Dewan Rakyat · 1 April 2019
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,761 turns · 54,363 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan Kerajaan telah memutuskan untuk membina tembok sempadan dari Perlis hingga ke Kelantan. Apakah status terkini berkenaan projek tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap keperluan bagi sebarang cadangan pembangunan baharu yang menaik taraf tembok dan pagar serta sistem pengawasan keselamatan di sempadan Malaysia- Thailand sebagai salah satu langkah memperkukuhkan pertahanan negara dan membantu tindakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan sempadan darat negara. Berhubung dengan pembinaan pagar sempadan yang dibina atas garisan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand (MALTHAI), perkara tersebut telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara dalam Mesyuarat Ke-25 Land Boundary Committee (LBC) MALTHAI yang dipengerusikan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2018, tahun sudah. Keahlian jawatankuasa kerja di peringkat Malaysia telah disempurnakan. Manakala, di peringkat negara Thailand pula akan dimuktamadkan setelah pilihan raya umum negara tersebut selesai. Seterusnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras spesifikasi teknikal cadangan pembangunan tersebut berdasarkan keperluan strategik negara dan implikasi kewangan yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Yang Berhormat. Selain daripada mekanisme tembok sempadan, apakah alternatif lain untuk mengawal aktiviti pencerobohan, penyeludupan dan juga jenayah rentas sempadan? Apakah kerajaan bercadang untuk menambah jumlah kamera litar tertutup dan juga drone untuk mencapai tahap maksimum kawalan sempadan?
Terima kasih. Memang, salah satunya adalah pembinaan tembok. Namun, apabila kita melihat tembok bukan sahaja salah satu komponen kerana apa lagi pembinaan berdasarkan perbincangan strategik negara. Kawalan keselamatan dan aset-aset yang membantu agensi melaksanakan tugas juga turut diberikan perhatian serius oleh agensi dan jabatan yang ditugaskan di sempadan bagi memastikan kedaulatan dan integriti wilayah kekal terpelihara dari segi sebarang pencerobohan dari luar. Ini kerana kita tahu bukan sahaja apa yang kita katakan, integriti kawalan sempadan kita, namun ada juga usaha secara bersepadu terselaras dilaksanakan melalui mekanisme kerjasama am sempadan Malaysia-Thailand, General Border Committee Malaysia-Thailand (GBC MALTHAI) dan kerjasama am sempadan Malaysia-Indonesia, kalau dengan Indonesia, General Border Committee Malaysia-Indonesia (GBC MALINDO). Kita juga dapat kumpulan jawatankuasa ini, kumpulan kerja yang melibatkan pelbagai sektor kerjasama darat, udara dan maritim. Mekanisme berjalan dengan baik dan kita ambil hubungan— terdapat antara dua negara jiran-jiran kita. Namun, apa yang kita tahu juga kita bukan sahaja menjaga sempadan tetapi juga menjaga apa yang wujud antara ancaman
jenayah rentas sempadan yang lebih kompleks, yang sukar diatasi seperti penyeludupan dadah, penyeludupan manusia (human trafficking), penyeludupan senjata, contraband dan lain-lain. Kita tahu bahawa apabila ada penyeludupan manusia, kita juga mahukan negara kita naik taraf daripada watchlist itu. Kita mahukan supaya negara kita dikeluarkan daripada list negara-negara yang dikatakan mengamalkan transit human trafficking. Semuanya ada di kompleks Kastam, keselamatan dan kuarantin kita, pintu-pintu masuk sempadan darat negara. Kita juga menumpukan usaha memperkemaskan kawalan dan keselamatan di ICQ tersebut, [Tidak jelas] saling hubungan (interconnectivity) dengan negara-negara jiran kita. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya mudah sahaja. Berdasarkan perkembangan semasa, seperti di Amerika Syarikat yang mana berlaku dilema dalam pembinaan tembok sempadan antara negara US dan juga Mexico. Adakah kita di Malaysia akan mengikut langkah yang sama untuk membina pagar di sempadan antarabangsa sebab ia dilihat seperti membazir? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Memang betul kita kata membuat tembok sempadan itu, kalau di Amerika sehingga sekarang ini Presiden Trump belum lagi mendapatkan kelulusan untuk membina tembok antara Mexico dan US. Kita pun sama juga, sebab harga membina tembok ini begitu tinggi sekali. Kita ada tembok yang telah dipersetujui bersama, kita sudah bina satu kilometer dan telah membelanjakan RM1 juta.
Jadi, kalau kita melihatkan bahawa sempadan ini kalau dikawalkan dengan mekanisme lain juga, kita mesti tingkatkan. Tembok ini, kita juga ada masalah kalau dibuat di atas, on the dot boundary ataupun sebelum pada itu. Ini adalah persoalan-persoalan apabila kedua-dua negara jiran ini mesti duduk bersama dan mengambil kira diskusi ini, mengambil kira semua isu-isu yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, isu sempadan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat kepentingan keselamatan di sempadan adalah isu yang sangat penting kepada negara kita. Apalagi menghadapi masalah jenayah rentas sempadan ini semakin berleluasa. Saya ingin tahu, sejauh mana usaha kementerian ataupun kerajaan untuk memastikan keberkesanan kawalan terutama kekurangan kakitangan di sempadan. Kalau kita tengok di sempadan darat di Rantau Panjang ke Golok juga, menghadapi masalah yang sama. Dalam keadaan CCTV kita yang sudah lama tidak berfungsi, kakitangan tidak mencukupi, begitu juga kaunter-kaunter imigresen yang tidak mencukupi. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan segala prasarana ini dapat ditangani dengan berkesan? Walaupun kita tidak mampu bina tembok sempadan dalam masa sekarang, bina tebatan banjir pun tidak apa. Itu pun sudah sekian lama, saya minta. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang betul, kita hendakkan segala yang kebaikan untuk negara kita, menjaga sempadan, menjaga jenayah yang berlaku dan semua itu. Apa yang kita ada sekarang ini, scanner untuk melihat apa-apa yang berlaku di ICQS itu supaya apa yang kita, lori-lori itu discan. Itu pun salah satu daripada cara-caranya kita melihat. Kekurangan anggota itu memang kita akui. Namun apa kita mahu dan CCTV itu diberikan kepada anggota-anggota yang memang berintegriti dan mereka memang membuat kerja yang begitu dangerous. Ini kerana mereka juga menjadi mangsa ataupun target untuk mana-mana mereka yang hendak, supaya mereka tidak kenal siapa yang mencerobohi. Ini juga berlaku, jadi kita ada kekangan-kekangan yang berlaku. Namun, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang itu betul. Kita hendak buat segala macam tetapi disebabkan apa yang sebelah kita ini hendakkan aset, hendakkan anggota-anggota yang mencukupi jagakan semua keselamatan kita. Akan tetapi kerana kerosakan Barisan Nasional dahulu, kita ada masalah. Oleh sebab itu kelompangan itu kita kena jaga dan kita mesti isi kembali dahulu sebelum kita tangani banyak masalah yang telah berlaku pada zaman dahulu. Terima kasih.
2. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan pihak berkuasa mengenai serangan terhadap institusi beraja yang saban hari dilihat semakin membimbangkan yang berlaku di negara kita. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang berkelakuan biadab dengan menghina atau mencerca Institusi Beraja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, negara kita kini menghadapi satu cabaran baru berikutan pertambahan kes-kes kenyataan berbaur hasutan yang menjadi viral dalam media sosial. Untuk menangani gejala ini, pihak polis menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan terhadap laporan polis yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam atau Institusi Beraja serta mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau Kanun Keseksaan ataupun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Secara keseluruhannya sejak tahun 2012 sehingga 2019, pihak Polis Diraja Malaysia telah menyiasat 97 kes pembuli media sosial yang menghina Raja-raja Melayu dan Yang di- Pertuan Agong. Dari jumlah tersebut, 11 individu telah dituduh di mahkamah. Antara langkah- langkah yang diambil untuk kerajaan menjamin kes penghinaan sebegini tidak berulang lagi ialah: (i) meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka dan sensitif terhadap sentimen perkauman, keagamaan dan Institusi Raja Berperlembagaan melalui kempen-kempen kesedaran bersama orang awam; (ii) membuat kajian terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia supaya akta berkenaan lebih berkesan dan menyeluruh terutamanya dalam menangani kenyataan-kenyataan di media sosial yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat; dan (iii) menubuhkan unit pemantau dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen. Dalam menentukan keselamatan negara dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk ancaman dan perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang boleh mengganggu- gugat ketenteraman dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat selama ini. Tindakan tegas akan terus diambil terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan huru-hara atau menimbulkan sebarang bentuk provokasi dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada menerusi penulisan, ucapan atau penyebaran berita yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak tenteram di dalam masyarakat.
Adakah pihak kementerian berpendapat akta sedia ada pada hari ini mencukupi dalam mengawal perbuatan menghina Institusi Beraja ini? Adakah terdapat sebarang perancangan oleh pihak kementerian untuk mewujudkan akta khusus sepertinya Lese Majeste di Thailand? Pihak Cameron Highlands mencadangkan dengan izin, the sanctity of the royal institution being stood the highest level. Dicadangkan satu akta khas ditetapkan, diusulkan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Cameron Highlands, setakat hari ini kita berpendapat peruntukan di bawah akta-akta yang sedia ada memadai walaupun ada usaha dibuat di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meneliti undang-undang yang sedia ada sama ada perlu diperkukuhkan lagi. Setakat hari ini, kita tidak lagi berbincang sama ada keperluan suatu akta macam di Thailand yang disebutkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands, ada undang-undang khas untuk Raja-raja seperti Lese Majeste yang disebutkan tadi. Peringkat kita belum fikir sesuai tetapi peruntukan yang ada dalam Akta Hasutan itu kita akan teliti dan ada cadangan untuk kita masukkan di bawah Kanun Keseksaan. Apabila perkara itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri, kita akan teliti sama ada wajar peruntukan seperti itu kita pinda ataupun kita perkukuhkan lagi Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya bertanya soalan, ingin saya ucapkan Selamat Ulang tahun ke-73 kepada RTM yang menyambut ulang tahun pada hari ini. Tahniah dan terus usahakan yang terbaik untuk negara. [Tepuk]
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, berkait dengan usaha beberapa pihak yang menuduh kerajaan yang ada sekarang ini anti Islam, anti Melayu dan macam-macam tohmahan yang lain. Adakah pihak kementerian dan pihak kerajaan akan melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka? Hal ini kerana adalah satu tohmahan dan fitnah yang jahat terhadap pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Memang agaknya sudah jadi kebiasaan politik dalam negara kita tuduhan- tuduhan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu agak berlaku. Kita ingat waktu kita di sebelah sana dahulu pun kita sebutkan juga apa masalah yang telah berlaku di pihak kerajaan pada hari itu. Namun begitu, bagi kami sekiranya tuduhan-tuduhan itu agak melampau dan boleh menjejaskan kedudukan keamanan ataupun ketenteraman dan kesan-kesan yang dikatakan buruk kepada masyarakat, kita tidak boleh berdiam diri. Mungkin tindakan undang-undang sedia ada sama ada daripada peruntukan-peruntukan untuk membolehkan kita menyaman pihak yang menyatakan sesuatu yang tidak benar itu, boleh kita ambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Akan tetapi apa pun, keadaan sebegini perlu kita pantau. Ini kerana kalau tidak dibuat begitu, keadaan mungkin akan melarat ke suatu peringkat yang mungkin kesannya kepada negara adalah tidak baik. Jadi apa pun, kita akan teliti perkara itu, insya-Allah.
3. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kementerian bercadang untuk memperkenalkan skema pencen untuk bekas atlet negara dan negeri untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada sukan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebelum saya memulakan jawapan saya, izinkan saya mengetengahkan laporan prestasi sukan tanah air kita, pada minggu lepas enam jenis sukan iaitu tinju, memanah, badminton, olahraga, hoki dan gimnastik artistik telah memenangi 14 emas, 23 perak dan 21 pingat gangsa bagi mengharumkan nama negara kita. Tahniah kepada para atlet kita. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor secara bersekali dengan Yang Berhormat Jerlun bertarikh 8 April 2019, memandangkan kedua-dua soalan menyentuh perkara yang sama iaitu berkaitan skema pencen dan faedah selepas persaraan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) memperkenalkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) pada tahun 1986 bagi memberi dorongan kepada para atlet untuk meningkatkan prestasi masing-masing di peringkat antarabangsa, khususnya di Temasya Sukan Olimpik, Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA serta kejohanan-kejohanan individu di peringkat Asia, Komanwel dan dunia. Bagi atlet Sukan Olimpik, Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) telah dilaksanakan sejak tahun 2006 bagi menghargai pengorbanan atlet-atlet negara. Pemenang-pemenang pingat emas ataupun pingat di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima elaun bulanan sepanjang hayat mereka. Pemenang pingat emas akan menerima elaun sebanyak RM5,000 sebulan, pingat perak sebanyak RM3,000, pingat gangsa sebanyak RM2,000 dan skim SITO ini akan dikekalkan di bawah pentadbiran masa kini. Bagi atlet negeri pula, pemberian insentif hadiah kecemerlangan sukan adalah di bawah budi bicara kerajaan negeri masing-masing. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tugas dan tanggungjawab menjaga kebajikan bekas atlet negara adalah di bawah penyeliaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), manakala kebajikan atlet-atlet semasa pula diserahkan kepada MSN di bawah program Malaysian Athlete Career and Education Unit (MACE). Sejak bulan Julai 2018, KBS telah memperkukuhkan dan memperkembangkan lagi kedua-dua institusi tersebut iaitu YAKEB dan MACE bagi memastikan kebajikan para atlet dan bekas atlet terjaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan 20 buah universiti yang merangkumi IPTA dan IPTS bagi program One State, One University, One Centre, dengan izin. Walaupun program ini bermula sejak tahun 2017, namun sebelum bulan Julai tahun lepas, kita hanya mempunyai empat buah universiti rakan kongsi sahaja. Kini jumlah universiti mencecah 20 buah dan usaha
diteruskan untuk melibatkan lebih banyak lagi IPTS dan IPTS. Selain itu, pada bulan Mac 2019, MACE juga melancarkan program Track yang bertujuan memberi peluang penempatan pekerjaan kepada para atlet di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. Ini bertujuan untuk memberikan peluang kerjaya alternatif kepada para atlet sebagai persediaan ke arah kerjaya yang lebih terjamin selepas persaraan nanti. Sukacita juga saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pada bulan Februari 2019, Kabinet telah meluluskan Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan yang mana atlet negara dan bekas atlet negara akan menikmati kemudahan perubatan yang sama seperti penjawat awam. Ini adalah julung kali jaminan perkhidmatan kesihatan ditawarkan kepada atlet dan bekas atlet secara sistematik. Akhir sekali, pada tahun ini juga kerajaan telah meluluskan satu peruntukan berjumlah RM3 juta kepada YAKEB untuk terus memberikan perkhidmatan kebajikan kepada para bekas atlet kebangsaan kita. Segala semua dasar ini adalah untuk memberikan jaminan sosial dan kehidupan kepada para wira negara kita dan menjadikan kerjaya sebagai atlet lebih menarik bagi mencungkil lebih ramai lagi bakat-bakat baharu demi kecemerlangan sukan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin mengucapkan tahniah terhadap pengumuman kerajaan dalam membuat pengumuman tadi bahawa bekas-bekas atlet akan menerima skim perubatan untuk menangani masalah-masalah kesihatan mereka. Seperti pihak Menteri tahu bahawa baru-baru ini kita ada dengar berita tentang bekas atlet bernama Salahuddin Che Ros, seorang pemain bola sepak dari Pulau Pinang yang mengalami masalah untuk menjaga kesihatan beliau, kos kesihatan beliau, sehingga beliau terpaksa tidur di tepi jalan raya di luar IJN setiap kali beliau datang ke Kuala Lumpur untuk rawatan. Itu adalah masalah yang kami khuatir dan kami ingin bertanya. Tadi pihak Menteri ada menyatakan bahawa adalah terpulang kepada budi bicara negeri sekiranya bekas atlet akan diberi imbuhan ataupun pension ataupun bantuan kewangan. Saya berharap dan saya ingin bertanya sama ada kementerian bercadang untuk memperkenalkan satu skim pension seperti penjawat awam biasa untuk semua bekas atlet yang telah pun menyumbang kepada tahap sukan negara daripada bukan sahaja atlet negara tetapi juga atlet negeri untuk mengelakkan masalah-masalah seperti yang dialami oleh Salahuddin Che Ros tersebut. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang menunjukkan keprihatinan yang amat tinggi terhadap atlet kita. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gelugor, bekas pemain bola sepak, saudara Salahuddin Che Ros juga telah menerima bantuan sama ada daripada MSN dan juga daripada YAKEB. Saya di sini boleh memberikan jaminan bahawa keperluan dan kebajikan para atlet kita, tidak kiralah di peringkat mana pun, amat diberikan perhatian oleh pihak kementerian dan juga pihak MSN. Walau bagaimanapun, pihak kementerian tidak ada lagi perancangan untuk mengadakan pension bagi atlet setakat ini. Akan tetapi saya rasa, memberikan atau meluaskan skim kesihatan penjawat awam kepada bekas atlet kita adalah merupakan satu langkah yang pertama yang kita boleh lakukan untuk mengukuhkan lagi jaminan sosial dan jaminan kehidupan kepada mereka. Kita sentiasa prihatin dan sentiasa akan membuka pintu kita untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada mana-mana atlet yang memerlukan bantuan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi bahawa masalah kebajikan kepada bekas-bekas ahli sukan ataupun atlet negara ini memang suatu yang cukup kronik sekarang ini yang mana ada ahli- ahli sukan yang mewakili negara di peringkat Olimpik sekali pun mengalami masalah tekanan hidup. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu skim insurans kepada mereka ini sama ada insurans untuk masuk hospital ataupun benefit kematian yang mana kerajaan membayar premium kepada mereka ini setiap tahun? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Seperti yang saya telah sebutkan dalam jawapan saya, kerajaan pada tahun ini, Februari tahun ini, telah meluluskan satu skim kesihatan di mana perkhidmatan kesihatan seperti yang diterima oleh penjawat awam akan dipanjangkan kepada atlet, bukan sahaja atlet yang masih lagi berkhidmat tetapi juga kepada bekas atlet kebangsaan kita. Jadi, saya rasa dalam perkara ini, insurans ataupun cadangan insurans yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu telah pun dirangkumi dalam skim tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Bharu juga, kerajaan telah meluluskan RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang bertujuan untuk menjaga kebajikan para bekas atlet kebangsaan. Dalam aspek ini, YAKEB juga menyediakan perkhidmatan seperti bantuan perubatan dan juga wang khairat kematian kepada ahli-ahli mereka. Terima kasih.
4. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan untuk mengkaji keadaan dan membaiki segera ban-ban pertanian yang sedia ada di kawasan Paloh, Kedang, Berangan, Stalun, Sebayang dan seluruh kawasan Pulau Bruit. Kebanyakan ban-ban ini telah rosak akibat pukulan ombak laut, proses pemendapan (sediment) dan kebocoran, air laut telah masuk ke kawasan padi atau tanaman dan merosakkan tanaman mereka.
Terima kasih. Saya akan cuba memberi jawapan yang padat kepada Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini melalui agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mukah sedang menjalankan siasatan di kawasan yang terlibat. Sebagai tindakan pencegahan, akan menjalankan kerja-kerja pemulihan ban pertanian berdasarkan keutamaan dan peruntukan yang sedia ada. Sepanjang tempoh RMKe-10, kerja-kerja membaik pulih ban perimeter dan struktur pintu air di Skim Saliran Terkawal Paloh, Bangau telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM4,124,388. Bagi membaik pulih ban-ban yang telah mengalami proses pemendapan di Skim Saliran Sungai Bapa, Skim Saliran Tanjung Sirik dan Skim Saliran Terkawal Pulau Bruit pula dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM10 juta.
Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak telah juga mengemukakan permohonan tiga projek baharu di bawah Rolling Plan 1 hingga 4 Rancangan Malaysia Ke-11 yang melibatkan skop membaik pulih infrastruktur pengairan dan saliran untuk ketiga-tiga projek tersebut. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan. Kementerian akan terus berusaha untuk memohon semula projek-projek yang dinyatakan di atas di dalam Rancangan Malaysia yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang padat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, ketika Monsun Timur Laut (MTL), fenomena laut bergelora atau air pasang besar serta kemasukan air laut ke kawasan pertanian menambahkan lagi kesengsaraan golongan pesawah dan petani. Ini sudah pun terjadi di kampung-kampung yang saya sebut dalam soalan saya. Soalan tambahan saya, apakah bentuk bantuan yang pihak kementerian boleh hulurkan kepada golongan petani dan pesawah yang terjejas teruk akibat kerosakan tanaman mereka?
Terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya rasa kita kena menyelesaikan masalah ini at the core problem. Core problem adalah Monsun Timur Laut yang memecahkan bentang dan air laut memasuki ke kawasan pertanian. So, tidak kira berapa pampasan atau apa yang kita bagi kepada petani, kalau isu sebenarnya tidak diselesaikan, ia tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, saya telah berbincang dengan pegawai tadi dan kita rasa ada keperluan untuk membina benteng pemecah laut (coastal wave breaker) atau coastal ban or something like that. Technical words, saya belum dapat lagi. Akan tetapi isunya adalah peruntukan. Peruntukan ini sebenarnya adalah daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Ini perlu dimohon dalam Rancangan Malaysia yang akan datang. Saya pagi tadi saya telah berhubung dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri KATS untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kita very efficient, very fast. We already told, telah informed kepada Kementerian KATS dan harap benda ini boleh membuat permohonan baharu dalam Rancangan Malaysia akan datang untuk menyelesaikan core issue. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun bukan berkaitan dengan Tanjong Manis tetapi berkenaan dengan hakisan pantai. Saya ingin bertanya, adakah kajian dibuat tentang berapa banyak kawasan yang sebenarnya yang terancam dengan hakisan pantai yang akan melibatkan kawasan padi, kawasan sawit ataupun hutan bakau yang akan memberi kesan kepada nelayan pantai?
Seperkara lagi, adakah laluan Selat Melaka, laluan yang paling sibuk dalam dunia ini, memberi kesan kepada pantai kita? Adakah kita boleh memohon pampasan daripada peringkat antarabangsa? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa soalan ini sangat open, wide open. Kerana kita tahu bahawa Malaysia ini dia adalah, what do you call, Nusantara, coastal nation, ia mempunyai pantai yang berpanjangan, coast line yang panjang. Jadi, di mana tempat ada angin monsun dan sebagainya, memang akan terjejas di merata tempat. Tadi saya tengok dekat Sarawak sudah banyak complain daripada Tanjong Manis kepada Betong, Saratok dan sebagainya. Jadi, ini adalah isu yang hanya di satu kawasan sahaja tetapi di Kuantan pun ada complain dan sebagainya. Maksud saya adalah ia ada banyak tempat. Saya tidak dapat bagi satu data kepada Yang Berhormat bahawa berapa tempat secara exact. Akan tetapi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita memang monitor tempat-tempat yang ada dan kita mengadakan penyelesaian yang cepat untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Kita mempunyai satu bahagian iaitu BPSP yang fokus kepada sistem pengairan dan juga benteng-benteng pengairan untuk semua isu pertanian dan sektor pertanian dalam negara Malaysia. Sekian, terima kasih.
5. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan sisa buangan Lynas dikembalikan ke Australia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Material Plant bertujuan untuk menilai pengoperasian LAMP dalam aspek keselamatan, kesihatan manusia dan juga alam sekitar. Selain itu, kementerian juga telah menubuhkan satu task force pengeluaran sisa radioaktif dari Lynas Advanced Materials Plant setelah mendapatkan mandat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018. Task force ini berperanan untuk memantau obligasi Lynas untuk membawa keluar residue water leach purification (WLP) dari Malaysia. Pada masa ini, task force ini sedang mengenal pasti prosedur dan instrumen antarabangsa yang berkaitan bagi proses penghantaran keluar residue WLP dengan mengambil kira semua aspek perundangan, keselamatan dan security bagi menjamin keselamatan orang awam dan pekerja serta memelihara alam sekitar. Selanjutnya, Yang Berhormat Menteri MESTECC juga telah menulis satu surat rasmi pada 26 Februari 2019 kepada rakan sejawat beliau di Australia untuk memaklumkan mengenai kerjasama di dalam memudah cara pengeluaran residue WLP dari Malaysia ke Australia. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syarikat Lynas ini sebenarnya dibiayai oleh bank-bank daripada Jepun dan juga rare earth ini dijual untuk pasaran Jepun khasnya. Jadi soalan saya ialah, oleh sebab memandangkan Jepun ini terdapat sangat banyak influence terhadap isu Lynas, adakah Yang Berhormat Menteri sudi untuk membuat satu rombongan ke Jepun untuk memberi pandangan yang keras dan juga memastikan Jepun sebagai satu negara akan boikot isu Lynas sekiranya isu sisa ini tidak dikembalikan ke Australia? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya rasa ini satu pandangan yang mungkin saya akan bawa ke penelitian Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian MESTECC. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin minta pandangan dan pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah ERC yang disebutkan tadi tidak pernah menyatakan dalam report mereka untuk Lynas menghantar WLP ke Australia? Adakah ini akan menjadi satu polisi kepada negara kita untuk menerima kembali waste bauksit yang kita eksport ke negeri China dan juga crude palm oil yang kita eksport ke negara-negara luar? Apabila kita minta Australia terima melalui Basel Convention, adakah kita juga akan menerima semua waste-waste yang kita eksport keluar negara? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya mohon maaf, yang ini saya tidak ada maklumat di sini pada hari ini, tetapi saya akan bagi jawapan bertulis kemudian. Terima kasih.
6. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah punca pelanggaran kapal MV Piraeus dengan kapal MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia dan apakah usaha Kerajaan dalam mencegah perkara ini daripada berlaku lagi di masa depan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Punca utama kejadian pelanggaran tersebut adalah disebabkan faktor kesilapan manusia di mana nakhoda kapal MV Piraeus telah cuai dan gagal mengambil tindakan yang positif dan pematuhan pelautan yang baik (good seamanship). Nakhoda MV Piraeus juga didapati gagal membuat pemplotan radar serta pemerhatian sistematik bagi memperoleh amaran yang lebih awal tentang risiko berlakunya pelanggaran. Selain itu, nakhoda MV Piraeus semasa menghampiri MV Polaris telah gagal untuk mengambil kira bahawa wujudnya risiko pelanggaran dalam pola gerak kapal beliau sehingga telah menyebabkan berlakunya pelanggaran berkaitan dan nakhoda kapal MV Piraeus telah gagal mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan kapalnya berselisih dengan MV Polaris dengan jarak yang selamat.
Pasukan penyiasat Jabatan Laut Malaysia telah selesai menjalankan siasatan pada 12 Mac 2019 dan telah mencadangkan di dalam kertas siasatannya bahawa nakhoda kapal MV Pireas dituduh telah melakukan empat kesalahan di bawah Perintah Perkapalan Saudagar, Peraturan-peraturan Pelanggaran 1984 yang boleh dijatuhkan hukuman denda mengikut Seksyen 252(3), Ordinan Perkapalan Saudagar 1992 iaitu denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap satu kesalahan. Kertas siasatan sedang dimuktamadkan untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor untuk tindakan susulan sama ada untuk mendakwa atau menawarkan kompaun bagi setiap kesalahan kepada nakhoda kapal MV Pireas. Kapal MV Pireas dan juga semua anak kapalnya telah dibenarkan keluar berlayar daripada batasan Pelabuhan Tanjung Pelepas ke pelabuhan seterusnya pada 12 Mac yang lalu. Bon jaminan sebanyak RM1 juta dalam bentuk jaminan bank telah didepositkan oleh pemilik kapal ke Jabatan Laut Malaysia bagi tujuan memastikan bayaran kompaun dan juga ganti rugi atas kerosakan yang dialami oleh MV Polaris. Hasil siasatan kemalangan ini mendapati walaupun nakhoda kapal MV Pireas telah mempunyai lebih 30 tahun pengalaman berlayar, namun demikian pada hari kejadian ia adalah merupakan kali pertama beliau memasuki perairan batas Pelabuhan Johor Bahru ini dan tidak mempunyai pengetahuan berkaitan keadaan setempat terutama dari segi arah dan kederasan arus. Bagi mengelakkan daripada insiden yang serupa daripada berulang, pihak Jabatan Laut Malaysia mencadangkan supaya dipertimbangkan penggunaan marin pandu ataupun pilot bagi kapal-kapal yang ingin memasuki batas Pelabuhan Johor Bahru. Penggunaan marin pandu yang merupakan seorang yang pakar dengan faktor persekitaran setempat serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan olah gerak sesebuah kapal akan dapat membantu mengurangkan risiko pelanggaran apabila kapal-kapal memasuki perairan batas Pelabuhan Johor Bahru dan membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan selamat. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya membaca laporan media yang menyatakan bahawa sebelum pelanggaran berlaku, komunikasi yang jelas telah berlaku di antara kedua-dua buah kapal ini. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri tidak menolak kemungkinan bahawa kenyataan daripada pihak berkuasa Singapura yang menyatakan bahawa pelanggaran tersebut berlaku di dalam perairan kawasan Singapura dan pihak berkuasa Johor telah pun melampaui peluasan pelabuhan Johor telah melampaui wilayah maritim Singapura, jadi apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, laporan media itu kita tidak ambil kiralah. Apa yang penting ialah kapal MV Polaris itu berlabuh di pelabuhan had Johor Bahru. Terima kasih.
[Soalan No. 7 – YB Dato’ Mansor Othman (Nibong Tebal) tidak hadir]
8. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan menyatakan program-program dan jenis bantuan yang telah dirangka oleh kementerian di dalam bidang pendidikan agar penyertaan masyarakat B40 dan luar bandar tidak terpinggir di dalam arus pendidikan negara.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Jerantut. Tuan Yang di-Pertua, bantuan persekolahan merupakan salah satu program yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia khusus untuk memastikan penyertaan masyarakat B40 termasuk miskin dan juga miskin tegar, luar bandar serta murid berkeperluan khas tidak diabaikan. Bantuan persekolahan tersebut adalah seperti berikut: (i) Rancangan Makanan Tambahan; (ii) Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform; (iii) Biasiswa Kecil Persekutuan; (iv) Projek Khas Sekolah Asrama Penuh; (v) Elaun Murid Berkeperluan Khas; (vi) Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100; dan (vii) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Selain itu, bantuan yuran untuk murid pra sekolah daripada keluarga sosioekonomi rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah kurang daripada RM500 juga disediakan. Tujuan utama bantuan ini diberikan bagi menggalakkan lebih ramai murid daripada golongan ini menyertai pendidikan pra sekolah khususnya di kawasan yang tiada pra sekolah KPM, KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) atau kelas-kelas pra sekolah kerajaan sedia ada terhad untuk menampung permintaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pendidikan prasekolah. Untuk makluman, KPM juga sedang dalam proses perbincangan bersama-sama pakar dalam bidang pemakanan untuk melaksanakan projek rintis program sarapan pagi bagi murid sekolah rendah di sekolah kerajaan dan juga sekolah bantuan kerajaan melibatkan B40. Projek rintis bertujuan untuk mencari kaedah yang terbaik, bagaimana program sarapan pagi ini boleh dilaksanakan di sekolah dan memberi manfaat kepada murid-murid. Dapatan dan pemerhatian projek rintis ini akan digunakan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM untuk penilaian dan tindakan lanjut. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya, apakah persiapan kementerian dalam memastikan kemudahan-kemudahan yang melibatkan murid-murid di sekolah ini tidak terbantut memandangkan banyak peruntukan yang dipotong untuk tahun 2019. Jadi, kemudahan pun banyak yang kurang seperti tandas dan sebagainya di sekolah menyebabkan anak-anak murid kita problem. Akan tetapi soalan pertamanya, tambahan saya ialah apakah mekanisme lain yang diusahakan oleh pihak kementerian bagi membantu pelajar daripada golongan B40 khususnya agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran memandangkan peruntukan Biasiswa Kecil Persekutuan telah dipotong sebanyak RM28 juta dan juga peruntukan RMT juga dipotong hampir RM11 juta untuk tahun 2019. Jadi, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jerantut atas soalan tambahan tersebut. Peruntukan kita ada yang ditambah dan ada yang dikurangkan. Sebagai contoh Biasiswa Kecil Persekutuan daripada RM118 juta telah menurun kepada RM90 juta tetapi peruntukan untuk Elaun Murid Berkeperluan Khas telah meningkat daripada RM100 juta kepada RM142 juta, ini pertama. Kedua, kita juga mempunyai biasiswa yang baharu yang akan bermula pada tahun ini. Sebagai contoh, kita telah bekerjasama dengan Yayasan Tenaga Nasional Berhad dan menawarkan satu program yang dipanggil Biasiswa 'my brighter future' (MyBF) di mana 400 tempat akan ditawarkan untuk murid-murid yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang
TVET ataupun STEM dan juga perakaunan. Selain daripada itu, kita juga telah menyediakan laluan khas untuk golongan B40 ini di sekolah berasrama penuh, matrikulasi dan juga ke IPTA untuk memastikan golongan ini akan mendapat akses yang sama rata untuk melanjutkan pendidikan mereka. Sekian jawapan saya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Saya berada di sekolah dan PPD lama dan saya hendak menyampaikan salam daripada PPD dan juga rakan-rakan guru di seluruh Malaysia. Tentang bagaimanakah Kementerian Pendidikan menyelesaikan masalah sekolah PPD dan jabatan dalam perbelanjaan mengurus di dalam bidang kokurikulum, sukan dan sebagainya di peringkat PPD, MSS dan juga MSM. Ini kerana saya dapati ramai di kalangan guru dan juga PPD apabila hendak membawa pelajar ke peringkat MSS, MD dia menghadapi masalah kewangan. Jadi, adakah kementerian membuat kajian yang terperinci untuk mengkaji bagaimanakah peruntukan ini diuruskan dengan sebaik-baiknya dan boleh mencukupi dalam semua bidang. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya rasa kalau sekiranya memang pertamanya, kita memang menggalakkan PPD dan juga JPM untuk mengamalkan satu pengamalan yang lebih jimat dan juga cost effective untuk memastikan segala peruntukan ini boleh diguna pakai dengan baik. Apabila kita mendapati bahawa peruntukan untuk sesuatu bidang memang tidak mencukupi, jadi kita akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan supaya kita boleh mendapat peruntukan tambahan untuk menampung keperluan. Akan tetapi memang, saya rasa di peringkat KPM, kita ada banyak prioriti untuk kita memastikan bahawa semua golongan dan juga semua sekolah di kawasan bandar dan luar bandar, semenanjung, Sabah dan Sarawak, semua dapat dijaga dengan baik serta semua murid-murid daripada golongan B40, M40 ataupun T20. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor sembilan. Sebelum itu saya hendak mengalu-alukan kehadiran PEMADAM daripada daerah Kerian Parlimen Bagan Serai. Terima kasih.
9. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kesejahteraan rakyat dalam membantu golongan ibu tunggal khususnya warga emas yang tidak mempunyai pendapatan untuk mendapatkan rawatan lanjutan seperti hemodialisis.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Yayasan Kebajikan Negara memperuntukkan anggaran RM4 juta bagi membiayai rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang yang terpilih di seluruh negara setiap tahun. Kesemua individu yang ditaja sepenuhnya itu terdiri daripada pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan dengan pendapatan bulanan di bawah RM1,200 sebulan dan sedang mendapatkan rawatan di pusat dialisis kelolaan Yayasan Kebajikan Negara di seluruh negara. Di antara penerima bantuan dialisis YKN terdiri daripada pesakit buah pinggang dalam lingkungan usia 27 hingga 80 tahun yang terdiri daripada suri rumah tangga, ibu tunggal, warga emas perempuan, warga emas lelaki, golongan belia dan golongan lelaki dewasa. Mulai bulan Januari 2018 hingga Disember 2018 seramai 66 orang telah menerima manfaat atau dikenali sebagai YKN Dialisis telah menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis secara percuma kepada golongan ini di samping melaksanakan pelbagai program berbentuk holistik kepada pesakit dan keluarga pesakit. Di samping itu, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyalurkan bantuan kewangan secara bulanan kepada warga emas dan juga pesakit yang layak dan menepati kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Terdapat dua skim bantuan kewangan yang disediakan khusus kepada golongan warga emas yang bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan mendapatkan rawatan lanjutan seperti hemodialisis dan
pelbagai penyakit lain. Skim bantuan kewangan tersebut ialah Bantuan Orang Tua (BOT) dengan kadar RM350 sebulan dan Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik / Orang Kurang Upaya Terlantar dengan kadar RM350 sebulan. Berdasarkan statistik JKM pada tahun 2018, seramai 166,028 penerima bantuan bersamaan RM661 juta telah mendapat manfaat daripada kedua-dua skim bantuan kewangan ini. JKM turut menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan, transportation kita sediakan dan juga Program Khidmat Bantu di Rumah atau Home Help Service untuk membantu warga emas yang memerlukan perkhidmatan ini. Jadi jumlah golongan warga isi rumah setakat Disember 2018 adalah 8,994 orang isi rumah yang terdiri daripada 7,135 isi rumah warga emas dan 1,859 isi rumah OKU telah menerima perkhidmatan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi dan syabas dan tahniah di atas usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian. Soalan saya, memandangkan untuk pesakit hemodialisis ini memerlukan belanja yang cukup tinggi, bayangkan sekali rawatan RM150 ke RM200, tiga kali seminggu dan kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya maksudnya mereka perlu menyediakan lebih kurang RM2,500 ke RM2,800 setiap bulan. Jadi saya menjangkakan bantuan yang diberikan oleh YKN tidak mencukupi di bawah RM1,200 ini. Adakah kerajaan bercadang untuk melebarkan lagi di bawah bantuan, maksudnya di bawah RM3,000 untuk penerima bantuan di bawah YKN ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Perkhidmatan yang diberikan oleh Yayasan Kebajikan Negara ini berbetuk complimentary service kepada perkhidmatan sedia ada yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM ada bantuan kewangan kepada NGO penubuhan pusat dialisis baharu dengan had maksimum 10 buah mesin dialisis ataupun KMM juga memberikan bantuan subsidi hemodialisis kepada pesakit miskin. Jadi YKN ini peranan kita, kita top-up atau kita bagi complimentary kepada golongan yang betul-betul miskin yang memerlukan bantuan ini dan kita sekarang YKN ada enam buah dialysis center di seluruh Malaysia dan lokasinya terletak di Negeri Sembilan sebanyak satu, Pahang sebanyak satu, Kelantan sebanyak satu, Kuala Lumpur sebanyak satu, Terengganu sebanyak satu dan Sabah sebanyak satu. Bagaimanakah kami memilih lokasi ini? Kita berbincang dengan KKM yang mana kita telah membuat taburan pesakit yang kita lihat paling miskin di kawasan ini dan kita pilih lokasi ini. Untuk memperluaskan lagi kadar pendapatan bulanan di bawah RM1,200 ini, buat masa ini YKN tiada cadangan untuk memperluaskan ataupun menaikkan garis paras kemiskinan ini tetapi kita hendak naikkan kapasiti ini dahulu. Ini adalah kerana enam buah center ini boleh mengambil lebih kurang 108 orang kapasiti tetapi kita sekarang ini ada 66 penerima. Jadi kita hendak memperluaskan lagi penerimaan bantuan ini melalui Ahli-ahli Parlimen dan kemudian bila kita lihat ini sudah memadai, mungkin kita akan mempertingkatkan lagi pendapatan bulanan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan apakah bantuan-bantuan kecemasan untuk ibu atau isteri yang secara tiba-tiba menjadi ibu tunggal disebabkan penceraian atau kematian suami? Saya berpendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri, pemohon mesti diberi bantuan berbentuk kecemasan untuk tempoh tertentu. Tempoh masa ini amat meruncing dari segi emosi dan kewangan. Bantuan patut diberi dengan mengambil kira keadaan semasa ibu tunggal tersebut, kestabilan emosi dan juga kemahiran yang ada pada ibu tunggal itu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Kuala Kangsar agak spesifik kepada ibu tunggal yang tiba-tiba menjadi ibu tunggal. Jadi bantuan JKM sedia ada adalah bantuan kanak-kanak yang kita berikan kepada golongan kanak-kanak di sesebuah rumah. Akan tetapi untuk spesifik soalan tersebut saya akan dapatkan jawapan dan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana soalan yang ditanya soalan asal pokok adalah mengenai hemodialisis kidney treatment. Terima kasih.
10. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan: (a) apakah usaha yang telah dijalankan oleh kementerian bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam; dan (b) berapakah jumlah kes penyeludupan haiwan yang telah berjaya ditumpaskan dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pesalah tersebut.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Parit. Kementerian amat mengambil berat terhadap isu aktiviti penyeludupan haiwan terancam. Malaysia adalah ahli dalam Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora dan terlibat dalam usaha mengawal perdagangan hidupan liar menerusi pelaksanaan penguatkuasaan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008. Permintaan yang tinggi ke atas hidupan liar bagi pelbagai tujuan menyebabkan aktiviti ini terus berlaku. Kementerian melalui agensi berkaitan khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bertanggungjawab membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam di Semenanjung Malaysia telah dan sedang menjalankan pelbagai usaha bagi mengekang dan membanteras aktiviti tersebut. Jabatan PERHILITAN berusaha memerangi gejala ini secara berterusan dan menggunakan pelbagai pendekatan: (i) menetapkan pos-pos kawalan di pintu-pintu keluar masuk utama negara yang beroperasi 24 jam sehari seperti Kuala Lumpur International Airport, Sepang dan Kompleks Sultan Abu Bakar CIQ, Johor Bahru; (ii) menjalin kerjasama dalam aktiviti kawalan dan operasi bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia; (iii) memperkukuhkan aktiviti perisikan dan penguatkuasaan dengan perkongsian maklumat antara agensi dan antara negara serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang menyokong konservasi hidupan liar seperti Malaysia Conservation Alliance for Tigers, Malaysian Nature Society, World Wide Fund for Nature, RIMBA dan TRAFFIC Southeast Asia di samping penggunaan teknologi terkini dalam memastikan penjenayah dapat dijejaki dan maklumat dapat di kumpul secepat mungkin; (iv) menjalankan usaha membanteras penyeludupan kehidupan liar rentas sempadan di peringkat rantau dengan menyertai operasi- operasi dijalankan di peringkat antarabangsa melalui ASEAN Wildlife Enforcement Network; (v) inisiatif menubuhkan dan membangunkan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan yang berfungsi sebagai makmal dalam menerima, mengumpul, mengkatalogkan, memproses dan menganalisis pelbagai jenis sampel genetik hidupan liar. Pangkalan data DNA hidupan liar yang diperolehi ini turut digunakan untuk menyokong tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan haiwan terancam terutamanya dalam pemutihan kes-kes jenayah hidupan liar yang didakwa di mahkamah.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2011 sehingga 2018, Jabatan PERHILITAN telah menumpaskan sebanyak 203 kes yang melibatkan penyeludupan pelbagai spesies haiwan terancam seperti tenggiling, orang utan, pelbagai jenis kura-kura, burung murai batu dan pelbagai spesies ular. Pesalah-pesalah telah dijatuhkan hukuman sama ada didenda atau dihukum penjara mengikut keseriusan kesalahan yang dilakukan. Untuk rekod, tindakan hukuman yang paling tinggi yang pernah dijatuhkan atas kesalahan menyeludup hidupan liar ialah sebanyak RM350,000 dan empat tahun penjara yang melibatkan tiga orang warganegara Indonesia atas kesalahan menyeludup pelbagai jenis hidupan liar termasuk sepasang orang utan dari Sumatera, Indonesia ke Semenanjung pada 21 September 2018 yang lalu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Penyeludupan haiwan liar atau terancam mempunyai pasaran yang tinggi selepas dadah dan juga senjata api. Negara kita mempunyai infrastruktur jalan dan lain-lain yang cukup baik sehingga memudahkan penyeludup mengangkutnya. Adakah benar Malaysia antara 10 teratas hab penyeludupan haiwan liar di dunia? Setakat mana kerjasama dengan badan global seperti Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam spesies flora dan fauna terancam? Apakah bentuk kerjasama yang telah dicapai dan apakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik peruntukan undang-undang yang sedia ada memandangkan aktiviti penyeludupan haiwan ini masih berleluasa? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Malaysia sebelum ini adalah sebuah negara yang digunakan sebagai tempat transit hidupan liar yang mana pihak kementerian dan juga Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan pihak international di bawah trafik. Untuk membendung penyeludupan ini terus berlaku, pihak KATS dalam usaha meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dengan cadangan pindaan ini akan melibatkan 78 seksyen sedia ada dan pertimbangan 10 seksyen baharu bagi mengukuhkan pertukaran-pertukaran sedia ada serta mewujudkan pertukaran-pertukaran baharu selaras dengan usaha jabatan dalam pemuliharaan hidupan liar dan habitatnya. Sebagai contohnya, penambahan kadar penalti, skop perniagaan atas talian, wildlife impact assessment dan skop baharu. Maksudnya di sini, banyak juga binatang liar yang diniagakan dalam talian. Jadi kita akan tambahkan undang-undang. Berkenaan dengan— saya rasa dengan nombor dua tadi berkenaan dengan wild fauna dan flora itu saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ada soalan, soalan yang kedua.
Yang Berhormat, dekat sini nampak tidak nampak Yang Berhormat.
Saya bagi Yang Berhormat Jeli.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan kerjasama yang erat kementerian dengan beberapa agensi lain dan penguatkuasaan lebih tegas, berapakah Malayan tiger yang telah diselamatkan daripada diseludupi tahun 2017 dan tahun 2018. Pada anggaran kementerian, berapakah Malayan tiger yang ada pada hari ini? Apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk memastikan bilangannya bertambah pada masa hadapan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga akan menjawab secara bertulis sebab tiada data pada saya sekarang. Terima kasih. [Soalan No. 11 - Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) tidak hadir]
12. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) apakah rasional dan justifikasi Kementerian Pengangkutan menambah pemasangan kamera AES dan setakat manakah kejayaan sistem AES mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya; dan (b) berapakah jumlah pemandu kenderaan melakukan kesalahan dari Mei 2018 hingga 31 Januari 2019 ekoran penambahan kamera tersebut.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gerik. Terlebih dahulu Yang Berhormat Gerik bertanya apakah rasional dan justifikasi Kementerian Pengangkutan menambah pemasangan kamera AES. Untuk makluman Yang Berhormat Gerik, setakat ini tidak ada penambahan sebarang kamera AES. Ini kerana semua kamera AES yang sedia ada adalah dipasang semasa pentadbiran terdahulu. Itu yang pertama.
Keduanya, dari segi sejauh mana kejayaan sistem ini mengurangkan kemalangan jalan raya. Mengikut kajian daripada pihak MIROS, penurunan peratusan jumlah kesalahan pemandu yang memandu laju yang menyumbang kepada kemalangan maut daripada 24 peratus kepada 13 peratus. Ada penurunan dari segi jumlah kesalahan pemandu. Keduanya peningkatan jumlah pemandu yang mematuhi peraturan had laju daripada 63 peratus sebelum pemasangan kepada 95 peratus selepas pemasangan kamera AWAS di lokasi tersebut. Ya, memang ada bantuan dari segi apabila seseorang pemandu itu melalui kawasan-kawasan yang di mana ada kamera, sudah tentunya mereka akan menjurus supaya lebih mematuhi had laju pada kawasan itu. Berkenaan dengan soalan yang kedua, jumlah pemandu kenderaan melakukan kesalahan dari Mei 2018 sehingga 31 Januari 2019, ekoran penambahan kamera tersebut. Sekali lagi saya menegaskan bahawa, tidak ada penambahan kamera tersebut dalam tempoh tersebut. Namun begitu, bagi tempoh 1 Mei 2018 hingga 31 Januari 2019, sejumlah 467,226 notis saman telah dikeluarkan. Namun begitu, untuk saman-saman yang dikeluarkan daripada 1 Mei 2018 hingga 31 Ogos 2018, saman-saman tersebut telah pun dimansuhkan dan dihapuskan. Kita hanya mula kuat kuasa mulai 1 September 2018. Daripada 1 September 2018 sehingga sekarang, jumlah notis saman AWAS yang telah dikeluarkan ialah dari bulan September 2018 hingga Disember 2018 berjumlah 84,165. Untuk bulan Januari 2019 sebanyak 22,981. Secara umumnya notis-notis saman ini dikeluarkan ada pengurangan. Ini kerana notis yang dikeluarkan ada pengurangan berbanding dengan tempoh-tempoh yang terdahulu. Itu jawapan yang boleh saya berikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tindakan kerajaan meletakkan kamera AES dan juga lain-lain tindakan ialah sebenarnya langkah pencegahan dan mengurangkan kemalangan kepada pemandu-pemandu. Soalan saya, mengapakah kerajaan tidak akan memberi diskaun kepada notis kompaun yang akan dikeluarkan oleh JPJ kerana ia akan membebankan rakyat, sedangkan undang-undang bersifat untuk memberi pengajaran dan bukan sebaliknya. Minta penjelasan kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat, yang pertamanya saman itu ialah untuk mendidik supaya apabila seseorang yang telah melakukan kesalahan itu tidak mengulanginya. Oleh sebab itu, kita hendak menjadikan kompaun itu sebagai satu pengajaran kepada mana- mana yang melakukan kesalahan. Keduanya, kita telah pun memberikan satu amnesty. Terdapat empat juta lebih saman AES yang telah dikeluarkan semenjak tahun 2012. Kita batalkan semua Yang Berhormat sebelum 1 September 2018. Kita batalkan semua itu, bukankah itu satu yang telah membantu rakyat terutamanya yang mempunyai saman-saman tertunggak AES ini mengurangkan beban mereka. Jadi, kita telah mengatakan dengan tegas bermula 1 September 2018 tidak ada sebarang diskaun, itu pertama. Ini kerana ia tidak memberikan keadilan kepada mereka yang mematuhi peraturan dan membayar saman pada tempoh yang tertentu. Ini kerana kalau kita bagi diskaun, orang akan menunggu, dia tahulah kerajaan ini tidak tegas, mereka akan tunggu sehinggalah ada diskaun baru mereka bayar. Jadi, persoalannya ialah kalau kita tidak tegas dan kita tidak adil kepada semua, maka tidak ramai yang akan mematuhi peraturan jalan raya. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingin bertanya bahawa soal pihak yang bertindak di atas jalan raya ini, pelbagai agensi yang ada. JPJ, polis trafik, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya yang menyebabkan kadang-kadang mungkin pengguna akan disaman oleh dua hingga tiga agensi. Apakah pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menyelaraskan supaya semua agensi penguat kuasa jalan raya ini disatukan supaya tidak menjadi suatu redundant dalam tugas ke atas jalan raya? Terima kasih.
Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Itu satu cadangan yang cukup baik dan memang kita sedang menjalankan satu kajian. Kalau pelaksanaan nanti, saya harap Yang Berhormat Kubang Kerian dan rakan-rakan daripada pembangkang boleh memberikan sokongan penuh kepada cadangan tersebut. Kita memang bersetuju kalau boleh diselaraskan supaya tidak bercelaru, supaya rakyat pun tidak keliru agensi mana yang menjalankan penguatkuasaan ini. Memang itu satu cadangan yang kita rasa ke arah tersebut dan kita berharap cadangan ini dapat dilaksanakan. Terima kasih.
[Soalan No. 13 – YB. Datuk Haji Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) tidak hadir]
14. Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah persediaan yang telah dirancang oleh kementerian ke arah penggabungan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Bharu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha membantu membangunkan potensi setiap murid dengan menawarkan pelbagai mata pelajaran mengikut kepelbagaian minat, kebolehan dan kecenderungan mereka. Usaha ini memerlukan akses kepada pilihan laluan yang menarik dan berdaya maju untuk kemajuan setiap murid. Semenjak tahun 2000, KPM telah memperkenalkan pelaksanaan sistem persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu tiada lagi pelaksanaan aliran di sekolah tetapi sekolah boleh menawarkan pakej gabungan mata pelajaran yang terdiri daripada enam mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif, sama ada daripada kumpulan sains, sastera ataupun kombinasi keduanya mengikut minat dan kemampuan murid. Sistem persijilan terbuka SPM pada ketika itu mempunyai ciri-ciri positif kerana lebih fleksibel, tidak terlalu membebankan murid lemah dan boleh memberi rangsangan kepada murid yang pandai dan bermotivasi tinggi. Manakala sistem pendidikan menengah atas dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2020 menyediakan peluang kepada murid untuk memilih laluan dalam pelbagai pilihan mata pelajaran. KPM menyediakan pakej mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan murid. Pakej mata pelajaran menengah atas ini dicadangkan bagi membolehkan murid mengenal pasti dan memilih mata pelajaran yang bersesuaian mengikut minat kecenderungan, kebolehan serta potensi diri dalam konteks SPM yang bertepatan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak institut pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) atau menceburi bidang kerjaya pilihan. Sekian jawapan saya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang mantap. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, salah satu daripada 100 inisiatif utama adalah untuk mencapai dasar 60:40 di antara aliran sains dengan aliran teknikal sastera. Namun demikian Yang Berhormat, rekod menunjukkan bahawa sejak 2013 hingga 2017, bilangan pelajar aliran sains telah menurun dengan begitu ketara sekali. Jadi soalan saya, adakah kerajaan memandang dasar tersebut perlu diubah kepada penggabungan terus atau apakah langkah yang kerajaan akan ambil untuk memastikan dasar sedia ada perlu diperkukuhkan ekoran daripada ini bagi mengelakkan menjejaskan pengeluaran modal insan daripada aliran sains ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Bharu atas soalan tambahan tersebut. Saya tidak dapat menafikan bahawa memang sampai sekarang kita masih belum mencapai nisbah sains dan bukan sains sebanyak 60:40. Akan tetapi walau bagaimanapun, setakat ini kita tidak ada rancangan untuk mengubah nisbah tersebut tetapi kita selalu menyediakan pelbagai peluang dan juga ingin memupuk minat murid-murid kita dalam bidang sains ini. Kita juga rasa bahawa dalam bidang sains ini, banyak peluang dalam bidang teknologi dan kita berharap bahawa murid-murid kita juga berpeluang untuk menceburi dalam bidang teknologi. Untuk makluman Dewan, dalam tahun ini, kita telah menyediakan program vokasional menengah atas di 112 buah sekolah menengah supaya memberi pilihan kepada murid-murid kita bahawa selain daripada sastera, dalam bidang sains ini banyak bidang yang kita boleh ceburi. Seperti yang saya sebut tadi, kita telah bekerjasama dengan Yayasan Tenaga Nasional Berhad untuk menyediakan biasiswa My Brighter Future. Saya tadi salah sebut 400 tetapi sebenarnya tawaran yang kita akan tawarkan pada tahun ini adalah 4,000 bukan 400. Jadi, ini adalah usaha-usaha kita untuk menarik minat murid-murid kita di dalam bidang sains dan teknologi. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi iaitu untuk memupuk minat pelajar- pelajar kepada mata pelajaran sains. Jadi soalan saya, apakah rancangan ataupun program- program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan minat pelajar ini berterusan kepada pemilihan aliran sains itu. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Antara strategi KPM untuk meningkatkan minat murid terhadap aliran sains adalah seperti berikut: (i) menjalankan penyelarasan kurikulum sains dan matematik negara maju bagi memastikan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah setaraf dengan kurikulum negara maju melalui penggubalan kurikulum baharu murid disediakan untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menghadapi pelbagai cabaran masa kini dan masa hadapan; (ii) menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik--- melalui pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek; dan (iii) membangunkan modul PdP yang berteraskan KBAT seperti modul pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Jadi ini adalah pelbagai usaha yang akan dan sedia dilaksanakan. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ada cadangan yang baik, saya juga amatlah mengalu-alukan cadangan tersebut supaya kita boleh sama-sama menarik minat murid-murid kita dalam bidang sains ini. Sekian jawapan saya.
15. Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan berkaitan pembentangan bajet yang lalu, hasrat bagi melahirkan sebuah negara usahawan, jadi apakah perancangan kementerian bagi memulakannya di kawasan luar bandar.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar atas soalan ini. Kementerian Pembangunan Usahawan sentiasa mengambil berat dan komited untuk membangunkan keusahawanan di negara ini secara inklusif termasuklah usahawan luar bandar. Pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada usahawan luar bandar ini secara khususnya. Antaranya ialah yang pertamanya, Program Satu Daerah Satu Industri yang dianjurkan oleh kementerian bagi menyediakan platform dan peluang kepada usahawan ringkasnya SDSI ini untuk memperkenalkan produk serta meluaskan jaringan perniagaan dan meluaskan pemasaran produk melalui sesi padanan perniagaan. Ini adalah inisiatif top-down. Setakat ini, sebanyak dua siri program SDSI ini telah diadakan, di Perak dan juga di Terengganu. Tempat-tempat lain akan menyusul dan akan ada satu di peringkat nasional, disusuli di Sabah dan juga di Sarawak dan berakhir pada Oktober tahun ini. Yang keduanya ialah program outreach di kawasan luar bandar oleh kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dan sebagai satu contoh, TEKUN Nasional sebagai satu agensi di bawah kementerian mengadakan sesi membantu pembangunan usahawan ini di luar bandar. Yang lepas, yang baru kita buat ialah di Tanah Merah dan akan disusuli oleh Masjid Tanah di Melaka, selepas daripada ini.
Dalam program ini kita akan juga melakukan program pemadanan di antara industri- industri kecil khususnya luar bandar dan juga di kalangan penduduk B40. Di bawah Rangka Kerja Keusahawanan Nasional yang telah dibangunkan oleh kementerian ini, kita juga turut menggaris matlamat dan inisiatif untuk membangunkan usahawan di dalam kalangan kumpulan B40 yang turut merangkumi usahawan luar bandar seperti berikut iaitu: (i) membangunkan Pelan Latihan Keusahawanan yang bersepadu di bawah satu agensi yang khusus iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang bekerja secara lebih strategik bagi memberikan bantuan kepada latihan-latihan yang di selaras dan diakreditasi; (ii) bagi pihak koperasi juga kita akan memberikan insentif untuk koperasi terlibat dalam perniagaan-perniagaan yang baharu yang lebih strategik bagi meningkatkan pendapatan komuniti usahawan koperasi ini; dan
(iii) menyediakan pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian MED seperti Skim Pembiayaan TEKUN, TEKUN Niaga, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dan juga Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), yang walaupun boleh dimanfaatkan oleh usahawan di seluruh negara tidak hanya di luar bandar tapi kali ini luar bandar akan diberikan penumpuan. Di samping itu kita sedang merancang kerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian yang lain, khususnya Kementerian Pertanian dan Asas Tani untuk membantu usahawan-usahawan mereka dengan melibatkan beberapa aktiviti yang khusus nanti, insya- Allah. Bagi merancakkan lagi penglibatan usahawan luar bandar, kementerian akan memperbanyakkan lagi program-program yang merangkumi penyediaan latihan, baik usahawan biasa ataupun koperasi, penyediaan bantuan premis dan juga infrastruktur serta pembiayaan perniagaan pada golongan usahawan bagi menjadikan mereka usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Kita kembali kepada fokus yang ketiga Belanjawan 2019 jelas memupuk budaya negara keusahawanan. Kepada Yang Berhormat Menteri, Institut Latihan Keusahawanan (INSKEN) perlu re-focus kepada Revolusi Industri 4.0. Kita hendak memacu dan mengembangkan lagi ataupun memberi tumpuan kepada usahawan-usahawan desa ini yang saya kira lebih original. Soalan saya bila INSKEN akan bergerak memberi keilmuan kepada usahawan desa terutamanya di kawasan Parlimen Sungai Besar. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri di kawasan Sungai Besar kita sudah bermula dengan produk Sungai Besar ori. Terima kasih silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Kita telah menyusun semula INSKEN ini dan insya-Allah tidak lagi seperti biasa ia menunggu tetapi mereka akan mengambil sikap yang proaktif untuk melaksanakan latihan- latihan ini secara bersepadu bersama-sama dengan agensi yang lain juga seperti TEKUN dengan program latihan mereka tetapi kali ini diselaraskan oleh INSKEN dan kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat bila kita bersedia untuk meningkatkan lagi latihan untuk Sungai Besar ori. Terima kasih.
Antara tiga peluang usahawan ini ialah vendor dengan syarikat anchor, kemudian francais dengan francaisor, satu lagi ialah business online ataupun e-dagang. Akan tetapi kelihatan ketiga-tiga peluang perniagaan ini hanya dimonopoli oleh usahawan bandar. Apakah usaha Kementerian Pembangunan Usahawan untuk memastikan tiga peluang vendor, francais, e-dagang ini juga ditembusi dan dimanfaatkan oleh masyarakat usahawan di luar bandar. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Pontian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak melupakan usahawan-usahawan luar bandar dalam ketiga-tiga contoh program yang disebutkan tadi francais, vendor dan lain- lainnya. Ini kerana kita merasa peluang-peluang ini boleh diwujudkan dan saya pun telah membentangkan kepada kementerian untuk meminta usaha-usaha ini dijalankan di peringkat Parlimen kita. Sebab itu kita harap selepas ini akan ada koordinasi di antara kementerian dengan wakil-wakil kita yang ada di Parlimen yang ada di dalam Dewan ini untuk bersama- sama membangunkan usahawan di kawasan kita. Kita akan memastikan agensi di bawah kementerian kita akan mengambil inisiatif untuk membantu kita semua Ahli-ahli Parlimen ini untuk membangunkan usahawan khusus di bawah kawasan Parlimen masing-masing insya-Allah.
16. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan perkembangan terbaru perundingan bayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Apakah sudah ada mekanisme atau persetujuan dicapai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petrajaya saya diminta untuk menjawab soalan ini.
Hari itu marah kalau orang lain jawab. Potong gaji.
Sebelum ini pergi mana?
Dulu duduk di sini marah kalau Menteri lain jawab. Masih kah kau ingat? Masih kah kau ingat?
Menteri Hal Ehwal Ekonomi mana?
Menteri tidak ada, Timbalan tidak ada mana pergi ini.
We are versatile lah. We are versatile don’t worry.
Mana boleh versatile.
Masalahnya masih kah...
Ahli-ahli Yang Berhormat memang ada surat pemakluman mengenai dengan jawapan oleh kementerian. Silakan.
Relax Yang Berhormat Kuala Krau, relax.
Tidak, dulu pun ada surat macam itu juga dia bising juga.
Dulu pasal...
Teruskan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Lidah bercabang, buat jawapan bertulis sajalah. Jawapan bertulis.
Tidak apa, it’s ok.
Jawapan bertulislah, jawapan bertulis. Jawapan bertulislah.
Ini bertulis lah ini. Sabarlah.
Mana Menterinya? Menteri? Menteri takkan Menteri jabatan lain yang jawab.
Persoalan yang dibangkitkan merupakan perkara yang dibincangkan dalam...
Mana boleh macam ini biarlah Menteri menjawab. Menteri tidak ada, tidak adalah tidak ada jawapan.
Jawatankuasa Khas Kabinet (PEMANDU) bagi menyemak...
Macam mana ini Menteri lain pula menjawab ini.
Tuan Yang di-Pertua, dia ini kacau Tuan Yang di-Pertua.
Ya, minta tidak ada gangguan daripada yang lain minta...
Sama juga dulu kacau.
Kasihan Yang Berhormat Petrajaya [Ketawa] . Yang Berhormat Petrajaya daripada pagi tunggu tadi. Untuk makluman Yang Berhormat persoalan yang dibangkitkan merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet (PEMANDU) bagi menyemak Perjanjian Malaysia (MA1963) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keahlian Jawatankuasa Khas Kabinet merangkumi pelbagai pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri termasuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Sabah.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dilantik sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Khas Kabinet (PEMANDU) MA63. Sehingga kini jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak dua kali iaitu pada 17 Disember 2018 dan 5 Mac 2019. Mesyuarat pada 17 Disember 2018 antara lain bersetuju supaya isu petroleum dibincangkan dalam forum berasingan memandangkan isu ini amat kompleks dan melibatkan banyak pihak kepentingan yang perlu diberi pertimbangan. Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU pada 5 Mac 2019 telah memperuntukkan supaya forum berasingan ini mengguna pakai forum sedia ada yang sedang berlangsung antara PETRONAS dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membincangkan penyelesaian secara komersial. Perbincangan bersama Kerajaan Negeri Sabah pula akan diadakan selepas selesainya perbincangan Kerajaan Negeri Sarawak. Forum ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Keahlian forum berasingan ini adalah terdiri daripada wakil-wakil seperti berikut: (i) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi; (ii) Kementerian Kewangan Malaysia; (iii) Jabatan Peguam Negara; (iv) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS); (v) Kerajaan Negeri Sarawak; (vi) Kerajaan Negeri Sabah; dan (vii) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM sebagai urus setia. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, skop forum berasingan ini hanya menumpukan kepada tiga perkara iaitu pertama penyelesaian komersial bersama PETRONAS, yang kedua royalti atau bayaran tunai dan yang ketiga cukai termasuk duti eksport dan cukai jualan. Hasil perbincangan dari syor forum berasingan ini akan diangkat terus kepada Jawatankuasa Khas Kabinet PEMANDU (MA63) untuk pertimbangan dan persetujuan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang jawab dan dia menyebut persoalan berhubungan dengan MA63, jadi dalam perundingan hal ehwal minyak tadi saya hendak dapatkan kepastian adakah tempoh masa ditetapkan untuk muktamadkan perundingan tersebut dan kalau ya bila dan yang kedua memandangkan ura-ura akan ada pindaan satu para 2, Artikel 1(2) Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen seperti dilaporkan dalam media.
Bolehkah tidak semua yang dirundingkan oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri dimasukkan sekali sebagai satu pakej supaya jelas kuasa, hak Sarawak dan Sabah dapat diperjelaskan? Itu yang dapat diperjelaskan oleh Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Petrajaya. Ada 2 soalan, soalan yang kedua itu saya akan jawab nanti dalam penggulungan, Yang Berhormat kena tunggulah. Soalan pertama itu yang saya akan jawab, jawab bertulislah. Sekian, terima kasih.
Apa standard la ini, macam mana ini?
Jawablah.
Baik cakap jawab bertulis sahaja. [Ketawa]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan Jabatan Perdana Menteri menjawab dan diputuskan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja ke Bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 2 April 2019.”
Sokongan?
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh menyokong cadangan.
Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”. [28 Mac 2019]
Minta Kementerian Pertahanan untuk mula menjawab, 45 minit.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin menyatakan penghargaan kepada lapan Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja yang menyentuh tentang perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan. Ahli-ahli Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kelabakan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Lawas dan Yang Berhormat Kapar. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Izinkan saya untuk menjawab kesemua pertanyaan-pertanyaan yang telah dibahaskan semasa perbahasan oleh lapan Ahli Yang Berhormat mengikut isu-isu yang dibangkitkan iaitu; (i) isu kebajikan Veteran ATM; (ii) memperkukuhkan keselamatan Pantai Timur Sabah; (iii) melaksanakan audit aset-aset ATM bagi memastikan kesiapsiagaan ATM; (iv) cadangan memasukkan urban warfare dalam kerangka Kertas Putih Pertahanan; (v) mencadangkan hasil Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan didedahkan kepada umum; (vi) pembinaan jalan Ba’kelalan ke Bario di bawah Projek Jiwa Murni; (vii) isu penutupan dan peruntukan bajet tahunan kepada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT). Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu sebelum saya menjawab isu-isu kebajikan yang telah dibangkitkan secara spesifik oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini tentang keputusan kerajaan yang terkini tentang pemberian insentif Bantuan Harapan Negara 2019 yang merupakan inisiatif terbaru bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. Pemberian ini merupakan sebagai penghargaan berterusan daripada Kerajaan Pakatan Harapan kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara. ianya adalah usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM walaupun kekangan kewangan, kita cari jalan. Saya sendiri beberapa kali ke Kementerian Kewangan, berusaha supaya dapat diagihkan sedikit kepada veteran ATM ini. Setelah dicari jalan, akhirnya dapatlah diberikan kepada veteran ATM menjelang Hari Raya nanti yang jumlahnya lebih kurang RM79.68 juta. Bagi melaksanakan inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM79.68 juta untuk diagihkan secara one-off kepada seramai 159,368 orang veteran ATM berpencen dan tidak berpencen yang layak menerimanya dengan kadar pemberian sebanyak RM500 seorang. Jumlah penerima ini adalah lebih tinggi berbanding hanya 43 ribu orang veteran ATM tidak berpencen sahaja yang menerima inisiatif di bawah Bantuan Bakti Negara 2017. Pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah bertanggungjawab untuk melaksanakan insentif ini, di mana permohonan untuk Bantuan Harapan Negara akan dibuka mulai 14 April 2019. Insya-Allah pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019. Adalah diharapkan pembayaran inisiatif ini akan dapat meringankan sedikit bebanan veteran yang terlibat, terutamanya semasa menghadapi sambutan bulan Ramadhan dan Aidilfitri nanti. Tuan Yang di-Pertua, bagi isu kebajikan veteran ATM, seramai tiga Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan semasa perbahasan Titah Diraja, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Setiawangsa dan Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Tampin telah membangkitkan isu pemilikan rumah mampu milik, terutamanya kepada veteran tentera tidak berpencen. Sebagai makluman Yang Berhormat Tampin, Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan yang ke-2 pada 28 Februari 2019 telah membincangkan dan memperhalusi beberapa kertas kerja yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa Kerja MBK. Antara kertas kerja yang dibincangkan adalah cadangan mengenai inisiatif perumahan kepada veteran ATM. Inisiatif ini adalah bagi membantu kebajikan veteran ATM untuk memiliki rumah mampu milik. Kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan Program Pemilikan Rumah Veteran ATM, di samping mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk membantu golongan veteran ATM yang masih belum memiliki rumah sendiri. Inisiatif Perumahan Veteran ATM ini bertujuan untuk membantu veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang kondusif dan selesa. Fokus inisiatif ini adalah kepada golongan seperti berikut. (i) veteran ATM atau balu. (ii) veteran ATM yang berada di bawah paras garis kemiskinan dengan mengambil kira jumlah tanggungjawab keluarga. (iii) veteran ATM tidak berpencen dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Secara umumnya, pihak kementerian akan mengambil pendekatan menambah baik projek perumahan sedia ada dengan mengadakan usaha sama dan kerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan. Perkara ini masih diperhalusi dan dalam peringkat perbincangan sebelum dimuktamadkan pelaksanaannya. Keputusan inisiatif ini nanti akan diumumkan setelah perbincangan bersama semua pihak yang berkepentingan selesai dilaksanakan.
