Dewan Rakyat · 11 December 2018
15th Parliament, session 1, meeting 2 · 440 turns · 32,635 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Pendidikan menyatakan, bahawa masih banyak lagi rungutan daripada sekolah-sekolah terutamanya di sekolah luar bandar bahawa capaian internet di bawah Program 1BestariNet yang dilaksanakan belum lagi tercapai sepenuhnya. Berapakah kadar pencapaian pelaksanaan program ini dan berapa jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh syarikat ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rompin, yang saya kira amat maklum dengan perkembangan 1BestariNet kerana pernah menjadi Pengerusi PAC pada sesi yang lepas. Kadar kelajuan jalur lebar bagi sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya enrolmen murid, saiz sekolah, bilangan makmal komputer, faktor geografi dan juga kedudukan kewangan kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia maklum akan isu capaian internet, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar. Punca sekolah ini tidak diliputi dengan perkhidmatan 1BestariNet adalah kerana lokasi sekolah terletak di luar kawasan liputan backhaul fiber. Sehingga kini, KPM telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 buah sekolah di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi yang menjadi salah satu pemangkin transformasi pendidikan dan konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Daripada jumlah tersebut iaitu daripada jumlah 10,190 sebanyak 9,786 ataupun 96 peratus sekolah iaitu 6,684 sekolah luar bandar dan 3,102 sekolah bandar telah pun dibekalkan dengan perkhidmatan 1BestariNet. Manakala 404 atau empat peratus sekolah iaitu 375 sekolah luar bandar dan 29 sekolah bandar pula dibekalkan dengan capaian internet daripada pembekal perkhidmatan yang lain seperti TM, Maxis, Telekom, Digi dan Officequip. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembayaran 1BestariNet bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018 adalah sebanyak RM530.3 juta. KPM cakna terhadap rungutan- rungutan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rompin. Kerajaan memang sedar terdapat 1,578 buah sekolah yang menghadapi masalah capaian internet rendah terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman kerana masih bergantung pada teknologi VSAT atau ADSL.
Walau bagaimanapun, KPM di bawah kerajaan baharu sedang menyemak semula projek 1BestariNet menerusi kajian keberkesanan dan hala tuju perkhidmatan 1BestariNet yang pertama kalinya dilakukan oleh MIMOS dan sekarang ini dilakukan oleh jawatankuasa third party, dengan izin, ataupun pihak ketiga yang dianggotai oleh pakar-pakar daripada UiTM dan daripada IPT yang lain. Tujuan kajian tersebut adalah untuk melihat keberkesanan 1BestariNet merangkumi keperluan lebar jalur di sekolah pada masa hadapan. Laporan akhir kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak berkepentingan dan digunakan untuk menghasilkan Pelan Pelaksanaan Persekitaran (PDP) yang lebih inovatif dengan mengintegrasikan teknologi yang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan PDP di sekolah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Menteri. Adakah kerajaan sekarang untuk meneruskan model yang diperkenalkan oleh syarikat ini ataupun kerajaan memikirkan untuk menukar kerana kesannya adalah kepada penuntut-penuntut sekolah- sekolah kerana kita tidak mahu apa-apa program kerajaan, murid-murid menjadi mangsanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang pertukaran terhadap pembekalan internet ke sekolah-sekolah yang dibekalkan oleh 1BestariNet hanya akan boleh dilakukan selepas tamatnya kontrak yang dimeterai antara 1BestariNet dengan KPM melalui kerajaan dahulu yang mana akan berakhir pada Jun 2019 nanti. Walau bagaimanapun, sama ada hendak ditukarkan ataupun dikekalkan adalah bergantung pada keputusan kajian jawatankuasa yang telah saya sebutkan tadi. Kita telah mendapat laporan awal daripada MIMOS yang akan dibawa kepada jawatankuasa yang sedang melakukan kajian mereka ini yang akan berakhir pada Januari. Pada Januari mereka akan bentangkan kepada pihak Kementerian Pendidikan dan kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya, adakah Program 1BestariNet juga meliputi sekolah bantuan kerajaan, contohnya sekolah menengah Cina? Ada sebuah sekolah menengah Cina bantuan kerajaan di Pasir Gudang, di Taman Megah Ria. Hampir 100 tahun umurnya, mengadu kepada saya, capaian internet di sekolah tersebut amat tidak memuaskan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang bertanya. Sehingga kini, saya masih belum dapat memastikan apakah semua sekolah bantuan kerajaan berada di dalam rangkuman ataupun capaian 1BestariNet. Cuma bilangan yang disebutkan tadi, 10,190 adalah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sekolah kerajaan. Terima kasih.
2. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertahanan menyatakan faktor-faktor penurunan keuntungan bersih LTAT dan kejatuhan dividen pencarum LTAT (6 peratus) tiga tahun berturut-turut.
Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk sesuatu tahun berkait rapat dengan keuntungan yang diperolehi oleh LTAT dalam tahun tersebut. Sebahagian besar daripada pendapatan LTAT pula diperoleh melalui sumber pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburannya dan aktiviti penjualan saham. Selain daripada itu, pendapatan LTAT turut dijana melalui aktiviti-aktiviti pelaburan lain seperti penjualan pelaburan hartanah, faedah atas simpanan deposit, sewaan bangunan hartanah milik LTAT dan lain-lain aktiviti.
Hasil keuntungan LTAT ini diagihkan semula kepada pencarum-pencarumnya dalam bentuk pemberian dividen yang dikreditkan ke dalam akaun mereka. Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini iaitu 2015, 2016 dan 2017, pendapatan LTAT yang diterima daripada pulangan dividen melalui syarikat pelaburannya dan aktiviti penjualan telah terjejas akibat ketidaktentuan prestasi pasaran saham tempatan. Lembaga pengarah dan pengurusan LTAT akan terus berusaha untuk mengenal pasti pelaburan baru yang menguntungkan dan berdaya maju dan menyemak semula pelaburannya daripada semasa ke semasa untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh LTAT adalah selamat dan memberi peluang yang sebaiknya. Saya sendiri berusaha mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula pentadbiran LTAT supaya ia lebih baik dan efisien. Kita akan pastikan bahawa LTAT berada di tahap yang paling baik pada masa yang akan datang. Pengisytiharan keuntungan dan apa sahaja akan dibuat pada bulan Februari tahun depan untuk tahun 2018. Terima kasih.
LTAT mengumumkan dividen sekitar enam peratus dan juga bonus khas juga enam peratus di dalam bentuk saham unit trust, Affin Hwang saham amanah. Affin Hwang ini juga milik LTAT. Sepatutnya saham ini adalah pelaburan, saham unit trust ini yang memberi lebih keuntungan kepada warga angkatan tentera berbanding dengan tunai. Masalahnya, harga unit saham amanah ini asyik turun dan sangat rendah nilainya dalam pasaran yang saya difahamkan pernah ditegur oleh Jabatan Audit Negara. Soalan saya, adakah kerajaan sedia menimbangkan opsyen pilihan kepada warga tentera untuk pemberian dalam bentuk bonus tunai berbanding dengan- bukannya saham unit trust berkenaan? Terima kasih.
Unit tunai iaitu lah keuntungan diisytiharkan 6 peratus itu tetapi LTAT dan kerajaan memikirkan simpanan jangka panjang. Oleh sebab itulah hal keuntungan unit trust ini dimasukkan ke dalam akaun mereka untuk masa depan. Apabila mereka bersara nanti, mereka dapat daripada pelaburan dan keuntungan unit trust yang dilaburkan itu. Skim yang baik ini, kami akan teruskan di bawah pentadbiran baru. Didapati bahawa kalau kita withdraw cash itu, selalunya banyak mana pun tidak cukup. Akan tetapi simpanan untuk masa depan selepas bersara, itu cukup penting. Oleh sebab itulah kita bagi dividen dalam bentuk dua, satu dividen cash dan satu lagi dividen diisytiharkan tetapi dalam bentuk unit trust. Ini bagi kementerian dan LTAT memikirkan ia satu cara yang terbaik untuk menjaga kebajikan pencarum-pencarum yang semuanya daripada angkatan tentera. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan pulangan dividen LTAT dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, didapati pihak LTAT telah membayar dividen khas dalam bentuk unit saham amanah selain membayar dividen biasa sekitar 6 peratus setahun. Jadi, soalan saya ialah, apakah sebab pembayaran ini dibuat dalam dua bentuk dividen serta berbeza serta berapa jumlah yang terlibat dalam pembayaran tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan ini hampir sama dengan soalan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya berterima kasih di atas concern terhadap Tabung-tabung Angkatan Tentera sama ada LTAT atau Affin Bank. Memang sekarang ini dalam keadaan kita sedang menyusun semula, kita lebih utamakan orang-orang yang profesional untuk datang dan berkhidmat dalam LTAT. Saya kata tadi usaha-usaha yang dibuat sama ada dividen tahun ini banyak mana yang akan diisytiharkan pada bulan dua akan datang, ia bergantung kepada keadaan ekonomi dan juga pelaburan sekarang ini. Saya berkeyakinan penuh dalam penyusunan semula ini, LTAT akan memacu kembali kekuatannya, kehebatannya pada masa yang akan datang. Bahagian unit trust ini akan diteruskan dan diperhebat lagi supaya bila seseorang perajurit itu, tentera ataupun mereka yang mencarum itu, mereka bila bersara nanti, mereka dapat satu cash yang agak boleh membantu hidup mereka pada waktu itu.
Oleh sebab itulah soal unit trust dan dividen 6 peratus, tak tahu tahun ini berapa peratus. Tiga tahun yang lalu memang rendah dan kalaulah diisytiharkan nanti, peratus keuntungan caruman di sekalikan dengan juga unit trust, maka mereka duanya itu berjalan serentak. Saya ingat di antara tabung-tabung yang banyak di Malaysia ini, bagi saya LTAT di antara yang paling baik kalau diuruskan dengan cara yang lebih profesional dan betul. Ini yang kita lihat asasnya itu diletak begitu baik sekali. Apa yang baik, saya akan teruskan, bahkan akan menambahkan kebaikan itu. Apa yang buruk, siapa yang mencuri akan kita tangkap. Itu dasar kita. Terima kasih.
3. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus (GOC) PSMB dan apakah jalan ke hadapan- the way forward, PSMB sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus atau GOC iaitu Governance Oversight Committee bersifat sementara pada 28 Jun 2018 bertujuan membantu Kementerian Sumber Manusia dalam mengkaji semua aspek rangka kerja tadbir urus PSMB. Ini adalah julung kalinya Kementerian Sumber Manusia menubuhkan jawatankuasa seumpamanya, Jawatankuasa Pemantauan Bebas Tadbir Urus- Governance Oversight Committee untuk memperkasakan ketelusan tadbir urus bagi jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. GOC telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan Lembaga Pengarah PSMB menjalankan tugas mereka dengan berkesan dan cekap bagi menyokong operasi organisasi.
Laporan GOC juga telah dibentangkan secara terbuka semasa Town Hall Session oleh Jawatankuasa GOC dan pihak pengurusan atasan PSMB kepada persatuan majikan dan majikan berdaftar dengan PSMB pada 10 November 2018 yang lalu. Laporan GOC juga telah dinaikkan di laman web PSMB dengan jawapan kepada persoalan-persoalan yang telah diketengahkan oleh wakil persatuan majikan dan majikan berdaftar yang hadir pada town hall berkenaan. Ini merupakan satu langkah yang belum pernah dibuat oleh kementerian atau agensi kerajaan yang lain. Pihak berkepentingan rakyat boleh merujuk jawapan tersebut di laman web PSMB di www.hrdf.com.my. GOC juga telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan yang perlu dalam rangka kerja tadbir urus PSMB iaitu: (i) Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah diperkukuhkan kerana didapati kurang efektif dalam pengawasan pengurusan levi dalam banyak perkara pengurusan tertinggi dalam mendapatkan kelulusan terus daripada mantan Menteri yang lepas. Lembaga Pengarah hanya diminta mengambil maklum keputusan yang telah dibuat dan amalan ini telah diberhentikan oleh saya serta- merta; (ii) had kuasa, limit seorang authority; (iii) memperkukuhkan Lembaga Pengarah; dan (iv) cadangan pembaikan organisasi dan sebagainya. Akhir sekali, sementara itu GOC juga telah mencadangkan supaya pindaan kepada Akta PSMB 2001 untuk memperkukuhkan akta berkenaan bagi menambah baik rangka kerja tadbir urus organisasi Kementerian Sumber Manusia dan PSMB sedang dalam bekerjasama secara giat untuk memastikan pindaan tersebut dilaksanakan dalam masa terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Syabas di atas usaha untuk mengeliminasi salah urus tadbir, penyelewengan serta menjunjung prinsip transparency yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Soalan saya, apakah tindakan yang akan diambil terhadap mantan Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau HRDF di atas dakwaan penyalahgunaan dana PSMB sebanyak RM300 juta bersama dengan semua skandal-skandal lain sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya beritahu bahawa semasa Town Hall Session yang telah diadakan pada Jun 2018, selepas itu Ketua Eksekutif telah meletak jawatan dengan sukarela, itu nombor satu. Kedua ialah lanjutan daripada laporan Governance Oversight Committee pada bulan November 2018 beberapa laporan polis telah dibuat oleh PSMB yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dan dana di PSMB seperti yang diumumkan kepada ahli-ahli media oleh saya semasa sesi town hall dengan persatuan majikan dan majikan yang berdaftar pada 10 November 2018. PSMB juga telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan November 2018 yang lalu. Laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan wang dana. Penyiasatan khas juga sedang dijalankan ke atas perkara tersebut oleh GOC. Langkah-langkah tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya perlu. Memandangkan perkara ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa, PSMB tidak dapat mendedahkan secara lanjut apakah tindakan yang sedalam-dalamnya sedang diambil. Bagaimanapun PSMB memberi jaminan, a guarantee kepada semua pihak berkepentingan bahawa tindakan sivil dan jenayah akan diambil jika perlu apabila selesai siasatan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Apakah contoh-contoh kejayaan PSMB dalam era kecemerlangannya? Apakah cerita-cerita baik daripada PSMB ini? Apakah contoh-contoh kemahiran yang dibuat di bawah HRDF? Apakah alternatif lain kepada PSMB, HRDF jika ianya bermasalah? Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita perlu faham bahawa asas di mana penubuhan PSMB. Dasar dan asasnya adalah untuk menambah baik skills, upskilling and reskilling pekerja-pekerja negara ini. Ini adalah suatu asas pendirian yang sangat bagus yang dibuat oleh kerajaan yang lepas, kita perlu akui. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah untuk kita kenal pasti untuk menolong pihak-pihak pekerja-pekerja yang terlibat, apakah pertolongan yang boleh dibuat. Satu di antara yang kita sedang buat, yang kita ingin melebihkan majikan yang terlibat dalam perkara ini supaya mereka dapat menyumbang satu peratus daripada gaji-gaji pekerja supaya wang itu boleh diguna pakai untuk menolong untuk mengatasi dan untuk melebihkan skill, upskilling, retrain dan sebagainya. Kita ada beberapa kejayaan tertentu yang telah dibuat, saya rasa. Antaranya adalah peningkatan produktiviti yang telah diakibatkan oleh PSMB di mana secara terus menerus. Begitu juga pada belanjawan ini kerajaan telah mengagihkan sebanyak RM20 juta sebagai matching grant kepada PSMB untuk menolong anak-anak kita yang keluar daripada universiti yang tidak mendapat kerja dan sebagainya supaya dapat menyesuaikan mereka untuk bekerja di swasta. Antara lain yang dibuat oleh PSMB yang kita perlu ingat adalah penglibatan mereka dengan TVET di negara ini. Di mana seterusnya ada kena-mengena dengan apa yang dibuat oleh PSMB. Saya percaya kalau kita tengok syarikat yang sama di Singapura, di mana penglibatan mereka sangat luas di mana semua syarikat perlu membuat penyumbangan mereka dan terikat kepada apakah yang diberi bantuan dari PSMB sama kelas darinya.
Ini adalah satu antara yang sedang didiskusi oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya kita dapat melebihkan meliputi semua aspek supaya semua pekerja di negara ini tidak kisah dia manager atau kerja di B40 dan sebagainya yang betul-betul susah. Kita perlu memberi- arm them properly to be the best workers in the country.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
[Soalan No. 1 – YB. Tuan Wong Tack (Bentong) tidak hadir]
2. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, pelan kementerian di dalam membangunkan usahawan tekno dan inovasi bumiputera luar bandar agar mereka tidak tertinggal di dalam arus pasaran ekonomi yang bersifat dinamik.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut atas soalan itu. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengutamakan segmen pembangunan usahawan sebagai salah satu daripada teras kepada pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar yang inklusif dan mampan. Keusahawanan sentiasa menjadi aspek penting dalam perancangan program kementerian seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar di bawah Teras 3 Keusahawanan iaitu pemerkasaan usahawan luar bandar dan wujudkan sumber pendapatan alternatif yang telah dilancarkan pada 29 Oktober 2018 yang lalu. Melalui strategi keempat di bawah Teras 3 Keusahawanan ini, kementerian sememangnya menekankan supaya wujud usahawan luar bandar yang berteraskan teknologi dan inovasi. Pelaksanaan strategi ini akan melihat kepada penambahbaikan program dan projek kementerian sedia ada serta disokong dengan pelaksanaan program dan projek yang baharu. Program sedia ada yang masih diteruskan pada masa sekarang adalah seperti DesaMall@Online, Rural Business Challenge, Skim Pembiayaan Usahawan Tekno dan Program Advanced Technology Entrepreneur Development, dengan izin. Manakala program projek baharu yang akan direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang adalah termasuk Program Waste to Wealth, Program Usahawan Pertanian Berteknologi Tinggi, Ikon Teknologi dan Inovasi serta Program Usahawan Teknikal. Di samping itu juga dalam usaha kementerian untuk membangunkan usahawan tekno dan inovasi bumiputera luar bandar, satu program utama telah pun diadakan oleh kementerian pada 15 hingga 18 November yang lalu iaitu Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa 2018 (INOTEKDESA) yang telah berlangsung di MITC, Ayer Keroh, Melaka dengan penyertaan seramai 344 usahawan daripada pelbagai cluster perniagaan serta pempamer.
Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan usahawan desa kepada kemajuan inovasi dan teknologi dalam meningkatkan produktiviti perusahaan mereka. Ia juga menjadi satu platform kepada usahawan desa untuk meninjau dengan lebih dekat pelbagai peralatan dan mesin terkini bagi meningkatkan jumlah pengeluaran selain menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan di kalangan usahawan desa.
Pada masa yang sama, ekspo ini turut memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk masing-masing kepada pengunjung ekspo. Antara pengisian program INOTEKDESA ini termasuk ‘pocket talks’ dan padanan perniagaan atau business matching, dengan izin, untuk mengadakan perbincangan secara terus bersama penyedia serta pembekal peralatan dan juga peluang sesama usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Sebagai pelengkap sepanjang empat hari program berlangsung, turut dipakejkan adalah booth-booth yang mempromosikan maklumat pembiayaan seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan maklumat latihan atau bengkel keusahawanan untuk masyarakat luar bandar di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang melibatkan kursus dan latihan yang berkaitan dengan inovasi serta teknologi terkini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Cuma, saya ingin mendapat penjelasan lanjut. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian bersama dengan pihak lain, sama ada kementerian-kementerian lain ataupun pihak universiti mahupun pihak swasta, dalam mengembangkan lagi inovasi yang telah terhasil di pihak universiti serta bagaimana untuk membantu usahawan-usahawan ini dalam memperoleh mesin-mesin yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan produk-produk yang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat dalam negara malah ke peringkat antarabangsa? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Buat masa ini, tidak ada program-program spesifik atau khusus dengan kementerian lain dan juga universiti. Akan tetapi dengan pihak swasta, seperti saya terangkan tadi, melalui Ekspo Inovasi dan Teknologi Usahawan Desa (INOTEKDESA) yang baru berlangsung dan juga program-program lain, ada penglibatan daripada pihak swasta. INOTEKDESA itu telah menarik ramai pempamer daripada pihak swasta untuk membawa mesin-mesin atau peralatan-peralatan teknologi baru mereka untuk ditunjuk atau ditinjau oleh usahawan luar bandar. Kita lihat memang ada hasil yang baik daripada usaha ini. Selain daripada meneruskan program ini, kementerian akan mengkaji cara-cara lain untuk terus mengembangkan usaha ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga telah meneliti sedikit sebanyak berkenaan dengan Pelan Pembangunan Luar Bandar yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dan saya difahamkan memang ada satu tema yang telah pun dipilih iaitu, “Luar Bandar Sejahtera”. Sudah tentu ia tidak hanya merangkumi aspek-aspek berkenaan dengan usahawan tekno dan inovasi bumiputera. Ada juga aspek seperti modal insan yang ditekankan kerana saya percaya dan yakin bahawa perkara itu juga penting dalam kita nak membina usahawan yang berjaya. Hasil daripada INOTEKDESA tersebut yang telah diadakan di MITC, apakah pihak kementerian boleh memberikan penjelasan, berapa ramaikah usahawan yang telah pun dilahirkan? Berapa banyak kah, misalnya pocket talks dan business matching, yang telah dilakukan? Ini supaya ia menunjukkan bahawa ekspo tersebut bukan hanya sekadar sebagai sebuah ekspo selama tiga hari tetapi sebenarnya memberikan hasil yang bermakna dan akhirnya usahawan-usahawan kita di luar bandar terutamanya di kawasan-kawasan seperti di Ledang sendiri yang mempunyai banyak kawasan kilang kerepek dan juga usahawan berkenaan dengan pertanian dan sebagainya yang boleh menjadi usahawan yang berjaya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan itu. Memang betul seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, Pelan Pembangunan Luar Bandar tidak hanya meliputi pembangunan usahawan sahaja. Pembangunan luar bandar adalah jauh lebih luas.
Sebagai contoh sahaja, Pembangunan Luar Bandar merangkumi aspek prasarana yang bagus seperti api, air, jalan dan sebagainya serta meliputi aspek peningkatan pendapatan ataupun pembasmian kemiskinan sebagai aspek yang lain. Tumpuan kepada belia dan wanita, peningkatan pendapatan mereka dan tahap kemahiran mereka dan juga aspek yang kita bincangkan sekarang iaitu pembangunan keusahawanan. Memang saya setuju konsep itu jauh lebih luas. Dari segi impak INOTEKDESA ini, seperti saya sebut dalam jawapan tadi, memang program ini yang baru berlaku melibatkan 344 usahawan daripada pelbagai kluster perniagaan dan ini termasuk pempamer yang datang. Untuk soalan yang khusus tadi tentang berapa pocket talks dan sebagainya dan padanan perniagaan yang berlaku, saya akan dapatkan maklumat secara terperinci dan beri kepada Yang Berhormat secara bertulis. Sekian, terima kasih.
3. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah program yang ada pada masa ini untuk memupuk kebolehan atlet dan juga pelan/rancangan kementerian untuk memajukan pembangunan sukan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Hulu Selangor. Sebelum saya menjawab soalan, saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua untuk mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada kawasan Batu Kawan yang diketuai oleh JKK Kawasan Perkampungan Juru ke dalam Dewan ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang menanyakan soalan tersebut, sebelum saya menjawab kepada program-program yang kita laksanakan, saya ingin dan sukacita memaklumkan bahawa negara kita sememangnya telah berjaya melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia. Contohnya, sudah tentulah Datuk Lee Chong Wei yang berasal daripada Bukit Mertajam bagi sukan badminton, Saudari Pandelela Rinong dari sukan akuatik terjun yang merupakan pemenang pingat perak di Olimpik Rio, Brazil pada tahun 2016 dan pingat gangsa di Olimpik London pada tahun 2012. Selain itu, Cheong Jun Hoong juga daripada sukan akuatik terjun yang merupakan juara dunia Kejohanan Akuatik Dunia Budapest 2017. Pelumba trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang atau nama gelarannya ‘The Rocket Pocketman’ merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016, pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 Hong Kong, pingat emas di Kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China dan juga terbaru di Sukan Asia Jakarta 2018 juga pingat emas dalam acara pecut. Kumpulan atlet remaja juga menunjukkan prestasi yang cemerlang di temasya- temasya sukan remaja seperti Sukan Olimpik Remaja, Sukan Remaja Asia, Sukan Remaja Komanwel malahan di temasya sukan utama yang lain seperti Sukan SEA. Ratu terjun negara kita yang saya sebut tadi, Pandelela Rinong, adalah merupakan pemenang pingat perak semasa Temasya Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura dan juga pemenang pingat emas yang pertama dalam sukan terjun di Temasya Sukan Komanwel di New Delhi pada tahun yang sama. Pada tahun 2012, di Temasya Olimpik London, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang pingat wanita yang pertama di Temasya Olimpik bagi negara kita setelah berliau berjaya memungut pingat gangsa.
Terbaru, pemain wanita muda badminton negara yang baru sahaja berusia 18 tahun, Goh Jin Wei berjaya memenangi pingat emas pertama negara dalam acara perseorangan individu wanita di Temasya Sukan Remaja Olimpik 2018 di Argentina. Di dalam temasya sukan yang sama juga, pasukan hoki remaja negara, pasukan lelaki kita juga berjaya memperoleh pingat emas kedua kepada negara.
Justeru itu, bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan atlet di persada dunia ini, program-program latihan yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan serta beberapa pemegang taruh utama seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Majlis-majlis Sukan Negeri perlu diteruskan malah diperkasakan lagi. Program latihan khusus ke arah temasya-temasya sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik dilaksanakan dengan memberikan pendekatan kepada beberapa aspek seperti pendedahan latihan dan pertandingan di peringkat antarabangsa, kepakaran kejurulatihan, perkhidmatan sokongan sains serta perubatan sukan. Di samping itu juga, kementerian turut sedang merangka untuk memperhebatkan lagi atau mempertingkatkan lagi pakej-pakej latihan dan juga pakej-pakej pampasan. Contohnya dari segi rundingan kerjaya mereka, rundingan pendidikan serta perlindungan kesihatan kepada atlet-atlet kita supaya mereka terus berusaha meningkatkan prestasi semasa mereka dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Contoh beberapa program latihan yang kita laksanakan pada masa kini, termasuklah sudah tentu program podium yang menyasarkan atlet elit senior dan memberi fokus kepada Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Ini seperti juga Program Kita Juara untuk atlet senior yang tertumpu kepada 19 jenis sukan dan membuat persediaan menghadapi Sukan SEA. Di bawah program-program elit tersebut, kita juga ada program pelapis di pelbagai peringkat daripada peringkat kebangsaan, peringkat serantau, kepada peringkat negeri. Akhirnya di peringkat akar umbi, kerajaan dengan melalui institut seperti Institut Sukan Negara (ISN) mengendalikan pelbagai program talent identification atau program untuk mengenal pasti bakat di peringkat akar umbi. Pihak kementerian akhirnya juga telah menyediakan kemudahan-kemudahan latihan bertaraf dunia. Contohnya Velodrom National Malaysia di Nilai, Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang dan Akademi Badminton Malaysia di Bukit Jalil dengan harapan supaya semua kemudahan sukan ini akan membolehkan atlet-atlet kita menjalani latihan dengan lebih selesa serta kompetitif dan seterusnya membantu meningkatkan lagi prestasi mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih, jawapan yang begitu padat yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada atlet-atlet yang mengharumkan nama negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor telah beberapa kali membangkitkan mengenai sukan ekstrem- motocross, dengan izin. Akan tetapi soalan saya tidak dijawab secara lisan mahupun bertulis. Soalan saya pada hari ini adalah, adakah pihak Kementerian Belia dan Sukan mempunyai sebarang program bagi memupuk kebolehan atlet-atlet sukan ekstrem. Selain itu, adakah pihak kementerian dapat mewujudkan hab sukan ekstrem seperti, dengan izin, motocross di Hulu Selangor. Tuan Yang di-Pertua, hal ini adalah kerana kejayaan salah seorang pelumba motocross negara yang mengharumkan negara Malaysia merupakan anak jati Hulu Selangor telah menjadi pendorong dan pembakar semangat anak-anak muda di daerah ini. Justeru itu, pembinaan hab sukan ekstrem bukan sahaja dapat mengurangkan gejala lumba haram malahan juga dapat dijadikan platform untuk para belia mempelajari teknik perlumbaan dengan izin motocross secara berhemah di dalam satu fasiliti yang terjamin tahap keselamatan dan juga menjadi pelapis kepada negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Selangor.
