JAKIM meningkat. Kemudian Yang Berhormat Menteri pula menyebut bahawa beberapa jabatan ataupun beberapa institusi lain dimasukkan termasuk TV Alhijrah, IKIM dan sebagainya. Adakah peningkatan angka dalam bajet JAKIM tadi disebabkan oleh masuknya peruntukan-peruntukan daripada jabatan-jabatan lain tadi ataupun memang dicampurkan semua itu memang meningkat? Kalau boleh Yang Berhormat Menteri perincikan.
Yang Berhormat Pendang, nak tanyakah?
Ya, ya, ya.
Silakan Yang Berhormat Pendang. Saya bagi ruang, tidak apa.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri sahabat saya. Dulu memang kami seteru. Akan tetapi kami nak lawan musuh yang sama, bukan setakat sepentas. Satu kereta pun boleh. Jadi itu tidak ada masalah masa kita sama- sama pembangkang.
Jelaslah. Bagi orang dengar jelas begitu. Tidak apa, terima kasih.
Jadi bila kita– dulu pun masa kita sama- sama pembangkang, kita bergabung juga melawan kerajaan. Jadi tidak bermakna kami bersetuju semua benda. Ada benda yang kita bersama. Jadi itu penjelasan kepada response daripada Yang Berhormat Menteri kata sepentas pun bolehlah tadi itu. Akan tetapi tidak apa. Kami sama-sama pembangkang. Jadi nak lawan, benda yang kerajaan rasa, kami rasa tidak betul. Okey baik. Soalan saya...
Apa yang penting kepada soalan.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya berkenaan dengan pasport haji yang dulunya bila diberi visa, boleh guna berapa kali. Sekarang ini katanya hanya sekali selepas itu kena minta balik. Itu satu soalan.
Kedua, berkenaan dengan syarat urus umrah yang mana kita katakan kita kena bayar kos sebanyak RM2,000 ataupun 2,000 riyal perlu dibayar kepada Arab Saudi. Ini setelah syarat tahun lalu. Sebelum ini kerajaan telah bagi kelonggaran buat pasport baru dengan RM200 masuk juga. Bila masuk buat RM200 orang yang pergi umrah ini balik habislah tetapi kalau dia hendak pergi pula kena buat sekali saya hendak cadangkan kepada...
Okey, saya masa sudah tidak ada sebab soalan itu telah keluar daripada tajuk.
Okey, baik.
...Dia tidak masuk tetapi tidak apalah dengan penjelasan itu saya rasa semakin jelaslah bahawa kerajaan yang sebelah sana pembangkang ini dia kerja hendak bangkang sahaja. Walaupun benda baik pun dia hendak bangkang sahaja maka dia hendak cari siapa yang boleh bangkang sekali maka lahirlah sepentas itu untuk membangkang sahaja kerja dia tetapi tidak ada idea. Terima kasih.
Saya minta sedikit pembetulan. Saya minta pembetulan sedikit sahaja.
Tak ada, tak ada. Cukup dah.
Yang Berhormat Kubang Kerian minta laluan.
Saya hendak jawab fasal saya rasa soalan daripada itu lebih penting saya jawab. Ini soalan yang..
Saya bukan hendak bangkang kerjasama Yang Berhormat Parit Buntar, kerjasama. [Bercakap perkataan Arab]
Tuan Yang di-Pertua, saya...
[Ketawa] [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Saya hendak, saya rasa penting.
Tidak diberi laluan, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Saya harap Yang Berhormat Kubang Kerian boleh duduk sebab saya hanya melayan soalan yang ada objektif daripada Yang Berhormat
Tumpat.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tumpat soalan bagus, Yang Berhormat Kubang Kerian duduk dahulu.
Saya hendak perbetulkan kenyataan sahaja supaya tidak mengelirukan Dewan itu sahaja. Mohon maaf.
Tidak, tidak. Duduk, duduk. Saya floor saya, saya harap Yang Berhormat Kubang Kerian jangan campur tangan.
Masa hampir habis.
Saya tinggal empat minit sahaja lagi. Baik.
Saya tidak ada kena- mengena dengan apa dipolemik. Saya hendak betulkan kenyataan Yang Berhormat Menteri.
Tidak apa, tidak apa. Duduk, duduk saya tidak bagi ruang. Saya tidak bagi ruang Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih, duduk.
[Dewan riuh]
Sekarang sudah dua kawan sudah okeylah.
Kawan dengan semua, kawan dengan semua Yang Berhormat Parit Buntar.
Baik, tadi balik kepada soalan Yang Berhormat Tumpat itu soalan yang cukup profesional. Bagus soalan dia itu, dia memang fokus. Dia tanya kalau sudah ada empat agensi di bawah JAKIM sekarang adakah ini bermakna dengan peningkatan tadi termasuk sama empat agensi itu. Jawapannya ialah empat agensi ini masih lagi akan mendapat peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri. Bermakna bukan dengan bajet itu dia pun kita bagi juga tidak. Dia ada bajet dia yang lain pula. Cuma yang dimaksudkan tadi ialah penyelarasan dari sudut dia akan rujuk kepada JAKIM dalam pentadbiran tetapi dia masih akan mendapat lagi peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri yang di atas sana. Terima kasih di atas soalan. Oleh sebab itulah saya menyatakan bahawa pada masa ini JAKIM merupakan salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Ketua Pengarah yang merupakan ketua agensi penyelaras dalam hal ehwal Islam yang akan melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ketua Pengarah JAKIM pada masa ini memegang jawatan dari segi perjawatan Gred Utama A yang berada pada gred yang setara dengan Ketua Setiausaha Kementerian. Akhirnya daripada Yang Berhormat Pasir Mas bertanya tentang Quran Braille. Buat masa ini, kita sedang bekerjasama dengan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) untuk kita membuat satu panel termasuk daripada pegawai JAKIM bagi mewujudkan Al-Quran Braille bagi menyediakan satu mashaf yang standard di Malaysia serta menyeragamkan segala hukum Al-Quran bagi kegunaan semua pelajar dan orang-orang kelainan upaya versi Malaysia. Itu jawapan saya dan saya rasa waktu pun sudah hampir habis saya ingin menutup dengan firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Apa yang kita buat ini adalah islah jadi kalau rasa tidak baik tolong perbaiki tetapi jangan sekadar membangkang kerana suka membangkang”. Fitnah itu huru-hara, Riuh sekampung hingar-bingar, Selesai sudah hamba berbicara, Terima kasih sudi mendengar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Senator, silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Unit Pembangunan Ekonomi Masyarakat India dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA), saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin dan yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2019 dengan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan jabatan-jabatan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan penggulungan ini dengan menjawab isu di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Tumpat yang telah membangkitkan isu berhubung ratifikasi ICERD. Untuk makluman semua Yang Berhormat, saya telah pun memperjelaskan pendirian kerajaan berhubung dengan isu meratifikasi ICERD semasa Waktu Pertanyaan Menteri kepada soalan Yang Berhormat Pengerang pada hari Khamis lalu di Dewan yang mulia ini. Dengan izin dan for the benefit of all, saya sekali lagi akan menjawab pertanyaan ini agar semua Yang Berhormat-Yang Berhormat berpuas hati dan dapat mengambil maklum pendirian kerajaan. Kerajaan ingin menegaskan bahawa komitmen Malaysia terhadap konvensyen- konvensyen di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bersifat realistik, praktikal dan tidak bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan khususnya yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Kerajaan memberi jaminan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan mahupun dipinda apabila ICERD diratifikasi kelak. Memandangkan pemahaman mengenai isu-isu berkaitan Konvensyen ICERD masih kurang jelas kepada ramai pihak-pihak berkepentingan sehingga ada di antara mereka merasa kebimbangan dan kerisauan. Maka kerajaan akan memberi satu lagi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil pendekatan aktif pada suku tahun pertama 2019 untuk mengadakan konsultasi, diskusi dan dialog dengan pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat Malaysia secara keseluruhan di samping mendapatkan perkhidmatan perundangan atau dengan izin, legal opinion baik dari dalam mahupun luar negara dan pandangan intelektual di kalangan cendekiawan. Kerajaan percaya dengan adanya sesi dialog, diskusi dan konsultasi rakyat...
[Bangun]
Pencelahan, Yang Berhormat. Kepala Batas. Boleh saya bertanya?
Yang Berhormat Kepala Batas minta pencelahan. Silakan, Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya amati jawapan Yang Berhormat Menteri daripada hari Khamis yang lalu ketika ditanya oleh Yang Berhormat Pengerang. Cuma Yang Berhormat Menteri punya jawapan ini sebenarnya saya fikir agak misleading. Saya boleh buktikan Yang Berhormat Menteri, ini jawapan Hansard mengatakan bahawa di dalam Konvensyen ICERD ada diwujudkan tindakan affirmative iaitu special measures tetapi dengan syarat ia mempunyai objektif yang tercapai dan jangka masa penetapan jangka masa. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa Artikel 153 ini ada tarikh luput dan rakyat perlu mengetahui bahawa ini hakikat bahawa Raja-Raja Melayu juga hendak tahu apakah there is a tendency Yang Berhormat Menteri kena sebut secara terang dengan honorably adakah Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa 153 ini there is a timeline and there is an expiry date for 153, satu. Kedua, di bawah ICERD dia ada Artikel 22. Artikel 22 kalau ada dispute ia perlu dibawa dan boleh dibawa kepada ICJ. Adakah ini cubaan bilamana ada reservation untuk mengusahakan supaya Artikel 153 ini dijadikan tatapan untuk dikenakan tekanan
antarabangsa sedangkan ini adalah perkara yang dipersetujui peringkat basic, peringkat yang mengambil kira soal social contract. So, saya kira Yang Berhormat Menteri, you must be honorable in explaining about this. Terima kasih.
Sambung. Boleh sambung lagi?
Terima kasih, Yang Berhormat. Biar saya jawab soalan itu dahululah.
Silakan.
Okey. Saya rujuk kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Artikel 153 memang jelas tidak ada time frame, okey. Jadi saya ingin menyatakan dengan jelas sebagaimana yang dikehendaki bahawa tiada apa-apa time frame dalam Artikel 153.
Yang Berhormat Menteri, you quote Artikel 1(4) ICERD as enabling kepada seolah-olah bahawa Perkara 153 ini tidak ada masalah. Sedangkan di dalam itu dia kata perlu ada timeline and the after objective is met. I’m asking you.
Okey, saya jawab.
…You are saying that 153 there is a timeline for that.
No. Saya telah jawab minggu lalu bahawa sebagai seorang bekas peguam, saya telah jelaskan bahawa sebagai seorang bekas peguam, apabila saya baca Konvensyen ICERD ini berserta dengan Fasal 153, Perlembagaan Persekutuan saya berpendapat, ini pendapat peribadi saya. Sebagaimana saya nyatakan, perlu dapatkan.
[Dewan riuh]
Nanti, nanti bagi saya jawab dahulu.
Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.
Belum jawab lagi sudah bangun.
Yang Berhormat Menteri,
Nanti saya jawab dahulu.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Personal opinion tidak boleh ada Yang Berhormat.
Ya. Jadi kalau hendak jawab soalan itu, tunggulah nanti pendapat yang akan dikemukakan oleh Peguam Negara. Jadi biar saya habis dahulu. Nanti boleh...
Hendak bagi jalan boleh?
Biar saya habis dahulu. Kalau ada soalan, nanti saya bagi laluan.
Same issue, same issue.
Biar saya habis dahulu. Biar saya habis dahulu Yang Berhormat.
Same issue yang pendapat peribadi.
Kita hendak tanya berdasarkan yang dijawab tadi.
Biar saya habis dahulu Yang Berhormat.
Tidak, same issue yang pendapat...
[Bangun]
Biar saya habis dahulu.
Beri peluang untuk Yang Berhormat Menteri jawab soalan dahulu.
Tidak, tidak yang tadi saya takut sudah terlupa apabila sudah pergi lebih jauh, yang tadi yang berkaitan dengan jawapan tadi. Yang Berhormat, saya difahamkan apabila satu-satu konvensyen diratifikasikan, maka mereka akan membentuk satu komiti untuk memantau pelaksanaannya. Setiap empat tahun, negara yang meratifikasikan konvensyen itu mesti membuat presentation kepada komiti tersebut dari segi status pelaksanaannya. Jadi, adakah ini akan membolehkan komiti tersebut yang mewakili United Nations dan sebagainya akan memberikan penekanan kepada kita setiap empat tahun sekali untuk melihat sejauh mana konvensyen itu dilaksanakan. Jadi bermakna, walaupun Yang Berhormat kata 153 tidak akan disentuh dan sebagainya tetapi kalau kita lihat dari segi kebebasan yang ada dalam ICERD yang lain-lain iaitu kebebasan untuk bergerak, kebebasan untuk melibatkan dalam politik dan sebagainya. Perkara itu telah pun dilaksanakan oleh negara kita. Perkara yang belum dilaksanakan adalah perkara-perkara yang membabitkan 153. Jadi, tentulah tekanan daripada komiti ini adalah supaya 153 ini dihapuskan bagi membolehkan apa yang diperuntukkan di bawah ICERD ini dapat dilaksanakan.
Terima kasih Yang Berhormat Bera.
Yang Berhormat boleh tambah?
Bagi saya jawab dahululah. Okey terima kasih Yang Berhormat Bera. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, perkara ini telah pun dibawa kepada pertimbangan Peguam Negara dan sekiranya terdapat apa-apa condition untuk Malaysia menyentuh ataupun membuat sebarang adjustment terhadap Perkara 153, kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD ini. Itu saya dapat beri jaminan. Okey. Jadi izinkan saya...
Yang Berhormat Menteri.
...Kerajaan percaya....
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
...Dengan adanya sesi-sesi dialog, diskusi dan konsultasi rakyat...
Yang Berhormat Menteri bagi jalan boleh?
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Bagan Datuk minta ruang.
Boleh?
Tadi saya punya soalan pun tidak berjawab lagi ini fasal Artikel 232.
Saya ingat apabila habis saya jawab bahagian ini, saya akan beri peluang untuk Yang Berhormat mencelah. Okey?
Okey.
Sila duduk dahulu.
Sila duduk dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Kerajaan percaya dengan adanya sesi-sesi dialog, diskusi dan konsultasi rakyat dapat menerima baik hasrat kerajaan untuk meratifikasi
instrumen-instrumen hak asasi antarabangsa agar dapat menaik taraf kedudukan Malaysia di mata dunia. Ini adalah sejajar seperti mana untuk menepati pandangan dan nasihat yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau pada Persidangan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu telah menyatakan bahawa dengan izin, saya ingin sekali lagi quote apa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan dalam bahasa Inggeris. “The New Malaysia will firmly espouse the principles promoted by the United Nations in our international engagements. These include the principles of truth, human rights, the rule of law, justice, fairness, responsibility and accountability as well as sustainability. It is within this context that the new government of Malaysia has pledged to ratify all remaining core UN instruments related to the protection of human rights. It will not be easy for us because Malaysia is multi-ethnic, multireligious, multicultural and multilingual. We will accord space and time for all to deliberate and to decide freely based on democracy.”
Ya, Yang Berhormat Menteri ...
Langkah konsultasi akan dilaksanakan bagi mendapat persetujuan berhubung konvensyen berkenaan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan muktamad untuk meratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum. Selain itu, tiada jangka masa oleh kerajaan untuk proses konsultasi.
Yang Berhormat Menteri...
Sedikit sahaja lagi, sedikit lagi. Kerajaan hari ini sentiasa peka dan mendengar luahan serta suara hari rakyat melalui pelbagai platform. Kerajaan Pakatan Harapan sangat prihatin dengan kebimbangan dan luahan rakyat dan bersikap terbuka menerima kritikan semua pihak demi memantapkan lagi sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat. Silakan.
Yang Berhormat Kepala Batas silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya tidak ada halangan untuk kita terlibat dalam instrumen- instrumen antarabangsa dalam usaha untuk menjulang hak asasi manusia. Akan tetapi bila mana Yang Berhormat sebut pasal kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak sebut pun mana-mana instrumen. Dia sebut secara general. Akan tetapi satu disclaim Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut adalah it will not be easy for us. This what he stressed. Saya hendak maklumkan, kita ada sembilan instrumen. Setakat ini daripada 197 negara yang menandatangani keseluruhan sembilan instrumen itu hanyalah 24 buah negara daripada 197 negara. Not even 15 percent pun. Kita ada lower hanging fruits instrumen contohnya forced disability. Ada dua lagi instrumen ini yang boleh kita ratify dengan mudah. Kenapa hendak beri penekanan yang cukup hebat tentang ICERD ini, forced disappearance, sorry. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita tidak beri penekanan kepada ICERD ini. Sebenarnya Konvensyen ICERD ini timbul akibat daripada persoalan-persoalan yang ditimbulkan di Parlimen. Saya memang setuju daripada sembilan konvensyen, tiga telah pun ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia. Ada baki enam. Ada lain-lain lagi konvensyen yang lebih senang untuk kita ratify. Saya memang setuju. Akan tetapi memandangkan persoalan-persoalan telah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, maka nampaknya seolah-olah kerajaan sedang cuba meratifikasi ...
It was your statement. It was your statement, the one who said that. You want to have this thing ratified dalam awal suku tahun 2019.
No, bukan, bukan. Salah. Apa yang saya katakan ialah perbincangan mengenai perkara ini akan dimulakan pada suku tahun akan datang. Saya telah berkali-kali. Yang Berhormat ...
That was a second statement, second statement. The first statement is ....
No, no, no. That was my first statement and I am sure of that. I’m very sure of that. You all put words into my mouth. I’m very sure of what I said.
Then we will have a real quoted by the news to say that you want to ratify.
Yes, you go to the newspaper to make the amendment if at all they make such a statement. Saya pasti apa yang saya nyatakan.
Yang Berhormat.
Jangan cuba putar belitkan apa yang saya nyatakan.
No. Yang Berhormat cuba putar-belitkan banyak perkara.
No, no, no
Artikel tadi, Artikel 1(4) tentang 153 tidak jawab pun lagi.
Saya nyatakan,
You mislead the [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya nyatakan, saya telah pun nyatakan...
You know, Yang Berhormat Menteri telah pun menjawab mengatakan apakah sebenarnya pengumuman yang telah dibuat. Setakat ini Yang Berhormat Kepala Batas menyatakan tidak. Saya ingat kita biarkan di situ sahajalah sebab tidak ada apa-apa pengumuman di hadapan saya untuk mengiakan atau menidakkan. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Yang Berhormat Menteri, saya minta jalan. Boleh bagi saya jalan?
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan laluan.
Silakan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Menteri....
...Saya ingin meneruskan...
Tidak, tadi Yang Berhormat Menteri
Yang Berhormat Menteri sedikit.
Tidak Yang Berhormat Menteri janji...
Saya tidak beri laluan. Saya sudah bagi, saya sudah bagi.
Tuan Yang di-Pertua ..
Tadi Yang Berhormat bagi.
Tidak bagi laluan.
Tadi Yang Berhormat Menteri ... habis.
Saya sudah bagi.
Tadi saya bangun. Saya bangkit...
Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan, sila duduklah. Biarkan Yang Berhormat Menteri habiskan apa yang hendak dikatakan. Silakan.
Mesti bertanggungjawab dekat Dewan.
Banyak lagi perkara yang perlu ditangani oleh saya. Banyak lagi isu. Saya ada 15 minit lagi. Selepas saya habis, saya akan jawab.
Isu lain tidak jawab pun tidak apa. Ini very important.
Isu lain tidak penting, isu lain tidak penting. Isu ini penting.
Tidak, semua isu penting di Dewan yang mulia ini. Semua isu yang dibangkitkan di Dewan yang mulia ini penting.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila duduk, sila duduk. Kita ikut peraturan mesyuarat. Sekali lagi saya ingin tekankan peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Menteri telah memberikan jawapan dan berikan kesempatan untuk Yang Berhormat Menteri menjawab seterusnya. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin meneruskan dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Putatan...
Saya hendak tanya pandangan peribadi. Pandangan peribadi Menteri berbeza. Boleh Yang Berhormat Menteri bagi saya jalan? Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat punya pandangan peribadi...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat telah mencadangkan...
Di luar negara Yang Berhormat cakap lain, dalam Dewan Yang Berhormat cakap lain.
[Dewan riuh]
Berapa ramai orang yang hendak bercakap ini? Sila duduk semua. Sila duduk. Sila duduk. Sila duduk!
Dia ini tidak layak jadi Menteri...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu Menteri sedang menjawab. Jadi yang lain sila duduk.
[Dewan riuh]
Ya, sila duduk. Sila duduk semua. Saya pun tidak dengar siapa yang bercakap, point siapa atau sebagainya.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Jangan duduk Malaysia...
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin meneruskan dengan cadangan yang dikemukakan...
[Dewan riuh]
Mungkin kalau saya boleh beri cadangan. Seorang sahaja. Yang Berhormat ‘Bagan Datuk’ mungkin boleh. Yang lain duduk. Yang Berhormat Bagan Datuk, sila kemukakan point.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Sorry, Yang Berhormat Tanjong Karang. Maafkan saya. Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.
Okey, terima kasih. Yang Berhormat kata peguam, saya juga peguam. Saya juga belajar dengan abang Yang Berhormat. Jangan cerita fasal peguam dalam ini. Jangan ingat Yang Berhormat sahaja peguam. Saya hendak bagi tahu. Saya hendak tanya satu sahaja pandangan peribadi. Saya tengok semua tengah viral. Mengapa di Netherlands Yang Berhormat cakap lain? Mengatakan kita ini diskriminasi, runtuh kuil, paksa masuk Islam. Dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat mengatakan pula kita tidak ada diskriminasi. You are double standard. You kena betul-betul...
You have to qualify the...
Tidak layak Menteri ‘perpaduan’.
Jangan lah cakap lain. Jangan waktu di luar you menghina negara kita, you menghina Islam, kemudian dalam Dewan ini you hendak jadi hero pula. Yang Berhormat...
Ini bukan Menteri ‘perpaduan’, ini Menteri penghasut. [Pembesar suara dimatikan]
Satu persatu ya.
Tidak layak menjadi Menteri...
Yang Berhormat Tanjong Karang, itu sahaja? Berikan kesempatan kepada Menteri untuk menjawab. Ya, silakan Menteri.
Sebagaimana yang saya katakan tadi...
Mana ada tuduhan kita paksa masuk Islam? You cakap itu.
Senaraikan kuil yang dirobohkan. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, saya tidak beri pun kesempatan untuk bangun dan mencelah. Bersabar ya.
[Dewan riuh]
Bagi Menteri menjawab dahulu. Ya, silakan.
Itu yang bersongkok- songkok sana, Melayu sana itu apa jadi? Fikir haram...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Kalau Yang Berhormat meneliti, di atas itu ramai penuntut- penuntut, pelajar-pelajar.
[Dewan riuh]
Ini kah standard? Bagi Menteri menjawab. Silakan.
Kita bangun ini untuk masa depan anak-anak di sana.
Biar semua tahu yang Menteri kita tidak bercakap benar, Tuan Yang di-Pertua. Biar dia tahu.
Kita bangun ini untuk... [Pembesar suara dimatikan]
Ikut peraturan mesyuarat. Berikan Menteri peluang untuk menjawab.
Menteri tak nak jawab.
[Bercakap tenpa pembesar suara]
Kalau tidak, ini bukan prosiding Parlimen. Ini menjadi benda lain. Sila Menteri.
Menteri penghasut.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Biar saya jawab. Memang peruntukan undang-undang negara kita tidak mengamalkan diskriminasi.
Char kuey tiow punya Menteri ini.
Tetapi kerajaan yang terdahulu telah mendiskriminasikan masyarakat India menyebabkan saya...
[Dewan riuh]
Orang tanya lain, lain pula...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat, jangan bercakap ikut suka hati! Mana bukti Yang Berhormat?!
[Dewan riuh]
Saya jawab, saya jawab.
Mana bukti?
[Dewan riuh]
Saya akan kemukakan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuduh-tuduh! Suka- suka tuduh...
Apalah Menteri ‘perpaduan’!
Ya, Menteri akan memberikan sesuatu. Silakan Menteri.
Okey, saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun jawab soalan tersebut. Jadi tidak payah saya hendak buat...
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju. Yang Berhormat, saya tidak bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat.
Kalau tidak setuju, tidak apa.
Apa tidak apa? Qualified...
[Dewan riuh]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kalau hendak bukti, saya boleh berikan bukti.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Penipu punya Menteri ini. Jahat punya Menteri.
Saya sanggup beri bukti. There is no problem…
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Letak jawatan. You itu.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Mengapa orang datang demonstrate? Tolong jawab.
[Dewan riuh]
Semua bawa bertenang. Tidak ada apa-apa yang boleh dijawab oleh Menteri dengan hiruk pikuk begini.
[Dewan riuh]
Rasis! Rasis! Rasis!
Menteri, hendak tanya sedikit.
Rasis! Rasis! Rasis!
Kalau saya rasis...
[Dewan riuh]
Sila duduk. Sila duduk. Sila duduk!
Rasis!
Sila duduk Yang Berhormat Lenggong. Sampai bila kita hendak teriak-teriak begini?
[Dewan riuh]
Sila duduk. Sila duduk. Ini adalah Dewan di mana kita menggunakan perbahasan secara intelektual ya. Ada tahapnya. Beri kesempatan kepada Menteri untuk menjawab. Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit laluan. Minta maaf, saya mohon sedikit...
Menteri, saya hendak tanya soalan. Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highlands. Beri peluang pada saya tanya soalan...
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang perlu saya jawab.
Saya ingat Yang Berhormat Kubang Kerian, seperti selalu, mungkin dapat meredakan keadaan...
Saya mohon sedikit Menteri...
Sekejap sahaja, short things. Sekejap sahaja I hendak tanya.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir jawapan yang disebut oleh Menteri menimbulkan polemik dalam Dewan. Saya fikir beliau tidak layak untuk menjawab dan saya mencadangkan Perdana Menteri untuk menjawab soalan yang dikemukakan.
Setuju, setuju. [Tepuk] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya ingat orang lain jawablah. Menteri ini tidak layak jawab. Tidak layak jaga perpaduan. Ini perpecahan masyarakat punya Menteri.
Saya ingin meneruskan dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat...
Ini apa tajuk lain? ICERD lah...
[Dewan riuh]
Menteri berubah ke tajuk lain tidak sekarang? Silakan.
Ini Menteri suruh balik lah. Tidak payah datang Dewan...
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] Dalam kepala penuh rasis.
Yang Berhormat boleh guarantee stop discuss benda ini? Boleh tidak berhenti? Stop. Saya hendak tanya Yang Berhormat— Yang Berhormat peguam, saya pun peguam. Yang Berhormat kata tadi negara kita tidak ada diskriminasi. Saya hendak tanya Yang Berhormat, Artikel 153 ada diskriminasi atau tidak?
Saya sudah jawab tadi.
Artikel 11. Dengar dulu.
Saya sudah jawab...
Saya tanya Yang Berhormat. Yang Berhormat kata tadi tidak ada diskriminasi. Yang Berhormat kata. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, Artikel 153 memang ada diskriminasi antara kaum, bumiputera dilebihkan. Artikel 11, kebebasan beragama, memang ada diskriminasi. Agama-agama lain tidak boleh disebarkan dengan orang Islam. Artikel 8, hak sama warganegara kecuali askar Melayu hanya untuk orang Melayu. Ini bukan diskriminasi? Yang Berhormat, saya hendak beri tahu. Yang Berhormat tahu sebab diskriminasi inilah Yang Berhormat ada di dalam Dewan ini. Yang Berhormat kena ingat. Kalau dalam Perlembagaan yang ada Yang Berhormat kata diskriminasi itu, ia lah kerana sosial kontrak. Kita berkorban bagi warganegara kepada Yang Berhormat. Kalau kita tidak ada korban, Yang Berhormat pun tidak layak duduk dalam Dewan ini. Yang Berhormat kena ingat itu.
[Dewan riuh]
Okey. Tinggal, jangan disebut-sebut perkara yang menimbulkan...
[Dewan riuh]
Menteri...
Peraturan mesyuarat...
[Dewan riuh]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sejarah perlu tahu. Bila tidak tahu sejarah, ini masalah dia. Cakap di luar negara lain, cakap dalam Malaysia lain.
Akan tetapi apa yang saya tegur tadi jangan gunakan perkataan-perkataan seperti ‘balik India’ dan sebagainya.
Saya tidak cakap... [Dewan riuh]
Bukan, bukan. Saya dengar dekat belakang tadi disebut.
[Dewan riuh]
Tidak payah tarik balik. We don’t say that.
We don’t say that...
Yang Berhormat Menteri...
Tidak payah tarik balik, we don’t say that, we don’t say that.
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri terpaksa menggulungkan, sekarang tinggal empat minit sahaja.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri kena bagi peluang dekat saya, Cameron Highlands.
Tidak payahlah, tidak payah, tidak payah.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat...
Silakan, silakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Boleh?
Yang Berhormat Menteri bagilah peluang dekat Cameron Highlands.
Yang Berhormat Menteri, tak boleh jawab.
I memang ada banyak persoalan.
Empat minit, teruskan habis.
Cameron Highlands Tuan Yang di-Pertua. Please. Bolehkah Yang Berhormat Menteri?
Seminit sahaja lagi.
Ruang tidak diberikan, habiskan Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Boleh? Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat Putatan.
Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat kata...
Jabatan Perpaduan sedia maklum dengan kepentingan Rukun Tetangga...
Yang Berhormat Menteri tadi kata Kerajaan Barisan Nasional rasis...
Yang Berhormat Cameron Highlands sila duduk. Tinggal empat minit lagi. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, menjadi tanggungjawab saya untuk tanya dia...
...Menjadi tanggungjawab yang semakin banyak.
[Dewan riuh]
Saya kena tanya dia Tuan Yang di-Pertua.
Untuk mengurus isu komuniti...
Last question. Last question. Soalan akhir.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Bagi peluang, I hendak tanya sahaja. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri lebih baik keluarlah.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak komen Yang Berhormat Menteri. Dulu Yang Berhormat Menteri semasa...
Bila saya beri kesempatan untuk bercakap?
Tidak payahlah Cameron Highlands.
Ya, Yang Berhormat Cameron Highlands. Mungkin Cameron Highlands.
Yang Berhormat Cameron Hihglands.
Yang Berhormat Menteri, bagi Yang Berhormat Cameron Highlands.
Yang Berhormat Cameron Highlands, satu sahaja.
Ya, silakan.
Boleh?
Tidak boleh, ada tiga minit lagi.
Boleh?
Yang Berhormat Cameron Highlands, satu bagi dia.
Yang Berhormat Menteri, boleh? Boleh. Dulu Yang Berhormat Menteri semasa menjadi Pengerusi HINDRAF, Yang Berhormat Menteri telah menggunakan sentimen ini, dikatakan Barisan Nasional rasis dan sebagainya untuk mendapatkan sokongan masyarakat India. Saya percaya lebih kurang bolehlah dikatakan tahun 2008 dan juga pilihan raya seterusnya, masyarakat India telah menyokong Yang Berhormat Menteri dan juga parti pembangkang, parti Pakatan Harapan. Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Menteri sudah lupa, pemimpin yang dikatakan rasis selama 25 tahun, Tun Dr. Mahathir itu sekarang menjadi Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri sedang berkhidmat untuk beliau sebagai Menteri, Yang Berhormat Menteri masih menyalahkan barisan sini sebagai rasis. Saya tidak faham logik.
Ini sudah menyimpang daripada perbahasan. Silakan Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Ada kaitan, ada kaitan Tuan Yang di-Pertua.
Seminit sahaja yang tinggal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri kena bertanggungjawab...
Yang Berhormat, orang India tidak undi sama MIC dia marah sekarang.
Yang Berhormat Menteri kena bertanggungjawab, membuat kenyataan di Belanda.
MIC tidak undi sama dia, dia marah sekarang...
Yang Berhormat Padang Serai juga sila duduk, sila duduk.
[Dewan riuh]
Sila duduk. Ya, selesaikan, gulungkan.
Tidak payah dengar lagi baiklah. Tidak payah dengar lagi baiklah Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kawasan Rukun Tetangga menerima peruntukan geran tahunan yang bertujuan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada pengukuhan, keharmonian dan perpaduan serta peningkatan kesejahteraan komuniti kerana perkhidmatan diberikan oleh kawasan Rukun Tetangga...
Apa ini Yang Berhormat Menteri, jawablah yang tadi ICERD, ini pergi tajuk lain buat apa.
[Dewan riuh]
Jawapan itu tidak perlulah...
Jawapan bertulis, jawapan bertulis.
Rukun Tetangga tidak perlulah.
Ini penakutkah Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Ini Menteri tidak payah jawab, Yang Berhormat Menteri duduk.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan...
Menteri rasis tidak payah jawablah...
[Dewan riuh]
Nampaknya Yang Berhormat tidak berminat untuk mendengar saya akan berikan jawapan bertulis sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Bertulis sahaja.
Menteri rasis tidak payah cakap.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Menteri HINDRAF ini, Menteri HINDRAF lah.
[Dewan riuh]
Baik, sudah. Sekarang saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong Piai. Silakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya dengar itu. Saya untuk rekod, saya tidak menyokong sesiapa, saya neutral ya. Tugas saya ialah untuk mengendalikan Mesyuarat Parlimen ya. Sila duduk, sila duduk. Ya, silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri bagi pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Dengan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan jabatan ini iaitu Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Saratok yang amat prihatin mengambil bahagian di dalam penggulungan Belanjawan 2019. Tuan Yang di-Pertua, isu yang pertama yang ingin saya jawab dan bangkitkan di sini adalah mengenai pengukuran tanah adat dan tanah hak adat dengan izin, Native Customary Rights (NCR) di Sarawak. Saya mengambil maklum isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Mas Gading dan Yang Berhormat Saratok pada 12, 13, 14 dan 15 November mengenai isu-isu berkaitan pengukuran tanah adat dan tanah hak adat ataupun Native Customary Rights (NCR) di Sarawak.
Selaras dengan konsep pembangunan inklusif dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada masyarakat di negeri Sarawak dengan menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi Program Pengukuran Tanah Hak Adat (NCR) di Sarawak. Sejak program ini dimulakan pada tahun 2010, sejumlah 1.5 juta hektar tanah telah pun dicadangkan untuk digazetkan sebagai tanah hak adat dan Native Customary Rights (NCR) di negeri Sarawak. Proses pengukuran ini melibatkan dua peringkat yang mana satu pengukuran parameter dan pengukuran lot individu. Sehingga tahun 2018, sejak dilaksanakan pada tahun2010 sebanyak 58 peratus daripada target 1.5 juta hektar tanah tersebut telah selesai diukur yang mana melibatkan 870,265 hektar tanah. Walaupun begitu pengukuran ini mengambil masa kerana faktor-faktor seperti faktor geografi, logistik, ada kalanya pertikaian sempadan dan pencerobohan melewatkan sedikit proses pengukuran. Selain itu, keupayaan dan kapasiti Jabatan Tanah dan Survei ataupun JTS di Sarawak turut memainkan peranan di mana setakat ini JTS mampu untuk melakukan pengukuran secara purata sebanyak 52,394 hektar tanah dalam masa setahun. Dari aspek peruntukan, bermula daripada tahun 2010, sejumlah RM148 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak di bawah peruntukan pembangunan. Kerajaan Persekutuan juga turut memberi perhatian ke atas pelaksanaan program ini dengan memberi penekanan semasa ucapan bajet tahunan serta menyediakan peruntukan tambahan bagi memperkukuh dan mempercepatkan proses pengukuran tanah NCR di Sabah dan Sarawak. Selain peruntukan pembangunan yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan tambahan khas berjumlah RM11.1 juta yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan. Secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM159.1 juta kepada negeri Sarawak untuk proses pengukuran NCR. Bagi tahun 2019, peruntukan bagi Program Pengukuran NCR disediakan di bawah peruntukan pembangunan tertakluk kepada kos siling yang sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Satu maklumat tambahan yang telah saya dapat bagi peruntukan 2019, kita memperuntukkan RM21.5 juta untuk tujuan ini. Program Pengukuran Tanah Adat NCR terletak di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah dan Program Khas Bumiputera Sarawak.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Hulu Rajang Yang Berhormat.
Yang Berhormat Hulu Rajang, silakan.
Tadi saya mendengar Yang Berhormat menyebutkan RM21.5 juta, adakah itu termasuk pada tahun 2019 ini untuk penyukatan untuk negeri Sarawak? NCR ini.
Itu adalah makluman yang saya dapat terkini Yang Berhormat, daripada MOF. Itu peruntukan yang kita beri untuk tahun 2019.
Akan tetapi dalam bajet tidak ada Yang Berhormat.
Tidak. Akan tetapi minit ada. Kita sentiasa komited, program ini telah dijalankan daripada tahun 2010 yang mana kita akan melangsungkan dan akan mempercepatkan kalau boleh, proses dan pengukuran yang mana target kita tadi yang 1.5 juta hektar itu kalau boleh dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, yang mana kita terdapat kekangan satu daripada kapasiti JTS sendiri. Satu tahun kita hanya dapat melaksanakan sebanyak 52,000 secara purata hektar untuk diukur dan kita melalui dua proses. Satu, pengukuran dari segi parameter dan juga pengukuran lot-lot individu. Jadi, lot individu itu mengambil masa dan ini kita akan terus jalankan. Tidak dinyatakan dalam bajet tetapi peruntukan ini Yang Berhormat, saya jelaskan di sini, ada disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sekian.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat kalau macam itu.
[Tepuk]
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, tadi dinyatakan 21.5 itu, adakah dia untuk Sarawak sahaja ataupun untuk Sarawak dan Sabah? Ini sebab tidak ada perkara secara terperinci. Jadi, hendak minta penjelasan di sini. Terima kasih.
Maklumat yang ada di tangan saya pada hari ini adalah satu maklumat tambahan. Boleh tidak saya mohon daripada Yang Berhormat, untuk memberikan satu jawapan bertulis? Kalau ada apa-apa lagi persoalan, boleh berhubung terus dengan kita dan kita perhalusi sebaik mungkin. Setahu saya, yang diberikan 21.5 ini mungkin di Sarawak sahaja. Betul, di Sarawak sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sama-sama. Seterusnya program pengukuran tanah adat NCR dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak. Isu-isu pertikaian dan pertindihan tanah diselesaikan oleh JTS dan agensi-agensi berkaitan melalui dialog dan perundingan bersama penduduk. Seterusnya, mengenai cadangan untuk menubuhkan Tribunal Tanah NCR oleh Yang Berhormat Mas Gading. Ketika ini, dilihat tiada keperluan untuk menubuhkan Tribunal Tanah NCR...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kota Marudu.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Menteri maju ke perihal seterusnya, saya ingin tanya sedikit. Kalau tidak boleh jawab secara lisan, secara bertulis mengenai kedudukan bagi negeri Sabah. Ada juga Ahli Yang Berhormat menyentuh ini, tetapi masa tidak mengizinkan sebelum ini. Apa yang telah dihuraikan tadi adalah bagi kes Sarawak. Akan tetapi memang seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, program ini adalah khas untuk Sarawak dan negeri Sabah. Bolehkah Yang Berhormat nanti memberikan maklumat yang sama mengenai peruntukan yang telah diterima semenjak tahun 2010, penggunaan-penggunaan seterusnya dan pencapaian-pencapaian. Ini kerana ini adalah berkaitan juga dengan kedudukan terkini yang mana Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk membatalkan program Geran Komunal seterusnya yang sebelum ini telah dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Dahulu saya mempengerusikan jawatankuasa teknikal ini, memang lebih banyak duit di Sarawak daripada Sabah. Akan tetapi dengan pembatalan program Geran Komunal ini, adakah pihak Kerajaan Pusat terus membantu negeri Sabah kecuali negeri Sabah punya kerajaan tidak mahu. Actually, ini kes untuk membatalkan Geran Komunal di Sabah ini adalah satu keputusan dasar yang salah. Ini sebab interim tujuan Geran Komunal adalah untuk parameter survey dan selepas itu beri lot-lot kepada mereka yang layak menerima. Jadi Yang Berhormat Menteri, maklumat yang saya pohonkan tadi dan kedudukan terkini memandangkan dasarnya peringkat negeri Sabah tidak mahu meneruskan Geran Komunal yang dulu dibiayai oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat, kita Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk menjaga kepentingan semua pihak termasuk di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, maklumat mengenai peruntukan yang diberikan kepada negeri Sabah tidak ada di dalam tangan saya. Akan tetapi, saya akan arahkan pihak ICU untuk memberikan satu jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Seperti mana yang saya katakan tadi, kalau ada apa-apa timbul lagi persoalan, kita sentiasa terbuka untuk dihubungi. Berbalik kepada cadangan daripada Yang Berhormat Mas Gading tadi, kerajaan ketika ini melihat tidak ada keperluan untuk menubuhkan Tribunal Tanah NCR. Ini kerana peruntukan yang sedia ada di bawah Kanun Tanah Negeri sudah mencukupi dan lengkap untuk menyelesaikan isu berhubung hak adat bumiputera. Isu-isu tanah ini adalah tertakluk
dan dibicarakan di mahkamah bumiputera yang sedia ada. Oleh itu, perwujudan Tribunal Tanah NCR dilihat sebagai satu lagi lapisan prosedur yang boleh menambahkan birokrasi dan merumitkan proses yang sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak untuk memastikan sasaran pengukuran dapat dicapai. Peruntukan akan turut disalurkan juga melalui peruntukan khas yang akan diselaraskan oleh Kementerian Kewangan dan pihak ICU kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah mengenai sistem eKasih. Saya juga mengambil maklum beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka pada 14 November 2018 mengenai sistem eKasih dan langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan berlakunya keciciran. Untuk makluman, kerajaan telah membangunkan sistem eKasih ini sejak tahun 2007, yang mana ia satu pangkalan database data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan miskin di Malaysia yang mana kita klasifikasikan mereka kepada kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan kepada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) yang sedia ada. Ketika ini, kriteria penetapan kategori kemiskinan bergantung kepada jumlah pendapatan per kapita isi rumah dan berasaskan kepada formula perkiraan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2014 ataupun dengan izin, Household Income Survey 2014. Pengemaskinian sistem sentiasa dibuat dari semasa ke semasa di mana profil-profil isi rumah miskin berkenaan diperoleh melalui kaedah bancian di lapangan oleh pembanci yang telah dilantik. Bancian dibuat menggunakan borang bancian isi rumah miskin yang akan merekodkan komponen-komponen data seperti berikut iaitu pengenalan diri ketua isi rumah dan ahli isi rumah; lokasi kediaman; pendidikan, kemahiran dan status pekerjaan, harta, kesihatan, pendapatan dan penerimaan bantuan yang sedia ada. Data-data diperoleh secara terperinci oleh pembanci melalui sesi temu ramah secara langsung bersemuka serta pemerhatian di lokasi isi rumah berkaitan. Bagi memastikan tiada keciciran berlaku, bancian isi rumah akan dilaksanakan ke atas senarai daripada input yang diberikan oleh pemimpin tempatan, daripada aduan-aduan masyarakat dan juga daripada permohonan-permohonan yang dikemukakan direct sendiri oleh individu yang terbabit. Senarai nama yang telah diverifikasi akan disahkan oleh mesyuarat focus group di peringkat daerah masing-masing yang mana ia dipengerusikan oleh pegawai daerah sebelum nama tersebut kita daftarkan di dalam sistem eKasih. Selain itu, ICU juga mempunyai pasukan mobile team. Mobile team ICU, Jabatan Perdana Menteri yang turut menyelaraskan program turun padang bersama kementerian- kementerian dan agensi-agensi pemberi bantuan yang berkaitan bagi memastikan penyaluran bantuan dapat diproses dengan seberapa segera. Pegawai pembanci juga akan turut membuat pemerhatian di kawasan sekitar jika masih terdapat penduduk miskin yang tercicir dan layak dibanci dan dibantu.
Yang Berhormat Menteri, ingin tanya mengenai dengan eKasih ini, bolehkah kita sebagai Ahli Parlimen juga boleh mendapat maklumat senarai nama yang terkandung dalam sistem eKasih ini supaya daripada maklumat sedemikian, kita boleh jalankan program masyarakat kepada mereka yang golongan eKasih ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Saya rasa tidak ada halangan untuk kita berkongsi sama terutamanya di kawasan Parlimen masing-masing. Saya fikirkan terdapat dua tempat yang mana kita boleh dapatkan maklumat- maklumat ini. Pertama, di pejabat pegawai daerah masing-masing dan seterusnya mungkin daripada ICU sendiri. Ingin saya tegaskan sekali lagi yang mana kita menerima input daripada semua pihak. Apabila dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan, tidak ada pilihan atau kita tidak membuat mana-mana diskriminasi. Jadi, semua input diberikan sama ada Ahli Parlimen atau pemimpin tempatan yang datangnya daripada Pakatan Harapan ataupun daripada
mana-mana parti lain selain daripada parti pentadbir, kita akan teliti secara terperinci dan kita akan salurkan bantuan yang sewajarnya. Insya-Allah. Seterusnya, perkara yang terakhir... [Disampuk]
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tangga Batu minta pencelahan.
Silakan.
Saya ingin bertanya tentang— mungkin saya tidak tahu sama ada benda ini menyimpang atau tidak. Ini tentang prosedur rigid ICU yang saya kata rata-rata memang menyusahkan Ahli-ahli Parlimen untuk membelanjakan duit yang ada. Kadang-kadang duit itu nampak cantik tetapi mahu guna tidak boleh. Contohnya, oleh sebab saya rasa prosedur ICU ini adalah by-laws, ataupun peraturan- peraturan yang dibuat oleh kementerian yang mana ia boleh dipinda oleh Yang Berhormat Menteri itu sendiri. Ia bukannya akta ataupun peruntukan Perlembagaan yang susah untuk diubah. Contoh, katakanlah esok adalah Maulidur Rasul, apabila kita hendak buat Program Maulidur Rasul, kita kena minta masjid— minta, kita kena minta NGO ni, minta peruntukan untuk program tersebut. Begitu juga dengan Deepavali, seolah-olah kita Ahli Parlimen ini tidak kreatif untuk membuat mengadakan program-program kita sendiri. Apabila contohnya, JAPERUN minta kita untuk peruntukan, kita tidak boleh bagi pula JAPERUN itu. Kena bagi, pada contohnya, persatuan tokong di JAPERUN. Jadi bagaimana agaknya kita mahu mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Memang semestinya agak menyimpang daripada apa. Akan tetapi, saya cuba untuk jawab dengan sebaik mungkin. Ini adalah satu masalah yang mana kita sebagai Ahli Parlimen dan banyak di kalangan kita juga mungkin terutamanya saya ini sebagai Ahli Parlimen yang baharu. Akan tetapi, apakah pendekatan yang kita buat adalah sentiasa berkomunikasi dengan pihak ICU secara langsung. Saya memastikan pegawai-pegawai saya dalam setiap permohonan yang di buat untuk berhubung terus dengan pihak ICU untuk melihat kesesuaian dan kebarangkalian permohonan tersebut untuk diluluskan. Memang ada guidelines dan ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Semestinya kita tahu bahawa benda ini dibuat untuk mengelakkan penyelewengan terutamanya di peringkat pelaksanaan. Ada kalanya mungkin kita berpendapat tidak bersesuaian. Akan tetapi, the discussion seperti mana yang kita tahu, benda ini sentiasa berjalan, ongoing. Buat pada masa ini, sampai kepada tahun yang terakhir ini, mohon saya cadangkan bahawa kita sentiasa berhubung rapat dengan pegawai ICU masing-masing di peringkat negeri. Cuba cari jalan penyelesaian yang terdekat dan tercepat untuk kita melaksanakan, menyampaikan peruntukan yang kita ada. Should be, daripada ICU, dengan izin, be very helpful, be very flexible. Kalau ada apa-apa permasalahan boleh berhubung direct dengan ICU di peringkat Jabatan Perdana Menteri. Ada kalanya kita lihat pelaksanaan ataupun aturan yang dikeluarkan mungkin ada berlainan sedikit di antara negeri, yang itu kita faham. Akan tetapi, secara dasarnya, mereka sentiasa ingin membantu bagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat menyalurkan peruntukan tersebut dengan secara cepat dan efektif tanpa ada unsur-unsur penyelewengan ataupun ketirisan. Itu sahaja, boleh Yang Berhormat Tangga Batu?
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, bagi saya kalau benda boleh dimudahkan, contohnya, adakah kita menjamin dengan— kita memang baik dengan pegawai ICU tidak ada masalah. Akan tetapi, bagi mereka, mereka memang ikut bukunya. Walaupun kadang-kadang ada budi bicara, tetapi boleh tidak kita— apa salahnya benda itu direct dan kita beritahu dia daripada kita mungkin ada kemungkinan menyeleweng juga? Oleh sebab mahu dapatkan juga. Jadi, kalau kita— maknanya diluluskan, maknanya apa perancangan kita itu, tetapi pantau kita dari segi resit, dari segi—
asalkan kita tidak menyeleweng. Oleh sebab, bagi saya itu adalah by-laws yang kita boleh ubah. Terima kasih.
Ambil maklum daripada apa Yang Berhormat Tangga Batu katakan. Saya rasa kita semua faham bahawa perbincangan ini ongoing terutamanya daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan.
Soalan tambahan.
Okey, boleh.
Just one minute.
Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan.
Seperti mana Yang Berhormat Menteri beritahu, kita rasa susah sedikit kadang-kadang macam kita Ahli Parlimen hendak membuat sesuatu perayaan seperti Deepavali, Hari Raya dan juga Chinese New Year, kita tidak ada peruntukan. Akan tetapi, kita terpaksa menggunakan third party dengan izin, untuk mendapatkan duit tersebut. Kalau orang itu— kita ingat tipu sendiri. Itu yang terjadi kepada kita. Kita ini sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan tidak percaya pada kita, siapa lagi mahu percaya kita? [Tepuk] So, Kita kena bagi satu— oleh sebab kita sudah awal-awal sudah panggil SPRM, sudah berikan briefing dekat kita, apa dia punya guidelines itu semua. So, haruslah bagi suatu peruntukan. Okey, katakan RM20 thousand for Deepavali, kita pun senang, rakyat pun senang. Tidak ada maki hamun sama kita bila Deepavali? Bila Deepavali? Kita duit gaji tidak masuk lagi. Kita pun susah. So, harap ambil perhatianlah. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Perkara ini memang sentiasa kita bawa kepada pihak ICU dan kita semua sedia maklum banyak pihak yang telah membawa permasalahan dan teguran-teguran, mungkin cadangan-cadangan ini kepada pihak atasan. Ingin saya katakan, apabila kita menyentuh peruntukan khas Yang Amat Berhormat... [Disampuk]
Yang Berhormat Kota Melaka minta...
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, at the end of the day, benda ini tertakluk kepada persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga. Jadi, pihak pelaksanaan tertakluk kepada perkara-perkara tersebut. Kita tahu bahawa ICU telah membawa benda ini ke atas. Ini masih lagi di dalam perbincangan.
Yang Berhormat Menteri, saya mahu kembali kepada eKasih yang saya tanya tadi. eKasih itu. Bagaimana adakah kementerian mempunyai rancangan untuk memutihkan semula senarai nama yang tertakluk di dalam eKasih? Oleh sebab kita, risau mereka yang tidak layak tetapi nama mereka ada di dalam sistem eKasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Itu adalah satu perkara yang mana daripada unit mobil ICU sendiri sentiasa memantau. Akan tetapi, apa yang kita lihat daripada pengalaman saya sendiri, kita lebih banyak yang tercicir daripada apa yang kita bantu daripada yang tidak layak untuk mendapatkan bantuan. Jadi, perkara tersebut perlu diperbetulkan terlebih dahulu adalah seperti mana yang saya katakan sebelum ini, kita menganggap sebagai satu kegagalan daripada pihak ICU, jika, ada lagi di kalangan warga negara kita tidak kira daripada latar belakang dan sebagainya, masih lagi di dalam kategori miskin tegar ataupun miskin yang mana mereka tidak mendapat mana-mana bantuan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua. Dalam masa dua minit, ingin saya menyentuh isu peruntukan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Saya mengambil maklum isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, pada 15 November 2018 mengenai cadangan supaya peruntukan yang sama diberikan kepada semua Ahli Parlimen. Secara ringkas, untuk makluman, penyediaan peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen adalah sebagai compliment dan
supplement dengan izin, bagi projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun. Pertimbangan dibuat berdasarkan kepada keutamaan, keperluan dan kedudukan kewangan kerajaan. Penyediaan dan penyaluran peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah di atas budi bicara dan hak prerogatif yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Buat masa ini, peruntukan yang disediakan telah mengambil kira kedua- dua faktor yang dinyatakan. Sebagai penutup, Tuan Yang di-Pertua, Pembentang Belanjawan 2019... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan...
Silakan.
Yang Berhormat Arau minta penjelasan. Tinggal satu minit Yang Berhormat Arau.
Ya, sikit sahaja. Oleh sebab ini untuk kepentingan bersama. Yang Berhormat Menteri, saya bukan mengungkitlah. Oleh sebab, benda ini dahulu saya yang jaga. ICU ya. Jadi, Yang Berhormat Menteri, semasa kita bentangkan elaun Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berikan kepada semua. Pada masa itu daripada parti DAP saya masih ingat, mencadangkan supaya peruntukan Parlimen juga diberikan kepada semua. Jadi, sekarang ini oleh sebab elaun kita berikan kepada semua, oleh sebab Barisan Nasional tidak sempat laksanakan, sebab kalah semasa pilihan raya. Jadi Yang Berhormat Menteri, ini adalah merupakan cadangan daripada parti DAP supaya peruntukan Parlimen diberikan kepada semua Ahli Parlimen sama banyak. Terima kasih. Oleh sebab, elaun pun sama Yang Berhormat Menteri, tidak ada beza antara kita.
Sudah sampai pukul 1, Yang Berhormat Menteri.
Saya ambil maklum dan saya rasa perbincangan ini berterusan terutamanya dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di- Pertua, pembentangan belanjawan merupakan satu dokumen yang lengkap, komprehensif dan menyeluruh. Saya percaya bahawa Kerajaan Pakatan Harapan amat komited dengan janjinya untuk terus memacu pembangunan yang seimbang tanpa ada pihak yang tertinggal ataupun tercicir. Melalui belanjawan ini insya-Allah negara akan terus berada di landasan yang tepat. Kita akan kembali menjadi sebagai satu Harimau Asia yang dihormati oleh rakan mahupun lawan. Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam sesi penggulungan perbahasan kali ini. Saya mohon untuk menyokong Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang sudah sampai pukul 1.01 minit, jadi kita teruskan persidangan pada pukul 2.30 petang seperti biasa.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersambung semula. Susunan giliran menjawab Jabatan Perdana Menteri. Masa yang diperuntukkan 30 minit. Sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan ini, di bawah agensi yang menjadi tanggungjawab kementerian ini, ada 10 sisi yang disentuh oleh para Ahli Parlimen sekalian di mana keseluruhan soalan yang ditanya adalah melibatkan 57 soalan
iaitu Parlimen sebanyak empat soalan, Jabatan Peguam Negara sebanyak 20 soalan, SPRM sebanyak 11 soalan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebanyak empat soalan, Jabatan Audit Negara sebanyak dua soalan, GIACC sebanyak sembilan soalan. SPA— tadi JPA. Bukan. Tadi SPA, ini JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam sebanyak lima soalan. Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebanyak tiga soalan, SPR sebanyak dua soalan sahaja dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman sebanyak dua soalan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab persoalan-persoalan ini berdasarkan isu-isu.
Sila.
Berdasarkan agensi. Saya pergi dulu kepada agensi yang melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana hanya dua orang yang bertanya. Yang Berhormat Kota Bharu. Tak ada ya? Tuan Yang di-Pertua, yang tak ada saya tak jawablah.
Ya. Bagi jawapan bertulis.
Ha! Nampak gaya ramai tak ada ini. Kedua adalah Yang Berhormat dari Pontian— pun tidak ada. Saya akan jawab bertulis. Saya pergi kepada Yang Berhormat Kota Bharu juga. Ini SPRM. Tidak ada juga. Eh, minta maaf. Bukan Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kinabatangan. Tidak ada, saya tak jawab. Yang Berhormat Bagan Serai ada tak? Tak ada juga. Siapa yang ada ini? Yang Berhormat Bagan Serai tak ada, saya tak jawab dulu. Yang Berhormat Sungai Petani pun tidak ada. Yang Berhormat Lubok Antu ada? Ha, ada. Yang Berhormat Lubok Antu menyarankan agar SPRM membuat siasatan terhadap semua projek mega di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Antu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat aduan atau maklumat berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak kira sama ada ianya melibatkan projek kecil atau projek mega. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara ini, bolehlah melaporkan kepada mana-mana pegawai SPRM atau datang sendiri ke pejabat SPRM berhampiran. Jadi sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Lubok Antu, SPRM ini dia prosedur dia. Biasanya dia akan ambil tindakan kalau sekiranya ada aduan. Sebarang aduan, untuk makluman Yang Berhormat, akan dilindungi. Hatta, identiti pun tidak akan didedahkan kepada orang ramailah. Begitu juga saksi juga, SPRM ada satu sistem perlindungan saksi. Ini ada akta dalam negara kita. Kalau Yang Berhormat biasa lihat filem-filem di Amerika macam mana saksi-saksi itu macam ditransform, di negara kita pun ada. Sistem itu ada. Jadi tak perlu takutlah. Jadi saya rasa SPRM setakat yang saya berhubung dengan mereka, saya rasa mereka memang bersedia untuk menjalankan sebarang siasatan ke atas mana-mana kes without fear and favor, dengan izin. Jadi saya harap kalau Yang Berhormat Lubok Antu ada sebarang aduan, bolehlah mengemukakan. Oleh sebab soalan Yang Berhormat hanya kepada projek mega sahaja tanpa dispecify, dengan izin, kes-kes tertentu, jadi agak sukar juga untuk kita nak kata kes apa ya. Jadi saya harap lepas ini Yang Berhormat boleh ambil tindakanlah. Seterusnya saya berpindah kepada Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu ada tak? Tidak ada. Mungkin ramai lagi yang tengah makan kot. Yang Berhormat Tanjong Malim ada?
Ada.
Oh! Ada. [Ketawa] Yang Berhormat Tanjong Malim mencadangkan agar pihak SPRM turut memaparkan pengisytiharan pemilikan aset para Ahli Parlimen berbanding hanya pengisytiharan pendapatan pada ketika ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Malim, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 November 2018 telah memutuskan supaya maklumat pengisytiharan harta anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan yang dipaparkan di laman web SPRM menyatakan pendapatan bulanan serta nilai keseluruhan aset yang dimiliki kepada SPRM. Walau bagaimanapun, SPRM telah mengambil maklum perkara tersebut. Saya rasa, Yang Berhormat Tanjong Malim, perkara ini sebenarnya mungkin ini kali pertama dalam sejarah. Sebelum-sebelum ini tidak ada pernah berlaku. Jadi oleh kerana ini
perkara pertama, mungkin saya akuilah ada kelemahan-kelemahan tertentu. Jadi saya harap Yang Berhormat Tanjong Malim tidak perlu merasa gusar. Perkara ini mungkin akan diambil tindakan selanjutnya pada masa-masa akan datanglah. Kita percaya kerajaan baharu ini bersedia untuk menambahbaikkan daripada segi proses pengisytiharan yang telah pun kita perkenalkan ini. Jadi untuk kali ini, saya akuilah mungkin ada terdapatnya kekurangan ataupun kelemahan di sesetengah aspek tetapi ini bukan bermakna kita sengaja ya, tetapi ini adalah mungkin kerana terlepas pandang ataupun mungkin ada faktor-faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tanjong Malim minta mencelah.
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Sila.
Yang Berhormat Menteri, kami boleh faham sebab ini adalah kali pertama dalam sejarah kita ada pengisytiharan harta untuk Ahli- ahli Parlimen Kerajaan.
So, kami tidak ada masalah cuma sampai sekarang kita hanya– dari website SPRM kita cuma tengok ada pendapatan sahaja. Kami hendak minta, boleh tidak kerajaan berikan satu timeline, mungkin dalam tahun ini kah kita akan paparkan. Sebab apa? Sebab semua Ahli Parlimen sudah pun isytihar harta. So, apabila SPRM hanya mempamerkan pengisytiharan pendapatan, orang lain ingat kita hanya mengisytiharkan pendapatan, tetapi bukan aset. So minta tolong kerajaan. Thank you, terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tanjong Malim. Saya mengambil maklum apa yang dicadangkan itu. Jadi kalau hendak kata soalan tentang time frame saya rasa agak sukar untuk saya hendak memberi jawapan. Akan tetapi saya beginilah Yang Berhormat Tanjong Malim, saya harap Yang Berhormat Tanjong Malim dapat menulis surat sama ada kepada saya ataupun terus kepada pihak SPRM. Selepas ini kita akan majukan apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Malim itu untuk diambil kiralah oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Saya boleh bagi jaminanlah, jadi saya rasa pihak Yang Berhormat Tanjong Malim bolehlah selepas ini menulis surat kepada saya. Seterusnya izinkan saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat– ramai tidak ada ini Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Taiping ada? Taiping?
Yang Berhormat Menteri, sekiranya Yang Berhormat Menteri ikut budi bicara, persoalan itu adalah penting walaupun Yang Berhormat itu tidak sempat berada di Dewan, saya galakkan Yang Berhormat Menteri jawab juga untuk pengetahuan rakyat. Silakan.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun mempunyai pandangan yang begitu juga Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya pun bercadang hendak melakukan perkara itu, tetapi oleh sebab masanya terhad, saya akan cuba. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, soalan daripada Yang Berhormat Taiping ini mungkin nanti kalau dia datang saya akan cuba bacakan. Soalan dia sebenarnya lebih kepada cadangan, mencadangkan sahaja, saya rasa kalau cadangan ini kita boleh– akan terus berhubung dengan beliau selepas ini. Yang Berhormat Kota Melaka, walaupun tidak ada, saya akan cuba menjawab. Isu yang dibangkitkan ada dua. Satu, isu yang melibatkan isu bekas Peguam Negara yang telah memohon 90 ekar tanah daripada pihak Kerajaan Negeri Melaka yang telah diluluskan. Jadi kes ini untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, sebenarnya telah pun discharge not amounting to an acquittal (DNA). Kes ini telah dilepas tanpa dibebaskan dan ini semua berlaku dalam kerajaan rejim lama. Jadi Yang Berhormat Kota Melaka, itu soalan yang pertama. Keduanya, berkaitan dengan seorang insan yang bernama Mohd Yusof bin Abu Hassan, bekas orang kanan Ketua Menteri Melaka. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka adalah memohon agar SPRM menumpukan usaha terhadap kes-kes rasuah berprofil tinggi dan dia minta supaya memberikan status kes ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka dan juga yang lain-lain, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan menjalankan
siasatan apa-apa aduan berkaitan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009, tidak kira status orang yang disiasat. Bagi kes pendakwaan terhadap penama iaitu Mohd Yusof bin Abu Hassan, dia telah dituduh di mahkamah pada 9 Mei 2017. Walau bagaimanapun, satu representasi telah dibuat oleh tertuduh, maka kes tersebut telah dalam pertimbangan lanjut oleh pihak Peguam Negara. Ini perkara biasa untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka. Kalau seseorang itu didakwa, biasanya kadang-kadang peguam akan membuat representasi maknanya macam satu pertimbangan daripada pihak Peguam Negara untuk meneruskan ataupun meminda pertuduhan dan sebagainya. Jadi, perkara ini masih lagi dalam pertimbangan Jabatan Peguam Negara. Jadi, saya tidak boleh hendak bagi jawapan apakah keputusan representasi itu, sebab saya tidak ada apa-apa maklumat tentang itu. Saya rasa yang lain tidak ada sangat, kebanyakan tidak ada ini. Yang Berhormat Bandar Kuching bertanya soalan yang kebanyakannya pernah ditanya sebelum ini, pernah dibangkitkan sebelum ini. Seterusnya saya pergi kepada– melibatkan Jabatan Peguam Negara, AG Chambers. Yang Berhormat Miri ada? Tidak ada. Yang Berhormat Miri ini membangkitkan isu yang penting Tuan Yang di-Pertua. Kes yang melibatkan mantan aktivis atau pemimpin PKR, iaitu Bill Kayong. Untuk makluman Yang Berhormat dalam Parlimen ini, Bill Kayong ini seorang yang terlibat dengan membela kes-kes tanah adat. Beliau sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat telah pun memeluk Islam dan telah pun meninggal sebagai seorang Islam. Jadi, kes beliau sebenarnya untuk makluman telah pun dibicarakan. Orang yang membunuh beliau telah pun dibicarakan dan didapati bersalah. Ada tiga orang Tuan Yang di-Pertua yang didakwa, yang pertama orang yang membunuh sendiri, seorang lagi dikatakan terlibat dalam bersubahat, seorang lagi juga bersubahat. Akan tetapi apabila dibicarakan, yang didapati bersalah hanya pembunuh sahaja. Keterangan yang melibatkan dua lagi tertuduh itu tidak dapat membuktikan elemen subahat itu sehingga menyebabkan kedua-dua itu telah pun dilepaskan. Di mana kes dibicarakan, jadi sekarang ini yang ditanya ialah adakah perkara ini mungkin akan hendak dibuka semula atau tidak? Saya rasa untuk makluman Yang Berhormat saya difahamkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara memang ada perbincangan sama ada kes ini perlu dibuka semula atau tidak, sebab ada– pembunuh itu mesti ada seorang yang mastermind di belakangnya. Jadi untuk makluman, kes tentang isu itu telah pun diarahkan oleh pihak polis untuk siasat semula. Akan tetapi sehingga kini masih lagi tidak dapat menerima apa-apa maklumat, sama ada pihak polis telah menyempurnakan siasatan atau tidak. Jadi, saya harap mungkin pihak Yang Berhormat Miri boleh bertanyakan– menulis surat kepada pihak yang terbabit untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Yang Berhormat Setiu pun juga membangkitkan isu mungkin penting untuk dijawab di sini. Iaitu dia bertanyakan mengapa berlakunya pendakwaan terpilih kepada individu- individu yang menyokong kerajaan seperti kes rasuah banglo Yang Berhormat Menteri Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat Setiu, Kerajaan PH ini tidak terlibat dalam amalan pendakwaan terpilih. Apa yang berlaku ialah dalam kes spesifik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk makluman Yang Berhormat, itu adalah pertama kuasa Peguam Negara. Dalam perundangan artikel 145(3), sebenarnya Peguam Negara tidak perlu terangkan kepada sesiapa kalau dia hendak dakwa ataupun menarik pendakwaan, itu kuasa mutlak dia, itu diberikan dalam Perlembagaan. Saya rasa kalau para peguam tahulah, tetapi oleh sebab dibangkitkan, saya hendak beritahu, sebenarnya saya hendak quote apa yang dikatakan oleh orang-orang yang menyaksikan perbicaraan itu. Kita kalau pergi bicara ini untuk makluman Yang Berhormat Setiu, kalau saksi yang utama apabila disoal balas oleh peguam, masa itu peguam yang mengendalikan kes ini ialah Yang Berhormat Menteri Komunikasi sekarang. Saksi utama ini apabila disoal dengan bahasa mudahnya dia punya keterangan dengan izin collapse lah. Tidak boleh digunakan untuk hendak – it’s a bit difficult untuk hendak convict lah. Jadi, saya cakap ini berdasarkan pemerhatian untuk saksi. Saya bukan cakap itu perkiraan Peguam Negara, saya hendak katakan itu yang dinyatakan. Jadi, itu bukan bermakna pendakwaan terpilih. Kalau pendakwaan terpilih bermakna tidak dakwa langsung. Ini sudah didakwa, tetapi apabila dibawa ke mahkamah didapati keterangan itu mungkin tidak boleh menyebabkan berlakunya sabitan, kes ditarik balik. Tarik
balik itu adalah kuasa Peguam Negara. Itu memang kalau kita hendak persoalkan, kita kena pinda Perlembagaanlah. Akan tetapi saya rasa ini memang mana-mana negara pun memang ada diberikan kuasa itu.
Cumanya saya tidak nafikanlah bahawa adakah kita rasa potongan itu adil atau tak adil, itu kita boleh bahaskanlah tetapi itu adalah undang-undang yang ada sekarang iaitu Perlembagaan 145(3), pendakwaan ada tiga kuasa; satu kuasa mendakwa, kuasa tidak mendakwa dan kuasa menarik balik pendakwaan Itu kuasa memang diberikan – budi bicara yang diberikan kepada pihak Peguam Negara. Okey ya silakan Yang Berhormat.
Minta penjelasan sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang telah dijawab oleh pihak Menteri. Cuma saya ingin tahu adakah dalam statistik pihak kementerian, berapa kes pendakwaan yang ditarik semula sebagaimana seumpama isu banglo tadi. Ada berapa kes sebelum ini, minta penjelasan.
Untuk makluman itu soalan yang agak spesifik, saya minta maaflah saya tidak boleh bagi jawapan offhand begini ya. Walau bagaimanapun, saya akan berunding dengan pihak Jabatan Peguam Negara, saya akan minta supaya mereka boleh berikan jawapan bertulis kepada pihak yang Yang Berhormat. Seterusnya saya hendak bangkit isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Baharu– ini tiada lagi ya. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Bharu dia ada bagi isu yang saya rasa saya macam perlu juga jawablah sebab isu yang beliau bangkitkan ini adalah melibatkan 1MDB. Yang Berhormat ada bertanyakan – untuk makluman Yang Berhormat Ahli Parlimen ini, dia bertanya adakah kes-kes yang melibatkan perbicaraan 1MDB ini mungkin akan ditarik balik? Untuk makluman...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit pencelahan.
Okey, saya baru hendak ini.
Sekejap, sekejap, yang tadi sebelum masuk yang ini.
Boleh. Silakan.
Saya mengamati jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tidak pertikaian soal bidang kuasa AG dan yang termaktub dalam Perlembagaan. Cuma yang kita hendak tahu mengapa dalam kes banglo yang melibatkan Menteri Kewangan ini, apa halangan kepada AG untuk meneruskan kes ini? Adakah tidak cukup bukti kah dan sebagainya? Sebab masyarakat di luar melihat setelah AG yang asal ini sebagai peguam kepada Menteri Kewangan, tiba-tiba dilantik Peguam Negara dan kes itu gugur. Jadi ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baiklah pada amalan pendakwaan di Malaysia. Kalau boleh saya sifatkan ini legally right tetapi morally wrong lah.
So, apabila legally right tidak perlulah dipersoalkan because mahkamah terlibat mode legal bukan moral. Mahkamah ini adalah mahkamah legal bukan mahkamah moral. Mungkin mahkamah PAS mahkamah moral lah tetapi mahkamah yang dekat-dekat dunia...
PAS tak ada mahkamah.
Tidak, saya cakap saya cakap ini berdasarkan perundangan.
Mahkamah. PAS tidak ada mahkamah.
Okeylah.
Tidak pernah ada ke mahkamah.
Maksud yang saya sebut legally right tadi dari segi bidang kuasa AG tetapi dari segi pertuduhan belum tentu lagi
Yang Berhormat Bagan ini benar-benar bebas daripada kesalahan. Mengapa tidak diteruskan kes ini? Apa halangan kepada kerajaan untuk meneruskan kes ini?
Saya kadang-kadang kesian kepada Yang Berhormat ini, mungkin Yang Berhormat tidak...
Eh! Tidak payah. Saya tidak perlu kesian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawab sahaja soalan.
Tidak, saya kesian kerana Yang Berhormat bertanya. Yang Berhormat nampak sangat Yang Berhormat tidak faham apa yang berlaku.
Kerana tidak faham saya tanya.
Kalau faham Yang Berhormat tidak tanya begitu.
Kerana tidak faham saya tanya ini. Kerana tidak faham saya tanya, jangan dok perlekeh orang pula.
Okeylah saya tidak perlekeh lah. Saya hendak kata beginilah Yang Berhormat, saya hendak kata begini Yang Berhormat. Sebenarnya dalam mana-mana perbicaraan ini, kalau kita bicara itu kes Peguam Negara, peguam ini peguam pendakwa ini dia akan sentiasa review daripada masa ke semasa. Setelah seseorang bagi keterangan, dia akan review tengok kes ini macam mana, itu biasa dalam perbicaraan. Saya tahu sangatlah. Akan tetapi apabila kes ini dirasakan–– saya cakap ini, ini bukan – sebenarnya Peguam Negara tidak terlibat pun dalam pendakwaan itu, dia sebagai ketualah tetapi dia tidak terlibat dari segi dia membawa kes itu. Kes itu bukan dibawa oleh beliau. Jadi kalau isu yang Yang Berhormat kata tadi dia bekas peguam Lim Guan Eng itu tidak timbul sebab dia bukan mengendalikan kes itu. Itu menunjukkan bahawa Yang Berhormat Peguam Negara ini seorang peguam yang betul-betul...
[Bangun]
––Sekejap, sekejap Yang Berhormat Pasir Mas. Biar saya jawab. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Pengkalan Chepa, minta maaf. Kalau dia terlibat mendakwa kes itu sedangkan dia dahulu peguam kepada Lim Guan Eng, Yang Berhormat Menteri Kewangan, itu baru wujudnya dipanggil conflict of interest, ada bercanggah. Akan tetapi oleh sebab dia memahami prinsip conflict of interest ini, sebab daripada awal dia tidak terlibat kes itu. Dia tidak terlibat langsung untuk mendakwa kes itu. Itu menunjukkan bahawa Peguam Negara ini peguam yang betul-betul cerdik dan dia tahu apa kapasiti dan had-had dia. Berbeza dengan sesetengah orang, kadang-kadang yang nama Islam pun dia jadi terlibat jadi saksi, dia jadi pendakwa, dia jadi hakim. Ini biasa berlaku. Saya tahu sangatlah jangan hendak temberang dengan saya, saya tahu sangat. Okey silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Bachok.
Relaxlah, I’m not referring to you. You tengah damai relaxlah. Jangan marah.
Janganlah angkuh sangat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Bachok ya. Bachok. [Ketawa]
Okey, silakan Yang Berhormat Bachok.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut pasal hak dan juga dari sudut moral yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dahulu semasa kita sama-sama di sini, semasa Peguam Negara dahulu dia hendak buka kes, kita persoalkan tindakan dia. Banyak perkara yang kita
tidak puas hati kerana sekarang dia kata itu hak dia tetapi kita pertikai semasa kita duduk di sini dahulu. Akan tetapi sekarang bila sudah jadi Menteri, jawapan jadi lain pula.
Saya hendak beritahu begini, semasa dekat sana, yang dekat sana itu saya sahaja, yang sebelah sini tidak cakap yang waktu saya dekat sana, saya yang sana itu bercakap. Maksudnya yang masuk AMANAH sekarang, itu yang bercakap.
Begitu kah?
Yang Berhormat tidak cakap.
Begitu kah dahulu? Memang saya tidak cakap.
Tidak. Saya hendak beritahu begini.
Saya bercakap. Yang Berhormat Menteri saya minta izin.
Relax, relaxlah, you bagi saya jawablah.
Yang Berhormat Menteri saya minta izin. Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacita saya mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Perkara 37(1). Siapa-siapa yang hendak bertanya saya alu-alukan tetapi minta kebenaran dahulu supaya tidak menimbulkan kekecohan seperti pagi tadi.
Okey Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab sekejap.
Saya hendak minta pencelahan sedikit.
Nanti saya hendak jawab dahulu daripada Yang Berhormat Bachok. Peguam Negara yang dahulu ini, kita persoalkan bukan isu ini sahaja, banyak lagi isu yang kita persoalkan dan terbukti apabila kita persoalkan sekarang terbukti memang betul. Saya beritahu tadi kan, isu yang di Melaka saya cakap tadi. Tarik balik DNA, melibatkan menjawab sendiri. Saya sebenarnya hendak beritahu dengan Yang Berhormat lah. Peguam Negara dahulu dengan Peguam Negara sekarang terlalu jauh, beza macam langit dengan bumi.
Saya minta izin boleh sedikit?
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Okey, tidak apa saya bagi, saya suka sebenarnya orang tanya.
Ya Yang Berhormat Bachok sila.
Tadi Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan isu moral dan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab sebaliknya. Tidak kesah, moral bukan di sini yang penting adalah hak. Akan tetapi dahulu kita bercakap pasal moral. Peguam Negara dahulu, Peguam Negara zaman BN dahulu kita bercakap pasal moral. Jadi mengapa sekarang ini kita membelakangkan moral? Isu dia ialah kepercayaan rakyat apabila Peguam Negara baru dilantik, dia membuat tindakan untuk menarik balik kes sedangkan benda itu boleh dibuat di mahkamah pun. Mahkamah yang menentukan sebab perbicaraan itu telah berlaku tetapi mengapa Peguam Negara mengambil sikap untuk memandang rendah pada isu moral sehingga menyebabkan rakyat tidak puas hati.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tumpat. Sebenarnya Yang Berhormat Tumpat.
Bukan Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Bachok.
Yang Berhormat Bachok, sorry. Yang Berhormat Bachok, untuk makluman Yang Berhormat Bachok apabila kes dibawa ke mahkamah, apabila melibatkan kes-kes jenayah bukan peranan mahkamah yang tarik balik pendakwaan, itu bukan peranan mahkamah. Dekat situ Yang Berhormat tidak betul sudah.
Maksud saya.
Tidak, bukan maksud-maksud Yang Berhormat tidak betul sudah, mengaku sahaja.
Maksud saya bila proses itu berjalan.
Tidak, ya betul, apabila kes di mahkamah melibatkan Peguam Negara, walaupun sudah bawa ke mahkamah sekali pun Peguam Negara boleh tarik balik bila-bila masa even sebelum keputusan. Bukan mahkamah ini Yang Berhormat kata mahkamah faktornya, salah itu. Peguam Negara, itu yang pertama. Sekejap let me reply dahulu. Bagi saya jawab dahulu. Keduanya, Yang Berhormat bercakap tadi tentang isu moral. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat kena berhati-hati jawab isu moral ini. Kalau Peguam Negara dahulu ada moral, kenapa kes 1MDB semasa zaman BN tiada pendakwaan? Kenapa PAS semasa itu pun tidak minta langsung supaya Peguam Negara dakwa?
Itulah yang kita pertikaikan.
Itulah saya kata tiada moral sebenarnya soalan ini.
Jadi apa beza dengan yang sekarang ini? Sama juga.
Bezalah langit dengan bumi. Dahulu 1MDB tidak didakwa sekarang didakwa.
Sudah tengah dakwa, tengah dakwa ditarik balik, lagi tiada moral.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, dahulu tidak pernah didakwa sekarang sudah didakwa, itulah bezanya. Dahulu 1MDB ini ada bukti pun tidak didakwa, sekarang ini tengok kita sampai lihat...
PAS tuntut suruhanjaya diraja.
Ada bukti pun tarik balik.
PAS tuntut Suruhanjaya Diraja, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berita 26 Mac 2018. Jangan buat fitnah kepada PAS.
Tuan Yang di-Pertua.
Okeylah, cukup lah. Saya rasa saya – Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah saya layan...
Tuan Yang di-Pertua, Pasir Salak minta laluan. Boleh?
Ya?
Bolehlah.
You tidak tanya soalan, relakslah.
Oh! Tidak boleh sudah. Dulu you tanya macam-macam, tidak tanya soalan pun you bangkit. Sekarang ini tidak boleh ya? Ah! Apa ini.
[Ketawa] Tidak apalah. Tuan Yang di-Pertua, tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Saya berilah rakan baik saya.
Berilah, kita kawan bukan.
Yang Berhormat Sepang. Selepas itu saya ya.
Okey, okey, silakan. Saya beri yang ini. [Merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Salak] Saya beri kawan juga, kawan juga, relakslah. Sama-sama kawan, tidak akan lah tidak boleh runding...
Bukan macam belakang itu tadi diam sahaja. Yang bersongkok-songkok belakang itu. [Ketawa]
Ya, Yang Berhormat Pasir Salak, sila. Apakah soalan?
Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya dari Perak. Tuan Yang di-Pertua, you jangan main-main dengan dia. Ini berkenaan dengan 1MDB tadi disebut, kata kalau ada moral, kenapa tidak didakwa, tidak ditegur, kenapa tidak buat itu, tidak buat ini. You tidak boleh rangkum begitu Yang Berhormat. You know, I was one of them who spoke, orang kata secara lantang dan tegas tetapi saya tidak bolehlah hendak beritahu pergi keluar merata jalan itu pula bercakap apa yang saya cakap, satu. Jadi bila you kata semua ini, “Oh! Bisu. Tidak ada suara. Semua sudah jadi...” Sudah jadi apa? Tidak betullah itu. We have our own procedure. Nanti sekejap. Satu lagi, soal 1MDB ini, Yang Berhormat tidak boleh kata, “Sudah dapat bukti, kenapa tidak diambil tindakan?” Ini pihak penyiasat sedang menyiasat, pihak mahkamah akan mengadili. I do not know, you do not know. You cannot be very sure.
Yang Berhormat Pasir Salak, apakah soalan?
So Tuan Yang di- Pertua, sahabat I dari Teluk Intan, my neighbour, you are my neighbour you know. Pasir Salak dan Teluk Intan ini neighbour. Kita kena buat baik. Kalau tidak nanti I pasang tol, you tidak boleh jalan. [Ketawa] Tidak bolehlah kita buat kesimpulan, buat trial, seri, kemudian menjatuhkan hukum sendiri. I think we should stop this 1MDB matter. Leave it to the court, leave it to the process of law. Boleh atau tidak?
Okey.
Okey, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat...
Sila menggulung Menteri. Masa tinggal tidak sampai setengah minit.
Saya akan terus gulung sahajalah. Yang lain saya akan jawab bertulislah nampak gayanya.
Yang Berhormat Sepang, sikit, satu...
Sekejap, sekejap. Saya hendak jawab dulu. Sabar dahulu. Yang Berhormat Pengkalan Chepa saya sudah beri dah, relaks. Untuk makluman rakan saya daripada Yang Berhormat Pasir Salak, tentang isu 1MDB ini, kata Yang Berhormat-Yang Berhormat bersuara. Saya peliklah Yang Berhormat bersuara tetapi orang tidak dengar.
[Bangun]
Sebab Yang Berhormat bersuara mungkin orang tidak nampak Yang Berhormat bersuara. Itu pertama.
Sekejap, sekejap. Keduanya Yang Berhormat, kalau yang betul-betul bersuara, seperti Yang Berhormat Pagoh. Orang nampak dia bersuara dan dia berani ambil tindakan. Itu baru namanya anak jantan.
Boleh satu lagi Yang Berhormat? Minta izin Yang Berhormat.
Sekejap, sekejap. Tadi you bangkitkan, biarlah saya jawab.
Okey, okey.
Keduanya Yang Berhormat, Yang Berhormat kata kes 1MDB ini, cukuplah kita stop lah. Kita sudah lama stop Yang Berhormat. Sekarang kita hendak ini – sudah lama stop. Masa BN stop habis, tidak boleh tanya, tidak boleh dakwa, semua tidak boleh. So, kita sudah lama sangat stop. Sekarang ini kita hendak kembali semula, hendak betulkan benda yang tidak betul.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja.
Saya hendak kata beginilah, 1MDB ini kalau tidak berlaku perubahan kerajaan, kemungkinan 1MDB tidak akan didakwa. Jadi kita berterima kasih kepada rakyat kerana memberikan kita mandat untuk berjaya membawa kes ini ke mahkamah.
Sedikit, sedikit.
Pendang, Pendang.
Masa sudah tamat.
Jadi saya – masa saya sebenarnya...
Lima saat, lima saat, lima saat.
Ini sebab tuduhan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak beri saya...
Tuan Yang di-Pertua, tadi ada PAS bersekongkol. Saya hendak beri penjelasan dengan fakta.
Masa sudah tamat.
Pada 26 Mac 2018, PAS telah mencadangkan menegaskan supaya ditubuhkan RCI 1MDB, disiarkan oleh berita Malaysiakini yang terbit pada 26 Mac 2018. Jadi, tidak betullah kata PAS bersekongkol.
Sedikit Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang sedikit.
Jadi minta jangan buat tuduhan begitu.
Saya kasihan pada Yang Berhormat Pendang ini. Ini masalah Yang Berhormat dulu tidak pernah jadi Ahli Parlimen di sini. Ini kali pertama. Jadi Yang Berhormat tidak payah...
Tidak payah kasihan pada sayalah. Kita dok parti lain, tidak payah kasihan. Fasal kata bersekongkol. Tidak setuju...
Let me reply, let me reply, let me reply.
Okey. [Pembesar suara dimatikan]
Ya, sila Menteri menggulung ya.
Saya terus menggulung ya. Saya hendak kata beginilah Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, saya boleh beri banyak bukti yang menunjukkan bagaimana PAS ini telah memberikan nyawa kepada Barisan Nasional dalam isu 1MDB.
Tidak betul.
Contohnya...
Ini kenyataan rasmi ini. Tengok dalam Malaysiakini...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, biar Menteri menjawab dahulu. Jika hendak tanya, tolonglah...
Ini tuduhan... [Pembesar suara dimatikan]
Sebagai seorang peguam, tuduh tanpa fakta, tidak bolehlah.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Okey Menteri, sila menjawab. Yang lain sila dengar dahulu.
Tidak apalah. Yang Berhormat hendak pertikaikan saya peguam terpulanglah tetapi hakikatnya saya peguam.
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang ini akhir, yang akhir.
Tunggulah, saya hendak kata beginilah masa, masa habis.
Yang akhir, lima saat sahaja, lima saat sahaja, lima saat sahaja.
Saya hendak kata beginilah sebab saya hendak gulung. Sebenarnya banyak perkara lain yang saya boleh hendak jawab tetapi tidak dapat jawab kerana masa.
Yang Berhormat Sepang, apa pandangan Yang Berhormat Sepang terhadap kes yang melibatkan Menteri Besar Selangor, dihukum zaman pemerintahan BN tetapi dalam kes Yang Berhormat Bagan, tiba-tiba digugurkan? Saya rasa kalau bercakap soal moral, kerajaan dahulu jauh lebih bermoral dan Menteri Kewangan zaman dahulu lebih bermoral jawapannya daripada...
Peliklah kerajaan dahulu kata bermoral tetapi kalah. Sepatutnya kalau kerajaan bermoral, rakyat suka, sokong tetapi kerajaan bermoral kalah...
Rakyat ditipu. Pakatan Harapan tipu... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, Menteri sila. Masa sudah tamat.
Janji tidak ditepati, tipu.
Saya beri jawapan bertulis kepada semua soalan lain. Terima kasih.
Janji tidak ditepati, tipu... [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih. Begitulah berakhirnya jawapan daripada Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, saya menjemput Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Amat Berhormat Pandan, sila. Masa 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membuat penggulungan. Saya ingin memulakan penggulungan ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, Belanjawan 2019. Agenda pembasmian kemiskinan serta penyediaan akses pendidikan berkualiti kepada semua adalah amat kritikal dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah sosial di negara kita di mana ia merupakan antara punca kepada gejala sosial ini. Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM2,397,338,400 di mana pelbagai program bantuan kebajikan diteruskan tetapi secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah. Beberapa kadar bantuan kerajaan telah dinaikkan serta diperluaskan agar lebih ramai golongan yang memerlukan layak menerimanya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau tidak hadir. Jadi saya tidak perlu menjawabnya. Saya beri dengan jawapan bertulis kerana saya kira kita hendak pendekkan masa. Yang Berhormat Lanang...
Ada.
Ada dalam Dewan dan terima kasih Yang Berhormat Lanang. Izinkan saya menjawab dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang. Kementerian menyambut baik dengan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi atau baby car seat ini yang dijangka dikuatkuasakan mulai tahun 2020. Memahami berhubung dengan isu kemampuan rakyat B40 untuk membeli kerusi keselamatan bayi tersebut, saya kira yang paling murah mungkin dalam RM100 lebih, sampai yang paling berkualiti lebih sedikit itu adalah RM400. Walau bagaimanapun, kementerian tidak menyediakan subsidi secara terus bagi tujuan ini. Melalui Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan kadar pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40. Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 akan diperkenalkan untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada empat orang yang biasa, yang normal tetapi tidak terhad bagi kanak-kanak OKU. Tambahan BSH ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup keluarga B40 khususnya daripada segi keperluan asas bagi anak-anak mereka termasuk kerusi keselamatan bayi sekiranya diperlukan. Kementerian pada masa yang sama ingin memberi cadangan kepada industri penjualan kereta terutamanya kereta tempatan agar dapat menawarkan pakej-pakej yang mesra keluarga dengan memasukkan kerusi keselamatan bayi bagi sagu hati atau free gift selain daripada rebat dan pakej-pakej lain yang sedia ada. Cadangan ini turut dicadangkan untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di peringkat kerajaan negeri. Kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan bulanan di bawah Bantuan Kanak-kanak (BKK) kepada keluarga yang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan. Objektif bantuan ini adalah untuk membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan bagi memastikan mereka boleh berdikari dan boleh menjaga anak-anak mereka dengan lebih baik.
Yang Berhormat Lanang, kementerian sememangnya menggalakkan penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) sebagai salah satu sistem sokongan kepada keluarga terutamanya untuk wanita agar mereka dapat bekerja dan menyumbang kepada negara. Saya menyokong cadangan Yang Berhormat dan akan memastikan penubuhan taska ini di Parlimen kerana Yang Berhormat cadangkan dapat direalisasikan memandangkan Parlimen adalah tempat kita membuat atau menggubal dasar dan perundangan negara. Jadi selain itu, saya juga harap agar pembinaan atau sebarang penambahbaikan ini mengambil kira elemen reka bentuk juga bukan sahaja taska, universal design agar dapat dimanfaatkan oleh warga emas, OKU dan kanak-kanak. Kami di kementerian sedang berbincang dengan pihak Parlimen dan bersedia untuk menyediakan ruang yang sesuai untuk menjadikan taska bagi kanak-kanak kakitangan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen sekarang ini ramai yang muda serta wartawan yang bertugas
kerana sekarang ini dikatakan ruang belum lagi dikenal pasti dan sekarang dalam perbincangan. Saya tengok Yang Berhormat Rembau sudah masuk dalam Dewan dan kerana belum lagi jauh, saya akan jawab apa Yang Berhormat Rembau bangkitkan. Isu Yang Berhormat Rembau bangkitkan mengenai peruntukan sebanyak RM10 juta bagi penubuhan 50 buah taska di bangunan kerajaan. Ia bukanlah satu inisiatif afterthought. Malah, ini merupakan peruntukan khas khusus pertama barisan Pakatan Harapan membuatkan Kerajaan Pakatan Harapan yang disebut dalam belanjawan. It is not an afterthought, dengan izin. Memang kita khususkan. Kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan sistem sokongan kepada wanita, seperti mana yang saya katakan kepada Yang Berhormat Lanang tadi, menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja. Ini adalah satu kemudahan untuk ibu-ibu yang bekerja untuk memantau anak-anak mereka seterusnya menggalakkan wanita terus bekerja dan kembali bekerja. Flexible working arrangement telah diperkenal dan dilaksanakan khusus kepada kakitangan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Namun begitu, inisiatif ini dicadangkan untuk diperluaskan lagi kepada semua kementerian dan tidak terhad kepada kaum ibu sahaja. Ini adalah penting kerana tanggungjawab mengasuh anak dan keluarga adalah tanggungjawab bersama suami isteri dan bukannya untuk kaum ibu sahaja. Bagi isu-isu lain yang telah dibangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya telah pun memberi penjelasan semasa penggulungan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 pada 30 Oktober yang lalu.
Penjelasan sedikit, Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Yang Berhormat Rantau Panjang, saya akan...
Tidak, berkaitan dengan isu masa bekerja. Ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa penjelasan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat dan kami sangat berterima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan terutama tentang kepentingan pekerja wanita. Cuma, saya ingin tahu, apakah dasar yang dibuat oleh pihak kementerian khususnya dalam memastikan kebajikan staf atau kakitangan, kalau contoh di Parlimen, masa kita bersidang kadang-kadang sampai 10 malam, kadang-kadang lebih daripada 10 malam. So, sudah tentu ia memberi kesan terutama bagi staf, kakitangan, pekerja-pekerja begitu juga pegawai-pegawai yang terlibat terutamanya yang mempunyai anak kecil. Jadi, dari sudut masa bekerja, adakah satu polisi ataupun dasar dibuat oleh kerajaan untuk memastikan supaya masa bekerja yang mesra keluarga? Apabila pekerja balik lewat malam dan perkara ini bukan sahaja melibatkan kita sebagai Ahli Parlimen tetapi masih banyak kilang-kilang di luar sana yang pekerja wanita terlibat kerja di sesi pada waktu malam, jadi ia menyebabkan berlaku masalah keluarga. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri pernah sebut di dalam Dewan ini, dalam jawapan kepada kami dalam Dewan, soal isu yang remeh-temeh menjadi punca penceraian di antaranya basuh baju pada waktu malam dan sebagainya. Jadi, apakah perkara ini sedang menjadi pertimbangan pihak kerajaan untuk memastikan supaya polisi yang dibuat mestilah mesra keluarga dan untuk kestabilan keluarga? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita mengambil kira bahawa polisi ini untuk memperbaiki kekeluargaan. Itu bagaimana yang kita dapat memperbaiki. Namun, ada kekangan-kekangan apabila ada industri pekerjaan lain dekat perkilangan dan juga di Parlimen ini sendiri kalau belum habis menjawab, ia akan panjangkan sesi Parlimen ini. Jadi itulah yang dikatakan bahawa kalau boleh kita adakan macam playroom untuk anak-anak sebagai boleh mengawasi. Bukan sahaja untuk kakitangan Parlimen, untuk juga Ahli Parlimen tetapi juga untuk pengamal media yang hendak tulis report. Reporters itu mereka pun ada yang kahwin, ada yang ada anak dan ada keluarga.
Dasarnya kita akan mesti perhalusi kerana ini melibatkan banyak sektor yang juga masuk sektor ekonomi. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya masuk dahulu kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Ya.
Yang Berhormat Lembah Pantai ada. Yang Berhormat Lembah Pantai, dalam berhadapan dengan pelbagai isu sosial di negara kita, kesedaran tentang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial adalah amat penting terutamanya kepada golongan remaja. Kepesatan penggunaan internet dan teknologi telah menyebabkan golongan remaja ini didedahkan dengan pelbagai maklumat yang baik dan yang buruk. Maklumat yang buruk itu boleh menyebabkan keruntuhan moral seperti seks bebas, pornografi, bukan sahaja pornografi yang melibatkan orang dewasa tetapi juga melibatkan child pornography, Tuan Yang di-Pertua, melibatkan kanak-kanak dan sebagainya, sekiranya tidak dikawal atau dipantau. Dalam tempoh tahun 2012 hingga tahun 2017, seramai 779,895 peserta telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan Program PEKERTI@Komuniti, PEKERTI@Sekolah dan PEKERTI@Institusi yang menyasarkan pelajar sekolah, ibu bapa dan remaja di institusi JKM. Pada tahun 2019, kementerian akan memperluaskan program PEKERTI ini dan kafe@TEEN di kawasan komuniti serta menumpukan kepada kawasan berdasarkan kes-kes sosial yang kerap dilaporkan. Capaian kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif termasuk perancangan keluarga diberikan oleh kerajaan melalui klinik dan hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Klinik Nur Sejahtera di bawah LPPKN, di bawah kementerian kami, dan melalui Federation of Reproductive Health Associations of Malaysia (FRHAM) serta klinik swasta. Kita dapati bahawa sebanyak 19.6 peratus kadar wanita yang ingin menjarakkan dan mengehadkan kehamilan tetapi tidak mengambil apa-apa pencegahan kehamilan. Jadi kementerian akan meneruskan usaha melaksanakan program outreach kepada kumpulan sasar ini melalui 15 unit Pusat Keluarga Bergerak dan 50 buah Klinik Nur Sejahtera yang terdapat di seluruh negara. Perkhidmatan dan kaedah perancang keluarga ada seperti pemberian kondom, pil perancang, suntikan hormon, implan dan alat kelamin dalam rahim (IUD) akan diteruskan. Ini kadangkala ramai wanita mengatakan bahawa makan pil perancang itu menggemukkan. Ini adalah satu persepsi, Tuan Yang di-Pertua. Hanya 10 peratus sahaja. Yang lain itu okey sahaja, masih lagi elok walaupun makan pil perancang keluarga. Selain itu, program outreach seperti mammogram, HPV dan pap smear akan diteruskan. Sejak tahun 2006 hinggalah tahun 2017, seramai 864,590 wanita telah menerima manfaat melalui program ini. Ini adalah penting kerana HPV itu adalah satu yang boleh melawan kalau ada kanser serviks melanda. Kalau kita boleh dapatkan imunisasi, ramai lagi kanak-kanak perempuan kita, insya-Allah, kita boleh mengurangkan kes-kes kanser serviks. Yang Berhormat Rantau Panjang, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Rantau Panjang, kementerian mengambil pendirian tidak menyokong hubungan seks di luar perkahwinan. Kita galakkan abstinence dan apa-apa yang di luar jalinan perhubungan perkahwinan itu tidak digalakkan.
Ini selaras dengan ajaran semua agama menentang perbuatan ini. Namun begitu usaha memberikan kesedaran kepada ibu bapa termasuk remaja yang terlanjur, yang hamil luar nikah supaya mendapatkan perlindungan yang disediakan kalau mereka terlanjur kerana kita tidak mahu mengulangi kes kematian remaja yang tidak memberitahu sesiapa tetapi seseorang meninggal selepas melahirkan seorang bayi dalam bilik air. Ini adalah satu tragedi yang saya kira ada juga tempat-tempat untuk anak muda ini yang merasa buntu datang untuk mendapatkan sikit perlindungan, sikit pertolongan. Memang mendapatkan masalah-masalah Tuan Yang di-Pertua bahawa bila anak-anak muda ini terlanjur dan tidak tahu mana hendak pergi. Mereka kemungkinan ada banyak yang tragedi yang berlaku. Ini yang kita hendak banteras kan.
Sedikit pencelahan Yang Berhormat.
Walaupun kita tahu bahawa kita mahukan abstinence ataupun sex before marriage or sex outside of marriage ini tidak digalakkan. Ya, Yang Berhormat.
Ya, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih, kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Amat Berhormat tadi bahawa kerajaan juga bersama dengan kita, PAS yang tidak sokong bahawa seks di luar perkahwinan ini. Dalam keadaan kerajaan bergerak ke arah untuk menetapkan had umum minimum perkahwinan kepada 18 tahun ini. Apakah kerajaan mampu menyeimbangkan di antara keperluan kahwin — bila seseorang itu sudah rasa dia betul-betul bersedia untuk kahwin tapi had umur tidak sampai 18 lagi. Jadi apa perancangan kerajaan untuk seimbangkan di antara keperluan ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya kira memang kita hendak naikkan had umur itu tapi kalau kahwin itu— maaf saya bukan arif tentang ini— kenalah cukup umur baligh, lepas itu kena ar-ruj kepada pemikiran yang betul and then mampu. Kalau tidak mampu, puasa. Bukan begitu kah nabi ajar kita?
Tidak apalah nanti. Saya bukan hendak kaitkan dengan soalan ini, ini soal lain.
Satu lagi— Ustaz, saya tidak tahu maksud banyak-banyak pun itu yang— [Disampuk]
Saya tengok ada satu isu besar masalah ialah masalah kaunseling. Kita kekurangan kaunselor sebenarnya yang menyebabkan timbul pelbagai problem. Sebagai contoh di peringkat Majlis Agama Islam Daerah hanya seorang pegawai kaunselor. Demikian juga kaunselor yang terbuka. Jadi saya fikir kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan supaya suatu mekanisme di buat untuk mencari jalan bagaimana mencegah isu-isu yang ditimbulkan melalui penasihat atau badan-badan kaunselor daripada Kubang Kerian.
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang Ustaz saya setuju benar. Namun yang kita ada ini saya dapati bahawa banyak juga kita ada agensi-agensi untuk memberikan khidmat kaunseling ini tetapi kurikulum itu. Kadangkala kita ada kursus pra-perkahwinan— bukanlah katakan ustaz- ustazlah tapi yang dia ketengahkan ialah adalah ustaz itu kata saya tiga lagi kosong? Adalah pengisian itu penting. Ya, memang hendak buat joke tapi pengisian untuk menghadapi alam perkahwinan itu penting. Memang saya setuju tetapi kurikulum, pengisian itu lebih penting daripada kita mengadakan banyak-banyak agensi-agensi yang tidak memberikan ketetapan sasarannya. Terima kasih. Saya masuk kepada Yang Berhormat Rantau Panjang lagi masih. Program kemahiran keibubapaan seperti Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA), Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) dan SMARTSTART akan terus diadakan bagi memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak. Namun Tuan Yang di-Pertua saya hendak kongsi sini bahawa kadangkala ada program-program ini tapi ibu bapa yang memerlukan itu jarang datang untuk mendapatkan faedah atau manfaat daripada program-program yang disediakan. Yang datang itu memang ibu bapa yang sudah peka dan sudah memang mahir tapi dia orang hendak tingkatkan lagi kemahiran mereka. Kempen kesedaran secara meluas akan diadakan di kawasan hotspot kerana kita ada hotspot di mana setiap negeri mempunyai kes hamil luar nikah ini atau kes pembuangan bayi yang tinggi. Tempat-tempat ini dipanggil hotspot. Kementerian menggalakkan kerjasama yang erat antara pihak kerajaan dengan NGO. Maklumat berkaitan perkhidmatan seperti rumah perlindungan dan baby hatch disediakan dalam bentuk risalah dan disebarkan melalui media sosial.
Kembali saya dengan kes itu yang bila remaja hamil di luar nikah. Dia tidak selalunya pergi mendapatkan pertolongan ataupun sokongan di tempat-tempat macam hospital kerana SOPnya kena beritahu kepada ibu bapa. Jadi remaja yang terlanjur ini selalunya menghubungi NGO lebih mesra dengan mereka dan tidak ada judgement pada masa itu. Lepas itu kita mestilah apa yang Yang Berhormat Kubang Kerian kata kita ada kaunseling yang menyeluruh. Manakala bagi menangani kes penderaan kanak-kanak khususnya dalam perkhidmatan yang berurusan secara terus dengan kanak-kanak. Kerajaan dalam perancangan untuk membangunkan sistem daftar kanak-kanak bagi memudahkan proses pendaftaran, penyeliaan, intervensi dan pemantauan terhadap kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan. Di samping itu kerajaan kini dalam usaha membangunkan satu sistem semakan terhadap senarai pelaku jenayah terutamanya yang melibatkan keganasan atau kesalahan seksual. Untuk itu, kementerian dengan kerjasama MAMPU sedang berkolaborasi dengan mahkamah, pihak PDRM, penjara dan lain-lain agensi berkaitan menggunakan kepakaran serta sumber sedia ada bagi membangunkan sistem tersebut. Melalui sistem ini pihak sekolah, institusi kanak-kanak, taska, pusat jagaan atau pengusaha bas sekolah boleh mengemukakan permohonan semakan sebelum mengambil kakitangan atau pekerja bagi memastikan individu yang mempunyai rekod sabitan jenayah tidak diambil bekerja dalam industri yang berkaitan dengan kanak-kanak. Ini ada juga caranya kerana dalam merangka penyelesaian yang holistik bagi isu- isu yang melibatkan kanak-kanak di negara ini kementerian sedang dalam proses penyediaan peta laluan kesejahteraan kanak-kanak. Buat masa ini penyediaan peta laluan ini telah pun melibatkan lima kementerian termasuk kementerian kami sini, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Dalam Negeri. Peta laluan ini merupakan satu pelan tindakan yang komprehensif merangkumi penglibatan semua agensi kerajaan yang terlibat bagi memastikan kanak-kanak diberi peluang mengembangkan potensi sepenuhnya lalu membuka masa depan yang lebih cerah. Ini kerana apa yang berlaku kes-kes itu kita hendak buat satu daftar, boleh kita buat saringan. Jadi siapa-siapa yang kita hendak ambil sebagai pekerja yang melibatkan kanak- kanak sebab kes-kes ini adalah mereka yang kanak-kanak itu kenal selalunya dan dia mengambil eksploitasi untuk melakukan benda-benda yang tidak baik atas kanak-kanak itu. Kita sekarang ini baru hendak buat satu daftar yang kita rasa bahawa mesti dilakukan secepat mungkin. Satu lagi adalah kita tidak tahu apa yang berlaku adalah kesnya— suami kepada pengasuh, anak kepada pengasuh. Itu kemungkinan akan menjadi masalah lagi kalau kita hendak buat saringan itu untuk semua. Namun apa kita dapati juga masalah dadah juga— methamphetamine, syabu dan juga ais itu adalah satu yang sungguh susah dan sukar untuk ditangani. Sekarang saya masuk kepada soalan yang dibangkitkan ataupun isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Alor Setar.
Minta penjelasan sedikit? Sedikit sahaja sebelum beralih kepada Yang Berhormat yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey, silakan.
Kita melihat isu yang sedang dibincangkan isu yang amat kronik yang saling berkait antara satu sama yang lain. Daripada pemantauan pihak kementerian, apakah punca sebenarnya berlaku gejala-gejala yang membimbangkan kita masa ini? Adakah berpunca daripada pergaulan bebas atau adakah berpunca juga daripada kerana kelonggaran kawalan keluarga? Saya ingin tahu, apakah pencapaian program remaja-remaja yang dilindungi di rumah perlindungan. Adakah kes-kes yang berulang walaupun apabila keluar dari pusat perlindungan masih mengulangi kesalahan yang sama. Jadi perkara-perkara ini perlu kepada tindakan yang serius daripada kerajaan, begitu juga tentang penguatkuasaan undang-undang.
Di sinilah kita nampak perlunya penguatkuasaan undang-undang seperit Akta 355 terhadap penjenayah-penjenayah yang memang sengaja melakukan perkara keganasan seksual ini terutama yang melibatkan anak-anak gadis kita. Minta penjelasan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang betul. Sebab itu, kita katakan pendekatan yang komprehensif dan juga holistik sebab masalahnya bukan sahaja penyalahgunaan dadah tetapi masalah kemiskinan― masalah tidak ada pendidikan dan juga keciciran. Ini yang kita hendak perbetulkan. Kita juga ada masalah pemantauan dan penguatkuasaan. Itu salah satu daripada masalah yang menjadikan itu multifactorial, dengan izin. Jadi kalau kita melihat ini― kalau secara holistiknya untuk menangani masalah ini kita mungkin melihat dengan segala― itu yang saya katakan yang lima agensi itu untuk road map untuk child development dan future. Terima kasih. Ini, Yang Berhormat Alor Setar ada? Okey.
Ada Yang Berhormat Rasah.
Oh, Yang Berhormat Rasah. Bagi Yang Berhormat Alor Setar― ha, tidak mengapalah saya kata Yang Berhormat Rasah ada okey lah, kedua-dua sama. Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menjawab isu Caruman Sukarela Insentif Suri atau i-SURI yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah. Pelaksanaan insentif khas i-SURI merupakan satu bentuk pelaksanaan persediaan pelan persaraan secara bersasar yang mana bagi fasa satu, RM40 sebulan ya. Bukan RM40 setahun ya. RM40 sebulan diberikan kepada wanita dan suri rumah daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang mendaftar di bawah eKasih. Ini adalah dengan syarat ahli i-SURI itu mencarum sekurang-kuranya RM5 sebulan secara sukarela ke dalam Akaun KWSP Suri Rumah. Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Rasah supaya insentif kerajaan dinaikkan kepada RM80 sebulan dan cadangan Yang Berhormat Alor Setar untuk memperluaskan insentif ini kepada golongan M40. Walau bagaimanapun, kedua-dua cadangan ini melibatkan implikasi kos yang tinggi kepada kerajaan dan boleh dikaji semula dan dipertimbangkan setelah kedudukan kewangan negara kita lebih stabil. Namun kita akan mencuba sedaya upaya untuk kita... [Disampuk]
Yang Berhormat. Parit Sulong.
Yang Berhormat Parit Sulong minta mencelah.
Sekejap Yang Berhormat Parit Sulong. Saya ada...
Bukan. Sekejap. Ini pasal i-SURI. Terima kasih Yang Berhormat.
Cuba ringkaskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perlu ada pendaftaran di dalam eKasih bagi membolehkan mereka ini layak untuk mendapat benefit ataupun keistimewaan untuk mendapat i-SURI ini dan untuk mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Saya cuma hendak tanya pada pihak Yang Berhormat, eKasih kalau kita tahu kebanyakannya yang mendaftar adalah ketua keluarga dan ketua keluarga kebanyakannya adalah― minta maaf cakap adalah daripada gender lelaki. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian berusaha untuk menggalakkan lebih ramai lagi wanita yang tidak berkemampuan untuk berdaftar dengan eKasih ini? Sebab saya tahu di akar umbi, ramai yang tidak maklum mengenai perkara ini. Jadi, eloklah pihak kementerian untuk manfaat bagi gender wanita ini boleh memaklumkan kepada mereka. Saya faham juga kekangan Yang Berhormat nyatakan tadi. Akan tetapi saya juga hendak Yang Berhormat maklumkan, berapakah sebenarnya jumlah
peruntukan yang diberikan―, yang pihak kementerian―, khas khusus untuk i-SURI ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Memang ini adalah salah satu inisiatif yang kita hendak kembangkan dan memang dikatakan sekarang ini kita ambil eKasih itu Ketua Isi Rumah (KIR). Tidak kira kalau wanita itu adalah ibu tunggal, dia akan termasuk dalam skim ini dan diberikan insentif kalau dia bayar RM5 kita bayar RM40―, sama-sama. Kita adalah RM20 juta sampai the end― hujung 2018 ini, lagi sebulan. Untuk tahun depan dalam belanjawan kita ada RM45 juta diperuntukkan untuk program i-SURI ini. Terima kasih. Saya masuk kepada...
Yang Berhormat, minta maaf Tuan Yang di-Pertua...
Satu minit sahaja, saya ada satu setengah minit sahaja. Minta maaflah ya. Saya sudah jawab tadi itu. Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas ada? Tidak ada? Kalau tidak ada saya skip. Saya bagi dengan bertulis. Yang Berhormat Padang Terap? Yang Berhormat Padang Terap ada. Bekas Menteri, Mantan Menteri, Yang Berhormat Padang Terap kerajaan sedang― mengenai isu pendidikan awal kanak-kanak di bawah usia enam tahun. Bagi kanak-kanak berumur di antara kosong sampai empat tahun, kanak-kanak akan ditempatkan di taman― di taska. Manakala kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun ditempatkan di taman didikan kanak-kanak, tadika. Kedua-dua institusi ini dikawal selia oleh kementerian dan agensi yang berlainan. Mestilah Yang Berhormat Padang Terap sudah sedia maklum dan tertakluk di bawah akta yang berbeza. Kerajaan mempunyai rancangan ke arah menggabungkan semula institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia melalui penubuhan jawatankuasa khas bagi mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak- kanak di Malaysia. Jawatankuasa ini telah diluluskan penubuhannya oleh mesyuarat Jemaah Menteri dan dipengerusikan oleh kementerian ini dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara objektif penubuhan jawatankuasa khas ini adalah untuk merintis penubuhan badan khasnya― mempunyai kuasa eksekutif untuk memantau pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, menyelaras dan mengawal selia semua institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia tanpa meminggirkan hak dan tanggungjawab sedia ada setiap kementerian dan agensi yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Dalam masa terdekat ini saya akan mempengerusikan salah satu mesyuarat yang akan melibatkan semua Kementerian berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Saya ada sedikit lagi untuk Yang Berhormat Parit Sulong. Itu last, sahabat Yang Berhormat Parit Sulong ada. Mohon ya Tuan Yang di-Pertua.
Boleh sila.
Yang Berhormat Parit Sulong. Kementerian telah mempunyai perancangan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Wanita Negara (MTWN) bagi memperkasakan wanita dalam semua sektor pembangunan termasuk dalam bidang ekonomi di semua peringkat masyarakat hinggalah ke akar umbi. Kerajaan juga memberi penekanan terhadap pencapaian 30 peratus wanita dalam pembuat keputusan melalui pembentukan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita ini. Pelan ini telah menggariskan wanita di peringkat pembuat keputusan dan politik sebagai salah satu sektor daripada 13 sektor yang disenaraikan. Penglibatan 30 peratus dalam kepimpinan merupakan satu critical mass yang diterima umum oleh masyarakat antarabangsa selain untuk membangun dan mengembangkan potensi wanita. Rekod kini menunjukkan Ahli Dewan Rakyat 32 orang daripada 222 itu iaitu 14.41 peratus sahaja berbanding dengan 23 orang iaitu 10.4 peratus sebelum ini. Manakala untuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri pula, adalah seramai 57 orang daripada 505 orang iaitu 11.3 peratus berbanding 58 daripada 505 kerusi iaitu 11.5 peratus yang telah menjadi calon berbanding jumlah keseluruhan 1,646 orang calon yang bertanding. Bagi peringkat Parlimen pula, seramai 75 calon wanita yang bertanding atau 10.92 peratus daripada keseluruhannya 1,687 calon. Sebagai makluman di antara wanita yang memegang
jawatan penting dalam sebuah organisasi adalah seperti Dr. Hasnita Hashim, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat dan Datuk Nor Shamsiah binti Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara. Menerusi belanjawan ini kerajaan tidak lupa akan kepentingan untuk memperkasa wanita. Antara perkara bersasar yang diberikan tumpuan dalam belanjawan ini adalah dengan menyediakan sistem sokongan dalam bentuk penjagaan anak-anak di tempat kerja dengan memperuntukkan RM10 juta bagi tujuan penubuhan taska di tempat kerja. Terutamanya di Parlimen saya sudah bagi tahu tadi kita dalam perbincangan dengan pihak Parlimen. Usaha ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sekarang adalah giliran Kementerian Dalam Negeri untuk menjawab. Yang Berhormat Menteri dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri akan membelanjakan peruntukan yang insya- Allah kalau diluluskan dalam Dewan ini untuk Bajet 2019 untuk melaksanakan fungsi utama kementerian iaitu memelihara keselamatan negara. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan kepada KDN sejumlah RM15.65 bilion meliputi perbelanjaan menguruskan sebanyak RM12.57 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3.08 bilion.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM1.38 bilion berbanding RM14.27 bilion yang disediakan pada KDN bagi tahun 2018. Selain daripada perubahan yang berlaku ekoran daripada keputusan kerajaan untuk meletakkan dua agensi baharu di bawah KDN iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), peruntukan tersebut adalah bagi menampung peningkatan keperluan emolumen penjawat awam di KDN sebanyak RM655.38 juta. Selain itu peruntukan yang disediakan juga akan dibelanjakan untuk menaik taraf auto-gate Malaysia Automated Clearance System (MACS) dan Secured Automated Clearance System sebanyak RM10 juta untuk mengatasi masalah kesesakan ditambak Johor dan sebanyak RM20 juta disediakan pada persatuan-persatuan penduduk yang mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertujuan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, pembersihan dan program kejiranan. Manakala di bawah perbelanjaan pembangunan pula, KDN bercadang untuk melaksanakan 172 projek yang merangkumi 109 projek sambungan dan 63 projek baru sebagai tanda prihatin kerajaan kepada anggota polis dan pasukan keselamatan yang senantiasa menjaga keselamatan negara. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah pembaikan kuarters PDRM, termasuk selenggara lift yang berjumlah RM212.9 juta, pemindahan Pejabat Polis Daerah Klang Utara, pembinaan blok banduan baru di Penjara Pusat Kota Kinabalu, pembinaan kuarters baru di Penjara Seremban, Negeri Sembilan serta beberapa projek lain yang akan mula dilaksanakan insya-Allah pada tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan maklum balas kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019. Di bawah tajuk APMM Yang Berhormat Port Dickson ada? Tidak ada. Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Arau?
Ada. [Bangun]
[Ketawa] Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat ini bertanyakan sama ada PDRM mengambil kira faktor kekananan atau seniority dalam urusan kenaikan pangkat pegawai polis dan mempertingkatkan kenaikan pangkat berdasarkan prinsip time-based.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, faktor kekananan merupakan kriteria utama yang dinilai. Selain daripada itu faktor kelayakan akademik, tahap kompetensi, integriti dan pengalaman kerja turut diambil kira dalam menentukan kesesuaian seorang calon untuk diberikan kenaikan pangkat dan peluang kenaikan pangkat secara time-based dan time- based kecemerlangan juga disediakan pada pegawai rendah polis dan konstabel. Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kota Samarahan...
Yang Berhormat Menteri, pencelahan.
Panjang lagi Tuan Yang di- Pertua.
Cuba ringkaskan.
Ya.
Yang Berhormat Kapar.
Ringkas saja. Saya hendak ambil pendekatan begini Menteri. Laporan yang saya terima ialah jelas. Seorang koperal bekerja 37 tahun. Selama 37 tahun memegang jawatan koperal dan saya tidak nampak bahawa melalui interview itu menyelesaikan masalah sistem yang kita amalkan. Apa yang saya sarankan ialah seniority itu menjadi tajuk utama. Saya melihat perkembangan ini, tidak adil bagi seniority yang bekerja puluhan tahun tetapi pencen mereka hanya koperal. Mohon Menteri pertimbangkan atas kenaikan pangkat yang sewajarnya diberikan kepada mereka yang bekerja begitu lama untuk mempertahankan jiwa raga mereka dan juga memastikan negara ini dalam keadaan keselamatan yang baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar ambil pandanganlah. Akan tetapi, biasanya dibuat temu duga semua faktor yang saya sebutkan tadi diambil kira. Kalaupun dia sudah lama, tetapi mungkin ada kelemahan- kelemahan lain yang bila jawatankuasa kenaikan pangkat menimbangkan mungkin itulah sebabnya mereka ini tidak diberikan keutamaan. Ini kerana jumlah yang terlibat agak ramai sekali. Walaupun begitu, kalau ada kes tertentulah dan ini diperlukan perhatian khusus, boleh bawa kepada saya dan mungkin dibawa kepada jawatankuasa untuk menimbangkan keadaan yang tertentu ini. Yang Berhormat daripada Sarikei, Selayang, Kota Samarahan, Tebrau, Putatan, Padang Serai dan Segamat serta Maran bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan pangkat atau menambah anggota sedia ada di Ibu Pejabat Polis dan balai-balai polis atau membina dan menaik taraf balai berkenaan dalam Parlimen masing-masing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh yang terdekat ini, kementerian sedang pun memberikan tumpuan kepada pembinaan projek sedia ada serta kerja-kerja menaik taraf premis PDRM yang kritikal. Walaupun balai-balai di dalam Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat tidak tersenarai dalam projek yang diberikan keutamaan pada masa ini, kementerian akan mempertimbangkan pelaksanaannya pada masa akan datang. Di samping itu, kajian yang berterusan dijalankan untuk menambah keanggotaan dan menaik taraf balai polis di seluruh negara berdasarkan faktor peningkatan kadar jenayah, penambahan penduduk, pertumbuhan dan peningkatan sektor ekonomi, peningkatan dalam sektor pendidikan dan kewujudan penempatan ataupun bandar-bandar baru. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Putatan, ada?
Ya, ada.
Terima kasih. Sama ada KDN bercadang untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah Putatan. Saya ingin memaklumkan bahawa Balai Polis Putatan terletak di bawah pentadbiran IPD Penampang yang jaraknya hanya 10 kilometer. Pada masa ini, kapasiti IPD Penampang ini masih mampu untuk mengawal selia kawasan-kawasan pentadbiran di bawahnya termasuklah kawasan Putatan. Namun, kajian menyeluruh akan kita laksanakan sekiranya terdapat keperluan yang benar- benar mendesak bagi tujuan menaik taraf balai polis di Putatan itu.
Berkenaan dengan pertanyaan Yang Berhormat Beruas.
Ada.
Ada. Mengenai status Pondok Polis Changkat Kruing yang masih belum beroperasi. Saya ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian pondok polis ini baru sahaja selesai dan dijangka akan mula beroperasi pada 3 Disember 2018. Ini setelah mendapat kelulusan daripada Ibu pejabat Polis Bukit Aman, insya-Allah. Bagi tugas di bawah PDRM iaitu jenayah, Yang Berhormat Bagan Serai, ada?
Tiada.
Tidak ada. Yang Berhormat Lanang?
Ada.
Bertanyakan mengenai SOP PDRM dalam menyiasat kes jenayah seksual serta perlindungan untuk mangsa. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, siasatan kes jenayah seksual dibuat dengan penuh teliti memandangkan kes berkenaan boleh mencemarkan maruah mangsa dan menyebabkan trauma yang berpanjangan. Antara pendekatan yang diambil ialah pengadu ataupun mangsa membuat laporan polis di bilik triaj untuk mengelakkan daripada didengari oleh orang awam. Selain itu, laporan polis juga boleh ditulis sendiri oleh pengadu atau direkodkan oleh anggota polis wanita. Untuk mangsa di bawah umur 16 tahun, rakaman keterangan percakapan boleh dibuat melalui video mengikut seksyen 12, Akta Keterangan Saksi Kanak- kanak 2007. Mangsa juga tidak perlu hadir untuk memberi keterangan di mahkamah. Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, turut memperuntukkan perlindungan kepada mangsa jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak dan kes sumbang mahram. Berhubungan dengan laporan polis berkaitan dengan Sarikei report 3337/2018 di bawah seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol yang telah dibuat pada 29 Oktober 2018 oleh mangsa, saya ingin memaklumkan bahawa pihak polis telah membuat tangkapan ke atas suspek, seorang anggota polis. Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan ini akan dilengkapkan dalam tempoh yang terdekat untuk dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Yang Berhormat Klang dan Tebrau, ada?
Minta penjelasan.
Ya.
Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin tanya tentang CCTV di Balai Polis Sarikei kerana didapati bahawa CCTV di Balai Polis Sarikei tidak berfungsi. Jadi saya hendak tanya sama ada rakaman CCTV itu dapat dikesan atas apa-apa yang berlaku dan terjadi pada masa itu. Saya minta penjelasan.
Saya kurang pasti Tuan Yang di- Pertua. Saya akan siasat sama ada waktu itu berlaku pada benda itu berjalan ataupun tidak. Kalau dapat nanti, kita akan dapat menentukan bahawa bila mana kes itu dengar ada bukti- bukti yang sahih tentang apa yang hendak disebutkan oleh pihak mangsa yang berkenaan.
Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Tebrau, ada?
Ada, ada.
Bertanyakan mengenai tindakan kementerian untuk menangani perjudian haram dan sindiket Macau Scam. Banyak orang suka Macau Scam ini, Tuan Yang di-Pertua. Sudah berkali-kali saya jelaskan. Untuk makluman Yang Berhormat, KDN memandang serius kes-kes penipuan yang berlaku dalam negara termasuk Macau Scam yang melibatkan kerugian besar kepada
mangsa. Dalam tahun 2016 sehingga September 2018, sejumlah 9,936 kes penipuan Macau Scam telah dilaporkan dengan nilai kerugian hampir RM317 juta. Saya telah pun menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membanteras kegiatan sindiket penipuan ini dan perjudian haram semasa menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dan saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak sekali- kali berkompromi dengan kedua-dua jenayah ini dan tindakan tegas sentiasa diambil untuk menanganinya. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Saratok dan Yang Berhormat Miri— ada?
Ya.
Tidak ada. Di bawah tajuk keselamatan sempadan, Yang Berhormat Sri Aman tidak ada. Di bawah pendaftaran negara, soal yang sama juga dikemukakan oleh Yang Berhormat Sri Aman, beliau tidak hadir. Kita akan jawab secara bertulis untuk makluman. Di bawah tajuk ESSCOM mengenai pertanyaan Yang Berhormat Libaran tentang perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE), saya ingin memaklumkan bahawa arahan perintah berkurung berada di bawah bidang kuasa Pesuruhjaya Polis Sabah. Kuasa diberikan kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah ESSZONE untuk memberikan permit kepada pemohon yang layak untuk melalui kawasan perintah berkurung bagi tujuan aktiviti perikanan ataupun keperluan yang mendesak. Perintah berkurung ini diteruskan untuk memastikan kawasan perairan ESSZONE tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan penduduk Sabah serta pelancong tempatan dan luar negara. Mengenai dengan AADK, pertanyaan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah— ada? Tidak ada.
Tiada.
Mengenai pertindihan fungsi PDRM dan AADK seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit— ada?
Ada.
Saya ingin menjelaskan bahawa tiada pertindihan fungsi antara kedua-dua agensi ini iaitu PDRM bertanggungjawab melaksanakan tugas pengurangan bekalan dadah yang meliputi penguatkuasaan terhadap aktiviti-aktiviti pengedaran dan jenayah berkaitan dadah serta menumpaskan sindiket pengedaran dadah, manakala AADK pula bertanggungjawab melaksanakan tugas pengurangan permintaan dadah yang meliputi program-program pendidikan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan penagih dadah. AADK dan PDRM sentiasa bekerjasama dalam menangani masalah dadah melalui operasi bersepadu serta mesyuarat- mesyuarat penyelarasan. Dengan adanya usaha berterusan kedua-dua jabatan ini, masalah dadah di negara kita ini akan terus dapat terkawal. Tuan Yang di-Pertua, berhubung..
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kanowit minta mencelah.
Masalah dadah yang disebut saya itu adalah di kawasan Asap, kawasan penempatan hidro Bakun. Masalah di sana adalah dadah addicts ini— confirm oleh AADK— budak-budak sekolah. Mereka balik ke rumah panjang, buat masalah, mencuri dan sebagainya. Akan tetapi apabila dibuat laporan kepada polis, no action taken. Ini jadi masalah. I called the police, the police cakap, “Oh! Kita mahu bukti”. Apa bukti lagi? Mereka ini sudah di confirmed by the AADK penagih dadah, then nobody is taking action. Ini yang jadi masalah sekarang ini. Minta jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sikit saja. Ini kerana kemungkinan, Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya seperti mana telah dikatakan oleh Yang Berhormat Kanowit tadi iaitu di Sungai Asap, masalahnya Yang Berhormat Menteri, pasukan polis hanya empat atau lima orang, menyewa di kedai.
Jadi saya minta kalau boleh— dalam Kajian Separuh Penggal saya sudah sebut untuk memohon balai polis kerana kita ada dua dam yang sebelah sana Murum dan Bakun yang berongkos berbilion ringgit, Yang Berhormat Menteri. Jadi saya minta kalau boleh dalam bajet ini tolonglah. Saya minta dari tahun 2013 hingga sekarang belum ada jawapan. Penduduk di sana begitu ramai sekali. Kita ada banyak— menerusi dari Long Busang juga— dan ini adalah satu daripada susah untuk enam orang untuk mengawal lebih 15 ribu penduduk di Sungai Asap, Yang Berhormat Menteri. Mohon dipertimbangkan.
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, mengenai soalan daripada Yang Berhormat Kanowit tadi, biasanya ada penyelarasan di antara pihak polis, PDRM dengan pihak AADK. Saya jelaskan tadi AADK berfungsi untuk menentukan supaya mereka-mereka yang terlibat dengan penggunaan dadah ini dapat dididik, diberikan pemulihan dan sebagainya. Akan tetapi kalau kes itu dikatakan berkaitan bukan sahaja dengan penggunaan dadah tetapi pengedaran, kalau kes itu disebut tadi ada kaitan dengan pengedaran, bukan saja pengambilan dadah, maka itu di bawah bidang kuasa polis dan mereka akan siasat mengikut peruntukan-peruntukan itu. Jadi dalam kes yang di Kanowit itu, kita hendak pasti yang mana satu kah. Ataupun mungkin agak susah hendak dikenal pasti antara kedua-dua perkara itu.
Okey, sebenarnya masalah itu adalah mereka ini, penagih dadah ini confirm pada polis. Akan tetapi apabila mereka membuat jenayah, mencuri dan sebagainya di rumah panjang, report kepada polis, tidak ada action. Jadi orang rumah panjang sekarang pun dia marah dengan polis, marah dengan AADK, marah dengan penghulu-penghulu dan sebagainya. Ketua masyarakat pun dia orang marah. Jadi, masa saya balik hari itu dan banyak cerita dengan hal dia. Masalah di sana sekarang ialah mereka yang dari luar seperti Bintulu, Miri takut balik ke kampung-kampung sebab masalah dadah ini makin merebak di sana. Jadi I called the police, polis pun cakap macam-macam, minta bukti lagi. Padahal bukti sudah ada tapi no action taken. Mungkin seperti apa yang Yang Berhormat Hulu Rajang cakap, mungkin jumlah tenaga kerja ataupun jumlah polis tidak mencukupi. Akan tetapi yang standard operation procedure (SOP) yang sebenarnya diperlukan. Siapa yang betul-betul mengambil tindakan ke atas ini? Sebab masalah ini makin hari makin banyak.
Okey, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Tanpa memanjangkan perbahasan, kita akan siasat dengan lebih dekat lagi apa masalah. Soal kapasiti pegawai-pegawai kita, memang kita akui, saya jelaskan di peringkat awal tadi, mungkin tidak mencukupi untuk mengawal kawasan yang makin luas, bilangan penduduk yang makin ramai, sedangkan kapasiti mereka masih terhad. Ini saya akui tadi. Jadi kita hendak siasat sama ada, ada kewajaran untuk kes Kanowit dan juga Hulu Rajang ini kita dahulukan. Itu saya akan lihat secara lebih terperinci. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penjara. Yang Berhormat Kapar ada di sini? Ada, minta maaf. Sama ada KDN bercadang untuk mengkaji semula mekanisme kenaikan pangkat secara time-based untuk pegawai penjara. Saya ingin memaklumkan bahawa KDN sentiasa menambah baik skim perkhidmatan agensi-agensi di bawah kementerian termasuk Jabatan Penjara. Kajian semula kedudukan gaji anggota Jabatan Penjara telah dibuat pada sejak tahun 2013. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan satu dari gred KA17 hingga gred KA22 yang telah dinikmati oleh seramai 7,917 pegawai penjara. Pada masa ini, Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji tempoh perkhidmatan yang melayakkan 2,500 pegawai penjara untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat secara time-based dan berasaskan kecemerlangan dua yang membabitkan Pegawai Penjara Gred KA22 kepada gred KA24 dan gred KA24 kepada gred KA26. Ini bermaksud seramai 10,417 telah dan akan menikmati kenaikan pangkat secara time-based untuk Pegawai Penjara Gred KA19 hingga KA26. Mengenai isu dadah seludup masuk ke dalam penjara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai— ada? Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada?
Berkenaan dengan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas— tidak ada? Yang Berhormat Bagan Serai ada ya.
Membangkitkan isu penyeludupan rokok yang dikatakan terus berleluasa di kawasan sempadan negara. Saya ingin memaklumkan bahawa usaha yang dilaksanakan oleh Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dalam membanteras penyeludupan rokok telah menunjukkan hasil yang positif untuk tempoh tahun 2016 sehingga 2018. Jumlah nilai rampasan menunjukkan penurunan yang berterusan iaitu RM12.8 juta pada tahun 2016, RM12.5 juta pada tahun 2017 dan RM49 juta sehingga Oktober 2018. AKSEM sentiasa mempertingkatkan aspek risikan, berkongsi maklumat risikan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan mengadakan engagement dengan masyarakat setempat dalam usaha untuk membanteras penyeludupan rokok. Yang Berhormat Sri Aman ada? Tidak ada. Yang Berhormat Lanang ada? Ada. Ya, Yang Berhormat Lanang bertanya sama ada Jabatan Imigresen Malaysia menghadapi kekangan kewangan untuk mengeluarkan Kad Perjalanan Perniagaan Asia-Pacific Economy Cooperation (APEC) yang telah terhenti sejak 18 Jun 2018. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat isu kelewatan percetakan kad APEC adalah disebabkan oleh kerana Jabatan Imigresen telah kehabisan material kad lebih awal dari tempoh yang dijangkakan. Ini ialah kerana jumlah permohonan yang diterima semakin meningkat selain proses penawaran perkhidmatan secara tender terbuka mengambil masa lebih lama berbanding dengan rundingan terus. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Proses percetakan dan pengedaran kad APEC ini telah dilaksanakan seperti biasa mulai Oktober 2018 iaitu setelah Jabatan Imigresen Malaysia menerima bekalan daripada pihak syarikat dan sebanyak 1,494 kad telah dicetak sejak 1 Oktober 2018 sehingga 12 November 2018 dan sehingga 17 November 2018 jumlah 17,412 orang pemegang kad APEC aktif telah direkodkan oleh Jabatan Imigresen. Yang Berhormat Pasir Puteh ada?
Yang Berhormat Pasir Puteh tidak ada.
Tidak ada.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri sini.
Ya, Yang Berhormat Lanang.
Boleh saya tanya tentang masih ada berapa pemohon yang belum mendapat kad tersebut dan sama ada, ada satu tempoh masa supaya mereka semua dapat kad APEC itu. Terima kasih.
Maaf Tuan Yang di-Pertua, tidak ada– saya minta diberi notis tetapi saya sudah jelaskan tadi, semua permohonan- permohonan telah pun kita proses dan kita luluskan. Saya tidak tahu berapa baki lagi, insya- Allah saya akan semaklah. Yang Berhormat Sik ada?
Yang Berhormat Sik tidak ada.
Pun tidak ada.
Tidak ada juga. Jadi saya sudah habis Tuan Yang di-Pertua.
Baik tidak apa.
Saya nak mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Ada pertanyaan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih Yang Berhormat– yang masih rindu dengan Yang Berhormat. [Ketawa] Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan saya nak menggunakan peluang ini yang sangat penting pengumuman ataupun maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ada kepentingan dalam soalan ini ya. Itu sebab sayalah yang memohon bagi pihak untuk pendaftaran Gabungan Parti Sarawak. Jadi soalan saya bilakah pendaftaran Gabungan Parti Sarawak ini diluluskan dan mungkin surat kelulusannya yang kami harapkan itu akan dikeluarkan sebab dengan susulan pada pengarah di peringkat negeri dan juga di peringkat jabatan di Putrajaya, saya berjumpa sekali dengan Timbalan Ketua Pengarah, kami difahamkan kesemuanya adalah dalam keadaan yang sempurnalah cuma tunggu untuk keputusan daripada Yang Berhormat pihak Menteri. Jadi permohonan itu kami telah hantar secara online seperti yang dikehendaki dan juga secara biasa iaitu dengan menyerahkan borang-borang dan maklumat-maklumat yang dikehendaki secara hard copy juga. Jadi sekarang sudah lebih tiga bulan, sejak permohonan dibuat dan kami belum lagi menerima maklum tentang keputusan dari pihak Yang Berhormat dan kementerian. Kalau boleh dijelaskan, kalau tidak boleh saya rela terima dalam surat secara bertulis pun boleh. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit.
Yang Berhormat Menteri bersekali Menteri, Kapar. Saya ada buat persoalan tentang IPD Kapar. Yang Berhormat Menteri, saya nak dapat maklum apakah kedudukan permohonan itu disebabkan mendesak kedudukan IPD Klang Utara yang memohon supaya didapatkan balai yang suitable, yang sesuai dengan keadaan di Kapar dan Klang itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Daripada Sibuti sikit.
Ada dua lagi.
Saya minta satu laluan. Berhubung dengan cadangan untuk pihak kementerian mengeluarkan pasport khas kepada mereka yang menunaikan umrah. Untuk makluman, orang kampung ini dia hanya guna pasport sekali seumur hidup dan kadang-kadang dia terpaksa bayar RM200 untuk tempoh lima tahun sedangkan penggunaannya hanya sekali sahaja. Saya fikir ini membebankan para jemaah dan kalau boleh dikeluarkan satu pasport khas untuk menunaikan umrah sekali diguna kemudian dia akan lupus dan bayarannya dapat dikurangkan pada kadar yang munasabahlah, mungkin RM100, RM200 memadai mungkin lebih rendah daripada itu memadai bagi mereka. Mohon pertimbangan.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, satu lagi daripada Yang Berhormat Kapit sila. Yang Berhormat Kapit dulu.
Sibuti.
Minta maaf, Yang Berhormat Sibuti.
Yang Berhormat Menteri walaupun Yang Berhormat Miri dan Yang Berhormat Saratok tidak berada di dalam Dewan, saya ingin mendengar penjelasan berkenaan tentang Bill Kayong kerana punca kematian beliau pun kerana memperjuangkan sebahagian daripada hak-hak tanah di kawasan di Parlimen Sibuti. Maka saya ingin mendengar juga bagaimanakah tentang kes Bill Kayong yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat daripada Saratok dan juga Yang Berhormat Miri.
Yang Berhormat ada satu lagi daripada Yang Berhormat Segamat.
Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya juga ada bertanyakan mengenai pembelaan IPD di Segamat kerana ia telah agak lama tertangguh dan keduanya juga mengenai isu-isu perjawatan dan ketiganya balai polis di Palong Timur.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat, sila saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya ialah berkenaan dengan Kapit, permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan GPS sudah pun diluluskan.
[Dewan tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Surat itu akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dalam sehari dua ini insya-Allah. Berkenaan dengan IPD Kapar, ini bagaimana yang saya jelaskan tadi kalau ia tiada dalam senarai, kita kena tengok balik mungkin dimasukkan dalam jadual pembinaan pada masa-masa akan datang. Kita nak check betapa teruknya keadaan begitu. Kalau ia ada kewajaran untuk diawalkan, insya-Allah kita akan cuba laksanakan. Ini tentang cadangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian, ini cadangan yang baik. Saya akan kaji cadangan itu, memang biasa orang kampung pergi sekali tapi yang lain- lain pergi 10 kali pun ada. Jadi apa pun kita akan teliti dan kalau dianggap oleh Jabatan Imigresen boleh dilaksanakan begitu mungkin dia pergi sekali sahaja selepas itu pembayaran pun mungkin tidak sama dengan kalau dibuat pasport kekal. Ini akan saya teliti dan kaji.
Yang Berhormat Menteri daripada Limbang. Sikit.
Belum habis lagi.
Minta sikit-sikit saja.
Tolong, belum habis lagi.
Minta Yang Berhormat Menteri jawab dulu.
Ya.
Okey, terima kasih. Menyusul daripada yang dibangkit oleh daripada Yang Berhormat Kubang Kerian bukan hanya untuk umrah orang kampung, sekarang ini sesiapa yang pergi umrah pasport sekali pakai, dia orang hendak pergi lagi let’s say for the second time dalam tahun yang sama pun mereka tidak boleh, Arab Saudi tidak bagi. Jadi kebanyakan amalan sekarang mereka buat pasport baru which is supaya dapat pergi terutama sekali mutawif-mutawif dia buat dua kali. Mungkin juga bukan hanya untuk orang kampung tetapi khas untuk pergi umrah ini mungkin diambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya jawab pada Yang Berhormat yang akhir sekali tapi Yang Berhormat Sibuti ya, untuk menjelaskan tentang kes Bill Kayong ini sudah pun dibicarakan. Seorang yang terbabit telah pun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Cuma ada tiga lagi yang dikatakan bersubahat tetapi di bawa ke mahkamah tidak ada cukup bukan firma facie maka sebab itu dia dibebaskan tetapi yang tersabit sudah pun dihukum oleh pihak mahkamah.
Untuk makluman, saya minta hendak betulkan sikit Yang Berhormat Kapar tadi tanya, ini berita baik. IPD Klang Utara telah diluluskan. [Tepuk] Di bawah rolling plan keempat sebanyak RM150 juta. Jadi, kena bagi...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri banyak-banyak. Alhamdulillah.
Saya tidak dapat catat daripada Yang Berhormat Limbang punya cerita. Kalau dapat ulang sekali lagi.
Sini, sini.
Segamat.
Hendak minta ulang.
Ha! Yang Berhormat Segamat.
Daripada Yang Berhormat Segamat adalah mengenai IPD Segamat dan juga Balai Polis di Palong Timur dan yang ketiganya isu-isu perjawatan polis di mana mereka telah dinaikkan sebagai majlis perbandaran daripada majlis daerah tetapi hanya pihak polis sahaja belum menyelaraskan lagi perjawatan yang saya bawa dalam perbahasan pada hari itu. Terima kasih.
Saya ambil perhatian Tuan Yang di-Pertua, Insya-Allah. Ya, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh peranan dan fungsi Kementerian Dalam Negeri sepanjang perbahasan dan saya percaya dengan sokongan Ahli Yang Berhormat mudah-mudahan segala program yang telah pun kita rancangkan ini akan dapat kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, saya ingin menjemput Kementerian Pertahanan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Pertahanan ingin mengucapkan penghargaan kepada enam Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Kepala Batas. Isu pertama yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan penggemblengan keupayaan aset dan kemahiran yang dimiliki oleh ATM untuk membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam pembinaan jalan-jalan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Tidak ada ya? [Disampuk] Antara pelaksanaan projek yang melibatkan ATM ini ialah seperti pembinaan jalan, perhubungan dan peningkatan bekalan air luar bandar serta membina rumah baru dan membaik pulih rumah awam dan veteran ATM yang daif di seluruh Malaysia. ATM juga melaksanakan program-program berbentuk kebajikan dan kemanusiaan seperti penerbangan ihsan, membawa pesakit yang tenat oleh TUDM. Untuk maklumat Dewan, ATM telah melaksanakan pembinaan infrastruktur jalan dan jambatan di kawasan pendalaman Sarawak sejak 2009 melalui Projek Jiwa Murni. Pada masa ini ATM sedang melaksanakan tiga projek pembinaan infrastruktur jalan dan jambatan yang dijangka siap sepenuhnya tahun 2020. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani, ATM bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam melaksanakan projek pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Pihak kementerian dan ATM menyambut baik akan cadangan ini, malah ianya telah lama dijalankan di bawah konsep jiwa murni. Isu kedua yang ingin saya sentuh ialah kebajikan kepada anggota dan veteran ATM. Isu ini acap kali dibangkitkan.
Yang Berhormat Menteri, dari Kanowit. Kanowit, Kanowit, Sarawak. Berkenaan dengan jalan jiwa murni ini Yang Berhormat Menteri. Pada sesi dulu saya dah bertanya sebab di kawasan Parlimen Kanowit ada satu jalan jiwa murni yang sepatutnya dilaksanakan. Mengikut proses permohonan memang sudah diluluskan dalam tahun 2018 tetapi lepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, saya
pun ada bertanya pada sidang atau sesi yang dulu dan dijawab oleh kementerian mungkin dalam pertimbangan semula. Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri apakah status pelaksanaan Jalan Ngungun ke Jagau 22 kilometer yang sepatutnya dalam lingkungan RM100 juta untuk dilaksanakan. Ngungun ke Jagau di Kanowit. Terima kasih.
Dalam jangkauan dan sedang dilihat dengan begitu serius untuk diselenggarakan seterusnya pembinaan jalan tersebut. Isu kedua ialah kebajikan anggota tentera veteran ATM. Yang Berhormat Kapar telah mencadangkan pihak kementerian meneliti semula peluang kenaikan pangkat kepada anggota lain-lain pangkat ATM secara lebih munasabah serta mencadangkan kenaikan pangkat mengikut tempoh perkhidmatan, time-based promotion. Sebagai maklumat Yang Berhormat, ATM telah melaksanakan kenaikan pangkat secara time-based pertama sejak tahun 2013 di mana anggota tentera yang berkhidmat selama lapan tahun dinaikkan pangkat ke koperal tanpa perlu menunggu kekosongan perjawatan berbanding 13 tahun bagi anggota perkhidmatan awam yang lain. Pengurangan tempoh perkhidmatan daripada 13 kepada lapan tahun adalah disebabkan perbezaan tempoh perkhidmatan ATM yang lebih pendek iaitu 21 tahun berbanding dengan perkhidmatan awam sehingga persaraan 60 tahun. Pada masa ini pihak ATM telah memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kenaikan gred gaji secara time-based. Time-based kedua iaitu mana-mana anggota tentera yang telah dinaikkan pangkat pada time-based pertama dipertimbangkan untuk kenaikan gred gaji secara time- based kedua bagi tempoh lapan tahun selepas kenaikan pangkat kali yang pertama. Ini kita mohon kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, permohonan insentif tersebut kepada perkhidmatan ATM masih lagi dalam proses pertimbangan oleh agensi pusat. Pihak kementerian berharap permohonan ini akan dapat dipertimbangkan bagi memastikan moral dan kebajikan anggota ATM sentiasa terpelihara dan seimbang dengan perkhidmatan awam yang lain. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kapar juga turut membangkitkan isu pemilikan rumah sendiri kepada ATM yang masih dalam perkhidmatan dan yang akan menamatkan perkhidmatan. Yang Berhormat telah mencadangkan pihak kementerian mengusahakan projek perumahan yang mampu milik kepada mereka. Untuk maklumat Yang Berhormat Kapar, pihak kementerian telah menyediakan blueprint perumahan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti hidup dan keselesaan anggota-anggota tentera dan keluarga mereka dengan memfokuskan kepada projek perumahan yang mampu dimiliki oleh anggota ATM terutamanya kepada anggota yang akan menamatkan perkhidmatan. Antaranya, melalui program yang dinamakan 1Anggota, 1Rumah dan Program Rumah Idaman yang bertujuan untuk memastikan setiap anggota dan veteran ATM mampu memiliki rumah sendiri pada kadar yang lebih rendah dan harga pasaran semasa. Bagi memastikan keselesaan, spesifikasi keluasan rumah yang dirancang adalah bermula dari minimum 600 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi dengan harga antara RM42,000 hingga RM250 ribu seunit mengikut lokasi dan jenis rumah. Antara projek rumah mampu milik yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan telah siap dibina dan diduduki seperti di Mutiara Rini, Johor Bahru – 211 unit, Mutiara Damansara, Selangor – 728 unit, Taman LTAT Bukit Jalil – 828 unit, manakala projek yang sedang dibina adalah seperti di Taman LTAT Bukit Jalil – 2,000 unit dan di Segari Perak 304 unit. Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, pencelahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri dengan beriltizam sebegitu jujur dan saya melihat kesungguhan Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan perumahan ini kepada anggota-anggota setelah mereka bersara. Daripada apa yang telah Yang Berhormat Menteri bicarakan tadi, saya mendapati bahawa tidak keseluruhan yang terlibat secara langsung bagi negeri-negeri yang tertentu. Jadi, apakah boleh kementerian bekerjasama dengan negeri-negeri kerana negeri- negeri ini pemilik tanah. Jadi, membolehkan pembinaan rumah-rumah mampu milik ini kepada anggota-anggota tentera supaya setiap negeri itu ada peluang untuk anggota tentera
dapat apply atau pun memohon daripada sekitar perkampungan mereka ataupun bersesuaian dengan kedudukan kehidupan mereka selepas bersara nanti. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pandangan Yang Berhormat Kapar tepat sekali. Memang hartanah adalah kuasa kerajaan negeri dan Kementerian Pertahanan akan berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri. Kalau nak buat sesuatu projek perumahan supaya kita dapat membantu angkatan tentera dan bekas angkatan tentera. Sebagai makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Kangar telah membangkitkan tentang terdapatnya kes anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan atas faktor kesihatan tetapi tidak menerima pencen. Sebagai makluman Yang Berhormat, penugasan seorang anggota tentera di dalam perkhidmatan ATM adalah berdasarkan kepada darjah kesihatan tubuh di mana setiap anggota tentera diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan dua tahun sekali. Jika seseorang anggota tentera telah dikategorikan sebagai unfit disebabkan masalah kesihatan oleh doktor, anggota tentera tersebut mestilah diberhentikan di bawah Peraturan 49(h) kepada Army and Air Force (Terms of Service) 1961 atau Peraturan 61(1g) kepada Peraturan-peraturan Angkatan Tentera iaitu taraf kesihatan di bawah dari yang dikehendaki, medical standard below that required for the retention in MAF. Sekiranya seseorang anggota tentera itu diberhentikan di bawah Peraturan 49 dan Peraturan 61(1g), maka sememangnya mereka adalah layak untuk dibayar faedah-faedah persaraan di bawah Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah- faedah lain) berdasarkan kepada formula pengiraan mengikut tempoh perkhidmatan yang diakui. Untuk pencen perkhidmatan adalah tertakluk kepada pencen minimum iaitu satu per lima daripada gaji pokok. Bagi kes-kes tertentu, kalau mereka diberhentikan tanpa mendapat ganjaran pencen dan sebagainya, saya harap Yang Berhormat sampaikan secara butiran kepada saya dan kita akan buat siasatan dan mengambil tindakan seterusnya.
[Bangun]
Ketiga, isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar. Ada Yang Berhormat Batang Lupar?
Yang Berhormat Batang Lupar tiada.
Yang Berhormat yang di belakang, nak?
Bagan Serai. Saya nak minta pencerahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya tidak ada bertanya tentang berkenaan itu tetapi saya terdengar jawapan Menteri tentang pencen tadi. Veteran ini bukanlah kita katakan pahlawan yang tidak didendangkan. Itu salah. Akan tetapi pahlawan yang kurang didendangkan itu saya rasa betul. Ini kerana saya nak tanya kerajaan. Adakah kerajaan bersedia untuk membantu veteran angkatan tentera yang sudah pencen tahun 1980an. Kalau dibandingkan pencen mereka dengan pencen orang-orang sekarang pada pangkat yang sama, jauh beza dan ini dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup ini menyusahkan mereka. Begitu juga saya nak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan mereka yang tidak berpencen. Adakah dapat diberikan one-off yang lebih selesa? Satu lagi kalau saya dibenarkan tentang PGB. Mereka-mereka ini adalah orang yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk negara. Pernah dapat pingat PGB. Adakah one-off ataupun bantuan kepada mereka mencukupi? Kalau kita lihat sekarang ini orang yang menang gold medal dalam sukan dapat pencen seumur hidup umpamanya. Adakah sesuai untuk perkara ini dinaikkan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Perkara ini telah ditimbulkan berkali-kali dalam Dewan ini. Ia perlu diselaraskan dan pihak kerajaan, Kementerian Kewangan mengatakan kalau nak diselaraskan semua itu, ia memakan belanja yang tinggi. Walau bagaimanapun, perhatian khas diambil setiap masa terhadap veteran terutama sekali. Oleh sebab itu pada soalan- soalan dan jawapan yang dikemukakan pada tahun ini, untuk veteran, kerajaan telah sudi menaikkan peruntukan lebih daripada RM20 juta kepada veteran. Soal cukup atau tidak, belum dan kita akan terus memohon dari semasa ke semasa dan Kementerian Kewangan bila mengatakan keadaan ekonomi berdaya dan pulih, kita akan minta supaya diutamakan tentang veteran-veteran ini yang mereka terlibat dan berjasa membela dan mempertahankan negara kita ini.
[Bangun]
Wilayah Batang Lupar berkait perancangan memperkasakan keselamatan di Sarawak terutamanya aspek daratan dan maritim.
Minta laluan. Sebelum pergi ke topik lain.
Sila Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa selepas Yang Berhormat Menteri mengambil alih jawatan sebagai Menteri Pertahanan, kita lihat banyak perubahan dan juga ambil berat tentang bekas tentera dan juga tentera-tentera yang sedang berkhidmat dalam angkatan tentera. Di samping itu juga, di kawasan saya ada masalah satu, seorang ada kurang siuman tetapi dia ada pencen tetapi rumahnya teruk daripada kandang lembu. Baru-baru ini kita sudah turun dan buat gotong-royong dan sebagainya. Ramai yang mengatakan mengapa angkatan tentera tidak mengambil perhatian ataupun membuat sebiji rumah khas untuk dia. Bila banjir, rumah dia penuh dengan air dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri minta bantuan dan juga buat sebiji rumah untuk anggota tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya harap Yang Berhormat Padang Serai dapat menulis dan butir-butir lengkap diberi dan kita akan turun dengan segera untuk melihat keadaan itu. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak kementerian dan ATM sentiasa memandang serius isu keselamatan negara tanpa mengambil kira faktor wilayah sama ada Malaysia Barat atau Timur. ATM melalui Tentera Darat sememangnya telah menubuhkan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat pada 2014 untuk memperkasakan lagi keselamatan Malaysia Timur. Menjurus kepada keselamatan di Sarawak, Tentera Darat telah menubuhkan satu Divisyen Infantri yang memerintah tiga buah Briged Infantri di samping pasukan sedia ada. Salah satu daripada briged itu adalah penubuhan baru Briged Ke-31 Infantri yang memerintah tiga pasukan Rejimen Sempadan. Bagi cadangan Yang Berhormat mewujudkan penempatan Rejimen Artileri di Sarawak, sememangnya Tentera Darat dalam penyusunan semula Rejimen Artileri dan merancang untuk menubuhkan Markas Artileri Divisyen di Sarawak. Bagi keselamatan maritim di perairan Sarawak pula, pihak TLDM sentiasa melaksanakan rondaan berterusan di kawasan berkenaan melalui operasi wira. TLDM turut merancang untuk membina bangunan operasi Markas Wilayah Laut 4 di Pelabuhan Bintulu. Pemilihan Pelabuhan Bintulu adalah kerana lokasi strategik dari segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan. Sebagai permulaan, Tim Nukleus MAWILLA 4 telah ditempatkan di Bintulu sejak tahun 2017. Kehadiran TLDM menerusi pewujudan MAWILLA 4 di dalam kawasan Pelabuhan Bintulu akan memberi jaminan keselamatan kepada komuniti maritim di kawasan berkenaan dan impak positif kepada peningkatan sosioekonomi bagi jangka masa panjang bukan sahaja kawasan Bintulu malah kepada seluruh negeri Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Padang Serai. Bajet daripada Kementerian Pertahanan yang bakal diterima pada tahun 2019 sebanyak RM13.9 bilion yang merangkumi RM10.27 bilion di bawah belanja mengurus dan RM3.64 bilion belanja pembangunan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perkara ini saya bangkitkan. Ada sedikit kaitan dengan tajuk yang baru sahaja di jawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan pertahanan kita di Malaysia Timur. Saya nak jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam perbahasan dan juga di luar perbahasan tetapi perkara ini menjadi perkara yang memerlukan perhatian segera. Ini adalah berkaitan dengan tahap keselamatan kita di negeri Sabah terutamanya di kawasan ESSZONE. Seperti mana yang Yang Berhormat Menteri tahu, laporan perisikan daripada Filipina menunjukkan bahawa kegiatan daripada kumpulan Abu Sayyaf semakin merancak untuk melancarkan beberapa aktiviti penculikan di negeri Sabah. Panglima ESSCOM telah sahkan perkara ini dan tahap keselamatan di ESSCOM telah ditingkatkan. Pada 16 November, tiga hari yang lepas, tujuh ahli Abu Sayyaf ditangkap di Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara. Apakah bajet pertahanan mencukupi?
Saya difahamkan— ini Yang Berhormat Menteri minta pohon dijelaskan betul ataupun tidak— peruntukan pertahanan marin, peruntukan pengoperasian ESSZONE dikurangkan untuk tahun 2019. Betul ataupun tidak? Sekiranya betul, berapa banyak? Apakah perancangan untuk forward base kita, pangkalan hadapan kita di Langkawi dan Lahad Datu? Ini perkara yang terpaksa saya bangkitkan dalam sesi penggulungan sebab perkara ini adalah baru dan segera setelah menerima berita penangkapan Abu Sayyaf dan juga laporan perisikan yang menunjukkan aktiviti mereka semakin meningkat.
Terima kasih, Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih, Yang Berhormat Rembau. Memang perairan Laut China Selatan dan Perairan Sulu terutama sekali menjadi fokus kebelakangan ini. Lanjutan daripada penyelarasan operasi yang dilancarkan oleh tiga negara iaitu Filipina, Indonesia dan Malaysia dalam perjanjian tiga negara itu, kita saling berkongsi menjaga keselamatan, maklumat, rondaan bersama dijalankan. Memang tahap jenayah telah menurun begitu ketara sekali. Walau bagaimanapun, sekali-sekala ada berlaku pencerobohan terutama sekali ialah kidnap for ransom. Ini yang peranan aktifnya dimainkan oleh Kumpulan Abu Sayyaf dan kadangkalanya lain-lain kumpulan yang di antaranya yang juga tidak mempunyai tujuan tertentu seperti Kumpulan Abu Sayyaf. Kadangkalanya kidnap for ransom ini semata-mata untuk mencari wang tambahan. Oleh itu, rondaan di kawasan itu dipergiatkan dan keamanan memang ada pulih kalau kita lihat di situ. Bila saya melawat di pulau-pulau bersempadan dengan Filipina, pelancong-pelancong telah tiba semula kerana mereka yakin bahawa keselamatan mereka di kawasan itu sudah pun terjamin. Cuma, sekali-sekala ada pencerobohan dan juga penangkapan baru-baru ini menandakan bahawa pihak keselamatan kita cekap untuk mengesan dan menangkap mereka yang disyaki terlibat untuk membuat kacau-bilau di kawasan itu. Tentang peruntukan, Yang Berhormat, memang kalau kita lihat di atas ini berlaku kekurangan. Sebenarnya di atas rungutan Ahli-ahli Parlimen dan di luar Parlimen, di sini Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi penerangan jawapan yang bertulis kepada saya pada hari ini. “Untuk Yang Berhormat Tuan Haji juga...”— saya maksudnya— “Sejumlah RM1.4 bilion peruntukan bagi penyelenggaraan aset-aset utama milik Angkatan Tentera Malaysia disediakan di bawah Kementerian Kewangan. Dengan itu, jumlah peruntukan sebenar bagi MINDEF untuk tahun 2019 adalah RM15.3 bilion. Kaedah dan mekanisme penyaluran peruntukan penyelenggaraan tersebut akan diselaraskan dengan pihak MINDEF dalam tempoh terdekat”. Kekurangan sebenarnya tidak sampai pun satu peratus. Ayat seterusnya, “Sehubungan itu, Kementerian Kewangan mengambil maklum terhadap keperluan tambahan
peruntukan MINDEF bagi tahun 2019. Pihak kami...”— pihak Kementerian Kewangan— “Akan membuat pertimbangan sewajarnya tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa serta prestasi Belanjawan MINDEF tanpa mengabaikan usaha memastikan tahap keselamatan negara berada di tahap yang optimum”. Ini adalah jaminan di situ iaitu secara keseluruhannya kita dapat operasi dan tidaklah berlaku pengurangan yang nyata seperti yang digembar-gemburkan. Kementerian Pertahanan sentiasa memberi...
Yang Berhormat Menteri, dengan tambahan itu. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi penjelasan. Agak luar biasa sedikitlah Yang Berhormat Menteri Kewangan menjelaskan kepada Yang Berhormat Menteri selepas pembentangan Bajet tentang tambahan berikutan pandangan yang menyatakan bahawa ini boleh menjejaskan keselamatan negara. Namun demikian, tidak apalah, kita terima penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri yang disampaikan oleh Menteri Kewangan tadi. Cuma, saya hendak dapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri hari ini secara spesifik...
Kementerian Pertahanan.
Ini berkaitan dengan— masih lagi berkaitan dengan ESSCOM dan juga pertahanan maritim. Sebelum ini dikatakan bahawa peruntukan dikurangkan sebanyak hampir RM500 juta dan mungkin peruntukan itu dikembalikan apabila Yang Berhormat Menteri sebut bahawa ada tambahan daripada Menteri Kewangan. Jadi di Dewan ini saya minta penjelasan daripada Menteri Pertahanan sama ada peruntukan untuk keselamatan pertahanan maritim itu dikembalikan pada tahap yang sama? Saya bangkitkan perkara ini dalam konteks Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Yang Berhormat Menteri sebut MALINDOPHIL Trilateral Cooperative Agreement antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dan ini menjadi perjanjian asas kepada pertahanan kita di kawasan Wilayah Timur Sabah. Jadi saya hendak tahu kepastian Yang Berhormat Menteri bahawa peruntukan itu ada dan akan digunakan untuk maritim, ESSZONE dan juga pangkalan hadapan, forward base kita yang ada di Labuan dan Lahad Datu? Terima kasih.
Terima kasih. Jumlah RM1.4 bilion itu akan diselenggarakan terutama tentang aset-aset dan saya yakin tidak ada berkurangan di situ kerana RM1.4 bilion ini akan dibahagikan— spesifiknya itu saya mohon notis sedikit tetapi secara umumnya ia diselenggarakan sepenuhnya kerana tidak berlaku pengurangan. Pengurangan ketara di antaranya yang kita nampak kurang itu ialah misalnya operasi Cobra kita di United Arab Emirates berjumlah RM36 juta, itu kita mansuhkan. Itu yang nampak kekurangan. Begitu juga peruntukan hal PLKN. Itu kerana ia telah pergi kepada Kementerian Belia. Juga dikurangkan tapi tidak banyak. Akan tetapi semuanya itu menunjukkan kekurangan satu peratus. Umumnya ia dapat diselaraskan dan RM1.4 bilion ini terutama dituju untuk memelihara aset-aset ATM itu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rembau.
Minta laluan, Yang Berhormat Menteri. Setiu.
Sila, Yang Berhormat Setiu.
Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri pada 19 Ogos, Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa kesiapsiagaan tentera kita berada pada tahap paling rendah di kalangan negara-negara Asia Tenggara dan dalam satu jawapan Yang Berhormat Menteri ketika satu pencelahan soalan tambahan yang dikemukakan oleh seorang MP selepas itu, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita jangan merendahkan kekuatan tentera kita. Dalam ucapan ketika saya mencelah ucapan Yang Berhormat Padang Rengas, saya katakan Yang Berhormat Menteri kata tentera kita kuat. Saya tanya pandangan dia, dia kata bahawa tentera kita kuat, cuma peralatan tidak mencukupi. Jadi saya rasa pelik macam
mana tentera kita kuat dalam keadaan peralatan tidak cukup. Jadi minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Ini betulkan. Itu bukan Yang Berhormat Padang Rengas tapi Padang Serai.
Tentera kita sentiasa siap siaga dalam keadaan mana sekalipun. Falsafah ketenteraan, “Kalau tanpa perahu, dengan jari ku kayuh jua”. [Tepuk] So, kita kena faham di situ. Memang kita perlu peralatan-peralatan yang mahal, yang moden tetapi setakat yang ada, kita bersedia dengan keupayaan yang ada. Ini tentera kita telah lama beroperasi dan sentiasa berada dalam keadaan readiness sama ada dalam konfrontasi, menghadapi komunis, menghadapi apa segala sekalipun. Soal peralatan tidak lengkap, tidak cukup dan sebagainya itu adalah tuntutan semasa sebab kapal kalau sudah 50 tahun itu sudah lama, kita perlu kepada yang baharu. Bila perlu yang baharu, perlu kewangan. Maka itulah Belanjawannya bertambah setiap tahun. Ini kerana kesiapsiagaan itu sentiasa ada.
Yang Berhormat Menteri, saya sebut tadi dalam ucapan Yang Berhormat Menteri 19 Ogos, Yang Berhormat Menteri juga yang kata bahawa tentera kita berada dalam ketidak-siagaan. Jadi hendak tahu penjelasan Yang Berhormat Menteri. Hari ini Yang Berhormat Menteri kata tentera kita dalam keadaan bersiap sedia sepanjang masa.
Sila rujuk balik Hansard, kalau ada saya kata begitu. Saya ingat Yang Berhormat...
Dalam Astro Awani ada siarkan kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 19 Ogos.
Ini bukan Astro Awani. Kita dalam Parlimen, rujuk Hansard lah.
Hansard itu Yang Berhormat Menteri kata tentera kuat itu selepas jawapan dalam Dewan.
Tidak apa. Tunjukkan Hansard kepada saya dan saya akan lihat itu.
Saya sebut yang 19 Ogos itu bukan dalam Dewan, itu disebut di luar Dewan. Dalam Astro ada disebut.
Luar Dewan kita berhujah di kedai kopilah. Ini di dalam Dewan.
Ya. Ini adalah sesi penggulungan kepada soalan-soalan yang telah disebutkan semasa sesi perbahasan awal. Sila Yang Berhormat Menteri.
Minta laluan.
Saya ingat masa tinggal satu setengah minit sahaja lagi. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat...
Isu terakhir ialah berkaitan...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa tibalah masa dahulu sebelah sana pihak Barisan Nasional tidak begitu serius berkaitan dengan pertahanan. Walau bagaimanapun, masa Pakatan Harapan saya rasa mengadakan satu rancangan masa depan iaitu sekurang- kurangnya lagi 50 tahun apa akan berlaku. So, kita perlulah buat satu persiapan daripada sekarang dan juga rancangan-rancangan terperinci untuk lengkapkan pertahanan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Memang Kementerian Pertahanan sedang berusaha untuk menyiapkan Defence White Paper yang pertama kali dibuat selepas merdeka. Negara lain telah pun menyediakan seperti Australia,
New Zealand, Jepun dan sebagainya. Kali ini kita akan menyediakan Defence White Paper dijangka akan siap dan dikemukakan pada tahun depan. Isu terakhir ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas. Walaupun beliau tidak ada iaitu isu Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar. Bila ditanya, adakah hospital ini akan diteruskan? Saya katakan ia akan diteruskan hospital ini dan kita dapat sokongan daripada negara-negara lain seperti Arab Saudi, United Arab Emirates, Brunei dan juga beberapa buah negara telah bercakap untuk membantu hospital kita di Cox’s Bazar. Akan tetapi, mereka belum lagi secara hitam putih memberitahu jumlah kewangan. Akan tetapi, sambutan yang diberikan di hospital itu agak baik dan kita bercadang untuk meneruskan hospital itu setahun lagi di Cox’s Bazar, Bangladesh. Sepanjang tempoh pengoperasian hospital medan ini telah menerima bantuan dalam bentuk aset-aset. Saya sebut negara-negara tadi dan termasuk daripada AusRelief bagi bantuan meneruskan pengoperasian hospital medan ini. Mandat pengurusan hospital ini adalah sehingga Disember 2018. Walau bagaimanapun, kementerian berhasrat meneruskan operasi hospital ini selama satu tahun lagi.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
Sudah habis waktu.
Ya bukan. Ini saya ingat Yang Berhormat boleh jawab bertulis. Saya telah timbulkan tentang Beting Patinggi Ali di mana Coast Guard China berada di sana dan pihak navy juga berada di sana. Jadi, saya timbulkan sejauh mana tindakan susulan yang berikutnya. Adakah setakat kita lama menunggu? Apakah ada usaha untuk mengusir mereka keluar daripada kawasan berkenaan? Yang Berhormat mungkin boleh jawab secara bertulis, tidak mengapa. Terima kasih.
Saya harap...
Perkara ini ditimbulkan semasa lawatan saya ke China baru-baru ini. Kita akan bincang di peringkat HLC dalam hal dispute area ini. Saya ucap terima kasih kepada semua yang telah memberi pandangan termasuk yang bertanya soalan, memberi pandangan-pandangan dan kita harap semua Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus bersiap siaga untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberi jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menarik perhatian Ahli Parlimen sekalian untuk melihat kepada Program Wacana Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah diberikan dan menyerulah supaya ramai di kalangan Ahli Parlimen dapat menyertainya dan ini menunjukkan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada 54 orang Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi membantu penambahbaikan berterusan sektor pendidikan negara. Sebanyak 160 isu telah dibangkitkan kepada KPM sewaktu perbahasan Bajet 2019 baru-baru ini. Saya akan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang berkaitan dengan Dasar Pendidikan dan Belanjawan 2019. Walau bagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak kementerian. Tan Malaka pernah menyebut, tujuan pendidikan itu untuk mempertajam kecerdasan, memperkukuh kemahuan serta memperhalus perasaan. Revolusilah yang bukan hanya
sahaja menghukum sekalipun perbuatan ganas, menentang kecurangan dan kezaliman tetapi juga mencapai sekalian perbaikan bagi yang buruk. Berkaitan isu pendidikan awal kanak-kanak, suka saya ingin tegaskan bahawa semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996. Buat masa ini, semua pendidikan awal kanak-kanak prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan akan kekal seperti sedia ada. Ini untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kalabakan. Ada Yang Berhormat Kalabakan?
Tidak ada.
Tidak ada. Okey, kalau tidak ada kita pergi kepada lain. Manakala untuk cadangan Yang Berhormat Padang Terap agar pengurusan. Yang Berhormat Padang Terap ada? Ada [Ketawa] Agar pengurusan pusat asuhan kanak-kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat digabungkan dengan pengurusan tadika di bawah KPM dan diletakkan di bawah satu kementerian pula, ini harus diperhalusi kerana ia melibatkan Dasar Pendidikan, penstrukturan pengurusan di peringkat kementerian dan peruntukan akta yang berbeza bagi kedua-dua kohort, umur kanak-kanak berkenaan. Walau bagaimanapun, KPM telah mewujudkan jawatankuasa khas bagi kawal selia institusi pendidikan awal kanak-kanak yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tuan Yang di-Pertua. KPM memandang serius isu keciciran murid terutamanya warganegara Malaysia. Anak-anak warganegara sentiasa menjadi keutamaan KPM dalam menyediakan akses kepada pendidikan di negara ini. Maka, saya berbesar hati di atas keprihatinan Yang Berhormat Pensiangan yang membangkitkan isu ini sewaktu perbahasan. Yang Berhormat Pensiangan ada?
Tidak ada depan ini.
Tidak ada juga? Ya. Sila.
Berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak ini, early childhood care Tuan Yang di-Pertua. Umur satu hari lahir hingga empat tahun di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selepas itu empat tahun hingga enam tahun tadika yang di bawah Kementerian Pendidikan. Tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Parlimen Pandan telah menjawab bahawa satu proses untuk disatukan antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Kementerian Pendidikan ini hendak dimulakan dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebut beliau sendiri yang mempengerusikan mesyuarat itu. Saya tidak tahu sebab penjelasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi singkat. Barangkali Yang Berhormat Menteri Simpang Renggam boleh memberi sedikit pencerahan, adakah dalam masa yang terdekat ini ataupun disebut tadi sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membolehkan. Oleh sebab ia ada sesuatu daripada zaman kerajaan yang terdahulu pun kita fikirkan kalau boleh disatukan di bawah satu kementerian kerana tadika dan taman asuhan kanak-kanak ini apabila swasta dia kena pergi kepada dua kementerian untuk mendapatkan lesen.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Seperti mana saya sebutkan tadi sudah ada jawatankuasa bagi kawal selia institusi pendidikan awal kanak- kanak dan masih dalam proses perbincangan. Kita cuba sekalikan kerana ia melibatkan isu dasar, isu undang-undang dan selainnya. Akan tetapi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Terap kerana prihatin terhadap isu pendidikan prasekolah ini. Yang Berhormat Pensiangan tidak ada. Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Kalabakan.
Yang Berhormat Papar ada belakang.
Yang Berhormat Papar ada. Okey. Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Kalabakan menyentuh hal tuntutan autonomi pendidikan Sabah. Yang Berhormat Papar pula telah membangkitkan isu kualiti pendidikan di negeri Sabah yang masih rendah kerana kegagalan mengimplementasikan autonomi dalam pendidikan Sabah. Seraya mencadangkan agar decentralization, dengan izin dalam pendidikan dilaksanakan. Manakala Yang Berhormat Kalabakan telah memohon KPM menimbang agar Dasar Kerajaan Negeri Sabah dibenarkan merancang dan mengimplementasikan pelan komprehensif tersendiri untuk menangani isu pendidikan khususnya berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Ahli-ahli Yang Berhormat, hal pendidikan adalah disenaraikan di bawah Butiran 13, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, berdasarkan pada fasal 1, Perkara 74 dan fasal 1, Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama dengan butiran 13 Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan tersebut, Parlimen dan Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif masing-masing terhadap hal perkara pendidikan di seluruh Malaysia termasuklah di negeri Sabah. Selain itu, secara amnya tiada peruntukan khusus di dalam Perjanjian Malaysia 1963 mengenai pemberian kuasa autonomi berhubung pendidikan. Berhubung persoalan autonomi kerajaan negeri dalam hal pendidikan melibatkan satu pertimbangan dasar yang perlu diputuskan oleh kerajaan. Pada masa ini dasar sedia ada hal pendidikan kekal berada di bawah Kerajaan Persekutuan. Sungguhpun begitu, suka saya tegaskan bahawa KPM mengamalkan sikap terbuka dalam menerima pandangan dari semua pihak. Bagi menjawab isu ranking oleh Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Sabak Bernam ada? [Disampuk] Oh! Ingatkan sudah pindah situ tadi. Okey. Saya ingatkan sudah pindah situ. Tidak lama lagi. Okey, itu saya tidak cakap. Mereka yang cakap. [Disampuk] Okey.
Sila teruskan Menteri, tanpa gangguan.
KPM pada kali ini berpendirian bahawa ranking bukan matlamat utama universiti semata-mata. Sebaliknya KPM pada kali ini memberikan fokus meningkatkan kualiti berteraskan nilai dan kemanusiaan serta membina ekosistem yang lebih baik di dalam kampus dengan ekosistem yang mampan akan disusuli kejayaan. Begitu juga kita menekankan pentingnya untuk melahirkan para cendekiawan dan juga setiap universiti awam menjadi kawasan yang kondusif yang melahirkan disiplin-disiplin ilmu, karya-karya dan juga hasil-hasil kajian yang dapat membantu pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, untuk isu wakil rakyat dari pihak pembangkang tidak dibenarkan masuk ke sekolah-sekolah pula, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai ada? Tidak ada. Okey kita terus kepada isu seterusnya.
Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.
Kurikulum dan juga taksiran.
Yang Berhormat, terus sahaja lah. Bukan sahaja Yang Berhormat Jerai. Kita semua hendak dengar boleh kah tidak boleh masuk. Terus sahaja lah. Serupa sahaja.
Okey.
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah berkenaan dengan isu ranking.
Kita terus jawab kepada isu permintaan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang. Jawapan kepada Yang Berhormat Jerai. Isu ini telah...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Lembah Pantai hendak tanya.
Maaf, ini berkaitan dengan isu ranking. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat
Menteri. Ini berkenaan dengan jawapan berkenaan dengan ranking ataupun kedudukan bagi universiti-universiti seperti kita semua sedia maklum. Contohnya Universiti Malaya sekarang ini berada di kedudukan 87 dalam ranking dunia sebagai sebuah research universiti. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri memandangkan dalam keadaan ekonomi yang kita ada sekarang ini dan keadaan kedudukan fiskal dan juga kemampuan pihak kerajaan, apakah langkah-langkah lain yang boleh diusahakan? Saya faham yang kita tidak menekankan kepada kedudukan, kepada ranking. Akan tetapi sebagai contoh kita ada banyak hasil kajian yang mungkin boleh dimanfaatkan yang akan memberi bantuan kepada universiti-universiti seperti Universiti Malaya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Lembah Pantai boleh merujuk kepada tulisan saya pada hari ini di Sinar Harian untuk menjawab soalan tersebut. Terima kasih. Berkaitan isu pembangkang tidak dibenarkan masuk ke sekolah-sekolah pula seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai. Isu ini telah berkali-kali saya jawab dan pekeliling juga telah menetapkan sebarang permohonan untuk masuk ke sekolah-sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak KPM melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing. Bagi membina modal insan yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Petrajaya ada?
Berkenaan dengan...
Yang Berhormat Petrajaya ada?
Tidak ada.
Tidak ada. Jadi saya terus kepada soalan lain.
Yang Berhormat Menteri yang tadi yang surat pekeliling itu dia hanya terpakai untuk Ahli Parlimen wakil rakyat pembangkang ataupun semua Ahli Parlimen?
Dia terpakai untuk semua Ahli Parlimen pembangkang. Okey, bagi membina modal insan yang seimbang, KPM sentiasa memastikan murid menerima pendidikan mengenai proses demokrasi di peringkat sekolah rendah dan menengah...
Saya tidak jelas ini Yang Berhormat Menteri.
...Melalui pelaksanaan mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik...
Menteri saya hendak tanya sedikit tentang...
Kanowit, Kanowit, Kanowit.
...selaras dengan saranan Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Elemen demokrasi seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Lembah Pantai akan menjadi tumpuan dalam Pendidikan Sivik.
Yang Berhormat Menteri, bagi laluan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Menteri tidak beri laluan. Minta yang lain duduk. Minta yang lain duduk. Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan. Masa terhad. Sila. Minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Berkenaan itu tadi hanya untuk pembangkang ya, confirm?
Kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Yang lain minta duduk.
Elemen demokrasi seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai...
Sekejap Yang Berhormat Menteri.
Setiu minta laluan.
...Juga akan menjadi tumpuan dalam Pendidikan Sivik. Pelajaran Pendidikan Sivik atau subjek mata pelajaran Sivik...
Menteri beri laluan sedikit.
...Yang akan diperkenalkan kembali ke sekolah. KPM juga menggalakkan pembudayaan demokrasi di sekolah dan di universiti. Oleh sebab itu kita lihat di sekolah-sekolah dan universiti pada waktu ini diperkenalkan speakers’ corner yang mana kita menggalakkan supaya anak-anak sewaktu di sekolah lagi dan di universiti untuk bebas memberikan pendapat dan berani dalam public speaking, dengan izin. Di universiti pula kita telah memberikan hak kepada para siswa untuk mengendalikan pilihan raya kampus di bawah seliaan dan kelolaan mereka sendiri tanpa adanya campur tangan daripada pihak luar. Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat, boleh? Yang Berhormat, pada 9 November di sini waktu saya mencelah Yang Berhormat kata akan pinda AUKU untuk memberikan ruang sepenuhnya kepada pelajar termasuk menubuhkan cawangan-cawangan parti politik di kampus. Itu pada 30 Oktober, statement daripada Yang Berhormat. Akan tetapi pada 1 November, Perdana Menteri pula mengatakan dia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan dia kata walaupun mereka bebas bersuara tetapi tidak boleh ada cawangan parti politik dan sebagainya. Jadi yang mana kita hendak terima sebab statement Yang Berhormat dalam Dewan. Statement Ahli Parlimen Langkawi di luar Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sudah jelas dah. Sila Yang Berhormat Menteri.
Saya lihat tidak ada pertentangan di antara kedua kenyataan tersebut. Kita mengatakan bahawa pindaan seksyen 15(2)(c) itu membenarkan supaya ditubuhkan. Bagaimana Yang Berhormat Perdana Menteri sebagai seorang bapa memberikan nasihat tidak perlulah ditubuhkan parti politik. Begitu juga pada baru-baru ini dalam sidang yang terkini saya telah menjawab soalan yang sama dengan mengatakan kita tidak memaksa. Kita mengatakan pelajar boleh untuk menubuhkannya. Walau bagaimanapun kita lihat kebiasaannya pelajar ini sudah mempunyai platform- platform mereka. Apa pun ianya terserah kepada Senat Universiti untuk memutuskannya. Kita tahu di dalam era kita memberikan autonomi kepada universiti untuk memutuskan. Terserah kepada Senat Universiti untuk putuskan sama ada dibenarkan atau pun tidak parti- parti politik beroperasi di dalam universiti. Tuan Yang di-Pertua, KPM sentiasa prihatin atas kepentingan penarafan nilai murni dan akhlak mulia dalam kalangan murid bermula di prasekolah lagi. Seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Padang Terap. Sehubungan itu KPM menerapkan nilai-nilai universal iaitu love dengan izin kasih sayang, happiness dengan izin kegembiraan, mutual respect dengan izin iaitu saling hormat-
menghormati dan juga humanity dengan izin iaitu manusiawi di dalam diri pelajar dan mahasiswa agar ia dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Malah saya berulang kali menekankan bahawa 3M semata-mata tidak cukup di dalam sistem pendidikan kita. Kita perlukan ‘M’ yang keempat. Oleh sebab itu kita memperkenalkan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan juga manusiawi. Sebagai langkah awal, manual nilai-nilai murni perhimpunan sekolah sedang dibina untuk menerapkan nilai secara praktikal dan bukan secara teori sahaja. Selepas perhimpunan, nilai-nilai ini akan diterjemahkan kepada aktiviti di sekolah sepanjang dua minggu supaya budaya nilai ini dapat dihidupkan. Ini akan bermula pada tahun 2019. Kita juga sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak media untuk bersama-sama mempromosikan nilai-nilai yang akan diperkenalkan pada setiap minggu dan juga beberapa syarikat swasta bersetuju untuk sama- sama menyahut. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tampin dan juga Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Kluang ada?
Boleh saya tambahkan tentang nilai itu Yang Berhormat? Boleh saya hendak bertanya sedikit. Saya sedar bahawa salah satu daripada perkara yang paling penting dititikberatkan ialah berkaitan dengan nilai. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut dengan jelas bagaimana sistem nilai daripada negara Jepun boleh diassimilatekan dengan apa yang ada di Malaysia. Cumanya Yang Berhormat Menteri persoalannya ialah apabila kita berada dalam kelompok yang berlainan di bandar, di luar bandar dan di pedalaman.
Apabila kita dalam kelompok yang berlainan dengan etnik yang berlainan, apakah ramuan untuk membawa kepada kejayaan ini? Kita punyai 1,200 buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan kita ada SRJK(T) lebih daripada 500 buah dan ada 7,000 buah sekolah kebangsaan. Itu termasuk di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kawasan-kawasan pedalaman. Jadi Yang Berhormat Menteri menegaskan tadi ada nilai-nilai positif yang hendak dibawa. Saya akui sesuatu yang baik tetapi mechanism untuk membawa itu pada saya bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita berada pada demografi yang berlainan dan budaya yang berlainan di sekolah-sekolah yang berlainan. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Benar, ada perkara yang disangka mustahil tetapi terbukti jikalau ada kemahuan dan usaha bersungguh- sungguh ia tidak lagi jadi mustahil. Contohnya seperti 9 Mei yang lalu, kalau sebelum ini ramai fikirkan mustahil untuk jatuhkan BN, 9 Mei yang lalu...
Kita tanya fasal pelajaran, ini tidak payah...
...Kita telah berjaya menjatuhkan BN.
Bukan berkaitan ya.
Yang Berhormat Menteri, you memang seorang yang memang suka cari fasal untuk orang bergaduh. [Pembesar suara dimatikan]
Ya, baik. Minta Menteri terus jawab ya. Terima kasih. Yang Berhormat Padang Terap, terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Politiklah, tidak payah cakap politik.
Saya akan jawab.
Nanti karang saya bangkit susu hilang pula nanti, banyak lagi cerita.
[Ketawa] Okey.
[Dewan riuh]
Tidak payah cakaplah, cakap benda- Saya cakap dengan baik, ikhlas bagaimana kita hendak bawa dalam soal pendidikan. Saya tak nak cakap benda lain.
Ya, saya belum habis jawab lagi.
Akan tetapi janganlah macam ini.
Berikan saya waktu untuk jawab.
Sudahlah menang, okey kita akuilah, Pakatan Harapan menang itu okey, tetapi cakap fasal pendidikan, hendak bawa soal pendidikan.
Ya. Tidak, berikan izin saya menghabiskannya. Saya hanya memberitahu bahawa ada perkara yang kita sangka mustahil, tetapi jikalau adanya kemahuan dan kita melakukan secara bersungguh-sungguh, ia tidak menjadi mustahil dan boleh dilakukan. Jadi dalam kes ini, [Tepuk] seperti mana ditanyakan oleh Yang Berhormat Padang Terap berkaitan dengan nilai-nilai murni, bahawa adanya perbezaan di antara pedalaman, luar bandar, dalam bandar dan apakah boleh kita terapkan nilai-nilai tertentu, kita perlu tahu bahawa adanya nilai-nilai universal yang difahami oleh setiap orang. Tidak perlu menjadi seorang Muslim, Kristian, Buddhist ataupun Hindu untuk memahami sesetengah nilai yang begitu universal. Bercakap benar contohnya, sesiapa pun kita tahu bahawa itu merupakan nilai yang murni. Bekerja keras, bersikap rajin, menunaikan amanah, tidak mengambil rasuah, tidak mencuri hak rakyat, tidak mengambil hak rakyat, itu juga termasuk di dalam nilai-nilai murni yang boleh difahami sesiapa pun.
Yang Berhormat, yang bercakap benar ini, Yang Berhormat Menteri bercakap benar kah? Hendak hapus... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tanjong Karang, siapa yang hendak bercakap kena mendapat kebenaran daripada Speaker dahulu. Sila.
Begitu juga...
Hendak minta kebenaran, boleh?
Begitu juga menghormati...
Minta dekat dia.
Hendak minta kebenaran. Boleh, hendak tanya soalan.
Begitu juga sikap saling hormat-menghormati merupakan sikap universal. Maksudnya kita boleh melakukannya dan seperti mana yang kita ingin dambakan iaitu nanti di setiap kali perhimpunan sekolah, akan dibacakan manual tentang akhlak-akhlak ini. Setiap dua minggu akan diperkenalkan nilai-nilai yang berbeza dan apabila diperkenalkan nilai tersebut, contohnya menjaga kebersihan, yang saya kira di mana pun kita, siapa pun kita, apa latar belakang kita pun...
Sudah minta laluan, tidak bagi.
...Kita boleh memahami tentang menjaga kebersihan. Jadi selama dua minggu, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia akan melaksanakan aktiviti mereka selaras dengan nilai-nilai tersebut. Begitulah mungkin selepas dua minggu akan diterapkan nilai amanah, dua minggu lagi diterapkan nilai yang lain dan ini tidak akan hanya berlaku di sekolah semata-mata. Oleh sebab itu saya katakan kita mendapatkan kerjasama media. Sebagai contohnya, apabila kita perkenalkan nilai-nilai yang berbeza, mereka akan sambut. Jadi pendidikan tidak hanya terhad pada four walls of classroom dengan izin, ataupun hanya di dalam bilik darjah ataupun di bilik kuliah semata-mata. Apabila kita sampaikan nilai-nilai ini, pihak media sama ada pihak media penyiaran, pihak media percetakan semuanya akan menyambut nilai tersebut.
Boleh bagi satu? Tidak jalan.
Maka bagi kanak-kanak, apabila mereka anak-anak sekolah, mereka mendengar penjelasan tentang nilai-nilai murni ini di perhimpunan, dilaksanakan di sekolah, mereka pulang ke rumah, di corong-corong radio, mereka lihat di TV, ketika mereka membuka internet, ini juga akan disalurkan kepada mereka. Begitu juga kita telah mendapatkan persetujuan daripada beberapa pihak swasta yang sanggup untuk mempromosikan nilai-nilai tersebut pada setiap dua minggu sekali untuk dipamerkan di outlets mereka. Kita ingin menjadikan bahawa, penerapan...
Boleh tanya Yang Berhormat Menteri?
...Nilai-nilai murni ini sesuatu milik masyarakat kerana kita komited...
Yang Berhormat Menteri, nilai- nilai murni ini termasuk mungkir janji tidak Yang Berhormat Menteri?
...Seperti mana yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk melahirkan generasi...
Mungkir janji itu nilai murni kah tidak?
...Malaysia yang mempunyai akhlak mulia yang boleh mendengar orang berkata-kata dan tidak akan mencelah tanpa izin.
[Dewan riuh]
Baik, sekejap, sekejap. Yang Berhormat Menteri, adakah izinkan Yang Berhormat Tanjong Karang hendak mencelah sikit? Yang Berhormat Menteri?
Saya mempunyai waktu yang terhad. Jikalau saya melayan beliau, saya tidak akan dapat menyelesaikan...
Baik. Saya minta maaf...
...soalan orang lain.
...Minta maaf, sila duduk. Tidak ada pencelahan.
Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Tampin ada?
Teruskan Yang Berhormat Menteri. Right, terima kasih.
Yang Berhormat Tampin ada, Tampin? Tidak ada. Yang Berhormat Bagan Serai? Yang Berhormat Bagan Serai, okey. Oh! Yang Berhormat Tampin ada. Okey. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tampin mengenai peruntukan RM650 juta yang perlu mengutamakan sekolah daif. Antara langkah yang diambil oleh KPM bagi menangani isu sekolah daif andalah seperti berikut: (i) melakukan penyelenggaraan segera bagi sekolah yang mempunyai keperluan kritikal untuk pembaikan; dan (ii) menaik taraf kemudahan infrastruktur dan menggantikan bangunan sekolah daif yang disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal dengan bangunan yang baharu. Manakala pertanyaan Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Sungai Petani mengenai sekolah daif di Perak dan Kedah pula, secara keseluruhannya terdapat 17 projek pembangunan sekolah daif yang dilaksanakan di seluruh negeri Perak sejak tahun 2017. Semua sembilan projek tahun 2018 telah siap sepenuhnya dan lapan projek masih dalam pelaksanaan. Manakala sebanyak 43 projek pembangunan sekolah daif secara IBS yang dilaksanakan di negeri Kedah hingga tahun 2018, tiga daripadanya merupakan sekolah daif yang dilaksanakan di Sungai Petani. Untuk sekolah-sekolah daif di Bagan Serai mungkin Ahli Yang Berhormat boleh hantar senarai sekolah kepada saya untuk perancangan kementerian. Sekolah daif Sarawak. Yang Berhormat Lanang ada, Lanang?
Ada.
Okey.
Ada.
KPM juga maklum akan tawaran pinjaman RM1 bilion Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan yang lama untuk kerja pembaikan sekolah daif di Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Saratok dan Yang Berhormat Petrajaya. Walau bagaimanapun...
Kapar sekali.
Kapar pun sekali. Sudah habis pemilihan pun hendak kempen lagi. Walau bagaimanapun tawaran tersebut dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh mantan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada September 2017 di Sarawak. KPM sentiasa terbuka dengan semua cadangan dan sedang berbincang mekanisme terbaik untuk menerima tawaran tersebut. Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Samarahan, ada? Okey. Untuk makluman, pertanyaan Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Kota Samarahan mengenai isu baik pulih sekolah daif di Sarawak. Bagi tahun 2018, sebanyak 116 projek pembangunan semula sekolah daif secara IBS dilaksanakan di Sarawak. Pelaksanaan projek dibuat secara berpakej mengikut maklumat keadaan fizikal sekolah yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Skop projek melibatkan naik taraf dan baik pulih bilik darjah berserta perabot, bilik sains, tandas, asrama pelajar dan dewan makan. Anggaran semasa kos projek bagi kesemua pakej ini bernilai RM416,567,260. Berdasarkan rekod pada 20 September 2018, prestasi pelaksanaan projek bagi negeri Sarawak menunjukkan 64 projek telah siap dan 52 projek masih dalam pelaksanaan yang dijangka siap pada Disember 2018.
Pintas, Yang Berhormat Menteri.
Pihak KPM terus melaksanakan pemantauan rapi dan memantapkan kerjasama...
[Bangun]
Minta penjelasan.
...Dengan semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan semua projek berjalan lancar.
Yang Berhormat Menteri, mohon laluan.
Sarawak, Sarawak.
Ya.
Terima kasih. Saya sudah mendengar 25 minit dan saya berharap apa yang saya bangkitkan dua isu relevan. Pertama, sama ada pembekalan tablet Lenovo, dua juta unit melalui- bukan melalui open tender secara direct negotiation berlaku atau tidak? Kalau berlaku siapa yang tandatangani? Kenapa tidak dibuat open tender kerana harganya agak mahal? Dan kenapa ia tidak dijadikan sebagai tender terbuka? Apakah kementerian ini telah membuat pengesahan bahawa LOI telah dikeluarkan. Kedua, tentang peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Saya takut nanti sudah sampai akhir dia kata secara bertulis.
Minta satu kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sila Yang Berhormat Menteri.
Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ayer Hitam telah berlaku di salah sebuah akhbar Cina dan kami tidak tahu apa yang diperkatakan itu. Adakah ia berkaitan dengan kerajaan lama ataupun dalam kerajaan baharu? Ini kerana menurut kerajaan baharu, segala proses pembelian mestilah melalui open tender. Sehingga kini, saya tidak pernah meluluskan apa-apa direct negotiation. Kalau ia berkaitan dengan kerajaan lama... [Tepuk]
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Jikalau ia berkaitan dengan kerajaan lama, mungkin rakan di sebelah Yang Berhormat Ayer Hitam boleh ditanyakan secara direct. Terima kasih. [Ketawa]
Terima kasih. Yang Berhormat.
Berkaitan dengan peruntukan untuk universiti...
Yang Berhormat Ayer Hitam. Yang Berhormat Ayer Hitam, duduk Yang Berhormat Ayer Hitam.
Boleh Kanowit lagi? Boleh Kanowit?
Biar Yang Berhormat Menteri jawab.
Isu yang sama tadi. Apabila Yang Berhormat telah membuat satu kenyataan bahawa kerajaan dahulu, ini tidak. Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada 26 Oktober tahun ini mengatakan tahun hadapan akan diperkenalkan pembelajaran e-book. Itu dalam surat khabar. Kemudian pada 30 Oktober ini, Timbalan Menteri Kewangan kata, “Sekarang kita akan bagi kelonggaran untuk dibuat direct nego.” Oleh sebab itulah, lantaran itu, sudah ada berita-berita yang tersebar luas bahawa ada 2 juta unit...
Itu berita.
...Jenama Lenovo telah diluluskan...
Bukan fakta. Itu berita, Yang Berhormat.
Saya minta kepastian daripada kementerian, sama ada perkara ini benar atau tidak?
Okey. Pertama sekali, saya katakan perkara ini tidak benar. Kedua, saya ingin menghargai khayalan kreatif Yang Berhormat Ayer Hitam yang menggabungjalinkan perkara yang tidak berkaitan, lalu merumuskan satu kesimpulan yang tidak pernah wujud. [Ketawa] Walau bagaimanapun, jikalau kita ingin membawa ke Dewan perkara berdasarkan khabar angin...
MCA tidak ada modal lagi.
Jikalau kita ingin membawakan ke Dewan yang mulia ini perkara-perkara hanya berdasarkan khabar angin tanpa data dan tanpa fakta yang khusus, mungkin Ahli Parlimen boleh membawa fakta bahawa sekarang ini kambing sudah boleh terbang. [Ketawa]
Saya hendak memberi peringatan, pertanyaan tidak boleh dijadikan perbahasan.
Yang Berhormat, perkara ini telah saya bahaskan, perhalusi setiap satu apa perkataan yang saya keluarkan. Saya cuma dapat jawapan pengesahan. Selepas itu tindakan susulan itu biarlah sesiapa yang hendak lakukan tindakan, dia boleh buat. Akan tetapi Yang Berhormat telah mengheret kata ini dahulu— tidak pernah. Oleh sebab itu dalam soalan, saya tanya, adakah Menteri Pendidikan sendiri telah meluluskan ataupun dipersetujui oleh Perdana Menteri...
Telah dijawab. [Dewan riuh] Menteri telah jawab, betul?
Okey.
Baik. Terima kasih.
Untuk soalan kedua— tetapi tidak apalah, nanti takut dia balik tidak lawas tidur. Jadi, saya katakan saya tidak pernah meluluskan apa-apa direct negotiation dan dalam kerajaan baharu, kita mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku sebelum ini dan tidak akan mengulangi lagi segala kesilapan kerajaan yang lalu.
[Dewan riuh]
Sudah, sudah. Saya minta Yang Berhormat Menteri terus menjawab.
[Menyampuk]
Manakala untuk peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman seperti yang ditanyakan, peruntukan sebanyak RM5.5 juta di bawah bajet pembangunan pada tahun 2019 adalah untuk dua projek baharu yang diluluskan. Pemberian geran kerajaan kepada kolej ini adalah tertakluk kepada kemampuan dan keupayaan kerajaan seperti yang diluluskan dalam Jemaah Menteri pada tahun 2012. Pemberian, walaupun sedikit, menunjukkan komitmen kerajaan kepada tanggungjawab mereka. Namun, ia bergantung kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan. Boleh saya teruskan?
Sila teruskan dan rumuskan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan, boleh saya tanya sedikit?
Ini sampai berapa minit lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Tentang UEC belum lagi.
Boleh tambah sedikit lagi? Sekolah daif. Dasar...
Untuk rumuskan?
Kita rumuskan.
Boleh rumuskan.
Boleh minta penjelasan?
Saya rasa apa ini...
Saya hanya hendak tanya...
Tuan Yang di-Pertua minta untuk dirumuskan. Walaupun saya mempunyai banyak lagi di sini, kita akan jawab semuanya secara bertulis. Cuma, izinkan saya membuat penutup. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi kementerian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di- Pertua.
...Yang tidak sempat saya sentuh kerana kesuntukan masa akan diambil perhatian dan tindakan sewajarnya dan akan dijawab secara bertulis.
Tahu sudah.
Begitu juga saya ingin meminta maaf jikalau ada yang terasa hati di atas kata-kata saya. Izinkan saya menutup dengan beberapa...
Tuan Yang di- Pertua, kena lanjutkan masa untuk Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Isu banyak.
Okey. Buya Hamka pernah berkata, “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.” Tan Malaka pula pernah menyebutkan dalam bukunya, Dari Penjara ke Penjara, “Berapa pun cepatnya kebohongan itu, namun kebenaran akan mengejarkan jua.” Izinkan saya akhiri penggulungan ini dengan dua rangkap puisi dari Sasterawan Negara, Usman Awang... “Siapa manusia yang tidak putus asa, Hiduplah udara baharu yang segar berkembang, Isilah dunia ini dengan keyakinan perdamaian, Hembuskan nafas pada malam yang lena. Siapalah manusia yang pernah berkhianat, Jadilah debu yang terbang mengakhiri hayat, Duniamu tenggelam bersama patung-patung usang, Di cermin hidup ini wajahmu telah menghilang.” Sekian, terima kasih.
Hidup Menteri! Menteri Pendidikan hidup!
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Seterusnya saya ingin menjemput Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi untuk berbahas dan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepanjang empat hari perbahasan Belanjawan 2019. Izinkan saya sekarang untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tersebut. Saya ingin bermula dengan Yang Berhormat Rembau yang telah membangkitkan satu dua perkara. Pertama, Yang Berhormat Rembau telah membangkitkan dakwaan kononnya peruntukan pembangunan infrastruktur kemudahan asas luar bandar kini diturunkan sehingga RM36 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Rembau, dakwaan itu memang tidak benar sama sekali. Fakta adalah fakta, kita boleh sahkan dalam buku-buku dan dokumen. Di bawah Belanjawan 2019, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diperuntukkan sebanyak RM5.42 bilion untuk belanja pembangunan sahaja. Itu merupakan peningkatan sebanyak 40.11 peratus iaitu RM1.56 bilion berbanding peruntukan tahun 2018. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.39 bilion diperuntukkan bagi infrastruktur asas luar bandar. Ini merupakan peningkatan sebanyak 15.74 peratus iaitu RM326 juta berbanding peruntukan tahun 2018. Yang Berhormat Rembau juga ada memohon penjelasan kenapa peruntukan kepada MARA kononnya, sekali lagi, dikurangkan lebih 50 peratus daripada RM3.5 bilion pada tahun 2018 kepada RM1.3 bilion sahaja untuk tahun 2019. Ini akan memberi kesan kepada penajaan pelajar MARA. Ini pun merupakan satu tanggapan yang memang tidak tepat. Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar sudah jawab selepas dakwaan ini dapat liputan luas. Sudah jawab dalam media, tetapi saya terpaksa jawab juga dalam Dewan yang mulia ini supaya jawapan kita ada rekod. Saya ingin memberitahu Yang Berhormat Rembau bahawa jumlah keseluruhan yang diumumkan kerajaan kepada MARA adalah berjumlah RM3.65 bilion dengan pecahan RM1.3 bilion untuk belanja mengurus, manakala RM2.35 bilion untuk
belanja pembangunan. Angka RM1.3 bilion yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu hanyalah merujuk kepada belanja mengurus sahaja. Juga untuk makluman Yang Berhormat, dalam Belanjawan 2019 ini, wujud penstrukturan semula belanjawan MARA di mana peruntukan bagi Program Penganjuran Pelajaran MARA sebanyak RM2.057 bilion telah dipindahkan di bawah belanja pembangunan.
Ini berbeza daripada tahun 2018, di mana penyaluran peruntukan bagi program terbabit diletakkan di bawah belanja mengurus. Jumlah RM2.057 bilion ini adalah mencukupi untuk membiayai keperluan penajaan pelajaran seramai 54,000 orang pelajar di dalam dan luar negara untuk tahun 2019. Saya beralih sekarang kepada Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Sik ada bertanya...
Yang Berhormat Menteri, dari segi MARA.
Saya jawab Yang Berhormat Rembau. Saya ada masa sangat terhad. Saya mohon meneruskan...
Saya hendak tanya tentang MARA tadi.
Tapi soalan daripada Yang Berhormat Rembau, saya sudah jawab Yang Berhormat Rembau, saya hendak jawab dengan...
Akan tetapi...
Saya ada banyak soalan.
Tadi pun Yang Berhormat Menteri sudah bagi peluang.
Sila, secara ringkas Yang Berhormat Bera.
Buat secara ringkas Yang Berhormat Bera, silakan.
Saya difahamkan untuk dana pinjaman bagi usahawan kecil, usahawan di bawah MARA, dahulu kerajaan lama mendapat RM100 juta tetapi saya difahamkan tahun ini telah pun dikurangkan kepada RM56 juta. Jadi saya hendak tahu dari segi Yang Berhormat Menteri. Adakah untuk bajet tambahan akan datang ini Yang Berhormat Menteri hendak memohon tambahan sebab kalau tidak, RM56 juta tidak mencukupi untuk usahawan-usahawan Melayu dan bumiputera yang bergantung kepada pinjaman MARA.
Terima kasih atas soalan tambahan tetapi itu lain tajuk daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau, dibangkitkan dengan belanja untuk biasiswa dan pelajaran. Akan tetapi saya akan jawab, tiada masalah, kita akan jawab secara bertulis. Saya beralih kepada Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik bertanya tentang baik pulih rumah-rumah rakyat yang daif di Parlimen Sik. Yang Berhormat Sik ada kah?
Yang Berhormat Sik tidak ada.
So, saya mohon jawab secara bertulis. Sekarang saya jawab soalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai yang bertanya tentang bayaran elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Yang Berhormat Bagan Serai ada?
Ada.
Baik. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan serai, kementerian telah menerima maklumat pelantikan anggota MPKK negeri Perak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 24 Oktober 2018. Oleh itu, pihak kementerian akan melaksanakan proses penyaluran peruntukan elaun MPKK termasuk kepada MPKK negeri Perak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada minggu ini, agar pembayaran dapat dibuat kepada anggota MPKK yang telah dilantik selewat-lewatnya pada akhir November 2018. Sekarang saya beralih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Adakah?
Tidak ada.
Yang Berhormat Kinabatangan bertanya tentang – dia cadangkan supaya mewujudkan bank data bagi keperluan pembangunan di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, sebab ini adalah isu dasar, saya memohon jawab ini untuk pengetahuan semua.
Boleh.
Untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan dan Dewan yang mulia ini, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kerjasama KPLB telah membangunkan satu pangkalan data kampung iaitu Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional atau SPKPN yang bertujuan sebagai satu pangkalan data profil kampung yang komprehensif dan menjadi rujukan utama peringkat nasional. Data yang dikumpul adalah mengikut kampung yang merangkumi maklumat kemudahan kampung aktiviti ekonomi dan demografi penduduk dan sebagainya. Data yang di kumpul juga adalah lengkap dengan maklumat daerah, Parlimen, DUN dan mukim. Melalui pangkalan data ini, pencapaian dan keperluan pembangunan seperti berapa jumlah kilometer, jalan raya yang perlu dibuat, berapa kampung yang tidak ada bekalan air bersih dan elektrik di sesebuah kawasan Parlimen dan daerah akan dapat diketahui. Setakat ini, pihak kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah sedang dalam proses pengemaskinian data sistem ini dan ini akan ambil masa yang agak lama sebab melibatkan hampir 17,000 buah kampung di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pangkalan data profil ke kampung ini akan dapat diguna pakai setelah selesai proses pengemaskinian data tersebut. Sekarang saya pergi kepada Yang Berhormat Limbang yang bertanya tentang Kompleks GIATMARA Limbang. Dia memohon Kompleks GIATMARA Limbang dibina segera dan asrama sementara GIATMARA Limbang di naik tarafkan. Yang Berhormat Limbang ada?
Yang Berhormat Limbang ada.
Untuk makluman Yang Berhormat Limbang, permohonan pembinaan bangunan GIATMARA Limbang Sarawak telah diluluskan dalam RMKe-11 RP4 tahun 2019 dengan peruntukan berjumlah RM10 juta. Proses pembinaan bangunan ini bermula dengan penyediaan ringkasan projek yang akan dimulakan pada awal Disember 2018 dan berakhir dengan penyerahan bangunan yang dijangkakan siap pada akhir Mac 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar GIATMARA adalah tidak menyediakan asrama kepada pelajar GIATMARA. Walau bagaimanapun, kemudahan transit disediakan kepada pelatih yang jauh dalam satu buah rumah yang disewakan. Bagi memastikan keselesaan pelatih Giat Mara Limbang, rumah transit ini yang sedia ada akan dilengkapi dengan peralatan asas dan senggara kecil mengikut kemampuan kewangan yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada bulan hadapan iaitu Disember 2018.
Thank you Yang Berhormat Menteri.
Baik. Yang Berhormat Limbang juga membangkitkan mengenai status projek Jalan Meritam, Telahak, Buang Abai fasa 2. Boleh saya bagi jawapan bertulis? By hari rabu untuk menjimatkan masa.
Okay, thank you. No problem.
Okay, by Wednesday it will be on your table. Saya beralih Tuan Yang di-Pertua, kepada soalan daripada Yang Berhormat Kota Samarahan dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol. Ini berkaitan. Mereka bertanyakan status projek rumah PPRT dan program peningkatan pendapatan. Mana-mana yang ada? Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Jempol?
Yang Berhormat Kota Samarahan ada.
Kota Samarahan.
Baik. Untuk makluman kedua-dua Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT. Bagi membolehkan rakyat terutamanya golongan miskin dan miskin tegar luar bandar untuk mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa. Di bawah Belanjawan 2019, kerajaan telah peruntukan sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan program PPRT yang melibatkan RM77.4 juta untuk bina baru dan RM101.6 juta untuk baik pulih. Adalah dijangkakan bahawa seramai 10,305 keluarga akan menerima manfaat daripada program PPRT ini pada tahun 2019. Bagi program peningkatan pendapatan, kerajaan akan terus komited untuk membantu golongan sasaran luar bandar untuk meningkatkan pendapatan dan keluar daripada garis kemiskinan. Sebanyak RM7 juta diperuntukkan pada tahun 2019, peningkatan sebanyak RM2 juta berbanding RM5 juta bagi tahun 2018. Yang Berhormat Kota Samarahan juga bertanya berkenaan jumlah peruntukan bagi projek bekalan air dan elektrik luar bandar untuk negeri Sarawak secara keseluruhannya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah program bekalan air luar bandar negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM193.5 juta bagi tahun 2019 yang melibatkan 38 projek sambungan. Manakala untuk Program Bekalan Elektrik Luar Bandar atau BELB, negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM241.9 juta yang melibatkan 17 projek yang telah diluluskan yang merangkumi 11 projek sambungan dan enam projek baru. Sekarang saya beralih kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Batang Sadong yang bertanya tentang butiran mengenai Rural Electrification Scheme (RES) di Sabah dan Sarawak sebab ini melibatkan Sarawak saya minta dijawab.
Yang Berhormat ada.
Program bekalan elektrik luar untuk Sarawak pada tahun 2019 telah diluluskan peruntukan sebanyak– ini secara keseluruhan ya. Diluluskan sebanyak RM686.8 juta dengan pecahan seperti berikut, ini seluruh negara ya. Semenanjung dapat RM14.8 juta, Sarawak dapat RM241.9 juta, Sabah dapat RM430.1 juta.
Secara keseluruhan, ini adalah terdapat peningkatan peruntukan sebanyak 3.26 peratus berbanding peruntukan tahun 2018 di mana peruntukan ialah RM665.1 juta. Selain daripada itu, dianggarkan sebanyak 6,200 buah rumah akan menerima bekalan elektrik pada tahun hadapan. Yang Berhormat Puncak Borneo pun ada minta penjelasan. Yang Berhormat Puncak Borneo ada?
Ada.
Okey. Yang Berhormat Puncak Borneo telah memohon supaya permohonan untuk bekalan air terawat disegerakan di beberapa kampung di kawasan Kampung Petak, Kampung Bangau, Kampung Serdang, Kampung Munggu Kopi, Kampung Sebemban dan Kampung Tanah Putih. Untuk makluman Yang Berhormat Puncak Borneo, antara nama-nama kampung yang disebut tersebut termasuk di dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar kawasan Puncak Borneo fasa 2, Bahagian Kuching, Sarawak. Projek ini telah diluluskan pelaksanaannya di bawah RMKe-11 Rolling Plan Kedua dengan kos siling sebanyak RM129 juta. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka dan status projek ini adalah dalam proses pelantikan juru perunding yang dijangka selesai dalam suku pertama tahun 2019. Baik dan seterusnya, Yang Berhormat Puncak Borneo juga memohon untuk menaik taraf jalan Bau ke Kuching. Malangnya Yang Berhormat, projek ini tidak tersenarai di dalam senarai keutamaan kerajaan negeri yang telah diterima oleh KPLB. So, namun begitu sekiranya terdapat keperluan mendesak, dimohon Yang Berhormat untuk mengemukakan
keperluan tersebut kepada Kerajaan Negeri Sarawak sebagai senarai keutamaan dan pihak kementerian akan minta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk menjalankan siasatan tapak dan semakan kos sebelum dikemukakan kepada pihak EPU dan MEA untuk pertimbangan dalam Rolling Plan yang akan datang. Walau bagaimanapun, memang seperti biasa pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak EPU, MEA dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Yang Berhormat juga telah memohon supaya projek lampu jalan kampung di Puncak Borneo dapat disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) telah mula dilaksanakan di Parlimen Puncak Borneo sejak tahun 2009 di dalam fasa 3 dan sejak tahun 2017, sebanyak 800 unit LJK telah dipasang di 94 buah kampung di dalam Parlimen Puncak Borneo yang melibatkan kos pemasangan sebanyak RM591,000. Untuk tahun 2018, kerja-kerja tinjauan tiang elektrik yang bersesuaian untuk pemasangan LJK telah dilaksanakan oleh Kementerian Utiliti Sarawak (KUS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan kini dalam peringkat untuk dimuktamadkan. Pemasangan dijangka akan dimulakan pada bulan Disember 2018 sehingga tamat tempoh kontrak iaitu Februari 2019. Jadi kita akan melihat dalam tiga bulan ini. Saya alih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang yang memohon untuk pembinaan jalan luar bandar dari Nanga Mujong ke Rumah Tungku, Nanga Sebiro, Sungai Gaat sepanjang 74 kilometer. Yang Berhormat Hulu Rajang? Tak ada. Saya mohon jawab bertulis. Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai ada bertanya tentang Projek Jambatan Pasir Klang dan Jambatan Kuala Bertam.
Ada, ada.
Yang Berhormat Kuala Krai ada? Baik. Untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Krai, bagi projek membina jambatan antara Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir Klang, Kuala Krai, Kelantan telah diluluskan pelaksanaan di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM4 juta. Status terkini projek adalah dalam peringkat reka bentuk terperinci oleh pihak JKR. Projek ini dijangka dapat di tender pada bulan April 2019 secara tender terbuka dan untuk Jambatan Kuala Pertang, projek ini tidak ada dalam perancangan KPLB dan walau bagaimanapun, Yang Berhormat digalakkan kalau ini ada keperluan mendesak, buat permohonan seperti yang saya sebut tadi kepada Yang Berhormat Puncak Borneo.
Yang Berhormat, ada sedikit persoalan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu Jambatan Pasir Klang tadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat atas penjelasan. Cuma, Jambatan Pasir Klang ini dia menyeberangi Sungai Kelantan. Jadi dengan kos Yang Berhormat sebut RM4 juta, adakah peruntukan yang berjumlah disebut seperti itu mencukupi kerana menyeberangi Sungai Kelantan. Jadi, itu soalan sayalah. Terima kasih.
Terima kasih atas maklumat yang disampaikan tadi Yang Berhormat. Saya akan rujuk ini kepada pegawai kementerian dan kita akan jawab secara bertulis. Saya alih kepada Yang Berhormat Libaran sekarang yang bertanya tentang projek menaik taraf Jalan Dandulit dan Projek Jalan Kampung Semawang ke Kampung Kuala Gong- gong di kawasan beliau. Ada Yang Berhormat Libaran hadir?
Yang Berhormat Libaran? Tak ada ya.
Tak ada? Saya mohon jawab secara bertulis. Dia bangkit beberapa soalan tetapi semua akan dijawab secara bertulis. Sekarang saya alih kepada Yang Berhormat Mas Gading.
Ada.
Baik. Yang Berhormat Mas Gading tanya dan memohon supaya dipercepatkan Projek Jambatan Kampung Selampit dan jalan ke Kampung Kendaie di Lundu. Untuk makluman Yang Berhormat, projek Jambatan Selampit di Bau, Sarawak telah
diluluskan pelaksanaan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-11 tahun 2017 dengan kos keseluruhan sebanyak RM10 juta. Status semasa bagi projek ini adalah di dalam peringkat reka bentuk dan sedang dalam proses bagi mendapatkan kelulusan kenaikan kos siling tambahan sebanyak RM20 juta daripada EPU dan MEA kerana terdapat perubahan skop. Jadi kos terkini projek ini adalah sebanyak RM30 juta dan projek ini dijangka akan ditender terbuka pada bulan Oktober 2019. Kelewatan ini berlaku kerana melibatkan perubahan skop yang memerlukan kepada reka bentuk semula daripada skop asal yang melibatkan pembinaan jalan sepanjang 2.8 kilometer dan jambatan sepanjang 200 meter berbanding skop asal jambatan iaitu sepanjang 100 meter. Projek membina Jalan Kampung Kendaie, Lundu Bahagian Kuching telah tersenarai dalam senarai keutamaan negeri Sarawak dan akan dipohon pelaksanaannya di bawah Rolling Plan yang akan datang. Walau bagaimanapun, kelulusan projek itu adalah bergantung pada EPU dan MEA dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa negara. Sekarang saya alih kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai tak ada. Yang Berhormat Padang Serai tanya tentang peruntukan projek jalan luar bandar dan lampu jalan kampung disalurkan ke Parlimen beliau. Saya mohon menjawab secara bertulis. Yang Berhormat Sri Aman yang bertanya tentang status projek Jalan Balau ke Banting. Yang Berhormat Sri Aman? Tak ada. Okey.
Tak ada.
Saya akan hantar jawapan bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya alih sekarang kepada Yang Berhormat Baram yang memohon supaya kerajaan membina jalan daripada Pekan Lampuk ke Hulu Tinja menuju ke Long Jagan dan ke Long Sobing dan Long Atun serta ke kawasan Apau Nyaring dan jalan daripada Long Lama ke Long Bedian, Long Seridan. Yang Berhormat Baram tidak hadir, so saya mohon jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Saratok. Yang Berhormat Saratok memohon supaya kerajaan mempertimbangkan semula pembinaan Jalan Bajau, Kupang...
Yang Berhormat Saratok pun tidak ada ya?
Yang Berhormat Saratok tidak ada kan?
Tidak ada. Tidak ada.
Okey, saya akan menjawab secara bertulis. Yang Berhormat Lubok Antu, memohon agar kerajaan menaik taraf Jalan Ulu Skrang serta membina Jalan Ulu Engkari di Lemanak. Tidak ada?
Yang Berhormat Lubok Antu tidak ada.
Saya mohon menjawab secara bertulis.
Ada. Yang Berhormat Lubok Antu ada.
Oh! sorry.
Ada, di belakang.
Oh! Okey. Minta maaf. Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Antu, Projek Jalan Ulu Skrang, Lubok Antu, Sarawak, fasa 2, sedang dalam peringkat pelantikan perunding oleh JKR Sarawak dan dijangka akan ditender terbuka pada bulan Julai 2019. Manakala, cadangan Projek Jalan Ulu Engkari, Lemanak, tidak tersenarai dalam senarai keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak yang telah diterima oleh KPLB. Kalau Yang Berhormat Lubok Antu ada keperluan mendesak dimohon Yang Berhormat untuk mengemukakan cadangan ini kepada kerajaan negeri untuk tindakan susulan. Saya beralih kepada soalan daripada Yang Berhormat Petrajaya, yang membangkitkan beberapa perkara mengenai KEMAS, MPKK dan projek pembangunan
infrastruktur luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membaca ini sebab ini adalah relevan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Silakan.
Pertama, Yang Berhormat Petrajaya memohon penjelasan berkenaan pengurangan Bantuan Makanan Tambahan KEMAS. Untuk makluman Yang Berhormat Petrajaya, di bawah Belanjawan 2019, KEMAS telah diperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi Program Bantuan Makanan Tambahan. Jumlah peruntukan yang diterima pada tahun 2019 ini adalah mencukupi kerana pakej pemakanan bernutrisi iaitu kismis, susu dan telur untuk setiap kanak-kanak mengikut saranan Kementerian Kesihatan telah terkandung di dalam menu sedia ada Program Bantuan Makanan Tambahan di Tabika KEMAS dan Taska KEMAS yang disediakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Selain daripada itu, Yang Berhormat Petrajaya juga membangkitkan mengenai elaun pemimpin masyarakat di Sarawak yang dikatakan telah dihentikan dan ditanggung sekarang oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian tidak pernah berhasrat untuk memberhentikan pemberian elaun kepada semua anggota MPKK di seluruh negara termasuk di negeri Sarawak. Isu pembayaran elaun MPKK ini, telah dibincangkan pada mesyuarat penyelarasan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan Exco Luar Bandar Negeri. Mesyuarat ini dinamakan MEXCLUB. Pada 30 Julai 2018, yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Penggal 1, akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2018 dan akan tamat pada 31 Disember 2020. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pembayaran elaun, pihak kerajaan negeri perlu mengemukakan senarai pelantikan anggota MPKK kepada KPLB pada atau sebelum akhir September 2018. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembayaran elaun kepada Pengerusi MPKK yang dikenali sebagai Ketua Kaum di Negeri Sarawak bermula pada Jun 2018. Namun begitu, pihak kementerian telah melaksanakan penyelarasan semula bersama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak agar pembayaran elaun pengerusi MPKK Negeri Sarawak akan dibiayai oleh kementerian bermula pada Oktober 2018. Seterusnya, Yang Berhormat Petrajaya bertanya pula mengenai peruntukan untuk bekalan elektrik luar bandar bagi negeri Sarawak yang telah berkurangan pada tahun 2019 serta status terkini bekalan elektrik luar bandar di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurangan bagi tahun 2019 ini, memang ada pengurangan. Akan tetapi, alasannya ialah ini disebabkan kebanyakan projek yang dilaksanakan pada peringkat awal RMKe-11 iaitu pada tahun 2016 telah siap atau di peringkat akhir pelaksanaan pada tahun hadapan. Ini yang mana, unjuran peruntukan juga adalah rendah. Di samping itu, sebanyak enam projek baharu akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan keperluan peruntukan bagi kerja-kerja awalan adalah rendah. Sehubungan dengan itu, keperluan peruntukan bagi negeri Sarawak pada tahun 2019 adalah yang paling rendah berbanding dengan tahun 2018 yang mana...
Minta Tuan Yang di-Pertua...
Nanti, biar saya habiskan jawapan dahulu.
Sudah habis, berikan saya sedikit.
Memang saya akan bagi.
Saya cuma mahu tanya ini je, apa ini – Saya sentuh beberapa perkara dalam...
Tidak diberikan laluan. Yang Berhormat Tumpat sila duduk.
Biar saya habiskan baca, kemudian saya berikan laluan.
Okey.
Saya bacakan sekali lagi ayat yang tadi saya berhenti. Sehubungan dengan itu, keperluan peruntukan bagi negeri Sarawak pada tahun 2019 adalah
lebih rendah berbanding tahun 2018 yang mana kebanyakan projek adalah di peringkat pelaksanaan dan persiapan. Ya, silakan apakah perkara yang...
Ya, silakan Yang Berhormat Tumpat.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang menjawab, yang menggulung. Saya ada beberapa perkara yang saya sebutkan dalam ucapan perbahasan saya baru-baru ini. Akan tetapi, tidak disentuh langsung oleh Yang Berhormat Menteri. Apakah Menteri bersetuju dengan semua apa yang saya sebutkan dan yang saya kemukakan dalam perbahasan tersebut?
Ya, Yang Berhormat Tumpat saya belum habis baca kesemua jawapan itu. Saya akan teruskan. Mungkin...
Masa sudah habis.
Belum, belum habis lagi.
Sila, secara ringkas Menteri.
Baik, secara ringkas sekarang. Oleh sebab masa sudah habis. Baik...
Setiu pun minta jawapan bertulis. Saya ada sebut tentang KPLB baru-baru ini.
Okey, tidak apa. Saya just habiskan – Saya mohon, just satu atau dua minit untuk habiskan.
Silakan, silakan.
Ini jawapan yang terakhir Tuan Yang di-Pertua. Baik, berdasarkan semakan yang telah dibuat bersama pihak Kementerian Utiliti Sarawak (KUS) dan Sarawak Energy Berhad, pada tahun 2016. Ini berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Petrajaya berkaitan...
Yang Berhormat Petrajaya tidak hadir, jadi berikan jawapan bertulis.
Ya, saya akan berikan kepada Yang Berhormat Petrajaya secara bertulis tetapi Yang Berhormat adalah?
Setiu belum dijawab.
Tumpat, Tumpat.
Oh! Yang Berhormat Tumpat.
Yang Berhormat Tumpat.
Yang Berhormat Tumpat ada apa-apa isu lagi? Secara ringkas.
Saya menyentuh mengenai peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini. Saya sentuh peruntukan terhadap MARA di bawah Pengupayaan Usahawan Desa yang berkurangan daripada RM3.5 bilion kepada RM1.3 bilion dan saya juga sentuh mengenai Jalan Perhubungan Desa di bawah perbelanjaan pembangunan yang berkurangan daripada RM143 juta kepada RM95 juta. Jadi, bagaimana kerajaan menguruskan kekurangan ini?
Baik.
Setiu, Menteri.
Saya mohon...
Menteri? Setiu ada sebut berkait dengan peningkatan peruntukan untuk jalan-jalan luar bandar kepada RM830 juta daripada RM764 juta untuk Bajet 2018. Untuk Bajet 2019, RM830 juta, peningkatan sebanyak RM66 juta. Jadi, saya ingin tahu tentang apa yang saya sebutkan dalam ucapan Kajian Separuh Penggal baru-baru ini berkait dengan jalan-jalan sempit di Setiu yang saya sebutkan nama kampungnya, Kampung Bukit Mundok, Kampung Kelulit, Sungai Las dan juga Bukit Aman.
Jadi, saya hendak tahu sejauh manakah kementerian mengambil berat tentang apa yang saya sebutkan ini?
Oleh sebab masa sudah habis, sudah tamat mungkin boleh berikan jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.
Baik, Tuan Yang di-Pertua. saya akan jawab pada Yang Berhormat Tumpat dan juga Yang Berhormat Setiu berkenaan dengan semua soalan yang ditanyakan tadi kita akan bagi jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, Tanah Merah ada tanya juga tentang status MRSM. Saya juga ada mohon tentang kalau boleh pelajar-pelajar luar bandar masuk ke MRSM itu kalau boleh dikurangkan. Saya hendak tahu cadangan itu bagaimana? Tentang MRSM Tanah Merah, apa statusnya? Kedua, tentang saya mohon pelajar-pelajar luar bandar, kemasukan ke MRSM kalau boleh dilonggarkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon juga dijawablah Yang Berhormat Tanah Merah secara bertulis. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas tentang isu-isu di bawah kementerian dengan penegasan bahawa KPLB amat peka dengan keperluan rakyat di luar bandar dan akan sentiasa berusaha untuk menaik taraf dan meningkatkan kualiti hidup bagi memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah masyarakat luar bandar selaras dengan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang telah dilancarkan oleh KPLB baru-baru ini yang bertemakan, “Luar Bandar Sejahtera”. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Belanjawan 2019 memberi tiga fokus utama dengan 12 strategi penting bagi mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi komited menjayakan fokus dan strategi tersebut demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menjana pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Saya ingin mengulas isu yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat Port Dickson, Ahli Yang Berhormat Jeli, Ahli Yang Berhormat Parit Sulong dan Ahli Yang Berhormat Kepala Batas mengenai pembangunan inklusif dan keutamaan kerajaan dalam meneruskan agenda bumiputera dan berkongsi kemakmuran secara adil. Untuk makluman Yang Berhormat Jeli, pembangunan inklusif merujuk kepada proses pembangunan sosioekonomi yang memberi manfaat kepada setiap rakyat yang meliputi kaum, gender dan kedudukan geografi. Kesejahteraan rakyat diutamakan melalui prinsip berasaskan keperluan, ketulusan, menyokong pertumbuhan dan kemapanan bagi mendukung dasar pembangunan inklusif. Pendekatan ini akan menyediakan peluang yang saksama kepada semua rakyat bagi memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi. Ini adalah selaras dengan prinsip no one left behind dalam Agenda 2030 bagi pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi mestilah dilakukan secara adil kepada semua rakyat mengikut keperluan masing-masing. Selaras dengan kepentingan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, pembangunan sosioekonomi orang Melayu dan bumiputera akan tetap menjadi agenda nasional.
Dalam hal ini, Tonggak 2 dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 11 telah memberi penekanan khusus kepada strategi memperkukuh komuniti ekonomi Bumiputera bagi memperkukuh keberkesanan institusi dalam program, memperkasa pendidikan dan modal insan, meningkatkan kawalan efektif dan kemapanan dalam pemilikan ekuiti korporat, meningkatkan pemilikan kekayaan serta membina Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) yang berdaya tahan dan mampan. Keutamaan dan penekanan baharu ini adalah bagi mendukung dasar pertumbuhan dengan ekuiti sekali gus menghapuskan jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik. Semua usaha ini adalah bagi memastikan agenda pembangunan sosioekonomi untuk Bumiputera yang mewakili hampir 70 peratus daripada warganegara Malaysia iaitu bersamaan dengan 20.07 juta orang pada tahun 2018 serta 71.3 peratus daripada isi rumah kumpulan B40 nasional yang juga adalah golongan bumiputera dapat diperkukuhkan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang akhirnya dapat dikongsi bersama semua rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, peranan agensi Bumiputera seperti TERAJU, MARA dan Ekuinas akan dikekalkan malah terus diperkukuh bagi memacu pertumbuhan agenda pembangunan Bumiputera. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Port Dickson bahawa semangat Dasar Ekonomi Baharu masih kekal relevan malah akan terus diperkasa melalui dasar baharu yang lebih strategik bersesuaian dengan keperluan semasa. Namun, masih terdapat ruang yang boleh ditambah baik terutama melibatkan kepentingan bumiputera serta kaum-kaum lain di Malaysia supaya proses pelaksanaannya telus dan mewujudkan daya saing meningkatkan produktiviti dan ekonomi baharu. Penekanan dan keutamaan baharu dalam KSP adalah berdasarkan keperluan yang mencakupi pelbagai dimensi. Penekanan khusus kepada keusahawanan dalam strategi memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera penting untuk pembangunan KEB yang berdaya tahan dan mampan termasuk mengubah minda usahawan bumiputera bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan. Kerajaan juga mengutamakan nilai moral dan etika yang baik seperti bekerja bersungguh-sungguh, berdisiplin dan berdikari untuk membina komuniti usahawan bumiputera yang mampu berdaya saing. Usahawan bumiputera juga digalakkan menjalin kerjasama dengan industri serta perkongsian antara usahawan bumiputera dan bukan bumiputera untuk mewujudkan perniagaan tulen. Program Pembangunan Usahawan Bersepadu akan terus dilaksanakan melalui peranan institusi bumiputera, syarikat berkaitan kerajaan dan organisasi pembangunan keusahawanan untuk menyertai industri strategik dan nilai ditambah tinggi. Selain itu, usaha akan terus diperkukuhkan untuk memastikan penyertaan berkesan usahawan bumiputera di sepanjang rantaian bekalan hingga menembusi pasaran global. Ahli Yang Berhormat Parit Sulong dan Ahli Yang Berhormat Kepala Batas minta dinyatakan berkenaan dasar bagi membantu orang Melayu dan apakah resolusi daripada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebahagian cadangan daripada resolusi kongres telah pun diberikan perhatian dalam hala tuju strategi dan inisiatif KSP. Antaranya: (i) menjadikan Kongres Bumiputera Nasional sebagai platform untuk memantapkan pelaksanaan resolusi; (ii) menstrukturkan semula agensi sedia ada supaya lebih efektif dan efisien serta bebas dari campur tangan politik; (iii) menubuhkan jawatankuasa tindakan khusus yang melibatkan kementerian dan agensi untuk mengkaji kesemua dasar dan akta di peringkat Persekutuan dan negeri; (iv) memperkasa agensi sedia ada untuk mengawal selia dan melibatkan diri dalam pembangunan tanah rizab Melayu dan tanah wakaf; dan (v) mewujudkan pangkalan data yang bersepadu atau pun integrated database dan boleh diakses daripada pelbagai agensi sedia ada menuju ke arah inisiatif data raya atau big data. Manakala cadangan resolusi yang lain sedang diperhalusi. Dalam hal ini, penetapan kementerian dan agensi yang bertanggungjawab menerajui pelaksanaan resolusi akan
dijajarkan dalam pelan pelaksanaan dasar KSP. Pelan pelaksanaan dasar tersebut telah mengenal pasti kementerian dan agensi untuk menerajui inisiatif strategi tertentu dengan milestone tertentu. Cadang resolusi ini juga merangkumi cadangan penubuhan satu struktur tadbir urus bagi menetapkan hala tuju agenda bumiputera serta menyelaras dan memantau isu dan pelaksanaan agenda bumiputera. Saya beralih kepada isu pengukuran kemiskinan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rembau. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri ke isu yang lain. Ini berkenaan dengan agenda bumiputera. Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Yang Berhormat Menteri Kewangan ada sebut antara langkah untuk menambah hasil negara, dicadangkan penjualan tanah milik kerajaan di bawah model kerjasama awam-swasta dan juga pelupusan aset kerajaan yang tidak strategik di dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan ataupun GLC.
Walaupun pelupusan dan penjualan itu mungkin dikendalikan oleh Kementerian Kewangan tetapi di sini ada satu peluang bagi golongan bumiputera dan juga agenda bumiputera dalam memastikan bahawa ada penglibatan daripada usahawan bumiputera dan juga institusi yang memegang amanah bumiputera seperti Yayasan Pelaburan Hartanah. Untuk memastikan bahawa mereka dapat memiliki tanah-tanah yang dijual oleh kerajaan dan juga aset-aset yang dilupuskan oleh kerajaan. Kalau sekiranya tidak ada kerangka strategi untuk memastikan bahawa ada pegangan bumiputera daripada tanah dan aset yang akan dijual dan dilupuskan ini, saya risau ini akan menambah kepada jurang pemilikan yang agak luas sekarang ini dan akan bertambah luas sekiranya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak ada strategi untuk memanfaatkan penjualan tanah dan aset ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Sementara kita ingin mempertahankan pegangan bumiputera dalam bentuk aset ataupun ekuiti dalam sesuatu badan itu, kita juga ingin memastikan apabila kerajaan mencadangkan untuk monetize those assets ataupun penjualan aset-aset yang tidak strategik ini, kita mahu kerajaan mendapat full value of those assets. Maka, proses yang harus kita lakukan ialah melalui tender terbuka ataupun proses terbuka supaya pulangan dan hasil yang diperoleh itu adalah menjamin pulangan maksimum yang dapat menampung keperluan seperti yang dihasratkan. Namun pada masa yang sama, saya bersetuju supaya pemilikan bumiputera itu juga harus diberikan perhatian oleh kerajaan. Dalam konteks ini, saya kira Ekuinas juga telah memainkan peranan dalam memastikan sebagai equity player dapat memiliki syarikat- syarikat sebagai sama ada syarikat bumiputera ataupun syarikat bukan bumiputera. Namun, sekiranya syarikat itu bukan syarikat bumiputera, pemilikan daripada Ekuinas itu dapat menjamin pegangan bumiputera. Dalam tempoh yang telah ditetapkan di antara tiga tahun hingga enam tahun apabila kita telah memberikan satu suntikan modal dan add value kepada syarikat yang berkenaan termasuk memastikan pengurusan tertinggi syarikat itu juga dikuasai oleh golongan bumiputera akhirnya kita dapat mengembangkan penyertaan bumiputera dalam syarikat- syarikat yang berkenaan. Namun, tanah-tanah yang ingin dijualkan seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 sudah tentulah tanah-tanah yang tidak lagi strategik, yang akan dikenal pasti walaupun modelnya adalah melalui kerjasama awam dan swasta namun kita mahu memastikan pemilikan bumiputera itu juga kekal dalam konteks pembangunan pemilikan ekuiti bumiputera. Jadi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rembau ini satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius sementara kita ingin menambah hasil negara, kita juga tidak boleh terlepas pandang tentang keperluan menjaga kepentingan bumiputera.
Saya dapati Yang Berhormat Kuala Nerus sudah masuk tadi tidak dapat. Saya beralih kepada isu pengukuran kemiskinan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus. Adalah kurang tepat untuk mengatakan bahawa pendapatan garis kemiskinan (PGK) merujuk kepada hanya keperluan minimum makanan semata-mata. Pada hakikatnya, PGK ini terdiri daripada dua komponen iaitu makanan dan bukan makanan. PGK bukan makanan mengambil kira keperluan minimum antaranya tempat tinggal, pakaian, pengangkutan dan alat komunikasi. Dalam mendefinisikan kemiskinan, isi rumah miskin merujuk kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada PGK keseluruhan. Manakala isi rumah miskin tegar pula merujuk kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada PGK makanan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, konsep pengukuran PGK adalah berasaskan kepada konsep pengukuran mutlak iaitu merujuk kepada jumlah pendapatan minimum yang diperlukan oleh isi rumah untuk kekal sihat dan aktif. Nilai PGK ini dikemaskinikan berdasarkan kepada pergerakan Indeks Harga Barangan Dalam Bakul PGK. Di samping itu, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi juga telah pun dibangunkan untuk melengkapkan lagi usaha kerajaan dalam menangani isu kemiskinan yang melibatkan empat dimensi tambahan iaitu selain daripada pendapatan, termasuk juga dimensi pendidikan, kesihatan dan taraf hidup. Pendekatan ini diguna pakai bagi menangani keperluan hidup isi rumah di bandar dan juga di luar bandar. Dengan pembangunan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ini, kita mengharapkan apabila program ataupun dasar baharu hendak diperkenalkan, ianya dapat menepati keperluan kumpulan sasar yang terlibat dalam program yang berkenaan.
Yang Berhormat Menteri, sikit. Terima kasih atas usaha baharu untuk mempelbagaikan dimensi dari PGK tadi. Cuma merujuk kepada miskin bandar, oleh sebab kos hidup mereka lebih tinggi kediaman mereka, kenderaan mereka, pendidikan mereka dan makan minum mereka, adakah akan dibuat satu penyelarasan berbeza antara miskin bandar dengan miskin di kawasan luar bandar?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Nerus. Perkara ini memang diberikan perhatian dalam merancang dan menggubal hala tuju dan strategi baru dalam KSP. Perkara ini memang diberikan perhatian yang serius kerana kita juga mengambil maklum kemiskinan bandar merupakan satu fenomena baru walaupun mereka berada di kawasan bandar tetapi kos sara hidup mereka jauh lebih tinggi daripada apa yang terpaksa ditanggung di luar bandar. Jadi perkara ini seperti yang saya sebutkan juga tadi, nilai PGK ini juga kita kemas kini berdasarkan kepada pergerakan Indeks Harga Barangan dan juga kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat pada hari ini.
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan. Depan, Klang, Klang.
Silakan Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa ahli ekonomi yang telah mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan untuk menukar Poverty Level Index (PLI) kepada RM1,500 daripada sekarang seingat saya fikir RM940. Ini adalah kerana RM940 tidak menggambarkan keadaan sebenar kemiskinan di Malaysia dan RM1,500 lebih memberi satu larger macroconcept gambaran yang lebih besar. So, adakah kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini? Kalau ya, apakah cara2 untuk menukar dengan secara cepat mungkin? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang yang memberikan cadangan yang progresif ini. Perkara ini memang satu perkara yang sedang dibahaskan kerana garis kemiskinan yang diguna pakai sekarang ini RM940 sudah tentulah tidak memberikan satu gambaran sebenar realiti keadaan di bawah. Yang Berhormat Klang sedia maklum ketika kita berada di negeri Selangor, perkara ini telah pun dibuat kajian yang menyeluruh dan kita pun telah menaikkan kepada RM1,500. Di peringkat Persekutuan saya dimaklumkan perkara ini memang sedang dalam perhatian dan sedang dibuat kajian secara menyeluruh kerana dengan pengenalan garis kemiskinan yang baharu ini ia akan memberikan kesan kepada dasar-dasar yang sedang berjalan pada hari ini.
Dalam keadaan suasana ekonomi yang agak ketat pada hari ini, sudah tentulah kita mengambil kira juga supaya garis kemiskinan yang sebenar yang memberikan gambaran realiti sebenar di bawah itu dapat dijadikan ukuran untuk memperkenalkan dasar-dasar baharu. Cuma saya tidak ada maklumat bilakah tempoh kajian ini akan disiapkan. Namun, saya akan dapatkan maklumat tambahan untuk diberikan kepada Yang Berhormat Klang.
Yang Berhormat Menteri.
Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat Klang itu adalah satu cadangan yang baik, yang harus diberikan perhatian dan tindakan segera oleh kerajaan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Lembah Pantai pohon laluan.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas kemenangan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Selamat menjalankan tugas. Soalan saya berkaitan dengan multidimensi dalam pendapatan garis kemiskinan ini di mana disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang isu kesihatan salah satu daripada aspek ataupun dimensi yang diambil kira. Memandangkan pada hari ini bukan sahaja kesihatan daripada segi fisiologi tetapi juga kita perlu mungkin mengambil pandangan bahawa kesihatan itu lebih daripada fisiologi tetapi termasuk juga kesihatan mental. Ini memandangkan saya lihat banyak daripada keluarga-keluarga yang tinggal di kawasan PPR mengalami tekanan yang pelbagai. Jadi saya pohon mungkin boleh dibuat satu kajian oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagaimana kita boleh menerapkan aspek kesihatan mental sebagai sebahagian daripada dimensi untuk perkiraan PGK ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya kira ini satu pandangan baharu yang cukup positif. Kita sedia maklum masalah kesihatan mental yang sedang merupakan satu fenomena baharu, kemurungan atas beberapa sebab sama ada masalah keluarga, masalah ekonomi, masalah-masalah yang berkaitan dengan isi rumah yang berkenaan dan sudah tentulah perkara ini perlu diambil kira dalam menentukan PGK dan juga indeks kemiskinan pelbagai dimensi. Saya akan meminta pihak EPU untuk mengambil perhatian cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai dan saya akan memberikan maklum balas yang lebih terperinci tentang usaha yang sedang kita jalankan termasuk pandangan Yang Berhormat sebentar tadi. Yang Berhormat Dungun, tidak ada. Yang Berhormat Kinabatangan, tidak ada. Yang Berhormat Arau tidak ada. Ketiga-tiga Yang Berhormat ini ada membangkitkan isu pembangunan wilayah. Maka saya mencadangkan untuk dibuat secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Puncak Borneo, ada.
Ada.
Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Kimanis telah membangkitkan isu jurang pembangunan wilayah yang ketara antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dan peruntukan pembangunan kedua-dua negeri tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk memastikan pengagihan peruntukan pembangunan yang lebih adil dengan keutamaan diberi kepada enam negeri termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Di bawah Rolling Plan Keempat Tahun 2019 Rancangan Malaysia Kesebelas, sebanyak RM9.35 bilion telah pun diperuntukkan bagi pelaksanaan projek
sambungan dan baharu untuk negeri Sabah dan Sarawak meliputi pelaksanaan pelbagai kemudahan infrastruktur dan utiliti. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dalam lawatan kerja saya ke Sarawak baru-baru ini di mana Kerajaan Negeri Sarawak akan meneliti keutamaan-keutamaan projek-projek infrastruktur yang akan diberikan perhatian dan kita akan pastikan peruntukan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tahun 2019. Ahli Yang Berhormat Pensiangan, Ahli Yang Berhormat Rembau, Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan dan Ahli Yang Berhormat Kimanis. Semua tidak ada. Membangkitkan isu royalti dan saya akan buat secara bertulis. Yang Berhormat Rantau Panjang ...
Ada.
Okey, dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Pasir Puteh. Kesemuanya Kelantan. Ini tentang royalti juga. Saya telah nyatakan dalam sesi yang lepas bahawa Kerajaan Persekutuan menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Kelantan melalui kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan bayaran tunai. Saya telah nyatakan, saya yakin tindakan ini akan mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam perundingan dan perbincangan yang seterusnya. Namun dalam semakan saya pada pagi ini, kita belum lagi menerima secara rasmi tentang permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menarik balik tuntutan tersebut dan saya berharap kerajaan negeri dapat bertindak segera supaya proses perundangan itu dapat kita tamatkan dan untuk memulakan rundingan secara positif. Saya melihat dalam perbincangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pun di Kelantan, perkara ini bukanlah satu halangan yang besar dan kita komited untuk menjayakan usaha murni di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Bukit Bendera...
Minta sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah, terima kasih di atas jawapan yang meyakinkan kita, insya-Allah supaya sistem federalisme dapat kita tegakkan dalam negara kita. Persoalan saya ialah saya bangkitkan dahulu ialah soal, apakah kerajaan berhasrat untuk mendaratkan gas dari Kelantan di Pantai Senak, Bachok yang telah pun dibayar sebenarnya pampasan kepada penduduk untuk pengambilan tanah dan pembangunan kawasan tersebut? Kalau ini dapat dipertimbangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya akan dapatkan maklumat yang terperinci oleh kerana perkara ini tidak dibangkitkan dalam perbahasan yang baharu ini. Saya akan meminta segera pihak Petronas untuk mengemukakan maklumat terperinci dan saya akan mengemukakan kepada Yang Berhormat dalam minggu ini juga saya kita dapat melihat bagaimanakah perkara ini dapat kita selesaikan dalam semangat muafakat. Terima kasih.
Ya.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Ayat menang pun, insya- Allah.
[Ketawa] Insya-Allah.
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas kejayaan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Saya melihat Yang Berhormat Menteri ini sebagai future Prime Minister. [Tepuk]
Tahniahlah.
Kalau Yang Berhormat sebagai Perdana Menteri ataupun sekarang berada dalam Kabinet, saya bangkitkan dalam perbahasan saya berkaitan dengan isu pendaratan. Ada tiga telaga minyak yang sangat hampir dengan Kelantan. Satu kawasan Joint Development Area (JDA), dengan izin yang itu sudah selesai didaratkan di Songkhla, Thailand. Kedua, Blok PM301 dan Blok PM302. Ini ke mana hendak didaratkan? Kalau ada peluang untuk kerajaan mempertimbangkan sebagai bakal Perdana Menteri untuk mendaratkan minyak yang berhampiran dengan perairan Kelantan ini di Kelantan. Adakah Yang Berhormat setuju kalau sekiranya minyak didaratkan di Kelantan, ia akan memacu ekonomi dan industri hiliran yang insya-Allah akan memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat khususnya di kawasan negeri Pantai Timur seperti Kelantan?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya hendak nyatakan di sini sama ada Blok PM301 dan Blok PM302 ini didaratkan di Kelantan ataupun sebaliknya, prinsip yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan ialah bahawa kita akan memberikan keadilan bagi membangunkan negeri Kelantan, insya-Allah. Ini telah pun dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Kajian Separuh Penggal baru-baru ini.
[Bangun]
Cuma secara spesifik cadangan dan saranan daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yang Berhormat untuk Blok PM301 dan Blok PM302 ini dapat dipertimbangkan supaya didaratkan di negeri Kelantan, saya pohon...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Keningau.
Sekejap sahaja Yang Berhormat. Saya hendak habiskan ini. Saya ingin pohon persetujuan Yang Berhormat supaya saya ingin mendapatkan maklumat yang terperinci dan dikemukakan kepada Yang Berhormat dalam minggu ini juga dan saya perlukan maklumat daripada Petronas. Ya, Yang Berhormat Keningau.
Terima kasih. Oleh kerana isu royalti masih dipertimbangkan, adakah terlintas dalam pemikiran Yang Berhormat Menteri untuk membayar eksport duti kepada Sabah yang terdapat di dalam Perlembagaan iaitu 10 peratus yang belum pernah dibayar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Keningau. Ya?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangat bergembira di atas jawapan Yang Berhormat, atas jaminan kerajaan untuk memberi hak rakyat Kelantan. Mungkin soalan saya ini kalau tidak jawab petang ini, jawab secara bertulis, tetapi saya sangat perlu maklumat ini. Setakat ini dalam pemerhatian pihak kerajaan, berapakah jumlah sebenarnya telaga minyak yang berada dalam kawasan perairan yang ter-hak di bawah kerajaan negeri Kelantan dan juga sebenarnya dari segi anggaran, berapakah royalti yang sepatutnya kerajaan Kelantan terima. Minta penjelasan.
Sedikit sahaja, tambahan sedikit. Tambahan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang tadi. Ada saya sebut dalam ucapan saya juga ialah mungkin Yang Berhormat kalau tidak bagi jawapan hari ini pun, untuk jawapan bertulis. Iaitu berapa kah anggaran tunggakan yang sepatutnya daripada dahulu lagi Petronas membayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan bermula daripada hasil minyak ini diambil ataupun diperoleh daripada telaga-telaga minyak di Kelantan. Terima kasih.
Izin saya respons kepada Yang Berhormat Kuala Krai dan juga Yang Berhormat Rantau Panjang yang membangkitkan isu-isu yang memerlukan statistik dan secara spesifik. Saya ingat lebih adil untuk Yang Berhormat mendapatkan maklumat yang tepat dan saya akan kemukakan secara bertulis. Kepada Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Keningau tentang cadangan tersebut, sebenarnya ini adalah sebahagian daripada usaha Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri baru-baru ini untuk menubuhkan jawatankuasa mengkaji Perjanjian Malaysia 1963, melihat semua perjanjian-perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembentukan Malaysia itu dapat dikaji dan dilaksanakan. Maka perkara ini saya akan bawa dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang telah pun dibentuk oleh Jemaah Menteri dan kita sedang menunggu tarikh untuk mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Perlu juga dikaji....
Yang Berhormat...
...Sebab ini di dalam Perlembagaan sudah. Hanya perlu dilaksanakan Yang Berhormat.
Itu betul, banyak perjanjian yang telah kita persetujui dalam pembentukan Malaysia itu tidak dilaksanakan. Jadi sebab itu jawatankuasa ini dibentuk untuk memastikan semua perjanjian ini mestilah dilaksanakan seperti yang telah diputuskan. Jadi jawatankuasa ini akan mengkaji dan akan memaklumkan kepada Yang Berhormat. Saya sudah tidak ada masa,
Yang Berhormat...
...Masa.
Boleh tidak?
...Yang Berhormat Kapit dahulu?
Melebihi masa.
Yang Berhormat selepas itu...
Saya dahulu. Sorry boss. [Ketawa]
Secara ringkas Yang Berhormat Kapit.
Ya, ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam perbahasan saya telah membangkitkan satu, saya buat usul. Saya mencadangkan supaya laporan kewangan Petronas dibentangkan setiap tahun di Dewan Rakyat ini sebab selama ini belum pernah. Jadi kalau boleh Yang Berhormat untuk menegakkan ketelusan dan integriti. Apa pandangan Yang Berhormat? Thank you.
Ya kita mengambil sikap yang telus dan terbuka dan saya mengambil maklum tentang saranan Yang Berhormat Kapit. Yang Berhormat Bera? Last one.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat ada jawapan saya terima kasih kerana tidak, beri bertulis. Saya ada bangkitkan sedikit sahaja tentang cadangan untuk meringankan bebanan kepada peneroka yang ketika ini harga buah sawitnya terlalu rendah sehingga RM260 hingga RM290. Kalau ditolak kos pengeluaran, hutang dan sebagainya, mungkin tidak tinggal apa-apa pun untuk mereka. Jadi saya mencadangkan Yang Berhormat kalau boleh seperti dahulu, kalau pendapatan mereka kurang daripada RM1,500, kita tangguhkan dari segi pembayaran hutang-hutang yang ada pada mereka sehinggalah sampai ke tahap RM1,500 dan mereka boleh continue dengan pembayaran balik hutang tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Kita masih meneruskan lagi Dasar Pendapatan Minimum Peneroka FELDA iaitu RM 1,000 sebulan. Sekiranya pendapatan peneroka itu rendah akibat kejatuhan harga sawit maka tidak ada sebarang pembayaran dalam tempoh yang berkenaan. Jadi itu satu cadangan, satu? RM1,000. Ini dasar yang sedia ada, dasar pendapatan minimum peneroka FELDA.
Cadangkan RM1,500.
Oh! Yang Berhormat Bera cadangkan RM 1,500, saya akan bawa kepada pengurusan FELDA. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, tinggal dua sahaja perkara iaitu tentang FELDA, saya akan kemukakan secara bertulis dan juga Yang Berhormat Jeli ada menyarankan supaya diadakan lebih banyak petunjuk ekonomi
dan sosioekonomi yang menggambarkan keadaan sebenar, juga saya akan kemukakan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya akan menjawab beberapa persoalan yang telah dibangkitkan dalam perbahasan dasar Bajet 2019. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 17 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan iaitu Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tanjong Malim, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Pontian. Ada lima perkara utama yang telah dibangkitkan oleh pembahas-pembahas daripada Dewan iaitu isu perumahan, isu perkhidmatan pembandaran, isu kebombaan, isu pengurusan sisa pepejal dan juga kerajaan tempatan. Untuk isu perumahan, saya sentuh yang dibawa oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang sangat concerned, yang sangat prihatin mengenai lokasi pembinaan rumah dan juga reka bentuk rumah mampu milik ya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, kerajaan amat prihatin mengenai isu-isu yang dihadapi oleh rakyat berkaitan industri perumahan negara. Sehubungan itu KPKT telah mengambil kira perkara yang telah dibangkitkan Yang Berhormat itu dalam Dasar Perumahan Negara 2018-2025. Kementerian telah menggariskan satu dasar, sebagai Dasar Perumahan Negara di bawah itu ada lagi satu sub iaitu Dasar Perumahan Mampu Milik Negara. Melalui dasar ini, Kementerian akan memastikan beberapa perkara bahawa: (i) memastikan perumahan yang berkualiti untuk semua di mana saiz rumah yang dicadangkan ialah 900 kaki persegi ke atas dengan tiga bilik; (ii) menyediakan rumah untuk generasi berkonsep dual key. Maknanya macam connecting room. Ada dua keluarga yang boleh berhubung antara satu sama lain; (iii) membina rumah mampu milik yang mempunyai kemudahan asas seperti sekolah, kedai, hospital dan lain- lain, berorientasikan kemasyarakatan seperti dewan komuniti, tadika dan kemudahan ibadah; (iv) menambah baik koordinasi di antara pembangunan perumahan dan pengangkutan untuk kualiti hidup yang lebih baik; (v) memastikan kejiranan yang berkualiti dan kohesi; (vi) harga rumah berdasarkan pendapatan dan mengikut lokasi; dan (vii) kementerian juga amat prihatin di atas pembangunan komuniti di kawasan-kawasan rumah mampu milik ini atau PPR ini, maka Kementerian di bawah Dasar Komuniti Negara mengadakan program-program mendayakan komuniti khususnya di kawasan-kawasan rumah mampu milik ini. Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Tanjong Karang telah membangkitkan isu unit rumah tidak terjual.
Yang Berhormat Menteri mohon, sebelum...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama kali saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Yang Berhormat Menteri di atas kemenangan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Selamat bertugas. Isu berkaitan dengan rumah mampu milik ini salah satu daripadanya, saya harap boleh diambil kira antara kejayaan ataupun masalah-masalah dihadapi di PPR, PPR yang telah dibina. Saya bagi contoh PPR di Seri Pantai, di mana warga DBKL sendiri memberitahu saya bahawa dari segi reka bentuk, bukan sahaja dari segi saiz tetapi dari segi reka bentuk di mana apabila kita masuk sahaja dalam rumah dia terus ke kawasan memasak sebagai contoh. Ada yang berkata tentang isu ini. Mungkin saya harap pihak kementerian boleh berikan satu guideline mengambil kira perkara ini. Kedua, berkaitan dengan yang saya lihat, mungkin dalam masa setahun selepas dibina tidak ada masalah. Akan tetapi bila kita lihat masalah sering berlaku 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun kemudian. Apakah perancangan yang akan― memandangkan garis panduan ataupun road map ini adalah bagi tahun 2018 ke 2025. Apakah perancangan yang lebih jangka masa lebih panjang daripada itu mengambil kira pertambahan dari segi penggunaan kereta persendirian dan lain-lain yang berkait dengannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Memang kementerian mengambil berat tentang design rumah yang ada. Dengan adanya luasnya rumah itu 900 kaki persegi maka lebih mudah untuk kita mereka bentuk rumah itu agar ia lebih selesa. Jadi kita ada banyak proposals yang telah datang kepada kementerian, yang telah membentangkan designs yang lebih menarik yang insya-Allah tidaklah sesempit itu, maka meletakkan dapur itu di depan pintu. Jadi, itu kita ambil kira. Kedua, isu mengenai maintenance. Maknanya pengurusan perumahan di kawasan rumah mampu milik atau rumah-rumah PPR ini. Memang KPKT masih lagi dalam perancangan secara serius untuk memastikan bahawa pengurusan rumah-rumah PPR ini akan dikawal selia dari pihak KPKT dan kami akan membantu penduduk-penduduk di kawasan PPR agar dapat mereka menjaga harta benda mereka, menjaga kebersihan mereka, menjaga keselamatan mereka dan juga menjaga kehidupan komuniti mereka melalui Dasar Komuniti Negara dengan program-program membudayakan komuniti. In the long term, dalam masa jangka panjang kita akan adakan satu lagi pendekatan yang lebih berstruktur yang mana kita akan membantu pengendalian rumah-rumah mampu milik atau rumah-rumah PPR. Seterusnya Yang Berhormat Larut dan Yang Berhormat Tanjong Karang pula membangkitkan isu unit rumah tidak terjual, apakah tindakan? Jadi untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang– saya ingat Yang Berhormat Larut tidak ada. Okey, Yang Berhormat Tanjong Karang boleh beritahu dengan Yang Berhormat Larut nanti. [Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat, kita insya-Allah KPKT dengan REHDA dan juga pemaju-pemaju akan membuat ekspo-ekspo perumahan bagi tujuan membantu untuk mendapatkan pasaran untuk rumah-rumah yang masih belum lagi terjual. Kita akan membuat hebahan melalui sistem TEDUH dan menambah baik akses pinjaman perumahan untuk meningkatkan pemilikan rumah melalui kaedah berikut. Insya-Allah, kita tengah juga dalam perancangan dengan Bank Negara dan insya- Allah akan dapat mendapat persetujuan dalam program ataupun dalam kaedah top-up fund yang mana bantuan pinjaman 10 peratus sebagai deposit rumah itu akan dikenakan dengan dua persen faedah bagi tempoh pinjaman 15 tahun. Jadi kalau kita bantu mereka 10 peratus, 80 peratus datang dari institusi kewangan swasta dan yang 10 peratus itu ia akan kemukakan oleh pembeli sendiri. So, satu lagi skim pembiayaan kewangan fleksi dan subsidize dengan kerjasama Bank Negara untuk menyediakan tempoh bayaran bayar balik pinjaman yang lebih panjang. Insya-Allah Bank Negara bersetuju untuk memanjangkan tempoh bayaran selama 40 tahun,
dipanjangkan dan kos kemasukan yang rendah serta kadar faedah yang lebih rendah daripada kadar biasa. Program rent-to-own juga kita mengambil satu kaedah, satu cara untuk membantu menyelesaikan rumah-rumah yang belum terjual itu dengan berbincang dengan developers agar mereka bersetuju sekiranya rumah-rumah yang masih lagi tidak terjual ini mengambil kaedah rent-to-own. Maknanya membolehkan pembeli-pembeli atau yang berminat untuk menyewa dahulu bagi tempoh lima tahun dan mungkin kemudian upgrade themselves dengan izin, untuk membeli property itu. Jadi dalam perancangan KPKT. Bagi menangani isu ketiadaan data penawaran dan permintaan yang tepat. Kita dapati bahawa ketika ini tidak ada satu data yang tepat yang boleh memberikan satu projection yang tepat mengenai permintaan rumah di masa akan datang dan ini mengakibatkan mismatch. Jadi KPKT sedang menguruskan satu big data management yang mana akan membantu kami untuk memberikan satu projection yang lebih tepat tentang the demand atau keperluan perumahan di masa akan datang. Seterusnya, isu harga rumah yang terlalu tinggi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Tanjong Malim. Yang Berhormat Kota Melaka ada? Ya, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih, saya hendak tanya dua. Pertama, fasal rent-to-own, hendak dapat kepastian yang rumah PPR di Kepong ataupun di Jinjang. Adakah konsep rent-to-own itu dilaksanakan ataupun telah diserahkan kepada bandar raya untuk mengurus? Saya dimaklumkan bandar raya tidak laksanakan dasar rent-to-own. Masalahnya ia terpaksa jual dan minta pinjaman melalui Yayasan Wilayah Persekutuan. Itu yang pertama. Kedua, skim baru FundMyHome ini. Ini di bawah KPKT atau di bawah Kementerian Kewangan?
Mengenai rumah PPR Kepong, Jinjang. Yang Berhormat Tanjong Karang saya belum lagi dapat meneliti kes ini. Insya-Allah kalau saya sudah dapat kedudukan saya akan menjawab secara bertulis. Akan tetapi, sekiranya rumah- rumah ini ada yang ditetapkan dahulu untuk melaksanakan rent-to-own, insya-Allah kita akan cuba lihat perkara ini dan melihat yang terbaik penduduk-penduduk di situ insya-Allah. Untuk FundMyHome saya akan jawab hujung daripada saya punya jawapan ini kerana isu itu adalah daripada Kewangan tetapi ia juga melibatkan Kementerian Perumahan. Saya sentuh di akhir jawapan saya. Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Tanjong Malim membangkitkan isu harga rumah terlalu tinggi. Jadi KPKT dengan Kementerian Kerja Raya bagi kaedah pembinaan melalui penggunaan sistem industri IBS. Ini satu cara yang kita dapati bahawa kalau kita mendapat volume untuk membina rumah-rumah mampu milik terutamanya, insya- Allah kos harga perumahan itu akan turun. Pendapatan kategori harga rumah berdasarkan pendapatan mengikut kawasan iaitu bandar dan luar bandar serta sejenis rumah di mana harga rumah di bagi kepada tiga kategori iaitu harga rumah yang di bawah RM150,000, RM150,000 ke RM300,000 dan RM300,000 ke RM500,000. Harga-harga rumah ini kita akan lihat berdasarkan kepada kadar pendapatan kawasan setempat itu. Kalau di Utara mungkin di Perlis, di Kedah, di kawasan-kawasan luar bandar mungkin harga rumahnya tidak boleh kita tetapkan mengikut harga rumah yang seperti di bandar. Jadi pembayarannya semula juga kita akan kajikan pendapatan setempat dalam kawasan itu. Pelaksanaan penyediaan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun seperti mana termaktub dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Insya-Allah kita akan dapat untuk mencapai manifesto ini dan perkara keempat yang boleh membantu untuk mengurang harga rumah adalah dengan pengecualian compliance cost oleh agensi-agensi kerajaan seperti TNB, TELEKOM dan Air. Itu satu perkara yang kita akan minta agensi-agensi kerajaan bertanggungjawab dan tidak dikenakan kepada pemaju dan kalau kena kepada pemaju, pemaju akan impose kan perbelanjaannya itu kepada harga rumah. Ya, Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih, kepada Menteri yang telah menjawab. Saya ingin meminta penjelasan mengenai dengan sistem yang baru IBS tersebut, berapakah harga rumah di banding dengan rumah konvensional yang ada pada ketika ini? Sebab yang kita lihat hari ini rata-ratanya ialah kerana kos sara hidup yang tinggi. Kalau mengikut kajian yang dibuat, mereka yang berpendapatan bulanan RM2,000, kalau kita
hendak mereka, mereka tidak ada simpanan, not even RM1,000 dengan izin. Ini mengikut kajian AKPK. Jadi bagaimana kita hendak bantu mereka daripada segi sebab hari ini harga rumah yang terlalu tinggi telah menyebabkan mereka tidak mampu hendak memiliki rumah.
Okey, sama. Saya hendak tanya sikit sahaja. Adakah Yang Berhormat bersetuju daripada pandangan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan bahawa pengecualian SST barang binaan boleh menurunkan harga rumah sebanyak 10 peratus?
Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan tentang isu harga rumah yang – saya sentuh dulu fasal Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang bertanya tentang SST.
Memang pada dasarnya, dengan pengecualian SST pada barang-barang pembinaan sudah tentu ada pengurangnya. Akan tetapi dari segi percentage nya saya tidak pasti sama ada ke tahap sepuluh peratus, mungkin tidak. Yang Berhormat Kota Melaka, please repeat your question, sorry saya...
Soalan saya, memandangkan sekarang isu yang utama ialah kerana harga rumah yang terlalu tinggi. Kalau kita mengikut kajian yang dibuat oleh AKPK, mereka yang isi rumah yang mendapat pendapatan bulanan RM2,000 lebih daripada 53 peratus, mereka tidak ada simpanan. Not even RM1,000. Jadi bagaimana kita hendak bantu golongan B40.
Sudah, sudah saya sudah catch balik your soalan tadi ya. Okey memang kajian daripada Bank Negara kalau RM3,000 ke bawah, mereka mampu untuk membeli rumah yang berharga RM170,000, yang ini RM2,000 ke bawah. Jadi KPKT telah dalam Dasar Rumah Mampu Milik Negara, KPKT telah merancang program- program transit home. Mereka menyewa rumah itu dulu, menyewa rumah sampai tahap 5 tahun dan kita boleh review balik sama ada mereka sudah bersedia untuk memiliki rumah itu. Dengan adanya tempoh masa yang kita beri 5 tahun itu, kita harap penghuni-penghuni rumah itu akan dapat memikirkan bagaimana mereka hendak merancang kedudukan kewangan mereka agar mereka boleh mencari deposit untuk rumah yang mereka duduk. Rumah 5 tahun yang mereka duduk itu, sewa itu kita boleh gunakan untuk deposit dia untuk dia beli rumah itu. Jadi ini adalah satu perkara yang kita telah perbincangan dalam persediaan iaitu dari transit ke rent to own and then lepas itu dia boleh milik rumah. So, it’s a graduation plan daripada kementerian. Selain daripada itu juga langkah-langkah mengekang kenaikan harga rumah juga KPKT laksanakan dengan memperkemaskan Cukai Keuntungan Harta Tanah yang mana mereka-mereka yang hendak jual rumah yang berharga RM200,000 ke bawah, kita tidak akan kenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Real Property Gains Tax (RPGT). So, kita juga menaikkan kadar duti setem untuk harga rumah yang dijual lebih daripada RM1 juta daripada tiga percent kepada empat percent dan kita juga menaikkan harga rumah jualan minimum rumah yang boleh dibeli oleh warga asing. So, kita mensyaratkan juga pemaju untuk mempamerkan ketelusan harga jualan hartanah secara telus dan terperinci termasuk semua manfaat insentif yang bakal diberikan kepada pembeli. Kita juga mewajibkan pemaju untuk melaporkan pembelian pukal yang melebihi empat unit hartanah dalam satu pemajuan oleh mana-mana individu dan kita juga mengeluarkan panduan mengenai loan to value. Bagi pembelian rumah ketiga dan seterusnya di mana pembeli hanya akan memperoleh pinjaman maksimum 70 peratus sahaja.
Tebrau... [Bangun]
Yang Berhormat Tanjung Karang juga sekali lagi membangkitkan isu mengenai meneruskan Program Rumah Transit Belia. Untuk maklumat Yang Berhormat Tanjong Karang, kementerian bercadang untuk teruskan Rumah Transit Belia ini yang sasarnya 10,000 unit di bandar-bandar utama seperti dalam masa tempoh lima tahun iaitu Rumah Transit Belia Mukim Batu, Rumah Transit Belia Mukim Kepong, Rumah Transit Belia Rawang yang semuanya berjumlah 8,400 unit rumah. Pihak KPKT...
Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tebrau mohon laluan.
Ya, Yang Berhormat Ampang. Saya hendak kembali kepada soalan yang awal sedikit. Kalau tidak ada jawapan hari ini, boleh bagi jawapan bertulis lah. Saya cuma hendak tahu, adakah KPKT ada statistik berapa permohonan untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik atau perumahan kerajaan, permohonan berapa adakah, berapa sudah diluluskan, berapa masih dalam keadaan menunggu dapat kelulusan yang terlama, tiga tahun dan ke atas? Terima kasih.
Ya Yang Berhormat Tebrau. Kami ada statistik, tetapi tidak ada pada saya sekarang. Insya-Allah, saya akan berikan statistik itu kepada Yang Berhormat Tebrau selepas apa ini, secara bertulis. Statistik itu telah kita gunakan untuk projection, plan projection untuk kita penyediaan rumah mengikut state, lokasi dan harga. Kita telah laksanakan itu, jadi insya-Allah saya akan berikan kepada Yang Berhormat Tebrau statistik itu. Tadi saya juga terlupa tadi Yang Berhormat Kota Melaka tentang harga rumah yang berapakah harganya. Saya hendak sebut tentang penggunaan IBS itu, bila kita guna IBS itu insya-Allah harga-harga rumah yang berharga dalam RM170,000 itu akan - kalau sekarang ini kita sudah ada rumah dalam harga RM130,000, ia akan turun ke sebanyak hampir 31 peratus dan ianya akan berharga dalam RM87,000. Itu provided that I can get the land from the state, ya dengan izin the land have to be offerred by the state and the compliance cost should be an exception. Ya, right.
Thank you.
Okey, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Pontian mencadangkan pembinaan program perumahan rakyat di kawasan masing-masing. Yang Berhormat Tebrau juga mencadangkan agar pemilihan kontraktor pembinaan perumahan dibuat secara tender terbuka. Pada masa ini, Yang Berhormat Putatan dengan Yang Berhormat Pontian, kita mengalu-alukan cuma ketika ini kita tidak dapat melaksanakannya. Jadi cuma kita hendak perlukan, Yang Berhormat Pontian dengan itu ada ke?
Yang Berhormat Pontian tidak ada. Yang Berhormat Putatan...
Yang Berhormat Pontian dengan...
Juga tidak ada ya.
Yang Berhormat Putatan.
Oh! Ada.
Yang Berhormat Putatan, so jadi kita harap Yang Berhormat Putatan juga boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri. Sekiranya kerajaan negeri boleh menawarkan tanah-tanah. KPKT telah menulis surat kepada semua Menteri- menteri Besar dan CM, untuk mencadangkan tanah-tanah yang sesuai untuk bina rumah- rumah mampu milik. So, jadi kalau Yang Berhormat Putatan berjaya untuk mendapatkan tanah yang strategik, yang besar, yang ada jalan, insya-Allah kita akan buat rumah untuk Putatan.
Okey ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Contohnya dalam bangunan Jabatan Perkhidmatan Bomba, KPKT telah membeli tanah yang dipunyai oleh individu kerana di kawasan Putatan ini adalah kawasan pinggir bandar. Bagaimana tindakan kerajaan kalau kita membeli juga tanah-tanah kepunyaan individu yang terdapat di Putatan selain daripada tanah-tanah yang boleh didapati daripada kerajaan negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat Putatan, sudah tentu kalau beli tanah daripada individu, harga tanah itu akan mahal dan ianya akan dikenakan dalam pembinaan rumah. Jadi kita tidak akan bersetuju, unless melainkan individu itu memberikan tanah itu percuma kepada KPKT and then kita boleh buat insya-Allah. So, jadi, tetapi walau bagaimanapun kemungkinan kita juga boleh berbincang untuk buatkan gabungan antara projek perumahan awam kita dengan projek swasta.
Boleh cross subsidi, boleh dibincangkan sekiranya individu yang mempunyai tanah yang berminat untuk buat rumah mampu milik ini, kita akan boleh buka pintu untuk berbincang lagi. Yang Berhormat Ledang meminta KPKT untuk membantu menangani isu projek Taman Perumahan SL Desa Pahlawan Kok Lanas Kelantan, yang ini yang ditimbulkan oleh KOBAT iaitu Kor Bekas Angkatan Tentera. Ini kalau diikutkan di bawah Kementerian Pertahanan, tetapi walau bagaimanapun KPKT telah melawat tapak itu dan kita telah berbincang dengan Kementerian Pertahanan dan beberapa tindakan yang telah kita ambil iaitu pendakwaan kepada pemaju dan mengeluarkan surat pengesahan projek tanpa lesen oleh pemaju. Insya-Allah, KPKT dan Kementerian Pertahanan telah adakan perbincangan 18 Oktober yang lepas dan kita akan cuba memikirkan bagaimana untuk membantu pembeli-pembeli rumah ini untuk mengatasi masalah mereka. So, Yang Berhormat Ledang tidak ada. Ingatkan Yang Berhormat Ledang ada tadi. Okey, seterusnya saya ingin menyentuh Yang Berhormat Kota Melaka juga sekali lagi membawa langkah yang berkesan untuk menyelamatkan projek PR1MA demi kebaikan rakyat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kota Melaka, selepas ratifikasi kita penyelarasan semua agensi perumahan telah dibawa di bawah satu bumbung KPKT termasuk PR1MA. So jadi PR1MA ini sekarang dalam situasi yang mana kami sedang melaksanakan due diligence sebelum KPKT mengambil alih sepenuhnya PR1MA ini. Ketika ini, projek-projek yang telah siap yang rumah-rumahnya masih tidak terjual lagi, kita akan cuba mencari kaedah-kaedah yang mana kita boleh menjual rumah-rumah ini agar kita tidak kerugian yang besar. Juga yang sedang dalam pembinaan, kita lihat untuk diteruskan tetapi yang selain daripada itu kita hentikan semuanya ketika itu.
Sekiranya kalau ada tanah-tanah ataupun projek-projek yang belum dilaksanakan tapi bersesuaian dengan dasar rumah mampu yang baru kita keluarkan ini di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ini, insya-Allah kita akan laksanakannya.
Boleh saya tanya sikit? Yang Berhormat Kuala Krai.
Yang Berhormat Kuala Krai.
Saya hendak tahu isu kedudukan semasa ataupun status semasa projek rumah PR1MA di Kuala Krai yang saya difahamkan projek ini telah pun diluluskan di peringkat Majlis Daerah Kuala Krai tetapi tidak tahu apa halangan yang menyebabkan projek ini tidak dapat diteruskan. Terima kasih.
Saya sebut tadi Yang Berhormat Kuala Krai segala rumah yang tidak bermula lagi pembinaannya, semua kita bekukan dahulu ya dan kita akan selaraskannya di bawah Dasar Rumah Mampu Milik. Jadi, sekiranya ada keperluan di Kuala Krai untuk membuat rumah dan ada tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri, kita boleh lihatkan perkara ini. Seterusnya...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kota Melaka bangun sekali lagi.
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya merujuk kepada negeri Melaka di mana terdapat 12 projek PR1MA telah dijalankan tetapi agak malang sampai hari ini satu projek pun belum siap lagi, tiada satu unit pun dan saya melihat apabila saya tinjau ada dua hingga tiga projek di mana mereka sudah tahap kemajuan kerja sudah lebih daripada 60 peratus. Jadi, barangkali saya minta supaya kementerian dapat melihat kepada beberapa projek ini yang di mana kerja siapnya sudah lebih 60 peratus ini. Kita hendak kementerian bantu untuk siapkan supaya ia dapat dijual kepada penduduk di Melaka.
Yang Berhormat Kota Melaka, mungkin saya hendak tambah sikit maklumat sini, ketika ini ada 130 projek yang melibatkan 129 ribu unit rumah sedang dalam pembinaan. Yang ini mungkin bawah kategori Kota Melaka lah ya. PR1MA Melaka sedang dalam proses rundingan lanjut dengan pihak pemaju untuk mencapai persetujuan bersama berkenaan tujuan pembangunan. So, yang ini memang kita tengah dalam perancangan dan kita hendak semak balik dan bincang balik dengan pemaju mana-
mana ada mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita adjust untuk meneruskan projek ini.
Jadi Yang Berhormat Menteri hendak tanya, adakah kementerian ada peruntukan yang khas untuk membantu dalam menyelamatkan projek-projek PR1MA ini. Saya menggunakan perkataan menyelamat kerana saya difahamkan banyak kontraktor yang tidak dapat bayaran mereka telah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pembinaan rumah PR1MA ini termasuk di Melaka.
Memang PR1MA sekarang sudah dialihkan kepada Kementerian KPKT. Sebab itu saya kata tadi kami sedang menjalankan satu kajian financial due diligence dulu then baru kita boleh tahu status yang terbengkalai, rumah, duit dan sebagainya dan kita akan prioritize yang mana yang harus kita laksanakan dahulu dan sebagainya. Kita faham tentang PR1MA ini. All right, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau tidak ada. Cuma Yang Berhormat Rembau tadi mungkin kalau Yang Berhormat Tanjung Karang boleh kasi tahu Yang Berhormat Rembau ya, Yang Berhormat Rembau tanya fasal isu pindah Rumah Mesra Rakyat. Jadi memang kementerian akan teruskan Rumah Mesra Rakyat ini, selaraskan dengan Dasar Rumah Mampu Milik. Yang Berhormat Batu, isu perbandaran, Yang Berhormat Batu. Ada.
Boleh mencelah sikit tidak.
Ya Yang Berhormat Pasir Salak.
Senyum lah sikit, sudah menang itu. [Ketawa] . Tahniah ya. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Ya sila.
Sekarang dengan perumahan rakyat ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kementerian untuk membantu banyak rumah di kampung ini, rumah-rumah lama, ia memerlukan baik pulih. Kalau sekiranya hendak buat baru, kosnya tinggi. Sebuah rumah sampai RM60 ribu, RM70 ribu ya. Kalau baik pulih mungkin dalam RM10 ribu, RM20 ribu boleh membantulah, membantu membaiki rumah-rumah ini ya. Kalau boleh dapat tahu perancangan.
Yang Berhormat Pasir Salak rumah kampung ini bawah pengelolaan Kementerian Luar Bandar ya. Bukan bawah KPKT.
Bawaklah ke kementerian, senang.
Kementerian Luar Bandar. Salah tempat hendak senyum. [Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, ada sikit. Saya hendak tahu adakah tadi disebut perumahan mampu milik tadi. Saya difahamkan sebelum daripada ini pihak kerajaan sebelum ini memberi subsidi untuk projek rumah mampu milik ini. Jadi, adakah kerajaan pada hari ini juga akan meneruskan dasar yang sama dengan subsidi peratus yang sama ataupun lebih. Macam mana?
Ini, kita– kaedah-kaedah perumahan, dasar- dasar itu kita akan cuba agar kewangan yang dikeluarkan daripada kerajaan akan lebih produktif. Jadi rumah-rumah yang disubsidi dahulu adalah dengan harga yang sangat tinggi dan kita rasa sangat tidak produktif. Jadi kaedah-kaedah baru yang akan kita perkenalkan seperti transit, rent-to-own, yang itu akan membantu mereka untuk mereka memiliki rumah ya. Masa sudah tamat, Cuma ada isu-isu Yang Berhormat Batu, pengurusan kos flat, kos rendah swasta, semua, I think saya boleh saya akan jawab secara bertulis.
Bertulis.
Ini dalam pengurusan tadi saya ingat saya sudah sebut pada Yang Berhormat Lembah Pantai bagaimana hendak menguruskan maintenance of the areas. Insya-Allah I think Yang Berhormat Batu pun sudah datang program UN Habitat waktu saya di Beringin, Rumah Pangsa Beringin. Then, saya ingat Yang
Berhormat Batu amat maklum tentang perancangan KPKT untuk mengambil alih pengurusan rumah-rumah PPR ini yang akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai. Akan tetapi perancangannya ambil masa kerana beberapa akta harus dipinda. Jadi kita cuma menjalankan aktiviti mendayakan program, mendayakan komuniti dahulu dan tahun depan kita akan melancarkan 20 program mendayakan komuniti ini di rumah-rumah PPR sebelum kita buatkan yang lebih, sebelum kita pinda akta dan melaksanakan yang lebih berstruktur. Jadi yang lain-lain ada.
Hendak tambah sikit. Peraturan last sekali.
Siapa?
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Padang Serai, last sekali ya. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan kalau boleh rumah-rumah didirikan itu mesti ada tempat parking kereta khas sebab memandangkan di Kuala Lumpur, saya pun susah hendak parking kereta. Tempat tidak ada. Pusing-pusing dua batu ini macam kena parking baru jalan kaki balik rumah. So, ini mahu ambil perhatian yang seriuslah. Kalau boleh rumah itu dibina sekali, kalau rumah bertingkat itu biarlah tempat parking sekali untuk sesuai untuk orang-orang letak kereta. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Alor Setar hendak tanya, adakah isu Alor Setar ada di dalam senarai jawapan. Isu yang dibangkit oleh Alor Setar ada. Alor Setar, Alor Setar, I sudah tidak ternganga sudah. Ada masuk? Mungkin terlepas pandang.
Soalan, tidak ada Yang Berhormat Alor Setar, mungkin soalan tidak relevan kot. [Ketawa]
Ada relevan. Boleh bagi sikit masa. Saya cuma bangkitkan dalam perbahasan.
Okey, boleh sebut. Nanti kita ambil note. Okey.
Dalam perbahasan saya ada bangkit isu fasal yang kita tidak ada kelulusan untuk RM1 bilion untuk Bank Negara fasal untuk pembelian rumah baru ini dan bawah rumah RM150 ribu dengan kepada Bank Negara untuk bagi guarantor kepada bank-bank itu dan saya bangkit isu ini kerana dalam zero-based budgeting kali ini kita kena review balik, kerja ataupun tugas yang lebih kurang sama adalah di bawah SJKP yang sebelum ini sudah ada syarikat jaminan kredit perumahan yang hendak menjamin supaya bank tersebut boleh bagi pinjaman kepada pembeli kali pertama. Termasuk juga yang RM2.5 juta kepada Jaga Mas Berhad yang katakan untuk pastikan supaya dapat menjamin bank untuk buat pinjaman. Isu saya bangkit waktu perbahasan adalah bank-bank yang dicadangkan untuk bagi pinjaman sebenar sama, adalah Bank CIMB, Bank Maybank, RHB Bank, semua ini bank bersangkut dengan GLC ataupun di bawah kerajaan. Maka, isu yang saya bangkit adalah sebenarnya beberapa polisi ini semua sama tujuannya. Apa masalahnya membebankan bank tersebut tidak boleh hendak pinjam. Maka kalau Yang Berhormat Menteri tidak ada masa hendak jawab, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya pernah tanya sebelum ini dalam Dewan, minta bank semua ini senaraikan statistik berapa permohonan yang pernah buat permohonan atas bank tersebut dan berapa yang sudah ditolak khususnya untuk permohonan rumah kos rendah dan mampu milik dan ada juga masalah di mana bank itu sengaja, hendak tolakkan, maka tidak masuk dalam senarai permohonan pun. Maka saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh dapatkan statistik dari setiap bank itu...
Okey, Yang Berhormat Alor Setar.
Maka kita boleh buat study.
Kita ada statistik. Statistik semua ada. Cuma nanti insya-Allah Kementerian Kewangan boleh menjawab tentang Jaga Mas dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya faham adalah dengan ada injection RM1 bilion ini
ianya akan membantu untuk permohonan-permohonan rumah-rumah mampu milik atau rumah-rumah kos rendah ini mendapat cagaran daripada guarantor, daripada Bank Negara agar mereka boleh memiliki rumah dengan tanpa meletakkan deposit.
Ya, sebenarnya cuma...
So, Jadi complication dengan cagar emas, dengan bank-bank itu nanti biar Kementerian Luar yang jawab.
Pihak kerajaan tidak ada masalah tetapi saya rasa bank ada masalah bank sengaja nak kurangkan. Maka bila pemohon mari ke bank dia bagi macam-macam alasan. Maka, kalau boleh kita minta beberapa bank yang di bawah ada shareholders sebagai kerajaan ini contohnya Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB Bank ini senaraikan sebenarnya berapa permohonan sudah dikemukakan kepada mereka dan berapa agaknya sebenarnya sudah diluluskan. Maka, kita boleh ujilah sejauh mana prestasi polisi ini dicapai. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Take note ya yang itu, insya-Allah. So, jadi saya just hendak sentuh sikit tentang FundMyHome Crowdfunding, Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila ambil perhatian.
[Dewan ketawa]
I hendak cakap fasal crowdfunding sedikit. Dia tengah berbual-bual dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Dia tidak dengar saya cakap nanti tanya lagi-lagi ‘kang’ masa sudah out sudah. Okey. Anyway, saya nak sentuh sikit walaupun itu adalah pembentangan di bawah Kementerian Kewangan tetapi ia have got to do with the housing KPKT. Saya hendak fahamkan sedikit FundMyHome ini atau P2P ini is just adalah satu option yang boleh digunakan oleh pembeli untuk menggunakan kaedah ini untuk mereka memiliki rumah. So, kaedah ini saya sebagai Yang Berhormat Menteri yang mendengarkan proposal ini saya rasa sangat interesting kaedah ini. Ia hanya memerlukan pada mereka- mereka yang tidak ada gaji tetap, pada mereka yang tidak ada bank akaun, mereka yang tidak ada pendapatan yang regular, yang stable maka mereka boleh gunakan kaedah ini atau sesiapa sahaja. Ini kerana untuk kaedah ini boleh membuat mereka untuk memiliki rumah is achievable kerana apa yang mereka harus lakukan? Kalau rumah itu harganya RM300,000 dia kena keluarkan deposit 20 percent iaitu RM60,000. Keadaan RM60,000 ini kalau you tidak ada bank akaun kah apa, you cari RM60,000 ini. Bukan untuk orang miskin tetapi untuk orang yang hendak rasa dia nak memiliki rumah dan ia mudah untuk dimiliki. Dengan dia bayar deposit 20 percent ini RM60,000 dia tidak payah bayar bulan-bulan selama lima tahun— okey. So, lima tahun tidak bayar yang 80 percent ini akan diinject oleh badan-badan kewangan institusi-institusi. Selepas lima tahun, kita dia review balik dan bila dia sign untuk bayar RM20,000 ini dia termasuk S&P semua pemilikan rumah itu dan unit itu ada. Semua ada agreement. So, lepas lima tahun kalau harga rumah itu naik dia boleh menggunakan investment dia yang RM60,000 itu untuk menjadi deposit untuk dia hendak miliki rumah itu dan kalau harga rumah itu naik dan jadi RM400,000 dia akan dapat berdasarkan 20 peratus daripada harga rumah yang baru ini, harga barulah harga yang meningkat ini. Jadi, kalau sudah RM800,000 dia pun dapat RM80,000. RM80,000 ini boleh gunakan untuk deposit kalau dia decided buat keputusan untuk own the house, jadi dia akan gunakan RM80,000 ini sebagai deposit pada bank outside then dia boleh bayar monthly to the bank ataupun dia nak teruskan program ini lima tahun dan seterusnya— boleh. Jadi, saya rasa ini adalah satu kaedah yang boleh memudahkan mereka untuk membeli rumah dan ini kita boleh digunakan kaedah ini untuk rumah-rumah yang tidak terjual dan rumah-rumah yang baru hendak siap pun kita boleh gunakan kaedah ini.
Boleh lagi kah ini.
Ya, satu soalan.
Yang Berhormat betullah cadangan itu yang baik tetapi apa berlaku lima tahun akan datang? Apabila sampai masa harga rumah juga harga pasaran dan dia tidak mampu beli at the end saya bimbang nanti bahawa cukup lima tahun dia tidak mampu beli maka matlamat kerajaan untuk pastikan rakyat memiliki rumah ini sukar hendak tercapai. Itu saja yang kita bimbang. Kalau dia mampu cari RM20,000 dia dapat RM20,000 tiba-tiba dapat RM60,000 kenapa dia tidak pinjam bank saja, misal kata lebih mudah daripada tunggu lima tahun, yang saya bimbang ini after lima tahun dia tidak mampu beli. Jadi, pelabur yang untung rumah ini.
Ini adalah satu program yang kita memberikan ekuiti kepada pemilik-pemilik rumah ini. Jadi kalau lima tahun, dia masih ada investment dia RM60,000 itu tetap dia punya duit. Kalau you sewa rumah you tidak milik rumah itu duit you habis untuk lima tahun you bayar tiap-tiap bulan RM1,200 kalau ikut mortgage you spend RM72,000. Then you can’t afford to buy the house, sorry dengan izin.
Boleh.
You can’t afford to buy the house then you’ll leave the property, you lose your RM72,000. In this case, your RM60,000 is always there. Kalau you hendak pull out, you take back your money. You want stay on, you go on. Itu dia kaedah dia. Okey, terima kasih. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam bahasan bajet KPKT terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri KPKT. Sekarang giliran Kementerian Pengangkutan, Yang Berhormat Menteri dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kita ada kekangan masa saya hanya akan menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir dalam Dewan yang mulia ini sahaja. Salam sejahtera dan selamat petang kepada semua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada 23 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menjawab mengikut isu yang pertama daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Lembah Pantai ada? Kalau Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada terus ke Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat Bagan Serai ada?.
Tidak ada.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai ialah parkir kenderaan di stesen pengangkutan awam. Berkenaan dengan infrastruktur pengangkutan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai iaitu parkir kenderaan yang tidak mencukupi di stesen-stesen pengangkutan awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam pihak pengendali perkhidmatan, pihak berkuasa tempatan atau pihak persendirian telah mengambil inisiatif menyediakan kemudahan park and ride di stesen- stesen kereta api dan terminal pengangkutan awam di Lembah Klang. Secara keseluruhan terdapat 23,247 tempat letak kenderaan disediakan di 60 stesen kereta api merangkumi perkhidmatan LRT 8,750 petak, KTM ada 2,470 petak di bawah seliaan KTMB dan MRT ada 8,069 petak, stesen ERL Salak Tinggi ada 1,031 petak, Stesen ERL Putrajaya Sentral ada 1,407 petak termasuk Terminal Bersepadu Selatan 1,520 petak. Bagi meneruskan ke saling hubungan antara stesen kereta api ke kawasan perumahan, sekolah, tempat komersial dan pekerjaan di Lembah Klang terdapat 58 laluan
bas pengantara yang menghubungkan 24 stesen MRT telah diperkenalkan sepenuhnya seiring pelancaran perkhidmatan MRT Sungai Buloh—Kajang iaitu untuk jawapan untuk Yang Berhormat Bagan Serai. Seterusnya saya hendak masuk kepada isu cukai jalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Yang Berhormat Hulu Terengganu ada? Kalau tidak ada saya akan bagi jawapan bertulis. Seterusnya, berkenaan dengan pas pengangkutan awam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Hulu Rajang pun tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, saya akan skip dan akan... [Disampuk]
Yang Berhormat, ini yang pas bulanan RM100 itu kah?
Yang Berhormat Lembah Pantai tadi sudah...
Tidak tetapi ada berkait juga.
Okey. Pas pengangkutan awam. Mengenai perincian pelaksanaan pas pengangkutan awam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang dan juga ada dibawa oleh Yang Berhormat Lembah, saya ingin memaklumkan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat bahawa pas pengangkutan awam yang akan diperkenalkan adalah pas 30 hari tanpa had perjalanan berharga RM100 dan RM50 yang boleh digunakan ke atas semua perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sendirian Berhad ataupun Rapid Rail dan Rapid Bus di Lembang Klang. Kalau RM100 ia dua, Rapid Rail dan Rapid Bus. Rapid Rail itu akan termasuk MRT, LRT, KL Monorail, BRT dan juga bas. Kalau RM50 ia hanya bas sahaja. Pas berharga RM100 yang dikenakan kepada pengguna pengangkutan awam adalah bernilai RM200 di mana baki RM100 adalah kos ataupun subsidi yang akan ditampung oleh kerajaan. Pas ini dapat digunakan secara tanpa had perjalanan selama 30 hari berturut-turut untuk semua perkhidmatan Rapid Rail termasuk LRT, MRT dan monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas termasuk bas pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid Bas di Lembah Klang. Manakala pas berharga RM50 pula sebenarnya adalah bernilai RM100 di mana baki RM50 adalah subsidi yang ditampung oleh kerajaan. Pas ini dikhaskan bagi penggunaan tanpa had perjalanan selama 30 hari berturut-turut ke atas semua perkhidmatan bas kendalian Rapid Bas di Lembah Klang. Memandangkan separuh daripada nilai sebenar pas- pas 30 hari tanpa had perjalanan ini adalah ditanggung oleh kerajaan, penggunaan pas-pas ini hanya dihadkan bagi warganegara Malaysia sahaja.
Oleh itu, pengguna hanya dapat melanggan pas-pas ini melalui kad MyKad atau MyTentera dengan fungsi Touch ’n Go. Pemegang kad MyKid pula boleh melanggan menerusi kad konsesi. Pemegang kad MyKad dan MyTentera boleh mula melanggan pas perjalanan ini sejurus selepas ia dilancarkan oleh kerajaan iaitu dijangkakan pada awal bulan Disember nanti. Manakala pemegang kad MyKid pula, hanya boleh membuat langganan bermula daripada 15 Disember 2018. Langganan boleh dibuat di kaunter yang boleh didapati di semua station LRT, MRT dan di hab-hab bas iaitu di Pasar Seni, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood Gombak, Seri Nilam Ampang dan Terminal Kajang. Pas ini merupakan pas 30 hari dan bukannya pas bulanan di mana tempoh 30 hari ini akan bermula dari tarikh penggunaan pertama. Jadi, dia bukan mengikut bulan tetapi mengikut 30 hari. Katakan kalau bulan Februari dia ada 30 hari cukup juga bukannya hanya bulan Februari sahaja. Sebagai contoh jika langganan pas ini dibuat pada 25 Disember 2018 tetapi hanya boleh digunakan pada kali pertama pada 4 Januari 2019, tempoh 30 hari ini hanya akan bermula pada 4 Januari 2019 dan tamat pada 3 Februari 2019. Pengguna akan diberi pilihan untuk mengaktifkan semula penggunaan pas selepas 30 hari secara automatic dengan izin, auto-renewal selagi baki kad masih mencukupi. Untuk memastikan baki kad mencukupi untuk langganan 30 hari seterusnya, pengguna boleh menambah nilai di mana-mana kaunter tambah nilai Touch ’n Go yang sedia ada seperti di kios Touch ’n Go, stesen minyak atau pun mesin ATM. Pas tanpa had perjalanan ini membolehkan pengguna membuat lebih banyak perjalanan menggunakan pengangkutan awam kendalian Rapid Rail dan Rapid Bus di Lembah Klang tanpa sebarang
tambahan kos. Sebagai contoh, pengguna yang tinggal di Kajang dan bekerja di KLCC, buat masa sekarang perlu berbelanja sekitar RM280 sebulan atau RM6.40 bagi perjalanan satu hala menggunakan Touch ’n Go iaitu RM5.40 bagi perkhidmatan rel dan RM1 bagi perkhidmatan bas pengantara. Dengan pas 30 hari berharga RM100 ini, beliau bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak lebih kurang RM180 setiap bulan, malah pengguna tersebut boleh membuat tambahan perjalanan menggunakan pengangkutan awam kendalian Rapid Rail dan Rapid Bus untuk tujuan lain seperti makan tengah hari dan sebagainya. Jadi, ini adalah satu kaedah untuk kita menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, seorang boleh beli berapa kad?
Seorang hanya boleh membeli satu kad iaitu mengikut Touch ’n Go. Okey.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, sila.
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana kita nampak memang jelas daripada apa yang telah dijawab Yang Berhormat Menteri tadi, memang dari segi penjimatan amat tinggi dan ini amat dialu-alukan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, selain daripada usaha melalui pas bulanan seperti ini, adakah pihak kerajaan mempunyai apa-apa perancangan untuk mengenakan apa-apa diskaun sebagai contoh yang menggunakan Touch ’n Go. Memandangkan banyak daripada facilities ataupun tol-tol dan juga parking sebagai contoh menggunakan aspek Touch ’n Go. Saya bagi contoh kalau di Singapura, kalau kita guna dia punya smart ini, dia akan diskaun. Akan tetapi kalau di sini tidak ada value add selain daripada kita membeli pas bulanan seperti ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri dan pihak kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Memang adalah hasrat dan dasar kerajaan kita hendak menggalakkan sebuah cashless society iaitu kita akan daripada semasa ke semasa, kita akan menggalakkan penggunaan kad ataupun penggunaan tanpa tunai. Memang benar bahawa penggunaan Touch ’n Go ini kita akan perluaskan ataupun apa-apa panel sistem yang lain. Umpamanya sekarang ini kalau dia pakai Touch ’n Go untuk BRT Sunway, dia akan ada lebihan diskaun. Begitu juga untuk mode-mode pengangkutan awam yang lain kalau dia pakai Touch ’n Go memang ada diskaun yang bertambahan. Jadi, memang betul bahawa dasar kita ialah kita hendak menggalakkan dan kita akan work-out tetapi itu secara general, tetapi untuk spesifik mungkin saya akan jawab secara spesifik nanti.
Seperkara lagi berkaitan dengan kalau kita tengok di salah satu daripada impediment dengan izin ya ataupun yang tidak membantu orang menggunakan Touch ’n Go untuk parkir sebagai contoh adalah charge 10 peratus yang dikenakan kepada pengguna. Kalau kita lihat sebagai contoh saya ambil contoh di Singapura, kalau kita guna dia punya sistem ada penjimatan bila kita gunakan sistem tersebut. Boleh kah pihak kerajaan pertimbangkan sistem yang sebegini supaya menghapuskan charge 10 peratus bagi tempat-tempat parkir seperti itu. Terima kasih.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai. Memang saya pun ada terima banyak pandangan seperti itu kerana penggunaan Touch ’n Go juga ada surcharge dia, 10 percent kalau untuk di tempat parkir. Memang itu satu perkara yang kita akan bincangkan dengan pihak Touch ’n Go dan kita akan cuba mengurangkan kos untuk pengguna-pengguna cashless ini.
Jadi, yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu pampasan AES yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas ada? Tidak ada ya Yang Berhormat Pasir Mas? Kalau tidak ada pun saya akan bagikan jawapan bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Sibu yang membangkitkan e-Bidding. Yang Berhormat Sibu pun tidak ada. Saya akan teruskan. Yang Berhormat Papar ada? Yang Berhormat Papar, okey terima kasih. Yang Berhormat Papar membangkitkan berkenaan dengan isu perkhidmatan kereta api Sabah dan cadangan pelaksanaan rig kereta api Sabah. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan pandangan daripada Yang Berhormat Papar mengenai perkhidmatan kereta api di Sabah. Namun begitu, berdasarkan kepada Senarai 2A tambahan kepada senarai negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, ianya telah menetapkan bahawa perkara-perkara berkaitan kereta api Negeri Sabah adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan komited untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Sabah membangunkan perkhidmatan kereta api di negeri Sabah. Buktinya pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM355 juta bagi projek pemodenan jangka pendek kereta api Sabah. Semasa pelaksanaan projek ini juga, KTMB telah turut sama terlibat dalam pemantauan dan memberi khidmat nasihat terutamanya dari aspek teknikal kepada pihak Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Seterusnya, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas juga, sebanyak RM101 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja naik taraf landasan kereta api di kawasan George Line iaitu stesen Halogilat ke Tenom. Perolehan tiga set dengan izin diesel multiple unit (DMU) dan kajian menaik taraf sistem semboyan dan komunikasi kereta api Negeri Sabah. Sehingga kini projek naik taraf landasan George Line dan perolehan tiga set DMU masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2019. Selain daripada pelaksanaan projek, Kementerian Pengangkutan turut bekerjasama dengan pihak JKNS dalam pembangunan modal insan dengan melibatkan pegawai-pegawai JKNS dalam beberapa program ICP dan kursus luar negara berkaitan perkeretaapian. Kementerian Pengangkutan menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah pada masa akan datang bagi meningkatkan perkhidmatan kereta api di Sabah. Namun begitu ianya tertakluk kepada keadaan kewangan negara. Berkenaan dengan cadangan pelaksanaan rig kereta api Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan cadangan pelaksanaan rig di atas tanah milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah bagi membolehkan JKNS memperoleh pendapatan yang bukan berasaskan kepada tambang dengan izin ataupun dikenali sebagai non-fare revenue. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan Senarai 2A tambahan kepada senarai negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak di dalam jadual ke sembilan perlembagaan persekutuan yang telah menetapkan bahawa perkara-perkara berkaitan kereta api negeri Sabah terletak di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, saya faham cadangan daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu iaitu kerana kita ada cadangan untuk menerbitkan atau pun mengadakan rig untuk lapangan terbang. Konsep yang sama juga boleh diguna pakai untuk kereta api tetapi ini perlu lah dibincangkan dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah. Ini kerana ia adalah di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri Sabah. Seterusnya pas pengangkutan awam di Sarawak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Petrajaya. Yang Berhormat Lanang ada? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat salah satu daripada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam. Antara lain manifesto ini telah menyebut bahawa kerajaan akan memperkenalkan di bandar-bandar besar di seluruh negara secara berperingkat skim pas pengangkutan awam yang akan membolehkan penggunaan pelbagai jenis pengangkutan awam dengan satu pas dan inisiatif tersebut akan dimulakan di Lembah Klang seperti yang saya jawab tadi. Kini, perkara ini sedang di teliti oleh Kementerian Pengangkutan untuk negeri-negeri lain. Sememangnya kementerian mempunyai perancangan untuk memanjangkan pelaksanaan perkara ini di Sabah dan Sarawak. Namun demikian, pada masa ini kementerian perlu memastikan agar pengusaha pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak bersedia
untuk menerima mode pembayaran tanpa tunai. Sebaik sahaja infrastruktur di Sabah dan Sarawak telah bersedia, kerajaan akan memanjangkan inisiatif ini kepada rakyat di kedua- dua negeri tersebut. Sebagai inisiatif permulaan salah satu penambahbaikkan yang akan dilaksanakan adalah bagi menambah baik sistem bas berhenti-henti di Sabah dan Sarawak bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di bandar. Skim dengan izin bagi yang dinamakan sebagai Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) yang telah dilaksanakan sebelum ini akan dikaji bagi menampung kos operasi operator bas di laluan yang tidak menjana keuntungan.
Saya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Yang Berhormat Lanang kerana apa yang kita perkenalkan hanya untuk Lembah Klang tetapi jangan lupa bahawa di Lembah Klang juga adalah penduduk-penduduk dari seluruh negara. Ada ramai juga anak-anak Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Lembah Klang. Mereka juga akan mendapat manfaat dengan pas pengangkutan awam ini. Walaupun ia hanya diperkenalkan di Lembah Klang tidak bermaksud hanya penduduk Kuala Lumpur atau orang Selangor sahaja yang akan mendapat manfaat ini. Rakyat daripada seluruh negara yang bekerja ataupun menetap dan juga belajar di Lembah Klang, mereka bakal menerima manfaat daripada pas bulanan tersebut. Namun begitu, untuk bandar-bandar yang lain, kita akan lihat bagaimana kita membantu dan kita cuba memperkenalkan pas itu secara berperingkat ke seluruh negara. Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua, lampu kenderaan HID dan kerusi keselamatan bayi yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lanang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan lampu kenderaan HID adalah tidak dibenarkan sama sekali. Lampu HID yang dipasang secara aksesori dengan izin retrofit dengan kuasa melebihi standard yang ditetapkan boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dan seterusnya akan memudaratkan pengguna lain. Mana-mana kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara accessory retrofit boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor 1959. Ia ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di atas jalan raya. Kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berkenaan dengan soalan berkaitan kerusi keselamatan bayi, saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020. Namun sebelum pelaksanaan dilaksanakan secara mandatori, pihak Kementerian Pengangkutan dan agensi yang berkaitan akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019. Perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi yang dirancang adalah sepatutnya pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan beberapa pihak yang berkepentingan dengan izin engagement bersama dengan stakeholder masih perlu dijalankan selain daripada memastikan bahawa kos kerusi keselamatan bayi adalah mampu milik kepada pemilik kenderaan serta kaedah pelaksanaannya. Kita komited untuk melaksanakan cadangan ini tetapi ia akan berlaku ataupun dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020. Yang Berhormat Jelutong. Tidak ada ya?
Minta penjelasan.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya tentang apakah had umur bayi yang perlu diwajibkan untuk kerusi keselamatan ini. Seperti yang saya tahu, di Singapura tiada had umur tetapi ketinggian bayi. Jadi saya ingin tanya sama ada ini akan dikaji. Terima kasih.
Ya, memang. Yang Berhormat Lanang, memang kita bukan melihat kepada umur bayi kerana dia akan melihat kepada berat dan juga ketinggian terutamanya ketinggian. Ada kanak-kanak yang mungkin kadang-kadang umur sudah tujuh atau lapan tahun tetapi dia tinggi. Tidak perlulah. Jadi dia lihat kepada ketinggian. Butir-butir itu akan kita beri secara detail apabila kita melaksanakan tetapi ia bukannya berasaskan kepada umur. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong tidak ada ya. Kalau Yang Berhormat Jelutong tidak ada, saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Taiping?
Ada.
Penambahbaikan gerabak dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan KTMB. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan cadangan daripada Yang Berhormat Taiping supaya bagi pihak KTMB menambah bilangan gerabak kereta api dan menambah baik kualiti perkhidmatan sedia ada. Dalam hal ini, kerajaan sentiasa berusaha bagi meningkatkan perkhidmatan kereta api bukan sahaja melibatkan KTMB malahan kepada semua perkhidmatan kereta api yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini KTMB memiliki 15 set electric train service (ETS) yang aktif untuk tujuan operasi. Jumlah set ini masih tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ETS di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, bagi menampung kekurangan set-set ETS sedia ada kerajaan telah meluluskan pembelian 19 tambahan ETS baru yang masing-masing dijangka tiba pada September tahun ini tetapi sebenarnya beberapa bulan lagi. Ada sembilan set. Keseluruhannya kita akan menjelang tahun 2021 semua set akan diterima. Sebelum September 2019, kita akan memperoleh sembilan set. Malah, saya telah pun diberikan taklimat ada satu set yang hampir siap dan kita boleh lancarkan tidak lama lagi. Akan tetapi kita memerlukan sekurang-kurangnya dua set baru sebelum kita melancarkan servis kerana kita bimbang kalau ada apa-apa masalah teknikal kepada set itu, tidak ada ganti. Jadi by early next year, kita akan lancarkan secara berperingkat.
Boleh tambah kelajuankah?
Tuan Yang di-Pertua, kelajuan itu dia antara 140 kilometer per jam hingga 160 kilometer per jam. Sekarang ETS kita ini medium speed. Ini kerana kita punya masalah landasan kita ialah metre gauge. Dia bukan standard gauge. Jadi metre gauge itu ada kekangan dari had laju. Saya kira kalau 140 kilometer sejam itu pun kira lajulah. Kalau kereta, had kita hanya 110 kilometer sejam. Dia lebih cepat daripada kereta. Jadi sementara yang kita mampu, kita pakai dulu ETS. Saya rasa itu pun adalah memberi satu perkhidmatan yang baik kepada rakyat di Malaysia terutamanya di negeri-negeri ataupun di bandar-bandar yang ada stesen kereta api. Bagi perkhidmatan kereta api antara bandar, KTMB telah menyediakan 12 perkhidmatan tren antara bandar yang melalui sektor pantai timur antara Gemas dan Tumpat menggunakan stor kereta konvensional iaitu lokomotif, coach dengan generating car. KTMB juga merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan dengan izin diesel multiple unit (DMU) di sektor pantai timur yang menggunakan 13 set DMU yang baru mulai suku ketiga tahun 2019. Perancangan perkhidmatan ini mengambil kira penerimaan 13 set DMU yang baru secara berperingkat mulai bulan Oktober 2018 sehingga bulan April 2019 serta tempoh masa bagi melaksanakan proses pengujian dan pentauliahan sebelum 13 set DMU baru ini boleh dibenarkan untuk beroperasi. Yang Berhormat Segamat ada?
Ada.
Okey. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat berkaitan dengan perkhidmatan ETS sektor selatan. Buat masa sekarang, pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru sedang giat dilaksanakan. Setelah projek ini siap sepenuhnya, perkhidmatan ETS akan mula diperkenalkan di sektor selatan. Sekarang ini kita sampai Gemas. Kalau selepas double track itu selesai, daripada Gemas ke Johor
Bahru akan diperkenalkan ETS. Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak kerajaan belum mempertimbangkan pembinaan Stesen Batu 6 disebabkan perkara-perkara seperti berikut. Pertama, berdasarkan rekod operasi KTMB sedia ada, Stesen Batu 6 yang asal adalah lokasi titik perselisihan antara tren naik dari JB ke utara dan tren turun dari utara ke JB di atas landasan tunggal sedia ada. Ketika tren berhenti seketika untuk perselisihan tersebut, tiada penumpang yang naik dan turun di Stesen Batu 6. Kedua, pemilihan lokasi untuk membangunkan stesen di dalam skop PLBEGJB adalah berdasarkan takupan dengan izin ridership, penumpang berdasarkan pembangunan pembandaran kawasan setempat, perkhidmatan tren yang akan ditawarkan dan lokasi stesen yang bersesuaian. Stesen-stesen baru atau sembilan buah stesen penumpang yang akan dibina di dalam skop projek ini adalah merupakan stesen yang dikenal pasti oleh KTMB berdasarkan cadangan operasi perkhidmatan tren antara bandar. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat, Batu 6 itu belum lagi. Akan tetapi kalau ada cadangan untuk mendapat funding itu, mungkin kita boleh bincang.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Dia dua perkara. Yang pertama sekali stesen itu tidak digunakan kerana agak lama juga. Maintenance tidak dibuat dan juga sebagainya. Kalau lalang itu lebih tinggi daripada saya, memang tidak ada sesiapa boleh menggunakan stesen itu. So, mendapati KTM memang mengakui bahawa – baru-baru ini kita ada perbincangan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan dan juga dengan KTM YTL. Maka mereka mengakui bahawa mempunyai potensi yang banyak. Akan tetapi kalau kita tidak pulih, menggunakan statistik yang diberikan oleh KTM sekiranya statistik itu agak tidak tepat kerana rakyat tidak boleh gunakan. Bila tidak boleh gunakan, dia ada perkara. Bila tidak berhenti orang tidak naik dan juga sebagainya. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri. Saya akur bahawa Yang Berhormat Menteri kata kalau ada private funding. Akan tetapi pada masa yang sama saya juga mencadangkan daripada mesyuarat diadakan bahawa kita boleh mendapatkan daripada tanggungjawab sosial (social responsibility) daripada Sime Darby dan juga YTL di mana memandangkan stesen ini tidak akan mengambil wang yang begitu banyak kerana telah pun ada stesen sedia ada. Saya telah mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan kerana terdapat ramai orang di tempat ini yang memerlukan stesen yang kebanyakannya akan menggunakan ETS.
Saya faham cuma kita akan bincanglah sebab memang ada banyak permintaan untuk penambahan stesen-stesen di sepanjang laluan itu. Memang kalau kita hendak menambah setiap stesen itu, ia akan meningkatkan kos yang agak ketara kepada pihak kerajaan. Untuk stesen-stesen kecil seperti yang dikatakan, kita boleh berbincang dengan pihak-pihak pemaju di kawasan itu kalau mereka berminat untuk menambah stesen itu kita boleh membincangkannya kalau kos itu dapat ditampung oleh pihak swasta. Jadi saya mengalu-alukan ada cadangan daripada Yang Berhormat Segamat. Kemajuan sistem pengangkutan Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu. Saya ingin memaklumkan bahawa LPKP Sabah sebelum ini di bawah seliaan JPM, sekarang diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan. Peranan LPKP akan di perkasa bagi meliputi fungsi sebagai pengawal selia dan perancang perkhidmatan pengangkutan awam darat seperti APAD di Semenanjung Malaysia. Pihak Kerajaan Persekutuan mengambil berat pembangunan pengangkutan awam di seluruh Malaysia dan akan meneliti perancangan dan keperluan setiap negeri. Sebagai inisiatif permulaan, salah satu penambahbaikan akan dilaksanakan ialah menambah baik sistem bas berhenti-henti bermula di Kota Kinabalu dan kemudiannya di seluruh Sabah. Jadi saya akan memberikan jawapan terperincilah kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Sandakan tidak ada dalam Dewan akan diberikan jawapan bertulis. Yang Berhormat Putatan, pembinaan infrastruktur di Sabah adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan Kerajaan Sabah di mana bagi kawasan Putatan ialah Majlis Daerah Putatan. Kementerian Pengangkutan termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan tidak mempunyai kuasa bagi membina atau merancang pembinaan perhentian
bas di Sabah. Namun demikian, pihak kementerian akan memanjangkan perkara ini untuk perhatian Majlis Daerah Putatan bagi pertimbangan pihak mereka yang sewajarnya dan juga mengadakan kerjasama dengan pihak PBT bagi memastikan perancangan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam sentiasa diambil kira dalam perancangan setempat. Untuk perhentian bas itu memang bidang tugas PBT. Kita tidak ada peruntukan khas untuk pembinaan stesen bas ataupun perhentian bas. Namun begitu kita akan membantu dari segi membantu bas berhenti-henti untuk memberikan subsidi. Yang Berhormat Kapar, tidak ada. Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan transisi SPAD. Saya ingin memaklumkan bahawa SPAD merupakan satu entiti berstatus Badan Berkanun Persekutuan diasingkan saraan yang tidak dibebaskan sepenuhnya. Agensi dengan saraan diasingkan tetapi tidak dibebaskan bermaksud agensi ini masih lagi tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dalam menentukan urusan butiran perjawatan dan skim perkhidmatan. Dalam hubungan ini, SPAD telah dibekalkan dengan skim perkhidmatan sendiri yang mempunyai tangga gaji yang berbeza daripada lain-lain skim perkhidmatan yang sedang diguna pakai dalam perkhidmatan kerajaan. Berdasarkan status SPAD sebagai BBDS yang berbeza skim perkhidmatannya berbanding skim-skim perkhidmatan yang terdapat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan, peraturan pelantikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa tidak membenarkan pemindahan para kakitangan SPAD diserap atau istilahnya sebenarnya ditukar lantik secara terus ke dalam perkhidmatan awam sama ada ke Kementerian Pengangkutan, Agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan. Dengan pembubaran SPAD, maka semua kakitangan perlu ditamatkan perkhidmatan selaras dengan peraturan berkuat kuasa seperti Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Akta Kerja, Akta Pencen dan Akta Badan Berkanun. Atas keprihatinan kerajaan, kakitangan SPAD berkenaan akan ditawarkan untuk berkhidmat dengan kerajaan bagi mengisi jawatan-jawatan yang dikenal pasti bersesuaian di MOT, di APAD mahupun di JPJ. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut akan dibuat berdasarkan peraturan pelantikan-pelantikan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa dan bersandarkan Skim Perkhidmatan Persekutuan yang secara umumnya menawarkan pakej gaji yang lebih rendah berbanding sesebuah BBDS. Penetapan gaji yang ditawarkan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku pihak berkuasa melantik berkaitan mengikut peraturan yang berkuat kuasa dengan juga mengambil kira pengalaman kakitangan yang relevan dengan jawatan yang ditawarkan. Penetapan gaji di tawaran berkenaan sewajarnya dibuat berpandukan peraturan berkuat kuasa bagi memastikan keteraturan urusan dan keharmonian jangka panjang di kalangan anggota perkhidmatan awam khususnya mengambil kira perspektif kumpulan majoriti penjawat awam yang sedia ada berkhidmat dengan perkhidmatan awam negara ini. Jadi saya yakin bahawa perkara ini...
Yang Berhormat Menteri, pencelahan.
Ya, sila.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti dan saya memahami hasrat Yang Berhormat Menteri yang sebegitu komited untuk tidak membuang pekerja-pekerja SPAD. Saya mengucapkan terima kasih kepada kementerian atas asasnya tidak membuang semua pekerja. Keduanya, saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah pun menawarkan pampasan tiga bulan kepada anggota kakitangan SPAD yang tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi telah ditawarkan, alhamdulillah. Ketiganya, saya ingin menegaskan dan merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya potongan yang akan dibuat itu tidaklah melebihi paras yang amat sukar diterima akal. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk menilai semula tentang terms and conditions, agreement pihak anggota-anggota SPAD itu supaya provision period itu dikaji semula di dalam terms and conditions agreement itu. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar. Saya faham perjuangan Yang Berhormat Kapar sentiasa memperjuangkan nasib dan juga hak pekerja. Memang kita tidak akan membuang mana-mana pekerja SPAD. Memang kita mengikut prosedur yang sedia ada kita akan menamatkan perkhidmatan mereka tetapi dengan understanding bahawa kerajaan akan mengambil mereka dan menawarkan kerja kepada mereka di dalam beberapa agensi di bawah MOT. Akan tetapi sudah tentunya kadar gaji itu lebih rendah daripada apa yang mereka nikmati sekarang kerana ia akan ditentukan Skim Perkhidmatan Awam. Mengikut Skim Perkhidmatan Awam yang saya rasa yakin Yang Berhormat Kapar cukup faham dan cukup sedar apakah tangga gaji yang ada dalam Skim Perkhidmatan Awam. Itu yang kita boleh pastikan. Jadi kita harap ini dapat memberikan kepastian kepada kakitangan-kakitangan SPAD bahawa kebajikan mereka tetap dipelihara dan tetap kita akan pertahankan supaya mereka terus boleh berkhidmat untuk kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta mungkin dua, tiga minit lagi sahaja.
Sila.
Untuk satu lagi isu yang mungkin penting untuk Ahli-ahli Yang Berhormat di Sabah dan Sarawak berkenaan dengan departure levy itu saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Batang Sadong tetapi berkenaan dengan MASwings dan juga tambang penerbangan mahal di Sibu sebab Yang Berhormat Lanang ada. Bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Lanang mengenai tambang penerbangan yang mahal di Sibu, saya ingin maklumkan bahawa menurut MAVCOM kesemua penerbangan tambahan ke Sibu bagi tempoh Tahun Baru Cina bermula 30 Januari hingga 11 Februari 2019 telah diluluskan oleh MAVCOM dan pihak berkuasa penerbangan awam. Dalam hubungan ini bagi laluan Johor-Sibu sebanyak 13 penerbangan tambahan yang disediakan oleh AirAsia telah diluluskan menjadikan jumlah penerbangan untuk tempoh tersebut kepada 41 penerbangan iaitu pertambahan penerbangan sebanyak 46 peratus. Manakala bagi laluan Kuala Lumpur-Sibu sebanyak 33 penerbangan tambahan masing- masing disediakan oleh AirAsia dengan 27 penerbangan dari MAB dengan enam penerbangan telah diluluskan menjadikan jumlah penerbangan untuk tempoh tersebut kepada 111 penerbangan iaitu pertambahan penerbangan sebanyak 32 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat Lanang, esok saya akan melancarkan jualan untuk AirAsia khusus untuk sektor ke Sarawak dan Sabah.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Nanti bolehlah beritahu kepada rakan-rakan yang Sarawak yang hendak balik ke Sibu, hendak balik ke Kuching esok selepas saya lancarkan, boleh terus pergi website boleh beli.
Now everyone can fly.
Esok tengah hari saya akan lancarkan. Operasi MASwings. Seterusnya saya akan menjawab soalan berikutnya daripada Yang Berhormat Lanang berkenaan dengan operasi MASwings, ini last lah Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon maaf. Menurut MASwings, antara punca kelewatan jadual penerbangan yang dikenal pasti adalah masalah teknikal yang berlaku seperti kerosakan pesawat atau gangguan pada sistem peralatan penerbangan memandangkan aspek keselamatan penumpang menjadi keutamaan mereka dalam menyediakan perkhidmatan selain faktor keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat dan pergerakan angin yang kuat yang boleh mempengaruhi keselamatan operasi penerbangan. Dalam hubungan ini, dengan izin, on time performance MASwings bagi tempoh Januari hingga September 2018 adalah 89.97 peratus melepasi paras, dengan izin, benchmark 85 peratus. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila kita kata on time performance maksudnya daripada masa atau jadual ditetapkan, kalau ia tidak lewat lebih daripada 15 minit kira on time. So, itu yang maksudnya mereka dapat mencapai 89 peratus hampir 90 peratus tetapi 10 peratus itu bagi saya adalah keadaan biasa. Tidak ada satu syarikat penerbangan yang boleh menjamin 100 percent OTP sebab ia juga adalah berkaitan dengan faktor cuaca juga untuk penerbangan-penerbangan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu yang telah pun saya jawab. Isu-isu yang lain yang saya tidak sempat jawab, saya akan minta pegawai kementerian untuk menghantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak khususnya yang amat prihatin dengan masalah kadar tambang yang tinggi semasa musim perayaan, saya nasihatkan supaya mengikuti perkembangan kenyataan saya esok supaya dapat diberitahu dan dimaklumkan kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya boleh tempahlah tiket-tiket kapal terbang yang murah bermula esok. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Sekarang giliran Kementerian Industri Utama. Yang Berhormat Menteri dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh. Salam sejahtera, salam Malaysia baru. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada 19 Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Bagan Serai yang telah mengemukakan isu dan pandangan berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Industri Utama dalam sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2019, peringkat dasar di Dewan yang mulia ini Kementerian juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan, “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” melalui rang undang-undang tersebut pada hari Jumaat, 2 November 2018 yang lalu. Di bawah Belanjawan 2019 yang dicadangkan ini, Kementerian Industri Utama telah diperuntukkan sebanyak RM506.96 juta iaitu sebanyak RM125.65 juta bagi maksud perbelanjaan mengurus dan RM381.45 juta bagi maksud perbelanjaan pembangunan sektor agrikomoditi. Sektor agrikomoditi yang ketika ini meliputi industri sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf adalah salah satu penyumbang utama kepada pendapatan eksport dan pemangkin yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. Produk-produk berasaskan agrikomoditi ini telah dieksport ke hampir 160 buah negara di serata dunia. Pada tempoh Januari hingga September 2018, nilai eksport sektor ini adalah sebanyak RM95.4 bilion ataupun 13 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian tentunya merakamkan ucapan terima kasih kepada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu dasar berkaitan sektor agrikomoditi serta cadangan dan pandangan untuk menambah baik perkara-perkara berkaitan bidang kuasa Kementerian Industri Utama di sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2019 di Peringkat Dasar. Untuk penggulungan ini, saya akan memberikan maklum balas dan penjelasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan
(i) isu kemerosotan harga, kebajikan pekebun kecil dan prestasi eksport komoditi sawit; (ii) isu kejatuhan harga, kebajikan pekebun kecil dan penoreh, penetapan harga lantai komoditi getah; (iii) isu berkaitan eksport kayu getah;
(iv) pemulangan semula wang ses getah dan sawit; dan (v) serangan ulat bungkus terhadap tanaman sawit. Bagi topik yang pertama Tuan Yang di-Pertua, isu kemerosotan harga, kebajikan pekebun kecil dan prestasi eksport komoditi sawit. Isu pertama akan diperjelaskan adalah berhubung pertanyaan Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Puncak Borneo dan Yang Berhormat Libaran mengenai usaha menstabilkan harga komoditi sawit serta langkah-langkah meningkatkan eksport agar mampu berdaya saing dengan Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengusaha dan pekebun kecil sawit yang terkesan dengan penurunan harga sawit pada ketika ini. Beberapa tindakan segera sedang diambil bagi menstabilkan harga komoditi ini. Antaranya dengan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara melalui peningkatan adunan bio bahan api sawit dengan diesel petroleum yang dipanggil Program Biodiesel B7, adunan tujuh peratus biodiesel sawit dan 93 peratus diesel petroleum yang akan dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Julai 2019 bagi sektor industri. Program B10, 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel petroleum akan dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Februari 2019 bagi sektor pengangkutan. Implementasi Program B10 ini untuk sektor pengangkutan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri baru-baru ini akan membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik dan seterusnya insya-Allah dapat memberikan impak yang positif kepada harga minyak sawit tempatan. Selain itu, kementerian akan terus menjalankan misi-misi ekonomi dan lawatan teknikal bagi mengukuhkan hubungan dengan negara-negara pengimport utama produk- produk sawit Malaysia. Kementerian yakin, hubungan mesra dan akrab dengan negara- negara ini akan memudahkan produk-produk sawit mendapat akses pasaran yang lebih meluas di negara-negara tersebut. Sebagai contoh, pertemuan antara Kerajaan Malaysia dan China semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuahkan hasil yang positif dan inisiatif penting kepada Malaysia untuk mengeksport produk-produk sawit dalam jumlah yang lebih besar ke China. Dalam masa yang sama, kementerian juga akan meneruskan strategi- strategi jangka masa panjang bagi mengukuhkan harga sawit yang merangkumi tindakan- tindakan berikut: (i) memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara-negara kesatuan Eropah, China, India, Pakistan dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baru seperti Filipina dan negara-negara Afrika Utara; (ii) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi; (iii) melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan dijadikan mandatori pada Januari 2020 sebagai satu langkah penjenamaan minyak sawit Malaysia yang diterima secara global dan menjadi pilihan utama pengguna. MSPO ini akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit Malaysia di negara-negara pengimport yang mengutamakan minyak sawit mampan; dan (iv) meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dan rundingan pelbagai hala ataupun serantau. Di samping itu, kementerian juga akan menumpukan kepada produk-produk berasaskan sawit. Selain minyak sawit yang mendapat permintaan tinggi di pasaran utama, langkah-langkah ini adalah untuk meningkatkan eksport agar mampu berdaya saing dengan Indonesia. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke China untuk sembilan bulan pertama tahun ini telah menurun hanya sebanyak 4.6 peratus kepada 1.07 juta tan berbanding 1.12 juta tan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Pada tempoh yang sama pula, China telah meningkatkan import minyak sawit dari Indonesia sebanyak 11.9 peratus kepada 2.56 juta tan berbanding 2.29 juta tan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya...
[Bangun]
Yang Berhormat Ayer Hitam sekejap. Saya habis satu point. Namun begitu, untuk sembilan bulan pertama tahun ini juga eksport dedak isirung sawit telah meningkat sebanyak 39.5 peratus kepada 139,795 tan dan biodiesel pula meningkat 512 kali ganda kepada 20,484 tan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017. Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk meningkatkan lagi eksport minyak sawit serta produk berasaskan sawit lain seperti dedak isirung sawit ke China pada masa-masa yang akan datang. Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya perhatikan jawapan daripada Yang Berhormat tentang masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil khususnya penanam sawit. Ada beberapa perkara Yang Berhormat sebut itu memang betul untuk jangka panjang B7, B10 tetapi ia mengambil masa yang agak lama juga. Perkara yang menjadi masalah ialah pertama harga sawit sudah semakin menjunam dan merudum dan yang terbaru semalam dipaparkan di tepi jalan untuk mereka hendak beli sawit. Orang kampung, dia jual sawit bukan jual CPO. Dia jual secara bijian. Apabila kelapa sawit, biji sawit itu dijual, harganya kalau sebelum ini mungkin minggu lalu RM320, minggu depan akan lebih berkurangan lagi. Bermaksud sekarang sudah sekitar RM270 dinyatakan dengan jelas tetapi kosnya kalau di Semenanjung RM200 lebih dan baja satu kampit naik RM5 bulan depan. Apakah tindakan serta-merta daripada kementerian untuk membantu pekebun kecil ini kerana mereka amat dahagakan bantuan daripada kerajaan? Mesti ada satu tindakan. Sebelum kita sebut Februari, Julai 2019, apa yang patut kita lakukan? Itu yang pertama.
Kedua, Yang Berhormat sebut tentang eksport ke China. Akan tetapi nampaknya ada perbezaan data. Saya tidak tahu yang mana satu data daripada kerajaan yang betul. Yang Berhormat sebut empat peratus, Indonesia kata baru naik meningkat 10 peratus, tetapi apa yang kita peroleh daripada data-data badan lain untuk tempoh sembilan bulan, kita menurun 10.77 peratus. Itu memang ada paparan dalam mana-mana media. Untuk Indonesia, 19.5 percent. Jadi saya minta- saya tidak kata yang ini 100 peratus betul. Apakah ini tidak betul dan itulah yang menyebabkan keperluan sawit yang mengimport ke China- kalau empat peratus, dia punya kesan tidak akan besar. Mereka membeli sawit 33 peratus daripada Malaysia, 63 peratus daripada Indonesia. Saya hendak tanya Yang Berhormat, selepas lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kata ada kesan positif. Akan tetapi yang kita nampak ialah harga berkurangan. Jadi apakah tindakan serta-merta? Adakah satu rombongan akan bincang. Dia kata dia akan ambil setengah juta tan metrik tetapi tertakluk kepada syarat harga. Ini Yang Berhormat Bera sebut USD40. Itu yang jadi satu masalah. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Ini kerana harga tetap merupakan satu faktor yang perlu diambil kira. Tidak guna dia janji setengah juta tan metrik tetapi dia tidak akan beli daripada kita. Jadi apa tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Bera. Sambung.
Boleh saya sambung? Yang Berhormat ada sebutkan tentang kita daripada B7 akan berubah kepada B10 pada 1 Februari 2019. Kalau kita lihat di Indonesia, mereka sudah pun menggunakan B20 dan ke arah B30. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat, dari segi pelan tindakan jangka panjang ini, bila perancangan selepas B10 ini kita akan bergerak berpindah kepada B20 dan seterusnya berpindah kepada B30? Ada tidak dia punya milestone dia? Dia punya dari segi pelan tindakan jangka panjang itu yang menetapkan tahun-tahun berapa kita hendak berpindah daripada B7 - B10 sudah ada, B20, B30 seperti Indonesia.
Kedua, dari segi harga. Sekarang harga sawit Indonesia menawarkan USD40 lebih rendah daripada kita. Selepas ini Papua New Guinea juga akan mengeluarkan kelapa sawit. Negara Afrika juga akan mengeluarkan kelapa sawit. Saya percaya harga mereka tentu lebih rendah daripada kita. Jadi persoalan saya, apakah perancangan jangka panjang untuk menghadapi harga yang rendah yang akan dikeluarkan daripada negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit tersebut? Itu yang pertamanya. Keduanya, ada tidak perancangan daripada pihak kementerian supaya kita boleh bekerjasama dengan Indonesia dan lain-lain negara supaya standardizekan, menetapkan harga yang hampir sama untuk harga kelapa sawit ini? Kalau tidak, akan berlaku undercutting antara satu negara dengan satu negara dan of course akhirnya kita tidak akan mampu untuk melawan negara-negara yang mampu mengeluarkan sawit dengan kos production yang rendah kerana buruh yang rendah dan sebagainya. Terima kasih.
Boleh saya sambung sedikit?
Yang Berhormat Beruas dahulu. Lepas Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat Beruas dulu? [Ketawa]
Terima kasih. Saya tambahan kepada soalan tentang saingan hebat daripada Indonesia. Selain daripada pasaran, kita tahu Indonesia sekarang ini mengeluarkan minyak kelapa sawit hampir lebih kurang dua kali ganda daripada Malaysia. Pada suatu ketika dahulu, kita ada satu persefahaman dengan Indonesia di mana Indonesia akan mengenakan cukai eksport USD60 dan pada masa itu memang Indonesia inginkan, dengan izin, pembinaan refinery di Indonesia untuk mengurangkan harga minyak sawit supaya mereka datang untuk membina refinery. Akan tetapi pada masa itu ada satu persefahaman. Dengan adanya export tax USD60, kita boleh jual kepada dunia dengan harga yang hampir sama. Sejauh manakah persefahaman itu? Masih ada atau pun sudah tidak ada? Dan bolehkah perbincangan dibuat supaya kedua-dua negara ini ada satu persefahaman supaya kedua-dua negara mendapat manfaat daripada pengeluaran kelapa sawit yang dari dulu lagi kita memang tolong mereka sebagai rakan serantau memajukan kelapa sawit di negara itu.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Tadi saya merujuk kepada Yang Berhormat Bera ada sebut tentang negara-negara baharu yang mungkin akan menjadi pengeluar sawit ini. Saya hendak menarik perhatian ataupun memaklumkan kepada Yang Berhormat untuk mengambil pertimbangan. Sawit ini bukan lama sangat, tahu? Empat tahun sahaja sudah berbuah. Kalau hari ini dia orang buat keputusan untuk menanam sawit, another four years there will be fruitings.
Yang Berhormat Pasir Salak, apa soalannya?
Soalannya saya hendak bagi tahu dan juga minta Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat Menteri bersedia dengan cabaran ini? It’s a new challenge. Very challenging. Selain daripada itu, Yang Berhormat, saya hendak bertanya. Yang Berhormat sedar tidak pemilik, pengeksport kelapa sawit daripada Indonesia itu the biggest exporter dia siapa? Salah seorang ahli ECP, yang penasihat kerajaan ini. Tan Sri Robert Kuok. He is the biggest owner of the plantation in Indonesia. He is the biggest exporter. Kata dia hendak bantu Malaysia. Tunjukkanlah macam Yang Berhormat Beruas kata tadi iaitu kenakanlah yang USD60.
Kerajaan Indonesia masih mengenakan cukai eksport. Robert Kuok tidak ada kuasa itu.
Akan tetapi kalau dia tidak bersetuju, tidak akan kerajaan boleh hendak paksa ke atas dia. Terima kasih.
Sila Menteri. Padat dan ringkas.
Ada lagi?
Tidak ada.
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Saya hendak respons dulu kepada Yang Berhormat Beruas dan mungkin ini ada kaitan dengan apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak iaitu Yang Berhormat Beruas membangkitkan berkaitan dengan persefahaman dan juga kerjasama. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kita pada tahun hadapan 2019, kita Malaysia akan memimpin satu council, satu majlis yang dipanggil Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC). Di dalam council ini, di dalam majlis ini, Tuan Yang di-Pertua, kita ada dua negara selama ini iaitu Indonesia dan juga Malaysia. Tentulah gabungan kedua- dua negara ini menghasilkan lebih kurang 85 peratus production, dengan izin, dunia. Baru- baru ini kita terima keanggotaan daripada Columbia yang begitu terkenal dengan pasaran sawit organik yang perlu kepada penelitian kita. Jadi gabungan yang saya sebutkan ini ialah- kalau cerita tentang persefahaman, di dalam council itulah sebenarnya segala isu-isu yang berkaitan dengan industri sawit kerana kita bukan bercakap soal syarikat, kita bukan bercakap soal satu negara semata-mata, akan tetapi kita bercakap tentang pasaran dunia. Tentulah bila kita datang di dalam majlis itu, hal- hal yang berkaitan dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak kita bahaskan di dalam majlis tersebut. Saya yakin di bawah kepimpinan Malaysia pada tahun 2019, isu-isu mendesak ini tentunya akan dibangkit dan dibahaskan supaya kita boleh dapat muafakat, mengambil satu jalan tindakan yang bersepadu.
Yang Berhormat Menteri, dengan hormatnya, ingin saya katakan kalau hendak tunggu sampai tahun hadapan, itu sudah agak terlambat. Ini kerana hanya dua negara yang mengeluarkan tadi dikatakan 85 peratus daripada minyak sawit ini. Haruslah esok telefon ke Indonesia, “Bolehkah kita jumpa minggu depan?”. Itu perlu kerana kos bertambah tinggi terutamanya dengan tidak adanya pekerja yang mencukupi.
Sekarang orang-orang Indonesia yang ada, yang sah di Malaysia ini menguasai kos pemotongan buah kerana semua yang dikatakan PATI ini, semua sekarang ini kerana hendak ditangkap dia menghilangkan diri dan yang sah sahaja dia yang tetapkan harga memotong. Ada sampai RM60, ada RM80 dan RM100. Tuan punya tanah Pekebun Kecil Malaysia ini minta tolong sahaja potong buah tidak untung pun tidak apa. Oleh sebab itu tindakan yang concerted effort dari segala aspek perlu dibuat dengan segera, tidak boleh tahan lagi kerana sudah berbulan-bulan isu ini dibangkitkan, tetapi bagi saya kerajaan sangat lambat dalam mengambil tindakan lanjutan. Harapan saya, mintalah, esok telefon minta, bincang minggu depan...
Tindakan segera dilakukan.
Setuju. Tuan Yang di-Pertua sikit sama juga.
Kita setuju.
Isu yang sama. Saya setuju dengan Yang Berhormat Beruas kerana ini tindakan perlu diambil, tidak boleh tunggu sampai 2019. Ini kerana apa? Yang Berhormat Beruas kata pekerja Indonesia sekarang tidak boleh tunggu yang 10 tahun kita kena kurangkan levi orang tidak jadi. Sebab apa? Dia akan total sub RM50 untuk satu tan yang dihasilkan. Dia tidak lagi sebagai makan gaji. Sebab itu kos kita tinggi. Jadi minta tolong kerajaan, ini memang tolong pekebun kecil, 650,000. Tolonglah, fikirkan tindakan cepat dan buat dalam bulan ini. Kalau tidak, bulan depan akan kurang RM30 lagi. Kalau macam itu semua hendak makan pun susah. Minta tolonglah. Saya setuju dengan Yang Berhormat Beruas kali ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas dan juga terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan perkara yang
cukup penting. Memang saya hendak jelaskan, yang saya sebut 2019 itu ialah Malaysia akan mula memimpin. Mesyuarat pertama telah pun kita laksanakan awal November. Kalau Yang Berhormat hendakkan details tentang perkara itu, insya-Allah saya boleh kemukakan apakah perkara-perkara yang kita bahaskan di antara kedua-dua Menteri iaitu Yang Berhormat Menteri daripada Seputeh, dan juga Yang Berhormat Menteri Pak Darmin Nasution Di peringkat awal November baru-baru ini beliau datang ke Malaysia dan kita memulakan mesyuarat berkaitan perkara ini. Jadi tentang tenaga kerja dan sebagainya, kita sudah ambil tindakan seawal apabila Yang Berhormat Menteri dan saya mengangkat sumpah. Antara isu yang awalnya kita bahaskan itu adalah isu tenaga kerja dan sudah ada satu jawatankuasa khas yang membincangkan perkara ini. Cuma dia berkait tentang pelbagai kementerian, bukan sekadar Kementerian Industri Utama, ada kementerian-kementerian berkaitan dengan pekerjaan dan sebagainya. Jadi perkara ini memang kita anggap perkara yang serius. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Beruas yang saya tahu itu sentimen. Semua pendirian dan semua wakil rakyat yang tahu perkara-perkara ini, tenaga kerja penting dan kita selesaikan kerana kita hendak satu polisi yang konsisten. Kita tidak mahu buat segera dan kemudian tidak ada konsistensi dan keep on changing, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara ini saya harap Yang Berhormat dapat sedikit pencerahan tentang perkara ini kerana saya hendak move to other topic.
Sikit sahaja. Tentang saya minta kerajaan supaya campur tangan supaya tidak payah bayar balik repayment loan untuk tempoh yang terlalu kritikal ini. Minta supaya kerajaan minta semua Bank Pertanian sebab dia hanya bagi 50 percent daripada SNP price. Oleh sebab itulah kebanyakan bank kalau dia lelongkan tanah, teruk pekebun kecil. Sekarang sudah tidak ada hasil. Minta tolonglah supaya kerajaan campur tangan sekurang-kurangnya pada paras 300 ke bawah mungkin kita restructure balik repayment of loan. Terima kasih.
Saya pun hendak minta...
[Bangun]
Masa tidak banyak, cuba ringkaskan.
Ringkas. Saya boleh hendak bertanya boleh tidak kerajaan mempertimbangkan stockpile minyak sawit. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Beruas, ringkas.
Ringkas.
Soalan.
Dengan hormat kepada pihak Menteri. Tadi dikatakan berbulan-bulan kita hendak bincang tentang pekerja asing ini. Kalau pekerja asing ini tidak diberikan kerja dengan segera, mereka akan pulang ke negara mereka kerana sudah berbulan-bulan saya bawa perkara ini dalam Dewan ini. Mereka akan pulang dan mereka tidak akan datang lagi sungguhpun dipelawa dengan permit kerana sekarang hendak dapatkan pekerjaan di Indonesia dengan gaji yang agak setimpal dengan Malaysia sudah ada. Sangat susah untuk dapat pekerja asing masuk ke Malaysia untuk bekerja di ladang. Jadi saya mohonlah, mereka yang sudah ada di sini maximize, use them. Don’t let them go! It will cost you millions, hundreds of millions just to get them back and they won’t come back unless you pay them three times the pay now. Jadi yang sudah ada di sini use them, gunakan yang sedia ada. Saya sudah mohon kepada Menteri Dalam Negeri pemutihan mesti dibuat dengan segera dan melalui setiap Pejabat Imigresen. Dulu dalam pemutihan di bawah kerajaan lama itu pemutihan untuk mengaut untung, semua mesti berbaris pukul 3 pagi di Pejabat KDN di Putrajaya. Oleh sebab itu lagi ada dikatakan pemutihan itu hari, diberitahu lebih kurang 500,000 lebih yang sudah diputihkan, lagi ada 3.5 juta lagi yang pemutihan belum dibuat.
Jadi when they are here, use them. They will not come back again if kita berlarutan lagi satu, dua bulan. Itulah sahaja saya hendak tekankan isu ini is crucial and immediate action must be taken, dengan izin.
Oh! Nampaknya Yang Berhormat Beruas hari ini semangat berkobar, cukup berkobar-kobar. Menteri juga menjawab dengan berkobar-kobar. Sila.
[Ketawa] Saya ambil maklum Tuan Yang di-Pertua apa yang dibangkitkan. Saya telah pun jawab tadi isu ini, cuma saya hendak sentuh sikit apa Yang Berhormat Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat Bera bangkitkan tadi tentang tindakan segera. Kementerian telah secara dasarnya bersetuju Yang Berhormat untuk membantu pekebun kecil ini melalui Koperasi Pekebun Kecil Sawit Mampan (KPSM). Kita ada lebih kurang dalam kalau tidak silap saya 65 KPSM. Kita telah bersetuju untuk memberikan modal pusingan atau revolving fund, dengan izin, untuk membantu pekebun kecil ini supaya mereka tidak jual dengan harga yang mungkin boleh terdedah kepada manipulasi apabila jual terus kepada dealer. Jadi ada koperasi yang boleh menampung kesan itu dan saya fikir kertas kerja ini ataupun cadangan ini akan dipersetujui nanti oleh Menteri Kewangan kerana mengikut akta kita mesti dapat...
Yang Berhormat Menteri ini lagi bahaya, fasal apa tidak lama lagi kilang tidak akan terima biji sawit lagi sebab apa mereka sudah bagi warning. Sebab apabila harga turun, ia tidak dapat dieksport. Yang akan jadi sengsara adalah mereka yang duduk dekat kampung. Kalau bagi kepada koperasi, koperasi ini ahlinya semua orang-orang bawah. Jadi kita kena betul-betul study. Kalau tidak akhirnya mereka terjerat dua kali. Terima kasih.
Yalah, soal Yang Berhormat bangkitkan tadi soal apa yang kita lakukan untuk pekebun kecil. Apa yang dibangkitkan sekarang ini adalah isu kilang pula. Jadi kita ambil kira begini. Begini Yang Berhormat.
Yang Berhormat minyak kena jual kepada pengilang.
Saya faham, saya faham.
Kilang tidak hendak terima, yang sengsara adalah pekebun kecil. Yang Berhormat Menteri turun padang baru Yang Berhormat Menteri tahu apa masalah dia. Memang teruk. Yang Berhormat Menteri tanyalah kilang- kilang, kata sorry kita sudah akses kapasiti, kita tidak boleh terima. Itu masalah yang ada di kampung. Saya boleh bawa Yang Berhormat Menteri pergi tengok. Terima kasih.
Saya ambil maklum. Tadi Yang Berhormat ada juga bangkitkan soal jual di tepi jalan dan sebagainya. Kita ambil kira perkara- perkara ini kerana kita merasakan perlu ada sokongan daripada kerajaan. Intervention, dari segi policy intervention. Jadi yang ini kita lakukan untuk memastikan agar ada ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan oleh pekebun-pekebun kecil. Saya ambil maklum tentang concern Yang Berhormat dan tentulah perkara ini kita kaji dan saya dapat juga khabar-khabar angin begini tetapi belum lagi dapat disahkan. Jadi biar kita setakat ini kita bercakap atas dasar fakta Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya hendak terus kepada isu- saya tinggal satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua yang...
Harga lantai, harga lantai.
Sebenarnya banyak jawapan ini. Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Ayer Hitam sekali lagi, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Puncak Borneo dan Yang Berhormat Saratok telah membangkitkan isu kebajikan pekebun kecil sawit. Saya ingat yang ini saya sudah sentuh- bagi meringankan beban kemerosotan pendapatan. Saya terus pergi kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kuala Nerus, dan Yang Berhormat Bagan Serai tentang isu berkenaan penetapan harga lantai bagi komoditi sawit sebagai salah satu langkah jaringan keselamatan dan sosial, social safety net. Saya ingin mulakan dengan berkongsi dengan Dewan, iaitu kita telah buat kajian kos
production bagi smallholder tetapi ini kajian- saya hendak bagi kaveat sikit Tuan Yang di- Pertua, dengan izin. Kajian 2009 ke 2010 iaitu kos production bagi smallholder ini untuk Semenanjung- saya ada data ini untuk Semenanjung dahulu iaitu RM205 per tan. Saya yakin over the time, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua mungkin dia akan meningkat sampai sekarang ini mungkin RM250. Kita tidak ada study yang latest. Itulah yang terkini yang dilakukan oleh MPOB.
Kita ambil maklum bahawa ini merupakan cadangan yang baik dan sememangnya sebelum ini telah terdapat cadangan untuk mewujudkan skim jaringan keselamatan sosial bagi meringankan bebanan pekebun kecil sawit apabila harga buah tandan segar jatuh di bawah paras kos pengeluaran iaitu RM200 satu tan. Kementerian akan melihat semula cadangan ini dengan mengambil kira bahawa ia bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk menampung kos pelaksanaannya. Boleh Tuan Yang di-Pertua, macam mana?
Masa sudah tamat, tetapi sila menggulung.
Baik. Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kinabatangan mencadangkan agar Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dan akrab dengan Kerajaan China. Ini saya ingat saya bagi bertulislah Yang Berhormat ya. Okey.
Beri bertulislah Yang Berhormat.
Lain. Baik. Ini hal yang penting juga tetapi saya fikir ini penting untuk saya highlight-kan kepada Yang Berhormat tentang isu kejatuhan harga, kebajikan pekebun kecil dan penoreh, penepatan harga lantai komoditi getah... [Disampuk]
Sebelum itu, boleh jawab satu? Adakah replanting grant diberikan tahun 2019 yang saya bangkitkan?
Replanting grant bagi...
Penanaman semula untuk kelapa sawit.
Baik. Tanaman semula untuk tahun 2019, saya ingat kerajaan tidak meneruskan program itu. Kita hanya memberikan tumpuan kepada program tanam baharu pada tahun 2019. Untuk tahun 2018, kita laksanakan. Kita hendak habiskan peruntukan ini, 2018... [Disampuk]
Tahun ini...
Untuk tahun 2019 tidak ada.
Daripada statistik hanya RM20 juta. Dahulu RM200 juta satu tahun. Ini ambil hak pekebun kecil ini salah. Jadi, harap kerajaan pertimbangkan semula, pastikan tanah untuk tanaman semula ini diberikan yang selama ini RM200 juta setahun. Ini hak rakyat. Saya haraplah pertimbangkan semula kalau...
Harapanlah.
Setuju, setuju. Dahulu kerajaan jaga rakyat.
Ya. Akan tetapi dahulu kita ingat kita boleh laksanakan, cuma sekarang kerajaan sudah tidak ada duit. Jadi, kita ambil kira pendekatan yang minimum Yang Berhormat, kita ambil pendekatan yang minimum, yang munasabah untuk dilaksanakan kerana kita punya industri telah pun berkembang dengan matang. Okey, teruskan.
Wang tanaman semula ini merupakan wang rakyat dari ses yang diambil oleh pihak kerajaan. Jadi kalau kerajaan boleh memberikan...
Saya ada jawapan tentang ses Yang Berhormat. Saya ada jawapan yang ses kalau Yang Berhormat hendak, saya boleh bagi kerana jawapan itu lebih menyeluruh dan bukan beri tumpuan hanya kepada replanting.
Kalau boleh bagi bertulislah.
Ya. Panjang jawapan dia. Akan tetapi saya boleh bagi kepada Yang Berhormat kerana isu ses itu dibangkitkan di dalam perbahasan dan saya fikir wajar dan adil untuk diberikan jawapan. Tentang harga komoditi getah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya minta lima minit sahaja lagi. Prestasi harga komoditi getah di negara kita bergantung pada faktor- faktor yang berlaku di pasaran antarabangsa. Sektor getah tidak terlepas daripada pengaruh dan impak perubahan aktiviti perdagangan komoditi lain seperti minyak petroleum dan getah sintetik di pasaran dunia serta pergolakan ekonomi dan politik global. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi permintaan dan bekalan yang menentukan turun naiknya harga getah di pasaran global. Pada ketika ini, kemerosotan harga getah secara umumnya berlaku kerana terdapat lebihan bekalan yang mengatasi permintaan di pasaran antarabangsa yang didorong oleh faktor-faktor berikut. Pertama, peningkatan pengeluaran getah asli dunia yang semakin meningkat disebabkan negara-negara pengeluar baharu seperti Vietnam dan Kemboja yang menanam getah dalam skala yang besar bagi mengambil peluang dari lonjakan permintaan daripada negara China. Kesannya telah menyebabkan peningkatan pengeluaran yang tidak seimbang dan melebihi penggunaan getah asli dunia. Kedudukan stok di gudang-gudang getah di Qingdao, China kekal tinggi pada paras 204,600 tan pada 16 Ogos 2018. Manakala stok getah di Shanghai Futures Exchange melonjak ke paras 551,634 tan pada 30 Ogos 2018. Lambakan stok ini telah melemahkan harga berikutan ketiadaan permintaan bekalan getah baharu daripada negara pengimport. Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China juga telah memperlahankan permintaan bekalan getah di pasaran kerana pelabur-pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana mereka menjangkakan ketegangan perdagangan ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia. Permintaan terhadap bekalan getah yang perlahan, stok getah yang tinggi, aktiviti spekulasi yang berlebihan dan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah melemahkan harga getah di pasaran hadapan getah di Tokyo, Shanghai dan Singapura. Harga pasaran getah yang lemah sejak kebelakangan ini sememangnya mendapat perhatian yang meluas dan hangat dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Kementerian amat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara ini. Sesungguhnya seluruh warga kementerian juga merasa gusar dan sentiasa berusaha untuk membantu mengurangkan beban pekebun dan penoreh getah di seluruh negara berikutan hasil jualan getah skrap yang mengecil seketika ini. Melalui Belanjawan 2019, kerajaan terus komited untuk meneruskan insentif pengeluaran getah yang telah dilaksanakan sejak September 2015. Untuk tahun 2019, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk program IPG yang akan diaktifkan apabila harga purata bulanan getah di peringkat ladang berada di bawah paras RM2.20. Kementerian sedar terdapat banyak rungutan terhadap paras harga ini dan ada pihak yang mencadangkan supaya dinaikkan bagi mengimbangi kenaikan kos mengeluarkan getah skrap dan cup lump. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Menteri pada hari Jumaat, 16 November yang lepas telah memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa terdapat keperluan untuk menyemak semula paras harga bagi program IPG ini. Susulan daripada itu, kementerian dalam proses menyemak semula paras IPG untuk dikemukakan bagi pertimbangan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kerajaan menetapkan harga lantai di peringkat ladang pada paras RM4 sekilogram. Buat masa ini, cadangan tersebut sukar dilaksanakan kerana akan melibatkan peruntukan kewangan yang tinggi. Sebagai contoh, berdasarkan kepada jumlah pengeluaran getah negara tahun 2017, kerajaan memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM2.5 bilion setahun bagi melaksanakan harga lantai getah pada paras RM4 sekilogram. Selain itu, pelaksanaan penetapan harga lantai bagi komoditi yang dijual di pasaran terbuka perlu mengambil kira faktor-faktor berikut: (i) memerlukan sumber kewangan tambahan segera yang tinggi apabila harga getah asli dunia mengalami trend penurunan yang mendadak;
(ii) menyediakan ruang kepada aktiviti-aktiviti spekulasi harga di kalangan penjual getah dengan menekan harga ke paras yang sangat rendah dan mengharapkan kerajaan menampung perbezaan antara harga pasaran dan juga harga lantai; dan (iii) menyediakan ruang kepada aktiviti penyeludupan getah dari luar negara memandangkan harga tempatan adalah lebih tinggi berbanding dengan harga antarabangsa. Selain daripada program IPG Tuan Yang di-Pertua, kementerian melaksanakan mekanisme penetapan harga di ladang dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga getah. Ada enam koperasi yang aktif melaksanakan tindakan ini. Langkah ini tentu dapat meningkatkan harga pembelian getah di peringkat ladang dengan mengurangkan lapisan pembeli. Pengurangan orang tengah tentunya membantu pekebun-pekebun kecil getah mendapatkan harga yang munasabah dan remunerative. Tuan Yang di-Pertua, ada isu-isu yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, saya fikir dia tidak ada. Saya akan kemukakan jawapan bertulis. Yang Berhormat Beruas, setuju kita akan bahaskan ataupun perincikan pemulangan semula wang ses yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kerana agak panjang untuk saya berkongsi di sini. Terakhir, Yang Berhormat Kemaman juga tidak ada di sini. Ada di sini Yang Berhormat Kemaman? Membangkitkan hal-hal langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ulat bungkus. Ini juga akan diberi jawapan bertulis. Saya kira semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan... [Disampuk]
Yang Berhormat, Kuala Krai ada bangkit juga beberapa isu berkaitan dengan- saya ingat Yang Berhormat boleh lihat balik beberapa isu yang berkaitan. Minta Yang Berhormat dapat kemukakan secara bertulis kepada saya.
Masa sudah tamat. Yang Berhormat Timbalan Menteri sila beri jawapan bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat kerana masalah masa. Saya kira semua isu dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama telah pun saya jawab. Pihak kami akan mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap semua saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar industri agrikomoditi negara terus kukuh berdaya saing dan juga makmur. Sedikit pesan saya bagi pihak kementerian, kita mengharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga seluruh warga Malaysia yang sedang mengikuti siaran perbahasan di Parlimen untuk memulakan langkah menggunakan secara maksimum minyak sawit kita dalam usaha kita berkempen untuk meningkatkan penggunaan domestik di dalam negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta dua minit, saya murah hati bagi lima minit. Sekarang giliran Kementerian Sumber Manusia. Yang Berhormat Menteri, sila.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada Kementerian Sumber Manusia untuk menggulung perbahasan peringkat Kementerian Sumber Manusia. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh enam kluster utama yang berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia.
Saya ingin menyentuh clusters yang pertama khususnya dan enam clusters itu ialah berkaitan dengan soal peluang pekerjaan dan hak pekerja, pembangunan sumber manusia negara, perlindungan keselamatan sosial, penggubalan dasar perburuhan, gaji minimum, pekerja asing dan juga perkara-perkara pelbagai yang telah pun disentuh. Berkaitan dengan soal peluang pekerjaan, cluster pertama, peluang pekerjaan dan hak pekerja. Ahli-ahli Yang Berhormat, telah pun menyentuh tentang kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 dan era digital yang meletakkan kebimbangan mereka terhadap masalah peluang pekerjaan dan jurang perbezaan yang terdapat di dalam kalangan masyarakat kita. Kita memberikan jaminan bahawa walaupun kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0 ini, apa yang penting ialah pencari kerja harus mampu bersaing dan berusaha menyiapkan diri dari aspek pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk menghadapi cabaran menghadapi revolusi yang semakin berkembang. Kementerian Sumber Manusia merupakan antara agensi utama yang terlibat dalam merangka hala tuju dan strategi bagi pembangunan Technical Vocational Education and Training (TVET) Malaysia bagi memacu pembangunan sumber manusia ke arah mencapai aspirasi sebuah negara yang mempunyai tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan ekonomi negara selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengenal pasti keperluan industri dan menggubal Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan juga melalui 32 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Kerja Manusia (ILJTM) menyediakan latihan kemahiran berasaskan knowledge intensive industry dan high end manufacturing bagi memperkukuhkan penyediaan tenaga kerja yang ada, yang berkemahiran serta berdaya saing untuk permintaan dan keperluan industri. Kementerian juga mewujudkan kerjasama strategi antara tujuh kementerian dan agensi bersama pihak industri berkaitan menerusi identiti TVET Malaysia agar lebih bersiap siaga dalam menangani cabaran guna tenaga dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa. Ini bagi memastikan pelaksanaan TVET Malaysia selari dengan landskap ekonomi, domestik dan antarabangsa. Kemajuan teknologi semasa serta keperluan Revolusi Industri 4.0 yang diperlukan oleh pihak industri ketika ini. Kementerian turut memberikan fokus untuk tidak menafikan peluang warga negara mendapatkan pekerjaan dan memberikan peluang warga negara mendapat gaji yang lebih tinggi iaitu mengisi kekosongan pekerjaan bagi kategori profesional sebanyak 35 peratus bagi kategori pekerjaan mahir, sebanyak 58.4 peratus untuk kategori separuh mahir dan hanya 6.6 peratus bagi kategori berkemahiran rendah di bawah unjuran Rancangan Malaysia Kesebelas selaras dengan inspirasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi yang dinikmati oleh semua warganegara Malaysia. Memang banyak peluang pekerjaan yang bakal lahir nanti melalui Revolusi Industri 4.0 ini. Antara yang saya boleh sebutkan di sini ialah Robotic Engineer, Robotic Process Automation Enabler, Mechatronic Engineer, Stamp Computer Science Robotic Educator dalam bidang Nanotechnology Bio-system Engineer, Nano Material Chemist. Dalam bidang percetakan tiga dimensi contohnya, pekerjaan-pekerjaan yang bakal bersaing antara semua pihak yang berkemahiran ini, Holography and Optic Technician, Optical Assembly Technician, Optical Engineer, Technical Program and Manager dan sebagainya. Banyak lagi jawatan-jawatan ataupun pekerjaan yang bakal dilahirkan. Kemudian, ada juga yang menyentuh antaranya Yang Berhormat Rantau Panjang yang hadir pada malam ini. Hari ini saya jawab Yang Berhormat Rantau Panjang berkaitan dengan kebimbangan graduan dan pekerjaan dalam negara kita iaitu graduan yang tidak mendapat peluang pekerjaan. Berdasarkan kepada laporan penyiasatan tenaga buruh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran pada suku tahun ketiga 2018 mencatatkan pada kadar 3.4 peratus daripada 15.4 juta orang guna tenaga negara. Statistik mencatatkan seramai 524,400 orang penganggur pada suku tahun ketiga tahun 2018, berbanding seramai 511,100 orang pada suku tahun kedua 2018. Seramai 143,318 orang yakni 27.3 peratus adalah terdiri daripada warga negara yang berkelulusan diploma ke atas. Warga negara yang diklasifikasikan dalam kumpulan tenaga pekerja yang menganggur termasuklah belia ataupun graduan, yang berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada pasaran pekerjaan. Berdasarkan kepada rekod portal pekerjaan JobsMalaysia, sehingga September 2018 jumlah pencari kerja aktif
berdaftar seramai 235,765 orang. Daripada jumlah ini, seramai 160,982 orang ataupun 68.3 percent orang adalah pencari kerja lelaki dan 74,783 orang ataupun 31.7 percent orang adalah pencari kerja wanita. Daripada jumlah tersebut, seramai 87,949 orang merupakan graduan diploma ke atas dan seramai 147,816 orang yang bukan graduan. Namun begitu, pendaftar pencari kerja aktif juga merupakan pendaftar yang baru yang masih belum bekerja dan juga pencari kerja yang mendaftar untuk mendapat peluang peningkatan kerjaya. Tempoh untuk mereka mendapat pekerjaan bergantung kepada kekosongan jawatan yang wujud dalam ekonomi negara. Di dalam pasaran pekerjaan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar gaji dan upah, bonus, persekitaran kerja, peluang kenaikan pangkat, insentif kerja seperti kewangan, perubatan dan lokasi tempat kerja yang dipersetujui oleh pencari kerja dan majikan di dalam satu kontrak perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan serta pengalaman pelbagai kemahiran yang bersesuaian yang diperlukan oleh majikan. Pada ketika ini, pihak kerajaan hanya memberikan kebenaran untuk mengajikan pekerja asing di sektor-sektor dan subsektor tertentu bagi kategori asas sahaja. Contoh, di sektor pembinaan, perkilangan, pertanian, perladangan, perkhidmatan dan perlombongan dan pengkuarian. Majikan diwajibkan mengemukakan permohonan secara online. Penggunaan Sistem Permohonan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) serta mengiklankan kekosongan jawatan dalam Portal JobsMalaysia terlebih dahulu sebelum dikeluarkan perakuan JobsMalaysia, mengajikan pekerja bukan warga negara. Majikan juga perlu menghadiri temu duga melalui one-stop center di Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan kelulusan oleh agensi-agensi kawal selia berdasarkan kepada kelayakan dan keperluan sebenar. Untuk...
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri?
Sekejap, sekejap. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan seharusnya memberikan satu penghargaan kepada Jabatan Tenaga Kerja Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia yang begitu prihatin terhadap masalah pekerjaan di kalangan warga tempatan untuk memastikan supaya tidak begitu mudah warga asing itu mendapat peluang pekerjaan di dalam negara kita. Daripada 1 Januari sehingga 30 September, permohonan pekerja asing dalam negara kita, seramai 339,156 orang yang memohon kepada Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja di bawah kementerian. Akan tetapi, yang ditolak permohonannya ialah seramai 244,166 orang. Jadi, tahniah kepada Jabatan Tenaga Kerja yang begitu serius untuk membuat penelitian dan siasatan sama ada permohonan itu genuine ataupun tidak, sesuai dan memenuhi syarat ataupun tidak. Ini kerana kita tidak mahu walaupun dalam sektor dan subsektor yang diizinkan, tetapi sudah tentulah bahawa ia mesti berasaskan kepada keperluan yang sebenarnya – Sila.
Sila, Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik dengan jawapan Menteri yang berkaitan dengan pekerja di kalangan graduan iaitu soalan asal saya. Yang mana dalam jawapan tadi saya dapat kalau tidak silap saya 143,000 orang di kalangan mahasiswa kita yang telah mendapatkan pekerjaan. Jadi, saya ingin tahu, adakah kajian telah dibuat oleh pihak kementerian? Apakah mereka, graduan ini yang mendapat pekerjaan ini adalah mereka bekerja atas kelulusan mereka? Oleh sebab banyak maklumat yang kita terima, ada di kalangan mereka yang bekerja di bawah kelulusan. Maksudnya, mereka mungkin ada yang bekerja di pasar raya, di kilang-kilang, walaupun mereka mempunyai ijazah. Jadi ini merugikan dan dari sudut jangka panjang, masa depan tenaga modal insan kita. Jadi, sebab itu saya inginkan penjelasan.
Begitu juga tentang pekerja asing yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi yang mana kita dapat makluman bahawa ada pekerja-pekerja asing yang memohon bekerja tetapi ditolak. Apakah prasyarat yang dikenakan oleh pihak kementerian menyebabkan mereka tidak layak terutama di sektor perladangan ataupun perkilangan?
Begitu juga sebelum ini saya pernah sebut dalam Dewan ini iaitu untuk memastikan pekerja-pekerja asing, contohnya daripada sudut pembantu rumah asing, supaya diletakkan syarat bahawa pembantu rumah yang Islam bekerja di rumah majikan yang Islam sebab banyak aduan yang kita terima bagaimana pekerja asing terutama wanita bekerja di rumah majikan yang bukan Islam yang sudah tentu banyak menimbulkan masalah terutama sensitiviti agama. Jadi sejauh mana pihak kementerian mengambil tanggungjawab terhadap isu ini? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang yang menimbulkan persoalan berapa ramai graduan, rekod graduan yang bekerja di bawah kelulusan mereka, gaji- makna yang graduated tapi dia kerja hanya gaji SPM contohnya. Kita tidaklah mempunyai satu rekod sebab kita pun tidak tahu. Ini soal perjanjian antara pekerja itu dengan majikan. Dia pergi mohon, dia setuju, dia yang menandatangani perjanjian untuk dia bekerja. Akan tetapi saya nak ambil kesempatan, Tuan Yang di-Pertua, saya nak ucap tahniah kepada graduan ini. Inilah ikon untuk belia negara kita. Orang yang berkelulusan ijazah tapi kalau betullah seperti mana dakwaan Yang Berhormat yang mereka ini sanggup bekerja gaji hanya di peringkat SPM, ini adalah ikon kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada belia negara kita. Saya, kalau boleh, kalau ada Yang Berhormat boleh bagi nama, saya nak bawa datang ke kementerian untuk diperkenalkan dan untuk nak diangkat mereka ini menjadi ikon kepada belia. Sebab, sebabnya begini...
[Bangun]
Nanti sat, Yang Berhormat Kapar. Sebab, mereka adalah contoh yang baik. Golongan yang tidak memilih pekerjaan, mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT. Itulah yang ada di hadapan mereka, maka mereka terima dan akhirnya saya percaya bahawa jika ada graduan ini, majikan mereka akan memberikan peluang kenaikan pangkat selepas daripada itu yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh mencelah?
Jadi, bagi saya bahawa sepatutnya inilah contoh yang seharusnya ditunjukkan dan kita harus berikan motivasi kepada belia-belia negara kita ini supaya tidak memilih pekerjaan walaupun mereka berada pada kelulusan yang tinggi. Yang pentingnya mereka mesti menjadi manusia yang sentiasa bekerja untuk menyara kehidupan mereka.
[Bangun]
Jadi, saya ucap tahniah kepada graduan seperti ini. Sila Yang Berhormat Kapar.
Minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Yang Berhormat Kapar terlebih dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Maran, tunggu dulu. Saya dah berdiri dua kali dah. Apa yang saya teliti dalam penghayatan Timbalan Menteri- sekalung tahniah kerana bersungguh-sungguh mengiltizamkan komitmen untuk memastikan pekerja tempatan ini diberi peluang dan pengangguran dikendurkan. Saya menilai daripada jawatankuasa yang ada seperti JTK yang saya telah laungkan sebelum ini, keperluan untuk JTK ditambah itu dah sampai ke tahap wajib kerana mereka menjaga hampir 900,000 agensi syarikat dan ini memberikan ketidakstabilan atau tidak membolehkan mereka melaksanakan tugas untuk memantau. Jadi apa yang saya lihat ialah pada hari ini, bolehkah kerajaan mengambil langkah untuk dalam sektor perkhidmatan, sebagai contoh, yang rata-rata kata yang kita lihat di hotel- hotel dan sebagainya itu memang semua kebanyakan mereka ialah pekerja asing dan sektor ini saya melihat sektor yang berkemampuan dan kemahiran yang mampu dilakukan oleh
pekerja tempatan. Juga sektor pembuatan yang dilihat kilang bila waktu petang beratur balik dari kilang ialah orang-orang asing dan ini juga menjadi persoalan bahawa lingkaran hampir sekitar 524,000 orang penganggur ini membolehkan kita meletakkan mereka sebagai diberi peluang. Dalam masa yang sama, kita tahu Akta Pekerja 1955 di bawah seksyen 60M tidak membenarkan pekerja tempatan itu dipinggirkan dan pekerja asing diutamakan. Namun, yang saya lihat pada hari ini bahawa kerajaan kena mengambil langkah berani untuk memastikan bahawa peluang pekerja tempatan itu diberi keutamaan dahulu dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tumpat minta sikit.
Sekejap. Baik, terima kasih Yang Berhormat Kapar. Orang yang sentiasa prihatin terhadap JTK, Jabatan Tenaga Kerja. Saya ucapkan terima kasih dan menyambut baik atas saranan Yang Berhormat Kapar tentang keperluan untuk pertambahan pegawai-pegawai penguat kuasa untuk memastikan hak dan perlindungan warga pekerja dapat dipertingkatkan lagi. Itulah permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan Tenaga Kerja. Akan tetapi dalam masalah kekurangan pegawai itu, mereka boleh bekerja begitu hebat dengan membuat siasatan dan penelitian terhadap sebarang permohonan pekerja asing ini sampai kepada peringkat boleh menolak permohonan sebanyak 244,000. Maknanya mereka begitu teliti. Jumlah 244,000 itu bukan satu permohonan yang sebenarnya, bukan satu keperluan yang sebenarnya. Jadi dalam keadaan mereka tidak mempunyai pegawai yang cukup- jadi kita bagi tahniah. Sepatutnya Dewan hari ini merakam ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai di peringkat JTK, Jabatan Tenaga Kerja. Jadi, insya-Allah, kementerian sudah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan pada masa sekarang ini telah mengambil pendekatan penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan di bawah kementerian termasuk tambahan pegawai penguatkuasaan dan keperluan kenderaan, penggunaan sumber-sumber agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga kita sedang meneliti tentang bagaimana penguatkuasaan itu dibuat memenuhi proses self-regulation. Maknanya itu sedang diteliti dan sudah ada di peringkat-peringkat tertentu, di jabatan-jabatan tertentu, penguatkuasaan itu dibuat secara self-regulation. Akan tetapi di peringkat JTK ini, masih lagi memerlukan kepada kena pegawai sendiri turun pergi tengok dan sebagainya. Jadi kita akan melihat bagaimana strategi yang seterusnya, yang sebaiknya untuk mereka ini dapat diberi perhatian, insya-Allah. Saya minta bekas Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Maran dulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri baru ini memang daripada segi menjawab memusing-musing memang pandailah. Namun, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya peranan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja dan sebagainya daripada dulu lagi saya tak pernah nafikan, kita tak pernah nafikan dan baguslah diteruskan seperti ini. Akan tetapi kita nak lihat supaya kalau boleh usaha ini diperkuatkan lagi. Saya ingin nak bertanya kepada Yang Berhormat, baru-baru ini kita dapat tahu bahawa apabila kerajaan baharu ini ambil alih, ramai pegawai kita yang berpengalaman diberhentikan kerja, diberhentikan kontrak mereka, ditamatkan kontrak dan sebagainya. Saya tak tahu apa sebabnya. Cuma, saya ingin tahu- kalau Yang Berhormat tak boleh bagi jawapan hari ini- di bawah agensi-agensi Kementerian Sumber Manusia ini, di beberapa agensi kita- ada berapa? Sembilan, Yang Berhormat ya? Agensi bawah kementerian. Saya pun tak perasan sebab saya belah sini [Ketawa] Maknanya, saya dapat tahu ramai mereka ini diberhentikan kerja. Atas apa sebab? Saya nak tahu berapa orang di antara pegawai-pegawai kita yang berpengalaman ini, yang mereka cukup luas pengalaman mereka dalam berbagai-bagai bidang tetapi ditamatkan kerja atas beberapa sebab yang saya tak tahu. Saya minta...
[Bangun]
Nanti kejap Timbalan Menteri, sekejap ya. Itu satu. Beri pada saya. Kalau tak ada hari ini, Yang Berhormat berikan senarai siapa mereka ini, kategori apa, apakah sebab mereka diberhentikan. Itu yang pertama, Tuan Yang di-Pertua. Kedua ialah daripada segi pekerjaan tadi yang katakan kelulusan mereka tinggi tetapi mereka kerja jawatan rendah di supermarket dan sebagainya. Saya faham... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Konsep itu memang faham kepada kita tetapi kita tidak mahu mereka yang berkelayakan ini, oleh kerananya tidak ada kerja, sanggup kerja rendah sedangkan Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat tahu saya kira, kita ada lebih kurang 140,000 ataupun 150,000 ekspatriat ataupun pegawai dagang. Jadi, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian sekarang, Tuan Yang di-Pertua, yang lebih kemas dan teratur? Bukan makna dulu kita tak buat tetapi tak sempat nak dibuat. Mungkin oleh kerana kita akan teruskan perjuangan kita untuk membela pekerja-pekerja ini, apakah langkah yang dibuat oleh kementerian bagi memastikan supaya ekspatriat ini dikeluarkan dan digantikan oleh pegawai-pegawai kita yang dilatih dan diberi kelayakan dan sebagainya? Terima kasih banyak.
Baik.
Saya, kalau boleh, lebih kurang. Sambung terus daripada Yang Berhormat Maran.
Ringkas, ringkas. Saya nak habiskan... [Suara kurang jelas] ini. Kalau tidak, pakai isu...
Ya, ya. Okey. Cuma saya nak tanya sikit sahaja. Betul kah maknanya pendirian kerajaan bergembira dengan graduan yang bekerja tidak mengikut kelayakan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Maran tadi? Sedangkan mereka ini bila mereka terpaksa untuk menerima pekerjaan yang tidak menggunakan ijazah mereka dalam suasana ekonomi hari ini, sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan mereka itu mendapat peluang pekerjaan yang baik. Bukannya jawab dengan tidak begitu serius dan bangga, nak bagi hadiah dan sebagainya. Saya harap graduan di luar sana itu supaya mendengar pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Baik Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Saya tidak pernah mengatakan kita berpuas hati, tetapi kita hendak katakan itu contoh yang terbaik. Ini kerana kita membincangkan sebelum ini ada ramai orang memilih kerja apabila kita membuat tawaran JobsMalaysia dan sebagainya. Orang tidak mahu bekerja dan sebagainya. Jadi sepatutnya kita memberikan ucapan penghargaan kepada graduan ini kerana mereka menunjukkan satu contoh teladan yang sangat baik. Akan tetapi sudah tentulah kerajaan yang bertanggungjawab harus mencari peluang bagaimana pendekatan untuk memberikan peluang pekerjaan setimpal dengan kelayakan dan kelulusan yang ada kepada mereka. Bagi saya- saya berpendirian bahawa sebarang pendidikan sama ada dalam bidang akademik ataupun dalam kemahiran Tuan Yang di-Pertua, kita kena tanam dalam pemikiran masyarakat anak-anak seperti saya sebutkan sebelum ini dalam Dewan ini. Kita tidak boleh meletakkan supaya ini adalah peluang untuk mereka hendak makan gaji, sama ada dengan kerajaan mahupun swasta. Akan tetapi ilmu adalah untuk memberikan jaminan untuk mereka survive dalam kehidupan. Hanya dengan ilmu sahaja boleh menjamin kehidupan yang lebih sempurna kepada kehidupan kita. Rezeki bukan hanya ada pada makan gaji di peringkat sektor awam atau sektor swasta, tetapi rezeki ada di mana-mana. Oleh sebab itu, saya telah mencadangkan supaya dalam sektor TVET ini, seharusnya menekankan pendidikan yang akhirnya melahirkan pekerja yang mahir yang mereka boleh berdikari, mereka tahu bagaimana untuk mereka hendak melalui kehidupan.
Berkaitan apa yang disebutkan oleh bekas Timbalan Menteri tadi, Yang Berhormat daripada Maran, saya tidak ada maklumat tentang ada pegawai-pegawai di peringkat kementerian sehingga diberhentikan. Saya sendiri tidak pernah dimaklumkan ada diberhentikan kecuali bahagian mereka itu yang pencen, lainlah. Berpencen, yang tukar kementerian, jabatan dan sebagainya itu biasa tetapi di berhenti saya tidak pernah dengar ada pekerja diberhentikan selepas kerajaan baharu mengambil alih di peringkat kementerian saya.
Boleh saya...
Berkaitan dengan- tadi saya hendak sebut berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, iaitu syarat-syarat permohonan melalui pekerja asing ini. Syarat permohonan dibuat melalui sistem SPPA dan akan disiasat oleh pegawai-pegawai JTK bagi memastikan kesahihan majikan, keperluan sebenar mengikut kelayakan, usaha mendapat pekerjaan tempatan, pematuhan undang- undang perburuhan dan penyediaan perumahan pekerja. Pendekatan ini adalah bagi memastikan keutamaan mengisi sesuatu kekosongan jawatan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat tempatan dalam semua kategori pekerjaan. Majikan juga perlu menghadiri temu duga one-stop centre di KDN. Itu di antaranya. Sememangnya menjadi dalam isu pembantu rumah ini, apa yang disebut Yang Berhormat tadi memang menjadi syarat di Jabatan Imigresen, pembantu rumah Islam mesti bekerja di rumah orang Islam. Kalau diberikan di rumah orang bukan Islam, agensi yang mengurus mesti memaklumkan bahawa pembantu rumah tersebut bukan berkongsi dengan orang lain. Ini bermakna pembantu rumah itu boleh dan tidak untuk tidak bersetuju dan sebaginya. Mesti dimaklumkan kepada pembantu rumah yang bahawa mereka itu akan dibawa kepada orang bukan Islam. Jadi, kalau mereka bersetuju, satu persoalan yang lainlah. Akan tetapi itu syarat yang ditentukan oleh Jabatan Imigresen. Jadi...
Yang Berhormat Menteri boleh tanya satu...
Yang Berhormat...
Saya minta maaf.
Yang singkat, singkat.
Yang ringkas, cepat.
Yang ringkas. Memandangkan...
Dua perkataan sahaja.
Ya. Memandangkan polisi kerajaan untuk rakyat Malaysia mengambil alih semua kerja-kerja- saya hendak tanya apakah polisi kerajaan tentang berjuta rakyat asing yang sekarang di Malaysia yang bekerja di ladang, perkilangan dan pembinaan, yang menjalankan kerja buruh. Jadi apakah perancangan yang kerajaan sedang buat untuk memastikan apabila pekerja-pekerja asing ini diminta keluar daripada Malaysia, apakah rancangan untuk memenuhi tenaga kerja yang akan wujud ataupun kekosongan yang akan wujud. Kalau tidak, banyak industri kita akan mungkin terpaksa ditutup. Boleh dapatkan penjelasan.
Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kalau saya tidak dapat hendak memberikan penjelasan secara detailed pada petang ini dan saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Akhirnya sebelum saya pergi kepada perkara yang lain...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, menyentuh expatriate, pegawai dagang.
Saya akan bagi secara bertulis insya-Allah. Memang kita sudah berbincang perkara-perkara yang berkaitan dengan expatriate ini kerana kita kalau bolehnya kita hendak buat kaji semula terhadap apa yang telah pun ada dalam garis-garis panduan yang sedia ada ini untuk memastikan supaya betul-betul ada ketelusan dan sebagainya. Ini kerana ada juga unsur-unsur penyelewengan dan sebagainya. Jadi kita hendak pastikan supaya expatriate dalam konteks warganegara kita itu yang harus diberikan keutamaan. Ini kerana mereka mempunyai kelayakan-kelayakan dan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Isu pemberhentian pekerja, saya hendak sebut sedikit di sini...
Boleh mencelah sedikit.
...Kerana ada juga disentuh mengikut rekod JTK, jumlah pemberhentian pekerja yang dilaporkan bagi tahun 2018 sehingga 30 September adalah 15,903 orang yang melibatkan seramai 12,305 orang atau 77.4 peratus yang terlibat dalam pemberhentian secara biasa dan seramai 3,598 orang atau 22.6 peratus orang pemberhentian secara sukarela iaitu VSS. Jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding pada tahun 2017 yang mencatat jumlah sebanyak 35,097 orang. Jadi, saya hendak maklum kepada Yang Berhormat, yang saya sebut angka tadi itu termasuklah 701 orang pekerja yang diberhentikan di Utusan Malaysia, milik UMNO.
Minta laluan.
Termasuk dan juga akhbar-akhbar termasuk akhbar...
Dua Yang Berhormat bangun, Yang Berhormat Pasir Salak dengan Yang Berhormat Padang Serai.
Pemberhentian itu dilaporkan, diadu kepada Jabatan Tenaga Kerja dan juga Jabatan Perusahaan, JPP. Itu antara yang berlaku dan yang terakhirnya memang Utusan Malaysia datang sendiri, pegawai eksekutifnya sendiri, CEO Utusan Malaysia datang sendiri. Apabila saya meletakkan syarat bahawa kamu mesti...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, jadi akhirnya saya kata hendak buat macam mana, bukan boleh bagi- bila VSS bukan bagi seketul macam itu, dia kata kena ambil 12 bulan untuk- ini tidak pernah berlaku lagi ini. Orang lain apabila VSS dia pergi terus, seketul berapa. Kalau RM100,000, RM100,000-lah dia dapat tetapi, UMNO ini terpaksa bagi 12 bulan. Bermula dengan bulan yang pertama itu dia bagi dua bulan, bulan 12 ini dia bagi dua bulan kemudian yang lain itu 10 bulan. Jadi, fasal apa saya tanya. Dia kata, “Tidak ada, hendak kena tunggu jual aset.” Baru-baru ini satu aset RM80 juta kalau tidak silap saya. Jadi insya-Allah kita sedang deal dengan kesatuan sekerja untuk memastikan supaya wakil kesatuan sekerja dimasukkan di dalam jawatankuasa pemegang amanah sebab, hendak pastikan bahawa sebarang jualan aset itu, penggunaan wang itu mesti diutamakan terlebih dahulu untuk membayar VSS yang telah pun ditawarkan kepada pekerja. Kita tidak mahu nanti dia jual aset dia tetapi akhirnya dia guna untuk benda-benda yang lain. Kemudian berkaitan dengan...
Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
...Isu kluster yang seterusnya ialah...
Buat tidak nampak sahaja ini.
Sekejap. Sat lagi saya bagi. Saya hendak habiskan.
Tidak apa, Yang Berhormat nampak.
Berkaitan dengan kluster yang kedua berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.
Dia syok sendiri.
Hampir enam orang telah bangkitkan tentang isu ini.
Dia syok sendiri.
.Kerajaan menyedari keperluan melahirkan graduan TVET yang berkemahiran tinggi dengan kehadiran revolusi 4.0.
Seketui, seketui.
Oleh sebab itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) giat membudayakan pembangunan modal insan yang dipacu industri dengan melantik 29 industrial body ILB yang berperanan
merancang pertumbuhan sektor industri masing-masing. Di samping memastikan sumber tenaga manusia yang dihasilkan memiliki kemahiran yang diperlukan dan dapat memenuhi peluang pekerjaan dalam pasaran buruh. Kerjasama strategi ini dapat menutup jurang mismatch dan meningkatkan kebolehpekerjaan graduan kemahiran. Selain itu bermula tahun 2018, JPK telah mula membangunkan standard kemahiran pekerjaan NOSH dengan mengambil kira keperluan IR 4.0. Sebanyak 30 NOSH telah dibangunkan dengan dimasukkan elemen-elemen teknologi IR 4.0 berdasarkan kepada sembilan teras utama revolusi berkenaan.
Masa cukup.
Ahli-ahli Yang Berhormat juga membangkitkan hal- hal yang berkaitan dengan TVET ini, insya-Allah kita akan jawab secara bertulis apa yang tidak dapat saya sampaikan.
Saya minta bahas fasal...
Namun begitu...
Masa sudah cukup, bertulis sahajalah.
Ya, memanglah.
Tenggara ada bawa isu framework...
Ya?
TVET.
Sila, sila.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada bawa berkenaan dengan framework JPK dengan MQA.
MQA dengan...
Dengan JPK. Yes. Kita ada bawa framework.
Ini kerana kalau kita hendak melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi, dia perlu ada laluan yang lebih tinggi untuk mendapat upah yang tinggi. Saya ada tanya berkenaan dengan perkara tersebut, adakah satu akreditasi tunggal perlu dilaksanakan di negara kita supaya MBOT dan Board of Engineers ini ada main peranan dalam pengeluaran sijil ataupun ijazah yang boleh menjadikan mereka dan memungkinkan mereka untuk mendapat upah yang tinggi di dalam negara kita.
Baik, terima kasih. Kita sedang melihat, maknanya perkara itu dan kita sedang bergerak ke arah itu untuk memastikan bahawa akreditasi tunggal itu harus dilihat sebagai satu kepentingan dan keperluan untuk memastikan seperti mana Yang Berhormat sebut tadi. MBOT telah diletakan di bawah Kementerian Sumber Manusia sekarang ini.
MBOT di bawah Kementerian Sumber Manusia ya?
Ya.
Okey. Good.
MBOT sekarang di bawah Kementerian Sumber Manusia dan kita akan bekerjasama dengan semua pihak untuk- dengan Kementerian Pendidikan melalui MQA dan sebagainya.
Duduk depan-depan ini. Takkan tak nampak.
Sapa yang pentingnya kita harus bekerja. Saya selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (PKK) ini akan bekerjasama
dengan wakil daripada Pematang Pauh untuk melihat bagaimana supaya TVET Malaysia ini dapat diangkat lebih jauh supaya dia dapat diberikan pengiktirafan oleh dunia kerana sepanjang yang saya semak dalam UNESCO tidak tersenarai sebagai negara yang disenaraikan sebagai negara yang diletakkan dalam senarai-senarai TVET. Ini satu yang agak malanglah bagi saya. Akan tetapi kerana itu bukan tanggungjawab JPK sebelum daripada ini tetapi oleh kerana kita ada wakil daripada Permatang Pauh ini yang dilantik oleh Kabinet, kami akan bekerjasama untuk melihat bagaimana TVET Malaysia itu boleh disenaraikan di peringkat UNESCO. Saya rasa malu bila saya check tadi Vietnam dan Mymmar pun disenaraikan di UNESCO. Jadi saya- itu sahaja dapat saya sampaikan.
Satu soalan yang last. Yang Berhormat Menteri, satu soalan yang last. Di belakang. Selalu pandang depan sahaja, belakang tidak nampak.
Aduh tambi apa? Ada apa? [Ketawa]
Ringkas sahaja Yang Berhormat.
Ringkas sahaja. Okey...
Ya. Kalau saya tidak bagi, dia marah saya.
Ha ya orang kampung.
Tidak boleh begitu ya.
Kedah.
Yang Berhormat Padang Serai ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya kebanyakan orang-orang berhenti- kebanyakan mereka di masa yang awal mereka ambil bekerja, lepas itu masa telah tiba mereka punya umur 35, diberhentikan. So apabila dah berhenti mereka hendak kerja di tempat lain, tidak ada peluang. Di samping itu juga, baru-baru ini kerajaan telah harapkan mereka akan dapat dibayar oleh SOCSO sehingga mereka dapat kerja. Adakah ini diteruskan? Sila menjawab.
Baik, terima kasih. Saya panggil dia tambi sebab saya satu kapal sama dia. Tambi ini bukan satu penghinaan, brother. Dalam Bahasa Melayu kita brother. Betui ya? Kami satu kapal. Chidambaram [Ketawa] Ya Yang Berhormat, memang kita telah meneruskan Skim SIP di bawah PERKESO dan kita akan memberikan yang sebaiknya untuk pekerja-pekerja yang diberhentikan untuk mereka mendapat manfaat daripada caruman SIP dan juga kita akan membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang baharu melalui SIP dan juga JTK yang juga boleh membantu mereka, insya-Allah. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan berbagai-bagai pendapat dan pandangan. Kami sangat terbuka untuk mendapatkan apa-apa input daripada Yang Berhormat boleh terus bertemu dengan saya ataupun dengan Yang Berhormat Menteri atau mana-mana pegawai tinggi di peringkat kementerian, kami sedia mendengar pandangan-pandangan yang baik yang bernas. Apa yang penting ialah kita dapat membantu dan memberikan pekerjaan yang terbaik melindungi dan menjaga kebajikan golongan pekerja di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang giliran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim... [Berucap dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli
Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan yang melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2019 sejumlah RM4.417 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi kami melaksanakan pelbagai program dan projek yang telah dirancang. Saya yakin dan percaya dalam jumlah yang diperuntukkan ini, kami akan insya-Allah memikul tanggungjawab ini dengan penuh keamanan, berjimat dan memastikan amalan good governance, dengan izin, mengelakkan ketirisan dan menegakkan integriti akan dapat dicapai. Walaupun angka ini meresahkan sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yakin dan percaya bahawa saya dan kementerian mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan setiap objektif akan tercapai dan kalau ada pun keperluan-keperluan kami mencari dana tambahan, itu adalah merupakan tugas dan tanggungjawab yang kami akan laksanakan demi kebajikan seluruh petani-petani kita dalam negara ini. Ahli-ahli yang mengambil bahagian seramai 21- yang mengambil bahagian Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Padang Terap, dan Yang Berhormat Pontian. Secara keseluruhannya, pokok bicara adalah berkisar kepada kepentingan para petani kita yang kita akan laksanakan berdasarkan kepada hala tuju yang jelas dan dasar yang sedia ada yang telah memastikan dasar agromakanan negara akan dapat dicapai dan memberikan manfaat kepada seluruh negara kita. Bagi menjawab isu-isu yang berkaitan, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Puncak Borneo yang menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan kembali peruntukan subsidi sektor padi beras. Yang Berhormat Tanjong Karang menyatakan apakah mekanisme penyaluran subsidi yang akan dilaksanakan. Yang Berhormat Puncak Borneo menyarankan supaya kerajaan meneruskan bantuan subsidi kepada pesawah termasuk padi bukit. Saya yang mengetuai kementerian ini insya-Allah akan melaksanakan dengan bantuan pegawai-pegawai terlatih untuk melaksanakan apa yang disebut skim pemutihan. Apabila kita dapat melakukan skim ataupun proses pemutihan ini, insya-Allah bantuan subsidi bagi memastikan tiada berlaku lagi ketirisan ini antara mekanisme yang saya akan perjelaskan nanti bagaimana pemberian subsidi ini hanya diberikan kepada golongan yang benar-benar layak dan mengusahakan sawah serta menyumbang kepada pengeluaran padi negara.
[Bangun]
Bila habis saya beri laluan kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Jangan bimbang. Pada peringkat awal tahun 2019, kementerian akan menyusun keutamaan keperluan subsidi kepada pesawah termasuklah penggunaan formulasi baharu bagi meningkatkan keupayaan kita memberikan baja yang berkualiti dan bertepatan dengan keperluan tanah dan ini akan meningkatkan pengeluaran bagi semua penerima subsidi. Bagi membantu golongan yang benar-benar layak termasuk pesawah Sabah dan Sarawak, kementerian akan meneliti jumlah peruntukan tambahan subsidi yang diperlukan dan akan membuat permohonan tambahan kepada pihak Kementerian Kewangan. Ini antara jaminan yang saya boleh berikan dan saya akan pastikan walaupun had bajet yang dikemukakan itu nampaknya sangat membimbangkan tetapi saya yakin kita punya keupayaan dan strategi bagaimana tiap peruntukan itu akan dapat sampai pada golongan sasar. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Yang Berhormat Menteri kata hendak buat pemutihan. Sebelum pemutihan Yang Berhormat sudah buat keputusan mengurangkan peruntukan.
Sepatutnya buat pemutihan dahulu baru tahu berapa orang yang layak untuk mendapat. Kenapa yang dahulu di kemudiankan? Bagaimana esok kalau sekiranya dalam proses pemutihan peruntukan ini tidak cukup? Sekarang ini RM758 juta ini. Sejumlah RM758 juta kenapa kementerian potong daripada peruntukan tahun sudah? Inikah yang dikatakan hendak membela petani? Inikah yang dikatakan hala tuju baharu? Saya dahulu masa jadi Timbalan Menteri Pertanian, ini Menteri Pertanian ada di sini. Kita tidak ada potong macam ini. Yang Berhormat Menteri kata, “Oh, kita akan ada supplementary budget”. Bila supplementary budget? Berapa bulan daripada sekarang? Buat sementara ini hendak bagi dengan apa sementara hendak tunggu supplementary budget? Tolong jawab.
Yang Berhormat Sungai Petani bangun tadi Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, saya teliti jawapan-jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya bimbang begini. Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang dua perkara. Pertama, pemutihan. Kedua, kualiti baja. Saya bimbang dengan statement begitu seolah-olah yang pertama sekali tentang kualiti baja sedangkan baja-baja untuk subsidi ini dikendalikan oleh NAFAS. NAFAS dapat ISO dan NAFAS milik almost 900,000 pemilik petani-petani. NAFAS ialah satu-satunya kilang yang dibina oleh kerajaan. Mereka mempunyai pengurusan yang baik dan orang-orang yang cekap dan profesional. Kalau- saya setuju Yang Berhormat Menteri kata pemutihan, mungkin di antara Yang Berhormat Menteri hendak sebut itu mungkin tidak mahu sebut ialah ada mismanagement dalam NAFAS, orang yang korupsi. Ambil tindakan terhadap orang yang korupsi ini dahulu tetapi jangan potong subsidi. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri kata oleh sebab mismatch, mungkin baja ini tidak sesuai dengan tanah ini, baja ini tidak sesuai dengan tanah ini. Then you should not cut the subsidy yet. Betul-betul suruh NAFAS, “NAFAS, kumpulan ‘A’ ini kena pakai baja ini. Kumpulan ‘B’ kena pakai baja ini. Kumpulan ‘C’ kena pakai baja ini.” What you should do is beritahu NAFAS, adjust you punya production. Akan tetapi untuk kerat, untuk potong lepas itu baru kita hendak minta duit, I think that is something wrong. Ini kerana kita takut dalam keadaan kita hendak minta ini pun petani-petani kita ada sekarang ini kita punya self-sufficient level di Malaysia ini rasa saya 70 peratus. Saya orang Kedah Yang Berhormat Menteri. Saya tahu petani-petani amat bergantung dengan weather, amat bergantung dengan supply air, amat bergantung dengan labor. Akan tetapi kalau dia tidak cukup dia punya baja ini, datang banjir datang kemarau kita baru hendak cari duit selepas itu- it’s going to be messy. Kita baru sekarang ini ada 70 percent sahaja kita punya self-sufficient level. Bayangkan kalau baja kita dipotong, kita mungkin merudum sampai 35 percent. Waktu itu kita ada shortage. Baru itu kita hendak repair, I think it might be too late. Saya mencadangkan lebih baik bincang dengan NAFAS apa yang sebenarnya petani hendak. Kalau identify kawasan ‘A’, ‘B’, dan ‘C’ perlukan treatment yang berbeza, bercakap dengan NAFAS kerana mereka yang keluarkan baja subsidi. Jadi tangkap, charge orang-orang yang mismanage dalam so called saya tidak tahu betul atau tidak mismanage ini, yang terlibat dalam mismanagement ini. Akan tetapi jangan- saya rasalah tidak boleh ambil tindakan potong subsidi ini. Saya orang Kedah dan saya amat terlibat dalam petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Minta Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin membawa benda yang sama. Saya menyentuh dengan banyak dalam perbahasan baru-baru ini tetapi apabila Yang Berhormat menyenaraikan nama-nama Ahli Yang Berhormat yang menyentuh sektor pertanian tidak sebut Tumpat tetapi saya sentuh dengan banyak. Satu perkara yang saya sebut dan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani juga, bahawa baja ini bukan sahaja penting dari segi kualiti baja tetapi ia penting juga dari segi masa hendak membaja. Jadi... [Disampuk] Ya, timing baja padi itu sendiri mesti kena sampai pada waktunya. Jadi kalau kita lihat kepada bajet yang ada ini, separuh daripada peruntukan subsidi baja makna mengalami kekurangan. Jadi Yang Berhormat kata baja hendak tambah kualiti yang bagus, kemudian bajetnya separuh berkurangan. Jadi kena seimbang macam manalah untuk kepentingan petani kita di seluruh negara, wallahualam.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bera bekas Menteri Pertanian, Yang Berhormat Pasir Salak bekas Timbalan Menteri Pertanian. Saya ucap terima kasih di atas kebangkitan Yang Berhormat Sungai Petani yang membangkitkan isu baja dan NAFAS dan Yang Berhormat Tumpat saya masukkan balik nama itu. Minta maaf mungkin kalau tertinggal.
Tuan Yang di-Pertua, Setiu pun ada sebut baru-baru ini.
Yang Berhormat...
Tidak ada sebut juga oleh...
Masukkan balik, minta maaf. Yang Berhormat Pasir Salak, tetapi tidak marah itu. Walaupun suara itu tinggi tetapi tidak marah.
Saya ini orang petani, orang kampung. Ini saya hendak tanya sikit sambil itu. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani sebut NAFAS, NAFAS. Saya hendak tanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendak bagi baja subsidi ini melalui NAFAS atau hendak buka tender kepada private sector? Saya dapat tahu kata hendak bagi tender, NAFAS tidak dapat ini nanti. Yang Berhormat Sungai Petani...
Okey, okey.
Habislah NAFAS, tidak bernafaslah selepas ini. Apa sudah jadi ini? Kenapa ini? Kalau open tender, you know who is going to get the tender. Tauke besar. They are the one who can compete, NAFAS cannot compete. Bumiputera company cannot compete. Inikah yang dikatakan hendak membela petani?
Marah itu.
Marahlah. Saya dahulu di sana saya bela petani, itu sebab saya marah.
Yang Berhormat Menteri tidak marah.
Yang Berhormat Menteri tidak marah.
Tidak apa. Dia selagi tidak bercakap Bahasa Inggeris itu dia tidak marah. Sudah keluar Bahasa Inggeris itu baru dia marah. Tuan Yang di- Pertua...
Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit. Oleh kerana Yang Berhormat Menteri tidak catat apa yang saya sebut baru ini, saya cuma hendak sebut sekali lagi...
Duduk, duduk dahulu. Saya bagi kemudian, saya bagi kemudian.
Yang saya sebut baru ini...
Yang Berhormat Setiu tunggu dahulu. Duduk dahulu nanti saya bagi. Jangan bimbang. Yang Berhormat Pasir Salak, kerja pemutihan kerja kementerian, kerja saya, tanggungjawab saya dan semua pegawai. Kerja untuk allocate budget, itu kerja Kementerian Kewangan. Jadi saya membuat perancangan membela petani ada visi, ada hala tuju yang menentukan bajet adalah Kementerian Kewangan berdasarkan kepada perhitungan dan beberapa faktor-faktor tertentu yang saya tidak suka hendak ungkit. Akan tetapi kerja yang mesti saya buat adalah pemutihan. Sekiranya pemutihan tidak dibuat, kita tidak dapat mengelakkan ketirisan. Saya tidak mahu sebagai Menteri, sebagai Menteri...
Yang Berhormat Menteri sudah buat pemutihan belum?
Duduk, saya jawablah.
Tidak jawab tadi. Kata kerja saya buat, saya buat, bila buat? Saya percaya belum buat.
Duduklah.
Minta laluan sikit Yang Berhormat Menteri...
Tolong buatlah.
Sikit sahaja. Saya sebut dalam ucapan saya baru ini...
Sabarlah, ini debate saya dengan Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat Setiu duduk dahulu, duduk dahulu.
Apa yang saya sebut tadi pemutihan memang kerja kita. Kita telah buat pemutihan kerana berdasarkan kepada bekalan baja yang kita berikan, kita dapat buat pemutihan. Itu salah satu mekanisme kita. Oleh sebab itu saya ingin menyatakan bahawa kita akan memberikan subsidi baja ini kepada petani. Kalau 12 beg, 12 beg. Itu jaminan yang saya boleh berikan. Di mana saya akan dapat duit, sama ada dinyatakan tadi tidak cukup subsidi, saya Menteri sekarang ini. Saya akan mengambil tanggungjawab, saya ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ada Menteri Kewangan...
Saya pun Menteri tahu? Menteri shadow Cabinet tahu [Ketawa]
Sabarlah, belum lagi. Baru bayangan. Jangan rindu bayangan. Sabar dahulu. Sebagai Menteri pada hari ini saya rasa saya ada tanggungjawab...
Takut gila bayang sahaja.
Saya ada ketua negara, saya ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang saya akan pastikan bahawa kita akan mendapat peruntukan untuk memberikan secukupnya kepada petani-petani kita yang akan terus mengeluarkan hasil padi kita.
Saya akan berikan jaminan kepada Yang Berhormat Sungai Petani bahawa SSL kita, insya-Allah, mencukupi pada tahap 70 peratus yang ada pada hari ini dan kita telah menetapkan hala tuju baharu, insya-Allah, dalam tempoh 2020, kita boleh sampai 75 peratus. Ini komitmen MoA, komitmen kita kepada rakyat dalam negara kita. Oleh itu, saya tidak nampak— termasuk dalam isu NAFAS tadi— two wrongs cannot make one right, dengan izin. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan atas nama apa pun, tidak boleh kita maafkan. NAFAS, saya faham. Bila saya masuk, ada masalah NAFAS. Ada beberapa orang kepimpinan yang telah didakwa oleh SPRM. Itu saya tidak boleh ulas. Itu mahkamah akan menentukan. Akan tetapi sebarang salah laku, sebarang ketirisan, saya tidak boleh biarkan dan itu adalah merupakan suatu faktor yang menyebabkan pihak MoF mengambil tindakan dan kami di peringkat Kementerian Pertanian memberikan rasionalisasi. Kita boleh mengadakan engagement. Saya bertanggungjawab untuk menerangkan kembali. Saya rasa sama ada kita memberikan tender terbuka ataupun mengekalkan pemberian itu kepada NAFAS, ia adalah bergantung bagaimana mekanisme itu akan tetap menegakkan integriti. Tidak boleh kita pertahankan NAFAS di atas salah laku yang mereka telah lakukan. Undang-undang mesti...
Yang Berhormat Menteri, jangan salah dua orang atau tiga orang pengurusan, jangan petani 300,000 you penalize.
Saya tidak...
You jangan penalize petani 300,000 just because of two or three managers.
Itu belum berlaku, itu belum berlaku. You just assumed that.
No, it is you. I know. You do not ever think that I do not know? I know better than you, you know.
Semasa you jadi Timbalan Menterilah berlakunya NAFAS ini.
Okey, berlaku. So?
What did you do at that time?
So, what do you...?
[Bangun]
What you did at that time?
So?
Ini yang berlaku.
No, no, no.
Sekarang tanggungjawab saya sebagai Menteri membersihkan segala apa yang berlaku semasa you menjadi Timbalan Menteri Pertanian.
Yang Berhormat Pasir Salak, if you know better, you know in my kawasan...
Hei! Duduklah, diamlah Yang Berhormat Puncak Borneo. You pergi main dengan itulah.
Hei! Duduklah. Duduk. You listen first. In my kawasan, baja kena jual. Ada bil, ada invois, baja tidak kena hantar ke kampung. Itu masa you lah. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Puncak Borneo, beri kesempatan kepada Menterilah menjawab. Silakan.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat, saya jawab dengan baik.
Why you pusing- pusing? Kita cakap tadi kenapa baja itu tidak diberi kepada petani-petani secukupnya.
Baja...
Pemutihan, pemutihan. Saya hendak tanya ini. Pemutihan 300,000 petani itu berapa petani you have cancelled? 100,000 petani? 500,000 petani? You diam, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Ada soalan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri hendak menjawab. Beri kesempatan Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Saya jawab dengan baik bahawa apa yang ditakuti itu tidak berlaku lagi. Seramai 300,000 petani itu belum lagi menjadi mangsa. Maka saya mengambil tanggungjawab pada hari ini, bersama dengan kekuatan kementerian, akan memastikan bekalan baja itu cukup. Saya sudah sebut tadi kalau 12 beg yang mereka dapat, mereka tetap akan mendapat 12 beg. Cara mana?
[Bangun]
Saya akan mendapatkan pinjaman, mendapatkan permohonan daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Bila? When?
Sabarlah.
Sabar apa? Sabar apa? Petani sana menunggu, you sabar, sabar. Inikah Pakatan Harapan?
Sebahagiannya sudah dapat, sebahagiannya telah pun kita berikan, sebahagiannya telah pun sampai kepada petani-petani kita.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Apa yang pentingnya adalah salah laku pada waktu itu harus saya perbetulkan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Ini tanggungjawab yang mana yang ada pada hari ini. Saya beri kepada Yang Berhormat Bera, bekas Menteri Pertanian.
Yang Berhormat, pertamanya, Yang Berhormat ada menyebutkan tentang pemutihan. Jadi tentulah ada perbezaan di antara jumlah sebelum pemutihan dan selepas pemutihan. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak tanya, mungkin tidak dijawab lagi, iaitu berapa jumlah petani yang akan menerima baja selepas pemutihan ini dilakukan? Itu yang pertama. Kedua, bajet yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri kurang tadi, adakah berdasarkan kepada jumlah petani sebelum pemutihan ataupun selepas pemutihan? Kalau jumlah bajet diberikan berdasarkan jumlah awal sebelum pemutihan, tentulah tidak mencukupi apabila pemutihan dilaksanakan kerana jumlah petani sudah semakin ataupun jikalau dibuat berdasarkan yang lepas, tentulah tidak ada persamaan di antara bajet dengan jumlah petani. Jadi saya hendak tahu, adakah berapa jumlah?
Yang Berhormat Menteri boleh jawab sekali.
Yang Berhormat Bera, saya hendak cakap dahulu, Yang Berhormat pernah menjadi Menteri. Tugas kita sebagai Menteri adalah membuat perancangan. Bajet datang kemudian.
Direct lah jawab berapa yang sudah diputihkan, berapa yang tinggal, berapa sudah bagi. Jangan pusing-pusing cakap, Yang Berhormat Menteri.
Tunggulah. Kita membuat perancangan, bajet datang kemudian. Empat kali, lima kali pertemuan saya telah buat bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga perbincangan dengan Menteri Kewangan. Duit kita, kita kena berjimat. Kita dapat lebih kurang RM4.4 bilion yang telah dinyatakan dalam bajet. Kita telah menyatakan peruntukan kita semasa kita membuat beberapa perancangan, kita menyaksikan— sebagai contoh, proses pemutihan pesawah. Kaedah pemutihan yang kita lakukan di PPK, di MADA dan KADA melalui pengesahan oleh Jabatan ‘Pendaftaran’ Negara, fasa pertama yang melibatkan seramai 96,900 pesawah iaitu 30 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 322,830 pesawah. Ini telah kita buat.
100,000?
Fasa pertama melibatkan seramai 96,900 pesawah.
96,000?
30 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 322,830 pesawah. Maknanya kita telah putihkan sebahagian yang sudah usia...
Asas pemutihan? Apakah kriteria?
Yang telah tua, yang telah tidak lagi mengusahakan sawah yang tanah-tanah mereka telah pun dijadikan kawasan-kawasan perumahan. Ini berlaku, Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Ini tugas kita. Ini bukan...
Ya, tahulah tugas. Kita tidak hendak mempersoalkan itu tugas.
Akan tetapi maknanya, pemutihan telah berlaku.
Okey, Yang Berhormat. Berapa yang diperlukan? Bukan apa...
Kita memerlukan untuk kalau kita mahu...
Yang Berhormat, kita di peringkat pembangkang pun bantu Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat... [Masalah sistem pembesar suara] Bukan berapa juta lagi. Jadi kita hendak mengatakan sokongan kita kepada Yang Berhormat untuk minta bajet tambahan tersebut.
Yang Berhormat, kami minta bajet lebih kurang RM500 juta.
Keperluan lagi?
Keperluan lagi untuk sama ada kita boleh memberikan subsidi kepada nelayan dan juga pesawah padi.
Okey, kita boleh sokong.
Cukup, insya-Allah. Caranya, saya Menteri pada hari ini, saya akan mengadakan perbincangan, kita ada bajet tambahan, kita boleh buat.
Persoalan saya itu, sementara ini, sebulan, dua bulan atau tiga bulan. Supplementary budget bukan bulan depan. When is the supplementary budget?
Masa Yang Berhormat jadi Timbalan Menteri juga dahulu, semasa tidak cukup bajet— saya hendak beri contoh. Saya ada bukti di sini bajet-bajet yang telah dikemukakan sebelum daripada ini, tahun 20...
Ini apa cerita ini hendak korek-korek sana sini, tertengok-tengok pula fail lama pula?
Berilah peluang untuk Yang Berhormat Menteri menjawab.
Saya hendak tanya tadi, bila ini, yang ini, yang ini? Yang sudah, sudahlah. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, bersikap adillah. Berilah peluang untuk Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Yang di-Pertua ...
Saya berdiri atas peraturan, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, peraturan.
Peraturan apa, Yang Berhormat Kota Melaka?
Peraturan 37(2).
Ya, silakan.
“Tuan Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana Ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Majlis Mesyuarat tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menyelesaikan urusannya atau jika Pengerusi
mempercayai bahawa niat Ahli yang meminta penjelasan adalah semata-mata untuk mengacau Ahli yang sedang berucap”. [Tepuk]
Sudahlah, Yang Berhormat Kota Melaka. Baliklah. Baliklah, Yang Berhormat Kota Melaka.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Yang Berhormat Pasir Salak jangan kacau Yang Berhormat Menteri yang sedang menjawab.
Yang Berhormat Kota Melaka baliklah.
Tuan Yang di-Pertua...
Saya ingat Yang Berhormat Menteri pun nak...
...Kadang-kadang kita perlu jangan Mesyuarat terlalu lambat. Ada orang dia terlupa makan ubat. Inilah yang akan terjadi.
Eh, you makan ubat ini apa ini?
Dia lupa bawa ubat... [Pembesar suara dimatikan]
Dalam tempoh empat minit Yang Berhormat Menteri terpaksa menggulung. Jadi, kalau tidak sempat masa yang lain, semua beri jawapan bertulislah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri bagi saya setengah minit. Just hendak dapat clarification sahaja.
Sekejap, sekejap. Saya bagi. Tuan Yang di- Pertua.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya seronok bila dibangkitkan perkara ini. Ini kerana saya akan bercakap dari segi fakta. Tahun 2011, siapa yang menjadi Menteri Pertanian pada waktu itu sesiapa pun, subsidi padi lebih kurang RM2.9 bilion, tahun 2012 sebanyak RM2.3 bilion, tahun 2013 sebanyak RM2.4 bilion, tahun 2014 sebanyak RM2.4 bilion, tahun 2015 sebanyak RM1.7 bilion, tahun 2016 sebanyak RM1.4 bilion, dan tahun 2017 sebanyak RM1.3 bilion. Berlakunya adjustment. Saya waktu itu walaupun tidak ada dalam Parlimen dan terbiasa dalam Parlimen waktu 2004 sampai 2013, jawapan Yang Berhormat Menteri yang penuh tanggungjawab siapa pun pada waktu itu mengatakan ada berlaku rasionalisasi, ada berlaku pemutihan,...
RM465 juta, tahun 2018.
...Ada masa bajet itu tinggi, ada masa bajet itu direndahkan sebab faktor-faktor ekonomi. Itu juga berlaku. Akan tetapi, sebagai Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini dan Yang Berhormat Menteri pada waktu, kita akan pastikan kebajikan subsidi itu akan dapat kita sampaikan. Walaupun pada waktu itu— Yang Berhormat Pasir Salak tanya tadi adakah baja telah sampai— benih kepada— petani-petani kita sudah tanam sekarang ini. Baja sudah sampai. Ini untuk tahun depan bulan Februari. Ada masa untuk saya memastikan seluruh pesawah petani akan dapat sebagai yang mereka tetapkan, insya-Allah. Ini komitmen Kerajaan Pakatan Harapan.
Kita tidak hendak bergaduh, Tuan Yang di-Pertua. We want to see that you deliver.
Yes.
You tunggu nanti. Saya akan pergi Sungai Manik, Seberang Perak. I will talk to the petani there— okey.
Yes, I’m here.
Okey.
I will not run away.
Yes, okay.
I’m Salahuddin.
You turun ke Sungai Manik dengan Seberang Perak.
Semua sudah cakap bahasa Inggeris, speaking in English. All in English now.
Jangan cakap sahaja.
Yang Berhormat Sungai Petani.
Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Terima kasih. Saya cuma hendak pengesahan seperti Yang Berhormat Menteri katakan tadi bahawa petani-petani yang ada di luar sana akan mendengar ucapan kita sekarang. Mereka sedang ikuti apa Yang Berhormat Pasir Salak kata, apa yang Yang Berhormat Bera kata, apa Yang Berhormat Menteri kata dan apa juga because it’s live, kita tidak boleh hide. Apa yang saya hendak sebut ini ialah Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan komitmen tadi. Walaupun apa yang tertulis dalam buku bajet satu hal tetapi apa Yang Berhormat Menteri kata kalau petani itu dapat 12 kampit, 12 kampitlah yang dia akan dapat dan malah bajet itu akan di-improve-kan lagi mengikut PH kawasan dan sebagainya. Jadi saya yang saya hendak sebut Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan komitmen. Saya berharap petani-petani di bawah jangan gelisah. Wahai orang-orang Kedah, jangan gelisah bahawa Yang Berhormat Menteri telah pun menyebut di Dewan Parlimen apa juga yang mereka telah dapat sebelum ini, mereka akan dapat dan begitu juga kita harap self-sufficient level yang ada sekarang ini 70 dan Yang Berhormat Menteri katakan paling tidak maintain 70 atau pun it could be higher than 70 percent. Itu sahaja worry saya. Akan tetapi,dah Yang Berhormat Menteri komitmen, Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya percaya Yang Berhormat Menteri. Thank you very much.
Saya memegang prinsip saya tidak akan bercakap hearsay. Sewaktu Yang Berhormat Port Dickson menyampaikan ucapan yang panjang lebar tentang kebimbangan beliau kepada isu subsidi ini, beliau telah diminta— Yang Berhormat Bagan telah meminta laluan yang tidak sepatutnya pada waktu itu. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memberikan jaminan bahawa kita akan pastikan ketirisan yang hendak kita atasi tidak akan memangsakan peladang, pekebun kecil ataupun klien yang tulen dan apa yang Yang Berhormat Port Dickson sebut perlu diambil kira secara serius oleh pihak kerajaan kerana ia adalah satu cadangan yang bernas dan munasabah. Ini komitmen Menteri Kewangan.
Manifesto banyak tipu, tidak ada ini— manifesto. Janji Kementerian Kewangan juga.
Itu adalah suatu yang saya lakukan, komitmen kita berikan akan kita laksanakan Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta sedikit Yang Berhormat Menteri.
Jadi, oleh sebab saya telah beri laluan tentang isu subsidi ini. Komitmen yang akan kita berikan adalah satu komitmen yang serius. Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan insya-Allah apa yang kita lakukan ini akan kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih.
Sedikit Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sahkan maklumat sedikit.
Yang Berhormat. Yang Berhormat sebelum duduk. Yang Berhormat Menteri boleh tidak berikan jawapan bertulis apa yang dibangkitkan oleh...
Boleh.
Sekarang adalah giliran Kementerian Kesihatan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Pertama-tamanya, saya merakam ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2019 yang menyinggung bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan isu-isu utama seperti berikut. Pertama, cadangan penggunaan eKad bagi penyelarasan urusan perkhidmatan kesihatan negara oleh Yang Berhormat Padang Serai. Kedua, bantuan peruntukan kepada keluarga yang mempunyai anak menghidap penyakit kronik daripada Yang Berhormat Setiu. Ketiga, peruntukan untuk penyakit-penyakit tidak berjangkit ataupun noncommunicable diseases dengan izin, fokus kepada B40 daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Keempat, sumbangan kepada Persatuan... [Tidak jelas] Malaysia daripada Yang Berhormat Rasah. Kelima, isu harga ubat yang mahal di hospital swasta dan pasaran yang dibahaskan oleh tiga Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Klang, dan Yang Berhormat Batu Gajah. Keenam, penambahbaikan mutu perkhidmatan kesihatan negara yang bersangkutan dengan naik taraf klinik dan hospital. Ada tidak kurang daripada lapan. Maaf— yang naik taraf klinik hospital ada lima Yang Berhormat yang bahas iaitu Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Terbrau, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Bandar Kuching. Klinik dan hospital baharu oleh Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Kanowit, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Putatan dan Yang Berhormat Maran. Fasiliti klinik hospital daripada Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Beruas. Isu yang bersangkutan dengan isu pakar daripada Yang Berhormat Sarikei, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Sandakan. Tajuk ketujuh kesedaran terhadap kesihatan mental daripada Yang Berhormat Lembah Pantai. Kelapan, pendirian negara dalam WHO Framework Convention on Tobacco Control, dengan izin FCTC. Kesembilan, penggunaan ubat generik di hospital dan klinik kerajaan oleh Yang Berhormat Klang. Kesepuluh, perbelanjaan kesihatan kepada tujuh peratus GDP daripada Yang Berhormat Petaling Jaya. Kesebelas, isu penjualan ubat tanpa preskripsi doktor bertauliah oleh Yang Berhormat Tenggara. Akhir sekali, isu kelewatan pembayaran oleh Managed Care Organization (MCO), dengan izin kepada klinik panel swasta yang dilantik dibahas oleh Yang Berhormat Tenggara. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya saya mengucap jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan dan
Jemaah Menteri yang telah memberikan peruntukan yang saya kira satu yang sangat berwajaran dengan keperluan untuk sektor kesihatan diberikan suntikan dana yang munasabah besarnya yang di sana kita lihat dalam Belanjawan 2019 ini satu kenaikan kurang lebih 7.12 peratus peruntukan untuk anggaran perbelanjaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang kalau boleh saya sebutkan bajet KKM mengurusnya adalah RM26.5 bilion dan pembangunan RM2.18 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Untuk terus masuk kepada isu yang pertama yang bersangkutan dengan bab perkara yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Padang Serai mencadangkan agar eKad diwujudkan bertujuan untuk menyelaraskan segala urusan perkhidmatan pesakit di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Serai telah menyatakan bahawa perlu ada satu penyelarasan dan perkhidmatan kesihatan di seluruh fasiliti kesihatan seluruh negara dengan penggunaan eKad. Untuk makluman Yang Berhormat— Adakah Yang Berhormat Padang Serai sini? [Disampuk] Ada ya. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai kerana setia menanti jawapan. Kementerian yakin bahawa penggunaan teknologi the way forward, dengan izin dalam meningkatkan mutu sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di era Industri Revolusi 4.0, Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang telah digagaskan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 dan juga Belanjawan 2019.
Memahami akan keprihatinan Yang Berhormat Padang Serai, kementerian pada ketika ini sedang dalam usaha mendigitalkan data maklumat kesihatan secara berfasa kalau boleh di kesemua fasiliti kesihatan kerajaan, dengan dana dan satu timeline yang munasabah, insya-Allah. Kementerian percaya bahawa usaha pendigitalan ini akan mampu meningkatkan kecekapan penyampaian kesihatan seperti memendekkan masa menunggu pesakit, memudahkan akses rekod kesihatan di seluruh fasiliti KKM secara selamat dan seterusnya dalam menyelaraskan penyampaian penjagaan dan perkhidmatan kesihatan. Dengan hala tuju pendigitalan dan penyelarasan rekod perubatan dengan izin, electronic medical record di seluruh fasiliti kesihatan di Malaysia, rakyat akan menikmati akses atau capaian yang lebih lancar di mana-mana fasiliti kesihatan kerana rekod akan dikongsi secara selamat bersama pembekal dan bukan di hospital tertentu sahaja. Dengan kata lain data yang dimiliki yang berada di klinik-klinik kesihatan bukan sahaja akan dapat melakukan penyelarasan dan integrasi secara horizontal, tetapi juga dalam masa ke depan nanti kita akan lakukan secara integrasi secara vertical di mana klinik dan hospital dari sudut satu integrasi antara maklumat di klinik dan hospital, sama ada hospital secondary mahupun hospital tertiary akan dapat kita tunaikan atau kita langsungkan, kita capai, kita laksanakan. Jadi dengan itu, dengan hala tuju pendigitalan dan penyelarasan rekod perubatan di seluruh fasiliti kesihatan di Malaysia, rakyat akan menikmati akses capaian yang lebih baik, lebih lancar, lebih efektif di mana-mana fasiliti kesihatan kerana rekod akan dikongsi― saya sebutkan sekali lagi secara horizontal dan juga secara vertikal bersama pembekal dan bukan sahaja di hospital-hospital tertentu sahaja atau klinik-klinik tertentu sahaja. Pendigitalan rekod kesihatan...
Yang Berhormat Menteri...
...Di setiap peringkat daerah negeri dan persekutuan akan menjurus ke arah penyimpanan data kesihatan yang holistik menyeluruh dan integrated bagi seluruh Malaysia.
Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah.
Ya, sila Yang Berhormat Masjid Tanah.
Dalam rekod saya, saya ada bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan integrasi data rekod kesihatan tetapi daripada jawapan Menteri saya tahu, ada jawapannya itu. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri tidak menyebut tentang Masjid Tanah. Terima kasih.
Minta maaf Yang Berhormat Masjid Tanah kerana tidak dapat saya rakamkan di sini meskipun Yang Berhormat telah menyebutkan dan mendakwa bahawa Yang Berhormat berbahas atas perkara tersebut. Mungkin terlepas pandang pegawai.
Mungkin boleh dimasukkan Yang Berhormat Menteri.
Ya mesti, saya― Semestinya kalau telah dikatakan berbahas atas perkara yang penting itu. Satu perkara yang menjadi keprihatinan saya hari ini, electronic medical record, ya satu penumpuan KKM dalam masa terdekat juga saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah kerana membangkitkan perkara tersebut kerana itu adalah sangat penting ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Baik terima kasih. Saya teruskan. Justeru Tuan Yang di-Pertua ya― saya langsungkan sikit. Justeru KKM akan memberi fokus sepenuhnya untuk mendigitalkan fasiliti sebelum menuju kepada penggunaan e-kad. Jadi penggunaan e-kad ini mengandaikan bahawa kita sudah bersedia untuk penggunaan e-kad. E-kad tidak ada maknanya andaiannya kita tidak dapat membuat prerequisite ataupun prasyarat dari segi menyediakan satu sistem perubatan elektronik ataupun electronic medical record, dapat kita capai. Lalu ketika pendigitalan fasiliti ya, telah kita capai, maka kerana fungsi yang dimaksudkan fungsi e-kad ialah bertujuan untuk mengakses data dan the access of data dari sudut ini untuk mengakses data dan kementerian akan melihat keperluan penggunaan e-kad sebagai antara mekanisme pilihan. So itu adalah satu alatnya ataupun the mechanism of it―, mekanismenya. Akan tetapi hal ini tidak akan dapat kita laksanakan jika usaha pendigitalan tidak dapat kita sempurnakan ataupun tidak dapat kita mulakan, ya lah, akhirnya hendak kita sempurnakan. Lalu itu letak duduknya perkara e-kad ini, di mana saya tegaskan sekali lagi, lalu KKM akan terus-menerus ya, terus-terusan menerajui konsep pendigitalan dan penyelarasan rekod perubatan ke arah sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih inklusif, menyeluruh dan integrated. Itu bagi jawapan saya Tuan Yang di-Pertua atas...
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri, Rantau Panjang. Sedikit sahaja, saya sangat tertarik dengan perubahan baharu yang dibuat oleh pihak kementerian dan kami ucapkan tahniah di atas usaha yang baik ini dan rakyat tertunggu-tunggu bilakah program pendigitalan keseluruhan sistem hospital ini ke arah perkhidmatan yang lebih cekap. Jadi saya ingin tahu jangka masa, bila agaknya program ini akan dilaksanakan sepenuhnya dalam negara, siap sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Walaupun tidak berbahas dalam pusingan yang pertama itu, tetapi saya yakin Yang Berhormat Rantau Panjang juga tertarik dengan isu ini dan insya-Allah Kementerian Kesihatan akan memberikan tumpuan ya, walaupun sukar untuk saya menyebutkan dari sudut timeline ataupun jangka waktunya. Akan tetapi kita memandang― kalau berpandukan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lalu untuk mencapai kedudukan pendigitalan ini juga adalah satu yang sukar setelah ratusan juta ringgit dibelanjakan dan dilaburkan― bukan dileburkan, dilaburkan ya. Akan tetapi masih lagi pencapaian kalau di peringkat klinik kesihatan itu pun satu yang belum menggalakkan apatah lagi di peringkat hospitalnya. Akan tetapi ringkasnya saya hendak sebutkan bahawa kita memandang kepada satu angka yang besar untuk melakukan― untuk mencapai satu― kalau mencapai keseluruhan 145 hospital dan 3,000 lebih klinik-klinik kita itu di seluruh negara. Akan tetapi kita akan melakukan dan merancang ya― telah pun dalam usaha untuk merancang supaya dapat kita melakukan dengan mekanisme dengan bahasanya the catalytic change, perubahan yang akan kita tentukan mana prioriti, bukan sahaja prioriti― bagaimana kita to roll out planning macam ini. Ianya bukan satu belanja yang kecil juga tetapi kerana kepentingan dan keperluan itu, insya-Allah kementerian di bawah seliaan saya buat sementara ini akan kita lakukan yang terbaik, ya insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Rantau Panjang kerana soalan itu mungkin saya tidak dapat jawab secara tepat dan tuntas. Apa pun itulah yang saya hendak
sebutkan dahulu ya, insya-Allah kita sama-sama perhatikan perancangan ini yang kita sedang buat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bantuan peruntukan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak menghidap penyakit kronik. Yang Berhormat Setiu mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia menanggung atau menampung kos rawatan penyakit kronik yang dihidapi oleh kanak-kanak ekoran rintihan daripada ibu bapa yang kanak-kanak― bagi kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik ini yang terpaksa meminta bantuan dan derma daripada orang ramai. Kerap kali kita tengok bagaimana ya kerap di terbit dalam media-media sosial dan sebagainya daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan anak-anak mereka. Baik, Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Setiu, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2019, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk rawatan penyakit ya seumpama― maaf penyakit jarang jumpa ataupun rare diseases dengan izin ya―penyakit rare diseases atau jarang jumpa hepatitis C, program menangani masalah bantut, stunted growth di kalangan kanak-kanak, peluasan rawatan hemodialisis serta dengan izin, Enhanced Primary Healthcare. Atas lima perkara besar dan agenda besar itu, diperuntukkan sebanyak RM50 juta yang mana bolehlah kita congakkan bahawa setiap satu kelompok, sama ada the rare diseases dengan izin, penyakit jarang jumpa hepatitis C ya, stunted growth di kalangan kanak-kanak dan juga hemodialisis and apa yang diistilahkan sebagai ataupun Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) itu kurang lebih RM10 juta lah bagi setiap satu kelompok penyakit ya. Termasuk dalam itu adalah yang dikatakan sebagai penyakit kronik ataupun health― ataupun penyakit jarang jumpa dan khususnya hepatitis C ya.
Jadi walaupun tidak secara langsung isu penyakit kronik itu diberikan peruntukan tetapi paling tidaknya ada peruntukan yang saya sebutkan tadi untuk paling tidaknya penyakit-penyakit jarang jumpa dan Hepatitis C dalam erti kata penyakit kronik. Walaupun penyakit kronik ini dari sudut penggunaan awamnya tidak lah spesifik yang seperti mana yang di faham awam, tetapi tidak apa. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mempunyai mekanisme dalam membantu pesakit-pesakit yang tidak mampu dan kurang berkemampuan melalui Tabung Bantuan Perubatan (TBP). Tabung ini ditubuhkan sejak tahun 2005 untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan dan perubatan penyakit kronik yang boleh dirangkumkan dalam beberapa disiplin sama ada kardiologi, ortopedik, ENT ataupun otorinolaringologi. Satu nama panjangnya itu pediatrik dan sebagainya. Bantuan ini juga adalah termasuk kos ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital kerajaan. Maka, dengan kata lain ada Tabung Bantuan Perubatan yang diterbitkan ataupun yang diusahakan, yang diuruskan untuk menampung kos-kos penyakit-penyakit kronik ini khususnya oleh golongan berpendapatan rendah yang ada kriteria untuk layak menerimanya. Sehingga kini, sebanyak RM366 juta telah diperuntukkan kepada sejumlah 55,166 pesakit. Pada tahun 2008 sahaja sehingga 15 November lalu, sebanyak 4,637 pesakit telah diluluskan di bawah pembiayaan Tabung Bantuan Perubatan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM41.4 juta. Daripada jumlah berkenaan, seramai 795 pesakit kanak-kanak telah dibantu dengan kelulusan jumlah sebanyak RM7.17 juta. Kanak-kanak ini didefinisikan sebagai kanak-kanak di sini dimaksudkan adalah dengan maksud definisi orang yang di bawah umur 18 tahun seperti termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001. Di samping itu, pada tahun 2008 sehingga 2012 dan 2016 sehingga 2018, KKM turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pesakit jantung kanak-kanak melalui Tabung Bantuan Perubatan (TBP) ini bagi menjalani rawatan kardiotorasik kanak-kanak ini di Hospital Narayana Hrudayalaya Bangalore, India yang bertujuan untuk mengurangkan masa menunggu (waiting time) dengan izin bagi pembedahan elektif kardiotorasik pediatrik. Ini adalah penyakit-penyakit jantung yang dialami oleh kanak-kanak yang selalunya adalah sebelum lahir lagi, neonatal defects dan sebagainya. Dalam tempoh tersebut, jumlah bantuan kewangan yang telah dibiayai oleh kerajaan bagi rawatan ini adalah sebanyak RM7.38 juta. Bagi jumlah kanak-kanak 388, Tuan Yang di-Pertua. Selain itu, kerajaan melalui KKM telah menyediakan subsidi di samping TBP tadi, kerajaan juga telah menyediakan subsidi bagi pesakit miskin dan kurang berkemampuan yang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dengan menanggung sepenuhnya atau sebahagian daripada kos perubatan dan rawatan tertakluk kepada pesakit memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan melalui peraturan yang berkuat kuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh lanjutkan sedikit tentang maklumat tambahannya itu, tetapi saya kira kalau tidak ada pertanyaan itu, saya kira sudah memadai untuk saya jawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Banyak lagi perkara-perkara tentang penyakit-penyakit kronik dan sama ada dalam bentuknya dengan izin, blood disorders, penyakit-penyakit kronik seumpama talasemia, Von Willebrand diseases, banyak lagi bentuk-bentuk deficiency dan kesemua ini adalah penyakit kronik yang telah diperuntukkan termasuklah genetic and metabolic disorders dan sebagainya. Termasuklah juga heart diseases terutama kanak-kanak, kongenital ataupun yang acquired datang kemudian. Begitu juga penyakit-penyakit yang disebutkan sebagai immune disorders dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih, cepat betul masanya. Beralih saya kepada soalan ketiga, peruntukan bersabit dengan non-communicable diseases (NCDs) dengan izin, ataupun penyakit-penyakit tidak berjangkit untuk golongan B40 Yang Berhormat Bandar Kuching sekali lagi meminta Menteri Kesihatan menjelaskan peruntukan bagi primary care terutama yang berkaitan NCDs yang berfokus kepada golongan B40. Baik. Perkara ini saya telah bangkitkan banyak kali, tetapi kerana ditanya juga saya cuba untuk menerangkan sekali lagi. Pada masa ini kerajaan sedang merancang pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan. Skim Peduli Kesihatan peringkat nasional yang diistilahkan dalam ini sebagai Peka 40 ataupun Peka B40. Untuk rakyat kumpulan B40, Peduli yakni Peduli Kesihatan ataupun Peka B40 yang merealisasikan agenda kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah. Peduli Kesihatan bukanlah berasaskan insurans, saya telah tegaskan ke sekian kalinya. Ia berbeza dengan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk kumpulan B40 daripada Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk kumpulan B40 yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia yang berbentuk insurans kesihatan. Ada sedikit silap faham, ketika perkara ini dibahaskan dalam ucapan Menteri Kewangan yang lalu. Sebaliknya Peka B40 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan di mana RM100 juta telah pun diperuntukkan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Jadi dengan kata lain, kami memahami bahawa peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada kementerian ini adalah over and above dengan izin. Peruntukan yang diberikan itu RM100 juta itu adalah peruntukan yang tidak termasuk dalam peruntukan daripada wang yang di satukan, bukan - maksudnya peruntukan over and above. Selain daripada peruntukan RM28.6 bilion itu kurang lebih yang diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Jadi dengan kata lain, ini adalah termasuk juga perkara yang saya sebutkan tadi, RM50 juta daripada peruntukan yang penyakit-penyakit kronik tadi juga adalah satu peruntukan selain daripada yang diperuntukkan dalam bekalan yang diberikan kepada KKM. Ini adalah langsung dan tidak juga menyangkut tentang Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Peka B40 akan dilaksanakan secara berfasa mengikut kemampuan kerajaan dan situasi ekonomi negara. Dengan kata lain, hari ini kita dapat RM100 juta. Kita mengharapkan akan ada pertambahan RM200 juta lagi dalam anggaran perbelanjaan tambahan dengan izin, supplementary budget kerana kita memandang tahun 2019 untuk mendapat satu peruntukan yang lebih daripada RM300 juta. Akan tetapi, kita dimulakan dengan hanya RM100 juta peruntukan Peka B40 ini. Dengan itu, kami telah merancang apa yang kami boleh lakukan khususnya dari sudut saring untuk menangani penyakit-penyakit NCDs ataupun penyakit berjangkit ini kerana kita mempunyai falsafah untuk mendekati healthcare, bukan sick care, healthcare itu berteraskan kepada well-being dan wellness, bukan ketika sakit baru untuk mencari rawatan.
Maksudnya, kita saring awal untuk kita budayakan, untuk kita laksanakan primary and promotive and preventive healthcare...
[Bangun]
...Bukan reactive healthcare kerana kalau kita hanya menjurus kepada curative aspect yang tentunya mahal dari sudut kosnya, kita berterusan akan berbelanja besar. Akan tetapi di sinilah antara perkara penting dari sudut falsafahnya mengapa kita menjurus kepada soalan saringan khususnya bagi kelompok B40 yang kurang mampu untuk melindungi kesihatan mereka. Jadi...
Yang Berhormat, boleh tanya penjelasan? Bandar Kuching.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Yang Berhormat Bandar Kuching, ya sila.
Silakan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang padat tadi. Saya cuma hendak tanya, memang the aim lah, dengan izin, of this perkara B40 untuk mencegah dan menangani NCD sand everything. Akan tetapi, dengan izin, again, this plan so far only cover people aged 50 and above. If you really want to target, kalau kita benar-benar menangani, we have to start early, because early treatment is very important. Jadi saya hendak cadangkan agar skim itu diturunkan had umurnya kepada 30 tahun atau 40 tahun. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Silakan.
Yang Berhormat Menteri, boleh? Sebelum menjawab. Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebut ada Ahli Yang Berhormat membangkitkan soal bantuan kepada penyakit kronik. Jadi sama ada sudah dijawab atau belum, saya tidak pasti. Cumanya, bagi saya, tadi Yang Berhormat menyebutkan bagaimana prinsip ataupun dasar yang digunakan oleh kementerian Yang Berhormat iaitu prevention is better than cure. Akan tetapi, apa yang dirancang oleh kementerian untuk mereka yang sudah mendapat penyakit-penyakit kronik ini? Bagaimana pertolongan kerajaan kepada golongan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sila.
Minta maaf, Yang Berhormat Kota Baharu, agaknya tertinggal kereta api sedikit sebab saya telah jawab semua itu ya. Kalau Yang Berhormat tengok Hansard nanti, dari sudut tabung bantuan perubatan, saya telah jawab. Andainya kalau seseorang itu telah pun mengalami penyakit-penyakit kronik ini, tentunya pendekatan dan rawatan itu tetap kita berikan kepentingan untuk terus membudayakan aspek curative dan keupayaan KKM. Akan tetapi untuk ke depan, kita menekankan persoalan preventive, promotive dan predictive medicine. Jadi di situlah saringan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi adalah penting dan saya mengambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat, I took at... dengan izin, saya mengambil faham bahawa sebenarnya memang kami mahukan kelompok yang kita mulakan itu di antara 30 tahun hingga 45 tahun dahulu, tetapi kita telah somehow dengan peruntukan yang ada itu, kurang lebih kita akan dapat menyaring 800 ribu, tidak silap saya, dengan peruntukan RM100 juta itu. Tetapi memang kita tidak akan berhenti di situ kerana fokus seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching adalah kepada in the productive years of 30 to 45 dan mungkin lebih rendah daripada itu juga. Jadi ini perkara yang saya sangat faham dan saya mahukan penekanan itu diberikan. Cumanya, yang menentukan semua ini adalah pastinya persoalan kewangan, Yang Berhormat ya.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, ada satu minit 25 saat lagi, Yang Berhormat Menteri.
Aduh.
Boleh, Yang Berhormat Menteri? Sedikit lagi.
Ya.
Kalau boleh Bagan Serai.
Yang Berhormat Menteri ada seminit lebih. Sila. Terpulang pada Yang Berhormat Menteri hendak bagi tidak.
Sedikit saja. Injury time. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti tentang pencegahan tadi. Memanglah mencegah lebih baik dari merawat, lebih seronok, lebih murah, lebih baik seterusnya daripada merawat. Merawat itu mahal dan berakhirnya biasanya dengan kematian juga akhirnya. Saya bimbang sebab saya melihat di mana-mana sekarang ini di Malaysia, terlibat banyak program-program saringan, banyak. Apabila ada program, ada program check BP, check tekanan darah, check berat badan, check kolesterol, check gula dan sebagainya. Akan tetapi kita hendak tahu berapa peratus yang betul-betul mengambil tindakan ke arah ini? Betul-betul berapa orang yang ada darah tinggi, kencing manis, jantung ataupun kegemukan yang betul-betul mengambil tindakan supaya kesannya akan jadi lebih baik untuk rakyat di Malaysia ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Berhormat Bagan Serai ya, satu point yang sangat penting. Saya amat sedar dan insaf akan perkara Yang Berhormat bangkitkan kerana saya sendiri pun menyebut perkara ini dari segi, pertama, setelah berlaku screening dan saringan, perlu ada susulan kepada rawatan. Tidak guna kalau kita screen, tunggu pula enam bulan, setahun. By the time kalau orang yang punya diabetes type two contohnya, sudah menjadi agak serius dan apa pun kebaikan yang kita lakukan pada screening yang awal itu tidak akan bermakna. Jadi dengan kata lain, Yang Berhormat membangkitkan satu perkara yang sangat penting untuk kita, untuk KKM khususnya merancang untuk setiap sejurus saringan dibuat dan keputusan didapati dan dapatan dihimpunkan, tindakan untuk rawatan itu adalah sangat penting. Saya juga memandang penting, memandang mustahak untuk semua saringan- saringan yang dibuat. Kalau kita tengok, saringan itu bukan saja dalam saringan B40 ini. Saya tahu bahawa wujud data dalam banyak bentuk saringan. Saringan yang dibuat dalam program-program KOSPEN contohnya, program-program yang dibuat dalam Teleprimary Care (TPC), program-program yang sama ada dibuat di klinik mahupun program- program yang lain. Pokoknya sekarang ini, contohnya peranan pusat komuniti atau internet, KOSPEN, saya dapati banyak negeri mempunyai data yang sudah pun dibuat satu bentuk database yang sudah banyak yang terkumpul tetapi tidak diambil tindakan. Saya mahu memastikan bahawa tidak akan berulang saringan kepada siapa pun kalau dia sudah mempunyai saringan yang lebih awal daripada itu. Lalu yang penting tadi saya maksudkan adalah soalan yang saya bangkitkan lebih awal tentang electronic medical report itu, di situ lah ertinya dapat kita integrasikan semua menjadi satu database yang baik yang dapat kita manfaatkan. Jadi perkara tentang susulan rawatan, twin clinics, clinic and hospital, semua itu akan dapat kita integrasikan. Ini bermakna apa pun yang kita dapati daripada dapatan screening dan saringan... [Masalah sistem pembesar suara] Di mana pun saiznya ataupun program-program itu dilaksanakan. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri .
Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya bukan mencelah, sebab saya ada bahas. Tidak apa, tidak apa, saya tahu.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Maran, Maran. Saya sudah tunggu daripada pagi sampai malam.
Okey.
Yang Berhormat Menteri, saya perlukan 30 saat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua...
Tidak bagi laluan. Dah habis.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Boleh bagi jawapan bertulis.
Saya hendak mohon jawapan bertulis saja.
Tuan Yang di-Pertua, minta izin sekejap saja. Saya mencelah, Yang Berhormat Menteri.
Kalau saya hendak bagi dia, saya bagi izin Yang Berhormat Segamat yang telah berdiri lebih awal.
Tuan Yang di-Pertua, midterm review, saya sudah suarakan ini, tapi tidak ada jawapan bertulis sampai sekarang. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sekejap. Saya bagi peluang Yang Berhormat Segamat dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada membawa dalam perbahasan, memang dengan jelas saya menyatakan mengenai status klinik kesihatan di Palong Timur RM20 juta, Klinik Kesihatan Segamat Jenis 2, Jalan Muar RM40 juta dan juga mengenai facility MRI untuk Segamat. Saya kalau boleh minta jawapan bertulis kerana saya ada bahas. Akan tetapi oleh kerana saya Ahli Parlimen biasa, nampaknya pegawai-pegawai kementerian tinggalkan saya, bukan seperti PD. Akan tetapi, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri bagilah jawapan bertulis.
Jawapan bertulis Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun Tenggara membawa empat perbahasan dan saya minta jawapan bertulis. Empat daripada Tenggara tidak dibincangkan.
Bagi kawan-kawan Yang Berhormat yang telah berbahas dan jawapan...
Bahas, saya tunggu.
Tuan Yang di-Pertua, saya bahas, saya tunggu sampai malam.
...Terutama bersabit dengan penambahbaikan mutu perkhidmatan kesihatan sama ada naik taraf klinik dan hospital, Segamat dan lainnya, seluruhnya, sama ada yang bersangkutan dengan hospital baharu, facility klinik, hospital, bersabit dengan isu pakar, semua itu akan saya jawab...
Secara bertulis.
...Dan jawab bertulis, Tuan Yang di- Pertua.
Hospital Maran, Yang Berhormat Menteri. Hospital Maran.
Maran juga bersama-sama ya.
Sudah diluluskan dalam RMKe-11. Peruntukan...
Saya perhatikan Yang Berhormat Maran tidak ada dinyatakan di sini, Yang Berhormat Maran.
Beruas. Beruas ada bangkitkan itu klinik-klinik di kawasan...
Yang Berhormat Maran berbahas bila, Yang Berhormat Maran?
Last, second last.
Second last ya.
Malam akhir saya tunggu.
Baik, saya hendak tengok perkara yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Maran. Saya akan bertanya dengan pegawai.
Akan tapi minta maaf...
Ini apa cerita ini.
...Tidak ada yang tercatat di sini. Apa pun saya akan minta...
Peruntukan...
Yang Berhormat Menteri boleh masukkan dalam perbahasan.
Pegawai-pegawai perhatikan.
Peruntukan telah diluluskan.
Ya, insya-Allah.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Kalau ada dibahaskan, pasti pegawai saya merakamkan, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tuan Yang di-Pertua.
Saya nak tengok dalam minggu depan.
Harap Beruas juga dapat jawapan bertulis tentang klinik-klinik di Manjung.
Ya, Yang Berhormat Beruas. Boleh Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih, bagi bertulis. Terima kasih.
Insya-Allah.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Tuan Yang di-Pertua, saya Tenggara pun minta juga.
Saya rakamkan juga soalan daripada Yang Berhormat Beruas ya. Memang ada jawapan untuk Yang Berhormat Beruas.
Saya di sini, tidak nampak ini. Tidak dijawab, minta jawapan bertulis sekali tidak apa.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Baik, terima kasih.
Terima kasih sekali lagi atas semua perbahasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberi jawapan-jawapan. Untuk seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kementerian Belia dan Sukan, Menteri atau Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kepada lapan orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat daripada Jeli, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Masjid Tanah, dan Yang Berhormat Putatan yang telah memberikan pelbagai pandangan, pertanyaan dan cadangan yang berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2019 di peringkat dasar ini. Saya terus kepada dua Ahli Yang Berhormat yang telah menanyakan soalan tentang pembinaan kemudahan sukan di kawasan mereka iaitu Yang Berhormat daripada Jeli dan Yang Berhormat daripada Putatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KBS akan terus menyediakan platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat serta menyatupadukan rakyat. Sehubungan itu, KBS akan meneruskan beberapa projek kemudahan sukan yang telah dirancang pada tahun 2018 dan akan mula dilaksanakan pada tahun 2019. Bezanya sekarang ialah projek-projek tersebut akan dilaksanakan melalui proses tender terbuka. KBS berpandangan bahawa sekiranya kemudahan sedia ada hanya perlu di naik taraf dan di baik pulih, maka ia adalah lebih ekonomik jika dibandingkan dengan membina yang baru. Selain itu pengagihan pembinaan kemudahan sukan ini perlu dibuat secara menyeluruh terutamanya di kawasan-kawasan yang tiada kemudahan sukan. Akan tetapi kita menghadapi beberapa masalah contohnya masalah tapak projek yang sering menjadi halangan dan punca kelewatan untuk membina kemudahan sukan di kawasan-kawasan tertentu. Contohnya untuk Yang Berhormat Jeli, kelulusan projek RM4 juta tersebut tidak dapat dilaksanakan setakat ini kerana tapak yang dicadangkan itu tiada jalan akses dan maklumat yang saya dapat ialah untuk membina jalan akses tersebut akan memakan belanja sebanyak lebih kurang RM15 juta padahal kelulusan untuk kemudahan sukan tersebut hanya RM4 juta. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Jeli juga, di kawasan Jeli kini ada 26 kemudahan sukan pelbagai jenis. Jadi kita akan melihat kepada kesesuaian dan saya sendiri akan bekerjasama dengan Yang Berhormat daripada Jeli untuk mengenal pasti jika ada mana-mana tapak baru yang kita boleh terus membina tanpa kekangan-kekangan seperti mana yang dihadapi pada masa sekarang. Bagi Yang Berhormat daripada Putatan pula, untuk makluman Yang Berhormat, satu projek naik taraf sukan stadium sedia ada yang berada di bawah Majlis Daerah Putatan telah pun diluluskan. Jadi saya kira ini merupakan satu berita baik buat Yang Berhormat Putatan dan projek naik taraf tersebut akan bermula pada tahun 2019. Bagi Ahli...
Boleh tahu berapa yang diluluskan untuk program tersebut?
Sorry?
Bolehkah saya tahu berapa jumlah yang diluluskan untuk program tersebut?
Nanti saya berikan secara lisan selepas ini.
Terima kasih.
Untuk Ahli Yang Berhormat daripada Tebrau ada di sini?
Yang Berhormat Tebrau tidak ada. Bertulis.
Tidak ada, boleh saya bagi jawapan bertulis kepada beliau? Terima kasih.
Boleh.
Yang Berhormat Paya Besar?
Yang Berhormat Paya Besar tidak ada.
Tidak ada.
Jawapan bertulis juga.
Ini ada tentang National Football Development Programme (NFTP) walaupun...
Sebelum Yang Berhormat beralih ke tajuk itu, boleh saya mendapatkan penjelasan sedikit?
Tajuk apa?
Untuk jawapan yang diberikan Yang Berhormat tadi.
Tentang?
Tentang kemudahan-kemudahan sukan.
Okey. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya antara orang yang mengikuti perkembangan sukan di negara kita dan kita melihat bahawa dalam negara kita ini kemudahan-kemudahan pelbagai jenis sukan sama ada sukan elit dan sukan biasa ini sudah agak baik, sudah agak memadai. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa mutu atau prestasi kebanyakan sukan dalam negara kita ini menjunam atau merudum berbanding dengan suatu masa yang dulu. Sebagai mana yang disebut oleh Profesor Khoo Kay Kim, pada tahun 50-an, 60-an dan 70-an, para atlet kita mempunyai semangat kesukanan yang begitu tinggi. Mereka mewakili negara untuk mengharumkan nama negara tetapi sekarang ini nampaknya semangat kesukanan ahli-ahli sukan kita agak tidak begitu tinggi. Itu yang pertama. Keduanya, saya nak merujuk kepada Yang Berhormat Menteri KBS sendiri, Yang Berhormat Muar dalam beberapa siri penjelasan dan jawapan yang diberikan yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kepimpinan persatuan sukan yang dikatakan salah satu sebab sukan ini merudum kerana kepimpinan sukan yang dipimpin oleh orang politik. Jadi saya nak tanya adakah kementerian ini masih lagi meletakkan satu sikap atau dasar bahawa orang politik ini tidak boleh pegang persatuan sukan. Sebagai contohnya— sekejap Yang Berhormat. Kalau— ramai kita tengok sebelum-sebelum ini orang-orang politik telah mengharumkan sukan negara apabila mereka memimpin persatuan sukan dan buat masa ini Tuan Yang di-Pertua sendiri akan bertanding Presiden KLFA dan Yang Berhormat Setiawangsa nak bertanding Timbalan Presiden KLFA. Jadi saya rasa adalah satu perkara yang agak tidak tepat kalau kementerian telah generalize-kan bahawa orang politik ini tidak boleh memegang persatuan sukan menyebabkan mutu sukan itu merudum. Sila bagi penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sila giliran Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sukan. Saya ingin tanya berkenaan dengan stadium yang terletak di kawasan Parlimen Padang Serai di Taman Keladi. Sejak dibina oleh stadium itu, setakat hari ini tidak ada perbaiki dan sebagainya. Apabila saya berjumpa dengan majlis, dia memberitahu memerlukan RM5 juta untuk diperbaiki dan telah pun di-submit pada
pihak atasan untuk dibagi. Adakah pihak Kementerian Sukan telah dimaklumkan perkara tersebut dan bilakah boleh diperbaiki. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Satu lagi Menteri. Boleh?
Satu lagi. Yang Berhormat Kalabakan, sila.
Sorry, sorry. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri KBS datang ke Sabah pada 2 Oktober 2018 dalam satu sesi town hall. Nak tanyalah fasal di Sabah ini tiada satu fasiliti untuk sukan permotoran yang diwujudkan di Sabah menampakkan bagaimana Sabah ini amat jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek termasuklah dalam bidang pembangunan sukan. Difahamkan tapak sudah diberi tanah sudah disediakan di KKIP Sabah untuk satu litar, racing track yang juga dipersetujui oleh Menteri. Adakah peruntukan untuk membina litar ini disediakan pada Bajet 2019 itu saja?
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menanyakan soalan cepu emas tadi. Saya jawab kepada Yang Berhormat Putatan dulu tadi tentang kosnya. Kosnya yang dibajetkan adalah sebanyak RM8.8 juta. Kepada Ahli-ahli daripada Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kalabakan, saya akan menyiasat dan juga...
Terima kasih, terima kasih.
...Memeriksa status-status perancangan untuk pembangunan sukan di kawasan Yang Berhormat masing-masing.
Kepada Yang Berhormat daripada Kota Bharu pula saya rasa kenyataan yang menyatakan bahawa semangat kesukanan atlet kita tidak lagi berapa tinggi itu mungkin sukar untuk dibuktikan. Memang saya rasa tidak ada ahli-ahli sukan atau pun atlet yang masuk pertandingan untuk kalah dan kita boleh lihat pencapaian atlet kita terutamanya contohnya di Sukan Asia baru-baru ini di Jakarta di mana kita telah menang tujuh pingat emas menepati sasarannya dan juga menjangkaui pingat emas yang dikutip di Incheon sebelum itu. Jadi saya rasa sukar untuk katakan bahawa semangat atlet kita rendah tetapi kita mengakui bahawa ada kelemahan-kelemahan dalam sistem yang lama dan perlu membuat penambahbaikan terutamanya dari segi program-program latihan atlet elit contohnya program podium bagi menjurus kepada pencapaian yang lebih baik di temasya sukan antarabangsa itu. Jadi kita memang sedia mengambil perhatian tentang isu ini. Pada bulan September yang lalu juga diadakan bengkel tentang program podium dan beberapa keputusan tengah dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan. Jadi itu untuk program-program atau pun sistem latihan atlet elit yang sedia ada. Bagi isu tentang penglibatan orang politik dalam persatuan sukan saya rasa kenyataan Menteri itu menjurus kepada salah guna, terutamanya salah guna kuasa oleh orang politik di mana ahli-ahli politik menggunakan pentas persatuan sukan untuk kepentingan politik sempit mereka tersendiri. Itu adalah satu perkara atau pun antara faktor yang membantutkan pembangunan sukan. Satu perkara lagi ialah perspektif bahawa jikalau ada orang politik yang terlibat dalam persatuan sukan atau pun badan-badan sukan, maka lebih senang mereka mendapat sumber atau pun mendapat perhatian daripada kerajaan. Itu adalah satu perkara yang kita hendak perbetulkan dalam pentadbiran baru ini di mana dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we will not look at who your office-bearers are but we want to look at how you develop the sport. Kita tidak akan memandang ke arah siapakah yang memegang jawatan dalam persatuan-persatuan sukan, apa yang penting untuk kerajaan terutamanya KBS adalah kita
hendak lihat apa rancangan dan apa aktiviti yang dilakukan oleh persatuan sukan tersebut untuk memajukan sukan di negara kita. Saya rasa saya ingin sentuh sikit tentang NFDP sebab ini bukan sahaja dekat walaupun Yang Berhormat Paya Besar tidak ada, sebab beliau kata ini dekat di dalam hati tetapi saya rasa bukan sahaja dekat dalam hati Yang Berhormat tetapi dekat dalam hati untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Malah di seluruh dunia sukan bola sepak menjadi sukan kegemaran ramai. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini Kerajaan Pakatan Rakyat ini akan meneruskan segala semua program yang baik dan yang memberikan faedah kepada rakyat. Ini termasuklah meneruskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang kini sudah mempunyai seramai 25,525 pelatih bola sepak remaja di seluruh negara. Program ini bukan sahaja akan diteruskan tetapi akan dipertingkatkan agar kita boleh menjamin dan memastikan kualiti generasi bola sepak di masa depan akan menjadi lebih baik. Walaupun Yang Berhormat Paya Besar telah menyindir dan bersangka buruk dalam ucapan beliau tentang tindakan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan terutamanya tindakan beliau untuk cuba menjadi tauladan kepada para peminat sukan untuk membersihkan kawasan stadium selepas sesuatu temasya, namun saya hendak tegaskan bahawa masalah utama bukan seperti yang disebut-sebut dalam ucapan Ahli Yang Berhormat tersebut. Ini menunjukkan bahawa sebagai Ahli Parlimen kawasan sendiri, beliau tidak prihatin tentang suatu projek yang memakan belanja lebih kurang RM85 juta di kawasan beliau. Masalah utamanya Tuan Yang di-Pertua ialah di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari itu kita mendapati bahawa tiada kemudahan-kemudahan asas contohnya pakar pemakanan dan pakar fisioterapi, serta terdapat lebih 700 kerosakan atau pun dengan izin defects yang mana hanya 83 sahaja yang dibaiki oleh kontraktor terlibat. Yang Berhormat Paya Besar menyatakan bahawa Akademi Mokhtar Dahari berada di kawasan beliau dan beliau begitu mengambil berat tentang projek tersebut tetapi saya rasa beliau tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi ke atas projek itu. Oleh itu antara inisiatif penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan bermula tahun hadapan ialah memastikan komitmen kewangan kerajaan berterusan kepada NFDP. Keduanya, KBS akan memastikan penglibatan secara aktif daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri-negeri dalam menjayakan NFDP melalui Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja Teknikal yang akan ditubuhkan. Suka tidak suka governing body bagi sukan bola sepak di negara ini ialah FAM, maka mereka perlu memainkan peranan yang lebih serius sambil kerajaan mengawal selia pengurusan dan perbelanjaan untuk memastikan wang rakyat digunakan dengan telus.
Yang Berhormat. Ya.
Akhirnya, tunggu saya habiskan tentang NFDP ini dulu. Akhirnya, KBS juga akan memastikan kompleks Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang akan menjadi antara akademi terbaik di rantau ini dengan kemudahan-kemudahan latihan bola sepak yang bertaraf antarabangsa. Kompleks ini akan ditambah baik setiap tahun untuk memastikan pemain-pemain elit remaja NFDP ini mendapat perkhidmatan yang terbaik. Kumpulan pertama yang bakal graduate dengan izin daripada AMD ini adalah akan berlaku pada tahun 2020. Silakan Yang Berhormat Kota Bharu.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat memandang tinggilah usaha KBS dalam aspek pembangunan development of football dalam negara kita ini. Cuma saya hendak tanya dari aspek yang lain yang disebutkan oleh Yang Berhormat juga. Apakah kementerian sekarang ini di bawah kerajaan baharu ini ingin meneruskan sumbangan atau pun bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan sukan bermula daripada FAM kepada state FS atau pun kelab-kelab terutamanya apabila macam FAM ini pasukan mereka mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa dan seumpamanya. Walaupun sebelum ini saya sedar Yang Berhormat Menteri apabila disoal perkara ini sering kali menyatakan kerajaan tidak boleh campur tangan dalam persatuan nanti digantung oleh FIFA. Itu campur tangan dari sudut membuat satu-satu dasar dan keputusan, yang saya hendak tanya ini adakah kerajaan hendak meneruskan sumbangan kewangan dan
sebagainya kepada persatuan ini bila mereka mewakili negara dalam bola sepak terutamanya.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya rasa persoalan itu tidak timbul sebab sehingga kini kerajaan memang sama ada secara langsung atau pun tidak langsung memberikan bantuan dalam pelbagai jenis termasuk bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan sukan tidak kira lah di peringkat kebangsaan atau pun di peringkat negeri. Jadi, saya rasa itu soalan yang tidak patut timbullah sebab memang dah dibuat dan sedang dibuat dan akan terus dilaksanakan. Yang Berhormat Kuala Krai ada?
Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada.
Tidak ada. Yang Berhormat Masjid Tanah?
Yang Berhormat Masjid Tanah...
Rakan saya Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya sudah nampak beliau.
Ada.
Jadi berkenaan soalan-soalan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tentang peruntukkan Persatuan Belia dan dana pentadbiran pertubuhan belia tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan ini juga ditanya oleh Yang Berhormat Paya Besar. KBS akan mengkaji pelaksanaan pemberian dana kepada Persatuan Belia bagi tahun 2019. Kita akan merangka satu garis panduan yang lebih objektif dan telus serta merangkumi gerakan belia yang lebih luas berbanding rangkaian konvensional masa kini. Hasrat kerajaan juga untuk mengupayakan gerakan belia agar lebih berdikari dan mampan dan bukan terpaksa bergantung kepada kerajaan semata-mata. Ini bagi menjamin suatu masyarakat sivil belia yang bebas untuk memperjuangkan hak dan nasib belia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga Mei tahun 2018 hanya 17 persatuan yang telah menghantar dokumen permohonan peruntukkan pentadbiran secara lengkap kepada KBS dan hanya permohonan lengkap sahaja yang akan diproses bagi penyaluran peruntukkan tersebut tertakluk kepada kelulusan mesyuarat bantuan. Sebanyak RM972,000 telah pun dibayar kepada 17 persatuan tersebut sebelum Mei 2018. Untuk makluman jua pertubuhan belia yang menghantar dokumen yang lengkap itu akan diproses dan diluluskan dalam mesyuarat bantuan mengikut SOP atau pun standard operating procedure bantuan yang telah ditetapkan oleh pihak KBS.
Walau bagaimanapun seperti yang telah saya nyatakan tadi, pihak kementerian amat menggalakkan pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar ini untuk berusaha mencari dana dan sumber lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kerajaan. Berhubung....
Yang Berhormat. Maksudnya Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa hanya 17 sahaja yang menyerahkan. Maksudnya yang complete. Maksudnya lengkap. Yang lainnya tidak walaupun pada Bajet 2018 telah pun diluluskan untuk mereka ini mendapat peruntukan- peruntukan yang telah pun diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Malang sekali kalau sekiranya benar apa yang telah dimaklumkan oleh pihak kementerian, malang sekali bagi lebih 120 persatuan lain untuk mereka tidak memperoleh peruntukan yang telah pun diluluskan oleh pihak kementerian. Adakah cara lain untuk mereka mendapatkan peruntukan yang telah pun diluluskan ataupun di manakah – maksudnya peruntukan yang telah diluluskan itu menghala ke mana? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya rasa kalau sesebuah persatuan ataupun pertubuhan belia tersebut terdesak untuk mendapatkan dana, maka mereka akan tahu caranya untuk membuat permohonan. Dalam aspek itu juga pihak KBS sentiasa bersedia untuk membantu menjawab soalan-soalan berkenaan permohonan tersebut supaya kita mempermudah persatuan-persatuan ini memohon bantuan ataupun apa jua pertolongan daripada pihak kementerian. Jadi saya rasa dalam aspek ini kita tidak ada masalah untuk membuka pintu kita bagi persatuan-persatuan belia di semua peringkat bukan sahaja seperti yang saya katakan itu bukan sahaja dalam rangkaian konvensional tetapi juga kepada gerakan belia yang lebih luas untuk mendapatkan bantuan daripada KBS. Berhubung dengan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia untuk tahun 2018, untuk makluman Yang Berhormat Masjid Tanah juga, pada tahun 2018, Majlis Perundingan Belia peringkat daerah dan negeri tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kekangan peruntukan. Walau bagaimanapun, Majlis Perundingan Belia peringkat kebangsaan dijangka akan dilaksanakan pada Disember 2018. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Majlis Perundingan Belia peringkat kebangsaan dan negeri akan terus dilaksanakan pada tahun 2019. Selain itu, pihak kementerian melihat kepada kepesatan teknologi masa kini dan kita akan meninjau pelbagai medium yang baru untuk mendapatkan pandangan, cadangan dan pendapat para belia untuk menyuarakan suara mereka kepada pihak kerajaan. Selain itu memberikan maklum balas kepada soalan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah tentang memperkasakan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS). Saya di sini ingin merakamkan penghargaan ke atas keprihatinan dan pandangan Yang Berhormat tentang tanggungjawab dan juga fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia turut terdapat di Sabah dan Sarawak selain ibu pejabatnya di Bukit Jalil. Seperti yang sedia maklum, fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) adalah mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Sukan 1997, mendaftarkan badan sukan, mengawal selia dan memantau badan sukan, menangani isu badan sukan, pelesenan dan kelulusan penganjuran acara sukan dan merancang serta melaksanakan program-program pendidikan sebagai strategi ke arah pembangunan dan tadbir urus sukan yang lebih cemerlang. Selain itu, tugasan besar yang dilakukan ataupun dipikul oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah pemantauan badan-badan sukan dengan menyemak laporan tahunan yang dikenali sebagai Maklumat Yang Kena Beri (MYKB). Sehingga November 2018, terdapat 9,225 buah badan sukan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ini bermakna pejabat tersebut terpaksa menyemak sebanyak 9,225 laporan MYKB setahun bagi proses pemantauan badan sukan ini. Buat masa ini, semua laporan MYKB masih lagi dihantar dalam bentuk borang dan hard copy ke pejabat PPS. Justeru, memang benarlah seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah bahawa ada perlunya untuk meningkatkan kapasiti di Pejabat Pesuruhjaya Sukan terutamanya dengan pelaksanaan pindaan terbaru Akta Pembangunan Sukan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Pejabat Pesuruhnya Sukan sedang membangunkan satu sistem komputer baru bagi menggantikan sistem lama. Sistem Pengurusan Badan Sukan (ROSA) atas talian untuk melancarkan lagi proses pengurusan badan-badan sukan ini kepada kedua-dua pihak. Pihak kerajaan dan juga kepada badan- badan sukan yang berkaitan. Saya juga akan memberikan perhatian serius kepada permohonan pertambahan perjawatan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan demi memperkasakan lagi pengurusan serta pelaksanaan aktiviti di bawah Akta Pembangunan Sukan. Yang Berhormat Kimanis?
Sekejap. Saya nak tambah ini.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih dan juga tahniah di atas keprihatinan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Pesuruhjaya Sukan kerana baru-baru ini telah turun padang dan juga bertemu dengan Badan Sukan Kebangsaan yang telah menyertai Sukan SEA dengan mengadakan untuk star rating.
Cuma saya harap, harapan kami agar juga dapat diberikan perhatian kepada sukan-sukan baharu supaya ia mendapat perhatian, sokongan dan juga kerjasama yang baik daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan agar sukan ini tidak putus semangat dan juga tidak berada di tahap suam-suam supaya ia dapat terus menerokai ke arah sporting nation sebagaimana yang diharapkan oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya menyambut baik saranan dan cadangan Yang Berhormat Masjid Tanah tersebut dan memang menjadi satu misi ataupun objektif pihak kementerian untuk memperluaskan lagi sokongan kita bagi mempergiatkan aktiviti-aktiviti sukan. Sudah tentu dalam keadaan kekangan kewangan, tidak kiralah dalam keadaan ekonomi macam mana pun, sumber itu adalah terhad dan setiap persatuan sukan akan cuba bersaing untuk mendapatkan sumber yang terhad tersebut. Akan tetapi pihak kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan sokongan dalam apa juga bentuk kepada semua jenis sukan agar kita boleh menjadi sebuah sporting nation dengan izin. Yang Berhormat Kimanis ada?
Yang Berhormat Kimanis tidak ada.
Tidak ada jadi saya bagi jawapan bertulis.
Yang Berhormat ada tiga minit lagi.
Yang Berhormat Paya Besar pun tidak ada. Jadi saya rasa itu sahaja maklum balas dan jawapan yang saya berikan ke atas syarahan-syarahan dan juga perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kepada yang tidak hadir, nanti kita akan panjangkan melalui jawapan dalam bentuk bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa telah menghampiri 10.30 malam. Usul pagi tadi pun kita telah terima untuk menghabiskan urusan setakat 10.30 malam. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Selasa, 20 November 2108, tiada persidangan Dewan Rakyat sempena cuti Maulidur Rasul. Saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang beragama Islam. Dengan demikian, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan pada jam 10 pagi, hari Rabu, 21 November 2018. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.29 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Berkaitan Rakyat Miskin Melalui Program Pembinaan Rumah PPRT di Dalam Kawasan Parlimen Kota TinggiSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membaca usul saya ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkaitan rakyat miskin melalui Program Pembinaan Rumah PPRT di dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi (P.156).
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, terdapat 23 buah Kampung Tradisi di dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi. Kerajaan berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan membasmi kemiskinan. Justeru, keperluan penempatan semula mereka ini amatlah diharapkan dapat diteruskan supaya hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan yang selesa dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud ini, saya menumpukan perhatian kepada Kampung Tradisi di Kampung Tanjung Sedili, Kampung Sri Gading dan Kampung Tanah Putih yang terdiri daripada nelayan pesisir pantai dan petani kecil seramai lebih kurang 34,180 orang
(data RTD Kota Tinggi 2015).
Buat masa ini, mereka duduk secara menumpang di tanah milik keluarga dan juga tanah kerajaan. Lokasi tapak perumahan PPRT yang dicadangkan ini telah pun dikenal pasti
(i) keluasan tanah: 30 ekar;
(ii) jumlah cadangan perumahan PPRT untuk dibina: 80 unit;
(iii) anggaran kos se unit: RM44,000; dan
(iv) status tanah: state secretary incorporated (SSI), tanah kerajaan negeri.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) boleh dan akan meneruskan rancangan bagi membangunkan perumahan PPRT ini di dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kota Tinggi atas isu dan persoalan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Program PPRT di Parlimen Kota Tinggi dari tahun 2016 hingga 2018 adalah berjumlah RM1.491 juta yang melibatkan 78 unit rumah yang merangkumi 13 unit rumah dengan peruntukan RM664 ribu bagi bina baharu dan 65 unit rumah dengan peruntukan rm827,000 bagi baik pulih.
Pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilaksanakan oleh kementerian secara adil berdasarkan maklumat insiden kemiskinan mengikut negeri yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri melalui Sistem eKasih.
Selain itu, kementerian juga mempertimbangkan permohonan daripada Focus Group Daerah (FGD) di bawah Pejabat Daerah yang berkenaan. Pemilihan peserta PPRT adalah dimuktamadkan oleh FGD dan keanggotaannya adalah terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin tempatan di setiap daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, setiap permohonan PPRT akan disemak berdasarkan kelayakan pemohon dan keutamaan diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang terdiri daripada – ada empat kategori, iaitu:
(i) warga emas (lebih 65 tahun), uzur dan orang kurang upaya;
(ii) ibubapa tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai;
(iii) mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran; dan
(iv) penerima yang layak dipertimbangkan bantuan PPRT (bina baharu) hendaklah mempunyai tanah milik sendiri atau menduduki tanah yang diberi kebenaran.
Justeru, di bawah Program Bantuan Rumah PPRT, kementerian akan pertimbangkan cadangan pelaksanaan PPRT di kawasan Parlimen Kota Tinggi berdasarkan syarat-syarat di atas dan juga kuota mengikut daerah berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima oleh kementerian.
Cadangan Yang Berhormat yang akan dipertimbangkan dan ditetapkan selewat- lewatnya dalam bulan Januari 2019. Untuk makluman Yang Berhormat juga, merujuk kepada pembangunan perumahan berkelompok atau bersepadu, kementerian juga mempunyai program yang dinamakan Program Pemajuan Kawasan (PPK) yang merupakan program membangunkan suatu petempatan baru secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan ameniti sosial yang lengkap. Pihak kerajaan negeri boleh mengemukakan permohonan untuk program PPK ini kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (EPU, MEA) dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kesan Penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Terhadap Kanak-kanak yang DilahirkanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Spinal Muscular Atrophy (SMA), dengan izin, adalah penyakit genetik jarang jumpa
(genetic rare disease) yang menyebabkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit SMA mengalami masalah kemerosotan motor sistem saraf, menyebabkan kelemahan dan kehilangan otot. Penyakit genetik ini menyebabkan masalah pembangunan bagi kanak-
kanak menyebabkan mereka beransur-ansur hilang keupayaan untuk berjalan, bercakap, menelan dan bernafas.
SMA mempunyai beberapa jenis. Type One ialah jenis SMA yang paling teruk.
Penyakit ini boleh mula dihidapi oleh bayi sementara masih berada dalam rahim dan 95 peratus daripada bayi yang dilahirkan dengan penyakit ini meninggal dunia sebelum mencecah umur dua tahun. 60 peratus kes SMA adalah jenis ini. Type Two pula akan mula menjadi aktif apabila bayi berumur antara enam sehingga 18 bulan. Jangka hayat mereka turut terjejas. Type Three dan Type Four pula adalah lebih ringan tetapi masih lagi menjejaskan keupayaan fizikal pesakit dalam jangka masa panjang.
Isu SMA ini wajar diangkat sebagai isu kesihatan awam. Dianggarkan bahawa seorang bayi SMA dilahirkan setiap dua minggu di Malaysia. Menurut pemantauan Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM) dan WeCareJourney, pada tahun 2017, semua bayi yang dilahirkan dengan SMA dan terus menetap di Malaysia telah meninggal dunia kerana tiada akses kepada rawatan. Sekiranya tiada tindakan yang menyeluruh diambil oleh Kementerian Kesihatan, perkara yang sama bakal diulangi pada tahun 2018.
Tujuan saya membangkitkan isu ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada kementerian mengenai beberapa perkara:
(i) adakah kerajaan akan meluluskan ubat Spinraza yang mampu mengawal penyakit tersebut kepada pesakit-pesakit di Malaysia dan adakah harga ubat tersebut akan dikawal supaya keluarga- keluarga berpendapatan rendah mampu untuk membelinya?;
(ii) adakah kerajaan akan memperuntukkan dana untuk SMA dalam kategori rare disease dalam Belanjawan 2019 dan menyediakan kerangka polisi bagi menangani isu ini. Melalui kerangka ini, usaha screening perlu dilaksanakan seperti yang dilakukan kepada bakal pengantin untuk penyakit Talasemia dan HIV bagi SMA kerana 1 daripada 50 individu di Malaysia ialah genetic carrier; dan
(iii) tindakan lain yang boleh dilakukan kerajaan adalah untuk merangka undang- undang seperti Orphan Drugs Act atau Rare Disease Act untuk menggalakkan penyelidikan ke atas penyakit jarang jumpa seperti SMA.
Jumlah pesakit-pesakit SMA adalah kecil berbanding isu-isu kesihatan lain. Namun, sebagai negara yang menekankan kesejahteraan untuk semua, anak-anak yang dilahirkan dengan penyakit serius ini tidak wajar diabaikan. Saya meminta kerajaan untuk mendekati pakar- pakar dan NGO bagi memahami isu ini dengan lebih mendalam. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya berkenaan dengan maslahat yang ditimbulkan tadi. Spinal Muscular Atrophy (SMA) adalah salah satu penyakit “rare disease” atau penyakit jarang jumpa yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan satu penyakit genetik yang diwarisi dari ibu bapa. Ia dicirikan sebagai satu penyakit autosomal recessive neurodegenerative disorder, dengan izin, yang disebabkan oleh degenerasi di bahagian otak dan saraf tunjang yang akan menyebabkan kelemahan pada otot.
Kadar insiden di Malaysia untuk penyakit SMA ini adalah sebanyak 4.9 per 100,000 kelahiran hidup atau 1 in 20,000 populasi. Data dari Institut Penyelidikan Perubatan menunjukkan bilangan kes dari tahun 2013 hingga 2017 adalah sebanyak 20 hingga 30 kes setiap tahun atau anggaran seorang bayi SMA dilahirkan setiap dua minggu di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya.
Pesakit-pesakit SMA ini mengalami masalah kemerosotan motor sistem saraf yang menyebabkan kelemahan otot pada sistem pernafasan, sistem kardiovaskular, saraf tunjang serta pada sistem tulang yang akan menyebabkan pesakit hilang keupayaan fizikal secara beransur-ansur. Pesakit juga akan menghadapi masalah developmental delay, dengan izin, atau tumbesaran terbantut sehingga menyebabkan kehilangan keupayaan untuk bercakap,
berjalan, menelan air liur atau bernafas. Kes-kes SMA ini boleh dikesan seawal usia bayi enam bulan.
Untuk kes-kes yang positif, pesakit-pesakit akan dirawat oleh pakar perunding kanak-kanak neurologi di hospital-hospital Kementerian Kesihatan. Pesakit juga dirujuk kepada pakar perunding kanak-kanak genetik dan metabolik klinikal di Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan selanjutnya. Rawatan yang diberikan adalah dengan merawat komplikasi yang dialami seperti penggunaan mesin bantuan pernafasan untuk kes-kes melibatkan paru-paru di mana pesakit tidak boleh bernafas sendiri, pemberian antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru, pemberian vitamin yang bersesuaian untuk pengurusan masalah tumbesaran atau kekurangan nutrisi, penjagaan ortopedik melalui fisioterapi serta rehabilitasi dan sebagainya lagi.
Untuk makluman Yang Berhormat, ubat Spinraza (Nusinersen) telah diluluskan oleh Food & Drug Administration (USFDA) di Amerika Syarikat untuk penyakit SMA pada penghujung tahun 2016. Setakat ini masih tidak ada permohonan daripada mana-mana syarikat untuk kelulusan kegunaan ubat Spinraza di Malaysia. Walau bagaimanapun, kementerian akan menilai permohonan pendaftaran untuk ubat Spinraza, sekiranya permohonan diterima dan proses pendaftaran ubat tersebut akan dilakukan mengikut prosedur sedia ada. Berkenaan kawalan harga ke atas ubat-ubatan, pada masa ini, tiada kawalan ke atas harga ubat di pasaran.
Pihak Kementerian Kesihatan juga sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat untuk mendapat akses kepada orphan drugs dan ‘medicines for rare diseases’ dengan izin, seperti SMA. Antara insentif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan memberi keutamaan dalam proses pendaftaran (priority review) bagi produk-produk di bawah kategori unmet medical needs termasuklah bagi ubat-ubatan untuk merawat penyakit jarang jumpa seperti ubat Spinraza.
Kerajaan telah meluluskan dana dalam Belanjawan 2019 untuk pembelian ubat bagi penyakit jarang jumpa. Kriteria pemilihan untuk pesakit penyakit jarang jumpa ini akan dibuat melalui satu Jawatankuasa Teknikal yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan dianggotai oleh pakar-pakar genetik dan neurologi dari hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan juga dari pakar hospital universiti. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam meluluskan permohonan pesakit-pesakit penyakit jarang jumpa yang memerlukan rawatan.
Jawatankuasa ini akan menilai dari aspek klinikal untuk memastikan hanya pesakit yang benar-benar layak menerima bantuan ubat-ubatan ini, berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Oleh kerana ubat Spinraza masih belum didaftar, jadi buat sementara waktu tidak terkandung dalam dana untuk pembelian ubat bagi penyakit jarang jumpa tetapi pasti kita boleh pertimbangkan sekiranya ubat Spinraza ini diluluskan.
Bagi ujian saringan penyakit SMA adalah lebih rumit dan memerlukan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan ujian saringan talasemia yang hanya memerlukan ujian darah yang ringkas dan murah. Ujian untuk penyakit SMA melibatkan ujian genetik dan memerlukan kaunseling genetik sebelum sesuatu ujian genetik dapat dijalankan. Oleh kerana kos ujian genetik yang mahal, pihak kementerian tidak menjadikan ujian genetik bagi SMA sebagai satu ujian saringan kebangsaan. Polisi kementerian adalah ujian saringan untuk SMA ini hanya akan dijalankan apabila wujud index case, dengan izin, di kalangan ahli keluarga pesakit.
Pada masa ini, kementerian ini tidak bercadang untuk merangka undang-undang seumpama Orphan Drugs Act seperti mana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Untuk makluman Yang Berhormat, Orphan Drugs Act ini sebenarnya merupakan dasar-dasar insentif dan bantuan kewangan dan juga lanjutan hak intelek terhadap ubat yang dicipta oleh syarikat farmaseutikal yang digunakan untuk rare disease. Kementerian Kesihatan sedang mengkaji insentif-insentif yang boleh ditawarkan kepada mana-mana syarikat yang ingin melaksanakan kajian berkaitan rare diseases serta mencipta ubat-ubatan bagi mengubati penyakit-penyakit ini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 21 November 2018.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]