Tuan Yang di- Pertua, celahan boleh?
Yang Berhormat Menteri, hendak bagi? Okey, Yang Berhormat Kuala Krau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma soalan ringkas saya, adakah di kalangan ahli-ahli veteran tentera ini ada disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diberikan oleh pihak kerajaan sekarang? Jika ada, apakah sebabnya mereka ini terpaksa lagi menerima bantuan sara hidup? Terima kasih.
Bantuan Sara Hidup ini ditumpukan kepada mereka yang berpencen dan tidak berpencen yang berpendapatan di bawah yang dipanggil kumpulan B40. Walaupun dia berpencen tetapi pendapatan isi keluarganya bawah daripada RM3,000, maka layak menerima one-off ini.
Yang Berhormat Menteri, ada rekod tak di kalangan ahli veteran tentera?
Ada rekod. Kita kerjasama dengan LHDN untuk mengenal pasti dan pihak jabatan bekerjasama dengan LHDN untuk mengambil fakta-fakta itu. Kalau ada selepas itu tercicir dan ada complaint, kes-kes individu itu, silalah laporkan kepada jabatan. Sebab, kita kerjasama dengan LHDN. Oleh itu, mereka yang tidak berpencen juga tetapi mereka berniaga dan telah berjaya, mereka ini juga tidak berkelayakan untuk menerima one-off RM500 ini.
[Bangun]
Menteri, terima kasih. Boleh?
Yang Berhormat Pasir Salak pula.
Menteri, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh usaha Yang Berhormat Menteri dalam hal untuk menyediakan perumahan kepada anggota tentera kita kerana kita tahu kedudukan mereka. Walau bagaimanapun, saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Menteri, pihak pengurusan di peringkat kementerian terlalu lembap. Masa Kerajaan Barisan Nasional pun lembap. Jadi, Kerajaan Pakatan Harapan ini perlu buat sesuatu untuk memastikan pengurusan di peringkat kementerian itu supaya cekaplah sikit. Jangan hendak buat projek sampai 10 tahun tak jadi. Betul tak?
Ini pembangkang yang bertanggungjawab. Dia mengkritik― pembangkang yang bertanggungjawab mengkritik, memberi pandangan dan kita ambil perhatian pandangan-pandangan itu. Memang saya dulu seronok menjadi pembangkang tetapi sekarang dah jadi kerajaan, lainlah.
[Bangun]
Ya, sekali lagi Yang Berhormat Kuala Krau.
Yang Berhormat, sekali gus tanya habis.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Ya, ya.
Boleh sembang banyak kali.
Berdasarkan jawapan, ada timbul pencerahan, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Pencerahan saya yang seterusnya, saya mohon jika ada rekod-rekod seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan, bolehkah bekalkan kepada saya terutama sekali untuk veteran-veteran di kalangan kawasan saya, Ahli Parlimen Kuala Krau? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Boleh, insya-Allah. Kita akan arahkan pegawai-pegawai untuk membekalkan maklumat-maklumat lanjut kepada Yang Berhormat Kuala Krau.
[Bangun]
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, jangan lupa Kuala Krau ya, rakan lama.
Tidak lupa sama sekali.
Yang Berhormat Menteri.
Ya?
Yang Berhormat Tampin minta mencelah.
Kita banyak lagi ini. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma, saya hendak bertanya, apakah ada statistik jumlah veteran tentera yang belum mendapat rumah mampu milik ini?
Saya akan bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Tampin. Manakala bagi program Satu Anggota Satu Rumah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertahanan bagi membantu anggota dan veteran ATM untuk memiliki rumah sendiri di lokasi pilihan, program ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak swasta. Kerajaan negeri mesti membantu sebab tanah adalah kuasa dan milik kerajaan negeri. Program ini akan meningkatkan lagi kelangsungan kebajikan anggota dan veteran ATM bagi menjamin kesejahteraan mereka bersama keluarga kelak. Program ini juga memberi galakan kepada anggota dan veteran ATM untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa. Program yang dirangka ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menyasarkan membina 200,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh 2018 sehingga 2020. Sebagai permulaan, 3,500 unit di bawah program ini akan dibina di Sungai Besi dan sejumlah 900 telah diperuntukkan untuk warga veteran ATM. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Setiawangsa telah mencadangkan agar pihak kementerian meningkatkan kerjasama dengan pemain-pemain industri pertahanan tempatan bagi membolehkan peluang pasaran pekerjaan yang lebih luas kepada veteran ATM. Di pameran LIMA, daripada LIMA 1 yang dibuat pada tahun 1991, hanya satu industri tempatan yang mempamerkan keupayaan mereka tetapi LIMA kali ini 206 industri tempatan. Oleh itu, bermakna mereka banyak yang mempamerkan kehebatan mereka dalam bidang pertahanan dan juga pengangkutan dan sebagainya, ini akan memberi peluang penambahan pekerjaan kepada ATM ataupun pesara-pesara pada masa yang akan datang. Sebagai maklumat Yang Berhormat Setiawangsa, pihak kementerian sentiasa mengambil perhatian tentang hal ehwal kebajikan veteran ATM dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuklah kerjaya dan sosioekonomi. Kementerian juga mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat untuk memperluaskan peluang kerjaya pasca perkhidmatan veteran ATM dalam industri keselamatan. Cadangan ini dilihat sangat relevan dalam menyediakan peluang kerjaya veteran ATM selaras dengan subject matter expert veteran ATM itu sendiri dalam bidang keselamatan. Kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran dalam peringkat kajian bagi mewujudkan inisiatif konsortium perkhidmatan kawalan keselamatan veteran ATM. Inisiatif ini sedang berjalan dan dicadangkan dibuat secara smart partnership antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Dalam Negeri. Perbincangan sedang berjalan sekarang. Matlamat jangka panjang inisiatif ini, selain mampu menjana pendapatan veteran ATM, dilihat mampu meningkatkan taraf sosioekonomi veteran ATM serta mengurangkan pergantungan veteran ATM kepada bantuan-bantuan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai pula telah menyentuh berkenaan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pencen antara pesara tentera yang menamatkan perkhidmatan sebelum dan selepas tahun 2004. Beliau turut mencadangkan pihak kerajaan memberikan sumbangan khas kepada veteran ATM yang tidak berpencen. Sebagai makluman Yang Berhormat Padang Serai, semenjak tahun 1968 hingga 2012, 15 kali pelarasan pencen telah dilaksanakan. Manakala mulai 2013, kenaikan pencen sebanyak dua peratus setahun telah dilaksanakan. Dengan kerajaan sebelum ini pun telah buat. Kerajaan akan terus membuat penambahbaikan faedah persaraan bagi pesara ATM dari semasa ke semasa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa serta perlu diimbang dengan kemampuan kewangan kerajaan untuk melaksanakannya.
Laluan.
Ya, Yang Berhormat Padang Serai, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan pencen itu yang pencen lama dan pencen baru itu, apa yang kita cadangkan ialah kita hendak selaraskan pencen baru dengan pencen lama supaya apabila naik dua peratus― itu memadai. Sebab, pencen lama katakan sekarang RM1,000, naik dua percent, tidak memadai memandangkan harga barang-barang dan sebagainya. Di samping itu juga, kebanyakan anggota tentera isterinya jadi balu. Suami meninggal dulu sebelum wanita. So, mereka menanggung beban. Jadi kita terpaksa memberi pencen yang selaras dengan pencen baru, barulah boleh. Semasa saya masuk tentera, gaji saya RM180, saya kerja tetapi sekarang tidak boleh hidup dengan RM180. Akan tetapi dalam kedudukan sekarang dan harga barang dan juga fasiliti-fasiliti yang kita dapat, kita perlu naikkan pencen untuk mereka. Kita tengok ramai yang bersungut di luar, protes dan sebagainya. Kalau boleh kerajaan ambil serius dalam perhatian ini. Bagi selaraskan pencen ini, so masalah akan selesai. Terima kasih Menteri.
Jurang pencen antara pesara tentera yang telah lama bersara dan pesara tentera yang baru bersara bukan hanya menjadi isu ATM semata-mata tetapi turut melibatkan pesara perkhidmatan awam secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian sedang mencari mekanisme lain untuk merapatkan jurang pencen pesara ATM dan cadangan mekanisme berkenaan akan dibawa ke agensi pusat untuk dipertimbangkan selanjutnya. Kita sentiasa bincang hal ini dari semasa ke semasa.
Manakala bagi cadangan pemberian sumbangan kepada veteran ATM tidak berpencen seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM79.68 juta bagi tahun ini untuk dibayar seramai 159,368 orang penerima di kalangan veteran ATM berpencen dan tidak berpencen, yang berpencen 100,762 orang dan yang tidak berpencen 58,608 orang penerima di kalangan veteran ATM. Saya kata tadi kalau ada di kalangan aduan mereka tercicir, sila membuat aduan seterusnya kepada pejabat veteran ATM yang terdekat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang telah dibangkitkan oleh dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Putatan. Yang Berhormat Kalabakan telah bertanyakan tentang komitmen pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam memastikan keselamatan Pantai Timur Sabah sentiasa terjamin kepada rakyat Sabah serta aktiviti pelancongan dapat dijalankan dengan aman dan selamat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa memandang serius tentang isu keselamatan negara termasuk di kawasan Pantai Timur Sabah. Bagi isu keselamatan Pantai Timur Sabah, pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk memastikan kedaulatan negara akan terus terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman. Sejak berakhirnya Operasi Daulat pada 29 Jun 2013, ATM telah meneruskan usaha untuk memperkukuhkan pertahanan dan kedaulatan negara di kawasan berkenaan melalui penglibatan sebagai salah satu elemen penting, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri di mana ESSCOM berperanan sebagai agen penguat kuasa pelaksanaan pelbagai program keselamatan di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.
Bagi makluman Yang Berhormat, sehingga kini, peningkatan keupayaan ATM di negeri Sabah melalui atur gerak trup dan aset tambahan akan dikekalkan dengan memperagakan kehadiran show off present, memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan tanggungjawab daripada di bolos penjenayah rentas sempadan serta ancaman-ancaman yang lain dan juga sebagai langkah menghadapi sebarang kemungkinan ancaman di masa depan.
[Bangun]
Peningkatan keupayaan ATM di negeri Sabah melibatkan atur gerak trup dan aset tambahan dari ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara. Peningkatan ini telah dilaksanakan secara berperingkat sejak 26 Disember 2014 merangkumi penambahan batalion infantri, komponen parachute, komponen mechanize, aset- aset TLDM termasuk pangkalan laut, aset TUDM dan pasukan khas daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Saya boleh detail-kan tetapi saya rasa tidak perlu dalam hal hendak beritahu di sini kapal berapa biji, di sini tank kita berapa biji dan sebagainya sebab kita tahu pendedahan secara terperinci itu akan diambil oleh pihak-pihak yang hendak tahu hal kekuatan dan kedudukan kita.
Ya, Yang Berhormat Arau, soalan.
Yang Berhormat, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Pertama, kita tahu bahawa aset ketenteraan kita sudah banyak yang telah mencapai umur untuk direhatkan. Apakah usaha untuk membolehkan supaya penggantian itu dibuat bukan bila kapal itu berehat baru kita hendak buat penggantian dan penggantian itu mungkin mengambil masa dua ke tiga tahun untuk membina kapal. Apakah perancangan dibuat supaya sebelum kapal itu direhatkan, tiga tahun telah pun dibuat pembinaan. Keduanya khusus fasal ini fasal Beting Patinggi Ali tentang show of present, dengan izin apakah polisi kementerian? Adakah satu-satu? Dahulu ada pemikiran bahawa kalau kapal asing datang ke Beting Patinggi Ali, kalau dia datang dua biji kita tunjuk sebiji. Akan tetapi apakah Yang Berhormat ingin ubah polisi, kalau dia datang dua biji kita kena ada empat biji sebab ini kawasan kita, Beting Patinggi Ali yang terletak lebih kurang 83 kilometer itu adalah kawasan Malaysia. Akan tetapi terdapat kapal asing atas nama coast guard duduk di sana dan tidak mahu bergerak, tidak mahu keluar dan kapal TLDM yang jaga kemungkinan satu-satu. Satu-satu tidak cukup menunjukkan bahawa kawasan ini ialah negara Malaysia yang punya.
Dia ada dua cara kita laksanakan. Satu, show of present, kita hadir di situ dan mereka hadir yang lebih besar. Jadi kita tidak mahu kita tunjuk siapa kuat. Cara yang kedua ialah kita defend diplomacy. Ini yang perlu dipertingkatkan terutama dengan kuasa-kuasa besar atau kuasa besar yang baru muncul. Defend diplomacy ini cukup penting untuk kita meletakkan bahawa kawasan ini ialah kawasan Malaysia, Beting Patinggi Ali itu tempat Malaysia dan perundingan terus dengan negara yang cuba claim tempat itu akan kita pertingkatkan dari masa ke semasa. Kalau semata-mata tunjuk kehadiran kita di atas kekuatan perang kita, barangkali kita tidak boleh menyamai kekuatan perang mereka tetapi kita ada kekuatan kita iaitu hak kita tetapi defend diplomacy akan diteruskan dari masa ke semasa. Ini lebih penting dengan negara- negara kuasa besar terutama sekali.
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam peraturan dunia sekarang orang yang paling banyak menggunakan suatu tempat itu akan diberi hak yang lebih bila tuntutan dibuat di peringkat antarabangsa. Contohnya ialah Pulau Batu Putih kerana kehadiran Singapore itu lebih daripada kita, walaupun pulau itu kita yang punya tetapi kehadiran dia lebih dianggap penggunaan dia lebih, dengan itu dia dapat hak. Demikian juga Beting Patinggi Ali kita lihat kapal asing berada di sana 24 jam dan berada di sana daripada tahun 2013 sampai sekarang. Akan tetapi kehadiran kita sekejap ada sekejap tiada. Kalau mereka buat tuntutan di peringkat antarabangsa, mereka nampaknya lebih berhak sebab mereka berada di sana dan kehadiran kita ialah sekejap ada, sekejap tiada. Saya cadangkan supaya kehadiran kita ditingkatkan sekali ganda bukan untuk berperang, kalau berperang saya ingat kita boleh menang sebab dia satu, dia hendak datang 4,000 kilometer, kita ada dekat dengan kawasan kita. Jadi, kita minta supaya ditingkatkan kehadiran kita dalam bentuk 2-1, dia satu kita dua, terima kasih.
Terima kasih atas cadangan. Ini semangat patriotik yang tinggi. Jadi kita akan pertingkatkan masa ke semasa dan semangat patriotik ini perlu ada kepada semua pihak.
Minta laluan.
Ya?
Minta laluan, Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai, ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan kalau sekiranya beli peralatan- peralatan untuk Angkatan Tentera Malaysia, belilah yang baharu jangan beli yang recon. Ini memandangkan apabila sampai ke tahap spare part itu tidak dapat dan juga kita menyusahkan mau repair dan sebagainya. So, kita cadangkan pada kerajaan belilah yang baharu, yang canggih, yang latest. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]
Terima kasih. Ada duit kita beli yang tercanggih sekali dalam dunia.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Kalabakan turut mencadangkan agar pihak kementerian membina sebuah kem tentera di Pulau Sebatik dan Yang Berhormat Putatan pula mencadangkan dipindahkan Markas 5 Briged yang sekarang berada di Kem Lok Kawi ke lokasi yang lebih sesuai di kawasan Pantai Timur Sabah bagi menjaga keselamatan secara lebih berkesan di kawasan berkenaan. Bagi cadangan Yang Berhormat Kalabakan agar dibina sebuah kem tentera di Pulau Sebatik, suka saya jelaskan pada masa ini pihak kementerian masih belum bercadang untuk membina kem tentera di Pulau Sebatik. Pihak kementerian berpandangan kawalan keselamatan di Pulau Sebatik lebih menjurus kepada security operation dan penugasan ini lebih kepada Polis Diraja Malaysia bagi mengawal aktiviti-aktiviti keluar masuk pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan. Manakala bagi menangani ancaman yang berbentuk militan pula, ianya dapat ditangani dengan wujudnya lapisan pertahanan yang telah disusun oleh ATM. Berdasarkan statistik yang diperoleh, kebanyakan kes yang berlaku di Pulau Sebatik ini adalah lebih kepada kes penyeludupan barang harian iaitu berskala kecil seperti gula, minyak kah skala kecil, makanan itu sahaja, bukan dalam bentuk berskala besar yang perlu ATM interfere di tempat itu dan cukup dengan kuasa yang ada kepada Polis Diraja Malaysia. Bagi cadangan pemindahan Markas 5 Briged oleh Yang Berhormat Putatan pula, suka saya jelaskan pihak kementerian tiada sebarang perancangan untuk memindahkan markas berkenaan ke kawasan Pantai Timur Sabah.
Ini kerana pada masa ini tentera darat telah menempatkan 13 Briged di Lahad Datu yang bertanggungjawab selaku peneraju operasi di kawasan Pantai Timur Sabah bersama Angkatan Tugas Dua iaitu ATB 2. Tentera darat juga telah menempatkan Batalion Infantri di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Justeru peranan Markas 5 Briged yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dalam menjaga kawalan keselamatan sempadan dan Pantai Barat negeri Sabah akan terus dikekalkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa telah mencadangkan agar audit aset ATM dilaksanakan bagi memastikan keadaan aset ATM berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa siap siaga untuk digunakan apabila diperlukan. Sebelum beli baHAru Yang Berhormat Padang Serai, kita juga tumpu kepada memastikan MRO atau Maintenance, Repair and Overhaul berjalan dengan lancar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan keupayaan dan tahap kesiapsiagaan aset ketenteraan negara sentiasa berada di tahap yang terbaik demi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara dari sebarang ancaman. Sehubungan itu, bagi memastikan semua aset utama ketenteraan berada dalam keadaan yang terbaik dan berupaya untuk digunakan, pihak ATM meliputi tentera darat, laut dan udara sentiasa melaksanakan audit kesiagaan secara berkala dan juga audit tidak dijangka atau audit secara mengejut bagi menentukan kesiapsiagaan aset ketenteraan berada di tahap terbaik. Audit ini merangkumi aspek pematuhan piawaian, kompetensi pegawai dan anggota,
pelaksanaan senggaraan serta latihan. Kesemua hasil dan dapatan audit yang dilaksanakan akan dibentangkan kepada Lembaga Pengurus Strategik Perkhidmatan Laut, Darat dan Udara untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Contoh yang paling ketara sekali perhatian Yang Berhormat Arau ialah Sukhoi. Mula saya buat kenyataan di sini waktu itu berupaya terbang hanya empat. Ketika LIMA baru-baru ini, 10 Sukhoi telah menunjuk persembahan mereka yang begitu hebat sekali. Ini antaranya keupayaan syarikat-syarikat tempatan membuat gabungan dan mereka berupaya memperbaiki dan boleh menerbangkan semula Sukhoi dengan begitu canggih dalam pertunjukan di Langkawi baru-baru ini. Sebab itulah jurutera-jurutera tempatan termasuk di antaranya mereka adalah di kalangan bumiputera yang begitu hebat dalam aero engineering ini sehingga kita lihat mereka dapat menerbangkan kapal terbang yang begitu sophisticated dan canggih di LIMA baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa mencadangkan agar dimasukkan urban warfare dalam Kertas Kerja Putih Pertahanan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertahanan. Bagi Yang Berhormat Setiawangsa, suka saya jelaskan urban warfare atau fighting in building up area adalah satu bentuk peperangan di dalam kawasan bandar. Bentuk peperangan urban warfare ini adalah sangat sinonim dengan ancaman keselamatan seperti keganasan atau terrorism seperti yang telah berlaku di Marawi ataupun kumpulan Abu Bakr al- Baghdadi yang telah menawan bandar Mosul dan mereka dapat bertahan selama beberapa bulan di situ. Ancaman keselamatan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu ancaman berbentuk keselamatan tradisional dan bukan tradisional. Ancaman keselamatan tradisional melibatkan pertempuran antara negara dalam aspek politik, ekonomi dan ketenteraan. Manakala ancaman keselamatan bukan tradisional pula melibatkan kumpulan atau individu yang melakukan jenayah rentas sempadan seperti keganasan, rompakan di laut, penculikan, penyeludupan, serangan siber dan lain-lain lagi kegiatan haram yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan rakyat dalam era yang mana garisan di antara ancaman keselamatan tradisional dan ancaman bukan tradisional menjadi semakin kabur. Peranan Angkatan Tentera Malaysia dalam menangani ancaman keselamatan yang dinamik akan turut diperhalusi dalam Kertas Putih Pertahanan. Ini termasuk mengenal pasti berkenaan untuk pasukan dan keupayaan yang diperlukan termasuk dalam urban warfare bagi menangani kedua-dua jenis ancaman masa kini dan masa akan datang. Memang ATM amat ambil perhatian tentang perkembangan terbaru ini iaitu urban warfare yang sedang menjadi- jadi di dunia sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong telah mencadangkan agar hasil laporan siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan didedahkan kepada umum serta pihak-pihak yang terlibat dalam melakukan salah laku berkenaan diambil tindakan. Pihak berkenaan— kita tidak boleh letak dulu mereka melakukan kesalahan. Itu bukan tugas kita. Tugas kita membuat siasatan, buat laporan dan pihak yang menyiasat itu sama ada menentukan ada kes atau tidak untuk didakwa. Oleh sebab itu kita di sini cuba tidak point form-kan kepada mana-mana individu terlebih dahulu. Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, pihak Kementerian Pertahanan telah membentangkan laporan hasil siasatan jawatankuasa berkenaan ke mesyuarat Kabinet dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai anti rasuah. Bagi cadangan Yang Berhormat agar laporan berkenaan didedahkan kepada umum, ia adalah tertakluk kepada keputusan Kabinet. Saya akan mencadangkan kepada Kabinet supaya laporan ini didedah kepada semua wakil rakyat di dalam Parlimen ini. [Tepuk] Sebagai makluman Yang Berhormat, berdasarkan laporan jawatankuasa siasatan ini, pihak Kementerian Pertahanan telah membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lawas telah membangkitkan tentang status terkini pembinaan jalan dari Bakelalan ke Bario serta bertanyakan tentang pendirian kementerian sama ada Projek Jiwa Murni yang banyak memberikan manfaat kepada rakyat di kawasan pedalaman Sarawak akan diteruskan untuk masa akan datang. Sebagai maklumat Yang Berhormat Lawas, ATM melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja masih melaksanakan tiga projek pembinaan jalan di kawasan pedalaman Sarawak. Bagi pertanyaan Yang Berhormat berkaitan status-status terkini bagi pembinaan jalan dari Bakelalan ke Bario sejauh 21 kilometer yang telah dilaksanakan sejak 2 Mei 2016 dengan nilai kos projek sebanyak RM16 juta. Dijangka akan siap pada pertengahan tahun 2019 dengan status kemajuan terkini 97 peratus. Ertinya bila kerajaan baharu ambil alih, bukan jalan itu
sekerat, berhenti. Tidak, kita akan terus. Semua yang baik yang dibuat oleh kerajaan dahulu akan kita teruskan.
[Bangun]
Bagi pertanyaan Yang Berhormat Lawas, adakah Projek Jiwa Murni ini akan diteruskan pada masa akan datang. Suka saya jelaskan ATM sentiasa bersedia untuk membantu mengikut kemampuan dan keutamaan bagi melaksanakan Projek Jiwa Murni sekiranya kelulusan diperolehi dari MOF di masa akan datang, Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali Yang Berhormat Kapar. Tidak ada ya?
Tadi ada.
Telah membangkitkan isu tentang penutupan PERHEBAT yang dianggap jika ianya benar, ia akan menjejaskan peluang kepada bakal pesara ATM untuk menjalani latihan peralihan sebelum mereka menamatkan perkhidmatan. Selain itu, Yang Berhormat juga mencadangkan agar peruntukan tahunan PERHEBAT ditingkatkan RM40 juta setahun. Sebagai makluman Yang Berhormat Kapar, PERHEBAT merupakan antara agensi di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan naungan kementerian ini yang dikenal pasti untuk dikaji semula fungsi dan peranannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam. Agensi lain di bawah Kementerian Pertahanan yang turut terlibat dalam rasionalisasi ini termasuklah PLKN yang agensinya sekarang ini berada di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Pada masa ini pihak kementerian sedang mengkaji secara teliti beberapa opsyen berkaitan dengan PERHEBAT untuk dibentangkan kepada agensi pusat.
Kementerian ini sentiasa peka kepada peranan yang dimainkan oleh PERHEBAT iaitu menyediakan latihan peralihan kepada bakal pesara ATM secara komprehensif. Matlamat rasionalisasi adalah untuk mengelakkan fungsi dan peranan yang bertindih serta streamline perkhidmatan kerajaan. Saya amat berterima kasih...
Yang Berhormat Menteri, pencelahan.
Ya, apa pula?
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya memahami apa yang telah dan yang akan dirancang oleh kementerian. Namun yang jelas ialah PERHEBAT telah didirikan atau terbinanya PERHEBAT itu sudah 25 tahun dan sumbangan-sumbangan mereka untuk melahirkan angkatan tentera yang bersara menjadi berkemahiran dan menjamin masa depan mereka, apa akan mereka lakukan. Namun yang jelas, berita yang baru didengar baru-baru ini ialah PERHEBAT hendak dibubarkan. Semua keperluan itu akan dihapuskan. Apakah benar berita ini? Kalau berita ini benar, amat malang bagi platform pesara tentera itu untuk mereka menyediakan persaraan dalam masa depan yang lebih cerah tetapi keadaan ini menjadi kelam. Mohon kementerian pertimbangkan dengan serius dan melibatkan work force dan juga pesara-pesara tentera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada wakil rakyat yang peduli rakyat. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Kapar atas keprihatinan Yang Berhormat dan saya selaku Menteri Pertahanan akan memastikan semua pihak yang berkepentingan akan terlibat dalam urusan rasionalisasi ini. Kita akan perhebatkan lebih hebat lagi.
[Dewan tepuk]
Ini termasuk LTAT sebagai agensi penaung kepada PERHEBAT dan pihak pentadbiran PERHEBAT sendiri. Pihak kementerian berpegang kepada rasional asas bahawa kepentingan bakal pesara, para pesara dan anggota ATM...
Yang Berhormat Menteri...
Habis ayat ya, yang masih berkhidmat serta pegawai dan staf di PERHEBAT akan diambil kira dan diberi keutamaan yang terpenting dalam proses rasionalisasi tersebut. Sila Yang Berhormat Pontian.
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut LTAT. Saya ingin bertanya, bila dividen dan bonus LTAT ini akan diumumkan? Pada
tahun 2018, 22 Mac ia diumumkan sebanyak 12.5 peratus dividen dan bonus. Adakah dividen dan bonus tahun 2018 akan kurang? Jika kurang, adakah kerana ia terlibat dengan pegangan LTAT subsidiari utamanya iaitu Boustead yang pada tahun 2017 untung RM876 juta tetapi pada tahun 2018 rugi RM488 juta. Terima kasih atas penjelasan dan jangan salahkan kerajaan lama.
Yang Berhormat, tidak menyalahkan tetapi yang salah tetap salahlah. Mencuri dahulu, mencuri sekarang dan mencuri akan datang tetap salah perbuatan mencuri itu.
Tak jual tanah. Tanah tak jual?
Ya?
Tanah tak jual? Tanah tentera.
Siapa cakap itu?
Yang Berhormat Padang Serai, bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Sila Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya. Dia lambat sedikit laporan ini kerana ada teguran- teguran audit yang perlu diselaraskan sebelum dibentangkan. Audit telah memberi teguran- teguran dan dalam Kabinet juga diberi teguran. Maka setelah teguran Audit itu dapat dibetulkan, dapat reaksi terhadap teguran Audit itu, kita akan bentangkan sama ada rugi banyak, untung banyak tunggulah laporan itu. Kita akan bentangkan secepat mungkin insya- Allah. Bagi cadangan Yang Berhormat Kapar agar peruntukan tahunan kepada PERHEBAT dipertingkatkan kepada RM40 juta. Hilang pula. Setahun, ia akan turut dikaji bersama-sama dalam kajian rasionalisasi PERHEBAT. Ini akan diteruskan. Jadi saya ucap terima kasih kepada semua yang bertanya, yang memberi komen, yang memberi kritik, semuanya...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedikit.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Fasal defense diplomacy tadi. Apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa terdapat kawasan sempadan kita yang pihak negara jiran bina tiang ataupun pintu gerbang betul-betul di atas border. Contohnya di Teluk Melano di Sarawak dan juga beberapa kawasan sempadan di sini. Mereka bina di atas batu itu. Jadi dengan itu, Malaysia tidak boleh bina pintu gerbang lagi sebab pintu gerbang kita sudah ada betul-betul di atas batu sempadan. Dalam defense diplomacy ini, apakah kita hendak suruh mereka undur balik kepada 200 kaki sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini 200 kaki ataupun saya tidak pasti. Akan tetapi diundur balik untuk membolehkan tempat di atas batu sempadan itu dikosongkan dan tidak dibenarkan mana-mana pihak membina. Di Teluk Melano, saya pernah bubuh bendera Malaysia untuk hendak tunjukkan kehadiran Malaysia. Terima kasih.
Baik. Pandangan Yang Berhormat Arau kita sangat mengambil perhatian. Kita memang ada masalah pertindihan sempadan ini dengan negara- negara jiran kita tetapi kita bincang dalam bentuk mesyuarat SLC. Kita dalam Kementerian Dalam Negeri dan juga yang paling main, utama sekali ialah Kementerian Luar Negeri yang berbincang termasuklah baru-baru ini dengan Singapura dan sebagainya. Melalui perbincangan, defense diplomacy di bawah Kementerian Luar Negeri kita berbincang dan mencari penyelesaian terbaik sebab tidak ada negara jiran kita yang mahu bertelingkah berterusan. Kita akan berusaha berterusan terutama kawasan yang dianggap bertindih itu. Memang pandangan Yang Berhormat Arau itu, beliau dahulu dalam APMM, dia tahu apa-apa yang sedang bertelingkah itu dan kita harap dalam kes-kes ini kita tidak kira pembangkang ataupun pihak kerajaan, kita kena bersikap Malaysia dari segi mempertahankan kedaulatan negara kita. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sudah.
Satu soalan. Tambah sedikit sahaja.
Hendak bagi? Ya Yang Berhormat Padang Serai. Ringkaskan.
Ringkas. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini kita ada submit satu permohonan permintaan untuk bina kuil di 6 Briged. Kuil itu adalah daripada dahulu Gurka dan sekarang sedang dibina. Kita sudah minta bantuan sebab saya tidak boleh bagi peruntukan kerana luar daripada kawasan saya. Bolehkah kementerian bantu untuk membina kuil tersebut? Oleh sebab kuil itu terletak dalam kem. Minta perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya sila Yang Berhormat Menteri.
Isu itu tidak masuk dalam perbahasan dan saya ambil catatan. Pegawai-pegawai saya akan ambil perhatian hal itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pertahanan yang berjaya membawa aman sentosa dan menenteramkan Dewan ini. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengangkutan untuk menjawab perbahasan. Masa empat minit.
Yang Berhormat bukan Taliban ya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan penggulungan, terlebih dahulu saya hendak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Yang Berhormat Sandakan yang telah meninggalkan kami pada hari Khamis yang lepas dan jenazah beliau baru disemadikan pada pagi tadi. Perjuangan Yang Berhormat Sandakan akan kita teruskan untuk memajukan Sandakan, terutamanya saya masih ingat usaha beliau untuk terus memperbesarkan Lapangan Terbang Sandakan dan banyak agenda beliau untuk membangunkan Sandakan dan membawa kesejahteraan kepada rakyat Sabah terutamanya di Sandakan. Perjuangan beliau sudah tentu akan terus kita teruskan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja 2019 yang menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Saya hanya menjawab kepada Ahli-ahli Parlimen yang ada dalam Dewan kalau dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Yang Berhormat Bintulu tidak ada tetapi cuma Yang Berhormat Bintulu saya hendak menjawab yang membangkitkan perkara AES. Cuma untuk makluman Yang Berhormat Bintulu dan Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Sarawak, AES ataupun AWAS, kamera itu tidak ada di Sarawak dan tidak ada pemasangan kamera di Sarawak mahupun di Sabah setakat ini. Kedua, Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan keperluan eskalator di Stesen KTM Batu Gajah. Beliau tidak ada dan saya akan menjawab secara bertulis kerana isu spesifik. Ketiga, pengangkutan awam yang cekap dan murah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Pontian, ada? Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah kecekapan pengangkutan awam di negara kita. Antara fokus utama Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 adalah untuk memastikan sistem pengangkutan awam yang cekap, selamat dan mudah diakses oleh semua golongan termasuk orang kurang upaya dan warga emas serta kos yang tidak membebankan masyarakat. Bagi sistem pengangkutan awam bas, salah satu inisiatif kerajaan ialah dengan memastikan Keperluan Tahap Perkhidmatan bagi perkhidmatan bas dibuat berdasarkan kesesuaian keperluan dan KTP tersebut dipantau menggunakan teknologi sistem pemantauan atas talian pada setiap masa.
Tindakan tegas dan kaedah penalti juga dipercayai akan membantu pihak berkuasa untuk memastikan pengendali perkhidmatan bas tersebut menyediakan perkhidmatan mengikut KTP. Antara KTP yang digunakan adalah pertama, pematuhan laluan. Pengendali perlu menjalankan perkhidmatan bas mengikut laluan dan rangkaian yang telah ditetapkan supaya perkhidmatannya mengikut laluan secara konsisten.
