Dewan Rakyat · 28 March 2019
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,249 turns · 52,920 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah yang akan terjadi kepada baki dana perlindungan kesihatan mySalam sekiranya jumlah tuntutan kurang daripada jumlah dana tersebut serta apakah anggaran bantuan yang akan diterima oleh kumpulan B40 setiap tahun.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Petaling Jaya atas soalan tadi. Tuan Yang di-Pertua, kos caruman Skim mySalam untuk 3.7 juta individu daripada kumpulan B40 diberikan pada harga kos untuk tempoh lima tahun. Sebagai sebahagian daripada persetujuan bersama Great Eastern Holdings Berhad, sekiranya tuntutan di dalam tempoh lima tahun ini berjumlah kurang daripada jumlah caruman yang telah dibayar oleh kerajaan, lebihan atau apa-apa keuntungan akan disalurkan balik ke Skim mySalam. Satu tabung amanah telah diwujudkan bagi tujuan mengurus sumbangan daripada penanggung insurans dan pengendali Takaful kepada skim ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Skim mySalam adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.7 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup 2019 berumur di antara 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans Great Eastern Holdings Berhad yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model kerjasama awam swasta atau public-private partnership, dengan izin yang tulen ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, khususnya membantu mereka yang menghadapi penyakit kritikal dan menghadapi kesempitan kewangan kerana menanggung beban kos rawatan dan sumber untuk saraan keluarga yang terjejas. Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS, di mana mereka dilindungi di bawah skim ini. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali, one-off sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer dan lain-lain. Selain itu Skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari atau RM700 setahun kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan. Perlu ditegaskan bahawa
pembayaran one-off RM8,000 hanya sekali sahaja. Akan tetapi pembayaran RM700 atau RM50 setiap hari boleh dituntut setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menjangkakan peningkatan di dalam saiz tabung amanah pada masa akan datang dengan tambahan sumbangan daripada Great Eastern, syarikat-syarikat insurans dan juga sumber-sumber lain untuk memastikan kemapanan dana untuk memenuhi matlamat jangka panjang yang berikut: (i) menggalakkan pengambilan insurans dan takaful dalam kalangan B40 dengan mewujudkan kesedaran dan keyakinan yang lebih tinggi serta pengalaman yang positif; dan (ii) menggalakkan penawaran produk dan perkhidmatan insurans dan takaful komersial yang mampan dan mampu milik yang memenuhi keperluan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan insurans dan takaful. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ada beberapa soalan yang hendak dijelaskan. Pertamanya ialah berkenaan kecualian kepada Great Eastern Insurans dan mengapa tidak mengikut open tender? Ada orang awam yang juga menyoal tentang isu had umur 55 tahun daripada Program mySalam kerana mengikut pemahaman saya, banyak antara penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan sebagainya dialami oleh mereka yang berusia lebih daripada 55 tahun. Terima kasih.
Terima kasih. Berkaitan dengan pengecualian yang diberikan oleh Great Eastern Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita memerlukan Great Eastern mematuhi pelupusan 30 peratus pegangan ekuiti mereka, ia akan memberikan manfaat kepada beberapa pihak tertentu sahaja dan nilainya pun hampir sama.
Ini telah pun dinilai oleh pihak Bank Negara. So, bila lihat nilai ini, saya beri satu contoh itu dana permulaan RM2 bilion. Sekiranya RM2 bilion ini dilupuskan, ia akan memberikan manfaat kepada beberapa pihak seperti yang saya sebut tadi yang menjadi pemegang ekuiti 30 peratus. Pihak kerajaan rasa, adalah lebih prihatin sekiranya kita salurkan RM2 bilion ini bukanlah dipegang oleh beberapa individu tetapi kepada golongan B40, lebih 4 juta orang, supaya sekiranya mereka menghidapi penyakit kritikal, mereka sekurang-kurangnya boleh dapat sedikit bantuan kewangan. Semua pun bukan banyak, saya akui. Akan tetapi sekurang- kurangnya dapat sedikit bantuan kewangan untuk rawatan dan pada masa yang sama sebagai satu sumber untuk keluarga mereka yang terjejas kerana pesakit ini tidak dapat menyara hidup keluarga mereka. Kedua tentang cadangan daripada Yang Berhormat supaya kita dapat lanjutkan usia. Kalau kita sebut 18 hingga 25 tahun, ini adalah dalam kerangka tawaran insurans masa kini iaitu apa yang ditawarkan di pihak swasta ialah di antara 18 hingga 25 tahun, yang lebih itu dianggap not insurable. Akan tetapi kerana ini adalah daripada kerajaan, kita akan pertimbangkan cadangan Yang Berhormat daripada Petaling Jaya untuk lihat sama ada kita boleh lanjutkan sedikit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Pendang.
Paya Besar.
Sebelum saya jemput Ahli Yang Berhormat yang seterusnya untuk kemukakan soalan tambahan, Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kedatangan kehadiran penghulu-penghulu dari Parlimen Kubang Kerian, Kelantan. [Tepuk] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang soalan tambahan, 10 saat.
Terima kasih soalan tambahan yang kedua daripada Yang Berhormat Menteri. Saya setuju tadi RM2 bilion dengan kita lupuskan
30 peratus ekuiti domestik dan saya hendak tanya kemudian duit sumbangan tersebut digunakan oleh kerajaan untuk membayar premium sebanyak RM112 setahun berjumlah 3.69 juta individu yang B40 yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun. Persoalannya, duit premium tersebut dikembalikan kepada syarikat Great Eastern, bahkan mereka mempunyai jumlah besar pelanggan yang dijamin oleh kerajaan, malah mereka terlepas daripada syarat pelupusan saham 30 peratus yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Seperti yang sebut tadi, ini akan diuruskan menerusi melalui satu tabung amanah di mana bila Great Eastern mengeluarkan wang ini RM2 bilion ini adalah digunakan untuk bayar RM8,000 kepada setiap pesakit, termasuk pasangan mereka. So, sekiranya Yang Berhormat pun tahu kadang- kadang, ‘malang tidak berbau’lah. Suami kena, isteri pun kena. So, kita tidak akan hadkan kepada satu sahaja. Kedua-dua boleh memohon dan mendapat bayaran RM8,000 ini. Akan tetapi tambahan lagi, setiap tahun, setiap hari ada di hospital boleh tuntut RM50 sehari sehingga maksimum RM700 setahun untuk setiap tahun, baik RM8,000 ini one- off. So, sekiranya kita ada keadaan seperti Yang Berhormat sebut, bahawa wang ini tidak digunakan habis ia akan disalurkan balik supaya RM2 bilion ini digunakan sepenuhnya untuk para pesakit. Skim ini pun telah terbuka dan kita rasa seperti yang saya sebut tadi kita anggap ini sebagai satu payung sementara. Tidak dapat tentu mengatasi semua masalah yang ada tetapi sekurang-kurangnya sesuatu inisiatif baharu oleh pihak kerajaan untuk membantu B40 dan saya faham Yang Berhormat pun tahu rasanya ataupun penderitaan mana-mana pesakit dan keluarganya yang menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Kerajaan menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan sedikit. Selain daripada menunjukkan ihsan tetapi menunjukkan simpati dan empati, selaras dengan Kerajaan Pakatan Harapan yang bukan sahaja prihatin tetapi juga penyayang kepada mereka yang memerlukan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan termasuk khususnya B40 sekian. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan. Melencong. Melencong.
2. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan bagaimana kementerian akan memastikan bahawa kawasan alam sekitar yang sensitif, dengan izin, "Environmentally Sensitive Areas", sentiasa dipelihara.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Tuan Yang di-Pertua, perintah kualiti alam sekeliling aktiviti yang ditetapkan penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015 telah menetapkan penggerak projek bagi cadangan bangunan yang tertakluk di bawahnya perlu menjalankan kajian environmental impact assessment (EIA) dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum projek boleh dimulakan seperti mana yang dinyatakan di bawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Terdapat 21 aktiviti di jadual pertama, 17 aktiviti di jadual kedua yang memerlukan EIA mengikut perintah tersebut. Ia termasuk aktiviti yang berkaitan dengan kawasan alam sekitar yang sensitif iaitu environmentally sensitive areas berikut; jadual pertama pembinaan talian pemancar dan pembinaan jalan terowong dan jambatan di kawasan sensitif alam sekitar, jadual kedua adalah pembinaan aerodrome, pembinaan tasik buatan manusia, penebus gunaan kawasan pantai dan juga perlombongan bahan galian di kawasan sensitif alam sekitar. Dalam hubungan ini, aktiviti pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar di kawal melalui bukan sahaja kaedah penguatkuasaan dan pemantauan, malahan melalui pendekatan rancangan pencegahan serta kawalan melalui proses EIA. Pemaju projek hendaklah mengambil langkah pencegahan dan kawalan pencemaran yang berkesan seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kelulusan laporan EIA bagi memastikan tiada ancaman ke atas ekosistem semasa pelaksanaan projek. Sekiranya kerosakan ataupun pencemaran
berlaku semasa pembangunan projek, pemaju projek adalah terdedah kepada tindakan perundangan mengikut seksyen 34A serta perlu menanggung segala kos yang melibatkan kerja-kerja rehabilitasi bagi kawasan tersebut.
Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Minta tanya, berapa keluasan Ramsar side di Sungai Pulai iaitu hutan paya bakau Sungai Pulai ini telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk pembangunan dan sama ada Pakatan Harapan yang memerintah sekarang, government of the day dengan izin akan lulus apa permohonan untuk pembangunan pada masa yang akan datang di Sungai Pulai atau tidak.
Untuk makluman Yang Berhormat Kluang, saya tiada exact figure tetapi ballpark figure adalah kurang daripada 10 peratus daripada Sungai Pulai telah pun diluluskan, dengan mendapat kelulusan EIA daripada kerajaan sebelum ini dan untuk pengetahuan, untuk yang tetap yang tepat yang statistik yang betul saya akan beri secara jawapan bertulis. Akan tetapi secara prinsipnya, saya hendak memberi makluman kepada Dewan yang mulia ini. Dalam proses kita mempertimbangkan, mengkaji semula penambahbaikan perintah untuk EIA, kelulusan kita telah membuat keputusan bahawa kelulusan EIA tidak akan dipertimbangkan lagi pada masa depan untuk kesemua Tapak Ramsar di Malaysia termasuk Sungai Pulai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Tapak Ramsar adalah tapak tanah lembap wetland yang diperakui mempunyai kepentingan antarabangsa di konvensyen tanah lembap yang lebih dikenali sebagai Konvensyen Ramsar. Ia adalah perjanjian dalam alam sekitar pelbagai hala yang ditubuhkan pada tahun 1971 oleh UNESCO dan mula berkuat kuasa pada tahun 1975. Kita terdapat tapak tujuh ataupun enam Tapak Ramsar di Malaysia: (i) Tasik Bera di Pahang; (ii) Tanjung Piah, Johor; (iii) Pulau Kukup, Johor; (iv) Sungai Pulai, Johor; (v) Kuching Wetlands National Park, Sarawak; dan (vi) Lower Kinabatangan Segama Wetlands, Sabah. Yang ada satu wetland yang kecil, Kota Kinabalu Wetlands yang seluas 24 hektar, juga di kenali sebagai Tapak Ramsar di Malaysia.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, alam sekitar adalah alam ciptaan Allah yang harus kita sebagai manusia memeliharanya. Saya ingin tahu, setakat ini berapakah kes tangkapan ataupun tindakan yang telah dibuat ke atas projek-projek yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan? Apakah mekanisme pemantauan supaya tidak berlaku sebagaimana yang berlaku baru-baru ini kes pencemaran sehingga menyebabkan permasalahan manusia itu sendiri. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak katakan di sini kita memang ada akta dan juga perintah. Sebelum ini, penguatkuasaan terhadap akta kita memang memerlukan peningkatan lagi. Sebagai contoh, saya bagi satu contoh, tahun lepas kita hanya ada kompaun dan juga saman di mahkamah yang lebih kurang RM5 juta sahaja untuk semua pelanggar undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling. Oleh itu, tahun ini kita telah menetapkan untuk menambah 100 peratus penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar untuk mereka yang melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling. Saya bagi satu contoh ya. Untuk kilang kitar semula plastik sahaja kita telah menutup sebanyak 150 buah dan hari ini kita telah membuat juga banyak penguatkuasaan yang telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar. Saya hendak katakan di sini bahawa pemerkasaan Jabatan Alam Sekitar memerlukan sedikit masa. Saya mohon untuk sikit masa lagi supaya kita boleh memperkuatkan jentera penguatkuasaan di Jabatan Alam Sekitar dan juga memperkukuhkan proses kita supaya mereka yang mencemari alam sekitar boleh didakwa ke mahkamah atau diberi kompaun yang sepatutnya.
3. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah perbezaan di antara rasuah dan tipuan bida dan apakah fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam membanteras aktiviti tipuan bida tersebut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Rasuah dikatakan berlaku apabila seseorang memberi imbuhan atau habuan kepada seseorang yang ada kedudukan, ada kuasa, ada pengaruh untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat untuk dia tetapi mudarat untuk orang lain. Tipuan bida, dengan izin, bid rigging ialah amalan apabila pembida-pembida yang nampaknya memasuki suatu tender terbuka tetapi mewujudkan persaingan yang artificial, dalam kata lain, tidak wujud persaingan. Pakatan sulit ini atau disebut kartel ialah pembida itu sendiri menentukan di kalangan mereka siapa yang patut dapat, itu bezanya. Tuan Yang di-Pertua, umumnya, lazimnya ada lima jenis tipuan bida. Pertama, dipanggil bidaan secara bergilir. Sesama mereka berpakat bila hendak masuk satu-satu tender. Dia akan kata, untuk tender ini kamu yang akan dapat. Jadi, caranya ialah bila dia menyerahkan satu harga tender, pihak yang mereka tentukan untuk dapat, dia akan masuk dengan harga yang kompetitif, yang lain masuk harga yang tidak kompetitif. Kedua ialah bidaan tidak mematuhi atau dipanggil, dengan izin, non-comforming bids. Pembida berpakat secara sengaja menyerahkan bidaan yang tidak mengikut terma atau syarat, disengajakan. Jadi, pembida yang mereka pakat untuk dapat, mematuhi semua syarat dan terma, dengan sendirinya dia yang dapat. Ketiga ialah bidaan yang menindas atau bid suppression. Tuan Yang di-Pertua, semua pihak berpakat tidak membida bila satu tender dibuka. Manakala di kalangan mereka yang ditentukan, dia yang masuk. Kemudian ada juga yang kita panggil bid withdrawal atau penarikan balik bidaan iaitu pembida yang berpakat menarik balik bidaan mereka dengan sengaja pada hujung tempoh bidaan, meninggalkan satu sahaja di kalangan mereka yang telah ditentukan. Ada juga bidaan terselindung atau cover pricing. Sesama mereka berpakat untuk menyerahkan secara sengaja harga bidaan yang lebih tinggi dan memberikan kelebihan kepada pembida yang mereka persetujui untuk dapat pada harga yang rendah. Kesemua amalan ini Tuan Yang di-Pertua, kalau berlaku ia bersalahan dengan seksyen 4, Akta Persaingan 2010. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, jelas kegiatan tipu bida ataupun pakatan sulit dan kartel ini menyebabkan pembaziran dan ketirisan yang merugikan kerajaan ataupun negara. Jadi, soalan tambahan saya, macam mana Yang Berhormat Menteri untuk perjelaskan peranan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam usaha membantu kerajaan dalam memastikan proses perolehan kerajaan berjalan tanpa berlakunya kegiatan tipuan bida? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap tahun kita tahu sistem perolehan atau sistem procurement ini belanjanya sangat besar, berbilion ringgit. Jadi, MyCC atau Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah kementerian ini, pertama menjalankan program advokasi kepada banyak badan kerajaan sejak penubuhannya, khusus termasuklah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan pelbagai agensi yang lain. Kedua, Suruhanjaya Persaingan Malaysia akan memposisikan dirinya di dalam satu kedudukan, di mana kita mengambil bahagian dalam setiap polisi tender. Dalam penentuan sesuatu polisi tender, Suruhanjaya Persaingan Malaysia akan ada tempat di dalamnya. Misalnya, di Kementerian Kewangan sebelum suatu tender dikeluarkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia ada di situ. Jadi, dengan cara itu kita akan dapat akses kepada proses tender dan ini sesuai dengan kuasa yang diberi oleh Akta Persaingan kepada MyCC. Dengan cara itu, jika sekiranya wujud ciri-ciri tipuan bida dan aduan sampai kepada kementerian ini Tuan Yang di-Pertua, maka satu siasatan akan dibuat. Ini kerana Suruhanjaya Persaingan Malaysia ini Tuan Yang di-Pertua, ia bersifat semi-kehakiman, ia
boleh siasat dan ia boleh cadangkan tindakan. Seperti mana baru-baru ini, ia siasat dan cadangkan tindakan ke atas lapan syarikat teknologi maklumat yang menyertai tender dan sebut harga yang ditawarkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Lapan syarikat teknologi maklumat ini disiasat, kemudian dicadangkan penalti secara kolektif sebanyak RM1.94 juta untuk dikenakan ke atas mereka. Itu langkah penglibatan MyCC dalam mengatasi penyakit tipuan bida. Terima kasih.
Terima kasih. Berapakah kes yang pernah dibawa ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ini? Pada zaman era Barisan Nasional dahulu, kita ada pegawai SPRM dalam jawatankuasa tender. Adakah ia diteruskan oleh kementerian sekarang? Adakah kementerian bercadang supaya pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia juga masuk dalam jawatankuasa tender, terutama tender- tender yang besar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini pada tahun 2010, kita sama-sama ambil bahagian untuk luluskan satu akta baharu iaitu Akta Persaingan 2010, kemudian lahirlah Suruhanjaya Persaingan Malaysia pada tahun 2012. Jadi, kes pertama mengenai tipuan bida ini yang dicadangkan tindakan ialah kes yang membabitkan Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA). Itu kes pertama ke atas lapan syarikat. Aduan banyak tetapi kes yang telah disiasat dan dicadangkan tindakan, satu.
Amalan sekarang adalah Suruhanjaya Persaingan Malaysia ikut terlibat di dalam menentukan spec atau polisi satu tender. Apabila berlaku satu proses tender dibuat dengan adanya penglibatan ini, maka Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) boleh berperanan secara lebih efektif. Kalau ada aduan, siasatan akan dibuat. Seperti yang saya sebutkan tadi, MyCC ini satu badan yang bersifat semi-kehakiman, di mana kita letakkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengetuainya. Kalau satu syor tindakan itu dibuat ke atas mereka yang terbabit dalam tipuan bida misalnya, mereka boleh mengemukakan rayuan dan proses itu dibuat. Tipuan bida ini jika tidak dibendung, kita pernah dengar dalam Dewan ini bagaimana Laporan Ketua Audit, saya pernah sebut, saya pun pernah mengambil bahagian waktu berada di pihak pembangkang. Pernah berlaku bagaimana satu laptop dibeli oleh satu Maktab Rendah Sains Mara di Balik Pulau dengan harga RM40,000 satu unit. Pasu bunga dibeli oleh pihak berkuasa tempatan dengan harga RM150 satu unit, screwdriver dibeli dengan harga RM60 satu unit. Open tender, open tender, open tender. Akan tetapi, sebab tipuan bidaan ini dibuat, RM60 itu dimasukkan sebagai harga paling rendah, RM40,000 itu dimasukkan sebagai harga yang paling rendah. Jadi, akibatnya, yang rugi adalah duit rakyat yang patutnya diamanahkan, diurus, dijaga dengan baik oleh kerajaan. Jadi, ini aspek baharu. Apakah kita terus terlibat di dalam, ditanyakan tadi, apakah amalan sebelum itu iaitu kedudukan SPR di dalam setiap kementerian itu, amalan itu masih diteruskan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah usaha kementerian untuk mengatasi masalah pembaziran makanan di setiap peringkat, mengikut contoh Perancis, di mana makanan lebihan daripada pusat-pusat komersial seperti Tesco disalurkan secara sistematik kepada golongan yang layak.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada rakan saya Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, Program Food Bank Malaysia ini sekarang dalam aktiviti pengembangan, sedang berjalan. Hari ini, kita lancarkan di Universiti Putra Malaysia. Di UKM, Cheras, Kampus Perubatan kita sudah jalankan, di Universiti Malaya, di UiTM, kita akan berada di UUM dan sebagainya. Ini adalah program perkembangan. Kita mulakan pada bulan lapan, tahun lepas. Sehingga sekarang, sedang saya menjawab ini, 46,000 orang telah mendapatkan manfaat. Kita telah menyelamatkan hampir 1,000 metrik tan makanan daripada pasar raya-pasar raya berupa sayuran, buah-buahan dan bakeries. Alhamdulillah, kita juga telah mewujudkan Yayasan Food Bank Malaysia sebagai satu vehicle pelaksanaannya. Satu kerangka undang-undang sedang kita gubal, sedang kita siapkan dengan mengambil pengalaman dari negara Perancis dan Amerika Syarikat seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Sesi engagement dengan Kementerian Pertanian dengan jabatan-jabatan yang lain termasuklah Kementerian Kesihatan sentiasa berjalan. Alhamdulillah, sambutan oleh masyarakat di luar sana, sangat baik. Saya telah menjemput 20 orang timbalan naib canselor universiti tempatan datang bersama-sama dengan persatuan mahasiswa. Persatuan mahasiswa adalah penggerak program ini di kampus-kampus mereka. Caranya, adalah kita buat satu pantry, sebagai tempat di mana bila hypermarkets menyumbang makanan, cereal untuk sarapan pagi misalnya atau biskut atau apa sahaja makanan, kita akan letak di dalam pantry. Persatuan mahasiswa akan uruskan inventorinya dan stok dia, universiti akan berikan senarai nama pelajar-pelajar yang datang dari golongan pendapatan rendah. Hari ini, kesemua universiti menunjukkan sokongan luar biasa. Sebahagian daripada universiti yang ada sekolah pengurusan hotel, mereka ada dapur. Jadi, untuk universiti yang sebegini, kita datangkan bahan-bahan mentah. Mahasiswa akan masak, kemudian mereka akan agihkan kepada kawan-kawan mereka. Semangat kesukarelawanan, kita selamatkan lebihan makanan, kita latih mereka disiplin dan mereka sama-sama menghidupkan semangat saling bantu-membantu. Saya fikir, ekosistem ini sangat indah. Bukan sahaja kita adakan di universiti, tetapi juga melibatkan masyarakat daripada golongan asnaf. Angka yang menerima manfaat terus meningkat, alhamdulillah.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas inisiatif yang sangat baik. Persoalan saya, terus pergi kepada rang undang-undang yang bakal dirangka. Memandangkan, di Perancis ada tiga elemen utama yang mereka ambil kira, pertama, pemaksaan. Semua pusat pengeluar makanan, katering dan sebagainya akan disenaraikan dan dipaksa menyerahkan makanan mengikut penyeragaman. Maksudnya, tarikh luput setiap produk makanan itu diambil kira supaya tidak ada beza antara miskin dan kaya yang menerima makanan tersebut. Ketiga, adalah penyenaraian. Maksudnya, setiap penerima, pelaksana untuk pemberian makanan itu dapat dikenal pasti. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memaklumkan sedikit sebanyak, adakah elemen ini terkandung di dalam rang undang- undang yang akan dibangkitkan kelak? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan dari rakan saya Yang Berhormat Permatang Pauh. Faktanya adalah, sebelum daripada ini Tuan Yang di-Pertua, di negara kita belum ada satu undang-undang yang regulates aktiviti seperti ini. Aktiviti ini telah lama dimulakan oleh pertubuhan bukan kerajaan. Peranan kementerian cuma kita facilitate sahaja, kita koordinat sahaja. Jadi, oleh sebab itu aspek undang-undang itu penting. Ini kerana, kita mahu letakkan kerangka yang betul. Perancis antara negara yang paling ke hadapan di dalam mempunyai satu undang- undang ala-ala Good Samaritan Law ini, yang mengawal atau kawal selia aktiviti food bank ini. Di satu sisi lain, negara yang ekstrem tidak perlu undang-undang adalah negara Jepun. Ini di mana, aktiviti food bank ini dinamakan Second Harvest. Pihak yang menyumbang, betul-betul memastikan makanan yang sihat, yang baik. Pihak yang menerima, kalau berlaku umpamanya kecacatan, dia tidak sampai mahu saman pihak yang memberikan sumbangan. Jadi, ekosistem itu sangat baik.
Insya-Allah, rang undang-undang kita ini, kita akan gabungkan pengalaman daripada negara-negara lain. Bagi rancangannya adalah untuk kami bentangkan dalam Dewan ini, pada persidangan hujung tahun ini. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas sokongan logistik dengan sumbangan RM3 juta untuk kami mengadakan truck lengkap dengan chiller untuk kami kutip dan kumpul daripada hypermarkets, ini sangat membantu. [Tepuk] Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan soalan tambahan kepada saya. Apakah mekanisme yang diguna pakai oleh kementerian dalam menentukan golongan sasaran akan menerima manfaat daripada Program Food Bank Malaysia. Bagaimana pihak kementerian memastikan lebihan makanan itu tidak bercampur dengan produk makanan yang tidak halal. Ini kerana, aspek halal amat sensitif kepada rakyat Malaysia dan bagi menentukan sensitivitinya dapat dikawal ataupun yang menerima makanan ini golongan orang Islam pun ada. Jadi, bagaimana kementerian memastikan keadaan ini dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkualiti? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Pertama, kalau yang kita kumpulkan itu sayur dan buah-buahan, aspek halal itu tidak begitu ketara sangatlah ya dan bakeries. Itu satu. Kedua, kalau kita kumpulkan lebihan makanan dari dapur hotel, kita hanya kumpul daripada hotel yang disahkan mendapat taraf halal oleh pihak authority. Siapakah yang menerima? Kita bersandarkan kepada data-data rasmi kerajaan dan juga data-data dari pemimpin setempat. Misalnya, bila program ini digerakkan oleh jawatankuasa masjid sebagai sukarelawan, JKKK atau MPKK kita panggil sekarang. Logiknya, mereka yang lebih tahu siapa yang perlu mendapat bantuan atau pemberian kita ini. Jadi, data rasmi dan data tidak rasmi berjalan sekali. Manakala, aspek halal lebih-lebih lagi kalau melibatkan lebihan makanan dari hotel kita hanya kutip daripada hotel yang menyediakan makanan halal yang telah diberikan penarafan oleh agensi yang berkenaan. Manakala, makanan lain yang berupa sayur-sayuran dan buah-buahan, itu adalah yang paling banyak kami kumpulkan sekarang yang aspek halalnya tidak begitu terkait langsung. Terima kasih.
2. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah pendaftaran baharu dan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diterima dan bagaimanakah pihak kementerian dapat memastikan individu yang benar-benar layak dapat menerima BSH ini walaupun tidak mempunyai dokumen lengkap.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Rembau atas soalan tadi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bantuan Sara Hidup merupakan salah satu bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah demi meringankan kos sara hidup mereka di samping membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat. Untuk makluman, tempoh pendaftaran pengemaskinian BSH tahun 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan, BSH 2019 dijangka memanfaatkan lebih daripada empat juta isi rumah dan melibatkan peruntukan hampir RM5 bilion. Sehingga 27 Mac 2019, lebih daripada 3.2 juta permohonan BSH 2019 telah selesai dibuat kemasukan data merangkumi 530,000 permohonan baharu dan 2.67 juta permohonan kemas kini. Data ini akan terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data yang masih dilaksanakan oleh LHDNM dan dijangka mencecah empat juta permohonan. Bagi bayaran BSH fasa 1, kerajaan telah membelanjakan RM1.2 bilion bagi 4.1 juta isi rumah pada bulan Januari 2019 dan RM300 juta pada tiga juta penerima bujang pada bulan Mac 2019. Manakala pada tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah membelanjakan RM1.6 bilion bagi 4.1 juta isi rumah pada bulan Jun 2018 dan sekali lagi jumlah yang sama juga bagi 4.1 juta isi rumah pada bulan Ogos 2018. Secara amnya, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan layak untuk menerima BSH. Pendekatan BSH adalah selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk menyasarkan bantuan hanya kepada golongan yang layak menerimanya iaitu golongan yang
amat memerlukan bantuan bagi menghadapi kos sara hidup. Dalam mengurangkan ketirisan terhadap pelaksanaan BSH, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi kerajaan bagi menentukan kelayakan setiap permohonan. Bagi tahun 2019, kerjasama strategik dengan agensi kerajaan diteruskan dengan tambahan tiga lagi agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), MARA dan PERKESO menjadikan jumlah agensi kerajaan yang terlibat adalah sebanyak 16 agensi bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja menerima BSH dan menangani masalah inclusion dan exclusion error. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. terima kasih Yang Berhormat Menteri. BR1M dahulu ada kategori bujang, sebanyak RM450. Kalau BN menang hari itu dinaikkan kepada RM600. Bantuan Sara Hidup (BSH). Asalnya tidak ada kategori bujang tetapi sempena dengan Pilihan Raya Kecil Semenyih, diumumkan RM100 kepada kategori bujang diberikan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, disebabkan kalau digunakan alasan tidak ada duit, saya nampak ada Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan sebanyak RM19 bilion. Mungkin sempena dengan Pilihan Raya Kecil DUN Rantau ini, akan diumumkan BSH untuk bujang ini dinaikkan kepada RM450 seperti mana yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Yang Berhormat Rembau, apa soalan?
Adakah sempena dengan Pilihan Raya Kecil Rantau? Ada masalah comprehensive Taliban?
Yang Berhormat Rembau, tarik balik.
Tarik balik mana?
Taliban.
Saya tarik balik Taliban. Ada masalah comprehensive Speaker?
Inilah dia. Kita seharusnya ada iktibar, apabila kita hendak memastikan Dewan ini berjalan dengan lancar tetapi hendak membuat provokasi. Saya rasa kesal. Inilah sikap yang tidak patut kita belajar. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berhasrat untuk merentasi jauh-jauh, juga tidak berhasrat pergi ke Rantau kerana ini adalah kawasan Yang Berhormat Rembau sendiri. So, biar ia diputuskan oleh pengundi-pengundi dan kita tumpukan tugas kita dalam Dewan yang mulia ini. Seperti yang disebutkan tadi, bahawa sekiranya Yang Berhormat tanya adakah wang yang kita berikan untuk kumpulan bujang akan dinaikkan? Saya telah pun berkali-kali menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita akan lihat dan ukur dari segi keupayaan dan kemampuan fiskal pihak Kerajaan Persekutuan. Sekiranya mampu, maka Kabinet akan memutuskannya. So, ini adalah seperti yang saya jawab sebelum ini bahawa kita tidak berpandangan apa-apa acara ataupun perkembangan, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rembau. Tentang bajet, saya rasa Yang Berhormat Rembau— Akta Perbekalan Tambahan. Yang Berhormat Rembau sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, ini bukan untuk perbelanjaan tahun ini. Ini ialah untuk tahun lepas. So, macam mana boleh ditambahkan untuk perbelanjaan tahun ini? Saya harap Yang Berhormat Rembau, buatlah sedikit homework.
Yang Berhormat, saya tahu... [Pembesar suara dimatikan]
Ya, silakan.
Bolehkah saya habiskan jawapan saya? Duduk, duduk.
Jawatankuasa Khas Parlimen, berkenaan dengan belanjawan.
Biar saya habiskan...
Yang Berhormat Rembau duduk. Sekarang masa Menteri menjawab. Hendak dengar atau tidak?
Maksudnya, kalau sekiranya...
Ini cadangan kah soalan? [Pembesar suara dimatikan]
Duduklah, duduk.
Untuk ditambah bagi Bantuan Sara Hidup...
Ini bukan warung kopi, boleh bersembang macam ini Yang Berhormat Rembau. Sila ikut peraturan mesyuarat.
Ini sebagai seorang Ahli Parlimen berpengalaman, patut lebih faham lagi bahawa kalau hendak mencelah pun kena minta laluan dan sama seperti Yang Berhormat Rembau nampaknya tidak faham. Apabila kita mengusulkan ataupun membentangkan Akta Perbekalan Tambahan, ini ialah untuk yang dibelanjakan pada tahun lepas, bukan untuk tahun ini. Saya minta Yang Berhormat buatlah homework sedikit. Sekian, terima kasih.
Dan saya... [Pembesar suara dimatikan]
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Belanjawan tambahan selepas ini. Ada duit tetapi tidak bagi kepada golongan... [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa mereka terpaksa sebut basah, kalau tak, mereka kena basuh. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, ada pandangan yang mengatakan proses mendaftar untuk Bantuan Sara Hidup ini sehingga 15 Mac agak singkat. Adakah pihak kementerian bercadang untuk membuka semula pada satu masa nanti untuk membolehkan lebih ramai mendaftar, yang boleh mendaftar dan ada yang bermasalah dokumen sebagai contoh, mungkin mereka terlepas dateline dengan izin 15 Mac untuk mereka mendaftar selepas ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang jawapan yang saya rasa sungguh prihatin kepada pemohon-pemohon. Seperti yang dinyatakan ialah tarikh terakhir ialah 15 Mac dan tentu ada beberapa permohonan yang terlepas daripada tarikh itu. Sekiranya masalahnya ialah dari segi dokumen-dokumen, saya rasa ini tidak menjadi masalah. Akan tetapi untuk mereka yang tidak memohon langsung, saya rasa lebih baik sekiranya mereka boleh meminta bantuan daripada Ahli-ahli Parlimen dan tentu pihak MOF akan meminta LHDN untuk mempertimbangkannya. Akan tetapi untuk mereka yang ada masalah dokumen, saya rasa selagi mereka membuat permohonan sebelum 15 Mac, ini tidak menjadi masalah kerana ini adalah dari aspek dokumen sahaja. Tentu kita akan cuba untuk mempertingkatkan dan menambah baik proses pendaftaran supaya kita dapat memastikan bahawa untuk pengemaskinian data bahawa hanya mereka yang layak terima akan mendapat bantuan, selaras dengan usaha bantuan bersasar supaya tidak timbul dalam sistem yang lama, yang mana ada orang yang bergelar Datuk pun boleh dapat bantuan di bawah kerajaan lama. Sekian, terima kasih.
3. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan sama ada sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk mencapai target keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 juta hektar menjelang tahun 2020 boleh tercapai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bentong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga Disember 2018, keluasan kawasan perhutanan di Semenanjung yang direkodkan adalah berjumlah 5,758,262 hektar iaitu 44 peratus daripada keluasan tanah Semenanjung. Daripada jumlah tersebut, seluas 4,803,350 hektar, yakni 37 peratus telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan hutan dalam tanah kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai hutan simpan kekal, iaitu seluas 115,399 hektar. Dalam hubungan ini, kementerian berharap dengan kerjasama dan komitmen tinggi dari kerajaan- kerajaan negeri dalam menyegerakan pewartaan hutan simpan kekal dan mengenal pasti kawasan baharu yang berpotensi untuk dijadikan hutan simpan kekal. Sasaran yang ditetapkan dijangka boleh dicapai pada akhir tahun 2020. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawatan yang diberikan. Saya ingin tahu, apakah keseluruhan kawasan yang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal ini dilitupi dengan hutan semula jadi. Jika tidak, minta pihak kementerian perincikan keluasan yang telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti latar hutan, kuari, perlombongan, pertanian dan sebagainya. Saya juga ingin tahu, apakah mekanisme pemantauan yang sedia ada untuk memastikan hutan simpanan kekal ini tidak dicerobohi.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Seperti yang saya maklumkan tadi, 44 peratus daripada keluasan tanah Semenanjung diliputi oleh kawasan berhutan iaitu 5,758,262 hektar iaitu 44 peratus. Cara menangani masalah pencerobohan hutan ini, dia sebenarnya banyak bergantung kepada kerjasama dengan kerajaan negeri. Kerajaan Pusat dalam persediaan menyediakan rang undang-undang untuk kita selaraskan keseluruhan negeri. Sebagai contoh, boleh kita mengikut Kerajaan Negeri Selangor di mana sebelum satu kawasan untuk pembalakan, kita ada public hearing. Jadi, saya harap dengan rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti, pihak Parlimen akan menyokong usaha tersebut. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya cukup gembira dengan jawapan rakan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri kebetulan juga daripada Pahang yang mengatakan bahawa mohon kerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan kawasan reserve hutan ini dapat kita jamin dan malah minta kerajaan negeri memastikan sasaran 115, 000 hektar ini akan kita tambah di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Saya ucap tahniah. Cuma soalan saya berkenaan isu baru-baru ini yang kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk mengusir 60 penceroboh haram di Sungai Icat, iaitu di dalam kawasan Hutan Simpan Tadahan Air Sungai Terla, Cameron Highlands yang menjadi sumber utama bagi air bersih di Cameron Highlands. Cuma yang saya bimbang, apabila kerajaan negeri ingin bekerjasama dengan Kerajaan Pusat, ada pula Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang minta Yang Berhormat Menteri Besar Pahang ini meletak jawatan. Ini satu perkara yang aneh, Yang Berhormat Timbalan Menteri minta kerjasama kerajaan negeri tetapi ada pula Timbalan Ketua Menteri negeri lain, apabila tindakan yang hendak pastikan kawasan tadahan hutan simpanan kekal ini dipastikan...
Yang Berhormat, soalan, soalan. Sila.
...dipastikan terjamin. Jadi soalan saya, mekanisme apakah yang patut dijalankan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri supaya tidak ada campur tangan daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang sibuk minta Yang Berhormat Menteri Besar letak jawatan. Apa hal dia ini sedangkan Timbalan Menteri kata minta kerjasama kerajaan-kerajaan negeri bagi memastikan kawasan hutan simpan terutamanya bekalan air ini terjamin. Terima kasih.
Yang Berhormat, sebab itu masa diperuntukkan 30 saat. Saya betul-betul berharap setiap Ahli Yang Berhormat patuhi masa.
Terima kasih, minta maaf Timbalan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Kita minum teh selepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Okey, saya sebenarnya tidak faham apa yang Yang Berhormat Kuala Krau nyatakan tadi.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di- Pertua, senang sahaja soalan saya. Kalau tidak faham, soalan saya, apakah mekanisme yang Kerajaan Persekutuan minta daripada negeri, pastikan supaya kawasan tadahan hutan, tadahan air dalam simpanan hutan simpan kekal ini dapat dipertingkatkan dan berjaya untuk mengekalkan kawasan tadahan air terutama hutan simpan. Jangan ada Timbalan Menteri Ketua Menteri Pulau Pinang... [Pembesar suara dimatikan]
Sila Yang Berhormat Menteri jawab. Masa tengok, belum jawab masa pun sudah habis.
Okey, salah satu saya beritahu tindakan yang kita hendak buat adalah sebelum satu kawasan untuk ditebang ataupun digunakan, dia mestilah dipanggil untuk pendengaran rakyat ataupun public hearinglah, itu salah satu. Yang lain-lainnya terkandung dalam rang undang-undang yang akan kita bentangkan kemudian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kami orang tidak sabar, Yang Berhormat Port Dickson hendak jadi PM lah. Kena ambil... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Kuala Krau, jangan sampai saya tegur.
Hidup PD!
4. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah hasil yang telah diperoleh oleh kerajaan melalui Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP); dan (b) adakah terdapat sebarang perkara serta keputusan penting yang telah dibuat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kinabatangan. Now, saya faham soalan ini sebab tadi saya tidak faham. Tuan Yang di-Pertua seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Majlis Penasihat Kerajaan ataupun Council of Eminent Persons telah diumumkan penubuhannya pada 12 Mei 2018 dan mereka telah, dengan izin functus officio, iaitu tamat melaksanakan tugas pada 19 Ogos 2019. Matlamat utama penubuhan Majlis ini adalah untuk menasihatkan kerajaan dalam bidang ekonomi, kewangan dan bidang-bidang lain yang perlu diberi perhatian mengikut keadaan daripada semasa ke semasa. Antara lain CEP telah menubuhkan pasukan-pasukan petugas khas untuk mendalami dan mengkaji isu-isu berkaitan termasuk projek-projek mega seperti ECRL dan projek gas pipeline.
Selain itu, Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang diilhamkan oleh CEP adalah merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi utama negara. IRC juga telah selesai melaksanakan tugas mereka dan telah menyediakan laporan yang lengkap dan komprehensif yang antara lain mengandungi cadangan-cadangan yang berkaitan dengan skop-skop governance, integriti dan pencegahan rasuah di bawah 21 janji kerajaan. Keputusan dasar berkenaan cadangan-cadangan tersebut telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Memerangi Rasuah (JKKMR) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Seterusnya, keputusan dasar ini juga akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan persetujuan kerajaan. Cadangan-cadangan IRC berkenaan reformasi institusi kerajaan sedang giat dilaksanakan dan pelaksanaannya dipantau oleh GIACC. Sebahagian daripada cadangan itu dimasukkan dalam NACP. Perkara ini akan dilaksanakan dan dibincangkan dalam mesyuarat JKKMR bagi memastikan keputusan dapat dijalankan dengan baik. Sekian, terima kasih.
Jawapan Menteri pun saya tidak faham. Kalau dia kata tidak faham soalan saya, saya pun tidak faham jawapan dia... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah ahli penasihat kerajaan ini berupaya untuk meningkatkan tadbir urus, kesejahteraan rakyat serta mampu memastikan ekonomi inklusif dan mampan? Kedua, apakah kerajaan berhasrat untuk melantik bekas ahli-ahli CEP ini sebagai mentor di kementerian-kementerian? Sebab mungkin terdapat Menteri yang tidak berpengalaman dan kurang bijak dalam mengurus kementerian masing-masing dan ini perlu mungkin untuk memastikan bahawa negara dan rakyat kita mampu mendapat manfaat daripada kementerian-kementerian yang diuruskan dengan baik.
Terima kasih kepada sahabat saya. Soalan yang baik. Soalan yang pertama itu, kemampuan. Sebenarnya, walaupun saya mengakui pihak Yang Berhormat, kalau kita bandingkan dengan kerajaan yang lama, kita secara umumnya adalah lebih junior ataupun kurang berpengalaman tetapi kita semua komited. Komited untuk membentuk Malaysia baharu dan berlainan dengan kerajaan yang lama. [Tepuk] Alhamdulillah, semua Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik ini kebanyakan mereka ini adalah orang yang memang insya-Allah berupaya untuk melaksanakan janji-janji itu sebab mereka ini paling kurang bersih daripada segala rasuah. [Tepuk] Itu yang pertama. Keduanya, tentang adakah kita hendak melantik anggota CEP itu sebagai mentor, setakat ini tidak ada keputusan dibuat oleh kerajaan untuk melantik mereka sebagai mentor sebab kita semua ini insya-Allah, cepat belajar. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana cepat juga belajar jadi pembangkang. Sekian, terima kasih.
Sijil palsu macam mana? Sijil palsu. [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, memandangkan laporan CEP ini mungkin merangkumi isu-isu penting seperti pembaharuan sistem dan juga hala tuju negara, sama ada kerajaan mempunyai cadangan to make the report public, dengan izin supaya laporan ini boleh diperdebatkan oleh kesemua pelosok masyarakat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur. Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, sehingga hari ini, laporan ini adalah dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA). Maka buat masa ini, laporan ini hanya diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja dan tidak diniatkan untuk dikongsi di khalayak ramai. Mungkin sesetengah daripada kita mengatakan kenapa hendak dilindungi di bawah OSA. Saya ingin tegaskan di sini Yang Berhormat bahawa OSA ini di mana-mana negara pun memerlukan sebab OSA ini yang dahulu yang kita marah, bukan kerana OSA. Kita marah kerana menyalahgunakan OSA. Melindungi rasuah, salah guna kuasa dan juga kezaliman- kezaliman di bawah OSA. Apabila ada orang membangkitkan isu rasuah, isu abuse of power,
isu kezaliman, mereka ditahan dan ditangkap, didakwa di mahkamah atas Akta OSA. Itu yang kita tentang. Sekarang ini kita betul-betul hendak melindungi masalah-masalah ataupun information yang berbentuk sulit dan sensitif. Ini beza kita dengan kerajaan lama. Sekian, terima kasih.
5. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta Menteri Pendidikan menyatakan, menjelaskan adakah ranking dunia bagi IPTA boleh dijadikan sebagai kayu pengukur atau petunjuk aras prestasi IPTA dalam memastikan pendidikan tinggi negara berada di tahap tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia berpendirian bahawa ranking institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah penting tetapi ia bukan matlamat utama sesebuah IPT. Sebaliknya, aspek yang sedang mendapat perhatian serius KPM kini adalah untuk meningkatkan kualiti berteraskan nilai, kolaborasi dan pengantarabangsaan seperti yang telah ditekankan oleh Menteri Pendidikan semasa Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019. Justeru, KPM sedang melaksanakan transformasi penawaran akademi program akademik universiti awam (UA) bagi memastikan program akademik yang hendak ditawarkan merupakan program yang relevan, terkini dan mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi. Manakala program akademik yang dikekalkan dalam sistem penawaran adalah program yang menepati aspek keperluan tenaga negara, laluan kerjaya dan tahap kebolehpasaran graduan serta tiada duplikasi program akademik sedia ada di kalangan IPT. Walau bagaimanapun, KPM terus berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan UA di peringkat antarabangsa dengan memperbanyakkan program partnership, dengan izin dan kolaborasi bersama institusi terkemuka dunia melalui skim padanan geran penyelidikan. Antara kolaborasi tersebut melalui kerjasama dengan Research Councils United Kingdom (RCUK), dengan izin sejak tahun 2016, Japan Science and Technology Agency (JST) sejak tahun 2015, dan Japan International Cooperation Agency (JICA) sejak tahun 2012. Selain itu, KPM juga dalam proses untuk bekerjasama dengan agensi penyelidikan antarabangsa yang berpotensi seperti Southeast Asia-Europe, Department of Guangxi Zhuang Autonomous Region Republic of China and e-ASIA Joint Research Program. KPM juga telah membangunkan sistem penarafan peringkat nasional untuk mengukur peningkatan kualiti IPT. Sistem penarafan yang dimaksudkan adalah Malaysia Ratings for University and College University Excellence (SETARA), Malaysian Quality Evaluation System (MyQUEST), Malaysia Research Assessment (MyRA). Antara kriteria dalam penilaian penarafan ini berdasarkan kualiti program yang ditawarkan, tadbir urus yang baik, sistem pengurusan berkualiti, pengurusan pelajar antarabangsa, kebajikan pelajar, kualiti dan kuantiti penyelidik serta penyelidikan inovasi dan jaringan dan jangkauan. Sistem penarafan ini memberikan daya saing di antara IPT tempatan untuk menjadikan yang terbaik dan berkualiti. Sekian, jawapan saya.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri, program ini adalah program berterusan daripada dahulu Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Besut, sekarang Yang Berhormat Simpang Renggam menerajui kementerian. Saya pasti apa juga perubahan pemerintah, rating ini amat penting dan ia sepatutnya kalis pemerintah. Maknanya kalau Universiti Oxford, dia tidak tertakluk kepada perubahan sama ada Tory atau Labour memerintah. Soalan saya, adakah prestasi ranking ini di kalangan IPTA ini dapat memberikan kesan positif? Umpamanya, target kita hendak 250,000 pelajar luar negara dapat dicapai dengan adanya kebaikan tahap ranking yang tinggi di kalangan IPTA kita.