Bagi menjawab soalan- memang sebenarnya saya mengiktiraf bahawa Yang Berhormat Hulu Selangor ini selalu membangkitkan keperluan dan isu ataupun perlunya ada sebuah hab ataupun kemudahan sukan ekstrem di kawasan beliau iaitu di kawasan Hulu Selangor. Untuk menjawab soalan ini, sebenarnya saya ingin merujuk Dewan yang mulia ini kepada ucapan-ucapan perbahasan saya sebelum ini tentang penyediaan kemudahan sukan di negara kita. Dalam aspek ini, sukacita saya mengulangi bahawa kerajaan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan sedang menyediakan sebuah kerangka kemudahan sukan nasional bagi memastikan kaedah penyediaan kompleks-kompleks sukan, termasuklah hab sukan ekstrem yang disebut tadi diukur atau dinilai secara objektif dan saintifik. Contohnya mengikut kepadatan penduduk, mengikut jarak daripada penduduk, mengimbangkan antara keperluan di bandar dan di kawasan pedalaman dan seterusnya. Ini bagi mengelakkan kejadian di mana kemudahan-kemudahan sukan dibina secara rawak, secara rambang dan didorong oleh pengaruh-pengaruh politik. Saya tidak ingin menyebut contoh-contoh spesifik tetapi kita sedia maklum bahawa ada wujudnya kemudahan-kemudahan sukan dan kompleks-kompleks sukan yang mempunyai penggunaan yang amat rendah disebabkan perancangan ataupun rancangan pembinaan dan penyediaan yang tidak melihat kepada faktor-faktor yang lebih luas. Justeru itu, pejabat kita sedia untuk berbincang dengan Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor untuk memperincikan lagi tentang keperluan untuk membina sebuah hab sukan ekstrem di kawasan beliau, di kawasan tersebut tetapi secara amnya saya ingin menyeru dan memohon kepada Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tidak kiralah daripada bahagian kerajaan atau pembangkang untuk bersabar. Ayuh kita sama-sama memastikan sumber yang dilaburkan oleh kerajaan terutamanya untuk pembinaan kemudahan- kemudahan sukan ini dimaksimumkan, dioptimumkan sebanyak yang boleh melalui kaedah penilaian yang lebih objektif. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sudah lama tidak nampak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cumanya berkaitan soalan dan jawapan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya cuma ingin mendapatkan apakah berdasarkan Sukan Para Asia 2018 tempoh hari, berkaitan dengan atlet Paralimpik. Dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada sedikit menyebut pasal berkaitan Paralimpik. Cumanya saya ingin bertanya, apakah kesediaan kementerian Yang Berhormat untuk menyamaratakan insentif antara atlet biasa dengan atlet Paralimpik negara. Ini memandangkan peningkatan 25 peratus bajet untuk tahun 2019 dan saya hendak tahu, berapa ramai syarikat korporat yang mempunyai niat untuk membantu atlet-atlet Paralimpik ini. Berapa banyak dana yang telah dikumpulkan dan apakah insentif yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat korporat yang hendak membantu atlet Paralimpik ini. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, soalan saya berkaitan di peringkat Jawatankuasa masih belum dapat Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Paya Lebar yang sememangnya selalu...
Paya Besar, Paya Besar.
Yang Berhormat Paya Besar yang sememangnya selalu menunjukkan keprihatinan beliau terhadap isu belia dan sukan. Sebelum saya jawab soalan yang depan itu tentang jawapan bertulis yang diminta tadi, saya telah check dengan pegawai saya pada pagi ini sebelum sampai ke Parlimen, dan mereka telah mengesahkan bahawa semua jawapan bertulis akan diserahkan untuk sesi ini, akan diserahkan pada hari ini juga.
Saya mempunyai keyakinan penuh kepada pegawai-pegawai kita di KBS untuk menjalankan tugas mereka tetapi jikalau ada sebarang keciciran, saya mohon untuk direct ataupun terus berhubung dengan pejabat saya bagi mendapatkan jawapan bertulis tersebut.
Bagi program, persoalan tentang atlet Paralimpik. Di sini, sukacita saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, ini merupakan salah satu usaha daripada kerajaan terdahulu iaitu menyamaratakan insentif. Contohnya insentif kemenangan pingat kepada atlet Paralimpik. Saya nampak mantan Menteri Belia dan Sukan ada juga di dalam Dewan ini tengah baca kertas. Jadi, saya rasa itu satu kredit to where is due. Jadi, dalam perkara ini memang kita sudah ada satu dasar untuk menyamaratakan insentif kepada sama ada kepada atlet biasa ataupun atlet luar biasa kita. Walau bagaimanapun kita mengiktiraf ada kekurangan dari segi sumber, dari segi kemudahan yang disediakan kepada atlet Paralimpik termasuklah antara cabaran utama ialah cabaran publisiti ataupun hebahan tentang prestasi, tentang latihan dan tentang kebolehan, ketokohan atlet- atlet kita termasuklah semasa mereka bertanding di temasya-temasya sukan Paralimpik atau sukan-sukan Para. Untuk ke arah ini sebab kalau tidak ada pendedahan ataupun hebahan tentang kebolehan prestasi atlet Para kita, maka mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini termasuklah syarikat-syarikat swasta ataupun pihak-pihak yang berpotensi menjadi penyumbang ataupun penaja kepada sukan Para. Jadi, dalam aspek ini saya sendiri, pihak kementerian telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk merancakkan lagi kempen hebahan, publisiti kepada sukan Para dan juga kepada atlet-atlet Para kita. Dari segi senarai syarikat-syarikat swasta yang menaja kini kepada sukan Para dan atlet Para, saya tidak ada senarainya di tangan saya pada waktu ini. Jadi, saya mohon pegawai untuk semasa mereka menyerahkan jawapan bertulis itu juga turut menyenaraikan syarikat-syarikat swasta yang terlibat. Namun di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu dan memohon kepada pihak-pihak di luar sana, tidak kiralah syarikat-syarikat swasta mahupun GLC- syarikat berkaitan kerajaan ataupun pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah individu-individu untuk tampil untuk menyokong dan menyumbang kepada perkembangan sukan atlet, sukan Para di negara kita yang telah membuktikan kecemerlangan dan kehebatan, termasuklah mencapai pingat emas di Sukan Olimpik. Sumbangan tersebut tidak semestinya dalam aspek kewangan tetapi juga boleh diberi dalam pelbagai bentuk yang lain. Sekian, terima kasih.
5. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pendidikan menyatakan, langkah- langkah untuk menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak memandangkan statistik guru yang mohon tukar balik ke Semenanjung terlalu tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Pertama sekali saya ingin meminta izin kepada Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan selamat datang kepada Majlis Guru Besar daripada Daerah Maran... [Tepuk] Bertudung merah di atas sana itu. Mereka terdiri daripada guru besar-guru besar daripada Daerah Maran, Pahang.
Bagi pihak Parlimen Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran anda semua. Selamat datang ke Parlimen... [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari trend permohonan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Bagi sesi Januari 2019, seramai 5,230 guru meliputi 2,038 guru menengah dan 3,192 guru sekolah rendah yang memohon pertukaran. Pada dasarnya, KPM menggalakkan lebih ramai guru untuk berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Ini merupakan jasa dan bakti mereka kepada negara. Penempatan guru baharu dan guru kelahiran tempatan diberikan keutamaan untuk berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman sekurang-kurangnya tiga tahun. Selain daripada itu, guru di bawah KPM yang berkhidmat di kawasan pedalaman menikmati beberapa keistimewaan seperti berikut: (i) Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan atau dikenali sebagai EKMLTK ataupun Bayaran Insentif Pedalaman yang juga dikenali sebagai BIP. Insentif ini adalah bertujuan untuk menampung hidup susah di pedalaman; (ii) bayaran Insentif Tetap Perumahan (ITP) sepenuhnya sekiranya menduduki rumah yang tidak memenuhi kriteria rumah kerajaan. Keistimewaan ini adalah bagi menampung kekurangan kemudahan perumahan yang diberi; (iii) elaun balik kampung setahun sekali; dan (iv) elaun atau insentif yang diterima oleh guru-guru Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak iaitu: (a) elaun perumahan wilayah bagi guru yang tidak tinggal di rumah kerajaan; (b) bayaran insentif wilayah menggantikan Bantuan Sara Hidup (COLA); (c) tambang mengunjungi wilayah asal bagi guru dan keluarga setahun sekali; (d) tambang ihsan bagi guru menziarahi ibu bapa kandung dan mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia; dan (e) elaun gangguan sebulan gaji hakiki terakhir bagi pegawai yang bertukar balik ke wilayah asal. Pemberian insentif ini bertujuan menggalakkan guru-guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Insentif ini juga dapat menarik minat dan seterusnya mengekalkan guru-guru untuk terus berkhidmat di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Dengan langkah ini, sekolah di kawasan pedalaman akan mempunyai tenaga guru yang terlatih, yang mencukupi, berkualiti dan mengikut opsyen untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun tugas pendidik adalah tugas yang amat mulia. Mereka adalah pejuang sebenar yang menabur bakti dalam memajukan minda dan melahirkan insan- insan berjaya dalam persada pendidikan negara. Insentif yang diterima oleh guru adalah pelengkap kepada titik peluh dalam perjuangan di kawasan pedalaman secara berterusan. Saya mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendidik terutamanya yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman. Saya yakin, menurut pandangan saya dan saya juga yakin sentimen ini dikongsi oleh ramai anggota masyarakat kita. Guru-guru yang mengajar di pedalaman lantas berjauhan daripada keluarga dan sanak saudara, mereka inilah ‘adiwira’ yang sebenar atau superheroes... [Tepuk] Sekali lagi jutaan tahniah kita ucapkan buat mereka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan daripada Menteri Pendidikan yang lengkap. Mengikut jawapan yang saya terima dalam sidang yang lepas itu sebenarnya saya sudah tahu bahawa Sabah dan Sarawak adalah dua negeri yang ada statistik paling tinggi bahawa cikgu yang berkhidmat dekat sana mohon untuk pindah keluar ataupun tukar ke Semenanjung. Itu mungkin ramai mereka mohon keluar ke negeri lain atas sebab kampung-kampung mereka, negeri asal mereka jauh iaitu mereka hendak tukar balik ke kampung mereka. Itu saya hendak tahu paling ramai guru yang hendak pindah balik itu, negeri mana. Untuk tahun depan atau setakat ini, kekosongan ke semua negeri ini khasnya yang mereka hendak pindah balik, hendak tukar balik itu ada kekosongan berapa dan berapa ramai orang, berapa ramai guru hendak tukar balik. Paling penting sekali, apa langkah-langkah boleh diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk menggalakkan anak Sarawak, Sabah yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, khasnya dalam bidang pendidikan. Supaya dalam masa yang akan datang itu, setiap negeri khasnya Sabah dan Sarawak tidak bergantung lagi kepada guru-guru yang berasal dari Semenanjung dan mereka pun ada bekalan guru yang cukup, khasnya untuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang yang merupakan jiran saya. Agak menarik biasanya soalan berkaitan Sabah dan Sarawak ditanyakan oleh rakan-rakan kita daripada Warisan ataupun rakan kita daripada GPS. Akan tetapi orang Kluang pun prihatin terhadap nasib Sabah dan Sarawak, satu tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kluang... [Tepuk]
Ertinya mereka kasihan kepada kami yang itulah.
Itu soalan tambahan kah Yang Berhormat Papar? [Ketawa]
Saya tidak pasti, kasihan atau kasihkan. Okey.
Bilangan guru tempatan yang mengajar di sekolah rendah di Sarawak adalah sebanyak 22,389 orang daripada 26,131 orang jumlah keseluruhan guru atau mewakili 86 peratus guru asal Sarawak yang mengajar di Sarawak. Manakala bilangan guru tempatan yang mengajar di sekolah rendah di Sabah adalah sebanyak 23,347 orang daripada keseluruhan 26,136 orang jumlah keseluruhan guru atau mewakili 89 peratus guru asal Sabah yang mengajar di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, guru sekolah rendah yang paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung iaitu: | Negeri |Jumlah (Orang)| |----------|-------------:| |Kedah | 386| |Kelantan | 252| |Terengganu| 298| |Johor | 107|<END_TABLE_MARKER> Manakala guru sekolah menengah yang paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung iaitu: | Negeri |Jumlah (Orang)| |----------|-------------:| |Kelantan | 197| |Terengganu| 152| |Perak | 149| |Kedah | 123|<END_TABLE_MARKER>
Manakala guru sekolah rendah yang paling ramai memohon keluar dari Sabah untuk ke Semenanjung iaitu: | Negeri |Jumlah (Orang)| |----------|-------------:| |Kelantan | 201| |Kedah | 156| |Terengganu| 108| |Perak | 101|<END_TABLE_MARKER> Manakala bagi guru sekolah menengah yang paling ramai memohon keluar dari Sabah ke Semenanjung iaitu: | Negeri |Jumlah (Orang)| |----------|-------------:| |Kelantan | 223| |Terengganu| 116| |Selangor | 91| |Kedah | 86|<END_TABLE_MARKER>
10 yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan dengan persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak iaitu 90 peratus daripada guru kita tempatkan, kita cuba dapatkan daripada anak asal Sabah dan Sarawak. Manakala baki 10 peratus adalah mereka yang dikirim dari Semenanjung. Itu antara insentif yang dilakukan dan dikekalkan sehingga kini. Insentif lain pula bagi meramaikan guru Sabah dan Sarawak berkhidmat di negeri asal adalah: (i) keutamaannya pengambilan calon guru terlatih di Sabah dan Sarawak adalah dalam kalangan anak tempatan Sabah dan Sarawak; (ii) pelantikan guru interim asal Sarawak daripada pasaran terbuka; (iii) guru tempatan yang berkhidmat di sekolah pendalaman layak mendapat elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan dan elaun balik kampung, walaupun mereka dari Sabah dan Sarawak mereka tetap dapat elaun tersebut; (iv) guru mendapat bayaran insentif wilayah di mana kadar mengikut lingkungan gaji menggantikan bantuan sara hidup COLA yang dibayar mengikut kawasan di Semenanjung; dan (v) kita juga menggalakkan graduan-graduan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai contoh dan graduan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) agar mereka dapat memilih kerjaya perguruan dan seterusnya membantu untuk mendidik anak- anak bangsa dan anak negeri. Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. “Gajah di depan mata tidak nampak, nyamuk di seberang sana nampak”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, berdasarkan kepada statistik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi sejumlah 5,200 guru yang mohon tukar daripada Sabah dan Sarawak. Ini menunjukkan bahawa ramai guru yang hendak keluar daripada Sabah dan Sarawak.
Jadi, adakah saya melihat bahawa punca kenapa mereka hendak keluar? Sedangkan Elaun Pendalaman P1 RM500, Elaun Pendalaman P2 RM1,000, Elaun Pendalaman P3 RM1,500. Adakah nilai wang- guru seorang pejuang kata Yang Berhormat Menteri tadi, tidak memadai dengan perjuangan mereka selama ini? Adakah mereka ini apabila balik, lima tahun duduk pendalaman kesusahan, kepayahan, kesengsaraan akan dibayar kenaikan pangkat dan sebagainya? Ini Yang Berhormat Menteri tidak sebut. Sebut tiket pulang-balik sekali setahun, bagi rumah. Sedangkan Yang Berhormat Menteri tahu- saya mencabar Yang Berhormat Menteri supaya pergi melihat pedalaman P3, jejakkan kaki P3 seperti di Tutoh Apoh di Beluran, di Simpangan. Saya sudah sampai semua sekolah pedalaman ini. Saya tahu mereka ini sengsara, hendak gunakan telefon pun tidak boleh. Hendak guna internet pun tidak boleh. Jadi, apakah langkah-langkah Yang Berhormat Menteri selaku Menteri yang berjiwa rakyat, yang ramai tahu Yang Berhormat Menteri hari ini betul-betul Menteri yang tahu apa bagai kesusahan rakyat. Seperti kasut Yang Berhormat Menteri sebut, kasut warna hitam...
Soalan, soalan.
Soalan saya...
Selepas 60 tahun baru sedar.
Sabar you.
Selepas 60 tahun you baru sedar.
Teruklah dulu, teruk...
[Dewan riuh]
Sabah jadi mangsa.
Jadi, soalan saya. Adakah Yang Berhormat Menteri memikirkan perumahan guru di pendalaman ini dinaik taraf agar mereka sama rata yang duduk di bandar. Keduanya, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa mereka yang berada di pendalaman ini dapat dibela dengan sesungguhnya? Bukan sekadar cakap ibarat mengeluarkan batuk di tangga. Ketiganya, adakah Yang Berhormat Menteri- guru-guru yang berada di bandar- bandar utama seperti di Johor Bahru, seperti di Selangor, mereka juga kesusahan, kepayahan membayar sewa rumah. Adakah mereka ini yang berada, guru-guru di bandar ini juga terbela? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol- kalau bahasa Jawa dipanggil “jempol”... [Bercakap dalam bahasa Jawa] Jempol itu maksudnya “thumb.” Jadi kita berikan jempol kepada Yang Berhormat Jempol kerana telah sedar daripada tidur selama beberapa tahun tentang nasib sekolah-sekolah di kawasan pendalaman. Saya mengharapkan bantuan dan juga sokongan daripada Yang Berhormat Jempol dan lain-lain Ahli Parlimen. Sama ada di pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang untuk bersama-sama membantu guru-guru dan membangunkan sektor pendidikan kita... [Tepuk] Pendidikan adalah milik semua. Pendidikan adalah tanggungjawab semua. Berkaitan dengan cabaran Yang Berhormat Jempol untuk saya pergi ke kawasan P3 dan P2, in syaa Allah saya akan lakukan. Ini juga harapan dan juga hasrat selain daripada saya sendiri, harapan dan hasrat rakan-rakan daripada Warisan dan juga rakan-rakan daripada Pakatan Harapan di Sarawak, mereka telah booked kan saya dalam tempoh tahun depan ini untuk pergi ke kawasan masing-masing. Kita akan cuba yang terbaik untuk pergi ke sana.
Keduanya, berkaitan...
Yang Berhormat Menteri, berjalan kaki jangan naik helikopter.
[Ketawa] Apa yang penting, kita sampai. Keduanya, berkaitan dengan sebab-sebab ataupun motivasi, mengapa guru-guru yang seramai 5,000 lebih ingin pulang ke Semenanjung, sama ada ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya. Saya kira kita berlaku tidak adil jikalau menilai mereka hanya dari kaca mata material semata-mata. Ya, material satu sudut tetapi saya yakin, bagi guru-guru ini mereka mempunyai alasan-alasan tersendiri. Mereka mempunyai sebab-sebab tersendiri. Adanya masalah kesihatan, adanya masalah kekeluargaan dan ada mempunyai masalah peribadi. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kita mendengar segala keluh-kesah dan juga segala rungutan dan segala aduan daripada semua pihak terutamanya daripada guru-guru yang telah berkhidmat di kawasan pendalaman ini. Berkaitan kenaikan pangkat, adakah patut diberikan kenaikan pangkat kepada semua yang berkhidmat di kawasan pendalaman. Saya kira, ini hendaklah dinilai berdasarkan perkhidmatan mereka. Tidak mustahil, di masa hadapan kita akan cuba mempertimbangkan untuk memberikan kredit yang lebih kepada mereka yang telah berkhidmat lama di kawasan pendalaman, sesuai dengan gelaran ‘adiwira’ ataupun hero yang kita berikan kepada mereka. Ketiga, berkaitan dengan keadaan di Sabah dan Sarawak- ya, seperti mana yang saya sebutkan tadi. Keadaan kuarters guru jikalau Yang Berhormat Jempol perasan di dalam banyak jawapan-jawapan yang diberikan di Parlimen, apabila ditanyakan tentang sekolah daif dan lain-lain soalan yang berkaitan, saya sering menyatakan dua tumpuan utama Kementerian Pendidikan dalam usaha menambahbaikkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Pertamanya, kuarters guru. Keduanya, fasiliti sekolah-sekolah daif. Ini menjadi tumpuan kami di dalam empat tahun ke hadapan ini untuk memastikan bahawa anak-anak di Sabah dan Sarawak, guru-guru yang berada di Sabah dan Sarawak akan dapat belajar, akan dapat mengajar dalam keadaan yang lebih kondusif dan lebih selesa berbanding tahun-tahun sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi soalan.
Mohon satu soalan, Kubang Kerian.
Bagan Serai.
Soalan pendidikan, mohon satu.
Bagi Yang Berhormat Kubang Kerian peluang.
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya ucap tahniah kepada Menteri yang telah pun memberi pandangan dan jawapan yang sangat komprehensif, yang telah pun sebagai galakan. Saya juga ingin rakamkan ucapan tahniah kepada guru-guru yang pendalaman, yang telah pun tabah dan sabar dalam ini. Cuma saya ingin bertanya, di antara masalah besar pertukaran ialah kerana yang berhadapan dengan isu kekurangan bidang agama di Sabah dan Sarawak. Saya melihat bahawa di antara puncanya ialah kerana kekurangan sekolah-sekolah agama di Sabah dan Sarawak yang menyumbang kekurangan guru dalam bidang tersebut. Cuma saya ingin bertanya pihak Menteri, apakah ada rancangan untuk menambahkan sekolah-sekolah agama yang ada di Sabah dan Sarawak supaya ia boleh mengimbang nanti kadar guru-guru bidang agama yang keluar daripada anak tempatan? Oleh kerana kekurangan sekolah di peringkat menengah menyebabkan bidang tersebut kurang di peringkat pengajian tinggi. Ini menyumbang kepada kekurangan guru yang terpaksa ditampung oleh guru-guru di Semenanjung. Apakah pihak kerajaan ada hasrat untuk menambahkan lagi bilangan sekolah-sekolah agama di Sabah dan Sarawak atau sekolah aliran agama yang lain? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian yang bertanya. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kerana telah hadir baru-baru ini ke UKM. Ini kali pertama dalam- ke USIM, sorry. Ke USIM dan ini kali pertama dalam sejarah Timbalan Presiden Pas boleh masuk universiti tanpa diganggu. Para pelajar yang menganjurkan pun tidak dikenakan tindakan disiplin seperti mana yang telah berlaku sebelum-sebelum ini. Berkaitan dengan isu kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak, ia memang isu yang benar. Ia satu masalah yang amat kritikal. Kita dapati bekalan guru-guru agama di sekolah-sekolah Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak. Oleh sebab itu saya telah pun bertemu dengan Yang Berhormat Kubang Kerian sebelum ini dan juga beberapa rakan dari Terengganu dan Kelantan, menyatakan jikalau boleh kita pujuk kepada ustaz dan ustazah daripada Kelantan, Terengganu, Kedah yang mengajar di Sabah dan Sarawak agar kalau boleh buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung dan memilih Sabah dan Sarawak sebagai medan dakwah mereka dan juga medan mereka menaburkan bakti. Berkaitan dengan cadangan supaya ditambahkan sekolah-sekolah agama di Sabah dan Sarawak untuk menampung kekurangan ini, saya kira ia satu idea yang bernas. Ia akan difikirkan dan akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jikalau di sana terdapatnya belanjawan tambahan, mungkin kita akan masukkan di dalam RMKe-12 nanti. Akan tetapi pandangan tersebut kita ambil cakna dan kita akan berikan perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, sejak 10 Mei 2018 berapakah jumlah pelabur asing yang menarik keluar pelaburan mereka di negara ini dan berapakah nilainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab, saya mohon maaf kerana hari ini tidak begitu sihat. Jadi, kalau jawapan saya tidak sebaik yang diingini oleh Yang Berhormat, saya mohon maaf dulu. Terima kasih atas soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Tanah Merah tadi. Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh Mei hingga September 2018, sebanyak lima syarikat perkilangan yang melibatkan penyertaan pelabur asing telah tutup operasi mereka sepenuhnya.
Penutupan operasi bagi kelima-lima syarikat ini melibatkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM308.7 juta. Keputusan penutupan syarikat-syarikat ini adalah lebih menjurus kepada keputusan perniagaan ataupun business decision, dengan izin, dan bukannya kerana faktor peralihan kerajaan. Antara faktor yang menyebabkan pelabur asing menarik keluar pelaburan mereka dari Malaysia termasuk: (i) penguncupan ekonomi global, ketidaktentuan pasaran berikutan penurunan dalam permintaan dan jualan, peningkatan kos operasi serta ketiadaan permintaan produk menyebabkan para pelabur terpaksa menstrukturkan semula syarikat serta strategi perniagaan mereka hingga ada yang mengambil keputusan untuk menarik diri keluar daripada Malaysia; dan (ii) pendekatan Malaysia memberi tumpuan kepada pelaburan- pelaburan berkualiti dan juga berteknologi tinggi serta peralihan teknologi ke arah digitalisasi dan juga Industri 4.0 serta peningkatan kos buruh di Malaysia menyebabkan pelabur-pelabur, terutamanya dalam projek berintensifikasi buruh tidak dapat menyesuaikan operasi syarikat dengan perubahan-perubahan ini, mengalami kesukaran untuk terus beroperasi dan mengekalkan keuntungan jangka masa panjang di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, penutupan syarikat-syarikat tersebut telah melibatkan seramai 362 orang pekerja tempatan diberhentikan. Walau bagaimanapun, kesemua syarikat yang telah menutup operasi juga telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kerja yang baru untuk pekerja mereka. (i) bekerjasama dengan Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia ataupun Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan syarikat- syarikat lain bagi menyediakan penempatan semula bagi pekerja yang akan diberhentikan; (ii) bekerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Malaysia (HRDF) bagi membantu pekerja yang telah diberhentikan untuk menyertai program latihan kemahiran yang sesuai melalui HRDF. Di bawah skim ini, pekerja tempatan yang telah diberhentikan kerja akan dilengkapkan dengan kemahiran industri tambahan atau kelayakan yang diperlukan untuk membolehkan mereka bekerja semula atau bekerja sendiri, self-employed, dengan izin; dan (iii) menawarkan pakej pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang terbabit dan mengikut perundangan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Kasihan saya, Timbalan Menteri, I hope you get well soon. Ini soalan tambahan saya, yang saya juga rujuk dengan Yang Berhormat Jeli, mantan Menteri MITI. Soalan tambahan ini, adakah pelaburan yang keluar ini, ini labor intensif atau intensif buruh? Adakah mereka akan keluar kerana negara lain lebih kompetitif ataupun kondusif berbanding dengan negara kita? Memandangkan ekonomi dunia yang kurang menentu dan prospek ekonomi Malaysia yang kurang baik tahun depan, apakah pada tahun 2019 next year, ada lagi tak pelabur asing yang akan memindahkan operasinya ke negara lain? Okey, Tuan Yang di-Pertua. Ini yang saya hendak tutup soalan tambahan saya. Tuan Yang di-Pertua yang baik budi; Terima kasih atas kesempatan yang diberi; Ini soalan terakhir saya pada tahun ini; Tahun depan kita berjumpa lagi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas soalan tambahan itu. Saya rasa dalam sektor ekonomi dalam negara Malaysia di mana ekonomi adalah sesuatu yang ada perubahan yang banyak. Memang ada FDI yang akan tarik diri, memang juga akan ada FDI yang akan masuk ke negara. Jadi, saya rasa apa yang lebih penting ialah supaya kita boleh mendapatkan FDI yang lebih baharu, yang lebih berteknologi tinggi untuk menggantikan FDI yang keluar. Saya berikan satu contoh, ada satu syarikat baru-baru ini yang telah memindah sebahagian daripada hard disk operation mereka ataupun manufacturing operation mereka dari negara Malaysia pergi ke negara Thailand. Oleh sebab mereka fikir bahawa negara Thailand adalah satu tempat yang lebih baik dari segi low cost of labor. Akan tetapi selepas syarikat ini membuat keputusan ini, ada satu lagi syarikat yang baru yang telah baru-baru ini mengumumkan satu pelaburan RM1.5 bilion di Pulau Pinang untuk hard disk drive juga tetapi menggunakan teknologi yang lebih baharu. Jadi, saya rasa apabila kita ada kaedah seperti ini, kita ada keadaan ekonomi yang memang boleh dikatakan adalah sangat challenging, dengan izin. Apa yang pihak MITI dan juga agensi di bawah MITI perlu buat ialah untuk memberi contoh-contoh seperti ini untuk menarik lebih banyak pelabur asing yang baharu untuk menggantikan apa yang telah keluar dari Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua di sebelah kanan, kalau ada. Tidak ada? Ya, silakan.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini oleh sebab perang perdagangan antara US dan negara China, banyak kilang-kilang di negara China ini ingin berpindah ke negara-negara ASEAN.