Kedua, kekerapan trip atau perjalanan. Pengendali perlu menjalankan perkhidmatan mengikut jumlah trip atau perjalanan yang telah ditetapkan bagi memastikan kesediaan perkhidmatan pada waktu atau jadual yang telah ditetapkan. Ketiga, ketetapan masa. Pengendali perlu menjalankan perkhidmatan mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan bas tiba terlalu awal atau terlalu lewat. Kebolehpercayaan pengendali perlu memastikan penyelenggaraan dan pembaikan bas dibuat mengikut jadual agar tidak menjejaskan operasi dan perkhidmatan. Namun begitu, terdapat banyak lagi aspek yang perlu dilihat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap dan meluas. Antaranya ialah mengenal pasti keperluan penyediaan perkhidmatan agar berada di tahap optimum dan mengenal pasti punca perkhidmatan tersebut tidak mendapat sambutan. Jika pengangkutan awam hendak dijadikan sebagai mod pilihan, maka ia perlu mempunyai tarikan, mudah di akses, masa perjalanan yang singkat, jaringan rangkaian untuk menghubungkan sesuatu tempat dan kelebihan lain berbanding dengan kemudahan opsyen kenderaan persendirian. Sekiranya perkhidmatan bas ini dijadikan sebagai opsyen, maka ia hanya akan digunakan pada masa-masa atau keadaan yang tertentu sahaja berbanding kepada keperluan rakyat. Selain itu, perkhidmatan tempahan kenderaan atas talian atau e-hailing merupakan pelengkap kepada jaringan pengangkutan awam dari segi perjalanan bantuan permulaan dan akhir atau pun first mile dan last mile dan juga ke saling hubungan (connectivity). Sesuai dengan arus perubahan teknologi semasa, perkhidmatan e-hailing mempunyai liputan lebih meluas dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih baik berbanding kaedah tradisional yang terhad bagi kawasan-kawasan tertentu sahaja. Bagi menggalakkan persaingan secara sihat, perkhidmatan teksi atau kereta sewa tradisional juga dibenarkan untuk menggunakan platform e-hailing untuk memberikan kemudahan kepada pengguna. Tidak terhad kepada kaedah e-hailing, perkhidmatan teksi atau kereta sewa tradisional masih boleh beroperasi secara tahanan tepi jalan, street hailing berbanding perkhidmatan e-hailing yang menggunakan kenderaan persendirian yang hanya boleh beroperasi secara atas talian sahaja. Oleh yang demikian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat melalui agensi yang terlibat dalam konteks untuk memperkasakan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Program seperti pemberian insentif kepada pengguna pengangkutan awam berbanding insentif kepada penyedia perkhidmatan juga dipercayai dapat menarik minat dan meningkatkan tahap penggunaan pengangkutan awam. Buat masa ini kerajaan hanya memberikan subsidi kepada pengendali bas supaya perkhidmatan tersebut dapat diteruskan. Namun, ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan berada di tahap yang tidak optimum. Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam meringankan kos sara hidup rakyat dan pengangkutan awam yang murah, inisiatif pas bulanan tanpa had perjalanan My100 dan My50 telah dilancarkan mulai 1 Januari 2019 pada semua warganegara Malaysia. Di bawah program ini, setiap warganegara Malaysia dapat menikmati semua perkhidmatan bas, BRT dan rel LRT, MRT Monorel yang di kendali oleh Prasarana Malaysia di Lembah Klang tanpa had selama 30 hari dengan melanggan pas bulanan pengangkutan awam My100 dengan bayaran RM100 sahaja. Untuk pengguna bas yang tidak memerlukan perkhidmatan rel, pilihan yang lebih menjimatkan adalah pas bulanan My50 yang merangkumi semua perkhidmatan bas Prasarana tanpa had di Lembah Klang selama 30 hari. Kerajaan juga sedang berusaha memperluaskan pas bulanan My50 ke Pulau Pinang dan lain-lain negeri kelak. Selain itu, bermula hari ini, Tuan Yang di-Pertua, diskaun sebanyak 20 peratus tambang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter telah pun dilancarkan semalam oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan semua pengguna KTM Komuter akan menikmati diskaun 20 peratus mulai hari ini.
Yang Berhormat.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kedudukan kapasiti pengangkutan awam LRT dengan MRT. Adakah passenger ataupun mereka yang menggunakan ini telah menggunakan sepenuh kapasiti LRT dan MRT untuk mengatasi masalah pengangkutan di Lembah Klang dan sekitarnya, satu. Selain daripada itu,
saya hendak bertanya sejauh mana keterlibatan Kementerian Pengangkutan berhubung kait dengan air mobility dan kereta terbang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta sekali Yang Berhormat Menteri jawab?
Ya, Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Yang di-Pertua, saya pengguna ETS yang tegar. Saya dapati memang servis baik, on time. Cuma bukan mudah untuk dapat tiket. Public complaint bukan mudah dan kadang-kadang kita terpaksa buat advance booking. Soalan saya ialah apakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan coaches dan trip lagi. Itu yang pertama. Untuk ke utara khususnya daripada Kuala Lumpur ke utara. Kedua, saya tengok hari Jumaat, Sabtu, Ahad, train yang ke utara khususnya ke sempadan ini memang full. Saya lihat orang-orang berdiri memang setiap trip. Ini menunjukkan bahawa rakyat memang hendak gunakan servis kita. Apakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan coaches ini? Kalau ada problem apakah masalah yang kita ada untuk menambahkan coaches ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, boleh tajuk yang sama? Boleh Yang Berhormat Menteri? Tajuk yang sama. Tuan Yang di-Pertua, saya tadi Yang Berhormat Menteri sebut fasal subsidi kepada operator bas ini. Kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua, subsidi ini adalah merupakan mungkin–– kita tidak tahu perancangan kerajaan mungkin pelaksanaan subsidi ini adalah pelaksanaan jangka panjang atau jangka pendek. Oleh kerana kemungkinan pemberian subsidi ini tidak menepati kepada masyarakat rakyat tempatan. Kebanyakan yang kita dapati ialah yang mendapat manfaat daripada subsidi kepada operator bas ini adalah orang luar atau foreigners dengan izin, tidak kepada masyarakat tempatan. Akan tetapi masyarakat tempatan juga memerlukan transport atau bas ini. Jadi bagaimana perancangan kerajaan untuk jangka panjang bagi hal ehwal berkaitan dengan subsidi kepada operator ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertuan. Pertama berkenaan dengan kapasiti LRT dan MRT. Memang kita tahu kapasiti MRT masih banyak lagi. Dia belum di optimumkan secara sepenuhnya. LRT memang kita tahu bahawa kalau LRT Kelana Jaya Line pada puncaknya sekarang ini overcapacity. Kalau laluan LRT di Kelana Jaya khususnya. Pada sebelah pagi memang overcapacity. Ramai yang menggunakan memang begitu sesak pada awal pagi dan waktu puncak sebelah pagi dan petang. MRT kita masih di bawah optimum. Kita ada ruang lagi untuk menambah penumpang- penumpang. Kapasiti itu belum digunakan secara sepenuhnya. Itu sebabnya kita melancarkan My100. My100 ini dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan LRT dan MRT ini. Selepas kita lancarkan dalam tiga bulan, suku pertama ini kita mendapati bahawa sudah ada 100 ribu lebih pelanggan ataupun orang yang menggunakan LRT dan MRT ini setiap hari di perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Prasarana ini. Jadi memang kita tahu bahawa kalau kita sudah ada kemudahan yang ada seperti ini, kita mesti optimumkan dan kerajaan akan terus mencari jalan mempromosikan perkhidmatan- perkhidmatan ini supaya lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya. Itu yang pertama. Berkenaan dengan air mobility kita tidak terlibat lagi. Kedua, Yang Berhormat Sungai Petani. ETS memang kita tahu bahawa ETS perkhidmatan itu memang disambut baik. Memang ada permintaan yang cukup tinggi. Kekangan sekarang kita ini memang kita tahu bahawa coaches itu tidak mencukupi dan memang untuk pengetahuan Yang Berhormat Sungai Petani, kita sudah pun menempah dan memang dalam tahun ini ada pertambahan coaches untuk ETS. Kalau tidak silap saya ada sembilan set yang akan kita tambah sepanjang tahun ini. Cuma sekarang ini perkhidmatan ETS ini ada satu lagi kekangan ialah di antara Kuala Lumpur ke utara kerana kita sedang menjalankan projek menambah baik ataupun upgrade landasan kereta api. Itu sebabnya ada sebahagian landasan sekarang ini di Lembah Klang adalah single track. Itu sebabnya ia mengurangkan jumlah perjalanan kereta api termasuklah ETS. Itu lah merupakan kekangan kepada kita. Akan tetapi di utara memang kita bersetuju bahawa kita hendak menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia di utara untuk menggunakan perkhidmatan kereta api. Itu sebabnya
perkhidmatan KTM Komuter yang saya katakan tadi telah diberikan diskaun 20 peratus termasuk KTM Komuter di utara di antara Padang Rengas sampai ke Padang Besar. Jadi kita haraplah sepanjang laluan itu di antara Arau, Alor Setar, Sungai Petani, Butterworth dan sebagainya lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter ini dan kita harap ini dapat jadi satu pemangkin kepada pembangunan di negeri-negeri di utara.
Berkenaan dengan subsidi, kita tahu memang subsidi itu kita perlu kaji semula bagaimana untuk memastikan subsidi itu benar-benar dioptimumkan untuk penggunaan masyarakat kita. Untuk operator kita tahu bahawa masalahnya ialah kalau kita memberhentikan subsidi ini kepada operator-operator bas, ramai yang mungkin akan memberhentikan perkhidmatan. Ada kawasan-kawasan yang kita tahu bahawa kalau tidak ada subsidi diberikan, tidak ada perkhidmatan kepada kawasan tersebut terutamanya di kawasan luar bandar. Walaupun kita tahu bahawa load factor ataupun jumlah penumpang ridership di kawasan-kawasan luar bandar itu rendah tetapi kalau kita memberhentikan operasi itu, maka ia juga akan menjadi masalah kepada penduduk-penduduk di luar bandar. Itu sebabnya kita perlu cari titik penyelesaian bagaimana kita dapat mengoptimumkan subsidi dan pada masa yang sama perkhidmatan dapat diberikan kepada rakyat tempatan. Akan tetapi secara amnya kita sekarang ini menyasarkan kepada warganegara. Itu sebabnya semua inisiatif yang kita telah lancarkan termasuklah My100, kita memberikan subsidi kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang dan juga diskaun KTM Komuter itu. Itu mesti disasarkan kepada warganegara Malaysia sahaja. Itu sebabnya untuk KTM Komuter kita melancarkan satu kad khas. Mereka mesti mendaftar menggunakan MyKad, kalau tidak ia tidak dapat menikmati diskaun 20 peratus itu. Jadi, untuk jangka masa panjang, memang subsidi yang diberikan kita harap ia lebih bersasar kepada warganegara Malaysia.
Ya. Yang Berhormat Menteri, mengenai pengangkutan awam ini, tentunya terlibat Malaysia Airlines (MAS) atau MAB sekarang ini. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju Malaysia Airlines ini dijual? Adakah Yang Berhormat terlibat tentang penjualan MAS ini bersama dengan Yang Amat Berhormat Langkawi? Ada tidak option lain selain daripada hendak jual MAS? Contohnya apabila Yang Berhormat Menteri sebut pasal diskaun, apa salahnya kalau diberi diskaun tambang penerbangan MAS di semua tempat terutama dalam negara supaya lebih ramai lagi orang akan menggunakan perkhidmatan MAS. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian ini terbang jauh dah. Sebab ini pengangkutan awam darat yang kita bincangkan. Ia tidak termasuk pengangkutan awam untuk udara. Akan tetapi untuk MAS, kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk menjual atau pun mencari partner yang baru atau pun apa-apa option yang lain. Kita sedang masih dalam perbincangan. Kita hanya akan membuat keputusan selepas semua perbincangan itu diambil kira dan juga kita akan menentukan hala tuju MAS itu dalam kadar yang segera.
Pohon.
Yang Berhormat Tumpat, ya.
Ini berkenaan dengan pengangkutan darat iaitu perjalanan kereta api daripada Tumpat ke Kuala Lumpur. Selepas daripada banjir tahun 2014 sehingga ke hari ini makna perjalanan terus dari Tumpat ke Kuala Lumpur tidak berjalan. Jadi, beberapa kali saya sudah tanya dalam Parlimen ini dan jawapan yang diberikan adalah dalam proses. Jadi, bilakah sebenarnya dapat diselesaikan?
Setahu saya Tuan Yang di-Pertua, setahu saya untuk laluan kereta api di Pantai Timur masih ada perkhidmatannya. Walaupun kekerapan itu tidaklah begitu kerap, tetapi perkhidmatan itu ada.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, ia tidak perjalanan terus dari Tumpat ke Kuala Lumpur seperti sebelum daripada banjir tahun 2014.
Okey. Dia kena melalui Gemas kan?
Ya.
Selepas itu Gemas sambung ke Kuala Lumpur?
Ya. Sebelum ini adalah perjalanan dari Tumpat direct ke Kuala Lumpur. Jadi, perkhidmatan itu sehingga ke hari ini masih belum berjalan.
Terima kasih atas makluman tersebut. Saya akan bincang dengan pihak KTM bagaimana untuk mengembalikan. Akan tetapi memang kita tidak mengabaikan bahawa perkhidmatan di Pantai Timur. Walaupun kita banyak memberikan fokus kepada perkhidmatan kereta api di sebelah Pantai Barat terutamanya komuter dan juga ETS tetapi secara amnya untuk Pantai Timur kita tidak mengabaikan dan perkhidmatan itu perlu dikekalkan.
Ya. Terima kasih. Cuma sebelum daripada ini pun jawapan daripada Timbalan Menteri serupa. Jadi, masa telah berlalu berapa bulan. Jadi, patutnya jawapan itu sudah berubah. Makna rakyat menanti perkhidmatan langsung dari Tumpat.
Seperti yang saya kata memang perkhidmatan itu ada. Kalau kita hendak perkhidmatan terus itu, kita kena lihat kepada yang pertamanya, kesediaan KTM dari segi kapasiti dia dan juga dari segi ridership dia. Itu yang kita perlu lihat dan saya akan bincang dengan KTM mengapa perkhidmatan terus itu tidak dikembalikan setakat ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan dua, tiga topik lagi. Yang Berhormat Kuala Krai ada?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada.
Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan mengenai kos bagi mendapatkan lesen memandu modul untuk kursus memandu dan dakwaan tentang ketiadaan pemberitahuan awal mengenai saman yang telah disenaraihitamkan oleh pihak JPJ. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat sebelum tahun 2014, kadar yuran bagi pembelajaran dan latihan pemanduan adalah tidak dikawal oleh kerajaan kecuali bagi yuran pembelajaran dan latihan motosikal kelas B2. Langkah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan persaingan di antara pengusaha-pengusaha di institut memandu yang mana ia memberikan peluang kepada calon-calon untuk membuat pilihan berdasarkan tawaran perkhidmatan yang kompetitif. Namun begitu apabila JPJ memperkenalkan sukatan baharu Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) mulai 14 Julai 2014, JPJ telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai terdapat institut memandu yang telah menaikkan kadar yuran dengan sewenang- wenangnya tanpa sebarang kawalan. Bagi mengelakkan institut memandu mengambil kesempatan ke atas orang ramai, Kementerian Pengangkutan telah mengkaji semula struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di institut memandu yang mana satu kadar siling yuran telah ditetapkan berdasarkan kadar semasa di pasaran. Kadar siling yuran yang ditetapkan oleh kerajaan adalah berdasarkan kepada penilaian yang dibuat secara terperinci dan munasabah dengan mengambil kira keperluan pengajaran, latihan, pembelajaran dan elemen kos yang ditanggung oleh institut memandu. Pada masa ini, kementerian mendapati kadar siling yang ditetapkan adalah masih munasabah dan relevan mengambil kira kos operasi dan pengurusan yang ditampung oleh institut memandu serta kedudukan sosial ekonomi negara. Antara elemen kos yang perlu ditampung oleh institut memandu adalah kos sewaan tapak, penyelenggaraan fasiliti, kos utiliti, gaji dan kebajikan pekerja serta tenaga pengajar dan juga kos perolehan dan penyelenggaraan kenderaan. Kursus yang ditawarkan di institut memandu pula adalah berdasarkan kepada syllabus yang telah dibangunkan oleh JPJ setelah mengambil kira semua elemen pemanduan termasuk elemen teori mengenai peraturan jalan raya dan latihan praktikal pemanduan. Mengenai penyataan Yang Berhormat bahawasanya kos mendapatkan lesen yang tinggi tidak berupaya mengurangkan kadar kemalangan. Tidak terdapat sebarang kajian empirical yang dapat mengaitkan hubungan antara kos mendapatkan lesen dengan kadar kemalangan. Dalam erti kata lain kos pembelajaran atau kos mendapatkan lesen memandu bukanlah menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat...
Yang Berhormat, minta.
Ya sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan yang telah diberikan. Maksud saya ialah berkaitan dengan isu kemalangan tadi ialah selain daripada isu-isu teknikal dan juga undang-undang jalan raya yang diberikan kepada pemandu ataupun pemohon lesen, perlu dimasukkan juga elemen yang berkaitan dengan perlunya menjaga nyawa manusia dan kesedaran bertolak ansur, bersabar dalam kursus tersebut supaya kesedaran itu bukan sahaja mereka dapat dalam seminar ataupun kursus tersebut untuk mendapatkan lesen. Akan tetapi selepas daripada mereka mendapatkan lesen juga mereka dapat mempraktikkan dalam perjalanan biasa supaya kemalangan ini dapat dikurangkan. Oleh kerana kadang-kadang pemandu A ini dah berhati-hati, tetapi mari pemandu B yang melanggar. Sebagaimana yang kita tengok dalam satu, dua hari sempena cuti sekolah ini banyak kemalangan maut yang berlaku dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Memang kita tahu bahawa secara ratanya kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia ini masih tidak berada di tahap yang tinggi. Kita amat mengharapkan bahawa civic consciousness itu atau pun kesedaran sivik itu lebih tinggi di kalangan rakyat supaya sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain di atas jalan raya. Bukan sahaja pemandu individu itu perlu berwaspada tetapi kadang-kadang kemalangan itu disebabkan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab terhadap pemandu yang lain. Memang kita tahu bahawa banyak kempen yang perlu kita laksanakan untuk memastikan kesedaran itu lebih dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat menjamin keselamatan untuk jalan raya. Berhubung dengan dakwaan mengenai tiada pemberitahuan awal diberikan untuk saman yang disenaraihitamkan pula. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai, di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, terdapat tiga peruntukan berkaitan dengan kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah atau notis saman yang dibuat di bawah seksyen 53, 53A dan 115A. Kaedah atau cara penyampaian notis saman ini kepada pesalah lalu lintas adalah sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 118 APJ iaitu boleh dengan cara berikut: (i) dengan menyerahkan salinan notis asal secara kendiri kepada orang itu; (ii) dengan menampalkan salinan notis itu di mana-mana bahagian rumah yang mudah dilihat atau di mana-mana tempat lain di mana orang itu biasanya tinggal; dan (iii) dengan menampalkan salinan notis itu di mana-mana bahagian kenderaan motor orang itu yang mudah dilihat atau dengan menghantar notis itu melalui pos berdaftar. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah yang paling besar sekarang ini bukannya kita tidak hantar notis. Akan tetapi banyak notis yang dihantar itu tendang balik. Sebab ramai pemandu kita tidak update alamat mereka dalam sistem JPJ. Itu sebabnya kadang-kadang orang mengadu bahawa mereka tidak mendapat notis walaupun saman dikeluarkan.
Itu juga merupakan tanggungjawab kepada pemandu sendiri untuk mengemas kini alamat mereka dalam sistem JPJ kita. Jadi, saya mengharapkan supaya orang ramai dapat memastikan alamat terkini mereka dikemaskinikan dalam sistem pendaftaran JPJ.
Ya. Minta Yang Berhormat Menteri. Sedikit. Maksud saya notis itu ialah dalam bentuk notis secara umum. Katakanlah bermula 1 Disember 2018, senarai hitam ini akan dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Jadi sebelum daripada itu, kalau diumumkan secara umum, mungkin melalui televisyen, melalui surat khabar dan sebagainya, supaya rakyat tahu bahawasanya sebelum 1 Disember 2018 ini, mereka boleh bayar dan tidak akan disenaraihitamkan. Dengan kos yang mungkin boleh difikirkan oleh pihak kerajaan dalam bentuk diskaun dan sebagainya. Ini kerana sebahagian yang saya dapati ialah mereka ini memanglah kesalahan mereka buat tetapi sebelum daripada ini, mereka boleh bayar cukai jalan seperti biasa. Akan tetapi oleh sebab disenaraihitamkan seperti ini, maka mereka perlu mencari dalam keadaan yang terdesak untuk dapatkan kewangan secara jumlah yang banyak untuk membayar. Perkara ini sudah pasti membebankan. Jadi itulah maksud saya, supaya dapat diberi notis awal dalam bentuk yang secara umum. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya akan berbincang dengan JPJ bagaimana kita menambah baik dari segi notis tersebut dan juga menguar-uarkan sebarang keputusan
sebelum kita melaksanakan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bera tiada, saya akan beri jawapan secara...
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi ke tajuk lain.
Boleh? Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi peluang kepada saya untuk memberi pandangan dan mendapatkan penjelasan. Pertamanya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kita sudah adakah satu persediaan berkenaan dengan intelligent transport system, yang mana kita bincang tadi, banyak benda kalau kita laksanakan intelligent transport system, yang mana Singapura sudah mula melaksanakannya dan banyak di negara-negara yang melaksanakan intelligent transport system ini boleh menyelesaikan masalah kesesakan. Timing, juga sensor- sensor yang ada dalam― di antara coach-coach yang bergerak mengikut time. Ini juga kita ingat kita boleh dapat menyelesaikan masalah saman, masalah penumpang yang― lambakan penumpang yang tak cukup. Contohnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Di antara utara ke Kuala Lumpur, selalunya kita kalau hari ini kita tak booking tiga empat hari, kita tak akan dapat. Keduanya, kita tengok sekarang ini kalau kita guna intelligent transport system, kita tengok di Kuala Lumpur sendiri. Kalau boleh kita laksanakan sampai ke Parlimen, semua Ahli Parlimen tak perlu bawa kereta, kita guna public transport untuk sampai ke Parlimen dengan tepat pada masanya. Ini kerana cukup teruk sekarang jammed. Jadi, saya hendak minta adakah intelligent transport system yang integrate beberapa kementerian seperti JKR, saya rasa sudah ada dahulu. Cuma hendak sambung ataupun buat pelan baharu, Kementerian Pengangkutan, JKR dan juga Kementerian Penerangan yang di situ ada IT yang mengawal segala pergerakan intelligent transport system dalam bandar raya metropolitan ini. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri, sebab 1 Februari 2019, lima agensi daripada Kerajaan Singapura telah membuat joint statement berkaitan untuk ban kenderaan-kenderaan daripada luar negara. Maknanya, most of them, dengan izin, adalah daripada Malaysia. Oleh kerana ada 400,000 kesalahan-kesalahan trafik yang melibatkan lebih kurang SGD32 juta. Jadi, ia telah menetapkan pada 1 April untuk ban semua kenderaan- kenderaan daripada luar negara memasuki Singapura. Saya hendak minta pendirian dan pemahaman serta pencerahan daripada Kementerian Pengangkutan, adakah ini berlaku pada hari ini? Adakah kita juga akan melakukan perkara yang sama untuk mengelakkan mereka untuk tak bayar fines yang, kesalahan yang berlaku di Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih. Terlebih dahulu berkenaan dengan konsep ITS. Memang kita di Kementerian Pengangkutan amat berminat untuk melaksanakan ITS ini, intelligent transport system. Cuma konsep ini perlu kita dapatkan kerjasama dan integrasi daripada pelbagai kementerian dan agensi, bukannya semata-mata di Kementerian Pengangkutan sahaja. Satu sistem yang komprehensif yang dapat mengintegrasikan semua sistem pengangkutan dan juga dengan semua sistem-sistem trafik yang sedia ada, dengan PBT, dengan majlis bandar raya, dengan JKR dan sebagainya. Jadi, itu memang usaha yang sedang dilaksanakan untuk ke arah tersebut. Akan tetapi sebagai permulaan, kita telah pun melaksanakan dan juga akan dalam proses kita melaksanakan sistem VEP di sempadan kita. Bermula di sempadan dengan Johor Bahru dengan Singapura dan juga VEP ini juga kita harap dapat dilaksanakan di utara pula, dengan sempadan dengan negara Thailand supaya laluan-laluan kenderaan-kenderaan asing masuk ke negara kita dapat dipantau dengan lebih baik. Itu memang sedang dalam pelaksanaan. Berkenaan dengan tindakan Kerajaan Singapura. Pertamanya, apa-apa tindakan undang-undang itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan mereka. Kerajaan masing-masing ada kuasa untuk menahan atau melaksanakan apa-apa dasar dan peraturan baharu. Akan tetapi secara prinsipnya, memang kalau dalam apa-apa yang dilaksanakan di sempadan, ia mestilah berasaskan ataupun berlandaskan semangat reciprocal. Kalau mereka membuat tindakan tersebut, maka pihak kita juga ada kuasa ataupun hak untuk membuat tindakan yang sama. Jadi, memang kita sedang pun- seperti yang saya katakan tadi, kita sedang melaksanakan VEP untuk sempadan di Singapura. Apabila VEP dilaksanakan secara sepenuhnya, maka memang sudah tentunya kita akan memastikan mana-
mana kenderaan asing, termasuklah kenderaan daripada Singapura yang ada saman, mesti dibayar sebelum mereka meninggalkan negara kita. Itu jawapan saya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan isu pengangkutan udara. Yang Berhormat Bintulu tiada, saya akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Lanang dalam perbahasan telah membangkitkan isu mengenai tambang pengangkutan udara musim perayaan, harga siling rural air services dan sewa kaunter teksi Lapangan Terbang Sibu. Mengenai tambang pengangkutan udara musim perayaan, izinkan saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa bagi musim perayaan Tahun Baru Cina baru- baru ini, jumlah penerbangan tambahan yang telah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia semasa musim perayaan Tahun Baru Cina yang lepas bagi laluan ke destinasi-destinasi Sarawak ialah sebanyak 64,832 tempat. Bagi memastikan harga tiket penerbangan domestik akan kekal pada paras munasabah sepanjang musim perayaan lain seperti Hari Gawai dan Hari Raya yang akan datang, Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan mendapatkan komitmen daripada syarikat-syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan melebih 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim perayaan di laluan-laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah menghadiri satu mesyuarat bersama syarikat penerbangan negara pada 4 September 2018. Mesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menetapkan harga siling dan harga lantai bagi tambang tiket penerbangan domestik bagi mengelakkan sebarang manipulasi oleh syarikat-syarikat penerbangan dan akan terus membenarkan harga tiket ditentukan oleh harga pasaran semasa. Pihak kementerian melalui MAVCOM akan terus membuat pemantauan berhubung kadar tambang yang dikenakan oleh syarikat-syarikat penerbangan dan meneliti impak pelaksanaannya. Sekiranya kaedah ini tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga tambang yang tidak munasabah semasa musim perayaan, maka pihak kementerian akan mempertimbangkan semula cadangan untuk menetapkan harga siling dan harga lantai bagi tambang tiket penerbangan domestik. Mengenai harga siling rural air service pula. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa RAS merupakan perkhidmatan udara yang tidak ekonomik yang dijalankan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Di mana pengangkutan udara merupakan mod pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan luar bandar dengan dunia luar. Bagi meneruskan hasrat kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan dan perhubungan (connectivity) di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak, subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan diteruskan. Berhubung langkah bagi mengurangkan lagi harga tiket penerbangan domestik dalam negeri Sarawak. Berdasarkan kajian semula RAS yang dilaksanakan oleh MAVCOM pada tahun 2017, mekanisme penetapan siling kadar tambang ditambah baik bermula pada 1 Januari 2019 dengan penetapan satu kadar tambang tanpa cas- cas lain yang dikenakan oleh operator, seperti surcharge bahan api. Siling tersebut juga akan dikaji semula dengan lebih kerap dan ia ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama di antara Kementerian Pengangkutan, MAVCOM dan operator, mengikut keperluan semasa.
[Bangun]
Kerajaan akan memaparkan harga siling tambang bagi setiap laluan setelah kajian dilaksanakan dari semasa ke semasa. Mengenai dakwaan tentang kadar harga sewa kaunter teksi di Lapangan Terbang Sibu yang dikatakan tinggi, Pihak MAHB memaklumkan bahawa harga sewa tersebut ialah sebanyak RM3,000 telah dipersetujui secara bersama dengan syarikat penyewa berdasarkan projection yang dibuat ke atas penumpang pada tahun-tahun akan datang. Namun demikian, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad bersedia untuk berbincang semula mengenai perkara ini demi kepentingan semua pihak, termasuk para pemandu teksi dan juga penumpang
Saya telah difahamkan oleh Malaysia Airports bahawa kadar unjurannya atau kadar yang disewakan ialah 50 sen untuk setiap penumpang yang diunjurkan. Kalau tidak ada penumpang yang ramai, mungkin kadar itu boleh diturunkan. Akan tetapi, ini adalah perbincangan di antara pihak persatuan teksi dengan pihak Malaysia Airports. Jadi pihak Yang Berhormat Lanang boleh memaklumkan kepada operator di sana untuk membincangkan semula kadar sewa tersebut dengan pihak Malaysia Airports.
Berkenaan dengan...
[Bangun]
Ada?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan, kerana saya menerima banyak aduan bahawa harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu selalunya lebih mahal berbanding Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Kuching atau Kuala Lumpur ke Bintulu. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh berikan satu penjelasan daripada syarikat penerbangan, kenapa harga tiket penerbangan ke Sibu selalunya lebih mahal? Minta penjelasan.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sikit? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagan Serai tidak berbahas tetapi saya ingin menyuarakan sedikit kebimbangan tentang industri penerbangan ini. Ini kerana kebimbangan kita adalah adakah kita mempunyai risiko untuk ketinggalan daripada negara-negara jiran kita. Dalam satu data menunjukkan, dengan izin, we are the only ASEAN country di mana pertumbuhan kedatangan pelancong antarabangsa kita negatif iaitu - 0.4 percent, berbanding dengan Vietnam yang +20 percent. Adakah kita ini less attractive? Kebimbangan yang kedua ialah, sebenarnya AirAsia ini adalah first low cost carrier yang ada. Akan tetapi, negara-negara di keliling kita, datang kemudian, tetapi grow faster. Adakah kita ini mungkin dinobatkan sebagai ASEAN aviation hub? Mungkin kita perlu tengok pada airport tax kita dengan facility dan servis kita. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, apakah peranan sebenarnya MAVCOM ini? Apakah relevannya? Sebab kita ada MOT, kita ada CAAM, kita ada KPDNHEP. Saya difahamkan MAVCOM ini mengutip wang juga dari setiap departing passenger. Berapa banyak yang dikutip, berapa banyak collection dan ke mana dibelanjakan? Sebab apa, ini mungkin akan menjadi bebanan kepada rakyat. Saya difahamkan yang kutip duit ini adalah AirAsia, di dalam tiket AirAsia itu. Jadi, bermakna macam boleh kita katakan ‘lembu punya susu, susu dapat nama’, sebab rakyat tidak tahu. Yang dapat susu itu susu masam lah. Susu masam, kena belit. Jadi, macam mana Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, berkenaan dengan Yang Berhormat Sibu. Dari segi tiket penerbangan, ia tiada diskriminasi kepada Sibu. Biasanya kenapa Kuala Lumpur ke Sibu lebih mahal mungkin sebab permintaan yang tinggi di antara Kuala Lumpur ke Sibu. Itu sebabnya saya telah berbincang dengan pihak syarikat penerbangan mungkin untuk menambahkan bilangan penerbangan ke Sibu. Untuk musim perayaan memang kita tambah banyak. Itulah sebabnya kadar tambang itu dapat diturunkan. Untuk masa-masa biasa― mungkin sekarang ini ramai orang visit ke Sibu. Jadi, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Sibu perlu berasa bangga kerana mungkin ramai yang mahu pergi ke Sibu untuk melihat Sibu tersebut. Itu sebabnya mungkin permintaan yang tinggi itu menjurus kepada harga tiket yang lebih tinggi. Akan tetapi, apa pun, kita akan bincangkan dengan syarikat penerbangan. Kalau melihat kepada load factor tersebut, kalau tinggi, maka adalah sesuai untuk kita tambahkan penerbangan ke Sibu nanti. Yang Berhormat Bagan Serai punya hujah itu macam saya pernah dengar. [Ketawa] Itu macam biasa punya hujah oleh sebuah syarikat penerbangan. Akan tetapi, saya memang tahulah apa-apa isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kadar levi RM1 yang dikutip oleh MAVCOM itu bukan sahaja dikenakan kepada AirAsia, ia dikenakan kepada semua syarikat penerbangan. Memang syarikat penerbangan mengutip bagi pihak MAVCOM melalui harga tiket itu dan ia disalurkan kepada MAVCOM. MAVCOM merupakan sebuah badan berkanun. Semua pendapatan dan perbelanjaan MAVCOM itu dilaporkan dan dibentangkan kepada Parlimen. Jadi, mungkin Yang Berhormat Bagan Serai boleh baca laporan-laporan MAVCOM secara tahunan yang dibentangkan kepada Parlimen bagaimana mereka membelanjakan perbelanjaan tersebut.
Berkenaan dengan peranan MAVCOM, mereka adalah economic regulator untuk industri penerbangan. Kita tahu bahawa sektor penerbangan ini amat penting dan sama ada ia masih relevan atau tidak, itu tertakluk kepada budi bicara ataupun pandangan masing- masing. Akan tetapi, apa pun, kita belum membuat apa-apa keputusan untuk membubarkan MAVCOM. MAVCOM tetap beroperasi secara biasa. Memang ada pandangan-pandangan yang berbeza sama ada kita memerlukan MAVCOM ataupun tidak, tetapi setakat ini, kerajaan masih tidak membuat apa-apa keputusan berkenaan dengan kedudukan MAVCOM dan mereka beroperasi secara biasa pada ketika ini. Berkenaan dengan penurunan...
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Sekejap ya. Berkenaan dengan penurunan pelancong, itu mungkin Kementerian Pelancongan boleh jawab. Akan tetapi, secara umumnya, ia sebenarnya bukan penurunan daripada pelancong-pelancong asing. Penurunannya berkisar kerana ada penurunan dari segi kehadiran pelancong-pelancong dari Singapura. Pelancong-pelancong dari Singapura ini adalah daily tourist. Dia tourist. Akan tetapi, sumber-sumber pelancongan yang lebih besar seperti China dan Korea, kita lihat ada penambahan sebenarnya. Akan tetapi, kita mengambil maklum dan kita akan sentiasa memberikan perhatian supaya meningkatkan kehadiran pelancongan dan kita secara umumnya memang sektor penerbangan itu cukup penting untuk pembangunan ekonomi negara. Kita akan terus membangunkan Malaysia sebagai sebuah hab penerbangan di rantau Asia Tenggara.
Sila, Yang Berhormat Kalabakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mahu tanya sedikit mengenai Lapangan Terbang Tawau yang keadaannya semakin tidak baik. Kedatangan pelancongan yang banyak daripada China― ini adalah satu kebimbangan kita, imej negara kita. Tandas-tandas di Lapangan Terbang Tawau kebanyakannya rosak, tidak dibaiki, tidak diselenggarakan dengan baik. Ini satu imejlah. Adakah perancangan kementerian untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau? Itu sahaja.