Terima kasih, terima kasih Ahli Yang Berhormat Mersing. Seperti yang saya sebut dalam jawapan saya, memang KPM berpendirian bahawa ratings sesebuah institusi terutamanya IPT adalah penting tetapi ia bukan menjadi matlamat utama ataupun matlamat tunggal bagi sesebuah institusi.
Jadi bagi KPM di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, kita lebih percaya bahawa kita perlu memberikan peluang yang lebih besar kepada mahasiswa, mahasiswi kita. Oleh sebab itu sebagai contohnya, Research Fund ataupun Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) untuk tahun ini kita telah meningkat dari RM200 juta bagi tahun 2018, kita telah meningkat kepada RM275.35 juta. Jadi ini adalah satu peningkatan yang cukup besar. Selain daripada itu, untuk melahirkan mahasiswa yang baik dan berkualiti tinggi, kita telah buat pindaan kepada AUKU untuk memberi mereka kebebasan untuk bersuara dan juga campus election yang akan 100 peratus dikendalikan oleh mahasiswi kita. Jadi, kita percaya semua ini adalah salah satu bahagian- usaha inisiatif untuk kita improve ataupun tambah baik prestasi universiti kita, IPT kita dan akhirnya kita memang mampu untuk menarik lebih banyak pelajar daripada antarabangsa. Sekian sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam menentukan ranking dia ada berapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh universiti. Jadi antaranya ialah International Faculty iaitu pensyarah dari luar negara. Berapa ramaikah di antara universiti kita dalam negara awam yang ada jumlah pensyarah dan adakah untuk menentukan elemen penentuan taraf, elemen sogokan berlaku dalam perkara ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang untuk rating banyak juga yang merujuk kepada ataupun international outlook maksudnya staf ataupun akademik, pensyarah ataupun mahasiswa. Saya pohon maaf, saya tidak ada butiran yang terperinci tentang bilangan pensyarah daripada oversea, luar negeri ataupun jumlah pelajar antarabangsa yang kita ada. Akan tetapi, bagi kita, kita memang selalu menggalakkan IPT terutamanya IPTA untuk mengadakan kolaborasi dengan institusi ataupun universiti yang terkemuka. Macam lah pada sekarang, kita mempunyai satu conference APAIE, Asia-Pacific Association for International Education. Di mana kita telah menjemput negara-negara daripada 60 buah negara daripada oversea dan melibatkan lebih daripada 2,500 akademik yang datang ke negara kita untuk membuat kolaborasi, untuk membuat perbincangan supaya lebih banyak program kita boleh melibatkan Lecturer Exchange Program or The Students Mobility Program. Ini merupakan salah satu usaha kita untuk membanyakkan lagi international outlook universiti awam kita di dalam peringkat antarabangsa. Sekian jawapan saya.
6. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, apakah status terkini Kertas Putih FELDA dan apakah perancangan 3 tahun pertama pemerintahan kerajaan baharu untuk menyelesaikan isu hutang peneroka FELDA, kejatuhan harga sawit dan masalah perumahan generasi kedua FELDA.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kertas Putih Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA akan dibentangkan pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini. Kertas Putih ini akan memperincikan beberapa perkara termasuklah perancangan jangka pendek dan sederhana serta jangka panjang dan ini juga melibatkan isu-isu berkaitan dengan hutang peneroka. Berkaitan Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF). Projek PGBF ini telah diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2013 dengan sasaran 20,000 unit dalam tempoh lima tahun. Dinyatakan dalam bajet tersebut, FELDA akan menerima sebanyak RM1.5 bilion. Namun, sehingga tahun 2017 FELDA hanya menerima RM200 juta. Oleh yang demikian, hanya 38 tapak dengan 8,314 unit rumah sahaja yang dapat diteruskan. Status pembinaan rumah adalah seperti berikut: (i) lapan tapak yang mempunyai 1,498 unit rumah telah disiapkan dan akan diduduki oleh 792 peserta, manakala bagi 706 unit lagi akan diserahkan selepas proses pemilihan diselesaikan; (ii) 19 tapak yang mempunyai 5082 unit rumah masih berjalan dengan kemajuan kerja yang perlahan;
(iii) 11 tapak yang mempunyai 1,734 unit rumah terbengkalai dan diberhentikan. Untuk makluman Yang Berhormat, 30 tapak yang bermasalah dengan jumlah rumah sebanyak 6,816 unit ini adalah berpunca dari kesan masalah kewangan pada tahun 2016. Sekiranya baki 6,816 unit ini hendak disiapkan, FELDA memerlukan suntikan sebanyak RM711 juta. Seterusnya berkaitan isu kejatuhan harga sawit. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Industri Utama di dewan ini, pihak kementerian berkenaan telah dan sedang mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan permintaan sawit Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan harga komoditi sawit. Dalam hubungan ini, FELDA berusaha untuk memastikan pengeluaran hasil sawit dari ladang-ladang FELDA berkualiti tinggi serta memenuhi 100 peratus syarat Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO). Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan potongan hutang yang dibuat oleh FELDA pada setiap bulan pada peneroka. Adakah FELDA dan kementerian mengetahui bahawasanya banyak peneroka pada bulan Februari tidak menerima satu sen pun duit walaupun mereka mendapat berat BTS lebih kurang tujuh tan kerana banyak potongan. Adakah kementerian mahu kembali melaksanakan sistem yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional iaitu minimum wage sebanyak RM1,500? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat, sistem tersebut masih diteruskan daripada dulu sehingga ke hari ini masih diteruskan. Cuma penurunan harga komoditi itu menyebabkan hasil peneroka berkurangan dan apabila ditolak jumlah yang ada, maka mendatangkan hasil lebih sedikit pada peneroka.
Timbalan Menteri, masalah sekarang ini peneroka langsung tidak dapat duit walaupun RM1 pun.
Yang Berhormat, tidak boleh sembang macam inilah.
Sebab apa yang berlaku sekarang ini... [Pembesar suara dimatikan]
Saya tahu. Jika Yang Berhormat tidak puas hati, kita ikut kepada peraturan mesyuarat juga. Sila. Dinasihatkan. Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Tampin sila.
Sebab peneroka hari ini Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan duit... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Paya Besar, jangan ditegur kali kedua. Sila. Yang Berhormat Tampin, sila.
Saya minta Timbalan Menteri jawab.
Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, kebanyakan generasi kedua yang ada di FELDA tidak mempunyai pekerjaan tetap ataupun bekerja di- sebagai masyarakat kampung. Jadi dia hendak memiliki rumah agak susah. Justeru itu, persoalan saya apakah kementerian berhasrat untuk membina rumah generasi kedua FELDA ini secara usaha sama dengan syarikat swasta berdasarkan konsep sewa beli?
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita memerlukan bantuan untuk menyiapkan baki rumah yang ada sebanyak mungkin dan mungkin antaranya adalah pertimbangannya termasuklah dengan kerjasama pihak swasta. Untuk memastikan ada kebanyakan rumah ini hampir siap, ada yang terbengkalai 50 peratus dan sebagainya dan kita sedang mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini. Sekian, terima kasih.
7. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, perancangan masa depan bekalan elektrik di Labuan memandangkan stesen janakuasa Patau-Patau yang ada sudah lama dan permintaan dijangka akan bertambah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) telah melaksanakan rehabilitasi Loji Janakuasa Patau-Patau pada Mei 2017. Berdasarkan kepada unjuran permintaan elektrik yang telah dibuat oleh kerajaan, permintaan tenaga elektrik di Wilayah Persekutuan Labuan sehinggan tahun 2027 dijangka dapat dipenuhi oleh Loji Janakuasa Patau-Patau sedia ada. Terima kasih.
Terima kasih. Dalam Labuan Development Blueprint 2030, di antara yang ingin dicapai adalah Labuan sebagai bandar pulau yang hijau. Jadi, adakah perancangan untuk mengadakan power generation, dengan izin, dengan renewable energy di Labuan dan juga saya difahamkan Jana kuasa Patau-Patau ini sudah lama dan ia tidak berapa economical lagi dan memang perlu ditukar. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk soalan yang pertama tentang Perbadanan Labuan, saya tidak ada maklumat tentang itu. Saya akan bagi jawapan bertulis. Akan tetapi antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan melalui geran peruntukan RMKe-11 iaitu di mana kita akan melakukan projek pengukuhan 11 kV di Labuan oleh SAPADU yang dijangka akan dilaksanakan lantikan perunding pada pertengahan tahun ini. Mudah-mudahan dengan langkah ini akan dapat memberi impak yang lebih baik tentang penghantaran elektrik di Labuan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya minta pihak Yang Berhormat Menteri menjelaskan sejauh manakah penggunaan dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) mampu menyelesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan pedalaman Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan. Sebenarnya soalan ini memang agak jauh daripada apa yang saya ada sekarang. Saya akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat, terima kasih. [Soalan No. 8 – YB. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) tidak hadir]
9. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah skim baru untuk perkhidmatan awam akan diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapannya daripada segi khidmat dan kewangan negara.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga selamat pagi kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya, Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam, dengan izin, Public Service Reform (PSR) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya ke arah peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan mengoptimumkan sumber manusia. Pelaksanaan kajian ini dibuat secara berperingkat mengikut jangka masa yang ditetapkan bermula daripada Januari 2019 sehingga Disember 2020 meliputi kajian jangka masa pendek, kajian jangka masa sederhana dan juga kajian jangka masa panjang. Kajian PSR ini telah dibentangkan dan dipersetujui pelaksanaannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKKPPA) bilangan 2 pada tahun 2018 pada 23 Oktober 2018 yang lalu yang mana ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ketua Setiausaha Negara. Kerangka kajian PSR
yang digariskan oleh kerajaan ini adalah berfokuskan kepada pembangunan dan pengurusan sumber manusia pada alaf baru. Setakat ini, terdapat sebanyak 31 inisiatif pembaharuan yang dikenal pasti di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dilaksanakan. Bagaimanapun ianya tidaklah terlalu exhaustive, malah ianya boleh ditambah nilai jika terdapat keperluan di peringkat jawatankuasa teknikal kelak. Ia dilaksanakan dengan tujuan untuk menambah baik tadbir urus perkhidmatan awam secara menyeluruh yang merangkumi aspek struktur organisasi, aspek skim perkhidmatan, laluan kerjaya, pembangunan bakat, pencen, hubungan majikan- pekerja, penyampaian perkhidmatan kerajaan dan termasuklah aspek saraan anggota perkhidmatan awam yang seterusnya menyumbang kepada penjimatan kewangan negara. Antara inisiatif yang berkaitan adalah penggubalan Akta Perkhidmatan Awam yang memperuntukkan anggota perkhidmatan awam yang berintegriti, yang amanah, yang berkecuali serta berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Kajian ini juga turut mengambil kira kedudukan skim perkhidmatan yang sedia ada daripada aspek fungsi skim perkhidmatan yang banyak, struktur yang rigid ataupun terikat, wujudnya pertindanan, pewujudan multitasking dan rate for the job. Kajian secara menyeluruh ini dilaksanakan dengan meliputi aspek-aspek struktur organisasi, fleksibiliti skim perkhidmatan, syarat lantikan ke dalam perkhidmatan awam, gaji permulaan yang bersesuaian serta kaedah kenaikan pangkat. Bagi meningkatkan keberkesanan kajian, pihak JPA akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan seperti para ketua perkhidmatan, pengurusan sumber manusia kementerian- kementerian, kesatuan sekerja, CUEPACS, persatuan pesara dan lain-lain sehingga ke peringkat akar umbi. Apa yang lebih utama adalah strategi kerajaan dalam menjadikan inisiatif ini diterima, dipercayai, dapat dihayati dan dilaksanakan oleh segenap lapisan penjawat awam di Malaysia. Cadangan penambahbaikan serta inisiatif-inisiatif baru akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan sekiranya bersesuaian tertakluk kepada kemampuan kewangan negara. Seterusnya, ia akan menjadi tunjang kepada pemangkin dan kejayaan agenda reformasi negara, terutamanya di dalam perkhidmatan awam. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam masa yang sama, kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan penjawat awam. Walau bagaimanapun, pemberian kenaikan gaji kepada penjawat awam harus dilihat secara menyeluruh, melibatkan keseluruhan perkhidmatan awam di setiap peringkat. Oleh kerana ia sangat berkait rapat dengan prinsip, dengan izin, rate for the job ataupun kadar upah untuk kerja. Pemberian kenaikan gaji tanpa mengambil kira penambahan fungsi tugas, tanggungjawab tambahan dan peningkatan produktiviti, semestinya akan menjejaskan prinsip saraan serta keharmonian di kalangan penjawat awam. Bagi menjaga kebajikan pesara, antara inisiatif sedia ada yang dilaksanakan adalah penyelarasan pencen sebanyak dua peratus setahun sebagaimana dalam Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013. Kenaikan kadar pencen terendah bagi pegawai yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan daripada RM950 kepada RM1,000 sebulan. Selain daripada gaji, kerajaan juga menyediakan pakej saraan yang kompetitif serta kemudahan perubatan yang komprehensif, kemudahan perumahan, waktu bekerja fleksibel serta kemudahan cuti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Dalam perbahasan saya sejak daripada tahun lalu sehingga sekarang, saya selalu sebut tentang dapatan KWSP, tentang 64 peratus pesara kita hanya mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah dan juga 74 peratus pencarum yang tidak mempunyai simpanan kecemasan. Jadi, saya bawa persoalan ini ialah untuk bertanya, sama ada kita akan mengemukakan satu sistem baru supaya pekerja-pekerja yang bergred rendah ini dapat dinilai semula kenaikan gaji ataupun gaji minimum ataupun juga pencen bagi mereka.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang sungguh prihatin berkenaan dengan penjawat-penjawat awam kita. Yang Berhormat, seperti mana yang kita katakan tadi bahawa kita sentiasa membuat kajian, terutamanya daripada kajian semakan gaji penjawat-penjawat awam. Ia dibuat daripada semasa ke semasa bergantung pada keadaan ekonomi dan juga kemampuan kewangan negara.
Dalam masa yang sama, kita juga amat prihatin mengenai dengan kebajikan penjawat awam. Jadi, daripada segi kajian untuk kenaikan gaji ini, tertakluk kepada kemampuan kita dan tertakluk juga kepada keadaan ekonomi semasa. Kita lebih pada masa ini, terutamanya dalam jangka masa pendek dengan PSR (public service reform) menumpukan dan bagaimana kita boleh meningkatkan lagi selain daripada mutu kerja, mutu perkhidmatan, meningkatkan lagi the quality of the environment yang mana mereka itu bekerja di dalam tersebut. Jadi, daripada to achieve, dengan izin, work-life balance sebagai contoh, memastikan bahawa sistem pasca perkhidmatan mereka juga kompetitif dan komprehensif. Ini adalah antara perkara-perkara yang mana kita lakukan. Daripada inisiatif yang telah diumumkan tadi, kita bahagikan sebagai saya katakan, jangka masa pendek, dalam masa enam bulan, this is the thing yang memang quick win situation, jangka masa sederhana dan juga dua tahun. Insya-Allah selepas ini kita akan dapat melihat bagaimana perkhidmatan awam kita bukan sahaja mempunyai mutu perkhidmatan yang cukup baik, berintegriti dan amanah, malah mereka berada dalam satu environment pekerjaan yang sungguh kondusif dan is a happy environment. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah justifikasi serta kriteria yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan tentang cadangan untuk mengurangkan lagi penjawat awam? Sekiranya cadangan ini diteruskan, adakah jaminan yang dapat diberikan kepada penjawat awam yang dikurangkan ini akan disediakan peluang pekerjaan di sektor lain? Adakah sudah terdapat kajian atau perbincangan yang serius yang telah dilakukan, berkenaan peralihan penjawat awam ke sektor swasta? Jika ada, siapakah antara penjawat awam yang bakal terlibat? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat kepada soalan. Perkara ini kita telah ulas dengan almost panjang lebar pada hari semalam sebenarnya. Dari segi dasar pengurangan perkhidmatan awam, mana-mana perutusan yang diberikan itu adalah untuk mengurangkan jawatan-jawatan yang tidak diisi di dalam perjawatan JPA. Dari tahun ke tahun, yang mana kita lihat 1.7 juta perjawatan yang diwujudkan, pengisian yang kita dapat hanyalah maksimum pada 94 peratus. Jadi kita ada enam peratus perjawatan ini yang tidak diisi. Jadi seperti mana yang saya katakan semalam, bahawa pengurangan ini adalah kita hendak slash kan jawatan-jawatan yang tidak diisi ini, jika ia tidak mempunyai sebarang impak yang besar pada perkhidmatan, terutamanya kepada service delivery kepada rakyat. Jadi, perkara yang pertama penjawat awam yang sedia ada, yang menjawat jawatan di dalam kerajaan sekarang tidak terlibat. Penjimatan yang kita dapat daripada pengurangan jawatan-jawatan yang tidak terisi ini adalah satu penjimatan yang agak besar dan pada satu tahun saja ia boleh mencecah kepada RM2.1 bilion terima kasih.
10. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan strategi jangka pendek dan sederhana dalam merealisasikan Malaysia sebagai negara keusahawanan.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan izin berusaha untuk menerajui inisiatif pembangunan usahawan yang terancang dan bersepadu di negara ini. Justeru, MED telah merancang strategi untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara. Antara langkah yang telah diambil oleh MED setakat ini sebagai strategi jangka pendek adalah menyelaras fungsi dan program keusahawanan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi MED. MED juga mengumpul maklumat-maklumat inisiatif dan program keusahawanan yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan termasuk dari Sabah dan Sarawak bagi memastikan hasrat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang dapat dicapai dan terus dapat kita capai menjadi sebuah negara pengeluar bukan sebuah negara pengguna. MED juga telah melancarkan rangka kerja keusahawanan nasional yang kita panggil National Entrepreneur Framework (NEF) pada 22 November 2018. NEF ini adalah asas kepada matlamat dan inisiatif berkaitan pembangunan usahawan yang akan dijadikan input dalam penggubalan dasar keusahawanan negara ataupun dasar keusahawanan nasional yang insya-Allah akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dasar keusahawanan nasional juga menggariskan objektif strategi serta pelan tindakan untuk membangunkan sebuah ekosistem keusahawanan merentasi semua bidang industri dan merangkumi setiap peringkat keusahawanan dalam negara. Di samping itu MED telah merancang strategi jangka sederhana berkaitan keusahawanan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 seperti berikut; menghasilkan pelaburan baru serta meningkatkan sumbangan PKS dalam keluaran KDNK sebanyak 41 peratus pada tahun 2020. Melalui penglibatan dalam industri pertumbuhan tinggi (high gross industry) termasuk seperti halal F&B ataupun barangan halal makanan dan minuman, kosmetik farmaseutikal, aerospace, aeroangkasa, automotif, medical, digital ekonomi dan kita tidak lupa industri yang melibatkan asas tani. Ini adalah satu antara industri yang kita nampak mempunyai high impact. Apa yang telah kita dapat data-data dari antarabangsa dan juga data-data dikumpulkan di peringkat ASEAN. Kedua, meningkatkan bilangan usahawan di kalangan B40 bagi menaik taraf sosioekonomi kumpulan ini melalui pengukuhan peranan dan keupayaan koperasi di samping sokongan dari aspek latihan dan pembiayaan. Hari ini kalau kita lihat lebih 80 peratus koperasi menjana pendapatan kurang dari RM1 juta setahun. Oleh itu Institut Koperasi Malaysia contohnya dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia diberi peranan khas dalam membangun gerakan koperasi negara ini supaya koperasi akhirnya dapat memberi sumbangan yang significant kepada ekonomi negara. Institut Koperasi Malaysia sekali lagi contoh telah merangka satu program khas dalam jangka masa sederhana ini yang kita akan lancarkan iaitu ‘Miracle’. Sebagai contoh, ‘Million Ringgit Core…’ untuk membimbing koperasi dari kluster mikro dan kecil serta sederhana untuk mengembangkan perniagaan mereka dari segi revenue dan juga memberi manfaat kepada anggota. Ketiganya, memudah cara kan keperluan-keperluan sasar secara inklusif yang meliputi kumpulan minoriti, belia, wanita, orang kurang upaya dan pesara untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Akhir sekali mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi dan keusahawanan di kawasan luar bandar untuk membangunkan lebih ramai usahawan dan PKS. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum itu hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas kejayaan LIMA semalam. Yang Berhormat Menteri antara yang mendapat liputan media yang cukup luas mengalahkan Menteri Pertahanan, penganjur sendiri. Soalan saya dalam ranking ease of doing business, alhamdulillah negara telah mencapai kejayaan daripada nombor 20 ke nombor 15. Akan tetapi dalam Global Entrepreneurship Index 2018 kedudukan negara menurun. Daripada tahun 2016 kedudukan pada 56 ke 58, negara ASEAN pun kita berada di kedudukan ketiga, in fact bawah Brunei. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi apakah ada sasaran yang boleh dianggap sebagai measurable result dengan improvement dalam Global Entrepreneurship Index pada tahun-tahun yang mendatang berdasarkan segala perancangan yang dibuat oleh pihak kementerian. Terima kasih
Dalam mengukur kalau disebutkan tadi Global Entrepreneurship Index, kalau kita lihat SME Corp. adalah agensi pemantau dan juga agensi yang boleh menambah baikkan kedudukan kita. Kita nampak yang lepasnya ada kekurangan- kekurangan yang perlu kita ambil iktibar supaya kita boleh menambah baik keadaan yang ada. Contoh baru-baru ini dalam kajian kita dalam Global Entrepreneurship Index di Southeast Asia. Kalau disebutkan nombor tiga kita bawah dari Singapura. Tapi kita telah kenal pasti apakah yang patut kita lakukan untuk meningkat ranking kita lebih atas. Itu saya sebutkan
tadi kita lebih bersasar, berhala tuju, mengadakan satu ekosistem di mana latihan boleh dimasukkan, peluang pasaran kita buka, pembiayaan dari segi soft grant ataupun soft loan kita adakan dan kita membimbing mereka untuk berhala tuju setiap industri di SME ini untuk mereka sertai dan boleh melonjakkan kepada satu tahap yang lebih tinggi yang telah disebutkan tadi di bawah negara-negara lain insya-Allah.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri tadi menyebut tentang untuk melahirkan usahawan desa. Selalunya senang untuk disebut secara retoriknya untuk melahirkan usahawan desa. Apa yang saya ingin tahu apakah langkah-langkah secara khusus, usaha-usaha kerajaan yang dibuat bagi melahirkan usahawan-usahawan desa ini.
Kalau kita lihat berita-berita setakat ini selama sembilan bulan kita telah melengkapi apa yang kita telah mulakan dahulunya, mendekati usahawan-usahawan desa. Kita telah membuka begitu banyak peluang tetapi apa yang kita lihat hari ini dedahan kepada pengetahuan perniagaan, dedahan kepada pendidikan, dedahan daripada pengurusan ada kekurangan. Kita ada mewujudkan program The Road Tour kita panggil Yang Berhormat. Di mana kita mendekati usahawan-usahawan luar bandar untuk mengenal pasti apakah kebolehan mereka, apakah kelemahan mereka.
Apa yang boleh kita bantu? Contoh hari ini kalau kita menggunakan agensi TEKUN. Kita telah ada setakat hari ini dalam masa lapan bulan ini kita telah menjana usahawan- usahawan lebih daripada 5,000 orang. Hari ini kita lihat usahawan luar bandar ini dari segi mikronya, kebanyakan mikro telah meningkat kepada 424,000 lebih kurang, 423,900. Dengan menggunakan perbelanjaan TEKUN, RM5.3 bilion. Jadi kalau kita lihat hari ini, pendekatan kita lebih kepada B40 dengan mengadakan lebih peluang kepada usahawan-usahawan di luar bandar ini terima kasih.
11. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan: (a) apakah perbezaan bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berbanding dengan Kementerian Kewangan; dan (b) adakah kementerian atau Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan ekonomi negara dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) merupakan sebuah kementerian baharu yang mengambil alih peranan dan fungsi yang sebelum ini dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM). MEA bertanggungjawab dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar pembangunan sosioekonomi negara termasuk penetapan dan pengagihan peruntukan pembangunan bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang. Manakala Kementerian Kewangan (MOF) pula menumpukan kepada dasar berkaitan dengan fiskal, kewangan, perolehan, percukaian dan ekonomi untuk tempoh jangka pendek. Berkaitan pertanyaan berikutnya, kedua-dua kementerian bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan ekonomi negara berdasarkan fungsi yang telah ditetapkan. MEA dan MOF saling bekerjasama dalam menetapkan dan memastikan sasaran pertumbuhan ekonomi negara dicapai. MEA bertanggungjawab dalam menjawab soalan berkenaan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara bagi jangka masa sederhana dan panjang seperti Rancangan Malaysia lima tahun. Manakala MOF pula bertanggungjawab menyediakan maklum balas berkenaan ekonomi semasa yang menyentuh pelaksanaan dasar fiskal dan monetary, sistem percukaian, perolehan dan pengurusan kewangan yang berimbang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ya, soalan itu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Kita dapat sedikit clarity. Soalan ini
biasa ditanya oleh pakar-pakar ekonomi dan juga daripada business sector. Saya hendak tahu dalam perkara deflation baru-baru ini di jelaskan oleh pihak Bank Negara, adakah apa- apa tujuan kerajaan ataupun kementerian untuk memastikan Bank Negara ini lebih–– kawalan Bank Negara diberi sedikit kuasa kepada kementerian dan juga bukan sahaja MOF.
Seperti mana saya sebut tadi tentang berkaitan dengan isu ekonomi dalam jangka pendek terutamanya isu ekonomi semasa, MOF juga memainkan peranan. Dalam konteks deflasi ini, ingin saya sentuh sedikit Yang Berhormat, apabila deflasi yang berlaku sebelum ini dalam bulan Januari dan Februari, khususnya berkaitan dengan penurunan kos terutamanya kos pengangkutan kerana penurunan harga petrol dan ianya bukan deflasi yang lebih common, iaitu penurunan demand atau penurunan permintaan. Maka, jika kita lihat isu ini, ia jelas lebih kepada kos petrol berkurang, maka penurunan kos menyebabkan kos pengangkutan dan yang berkaitan berkurang. Namun jika kita lihat, permintaan automotif, kredit kad dan sebagainya meningkat. Terima kasih.
Indicator ekonomi ini siapa yang bertanggungjawab menyelaraskan seumpamanya CPI, inflation rate, domestic growth, foreign investment dan sebagainya kerana kita dapati angka-angka yang diberi selalunya berubah dan berbeza. Deflation, inflation, saya kurang setuju ada tanda-tanda negara menjurus kepada deflation. Bila inflation below one percent, ada tanda-tanda negara menjurus kepada deflation, recession. Ini cukup membimbangkan oleh kerana domestic consumption rendah. Bila consumption rendah, ini membimbangkan kita, tak ada growth kerana kerajaan tidak spent duit. Dalam keadaan global ekonomi yang tidak begitu menentu, tugas government adalah to spend. Bila kerajaan tidak spend, tidak ada domestic growth. Bila tidak ada growth, inflation akan berlaku. Deflation akan berlaku dan negara ada tanda-tanda menuju ke arah, sebab itulah Bank Negara memberi amaran.
Soalan?
Maknanya, siapa yang menyelaraskan indicator tersebut berbeza, siapa sebenarnya?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, data-data tentang indicator ini dikumpulkan oleh Jabatan Statistik yang diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Bercakap tentang deflation tadi, saya sebut tadi bahawa jika teliti secara mendalam puncanya adalah kerana pengurangan kos bahan api iaitu petroleum menyebabkan pengurangan kos pengeluaran dan kos pengeluaran berkurangan. Akan tetapi dari segi permintaan, data-data menunjukkan permintaan masih lagi meningkat, masih lagi stabil. Sekian, terima kasih.
12. Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan masalah yang amat teruk di beberapa sekolah di Sarawak termasuk di Parlimen Kanowit akibat banjir besar musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin berkenaan keadaan sekolah terutamanya apabila melibatkan bencana dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, banjir pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 berlaku pada tarikh antara 1 Februari sehingga 28 Februari 2019. Kejadian ini melibatkan 23 buah sekolah rendah yang terletak di dalam tujuh buah pejabat pendidikan daerah (PPD). Daripada jumlah tersebut, lapan buah sekolah terletak di bawah PPD Kanowit. Anggaran awal kerosakan adalah sebanyak RM275,000 yang melibatkan perabot, peralatan ICT, peralatan bukan ICT, kerja-kerja pendawaian, kerosakan fizikal dan lain-lain kerosakan. Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang menyediakan laporan penuh tentang kerosakan bagi kesemua 23 buah sekolah yang terlibat termasuk sekolah-sekolah yang terjejas di PPD Kanowit. Laporan penuh tersebut dijangka siap pada awal April 2019. Penyaluran peruntukan bagi pembaikan kepada kerosakan yang terlibat akan diuruskan setelah KPM menerima laporan penuh kerosakan. Pada masa yang sama, KPM telah menyalurkan peruntukan
penyelenggaraan sebanyak RM250,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan RM50,000 kepada setiap PPD di negeri Sarawak pada 11 Februari 2019 bagi membiayai keperluan pembaikan segera dan mendesak melibatkan sekolah-sekolah di negeri Sarawak. Sekian jawapan saya.
Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Timbalan Menteri banjir di Sarawak atau di mana-mana negeri memang berlaku setiap tahun. Di Sarawak di Kanowit, sekolah yang sama kena banjir dan PPD, pejabat daerah pelajaran sentiasa tidak ada kemudahan dan peruntukan, staffing dan sebagainya. Apabila keadaan berlaku, dia cari bomba, pegawai daerah, wakil rakyat, ini jadi masalah. Dahulu, kita selalu mencadangkan supaya sekolah yang selalu kena banjir dipindahkan ke tempat-tempat yang tinggi. Sekolah-sekolah ini juga kita sudah cadangkan untuk digabungkan, dibina sekolah lebih moden dengan segala kemudahan di tempat yang lebih tinggi. Akan tetapi sampai sekarang ini, masih sama juga. Jadi, soalan saya Timbalan Menteri apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang kerajaan untuk mengatasi maslah sekolah-sekolah yang selalu kena banjir ini. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kanowit atas soalan tambahan tersebut. Saya mengalu-alukan cadangan Ahli Yang Berhormat bahawa sekolah ini boleh dipindahkan atau digabungkan. Jadi saya rasa ini adalah satu cadangan yang bagus dan saya harap bahawa KPM boleh bekerjasama Ahli Yang Berhormat supaya kita boleh mengenal pasti mana satu sekolah yang sesuai untuk digabungkan ataupun kita boleh buat perpindahan.
Yang Berhormat Menteri, masalah ini sudah lama berlaku, berpuluh tahun sampai sekarang tiada tindakan. Sekolah mahu dipindahkan tidak dipindahkan.
Betul.
Sekolah gabungan, sekolah moden kita mahu bina pun sampai sekarang tidak dibina. Apa masalahnya?
Yang Berhormat Kanowit.
Betullah saya rasa Ahli Yang Berhormat Kanowit menyatakan bahawa ini masalah yang berpuluh-puluh tahun.
Jadi saya tidak boleh jawab kenapa berpuluh-puluh tahun ia tidak dapat selesai tetapi di bawah Pakatan Harapan kita memang komited. Kalau Ahli Yang Berhormat Kanowit sudah ada satu senarai ataupun ada cadangan mana satu sekolah yang sesuai untuk kita gabungkan, saya mengalu-alukan cadangan tersebut dan biarlah kita bekerjasama kerana apabila KPM nak gabungkan sekolah, kita perlu jaga sama ada lokasi itu adalah sesuai dan kita tidak mahu terima bantahan daripada wakil rakyat. Jadi sekarang Yang Berhormat Kanowit komited untuk membantu KPM untuk gabungkan sekolah, saya memang alu-alukan cadangan tersebut. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Soalan No. 13 – YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) tidak hadir]
[Soalan No. 14 – YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) tidak hadir]
15. Tuan Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berkenaan dengan peratusan laporan kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sektor Jambatan Awik ke persimpangan Bintangor. Adakah sektor ini mengalami masalah kelewatan pembinaan.
Tuan Yang di-Pertua, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Saratok bertanya tentang peratusan laporan kemajuan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sektor Jambatan Awik ke persimpangan Bintangor. Adakah sektor ini mengalami masalah kelewatan pembinaan, itu sahaja soalannya yang jawapannya ringkas dari saya. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pakej kerja Jambatan Sungai Awik ke persimpangan Bintangor sepanjang 64km merupakan sebahagian daripada 11 pakej kerja fasa 1 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, sehingga bulan Februari 2019 prestasi kemajuan fizikal pakej kerja tersebut adalah mendahului jadual dengan 29.10 peratus berbanding jadual 22.03 peratus di mana ianya dijangka siap pada 31 Ogos 2020. Oleh itu pakej ini, sektor ini tidak mengalami masalah kelewatan pembinaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini berita yang baik kepada penduduk Saratok. Pekan Saratok terletak dalam jujuran sektor ini dan saya difahamkan tidak ada flyover dibina menuju ke pekan Saratok. Sekarang mengikut pelannya menggunakan paten dan paten ini tidak sesuai kerana ramai pengguna ke pekan Saratok setiap hari berulang-alik. Soalan saya ialah bolehkah pihak kementerian menambahbaikkan pelan reka bentuk jalan ke Saratok supaya flyover ini dibina?
Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Saratok itu dalam perhatian dan kita sentiasa terbuka kalau sekiranya boleh penambahbaikan dilakukan kerana Yang Berhormat telah melihat hal ini. Saya percaya pihak kementerian kami akan bincang bersama-sama dengan pihak yang berkaitan, kerajaan negeri sendiri dan sebagainya dalam projek Pan Borneo. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, tadi soalan yang ke-14 saya ada di klinik. Sekarang saya sudah 15, saya minta baliklah, saya di klinik tadi batuk sangat. Saya minta pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.
Masa sudah habis ya.
Ada lagi sikit, soalan ini penting untuk rakyat.
Soalan 14?
Soalan 14 sangat penting.
Akan tetapi soalan tambahan kedua belum diberikan lagi, soalan tambahan kedua.
Tidak ada, tidak ada.
Tidak ada soalan tambahan kedua?
Sebelah sini tidak bangkit.
Ada, ada Julau.
Ya, silakan Yang Berhormat Julau.
Ya, saya ada satu soalan tambahan. Di jalan raya KJD (Kanowit – Julau – Durin) dibuat atas Pan Borneo, saya ada terima banyak complains daripada Rumah Panjang dan dari orang yang perumahan yang dekat dengan KJD kerana air sekarang tidak ada. So, ada kemungkinan ini kerana bila kontraktor Pan Borneo they are making the road, they affected the water supply. Can Minister clarify?
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini tidak sejajar dengan soalan asal yang ditanya. Oleh itu, insya-Allah kita akan beri jawapan kemudian selepas ini kepada yang bertanya.
Okey Tuan Yang di-Pertua, ada masa sikit? Menteri pun sedia nak menjawab, minta pertimbangan.
Boleh saya berikan kesempatan sebab berada di klinik tadi.
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas budi bicara.
14. Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan adakah pihak kementerian bercadang utk mengkaji semula bantuan tanam semula pekebun kecil dari RM9,320/hektar kepada RM 11,000/hektar, kerana kos untuk tanam semula getah telah meningkat berkali ganda yang memberi keperitan kepada pekebun kecil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya pun dah nak keluar dah tadi. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian memahami akan keperitan yang terpaksa ditanggung oleh pekebun kecil getah berikutan kos tanam semula yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, pihak kementerian melalui RISDA bersedia untuk mengkaji semula kadar bantuan tanam semula getah kepada pekebun kecil dengan mengambil kira kos sara hidup dan kos pembangunan kebun yang semakin tinggi tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan mengkaji model pembiayaan pembangunan kebun yang lebih baik supaya tidak membebankan pekebun kecil. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar RM9,230 sehektar adalah merupakan kadar yang ditetapkan oleh pihak RISDA bagi Semenanjung Malaysia manakala kadar bagi Sabah adalah RM14,000 setiap hektar dan kadar bagi Sarawak adalah RM13,500 sehektar. Jumlah ini adalah sebahagian daripada kos keseluruhan pembangunan tanam semula per hektar. Adalah menjadi dasar RISDA bahawa pembangunan tanam semula tidak dibiayai sepenuhnya daripada geran bantuan pada kadar 100 peratus. Misalnya jumlah RM9,230 sehektar ini merupakan sebahagian daripada kos keseluruhan tanam semula sebanyak sekitar RM12,000 sehektar. Baki kos ditampung oleh pekebun kecil atau pemilik ladang. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kos ini RM9,320 ini lebih kurang 20 tahun yang lalu, maknanya sekarang ini kos tanam semula meningkat berkali ganda dengan racun, dengan baja dan sebagainya. Kutipan yang kita minta ini bukan bantuan kerajaan, yang kita minta dinaikkan kepada RM11,000 adalah wang yang dikutip daripada setiap kilo yang dipanggil cukai ses iaitu 14 sen, empat sen untuk LGM membuat research dan 10 sen disimpan sebagai sinking fund untuk tanam semula selama 25 tahun. Setiap satu hektar kerajaan mengutip selama 25 tahun ini lebih kurang RM12,800 jadi pulang balik RM9,320. Kerajaan mendapat keuntungan lagi di atas cukai ses ini yang mana memang dikhaskan untuk penanaman semula selepas 25 tahun. Okey, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang, saya akan dapatkan maklumat lanjut tentang hal tersebut dan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya sama ada pihak kementerian memandangkan kita membincangkan tentang pekebun kecil akan memberi sebarang bantuan kepada pekebun-pekebun kecil di Cameron Highlands yang menghadapi masalah di mana semua kebun mereka sudah dimusnahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan Pahang, sama ada pihak kementerian akan memberi bantuan sekiranya diperlukan oleh pekebun-pekebun kecil. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak mempunyai maklumat lengkap tentang hal tersebut. Izinkan saya mendapatkan maklumat detail sebelum memberikan respons kepada soalan tersebut. Sekian terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan itu tamatlah sesi soal Jawab Lisan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Industri Utama dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang tertera di nombor 15 hingga 21 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri- menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 1 April 2019.”
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”. [27 Mac 2019]
Saya persilakan Menteri bagi Kementerian Pembangunan Usahawan mula menjawab, silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab pertanyaan dan isu-isu yang telah dibangkitkan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang antara lain menyentuh portfolio Kementerian Pembangunan Usahawan atau ringkasnya dikenali sebagai MED, dengan izin. Keprihatinan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara berkaitan dengan usahawan adalah amat saya hargai, sehubungan dengan itu izinkan saya memberikan penjelasan ke atas isu yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan isu berkenaan dengan pembangunan yang dipanggil hari ini hangat dibincangkan di media sosial dan juga media massa mengenai kereta terbang.
[Dewan riuh]
Sedap ini, senyum. Sebelum kita hendak, saya belum melanjut memulakan perbahasan ini kita kena faham sedikit. Bagi yang cerdik, apa dia kapal terbang itu? Kita sebut kapal terbang, kereta terbang ini untuk merangsangkan minda-minda yang terpelajar.
[Dewan riuh]
Minda-minda apakah yang boleh kita bawakan kepada mereka supaya mereka memahami hala tuju pembangunan negara kita dalam usaha kita untuk memajukan kepada satu tahap yang kita boleh banggakan sebagai negara maju.
[Dewan riuh]
Betul? Jadi saya hendak beritahu di sini saya tertanya-tanya kenapa tidak ada orang pun tanya apa dia itu kereta terbang. Ia adalah merupakan satu evolusi awal, konsep kereta terbang tersebut ianya ialah platform mobiliti udara di mana kita menggerakkan segala bentuk perjalanan sama ada kita ataupun barangan ataupun services ataupun apa sahaja bentuk yang kita mahu lakukan dalam hidup kita untuk menyelesaikan masalah pengangkutan dari masa depan. Dengan perjalanan melalui udara, dari lokasi A ke lokasi B dan tidak dipengaruhi oleh kesesakan lalu lintas jalan raya dan kita telah pun membuat kajian.
[Dewan riuh]
Ini definisi baru, definisi supaya kita faham, supaya kita faham. Sebanyak 75 peratus masa perjalanan dapat disingkatkan. Dengan platform mobiliti udara ini, kena faham anda boleh memulakan perjalanan bermula dari depan pintu rumah dan tiba di destinasi akhir anda. Ini membolehkan anda bergerak dari kediaman ke tempat kerja, kediaman ke pusat membeli belah atau dari kediaman ke lapangan terbang ianya tidak direka untuk menggantikan perjalanan udara jarak jauh. Kerana apa kita merangsangkan ini? Kita mempunyai teknologi-teknologi yang telah pun dipamerkan di seantero dunia. Dengan adanya rangsangan begini kita membuka minda kepada anak muda contohnya supaya mereka mendekati kepada penggunaan teknologi yang terkini.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Kita dilihatkan hari ini, ini hendak bagi definisi, kena faham.
Boleh?
Duduk, duduk dahulu. Sekejap ya.
Duduk dahulu Yang Berhormat Paya Besar. Duduk dahulu.
Bolehlah hendak tanya sedikit? Ini evolusi minda ini, evolusi minda moden.
Kalau sudah faham, kalau sudah faham nanti jangan tanya sahaja.
Saya pun hendak tanya juga, Tuan Yang di-Pertua sebab seronok.
Duduk, duduk.
Sebab saya hendak puji satu idea yang kreatif ini. Sangat kreatif ini.
[Dewan riuh]
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,
Saya berminat kereta terbang ini.
Bolehlah...
Ikut peraturan. Yang Berhormat Menteri tidak memberi laluan.
Saya memang tunggu sebab satu idea yang kreatif.
Duduk dahulu, duduk, duduk.
Kita terus. Air mobility, dengan izin.
Saya teringat masa zaman-zaman tengok Jetsons dahulu, Jetsons.
Merangka, merangka...
Doraemon, Doraemon.
Yang Berhormat Menteri...
...Ataupun merupakan antara...
Zaman Doraemon. [Ketawa]
Antara bidang keusahawanan baru yang berpotensi tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa dan berupaya untuk menawarkan lebih banyak cabang perniagaan kepada usahawan-usahawan. Air mobility ini melibatkan ataupun diaplikasikan teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti AI dengan izin, artificial intelligence, mobility and Internet of Things, dengan izin. Buat masa ini teknologi ini sedang berkembang pesat di peringkat antarabangsa dan berpotensi untuk digunakan dalam sektor infrastruktur, keselamatan, pertanian dan lain-lain. Kementerian saya telah mengenal pasti syarikat anchor yang akan bekerjasama dengan pihak kementerian dalam pembangunan prototaip air mobility berasaskan teknologi dron terkini. Kos bagi pembangunan ataupun membangunkan prototaip ini akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Tidak melibatkan satu sen pun dana kerajaan. Kementerian merupakan, cuma memudah cara apa sahaja inisiatif yang melibatkan pembangunan yang dimulakan oleh pihak swasta. Selain daripada itu, fokus industri bukan sahaja terhad kepada pembangunan air mobility semata-mata. Berdasarkan laporan Clarity from Above oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) industri dron dijangka akan meningkat sebanyak USD127 bilion menjelang tahun 2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sasaran sektor- sektor yang akan mengaplikasikan teknologi dron adalah seperti berikut, infrastruktur 45 peratus, pertanian 32 peratus, pengangkutan 13 peratus, keselamatan 10 peratus, hiburan 8 ke 9 peratus, insurans 7 peratus dan perlombongan 4 peratus. Industri perkhidmatan dron ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dan mampu melahirkan banyak usahawan tempatan dalam perkhidmatan ini. Kementerian telah mengenal pasti dan akan bekerjasama dengan kepakaran tempatan yang mampu membangunkan sendiri teknologi artificial intelligence menggunakan analisa pemprosesan laju dalam menganalisis sektor-sektor infrastruktur, pembinaan, keselamatan dan pertanian berasaskan teknologi real-time data analytics, dengan izin. Ingin saya tekankan sekali lagi di sini bahawa buat masa ini, teknologi yang dibangunkan ini hanyalah untuk kegunaan industri dan bukan untuk dijual kepada orang awam. Ketika ini juga pelbagai syarikat gergasi dunia telah menghubungi kementerian dan menyatakan minat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembangunan prototaip ini. Ianya adalah sesuatu yang cukup positif sekali gus berupaya menarik pelaburan asing dan keyakinan kepada negara.
[Bangun]
Sebagai maklumat tambahan semasa di LIMA, syarikat-syarikat seperti Airbus di mana kita kedudukan kita dari menyokong industri aerospace ini di mana kita duduknya di atas sekali di South Asia dan nombor empat di Asia.
Mereka mahu bersama-sama menjadi rakan strategik untuk membangunkan industri yang disebut-sebutkan flying car sebenarnya adalah air mobility.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Johor Bahru telah menyentuh isu...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Parit Sulong minta laluan.
Bagi saya habis dulu. Masa tidak cukup lagi. Sekejap.
Belum habis lagi?
Karang tanyalah.
Lamanya fasal air mobility ini.
Ya, silakan.
Duduk dulu Yang Berhormat Parit Sulong, belum habis lagi.
Hendak tanya apa? Panjang ke pendek.
Tadi, saya bukan- saya menghargai dan kagum dengan idea yang...
Yang Berhormat Paya Besar dululah bangun.
...Yang Berhormat tadi nyatakan terutamanya mengenai....
Yang Berhormat Paya Besar sila duduk dulu ya. Teruskan ya.
Teruskan, minta izin teruskan.
....Air mobility. Saya Yang Berhormat Parit Sulong ya. Saya hendak pujilah apa Yang Berhormat...
Tidak payahlah puji.
Saya hendak puji. Saya tidak kira saya hendak puji juga sebab saya kagum dengan apa Yang Berhormat tadi nyatakan terutamanya dalam hendak membangunkan satu yang dinamakan air mobility ini dan saya juga hendak tahu tadi dimaklumkan ianya adalah 100 peratus swasta. Yang pertamanya, berapa kos dia yang sebenarnya dan yang keduanya bila kita hendak membangunkan apa-apa yang berkaitan dengan usahawan ini, impact dia kena ada kepada usahawan-usahawan tempatan dan juga usahawan-usahawan kecil walaupun Yang Berhormat kata ianya bukan untuk yang kecil-kecilan.
Okey.
Jadinya saya hendak tanya dengan Yang Berhormat, selain daripada itu dalam hendak membantu untuk membangunkan ini, bagaimanakah Yang Berhormat mungkin boleh menjalankan kerjasama dengan Kementerian Industri Utama dalam menggunakan buluh-buluh yang akan ditanam, yang digalakkan ditanam oleh Kementerian Industri Utama itu. Saya minta jawapan Yang Berhormat.
Ini sudah sindir ini...
Tidak apa, tidak apa...
...Bukan soalan.
Saya boleh menjawab.
Biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Itu menunjukkan tahap kematangan kita dalam kesedaran dalam ilmu yang kita belajar.
Ini matang sebab saya cakap satu idea yang kreatif.
Tidak. Ya, betul, betul.
Jadinya kerjasama industri utama...
Yang Berhormat.
...Satu idea yang kreatif
Yes.
...Yang boleh digunakan oleh Yang Berhormat, pihak Yang Berhormat dalam membantu usahawan-usahawan kecil...
Betul.
...Terutamanya yang menanam buluh-buluh, bakal menanam buluh-buluh itu nanti.
Okey, boleh saya jawab secara khusus fasal buluh. Buluh ini daripada akar ke pucuk, sampai ke pucuk itu kita boleh menggunakan pelbagai-bagai termasuk lantai...
Termasuk ekzos. Boleh tidak ekzos. Boleh tidak.
Ekzos kalau boleh...
Boleh kan.
Kalau Yang Berhormat boleh ketengahkan teknologi itu, kita sentiasa terbuka. Perkara ini menyebabkan penyelidikan. Kita kena faham.
Saya ingat Yang Berhormat Parit Sulong kurang pandailah.
[Ketawa] Segala bentuk penggunaan teknologi kena berasaskan kaji selidik, kena diadakan prototaip. Kalau Yang Berhormat daripada Parit Sulong...
Tapi betul-betul saya setuju prototaip boleh empat ekzos. Jadi banyak sikit boleh guna.
Kalau boleh menggunakan buluh sebagai ekzos dan boleh kita jenamakan semula sebagai advance composite material contohnya. Tidak menjadi satu permasalahan kepada industri untuk menggunakannya, tidak masalah...
Yang Berhormat...
...Ya, hari ini kalau kita lihat berbagai material telah digunakan mendalami kaji selidik. Contohnya di dalam komponen air mobility tadi. Contoh hari ini saya hendak sebutkan sebagai apa yang kita terlihat kemajuan anak bangsa Malaysia.
Betul.
Kalau kita tengok dari laporan Pricewaterhouse yang berkecimpung dalam bidang air mobility, letaknya tangga nombor tiga dalam dunia adalah anak Malaysia.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadinya salam empat kipaslah.
Yang Berhormat bagi saya pula. Bagi Yang Berhormat Lenggong pula.
Ya.
Soalan tambahan.
Ini maknanya buluh ialah sebahagian daripada komponen kereta itulah.
Yang Berhormat Menteri, saya sokong ini.
Kita tidak pasti....
...Akan tetapi Yang Berhormat saya hendak....
Kita tidak pasti, kita ada kaji selidik. Kena jadi orang cerdik.
Okey, okey, betul, betul. Tidak apa. Saya cuma hendak...
Jangan bagi soalan untuk meruntuhkan semangat anak muda ini.
Okey, okey,
Kita tidak tahu ini mungkin...
Boleh, boleh, teruskanlah.
Di Cranfield, contoh ya di Crantfield Insitute of Technology di mana aerospace menjadi satu kolej yang ulung. Mereka menggunakan, membuat kajian berbagai-bagai material, baik buluh kah. Contoh di Perlis, jerami padi ini ya. Saya hendak bagi contoh. Hari ini ada anak Malaysia telah pun membuat kaji selidik menggunakan hampas padi ini tadi untuk sebagai satu pelindung haba sebanyak 100 degree centrigrade. Kita tidak boleh...
Yang Berhormat Alor Gajah, bagi saya ruang sikit, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Bagi saya mencelah pula, nanti jawab.
Okey, boleh saya teruskan.
Minta laluan sikit, minta laluan.
Yang Berhormat Puncak Borneo minta laluan.
Yang Berhormat Kubang Kerian dulu.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Nanti, bagi Yang Berhormat Lenggong dulu.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bagi Yang Berhormat Lenggong dulu ya. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Puncak Borneo.
Yang Berhormat, saya tidak ada masalah hendak buat kereta terbang dan sebagainya...
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Paya Besar lah.
Inovasi. Cuba bagi- munasabah, yang betul-betul baik, yang tidak jadi bahan jenaka orang ramai, satu. Yang
saya hendak sebut di sini Yang Berhormat ialah ketika ini kita menghadapi kerugian yang amat besar. Apabila Jack Ma yang sepatutnya membuka dan terlibat dalam DFTZ yang dibuat oleh kerajaan dahulu, Digital Free Trade Zone untuk membuka pintu gerbang Malaysia ke pasaran usahawan antarabangsa. Hari ini telah berhijrah ke negara lain. Ini merugikan. Sebab itu daripada Yang Berhormat tumpukan kepada kereta terbang yang hanya memanfaatkan beberapa orang saja, kenapa tidak berusaha balik supaya Jack Ma kekal sini. Kerana hari ini Yang Berhormat, usahawan-usahawan kecil menderita ini. Pasaran tidak ada, tidak berkembang, bantuan tidak banyak. Yang Berhormat Menteri tumpu pada kereta terbang. Usahawan mereka tidak berkembang. Ini yang menyebabkan rakyat marah ini Yang Berhormat. Hendak tumpu kereta terbang, tumpulah...
Kita....
...Akan tetapi usahawan kena beri tumpuan. Kita sudah hilang sesuatu yang amat berharga dalam negeri kita selepas negeri China...
Yang Berhormat Menteri.
...Kita terbesar, DFTZ.
Ya betul.
Banyak negara hendak, tidak dapat. Bila kita dapat dia dipindahkan ke tempat lain. Yang Berhormat patut tumpu perkara ini. Indonesia mendapat manfaat. Tumpu kereta terbang untuk apa.
Yang Berhormat Menteri.
Kita...
Ini Yang Berhormat yang kita pertikaikan ini.
Kita, dia jawapannya begini.
Akan tetapi saya puji tidak apa, kalau bersetuju macam Yang Berhormat Parit Sulong sebut tadi, gunakanlah buluh sebahagian daripada komponen dia. Memang itu patut.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Boleh saya jawab. Boleh jawab terus ya. Dia macam ini...
Berikan Yang Berhormat Menteri untuk jawab.
Dia ada dua golongan. Satu itu yang cerdik, satu itu kurang cerdik. Satu itu boleh dengar kata, satu itu look at it seriously. Kita tidak menidakkan usaha-usaha untuk meningkatkan usahawan yang lain. Baca dalam surat khabar, baca apa dia itu NEF, baca apa itu Dasar Perusahaan Negara. Antara fokus kita adalah B40 dan kita tidak menidakkan pembangunan menggunakan teknologi tinggi, itu kena faham. Kalau tidak faham, datang ke kementerian saya untuk saya ajarkan sedikit, membuka minda. Itu jawapan saya boleh bagi.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Kita tidak boleh perlekehkan usaha ini yang telah dimulakan oleh anak Malaysia di persada antarabangsa.
Betul.
Dia telah mewujudkan pekerjaan, dalam masa tiga bulan 300 kepakaran.
Bukan yang itu, yang saya sebut ialah kenapa kalau hendak tumpu sangat bidang ini, yang berharga kepada kita...
Tidak ada, kita tidak ada menumpukan, kita menyasarkan antara-antara strategi pembangunan usahawan. Itu sebab tadi baca kita punya NEF. Dia ada lima, digitalization economy. Saya pun akan ke China, akan merapatkan hubungan di antara industri yang menggunakan digital teknologi.
Ya lah, tapi sudah lambat Yang Berhormat. Isunya Jack Ma sudah meninggalkan Malaysia.
Tidak, itu tidak tepat.
Saya tidak kata kereta terbang itu tidak penting, penting.
Jack Ma...
Akan tetapi...
Kenapa hendak dinaikkan Jack Ma.
...Yang amat berharga dalam negara ini.
Tidak, kenapa hendak dinaikkan Jack Ma.
Jack Ma membawa pelaburan besar dalam negara kita.
Sebab anak Malaysia sendiri mempunyai kepakaran yang sama.
Ini yang menjadi masalah yang merugikan kita. Yang Berhormat kena tumpukan perkara yang lebih penting.
Kita sedang menumpukan perkara yang sama. [Pembesar suara dimatikan]
Berikan Yang Berhormat Menteri peluang untuk menjawab.
Usahawan daripada negara kita untuk melibatkan diri dalam digitalization of economy. Baca NEF kita. Apa yang disebutkan tadi, yang dibangkitkan adalah jenaka yang dipersadakan oleh Yang Berhormat sendiri. Bukannya kami. Kami berhala tuju, bersasar untuk memastikan industri ini dirangsangkan dengan mewujudkan satu undang-undang...
Yang Berhormat Menteri, bagi ruang kepada Yang Berhormat Puncak Borneo.
Yang Berhormat Puncak Borneo minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sikit saja, sikit.
Saya hendak habiskan ini. Hendak jawab soalan tidak berkait.
Saya amat...
Boleh, minta Tuan Yang di-Pertua ya.
Sila, sila.
Saya amat tertarik pandangan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Industri perkhidmatan air mobility ini...
Tidak, ia berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri.
Dengar dulu, dengar. Mempunyai masa depan yang sangat cerah dan mampu melahirkan banyak usahawan tempatan dalam perkhidmatan ini. Kementerian telah mengenal pasti, saya sebutkan tadi kita sasarkan beberapa usahawan yang menjadi anchor kepada pembangunan industri ini.
Saya tidak ada masalah Yang Berhormat Menteri berkaitan air mobility yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi.
Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa buat masa ini teknologi....
Cumanya persoalan saya... [Pembesar suara dimatikan]
Saya ingat corak perbahasan kita telah agak lari daripada Peraturan Mesyuarat ya. Kalau Yang Berhormat Menteri sedang memberi penjelasan, berikan peluang untuk Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Silakan.
Kurang cerdik...
Tuan Yang di-Pertua...
...Ini Yang Berhormat Jelutong ajar macam ini.
Tuan Yang di-Pertua pun tahu saya bangun daripada awal Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun awal. Yang Berhormat Menteri be fair to me. Saya hendak bertanya... [Pembesar suara dimatikan]
Tunggu, tunggu giliran. Yang Berhormat Menteri teruskan dulu.
Dia kena persefahaman apa saja bentuk penjelasan saya, baru tanya soalan yang bernas. Baru tanya yang boleh kita jawab dengan ada sasaran, dengan ada outcome. Terima kasih.
Saya belum tanya soalan. Yang Berhormat Menteri belum tahu soalan saya bernas tidak bernas.
Sebabnya, soalan tidak berkaitan.
Saya belum tanya lagi Yang Berhormat Menteri. Inilah... [Pembesar suara dimatikan]
Dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri dahulu. Itu peraturan mesyuarat. Ini sesi Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Johor Bharu telah menyentuh isu-isu berkaitan tentang usaha yang perlu dibuat oleh kerajaan bagi merancakkan ekonomi akar umbi, perusahaan kecil dan sederhana,...
Tuan Yang di-Pertua.
Ini sudah berpindah isu lain Yang Berhormat Menteri.
...Menyediakan peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat Malaysia dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan yang lebih banyak bagi para graduan dalam negara kita.
Tadi janji hendak bagi saya. Saya hendak tanya, anak muda kawasan saya tanya kereta terbang ini Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Paya Besar, ikut peraturan. Kalau Yang Berhormat Menteri tidak memberi laluan, Yang Berhormat Menteri tidak memberi laluanlah.
Saya tidak kiralah, Yang Berhormat Paya Besar kah, Yang Berhormat Jelutong kah atau sesiapa sahaja. Kita ikut peraturan. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya minta kembali balik isu tadi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, matlamat penubuhan semula MED salah satunya adalah bertujuan untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang menyeluruh merangkumi usahawan kecil dan setaraf sehinggalah ke peringkat usahawan skala besar ataupun big firm. Pelbagai program keusahawanan telah dirangka dan dilaksanakan oleh MED merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pembiayaan kewangan, inovasi, ekosistem pelaburan dan latihan keusahawanan.
Minta penjelasan.
Sebagai contoh, salah satu program inovasi di bawah MED adalah Program Pemangkin Usahawan Sosial Hebat yang kita panggil PUSH dengan izin yang dilaksanakan oleh MaGIC atau Malaysian Global Innovation and Creativity Centre dengan izin. Program PUSH ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang perniagaan francais bagi golongan B40 dan masyarakat luar bandar melalui unit yang dinamakan sebagai Malaysia’s Social Inclusion dan Vibrant Entrepreneurship (MasSIVE) dengan izin, yang bertujuan membangunkan usahawan sosial. Selain itu, melalui Unit ASEAN Centre for Entrepreneurship (ACE), MaGIC telah mewujudkan jaringan di semua negara Asian dalam ekosistem keusahawanan dan setaraf. Antara program usaha sama yang telah berjaya dijalankan ialah Start-up Exchange Program. Bagi mengembangkan ekosistem pelaburan, kementerian menganjurkan seminar pasaran saham yang merupakan salah satu usaha untuk mencapai objektif strategik kelima dalam National Entrepreneurship Framework yang telah dilancarkan pada 22 November 2018 dan MED akan membantu dan mempromosikan akses kepada pelbagai landskap kewangan melalui platform pembiayaan alternatif seperti penyenaraian awam di pasaran Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) dan pasaran access, certainty, efficiency (ACE)
Minta penjelasan.
Yang Berhormat Ayer Hitam minta laluan.
MED dan Bursa Malaysia akan menganjurkan lebih banyak sesi capaian pasaran untuk menggalakkan lebih ramai usahawan menyenaraikan perniagaan di bursa saham. Sehingga kini, sebanyak tiga siri SPS telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 392 orang peserta melibatkan 304 buah syarikat dan daripada jumlah tersebut, 15 buah telah menunjukkan minat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan boleh? Soalan bernas. Saya janji.
Kereta terbang?
Saya hendak tanya...
Tadi Yang Berhormat masuk lambat. Saya teruskan ini. Nanti boleh tanya. Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan lagi sumbangan PKS...
Yang Berhormat Menteri, saya ambil ucapan saya. Saya hendak tanya apa yang ditanya dan jawapan.
...Kepada ekonomi, MED akan memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan tinggi iaitu sektor aeroangkasa. Sekarang boleh tanyalah.
Boleh?
Bukan sahaja memberi sumbangan yang lebih besar kepada KDNK tetapi juga dapat menjana lebih banyak peluang pekerjaan.
Bagi membantu graduan pula, MED telah merangka dan menambah baik Program PROTEGE, PROTÉGÉ Ready To Work (RTW) yang bukan sahaja dapat membantu peningkatan kebolehpasaran tetapi juga menceburi bidang keusahawanan sebagai prospek kerjaya mereka. Program ini dilaksanakan melalui latihan kebolehpasaran dengan penempatan di industri selama lapan bulan hingga 12 bulan dengan menerapkan latihan soft skill termasuk latihan dalam bidang keusahawanan. Pelaksanaan program ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada graduan untuk mempunyai entrepreneurial thinking dalam penghasilan kerja. Ini secara tidak langsung membantu untuk menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan selepas tamat latihan. Selain itu, terdapat beberapa program keusahawanan dan kebolehpasaran yang lain, yang boleh dimanfaatkan oleh para graduan iaitu PROTEGE yang dinamakan Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs dengan izin. Dalam itu kita ada PROTEGE Business Accelerator, PROTEGE Booster dan PROTEGE for Industry. Ini menggantikan SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia dahulunya diuruskan ataupun diwujudkan oleh kerajaan yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti telah mencadangkan supaya...
Yang Berhormat, minta penjelasan apa yang saya bahaskan. Boleh? Okey, tidak mengapalah.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Inilah cara yang betul. Bila minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri bagi. Teruskan ya.
Saya meneliti jawapan yang telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat tadi. Saya ucapkan tahniah. Dari segi air mobility, saya faham. Ini adalah satu bidang baru yang sedang diterokai. Saya juga tahu bahawa dron teknologi bukan milik Malaysia. Ia telah agak universal dan beberapa negara maju. Kalau kita sebut flying cars, bukan satu jenaka sebab ada enam buah negara yang sudah bersedia untuk dipasarkan mulai tahun ini dengan kos USD275,000. Jadi persoalan saya, kalau kita hendak memajukan bidang ini, tidak kira prototype modes seperti mana yang saya sebut dalam ucapan. Saya ingin bertanya, bagaimanakah kita memberi satellite technology support kepada usahawan yang dinamakan oleh Yang Berhormat tadi. Itu penting. Ini kerana kalau kita tidak ada fasiliti ini bermaksud susah. Yang Berhormat, saya setuju 100 peratus Yang Berhormat cakap Internet of Things (IoT) betul, AI betul. Ini yang berlaku di China yang mana mereka telah memajukan BeiDou satelit yang mana kita kena mencari lokasi tepat. Ini kerana drone technology ini, saya pernah buat satu laporan polis. Orang pakai dron pergi rumah saya, tengok apa saya buat. Akan tetapi sampai hari ini, polis tidak boleh ambil tindakan kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang mengawal di mana lebih permukaan tanah bermaksud kalau kita tidak ada pengawalan yang betul, ia akan membawa lebih banyak air crash dalam kata ini. Jadi Yang Berhormat, saya tanya satellite technology support pertama. Kedua, dari segi pengawalan software untuk kawal satelit dan movement drone ini kedua. Ketiga, flying cars ini apakah ini satu realiti kerana sudah ada enam buah negara yang telah mengeluarkan kereta ini. Minta pandangan. Itu bukan saya sebut flying cars. Flying cars disebut oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.
Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.
Okey, terima kasih. Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam tidak datang. Okey...
Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.
Yang Berhormat Lembah Pantai, soalan.
Satu minit.
Satu minit?
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tersentuh untuk membangkitkan satu soalan yang agak spesifik. Ini kerana saya hadir pada waktu Yang Berhormat Menteri ada mula menyebut tentang teknologi dron ini. Apabila pada waktu itu saya dapat maklumat yang mengatakan syarikat tersebut yang dibina dan diusahakan anak tempatan, saya difahamkan telah berjaya mempunyai ibu pejabat di 10 buah negara. Syarikat Aerodyne Group yang mana telah mendapat dana dari Axiata Group dan telah berjaya membeli teknologi daripada negara-negara lain. Ini termasuk dari syarikat-syarikat wind turbine, blade inspection company dan sebagainya. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah yang boleh kita usahakan untuk merangsang lebih ramai usahawan untuk menjadi berjaya sampai ke tahap seperti Aerodyne yang pada waktu dan pada ketika ini merupakan syarikat nombor empat di dunia yang mengusahakan teknologi dron. Apakah yang boleh kita usahakan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita sebutkan contoh tadi anak Malaysia atau anak tempatan yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Aerodyne. Syarikat tempatan ini tidak boleh mengadakan aktiviti perniagaan usahawan di sini.
Walaupun berpangkalan dari segi operasi, dari segi pembangunan artificial intelligence di sini, tetapi boleh cuma beroperasi di 26 buah negara di dunia termasuk Amerika Syarikat dan Rusia. Baru-baru ini syarikat itu menandatangani satu perjanjian dengan Japan, NTT group bukan NTT DoCoMo–– menyeluruh, melengkapi industri air-mobility ini. Anak Malaysia. Jadi, tidak melibatkan dana kerajaan. Axiata Group yang disebutkan tadi, itu sebagai the series of air capital. Baru-baru ini, saya dimaklumkan dalam menjana dana daripada swasta di Jepun, satu syer dia RM150. Pada tahun 2021, syarikat ini telah dikenal pasti untuk disenaraikan di New York. Jadi, bersabit dengan soalan, menjawab soalan Yang Berhormat Ayer Hitam, dengan adanya flying car, it has excited the industry, dengan izin. Kita pun di pihak kerajaan pada hari ini telah memulakan merangka satu undang-undang untuk membolehkan air- mobility industry ini dibangunkan dengan memanggil ataupun mengambil balik anak-anak tempatan ini membangunkan usaha-usaha di sini. Artificial intelligence kita adalah antara yang dikenali di dunia, di mana anak Malaysia mempunyai kepakaran soft-skill yang lebih daripada orang lain. Jadi, dengan adanya rangsangan tadi, kita akan memulakan ataupun terpaksa mewujudkan satu ekosistem untuk membangunkan industri ini. Kalau hari ini saya mahu naik kereta terbang, contoh, ataupun menaikkan aero Mobil ataupun aero car, apa nama sahaja yang kita boleh panggil, saya tidak boleh naik, undang- undang tidak membenarkan. Civil Aviation Authority of Malaysia, dengan izin, telah kita panggil untuk duduk bersama untuk mewujudkan satu undang-undang yang membolehkan industri ini dibangunkan. Kalau hari ini kita lihat di Putrajaya, kita tidak boleh menggunakan dron, kena ada kebenaran tertentu dan mengambil masa lebih kurang 20 hari baru terima kebenaran, kelulusan. Akan tetapi, di negara lain, pergi sahaja ke laptop, kita tekan butang hendak naikkan air-mobility instrument dan kita tekan satu butang bayar 10 NZ Dollars, insurance is return, under return then you can terbang. itu industri yang kita mahu bangunkan di sini. Kita tidak boleh menidakkan kepakaran yang ada di sini ke luar negara. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya, Yang Berhormat Menteri kata, dari segi inovasi itu patut kita bagi tumpuan, itu saya setuju 100 peratus. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat Menteri kata AI ini sebenarnya komponen AI itu perlu kita perincikan. Ini kerana pemahaman Yang Berhormat Menteri tentang AI ini satu bidang aeroangkasa ataupun aeronautical engineering yang patut kita bangunkan. Betul. Akan tetapi, teknologi itu merupakan ciptaan negara lain. Ini bermaksud, tidak terbatas kepada usaha sama dengan negara lain. Itu yang pertama. Kedua, kalau kita sebut tentang drone technology, ia adalah berpandukan unmanned area vehicle. Itu adalah asal usulnya. Oleh sebab pada mulanya ia ringan, sekarang kita mahu menambahkan keberatan, itu yang konsepnya untuk meletakkan orang
di sana tidak sampai 200 kilogram. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri saya setuju, rakyat Malaysia patut diberikan pendedahan. Akan tetapi, inovasi itu biarlah realistik. Kalau dalam hal ini kita kena bayar berapakah hak cipta yang patut diberikan? Drone technology yang pertama, kedua, satellite support. Itu adalah sesuatu yang tidak ada di Malaysia. Jadi, saya setuju kalau kita mahu aerospace engineering, kita mahu majukan. Tidak ada masalah. Akan tetapi, kekangannya sekarang kita tidak ada. Kenapa tidak ada perkongsian bestari antara negara-negara yang sudah maju, kita sama-sama, seperti kalau kita tidak boleh mengeluarkan kereta nasional, sekurang-kurangnya kita seperti Thailand, 1.6 juta kereta dihasilkan pada setahun dengan assembly plan. Dengan cara itu, kita berkongsi teknologi. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Jawapan saya secara khusus ya, itulah yang saya sebutkan tadi, dengan adanya topik yang disebutkan hari ini, kita merangsang satu ekosistem yang kita kena wujudkan. Contoh tadi, kalau ia melibatkan infrastruktur, melibatkan undang-undang the space has given for air-mobility, kita akan wujudkan, dengan adanya kelulusan. Aviation is a different sector. Kalau kita tengok air mobility, drone technology, kita ada hubungan–– ataupun pihak-pihak swasta telah pun mengadakan rangkaian hubungan strategik. Saya sebutkan sekali lagi, sebagai contoh, tidak akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun, sebuah syarikat swasta telah pun mengadakan strategic alliance. Contoh, Cranfield Institute Aerospace ataupun College Aerospace Cranfield Institute of Transport and Manufacturing semalam telah bersetuju secara lisan, belum di-inc. kan oleh pihak swasta untuk mewujudkan yang kita galakkan contoh untuk membangunkan business jet, contoh, menggunakan drone technology. Tiga passenger, lima passenger dan sembilan passenger. Ini penggunaan teknologi drone yang menggunakan, yang ada rangkaian-rangkaian yang lain termasuklah Rolls-Royce, termasuklah Volvo, Airbus. Hari ini kita panggil eVTOL (electric vertical takeoff and landing) dan menggunakan sama ada human intervention, dari segi mengelakkan contohnya drone kita hari ini ada riffle jamming, kalau kita pakai AI sekalipun kita boleh we are subjected to jamming. Tidak selamat. Itu sebabnya kita mendekatkan kaedah dengan rangkaian-rangkaian atau strategi yang lain untuk memastikan pembangunan ini lebih kita mudahcarakan dengan mengadakan undang- undang, dengan menggunakan infrastruktur dan juga tidak lari daripada spesifik pembangunan satelit untuk GPS dan sebagainya.
Yang Berhormat Menteri, saya cuma tanya, kalau kita memajukan satu prototaip model, itu termasuk merangkumi aspek- aspek, spesifikasi yang hendak kita wujudkan, katalah lima tahun atau tiga tahun. Apakah prototaip yang dihasilkan sekarang setakat ini sudah menjurus kepada itu? Kedua, kalau machine ataupun engine yang kita pakai sama ada itu diterokai oleh Malaysia atau kita beli teknologi yang lain? Drone technology memang bukan milik kita. Satellite technology support itu yang sangat penting. Kalau tidak, kita tidak ada software untuk kawal GPS, barulah kita cerita tentang macam mana hendak kawal ketinggian ia terbang. Jadi, saya rasa Yang Berhormat Menteri, we have to be realistic dengan izin.
Terima kasih. Sebelum ini kalau lari daripada kefahaman, kita sebutkan tadi Aerodine rank number one by PricewaterhouseCoopers. They are the leader in drone technology applications. They are the packager, received in 26 countries in the world! You know what I’m saying? So, maksudnya sekarang, kita tidak perlu lagi hendak membeli teknologi, prototaip dibangunkan oleh anak tempatan yang sekarang di Jepun. Sudah adapun satu dipanggil motosikal yang terbang di office di Jepun. Saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam ke Jepun sebab hari ini...
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri cakap inovasi bermaksudnya daripada kita? [Pembesar suara dimatikan]
Beri, Yang Berhormat Menteri kesempatan.
...Ekosistem belum wujud. Itu sebab kita mahu wujudkan ekosistem untuk membangunkan industri ini di negara kita sendiri. Ini di mana kita
akan ada brain drain, di mana kepakaran anak Malaysia beroperasi di 26 buah negeri yang lain, di luar negara yang mereka mempunyai drone technology sendiri yang dicipta oleh mereka sendiri. Jadi, kena ada fahaman apa yang kita hendak lakukan dari sudut membangunkan usahawan. Saya teruskan dengan izin, Tuan Yang di-Pertua panjang pula nanti yang bertanya keluar daripada tajuk.
Yang Berhormat Menteri ada lebih kurang lapan minit lagi.
Yang Berhormat Sibuti telah mencadangkan supaya kerajaan memberikan ruang yang kondusif serta memikirkan cara yang terbaik bagi mengembangkan usahawan belia dalam bidang keusahawanan baharu dengan pelbagai bentuk perniagaan yang tidak terfikir oleh generasi-generasi sebelum ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MED sememangnya komited untuk membangunkan ekosistem keusahawanan dalam era globalisasi dengan matlamat untuk memastikan semua usahawan termasuk kategori mikro, mampu bersaing dalam pasaran tempatan mahupun pasaran antarabangsa. Antara inisiatif yang telah diperkenalkan dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut; (i) SME Corp Malaysia sedang bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) bagi memperkukuhkan local system integrator untuk mewujudkan ekosistem bagi menggalakkan penggunaan teknologi di kalangan usahawan; (ii) MaGIC menyediakan school of entrepreneurship yang menawarkan program pembangunan kapasiti dan inovasi untuk setaraf dan usahawan bagi mewujudkan peralihan minda dan peningkatan teknologi selaras dengan perubahan Revolusi Industri 4.0.
MED juga memperkasakan gerakan koperasi supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam persekitaran teknologi Revolusi Industri 4.0 ini termasuk usaha bagi membantu meluaskan peluang peniagaan koperasi, mengukuhkan lagi perhubungan industri dan penyelidikan yang berterusan.
Yang Berhormat Menteri boleh ya?
Silakan.
SME Corp yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya ingin bertanya adakah diteruskan Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang diurusetiakan oleh SME Corp. Sebelum ini Majlis itu di pengerusi oleh mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan sebelum itu. Itu yang pertama. Kedua, adakah Akta Pembangunan PKS akan digubal? Kita telah lama membincangkan perkara itu. Ketiga, pada Mac 2018 diumumkan penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia oleh Yang Berhormat Pekan. Saya ingin tanya sama ada diteruskan sebab itu yang pertama kali dalam negara kita hendak diwujudkan bumi SME. Jadi tiga perkara ini mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Saya sebutkan sekali lagi Yang Berhormat daripada Pontian. Dalam masa terdekat kita akan melancarkan Dasar Keusahawanan Negara. Mengenai akta keusahawanan nasional tadi itu yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pekan sebelum ini akan terus dijalankan dan dilaksanakan dengan penambahbaikan dan akan terus dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yang Berhormat Langkawi. Jawapan pertama. Jawapan kedua, hendak disebutkan pasal pembangunan bumiputera— keusahawanan bumiputera di bawah SME Corp?
Penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia ataupun ringkasnya Bumi SME adakah diteruskan?
Kita dalam peringkat memperincikan kandungan pertubuhan itu dan insya-Allah kita akan rumuskan sama ada menerusi penambahbaikan ataupun pertubuhan yang sama. Terima kasih. Boleh saya teruskan? Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Setiawangsa berkenaan kedudukan MaGIC, untuk makluman Yang Berhormat, MaGIC masih dikekalkan oleh kerajaan dan mempunyai peranan yang penting dalam membantu usahawan start up untuk berkembang ke peringkat matang dan juga peringkat global seperti membangunkan exponential entrepreneur dan inovasi modal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian tadi ada bertanya soalan yang lain juga dalam membangkitkan pembahasan ini, telah bertanya mengapakah peruntukkan Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP) telah dipotong daripada RM30 juta kepada hanya RM3 juta bagi tahun 2019. Untuk makluman Yang Berhormat di bawah RMKe- 11, sejumlah RM60 juta peruntukan telah diperuntukkan kepada SME Corp Malaysia bagi melaksanakan program BEEP. Peruntukan ini diagihkan mengikut tahun. Pada tahun 2016 sebanyak RM10 juta, tahun 2017 sebanyak RM20 juta, tahun 2018 sebanyak RM27 juta, maka bakinya ada RM3 juta. Oleh yang demikian siling bagi program BEEP pada tahun ini yang tinggal RM3 juta sahaja di bawah peruntukan RMKe-11. Kementerian telah membuat beberapa penambahbaikan BEEP. Justeru bagi tahun 2020, sejumlah RM30 juta telah dipohon sebagai peruntukan tambahan bagi memanfaatkan 240 syarikat PKS bersaiz mikro, kecil dan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir berkaitan MED yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Nibong Tebal yang memberi cadangan supaya kerajaan memperkasakan skim mikro kredit seperti TEKUN Nasional dan memberi perhatian kepada skim alternatif seperti skim Ar-Rahnu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini TEKUN Nasional telah menyalurkan pembayaran perniagaan sebanyak RM5.3 bilion kepada 423,654 orang usahawan dalam pelbagai sektor perniagaan. TEKUN Nasional juga sebenarnya telah memperkenalkan perkhidmatan pajak gadai Islam Ar-Rahnu sejak tahun 2015 sebagai produk alternatif kepada produk sedia ada untuk menyediakan kemudahan dan pulangan kewangan sebagai modal pusingan dengan bercagarkan emas. Proses pinjaman melalui Ar-Rahnu adalah lebih mudah, cepat, dan lebih efektif dari segi kos serta berlandaskan patuh syariah. Objektif utama penyediaan pinjaman pajak gadai Ar-Rahnu, TEKUN Nasional ialah berikut: (i) menyediakan pulangan kewangan yang mudah, cepat kepada usahawan- usahawan kecil untuk dijadikan modal pusingan; (ii) menyediakan sumber kewangan alternatif kepada skim pajak gadai konvensional; (iii) membangunkan kedudukan sosioekonomi masyarakat berpendapatan rendah dengan berperanan sebagai modal kepada perniagaan; dan (iv) pembiayaan pendidikan dan pembangunan industri kecil sederhana. Perniagaan pajak gadai Islam dipilih sebagai satu produk alternatif TEKUN Nasional berdasarkan operasi produk sifar pinjaman tidak berbayar zero NPL. Produk ini dapat membantu usahawan yang kebiasaannya mencapai isu penjamin dan isu kelulusan sekiranya ingin mendapatkan pembiayaan dari pihak bank atau institusi kewangan yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah pembiayaan terkumpul bagi produk Ar-Rahnu TEKUN Nasional sehingga 28 Februari 2019 adalah sebanyak RM39.27 juta. Pada masa ini Ar-Rahnu TEKUN Nasional mempunyai lapan buah cawangan yang telah beroperasi di Shah Alam, Wangsa Maju, Semenyih, Sentul, Alor Setar, Tawau, Kota Bharu dan Johor baru. Kementerian ini menyasarkan pembukaan lima buah cawangan Ar- Rahnu bagi tempoh 2019-2020 iaitu di Tanah Merah, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Seremban dan Bangi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga selain daripada TEKUN Nasional, pada masa ini terdapat 97 buah koperasi yang menawarkan skim Ar-Rahnu melalui 679 buah
outlets di seluruh negara. Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan memantau aktiviti yang dijalankan koperasi-koperasi melalui Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam. Melalui garis panduan ini koperasi hendaklah memenuhi kriteria tertentu dari segi modal dan operasi sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti Ar-Rahnu. Pada tahun 2018 aktiviti Ar-Rahnu koperasi mengeluarkan pinjaman sebanyak RM4.5 bilion dari memperoleh upah simpanan sebanyak RM500 million. Melihat kepada keberkesanan aktiviti Ar-Rahnu...
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit TEKUN?
Saya habiskan sedikit sahaja lagi. Dalam membantu individu perniagaan kecil melalui pinjaman jangka pendek yang murah dan senang, kerajaan sentiasa memastikan aktiviti ini akan dapat terus berkembang. Pada masa yang sama penyeliaan dan pemantauan berkala akan terus dibuat bagi memastikan takbir urus yang berkesan bagi kesinambungan aktiviti dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap aktiviti ini. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan begitu prihatin kepada pembangunan usahawan di negara kita. Saya sentiasa mengalu-alukan...
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.
...Pandangan-pandang dan idea-idea yang bernas dan cadangan yang membina daripada semua pihak khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat demi memastikan usahawan kita dapat terus berkembang maju dan berdaya tahan dalam era digital ekonomi dan Revolusi Industri 4.0 ketika ini. Sekian, terima kasih.
Habis dah?
Berikan laluan kepada Yang Berhormat Pontian?
Kalau hendak tanya sila.
Tahun 2018 TEKUN Yang Berhormat Menteri kita diberikan RM500 juta tetapi tahun 2019 cuma RM100 juta. Adakah TEKUN Ar-Rahnu ini satu kaedah untuk memastikan perbezaan peruntukan yang diberi kepada TEKUN itu?
Apa yang saya ada maklumat ketika ini, kita ada menyediakan pembiayaan yang lebih yang disebutkan tadi lebih daripada RM100 juta. Dengan adanya satu pendekatan yang lebih baik dengan mengurangkan ‘MPF’, hari ini saya maklumkan kepada Dewan ini kita telah berjaya memungut balik yang tidak dapat dipungut dahulu sebanyak lebih kurang RM150 juta. Dari situ kita dapat tambahan dari segi membiayai usahawan-usahawan mikro yang baharu. Jadi kalau disebutkan tadi RM100 juta, kita ada penambahan RM150 juta dan antara lain juga kita menyediakan kaedah pinjaman menerusi Ar-Rahnu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sepanjang tempoh usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 18 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkenaan dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi ulasan dan pandangan terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini. Yang Berhormat Johor Bahru, ada?
Yang Berhormat Johor Bahru. Tidak ada. Jawapan bertulis.
Tidak ada ya. Saya bagi bertulislah ya. Yang Berhormat Bagan Serai?
Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada, jawapan bertulis.
Tidak ada, jawapan bertulis ya. Yang Berhormat Kubang Kerian ada? Tidak ada juga.
Yang Berhormat Kubang Kerian. Tidak ada, jawapan bertulis.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan. Adakah benar berita dalam Malaysiakini bahawa Ahli Parlimen Sandakan meninggal dunia? Ini adakah benar atau tidak? Saya ingin bertanya di majlis ini.
Saya tidak ada apa-apa kepastian. Yang Berhormat Sandakan. Mungkin wakil-wakil daripada...
Ya Yang Berhormat, pengumuman akan dilakukan oleh Chief Minister of Sabah.
Kita menunggu pengumuman itu ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Arau?
Yang Berhormat Arau pun tidak ada, jawapan bertulis.
Bertulis ya. Jawapan bertulis. Yang Berhormat Kluang ada?
Yang Berhormat Kluang ada.
Yang Berhormat Puan Wong memohon kerajaan menangani isu kehilangan 10,000 ekar hutan di daerah Mersing yang menyebabkan gajah liar memasuki ladang dan kebun di daerah Mersing di Kluang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian KATS amat mengambil berat terhadap isu kehilangan tanah hutan akibat daripada penukaran guna tanah daripada tanah hutan kepada kegunaan lain terutamanya di hutan simpan kekal. Kementerian akan mengemukakan cadangan standard operation procedure, SOP kepada kerajaan negeri untuk memperketatkan proses pewartaan keluar SSK iaitu hutan simpan kekal di negeri-negeri dan berharap dapat persetujuan dari pihak berkuasa negeri. Namun begitu, kementerian dalam masa yang sama juga menghormati ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 74(2) yang menetapkan bahawa tanah dan hutan adalah di bidang bawah kuasa kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, anggaran populasi gajah liar yang terdapat di daerah Kluang adalah lebih kurang 70 hingga 80 ekor. Rekod aduan yang diterima bagi daerah Kluang, Mersing antara tahun 2019 sehingga tahun 2018 adalah sebanyak 109 aduan. Bagi mengatasi masalah konflik manusia dan gajah di daerah Kluang dan Mersing, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan beberapa langkah mitigasi seperti berikut. Pertama, menyediakan satu sistem pagar elektrik komuniti sepanjang 13.8 kilometer dari Ladang Persing sehingga Sungai Temehil yang memagari kawasan hutan dengan perkampungan dan ladang. Kedua, telah menangkap pindah sembilan ekor gajah konflik dari tahun 2019 sehingga tahun 2018 dan dilepaskan ke habitat asal. Ketiga, memasang lampu LED berwarna biru di kawasan konflik bagi mencegah gajah memasuki kawasan perkampungan. Keempat, membina Johor Elephant Sanctuary di Hutan Simpan Panti bagi memusatkan pemindahan gajah konflik ke kawasan sanctuary. Terakhir yang kelima, mewujudkan sistem amaran awal melalui pemasangan kolar satelit kepada populasi gajah konflik. Kakitangan akan segera ke lokasi konflik tanpa menunggu aduan.
Minta tanya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagi poin keempat, wujudkan satu elephant sanctuary, sanctuary untuk gajah liar ini, agak-agaknya berapa kos dan juga berapa ekor gajah liar yang kita boleh accomodate dalam sanctuary ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang, saya akan bagi dalam jawapan bertulis sebab tidak ada maklumat yang detil pada saya. Seterusnya daripada Yang Berhormat Tebrau.
Yang Berhormat Tebrau ada.
Ada ya. Yang Berhormat Tebrau memohon kerajaan menghentikan penebangan hutan dan mewartakan kawasan tadahan hijau. Kerajaan sememangnya memberi perhatian ke atas pemeliharaan kawasan hijau untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan melalui Majlis Tanah Negara telah membuat keputusan tidak membenarkan aktiviti tebang habis bagi tanah kerajaan yang tidak mempunyai perancangan pembangunan dalam tempoh tiga tahun. Di samping itu, kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia komited untuk mewartakan kawasan tadahan air seluas lebih kurang 1.046 juta hektar menjelang tahun 2020. Di kawasan tadahan air ini tidak dibenarkan sama sekali untuk dilakukan aktiviti pengusaha hasilan. Bagi hutan simpan kekal pula, pengusaha hasilan hanya dilakukan dalam hutan pengeluaran secara berkekalan berdasarkan Kawalan Catuan Tebang Tahunan iaitu CTT yang telah ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara. Di samping itu, Majlis Tanah Negara ke-70 pada tahun 2014 turut bersetuju supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian di dalam kawasan hutan simpan kekal.
Yang Berhormat Tebrau minta laluan.
Minta laluan. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat. Walaupun dalam kertas ini memang langkah-langkah yang telah diambil atau sedang diambil oleh kerajaan tetapi pada masa yang sama saya nampak kurang adalah penguatkuasaan kerana di sekitar kawasan daripada Kota Tinggi sehingga Endau adalah banyak hutan simpanan. Akan tetapi ada nampak kegiatan yang amat berat tetapi saya tidak nampak apa penguatkuasaan ada atau tidak. Jadi, saya mohon kerajaan ambil perhatian dalam perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Tebrau bahawa Perlembagaan Malaysia 74(2) jadual 9 memang penguatkuasaan ini di bawah kerajaan negeri. Apa yang kita boleh bantu hanya memberitahu tetapi tindakan atas kerajaan negeri.
Yang Berhormat, tentang kawasan tadahan air. Saya percaya Yang Berhormat akan jawab perkara yang sama. Pertamanya, dari segi pendirian Yang Berhormat tentang pencerobohan di kawasan tadahan air. Kalau saya percaya Yang Berhormat tentu tidak akan bersetuju jika perkara ini berlaku. Jadi, soalan ini dari segi bidang kuasa kementerian Yang Berhormat. Apa yang ada, kuasa untuk menghalang pencerobohan ini. Sebagai contoh pencerobohan di sekitar rizab tadahan air Sungai Terla, Cameron Highlands oleh penanam-penanam sayur yang melakukan penanaman sayur secara haram, menceroboh kawasan tadahan air dan perkara ini sedang berlaku. Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan kerana berdasarkan undang-undang dan juga kerana menyokong saranan daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang mahu menyekat berlakunya pencerobohan di kawasan tadahan air terutamanya apabila melibatkan sayur-sayuran bermakna baja digunakan, racun digunakan dan baja dan racun ini lah yang akan mengalir di dalam sungai yang airnya akan diminum oleh sebahagian besar daripada penduduk di kawasan sekitar terutamanya di Cameron Highlands. Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh Yang Berhormat?
Okey, terima kasih.
Sekarang tepat pukul 1 tengah hari, mungkin Yang Berhormat boleh menjawab lepas 2.30 petang bila kita mula mesyuarat semula. Jadi, mesyuarat ditangguhkan sehingga 2.30 petang.
Jawab dululah.
Okey, saya jawab dulu.
Boleh jawab? Kalau ringkas.
Tidak apa. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Apa yang saya ingin nyatakan di sini, daripada pihak Kementerian KATS, kita boleh bekerjasama dari segi geologi iaitu kita mendapatkan satu kawasan kecerunan ataupun kawasan-kawasan yang berbahaya ataupun kawasan yang boleh memudaratkan orang awam ataupun peneroka atau pekebun itu sendiri, kita boleh wartakan dan kita bagikan kepada kerajaan negeri untuk kerajaan negeri buat tindakan. Ini kerana dari segi tindakan memang Kerajaan Pusat setakat ini sehingga sebelum lagi mungkin RUU untuk perhutanan kita bawa. Jadi, dari segi kuasa itu memang kami tidak ada kuasa. Ya, terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Cameron Highlands.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak follow-up [Tidak jelas]
Boleh bangkitkan pada 2.30 petang.
Lepas makan Tuan Yang di-Pertua.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyuran Tuan Yang Di-Pertua — Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mendiang Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih ingin saya memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh, Ahli Parlimen kawasan Sandakan yang juga merupakan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Sabah telah meninggal dunia pada hari ini, Khamis, 28 Mac 2019. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia, merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Yang Berbahagia Datin Chong Mee Fook @ Florence dan seluruh ahli keluarga beliau. Ahli-ahli Yang Berhormat, mendiang Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh adalah Ahli Parlimen Sandakan semenjak tahun 2013. Jasa dan pengorbanan mendiang amat besar dan bermakna kepada negara. Sesungguhnya pemergian mendiang ini adalah satu kehilangan besar kepada negara dan kepada Dewan Rakyat khasnya. Oleh yang demikian, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bangun dan bertafakur selama satu minit. Terima kasih. [Ahli-ahli bangun bertafakur]
Sila duduk. Sesi jawapan oleh Yang Berhormat Menteri-menteri ke atas perbahasan Titah Diraja diteruskan dengan jawapan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Sila, masa tinggal 33 minit 44 saat.
Yang Berhormat Menteri, tadi saya ada soalan susulan, Klang dekat sini.
Ya, sila Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Bera mengatakan bahawa ada pencerobohan oleh petani-petani di kawasan Cameron Highlands, khususnya di kawasan Sungai Terla. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri dan juga Dewan yang mulia ini, sebenarnya petani-petani dekat sana telah diberikan apa yang dipanggil temporary occupation license untuk beberapa tahun yang lalu. Kedua, petani-petani sana telah menggunakan tanah di kawasan itu untuk lebih kurang 60 tahun. Mereka sebenarnya adalah apa yang dipanggil, telah contribute significantly kepada pengeluaran pertanian di kawasan itu dan juga untuk rakyat di Malaysia. Akan tetapi apa yang menjadi masalah di sini ialah oleh kerana mereka telah memberikan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan di dalam pilihan raya di Cameron Highlands, maka sekarang kerajaan state, negeri di sana sekarang memangsakan mereka ataupun apa yang dipanggil unleash a political vendetta against 60 petani-petani berkenaan ini. Untuk 60 tahun yang lalu tidak ada masalah, tidak ada masalah langsung mereka menggunakan kawasan itu. Akan tetapi sekarang, oleh kerana mereka telah menyokong Pakatan Harapan, maka sekarang mereka dimangsakan. Saya cadangkan kepada kementerian supaya mengadakan sesi dialog dengan pihak negeri, Menteri Besar khususnya. Nampaknya Menteri Besarlah yang fokus mengenai isu ini. Menteri adakan sesi dialog dengan Menteri Besar supaya dapat mencari satu penyelesaian untuk isu ini sebab ini adalah 60 petani dan livelihoods mereka, pendapatan mereka, ini adalah nasi periuk mereka dan janganlah kita mangsakan periuk nasi mereka oleh kerana kepentingan politik Barisan Nasional. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya juga telah bangun tadi selepas mendengar Yang Berhormat Bera. Saya difahamkan juga bahawa pekebun-pekebun kecil dan petani di kawasan itu telah pun dijanjikan oleh mantan Ahli-ahli Parlimen kawasan Cameron Highlands. Nama-nama seperti Yang Berhormat Datuk Seri G. Palanivel, Yang Berhormat Dato’ Sri Devamany disebut di mana dalam perjumpaan-perjumpaan ketika mereka menjadi Ahli-ahli Parlimen, mereka telah menjanjikan bahawa lesen-lesen TOL yang dikeluarkan itu akan disahkan di mana mereka akan dibenarkan untuk berniaga di situ, berkebun di situ pada masa yang akan datang. Akan tetapi kini seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Klang tadi, selepas meneliti sokongan yang telah diberikan oleh mereka kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, kita lihat bahawa seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional negeri Pahang, terutamanya Menteri Besar mengambil tindakan-tindakan untuk memusnahkan pekebun-pekebun kecil, kebun-kebun kecil di sana. Mereka telah memberitahu kami bahawa mereka meminta campur tangan Kerajaan Persekutuan kalau boleh mengadakan diskusi dan juga perbincangan untuk mencari penyelesaian. Ini adalah perkara yang begitu menghairankan, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Klang. Selama 60 tahun mereka telah berkebun di sana, tidak ada sebarang tindakan diambil. Ketika itu Ahli-ahli Parlimen adalah daripada MIC kita lihat. Seperti yang saya katakan kononnya Yang Berhormat Yang Berhormat Dato’ Sri Devamany dan Yang Berhormat Datuk Seri G. Palanivel dan juga baru-baru ini Yang Berhormat Dato' Sivarraajh telah pun menjanjikan kepada mereka bahawa mereka akan terus dibenarkan untuk berkebun di tempat tersebut. Saya difahamkan bahawa masalahnya bukannya masalah berlakunya pencemaran air. Tidak ada sebarang pencemaran. Tidak ada sebarang laporan yang dikemukakan daripada Jabatan Geologi dan sebagainya untuk membuktikan berlakunya pencemaran air untuk pihak Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan untuk memusnahkan kebun-kebun tersebut. Akan tetapi saya minta seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat...
Yang Berhormat Jelutong, cuba ringkaskan ya.
Ya, Yang Berhormat Klang. Saya minta menyeru supaya Kerajaan Persekutuan mengambil berat masalah mereka.
Kita lihat juga, saya begitu hairan mengapa Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Tapah tidak menyuarakan hak pekebun-pekebun di situ. Tanda tanya persoalan saya, bukankah mereka juga merupakan pengundi di kawasan Yang Berhormat Cameron Highlands?
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, isu yang sama.
Silakan Yang Berhormat.
Isu kesalahan yang dilakukan, perlu diambil kira. Pertamanya, walaupun ada TOL, tetapi melanggar syarat TOL dengan membina bangunan kekal. Kedua, menggunakan racun yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Pertanian.
No, Yang Berhormat. Ada laporan geologi...
Tidak apa, tidak apa.
...Ada atau tidak ada bukti pencemaran?
Hei! Duduklah! Saya sedang bercakap.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, buktikan! Buktikan.
Peraturan. Gunakan peraturan.
Saya tanya... [Pembesar suara dimatikan]
[Bangun]
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Sekiranya hendak berucap, kedua-dua belah pihak perlu minta kebenaran dahulu. Saya akan beri peluang dan ruang yang secukupnya sekiranya ia munasabah dan mematuhi peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Paya Besar, sila duduk juga. Sekarang giliran Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang boleh terang dan selepas itu, Menteri jawab. Yang Berhormat Jelutong, beri peluang kepada Menteri menjawab.
Dia bercakap, saya tidak kacau pun. Saya bercakap, jangan kacau. Kedua, menggunakan racun yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Pertanian. Ketiga dan yang lebih serius, melanggar zon penampan sungai iaitu di Sungai Icat. Racun, baja mengalir di dalam Sungai Icat yang akhirnya bertemu dengan Sungai Terla, yang menjadi air minuman bagi lebih kurang 5,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut. Soal ini, kita mesti menjaga kepentingan penduduk ramai. Penduduk yang terlibat hampir 5,000...
Kenapa 60 tahun tidak ambil tindakan?
...Hampir 5,000.
Kenapa 60 tahun tidak ambil tindakan Yang Berhormat? [Pembesar suara dimatikan]
Nanti, tidak apa Yang Berhormat Jelutong. Sila duduk. Jangan sampai...
Keluarkan dialah.
Saya tahu kedua-dua belah pihak prihatin tetapi nanti Menteri jawab.
Hampir 5,000. Hampir 5,000 penduduk yang bergantung kepada air bersih di situ, minum air yang tercemar. Pekebun itu adalah― saya pun simpati tetapi pekebun ada 60 orang yang terlibat, hasil tindakan mereka yang terkesan adalah hampir 5,000. Jadi daripada segi prinsipnya, yang pertamanya, kita tidak boleh membenarkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang. Kita tidak boleh benarkan. Parlimen ini tidak boleh dibenarkan untuk condone kepada tindakan yang melanggar undang-undang dan yang menjadi mangsanya adalah terlalu besar.
[Bangun]
Jadi saya harap, kita beri peluang kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk menyelesaikan isu ini dan saya tidak ada masalah, bersetuju iaitu kementerian, bersama dengan Kerajaan Negeri Pahang berbincang untuk menyelesaikan isu ini.
Ya, sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri. Sedikit Menteri.
Timbalan Menteri.
Terima kasih.
Okey, sila.
Terima kasih...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Nanti. Timbalan Menteri hendak beri siapa?
Paya Besar, Paya Besar.
Kampar dahulu. Okey terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kampar.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini memang adalah salah satu perkara yang amat serius. Saya rasa sementara kita buat perbincangan kah, apa- apa itu, kita perlu hentikan semua pengosongan tanah tersebut. Stop the eviction. Kami merayu dengan serta-merta, kerajaan negeri memberhentikan eviction itu agar ada apa-apa perbincangan boleh dibuat. Kalau sudah dikeluarkan daripada kawasan tersebut, apa-apa perbincangan pun tidak ada hasilnya.
Okey, sila.
Jadi saya rasa...
Menteri...
...Bolehkah Timbalan Menteri, kita bincang dengan kerajaan negeri agar berhentikan semua eviction itu, pengosongan tanah itu.
Saya sokong, berhentikan. Saya sokong.
Okey. Cadangan, teguran, pendapat semua sudah jelas. Menteri, sila jawab.
Menteri.
Pandangan? Tidak apa, beri.
Hendak beri? Okey, Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya harap kita memahami prinsip yang disebut oleh Ketua Pembangkang tadi. Maknanya, mungkin apa yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, sudah 60 tahun. Akan tetapi adakah Ahli Yang Berhormat sedar bahawasanya Kerajaan Negeri Pahang telah memberikan kelulusan TOL, hasil perjuangan pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional di Cameron Highlands pada 1993. Jadi saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, bayar TOL. Ada sebahagian daripada mereka yang diambil tindakan tidak bayar TOL. Mereka membuat penerokaan tanah lebih daripada apa saiz yang diberi kelulusan. Kalau ini kita mengambil kira sebagai asas untuk diambil tindakan, saya kira, tindakan yang dibuat oleh Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands amat tepat sekali. Ini disebabkan kita mesti melihat catchment area yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk melibatkan hampir lebih kurang 11,000 masyarakat bukan sahaja masyarakat yang 60 orang itu tetapi ialah masyarakat yang melibatkan keseluruhan Cameron Highlands. Jadi kita sudah beri amaran, mereka telah bina bangunan tetapi yang paling teruknya adalah kita luluskan dua ekar, tiga ekar tetapi penerokaan, penanaman telah melebihi jumlah ini. Itu yang kita risau. Kalau dua ekar diluluskan, tetapi penanaman kebun sayur melebihi apa yang diluluskan dan ini sebenarnya akan menyebabkan penerokaan tanah tidak terkawal. Kalau tidak terkawal, ia akan melibatkan catchment water, kawasan tadahan, intake kepada Kuala Terla. Kalau ini tidak kita kawal dan saya yakin dan percaya, semasa kempen Cameron Highlands tempoh hari banyak sungai...
Tidak payah ulang-ulang lagi Yang Berhormat Paya Besar.
Sedikit.
Okey Menteri.
Banyak sungai yang tidak boleh...
Masa tinggal 20 minit. Sila jawab. Isu yang sama, ya.
Sekejaplah Tuan Yang di-Pertua. Sedikit, sedikit. Sebab... [Pembesar suara dimatikan]
Cukup Yang Berhormat Paya Besar, cukup Yang Berhormat Paya Besar. Sila, Menteri. Menteri, sila jawab.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Sebab saya nampak...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar bukan Menteri Besar... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Paya Besar, saya rasa isu sudah jelas. Ketua Pembangkang, pun sebenarnya Yang Berhormat Paya Besar mengulangi kenyataan Ketua Pembangkang. Jangan bazir masa. Sila duduk. Menteri, jawab. Sila.
Saya minta kepada Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bera.
Menteri, Timbalan Menteri.
Saya minta maaf. Mungkin nanti...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar jawab sebagai Menteri Besar.
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk juga. Semua sila duduk. Menteri, sila jawab.
Menteri, sedikit.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Paya Besar, sila duduk. Sila hormat kepada Yang Berhormat Menteri. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kalau boleh, kita pilihan raya dah sudah. Rakyat itu diutamakan. Jadi, kalau boleh jangan ambil tindakan politik. Saya pada minggu lepas, saya sudah pergi ke kawasan tersebut sampai atas bukit yang tanam semula itu ya. Saya meninjau apa Yang Berhormat Bera beritahu tadi, saya rasa istilah yang digunakan itu kurang tepat. Salah satunya mengatakan kawasan buffer zone sungai itu, memang ada buffer zone. Cuma kalau bahagian bawah itu, ya mereka langgar tetapi kawasan itu tidak dikategorikan untuk dirobohkan, hanya di atas. Keduanya, berkenaan dengan racun itu, saya tidak nampaklah yang botol-botol di tepi sebab saya pergi di sungai dari atas sampai ke bawah, saya ronda sendiri jalan kaki. Ketiganya saya maklumkan di sini juga, kalau kita bercakap fasal air, catchment area ataupun air bersih minum, saya bersetuju kawasan sekitar itu adalah kawasan tadahan hujan tetapi bila tindakan dibuat itu biarlah tindakan yang betul-betul kata realistic, dengan izin. Sebabnya kalau kita melihat, kalau saya hendak cerita di sini, sungai itu ada dua cabang, ‘V’. Satu sebelah kanan adalah Sungai Terla, sebelah kiri adalah Sungai Icat. Kawasan yang dirobohkan adalah kawasan Sungai Icat. Sedangkan kawasan loji adalah kawasan Sungai Terla. Mengapa tidak ambil tindakan pertama di Sungai Terla, kalau kita ingin ambil tindakan secara rasional? Akan tetapi kita tidak hendak perkara ini dipolitikkan sebab akhirnya rakyat akan menjadi mangsa. Seterusnya, saya ingin menyatakan di sini, saya sudah collect data personally setiap peneroka yang terlibat. Ada di antara mereka sampai berhutang RM200,000 atau RM300,000. Siapa yang hendak bayar hutang mereka ini selepas ini kalau mereka diletakkan di tempat lain ataupun tidak ada tempat. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bera, kita kena duduk berbincang antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Pahang. Kalau boleh, pindahkan ataupun letakkan di satu lokasi yang baik. Oleh sebab itu saya cakap sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini...
Menteri, sedikit Menteri...
Kita...
...Menteri, sedikit, sedikit.
...Sudah, sudahlah sebab masa kita berpolitik sudah habis. [Pembesar suara dimatikan]
Duduk. Menteri jawab, sila.
Yang penting adalah untuk rakyat.
Tidak. Surat pembatalan.
Saya rasa― itu jawapan saya ya.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Paya Besar, dia tidak bagi laluan.
Saya jawab yang lain pula.
Sila jawab, sila. Ada banyak lagi topik. Masa tinggal 20 minit sahaja.
Oleh sebab surat Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Yang Berhormat Paya Besar menegur Yang Berhormat Jelutong tetapi jangan...
Yang Berhormat Paya Besar, saya ingin beritahu, kalau saya hendak cerita, data semua ada pada saya ya. Sebelum pilihan raya, kalau saya hendak cerita politik, boleh saya cerita sedikit sahaja. Sebelum pilihan raya, mereka diberikan TOL dan selepas pilihan raya, TOL ditarik balik kalau mengikut politik. Akan tetapi kita tidak hendak cerita di sini, kita hendak selesaikan masalah ini, okey?
Akan tetapi adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan saya, jumlah ukuran...
Tuan Yang di-Pertua...
...TOL melebihi...
Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Paya Besar, duduk. Inilah yang saya terpaksa tegur. Baca Perkara 35(1), Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Jelutong. Baca juga Perkara 24(3). Tidak payah saya ulang, ulang dari pagi sampai petang, akhirnya Menteri tidak sempat jawab. Akhirnya, siapa yang rugi? Selepas itu, buat aduan dekat luar, Speaker tidak bagi peluang. Speaker tidak bagi ruang tetapi siapa yang membazirkan masa? Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada.
Tidak ada.
Yang tidak ada dalam Dewan, bagi jawapan bertulis.
Jawapan bertulis.
Ada, sila jawab.
Ada, ada.
Ada? Okey. Yang Berhormat Bintulu memohon kerajaan menjelaskan status rancangan tebatan banjir (RTB) di kawasan Bintulu dan mendalamkan Sungai Kemena dan Sungai Sebiew. Berdasarkan Kajian Stormwater Management and Urban Drainage Master Plan Study for Bintulu Town, Sarawak yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu pada tahun 2018, pelaksanaan rancangan tebatan banjir di Bintulu telah dicadangkan, dilaksanakan secara berfasa. Projek fasa pertama iaitu RTB Bintulu, Lembangan Sungai Kemena, Sarawak diluluskan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan telah disiapkan sepenuhnya pada 17 Januari 2019. Antara komponen kerja yang telah dilaksanakan di bawah projek ini adalah pembinaan pintu pasang surut dan pam di Jalan Tun Razak, Bintulu, Sarawak dengan kos berjumlah RM26.43 juta. Projek fasa kedua yang melibatkan kerja-kerja fizikal tebatan banjir di Sungai Sebiew, Shell Middle Distillate Synthesis Pipeline, Taman Jason SJK(C) Sebiew, Nebiu Heights, Jalan Sebiew dan SJK Siong Boon dengan anggaran kos berjumlah RM186.21 juta akan dipohon dalam RMKe-12. Manakala, projek fasa ketiga pula melibatkan kawasan Sungai Sebatang Plan, Sungai Sebuan Besar, SMK Kidurong dan river wall dan stesen pam di central business district dengan anggaran kos berjumlah RM315.46 juta akan dipohon dalam RMKe-13. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya punya soalan, bilakah kita boleh mendalamkan Sungai Sebiew? Kalau kita membesarkan perparitan di bandar tetapi discharge memang masuk Sungai Sebiew. Kalau Sungai Sebiew tidak didalamkan, memang banjir juga, backflow. Itulah kita hendak tanya bila, fasal kerajaan yang lepas ada berjanji daripada kementerian ada berjanji hendak mempertimbangkan RM10 juta dahulu untuk
mendalamkan Sungai Sebiew dan mana-mana tempat di Kemena, diperlukan untuk mendalamkannya dahulu. Projek itu akan dijalankan kah tidak?
Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya nyatakan tadi, untuk projek tebatan banjir di Sungai Sebiew, ia termasuk dalam projek fasa 2 dengan kos RM186.21 juta yang akan dipohon dalam RMKe-12. Maknanya, yang akan datang, bukan yang sekarang.
Tidak, saya tadi itu yang fasa dua RM180 juta lebih, itu projek lain. Tadi kita minta fasal ini kecemasan, selalu flash-flood, kalau hujan sedikit banyak tempat kena banjir. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tanya punya kawasan itu semua, itu sudah lama dilaksanakan tetapi perparitan sudah naik taraf kepada monsoon drain tetapi discharge tiada. Itu Sungai Sebiew masih lagi belum diambil tindakan. Inilah yang saya hendak tanya ini.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat, saya akan mengambil maklumat Yang Berhormat cakap itu. Terima kasih.
Teruskan.
Yang Berhormat Rantau Panjang, ada kan? Ini jawab bersekali, Yang Berhormat Rantau Panjang dengan Yang Berhormat Pasir Mas, memohon kerajaan menjelaskan status rancangan tebatan banjir (RTB) di Kelantan dan status Jambatan Muhibah. Bagi mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan, kerajaan telah meluluskan dua Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu untuk dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Pertama, pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan fasa 1 dengan siling kos sebanyak RM572 juta. Kedua, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok fasa 1 dengan siling kos sebanyak RM300 juta. PLSB Sungai Kelantan fasa 1 dilaksanakan secara reka dan bina dan projek telah bermula pada 29 Januari 2018 dan dijangka siap kerja-kerja peringkat awalan dan reka bentuk sedang dilaksanakan, di mana kemajuan terkini projek adalah 16 peratus, berbanding kemajuan mengikut jadual adalah 33 peratus. Manakala Projek PLSB Sungai Golok fasa 1 telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada tahun 2022. Pelaksanaan kerja-kerja di tapak adalah sebanyak lima peratus, di mana kerja-kerja cerucuk bagi pembinaan gate di Kuala Jambu sedang dilaksanakan. Kemajuan fizikal mengikut jadual adalah tujuh peratus. Bagi Jambatan Muhibah, perancangan projek ini adalah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Kerja Raya. Terima kasih.
Mohon penjelasan.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan. Cuma, apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, projek itu dibuat di Pengkalan Jambu itu dalam kawasan Tumpat. Kita mengalu-alukan juga. Akan tetapi apa yang bermasalah di sini ialah masalah di Sungai Golok, kawasan Rantau Panjang yang cukup kritikal. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang ini berlaku pencerobohan. Di mana dalam sungai di Rantau Panjang itu, bagaimana negara Thailand telah membina tebatan banjir betul-betul di tepi tebing Sungai Golok. Ada kontraktor yang telah mengaut tanah-tanah ataupun kawasan sungai itu daripada sebelah sempadan Malaysia. Ini menyebabkan sungai semakin sempit dan perkara ini sangat kritikal sekiranya kerajaan melewatkan projek di sebelah Malaysia. Kesannya cukup besar, sekiranya banjir berlaku, akan hanyut rumah-rumah di sepanjang- terutama di kawasan Pekan Rantau Panjang. Kesannya sangat besar kepada rakyat dan akan merugikan rakyat dengan kos yang lebih tinggi.
Jadi, saya ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan, terutama di sempadan sungai di sebelah Pekan Rantau Panjang, tempat yang berlaku masalah yang paling kritikal. Jadi, kita tidak menafikan keperluan juga di tempat yang lain. Akan tetapi isunya adalah soal ini yang telah berpuluh-puluh kali saya bawakan ke Dewan ini, isu ini tidak selesai sampai sekarang. Minta disegerakan, minta pandangan Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Apa yang saya hendak maklumkan di sini, reka bentuk ini telah dibuat pada tahun 2010 lagi.
Jadi, sebenarnya projek ini sudah, ataupun di tangguh, bukan zaman kami memerintah, sebelum itu lagi. Jadi, tindakan...
Jangan menyalahkan. Kerajaan yang lepas, lepaslah. Ini kita hendak Kerajaan Pakatan Harapan fokus kepada masalah yang kritikal. Rakyat ingin melihat satu perubahan baharu dibuat di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Sedikit, saya tambah sedikit ya. Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh, saya hendak tahu fasa untuk Rantau Panjang itu bila? Kalau ikut jadual.
Okey, seperti yang saya katakan tadi, ia di peringkat awal lagi, dalam reka bentuk. Jadi dia fasa pertamalah. Maksudnya benda ini, apa yang saya ingin nyatakan, projek ini adalah masalah kekangan kewangan juga. Kalau duit kita ada memang kita buat, dari dahulu pun hendak buat. Oleh sebab bila kita ambil alih projek ini, memang projek yang berskala besar. Jadi, kita harap pihak di sebelah sana fahamlah. Bagi kami pun, memang kalau boleh kami hendak cepatkan. Terima kasih.
Teruskan, Yang Berhormat ada lapan minit lagi. Ada apa-apa isu yang belum sempat dijawab, sila jawab.
Okey, Yang Berhormat Setiu, tidak ada?
Ada, ada, ada Setiu.
Sila.
Yang Berhormat Setiu memohon kerajaan supaya mengatasi masalah banjir di Setiu dan masalah jambatan yang sering ditenggelami air. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan yang dinyatakan, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran membantu menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri di bawah program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir pelbagai negeri bagi melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir. Bagi tahun 2018, peruntukan sebanyak RM5 juta telah diagihkan ke seluruh negeri Terengganu melalui JPS Negeri Terengganu. Bagi tahun 2019 pula, sebanyak RM1 juta telah disalurkan ke negeri Terengganu termasuk bagi kerja-kerja di kawasan dinyatakan. Bagi kawasan yang terletak di Lembangan Sungai Setiu, KATS melalui JPS dalam proses pelantikan perunding untuk melaksanakan kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Setiu. Kajian tersebut dijangka akan mula dilaksanakan pada Disember 2019. Salah satu daripada empat objektif utama kajian IRBM ini adalah mengurangkan risiko banjir melalui pelbagai kaedah yang akan dicadangkan selepas semua analisis berkaitan sumber air dalam Lembangan Sungai Setiu dilaksanakan. Terima kasih.
Teruskan, Yang Berhormat Menteri tidak perlu jawab satu, duduk satu kali. Jawab satu, teruskan.
Saya hendak bagi peluang...
Kecuali ada, tidak ada soalan tambahan?
Boleh saya?
Kecuali ada soalan tambahan baru bagi peluang.
Yang Berhormat Tanjong Manis, bertulis ya? Yang Berhormat Kimanis? Pun tidak ada. Yang Berhormat Lanang?
Yang Berhormat Lanang ada.
Yang Berhormat Lanang ada? Okey, okey. Yang Berhormat Lanang memohon kerajaan menyelesaikan isu gangguan bekalan air di rumah berhampiran projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Tuan Yang di-Pertua, dilaporkan tiada gangguan air berlaku di kawasan Julau. Walau bagaimanapun, gangguan bekalan air tidak berjadual dilaporkan berlaku di sesetengah kawasan seperti di kawasan Jelupu, Julau dan Durin. Gangguan bekalan air adalah disebabkan kerja penyambungan paip oleh kontraktor Pan Borneo. Kontraktor Pan Borneo telah mengeluarkan notis gangguan bekalan kepada pengguna terlibat untuk setiap gangguan air yang berlaku. Antara langkah mitigasi yang diambil oleh kontraktor tersebut ialah penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan terkena kesan semasa dan selepas kerja penyambungan paip. Sekiranya terdapat kebocoran saluran paip yang disebabkan oleh aktiviti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, pihak Lembaga Air Sibu akan menjalankan kerja pembaikan saluran paip tersebut dengan segera. Selain itu, penghantaran bekalan air juga akan dilakukan melalui lori-lori tangki kepada penduduk-penduduk yang mengalami gangguan bekalan air. Yang Berhormat Jerai? Tidak ada Yang berhormat Jerai? Yang Berhormat Maran?
Yang Berhormat Maran tidak ada.
Yang Berhormat Maran pun tidak. Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Papar? Yang Berhormat Papar pun tidak ada. Setakat ini sahajalah penjelasan yang sanya dapat berikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, mana saya punya?
Tidak ada la.
Yang saya minta pasang paip baharu sepanjang 14 kilometer daripada Sungai Mas, Loji Sungai Lebam ke Loji Lok Heng. Takkan Yang Berhormat tidak catat, suara saya kuat.
[Dewan ketawa]
Commonlah Yang Berhormat Menteri, sudah banyak kali saya bangkitkan ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tiada dalam catatan kami, jadi saya akan menjawab bertulislah.
Yang Berhormat Menteri, ambil maklumlah apa yang di...
Okey, terima kasih. Setakat itu sahajalah.
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua, kena jawab― bertulis? Saya setuju.
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ambil maklum apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kota Tinggi dan berikan jawapan bertulis.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Sekarang saya menjemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Masa 45 minit, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan serta mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian ini semasa perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sepanjang perbahasan, terdapat 21 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan 11 perkara di bawah kementerian saya yang akan saya perjelaskan hari ini. Pertamanya, harga barangan. Isu yang pertama ialah mengenai isu harga barangan seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Ledang, dan Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, penentuan harga barangan dan perkhidmatan adalah berdasarkan kepada fakta-fakta yang berbeza di antara satu sama lain seperti permintaan dan penawaran iaitu demand and supply, faktor cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing, kos pengeluaran dan sebagainya. Namun, kerajaan masih mempunyai kuasa kawalan dalam aspek tertentu seperti pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) bagi memastikan rakyat mendapat perlindungan sewajarnya bagi merayakan perayaan-perayaan utama di Malaysia. Di bawah skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenal pasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditentukan harga maksimum di peringkat pengeluaran, pemborong dan peruncit bagi satu tempoh tertentu. Antaranya termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan beberapa jenis barangan dari kategori hasil laut, sayuran, ikan dan telur ayam. Justeru, kementerian saya juga sedang dalam proses untuk menimbangkan untuk memanjangkan tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi perayaan-perayaan utama di Malaysia kerana berdasarkan kajian kami, ia memberikan impak positif kepada pengguna. Selain itu, kawalan harga secara undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi gula pasir dan gas petroleum cecair LPG. Manakala kawalan secara pentadbiran juga dibuat bagi tepung gandum pelbagai guna dan minyak masak. Pada masa yang sama, kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan bekalan makanan basah seperti ayam, ikan dan sayuran sentiasa mencukupi dan tidak terjejas, sekali gus memastikan rakyat menikmati kadar harga yang berada dalam kadar harga yang berpatutan. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pontian, bagi barangan yang dikenakan SST daripada 457 barangan yang diperiksa pada bulan Februari 2019, sebanyak 308 barangan iaitu 67 peratus menunjukkan penurunan harga. Manakala sebanyak 145 barangan, 32 peratus menunjukkan kenaikan harga. Notis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara. Tuan Yang di-Pertua, seramai... [Disampuk]
Timbalan Menteri, sedikit ya. Semalam, Gabenor Bank Negara menyebut bahawa iaitu Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. Beliau menyebut bahawa lebih daripada separuh barangan dalam bakul CPI ataupun IHP berada dalam kenaikan harga lebih daripada separuh. Bererti lebih daripada 50 peratus dalam bakul makanan, bakul barangan yang dikira untuk CPI ataupun Indeks Harga Pengguna itu naik harga. Jadi, bagaimana pandangan KPDNHEP ini nampak berbeza dengan data yang diperoleh oleh Bank Negara Malaysia?
Untuk menjawab Yang Berhormat Pontian, kalau kita kata harga barang ada turun harga atau naik harga. Kita lihat bandingan dari mana, masa mana ke masa mana? Mengikut apa yang saya sebut itu, kita membuat perbandingan di antara masa GST iaitu Mei 2018 hingga sekarang. Mungkin apa yang disebutkan oleh Gabenor Bank Negara adalah bandingan dari Januari ke Februari atau Disember ke Februari. So, itu adalah tempoh yang buat bandingan sama ada harga barang naik atau turun. Adalah penting untuk mendapatkan kesimpulan berapa peratus barangan itu naik harga atau turun harga.
Oleh itu, kalau Yang Berhormat Pontian boleh beritahu kepada saya lebih terperinci apa yang disebutkan oleh Gabenor Bank Negara, dari mana, masa mana comparative yang dia compare, tempoh yang dia compare, gunakan untuk base line dia untuk yang disebutkan. Baru lah kita boleh buat satu comparison.
Okey, itu kementerian bincang dengan Bank Negara lah ya. Bukan saya untuk memberitahu bila tarikhnya, yang penting pada saat dan ketika ini laporan itu adalah laporan yang terkini. Separuh daripada barangan itu naik harga, itu yang penting kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Akan tetapi, saya ingin juga mencatatkan rekod di sini juga. Itu harga barangan kalau kita tengok apa yang berlaku sebelum Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, puratanya kadar inflasi adalah tiga peratus inflation rate, tiga peratus pada puratanya. Selepas kita Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, puratanya oleh sebab kita ada satu more effective untuk mengawal selia harga barangan dan juga kita menetapkan harga minyak di tahap yang munasabah. Oleh itu, purata kadar inflasi yang kita alami sejak Pakatan Harapan jadi kerajaan adalah kurang daripada satu peratus tiap-tiap bulan. Untuk bulan Januari dan Februari, kita sampai negatif 0.7 peratus untuk Januari dan negatif 0.4 peratus untuk Februari. Oleh itu saya rasa memang ada barang yang harganya ada naik, umpamanya makanan. Makanan ada naik, tetapi dalam bakul Consumer Price Index itu ada banyak lagi barangan umpamanya pengangkutan, perbelanjaan untuk pengangkutan, pendidikan. Saya rasa Yang Berhormat Pontian pun sedar. Untuk tempoh itu, Januari dan Februari, angka untuk kumpulan pengangkutan ini kita telah dapat satu kesan yang baik, di mana kita turunkan itu kadar inflasi sampai negatif tujuh. Ini menyumbangkan angka negatif CPI pada kadar peningkatan CPI itu. Tuan Yang di-Pertua, notis di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara. Seramai 1,022 orang pegawai pemantau harga melakukan pemantauan secara berkala di 15,808 premises terpilih di seluruh negara. Daripada jumlah premises yang dipantau tersebut, data harga bagi 1,631 premis dimasukkan dan dipaparkan kepada rakyat melalui aplikasi mudah alih Price Catcher untuk menyemak, membandingkan dan berkongsi harga barangan di premis-premis terpilih. Aplikasi ini juga diharap dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan membantu rakyat berbelanja dengan bijak dan membantu menangani isu kos sara hidup rakyat melalui pilihan dan perkongsian harga barangan. Kementerian turut menyediakan pelbagai saluran aduan pengguna seperti aplikasi WhatsApp KPDNHEP 0192794317, portal eAduan, aplikasi telefon pintar Ez ADU, talian hotline KPDNHEP 1800886800 atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat cawangan KPDNHEP. Saya syorkan pengguna yang prihatin untuk ‘#kongsi harga kerana anda peduli’. KPDNHEP juga sedang dalam proses bagi mengenal pasti beberapa barangan popular pengguna untuk disenaraikan sebagai barang kawalan sebagai tambahan kepada barang kawalan sedia ada supaya dapat mendatangkan manfaat kepada pengguna. Isu kedua, kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah mengenai isu kos sara hidup seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Tampin. Majlis Tindakan Sara Hidup Negara telah ditubuhkan berperanan sebagai badan utama bagi menangani isu-isu dan cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat. Selain itu, NACCOL iaitu Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara bertujuan untuk memperkukuhkan dan menyelaras pelaksanaan strategi-strategi dan pelan tindakan berkenaan isu kos sara hidup dengan berkesan melalui kerjasama strategi merentasi sektor awam dan swasta agar segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu. Mesyuarat NACCOL 2018 telah memperakukan pelaksanaan kad My100 dan My50 bagi tambang pengangkutan awam di persetujui oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 2018 dan diumumkan dalam Bajet 2019. Dilaksanakan pada 1 Januari 2019 untuk rakyat Malaysia sahaja. Inisiatif My100 ini boleh digunakan selama 30 hari tanpa had untuk penggunaan di semua servis, tren dan bas RapidKL iaitu LRT, MRT, BRT, monorel dan bas RapidKL.
Manakala pas My50 pula adalah pas berharga RM50 untuk 30 hari. Penggunaan di perkhidmatan bas RapidKL sahaja, termasuk bas MRT tetapi tidak termasuk bas BRT. Pada pengumuman Bajet 2019, turut menyentuh berkenaan inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mendapat pembiayaan perumahan, di mana untuk golongan berpendapatan tidak melebihi RM2,300 sebulan memiliki rumah buat kali pertama. Dana berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara untuk pembelian Rumah Mampu Milik berharga sehingga RM150,000.
Mulai Januari 2019, dana ini tersedia di AmBank, CIMB Bank, Maybank, RHB dan BSN melalui kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus. Ini akan turut mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan kepada peminjam. Isu ketiga adalah mengenai program food bank yang telah diulas dengan panjang lebar dan terperinci oleh Yang Berhormat Menteri pagi tadi. Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Jelebu boleh merujuk kepada Hansard pagi ini. Isu keempat iaitu Program Subsidi Minyak Masak. Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat ialah mengenai Program Subsidi Minyak Masak seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Kapar. Program Subsidi Minyak Masak masih diteruskan dengan rasionalisasi semula jumlah kuota kepada 60,000 metrik tan bagi kegunaan rakyat Malaysia sebulan dengan jumlah subsidi RM600 juta untuk 2019. Penyelarasan semula ini dibuat bagi mengelakkan ketirisan subsidi dan memberikan subsidi bersasar hanya kepada pakej satu kilo polybag sahaja berbanding pemberian kepada lima kilogram, tiga kilogram, dua kilogram dan 500 gram dahulu. Pemberian kuota kepada pengilang minyak masak atau pembungkus minyak masak adalah berdasarkan merit dan keperluan penggunaan minyak masak di seluruh Malaysia. Pengilang minyak masak yang mempunyai kawasan edaran yang lebih luas dan jenama yang lebih dikenali diberikan kuota bagi meyakinkan rakyat bahawa kualiti minyak masak bersubsidi adalah terjamin dan daripada keluaran pengilang yang ternama. Melalui program ini, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan usahawan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera termasuk syarikat pembungkus minyak masak yang tergolong dalam industri kecil dan sederhana di mana mereka ini turut diberi peluang bersaing secara sihat. Isu kelima, subsidi petrol bersasar. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kelima ialah mengenai isu subsidi petrol bersasar seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Untuk makluman Yang Berhormat ...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ulang balik kepada subsidi. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang telah saya utarakan atau saya ajukan ialah adakah benar Sime Darby, FELDA ataupun kilang-kilang besar, syarikat-syarikat besar juga menikmati subsidi ini? Sedangkan peluang ini kita boleh beri kepada syarikat-syarikat kecil, bumiputera, syarikat-syarikat yang baru nak mula berniaga. Ini lebih manfaat daripada subsidi kita bagi kepada gerombolan syarikat yang besar ini. Itu yang saya maksudkan dalam mengawal selia untuk diagihkan kepada mereka-mereka yang memulakan perniagaan secara konsisten. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan pandangan saya itu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapar, terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa subsidi yang kita bagi itu, 60 sen satu kilo bukan untuk mana- mana pihak kilang minyak atau repacker or packer. Ini adalah subsidi yang diberikan supaya rakyat di luar, pengguna boleh beli minyak pada harga RM2.50 satu kilo. Oleh itu, hanya minyak masak yang dipekkan dengan polybag satu kilo itu yang kita subsidi. Ini bukan untuk sesiapa peniaga. Memang kita akan melantik kontraktor, repacker, packer untuk pekkan minyak masak dalam satu kilogram pek. Mereka memang ada keuntungan sikit tetapi bukan keuntungan yang banyak. Kalau tak ada keuntungan, mana ada orang hendak buat perniagaan itu dan untuk maklumat Yang Berhormat, di antara maklumat terperinci mengenai kontraktor yang dilantik oleh kementerian untuk produce, untuk mengeluarkan satu kilo pek minyak masak, ada tiga kategori yang saya boleh bekalkan maklumat itu. Iaitu yang diberikan kuota 500 metrik tan sebulan, ini yang terbesar. Hanya tujuh syarikat yang dilantik di mana
Sime Darby merupakan salah satulah. Sime Darby dilantik untuk ditugaskan untuk pekkan 1,000 metrik tan satu bulan tetapi itu hanya tujuh syarikat yang diberikan kontrak untuk pek 500 ke 1,000 metrik tan sebulan. Untuk syarikat yang dilantik oleh kementerian untuk pekkan minyak masak satu kilogram pek, di antara 100 metrik tan sampai 500 metrik tan, mereka diberi kuota untuk berniaga itu adalah 194 syarikat yang dilantik dan untuk mereka yang dilantik untuk pekkan minyak masak kurang daripada 100 metrik tan satu bulan, bilangan company nya adalah 85 syarikat. Oleh itu, yang dapat kontrak nilai yang besar itu hanya tujuh company, tujuh syarikat dan nilainya kalau kita tengok peratusannya hanya 10 peratus daripada jumlah kuota yang kita berikan untuk kategori minyak masak itu. Oleh itu adalah tidak tepat bahawa katanya syarikat Sime Darby ini diberikan, kebanyakan syarikat itu. Kementerian kita memang ada prihatin dan jaga kepentingan kontraktor-kontraktor yang kecil untuk membangunkan industri sederhana dan kecil. Boleh saya teruskan? Isu kelima, subsidi petrol bersasar. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kelima ialah mengenai subsidi petrol bersasar. Untuk maklumat Ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan akan memberikan bantuan subsidi petrol secara bersasar mulai suku kedua tahun 2019. Belanjawan 2019 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi program subsidi petrol bersasar ini dan dijangka akan memanfaatkan seramai 4 juta rakyat. Dengan bantuan subsidi, ia akan membantu golongan B40 untuk membeli petrol pada harga yang lebih rendah. Kementerian ini sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain kementerian untuk memastikan ciri-ciri utama yang perlu ada pada mekanisme subsidi petrol bersasar berjalan dalam keadaan lancar dan memudahkan pengguna di bandar dan di luar bandar. Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan mekanisme pemberian subsidi ini dapat memberikan impak kepada golongan yang benar-benar layak menerima bantuan termasuk masyarakat luar bandar dan pedalaman. Mekanisme ini adalah penting supaya bantuan kerajaan akan sampai kepada semua penerima walau di mana mereka berada. Isu keenam, program penyeragaman harga. Isu yang keenam ialah mengenai program penyeragaman harga seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Ranau. Kerajaan memang sentiasa komited dan prihatin dalam membantu rakyat di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Subsidi pengangkutan bagi tujuh barangan keperluan tersebut merupakan inisiatif di bawah Program Penyeragaman Harga untuk mengurangkan jurang harga antara kawasan bandar dan pedalaman sekali gus membolehkan penduduk kawasan pedalaman mendapatkan barangan asas tersebut pada harga kawalan yang seragam di seluruh negara.
Program ini masih diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM150 juta. Berdasarkan peruntukan ini, lebih 90 peratus diperuntukkan untuk program penyeragaman harga di Sabah dan Sarawak. Kementerian sedaya upaya menggunakan sumber yang ada untuk melaksanakan pemantauan ke pos-pos terlibat bagi memastikan harga barangan yang dihantar melalui program ini dijual pada harga yang ditetapkan. Semasa pemantauan di pos ini dilaksanakan, input-input dari penduduk tempatan turut diperoleh. Pada masa yang sama kementerian turut menyemak semula...
[Bangun]
Biarlah saya habiskan ayat ini. Pada masa yang sama, kementerian turut menyemak semua dokumentasi di peringkat transporter bagi memastikan tuntutan adalah teratur. Sila Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa terpanggillah kerana Kanowit tidak ada dan perkara di pedalaman Sarawak telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri sebab saya pun selalu berbual dengan Yang Berhormat Menteri ini.
Apakah langkah-langkah yang telah atau yang akan diambil atau perlu diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah kekerapan kekurangan bekalan minyak di pekan Kapit. Masalah ini sesungguhnya banyak membebankan masyarakat di Kapit. Yang Berhormat Menteri pun tahu sangatlah tentang perkara ini dan saya berterima kasih oleh kerana Yang Berhormat Menteri pernah datang ke Kapit dan tetapi setakat masa ini saya baru balik minggu ini, belum seminggu. Masih ada juga yang mengeluh masalah ini masih berlaku tapi ada agak kurang mungkin bukan musim ramai yang datang ke Kapit tetapi yang sebenarnya belum ada yang secara konkrit. Jadi, Yang Berhormat pernah menceritakan kepada saya langkah-langkah yang akan diambil, saya ingin tahu. Terima kasih.
Untuk makluman Dewan ini, masalah kekurangan petrol dan diesel di Kapit. Salah satu punca yang utama adalah kerana di Kapit hanya ada dua stesen minyak. Satunya stesen minyak Petronas, yang keduanya adalah stesen unbranded yang mana untuk stesen minyak Petronas, harga jualan petrol dan diesel adalah sama dengan harga yang dijual di bandar. Akan tetapi untuk unbranded stesen minyak itu yang just next to it di sebelahnya harga minyak dan diesel yang dijualnya adalah lebih sembilan sen per liter lebih daripada harga yang dijual di bandar. Oleh itu, kebanyakan pengguna walaupun ada minyak dijual, di unbranded petrol station ini, mereka beratur di stesen minyak Petronas untuk beli minyak kerana perbezaan harganya. Setakat ini kementerian saya telah berunding dengan Petronas supaya membekalkan Petrol RON95 dengan petroleum dengan diesel kepada unbranded stesen minyak itu supaya unbranded stesen minyak tersebut boleh juga jual harga Petrol RON95 dan dieselnya dengan harga yang sama. Kalau kedua-dua pam stesen itu menjualkan RON95 dan diesel dengan harga yang sama, saya rasa tidak akan berlakulah masalah queue yang panjang di sebelah sini tetapi stesen yang lain tidak ada pelanggan, oleh itu masalah tidak akan wujud. Oleh itu setakat ini Petronas sudah bersetuju supaya mereka akan menanggung kos pengangkutan untuk membekalkan minyak kepada unbranded petrol stesen di Kapit. Kita hanya tunggukan itu kerana minyak untuk unbranded station itu dibekalkan oleh Shell dan mereka dengan pengusaha stesen itu ada satu kontrak. Kontrak itu akan tamat pada hujung April. Bermula dari 1 Mei, kedua-dua stesen itu akan menjual petroleum dan diesel dengan harga yang sama. Tambahan lagi, kita sekarang sedang berbincang dengan pengusaha syarikat minyak juga untuk mendirikan satu lagi PCS iaitu portable container system di luar pekan Kapit, untuk menambah satu atau dua lagi pembekal RON95 atau diesel di kawasan- kawasan Kapit. Akan tetapi untuk mendirikan PCS itu saya dimaklumkan segala permohonan prosedurnya, SOP sudah at the final stage kecuali kita perlu kebenaran daripada kerajaan tempatan dan juga state planning authority untuk mewujudkan, mendirikan portable container system di tapak-tapak yang kita identified. Oleh itu saya harap Yang Berhormat juga boleh memberi bantuan kepada kita, berunding dengan pihak kerajaan negeri supaya kerajaan negeri mempercepatkan kelulusan permohonan kita untuk mewujudkan kedua-dua portable container system di kawasan Kapit itu. Biarlah kita bekerjasama untuk kebaikan rakyat di Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri, jelas. Terima kasihlah kepada atas usaha Yang Berhormat Menteri untuk meluluskan dua PCS. Saya akan bantulah, dua ya? Nanti kita boleh bincang. Satu lagi perkara Yang Berhormat, kalau benar baru-baru ini saya dengar ada yang juga mengeluh mereka tidak dapat pergi ke dua stesen yang sedia ada untuk membeli dengan kontena kecil sebab dikatakan peraturannya. Jadi ini menimbulkan banyak masalah kepada pengguna kerana mungkin dari segi dasarlah, ini untuk mengelakkan sesuatu yang tidak betul berlaku, saya tidak tahu. Mereka mengeluh tidak boleh bawa jerrycan untuk membeli di stesen-stesen yang sedia ada ini. Jadi hendak membeli dengan jerrycan terpaksa pergi ke seberang, Sungai Batang Rajang sungai yang terbesar di Malaysia lah. Jadi memang sukar, payah bagi mereka pergi ke sebelah sana, yang terapung itu, stesen terapung. Jadi, apakah yang boleh dicadangkan oleh Menteri bagi mengatasi masalah ini kepada pengguna sebab kita perlulah bantu pengguna.
Kalau ini adalah atas dasar untuk mengelakkan mereka yang tidak sepatutnya membeli minyak yang bersubsidi for industrial purpose, mungkin tetapi biarlah untuk Kapit buat setakat ini dibolehkan kerana mereka menggunakan kenderaan seperti Yang Berhormat tahu jauh ke pedalaman Ulu Baleh, Batang Rajang dan sebagainya. Mereka tidak ada pilihan lain Tuan Yang di-Pertua, terpaksa membeli di stesen-stesen yang sedia ada. Jadi, cuba adakan satu sistem untuk membantu mereka ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Ini polisi yang kita wariskan daripada Barisan Nasional lah tapi saya akan melihat balik dan berbincang dengan pegawai kementerian kita supaya kita memperbaiki polisi ini untuk kepentingan bukan saja di Kapit tetapi juga di luar bandar dan pedalamanlah. Okey, terima kasih.
Ada lagi?
Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat mengatakan ia diwarisi, memang lah. Jadi yang diharap oleh masyarakat sekarang...
Ya, ya memang.
...Untuk apa yang kelemahan yang terdahulu, biarlah membuat penambahbaikan.
Ya, saya, saya...
Jangan nanti hendak mengatakan ini diwarisi. Diwarisi.
Ya, memang diwarisi. Ini memang satu polisi yang diwarisi.
Harapan saya pun berharap juga sebab rakyat...
Saya juga ya, terima kasih. Lain kali undi Pakatan Harapan jugalah...
[Dewan riuh]
Tak nak lah. Lain... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini soal sesi jawapan oleh Menteri, bukan sesi dialog ya. [Ketawa]
Menteri, Menteri. Yang baik angkat mai, yang curi punya jangan angkat mai.
Okey, okey.
Yang baik dijadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan.
Undi itu tak ada baik atau jahat, undi satu peti sahaja.
Okey, Timbalan Menteri 10 minit lagi.
Okey, boleh saya teruskan.
Siapa curi, siapa curi?
Kementerian memandang serius dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ranau berkenaan, menyeru semua wakil rakyat kawasan- kawasan yang terlibat di bawah program ini agar terus menyalurkan maklumat berkenaan pelaksanaan program ini iaitu penyeragaman harga kepada kementerian. Dalam pada itu, mana-mana transporter yang pernah didapati melakukan kesalahan termasuk tuntutan palsu telah disenarai hitam oleh kementerian. Isu ketujuh. Pentadbiran Music Rights Malaysia (MRM) Berhad. Isu yang ketujuh ialah mengenai pentadbiran Music Rights Malaysia (MRM) Berhad seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di-Pertua, MRM berfungsi sebagai satu badan pelesenan tunggal yang bertanggungjawab membuat kutipan bayaran royalti muzik kepada keempat- empat badan pelesenan sedia ada iaitu Music Authors' Copyright Protection Berhad (MACP), Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) untuk diagihkan kepada ahli-ahli yang bernaung di bawah badan pelesenan tersebut. Menyentuh mengenai isu ketelusan pentadbiran MRM terhadap pengagihan royalti kepada penggiat-penggiat seni seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Hasil kutipan royalti yang dibuat oleh MRM bermula Ogos tahun 2017 hingga 2018 telah diagihkan kepada MACP dan PPM mengikut kadar agihan yg dipersetujui iaitu 50 peratus kepada MACP dan 25 peratus kepada PPM. Manakala agihan royalti kepada RPM dan PRISM iaitu dalam satu rangkuman 25 peratus masih belum dilaksanakan sehingga kedua-dua badan pelesenan mencapai persetujuan bersama secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, mengikut artikel 99 constitution MRM, di mana keempat- empat badan itu adalah shareholder dan component party. Di bawah klausa pengagihan perlembagaan MRM Berhad, Akta syarikat 2016 telah menyatakan bahawa kedua-dua badan pelesenan yang mewakili kategori penyanyi dan pemuzik rakaman, merujuk kepada RPM dan PRISM perlu mengemukakan persetujuan bersama secara bertulis kepada MRM bagi tujuan pengagihan royalti kepada ahli-ahli mereka. Selagi mana kedua-dua badan pelesenan tidak mencapai sebarang kesepakatan secara bertulis, maka MRM akan memegang nilai wang royalti tersebut dalam akaun amanah yang telah ditetapkan secara berasingan. Bagi menjawab kepada isu yang dibangkitkan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh RPM dan PRISM dan bukan MRM di dalam pengurusan pengagihan royalti kepada penggiat-penggiat seni yang diwakili RPM dan PRISM.
Timbalan Menteri, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana penjelasan yang saya fahami, itu yang berlaku. Akan tetapi yang saya hendak bawa ini ialah sebelum Music Record Malaysia ini, MRM ini diperkenalkan pada 2017, pengutip royalti yang dibuat oleh masing-masing punya gabungan. Berbeza jauh seperti mana Allahyarham Loloq, balunya sebelum ini RM200,000 tetapi bila MRM masuk, kutipannya adalah sekitar RM40,000-RM50,000 dan pengubah lagu dan penyanyi Kembara sebagai contohnya Sani, nama pun Sani juga. Kutipan dia sampai RM14 setahun, kutipan royalti. Kemudian, saya tengok data yang MRM ini lakukan tidak telus walaupun baru-baru ini pengurusan MRM mencabar saya membuat laporan polis untuk saya dibawa ke mahkamah, saya sambut cabaran itu. Saya tahu daripada dokumen yang saya ada, berlaku banyak kepincangan terhadap pentadbiran daripada MRM yang diketuai oleh Tun Zaki dan kementerian harus siasat, audit yang MRM ini. Sebab saya tengok PRISM, sebelum apa nama ini mahkamah menjatuhkan hukum, dia sudah buang sudah nama PRISM ini. Dia ambil tiga dalam gabungan dan ini berlaku mala fide. Saya tahu ini adalah permainan yang dibuat oleh pentadbiran board yang dilantik dalam MRM. Maka, kementerian harus berperanan kerana ini anak seni. Banyak lagi SM Salim nya, dengan P. Ramlee nya dengan royalti-royalti mereka yang terlibat, S. Jibeng nya. Ini semua adalah mereka-mereka penggiat seni yang dianugerahkan Tuhan, mempunyai suaranya yang sungguh lunak dan menghiburkan kita. Akan tetapi, hasilnya mereka tidak dapat dan saya minta mesti diaudit MRM ini dan mesti bersabit juga dengan SPRM, masuk dan siasat pentadbiran di bawah pengerusi Tun Zaki. Saya cabar dia, bawa saya ke mahkamah sebab saya tahu bahawa kepincangan ini memang ketara berlaku dalam laporan dan dokumen yang saya ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapar suka pergi mahkamah.
Saya sokong Yang Berhormat Kapar.
Tuan Yang di- Pertua...
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Seminit sahaja. Saya sambut apa yang- ingin dipanjangkan sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Apakah mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita boleh pertimbangkan, dibawa perkara ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk satu siasatan yang mendalam. Kerana ini perkara yang saya rasa saya pun kenal ramai daripada para karyawan ini dan bagi saya ini adalah satu perkara yang setiap kali saya berjumpa dengan mereka di Parlimen, mereka bangkitan perkara yang sama dan saya rasa satu ketidakadilan sekiranya kita tidak meneliti dengan lebih lanjut. Jadi saya hendak cadangkan, mungkin kita boleh rujuk perkara ini kalau kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh cadangkan, bincang. Mungkin boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Terima kasih.
Timbalan Menteri, saya hendak mencelah sedikit. Bukan sahaja PAC, siasatan menyeluruh. Audit bebas harus dan wajib dilakukan untuk menyelamatkan karya-karya seni ini diperlakukan sebegitu rupa dan saya mohon kementerian mengambil tindakan yang drastik. Saya tidak boleh berkompromi dengan keadaan kepincangan yang berlaku ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada 2 minit lagi.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat dari Kapar dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya harap Yang Berhormat Kapar boleh memanjangkan apa-apa dokumen Yang Berhormat sebut tadi yang akan memberi maklumat tambahan. Akan tetapi untuk dari kementerian sini, kita yang dapati bahawa ini memang satu contraction arrangement, di mana itu 25 peratus yang dibayarkan yang sepatutnya dibayarkan pada PRISM dan RPM itu mesti diagihkan kepada kedua-dua badan itu mengikuti usage yang akan diukur dan usage itu tahunan untuk itu RPM adalah lebih daripada PRISM. Oleh itu, tetapi PRISM mempertikaikan perkara ini, tetapi apa yang termaktub dalam agreement contract, persetujuan yang mereka tandatangani, iaitu pengagihan dana ini adalah untuk mengikut usage, the usage of tahunan yang ahli-ahli mereka.
Pada masa ini, ada lebih ahli di register di bawah RPM. So, ada dispute as the figure as such MRM tidak dapat bayar. Akan tetapi untuk MACP dan PPM, tidak ada masalah langsung. Mereka melantik MRM kutip royalti, MRM pun bayar kepada mereka, mengagihkan apa yang sepatutnya mereka terima iaitu 50 peratus kepada MACP dan 25 peratus kepada PPM. Akan tetapi pada masa setakat ini, PRISM adalah telah masuk. Kena wang penggulungan syarikat dan kita yang ambil alih management PRISM ini adalah insolvency office. Kementerian saya...
Timbalan Menteri, saya celah sedikit, minta maaf. Sebanyak RM1.6 juta PRISM hutang, duit dia RM8 juta, sekarang ni dah hampir RM17 juta. Jadi, persoalan tidak bayar itu tidak timbul. Masalah sekarang ini ialah MRM bermain politik keterlaluan dan menyeksa hidup penyanyi-penyanyi seni ini. Itu yang saya maksudkan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Kita akan mengambil perhatian atas perkara ini.
Ya, Timbalan Menteri, walaupun alunan suara yang lunak dan menarik tetapi masa sudah tamat.
Sedikit saja Tuan Yang di-Pertua.
Untuk, untuk...
Terpulang kepada Menteri, Yang Berhormat Arau hendak bagi tak?
Saya hendak minta jawapan bertulis.
Yang Berhormat Arau hendak mencelah, hendak bagi tak?
Sedikit saja, sedikit saja.
Jawapan bertulis kah?
Jawapan bertulis. Saya minta, berapakah sehingga kini bayaran yang telah dibayar kepada P. Ramlee ataupun keluarganya sekarang, termasuk keluarga SM Salim dan juga penyanyi-penyanyi lain seperti S. Jibeng, peminat Yang Berhormat Kapar dan sebagainya. Berapakah yang telah dibayar kepada mereka sehingga kini? Saya minta jawapan bertulis saja. Terima kasih.
Terima kasih. Kita akan membekalkanlah. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, bagi isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan beri jawapan secara bertulis. Setakat ini penggulungan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sekarang saya menjemput Kementerian Kerja Raya, masa 45 minit. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menjunjung kasih ke bawah Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala cadangan, pandangan dan teguran mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu amatlah dihargai dan akan diberikan perhatian oleh kementerian kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan penghargaan akan usaha Kementerian Kerja Raya di lapangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini semua adalah hasil maklum balas yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Namun, banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Mandi di sungai airnya tenang, Tebar jala tangkap gelama, Jangan disebut jangan dikenang, Lupakan saja sengketa lama. Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu, Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat semua, namun banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab mengikut isu-isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi: (i) Lebuhraya Central Spine Road (CSR); (ii) Lebuhraya Pan Borneo; (iii) isu tol; dan (iv) isu penyelenggaraan jalan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai cadangannya agar pembinaan laluan Kuala Krai ke Machang didahulukan memandangkan kesesakan yang dialami setiap kali musim perayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran dari Kuala Krai ke Machang yang dimaksudkan adalah melibatkan Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan dengan jarak keseluruhan sepanjang 61.33 kilometer. Projek ini telah dimulakan secara berperingkat bermula Rancangan Malaysia Ke-10 2011/2015 dan bersambung ke Rancangan Malaysia Ke-11 2016 ke 2020.
Pelaksanaan Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai ini melibatkan tiga pakej utama iaitu: (i) Pakej Wakaf Che Yeh ke Kadok – 10.8 kilometer; (ii) Kadok ke Machang – 28.925 kilometer; dan (iii) Machang ke Kuala Krai – 21.6 kilometer. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini jajaran sepanjang 39.15 kilometer atau 64 peratus telah diluluskan untuk tujuan pembinaan iaitu: (i) Pakej 1B – Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 kilometer telah siap pada Julai 2018; (ii) Pakej 2A – Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer yang sedang dalam pembinaan, 87 peratus dan dijadualkan siap pada April 2019, tak lama sangat lagi; (iii) Pakej 2B – Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer yang sedang dalam pembinaan, antara 29.35 peratus, akan dijadualkan siap pada November 2020; dan (iv) Pakej 2C dan 3A – Kok Lanas ke Bukit Tiu sepanjang 19.1 kilometer yang baru sahaja diluluskan dalam Rolling Plan ke-4 tahun 2019 dan dijangka akan mula pembinaannya pada suku keempat tahun ini. Tuan Yang di-Pertua, baki pakej yang masih belum dilaksanakan di bawah Projek Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan jajaran Machang ke Kuala Krai Pakej 3B dan Pakej 3C dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh rolling plan dan rancangan Malaysia yang seterusnya, tertakluk kepada kelulusan peruntukan agensi Pusat. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Menteri, ada persoalan sikit.
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar terhadap apa yang saya bangkitkan. Insya-Allah diharapkan perancangan yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Cuma persoalan saya ialah isu yang saya bangkitkan ialah untuk percepatkan di antara laluan Kuala Krai–Machang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi belum lagi ada apa-apa kelulusan. Jadi, inilah yang perlu diambil pertimbangan yang sewajarnya. Oleh kerana itulah laluan yang amat-amat mendesak bagi laluan utama daripada Gua Musang ke Kuala Krai dan Kuala Krai ke Kota Bharu kerana tidak ada alternatif. Kalau dari Machang, sudah ada alternatif kerana pengguna sudah pun ada laluan ke Pasir Puteh ke Tanah Merah ke Rantau Panjang dan sebagainya. Akan tetapi dari Kuala Krai terus ke Machang, memang tidak ada laluan lain kecuali itulah satu-satunya laluan yang diguna oleh pengguna pada hari ini. Jadi, sebab itulah kalaulah siap sekalipun pakej yang telah disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tetapi tidak akan selesai juga masalah, itulah kesesakan yang amat ketara khususnya daripada Kuala Krai ke Machang. Jadi, inilah yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan secepat mungkin. Terima kasih.
Ya, sila.
Tuan Yang di-Pertua, kami akan terus memberikan perhatian dan terus mengemukakan apa yang dicadangkan oleh Yang
Berhormat itu supaya agensi yang berkenaan akan memberikan laluan dan kelulusan untuk kita cuba melaksanakan apa yang dicadangkan dengan baik sekali oleh Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada Pan Borneo. Ahli-ahli Yang Berhormat Kinabatangan, Bintulu dan Lanang masing-masing telah menyentuh tentang projek Pan Borneo dan bilakah ia akan disiapkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan komited untuk meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di negeri Sabah kerana projek ini merupakan tunjang kepada infrastruktur jalan darat yang penting di Sabah. Selain daripada menyediakan jalan perhubungan darat yang lebih selesa dan selamat, ia juga bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah. Sehingga kini sebanyak 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor dan memulakan kerja pembinaan di tapak dengan kemajuan 12.4 peratus. Namun satu kontraktor pakej kerja iaitu bagi pakej kerja 15 (WP15) melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kontraktor yang tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah kini sedang meneliti mekanisme pelaksanaan projek secara keseluruhan. Hasil daripada penelitian tersebut yang akan mengambil kira pandangan daripada Kerajaan Negeri Sabah dijangka akan dimuktamadkan di peringkat Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat Lanang mengutarakan rasa prihatin mereka terhadap aspek keselamatan di sepanjang kawasan pembinaan Pan Borneo. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mekanisme penyelenggaraan berkala dan Pelan Pengurusan Trafik dengan izin, Traffic Management Plan (TMP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo negeri Sarawak merupakan adalah sebahagian daripada skop pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor pakej kerja dengan izin, work package contractor (WPC) yang diselia oleh rakan pelaksana projek dengan izin, project delivery partner (PDP). Hasil daripada makluman pengguna jalan raya dan semakan berkala yang dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan telah dilaksanakan pada kawasan-kawasan yang dikenal pasti oleh pihak WPC dan PDP. Selain itu kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM3.43 juta bagi tahun ini pada tahun 2019 untuk melaksanakan skop kerja-kerja penyelenggaraan berkala di luar dari kontrak WPC bagi memastikan isu keselamatan pengguna tidak dikompromi.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan tersebut akan hanya akan dilaksanakan berdasarkan syor PDP yang telah disemak oleh JKR Sarawak selaku wakil pengarah projek (project director representative) dengan izin dan jurutera perunding bebas dengan izin, (independent consulting engineer).
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, silakan.
Silakan, Yang Berhormat Bintulu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ucap terima kasihlah memang atas ini jawapan ini memang saya terima. Kata kita atas isu keselamatan, memang prosedur-prosedur mengikut prosedur pelan pengurusan trafik ataupun traffic management plan (TMP) di tapak pembinaan sepanjang pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Tentang Akta Kilang dan Jentera 1967, peraturan so-called BOWEC (Building Operation and Works of Engineering Construction 1986) dan juga Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan juga Garis Panduan bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Binaan 2007. Isu ini kali-kali dalam mesyuarat dibawa, sama juga jawab yang sebegini. Akan tetapi sampai hari ini tidak melaksanakan mengikut ini syarat-syarat yang ada. Memang pelaksanaan kongkalikung punya cerita. Dalam bulan ini sudah dua bas terbang. Akhir, satu bas terbang, satu sudah very injury masuk hospital. Nasib nyawa belum terbang lagi. Tadi saya berbahas, rakyat risau dia menggunakan itu jalan. Dia hendak tanya ini, kita ada syarat-syarat ini, kita ada macam-
macam konsultan ada, pegawai keselamatan ada, JKR pegawai pun ada ataupun resident engineer semua ada, kita ada. Kenapa boleh berlaku sebegini? Kenapa jalan itu tidak boleh dinaik taraf? Ini jalan sekarang, jalan raya Pan Borneo jadi rosak ataupun badly damaged because overloading by the contractor. Kontraktor tidak mahu ambil peduli. Kenapa JKR tidak pergi menghalang? Dia tidak boleh overloading ataupun minta dia menaik taraf guna peruntukannya sendiri kalau kerajaan tidak bersedia untuk dia orang overloading, unless kerajaan sudah ada bagi peluang, mereka overloading. So, kali-kali kita ini jalan kemalangan, yang orang mati belum kira. Saya cuma hanya cakap bas terbang punya dalam bulan ini.
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Saya mahu tanya ini, macam mana kita kementerian boleh memastikan ini, apa kita cerita kita memang akan dilaksanakan ikut apa kita punya syarat.
Okey, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Akan tetapi jangan kongkalikung.
Terima kasih. Yang Berhormat Bintulu sentiasa macam ini. Selepas puji, dia perli. Tidak apa, teruskan. [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih. Saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas peringatan ini. Terima kasih kerana Yang Berhormat Bintulu yang sangat prihatin kepada soal keselamatan. Sukacita saya maklumkan bahawa pengguna bagi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan mula menggunakan dua lorong sebelah yang telah dinaik taraf secara berperingkat mulai bulan Julai tahun 2019. Perkembangan ini bakal mengurangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dalam tempoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan secara langsung ataupun tidak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau you kata mahu buka itu jalan, sudah bagi. Dalam masa terdekat, akan buka jalan bagi orang guna tetapi ada sebahagian sudah buka. Akan tetapi kata ini Lebuhraya Pan Borneo sudah buka, sudah siap. Sudah guna berapa bulan saja atas surface of the road, sudah mula pecah- pecah. So, kualiti dia, spesifikasi ada ikut jadual yang kita ada, stated in the contract. Sekian, terima kasih.
Ya, lagi dari Sarawak. Saya bagi Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Sibu. Dekat jiran saja. Okey, ringkaskan, sila. Yang Berhormat Lanang dulu, lady first.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi tadi. Saya juga terima kasih kepada peruntukan tambahan RM3.43 juta untuk kerja penyelenggaraan. Akan tetapi sedih kata, kita memang nampak kerja penyelenggaraan itu, memang tidak memuaskan. Hampir setiap hari kita menerima aduan bahawa jalan yang mereka guna sedia ada sekarang adalah sangat berbahaya. Jadi, saya hendak tahu apakah extra effort yang dapat diadakan untuk kerja penyelenggaraan ini kerana jalan itu memang hanya satu-satu jalan kita, anak Sarawak, yang dapat digunakan. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Lanang. Yang Berhormat Sibu.
[Bangun]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Macam tadi Yang Berhormat Bintulu cakap, bagaimana kementerian memastikan mutu jalan raya Pan Borneo itu adalah memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kementerian dan berapa panjang period warranty yang akan dibekalkan oleh pemaju-pemaju jalan raya itu.
Satu lagi, kementerian dahulu ada perancangan untuk tukarkan PDP model ini kepada turnkey. Jadi bagaimana proses itu? Adakah pada projek yang akan datang, kementerian akan tukar semua PDP kepada turnkey atau apa?
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Kalabakan, lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab.
Terima kasih.
Nanti, nanti, Yang Berhormat Menteri, ada lagi dari Kalabakan.
Yang Berhormat Menteri ada, Kalabakan di belakang. Ya, di Sabah, Pan Borneo punya progress baru 12 peratus tetapi yang masalahnya jalan-jalan yang sedia ada ini yang tidak diselenggarakan. Tidak tahu apa usaha, sampai banyak kemalangan maut berlaku di sana ya, terutama di kawasan saya. Kita ada jalan raya Tawau-Kalabakan, Kalabakan-Sapulut ini yang dikira sudah hampir hancurlah. Jadi bila mahu dibikin, tidak tahu bila. Tidak ada perhatian langsung. Okey.
Okey, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semua yang Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan itu tidak akan begitu saja berlalu. Saya ambil perhatian, kementerian ambil perhatian. Pegawai-pegawai saya penuh di belakang sana dan kami akan memberikan terus perhatian. Saya pun baru balik dari Sabah, di Tawau, dari Sandakan dan melihat sendiri macam mana jalan-jalan, kedudukan jalan raya itu. Kita ambil perhatian sepenuhnya dan dalam hal ini kita akan bersama berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk memastikan semuanya dapat berjalan dengan baik. Perhatian dan pemantauan akan kita buat dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita pun sampai ke hari ini tidak mahu mengangkat lagi berat dalam muatan yang dituntut oleh kawan-kawan kita di Sabah itu kerana kita fikir kedudukan jalan kita mesti dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Izinkan saya teruskan ucapan ini Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
[Bangun]
Isu tol.
Yang Berhormat...
Isu besar.
Dari Sabah, Sarawak, sekarang Kelantan. Yang Berhormat Jeli hendak minta penjelasan. Hendak bagi?
Okey.
Boleh. Sila Yang Berhormat Jeli.
Hilang mengantuk sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita banyak dengar tentang isu-isu berkaitan penyelenggaraan jalan raya, Sabah, seluruh negara. Adakah kerajaan bercadang untuk membuat satu kajian mengikut keutamaan? Keutamaan tertinggi, jalan-jalan yang perlu diselenggara, tinggi keutamaannya oleh kerana lubang dan accident dan sebagainya. Kedua yang tahapnya sederhana, yang ketiga mungkin priority-nya rendah. Ini perlu kerana kita tahu akhir-akhir ini peruntukan disediakan untuk menyelenggara jalan raya tidak mencukupi.Umpamanya kita sering kali dengar bahawa geran ataupun road maintenance grant, geran menyelenggara jalan raya bagi negeri adalah melebihi. Jumlahnya melebihi daripada peruntukan disediakan untuk menyelenggara jalan-jalan persekutuan setiap negeri ya. Itu hakikatnya. Jadi adakah kerajaan— kenapa kalau kita tidak selenggara dengan baik, satu harinya mungkin akan meletup. Meletup dengan erti kata kita kena belanja wang yang lebih untuk menyelenggara jalan tersebut. Jadi, adalah amat wajar bagi kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi supaya kita dapat selamatkan wang rakyat. Maknanya kalau kita sediakan wang mencukupi untuk menyelenggara jalan-jalan ini, kita mungkin dapat
selamatkan wang rakyat satu hari nanti. Jadi, saya hendak tanya sekali lagi sama ada JKR, Kementerian Kerja Raya sudah pun buat satu kajian jalan-jalan yang perlu pembaikan segera dan disediakan peruntukan secukupnya. Jalan yang lain-lain kita boleh tunggu pada masa yang sesuai apabila kedudukan wang kita bertambah baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya hendak tambah sikit boleh.
Yang Berhormat Lanang lagi.
Ya, sikit.
Isu yang sama kah, yang berbeza?
Tentang kontraktor.
Okey, ringkas ya.
Ringkas. Saya hendak tanya sama ada satu kajian yang teliti akan dijalankan untuk memastikan pengambilan model pembinaan Pan Borneo ini akan menggunakan kontraktor turnkey daripada PDP sekarang. Jadi kita memerlukan satu kajian yang teliti supaya kita boleh menjimatkan wang rakyat dan memastikan mutu jalan raya itu adalah selamat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Ada lagi, ya.
Boleh, sikit.
Boleh jawab kah begitu banyak soalan. Atau jawab dulu baru tanya. Jawab dulu sebelah Sabah, Sarawak. Lepas itu Kelantan.
Okey, terima kasih.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, semua yang disebut tadi dan nasihat sebenarnya cadangan daripada Yang Berhormat supaya kita membuat kajian yang mendalam adalah memang menjadi priority kita, insya-Allah. Kementerian sejak akhir-akhir ini memberikan perhatian kepada kajian dan penyelidikan dan hal-hal yang berkaitan, soal keutamaan, soal yang mana yang kita harus berikan perhatian kepada kawasan-kawasan yang perlu diberikan keutamaan dan yang mana yang keutamaan, yang mana yang sederhana keutamaan dan sebagainya. Memang kita berikan perhatian. Yang Berhormat, tentang isu cadangan penamatan model PDP Lebuhraya Pan Borneo, Sabah dan Sarawak. Hal ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya semasa sesi pertanyaan Menteri pada hari Selasa, 26 Mac. Semuanya akan diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 5 April 2019, hala tuju model PDP itu. Jadi, untuk hari ini saya tidak boleh mendahului sehinggalah keputusan yang muktamad dan yang tuntas tercapai pada bulan April itu. Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Saya hendak kaitkan isu berkaitan dengan penyelengaraan jalan yang juga saya sebut. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jeli tadi iaitu perlu dilihat dan apa yang saya cadangkan ialah perlu dilihat secara komprehensif dari sudut keperluan. Mungkin boleh minta pandangan daripada JKR peringkat jajahan ataupun Parlimen kerana khususnya laluan utama kerana pada kalau musim persidangan seperti ini, setiap minggu saya balik ke kawasan menggunakan kenderaan darat. Jadi, saya tahu laluan itu memang laluan yang cukup bahaya
terutama bermula daripada Merapoh ke Gua Musang, kemudian Gua Musang ke Kuala Krai dan seterusnya ke Kota Bharu. Jadi, dalam pemerhatian saya ada sebahagian laluan yang cukup berbahaya yang sudah pun agak lama yang tidak diselenggara dengan baik. Jadi, perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan kerana kalaulah berlaku apa-apa kemalangan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini, sudah pasti pihak kerajaan juga yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini. Jadi perlu dilihat secara menyeluruh supaya isu ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin walaupun kita tahu memandangkan amaun dalam Bajet 2019 hanya RM100 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan jalan berbanding dengan RM2 bilion yang diperlukan oleh pihak JKR untuk penyelenggaraan jalan ini. Akan tetapi sudah pasti sebagai sebuah kerajaan, perlu mencari penyelesaian bagi menyelesaikan isu-isu ini.
Kedua ialah isu berkaitan dengan perkara yang sama soalan saya nombor 14 yang tidak dijawab oleh pihak kerajaan tetapi jawab secara bertulis berkaitan dengan konsesi kepada Roadcare yang baru sahaja disambung pada April 2018 dan akan tamat pada tahun 2026. Tidak adakah pihak kerajaan dapat mencari jalan keluar bagaimanakah cara? Ini kerana dalam pemerhatian saya, apa yang dilakukan oleh Roadcare ini tidak begitu memuaskan ataupun mungkin cara kerjanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini kerana, buat tidak begitu baik daripada sudut spec kerjanya yang menyebabkan jalan yang dibaiki hari ini, kalau hujan mungkin dua hari ataupun dalam masa yang terdekat rosak balik. Jadi ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi. Jadi ini perlu diambil perhatian oleh kerajaan bagaimana jalan keluar untuk menyelesaikan isu ini mungkin kalaulah konsesi ini habis atau tamat tahun 2026, mungkin cara lain untuk menguatkuasakan supaya diselenggarakan dengan sebaik mungkin oleh pihak konsesi ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Okey Yang Berhormat Jeli, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tambah kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Ada dua perkara. Pertama mengenai jalan selain daripada jalan yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi yang utama juga ialah Lebuhraya Timur-Barat daripada Gerik sampai ke Terengganu, sudah lebih 35 tahun usianya. Nama lebuh raya tetapi dua lorong sahaja dan banyak yang lubang, sebagai suatu keutamaan. Oleh kerana ini laluan utama daripada Pantai Barat Ke Pantai Timur, Kelantan khususnya dan juga di Terengganu hendak ke Kedah dan Pulau Pinang. Saya cadangkan diberi keutamaan tertinggi selain daripada Kuala Krai. Dualah kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, termasuklah kawasan saya Jeli. Banyak lubang. Ini tidak setaraf kalau kata lebuh raya tetapi standardnya tidak sampai ke tahap lebuh raya. Kalau kita tengok di Thailand, saya jiran dengan Thailand. Kadang-kadang kita rasa tidak berapa seronok apabila lihat jalan di sana dengan jalan di Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, semua isu yang dibangkitkan ini akan saya sentuh sebentar lagi dalam teks ucapan ini memang khusus tentang penyelenggaraan jalan itu, ada. Semua yang telah didahului pandangan-pandangan, kita ambil kira dengan sungguh-sungguh. Apabila sampai masa berkenaan dengan isu-isu penyenggaraan jalan persekutuan akan saya sebut sebentar lagi. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada isu tol. Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kluang, dan Yang Berhormat Jelebu telah membangkitkan tentang isu tol.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah melantik juru perunding audit bebas bertauliah pada 28 Januari 2019 bagi membantu kerajaan menganalisis data dan cadangan berkenaan. Ini termasuklah mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Hasil kajian dijangka akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri pada bulan Jun nanti.
Yang Berhormat Menteri, sedikit soalan.
Kedah pula. Sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mula sedikit dengan pantun. Dicucuk duri sembilu; Dicabut dengan tangan kanan; Itulah bersama dalam suasana dulu-dulu; Apa hendak buat, kini tinggal kenangan. Saya hendak bangkit kepada soalan tol.
Apa kena-mengena dengan jalan raya pula? Ini kenangan, nostalgia. Tidak apa, sila.
Nostalgia. Okey, baik saya terus. Kita pengguna, kita bayar tol untuk mendapat keselesaan. Minta maaf, kita dapat keselesaan dalam kita menggunakan dan untuk kita dapat berjalan cepat sampai ke destinasi. Akan tetapi sekarang Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita bayar tol, kita tidak dapat keselesaan kerana banyak jalan yang maintenance sehingga menimbulkan faktor kemalangan yang sangat dahsyat di lebuh raya kita sekarang. Apakah jalan kita ini tidak ada kualiti sehingga semakin akhir-akhir ini maintenance ataupun penyelenggaraan semakin sepanjang jalan yang menyebabkan kesesakan. Apabila hari Ahad sahaja, kita hendak balik ke Kuala Lumpur, kita akan terpaksa berdepan dengan jem, queue dua tiga jam. Apabila kita sampai ke tempat itu, rupanya ada penyelenggaraan jalan yang diletakkan kon-kon. Jadi saya minta apabila kita bayar tol, kita hendak keselesaan dan kecepatan masa. Akan tetapi ini tidak berlaku. Jadi kita minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan masalah yang sedang dihadapi. Minta selesaikanlah masalah ini dan juga wang yang kita keluarkan untuk keselesaan ini mendapat kepayahan balik kepada pengguna. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan tol. Saya dari Pulau Pinang, dengan izin. Di Pulau Pinang, kita ada dua jambatan dan saya berharap untuk mendapat berita yang baik kerana penduduk di Pulau Pinang dan Seberang Perai terpaksa berulang alik menggunakan kedua-dua jambatan ini. Jambatan pertama telah dibina sejak, kalau tidak silap saya, tahun 1985 atau tahun 1986. Saya percaya dan yakin bahawa hutang, konsesi dan sebagainya telah pun dibayar dan diselesaikan. So, saya berharap dan minta kepada kementerian kalau boleh mengkaji perkara ini dan pada masa yang akan datang, kalau boleh sebelum PRU yang akan datang boleh dibuat pengumuman bahawa kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang pertama itu akan diberhentikan. Ini kerana kita terpaksa bayar untuk kedua-dua jambatan sekarang. Ini adalah harapan saya dan saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mengangkat permintaan daripada Jelutong untuk dibawa kepada perhatian Kabinet supaya perkara ini dapat diperhalusi dan berita baik dapat diumumkan kembali. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya yakin.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, insya- Allah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong itu tentulah sebagai kita mewakili rakyat memperjuangkan kehendak rakyat. Kita tidak akan abaikan. Kita akan cuba tetapi
menurut kemampuan pada bila masanya dan sebagainya itu akan ditentukan oleh pihak- pihak yang berkuasa. Saya juga mengakui apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pendang itu. Saya pun kadang-kadang berjalan juga balik ke utara dan memang sepanjang jalan ada pembaikan- pembaikan. Ini kerana kita tidak boleh biarkan sebarang kerosakan itu berlarutan. Jadi kalau kita biarkan nanti akan bertambah buruk dan perbelanjaan yang akan kita gunakan lebih besar lagi. Oleh sebab itu, pihak konsesi kita berikan ruang kepada mereka untuk cepat memperbaiki jalan-jalan atau lebuh raya yang sudah mula rosak itu. Tentulah sedikit kurang keselesaan itu dirasai kita pengguna jalan raya tetapi itu adalah untuk kepentingan masa depan kita para pengguna pada masa depan Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, penilaian soal tol tadi kerana ia akan dibawa pertimbangan persetujuan Jemaah Menteri pada bulan Jun nanti. Sehubungan dengan itu, penilaian dan penelitian terhadap cadangan penghapusan tol termasuk Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak wajar dipertimbangkan setelah dapatan hasil kajian diperolehi kelak. Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya pergi kepada isu yang sudah dibangkitkan lebih awal tadi isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, pasal tol. Minta maaf, saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dalam Dewan ini bahawa untuk mengambil alih semua konsesi tol di Malaysia ini kita perlukan RM400 bilion dan saya tidak dapat membayangkan begitu banyak sekali rupanya ya untuk kita mengambil alih konsesi tol. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun demikian, kita telah dijanjikan oleh Pakatan Harapan- janji yang indah- indah ini. Berapa banyak sebenarnya konsesi tol sebenarnya yang ada dan apa jadi tentang janji yang empat tol diumumkan semasa PRK Semenyih bahawa akan dicaj kesesakan dan sebagainya itu menjadi isu 11 malam, 5 pagi dan lain-lain itu. Bila ia akan dimulakan yang empat tol yang disebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit.
Yang Berhormat Timbalan Menteri....
Tuan Yang di-Pertua, ...
Siapa dahulu? Yang Berhormat Padang Serai?
Kuala Krai.
Terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Kuala Krai atau Yang Berhormat Padang Serai?
Padang Serai, sedikit, sedikit.
Ya sentiasa sahaja memberikan peluang kepada semua tetapi saya takut saya tidak dapat menghabiskan sebab maklumat ini jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dapat.
Padang Serai, Kedah.
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa di kawasan saya di Parlimen Padang Serai, BKE tol itu lebih kurang 10 kilometer ada dua tol. Hari-hari pekerja-pekerja daripada golongan berpendapatan rendah berulang alik ke Pulau Pinang dan balik. Gaji mereka kalau dapat RM1,000 saya ingat RM200 habis untuk tol sahaja. Bolehkah tol itu dihapuskan, memudahkan untuk rakyat? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit. Isu berkaitan dengan Tol Gombak tadi yang mungkin perlu kepada kajian jawapan yang agak ambil masa. Akan tetapi, bagi saya apa yang perlu dikaji oleh pihak kerajaan ialah dari sudut laluan masuk sementara tol ini masih lagi ada. Ini kerana, setiap kali musim cuti sekolah macam hari ini, mahu masuk hari ahad nanti, Sabtu, Ahad, daripada Pahang, Terengganu, Kelantan dan pada hari Ahad biasa, hujung minggu hendak masuk ke Kuala Lumpur, memang kesesakan yang amat sangat. Jadi, pihak kerajaan perlu memikirkan balik bagaimanakah, cara sama ada melebarkan laluan ke masukan daripada Tol Gombak ini ataupun sebagainya? Kedua ialah, apakah beza antara Tol Gombak dengan Tol Bentong kerana dekat-dekat? Mungkin boleh dicarikan penyelesaian untuk dijadikan satu tol ataupun sebagainya. Terima kasih.
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa semua, saya ucapkan terima kasih banyak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan saranan, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Kuala Krai. Saya percaya saranan ini baik dan kita akan fikir dan kita akan pertimbangkan menurut kemampuan kita nanti. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu mengenai penyelenggaraan jalan persekutuan yang telah menarik perhatian dan turut disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Titah Diraja. Isu yang melibatkan kepentingan awam ini mungkin juga ingin disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tetapi atas faktor masa perbahasan yang terhad, saya percaya ia tidak sempat dibangkitkan tempoh hari. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, salah satu core business dengan izin, Kementerian Kerja Raya adalah bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara. Sehingga kini, sepanjang jalan persekutuan di seluruh negara adalah sebanyak 17,771.42 kilometer. Jumlah ini tidak termasuk lebuh raya bertol dan jalan-jalan persekutuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan secara ringkas mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan ia dipecahkan kepada tiga cara kerja iaitu: (i) rutin; (ii) berkala; dan (iii) kecemasan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan yang telah dilantik oleh kerajaan. Untuk kerja-kerja penyelenggaraan rutin, ia dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi mengikut pusingan kerja yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin ini dibayar pada setiap bulan kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan setelah ia disahkan oleh JKR daerah yang terlibat. Peruntukan bagi kerja-kerja rutin ini sememangnya telah diambil kira dan diasingkan sebagai peruntukan mandatori dalam bajet peruntukan kementerian pada setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua, penyelenggaraan rutin akan dilaksanakan mengikut pusingan yang telah ditetapkan seperti dalam perjanjian. Sebagai contoh, pusingan penyelenggaraan pemotongan rumput dilaksanakan secara rutin satu bulan sekali di semua jalan-jalan persekutuan seluruh Malaysia. Ini di mana syarikat-syarikat konsesi akan menyediakan program kerja tahunan bagi kerja-kerja penyelenggaraan rutin seperti mana yang dikehendaki di dalam perjanjian. Aktiviti-aktiviti penyelenggaraan rutin yang terlibat ialah: (i) penampalan lubang jalan atau potholes; (ii) penyelenggaraan bahu jalan; (iii) pemotongan rumput; (iv) penyelenggaraan perabot jalan;
(v) menyelenggarakan jambatan dan pembetung; (vi) mencuci sistem saliran; dan (vii) perparitan dan pemeriksaan rutin. Manakala, bagi penyelenggaraan berkala pula, kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi berdasarkan arahan kerja yang ditentukan oleh kementerian mengikut keutamaan. Ini dengan mengambil kira faktor keperluan dan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Penyelenggaraan berkala terbahagi kepada dua kategori iaitu: (i) penyelenggaraan berkala pavement meliputi skop penyelenggaraan turapan jalan dan membaik pulih struktur asas jalan; dan (ii) penyelenggaraan berkala bukan pavement meliputi skop penggantian perabot jalan, papan tanda, pembaikan longkang, pembetung, lampu isyarat dan lampu jalan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya menerima kesan pengurangan peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Bagi program khusus penyelenggaraan jalan persekutuan, daripada RM400 juta pada tahun 2018 kepada hanya RM100 juta pada tahun 2019. Ini di mana terdapat pengurangan sebanyak RM300 juta. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan memberikan jaminan akan menyalurkan peruntukan tambahan bagi program khusus jalan persekutuan berjumlah RM610 juta, untuk menampung kekurangan peruntukan yang diterima oleh kementerian ini untuk tahun 2019. Kementerian Kewangan melalui surat pada 8 Mac 2019 yang lalu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk seluruh negara daripada jumlah RM610 juta yang dijanjikan sebagai peruntukan tambahan yang dipohon oleh Kementerian Kerja Raya. Dengan kelulusan peruntukan tambahan ini...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit?
Kementerian Kerja Raya akan memfokuskan penyelenggaraan jalan yang berkait dengan aspek keselamatan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit?
Yang Berhormat Padang Serai minta laluan.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu tidak cukup peruntukan dan sebagainya tetapi rakyat di sana sentiasa bertanya, kami bayar cukai, road tax dengan izin, untuk kereta. Mengapakah jalan berkeadaan seperti ini? So, kita haruslah mengambil berat dan juga perlu diatasi masalah- masalah seperti ini sebab, kita tidak boleh beritahu kepada rakyat yang kita tidak ada peruntukan dan sebagainya. Ini kerana mereka bayar road tax untuk kereta, so kita perlu adakan satu jalan yang baik untuk mereka kerana sekiranya berlaku sesuatu kemalangan kita rasa sedih kerana jalan itu tidak dibesarkan dan juga jalan itu tidak diperbaiki. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai di atas ingatan...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tampin minta mencelah.
Ya, Yang Berhormat Tampin silakan.
Okey, terima kasih di atas jawapan itu. Cuma, saya mahu bertanya ketika penyelenggaraan jalan, penurapan jalan-jalan berlubang, apakah ada standard khas yang ditentukan oleh pihak kementerian ketika penurapan itu
dilakukan? Oleh sebab, kita dapati penurapan itu kadang-kadang ala kadar. Timbul tinggi rendah, tinggi rendah. Jadi, bagaimana ini berlaku? Apakah ada standard yang tertentu penurapan itu dilakukan? Terima kasih.
Memang ada piawaiannya Yang Berhormat Tampin, setiap apa pun mesti ada standard yang mesti difollow. Namun, kadang-kadang maklumlah yang melaksanakan tersebut semua manusia belaka, belum ada seorang malaikat pun turun untuk membuat turapan. Jadi, kesilapan-kesilapan ada di sana, sini dan kekurangan-kekurangan ada di sana, sini. Jadi, kita sama-sama sebagai para pengguna memberikan, sebab kita cuba buka website di kementerian kita, kita boleh complaint, kita boleh berikan bantahan dan sebagainya, melaporkan dan dalam masa sesegera mungkin. Dalam masa 24 jam, kita cuba respons kepada semua yang dikemukakan.
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menutup sekarang.
Ya. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kapar telah membangkitkan berkaitan isu penyelenggaraan jalan persekutuan bagi laluan Klang ke Kapar dan Klang ke Meru. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan ke peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi program penyelenggaraan pavement 2019, sebanyak RM2.36 juta telah diperuntukkan bagi penyenggaraan pavement di jalan-jalan persekutuan kawasan Parlimen Kapar. Kelulusan peruntukan ini adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya. Penyenggaraan pavement secara berkala di kawasan Parlimen Kapar ini dijangka akan bermula pada bulan April, berapa hari sahaja lagi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Beruas turut membangkitkan isu penyelenggaraan jalan semasa perbahasan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi suku pertama tahun semasa melalui peruntukan tambahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, sebanyak RM1.86 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di Daerah Manjung, Perak. Daripada jumlah peruntukan tersebut, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan pavement di dua lokasi di laluan FT60 Jalan Kampung Koh ke Pantai Remis, Batu Hampar iaitu di Seksyen 6 dan 7 dan di Seksyen 37 dari Seksyen 41.23. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang membangkitkan isu kerosakan jalan di Jalan Bakun. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat kehadiran lori balak yang sering menggunakan jalan Bakun menyebabkan jalan semakin teruk. Kementerian ini mohon agar pihak kerajaan negeri turut bersama memantau kegiatan pembalakan di kawasan ini agar dapat mengurangkan kerosakan jalan. Manakala berkaitan Jalan Nanga Mujung ke Rumah Tunku Sungai Gat seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang iaitu cadangan untuk mewartakan jalan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak memandangkan jalan tersebut bukan jalan persekutuan. Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands menyarankan agar kerajaan membaik pulih jalan sedia ada di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui peruntukan tambahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi program penyelenggaraan berkala pavement 2019, sebanyak RM1.1 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan pavement di dua lokasi iaitu di laluan FT59 Jalan Brincang, Blue Valley berjumlah RM750 ribu dan laluan FT102 Jalan Pos Betau ke Lembah Bertam sebanyak RM350 ribu. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kuala Kerai membangkitkan isu penyelenggaraan jalan di laluan Kuala Krai Gua Musang FT8 dan laluan Dabong Sungai Sam FT66. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui peruntukkan tambahan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi program penyelenggaraan berkala pavement 2019 sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan pavement di laluan tersebut iaitu sebanyak RM400 ribu bagi laluan Gua Musang-Kuala Krai dan sebanyak RM600 ribu bagi laluan Kuala Kerai ke Machang di Seksyen 328.6 dan Seksyen 329.8.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Dabong Sungai Sam iaitu jalan persekutuan FT66 yang berada dalam Parlimen Kuala Krai melibatkan panjang jalan sebanyak 43.9 km. Jumlah peruntukan penyelenggaraan pavement yang telah diluluskan bagi 2019 adalah sebanyak RM800 ribu bagi Seksyen 15 dan Seksyen 18. Tuan Yang di- Pertua...
Terima kasih. Terima kasih.
Ya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara rumusannya kementerian sentiasa menyediakan program penyelenggaraan jalan, terutamanya program pembaikan jalan di bawah skop penyelenggaraan berkala pavement. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program penyelenggaraan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Sukacita juga saya menyebut tadi apa yang ditanya sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat daripada Sabah, Jalan Kalabakan ke Sapulut merupakan jalan negeri yang dibangkitkan tadi. Pembaikan jalan persekutuan yang telah diperuntukkan untuk tahun 2019 peringkat pertama saya suka mengumumkan sebanyak RM10.8 juta termasuk laluan di Tawau, Telupid, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu dan Sandakan. Saya juga suka menyebut apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi tentang konsesi tol sedia ada. Pada masa kini adalah 29 konsesi lebuh raya. Isu pengambilalihan empat lebuh raya Gamuda. Jemaah Menteri telah bersetuju beri tempoh enam bulan bermula dari Januari 2019 lalu untuk rundingan dengan Gamuda. Rundingan kerajaan diketuai oleh MOF, KKR juga hanya terlibat sebagai ahli.
Terima kasih Yang Berhormat. Inilah soalan yang saya hendak tanya sebab saya bangkitkan soal caj kesesakan. Terima kasihlah atas jawapan yang diberikan tempoh enam bulan. Saya cuba hendak tahu oleh sebab Lembaga Lebuhraya Malaysia ini satu badan di bawah KKR yang bertanggungjawab untuk menjalankan kajian teknikal terhadap lebuh raya di Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, konsep caj kesesakan berlainan dengan tol seperti mana yang dibincangkan sebelum ini tetapi saya hendak tanya, apakah kajian yang telah dibuat yang membolehkan kerajaan sekarang tiba-tiba membuat penjenamaan tol itu sebagai satu caj kesesakan. Itu saya hendak tahu. Kedua, apakah empat batang jalan yang mana Gamuda yang sedang dikenali oleh Gamuda ini dianggap sebagai kawasan CBD. Sebab dalam mana-mana bandar raya mesti ada satu zon CBD dan kawasan itulah sepatutnya kalau sudah dikenakan caj dibayar, kalau masuk keluar tidak perlu. Jadi saya tidak tahu sama ada LLM membuat kajian sebegini. Kalau hari ini Yang Berhormat mungkin tidak ada jawapan ini, kita minta secara bertulis, supaya kita dapat melihat secara berilmiah, apakah itu satu penjenamaan pemansuhan tol ataupun satu caj. Kalau ini tidak boleh bergantung, tidak boleh melihat semata-mata pada penggantian nama sahaja sebab ia lebih kompleks daripada segi regression, angkubah yang perlu diambil masuk caj parking, struktur yang pembayaran, yang aspek lain itu termasuk lesen memandu dan road tax. Jadi saya minta supaya kajian dibuat secara teknikal oleh LLM dan dikemukakan jawapan itu kepada saya secara bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat Ayer Hitam memang LLM sepatutnya menyediakan jawapan secara bertulis. Kita akan sampai kepada Yang Berhormat dan kita akan maklumkan kepada semua dan juga MOF sendiri yang memberikan cadangan dan saranan juga akan kita minta bantu terang dan jelas supaya tidak timbul lagi kekeliruan di masa depan.
Cuma sekejap saja Yang Berhormat. Oleh sebab orang bercelaru, konsep caj kesesakan langsung tiada kena mengena tol yang dikenakan atas jalan raya sebab dua kawasan yang berlainan. Kalau tidak, 17 batang jalan lebuh raya ini boleh dinamakan sebagai caj kesesakan, kalau diganti atau dimansuhkan, atas nama dimansuhkan tol. Akan tetapi caj kesesakan ini konsepnya berlainan. Di mana-mana negara pun, ia tidak boleh direstui dalam keadaan sebegini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua saya rasa saya sampai ke peringkat...
Ya masa pun sudah selesai.
...Penghujung kepada ucapan ini.
Saya mengambil kesempatan dalam ucapan penggulungan saya ini untuk menyentuh Kementerian Kerja Raya bahawa kami menerima segala teguran dan cadangan. Kami akan ambil perhatian yang sewajarnya dan kami akan cuba menyelesaikan menurut kemampuan yang ada pada kami. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, Banyak kelok ke Penarik; Tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik; Nan buruk tinggal di sini. Saya ingin akhiri ucapan saya ini dengan menyampaikan serangkap pantun ilmu pengasih, kalau ada yang berminat. Gok di padang mancur; Ketiga dengan padang selasih; Tertutup hati yang pusur; Terbuka hati yang kasih. Kalau siapa yang hendak amal, kena bayar 25 sen kepada saya sebagai pengerasnya. Saya harap semakin terbukalah hati kita, terbukalah hati yang kasih. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan penggulungan ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas. Sebanyak 14 pertanyaan yang merangkumi lapan isu utama telah dibangkitkan oleh sembilan Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan kali ini. Tuan Yang di-Pertua, saya berhasrat untuk menjawabnya berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan dan jika Ahli Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, saya akan berikan secara bertulis ya. Yang Berhormat Pasir Puteh, ada?
Yang Berhormat Pasir Puteh, tidak ada. Jawapan bertulis.
Tidak ada. Yang Berhormat Pasir Mas.
Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada, jawapan bertulis.
Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Parit Sulong ada, Yang Berhormat Pontian pun ada.
Dua-dua ada. Tuan Yang di-Pertua, insentif khas i-Suri. Kerajaan melaksanakan pemberian insentif khas i-Suri sebagai galakan simpanan untuk pelan persaraan dan hari tua kepada wanita, khususnya suri rumah melalui caruman sukarela dalam akaun KWSP. Bermula pada 15 Ogos 2018 hingga 15 Mac tahun ini, sebanyak 91,612 orang telah berdaftar. Bagi suku tahun pertama 2019, Januari hingga Mac 2019 seramai 38,109 orang ahli telah mencarum iaitu 41.6 peratus daripada jumlah yang telah berdaftar.
Kerajaan sedang menyemak, apakah mekanisme terbaik yang boleh digunakan bagi cadangan pelaksanaan peluasan perlindungan sosial kepada golongan suri rumah. Kerajaan melalui PERKESO juga dalam proses menyediakan cadangan satu akta keselamatan sosial yang baharu khas untuk suri rumah. Rang undang-undang (RUU) tersebut dikenali sebagai RUU Keselamatan Sosial untuk suri rumah, masih di peringkat semakan Kementerian Sumber Manusia sebelum dikemukakan untuk semakan Jabatan Peguam Negara...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, silakan.
Tahniah saya ucapkan di atas inisiatif yang bakal dibuat, terutamanya dalam membawa rang undang-undang mengenai PERKESO ini, pindaan PERKESO untuk masukkan suri rumah ini ke dalam Dewan. Baru-baru ini, semalam kalau tidak salah saya, saya bertanya kepada Menteri KSM. Salah satu yang saya tanyakan, yang saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berbincang dengan KSM, mengenai description kecederaan. Ini kerana kalau hendak claim PERKESO, dia mesti ada contribution, yang pertama. Keduanya pula dia mesti ada kecederaan semasa bertugas. Suri rumah bila bertugas, kita sepanjang masa. Jadinya, saya minta pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini kalau boleh diperincikan di dalam Dewan ini. Terima kasih.
Maklum. Akan tetapi buat masa ini Yang Berhormat, kita belum bersedia lagi kerana masih di peringkat penelitian oleh semua kementerian masing- masing dan sedang mendapatkan pandangan daripada Jabatan Peguam Negara. Jadi, bila kita ada maklumat nanti kita akan sampaikan kepada Yang Berhormat, bila kita sedia untuk membawa rang undang-undang ini ke peringkat seterusnya. Boleh Yang Berhormat? Baiklah, saya hendak meneruskan dengan kesukaran yang kami hadapi ketika... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, sorry. Akan tetapi saya harap satunya suri rumah ini merangkumi ramai yang dikategorikan sebagai suri rumah. Jadi, saya harap PERKESO itu nanti dapat merangkumi bukan hanya tertentu tetapi kebanyakan ataupun suri rumah at large. Saya harap dapat dipertimbangkan oleh kementerian Yang Berhormat.
Yes. Saya setuju, terutamanya dalam zaman moden ini sekarang suri rumah kita ada banyak kategori. Ada wanita yang bekerja dari rumah, ada yang bekerja part-time, bukan full-time dan ada juga yang bekerja kerjaya yang berlainan, profesion yang berlainan, memerlukan perlindungan yang berlainan, terutamanya kalau mereka adalah dalam kategori suri rumah. Okey, jadi kita akan meneliti cadangan tersebut dan akan melibatkan semua Ahli Yang Berhormat, terutamanya wanita yang prihatin tentang isu suri rumah. Untuk cabaran yang kami hadapi untuk pelaksanaan Program i-Suri, dua cabaran utama yang telah kami kenal pasti. Satunya adalah kesukaran melaksanakan program outreach kepada individu yang layak tetapi berada di kawasan yang terpencil. Sehubungan itu, KWSP bersama rakan strategik telah menggerakkan mobile team ke lokasi-lokasi tersebut. Kalau kita lihat seperti di Terengganu, ICU di Terengganu sangat aktif untuk turun padang. Oleh sebab itu, pendaftaran di Terengganu sangat tinggi. Jadi, kita sedang menggalakkan mobile team kita untuk keluar ke tempat-tempat yang terpencil untuk mendaftarkan lebih ramai lagi suri rumah. Keduanya adalah kesukaran ahli untuk membuat caruman bulanan. Oleh kerana peraturan kewangan KWSP sedia ada yang tidak membenarkan penerimaan tunai dan sebarang bentuk transaksi oleh anggota mobile team KWSP masih terpakai. Sebagai alternatif mempelbagaikan saluran pembayaran, KWSP sedang dalam tindakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan bagi membolehkan pembayaran caruman ahli dibuat melalui SMS serta melalui ejen Bank Simpanan Nasional. Jumlah tuntutan insentif KWSP kepada MOF adalah RM9,510,840 setakat Ogos 2018 hingga Disember 2018 untuk bilangan ahli seramai 49,857 orang, baki peruntukan sebanyak RM35,489,160.
Bagi Yang Berhormat Pontian pula, isu spesifik bantuan kebajikan. Yang Berhormat Pontian ada mendengar?
Ada-ada.
Okey.
Sentiasa ada [Ketawa]
Langkah-langkah memperkasakan penerima bantuan JKM. Kementerian telah melaksanakan Two Years Exit Program sejak tahun 2016 bagi membantu penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari dan survival supaya tidak bergantung kepada bantuan selama-lamanya. Tujuan program ialah sebagai satu exit policy untuk menggalakkan penerima bantuan yang produktif menjana pendapatan sendiri melalui keusahawanan dalam bidang peniagaan, penternakan, pertanian, perkhidmatan dan lain- lain. Jumlah peserta yang terlibat dalam Two Years Exit Program mengikut fasa ditentukan oleh EPU dan KPI 1,500 orang bagi setiap fasa dan saya ingin memaklumkan jumlahnya. Fasa pertama iaitu dari tahun 2016 hingga tahun 2018 - 2,002 orang; fasa kedua tahun 2017 hingga tahun 2019 - 1,502 orang; dan fasa ketiga tahun 2018 hingga tahun 2020 - 1,000 orang. Jumlah keseluruhannya 4,504 orang. Sehingga Disember 2018, seramai 674 orang iaitu 33.6 peratus peserta daripada fasa pertama telah ditamatkan bantuan dan 485 orang iaitu 24.2 peratus orang berpotensi untuk ditamatkan. Manakala bagi fasa kedua dan ketiga masih dalam proses pemantauan dan penilaian kita. Yang Berhormat Batu Kawan...
Tidak ada.
Tidak ada.
Boleh bagi jawapan bertulis.
Boleh tanya sikit?
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Yang Berhormat Pontian, sila.
Ya, apabila mereka ditamatkan setelah mereka berupaya berdikari, setakat mana pemantauan JKM terhadap usaha-usaha peniagaan mereka misalnya? Bererti mereka kena diadakan apa yang dipanggil sebagai hand-holding dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Adakah JKM memberikan tempoh yang tertentu untuk terus memantau usaha-usaha berdikari mereka itu? Terima kasih.
Kita memang sentiasa memantau dan kita juga akan terus track paras garis kemiskinan setiap penerima tersebut dan ongoing engagement, dengan izin, bersama Kementerian Keusahawanan. Apa yang paling penting adalah melalui Two Years Exit Program ini, mereka telah mempunyai hubungan dengan pegawai JKM dengan rapat.
Jadi, pemantauan itu memang sentiasa ada. Jika ada satu masa pada masa hadapan mereka jatuh bawah garis kemiskinan, mereka boleh menghubungi kita lagi dan kita akan tengok cara terbaik untuk membantu mereka, boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dipersilakan, Yang Berhormat Kuala Kangsar ini.
Ya.
Saya tadi berkenaan i-Suri...
Ya.
Maaf, saya kembali ke situ.
Okey.
Saya ingin melihat kejayaan i- Suri ini supaya antara aspeknya adalah kelestarian i-Suri. Ada satu keadaan sekarang di mana kita ada bapa-bapa yang duduk di rumah untuk menjaga anak-anak. They are house husbands. Jadi, adakah kementerian untuk menjangkau satu jangka masa yang lama, 20 atau 30 tahun daripada sekarang? Satu budaya baru di mana ibu akan keluar bekerja dan bapa pula menjaga. Ini berlaku di negara-negara Barat. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ruang untuk kategori ini pula? Terima kasih.
Dari segi perundangan dan polisi, kalau kita lihat dalam e- Kasih, memang pada masa yang akan datang- untuk sekarang pun saya percaya kita ada house husbands. Saya percaya memang wujud. Akan tetapi di dalam peringkat untuk polisi ini, kita masih membincangkan konsep untuk wanita sahaja. Akan tetapi kalau kita lihat isu yang berlainan seperti gangguan seksual dan kes keganasan rumah tangga, statistik yang kita ada sudah mula mencatatkan bahawa mangsa kemungkinan ada daripada golongan lelaki. Jadi, dalam jangka masa yang akan datang, saya percaya kita akan terus mengikut keperluan komuniti semasa. Jika ada keperluan dan volume house husbands ini bertambah, kita akan meneliti keperluan ini. Ini kerana saya percaya kementerian kita bukan sahaja melihat keperluan wanita, kanak-kanak, warga emas tetapi dalam isu-isu yang terbaru ini, golongan lelaki juga turut dijaga oleh kita kerana melibatkan isu-isu spesifik. Terima kasih. Yang Berhormat Pontian, saya sudah jawab. Yang Berhormat Batu Kawan...
Tak ada.
Tak ada, seterusnya- sebentar ya, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Padang Serai, ada?
Ada, ada.
Tak ada.
Tak ada? Ada-ada. Yang Berhormat Padang Serai ada.
Yang Berhormat Padang Serai sentiasa ada. Okey, untuk bantuan saraan hidup kepada ibu tunggal. Saya suka lelaki yang suka bangkitkan isu wanita kerana ini adalah tanggungjawab semua wakil rakyat dan syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Padang Serai kerana selalu membangkitkan isu ibu tunggal. JKM menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban bagi mereka yang memerlukan, termasuk golongan ibu tunggal yang layak. Statistik ibu tunggal yang menerima bantuan kewangan JKM sehingga Disember 2018 ialah seramai 32,410 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM72 juta. Saya hendak bagi penjelasan. Ini bukan satu bantuan untuk ibu tunggal tetapi bantuan untuk kanak-kanak. Jadi, yang menerima bantuan tersebut dalam keluarga adalah ibu tunggal juga. So, it is indirect benefit untuk ibu tunggal, okey. Di samping itu, terdapat seramai 698 orang ibu tunggal terlibat dengan Program Peningkatan Pendapatan iaitu Program 2 Years Exit Programme (2YEP) bagi membantu golongan ibu tunggal berniaga dan dapat berdikari untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Jabatan Pembangunan Wanita juga melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti Wanita berkonsep community based enterprise (PACBE) bagi memperkasakan wanita, terutamanya kumpulan B40 dengan sasaran 30 peratus penyertaan ibu tunggal yang berdaftar dalam sistem i-Wanita. i-Wanita sekarang ini adalah satu portal website yang menggunakan portal ini untuk memberikan maklumat dan latihan serta kemahiran kepada wanita-wanita yang menggunakan sistem i-Wanita. PACBE adalah satu bentuk pendekatan keusahawanan berkonsepkan kerjasama antara usahawan-usahawan JPW ataupun individu berkemahiran yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberikan latihan serta berkongsi ilmu bagi membantu peserta wanita, termasuk ibu tunggal menjana pendapatan. Pada tahun 2018, sebanyak 648 Program PACBE telah dilaksanakan di seluruh negara, dengan penglibatan seramai 10,201 orang peserta, dengan 2,500 orang daripadanya adalah ibu tunggal.
Untuk makluman, berhubung isu pemberian nafkah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Isu pemberian nafkah oleh bekas suami akan dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama dengan lebih lanjut lagi. Di mana satu inisiatif penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah akan dapat mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan penceraian. Kementerian sedang meneliti dan akan memberi maklum balas kepada Jabatan Perdana Menteri dalam usaha merealisasikan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan ini. Nanti akan dijawab oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid. Yang Berhormat Kuala Nerus, ada?
Tajuk lain.
Ya.
Berkenaan ini- kebajikan itu diberikan kepada kanak-kanak yang satu umur sahaja, dalam katakan sebelum dia tamat sekolah. Akan tetapi bagi ibu tunggal dan juga dalam kategori B40 ini, anak-anak mereka tidak melanjutkan pelajaran ke suatu peringkat atas. Akan tetapi peruntukan untuk kebajikan itu tidak dapat, diberhentikan. Jadi, itu menyusahkan ibu-ibu yang single mother itu. Kalau boleh pihak kerajaan dapat timbang dan lanjutkan sehingga tamat pelajaran anak-anak dia.
Kita akan meneliti cadangan Yang Berhormat. Saya tidak boleh bagi satu komitmen di sini tetapi kita akan meneliti keperluan tersebut dan volum ibu tunggal dalam kategori tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Kuala Nerus, ada?
Tidak ada. Jawapan bertulis.
Tidak ada. Yang Berhormat Masjid Tanah? Tak ada.
Tidak ada, jawapan bertulis.
Yang Berhormat Alor Setar?
Ada.
Ada. Guide dog untuk OKU. Kementerian mengambil maklum akan cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Alor Setar. Akan tetapi buat masa ini tiada sekatan dari segi perundangan untuk penggunaan guide dog. Walau bagaimanapun, masyarakat perlu terlebih dahulu diberi kesedaran dan pendedahan tentang keperluan golongan OKU. Cadangan ini kita lihat dari pihak kebajikan adalah satu cadangan yang baik dan perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan pelbagai pihak berkepentingan kerana ia melibatkan isu sensitiviti kemasyarakatan dan agama untuk sesetengah tempat awam. Yang Berhormat Parit Sulong...
Boleh saya bertanya?
Ya. Silakan.
Dari segi OKU ya.
Ya.
Setengah OKU, dia sudah dapat kad OKU tetapi belum mendapat bayaran. Jadi, pertanyaan saya...
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya dengar- saya tahu aduan ini tetapi aduan ini, isu ini tidak dibangkitkan di dalam perbahasan. Jadi, saya tidak ada sediakan jawapan untuk Yang Berhormat.
Tak apa, boleh beri jawapan bertulis.
Boleh mendengar.
Cuma saya hendak tahu apa syarat- syarat ia untuk mendapatkan pembayaran untuk OKU ini selepas mereka mendapat kad? Apa syarat-syarat ia untuk membolehkan dia mendapat bayaran itu?
Untuk kad OKU ini kita ada untuk golongan OKU dan bantuan JKM kita ada 12 program. Jadi, untuk setiap program ini ada syarat-syarat yang berlainan. Jadi, kita kena pastikan- kita berikan secara bertulislah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang saya ada adalah Yang Berhormat Parit Sulong mengenai isu pemberian peruntukan kementerian kepada Sisters in Islam. Sejak tahun 2003, Sisters in Islam telah mengendalikan Klinik Bantuan Guaman yang memberikan khidmat nasihat berkaitan undang-undang keluarga Islam dan undang- undang jenayah syariah kepada wanita muslim dan mereka yang memerlukan. Ia dinamakan Telenisa dan lebih 8,400 wanita serta lelaki telah mendapat manfaat daripada Klinik Bantuan Guaman ini. Sumbangan RM20,000 yang diumumkan kepada Sisters in Islam, daripada peruntukan saya sebagai Timbalan Menteri semasa sambutan Hari Wanita bertujuan memberi sokongan kepada kerja-kerja pengumpulan data dan statistik seperti yang dibukukan di dalam Buku Statistik Telenisa 2018. Kita harus sedar bahawa data dan statistik yang komprehensif boleh membantu kita merangka pelan dan intervensi dalam menyelesaikan masalah sosial negara. Mengenai persoalan Sisters in Islam yang didakwa sebagai pertubuhan yang sesat dan sebagainya, saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama untuk membuat penilaian kerana ia berada di luar bidang kuasa saya di kementerian ini. Kementerian kita mengutamakan kebajikan wanita dan kanak- kanak dan ingin memastikan mereka sentiasa dilindungi dan mempunyai akses kepada nasihat perundangan.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin— Ya.
Saya ingin...
Ya, silakan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membangkitkan isu ini juga dalam Parlimen ini. Saya ingin penjelasan berkaitan dengan peruntukan yang diberikan di bawah kementerian. Kita mengalu-alukan apa jua peruntukan yang membantu untuk perkembangan kaum wanita tetapi kita tidak mahu di sebalik itu mengelirukan terutama bagi umat Islam. Saya mencadangkan kerajaan hari ini mengharamkan apa jua pertubuhan yang menyalahgunakan nama Islam. Contoh, Sisters in Islam menggunakan nama Islam tetapi pembawaannya adalah bercanggah dengan dasar Islam. Contohnya, daripada segi hukum, peraturan, banyak perkara yang bercanggah dan perkara ini telah difatwakan oleh beberapa Majlis Agama Islam. Saya harap JAKIM juga hendaklah tegas dalam isu ini supaya kita tidak mahu rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam terkeliru dengan apa yang dibawa oleh Sisters in Islam. Apabila kerajaan memberi dana kepada Sisters in Islam, seolah-olah mereka walaupun atas alasan kerana ini kebajikan untuk kaum wanita, tetapi sekali gus ia boleh mengelirukan terutamanya kaum wanita yang Islam. Apabila sistem kata ia hukum, contoh, hukum aurat tidak wajib, contoh. Jadi perkara ini jauh menyimpang daripada agama Islam. Jadi saya harap Kabinet terutama pihak kementerian dalam mengurus dana negara, ini adalah wang rakyat, wang negara. Islam adalah agama Persekutuan. Jangan sekali-kali melanggar Perlembagaan kita, melanggar peraturan undang-undang yang ada dalam negara kita, yang menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. Jadi saya harap tindakan tegas dan tidak ada— sebenarnya banyak lagi NGO-NGO wanita yang lain, yang boleh menjadi pilihan kepada kementerian. Kenapa ambil NGO yang memang jelas telah difatwakan sesat tetapi kenapa masih menjadi— ini menjadi platform kerajaan untuk berhubung dengan NGO dan wanita di bawah. Ribuan, ratusan lagi NGO yang berwibawa. Jadi saya harap perkara ini bukan boleh dimain-mainkan dan satu tindakan tegas dibuat supaya kita jangan menjadi meneruskan perkara-perkara yang boleh mengelirukan pemahaman umat Islam dan sekali gus bercanggah dengan Islam sebagai agama Persekutuan.
Yang Berhormat Menteri, saya selari dengan itu, saya hendak mencadangkan juga kepada Yang Berhormat supaya apabila ada NGO yang berkaitan dengan wanita terutamanya dan juga berkaitan yang membawa nama Islam. Boleh tidak saya cadangkan kepada Yang Berhormat untuk future, untuk akan datang mungkin boleh berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama bagi apabila ada perbincangan lebih mendalam, sedikit sebanyak ia dapat membantu Yang Berhormat daripada segi membuat keputusan terutamanya dan memberi bantuan-bantuan daripada peruntukan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Parit Sulong, saya langsung tidak keliru. I am not confused in this case at all. Seperti yang telah saya jelaskan, saya dijemput ke program Sisters in Islam untuk sambutan Hari Wanita pada 8 Mac. Sambutan Hari Wanita tersebut, mereka telah merasmikan, launch satu buku Telenisa yang mengandungi semua statistik yang memberikan bantuan guaman kepada wanita yang memerlukan dan jumlah ini bukan satu jumlah yang kecil. Bukan 500 ahli tetapi 8,400 wanita yang telah menerima bantuan ini, bukan sahaja satu tahun, beberapa tahun yang lepas, service mereka seluruh Malaysia. Jadi dalam fikiran saya, saya sangat jelas, bidang kuasa saya adalah untuk isu wanita dan NGO yang melakukan kerja yang extensive. Ini bukan satu kerja, satu negeri. Satu kerja, seluruh Malaysia di mana 8,400 wanita. Tiada NGO wanita yang lain yang mempunyai kerja seperti ini. Sebanyak 8,400 wanita Islam telah menerima bantuan guaman dalam kes ini. Saya lihat RM20,000 ini, saya boleh sampaikan kerana ini adalah dalam bidang kuasa saya untuk turunkan peruntukan. Jumlah RM20,000 ini ada ramai Ahli Dewan Rakyat yang boleh menggunakan duit ini untuk program open house tetapi saya lihat open house ini, makan satu kali sahaja. Akan tetapi RM20,000 ini, kita boleh bantu mengumpul statistik yang boleh membantu wanita. Itu sebab saya turunkan RM20,000 ini kepada NGO ini. Jadi untuk saya, saya bagi pihak Kabinet, kita memang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. Ini jelas dalam Persekutuan. Tiada siapa pun yang mempertikaikan isu ini. Yang Berhormat tadi telah membangkitkan bahawa ada badan-badan yang menggunakan Islam kita kena berhati-hati— yang menyalahgunakan. Betul atau tidak? [Bertanya kepada seorang Yang Berhormat]
Sebut tadi berkaitan dengan NGO yang menggunakan nama Islam seperti Sisters in Islam. Nama Islam tetapi tindakan dia dan dasarnya yang dibuat bercanggah dengan Islam. Oleh sebab itu difatwakan haram. Jadi perkara ini mesti diambil kepekaan oleh pihak kementerian.
[Bangun]
Saya sudah jelaskan Yang Berhormat Menteri— JAKIM, Yang Berhormat Parit Buntar akan menjelaskan dan menjawab isu ini. Akan tetapi untuk orang yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan masing- masing bukan sahaja NGO, parti politik pun ada yang selalu menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik.
Apa yang disalahgunakan agama? Cuba sebut. Apa yang kami salahgunakan agama? Minta sebut.
[Dewan riuh]
Kalau kita baca berita tetapi Tuan Yang di-Pertua tidak membenarkan kita menggunakan tajuk berita ya? [Bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua] Akan tetapi kita memang ada baca berita yang mana kalau kita menipu, kita mengambil rasuah, semua perkara ini kita boleh halalkan dengan menggunakan agama sebagai satu defense. Defense kita panggil apa ya?
Pembelaan.
Pembelaan. Okey, jadi saya beri Yang Berhormat Menteri hal ehwal agama untuk menjawab persoalan yang telah dibangkitkan. Seperti yang telah saya jelaskan, saya lihat yang paling penting adalah peruntukan kerajaan perlu disalurkan kepada sesiapa sahaja yang membantu golongan yang memerlukan peruntukan.
[Bangun]
Ya, silakan.
Yang Berhormat Merbok, silakan.
Saya mohon mencelah ya. Saya pun agak sedikit confuse sebab ada pertembungan ini. Cuma boleh atau tidak saya sebut, apa yang kementerian sumbang itu adalah atas kapasiti NGO. Sebahagian besar Muslim dia sangat sensitif dengan SIS kerana mereka merasakan SIS tidak represent wanita Islam secara keseluruhan. Jadi boleh atau tidak untuk kita stop-kan perkara ini, maksud dia, siapa-siapa sahaja NGO boleh memohon permohonan dan kementerian boleh luluskan kerana dia juga membuat kerja-kerja yang baik? Boleh atau tidak saya sebut macam itu atau...?
[Bangun]
Saya percaya penjelasan saya sudah cukup jelas tadi untuk semua Yang Berhormat faham. Semua ada menundukkan kepala, semua faham penjelasan saya.
Menteri, sedikit sahaja Menteri.
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Saya cuma ingin bertanya kepada Menteri. Kalaulah kata ada permintaan daripada Sisters in Islam dan pihak kementerian tidak memberikan peruntukan, bukankah itu akan membukakan kementerian kepada tuduhan kononnya tidak memberi peruntukan persatuan tersebut? Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang tadi, itu adalah perkara yang tidak berasas. Kalau ada permintaan, bukanlah kita tidak boleh memberikan peruntukan tersebut kerana ia akan membuka kementerian...
[Bangun]
...Kepada macam-macam tuduhan.
Aiyo, Yang Berhormat Jelutong. Saya sebenarnya sudah jawab dan semua sudah okey dan sekarang bangkitkan lagi. Ya Yang Berhormat Petaling Jaya.
Isu...
Yang Berhormat Petaling Jaya, silakan.
Terima kasih. Saya rasa untuk memberi peruntukan untuk NGO mesti ada kriteria dan kriteria ialah adakah NGO itu beri pertolongan atau kebajikan kepada wanita. Saya rasa sebuah pertubuhan seperti Sisters in Islam sudah fulfil the criteria yang berada dalam kementerian.
[Bangun]
Saya rasa you are missing the point kerana ini adalah untuk memberi bantuan kepada wanita. Apa salahnya? Jangan kaitkan dengan Islam dan Sisters kerana...
[Bangun]
...Sekarang masih ada court trial tentang fatwa itu. So saya rasa ini bukan isu untuk kita menjadikan satu kriteria untuk memberi peruntukan atau tidak. [Pembesar suara dimatikan]
Kalau ada kes di mahkamah, ini sudah sub judice ya. Jadi tidak perlu dibincangkan.
Tidak. Sepatutnya kementerian menghormati fatwa. Sekarang ini berlaku tidak menghormati... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Petaling Jaya sudah pun menjelaskan. Fatwa ini sedang dipertikaikan di mahkamah. Jadi kita biarkan di situ sahajalah. Ada perkara lain yang perlu dibangkitkan?
Saya sebenarnya sudah jawab dengan jelasnya Tuan Yang di-Pertua. Saya akhiri ucapan saya dengan merakamkan penghargaan kepada semua dan bagi yang tidak ada, saya akan berikan secara bertulis kepada semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita beralih ke Kementerian Industri Utama. Dipersilakan Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Baharu. Tuan Yang di-Pertua; Asam pedas rasanya gurih; Makan bersama di warung Pak Man; Kuaturkan ucapan terima kasih; Atas semua perhatian Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan kepada Dewan ucapan terima kasih kepada 25 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan isu dan pandangan berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Industri Utama dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Untuk penggulungan ini, saya akan memberikan maklum balas dan penjelasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat melalui lima urutan topik seperti yang berikut: (i) langkah-langkah menstabilkan harga komoditi; (ii) bantuan seperti insentif kepada pekebun-pekebun kecil; (iii) status pelaksanaan rubberized road; (iv) langkah-langkah dan perkembangan menangani kempen anti- minyak sawit oleh Kesatuan Eropah; dan (v) potensi tanaman buluh di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang akan dijelaskan adalah berhubung pertanyaan Yang Berhormat Bera.
Yang Berhormat Bera.
Bahasa baku “Bera”- B-E-R- A...
[Dewan Ketawa]
Loghat Pahang, Bera.
Oh Pahang, okeylah. Saya belajar di sekolah baku. Yang Berhormat Ketua Pembangkang lah, lebih enak. Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Hulu Rejang, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Pontian- mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi meningkatkan dan menstabilkan harga komoditi sawit dan getah. Tuan Yang di-Pertua, purata harga minyak sawit mentah bulanan telah menunjukkan peningkatan bermula tahun ini. Ini adalah disebabkan beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Antara usaha yang telah membuahkan hasil adalah seperti berikut.
Pertama, kita telah mengadakan Kempen “Sayangi Sawitku” sepanjang tahun 2019. Majlis pelancaran rasmi kempen ini telah diadakan pada 24 Mac 2019 di Ladang East, Sime Darby Plantation, Pulau Carey dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pelbagai program dan aktiviti telah diatur sepanjang tahun ini bagi menjayakan Kempen Sayangi Sawitku. Kedua, meningkatkan adunan bio bahan api sawit dengan diesel petroleum melalui program biodiesel B10 adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus petroleum yang telah dilaksanakan secara mandatori pada 1 Februari 2019 bagi sektor pengangkutan dan program biodiesel B7 adunan 7 peratus biodiesel sawit dan 93 peratus diesel petroleum mulai 1 julai 2019 bagi sektor industri. Implementasi program ini membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik dalam negara dengan anggaran peningkatan sebanyak 761,000 tan satu tahun. Ketiga, menjalankan misi-misi ekonomi dan lawatan teknikal bagi mengukuhkan hubungan dengan negara-negara pengimport utama produk-produk sawit. Melalui usaha ini, prestasi eksport minyak sawit Malaysia telah meningkat sebanyak 10.5 peratus daripada 2.72 juta tan bagi 2 bulan pertama tahun 2018 kepada 3 juta tan bagi tempoh yang sama bagi tahun 2019. Dalam tempoh masa tersebut, eksport minyak sawit Malaysia ke negara pengimport utama minyak sawit Malaysia iaitu India telah meningkatkan sebanyak 65.6 peratus, manakala China, 62 peratus dan Amerika Syarikat, 20.3 peratus. Peningkatan juga dilihat berlaku di pasaran Kesatuan Eropah sebanyak 1.5 peratus. Antara negara yang mencatatkan peningkatan yang ketara adalah Itali, 88.8 peratus dan Sepanyol, 23.4 peratus. Keempat menandatangani perjanjian persefahaman MOU antara beberapa buah syarikat Malaysia bersama syarikat China bersempena Forum Perniagaan Minyak Sawit Malaysia-China di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 4 Mac 2019. Terdapat empat buah syarikat Malaysia dan tiga buah syarikat China terlibat dalam menandatangani MOU ini. Forum yang dianjurkan ini bertujuan untuk merealisasikan persetujuan yang telah dicapai semasa mesyuarat delegasi antara Malaysia dan China yang diadakan di Beijing, China pada 20 Ogos tahun lalu. Hasil perjanjian ini akan meningkatkan jumlah pengambilan minyak sawit Malaysia ke China iaitu sebanyak 1,740,000 tan metrik. Kementerian menjangkakan Negara China akan terus mendapatkan lebih banyak minyak sawit dari Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan syarikat- syarikat sawit di Malaysia akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia ke China untuk memenuhi keperluan negara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi komoditi getah pula, kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi menstabilkan harga komoditi ini agar semua pemegang taruh mendapat pulangan yang baik melalui usaha-usaha berikut. Pertama, menghadiri mesyuarat khas di peringkat Menteri, The International Tripartite Rubber Council (ITRC), dengan izin, 2019 di Bangkok, Thailand pada 22 Februari tahun ini. Hasil mesyuarat ini, ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand bersetuju bahawa untuk melaksanakan Agreed Export Partner Scheme (AETS), merupakan instrumen yang berkesan untuk mengimbangi stok di pasaran dunia serta dijangka dapat meningkatkan harga getah asli bagi jangka masa pendek. Mesyuarat ITRC peringkat pegawai pula telah menyusul perkara ini dan pada 4 dan 5 Mac tahun ini di Bangkok, Thailand, telah menetapkan pengurangan kuota eksport sebanyak 240,000 tan mulai 1 April 2019, selama empat bulan. Sejak pengumuman agreed export tonnage scheme (AETS) keenam oleh ITRC ini, paras harga Standard Malaysian Rubber SMR 20, free on board telah meningkat sebanyak 4.7 peratus dari RM5.73 sekilogram pada Februari 2019 kepada RM6.05 sekilogram pada 14 Mac 2019...
Yang Berhormat Menteri...
Silakan.
Ya Pendang.
Tuan Yang di-Pertua?
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu yang dikatakan kerajaan telah menetapkan harga RM2.50 hari itu dan bagaimana kaedahnya sekarang yang kita katakan penoreh ataupun pekebun kecil terpaksa menuntut lebihan daripada harga yang RM2.50 yang ditetapkan. Sekarang ini katakan lah RM2.20. 30 sen- penoreh ataupun pekebun kecil terpaksa pergi ke satu-satu tempat yang mana sekarang kaedah ini menyusahkan pekebun kecil ataupun penoreh-penoreh bagi membuat tuntutan harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan kaedah yang terbaik bagi meringankan bebanan pekebun-pekebun kecil dan juga penoreh-penoreh getah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang di atas keprihatinan terhadap pekebun-pekebun kecil yang selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan. Saya akan jawab nanti dalam soalan yang akan datang, memang ada dalam jawapan yang akan saya bentangkan nanti. Saya akan habiskan dengan isu harga. Kedua, meningkatkan penggunaan getah dalam negara sehingga 10 peratus daripada jumlah pengeluaran getah asli semasa. Ini termasuk penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya dan penghasilan produk-produk baharu yang bernilai tambah berasaskan getah seperti seismic bearing, sarung tangan getah dan lain-lain. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 100 juta pada tahun ini bagi membina jalan berasaskan getah sekerap. Untuk makluman, dengan peruntukan sebanyak RM100 juta ini sepanjang 200 kilometer jalan dapat diselenggarakan dengan turapan Cuplump Modified Bitumen, dengan izin. Projek ini akan menggunakan 2.1 tan kandungan getah kering 100 peratus bagi setiap satu kilometer dan ini bersamaan dengan 420 tan kandungan getah kering bagi 200 kilometer jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang akan diperjelaskan adalah berhubung pertanyaan Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat sedikit sahaja?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Nampak macam berbagai-bagai program dilaksanakan untuk membantu mengingatkan harga getah. Akan tetapi, harga getah, harga sawit dan sebagainya tidak ditentukan oleh kita. Jadi, rubberized road, B10 dan sebagainya telah pun dilaksanakan sebelum ini dan tentu akan mengambil masa yang pajang untuk kenaikan dan sebagainya. Hari ini mereka yang bergantung pada getah dan sawit terutama pekebun kecil, mempunyai masalah pendapatan, sangat rendah pendapatan mereka. Jadi soalan saya, apakah short-term measures, dengan izin, yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu pekebun kecil sawit dan getah ini yang menghadapi kesempitan hidup yang teramat sangat ini. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Memang saya sebenarnya sudah masuk ke isu bantuan, state incentive kepada pekebun kecil. Saya akan jawab bersama dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang sebentar tadi. Izinkan saya teruskan dengan...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Rompin.
Silakan.
Silakan.
Saya ada membangkitkan bahawa langkah segera untuk meningkatkan penjualan sawit ialah melaksanakan semula barter trade di mana kita pernah melakukannya, maknanya mana-mana negara yang kena jual barang kita, kita mesti kenakan barter trade. Nampaknya kerajaan belum ada – ini adalah satu rancangan yang cepat, boleh meningkatkan lagi penjualan sawit. Kedua, kepada pekebun kecil bukan sahaja harga rendah tetapi tidak boleh jual sawit mereka ke kilang, ini yang satu keadaan yang cukup menderita sebenarnya. Pekebun- pekebun kecil tidak boleh menjual buah sawit kerana kilang mencatukan pembelian dan tidak mahu membeli buah sawit kerana stock level di kilang mereka tinggi kerana refinery tidak beli. Apabila refinery tidak beli, CPO tidak boleh jual kepada refinery, stok makin tinggi dan apabila stok makin tinggi, dicatu pembelian buah dan selalunya yang kena adalah pekebun- pekebun kecil. Nampaknya kerajaan tidak address masalah ini dengan segera. Saya nampak langkah-langkah kerajaan tidak mengambil kira langkah-langkah segera untuk mengatasinya. Ini perlu dilakukan oleh pihak kerajaan, saya nampaklah.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin di atas pandangan yang baik. Bagi saya jawab dahulu tentang bantuan dan insentif pekebun kecil. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi tentang barter trade, sebenarnya Yang Berhormat pun sedia maklum apabila barter trade ini kita melibatkan G2G atau government to government. Ada beberapa perkara yang sedang pihak kementerian teliti sekarang ini untuk memastikan agar apa yang kita lakukan, pertamanya dapat menyelesaikan masalah stok. Officially, seperti mana yang diumumkan stok kita adalah 3.05 juta tan sekarang ini dan sekarang ini kita lihat berlaku trend penurunan di atas apa yang sedang kita lakukan. Sepertimana saya sebutkan di peringkat awal jawapan tadi. Jadi, kita tentulah sebagai kementerian merasakan bahawa strategi yang ingin dilakukan mestilah sesuai dalam usaha kita untuk memastikan permintaan supply and demand itu berjaya kita uruskan dengan baik dan seperti mana Yang Berhormat pun sedia maklum, stok yang kita selesa, we need to have a stock dengan izin Tuan Yang di-Pertua adalah lebih kurang dalam dua juta ke 2.5 juta tan untuk keperluan-keperluan domestik. Jadi dengan trend penurunan ini, saya yakin ia akan memberikan satu perkembangan yang cukup positif bagi sawit khususnya. Izinkan Tuan Yang di-Pertua, bagi saya terus...
[Bangun]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, maaf. Ada tidak kemungkinan berlaku tindakan balas dari segi import sawit daripada India apabila Perdana Menteri pergi melawat Pakistan? Adakah kementerian akan membuat kajian tentang perkara itu? Itu yang pertama. Kedua ialah apabila kita menjual getah sekerap, harganya adalah rendah. Akan tetapi kalau menjual getah keping harganya lebih tinggi daripada getah sekerap. Adakah itu salah satu cara formula kementerian untuk menambahkan pendapatan penoreh getah? Terima kasih.
Cadangan Yang Berhormat Pontian tentang getah sekerap, getah keping itu saya ambil perhatian dan kita akan teliti apakah formula terbaik. Sepertimana yang dimaklumkan oleh saya sebentar tadi dalam peringkat jawapan, kita memberikan tumpuan sekarang kepada program rubberized road dengan harapan untuk meningkatkan lagi penggunaan getah sekerap. Dari segi import sawit di India. Oleh sebab tax ataupun pelaksanaan cukai yang memberi keuntungan kepada kita dengan pengurangan sebanyak lima peratus cukai, ia telah berjaya meletakkan kita di kedudukan yang advantage dengan izin dari segi import sawit ini. Hubungan India dan Pakistan saya fikir seperti mana yang kita semua baca di dalam berita dan sebagainya ketika baru-baru ini Hari Kemerdekaan Pakistan, Perdana Menteri Pakistan berhubung dengan Narendra Modi dan sebagainya. Saya fikir hubungan itu masih lagi tidak tegang dan sudah pastilah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri tentunya dalam usaha untuk dalam masa melakukan hubungan yang baik dengan Pakistan dan dalam masa yang sama juga, kita mempunyai potensi yang besar di Pakistan. Sekarang ini market share kita dengan sawit kita di Pakistan ini, kita dapat lebih kurang dalam 40 peratus. Kita harap dengan lawatan-lawatan seperti ini,
ia akan meningkatkan lagi market share. Dahulu kita 100 peratus tetapi sekarang kita terpaksa bersaing dengan negara jiran iaitu Indonesia. Jadi sudah pastilah dengan lawatan-lawatan seperti ini tentunya akan meningkatkan lagi hubungan dagang terutamanya dalam kita menyalurkan ataupun menjual minyak sawit kita ke Pakistan khususnya. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Sila.
Saya ingin bertanya mengenai persaingan dengan negara jiran. Satu realiti ialah di Indonesia, mereka menawarkan harga yang lebih jauh menarik daripada kita. Jadi Kerajaan Malaysia melihat keadaan ini, apakah tindakan yang patut diambil? Itu ada hubung kait dengan pertanyaan rakan-rakan tadi sebab apabila Miller tidak mengambil hasil kelapa sawit kita bermaksud pekebun kita akan sengsara. Itu adalah kenyataan yang berlaku, realiti yang berlaku di bawah. Saya cuma hendak sampaikan kepada Yang Berhormat. Kalau tengok pekebun kelapa sawit Melayu di kawasan saya, dia akan jual dapat tunai terus. Apabila dia bagi kepada seseorang yang boleh tunggu sampai hujung bulan baru dapat pendapatan itu maka dia rela RM30, RM40 lebih rendah dan sebab itulah apabila dijual kepada Miller, merupakan satu faktor kalau dia terima maka satu keluarga tidak dapat makan. Jadi minta tindakan, pertamanya bagaimana Indonesia kalau tawarkan harga lebih rendah, Malaysia ini hendak bersaing dengan dia. Mesti ada strategi. Sudah enam bulan tetapi belum nampak satu strategi yang berkesan untuk menawan perkara ini. Kedua, kalau tadi sebut barter trade Malaysia dengan India dan China. Ini antara dua negara yang paling banyak membeli. Jadi adakah usaha daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengadakan barter trade? Mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan pergi ke China pada bulan April, cari satu kaedah dia beli lebih banyak, maka selesai masalah pekebun di sini dan sekurang-kurangnya kita boleh berdepan dengan krisis mungkin beberapa bulan ini. Apakah pandangan Yang Berhormat, apakah cadangan Yang Berhormat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum beliau ke China? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam di atas pandangan yang baik. Sebenarnya Yang Berhormat pun sedia maklum bahawa barter trade seperti saya tegaskan tadi is not something new to the country. Dahulu kita pernah misalnya barter trade dengan Indian Railway Company. Mereka buat projek railway di sini dan kita bayar dengan minyak sawit. Kemudian kita juga ada pengalaman dengan Rusia di mana mereka membekalkan MiG-29 dan kita bayar dengan minyak sawit. Cadangan-cadangan itu is still within the radar dengan izin, kementerian dan tentunya kita sedang memikirkan bagaimanakah pendapatan yang lebih strategik dalam usaha dan hasrat kerajaan untuk memastikan harga ini akan terus meningkat dan memberikan manfaat kepada rakyat. Soal yang dibangkitkan oleh...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit...
Yang Berhormat Ayer Hitam, sekejap.
Yang Berhormat Paya Besar.
Sekejap, saya habiskan dahulu. Saya tadi, Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan tentang apa tadi? Barter and also? Yang Berhormat Ayer Hitam tadi sebut fasal apa? Barter? Have I answered your question?
Indonesia itu, harga paling rendah.
Baik, Indonesia ini sebenarnya Yang Berhormat, kita sekarang ini memimpin apa yang dipanggil sebagai CPOPC, di mana dalam Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) itu kita bersama- sama dalam satu pasukan untuk memberikan tekanan ataupun berhadapan dengan serangan yang dilakukan oleh EU khususnya. Kita juga sebenarnya dalam CPOPC ini kalau
dahulu ada dua negara sahaja, Indonesia dan juga Malaysia, sekarang ini waktu selepas misi perdagangan kementerian yang diketuai oleh saya di Colombia, kita berjaya menarik Colombia pula sebagai sebahagian daripada Council ini. Jadi sudah pastilah dalam council ini kita memanfaatkan council ini untuk kita merangka usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti bagi menangkis sebarang usaha untuk menyekat eksport minyak sawit dalam masa yang sama mencari jalan bagaimana untuk kita bergabung secara bersama kerana isunya sekarang ini ialah isu berkaitan dengan harga.
Yang Berhormat cuba secara direct saya hendak tanya.
Ya.
Forum itu ada tiga buah negara dan dua negara utama ialah Malaysia dengan Indonesia. Apakah mungkin kita mencari satu kaedah, kita tetapkan harga yang boleh diterima untuk kedua-dua negara daripada kita mengadakan saingan yang tidak menguntungkan Malaysia, cari satu kaedah bincang dengan jiran kita dan itu memang hidup bagi kedua-dua negara.
Saya minta supaya kerajaan ini cari satu kaedah, kita akan sokong. Kalau dengan cara ini pekebun kita tidak sengsara, yang saya khuatir Indonesia jual dengan lebih banyak, sebab penghasilan dia RM40 bilion satu tan metrik satu tahun Malaysia dua puluh. Akan tetapi, lebih banyak beli daripada situ, tak guna kalau Wilmar Malaysia jual kepada Wilmar China. Itu antara internal trading. Apa yang penting ialah memperluaskan pasaran, akhirnya pekebun kita mereka dapat jual hasil. Itulah pokoknya. Saya minta cadangan itu dibawa kepada forum ini supaya kita lebih menguntungkan negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam di atas cadangan dan kita akan maklum tentang cadangan tersebut. Buat masa yang sama, seperti mana saya tegaskan dalam jawapan saya ialah kementerian tentunya akan menggunakan secara maksimum penglibatan kita di dalam CPOPC ini dan dalam masa yang sama kita juga tidak sekadar bergantung kepada council ini, malah kita juga mengadakan misi, terus mengadakan misi dagangan ke negara-negara yang berpotensi. Dalam usaha kita untuk memastikan ada banyak lagi intake of a palm oil dan kita tentunya akan berpadu tenaga dalam kita berhadapan dengan pelbagai tekanan sekarang ini diberikan Kesatuan Eropah khususnya. Silakan Yang Berhormat Paya Besar.
Ya Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Menteri berkaitan akan ada usaha-usaha pihak kerajaan untuk menstabilkan harga terutamanya harga CPO dengan pelbagai kaedah- mission ke luar negara. Cumanya persoalan saya, kita bersaing bukanlah bersaing jauh sangat. Kita bersaing dengan Indonesia. Akan tetapi data yang telah saya lihat melalui sumber-sumber yang saya yakini, saya melihat dahulunya CPO Indonesia dengan Malaysia pada tahu lepas, agak kita ke hadapan. Akan tetapi, semakin hari semakin jauh kita ditinggalkan oleh Indonesia. Itu perkara yang pertama. Keduanya, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah trend penurunan CPO ini akan berterusan turun? Ini kerana apabila saya bertanya kepada Kementerian Hal Ekonomi pagi tadi berkaitan nasib peneroka FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, ramai peneroka sekarang ini tidak dapat baki tunai. Ini kerana apa, walaupun dia dapat tujuh tan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Buah Tandan Segar (BTS). Akan tetapi, jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi pagi tadi mengatakan ia adalah berkaitan dengan harga komoditi kelapa sawit. Jadi, perkara yang asas hari ini ialah keluaran sehingga tujuh tan. Akan tetapi, harga ini masih berada di tahap yang membimbangkan. Kesannya adalah kepada peneroka itu sendiri dan akhirnya yang sengsara peneroka dan akhirnya ke mana arah tuju peneroka. Ini sebab saya difahamkan, apabila Kabinet telah memutuskan 6.5 juta hektar untuk di hadkan keluasan tanaman kelapa sawit. Adakah ini sebenarnya merugikan bargaining power kita, kalau kita hendak jual pada orang, orang hendak tahu berapa banyak projection-
keupayaan kita dapat membekalkan. Akan tetapi, dengan mengehadkan 6.5 juta hektar kawasan tanaman ladang kelapa sawit ini, ia sudah pasti kita akan sedikit kekurangan dari segi bargaining power untuk stok itu. Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar di atas pandangan yang begitu baik. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, harga itu bergantung kepada pasaran dan tentulah kita di peringkat kementerian berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan pasaran minyak sawit kita akan terus dapat dicapai ke pelbagai negara. Seperti mana yang saya sebutkan tadi di awal jawapan, sekarang ini alhamdulillah trend peningkatan itu ada. Jadi sebab itulah ada dua perkara yang saya ingin ulas berkaitan dengan apa Yang Berhormat sebutkan tadi. Berkaitan capping 6.5 juta hektar. Itu kerana komitmen kita untuk menunjukkan kepada dunia bahawa minyak sawit yang akan kita keluarkan itu sustainable, ada menjurus kepada kemapanan. Sedang diusahakan sekarang ini ialah soal yield ataupun hasilnya. Bagaimana hendak meningkatkan hasil through mechanization, dengan izin, dan ini tentunya membantu pekebun-pekebun kecil khususnya. Kalau ada kaedah teknologi dan sebagainya, ia akan memastikan agar hasil itu bertambah dan pendekatan capping ini akan memberikan tarikan kepada mereka yang berminat dengan minyak sawit kita yang mempunyai kualiti dan ini tentunya akan membantu melariskan penjualan minyak sawit kita ke luar negara. Silakan Yang Berhormat Arau.
Arau. Yang Berhormat, mungkin ini soalan yang terakhir sebelum kita pergi kepada ‘Lembaga Buluh Negara’ (LEMBU). Okey, saya hendak tanya Yang Berhormat, kita membuat misi ke EU untuk membeli kelapa sawit. Apakah Yang Berhormat sedar, kalau kita pergi ke EU, kelapa sawit mereka setuju untuk mereka beli daripada kita. Akan tetapi, dalam masa yang sama Indonesia menjual dengan harga yang murah. Sudah pasti pengguna-pengguna di EU akan marah, kalau sekiranya mereka beli daripada Malaysia, pengguna-pengguna akan beli daripada Indonesia. Kita teroka, Indonesia yang dapat untung. Jadi masih pada pandangan semua termasuk daripada PH, pendekatan mestilah Malaysia dan Indonesia, dengan EU dan juga mana-mana negara. Sebab apa, kalau Malaysia pergi berseorangan boleh lah. Saya ingat pergi makan angin, boleh lah. Saya tahu kadang-kadang misi kita itu, pergi jumpa orang di mana, di EU itu kita jumpa saya rasa tidak mungkin mereka boleh percaya. Kita patut guna pelbagai saluran. Di antara saluran yang boleh guna ialah, ICAPP EU iaitu International Conference of Asia Political Party dengan EU iaitu ialah dua parti EU dengan Asia ini bergabung, kita boleh bincang benda ini. Itu lebih murah belanja dan kita rasa kesannya lebih. Akan tetapi, cara kita misi yang kita buat, kita pergi buat promosi, buat seminar di hotel, kita boleh habis duit begitu saja. Akan tetapi, kalau mereka beli pun, yang pertama mereka akan beli, tetapi round kedua mereka tidak akan beli pada Malaysia, mereka akan beli pada Indonesia. Jadi apakah Yang Berhormat bercadang supaya dibentuk pasukan untuk CPO ini, supaya pendekatan kita kepada dunia ialah Malaysia dan Indonesia?
Tuan Yang di-Pertua, saya persilakan Cameron Highland dulu.
Yang Berhormat Cameron Highlands, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada tarikh 23 Disember 2018, Yang Berhormat Menteri telah menyatakan semua peladang atau pekebun kecil perlu mempunyai sijil minyak sawit, MAMPAN Malaysia, MSPO, dengan izin, pada tahun 2020. Bagi memastikan pekebun kecil mendapat sijil berkenaan, kerajaan telah memberi secara percuma kepada pekebun kurang 40 ekar tanah. Akan tetapi, ini tidak berlaku pada masyarakat Orang Asli sebab sijil MSPO bermasalah untuk masyarakat Orang Asli kerana syarat tanah mereka kena ada geran. Sekurangnya diwartakan dan disahkan oleh JAKOA. Ini kita hadapi ada setengah tempat JAKOA bagi pengesahan, setengah tempat JAKOA tidak bagi pengesahan. Masalah sekarang, banyak pekebun masyarakat Orang Asli tidak ada geran tanah dan tidak diwartakan. Ini menyebabkan status tanah masih tidak sah disebabkan tarafnya adalah hutan simpanan dan tanah kerajaan. Sebagaimana yang Menteri telah menyatakan, kita tanpa sijil ini, pengeksportan ke Europe akan dihalang dan ini salah satu sumber
pendapatan bagi masyarakat Orang Asli. Dengan sedemikian, saya mencadangkan kementerian perlu memberi kelonggaran kepada pekebun kecil Orang Asli hingga isu pengiktirafan tanah ini selesai. Pegawai-pegawai JAKOA memberi pengesahan pekebun- pekebun Orang Asli ini tanpa diganggu oleh pihak Jabatan Hutan dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands dan Yang Berhormat Arau di atas soalan dan cadangan yang diberikan. Saya ingin jelaskan dahulu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau. Iaitu berkaitan dengan program ataupun engagement kita, dengan izin, ke EU. Saya fikir kurang tepatlah kalau kita pergi sana untuk sekadar dalam konteks apa yang saya cuba fahamkan Yang Berhormat Arau bangkitkan maknanya kita pergi tidak ada hasil yang positif. Saya ambil maklum baru-baru ini kita pergi ke EU dan menghadiri sesi konsultasi pemegang taruh yang dianjurkan Suruhanjaya Eropah pada 5 Mac. Kita bincang secara terperinci bagaimana kita boleh memberikan pandangan terutamanya dalam draf delegated regulations yang dicadangkan oleh mereka.
Kita juga memberikan maklum balas dan pandangan kita yang tegas di bawah United Nations Sustainable Development Goals 2030. Ini perkara-perkara yang serius yang memerlukan perbincangan yang terperinci dan dengan fakta yang baik. Alhamdulillah saya bersyukur kerana di peringkat itu, kementerian mempunyai komitmen yang tinggi dan kita menghantar pasukan yang berwibawa untuk berhadapan dengan pemegang-pemegang dasar mereka yang boleh mempengaruhi isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Kita semua sedia maklum bahawa EU ini adalah pasaran yang luas. Minyak sawit Malaysia kita kebanyakannya masuk ke dalam bahagian processing, food processing, dengan izin. Indonesia itu banyak kepada biofuel. Jadi, sudah pastilah bila kita sebut tentang food processing ini, kita bercakap tentang kualiti, tentang sustainability yang boleh meningkatkan lagi kualiti makanan di sana. Tentulah perkara ini merupakan perkara yang serius dan kita mempunyai potensi yang besar untuk food processing, Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands, saya ucap terima kasih.
Penjelasan. Okeylah, Yang Berhormat buat itu, okeylah, kita boleh terimalah. Akan tetapi saya nak bagi tahu bahawa kita tidak cukup untuk hanya menghantar pasukan Malaysia. Kita minta supaya Malaysia dengan Indonesia itu mesti kerjasama. Kita jangan ingat kelapa sawit kita kualiti bagus, Indonesia kurang bagus. Kalau Malaysia mengeluarkan 20 juta dan Indonesia 49 juta, sudah pasti di kalangan yang tak bagus itu ada yang bagus, Yang Berhormat. Jadi, saya masih menekankan bahawa pasukan itu biarlah pasukan Malaysia – Indonesia untuk berunding dengan EU. Kalau Malaysia sahaja, ia akan timbul masalah di hadapan nanti sebab ada juga minyak sawit Indonesia yang dijual untuk tujuan food processing, untuk tujuan pemakanan. Jadi, kita harus bersama-sama dan bekerjasama. Minta maaf Yang Berhormat, saya tak mahu cakap dah sebab saya menunggu buluh ini, Yang Berhormat.
Sila.
Ini saya kena respons sikitlah kerana saya tegaskan pada peringkat awal tadi waktu Yang Berhormat tak ada dalam Dewan bahawa kita ada CPOPC (Council of Palm Oil Producing Countries), satu. Kita ada juga bekerjasama dipanggil Friends of Palm Oil yang terdiri daripada Indonesia juga, Thailand, Peru, Colombia and others. Jadi yang ini, perkara yang saya fikir penting untuk ditegaskan kerana ianya tentu membantu kita dalam usaha untuk menghalang sebarang bentuk diskriminasi terhadap minyak sawit, terutamanya di EU. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi bangkit tentang Cameron Highlands ya. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands yang telah membangkitkan isu yang penting sebenarnya. Getah misalnya, Yang Berhormat pun sedia maklum, kita ada Program Getah Untuk Pribumi. Saya sepatutnya tengah hari ini harus berada di Kampung Tuil di Gua Musang di kawasan kampung Orang Asal di sana. Akan tetapi oleh kerana terpaksa menggulung, saya terpaksa tangguhkan program di sana. Kita berikan tumpuan sepenuhnya juga kepada masyarakat Orang Asal ini. Misalnya di Sarawak, kita juga berhadapan dengan masalah ini, di mana sana ada tanah adat.
Boleh saya minta laluan sikit? Bagi saya, di Semenanjung, kami dipanggil ‘Orang Asli’. Ya? Itu sahaja sebagai peringatan. Dalam perlembagaan pun sebut ‘Orang Asli’.
Okey, minta maaf. Oleh sebab saya dah biasa dengan Orang Asal. Okey, saya ambil- Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli.
Yang Berhormat Menteri, Setiu minta penjelasan sikit.
Boleh saya sekejap? Saya habiskan. Kita akan teliti cadangan Yang Berhormat itu kerana di Sarawak misalnya, kita ada masalah juga dengan tanah adat tetapi kita ada cara untuk menyelesaikan perkara ini. Jadi, saya fikir di peringkat kementerian, kita akan ambil maklum. Oleh kerana kita mahu setiap mereka yang menanam sawit itu mendapat manfaat daripada MSPO ini. Biarlah pada 1 Januari 2020 ini, setiap titis minyak sawit itu adalah certified, sustainable, mampan. Ini tentunya satu breakthrough lah, dengan izin, kepada industri sawit dalam negara kita. Sila, Yang Berhormat Setiu.
Saya timbulkan dalam ucapan saya berkait dengan baja yang dibekalkan oleh FELDA telah dihentikan sejak empat tahun yang lepas. Jadi, semasa baja dibekalkan oleh FELDA tadi, peneroka dapat bayar secara ansuran dan harga pun lebih rendah. Akan tetapi sekarang ini oleh kerana peneroka terpaksa membeli baja bukan daripada FELDA, menyebabkan harga tinggi dan juga terpaksa bayar cash. Kedua, saya dapat aduan daripada peneroka yang mengatakan bahawa bantuan sara hidup tanam semula untuk peneroka kadang-kadang ada yang dapat RM1,300 tetapi hanya dibayar RM300, tidak dibayar sepenuhnya. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Pertama, tentang baja tadi ya, FELDA. Saya akan maklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kerana FELDA ini di bawah kementerian itu. Isu baja secara khusus, insya-Allah kita akan panjangkan supaya ada jawapan yang bertulis diberikan kepada Yang Berhormat, ya.
Terima kasih.
Okey. Saya nak jawab Yang Berhormat Pendang, tadi dibangkitkan. Tak apalah, dia tak ada dalam Dewan tetapi tadi dia bangkitkan soal mekanisme tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Tuan Yang di-Pertua, kerajaan prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar dalam menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Untuk makluman, bagi memudahkan pekebun kecil menuntut IPG, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil seperti berikut; (i) kita mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada pelesen ataupun peraih getah dan ketua kampung untuk mengumpul dan menghantar borang tuntutan IPG pekebun kecil getah ke pejabat LGM yang berhampiran; (ii) mengumpulkan borang tuntutan di lokasi-lokasi tumpuan seperti balai majlis pengurusan komuniti kampung, masjid ataupun surau yang berdekatan untuk diambil oleh pegawai LGM yang turun padang dan menghantar terus borang ke pejabat LGM yang berhampiran oleh pekebun kecil. Di samping itu, bagi meningkatkan lagi jumlah tuntutan IPG, kerajaan telah dan sedang melaksanakan langkah-langkah seperti berikut; (i) mengadakan program hebahan dan jelajah melalui kerjasama pemimpin masyarakat setempat dan pihak berkuasa tempatan; (ii) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi melaksanakan pembersihan data 4G dan melengkapkan maklumat akaun bank pekebun kecil; (iii) menyediakan aplikasi semakan status permohonan IPG iaitu e- Bantuan;
(iv) menyediakan khidmat notifikasi sistem pesanan ringkas ataupun SMS kepada pekebun kecil ke atas status permohonan; (v) memaklumkan status tuntutan IPG kepada pekebun kecil melalui data pos; (vi) membekalkan peralatan komputer, pencetak serta jalur lebar kepada Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak. Selain itu, pihak RISDA juga telah bersetuju untuk membuka kaunter khas dalam kadar segera bagi membantu pekebun kecil menerima borang IPG ini. Pendekatan ini diharap dapat memudahkan lagi proses tuntutan IPG oleh pekebun kecil, sekali gus memastikan mereka dapat menikmati insentif yang diberikan.
Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Ya, silakan, silakan.
Sik mohon sikit penjelasan berkaitan dengan mekanisme tuntutan IPG ini. Pihak kementerian mungkin juga melihat ada beberapa masalah di peringkat bawahan. Di antaranya ialah pihak pekebun ini, mereka ada yang tidak dapat memperoleh card yang dibekalkan oleh RISDA. Di antaranya kerana mereka tidak mempunyai pemilikan secara geran kebun-kebun yang mereka toreh itu. Kedua, jika mekanisme tuntutan itu melalui peraih-peraih getah ini, ada di antara peraih ini yang tidak ada lesen, khususnya di pedalaman, di daerah saya di Sik dan sebagainya. Begitu juga kalau mereka membuat tuntutan melalui peraih getah ini, masa atau tempoh untuk mereka peroleh tuntutan itu sangat lama, kadang sampai satu bulan. Jadi, adakah pihak kementerian cuba melihat mekanisme yang lebih cekap iaitu tuntutan IPG ini terus langsung dibuat oleh pihak pengilang dan harga yang dibeli ataupun harga yang dijual oleh pekebun ini langsung diperoleh atas nilai harga lantai IPG itu. Kalau contoh hari ini RM2.50, maknanya jumlah yang dituntut melalui IPG ini langsung oleh pihak pengilang dan itu lebih cepat dan lebih telus untuk kita sampaikan insentif ini kepada pekebun. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik di atas pandangan yang baik yang mencadangkan supaya kementerian mengkaji supaya tuntutan dibuat terus di peringkat pihak pengilang.
Kita akan membuat penelitian tentang cadangan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya peringkat kementerian juga kita sedang meneliti cadangan-cadangan untuk memastikan agar ada satu sistem online yang dibuat apabila penoreh getah ini menjual getah pada peraih. Kita akan selesaikan isu peraih yang tidak berlesen ini kerana bila kita jual pada peraih yang berlesen, bila harga katalah harga hari ini RM2.20 ,mereka dapat 30 sen jadi kita boleh buat secara online bayaran terus kepada akaun pekebun kecil. Apabila mereka berjual kepada peraih yang ini kita sedang teliti beberapa konsep ini terutamanya kita buat program-program rintis untuk memastikan agar untuk masa-masa yang akan datang ia akan membantu mempermudahkan lagi pekebun kecil. Buat masa ini saya perlu maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa apa yang sebutkan tadi adalah merupakan strategi-strategi kita yang sedang kita usahakan kerana kita mahu supaya ada peningkatan. Kalau dahulu sekadar 15 ke 20 peratus sahaja tuntutan IPG ini, kali ini dengan peningkatan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini dengan RM2.50 ia akan membantu pekebun kecil berhadapan dengan keadaan yang mencabar. Jadi sudah pasti ini akan— dengan banyak tuntutan ia akan membantu mereka. Yang Berhormat Sik juga bangkitkan soal tuntutan pengaktifan IPG iaitu RM2 sekilogram disusun semula supaya setiap penoreh getah dapat menjual terus kepada peraih dengan harga RM2.50. Bagi saya jawab dulu yang isu ini sebelum saya buka kepada pencelahan ataupun soalan. Tuan Yang di-Pertua, pembelian harian getah secara langsung daripada pekebun kecil pada kadar IPG atau tidak kurang daripada RM2.50 sekilogram daripada peringkat ladang memerlukan peruntukan yang tinggi daripada kerajaan. Hal ini kerana kadar IPG ditentukan berdasarkan harga purata bulanan getah cup lump di peringkat ladang 50 peratus
kandungan getah kering dan pekebun kecil akan menikmati pada satu kadar yang sama mengikut kadar IPG yang telah ditetapkan mengikut wilayah. Pemberian pada satu kadar ini juga lebih adil oleh kerana pembelian oleh peraih adalah berbeza mengikut wilayah dan lokasi pembelian bergantung kepada kos margin peraih. Sehubungan dengan itu pelaksanaan pembelian terus dengan harga RM2.50 sekilogram atau pada kadar IPG daripada peraih memerlukan kajian terperinci bagi melihat implikasi-implikasi seperti berikut. Pertama, implikasi kewangan kepada kerajaan kerana kadar IPG adalah berubah- ubah mengikut hari belian dan lokasi pembelian. Aktiviti penyeludupan hasil getah dari negara jiran oleh pekebun kecil untuk menikmati kadar IPG yang tinggi dan menerima insentif yang tidak sewajarnya. Ketiga, kesukaran mengawal kadar IPG dalam kalangan peraih kerana boleh dimanipulasikan bagi tujuan keuntungan pihak tertentu.
Bos, penjelasan.
Keempat, ketirisan bantuan kerajaan sekiranya insentif ini dibayar kepada pihak yang tidak layak dan tidak sepatutnya.
Kepada bakal Menteri Pelancongan, saya hendak tanya soalan.
Ini sokong bawa rebah ini. [Ketawa]
Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat jawab secara detail ini baguslah kita puas hati termasuk pergi melawat EU pun saya puas hati amatnya. Bukan saya perli-perli, makna itu serius. Malah saya sudah siap ini ucapan saya untuk berucap di Colombo pada minggu hadapan ialah berhubung dengan EU. Menyokong kerajaan, hendak tolong kerajaan walaupun kerajaan tidak bayar satu sen pun untuk saya pergi ke Colombo, kena belanja duit sendiri. Yang Berhormat, sebelum saya tengok masa tinggal satu minit lebih lagi, ini kenyataan kementerian supaya untuk— di samping usaha kita untuk meningkatkan harga sawit dan getah, Yang Berhormat telah mencadangkan tanaman tambahan iaitu buluh. Ini kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang serius dan saya mencadangkan supaya ‘Lembaga Buluh Negara’ ditubuhkan ataupun LEMBU untuk membolehkan kita bagi perhatian yang serius kepada buluh ini. Jadi apakah usaha kementerian dibuat untuk membolehkan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah dan kelapa sawit ini dengan menanam buluh. Bagaimana kami hendak tanam buluh, di celah mana, bawah para mana, di mana— itu juga hendak tanya buluh apa yang hendak tanam. Buluh jenis apa yang...
Buluh betong.
Buluh betong, buluh ‘teresa’ kah, buluh apa yang hendak tanam. Jadi buluh perindu kah. Jadi apakah cadangan kerajaan itu mempermain-mainkan ataupun serius ataupun sebenarnya sudah ada perancangan iaitu berhubung dengan penubuhan ‘Lembaga Buluh Negara’ ataupun LEMBU.
Saya minta sikit. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Berkenaan dengan penoreh bawah. Kami sana dipanggil pawah. Ini juga sebab bila penjualan di bawah aras IPG, yang akan buat tuntutan penama pekebun getah itu. Jadi orang yang bawah bahagi dua. Selalunya katakanlah RM3 satu hari, dia jual sekilo, jadi dia bahagi dua seorang sikit RM0.50 tetapi itu kalau harga di paras atas pada IPG, tidak ada masalah. Back to the normal. Akan tetapi masalah sekarang ini kalau di bawah paras IPG RM2.50. Orang yang buat tuntutan adalah tuan tanah, tuan kebun. Orang yang menoreh ini tidak dapat. Katalah berlaku penipuan, kalau yang amanah okey. Akan tetapi kita selesaikan masalah ini dulu supaya senang bila pemotong bawah ini dapat penjelasan ia akan berunding dengan tuan tanah itu untuk mereka agihkan perolehan itu. Itu yang pertama. Kedua, berkenaan dengan kaedah harga getah. Sekarang ini kita dikatakan— tadi method yang diterangkan saya ucap terima kasihlah pada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana penjelasan yang sangat jelas dan juga mencapai apa yang dikehendaki oleh penoreh di bawahan di kawasan-kawasan kita. [Disampuk] [Ketawa] Ia sekarang ini sudah mengatasi
RM2.50. Okey tidak ada masalah. Back to normal balik kaedah biasa. Sekarang yang kita bincang ini katakanlah di bawah IPG, harga IPG yang menimbulkan masalah. Kita akan gunakan balik sistem yang diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Itu yang kedua. Ketiga, tadi kita hendak minta penjelasan secara langsung daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan price yang tidak berlesen ini kita ingat kalau boleh minta bagi lesen dekat mereka sebab kita selepas ini kita hendak cadangkan kepada pihak kementerian supaya mereka ini menjadi agen terus menjual harga di paras yang ditetapkan oleh IPG ataupun RISDA atau mana-mana pihak kementerian yang meletakkan harga dan mereka inilah atau peraih inilah yang membeli getah daripada penoreh ini mereka terus tuntutan perbezaan harga yang mereka telah bayar kepada penoreh. Katalah harga RM2.60 mereka terus bayar RM2.60 dan selebihnya merekalah yang terus berurusan dengan IPG. Hal yang ini saya ingat lebih mudah. Ini cadangan. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang di atas cadangan-cadangan yang baik tentulah kita akan ambil maklum. Penoreh pawah misalnya kita memang uruskan betul-betul apabila ingin mengemukakan kad PAT-G itu. Jadi kita akan tengok sama ada ini boleh ditambah baik agar berlaku adil apabila mereka berkongsi 50-50. Yang Berhormat Arau membangkitkan tentang cadangan Lembaga Buluh Negara yang diakronimkan dengan nama LEMBU. Saya setuju kalau nanti kementerian boleh cadangkan Yang Berhormat Arau sebagai pengerusi LEMBU yang pertama. [Ketawa]
Ini memang cari fasal Yang Berhormat. [Ketawa]
Saya cadang.
Kalau Yang Berhormat tubuh Lembaga Buluh Negara, Yang Berhormat berjanji depan rakyat Malaysia untuk saya menjadi pengerusi. Walaupun yang paling saya tidak setuju ialah idea berhubung dengan buluh ini. Yang Berhormat Menteri sudah cakap, Yang Berhormat tidak jawab ini. Yang Berhormat nampaknya bercanggah dengan Menteri. Apakah Yang Berhormat hendak berpindah ke Kementerian Pelancongan? Kalau Yang Berhormat hendak pindah okey tetapi sekarang Yang Berhormat kena jawab apakah Menteri cadang buluh ini, Yang Berhormat tidak setuju. Yang Berhormat tidak jawab ini, rakyat Malaysia hendak tahu sekarang. Apakah benar buluh itu adalah pengganti kepada kelapa sawit dan getah? Yang Berhormat kena jawab apakah Menteri melawak kah ataupun Menteri masa itu tengah minum sawit kah, jadi tidak berapa sihat. Jadi dengan itu, Yang Berhormat beritahu adakah benar buluh ini cadangan kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, janganlah lagakan saya dengan Menteri. Kami bekerja dengan baik sebab itu harga meningkat. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua...
Masa sudah selesai.
Masa sudah tamat. Saya ada jawapan, jawapan saya ini untuk buluh ini ada tiga muka surat. Kalau Tuan Yang di- Pertua beri saya laluan, saya jawab bangkit jawapan ini.
Jawab secara bertulislah.
Bagilah Yang Berhormat, bagilah hendak dengar. Bagi sikit.
Tiga halaman.
Ada tiga muka surat.
Yang Berhormat beritahu dekat saya buluh ini bila kita tanam, berapa tahun boleh harvest, berapa tahun dapat hasil, berapa keuntungan. Sikit itu saja.
Banyak. Buluh ini bukan suatu perkara yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tanam sekarang lagi lima tahun kita boleh pakai untuk election. [Ketawa]
Untuk naik buluh ya. Thank you Yang Berhormat Padang Serai. [Ketawa]
Sila, silakan.
Baik, boleh Tuan Yang di-Pertua alright. Tuan Yang di-Pertua, buluh ini dilihat sebagai sumber tanaman komoditi yang berpotensi kerana tempoh penanaman dan penuaian hasil yang lebih singkat. Seperti mana Yang Berhormat Padang Serai sebutkan tadi kita tanam sekarang, boleh pakai untuk election akan datang. [Disampuk] Lima. Di samping itu, pertumbuhan buluh akan berterusan sepanjang tahun yang mana tunas-tunas baru akan sentiasa tumbuh selepas ditanam.
Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan modal pengusaha dalam mengusahakan ladang buluh. Produk-produk berasakan buluh seperti bakul, kayu penyepit ataupun chopstick, pencungkil gigi, lidi sate dan layang-layang hanya berada di peringkat tradisi sebelum ini. Namun dengan peredaran masa, pihak industri didapati lebih kreatif kerana mula menggunakan buluh untuk dijadikan pelbagai perabot yang setanding dengan produk kayu. Dianggarkan terdapat seratus buah kilang buluh di seluruh Malaysia dan kebanyakan kilang didirikan berhampiran dengan kawasan yang mempunyai banyak sumber buluh. Barangan yang dihasilkan dipasarkan dalam negeri dan juga dieksport. Industri buluh di Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan jika sumber buluh yang disediakan itu berkekalan. Pada tahun 2018, nilai pasaran bagi buluh mencecah sehingga USD68.8 bilion yang kini didominasi oleh negara China, India dan juga Taiwan. Manakala nilai eksport Malaysia bagi produk berasaskan buluh adalah hanya sebanyak RM102,827,000. Namun begitu, industri buluh di Malaysia boleh dimajukan dan dikembangkan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Kementerian— sebentar. Kementerian bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menjalankan Program Pembangunan Ladang Hutan bermula tahun 2007 yang mana program-program ini dilaksanakan oleh anak syarikat MTIB iaitu Forest Plantation Development Sendirian Berhad. Di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan ini, insentif yang disediakan kepada penanam buluh adalah berbentuk pinjaman mudah (soft loan) yang terdiri daripada skala ladang besar berkeluasan 2,500 hektar ke atas, skala ladang sederhana berkeluasan 41 hingga 2,499 hektar dan skala ladang kecil berkeluasan 20 hingga 40 hektar. Kemudahan pinjaman mudah yang diberikan bagi perladangan buluh ialah RM10,000 per hektar dengan kadar bayaran 3.0 peratus bagi skala besar dan sederhana dan 0.5 peratus bagi skala kecil. Pembayaran balik adalah sehingga 15 tahun. Lima spesies buluh yang diluluskan di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan ini ialah buluh betong, buluh semantan, buluh beting, buluh beti dan buluh hitam. Bukan Ayer hitam, buluh hitam. Permohonan bagi program ini hendaklah berstatus syarikat, koperasi ataupun Pertubuhan Peladang. Itulah jawapan saya Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Bukan Ayer Hitam, buluh hitam. Saya tertarik dengan jawapan yang begitu bergaya sekali. Saya cuma hendak tahu. Ini bukan isu main-main sebab keluasan yang terlibat untuk penanaman kelapa sawit sangat luas. Seperti mana yang saya katakan, 20 juta tan metrik setahun keluaran Malaysia. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, apabila Yang Berhormat sebut antara negara pengeluar buluh yang paling besar ialah China. Sebanyak 1.38 bilion populasi. Saya jangkakan India pun tidak banyak menggunakan buluh kerana mereka juga bersandarkan bukan punca daripada Malaysia. Jadi kalau dua buah negara ini sudah merangkumi 35 peratus populasi, di mana perginya pasaran kita kalau buluh kita ditanam secara meluas. Ini soalan pertama. Kedua, memang betul kita boleh selang selikan tanam-tanaman tetapi dalam skala yang begitu besar, adakah kerajaan melihat ini satu pendekatan yang pragmatik? Kita kena fikir betul-betul. Kalau tidak, hari ini kita bagi satu panduan sebegitu akhirnya kita akan terjerat kerana tidak ada pasaran yang begitu besar sekali. Saya minta Yang Berhormat meneliti perkara ini kerana apa yang kita cadangkan dan apa yang kita sarankan kepada rakyat
merupakan satu nasihat supaya mereka tidak terjerat pada satu hari nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya banyak bangkitkan tentang buluh ini. Pertama, tahniah kepada Yang Berhormat. Nampak very serious bila bercakap soal buluh ini. Akan tetapi saya lebih lihat kepada pekebun kecil yang tanah mereka satu hingga 10 ekar ini. Pertamanya berapa lama jangka masa mereka hendak tunggu sebelum mereka dapat menjual buluh-buluh tersebut. Sewaktu menanam buluh, apa cadangan Yang Berhormat dari segi pendapatan sampingan kerana mereka terpaksa memotong kelapa sawit, tebang kelapa sawit dan sebagainya, tanam buluh ataupun tebang getah tanam buluh. Jadi pendapatan tidak ada sepanjang tempoh menunggu untuk dijual. Kalau RISDA untuk tanam semula getah, RISDA ada bantuan tanam semula. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan bantuan tanam semula untuk ‘getah’ ini? Kalau kelapa sawit...
Buluh.
Sorry, sorry untuk buluh.
Buluh dan getah.
Untuk potong getah dan kelapa sawit, gantikan dengan buluh. Apa dia? Berapa banyak bantuan atau sumbangan yang diberikan? Kalau kelapa sawit...
Semua boleh pakai.
Semua boleh. Jadi itu kita hendak tanya sebab akhirnya saya takut nanti yang susah, yang menderita adalah pekebun kecil. Tadi Yang Berhormat sebut ada soft loan dan sebagainya. Itu mungkin skala besar, ladang skala besar. Ini yang satu ekar, tiga ekar dan sebagainya. Jadi, minta tolong Yang Berhormat.
Mungkin selepas ini boleh menggulung.
Terima kasih Tuan Yang
Selepas ini saya hendak tanya lagi soalan sebab saya ‘Pengerusi Buluh’ yang pertama.
Bakal pengerusi.
Jadi saya hendak tanya kejap lagi.
Tanya dululah, silakan ‘Pengerusi LEMBU’.
Dimulakan...
Lepas ini. Jawab, jawab dahulu.
Tanya, tanya.
Tidak mengapa, saya teruskan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang membangkitkan perkara-perkara ini. Saya hendak maklum beberapa perkara. Saya sebutkan tadi bahawa kita lihat buluh ini sebagai sumber tanaman komoditi yang berpotensi. Kalau kita tengok misalnya di kawasan negeri Yang Berhormat di Lancang di negeri Pahang. Kita ada pengusaha Bumiputera nama dia Encik Adnan Othman. Dia menggabungkan konsep agrotourism iaitu mereka buat chalet daripada buluh dan dikekalkan tanaman buluh itu. Kita semua sedia maklum bahawa antara buluh yang kita tanam secara serius untuk rebung dia ialah buluh madu. Ini buluh bukan sebarang buluh ini, buluh madu yang mana dibuat rebung dan itu membantu sektor ini untuk dikembangkan. Jadi oleh kerana pendirian kerajaan itulah untuk melihat beberapa tanaman komoditi yang berpotensi tentulah kita ambil maklum apa yang dicadangkan kepada Yang Berhormat tadi seperti potensi pasaran dan sebagainya. Ini kerana kita maklum bahawa buluh Malaysia ini kuat. Ia berpotensi menjadi industri perabot.
Kalau dahulu Yang Berhormat Ayer Hitam pun sedia maklum dahulu kita kecil-kecil dahulu, Hari Raya kita main meriam buluh. Buluh kita kuat berbanding dengan buluh-buluh di negara yang lain.
[Dewan ketawa]
Ya dak? Mungkin Yang Berhormat pernah main, ingat tak? Saya dahulu letak kabait...
Kita sama-sama satu kampung, saya tahu.
Kita eksport meriam buluh pula kali ini. [Ketawa]
Ingat tak? Maksudnya kita hendak tunjuk bahawa kuat. Kalau dahulu Tuan Yang di-Pertua mungkin tidak pernah main meriam buluh.
Bunyi sahaja kuat tetapi tidak keluar peluru.
Akan tetapi maksud saya ialah dari segi kekuatan itu membantu untuk kita majukan sektor ataupun industri perabot. Saya ambil contoh misalnya di Perak, ada kumpulan Bumiputera kita yang telah membuat kajian selama 20 tahun atas nama My Bamboo. Mereka pasarkan ke Jepun dan Korea untuk jadi bahan bakar charcoal dan sebagai. Mereka berjumpa kerana mereka menyatakan bahawa sudah sampai masanya kerajaan memikirkan bagaimana untuk industrialize, dengan izin industri buluh ini. Jadi saya yakin dan percaya bahawa janganlah kita pandang sinis dan perli usaha-usaha yang sedang kita lakukan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau pokok getah pun potensinya besar tetapi kita tidak ada stok untuk eksport lagi kerana keperluan negara pun belum tentu. Kalau macam itu, kenapa kita tidak cadangkan mereka tanam getah? Saya pun tidak faham di bawah kementerian yang sama, kita tengok— saya tengok apa penerangan tentang kebaikan kelapa sawit. Semua boleh pakai, buah boleh pakai, kernel boleh pakai, dan sampai sisa dia pun kita boleh pakai. Jadi, apa silapnya? Kalau boleh, kita teruskan. Saya kata kita tidak boleh buat tergesa-gesa. Cadangan secara kasual mungkin boleh tetapi tidak secara meluas. Kalau tidak, akhirnya membawa padah kepada negara Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya fikir cadangan-cadangan yang dilihat untuk menambahkan pendapatan negara perlu dilihat secara positif. Bukan perkara ini tidak pernah berlaku, pernah dibuat oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini tidak dipandang oleh kerajaan yang lama. Jadi bagi kita peluang untuk menyusun strategi yang lebih baik. Pada saya, pada hemat kementerian, apa sahaja sumber yang boleh menambahkan pendapatan negara kita perlu lihat secara positif dan tentulah dalam usaha untuk melaksanakan perkara ini kita harus kaji dengan lebih terperinci dan sebenarnya saya maklumkan tadi apa yang dibuat oleh kementerian semuanya adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat sebelum ini dan memang ada program ini cuma tidak diperkasakan. Jadi kita berharap dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan tentulah keprihatinan Yang Berhormat terhadap isu buluh ini termasuk mencadangkan Lembaga Buluh dan sebagainya, kita merasakan bahawa perkara ini tentulah akan diteliti sepenuhnya oleh pihak kementerian dan saya yakin kalau kita fokus, selain daripada komoditi yang telah pun establish dengan izin, kita boleh lagi menjana pendapatan-pendapatan baharu negara melalui sumber komoditi yang lain.
Saya punya belum jawab lagi.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, sedikit sahaja...
Saya lagi belum jawab tadi kebun...
...Sebagai Pengerusi Buluh Negara.
Tanam semula tadi.
Saya serah kepada Tuan Yang di-Pertua, saya fikir dah panjang.
Saya telah memberi masa yang amat lama.
Saya ingin berlaku adil. Tidak apa Yang Berhormat, kita minum kopilah.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini cukup penting, penanaman semula. Apabila dalam interim punya itu, kita kena bagi jaminan kepada penanam. Daripada kelapa sawit nak pindah ke buluh ...
Apa jaminannya?
Soalan yang cukup penting untuk rakyat di luar.
Yang Berhormat, kami bukan perli.
Yang Berhormat tidak apa, saya sebut tadi bahawa jawapan saya jelas. Kita lihat sebagai sumber tanaman komoditi yang berpotensi, bukan makna kita hendak tebang kelapa sawit, nak tanam buluh.
Oh...
Fahamlah konsep itu.
Jadi tak tebang kelapa sawit dan getahlah?
Tak perlu tebang, sumber tanaman sawit- yang berpotensi...
[Dewan riuh]
Okey, okey.
Saya ingat sudah memadai penjelasan mengenai buluh.
...Mengenai buluh, kelapa sawit kita nak tanam tanaman lain di dalam celah-celah kelapa sawit itu pun tak boleh, boleh effect kepada kelapa sawit itu.
Saya akan bagi Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya akan bagi jawapan bertulis kerana kita ada lima muka surat menceritakan bagaimana konsep nak tanam ini kerana kita ada baris berkembar, konsep segi tiga, agak detailed jawapannya. Jadi to be fair, dengan izin...
Jadi bilakah Yang Berhormat hendak lantik saya jadi Pengerusi Buluh Negara? [Ketawa]
Nanti saya bincang dengan Yang Berhormat Menteri dulu.
Selepas dia menutup perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan jawapan saya yang terakhir ini, saya kira semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan titah Diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat ini yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Industri Utama telah pun saya jawab. Saya akan beri jaminan jawapan-jawapan yang mana saya tak sempat jawab akan diberikan secara bertulis oleh pihak kementerian dan kementerian sangat menghargai setiap saranan, cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Sehubungan itu, saya bagi pihak Kementerian Industri Utama mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan sesungguhnya pihak kementerian akan mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap semua isu, saranan dan cadangan yang dibangkitkan dalam perbahasan ini.
Saya juga mohon maaf kalau ada sebarang kekurangan kerana kita semua sedia maklum bahawa setiap mereka yang ada di dalam Dewan Rakyat yang membangkitkan isu ini tentunya prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Industri Utama dan sebagai kerajaan yang baharu tentulah kita mempunyai keazaman untuk terus berkhidmat kepada rakyat terutamanya pekebun-pekebun kecil yang akan kita bela Insya-Allah. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Tepuk]
Jawapan ini adalah jawapan yang terakhir Yang Berhormat sebelum pindah Kementerian Pelancongan ya. Hidup ‘lembu!’... [Ketawa]
Baik, kita beralih kepada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Jangan bangkitkan ‘lembu’ lagi ya. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan ucapan penggulungan perbahasan Titah Diraja saya pada petang ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Steven Wong Tien Fatt, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah sebab kami sama-sama dari Sabah yang juga Ahli Parlimen Sandakan yang telah meninggal tadi. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul perbahasan Titah Diraja bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14 yang telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian, Kubang Kerian tidak ada.
Tidak ada.
Yang Berhormat Kapar, tidak ada. Yang Berhormat Batang Sadong.
Tidak ada.
Yang Berhormat Labuan.
Tidak ada.
Yang Berhormat Pontian ada di sini, yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan bekalan tenaga elektrik, tenaga boleh baharu dan teknologi hijau. Saya jawab terus kepada Yang Berhormat Pontian, ada membangkitkan tentang surcaj elektrik yang dikenakan kepada pengguna komersial terhadap kedai-kedai dan ladang-ladang. Untuk makluman Dewan ini, surcaj yang dikenakan adalah bagi menampung kenaikan kos bahan api bagi tempoh 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018 yang berjumlah RM1820 juta. TNB telah mendahulukan bayaran bagi kos ini. Oleh itu kos ini perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019 dalam bentuk surcaj. Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019, surcaj RM2.15 per kilowatt jam tersebut dilepaskan secara berperingkat iaitu RM1.35 per kilowatt jam untuk tempoh 1 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019 dan RM2.55 per kilowatt jam untuk tempoh 1 Mac 2019 hingga 30 Jun 2019. Surcaj RM1.35 per kilowatt jam bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Februari 2019 adalah sama seperti surcaj pada 1 Julai hingga 31 Disember 2018. Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pelarasan tarif bagi pengguna komersial dan industri secara berperingkat dengan mengambil kira pandangan pihak industri yang membangkitkan isu bahawa kerajaan sering kali membuat pengumuman berkenaan pengenaan surcaj tarif elektrik pada saat-saat akhir sehingga mengakibatkan syarikat- syarikat menghadapi kesukaran untuk membuat perancangan kewangan yang teratur. Pelaksanaan secara berperingkat ini akan memberi ruang untuk syarikat membuat perancangan kewangan yang lebih berkesan.
Bagi pengguna komersial yang seramai 230 ribu pengguna komersial voltan rendah yang menggunakan elektrik antara 1,000 kilowatt jam sehingga 3000 kilowatt jam akan mengalami kenaikan bil bulanan maksimum sehingga RM36 sahaja manakala 745 ribu pengguna komersial voltan rendah yang menggunakan elektrik antara sifar hingga 300 kilowatt jam pula akan mengalami kenaikan bil bulanan maksimum sehingga RM4 sahaja. Bagi pengguna komersial voltan sederhana iaitu sebanyak 3,000 akaun, mereka akan mengalami kenaikan bil bulanan sehingga 2.02 peratus bergantung pada jumlah penggunaan elektrik. Oleh itu, kenaikan tarif elektrik kepada pengguna komersial memberi kesan minimum kepada kos perniagaan secara keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Jadi Timbalan Menteri, bererti caj kedai, ladang, kilang, pejabat yang dinaikkan ini kemungkinan tidak akan meningkatkan kos barangan. Saya punya keprihatinan ialah supaya ia tidak memberi kesan kepada rakyat. Adakah jangkaan kementerian ia tidak memberi kesan kepada rakyat ataupun kesannya bagaimana?
Seperti yang saya sebutkan tadi, kenaikan tarif bil elektrik ini hanya sangat minimum ya. Untuk pengguna elektrik komersial voltan rendah, 1,000 hingga 3,000 kilowatt jam hanya akan mengalami maksimum RM36 sahaja. Saya ingin terus kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tidak hadir.
Tidak ada. Yang Berhormat Bagan Serai? Yang Berhormat Petaling Jaya.
Ada, ada.
Okey, yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan sains, teknologi dan inovasi yang juga merupakan salah satu fungsi utama kementerian ini. Okey Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya telah menyentuh mengenai kewajaran kerajaan membantu industri desa dalam memasarkan produk dengan menggunakan teknologi. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah menggerakkan pelbagai inisiatif berkaitan teknologi bagi menyokong industri desa memasarkan produk dengan daya saing yang lebih tinggi. Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, kementerian ini telah membiayai aktiviti pra pengkomersialan sebanyak 39 projek syarikat IKS dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM51.6 juta. Pada masa yang sama, kementerian juga telah melaksanakan MySI iaitu nama penuhnya Malaysia Social Innovation melibatkan 109 projek dengan agihan peruntukan sebanyak RM33.19 juta. Antara projek yang telah dilaksanakan untuk membantu penduduk luar bandar ialah projek peningkatan pendapatan komuniti petani, penternak melalui teknologi silaj dan oligochitosan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia dan Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Projek ini memberi manfaat kepada 140 orang penerima koperasi asas tani Kedah di Kampung Pering, Jerlun, Kedah dengan peningkatan penghasilan produk silaj daripada 20 tan sebulan kepada 100 tan sebulan. Selain itu, projek ini memberi pendapatan tambahan kepada peladang kerana produk silaj dengan penambahan oligochitosan dijual pada harga lebih tinggi iaitu RM9 hingga RM10/per 25 kilogram.
Program membantu industri desa, meningkatkan nilai tambah produk ini juga dilaksanakan melalui Yayasan Inovasi Malaysia melibatkan khidmat nasihat dalam penambahbaikan produk sedia ada dari segi kualiti, mampu milik, menyebarluaskan aplikasi teknologi kepada komuniti lain dan seterusnya mampu bertahan dan bersaing di pasaran terbuka. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk beralih kepada perkara-perkara tertentu isu alam sekitar dan perubahan iklim yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Julau, Yang
Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Parit Sulong ada, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Arau ada... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kemaman ada, Kemaman.
Okey. Kementerian ini sentiasa mengambil perhatian yang serius dengan isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Kementerian ini melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengambil tindakan tegas kepada kilang-kilang di seluruh negara termasuk kilang-kilang haram yang mencemarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pada masa ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menggubal akta baru bagi menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Melalui akta baru ini nilai denda akan dinaikkan dan diwujudkan denda minimum dan maksimum. Bagi kilang-kilang yang berisiko tinggi diletakkan di dalam zon yang tertentu. Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan garis panduan bertajuk, Environmental Essentials for Siting of Industries in Malaysia bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak berkepentingan mengenai keperluan alam sekitar berkaitan dengan kesesuaian tapak dan kilang.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Penjelasan, penjelasan.
Jelutong, Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong dahulu.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin merakamkan di sini bahawa apabila berlakunya kejadian di Sungai Kim Kim kita lihat dan seluruh negara melihat bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri sendiri telah berada di sana saya kira lebih kurang seminggu untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembersihan dan sisa toksik itu dilaksanakan. Kita juga mengambil maklum bahawa Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri telah pun berkampung di sana untuk memastikan bahawa masalah ini ditangani.
[Bangun]
Pada masa yang sama, kebajikan masyarakat setempat di situ diberi perhatian. Ini adalah pendekatan yang sungguh berbeza. Saya cuma ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya kerana kita lihat betapa cergas dan pantas Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Yang Berhormat Menteri sendiri...
Ini ucapan kah penjelasan?
Ini floor saya, Tuan Yang di- Pertua.
Ya, kalau hendak puji di masa lain.
Berikan kesempatan kepada Yang Berhormat Jelutong.
Ya, berbanding dengan kerajaan dahulu yang tidak beri perhatian kepada perkara ini kerana...
Bohong, bohong.
Ia menunjukkan dengan jelas perkara ini telah berlaku selama ini.
Penipu! Bodoh!
[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat Arau, saya telah putuskan perkataan-perkataan tidak sepatutnya disebut dalam Majlis.
Dia pi kata kerajaan dahulu pasai apa? Buatlah hendak buat apa pun.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu response lah, saya tidak mahu response.
Kalau tidak kerana kami...
Saya akan teruskan. [Pembesar suara dimatikan]
Penjelasan...
Untuk mengelakkan keadaan yang tidak selesa, jadi kurangkan rujukan kepada kerajaan dahulu, parti dahulu.
Ya.
Silakan, silakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma ingin merakamkan bahawa Yang Berhormat Arau ini kurang pandai kerana beliau tidak mahu menerima hakikat kerana daripada perkara-perkara yang kita lihat, berita yang kita lihat, pencemaran ini telah berlaku sejak zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil untuk mencegah perkara ini daripada berlaku. So, dengan tindakan-tindakan yang telah diambil sekarang...
Tuan Yang di-Pertua, dia tidak cerdik. Apa yang dia campak bahan-bahan itu baru berapa hari yang lepas, dia pergi buang.
Bukan, perkara itu telah berlaku... [Pembesar suara dimatikan]
Dahulu dia sepatutnya buang di tempat yang sesuai... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terus kepada perkara pokok. Apa Yang Berhormat Jelutong ingin bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri...
Dia... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Arau pun sila duduk, sila duduk.
Berlaku masa Kerajaan PH, masa Barisan tidak berlaku.
Saya ingat beginilah, ada perkara yang boleh dibawa ke ceramah. Ada perkara yang boleh dibawa di Majlis. Jadi kita harus bezakanlah di antara dua. Silakan.
Saya minta penjelasan.
Saya cuma ingin merakamkan terima kasih dan syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Teruskan, terima kasih.
Ya, sekarang penjelasan saya. Penjelasan saya ialah sebab Yang Berhormat Jelutong telah mengambil masa yang begitu lama kami menunggu ini ialah untuk menyokong Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kita sayang ini kan. [Ketawa] Okey, saya sekarang ini hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia sepupu kepada kawan yang lawan dengan dia itu, jadi saya baik dengan kawan dia dan baik dengan dialah. Sekarang ini saya hendak tanya, perkataan alam sekitar ini, alam sekitar ini adakah termasuk alam sekitar yang lain daripada...
Yang Berhormat Arau tidak fahamlah, ini bukan lembu, kurang cerdik.
Lailahaillah. Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong tidak perlulah, tidak perlu ya.
Saya ambil gambar itu saya pamerkan di sini baru tahu. Gambar hat yang “lutong” ya.
Gambar apa?
Gambar “lutong”. Itu sesuai...
[Bangun]
[Bangun]
Saya ingat Yang Berhormat Pasir Gudang ingin membuat pencelahan.
Ya, ya okey. Sekarang ini saya hendak tanya alam sekitar ini, adakah bermaksud alam sekitar yang melibatkan industri dan sebagainya? Adakah alam sekitar tidak termasuk kawasan-kawasan yang telah di ceroboh, kawasan hutan yang di ceroboh sehingga menyebabkan timbul masalah kepada alam sekitar dan perubahan iklim? Adakah ia termasuk ataupun tidak? Kalau termasuk ada soalan Arau itu. Jadi saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, saya hendak minta penjelasan kepada Yang Berhormat bahawa kawasan yang diteroka secara haram oleh peneroka- peneroka nilainya berpuluh-puluh bilion ringgit yang telah dicuri dan dirompak dan banyak daripada mereka ini ialah penyokong DAP. Terima kasih.
Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]
Saya ingat tidak perlu jawablah. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Sebelum itu saya bagi pihak penduduk Pasir Gudang ucapkan terima kasih khusus kepada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar [Tepuk] dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kerap datang meninjau bersama-sama mengatasi bencana di sana. Soalan saya ialah selepas bencana ini berlaku dan keadaan telah kembali pulih, adakah Kementerian Alam Sekitar sudah melakukan pemantauan ke atas lebih 254 kilang kimia yang berlesen ini di Pasir Gudang dan dua kilang besar petrokimia Titan, Lotte di Pasir Gudang dan satu lagi di Tanjung Langsat yang mempunyai risiko bahaya kalau berlaku pencemaran. Jadi itulah pertanyaan saya, adakah pemantauan telah dilakukan? Terima kasih.
Ya, saya juga ingin bertanya tentang Sungai Kim Kim, Tuan Yang di-Pertua. Kita pada hari pertama di sini lagi menyarankan agar mangsa bencana diberi pampasan tetapi setakat ini belum ada keputusan muktamad. Saya dan Yang Berhormat Parit Sulong ada melawat mangsa pada ketika itu. Mereka juga bertanya perkara yang sama dan kita ingin tanyakan di sini jawapan yang pasti dan muktamad, pampasan ada atau tidak. Terima kasih.
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta izin untuk mencelah sebab dalam perbahasan saya secara khusus saya menyebut Akta Alam Sekeliling 1974 yang mana seksyen 34B boleh diguna pakai terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang ini. Saya difahamkan memang betul mereka yang melanggar peraturan ini telah didakwa di mahkamah tetapi saya sokong 100 peratus usaha kerajaan untuk meningkatkan hukuman denda itu, RM500,000 tidak cukup kerana apa yang menjadi masalah di bawah seksyen 34B ini, hari itu saya sebutkan perkara ini. Apa yang menjadi masalah utama pencemaran ataupun hazardous waste yang dihasilkan oleh kilang-kilang ini. Kalau mereka hantar ke kilang ataupun tempat pelupusan hazardous waste yang dikendalikan oleh kualiti
alam ianya memerlukan perbelanjaan RM3,000 hingga RM4,000 satu tan bermaksud kos dia terlalu tinggi.
Sebab itulah ada kilang yang mengambil kesempatan. Dia store tengah malam tidak nampak, dia akan campak di tepi sungai dan biar dia mengalir. Soalan saya, selepas insiden ini, apakah tindakan daripada pasukan khas menyemak setiap kilang yang kita ada database- nya melihat macam mana mereka menguruskan sisa-sisa ini, hazardous waste ini, pertama. Kedua, saya hendak bertanya apabila kita sebut tentang tindakan yang diambil, kekhuatiran saya ialah dia tidak berpunca daripada pencemaran di satu tempat, mungkin dia ada pelbagai faktor. Dalam kes ini gas methane sebagai contoh. Kalau disebut disebabkan gas methane ada orang pengsan, itu belum tentu datang dari pembakaran tayar yang terpakai ini sebab dia mungkin bercampur aduk dengan tindakan kimia, pencemaran yang punca lain. Jadi dalam soal ini merupakan satu komplikasi. Sebab itu saya nampak hari pertama bila Yang Berhormat Menteri kata hendak caj hari esok, dia tidak boleh sebab kena satu penelitian sama ada, ada tidak sumber pencemaran daripada tempat lain. Jadi saya hendak sokong kementerian ini sekiranya ada tindakan secara holistik. Pertama kita buat semakan sisa-sisa ini di mana mereka buang. Kedua mesti ada pengauditan yang secara rapi, secara berkala. Kalau tidak mereka akan buang di tepi sungai, tidak payah bayar satu sen pun. Kalau dia hantar pada kualiti alam, satu tan RM3 ribu, RM4 ribu. Jadi saya minta dari segi kementerian, Jabatan Alam Sekitar ini, apa tindakan diambil, the way forward. Ini yang kita hendak lihat supaya kita tidak terjerat dalam keadaan pencemaran ini akan membawa sengsara kepada semua orang. Terima kasih.
Yang Berhormat Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin cadangkan bahawa setiap kilang kimia yang didirikan dalam negara ini haruslah ditimbang dan juga dikaji bahayanya chemical tersebut. Di samping itu juga kita perlukan, letakkan kilang-kilang itu jauh daripada kawasan perumahan dan juga dekat-dekat sekolah dan sebagainya. Mestilah jauh daripada tempat-tempat- mesti didirikan dan di samping itu juga perlu ada SOP yang ketat, di mana mereka patut mematuhi dan juga mereka haruslah memahami keadaan di negara kita. Saya berharap Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan juga MITI meneliti sebelum mendirikan satu kilang, kaji mendalam dan juga memberi kelulusan sebelum didirikan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih pada semua. Saya kira terima kasih dulu kepada Yang Berhormat Jelutong. Pada saya ini tugas kita sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan saya juga saya tidak mahu ambil kredit, yang pergi selama seminggu di Pasir Gudang adalah Menteri. Saya tiga harilah berada di Pasir Gudang, dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang bersama-sama bersoladariti dalam isu pencemaran Sungai Kim Kim. Pertanyaan daripada Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau mungkin keluar, tapi saya bagi tahu....
Jawab saja lah, mungkin dia masuk sekejap lagi.
....Yang hutan sebenarnya bukan under jurisdiction, dengan izin, MESTECC, ia di bawah KATS, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, saya akan sambung jawapan kerana sebahagian daripada soalan Yang Berhormat Pasir Gudang ada dalam jawapan penggulungan saya. Kepada Yang Berhormat Pontian, pampasan ya. Mangsa iaitu murid dan guru yang terjejas akibat pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim akan menerima pampasan insurans takaful bergantung kepada arahan mahkamah. Pencemar juga perlu membayar kos pembersihan kawasan yang dicemari. Yang Berhormat Ayer Hitam, sebahagian...
Berapa nilainya?
Setakat ini saya tidak ada nilai yang ada dengan saya di sini. Mungkin kita akan dengar kemudian. Kepada Yang Berhormat Ayer Hitam sebahagian daripada jawapan yang ditanya kepada Ayer Hitam, daripada Yang Berhormat Ayer Hitam adalah daripada ucapan penggulungan dan sebenarnya langkah way forward antara yang kita buat adalah menggubal akta baharu ya. Ini salah satu untuk menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling, supaya wujud denda minimum dan maksimum. Saya ingin menambah sedikit iaitu pesalah Sungai Kim Kim akan dikenakan pelbagai pertuduhan. Bukan setakat Seksyen 34A dan 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling. Dia juga akan dikenakan tindakan denda yang tinggi dan boleh dipenjarakan. Akta ini juga memperuntukkan kuasa menuntut semula kos perbelanjaan pembersihan ke atas pesalah. Antara seksyen yang akan berkaitan adalah Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 34A, 34B dan juga Seksyen 47.
Timbalan Menteri, saya cuma hendak tanya, kalau kita berpandu kepada Akta Alam Sekeliling 1974, ada kekangannya di mana kalau kita lihat Sungai Kim Kim ini dia bukan water intake point. Sebab itu kita tidak boleh menggunakan akta yang lebih- dikenakan hukuman yang lebih tinggi, termasuk membunuh. Kalau kita ada, tidak silap saya ada satu seksyen dalam Kanun Keseksaan yang mana, mana-mana orang yang mencemar punca air atau water intake point, tindakannya lebih teruk. Akan tetapi ini di luar bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar. Adakah semasa kita me-review balik akta ini, perkara ini dapat diselidiki sekali lagi. Kalau tidak kita macam terikat tangan kita. Kalau boleh kita lihat punca air ini tidak kira daripada batang sungai, cabang sungai mana sekalipun, ianya harus dilihat secara holistik. Itu cadangan saya mungkin Yang Berhormat boleh bawa kepada mana-mana pihak atasan supaya dapat diselidiki dan bawa kepada AGC, kerana perkara ini sangat penting. Kalau tidak pencemaran ini, kalau selagi bukan water intake point ia tidak teruk sangat. Jadi saya minta supaya perkara ini dapat dibawa. Terima kasih.
Terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya rasa ini satu cadangan yang sangat-sangat baik dan saya akan kemukakan kepada kementerian. Begitu juga tidak lupa dengan Yang Berhormat Padang Serai tadi yang memberi cadangan tentang kedudukan pusat industri. Boleh saya sambung ya, saya rasa sebahagian daripada....
Silakan.
Sikit boleh Timbalan Menteri. Saya yakin apa yang berlaku di Pasir Gudang melibatkan Sungai Kim Kim apabila kilang menyalurkan bahan-bahan itu ke dalam sungai. Cumanya saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan pandangan Yang Berhormat Timbalan berkaitan dalam satu segi ada pihak mahu kilang diambil tindakan. Ada satu segi pihak tidak ambil pula tindakan kepada peneroka-peneroka tanah haram. Saya nampak ada isu yang agak double standard walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tadi di bawah CAT, betul, hutan itu diteroka secara haram. Tetapi apabila di tanah tersebut dilakukan pertanian, akhirnya racun yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang maksimum, mereka menggunakan racun yang tidak diiktiraf atau diluluskan di negara kita- mengalir ke sungai. Universiti Kebangsaan Malaysia 2014 buat kajian di Sungai Icat, Cameron Highlands menyatakan terdapat lapan jenis racun yang dilihat sebagai pencemar- apa yang dipanggil pencemar organik berterusan yang akan masuk ke dalam tisu manusia dan tisu haiwan, akan melibatkan rantaian pemakanan. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands kerana cepat membuat laporan berkaitan sungai-sungai- yang kes 61 yang disebutkan dalam penggulungan kementerian sebelum ini. Cumanya saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong buat, paparkan maklumat-maklumat yang telah dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar dan apa yang telah dipaparkan dalam Buletin Utama, Aduan Rakyat mengatakan air ini merupakan kelas kelima dan sesi interview dibuat dalam Buletin Utama itu mencemaskan. Bukan mencemaskan saya sahaja, tetapi akan merosakkan ekosistem pelancongan di Cameron Highlands apabila penduduk di sana mempunyai sakit ruam, sakit kulit. Kalau ini tidak dibanteras elok-elok, akhirnya ekosistem pelancongan akan menyebabkan jatuhnya pendapatan masyarakat di Cameron Highlands.
Terima kasih pada cadangan Yang Berhormat Paya Besar.
Sebelum saya terlupa di sini, saya ingin tambah sedikit tadi Yang Berhormat Pontian, tentang pampasan. Pampasan adalah di bawah Kerajaan Negeri Johor. Saya just mengikut tambah maklumat sahajalah, ya.
Kerajaan Johor dan takaful, ya? Tadi disebut takaful. Ya, insurans pelajar-pelajar yang sudah ada...
Nanti saya bagi clearance selepas ini. Terima kasih, ya?
Ya.
Saya sambung, ya. Ada lagi 17 minit.
Ya, masa sudah tinggal 17 minit.
Dalam kes pencemaran kimia di Sungai Kim-kim, langkah-langkah yang diambil ialah satu...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah hendak sebarkan maklumat oleh Jabatan Alam Sekitar Cameron Highlands itu? Adakah akan dilakukan satu PC dibuat tentang kualiti air Sungai Icat untuk intake Kuala Terla itu?
Boleh saya jawab yang ini dahulu? Saya jawab yang ini dahulu...
Ya, berikan kesempatan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dalam kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, langkah-langkah yang diambil ialah; (i) meningkatkan penguatkuasaan; (ii) melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan; (iii) memperkasakan SOP bagi mengatasi bencana sisa bahan berbahaya yang mana kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Keselamatan Negara bagi mengemaskan pengurusan dan pelaksanaan perkara ini; dan (iv) meningkatkan kesedaran alam sekitar mengenai pengurusan sisa bahan berbahaya. Sistem penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar dijalankan berdasarkan dua prinsip utama iaitu pemeriksaan di tapak, command and control serta penerapan elemen pematuhan kendiri, self-regulation yang masih memerlukan verifikasi di pihak Jabatan Alam Sekitar. Pemantauan pula dilakukan melalui pelbagai platform digital, antaranya Sistem Pelaporan Dalam Talian seperti Electronic Schedule Waste Information System (e-SWIS) dan Online Environment Reporting (OER), Sistem Pemantauan Pelepasan seperti Continuous Emission Monitoring System serta Sistem Pemantauan Kualiti Air dan Udara (EQMP). Berhubung dengan aduan mengenai bau bahan kimia di kawasan penempatan penduduk Taman Kota Masai dan Taman Pasir Puteh. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan siasatan sejurus menerima aduan mengenai bau bahan kimia di kawasan penempatan penduduk Taman Kota Masai dan Taman Pasir Puteh. Tiga individu telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Kualiti Sekeliling 1974 pada 24 Mac 2019. Berhubung dengan operasi kilang-kilang kimia dari luar negara, pihak JAS akan menyediakan ulasan-ulasan teknikal kepada agensi yang berkaitan bagi membantu kelulusan merancang sebelum boleh beroperasi. Menjadi kebiasaan sebagai syarikat haram, ia tidak akan mematuhi sebarang prosedur dan undang-undang berkaitan dengan pengurusan sisa buangan berbahaya dan berakhir dengan pelupusan sisa buangan secara haram. Tindakan penguatkuasaan hingga tertangkapnya pesalah bergantung kepada maklumat-maklumat
awam dan teknikal sebagai bukti yang boleh dikaitkan dengan kes. Apabila maklumat telah dilengkapkan, kertas siasatan akan dibuka dan pendakwaan akan diteruskan dengan serta- merta. Mereka yang terbabit akan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Untuk makluman Dewan ini juga, kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim adalah sepanjang 1.5 kilometer. Pemantauan akan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia Malaysia sehingga kualiti udara dan kualiti air kembali normal. Sisa-sisa buangan tersebut dihantar ke Kualiti Alam Sendirian Berhad iaitu premis yang dilesenkan oleh JAS bagi tujuan rawatan dan pelupusan buangan terjadual. Setakat ini, Jabatan Alam Sekitar telah mempunyai prosedur tetap operasi penyiasatan pelupusan haram buangan terjadual. SOP tersebut akan dikemas kini dan ditambah baik mengikut keperluan dan isu semasa. Untuk makluman, hanya 60 buah kilang berasaskan kimia terletak di Pasir Gudang dan kilang ini dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan. Setakat ini JAS tidak menerima sebarang laporan salah laku atau isu integriti berlaku di kalangan kakitangan Jabatan Alam Sekitar daripada pihak berkuasa. Yang Berhormat Masjid Tanah.
Tidak ada. Jawapan bertulis.
Saya sambung dahulu yang ini. Sekejap ya. Tuan Yang di-Pertua. Berhubung isu kesedaran terhadap isu alam sekitar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Parit Sulong. MESTECC ada melaksanakan beberapa usaha dalam meningkatkan kesedaran dan membudayakan kempen pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program-program yang dianjurkan bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar merangkumi pelbagai kumpulan sasaran iaitu pemimpin masyarakat, komuniti setempat, pengajar tabika, kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, pelajar institut pengajian tinggi, industri, pemaju projek, pihak swasta dan orang awam. Antara program pendidikan dan kempen kesedaran alam sekitar utama yang dijalankan adalah berbentuk pameran, Sambutan Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara setiap tahun, Program Rakan Alam Sekitar dan penerbitan Laporan Kualiti Alam Sekeliling dan laporan tahunan. Pelbagai saluran, kaedah dan pendekatan juga digunakan bagi mencapai golongan sasaran, termasuklah meningkatkan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram bagi menyebarkan maklumat dan aktiviti kesedaran alam sekitar. Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada di sini, ya?
Yang Berhormat Bagan Serai, tidak ada. Yang Berhormat Padang Serai, ada.
Setakat ini, saya rasa ini yang ada di sini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mencelah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Baru-baru ini ada saya bangkitkan berhubung dengan penguatkuasaan. Saya ada tanya iaitu penguatkuasaan kita ini mencukupi ataupun tidak? Khususnya, Jabatan Alam Sekitar kita, berbanding dengan kilang- kilang kimia yang bertambah. Adakah kakitangan kita, khususnya bahagian penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar ini mencukupi ataupun tidak?
Dengan izin, saya...
Adakah ini dibangkitkan dalam perbahasan? Dalam perbahasan, ya?
Berbalik kepada kejadian di Sungai Kim Kim, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita faham bahawa kejadian di Sungai Kim Kim dan perkara yang dibangkitkan berkenaan Cameron Highlands adalah dua perkara yang berbeza. Di Sungai Kim Kim, kita lihat ini adalah berkenaan dengan satu operasi yang dijalankan oleh sebuah kilang yang telah membuang sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Akan tetapi berbanding dengan kisah di Cameron Highlands, kalau sebenarnya terdapat apa-apa pembuangan toksik seperti yang diuar- uarkan, soalan saya, adakah apa-apa pertuduhan telah dibawa terhadap mana-mana individu
di Cameron Highlands? Nombor satu. Nombor dua, adakah Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan apa-apa operasi mengambil sample untuk membuat kajian sama ada air sungai di sana benar-benar dicemari sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan? Kita lihat ada persepsi yang perlu kita tangani di sini. Peneroka-peneroka di Cameron Highlands mengadu bahawa mereka telah menjalankan operasi selama 60 tahun dan baru sahaja tindakan diambil untuk memusnahkan semua kebun di situ dengan aduan bahawa kononnya aktiviti mereka telah menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar, kepada sungai yang menjadi bekalan air kepada kawasan-kawasan tertentu. So, ini adalah dua perkara yang saya minta Yang Berhormat dan kementerian- mungkin saya faham tidak boleh membuat penjelasan pada masa sekarang. Akan tetapi saya yakin bahawa Kerajaan Persekutuan akan dapat memberi satu penjelasan untuk menangkis persepsi yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Menteri Besar khususnya, sebagai alasan untuk beliau terus menjalankan aktiviti untuk memusnahkan pekebun-pekebun kecil yang sekarang mungkin hilang dengan punca pencarian dan pendapatan mereka. Terima kasih.
Saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Paya Besar dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, tentang isu Cameron Highlands ini saya tidak punya dalam ucapan penggulungan saya. Saya mohon untuk bagi jawapan bertulis. Begitu juga dengan Yang Berhormat Kemaman. Mungkin ada tercicir sedikit di sini, saya tidak pasti. Walau bagaimanapun...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya mempunyai pandangan, sekiranya kita tidak percaya kepada media yang dilaporkan dan kita tidak percaya kepada kajian yang dibuat oleh universiti tempatan yang telah menyatakan dengan jelas dan saya juga dapat laporan daripada Jabatan Alam Sekitar Daerah Cameron Highlands tetapi saya tidak mempunyai kapasiti untuk hebahkan kepada peringkat luar.
Bagi saya yang paling pentingnya adalah sehingga sungai tersebut tidak ada organisma langsung hidup. Apabila saya pergi ke Cameron Highlands dan ramai juga orang yang pergi ke Cameron Highlands sepatutnya air sungai kita boleh mandi. Akan tetapi, saya dilarang untuk mandi di sungai-sungai tertentu kerana – Saya yakin ini bukan salah satu sungai yang tercemar. Banyak lagi sungai-sungai yang tercemar. Itu sebabnya saya memberikan pandangan Kerajaan Negeri Pahang mempunyai asas. Saya baca banyak sangat kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri KATS sendiri pun, minta Yang Berhormat Menteri Besar Pahang mengambil tindakan yang kuat. Akan tetapi, dalam satu segi bila kita ambil tindakan ia seolah-olahnya menidakkan tindakan yang kita ambil dan menyalahkan perkara yang lain. Ini yang saya rasa berlaku double standard kerana kita tidak nampak. Betul, kilang keluarkan sisanya, tetapi, pekebun ini juga menggunakan racun yang tidak diiktiraf di negara kita. Ini kerana untuk mendapatkan maksimum keuntungan. Terbukti, kajian di UKM tahun 2014, ada lapan jenis racun dalam sungai tersebut. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri mungkin tidak ada bahan-bahan untuk menjawab? Ya, sebab perkara ini baharu dibangkitkan.
Tadi Yang Berhormat Paya Besar cakap apa? KATS yang meminta bersabar?
Saya baca banyak artikel-artikel yang melibatkan perkara-perkara pencerobohan yang akhirnya akan menyebabkan pencemaran. Dalam satu perkara, KATS minta kita mengambil tindakan. Bukan bererti, sungai itu akan tercemar dengan sendiri kalau tidak ada pencerobohan hutan. Jadi, saya harap perkara ini harus dilihat sama juga apa yang berlaku di Sungai Kim Kim.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar kerana membangkitkan isu tentang pencemaran di Sungai Cameron Highlands. Walau bagaimanapun, saya tidak ada – sebab ini baru dibangkitkan.
Tidak dibangkitkan semasa perbahasan. Jadi, Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab ya.
Beginilah, bagi pihak kerajaan dan juga bagi pihak MESTECC saya tidak pernah ada double standard untuk kita layan dan kita terima aduan dari mana-mana. Sebelum ini pun, jika ada apa-apa contoh seperti hari itu, kalau saya boleh bangkitkan hari itu tentang rebet elektrik yang – tentang senarai penerima eKasih, miskin tegar, kita bagi e-mel kepada semua Ahli Parlimen baik daripada kerajaan mahupun pembangkang. Kita berikan kepada semua. Maksudnya, kepada e-mel masing-masing yang penting e-mel itu updated daripada laman web Parlimen. Insya-Allah. Apa yang penting sekarang ini, di MESTECC pada kami, Jabatan Alam Sekitar akan melakukan enforcement, penguatkuasaan 100 peratus pada tahun ini. Insya-Allah, kita akan ambil maklum yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Paya Besar tentang isu pencemaran di Cameron Highlands. Saya mohon juga kepada semua Ahli-ahli Parlimen apabila kita menyiapkan draf untuk akta yang saya sebutkan tadi, mudah-mudahan ada engagement daripada semua pihak Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih. Saya rasa itulah setakat ini maklum balas tentang isu-isu di mana di bawah bidang kuasa MESTECC yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Titah Diraja Mesyuarat Parlimen, Penggal Ke-14 2019 dan saya...
Tuan Yang di-Pertua? Ada satu soalan. Soalan terakhir, tetapi soalan ini tidak berkaitan dengan Sungai Kim Kim. Akan tetapi, dalam perbahasan saya, saya ada bertanyakan tentang soalan ini. Saya ada satu soalan tambahan, mengenai iklim. Saya ingin bertanya adakah kerajaan meminta bantuan pemindahan teknologi dengan izin, technology transfer dari negara maju lain yang mempunyai pengalaman mengenai pemanasan global? Jika ada, apakah bentuk technological transfer tersebut?
Penjelasan? Ini mengenai – Yang Berhormat apabila saya masuk, saya dengar perkataan Cameron Highlands. Ini bukan sahaja di Cameron Highlands, tetapi di seluruh negara, bahawa pencemaran sedang berlaku dengan luar biasa kerana kawasan tadahan – pokok ditebang, hutan ditebang, menyebabkan sungai tercemar. Penyebaran ini kita tidak tahu sejauh mana akan berlaku. Ini kerana apabila kita tebang pokok, pencemaran berlaku dalam bentuk sungai bertukar warna daripada biru kepada susu. Kedua, pencemaran yang kedua ialah bila aktiviti pertanian dibuat, ia akan menyebabkan pencemaran kepada sungai. Contohnya, di Janda Baik, Janda Baik tempat orang bermandi-manda. Di kawasan bawah ini, sebenarnya sedang menerima pencemaran daripada kawasan penanaman sayur yang diletakan racun. Bila dia tanam sayur, kita letak racun, bila hujan turun, hujan akan bawa racun itu ke dalam sungai. Racun tidak dilute, ia tidak hancur. Jadi, racun ini akan turun ke bawah dan akan mendatangkan kesan kepada pelancong-pelancong yang mandi di Janda Baik. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri telah membuat kajian mereka yang mandi di tempat-tempat peranginan begini, mempunyai kesan daripada – bila mereka mandi, apakah kesan yang mereka dapat? Ini kerana, sungai tersebut telah tercemar. Adakah usaha dibuat untuk membuat sukatan air di Janda Baik itu sama ada ia tercemar ataupun tidak? Oleh sebab, aktiviti pertanian berlaku dengan luar biasa, ia dilakukan secara haram dan halal. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada juga Ahli Parlimen di sini yang mendapatkan tanah yang begitu besar daripada Kelantan, daripada Pahang, jawatan yang begitu besar. Kita dengar cerita, mereka juga mencetuskan pencemaran kepada sungai kerana apabila mereka buat aktiviti pertanian, bahan yang digunakan untuk pertanian itu akan mendatangkan kesan kepada sungai ya.
Sebenarnya tadi, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Julau ada di sini dengan saya. Saya bacalah. Yang Berhormat Julau telah membangkitkan mengenai komitmen Malaysia dalam – ini soalan asal yang telah ditanyakan tentang Perjanjian Paris atau Paris Agreement, dengan izin, berhubung dengan pelepasan karbon. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Paris pada 22 April 2016 dan meratifikasikan perjanjian ini pada 16 November 2016.
Justeru itu, kementerian akan meneruskan komitmen Malaysia dalam Perjanjian Paris melalui pelaksanaan tindakan mitigasi dan adaptasi bagi menyumbang kepada sasaran Perjanjian Paris. Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim di bawah Perjanjian Paris, Kerajaan Malaysia, melalui kementerian dan agensi di bawahnya, telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca di bawah sektor-sektor utama negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti yang berikut. Sebenarnya di sini ada banyak program- program yang telah dibuat dan akan dibuat. Mungkin saya boleh baca sebahagian dan sebahagiannya kalau saya boleh buat pilihan untuk saya bagi...
Bertulis ya?
Jawapan bertulis. Ini kerana ada tiga muka surat.
Bertulis lebih baik.
Saya baca sedikit ya. Menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu melalui mekanisme feed-in tariff, menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh baharu di luar mekanisme feed-in tariff, menggalakkan pembangunan loji bio-gas. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik dalam...
Yang Berhormat Menteri, jawapan bertulislah Yang Berhormat Menteri. Panjang. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri yang saya kasihi, tolong jawab yang saya tanya tadi. Apakah usaha yang dibuat untuk menghalang pencemaran yang berlaku sekarang yang disebabkan oleh penebangan pokok dan kawasan hutan?
Itu pun bertulis juga. Tidak dibangkitkan di dalam perbahasan. Tidak dibangkitkan di dalam perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua, mahu bangkitkan macam mana? Tuan Yang di-Pertua bagi sepuluh minit. Tuan Yang di-Pertua, saya kesal sebab apa, Menteri-menteri kata yang ini tidak dibangkitkan, tidak dibangkitkan, kami mahu bangkitkan banyak, Tuan Yang di-Pertua bagi sepuluh minit. What can you do, dengan izin?
Jawapan bertulislah, jawapan bertulis.
Ini semua masalah dahulu punya orang ini. Bukan sekarang.
Saya ini bukan mahu – saya ini serius Yang Berhormat semua. Diam sekejap ya. Saya serius mahu minta supaya kerajaan berikan perhatian kepada alam sekitar. Yang Berhormat tidak pernah mengalami benda ini. Macam Yang Berhormat Jelutong, dia...
Dahulu buat apa Yang Berhormat Arau? Baru hendak serius?
Jawapan bertulis Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sudahlah, jangan sandiwaralah.
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat..
Boleh saya...
Boleh saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri – Okeylah jawapan bertulis, bahawa sungai-sungai terutama sungai yang untuk bertujuan rekreasi ini banyak tercemar kerana aktiviti pertanian dijalankan di muara, di hulu. Macam di Jelutong dia tidak terlibat sebab dia tidak tahu hutan. Dia kira pantailah. Itu sebab dia kurang cerdik sikit.
Jadi, saya mahu tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah kerajaan akan menyiasat tentang sungai-sungai yang telah bertukar wajah daripada biru kepada susu ini? Sama ada berlaku pencemaran ataupun tidak? Kedua, pencemaran yang berlaku di Janda Baik kerana aktiviti pertanian yang di buat oleh banyak orang-orang di luar dan juga orang dalam termasuk penyokong DAP.
Terima kasih Yang Berhormat Arau yang saya rasa sangat prihatin tentang alam sekitar. Jadi – tetapi saya mohon di sini ya masa pun sudah tamat, sebahagian jawapan itu tidak ada dengan saya. Saya akan berikan jawapan secara bertulis. Cuma, saya ingin ulang sekali lagi, isu pencemaran memang di bawah bidang kuasa MESTECC, cumanya untuk penebangan hutan di luar bidang kuasa jurisdiction MESTECC. Jadi, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Hidup Pakatan!
Hidup BN!
Dengan itu, biarkan saya baca penutupnya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar ini kita ucapkan tahniah di atas pengantin baharu.
Bukan dialah.
Oh Menteri, bukan Timbalan Menteri.
Dia bukan! Dia Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri bujang lagilah!
Timbalan Menteri masih kosong, menunggu masa.
Merah muka Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Menteri akan sanding saya ucapkan tahniah, syabas. Selamat pengantin baru.
Kita harap tidak berlaku pencemaran alam sekitar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 1 April 2019. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.12 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (ERC) di MalaysiaSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada perkara di atas dan saya ingin mengemukakan usul berkenaan perkara tadbir kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17 kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan isu penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia.
Pada bulan Ogos 2018 yang lalu, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji semula sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia ataupun Electoral Reform Committee (ERC). Jadinya, tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji seluruh undang-undang pilihan raya dan mengkaji keperluan mewujudkan sistem pilihan raya yang sesuai dengan kehendak sosial.
Soalan saya, setelah enam bulan penubuhan jawatankuasa khas ini, apakah dapatan ataupun nasihat yang telah diperoleh dan pembaharuan yang akan dibawa melalui jawatankuasa ini? Apakah terdapat sebarang perancangan untuk merombak sistem pilihan raya sedia ada dan menggubal undang-undang baharu yang lebih relevan dengan keadaan semasa? Dengan itu, saya meminta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyatakan apakah jenis rombakan atau penambahbaikan yang akan dilaksanakan tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Parit Sulong. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya ataupun Electoral Reform Committee (ERC) telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengkaji sistem dan proses serta undang-undang pilihan raya sedia ada. Objektif utama kajian ERC adalah bagi memastikan pilihan raya yang dilaksanakan pada masa-masa akan datang adalah pilihan raya yang berwibawa atau credible serta mendapat kepercayaan awam.
ERC ditubuhkan pada Ogos 2018 dan telah diberikan tempoh selama dua tahun bagi mengemukakan sebuah laporan yang mengandungi cadangan-cadangan reformasi pilihan raya. Cadangan ini akan mengandungi rekomendasi tentang sistem, proses dan pindaan kepada undang-undang pilihan raya. Dalam menjalankan kajiannya, ERC berpandukan kepada terma rujukan ataupun term of reference seperti yang berikut:
(i) menjalankan kajian terhadap semua undang-undang pilihan raya dan undang-undang lain yang berkaitan;
(ii) mengkaji dan membuat perakuan peraturan sistem pilihan raya yang paling sesuai dengan keadaan masyarakat dan kehendak umum;
(iii) menyediakan draf kerangka undang-undang yang dianggap sesuai dan bertepatan dengan undang-undang pilihan raya yang diiktiraf sebagai menepati standard antarabangsa;
(iv) mengkaji dan membuat perakuan bagi mewujudkan undang-undang dan peraturan yang sesuai dan bertepatan mengenai penubuhan kerajaan sementara ataupun caretaker government bagi tempoh antara pembubaran Parlimen dan/atau Dewan-dewan Undangan Negeri dan tarikh tamatnya pilihan raya dan tertubuh kerajaan yang terpilih menerusi pilihan raya;
(v) mengkaji dan menyediakan undang-undang untuk membolehkan badan atau pengurusan pilihan raya mendaftarkan dan mengawal parti-parti politik; dan
(vi) jawatankuasa khas ini diberikan kuasa untuk melantik jawatankuasa kecil untuk menyediakan draf undang-undang yang terlibat dengan kerangka pembaikan yang diusahakan.
ERC telah mengenal pasti 15 bidang kajian dalam urusan pilihan raya seperti yang berikut:
(i) mengkaji sistem-sistem pilihan raya yang sesuai dengan langkah pembaikan kepada sistem first-past-the-post sedia ada sekiranya perlu;
(ii) menubuhkan kerangka undang-undang yang sesuai untuk penubuhan sebuah badan pengurusan pilihan raya yang teguh dan sempurna;
(iii) mewujudkan kerangka undang-undang yang sesuai untuk diguna pakai bagi melaksanakan tugas-tugas persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dan hal-hal yang berkaitan dengannya;
(iv) mengkaji kaedah pendaftaran pemilih termasuk kelayakan-kelayakan untuk menjadi pemilih dan kaedah-kaedah yang terbaik untuk penyediaan daftar pemilih yang kemas dan sempurna;
(v) mewujudkan kerangka undang-undang untuk mendaftar dan mengawal selia parti-parti politik dan badan-badan atau pihak yang layak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya atau aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengannya;
(vi) menyediakan kerangka undang-undang untuk mewujudkan mekanisme bagi menjalankan kempen, kawalan kempen dan kod etika yang perlu wujud dalam pilihan raya;
(vii) menyediakan kerangka undang-undang berkaitan pendaftaran parti- parti politik dan pembiayaan parti politik serta perkara-perkara yang bersangkutan dengannya;
(viii) kerangka undang-undang mengawal kebebasan bersuara dan peranan serta akses kepada media awam dan swasta;
(ix) menyediakan kerangka undang-undang meliputi proses pilihan raya yang berikut iaitu pembubaran dewan-dewan perundangan dan penetapan tarikh-tarikh pilihan raya; penamaan calon; pengundian; pengiraan dan penjumlahan undi; dan yang akhirnya pengisytiharan keputusan pilihan raya;
(x) mewujudkan juga code of conduct atau panduan tata kelakuan bagi parti-parti politik, calon-calon, media dan institusi awam dalam musim- musim pilihan raya;
(xi) mewujudkan kerangka undang-undang meliputi urusan pemerhati pilihan raya tempatan dan antarabangsa;
(xii) memperkasakan undang-undang sedia ada yang dirasakan tidak kukuh yang meliputi bidang penguatkuasaan undang-undang oleh badan pengurusan pilihan raya;
(xiii) mewujudkan kerangka undang-undang mengenai peraturan dan tatacara penubuhan ‘kerajaan sementara’ selepas pembubaran Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri;
(xiv) mewujudkan garis panduan kerjasama antara badan-badan awam dan swasta bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan sempurna; dan
(xv) mewujudkan garis panduan bagi mempertingkatkan kefahaman masyarakat terhadap sistem dan proses demokrasi melalui pendidikan sivik dan juga pendidikan pengundi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini ERC sedang dalam proses mengadakan sesi libat urus di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan rakyat secara terus berkaitan urusan pilihan raya di Malaysia.
Setakat ini beberapa sesi libat urus telah diadakan iaitu pada 12 Februari 2019 di Ibu Pejabat ERC di Putrajaya, 21 Februari 2019 di Dewan Serba guna Menara Usahawan, Putrajaya, 6 Mac 2019 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah dan pada 12 Mac di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Beberapa lagi sesi libat urus yang telah dirancang dilaksanakan mengikutkan zon seperti di Johor, Yang Berhormat boleh ikut nantilah. Di Pahang, di Sabah dan Sarawak. ERC turut bercadang mengadakan sesi-sesi pertemuan secara khusus dengan kumpulan sasar seperti parti-parti politik, golongan orang kurang upaya dan sebagainya. Mengambil kira dapatan ataupun finding daripada sesi libat urus dan kajian awal yang sedang dilaksanakan, ERC bercadang untuk menyediakan laporan awal ataupun interim report yang dijadualkan untuk diserahkan kepada kerajaan pada Disember 2019.
Selain daripada program libat urus, ERC juga turut mengadakan perbincangan- perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menyelaras isu dasar dan teknikal berkaitan pilihan raya. Bagi tujuan mendapatkan amalan terbaik dan piawaian antarabangsa, ERC juga turut
menjalankan kajian perbandingan pelaksanaan pilihan raya dengan negara-negara lain seperti United Kingdom, Australia, Kanada, Jerman, Indonesia dan sebagainya.
Selaras dengan itu, ERC turut bertindak mendapatkan bantuan daripada beberapa badan antarabangsa seperti United Nations Development Programme (UNDP), International Institute for Democracy and Electoral Assistance (IDEA) dan juga International Foundation for Electoral System (IFES) yang merupakan pakar dalam sistem dan perjalanan pilihan raya di peringkat antarabangsa.
Selain bantuan khidmat nasihat, badan-badan ini juga turut menghulurkan bantuan dalam bentuk pembiayaan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh ERC. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Ahli-ahli ERC terdiri daripada pakar-pakar atau mereka yang berpengalaman dalam pengurusan pilihan raya. Namun begitu, bagi tujuan memastikan cadangan yang dikemukakan adalah praktikal dan bersesuaian untuk dilaksanakan di negara kita, ERC juga memerlukan masa untuk meneliti dan mempertimbangkan setiap usul dan cadangan yang dikemukakan kepada ERC.
Tambahan pula, kajian yang sedang dilaksanakan ini mencakupi keseluruhan aspek pelaksanaan pilihan raya di Malaysia, maka hasil kajian dan cadangan hanya dapat dimaklumkan selepas semua kajian selesai dijalankan. Sehubungan dengan itu, ERC merasakan bahawa buat masa ini masih terlalu awal untuk ERC memaklumkan sebarang cadangan atau dapatan terhadap kajian yang sedang dijalankan dan kesemua hasil kajian dan cadangan reformasi hanya akan dapat diketahui sebaik sahaja laporan akhir disediakan pada tahun 2020. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin, 1 April 2019.
[Kamar Khas tamat pada pukul 2.43 petang]