Jadi, boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memaklumkan kepada Dewan ini, apakah tindakan telah diambil oleh kementerian MITI untuk menarik pelabur-pelabur tersebut untuk memindahkan kilang-kilang mereka ke Malaysia? Adakah insentif baharu ditawarkan kepada mereka? Negara Vietnam merupakan sebuah negara pesaing yang amat kuat. Jadi, apakah kelebihan kita, jika dibandingkan dengan negara Vietnam dari segi menarik pelabur asing? Sekian, thank you.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju atas soalan tambahan itu. Saya juga hendak menggunakan soalan tambahan ini untuk memberi sedikit huraian kepada Dewan yang mulia ini tentang pelaburan yang datang dari negara China. Saya rasa memang ada kesempatan untuk menarik lebih ramai pelabur dari negara China untuk datang ke Malaysia oleh sebab ada US-China trade war ini, dengan izin. Akan tetapi apa yang saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini bukan semua pelabur asing dari mana-mana negara termasuk negara China adalah tahap yang sama. Apa yang kami bimbangkan ialah ada syarikat yang datang dari negara China di mana mereka kata, “Okey, kami hendak membuat operasi yang baru di Malaysia”. Akan tetapi apa yang mereka buat ialah mungkin membuat sedikit assembly line yang value added itu memang kurang. Untuk pelaburan-pelaburan seperti ini, saya rasa untuk kerajaan yang baharu kita patut menggalakkan mereka pergi ke negara yang lain kerana value added, pertama adalah sangat rendah. Kedua, ada kemungkinan bahawa Malaysia akan dilabelkan sebagai satu transshipment point dari negara China ke negara Amerika Syarikat dan menggunakan bukti seperti ini untuk meletakkan tarif bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat seperti ini tetapi terhadap industri dengan menyeluruh. Ini memang akan menjadikan satu impak yang besar kepada industri di Malaysia.
Jadi apa yang saya tekankan ialah tidak ada insentif yang baru yang kami hendak perkenalkan kerana memang ada banyak aplikasi yang sedang masuk ke Malaysia. Akan tetapi apa yang kita mesti buat, kita mesti bertanggungjawab untuk filter, FDI application atau pun permohonan daripada negara China supaya hanya mereka yang benar-benar hendak menggunakan Malaysia sebagai satu manufacturing hab secara jangka masa panjang. Hanya FDI seperti itu kami hendak galakkan. Saya harap kita boleh membekalkan nama- nama syarikat seperti ini apabila mereka telah mengumumkan pelaburan yang baharu di Malaysia dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
7. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah kakitangan Majlis Profesor Negara yang telah diberhentikan selepas penukaran kerajaan ekoran daripada Pilihanraya Umum Ke-14, dan adakah kerajaan sedang atau telah membantu kakitangan yang telah diberhentikan itu supaya memulakan kehidupan baru dengan pekerjaan baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Hendak berpeluh menjawab ini. Akan tetapi macam mana pun, izinkan saya menjawab berkaitan dengan isu Majlis Profesor Negara Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Tangga Batu, MPN ini ditubuhkan pada 2010 asalnya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi asalnya dan kemudian 2014, ia dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri. Ia adalah sebuah syarikat berhad dengan jaminan atau company limited by guarantee yang diletakkan di bawah JPM serta menerima dana daripada kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kakitangan MPN bukanlah penjawat awam, sebaliknya mereka adalah di bawah lantikan Majlis Profesor Negara (MPN). Berdasarkan rekod yang saya diberitahu, lebih kurang 40 orang kakitangan MPN ini adalah lantikan tetap dan enam orang adalah lantikan kontrak. Seperti mana yang kita tahu pada 23 Mei 2018, pada Mesyuarat Kabinet yang pertama, pihak Kabinet telah pun membuat keputusan untuk membubarkan Majlis Profesor Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ada kewajarannya kerana apa mereka dibubarkan kerana pada masa-masa lepas, pada rejim yang lepas kita dapat melihat banyak kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh Ahli-ahli Majlis Profesor Negara ini yang terang-terang menyokong kerajaan yang sebelum ini. Saya hendak beri contoh. Ini ada beberapa, saya hendak bacakan yang dinyatakan dalam media. Antaranya, salah seorang yang berkata rakyat yang mengkhianati negara– ini seorang profesor ini yang berkata. “Rakyat yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara seperti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan”. Ini profesor yang menjadi anggota MPN yang juga adalah memegang jawatan kluster politik. Ada juga yang mengatakan bahawa, “Barisan Nasional sudah membuat kajian lengkap dan menyeluruh sebelum merangka manifesto kerana apa yang ditampilkan bukan hanya retorik politik sebaliknya satu perancangan yang mampu untuk dilaksanakan”. Selain daripada itu ada juga kenyataan, “Memang kenyataan angkuh untuk DAP bertanding di kawasan kubu kuat UMNO tetapi ia pertandingan awal kepada parti lawan dan orang Melayu di negeri ini supaya berhati-hati”. Ini yang lain pula. “Berdasarkan situasi semasa yang tidak mustahil, Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Penolakan rakyat terhadap pembangkang terutamanya Pakatan Harapan di bawah pengaruh Tun Mahathir Mohamad cukup jelas selain keupayaan Najib menyediakan pembangunan, memenuhi selera rakyat dalam tempoh terdekat. Hasil soal selidik mendapati Barisan Nasional dijangka mempunyai 55.4 peratus undi pada peringkat Parlimen, manakala pembangkang membabitkan kerjasama DAP, PKR, Parti Pribumi Malaysia dan Parti Amanah Negara memperoleh 9.2 peratus serta sebagai blok ketiga dengan tujuh peratus”. Ini dibuat pada 22 Februari 2018.
Ini ada seorang lagi ya yang bercakap. “Jika SST yang mahu dilaksanakan kembali oleh PH bertujuan mengurangkan kadar inflasi dan kos sara hidup maka ia tersalah sasar. Malah dengan kadar pematuhan dan kutipan yang rendah akan meningkatkan lagi harga pengguna dan kadar inflasi yang lebih tinggi”. Jadi, kerajaan telah pun membuat keputusan untuk membubarkan. Berdasarkan rekod seramai 28 orang pegawai MPN telah ditamatkan perkhidmatan pada 15 November 2018 dengan notis penamatan perkhidmatan bermula pada 1 November 2018, berakhir 30 November 2018. Pegawai turut dijanjikan pampasan sebanyak tiga bulan gaji. Kerajaan pada 2 November 2018 tekah bersetuju dengan pewujudan semula MPN dengan nama, struktur dan keahlian yang baharu yang dipilih berdasarkan merit, kelayakan serta bebas daripada campur tangan politik dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. Sekian, terima kasih.
Sebenarnya saya lebih bertanyakan kepada nasib kepada pekerja kontrak yang diberhentikan itu, apakah ada pelan yang lebih baik untuk mereka. Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan mempunyai cadangan, saya nampak macam ada sudah dijawab tadi sama ada profesor- profesor yang ada di kalangan mereka yang genuine dan tidak hanya taksub kepada kerajaan dahulu untuk mengampu dan sebagainya untuk dimanfaatkan kepakaran mereka menganggotai badan-badan sebagai think tank. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Memandangkan kerajaan pada 2 November telah bersetuju untuk pewujudan semula MPN dengan nama, struktur dan kaedah yang baharu, maka saranan daripada Yang Berhormat itu saya rasa akan diambil kira oleh pihak kerajaan kerana kita sememangnya berhasrat untuk mewujudkan Majlis Profesor Negara yang betul-betul independent, yang betul-betul boleh menjadi pembantu kepada kerajaan, bukan menjadi jurucakap yang berkempen untuk kerajaan. Itu bukan peranan Majlis Profesor Negara. Kalau mereka hendak menjadi begitu, mereka digalakkan buka pakaian akademik jadi ahli politik bersama kita lawan secara gentleman. Jadi sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada terdapat kebenaran kita dengar dalam berita bahawa Ahli-ahli Majlis Profesor Negara ini dilantik bukan kerana kelayakan akademik tetapi juga kerana masing-masing menganggotai parti-parti politik tertentu. Keduanya, kami juga difahamkan bahawa sebenarnya mereka tidak menyumbang kepada proses nation-building, dengan izin, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Akan tetapi digunakan semata-mata untuk propaganda politik iaitu cuba mempengaruhi masyarakat umum untuk memberi sokongan secara membuta tuli kepada Barisan Nasional. So, saya ingin tanya, adakah mereka ini benar-benar mempunyai apa-apa kelayakan akademik dan menyumbang kepada pertamanya dengan khusus kepada nation- buildings? Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan mengenai perkara ini? Terima kasih.
Terima kasih daripada sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya anggota asal sejumlah 1,426 orang profesor yang dilantik menganggotai MPN ini adalah mereka yang daripada seluruh institusi pengajian tinggi awam. Jadi, apabila mereka mendapat title profesor, memang mereka berhak untuk menjadi ahli MPN pada masa itu. Walau bagaimanapun, kerajaan tidaklah sampai ke peringkat kita dengan izin, “menyelak” bagaimana mereka mendapat title “profesor” itu. Itu bukan peranan kerajaan untuk sampai ke peringkat sebegitu. Jadi, saya tidak pastilah sama ada mereka ini menjadi anggota parti tertentu atau tidak. Walaupun kita tidak menafikan ada sesetengah profesor yang menganggotai MPN ini yang terang-terang memang kita nampak kecenderungan mereka memihak kepada Barisan Nasional.
Sekarang ini, mereka ini yang kita rasa mungkin tidak sewajarnya menganggotai. Malahan kalau sekiranya mereka mengutuk menyokong PH pun kita tidak galakkan sebab bagi kita mereka mesti betul-betul independent. Ini Majlis Profesor Negara, bukan untuk sebagai satu platform politik untuk mereka cuba melaksanakan aspirasi politik mereka. Jadi, saya tidak boleh memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Jelutong, sama ada mereka ini menjadi anggota ataupun tidak. Akan tetapi walau bagaimanapun, dengan penubuhan semula atau dijenamakan semula MPN ini, saya percaya, kerajaan memang serius untuk memastikan ia adalah satu badan yang benar-benar bebas dan tidak terpengaruh oleh pengaruh politik. Sekian, terima kasih.
Beri peluang kepada Yang Berhormat Bagan Serai, berkali- kali bangun.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sini pula.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’? Ini kerana Majlis Profesor Negara ini yang saya lihat dan saya baca juga, diduduki oleh profesor-profesor yang sangat berpengalaman. Mungkin ada satu orang atau dua orang yang dikatakan terlalu bermain politik tetapi profesor-profesor adalah orang-orang yang cendekiawan, yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin juga hari ini. Kita lihat profesor yang telah bersara pada umur 60 tahun, kita rasa kita perlu ambil lagi untuk memantapkan kualiti graduan-graduan di universiti-universiti awam khususnya. Sebab itu hari itu saya cadangkan, kita ambil balik profesor-profesor yang sudah pencen ini yang berpengalaman, yang ada networking, yang ada kepakaran, masuk balik. Jadi saya lihat ramai profesor di dalam MPN dan juga di dalam Akademi Sains Malaysia (ASM). Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sekali lagi, adakah kerana satu orang atau dua orang yang buat hal dalam MPN, maka kita hukum MPN dan bubarkan MPN? Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bagan Serai yang biasalah versi ‘dua’ Kapar. Saya hendak mengatakan kepada Yang Berhormat. Kapar, Kapar. Ini versi ‘Kapar’’ yang baharulah. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Bagan Serai, sebenarnya saya sudah jawab tadi. Memang kita akui pada 23 Mei kita telah bubarkan tetapi setelah itu mereka telah menghantar memorandum untuk supaya dipulihkan semula ataupun dihidupkan semula. Maka, kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada suara rakyat, kita telah mengambil keputusan pada 2 November 2018 untuk mewujudkan semula. Jadi, sebenarnya apa Yang Berhormat katakan tadi bahawa kita bubarkan sahaja, seolah-olah Yang Berhormat mengatakan kita tidak ada usaha untuk hendak mewujudkan semula. Sebenarnya, tidak ada keputusan pun untuk kita mewujudkan semula. Cumanya kita hendak wujudkan semula dengan satu entiti yang betul-betul bebas daripada pengaruh politik. Jadi saya rasa Yang Berhormat, ini memang saya akuilah Yang Berhormat, sebab nila setitik itu memang tidak sepatutnya lah. Lagilah apabila nila itu warna biru, lagi susahlah. Jadi, walau bagaimanapun kita mengambil kira...
Hei! Jawab elok-elok ya. Jangan perli- perli. Tidak ada kerja lain kah? Ikut Menteri Pendidikan bagus.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
[Soalan No. 8 – YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) tidak hadir]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mulakan dengan sebuah pantun; Setia ara janganlah diragu; Walau akarnya berpaut di dahan; Keamanan sejagat tidak diganggu; Kekal perpaduan elakkan permusuhan.
9. Tuan Karupaiya Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah tindakan yang diambil oleh kementerian mengenai keadaan sistem pembetungan di kebanyakan sekolah Tamil yang sangat teruk serta langkah kementerian untuk menggabungkan sekolah-sekolah Tamil di pedalaman agar dipindahkan ke kawasan yang lebih baik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Kena beri pantun kepada Yang Berhormat Padang Serailah. Terlalu banyak.
Saya jawab dahulu kemudian izinkan saya untuk menjawab pantun Yang Berhormat Padang Serai.
Silakan.
Okey. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia menyalurkan peruntukan penyelenggaraan di sekolah jenis kebangsaan Tamil - SJK(T) berstatus sekolah kerajaan secara berperingkat-peringkat berdasarkan tahap keutamaan dan syor daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan jabatan-jabatan teknikal. Peruntukan yang disalurkan bagi pembaikan sistem kumbahan dan pembetungan di SJK(T) berstatus sekolah kerajaan adalah berjumlah RM79,850 pada tahun 2017 dan RM20 ribu pada tahun 2018. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data 31 Ogos 2018, terdapat 360 buah SJK(T) dalam kategori sekolah kurang murid (SKM). Kebanyakan SJK(T) ini berada di dalam kawasan ladang dan beroperasi di atas tapak hak milik ladang. Di dalam meningkatkan kualiti infrastruktur khususnya pembaikan sistem kumbahan dan pembetungan di SJK(T), rasionalisasi SJK(T) yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid akan sentiasa dikaji secara berterusan oleh kementerian agar SJK(T) mampu memberikan pendidikan yang mampan kepada murid-muridnya. Sebelum saya menjawab pantun Yang Berhormat Padang Serai, izinkan saya untuk mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Simpang Renggam... [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen... [Disampuk] Oh! sudah keluar dah [Ketawa] Okey, tidak perasan. Masa tengah hendak buat ini, mereka masih ada lagi. Okey, izinkan saya menjawab pantun Yang Berhormat Padang Serai.
Tidak apa. Mereka akan lihat melalui YouTube malam ini.
[Ketawa] Lihat melalui YouTube, okey. Berjalan ke Maran membeli ikan; Kedai Pak Jamil menjadi pilihan; Di dalam pembangunan holistik pendidikan; Sekolah Tamil tidak sekali-kali diabaikan. Terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Menteri dengan jawapan yang padat dan juga pantun yang hebat. Seterusnya soalan saya, mengikut Manifesto Pakatan Harapan telah dikatakan kita akan mendirikan sebuah sekolah menengah Tamil di Malaysia dan tapak tanah pun disediakan oleh negeri Selangor dan juga negeri Pulau Pinang. Apakah rancangan kementerian untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, isu pembinaan sekolah menengah Tamil memang ada di dalam Manifesto Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, kita mempunyai beberapa kekangan iaitu isu dasar dan juga Akta Pelajaran dan ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru Yang Berhormat. Ia memerlukan penelitian kajian dan juga sesi libat urus dengan semua pemegang taruh. Kita dalam usaha untuk menunaikan janji- janji kita dalam manifesto tetapi kita juga perlu mengambil kira isu sentimen, perpaduan dan juga pelbagai isu yang kita tidak mahu ia akan dijadikan bahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan rakyat. Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan juga prihatin, isu ini kita akan berikan perhatian daripada semasa ke semasa melalui sesi libat urus dengan semua pemegang taruh. Kita ingin pastikan segala keputusan ataupun apa pun keputusan yang kita akan ambil, ia diibaratkan ‘menarik rambut di dalam tepung’ agar apa pun keputusan yang diambil, keharmonian dan perpaduan rakyat akan terus terjaga. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menteri Pendidikan, boleh tolong saya di Pasir Salak?
Kita hari itu bercadang untuk mendirikan sebuah sekolah Tamil di Langkap. Jadi, usaha ini tergendala sedikit. Kalau boleh minta Yang Berhormat Menteri berikan perhatian... [Disampuk] Apa ketawa-ketawa? You mana tahu. I love Indian, you know?...
[Dewan ketawa]
Soalan. Soalan, Yang Berhormat Pasir Salak.
Saya...
Yang Berhormat Pasir Salak, bukan sandiwara kah, Yang Berhormat Pasir Salak? Jelutong mahu tanya.
Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Sudahlah Yang Berhormat Jelutong.
Saya berikan cucu kepada seorang India itu. Saya belai, bagi operation, bagi mata nampak pada orang India. You mana tahu, Yang Berhormat Jelutong. I love Indian. I am ultra-Indian, you know...
[Dewan ketawa]
[Bangun]
Minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab.
Saya tengah tunggu soalan.
Jangan kacau! Soalan tadi.
Ada soalan kah Yang Berhormat Pasir Salak?
Tuan Yang di-Pertua, pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak yang saya tidak sangkakan begitu love Indians dan juga merupakan ultra-Indians. Jadi, benarlah kata pepatah Inggeris, “don’t judge a book by its cover” [Ketawa]
Seperti mana permintaan...
Don’t judge my songkok, you know...
[Dewan ketawa]
Okey, apa-apa pun, berkaitan permintaan Yang Berhormat Pasir Salak untuk menubuhkan sekolah Tamil SJK(T) di kawasan Pasir Salak, kita harap dapat mengemukakan permohonan dan kita akan lihat kepada keperluan dan juga kepada perkara-perkara yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
10. Datuk Haji Shabudin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah perancangan jangka masa panjang kementerian dalam mengurangkan jumlah pengangguran belia serta apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Penangite, orang Pulau Pinang, Yang Berhormat Tasek Gelugor di atas soalan tersebut. Tidak sangka dapat jawab dua kali. Akan tetapi, tidak boleh bertanding dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, tiga kali pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan satu kajian bertajuk, dengan izin, Youth Unemployment: Profiling and Employability Competencies pada tahun 2016 bagi mewujudkan satu profil belia menganggur dan membangunkan alat pengukur bagi kompetensi kebolehpasaran belia serta mengenal pasti kecenderungan belia terhadap pekerjaan 3D iaitu pekerjaan, dengan izin, dirty, dangerous and difficult. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu lebih kurang 58.3 peratus dalam kalangan belia yang menganggur adalah berumur 20 hingga 24 tahun. Selebihnya iaitu sebanyak 34.8 peratus belia menganggur adalah mereka yang berumur 25 hingga 30 tahun. Selain itu, kemahiran bahasa Inggeris serta kemahiran keusahawanan berada di tahap sederhana dari segi kebolehpasaran kompetensi belia. Terdapat lima faktor utama belia menganggur mengikut hasil kajian tersebut iaitu: (i) permohonan kerja mereka tidak berjaya sebanyak 61 peratus; (ii) masih menunggu tawaran kerja sebanyak 11.8 peratus; (iii) memilih kerja sebanyak lima peratus; (iv) baru menghabiskan pelajaran dan ingin berehat sebanyak 4.4 peratus; dan (v) belia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sebanyak 4.4 peratus. Berdasarkan kepada dapatan dan rumusan kajian Youth Unemployment: Profiling and Employability Competencies tersebut, terdapat beberapa langkah strategik bagi mengatasi pengangguran di kalangan belia iaitu: (i) melaksanakan program pembangunan belia yang lebih bersepadu merangkumi kemahiran berasaskan pembangunan kerjaya; (ii) memberi penekanan khusus berkenaan bahasa Inggeris kepada semua program belia yang dianjurkan oleh kementerian termasuklah penerapan dalam mata pelajaran di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS); (iii) memperbanyakkan program belia berunsurkan keusahawanan untuk ditawarkan kepada belia yang tidak berminat dalam bidang akademik, contohnya melalui program Youth Career (Y-Career);
(iv) meningkatkan fleksibiliti pendidikan vokasional melalui penyediaan program jangka pendek kepada belia, contohnya program boot camp yang dilaksanakan pada tahun ini dan juga tahun hadapan; (v) melaksanakan kerjasama antara pemegang taruh yang berkepentingan, the key stakeholders, dengan izin, dengan kementerian dengan lebih berkesan dalam melaksanakan perkongsian data program pekerjaan yang lebih berfokus seperti melaksanakan portal Youth Entrepreneurial Network (YEN) yang menjadi medium untuk memperoleh maklumat pinjaman perniagaan serta bidang latihan yang berkaitan usahawan yang ditawarkan; dan (vi) melaksanakan program kerjaya dengan memfokuskan kumpulan sasaran kepada golongan belia terpinggir, dengan izin, marginalized youth seperti Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Bestari). Selaras dengan aspirasi kerajaan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Belia dan Sukan telah baru-baru ini menganjurkan sesi dialog dengan tema “Pembudayaan dan Pemerkasaan Keusahawanan Anak Muda” yang berlangsung di Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, Cyberjaya pada 25 September 2018. Program ini telah dihadiri oleh lebih 600 orang usahawan anak muda dari pelbagai segmen dan kelompok di akar umbi. Hasil daripada sesi dialog tersebut, pelbagai cadangan dan pandangan telah dikemukakan mengikut skop seperti berikut: (i) penglibatan usahawan belia dan OKU; (ii) ekosistem pendidikan dan latihan yang lebih mampan; (iii) kajian dan semakan semula dasar yang berkaitan; (iv) lokasi infrastruktur dan sistem sokongan yang lebih baik; (v) penubuhan one-stop centre bagi pembudayaan dan pemerkasaan usahawan belia; dan (vi) penjenamaan semula program made in Malaysia. Kementerian Pembangunan Usahawan dan KBS sedang mengambil tindakan susulan seperti berikut: (i) memperhalus dan merasionalisasikan input untuk merangka hala tuju keusahawanan anak muda negara dan menambah baik dasar atau program yang sedia ada; (ii) cadangan-cadangan pelaksanaan program untuk dilaksanakan di bawah Dana Pemerkasaan Keusahawanan dan Anak Muda; dan (iii) menyusur isu-isu berkaitan dengan kementerian, jabatan dan agensi lain bersama dengan kerajaan negeri berkenaan isu-isu yang bersifat cross-cutting. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Cawangan Pembangunan Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berperanan menyedia dan menyelaraskan program-program membudayakan keusahawanan kepada golongan anak muda seperti yang telah digariskan dalam Dasar Belia Malaysia. Pihak KBS telah melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan yang bertujuan menerapkan daya berniaga dengan memberikan pendedahan, kesedaran, kemahiran dan pengetahuan. KBS turut bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menjayakan usaha ini menerusi khidmat nasihat dan bimbingan di peringkat paling awal.
Selain itu, akhirnya, kementerian juga, seperti yang saya sebutkan tadi, telah mewujudkan satu pusat sehenti maya. Tadi ada cadangan oleh para usahawan muda untuk mewujudkan one-stop centre, tetapi setakat ini, kementerian telah ada satu pusat sehenti maya menerusi portal Youth Entrepreneurial Network (YEN) yang bertindak sebagai medium bagi usahawan-usahawan muda untuk mendapatkan kemudahan latihan, dana pembiayaan dalam memulakan perniagaan mereka. Agensi yang menjadi rakan strategik dalam portal ini termasuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, sahabat saya dari Bukit Mertajam. Terima kasih kepada jawapan yang begitu komprehensif. Jawapan yang menunjukkan bahawa ada usaha yang telah pun dibuat untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia dan remaja. Cuma, dalam isu menangani masalah pengangguran belia remaja tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tentang jumlah, kalau tidak salah saya, lebih kurang 40 peratus lepasan sekolah ataupun universiti yang ingin berehat. Maknanya, belum mahu masuk ke alam pekerjaan. Jadi, dia tergolong ke dalam golongan orang yang menganggur. Jadi, ingin berehat ini pun sebenarnya dia berkait dengan sikap.
Jadi, saya hendak menumpukan soalan saya ini ialah selain daripada persediaan yang kita buat dari segi infrastruktur, kemudahan kewangan, latihan dan sebagainya. Salah satu daripada sebab yang boleh kita kesan kenapa masih wujud jumlah pengangguran di kalangan belia yang masih ramai ialah berpunca daripada faktor sikap. Jadi, apakah inisiatif yang kita boleh lihat berkesan yang sedang ataupun yang akan dibuat oleh pihak kementerian terutama sekali dalam mengubah sikap golongan belia supaya mereka ini lebih menggunakan kesempatan dan peluang untuk mereka membina karier dan mencari pendapatan dan memiliki pekerjaan yang terbaik. Itu satu. Kedua, adakah pihak kementerian bercadang untuk melebarkan lagi usaha-usaha untuk menambah peluang kepada golongan sasaran iaitu golongan belia ini terutama sekali dalam penyediaan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian moden dan berteknologi tinggi ataupun di dalam bidang perikanan yang menunjukkan bahawa satu peluang dan prospek yang terbaik? Ini kerana kalau kita lihat di Jepun, di Norway, nelayan adalah orang yang kaya- kaya. Jadi kenapa golongan belia ini tidak boleh menghayati peluang-peluang tersebut. Jadi soalan saya tadi, saya sudah tanya sudah di peringkat awal itu ialah, adakah pihak kementerian mempunyai cadangan bagai melebarkan lagi ruang lingkup peluang- peluang termasuk di dalam bidang pertanian, perikanan, koperasi dan terutamanya juga ialah untuk melatih kontraktor-kontraktor atau usahawan-usahawan muda. Macam Phua Chu Kang, sebab sekarang ini tidak ramai yang minat dalam bidang pembangunan ini. Jadi, apa yang kita boleh buat? Sila, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada rakan saya daripada Tasek Gelugor. Saya ada dua bahagian pada soalan Ahli Yang Berhormat Tasek Gelugor tersebut. Soalan pertama adalah tentang sikap. Saya mengambil pendekatan bahawa Yang Berhormat Tasek Gelugor tersebut membangkitkan soal ini atas dasar keprihatinan dan kasih sayang seorang bapa dan mungkin juga seorang datuk, kalau ada cucu. Akan tetapi, saya juga ingin memberi peringatan kepada Ahli Dewan yang mulia ini bahawa seperti ucapan-ucapan saya sebelum ini dan juga Yang Berhormat Menteri saudara daripada Muar, pentadbiran ini melihat anak muda lebih kepada sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.