Terima kasih. Yang Berhormat Tawau telah pun membincangkan berkenaan dengan Lapangan Terbang Tawau bersama dengan saya. Memang kita― saya telah jelaskan apakah hala tuju pembangunan lapangan terbang di dalam negara kita. Akan tetapi, untuk jangka masa pendek, kalau ada apa-apa tandas yang tidak selesa ataupun tandas yang rosak, saya akan memastikan bahawa pihak MAHB akan terus membaiki kemudahan-kemudahan tersebut. Sebab itu juga merupakan imej kepada negara kita. Memang kita tahu bahawa Tawau juga merupakan satu destinasi pelancongan yang agak popular pada ketika ini. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua― saya hendak habiskan sebelum pukul 1. Ada tiga minit lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani yang membangkitkan tentang kemalangan di runway Lapangan Terbang Subang. Saya hendak memberitahu bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan. Memang kita telah pun menubuhkan pasukan penyiasatan di bawah Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan. Laporan awal akan dikeluarkan dalam masa tempoh 30 hari selepas kejadian berlaku dan laporan akhir akan dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas kejadian berlaku. Saya akan membentangkan dan menjawab berkenaan dengan fakta-fakta kemalangan tersebut apabila laporan siap kelak. Seterusnya ialah berkenaan dengan satu lagi isu yang dibawakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Ini berkenaan dengan kemampuan AirAsia untuk menyediakan pengangkutan udara bagi membawa pesakit-pesakit di Bintulu dan Sibu. Saya ingin memaklumkan bahawa AirAsia mempunyai ground operation manual yang merangkumi peruntukan berkaitan pengendalian penumpang untuk kes-kes perubatan kecemasan termasuklah kategori pesakit yang boleh dibawa. Selain itu, bermula Januari sehingga Jun 2019, AirAsia juga telah bersetuju menyediakan perkhidmatan arrangement of patients with special needs selaras dengan keperluan yang digariskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah selama enam bulan sebagai tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh AirAsia. Okey, ini untuk makluman Yang Berhormat yang berada di Sarawak bahawa kemudahan itu ada, akan dilaksanakan oleh AirAsia.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu. Thank you.
Yang Berhormat Lawas ada membangkitkan berkenaan dengan projek lapangan terbang baharu Lawas bagi menggantikan lapangan terbang yang sedia ada. Untuk makluman, kajian kemungkinan mengenai projek lapangan terbang baharu di Lawas telah dimuktamadkan pada tahun 2016. Kajian mendapati bahawa padang terbang Lawas, stop port Lawas sedia ada kerap mengalami banjir besar disebabkan kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan tebing sungai. Keselamatan stop port Lawas juga terancam disebabkan hakisan tanah di tebing sungai yang memasuki sehingga ke kawasan hujung landasan kapal terbang arah selatan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan projek bagi pembinaan lapangan terbang baharu melalui roling plan 3 Rancangan Malaysia Ke- 11 dengan anggaran kos sebanyak RM483 juta. Jadi, itu telah pun dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan. Ini tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja yang saya boleh jawab. Saya telah menjawab kesemua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang berbahas berkenaan dengan bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang berbahas Kementerian Pengangkutan. Sebarang cadangan dan juga kritikan kita akan ambil kira dan kita akan menambah baik perkhidmatan kita kepada rakyat Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang nanti.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Sekarang ini giliran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Jadi, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Kampar yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sepanjang perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan ini pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas ini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin jikalau Yang Berhormat yang bertanya itu tidak ada di Dewan, saya boleh beri jawapan bertulis?
Ya.
Senang, boleh balik awal.
Balik awal. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Kota Melaka, ada di sini?
Yang Berhormat Kota Kinabalu...
Tidak ada.
Tidak ada. Yang Berhormat Melaka, tidak ada.
Tidak ada.
Jawapan bertulis.
Jawapan bertulis... [Disampuk] Yang Berhormat Bukit Bintang, ada sini?
Tidak ada.
Tidak ada juga.
Yang Berhormat Wangsa Maju?
Yang Berhormat Wangsa Maju belum lagi pun.
Belum lagi, jammed.
Hendak beri bertulis kah atau hendak saya...
Bagi chancelah. Jawab, jawab.
Tidak ada.
Bagi bertulis ya?
[Menyampuk]
Saya boleh balik awal ini. [Ketawa]
Jangan. No, no, no. Lembah Pantai sedia ini.
Yang Berhormat Lembah Pantai ada.
Yang Berhormat Bukit Bintang pun tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bukit Bendera, ada?
Tuan Yang di-Pertua.
Bukit Bendera ada.
Saya memujilah Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, tidak berapa gagah pun dia datang menjawab tetapi ramai tidak datang pula.
Saya masih MC ini. Terima kasih.
Kasihan dia. [Ketawa]
Itulah teladan yang hendak kita ikuti.
Okey. Yang Berhormat Bukit Bendera telah memohon kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan bagi mengawal selia perkhidmatan dalam talian seperti Airbnb dan mengambil serius isu ini kepada pelancong, industri pelancongan, operator hotel, komuniti penduduk kejiranan serta industri hartanah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara berkaitan rumah tumpangan atau rumah pemalaman, boarding houses or lodging houses adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], kementerian menerima permohonan pendaftaran pengusaha premis penginapan berupa entiti perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk didaftarkan sebagai premis penginapan pelancong. Pendaftaran tersebut hanyalah untuk tujuan pengumpulan statistik dan bagi membolehkan aktiviti pengelasan serta penarafan bintang dibuat ke atas premis penginapan pelancong tersebut, sekiranya ia telah pun memenuhi syarat minimum yang ditetapkan oleh Peraturan Industri Pelancongan.
Walau bagaimanapun, MoTAC sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Tourism Productivity Nexus menerusi working group on home sharing economy, dengan izin, di peringkat nasional untuk membangunkan dasar, serta undang-undang berkaitan untuk mengawal selia aktiviti menyewa rumah seperti yang dilakukan oleh pengusaha hotel atau bed and breakfast (B&B). Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil daripada pihak swasta dan sektor awam termasuk MoTAC yang bertujuan untuk membangunkan cadangan regulatory framework on short term accommodation. Pada masa ini, pengusaha-pengusaha premis penginapan sebegini adalah digalakkan untuk berdaftar dengan MoTAC melalui sistem industri pelesenan pelancongan sehinggalah satu sistem baharu diperkenalkan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, tadi saya telah mendengar bahawa jawapan yang diberikan ialah menggalakkan. Akan tetapi saya rasa sebagai Federal Ministry, Kementerian Persekutuan perlu mengambil leadership dalam perkara ini kerana ia bukan, ia harus ada satu framework ataupun dasar nasional dan bukan terpulang kepada ratusan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. Ini kerana setiap pihak berkuasa suatu negeri ada beberapa pihak kuasa tempatan. Kalau kita hanya bergantung kepada ratusan pihak berkuasa tempatan itu, maksudnya ia mungkin ada ratusan dasar ataupun polisi yang berlainan. Oleh itu, saya meminta supaya pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pelajari daripada apa yang dilakukan di negara-negara lain dalam mengawal selia termasuk pendaftaran, termasuk pelesenan dan juga menggunakan usaha untuk mendaftarkan Airbnb ini supaya dapat mengutip cukai juga daripada pihak kerajaan. Ini kerana terdapat ramai pengusaha itu tetapi tidak didaftarkan, tidak dicukaikan. Oleh itu, merupakan satu kerugian besar kepada industri perhotelan kerana industri hotel perlu pula mereka mematuhi peruntukan undang-undang, perlu mereka membayar terhadap cukai syarikat dan sebagainya. Akan tetapi operator-operator Airbnb ini terlepas daripada segala penguatkuasaan daripada kerajaan. Saya meminta perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya ambil maklum tentang saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat mengenai pendaftaran platform seperti Airbnb. Seperti saya maklumkan, memang kita sedang berusaha dan sedang bermesyuarat dan mengkaji bagaimana untuk kita mendaftarkan platform-platform tersebut bukan hanya Airbnb dan juga platform-platform lain. Untuk makluman Yang Berhormat, Airbnb ini tidak didaftarkan di Malaysia, ia didaftarkan di Singapura. Memang saya akui apabila platform-platform ini didaftar di luar, kita tidak boleh mengutip cukai daripada segi taxation kerana mereka berdaftar di negara luar seperti Booking.com, seperti Expedia. Saya tidak sure Expedia tetapi Booking.com ini tidak didaftarkan di Malaysia.
Jadi apabila mereka mengutip komisen-komisen daripada hotel itu, ia tidak melalui proses taxation yang sebenar. Jadi kita rugi daripada segi currency outflow. Kita akui ini dan memang seperti saranan Yang Berhormat, kita akan meneliti daripada segi dasar bagaimana kita hendak menentukan dasar untuk menangani banyak platform yang didirikan oleh OTA daripada luar. Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera juga turut meminta kementerian untuk menyatakan apakah perkembangan terbaharu kepada polisi dan prosedur terkini berkenaan Malaysia My Second Home (MM2H). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 September 2018 telah memutuskan bahawa semua permohonan baharu untuk penyertaan Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) serta permohonan visa lawatan jangka panjang ke Malaysia hendaklah mendapat kelulusan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun menggariskan prosedur kelulusan baharu program MM2H melibatkan perubahan terma, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program MM2H kepada Mesyuarat Jawatankuasa Peraku MM2H dengan perubahan fungsinya daripada meluluskan semua permohonan MM2H kepada memperakukan semua permohonan MM2H kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.
Mesyuarat tersebut kekal dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC), penurunan kuasa kepada Timbalan Ketua Setiausaha MoTAC dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), penurunan kuasa kepada Timbalan Ketua Pengarah JIM. Seterusnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mac 2019 telah memutuskan bahawa program MM2H akan dikawal selia secara bersama antara MoTAC dan KDN dan bersetuju supaya struktur tadbir urus program ini dikekalkan dan tiada keperluan supaya program MM2H ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri. Berikutan daripada keputusan-keputusan tersebut, MoTAC melalui pusat MM2H kekal menjalankan fungsinya sebagai urus setia untuk proses permohonan warga asing untuk tujuan diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peraku MM2H manakala KDN melalui Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri berperanan untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan warga asing yang telah diperakukan dalam mesyuarat tersebut.
[Bangun]
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Ya, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa ada dua keputusan yang telah dibuat. Pertama ialah pada bulan September 2018 di mana Menteri KDN telah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskinikan garis panduan dan pada waktu yang sama, pada bulan lalu iaitu 6 hari bulan, telah diadakan satu mesyuarat yang mana kuasa itu dikembalikan kepada MoTAC. Saya ingin bertanya, setelah penangguhan ataupun kajian semula telah dibuat terhadap MM2H ini, setakat ini, apakah perbezaan yang paling ketara antara permohonan MM2H dan berapakah pengurangan permohonan yang telah diterima dan juga diluluskan? Sebab ini juga akan memberi kesan kepada sektor pelancongan kita dan juga daripada segi pelaburan dan iklim pelaburan ini dahulunya bersandarkan kepada MM2H juga dan pasaran hartanah juga bergantung kepada itu. Jadi boleh atau tidak Yang Berhormat memberi satu penerangan yang mana setakat ini, berapakah kes yang telah diluluskan setelah garis panduan baharu ini digunakan? Bagaimana Yang Berhormat melihat tanpa membantutkan usaha kerajaan sebelum ini untuk kita merancakkan sektor ekonomi? Apakah pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini? Terima kasih.
Ya, berkaitan Timbalan Menteri. Tentang MM2H. Dahulu apabila dimulakan, harta yang boleh dibeli untuk menjadikan program ini dilaksanakan ialah bernilai RM500,000 dan ke atas. Selepas itu Yang Berhormat Pekan meningkatkan kepada RM1 juta supaya tidak banyak harta yang dibeli oleh pihak yang ingin menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Adakah garis panduan baharu ini akan meningkatkan nilai harta yang boleh dibeli oleh orang lain daripada RM1 juta ke RM1.5 juta kah dan sebagainya? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Tentang persoalan beza antara yang diluluskan yang keputusan Kabinet pada 5 September dan 6 Mac ini ialah 5 September mengatakan bahawa cuma Menteri Dalam Negeri sahaja yang berhak untuk meluluskan. Manakala ada orang-orang yang mengatakan bahawa MM2H ini akan diletakkan sepenuhnya di bawah KDN tetapi keputusan Kabinet mengatakan bahawa MoTAC dan KDN bersama daripada segi mengawal selia tetapi keputusan ataupun kelulusan masih lagi di tangan Menteri Dalam Negeri. Manakala soalan berapa banyak, berapa ramaikah yang kita telah luluskan, saya ada statistik jumlah di sini. Jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan permohonan yang masih sedang dalam proses oleh MM2H adalah seperti berikut. Permohonan yang telah diluluskan oleh Yang Berhormat MDN ialah sebanyak 268 sejak 5 September dan permohonan yang sedang diproses oleh pusat MM2H untuk tahun 2018 ialah sebanyak 3,634. Manakala permohonan yang sedang diproses oleh MM2H untuk tahun 2019 sehingga 25 Mac 2019 ialah 1,092 permohonan okey. Jadi, kita masih pending 4,000 masih belum lagi diluluskan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak sokong MoTAC memang sepatutnya diberi kuasa sebab MM2H sudah lama dijalankan. Kalau kita serahkan bulat-bulat kepada KDN, ini akan melambatkan proses dan menyusahkan MoTAC ini hendak buat promosi. Salah satu daya tarikan ialah MM2H. Ini demi ekonomi kita, saya sokong kementerian itu diberikan kuasa tetapi mungkin daripada segi garis panduan kita boleh perketatkan dan ini adalah demi manfaat kita
bersama. Jadi dalam urusan ini, saya mungkin kena sokong supaya tidak terbatas kepada terlalu banyak kekangan daripada KDN. Itulah masalah kalau terlalu banyak bersandarkan kepada keputusan KDN, akhirnya ia akan melambatkan proses MM2H itu. Saya sokong perlu ada pengawalan tetapi tidak bolehlah sampai kita membantutkan usaha kementerian MoTAC dalam soal ini. Terima kasih.
Penjelasan.
Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih atas cadangan tetapi itu adalah keputusan Kabinet. Saya ambil maklum tentang saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ayer Hitam.
Ya, minta penjelasan.
Tentang soalan...
Ya, Bukit Bendera.
Yang Berhormat Bukit Bendera.
Timbalan Menteri, minta penjelasan. Saya difahamkan SOP untuk meluluskan MM2H ialah 90 hari tetapi atas pertukaran dasar ini, ia ribuan kes telah tertimbun. Saya dengar tadi 3,000 lebih kes walaupun hanya lulus 268, terdapat 3,000 lebih kes yang masih lagi belum diluluskan. Saya mohon pihak MoTAC apabila setelah keputusan Kabinet pada 6 Mac ini, boleh mempercepatkan clearing the backlog kerana terdapat banyak rungutan, bukan sahaja daripada pemohon-pemohon MM2H tetapi juga daripada persatuan ejen MM2H kerana telah melebihi beberapa bulan iaitu melebihi tarikh SOP 90 hari seperti yang ditetapkan. Mohon perkara ini dipercepatkan. Terima kasih.
Saya ambil maklum tentang saranan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera. Ini melibatkan juga Kementerian Dalam Negeri, bukan hanya MoTAC sahaja. MoTAC cuma bertugas seperti saya sebutkan tadi iaitu memproses dan berada dalam jawatankuasa memperakukan. Kita telah pun bermesyuarat beberapa kali dan kelulusan masih lagi berada di tangan Menteri Dalam Negeri untuk diluluskan. Jadi kita akan memohon supaya Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan kelulusan. Saya ambil maklum. Berkenaan soalan daripada Yang Berhormat Pontian tentang harga rumah, setakat ini, masih kekal dengan harga RM1 juta. Saya pergi kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka?
Yang Berhormat Kota Melaka tidak ada. Jawapan bertulis.
Jawapan bertulis ya. Yang Berhormat Lanang?
Yang Berhormat Lanang ada?
Ada ya?
Ada, ada.
Turut membangkitkan isu mengenai kesukaran kerajaan negeri bagi mendapatkan bantuan dari segi kewangan bagi program Sibu International Dance Festival. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pernah menerima surat permohonan bertarikh 24 Julai 2018 daripada Hornland Dance Theater, iaitu penganjur Sibu International Dance Festival untuk mendapatkan sumbangan dana penajaan bagi sebahagian kos penganjuran berjumlah RM100 ribu. Kementerian ini mendapati permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan disebabkan kekangan kewangan kerajaan pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, kementerian ini berpandangan pihak penganjur Sibu International Dance Festival boleh berusaha mendapatkan penaja untuk merealisasikan festival tersebut. Bagi tujuan ini, pihak penganjur boleh memohon kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mendapatkan surat sokongan penajaan di bawah Insentif Potongan Cukai kepada syarikat penaja. Permohonan hendaklah dihantar untuk pertimbangan
kementerian ini sebelum sesuatu program diadakan dan kementerian ini sedia membantu pihak penganjur dalam perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Saya hendak beritahu bahawa tahun ini mereka akan menganjurkan Sibu International Dance Festival lagi dan saya dimaklumkan bahawa surat untuk meminta pertolongan, I mean bantuan kewangan juga telah dihantar dan kalau boleh saya minta bantuan kewangan dapat diberikan kepada penganjur kerana ini memang satu sektor yang baik untuk pelancongan di Sibu. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? Bagan Serai.
Bagan Serai.
Apa itu?
Berkaitan meminta pertolongan.
[Dewan ketawa]
Saya dengar tadi itu minta pertolongan, jadi saya catch that word. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan minta pertolongan. Di Bagan Serai ini kita ada Pulau Orang Utan. Ini adalah pusat konservasi in-situ. Satu-satunya di Semenanjung ini. Yang lain hendak tengok orang utan kena masuk dalam zoo. Ini kita masuk dalam terowong, tengok orang utan, orang utan di pulau. Apa yang berlaku ialah ini adalah pusat pelancongan di Parlimen Bagan Serai. Pada bulan Disember hari itu, ada berlaku kebakaran dan 30 peratus daripada jetinya telah mengalami kerosakan. Sudah tentulah Yayasan Pulau Orang Utan ini memerlukan bantuan bagaimana untuk memajukan pelancongan yang telah jadi macam ini untuk meneruskan usaha-usaha konservasi ini. Jadi, saya ingin memohonlah beritahu kepada kementerian. Mohon perhatian untuk membantu Yayasan Pulau Orang Utan, Bukit Merah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Saya pun pernah pergi ke Pusat Konservasi Orang Utan sebelum jadi Ahli Parlimen. Okey, saya ambil maklum juga permohonan daripada Yang Berhormat Lanang dan tentang permohonan kewangan, bantuan kewangan untuk Sibu International Dance Festival. Saya boleh berjanji untuk membantu pihak penganjur mempromosikan, iaitu memasukkan program ini dalam risalah kalendar atau calendar of event, Kalendar Acara Pelancongan Negara. Boleh masukkan dalam COE. Akan tetapi, saya tidak berjanji dari segi bantuan kewangan itu, saya akan jumpa dengan pegawai saya untuk meneliti, jikalau ia memberi impak yang positif kepada sektor pelancongan negara, insya-Allah kita akan bantu. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Bagan Serai sekali lagi. Minta, Tuan Yang di-Pertua. Saya jumpa Yang Berhormat Menteri lah, kita pergi sekali lagi tengok Pulau Orang Utan yang sudah terbakar ini.
[Dewan ketawa]
Minta tolong lah.
Okey, nanti kita pergi sebelum puasa ini.
Selepas puasa.
Tunggu tangan siap.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Very strong supporter.
[Dewan ketawa]
Okey Yang Berhormat Batang Sadong ada sini?
Ada.
Ha! Ada, tadi tidak ada.
Ada.
Yang Berhormat Batang Sadong telah memohon pertimbangan kementerian untuk membina Kompleks JKKN ataupun Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKKN telah
mempunyai perancangan untuk membina Kompleks JKKN atau Taman Budaya di Sarawak bagi tujuan melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Akan tetapi cadangan ini tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana kekangan peruntukan. Walau bagaimanapun, cadangan pembinaan Kompleks ini boleh dipertimbangkan sekiranya Kerajaan Negeri Sarawak dapat menyediakan tapak tanah yang sesuai tanpa mengenakan sebarang syarat. Kita akan buat kompleks itu jikalau Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi tanah tanpa sebarang syarat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini JKKN telah mempunyai 11 buah kompleks pejabat atau Taman Budaya di 11 buah negeri kecuali Sarawak, Johor dan Selangor. Bilik ataupun Kompleks JKKN ini mempunyai kemudahan ruang pentadbiran, bilik seminar, bilik latihan, auditorium dan pentas terbuka. Kompleks JKKN juga membenarkan orang ramai dan penggiat seni menggunakan prasarana dan kemudahan sedia ada bagi melaksanakan aktiviti seni dan budaya anjuran persatuan, sekolah, komuniti, agensi kerajaan termasuk swasta. Di bawah RMKe-10, kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sejumlah RM8 juta bagi projek pembinaan Pusat Budaya Bung Warisan, Bung Bratak di Bau, Sarawak. Projek ini melibatkan komponen seperti pembinaan dua blok rumah panjang yang boleh memuatkan seramai 200 orang tetamu pengunjung dan pelancong, barok, pentas terbuka, ruang pejabat, stor, ruang tempat letak kenderaan, kedai cenderamata, landskap, tempat duduk penonton, laluan pejalan kaki, muzium, paip air, surau dan bilik rehat. Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak ini telah pun siap sepenuhnya pada 18 Disember 2018. Projek ini merupakan salah satu warisan budaya bagi memperingati peristiwa 1 Mei 1838. Pusat kebudayaan ini akan menjadi daya tarikan utama di Bau, Sarawak dengan kemudahan pelancongan yang lebih selesa.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya soalan mengenai kompleks budaya tadi.
Ya.
Sebenarnya ini adalah permintaan daripada pihak-pihak yang berkenaan yang mempunyai minat dalam bidang ini kerana mereka mengetahui bahawa saya dimaklumkan bahawa satu ketika dahulu, beberapa tahun dahulu memang telah diluluskan. Tanah dan lokasinya pun telah diluluskan. Cuma mungkin dari segi pembayaran. Tadi, Yang Berhormat Menteri menyentuh mengenai syarat-syarat. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, biasanya dari segi federal dengan state relationship ini Yang Berhormat Menteri, walaupun kita dari dalam kerajaan negeri pun kalau kita hendak sesuatu tanah itu untuk sesuatu kegunaan, kita pun kena membayar beberapa, ada prasyarat-prasyarat tertentu misalnya, dari segi premiumnya perlu dibayar. Jadi, bukan kerana ini adalah untuk Persekutuan sahaja. Jadi, ini adalah satu prasyarat. Jadi bukanlah ia membeli tanah. Bukan beli tanah. Jadi mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh menimbangkan semula untuk memastikan kompleks ini akan diwujudkan di Sarawak terutama sekali di Bandar raya Kuching. Terima kasih.
Saya sokong jikalau seperti yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Batang Sadong, jikalau Kerajaan Negeri Sarawak bersedia untuk menyediakan tanah untuk kita bina bangunan Kompleks JKKN tersebut. Maksudnya tanpa syarat di sini, janganlah kerajaan negeri meletakkan satu harga premium yang tinggi untuk kita bina. Oleh sebab, kita cuma akan sediakan dari segi infrastruktur dan juga bangunan itu sendiri. So, tanah itu kita minta Kerajaan Negeri Sarawak sediakan. Kalau kerajaan negeri bersedia untuk bagi tanah, insya-Allah kita akan masukkan dalam bajet kita untuk tahun hadapan. Itu saya akan pastikan.
Runding, runding sahajalah Yang Berhormat. Jalan lah itu.
[Dewan ketawa]
Terkejut saya.
Yang Berhormat Menteri, saya percaya ini boleh dirunding di antara kementerian pihak Persekutuan dan juga negeri ya.
Boleh, boleh. I think kita boleh, boleh, boleh, ya. Saya pun juga dimaklumkan bahawa Sarawak akan mempunyai satu muzium. Muzium Sarawak yang boleh dikatakan kedua terbesar di Asia Tenggara. Jadi sementara bangunan JKKN ini diadakan, saya rasa muzium ini akan siap pada tahun ini. Muzium Negeri Sarawak. Jadi muzium itu boleh menjadi salah satu pusat untuk kebudayaan dan kesenian di negeri Sarawak.
Baik saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiawangsa, oh! Tidak ada.
Tidak ada. Jawapan bertulis.
Tulis jawapan bertulis ya. Yang Berhormat Kampar?
Ada.
Okey, Yang Berhormat Kampar telah mencadangkan agar Jabatan Warisan Negara mengambil langkah untuk mewartakan tapak sejarah Perang Dunia Kedua, Green Ridge Battle of Kampar sebagai tapak warisan selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di bawah kuasa Pesuruhjaya Warisan Negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai pewartaan tapak Battle of Kampar. Jabatan Warisan Negara sememangnya berusaha memulihara, memelihara dan melindungi, conserve, preserve dan protect tapak yang mempunyai signifikan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 melalui proses pewartaan. Pencalonan tapak ini juga telah diterima daripada pihak Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sedang menunggu penghantaran maklumat lanjut daripada pihak berkenaan. Untuk tujuan tersebut, Jabatan Warisan Negara memohon kerjasama pihak berkuasa negeri Perak supaya memberi keizinan termasuk menyelesaikan isu tanah sebelum proses pewartaan tapak ini dapat dijalankan. Ya, sila.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang pewartaan Battle of Kampar. Adakah kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa ataupun mana-mana pihak daripada Jabatan Warisan Negara untuk menjalankan langkah-langkah pewartaan ini? Juga mengenai kebenaran daripada pihak berkuasa negeri, saya rasa itu adalah satu side issue sebab daripada segi pewartaan, kebenaran daripada pihak berkuasa negeri tidak perlu. Kuasa sepenuhnya atas Pesuruhjaya yang perlu menjalankan pewartaan tersebut mengikut seksyen-seksyen yang telah diperuntukkan dalam National Heritage Act tersebut. Jadi, boleh tidak mempercepatkan proses ini sebab sudah lama, sudah lebih 10 tahun mengatakan hendak warta, sehingga hari ini belum lagi diwarta. Jadi kami berharap angkatan ATM juga, daripada banyak pihak stakeholders, memang berharap agar ini dipercepatkan dengan segera.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar. Sebenarnya, saya hendak memperbetulkan fakta yang tidak benar yang disebutkan oleh pihak Yang Berhormat Kampar. Keizinan pihak berkuasa negeri diperlukan untuk sesuatu proses pewartaan. Kita akan menghantar surat dengan senarai tapak-tapak warisan yang kita hendak jadikan Warisan Kebangsaan, pihak berkuasa negeri perlu memberi kebenaran bertulis kepada JWN sebelum kita mewartakan sebagai Warisan Kebangsaan. Setakat ini pihak kami sedia bekerjasama dengan pihak ATM dan juga pihak berkuasa negeri demi untuk kita mewartakan Battle of Kampar sebagai salah satu Warisan Kebangsaan kita. Saya juga dimaklumkan kita sudah ada jawatankuasa dan perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Perak yang telah pun berada dan this is a due process yang akan dilaksanakan. Saya harap ini dapat menjawab dengan baik kepada Yang Berhormat Kampar, boleh? Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja isu-isu perbahasan yang menyentuh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, saya daripada pihak...
Yang Berhormat...
...Menghargai segala pandangan, teguran, saranan dan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat sekalian dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya. Ada lagi?
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Baru-baru ini banyak perbincangan tentang pelancong dari China yang masuk ke Malaysia. Data menunjukkan daripada kementerian kata, ada peningkatan tetapi bahangnya semakin terasa. Seperti contoh di Melaka, dahulu RAMADA 100 percent dia punya occupancy rate. Akan tetapi kalau kita pergi hujung minggu sekarang, 60 peratus sahaja sebagai contoh. Itu antara negeri yang paling banyak dapat menarik pelancong daripada China. Apakah tindakan serta-merta daripada kementerian, memandangkan kalaulah betul yang lebih ramai pelancong China masuk, kenapa mereka tidak pergi ke Melaka? Saya difahamkan satu projek besar yang dijayakan oleh kedua-dua negara iaitu Eco Malacca sebagai contoh yang menyasarkan satu juta lebih untuk orang atau pelancong asing untuk menyaksikan pertunjukan secara besar-besaran yang juga menguntungkan lepasan daripada ASWARA. Jadi, mereka juga mendapat kerja. Jadi apakah tindakan daripada MoTAC untuk melihat atau merancakkan perkara ini memandangkan daripada segi sambutan pelancong itu tidak begitu menggalakkan, jauh daripada yang disasarkan. Hanya 10 atau 20 peratus. Apakah respons daripada kementerian? Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum menjawab. Boleh saya bangkitkan kerana- Tuan Yang di-Pertua?
Sila.
Boleh, ya. Ini kerana dibangkitkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Ayer Hitam tadi berkenaan dengan disebutkan tadi salah satu daripada isu favourite saya iaitu ASWARA. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah rektor telah di- apakah keadaan ataupun status Rektor ASWARA, dan kedua, saya difahamkan sewaktu beliau diminta untuk mengambil cuti, ada beberapa keputusan yang telah dibuat. Adakah keputusan-keputusan itu boleh dikaji semula? Ini memandangkan dalam keadaan yang agak khusus seperti itu, beliau telah direhatkan tetapi membuat keputusan- keputusan. Ini kerana saya difahamkan ramai yang datang mengadu kepada saya mengatakan ada yang telah dibuang kerja ataupun ditamatkan kontrak ataupun tidak dilanjutkan kontrak. Baru-baru ini, kita nampak anak-anak pelajar ASWARA, malah juga di kalangan karyawan seperi saudara Namron yang baru sahaja memenangi filem terbaik di Festival Filem Malaysia juga ada turut turun untuk menyatakan bantahan berkenaan dengan isu berkaitan dengan rektor. Kedua, saya sedikit terkilan kerana saya ada membangkitkan isu berkenaan dengan sambutan 60 tahun Parlimen, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh ambil maklum. Apakah boleh kita menggunakan Parlimen sebagai tempat untuk kita menonjolkan hasil karya yang mungkin tersimpan di balai seni? Apakah pihak kementerian boleh membantu untuk memastikan, melihat kepada bangunan ini sendiri sebagai satu khazanah negara yang perlu kita jaga daripada segi architecturenya, memandangkan banyak elemen-elemen yang perlu kita pertahankan dan perlu kita kekalkan untuk masa depan. Terima kasih.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saudara saya sebut fasal Parlimen. Kalau boleh sebab saya tengok di Parlimen ini banyak aspek seni budaya yang indah. Boleh tidak kalau kita labelkan siapa sebenarnya yang membuat kraf ini? Jadi, sedikit sebanyak kita membantu menonjolkan kita punya budayawan, seniman dan sebagainya.
Yang Berhormat Padang Serai bangun tadi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya berkenaan dengan visa daripada India. Ramai pelancong datang daripada India dan kita pun pergi ke India untuk melancong. Bolehkah kedua-dua Menteri berbincang untuk mengecualikan visa? Oleh sebab di Thailand pergi ke China, dikecualikan visa, so ramai orang daripada China melawat ke sana. Kalau kita pula buka pintu di Malaysia, berbincang kedua-dua Menteri ini, mungkin ramai pelancong akan datang ke negara kita. Apakah pendapat?
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada yang, ada lagi? okey.
Silakan.
Ini sudah di luar daripada...
Memang terkeluar.
Saya cuba jawab tentang soalan daripada Yang Berhormat Ayer Hitam mengenai pelancong dari negara China. Sebenarnya pelancong dari China pada tahun 2017 seramai 2,281,666 orang. Manakala pada tahun 2018, kita telah mencatatkan kenaikan sebanyak 29 persen iaitu 2,944,133 orang. Maksudnya we are almost, kita sudah dekat hampir mencapai 3 juta pelancong dari China. Saya hendak komen sedikit tentang laporan yang mengatakan bahawa pelancong dari China menurun. Kadang-kadang laporan itu datang daripada ejen-ejen pelancongan. Kita dapati trend pelancong dari China ini tidak semestinya mereka melalui ejen-ejen pelancongan, mereka datang sendiri iaitu free independent travelers (FIT). Mereka beli tiket online, mereka datang tanpa pakej pelancongan. Jadi sebab itu agen-agen pelancongan tidak nampak the mobility daripada pelancong China. Saya tidak dapat komen tentang kemasukan pelancong China ke Melaka sebab saya tidak ada data tentang pelancong China ke Melaka.
Akan tetapi, kita mungkin akan memberikan jawapan bertulis daripada jumlah pelancong China yang ke negeri-negeri yang disebutkan tadi.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri ini sangat bagus, sebab apa, apabila data secara official kata ada peningkatan, tetapi yang di bawah ini tidak rasa. Sebagai contoh, ada yang mungkin duduk di homestay, ada yang duduk dekat hotel. Akan tetapi dalam keadaan ini, semua menurun, mesti ada sesuatu yang tidak kena, sama ada cara kita tidak betul atau sini sebagai satu tapak untuk transit sahaja. Oleh sebab pergi ke negara jiran, di Thailand makin meningkat dan peratusan peningkatan itu sangat mendadak. Jadi, mesti ada satu kaedah daripada Malaysia untuk kita tarik mereka datang sini, come here and spend, itu yang kita hendak. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat Ayer Hitam, sebenarnya peratusan peningkatan pelancong China ke Thailand sebenarnya ada tujuh percent sahaja, 7.4 percent. Ya, but there have 10 millions, dia orang 10 juta orang daripada 38 juta orang pelancong ke Thailand, 10 juta orang adalah daripada China dan kita hampir 3 juta orang. Akan tetapi dari growth, dari segi peningkatan pelancong China ke Malaysia, lebih lagi daripada pelancong China ke Thailand. China ke Thailand peningkatan cuma hanya 7.4 persen. Jadi, kita masih berusaha untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bagan Serai, juga mengenai visa daripada negara India dan China. Kita telah pun duduk berbincang dengan KDN, Jabatan Imigresen Malaysia serta MOT dalam salah satu committee untuk menaikkan jumlah pelancong ke Malaysia. Antara cadangan-cadangan yang kita lakukan ialah supaya tidak ada VOA melalui beberapa negara tetapi ini di bawah kuasa KDN supaya kita mudahcarakan pemberian visa kepada China dan India, oleh sebab ini dua primary market yang kita ada untuk pelancong daripada luar. Cadangan-cadangan tersebut sedang diteliti oleh KDN mengenai VOA, sekarang ini tujuh hari. Kalau Thailand bagi 15 hari VOA ataupun visa on arrival sama juga pelancong daripada India. Jadi kita sedang berbincang, insya-Allah dan kita akan cuba untuk membawa ini kepada pihak KDN supaya KDN lebih dari segi mudahcarakan pemberian visa daripada kedua-dua negara tersebut iaitu China dan India, okey. Okey, soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai tentang ASWARA. Memang pada hari ini bersamaan 1 April 2019, ASWARA telah mendapat rektor yang baru iaitu Profesor Madya Sahar Sa’di bin Hashim telah pun memulakan tugas hari ini sebagai Rektor ASWARA, menggantikan Profesor Ir. Dr. Mohd Rizon yang telah pun tamat perkhidmatan pada 31 Mac 2019 yang lepas. Jadi, sudah jawab ya soalan ASWARA, tidak bangkitkan lagilah. [Ketawa]
Bukan. Soalan saya, apakah keputusan-keputusan yang dibuat boleh dikaji semula, memandangkan ada yang...
Ya, betul. Kita juga ada satu Jawatankuasa untuk melihat beberapa, jikalau ia melalui beberapa SOP yang tidak betul, kita akan betulkan. Ini adalah di bawah kuasa Menteri dan juga KSU sekarang sedang meneliti
beberapa kes yang berkaitan dengan penamatan kerja yang tidak melalui proses SOP yang sebenarnyalah. Berkenaan dengan cadangan untuk meletakkan lukisan di National Art Gallery ini kita memang alu-alukan. Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker Parlimen untuk membenarkan kami membawa beberapa lukisan daripada National Art Gallery untuk dipertontonkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Jadi, saya rasa...
Yang Berhormat Menteri ada satu, tadi sebab saya hendak bertanya. Sebab tadi Yang Berhormat Ayer Hitam ada bertanya pasal Melaka punya...
Okey, silakan.
Penurunan hotel. Maksudnya tahun ini Tahun Melawat Negeri Melaka 2019, jadi saya hendak tahu apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk membantu. Ini kerana kalau apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam itu adalah satu perkara yang amat membimbangkan kerana kalau jumlahnya, peratusan, maksudnya pelancong daripada China, maksudnya tidak mendapat sambutan dan sebagainya. Jadi, kita hendak tahu selain daripada festival kraf yang dilakukan pada minggu lepas, apa program-program lain sebagai salah satu cara untuk menarik lebih ramai lagi pelancong daripada luar khususnya datang ke Melaka. Terima kasih.
Mantan Timbalan Menteri Pelancongan dia mesti tahu jawapannya. [Ketawa] Akan tetapi saya rasa kalau hendak jawab Yang Berhormat Masjid Tanah, saya rasa perlukan satu lagi jawapan yang panjang. Saya mohon supaya saya beri jawapan secara bertulis. Okey? So, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja...
Minta sedikit laluan? Sedikit sahaja, Kubang Kerian.
Okey Yang Berhormat Kubang Kerian.
Mungkin ini yang terakhir ya.
Terima kasih, saya harap isu kemasukan pelancong ini saya ingin melahirkan sedikit kebimbangan terhadap peratus pelancong ke Pulau Tioman, destinasi bebas cukai. Isunya ialah, isu lapangan terbang. Dahulu Lapangan Terbang Tioman ini beroperasi dan boleh menampung pelancong daripada Singapore, Kuala Lumpur, Kuantan tetapi beberapa kebelakangan ini airport tersebut telah pun ditutup menyebabkan pelancong daripada Singapore sangat berkurangan masuk ke Pulau Tioman. Saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada rancangan kerajaan untuk pembesaran semula airport ini walaupun di luar daripada topik tetapi isu kemasukan pelancong ke Malaysia dapat diberi perhatian. Terima kasih.
Yang Berhormat Kubang Kerian bukan luar topik, ini di luar kementerian saya. Sebab ini lapangan terbang di bawah Kementerian Pengangkutan. Jadi saya rasa itu sahaja, terima kasih banyak kepada semua Yang Berhormat...
Sikit, sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Menteri sudah tutup beberapa kali sudah.
Sudah beberapa kali tutup sudah.
Belum tutup lagi, ada satu minit lagi. Saya hendak tanya sedikit sahaja.
Okey, bolehlah, silakan.
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak minta pengesahan berkaitan status Bandar Sungai Lembing. Adakah Bandar Sungai Lembing sudah termasuk dalam usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan sebagai Tapak Warisan UNESCO, kerana apa saya yakin dan percaya tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia 2020. Saya mengharapkan sangat Bandar Sungai Lembing ini sebab ia di bawah Parlimen saya. Ia
mempunyai begitu nilai sejarah yang cukup tinggi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih. Saya tidak ada maklumat berkenaan dengan Tapak Warisan Sungai Lembing tetapi yang ada dalam empat tentatif list ke UNESCO, Sungai Lembing tidak ada dalam senarai empat yang itulah. Jadi saya akan beri jawapan secara bertulis untuk Yang Berhormat tentang Tapak Warisan Sungai Lembing.
Sebab ia sudah buat assessment...
Yes, yes.
Dan ramai rakyat dekat sana sudah tanya, terima kasih.
Ya, kita bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Saya rasa ini tutup yang terakhir sudah.
Tutup yang terakhir.
Okey. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan saya harap dapat semua sambutan daripada Yang Berhormat sekalian. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah sudi menjawab soalan-soalannya walaupun tidak ditimbulkan dalam perbahasan, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab hampir semua. Sekarang ialah giliran Jabatan Perdana Menteri, saya ingin menjemput Yang Berhormat Senator. Silakan.
Terima kasih. Salam sejahtera, salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, bagi Jabatan Perdana Menteri, seramai empat orang Menteri akan menggulung termasuk saya. Saya akan memulakan penggulungan ini diikuti dengan Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Parit Buntar akan menutup penggulungan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Di dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seterusnya izinkan saya menggulung bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan juga Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA). Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya peka dengan kepelbagaian etnik agama dan budaya yang wujud di negara ini yang sememangnya boleh menimbulkan sensitiviti agama dan menjejaskan perpaduan jika tidak diuruskan dengan sebaiknya. Mengambil kira hakikat ini, kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial telah, sedang dan akan meneruskan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan mendamping dan mendidik dengan izin, engage and educate melalui pelaksanaan pelbagai program. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor yang amat prihatin terhadap usaha-usaha kerajaan di dalam menggubal sesuatu undang-undang untuk menangani dan menghentikan provokasi sentimen perkauman dan agama.
Minta laluan Yang Berhormat. Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya bagi pihak backbenchers memang menghargai jasa Yang Berhormat Menteri dan juga Kerajaan Pakatan Harapan untuk memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum. Saya akui bahawa usaha-usaha
yang dijalankan oleh Yang Berhormat Menteri dan kerajaan adalah berlipat kali ganda lebih untuk memupuk perpaduan di Malaysia. Saya tidak mahu menyebut perbandinganlah. Akan tetapi kita lihat apa juga inisiatif atau langkah-langkah ikhlas yang di ambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan, ia tidak akan berjaya kalau ada individu-individu tertentu yang membuat kenyataan-kenyataan dari semasa ke semasa yang boleh memecahbelahkan perpaduan di antara rakyat berbilang bangsa. Saya menyebut perkara ini kerana dalam perjalanan saya ke Parlimen, saya begitu terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Bera. Kelmarin saya difahamkan dalam ceramah di Rantau, beliau telah mengisytiharkan jihad terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang beliau dakwa adalah...
[Bangun]
Saya belum habis lagi Yang Berhormat Arau. Bagi saya–– saya sedang berbahas secara elok, saya minta Yang Berhormat Arau sila duduk.
Tidak, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, kami hendak beri peluang supaya Menteri jawab.
No. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat.
Menteri tidak cakap tajuk itu pun.
Duduk dululah.
Kalau tidak kami, Menteri ini kami sudah berperang dengan dia. Sekarang kami hendak cakap elok-elok.
Saya telah bangkitkan perkara ini...
Tiba-tiba Yang Berhormat Jelutong bangun hendak buat provokasi... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong. Sila duduk, perkara yang tidak dibangkitkan. Sila duduk. Sila duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah perkara penting.
Yang Berhormat Menteri tidak bangkit pun.
Ini baru. Ini baru. [Pembesar suara dimatikan]
Sila duduk semua. Sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat Arau. Sila duduk. Sila duduk.
Minta maaflah. Biarkan saya habis.
Jangan timbulkan sangkaan yang jahat lah. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri tidak cakap tajuk itu! Ini sangkaan jahat lah ni!
Sila duduk Yang Berhormat Arau.
Point of Order 36(6).
Nanti dulu. Biarkan Yang Berhormat Jelutong habiskan. Betul, ya.
So, saya hendak tanya, macam manakah kerajaan berhasrat untuk menangkis perkara-perkara ini? Oleh kerana kita lihat perkara-perkara ini telah berleluasa.
Okey. Stop.
Tiap-tiap kali terdapat tuduhan dibuat oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana untuk memecah belahan perpaduan.
Mana ada sangkaan jahat. [Pembesar suara dimatikan]
Itu sahaja. Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Point of order.
Point of Order 36(6) iaitu sangkaan jahat. Yang Berhormat, jelas menunjukkan bahawa di sebelah sana mempunyai sikap prejudis terhadap Islam, termasuk perkataan– saya pula bercakap. Saya pula bercakap Yang Berhormat, saya yang bercakap. [Pembesar suara dimatikan]
Saya sudah sebut. Saya sudah sebut minggu lalu ada perkara yang boleh dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, ada beberapa perkara yang seeloknya dibangkitkan semasa ceramah. Jadi, kita biarkan di situ sahaja, saya hendak mendengar Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan.
Saya perlu pertahankan apa yang dituduh kepada saya. Jihad. Apa yang saya sebut jihad, bila dengar sahaja jihad, terus ingat perang dan sebagainya. Jihad bermakna struggle, saya melancarkan jihad memerangi orang tengah yang disokong oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan sekarang ini. [Pembesar suara dimatikan]
Saya sudah beri kesempatan bagi Yang Berhormat Jelutong dan juga Ketua Pembangkang untuk menjawab. Jadi, ruling saya masih kekal. Perkara yang boleh dibangkitkan semasa ceramah, jangan dibangkitkan dalam Dewan. Silakan Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun meneliti tiga draf rang undang-undang berkaitan dengan keharmonian nasional iaitu Rang undang-undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama.
Yang Berhormat, saya ada sebut tentang provokasi. Tadi disebut tentang kenyataan-kenyataan tentang yang bermaksud provokasi. Disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya hendak minta penjelasan. Apabila seseorang menyebut tentang Islam, jika UMNO dan PAS bersatu akan menubuhkan negara ala Taliban. Apa stand Yang Berhormat Menteri dari segi provokasi seperti ini? Silakan. Apa stand?
Saya rasa kalau saya dibenarkan...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya sedikit lagi?
...Untuk menjawab jawapan ini, saya percaya persoalan Yang Berhormat akan terjawab. So, please give me my time, thank you. Kerajaan telah pun meneliti tiga draf rang undang-undang berkaitan keharmonian nasional iaitu Rang undang-undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama (Racial and Religious Hate Crime Bill), Rang undang-undang Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (National Harmony and Reconciliation Bill) dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (National Harmony and Reconciliation Commission Bill) yang telah disiapkan pada tahun 2015 oleh Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Dasar- dasar Mempromosikan Keharmonian Negara di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (NUCC). Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari 2019 telah bersetuju bahawa draf Rang undang-undang Jenayah Kebencian Kaum dan Agama (Racial And Religious Hate Crime Bill) tersebut adalah tidak perlu kerana peruntukan dalam draf rang undang-undang tersebut adalah perlakuan menghasut kebencian terhadap institusi diraja, kaum dan agama serta perlakuan
mendatangkan kecederaan fizikal atas alasan kaum dan agama adalah didapati bertindih dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan peruntukan ia dicadangkan bolehlah dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan. Manakala Rang Undang-undang Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional juga didapati tidak perlu kerana kerajaan mendapati peruntukan yang dicadangkan sudah pun termaktub dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, cadangan perwujudan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (National Harmony and Reconciliation Commission) sebagai suruhanjaya bebas bagi menangani isu-isu perkauman dan agama serta mengenal pasti langkah penyelesaian adalah baik dan boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan diperlukan sebelum Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dimuktamadkan. Jabatan Perpaduan akan mendapatkan input, cadangan dan maklum balas, termasuk mengkaji contoh-contoh model suruhanjaya yang berada di luar negara bagi membolehkan cadangan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dapat diterima baik oleh semua pihak. Hanya selepas itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri. Turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang mengenai Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat. Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat merupakan badan baharu yang dijenamakan semula untuk menggantikan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN). Penubuhan MPKR adalah bagi mengalas dua peranan utama iaitu bertindakan sebagai sebuah badan bebas yang akan menasihati kerajaan mengenai hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial serta dasar perpaduan negara. Langkah ini adalah sebagai usaha kerajaan ke arah penyatuan nasional bagi mengurangkan populasi kaum dan membina bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Penubuhannya menjadi platform untuk membincangkan isu-isu sukar dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kompleks serta merintis jalan penyelesaian ke arah merapatkan jurang yang menghalang perpaduan. Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sedang dalam proses penjenamaan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kepada Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat, di samping sedang dalam proses mengenal pasti dan memuktamadkan pemilihan ahli-ahli yang akan menganggotai MPKR. Bagi memastikan individu yang berpengalaman serta komited terhadap perpaduan negara dan kesejahteraan sosial rakyat dipilih agar mereka mempunyai kredibiliti bersifat inklusif, terbuka, neutral dan mempunyai pandangan konstruktif serta mewakili semua lapisan masyarakat. Pelantikan Ahli Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) akan dibuat secara pentadbiran setelah berunding dan dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Kota Samarahan. Saya tidak pasti sama ada...
Boleh saya bangkitkan, sebelum pergi kepada topik baru? Tuan Yang di-Pertua?
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi khususnya berkenaan dengan Akta Keharmonian Nasional yang saya faham tadi tidak akan digubal pada waktu ini. Akan tetapi, ada juga soalan yang saya sebutkan bahawa dalam pada kita ingin menangani isu pemecah belah perpaduan rakyat dan sebagainya ini, dulunya ini adalah antara undang-undang ataupun akta yang diharap boleh dimanfaatkan untuk tujuan tersebut. Sekarang kita mengatakan bahawa kita mempunyai akta-akta yang lain yang boleh mainkan peranan yang serupa. Cumanya, saya ada soalan berkaitan dengan itu. Mungkin tidak kena mengena dengan Yang Berhormat Menteri tetapi saya sebutkan sebab saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya, apakah ini akan tidak menggantikan Akta Hasutan 1948 yang juga menimbulkan masalah berkaitan dengan tindakan-tindakan yang diambil untuk mengehadkan
daripada segi kebebasan untuk bersuara sedangkan itu adalah juga menjadi aspirasi kepada Perlembagaan? Walaupun kita ingin mengawal supaya tidak berlaku pecah belah tetapi pada masa yang sama juga kita kena ada kawalan untuk tidak berlakunya kebebasan yang mutlak dan itulah menyebabkan kepada kenapa Akta Hasutan itu telah diwujudkan. Akan tetapi, kini saya rasa dengan tidak adanya Akta Keharmonian ini, ada di Kanun Keseksaan, adakah Akta Hasutan itu digantikan atau bakal dimansuhkan? Terima kasih.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat, saya rasa persoalan tersebut lebih tepat sekiranya ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan Akta Keharmonian Nasional, setelah disemak kembali, didapati terdapat banyak peruntukan-peruntukan tersebut yang bertindih dengan peruntukan yang sedia ada dalam Kanun Keseksaan. Sekiranya diperlukan untuk menambah baik, adalah lebih elok jika Kanun Keseksaan dipinda dan kerajaan sedang mengkaji keperluan tersebut. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti sama ada Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Kota Samarahan ada dalam Dewan.
Yang Berhormat Kota Samarahan tidak ada ya? Yang Berhormat Parit ada? Ada di belakang? [Disampuk] Sekarang ini tak ada? Solat? Mungkin kemudian ya.
Kena jawab, Yang Berhormat. Kami ada. Kami tolong dia.
Saya akan bagi jawapan bertulis, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai pendapat Yang Berhormat Jeli bahawa terdapat keperluan menyediakan naratif baharu mengenai hala tuju negara ke arah mengukuhkan perpaduan. Saya amat mengalu-alukan saranan tersebut. Pelbagai usaha penyatuan nasional dilaksanakan seperti berikut. Pertama, melaksanakan perancangan inisiatif dan strategi di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang insklusif merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan dengan menetapkan program-program spesifik dan konkrit untuk menyemarakkan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan rakyat. Seterusnya, meneliti secara mendalam model yang digunakan di negara luar bagi penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional yang akan melaksanakan fungsi seperti berikut: (i) memupuk kesedaran dan pendidikan yang berhubung dengan keharmonian, perpaduan, integrasi dan kesamarataan; (ii) untuk menasihati, membantu dan mengesyorkan kepada kerajaan langkah-langkah ke arah perpaduan nasional, integrasi tanpa diskriminasi dan kesamarataan; dan (iii) untuk menyiasat aduan berkenaan dengan diskriminasi dan mengenal pasti penyelesaian. Pembangunan instrumen Indeks Perpaduan Nasional adalah suatu lagi model struktur yang komprehensif di peringkat nasional untuk mengukur dan memantau tahap pencapaian perpaduan di Malaysia secara saintifik dan sistematik menggunakan data empirikal yang diperolehi daripada masyarakat Malaysia. Indeks ini dibina berdasarkan beberapa konstruk tertentu yang akan menjadi alat pemantauan peringkat nasional yang dapat memperlihatkan keperluan program intervensi sebenar oleh kerajaan kepada masyarakat berdasarkan isu-isu semasa yang berlaku kerana nilai indeks yang diukur akan menjadi satu petunjuk sebenar pencapaian tahap perpaduan di Malaysia kelak. Indeks ini sedang dibangunkan dengan kerjasama satu pasukan pakar penyelidik yang diketuai oleh Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijangka siap pada tahun ini.
Seterusnya, menggunakan kaedah mediasi komuniti sebagai usaha berterusan untuk menangani pertikaian, pertelingkahan dan persengketaan dalam komuniti setempat yang terdiri daripada penghuni yang berbilang kaum dan agama melalui khidmat 1,130 orang mediator komuniti yang terlatih di seluruh negara. Dengan cara ini, konflik yang wujud di peringkat akar umbi dapat ditangani dengan lebih berkesan sebelum ianya menular menjadi lebih besar dan mencetuskan pergaduhan, serangan ataupun rusuhan kaum. Seterusnya, mengadakan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengelakkan daripada bekerja secara silo dengan membuat hebahan kepada komuniti di peringkat akar umbi dan kawasan kejiranan mengenai program advokasi iaitu Klik Dengan Bijak dan Kesejahteraan Siber (Cyber Wellness) iaitu pendedahan berkaitan dengan ketagihan dan perlindungan kanak-kanak dalam talian. Di samping itu, bekerjasama dalam pemberian latihan teknikal kepada pelbagai pihak berkepentingan seperti pemegang taruh, badan sivil dan komuniti setempat yang mempunyai hubungan kerja rapat dengan Jabatan Perpaduan untuk membolehkan laporan terus dibuat.
Yang Berhormat Menteri, cuma saya ingin memberi saranan di sini. Dalam perbahasan saya sebelum ini juga saya telah membangkitkan. Kita lihat belum lagi ada inisiatif untuk menerbitkan rencana-rencana melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sama ada melalui televisyen ataupun dalam laman- laman web untuk kita menyemarakkan lagi perpaduan dan juga semangat kebangsaan. Kita lihat kalau sebelum ini, ada rencana-rencana sebelum berita diterbitkan untuk menunjukkan perpaduan kaum, perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. So, saya cuma ingin minta Yang Berhormat Menteri juga untuk berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk kerajaan baharu menerbitkan banyak lagi rencana, dokumentari untuk disiarkan sama ada melalui radio atau televisyen khususnya sebelum berita pukul 8 atau 7.30, supaya kita dapat lagi menyemarakkan perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum. Ini adalah permintaan saya yang telah saya buat berbilang kali dalam sidang Parlimen. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, minta laluan. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut pasal kerjasama. Saya rasa isu perpaduan di Malaysia ini, selain daripada kita cakap soal perpaduan kaum, isu-isu perpaduan ini juga berkaitan dengan agama. Jadi, saya harap kementerian juga dapat mengusahakan kerjasama dengan kerajaan- kerajaan negerilah kerana majlis agama Islam ini biasa kebanyakan di bawah kerajaan negeri. Jadi kita selalu dengar misalnya kata masjid tak benarkanlah orang kata sebelum ini ada kes misalnya di Selangor, program-program yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dibuat di masjid. Jadi saya rasa ini agak malanglah kerana masjid juga sepatutnya menjadi satu tempat untuk rakyat bersatu padu, selain daripada kita buat program mungkin di tokong atau di kuil. Selalu kita bangga bila ada buat dialog antara agama, orang Islam pergi melawat tokong atau kuil tapi bila orang bukan Islam melawat masjid seolah-olah tidak dibenarkan. Jadi ini bagi saya menimbulkan imej yang salahlah tentang Islam. Akan tetapi, sudah tentulah ia memerlukan satu garis panduan. Jadi saya berharap dalam aspek kerjasama, perlu diusahakan memandangkan agama di bawah bidang kuasa negeri.
Cuma, saya ingin tambah, Yang Berhormat Menteri. Saya bagi satu kesimpulan di Pulau Pinang. Ada satu masjid yang membuat majlis hari raya terbuka Cina, sebuah masjid menganjurkan tiap-tiap tahun. Semasa berlakunya pasca banjir, masjid tersebut juga membenarkan orang berbilang bangsa datang untuk tinggal di sana ketika rumah mereka musnah akibat pasca banjir.
Ini adalah kesimpulan-kesimpulan yang boleh kita ambil untuk kita baca dan juga membuat penyelidikan bagaimana kita boleh menggunakan masjid, kuil ataupun tokong Cina untuk kita menyemarakkan lagi inisiatif-inisiatif untuk perpaduan di antara rakyat Malaysia berbilang kaum. Ini adalah cuma cadangan tetapi jangan lupa cadangan saya supaya banyak lagi program televisyen, rencana tidak begitu lama cuma lima minit, 10 minit sebelum mereka menonton berita pukul 8, supaya perpaduan ini dapat dan perasaan kebangsaan ini dapat disemarakkan lagi di antara rakyat Malaysia berbilang kaum. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Kangar akan dipertimbangkan dan saya juga ingin menyatakan di sini bahawa di dalam krisis dan sebagainya, apabila terdapat rakyat berbilang kaum yang mendapat perlindungan di masjid dan sebagainya, menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia sebenarnya adalah suatu masyarakat yang bersatu padulah.
Yang Berhormat Jeli bangun. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum berpindah kepada tajuk lain, cadangan supaya naratif baharu mengenai Malaysia, perpaduan dan negara kita ini perlu diperhalusi semula. Seperti kita sedia maklum, apabila kita berdepan dengan masalah yang kritikal 69, maka kita ada Rukun Negara. Itulah konteks saya membuat cadangan kerana keadaan sudah berubah dan dengan keadaan yang kadang-kadang panas dalam Dewan dan luar Dewan adalah penting kita bersama-sama memikirkan naratif baharu mengenai Malaysia dengan izin, what we stand for sebagai contohlah. Jadi, tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang kajian sedang dibuat oleh UKM umpamanya, yang mempunyai satu pusat yang mungkin ulung dan hebat dalam hal ini, ada track record yang cukup baik dan hal-hal dalam kata perpaduan. Jadi, kalau berdepan dengan 13 Mei, susulan daripada itu kita merangka beberapa dasar dan konsep termasuklah Rukun Negara. Mengapa tidak kita mulakan usaha baharu menggembleng semua pihak dengan izin it’s got to be inclusive. Mengambil kira semua pandangan termasuk bangsa-bangsa, agama dan negara kita. Sudah tiba masanya kerana kita berkelahi mengenai perkara asas. Mengenai Perlembagaan yang sudah termaktub Perlembagaan sama ada agama Islam, Raja-raja Melayu, 153 hak kaum lain sudah termaktub tapi kadang-kadang Dewan ini sangat panas perbahasannya kerana apa, kerana perkara asas seolah-olah hendak diungkit semula. Maka pada saya, ini tahun 2019 setelah tahun 1969 dan tahun 1970, kita melalui satu pengalaman yang cukup pahit dan berharga sudah tiba masanya untuk kita melihat semula negara kita ini, ke mana kita hendak pergi, apa pendirian kita tentang hal-hal asas dan pokok tentang Perlembagaan, kanak-kanak harus dididik. Jadi apa yang berlaku dalam dan luar Dewan ini adalah satu perkara yang kurang baik untuk negara kita. Jadi, saya hendak tanya sama ada pasukan UKM ini Yang Berhormat kata akan siapkan kajiannya menjelang akhir tahun ini. Adakah Yang Berhormat bercadang supaya kajian hasil ini hendak dibentangkan kepada satu kumpulan yang kecil ataupun yang besar tidak kira tapi yang pentingnya inklusif supaya ia menjadi pegangan kita. Macam mana Rukun Negara menjadi pegangan kita? Perlembagaan sepatut menjadi pegangan kita supaya kita dapat memastikan bahawa mengenai perkara-perkara pokok dan asas kita tidak berbahas, kita tidak berdebat, tidak panas dalam Dewan. Terima kasih Yang Berhormat.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Tasek Gelugor. Tuan Yang di-Pertua, Tasek Gelugor sikit saja tambahan.
Yang Berhormat Tasek Gelugor. Ya silakan.
Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan asas perpaduan ini biasanya bermula daripada pendidikan sama ada pendidikan di rumah atau pendidikan di sekolah. Jadi, dalam hal ini adakah kementerian perpaduan mempunyai satu program khusus dan kerjasama yang khusus dengan Kementerian Pendidikan khususnya dalam penggubalan silibus dan juga pembentukan mata pelajaran yang boleh membentuk jiwa dan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tanjong Karang bangun.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila.
Terima kasih, isu yang sama. Ini soal perpaduan ini, memang kita cakap lama sudah 60 tahun lebih kita merdeka. Soalnya, hari ini saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, isu yang menjadi panas ini bila ada istilah baru ini racist dan juga perkauman. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri jelaskan dalam Dewan
ini tafsiran ia. Tafsiran ini yang dikatakan racist atau perkauman ini. Kalau ini kita dapat jelaskan, mungkin kita boleh mewujudkan perpaduan yang lebih jelas. Jadi, boleh tidak terangkan apakah Yang Berhormat faham erti perkauman ataupun racist.
Ya, saya berkaitan dengan perpaduan Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Baru-baru ini World Happiness Report telah mengeluarkan laporan indeks kebahagiaan untuk tahun 2018 dikeluarkan untuk mengira indeks kebahagiaan tahun 2017. Kita di tempat 35 daripada 156 buah negara tetapi apabila pimpinan baharu memerintah, report yang keluar tahun 2019 bulan Mac, jatuh ke angka 80, kita tidak bahagia. Negara kita tidak bahagia, dengan lain perkataan ia terlibat juga tentang segala perkara yang kita bincangkan di sini dari segi hubungan kaum, hubungan agama itu termasuk dalam ukuran kebahagiaan. Bererti, turun menjunam 35 ke 80. Saya harap indeks ini dijaga oleh kementerian Yang Berhormat. Sepatutnya Orang Asli Yang Berhormat tidak jaga itu Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi Yang Berhormat jaga Orang Asli, tetapi saya rasa elok Yang Berhormat menjaga World Happiness Report ini supaya negara kita ini sentiasa bahagia dan tidak porak- peranda. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, satu lagi. Padang Serai.
Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa tibalah masa kita sedar bahawa betapa pentingnya perpaduan dalam negara kita. Bagi saya semasa saya berkhidmat dalam angkatan tentera, pegawai saya adalah seorang Cina dan sarjan saya adalah seorang Melayu dan saya seorang India tapi niat kita adalah berlawan dengan musuh. Bukan kita letak agama, bangsa kita tidak letak. [Tepuk] Kita letak negara kita depan, untuk bela masa depan negara anak-anak kita di sini. Akan tetapi hari ini saya lihat di Parlimen ini bermacam-macam telagah dan sebagainya. Saya rasa malu. Saya melawan komunis lebih baik daripada sini. So, berharap biarlah kita bersatu, sama-sama kita hidup. Kalau kita bersatu suara, kita boleh ketuk itu kezaliman Israel di sana. [Tepuk] Itu kita mahu. Kalau kita sama- sama bertengkar, macam mana suara kita sampai ke sana? Itu fasallah di dunia ini, dia tidak mahu terima kita punya suara sebab kita sama-sama bertengkar sekarang. Marilah kita sama-sama bersatu-padu, kita sama-sama berganding bahu. Kita bersuara untuk masa depan kezaliman Israel di sana. So, saya minta biarlah kita sedar sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sikit saya hendak jawab ini. Marilah kita bersama-sama bekerjasama bantu-membantu untuk lawan DAP sebab DAP tuduh UMNO dengan PAS, Taliban. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, itu telah amat sering disebutkan. Jadi, berhentikanlah. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Jeli bahawa satu naratif baharu adalah diperlukan dan kerajaan sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk mengadakan dan memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang boleh menyatupadukan rakyat di negara kita ini. Mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tentang istilah racist, perkauman dan sebagainya, saya rasa semua orang tahulah apa ertinya racist. Tidak perlulah saya beri satu tafsiran dan bagi menjawab Yang Berhormat Pontian pula, saya rasa indeks kebahagiaan boleh ditingkatkan sekiranya semua Ahli-ahli Dewan di sini bekerjasama untuk menyatupadukan rakyat. Janganlah kita di Dewan ini membangkitkan isu- isu yang boleh menimbulkan kemarahan oleh masyarakat di luar di sana. [Tepuk] Jadi dengan itu...
Yang Berhormat Menteri tentang World Happiness Index itu cuma pencelahan sikit. Saya hendak tanya sama ada Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak tentang World Happiness Index itu?
Sebenarnya pihak yang seharusnya bertanggungjawab itu adalah kerajaan dahulu kerana sebenarnya World Happiness Index yang diumumkan pada Mac 2019 sebenarnya kajian itu dilakukan pada tahun 2016 hingga tahun 2018 itu sebenarnya.
Hujung 2018
Itu sebenarnya lebih panjang masa tempoh masa itu kajian itu dilakukan apabila Kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua...
Menteri ini Menteri Perpaduan, dia orang ini kena cakap tolong Menteri. Kami ini jaga betul jaga Menteri. Hari ini kami jaga Menteri. DAP semua ini provoke hendak bagi kami lawan Menteri. Cuba tengok menteri siapa baik? Kami kah, DAP? PKR pun tidak puas hati.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Jadi, saya minta jangan provoke. Jangan guna perkataan Barisan Nasional kalau hendak perpaduan.
Yang Berhormat Arau, jangan hendak provoke. [Dewan riuh]
Ya, silakan.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya tadi Tuan Yang di-Pertua soalan saya berkenaan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan dengan Kementerian Pendidikan...
Oh! Ya.
Tentang perancangan perpaduan. Saya hendak dapatkan penjelasan, menteri tidak jawab tadi.
Tuan Yang di-Pertua, Kota Samarahan, Kota Samarahan.
Yang Berhormat Kota Samarahan.
Kita pun, Kota Samarahan pun mohon jawapan sebab ada juga hubungan di antara Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Perpaduan. Tadi saya keluar sekejap tadi.
Yang Berhormat Kota Samarahan belum sampai ya tidak?
Tadi tiada, Yang Berhormat Kota Samarahan tiada. Bagi menjawab kedua-dua soalan, saya ingin mengatakan bahawa Jabatan Perpaduan memang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menjalankan pelbagai aktiviti untuk memupuk perpaduan di kalangan pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak muda. Kita ada pelbagai program di sekolah seperti program yang dijalankan oleh Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah rendah dan menengah dan juga Sekretariat Rukun Negara di bawah Institusi Pengajian Tinggi. Jadi, melalui kedua-dua kelab ini pelbagai program perpaduan sedang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri, ini laporan World Happiness Report 2019. Dia sehingga Disember 2018 keluar ya.
Ya.
Until December 18.
Baca, baca ya, baca okey.
Tidak, maksudnya untuk tempoh berapa lama Yang Berhormat Pontian, bekas Timbalan Menteri tidak tahu kira kah?
Dia naik lepas Mei 18 sampai December 18.
36 bulan. Pakatan hanya menjadi kerajaan untuk tujuh bulan sahaja. Takkan matematik yang simple macam itu tidak reti.
Ya masa itulah...
Tetapi yang teruk masa...
Baik. Sama-samalah kita membaca World Happiness Index Report. [Ketawa] Terima kasih.
Tak Tuan Yang di-Pertua...
Ya.
Yang Berhormat Pontian cuba mengelirukan Dewan.
Yang Berhormat baca dahulu, baca dahulu jangan...
Itu tempoh untuk tempoh 36 bulan. Pakatan Harapan cuma menjadi kerajaan untuk tujuh bulan sahaja.
[Dewan riuh]
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Masa yang teruk itu masa tujuh bulan itu.
Marilah teruskan dengan...
Masa Barisan lah.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...
Dengan GST lah.
Saya ingin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya percaya Yang Berhormat Cameron Highlands tiada.
Orang lain masih ada.
Mengenai isu-isu di bawah Jabatan JAKOA iaitu Jabatan Kebajikan Orang Asli. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini walaupun beliau tiada di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan tahniahlah kepada Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands sebagai Ahli Parlimen Orang Asli yang pertama dalam sejarah negara kita. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Orang Asli merupakan orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Malaysia. Terdapat 18 suku kaum dari etnik Orang Asli dengan jumlah dianggarkan seramai 197,000 orang. Mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat yang berbeza antara satu sama lain. Tiga kumpulan etnik ini ialah Negrito, Senoi dan Proto Melayu. Kini di Malaysia, tanggungjawab terhadap kemajuan, kebajikan dan hal ehwal Orang Asli diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Jabatan ini menjalankan peranan dan tanggungjawab berdasarkan Akta Orang Asli 1954 yang juga dikenali sebagai Akta 134. Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong yang telah membangkitkan isu masyarakat Orang Asli di Kampung Senderut, Cameron Highlands yang serba kekurangan. Untuk makluman Yang Berhormat, Pos Senderut merupakan sebuah penempatan kategori pendalaman dari Daerah Lipis yang terdiri daripada 14 buah kampung dengan jumlah Batin
seramai 12 orang. Penduduk kampung dianggarkan berjumlah 4,043 daripada 803 buah keluarga yang terdiri dari suku kaum Semai. Dari segi kemudahan infrastruktur, kerajaan telah melaksanakan projek menaik taraf jalan perhubungan Pos Senderut sebanyak 3 kilometer dengan kelebaran lima meter yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos sebanyak RM33.6 juta. Projek ini siap sepenuhnya pada 1 Oktober 2016. Beberapa jalan perhubungan juga telah pun diturap dan hanya sebahagian sahaja yang menggunakan jalan tanah merah sebagai akses perhubungan. Selain itu, sebanyak 172 unit bantuan rumah juga telah diberikan kepada penduduk di Pos Senderut. Pada masa ini, penduduk kampung masih menggunakan genset untuk mendapatkan bekalan elektrik manakala sekolah di kawasan ini menggunakan tenaga solar hibrid. Manakala sumber bekalan air adalah daripada Projek Bekalan Air Terawat melalui kaedah alternatif yang dilaksanakan oleh JAKOA . Selain itu, pelbagai kemudahan juga disediakan di Pos Senderut seperti klinik, sekolah, dewan, balai raya, surau, jambatan, rumah ibadat dan lain-lain.
Yang Berhormat Menteri, dengan lain perkataan bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong itu tidak betul. Pos Senderut tiada sekolah, tak ada klinik.
Bukan, saya akan...
Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri, tepat sekali sebab saya pun tidur di Pos Senderut itu beberapa malam dan...
Tidak,tidak.
Saya tahu ada sekolah, ada klinik, ada jalan dan Yang Berhormat Jelutong akuilah bahawa Yang Berhormat telah tersilap.
Tidak.
Dan mengelirukan Dewan ya.
Yang Berhormat Menteri biar saya bagi penjelasan. Walaupun apa yang telah dijawab tadi adalah memang mereka tidak ada bekalan eklektik nombor satu dan kalau kita balik ke tempat tersebut saya menjemput atas, saya sedia untuk membelanja. Ini bukan perkara yang boleh dimainkan. Jangan dipolitikkan. Di situ memang jalan di situ dalam keadaan teruk. Yang Berhormat Arau please, let me finish first Yang Berhormat Arau.
Siapa Yang Berhormat Menteri ini?
Siapa Menteri ini? Cuba tanya?
Berikan kesempatan kepada Yang Berhormat Jelutong untuk menyatakan sesuatu, belum habis lagi ayat. Silakan.
Keadaan di situ memang teruk seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, mungkin saya tidak tahu tahun 2016 jalan itu telah di siapkan tetapi keadaannya teruk. Semasa kita berkempen, saya difahamkan ada seorang wanita yang telah meninggal dunia selepas beliau melahirkan anak kerana tidak mendapat rawatan susulan. Ini bukanlah perkara-perkara yang dimainkan. Permintaan daripada penduduk di kawasan tersebut adalah untuk supaya kemudahan-kemudahan ini dapat dipertingkatkan lagi semuanya dasar sangat. It’s very basic dengan izin Yang Berhormat Menteri dan saya terpanggil untuk menyatakan perkara ini kerana ini adalah luahan daripada penduduk di kawasan tersebut. So, bukanlah perkara dan saya tidak lihat klinik di situ pada masa tersebut. Kalaupun ada bangunan, persoalannya adalah, adakah seseorang doktor ataupun dengan izin pembantu kesihatan berada di situ untuk memberikan rawatan 24 jam seperti kita yang tinggal di bandar? Kalau saya sakit, saya boleh pergi ke hospital wad kecemasan umpamanya. Tidak ada kemudahan begitu, nombor dua. Nombor tiga, berkenaan air yang terawat, bekalannya juga adalah terhad dan kita lihat bekalan itu juga sampai di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Jadi, saya akui perkara-perkara ini perlu diberi perhatian dan mungkin perlu dipertingkatkan lagi oleh kerajaan yang baharu
Yang Berhormat Menteri, walaupun kita telah kalah dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands. Terima kasih.
Saya bolehlah bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong bahawa kemudahan yang terdapat di Senderut bukannya perfect. Sebagai contoh, kalau dikatakan klinik, tiadalah klinik 24 jam di sana. Saya setujulah. Akan tetapi walau bagaimanapun kerajaan kini akan turut dalam usahanya untuk menambahbaikkan kemudahan bagi masyarakat Orang Asli.
Jadi seterusnya pada masa kini sumber pendapatan penduduk Kampung Orang Asli di Pos Senderut juga adalah melalui aktiviti pertanian seperti penanaman getah.
Mana ada klinik 24 jam dekat kampung.
Seperti penanaman getah melalui bantuan yang disediakan oleh JAKOA dan ianya dilaksanakan secara berkelompok melalui ladang masyarakat melibatkan 401 peserta serta tanaman koko melibatkan 267 peserta.
Yang Berhormat Menteri, sorry, saya minta maaf. Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk menegur Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana. Ini bukanlah perkara yang boleh ditertawakan.
Apa masalah sebelah sini?
Yang Berhormat Arau, jangan tertawa. Perkara ini adalah serius.
Dia ada bukti.
Hei! Saya jaga Orang Asli dulu tau. [Pembesar suara dimatikan]
Semua duduk, semua duduk.
Yang Berhormat hendak tegur, nak minta tolong kepada Orang Asli kita, kita akan sokong, tidak ada masalah. Akan tetapi mengaitkan ini Barisan Nasional, yang itu yang kita sakit hati. Jadi di sini Yang Berhormat Jelutong...
Saya tidak sebut pun Barisan Nasional, mengapa terasa sangat?
Masa ucapan awal Yang Berhormat sebut Barisan Nasional. [Pembesar suara dimatikan]
Hari ini tidak ada sebut Barisan Nasional. Jadi biarkan Menteri. Menteri, tinggal satu minit.
Hari ini tidak sebutlah. Hari ini jadi baik sikit, kalau tidak penjahat nombor satu ya.
Terima kasih. Jadi...
Belum sebut lagi.
Pukul 4 dah, pukul 4.
Betul.
Terima kasih. Jadi pada masa ini sumber pendapatan penduduk kampung di Pos Senderut adalah melalui aktiviti pertanian seperti penanaman getah melalui bantuan yang disediakan oleh JAKOA dan ianya dilaksanakan secara berkelompok melalui ladang masyarakat melibatkan 401 peserta.
Yang Berhormat Menteri, saya minta maaf, satu minit saja.
Tidak ada masa dah. Menteri, sila menutup.
Menteri, jawab Menteri, kami akan sokong. Hentam Yang Berhormat Jelutong.
Melibatkan 401 peserta serta tanaman koko melibatkan...
Menteri, tolong nyatakan MIC dah gagalkan mereka di situ, tolong nyatakan.
Teruskan.
DAP adalah Taliban.
Penduduk juga menjana sumber pendapatan melalui hasil-hasil hutan dan tanaman dusun buah-buahan. JAKOA adalah amat komited untuk melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan di seluruh perkampungan Orang Asli agar seiring dengan kemajuan negara. Seterusnya, saya kurang pasti sama ada Yang Berhormat Tebrau ada tak di sini?
Yang Berhormat Tebrau tidak ada ya.
Ada.
Ada, ada, Yang Berhormat Tebrau ada di belakang.
Seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Tebrau meminta kerajaan menggalakkan masyarakat Orang Asli untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agar mendapat pendidikan yang sempurna dan dapat membantu menaik taraf keluarga ke arah yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi masa untuk sekurang-kurangnya menjawab bagi Yang Berhormat Tebrau.
Ya.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga ke hari ini kerajaan sentiasa mempergiatkan dan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat dan murid Orang Asli diberi peluang pendidikan yang baik selaras dengan gagasan harapan mandat kerajaan kini. Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam memperkasa peluang pendidikan kepada masyarakat Orang Asli supaya menaik taraf hidup mereka. Di antaranya adalah menyediakan peruntukan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan JAKOA kepada murid Orang Asli bagi pemberian bantuan wang saku kepada pelajar Orang Asli sekolah menengah, pembiayaan pengangkutan pergi dan balik pelajar sekolah rendah dan menengah, bantuan peralatan, yuran pembelajaran, perkakasan dan alat tulis serta bantuan makanan murid pedalaman. Kedua, memberikan bantuan pendidikan di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) kepada mahasiswa dan mahasiswi Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada dalam negara ataupun luar negara yang merangkumi bayaran pengajian, elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan elaun makan minum untuk mereka di IPTS sahaja. Bagi mahasiswa Orang Asli IPTA pula, program ini akan dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup ibu bapa bagi menyara bayaran pengajian dan pembelajaran mahasiswa mahasiswi Orang Asli IPT tersebut.
Minta laluan. Yang Berhormat Menteri, penjelasan saya terima dan memang saya tahu tetapi hakikatnya kalau di bawah, di kawasan saya ada tiga kampung Orang Asli. Selalu saya masuk jadi saya faham keadaan di situ. Walaupun sekolah disediakan tetapi ibu bapa pun tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi sekolah dan anak-anak pun tidak berminat. Jadi saya bimbang walaupun kerajaan sudah memperuntukkan banyak dana untuk membantu mereka tetapi tidak berkesan. Jadi satu kajian perlu diambil bagaimana kita boleh menggalakkan ibu bapa dan juga anak-anak supaya mereka berminat untuk pergi sekolah. Terima kasih.
Yang Berhormat, berkaitan, ada sedikit kaitan dengan Orang Asli. Isu keciciran di peringkat awal persekolahan ya. Banyak kampung Orang Asli terlalu terpencil, jauh daripada sekolah. Memang kerajaan menyediakan asrama
untuk anak-anak masyarakat Orang Asli daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6 ke sekolah menengah. Akan tetapi isunya, anak-anak itu terlalu kecil untuk berada di asrama kalau Darjah 1, tidak mungkin mereka berpisah dengan ibu bapa mereka. Ini akhirnya menyebabkan mereka tidak ke sekolah. Jadi saya harap Yang Berhormat melihat perkara ini dengan serius. Adakah tindakan telah pun dilakukan terhadap perkara-perkara seperti ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang bersetuju bahawa isu pendidikan adalah satu isu yang penting dan terdapat banyak keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli. Saya juga secara peribadi baru-baru ini telah ke Pos Simpor di Gua Musang dan juga bermalam di sana bersama mereka dan jarak bagi kanak- kanak pergi ke sekolah adalah sangat jauh. Daripada interaksi saya dengan masyarakat di sana, saya dapati mereka tidak ingin menghantar anak-anak mereka yang berusia tujuh atau lapan tahun untuk tinggal di asrama. Jadi saya juga bimbang dan khuatir tentang masalah pendidikan yang dihadapi dan sedang cuba untuk mendapatkan pelbagai input daripada pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian terbaik dengan mengambil kira kerajaan mengalami kekangan kewangan. Oleh itu, pada 22 April ini suatu konvensyen kebangsaan Orang Asli akan diadakan yang akan menjemput kesemua Tok Batin di keseluruhan perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Dianggarkan seramai 1,400 orang akan hadir termasuk semua Tok Batin, NGO, para akademik, agensi Kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi negeri bagi membincangkan secara komprehensif tentang isu dan masalah yang dihadapi oleh Orang Asli dan bagi mencari satu penyelesaian yang baik kepada masalah yang dihadapi. Tuan Yang di-Pertua, jawapan seterusnya sekiranya saya boleh memberikan secara bertulis. Ada satu lagi unit di bawah saya iaitu Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia.
[Bangun]
Bertulislah.
Jadi, saya akan kemukakannya secara bertulis.
Menteri, isu itu kena bangkitkan kerana saya telah bangkitkan isu Kampung Terla di Cameron Highlands.
Saya cakap dululah Yang Berhormat Jelutong, saya bangun dulu. I bangun dulu. Dia bangun cakap terus, saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua, saya tertib sikit. Yang Berhormat, hari ini cuba tengok Ahli-ahli daripada pembangkang dengan tertib mendengar ucapan Yang Berhormat. PKR pun sokong kami, Yang Berhormat Bagan Serai. Akan tetapi keharmonian kita dihancurkan oleh Yang Berhormat Jelutong dengan menimbulkan provokasi yang luar biasa. Jadi Yang Berhormat Jelutong ataupun DAP suka buat provokasi untuk mencetuskan permusuhan di kalangan kita. Jadi Yang Berhormat patut melihat perkara ini dengan secara jujur bahawa mereka tidak ikhlas. Kalau mereka ikhlas, bagi Menteri jawab elok-elok, kita semua dengar. Tuan Yang di-Pertua pun setuju dengan saya bahawa kita patut dengar dia jawab.
Sepatah pun saya tidak sebut.
[Dewan ketawa]
Cuma satu Yang Berhormat, ini cerita yang lamalah, cerita Yang Berhormat cakap statement dulu-dulu ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Menteri sudah pun menggulung, dah tutup dah pun. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau jangan cari fasal Yang Berhormat. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Arau, sila duduk. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Piai.
Speaker pun hendak ikut cara Taliban itu kah?
[Dewan riuh]
Saya hendak cakap...
Tuan Yang di-Pertua, ini sudah melampau ini. saya minta dia tarik balik.
[Pembesar suara dimatikan] . Duduk, duduk, duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] DAP... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Sudah tutup, sudah tutup.
[Dewan riuh]
Dia bergurau. Yang Berhormat Arau saya tahu dia bergurau, memang dia tahu saya bukan Taliban. Ya, silakan.
Cuma Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Dia sakit jiwa.
Tuan Yang di-Pertua, setiap hari..
Saya kata semacam bukan saya kata, dia orang yang terbaiklah.
Setiap hari dalam pukul 4.00 petang Yang Berhormat Arau jadi macam ini.
[Dewan riuh]
Dia meracau. Dia meracau.
Setiap hari.
[Ketawa]
Saya bangun untuk sebut Standing Order 44(2) kerana memanggil, beliau memanggil Speaker, Taliban. Saya rasa ini pun unparliamentary.
[Dewan riuh]
Tidak mengapalah. Kalau sesiapa yang pandai bahasa Arab you tahu makna Taliban iaitu pelajar, penuntut. Samalah dengan Yang Berhormat Arau, dia pun penuntut juga.
Taliban ini pelajar, menuntut ilmu.
Hendak kata bodoh, tidak boleh...
Tidak reti kah? [Pembesar suara dimatikan]
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Pukul 4.00 sahaja, Yang Berhormat Arau merepeklah. [Ketawa]
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak puas hati, 36(6) kepada orang yang mengata macam-macam pada saya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua...
Silakan, silakan.
Yang Berhormat Arau ini orang baik, hari-hari belanja sama kita. Takkan kita hendak marah dia.
[Dewan riuh]
Yang itu saya sokong.
Yang Berhormat Arau mengelirukan Dewan. Dia tidak boleh mengaku dia tua.
[Dewan ketawa]
Silakan, silakan.
Ini Yang Berhormat Kangar ini.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas. Pada hari ini saya berdiri salah satu daripada wakil Jabatan Perdana Menteri akan memberikan jawapan bagi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi Khazanah Nasional Berhad, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Malaysian Industrial Government Group for High Technology (MiGHT) dan juga Petroleum Malaysia Berhad (Petronas). Saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja pada tahun ini yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan jabatan-jabatan yang telah disebutkan tadi. Saya ingin memulakan sesi penggulungan dengan menyentuh isu yang dibangkitkan berkaitan dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Saya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Pasir Mas dan Kuala Krai. Ada?
Yang Berhormat Pasir Mas, ada.
Ada. Okey, Yang Berhormat Pasir Mas pada 18 Mac 2019 dan juga Yang Berhormat Kuala Krai pada 20 Mac 2019 yang membangkitkan isu peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah baik dan juga pelengkap kepada peruntukan yang telah sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah di atas budi bicara dan juga hak prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi tahun 2019, kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kawasan Parlimen bukan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan ini diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan kepada peraturan dan juga garis panduan yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Rasah pada 20 Mac 2019 berkenaan dengan eKasih. Yang Berhormat mencadangkan agar...
Yang Berhormat, penjelasan sedikit.
Yang Berhormat ini sebagai Menteri yang baiklah. Kami ini segan hendak kacau ini tetapi kami hendak tanya sedikitlah sebab masa dahulu PH terutamanya DAP mencadangkan supaya peruntukan Ahli Parlimen ini dibagi sama rata. Kami kata kami akan pertimbangkan lebih-lebih lagi kami kata kalau Yang Berhormat semua jadi kerajaan nanti laksanakan serta-merta. Akan tetapi bila laksanakan kita lihat kami dibagi RM100,000, Ahli Parlimen Kerajaan dibagi dengar cerita RM3 juta lebih. Jadi nampaknya ini satu lagi manifesto yang telah dicurangkan. Jadi apakah Yang Berhormat bercadang untuk mempertimbangkan semula cadangan yang dibawa oleh pihak pembangkang masa tersebut dan sekarang jadi kerajaan iaitu bagi sama rata semua Ahli Parlimen.
[Dewan riuh]
Ya, silakan.
Isu yang sama. Saya hendak dapatkan penjelasan saya difahamkan di mana kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi oleh pihak pembangkang, pihak PH ada melantik so-called Penyelaras Parlimen. Saya dimaklumkan sebab hendak dapat kepastian, adakah Penyelaras Parlimen ini juga diberikan peruntukan khas sebagai seperti juga Ahli Parlimen. Apakah ini benar? Kalau benar, berapa peruntukan yang diberi kepada Penyelaras Parlimen yang tidak dipilih oleh rakyat ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Arau dan juga Yang Berhormat daripada Tanjong Karang. Pertama sekali untuk Yang Berhormat daripada Arau, memanglah semestinya ini pertama sekali yang mana kita juga
memberikan peruntukan kepada Ahli Pembangkang granted jumlah yang diberikan itu berbeza daripada jumlah yang disediakan untuk Ahli-ahli Parlimen daripada pihak kerajaan. Apa yang di sini ingin saya perjelaskan, yang pertama sekali ini adalah peruntukan untuk compliment kepada peruntukan yang telah sedia ada daripada jabatan-jabatan dan juga daripada kementerian-kementerian yang mana sebagai Ahli Parlimen yang cukup berpengalaman, saya rasa Yang Berhormat Arau cukup arif dan cukup tahu di manakah saluran-saluran, terutamanya di manakah tempat-tempat yang boleh kita gunakan, yang boleh kita pohon selain daripada peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak RM100,000 ini. Saya rasa kita semua tahu, semua sedia maklum bahawa kita tidak pernah menolak sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berdasarkan kepada di manakah kedudukan mereka, landasan politik dan sebagainya. Apa yang penting pembangunan tersebut akan dapat disampaikan kepada rakyat. Jumlah RM100,000 yang diperuntukkan...
Minta penjelasan, Yang Berhormat.
RM100,000 yang diperuntukkan ini..
Duduk dahulu, Yang Berhormat Jelutong.
RM100,000 yang diperuntukkan ini kita beri kepada budi bicara Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang untuk decide, dengan izin bagaimana ia ingin digunakan untuk disampaikan kepada pihak rakyat di peringkat akar umbi. Seterusnya menyentuh kepada Yang Berhormat Tanjong Karang...
Yang Berhormat sedikit Yang Berhormat, very good jawapan itu, bagus terima kasih. Sebenarnya banyak daripada permohonan kawan-kawan kita ini telah pun dipertimbangkan dengan hebatnya, okey. Perkara yang keduanya yang ini penting. Sekarang ini oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan sekarang dalam proses ketakutan kepada SPRM dan juga audit mereka cuba hendak buat sesuatu yang berlawanan dengan Financial Procedur Act, contohnya projek yang lebih RM20,000 ke atas memang kita kena panggil undi ataupun sebut harga tetapi RM20,000 kita boleh bagi rundingan terus. Akan tetapi oleh kerana pejabat sekarang ini takut SPRM, takut Audit jadi mereka hendak undi semua. Jadi apakah Yang Berhormat hendak minta supaya pejabat daerah, pegawai-pegawai kerajaan negeri ini mengikut peraturan. Kalau sekiranya mereka hendak undi projek yang boleh secara runding terus bererti kita melambatkan kerja-kerja padahal kerajaan memperkenalkan akta ini adalah untuk membolehkan kita percepatkan pelaksanaan projek- projek. Apakah Yang Berhormat ingin meminta supaya mereka mematuhi Financial Procedur Act? Jadi yang mana boleh bagi terus, bagi terus, yang boleh undi, undi. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Penambahan daripada keterangan tadi kita mempunyai satu pekeliling yang cukup jelas. Saya rasa Yang Berhormat pun cukup arif dan tahu bagaimana daripada bawah RM20,000 kita boleh namakan satu penama untuk dilantik sebagai satu pembekalan ataupun projek kecil dan sebagainya. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak ICU kepada semua Ahli Parlimen dan saya rasa terutamanya kepada agensi yang lain seperti pejabat daerah dan sebagainya kita boleh berhubung dengan mereka untuk mempermudahkan. Selagi tidak ada unsur yang mana unsur ketirisan ataupun penipuan dan sebagainya, perkara ini seperti Yang Berhormat katakan tadi kita hendak permudahkan dan hendak percepatkan.
Kami di pihak sini pun kadang ada mengalami masalah yang mana sesuatu perkara kita hendak laksanakan dengan cepat disebabkan keperluan yang terdesak, ada kalanya perkara tersebut pelaksanaannya agak lambat. Akan tetapi ini sebenarnya tidak ada masalah yang kita tidak boleh selesaikan jika kita terus berhubung dengan pihak-pihak berkenaan dan pastikan bahawa selagi kita mematuhi peraturan yang ada, peraturan kewangan yang ada, tidak salah terutamanya kalau kita hendak lantik kalau yang di bawah RM20,000 dan sebagainya. Seterusnya Yang Berhormat Tanjong Karang...
Yang Berhormat, Yang Berhormat sikit saja.
Sikit saja ya. Terima kasih kerana memberikan peruntukan sebanyak RM100,000 tadi, terima kasih. Cuma saya hendak memberikan ingatan kepada Yang Berhormat iaitu Janji 16 Manifesto. Saya baca, “Akan memberikan pembiayaan berdasarkan formula yang telus kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan menguruskan pusat khidmat masing-masing.” [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Very clear, janji. Saya, walaupun saya kata terima kasih, tapi saya setuju kalau kita tidak ada peruntukan. Jadi tax’s payers yang berada di dalam kawasan kita merupakan tax payers walaupun dia mengundi parti pembangkang dan sebagainya perlu diberikan hak untuk mendapatkan peruntukan.
[Dewan riuh]
Jadi.....
Tidak sampai setahun lagi.
Jadi kita tunai janji. Ya.
Yang Berhormat...
Silakan.
Jangan bandingkan, dulu-dulu tidak dapat.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sekarang ini kerajaan yang baru.
Kena bandinglah, sekarang yang dengar cakap itu yang dulu.
Ya, ya, ya. Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik betul kerajaan baharu ini.
Saya, pertama sekali saya hendak jelaskan.
Yang Berhormat Kangar ini menyibuklah.
Yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi, kita di sini dapat semua tidak betul. Dia bercakap bagi pihak, mana boleh. Bagi pihak kita sini. Dia dapat tidak tahulah. Kita tidak dapat. Hendak pembetulan tahu. Ini kawan-kawan pun kena perbetul juga ini kalau dia tidak betul. Itu satu.
Penjelasan.
Tidak ada penjelasan, duduklah. [Ketawa]
Ini penjelas sana.
Penjelasan apa.
Penjelas dekat sana.
Saya belum habis.
Yang Berhormat Arau bergaduh, Yang Berhormat Arau.
Saya kata...
This is my floor.
Ada kawan-kawan, kamu tidak minta, you tidak minta.
Tidak...
Ini luar biasa. Tanya Yang Berhormat Menteri. Ya silakan.
Saya belum habis lagi ya. Boleh Yang Berhormat Menteri.
Gaduh pasal peruntukan tidak luar biasa Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Inilah kita sekarang ini berbeza, sesama kawan pun kita tegur. Bukan macam puak PH. Tidak boleh tegur sama kawan, takut.
Dulu Yang Berhormat Pekan tidak tegur pun.
Apa dia. Siapa cakap itu.
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong. Tidak berani tegur pun Yang Berhormat Pekan curi.
Sila duduk Yang Berhormat Jelutong. Ya sila.
Tuan Yang di-Pertua, dia buat tuduhan. Tidak betul. Yang Berhormat Langkawi, jangan gelak-gelak. Yang Berhormat Langkawi tuduh kata kita tidak bercakap. You check ini, berapa kali kita bercakap, ada benda kita cakap. Dia hendak ikut, tidak ikut dia bos. Mesti juga you cakap, you ingat...
Bukan bos, ‘bosku’.
Tidak, ingat Perdana Menteri hendak dengar you punya cakap semua. Ada benda dia ikut, ada benda dia tidak ikut! Macam gaya Yang Berhormat Jelutong cakap melalak-lalak, ingat Yang Berhormat Langkawi hendak ikut kah? Sudah lah. Dia tidak pakai Yang Berhormat Jelutong punya cakap. Betul tidak?
Betul.
Yang Berhormat Pasir Salak tahu macam mana, Yang Berhormat Jelutong dapat semua.
Apa yang Yang Berhormat Pasir Salak hendak tanya Yang Berhormat Menteri?
[Ketawa]
Yang Berhormat Pasir Salak yang melalak.
Yang Berhormat Jelutong, duduk, duduk, duduk! Ya, silakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tidak hendak, saya kata kawan saya, saya tidak hendak pendam, Yang Berhormat Jelutong. Share dulu. Orang sudah meluat dengan Yang Berhormat Jelutong, perangai tidak senonoh, tahu dak?
Yang Berhormat Pasir Salak, berbalik pada tajuk asal. Apa yang ditanya kepada Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Saya sudah bercakap...
Yang Berhormat Pasir Salak pun orang meluat.
Yang Berhormat Jelutong. Kadangkala agak over sikit ya. Sila duduk, sila duduk. Ya sila.
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak bagi, saya hendakkan...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta laluan sikit.
Tapi laluan Yang Berhormat Pasir Salak belum selesai.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, setuju kah tidak sebenarnya...
Tengok, apa ini peraturan ikut...
Nanti, nanti, nanti. Yang Berhormat Alor Setar bagi Yang Berhormat Pasir Salak habiskan dulu. Silakan.
Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat Menteri kalau boleh ya, kita ubahlah sistem ini. Jangan semua bagi sama rata. Yang penting ialah keperluan kawasan itu. Kalau maknanya Yang Berhormat Pasir Gudang perlu banyak, bagi dia. Kalau Kangar perlu, bagi. Tapi kalau Pasir Salak perlu bagi juga.
[Dewan ketawa]
Faham kah tidak? Tidak semua kawasan memerlukan kadar yang sama. Betul tidak? Tidak sokong juga.
Ya, silakan Yang Berhormat Menteri. Ya.
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Yang Berhormat Alor Setar. Sama.
Saya minta.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak, kalau pihak pembangkang hendak minta sekurang-kurangnya kena jawab tiga soalan dulu. Pertama, setuju kah tidak bagi peruntukan kepada pembangkang, setuju tidak? Sebab dok sibuk kata kita punya manifesto ini, ini, ini, sedangkan depa sendiri tidak setuju. Pertama, setuju tidak? Setuju? Kalau setuju...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kalau setuju, aik saya cakap dulu. Kena cakap nanti sini hentam, hentam, lepas itu sendiri tidak setuju pula. Setuju tidak bagi pembangkang, satu. Kedua, kalaulah setuju bagi pembangkang, setuju kah negeri yang di bawah BN ini, juga setuju bagi pembangkang. Kalau depa pun tidak setuju, sibuk kata manifesto kita buat apa. Tidak ada kelayakan untuk sibuk ini. Ketiga, kalaulah kata ini kerajaan dulu, kita lah ni sudah tukarlah, kita sudah setuju dengan pendirian yang baru, okey, tidak apa. Cakap dulu sekali kalau BN hendak pegang kuasa, setuju untuk bagi tidak pembangkang. Kalau akhirnya pusing-pusing pun, depa bukan hendak setuju Yang Berhormat Menteri, saya rasa pembangkang tidak ada kelayakan untuk pertikaikan ini.
Ya.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Kita tidak pertikai. Suruh buat lebih baik daripada BN.
Kalau dia menang balik, dia balik ke asal. [Pembesar suara dimatikan]
Ya Yang Berhormat Menteri. Sila menjawab.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sikit penjelasan. Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri seorang saja jawab. Ini semua jadi Yang Berhormat Menteri ini.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Alor Setar jadi Menteri, Yang Berhormat Kangar jadi Menteri, Yang Berhormat Jelutong memang sudah Menteri sudah.
Itu nasihat yang amat baik. Ini termasuklah ditujukan kepada Yang Berhormat Arau. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab dulu berkenaan dengan penyelaras di peringkat Parlimen dan juga peringkat DUN. Buat masa ini pihak ICU tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai peruntukan yang diberikan. Dari segi pelantikan dan sebagainya saya rasa terdapat tempat yang telah dilantik tetapi ada lagi tempat yang masih belum dimuktamadkan perkara ini. Jadi, peruntukan yang telah diselaraskan adalah peruntukan untuk Ahli Parlimen bagi pihak Pakatan Harapan. Pakatan Harapan dan juga pihak Ahli-ahli Parlimen daripada pihak bukan Kerajaan Persekutuan dan peruntukan RM100,000 ini kita telah maklumkan kepada pihak SDO di setiap negeri bahawa benda ini sebenarnya telah pun tersedia dan boleh diguna pakai semenjak daripada minggu yang lepas lagi. Perkara ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian merupakan satu titik permulaan yang cukup baik kita rasa...
Yang Berhormat Menteri.
Seperti mana yang kita katakan tadi, kita masih, ini tahun pertama pelaksanaannya. Ia masih lagi terbuka kepada penambahbaikan, kepada improvement dengan izin dan saya rasa dengan keadaan ekonomi dan penambahbaikan daripada segi perubahan ekonomi dan sebagainya, tidak mustahil jika peruntukan yang diberikan itu boleh ditambah naik. Tapi ia bergantung kepada kemampuan kita dan juga budi bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Menyentuh kepada...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pendang minta laluan, boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang baiklah Yang Berhormat Menteri, memang ada kelas, Yang Berhormat Tanjong Piai, kita sangat sokonglah Yang Berhormat Menteri yang ada kualiti yang macam ini.
[Dewan riuh]
Cuma ialah sudah bagus orang bagi duit, takkan hendak kutuk lagi. Kan?
Oh! Dapat duit tidak kutuk.
Kan. Yang Berhormat Kangar diam. Yang Berhormat Kangar diam. Yang Berhormat Kangar tidak ada benda hendak cakap.
Awat budak ini jahat sangat?
Cuma saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peruntukan yang dapat, yang kepada pihak kerajaan, Parlimen kerajaan dapat dibandingkan dengan kita dapat RM100,000. Kita ucap terima kasihlah walaupun RM100,000. Sebab apa? Dulu tidak dapat.
[Dewan riuh]
Kena kekalkanlah.
Tidak bolehlah. Kena gosok-gosok, lukulah sikit.
[Ketawa]
Ya, lepas itu kita hendak dapat penjelasan berapa yang dapat kerana dalam Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini menyebut untuk buat reformasi pengurusan. Kemudian alhamdulillah dia mula dengan pemberian kepada pihak pembangkang tetapi RM100,000 bila bagi, panggil taklimat dengan hantar sekali dengan SPRM, kami hendak langkah kaki masuk pun ketaq kaki.
Macamlah kami ini dapat RM100 juta. Jadi, memang tatacara itu sangat ketat. Insya- Allah kami akan mengikuti tatacara dengan penuh apa yang telah digariskan kepada kita, insya- Allah. Cuma kalau boleh itu kita minta bagilah sama RM500,000 untuk kita turun. Kita minta dan saya bangkit dahulu kepada Yang Berhormat Hal Ehwal Ekonomi. Kita minta supaya dinaikkan lagi peruntukan sebab RM100,000 ini— ialah satu tahun. Sekolah minta 50 biji, habis PIBG minta, tidak ada apa.
Boleh tambah tetapi jangan kahwin lagi.
Kahwin, insya-Allah tak kot.
Lawan tetap lawan.
Jadi, kita minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan ini. Kita ucap terima kasihlah, sangat profesionallah Yang Berhormat Menteri ini. Terima kasih.
PAS tidak payah takut. UMNOlah takut.
Boleh? Terima kasih.
Silakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Perkara yang berkaitan. Tadi Yang Berhormat kata bagi RM100,000 ini ialah permulaan dan terima kasih. Walaupun tidak ikut sepenuhnya manifesto. Ini kena ingat bahawa yang mungkin bagi kerana sudah janji. Saya pegang manifesto ini, ada. Oleh sebab itu kita bercakap. Jadi, walaupun tidak tulis baharu dengan alasan tadi dikata peruntukan mungkin berkurangan. Saya hendak balik kepada penyelaras Parlimen. Pelantikan telah dibuat. Adakah Yang Berhormat boleh bagi jaminan dalam Parlimen ini bahawa penyelaras Parlimen ini tidak dipilih oleh rakyat dan tidak akan diberikan peruntukan kepada penyelaras Parlimen? Oleh kerana ini tidak ada dalam manifesto untuk melantik penyelaras Parlimen. Ini saya hendak dapatkan jaminan daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Sila, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tumpat, Tumpat, kaitan yang sama.
Silakan. Just quickly.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bagi saya, angka bukan satu perkara yang besar. Namun, yang penting ialah dari segi prinsip dan keadilan yang mana sepatutnya dalam sebagai negara demokrasi dan sebagai janji Pakatan Harapan dalam manifesto dan juga harapan rakyat sebenarnya untuk kita berada dalam suasana yang disebut sebagai Malaysia Baharu dan sebagainya, sepatutnya keadilan diberikan kepada semua rakyat sama ada rakyat memilih pembangkang ataupun memilih wakil rakyat daripada kerajaan. Jadi, sama ada RM100,000, RM200,000, RM500,000 ini, ia akan pergi kepada rakyat, bukan pergi kepada wakil rakyat. Jadi, rakyat diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka tanpa merasakan kiranya mereka memilih daripada parti pembangkang mereka tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya dan sebagainya. Jadi, inilah sebenarnya perubahan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. Saya mahu bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri berasa puas hati dengan janji Pakatan Harapan untuk membentuk Malaysia Baharu dengan cara mendiskriminasikan rakyat melalui pilihan rakyat dalam pilihan raya yang memilih sama ada daripada parti pembangkang ataupun daripada parti yang berada dalam kerajaan pada hari ini?
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Yang Berhormat Menteri, sedikit Jelutong, dua minit sahaja. Terima kasih. Saya hendak sarankan, kalau diberi peruntukan ini juga, perlu ada pemantauan daripada pihak ICU supaya apa-apa credit, dengan izin, yang diberikan oleh rakyat akan sampai balik kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Ini
kerana ada tuduhan bahawa pihak pembangkang di sebelah sana menggunakan duit Pakatan Harapan tetapi menguar-uarkan kononnya duit itu datang daripada parti sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, tolong fahamkan Yang Berhormat Jelutong bahawasanya bukan duit Pakatan Harapan. Ini adalah duit kerajaan dan duit rakyat.
Ini adalah duit rakyat, duit rakyat. Itu bukan duit parti.
Pembetulan. Duit yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan tetapi UMNO dan PAS mengambil kredit.
Hey, Yang Berhormat Jelutong!
Bukan Kerajaan Pakatan Harapan, duit rakyat.
Rakyat yang bayar cukai. Kita bayar cukai semua.
Kita tidak pernah...
Duit Kerajaan Pakatan Harapan. Dari rakyat tetapi jangan ambil kredit.
Tidak fahamlah.
Ini bukan tok kita punya, bukan parti punya.
Perlu pergi kursus dulu Yang Berhormat Jelutong, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan duit Pakatan Harapan.
Hey Yang Berhormat Jelutong, ini bukan duit mak bapa engkau.
Duit rakyat, duit rakyat.
Ini bukan duit Pakatan Harapan tetapi duit rakyat. Pakatan Harapan diberi amanah.
Duit kerajaan Yang Berhormat Jelutong, bukan Pakatan Harapan.
Dulu Barisan Nasional tidak bagi pun.
Awak baru pegang kerajaan berapa...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Saya hanya benarkan satu masa, seorang sahaja yang bercakap. Sila duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya minta teruskan untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Ini bukan duit keluarga kita.
Yang Berhormat Arau, sila duduk Yang Berhormat Arau.
Ini adalah duit kerajaan. Kita akan sebut duit kerajaan. Semua orang tahu. Dia tidak pernah...
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Pontian, it is also not your grandfather’s money, Yang Berhormat Pontian, not your grandfather’s money.
Ini bukan your money. It’s not your party’s money, its government’s money. Everybody’s money.
This is tax payers money, Yang Berhormat Jelutong. Pembayar cukai.
Pembayar cukai.
Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Faham dah.
Not UMNO’s money, not PAS’s money.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
[Bangun]
Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Ini bukan duit komunis.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya soalan. Saya hendak bagi cadangan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Parit Sulong, okey.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya hendak bagi satu cadangan. Cadangannya adalah mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penerangan kepada terutama ahli-ahli daripada Pakatan Harapan mengenai duit tadi yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi itu adalah bukan duit Pakatan Harapan tetapi adalah duit kerajaan dan juga rakyat. Saya minta Yang Berhormat...
Duit Kerajaan Pakatan Harapan, faham tak? Faham tak?
Duit Kerajaan Malaysia.
Bengong betul, bengong.
Duit kerajaan, duit kerajaanlah. Amboi, kena belajar dahulu 101.
Ya.
Ini kurang ajar, Tuan Yang di-Pertua. Kurang ajar ini.
Yang Berhormat Jelutong.
Ini pendekatan komunis.
Mana ada... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, kena pergi kursus Yang Berhormat Jelutong.
Bukan duit PAS, bukan duit UMNOlah.
Memang bukan duit PAS, bukan duit UMNO tetapi bukan duit Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Jelutong kurang ajar. Ini tidak layak duduk dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, this is your session. Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh terus respons kepada pertanyaan tadi dan penggulungan adalah berasaskan kepada apa yang telah dibahaskan sebelum ini. Bukan perkara-perkara yang baharu. Terima kasih. Sila.
Kita sudah jauh lari ini, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali seperti mana yang telah saya jelaskan daripada awal tadi, peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini adalah atas budi bicara Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Apa yang boleh kami lakukan di sini, yang dilakukan terutamanya saya, akan membawa perkara-perkara ini untuk diambil perhatian kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini termasuklah daripada segi yang dikatakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang.
Barisan Nasional menyokong.
Saya tidak dapat hendak memberikan jaminan itu kerana keputusan terakhir datangnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa peruntukan khas yang ingin dikeluarkan atau yang diberikan sama ada kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Ahli Parlimen pembangkang ataupun mana-mana pihak lain, itu adalah hak budi bicara beliau.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kita faham bagaimana yang telah diperkatakan tadi dan insya-Allah perkara ini akan terus kita boleh perbincangkan. Saya akan ambil maklum dan bawa kepada perhatian pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada Langkawi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya tadi, berapa peruntukan duit kerajaan yang diberikan kepada Pakatan Harapan dan juga kepada pihak pembangkang. Duit kerajaan peruntukan itu, duit kerajaan, duit Kerajaan Malaysia yang bagi gaji, elaun dan termasuk peruntukan di Parlimen-parlimen semua, duit kerajaan kepada Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan juga kepada Ahli Parlimen pembangkang, duit kerajaan.
Yang Berhormat Pendang, daripada soalan yang telah dikemukakan tadi, saya mendapat dua perkara sebenarnya yang ingin saya perjelaskan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sik ada sedikit persoalan. Sedikit sahaja.
Bagi saya masa sebab kita— we have been on this for— sudah lama sangat.
Tidak beri laluan untuk beri— Sila.
Banyak perkara lagi. Berkenaan dengan tatacara penggunaan peruntukan. Pertama sekali, apa yang boleh saya katakan di sini adalah kita sentiasa mengadakan sesi libat urus seperti pihak ICU, STO dan sebagainya. Adakan satu hubungan yang rapat, terutamanya dengan pegawai-pegawai daripada STO ataupun ICU dan banyak perkara yang mana mereka boleh memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Ramai rakan, terutamanya yang mungkin daripada sebelah pihak Barisan Nasional ataupun daripada sini boleh menunjukkan apa perkara yang boleh digunakan, apa perkara yang tidak boleh digunakan. Ada kalanya dari segi permohonan, penggunaan tajuk, pemilihan perkataan dan sebagainya itu amat penting untuk memastikan bahawa ia mematuhi peraturan dan dapat diluluskan dengan secepat mungkin supaya bantuan yang ingin disalurkan itu akan dapat terus sampai kepada pihak rakyat. Peruntukan yang diberikan untuk Ahli-ahli Parlimen bagi pihak Pakatan Harapan adalah seperti berikut. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah berjumlah RM1.5 juta pada tahun ini. Pada tahun lepas, ia hanya berjumlah RM500,000 dan ditambah lagi kepada RM500,000 selepas itu. Seterusnya, peruntukan untuk pengurusan pejabat bagi menguruskan Pusat Khidmat Rakyat wakil rakyat Pakatan Harapan adalah sebanyak RM300,000. Seterusnya, Yang Berhormat, saya ingin menjawab sedikit...
Sik mohon sedikit.
...Berkenaan dengan― rasanya tadi salah satu Yang Berhormat, mungkin daripada Tumpat, mengatakan adakah ini satu diskriminasi, adakah ini satu prejudis ke atas negeri-negeri yang di bawah bukan pentadbiran Pakatan Harapan. Yang Berhormat, pihak ICU telah melihat keperluan pembangunan-pembangunan di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Kita lihat terdapat enam negeri terutamanya yang mana
projek-projek pembangunan ini perlu diberikan penumpuan yang lebih. Keenam-enam negeri ini adalah termasuk Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Saya boleh katakan di sini untuk Kelantan, sebagai contoh, 280 projek telah diluluskan pada tahun ini dengan perbelanjaan RM1.393 bilion. Inilah salah satu komitmen yang telah kita janjikan sebelum ini.
Minta penjelasan.
Tidak ada diskriminasi, tidak ada pemberian yang mana kalau projek itu diperlukan oleh rakyat terutamanya, tidak kira di mana mereka...
Yang Berhormat Menteri, saya tidak ada tanya dari segi hal itu. Cuma saya sebut tadi dari segi keadilan.
Ya. Statement yang diberikan oleh Yang Berhormat itu agak kuat yang mana Yang Berhormat mengatakan diskriminasi. Daripada awal saya katakan bahawa...
Diskriminasi dari segi Ahli-ahli Parlimen.
Dari awal saya katakan bahawa...
Dari segi Ahli Parlimen yang mana mewakili rakyat. Rakyat yang memilih Ahli-ahli Parlimen. Kemudian kerajaan memperuntukkan sejumlah yang terlalu kecil berbanding dengan Ahli-ahli Parlimen di pihak kerajaan. Jadi ini adalah merupakan satu diskriminasi.
Ini permulaan.
Wang ini bukan untuk Ahli Parlimen tetapi untuk rakyat. Ahli Parlimen di pihak kerajaan mendapat RM1.5 juta campur lagi RM300,000, bermakna RM1.8 juta, berbanding dengan wakil rakyat daripada pembangkang hanya mendapat RM100,000. Ia satu jumlah yang cukup berbeza dan bagi saya, bukan jumlah sebenarnya tetapi keadilan kepada rakyat. Itu yang saya persoalkan. Janji Pakatan Harapan― saya cuba baca apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi sebenarnya. Pembiayaan― ini janji Pakatan Harapan― dalam membentuk kerajaan apabila boleh membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Inilah antara...
Terengganu ada kah? Jangan cakap banyak. Terengganu ada bagi kah?
Ini ruang saya. Antara perkara yang menyebabkan...
Jawablah. Terengganu ada bagi kah tidak?
Rakyat memilih Pakatan Harapan kerana janji mereka mahu melihat...
Mana ada. Gaji pun tak boleh bayar.
...Satu perubahan politik dalam negara ini, makna setelah 60 tahun ditadbir oleh UMNO...
Eh, Yang Berhormat Kampar. Gaji pun tidak boleh bayar.
Antara benda— Yang Berhormat Jelutong, duduk Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong dengar elok-elok. Tadi Yang Berhormat Jelutong 101 pun belum faham. Jadi ini saya baca. Ini janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Ini berhubung dengan pembiayaan wakil- wakil rakyat. “Pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Rakyat...”― semua ini maknanya sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Itu yang dimaksudkan dengan semua. “...Untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing-masing.” Ini janji Pakatan Harapan. Ini bukan saja-saja kita hendak minta tetapi ini janji Pakatan Harapan setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Jadi, bukan soal jumlah tetapi soal keadilan.
Sudah dibagi RM100,000.
Ini semua point yang sama lah.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya minta― Menteri beri laluan kepada siapa?
Saya hendak beri laluan kepada Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih. Kebetulan saya pernah bawa usul ini. Sama dengan isu yang saya bangkitkan. Seperti rakan-rakan daripada belakang tadi sebut, ini adalah janji Pakatan Harapan. Oleh sebab Pakatan Harapan adalah satu parti yang dilihat lebih positif, lebih agresif untuk memberi peruntukan yang adil dan saksama, maka rakyat telah memilih Pakatan Harapan. Itu adalah mesej yang jelas. [Disampuk] Hei, senyap! Diam! Saya hendak tanya. Selepas Yang Amat Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri, beliau pernah mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada semua Ahli Parlimen pembangkang. Itu pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selepas beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Saya hendak tanya, siapa yang membatalkan pengumuman Perdana Menteri? Pertama. Sampai satu sen pun tidak ada. Kedua, sekarang peruntukan pusat khidmat Ahli Parlimen Pakatan Harapan RM300,000. Sini, satu sen pun tidak ada. Saya tahu sama-sama manusia, pembangkang ataupun kerajaan, kalau kita mencari pegawai khas atau pembantu, kita kena bayar. Apakah ini tidak merupakan satu diskriminasi?
Sekarang baru hendak cakap. Sekarang baru cakap ada diskriminasi.
Yang Berhormat, kalau macam itu sebagai taktik, tidak berani menerima hakikat.
Tidak ada orang percaya pun dengan keadilan sebenarnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Last, ketiga...
Orang percaya dengan keadilan bila kena dekat diri sendiri saja.
Cukuplah, Yang Berhormat Ayer Hitam. Buang masa saja lah.
Yang Berhormat, kalau inilah sikap pemimpin Pakatan Harapan, saya minta rakyat nilai kan. Apa yang mereka janjikan dalam manifesto, mereka sendiri kencing. Itu yang menjadi masalah. Kedua, apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tidak buat. Terus bagi RM300,000 kepada pihak sana. Ini tidak betul. Rakyat sama-sama perlu diadili. Kita kena bagi adil dan saksama.
Standing order.
Yang Berhormat, satu saja, Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat, adakah... [Disampuk] Biar saya cakap. Nanti― you duduk lah!
Puncak Borneo minta laluan.
Saya hendak tanya, dalam hal ini... [Disampuk] Ini buat taktik hendak kacau kita. Saya hendak tanya soalan. Bagi saya tanya soalan.
Ringkaskan soalan untuk Menteri.
Yang Berhormat Tanjong Piai, Puncak Bornoe minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...
Yang Berhormat Tanjong Piai, saya tengah cakap, dia orang kacau. Biar saya sambung ayat. Takkanlah kita hendak zalim sampai macam itu? Hendak tanya soalan pun tak boleh.
Bagi Puncak Borneo dahulu.
Tuan Yang di-Pertua...
Boleh saya terus... [Sistem pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Sila. Ada apa?
Yang Berhormat, saya hendak bertanya, sepertimana yang dilaungkan oleh Bersih, satu formula yang telus, adil, saksama patut diberi. Kalau kita dahulu dengar cakap Bersih, takkanlah kali ini kita tidak dengar cakap Bersih. Itu pandangan. Minta penjelasan daripada Timbalan menteri supaya janji dapat dikotakan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya berikan kepada...
Sebelum itu, minta saya perjelaskan di sini. Rasanya tadi daripada awal jawapan daripada pihak saya, mungkin Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada di sini. Telah dijelaskan.
Saya dengar. Jangan buat andaian.
Saya sudah katakan bahawa kita sudah pastikan pihak ICU dan ‘SKU’ bahawa peruntukan ini telah tersedia untuk diguna pakai daripada minggu yang lepas lagi. Jadi anggapan bahawa ada pembatalan dan sebagainya, saya rasa itu mungkin tidak betul.
Itu bukan tanggapan. Itu pengumuman Perdana Menteri tahun lalu. Tidak bagi satu sen pun. Pergi semak. Kalau saya betul dapat buktikan, Yang Berhormat letak jawatan tidak? Itu memang kenyataan yang dibuat.
Minta laluan.
Timbalan Menteri, saya beri Yang Berhormat Lembah Pantai. Ada peraturan mesyuarat. Saya minta Yang Berhormat Lembah Pantai yang menunjukkan peraturan mesyuarat. Apa dia?
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan”. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Ayer Hitam ada menggunakan perkataan yang saya rasa unparliamentarian. Saya jadi macam cikgu bahasa. [Disampuk] Cikgu disiplin. Jadi saya rasa mungkin tidak perlu digunakan perkataan seperti itu. Saya mohon...
[Dewan riuh]
Ini gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak.
Betulkan bahasa Yang Berhormat Jelutong itu ha.
...Petua daripada Tuan Yang di-Pertua untuk memohon Yang Berhormat Ayer Hitam tarik balik.
Ajar Yang Berhormat Jelutong itu dulu.
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat kena jaga bahasa dengan sopan.
Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya sentiasa bahasa jiwa bangsa. Saya akan gunakan bahasa yang betul. Akan tetapi bagi orang yang tidak dengar bahasa, saya gunakan bahasa yang mudah difahami oleh pihak di sana.
Baik, terima kasih.
Itu sahaja. Saya hendak kata kalau janji tidak dapat dikotakan, bermaksud cakap tidak serupa bikin. Itu kata orang kampung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam.
Timbalan Menteri, pencerahan Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mengimbau kembali dua penggal saya sebagai pembangkang. Tidak usah katakan bajet, hendak bagi contribution kepada sekolah pun tidak boleh.
Dahsyat.
Katanya pembangkang. Saya akui.
Bohong. Bohong. Itu bohong. Bohong! Tidak betul itu, tipu!
Itu kerajaan kuku besi.
Tipu itu!
Saya belum cakap habis lagi.
Banyak sekolah dapat! Tipu!
Peraturan 37.
Yang Berhormat Kapar yang tipu.
Yang Berhormat Pasir Salak jangan...
Peraturan 37! Peraturan 37! Jangan mencelah kalau saya tidak bagi kebenaran. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak beritahu, dua penggal saya pembangkang, satu sen pun saya tidak dapat.
[Dewan riuh]
. Akan tetapi. Akan tetapi...
Tak adalah, politik, tipu.
Sampaikan Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Sungai Siput...
Yang Berhormat Kapar tipu, Yang Berhormat Kapar!
...Pun bawa kes ke mahkamah kerana menuntut haknya sebagai Ahli Parlimen.
Tipu! Yang Berhormat Kapar tipu!
Kalau ini lah yang dibicarakan oleh pembangkang zaman dia memerintah saya setuju.
Saya hendak bagi tahu.
Penipu! Tipu hancing!
Akan tetapi sekarang ini keprihatinan kerajaan dah bagi sedikit, terima lah.
[Dewan riuh]
Memang kaki penipu.
Kita tahu kita hendak bagi. Kita tidak zalim macam Barisan Nasional.
[Dewan riuh]
Kerajaan lama. Kerajaan BN kejam.
Pakatan Harapan kata bahawa mereka akan bagi peruntukan yang sama kepada Ahli Parlimen.
Akan tetapi kita dah akui, bahawa kita dulu satu sen pun tidak dapat Tuan Yang di-Pertua. Satu sen pun tidak dapat! [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Baik. Baik. [Pembesar suara dimatikan]
Sekarang ini Kerajaan Terengganu, Kerajaan Perlis, Kerajaan Pahang pun tidak bagi peruntukan dekat kita punya wakil rakyat.
...sekarang dia dah tutup. Okey lah! Kita boleh bagi.
Kerajaan Sarawak pun tidak bagi.
Itu pun...
Kalau hendak suruh Pakatan Harapan bagi, Kerajaan BN pun kena bagi juga.
...Itu pun tunggu lah masanya. Jangan lah gelojoh tidak tentu arah.
[Dewan riuh]
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik. Sila Timbalan Menteri telah beri laluan kepada Yang Berhormat Kapar untuk bercakap. Sekarang masa hanya tinggal lima minit untuk penggulungan. Sila Timbalan Menteri.
Menipu tidak habis-habis. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya tidak berikan yang lain bercakap kecuali Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana masa hanya tinggal lima minit sahaja. Sila Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Puncak Borneo. Kelantan bagi Yang Berhormat Puncak Borneo. Kelantan bagi.
Tuan Yang di-Pertua, sebab sebut Kelantan tadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan daripada Timbalan Menteri oleh kerana sebut Kelantan tadi. Timbalan Menteri dah angguk Tuan Yang di-Pertua.
Menteri tidak bagi laluan?
Menteri bagi.
[Dewan riuh]
Bagi Menteri bagi. Saya hendak tolong Menteri.
Bagi. Last one sebab saya ada banyak.
Insya-Allah.
Last one katanya. Minta ringkaskan.
Okey Tuan Yang di-Pertua. Saya sebelum daripada ini agak menghormati Yang Berhormat Kapar dengan apa yang diperjuangkan tetapi daripada kenyataan tadi memperlihatkan bahawa cuba membalas dendam rupanya. Sepatutnya mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Cuma apa yang saya hendak sebut...
Ini bukan balas dendam. Ini memperbetulkan fakta. Fakta yang jelas!
Setuju! Setuju! Setuju! Setuju!
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik. Yang Berhormat Tumpat sahaja cakap. Sila.
Ya, Tumpat sahaja.
Yang Berhormat Kapar. Kami sedang – jalan...
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
...Antara Gombak dengan Port Dickson. Jangan buat macam itu. Yang Berhormat kena jaga diri elok-elok...
Yang Berhormat, Tumpat. Yang Berhormat, Tumpat.
Yang Berhormat Arau.
Jangan confident sangat! Tidak lama jer lagi.
Baik. Saya ingat sudah cukup point-nya.
Tuan Yang di-Pertua.
Belum lagi empat setengah tahun lagi lah Yang Berhormat Pasir Salak. Apa cakap ini! Kita tunggu lah nanti PRU Ke-15 baru kita tahu lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat.
Kita dengar tadi di pihak kerajaan menyebut atau pun mempersoalkan negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS, UMNO dan Barisan Nasional. Saya hendak sebut yang–– ada disebut Kelantan tidak bagi, Kelantan bagi. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kita di peringkat Persekutuan ini sepatutnya menjadi contoh. Perubahan yang hendak dibuat seharusnya dimulakan di Parlimen ini.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Apabila kita laksanakan di Parlimen ini memberikan keadilan kepada semua. Maka kita menuntut negeri-negeri lain juga menggunakan kaedah yang sama, ini adalah merupakan perjuangan rakyat.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Jadi sepatutnya itu lah yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya minta Timbalan Menteri. Tinggal dua minit 51 saat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita dah bahaskan perkara ini secara panjang lebar. Menghabiskan hampir keseluruhan masa perbahasan. Segala input, segala maklumat yang telah diberikan akan saya ambil maklum dan bawa kepada pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia berbalik kepada perkara tadi...
Teruskan.
...Ini di atas budi bicara dan juga di atas prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ingin menyentuh satu isu lagi bagi pihak ICU adalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berkenaan dengan sistem eKasih yang mencadangkan agar kakitangan yang menguruskan pendaftaran eKasih ini ditambah bagi mempermudah dan mempercepatkan proses pendaftaran.
Yang Berhormat Rasah juga ingin mengetahui jumlah penerima eKasih yang telah didaftarkan di daerah Seremban. Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menyambut baik cadangan yang diberikan. Sehingga 15 Mac 2019...
Yang Berhormat Menteri.
...Terdapat hampir 40,000 permohonan untuk mendaftar dalam sistem eKasih.
Menteri. eKasih, sedikit sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya lihat sistem untuk mengumpul data-data penerima di bawah sistem eKasih ini perlu ditambah baik kerana saya bimbang begini. Kalau semua kementerian dia hanya mengguna pakai sistem ini, maknanya apa juga peruntukan yang kementerian bagi untuk kemiskinan hanya sampai kepada kumpulan ini sahaja. Dia tidak akan sampai kepada kumpulan lain. Maknanya dalam banyak program kita buat hanya kumpulan itu yang dapat. Untuk tujuan tersebut saya minta supaya diturunkan banyak kuasa kepada pejabat daerah misalnya. Untuk memudahkan. Misalnya, ada ketika tertentu, tiba-tiba miskin berlaku. Kematian suami sebagainya, tetapi tidak ada dalam sistem itu, dia tidak boleh dibantu. Jadi, kuasa itu perlu diberi supaya lebih mudah senarai itu dapat dimasukkan sistem berkenaan.
Sila Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Berkenaan dengan eKasih ini sebenarnya kita amat faham bahawa kesukaran yang dihadapi oleh pihak ICU adalah pendaftaran itu agak mudah sebenarnya. Untuk mendaftarkan supaya dilihat oleh pihak ICU sama ada mereka itu sesuai atau tidak untuk dimasukkan ke dalam database eKasih. Proses saringan atau pun proses bancian yang dijalankan oleh pegawai-pegawai. This is the bottleneck dengan izin, yang mana pada 15 Mac 2019, kita telah pun menerima sebanyak 40,000 permohonan untuk didaftarkan dalam sistem eKasih. Ini sentiasa akan meningkat Yang Berhormat. Pada masa ini, pelbagai kaedah telah diusahakan oleh pihak ICU untuk mempercepatkan pendaftaran isi rumah miskin ke dalam sistem eKasih. Di antaranya yang pertama adalah tambahan jumlah pembanci bagi melaksanakan kerja-kerja bancian ataupun verification dengan izin, di lapangan. Untuk tujuan tersebut, kita telah meminta peruntukan tambahan daripada pihak Kementerian Kewangan bagi membiayai kos pelantikan pembanci tambahan yang telah dikemukakan. Seterusnya yang kedua, tapisan dan pengisian awal ini dilaksanakan melalui platform focus group dengan izin dan pengesahan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat akar umbi seperti pejabat daerah, seperti pemimpin tempatan. Penambahbaikan ke atas proses ini dilaksanakan di mana Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turut dilibatkan dalam proses pengisian awal. Ketiga, kerjasama strategik dengan kerajaan negeri atau pun kementerian dan juga agensi yang lain bagi membantu proses bancian atau pun verifikasi di mana pihak kerajaan negeri disarankan untuk melantik pembanci yang akan diberi latihan dan diselia oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Di samping itu, ICU Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan kementerian dan juga agensi untuk membuat bancian menggunakan tenaga kerja sedia ada seperti menggunakan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat atau pun KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, pegawai kerja sosial perubatan di bawah KKM dan yang lain-lain yang bersesuaian. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod eKasih, sehingga 15 Mac 2019 bagi kawasan Yang Berhormat seramai 2,967 orang ketua isi rumah telah berdaftar di Parlimen Seremban dan daripada jumlah tersebut sebanyak 420 ketua isi rumah adalah di bawah kategori miskin tegar. Seramai 39 ketua isi rumah pula di bawah kategori miskin, manakala seramai 2,508 KIR adalah di bawah kategori terkeluar. Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai banyak lagi isu yang telah dipertanyakan dan saya rasa kita tidak mempunyai masa untuk mengulas keseluruhan ini, saya mohon untuk memberikan jawapan-jawapan yang telah disediakan oleh pegawai-pegawai secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, yang telah memberikan input dan saranan sepanjang perbahasan titah diraja 2019 pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai yang terlibat yang telah menyediakan jawapan dan juga maklumat-maklumat yang diperlukan bagi saya menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri pada kali ini. Saya ingin menyatakan di sini Jabatan Perdana Menteri, insya-Allah akan sentiasa mengambil perhatian ke atas pandangan dan cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Kami berpuas hati dengan jawapan Yang Berhormat, kami seronok. Akan tetapi tolong sampaikan salam kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pertimbangkan supaya semua Ahli Parlimen diberi peruntukan yang sama.
Tak perlu Yang Berhormat Arau, tak perlu...
Kedua, tolong bagi kursus kepada Ahli- ahli Parlimen sana bahawa ICU itu adalah federal, Federal department. Fasal apa hendak bimbang? Terutamanya Yang Berhormat Jelutong ini yang saya ingat yang kurang cerdik pemahaman tentang ketua jabatan kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Baru tahu jadi pembangkang, hendak sama rata... [Ketawa] [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Hidup, boleh lawan lagi.
Yang Berhormat Pokok Sena... [Pembesar suara dimatikan]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Baik. Saya tak beri laluan. Saya hendak panggil penggulungan seterusnya. Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Boleh lawan lagi.
Saya ingin menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Sepang untuk menggulung, 45 minit.
Saya hendak beritahu Yang Berhormat Pokok Sena bahawa dia di antara orang yang paling banyak mendapat pertolongan daripada Kerajaan Barisan Nasional pada masa yang lepas. Jangan menyombong, kami tak takut punya.
[Dewan riuh]
Daripada Yang Berhormat Arau kah daripada siapa?
Mahfus, kami telan dengan pisang sahaja tahu.
Daripada Yang Berhormat Arau kah daripada siapa?
Jangan sikit-sikit menyombong...
Janganlah mengungkit. [Ketawa]
Bagi masa panjang sikit, kami hendak ajar...
Daripada kerajaan tak ada.
Baik. Sila, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang terlibat membahaskan tentang perbahasan Titah Diraja. Terdapat 72 isu ataupun soalan serta saranan yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen yang melibatkan 12 agensi di bawah JPM. Insya-Allah saya akan mulakan dengan SPR dahulu Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkitkan soalan daripada Yang Berhormat Ayer Hitam, ada ya. Beliau telah membangkitkan bahawa Pakatan Harapan telah melakukan banyak kesalahan. Ini tuduhan ya. Paling banyak dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor, namun tidak ada sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana parti pihak Pakatan Harapan yang jelas melanggar undang-undang pilihan raya. Bersekali dengan Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan bahawa perkembangan kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh Kerajaan PH semasa di Cameron Highlands dan Semenyih. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ayer Hitam kerana buat kali pertama, beliau telah celik mata, nampak kesalahan pilihan raya setelah menjadi pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat Ayer Hitam, segala kesalahan pilihan raya itu walaupun tidak dispesifikasikan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam telah pun diambil tindakan, laporan polis dibuat. Oleh sebab laporan polis sudah dibuat, maka sekarang ini kita serahkan kepada pihak polis dahulu untuk menyiasat dan selepas itu pihak polis akan menyerahkan apa yang dipanggil Kertas Siasatan atau IP kepada pihak Peguam Negara. Maka kita tunggulah keputusan macam mana ya. Begitu juga dengan soalan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu bukan kata Wee Ka Siong, itu kata Bersih dan SPR. Itu saya hendak betulkan. Bukan tohmahan ya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam, baik.
Tak apalah, oleh kerana Bersih tidak ada dalam Parlimen ini, saya jawab apa Yang Berhormat cakaplah. [Disampuk] Sebab di Bersih saya akan layan dia di luar, dalam Parlimen ini kita layan bersama. Tadi Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi Yang Berhormat kena tunggulah penyelesaian siasatan itu. Jadi sekiranya, saya ingin beritahu Yang Berhormat, dalam CPC ini ada satu peruntukan Yang Berhormat, boleh lihat, boleh tanya dengan peguam. Kalau lepas sesuatu siasatan dibuat itu, kalau tidak ada perkembangan Yang Berhormat boleh minta peguam buat surat. Minta daripada polis, dapatkan feedback macam mana perkembangan siasatan. Jadi ini ada dalam peruntukan undang-undang. Jadi saya harap Yang Berhormat boleh ambil tindakanlah. Seterusnya saya ingin— Yang Berhormat Setiawangsa ada kah tidak? Yang Berhormat Setiawangsa?
Yang Berhormat Setiawangsa tidak ada.
Tak ada ya. Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada saya akan terus, saya akan berikan jawapan bertulis. Seterusnya Yang Berhormat Kota Melaka. Ada?
Tak ada.
Pun tak ada ya. Yang Berhormat Bachok ada? Yang Berhormat Bachok ada? Yang Berhormat Bachok pun tak ada?
Yang Berhormat Bachok pun tak ada.
Yang Berhormat Tawau.
Tidak ada.
Tak ada juga ya. [Ketawa] Oleh sebab tidak ada, saya akan beri jawapan bertulislah. Yang Berhormat Pontian? Yang ini sentiasa ada, terima kasih Yang Berhormat Pontian. [Ketawa] Yang Berhormat Pontian telah membangkitkan tentang ingin tahu bilakah pendaftaran pengundi secara automatik akan dibuat agar sekitar 3.7 juta yang belum mendaftar boleh layak mengundi. Ini daripada Yang Berhormat Pontian ya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menubuhkan apa yang dipanggil Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya Malaysia ataupun Electoral Reform Committee (ERC) yang sedang menjalankan kajian reformasi sistem pilihan raya, termasuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang pendaftaran automatik dan juga beberapa isu yang lain. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, ERC ini telah pun dipengerusikan sekarang ini oleh mantan Pengerusi SPR yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pilihan raya. Jadi beliau telah mempengerusikan dan diamanahkan untuk menjalankan kajian reformasi di sistem pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, ERC ini akan menyediakan satu laporan. Pertamanya laporan interim report yang akan disiapkan insya-Allah pada bulan Ogos 2019. Itu yang laporan interim. Kemudiannya laporan lengkap akan disediakan insya-Allah pada 31 Disember 2019 ini. Jadi saya harap Yang Berhormat bersedia, sabar sedikit. Nanti dalam laporan itu, kita akan lihat mungkin akan dibentangkan di Kabinet dan selepas itu kita lihat sama ada— kita serah kepada Perdana Menteri sama ada untuk mungkin menyerahkan ataupun membenarkan supaya laporan itu diperdebatkan atau tidak, kita tunggu daripada keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Silakan Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Angka yang terkini yang saya peroleh ialah 3.89 juta yang belum berdaftar berumur lebih 21 tahun. Saya kira pihak sebelah sana dan pihak sebelah sini semuanya bersetuju tentang pendaftaran automatik ini dan pada ketika kerajaan menjadi pembangkang dahulu pun mereka bersetuju supaya pendaftaran automatik. Jadi saya menyeru agar ia disegerakan. Jawapan yang sama saya dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada tahun sudah. Tahun ini pun jawapan yang lebih kurang, masih kaji, kaji. Saya rasa dia bukan susah sangat pun. Kalau kami tak buat dahulu pun, apa salahnya kalau dibuat Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila.
Kita pun sanggup tunggu 60 tahun hendak jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, takkan tak boleh tunggu sekejap?
[Dewan riuh]
Selama 60 tahun kami tunggu untuk jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, takkan tak boleh tunggu sekejap ini? Sabarlah, relaks sikit. [Ketawa] Sabar, sabar, baru berapa bulan jadi pembangkang. Bagi warm up sikit, bagi panas lagi.
Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jadi saya harap Yang Berhormat jangan takut sebab saya rasa kita hendak berikan satu— kajian ini perlu dibuat bukan? Yang Berhormat pun tahu. Tanpa kajian nanti, kalau kita buat tergesa-gesa, Yang Berhormat nanti akan kata kenapa tak buat kajian secara menyeluruh. Jadi bila kita buat kajian ini, Yang Berhormat kena sabar sedikitlah. Saya harap Yang Berhormat jangan takutlah ya. Kita ini Yang Berhormat, memang kita akuilah, kadang-kadang kajian ini memakan masa. Yang Berhormat pun tahu sebagai anggota pentadbiran kerajaan dahulu, bukan mudah untuk melakukan perubahan dalam kerajaan ini. Ia perlukan banyak orang kata peringkat ya. Jadi Yang Berhormat, saya harap bersama kitalah...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Lenggong...
...Dari segi menyokong segala usaha untuk kita membuat satu perubahan. Bukan sahaja pendaftaran automatik, banyak kita bincangkan. Tentang penurunan umur layak mengundi yang memerlukan pindaan Perlembagaan. Kita juga ada bincang tentang konsep political financing, tentang caretaker government. Banyak yang dibincangkan oleh pihak ERC ini. Jadi kita hendak buat suatu perubahan yang menyeluruh tetapi semua itu perlu diambil dari segi pros and cons dia. Saya harap Yang Berhormat kenalah sabar sedikit. Ya, silakan Yang Berhormat Lenggong.
Ya Yang Berhormat Lenggong. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju dibuat pelbagai perubahan dalam SPR ini bagi memantapkan sistem pilihan raya. Akan tetapi maknanya sekarang ini belum dibuat apa-apa lagilah, betul? Cuma kalau kita tengok dalam beberapa siri pilihan raya kecil sekarang ini, banyak juga kesalahan-kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh pihak pembangkang, diambil tindakan. Akan tetapi, pihak kerajaan tidak ada. Saya juga lihat ada beberapa peristiwa yang kita tengok di luar daripada amalan kebiasaan. Misalnya malam tadi, berlaku di Kampung Kuala Sawah misalnya.
SPR datang menghalang satu mesyuarat hendak diadakan, tidak menyalahi peraturan pilihan raya pun. [Disampuk] Sedangkan jentera parti mengadakan mesyuarat tetapi dihalang. Inilah saya fikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Kalau perubahan perlu dibuat, bermakna masih lagi mengguna pakai amalan lama. Dahulu waktu kerajaan dipimpin oleh Barisan Nasional tidak pernah berlaku perkara-perkara umpama ini. Jadi, soal ialah keadilan bukan Parti Keadilan, adil maknanya kita kena – SPR mesti menjadi badan yang tidak berpihak kepada mana-mana tetapi hari ini nampak berpihak. Jadi, apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya ini supaya dilihat tidak berpihak kepada mana-mana. Jangan berlaku – saya boleh buktikan beberapa perkara yang berlaku hari ini memang nampaknya ada berpihak di situ. Apa pandangan?
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sila.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Lenggong. Kalau rasa betul lah, dalam mesyuarat ini kita akan ambil tindakan. Kalau betul tuduhan itu, saya assume benda itu betul, memang benda itu tidak patutlah. Saya harap Yang Berhormat bolehlah – kalau Yang Berhormat ada hantar wakil pemantau, daripada Barisan Nasional ada wakil pemantau sebenarnya boleh ambil tindakan. Jadi kalau tidak ada tindakan, saya membuat satu anggapan mungkin Barisan Nasional tidak ada pemantau yang dihantar, itu yang pertama. Keduanya Yang Berhormat – sekejap Yang Berhormat saya jawab dahulu, sabar. Yang Berhormat kata zaman Barisan Nasional tidak pernah pun waktu mesyuarat kena tangkap. Saya mungkin jugalah – sebab apa – sabar, sabar dahulu. You bagi soalan, biar saya jawab dahululah. Nanti Yang Berhormat tanya lagi. Okey Yang Berhormat, masa zaman Barisan Nasional lebih teruk daripada itu pun pernah berlaku. Apa sangatlah fasal tangkap semasa mesyuarat, pengundi hantu pun boleh dibawa ke mana-mana. So, apa – