Dewan Rakyat · 10 December 2018
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 1,017 turns · 70,496 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Perdana Menteri menyatakan, usaha-usaha yang diambil oleh kementerian untuk meneroka sumber-sumber baru wakaf. Wakaf adalah salah satu sumber pendapatan negara, jika diurus tadbir dengan baik ia boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tampin di atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan sebanyak 18 projek pembangunan di atas tanah wakaf yang meliputi lima kategori projek iaitu: | Jenis Projek |Jumlah| |------------------|-----:| |Ekonomi | 7| |Pendidikan | 5| |Sosial | 3| |Perumahan | 2| |Kesihatan | 1| |Jumlah keseluruhan| 18| <END_TABLE_MARKER> Berdasarkan pengagihan ini, didapati sektor ekonomi mendominasi projek-projek yang dijalankan oleh JAWHAR. Ini bertujuan supaya harta wakaf akan lebih berkembang dengan penjanaan keuntungan jangka panjang dan ia dapat dimanfaatkan oleh ramai sasaran. Antara usaha-usaha lain dalam meneroka sumber-sumber baharu wakaf adalah melalui cadangan pelupusan kategori projek pembangunan seperti perladangan, pertanian, air, elektrik dan tenaga. Ini dalam studi lagi ya. Perancangan di peringkat JAWHAR ini akan dibincangkan bersama institusi-institusi Majlis Agama Islam Negeri dalam mesyuarat-mesyuarat penyelarasan. JAWHAR juga dan/telah akan sentiasa mengadakan kerjasama strategik dengan GLC, syarikat-syarikat swasta dan institusi kewangan bersama MAIN dan Yayasan Wakaf Malaysia bagi meneroka sumber-sumber baharu wakaf, yang boleh menjana pendapatan dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum, hal ehwal berkaitan agama Islam terletak sepenuhnya di bawah kuasa Sultan di setiap negeri dan Sultan mewakilkan kuasa tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan tersebut termasuklah hal ehwal berkaitan wakaf. Ini kerana perkara wakaf merupakan salah satu aspek harta keagamaan yang disenaraikan di bawah Senarai Kedua (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri-negeri di Malaysia. Kementerian, melalui agensi yang terlibat sentiasa berusaha dan berunding dengan pihak berkuasa agama negeri-negeri demi memaksimumkan penggunaan sumber wakaf yang berkesan dan memberikan manfaat yang signifikan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dengan jawapan yang agak lengkap daripada kementerian. Cumanya saya ingin bertanya, kalau kita lihat kebanyakan harta wakaf yang berbentuk tanah ialah kurang strategik untuk dibangunkan, sebagaimana jawapan yang dikemukakan oleh kementerian dalam soal jawab yang lepas. Hal ini kerana tanah-tanah ini terletak di kawasan-kawasan yang jauh daripada penempatan ataupun tempat-tempat pembangunan yang strategik yang akan dibangunkan oleh kerajaan. Akan tetapi persoalan saya ialah, bagaimana kementerian untuk memastikan supaya harta-harta wakaf yang tidak strategik ini menjadi lebih strategik dengan menggunakan konsep isti’dal? Apakah langkah-langkah baharu yang boleh diguna pakai dalam menentukan manfaat wakaf itu dapat diperoleh kepada masyarakat? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin. Saya akui bagi pihak kerajaan bahawa memang kita perlu melihat kepada cara-cara baru untuk memperkasakan institusi wakaf tanpa meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak. Saya merasakan bahawa pihak kementerian sebelum ini tidak betul-betul memberi tumpuan, tanpa meletakkan kesalahan kepada sesiapa. Saya rasa lebih banyak lagi yang boleh kita lakukan kerana JAWHAR ini sebolehnya melihat kepada bagaimana kita hendak engage dan mencari jalan untuk mengembangkan instrumen-instrumen wakaf. Kemudian, yayasan wakaf pula boleh digunakan untuk mencari dana tersebut. Namun pada pandangan saya, mungkin pihak Majlis Agama Islam Negeri lebih ke depan.
Saya bagi satu contoh di mana orang-orang awam dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lebih ke depan juga. Baru-baru ini saya berjumpa dengan satu kumpulan wanita yang ingin mengembangkan international Khadijah wakaf- Khadijah International Wakaf Funds. Saya begitu tertarik dengan idea ini kerana ia melihat kepada kepentingan wanita dan kanak-kanak sebagai recipient ataupun penerima. Mereka juga melihat bagaimana kawasan yang berbukit di Selangor ini yang sebelum ini tidak boleh dibangunkan untuk– tanah wakaf yang berbukit ini tidak boleh dibangunkan tetapi mereka melihat untuk membuat retirement home di situ. Bagaimana mereka turn a problem to satu masalah kepada satu peluang. Saya rasa inilah antara perkara- perkara yang kita kena teroka, antara perkara-perkara yang kita hendak lihat dan saya yakin bahawa kementerian, kerajaan ke hadapan akan memainkan peranan yang lebih aktif untuk kerjasama dengan semua agensi, NGO-NGO dan pihak-pihak yang mahu sama-sama mengembangkan instrumen wakaf ini. Terima kasih.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Salah satu daripada punca pertikaian dalam menguruskan wakaf ini adalah kedudukan harta wakaf yang terletak di bawah bidang kuasa negeri. Jadinya soalan tambahan saya kepada pihak kementerian adalah, apakah sebenarnya perancangan kerajaan dalam memperkasakan serta meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, khususnya orang Islam tentang kepentingan harta wakaf ini. Sejauh manakah bentuk kerjasama di antara Kerajaan Pusat bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri dalam memperkukuhkan peranan wakaf bagi menjana ekonomi negara. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Kerajaan pada hari ini sentiasa mencari jalan untuk berunding dengan kerajaan negeri di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri bukan sahaja dalam aspek wakaf tetapi banyak lagi aspek-aspek yang melibatkan enakmen-enakmen yang apabila tidak ada keseragaman di antara negeri dan Pusat, maka yang menjadi mangsa ataupun disadvantage ialah orang ramai. Maka kita harus mencari jalan walaupun mengikut undang-undang itu jelas, ini bidang kuas negeri, ini bidang kuasa Pusat tetapi kita harus cari jalan bagaimana kita hendak engage, bagaimana kita hendak berunding, bagaimana kita hendak bekerjasama demi kemaslahatan ummah. Jadi inilah yang kami sedang lakukan di pihak Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam ini untuk memastikan perkara tersebut. Berkenaan dengan status tanah wakaf ini, betul Yang Berhormat Parit Sulong. Kadang-kadang ibu bapanya mewakafkan tanah tersebut untuk membuat sekolah agama, sekolah KAFA contohnya dan itu adalah niat yang murni yang merupakan sungai yang mengalir bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat, yang membawa pahala hingga ke akhirat. Akan tetapi apabila sudah meninggal, kadangkala anaknya bergaduh tentang tanah tersebut dan sekiranya tanah itu tidak dipecahkan lot dan dikhususkan tidak sebagai harta yang diwakafkan, ini boleh menimbulkan masalah. Kami sentiasa menasihatkan kepada ibu bapa, kepada orang tua yang ingin berwakaf, ambil kira hal ini sebab takut terbantut dan ada banyak kes juga terbantut di mana tidak boleh diproses apabila anak-anak bergaduh dan mahu memecahkan lot sebagai harta yang diwariskan oleh ibu bapa. Saya harap dapat menjelaskan. Seperti yang saya katakan tadi, banyak yang perlu kita lakukan, banyak juga in syaa Allah ke hadapan ini yang kita sedang lihat bagaimana kita hendak memantapkannya lagi. Terima kasih.
2. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Kewangan menyatakan: (a) berapa sasaran amaun yang wajar dan bilakah penerbitan bon dan sukuk akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan; dan (b) apakah contoh aset Kerajaan Persekutuan yang disifatkan sebagai tidak kritikal dan bukan strategik yang ingin dijual dalam masa terdekat ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Yang di-Pertua, keperluan pembiayaan Kerajaan Persekutuan diperoleh sebahagian besarnya daripada sumber dalam negeri, menerusi penerbitan bon dan sukuk kerajaan memandangkan kecairan tunai yang tinggi dalam pasaran kewangan domestik. Sejajar dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637] dan Akta Perbadanan Kerajaan 1983 [Akta 275], pinjaman hanya dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan membiayai semula hutang yang matang. Dalam membuat pinjaman dari sumber luar pesisir pula, kerajaan adalah tertakluk kepada Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 yang mengehadkan pinjaman terkumpul luar pesisir pada RM35 bilion. Kerajaan juga akan memastikan pendedahan yang minimum kepada risiko tukaran mata wang asing, di mana sehingga akhir September 2018 hanya RM21.4 bilion daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dalam beberapa didominasi mata wang asing. Jumlah pinjaman bagi setiap tahun kewangan, disasarkan melalui analisa dalam kiraan yang dilaksanakan bersama Bank Negara Malaysia serta mengambil kira jumlah bayaran balik pinjaman serta anggaran defisit pada tahun tersebut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, pengumuman berkenaan jumlah terbitan domestik termasuk terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) akan dimaklumkan kepada para pelabur melalui laman sesawang Bank Negara Malaysia menerusi kalendar lelongan. Bermula Januari sehingga akhir November 2018, jumlah pinjaman kasar yang dibuat menerusi terbitan bon dan sukuk kerajaan adalah RM104.5 bilion iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) berjumlah RM49 bilion dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) adalah sebanyak RM55.5 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM 60.8 bilion adalah untuk membiayai semula pinjaman menerusi terbitan bon dan sukuk kerajaan yang telah matang. Manakala bakinya, digunakan untuk membiayai defisit fiskal Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan penjualan aset negara seperti tanah dan bangunan serta pengenalan rejim baru cukai adalah antara langkah reformasi fiskal dalam mengurangkan hutang negara serta memastikan konsolidasi fiskal. Kerajaan sedang dalam proses mengenal pasti aset-aset yang boleh dijual, di mana aset-aset ini akan dijual melalui kaedah yang terbuka dan telus. Selain itu, kerajaan pada masa ini masih lagi mengkaji potensi sama ada untuk merasionalisasikan syarikat-syarikat yang mempunyai mandat penubuhan yang sama, menutup syarikat yang mempunyai beban fiskal kepada negara atau melupuskan kepentingan kerajaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai nilai komersial, memberikan kesan crowding out kepada penglibatan swasta dalam industri ataupun peranannya sudah tidak relevan dengan objektif awal penubuhannya. Namun pelupusan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat kerajaan akan mengambil kira beberapa faktor termasuk nilai yang telah dicipta dalam syarikat, kepentingan komersial dan strategi kepada pemegang saham iaitu kerajaan dan kemampuan pemilik baru untuk membawa syarikat yang akan dilupuskan ke tahap yang lebih baik. Justeru itu, pertimbangan dan keputusan untuk melupuskan atau memansuhkan mana-mana syarikat MKD akan dibuat berdasarkan kepada prestasi syarikat. Peranan syarikat-syarikat kerajaan ini dari segi mandat penubuhan, keperluan industri dan kemampuan syarikat untuk beroperasi, kesan kepada fiskal negara dan kesan terhadap penglibatan sektor swasta dalam industri serta lain-lain aspek yang perlu dikaji secara holistik. Kerajaan juga akan memastikan aset yang dijual kelak mampu memberi nilai terbaik atau value for money kepada negara. Di sini, perlu ditegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjalankan sebarang penjualan secara fire sale dengan izin. Ini kerana nilai yang paling baik harus diperoleh bukanlah nilai yang paling rendah. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri yang saya anggap satu jaminan kepada usaha untuk melihat the non-asset, the non-strategic asset of the government boleh melalui pelupusan secara yang lebih baik. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya berkaitan dengan soal penerbitan bon.
Secara spesifik berkaitan dengan samurai bond. Samurai bond yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pada ucapan belanjawan baru-baru ini yang menyatakan bahawa coupon rate will be 0.65 percent dalam tempoh 10 tahun dan ia akan dibiayai dan juga akan dijamin oleh Kerajaan Jepun melalui JBIC. Persoalan saya ialah, samurai bond ini menggunakan denominated Yen. Mengikut laporan, yen adalah the most volatile currency dan kalau kita ambil bon ini dalam tempoh 10 tahun, bererti dalam tempoh 10 tahun bila sampai ke tahap maturity ia memerlukan principal repayment, apakah kerajaan tidak melihat kerisauan bahawa akan berlaku an extreme volatile of fluctuation yang akan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar jauh lebih daripada soal interest ataupun coupon rate 0.65 percent itu, satu. Keduanya, kalau 0.65 percent, saya hendak tanya apakah kerajaan will perform cross-currency swap, CCS? Kalau itu dilakukan, bererti dia kena ada double-conversion daripada Japan ke dolar, dolar ke ringgit dan effectively the rate of 0.65 percent kalau melalui CCS ini ia tidak akan jadi 0.65 percent malahan ia jadi lebih tinggi lagi daripada lima percent and that will be counterproductive. Ini kerana MDRS sekarang pun berada pada 4.35 percent hingga lima percent. Sebab tu saya hendak tanya bahawa, apakah kerajaan melihat samurai bond yang hendak diisu kan ini pada 200 bilion yen bersamaan RM7.4 bilion ini suatu benda yang dilihat sebagai kos efektif dan tidak membebankan kerajaan dan negara pada 10 tahun yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas. Tentang soalan berkaitan dengan penerbitan itu samurai bond yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Jepun dengan kadar istimewa atas hubungan istimewa dengan Malaysia baharu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Yang Berhormat Langkawi sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di sini tentulah bila kita sebut tentang mengambil pinjaman dalam bentuk mata wang asing, kita terdedah kepada naik dan turun apa yang disebut sebagai volatility, nilai mata wang asing. Sungguhpun Yang Berhormat sebut Jepun adalah di antara mata wang asing yang volatile dalam keadaan kedudukan pasaran terbuka sekarang, mana-mana pun boleh dianggap volatile kalau kita sebut dalam tempoh 10 tahun ini. Akan tetapi, kalau kita lihat pengalaman dan juga sejarah, apa yang berlaku pada tahun 1980 bila bentuknya Plaza Accord pada tahun 1980 kalau Yang Berhormat masih ingat, mungkin saya lebih tua daripada Yang Berhormat lah. So, masa itu nilai mata wang asing Yen telah naik sampai tahap mungkin tiga kali ganda dan tentu ini menyusahkan mereka yang mengambil pinjaman dalam bentuk mata wang Yen. Akan tetapi, apa yang berlaku dalam Plaza Accord adalah sesuatu yang amat luar biasa kerana mendapati tekanan yang amat berat daripada Amerika Syarikat untuk mengimbangi lebihan perdagangan di antara kedua-dua negara pada masa itu. Itu lah apa yang kita sebut satu perasaan atau a sense of deja vu. Apa yang berlaku sekarang di antara perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan juga negara China sebenarnya telah berlaku pada tahun 80-an di antara Amerika Syarikat dan Jepun. Saya rasa masa itu Yang Berhormat semua pun masih kita mengkaji ini, kita masih ingat tekanan dan juga kedudukan pada masa itu. So, bila Yen naik secara mendadak sebanyak tiga kali ganda tentu ia ada kesan yang amat negatif. Akan tetapi, sekarang kita membuat analisis kemungkinan seperti yang berlaku dekat Plaza Accord tidak lah begitu besar. Pada masa yang sama, seperti Yang Berhormat sedia maklum ini tempoh atau tenure samurai bond ini adalah selama 10 tahun. So, pengurusan yang lebih profesional daripada Bank Negara yang sekarang kita memang lagi cekap untuk menguruskan pendedahan tentang mata wang asing atau tukaran wang asing supaya kita dapat meminimumkan kerugian yang akan ditimpa sekiranya nilai mata wang asing naik itu untuk mata wang Yen. So, di sini tempoh 10 tahun ini memberikan kita ruang, ruang dasar untuk membuat keputusan apabila kita rasa nilainya adalah memihak kepada Ringgit, kita boleh membuat penyesuaian yang sewajarnya. Ini kita akan terpulanglah kepada pakar-pakar daripada Bank Negara. Pada masa yang sama kupon 0.65 peratus adalah suatu kadar seperti yang saya sebut yang rendah dan pada masa yang sama menunjukkan goodwill daripada pihak Jepun dan akan mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara. Tentang cadangan untuk membuat itu cross swap seperti yang disebut oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut ialah Yen ke Ringgit, Ringgit ke Dolar itulah maksud tadi dan ini akan menimbulkan kos transaksi yang lebih tinggi. Akan tetapi, sekiranya kita hendak buat swap sedemikian ataupun penukaran sedemikian lebih baik kita terus daripada Yen ke US Dollar dan itulah yang kita rasa kita boleh. Ini kerana, di sini kita ada banyak pinjaman dalam bentuk US Dollar dan itulah di antara beberapa option yang kita cadangkan supaya kita boleh mengurangkan pendedahan kepada pinjaman nilai mata wang asing. Seperti yang Yang Berhormat sebut tadi dan juga yang telah pun dinyatakan oleh saya bahawa had pinjaman luar negeri untuk Kerajaan Persekutuan ditetapkan sebanyak RM35 bilion. Sekiranya dengan samurai bond sebanyak 200 bilion Yen adalah kira-kira RM7.4 bilion. Sekiranya ditambah pun masih kurang daripada had RM35 bilion yang ditetapkan. Apa yang dicadangkan ialah apabila kita lihat dari segi option yang ada supaya kita menggantikan. Nanti saya habis dulu.
Akan tetapi, kos will be higher Yang Berhormat Menteri.
Itulah sebabnya...
Yang Berhormat Kepala Batas, sabar.
Kalau guna cross- currency swap. Maaf.
Kalau hendak jawab soalan, tidak payahlah hendak lecture.
Kita boleh, kita.
Panjang lebar...
Yang Berhormat Pasir Salak.
Itulah perbezaan di antara Yang Berhormat Kepala Batas dan itu di mana-mana itu.
Ya, beza dengan kepala mana lagi?...
Yang Berhormat Pasir Salak, minta kebenaran dulu.
Saya minta kebenaran sekarang...
Dan tidak dibenarkan, sekarang Menteri hendak menjawab. Ini, sila Menteri.
Panjang lebar.
Saya lebih berikan tumpuan kepada soalan yang bernas daripada Yang Berhormat Kepala Batas dan kita cuba jawab sebaik mungkin. Tentu mereka yang tidak minat, biarlah mereka teruskan dengan idea-idea yang tidak bernas itu.
Dengan apa Yang Berhormat?
So, di sini seperti yang saya sebut.
Yang Berhormat Pasir Salak, peringatan kali kedua.
Kita akan cuba untuk pastikan bahawa kita boleh gantikan. So tentu di sini seperti yang Yang Berhormat sebut, ada kosnya. Akan tetapi kita kena berikan keyakinan pada Bank Negara bahawa mereka akan kurangkan pendedahan supaya dari segi itu tahap RM35 bilion tidak dilepasi dan pada masa yang sama kita boleh uruskan dengan lebih baik. Saya rasa Yang Berhormat pun sedia maklum, di antara pinjaman yang dibuat oleh kerajaan khususnya berkaitan dengan 1MDB adalah dalam kadar yang amat tinggi. Jauh lebih daripada lima peratus sampai enam peratus pun ada. So, itu lah yang kita hendak kurangkan.
Cukuplah.
Kerana dengan..
Yang Berhormat, kalau CCS itu, they go to six percent.
Cukup lah, cukup lah Menteri, cukuplah Menteri. Banyak lagi soalan.
Tidak apalah Yang Berhormat Kepala Batas boleh bagi nasihat...
Banyak lagi tidak cukup.
...Kepada rakan anda yang kurang minat...
Speaker, kontrol sedikit.
...Tentang kewangan. So, di sini kita akan cuba gantikan yang mahal dengan yang murah. Saya rasa Yang Berhormat tentu sokong dan setuju dengan cadangan kerajaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya teruskan. saya ingin khabarkan semua tentang Perkara 35, Peraturan Mesyuarat, “seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila...”
Alah, dulu pun serupa juga you, Speaker pun...
[Dewan riuh]
Inilah dia sikap Ahli Parlimen yang tidak layak duduk di Dewan yang mulia ini.
Bukannya Speaker yang mengundi Ahli Parlimen. Perwakilan ini, pengundi di sana.
Semua rakyat boleh menilai.
Speaker cakap baik- baik sedikit...
Hendak berehat ini.
Saya berikan peringatan kali ketiga.
Empat pun boleh.
Dia cabar.
Saya memang tahu dia hendak cabar, hendak jadi hero. Akan tetapi jangan...
Saya pun hendak beri peringatan, walaupun songkok saya tidak ada...
Yang Berhormat Puncak Borneo, tidak payah campur tangan.
Walaupun saya daripada hutan dan gunung tetapi saya rasa saya lebih beradab daripada Yang Berhormat Pasir Salak... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo, terima kasih semua. Saya harap semua boleh hormat kepada peraturan mesyuarat. “Seseorang itu tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Tuan Speaker”.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya rasa semua orang faham tetapi ada pihak yang sengaja tidak mahu faham. Seterusnya, saya beri– ada atau tidak soalan tambahan kedua? Yang Berhormat Jeli, sila.
Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, antara aset hak milik kerajaan ialah tanah dan juga saham. Saya hendak tahu, setakat manakah kerajaan telah mengambil kira dalam belanjawan tahun depan 2019, cadangan penjualan aset dan saham ini? Sama ada dengan penjualan ini, adakah ia akan mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan? Apakah anggaran yang akan diperoleh daripada penjualan aset oleh kerajaan iaitu saham dan tanah? Keduanya, berkaitan dengan dividen. Sudah pasti kerajaan perlu mengorbankan sedikit dividen. Tahun ini tidak tahu berapa, tahun depan berapa. Jadi, dengan penjualan aset ini, kerajaan terpaksa mengorbankan sedikit dividen. Jadi, adakah anggaran sebanyak mana dividen yang terpaksa dikorbankan apabila saham-saham milik dalam GLC umpamanya, dijual kepada pihak tertentu? Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jeli. Tentu itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita merangka seperti Yang Berhormat Jeli telah nyatakan tadi. Ini saya hendak berikan sedikit makluman untuk Ahli Yang Berhormat ini. Bila kita sebut tentang jumlah RM104.5 bilion MGS, 49 bilion, saya hendak tegaskan bahawa di antaranya ialah untuk membiayai semula pinjaman dan juga untuk membiayai defisit fiskal pihak Kerajaan Persekutuan. So, daripada segi untuk membuat penyesuaian, apa yang telah pun dicadangkan oleh pihak kerajaan ialah sama ada kita boleh gantikan pinjaman yang mempunyai kupon atau faedah yang tinggi dengan yang lebih munasabah mengikut harga pasaran. Tentu ada beberapa perkara yang disebut oleh Yang Berhormat, saya akan berikan jawapan bertulis supaya kita dapat berikan maklumat yang lebih menyeluruh. Sekali lagi saya hendak mengucapkan terima kasih atas minat untuk memastikan kita boleh dapat pinjaman dengan harga yang lebih munasabah, bukan seperti yang berlaku dahulu. Itulah sebabnya pihak kerajaan ingin buat saman kepada Goldman Sachs untuk menuntut balik kerugian yang dialami oleh pihak kerajaan atas kegagalan Goldman Sachs untuk mempertahankan hak pelanggan iaitu pada masa itu Malaysia, dengan menerbitkan bon dengan kadar yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Itulah kita harap adalah salah satu tuntutan ganti rugi yang kita boleh dapat secara konkrit dan substantial Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana seperti yang dimaklumkan, bahawa Goldman Sachs telah membuat provision lebih USD1.5 bilion berkaitan dengan penerbitan bon untuk syarikat 1MDB. Sekian, terima kasih.
3. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, rancangan kerajaan untuk memulihkan sungai-sungai kita yang tercemar, tersumbat oleh sampah sarap serta telah pupus hidupan air oleh pencemaran.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada Program Pengawasan Kualiti Air Sungai yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2017, didapati terdapat 51 batang sungai yang dikategorikan sebagai tercemar di seluruh Malaysia. Bagi meningkatkan kualiti air sungai yang tercemar ini, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil pelbagai tindakan antaranya berikut: (i) penguatkuasaan dan pemantauan secara berkala ke atas sungai- sungai yang berisiko tinggi tercemar, memang dikawal meliputi semua aspek daripada peringkat perancangan, penempatan industri; (ii) penguatkuasaan berterusan; (iii) pengawasan dan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar; dan (iv) Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan operasi bersepadu dengan agensi-agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak berkuasa tempatan seperti pejabat tanah atau majlis tempatan dan Badan Kawal Selia Air Negeri Johor bagi meningkatkan usaha pemuliharaan sungai-sungai tercemar. Kementerian juga mengeluarkan garis panduan merawat hasil aktiviti haiwan ternakan. Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan pendekatan secara soft melalui Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar seperti Rakan Alam Sekitar melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah berasaskan community-based outreach seperti Hari Alam Sekitar Negara, Program Cintai Sungai, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan lain-lain. Selain itu, ceramah, taklimat dan pameran juga dilakukan meliputi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak-pihak NGO dan pihak swasta. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai seorang yang lahir dan besar di tebing Sungai Kedah dan pernah melihat Sungai Kedah itu jernih airnya, banyak airnya, tidak ada banjir dan banyak ikan dan udang galah yang memberikan manfaat kepada seluruh penduduk dan merupakan hasil yang berharga, saya sangat menghargai segala yang dilakukan untuk memulihkan sungai. Namun soalan saya ialah, sebahagian daripada sungai kita ini tercemar kerana aktiviti-aktiviti tertentu yang memang kita rancang seperti pertanian. Sungai Kedah misalannya, kita jadikan empangan dan seterusnya kita menggunakan baja dan racun kimia yang akhirnya memusnahkan hidupan sungai. Apabila sungai berubah warna airnya dan musnah hidupannya, maka tidak ada lagi minat orang untuk menjaga sungai tadi dan jadi tempat membuang sampah. Jadi soalan saya ialah, untuk kembali memulihkan sungai-sungai seperti ini diperlukan koordinasi atau pendekatan bersepadu yang sungguh, terutamanya dengan pihak berkuasa pertanian. Di Kedah, misalnya dengan MADA dan dengan agensi lain dan itu saya lihat tidak ada dilakukan. Oleh kerana satu pihak menyenaraikan sungai yang bersih, satu pihak lagi matlamatnya ialah untuk menggunakan untuk pertanian dan akhirnya penggunaan tadi. Melainkan kita ubah secara holistik baja organik, racun organik dan lagi. Jadi pada saya ialah, apakah kerajaan bersedia untuk melaksanakan satu blueprint yang besar, yang merangkumi segala agensi dan jabatan tadi supaya akhirnya dapat kita pulihkan sungai kita? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya kira ini satu cadangan yang baik, di mana kita kalau kita ada satu blueprint yang melibatkan- sebab pencemaran sungai ini dan kawalan bukannya terletak di bawah Jabatan Alam Sekitar. Seperti Yang Berhormat Kuala Kedah sebutkan tadi, ia melibatkan pelbagai agensi. Kita menerima cadangan baik ini iaitu kita mahukan satu blueprint ataupun satu tatacara yang lebih baik, yang lebih meliputi semua aspek dan kita akan bawa kepada kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Falsafah penjagaan sungai ini saya kira Timbalan Menteri, sungai di hadapan rumah menjadi halaman yang indah tetapi di Malaysia, sungai di belakang rumah menjadi tempat pembuangan sampah. Oleh kerana itu, saya kira falsafahnya ialah mendirikan rumah-rumah di hadapan sungai, bukan sungai menjadi di belakang rumah. Itu satu.
Satu lagi ialah sungai menjadi punca rezeki bukan hanya rezeki ikan di dalamnya tetapi juga ialah rezeki ecotourism. Jadi, apakah langkah-langkah yang kementerian lakukan? Pertama, untuk mendalamkan sungai dan kedua, untuk meluruskan sungai. Saya- kita kementerian perlu melaksanakan NBOS bersama JPS dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memastikan, sebagai contoh Sungai Melaka adalah contoh terbaik di negara kita. Ia menjadi punca bukan hanya hasil di dalamnya tetapi juga ecotourism. Barulah sungai itu akan terhindar daripada pencemaran. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Hari ini pertama kali saya jawab soalan Yang Berhormat Pontian. Saya terima baik cadangan Yang Berhormat Pontian tentang kaedah mendalamkan sungai tetapi saya ambil contoh kalau di tempat saya di Kota Belud. Bila kita dalamkan sungai ini kerana sungai terlalu cetek dan air menyebabkan banjir kalau hujan. Akan tetapi, seperti yang saya cakapkan tadi dari awal mendalamkan sungai dan juga memulihara sungai juga melibatkan pelbagai agensi yang lain seperti JPS, begitu juga dengan pihak berkuasa tempatan. Kita ambil cadangan semua pihak tentang bagaimana kita mahu memelihara sungai. Begitu juga MESTECC sendiri, kementerian menyasarkan untuk menguatkuasakan sasaran kita untuk meningkatkan 100 peratus bilangan operasi penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling kepada sesiapa yang membuat pencemaran seperti pembakaran terbuka, sampah sarap yang mencemarkan sungai-sungai pada tahun akan datang. In syaa Allah. Terima kasih.
[Soalan No. 4 – YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) tidak hadir]
5. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah kerajaan dijangka akan memberhentikan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang pertama, dan Lebuhraya Utara-Selatan seperti yang telah dijanjikan dalam Manifesto Pilihanraya Umum Ke-14.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Pengerusi Yang Berhormat Jelutong jauh sekali pantun dari soalan yang dikemukakan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, janji keenam dalam Manifesto Pakatan Harapan ialah untuk mengkaji semula semua perjanjian konsesi penswastaan lebuh raya tol dan perunding bagi mendapatkan harga terbaik secara kaedah menang-menang untuk mengambil alih setiap konsesi tol. Pada halaman 29 Manifesto Pakatan Harapan itu telah digariskan bahawa kerajaan akan mengambil alih konsesi lebuh raya dengan memberikan pampasan adil kepada syarikat konsesi. Ini bagi tujuan mencapai matlamat akhir prinsip manifesto berkenaannya itu untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagi mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol semua lebuh raya termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Ini akan dilaksanakan setelah kewangan kerajaan berada pada tahap yang stabil dan mengizinkan. Sehubungan itu, Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2018 yang lalu setelah menimbangkan hala tuju industri lebuh raya bertol di negara ini telah bersetuju memutuskan supaya Kementerian Kerja Raya diberi tempoh masa enam bulan untuk mengemukakan cadangan mekanisme terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Untuk tujuan itu, Kementerian Kerja Raya akan melantik juru perunding audit bebas bertauliah pada awal bulan Januari 2019 bagi membantu kerajaan menganalisis data dan cadangan berkenaan. Ini termasuklah mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Hasil kajian itu dijangka akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri pada bulan Mei 2019 nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya terlebih dahulu ucapkan ribuan terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Sebagai seorang wakil rakyat daripada Pulau Pinang saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana dalam belanjawan yang telah dibentangkan Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun mengumumkan bahawa kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang Pertama, dan Kedua, bagi pengguna motosikal akan dimansuhkan. Saya bagi pihak berpendapatan rendah memang saya menerima banyak maklum balas yang memuji Kerajaan Pakatan Harapan di atas pengumuman ini. Pada masa yang sama secara realitinya saya ingin bertanya rakyat Malaysia ingin mengetahui adakah kemungkinan pada suatu masa nanti di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan rakyat di Malaysia akan dapat menggunakan semua lebuh raya yang ada di Malaysia tanpa membayar apa-apa tol. Realitinya adalah banyak negara di dunia yang telah membina lebuh raya yang sama tarafnya dengan Malaysia ataupun yang lebih baik tidak mengutip tol. Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, saya jangka perkara ini mungkin tidak dapat dicapai. Kita tahu tentang perkara-perkara ketirisan yang berlaku dan sebagainya. Akan tetapi, di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dengan pengumuman yang telah dibuat berkenaan dengan jambatan tol pertama dan kedua di Pulau Pinang rakyat sekarang mempunyai satu harapan bahawa suatu masa yang akan datang nanti semua lebuh raya di Malaysia akan dapat digunakan oleh semua pengguna kenderaan tanpa membayar sebarang tol. So, dalam konteks ini, saya ingin mengetahui apakah realiti perkara ini boleh dilaksanakan? Bilakah dijangka perkara ini boleh dilaksanakan? Sememangnya saya yakin boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Seperti mana yang saya telah umumkan tadi, keadaan kewangan kerajaan patut dikajikan semula. Sampai satu tahap di mana kita boleh mengatakan kita dipulihkan kepada keadaan yang sihat dan stabil dan itulah masanya kita boleh mengkaji semula kadar tol ini dan adakah kita akan laksanakan, memansuhkan kutipan tol di seluruh lebuh raya seluruh negara. Bila? I’m not an economist, dengan izin, tapi kita harap dan berdoa keadaan kewangan negara akan dipulihkan secepat mungkin. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa akan ada juru perunding untuk dilantik bagi mengkaji keseluruhan struktur tol di Malaysia sama ada akan dihapuskan dan apakah langkah-langkah pengurangan yang bakal dilakukan kalau tidak dapat dihapuskan? Saya memang menyambut baik saranan tersebut. Dulu pun kita pernah melakukan perkara yang sama. Pendekatannya ialah kita kena melihat keseluruhan dalam konteks ekonomi dan kemampuan kewangan negara kita. Dalam konteks ini kalau melihat dalam bajet yang lepas tol dalam bandar, tidak dinaikkan di mana kementerian terpaksa menanggung lebih kurang RM700 juta untuk pampasan.
Kalau kita hendak menghapuskan keseluruhan, saya dimaklumkan bahawa lebih berapa bilion, RM400 bilion diperlu untuk mengambil alih keseluruhan tol tersebut. Jadi dengan mengambil kira kedudukan tersebut, kita juga melihat bahawa kalau yang di bandar ini sebenarnya mendapat banyak kemudahan daripada kerajaan. Di dalam bajet yang lepas, mereka akan dapat satu ialah dari segi kupon untuk pengangkutan awam. Sebanyak RM100 kah atau lebih kurang diskaun menggunakan pengangkutan awam. Dalam pada masa yang sama tol tidak dinaikkan. Pendekatan kita dahulu sebenarnya bas kita tidak naikkan tambang supaya kita menggalakkan orang pergi menaiki bas tetapi tol dinaikkan. Ini kerana kalau kita tidak naikkan tol di bandar, mereka akan dapat banyak manfaat. Akan tetapi kita patut bagi mereka kupon untuk naik bas tetapi tol patut dinaikkan supaya barulah orang akan berhijrah. Oleh demikian, ia akan dapat manfaatkan untuk pembangunan infrastruktur di negeri-negeri lain yang tidak ada tol, yang tidak ada lebuh raya seperti Sarawak dan Sabah tidak ada lebuh raya. Kelantan tidak menggunakan tol lebuh raya di bandar. Jadi, ini sepatutnya dipertimbangkan dalam kajian oleh juru perunding yang bakal dilantik oleh Yang Berhormat Menteri nanti. Adakah ini akan diambil kira supaya ia dapat manfaatkan keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja bertumpu di bandar yang dapat banyak manfaat tetapi tol tidak dinaikkan. Jadi, mereka akan dapat double benefit, orang lain tidak dapat kemudahan infra yang meningkat dan sebagainya. Jadi, adakah Yang Berhormat melihat bahawa keseluruhan konteks ini jangan kita hendak menghapuskan tol tetapi tidak memberi manfaat kepada negeri-negeri yang tidak ada lebuh raya. Ini kerana kita perlu tingkatkan kesamaan kemudahan infra rakyat kepada semua negeri yang tidak ada lebuh raya. Terima kasih.
Terima kasih atas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petrajaya. Saya pun dari Sarawak dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Petrajaya. Saya percaya perunding yang akan dilantik nanti akan mengambil kira semua aspek ini. Sebenarnya sekarang ini pun kita sudah menerima beberapa cadangan daripada beberapa stakeholders dan juga kawan-kawan kita yang pakar dalam keadaan ini. Saya memberikan kepastian kepada Petrajaya dan kita akan angkatkan ini dan kajikan semua ini dan ambil kira- and will take your view. Terima kasih, dengan izin.
6. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah langkah kerajaan untuk menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kuala Terengganu, oleh sebab dia hendak baca tadi, saya tolong baca lah. Bertanyakan, apakah langkah kerajaan untuk menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, langkah-langkah untuk menyekat penyebaran budaya hidup songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di Malaysia adalah dilaksanakan oleh kerajaan melalui proses penapisan filem yang dijalankan oleh Lembaga Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri. Lembaga Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 Akta 620. Berdasarkan akta tersebut, semua filem yang akan disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan di Malaysia hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Penapisan Filem untuk penapisan dan kelulusan. Lembaga Penapisan Filem dalam melaksanakan penapisan filem adalah berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri tahu 2010. Terdapat empat aspek utama yang digariskan dalam garis panduan tersebut yang perlu diteliti dan diberi perhatian khusus oleh ahli-ahli lembaga semasa menapis sesebuah filem iaitu aspek keselamatan dan ketenteraman awam; aspek keagamaan; aspek sosiobudaya; serta aspek ketertiban dan ketatasusilaan. Budaya hidup songsang adalah merupakan salah satu unsur di bawah aspek sosiobudaya yang perlu diteliti dan diberi perhatian dalam panduan Garis Panduan Penapisan Filem tersebut. Apa-apa unsur sama ada dalam bentuk adegan ataupun dialog dalam sesebuah filem yang mempromosi budaya hidup songsang seperti LGBT adalah tidak dibenarkan dan akan dipotong sebelum filem tersebut diluluskan untuk tayangan atau pengedaran. Jika kandungan sesebuah filem yang ditapis didapati secara keseluruhannya adalah mempromosi budaya hidup songsang seperti LGBT, maka filem tersebut tidak akan diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem sama ada untuk tayangan mahupun untuk pengedaran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, masalah LGBT ini menjadi-jadi bukan sahaja di dalam filem dan drama. Malah melalui watak-watak di dalam lakonan-lakonan iklan, program komedi. Pada satu ketika, artis-artis komedi kita yang asalnya kita nampak seperti lelaki sejati, keras pun mula membawa watak dan terbawa dengan watak-watak lembut ini. Kononnya, dengan membawa watak ini menjadi pelaris. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku di dalam negara kita? Apakah rakyat kita semakin minat dengan perwatakan sebegini sehingga merubah sosiobudaya yang berlaku di dalam negara kita sehingga perkara seperti ini dianggap sebagai kaedah untuk menjadi pelaris? Apakah tiada garis panduan penerbitan untuk perkara begini ataupun adakah undang-undang yang ada tidak cukup jelas dan perlu dibuat penambahan? Tadi disebutkan filem, bagaimana pula dengan iklan, bagaimana pula dengan program-program lain yang ditampilkan di dalam media tempatan? Apa pun, LGBT ini dari sudut Islam adalah merupakan satu jenayah moral yang berat. Terima kasih.
Terima kasih dengan soalan tambahan sebentar tadi. Di dalam sesebuah filem itu, kita tidak menolak ada watak yang selaku mak nyah, contoh. Akan tetapi, dalam filem yang kita tayangkan itu kadang-kadang kita selitkan pengajaran terhadap watak yang itu. Oleh sebab itu, ada kadang-kadang filem yang kita benarkan disebabkan oleh sebab jalan cerita itu di penghujung ia ada pengajaran hasil daripada watak yang dimainkan oleh seseorang pelakon, itu satu. Kedua, di sudut iklan pula, kita tapis. Kementerian Dalam Negeri tapis iklan dan ada garis panduan yang kita tetapkan di peringkat kementerian. Ini juga di antara perkara yang kita pandang serius. Walau bagaimanapun, kalau mengikut apa yang saya dapat daripada maklumat yang diberikan kepada saya, dari segi akhlak dan moral itu, moralnya pula- ia terletak di bawah- bukan bawah kementerian kita. Kita hanya pantau dari segi kalau ia mempromosikan budaya. Akan tetapi, kalau dari segi karakter dia, ia terletak di bawah bidang kementerian yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya memahami iltizam yang hendak dibuat oleh kementerian untuk mengawal program-program ataupun promosi tentang budaya songsang LGBT ini. Namun, apa yang jelas bukan sahaja itu yang mendorong kepada perilaku ataupun sifat seseorang pelakon atau pun pembawa watak itu. Namun, apa yang jelas adalah peranan kementerian itu untuk memastikan bahawa perkara ini tidak langsung dikira sebagai acara mutlak kepada penyiaran. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah langkah kerajaan untuk memastikan budaya songsang seperti LGBT ini dipandang serius? Dalam masa yang sama, gengsterisme juga diambil perhatian berat untuk memastikan budaya ini tidak termasuk dalam kumpulan anak-anak muda untuk diikuti. Di samping itu menggantikan program itu dengan kebaikan, keluarga harmoni, keagamaan dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Beri pandangan, bukan soalan ya [Ketawa] Pandangan diterima dengan baik. Jawapan padat dan ringkas.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab sudah [Ketawa] Kita memandang serius. Sebagaimana yang kita sebut, kita ambil maklum dengan cadangan tersebut. Akan tetapi Kementerian Dalam Negeri khususnya Lembaga Penapisan Filem, kita cukup strict dari segi penayangan filem ini. Oleh sebab itu, contohnya sebagai mana yang saya sebut bila mana sesuatu filem itu kita luluskan, ada unsur-unsur pengajaran yang menyebabkan kita memberikan kebenaran. Contohlah gengsterisme. Kita tahu gengsterisme merupakan satu isu yang cukup serius khususnya di negara kita. Jadi, kadang-kadang penayangan filem ini ada diselitkan isu-isu tentang apa peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat yang ada di luar sana untuk membantu pihak berkuasa khususnya PDRM dalam mengekang ataupun mengawal kegiatan-kegiatan gengsterisme yang ada di dalam negara kita.
Demikian juga berkenaan dengan tadi, isu LGBT ini. Kita minta agar khususnya Jabatan Agama Islam untuk mengeluarkan satu fatwa yang mana terletak di bawah kementerian mereka untuk memberikan garis panduan khusus tentang perkara ini. Kita di peringkat kementerian sebagai kementerian, pelaksana kepada apa juga undang-undang yang digubal di dalam negara kita. Kita akan ikut kepada apa sahaja undang-undang yang diluluskan itu. Terima kasih.
7. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Industri Utama menyatakan, tindakan-tindakan yang telah dan sedang diambil untuk mempertingkatkan harga minyak kelapa sawit dan menggalakkan industri-industri bahan-bahan sampingan daripada buah dan pokok kelapa sawit.
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia baharu. Hina besi kerana karat; Hina manusia tidak berbudi; Soalan Beruas soalan yang padat Dengarkan jawapan daripada kami. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa proaktif dalam usaha untuk mempertingkatkan harga minyak kelapa sawit serta daya saing industri sawit melalui inisiatif- inisiatif seperti Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia yang akan dijadikan wajib ataupun mandatori menjelang pada 1 Januari 2020. Langkah ini diambil bagi meluaskan akses pasaran minyak sawit tempatan ke peringkat antarabangsa dan ia dijangka akan memberikan kesan secara langsung ke atas peningkatan harga. Melalui MSPO, produktiviti pengusaha sawit dapat ditingkatkan melalui amalan pertanian yang baik dan juga mampan. Kerajaan sedang berusaha agar pensijilan MSPO ini mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui rundingan dan kerjasama bersama Badan Pensijilan Antarabangsa. Selain itu, kerajaan turut berusaha meningkatkan permintaan khususnya di pasaran-pasaran baharu dengan mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi memberikan nilai tambah kepada produk-produk hiliran sawit. Kerajaan akan meningkatkan penggunaan domestik produk sawit melalui pelaksanaan program biodiesel daripada B7 kepada B10 pada tahun hadapan. Selain membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit, langkah ini juga dapat menyumbang kepada pengurangan stok minyak sawit dan seterusnya memberikan impak yang positif kepada harga. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan penanaman semula pokok sawit yang tidak lagi produktif ketika harga komoditi berada pada paras yang rendah bagi mengurangkan stok minyak sawit dan seterusnya menstabilkan harga di pasaran. Tuan Yang di-Pertua, bagi menggalakkan industri bahan-bahan sampingan daripada buah dan pokok kelapa sawit terus diguna pakai dalam industri, kerajaan telah mengenal pasti akan potensi yang boleh dihasilkan daripada bahan-bahan tersebut melalui inisiatif tambah nilai dalam industri makanan, bukan makanan dan makanan ternakan seperti berikut. Yang pertama industri bahan sampingan sawit, biojisim sawit. Kerajaan melalui MPOB sedang membangunkan dan mengkomersialkan produk-produk bio-komposit seperti papan lapis, palm wood, papan gentian serta papan serpai- particle board yang diperbuat daripada batang kelapa sawit. Di samping itu, MPOB juga turut membangunkan bahan kimia hijau- green chemical, seperti selulosa bagi aplikasi di dalam produk-produk industri dan makanan. Kedua, ialah industri makanan ternakan. Kerajaan melalui MPOB juga sedang menjalankan projek penyelidikan dedak isirung sawit, lemak sawit, buah tandan kosong dan pelepah sawit dalam formulasi untuk makanan haiwan ternakan seperti ayam pedaging, ikan talapia, kambing dan lembu pedaging serta lembu tenusu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, berapakah syarikat yang sedang membuat pengeluaran gentian ataupun fibre daripada empty fruit brunch ataupun daripada baki buah sawit? Adakah syarikat sudah mula mengeluarkan gula daripada empty fruit brunch ini? Sudah adakah produk- produk hiliran atau downstream yang dikeluarkan daripada batang pokok dan juga daun pokok kelapa sawit?
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Beruas, seperti mana yang telah disebutkan dalam jawapan saya tadi ialah, tentang batang pokok itu, kita sudah mengkomersialkan bahan-bahan seperti yang saya sebutkan tadi, papan lapis, particle board dan sebagainya yang diperbuat daripada batang kelapa sawit. Ini tentunya kita akan pasarkan lagi dengan lebih meluas kerana ia satu perkara yang baik. Ini kerana dahulu kita ada pokok kayu getah, sekarang kita ada pokok kelapa sawit atau batang kelapa sawit. Tentang pengeluaran gentian daripada empty fruit brunch, maaf Yang Berhormat Beruas, saya tidak ada detil di sini, saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat Beruas khususnya berkaitan dengan syarikat empty fruit brunch. Perkara ini tidak ada di dalam jawapan saya pada ketika ini. In syaa Allah, kita akan kemukakan secara bertulis. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Kubang Kerian...
Tadi tentang gula daripada empty fruit brunch, adakah syarikat yang membuat pengeluaran?
Ya, saya fikir nanti saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Beruas ya. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, soal bagaimana untuk meningkatkan harga sawit kita dan galakan industri. Isu yang ada depan kita juga ialah isu yang melibatkan kos harga sawit yang merosot dan masalah buah yang semakin merosot. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pihak kerajaan ada membuat satu kajian berhubung dengan aktiviti yang dikatakan punca kekurangan hasil sawit ini ialah aktiviti ternakan burung walet yang telah pun menyebabkan berlakunya pengurangan? Ini kerana, burung ini yang memakan kumbang-kumbang yang menjadi punca kepada pendebungaan sawit. Di antara punca berlakunya kekurangan sawit di negara kita sekarang kerana banyak sangat ternakan burung walet yang menyebabkan industri ini merosot hasilnya. Saya ingin bertanya, apakah kajian ada dibuat oleh pihak kementerian berhubung dengan soal itu? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian di atas pandangan ataupun soalan Yang Berhormat Kubang Kerian. Tentang sama ada hasil sawit ini berkurangan, saya ingin mengatakan dalam Dewan ini bahawa, kalau mengikut data yang kita ada, untuk Malaysia sahaja kita mengeluarkan RM19 juta tan untuk satu tahun. Setakat ini, di pihak kementerian, kita belum lagi mendapatkan maklumat secara lengkap dan terperinci. Apakah burung walet ini boleh menyebabkan hasil sawit itu berkurangan. Saya fikir perkara ini baharu buat saya, dan in syaa Allah saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian sekiranya ada maklumat yang terkini berkaitan dengan apa yang disebutkan ini. Terima kasih.
8. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pendidikan menyatakan: (a) berapakah statistik Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang masih belum mendapat panggilan temu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP); dan (b) apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan isu Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang tidak dipanggil temu duga sejak enam tahun lalu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Tuan Yang di-Pertua, penempatan graduan pendidikan termasuklah Graduan Pendidikan Awal Kanak-kanak di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berasaskan kepada kekosongan jawatan mengikut opsyen pengajaran dan graduan yang lulus temu duga pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Berdasarkan rekod pada 1 Oktober 2018, terdapat 71 orang graduan lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak yang telah graduated pada Jun 2018. Urusan temu duga telah dilaksanakan oleh SPP pada Oktober 2018, bagi penempatan pada awal sesi persekolahan tahun 2019. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan perguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi mengisi keperluan perjawatan dan bekalan guru pra sekolah di sekolah-sekolah rendah kendalian KPM. Justeru itu, KPM memberikan keutamaan untuk menempatkan graduan Institut Pendidikan Guru dan graduan tajaan KPM kerana latihan mereka telah diunjurkan lebih awal oleh KPM. Walau bagaimanapun, bagi Graduan Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada institusi-institusi lain termasuk universiti awam masih diperlukan oleh tadika dan taska dari agensi di luar KPM mahupun swasta. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, adakah terdapat sebarang kuota yang telah ditetapkan oleh kementerian di setiap sekolah bagi menerima graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak? Adakah kementerian bersedia mengkaji semula silibus Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak supaya ia setara dengan keperluan pengusaha sektor Pendidikan Awal Kanak-kanak?
Adakah kementerian bersedia untuk menyediakan geran ataupun dana khas kepada graduan untuk membuka pusat jagaan kanak-kanak? Ia sebagai salah satu daripada langkah untuk mengurangkan kadar pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tak ada satu kuota untuk guru-guru pendidikan awal. Untuk kelas- kelas pendidikan awal, kita wujudkan jawatan ikut kelas bilik darjah yang sedia ada supaya kita boleh membuka semakin banyak kelas pendidikan awal di sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Kedua, tentang isu bagaimana dengan silibus tersebut. Guru-guru yang dilatih di IPGM, mereka memang dilatih mengikut kurikulum yang telah disediakan oleh KPM. Oleh sebab itu, kita memberi prioriti, keutamaan kepada graduan-graduan kita daripada IPGM kerana memang mereka telah dilatih untuk mengajar mengikut kurikulum yang telah disediakan oleh KPM. Setakat ini, KPM tidak berhasrat untuk menyediakan geran untuk graduan-graduan ataupun mereka pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak kerana saya rasa untuk KPM, kita akan wujudkan kelas pendidikan awal di sekolah-sekolah kita. Untuk mereka yang ingin buka kelas ataupun taska, tadika swasta, saya rasa setakat ini KPM tidak sediakan geran. Mungkin kita boleh bincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada geran boleh disediakan. Akan tetapi setakat ini, keutamaan kita adalah untuk menyediakan pendidikan awal untuk anak-anak kita di sekolah kita. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting kerana ia akan menentukan sikap dan juga behaviour, dengan izin, supaya mereka menjadi manusia yang baik. Terlalu sibuk dengan content, silibus, kita akan menyebabkan kehilangan generasi baharu kita yang benar-benar disediakan, dibentuk dan diolah supaya mereka boleh manfaatkan sebarang ilmu yang ada di luar sana nanti. Kalau saya ibaratkan, anak-anak kita bagaikan bekas di jana ataupun tray. Kalau kita ada air yang bersih kita masukkan dalam bekas itu, bekas itu bocor, air itu akan hilang. Ataupun air yang bersih itu dimasukkan dalam bekas yang kotor, akhirnya air itu akan kotor. Begitulah perumpamaan kita kepada anak-anak kita. Saya berasa gembira apabila universiti-universiti tempatan dan swasta memperkenalkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak ini. Akan tetapi, saya bimbang, di peringkat swasta- seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita hanya fokus kepada sekolah-sekolah yang di bawah kawalan kita tetapi di peringkat swasta, mereka membentuk dan menubuhkan tadika begitu banyak bagaikan cendawan dan guru-guru yang mengajar di situ tidak ada kelulusan yang standard yang sepatutnya boleh membentuk sikap anak-anak kita itu. Soalan saya, adakah Kementerian Pendidikan dan kementerian-kementerian yang berkaitan akan memainkan peranan untuk memastikan guru-guru yang kalau kita katakan ada lambakan di luar sana, guru-guru yang mempunyai Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak ini ditempatkan di peringkat swasta? Dengan kita meletakkan syarat kepada pihak swasta untuk melantik guru-guru mengajar anak kita di peringkat awal kanak-kanak itu mestilah mempunyai kelulusan standard yang seumpama itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat Hulu Langat atas soalan tambahan tersebut. Tadika di Malaysia ini ada beberapa jenis. Ada yang berdaftar bersama dengan KPM, ada taska yang berdaftar dengan JKM. Kita juga ada tabika ataupun KEMAS yang di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi untuk tadika-tadika yang memang berdaftar dengan kita, mereka memang semua guna kurikulum yang disediakan oleh KPM. Untuk pihak swasta, memang kita ada satu sasaran bahawa kita harap untuk mewajibkan bahawa semua guru tadika di pihak swasta merupakan pemegang sarjana muda dalam pendidikan awal. Ini memang merupakan salah satu sasaran untuk memastikan bahawa kualiti pendidikan di swasta ataupun di tadika swasta juga adalah bermutu tinggi. Jadi di sini saya hendak maklumkan bahawa bagi tahun 2019, terdapat sejumlah 112 cadangan kelas prasekolah baharu untuk beroperasi di sekolah kita di seluruh Malaysia dengan 70 buah kelas adalah perluasan tanpa kos fizikal dan 37 kelas merupakan perluasan dengan kos fizikal. Kita harap bahawa 71 orang yang baru lulus temu duga pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan oleh SPP ini akan semak senarai tersebut di laman web SPP dan kita jangka bahawa kita akan memberi mereka satu minggu untuk buat kemas kini di e- graduan tentang data peribadi mereka dan kita harap bahawa pada minggu kedua Januari tahun depan, guru-guru ini semua boleh dihantar ke sekolah supaya kelas pendidikan awal ini boleh mula beroperasi. Sekian jawapan saya, terima kasih.
9. Tuan P. Prabakaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, atas dasar apakah kementerian menetapkan harga bagi setiap caj perkhidmatan pesuruhjaya sumpah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kuasa pelantikan seseorang pesuruhjaya sumpah merupakan kuasa mutlak Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara di bawah subseksyen 11(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. Di bawah subseksyen 11(1) Akta 91, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara boleh membuat kaedah- kaedah bagi pelantikan, kelakuan dan fi yang hendak dikenakan oleh dan bagi semua perkara yang bersangkutan dengan pesuruhjaya sumpah dan orang yang dilantik olehnya di bawah subseksyen 11(1) Akta 91. Tuan Yang di-Pertua, sebelum 1 Mac 2018, undang-undang yang mengawal selia pesuruhjaya sumpah di Malaysia ialah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993. Walau bagaimanapun, selaras dengan keperluan undang-undang semasa untuk mengawal selia pesuruhjaya sumpah dan perkara yang bersangkutan dengannya, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mendapatkan pandangan dan juga maklum balas daripada wakil-wakil pesuruhjaya sumpah dari seluruh negara, wakil-wakil dari pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan juga Pertubuhan Undang-undang Sabah berhubung dengan apa-apa cadangan penambahbaikan baginya. Hasil daripada maklum balas yang diterima dan selaras dengan kuasa di bawah subseksyen 11(1) Akta 91, Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara telah bersetuju untuk menggantikan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dengan menggubal Kaedah- kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 yang telah kemudiannya diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Mac 2018. Melalui Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018, peruntukan undang-undang mengenai pesuruhjaya sumpah telah dikemas kini dan diperkasakan. Antara lainnya, fi yang boleh dikenakan oleh seseorang pesuruhjaya sumpah telah dinaikkan seperti berikut: (i) daripada RM4 kepada RM10 bagi afidavit asal dan juga dokumen ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau surat cara lain; (ii) daripada RM2 kepada RM5 bagi ekshibit yang disebut di dalam afidavit asal, pendua atau salinan afidavit dan juga pendua atau salinan dokumen termasuk ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau surat cara lain; dan (iii) RM1 kepada RM2 bagi pendua atau salinan ekshibit.
(i) fi yang dikenakan di bawah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 tidak pernah dikaji atau dinaikkan selama 25 tahun; (ii) fi di bawah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 adalah terlampau rendah. Sebagai perbandingan, suatu fi yang dicaj perkhidmatan bagi mengaku saksi satu afidavit di Singapura adalah SGD25 jika dibandingkan dengan RM4 di Malaysia sahaja. Bagi meningkatkan nilai fungsi seseorang pesuruhjaya sumpah iaitu setiap perkhidmatan yang diberikan meliputi penerangan berkenaan dokumen dan juga akuan sumpah kepada setiap deponent; dan (iii) mencatat butir-butir perkhidmatan ke dalam buku daftar dan juga menyelenggarakan dan menyimpan buku daftar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan kedua, di dalam Warta Kerajaan Persekutuan (Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018) seperti yang tercatat di dalam halaman Jadual Kedua iaitu fi yang dikenakan tiada langsung tertera bagi perkhidmatan akuan berkanun. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan pihak pesuruhjaya sumpah adalah bagi perkhidmatan akuan berkanun, malangnya perkhidmatan dan fi tersebut tidak terdapat di dalam jadual kedua fi yang dilevikan. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu atas soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Batu, akuan berkanun ini di-governed ataupun ditadbir di bawah Akta Akuan Berkanun 1960. Itu bukan sahaja pesuruhjaya sumpah yang boleh menjadi saksi tandatangan deponent tetapi dia juga termasuk kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret ataupun dikenali sebagai Jaksa Pendamai ataupun Justice Of The Peace dan juga termasuk kepada Notari Awam ataupun Notary Public di bawah Akta Notari Awam. Jadi, akuan berkanun ini berbeza daripada dokumen-dokumen yang boleh disahkan oleh pesuruhjaya sumpah di bawah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah. Mengikut Akta Akuan Berkanun ini, fi-fi yang telah pun diperuntukkan di bawah pindaan PU Akta 78 iaitu Akta Surat Akuan 1960 telah pun memindahkan bahawa bayaran yang perlu dibayar ialah RM4 kepada dokumen-dokumen yang disahkan oleh pihak Pesuruhjaya Sumpah, Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret ataupun Notary Public. Jadi, adalah perbezaan di antara akta tersebut dengan juga Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Kita semua tahu bahawa entiti Pesuruhjaya Sumpah ataupun Commissioner for Oath ini adalah satu lantikan yang cukup penting terutamanya di dalam proses perundangan termasuk di mahkamah dan antara lain, mereka menjadi saksi atau menyaksikan kesahihan sesuatu dokumen mahupun surat akuan atau statutory declaration. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan, apabila kita sering kali mendengar ada pesuruhjaya sumpah ini yang menyaksikan dokumen palsu malahan dokumen-dokumen ini boleh dikesan apabila dibawa ke mahkamah. Jadi apakah instrumen ataupun mekanisme yang ada kepada pihak kementerian yang melantik pesuruhjaya sumpah ini untuk mengawal perkara ini agar tidak berlaku dalam amalan pesuruhjaya sumpah. Berapakah kalau ada pesuruhjaya sumpah yang dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar tatacara kerja mereka dan dianggap satu kes jenayah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu atas soalan tambahan ini. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Bharu bahawa kelayakan seseorang itu dijadikan sebagai pesuruhjaya sumpah tertakluk kepada kaedah-kaedah yang telah pun dikenali di bawah Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Ini adalah yang penting bahawa mereka adalah seorang warganegara Malaysia dan juga mempunyai kelayakan minimum SPM atau yang setaraf dengannya. Selain daripada itu, telah pun mencapai umur 21 tahun tetapi belum mencapai umur 60 tahun. Seorang yang berkelakuan baik dan juga fasih dalam bahasa kebangsaan, sihat daripada segi fizikal dan mental dan tidak pernah disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak dan tidak pernah ditahan di bawah mana-mana undang-undang pencegahan dan juga tidak pernah diisytiharkan bankrap. Ini adalah kelayakan yang perlu didapati sebelum mereka dilayakkan menjadi pesuruhjaya sumpah. Sememangnya mereka telah pun diberikan kuasa untuk menyaksikan tandatangan daripada pihak-pihak deponent dan mereka kenalah pastikan bahawa tidak memberikan perkhidmatan apabila mempunyai sebab yang boleh dipercayai untuk mengesyaki bahawa mana-mana orang di hadapannya adalah terlibat dalam perdayaan, fraud, duress ataupun apa-apa kelakuan yang menyalahi undang-undang. Saya setuju dengan Yang Berhormat Kota Bharu bahawa memang terdapat ramai juga pesuruhjaya sumpah yang telah pun menyerahkan kuasa mereka. Ini terdapat dalam kes-kes tertentu di mana kita dapat lihat terutamanya dalam pemindahan milik tanah, di mana beberapa pemilik kononnya tandatangannya telah pun disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah. Kadangkala kita dapat lihat dalam surat akuan tersebut ataupun dokumen tersebut beratus nama-nama pemilik kononnya telah pun disaksikan oleh seorang pesuruhjaya sumpah sahaja dan dokumen itu telah pun mengikut undang-undang boleh diterima masuk oleh pihak Jabatan Tanah untuk memproses pemindahan milik. Kita dapat lihat Tuan Yang di-Pertua, banyak kes ini adalah kes fraud dan mereka telah pun dihadapkan ke mahkamah. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya juga menyeru kepada pihak Yang Berhormat, sekiranya terdapat kes-kes yang sedemikian, laporkanlah pihak itu kepada pihak berkuasa. Saya juga dalam proses untuk mengenal pasti loopholes yang boleh disalah pakai oleh pihak-pihak tertentu untuk fraud kan orang-orang kampung kita terutamanya kerana kadangkala kita dapat bukan sahaja tandatangan tetapi dengan cap jari sahaja dan mereka tidak ada datang ke hadapan pesuruhjaya sumpah untuk menandatangani ataupun cap jari. Apabila kita buat siasatan terutamanya kepada buku daftar- that is very important untuk pihak pesuruhjaya sumpah untuk merekodkan tandatangan mereka di buku daftar kerana buku daftar itu akan disiasat ataupun diperiksa oleh pihak mahkamah pada tiap-tiap masa untuk mengenal pasti bahawa dokumen-dokumen itu telah pun ditandatangan oleh mereka. This is one of the ways tetapi ada yang mereka ini menyalahgunakan kuasa kerana kadang-kadang atas pembayaran tertentu, mereka tandatangan sahaja. Jadi, ada juga pesuruhjaya sumpah yang telah pun dibatalkan perkhidmatannya tetapi mereka masih lagi menjalankan perkhidmatan secara tidak sah dan ini adalah menyalahgunakan kuasa dan boleh disabit salah dalam undang-undang. Bagi statistik yang diminta oleh pihak Yang Berhormat, sama ada mereka yang telah pun dituduh di mahkamah. Buat setakat ini, belum ada lagi statistik dan saya akan memaklumkan kepada Yang Berhormat sekiranya saya mendapat statistik tersebut. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
11. Puan Hajah Natrah Ismail [Sekijang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, sama ada pihak kementerian berhasrat untuk memberikan kuasa autonomi kepada kesemua IPTA di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sekijang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari sudut perundangan, semua universiti awam (UA) merupakan Badan Berkanun Persekutuan yang mempunyai kuasa autonominya sendiri. Dalam konteks Kementerian Pendidikan Malaysia, autonomi merupakan salah satu agenda penting yang bertujuan untuk memperkasakan UA menjadi setaraf dengan universiti bertaraf dunia. Pemberian status autonomi kepada UA adalah dengan penurunan kuasa daripada kerajaan kepada Lembaga Pengarah UA. Pada 4 Oktober 2018, kesemua 20 UA telah diberikan pengiktirafan berstatus autonomi. Ini adalah bagi memberi peluang kepada UA menentukan hala tuju masing-masing dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan ia tercapai dengan cepat. Walaupun kuasa autonomi diberikan kepada UA bagi memastikan ia akan dilaksanakan dengan accountability dan mempunyai check and balance, dengan izin, UA perlu mematuhi prosedur, tatacara dan pekeliling kerajaan bagi memastikan tadbir urus dilaksanakan dengan terus cekap, efisien dan value for money, dengan izin. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Dalam usaha untuk memberikan kuasa autonomi atau kebebasan sepenuhnya kepada universiti awam dalam mentadbir urus, menguruskan kewangan, kebebasan bersuara dan kebebasan berakademik dengan sendirinya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) harus digubal ataupun dihapuskan. Soalan saya, adakah pihak kementerian beranggapan bahawa dengan adanya AUKU ini memberi kesan langsung kepada kerencatan kualiti pendidikan tinggi negara? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sekijang atas soalan tambahan tersebut. Saya rasa seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum bahawa satu rang undang-undang untuk meminda AUKU telah dibentangkan dan ia terletak dalam agenda kelapan dalam peraturan mesyuarat hari ini. Jadi saya percaya rang undang-undang pindaan kepada AUKU akan dibahaskan pada hari ini ataupun esok. Saya harap bahawa rang undang-undang pindaan ini akan mendapat sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat. KPM memang berhasrat untuk mengubah satu rang undang-undang baharu mengenai AUKU untuk menggantikan AUKU dan juga menggantikan Akta Institusi Pengajian Tinggi, tetapi itu adalah rancangan yang saya rasa akan mengambil masa. Hasrat kita adalah kita akan bentangkan satu rang undang-undang baharu pada tahun 2020 sekiranya konsultasi dengan pemegang taruh, stakeholders itu semua jalan secara lancar. Jadi kita percaya bahawa dengan pindaan kepada AUKU dan juga dengan satu akta baharu yang bakal dibentangkan pada masa yang akan datang ini, kita boleh lagi memartabatkan universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya memahami. Saya ucap terima kasih, sekarang ini dalam perancangan memberi autonomi kepada IPTA. Sekarang ini dalam perancangan, sebelum diberi autonomi sekarang ini, saya hendak dapat penjelasan, benar atau tidak universiti awam seperti USIM daripada Fakulti Undang-undang belum lagi diiktiraf oleh Bar Council? Kalau tidak diiktiraf, apa masalahnya? Bila diberi autonomi, Senat akan bersidang, kerajaan pun tidak dihormati sekarang ini sebab USIM di bawah IPTA, masih lagi di bawah kawalan kerajaan pun tidak dihormati, apakah nanti bila diberi autonomi dan dia ada Jawatankuasa Senat yang memutuskan, saya rasa masih tidak lagi dihormati. Jadi saya hendak minta betul atau tidak Fakulti Undang-undang yang ada di USIM ini tidak diiktiraf dan kenapa? Apakah halangan yang menyebabkan fakulti ini tidak diiktiraf oleh Bar Council? Sekian, jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Pendang. Saya hendak membetulkan sedikit, bukan nyatakan bahawa UA kita belum diberi autonomi. Sebenarnya memang sudah diberi, mereka sudah diberi autonomi dari empat segi iaitu, dengan izin, finance, institutional governance, human resources dan juga students enrolment. Jadi, memang autonomi telah diberikan. Untuk sesebuah universiti terutamanya UA kalau mereka hendak wujud ataupun hendak tawar satu kursus ataupun satu sarjana muda yang baharu, mereka perlu dapat kelulusan daripada MQA untuk memastikan bahawa apa-apa program yang ditawarkan oleh UA kita boleh mendapat akreditasi penuh daripada MQA. Tentang isu yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat Pendang tentang bahawa the Law Degree yang ditawarkan oleh universiti tersebut belum diiktiraf oleh Bar Council, saya pohon maaf kerana saya tidak ada maklumat terperinci tentang peristiwa itu. Akan tetapi saya akan mengambil perkara ini dan saya akan buat siasatan dan maklum balik kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Ahli Yang Berhormat atas makluman tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang baik.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan itu, selesailah sudah sesi pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2018. Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993; dibawa ke dalam Mesyuarat
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat yang akan datang.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua dan ketiga pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 11 Disember 2018”.
Sepanggar menyokong Tuan Yang di-Pertua.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Petua Tuan Yang Di-Pertua — Keberadaan Yang Berhormat Cameron Highlands Di Dalam Dewan
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari Rabu, 5 Disember 2018 semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di peringkat Jawatankuasa, Yang Berhormat Jelutong telah bangun mencelah ketika Menteri Sumber Manusia menjawab pertanyaan oleh Ahli Dewan Rakyat dan mempersoalkan keberadaan Yang Berhormat Cameron Highlands dalam Dewan walaupun telah ada keputusan daripada Hakim Mahkamah Pilihan Raya. Yang Berhormat Cameron Highlands kemudiannya telah bangun dan menyatakan bahawa kes beliau masih dalam tempoh rayuan dan beliau mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian. Saya telah bertanya kepada Yang Berhormat Cameron Highlands sama ada beliau telah memfailkan Stay Order atau tidak dan beliau memaklumkan bahawa Stay Order adalah secara automatik apabila beliau memfailkan rayuan.
Saya kemudiannya telah meminta Yang Berhormat Cameron Highlands untuk berjumpa dengan seorang peguam pakar untuk memutuskan sama ada rayuan yang difailkan secara automatik, mengakibatkan suatu pergantungan keputusan mahkamah. Saya telah meminta Yang Berhormat Cameron Highlands untuk meninggalkan Majlis buat sementara waktu untuk mendapatkan pendapat peguam dan diberikan kepada pejabat Speaker. Perkara itu penting kerana saya tidak mahu ia menjadi duluan atau precedent untuk masa yang akan datang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 99 memberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk mengeluarkan petua-petua dari satu masa ke satu masa. Dalam menimbangkan perkara ini, saya telah mengambil kira dan meneliti: (i) surat Yang Berhormat Cameron Highlands bertarikh 5 Disember 2018 yang mengandungi pandangan undang-undang peguam Yang Berhormat Cameron Highlands; (ii) nota prosiding mahkamah pilihan raya bertarikh 30 November 2018 bagi kes petisyen Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands nombor WA-26PP-1-06/2018 yang memaklumkan keputusan Yang Arif Hakim Pilihan Raya telah diterima pada 5 Disember 2018 iaitu saya bacakan keputusan. “Court, therefore, I find that the corrupt practice was committed in connection with election with the knowledge of the respondent under section 32C of Act 5, consequently pursuant to section 36 subsection (1) of Act 5. I declare that the election for the Parliamentary Constituency of Cameron Highlands P.078 held on 9/5/2018 was void; (iii) alasan penghakiman dalam Mahkamah Pilihan Raya bertarikh 30 November 2018 bagi petisyen pilihan raya Parlimen Cameron Highlands nombor WA-26PP-1-06/2018 yang diterima pada 6 Disember 2018; dan (iv) saya merujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]. Dalam hal ini, saya telah meneliti dan mendapati isu utama yang berbangkit susulan daripada pemutusan iaitu determination yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Pilihan Raya tersebut adalah sama ada pemakluman pemutusan iaitu pronouncement of determination di bawah seksyen 36 subseksyen (1)(b) Akta 5 yang dibuat oleh Yang Arif Hakim Pilihan Raya dalam mahkamah terbuka pada 30 November 2018 adalah mencukupi untuk memutuskan bahawa Yang Berhormat Cameron Highlands tidak lagi menjadi seorang Ahli Parlimen dan tidak boleh mengikuti persidangan di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen sebelum pengesahan pemutusan iaitu certification of determination di bawah seksyen 36 subseksyen (2) Akta 5 dibuat oleh Yang Arif Hakim kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas keputusan dibuat oleh Hakim Pilihan Raya di bawah seksyen 36 subseksyen (1) Akta 5, Mahkamah Pilihan Raya mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat perakuan menurut seksyen 36 subseksyen (2) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Sekiranya Yang Berhormat Cameron Highlands menggunakan haknya untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 36A, Akta 5, pengeluaran perakuan tersebut akan ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai. Di bawah seksyen 36B, Mahkamah Persekutuan hendaklah mendengar dan membuat keputusan dalam masa enam bulan. Apabila proses rayuan selesai, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan perakuan sama ada mengesahkan atau mengubah keputusan Mahkamah Pilihan Raya. Hanya setelah menerima perakuan daripada mahkamah, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis untuk pilihan raya kecil dalam tempoh 30 hari dari penerimaan tersebut. Selagi tidak menerima perakuan, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan mengisytiharkan kekosongan kerusi. Yang Berhormat Cameron Highlands layak untuk menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana perkara ini bukan merupakan kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya tetapi adalah kekosongan yang disebabkan oleh perintah Mahkamah Pilihan Raya. Oleh demikian, kuasa adalah pada mahkamah untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kesimpulannya, keperluan untuk Hakim Mahkamah Pilihan Raya memperakukan keputusan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam masa 14 hari adalah suatu kehendak mandatori sebelum keputusan tersebut dianggap sebagai muktamad. Mahkamah Pilihan Raya tidak akan mengeluarkan perakuan sekiranya rayuan difailkan dalam tempoh 14 hari. Dalam hal ini, memandangkan Yang Berhormat Cameron Highlands telah menyatakan hasratnya untuk mengemukakan rayuan, perakuan tidak akan dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya dan akan dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan selepas proses rayuan selesai. Oleh kerana Suruhanjaya Pilihan Raya hanya akan mengisytiharkan sesuatu kerusi sebagai kosong selepas menerima perakuan daripada mahkamah, maka sehingga proses rayuan selesai, Yang Berhormat Cameron Highlands masih dianggap sebagai seorang Ahli Parlimen... [Tepuk] Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana inilah langkah profesional yang dilakukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Ini satu keadilan, di mana Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menyatakan di bawah Perkara 36(1)(2) dan 36B sekarang ini memperlihatkan bahawa tempoh 14 hari adalah tempoh yang kami tekankan kerana rayuan belum dilakukan. Dalam perkara ini, mengakulah pihak di sana bahawa kemenangan adalah kemenangan rakyat keseluruhannya... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua.
Saya telah keluarkan petua. Habis cerita di sini ya. Kemenangan adalah kemenangan undang-undang. Terima kasih.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya cuma nak rekodkan bahawa Yang Berhormat Cameron Highlands telah dinafikan hak beliau selama dua hari.
Tuan Yang di-Pertua.
Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua tidak mengusir keluar Yang Berhormat Cameron Highlands sehingga perkara ini diselesaikan dan sehingga....
Petua telah saya keluarkan dan itu adalah muktamad. Just read the Hansard. Kita teruskan dengan urusan Mesyuarat hari ini. Banyak lagi perkara yang hendak diuruskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan suatu Akta yang bernama Rang Undang-undang Kewangan 2018 untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali kedua sekarang.
Ya, silakan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan 2018 yang dicadangkan adalah bagi membolehkan pelaksanaan langkah percukaian yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Semasa pembentangan tersebut, saya telah menekankan beberapa aspek untuk memperkukuhkan keberkesanan pengurusan fiskal, meningkatkan hasil kerajaan, menyemak semula sistem percukaian, meningkatkan pendapatan boleh guna dan meningkatkan pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Bagi mencapai hasrat ini, langkah-langkah percukaian yang lebih mesra perniagaan telah diumumkan dan kerajaan juga telah memperhalusi langkah-langkah tersebut bagi menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan kekal menarik sebagai destinasi pelaburan. Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan peningkatan mendadak eksport bagi bulan Oktober 2018. Sebanyak 7.7 peratus berbanding Oktober 2017, kepada paras bulanan tertinggi dalam sejarah Malaysia sebanyak RM96.4 bilion dan juga pencatatan rekod lebihan dagangan bulanan sebanyak RM16.3 bilion. Peningkatan ini membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan tepat dalam menjalankan Pelan Konsolidasi Tiga Tahun Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Malaysia dengan menjadikannya lebih dinamik. Berdasarkan penunjuk utama daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, berasaskan tahun ke tahun, pertumbuhan eksport disumbangkan oleh perkembangan eksport ke negara China sebanyak tambahan RM3.7 bilion, Hong Kong tambahan RM2.2 bilion, Singapura tambahan RM2.1 bilion, Taiwan tambahan RM1.4 bilion dan Australia tambahan RM1.3 bilion. Jumlah dagangan yang bernilai RM176.4 bilion meningkat RM22.7 bilion atau 14.8 peratus daripada Oktober 2017. Ia juga naik RM25.8 bilion atau 17 peratus, berbanding dengan bulan September 2018. Lebihan dagangan adalah sebanyak RM16.3 bilion meningkat RM6.3 bilion berbanding tahun lalu. Ia juga naik RM1.1 bilion berbanding bulan sebelumnya. Berasaskan bulan ke bulan, eksport naik sebanyak RM13.4 bilion daripada RM83 bilion, di mana semua produk utama merekodkan peningkatan terutama sekali juga beberapa komoditi seperti minyak kelapa sawit dan juga getah juga mencatatkan peningkatan bulan ke bulan. Tuan Yang di-Pertua, di sini bukan sahaja dari segi eksport mencatatkan volum yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia tetapi ia juga boleh dicerminkan dengan peningkatan pelaburan luar negeri atau FDI, dengan izin, untuk sembilan bulan yang pertama. FDI yang masuk ke negara Malaysia telah meningkat sebanyak 250 peratus, daripada RM14 bilion kepada RM49 bilion dan yang lebih menyerlah lagi ialah untuk bulan Mei hingga September iaitu selepas kerajaan baru mengambil tampuk pemerintahan negara, FDI telah naik sebanyak 379 peratus iaitu daripada RM7.3 bilion pada tahun lepas, bulan Mei ke September, ke RM35 bilion untuk bulan Mei ke September 2018. Ini mencerminkan dan menunjukkan keyakinan pelabur asing ke atas kerajaan baru di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Langkawi. Dengan peningkatan FDI yang begitu menyerlah, tentu kesannya akan dirasai selepas satu tahun atau dua tahun apabila pelaburan luar negeri ini dilaksanakan sepenuhnya. Untuk memastikan bahawa Malaysia terus menjadi sebuah negara yang mesra perdagangan dan mesra perniagaan, khususnya menarik pelaburan dalam dan luar negeri, adalah perlu bahawa kita terus mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan menyesuaikan perundangan percukaian domestik berdasarkan amalan terbaik mengikut piawaian antarabangsa. Ini termasuklah memastikan rejim percukaian kita tidak dianggap sebagai rejim yang memudaratkan atau, dengan izin, harmful tax regime. Pindaan Rang undang-undang Kewangan ini adalah bertujuan untuk menambah baik peruntukan perundangan percukaian seperti berikut: (i) memperjelaskan lagi tafsiran layanan cukai ke atas fi teknikal, penyelidikan dan pembangunan dan tempat menjalankan perniagaan, dengan izin, place of business; (ii) membolehkan entiti perniagaan di Labuan berurus niaga dengan syarat pemastautin dan dalam Ringgit Malaysia; (iii) memperkenalkan peruntukan mengenai Earning Stripping rules, dengan izin, bagi mengelakkan syarikat menuntut potongan faedah secara berlebihan bagi pinjaman antara syarikat berkaitan; (iv) menyemak semula kadar duti setem dan cukai keuntungan harta tanah; (v) menurunkan kadar cukai korporat bagi perusahaan kecil dan sederhana; (vi) meningkatkan pelepasan cukai individu berkaitan caruman dan simpanan; dan (vii) menyelaraskan layanan cukai ke atas insentif cukai. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan bahawa beberapa pindaan akan dicadangkan di dalam peringkat Jawatankuasa. Pindaan ini berbaki setelah kerajaan memperhalusi secara teliti beberapa langkah tertentu yang diumumkan semasa Belanjawan 2019. Ini termasuklah: (i) sekatan had masa ke atas elaun modal serta elaun cukai pelaburan yang kini dicadangkan tidak lagi dihadkan tempoh tuntutannya; (ii) pengurangan kesan pengenaan cukai keuntungan harta tanah; dan (iii) pindaan berkaitan sekatan ke atas potongan perbelanjaan syarikat pemastautin yang berurus niaga dengan entiti Labuan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil langkah berani dengan memansuhkan GST mulai dengan pengenaan GST pada kadar sifar peratus pada 1 Jun 2018. Seterusnya pemansuhan GST sepenuhnya pada 1 September 2018. Pelbagai pihak merasakan tindakan kerajaan memperkenalkan semula SST akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil dan pada yang sama menaikkan harga barangan. Namun, pemansuhan GST adalah satu langkah tepat yang bukan sahaja memberi manfaat kepada negara tetapi yang paling penting tidak membebankan rakyat. Ini dapat dilihat apabila hasil SST untuk tahun 2018 yang dapat dikutip telah melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu RM4 bilion, walaupun pelbagai barang dan perkhidmatan tidak dikenakan SST. Langkah kerajaan memberi banyak pengecualian SST juga didapati tidak memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak mengalami kenaikan dan ini adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia, berbanding apa yang mereka terpaksa lalui di bawah era GST. Pemansuhan GST didapati tidak memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi. Sebagai contoh, pelaburan langsung asing telah naik dengan amat ketara sekali. Seperti yang saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan SST tidak akan menaikkan kos menjalankan perniagaan. Ini kita boleh lihat tentang bilangan barangan yang diberikan pengecualian iaitu 10 kali ganda lebih besar dan lebih banyak daripada barangan yang dikecualikan di bawah GST. Antara langkah yang telah diambil adalah menaikkan kadar nilai ambang atau threshold bagi tujuan pendaftaran, menyediakan kemudahan pengecualian bagi tujuan perolehan input perniagaan. Di samping itu, kadar cukai ke atas pelbagai barangan juga telah disemak semula berdasarkan maklum balas daripada rakyat. Menerusi libat urus dengan pelbagai pihak, di dalam rang undang-undang ini ada satu lagi penambahbaikan ke atas cukai jualan diperkenalkan iaitu sistem kredit. Melalui kemudahan ini, potongan cukai jualan akan diberikan kepada pengilang berdaftar apabila mereka membeli input pembuatan dari pengimport dan pengilang yang tidak didaftar atau tidak berdaftar, di mana ia akan mengurangkan kos pengeluaran. Di bawah cukai perkhidmatan pula, pengecualian cukai telah diberikan ke atas penyediaan perkhidmatan tertentu yang disediakan oleh suatu perniagaan berdaftar bagi perkhidmatan yang sama.
Selain itu, skop cukai perkhidmatan juga diperluaskan bagi meliputi perkhidmatan bercukai di import. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang Undang-undang ini mempunyai 97 fasal yang dibahagikan kepada lapan bab seperti berikut. Bab pertama, “Permulaan”. Di dalam bab “Permulaan” terdapat dua fasal seperti berikut. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Kewangan 2018. Fasal 2 menerangkan tujuan rang undang-undang ini iaitu untuk meminda: (i) Akta Percukaian Pendapatan 1967; (ii) Akta Penggalakan Pelaburan 1986; (iii) Akta Setem 1949; (iv) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; (v) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; (vi) Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dan (vii) Akta Cukai Jualan 2018. Bab II yang terdiri daripada 28 fasal iaitu fasal 3 hingga 30 adalah bertujuan untuk meminda Akta Pendapatan 1967 seperti berikut. Fasal 3 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Fasal 10, 11, 12, 15, 16, 17, 18, 19, 23, 24, 25, 27, 28, 29 dan 30 mula berkuat kuasa dari tahun taksiran 2019 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya. Tarikh kuat kuasa bagi sub fasal 23(a)(b)(c) dan (d) akan disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa. Fasal 13 disifatkan mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran tahun 2019, 2020 dan 2021. Fasal 14 disifatkan mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran tahun 2019 dan 2020. Fasal 4(b) dan fasal 5 – ‘kelapan’ disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Tarikh kuat kuasa bagi fasal 6A, fasal 19A dan subfasal 23(aa) akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa. Fasal 4(a) dan fasal 9, 20, 21, 22, dan 26 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 2 seperti berikut: (a) menggantikan peruntukan takrif ‘Labuan company’ dengan peruntukan takrifan baru yang merangkumi entiti Labuan selaras dengan yang diperuntukkan dalam Jadual 1 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990; dan (b) bertujuan untuk memasukkan takrifan “research and development” selaras dengan definisi yang dikeluarkan oleh OECD bagi menyelaraskan definisi R&D tersebut di peringkat nasional dan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di peringkat kementerian dan agensi kerajaan. Berikutan dengan takrifan R&D tersebut pindaan berbangkit turut dilakukan kepada Akta 53 dalam seksyen 34 dan 34a serta Jadual 3 melalui fasal 7, 8 dan 24 Rang Undang-undang ini. Fasal 5 bertujuan meminda seksyen 4A(ii) bagi menyelaraskan dan menjelaskan skop pembayaran kepada seseorang yang bukan pemastautin di Malaysia sebagai balasan ke atas sebarang nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. Fasal 5 berkenaan pindaan kepada subseksyen 4A(ii) akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa untuk memasukkan perkataan, dengan izin, ‘the management or administration of’ bagi menjelaskan bahawa apa-apa bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin berhubung nasihat, bantuan atau perkhidmatan termasuk berkaitan pengurusan atau pentadbiran apa-apa pengusahaan, usaha niaga, projek atau skim saintifik, industri atau komersial adalah tertakluk kepada cukai pendapatan. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 12 bagi memperuntukkan sebarang pendapatan yang diperoleh dari perniagaan yang dijalankan di Malaysia adalah disifatkan sebagai pendapatan yang terbit di Malaysia dan dikenakan cukai di bawah Akta 53. Selain itu peruntukan ini turut memperjelaskan definisi “place of business” bagi menangani isu bukan pemastautin dari negara yang tidak memasuki Perjanjian Percukaian Dua Kali dengan Malaysia dan menjalankan perniagaannya di Malaysia. Fasal 6 akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa untuk memasukkan peruntukan baru iaitu fasal baru 6A bagi pindaan seksyen 15A yang berbangkit daripada pindaan seksyen 4A(ii) berhubung pengenaan cukai ke atas apa-apa bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan termasuk berkaitan pengurusan atau pentadbiran apa-apa pengusahaan, usaha niaga, projek atau skim saintifik, industri atau komersial. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 39 bagi memasukkan peruntukan baharu (1)(r). Peruntukan baru ini bagi menjelaskan bahawa 97 peratus daripada perbelanjaan ke atas apa-apa bayaran yang dibuat oleh seseorang pemastautin kepada syarikat Labuan tidak dibenarkan sebagai potongan cukai. Fasal 9 berkenaan perenggan baru 39(1)(r) akan disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa untuk memasukkan peruntukan baharu bagi menjelaskan bahawa apa-apa bayaran yang dibuat oleh seseorang pemastautin kepada syarikat Labuan tidak dibenarkan sebagai potongan di bawah Akta 53. Melainkan dibenarkan di bawah peraturan- peraturan yang ditetapkan oleh Menteri. Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan peruntukan khas baharu berhubungan dengan pindaan seksyen 43. Pindaan ini bagi menjelaskan apa-apa amaun kerugian larasan perniagaan yang tidak dapat diserap sehingga tahun 2018, tahun taksiran 2018 dibenarkan untuk tujuan potongan untuk tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut sehingga tahun taksiran 2025. Apa-apa baki amaun yang masih tidak dapat dipotong selepas tahun taksiran 2025 hendaklah diabaikan. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan peruntukan subseksyen (5F) yang baharu kepada seksyen 44. Peruntukan baharu ini bagi menjelaskan kerugian larasan yang tidak dapat diserap dalam sesuatu tahun taksiran yang boleh dibawa ke hadapan dan dibenarkan potongan dihadkan bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut sebaik selepas tahun taksiran kerugian berlaku. Fasal 10 dan fasal 11 berkenaan peruntukan khas seksyen 43 dan perenggan baharu 44(5F) akan disyorkan untuk dipinda di peringkat di Jawatankuasa untuk menomborkan semula fasal dan meminda peruntukan baharu bagi menjelaskan bahawa kerugian larasan yang tidak dapat diserap dalam tahun taksiran 2018 boleh dibawa ke hadapan dan dibenarkan potongan dihadkan bagi tempoh tujuh tahun taksiran yang berturutnya. Tuan Yang di-Pertua, fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 44A seperti berikut: (a) meminda subseksyen (1) bagi menjelaskan layanan relief kumpulan di mana suatu syarikat boleh menyerahkan kerugian tahun semasa kepada suatu syarikat menuntut untuk tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut sahaja. (b) memasukkan peruntukan baharu (1A) bagi menjelaskan penetapan tempoh asas bagi tahun taksiran pertama syarikat menyerah operasi. (c) memasukkan peruntukan baharu (aa) kepada subseksyen 44a(10) bagi menjelaskan ketidakpakaian tuntutan relief kumpulan tidak layak dituntut oleh syarikat yang menuntut sekiranya pada tahun taksiran yang sama mempunyai baki elaun cukai pelaburan dan rugi perintis yang belum diserap. (d) meminda subseksyen (12) bagi menyelaraskan takrifan ordinary shares dan residual profits seperti mana takrifan di dalam Akta Syarikat 2016. Fasal 13 bertujuan untuk memasukkan peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 44A bagi menjelaskan suatu tempoh peralihan bagi menentukan tempoh kelayakan untuk syarikat menyerah yang telah memulakan operasi sebelum tahun taksiran 2019.
Fasal 14 bertujuan tujuan untuk meminda perenggan 46(1)(k) bagi menaikkan amaun potongan pelepasan cukai individu ke atas amaun deposit bersih ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional daripada RM6,000 kepada RM8,000. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 49 seperti berikut: (a) menggantikan subseksyen 1 dengan peruntukan baharu bagi menjelaskan amaun potongan pelepasan individu bagi pembayaran premium insurans caruman kepada skim yang diluluskan dan caruman berkenaan pencen dinaikkan kepada amaun tidak melebihi RM7,000. Amaun ini diasingkan kepada RM3,000 bagi pembayaran premium insurans dan takaful. Manakala RM4,000 bagi caruman kepada skim yang diluluskan dan caruman berkenaan pencen duda, balu dan anak yatim; (b) menggantikan subseksyen (1)(a) dengan peruntukan baharu bagi menjelaskan individu yang merupakan penjawat awam yang memilih skim persaraan berpencen. Amaun pelepasan ke atas bayaran premium insurans hayat atau caruman takaful dibenarkan sehingga RM7,000. Fasal 16 dan fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 60 dan seksyen 60A bagi menjelaskan penanggung insurans yang menjalankan perniagaan insurans semula akan dikenakan cukai baharu lapan peratus seperti di bawah perenggan 3, Bahagian I, Jadual 1. Pindaan ini juga turut memasukkan syarat substantif iaitu mempunyai bilangan pekerja berkemahiran tinggi sepenuh masa yang mencukupi dan jumlah perbelanjaan operasi yang mencukupi akan ditetapkan oleh Menteri. Fasal 16 akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa untuk memasukkan perkataan “general” bagi menjelaskan penanggungan insurans yang menjalankan perniagaan insurans semula ditakrifkan sebagai perniagaan insurans am yang berasingan. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 60AA bagi menjelaskan pengendali perniagaan takaful semula alih masuk akan tertakluk kepada kadar cukai baru lapan peratus seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 4, Bahagian IV, Jadual 1. Pindaan ini juga turut memasukkan syarat substantif iaitu mempunyai bilangan pekerja berkemahiran tinggi sepenuh masa yang mencukupi dan jumlah perbelanjaan operasi yang mencukupi akan ditetapkan oleh Menteri. Fasal 19 bertujuan untuk memotong seksyen 60B. Dengan pindaan ini penanggung perniagaan insurans luar pesisir akan dikenakan kadar cukai yang sama seperti perniagaan insurans yang lain. Fasal 19 akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa untuk memasukkan peruntukan baharu iaitu pindaan seksyen 109B yang berbangkit daripada pindaan seksyen 4A(ii) berhubung pengenaan cukai ke atas apa-apa bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin. Bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan termasuk berkaitan pengurusan atau pentadbiran apa-apa pengusahaan, usaha niaga, projek atau skim saintifik, industri atau komersial. Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 140A dengan memasukkan peruntukan baharu (5A) bagi meluaskan maksud “kontrol” khususnya dalam konteks pindahan harga. Pindahan ini menjelaskan situasi kewujudan elemen kawalan sekiranya 20 peratus atau lebih modal saham dipegang oleh seseorang atau orang ketiga. Fasal 21 bertujuan untuk memasukkan peruntukan 140C bagi pelaksanaan, dengan izin, Earning Stripping rules di Malaysia. Menerusi seksyen baharu ini, apa-apa faedah yang dibelanjakan berkaitan atau ke atas apa-apa bantuan kewangan dalam, dengan izin, controlled transaction tidak dibenarkan pemotongannya daripada pendapatan kasar berpunca dari semua perniagaan untuk tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan. Fasal 22 bertujuan untuk meminda perenggan 154(1)(ed) yang merupakan pindaan berbangkit daripada pindaan peruntukan seksyen 140C yang baharu. Fasal 23 bertujuan untuk meminda Jadual 1 seperti berikut: (a) pindaan perenggan 2A Bahagian I untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan syarikat pemastautin dan ditubuhkan di Malaysia yang mempunyai modal berbayar berjumlah RM20.5 juta ke bawah pada kadar 17 peratus bagi pendapatan yang boleh dikenakan cukai RM500 ribu yang pertama; (b) pindaan perenggan 2D Bahagian I untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan perkongsian liabiliti terhad pemastautin dan ditubuhkan di Malaysia yang mempunyai sumbangan modal berjumlah RM20.5 juta ke bawah pada kadar 17 peratus bagi pendapatan yang boleh dikenakan cukai RM500 ribu pertama; (c) pindaan untuk menggantikan perenggan 3 baharu, perenggan 4 baharu dan Bahagian VIII bagi menjelaskan pengenaan cukai ke atas pendapatan perniagaan insurans semula dan perniagaan takaful semula pada kadar lapan peratus; (d) pindaan kepada Bahagian IX untuk memotong kadar 10 peratus bagi menjelaskan penanggung perniagaan insurans luar pesisir akan dikenakan kadar cukai 24 peratus yang sama seperti perniagaan insurans yang lain; dan (e) pindaan kepada Bahagian XII bagi menjelaskan pengenaan cukai ke atas pendapatan perniagaan insurans semula dan perniagaan takaful semula di bawah seksyen 60AA adalah pada kadar lapan peratus. Fasal 23 akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa untuk memasukkan peruntukan baharu perenggan (aa) dalam Bahagian V yang berbangkit daripada pindaan seksyen 4A(2) berhubung pengenaan cukai ke atas apa-apa bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan termasuk berkaitan pengurusan atau pentadbiran apa-apa pengusahaan, usaha niaga, projek atau skim saintifik, industri atau komersial. Fasal 24 bertujuan untuk meminda Jadual 3 seperti berikut: (a) pindaan kepada perenggan 37B dan perenggan 37D bagi memasukkan perkataan “Research and Development” dengan izin, yang merupakan pindaan berbangkit daripada fasal 4; dan (b) pindaan kepada perenggan 75 dan memasukkan perenggan 75D yang baharu bagi menjelaskan tuntutan elaun modal bawa ke hadapan yang tidak dapat diserap daripada pendapatan larasan dihadkan kepada tujuh tahun taksiran mulai tahun taksiran pertama elaun modal dibuat. Baki elaun modal yang masih belum diserap selepas had tempoh tujuh tahun taksiran akan diabaikan. Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan peruntukkan khas berhubung perenggan 75D Jadual 3. Pindaan ini bagi menjelaskan elaun modal terkumpul bagi tahun taksiran 2018 dan tahun-tahun taksiran sebelumnya yang tidak dapat diserap boleh diambil kira bagi tujuan potongan untuk tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut hingga tahun taksiran 2025. Baki elaun yang tidak dapat diserap sepenuhnya selepas tahun taksiran 2025 hendaklah diabaikan. Fasal 24 dan fasal 25 berkenaan pindaan perenggan 75 dan peruntukan baharu 75D akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa bagi menjelaskan bahawa tuntutan elaun modal dibawa ke hadapan tidak tertakluk kepada sekatan had tempoh tujuh tahun taksiran. Tuan Yang di-Pertua, fasal 26 bertujuan untuk meminda proviso perenggan 35A Jadual 6. Pindaan ini bagi menjelaskan suatu syarikat tidak lagi layak menerima pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada bank atau institusi kewangan melalui dana pasaran mata wang yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti. Fasal 26 berkenaan pindaan perenggan 35A adalah disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa bagi menjelaskan bahawa pengecualian cukai ditamatkan ke atas pendapatan faedah unit amanah iaitu dana borong yang merupakan pasaran mata wang. Fasal 27 bertujuan untuk meminda perenggan 4 dan memasukkan peruntukan perenggan baharu 4B di dalam Jadual 7A untuk menjelaskan baki elaun pelaburan semula yang tidak dapat diserap hanya boleh digunakan untuk di bawa ke hadapan untuk diserap sehingga tempoh maksimum tujuh tahun berturut-turut sebaik sahaja tamat kelayakan tuntutan Elaun Pelaburan Semula (EPS). Baki EPS bawa ke hadapan yang tidak dapat diserap pada akhir tempoh tersebut hendaklah diabaikan. Fasal 28 bertujuan untuk memasukkan peruntukan khas kepada perenggan 4B dalam Jadual 7B.
Pindaan ini bagi menjelaskan baki EPS yang tidak dapat diserap bagi tahun taksiran 2018 dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut mulai tahun taksiran 2019. Baki EPS yang tidak dapat diserap sepenuhnya selepas tahun taksiran 2025 hendaklah diabaikan. Fasal 29 bertujuan untuk meminda perenggan lima dan memasukkan peruntukan perenggan baharu 5A di dalam Jadual 7B untuk menjelaskan baki elaun pelaburan semula sektor perkhidmatan yang tidak dapat diserap hanya boleh dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga tempoh maksimum tujuh tahun berturut-turut sebaik sahaja tamat tempoh tuntutan elaun pelaburan semula sektor perkhidmatan. Bakinya dibawa ke hadapan yang tidak dapat diserap pada akhir tempoh tersebut hendaklah diabaikan. Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan peruntukan khas kepada perenggan 5A, Jadual 7B. Pindaan ini bagi menjelaskan baki EPSP yang tidak dapat diserap bagi tahun taksiran 2018 dibenarkan untuk dibawa ke hadapan untuk tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut mulai tahun taksiran 2019. Baki EPSP yang tidak dapat diserap sepenuhnya selepas tahun taksiran 2025 hendaklah diabaikan. Tuan Yang di-Pertua, Bab III yang terdiri daripada lapan fasal iaitu 31 hingga 37 dan 62 adalah bertujuan untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986 seperti berikut. Fasal 31 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Fasal 32 disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Fasal 36 hingga 61 dan 62 disifatkan mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2019 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. Fasal 33, 34 dan 35 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Fasal 32 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi menggantikan takrif penyelidikan dan kemajuan atau research and development, dengan izin. Peruntukan baharu adalah selaras dengan definisi yang dikeluarkan oleh OECD bagi menjelaskan definisi R&D tersebut di peringkat nasional dan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di peringkat kementerian dan agensi kerajaan. Fasal 33 bertujuan untuk meminda dan memasukkan proviso baharu bagi menjelaskan syarikat, aktiviti substantif ke atas galakan cukai yang diberikan kepada syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak untuk mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi dan jumlah perbelanjaan operasi yang mencukupi bagi aktiviti yang berhubungan dengan R&D. Fasal 34 bertujuan untuk memasukkan suatu peruntukan khas berhubung dengan seksyen 6 bagi menjelaskan tempoh pematuhan syarat substantif ke atas pengecualian cukai yang diterima oleh syarikat R&D, kontrak sedia ada dan baharu yang diluluskan sebelum dan selepas 16 Oktober 2017. Fasal 35 bertujuan untuk meminda seksyen 21E bagi mentakrifkan maksud harta intelek dan menjelaskan bahawa apa-apa pendapatan daripada royalti dan pendapatan lain yang berpunca daripada harta intelek yang diterima oleh syarikat perintis adalah tertakluk kepada pengenaan cukai pendapatan. Fasal 36 bertujuan untuk meminda seksyen 25 bagi menjelaskan kerugian perintis yang tidak dapat diserap selepas tempoh perintis hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan bagi tempoh maksimum sehingga tujuh tahun taksiran berturut-turut sebaik selepas tempoh perintis tamat. Kerugian perintis yang tidak dapat diserap selepas tempoh tersebut hendaklah diabaikan. Fasal 37 bertujuan untuk memasukkan peruntukan khas berhubung seksyen 25 bagi menjelaskan layanan baki kerugian perintis yang dapat diserap sepenuhnya sehingga tahun taksiran 2018 dibenarkan untuk dibawa ke hadapan bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut mulai tahun taksiran tahun 2019. Apa-apa baki kerugian perintis yang tidak dapat diserap selepas tahun taksiran 2025 hendaklah diabaikan. Fasal 38 hingga 61 bertujuan untuk meminda seksyen 29A hingga 29O bagi memasukkan peruntukan khas kepada semua seksyen yang terlibat bagi menjelaskan seperti berikut. Bagi tuntutan elaun pelaburan atau ECP yang tidak diserap dalam tempoh kelayakan ECP hanya boleh dibawa ke hadapan untuk diserap bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut selepas tamat tempoh ECP. Baki ECP yang tidak diserap selepas tempoh tujuh tahun taksiran tersebut hendaklah diabaikan. Peruntukan khas menjelaskan layanan baki ECP yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun taksiran 2018 adalah dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga tujuh tahun taksiran bermula tahun taksiran 2019. Selepas tahun taksiran 2025 sebarang baki ECP yang tidak diserap hendaklah diabaikan. Tuan Yang di-Pertua, fasal 31 hingga 61 berkenaan pindaan seksyen 29A hingga 29O dan peruntukan khas bagi setiap seksyen terlibat akan disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa bagi menjelaskan bahawa tuntutan elaun cukai pelaburan bawa hadapan tidak tertakluk kepada sekatan had tempoh tujuh tahun taksiran. Fasal 62 bertujuan untuk meminda seksyen 30A bagi menjelaskan tempoh pegangan aset bagi pelupusan aset bagi tujuan elaun cukai pelaburan dinaikkan daripada dua tahun kepada lima tahun dari tarikh pembelian aset tersebut. Bab IV yang terdiri enam fasal iaitu fasal 63 hingga 64 bertujuan meminda Akta Setem 1949 seperti berikut. Fasal 63 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Fasal 64 hingga 67, perenggan 68(a) hingga 68(c) dan perenggan 68(e) mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Perenggan 68(d) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Fasal 64 bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi memperkemaskan takrif “banker” dan “small and medium enterprises”, dengan izin. Fasal 65 bertujuan untuk meminda seksyen 9 bagi membenarkan pemungut memberikan kuasa kepada mana-mana orang termasuk banker, dealer or insurer bagi mengkompaun bayaran duti ke atas surat cara tertentu melalui pemberitahuan dalam warta. Fasal 66 bertujuan untuk meminda seksyen 15 di mana bagi keadaan penstrukturan semula tempoh syarikat pemindahan milik adalah kekal sebagai pemilik beneficial share sekurang-kurangnya tiga tahun bagi tujuan syarikat mendapat pengecualian di bawah peruntukan ini. Syarikat yang terlibat dikehendaki untuk memaklumkan kepada pemungut apa-apa perubahan dalam pemilikan syer dalam masa 30 hari daripada tarikh perubahan itu berlaku. Fasal 67 bertujuan untuk meminda seksyen 15A dengan memasukkan beberapa syarat baru bagi menuntut relief duti setem seperti berikut: (a) syarikat yang menerima pindah milik transferee merupakan syarikat yang ditubuhkan, didaftar dan diperbadankan di Malaysia; (b) transferee tidak boleh melupuskan aset yang telah diperoleh dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pindah milik dan hendaklah kekal bersekutu untuk tempoh tiga tahun; dan (c) pindah milik aset yang dibuat adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi. Cadangan pindaan juga mensyaratkan pengecualian duti setem akan ditarik balik dan faedah enam peratus akan dikenakan jika didapati pengisytiharan atau keterangan yang dikemukakan oleh pembayar duti dalam permohonan untuk pengecualian adalah tidak benar. Fasal 68 adalah bertujuan untuk meminda Jadual Pertama seperti berikut. Perenggan 68(a) dan 68(e) bertujuan untuk menggugurkan butiran 10 dan 53 iaitu “Article of association of a company” , dan “Memorandum of association of a company” kerana surat cara tersebut tidak lagi terpakai terhadap Akta Syarikat 2016. Perenggan 68(b) bertujuan untuk meminda sub butiran 22(1) dan 22(6) seperti berikut.
Menjelaskan tentang bayaran duti setem bagi sekuriti ke atas suatu tempoh tetap dan sekuriti bagi tempoh sepanjang hayat atau tempoh yang belum ditetapkan. Pengenaan duti setem RM10 adalah meliputi perjanjian jual beli konvensional dan jual beli mengikut prinsip syariah. Perenggan 68(c) bertujuan untuk memasukkan butiran baharu 29A bagi memperuntukkan bahawa penyeteman Perlembagaan Syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 adalah sebanyak RM200. Perenggan 68(d) bertujuan untuk meminda sub butiran 32(a) untuk memasukkan kadar baharu duti sebanyak 4 peratus ke atas pemindahhakan, penyerahhakan, pemindahan atau bil jualan mutlak mana-mana harta dengan nilai pasaran yang melebihi RM1 juta. Bab kelima yang terdiri daripada dua Fasal iaitu 69 dan 70 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 seperti berikut. Fasal 69 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta tersebut. Fasal 70 bersifat mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. Fasal 69A dan 69B berkenaan pindaan dalam Jadual 2, dan Jadual 3, Akta 169 tersebut disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa bagi menjelaskan pindaan peruntukan seperti berikut; Harga perolehan Harta Tanah adalah berdasarkan nilai harta tanah pada tahun 2000 untuk harta tanah yang diperoleh sebelum tahun 2000 bagi pelupusan harta tanah oleh mana-mana orang di bawah Bahagian I, Jadual 5, Akta 169 termasuk rakyat Malaysia dan pemastautin tetap. Penetapan harga pemerolehan ini adalah susulan daripada kenaikan kadar CKHT bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap iaitu daripada kosong peratus kepada lima peratus. Pelupusan harta tanah yang dibuat penderma secara kasih sayang diberikan layanan tiada untung dan tiada rugi, no gain no loss, dengan izin, tanpa mengira tempoh pegangan baharu, tanpa mengira pegangan harta tanah oleh penderma. Ini bagi memastikan pelupusan dalam tahun keenam dan seterusnya tetap tidak dikenakan cukai di bawah akta ini. Pemeroleh pula dianggap memperoleh aset berdasarkan harga perolehan penderma. Pelupusan secara kasih sayang adalah di antara suami dan isteri, ibu dan anak, datuk atau nenek dan cucu. Fasal 70 bertujuan untuk meminda Jadual 5, Akta 169 bagi memperuntukkan kenaikan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas pelupusan harta tanah dalam tahun keenam dan seterusnya seperti berikut; Bagi syarikat kadar CKHT dinaikkan daripada lima peratus kepada sepuluh peratus. Bagi selain syarikat dan selain individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada kosong peratus kepada lima peratus dan bagi individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada lima peratus kepada sepuluh peratus. Fasal 70 disyorkan untuk dipinda di peringkat jawatankuasa bagi menggantikan perkataan “Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169]” dengan perkataan “Akta Ibu.” Bab VI yang terdiri daripada 12 Fasal. Iaitu Fasal 71 hingga 82 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445] seperti berikut; Fasal 72 bertujuan untuk meminda subseksyen 2(1) Akta 445 bertujuan untuk meminda takrif ‘Aktiviti Perniagaan Labuan' untuk memperuntukkan bahawa Aktiviti Perniagaan Labuan bererti suatu aktiviti perdagangan Labuan atau aktiviti bukan perdagangan Labuan yang dijalankan dalam dari atau melalui Labuan. Fasal 73 bertujuan untuk meminda seksyen 2A, Akta 445. Pindaan yang dicadangkan memotong peruntukkan berkenaan dengan kausa Menteri untuk meluluskan transaksi antara entiti Labuan dan pemastautin dibuat dalam Ringgit. Fasal 74 bertujuan untuk meminda seksyen 2B, Akta 445 untuk mengenakan syarat bilangan pekerja sepenuh masa dan jumlah perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia. Ini bagi membuktikan kewujudan operasi entiti Labuan di Labuan yang akan memberi kesan limpahan ekonomi di Labuan. Fasal 74 berkenaan pindaan subseksyen 2B yang terlibat akan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa bagi menjelaskan bahawa aktiviti substantif mestilah dilakukan di Labuan. Fasal 75 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 445 untuk menjelaskan bahawa untung bersih yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta 445 tidak meliputi pendapatan yang diperoleh daripada hak Harta Intelek kerana pendapatan berkenaan adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Fasal 76 bertujuan untuk memotong seksyen 7, Akta 445 dengan pindaan yang dicadangkan. Entiti Labuan tidak lagi mempunyai pilihan untuk memilih membayar cukai sebanyak RM20,000. Fasal 77 bertujuan untuk menggantikan seksyen 8, Akta 445 untuk menjelaskan bahawa Ketua Pengarah boleh memberikan arahan mengenai tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dalam hal apabila aktiviti perdagangan Labuan tidak mempunyai tempoh asas bagi tahun taksiran itu. Fasal 79 bertujuan untuk menggantikan seksyen 11, Akta 445 berikutan daripada pemotongan seksyen 7 dan pindaan seksyen 8, Akta 445. Bab VII yang terdiri daripada 8 fasal iaitu fasal 83 hingga 90 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 seperti berikut. Fasal 83 bertujuan untuk menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat ke atas akta ini iaitu pada 1 Januari 2018. Fasal 84 bertujuan untuk memasukkan takrif perkhidmatan percukaian import iaitu bermaksud apa-apa perkhidmatan bercukai yang diperoleh oleh mana-mana orang di Malaysia daripada mana-mana orang yang berada di luar Malaysia. Fasal 85 bertujuan untuk meminda seksyen 7 bagi memastikan pengenaan cukai perkhidmatan adalah meliputi perkhidmatan bercukai yang diimport ke dalam Malaysia. Fasal 86 bertujuan untuk meminda seksyen 9 bagi meluaskan kuasa Menteri untuk meliputi kuasa untuk menetapkan nilai perkhidmatan bercukai di import. Fasal 87 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 11(1) dengan subseksyen baharu bagi memperuntukkan tempoh masa apabila cukai perkhidmatan menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas perkhidmatan bercukai. Pindaan ini mencadangkan bahawa bagi perkhidmatan bercukai, cukai adalah genap masa apabila pembayaran di terima. Manakala bagi perkhidmatan bercukai yang diimport ke dalam Malaysia, cukai adalah genap masa apabila pembayaran dibuat atau invois diterima mana-mana yang terdahulu. Fasal 88 bertujuan untuk meminda seksyen 24 bagi memastikan mana-mana orang yang memperoleh apa-apa perkhidmatan bercukai di import, menyimpan rekod berkenaan perkhidmatan bercukai di import tersebut. Fasal 89, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu- 26A bagi menyediakan kaedah untuk orang selain orang yang kena cukai, membuat pengisytiharan dan pembayaran bagi pengimportan perkhidmatan bercukai. Pindaan ini selanjutnya menetapkan kadar penalti bagi kesalahan kegagalan membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan. Kadar penalti yang ditetapkan adalah seperti yang berikut: (i) penalti sebanyak 10 peratus daripada amaun cukai yang masih belum dibayar bagi tempoh 30 hari pertama; (ii) penalti tambahan sebanyak 15 peratus daripada amaun cukai yang masih belum dibayar bagi tempoh 30 hari yang kedua; dan (iii) penalti tambahan sebanyak 15 peratus daripada amaun cukai yang masih belum dibayar bagi tempoh 30 hari yang ketiga. Fasal 90 bertujuan untuk meminda seksyen 27 bagi meluaskan kuasa Ketua Pengarah untuk mentafsir apa-apa cukai genap masa dan kena dibayar.
Penalti yang kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai, di bawah seksyen baharu- 26A, jika orang itu tidak mengemukakan perisytiharan di bawah seksyen baharu yang dicadangkan atau mengemukakan perisytiharan yang tidak betul atau tidak lengkap. Bab VIII yang terdiri daripada tujuh fasal iaitu fasal 91 hingga fasal 97 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 seperti berikut. Fasal 91 bertujuan untuk meminda seksyen 9(3) untuk memperluas pemakaian subseksyen tersebut kepada semua pengilang sama ada pengilang berdaftar atau pengilang tidak berdaftar. Fasal 93 bertujuan untuk meminda seksyen 27 bagi meluaskan kuasa Ketua Pengarah untuk mentaksirkan apa-apa cukai genap masa dan kena dibayar dan penalti yang kena dibayar oleh orang selain orang kena cukai berbanding peruntukan semasa yang hanya memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah terhad kepada orang kena cukai sahaja. Fasal 94 merupakan pindaan editorial untuk meminda tajuk pada Bahagian VI akta susulan daripada pengenalan seksyen 41A, Akta Cukai Jualan 2018. Fasal 95 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 41A. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk menentukan amaun cukai jualan yang boleh dipotong berkenaan dengan cukai bercukai dengan barang bercukai yang dibeli oleh mana-mana pengilang berdaftar, daripada mana-mana orang yang tidak berdaftar. Barang yang terlibat mestilah merupakan bahan mentah, komponen atau bahan pembungkusan yang digunakan semata-mata untuk pengilangan barang bercukai. Fasal ini selanjutnya memberikan Menteri kuasa untuk menetapkan bentuk, cara dan syarat-syarat bagi potongan amaun cukai jualan. Fasal ini juga memperuntukkan jika mana-mana pengilang berdaftar telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri, cukai jualan yang telah dipotong menjadi genap masa dan kena dibayar pada masa syarat itu tidak dipatuhi. Fasal 96 merupakan pindaan editorial untuk meminda subseksyen 82(6) bagi menggantikan perkataan “6” dengan perkataan “5”. Fasal 97 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 88A untuk menjadikannya suatu kesahan bagi mana-mana orang yang mendapatkan potongan cukai jualan di bawah seksyen baharu 41A secara tidak wajar. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1997, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Mungkin boleh saya ambil senarai. Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Alor Setar...
Bukit Bendera.
Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tebrau.
Yang Berhormat Tebrau. Di sebelah sini, Yang Berhormat Pontian.
Rasah.
Yang Berhormat Rasah. Ada lagi?
Kota Melaka.
Ya, Yang Berhormat Kota Melaka. Daripada bahagian PAS dan GPS tidak ada sekarang? Baik, oleh sebab masa kesuntukan, saya ingin mencadangkan kita hadkan perbahasan pada 10 minit seperti biasa. Boleh? Masa 10 minit. Silakan Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan tadi. Oleh kerana ini merupakan perbahasan berkenaan dengan percukaian negara, saya ingin membangkitkan hanya satu perkara sahaja yang memerlukan penjelasan daripada pihak Menteri Kewangan. Saya sebenarnya tidak mahu memanjangkan isu ini sebab isu ini banyak kali dibahaskan dan banyak kali pun telah dijawab dalam Dewan ini oleh Menteri Kewangan. Namun demikian, saya terpaksa bangkitkan isu ini kerana sudah timbul satu percanggahan antara pendirian rasmi yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan seperti mana yang telah dinyatakan dalam Dewan ini berkali-kali dan juga pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Maka dengan itu, perkara ini memerlukan satu penjelasan agar Dewan dan juga negara tahu kedudukan sebenar. Ini berkaitan dengan tuntutan semula GST, yang mana perkara ini telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika rang undang-undang pemansuhan GST dan pengenalan semula SST dibuat. Menteri Kewangan telah berulang kali menuduh bahawa wang tuntutan GST berjumlah lebih RM19 bilion telah dirompak, diselewengkan serta disalah guna oleh kerajaan Barisan Nasional yang dahulu. Walaupun dalam perbahasan awal ini, saya telah bangkit dan minta pecahan, sama ada RM19 bilion tersebut telah selesai dibuat segala audit, maksudnya disahkan untuk dibayar balik, sama ada semakan pihak kastam telah pun selesai. Menteri Kewangan pada waktu itu telah mengulangi bahawa RM19 bilion ini adalah jumlah yang telah certified serta sudah diperhalusi dan disahkan. Saya rujuk kepada Hansard yang mana saya telah bangkitkan perkara ini. Ini saya quote diri saya, “Oleh sebab itu, saya minta breakdown yang mana disebabkan oleh as you said, rompakan, yang mana disebabkan pertikaian Kastam, Audit dan sebagainya”. Pecahan supaya kita tahu yang mana telah disahkan, yang mana telah/belum disahkan lagi untuk dibayar dan sebagainya. Jawapan daripada Menteri Kewangan adalah, “Itu sudah certified. It was certified, disahkan”. Maksud di sini adalah jumlah keseluruhan RM19 bilion telah pun dicertified. Ini istilah yang diguna oleh Menteri sendiri. Dia sambung bahawa, “Semalam saya sebut rompakan oleh kerajaan dahulu. Ini memang satu rompakan. Ini kerana yang tidak dapat bayaran wang yang sepatutnya mereka terima adalah pembayar cukai”. Itu saya setuju. “Saya telah jumpa banyak daripada peniaga tersebut, ada yang menangis, merayu dan sebagainya. Ini bukan jumlah kecil, ini adalah jumlah yang besar”. Akan tetapi pokoknya adalah bahawa jumlah ini adalah jumlah yang certified. Menteri Kewangan telah sambung, “Jumlah yang saya laporkan adalah yang sudah diperhalusi”, yang sudah diperhalusi, RM19 bilion sudah pun diperhalusi. “Kalau ada mana- mana jumlah yang dipertikaikan, ia ini tidak diambil kira di sini”. Maksudnya tidak termasuk dalam RM19 bilion tersebut. “Akan tetapi tentu kita sedia bahawa jumlah ini dikaji dengan lebih teliti oleh syarikat perakaunan untuk melihat sama ada itu adalah nett figure. Akan tetapi saya rasa secara amnya, ini adalah jumlah mutakhir dan muktamad”. Itu saya rujuk kepada Hansard...
Hansard tarikh bila?
Hansard tarikh- Dewan Rakyat 8 Ogos 2018. Menteri Kewangan boleh rujuk kepada Hansard yang sama. Jadi, saya tinggal di situ sahaja sebab Menteri Kewangan pun sudah beri pengesahan dan baru-baru ini dalam bajet pun dibangkitkan semula bahawa ini rompakan sebab itulah kerajaan terpaksa minta dividen khas daripada Petronas sebanyak RM30 bilion untuk membayar rompakan yang telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Baik, saya rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan...
Yang Berhormat Rembau, minta belakang- Tenggara.
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Tenggara. Sekejap.
Okey.
Yang dibentangkan pada minggu lepas, Laporan Ketua Audit Negara yang ada di atas meja kita, teguran terhadap pelbagai kementerian. Dalam laporan ini, kenyataannya tidak seperti yang dinyatakan oleh Menteri. Daripada RM19.5 bilion yang disebut oleh Menteri, Ketua Audit Negara sahkan hanya RM1.4 bilion sahaja yang telah disahkan untuk dibuat bayaran.
Maksudnya hanya RM1.45 bilion sahaja yang telah pun diluluskan oleh Jabatan Kastam Negara untuk dibuat bayaran. Manakala RM9.65 bilion masih lagi dalam semakan pihak Kastam. Manakala RM8.37 bilion sama ada tiada pembekalan bercukai- maksudnya mereka tidak daftar, ataupun mempunyai isu pelepasan atau masih lagi dalam siasatan. Maksudnya, RM19 bilion itu mengikut Laporan Ketua Audit Negara, dan saya semak hari ini. Sebab, untuk makluman Dewan, kalau kita melihat kepada semakan terkini Auditor General Dashboard, dia akan buat semakan sekiranya ada apa-apa perubahan semenjak laporan ini telah dibentangkan. Saya rujuk pada hari ini, tidak ada apa-apa perubahan. Maksudnya, jumlahnya seperti mana yang dilaporkan. Jadi, saya hendak tanya di sini, bagaimana Menteri Kewangan boleh membuat tuduhan sehingga membuat tuduhan yang memberikan gambaran yang negatif sedangkan ini adalah perkara yang disahkan oleh Ketua Audit Negara? Saya baca ya, saya baca. “Berdasarkan...”
Menarik. Tarikh?
Ya, it’s in here. It’s in here. “Berdasarkan laporan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 23 Oktober 2018...” Yang Berhormat Menteri sentiasa rujuk bahawa jumlah sebanyak RM19 bilion ini adalah tempoh sebelum tax holiday. Sebelum tax holiday. Akan tetapi, berdasarkan laporan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 23 Oktober 2018, jumlah tunggakan pulang balik GST yang dilaporkan oleh JKDM pada 5 Jun adalah sebanyak RM19.47 bilion yang melibatkan seramai 122,580 orang kena cukai. Saya rujuk kepada Jadual 2.16 dalam muka surat 25 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017, Siri 2. Sejumlah RM9.65 bilion adalah tuntutan pulang balik yang masih dalam pengesahan oleh pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) setakat 5 Jun 2018. Sejumlah RM3.90 bilion adalah tuntutan pulang balik oleh orang kena cukai yang tiada pembekalan bercukai. Maksudnya, orang kena cukai yang tiada cukai output. Maksudnya, dia tidak boleh dapat semula. Sejumlah RM0.95 bilion adalah OKC yang telah diberikan pelepasan oleh MOF daripada membayar cukai tetapi dibenarkan untuk menuntut pulang balik.
Yang Berhormat Rembau...
Sejumlah RM3.52 bilion adalah tuntutan pulang balik yang masih dalam siasatan dan pengauditan oleh pegawai JKDM. Butiran lanjut ada dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Pontian minta laluan.
Ya, silakan Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Tenggara, kalau mahu mencelah, sebelum saya habiskan.
Saya...
Tenggara dulu, Yang Berhormat Pontian.
Ya, silakan Yang Berhormat Tenggara.
Okey. Saya hendak ambil perhatian Yang Berhormat Rembau yang mengatakan mengenai rompakan tadi itu yang menyebabkan Yang Berhormat Rembau membuat laporan polis. Ini perlu kita ketengahkan sebagai satu daripada cara untuk kita membetulkan keadaan. Saya hendak tahu minat Yang Berhormat Rembau sehingga membuat laporan polis, adakah ini ada kaitan dengan penipuan ataupun sebutan yang salah dalam Dewan ini?
Saya juga telah membangkitkan mengenai hal yang sama sebelum ini. Pada pandangan saya, ia adalah dalam semakan dan ia mengesahkan bahawa sebanyak RM9.65 bilion dalam semakan, RM3.52 bilion dalam siasatan. Saya juga, Yang Berhormat Rembau, dimaklumkan bahawa pada akhir tahun 2017, jumlah tuntutan input tax adalah sebanyak 53 peratus dibandingkan keseluruhan kutipan GST. Dengan lain perkataan, input tax sepatutnya cuma lebih kurang 30 peratus tetapi pada tahun 2017, 53 peratus. Bererti, ada unsur-unsur penipuan.
Yang Berhormat Rembau, masuk sedikit, Yang Berhormat Rembau. Saya mahu tanya ini, Yang Berhormat Rembau.
Yang Berhormat Kinabatangan, sila.
Apakah mengikut pemahaman Yang Berhormat Rembau bahawa Ahli Parlimen Bagan yang juga Menteri Kewangan telah mislead the Dewan, memesongkan isu penting kepada Dewan Rakyat?
Saya mengambil maklum pandangan daripada rakan-rakan. Saya tidak mahu membuat tuduhan yang melulu yang tidak ada asas. Ini kerana kita mahu bangkitkan perkara ini secara profesional. Ini adalah perkara yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Kita berikan peluang kepada Menteri Kewangan untuk menjelaskan perkara ini sebab ada percanggahan yang jelas yang tidak boleh dinafikan antara jawapan yang diberikan oleh pihak Perbendaharaan melalui Menteri Kewangan dan juga pengesahan yang telah dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya tiga minit lagi sebab saya hendak habiskan perkara ini ya.
Ya, ya.
Jadi, apabila kita dapat rumusan daripada Ketua Audit Negara bahawa bilangan jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar adalah cuma sebanyak RM1.4 bilion sahaja dan bukannya RM19 bilion, kita hendak tahu juga, sejauh mana ataupun apakah tempoh waktu masa tuntutan ini dibuat tetapi belum dibayar? Ini kerana gambaran yang diberikan oleh Menteri Kewangan adalah tuntutan ini tidak dibayar ada sehingga tiga ke empat tahun ataupun dua ke tiga tahun yang tidak dibayar. Saya rujuk kepada muka surat 27 Laporan Ketua Audit Negara Siri 2. Berdasarkan jumlah RM1.41 bilion tersebut yang disahkan dan belum dibayar, pihak Audit mendapati sebanyak 2,084 ataupun 78 peratus transaksi daripada 2,660 adalah dalam tempoh yang dibenarkan oleh peraturan Arahan Perbendaharaan. Manakala baki sebanyak 576 transaksi disemak dan dengan ujian substantif dan mendapati kes-kes tunggakan adalah berpunca daripada pelbagai aspek. Jadi, sebahagian besar daripada tuntutan itu adalah masih lagi dalam tempoh yang dibenarkan oleh Arahan Perbendaharaan itu sendiri. Bukannya seperti mana gambaran dibuat bahawa bertahun-tahun tidak dibayar balik GST tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin rumuskan bahawa dalam pemansuhan GST, kerajaan sendiri telah memperuntukkan masa sehingga enam tahun untuk membuat pembayaran balik tuntutan-tuntutan ini. Kalau betullah RM19 bilion itu telah pun disahkan dan perlu dibayar balik kepada pembayar cukai, saya setuju bahawa ia perlu dibayar balik sekarang juga dan digunakan RM30 bilion daripada dividen khas yang diberikan oleh PETRONAS. Akan tetapi, kalau sekiranya sebahagian besar masih belum lagi disahkan, kalau hanya RM1.4 bilion sahaja telah disahkan oleh Ketua Audit Negara, maka saya percaya dividen PETRONAS ini bolehlah digunakan untuk perkara-perkara yang dipotong dalam belanjawan yang lepas.
So, pulang balik kepada PETRONAS.
Ataupun dipulangkan balik kepada PETRONAS. Ataupun dibantu kepada golongan nelayan, petani dan sebagainya yang sebelum ini sangat-sangat dilihat bahawa mereka tidak diberi perhatian dengan pelbagai pemotongan yang berlaku dalam belanjawan tersebut. Jadi pada hari ini, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini perkara pokok yang mesti dijawab oleh Menteri Kewangan iaitu bilakah kesemua tuntutan yang masih lagi dalam proses semakan ini akan diselesaikan dan beri peluang kepada Menteri Kewangan pada hari ini untuk menjelaskan percanggahan antara apa yang dinyatakan dalam Dewan ini dan apa yang telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Barulah kita boleh menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan tadi sama ada Menteri Kewangan telah mislead the Dewan, dengan izin. Terima kasih.
Ada sedikit masa lagi. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bahas beberapa perincian yang berkaitan dengan akta yang dipinda ini. Pertama adalah Akta Cukai ini pada seksyen 44(5F)- sebenarnya keseluruhan akta- akta yang kita pinda ini ada satu persamaan iaitu selepas ini segala kerugian syarikat ini akan dihadkan kepada absorbed loss kepada tujuh tahun. Saya anggap ini salah satu tujuan atau hasrat kerajaan untuk cuba nak dapatkan cukai atas keuntungan bagi syarikat. Akan tetapi, di sini saya hendak tanya kerana saya rasa mungkin ada tersalah atau silap persepsi kepada perniagaan ini seolah-olahnya kita nampak setiap perniagaan itu mesti membawa keuntungan dan kita anggap syarikat ini mesti akan mencapai keuntungan kalaupun bukan tujuh tahun, barangkali 10 tahun. Akan tetapi, sebenarnya satu syarikat ini kalau dia cukup dapat bayar operasi dan juga gaji, barangkali dia tidak mencapai keuntungan tetapi dia masih beroperasi. Akan tetapi apabila kita buat pindaan ini, maksudnya kalau satu syarikat dia mengalami kerugian yang bukan setakat kerugian operasi, termasuk juga kerugian yang besar, tetapi tetap kita akan kena kerana kerugian tersebut tidak akan diambil kira selepas tujuh tahun. Ini pindaan wujud di mana-mana dalam semua akta yang kita wujudkan sama ada Akta Galakan Pelaburan atau Akta Cukai. Saya bagi satu contoh. Kalaulah satu syarikat kerugian itu bukan disebabkan oleh operasi, katakanlah dia kena banjir, kena kebakaran, kena kemalangan, kena kehilangan disebabkan oleh curi atau rompak, kerugian tersebut akan tercatat pada tahun taksiran tersebut. Akan tetapi, sekiranya kita hanya mengambil tujuh tahun kemudian, kalau katakan kerugian tersebut terlalu besar- kedai emas yang kena rompak ataupun kedai runcit yang kena banjir, kebakaran tetapi kerugian tersebut dihadkan untuk absorbed pada tujuh tahun sahaja. Selepas itu, tidak akan diambil kira. Ini saya rasa ada sedikit tidak adil kepada perniagaan tersebut kerana ia kadangkala kerugian itu bukan hanya disebabkan oleh operasi. Maka, kalaulah kita hendak wujudkan pindaan ini di mana kerugian yang dibenarkan untuk dibawa kepada tahun taksiran yang akan datang hanya terhad kepada tahun ketujuh, maka perlulah ada perbezaan kalau kata kerugian tersebut adalah disebabkan oleh keadaan yang luar biasa, supaya diambil kira. Kalau tidak, syarikat tersebut akan terpaksa membuat satu akaun yang mesti untung. Ini apa yang saya mahu cadangkan. Kedua, saya ingin bahas...
Mungkin, Yang Berhormat Alor Setar, perkara kedua itu boleh disambung pada pukul 2.30 petang.
Okey, okey.
Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan. Dijemput Yang Berhormat Pontian?
Alor Setar belum siap.
Ada tujuh minit lagi. Sila Yang Berhormat Alor Setar.
Tujuh minit saya punya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung perbahasan tadi, selain daripada kerugian yang absorption loss yang saya cerita tadi, sebenarnya pindaan yang lain termasuk Akta Cukai Jadual 7A, 7B dan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 seksyen 25, 29A, B, C, D, E, F semua berkenaan dengan elaun cukai pelaburan, semuanya adalah mengehadkan tempoh tujuh tahun. Di sini saya ingin mengingatkan pihak kerajaan di mana selain daripada kerugian dan juga keuntungan pelaburan itu, kita menggalakkan pelaburan. Kalaulah kita hendak hadkan kepada tujuh tahun di mana kerugian yang di-absorb tersebut tidak boleh lebih daripada tujuh tahun. Maka saya minta supaya LHDN...
[Dewan tepuk]
Yang Berhormat Cameron Higlands masuk.
Welcome.
Yang Berhormat Cameron Highlands masuk... [Tepuk]
Selamat datang Yang Berhormat Cameron Highlands.
Point of order Tuan Yang di- Pertua.
Saya minta Yang Berhormat Alor Setar teruskan.
Boleh, point of order.
Bagi masa lebih. Maka kelonggaran...
Yang Berhormat Alor Setar, point of order, please?
Point of order.
Mengikut Peraturan Mesyuarat 36(6), seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat dengan ahli yang lain. Baru- baru ini Yang Berhormat Jelutong telah mengeluarkan sangkaan jahat dengan Yang Berhormat Cameron Highlands dengan berbagai-bagai tohmahan dan tuduhan dan menyebabkan Tuan Yang di-Pertua terpengaruh dan digantung selama dua hari. Kerugian selama dua hari menghadiri Dewan. Jadi dengan hati yang suci, dengan hati yang mulia. Saya memohon Yang Berhormat Jelutong sahabat saya memohon maaf kepada Dewan ini dan juga Yang Berhormat Cameron Highlands. Terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan. Isu ini telah selesai tadi, Speaker telah buat ruling.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan yang di-Pertua, Cameron Highlands, saya minta izin. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan saya di sebelah sini. Walaupun saya dinafikan hak saya untuk mewakili masyarakat Cameron Highlands selama dua hari di perbahasan peringkat Jawatankuasa yang penting dan berkaitan dengan Cameron Highlands. Saya ucapkan terima kasih kerana menyedar kesilapan Speaker itu dan beliau sanggup secara besar hati mengembalikan saya dalam Dewan.
Apa kesilapan?
Tidak ada isu kesilapan.
Minta penjelasan.
Apa kesilapan?
Jangan tuduh Speaker silap.
Satu tuduhan yang sangat liar.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Cameron Highlands, keputusan Speaker adalah muktamad, tidak ada kesilapan.
Speaker tidak membuat kesilapan.
Bukan buat kesilapan, tidak.
Bersihkan nama dahulu. Saya cabar...
Baik, Yang Berhormat Jelutong duduk. Tidak ada kesilapan oleh Speaker. Keputusan Speaker adalah muktamad semua telah pun diberikan petua tadi. Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Sekarang saya teruskan dengan Yang Berhormat Alor Setar untuk membuat perbahasan.
[Bangun]
Yang Berhormat Jelutong perlu memohon maaf.
Tidak perlu. Tidak perlu. Sekarang sesi perbahasan. Saya hendak minta teruskan Yang Berhormat Alor Setar.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ini adalah floor Yang Berhormat Alor Setar. Sila Yang Berhormat Alor Setar, hendak teruskan?
Teruskan, terima kasih.
Baik- minta maaf Yang Berhormat Arau.
Okey, permintaan maaf itu diterimalah.
Perkara yang kedua yang saya hendak bahas di sini adalah pindaan kepada seksyen 49(1)(a) dan (b) iaitu dulunya pelepasan cukai...
Bila masa minta maaf?
Yang Berhormat Pasir Salak ini masa saya, tolong.
Belum lagi ini Yang Berhormat Arau dia minta maaf- diterima. Siapa minta maaf?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada gangguan kecuali floor Yang Berhormat Alor Setar. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.
Keputusan tidak hadir dua hari itu kira salah. Jadi saya anggap mereka minta maaflah itu.
Saya tidak benarkan. Saya tidak benarkan. Sekarang adalah floor untuk perbahasan peringkat rang undang- undang. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Yang di-Pertua, ini maruah, bukan perkara kecil. Kena selesai dulu, kena selesaikan. Selagi tidak selesai, kita tidak boleh teruskan perbahasan.
Speaker telah buat petua tadi, telah selesaikan.
Tidak, kita minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik dan mohon maaf atas perbuatan beliau menghina seorang Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Cameron Highlands yang menghina sendiri...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sila duduk!
Tidak boleh duduk Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, jangan marah kita orang. Kita orang pun boleh marah juga. Jangan main-main. This is a principle issue, important issue. Ya, kita hendak perkara ini, keadilan ditegakkan.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Hendakkan keadilan pergi ke mahkamah. Saya cabar Yang Berhormat Cameron Highlands untuk memfailkan rayuan, kemudian juga Menteri Besar Pahang...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak digantung Parlimen pada hari tersebut tapi dia dihambat keluar. Dia kata stranger dengan izin kepada Parlimen. Jadi dia telah disqualified jadi Ahli Parlimen, dalam keadaan dia masih Ahli Parlimen. Jadi kita...
Peraturan 19...
Tidak payahlah you. You mana tahu...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Peraturan Speaker?
Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.
Baru jadi Ahli Parlimen lima, enam bulan sudah mahu cakap banyak.
Tidak ada peraturanlah.
You tidak ada adab langsung!
Peraturan, Tuan Yang di-Pertua.
Kau sendiri tidak ada peraturan...
[Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya minta Yang Berhormat Bukit Bendera duduk. Saya minta...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tapah, sila.
Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi kita lihat satu kepimpinan yang boleh dicontohi oleh Tuan Yang di-Pertua, di mana telah menarik setelah menyedari bahawa satu kesilapan yang telah berlaku dan beliau tarik balik.
Tidak ada isu kesilapan.
Ini bukan isu kesilapan.
Yang Berhormat Tapah, jangan.
Itu bukan satu kesilapan... [Dewan riuh]
Baik, terima kasih. Baik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kejap.
Yang Berhormat Tapah, saya bukan misguided seperti Yang Berhormat Tapah...
...Pada kekecohan ini Yang Berhormat Jelutong tak ada salah memohon maaf.
...Pergi menyertai perhimpunan ICERD. Saya bukan misguided...
Baik, baik. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk...
[Dewan riuh]
Duduk.
Ha! Dengar itu.
...Satu makhluk...
Ha! Betul.
Yang Berhormat Tapah, Yang Berhormat Tapah.
Saya minta- Yang Berhormat Tapah terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tapah, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Berlagak.
Sudah, sekian. Yang Berhormat Arau, sila duduk Yang Berhormat Arau.
Tidak, saya minta Yang Berhormat Jelutong jangan sebut perkataan perjumpaan ICERD itu. Kira habis, habis. Jangan ulang sebab apa...
...Mahu perjumpaan ICERD you mahu usul kah?
Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak. Duduk dulu.
Urusan sekarang ini ialah...
Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling. Apa lagi hendak minta keadilan.
Yang Berhormat Pasir Salak, tolonglah.
Saya rasa Yang Berhormat Jelutong tidak bersalah.
Saya...
Yang Berhormat Jelutong.
Saya tidak benarkan lagi perbincangan mengenai dengan hal ini...
[Dewan riuh]
Jelutong mesti diajar.
Minta Ahli-ahli Yang Berhormat, sila bersopan santun. Sila bersopan santun. Sila.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, adakah subjek yang sama lagi Yang Berhormat Arau? Sila, Yang Berhormat Arau. Saya beri kebenaran pada Yang Berhormat Arau.
Saya- Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya Yang Berhormat Jelutong dirujuk kepada Peraturan 38(12), memberi maklumat salah kepada Dewan, boleh? Akan tetapi, dia bangkit bertanya pada hari itu. Pihak yang membuat keputusan ialah Tuan Yang di-Pertua.
Betul.
Jadi, apa salah kalau dia kata di atas apa-apa kesalahan yang berlaku, kita memohon maaf. Sebut perkataan itu. Ini kerana kita bukan malaikat. Kita manusia biasa. Jadi, kita tak maksum.
Saya rasa yang salah itu Yang Berhormat Cameron Highlands. Yang Berhormat Cameron Highlands yang salah. Keputusan Mahkamah Tinggi...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Arau, sila duduk. Yang Berhormat Arau, sila duduk. Saya tidak boleh benarkan perbincangan yang seperti ini...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua kata, actually cukup di atas apa-apa kekurangan yang berlaku, kita sama-sama memohon maaf. Kita sama- sama, perkataan itu cantik. Sebut perkataan itu habis cerita. Kita tidak mahu timbulkan...
[Bangun]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Pasir Salak. Baik. Sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Sila duduk.
Saya minta maaf...
Kita minta Yang Berhormat Jelutong, Tuan Yang di-Pertua.
Saya tidak akan minta maaf.
Dia- apa fasal...
[Dewan riuh]
Eh! You yang start.
Apa salah, apa salah?...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta tenang. Kita teruskan kepada perbahasan. Sila Yang Berhormat Alor Setar...
[Dewan riuh]
Tidak boleh bertenang.
Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, satu kesalahan telah berlaku di Parlimen.
Betul, kesalahan Yang Berhormat Cameron Highlands di Mahkamah Tinggi.
Jadi, kita kena perbetulkan... [Dewan riuh]
Halau Yang Berhormat Cameron Highlands.
[Bangun]
Yang Berhormat Arau, sila duduk. Sila Yang Berhormat Bera.
Yang Berhormat, tidak timbul dari segi kesalahan Cameron Highlands di mahkamah yang diputuskan oleh mahkamah. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua sudah tarik balik arahan dia. Ini kerana dia tahu tindakan mengeluarkan Yang Berhormat Cameron Highlands...
Bukan tarik balik. Berikan penjelasan.
Tindakan mengeluarkan- sabarlah dulu, sabar dulu.
Sabarlah dahulu, bagi habis.
Yang Berhormat, bukan tarik balik.
Yang Berhormat Jelutong, you yang mulakan dulu.
Ada adab, ada adablah sikit. Duduk. Lepas itu hendak bangun, bangunlah.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua sudah bagi saya, duduk.
Yang Berhormat Paya Besar, duduk.
Peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah beri petua tadi.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya saja. Selama dua hari Yang Berhormat Cameron Highlands keluar, apa status dia? Sila maklumkan apa status Yang Berhormat Cameron Highlands bila dikeluarkan daripada Dewan ini, tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan ini, apa status dia? Adakah status Ahli Parlimen Cameron Highlands bukan lagi MP? Ini kerana dia dinafikan hak dia berada dalam Dewan. Itu saya hendak tanya?
Yang Berhormat Bera.
Maknanya, kalau Tuan Yang di-Pertua reverse balik keputusan dia mengeluarkan Yang Berhormat Cameron Highlands, maknanya Tuan Yang di-Pertua telah pun melakukan kesilapan...
Tidak.
...Selama dua hari tersebut.
Yang Berhormat Bera, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan. Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad dan telah diperbetulkan pada hari ini dan memberikan kebenaran untuk dia masuk balik sebagai Ahli Parlimen.
Sudah memang, memang muktamad pun.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Sudah, sudah. Siap. Cuma, Yang Berhormat Cameron Highlands menyebut satu kesilapan itu tidak betul. Tidak. Tidak, bukan satu kesilapan. Keputusannya adalah muktamad...
[Dewan riuh]
Ya, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ini buang masa saja, duduklah.
Jangan membuang masa.
Kalau hendak cabar keputusan Tuan Yang di-Pertua, buat usul. Peraturan 99. Peraturan, Peraturan 99.
Memang ada peraturan. Kalau hendak cabar Speaker, memang Peraturan 99.
Kita bukan mencabar keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kita minta Yang Berhormat Jelutong menarik balik... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk semua.
Tuan Yang di-Pertua, bagus.
[Bangun]
Sila. Baik, baik. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Puncak Borneo sila duduk. Sila. Tenang, tenang.
Tuan Yang di-Pertua, belum selesai.
Sudah.
Selagi Yang Berhormat Jelutong tidak mohon maaf dan menarik balik kerana menyebabkan dua hari...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Pasir Salak, duduk. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk. Baik. Keputusan saya muktamad. Saya hendak teruskan kepada sambungan perbahasan daripada Yang Berhormat Alor Setar. Sila Yang Berhormat Alor Setar.
Muktamad macam mana Tuan Yang di-Pertua?
Belum selesai. Macam mana ini Tuan Yang di-Pertua?
Kita mahu minta Yang Berhormat Jelutong supaya menarik balik. Itu saja. Apa susah sangat?
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan, sekarang untuk saya bahas.
Kecuali Yang Berhormat Jelutong memang ada niat jahat lah.
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan tentang perkara ini.
Buat keputusan bukan...
[Dewan riuh]
Saya sudah buat keputusan, petua telah dikeluarkan. Saya minta tidak ada lagi perbahasan. Saya minta supaya Yang Berhormat Alor Setar meneruskan perbahasan. Sila Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua hendak tunggu Tuan Yang di-Pertua masuk untuk mempengerusikan Mesyuarat kah untuk timbulkan benda ini?
Tuan Yang di-Pertua, minta depa jangan kacau saya.
Ini kerana Yang Berhormat sebagai Timbalan Yang di-Pertua mungkin tidak boleh perbetulkan, boleh kami tunggu Tuan Yang di- Pertua masuk- kita tunggu nanti.
Ini tidak hormat Tuan Yang di-Pertua ini.
Siapa yang duduk di atas Chair ini adalah buat sama keputusannya sebagai Speaker juga.
Sekarang siapa yang duduk di sana, dia Speaker.
Kalau begitu Yang Berhormat, kesalahan telah berlaku selama dua hari. Kita hendak dengar...
Tidak ada kesalahan.
Yang Berhormat Cameron Highlands- dia boleh tuntut lojing dan elaun Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua dah buat keputusan sekarang.
Dua hari dia tidak boleh tuntut elaun Mesyuarat. Sehari RM500. Lojing dia siapa hendak bayar? Adakah Parlimen boleh bayar?
Yang Berhormat Arau. Biar Yang Berhormat Cameron Highlands sendiri yang membela diri. Jangan championing dia. Biar dia sendiri minta. Dia tidak buka mulut pun.
Tidak payah hendak buka mulut.
Dia tidak buka mulut pun.
Yang kau buka mulut apa fasal?...
[Dewan riuh]
Saya minta semua duduk...
[Dewan riuh]
Hormati Dewan yang mulia ini. Saya minta semua duduk. Minta duduk. Yang Berhormat Kinabatangan duduk...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Kinabatangan duduk Yang Berhormat Kinabatangan. Duduk, duduk. Duduk Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk...
[Dewan riuh]
Okey. Minta Yang Berhormat Pasir Salak duduk...
[Dewan riuh]
Minta Yang Berhormat Pasir Salak duduk. Yang Berhormat Puncak Borneo duduk. Yang Berhormat Alor Setar, sila.
Belum selesai lagi...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, kalau macam ini saya tidak boleh hendak teruskan perbahasan. Siapa yang hendak ganggu lagi minta tolong halau dia keluar.
Saya pun...
Saya hendak selesai macam mana?... [Dewan riuh]
Boleh halau? Nak halau? Boleh, no problem.
Macam mana saya hendak bahas akta cukai ini? Mereka ini sengaja...
[Dewan riuh]
Inilah perangai pembangkang ni.
Kalau tak mahu hormat lagi Tuan Yang di- Pertua, kita halau keluarlah...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Pasir Salak, minta duduk Yang Berhormat. Hormati Dewan.
Saya hormat tetapi mesti betulkan dulu kesalahan ini...
[Dewan riuh]
Sila duduklah. Sila duduk Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk. Saya buat ruling, sila teruskan perbahasan,
Tidak ada ruling, apa ruling?...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Alor Setar. Minta Yang Berhormat Bukit Bendera duduk. Saya minta Yang Berhormat Alor Setar teruskan dengan perbahasan.
Saya hendak teruskan perbahasan saya khususnya untuk seksyen 49(1)(a) dan (b).
Tak boleh Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya Yang Berhormat Jelutong tarik dulu. Kita minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik...
[Dewan riuh]
Siapa halang lagi, saya minta halau dia keluar. Sengaja nak halang kita berbahas...
[Dewan riuh]
Tak boleh, kita minta Yang Berhormat Jelutong tarik dulu.
Kita ada banyak lagi akta nak bahas.
Tak payah geleng kepalalah...
[Dewan riuh]
Sila Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak teruskan perbahasan kepada seksyen 49.
Tak boleh! Belum selesai ya.
Tak selesai, tak selesai. Kita hendak minta Yang Berhormat Jelutong tarik.
Saya minta Tuan Yang di-Pertua siapa halang lagi, tolong halau dia keluar...
[Dewan riuh]
Tolong tarik!
Sudah berapa kali nak halang saya... [Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya lihat ini gangguan yang berterusan daripada Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Saya minta bentara halau mereka keluar, dua orang. Minta bentara jalankan tugas... [Tepuk]
[Dewan riuh]
Ha! Keluar semua.
Tak payah halau, kami keluar...
[Dewan riuh]
Kita keluar semua, kita keluar semua. Dewan yang tidak adil.
Dewan yang tidak adil, Tuan Yang di-Pertua berat sebelah...
[Dewan riuh]
Minta bentara jalankan tugas.
Teruskan rang undang-undang, tak payah bahas.
Yang Berhormat Cameron Highlands, minta keluar.
Lulus sahaja, tak payah bahas!
Saya persilakan Yang Berhormat Alor Setar untuk meneruskan perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana menghalau keluar kacau ganggu ini.
Kasihan tengok UMNO, sorang-sorang tak ada siapa yang lain sokong mereka.
Jangan sebut nama UMNO.
Yang Berhormat Alor Setar, teruskan dengan perbahasan.
Jangan sebut nama UMNO, jangan sebut nama ICERD. Jangan.
Saya tak sebut itu. Sekarang saya hendak bahas akta cukai ini.
Teruskan, saya tak ganggu.
Nak dengar, duduk.
Saya dengan Tuan Yang di-Pertua sahaja, saya tak kacau Yang Berhormat Jelutong. Saya dengan Tuan Yang di-Pertua sahaja.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak teruskan perbahasan saya khususnya untuk Akta Cukai, seksyen 49. Yang saya hendak bahas di sini adalah polisi yang baru ini, pindaan cukai ini selepas ini akan membuat pindaan atas potongan cukai pelepasan yang asalnya RM6,000 untuk life insurance dan EPF, kini kita sudah tukar kepada RM3,000 kepada life insurance dan RM4,000 untuk EPF. Saya cadangkan supaya pindaan ini mengambil kira juga tujuan hasrat yang kita nak sampaikan. Saya faham pihak kerajaan mungkin kerana kita hendak galakkan pembayar cukai ini dapat membeli life insurance yang lebih tetapi saya rasa dengan cara mengasingkan dua jenis potongan ini, sebenarnya tidak banyak menggalakkan pembelian tersebut. Ini kerana kalau kita sebagai contoh RM3,000 untuk potongan insurans dan juga RM4,000 EPF, ia lebih kurang sama dengan seorang pembayar cukai yang dengan gaji lebih kurang RM3,000 setahun dan juga pembelian insurans lebih kurang RM250,000 setiap bulan barulah boleh menikmati jumlahnya RM7,000 pelepasan tersebut. Saya anggap kalaulah begini, sebaik mungkin kalau boleh kita buat dengan cara yang lama, gabungkan sekali dua-dua ini tetapi kena naikkan bukan sahaja RM7,000 kita naik sampai RM8,000 dan kita memberi kelonggaran untuk seseorang pembayar cukai dia boleh beli insurans yang lebih ataupun bila dia dapat EPF yang lebih supaya kita ada kelonggaran untuk mereka buat financial planning. Dengan kita mengasingkan dua ini, pindaan ini saya rasa barangkali tidak mencapai hasrat tersebut. Pada masa yang sama saya tidak nampak pindaan ke atas...
Yang Berhormat Alor Setar, pencelahan sekejap. Tuan Yang di-Pertua, saya ambil peluang ini untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar UPM ke dalam Dewan untuk melihat gelagat profesional kita semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih, minta masa lebih sikit ya. Maka saya mencadangkan pada masa yang sama pihak kementerian ataupun LHDN boleh kaji. Pada waktu yang sama kita tingkatkan RM7,000 untuk pelepasan cukai itu boleh kita meningkatkan juga pelepasan cukai untuk medical insurance yang setakat ini medical dengan education campur sekali hanya RM3,000 sahaja kalau kita hendak galakkan untuk pembelian insurans untuk dapatkan pelepasan cukai. Pada masa yang sama, dalam pindaan 82, seksyen 5 memberi kuasa kepada pengarah untuk menghantar notis untuk minta pihak pembayar cukai hantar financial statement, sebelum ini hanya hantar satu akaun. Dalam peringkat ini, sama juga saya hendak tanya pihak kementerian, sebelum ini kebiasaannya kita memberi satu had masa tujuh tahun untuk simpan rekod dan sekiranya kita ada bagi kuasa lebih ataupun kuasa yang setakat ini ada, pihak ketua pengarah boleh panggil ataupun minta tunjuk dokumen-dokumen berkenaan dengan pembayaran cukai ataupun tafsiran tersebut. Saya hendak tanya, sekiranya ada pihak kementerian ataupun LHDN perlu membuat semakan yang memerlukan satu statement ataupun sesuatu dokumen yang sebenarnya sudah simpan lebih daripada tujuh tahun tetapi adakah pihak LHDN berkuasa untuk minta tersebut dan adakah tanggungjawab pembayar cukai untuk mengemukakan dokumen tersebut walaupun sudah melebihi tujuh tahun. Keempat, saya ingin sentuh sedikit Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di mana kita ada pindaan seksyen 26A dan 27 dengan meluaskan kuasa ketua pengarah untuk membuat tafsiran sebelum ini adalah orang yang kena cukai, sekarang kita meluaskan kuasa untuk membuat tafsiran tanpa nanti kepada mana-mana orang, barangkali dia sebelum ini belum membuat bayaran cukai. Di sini saya ingin membuat satu contoh yang saya ingin pihak kementerian untuk buat kajian. Kebiasaannya syarikat ini kalau dia tidak hantar Penyata Cukai 26A ataupun sebelum ini adalah GST, maka dia perlu bayar denda ataupun penalti khususnya pengarah dan juga syarikat. Akan tetapi apa kata kalaulah syarikat tersebut adalah GLC sendiri, minta Tuan Yang di-Pertua bagi lebih sedikit masa, tadi gangguan banyak. Saya ada pengalaman di Perlis adalah GLC sendiri, hotel GLC sendiri tidak bayar GST setahun. Maka akhirnya terima dendaan, pada waktu yang sama pengarah dan juga staf pun kena dendaan tetapi masalahnya dendaan tersebut caj kepada syarikat tersebut, maka akhirnya bayaran tersebut dibayar oleh syarikat yang dimiliki oleh kerajaan. Maka kesilapan oleh pengarah ataupun staf yang di bawah GLC tetapi tanggungan pihak kerajaan, adakah di bawah akta-akta ini kita boleh menjaga kepentingan kerajaan di mana kalau ada salah silap di antara staf ataupun pengarah-pengarah di bawah GLC, contohnya tidak hantar cukai service tax ataupun dulu GST, adakah mereka sendiri ada tanggung kerugian tersebut. Kalau tidak, maka kesemua kecuaian mereka ini ditanggung oleh kerajaan sendiri sahaja. Yang akhir dua ini, satu adalah Real Property Gains Tax (RGPT) di mana Akta Cukai Keuntungan Harta yang kita sudah buat pindaan di mana dulu tak payah bayar pada tahun keenam ke atas, kita sekarang bayar enam persen. Saya dimaklumkan bahawa kita ada perubahan sikit di mana kita akan membuat dasar based tahun 2000. Di sini saya ingin tanya ada dua perkara. Satu, adalah apabila kita kata lima peratus ke atas suatu premis tersebut, kalau berbanding dengan tahun 2000 maksudnya harga nilai hartanah tersebut pada tahun 2000. Saya lebih cenderung kepada cadangkan supaya kita buat satu had masa iaitu lima tahun sebelum supaya kita tidak memanjangkan jumlah tahun tersebut.
Maksudnya, kita tidak pakai tahun 2000 sebagai tahun asas tetapi kita pakai lima tahun sebelum sebagai tahun asas. Katakan seorang dia jual harta pada tahun 2018, maka kita pakai nilai tahun 2013 sebagai satu panduan, lima tahun sebelum. Lebih baik daripada kita freeze-kan satu masa pada tahun 2000 kerana ini akan memberi satu gambaran yang mungkin juga tidak menggambarkan nilai tanah tersebut. Oleh kerana JPPH menggunakan harga catatan transaction perpindahan rumah di kawasan sekeliling daerah tersebut. Ia akan menjadikan nilai terlampau tinggi. Kedua adalah, di sini kita ada satu kekeliruan bahawa kalaulah rumah kos rendah dan mampu milik yang bawah RM200,000 ini tidak dikenakan lima peratus tersebut. Saya nak tanya, adakah ini RM200,000 pada waktu premis tersebut jual pada pembeli ataupun selepas dia tukar hak milik? Maksudnya, kalaulah seorang itu beli rumah kos rendah pada waktu itu adalah di bawah RM200,000 tetapi waktu dia jual rumah tersebut adalah lebih daripada RM200,000. Adakah dia kena di bawah RPGT ini? Saya lebih cenderung kepada cadangkan supaya low cost ataupun mampu milik tidaklah semua dikecualikan daripada ini. Oleh kerana apa? Oleh kerana rumah-rumah ini adalah dibeli secara subsidi kepada pembayar. Tujuan atau hasrat adalah untuk mereka memiliki rumah, bukan untuk mereka menjual ataupun melabur. Maka, saya rasa kalaulah satu rumah kos rendah masa dia jual adalah RM50,000, masa dia tukar hak milik lima tahun kemudian adalah RM200,000 ke atas ataupun RM150,000, patut dikenakan juga lima peratus ini. Maka akhir sekali, adalah saya ada sedikit kecewa kepada apa yang kita cadangkan dalam bajet sebelum ini tidak dimasukkan dalam seksyen ini. Adalah kita ada cadangan bahawa tabung untuk sekolah, penyelenggaraan sekolah itu, saya anggap mungkin itu jika dimasukkan di bawah seksyen 44(6) aggregate income. Akan tetapi saya cadangkan supaya ianya tidak dimasukkan bawah aggregate income 44(6). Sepatutnya kalau boleh, masukkan bawah seksyen 6(a) tax rebate. Saya ingin kalau boleh kita wujudkan tabung kepada rumah ibadat bukan Islam. Dalam derma tersebut, donation tersebut sama taraf dengan seksyen 6(a) tax rebate (3) kepada zakat. Kalaulah sekarang ini bayaran zakat ini boleh dapat full exemption di bawah 6(a), maka saya minta kalau boleh pada masa akan datang, derma atau donation kepada sekolah dan juga kepada rumah ibadat bukan Islam turut letak di bawah seksyen 6(a) tax rebate supaya menggalakkan ramai orang pembayar cukai ini bagi donation kepada sekolah dan juga rumah ibadat bukan Islam. Setakat ini sahaja yang saya ingin bahaskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Kewangan 2018 dan saya mengalu-alukan pindaan dalam fasal 23, pindaan kepada Jadual I, Akta 53, iaitu Akta Cukai Pendapatan. Bahawa kadar cukai untuk small and medium enterprise yang paid-up capital kurang daripada RM2.5 juta yang akan menampakkan penurunan cukai pendapatan daripada 18 peratus kepada 17 peratus untuk RM500,000 yang pertama seperti dalam Schedule I, klausa 2A dan 2D. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kepada pembentangan Rang Undang-undang Kewangan 2018 ini sejajar dengan perkembangan antarabangsa, mesra peniaga serta ketelusan yang lebih tinggi. Dalam fasal 4 rang undang-undang ini yang meminda seksyen 2, Akta Cukai Pendapatan iaitu memperkenalkan definisi research and development sejajar dengan Frascati Manual yang dikeluarkan oleh OECD- Organisation for Economic Co- operation and Development. Definisi ini diberikan definisi yang lebih jitu, membezakan antara basic research, applied research dan juga research and development. Ini yang menggunakan tax incentives untuk menggalakkan R&D. Saya juga ingin membangkitkan isu penyertaan Malaysia dalam FHTP iaitu Forum of Harmful Tax Practices OECD- Organisation for Economic Co-operation and Development. Satu inisiatif percukaian ini merupakan komitmen Malaysia dalam standard percukaian antarabangsa. Dalam usaha menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan OECD dan G20 telah memperkenalkan standard percukaian antarabangsa menerusi Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) Action Plan dengan 15 pelan tindakan. Malaysia menyertai forum ini sebagai associate member. Melalui Dasar Percukaian dengan ketelusan melalui pertukaran maklumat yang relevan, mencegah aktiviti treaty shopping untuk mendapat manfaat di bawah Double Tax Avoidance Agreement oleh pembayar cukai. Obligasi untuk membuat laporan country by country report oleh syarikat multinasional yang mempunyai cawangan untuk transaksi merentasi sempadan. Memastikan sebarang pertikaian percukaian di bawah Double Tax Avoidance Agreement dapat diselesaikan di kalangan negara penjanji secara lebih efektif. Saya difahamkan penyertaan FHTP ini hanya mendapat pengecualian percukaian untuk R&D yang dilakukan di Malaysia sahaja dan juga pelaksanaan pewartaan Insentif Percukaian Malaysia di bawah FHTP hendaklah diwartakan selewat-lewatnya 31 Disember 2018. Saya ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri, sama ada deadline 31 Disember 2018 untuk penyertaan Malaysia di FHTP ini masih kekal memandangkan hanya tinggal beberapa minggu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali (PPCDK) yang telah berkuat kuasa antara Malaysia dengan 74 buah negara. Akan tetapi saya dapati bahawa terdapat puluhan negara lain yang belum mengadakan Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali antara Malaysia dengan negara-negara lain. Belum dikuatkuasakan, sedang dirundingkan. Apakah time frame atau apakah tindakan atau pelan untuk usaha dan cabaran baru untuk membuat perjanjian tersebut? Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengalu-alukan pengumuman dalam bajet bahawa penyertaan Malaysia dalam AEOI System iaitu Automatic Exchange of Information System yang dipelopori oleh OECD. Dengan penyertaan tersebut, autoriti percukaian Malaysia yang menerima maklumat offshore bank accounts yang dimiliki oleh warganegara dan residen, begitu juga dengan obligasi institusi kewangan Malaysia untuk membekalkan maklumat akaun warga asing atau non-Malaysian resident kepada autoriti percukaian pemegang akaun asing tersebut. Saya rasa penyertaan kita dalam AEOI System ini dapat membantu kita menangani kes-kes tax evasion ataupun lari cukai. Mereka yang menyorok wang di offshore accounts seperti di Bermuda ataupun Cayman Islands, melalui AEOI ini saya rasa Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat mengetahui berapa warga Malaysia yang mempunyai offshore accounts dan boleh mengenakan tax audit kepada tax payer tersebut. Saya juga merasa kesal, sebenarnya AEOI ini patut kita laksanakan lebih awal lagi, lima tahun lebih awal lagi supaya kes-kes seperti 1MDB, seperti Jho Low yang lari daripada membayar cukai, tax evasion dengan offshore accounts yang pindah akaun dari sana ke sini, semua ini terlepas daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, terlepas daripada perhatian tax authority, terlepas daripada percukaian. Tak perlu mereka bayar- tak subject kepada Akta Cukai Pendapatan. Saya rasa kita perlu memandang serius kerana terdapat ketirisan ataupun pelarian cukai di bawah rejim sebelum ini. Di bawah seperti kes-kes yang saya sebut tadi, 1MDB dan sebagainya. Begitu banyak ketirisan daripada percukaian atau tax evasion. Saya harap AEOI yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ini dapat membantu kerajaan untuk mengembalikan wang-wang percukaian yang disorok di offshore accounts ini. Saya harap usaha mengemblengkan tenaga dilakukan oleh Peguam Negara dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui fasiliti AEOI, melalui big data analysis. Check out semua offshore accounts ini supaya orang-orang seperti Jho Low dan juga konco-konconya sama ada mereka sebelum ini di dalam kerajaan ataupun dalam GLC dan sebagainya perlu dibongkarkan. Saya rasa ini kita perlu usaha yang gigih supaya skandal 1MDB dan juga cukai-cukai yang bakal diperoleh ini dapat dikutip balik. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu perkara berkenaan dengan tunggakan cukai pendapatan yang sepatutnya dibayar balik kepada pembayar cukai. Saya dapati laporan sehingga 31 Mei 2018 lalu, terdapat baki RM16 bilion belum dapat dibayar balik kepada pembayar cukai yang tertunggak sejak lebih enam tahun lalu membabitkan 1.6 juta kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.
Penangguhan bayaran balik cukai, refund ataupun terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) yang tidak mencukupi. Saya rasa perkara ini serius kerana akaun untuk Tabung Bayaran Balik Cukai tidak mencukupi dan ini bukan sahaja terhadap cukai pendapatan. Begitu juga dengan GST, wang-wang pembayar cukai yang masuk dalam GST akaun ini tetapi ini telah digunakan yang sepatutnya dibayar balik kepada pembayar cukai sama ada dalam bentuk GST, input tax ataupun dalam bayaran balik cukai ini telah digunakan dengan pelbagai tujuan sehinggakan apabila sampai masanya untuk membayar balik cukai pendapatan ataupun cukai input GST ini wang tidak ada, wang hilang, wang tidak ada. Ini memang satu trend bukan sahaja GST input tax begitu juga cukai pendapatan. Sehinggakan maklumat yang saya dapat, income tax yang terlebih bayar enam tahun pun belum dibayar balik. Saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan bahawa dalam bajet bahawa satu tabung satu reserved fund sebanyak RM35 bilion akan disediakan untuk pembayaran balik GST dan juga cukai pendapatan. Akan tetapi saya minta supaya SOP ataupun prosedur-prosedur, peraturan- peraturan perlu diketatkan supaya skandal-skandal, insiden-insiden yang sebelum ini berlaku semasa Menteri Kewangan Barisan Nasional ini tidak diulangi. Ini memang penting kerana sebelum ini terdapat banyak, terlampau banyak skandal-skandal dan ketirisan berlaku. Apabila pembayar cukai membayar cukai, mereka mengharapkan semua ini dapat dijaga dengan baik dan juga digunakan dengan tempat yang berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan seperkara kerana memandangkan terdapat international obligation. Kita perlu juga melihat kembali kepada Mutual Assistance of Criminal Matters Act 2002. Hanya kita menandatangani Mutual Assistance in Criminal Matters Treaty dengan 13 negara sahaja. Oleh itu apabila kita ingin mengutip balik cukai ataupun melakukan siasatan jenayah terhadap yang bertaraf antarabangsa, kita hendak dapatkan bantuan negara-negara asing baru kita dapat tahu bahawa kita punya mutual assistance in criminal matters tidak ditandatangani antara negara kita dengan misalnya Negara China, hanya 13 negara sahaja. So, apabila kita hendak katakan kita hendak angkat kita punya sistem percukaian memenuhi standard antarabangsa, international obligation dari segi sistem penguatkuasaan, dari segi mutual assistance in criminal matters perlu disusuli oleh Kementerian Dalam Negeri ataupun Pejabat Peguam Negara supaya penguatkuasaan terhadap pelarian cukai ini dapat mendapatkan bantuan daripada negara-negara yang lain.
Masa sudah tamat.
Ya. Ini sahaja ucapan saya, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Mengenai keputusan ruling tadi terhadap Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Kinabatangan, di bawah Peraturan 44(2) ingin saya tahu berapa hari mereka telah dihalau keluar oleh kerana saya tidak mahu mereka nanti masuk dan menimbulkan kekecohan lagi...
[Dewan ketawa]
[Tepuk] Minta berapa hari mereka diminta keluar. Oleh kerana di bawah Peraturan 44(2) tidak melebihi 10 hari.
Memang tidak melebihi 10 hari saya tahu. Saya beri untuk satu hari. Saya guna 44(2), satu hari untuk dua-dua orang Yang Berhormat tadi. Sila saya teruskan menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya adalah beberapa perkara sahaja. Jadi secara umumnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan kerana sudah sediakan satu belanjawan yang baik dan inilah akta-akta secara susulan kena dipinda. Akan tetapi kemungkinan ada ayat-ayat yang saya berharap dapat penjelasan sedikit selepas ini. Pertama adalah di bawah Akta Cukai Pendapatan, satu cadangan adalah untuk membuat pindaan ke atas seksyen 4A kerana dalam RUU ini dia dalam bahasa Inggeris jadi saya minta izin untuk ulang beberapa ayat dalam bahasa Inggeris juga yang akan diubah di seksyen 4A di subparagraph 2, dia kata ada tambahan, “Amounts paid in consideration of any advice given”. Dahulunya bukan begitu. Ini saya ternampak ini adalah untuk meluaskan skop untuk memastikan tidak ada pendapatan akan lari dari dikenakan Cukai Pendapatan. Namun pada masa yang sama saya berharap Menteri Kewangan beritahu adakah perubahan ini akan ada kesan yang negatif kepada perjanjian untuk mengelakkan cukai dua kali. Ini kerana sebagai seorang akauntan saya tahu seksyen 4A ini tidak diiktirafkan di banyak perjanjian, mengelakkan percukaian dua kali dengan negara-negara lain. Jadi kita tidak mahu pada masa yang sama kita hendak meluaskan atau meningkatkan pendapatan dari Cukai Pendapatan tetapi kita buat pelabur-pelabur asing kecewa kerana satu pendapatan dikena cukai di Malaysia dan juga dikenakan cukai di negara mereka. Jadi dikenakan cukai dua kali. Jadi saya harap ini dapat disemak semula, tidak ada ruang untuk dikenakan cukai dua kali. Okey, yang kemudiannya adalah seksyen 12 Akta Cukai Pendapatan juga di sini pun sebelum ini dia tidak ada mana-mana peruntukan, sekarang ada peruntukan tambahan, tambah pertama adalah subseksyen (2). Apa yang saya tertarik adalah kerana kita hendak tambah baik kita punya akta tetapi saya bimbang. Ini adalah memastikan syarikat-syarikat negara asing memberikan perkhidmatan di Malaysia ini mereka tidak dilepaskan dari bayaran cukai di Malaysia. Jadi sini kita ada sebut macam mana mereka akan dianggap sudah berniaga di Malaysia supaya mereka kena bayar cukai di Malaysia tetapi saya bimbanglah kerana di bawah perjanjian untuk mengelakkan cukai dua kali di banyak negara, di situ tidak ada sebut permanent establishment, dengan izin. Jadi saya takut atau bimbang ada percanggahan di sini dengan permanent establishment di bawah perjanjian untuk mengelakkan cukai dua kali.
Sekarang saya nak pergi menyentuh kepada cukai setem. Cukai setem ini, saya tidak ada hendak minta apa-apa pencerahan, cuma saya nak minta maklumat sahaja. Kalau boleh Menteri Kewangan boleh beritahu kerana di sini kita sudah buat pindaan sebelum ini hanya RM500,000 ke atas harta tanah yang dipindah milik adalah dikenakan tiga peratus stamp duty, dengan izin. Sekarang, kita sudah ada kadar empat peratus kalau nilai melebihi RM1 juta. Jadi saya meminta supaya kementerian memberitahu Dewan ini, sebelum ini berapa cukai setem dikutip melalui tukar milik dan dengan kadar yang baharu, berapa dijangka akan dikutip pada tahun 2019? Begitu juga di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Dahulu kita tidak mengenakan cukai kalau individu menjual atau menukar milik harta tanah mereka melebihi lima tahun. Sekarang sudah dikenakan lima peratus dan syarikat yang sebelum ini dikenakan lima peratus sudah meningkat kepada 10 peratus. Jadi saya meminta maklumat sahaja untuk pengetahuan saya sahaja dan saya fikir ramai akauntan pun berminat untuk tahu maklumat ini. Berapa banyak sudah dikutip melalui seksyen ini, cukai keuntungan harta tanah, melalui semua pindah milik? Jika kita meningkatkan kepada lima peratus ini, berapa dijangka akan dikutip pada tahun 2019? Sekarang kita pergi kepada Akta Cukai Perkhidmatan...
Dua minit lagi, Yang Berhormat.
Sebelum ini kita menganggap semua perkhidmatan yang diberi oleh service provider dari luar negara tidak dikenakan cukai perkhidmatan tetapi sekarang, sebagai tambahan, kita akan dikenakan. Saya berharap ini termasuk perkhidmatan yang diberi oleh courier atau shipowner kerana saya diberitahu kalau tidak, mereka ini akan dikenakan juga, semua freight forwarder akan mengalami, kita kata, competition tidak adil. Lagi satu, saya nak sentuh tentang perubahan-perubahan di Akta Kastam, Akta Cukai Jualan dan juga Akta Eksais. Di situ ada banyak perubahan. Kita sudah menaikkan denda-denda kalau berlaku kesalahan dan ada kita tambah adalah kesalahan yang sebelum ini tidak ada seperti kalau berlaku rasuah. Dulu tidak ada satu peruntukan untuk kenakan denda atau kalau disabitkan bersalah untuk memenjarakan mereka tetapi sekarang sudah ada. Akan tetapi, saya bimbang kalau penguat kuasa ini kita tidak kuatkan, ini akan jadi peluang yang besar bagi pegawai-pegawai untuk salah guna kuasa ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan rasuah tetapi sebaliknya akan jadi kenyataan. Akhir sekali, saya nak sentuh dalam ketiga-tiga akta ini, ada tambahan kuasa kepada pegawai supaya mereka setaraf dengan PDRM untuk melaksanakan penguatkuasaan. Ini bermakna mereka ada kuasa untuk membawa senjata api. Saya sangat bimbang kerana sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kita ada diberitahu kastam sekarang pun ada senjata api tetapi mereka tidak kawal dengan baik. Ada senjata api dalam rekod adalah beberapa bilangan tetapi realitinya bukan begitu. Peluru juga tidak ada rekod yang betul. Jadi saya harap pada masa yang sama kita nak meningkatkan kuasa mereka, jadi isu-isu ini kena dipertimbangkan juga. Dengan ini, saya habis perbahasan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Kalau ikut senarai di sini, seterusnya Yang Berhormat Pontian tetapi Yang Berhormat Pontian tidak ada dalam Dewan. Saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Rasah. Ingin berbahas? Kalau tidak, saya minta Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat terakhir dalam senarai ini. Sila Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada, pertamanya, ialah fasal 95 mengenai dengan seksyen baharu yang akan dikenakan iaitu seksyen 41A di mana mengatakan bahan mentah boleh mendapat pemotongan cukai jualan. Jadi memandangkan ia akan dilaksanakan pada 1 Januari 2019, barangkali pihak kementerian boleh menerangkan kepada kita, apakah mekanismenya? Sebab, sehingga sekarang, mekanismenya belum lagi diumumkan. Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah mekanismenya. Sebenarnya ramai yang akan mengalu-alukan keputusan kerajaan ini. Kedua, saya merujuk kepada fasal 85. Fasal 85 mengenai dengan komisen di mana ada yang bertanya komisen yang dibayar kepada warganegara asing, adakah ia akan dianggap sebagai imported service? Sungguhpun Service Tax Regulation First Schedule ada memberi definisi taxable service tetapi bagi bayaran komisen, ia adalah tidak begitu jelas. Saya memberikan contoh. Bagi kilang yang mengeksport perabot mereka ke luar negara di mana mereka ada ejen-ejen di luar negara, apabila pekilang di sini yang membayar komisen kepada mereka, adakah ia dianggap sebagai imported service? Ini yang ditanya- tanya oleh pengeksport. Selain daripada itu, yang lagi satu ialah mengenai dengan kuasa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau di mana sekarang akan diberikan kuasa seperti pihak PDRM, seperti polis. Kita faham. Kalau bagi kita nak membanteras penyeludupan rokok ataupun liquor, memang kita perlukan penguatkuasaan yang lebih ketat untuk melawan mereka. Akan tetapi bagi peniaga yang biasa, barangkali mungkin mereka akan merasa ragu dan takut terhadap rang undang-undang yang baharu ini di mana sebelum ini mereka pernah mengalami di mana apabila pihak income tax pergi ke syarikat mereka dengan pergi satu van dengan begitu ramai pegawai masuk ke pejabat mereka, angkat semua dokumen mereka, jadi mereka sudah ada fobia. Jadi apabila rang undang-undang ini mengatakan pihak kastam mereka boleh pergi ada kuasa seperti polis, mereka ada rasa ragu sedikit.
Akhir sekali yang saya hendak tekankan di sini ialah service tax yang telah dilaksanakan. Terdapat segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, mereka cuba lari daripada membayar service tax. Ini telah mengakibatkan implikasi kepada peniaga-peniaga yang jujur, yang membayar service tax. Oleh kerana segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, mereka menggunakan tipu helah, tidak bayar service tax, maka mempunyai advantage berbanding dengan peniaga yang jujur, yang bayar service tax. Jadi, bagi perihal ini, saya berharap supaya Jabatan Kastam, mereka boleh mengambil langkah ataupun tindakan yang sewajarnya, di mana saya mendapat aduan daripada para peniaga yang jujur. Apabila mereka mendapati ada segelintir kecil peniaga yang tidak jujur, mereka hendak buat laporan kepada Jabatan Kastam, malangnya ataupun sedih di mana Jabatan Kastam tidak mengambil berat terhadap aduan mereka. Sering mereka mengadu bahawa apabila mereka membuat panggil kepada Jabatan Kastam, tiada orang yang menjawab telefon mereka. Jadi saya berharap supaya kementerian dapat mengambil berat tentang hal ini. Saya pernah pergi ke Jabatan Kastam. Saya duduk sahaja di sana, saya cuba hendak lihat bagaimana keadaan di sana. Saya sungguh hairan sebab tidak ada bunyi telefon yang berbunyi, sedangkan saya minta rakan saya daripada luar untuk menelefon jabatan tersebut, pejabat tersebut tetapi tidak ada bunyi telefon yang berbunyi. Di luar sana memang mereka telefon tetapi tidak ada orang jawab telefon. Jadi, dalam hal ini saya berharap supaya kementerian dapat mengambil maklum dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Ini terutamanya yang saya sebut tadi. Peniaga yang jujur bayar service tax tetapi peniaga yang tidak jujur mereka tidak bayar service tax, maka mereka tidak dapat compete, yang jujur itu tidak dapat bersaing dengan mereka yang tidak jujur. Apabila mereka hendak minta bantuan daripada Jabatan Kastam, mereka tidak dilayan. Jadi saya harap supaya pihak kementerian dapat ambil berat tentang hal ini sebab kita mesti menggalakkan peniaga yang jujur. Kita perlu melindungi mereka yang jujur. Dengan itu, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Telah ada lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Pendang. Saya minta satu wakil daripada PAS tidak bercakap lagi.
Minta satu lagi. Sila, saya jemput Yang Berhormat ada satu lagi perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyentuh dua perkara sahaja berkenaan dengan Cukai Jualan ini yang mana yang pertamanya Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Cukai Automobil ataupun yang bersangkutan dengan spare part barang- barang yang mana sekarang ini, barang-barang kereta, alat ganti kereta yang kita dapati harga-harganya tidak dipamerkan dan kita tidak tahu berapa Cukai Jualan yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepada pengguna-pengguna yang menentukan spare parts automobil ini. Ini juga kita minta pihak kerajaan supaya memberi tumpuan khusus. Ini kerana kadang-kadang kita ada yang spare part daripada barang-barang lama yang diproses, yang dipanggil kedai barang lama ini untuk dijadikan spare part. Jadi inilah yang kita lihat satu kelonggaran cukai ataupun lubang cukai yang kerajaan tidak dapat hendak mengutip secara maksimum. Ini kerana tidak ada satu pemantauan ataupun kejujuran daripada peniaga-peniaga ini untuk mereka membayar cukai kepada kerajaan dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan, itu. Keduanya saya hendak minta juga pihak kerajaan menumpukan kepada ataupun emphasize to collect the GST previously yang tidak bayar oleh dengan izin peniaga-peniaga kita yang tidak seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi yang tidak jujur. Sedangkan mereka sudah mengutip GST dahulu sebelum 9 Mei, mereka sudah kutip daripada consumer ataupun pengguna-pengguna tetapi apabila tiba 9 Mei, berlaku peralihan kuasa, mereka tidak bayar tetapi tuntutan dibuat. Ini merugikan perolehan kerajaan. Kita minta Yang Berhormat Menteri tolong melihat. Saya kalau tidak ada kepastian, mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri senarai yang kemungkinan yang telah dibentangkan oleh Audit yang baru ini yang mana kita lihat banyak lagi peniaga yang tidak membayar GST kepada kerajaan yang dikutip sebelum 9 Mei. Jadi kalau selepas 9 Mei, kita boleh ada give and take because, sebab masa itu kita sudah ada mansuhkan GST dan kita ada satu cadangan baru 1 September untuk mengutip GST. Ini juga Cukai Jualan yang mana kita lihat sebelum ini, semasa kita ada GST di tempat- tempat kedai-kedai makan, fast food dan sebagainya telah dimasukkan SST dahulu walaupun pada ketika itu ada GST. Pada ketika sekarang, diteruskan SST, GST tidak ada tetapi pada ketika itu SST tidak dilaksanakan kerana kita telah menggantikan SST dengan GST pada ketika itu telah tetapi kedua-dua cukai ini dikutip. Akan tetapi adakah untuk maklumat Yang Berhormat Menteri, mereka ini membayar SST pada ketika itu dan juga GST. Ini juga perlu dilihat di mana kita tengok lompang ini seperti mana peniaga-peniaga makanan segera, KFC, McDonalds dan juga kedai-kedai mamak, kedai nasi kandar yang di situ sudah lama diletakkan SST. Sekarang ini ditambah SST, kita terimalah sebab memang ini pelaksanaan daripada peringkat dasar kerajaan. Akan tetapi sebelum ini pun sudah ada. Jadi ini kita tengok, kita melihat kepada pemantauan yang mana ini mungkin dalam bidang kuasa Menteri KPDNHEP tetapi saya minta jugalah kerjasama Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk melihat ataupun membawa kes-kes seperti ini dalam Mesyuarat Kabinet supaya dapat dipantau, di dalam pengetahuan Menteri KPDNHEP ini. Ini kita panggil kerjasama dalam satu tindakan untuk membantu rakyat dan kita sangat menyokong kerajaan membuat satu polisi dan prosedur bagi mengutip balik perolehan negara yang dikatakan hilang itu untuk kita membangunkan negara kita, Malaysia baharu ini. Ini benda-benda yang kita bangkitkan. Juga cukai-cukai yang kita pinda ini adalah bertujuan untuk menutup lubang-lubang salah laku yang dilakukan oleh peniaga dan sebagainya. Kalau masih ada lagi salah laku ataupun lubang-lubang yang tidak boleh ditutup, kita perlu melihat kembali undang-undang yang perlu kita gubal. Contohnya macam mana kita mengutip perolehan negara di sempadan-sempadan, sama ada di sebelah utara dan juga di sebelah selatan. Ini kecuali sebelah utara dan juga sebelah timur di antara sempadan Malaysia dengan- banyak kita kehilangan perolehan negara akibat daripada sistem kita. Ini termasuk juga minyak, pemandu-pemandu teksi yang sebelah Malaysia tidak boleh menyeberang masuk ke sebelah sana kerana kenderaan di sana sudah menunggu dan tidak dibenarkan. Akan tetapi kenderaan di sebelah sana boleh melepasi sempadan sehingga ke Kuala Lumpur dan juga Singapura. Ini kita tidak melihat perolehan cukai yang perlu kita utilize, kita perlu guna untuk mendapatkan perolehan negara hasil daripada border crossing ini. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita lihat benda-benda ini sebagai satu lubang yang kita kehilangan banyak perolehan hasil daripada Cukai Pelancongan ini. Saya sentuh dua tiga perkara. Jadi dalam kita meminda Cukai Jualan ini bertujuan untuk mengurangkan penipuan dan juga kita akan mendapat lebihan pendapatan negara dan juga kita masih ada lagi beberapa kelemahan-kelemahan yang kita belum lihat dan cukai ini perlu kita selalu review, dengan izin, dari semasa ke semasa bagi kita mendapat perolehan negara untuk perbelanjaan pembangunan rakyat sekalian.
Saya ingat itu sahaja ucapan saya Tuan Yang di-Pertua dan juga saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada enam Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Akta Kewangan 2018 ini. Saya mula dengan menjawab soalan yang ditujukan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat daripada Rembau berkaitan dengan pembayaran balik GST. Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat Rembau. Saya ingin menyatakan bahawa apa yang disebutkan dalam Dewan yang mulia ini pada 8 Ogos adalah mengikut audit semakan yang terkini. Sebenarnya bila kita lihat jumlah yang diumumkan pada 31 Mei, ini bukan sekadar satu bulan pada 31 Mei tetapi itu ialah suatu angka yang telah boleh anggap secara terkumpul sejak tahun 2015. Akan tetapi untuk memastikan bahawa angka ini telah menjalankan semakan audit, itulah sebabnya ia tidak diumumkan lebih awal. Apabila audit menjalankan kerja mereka, semakan mereka adalah pada 5 Jun. Pihak kerajaan atau pihak kementerian tunggu sehingga JKDM- Jabatan Kastam Diraja Malaysia siap semakan mereka, barulah pengumuman dibuat pada Dewan yang mulia ini pada 8 Ogos. Ini adalah berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 4 Disember, tetapi nampaknya ia tidak dapat liputan luas media di mana Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyatakan bahawa merujuk kepada tafsiran beberapa pihak terhadap Laporan Audit Negara berkaitan status tunggakan tuntutan pulang balik sebanyak RM19.47 bilion bagi tempoh April 2015 hingga 5 Jun 2018 yang telah menimbulkan kekeliruan. Jabatan Kastam Diraja Malaysia ingin memberikan penjelasan berikut. Satu, sebenarnya permohonan tuntutan pulang balik sebanyak RM19.47 bilion sedang dalam semakan- audit major Jabatan Kastam Diraja Malaysia semasa Laporan Audit Negara disediakan iaitu pada 5 Jun. Semakan ini kini telah selesai dilaksanakan dan RM19.47 bilion telah diluluskan untuk dibuat bayaran pada akhir bulan Julai 2018. Walau bagaimanapun, tiada dana yang cukup dalam tabung bayaran balik GST untuk membayar tunggakan tuntutan pulang balik ini. So itu adalah secara ringkasnya kerana kalau kita lihat di bawah undang-undang, jumlah tunggakan tuntutan pulang balik ini perlu dibayar memandangkan kebanyakan tuntutan ini adalah merupakan tuntutan sahih dan perlu dibuat bayaran di bawah peruntukan seksyen 54(2), Akta GST 2014. Semua wang GST hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Amanah GST. Kesemua atau sebahagian daripada wang tersebut kemudiannya boleh dipindahkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan dengan kelulusan Menteri Kewangan. Malangnya, ini tidak berlaku. Semua wang kutipan GST telah dimasukkan terus ke dalam Akaun Hasil Disatukan tanpa kelulusan Menteri Kewangan. Hanya peratusan tertentu yang tidak mencukupi dana dipindahkan ke dalam Tabung Amanah GST. So pada 31 Mei, Tabung Amanah GST masih memerlukan pemindahan hasil sebanyak RM19.2 bilion untuk membiayai bayaran balik GST yang telah atau akan diluluskan iaitu harus membayar balik RM19.4 bilion. Akan tetapi kerana Tabung Amanah GST, bayaran balik GST hanya RM148 juta, bermakna ada shortfall, ada kekurangan dana sebanyak RM19.2 bilion dan tentu pihak kerajaan tidak ada wang yang cukup seperti yang kita telah umumkan sebelum ini. Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30 April 2018. So, di sini kita buat pengumuman hanya selepas semakan audit yang terkini dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia di mana mereka sendiri telah sahkan ia harus dibayar. Untuk pengetahuan semua pihak tentang satu teguran audit bahawa ada RM900 juta dituntut oleh dua buah syarikat dan memberikan gambaran seperti RM900 juta dibayar kepada dua syarikat, sungguhpun mungkin mereka tidak berhak untuk membuat tuntutan sedemikian. Saya telah mendapat maklumat daripada pihak Jabatan Kastam Diraja bahawa tidak ada sebarang kehilangan dana sungguhpun tuntutan RM900 juta GST, bayaran balik GST dibuat daripada atau dituntut daripada dua buah syarikat ini. Sebenarnya yang membuat bayaran balik oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kepada kedua-dua syarikat adalah sebanyak RM188 juta, bukanlah RM900 juta. Kedua-dua syarikat ini adalah syarikat milikan GLC 100 peratus daripada milikan Kerajaan Persekutuan. So, di sini sekiranya ada sebarang kebimbangan, keraguan, ini pun adalah milik 100 peratus GLC, milikan Kerajaan Persekutuan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan atas penjelasan tadi. Sebenarnya penjelasan hari ini lebih teliti daripada apa yang diberi sebelum ini, memberi gambaran yang jumlah tersebut telah dalam semakan. Saya hendak sahkan apa yang disebut oleh Menteri bahawa pada 5 Jun ataupun apabila audit ini dibuat oleh Jabatan Audit Negara dalam semakan daripada RM19.47 bilion ini adalah RM9.65 bilion dalam semakan. Masih lagi dalam semakan, that’s when audit was done in June. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan, Jun to Julai, one or two months, maka RM9.65 bilion yang dituntut ini dapat disemak within one, two months ya. Itu Yang Berhormat Menteri sebut sebab dalam semakan waktu audit dibuat dan dalam tempoh sebulan, dua bulan dengan kecekapan yang luar biasa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dapat disemak semua hampir RM10 bilion. Kalau itu betul, maka saya minta satu lagi pengesahan, yang kedua saya minta supaya dashboard Auditor General dikemas kini. Ini sebab apabila ada perubahan dalam apa-apa perkara yang telah disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara, ia boleh disemak kini dalam dashboard. Saya tahu sebab ada pengalaman kementerian saya sendiri. Kedua, tadi Yang Berhormat Menteri kata tidak dibayar balik sebab tidak ada cukup duit dalam akaun yang digunakan untuk membayar balik input tax claim ini. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, ini juga tak berapa tepat. Ia tak berapa tepat sebab duit itu dimasukkan ke dalam akaun tersebut apabila ada keperluan untuk membayar. Saya akui bahawa ada kelemahan dalam pengurusan pembayaran balik GST zaman pentadbiran kerajaan yang lama. Akan tetapi untuk mengatakan bahawa duit dirompak dan tidak diberi, tidak betul. Ini sebab logik dia, kalau RM9 bilion hampir RM10 bilion masih lagi dalam semakan pada Jun 2018, masih lagi tidak disahkan untuk bayar balik. Kenapa kerajaan hendak letak dalam akaun untuk bayar GST RM10 bilion? It’s still not been approved to be paid. So, what you do, managing cash flow in government, dengan izin, adalah tunggu sehingga semakan itu dibuat, barulah transfer daripada Consolidated Fund kepada akaun tersebut supaya dibayar.
Bukan letak RM10 bilion dalam akaun itu dengan tuntutan yang belum disemak ataupun belum disahkan lagi. Duit itu datang daripada future tax payment. Sebab itu kita– waktu itu kita tidak tahu kita akan kalah pilihan raya. Kita masih lagi anggap bahawa ada kutipan GST untuk bulan Jun, Julai, Ogos dan sebagainya yang mana sebahagian akan dimasukkan dalam akaun untuk dibayar balik input tax credit. Itu pengurusan aliran tunai ataupun cash flow management. Menteri, I am not saying what we did was entirely right. There were weaknesses tetapi untuk mengatakan bahawa the entire sum of almost RM20 billion, dengan izin, dirompak adalah tidak tepat. Sebab pada bulan Jun, masih lagi tidak disemak sejumlah RM10 bilion, almost RM10 billion. Why put in the account RM10 billion, sedangkan masih lagi belum dapat disemak. After July, okay kita letakkan dalam akaun untuk dibayarkan balik GST, sebab sudah disemak oleh Kastam Diraja Malaysia dan boleh dibayar balik. Saya minta Menteri.
Terima kasih pada Yang Berhormat Rembau yang membahaskan perbekalan ini secara waras. Ini sesuatu yang saya pun hendak tanya, mengapa jumlah sebesar ini boleh dibiarkan sejak tahun 2015, 1 April. I mean this is an outstanding incredible amount. Itu masalahnya datang kerana pada masa itu bila ada cash flow committee mereka tidak mahu lepaskan wang. Mereka mahu tunjukkan itu defisit fiskal mengikuti apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu. Bila Yang Berhormat sebut tentang semakan, kalau kita lihat Audit, 31 Mei adalah RM19.47 bilion tetapi 5 Jun ialah RM19.55 bilion. Sungguhpun pada 5 Jun sudah di zero- rated tetapi masih ada bayaran kerana ia adalah belakang dua bulan. Setiap dua bulan bayar. So, dia ada belakang dua bulan, itu adalah kutipan yang diterima. Kalau kita lihat, sekiranya ada perbezaan, kalau kita buat reconsideration tentang angka-angka ini, ini saya rasa kerana- saya dimaklumkan, saya belum dapat itu kepastian 100 peratus. Akan tetapi kononnya- mereka agak keberatan untuk buat siasatan secara cepat kerana sekiranya buat cepat, tidak mampu bayar, macam mana? That was their problem. So, yang bila kita sebut RM19.47 bilion, bukan bulan Mei. Ini adalah secara terkumpul sejak tahun 2015.
[Bangun]
Okey. No, saya habis dahulu. Nanti saya akan jawab. Okey, ini yang pertama. Kedua, bila saya sebut tentang jumlah, bila perkara ini buat kali pertama didedahkan sehingga Yang Berhormat Rembau pun terkejut, kerana memang tidak tahu langsung perkara seserius seperti ini. Ini saya dedahkan di Parlimen pada 8 Ogos iaitu selepas semakan selama dua bulan dibuat secara betul-betul. Di sini kita harus faham bahawa bila Yang Berhormat sebut tentang wang, itu tidak rompak kerana ia tidak digunakan tanpa pengetahuan dan kebenaran pembayar cukai. Ini saya tidak setuju. Mengapa saya cakap demikian? Bila kerajaan terima wang di bawah Undang-undang GST yang sedia ada, mesti masuk kepada Tabung Amanah GST dahulu, baru boleh dipindahkan keluar kepada Kumpulan Wang Disatukan. This is the law. Ini bukan saya tetapkan punya. Itu ditetapkan oleh Parlimen, di mana rang undang-undang ini dibentangkan oleh tidak lain tidak bukan, Menteri Kewangan. Akan tetapi ini tidak dipatuhi. Mereka masuk terus kepada Akaun Hasil Disatukan supaya mereka boleh gunakan wang ini dahulu. Itu sebab kerap kali berlaku tidak ada cukup dana untuk buat bayaran.
[Bangun]
Itu adalah sebabnya bila saya dicabar oleh mantan Perdana Menteri tentang perkara ini, saya sebut mudah sahaja. Kalau orang yang tidak faham akaun– Nanti sekejap, nanti sekejap. Saya akan jawab. Kalau orang yang tidak faham akaun, mudah sahaja. Tanya 121,000 orang, 121,000 individu dan syarikat yang tidak boleh dapat bayaran balik GST, tanya mereka adakah benar atau tidak mereka di hutang wang bayaran balik GST daripada kerajaan lama? Itu mereka lah saksi yang paling kukuh, sampai ada Ahli Parlimen dari sebelah sana, dia pembangkang, sendiri yang jumpa saya, minta kalau boleh cepat-cepat buat bayaran. Ini kerana syarikat dia pun di hutang juta ringgit. Itu memang. So, kadangkala saya cakap, nasib baik ada tukar kerajaan kerana tukar kerajaan boleh dapat bayaran GST. Kalau tidak tukar kerajaan, sampai hari ini pun tidak dapat bayaran balik lagi. So, itulah perbezaan.
[Bangun]
Saya hendak satu perkara sahaja, saya akan beri jalan.
Saya mohon mencelah. Hulu Langat mohon mencelah. Okey terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya sangat setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Dalam Akta GST 2014, bila kastam dapat duit, dia kena masukkan ke akaun amanah dan daripada akaun amanah itu, barulah dipindahkan kepada akaun hasil terkumpul kerana ketika dalam akaun amanah, kerajaan sepatutnya membayar balik refund yang diminta oleh pihak kastam. Mengikut apa yang telah disebut oleh Ketua Pengarah Kastam sendiri, memaklumkan bahawa sejak dari tahun 2015, sejumlah RM82.9 bilion, mereka telah claim kepada Tabung Jawatankuasa Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST ini. Cuma kerajaan mampu membayar hanya RM63.6 bilion sahaja. Bererti, ada baki sebanyak RM19.4 yang sebenarnya mereka telah minta, maknanya syarikat-syarikat telah minta refund daripada kastam dan kastam telah memprosesnya. Cuma prosedurnya, apa yang telah diclaim oleh kastam untuk dipulangkan kepada pembayar GST itu, mereka akan mengadakan semakan kedua. Jadi, saya percaya bahawa apa yang kastam mohon kan kepada Jawatankuasa Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST ini bukan suatu yang kosong. Ia ada asasnya. Cuma ia perlukan kepada endorsement. Jadi, menunjukkan dari tarikh 2015 hingga tahun 2018 ini, permohonan yang dikemukakan oleh kastam kepada Jawatankuasa Kumpulan Wang ini sebanyak 35 kali dan mereka tidak dapat pembayaran itu. Jadi sebab itu saya percaya, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Rembau tadi bahawa tidak sangka kerajaan ini akan kalah. Bererti, kita telah menggunakan duit daripada Tabung Amanah itu, yang sepatutnya dipulangkan dalam masa 14 hari, sekiranya telah berjaya mengisi Borang GST03.
[Bangun]
Akan tetapi kegagalan inilah yang membuktikan kepada kita bahawa kerajaan yang lepas telah gagal membayar apa yang sepatutnya dibayar. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya habis, nanti saya beri kepada Yang Berhormat Rembau. Apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Hulu Langat ialah tepat sekali. Tepat sekali. Sungguhpun untuk sesuatu perkara agak kompleks, beliau boleh faham dan tangkap dan juga boleh ceramah dengan begitu bernas sama sekali. Inilah kedudukan wang yang seharusnya masuk kepada Tabung Amanah tidak dimasukkan dan dimasukkan kepada Akaun Hasil Disatukan dan bila masuk kepada Akaun Hasil Disatukan, ia digunakan tanpa pengetahuan dan juga kebenaran pembayar cukai. Itulah sebabnya mereka kena tunggu lama, tidak dapat bayaran balik. Saya hendak rujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang juga digunakan oleh pihak Yang Berhormat. Saya rujuk kepada tempoh pembayaran tuntutan pulang balik- modul pulang balik. Arahan Perbendaharaan menyatakan, “Ketua Jabatan atau ketua pejabat hendaklah meminta supaya semua bil dan tuntutan GST disampaikan dengan segera. Mereka hendaklah memastikan bahawa bil itu dibayar dengan segera, tidak lewat 14 hari”. Okey, saya rasa Yang Berhormat Rembau pun tahu. Itu undang-undang. “Hasil Analisis mendapati sebanyak RM16,686 daripada lebih daripada 1.2 juta transaksi pembayaran pulang balik oleh akauntan Jabatan Kastam Diraja Malaysia setelah tuntutan pulang balik oleh mereka dan disahkan berjumlah RM10.41 bilion telah dibuat melebihi 14 hari, iaitu antara 15 hari hingga 532 hari bekerja bagi tahun 2015 hingga tahun 2017”.
So mengikut mereka, kalau kita lihat yang membayar lebih daripada 14 hari adalah sejumlah RM10.41 bilion. So, itu adalah satu jumlah yang agak besar, menunjukkan dan mengesahkan bahawa memang tempoh 14 hari ini tidak dipatuhi. So, itu yang pertama. Kedua, saya hendak sebutkan lagi. Apabila semakan ini dibuat, kita kena cari wang untuk membuat bayaran balik, itu bukan suatu perkara yang kita pandang ringan. Kalau hendak minta dividen khas daripada Petronas, memang Petronas sendiri pun tahu kerana mereka pun dihutangkan dengan bayaran balik GST, suatu angka yang agak besar. So, mereka tahu itulah masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Kita amat menghargai sumbangan daripada Petronas untuk mengatasi masalah ini. Saya ingin memberikan jaminan bahawa kita tidak akan membayar tanpa semakan audit yang menyeluruh. Itulah sebabnya apabila pengumuman dibuat, bukanlah dibuat pada 5 Jun, bukan dibuat pada bulan Julai. Ia dibuat pada 8 Ogos dan bukan seperti yang disebutkan- ini memang kita faham ada mungkin dianggap dua bulan boleh semak semula RM19 bilion, tidak. Ini adalah suatu proses yang telah berlarutan sejak 2015. It is an ongoing process, dengan izin. Thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu memanjangkan cerita ini. Cuma kita hendak kena dapat kepastian. Saya tidak nafikan kalau sekiranya betul duit kutipan GST itu terus masuk ke dalam Consolidated Fund dan tidak dimasukkan dalam GST fund. Itu memang salah. Akan tetapi kepastian yang saya hendak pada hari ini adalah berikut. Kalau kita lihat kepada Laporan Ketua Audit Negara yang dirujuk. Jadual 2.18, muka surat 26. Tempoh tunggakan tuntutan pulang balik yang telah diluluskan tetapi belum dibayar bagi tempoh April 2015 hingga 5 Jun 2018. Ini RM1.4 bilion, the one in the Audit Report, because this sample is important to determine how Custom does their work, dengan izin. Sebahagian besar daripada transaksi tersebut berada dalam tempoh masa yang dibenarkan oleh Arahan Perbendaharaan 103(a) iaitu 14 hari, yang kurang daripada lapan hari, 1,555 transaksi, 58.5 peratus. Tempoh tunggakan lapan hingga 14 hari, under two weeks, dengan izin, 529 iaitu hampir 20 peratus. Maksudnya, Jabatan Kastam apabila disahkan semua ini, most of it are recent claims. Jadi, mereka dapat proses tuntutan yang mutakhir. Jadi, kenapa ada sampai RM10 bilion pada waktu itu yang masih lagi dalam semakan? Sudah pasti kalau hendak mengikut urutan claims, kita semak yang dahulu dulu, bukan yang terkini. Oleh sebab yang dahulu sudah menunggu lama berbanding dengan yang menuntut hari ini. So, there must be something wrong with the RM10 bilion yang tidak dapat disemak dengan kadar yang cepat seperti mana yang dibuat oleh bilangan transaksi yang saya sebutkan tadi. Oleh sebab itu, saya hendak tahu kenapa daripada RM10 bilion ini, tadi Yang Berhormat Menteri kata ongoing tetapi sudah pasti kalau ongoing, sudah disemak dan diluluskan, mestilah dimasukkan dalam jumlah yang diluluskan tetapi tidak masuk dalam jumlah yang diluluskan. Apa yang ongoing selama tiga, empat tahun ini untuk bilangan one transaction. How it can be ongoing for three, four years? Jadi, apabila dalam semakan ini mengambil masa yang begitu lama sekali, Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi bahawa daripada RM10 bilion itu sampai ada tunggakan daripada tiga, empat tahun yang lepas, inilah sebab tidak ada rasa urgency untuk memindahkan duit daripada- kepada GST fund. I’m not saying that it was right to put it in the Consolidated Fund tetapi oleh sebab kastam left RM10 bilion tanpa disemak, that didn’t escalate up, so there was no urgency to transfer the fund. Itu maksudnya bukan rompakan. I am managing the cash flow, nobody is telling me that the RM10 billion has been approved, dengan izin. I am not going to put it into the GST fund. Itu- that is what I am asking.
Terima kasih. Saya rasa itu sesuatu hujah. Apa yang kita dapat jawab ialah yang pertama, untuk pihak Kastam, apabila mereka dituntut oleh syarikat untuk mendapatkan bayaran balik dan mereka tidak ada wang untuk membayar balik, itu adalah jawapan yang paling baik, because semakan masih dan sedang dijalankan. Apabila semakan siap, apa yang boleh mereka jawab lagi? Ini kerana masalah utamanya ialah tidak ada wang dalam tabung amanah GST. Kastam pun telah membuat banyak permohonan kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) iaitu Tan Sri Dr. Mohd. Irwan tetapi telah ditolak oleh beliau dan ini memang telah pun disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam. Satu lagi tentang rajah 2.18 yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. I think you are looking at the transaction, you are not looking at the amount volume. So, I think you are comparing- you cannot be comparing apples to oranges. Apa yang disebutkan ini ialah dalam aspek peratusan, dari aspek bilangan transaksi, bukan dari segi wang. So, itulah kita boleh lihat di sini, kalau tuntutan ini adalah jumlah kerja, mereka mampu bayar, mereka bayar. Akan tetapi kalau melibatkan jumlah wang yang begitu besar, itu mereka tidak mampu berbuat demikian. Saya rasa Yang Berhormat ada rajah, you look at the first column. Bilangan transaksi, peratusan adalah berkaitan dengan bilangan transaksi, bukanlah dari aspek jumlah. Jumlah yang kurang lapan hari RM342 juta, lapan hingga 18 hari adalah RM376 juta. Ini adalah kira-kira RM700 juta daripada RM1.4 bilion yang telah pun disahkan untuk dibayar balik. So, it is only 50 percent, it is not what you said, 70 percent, bukan. Akan tetapi lihat di bawah sini, yang melibatkan lebih daripada 14 hari is RM700 million. So, di sini kalau kita lihat dari segi bilangan, memang oh mereka akan cuba proses untuk tuntutan di mana ia melibatkan jumlah yang kecil. Akan tetapi yang melibatkan jumlah yang besar, ratusan juta, bilion, berbilion-bilion. Itu akan selalu dilambatkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana pada masa itu mereka tidak ada wang yang cukup untuk membuat bayaran...
Sekejap.
Sekejap.
Akan tetapi yang ini adalah RM1.4 bilion.
Yang Berhormat Menteri, Pendang.
Ya, wait, wait, wait. Ini adalah RM1.4 bilion yang telah disahkan, yang lain-lain, yang tengok yang telah disahkan pun mereka ada masalah. Mereka ada masalah untuk membuat bayaran. Jangan sebut tentang yang belum disahkan yang mereka takut untuk sahkan kerana kalau disahkan, tidak ada wang untuk membuat bayaran. Bolehkah Yang Berhormat Rembau bagi jalan kepada Yang Berhormat Pendang kerana dia sudah bangun banyak kali.
Kalau sekiranya nanti...
Just give me one, I’ll give it to you after this.
Yang Berhormat Pendang, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat maklumat daripada Yang Berhormat Menteri, maknanya GST accumulative refundable tax input ini bermula daripada 2015. 1 April 2014, GST telah dilaksanakan. Jadi, tahun 2015 ia bermula tetapi– saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kita sudah ada SOP dalam procedure collect kutipan GST ini iaitu dalam tempoh 28 hari melalui tuntutan e-mel dan juga 14 hari yang direct, terus kepada bahagian cukai. Jadi, kita ambil yang 28 harilah. Ini SOP yang telah berlaku daripada 2015 sehingga sekarang, terkumpul ataupun accumulative sehingga RM19.4 bilion ataupun kita make it round lah, RM20 bilion lah. But, okay RM19.47 billion, dengan izin, yang ini kita lihat SOP 14- 28 hari ini, kenapa tidak dilaksanakan? Siapakah yang bersalah dalam hal ini daripada 2015 menyebabkan accumulative refundable tax input ini sehingga RM19.47 bilion?
Ini satu kesalahan yang besar. Ini kerana, kalaulah ikut prosedur 28 hari tuntutan dibuat, kutipan dibuat dan tuntutan pun dibuat oleh peniaga, dia akan tidak ada tunggakan, arrest tidak akan berlaku. Sehingga RM19.47 bilion ini salah siapa? Sama ada kerajaan ataupun kelemahan kutipan daripada kastam ataupun kelemahan daripada kastam untuk membayar balik tax refundable GST ini. Ini persoalan yang saya bangkitkan. Jadi, kita melihat pada sini, kita minta pihak yang berkuasa di bawah Yang Berhormat Menteri Kewangan siasat ini, dakwa mereka yang terlibat, tidak mengikut SOP dalam masa 28 hari ini sebab terlalu lama. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang, yang saya rasa sudah tangkap perkara pokok iaitu siapa yang bertanggungjawab atas sesuatu skandal di mana bayaran balik GST tidak dilaksanakan. Sebenarnya dalam tempoh masa 14 hari. Kalau kita lihat kenyataan dikeluarkan oleh mantan Menteri Kewangan yang nafikan beliau ada berikan sebarang arahan, nampaknya beliau mempersalahkan bekas KSP kerana bekas KSP buat keputusan tanpa kebenaran beliau. Sama ada ini benar atau tidak, kita serah kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pelbagai pihak. Saya percaya pun akan bergantung kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. So, di sinilah kita lihat masalah. Masalah di mana KSP tidak mahu berikan kelulusan untuk memindahkan wang yang secukupnya atau mencukupi daripada Akaun Hasil Disatukan kepada Tabung Amanah GST. Itulah kita letakkan ke atas bahu bekas KSP Perbendaharaan dan sekiranya bukan dia yang salah, tentu mantan Menteri Kewangan. Sila.
So that means they stop semakan lah...
No, like this.
If you want to ask, if you want to ask, you should already release amount.
Not like this, they know what to do, that’s why, that is why they, this is something that they told me. You want to go and process?
Tidak apa lah. Nanti ada Parliamentary Committee on Budget, I will call the kastam.
Siasatan, you siasat and go and check. But as I said, itulah secara tidak rasmi yang dimaklumkan kepada saya. So, yang rasmi kita tunggu itu siasatan, yang tidak rasmi itu buat siasat, you buat semua audit habis. Bila mereka tulis surat untuk minta mengapa tidak dibayar, macam mana kita hendak jawab? Kalau kita jawab semakan habis, dia cakap mengapa tidak bayar? Dia pun tersangkut dekat situ.
Yang Berhormat Menteri.
Dan saya hendak sebut tentang- ya just one point.
Yang Berhormat Hulu Langat, minta pencelahan.
Just one point.
Ya, sila, sila.
Terima kasih, dengan izin. Saya boleh buktikan bahawa KSP yang lepas telah mengaku bahawa dia terpaksa untuk tidak meluluskan permohonan kastam ini disebabkan kepentingan negara. Maksudnya, dia hendak bayar wang pengurusan negara, mengambil daripada Tabung Amanah GST itu sendiri. Saya boleh buktikan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Ini kerana beliau adalah Ahli PAC. So, bekas KSP ada maklumkan kepada Jawatankuasa di PAC tetapi saya tidak mahu sebut tentang itu, itu pun dalam pengetahuan saya. Kalau anda lihat dari segi angka ini, tadi Yang Berhormat sebut tidak boleh bayangkan mengapa ada kes-kes di mana dia jumlah besar. Bukan banyak kes, tetapi melibatkan jumlah tuntutan yang besar-besar. Mengapa tidak boleh semak habis? Saya hendak berikan satu contoh di mana Yang Berhormat Jeli sendiri beritahu saya. Shall, okey saya tidak boleh jawab, you know the case, this is a fact. Rujuk kepada Menteri sendiri, tidak mahu bayar. So, saya rasa Yang Berhormat sendiri boleh jadi saksi penyelewengan yang berlaku itu sebab saya cakap kerajaan lama bukan Yang Berhormat. Kerajaan lama rompak wang pembayar cukai, bayaran balik GST. Sekian, terima kasih. So, saya rasa tentang isu-isu lain berkaitan dengan Akta Kewangan. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Setar yang telah cakap tentang panjang lebar, tentang beberapa perkara yang berbangkit. Sungguhpun diganggu, beliau telah cuba untuk laksanakan amanah beliau. Bukan mudah, tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan kita hendak berhujah berdasarkan idea dan idealisme, bukan emosi dan juga sentimen yang tidak berasas langsung sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, yang pertama, Yang Berhormat Alor Setar tentang sekatan had masa tujuh tahun ke atas elaun cukai pelaburan adalah tidak wajar dikenakan kepada pelabur. Tentang cukai pelaburan, itu kita telah ambil kira pandangan Yang Berhormat dan ia telah diatasi dengan pindaan yang telah dibuat supaya ia tidak melibatkan cukai pelaburan ataupun capital allowance. So, ini hanya untuk operating losses sahaja. Kedua, berkaitan dengan sama ada notis di bawah seksyen 80 akta perlu dipatuhi selepas tempoh tujuh tahun. Peruntukan seksyen 80, Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mempunyai had masa sekiranya pembayar cukai masih menyimpan dokumen melebihi tempoh tujuh tahun. Dokumen perlu diserahkan kepada LHDN sekiranya dokumen telah dilupuskan selepas tujuh tahun. Pembayar cukai tidak bertanggungjawab untuk mematuhi notis tersebut.
Berkaitan dengan seksyen 44(5F), bagi keadaan di mana- ini pun tujuh tahun lagi. Bagi keadaan di mana kerugian disebabkan oleh bencana. Ia terbahagi kepada dua keadaan di mana satu perbelanjaan yang melibatkan hasil daripada kemusnahan barang niaga dan perbelanjaan yang melibatkan modal. Dalam keadaan rugi perniagaan yang melibatkan kerugian modal akibat kemusnahan aset bagi menjalankan perniagaan, tiada lagi isu berbangkit kerana bagi perbelanjaan modal tersebut, ia adalah tidak lagi tertakluk kepada sekatan masa tujuh tahun. Bagi kerugian kemusnahan barang niaga, lazimnya perkara sebegini akan dilindungi dengan perlindungan insurans dan bayaran pampasan yang diterima tersebut dianggap sebagai pendapatan yang boleh ditolak dengan perbelanjaan yang melibatkan hasil daripada kemusnahan. Kerugian bawa ke hadapan yang dibenarkan merujuk kepada kerugian semasa setiap tahun taksiran yang boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan bukannya secara terkumpul dan tamat pada tujuh tahun taksiran berikutnya. Berkaitan dengan cadangan supaya menggabungkan amaun potongan pelepasan cukai individu ke atas pembayaran premium insurans hayat, pada amnya, amaun agregat bagi kedua-dua jenis caruman tersebut telah dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM7,000. Namun begitu, ia telah diasingkan kepada RM4,000 dan RM3,000 bagi menggalakkan pembayar cukai untuk membuat persiapan hari tua melalui caruman premium insurans hayat atau takaful selain daripada caruman kepada skim yang diluluskan seperti KWSP yang mana ia adalah caruman wajib bagi setiap pekerja. Langkah ini secara tidak langsung akan membantu objektif kerajaan untuk memastikan persediaan hari tua rakyat adalah terjamin. Pada masa ini, selain daripada pelepasan insurans pendidikan sebanyak RM3,000, kerajaan turut menyediakan pelepasan cukai berkaitan pendidikan sehingga RM21,000. Tentu untuk insurans perubatan, ia ini akan dikaji untuk bajet yang akan datang. Satu lagi perkara yang saya hendak sebut tentang itu amaun agregat RM7,000. Untuk mereka yang pencen, mereka masih boleh tuntut. Ini untuk kakitangan kerajaan. So, kakitangan kerajaan tidak rugi, sebaliknya ada untung RM1,000 lagi. Yang Berhormat Tebrau telah tanya tentang ayat, “With the management or administration” yang beliau anggap adalah terlalu luas dan juga memberikan kesan yang negatif. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan tersebut hanyalah bersifat editorial di mana takrifan asalnya telah sedia ada mempunyai ayat, “With the management or administration”. So, ini saya rasa adalah selaras dengan perkembangan semasa dan rangka kerja perniagaan yang mana operasi perniagaan semasa kebanyakan adalah secara rentas sempadan. They are multinational, cross-border. Untuk hartanah melebihi RM500,000, duti setem adalah tiga peratus. Kadar duti setem ke atas pindah milik bagi hartanah bernilai melebihi RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus. Berdasarkan simulasi yang telah dibuat, berdasarkan transaksi pindah milik bagi hartanah melebihi RM1 juta dalam tahun 2017 daripada Jabatan Perkhidmatan Penilai Harta, dianggarkan kenaikan hasil adalah sebanyak RM500 juta setahun. Bagi individu rakyat Malaysia yang dinaikkan kepada lima peratus, kutipan adalah sebanyak RM333 juta. Bagi individu bukan warganegara Malaysia dan bukan pemastautin tetap yang dinaikkan dari lima peratus kepada 10 peratus, ia adalah sebanyak RM14 juta, syarikat adalah sebanyak RM782 juta. Manakala kenaikan hasil CKHT dijangka boleh mengutip tambahan sebanyak RM1,128 juta. Pengenaan CKHT sebanyak lima peratus bagi pelupusan dalam tahun keenam dan seterusnya kepada rakyat Malaysia mungkin akan memberikan kesan. Itulah sebabnya kita tetapkan harga perolehan aset adalah pada 1 Januari 2000 bagi aset yang diperoleh sebelum tahun 2000. Ini adalah untuk memudahkan pemilik hartanah kerana pada tahun 2000, JPPH ada rekod-rekod komputer tentang harga semasa pada masa itu. Saya juga hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga daripada Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Pendang yang buat ucapan pada saat-saat terakhir. Yang Berhormat Bukit Bendera sebut tentang deadline pelaksanaan FHTP. Deadline bagi pematuhan terhadap FHTP di bawah Pelan Tindakan BEPS Action 5 masih kekal memandangkan ia merupakan piawaian percukaian antarabangsa yang terpakai kepada semua bidang kuasa. Kegagalan pematuhan boleh mengakibatkan rejim percukaian terlibat disenaraikan di bawah, dengan izin, Harmful Tax Practices oleh Organization of Economically Developed Countries. Justeru, penekanan diberikan supaya syarikat mempunyai aktiviti substantif tanpa membezakan syarikat asing dan syarikat tempatan. Bagi Malaysia, pindaan yang sedang dilakukan menerusi Rang Undang-undang Kewangan ini dan sebahagiannya menerusi peruntukan subsidiari yang dijangka diwartakan sebelum 31 Disember 2018. Adalah penting bahawa kita tidak dikenakan penalti kerana menjalankan amalan-amalan cukai yang memudaratkan iaitu Harmful Tax Practices. Ini kerana Malaysia akan dikenakan tindakan oleh negara-negara maju yang akan menyukarkan atau menyulitkan usaha kita untuk menarik pelaburan luar negeri. Yang Berhormat Kota Melaka juga ada tanya tentang komisen yang dibayar kepada ejen di luar negara dikira sebagai imported services. Ini komisen tidak disenaraikan di bawah perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan. Sekiranya digunakan untuk eksport, saya rasa tidak ada alasan untuk dikenakan cukai kerana ejen yang menerima komisen adalah di luar negara dan kita hendak galakkan eksport. So, kita tidak akan membebankan pengeksport-pengeksport barangan ke luar negara. So, itu saya rasa tidak menjadi isu yang besar. Tentulah saya mengambil maklum tentang kelemahan yang wujud di Jabatan Kastam. Ini di Melaka kan? Saya akan meminta Ketua Pengarah Kastam untuk menyiasat aduan yang dibuat sendiri oleh Yang Berhormat Kota Melaka yang sendiri turun padang. Kita harap bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Saya percaya ini bukan di Melaka sahaja tetapi juga di negeri-negeri lain. Ini kerana pengurusan dan pentadbiran yang agak lemah sebelum ini. Pihak Kementerian Kewangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan supaya dapat mencerminkan suatu organisasi yang profesional dan berwibawa. Di samping itu, tentulah ada...
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas komitmen Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sikit tentang tax relief di mana sebelum itu RM6,000, sekarang ialah RM7,000. Akan tetapi yang RM7,000 ini diberi kepada dua bahagian. Satu bahagian ialah EPF RM4,000 dan insurans premium ialah RM3,000. Jadi bagi mereka golongan pekerja yang berumur 60 tahun dan ke atas di mana ramai yang tidak bayar EPF, jadi mereka hanya boleh menikmati RM3,000 sahaja. Jadi, bolehkah pihak kerajaan dan kementerian mempertimbangkan golongan mereka ini? Yang mana umur mereka lebih daripada 60 tahun yang kebanyakan majikan tidak bayar EPF untuk mereka. Jadi, mereka hanya menikmati RM3,000 daripada premium insurans sahaja. Terima kasih.
Baik. Ini kita akan pertimbangkan dalam bajet yang akan datang. Tentu atas syor Yang Berhormat, kita akan menaikkannya tetapi untuk belanjawan yang akan datang. Lagi ialah berkaitan dengan- ini bukan sahaja Yang Berhormat Kota Melaka tetapi Yang Berhormat Pendang pun ada sebut iaitu tentang peniaga yang kutip GST tetapi tidak serahkan kepada kerajaan. Saya rasa kalau ada maklumat tentang pengusaha tersebut, harap boleh sampaikan ataupun boleh salurkan kepada Jabatan Kastam supaya tindakan tegas boleh diambil. Ini kerana mereka macam rompak wanglah- samalah. Ini kerana tidak diserahkan kepada kerajaan apabila mereka kutip bagi pihak kerajaan.
So, ini tentulah kita akan ambil tindakan tentang automobil dan spare part, sama ada boleh pastikan mereka ada membayar cukai. Ini saya akan minta Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk jalankan siasatan. Di sini, saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian. Terakhir ialah tentang- Yang Berhormat Bukit Bendera? Yang ada menyebut tentang FFI. Ini adalah berkaitan dengan pertukaran maklumat secara automatik di mana, kita harap boleh kutip lebih banyak cukai dengan membolehkan semua pihak dapat melaporkan deposit-deposit wang tunai mereka dalam bank-bank di luar negara. Ini kerana, di bawah common reporting standard (CRS) iaitu Sistem Transmisi Bersama, semua negara akan tahu tentang butiran terperinci akaun-akaun bank di luar negara. Oleh sebab itu, susah untuk sesiapa menyembunyikan pegangan bank dalam akaun di luar negara. Lebih baik laporkan, bayar hanya 10 peratus kalau sebelum 30 Mac. Jika pada 1 Jun, sebanyak 15 peratus sebagai denda. Saya rasa dengan cukai yang mereka dikenakan tambah lagi dengan penalti sebanyak 10 peratus, mereka boleh tidur lebih lena lagi, tanpa perlu bimbang bahawa mereka akan menyalahi undang-undang, di mana di dalam common reporting standard (CRS) boleh dengan mudah sekali mengesan pegangan wang yang mereka simpan dalam akaun bank antarabangsa. Ini adalah penting kerana, dengan sistem sedemikian, kita boleh memastikan mereka yang ada RM2.6 bilion dalam akaun sana sini, ini tidak mungkin berulang lagi. Dengan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan saya tetap mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 3 [Pindaan] -Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 3 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris, rang undang-undang dipinda dengan menggantikan dalam subfasal (1) Perkataan 23, 24, 25, 27, 28, 29 dan 30 dengan perkataan 24, 27, 28, 29, dan 30 dan perenggan 23(a), (b), (c) dan (d). Dan subfasal (4) menggantikan Perkataan 7 dan 8 dengan Perkataan 6A, 7, 8, 19A dan perenggan 23(aa). Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan tarikh kuat kuasa ke atas subfasal (1) dan subfasal (4).
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 3 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 5 dan 6 [Pindaan] -Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 5 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “in connection with”, perkataan, “the management or administration of”. Pindaan ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa apa-apa bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin berhubung nasihat, bantuan atau perkhidmatan termasuk berkaitan pengurusan atau pentadbiran apa-apa pengusahaan, usaha niaga, projek atau skim saintifik industri atau komersial adalah tertakluk kepada cukai pendapatan.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal-fasal 5 dan 6 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 7 dan 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 9 hingga 11 [Pindaan] -Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 9 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan berikut: “ (c) dengan memasukkan selepas (q) perenggan yang berikut (r); “subject to any rules as may be prescribed by the Minister, any amount in respect of a payment made by a person, who is a resident, to any Labuan companies”. Pindaan ini bertujuan untuk memansuhkan peruntukan baru bagi menjelaskan bahawa apa-apa bayaran yang dibuat oleh seseorang pemastautin kepada syarikat Labuan tidak dibenarkan sebagai potongan di bawah Akta 53 melainkan dibenarkan di bawah peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 9 hingga 11 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal 12 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 16 [Pindaan] -Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 16 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “separate” dengan perkataan “general”. Pindaan ini adalah untuk menjelaskan penanggung insurans yang menjalankan perniagaan insurans semula ditakrifkan sebagai perniagaan insurans am yang berasingan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pindaan hendaklah dipersetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 16 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 17 dan 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 19 [Pindaan]-Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 19 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan memasukkan selepas fasal 19 fasal yang berikut: “Pindaan seksyen 109B. Seksyen 19A, seksyen 109B, Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) – for any advice given, or assistance or services rendered in connection with the management or administration of any scientific, industrial or commercial undertaking, venture, project or scheme”. Pindaan ini adalah berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 4A(ii) dan seksyen 15A, Akta 53 yang dibuat masing-masing di bawah fasal 5 dan fasal 6A rang undang-undang ini.
Masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 19 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 20 hingga 22 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 23 hingga 26 [Pindaan]-Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa fasal 23 dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut; “ (aa) dalam Bahagian V, dengan menggantikan perenggan (ii) dengan perenggan yang berikut; “(ii) - amounts paid in consideration of any advice given, or assistance or services rendered in connection with the management or administration of any scientific, industrial or commercial undertaking, venture, project or scheme; or”. Pindaan ini adalah berbangkit daripada pindaan kepada seksyen 4A(ii) seksyen 15A dan seksyen 109B Akta 53 yang dibuat masing-masing di bawah fasal 5, fasal 6A dan fasal 19A rang undang-undang ini.
Masalahnya ialah bahawa pindaan seperti mana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal-fasal 23 hingga 26 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 27 hingga 30 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 31 [Pindaan]-Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa subfasal 31(2) dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang- undang dipinda dengan memotong perkataan 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61; dan pemotongan fasal 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61. Pindaan ini adalah berkenaan pindaan seksyen 29A hingga 29O dan peruntukan khas bagi menjelaskan bahawa tuntutan elaun cukai pelaburan bawa hadapan tidak tertakluk kepada sekatan had tempoh 7 tahun taksiran.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Kertas Pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 31 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 32 hingga 37 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 38 hingga 61 [Pindaan]-Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya pindaan dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dipinda dengan menggantikan fasal 26 dengan fasal berikut; “Perenggan 35A Jadual 6 kepada akta ibu dipinda dengan menggantikan proviso dengan proviso yang berikut: “Provided that the exemption shall not apply to the interest paid or credited to a unit trust that is a wholesale fund which is a money market fund”. Pindaan ini adalah bagi menjelaskan bahawa pengecualian cukai ditamatkan ke atas pendapatan faedah unit amanah iaitu dana borong yang merupakan pasaran mata wang.
Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan] [Fasal-fasal 38 hingga 61 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 62 hingga 68 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 69 hingga 70 [Pindaan]-Bill
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa fasal 69A dan 69B dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris rang undang-undang dimasukkan dengan memasukkan fasal 69A dan 69B bagi memperuntukkan pindaan berikut: “(a) - Harga perolehan adalah berdasarkan nilai harta tanah pada tahun 2000 untuk harta tanah yang diperolehi sebelum tahun 2000 bagi pelupusan harta tanah oleh mana-mana orang di bawah Bahagian I, Jadual 5, Akta CKHT 1976, di antaranya rakyat Malaysia dan pemastautin tetap. Penetapan harga pemerolehan ini adalah susulan daripada kenaikan kadar CKHT bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap iaitu dari 0 peratus kepada 5 peratus”.
“(b) - Pelupusan harta tanah yang dibuat penderma secara kasih sayang diberikan layanan tidak ada untung dan tidak ada rugi, no gain no loss tanpa mengira tempoh pegangan harta tanah oleh penderma. Ini bagi memastikan pelupusan dalam tahun keenam dan seterusnya tetap tidak dikenakan CKHT. Pemeroleh mula dianggap memperoleh aset berdasarkan lembaga perolehan penderma. Pelupusan secara kasih sayang adalah di antara suami dan isteri, ibu, bapa dan anak, datuk, nenek dan cucu.”
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan] [Fasal-fasal 69 hingga 70 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 71 hingga 73 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 74 [Pindaan] -Bill
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa dalam teks Bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris, rang undang-undang dipinda dengan menggantikan perkataan ‘Malaysia’ di mana-mana jua terdapat perkataan “Labuan”. Pindaan ini adalah untuk memperuntukkan bahawa satu entiti Labuan dikehendaki untuk memenuhi kehendak supaya mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi dan jumlah perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Labuan dan bukannya di Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 74 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 75 hingga 97 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang bernama Rang undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967. Rang undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018 yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai dan juga bertujuan penguatkuasaan undang-undang cukai yang memerlukan pindaan kepada akta tersebut. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini mempunyai 10 fasal seperti berikut. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018 dan peruntukan ke atas permulaan kuat kuasa cadangan pindaan akta seperti berikut. Fasal 3, 4 dan 5 disifatkan mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2019 dan tahun- tahun taksiran berikutnya. Fasal 2, 6, 7, 8, 9 dan 10 disifatkan mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya akta ini. Fasal 2 bertujuan meminda subseksyen 75B(1)(a)(i), Akta 53 bagi menjelaskan bahawa mana-mana setiausaha syarikat yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia adalah turut dipertanggungjawabkan bagi pihak perkongsian liabiliti terhad untuk mematuhi semua perkara di bawah Akta 53. Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 77A, Akta 53 bagi menjelaskan bahawa setiap syarikat perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi untuk mengemukakan penyata kewangannya kepada ketua pengarah berdasarkan penyata kewangan dibuat mengikut Akta Syarikat 2016. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 82(5), Akta 53 bagi menjelaskan bahawa ketua pengarah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan suatu notis bagi menghendaki seseorang itu mengemukakan penyata kewangan kepada ketua pengarah berdasarkan penyata kewangan dibuat mengikut Akta Syarikat 2016. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 99, Akta 53 dengan memasukkan peruntukan baru (1A) bagi menjelaskan rayuan terhadap notis taksiran anggaran yang dibangkitkan oleh ketua pengarah di bawah subseksyen 90(3) hendaklah dikemukakan bersama borang nyata cukai pendapatan. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 117, Akta 53 dengan memasukkan subseksyen baru bagi memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang menerima maklumat terkelas dan mendedahkan kepada pihak lain dan boleh dikenakan penalti tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 132, Akta 53 dengan memasukkan peruntukan baru (1A) bagi membolehkan sebarang perkiraan atau, dengan izin, arrangement berkenaan dengan perjanjian penggalakan percukaian dua kali ditandatangani dan diwartakan bagi mencegah penghakisan asas dan pemindahan keuntungan atau dengan izin base erosion and profit shifting. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 132B Akta 53 dengan memasukkan peruntukan baru (1A) bagi menjelaskan di bawah bantuan pentadbiran bersama apa-apa pertukaran maklumat berkait percukaian bagi, dengan izin, arrangement antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan luar tidak dihalang oleh seksyen 138 Akta 53 berkenan penzahiran maklumat terkelas kepada pekhidmat yang diberi kuasa yang sewajarnya. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 132C ke dalam Akta 53 untuk memperuntukkan suatu kaedah baru bagi membolehkan Kerajaan Malaysia menyertai dengan arrangement dua hala atau pelbagai hala yang memberi kesan kepada obligasi- obligasi antarabangsa Malaysia berhubung dengan cukai di bawah akta atau apa-apa undang-undang bertulis yang lain.
Fasal 10 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat kaedah bagi melaksanakan atau memudah cara pengendalian arrangement di bawah seksyen baru 132C. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada sesiapa yang ingin berbahas? Tidak ada ya. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab [Ketawa] Tidak ada apa yang nak jawab ya. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk mencadangkan suatu akta yang bernama Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018 yang dicadangkan adalah bagi melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pendapatan cukai yang memerlukan pindaan kepada akta tersebut. Saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini yang mempunyai dua fasal sahaja. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 21, Akta 445 sebagai pindaan berbangkit, dengan izin, consequential amendment berikutan kemasukan seksyen baru 132C ke dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018 bagi membolehkan Kerajaan Malaysia menyertai, dengan izin, arrangement dua hala atau pelbagai hala yang memberi kesan kepada obligasi-obligasi antarabangsa Malaysia berhubung dengan cukai di bawah akta atau apa-apa undang-undang bertulis yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tidak ada perbahasan. [Tiada perbahasan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) (NO. 2) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang bernama Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No. 2) 2018 untuk meminda Akta Kastam 1967. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No. 2) 2018 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Kastam 1967 [Akta 235] dengan tujuan untuk memperkasa tindakan penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah Akta 235. Kegiatan penyeludupan pelbagai komoditi serta penjualan rokok dan minuman keras tidak sah terus berlaku walaupun aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan giat dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bagi membanteras aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Jabatan Kastam, termasuklah: (i) memperluaskan kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa yang lain, terutama di pintu keluar-masuk sempadan Malaysia melalui penubuhan task force atau petugas khas yang dianggotai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, PDRM, SPRM yang memfokuskan kepada aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras; (ii) melaksanakan dasar tindakan penggantungan kebenaran ejen- ejen penghantaran yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan lain-lain akta yang berkaitan; (iii) mengawal pengimportan rokok melalui lesen mengimport tembakau, termasuk rokok;
(iv) melakukan aktiviti harian penguatkuasaan termasuk rondaan darat, rondaan laut, pemeriksaan rapi kenderaan, premis dan outlet terutamanya yang disyaki menyimpan barangan belum lulus kastam; dan (iv) melaksanakan operasi outlet rokok yang telah diadakan sejak tahun 2010 yang bertujuan untuk menyekat saluran penyeludupan dan penjualan rokok di outlet dan premis-premis yang menjual rokok tidak sah. Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun pelbagai inisiatif telah dijalankan, namun produk alternatif haram atau produk yang mempunyai label duti kastam palsu masih lagi wujud dan semakin berleluasa sehingga mengakibatkan ketirisan hasil yang tinggi kepada kerajaan. Bagi tahun 2017 sahaja, nilai duti cukai ke atas rokok serta minuman keras yang dirampas masing-masing adalah sebanyak RM992 juta sahaja dan RM185 juta masing-masing. Kehilangan hasil sebenar kerajaan adalah jauh lebih tinggi melebih RM4 bilion setahun dengan mengambil kira hanya sebahagian sahaja yang dapat dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Sehubungan itu, Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018 yang dicadangkan ini adalah bagi meminda Akta Kastam 1967 dengan tujuan untuk memperkasa tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta untuk menaikkan hukuman penalti bagi kesalahan melibatkan penyeludupan dan pengelakan cukai terutamanya bagi produk rokok dan minuman keras. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah meningkatkan penalti bagi kesalahan- kesalahan berikut: (i) enggan memberi maklumat atau memberi maklumat palsu; (ii) menyeludup rokok dan minuman keras; (iii) menyerang dan mengugut pegawai kastam; dan (iv) menawarkan atau menerima rasuah. Melalui penguatkuasaan serta hukuman yang lebih berat, kerajaan menjangka dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok dan minuman keras tidak sah dan seterusnya menyumbang kepada tambahan hasil kepada negara. Dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan ini juga, kerajaan telah meluluskan perolehan mesin pengimbas baharu untuk ditempatkan di pintu-pintu masuk negara. Penggunaan mesin pengimbas ini sekali gus mampu mengurangkan risiko ketirisan hasil melalui penggunaan teknologi berbanding kaedah pemeriksaan secara fizikal. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018. Rang undang-undang ini mempunyai 14 fasal seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan meminda takrif intoxicating liquor dengan menggantikan sukatan sebatian alkohol daripada two per centum of full spirits kepada 1.14 per centum volume over volume of alcohol, dengan izin. Fasal 3 bertujuan memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh menolak daripada membuat ketetapan Kastam sekiranya mengikut pendapatnya, suatu kajian semula di bawah Akta 235 yang melibatkan perkara yang disebut dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 10A, Akta 235 masih belum selesai. Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa seorang Pegawai Kanan Kastam mesti mempunyai kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan. Fasal 5 bertujuan untuk memperkenalkan seksyen baharu iaitu 119A bagi memperuntukkan supaya mahkamah boleh memerintahkan seseorang yang telah didapati bersalah atas kesalahan di bawah Akta 235 untuk membayar kepada Ketua Pengarah amaun duti kastam yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar. Bagi orang yang telah didapati tidak bersalah di bawah akta ini dan telah membayar duti kastam yang genap masa dan kena dibayar berdasarkan seksyen 145A, mahkamah boleh memerintahkan amaun yang telah dibayar itu dibayar balik jika tiada notis rayuan difailkan. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 133, Akta 235 yang mana subfasal 6(a) bertujuan untuk meminda seksyen 133(1)(c), Akta 235 untuk menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang menyebabkan apa-apa dokumen dilancungkan atau dipalsukan atau yang menyebabkan digunakan atau membantu dalam penggunaan dokumen yang dipalsukan dalam apa-apa transaksi perniagaan atau perkara yang berkaitan dengan Kastam. Subfasal 6(b) bertujuan untuk meminda seksyen 133(1), Akta 235 untuk menaikkan tempoh penjara bagi kesalahan di bawah seksyen 133(1)(a) hingga (g) daripada lima tahun hingga tujuh tahun. Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 134(1), Akta 235 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan enggan memberikan maklumat atau memberikan maklumat palsu daripada tempoh penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya kepada tempoh penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 135, Akta 235 yang mana subfasal 8(b) bertujuan untuk meminda perenggan 135(1)(i) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1) berkaitan dengan barang yang termasuk dalam kelas barang yang terdapat dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 11(1). Bagi kesalahan pertama, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM50 ribu mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500 ribu mengikut mana- mana amaun yang lebih besar atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, penalti meningkat kepada denda tidak kurang daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM100 ribu mengikut mana- mana amaun yang lebih besar dan tidak kurang daripada 40 kali amaun duti kastam atau RM1 juta mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Subfasal 8(d) bertujuan untuk meminda perenggan 135(1)(iii) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1) berkaitan dengan barang larangan selain rokok yang mengandungi tembakau non liquor yang memabukkan. Bagi kesalahan pertama, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang atau RM50 ribu mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500 ribu mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM100 ribu mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada 40 kali ganda nilai barang atau RM1 juta mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Subfasal 8(e) bertujuan untuk memasukkan sub perenggan baru iaitu 135(1)(iv) dan (v). Perenggan 135(1)(iv) bertujuan untuk memperuntukkan penalti khusus bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1) berkenaan dengan rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan yang termasuk dalam kelas barang yang terdapat dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 11(1). Perenggan 135(1)(v) bertujuan untuk memperuntukkan penalti khusus bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1) berkenaan dengan rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan yang merupakan barang larangan. Pindaan ini dibuat untuk menghalang penyeludupan rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang sekarang ini semakin meningkat dan untuk mencegah kehilangan hasil kerajaan. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 136, Akta 235 yang mana subfasal 9(a) bertujuan untuk meminda perenggan 136(A) untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang menghalang, mencabul atau mengugut mana-mana Pegawai Kastam atau penjawat awam lain atau mana-mana orang yang bertindak menolong atau membantunya atau diambil bekerja dengan sewajarnya bagi pencegahan penyeludupan adalah melakukan satu kesalahan.
Subfasal 9(b) bertujuan untuk meminda perenggan 136(b) untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang menyelamatkan atau membantu menyelamatkan atau menyebabkan diselamatkan mana-mana orang yang ditahan adalah melakukan suatu kesalahan. Subfasal 9(c) dan (d) bertujuan untuk meminda perenggan 136(i) dan (ii) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah perenggan 136(a), (aa), (b) atau (c). Bagi sabitan pertama, penalti dinaikkan daripada penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM10 ribu atau kedua-duanya kepada penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM500 ribu atau kedua-duanya. Bagi sabitan kedua adalah sabitan berikutnya, penalti dinaikkan daripada penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM20 ribu atau kedua-duanya kepada penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya. Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 137(1), Akta 235 untuk menaikkan denda bagi kesalahan di bawah perenggan 137(1)(a), (b) dan (c) daripada denda tidak melebihi RM10 ribu kepada denda tidak melebihi RM500 ribu. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 138, Akta 235 untuk meningkatkan penalti am daripada denda tidak melebihi RM20,000 kepada denda tidak melebihi RM50 ribu. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu iaitu 142(19A) ke dalam Akta 235 untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan ejen kastam. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 143, Akta 235 untuk membenarkan mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah untuk memohon kepada Ketua Pengarah untuk kajian semula mana-mana keputusannya dalam masa 30 hari dari tarikh orang itu telah diberitahu tentang keputusannya itu dengan syarat bahawa tiada rayuan telah dibuat ke atas keputusan yang sama kepada tribunal atau Mahkamah Tinggi. Seksyen 43 ini tidak membenarkan kajian semula dibuat dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 128(3). Peruntukan ini juga membenarkan mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah mengenai kajian semula atau di bawah mana-mana peruntukan lain, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 128(3), untuk merayu kepada tribunal dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan secara bertulis mengenai keputusan itu kepada orang yang terkilan. Peruntukan ini juga menjelaskan bahawa apa-apa duti kastam yang kena dibayar hendaklah dibayar pada tarikh genap masa walau apa pun, apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 145A ke dalam Akta 235 yang memperuntukkan bahawa permulaan prosiding atau pengenaan penalti, denda atau tempoh penjara di bawah Akta 235 atau pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 131 tidak akan melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar duit kastam, penalti atau surcaj di bawah Akta 235. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya ambil nama ya.
Pasir Gudang.
Ketiga-tiga sekawan.
Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Tebrau. Masa 10 minit. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang turut ingin membahaskan rang undang-undang berkenaan pindaan Akta Kastam ini. Tadi telah disebut tentang dalam pindaan ini jumlah dan denda yang ditingkatkan, dinaikkan. Saya ingin menyatakan daripada pengalaman pemerhatian di kawasan saya di Pasir Gudang dan di Johor di mana perairan Johor ini dia ada perairan pantai barat, pantai timur dan selatan, kegiatan penyeludupan sama ada rokok dan juga minuman keras ini sangat kerap berlaku dan saya melihat negara kerugian berjuta-juta Ringgit akibat penyeludupan ini. Misalnya, Tuan Yang di-Pertua, saya lihat harga rokok sekarang mahal dan rakyat nampaknya dia menghisap rokok yang seludup dan ini dari segi kesihatan lagilah buruk. Kedua, dalam minuman keras, ada berlaku iaitu penyeludupan ini melalui causeway daripada Singapura masuk ke Johor. Kadang-kadang pernah berlaku disaksikan di mahkamah sendiri iaitu satu treler yang panjang dengan minuman keras bertin yang diseludupkan. Jadi di sini, hanya kecekapan pihak penguat kuasa kastam ini yang boleh membanteras ini. Dalam kes yang saya lihat di mahkamah itu, nampaknya pihak pegawai pendakwa dan pihak kastam berjaya tetapi kalau satu kes berjaya ditangkap, saya khuatir mungkin banyak yang lepas. Maksudnya, sampaikan sijil kastam itu boleh ditiru. Dalam tin- tin minuman keras itu, ada pelekat sijil kastam itu rupanya sijil yang palsu. Ertinya, kegiatan penyeludupan ini begitu canggih. Hanya orang yang tahu betul iaitu pegawai kastam yang terlatih dapat membezakan sama ada sijil pada tin-tin minuman keras itu sijil yang benar atau yang palsu. Jadi dalam hal ini, saya meringkaskan perbahasan saya, iaitu naikkan denda sahaja tidak mencukupi. Apa yang penting bagi saya ialah penguatkuasaan pihak Jabatan Kastam ini perlu kita bantu supaya ia betul-betul menjadi suatu agensi penguatkuasaan yang berkesan, yang tidak rasuah, yang cepat bertindak dan moden teknologinya supaya betul- betul negara kita tidak kerugian daripada kutipan cukai yang sepatutnya. Dari segi itu juga, saya mohon supaya pihak Kementerian Kewangan ini dengan agensi-agensi yang lain supaya- kebanyakan kes penyeludupan ini yang berjaya ditangkap di bawa ke mahkamah. Mohon ditambah pegawai-pegawai pendakwa, prosecution officer (PO) ini mesti ditambah jumlah mereka dan dilatih dengan baik supaya jangan kes-kes pendakwaan melibatkan kastam ini terlepas bukan kerana tidak salah tetapi kerana penyiasatan yang tidak cekap, kes ini tidak diketengahkan di mahkamah dengan dakwaan yang berkesan. Jadi itulah perbahasan saya, Tuan Yang di-Pertua. Pindaan ini memang suatu pindaan yang baik untuk memperbaiki loophole, kelonggaran yang ada dalam undang- undang kastam yang ada sekarang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) dan saya ingin menyentuh beberapa fakta. Kita semua sedia maklum dan sedar bahawa rokok seludup, sebagai contoh, jumlah market share, dengan izin, bagi rokok seludup ini telah mencecah ada pada satu perkiraan hampir 60 peratus daripada semua rokok-rokok yang dihisap dalam negara ini.
Malah, mungkin tidak menjadi satu keanehan jika ada, bukan saya nak tuduh tetapi mungkin ada di kalangan staf sama ada staf kita sendiri, di kalangan Ahli-ahli Parlimen ataupun di Parlimen sendiri mungkin ada yang menghisap rokok seludup. Jenama seperti John dan Canyon. Saya tahu sebab saya- bukan nampak di sini tetapi saya nampak di Kuala Lumpur...
Pernah rasa kah? Pernah rasa? Yang Berhormat Lembah Pantai pernah rasa?
Bukan bau. Saya tidak tahu pasal bau ia tetapi boleh baca dalam laporan media. Akan tetapi realitinya, jumlah market share- Ini ada rokok. Jangan rokok seludup ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Apa yang saya nak tekankan ialah jumlah yang begitu besar telah mengakibatkan dua perkara. Pertama, kita tidak dapat mengawal jumlah rokok yang telah diseludup dan dibawa masuk ke dalam negara ini. Dari sini, kita nampak kerajaan rugi dari segi kastam. Dari segi kutipan cukai kastam itu sendiri. Kedua, bila masa pihak kerajaan bersedia untuk memulakan satu pengharaman aktiviti merokok di restoran-restoran pada 1 Januari nanti, pada masa yang sama kita nampak satu peningkatan dari tahun demi tahun, penggunaan rokok seludup. Ini adalah satu kejanggalan dan satu mismatch, dengan izin, yang mana saya lihat pindaan yang dibawa pada hari ini adalah salah satu daripada langkah. Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya tidak mencukupi kalau kita tingkatkan ataupun kita naikkan dari segi denda. Oleh kerana realitinya, rokok-rokok seludup ini tidak masuk kalau tidak ada mastermindnya. Saya risau, saya bimbang akhirnya, yang akan dibawa ke mahkamah, ia sama seperti kes seorang yang– sebagai contoh, orang yang mencuri gula-gula dimasukkan ke penjara selama dua bulan. Padahal mereka yang menjadi mastermind kepada kes-kes besar, skandal-skandal besar masih bebas. Sama juga dalam kes seperti rokok-rokok seludup dan juga minuman keras yang diseludup ini. Semestinya rokok-rokok ini tidak masuk sebegitu sahaja. Mesti ada mastermind yang membawa masuk, yang melihat ada kelompangan-kelompangan dalam sistem undang- undang kita. Di situ saya rasa bukan sahaja menjadi tanggungjawab di kalangan kita semua, di kalangan anggota kastam. Akan tetapi saya rasa pihak SPRM juga perlu memainkan peranan untuk mengenal pasti bagaimana rokok-rokok seludup ini boleh secara sistematik. Sampaikan di banyak kedai-kedai kecil di Kuala Lumpur, boleh kita jumpa rokok-rokok berjenama seperti yang saya sebutkan tadi. Kalau kita lihat, kehadiran rokok-rokok seludup ini berserta dengan peningkatan kadar cukai bagi rokok-rokok yang dibenarkan, mengakibatkan kesan kepada pekerja-pekerja sendiri. Saya rasa kita semua sedar bila masa British American Tobacco (BAT) telah terpaksa menutup kilang mereka yang begitu lama di Petaling Jaya, mengakibatkan 230 orang pekerja telah hilang kerja pada tahun lalu. Ini adalah satu perkara yang mendatangkan kesan kepada pekerja-pekerja kita. Maka, saya ingin menegaskan bahawa pada masa sama yang saya menyokong pindaan-pindaan ini tetapi saya merasakan kita perlu lebih penguatkuasaan untuk menangkap mastermind. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh kita bincang mungkin dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagaimana kita boleh tangkap. Ini sama masalahnya dengan dadah. Kalau dilihat, dadah begitu berleluasa tetapi dadah itu tidak sampai ke situ tanpa mastermind. Jadi, saya harap boleh diberikan sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Menteri bagaimana kita boleh mempertingkatkan interministerial effort. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Selepas ini, Yang Berhormat Bagan Serai melabuhkan tirai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan saya ringkas sahaja kerana banyak yang saya nak bangkitkan sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga Yang Berhormat Lembah Pantai. Jadi, saya cuma akan bangkitkan tambahan sahaja. Isu penyeludupan memang serius tetapi kita harus cari punca yang asal untuk membanteras masalah penyeludupan. Persatuan Penjual Minuman Keras dan Alkohol ada berjumpa dengan saya, memberitahu masalah penyeludupan minuman keras. Ini kerana bagi rakyat yang minum minuman keras, bagi Cina ia budaya mereka. Bagi orang lain, kemungkinan sudah jadi satu tabiat atau habit, dengan izin. Jadi apa pun, mereka akan minum, akan gunakan minuman arak atau cigarettes, dengan izin. Jadi, meningkatkan denda atau mengenakan sin tax tidak akan menghapuskan ataupun mengurangkan aktiviti penyeludupan. Sebaliknya, mereka mencadangkan yang akan membantu adalah mengurangkan sin tax supaya rakyat mampu membeli minuman arak dan cigarettes yang sudah dibayar cukai. Kalau harga itu rendah, rakyat tidak akan beli cigarettes atau minuman keras yang sudah dilepaskan atau tidak membayar cukai. Jadi, saya berharap walaupun sekarang sudah ada cadangan untuk meningkatkan denda untuk membanteras, saya berharap ini akan berkesan. Kalau tidak, saya berharap Yang Berhormat Menteri atau kementerian yang berkenaan, termasuk agensi-agensi akan semak semula pada masa yang akan datang dan mengambil kira pandangan dari Persatuan Penjual Minuman Keras dan Alkohol dan juga mesti memahami. Tadi Yang Berhormat Lembah Pantai sudah menyentuh tobacco company yang sudah meninggalkan Malaysia kerana mereka sudah mengalami banyak kerugian kerana aktiviti penyeludupan yang serius di negara kita. Ini pun ada satu masalah. Negara kita hilang kutipan cukai ekoran masalah penyeludupan. Walaupun dikenakan cukai, sin tax yang tinggi tetapi penggunaan tidak mengurangkan dan masih meningkat. Ini adalah satu tanda rakyat yang sudah biasa dengan cigarettes, yang suka dengan rasa cigarettes dan suka minuman arak, apa pun dia akan minum. Kalau dia tidak mampu bayar yang sudah dikenakan cukai, mereka akan beli yang sudah lepas bayar cukai. Kedua, saya nak bangkitkan adalah oleh kerana sekarang kita bercadang untuk memberi kuasa kepada pegawai Kastam yang lebih kurang sama dengan pegawai PDRM. Jadi, ini satu langkah yang baik. Akan tetapi untuk menjalankan tugas, Kastam akan dibekalkan dengan senjata api. Jadi, saya berharap ini akan dikawal dengan baik. Senjata api ini kena dikawal dengan baik kerana tadi pada waktu pagi, saya sudah sentuh isu yang sama. Sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, kita ada diberitahu isu kastam yang sekarang pun ada senjata api. Akan tetapi laporan dari Ketua Audit Negara, Kastam Diraja Malaysia tidak menyimpan rekod dengan baik.
Berapa senjata dalam stor, berapa peluru dalam stor yang fizikalnya tidak tally dengan dalam rekod. Ini adalah satu perkara yang serius. Kalau kita sekarang hendak meningkatkan penguatkuasaan bagi mereka kuasa sebagai sama taraf dengan pegawai PDRM, kemungkinan akan bertambah dengan senjata api. Jadi, ini saya harap perkara ini akan diambil pertimbangan supaya semua senjata api dikawal dengan baik. Itu sahaja, terima kasih.
Minta laluan Yang Berhormat. Minta laluan, sedikit.
Ya, sila.
Terima kasih. Saya berkenaan dengan isu ini juga ingin menarik perhatian kepada sub fasal 9(a) bertujuan untuk meminda perenggan 136(a) untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang menghalang, mengugut atau mencabul mana-mana pegawai kastam atau pekhidmat awam lain atau mana-mana orang yang bertindak menolong, membantunya hendaklah dikenakan pertuduhan dan melakukan satu kesalahan. Di sini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada pendedahan yang dibuat oleh Pengarah SPRM di mana di bawah pentadbiran Barisan Nasional dahulu, beliau terpaksa melarikan diri sehingga ke Amerika Syarikat ketika menyiasat kes 1MDB. Saya menyokong penuh cadangan meminda peruntukan dan membawa undang- undang ini kerana kita kena pastikan bahawa penjawat-penjawat awam bukan sahaja dengan pihak kastam, tetapi semua penjawat awam termasuklah polis dan mana-mana badan penguat kuasa yang melaksanakan tugas hakiki mereka bebas untuk melaksanakan tugas mereka, dengan izin, tanpa fear or favour. Di sini, saya menyokong penuh dan kita kena pastikan bahawa mimpi ngeri yang berlaku kepada Pengarah SPRM yang terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat yang telah dijejaki oleh individu-individu tertentu ketika beliau menyiasat kes 1MDB dan juga pendakwa raya-pendakwa raya SPRM yang ditahan dan dikenakan perintah reman tidak berulang lagi. Kita kena pastikan bahawa semua penjawat awam yang melaksanakan tugas mereka di Malaysia diberi perlindungan yang cukup kental dan undang-undang perlu ditingkatkan untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja, tidak kira siapa beliau yang mengugut dan cuba menghalang seorang penjawat awam daripada melaksanakan tugas perlu dikenakan tindakan yang keras...
Sila Yang Berhormat Tebrau.
Saya sudah habis. Bukan floor saya.
Sudah menggulung, sudah habis. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai untuk menutup tirai. Sila.
[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk ambil bahagian dalam Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) (No.2) 2018. Saya dengar banyak tadi cerita tentang penyeludupan rokok yang berleluasa, macam-macam rokok lah. Saya tidak pernah dengar cerita rokok John, apa tadi? Canyon?... [Disampuk] Canyon, John, Gudang Garam pun, macam-macamlah yang nama saya tidak tahu. Walau bagaimanapun, sebagai seorang doktor, saya hendak mulakan dahulu dengan mengatakan rokok ini memang tidak bagus. Semua orang sudah tahu, cuma kita hendak ulang balik. Ini sebab apa, perkara tak baik ini kita kena ulang-ulang cerita ini sampai ia melekat di hati supaya orang tidak berani. Apabila orang takut, orang susah hati, takut sakit dan sebagainya, kita orang tidak marah lagi. Apabila kerajaan hendak buat 1 Januari ini tidak boleh merokok di restoran, saya keluarlah balik di kawasan, saya dengar daripada rungutan, banyak juga orang tidak suka. Ini sebab apa? Sebenarnya masyarakat tidak bersedia. Pertama sekali kesihatan kita terganggu, sakit jantung, paru-paru, kanser. Ini sudah terbukti dan juga macam mana dengan passive smoking, orang yang hisap rokok secara pasif. Akhir sekali, hak orang yang tidak merokok. Berapa banyak rakyat Malaysia ini yang merokok kalau banding dengan tidak merokok? Jadi, sebab itu ia melaratlah sampai ke penyeludupan. Tobacco industry saya rasa ia akan menceritakan kalau kita naikkan harga rokok, maka akan berlaku penyeludupan dengan lebih lagi. Jadi kerajaan akan jadi takut, mungkin. Jadi yang ini ugutan-ugutan ataupun kita dengar cerita ini. Sebenarnya saya hairan kenapa kerajaan tidak naikkan harga rokok betul-betul. Be brave Pakatan Harapan, pandangan baharu. Oleh sebab ada kajian daripada WHO dan badan-badan antarabangsa harga rokok naik, kajian menunjukkan lapan peratus penurunan pembelian rokok di negara-negara orang-orang kumpulan kaya, kumpulan miskin, maaf. Jadi sebab apa, bagi orang baru hendak mencuba dia tidak jadi beli. Bagi orang-orang yang baru hendak cuba-cuba hendak belajar-belajar, mungkin anak muda duit tidak cukup, dia tidak jadi beli. Jadi ini akan mengurangkan, sekurang-kurangnya akan mengurangkan pada peringkat awalnya. Kalau kita dengar tadi beberapa pembahas menceritakan tentang penyeludupan yang berlaku hari ini banyak, saya tidak tahulah. Yang Berhormat Menteri minta jawablah berapa. Adakah sampai RM1 bilion kita rugi? Oleh sebab penyeludupan yang kecil-kecilan di border itu, yang kita iktiraf, yang kita sebut sebagai bootlegging, dia keluar sedikit-sedikit itu memang. Akan tetapi penyeludupan yang besar- besar ini, dengan secara umpamanya banyak, secara bulk yang banyak. Jadi, di situlah yang kita dengar dalam belanjawan pun kastam akan meningkatkan penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini penting. Jadi kalau kita kata tentang penguatkuasaan daripada jabatan bukan kastam, daripada apa-apa sahaja, sesiapa sahaja yang diberi peranan untuk menguatkuasakan, maknanya dia ada kuasa. Itu yang kita sebut banyak kali, jangan ada unsur-unsur rasuah, jangan ada unsur-unsur fear atau favour yang kita sebut tadi. Jadi, saya hendak tekankan kepada kerajaan, kenapalah kita yang telah sign dalam treaty antarabangsa FCTC atau Framework Convention on Tobacco Control 2005 itu, kenapa kita tidak melaksanakan semuanya terutama sekali kita tidak ratify protocol illicit trade tobacco products yang baru-baru ini, bulan September tahun lepas. Baru-baru ini, September tahun ini telah diratify oleh 40 buah negara tetapi Malaysia tidak buat lagi. Jadi mungkin benda-benda macam ini kalau kita betul-betul serius, kalau betul-betul kita tidak mahu penghujung jalannya rakyat Malaysia jadi sakit, rakyat Malaysia tidak produktif, rakyat Malaysia tidak bagus, ekonomi pun tidak bagus apabila produktiviti tidak bagus, yang ini yang kita hendak tengok di hujungnya. Jadi kalau saya bermula dari awal tadi ialah pendidikan yang lebih serius di peringkat awal lagi dan tunjuk contoh teladan yang baik. Minta maaflah kalau ada orang yang marah saya sebut pasal benda ini.
[Bangun]
Yang Berhormat Padang Serai mencelah.
Kalau kita hisap rokok depan anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tiru cara kita hisap rokok. Silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingin mencadangkan, walaupun kita cukai dan juga ketatkan undang-undang tetapi kita haruslah mengetatkan penyeludup-penyeludup daripada kawasan-kawasan daripada negara-negara jiran. Banyak kali kita lihat, banyak penyeludupan daripada negara jiran masuk ke negara kita. Kita hendak tapis sebab apabila rokok kita mahal, mereka bawa seludup rokok-rokok yang murah. Kedua itu berkaitan dengan minuman keras. Minuman keras itu kalau boleh samsu itu naikkan harga satu botol RM50 tidak mengapa ataupun diharamkan. Oleh sebab budak- budak sekolah ini banyak minum, dia campur dengan botol Coca-Cola, dia minum. Baru-baru ini apabila saya hendak sampaikan hadiah, bau samsu dekat budak itu. So, macam mana? So, kita haruslah sebab benda ini RM3, RM4, lebih murah daripada Coca-Cola. Ketiga, kita haruslah buat macam hisap rokok ini saya tengok dekat India, diletakkan signboard besar-besar di tempat berkelah dan tempat-tempat rehat diletakkan rokok tibi, seks tidak berapa kuat. Macam-macam dia tulis. So apabila tengok itu, dia takut apabila isteri pun kata, abang-abang jangan hisap rokok bang. So, itulah. Inilah macam itulah kita kena buat signboard di kawasan-kawasan yang penting. So, kita beritahu jangan hisap rokok, jangan hisap rokok, dia on juga. Akan tetapi benda-benda ini mesti diutamakan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai sampai seks, sampai seks dia pergi. Akan tetapi Yang Berhormat Padang Serai betul Yang Berhormat Padang Serai. Oleh sebab apabila rosak saluran darah dalam badan, ia akan menggugat bukan sahaja jantung, di jantung dan juga di bawah jantung itu akan tergugat juga.
Jadi hargalah, cerita harga tadi. Saya tidak tahulah rupanya samsu itu campur Coca- Cola mungkin lebih sedap [Ketawa] Rokok hari ini RM20 lebih kurang RM20. Kalau dia hisap satu kotak satu hari, 10 hari RM200 lah kan? Sebulan, RM600 memang tak mampu dia. Penguatkuasaan ditingkatkan, pendidikan tentang bahaya rokok kena diteruskan. Saya pun tak fahamlah. Saya dengar kalau dalam undang-undang Islam saya difahamkan rokok ini sudah diharamkan. Berapa tahun sudah, tetapi adakah orang Islam ikut fatwa ini. Adakah orang Islam ikut fatwa rokok haram ini ataupun orang Islam sudah tidak peduli fatwa-fatwa ulama. Ini satu perkara lagi. Itu persediaan penyediaan tadi. Hari ni kita kata, kalau orang tak sembahyang, nanti runtuh agama jadi rosak ke akhirat. Orang pun tak peduli juga sebab apa penyediaan itu dia tak dengar berkali-kali dan tersemat di hatinya. Jadi, sama bab kesihatan ini. Kita marah penyeludupan Tuan Yang di-Pertua, dia ada supply and demand. Kalau tak ada demand, mana boleh ada supply. Mana boleh ada rokok John Canyon, mana boleh? Sebab ada demand itu, jadi ini kita hendak tingkatkan pendidikan ini, angkat lagi harga rokok dan saya cadangkan juga buat dia panggil dedicated tax ataupun earmarked tax, kita denda kita bagi tax kepada gula orang yang berniaga gula soda tinggi, rokok dan sebagainya.
Ya, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Kangar...
Supaya dapat digunakan untuk cegah benda-benda yang.
Sungai Siput dulu.
Kalau Yang Berhormat Sungai Siput ini saya kena bagi sebab Yang Berhormat Padang Serai selalu sudah bangun.
Selepas itu Yang Berhormat Kangar mencelah ya.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingin hendak kepastian daripada Yang Berhormat Bagan Serai tadi Yang Berhormat Padang Serai sebut merokok itu boleh memberi kesan melemahkan tenaga batin. Sebagai seorang doktor, saya ingin hendak tanyalah, betul kah?
Ya, Yang Berhormat Kangar.
Silakan.
Sikit sahaja Yang Berhormat Bagan Serai, terima kasih.
Jangan ulangi topik yang sama.
Saya teringat beberapa bulan yang lalu, tak silap saya Menteri Kesihatan ada sebut tentang kos kesihatan untuk pesakit rokok mencecah hingga RM3 bilion setahun. Yang Berhormat Bagan Serai setuju tak, kalau kita katakan semua penyakit yang berkaitan rokok ini kita tidak bagi subsidi lagi lah selepas ini.
[Ketawa] Saya harap Yang Berhormat Menteri jawablah. Walau bagaimanapun tentang subsidi, itu cerita subsidi tetapi cerita tentang tenaga batin terganggu ini. Saya ingat ini ingin mencelikkan mata MP-MP pada petang ini Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya merokok ini ia menyebabkan kerosakan pada saluran darah. Saluran darah itu yang rosak. Sebab itu apabila orang kata rokok ini sakit jantung. Sebenarnya bukan sakit jantung, macam-macam lagi sakit, sebab apa saluran darah yang rosak, dia menyebabkan sensitiviti sel untuk insulin masuk rosak. Ia menyebabkan saluran darah yang keras lebih keras, saluran darah tidak jalan dengan betul. Jadi, balik kepada mana tadi Yang Berhormat Sungai Siput yang bertanya tentang tepat tenaga batin dan seks ini. Sebab tenaga batin dan seks ini dia memerlukan saluran darah yang cantik untuk lalu di kawasan itu Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Bila dia lalu, bila dia lalu itu barulah ada kesan, barulah ada macam-macam lagi akan berlaku di sebalik emosinya tetapi saluran darah dari segi fizikalnya. Sebab itu kita lihat ubat-ubat yang dijual untuk menguatkan tenaga batin sebenarnya dari segi perubatan adalah ubat-ubat yang membesarkan saluran darah, yang melepaskan saluran darah supaya darah banyak lalu, baru dia lebih panas Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Jangan ketawa, saya ini perubatan. Jadi, akhirnya terima kasih Tuan Yang di-Pertua beri saya peluang. Untuk Yang Berhormat Sungai Siput, kita boleh bincang selepas ini. Minum kopi, kita sambung lagi cerita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat dari Padang Serai, ke Bagan Serai, kini perbahasan sudah selesai. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pasir Gudang dan juga secara cameo Yang Berhormat Jelutong yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya hendak ucapkan terima kasih tentang beberapa pandangan daripada Yang Berhormat, yang mengambil berat tentang bahayanya rokok dan juga masalah penyeludupan yang bukan sahaja memudaratkan ekonomi negara kerana menggunakan hasil yang kita boleh kutip tetapi juga mengancam perniagaan mereka yang membayar lesen dan juga beroperasi secara sah dan sahih. Oleh sebab seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau bahawa cukai yang terlalu tinggi ini menggalakkan unsur-unsur negatif yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan haram iaitu penyeludupan secara besar-besaran. Tentu kita akan mengambil maklum dengan cadangan beliau tetapi kita hendak cuba dulu untuk meningkatkan kuasa penguatkuasaan dan juga keberkesanan penguatkuasaan supaya kita dapat menilai sama ada ia cukup untuk menangani masalah yang kita hadapi sekarang. Dari segi kutipan atau hasil yang tidak dapat dikutip oleh pihak kerajaan oleh kerana kegiatan penyeludupan ini adalah dianggarkan melebihi RM4 bilion. So, kita harap dengan penguatkuasaan yang lebih teratur, terancang dan menyeluruh sekurang-kurangnya kita dapat balik RM1 bilion daripada RM4 bilion. Ini adalah untuk setahun, sekiranya berkesan untuk tahun berikutnya mungkin kita akan dapat lebih banyak balik. So, tentulah kita akan cuba kaedah ini dulu daripada mengurangkan cukai seperti mana yang disyorkan oleh Yang Berhormat daripada Tebrau. Untuk Yang Berhormat Lembah Pantai yang mahu kita tambah tangkap itu mastermind sama seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai, tentu ini bukan mudah tetapi dengan kuasa tambahan, kita harap ia dapat dilaksanakan. Cadangan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang untuk naikkan denda sahaja tidak mencukupi tetapi kita juga harus menambah anggota-anggota penguat kuasa. Bahawa pegawai pendakwa harus diberikan latihan supaya kes yang didakwa dapat berjaya. Tak guna kita tangkap ramai-ramai tetapi bila tak dapat dakwa dengan baik atau pendakwaan ini cacat, semua usaha akan sia- sia sahaja. Memang cadangan ini ada baik dan akan diambil maklum dan dipertimbangkan. Tentang kuasa kepada pegawai kastam sama dengan polis. Kuasa polis adalah daripada CBC adalah hanya khusus berkaitan dengan penguatkuasaan, siasatan dan pemeriksaan. Jabatan Kastam masih tertakluk kepada Akta Senjata 1960. Berhubung dengan penggunaan senjata api, kuasa untuk memiliki dan menggunakan senjata adalah melalui lesen senjata yang dikeluarkan oleh Ketua Polis di bawah Akta Senjata 1960. Jabatan Kastam Diraja Malaysia memantau dan mengawal penggunaan senjata berdasarkan SOP yang mematuhi kehendak, ciri-ciri keselamatan yang digariskan di bawah Akta Senjata 1960. So, sungguhpun dibekalkan dengan senjata api, kita harap bahawa tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Yang Berhormat Lembah Pantai juga mencadangkan supaya penguatkuasaan tidak hanya tertumpu pada peniaga kecil dan juga yang– memastikan penyeludup tidak terlepas daripada tindakan. Saya hendak bagi sedikit maklumat, pada tahun 2017 sejumlah 2,646 kes outlet dikesan terlibat dengan melibatkan cukai sebanyak RM136 juta. Kes-kes ini telah dirujuk dan bagi tahun 2017, keseluruhan nilai yang disita adalah sebanyak RM3.19 bilion. So, di sini kita boleh lihat betapa besar sindiket penyeludupan khususnya penyeludupan rokok dan juga jumlah yang tidak begitu besar ialah arak dan juga minuman keras. Sekiranya kita dapat membendung kegiatan ini dengan tambahan kuasa yang diminta oleh pihak kastam, tentulah kita yakin bahawa ia akan menguntungkan negara. So, di sini saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Saya difahamkan ada satu usul tambahan oleh Yang Berhormat Mas Gading yang juga disokong oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih dan saya mohon mencadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) (NO. 2) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 8 [Pindaan oleh YB Mas Gading]-Bill
Yang Berhormat Mas Gading, sila.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Fasal 8, saya ingin mencadangkan dalam subfasal 8(e) rang undang-undang dipinda dengan menggantikan subperenggan 135(1)(iv) dan (v) yang dicadangkan dengan subperenggan yang berikut: “Subperenggan 135(1)(iv), “In the case of cigarettes containing tobacco and intoxicating liquor included in the class of goods appearing in an order made under subsection 11(1) - (aa) be liable for the first offence to a fine of not less than ten times the amount of the Customs duty or one hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than twenty times the amount of the Customs duty or five hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than five years or to both; and (bb) be liable for a second offence or any subsequent offence to a fine of not less than twenty times the amount of the customs duty or two hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than forty times the amount of the customs duty or one million ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than five years or to both”; Subperenggan 135(1)(v), “In the case of cigarettes containing tobacco or intoxicating liquor which are prohibited goods – (aa) be liable for the first offence to a fine of not less than ten times the value of the goods or one hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than twenty times the value of the goods or five hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than five years or to both; and (bb) be liable for a second offence or any subsequent offence to a fine of not less than twenty times the value of the goods or two hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than forty times the value of the goods or one million ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than five years or to both”. Tuan Pengerusi, pindaan yang dicadangkan kepada subfasal 8(e) rang undang- undang bertujuan untuk meniadakan hukuman sebatan bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1), Akta 235 yang berhubungan dengan rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang termasuk dalam kelas barang yang terdapat dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 11(1), Akta 235 dan bagi kesalahan di bawah subseksyen 135(1), Akta 235 yang berhubungan dengan rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang merupakan barangan larangan. Sekian, mohon mencadangkan.
Terima kasih. Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam Kertas Pindaan oleh Yang Berhormat Mas Gading yang telah dibentangkan sekarang terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]
Yang Berhormat Menteri, sila menjawab.
Ya, terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Mas Gading atas usul yang dicadangkannya. Usul ini adalah sesuatu yang boleh dipersetujui oleh pihak kerajaan. Seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat, ini adalah untuk meningkatkan penalti dan denda kepada suatu tahap yang agak tinggi. Kalau kita lihat sebelum ini ialah hanya RM10 ribu dan RM20 ribu. Sekarang ialah sampai RM500 ribu dan juga sampai RM1 juta. Kalau kita lihat dari segi penaltinya ialah lima tahun. Ini saya rasa sudah mencukupi, tidak harus ditambah lagi dengan sebatan tiga kali. Apa yang kita dapat pandangan daripada pelbagai pihak, bukan sahaja dari pihak perundangan dan juga kepada NGO-NGO lain bahawa ini mungkin dianggap sebagai lebih sedikit. Oleh sebab itu, pihak kerajaan setuju dengan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Mas Gading dan akan menerima ia sebagai salah satu pindaan kepada rang undang-undang di peringkat Jawatankuasa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Mas Gading dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 8 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 9 hingga 14 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang bernama Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Eksais 1976. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Eksais 1976, (Akta 176) berhubung peruntukan berkaitan tindakan penguatkuasaan dan penalti susulan kepada pindaan yang dilaksanakan ke atas Akta Kastam 1976. Kegiatan penyeludupan serta penjualan rokok dan minuman keras tidak sah terus berlaku walaupun pelbagai aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan giat dilaksanakan oleh JKDM. Bagi tahun 2017 sahaja, nilai duti adalah cukai ke atas rokok serta minuman keras yang dirampas masing-masing adalah sebanyak RM992 juta dan RM185 juta. Saya tidak bercadang untuk mengulangi apa yang saya sebut dalam Rang Undang-undang Akta Kastam.
Akan tetapi hanya ingin menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini mempunyai 15 fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan ke atas permulaan kuat kuasa cadangan pindaan akta. Fasal 2 bertujuan meminda subseksyen 2(1), Akta 176 dengan menggantikan takrif nilai dengan takrif yang baharu berhubung dengan barangan yang dikilangkan secara tempatan. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 5B(3)(c), Akta 176 untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh menolak daripada membuat ketetapan kastam sekiranya mengikut pendapatnya suatu kajian semula di bawah Akta 176 yang melibatkan perkara yang disebut dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 5, Akta 176 masih belum selesai. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 47, Akta 176 untuk membenarkan mana- mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah untuk memohon kepada Ketua Pengarah bagi kajian semula mana-mana keputusannya dalam masa 30 hari dari tarikh orang itu telah diberitahu tentang keputusan itu dengan syarat bahawa tiada rayuan telah dibuat ke atas keputusan yang sama kepada tribunal atau Mahkamah Tinggi. Seksyen 47 ini tidak membenarkan kajian semula dibuat dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3), Akta 176. Peruntukan ini juga membenarkan mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah atas kajian semula atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta 176, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3) untuk merayu kepada Tribunal dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan secara bertulis mengenai keputusan itu kepada orang yang terkilan. Peruntukan ini juga menjelaskan bahawa apa-apa duti eksais yang kena dibayar di bawah Akta 176 hendaklah dibayar pada tarikh genap masa walau apa pun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 50A, Akta 176 untuk menyatakan bahawa bagi maksud Akta 176, seorang pegawai kanan eksais hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta 176 dan tidak mengurangkan kuasanya. Fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu 59A ke dalam Akta 176 untuk menghendaki mahkamah yang di hadapannya seseorang itu telah didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta 176 untuk memerintahkan orang itu membayar kepada Ketua Pengarah amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta 176 dan duti eksais atau penalti itu boleh didapatkan mengikut cara sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah. Apabila mana-mana orang telah didapati tidak bersalah di bawah akta ini dan telah membayar duti eksais yang genap masa dan kena dibayar menurut seksyen 82A yang dicadangkan, mahkamah boleh memerintahkan amaun yang telah dibayar itu dibayar balik jika tiada notis rayuan difailkan. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 71, Akta 176 yang mana subfasal 7(a) bertujuan untuk meminda seksyen 71(c) untuk menjadikannya suatu kesalahan bagi mana- mana orang yang menyebabkan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan eksais dilancungkan atau dipalsukan atau yang menyebabkan digunakan atau membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan. Dalam subfasal 7(c) bertujuan untuk meminda seksyen 71 untuk menaikkan tempoh pemenjaraan bagi kesalahan yang dinyatakan di bawah perenggan 71(1)(a) hingga (f) daripada lima tahun kepada tujuh tahun. Fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 73(1), Akta 176 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan keengganan memberikan maklumat atau memberikan maklumat palsu daripada pemenjaraan tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 kepada pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM100 ribu atau kedua- duanya. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 74, Akta 176 yang mana Subfasal 9(a) bertujuan untuk meminda subperenggan 74(1)(i) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah subseksyen 74(1) yang berkaitan dengan barang-barang yang dikilangkan secara tempatan selain rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan. Bagi kesalahan pertama, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti eksais atau RM50 ribu, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda daripada amaun duti eksais atau RM500 ribu, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua mana-mana kesalahan berikutnya, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda amaun duti eksais atau RM100 ribu mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau RM1 juta, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau pemenjaraan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Subfasal 9(b) bertujuan untuk meminda subperenggan 74(1)(ii) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah subseksyen 74(1) yang berkaitan dengan barang-barang yang diimport selain rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan. Bagi kesalahan pertama, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti eksais atau RM50 ribu, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun duti eksais atau RM500 ribu mengikut mana- mana amaun yang lebih besar atau pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, penalti dinaikkan kepada denda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda amaun duti eksais atau RM100 ribu, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak kurang daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau RM1 juta, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar atau pemenjaraan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Subfasal 9(c) bertujuan untuk memasukkan subperenggan baharu iaitu 74(1)(iii) dan (iv). Subperenggan 74(1)(iii) bertujuan untuk memperuntukkan penalti khusus bagi kesalahan di bawah subseksyen 74(1) yang berkaitan dengan rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan yang dikilangkan secara tempatan. Subperenggan 74(1)(iv) bertujuan untuk memperuntukkan penalti khusus bagi kesalahan di bawah subseksyen 74(1) yang berkaitan dengan rokok yang mengandungi tembakau dan liquor yang memabukkan yang diimport. Pindaan ini dibuat untuk menghalang penyeludupan rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang sekarang ini semakin meningkat dan untuk mencegah kehilangan hasil Kerajaan. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 76, Akta 176 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 76A, Akta 176 daripada denda tidak melebihi RM5,000 kepada denda tidak melebihi RM50 ribu. Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 77, Akta 176 yang mana subfasal 11(a) untuk meminda seksyen 77(a) untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang menghalang, mengugut atau mencabul mana-mana pegawai eksais atau pekhidmat awam lain atau mana-mana orang yang bertindak menolong atau membantunya atau diambil bekerja dengan sewajarnya bagi pencegahan kesalahan di bawah Akta 176 adalah melakukan suatu kesalahan.
Subfasal 11(b) bertujuan untuk meminda perenggan 77(b) untuk memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang menyelamatkan atau membantu menyelamatkan atau menyebabkan diselamatkan mana-mana orang yang ditahan adalah melakukan suatu kesalahan. Subfasal 11(c) dan (d) bertujuan untuk meminda perenggan 77(i) dan (ii) untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah perenggan 77(a), (b) atau (c). Bagi sabitan pertama, penalti dinaikkan daripada penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM10 ribu atau kedua-duanya kepada penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM500 ribu atau kedua-duanya. Bagi sabitan kedua atau sabitan berikutnya, penalti dinaikkan daripada penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM20 ribu atau kedua-duanya kepada penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya. Fasal 12 bertujuan untuk meminda subseksyen 78(1), Akta 176 untuk menaikkan denda bagi kesalahan di bawah subseksyen 78(1), Akta 176 daripada denda tidak melebihi RM10 ribu kepada denda tidak melebihi RM500 ribu. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 79, Akta 176 untuk menaikkan penalti am daripada denda tidak melebihi RM20 ribu kepada denda tidak melebihi RM50 ribu. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 82A ke dalam Akta 176 untuk memperuntukkan bahawa duti eksais, penalti atau surcaj di bawah Akta 176 tetap kena dibayar oleh orang yang bertanggungjawab untuk membayar duit eksais, penalti atau surcaj itu walaupun prosiding telah dimulakan atau penalti, denda atau tempoh penjara telah dikenakan terhadap orang itu di bawah Akta 176. Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu iaitu 85(2)(bd) ke dalam Akta 176 untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk mengawal selia penentuan nilai bagi maksud pungutan duti eksais. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada perbahasan? Seorang sahaja. Yang Berhormat Rasah. Buka tirai dan tutup tirai. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberikan peluang kepada saya. Saya cuma hendak sebutkan dua poin sahaja walaupun diperuntukkan 10 minit. Pertama, saya menyambut baik keseluruhan tentang cadangan pindaan yang dinyatakan di bawah rang undang-undang ini. Bagi saya, ia akan membolehkan agensi yang terbabit dapat melaksanakan tugas dengan lebih sesuai, meningkatkan keberkesanan berbanding dengan sebelum ini yang membolehkan kerja penyeludupan dan sebagainya. Mereka yang larikan daripada tax semua berfikir dua kali, berfikir tiga kali sebelum mereka melakukan kesalahan tersebut. Cuma satu saya hendak sebutkan, saya nampak di dalam rang undang-undang yang diberikan iaitu di bawah subseksyen 47(4), dinyatakan ayat bahawa, “Tiada kajian semula boleh dilakukan terhadap apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3)”. Saya secara peribadi, saya mohon pihak kementerian supaya mengkaji semula perenggan sebegini sebab saya bimbang satu hari nanti akan ada pihak-pihak tertentu yang mungkin mencabar subseksyen ini. Ini sebab dari segi legalitynya, sesiapa yang tidak puas hati dengan kompaun ataupun apa-apa hukuman yang diberikan oleh mana-mana agensi sebenarnya boleh merujuk atau pun membawa kes tersebut ke mahkamah untuk judicial review, untuk semakan penghakiman. Jadi saya mohon supaya- saya tidak pasti, mungkin pandangan saya silap dan sebagainya. Cuma, saya mohon supaya dikaji supaya jangan ada loophole untuk sesiapa ambil kesempatan daripada klausa perenggan sebegini yang boleh menyebabkan ada penjenayah yang boleh ambil kesempatan. Perkara kedua dan terakhir yang saya hendak highlight kan pada petang ini adalah berkenaan dengan produk alkohol yang bukan untuk tujuan memabukkan. Walaupun bila saya sebut sebegini, bila saya sebut produk alkohol yang bukan bertujuan memabukkan mungkin mendatangkan confusion, salah faham dan sebagainya, tetapi ada produk alkohol yang mana bertujuan untuk tujuan perubatan tradisi Cina dan juga untuk tujuan keagamaan. Saya mohon supaya pihak kerajaan, kalau boleh, mengurangkan duti eksais ke atas produk-produk yang dikilangkan, yang dikeluarkan oleh manufacturer ataupun pengeluar tempatan yang khas untuk tujuan ini tetapi bukan untuk tujuan yang dekat pub kah, dekat disco. Itu semua itu lain. Akan tetapi hanya untuk tujuan yang berkaitan dengan keagamaan sebab ia berkaitan dengan kebudayaan dan skopnya tidak luas. Hanya tertakluk kepada beberapa produk sahaja. Jadi saya mohon review daripada pihak kementerian berkenaan dengan perkara ini. Jadi, sekian sahaja. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah. Sekarang minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Rasah yang telah membangkitkan dua perkara yang penting. Satu tentu tentang itu perkara perundangan. Itu adalah satu fasal standard dan tentu ada pertikaian dan juga pandangan yang berlainan tentang itu fasal-fasal yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Dalam aspek ini, satu pertimbangan ataupun satu kajian dibuat oleh pihak kerajaan tetapi sehingga kajian muktamad dijalankan, kita akan ikut apa yang saya sebut sebagai standard operating procedure dalam undang-undang. Akan tetapi, memang kita ambil berat dan ambil kira pandangan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Rasah. Tentang minuman keras- atau bukan minuman keras tetapi bahan-bahan yang ada unsur-unsur alkohol tetapi digunakan untuk tujuan perubatan ataupun tujuan keagamaan atau kebudayaan, tentu ini akan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal 9 [Pindaan]-Bill
Sila Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Merujuk kepada fasal 9, saya mohon mencadangkan dalam subfasal 9(c) rang undang- undang dipinda dengan menggantikan subperenggan 74(1)(iii) dan (iv) yang dicadangkan dengan sub perenggan yang berikut. Dalam subperenggan 74(1) “(iii) dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang dikilangkan secara tempatan- (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada 10 kali amaun duti eksais atau 100 ribu Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun duti eksais atau 500 ribu Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau 200 ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau 1 juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.” “(iv) dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan yang diimport- (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau 100 ribu Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau 200 ribu Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau 1 juta Ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”
Tuan Pengerusi, pindaan yang dicadangkan kepada sub fasal 9(c) bertujuan untuk meniadakan hukuman sebatan bagi kesalahan di bawah subseksyen 74(1), Akta 176 yang berhubungan dengan rokok yang mengandungi tembakau atau liquor yang memabukkan, yang dikilangkan secara tempatan dan yang diimport. Tuan Pengerusi, saya faham dengan jelas akan kesalahan serta denda atau hukuman yang dikenakan kepada mereka yang disabit bersalah, tetapi hukuman sebat itu adalah terlalu berat. Ini kerana kebanyakan yang terlibat ataupun terjerumus dengan kesalahan tersebut adalah atas desakan atau tekanan hidup dan mereka hanya berniat untuk mencari makan. Jadi, golongan yang menjadi mangsa keadaan ini adalah golongan masyarakat bawahan. Mereka bukanlah watak utama dalam jenayah tersebut, jadi mereka kebanyakannya adalah masyarakat biasa yang sekadar mencari sumber pendapatan tambahan untuk sesuap nasi. Jadi seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, apa yang penting adalah kita perlu mempertingkatkan penguatkuasaan. Jadi, ketirisan itu perlu dipantau. Jadi atas dasar kemanusiaan, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Ya. Ada perbahasan? Tidak ada. Menteri hendak menjawab? Sila.
Terima kasih. Saya sekali lagi ingin menyokong usul pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Mas Gading yang dipersetujui oleh pihak kerajaan. Seperti yang disyorkan tadi, sebatan tiga kali adalah terlalu berat memandangkan bahawa penalti pun telah dinaikkan kepada; untuk kesalahan pertama RM500 ribu dan kesalahan kedua RM1 juta ataupun penjara lima tahun untuk kesalahan pertama dan kesalahan berikutnya tujuh tahun. Oleh itu, pihak kerajaan menyokong usul pindaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Mas Gading. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Mas Gading dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan. [Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Fasal 9 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Fasal-fasal 10 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Sebelum Yang Berhormat Menteri membentangkan rang undang-undang yang baharu, saya sebagai Speaker ingin melahirkan perasaan kesal apabila saya lihat hari ini seharusnya meluluskan 11 rang undang- undang tetapi blok pembangkang kosong kecuali Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pasir Mas. Sikap ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi. Sila Yang Berhormat.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta bernama Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] berhubung dengan peruntukan berkaitan tindakan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan. Cadangan pindaan ini adalah sebagai langkah memantapkan lagi penguatkuasaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini mempunyai dua fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan ke atas permulaan kuat kuasa cadangan pindaan akta. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu 72A ke dalam Akta 806 untuk memperuntukkan bahawa seseorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. [Tiada Perbahasan]
Saya pandang tiada yang hendak berbahas. Maka, adakah Yang Berhormat Menteri hendak menjawab? Tidak. Yang Berhormat Menteri menggeleng-geleng kepala, tidak. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta yang bernama Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] berhubung peruntukan berkaitan tindakan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan. Cadangan pindaan ini adalah sebagai langkah memantapkan lagi penguatkuasaan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal mengenai Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini mempunyai dua fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan ke atas permulaan kuat kuasa cadangan pindaan akta. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu iaitu 56A ke dalam Akta 807 untuk memperuntukkan bahawa seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tebrau. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Ringkas sahaja untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ini kerana tadi saya tidak fikir tidak ramai pembahas. Jadi saya bagi sikit perbahasan sini, saya berharap ada pindaan atas Akta Cukai Perkhidmatan untuk memastikan daya persaingan akan adil. Kita sudah masukkan perkhidmatan yang diberi daripada service provider, dengan izin, dari luar negara supaya mereka dikenakan cukai perkhidmatan. Jadi, ini adalah salah satu kaedah yang baik. Saya kena memuji Menteri Kewangan kerana ambil perhatian dalam perkara ini kerana ini memang sesuai. Kalau tidak, semua service provider dalam negeri tidak akan dalam satu landasan yang boleh bersaing dengan service provider dari luar negara. Jadi ini sahaja yang saya hendak bagi tahu, ini adalah satu langkah yang baik. Bagi pihak semua service provider tempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan. Itu sahaja, terima kasih.
Itu sahaja Yang Berhormat Menteri.
Saya pun hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau yang telah mengambil berat untuk mengambil bahagian. Tentu apa yang disyorkan akan diambil kira. Dalam aspek service provider, tentu kita akan membalas budi mereka. Sekian, terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] selepas ini hanya dirujuk sebagai AUKU telah diwartakan pada 29 April 1971 dan mula berkuat kuasa pada 30 April 1971. AUKU merupakan suatu akta yang telah diwujudkan bagi maksud menubuhkan, menyelenggarakan dan mentadbir universiti dan kolej universiti awam di Malaysia. Walau bagaimanapun, AUKU tidak terpakai ke atas Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana UIAM telah mendapat pengecualian di bawah seksyen 5A AUKU kerana ditubuhkan di bawah triti di antara Kerajaan Malaysia dengan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Manakala UiTM pula ditubuhkan di bawah aktanya sendiri iaitu Akta Universiti Teknologi MARA 1976 ataupun dikenali sebagai Akta 173. Sehingga kini, AUKU telah pun dipinda sehingga enam kali yang mana pindaan terkini pada tahun 2012 melibatkan beberapa pindaan. Antaranya adalah pada seksyen 15 AUKU yang membenarkan pelajar terlibat dengan kegiatan politik di luar kampus. Dalam merealisasikan pemansuhan AUKU ini, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Pemansuhan AUKU, selepas ini dirujuk sebagai Jawatankuasa. Jawatankuasa ini diberikan mandat untuk menyelaras, mengkaji dan menyemak peruntukan berkaitan yang terdapat dalam AUKU secara menyeluruh dan kemudiannya mengemukakan cadangan kepada pihak kementerian. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pakar undang-undang, ahli akademik dan bukan akademik dari universiti awam dan swasta serta pelajar dan alumni. Ini selaras dengan janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan AUKU.
Kementerian juga telah menyediakan satu garis masa tempoh pelaksanaan pemansuhan AUKU di mana ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020. Satu kajian menyeluruh bagi melihat kesemua akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi dan sistem tadbir urus pendidikan tinggi yang bersesuaian akan dilakukan. Kementerian juga telah mengadakan beberapa siri facts finding bersama pemegang taruh untuk melihat persepsi dan kesediaan pemegang taruh untuk memansuhkan AUKU. Daripada tiga sesi yang diadakan, lebih daripada 70 peratus peserta bersetuju supaya AUKU dimansuhkan dan digantikannya dengan akta baharu yang lebih komprehensif dan dinamik selari dengan keperluan pendidikan tinggi negara. Antara isu utama dalam AUKU yang dibangkitkan termasuklah berkaitan kebebasan pelajar berpolitik di dalam kampus serta pengendalian kes tatatertib, kebebasan akademik dalam melaksanakan penyelidikan dan aktiviti pembelajaran. Kekangan ahli akademik dalam menyatakan pendapat dan bersuara dan juga berkaitan hal tadbir urus universiti terutamanya dalam hal pelantikan pengurusan tertinggi di universiti. Hasil sesi facts finding juga turut menggesa supaya kementerian dapat mempercepatkan pindaan berkaitan pelajar terutamanya dalam memansuhkan seksyen 15(2)(c) AUKU berhubung halangan untuk pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Pindaan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada pelajar dalam bersuara dan berpolitik di dalam kampus. Susulan itu, kementerian komited untuk memansuhkan peruntukan yang menghalang aktiviti berpolitik di dalam kampus seperti mana yang terdapat di dalam seksyen 15 AUKU. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, pelaksanaan jangka pendek kementerian akan memansuhkan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus iaitu: (i) seksyen 15(2)(c) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ataupun Akta 30; (ii) seksyen 47(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ataupun Akta 555; dan (iii) seksyen 10(2)(c) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ataupun Akta 174. Seksyen 15(2)(c) AUKU merujuk kepada halangan untuk pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Peruntukan yang sama turut wujud dalam seksyen 47(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan seksyen 10(2)(c), Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada UiTM, kolej komuniti, politeknik dan institut perguruan. Bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pindaan sewajarnya sedang dibuat kepada Peraturan Disiplin Pelajar UIAM 2004 yang akan dikuatkuasakan secara serentak. Tuan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut: (i) fasal 1, mengandungi tajuk ringkas akta dan kuasa Menteri Pendidikan untuk menetapkan tarikh akta mula berkuat kuasa; (ii) fasal 2, bertujuan untuk meminda seksyen 15, Akta 30; (iii) sub fasal 2(c), bertujuan untuk meminda perenggan 15(2)(c), Akta 30 untuk meniadakan larangan ke atas pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus; dan (iv) fasal 3, bertujuan untuk mengadakan peruntukan pengecualian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.
Terima kasih. Siap. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti tahun 1971 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Johor Baru. Lepas ini Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Arau.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi ruang kepada Johor Bahru untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU Pindaan 2018. Seperti yang semua sedia maklum, Pakatan Harapan salah satu janjinya apabila kita masuk ke Pilihanraya Umum Ke-14 adalah untuk memansuhkan AUKU ini. Jadi, saya lihat pindaan AUKU yang diutarakan oleh kerajaan merupakan satu pencapaian yang kita dapat nikmati apabila Pakatan Harapan menang... [Tepuk] Jadi, di sini saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana mengambil inisiatif dan telah memberi jaminan bahawa pindaan ini merupakan antara salah satu langkah yang pertama sebelum lebih banyak perkara yang kita nilai macam mana kita hendak tambah baik soal AUKU ini. Kedua, soal pindaan ini juga saya lihat merupakan kemenangan kepada aktivis- aktivis mahasiswa yang selama ini membawa isu termasuk juga Yang Berhormat Menteri Pendidikan dulu merupakan mangsa kepada AUKU ini. Akan tetapi kita tahu juga, dalam undang-undang AUKU ini, mereka yang dikenakan tindakan akibat kesalahan ataupun pelanggaran peraturan yang dilaporkan sekitar lebih 8,000 kes. Akan tetapi kes yang melibatkan kesalahan dalam kegiatan politik ini adalah sekitar 20 kes sahaja. Jadi, ini menunjukkan bahawa kes-kes politik ini walaupun kesannya besar, kita tahu macam mana seperti yang Pakatan Harapan bawa sebelum ini yang menyebabkan aktivis- aktivis ini diambil tindakan. Cuma, secara holistiknya kita kena tahu bahawa banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam AUKU ini. Jadi, di sini saya hendak bawa suara bagi mahasiswa-mahasiswa di dalam Malaysia dan juga Gerakan Mahasiswa Reformasi Institusi Pengajian Tinggi yang telah pun menyediakan draf Cadangan Polisi Baharu Pengajian Tinggi. Secara kasarnya, idea mereka adalah untuk memastikan reformasi yang menyeluruh terhadap urus tadbir institusi pengajian tinggi dalam negara. Pandangan mahasiswa ini adalah supaya pentadbiran IPT ini yang lebih mandiri, warga akademik memiliki kebebasan akademik dan yang ketiga mahasiswa memiliki autonomi kemahasiswaan. Jadi, tuntutan ini kita kena lihat secara daripada dasarnya. Apa yang diperhatikan bahawa AUKU ini mengamalkan pendekatan restrictive ataupun cuba mengawal dan menyekat. Sebaliknya, undang-undang di peringkat mahasiswa ini kita perlu lihat secara lebih accomodative. Macam mana kita hendak bantu mahasiswa ini untuk mempertingkatkan pencapaian bukan sahaja dalam soal pendidikan, tetapi juga dari segi kepimpinan, sahsiah dan sebagainya. Jadi, tuntutan yang secara menyeluruh ini, kita perlu mengembalikan fungsi universiti sebagai gedung kesarjanaan yang bebas daripada campur tangan politik. Jadi, dalam usaha kita mengembalikan kebebasan kepada mahasiswa ini kita kena lihat beberapa contoh seksyen-seksyen yang dalam AUKU ini masih menyekat. Sebagai contoh, dalam soal seksyen 3 dan 4 yang mana memberi kelebihan kepada Menteri untuk campur tangan dalam urusan tata kelola universiti awam. Salah satu lantikan yang sangat-sangat sensitif ataupun yang akan memberi impak besar kepada universiti ini adalah soal lantikan Naib Canselor. Ini kerana Naib Canselor ini merupakan ketua eksekutif universiti menerusi seksyen 8 AUKU yang diberi kuasa untuk menggubal Perlembagaan universiti tersebut. Naib Canselor juga melalui seksyen 15(d) memiliki kuasa dalam menggantung pengajian mahasiswa. Seksyen 16(1) pula memberi kuasa kepada Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana organisasi mahasiswa yang disifatkan tidak bersesuaian. Jadi, secara jelas kalau lihat seksyen 16(b) ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa tatatertib bagi mahasiswa ini adalah Naib Canselor itu sendiri dan yang mana ia akan terikat kepada seksyen 16(c) yang memberi kuasa kepada universiti untuk membuat kaedah-kaedah tatatertib.
Jadi dalam soal ini, kita tahu dalam keadaan Malaysia baharu, dalam keadaan harapan kini memberi satu sinaran kepada mahasiswa. Kita perlu bersungguh-sungguh mencari penyelesaian yang lebih holistik. Jadi, dalam soal kebebasan yang diberikan dalam soal seksyen 15 ini, saya harap apabila parti-parti politik mula masuk ke dalam kampus ini, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk bukan sekadar membawa mesej politik semata- mata. Akan tetapi tekanan politik yang kini diberikan kepada mahasiswa supaya mahasiswa ini boleh mengutarakan pandangan mereka, membawa perubahan di peringkat nasional. Jadi dalam isu ini, saya yakin ramai Ahli Parlimen yang lain mahu memberikan tambahan, mahu sama-sama membahaskan isu ini. Maka, untuk pihak saya, saya mohon agar inisiatif ini kita terus bina momentum yang lebih baik, agar akhirnya kita dapat melahirkan mahasiswa yang benar-benar efektif dan menjadi pimpinan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil masa sekejap sahaja. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya. Sebenarnya pindaan ini adalah antara yang dinanti-nantikan. Oleh sebab AUKU ini secara umum kita ketahui bahawa ia merupakan satu akta yang dilihat persepsinya, dilihat oleh para pelajar sebagai suatu yang menekan. Saya sendiri sebenarnya, kenapa saya terpaksa menukar nama saya Nurin Aina juga adalah kerana tekanan yang digunakan oleh kerajaan terdahulu, AUKU terhadap para pelajar ketika kita aktif di dalam kampus, berpolitik. Jadi, saya melihat pindaan AUKU ini pernah dilakukan pada tahun 2012 dan saya melihat ia adalah satu usaha yang ada kesinambungan. Saya tidak nampak perlu pindaan secara drastik AUKU ini. Jadi, apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan pindaan seksyen 15, hanya menambahkan atau dan meniadakan seksyen (c) iaitu seksyen 15 iaitu (c) yang bermaksud tiada terlibat dalam aktiviti parti politik di kampus itu tiada. Oleh sebab kita menyaksikan sebelum ini adalah sesuatu yang sangat tidak adil. Kadang-kadang bila kita membuat program di dalam kampus, kita memanggil ahli-ahli politik, pembangkang khususnya suatu masa dahulu, lazimnya pelajar-pelajar akan dikenakan tindakan. Jadi, saya rasa dengan ketiadaan fasal (c) bermakna kita lebih terbuka, mungkin akan berlaku pencambahan ilmu jika kita mempelbagaikan ahli-ahli panel yang mungkin pandangan-pandangan yang berbeza, terutamanya dari sudut ideologi politik. Seterusnya juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan. Saya mengharapkan ini adalah satu permulaan yang...
Yang Berhormat Merbok? Pencelahan, pencelahan.
Okey, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti daripada pindaan ini, Yang Berhormat Merbok, saya teringat ketika sebelum Pakatan Harapan mengambil alih. Di setiap universiti itu, langsung tidak dibenarkan pelajar berpolitik tetapi pihak kerajaan pada waktu itu bersendirian mengawal selia pelajar-pelajar dan mengatur langkah dalam proses pilihan raya universiti itu sendiri. Ini yang menunjukkan bahawa berat sebelah yang dilihat sebagai bila menyokong pembangkang, pada waktu itu pembangkang, di ambil tindakan. Akan tetapi bila pelajar itu menyokong kerajaan pada waktu itu, di anggap sebagai anak emas. Jadi, saya melihat daripada senario anak saya sendiri, bila dimaklumkan kepada saya, kalau hendak jadi pembangkang dalam universiti, dia akan dipinggirkan. Malah, tidak dibenarkan untuk menikmati fasiliti seperti kolej dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat Merbok bersetuju dengan saya bahawa tuntutan pindaan tentang AUKU ini wajib kita lakukan untuk kita memartabatkan pelajar ini, diangkat pendidikan mereka secara implementasi supaya mereka dapat mendefinisikan pelajaran dengan apa yang berlaku di luar. Ilmu itu sebenarnya dituntut untuk mereka menguatkan jati diri mereka sebagai pelajar untuk mereka menghayati kehidupan di luar. Apakah Yang Berhormat Merbok setuju dengan pandangan saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tidak setuju.
Dari mana ini? Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Merbok.
Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar. Boleh masukkan ke dalam sebahagian daripada ucapan saya. Oleh sebab saya cuma sentuh berkenaan fasal yang akan diubah oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Akan tetapi itu juga adalah salah satu yang kita akan perjuangkan juga iaitu tindakan pilih kasih ataupun tidak profesional hanya kerana perbezaan ideologi politik seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi, akhir sekali saya juga mengharapkan dengan pindaan ini, maka sekatan terhadap berhimpun, bersuara dan juga berorganisasi itu juga tiada. Cuma, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, sekiranya fasal ini kita luluskan, kita pinda, adakah kemungkinan memungkinkan kalau parti- parti politik untuk membina ranting di dalam kampus? Maksudnya, sesebuah universiti itu boleh kalau ada parti Keadilan UTM, UMNO UTM, DAP UTM, PAS UTM, contohnyalah. Itu saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, yang dikasihi yang mempunyai daging dalam duri. Terima kasih. Kepada Yang Berhormat Menteri, saya- kawan-kawan saya pergi mana?
Menghilangkan diri.
Kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ini bagus. Oleh sebab- pertama, dia adalah kawan saya, jadi dia baguslah. Kedua, dia ada ilmu. Itu hebat. Dia ada kekuatan ini. Akan tetapi dari segi politik dia ada kurang sikitlah. Jadi, kita kena tolong dia...
Lepas puji, dia perli.
Tidak, tujuannya kita ingin tolong. Jadi, warna-warni kehidupan ahli politik ini kita mesti tolong-menolong. Kalau kita tolong orang itu naik, kita tarik dia turun, yang rugi ialah rakyat. Kita mahu rakyat untung. Jadi, kalau kurang, kita perbetulkan. Jadi, banyak yang boleh kita perbetulkan, kita bagi teguran, yang betul, kita betul. Ini saya sokong! Oleh sebab akta ini wujud masa saya masih universiti, Yang Berhormat Menteri mungkin belum berkhatan lagi. Mungkin masih muda ya. Jadi, saya sudah masuk universiti. Saya batch Hishamuddin Rais pada tahun 70. Jadi, kami masuk dan kita terlibat secara langsung dengan aktiviti pelajar dan sebagainya. Sudah pasti setelah berlaku beberapa peristiwa yang kurang menarik, maka diperkenalkan akta ini. Jadi, hari ini kita hendak tarik balik akta tersebut, saya setuju! Oleh sebab ini perubahan masa. Semasa Barisan Nasional memerintah, masa itu diperlukan. Tuan Yang di- Pertua pun setuju. Sekarang kita tidak perlukan. Tidak memerlukan mungkin bukan keperluan. Akan tetapi ini janji. Manifesto bahawa kalau kita menang, kita akan tarik balik akta ini. Yang Berhormat Menteri, saya setuju. Oleh sebab saya tengok Yang Berhormat Menteri bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Manifesto Pakatan Harapan. Saya sokong! Oleh sebab ini janji, bukan kerana manifesto itu nombor dua tetapi janji kita kepada rakyat dengan Allah Taala. Bila Allah Taala bagi kita menang, itu amanah. Kita kena laksanakan, Yang Berhormat Menteri kena laksanakan. Kalau tidak, di akhirat nanti orang yang pecah amanah akan menanggung sesuatu yang cukup luar biasa bila bertemu dengan Allah Taala. Ini amanah! Yang Berhormat Menteri Kewangan amanah. Yang Berhormat Menteri yang menjaga usahawan, amanah. Yang Berhormat Menteri Pendidikan, amanah. So, selesaikan amanah ini, saya akan menyokong. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri telah berjanji, bila janji, jangan mungkir. Tanda-tanda seorang munafik itu ialah bila mungkir janji. Tanda-tanda, dia belum munafik lagi. Akan tetapi dia mungkir janji, dia jadi tanda-tanda munafik. Jadi, bila hari ini Yang Berhormat Menteri perkenalkan akta ini, salah satunya untuk menunaikan janji, okey. Selepas ini Yang Berhormat Menteri, janji yang besar ialah hapuskan PTPTN. Kena hapus! Bukan flip-flop macam ini. Mula-mula kita kata potong RM2,000, RM4,000 gaji tetapi sekarang ini kita sudah ubah balik, kita tangguh pula. Ini tidak boleh! Yang Berhormat Menteri kena bergerak ke arah untuk mansuhkan PTPTN. Mansuh! Saya tahu benda ini tidak logik dibuat. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri sudah berjanji, hendak buat macam mana? Kalau kita berjanji hendak belikan Ferrari dekat isteri kita, kalau tidak boleh Ferrari betul-betul pun, belilah yang main-main atau apa. Asalkan janji terlepas. Ini janji tidak lepas, kita berjanji dan orang bagi kita kemenangan kerana janji. Pelajar sana bukan seronok sebab dibagi kebebasan berpolitik, pelajar di bawah sana seronok kalau kita bagi pemansuhan PTPTN. Dia menyokong Pakatan Harapan kerana kita mahu mansuhkan PTPTN.
Kita ada ucapan-ucapan daripada semua kawan-kawan yang kata kita akan mansuhkan PTPTN. Malah ucapan terakhir pada PRU yang lepas, “Kalau hari ini kita menang, tol akan dimansuhkan, PTPTN akan dimansuhkan”. ‘Tuan-tuan’ tahulah siapa cakap itu...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Arau hari ini banyak makan benda manis.
Sila bangun bercakap, saya tak faham siapa yang bercakap tadi. Walaupun keseorangan di sini, aku mampu melawan kamu semua, secara ramai-ramai atau seorang demi seorang...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Arau, minta celahan boleh?
Inilah sebab mengundang kekecohan.
Ya.
Puncak Borneo. Saya cuma nak perbetulkan, kita tidak berjanji hendak hapuskan PTPTN. Kita cuma nak menundakan bayaran sehingga mereka mendapat pendapatan RM4,000 ke atas. Saya hendak perbetulkan sedikit sahaja.
Yang Berhormat, ini janji PH bukan yang baharu ini janji PH, nak saya buka ucapan sekarang? Ini saya akan tekan sekali, Yang Berhormat akan dengar sini, saya pasang sini supaya ‘tuan-tuan’ boleh dengar, “Hari ini kita menang, esok kita hapuskan PTPTN”. Tahulah bahasa siapa itu kan? Saya ikut, saya suka meniru suara kawan-kawan. Macam Menteri ini dulu dia kata ‘tukar kasut’ kepada ini...
Yang Berhormat Arau, pencelahan.
Ya, Yang Berhormat Kapar, sila.
Yang Berhormat Kapar...
Ya.
Hendak kawan balik ataupun tidak isytihar dulu.
Kita bukan nak lawan, kita nak...
Hari itu saya nak tanya Yang Berhormat tak bagi, hari ini nak kawan ataupun tidak?
Kita bukan nak lawan, kita hendak perbetulkan fakta.
Saya tanya nak berkawan ataupun tidak?
Kawan. Kita tetap kawan.
Ha, okey.
Yang Berhormat Arau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti hujahan Yang Berhormat Arau, daripada apa yang dihujahkan itu kenampakan Yang Berhormat Arau ini bersungguh-sungguh untuk meneruskan Pakatan Harapan memerintah berterusan. Alhamdulillah kalau niat itu yang sebenarnya. Namun saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Arau, bila kita hendak merencanakan sesuatu, waktu itu kita tidak tahu hutang kita ini berlambak. Kita tak tahu waktu itu tabungan negara telah dirompak begitu banyak dan kita tak tahu waktu itu negara berkeadaan dalam cukup kritikal. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Bila kita dah ambil kuasa, bila kita dah tengok keadaan dana yang begitu kritikal dan menjadi satu kesukaran untuk melaksanakan, tunggulah sampai dana itu dihimpunkan dan wang itu dikumpulkan. In syaa Allah pelajar-pelajar ini akan diberikan hak mereka dalam bentuk apa sahaja yang telah dijanjikan. Apakah Yang Berhormat Arau bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Teruskan Yang Berhormat Arau.
Tanda-tanda seorang munafik itu ialah bila cakap dia bohong, bila janji dia mungkir, bila diberi amanah, dia pecah amanah. Itu tanda-tanda munafik. Kalau pegang tiga-tiga...
Yang Berhormat Arau, Jelutong minta laluan.
Sikit-sikit, saya bagi. Yang Berhormat Jelutong kawan sayakan, Yang Berhormat selalu puji saya, saya akan bagi. Ini saya hendak perbetulkan. Bila janji mungkir, bila cakap bohong, bila bagi amanah, pecah amanah, itu tanda seorang munafik. Bila Yang Berhormat kata, kami tidak tahu betapa hutang begitu banyak, Yang Berhormat berbohong sebab di barisan inilah kawan-kawan saya menempik bahawa tentang PTPTN, kita beritahu PTPTN hutangnya sampai RM40 bilion lebih. Bagaimana mampu kita hendak mansuhkan? Oh tidak, ini kita boleh hapuskan, Yang Berhormat cakap di sini malah Yang Berhormat Kapar di antara orang yang paling berdegar- degar mengetahui benda ini. Kalau Yang Berhormat kata tidak tahu, maka bila bercakap dia bohong. Itu tanda munafik.
[Bangun]
Tidak apa Yang Berhormat, habis yang itu. Kita bagi Yang Berhormat Jelutong sekejap, lepas itu Yang Berhormat patah balik sebab saya nak ambil habuan politik saya. Bila saya bercakap masuk YouTube, saya jadi hero okey.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa saya mempunyai penghormatan yang tertinggi kepada Yang Berhormat Arau. Memang beliau merupakan seorang gentleman. Pada masa yang sama, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Arau, berapa kali Yang Berhormat Pekan pernah membuat janji dalam Dewan yang mulia ini? Berapa kali Yang Berhormat Bagan Datuk pernah membuat janji dalam Dewan yang mulia ini? Bukankah kita lihat sekarang bagaimana janji-janji itu tidak dapat ditunaikan. Bagaimana mereka tidak dapat melaksanakan perkara-perkara yang diumumkan dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu sehingga menyebabkan rakyat menolak mereka menyebabkan Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya di mana di bawah Pakatan Harapan, kita berjaya memberi satu- melaksanakan janji. Saya di sini memuji Menteri Pendidikan di mana beliau telah dikritik dan dihentam baru-baru ini oleh beberapa pihak tetapi hari ini pengumuman oleh beliau menunjukkan bahawa beliau dapat melaksanakan sesuatu yang telah diumumkan... [Tepuk] Sejarah akan menunjukkan bahawa ini adalah Menteri Pendidikan yang memang mampu melaksanakan, dengan izin, walk the talk kalau boleh saya katakan, bukan seperti Barisan Nasional seperti yang dahulu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ada 33 saat lagi.
Eh tak, saya belum habis lagi Tuan Yang di-Pertua.
Sila tapi ini adalah floor Yang Berhormat Arau.
Okey, okey saya kena habiskan point saya.
Baik, baik sila.
Pertama Yang Berhormat Jelutong cakap kalau dia orang berbohong, dia telah bayar harga pembohongannya, kita kalah tetapi Yang Berhormat yang berjanji ini tak laksana. Ini tajuknya ialah Yang Berhormat gagal untuk melaksanakan janji, Yang Berhormat pecah amanah. PTPTN nombor satu, sekarang masa dah terlajak. Saya minta maaf, saya tak tengok waktu ditentukan.
Ya, baik.
Keduanya ialah tentang kebebasan pelajar dan juga pihak universiti. Yang Berhormat Menteri, saya setuju dengan ucapan sebelum ini iaitu menyebutkan tentang pelantikan Naib Canselor. Kita baharu dengar berita bahawa Naib Canselor UKM diberhentikan kerana tempoh kontrak dah habis, tak disambung. Akan tetapi Yang Berhormat kena terima hakikat bahawa lagi sekali ini amanah. Kita lantik Naib Canselor kerana yang lepas tak bagus, di antara yang tak bagusnya sebab dia menyokong Barisan, tak bagus tetapi yang baru kita lantik ini adakah bagus? Dia juga yang pertama diambil tindakan, siapa yang rasa ada berbaur Barisan sedikit, dia akan diambil tindakan. Kita tak dapat keadilan. Yang Berhormat saya hendak supaya betul-betul ikhlas melantik Naib Canselor, Naib Canselor itu bebas daripada pemikiran politik. Jangan pula dia ada pemikiran politik PH, itu kita tidak bebas. Akhirnya esok orang lain ambil alih, orang lain pula tukar polisi dan sebagainya. Kita akan bertukar polisi bila kerajaan baharu ambil alih. Kita hendak satu pendekatan bila kita lantik Naib Canselor, Naib Canselor tidak memilih bulu. Saya boleh buktikan kepada Yang Berhormat, terdapat Naib Canselor yang sedang mengenal pasti beberapa orang yang dilantik oleh UMNO katanya pada masa yang lepas dan saya akan bagi maklumat kepada Yang Berhormat bahawa Naib Canselor itu juga tidak bebas daripada politik. Bila pelajar kita bagi kebebasan untuk berpolitik, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri apakah mereka dibenarkan tubuh cawangan, pasang bendera di universiti. Apa akan jadi kepada universiti? Zaman saya kita ada kebebasan, kami tak bawa satu bendera pun masuk. Kami hanya berpolitik dengan cara bebas mengkritik cara terbuka. Kalau saya ingat Kerajaan Barisan- Perikatan masa itu, Perikatan atau Barisan saya tidak pasti, buat tak betul kami akan tegur. Menteri, ada seorang Menteri Besar kita tegur malah kita buat demonstrasi depan rumah Menteri Besar itu menuduh bahawa dia membina pagar rumah yang berharga beratus ribu dan sebagainya. Kita buat dan kita tidak memilih bulu bila berpolitik. Akan tetapi sekarang ini apakah Yang Berhormat Menteri hendak benarkan parti-parti politik menubuhkan cawangan di sana, pasang bendera di sana? Jadi kalau pasang bendera, tiba-tiba bendera puak-puak kami lebih, apakah tindakan akan diambil? Kita tentukan sekarang supaya kehadiran kita berpolitik bukan menyebabkan perpecahan berlaku. Biar akta ini mampu untuk mengembalikan perpaduan kepada anak-anak kita di sana. Biar dia berpolitik supaya tidak sampai ke tahap untuk menjadikan kampus cawangan parti politik dan juga lain-lain lagi.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Jadi Yang Berhormat Menteri, yang ini diminta bagi perhatian supaya jangan jadi tempat mereka berpolitik sehingga mereka lupa untuk belajar. Saya hendak beritahu Yang Berhormat pada zaman saya, saya tak mahu sebut nama, mereka repeat sampai tiga kali, empat kali. Saya dah masuk final year, mereka dok first year lagi sebab terlampau rajin berpolitik dan sebagainya.
[Bangun]
Siapa, siapa semua bangun ini?
[Ketawa]
Dah habis masa.
Dah habis dah, Yang Berhormat dah habis. Kami nak bahas.
Masa dah habis dah Yang Berhormat Arau.
Ya tetapi saya belum habis. Masa habis tetapi saya belum habis.
Kejap lagi habislah.
Akhir sekali kepada Yang Berhormat, saya bersetuju Yang Berhormat Menteri telah menempa sejarah pada hari ini dengan memansuhkan AUKU tetapi Yang Berhormat Menteri juga biarlah menempa sejarah bahawa hasil daripada usaha tersebut menyebabkan kita mempunyai pelajar-pelajar yang berfikiran yang lebih mantap, berpolitik matang tetapi bukan hasil daripada penggubalan akta ini menyebabkan perpecahan berlaku makin bertambah teruk. Oleh sebab harapan biarlah perpaduan, bukan harapan perpecahan seperti Menteri Perpaduan yang kita nampak lebih banyak membawa perpecahan. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jelutong, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kemudian Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Rasah dan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Batu.
Segamat.
Bukit Bendera.
Okey, saya tambah lagi. Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Tangga Batu. Baik, silakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta. Saya ingin menyentuh perkara terakhir yang disentuh oleh Yang Berhormat Arau. Saya menyokong penuh pindaan yang dibuat ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita lihat pada masa yang dahulu, sejarah menunjukkan bagaimana beberapa pengajar-pengajar, profesor-profesor di universiti termasuk dengan pelajar-pelajar di universiti telah dikenakan tindakan. Tindakan di mana mereka telah dituduh di mahkamah. Saya di sini ingin menyentuh satu kes yang tersohor yang berlaku dalam masa yang terdekat melibatkan seorang ahli akademik yang terkenal daripada Fakulti Undang-undang iaitu Profesor Azmi Sharom. Bagaimana beliau telah pun dikenakan tindakan dan dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana beliau hanya memperkenalkan ataupun memberi pendapat di atas beberapa isu perundangan. Pada masa yang sama, akta ini akan memastikan bahawa perkara itu tidak akan berlaku. Kita lihat bagaimana tindakan-tindakan telah diambil terhadap pelajar-pelajar yang lebih cenderung untuk menyokong parti-parti politik yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan. Kita lihat bagaimana kerajaan yang dahulu begitu zalim, Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu begitu zalim mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang lebih cenderung untuk menyokong parti PKR, parti DAP, parti AMANAH dan sebagainya. Kita harus memastikan bahawa undang-undang ini akan memberi kebebasan kepada pelajar. Tak kira parti politik yang mana sahaja, asalkan parti itu memperjuangkan dengan ikhlas nasib rakyat Malaysia, kita harus memberi kebebasan untuk pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi ahli parti tersebut. Saya memberi penekanan di sini, saya rasa pelajar-pelajar di Malaysia, di universiti, di kolej dan di politeknik cukup matang. Mereka dapat melihat manakah pemimpin-pemimpin- Yang Berhormat Arau balik? Jumpa esok.
Solat, solat.
Baik, silakan. Silakan, silakan. Saya pasti bahawa ada pemimpin-pemimpin, ada pelajar-pelajar yang memang yakin dan memang mengetahui secara ikhlas parti-parti politik yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Pelajar-pelajar sekarang memang celik pandai dan kita juga lihat bahawa mereka mempunyai akses kepada media massa, kepada laman-laman sosial, kepada Facebook, kepada WeChat, WhatsApp dan sebagainya, dan mereka dapat lihat manakah parti-parti politik yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Saya di sini cuma ingin memberi pendapat dan berharap bahawa niat ikhlas, niat murni Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan ini tidak akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Kita tahu baru-baru ini ada puak-puak yang cuba memecahbelahkan perpaduan di antara rakyat Malaysia, yang cuba memecahbelahkan persahabatan, silaturahim di antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di mana perkara- perkara yang tidak diingini dimainkan, perkara-perkara yang sensitif disebutkan. Saya cuma risau bahawa puak-puak ini akan mengambil kesempatan ini untuk meracuni pemikiran pelajar-pelajar. So, kita harus memastikan bahawa akta ini benar-benar memberi kebebasan dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ketika saya di universiti, kita lihat persahabatan di antara kita begitu erat. Tak kira orang Melayu, orang India, orang Cina, kita bersama-sama. Kadazan, Murut dan sebagainya. Kita cuma risau bahawa akta ini akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan perpaduan ini. Saya di sini menyeru pihak-pihak di sebelah sana, pihak-pihak yang dukacitanya tidak hadir pada hari ini, yang sudah balik, mungkin mereka sedang menonton siaran ini melalui siaran langsung atau YouTube, saya merayulah kepada mereka, tak kiralah UMNO, MCA malahan MIC dan juga PAS, kalau kita ingin berpolitik, kita hanya berpolitik secara matang dan tidak menggunakan isu-isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan kita, tidak menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ini adalah rayuan saya. Rayuan ikhlas saya kepada pihak-pihak di sebelah sana. Di sini, saya sekali lagi ingin memuji Yang Berhormat Menteri, seperti yang telah saya katakan tadi, walaupun sejak kebelakangan ini ada pihak-pihak yang tertentu yang sengaja ingin menghentam beliau dan juga memperkecilkan niat ikhlas beliau untuk memantapkan lagi sistem education di Malaysia. Saya di sini ingin merakamkan penghargaan saya yang setinggi-tingginya kepada beliau kerana mempunyai inisiatif yang begitu ikhlas dalam mencadangkan pindaan kepada undang-undang ini. Sekali lagi, Yang Berhormat Menteri, sejarah akan menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri merupakan seseorang yang telah memberi kebebasan kepada pelajar- pelajar dan ini akan merupakan satu catalyst, dengan izin, yang akan meyakinkan kepada masyarakat umum terutamanya kepada semua penuntut di universiti dan di kolej bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sedang cuba sedaya upaya untuk melaksanakan janji-janji dalam manifesto. Walaupun ada perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan, ini adalah bukannya sebab kerana kita dengan sengaja tidak mahu melaksanakannya. Ini bukanlah niat yang tidak baik bagi pihak kita untuk tidak melaksanakannya tetapi ia adalah disebabkan oleh kekangan. Umpamanya seperti isu PTPTN dan sebagainya. Memang kita berhasrat mulia, hasrat yang murni untuk melaksanakannya tetapi apakan daya, seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Kapar tadi, kalau kita menghadapi kekangan kewangan, masalah- masalah ketirisan yang disebabkan oleh Yang Berhormat Pekan, yang disebabkan oleh Yang Berhormat Bagan Datok yang telah merompak rakyat Malaysia, yang telah mencuri dana Malaysia, yang kita lihat dituduh di mahkamah, beberapa pertuduhan dikenakan, wang yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat digunakan untuk membeli beg Birkin dan sebagainya, intan dan berlian untuk isteri dan sebagainya, apakan daya? So saya di sini sekali lagi ingin menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada semua penuntut di kolej, di universiti dan di politeknik bahawa ini merupakan satu-satunya perkara yang menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan memang berhasrat murni untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat. Di sini sekali lagi kita perlu mengambil iktibar daripada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri bahawa walaupun kemungkinan akta ini boleh disalahgunakan oleh puak-puak di sebelah sana untuk memecahbelahkan kita, saya yakin bahawa pemuda- pemudi sekarang terutamanya pelajar-pelajar di universiti akan mengambil kesempatan ini untuk menceburkan diri ke dalam bidang politik dan saya menyeru mereka, ayuh, marilah bersama-sama dengan Pakatan Harapan, sertai kami dan memastikan bahawa negara ini terus makmur, terus aman dan terus damai. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang pada kali ini. Saya mendengar ucapan daripada sahabat saya, Yang Berhormat Jelutong. Saya nak bangun tadi tetapi saya rasa saya nak gunakan peluang saya ini. Beliau memuji Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan saya setuju tetapi beliau perlu ingat bahawa beberapa figure di dalam parti DAP sendiri banyak menyerang Menteri Pendidikan sebelum daripada ini secara terbuka. Jadi, saya kira mungkin...
Minta penjelasan Yang Berhormat.
Bagi contoh, contoh.
...Beberapa figure, maksud saya beberapa figure dalam DAP sendiri banyak menyerang...
Siapa?
Inilah perkara yang saya rujuk tadi. Jangan pecah belahkan kita Yang Berhormat. Tolonglah jangan pecah belahkan kita. Pakatan Harapan masih erat.
Yang Berhormat Jelutong, duduk Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih, ya.
Kita PKR, DAP, Warisan, Amanah semua sepakat.
Teruslah Yang Berhormat Pasir Mas...
Sudah, terima kasih. Boleh duduk.
Tidak usah layanlah. Tidak usah layanlah, teruslah, Yang Berhormat Pasir Mas.
Bukan macam Pas dan UMNO ya.
Tidak usah layanlah.
Ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz.
Ya, terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, cukup Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Pasir Mas teruskan.
Saya tak nak bacakan link tetapi saya sudah buka di hadapan saya ini. Baik. Saya juga mengambil kesempatan untuk memuji- saya mengambil kesempatan untuk menghargai tindakan kerajaan dan juga Menteri Pendidikan sendiri yang telah menunaikan janji yang telah disebut di dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu pemansuhan AUKU. Kita tahu bahawa AUKU ini merupakan satu mimpi hitam kepada aktivis-aktivis mahasiswa yang berada di pihak pembangkang daripada dahulu lagi yang telah berdepan dengan pelbagai tekanan ketika kita berada di era politik jalanan semenjak timbulnya era tercetusnya reformasi tahun 1998. Bagaimana ketika itu melalui persatuan-persatuan mahasiswa, GAMIS sendiri betapa ramai aktivis mahasiswa telah dihukum dan juga dihadapkan dengan mimpi yang namanya AUKU ini. Justeru pemansuhan AUKU ini merupakan satu perkara yang tepat pada masanya. Cuma mungkin dari sudut term dan bahasa itu sendiri mungkin perlu diperbaiki kerana kita tahu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ini, (AUKU 1971) merupakan suatu akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia dan di bawah akta inilah ditubuhnya universiti- universiti dan juga institusi pengajian awam. Jadi mungkin bila kita sebut pemansuhan AUKU ialah bererti pemansuhan elemen- elemen di dalam AUKU yang menghalang kebebasan mahasiswa. Mungkin kerajaan berpandangan bahawa AUKU ini dimansuhkan sepenuhnya dengan menggantikan dengan nama akta yang lain itu saya tidak tahu, tetapi term pemansuhan AUKU itu sendiri mungkin perlu untuk diberikan penjelasan kepada rakyat. Justeru pemansuhan AUKU ini adalah mustahil untuk dilakukan tanpa adanya akta baharu yang untuk menggantikannya kerana akta ini sendiri merupakan punca kuasa bagi penubuhan dan pengoperasian sesebuah universiti. Apabila disebut perkataan-perkataan ataupun unsur-unsur yang disebut di dalam AUKU itu kita setuju tetapi dalam masa yang sama beberapa peruntukan yang lain juga wajar dimansuhkan atau dipinda bagi memastikan akta ini rasional dan relevan selari dengan janji kerajaan. Saya ambil contoh sebagai seperti seksyen 3 dalam akta ini yang memberikan kuasa Menteri secara terus dalam pentadbiran universiti. Mungkin perlu juga dikaji oleh pihak kerajaan untuk dipinda dan juga dimansuhkan. Seksyen 4A campur tangan Menteri di dalam pemilihan Canselor juga merupakan suatu perkara yang perlu diberikan pertimbangan oleh pihak kerajaan. Seksyen 15A larangan kepada persatuan pelajar untuk mencari dana untuk bergerak. Kita tahu bahawa dalam Akta AUKU ini, seksyen 15A menghalang pelajar-pelajar untuk mencari atau mengumpulkan dana, memungut wang di dalam atau luar kampus untuk apa jua penganjuran dan sebagainya. Di pihak kerajaan saya yakin perkara ini perlu untuk diberikan perhatian untuk dibaiki ataupun dimansuhkan. Begitu juga seksyen 16 dan 16B ketidakadilan dalam prosiding pelajar. Seksyen 16C memberi kuasa universiti untuk menghukum pelajar sesuka hati. Perkara 8 kuasa Menteri di dalam melantik Jawatankuasa Universiti. Perkara 21 dan 21A ketidakseimbangan antara penglibatan pelajar dalam jawatankuasa. Perkara 48 kekangan dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Saya sebut secara poin yang ringkas seperti ini dan inilah di antara perkara-perkara yang kita suka untuk mempersoalkan. Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk bergerak ke depan dengan turut meminda seksyen-seksyen yang telah saya bacakan sebentar tadi. Kita juga menghargai apabila pihak kerajaan memberikan kebebasan kepada pimpinan-pimpinan pembangkang untuk turut sama terlibat di dalam universiti, masuk universiti dan saya sendiri telah dijemput untuk masuk ke UIA, saya sangat-sangat menghargai. Tinggal lagi bahawa kita sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau sebentar tadi, setakat manakah pelajar-pelajar universiti boleh dibenarkan untuk berkempen di dalam universiti itu sendiri? Membuka cawangan dan juga menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kepartian. Setakat manakah mereka diberikan kebebasan? In syaa Allah saya melihat komitmen daripada Menteri Pendidikan yang telah pun menjadi mangsa kepada AUKU ini sendiri. Saya secara peribadi saya yakin insya-Allah benda ini akan diberikan satu penambahbaikan yang baik. Jadi itulah di antara perbahasan yang dapat saya sertai pada petang ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas pada hari yang bersejarah ini di mana satu pindaan bersejarah kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 berlaku. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan peka dan terbuka untuk mendengar suara anak muda termasuk niat kerajaan untuk memperkasakan peranan orang muda dalam sistem demokrasi kita termasuk di kampus-kampus universiti kita. Saya bersetuju dengan langkah kerajaan untuk membuat pindaan terlebih dahulu berbanding dengan pemansuhan terus kerana akta ini agak komprehensif dan rumit dan juga menyentuh tentang pentadbiran dan juga governance di sesebuah universiti. Maka dengan pemansuhan terus tanpa sebarang pengenalan akta baharu adalah counterproductive. Selama hampir lima dekad pihak berkuasa dan Kerajaan Barisan Nasional telah berkali-kali menyekat kebebasan dan asas mahasiswa universiti terutamanya untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik di dalam dan juga di luar kampus. Sejak 1970-an mereka telah menggunakan AUKU dan tindakan disiplin untuk menutup mulut, menyekat student activism termasuk menyekat mahasiswa daripada menyoal, membantah dan challenge political status quo, dengan izin. AUKU ini dilihat sebagai terlebih paternalistic dan overprotective, dengan izin. Ini dilihat melalui beberapa kes spesifik seperti kes Anis Syafiqah seorang aktivis yang terpaksa berdepan dengan tindakan disiplin apabila beliau dengan tiga mahasiswa yang lain telah meminta supaya satu siasatan dijalankan ke atas kes 1MDB. Tindakan disiplin tersebut melanggar hak-hak pelajar tersebut yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Negara kita. Antaranya, ini menyekat kebebasan bersuara, freedom of expression di mana kita dapat melihat melalui kes Umany 4 di mana aktivis pelajar Mr. Ho Chi Yang umur 22 tahun, Mr. Lau Li Yang, 22 tahun, Mr. Tan Jia You, 21 tahun dan Miss Chua Hun Ti, 23 tahun telah berdiri dan mengangkat placard yang bertulis, “Mahasiswa mahu jawapan, 1MDB jangan spin, 1MDB pulangkan duit rakyat”, dalam satu forum 1MDB Town Hall yang telah dianjurkan oleh Special Affairs Department di Universiti Malaya. Oleh disebabkan itu mereka telah digodam, dipaksa duduk dengan menarik baju mereka, telefon bimbit mereka dirampas dan kemudiannya dibagi satu show cause letter atas alasan mereka telah menimbulkan satu, dengan izin, situation of indiscipline and disruption, distract public order, decency and discipline. Mereka kemudiannya diberikan saman dan warning letter daripada universiti hanya kerana mengangkat placard. Akta sebelum ini juga menyekat hak freedom assembly melalui kes seperti di UM dan UKM pada tahun 2016 yang telah mengambil tindakan disiplin terhadap lima pelajar, Suhail Wan Azahar, Muhamad Luqman Nul Hakim, Asheeq Ali kerana hanya menganjurkan satu off-campus #Tangkap MO1 Rally pada Ogos 27, 2016. Banyak lagi kes termasuk kes penganjuran 40 Years: From UM to Prison di mana lapan pelajar mahasiswa dikenakan tindakan disiplin dan juga pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa yang terlibat dalam BERSIH 5. Selain itu, hak freedom association telah disekat melalui akta seperti ini termasuk penggantungan Universiti Malaya Chinese Language Society pada tahun 2017. Maka dengan jelas, kita dapat melihat bahawa Akta AUKU ini bersama dengan peraturan-peraturan disiplin universiti telah menyekat mahasiswa daripada terlibat dalam political activism di dalam dan di luar kampus. Ini memang melanggar hak-hak kebebasan bersuara freedom assembly dan freedom association yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 10(1) dan juga undang-undang antarabangsa seperti Artikel 19, dan 20, UDHR. Oleh itu, saya menyambut baik pindaan terhadap AUKU ini sebagai satu langkah pertama yang baik untuk memberikan lebih kebebasan akademik termasuk memperkasakan peranan orang muda untuk melibatkan diri dalam political activism dan juga untuk mereka membina semula negara ini. Walaupun ada Yang Berhormat dari UMNO- Barisan Nasional yang jelas mempertikaikan peranan orang muda malah menghina kemampuan orang muda dalam Dewan yang mulia ini, kita Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja percaya kepada kebolehan orang muda tetapi juga memberikan peluang kepada orang muda untuk terlibat terus dalam arena politik. Ini dapat dilihat melalui representasi orang muda dalam Parlimen yang lebih tinggi berbanding masa dahulunya.
Ahli Parlimen dari golongan orang muda termasuk Yang Berhormat dari Ipoh Timur, Mas Gading, Lembah Pantai, Batu, Johor Bahru, Setiawangsa dan antara yang lain yang mampu duduk...
Papar tidak adakah?
Yang Berhormat Papar pun bolehlah. Yang Berhormat Kalabakan pun boleh. Young at heart.
Rasah tidak adakah?
Yang Berhormat Rasah tua sikitlah [Ketawa] Akan tetapi orang muda ini mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan semua Yang Berhormat untuk membawa suara orang muda ke Dewan yang mulia ini. Malah, ada yang juga dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan. Saya percaya kepada kebolehan anak muda dan mereka bukan sahaja pemimpin masa hadapan tetapi they are also the leaders of today, dengan izin. Kita mempunyai satu tanggungjawab untuk menyediakan satu persekitaran yang optimum dan kondusif untuk mereka berkembang, belajar dan melengkapkan diri terutamanya di universiti. Saya ingin membawa contoh-contoh suara orang muda di luar, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. “Universities should encourage the young leaders of tomorrow to have diverse ideas and healthy debate, setting a beacon of hope for the chaotic reality we live in”. Miss Lim, 20 tahun, student, pelajar di UKM. “The government has to realize that there are so much, we as the young of the nation can contribute to shape up a better Malaysia for future generations”. Asheq Ali, 22 tahun, students of UKM. Oleh itu, sekali lagi saya menyambut baik pindaan ini kerana ini langkah pertama yang baik termasuk niat kerajaan untuk memperkasakan akta-akta lain dan peraturan disiplin yang lain supaya semua mahasiswa termasuk mahasiswa bawah tajaan scholarship kerajaan dapat melibatkan diri dalam bidang politik. Seterusnya, saya berharap semua kes tindakan disiplin yang melibatkan pelajar yang menyuarakan dan exercise kebebasan mereka dalam political activism dikaji semula dan digugurkan dengan serta-merta. Selain itu, semua administrator dan staf universiti yang bertanggungjawab terhadap tindakan disiplin haruslah dilatih dalam isu kebebasan bersuara, freedom assembly dan association dan juga diberikan tanggungjawab untuk menjaga dan uphold hak-hak tersebut, dengan izin. Saya bercadang agar satu human rights task force ditubuhkan untuk melakukan latihan tahunan kepada semua university administrators di seluruh Malaysia untuk memastikan mereka sendiri menjaga hak-hak yang ada termasuk hak-hak kebebasan bersuara yang dikatakan tadi. Task force ini juga haruslah mengandungi latihan dalam hak wanita dan gender equality dan sexual harassment. Kita juga haruslah menjamin bahawa setiap pelajar haruslah ada hak untuk didengari dan mendapat representasi yang ideal dalam semua disciplinary hearing, dengan izin. Kita juga haruslah mendorong pihak universiti untuk meminda disciplinary rule university termasuk Rule 3, Rule 9, Rule 11, Rule 12, Rule 13 yang sedikit sebanyak menyekat kebebasan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam political activism. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya akui terdapat risiko dengan pindaan akta ini seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat dari Jelutong tadi, namun, democracy is messy, dengan izin...
Satu minit lagi ya.
Risiko ini adalah berbaloi untuk memberikan satu pengalaman pembelajaran yang lebih holistik kepada anak-anak muda kita. Dengan itu, saya ingin mengakhiri perbahasan saya with an excerpt for the judgment by judge Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus dalam kes UKM 14, dengan izin. “In my opinion, such provision as section 15 of AUKU impedes the healthy development of the critical mind and original thoughts of the student. Objective that seeks of higher learning should strive to achieve it. Universities should be the breeding ground of reformers and thinkers and not institutions that produce students trained as robots. Dengan pindaan pada hari ini, we are one step closer to achieving that goal. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rasah. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Tangga Batu dan Yang Berhormat Batu Gajah.
Bukit Bendera juga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada pembahas yang tua sedikit daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Dari segi usia tua sedikit, tetapi jiwa orang muda. [Tepuk]
Saya sokong.
Pertama, saya rasa hari ini bakal memahat sejarah sebab satu akta yang telah mencengkam, membelenggu ramai warga universiti, 18 buah universiti awam di Malaysia selama lebih 40 tahun. Lebih tua usia AUKU daripada usia saya. Maknanya sebelum saya lahir, AUKU lahir dahulu pada tahun 1971. Saya sendiri berbahas di sini selain daripada sebagai mewakili suara pengundi Rasah, saya juga adalah mantan pemimpin pelajar UKM. Bekas MPP UKM dan bekas graduan daripada UKM sendiri. Saya dapat merasai kalau tadi rakan-rakan ramai yang mengutarakan contoh-contoh yang mengisahkan kisah orang lain, tetapi biar saya menceritakan kisah benar saya ketika sebagai pemimpin pelajar di UKM. Saya rasa lebih, kata orang lebih touching, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ketika saya di UKM dari tahun 1995 hingga tahun 1999, saya ada cadangan untuk menjemput Ketua DAPSY ketika itu, yang hari ini merupakan Menteri Kewangan kita, Yang Berhormat Bagan. Ketika itu beliau adalah Ketua DAPSY ke kampus untuk satu forum dengan pelajar tetapi telah ditegur, jangan berbuat demikian. Sekiranya saya meneruskan niat saya berbuat demikian, mungkin saya akan graduate lebih awal tanpa mendapat ijazah sarjana muda. Akhirnya, saya terpaksa melupakan hasrat tersebut. Itulah bagi saya pengalaman yang cukup pahit. Akan tetapi pada ketika yang sama, ramai pemimpin, kalau untuk mahasiswa berketurunan Cina di UKM, ramai pemimpin MCA boleh beratur masuk dengan pintu utama. Buka begitu luas untuk mereka, mengalu-alukan kehadiran mereka tanpa ada batasan dan had. Itulah bukti bahawa AUKU telah disalahgunakan oleh rejim kerajaan sebelum ini. Kita bertuah pada hari ini sebab hari ini kita mendapat Menteri Pendidikan yang membentangkan pindaan AUKU adalah salah seorang mangsa kepada AUKU itu sendiri. Jadi berbanding dengan Menteri-menteri Pendidikan sebelum ini, beliau paling merasai dan beliau mempunyai perasaan sebab beliau sendiri menjadi mangsa kepada AUKU. Jadi saya sendiri, beberapa perkara saya nak utarakan pada petang ini. Pertama, bagi saya langkah ini cukup penting sebab langkah ini akan menandakan bahawa kita mengorak langkah yang betul ke arah untuk menunaikan sepenuhnya Janji 27 dalam Buku Harapan kita iaitu janji untuk memansuhkan AUKU dalam masa terdekat. Akan tetapi dengan pemotongan seksyen 15(2)(c) yang berkaitan dengan politik, bagi saya itu satu langkah yang cukup ke hadapan dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khasnya artikel 10 berkenaan dengan kebebasan berpersatuan. Walaupun perlembagaan itu sendiri menyatakan ada sekatan, tetapi hari ini langkah untuk kita memotong seksyen tersebut telah mengurangkan halangan kepada kebebasan berpersatuan di bumi ini khasnya di IPTA. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan berpolitik ini, saya difahamkan 20 kes yang telah diputuskan. Cuma saya berharap kalau kita nampak pindaan yang dicadangkan di seksyen 3 mengatakan bahawa kes-kes yang masih dipertimbangkan di dalam perbicaraan dan sebagainya yang berkaitan dengan seksyen 15(2)(c) tersebut akan diberhentikan dengan serta-merta selepas akta ini diwartakan dalam masa terdekat. Bagaimana pula dengan 20 kes yang telah diputuskan? Walaupun saya tahu dari segi undang-undang dikatakan bahawa apabila sesuatu kes telah dimuktamadkan, telah diputuskan, ia seolah-olah membuat keputusan dalam keadaan functus officio, tidak boleh nak bertindak, nak kembali lagi. Akan tetapi, adakah apa-apa cara untuk buat semakan kehakiman?
Saya mohon supaya keadilan bukan sahaja ditegakkan untuk mereka pada masa akan datang ataupun bakal-bakal mangsa tetapi keadilan juga perlu ditegakkan kepada mereka yang telah dipinggirkan, yang telah dimangsakan, yang telah menjadi mangsa kepada AUKU itu sendiri. Jadi saya tidak tahu boleh atau tidak, mungkin pihak kementerian perlu memikirkan satu mechanism supaya kita tidak terus memangsakan 20 kes tersebut. Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang saya hendak kemukakan pada hari ini adalah saya berharap dengan adanya pemotongan pindaan pada AUKU hari ini, ia juga akan menjadikan reformasi institusi yang dijanjikan dapat digerakkan ke hadapan dengan para pelajar boleh secara terbuka mengundang. Oleh sebab hari ini kita jadi kerajaan. Dahulu pemimpin yang duduk sebelah sini, pemimpin Pakatan Harapan ditegah sama sekali masuk ke kampus IPTA. Tadi sahabat saya Yang Berhormat PAS ada mengatakan ada jemputan. Kita hendak sebegini. Inilah demokrasi yang kita hendak suburkan di bumi Malaysia selaras dengan prinsip demokrasi. Kita buat pindaan sebegini yang menguntungkannya sebenarnya bukan daripada pihak kami sebab pihak kami sudah jadi kerajaan tetapi ada dasar untuk mereformasikan institusi, kami sedia berbuat demikian. Jadi saya berharap dengan adanya pindaan sebegini, kebebasan akademik, kebebasan institusi pengajian tinggi tersebut akan dapat kita angkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batu.
Kuala Terengganu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi peluang untuk berbahas. Saya juga seorang mahasiswa. AUKU asalnya adalah untuk mengawal soal pentadbiran dan perjalanan universiti agar lebih teratur. Namun secara tidak langsung, sebahagian daripada dasar AUKU sebenarnya menghalang pembabitan pelajar dengan parti politik, persatuan sekerja dan penggabungan badan-badan pelajar. Oleh kerana ini, ia telah membangkitkan kemarahan mahasiswa dan mahasiswa menganggapnya sebagai tembok sempadan daripada terus bersuara dan bagi pandangan mahasiswa. AUKU sendiri telah melanggar hak bersuara sebagai rakyat Malaysia. Selain daripada itu, mahasiswa melihat dengan kewujudan AUKU, ia secara tidak langsung telah menghilangkan kuasa autonomi pihak universiti dan kolej untuk membuat keputusan mereka sendiri. Sebagai pelapis kepada pemimpin negara dan menyumbang kepada ekonomi negara, mahasiswa tidak bersetuju untuk bersama membangunkan negara dengan blok-blok sekatan dari terus bersuara sedangkan mahasiswa yakin bahawa dengan sekatan sebegini, ia mampu menyekat perkembangan minda dan sistem pembelajaran akan terencat oleh kerana sifat AUKU itu sendiri. Pada tahun 2012, Akta AUKU telah dipinda buat kali pertama di mana mahasiswa dibenarkan menyertai mana-mana persatuan dan badan politik tetapi di antara syarat baru yang dituntut oleh AUKU 2012 ini adalah dengan membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan dan kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus. Namun, syarat ini hanyalah untuk pelajar-pelajar cemerlang akademik sahaja. Walaupun pindaan telah dibuat, mahasiswa masih merasakan diri mereka dikekang kerana masih wujud unsur diskriminasi terhadap mahasiswa terutamanya dalam kebebasan menyokong parti politik selain daripada parti kerajaan masa itu. Jika dirujuk kepada negara- negara maju, universiti tersohor dunia sekalipun mahasiswa mereka bebas untuk bersuara dan menentukan sesuatu perkara walaupun ia terlibat kritikan kepada dasar kerajaan dan ia secara tidak langsung dapat mematangkan mahasiswa tersebut dalam mengambil sesuatu keputusan. Hari ini, Malaysia telah melakarkan sebuah sejarah baru di Parlimen Malaysia dengan pindaan ini. Saya berharap agar mahasiswa Malaysia seperti saya mampu mengimbangi masa mereka dalam aktiviti berpersatuan dan pembelajaran di universiti dan kolej. Selama ini, kami telah memperjuangkannya. Hari ini perjuangan kita telah diangkat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan ia adalah satu daripada pelaksanaan reformasi. Justeru itu, saya memohon agar kita gunakan kepercayaan ini dengan sebaiknya. Akhirnya, ingat bahawa akademik juga penting untuk penentuan masa depan negara yang lebih gemilang. Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri personally sebab sekarang saya tidak adalah seorang mahasiswa illegal di kolej saya sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat kalau ikut senarai ini Yang Berhormat Segamat dahulu tetapi Yang Berhormat Segamat tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Batu Gajah, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kapar, kemudian Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di-Pertua, Segamat ada tadi. Saya dekat belakang tadi.
Baik, saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan saya peluang. Pertama sekali saya mula, saya sambut baik dan juga sokong pindaan ini kerana ia menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri mempunyai keikhlasan dan juga keberanian Kerajaan Pakatan Harapan supaya menghapuskan budaya kebimbangan di kalangan mahasiswa dan juga membuang sifat pasif kepada sifat dinamik. Juga yang pentingnya universiti harus melahirkan mahasiswa yang berkualiti tinggi, yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Walaupun saya sendiri sebagai ibu bapa, kadang-kadang saya agak risau juga dengan adanya penglibatan politik di kampus nanti, pembelajaran akan terabai dan kita takut walaupun mereka ini baik, hebat dan pintar tetapi takut kadang-kadang mereka tidak memberi concentration, dengan izin, dalam akademik ataupun takut juga kalau hidangan salah diberi maka mereka akan diracuni dari segi pemikirannya. Namun demikian, saya yakin ia merupakan satu pindaan yang bagus tetapi saya juga ada beberapa soalan dan juga cadangan. Perkara yang penting adalah kita hendak pastikan bahawa mereka ini tidak diperkuda dalam arena politik mahupun oleh parti khususnya kalau dahulu mereka adalah parti pemerintah dan kini mereka di parti pembangkang tetapi mempunyai sumber kewangan yang begitu besar dan juga sebagainya. Kita perlu adakan mekanisme-mekanisme di mana parti-parti politik khususnya parti pembangkang juga tidak boleh menggunakan wang untuk menaja pelajar-pelajar untuk mengadakan mogok-mogok berbayar dan juga sebagainya ataupun menggunakan tekanan- tekanan. Biasanya kita mendapati kalau pelajar-pelajar ini mempunyai kekurangan wang dan juga sebagainya, maka mereka mudah dipengaruhi oleh parti-parti politik. Kita tidak mahu adanya mentaliti menentang kerajaan tetapi kita mahu mereka mempunyai mentaliti yang lebih terbuka agar kita membuka universiti ini, agar mahasiswa- mahasiswa ini akan berjaya bukan sahaja dari segi akademik tetapi akan menjadi pemimpin masa depan yang baik malah menggantikan kita pada hari ini. Saya juga faham bahawa pindaan ini diperlukan untuk menjadikan demokrasi ini lebih progresif malah pada pindaan 2012 sendiri, pada masa itu Timbalan Menteri Pengajian pada masa itu yang kininya Menteri Luar Negeri sendiri bersetuju bahawa kita perlu menyuburkan kembali aktiviti berpersatuan di kalangan mahasiswa, maka saya menyokong. Namun demikian, saya juga ada beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Simpang Renggam, bangsa Johor. Ini soalan daripada bangsa Johor juga, daripada Segamat. Apakah mahasiswa akan gagal membezakan kebebasan bersuara berbanding dengan keperluan politik di mana kerisauan saya adalah mereka akan terlalu taksub pada parti-parti politik tertentu, parti-parti politik yang mungkin akan menyalahgunakan sumber yang mereka ada ini agar mereka ini bersifat penentang Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi lebih banyak mementingkan politik tetapi kurang pula mementingkan kecemerlangan akademik mereka. Saya ingin juga tahu Yang Berhormat Menteri, mereka yang menganggotai parti-parti ini walaupun akhirnya saya yakin bahawa ia akan sampai di dalam kampus dan juga di dalam kamsis dan juga sebagainya, maka saya sendiri adalah seorang alumni Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya juga menjadi alumni UPM. Saya pernah juga faham dan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik tetapi kita tidak membawa logo dan juga sebagainya tetapi kita membawa warna pada masa itu. Kalau kita tahu warna merah itu apple, warna hijau dan juga sebagainya. Biru tua dan juga biru yang sudah mati sekarang ini.
Akan tetapi yang penting sekali adalah yang saya mendapati cabaran Yang Berhormat Menteri, apakah strategi dan juga sebagainya selepas pindaan ini dilaksanakan? Bagaimana kita hendak pastikan bahawa perpaduan di antara kaum ataupun perpaduan di antara anak-anak negeri, anak negeri Johor dengan anak negeri Kelantan, kita hendak pastikan bagaimana kita boleh berpadu? Pertama sekali, di antara negeri. Di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, di antara kaum-kaum yang berlainan agama. Seterusnya, kita faham bahawa di universiti sehingga ke hari ini kalau kita masuk ke mana-mana universiti tempatan, kita mendapati bahawa polarisasi kaum itu wujud. Kalau kita mendapati kalau biasanya pergaulan mereka, ada mereka bergaul di antara kelompok-kelompok tertentu, berkelompok kenegerian ataupun berkelompok mengikut fakulti-fakulti tertentu, mahupun kaum. Kita hendak pastikan apakah strategi, langkah-langkah yang akan diperkenalkan untuk memastikan bahawa selepas pindaan AUKU ini, bahawa kita akan pastikan bahawa wujudnya satu perpaduan kaum yang lebih baik daripada sebelum pindaan ini? Itu merupakan satu cabaran...
Kuala Terengganu pohon mencelah.
Satu minit boleh ya?
Ya, boleh.
Sila Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Saya pun sama seperti Yang Berhormat daripada Segamat, saya pun alumni UKM. Saya pun dulu pernah terlibat sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di UKM tiga tahun berturut-turut bertanding, jadi saya mengalami suasana yang sama. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang kepentingan kita mempromosikan budaya yang sihat di dalam aspek penglibatan pelajar dari segi politik dan sebagainya. Apa yang menjadi kebimbangan saya, takut ciri-ciri politik luar yang tidak sihat dibawa masuk ke dalam arena kampus. Apa pandangan Yang Berhormat, kalau di peringkat universiti barangkali kita adakan sejenis pendidikan politik matang, politik yang mempromosikan pendekatan yang sejahtera, mengelak politik kebencian dan sebagainya dikokurikulumkan. Terima kasih.
Saya mohon pendapat dan ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu itu dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Ini kerana saya yakin bahawa itu merupakan satu seperti juga dalam selepas yang dipinda, maka mungkin dicadangkan kepada Yang Berhormat Menteri. Seperti di UKM ini kita ada kertas-kertas umum ataupun kertas-kertas yang di mana semua pelajar universiti harus duduk. Contohnya, kita ada Tamadun Islam dan sebagainya. Saya rasa salah satu mata pelajaran yang harus dimasukkan walaupun satu kredit adalah asas-asas politik iaitu politik matang dan ianya merupakan satu cadangan yang baik. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Pada masa yang sama, saya juga berharap bahawa satu sistem dan juga mekanisme Yang Berhormat Menteri, harus diadakan untuk menangani masalah-masalah seperti masalah hasutan dan juga sebagainya. Oleh sebab kalau dulunya, dengan adanya AUKU ini jika pelajar-pelajar melakukan kesilapan, maka biasanya mereka diambil tindakan mungkin digantung satu semester, dua semester dan sebagainya. Akan tetapi dengan tiadanya, walaupun terdapat undang-undang yang lain jenayah, hasutan dan sebagainya tetapi saya mendapati sekiranya mereka didapati bersalah, maka hukumannya jauh lebih besar. Kalau dulu, baru satu semester selepas itu baru boleh kembali tetapi kini mungkin terpaksa masuk dalam penjara dan sebagainya. Ini merupakan satu mekanisme yang harus kita faham demi keadilan dan juga akan membolehkan pelajar-pelajar ini tidak mendapat hukuman yang lebih besar. Kita hendak menyelamatkan mereka, hendak menyelamatkan daripada kaki dan tangan di potong tetapi akhirnya sampai terjerat ke leher. So, itu kita hendak pastikan bagaimana kita boleh balance, dengan izin, di antara hukuman yang berbeza ini. Saya juga ingin membawa satu lagi isu, di mana bagaimanakah dan apakah peraturan-peraturan yang akan diperkenalkan untuk pelajar-pelajar ini apabila mereka boleh membuat aktiviti-aktiviti politik dalam kampus mengenai dana mereka? Apakah limit, dengan izin, mereka digunakan di dalam berpersatuan? Siapakah yang akan memastikan wujudnya satu pengauditan kadar wang yang digunakan? Kita tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab ini memberikan wang jumlah yang besar dan memastikan bahawa ada satu-satu pihak mempunyai wang yang besar tetapi satu kelompok lagi tidak ada. Maka, akan wujudnya ketidakseimbangan dari segi politik dan akan menyebabkan tekanan minda yang lebih besar. Akhirnya, kita mendapati ketidakpuasaan hati di antara kalangan dan mungkin boleh menyebabkan polarisasi kaum yang lebih tinggi. Akan tetapi yang lebih kita pentingkan ialah perpaduan. Saya juga ingin bertanya kepada Menteri bahawa...
20 saat lagi ya.
...Bagaimanakah program ataupun apa yang terdapat dalam rukun negara ini diterapkan sebagai nilai-nilai murni dan juga untuk politik matang. Saya mengucapkan terima kasih dan saya mengakui walaupun saya sering mengganggu Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi saya menghormati Yang Berhormat Menteri, menghormati Yang Berhormat Simpang Renggam dan juga bukan sahaja sebagai bangsa Malaysia tetapi saya faham Menteri mempunyai satu keberanian yang luar biasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Ahli Yang Berhormat, saya lihat ada ramai lagi yang akan berbahas. Saya akan memendekkan daripada 10 minit ke 5 minit, boleh Ahli Yang Berhormat?
Boleh.
Ikut urutan di sini, saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu dan kemudian Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Padang Serai dan satu lagi yang disebut Yang Berhormat Setiawangsa. Tambah lagi, baik. Silakan Yang Berhormat Tangga Batu, lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong pindaan AUKU 1971 yang senada dengan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada UiTM. Kita mahu mahasiswa sebagai pewaris pemimpin negara sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Tuan Hakim dalam kes UKM force seperti yang dinyatakan oleh sahabat saya tadi, university are places for reformist and thinkers and not places to produce robots, dengan izin. Mahasiswa perlu dilatih supaya berfikiran kritis. Pindaan ini juga akan memberi kebebasan akademik kepada pensyarah-pensyarah. Ini kerana apabila pelajar-pelajar yang telah berfikiran kritis akan bertanya biasanya di dalam kelas kepada pensyarah dan pensyarah akan lebih telus dan berani menjawab persoalan-persoalan pelajar. Pensyarah- pensyarah perlu mengajar dengan prinsip-prinsip yang sebenar, tanpa rasa takut, sesuai dengan kata-kata, “every teachers teach, great teacher inspires.” Jadi, inilah yang kita perlukan. Tuan Yang di-Pertua, hidup kita ini diselubungi oleh bukan misteri ya, ia diselubungi oleh politik. Apabila politik itulah yang akan mendominasi undang-undang yang akan dibuat di dalam negara, cara ekonomi ditadbir, cara kebajikan diberikan, jadi semua itu adalah berdasarkan politik. Jadi, wajar pelajar-pelajar kita diberikan pendedahan kepada politik. Pernah juga pada tahun 2005, semasa PRK Permatang Pasir kalau saya tak silap, di Pasir Mas, Kelantan. Di mana pihak universiti, sayalah salah seorang pensyarahnya, yang meminta bahawa kita mesti memantau pelajar-pelajar, masa itu diadakan PRK kempen politik. Jadi, dipesankan bahawa kalau jumpa pelajar-pelajar yang pergi ke ceramah-ceramah BN, biarkan. Akan tetapi kalau didapati pelajar-pelajar itu pergi ke ceramah-ceramah PAS pada masa itu dan juga pembangkang, maka sila laporkan. Jadi, sangatlah tidak adilnya cara universiti sebelum ini men-treat ataupun melayani pelajar-pelajar yang berminat di dalam hal politik ini. Saya juga meminta dengan hal ini iaitu pelantikan-pelantikan Timbalan Naib Canselor (TNC) ataupun Timbalan-timbalan Rektor Bahagian HEP yang biasanya mendukung politik kerajaan. Jadi maknanya, yang dululah iaitu BN, bahawa pentadbir-pentadbir ini mestilah orang yang bebas politik, orang yang, dengan izin, neutral dari segi pendapat politiknya. Oleh sebab mereka mentadbir universiti. Tidak boleh ada inklinasi yang kepada certain parti-parti politik yang tertentu. Now, apabila terlalu dikawal, kadang-kadang pelajar hilang minat langsung. Sehinggakan pada suatu masa, di mana untuk mendapatkan calon-calon untuk pertandingan jawatankuasa perwakilan pelajar, apabila terlalu, “okey, dibuat begini, dipanggil begini, di brainwash begini...”, sehingga pelajar perlu dinamakan oleh ketua-ketua program untuk bertanding, mereka hilang minat.
Jadi, apabila pelajar-pelajar dinamakan dengan orang yang sukarela adalah akan melahirkan jenis pemimpin yang berbeza. Namun saya ingin memberikan kredit kepada bekas Rektor UiTM 2013, UiTM Lendu iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim apabila saya menghantar surat pencen segera pilihan atas sebab ingin meraikan demokrasi dan mengambil bahagian dalam pilihan raya, beliau secara profesional bertanya, “Adakah awak sudah berfikir habis-habis Rusnah?”. Saya kata, “Ya”. “Adakah awak sudah istikharah?”. Saya kata, “Ya”. Jadi dia kata, “Good luck dan teruskan”. Jadi inilah pemimpin-pemimpin, pentadbir- pentadbir universiti jenis yang beginilah ataupun yang berfikiran begini yang terbuka dan faham sepatutnya tidak menyekat perkara-perkara begini. Ini adalah latihan kepada mahasiswa sebelum mereka menjadi pemimpin-pemimpin negara. Jangan kita perlecehkan kebolehan-kebolehan mahasiswa. Lihat sahaja kita ada mahasiswa di dalam Dewan Rakyat ini iaitu Yang Berhormat Tangga Batu- Tangga Batu pula, ini sudah emak mahasiswa. Iaitu Yang Berhormat Batu, iaitu Yang Berhormat Prabakaran. Kita faham dengan penubuhan ataupun pemansuhan atau pindaan AUKU ini, kita tidak bermaksud kebebasan adalah mutlak. Jadi mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain seperti Akta Hasutan, Akta Fitnah dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, AUKU undang-undang menyekat pelajar; Hak dihalang sesuka hati; Tiba masa universiti-universiti sedar; Amanah diberi jangan dikhianati. Tangga Batu menyokong pindaan AUKU ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. [Tepuk] Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah... [Disampuk] Semua batu semua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, pindaan yang dibentangkan di Dewan yang mulia hari ini adalah satu tindakan berani Kerajaan Pakatan Harapan.
Betul.
Sebelum ini Barisan Nasional telah mengawal gerak geri dan kebebasan mahasiswa-mahasiswi untuk kepentingan politik mereka... [Disampuk] Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kerana Dewan ini akan meluluskan satu pindaan yang akan memuliakan dan memartabatkan Perlembagaan Persekutuan.
Betul
Jaminan Perlembagaan untuk kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan berkumpul akan dihidupkan semula pada malam ini.
Betul, betul.
Negara kita akan dicalit dengan imej baharu di arena antarabangsa dalam usaha mendaulatkan kuasa rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri dalam pembentangan Rang Undang- undang AUKU berkata, pindaan yang dicadangkan ini membolehkan mahasiswa-mahasiswi melibatkan diri dalam politik secara terbuka. Walau bagaimanapun, ada baik ada buruknya. Saya ada beberapa persoalan yang perlu pencerahan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya ingin tahu, sejauh manakah seseorang mahasiswa atau mahasiswi boleh melibatkan diri dalam politik? Up to what extent, dengan izin. Adakah pindaan ini membolehkan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang membuka cawangan-cawangan di kampus? Adakah pembaharuan ini membolehkan mahasiswa-mahasiswi juga boleh memegang jawatan- jawatan penting dalam sesebuah parti politik? Adakah kerajaan akan mewujudkan apa-apa mekanisme kawalan lain untuk memastikan supaya mahasiswa-mahasiswi tidak terlalu terlibat dalam politik sehingga boleh mengabaikan pelajaran mereka. Pada prinsipnya saya menyokong pindaan ini tetapi cuma khuatir kampus-kampus universiti akan menjadi pentas politik yang keterlaluan dan sentiasa hangat dengan isu-isu perkauman yang ditiup oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa mahasiswa-mahasiswi tidak dipengaruhi oleh anasir- anasir jahat yang berniat menghancurkan perpaduan kaum? Pindaan ini menyuburkan lagi demokrasi berparlimen...
Yang Berhormat.
...Akan tetapi kita harus memastikan terdapat jaminan-jaminan kukuh bahawa perpaduan rakyat tidak teraniaya atau terancam kerana pindaan ini. Kita perlu berhati-hati. We have to be extra careful.
Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat...
Ya.
...Bolehkah komen tentang kehadiran Yang Berhormat Tapah dalam perhimpunan baru-baru ini? Patutkah kita tanya dengan beliau what business does he have going to that particular gathering?
No business.
Apa pendapat Yang Berhormat?
Yang Berhormat Tapah tidak ada di sini ya.
Tidak ada di sini.
I say, kalau boleh esok dia datang kita tanya dia...
[Dewan Ketawa]
Yang Berhormat Tapah...
Ya, hari ini dia tidak ada di sini.
MCA tidak hadir tetapi Yang Berhormat Tapah ada dalam perhimpunan itu.
Ya lah, saya pun ada tengok. Terima kasih.
Ya, sila teruskan Yang Berhormat Batu Gajah.
Itu sahaja Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat jangan duduk lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Sekejap, ada lagi, ada lagi.
Saya hendak tanya lagi Yang Berhormat. Adakah kehadiran Yang Berhormat Tapah dalam perhimpunan itu adalah sesuatu yang sungguh memalukan?
Saya memang...
...Juga seolah-olah you know sudah menjual diri. Yang Berhormat setuju dengan saya?
Saya...
Yang Berhormat Jelutong.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong sebab ini bukan sahaja Yang Berhormat Jelutong tetapi semua rakan saya di luar sana juga menceritakan kepada saya, mereka juga rasa amat malu dengan tindakan yang diambil oleh- tindakan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tapah...
Adakah ini bermaksud Yang Berhormat Tapah sudah pun jual maruah diri, harga diri bagi tujuan politik? [Ketawa] Saya pun ada tanya dengan dia tadi di perkarangan, apa sebab Yang Berhormat pergi sana? Dia kata saya tiba-tiba ada di situ, mereka bagi t-shirt dan saya pun pakai. Saya ambil gambar. Langsung tidak ada malu.
Okey, okey.
Tidak ada malu, tidak ada maruah...
Yang Berhormat Jelutong, saya...
Perhimpunan itu tidak ada masalah apa pun. Diluluskan oleh DBKL, diluluskan permit oleh polis. Apa masalah ini?
Baik, terima kasih. Saya tamatkan Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti pindaan ini. Saya menghadam hasrat Yang Berhormat Menteri. Saya mengakui komitmen daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar UKM dan UTM dalam Dewan ini...
Oh, UKM.
...Untuk mereka mendengar betapa murninya yang dipinda ini hak mereka. Selama ini penghidupan mahasiswa dalam keadaan yang kelam, mereka tidak tahu hala tuju mereka. Dalam pelajaran jurusan sains politik, memperjelaskan hak mereka dalam berpolitik tetapi negara ini menyekat kebebasan mereka. Negara ini dikongkong oleh pemikiran zaman penjajah. Mereka ini khuatir ketika sebelum kuasa dimiliki oleh Pakatan Harapan. Barisan Nasional begitu khuatir dengan kebangkitan anak muda.
Betul
Dalam pendidikan pelajaran jurusan politik dicerminkan apa agenda utama yang harus diketengahkan. Dalam pindaan ini jelas menunjukkan bahawa dalam rang undang-undang bertujuan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk meniadakan larangan ke atas pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti parti politik dalam kampus. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, hak pelajar universiti menyertai aktiviti parti politik tidak lagi disekat. Itu mukadimah yang mengawal seluruh daripada apa yang dibelenggu oleh pelajar. Kalau kita tengok pindaan ini, kuasa Yang Berhormat Menteri itu dikekalkan untuk menjamin disiplin pelajar itu ada tahapnya. Diberikan kuasa disiplin kepada Dekan ataupun Naib Canselor untuk memastikan mereka dengan above the rule and law. Jadi ini keperluan yang wajib dikawal selia. Dalam ilmu yang mereka memiliki, daripada pendedahan yang mereka ada, saya percaya dan yakin disiplin itu amat perlu dikawal selia. Begitu juga contoh di Indonesia, di Thailand, pelajar-pelajar menjadi gelombang perubahan reform negara mereka. Pelajar bangkit untuk menegakkan hak mereka. Cuba bayangkan waktu dua, tiga tahun yang lalu, kalau pelajar ini bangkit dengan kes 1MDB yang dicerminkan begitu menghantui dan menghitamkan negara. Kalau mereka itu diberi hak, saya percaya mereka yang bersalah dalam 1MDB boleh diheret ke mahkamah. Namun apa yang berlaku, dalam senario politik di universiti, saya diberitahu oleh anak saya sendiri kalau menyokong Barisan Nasional mereka diberi seluas-luas kebebasan. Mereka boleh mengawal selia apa yang ada dalam peraturan ataupun dalam kuasa yang ada dalam universiti.
Akan tetapi kalau mereka pembangkang, mereka dizalimi, ditindas dan hak mereka itu ditidakkan. Ini yang berlaku dalam proses kita hendak menyatakan dengan jelas bahawa pindaan ini tidak boleh dikompromikan. Maka, saya mengambil peluang ini mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Tidak perlu saya angkat, tidak ada apa yang saya hendak angkat tetapi yang penting ialah komitmen pindaan ini, suara anak muda dan cita rasa mereka, kehendak mereka perlu didengari dan daripada batas yang bermula platform universitilah tempat yang paling sesuai untuk mereka menjelajahi, menerokai ilmu yang mereka belajar dengan tanpa ada sekatan. Saya mengambil peluang ini atas pindaan yang diberi seluas-luasnya kepada pelajar, ambillah peluang terbaik ini, manfaatkanlah ilmu jurusan yang dimiliki dalam proses untuk kita memastikan kewarnaan politik negara ini dapat dihiasi atau dihidangkan oleh pelajar-pelajar membantu negara untuk menyedarkan. Sebagai contoh dalam PTPTN. Begitulah kata pembangkang, flip-flop, flip-flop. Ya, waktu itu kita tidak tahu kedudukan kewangan tetapi hari ini kita mendapat maklumat bahawa hutang negara hampir RM1 trilion dan kita terpaksa menagih untuk memberikan imbuhan itu berperingkat-peringkat. Apabila kita dengar pandangan luar, kita kembali balik untuk mengemaskinikan balik atau penambahbaikan untuk menyenangi ataupun untuk menyelami masalah yang di luar sana. Maknanya kita kerajaan yang mendengar rintihan dan juga tangisan di luar. Maka kita meletakkan harapan bahawa setiap perkara yang kita hendak buat ini batasnya ada...
Tinggal 10 saat lagi ya.
...Dan keperluan itu ada. Saya yakin dengan pindaan ini, ambillah peluang pelajar-pelajar universiti, ayuhlah, waktu sekarang waktu kita mempunyai harapan untuk membina semula negara ini dalam kerajaan yang baharu dalam Pakatan Harapan yang diangkat menjadi kerajaan untuk memastikan martabat rakyat seluruhnya itu dapat diberikan hak mereka. Tanpa berlengah waktu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong sepenuh-penuhnya pindaan ini demi masa depan mahasiswa kita dan negara yang kita cintai ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya, diikuti oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Amalan berdemokrasi tidak boleh dipisahkan daripada unsur-unsur politik. Sebagai sebuah masyarakat, amalan berdemokrasi dan berpolitik adalah sesuatu yang penting bagi memastikan suara dan kepentingan pelbagai pihak dapat dinyatakan dalam decision-making process, dengan izin. Saya bersetuju dengan termansuhnya peruntukan perenggan 15(2)(c) AUKU, mahasiswa-mahasiswa lebih berani untuk mengadakan perbincangan yang mencabar di dalam kampus. Akan tetapi, saya cuma perlu bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan seksyen 16 dalam AUKU yang memberi kuasa kepada naib canselor kuasa yang terlalu luas dan ambiguous, dengan izin, untuk menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan dan kumpulan pelajar. Kita ada kes-kes yang mana kuasa ini telah disalahgunakan terhadap mahasiswa. Contohnya pada tahun 2014, seramai 25 orang mahasiswa sudah dikenakan tindakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti masing-masing. Rata-rata mahasiswa yang dikenakan prosiding ini hanya mempraktikkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk bersuara dan hak untuk beraktiviti dan berorganisasi. Juga lagi, ada Asheeq pada November 2016 ditanggung tiga minggu oleh UKM dan dituduh serta didenda RM200 kerana menyertai tunjuk perasaan dalam #TangkapMO1. Beberapa kumpulan pelajar telah membangkitkan isu bahawa peruntukan boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan universiti adalah terlalu samar. Weak and ambiguous, dengan izin. Ambiguiti ini bermasalah kerana kuasa yang diberikan kepada naib canselor adalah sangat luas. Soalan kedua saya adalah berkaitan dengan SOP universiti. Sekiranya pelajar membuat keputusan untuk mengadakan protes atau tunjuk perasaan, adakah universiti- universiti akan mengguna pakai SOP yang lebih mesra untuk memberi peluang kebebasan bersuara dan berpolitik kepada mahasiswa? Saya rasa kita tidak perlu khuatir tentang mahasiswa terlibat dalam politik kerana saya yakin mereka cukup matang dan boleh, dengan izin, self-regulate sendiri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perdebatan terhadap pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti [Akta 30]. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengimbas kembali legislative history untuk AUKU ini, ia telah diwujudkan pada tahun 1971 dan dipinda sebanyak enam kali sepanjang kewujudannya iaitu pada tahun 1971, 1975, 1983, 1996, 2009 dan 2012. Saya mengalu-alukan pindaan kali ini dan ia satu milestone untuk student- activism di kampus, di Malaysia. Akan tetapi, saya berpandangan itu satu quick fix sahaja, satu pembaikan cepat sahaja tetapi Yang Berhormat Menteri perlu melihat untuk overhaul terhadap AUKU ini atau untuk menjurus kepada autonomi kampus. Ada beberapa yang saya kaji terhadap beberapa pindaan akta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu pelajar-pelajar IPTA, IPTS, perguruan, UiTM- UIA Yang Berhormat Menteri sendiri kata ada kaedah pelajar sendiri yang akan dipinda- tertinggal satu komponen yang penting iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang ditadbir di bawah Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 atau Akta 653- Akta 653 ini tidak dipinda. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Saya hendak satu kepastian kerana saya difahamkan akta ini bukan di bawah pentadbiran Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Kenapa Yang Berhormat Menteri yang terbabit, Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tidak mencadangkan pindaan akta ini? Adakah ia satu ketinggalan overlooked ataupun satu ketinggalan yang disengajakan? Minta satu penjelasan. Ya, silakan.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta pencelahan. Yang Berhormat Bukit Bendera, terima kasih kerana membangkitkan. Bagi saya, memang isu ASWARA ini mungkin salah satu daripada- kita tidak tahu berapa banyak lagi institusi pendidikan tinggi yang mungkin tidak terangkum ataupun tidak terlibat dalam pindaan-pindaan yang kita akan buat pada malam ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera sekiranya kita meletakkan institusi-institusi seperti ASWARA ini di bawah Kementerian Pendidikan? Mohon pandangan.
Saya rasa ada baiknya kerana Yang Berhormat Menteri lebih dinamik dan saya rasa satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Juga apabila dikatakan tertinggalnya ASWARA- saya juga nampak bahawa pada pindaan yang akan datang, bukan yang ini tetapi lihat kepada pindaan overhaul kepada semua, pindaan seksyen 15 dan juga seksyen 16 yang memberikan kuasa kepada naib canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar itu masih kekal dalam AUKU ini. Seperti saya kata, ini satu pembaikan cepat sahaja. Kita perlu liberalisasikan kampus bermula bukan sahaja dengan pemotongan seksyen 15(2)(c) tetapi juga seksyen 15 dan 16 AUKU. Itu seperti Yang Berhormat Johor Bahru tadi kata, itu langkah pertama. Malam ini langkah pertama sahaja tetapi kita menjangkakan pada masa depan lebih banyak lagi ataupun satu overhaul terhadap AUKU ini dan bukan tinggal sini, tinggal sana.
Saya rasa Jabatan Peguam Negara perlu menasihati kementerian untuk melihat keseluruhan perundangan, bagaimana kita memberikan satu tempat kepada pelajar mahasiswa, mahasiswi kita, kepada pelajar-pelajar perguruan kita terhadap kebebasan akademi. Lihat kepada pensyarah-pensyarah kita, bagaimana kedudukan Naib Canselor, bagaimana kedudukan board dan sebagainya, untuk mewujudkan satu liberalisme ataupun satu kebebasan akademik, satu kebebasan bersuara, suatu kebebasan berfikir dan suatu kebebasan untuk pensyarah-pensyarah kita. Itu perlu menjadi inti pati kepada perjuangan ataupun mengangkat universiti-universiti kita kepada satu tahap yang tinggi. Saya mengharapkan selepas amendment kita pada malam ini, pada masa depan kita dapat meminda ataupun mewujudkan satu akta baharu untuk menggantikan Akta AUKU dengan semangat-semangat yang tadi saya nyatakan. Dengan ini, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang Yang Berhormat Alor Setar. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Menteri untuk membuat pindaan ini. Barangkali inilah apa yang kita nanti-nantikan. Akan tetapi, apa yang saya nampak pindaan ini amat, amat, amat minor, sedikit sangat. Bagi saya 15C adalah satu sahaja, “a student of the university shall not be involved in political party activity between the campus”, dengan izin. Maksudnya kita hanya memberi kalau sebelum ini tidak boleh ada political activity di dalam kampus, sekarang kita membenarkan. Akan tetapi, masa yang kita bagi political party masuk kampus sahaja. Bezanya adalah, dulu ahli politik kerajaan masuk atas kapasiti sebagai kerajaan, pembangkang sekarang boleh masuk. Perbezaan ini, tanya kepada pembangkang yang ada peluang untuk masuk. Akan tetapi, bagi saya pelajar hasrat pelajar jauh lebih daripada itu. Kita di antara wakil rakyat di sini dulu pelajar, kita dulu bukan hendak mintak parti politik pun. Kita hendak lebih daripada parti politik. Kita kalau dua-dua pembangkang dan juga kerajaan dua-dua pun kita tidak mahu, kita ada hasrat kita sendiri. Maka, seolah-olah kita ingat pelajar minta ada kebebasan untuk masuk politik, sedangkan sebenarnya pelajar minat lebih daripada itu. Maka, hendak minta celah? Okey, okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah pembahas bersetuju bahawa pelajar mempunyai kepintaran dan kematangan untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Pelajar juga perlu diberi peluang sepenuhnya untuk menentukan hala tuju mereka sehingga dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh negara? Juga apakah Yang Berhormat bersetuju supaya akta ini dipinda bukan hanya 15 itu sahaja, tetapi merangkumi perkara-perkara yang berhubung kait dengan kuasa-kuasa yang ada kepada naib canselor ataupun pihak yang berkuasa di universiti?
Ya, setuju itu termasuk dalam seksyen 16 yang tadi sudah dibangkit oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, saya akan bahaskan nanti. Itulah saya katakan, saya setuju kalau kita akan turunkan umur yang mengundi jadi 18 tahun, maka mahasiswa ini memang akan mampu dan juga bebas untuk sama ada masuk politik ataupun bicarakan politik. Akan tetapi, isu di sini adalah kita hendak mahasiswa kita ini boleh lebih daripada poltical party. Kalau dia ada satu polisi yang di mana sama ada pembangkang ataupun kerajaan, dua-dua pun tidak setuju maka mahasiswa boleh ketengahkan hasrat tersebut, beyond party. Maka di sini bagi saya, kalau pindaan atau mansuh 15C ini belum cukup kerana kita bayangkan dalam 15(2)(a) adalah mahasiswa ini dia tidak dibenarkan untuk masuk NGO society, mana-mana yang unlawful. Di sini saya kena bagi satu perbezaan. Unlawful dengan illegal adalah berbeza. Kita cakap sesuatu NGO itu, dia salah dari segi undang-undang. Berbeza dengan kita kata dalam satu persatuan itu, dia belum di-recognize oleh undang- undang. Saya bagi contoh, semasa saya mahasiswa dulu kita hendak tubuhkan persatuan tetapi tidak dibenarkan untuk tubuh persatuan. Contohnya Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Budaya Cina tetapi dihalangkan kerana bagi alasan bahawa itu hanya salah satu kaum punya budaya contohnya. Maka persatuan tersebut tidak boleh ditubuhkan, maka unlawful. Dalam keadaan ini, apa kebebasan yang kita ada dalam bahagian ini? Ini memberi peluang untuk kita mengehadkan kebebasan tersebut. Seksyen 15(2)(b) juga memberi kuasa lembaga untuk memutuskan sama ada sesuatu aktiviti ataupun society, organisasi itu adalah unsuitable to the interest and well-being of the student. Siapa yang putuskan? Lembaga yang putuskan. Maka akhirnya dia memberi kuasa yang besar kepada naib canselor untuk memutuskan sama ada apa aktiviti ataupun society tersebut adalah suitable kepada interest of the student. Paling penting 15(3) yang di mana masih ada bahawa tidak dibenarkan untuk, shall not express or do anything which may reasonably be construct as expressing support for any or sympathy with opposition to any society or unlawful society. Inilah contohnya, kalau mereka ini bukan hendak masuk mana-mana parti tetapi mereka hanya marching pergi sampai Parlimen, tunjuk placard atas hasrat sendiri sama ada PTPTN, sama ada naik kos harga pendidikan, itu tidak sangkut dengan parti. Akan tetapi, di bawah 15(3) dia masih boleh dikirakan sebagai satu kesalahan. Maka di sini, akhirnya kita nampak kecualian di sini hanya kecuali kepada tatatertib ke atas 15(2)(c). Akan tetapi, apa yang selalu diguna pakai, bukan di bawah 15(2)(c). Pengalaman saya, saya sendiri saya seperti Yang Berhormat Rasah juga, saya dulu di UTM, saya diheret ke lembaga disiplin. Kerana apa? Kerana hantar memorandum kepada Timbalan Menteri Pendidikan dengan atas nama, atas tuduhan memburukkan nama universiti. Itu bukan bawah 15(2)(c), itulah alasan-alasan yang boleh diguna pakai dan juga mengehadkan, menyekat kebebasan-kebebasan suara untuk mahasiswa. Maka bab itu saya yakin bahawa mungkin kementerian perlu masa untuk kaji. Setakat ini cuma kita buka ruang, bagi parti politik masuk tetapi saya harap dalam masa yang akan datang, pindaan tersebut lebih luas boleh merangkumi keluasan kebebasan yang betul- betul bersuara, bukan ke atas parti politik, tetapi ke atas semua isu. Saya yakin mahasiswa sekarang ada kemampuan dan kebijaksanaan atas isu-isu tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Satu cadangan yang baik dan tepat masanya. Walaupun kritikan dari pihak sana terhadap Menteri, but always remember although we have a lot of friends, we need an enemy, dengan izin. Mahasiswa boleh bebas dari segi politik, namun ada batasannya seperti beberapa perkara sensitif, agama, bangsa, keturunan tidak boleh disentuh. Di sini, saya ingin mencadangkan bahawa mengadakan mini Parlimen setiap universiti setahun sekali, di mana mahasiswa boleh berhujah seperti pembangunan ekonomi negara, keselamatan, undang- undang dan lain-lain. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua izinkan saya ucapkan pantun.
Ya, silakan saya menanti-nanti [Ketawa]
Kami semua menunggu.
[Berpantun] Betik muda dibuat halwa; Kelapa tua santan terasa; Biar muda di dalam jiwa; Daripada tua sebelum masa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiawangsa.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan kepada Yang Berhormat-yang Berhormat sekalian. Bagi Setiawangsa, walaupun ada beberapa kritikan tentang skop dan sebagainya, Setiawangsa merasakan ini adalah permulaan yang baik dalam usaha kita untuk mereformasi kehidupan di kampus bagi pelajar- pelajar kita. Saya ikuti bahawa Yang Berhormat Menteri ada memberi komitmen bahawa satu perundangan baharu akan datang pada tahun 2020, yang mana AUKU ini akan digantikan sepenuhnya.
Jadi sebagai permulaan, bagi saya ini adalah langkah yang sangat positif sebab sebagaimana tadi disebutkan oleh beberapa orang Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Alor Setar misalnya, pengalaman kita ketika belajar dahulu cukup berbeza ketika ada banyak kekangan. Saya masih ingat, walaupun saya belajar di luar negara, kita tidak ada kekangan yang sama tetapi kerana saya merupakan pelajar tajaan, ketika itu Yang Berhormat Tanjong Karang pernah datang ke London untuk memberi amaran. Kami semua dipanggil dan dijamu dengan makanan yang sedap dan diberi amaran supaya tidak terlibat di dalam politik pembangkang ketika itu. Mungkin sekarang Yang Berhormat Tanjong Karang kalau dia pergi, dia akan kempen untuk terlibat dalam politik pembangkang. Saya juga ingat kali pertama saya bertemu dengan Yang Berhormat Simpang Renggam ialah ketika di United Kingdom. Yang Berhormat Simpang Renggam pun mungkin kalau masih berada di Malaysia, susah untuk terlibat tetapi kerana saya waktu itu sudah menjadi Wakil Rakyat Pembangkang, maka saya dapat bertemu dan berforum dengan Yang Berhormat Simpang Renggam di Newcastle. Seingat saya, lebih kurang tujuh tahun atau lapan tahun yang lepas. Jadi bagi saya, amat penting untuk kita membolehkan mahasiswa-mahasiswa kita memainkan peranan yang aktif sebagai mana kita ingat dalam tahun 1960-an, Universiti Malaya mempunyai forum- forum yang hidup, yang segar. Itu adalah satu perkara yang kita hendak hidupkan di bawah era Malaysia baharu. Jadi bagi saya, saya berharap semua Yang Berhormat terutamanya bagi pihak kerajaan, sebab bila kita pembangkang, kita selalu memperjuangkan kebebasan mahasiswa. Akan tetapi bila kita jadi kerajaan, jangan kita terlupa terhadap komitmen kita. Apa yang saya selalu katakan dari dahulu lagi, kalau kita sebut tentang dalam perlembagaan kita sendiri selama ini, had umur untuk mengundi ialah pada umur 21 tahun. Ramai pelajar masih lagi berada ataupun layak untuk mengundi tetapi masih berada dalam kampus. Jadi selama ini dengan adanya AUKU dan sekatan-sekatan yang ada, mereka mempunyai hak yang lebih sedikit berbanding dengan rakan-rakan seumur, sebaya dengan mereka yang tidak pergi ke universiti. Jadi itu satu perkara yang sangat ganjil di mana pelajar yang cerdik, pelajar yang pandai mendapat peluang untuk belajar di universiti, tidak berupaya untuk mempunyai hak perlembagaan yang sama. Apatah lagi hari ini kerajaan telah mengatakan kita ada komitmen untuk menurunkan undi kepada umur 18 tahun. Jadi, ini menjadi lebih penting lagi supaya anak-anak muda ini diberikan ruang dan peluang untuk terlibat di dalam politik. Kita lihat pengalaman ataupun sumbangan, dahulu saya pernah hadir satu gerakan ataupun himpunan yang dipimpin sepenuhnya oleh pihak pelajar iaitu ‘Tangkap MO1’. Ia dipimpin oleh gerakan-gerakan mahasiswa dan bagi saya itu adalah suatu tindakan yang sangat berani. Saya berharap sebelum ini, ketika dahulu di bawah pentadbiran yang lama ketika Yang Berhormat Indera Mahkota merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, saya pernah mengadakan pertemuan bersama beliau dan ketika itu kita adakan satu roundtable untuk membincangkan bagaimana kita hendak menggantikan AUKU. Jadi kita sampai ke tahap ini, bagi saya ialah satu perkara yang sangat positif. Akan tetapi apa yang telah disediakan oleh aktivis-aktivis mahasiswa ketika itu, apa yang digelar sebagai ‘Magna Carta’ bagi hak mahasiswa iaitu satu akta alternatif. Ini disebabkan kita tahu, kalau mansuhkan AUKU, tidak ada akta ganti, akan ada masalah kerana pelantikan Naib Canselor, regulations dengan izin, untuk IPT-IPT ini datangnya daripada AUKU kalau bagi universiti awam. Jadi ia perlu ada akta ganti dan akta ganti harus selaras dengan konsep keterbukaan, demokrasi dan keadilan yang kita hendak bawa. Jadi, Setiawangsa ingin mengulas sedikit tentang kebimbangan ibu bapa misalnya ataupun pihak-pihak tertentu yang mengatakan, “Oh, nanti pelajar bila terlibat dengan politik, mereka tidak akan buat benda lain. Mereka akan habiskan masa berpolitik, mereka akan gagal dalam pengajian mereka”. Saya pun lulus pengajian dengan alhamdulillah, okey, boleh lulus. Jadi apa yang saya hendak katakan dan saya yakin ramai di kalangan Yang Berhormat di sini tidak kira sebelah mana pun terlibat dalam politik sewaktu pengajian atau sewaktu belajar dahulu. Kalau mereka tidak terlibat dalam politik pun, pelajar ini sebab mereka muda, mereka terlibat bercinta, mereka terlibat bersukan, mereka terlibat main- games dan sebagainya, banyak. Kalau hendak cari alasan hendak gagal di universiti ini, terlalu banyak alasan. Jadi saya rasa tidak adil kalau kita mengatakan, “Oh, sebab dia terlibat dalam politik, maka mereka tidak akan belajar”. Saya yakinlah golongan yang minat politik ini sebenarnya adalah golongan yang sangat selektif. Saya pernah bertanding di kampus di London yang mana peratusan mengundinya yang keluar mengundi adalah 600 orang daripada 14,000 orang. Maknanya, majoriti besar yang tidak minat pun dengan politik kampus. Jadi itu realiti tetapi kita berilah ruang, kita berilah kepercayaan kepada mereka yang hendak turut serta untuk memainkan peranan dan saya mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan di atas pindaan ini. Kita berharap impian kita untuk melihat AUKU ini diganti sepenuhnya dengan akta baharu menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar.
Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Menteri dan seterusnya rakan-rakan Ahli Parlimen yang masih setia pada waktu malam ini untuk kita membahaskan bagi saya satu rang undang-undang penting. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana berani membawa perubahan ini. Jika benar sebagaimana Yang Berhormat Setiawangsa berkata, pada tahun 2020 nanti akan ada satu akta baharu akan menggantikan sepenuhnya AUKU, saya berharap beliau akan mempertimbangkan untuk melibatkan seramai mungkin pemegang taruh khususnya daripada mahasiswa sendiri untuk sama-sama mencipta sejarah penggantian AUKU ini. Saya pada malam ini bangkit untuk menyokong pindaan AUKU 1971, Akta Institusi- institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Ini kerana saya sendiri mungkin sebahagian daripada kita di sini seperti Yang Berhormat Setiawangsa, bahkan Yang Berhormat Menteri sendiri tahu, terlibat dalam politik kampus. Cuma pengalaman saya dalam politik kampus ini sedikit menarik. Walaupun dikenali sebagai seorang mahasiswa yang aktif terlibat dalam gerakan reformasi pada waktu itu, tetapi di kampus saya bertanding sebagai seorang calon Aspirasi. Maksudnya calon Barisan Nasional. Kalau kita kata sebab macam itulah...
[Dewan riuh]
Jadi apa yang saya hendak sebut di sini, kenapa saya sebut...
Muka merah.
Kenapa saya sebut pengalaman ini? Ini kerana dengan pengalaman inilah mahasiswa yang pro UMNO-Barisan Nasional, pensyarah yang pro UMNO-Barisan Nasional, kakitangan universiti yang pro UMNO-Barisan Nasional, tidak boleh menipu saya. Ini pengalaman yang berbeza.
Merah muka.
Jadi hari ini kalau Barisan Nasional kata dia takut mahasiswa terlibat dengan politik, jangan tipu. Saya sendiri masa zaman belajar, kita jumpa pimpinan MCA, kita jumpa pimpinan MIC, kita jumpa pimpinan UMNO, kenapa pada masa itu mereka tidak cakap mahasiswa tidak patut terlibat dengan politik. Akan tetapi jangan lupa masa saya mahasiswa juga walaupun saya calon Aspirasi, saya juga antara peserta mogok lapar yang bermalam di Taman Melewar.
Mohon mencelah Yang Berhormat Kangar.
Jadi pengalaman saya, bagi saya unik sebab itulah saya hendak ambil bahagian dalam perbahasan ini...
Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar. Ini Lembah Pantai, Lembah Pantai.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Sebentar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Kangar, boleh atau tidak jelaskan sebab bila orang kata keterlibatan mahasiswa dengan parti-parti politik, adakah Yang Berhormat Kangar sebelum ini ada terima dana daripada pihak UMNO-Barisan Nasional sewaktu bertanding sebagai Aspirasi? Terima kasih...
[Dewan riuh]
Biar saya jawab macam inilah. Saya terima dana...
Kalau tidak jawab pun tidak mengapalah Yang Berhormat.
Secara peribadi, tidak. Akan tetapi saya boleh kata calon-calon Aspirasi pada masa itu yang bertanding dalam pilihan raya kampus, yurannya dibayar oleh Barisan Nasional melalui universiti [Ketawa]
Pendedahan, pendedahan.
Okey. Bukan sahaja itu, kita tahu ada pegawai universiti yang berpangkat tinggi dengan bangga datang berjumpa dengan mahasiswa, dengan pakai tag melambangkan parti UMNO pada masa itu. Saya masih ingat, orang kata pegawai tertinggi universiti datang berjumpa saya walaupun saya menang undi tertinggi dalam pilihan raya kampus, dia datang kepada saya dia kata, “I will decide who will become the president”. Out of the students daripada the council. Maksudnya Majlis Perwakilan Pelajar. Inilah bentuk campur tangan yang pernah ada di peringkat universiti sebab itu saya faham bila kawan-kawan yang pernah terlibat dalam kegiatan aktiviti mahasiswa, mereka mahu adakan perubahan ini. Cuma saya berceritalah pengalaman kebetulan zaman saya masuk ini selepas reformasi. Zaman dahulu daripada sistem berparti di universiti, kemudian hanya boleh bertanding sendiri, tidak boleh secara berkumpulan. Kemudian ada kongkongan yang lebih menyeluruh, tidak ada lagi pilihan raya di peringkat kolej. Jadi, erti demokrasi di kampus itu semakin disempitkan. Jadi saya berharap, Menteri nanti boleh tengoklah kepada perkara-perkara yang terperinci. Namun bagi saya, kebebasan akademik ini sebenarnya macam sahabat saya daripada Yang Berhormat Alor Setar sebut tadi, lebih besar daripada persoalan AUKU. Dahulu kami selalu bincang AUKU ini hanyalah sebagai satu imagination barrier, halangan berbentuk imaginasi. Ini kerana kalau tanpa AUKU pun, kita tidak nampak orang kata mahasiswa dapat- mahasiswa tempatan khususnya dapat tampil mengatasi, orang kata membawa idea-idea baharu.
Inilah sepatutnya ukuran kelesuan mahasiswa. Kita tidak boleh mengatakan mahasiswa lesu kerana dia tidak buat demonstrasi besar-besaran. Akan tetapi, kalau dia buat demonstrasi besar-besaran, kuliah tidak pergi, itu pun tidak membantu dari segi sebagai hasrat kita hendak jadikan mahasiswa kita lebih baik. Saya hendak menyentuh sedikit, sebab tadi Yang Berhormat Setiawangsa sebut dia belajar di luar negara. Kita selalu cemburu daripada dahulu lagi dengar mahasiswa kita yang di luar negara. Saya perlu tengok misalnya, United Kingdom Executive Council (UKEC). Kita terpaksa menunggu mereka yang menganjurkan, kita sidang mahasiswa secara tahunan yang secara besar-besaran. Kenapa mahasiswa tempatan tidak boleh menganjurkan sendiri? Kita tahu UKEC banyak menghasilkan resolusi-resolusi yang sangat baik. Misalnya, melalui Projek Amanat Negara. Kita boleh tengok kalau masih ada lagi di online, dapatan-dapatan mereka cukup hebat. Mereka juga ada media sendiri yang saya tahu, CEKU banyak menerbitkan pandangan-pandangan yang bersifat perbincangan politik yang lebih meluas. Jadi, saya berharap mahasiswa menyambut idea bahawa kelesuan mereka mestilah mengatasi lebih daripada persoalan terlibat dengan demonstrasi ataupun perhimpunan besar-besaran. Saya minta sedikit tambahan masa. Jadi kebebasan akademik bagi saya ia mestilah diasaskan daripada ruang untuk memperbaharui kebenaran yang telah diterima sebelumnya dalam bidang akademik yang ada yang sangat luas. Mahasiswa walaupun kita cakap tidak tentang bebas, dia mestilah terikat juga dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada. Ini bukanlah free loteri yang dia boleh buat apa-apa sahaja. Oleh sebab itu saya selalu cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh kita balik kepada asal, mahasiswa, persatuan mestilah berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan supaya mereka juga bertanggungjawab terhadap perjalanan persatuan. Mereka bertanggungjawab terhadap kewangan, mesti boleh diaudit. Barulah mereka juga belajar tentang integriti, mereka juga mestilah bersedia juga bukan sahaja pandai mengkritik, tetapi bersedia juga untuk dihakimi oleh pihak-pihak yang lain. Saya juga hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berapa lamakah tempoh transisi sehingga mahasiswa akan mengurus sendiri pilihan kampus? Tidakkah mungkin nanti jika mahasiswa menguruskan sendiri, ia disalahgunakan? Oleh sebab mahasiswa sesetengahnya ada kepentingan politik. Adakah parti-parti pelajar yang mungkin ditubuhkan akan diberikan kemudahan sama ada dari segi tempat beroperasi, jaminan supaya program mereka tidak dihalang di universiti? Adakah mereka akan diberikan peruntukan tertentu supaya mereka dapat menguruskan MPP itu secara bebas? Jadi tidaklah, MPP mahu- kita ada idea banyak tetapi akhirnya disekat oleh universiti. Saya berharap juga nanti wakil mahasiswa dapat dilibatkan dalam senat universiti dan juga dalam rancangan pembangunan universiti. Kadang-kadang mahasiswa dia bising benda-benda kecil misalnya, bas, toilet dan sebagainya. Sebenarnya universiti sudah ada perancangannya cuma mereka tidak pernah berbincang dengan mahasiswa dari segi keutamaan pembangunan di dalam universiti. Saya berharap juga jadual di universiti juga harus disemak semula. Saya ini pelajar pengkhususan saya adalah dalam bidang taman dan rekreasi. Akan tetapi, kita di universiti kadang-kadang waktu yang kita sepatutnya berekreasi pun tidak ada. mahasiswa ini hari Sabtu pun dia ada kuliah, hari Ahad pun ada kuliah. Kadang-kadang pukul lima hingga pukul tujuh waktu rekreasi pun dia ada kuliah. Jadi saya harap perjalanan di universiti harus mencerminkan apa yang dipanggil sebagai work-life balance, mesti ada keseimbangan kerana inilah cerminan aplikasi ilmu dalam kehidupan mereka yang sebenar. Tadi saya mendengar sejumlah Ahli Parlimen membangkitkan kebimbangan mereka tentang kemungkinan berlakunya isu kaum, berlaku keterlibatan berlebihan mahasiswa dalam politik. Sebenarnya tanpa ada AUKU sekarang pun perkara itu ada sebahagian mereka yang sudah mendorong ke arah itu. Jadi, inilah sebenarnya tanggungjawab kepimpinan mahasiswa. Tidak bolehlah semua masalah mahasiswa longgok kepada ahli politik. Mahasiswa sendirilah yang mesti memimpin zaman mereka, mesti mampu mempengaruhi rakan-rakan mereka. Mereka mesti mengemukakan apa yang selalu saya sebutkan sebagai penyelesaian abad ke-21. Saya berharap sebagai penutup kepada ucapan saya kita jangan jadi seperti Barisan Nasional, dulu mahasiswa hendak jemput datang universiti berforum dia tidak berani. Saya sendiri boleh sebut dekat sini saya sudah pergi ke tiga kampus di UKM, UM dan UPSI saya berdepan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO untuk mempertahankan belanjawan kerajaan dan saya berharap kawan-kawan yang ada di sini sentiasa bersedia hadir. Saya sendiri walaupun dijemput, ada mahasiswa beritahu saya, universiti takut mahu jemput, bolehkah jemput pemuda UMNO ini? Saya cakap, kena jemput baru boleh nampak beza dia. Jadi saya berharap, kawan-kawan saya juga bersedia- kalau kita dijemput, kalau boleh kita ajak sekali supaya kita dapat menonjolkan perbezaan kita sebagai sebuah kerajaan baharu. Jadi, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi, saya menyokong pindaan yang ingin dibuat.
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Akhir sekali, Yang Berhormat Sibuti. Tiada yang lain ya. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan berkenaan tentang kebebasan dan juga cadangan untuk pemansuhan AUKU. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Ini mungkin adalah makanan beliau kerana beliau cukup berpengalaman dengan masalah politik di kawasan institusi pengajian tinggi. Saya juga adalah merupakan bekas pelajar Universiti Malaya dan AUKU ini cukup sinonim dengan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sejak daripada tahun 1969 apabila PMUM menyokong manifesto pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-4, sehinggakan wujudnya AUKU ini pada tahun 1971. Saya juga cukup gembira, saya telah meninggalkan politik universiti dalam tempoh yang agak lama. Saya juga membesar ataupun hanya melalui satu fasa di mana politik di universiti sangat lesu iaitu sekitar tahun 2001 sehingga tahun 2004. Ketika itu, isu yang paling besar yang berlaku semasa saya di dalam gerakan mahasiswa adalah apabila DTC ataupun dewan kami terbakar. Dengan mudahnya pada ketika itu, golongan mahasiswa dituduh oleh pihak kerajaan pada masa itu membakar dewan UM sebelum kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu yang kini kembali semula sebagai Perdana Menteri. Selain itu juga, AUKU ini dilihat sebagai akta drakonian, akta yang tidak menjunjung tradisi keintelektualan. Setelah saya melihat dan juga mendengar apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri saya yakin ini adalah usaha yang murni. Saya juga mengucapkan syabas. Walaupun akta ini tidak dimansuhkan, saya berharap agar pihak kerajaan dapat mencari satu jalan bagi menggantikan AUKU ini. Ketika saya belajar, kami dipaksa untuk menandatangani aku janji agar kami tidak berpolitik. Selain itu juga, banyak lagi seksyen-seksyen yang di dalam AUKU ini seharusnya dimansuhkan. Saya juga berharap agar pihak kerajaan mengambil perkara ini dengan serius. Saya ingin berharap agar dengan memperkenalkan pelajar dibolehkan untuk berpolitik, saya juga ingin agar mahasiswa-mahasiswa daripada Sabah dan Sarawak bebas untuk berbicara berkenaan tentang Penubuhan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan kedudukan serta hak-hak MA63 yang telah terhakis agar mahasiswa ini bebas untuk berfikir dan memperbetulkan keadaan yang telah dihakis...
Minta pencelaan sedikit, boleh?
Sila.
Yang Berhormat Kangar, silakan.
Tadi Yang Berhormat Sibuti sebut tentang perbincangan perkara-perkara yang mungkin dianggap sensitif. Setuju atau tidak Yang Berhormat Sibuti saya dimaklumkan dulu pada tahun 1970-an dahulu Yang Berhormat Bagan Datuk dulu pernah terlibat dalam kelab sosialis. Kalau kelab sosialis ditubuhkan semula, adakah Yang Berhormat Sibuti akan setuju?
Yang Berhormat Kangar, saya tidak ada masalah sekiranya apa-apa kelab yang ditubuhkan. Saya juga ingin menyeru agar pihak universiti dapat membenarkan aktivis-aktivis pelajar dapat membenarkan mahasiswa berkarya walaupun terdapat aktivis-aktivis seperti berhaluan kiri, contohnya seperti, Fahmi Reza benarkan beliau untuk berjumpa dengan pelajar. Saya juga mengalu-alukan ahli-ahli politik dapat berjumpa. Ini adalah pengalaman saya sendiri pada semasa musim pilihan raya kampus saya sering menganggap calon Aspirasi ini adalah calon skema dan juga calon sponsor daripada Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun demikian, saya berharap agar masa depan mahasiswa lebih cerah, mahasiswa dapat mendepani cabaran. Saya yakin mahasiswa tidak akan leka dengan berpolitik. Saya juga yakin bukan semua mahasiswa akan berpolitik di kampus sekiranya mahasiswa gagal dalam pelajaran itu adalah salah mahasiswa sendiri.
Saya yakin pada masa hadapan agar AUKU ini dapat dimansuhkan dengan sepenuhnya. Ini adalah salah satu dan langkah kejayaan bagi mahasiswa yang telah diperjuangkan dalam masa tempoh berpuluh-puluh tahun ini. Sekian, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Untuk melengkapkan bilangan, saya memanggil Yang Berhormat Pasir Gudang, menjadi 20 orang pembahas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya dua minit sahaja. Pertama, saya mohon dalam pindaan undang-undang ini supaya dibenarkan pelajar-pelajar universiti di Malaysia ini menyertai gabungan pelajar-pelajar peringkat antarabangsa. Suatu waktu dulu kita ada Asian Students Association (ASA). Jadi, diharap undang-undang pindaan ini akan membenarkan kegiatan sedemikian di peringkat Asia, malah sedunia. Kedua, bagi menyokong pindaan ini, ada sedikit agak bersifat peribadi sedikit. Pada tahun 1971 saya masuk universiti, pada waktu inilah akta universiti diperkenalkan. Pada malam ini, entah berapa puluh tahun, saya sangat gembira kerana saya menyertai dalam Dewan Rakyat ini untuk sama-sama meminda ke arah yang lebih baik. Ini menunjukkan negara kita ke arah yang lebih demokratik, masa depan yang cemerlang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan. 30 minit Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, telah memberikan pandangan-pandangan dan saranan- saranan yang amat bermanfaat dalam usaha kita untuk memperkasakan gerakan mahasiswa dan juga demi kita menyemarakkan demokrasi di bumi Malaysia yang tercinta ini. Jadi, izinkan saya mengulang satu persatu Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan iaitu Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuching, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Sibuti dan terakhir yang paling sentimental, Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih kepada semua dan anda semua merupakan pencipta sejarah kerana terlibat dalam membahaskan pindaan Akta AUKU pada malam ini. Kita berharap ia akan merupakan sumbangan sedikit kita kepada pembinaan generasi di masa hadapan dan juga pembinaan Malaysia yang lebih demokratik pada masa-masa ke depan. Sekali lagi saya memberikan penekanan bahawa pindaan akta pada malam ini merupakan langkah permulaan. Ia bukanlah pengakhiran. Ia merupakan langkah awal untuk pemansuhan AUKU itu sendiri yang dijangkakan dilakukan pada tahun 2020. Keputusan untuk membuat pindaan pada seksyen 15(2)(C) merupakan hasil daripada kajian yang dilakukan dan juga proses libat urus oleh Jawatankuasa Teknikal AUKU yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan dan dianggotai oleh pakar-pakar seperti Profesor Shad Saleem Faruqi, Profesor Azmi Sharom sendiri dan lain-lain lagi. Mereka melihat bahawa untuk menggantikan AUKU dengan undang-undang yang lebih komprehensif, yang lebih holistik dan juga lebih baik daripada keadaannya, ia memerlukan waktu yang agak lama tetapi ia boleh dilakukan. Untuk quick win atau keputusan segera yang boleh dilakukan ialah pemansuhan seksyen 15(2)(C) yang kita akan bersama- sama lakukannya pada malam ini. Maka, kalau kita lihat apa yang berlaku pada malam ini merupakan satu manifestasi kepada pelaksanaan janji kita. Walaupun sedikit tetapi ia akan membawa kepada perubahan yang lebih besar. Kepada Yang Berhormat Johor Bahru yang sudah tidak ada, sudah keluar. Semua hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru memang berada dalam penelitian oleh Jawatankuasa Teknikal yang disebutkan tadi. Syor-syor yang positif, yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Johor Bahru akan sentiasa diambil cakna dan diberikan perhatian sewajarnya agar ia dapat membantu Jawatankuasa Teknikal di dalam memberikan ataupun dalam menggubal undang-undang yang lebih baik untuk menggantikan AUKU. Apa yang lebih penting kalau kita lihat pindaan pada malam ini, walaupun hanya satu seksyen tetapi ia amat signifikan. Oleh kerana ia akan menghapuskan budaya, dengan izin, siege mentality dan juga culture of fear yang selama ini membelenggu para mahasiswa. Pindaan pada malam ini akan memberikan satu isyarat yang jelas kepada mahasiswa bahawa mereka kini telah dilepaskan daripada rantai belenggu tersebut. Kini kebebasan menjadi milik mereka. Walau bagaimanapun, kebebasan tetap datang bersama kebertanggungjawaban dan juga dengan akauntabiliti. Bagi menjawab Yang Berhormat Merbok dan juga Yang Berhormat Arau, tentang sejauh mana kebebasan politik yang dibenarkan dengan pemansuhan peruntukan 15(2)(C) AUKU? Peruntukan 15(2)(C) yang dipotong merujuk kepada penglibatan pelajar di dalam aktiviti politik kepartian dalam kampus. Pelajar-pelajar akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti parti politik seperti menjemput wakil politik untuk memberi ceramah serta menubuhkan kelab parti politik. Namun, ia masih tertakluk kepada kebenaran Naib Canselor seperti mana yang termaktub di dalam subseksyen 15(5) AUKU. Walau bagaimanapun, saya yakin bagi Naib Canselor dan juga bagi pihak pentadbir universiti berdasarkan semangat Malaysia baharu, berdasarkan semangat kebebasan dan juga autonomi, mereka akan mempertimbangkannya dan tidak akan menghalang. Apa yang lebih penting seperti mana yang sebutkan sebelum ini, culture of fear dan siege mentality itu sudah tiada. Walau bagaimanapun, sekali lagi kita mengharapkan supaya para mahasiswa dapat menggunakan kebebasan tersebut dengan penuh sikap tanggungjawab. Bagi menjawab Yang Berhormat Arau pula, isu lambang dan bendera parti. Autonomi yang diberikan kepada universiti untuk memperincikan kebebasan mahasiswa untuk terlibat dalam kegiatan politik kepartian di dalam kampus adalah berdasarkan kepada keputusan universiti itu sendiri, tanpa campur tangan daripada pihak kementerian ataupun pihak Menteri. Berbanding dulu seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar, kalau dulu pihak pemerintah, pihak kerajaan secara langsung terlibat dalam pilihan raya kampus, dalam mendanai seperti mana beliau sendiri telah terima. Pada kali ini, saya tidak mampu untuk memberikan apa-apa kepada mahasiswa yang berpihak kepada...
Saya tolak.
Oh, okey, Yang Berhormat Kangar tolak. Pada waktu ini Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Malaysia kita katakan- Kerajaan Malaysia tidak lagi akan masuk campur untuk dictate ataupun mencampuri urusan para pelajar demi memastikan sokongan pelajar kepada mereka ataupun demi mencaturkan pilihan raya kampus agar berpihak kepada mereka lagi. Kita berikan kepercayaan kepada para mahasiswa sebagai warga-warga yang matang, yang mampu membuat keputusan berdasarkan pemikiran yang rasional. Apa yang jelas, melalui pindaan yang kita lakukan ini, keterlibatan aktiviti politik di dalam kampus tidak akan lagi menjadi satu kesalahan seperti mana waktu dahulu. Berkaitan soalan Yang Berhormat Arau tentang PTPTN. Walaupun beliau telah meninggalkan Dewan. Benar kata Yang Berhormat Arau, beliau merupakan sahabat baik saya, lebih daripada sahabat baik, kami berkawan rapat. Namun, isu PTPTN tidak ada kena mengena dengan apa yang kita bincangkan pada malam ini. Berkaitan persoalan Yang Berhormat Arau dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Sejauh mana pemindaan pemansuhan AUKU dapat memberi manfaat kepada mahasiswa? Pemansuhan peruntukan ini akan memberikan lebih ruang kepada pelajar universiti untuk bersuara dan terlibat dengan aktiviti politik di dalam kampus. Perkara ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan graduan-graduan yang seimbang dan berupaya untuk menyuarakan pendapat mengenai isu semasa tanpa perasaan takut, tanpa perasaan terbelenggu dan tanpa merasakan bahawa mereka diikat.
Yang Berhormat Menteri, minta mencelah.
Boleh mencelah?
Labis.
Yang Berhormat Labis terlibat dalam perbahasan tadi?
Tidak terlibat.
Tidak- isu yang dibangkitkan. Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Silakan.
Dengan adanya pindaan ini sudah tentu ramai mahasiswa akan aktif berpolitik di dalam kampus.
Sekiranya mereka menyertai satu demonstrasi atau dalam ucapan mereka, mereka mengkritik pentadbiran atau polisi universiti atau IPTS mereka sendiri, apakah atau bagaimanakah memastikan mereka supaya pentadbiran universiti tersebut tidak mengenakan hukuman kepada mahasiswa-mahasiswa yang membangkitkan dan membantah atau kritikan polisi universiti tersebut. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya rasa ramai tadi sudah timbulkan persoalan yang seumpama dengannya yang akan dijawab. Walau bagaimanapun izinkan saya memberikan respons terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Labis. Saya yakin pada zaman ini, pada waktu ini pihak-pihak pentadbir universiti akan bersikap lebih matang. Para pelajar sendiri pun dulu mereka perlu berdemonstrasi untuk menyatakan sesuatu perkara tetapi kini saya rasa mereka perlu dilibatkan untuk perbincangan. Jikalau tidak ada ruang lagi untuk berbincang maka itulah pelajar melakukan demonstrasi. Akan tetapi saya merasakan bahawa sekarang ini pihak pentadbir universiti akan bersikap lebih terbuka untuk berbincang. Jikalau adanya demonstrasi dan sebagainya, mereka tidak akan mengenakan tindakan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Transformasi politik yang dibawa oleh kerajaan mengukuhkan institusi demokrasi bagi memberi kebebasan kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti berpolitik dalam kampus. Kita juga yakin para siswa tidak akan mengabaikan pelajaran mereka semata-mata kerana ingin sibuk berpolitik. Saya akan pastikan pembinaan ekosistem holistik di universiti-universiti kita yang menjadi medan intelektual terbuka akan melahirkan siswa-siswi yang seimbang di dalam pelajaran, idealisme, aktivisme dan juga keperibadian. Menjawab kepada Yang Berhormat Arau juga, bukan Yang Berhormat Arau. Menjawab kepada Yang Berhormat Jelutong. Saya mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Jelutong. Kebebasan yang diberikan kepada mahasiswa sekali lagi ingin saya tekankan ia datang dengan akauntabiliti dan tanggungjawab. Ia bukanlah sesuatu yang berbentuk anarkisme. Di peringkat universiti sendiri, mereka mempunyai undang-undang, mereka mempunyai peraturan. Begitu juga bagi para mahasiswa, mereka terikat dengan undang- undang di luar universiti itu sendiri. Memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik bukanlah memberikan mereka anarkisme sehingga menjadikan mereka bebas daripada undang-undang. Pindaan ini juga masih lagi tertakluk kepada undang-undang lain di Malaysia demi untuk menjamin kesatuan perpaduan...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Saya tidak berbahas tetapi minta sedikit pencelahan boleh?
Boleh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga mengambil kesempatan ini walaupun saya tidak dapat peluang berbahas tadi untuk ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah berjaya membawa satu sejarah dalam negara kita ini. Saya dengar tadi beberapa kebimbangan yang disuarakan oleh pembahas berkenaan dengan kalau berpolitik nanti takut menjadi kebimbangan keluarga. Apa jadi kepada pelajaran dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, setakat ini orang yang berpolitik dahulu, pelajar-pelajar dahulu yang berpolitik yang aktif, aktivis, berapa orang yang gagal? Ataupun begitu ramai yang telah menjadi pemimpin yang berjaya yang sekarang berada di dalam Dewan ini pun sebenarnya. Bukan sahaja- betul tidak saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bukan sahaja politik, sebenarnya ini telah diuar-uarkan begitu hebat sekali. Sebenarnya kalau pelajar itu sibuk dengan teater umpamanya. Gila teater, pagi, petang, malam, tidur, bangun semua teater. Ataupun sukan umpamanya. Pagi, petang, malam, tidur, bangun, makan, minum semua sukan, semua bola-bola umpamanya. Adakah mereka ini menjadi pelajar-pelajar yang gagal dan sebagainya? Macam mana Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Jikalau kita lihat di dalam kehidupan kita, di dalam melakukan sesuatu kita perlu bersikap sederhana. Sama ada kita berpolitik, sama ada kita bersukan, dan lain-lain lagi. Melalui pengalaman saya menjadi pensyarah di universiti selama 18 tahun, memang ada, kita tidak nafikan seorang dua yang gagal kerana sibuk berpolitik. Akan tetapi di samping itu ramai lagi yang gagal kerana sebab-sebab lain. Ada di antaranya kerana bercinta contohnya. Tidak, ini memang berdasarkan pengalaman sendiri. Ada di antara mereka...
Cinta melemahkan Yang Berhormat Menteri.
...Yang sibuk bermain game contohnya. Ada di antara mereka yang sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain yang menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian. Walau bagaimanapun, ramai di antara mereka yang telah berjaya walaupun sibuk berpolitik dan kita lihat dalam Dewan ini ramai yang tersenyum.
Peraturan Tuan Yang di-Pertua.
Mereka menantikan saya menyebut nama mereka [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan.
Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kuching, Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yang di-Pertua.
Bagi ruang untuk Peraturan.
Peraturan.
Apa yang Peraturannya because... Ya, silakan....
Perkara 35, “Pengucap hendaklah berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi bukan ke belakang.” Terima kasih.
Oh, itu perkara enteng.
Terima kasih.
Dia hendak bercakap juga.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada yang memperingatkan saya. Okey. berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Pasir Mas, isu terima pindaan ataupun pemansuhan AUKU. Buat pengetahuan Yang Berhormat Pasir Mas, rang undang-undang yang dikemukakan pada hari ini ialah rang undang-undang pindaan dan bukannya undang-undang pemansuhan. Itu akan berlaku pada tahun 2020 nanti dan kita ambil cakna hasrat, harapan semua pihak. Ini juga merupakan janji Pakatan Harapan, janji Kerajaan Malaysia pada hari ini kepada rakyat Malaysia untuk memansuhkan AUKU itu sendiri. Menjawab Yang Berhormat Bandar Kuching, isu tindakan disiplin bagi mereka yang telah dikenakan tindakan berkaitan dengan AUKU. Seperti mana yang dinyatakan dalam Fasal 3 rang undang-undang, semua tindakan tatatertib yang belum selesai bakal dihentikan pada tarikh permulaan kuat kuasa akta ini iaitu pada malam ini. Bagi menjawab Yang Berhormat Rasah pula, 20 kes yang telah selesai diputuskan oleh mahkamah ataupun universiti sama ada boleh disemak semula ataupun tidak, saya memahami dan berkongsi sentimen yang disuarakan oleh Yang Berhormat Rasah. Seperti mana yang Yang Berhormat Rasah sebutkan, apabila sesuatu keputusan diputuskan oleh mahkamah, maka hakim berkenaan telah ‘functus officio’. Saya pun tidak tahu sebutannya betul ke tidak.
Betul, betul, betul.
Betul. [Ketawa] Apa yang kerajaan boleh lakukan ialah memberhentikan sebarang pendakwaan di mahkamah yang masih dalam perbicaraan, jikalau ada. Ataupun kes-kes tatatertib yang sedang didengar oleh pihak universiti yang ditangguhkan. Kita telah mendapat maklumat daripada pihak universiti-universiti awam, kebanyakan kes tersebut telah pun digugurkan walaupun sebelum malam undang-undang dipinda pada malam ini. Menjawab Yang Berhormat Rasah juga, kita ingin menyatakan pada malam ini bahawa demokrasi di universiti telah pun bermula. Bukan sahaja selepas pindaan seksyen 15(2)(c) pada malam ini, malah telah bermula semenjak Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Malaysia sendiri... [Tepuk] Jikalau kita lihat seawal saya menduduki pejabat di Kementerian Pendidikan, universiti-universiti awam telah pun diisytiharkan sebagai medan intelektual terbuka di mana kita telah menyeru kepada semua universiti untuk menganjurkan Speaker’s Corner ataupun Sudut Pidato yang terbuka untuk membenarkan para pelajar untuk membuat ucapan. Ini saya rasa dapat mengimbau kembali kenangan nostalgia Yang Berhormat Pasir Gudang terhadap zaman-zaman kegemilangan mahasiswa. Saya mengharapkan agar Yang Berhormat Pasir Gudang juga turut dapat bersama dengan Yang Berhormat Kangar dan juga Yang Berhormat Setiawangsa untuk masuk ke dalam kampus-kampus. Ini kerana kita dapati rakan-rakan kita daripada PAS telah pun masuk ke kampus. Presiden PAS sendiri telah datang ke Universiti Islam Antarabangsa, Timbalan Presiden PAS, Yang Berhormat Kubang Kerian juga telah datang ke UKM, Yang Berhormat Pasir Mas juga bakal masuk ke universiti. Ini menunjukkan keterbukaan Kerajaan Malaysia di era Pakatan Harapan, Malaysia Baharu ini... [Tepuk] Jikalaulah pembangkang pun boleh masuk kampus, saya menyeru kepada Ahli Parlimen daripada pihak kerajaan untuk bersama-sama memeriahkan kampus terutamanya kepada Yang Berhormat Pasir Gudang [Ketawa] Begitu juga antara pencapaian signifikan di era Malaysia Baharu ini, pilihan raya kampus di universiti-universiti awam diuruskan oleh para pelajar sendiri pada tahun ini. Bermula pada tahun ini dan tahun-tahun ke hadapan. Ini merupakan sesuatu yang baharu. Dengan sendirinya...
Yang Berhormat Menteri, saya sungguhnya dukacita sebab Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana tidak ada di Dewan untuk memuji Yang Berhormat Menteri [Ketawa] Bila ada perkara-perkara yang tidak kena, mereka selalu kritik. Akan tetapi pada hari ini pengumuman ini adalah pengumuman yang bersejarah, tidak ada seekor pun di sini untuk hendak puji [Ketawa]
PAS ada, PAS ada. PAS ada ramai ini.
Tak, dia merujuk kepada..
Tak, dia kata sebelah sini. Kena spesifik.
PAS sahabat kita.
Cubit paha kiri, paha kanan terasa.
Tidak apa. Rakan-rakan kita daripada PAS sentiasa menyokong usaha baik yang kita lakukan. Jadi sebab itu mereka bersyukur dengan tindakan kita, okey. Pilihan raya kampus yang dianjurkan di universiti-universiti awam kini diuruskan oleh para mahasiswa sendiri. Walaupun kita lihat di pihak pentadbir universiti dan pihak mahasiswa sama-sama agak macam masih di peringkat yang baru tetapi mereka sama-sama cuba untuk memastikan bahawa pilihan raya kampus berjalan dengan lancar tanpa masuk campur, tanpa bayarkan yuran seperti mana yang berlaku pada zaman dulu oleh pihak kerajaan sendiri.
Yuran pilihan raya saja.
Oh, yuran pilihan raya. Lebih menarik, beberapa universiti telah pun mengambil wakil-wakil mahasiswa untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat senat supaya mereka menjadi sebahagian daripada decision-making process seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Petaling Jaya tadi. Bagi Yang Berhormat Batu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu yang mana Yang Berhormat Batu bukan sekadar memberikan nasihat kepada mahasiswa malah menunjukkan contoh yang hidup, living example, dengan izin, bagaimana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen dan juga seorang mahasiswa. Mulai malam ini dengan pindaan akta yang kita sama-sama akan pinda, beliau akan menjadi mahasiswa yang ‘halal’ di universiti...
[Dewan ketawa]
Sebelum ini dia katakan dia illegal tetapi malam ini dia menjadi legal. Semoga mahasiswa dapat mengikuti nasihat-nasihat beliau. Apa yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Batu mengingatkan saya kepada apa yang telah saya lalui sendiri di United Kingdom bagaimana sewaktu saya mengajar di University of Durham, di kalangan anak murid saya sendiri ada yang bertanding di dalam pilihan raya Parlimen. Walau bagaimanapun, mereka tidak bernasib baik seperti Yang Berhormat Batu yang dapat masuk ke Parlimen. Mereka gagal sikit saja. Berkaitan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat Segamat ini sahabat baik saya. Ha, dia ada ya. Walaupun beliau kata beliau sentiasa mengusik tetapi usikan-usikan beliau itu banyak memberikan idea dan manfaat kepada kementerian dalam usaha reformasi. Berkaitan kerisauan Yang Berhormat Segamat mengenai jikalau para mahasiswa sibuk berpolitik dan mereka tidak dapat dikawal ataupun mereka takut dihasut dengan anasir- anasir yang tidak betul. Saya yakin para intelek, para cendekiawan kita di universiti-universiti akan boleh mendidik dan memberikan panduan kepada anak-anak murid mereka. Saya mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap para profesor dan para pensyarah kita yang akan memberikan panduan agar ruang demokrasi di universiti akan dapat digunakan sebaik mungkin oleh para siswa, anak didik mereka. Isu perpaduan merupakan tanggungjawab semua, bukan tanggungjawab di universiti sahaja. Jikalau Pakatan Harapan telah membuktikan walaupun ianya merupakan parti berbilang ideologi, berbilang kaum, berbilang bangsa boleh bersatu untuk mewujudkan kerajaan yang lebih berpadu dan mengutamakan kesatuan dan perpaduan, saya rasa ini juga akan terpercik di kampus-kampus kita... [Tepuk] Mengenai kerisauan Yang Berhormat Pasir Mas takut-takut ada anasir luar parti- parti politik yang akan mengheret para pelajar kepada perpecahan dan sebagainya, saya kira ia perlu bermula dengan parti politik sendiri. Jikalau parti-parti politik dan juga pemimpin- pemimpin politik sendiri tidak menyeru kepada perpaduan dan jikalau mereka sendiri menjadi agen perpecahan dan menghasut supaya rakyat Malaysia berpecah-belah, maka sudah tentunya ia akan tertumpah ke dalam kampus sendiri. Jadi saya kira, perlu bagi semua parti politik di Malaysia, bagi pemimpin-pemimpin politik dan ahli-ahli politik memastikan perpaduan dan juga keharmonian bermula dengan diri mereka sendiri. Berkaitan dengan kegusaran Yang Berhormat Segamat tentang bagaimana para pelajar takut-takut mereka akan menyalahgunakan kebebasan yang diberikan. Seperti mana saya sebutkan tadi, kebebasan politik datang bersama kebertanggungjawaban dan juga akauntabiliti. Ini tidak bermakna para pelajar bebas daripada undang-undang. Walaupun para pelajar dibenarkan terlibat dengan aktiviti politik dalam kampus melalui pindaan ini, kegiatan mahasiswa masih lagi tertakluk dengan undang-undang lain yang berkuat kuasa seperti Kanun Keseksaan. Tindakan masih boleh diambil jikalau mereka terlibat dengan aktiviti politik yang bersikap subversif, mengancam demokrasi dan juga ketenteraman awam. Walaupun bukan dalam peruntukan AUKU tetapi dengan peruntukan- peruntukan daripada undang-undang lain yang masih terpakai. Selain itu, pentadbir universiti masih juga boleh mengambil tindakan disiplin jika ada pelanggaran undang-undang disiplin melalui peruntukan yang sedia ada. Sama ada kecemerlangan akademik akan terkesan dengan pindaan ini seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat Segamat, saya rasa selain daripada usaha universiti sendiri untuk memastikan kecemerlangan para pelajar, saya yakin ahli-ahli politik sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang yang masuk ke universiti untuk berkempen, mereka juga mempunyai tanggungjawab moral untuk menyeru pelajar yang berpolitik agar tidak mengabaikan pelajaran dan juga akademik mereka. Jadi ini pesanan saya kepada semua ahli politik yang masuk ke kampus-kampus. Selain daripada berwacana, berforum, menyampaikan ideologi mereka, juga diperingatkan para siswa dan siswi agar tidak mengabaikan akademik mereka. Terima kasih kepada Yang Berhormat Segamat di atas cadangan penerapan nilai- nilai murni dan juga Rukun Negara. Berkaitan persoalan oleh Yang Berhormat Batu Gajah iaitu adakah mahasiswa- mahasiswi boleh memegang jawatan penting dalam politik. Ini satu soalan yang valid, satu soalan yang penting. Secara umumnya, tiada sekatan untuk memegang jawatan dalam parti politik diperuntukkan di dalam AUKU. Walau bagaimanapun, sama ada pelajar boleh memegang jawatan ataupun tidak, ia masih tertakluk kepada perlembagaan parti politik tersebut masing-masing. Saya yakin selepas pindaan ini, para pelajar tidak perlu lagi menukar nama seperti mana yang dilalui oleh Yang Berhormat Merbok. Tidak perlu tukar nama lagi ya. Berkaitan Yang Berhormat Tangga Batu, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas saranan dan cadangan dan juga perkongsian pengalaman. Ternyata Yang Berhormat Tangga Batu mempunyai jiwa pendidik yang malar segar di dalam jiwanya dan amat terserlah... [Tepuk] Yang Berhormat Batu Gajah, juga terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah di atas saranan dan juga nasihat-nasihat beliau tentang perlunya para pelajar menyeimbangkan di antara politik dan pelajaran. Saya rasa pihak universiti akan memastikan keharmonian kampus di dalam ruang kebebasan dan demokrasi akan tetap terjamin. Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, kebebasan tidak datang dengan anarkisme tetapi ia wajib dihiasi dengan kebertanggungjawaban dan akauntabiliti. Kita perlu beri kepercayaan kepada universiti berdasarkan semangat autonomi universiti yang kita perjuangkan. Berkaitan dengan saranan daripada Yang Berhormat Kapar iaitu beliau menggambarkan pesanan seorang ayah kepada anak-anak dan juga memberikan semangat kepada anak-anak muda supaya menggunakan ruang demokrasi yang ada ini. Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas dukungan dan sokongan dan saya mengharap para siswa dan siswi dapat mendengar nasihat daripada seorang bapa kepada anak-anaknya. Yang Berhormat Petaling Jaya. Yang Berhormat Petaling Jaya, sebelum kita hendak buat pindaan lagi, dia telah buat video untuk menyokong pindaan ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya. Ini Yang Berhormat Petaling Jaya adalah sahabat bersama di atas jalan. Sekarang ini sahabat bersama di dalam Dewan sebab orang lain sudah turun ke jalan, ambil alih.
Terima kasih.
Seperti mana disebutkan, fokus pindaan kali ini ialah seksyen 15(2)(c) AUKU. Peruntukan-peruntukan lain seperti mana yang dicadangkan iaitu seksyen 16 dan lain-lain lagi sedang diteliti oleh jawatankuasa teknikal kerana complexity of the issues, dengan izin, yang memerlukan lebih masa. Ini berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh pakar-pakar perundangan kita yang berada di dalam jawatankuasa teknikal tersebut.
Berkaitan dengan saranan agar AG ataupun Peguam Negara juga turut memberikan sumbang saran, kita di dalam membawa pindaan ini memang telah melakukan perbincangan dengan pejabat Peguam Negara itu sendiri. Kita ambil perhatian terhadap cadangan- cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya di dalam isu ini agar diwujudkan SOP yang sesuai. Buat makluman Dewan, JK teknikal juga bermesyuarat secara kerap dan cuba memastikan supaya undang-undang yang kita akan gantikan AUKU nanti merupakan undang-undang yang lebih komprehensif dan yang terbaik untuk negara yang akan memastikan demokrasi tidak akan tergadai walaupun siapa yang datang di tampuk pemerintahan. Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, mengapakah Kementerian Pelancongan tidak mengambil inisiatif yang serupa untuk ASWARA. Seperti mana Yang Berhormat maklum, saya mewakili Kementerian Pendidikan dan bukannya Kementerian Pelancongan. Jadi saya tidak boleh menjawab untuk pihak Kementerian Pelancongan. Buat pengetahuan juga, AUKU tidak terpakai ke atas ASWARA seperti mana ia tidak terpakai kepada UiTM dan juga UIA. Namun begitu, peruntukan yang digugurkan dalam AUKU ini akan dilaksanakan bagi UiTM dan UIA tetapi tidak ke atas ASWARA. Kita akan cuba berbincang dengan Kementerian Pelancongan untuk melakukan sesuatu yang serupa.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima baik jawapan daripada Yang Berhormat Menteri cuma saya mengharapkan supaya boleh dipercepatkan agar tidak ada- setidak-tidaknya boleh saya mendapatkan satu komitmen bahawa tidak akan ada apa- apa tindakan diambil terhadap mana-mana mahasiswa di ASWARA. Mungkin mereka lebih of course lebih minat berteater daripada berpolitik tetapi saya harap tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa di sana sehingga perkara ini diselesaikan. Terima kasih.
Sekali kali Yang Berhormat Lembah Pantai, ASWARA bukan di bawah Kementerian Pendidikan.
Akan tetapi, harap boleh dibincangkan dengan Menterinya.
Boleh, boleh. Kita akan bawakan cadangan tersebut kepada Kementerian Pelancongan yang pejabatnya sebelah dengan pejabat saya. Okey, berkaitan cadangan Yang Berhormat Bukit Bendera untuk meminda AUKU secara menyeluruh. Saya rasa seperti yang telah dijawab sebelum ini, ia akan berlaku tetapi pada tahun 2020. Cadangan Yang Berhormat Alor Setar, saya ambil maklum. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pindaan ini walaupun begitu kecil, walaupun hanya satu seksyen dengan mengetepikan penglibatan di dalam kampus. Walau bagaimanapun sekali lagi saya terangkan, ianya akan meruntuhkan culture of fear and under siege mentality yang menghantui para siswa semenjak berdekad-dekad lamanya. Saya memberi jaminan, mimpi-mimpi buruk yang dialami oleh Yang Berhormat Alor Setar tidak akan ditempuhi lagi oleh para siswa selepas ini... [Tepuk] Kita yakin juga, kita ambil cakna bahawa bukan hanya Yang Berhormat Alor Setar semata-mata tetapi ramai lagi yang pernah mengalami mimpi-mimpi buruk, agak berada dalam keadaan trauma dan kita bersikap mungkin agak skeptis terhadap pentadbiran universiti. Walau bagaimanapun, saya ingin memberikan keyakinan kepada mereka bahawa pihak pentadbir universiti-universiti awam sekarang ini sudah berubah dan mereka sudah mengikuti dan mendakap semangat demokrasi Malaysia baharu. Apa pun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Alor Setar, kita perlukan overhaul kepada AUKU dan in syaa Allah ia akan berlaku pada tahun 2020 nanti. Yang Berhormat Setiawangsa, saya ucapkan terima kasih kerana berjaya menerangkan kepada para ibu bapa yang risau anak-anak mereka akan hanyut dengan politik dan abaikan pelajaran. Terima kasih juga kerana mengimbau kenangan lama di New Castle dahulu. Seperti mana permintaan beliau supaya kita melakukan banyak lagi sesi libat urus dengan pemegang taruh, ini sentiasa dilakukan. Yang Berhormat Kangar, sekali lagi terima kasih saya ucapkan di atas perkongsian pengalaman. Walaupun kita berbeza parti tetapi kita bersatu di atas kepercayaan terhadap ekonomi pasaran bebas. Harap para mahasiswa dan mahasiswi dapat mengambil cakna dan mengambil berat terhadap saranan dan juga nasihat yang diberikan oleh Yang Berhormat Kangar. Mengenai pilihan raya kampus yang diuruskan oleh para siswa, kini walaupun ditanyakan bagaimana berjalannya, seperti mana saya sebutkan, ia telah berlangsung di beberapa buah universiti. Ia berlangsung dengan lancar dan mendapat sokongan dan juga bantuan daripada pihak universiti sendiri tanpa mereka mengawal ataupun dictate, mereka hanya facilitate perjalanan dan kita nampak banyak keputusan-keputusan yang baik daripada pilihan raya tersebut.
Maksud saya, macam mana kita hendak pastikan kebebasan mahasiswa yang menguruskan itu sendiri.
Ha. Kebebasan mahasiswa yang menguruskannya, saya kira semua pihak yang terlibat, mereka mempunyai wakil-wakil dan juga mempunyai pemantau-pemantau. Kita juga dapati perjalanan itu di awal-awal ini mungkin akan berlaku beberapa sedu ataupun hiccups, dengan izin, tetapi ianya akan dipelajari dan diambil pelajaran oleh pihak universiti dan pihak siswa itu sendiri. Setakat ini kalau kita lihat, keputusan yang dikeluarkan oleh pilihan raya-pilihan raya kecil menunjukkan keputusan- keputusan yang amat menarik dan tidak berat sebelah... [Disampuk] Sorry, pilihan raya kampus. Penglibatan pelajar dalam pilihan raya kampus pun nampak lebih daripada sebelum ini. Begitu juga dengan penglibatan pelajar-pelajar dalam senat, seperti mana yang saya sebutkan sebelum ini, telah pun berlaku di beberapa buah universiti. Kita juga meminta Ahli-ahli Parlimen kerajaan menyahut seruan Yang Berhormat Kangar untuk masuk ke kampus-kampus. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam perbahasan dan kita berharap- oh lupa, ada satu lagi. Yang Berhormat Sibuti. Saya ucapkan terima kasih di atas pandangan dan juga cadangan yang telah diberikan. Akhir kata, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan saranan dan turut berbahas pada malam ini dan kita berharap supaya akta yang dipinda ini akan membentuk satu sejarah baru di dalam sejarah negara. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri... [Tepuk] Oleh kerana ini adalah undian yang bersejarah, jadi saya baca perlahan-lahan sikitlah [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ataupun dikenali sebagai Akta 555 mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 1996. Ia bertujuan untuk mengawal selia dan membangunkan sektor pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Akta tersebut digubal untuk mengadakan peruntukan bagi membolehkan: (i) penubuhan; (ii) pendaftaran; (iii) pengurusan; (iv) pengawal seliaan; dan (v) kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan swasta (IPTS) serta bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 555 ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pendaftar IPTS yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan di bawah subseksyen 3(1) untuk mengambil tindakan perundangan terhadap IPTS yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar peraturan- peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Akta 555 pernah dipinda sebanyak lima kali iaitu pada tahun 2003, tahun 2009, tahun 2012, tahun 2014 dan yang terkini pada tahun 2017. Pindaan ke atas Akta 555 merupakan satu usaha berterusan bagi memastikan perkembangan sektor pendidikan tinggi swasta adalah relevan dengan keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah. Dalam usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, terdapat beberapa peruntukan yang sama diguna pakai di dalam Akta 555 terutamanya yang melibatkan pelajar. Bagi memastikan kesamarataan hak pelajar di institusi pendidikan tinggi, pemansuhan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus iaitu seksyen 47(2)(c), Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 ataupun Akta 555 perlu dilaksanakan untuk memberi hak yang sama kepada pelajar institusi pendidikan tinggi swasta. Seksyen 47(2)(c), Akta 555 merujuk kepada halangan untuk pelajar institusi pendidikan tinggi swasta terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Peruntukan yang sama terus wujud dalam seksyen 15(2)(c) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan seksyen 10(2)(c) Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] yang terpakai kepada UiTM, politeknik, kolej komuniti dan institut perguruan. Bagi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), pindaan sewajarnya sedang dibuat kepada Peraturan Disiplin Pelajar 2004 yang akan dikuatkuasakan secara serentak. Tuan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta dan kuasa Menteri Pendidikan Malaysia untuk menetapkan tarikh akta mula berkuat kuasa. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 47, Akta 555 perenggan 2(b)(iii) bertujuan untuk meminda perenggan 47(2)(c), Akta 555 untuk meniadakan larangan ke atas pelajar institusi pendidikan tinggi swasta untuk terlibat dalam parti politik di dalam kampus. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada perbahasan?...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Rasah. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hanya satu sahaja, saya tidak perlukan lima minit sebab kita tahu dalam IPTS ini kita ada IPTS-IPTS yang dimiliki oleh parti-parti politik. Contohnya AIMST oleh MIC, juga kita ada UNITAR oleh MCA dan juga beberapa yang lain tidak perlu saya nyatakan, semua orang tahu. Saya hendak tahu, bagaimanakah kementerian akan pastikan adanya satu sistem keseimbangan di mana kawal selia kerana saya bimbang bahawa pemegang saham ataupun ahli lembaga pengarah dalam universiti-universiti swasta yang dikawal oleh parti politik-parti politik ini akan menyalahgunakan ataupun memaksa ataupun meracuni pelajar ini dan pelbagai perkara mereka boleh buat. Contohnya memberikan biasiswa ataupun memberikan pinjaman-pinjaman. Malahan saya bimbang jika ada universiti itu boleh juga memberi pemarkahan, grading dan juga sebagainya, maka kita perlu ada sistem kawal selia hendak pastikan bahawa ia tidak disalahgunakan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah ia akan dilakukan? Terima kasih.
Yang Berhormat Rasah sebagai pembahas terakhir.
Okey. Tuan Yang di-Pertua sudah panggil saya, kena bangun itu, kena hormati Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya, ramai sebenarnya hanya memberikan tumpuan kepada AUKU sahaja yang melibatkan IPTA tetapi IPTS sebenarnya di bawah sini. Saya menyambut baik pindaan sebegini. Bagi saya, ia saling lengkap-melengkapi antara AUKU dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Ini sebab tidak guna kalau kita setakat membuat pindaan kepada AUKU, tetapi melepaskan ataupun terlepas pandang. Jadi, adalah agak komprehensif tindakan daripada pihak kementerian. Selaku bekas pensyarah untuk IPTS yang mana Yang Berhormat Tanjong Malim pernah menghadiri kuliah saya, saya mengalu-alukan pindaan ini. Saya anggap malam ini bakal memahat satu sejarah untuk kita benar-benar mendemokrasikan institusi pengajian tinggi di bumi Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tidak ada lagi? Diminta Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Pendek sahaja. Pertama sekali terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah kerana memberikan sokongan dan kepada Yang Berhormat Segamat, terima kasih juga di atas sokongan yang diberikan. Di atas semangat demokratik, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan membezakan di antara satu IPTS dengan IPTS yang lain hanya semata-mata kerana perbezaan politik. Jikalau kita melakukan sedemikian, jikalau kita diskriminasikan satu IPTS dengan IPTS yang lain hanya kerana perbezaan politik, maka tidak ada bezalah kita dengan kerajaan yang lama. Jadi, kita tidak akan sekali-kali melakukan diskriminasi seperti itu. Walau bagaimanapun, sebenarnya soalan tersebut tidak ada kaitan dengan akta yang akan dipinda pada malam ini tetapi perlu dijawab kerana ia mempunyai kaitan dengan hala tuju Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Walau bagaimanapun, saya yakin Yang Berhormat Segamat, bahawa IPTS-IPTS tersebut tidak akan melakukan diskriminasi terhadap pelajar-pelajar mereka yang berlainan politik kerana jikalau mereka melakukan sedemikian, mereka akan kehilangan pelanggan. Orang tidak akan masuk belajar ke tempat mereka. Jadi kalau mereka bersikap sedemikian, mereka jugalah yang akan rugi. Saya yakin dalam keadaan persaingan sihat yang timbul, mereka akan bersikap juga lebih terbuka dan kita akan memastikan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini akan dapat disemarakkan oleh semua pihak dan bukan di pihak kerajaan semata-mata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, ada satu soalan Yang Berhormat Menteri. Boleh ya?
Yang Berhormat Batu Gajah. Silakan.
Yang Berhormat Menteri, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segamat tadi, saya amat berminat untuk pergi ke kampus AIMST dan saya risau universiti ini ada pengaruh yang kuat daripada pihak pembangkang.
Bolehkah pihak pentadbiran universiti itu menghalang saya ataupun Yang Berhormat Segamat daripada masuk ke Kampus AIMST ataupun mana-mana universiti yang dikawal oleh pihak pembangkang.
Berdasarkan peruntukan undang-undang, mereka tidak mempunyai kuasa. Walau bagaimanapun, sebagai tuan rumah, mereka mungkin akan menggunakan hak mereka sebagai tuan rumah untuk menghalang sesiapa daripada memasuki kampus mereka. Walau bagaimanapun, di atas semangat demokratik, kita menyeru semua IPTS untuk turut membuka pintu mereka kepada pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun pemimpin-pemimpin pembangkang sekalipun supaya kita bersama-sama menyediakan, dengan izin level playing field untuk semua. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 – 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2018 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ataupun dikenali sebagai Akta 174 merupakan akta yang terpakai kepada Universiti Teknologi MARA (UITM), politeknik-politeknik, kolej komuniti-kolej komuniti dan juga institut-institut perguruan. Ia mempunyai tujuh bahagian dan diwujudkan bagi membuat peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengan tatatertib dalam institusi pelajaran dan mengenai perkara yang berkenaan dengannya. Dalam usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) terutamanya dalam usaha memansuhkan peruntukan yang melibatkan pelajar, peruntukan yang sama yang berkaitan dengan pelajar turut diguna pakai di dalam Akta 174 ini. Bagi memastikan kesamarataan hak pelajar di institusi pendidikan tinggi, pemansuhan peruntukan yang menghalang pelajar institusi terlibat dalam aktiviti parti politik dalam kampus iaitu di seksyen 10(2)(c), Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] perlu dilaksanakan untuk memberi hak yang sama kepada pelajar institusi pendidikan tinggi seperti pelajar Universiti Teknologi MARA, politeknik, kolej komuniti dan institut perguruan. Seksyen 10(2)(c), Akta 174 merujuk kepada halangan untuk pelajar institusi terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Peruntukan yang sama turut wujud dalam subseksyen 15(2)(c), AUKU dan seksyen 47(2)(c), Akta 555. Bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pindaan sewajarnya sedang dibuat kepada Peraturan Disiplin Pelajar UIAM 2004 yang akan dikuatkuasakan secara serentak. Tuan Yang di-Pertua, butiran terperinci mengenai rang undang-undang ini adalah seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 10, Akta 174. Fasal 2C bertujuan untuk meminda perenggan 10(2)(c), Akta 174 untuk meniadakan larangan ke atas pelajar institusi untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ya, silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, semasa berlakunya fasa-fasa reformasi beberapa tahun yang lalu, ramai pelajar khususnya ITM dan juga UPSI yang diambil tindakan dan ada di antara mereka telah pun dibuang setelah perbicaraan berlaku semata-mata kerana terdapat gambar-gambar mereka diambil oleh polis dan sebagainya terbukti mereka berada dalam demonstrasi tersebut. Ada yang telah pun appeal tetapi gagal. Jadi saya tahu yang agak susah walaupun akta malam ini kita pinda tetapi apakah kementerian akan memberikan peluang. Ada yang the final year student yang dibuang. Adakah kerajaan akan menimbang semula untuk mereka ini dipertimbangkan untuk menamatkan pengajian mereka walaupun mereka mungkin empat tahun too late sebelum graduation. Terima kasih. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sungai Petani, seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini apa yang telah diputuskan oleh mahkamah agak sukar untuk kita mengubahnya kembali. Walau bagaimanapun, jikalau adanya permintaan untuk semakan semula, mungkin di pihak kementerian kita akan cuba untuk membantu tetapi di penghujungnya, terserah kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Cuma yang kita boleh berikan jaminan ialah selepas ini tidak akan berlaku lagi kes-kes seumpama ini hatta sebelum akta ini dipinda pada malam ini pun, jikalau ada mana-mana pelajar yang terlibat dalam perhimpunan Sabtu lalu pun, kementerian, universiti tidak akan ambil tindakan terhadap mereka... [Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 – 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN)(PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, ini rang undang-undang yang pertama daripada kementerian ini. Jadi, saya akan mengambil masa tidak panjang, lebih kurang dua jam. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)(Pindaan) 2018 iaitu suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi teks Bahasa Kebangsaan Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)(Pindaan) 2011 dan untuk meminda Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 dan Co-operative College (Incorporation) Act 1968 dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Maktab Kerjasama Malaysia telah diwujudkan melalui Akta Nombor 35, Tahun 1968 dipanggil Akta Nombor 35, diwartakan pada 16 September 1968 dan berkuat kuasa pada 1 November 1968. Akta Nombor 35 ini adalah bertujuan untuk memperbadankan Maktab Kerjasama Malaysia bagi maksud membangun dan menggalakkan latihan dan pendidikan koperasi serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta Nombor 35 ini kemudiannya telah disemak pada tahun 1990 dalam versi bahasa Inggeris melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 atau dipanggil Akta 437 dan dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia atau ringkasnya MKM. Selanjutnya, Akta 437 ini dipinda pada tahun 2011 melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2011 atau dipanggil Akta A1398 di mana Maktab Kerjasama Malaysia dijenamakan semula sebagai Maktab Koperasi Malaysia (MKM) berkuat kuasa pada 1 September 2011. Itu sejarahnya akta ini dan juga Maktab Kerjasama dan Maktab Koperasi. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan berpandangan bahawa nama MKM perlu diubah kepada Institut Koperasi Malaysia bagi menyesuaikan peranan dan tanggungjawab MKM selaras dengan hasrat negara untuk meningkatkan pembangunan modal insan, koperasi melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. Ia juga sejajar dengan peranan MKM yang merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi yang melaksanakan kursus-kursus wajib dan generik dalam bidang koperasi dan untuk menyesuaikan permintaan terhadap keperluan latihan dalam bidang keberhasilan ekonomi. MKM juga merupakan satu-satunya pusat latihan dan pendidikan koperasi di negara ini. Penjenamaan semula MKM melalui pertukaran nama dari maktab kepada institut akan dapat memastikan imej MKM dapat dinaik taraf. Setakat ini, ada attempt ataupun usaha transformasi MKM telah diterjemahkan dengan penubuhan di peringkat swasta, sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah kendalian anak syarikat MKM ataupun MKM Global Holdings Sdn. Berhad iaitu Kolej iCOOP, bertujuan menjalankan program pendidikan jangka panjang. Namun, MKM perlu diperlihatkan sebagai pusat latihan induk dalam bidang koperasi di negara ini dan mengelakkan kekeliruan ataupun pertindihan nama dengan anak syarikat yang ditubuhkan di bawah MKM seperti yang disebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, what is in a name daripada maktab kepada institusi. Tujuannya ialah untuk menjadikan MKM ini lebih profesional, lebih fokus dan akan ada perbezaan dari segi infrastrukturnya, modal insannya, prosesnya, teknologinya dan juga outcome. Apabila kita mengusahakan pertukaran, bukan hanya pada nama tetapi susulan daripada pertukaran nama ini akan berlaku perubahan-perubahan seperti yang saya sebutkan tadi bagi menepati hasrat menjadikan institusi ini suatu institusi yang profesional dan bersifat suatu hari nanti sebagai pusat kecemerlangan latihan koperasi. Selaras dengan peranan MKM yang akan dijenamakan semula sebagai institut, fungsi Kumpulan Wang Amanah juga akan diperkukuhkan melalui Peraturan-peraturan Koperasi (KWAPK) 2010 yang telah dinyatakan secara jelas adalah untuk membiayai apa- apa perbelanjaan untuk MKM yang ditubuhkan di bawah Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan), Akta 437. Fungsi Kumpulan Wang Amanah antara lain adalah diperuntukkan seperti berikut: • membiayai apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan penganjuran seminar; • membiayai persidangan atau mesyuarat koperasi dan penyertaan mana-mana anggota daripada mana-mana koperasi yang dinamakan oleh Suruhanjaya Koperasi dan diluluskan oleh jawatankuasa bagi tujuan menyertai seminar, persidangan atau lawatan sambil belajar di peringkat antarabangsa; • membiayai apa-apa perbelanjaan berkenaan dengan pengurusan MKM; dan • membiayai apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Amanah Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, objektif utama akta yang dicadangkan ini adalah untuk mengadakan yang pertamanya peruntukan bagi teks bahasa kebangsaan, Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) (Pindaan) 2011. Ini kerana dalam semakan dahulu tidak berlaku ataupun dalam pindaan yang lalu tidak berlaku peruntukan untuk bahasa kebangsaan dan hanya bahasa Inggerisnya. Keduanya, meminda Akta Maktab Kerjasama (Permerbadanan) 1968 dan Co- operative College (Incorporation) Act 1968. Pindaan-pindaan dalam akta yang dicadangkan merangkumi; • Bahagian satu, tajuk ringkas dan permulaan tarikh kuat kuasa, • Bahagian dua, pindaan kepada teks bahasa kebangsaan Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 atau Akta A1398. • Bahagian ketiga, pindaan kepada Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 atau Akta Nombor 35, Tahun 1968. • Bahagian keempat, pindaan kepada Co-operative College (Incorporation) Act 1968, Act 437. Tuan Yang di-Pertua, Akta yang dicadangkan ini melibatkan empat bahagian tadi dan mengandungi 17 Fasal kesemuanya. Antara fasal-fasal pindaan utama dalam rang undang-undang ini ialah; Fasal 1 - mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Di Bahagian III, fasal 3 - bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta Nombor 35, Tahun 1968 dengan menggantikan perkataan ‘Maktab Kerjasama’ dengan perkataan ‘Institut Koperasi’.
Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am untuk menggantikan perkataan Maktab dengan perkataan Institut. Penggantian ini bertujuan untuk membolehkan transformasi menyeluruh kepada institut dibuat supaya setara dengan institusi latihan lain berhubung dengan koperasi di peringkat antarabangsa. Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan di dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta Maktab Kerjasama Pemerbadanan 1968 hendaklah selepas akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Institut Koperasi Pemerbadanan 1968. Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan mengenai Maktab yang ditubuhkan di bawah Akta Maktab Kerjasama Pemerbadanan 1968 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah selepas akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Institut Koperasi Malaysia. Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 35 tahun 1968 untuk mengadakan peruntukan bagi penguntukan yang diterima oleh institut daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang ditadbir oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Fasal 10 memperuntukkan bagi peruntukan kecualian dan peralihan. Dalam Bahagian IV, fasal 11 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Act 437 dengan menggantikan perkataan Co-operative College dengan Co-operative Institute. Fasal 12 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pindaan am untuk menggantikan perkataan Kolej dengan perkataan Institut. Penggantian perkataan Kolej kepada perkataan Institut untuk membolehkan transformasi menyeluruh kepada Institut dibuat supaya setara dengan institusi lain berhubung dengan koperasi di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Co-operative College (Incorporation) Act 1968 hendaklah setelah akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Co-operative Institute of Malaysia (Incorporation) Act 1968. Fasal 15 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan mengenai Kolej yang ditubuhkan di bawah Co-operative College (Incorporation) Act 1968 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah setelah akta yang dicadangkan mula berkuat kuasa ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Co-operative Institute of Malaysia. Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 7, Act 437 bagi mengadakan peruntukan bagi penguntukan wang yang diterima oleh Institut daripada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang ditadbir oleh Suruhanjaya Koperasi. Fasal 17 Tuan Yang di-Pertua, memperuntukkan bagi peruntukan kecualian dan peralihan. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa menyokong? Ada?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi teks bahasa kebangsaan Akta Maktab Kerjasama Pemerbadanan (Pindaan) 2011 dan untuk meminda Akta Maktab Kerjasama Pemerbadanan 1968 dan Co-operative College (Incorporation) Act 1968 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Pohon pembahas kalau ada. Yang Berhormat Sungai Petani. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya cuma hendak sentuh dua, tiga perkara yang pertama apa pun jua yang akan berlaku selepas ini sama ada nama itu ditukarkan kepada Institut Koperasi Malaysia tetapi yang jelasnya sejak Maktab Kerjasama ini ditubuhkan seawal dalam tahun 1968 kita lihat perjalanannya begitu lembap. Apa yang boleh kita ingat, yang berjaya ialah mungkin koperasi di sekolah-sekolah, keduanya tentang apa yang berlaku penubuhan Koperasi Angkasa kemudian NAFAS mungkin ianya dalam bidang yang lain. Akan tetapi nampaknya- saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua dengan tertukarnya nama daripada Maktab kepada Institut Koperasi Malaysia ini institut ini akan bergerak lebih pantas, lebih maju dalam membangunkan ekonomi khususnya mereka di bawah B40. Ini kerana kalau sekiranya institut dapat melahirkan mereka-mereka yang layak untuk menjadi pengurus kepada koperasi-koperasi, saya yakin dalam negara kita sebagai sebuah negara Malaysia yang boleh menguruskan ekonomi sudah tentu koperasi boleh hidup dengan lebih pantas di kampung-kampung khususnya di kawasan-kawasan FELDA. Ini kerana seperti yang kita tahu bahawa dengan pengurusan di kawasan-kawasan FELDA khususnya harga-harga boleh kita kawal. Begitu juga saya hendak melihat bagaimanakah pelajar-pelajar kita banyak sekolah-sekolah yang ada koperasi. Akan tetapi apa yang terjadi ialah pelajar-pelajar yang terlibat di dalam menguruskan koperasi malangnya apabila mereka keluar daripada alam sekolah melanjutkan pelajaran ke universiti mungkin, tetapi tidak terlibat selepas itu dalam gerakan koperasi. Sepatutnya harus ada cita-cita oleh kementerian untuk melahirkan pengurus-pengurus yang bijak khususnya pelajar-pelajar kita yang berjaya menguruskan koperasi-koperasi di sekolah-sekolah. Saya lihat banyak tiap-tiap tahun kita menyambut kejayaan pelajar-pelajar kita yang berjaya dalam menguruskan koperasi-koperasi sekolah tetapi tidak ada usaha di peringkat kementerian untuk mendidik mereka supaya menjadi pengurus-pengurus yang profesional. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan keep track siapakah yang berjaya dalam koperasi- koperasi tertentu mereka ini orang-orang yang berminat dalam koperasi. Jadi mungkin dia ambil degree tentang pelancongan, mungkin dia ambil degree yang tidak bersangkut paut dengan koperasi tetapi mereka yang telah terbukti berjaya di dalam koperasi di sekolah sudah tentulah mereka ini mempunyai yang pertama sekali minat, kedua sudah tentulah menimba ilmu dalam mentadbir koperasi. Jadi dengan lahirnya mereka yang saya sebut tadi maka kita ada satu kumpulan team of a good koperasi managers yang boleh kita ketengahkan dan akhirnya mereka ini menjadi managers yang boleh kita perkembangkan pengalaman mereka di kawasan- kawasan seperti yang saya sebutkan tadi di kawasan-kawasan FELDA di mana lazimnya koperasi-koperasi di FELDA-FELDA ini gagal. Keduanya tentang NAFAS yang ditubuhkan walaupun oleh petani-petani tetapi ianya berbentuk koperasi. Jadi kita lihat baru-baru ini bagaimana isunya agak berbeza. Bagaimana saya melihat koperasi-koperasi lazimnya tidak maju, runtuh dan mati disebabkan oleh management. Ahli-ahli yang menjadi ahli-ahli koperasi ini orang-orang yang tidak tahu ataupun tidak cekap tentang perjalanan koperasi lazimnya termasuklah koperasi- koperasi yang besar. Managers yang menjadi masalah sama ada tidak berlaku- ada berlaku malpractices, ada berlaku penyelewengan dan sebagainya. Jadi di Malaysia ini nampaknya kita harap dengan tertubuhnya institut ini maka kita melahirkan managers yang baik yang boleh membangunkan koperasi di Malaysia. Kita akan melihat bagaimanakah mereka yang menjadi ahli-ahli daripada koperasi dapat menikmati hasil perjalanan koperasi tidak teraniaya disebabkan oleh pengurusan yang lemah dan tidak cekap. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani minta menteri menjawab. Silakan.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Seorang sahaja yang lain tidak minat ya.
Saya sebenarnya hendak berbahas tetapi tidak mengapa.
Boleh mencelah.
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, observation atau pemerhatian yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Petani mengenai kelembapan koperasi sejak dahulukala lagi ya, kecuali beberapa yang diberikan contoh seperti ANGKASA, koperasi sekolah dan sebagainya adalah sesuatu yang menjadi antara sebab dan juga semangat daripada perubahan yang kita hendak bawa di dalam MKM ini untuk ditukarkan kepada institut.
Koperasi ini dikendalikan oleh ahli lembaga koperasi dan mereka bertukar. Setiap tahun akan ada pemilihan, mereka bertukar. Akan tetapi, koperasi mungkin boleh kekal dengan business-nya yang berjaya kalau kita mempunyai pengurusan yang baik. Satu tim pengurusan yang baik. Di sinilah peranan institut koperasi nanti apabila mereka menstrukturkan latihan yang lebih profesional dan membawa perubahan-perubahan terhadap sikap, minda pengurus-pengurus koperasi. Koperasi boleh menjadi antara penyumbang besar dalam ekonomi negara kita. Kita ada 14 ribu, Tuan Yang di-Pertua, 14 ribu buah koperasi. Sejumlah 10 ribu daripadanya sihat, 4,000 tidak berapa sihat.
Fuh, dasyat.
Termasuk lebih kurang dalam 3,000 daripadanya adalah koperasi sekolah-sekolah yang disebut tadi adalah antara yang berjaya. Ada yang berjaya, ada yang berjalan macam biasa. Jadi, kita mengharapkan penjenamaan ini akan memberikan satu fokus kepada transformasi paradigma minda di kalangan ahli-ahli koperasi dan juga pentadbir-pentadbir dengan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf ataupun diploma ataupun mungkin dalam peringkat jangka panjang, institut ini boleh mengendalikan kursus-kursus yang lebih tinggi supaya minat untuk mengendalikan koperasi ini datang daripada orang yang telah dilatih kursus.
Yang Berhormat Menteri.
Kita harap dengan penjenamaan semula ini, kita akan dapat menarik minat rakyat kumpulan B40 untuk berminat dalam urusan koperasi ini.
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Mohon mencelah.
Sila.
Lembah Pantai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma ingin bertanya memandangkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut daripada 13,899 buah koperasi yang telah didaftarkan, yang ada, cuma lebih kurang 10 ribu yang aktif dan berjaya tetapi lebih kurang 4,000 yang tidak berjaya. Selain daripada penjenamaan semula daripada maktab menjadi institusi, apakah langkah-langkah yang akan diusahakan oleh pihak kementerian- memandangkan ini bukan di bawah Kementerian Pendidikan tetapi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan- yang boleh kita pelajari daripada kegagalan 4,000 buah koperasi ini? Adakah ia berkait dengan the high turnover, dengan izin, setiap tahun ada perubahan dari segi management-nya ataupun apakah masalah dasar yang dihadapi oleh 4,000 ini? Ini kerana 4,000 daripada 14 ribu itu bukan satu angka yang tidak signifikan, ia agak besar ya. Saya tanya soalan ini kerana semestinya bukan perubahan kosmetik tetapi kita juga bertanya tentang perubahan dasar. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berikan sedikit pandangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua, satu pemerhatian yang baik. Saya menyebut lebih kurang 14,000 tadi tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai menyebut lebih detailed, tepat ya. Ertinya banyak membaca Yang Berhormat Lembah Pantai ini ya.
Google, Google.
Oh, Google [Ketawa] Satu usaha yang bagus ya. Tuan Yang di-Pertua, masalah utama koperasi-koperasi yang gagal ini ataupun yang sakit atau yang nazak ini adalah pelbagai. Antaranya ialah pengurusan. Kadang-kadang dalam koperasi ini masalah politik ahli lembaga koperasi ini lebih teruk daripada politik kepartian. Seolah-olah di sana ada peluang-peluang yang direbut untuk memastikan keuntungan peribadi. Ini dikesan dan kita telah mengarahkan Suruhanjaya Koperasi supaya melihat ini sebagai suatu isu yang perlu ditangani bukan untuk mematikan koperasi. Mematikan koperasi senang. Kita di kementerian ini kementerian yang membangunkan. Jadi kita hendak pastikan masalah-masalah tersebut selesai. Kemudian, persoalan modal juga ya. Untuk koperasi ini menjalankan perniagaan, mereka memerlukan modal. Dalam konteks ini, SKM ada menyediakan modal-modal permulaan, modal pusingan dan sebagainya. Jadi, kita harap koperasi yang berdaya maju dan boleh dipulihkan akan mengemukakan cadangan-cadangan ataupun proposal yang munasabah untuk dilihat semula...
Yang Berhormat Menteri.
...Supaya mereka dapat dikembalikan aktif.
Sikit sahaja soalan, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang ada koperasi- koperasi yang telah gagal disebabkan oleh kemungkinan penglibatan ahli-ahli koperasi dalam politik dan sebagainya. Saya di sini ingin bertanya, memang kita menerima baik niat murni daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk membuat pindaan-pindaan seperti yang telah dibentangkan. Persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah selain daripada niat kerajaan untuk mengaktifkan semula koperasi-koperasi ini, adakah apa-apa tindakan akan diambil, pertamanya, untuk memastikan bahawa koperasi-koperasi ini akan memberikan sumbangan, dengan izin, nation building? Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu memang mempunyai niat yang baik untuk menghidupkan koperasi-koperasi ini dan juga memberi manfaat-manfaat seperti yang tertera di antara lain yang saya lihat di bawah seksyen ‘4A’ yang mengatakan melakukan apa-apa perkara, sama ada yang bersampingan dengan kuasa itu atau tidak, yang boleh dilakukan bagi mengembangkan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib. Saya ingin bertanya di sini, sama ada tindakan akan diambil terhadap pekerja- pekerja koperasi yang tidak memberikan sumbangan, kalau saya boleh katakan, yang menjadi dead wood, dengan izin? Kalau kita hanya membuat cosmetic changes sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan yang lebih agresif, maka niat dan hasrat kerajaan tidak akan tercapai. Pada masa yang sama, saya juga risau- Yang Berhormat Kapar ini yang selalu memperjuangkan hak pekerja-pekerja juga akan tidak bersetuju kerana beliau tidak mahu memangsakan sesiapa. So, apakah pendirian Yang Berhormat Menteri? Bagaimana kita ingin, dengan izin, strike the balance, dalam perkara ini? Iaitu untuk memastikan, pertama, bahawa koperasi-koperasi ini mencapai objektifnya dan pada masa yang sama, kita tidak mengambinghitamkan mana-mana individu yang bekerja di koperasi-koperasi ini hanya kerana penglibatan mereka dalam parti-parti politik tertentu terutamanya parti-parti politik yang ada sangkut paut dengan Barisan Nasional. Itu adalah persoalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kita mengambil perhatian dari segi pemerhatian tadi dan harapan supaya ahli-ahli koperasi ini menyumbang kepada nation building, pembangunan negara dan juga pembangunan ekonomi. Itulah sebenarnya yang kia cuba laksanakan. Kita ada beberapa contoh di dalam dunia ini beberapa sistem koperasi yang berjaya, bukan sahaja secara individu tetapi dalam kelompok masyarakat tersebut. Satu contohnya ialah di Mondragon, Sepanyol yang menjadi rujukan sesetengah pihak bagaimana mengendalikan satu masyarakat. Banyak koperasi dalam masyarakat. Ada 600 buah koperasi dalam satu daerah itu yang mengendalikan pelbagai aktiviti kehidupan mereka. Mereka berjaya. Jadi, kalau ada masalah ekonomi, saham jatuh kah, mereka kekal kerana mereka mengintegrasikan pelbagai aspek pengurusan yang baik, perniagaan yang baik. Ini memberikan mereka ketahanan, resistance kepada perubahan-perubahan ekonomi. Antara- ini nak sambung balik hujah Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Antara punca juga kegagalan koperasi- Yang Berhormat Lembah Pantai tadi- adalah kes-kes seperti tidak mengikuti peraturan-peraturan. Contohnya, yang tidak menjalankan mesyuarat agung tahunan. Ini satu kesalahan besar bagi urusan koperasi ini. Kebanyakan yang nazak tadi ialah kerana mereka tidak bermesyuarat. Tidak bermesyuarat kerana mungkin tidak ada aktiviti akibat kegagalan kepimpinan koperasi ini. Ini yang kita ambil berat. Kalau boleh, kita menggunakan institusi latihan ini untuk memastikan pentadbir- pentadbir koperasi ini lebih bertanggungjawab dan lebih profesional dalam pengurusan koperasi...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Satu minit. Ringkas sahaja. Yang Berhormat Menteri, adakah boleh diperoleh- mungkin kalau Yang Berhormat Menteri boleh minta pegawai berikan sedikit statistik daripada angka-angka yang diberikan agar kami sebagai pembantu penggubal dasar, kami dapat melihat lebih spesifik bagaimana kami boleh bantu untuk merungkai masalah. Sebenarnya ini masalah yang besar. Terima kasih.
Ya, kita ada statistik-statistik tetapi saya tidak bersedia untuk memberikan off the cuff di sini. Jadi kita akan membantu Yang Berhormat Lembah Pantai dengan jawapan secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, sekarang pukul 10.30 malam, mungkin elok kalau kita berhenti di sini sahaja
Atau kita...
Tangguhkan sampai...
Kita ambil dua minit lagi, bolehkah? Jadi, Tuan Yang di-Pertua, atas segala cadangan yang dikeluarkan tadi yang bagus saya rasa demi untuk kelangsungan koperasi, kita harap kita dapat bermula dengan pindaan yang nampaknya tidak berapa penting tetapi sebenarnya mempunyai hasrat yang baik. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 11 Disember 2018.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.30 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Bau Busuk Berlanjutan di Jalan Then Kung Suk, Upper LanangSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima aduan tentang bau busuk berlanjutan di kawasan Parlimen Lanang iaitu Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang. Penduduk-penduduk di kawasan ini telah sering kali melaporkan bahawa pencemaran udara di kawasan sekitar mereka semakin teruk saban hari.
Isu pencemaran udara yang teruk di kawasan Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang ini dilaporkan bermula lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pencemaran udara yang serius ini dipercayai berpunca daripada kilang-kilang yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Aduan telah pun dibuat terhadap salah satu kilang yang terlibat dimiliki oleh Kinetic Food Processing Sendirian Berhad. sejak beberapa tahun dahulu, namun masih mengeluarkan bau busuk yang berlanjutan. Hal ini jelas telah menjejaskan kesihatan para penduduk yang tinggal di kawasan ini.
Lebih membimbangkan lagi apabila sebuah sekolah rendah di kawasan ini, iaitu SJK(C) Thai Kwang, dikelilingi oleh kilang-kilang tersebut. Pada awal bulan Oktober yang lepas, seorang pelajar dari sekolah tersebut telah disahkan menghidap penyakit asma berikutan pencemaran udara yang teruk di Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang ini. Selain itu, juga dimaklumkan ada segelintir pelajar di sekolah tersebut turut dilaporkan mengalami masalah pernafasan. Oleh yang demikian, saya memohon agar pihak kementerian dapat
memberikan perhatian yang lebih terhadap isu pencemaran udara di kawasan Jalan Then Kung Suk, Upper Lanang ini.
Saya ingin tahu, berapakah aduan tentang bau busuk di Jalan Then Kung Suk yang telah diterima oleh pihak kementerian setakat ini dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini. Memandangkan masih ada lagi aduan yang ditujukan kepada saya, saya berpendapat bahawa mungkin tindakan yang diambil sebelum ini tidak berkesan. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Hal ini kerana, saya percaya bahawa pencemaran udara di kawasan ini dapat dibendung sekiranya langkah-langkah yang drastik dapat diambil demi keselesaan dan kesejahteraan masyarakat sejagat oleh pihak berkuasa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lanang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kilang Kinetic Food Processing Sendirian Berhad dan Kilang Sibu Feedmills Sendirian Berhad merupakan milik Syarikat KTS Group, Sibu, Sarawak. Lokasi Kilang Sibu Feedmills Sendirian Berhad berada di belakang Kilang Kinetic Food Processing Sendirian Berhad dan untuk memasuki ke Kilang Sibu Feedmills Sendirian Berhad ini perlu melalui pintu utama/masuk Kinetic Food Processing Sendirian Berhad. Air basuhan daripada Kilang Sibu Feedmills Sendirian Berhad disalurkan ke sistem pengolahan efluen (SPE) milik Kilang Kinetic Food Processing Sendirian Berhad.
Bagi tempoh 2008 hingga 2018, Jabatan Alam Sekitar telah menerima 38 aduan bau busuk berkaitan dengan premis tersebut. Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar merupakan arahan pematuhan ke atas kilang tersebut.
Memandangkan perulangan aduan yang dibuat atas kilang tersebut pihak Jabatan Alam Sekitar juga boleh mengambil tindakan berikut. Dalam jangka pendek, Jabatan Alam Sekitar boleh melakukan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127.
Dalam jangka panjang pula, Jabatan Alam Sekitar boleh memberi pematuhan kepada pemilik premis untuk menambahbaikkan peralatan serta operasi bagi mengurangkan penghasilan bau yang menimbulkan kacau ganggu. Kementerian ini terus komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan alam sekitar terpelihara. Oleh yang demikian, salah
satu inisiatif baru kementerian ini adalah untuk melipatgandakan operasi pemantauan dan penyiasatan Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membaik Pulih dan Menaik Taraf Dua Bangunan Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai SiputSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya telah menerima satu memorandum daripada Yang di-Pertua PIBG SK Methodist Sungai Siput berkenaan cadangan membaik pulih dan menarik taraf dua bangunan sekolah tersebut. Saya telah membuat lawatan ke bangunan sekolah berkenaan dan berdasarkan pengamatan saya, didapati kekuda bumbung sudah usang dan dimakan anai-anai, atap dan palong hujan yang bocor, siling yang rosak akibat air hujan serta pendawaian dan perkakas elektrik seperti lampu dan kipas yang rosak.
Berdasarkan permasalahan yang diutarakan ini, saya memohon cadangan ini diluluskan untuk menjadikan sekolah ini lebih selesa, selamat dan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada murid-murid khasnya serta komuniti setempat amnya.
Saya memohon Yang Berhormat Menteri, agar memperuntukkan Bajet 2019 bagi membaik pulih dan menaik taraf dua bangunan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM500,000.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput mengenai Cadangan Membaik Pulih dan Menaik Taraf Dua Bangunan Sekolah Kebangsaan Methodist Sungai Siput.
Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput, adalah penting untuk kita memahami bahawa sekolah-sekolah di bawah KPM terbahagi kepada dua jenis iaitu sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK).
Sekolah kerajaan merupakan institusi pendidikan yang ditubuh, dibina, disenggarakan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Manakala, sekolah bantuan kerajaan merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak lain yang
menjadi pemilik kepada tapak atau bangunan sekolah dan hanya menerima sumbangan bantuan modal dan sumbangan bantuan penuh daripada kerajaan yang merangkumi gaji guru dan kakitangan sekolah.
Untuk Makluman Yang Berhormat Sungai Siput, SK Methodist Sungai Siput merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan (SBK). Justeru, penyaluran peruntukan untuk Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan seperti sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah mubaligh diturunkan berdasarkan skop kerja untuk pembinaan, pembaikan, penyelenggaraan, naik taraf, pendawaian elektrik, rawatan anai-anai dan sebagainya.
SK Methodist Sungai Siput pernah menerima peruntukan di bawah Tabung Penyelenggaraan pada tahun 2015, 2016 dan 2017. Peruntukan yang diterima adalah berjumlah RM20,000 bagi tahun 2015, RM26,400 bagi tahun 2016 dan RM60,000 bagi tahun 2017. Manakala peruntukan bagi tahun 2018 adalah berjumlah RM40,000. Jumlah ini ditentukan selepas konsultansi dengan Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia (FCCMSM), dengan izin.
Pihak sekolah sepatutnya mengemukakan laporan status perbelanjaan bagi peruntukan yang telah diterima kepada pihak KPM. Walau bagaimanapun, pihak sekolah didapati tidak pernah mengemukakan laporan status perbelanjaan peruntukan tersebut.
Penghantaran laporan status perbelanjaan tersebut penting bagi memastikan peruntukan yang diberi digunakan dengan betul untuk tujuan seperti penyelenggaraan, penambahbaikan dan juga untuk menyediakan keperluan.
Sehubungan dengan itu, KPM telah mengarahkan semua sekolah yang menerima peruntukan supaya menghantar laporan status perbelanjaan peruntukan bulanan iaitu sehingga peruntukan habis dibelanjakan. Di samping itu, lawatan pemantauan ke sekolah juga diadakan oleh KPM melalui Bahagian Pembangunan Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Tuan Yang di- Pertua, berhubung dengan permohonan untuk membaik pulih dan menaik taraf dua bangunan SK Methodist Sungai Siput, KPM menyarankan supaya permohonan tersebut dikemukakan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Ini adalah supaya pihak PPD dan JPN dapat membuat pemantauan dan penilaian anggaran sebenar kerosakan yang dilaporkan dan dimasukkan ke dalam senarai penerima peruntukan penyelenggaraan tahun 2019.
KPM juga ingin memaklumkan bahawa peruntukan penyelenggaraan, baik pulih dan naik taraf sekolah yang akan disalurkan kepada sekolah adalah berdasarkan keutamaan skop kerja yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) tertakluk kepada peruntukan tahun semasa yang diluluskan.
Kesimpulannya, KPM sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada semua sekolah di bawah KPM tanpa mengira jenis sekolah. Keutamaan KPM adalah menyediakan peluang untuk kanak-kanak Malaysia hidup dan belajar sesama rakan dengan gembira daripada setiap kumpulan etnik, agama, dan budaya bagi mencerminkan kepelbagaian yang wujud di negara ini. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 11 Disember 2018.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.43 petang]