Kita tidak secara automatiknya melihat kepada penilaian sikap ataupun nilai yang tidak baik di kalangan beliau yang mungkin menjadi pemikiran konvensional iaitu apabila kita membangkitkan isu tentang anak muda sahaja sudah tentu mereka seakan-akan golongan yang hanya memerlukan pertolongan, bantuan, perlindungan, didikan dan seterusnya. Kita hendak lihat anak muda, orang belia di Malaysia ini sebagai rakan strategik sebagai golongan yang mampu untuk berfikiran secara bebas, merdeka dan berdikari dan mereka berpotensi untuk merangka bukan sahaja masa depan kehidupan mereka tetapi juga merangka bentuk masa depan negara dan masyarakat di Malaysia ini. Akan tetapi dari segi memupuk nilai-nilai yang baik terutamanya melalui nilai-nilai dirangkumi di dalam Rukun Negara ini. Kementerian Belia dan Sukan pada tahun hadapan akan memperkenalkan satu program baru yang dipanggil, dengan izin, Malaysian Future Leaders School yang menyasarkan anak muda di antara usia 15 tahun hingga 17 tahun yang masih bersekolah. Program ini merupakan program gantian kepada Program Latihan Khidmat Negara yang telah dimansuhkan. Antara objektif ataupun misi mandat yang diberikan kepada program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai tradisional masyarakat kita berasaskan nilai Rukun Negara untuk membina jati diri anak muda di Malaysia ini. Soalan bahagian kedua oleh Ahli Yang Berhormat Tasek Gelugor tersebut lebih menjurus kepada peluasan latihan kemahiran kepada anak muda termasuklah ke dalam bidang seperti pertanian moden, perikanan berteknologi tinggi dan keusahawanan berteknologi tinggi dan seterusnya. Saya rasa kita tidak perlu lihat jauh kepada Phua Chu Kang, di Pulau Pinang juga ada usahawan yang hebat seperti Jeruk Pak Ali yang menjadi kebanggaan orang Pulau Pinang, termasuk saya percaya Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut. Berkenaan dengan isu kandungan latihan ataupun mata pelajaran pembangunan kemahiran ini. Di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kita mempunyai satu rangkaian 22 buah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Negara. Pada waktu ini, pihak kementerian tengah mengkaji semula strategi, proses pengajaran dan pembelajaran di kesemua 22 buah ILKBSN termasuklah untuk melihat kembali sukatan mata pelajaran supaya menepati keperluan peralihan zaman termasuklah keperluan untuk menghadapi cabaran dalam Industri 4.0. Jadi, saya rasa perkara ini termasuklah isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tasek Gelugor iaitu memperkenalkan kemahiran dalam pertanian moden, nelayan, perikanan teknologi tinggi dan juga keusahawanan berteknologi tinggi sudah tentu akan juga dipertimbangkan dalam kita mengkaji semula silibus mata pelajaran ILKBSN tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Menjurus kepada jawapan Menteri hanya menumpukan kepada keusahawanan dan soalan asalnya ialah mengurangkan jumlah pengangguran belia. Saya mendapat maklumat daripada sumber manusia, pekerja asing yang bekerja di sektor perkilangan berjumlah 672,399 orang. Manakala, perkhidmatan hotel-hotel dan sebagainya itu berjumlah 277,459 orang. Jadi melihat daripada jumlah keseluruhannya ialah 949,858 orang, sedangkan pengangguran yang ada dalam negara ini sekitar 509,000 orang. Jadi melihat daripada masa depan belia itu kalau diambil anjakan daripada sudut perkilangan dan perkhidmatan sudah menampak positifnya. Maka, soalan tambahan saya ialah apakah langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk menarik minat anak muda untuk bekerja dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan untuk membasmi pengangguran secara total. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih juga Ahli Yang Berhormat rakan seperjuangan saya daripada Kapar yang saya lihat sebagai wira golongan pekerja, the working class hero yang mempunyai suara yang begitu lantang dalam Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Kapar, sebenarnya saya bukan hanya menyebut tentang program-program usahawan tetapi saya juga telah menyebut tentang satu program yang penting di bawah kementerian iaitu program latihan di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Negara (ILKBSN) di mana kita ada 22 buah pusat di seluruh Malaysia- dalam soalan pertama dan soalan kedua juga saya sebut tentang ILKBSN ini. Untuk makluman dan saya rasa Dewan ini sedia maklum bahawa isu-isu pengangguran, tidak kiralah pengangguran belia ataupun pengangguran secara amnya merupakan satu isu yang memerlukan pendekatan the whole of government, bermaksud Kementerian Belia dan Sukan perlu bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain untuk melihat kepada isu ini. Saya setuju dengan pendapat daripada Yang Berhormat Kapar dan untuk kita saya hanya boleh menumpu kepada ILKBSN yang merupakan tunggak di bawah pengurusan KBS. IKLBSN ini seperti saya jawab kepada Yang Berhormat Tasek Gelugor kita tengah merangka semula dan dalam perangkaan itu kita ada tiga visi utama iaitu: (i) kebolehan pasaran yang tinggi. Kita hendak tingkatkan kebolehpasaran lepasan IKLBSN kita; (ii) bukan sahaja kita hendak membolehkan lepasan ILKBSN ini mendapatkan pekerjaan tetapi kita juga ingin mereka mendapat pekerjaan yang mempunyai nilai upah yang tinggi, high value wage jobs;
Ketiganya, kita juga ingin melihat kepada potensi mereka, selepas satu tahun atau dua tahun. Bukan sahaja boleh mendapat pekerjaan selepas enam bulan, tetapi apa potensinya selepas satu tahun atau dua tahun dalam pekerjaan. Dalam aspek ini, maka kita perlu melihat semula kepada sukatan mata pelajaran termasuk melihat kepada keperluan industri, melihat kepada soft skills seperti kemahiran berbahasa, kemahiran kepimpinan, kemahiran bekerja dalam berpasukan dan lain-lain lagi. Dalam isu yang berkaitan juga, pihak Menteri dan saya sendiri telah meminta kepada pengurusan tertinggi di ILKBS ini untuk mengadakan rundingan dan juga interaksi yang lebih rapat dengan sektor industri. Ini untuk kita mendapat maklumat ataupun untuk kita tahu apakah yang diperlukan oleh industri bagi mereka menggaji ataupun mengambil anak muda kita terutamanya anak muda lepasan ILKBS ini dan apakah ciri-cirinya untuk membolehkan lepasan ILKBS ini dan anak muda secara amnya, untuk menerima gaji yang lebih munasabah daripada apa yang mereka terima sekarang. Jadi, ada rundingan yang lebih rapat bersama dengan industri. Sekian, terima kasih.
Oleh sebab masanya ialah sekarang 12.01 tengah hari, di sini selesailah sesi soal jawab lisan. [Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kangar daripada awal tadi dia orang sudah makan masa, bagi peluang dia satu. Ini kerana dia...
Sudah habis masa, pukul 12 tengah hari. Yang Berhormat Kangar akan dapat jawapan bertulis. Saya hairan Yang Berhormat Kangar tidak bangun bercakap pun, tetapi Yang Berhormat Padang Serai yang bangun [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Ya.
Peraturan mesyuarat.
Saya ingat kita buat First Reading dahulu ya. Silakan.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SIVIL (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat yang akan datang.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)(Pindaan) 2018, Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 di bawah nombor 1 dan 2 dan Usul-usul Menteri Kewangan di nombor 3 dan 4 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan”.
Saya mohon menyokong.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Ya, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Pada 7 hari bulan, saya ada menulis sepucuk surat kepada Tuan Yang di- Pertua untuk membuat usul untuk merujuk Yang Berhormat Kulai ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Jadi, saya baru menerima surat daripada Tuan Yang di-Pertua, yang mana mengatakan tidak ada prima facie. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilontarkan itu sebenarnya kata saya berhutang dia dengan jawapan. Itu yang menjadi isu. Saya boleh terima sekiranya dia tarik balik dan saya rasa ini satu perkara. Kita beradab, kalau sudah tersilap cakap, terlanjur cakap, sila tarik balik. Itu saja. Kalau tidak, seolah-olah kita tidak bertanggungjawab, sudah bertahun-tahun berhutang jawapan dengan dia. Saya sudah semak, saya tidak pernah- saya semak beberapa tahun jadi Menteri, tidak ada satu pun yang saya berhutang dengan beliau. Saya minta Tuan Yang di-Pertua untuk membuat satu keputusan supaya sekurang- kurangnya dia tarik balik supaya tidak masuk di dalam Hansard macam saya kononnya saya berhutang jawapan dengan dia. Terima kasih.
Apa yang dipohonkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam berkaitan dengan seseorang yang mengelirukan Majlis Mesyuarat. Apa yang saya dapati ialah terdapat apa yang boleh kita anggap sebagai perbalahan di antara Yang Berhormat Ayer Hitam dengan Menteri atas isu sama, ada soalan-soalan sudah dijawab melalui jawapan bertulis dan sebagainya dalam perbahasan. Pada pandangan saya, tidak timbul secara langsung isu mengelirukan Majlis keseluruhannya... [Tepuk] Jadi saya ingin mencadangkan oleh sebab Yang Berhormat Menteri telah pun memberi jawapan bertulis seperti yang dipohonkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, oleh itu saya syorkan berbincang sesama sendiri. Tidak perlu ini dijadikan suatu isu mengelirukan Dewan. Boleh?... [Tepuk]
Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh menasihatkan supaya tarik balik, itu saja. Saya tidak akan panjangkan perkara ini. Itu sahaja...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, ini- dalam perbahasan banyak perkara yang disebut menyinggung perasaan dan sebagainya. Lumrah politik, berbincang sesama sendirilah. Itu yang terbaik saya ingat.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya tidak dimasukkan ke dalam Hansard yang saya ini dituduh tidak bertanggungjawab berhutang jawapan dengan dia. Ini paling penting...
[Dewan riuh]
Ya baik. Jawapannya, semasa Yang Berhormat Ayer Hitam memberi jawapan Yang Berhormat Ayer Hitam, ini pun sudah termasuk dalam Hansard ya. Biarlah orang yang menilai. Saya ingat di situ perkara ini diselesaikanlah. Baik, kita teruskan. Ya, silakan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [10 Disember 2018]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wira Dr. Md Farid bin Md Rafik) dan diluluskan.]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama akta ini diwujudkan ialah untuk mengawal selia sektor pengangkutan jalan, seterusnya mewujudkan satu persekitaran pemanduan yang selamat. Akta ini menyediakan peruntukan-peruntukan utama berkaitan pembinaan dan penggunaan kenderaan, peraturan-peraturan pendaftaran kenderaan, peraturan-peraturan pelesenan untuk pemandu kenderaan serta peraturan- peraturan jalan raya dan lalu lintas. Kali terakhir Akta 333 dipinda ialah tahun 2016. Dalam proses pindaan tersebut, akta ini telah ditambah baik dengan memasukkan peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf majlis perbandaran untuk melaksanakan fungsi sebagai kuasa warden lalu lintas. Selain daripada itu, pindaan juga telah menambah baik kaedah pelaksanaan sistem pemberian mata demerit melibatkan kesalahan pelanggaran peraturan-peraturan jalan raya dan lalu lintas. Pindaan tersebut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pemanduan di atas jalan raya dengan mengelakkan perlakuan kesalahan yang berulang. Sektor pengangkutan jalan adalah amat terdedah kepada sebarang perubahan dalam tahap pembangunan sosioekonomi negara serta perubahan dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi dan komputer (ICT). Perkara ini memberi tekanan kepada peruntukan- peruntukan sedia ada di dalam Akta 333 untuk sentiasa kekal relevan selain daripada memastikan peruntukan di dalamnya tidak mudah terdedah kepada sebarang cabaran perundangan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) sentiasa meneliti dan menyemak semula semua peruntukan di dalam Akta 333 dan melaksanakan pindaan berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan semasa. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 2018 akan mengandungi beberapa topik pindaan seperti di bawah: (i) pemberian kuasa kepada majlis bandar raya untuk melaksanakan fungsi warden lalu lintas. Dalam pindaan tahun 2016, kerajaan telah memperluaskan kuasa warden lalu lintas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf majlis bandar raya dan majlis perbandaran. Walau bagaimanapun, beberapa rujukan kepada Datuk Bandar bagi sesuatu majlis bandar raya telah tidak ditakrifkan dengan jelas dalam pindaan tersebut. Pindaan kali ini adalah bertujuan melengkapkan semua rujukan yang memberi kuasa kepada PBT bertaraf majlis bandar raya; (ii) memansuhkan rujukan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) susulan pembubarannya. Semua rujukan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dimansuhkan susulan kepada pembubaran entiti berkenaan;
(iii) memantapkan fi bagi proses kelulusan kenderaan. Akta 333 telah menetapkan bahawa tiada sebarang kenderaan bermotor boleh diguna atau didaftarkan sebelum mendapat kelulusan ke atas aspek pembinaan dan penggunaannya. Bagi mendapatkan kelulusan ini, semua pembuat kenderaan perlu melalui proses yang dinamakan kelulusan jenis kenderaan (VTA) yang melibatkan prosedur pemeriksaan di atas kertas pemeriksaan dokumen serta pemeriksaan kenderaan di lapangan. Proses-proses ini melibatkan kos kepada kerajaan. Oleh yang demikian, bagi menampung sebahagian kecil daripada kos yang terlibat, pindaan yang dimaksudkan adalah untuk memberi kuasa kepada Menteri menetapkan fi ke atas proses permohonan Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) serta lain-lain proses yang berkaitannya; (iv) menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan. Salah satu prosedur terakhir sebelum sesuatu kenderaan motor boleh dilupuskan adalah proses membatalkan pendaftaran kenderaan berkenaan. Jika sesuatu kenderaan dilupuskan tanpa membatalkan pendaftaran kenderaan tersebut, rekod pendaftaran akan kekal dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) walaupun kenderaan berkenaan secara fizikal sudah dilupuskan. Bagi menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan, pindaan yang dimaksudkan adalah untuk memperjelaskan peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri membangunkan kaedah mengenai tatacara pembatalan pendaftaran kenderaan bagi apa-apa sahaja sebab yang munasabah. Kaedah ini akan diguna pakai oleh JPJ serta lain-lain pihak yang telah diberi kuasa seperti PBT; dan (v) memberi kuasa kepada Menteri menetapkan fi berkaitan penggunaan cermin gelap. Pindaan ini adalah bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan fi ke atas sebarang permohonan kelulusan menggunakan lapisan filem ke atas cermin kenderaan melebihi had yang ditetapkan. Kenaan fi ini adalah antara lain bertujuan mengawal dan memastikan supaya hanya mereka yang betul-betul mempunyai sebab yang sahih sahaja mengemukakan permohonan. Lima Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 akan mengandungi pindaan-pindaan utama seperti berikut; Fasal 2 bertujuan mewujudkan beberapa takrifan baru, termasuk takrifan Datuk Bandar dan majlis bandar raya yang bertujuan memperjelaskan pemberian kuasa kepada majlis bandar raya untuk melaksanakan fungsi sebagai warden lalu lintas. Pindaan juga memansuhkan takrifan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat susulan pembubaran entiti berkenaan. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 3 dengan memperkenalkan subseksyen (4A) baru bagi menerangkan pemberian kuasa kepada Datuk Bandar dalam sesuatu majlis bandar raya untuk melantik sebilangan orang dalam perkhidmatannya sebagai warden lalu lintas dan melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan. Fasal 5 bertujuan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen 4 baharu yang menerangkan bahawa kuasa warden lalu lintas yang diberikan kepada sesuatu majlis bandar raya atau majlis perbandaran adalah terhad di dalam kawasan kuasa majlis berkenaan sahaja. Fasal 6 memansuhkan seksyen 4B susulan pembubaran SPAD.
Fasal 8 meminda seksyen 64(1) untuk memberi kuasa kepada Timbalan Pengarah Pengangkutan Jalan melaksanakan fungsi dan tanggungjawab di bawah seksyen tersebut berkaitan kenderaan yang telah disita. Pemberian kuasa ini bertujuan mempercepatkan tempoh masa berkaitan proses pelepasan kenderaan yang telah selesai urusan perundangannya. Fasal 9 bertujuan meminda seksyen 65 bertujuan memberi kuasa kepada Datuk Bandar sesuatu majlis bandar raya untuk melaksanakan kuasa-kuasa di bawah seksyen ini. Fasal 10 meminda seksyen 66(nn) untuk memperjelaskan kuasa kepada Menteri untuk membangunkan satu kaedah yang khusus dan terperinci mengenai tatacara pembatalan pendaftaran kenderaan motor bagi apa-apa sahaja sebab yang munasabah. Seksyen 66(pp) pula juga dipinda untuk memberi kuasa kepada Menteri menetapkan fi ke atas proses permohonan kelulusan jenis kenderaan serta proses panggilan semula kenderaan yang mempunyai kecacatan dalam aspek pembinaan atau komponennya. Perenggan seksyen 66(ss) juga dipinda dengan memberi kuasa kepada Menteri untuk memperjelas dan menetapkan peraturan berkaitan penggunaan apa-apa kaca atau bahan lutsinar yang dipasangkan pada kenderaan motor serta menetapkan fi bagi proses permohonan itu.
Fasal 11 meminda seksyen 88(l)(r) untuk memberi kuasa kepada pegawai pengangkutan jalan untuk memberi arahan kepada pemandu kenderaan motor untuk memenuhi peruntukan-peruntukan berkaitan peraturan jalan dan kaedah pemanduan di bawah Bahagian III, Akta 333. Pemberian kuasa ini bertujuan membolehkan pegawai- pegawai pengangkutan jalan untuk mengawal aliran trafik dan mengarahkan pemandu untuk mematuhi arahan yang diberikan. Selain itu, pindaan ini juga akan memberi kuasa kepada pegawai pengangkutan jalan untuk mengiringi kenderaan-kenderaan yang telah disita akibat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan peraturan jalan raya seperti kenderaan klon, kenderaan yang disyaki dicuri, kenderaan yang tidak selamat dipandu dan sebagainya. Fasal 12 bertujuan meminda seksyen 120(1) untuk memberi kuasa mengeluarkan notis kompaun kepada Datuk Bandar atau sesuatu majlis bandar raya serta pegawai- pegawainya yang diberi kuasa bagi kesalahan-kesalahan di bawah Bahagian III, Akta 333. Selain itu, pindaan juga memperjelaskan bahawa semua notis kompaun hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada pendakwa raya sebelum boleh dikeluarkan. Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan bersifat editorial, dengan izin, dan consequential, dengan izin, susulan daripada cadangan pindaan akta ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya muliakan, pindaan- pindaan yang dicadangkan adalah amat penting untuk menjayakan usaha-usaha kerajaan meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya serta menambah baik keberkesanan pengurusan penguatkuasaan dan kawal seliaan lalu lintas khususnya di bandar-bandar utama. Pindaan-pindaan ini akan akhirnya dapat menyumbang kepada mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta tahap perbelanjaan awam. Saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat kelulusan di Dewan yang mulia ini demi kesejahteraan dan kemakmuran hidup semua rakyat tanpa mengira perbezaan latar belakang atau anutan ideologi politik kita semua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat jika sekiranya ada perbahasan. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian diikuti Yang Berhormat Gerik. Sila, saya bagi tempoh bukan sepuluh tetapi lapan minit, boleh? Terima kasih.
Terima kasih, saya mungkin tidak perlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan bagi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang ada di hadapan kita pada hari ini. Saya beranggapan bahawa pindaan-pindaan yang dipinta ini, yang dipohon ini adalah satu langkah yang baik untuk menambah baik keadaan. Pada masa yang sama saya melihat ada beberapa perkara yang perlu kita teliti. Sebagai contoh, kalau kita lihat setakat 30 Jun 2017, terdapat 20,0181,203 kenderaan di seluruh negara. Saya tidak pasti jumlah sehingga yang terkini yang ada. Setakat 30 Jun 2017, ini bermaksud nisbahnya adalah 0.88 kenderaan kepada seorang warganegara Malaysia ataupun seorang penduduk di negara Malaysia. Ini adalah satu angka yang besar yang mana jelas kita lihat dari segi pengurusan pendaftaran kenderaan-kenderaan ini amatlah penting. Yang saya lihat pada masa yang sama dari 2008, pihak Kementerian Pengangkutan telah mencatatkan sejumlah 373,071 kemalangan berbanding pada tahun 2017 ia telah meningkat sehingga 533,875 kemalangan. Ini bermaksud sejak 2008, jumlah kemalangan yang meningkat hampir 43 peratus. Ini bermaksud dari segi jumlah kenderaan yang ada, dari segi infrastruktur jalan-jalan raya yang ada, kita nampak jumlah kenderaan yang mendadak dan ini bagi saya pindaan untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan bertindak sebagai warden lalu lintas untuk mengemaskinikan takrifan bagi pihak berkuasa tempatan ini amat tepat. Akan tetapi pada masa yang sama saya percaya ia tidak dapat secara menyeluruh menyelesaikan masalah yang kita lihat peningkatan jumlah kemalangan yang berlaku akibat daripada secara prinsip, apakah secara fundamental, secara dasarnya kenderaan ini kepada rakyat Malaysia. Saya beranggapan pada ketika kalau kita lihat di kawasan Kuala Lumpur dan, dengan izin, Greater Klang Valley, kenderaan ini harganya hampir seperti sebuah rumah dan bagi ramai warga kota kalau tidak mampu hendak beli rumah, setidak-tidaknya ada kenderaan yang cantik, at least ada rasa kepuasan hati. Ini adalah satu keadaan mismatch di antara apa kemahuan rakyat dan apakah realiti bagi kita. Saya lihat kepincangan ataupun ketidakserasian dari segi fundamental ataupun dari segi dasar ini adalah akibat daripada salah dasar pentadbiran yang terdahulu yang telah memberikan bagi saya penegasan yang terlalu banyak kepada pengangkutan persendirian ataupun private vehicle ownership dengan izin. Maka saya melihat walaupun kita memberikan kuasa yang lebih kepada pihak berkuasa tempatan untuk bertindak sebagai warden, saya merasakan kita perlu ada lebih tambahan kepada penguatkuasaan untuk memastikan kita bukan sahaja menyaksikan kawalan dari segi jumlah kenderaan baharu yang akan masuk ke atas jalan-jalan raya kita, pada masa yang sama kita tidak menjadikan satu masalah kepada industri automatif yang mana kita sedar ia adalah satu sektor yang sangat besar bagi ekonomi negara kita. Akan tetapi pada masa yang sama kita dapat mengawal ataupun mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku.
Jadi pada masa yang sama, saya bagi contoh, kalau di kawasan Lembah Pantai, di Jalan Kerinchi dan Jalan Pantai Permai, ini di kawasan Kerinchi kawasan Bangsar South. Memang kita nampak di situ warga sering menimbulkan rasa marah kerana di sebelah pagi orang masuk ke Bangsar South untuk bekerja, di sebelah petang orang keluar untuk pulang, untuk balik ke rumah mereka. Kenderaan yang terlalu banyak, jalan yang terlalu sempit yang tidak ada perancangan besar, perancangan jangka masa panjang mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang keterlaluan bagi warga. Jadi pada masa yang sama kita mewujudkan peruntukan-peruntukan baru ini. Saya percaya kita perlu ada pemandangan ataupun konsep yang lebih menyeluruh ataupun holistik tentang isu ini. Saya percaya pentadbiran baru di Putrajaya mampu untuk mengetengahkan pandangan baharu. Saya juga ingin bertanya kepada pihak Menteri ataupun Timbalan Menteri, Menteri pun dah masuk, selamat datang Menteri Pengangkutan. Dalam menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan untuk tujuan melupuskan kenderaan-kenderaan usang, kenderaan-kenderaan buruk yang banyak berada di contohnya di kawasan Kuala Lumpur, kawasan Lembah Pantai memang banyak berselerak. Malah kalau kita pergi ke kawasan PPR, banyak kenderaan sama ada motokar ataupun motosikal yang tersadai. Saya ingin bertanya apakah yang sedang diusahakan oleh pihak kementerian untuk memastikan kenderaan-kenderaan ini boleh dilupuskan dengan selamat. Apakah jangka masa yang dijangka untuk proses daripada saat warga bertanya kepada saya ataupun kepada pihak PBT untuk melupuskan kenderaan sehingga kenderaan itu dibawa keluar. Apakah yang akan sebenarnya berlaku kepada kenderaan-kenderaan ini? Bagaimanakah proses pelupusan itu jika pihak kementerian mempunyai maklumat tentang perkara ini. Saya merasakan ini adalah antara langkah-langkah progresif yang sedang diusahakan untuk menyelesaikan masalah tetapi saya berpegang teguh kepada pendirian saya yang mana tidak mencukupi untuk kita mewujudkan peruntukan-peruntukan ini tanpa kita memaklumkan, kita memberi pendidikan kepada orang ramai. Apakah dalam Malaysia baharu ini kita perlu mempunyai kenderaan?
Pada masa kita menyediakan kemudahan seperti pass My50, pass My100 dan sebagainya dan kita memberikan pelaburan, memasukkan pelaburan RM2.46 bilion untuk memperbaiki kemudahan rel bagi kemudahan warga bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di seluruh Malaysia. Apakah hubungan kita dengan kenderaan persendirian selepas ini? Ini adalah satu soalan fundamental yang saya rasa perlu kita ketengahkan bagi seluruh rakyat Malaysia. Semoga dengan lulusnya pindaan ini, kita akan dapat bukan sahaja kenderaan- kenderaan yang lebih selamat tetapi juga suasana yang lebih aman di kawasan-kawasan perumahan kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, saya jemput Yang Berhormat Gerik. Sila.
Setiu.
Sila. Ya, dan diikuti oleh...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. Satu rang undang-undang yang baik untuk memastikan pemandu-pemandu berdisiplin di jalan raya. Dalam pada itu, bila kita memberi kuasa kepada YDP Majlis Perbandaran, secara tidak langsung pihak kerajaan boleh membantu menangani pemandu-pemandu yang tidak berdisiplin yang meletak kenderaan di merata-rata tempat, di bahu jalan dan sebagainya. Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu-waktu yang sesak.
Maka, dengan adanya perubahan yang dicadangkan ini, sedikit sebanyak boleh membantu majlis perbandaran di seluruh negara untuk mengatasi masalah pemandu yang tidak berdisiplin, yang agak ganas, ikut suka hati meletakkan kenderaan di mana-mana yang menyebabkan orang lain mendapat masalah. Seterusnya dalam pada itu juga saya berharap dengan perubahan RUU ini, bukan sekadar kita melihat pemandu kenderaan, motosikal bukan setakat pemandu lori atau kereta atau Hilux tetapi yang penting ialah penguatkuasaan tentang lori yang bukan sekadar di majlis perbandaran di jalan utama. Bila membawa pasir ataupun batu, tidak menutup dengan baik menggunakan kanvas yang menyebabkan kadang-kadang kereta yang mengekori di belakang lori. Walaupun sering kita perkatakan tersebut yang menyebabkan berlaku sama ada batu yang kecil kena kepada cermin kereta menyebabkan pemilik kereta yang berkenaan mengalami kerugian. Begitu juga lori-lori hantu yang beroperasi di kawasan-kawasan taman perumahan yang tidak dikawal. Sepatutnya lori-lori hantu ini sekadar mengangkut tanah dan juga pasir di kawasan operasi yang dikawal. Kalau di Kuala Lumpur, kita nampak ada kawalan untuk membersihkan jalan raya walaupun tanah-tanah menyebabkan kotor di jalan raya. Akan tetapi kalau di kawasan kampung, di luar bandar, lori yang beroperasi tadi kadang-kadang tak dijaga. Terpaksa kita memberi teguran kepada pihak pemaju perumahan atau projek- projek lain untuk memastikan jalan yang digunakan oleh orang ramai ini boleh digunakan dengan baik, tidak nampak berdebu dan menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna di jalan raya. Saya amat berharap pindaan RUU ini sedikit sebanyak dapat mengemaskinikan penguatkuasaan yang menjadi halangan kepada pengguna-pengguna yang lain. Begitu juga kita tengok walaupun denda dan penguatkuasaan dikenakan di highway di waktu perayaan- perayaan, kita lihat masih ada ramai pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan. Apa yang kita bimbang, ada kejadian-kejadian seperti orang yang sakit dan pelbagai tadi yang perlu menggunakan lorong kecemasan tetapi kita masih ada ramai pemandu yang tidak bertanggungjawab. Kadang-kadang dari luar negara pun membawa kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan. Ini satu yang kita kena didik setiap pemandu supaya menggunakan highway dengan cara yang betul. Kalau kita lambat, ikutlah lorong pertama, kedua dan ketiga yang akhirnya siapa yang lambat, sama-samalah kita lambat untuk mencapai ke destinasi yang kita hendak tuju. Saya amat berharap sekali lagi, penguatkuasaan pihak JPJ ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dengan kerjasama polis. Malangnya kadang-kadang, macam mana kita hendak menangkis tanggapan negatif daripada orang ramai bila melihat kereta JPJ atau kereta polis menahan lori atau kereta, seolah-olah mereka makan suap. Ini juga perlu kita lihat bagaimana supaya pihak penguat kuasa seperti JPJ dan polis sebenarnya untuk melaksanakan peraturan yang kita persetujui di Dewan Rakyat. Kita berharap masyarakat kena keluar daripada kepompong lama. Bila dilihat kereta kena tahan, lori kena tahan, motor kena tahan sebenarnya bagaimana persepsi ini boleh kita ubah untuk memastikan pelaksanaan penguatkuasaan ini dapat dijalankan dengan baik. Saya juga melihat pihak Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan, mesti memberi satu program yang mudah kepada masyarakat untuk mendapat lesen kenderaan terutamanya lesen memandu kereta dan juga motor. Di mana kalau kita membuat undang-undang ataupun modul yang kita buat itu agak sukar dan menyusahkan, akhirnya apa yang kita lihat ialah sebahagian besar daripada pemandu-pemandu motosikal tidak memiliki lesen motor. Begitu juga kalau yang bawa kereta, tidak memiliki lesen kenderaan. Cumanya kita faham pelbagai pendapat dan pandangan dalam memastikan pemandu yang berhemah perlu diberi kursus. Walaupun kita bagi kursus tujuh jam, lapan jam kepada pemandu tetapi kalau manusia ini tidak mahu mengubah diri, tak mungkin mereka boleh memandu dengan baik dan tidak menyakiti hati pemandu-pemandu yang lain. Saya berharap sedikit...
Yang Berhormat Gerik, mencelah sikit. Sungai Petani.
Yang Berhormat Sungai Petani mencelah.
Ya, sila.
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Setujukah Yang Berhormat Gerik dengan saya kalau saya katakan bahawa ramai di antara anak-anak muda yang tidak mahu mengambil lesen motosikal ataupun ada anak-anak muda yang tak mahu ambil lesen kereta kerana proses untuk mendapatkan lesen itu susah sangat. Kadang-kadang kena pergi kursus, lepas kursus kena pergi test itu dan ini. Akhirnya dia dok bawa motor empat tahun ke lima tahun dah sebelum ini, tetapi kerana nak ambil lesen itu, dia kena pergi kursus dan akhirnya dilihat terlalu susah untuk dapat lesen. Dia kata lebih baik dia naik motor tak ada lesen dan ini saya rasa satu jumlah yang- setujukah Yang Berhormat Gerik dengan saya, kalau saya kata kita permudahkan untuk urusan orang nak ambil lesen motor ini sebab motor ini bukan susah sangat pun. Terima kasih Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani, sila.
Boleh saya sambung, Yang Berhormat Gerik?
Boleh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Jelutong ada lesen tak?
...Saya nak tanya Yang Berhormat Gerik iaitu mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan melaksanakan satu penguatkuasaan. Kalau di Australia, kita tidak nampak ada kompaun tertunggak. Di mana siapa-siapa sahaja pemandu yang tidak bertanggungjawab di saman, dia compulsory kena bayar. Kalau tidak, dia didakwa di mahkamah tetapi di negara kita ini, kompaun saman ini berlonggok-longgok, berjuta. Jadi mungkin Yang Berhormat Menteri baharu, sahabat saya ini boleh laksanakan yang terbaik untuk negara kita. Mulai daripada tahun depan mungkin, siapa-siapa yang kena saman, dia terus kena bayar. Kalau tidak, dia akan didakwa di mahkamah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan, sila Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya sikit untuk menjawab dua Yang Berhormat ini.
Ya, sila.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Sungai Petani, kerana itu saya bangkitkan. Saya rasakan untuk ambil lesen, proses yang menyusahkan ini menyebabkan ramai di luar sana yang membawa kenderaan motosikal dan kereta tidak memiliki lesen. Jadi kita fikirkanlah kaedah, modul yang terbaik..
Yang Berhormat Gerik, minta laluan.
Masa saya sudah habis.
Selepas ini Yang Berhormat Setiu ada peluang bercakap.
Kedua, tentang apa Yang Berhormat Kinabatangan kata tadi. Sebenarnya kerajaan perlu fikirkan dan boleh masukkan ucapan Yang Berhormat itu dalam ucapan saya kerana itu satu cadangan yang baik. Kalau tidak, kerajaan rugi- tertunggak. Memanglah rakyat akan marah tetapi sebenarnya kita bagi kadar yang sesuai yang membolehkan rakyat mampu membayar. Kena saman kena bayar terus ketika itu. Jadi dengan ini saya amat menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya tidak berniat untuk mengambil masa yang begitu lama dan ingin memulakan perbahasan dengan membangkitkan isu yang saya rasa amat penting iaitu integriti para pegawai penguat kuasa yang telah dilantik dalam menjalankan tugas. Saya yakin isu pemberian duit kopi dan penyalahgunaan kuasa sudah selalu dibangkitkan oleh Ahli Dewan sejak dari dahulu lagi. Namun, isu ini dilihat masih lagi tidak selesai sepenuhnya. Isu ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik institusi yang berkaitan sama ada JPJ ataupun pihak berkuasa tempatan atau mana-mana penguat kuasa sekalipun. Saya berharap agar pihak kementerian dapat berbuat sesuatu dengan mencari penyelesaian yang tuntas agar isu ini dapat diselesaikan seperti bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia dan sebagainya. Kedua, saya ingin membangkitkan isu ulat parking yang dilihat masih lagi wujud di beberapa tempat walaupun sudah dibanteras dan sudah dilumpuhkan oleh pihak berkuasa. Kewujudan mereka ini telah menyusahkan orang awam dengan memeras dan mengaut keuntungan atas angin. Mereka ini cukup berani dengan mengugut juga orang awam jika tidak mahu membayar. Oleh itu, saya memberi harapan penuh kepada kerajaan supaya isu ini dapat diselesaikan seberapa segera. Mungkin boleh kita tambahkan pegawai di tempat- tempat yang berpotensi. Untuk akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang telah memberi lesen kepada para belia untuk mengambil lesen motor dengan kita beri bantuan sebanyak RM300 bermula awal Januari 2019. Saya rasa inilah satu-satunya kerajaan yang telah memberikan kemudahan pada belia dalam mengambil lesen motor ini bagi memudahkan mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Paya Besar. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk turut serta dalam pindaan rang undang-undang yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi berkaitan satu perkara yang saya harap kita harus beri tumpuan bagaimana majlis bandar raya dan JPJ diambil dan diberi ruang untuk mengambil alih kenderaan-kenderaan terbiar di kawasan-kawasan taman.
Akan tetapi, polemik yang berlaku yang kita mesti mengetahui adalah apakah punca sebenar kereta tersebut berada di situ. Itu yang lebih penting kerana bagi saya kita mesti memikirkan tentang SOP nya. Kita tidak boleh mengambil sesuka hati dan membiarkan perkara ini ditentukan oleh KRT tempatan tanpa memikirkan kenapa kereta tersebut berada di situ. Itu yang pertama. Keduanya, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkaitan bagaimana penguatkuasaan terhadap kereta-kereta atau lori-lori yang lebih muatan. Kapasiti jalan-jalan di taman-taman perumahan ini bukanlah kapasiti jalan seperti mana keupayaan di jalan-jalan raya tetapi apabila kenderaan-kenderaan muatan besar yang lebih 10 tan, 15 tan parking dalam kawasan taman, saya ingat ini juga harus diambil kira dalam kira warden lalu lintas yang berada di dalam rang undang-undang ini. Bukan apa, bila kenderaan besar, lori besar masuk ke kawasan taman, ia telah menyebabkan krisis yang lain seperti paip pecah dan ini sebenarnya sedang berlaku dalam kawasan taman. Saya juga tertarik dengan pindaan ini apabila Yang Berhormat Menteri diberi kuasa untuk menentukan caj atau fi cermin gelap. Saya kira ini juga harus kita memberi perhatian supaya jangan hanya orang yang ada duit, Yang Berhormat Menteri, boleh membayar caj atau fi kepada cermin gelap dari satu segi, kerana bagi saya, kita mesti leveragekan penggunaan cermin gelap kerana ia juga menyumbang kepada pengurangan kes-kes keselamatan supaya banyak perkara yang dapat kita selesaikan. Dalam fasal yang saya cuba faham iaitu Yang Berhormat Menteri juga diberi...
Minta laluan, Yang Berhormat Paya Besar.
Sila.
Sila, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkait dengan cermin gelap, bersetuju atau tidak dengan saya, Yang Berhormat Paya Besar, bahawa kalau boleh kita benarkan penggunaan cermin gelap ini? Ini kerana dalam cuaca yang semakin panas sekarang, ia amat sesuai untuk semua orang memakai cermin gelap. Itu satu. Kedua, apa yang saya perhatikan bahawa kereta-kereta ataupun kenderaan daripada Thailand yang masuk ke negara kita juga menggunakan cermin gelap. Apakah mereka ini diberikan kebenaran untuk menggunakan cermin gelap di negara kita? Itu sahaja pandangan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Yang Berhormat Paya Besar, boleh mencelah sikit?
Boleh.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan cermin gelap ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Besar, adakah Yang Berhormat Sungai Besar setuju supaya cermin gelap ini dibenarkan sebenarnya? Pengalaman saya sendirilah, saya pernah masuk ke kedai, parking kereta saya, kita tidak tahu siapa yang jalan di tepi jalan dan lalu kereta kita dan intai, mereka pecahkan cermin just hendak ambilkan satu beg yang tidak seberapa dalam itu tetapi cermin kereta saya pecah. Jadi, saya fikirkan tentang keselamatan.
Lagi pun saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Sungai Besar, apa pendapat Yang Berhormat Sungai Besar, sekarang ini banyak kereta cermin gelap? Apa sebenarnya tindakan kalau kata tidak boleh...
Paya Besar.
Sorry. Yang Berhormat Paya Besar. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya hendak jawab dahulu Yang Berhormat Bagan Serai. Berkaitan ini, saya kira inilah yang saya cuba bangkitkan, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan keperluan kita untuk menjaga keselamatan. Kerana apa? Bagi saya, yang pentingnya adalah keselamatan kerana bagi saya keselamatan ini harus kita anggap sebagai satu perkara yang utama di kala kita punya keadaan berada- kadang-kadang kita tidak perasan, Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, apa barang yang tertinggal dalam kereta. Bukanlah cermin gelap ini menunjukkan contoh kemewahan, orang yang cermin gelap ini adalah VIP, orang yang tak cermin gelap ini orang biasa tetapi dengan keperluan keselamatan pada hari ini dan saya juga ingin terus kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kalau kita gunakan caj, fi, apakah yang akan berlaku? Saya harap supaya kenderaan-kenderaan yang juga datang daripada Singapura, kenderaan-kenderaan yang datang daripada Thailand juga kita kena caj kalau Yang Berhormat Menteri ingin caj mereka. Kerana apa? Kita mesti adil kepada rakyat Malaysia. Janganlah kita menganaktirikan rakyat Malaysia. Saya kira pandangan kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini juga boleh dimasukkan ke dalam teks ucapan saya. Saya harap sangat SOP untuk pengecualian ini harus diteliti, Yang Berhormat Menteri. Saya yakin Yang Berhormat Menteri pun ada pengalaman dan pegawai-pegawai di kementerian Yang Berhormat Menteri pun ada pengalaman kerana ramai orang akan minta pengecualian. Saya harap pengecualian fees ini harus diambil kira berdasarkan faktor keselamatan, faktor keutamaan, bukanlah faktor politik semata-mata. Saya juga ingin sentuh sedikit berkaitan kereta potong. Saya harap dalam perkara kita untuk mengelakkan kemalangan ini yang banyak statistik berlaku disebabkan kereta potong, saya harap perkara ini juga harus diberi perhatian oleh pihak kementerian supaya kita harus membenarkan kereta-kereta yang betul-betul berkualiti berada di atas jalan. Kalau semua orang boleh mempunyai kereta berkualiti, jalan yang baik, saya kira kita dapat mengurangkan kadar kemalangan. Terakhirnya, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan pemandu tanpa lesen. Saya risau, Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, apabila saya melihat ramai hari ini apabila bas sekolah sudah tidak menjadi pengangkutan kepada anak-anak yang berada di kawasan-kawasan luar bandar khususnya kawasan saya, Paya Besar. Yang Berhormat Bagan Serai, bukan Sungai Besar. Bukan juga Paya Lebar, Tuan Yang di-Pertua, tapi Paya Besar. Maknanya apa yang pentingnya adalah kita mesti melihat pemandu tanpa lesen.
Dan saya harap kementerian- saya setuju supaya kita turunkan had umur pemilikan lesen motosikal dan lesen kenderaan. Ini kerana apabila bas sekolah bukan lagi menjadi satu faktor kepada mereka untuk pergi ke sekolah, kebanyakan anak muda pakai baju sekolah, pakai helmet tetapi lesen tidak ada. Jadi, kalau kita biarkan perkara ini berlaku akhirnya, ada pula saya dengar Yang Berhormat Menteri, siapa yang langgar pelajar sekolah, kita pula yang kena.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi minta laluan.
Banyak minta laluan ini. Tidak apalah hari terakhir. Bagi chance.
Sila, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Bukan paya lebar ya tetapi paya besar. Berkaitan dengan lesen ini, bersetuju atau tidak dengan saya, Yang Berhormat Paya Besar supaya yuran ataupun bayaran kepada sekolah-sekolah latihan memandu ini dikurangkan untuk memudahkan mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan lesen. Itu pertama. Kedua, silibus atau sukatan ujian pemanduan ini juga dikaji semula kerana dengan silibus yang lama, kemalangan tidak juga berkurangan. Ketiga, saya juga mencadangkan supaya pusat-pusat latihan ini diperbanyakkan untuk mengadakan persaingan yang sihat untuk nak memurahkan lagi yuran tersebut. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Paya Besar? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Paya Besar. Sedikit masa tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya fikir pandangan ini sangat bernas di hari-hari terakhir ini. Saya minta ucapan Yang Berhormat Hulu Terengganu dimasukkan dalam ucapan saya. Cumanya, berkaitan kos, fi atau yuran untuk pelajar sekolah memandu ini, saya ingat harus diberi penekanan yang khusus sebab ini masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Apabila pelajar-pelajar sekolah pergi ke sekolah, kita nak didik mereka dalam suasana yang baik. Saya kira ada juga pelajar-pelajar universiti yang pergi ke universiti tidak ada lesen. Statistik sudah banyak. Yang Berhormat Menteri pun dalam kenyataan-kenyataan saya teliti banyak saya beritahu. Umur 16 hingga 20 tahun, 38 peratus daripada, 18 peratus. Semua. Kalau saya nak bentangkan memang ada. Saya harap had umur dikurangkan dan yuran untuk mengambil lesen ini juga dipermudahkan. Saya setuju Yang Berhormat Sungai Petani bangkitkan berkaitan kurikulum tadi supaya kita mudahkanlah. Ini kerana mereka pun sudah pandai bawa motosikal. Motosikal kecil, motosikal besar. Akhir sekali, penguatkuasaan pemakaian tali pinggang. Ini bukan sahaja kepada driver, bukan sahaja kepada penumpang yang berada di hadapan tetapi juga penumpang di belakang ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri tolonglah kuatkuasakan pemakaian tali pinggang ini. Banyak sangat...
Habis masa!
Masa apa? Sabarlah. Nak landing lah ini. Ini kerana saya kira inilah yang paling pentingnya untuk kita memastikan rang undang- undang yang dipinda ini mesti mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit sahaja. Dua minit sahaja.
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih. Saya cuma ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini memandangkan Menteri hadir terhadap tahap keselamatan melibatkan bas-bas ekspres. Di mana kita lihat pada hari ini dilaporkan dalam Free Malaysia Today, satu kemalangan yang berlaku di Jalan Kota Belud-Tuaran iaitu Kampung Kelawat yang melibatkan 18 orang pelancong daripada Korea. Kita lihat sejak kebelakangan ini banyak sangat kemalangan yang melibatkan bas-bas ekspres. Pada sesi Dewan yang lalu juga saya telah membawa kepada Dewan yang mulia ini perkara ini yang saya rasa kerap kali berlaku di mana saya menggunakan kesempatan ini untuk memohon kepada Menteri Pengangkutan, kepada semua kakitangan yang terlibat dalam jabatan untuk memastikan bahawa kita dapat menggubal juga undang-undang yang dapat memberi perhatian untuk mengurangkan kemalangan. Kita lihat bahawa konsep sekarang yang ada adalah pemandu-pemandu bas ini dibayar apabila mereka membuat trip, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Di mana mereka cenderung untuk berulang-alik daripada suatu destinasi kerana kalau lebih banyak trip yang dibuat oleh mereka, mereka akan dibayar mengikut trip. Ini menyebabkan kemungkinan mereka memandu laju dan kurang tidur serta macam-macam kekurangan yang berlaku ketika mereka memandu. So saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri dan juga kakitangan yang terlibat untuk menggubal undang-undang yang dapat memastikan bahawa kita dapat mengurangkan kemalangan bas-bas ekspres menjelang musim perayaan yang akan datang. Dalam masa dua tiga minggu ini, kita lihat ada juga ramai yang akan menggunakan bas ekspres untuk berulang-alik daripada Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan sebagainya dan juga ke negeri-negeri di Pantai Timur. So saya mengambil kesempatan ini untuk menggesa Menteri untuk melihat perkara ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Menteri untuk menguatkuasakan penggunaan cermin gelap kerana banyak sangat kenderaan-kenderaan di luar sana menggunakan cermin gelap tanpa memperoleh kelulusan. Mereka cenderung untuk menggunakan kenderaan-kenderaan ini untuk melakukan jenayah. Banyak sangat kes... sila.
Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jelutong, setujukah dengan saya masalah yang kita ada di negara kita ini, we have enough laws. Undang-undang untuk menyelia pergerakan bas dan juga pemandu ini, saya rasa cukup banyak. Isu yang kita tak ada ialah tentang penguatkuasaan. Setujukah Yang Berhormat Jelutong dengan saya mengatakan bahawa pertama sekali kita harus memastikan pegawai-pegawai kita menjalankan tugas bukan secara seasonal tetapi juga melaksanakan tugas secara bersepadu dengan pihak-pihak yang lain dan juga harus mengenakan tindakan-tindakan tegas apabila kesalahan dibuat daripada kita memberikan kompaun dan juga relaxation dan sebagainya. Setujukah Yang Berhormat Jelutong dengan saya? Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Petani, satu cadangan yang memang baik dan bernas. Mungkin memang ada undang- undang yang mencukupi. Peruntukan-peruntukan, kaedah-kaedah yang mencukupi tetapi kita lihat seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani, kemungkinan besar penguatkuasaan ini adalah seasonal kerana ia bertumpu kepada penguatkuasaan yang dibuat hanya semasa musim perayaan sahaja. So saya minta Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang saya rasa memang berjiwa rakyat. Kita lihat memang. Saya akui sejak kebelakangan ini kejadian kemalangan yang berlaku di jalan raya memang sudah pun berkurangan.
So, memang perkara ini dapat ditangani tetapi kita ingin lihat sifar kemalangan. Kemalangan yang saya rujuk tadi yang berlaku di Jalan Kota Belud-Tuaran, berlaku sebab pemandu bas itu selepas dijalankan ujian saringan air kencing, didapati positif dadah. Kemalangan melibatkan 18 orang pengunjung daripada Korea Selatan dan bas itu terbalik. Bayangkan kalau perkara ini berlaku. Kadangkala kita juga menggunakan bas untuk ulang- alik daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur semasa sesi Dewan Rakyat dan sebagainya. So, ia boleh berlaku kepada sesiapa. So, saya ingin menggesa Dewan yang mulia ini dan Yang Berhormat Menteri untuk memberitahu kepada semua kakitangan di Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memastikan bahawa penguatkuasaan ini sentiasa berlaku dan bukan hanya ditumpukan kepada musim- musim perayaan sahaja.
Yang Berhormat Jelutong. Saya dari Hulu Rajang.
Sila.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong. Jadi saya minta juga Yang Berhormat Jelutong, kalau Yang Berhormat Jelutong bersetuju kepada Kementerian Pengangkutan kita. Ini kerana di kawasan saya, lori- lori balak, lori-lori hantu itu Yang Berhormat Jelutong, menggunakan jalan yang telah di tar. Telah dibaiki di kawasan Jalan Bakun. Jadi saya minta, ini satu juga minta dengan Yang Berhormat Jelutong untuk bersetuju. Minta Kementerian Pengangkutan kita ketatkan lagi undang-undang ini supaya JPJ menjalankan tugas. Kadang-kadang roadblock waktu pagi tetapi lori balak tengah malam sudah jalan, Yang Berhormat Jelutong. Jadi tidak adillah kepada pengguna-pengguna jalan raya kita di kawasan saya di Jalan Bakun itu.
Terima kasih. Saya cuma ingin merumuskan dengan mengatakan bahawa dalam dua tiga bulan yang lalu berlaku satu kemalangan ngeri di Rawang di mana lori yang sedang datang daripada jalan, melintang arus itu telah melanggar pengadang jalan dan telah pergi ke sebelah kanan menyebabkan sebuah keluarga terdiri daripada enam orang itu meninggal dunia. Mati katak bila berlaku head on collision, dengan izin. So, saya juga ingin minta Yang Berhormat Menteri kalau kita boleh melarang kenderaan-kenderaan berat ini daripada hanya menggunakan jalan-jalan itu pada waktu malam sahaja. Kalau mereka dilihat di atas jalan raya menggunakan jalan raya itu selepas matahari terbit, tindakan penguatkuasaan harus dikenakan di mana lori-lori balak atau kenderaan-kenderaan berat ini hanya disingkatkan untuk menggunakan jalan raya pada waktu malan sahaja ataupun pada waktu-waktu di mana kenderaan-kenderaan lain tidak ada. So ini adalah perkara-perkara yang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi perhatian dan saya yakin permintaan-permintaan daripada saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain akan diberi perhatian oleh Menteri dan juga Timbalan Menteri dan kakitangan di jabatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah tepat pukul 1 dan kita akan berhenti rehat dan disambung untuk Menteri ataupun Timbalan Menteri menjawab pada pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tgh.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 ptg.]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Ada seorang lagi pembahas? Ya, silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan iaitu pada masa ini kita lihat banyak pembaikan jalan. Saya bertanya, mengapa waktu sibuk cuti dan sebagainya, dibuat kerja-kerja membaiki jalan dan sebagainya. Ini menyusahkan. Hari itu, semasa hari minggu kita nak datang dan makan masa tujuh jam hendak sampai ke Kuala Lumpur. So, perkara-perkara seperti ini haruslah diambil perhatian. Selain daripada itu juga, bagi orang-orang yang dapatkan lesen ‘E’. Apabila mereka ada lesen ‘D’, mereka perlu menghadiri, selagi undang-undang telah pun diambil tetapi apabila lesen ‘E’, kena hadir lagi sekali ujian undang-undang. Berapa kali hendak hadir ujian undang-undang untuk ambil test? Sekali ambil cukuplah. The basic things sudah ada. Kalau kita hendak pergi kali kedua pun, itu juga undang-undang yang kena pass. So, membazirkan masa, bazirkan duit. Kalau boleh, sekali sudah ambil basic, itu sahaja tetapi cuma dia boleh renew lesen dia sahaja daripada ‘D’ pergi ke ‘E’. Juga apabila mereka hendak pergi daripada lesen ‘D’ ke lesen ‘E’ itu, memakan masa yang panjang. Oleh sebab kebanyakan orang generasi sekarang dia ingin kerja sebagai pemandu lori. Kalau lesen ‘D’, dia tidak boleh bawa lori dan dia perlukan ‘E’. Kalau boleh, masa dalam dua tahun itu dipendekkan bagi setahun atau apa supaya mereka boleh mohon untuk dapatkan lesen ‘E’. Juga, bagi mendapatkan GDL, itu pun satu perkara yang perlu dia pergi dan uji balik macam mana hendak bawa lori dan sebagainya. Apabila sudah lulus lesen ‘E’ sebagai pemandu, dia kena pergi uji pula lagi sekali, test lori dan sebagainya untuk dapatkan GDL. Ini satu, membazirkan duit dan juga bazirkan masa. Selain daripada itu juga, apabila pihak JPJ saman, sekiranya didapati kalau satu kenderaan ataupun lori itu rosak sebiji bulb, harganya RM1.50 tetapi saman kena untuk dua orang. Tauke lori pun kena, orang yang memandu kena. Kalau satu orang RM300, dua orang kena bayar RM600. Padahal bas itu bulb itu baru RM1.50 untuk pasang tetapi saman dua kena iaitu owner kena dan juga, dengan izin, pemandu pun kena. So, ini perlu diambil perhatianlah. Kalau perkara itu serius tidak mengapalah. Akan tetapi oleh kerana bulb itu kadang-kadang kita pun tidak tahu orang bawa lori tengah jalan itu, bulb itu diblow. So, you berhenti bagi dua saman itu tidak padanlah. Sungutan itu ada pada setiap oranglah. Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil perhatian. Juga bagi kenderaan-kenderaan yang sudah lama benarkan untuk tukar nombor plat pada kenderaan baru. Mungkin ada mereka hendak buat kenangan, sebagai mungkin nenek dia atau ibu bapanya kenderaan sudah uzur. Mereka kalau sudah tukar kenderaan baru, bolehlah ambil nombor itu, pasang balik ke kenderaan baru. Selain itu juga, bagi kenderaan-kenderaan seperti kita dapati kebanyakan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, apabila orang-orang yang bawa motor ataupun kenderaan tidak ada lesen, tidak ada road tax, orang yang kena langgar itu tidak boleh tuntut. Apa akan jadi kepada orang itu, kalau sekiranya dia meninggal sebab dia tidak boleh tuntut mana-mana kenderaan. Itu sebabnya pihak kementerian ambil perhatian serius terhadap lesen-lesen pemandu dan juga kenderaan, ada road tax, insurans memberi lebih perhatianlah. Oleh sebab kebanyakan pemandu yang bawa motosikal-motosikal ini boleh dikatakan majoriti tidak ada lesen dan juga road tax. Kalau boleh kita panggil mereka. Apabila sudah kena tangkap, mereka bagi saman. Kalau kita check setiap orang, ada 20 saman, 30 saman. Dia angkat, dia koyak buang. Angkat, dia koyak buang.
Tidak ada makna kita beri saman kepada mereka. Mereka tidak kisah. Remaja ini tidak kisah. Janji mereka tahu, ambil saman macam kertas itu kertas sampah yang mereka buang pi. Kalau boleh, kita tangkap, kita bagi mereka pendidikan. Masuk suatu tempat khusus, sehinggalah mereka boleh ambil lesen dan sebagainya baru lepas dia. Senang kepada kita. Kalau tidak, kadang-kadang tanya apa pasal tidak ambil lesen? Saya ada saman 20. Kita hendak nasihat pun, kalau Yang Berhormat boleh bayar, saya boleh ambil lesen kereta. Susah. So, saya berharap perkara-perkara ini ambil perhatian dan juga saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Tidak ada pembahas lain. Ada? Tidak ada. Yang Berhormat Arau? Yang Berhormat Arau hendak cakap? [Ketawa] Tidak ada. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Ada? Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada enam orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap dan juga tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mencelah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, pada umumnya saya ingin mengucapkan terima kasih juga sebab dalam boleh dikatakan semua Ahli-ahli Yang Berhormat berucap tadi mereka pada rata-ratanya menunjukkan sokongan kepada apa yang kita cadangkan dalam pindaan rang undang-undang ini. Ini kerana pindaan rang undang-undang ini untuk memperkemaskan lagi pengurusan pengangkutan, khususnya berkaitan dengan kuasa yang kita berikan secara jelas kepada Menteri untuk menjalankan dasar-dasar kementerian dan memberi kuasa khusus kepada kerajaan-kerajaan tempatan untuk mentadbir kedudukan kenderaan- kenderaan dalam kawasan-kawasan PBT mereka masing-masing. Ini juga melibatkan kuasa Menteri untuk yang diperkenalkan melalui rang undang- undang ini mengenakan fi-fi yang tidak begitu menyusahkan rakyat tetapi untuk memberikan hasil tambahan kepada kerajaan melalui pindaan rang undang-undang ini. Saya mulakan secara ringkas memandangkan kita semua amat mementingkan masa di hari terakhir ini. Kena pula malam ini ada bola. Maka saya hendak katakan di sini bahawa pertamanya, sahabat saya Yang Berhormat Lembah Pantai telah memberikan pandangan, cadangan dan aspirasi beliau yang sangat saya sanjung untuk melihat sekali lagi dan menyeru kepada kita semua memikirkan tentang tendency rakyat kita untuk memandang bahawa kepunyaan kereta, mobil itu benda yang terlalu penting sehingga mengikut beliau menyamakannya dengan kepunyaan kita kepada rumah dan sebagainya.
Beliau telah memberikan statistik berkaitan dengan jumlah kereta atau mobil di dalam negara kita, 20 juta semuanya. Saya ingin menambah lagi kepada maklumat beliau bahawa kenderaan aktif dalam negara kita iaitu kereta, motosikal, lori, bas dan sebagainya yang aktif ialah 17.7 juta tetapi di samping itu, ada pula kenderaan yang tidak aktif iaitu 9.7 juta. Jadi campur keduanya, 27.4 juta kenderaan yang ada di atas bumi negara Malaysia kita ini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Jadi, keadaan inilah yang menyebabkan bahawa kita senantiasa mesti mengawasi bagaimana hendak mentadbirkan kereta, mobil dan sebagainya serta bagaimana hendak mentadbirkan pemandu-pemandu supaya kemalangan dan kematian tidak berlaku. Saya ingin juga melaporkan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Bahawa kematian yang...
Yang Berhormat Lembah Pantai pohon mencelah.
Dalam statistik tahun 2017, kematian hasil daripada kemalangan-kemalangan jalan raya ialah 7,640 orang. Daripada kematian 7,640 tahun 2017 ini, lebih 60 peratus pemandu, pembonceng motor- motosikal. Daripada kalangan pemandu dan pembonceng motosikal yang mati ini, lebih 60 peratus ini ramainya adalah remaja- remaja. Jadi, oleh sebab itulah dasar kita misalnya tentang pengeluaran lesen untuk motosikal, penggunaan topi keledar, disiplin jalan raya dan sebagainya kita utamakan sebab ia benar-benar mengakibatkan kematian yang benar dan lebih-lebih lagi melibatkan anak- anak remaja kita. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terima baik pandangan ataupun statistik yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya ingin bertanya, bila disebut 9.7 juta kenderaan yang tidak aktif ini, apakah mengikut kementerian takrifan tidak aktif? Apakah jangka masa dan terma-terma ataupun syarat-syarat yang menjadikan sesuatu kenderaan itu disebut di sini sebagai tidak aktif? Itu sahaja, terima kasih.
Kemungkinan besar yang paling ramai di antara yang tidak aktif ini yang tidak membayar lesen-lesen tahunan, road tax mereka. Inilah yang akhirnya akan terkena dengan dasar kita memberi kuasa kepada Menteri dan PBT dalam hal- hal pelupusan dan pengangkutan mobil-mobil seperti itu antaranya, yang banyaknya. Seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai juga bertanya tentang bagaimana hendak menambah baik proses pengurusan kenderaan terbiar. Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama KPKT dan PBT telah pun mempunyai dan akan memperkemaskan lagi SOP yang digunakan oleh PBT. Selain daripada peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, pihak PBT juga diberi kuasa di bawah seksyen 65 Akta Pengangkutan Jalan untuk mengalihkan kenderaan-kenderaan yang rosak dalam kawasan PBT masing-masing. Kementerian juga akan meneliti semula tempoh masa yang terlibat dalam proses pengurusan kenderaan rosak ini bagi mempercepatkan lagi semua proses terlibat. Dalam memastikan sebarang pelupusan kenderaan kelak tidak mencemarkan alam sekitar, pelupusan kenderaan hanya boleh dibuat di pusat-pusat yang mendaftar dan mematuhi proses pelupusan yang melindungi alam sekitar sahaja. Jadi, ada syaratnya yang itu. Keduanya saya hendak merujuk kepada sahabat saya Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik telah bertanya beberapa perkara berkaitan dengan kuasa Majlis Perbandaran, pemandu meletak kereta merata-rata, lori, lori hantu, pemandu guna lorong kecemasan, imej JPJ dan lesen kenderaan minta dipermudahkan. Yang Berhormat Gerik, sebagaimana kita semua maklum, undang-undang jelas khususnya berkaitan dengan menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya-lebuh raya. Walau bagaimanapun mengambil kira apa Yang Berhormat Gerik sebutkan dan pandangan umumnya, kita akan sudah tentu memperkemaskan lagi penguatkuasaan ke atas yang tidak patut menggunakan laluan-laluan kecemasan tetapi menggunakannya. Juga berkaitan dengan lori membawa batu dan pasir secara bahaya, JPJ senantiasa menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat tersebut. Kesalahan membawa barangan secara berbahaya boleh didenda tidak lebih daripada RM2,000 atau dan dipenjarakan tidak lebih daripada enam bulan. Pemandu yang terlibat akan dikenakan mata demerit pula. Berkaitan dengan Yang Berhormat Setiu yang berkata tentang duit kopi, imej JPJ, isu ulat parking. Saya pertamanya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat kerana memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah memberi bantuan kepada belia untuk mengambil lesen. Ini saya fikir semangat yang baik dan sudah tentu kita amat-amat bersetuju tentangnya.
Tentang duit kopi, imej JPJ ini kita terima, kita faham, kita dengar tetapi kita mengharapkan supaya semua pihak bersama-sama kita melaporkan jika ada apa-apa keadaan yang mana kita boleh mengesyaki bahawa ia melibatkan ciri-ciri rasuah. Saya juga ingin melaporkan bahawa berkaitan dengan isu ulat ini pula, kita ada undang-undang di bawah seksyen 50 Akta Pengangkutan Jalan. Pihak JPJ dan polis boleh mengambil tindakan terhadap ulat tiket, denda tidak melebihi RM2,000 boleh dikenakan. Jadi ada peraturannya, ada undang-undangnya. Berkaitan dengan sahabat saya Yang Berhormat Paya Besar yang bertanya tentang SOP untuk JPJ mengambil alih kenderaan tersadai, penguatkuasaan lori lebih muatan yang telah pun disebutkan tadi, fi untuk cermin gelap. Maka pertamanya, kita setuju dengan pandangan Yang Berhormat tentang pastikan SOP teratur bahawa sebarang proses pengalihan akan mematuhi semua SOP dan peraturan yang ditetapkan di bawah undang- undang semasa yang berkaitan. Begitu juga tentang pemandu tanpa lesen, sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Oleh kerana kadar kematian yang amat teruk yang melibatkan, khususnya anak- anak remaja, saya mencadangkan supaya cadangan dan pandangan ini kita fikirkan dengan cara yang amat mendalam supaya kesannya tidak merugikan rakyat dan masyarakat kita terutama sekali anak-anak remaja. Tentang kenderaan berat yang parkir dalam kawasan perumahan, seksyen 65 Akta Pengangkutan Jalan 1987 memberi kuasa kepada semua agensi penguat kuasa untuk mengalih, menyita dan melelong kenderaan-kenderaan yang seperti ini yang tidak berkeperluan menurut undang-undang. Kedua akhirnya kepada Yang Berhormat Jelutong, banyak beliau menyentuh tentang bas ekspres dan sedikit tentang isu cermin gelap. Tentang bas ekspres, kita sudah tentu bersama-sama dengan beliau, amat bimbang tentang kerapnya berlaku kemalangan- kemalangan seperti ini dan kita akan memandang berat akan pandangan-pandangan beliau. Saya ingin menambah sedikit sahaja lagi dengan mengatakan bahawa dalam salah satu jawapan saya dalam Dewan yang mulia ini, kita telah menyatakan bahawa kementerian melihat salah satu daripada cara mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pemandu-pemandu bas ekspres ialah dengan memberikan kaedah dan cara perkhidmatan kerja yang lebih baik kepada pemandu-pemandu bas ekspres ini dengan tangga gajinya yang sebenar dinaikkan. Juga memastikan di kalangan mereka itu kerja mereka walaupun mengikut peraturan, kalau perjalanan lebih daripada empat jam misalnya, mesti kena ada dua pemandu dan kedua-dua pemandu itu...
[Bangun]
Sabar Yang Berhormat Arau, yang kedua-dua pemandu itu hanya sepatutnya seorang yang pertama bermula daripada permulaan perjalanan, pemandu yang kedua menunggu di tempat singgah sekitar empat jam dan mengambil alih di situ. Bukan kedua-duanya sekali sebab ia akhirnya akan mengakibatkan akhirnya kedua-dua pemandu letih sebelum tamat perjalanan yang sepenuhnya. Sila Yang Berhormat.
Ya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, dalam dunia ini mana negara yang paling banyak berlaku kemalangan bas ekspres? Ini sebab dulu ada dibuat perbandingan, dia kata Malaysia di antara yang tertinggi. Jadi, kita tengok negara yang terendah kemalangannya, kita boleh ambil contoh bagaimana mereka latih pemandu ataupun apakah galakan yang diberi pemandu sehingga kurang kemalangan. Di antara negara yang kurang kemalangan saya rasa mungkin Jepun, saya tidak pasti. Negara yang paling banyak di antaranya kita dan sebagainya. Apakah perbandingan ini boleh dibuat dan diambil kira? Dengan itu, sebahagian besar daripada pemandu-pemandu dihantar untuk mendapat latihan di Jepun atau di tempat lain, bagaimana hendak memandu secara berhemah.
Sebelum pergi ke tajuk lain...
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan gaji ini, saya ingin cadangkan ramai yang pembawa-pembawa bas ini tidak ada SOCSO, EPF dan sebagainya dan mereka tidak ada basic, hanya beri RM200 sahaja.
Kalau sekiranya mereka terlibat dengan satu kemalangan ataupun mereka sakit dan sebagainya sebulan, mereka tidak ada apa-apa pendapatan yang lain. So oleh itu, boleh ambil perhatian.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Arau, bertanya tentang negara mana yang paling kurang kemalangan bas ekspres. Itu satu soalan. Beliau beri cadangan Jepun. Saya hanya dapat memaklumkan bahawa di peringkat kementerian, kita telah berbincang dan kita telah pun mengadakan perbincangan yang khusus dengan negara Sweden yang mana mereka mempunyai akta yang secara mudahnya dipanggil Vision Zero iaitu menyasarkan supaya kosong, sifar kemalangan dan sebagainya. Akan tetapi kalau Yang Berhormat Arau cadangkan Jepun, maka kita sudah tentu terbuka untuk berbincang lagi tentang bagaimana Jepun berjaya dalam hal itu.
Yang Berhormat, sikit sahaja. Kalau Yang Berhormat kata Sweden, saya tengok yang selalu pergi ke sana pegawai-pegawai. Pegawai tidak bawa bas. Jadi, dia pergi dan balik, apa dia buat, kita tidak tahu. Hantar pemandu untuk berkursus di Sweden. Benda ini nampak macam remeh, tidak. Kalau tidak boleh hantar banyak pun, 10 peratus daripada pemandu daripada kenderaan-kenderaan syarikat utama dihantar untuk berlatih di Sweden. Bukan kerajaan bayar, syarikat itu kena bayar. Ataupun separuh-separuh dengan kerajaan. Ini sebagai contoh, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, satu cadangan yang baik, yang positif. Menandakan dan membuktikan Yang Berhormat Arau itu sebenarnya layak berada bersama-sama dengan kita di Dewan yang mulia ini.
Okey, okey. In syaa Allah, boleh, boleh.
Begitu juga Yang Berhormat Padang Serai, menyebut tentang bagaimana pemandu bas ekspres tidak diberikan KWSP, SOCSO dan sebagainya. Ini jelas tertakluk di bawah Akta Syarikat dan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana cara, kaedah, gaji dan pembayaran oleh syarikat kepada pekerja itu tertakluk kepada kuasa kementerian dan undang-undang yang sedia ada. Begitu juga daripada Yang Berhormat Jelutong tadi tentang cermin gelap. Cermin gelap dan ada beberapa pandangan. Secara umumnya, kita mempunyai kuasa di kementerian untuk membenarkan penggunaan cermin gelap ini tertakluk kepada kaedah-kaedah dan syarat-syarat yang tertentu, kesihatan, keselamatan dan sebagainya. Jadi, kementerian akan sentiasa berpandukan kepada pandangan dan input daripada agensi dan jabatan yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya iaitu Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), kedua-duanya di bawah MOT. Pandangan mereka, cadangan mereka dan perbandingan yang kita buat sebagaimana Yang Berhormat Arau sebutkan tadi dengan penggunaan cermin gelap di negara-negara lain akan dibuat perbandingan untuk kita buat keputusan. Akhirnya, kadar dan tahap kemasukan cahaya dalam kereta akan ditentukan.
Tuan Yang di-Pertua, cara Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab ini, dia layak jadi Menterilah.
[Ketawa]
Jadi, mana-mana Menteri bagi sebab kita hendak jawapan macam ini, ada kualiti. Bukan jawapan yang orang tanya 20 soalan, satu soalan sahaja dia jawab. Okey Yang Berhormat, kita selalu menghina pemandu. Kalau ada accident, kita kata macam-macam pada pemandu. Kita semua adalah pemandu, semua ini boleh bawa kereta, ada lesen. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang mengadakan hari pemandu negara? Supaya kita boleh berinteraksi, ada kemesraan wujud. Jangan wujud permusuhan, wujudkan kasih sayang. ‘Hari Pemandu Negara’, apa Yang Berhormat setuju atau pun tidak?
Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih. Confirm Tuan Yang di-Pertua, confirm Tuan Yang di-Pertua bahawa beliau adalah seorang daripada orang-orang yang sentiasa ingin melihat bahawa kementerian berjalan dengan lancar dan baik. Kerajaan kita yang ada hari ini senantiasa kukuh dan bertambah kukuh dengan cadangan-cadangan yang baik seperti itu. Seterusnya, berkaitan dengan keselamatan jalan raya, lori cermin gelap, saya sudah jawab. Lori pada malam sahaja. Ini pandangan yang kita sekali lagi perlu memberikan pertimbangan yang mendalam. Oleh sebab kemungkinan kalau kita wajibkan hanya lori boleh pada waktu malam, pemandu-pemandu lori ini untuk berjaga malam mungkin dalam istilah Inggerisnya, resort to drugs dan menggunakan bahan-bahan untuk menyegarkan mereka. Bahan-bahan inilah yang boleh menyegarkan mereka dan boleh juga mengakibatkan kemalangan akhirnya. Keduanya, saya boleh laporkan, kita semua tahu bahawa kebanyakan jalan raya utama kita ada syarat-syarat, di masa mana lori-lori berat boleh menggunakannya dan di masa mana tidak boleh menggunakannya. Kemudiannya akhir sekali, saya fikir lebih kurang itu sahaja yang ada. Berkaitan dengan cermin gelap juga, kita akan memastikan bahawa yang kita laksanakan untuk pemandu dan kereta dalam negara, yang sama juga kita tetapkan kepada kereta-kereta asing. Tidak kira daripada utara ataupun daripada selatan, ataupun daripada mana, ia sama sahaja akan dikenakan syaratnya. Tidak membezakan sama ada kereta daftar dalam negara ataupun tidak dalam negara. Berkaitan dengan Yang Berhormat Padang Serai, pertamanya tentang masa pembaikan jalan raya musim cuti dan sebagainya. Sebenarnya ia di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya. Pandangan dan cadangan ini sudah tentu kita akan sampaikan kepada mereka supaya tidak- mengambil kiralah waktu-waktu yang sesuai untuk melakukan pembaikan jalan raya. Kemudiannya berkaitan dengan lesen ‘D’. Kita akan terus berbincang dan mendengar secara terperinci tentang pandangan dan cadangan beliau, kenapa kena hadir dua kali test undang-undang. Ini saya akan tanya secara terperinci kepada pegawai-pegawai supaya jawapan saya tepat. Saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Begitu juga tentang masa perlu dipendekkan. Ini pertimbangan yang kementerian sentiasa kena ambil kira, sama ada kita mengurangkan tahap kecekapan memandu kerana hendak mengurangkan masa kursus, latihan dan pembelajaran ataupun sebaliknya. Sudah tentu pertimbangan dan pandangan Yang Berhormat Padang Serai itu, kita akan ambil kira. Kemudiannya, kenderaan lama hendak tukar nombor plat ke kenderaan baru. Saya mempunyai pengalaman dahulu pun kalau kepada kenderaan baru, boleh tukar nombor plat. Ia daripada yang lama kepada yang lama itu, mengikut yang saya faham peraturan JPJ, tidak boleh dikenakan. Seterusnya, berkaitan dengan lampu, kesalahan lampu. Kesalahan berhubung dengan lampu kenderaan tidak berfungsi adalah di bawah kaedah pembinaan dan– saya tidak berapa pasti atau tahu, ada undang-undang 1959. Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang menggunakan kenderaan motor yang mana lampu tidak berfungsi, boleh dikompaun tidak lebih daripada RM300. Apa yang saya tidak pastinya, sama ada ia terkena kepada kedua-dua pihak, itu pun saya akan cuba semak sekali lagi. Saya fikir berkaitan dengan...
Jangan duduk lagi.
Okey.
Minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sambung yang tadi Yang Berhormat. Pertamanya, penguat kuasa ini saya tidak tahu adakah dilatih untuk menjadi muka macam robot kah? Kalau jumpa salah, terus menghukum. Jadi, apakah boleh macam kesalahan lampu dan sebagainya, dia bagi nasihat. Yang Berhormat, tidak ada satu penguatkuasaan yang hebat ialah melalui kasih sayang. Dia bagi amaran, jangan buat lagi dan sebagainya. Ini terus menghukum. Akhirnya, timbul perasaan benci di antara kita dengan penguat kuasa. Kalau nampak penguat kuasa, bukan timbul seronok, benci. Jadi, kita hendak tunjukkan kasih sayang tadi supaya penguat kuasa mengambil tindakan yang berhemah untuk benda-benda yang kecil ini. Terutamanya, kadang-kadang berlaku pada student, saya kasihan sebab student datang jumpa dan tidak ada duit sebab mereka dihukum. Keduanya Yang Berhormat, ini fasal roadblock. Roadblock ini polis pun buat, JPJ pun buat. Jadi, saya pernah hadir roadblock, dalam tiga kilometer itu tiga roadblock. Jadi, apakah penyelarasan dibuat di kalangan penguat kuasa ini? Supaya kalau polis buat roadblock, JPJ tidak buat. Ataupun- saya tidak tahu, penyelarasan dibuat dalam bentuk yang mana. Akhir sekali, yang ketiganya. Yang Berhormat, polis ini ada sukarelawan. Askar pun ada sukarelawan. Jadi, saya hendak tanya, adakah JPJ ada juga sukarelawan? Kalau ada jadi sukarelawan JPJ, yang pakai pangkat JPJ, apakah boleh pemandu-pemandu komersial ini kita bagi jadi sukarelawan JPJ? Jadi, apabila dia pakai uniform, dia hendak ambil benda- benda tidak elok, drugs dan sebagainya, dia malu. Dalam masa yang sama, dia tahu bahawa apabila dia pakai uniform itu, dia akan dihormati oleh pengguna yang lain. Jadi, apa kata kita cadang supaya ada sukarelawan JPJ?
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Penguat kuasa, cara penguat kuasa berdepan dengan pemandu dan sebagainya, saya ambil berat perhatian itu. Oleh sebab Yang Berhormat sebut tadi kalau penguat kuasa ini cara dia sebagainya, maka tidak betul ia akan mengakibatkan penguat kuasa itu dipandang atau dimarahi atau– perasan begitu.
Kami amat faham dan saya yakin Yang Berhormat Arau pun ada pengalaman ini. Apabila orang sudah benci kepada kita, susah kita hendak menang Tuan Yang di-Pertua, kalau orang sudah marah, kalau orang sudah benci. Kita mungkin bukan penguat kuasa jalan, kita mungkin ahli politik tetapi kalau orang sudah benci, susah untuk kita pulihkan. Saya amat mengambil berat pandangan Yang Berhormat Arau. Tentang roadblock, saya pun rasa kemungkinan besar tidak ada penyelarasan yang teratur. Jadi ini pun saya akan bawa kepada perhatian agensi-agensi dan kementerian- kementerian supaya ada- tentang sukarelawan, saya mendapat maklum secara tidak rasmi JPJ ada sukarelawannya. Oleh sebab itu mereka telah pun menemui saya secara peribadi mencadangkan supaya dipulihkan kembali, diwujudkan kembali sukarelawan JPJ ini. Jadi saya fikir itu juga satu cadangan yang baik untuk diberi perhatian.
Adakah Yang Berhormat hendak mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen menjadi kolonel JPJ seperti APM, Wataniah, RELA? Kalau demikian rupa, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menghantar kami ke Sweden untuk belajar cara-cara pemanduan yang baik supaya kita boleh terangkan kepada rakyat bagaimana menjadi pemandu yang berhemah?
Masa menjawab sudah habis Yang Berhormat.
Terima kasih. Pandangan-pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu sudah tentu kita beri perhatian yang berat memandangkan beliau ada pengalaman yang luas dan seorang anggota Parlimen yang veteran dalam negara kita ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah sahaja penggulungan.
Lapan minit lagi.
Saya tengok jam lain. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (Tuan Sivarasa Rasiah) dan diluluskan]
Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Cukai Perkhidmatan 2018Motion
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.79 bagi tahun 2018 disahkan.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (3), seksyen 10, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.79 bagi tahun 2018 disahkan. Satu Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai 2018) PU (A213) 2018 bertarikh 28 Ogos 2018, kertas statut bilangan ST. 79. Perintah ini dibuat untuk menetapkan kadar bagi cukai perkhidmatan yang telah dilaksanakan mulai 1 September 2018. Melalui perintah ini, kadar bagi cukai perkhidmatan ditetapkan seperti berikut: (i) perkhidmatan bercukai seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 ditetapkan pada kadar enam peratus; dan (ii) perkhidmatan kad kredit, kad caj utama dan tambahan ditetapkan cukai perkhidmatan pada kadar spesifik sebanyak RM25 pada masa kad tersebut diaktifkan atau diperbaharui dan tiap-tiap 12 bulan selepas itu. Pindaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 September 2018. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ada? Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada di dalam kertas statut ini menyatakan bahawa kadar cukai jualan yang hendak dikenakan dan di levi kan hendaklah ditetapkan pada 10 peratus ke atas semua barang, kecuali barang yang termasuk dalam mana-mana perintah pengecualian, barang yang diimport. Saya ingin tahu, bererti kadar cukai jualan ini ada selain daripada 10 peratus iaitu lima peratus. Saya ingin tahu, adakah selain daripada 10 dan lima peratus, ada lagi kadar- kadar lain dalam cukai jualan? Itu soalan saya yang pertama. Kedua, daripada 6,400 barang yang dikenakan SST ini, saya ingin tahu pecahan, berapa barang yang melibatkan makanan, berapa peratus daripada 6,400 itu barang makanan dan berapa peratus daripada 6,400 itu barang bukan makanan? Perkara seterusnya ialah hasil GST ini RM44 bilion, hasil SST RM23 bilion, maka kurang RM21 bilion. Saya ingin tahu, bagaimanakah kerajaan mencari pendapatan tambahan untuk mendapatkan hasil RM21 bilion yang kurang itu. Kemudian, daripada pecahan RM23 bilion tadi, saya ingin tahu SST 10 persen dan SST 5 persen, sales tax itu berapa jumlahnya daripada RM23 bilion? Daripada RM23 bilion itu, service tax 6 persen itu, berapa pecahan daripada RM23 bilion itu? Kemudian, saya bertemu tiga malam sudah Dato’ Kamariah. Beliau adalah penasihat Kementerian Kewangan sebelum ini, sudah pencen, sudah bersara. Beliau menyebut kepada saya betapa kesal beliau kerana GST dihapuskan. Beliau mengambil masa 11 tahun untuk menyediakan GST sejak tahun 2004 hingga 2015. Saya ingin bertanya, negara yang sudah melaksanakan GST, ada tidak daripada 170 buah negara itu yang membatalkan pelaksanaan GST selain daripada Malaysia?
Satu lagi pertanyaan ialah, apabila kastam di pelabuhan dan lapangan terbang, maka ada banyak kontena masuk di lapangan terbang dan juga kastam itu. Bagaimanakah cara kastam untuk memastikan tiada penipuan deklarasi barang-barang dalam kontena. Kastam tidak akan check semua kontena, mereka hanya check manifest ataupun borang yang ada di tangan mereka. Kadang-kadang barang-barang yang ada dikenakan SST, tetapi dalam deklarasinya, mereka kata barang-barang itu ialah barang-barang yang tiada ataupun zero-rated SST. Bererti penipuan berlaku di pelabuhan dan penipuan berlaku di lapangan terbang. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kaedah kastam untuk memastikan tiada penipuan deklarasi yang akan merugikan dari segi kutipan hasil. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap.
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan. Pertama sekali ini fasal manifesto, bukan manifesto tetapi dasar. Bila kita buat bajet, selalunya apa yang termaktub dalam bajet itu kita laksanakan sebab buku bajet yang disediakan itu menyebut dengan terang perbelanjaan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Jadi, kalau sekiranya kita tidak belanja, jadi wang itu pergi mana. Macam, Menteri Kewangan menyebut bahawa Kerajaan Barisan Nasional ini telah merompak wang rakyat kerana tidak membayar tuntutan GST ya, merompak. Akan tetapi, saya ingin bertanya balik. Tidak apalah, sebab Yang Berhormat sudah keluar kenyataan jadi kenyataan itu akan disimpan sampai hari kiamat.
Akan tetapi, sekarang ini soalan saya ialah, bila masuk dalam bajet bahawa wang petani dan nelayan ini sudah masuk dalam bajet, mesti dibayar masa musim tengkujuh, tetapi tidak dibayar. Jadi wang itu pergi ke mana? Jadi, apakah wajar saya mengatakan wang itu telah dirompak dengan dahsyatnya sehingga petani, nelayan, penternak dan penoreh getah tidak dapat bayaran. Sebab ini janji, tahun depan kita hendak potong, potong, tiada masalah. Akan tetapi, tahun depan masuk balik.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Akan tetapi, yang tahun ini..
Penjelasan.
...Adakah awak yang merompak? [Ketawa]
Dalam bajet 2018 Yang Berhormat Arau, ada bantuan musim tengkujuh untuk tiga bulan. Bulan 11, bulan 12 dan bulan satu, tetapi kita difahamkan pekebun-pekebun, penoreh-penoreh getah tidak lagi, belum lagi menerima. Bulan 11 tidak terima, bulan 12 tidak terima, bulan satu tidak tahu lah. Untuk Bajet 2019, memang tidak ada peruntukan bantuan musim tengkujuh itu, memang tidak ada langsung lah. Akan tetapi, untuk 2018 ada dalam bajet 2018 tetapi mereka masih tidak menerima. Apa pandangan Yang Berhormat Arau?
Pandangan tersebut masuk dalam ucapan saya supaya Menteri yang baik ini, yang layak jadi Menteri tetapi kalau jawab tidak betul, tidak layak jadi Menteri, Timbalan Menteri ya. Kita hendak tahu, ke mana duit itu pergi? Untuk menuduh orang merompak itu bukan bahasa orang-orang yang beradab, kita tidak mahu. Mungkin duit itu tersesat, kita hendak sebut itu. Tersesat di mana-mana sehingga petani, nelayan menelan air mata. Yang Berhormat, Yang Berhormat orang Kedah. Yang Berhormat kena ingat bahawa puak-puak penoreh getah sana dulu beli beras sekampit, sekarang ada yang beli beras kilo, pakai kilo timbang. Beras bertimbang sebab tidak mampu untuk beli sekampit. Jangan biar air mata mereka mengalir dan berdoa kepada Allah semoga mereka tidak dizalimi, tidak baik. Kita hendak tanya, ke mana pergi wang yang telah diperuntukkan di dalam bajet. Ini dalam bajet. Saya, kalau yang tahun depan tidak apa, hukumlah kami, oleh sebab kami kalah, buatlah apa yang patut ya. Sebagai orang yang kalah kami terima, esok-esok kami menang balik, rakyat menyokong balik sebab kami nampaknya perlahan-lahan hendak jadi champion balik sudah. Jadi, sekarang ini kita hendak tahu di mana pergi wang tersebut? Projek-projek kecil, tetapi Menteri Ekonomi dah setuju untuk meluluskannya tetapi masih duit tidak keluar. Dalam bajet disebut, projek-projek kecil diluluskan iaitu projek-projek yang bernilai RM20,000 satu projek itu diluluskan. Akan tetapi tidak dikeluarkan dan saya menunggu sampai akaun payable, dengan izin sampai 31 Januari, supaya wang itu boleh dikeluarkan. Kita boleh belanjakan, membina jalan tar sekejap sahaja. Akan tetapi, tidak dikeluarkan. Saya rasa tidak wajar menghukum..
Yang Berhormat Arau.
...Di atas belanjawan yang telah ditetapkan.
Projek kecil.
Yang Berhormat Pontian pun ada masalah.
Projek kecil Yang Berhormat Arau.
Ya, ya.
Timbalan Menteri, saya difahamkan, ada 8,000 projek kecil di seluruh negara yang ditangguh atau dibatalkan. Ia bukan satu angka yang kecil, 8,000 projek kecil di seluruh kawasan di negara Malaysia ditangguhkan atau dibatalkan dan 8,000 projek kecil ini bernilai lebih kurang RM750 juta. Tidak banyak sebenarnya sebab kalau RM750 juta bahagi 8,000 kita boleh dapat angka yang tidak berapa banyak setiap satu projek itu. Projek-projek itu umpamanya jambatan kampung. Kawasan saya ada dua dan juga misalnya dewan terbuka, baiki surau, baiki masjid, baiki jalan. Saya harap Yang Berhormat Arau tolong sampaikan kepada Kementerian Kewangan, carilah duit RM750 juta itu supaya 8,000 projek kecil itu diteruskan. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya saya telah membuat soalan lisan dan Menteri Ekonomi dah jawab bahawa kerajaan bersetuju untuk meluluskan balik satu perpuluhan something bilion, bilion ya diluluskan balik. Akan tetapi, sekarang ini tugas untuk keluarkan duit itu ialah ICU, mungkin melalui arahan Menteri Kewangan atau EPU saya tidak tahu. Akan tetapi, kita minta supaya pada tahun ini selesaikan lah janji-janji tersebut supaya tidak terungkit cakap-cakap begitu lama. Saya ingat tidak wajar kita buat demikian dan saya percaya Menteri Kewangan mampu berbuat demikian. Tunaikan janji nelayan dan sebagainya kerana itu ialah bajet 2018. Tunaikan balik projek-projek kecil yang walaupun telah diluluskan, tetapi belum dikeluarkan apa-apa peruntukan lagi. Saya minta supaya Yang Berhormat kalau boleh arahkan ICU sebab ICU kata duit tidak ada, saya tanya tetapi kelulusan sudah bagi. Dia kata duit tidak ada, jadi susah kita hendak buat kerja kalau macam ini berterusan. Sebab kita ini pembuat dasar, kita tidak mahu kita dibuli dengan izin, dalam perkataan duit tidak ada. Duit tidak ada itu tugas pegawai untuk mencari, tugas Menteri ialah untuk membuat keputusan-keputusan dasar. Tidak mungkin perkataan duit tak dak tu boleh disebut. Saya ingat kena laksanakan. Jadi, kita minta supaya Yang Berhormat tolong melihat perkara ini supaya Bajet 2018 itu ditunaikan, ada dua minggu lagi boleh selepas itu tertutup lah kita dengan Allah Taala supaya kita tidak mungkir janji. Saya bimbang soal janji sebab bila kita tidak tunai janji, kita pecah amanah, kita jawab dengan Allah Taala. Kemudian ini fasal deklarasi barangan. Kita hanya berdasarkan manifest. Manifest ini kalau barang daripada kilang, kita boleh, tidak ada masalah. Barang daripada kilang, kita keluarkan kemudian kita masuk dalam manifest. Bila sampai kepada kastam, kastam tengok boleh percaya sebab di kilang kita ada rekod. Akan tetapi, barang yang ambil daripada pasaran terbuka. Yang Berhormat Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Wang Kelian, mungkin Paya Burung, mungkin Gerik, mungkin Rantau Panjang. Ini adalah kawasan sekarang ini berlaku penyeludupan yang hebat dan mereka membuat cara sah, penyeludupan itu dibuat secara sah dengan ada manifest. Akan tetapi kontena yang dibina sendiri dipanggil mini kontena ini tidak dapat dibuka oleh kastam kerana kuncinya berada dekat tauke di Thailand. Jadi kalau minta kunci, kunci tak dak, dekat tauke sebab tauke pun mungkin tidak pernah dia pegang kunci, nanti dia berhenti setengah jalan dia keluarkan barang dan sebagainya. Akan tetapi di checkpoint kastam tidak boleh buka. Barang ini bukan barang di kilang Yang Berhormat, barangan daripada pasaran terbuka. Penyeludupan yang hebat di sempadan sekarang ini ialah mengeksport bawang. Sebelum kontena diperkenalkan, dia punya cukup inovatif. Menteri Pengangkutan kena pergi kat Perlis sana tengok, dia bina kontena sendiri. Cukup inovatif. Dulu dia eksport bawang, dia gantung bawang jadi macam dinding, lori terbuka dia gantung bawang. Kita pun percayalah dia hanya eksport bawang, tetapi tengah-tengahnya dia eksport minyak. Kalau kita jenguk sedikit, buka bawang itu selakkan bawang itu, kita nampak minyak di dalam.
Sekarang ini dia tidak buat macam itu lagi sudah, sekarang dia buat kontena. Manifest sebut barang-barang tertentu dan kita tidak buka, kita tahu kah apa barang di sana. Apa barang yang ada dalam kontena, mungkin barang-barang, dengan izin, illegal ataupun senjata yang ada di sana, sama ada daripada Thailand ke Malaysia, Malaysia ke Thailand sebab yang paling penting, kena benarkan kastam membuka dan mereka mesti ada kunci untuk melihat apa yang ada dalam kontena. Kita percaya kepada manifest ini, jadi kita menghadapi masalah kalau barangan itu diambil daripada pasaran terbuka, bukan daripada kilang di sempadan. Jadi, kita minta supaya Yang Berhormat Menteri tolong lihat benda ini tentang bagaimana kita hendak selesaikan masalah.
Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri, ialah- inilah. Sebab, inilah kenyataan daripada pemimpin kita bahawa bila kita perkenalkan SST ini, harga barang akan turun. Itu sahaja Yang Berhormat Menteri. Semua orang cakap, Menteri cakap, semua pihak cakap bahawa SST harga barang akan turun. Akan tetapi, nampaknya harga barang telah naik di peringkat yang kurang wajar. Saya kurang membeli barang. Saya mudah dalam hidup, hanya makan dekat rumah ataupun di kedai. Jadi, apabila saya pernah pergi untuk membeli barang, saya ingat barang itu pada harga yang lama tapi saya terkejut apabila dia sebut barang itu pada harga sedemikian rupa. Saya kata, saya sendiri pun terpaksa seluk poket bilang duit. Bagaimana pula dengan orang kampung yang daif tentang perkara tersebut? Dia kata, “RM70 sahaja”. “Dulu saya ingat harga dalam RM10”, “Tidaklah, RM70 sahaja”. Jadi, mudah dia cakap tetapi kita susah untuk membeli barang yang begitu mahal. Jadi, apakah pemikiran yang dibuat semasa diperkenalkan SST itu, harga barang akan turun? Itu sahaja saya hendak tanya. Yang Berhormat Menteri kata barang sukar untuk turun, tidak apa, no problem. Kita hendak dengar kenapa disebutkan bahawa, “Apabila kami perkenalkan SST, harga barang akan turun”? Dulu Yang Berhormat Pontian kena teruk sebab dia kata apabila diperkenalkan GST, harga barang turun. Selepas itu harga barang naik sedikit, kemudian harga barang turun balik, dia selamatlah. Sampaikan nasi goreng dia pun orang pertikai. Akan tetapi, zaman itu sudah berlalu. Malah memang barang mula naik tapi selepas itu barang stabil balik. Akan tetapi, SST ini harga barang naik, jadi bilakah harga barang ini boleh berada di kadar yang menyeronokkan? Sebab, saya makan beberapa kali di hotel, saya terpegun melihat 16 persen dikenakan. Dahulu hanya dikenakan 6 persen. Akan tetapi, barang dia bukan menurun, tetapi bertambah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ada lagi yang ingin membahaskan, tidak ada? Yang Berhormat Menteri, sila jawab. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Arau. Pertamanya, Yang Berhormat Pontian membangkitkan tentang kadar 10 peratus dan 5 peratus. Untuk makluman Yang Berhormat Pontian, kita sedang membincangkan perintah bagi cukai perkhidmatan which is service tax. Ia pada kadar enam peratus. So, tidak ada 10 peratus, tidak ada lima peratus, dia 6 peratus. Sekejap lagi kita akan bincang pula tentang sales tax. Itu yang akan ada 10 peratus, lima peratus dan sebagainya. Sekarang ialah cukai perkhidmatan. Kemudian, Yang Berhormat Pontian juga bertanya tentang dua pendapatan tambahan, hendak cari mana yang kurang RM21 bilion ini. Saya ingat di dalam pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita telah menyebutkan beberapa inisiatif baharu untuk mencari cukai atau mencari pendapatan tambahan, di antaranya ialah tentang service tax yang kita import daripada luar.
Kalau dulu, ia dikenakan untuk perkhidmatan teknikal sahaja. Akan tetapi sekarang ini, semua jenis perkhidmatan yang diimport daripada luar dikenakan service tax. Kemudian, perniagaan di atas talian juga kita kenakan tax dan juga inisiatif-inisiatif lain yang saya tidak perlu ulang yang sudah pun kita sebutkan sebelum ini. Jadi, tentang kesal kenapa GST dihapuskan, saya ingat, ya lah, masing-masing mempunyai pandangan masing-masing. Cuma, ini adalah kehendak rakyat bahawa GST mereka mahu dihapuskan. Ini merupakan manifesto Pakatan Harapan. Apabila rakyat voted us in, dengan izin, untuk menjadi kerajaan, jadi antara awal janji kita kepada rakyat ialah untuk menghapuskan GST dan memperkenalkan SST yang pada dasarnya tax rejimnya adalah lebih rendah, bilangan barang-barang dan juga perkhidmatan yang dikenalkan itu juga banyak yang dikecualikan. Cuma, yang kita musykil dan sekali gus menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, saya ingat dalam Dewan yang mulia ini, dengan mengambil kira pengalaman Yang Berhormat Pontian dahulu, Yang Berhormat Bagan selaku Menteri Kewangan, beliau tidak berani untuk menjanjikan bahawa harga barang akan turun tetapi dia sebut sekiranya berlaku kenaikan, impaknya adalah tidak besar seperti mana berlaku kenaikan semasa GST dahulu. Cuma, yang saya sebut tadi, kemusykilan kita apabila kerajaan hilang hasil sebanyak RM21 bilion ini dan banyak barangan yang kita tak kenakan cukai, sepatutnya banyak harga barangan ini sepatutnya turun. Kenapa tidak turun? Sebab itulah antara lain kita memerlukan untuk pengguna yang merupakan- ya lah, kita semua pengguna, Yang Berhormat Arau pun pengguna walaupun jarang keluar pi beli barang di market. Orang Arau kata market. Depa tak kata pasar. Jarang beli barang di market tetapi kenapa dia menjadi lebih tinggi? Yang patut menghukum peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini adalah kita semua pengguna. Sepatutnya kita dalam zaman teknologi moden dengan handphone, smartphone yang ada ini, kita boleh menguar-uarkan agar jangan beli di kedai tersebut kerana beliau menjual dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak sepatutnya dan sebagainya. Jadi, itu antara benda yang kita harap dapat kita teruskan dan pastikan bahawa rakyat sebagai pengguna akan dapat memberikan tekanan kepada peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab ini yang menjual dengan harga yang terlalu tinggi. Sila, Yang Berhormat Arau.
Saya menyokong, Yang Berhormat. Saya menyokong. Cuma, saya tanya soalan tadi ialah berhubung dengan SST tadi ini, pertama, barang naik dan keduanya, pasaran turun. Yang turun sekarang ini ialah pasaran. Barang naik. Yang Berhormat, pasaran turun di tahap yang orang akan sebut sehingga tidak terkata-katalah, teruknya turun. Sebab, ada harga pasaran kita, ada yang turun sampai 200 peratus. Yang Berhormat, sekarang ini cukup tertekan. Siapa yang terlibat dengan pasaran saham, mereka terasa sangat. Bila diperkenal SST, saham turun, barang naik. Itu satu. Keduanya, saya setuju dengan Yang Berhormat supaya kita tidak bersama dengan kedai yang menjual barangan mahal. Apakah Yang Berhormat hendak bubuh tanda dekat depan kedai itu supaya senang kita tidak beli di kedai dia? Bukan tengok handphone saja tapi bubuh tanda. Tanda ‘M’ ini- M pula. Bubuh apa ya? ‘M’ mahal tak boleh. ‘M’ nama Perdana Menteri ya. Kita bubuh nama lainlah. Bubuh nama apa-apakah kata ini tak patut- TP. Kedai ini tulis TP. Yang Berhormat tanda supaya rakyat tahu dan dia tahu bahawa tanda tersebut akan menyebabkan orang tidak datang kepada kedainya. Sekarang rakyat pergi beli juga sebab dia tak tahu. Yang Berhormat, bagaimana kita nak bagi satu tanda atau bubuh color apa-apakah, merah kah, bahawa ini barang mahal. Jadi, orang tak pergi tetapi kalau kita setakat hantar WhatsApp dan sebagainya, bukan semua orang ada benda itu. Jadi, apakah boleh kementerian- saya hendak cadang kepada kerajaan supaya meletakkan satu tanda kepada peniaga ingkar ini bahawa kedainya tidak wajar kita beli barang.
Ada kaitan, Yang Berhormat. Kalaupun kita nak letak tanda itu, itu satu. Dulu kita ada Kedai Harga Patut. Sekumpulan Kedai Harga Patut yang kita senaraikan. Adakah kerajaan ingin melaksanakan perkara itu dan meneruskan perkara itu? Apabila GST dikosongkan selama tiga bulan- bulan Jun, Julai dan Ogos- bulan September daripada kosong naik kepada 10, itu yang menjadikan harga barang naik itu. Jika dulu daripada 10 turun kepada enam, lojiklah ada sebahagian barang patut turun. Akan tetapi, ini daripada kosong naik 10, mana ada pengeluar, pengilang dan pengimport ingin menyerap 10 peratus itu sebagai kos mereka? Mereka meletakkan 10 peratus itu kepada pembeli yang akhirnya membayar. Masalahnya, pembeli tidak tahu kenaikan itu berpunca daripada SST sebab tak masuk dalam resit. Jadi, ini yang menjadi masalah pada saat dan ketika ini.
Terima kasih Yang Berhormat Arau dan terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tentang cadangan Yang Berhormat Pontian tadi, saya ingat saya boleh tolong sampaikan kepada kementerian yang berwajib iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk melihat cara-cara yang boleh kita memastikan bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini akhirnya ‘dihukum’ oleh pembeli. Berkenaan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, sebenarnya sebahagian daripada peniaga-peniaga kita ini sebenarnya mereka ini memang defies the logic, dengan izin. Sebelum ini dikenakan GST, bila disifarkan selama tiga bulan, sepatutnya waktu itu harga sudah turun. Kerajaan tidak peroleh apa-apa hasil tetapi harga sebahagiannya kekal dalam harga yang lama, padahal mereka tidak bayar pun GST, kita sudah sifarkan. Sebelum dihapuskan, disifarkan tetapi harga tetap tidak turun. Apa yang lebih ironinya ialah apabila diperkenalkan SST semula dengan kadar yang kita sebutkan dengan lebih banyak pengecualian barang-barang yang tidak dikenakan cukai ini, sepatutnya ia turun daripada harga baseline di akhir GST diperkenalkan sebelum kita zeroized kan itu. Akan tetapi bila perkenalkan SST, naik lagi. Ini saya kata memang defies logic. Oleh sebab itulah kita mengharapkan sementara kita punya kekangan daripada segi bilangan penguat kuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk round dan pastikan mereka yang menaikkan dengan tidak wajar ini, memang ia dibuat. Saya yakin ia memang dibuat tetapi mereka tidak cukup tangan. Oleh sebab itu kita harapkan dan kita telah lancarkan satu aplikasi online agar benda ini dapat kita kongsi bersama dengan rakyat. Saya yakin di Arau pun, Yang Berhormat Arau kata tidak ramai yang pakai smartphone. Saya ingat kalau tambah kawasan Arau ini dengan bantuan Yang Berhormat Arau ini, saya ingat pakcik yang 70 tahun pun pakai smartphone di Arau itu. Jadi, saya ingat tidak timbullah kata ia tidak dapat kita manfaatkan maklumat-maklumat seperti ini. Saya berbalik semula kepada Yang Berhormat Arau yang bertanya, yang awalnya itu tentang di lapangan terbang, bagaimana ataupun kastam untuk membuat, memastikan bahawa declaration yang dibuat oleh pihak yang membawa masuk barang itu tidak berlaku penipuan dan sebagainya. Sebenarnya pengikraran cukai jualan import ini di pintu masuk, tidak kiralah di sempadan atau di lapangan terbang ataupun di pelabuhan adalah menggunakan Borang Kastam No. 1 dan pengikraran ini diikrar oleh pengimport ataupun ejen. Penipuan hanya boleh kita kesan melalui satu, profiling syarikat. Kedua, dengan cara kita membuat audit dan ketiga ialah customs verification initiative (CVI). Antara yang lain ialah pemeriksaan kontena ini adalah untuk kita gunakan mesin pengimbas ataupun a scanner yang ada untuk memastikan kalau ada benda-benda yang- sebab kemampuan untuk kita check semua kontena Yang Berhormat Arau, memang tidak ada kerja lainlah kalau tiap-tiap kontena kita buka, selongkar satu-satu, tengok ikut celah-celah itu, ada benda-benda lain dan sebagainya. So, secara random.
Mengenai pengikraran cukai jualan oleh ejen ini, pengimport ataupun ejen ini, saya ingat juga dengan denda yang kita kenakan dan sebagainya adalah juga merupakan satu deterrent walaupun saya yakini masih ada yang masih buat kerja-kerja yang tidak sepatutnya ini. Ini disebabkan apabila kita dapat kesan bahawa mereka melakukan penipuan melalui profiling syarikat ataupun audit ataupun CVI ini, mereka- bahasa kita di kampung ini, depa kalau kena penalti dan sebagainya, dia makan tidak habis Yang Berhormat Arau. Jadi, samalah juga kalau kita tengok di negara-negara seperti Amerika Syarikat, di Britain dan sebagainya, kebanyakannya membuat declaration secara sukarela. Mereka tahu kerajaan tidak akan check satu persatu tetapi sekiranya mereka didapati menipu, maknanya dia makan tidak habis. Jadi, dengan apa yang kita buat ini, kita harap in syaa Allah kita dapat meminimumkan perkara-perkara declaration yang tidak betul dan sebagainya. In syaa Allah kita harap kita akan dapat tingkatkan hasil kita sebanyak mungkin. Saya pergi kepada...
Sedikit Yang Berhormat ya.
Sila, sila.
Sekarang ini mini kontena ini digunakan untuk menyeludup. Kalau kontena besar itu kita tahu ini dipunyai oleh syarikat- syarikat besar yang mempunyai kelengkapan, kemudahan, kepakaran untuk membuat pengisytiharan dan sebagainya. Ini kontena, lori kecil itu ditutup dan dijadikan kontena dan kastam tidak buka. Mereka ini bukan bawa barang ini dari kilang, tetapi dibawa daripada pasaran terbuka sebab Malaysia tidak mengeluarkan bawang yang begitu banyak. Bawang kita import dari India tetapi barang ini kita reexport pergi Thailand. Kalau eksport bawang itu tidak logik, berapa banyak dia untung. Mesti ada barang-barang lain di tengah, confirm minyak. Proses untuk memasukkan dalam kontena ini dibuat di sempadan. Yang Berhormat, di sempadan itu juga tempat pertukaran barang itu, tempat parking itu dia tukar, dia bawa daripada lori-lori lain ke lori yang berbentuk kontena tadi, dia masukkan barangan ini. Memang dibuat di depan mata tetapi bila sampai depan kastam, kastam tidak boleh buka sebab tidak ada kunci. Kalau dia hendak buka dengan menggunakan gergaji dan sebagainya, mungkin mengambil masa satu jam. Jadi, apakah cara yang boleh kita buat supaya kontena ini semasa melalui kastam- ini bukan kontena besar, mini kontena, lori kecil supaya ia dibuka depan kastam untuk membolehkan kastam menjenguk bahawa yang dibawa itu minyak. Sekarang ini yang cukup popular ialah minyak, penyeludupan minyak. Sekarang ini ialah penyeludupan rasmi. Kalau tidak rasmi ini, kadang-kadang kita terbawa barang dalam kereta, kastam tangkap sebab kastam boleh buka boot kereta. Akan tetapi, kenapa kita tidak boleh buka kontena? Itu persoalannya. Kalau kita seludup, kalau kita bawa barang kecil- kecilan, kita dihukum oleh kastam. Akan tetapi kalau menyeludup dengan kontena, tidak perlu dihukum. Itu maksud saya.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya pun ini baru dapat maklumat yang sebegini dan saya pun tidak ada pengalaman melihat perkara- perkara yang sebegini berlaku. Mungkin in syaa Allah selepas ini Yang Berhormat Arau boleh kita pergi sekali tengok bagaimana dilakukan. Saya ingat Yang Berhormat Arau sebut ini sebelah Padang Besar agaknya. Ini sebab saya pun di Kubang Pasu, ada Bukit Kayu Hitam tetapi...
Sama Yang Berhormat, sama naik.
Sama naik?
Sama naik Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Wang Kelian dan semua sempadan sama naik sebab penyeludup sekarang dia tidak hendak guna penyeludupan pakai kereta lagi, dia pakai kontena. Kontena, kastam tidak buka. Kalau kereta, dia buka.
Okey, okey. Tidak apa. Terima kasih.
Yang Berhormat.
Terima kasih. Sedikit.
Seperti mana Yang Berhormat Arau beritahu, benda ini tidak logiklah. Ini sebab setiap laluan di kastam ini harus dibuka sama ada kunci atau tidak kunci, kuasa kepada kastam. Kastam berhak membuka dan check melainkan kastam ini ada subahat dengan orang yang berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya ingat Yang Berhormat Padang Serai pun dia bercakap juga mengenai pengalaman sebab saya rasa dia juga ada operate logistik punya company. Jadi saya merasakan secara logiknya, mana-mana kontena tidak kiralah dia kunci macam mana pun, kalau pihak kastam mengesyaki sesuatu yang tidak betul, dia boleh buka. Saya ingat lagi lambat kita buka, lagi baik. Biar bagi dia tunggu lagi lama di situ, lain kali dia tidak buat kerja macam itu sudah. Akan tetapi apa-apa pun, saya ambil maklum apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau untuk kita pastikan. Semua ini untuk kita pastikan bahawa tidak sepatutnya apatah lagi macam minyak yang kita subsidikan di dalam negara kita, diseludupkan keluar dan nilai minyak yang diseludupkan keluar ke negara luar ini memang kita bayar harga subsidi yang cukup tinggi. Jadi oleh yang demikian, itu satu perkara yang kita amat ambil berat dan pastikan bahawa ia tidak berlaku lagi. Oleh sebab itulah di dalam bajet kita sebutkan selepas ini, subsidi petrol dan diesel ini ialah yang bersasar.
Mereka yang tidak sepatutnya terima, termasuk mereka yang hendak seludup ini, tidak boleh hendak keluarkan dengan kuantiti yang banyak apabila kita perkenalkan ini. Sebenarnya semua tadi saya ingat saya sudah sentuh tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Kemudian yang keduanya oleh Yang Berhormat Arau. Saya pun asyik ingat macam jawab Yang Berhormat Arau tadi. Yang Berhormat Arau bangkit banyak sangat [Ketawa]
Sabar, sabar.
Perkara tentang perbelanjaan yang akan dibuat yang telah pun disebutkan dalam bajet pada tahun ini yang dibentangkan pada tahun lepas. Sebenarnya apabila mana-mana wang yang tidak kita belanjakan walaupun kita telah sebutkan di dalam bajet, sudah tentu semua duit itu akan terkumpul dalam Kumpulan Wang Disatukan. Jadi, perkara tentang duit bantuan musim tengkujuh dan sebagainya ini, maknanya ini kita berdasarkan kepada apabila naik kerajaan baharu, kita berbincang dan melihat. Sebenarnya dalam banyak hal bukan hasrat kita untuk tidak mengeluarkan dan memberikan apa yang sepatutnya diberikan, tetapi oleh kerana kita juga terpaksa melihat tentang cash flow kita, aliran tunai kita. Kita hendak pastikan sebab ada belanja-belanja Yang Berhormat Arau, yang tidak sepatutnya kita belanja, keluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan. Contohnya claim oleh syarikat-syarikat yang kita berhutang daripada 1MDB yang tidak sepatutnya, yang tidak adapun dalam bajet yang perlu kita belanjakan. Kita terpaksa belanjakan sebab pertama, kita hendak pastikan bahawa kredibiliti Kerajaan Malaysia akan terjaga supaya rating kita tidak akan melorot turun yang akan menyebabkan kos pinjaman kita kemudian akan menjadi mahal. Keduanya, kita hendak pastikan bahawa defisit fiskal kita juga perlu dijaga supaya jangan terlalu besar yang kemudiannya juga akan menyebabkan rating kita juga akan turun. Jadi...
Tuan Pengerusi. Yang Berhormat, saya setujulah. Yang Berhormat buatlah, hukum lah. Siapa-siapa yang bersalah kalau boleh Yang Berhormat hukum tembak pakai tank, tembak bagi hancur semua, hukum.
Akan tetapi, sekarang ini tugas kita ialah untuk memberi keadilan kepada rakyat. Yang Berhormat, dalam audit juga akan dipersoalkan, bukan sekarang, tidak soal lagilah. Mungkin...
Yang Berhormat, macam tonton Astro. Ulangan- ulangan sepanjang sidang ini [Ketawa]
Ini siapa ini bangkit cakap tidak minta kebenaran? Inilah penyamun, perompak [Ketawa]
Sila, sila habiskan.
Tarik balik, tarik balik. Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik.
Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis.
Ini, awak tarik balik. Awak tidak minta kebenaran. Cakap- ini bukan pasar, ini Parlimen. Minta kebenaran.
Berapa kali mahu ulang-ulang?
Ini hak saya, saya Ahli Parlimen.
Mahu ulang berapa kali?
Tidak mahu dengar, pergi keluar...
Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis. Kita dengar Yang Berhormat Arau secara tenteram. Ya, silakan.
Ini bukan kamu punya bapak punya Parlimen. Ini Parlimen...
[Dewan riuh]
Okey. Baik, baik. Yang Berhormat Menteri pun hendak menjawab sudah, hendak menggulung. Ya, silakan.
Saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kita ada masuk dalam buku bajet. Dalam buku bajet ini Yang Berhormat, ini persoalan buku bajet. Tidak mahu dengar tutup telinga, bangang. Ini, dalam buku Bajet 2018, tulis belanja RM1 juta, tahun 2019 belanja sekian banyak. Akan tetapi yang tahun 2018 itu tidak dibelanjakan tetapi telah tulis dalam buku Yang Berhormat. Jadi, itu persoalan saya sebab sudah tertulis dalam buku, bermakna kita kena belanja. Jadi Yang Berhormat hendak tarik balik, kena tarik dalam buku. Ini bermakna perkiraan telah salah dibuat. Itu yang soalan saya. Ini yang tidak reti bahasa ini, bangun fasal apa?
Saya hanya bangun satu kali. Berapa kali ini Yang Berhormat Arau yang mencelah-mencelah tanpa keizinan dan kebenaran Tuan Yang di- Pertua, berapa kali?...
Sudah, sudah habis Yang Berhormat Arau? Sila jawab Yang Berhormat Menteri, silakan. Perkara yang sama saja. Ya, silakan.
Ya, apa yang saya minta ini, saya minta itu yang perampok masa orang itu jangan bercakap. Bangang.
Silakan, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Hari akhir ini kita berhenti dengan mood yang elok, in syaa Allah. Okey, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi, memang kita masukkan dalam buku bajet, anggaran pendapatan negara, kemudian anggaran belanjawan negara. Semua ini merupakan anggaran dan ia apabila kita hendak laksanakan, kita akan melihat kepada kemampuan kewangan kita pada ketika-ketika tertentu.
Saya terus masuklah dalam 8,000 projek kecil ditangguhkan dan dibatalkan yang bernilai RM750 juta yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Ia tidak kita batalkan terus. Oleh sebab kita ada punya kekangan dari segi cash flow kita, maka yang utama kita utamakan. Perkara yang kemudian yang boleh kerana tidak ada, kita kemudiankan. Bukan tidak mahu buat langsung. Oleh sebab itu kita kembalikan kepada kementerian masing-masing untuk memutuskan, kemudian pergi kepada ICU, ICU akan memperakukan. In syaa Allah kalau tidak boleh tahun ini, in syaa Allah tahun depan kita buat Yang Berhormat. Jadi, ini semua adalah merupakan perkara-perkara yang perlu kita lakukan berdasarkan kepada kemampuan kewangan yang kita ada. Jadi, saya ingat...
Tuan Yang di-Pertua, saya berpuas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri dan bukan seperti perampok-perampok di belakang sana.
Minta kebenaran dahulu, jangan jadi...
Yang Berhormat Labis, Yang Berhormat Labis sabar. Memang, Yang Berhormat Arau minta kebenaran saya. “Tuan Speaker” dia cakap, setuju ya. Silakan, habis sudah Yang Berhormat Menteri?
Okey.
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah. Peraturan Dewan.
Ya.
Di bawah peraturan 36(6), saya mohon Yang Berhormat Arau sebagai seorang Ahli Parlimen yang senior, tarik balik perkataan ‘penyamun’ tadi terhadap Yang Berhormat Labis.
Ya, tidak betullah.
Yang Berhormat Labis walaupun dia tidak minta kebenaran untuk mencelah...
[Bangun]
Biar saya habiskan dahulu. Okey, tetapi tidak patut dilabelkan dengan penyamun tadi. Saya mohon Yang Berhormat Arau tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua...
Ruling daripada Yang Berhormat.
Betul juga Yang Berhormat Arau.
Dia, bukan. Saya address untuk Tuan Yang di-Pertua “Dato’ Speaker”, macam itu. Dia bangun-bangun, dia cakap terus. Ini perampok masa saya.
Tidak bolehlah begitu.
Merompak masa saya.
Seperti yang...
Tidak, jangan buat label yang macam itu.
Sekejap, sekejap. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, ini hari terakhir. Kita tidak perlulah hot-hot. Kata orang muda chill sikitlah ya. Okey [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Menteri.
Walau bagaimanapun, walau hot-hot, saya pun tidak bersopan macam dia...
Cool, cool.
Itu Yang Berhormat Arau.
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Okey, mengambil...
Saya bukan niat hendak cakap macam itu sebab saya tahu Ahli Parlimen junior ini dibagi peluanglah untuk mereka berlatih...
Yang Berhormat, floor saya ada Yang Berhormat.
Akan tetapi cakap kepada Tuan Yang di-Pertua, address “Speaker” dan address “Menteri”, macam itu.
Saya bukan...
Yang Berhormat, Menteri hendak jawab, sudah hendak habiskan Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Mengambil pandangan dan nasihat daripada Tuan Yang di-Pertua, saya akan chill. Chill, let’s all chill insya-Allah. [Ketawa] Saya sebut sudah tadi dan tentang dekorasi barangan berdasarkan manifest juga telah saya sebutkan tadi Yang Berhormat Arau. Barang turun dan bila hendak turun juga telah saya sebutkan sambil menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Pontian tadi. Jadi, saya ingat itu yang telah dibangkitkan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 3 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.79/2018 disahkan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Diputuskan, “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Perkhidmatan 2018 supaya Perintah Cukai Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.79 bagi tahun 2018 disahkan.” ]
Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Cukai Jualan 2018Motion
Terima kasih
“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.72, ST.76 dan ST.89 bagi tahun 2018 disahkan.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan kepadanya oleh subseksyen (3), seksyen 10, Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.72, ST.76, dan ST.89 bagi tahun 2018 disahkan. Pertama, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018, Kertas Statut Bilangan ST.72. Perintah ini dibuat bagi menetapkan kadar cukai jualan ke atas barangan bercukai. Melalui perintah ini, secara asasnya kadar cukai jualan telah ditetapkan seperti berikut: (i) Kadar am 10 peratus bagi semua barang bercukai kecuali: (a) barang yang mendapat pengecualian cukai jualan di bawah Perintah Cukai Jualan barang yang dikecualikan daripada Cukai Jualan 2018; dan (b) barang yang di bawa masuk ke Malaysia dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu yang mana barang itu bukan bagi kegunaan perdagangan dan tidak termasuk kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan tiub; (ii) kadar 5 peratus bagi barangan yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018; (iii) kadar spesifik ke atas barangan tertentu seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018. Untuk makluman, sebanyak 5,612 baris tarif dikenakan cukai jualan sepuluh peratus dan 793 baris tarif dikenakan cukai jualan 5 peratus. Berbanding 11,167 baris tarif yang dikenakan GST pada kadar 6 peratus. Sebanyak 5,443 baris tarif pula telah ditetapkan untuk tidak dikenakan cukai jualan iaitu bersamaan sepuluh kali ganda berbanding 545 baris tarif yang tidak dikenakan GST. Antara barang yang ditetapkan cukai jualan pada kadar lima peratus adalah barang makanan yang diproses, komputer dan barangan elektronik. Manakala, makanan asasi seperti beras, gula, ikan segar, ayam segar, sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah dikecualikan dari dikenakan cukai jualan. Apa yang tidak kena ini pun, itu yang harga barangan naik di pasaran, Yang Berhormat Arau. Ini yang kita pening ini. Kerajaan juga telah menetapkan sebahagian besar barang kegunaan industri seperti besi, kayu dan bahan kimia dikecualikan dari dikenakan cukai jualan. Ini untuk memastikan bahawa industri pembinaan kita, terutamanya hendak buat rumah mampu milik dan sebagainya akan tidak akan terkesan dan dikecualikan langsung daripada cukai jualan. Perintah ini telah berkuat kuasa mulai 1 September 2018. Itu statut yang pertama. Kedua, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2018, Kertas Statut Bilangan ST.76. Perintah ini dipinda bagi tujuan untuk memasukkan peruntukan baru dan membina peruntukan sedia ada. Pindaan yang dilakukan adalah berkaitan Lampiran bagi Jadual Pertama yang mengandungi senarai barang yang dikenakan cukai jualan lima peratus seperti berikut: (i) kod 03.05- pindaan dibuat dengan mengeluarkan semua jenis ikan masin dan ikan pekasam daripada senarai barang yang dikenakan cukai jualan 5 peratus. Sebelum ini, mula-mula itu buat bagi kena lima peratus sama seperti yang lain tapi oleh kerana rakyat kita yang makan ikan masin dan ikan pekasam. Ini kita kecualikan daripada cukai jualan. Itu pun harga barang naik juga, Yang Berhormat Arau. Pindaan susulan juga dibuat ke atas Perintah Cukai Jualan iaitu barang yang dikecualikan daripada Cukai Jualan 2018. Pindaan ini adalah bagi menetapkan bahawa ikan masin dan ikan pekasam dikecualikan daripada dikenakan cukai jualan kerana merupakan makanan asas;
(ii) kod 16.05- pindaan dibuat bagi memasukkan produk prepared food yang berasaskan mollusc iaitu seumpama kerang dan crustaceans iaitu seperti udang yang mana sebelum ini dikenakan cukai jualan 10 peratus, dikenakan cukai jualan pada kadar 5 peratus, daripada sepuluh peratus kepada 5 peratus. Pindaan ini adalah untuk menyelaraskan layanan cukai jualan ke atas makanan yang diproses. (iii) kod 40.11 dan 40.13- pindaan dibuat untuk memasukkan kod tarif berkaitan produk tayar dan tiub motosikal yang diperbuat daripada getah yang sebelum ini dikenakan cukai jualan 10 peratus untuk dikenakan cukai jualan pada kadar 5 peratus, turun lagi daripada sepuluh peratus ke 5 peratus. Pindaan ini adalah selaras dengan pengecualian cukai jualan yang diberikan kepada motosikal di bawah 250cc kerana tayar dan tiub motosikal merupakan alat ganti penting bagi motosikal yang digunakan oleh kebanyakan golongan B40. (iv) kod 91.05, 91.06 dan 94.06- pindaan yang dibuat adalah merupakan pindaan editorial bagi tujuan penyelarasan dengan Perintah Duti Kastam 2017. Ini kadang-kadang ada benda yang patut kita masukkan tidak dimasukkan dan sebagainya ataupun dalam versi Bahasa Malaysia ada, versi bahasa Inggeris tidak ada. This is called editorial. Ini yang kita pinda di bawah 91.05, 91.06 dan 94.06. Pindaan ini telah berkuat kuasa mulai 6 September 2018. Ketiga, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) (Pindaan) (No.2) 2018 iaitu Kertas Statut Bilangan ST.89. Perintah ini dipinda bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru dan meminda peruntukan sedia ada. Pindaan yang dilakukan adalah berkaitan Lampiran bagi Jadual Pertama yang mengandungi senarai barang yang dikenakan cukai jualan lima peratus seperti berikut: (i) kod 3.06 dan 3.07- pindaan dibuat bagi memasukkan makanan laut mewah iaitu lobster, scallops, abalone dan oyster yang sebelum ini dikecualikan dari dikenakan cukai jualan, untuk dikenakan cukai jualan pada kadar 5 peratus. Oleh sebab apabila kita umumkan semua makan laut dikosongkan cukai jualan, jadi dalam roadshow kita ada yang bangkit tanya, kalau yang rakyat biasa makan itu tidak apalah kita kosongkan tapi makanan laut mewah, seumpamanya lobster, scallops dan sebagainya tidak patutlah dikosongkan. Oleh sebab ini makan orang yang kaya-kaya macam Yang Berhormat Arau, bukan kaya, orang yang mewah. Jadi, ini daripada asalnya 10 peratus, turun kosong kemudian naik pula kepada 5 peratus; (ii) Kod 33.03 dan 33.04- pindaan di buat bagi memasukkan produk kosmetik di bawah kod tarif 3303 dan 3304 yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar 10 peratus untuk dikurangkan kepada 5 peratus. Jadi, tidak mahal sangat kalau hendak bersolek; (iii) kod 40.12- pindaan di buat bagi memasukkan kod tarif berkaitan produk tayar celup bagi kegunaan kenderaan komersial seperti bas, lori, traktor dan kenderaan all-terrain vehicle (ATV) yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar 10 peratus untuk dikurangkan kepada 5 peratus. Ini setelah kita buat roadshow dan mendapat pandangan, khususnya daripada transporter dan sebagainya. ‘Depa’ kata kalau tayar mahal, nanti mereka terpaksa caj urusan pengangkutan yang mahal, akan menyebabkan harga lagi naik dan sebagainya. Maka, diturunkan daripada 10 peratus kepada 5 peratus;
(iv) kod 85.25, 85.29, 90.02, 90.06 dan 90.07- pindaan dibuat bagi memasukkan kod tarif berkaitan produk kamera dan aksesori kamera yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar 10 peratus untuk dikurangkan kepada 5 peratus. Ini pun, Tuan yang di- Pertua, mereka yang pakai kamera. Kamera yang betul-betul kamera, bukannya kamera yang kita pakai di telefon kita ini, sudah dying breed. Jadi mereka minta supaya dikurangkan, maka dipersetujui kita kurangkan dari 10 peratus kepada lima peratus.
(v) kod 85.37 dan 85.38- pindaan dibuat bagi memasukkan kod tarif berkaitan aksesori dan alat gantian telefon, yang sebelum ini ditetapkan cukai jualan pada kadar 10 peratus untuk dikurangkan kepada 5 peratus. Aksesori dan alat gantian telefon ini adalah satu necessity bagi semua golongan ataupun rakyat yang ada di Malaysia ini, maka kita bersetuju mengurangkan daripada 10 kepada 5 peratus. Pindaan ini telah berkuat kuasa mulai 9 Oktober 2018. Tuan yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mungkin sedikit perbahasan sebab ini soal-soal terperinci, kalau boleh khususkan pada perincian.
Sedikit sahaja Tuan yang di- Pertua- 5,612 baris tarif kena 10 peratus, kemudian 11,000 baris tarif...
Maafkan saya, saya lupa. Tiada yang menyokong sebelum ini.
Tuan yang di-Pertua, saya memohon menyokong.
Baiklah, silakan Yang Berhormat Pontian sambung.
Saya ulang balik Tuan yang di- Pertua, 5,612 baris tarif kena 10 peratus. Masa zaman GST, 11 ribu baris tarif kena 6 peratus. Dari segi agregat kekesanan itu, saya kira separuh barang, double kadarnya, dan double barang, kadarnya kurang daripada kadar 10 peratus itu hanya pada 6 peratus. Jadi ini satu perbezaan yang ketara antara SST dan GST. Barang-barang yang dikecualikan yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, terutama barang-barang makanan, semasa GST pun kosong juga, disifarkan juga, zero rated. Jadi tidak ada perbezaan yang ketara. Yang saya ingin tanyakan tadi ialah, berapa barang daripada 5,612 itu yang barang makanan dan berapa barang, dari segi peratusan yang bukan makanan. Kemudian daripada RM23 bilion itu, berapa banyak pecahan 10 peratus, 5 peratus dan 6 peratus, sebab sales tax itu, 10 dan 5, service tax itu, 6. Daripada RM23 bilion itu, saya hendak tahu, 10 peratus berapa bilion, 5 peratus berapa bilion dan 6 peratus berapa bilion. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan yang di-Pertua, hari ini hari penghabisan, kita selesai dengan elok-elok. Jadi saya juga hendak memohon maaf kalau terkasar bahasa, tak payah paksa, saya akan minta maaf, sebab saya orang Islam sentiasa bermaaf-maafan. Di hari penghabisan ini, supaya kita habiskan dengan elok, dan kita bergembira, kita terus berkawan, dan kalau kita tidak bersetuju, kita akan menegur dan sebagainya.
Saya menyokong kepada kertas cadangan Menteri Kewangan. Sokong atau tidak, akan disetujukan juga, baik menyokong. Cuma dari segi pelaksanaan minta diberi perhatian yang wajar seperti yang sebutkan tadi, dan ada dua tiga benda Yang Berhormat tidak pernah mengalaminya. Jadi saya harap Yang Berhormat bila balik ke kawasan, jenguk sebelah Perlis dan tengok sendiri di Bukit Kayu Hitam untuk melihat apa yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan yang di-Pertua dan maaf kepada semua pihak, termasuk Tuan yang di-Pertua perlu pohon maaf kalau ada tersilap buat keputusan dan sebagainya.
Kita semua tak lepas dari kesilapan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Terima kasih Tuan yang di- Pertua. Dalam dewan ini macam ada kita tiga orang saja. Soalan daripada Pontian, tentang GST baris tarif dahulu ada 11,167 barangan yang dikenakan pada kadar enam peratus. Pada SST, hanya 5,612 baris tarif yang dikenakan 10 peratus. Jadi pecahan Yang Berhormat Pontian minta itu, saya minta maaf, saya tak dapat berikan jawapan spontan sekarang, kita akan buat secara bertulis. Cuma saya perlu juga teruskan dengan menyebut sebab Yang Berhormat Pontian tidak langsung sebut bahawa sebanyak 5,443 baris tarif yang ditetapkan untuk tidak dikenakan cukai jualan, iaitu sebanyak 10 kali ganda lebih daripada 545 baris tarif yang tidak dikenakan GST. Maknanya, yang kita kecualikan langsung ini 10 kali ganda bilangannya. Jadi saya ingat itu bagi menjawab Yang Berhormat Pontian. Saya ingat Yang Berhormat Arau tiada apa, dia memohon maaf. Kita sama-sama macam itu, saya memohon maaf jika ada benda yang disebut terdetik di hati dan sebagainya, tetapi ini adalah untuk memastikan bahawa negara kita dapat diurus tadbir dengan lebih baik dan kesejahteraan dapat kita berikan kepada rakyat terbanyak. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Walaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara empat, yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut, Bilangan ST.72, ST.76, dan ST.89 bagi tahun 2018 disahkan dan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Diputuskan, “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bilangan ST.72, ST.76 dan ST.89 bagi tahun 2018 disahkan.”]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sedikit kata-kata penutup daripada saya selaku Speaker. Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas 2018 telah berlangsung selama 30 hari, mulai dari hari Isnin 15 Oktober 2018 hingga hari Selasa 11 Disember 2018, panjang tetapi macam tak panjang. Seperti mana semua ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan ini merupakan persidangan yang kedua berlangsung di bawah kepimpinan kerajaan baharu iaitu Kerajaan Pakatan Harapan. Saya amat bersyukur dalam tempoh mandat baru yang diberikan oleh rakyat sejak 9 Mei yang lalu, agenda reformasi institusi Parlimen, seperti mana dijanjikan telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan semua ahli-ahli Yang Berhormat, antaranya memperkasakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mewujudkan enam Jawatankuasa Pilihan Khas yang baharu, berserta dengan pengerusi dan ahli-ahlinya.
Ketiga, mewujudkan kumpulan caucus merentasi fahaman politik yang terbaharu, iaitu Kokus Reformasi dan Tadbir Urus, mudah-mudahan kita akan terus bersama menggerakkan komitmen untuk mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen sebagai institusi badan perundangan yang terbuka, bebas, telus dan mesra rakyat dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebagai Tuan yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kedua dua Timbalan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis Mesyuarat kali ini dapat disempurnakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Parlimen Malaysia, wakil media massa, serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh dewan kali ini bersidang. Pada mereka yang beragama Kristian, diucapkan selamat menyambut Hari Krismas, yang akan disambut pada 25 Disember 2018, dan selamat menyambut tahun baharu 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi kepada semua. Pada kesempatan ini juga, izinkan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak kebangsaan... [Tepuk] pada pertemuan akhir pertama menentang pasukan Vietnam dalam aksi Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil pada malam ini. Khususnya untuk Yang Berhormat Padang Serai, ada sedikit pantun. Dulu turun sekarang naik; Dulu kosong sekarang penuh; Harimau Malaya tetap terbaik; Sokongan kami di Parlimen tetap utuh. Jadi kepada Harimau Malaya, selamat berjuang, selamanya Harimau Malaya. Akhir kata saya ingin mengucapkan kepada semua ahli Yang Berhormat, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing, semoga ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga rakyat tersayang. Satu lagi pantun. Bintang Barat terbit petang; Bintang Timur terbit pagi; Jika tidak melarat panjang; Penggal depan ketemu lagi. Ahli ahli Yang Berhormat, mesyuarat hari ini ditangguhkan...
Tuan Yang di-Pertua, tidak minta maafkah? Bermaaf-maafan [Ketawa]
Boleh jugalah. Saya minta maaf. Saya juga meminta maaf kalau ada apa-apa kesilapan, kekurangan sopan santun terhadap Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.11 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Bebanan GuruSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa isu nasional berkaitan beban guru-guru di seluruh negara. Pada 7 Oktober 2018 yang lalu, saya telah menerima kunjungan hormat En. Harry Tan Huat Hock (Setiausaha Agung NUTP) bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh para guru di seluruh negara.
Saya dimaklumkan bahawa isu berkaitan guru pernah dibawa kepada Menteri Pendidikan dan kementerian semasa kerajaan yang lepas namun tiada tindakan susulan diambil dalam usaha mengurangkan atau menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Saya rasa terpanggil untuk menyuarakan rintihan dan aduan oleh majoriti guru di Malaysia dan saya juga sangat memahami permasalahan yang sering dihadapi oleh kerana saya juga merupakan bekas guru.
Saya menyambut baik usaha kerajaan mahu mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian. Mereka selama ini dibebani dengan tugas di luar bidang dan masa mereka sebagai pendidik. Saya juga seorang bekas guru, berpandangan ini merupakan usaha murni pihak kerajaan membantu para guru serta memperbaiki semula hubungan antara guru dan para pelajar.
Tugas hakiki seorang guru adalah mendidik anak-anak murid mereka dan mereka perlu melihat cara yang sesuai untuk memajukan pendidikan yang kolaboratif bagi
mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar. Ini perlu diambil kira oleh semua guru. Malah mereka perlu lebih kepada penumpuan pembentukan minda, akhlak, adab dan lain-lain.
Jika guru-guru dibebani dengan tugas menyemak peperiksaan, memasukkan data peribadi pelajar, menguruskan hal-hal lain selain mendidik, ini boleh mengganggu emosi seseorang guru itu. Jika bebanan ini tiada atau dihapuskan, maka sudah pasti setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja.
Untuk menyelesaikan masalah kekurangan kerani di sekolah, saya mencadangkan pihak kementerian agar membuka peluang pekerjaan bagi mencari kerani yang mencukupi di setiap sekolah agar tidak mengganggu kerja hakiki guru. Selain itu, kerajaan juga diminta agar mengkaji semula lambakan graduan dalam bidang pendidikan atau perguruan. Pihak kerajaan perlu membuka peluang pekerjaan agar lambakan graduan ini dapat memenuhi sektor pendidikan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang, bekas pendidik yang prihatin terhadap isu guru. Saya berbesar hati untuk menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai beban tugas guru.
KPM bertanggungjawab terhadap profesion keguruan dan sentiasa cakna terhadap kebajikan guru termasuk menangani isu beban tugas guru secara progresif. KPM bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat Sekijang bahawa sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan baik, matlamat kemenjadian murid boleh terjejas dan guru sukar untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
KPM merakamkan penghargaan kepada Ahli Yang Berhormat Sekijang kerana berjasa sebagai bekas guru dan terus mendengar suara guru melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Namun, dakwaan Setiausaha Agung NUTP bahawa KPM tidak mengambil sebarang tindakan bagi menangani isu beban tugas guru adalah tidak tepat.
Kementerian sentiasa mencari kaedah terbaik untuk mengatasi isu ini. Antara langkah awal yang telah diambil oleh KPM ialah:
(i) mengurangkan serta memudahkan tugasan kemasukan data atau pelaporan dengan pemerkasaan pengintegrasian data melalui inisiatif single-sign-on (SSO);
(ii) mengurangkan beban aktiviti bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah;
(iii) menghentikan audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2); dan
(iv) terkini, KPM telah menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM). Sistem ini dibina bermatlamatkan untuk mengurangkan beban tugas guru akan disemak semula dan ditambah baik secara menyeluruh supaya lebih mesra pengguna.
Tuan Yang di- Pertua, di bawah pentadbiran kerajaan baharu, pihak NUTP turut dilibatkan dalam perbincangan bagi menangani beban tugas guru. KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Beban Guru (JKMBG) yang selain melibatkan NUTP, turut melibatkan Majlis Guru Besar (MGB) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan lain- lain pihak berkepentingan. Beberapa sesi libat urus telah diadakan bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cadangan yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.
JKMBG juga telah menjalankan kajian yang lebih terperinci dan holistik di lapangan iaitu sekolah-sekolah untuk mengenal pasti faktor lain yang menjadi punca beban guru secara khusus berdasarkan jenis dan program sekolah. Hasil kajian ini akan digunakan untuk menyusun strategi penyelesaian. Antaranya dengan mencadangkan penurunan kuasa ke peringkat sekolah, memudahkan pelaporan data dan maklumat dan penyelarasan program- program utama antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan jabatan atau agensi KPM di peringkat pusat.
Tuan Yang di- Pertua, Ahli Yang Berhormat Sekijang turut membangkitkan isu beban tugas guru menyemak kertas peperiksaan murid. KPM berpandangan bahawa tugasan ini tidak boleh dianggap sebagai satu bebanan kerana tugas tersebut termasuk dalam skop tugas profesional seseorang guru untuk mengetahui bukan sahaja pencapaian murid tetapi juga kekuatan dan kelemahan seseorang murid sebagai panduan untuk merancang aktiviti pemulihan sekiranya perlu. Sebagai seorang bekas guru, Ahli Yang Berhormat tentunya lebih
memahami falsafah di sebaliknya, bahawa tugas menyemak peperiksaan lebih sesuai dibuat oleh guru dan bukan dibuat oleh kerani.
Berkaitan dengan hubungan antara guru dengan murid, pencapaian bandar dan luar bandar, pendekatan-pendekatan pendidikan secara kolaboratif, pembentukan minda, akhlak, adab yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat, sememangnya diberikan fokus utama oleh KPM. Secara umumnya, semua perkara tersebut telah dilaksanakan melalui pelbagai strategi kurikulum dan kokurikulum. Langkah-langkah tersebut telah melalui beberapa fasa penambahbaikan dan sebahagian besar impaknya telah dinilai. Sebagai contoh, KPM telah berjaya mengurangkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan murid luar bandar melalui beberapa inisiatif yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025.
Berhubung dengan cadangan supaya pihak kementerian melantik kerani yang mencukupi di setiap sekolah, KPM sedang meneliti secara serius yang mana perkara ini turut melibatkan kelulusan agensi pusat. Dalam hal ini, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah menyatakan komitmen bahawa guru tidak akan terbeban dengan tugas perkeranian yang tidak berkaitan dengan tanggungjawab guru mulai tahun 2019.
Berkaitan dengan isu graduan pendidikan yang belum dilantik sebagai guru, adalah dimaklumkan perancangan keperluan guru KPM dilaksanakan melalui unjuran keperluan guru dan perkongsian maklumat dengan pihak penyedia latihan guru iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam (UA). Urusan pengambilan graduan pendidikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran dari semasa ke semasa.
Graduan yang berminat untuk menjadi guru perlu terlebih dahulu memohon melalui Portal JobsMalaysia untuk dipanggil untuk ditemu duga oleh SPP.
Sebagai kesimpulannya, KPM serius dalam menangani beban tugas guru dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dan mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan ke arah meningkatkan kualiti guru di Malaysia. Ini selaras dengan kajian antarabangsa yang menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Sekian jawapan saya, ribuan terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Banjir di Kawasan Bandar KuchingSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, banjir kilat merupakan fenomena yang sering kali berlaku di kawasan Bandar Kuching, terutamanya di beberapa kawasan tertentu. Sistem perparitan yang lemah menyebabkan laluan air permukaan akibat hujan lebat gagal mengalir ke kawasan yang sepatutnya lalu menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Banjir kilat yang berpunca daripada parit yang cetek akibat mendapan sisa pepejal
(sampah) ataupun tanah, sering berlaku di sesetengah kawasan Bandar Kuching seperti kawasan Sarawak General Hospital, Jalan Hospital, Jalan Ban Hock, Padang Merdeka, Kampung Tabuan Dayak, Jalan Gartak, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Green, antara yang lain.
Keadaan ini telah menyebabkan jalan perhubungan di kawasan ini terputus kerana jalan yang turut ditenggelami air dan kesusahan kepada rakyat. Pada Khamis, 22 November 2018, disebabkan hujan lebat selama kurang dari dua jam sahaja, kawasan tersebut telah ditenggelami air termasuk Hospital Besar Sarawak sampai air masuk ke wad-wad dan kawasan di sekitar hospital yang menyukarkan pekerja hospital menjalankan tugas mereka.
Oleh itu, saya meminta agar pihak kementerian dapat membuat perancangan untuk menyelenggarakan serta membaik pulih semula semua sistem perparitan di kawasan- kawasan ini termasuk pelan ‘flood mitigation program’ di Bandar Kuching. Selain itu, masalah banjir di Kuching seperti Kawasan Bintawa, Jalan Foochow, Sg Apong, Jalan Song dan Tabuan Dayak. Banjir yang berlaku di kawasan ini telah menjejaskan keselamatan para penduduk dan menyebabkan kerosakan harta benda, rumah dan kereta.
Oleh itu, saya ingin bertanya sekiranya pihak kementerian mempunyai inisiatif ataupun perancangan jangka pendek dan juga jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan ini termasuk menyatakan secara terperinci status Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu(PLSB) Sungai Sarawak untuk menangani masalah banjir kilat yang dikatakan telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini berjumlah RM150 juta?
Dengan itu, sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Krismas, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Antara faktor kejadian banjir pada 22 November 2018 di sekitar Bandar Kuching adalah:
(i) hujan yang lebat di mana jumlah hujan yang direkodkan dalam tempoh sejam adalah 72 milimeter di stesen hujan Kuching Third Mile dan 82 milimeter di stesen hujan Wisma Saberkas;
(ii) sistem perparitan yang kurang efektif disebabkan oleh pertambahan kadar aliran air larian permukaan akibat daripada pembangunan;
(iii) terdapat halangan di dalam sistem perparitan seperti sampah, paip, kabel dan pembetung yang kecil; dan
(iv) enapan tanah ataupun lumpur di dalam sistem perparitan akibat daripada aktiviti kerja tanah bagi pembangunan di sekitar kawasan.
Kawasan-kawasan Yang Terjejas Antara kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir pada tarikh berkenaan adalah seperti berikut:
(i) Sarawak General Hospital – Jalan Tun Abang Haji Openg;
(ii) Kawasan Central Padang;
(iii) Lintang Park Utara, Lorong Lintang Park Selatan 1 dan Jalan College;
(iv) Jalan Elis, Jalan Padungan; dan
(v) Kawasan Tabuan Dayak.
Perancangan Jangka Pendek Kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan secara berkala perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti sistem saliran berkenaan terutamanya ketika musim hujan untuk mengurangkan risiko banjir. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di kawasan bandar bukanlah di bawah bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebaliknya adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Walau bagaimanapun, kementerian ini bersedia untuk bekerjasama dalam membantu PBT dan kerajaan negeri bagi menangani isu banjir kilat di kawasan bandar tersebut.
Perancangan Jangka Panjang Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM150 juta dalam RMKe-11. Walau bagaimanapun, pada 7 Jun 2018 pihak kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah memutuskan projek PLSB Sungai Sarawak ditangguhkan pelaksanaan ke tahun 2019. Pelantikan perunding bagi reka bentuk terperinci serta lantikan juruukur akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Kerja-kerja fizikal projek dijalankan akan dilaksanakan mulai pada tahun 2020.
Antara kawasan yang terlibat dalam projek PLSB Sungai Sarawak adalah seperti berikut:
(i) naiktaraf Sistem Saliran di Hospital Umum Sarawak, Kuching;
(ii) naiktaraf Sistem Saliran di Kuarters Kerajaan, Kuching;
(iii) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Gersik, Kuching;
(iv) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Sinjan, Kuching;
(v) mendalam dan melebarkan Sungai Tabuan;
(vi) naiktaraf Sistem Saliran di Batu Lintang, Kuching;
(vii) naiktaraf Sistem Saliran di S.K. Muara Tuang, Samarahan;
(viii) naiktaraf Sistem Perparitan di Jalan Kuching Samarahan Expressway, Samarahan; dan
(ix) pembinaan Riverwall Dari Kampung Bedil hingga Kampung Lintang, Kuching Untuk penyelesaian secara menyeluruh, anggaran kos projek adalah berjumlah RM1.8 bilion yang melibatkan komponen-komponen berikut:
(i) penyiapan flood bypass;
(ii) kerja-kerja penggantian jambatan;
(iii) pembinaan Tidal Control Gate iaitu Kawalan Air Pasang Surut;
(iv) pembinaan Empangan Jajar; dan
(v) lain-lain komponen yang berkaitan.
Peruntukan akan dipohon untuk pelaksanaan keseluruhan projek bagi mengatasi masalah banjir dalam RMKe-11 seterusnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah Mesyuarat Kamar Khas terakhir untuk tahun ini. Izinkan saya mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year 2019 to all of you.
Dengan ini, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan. Sekian, terima kasih.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.53 petang]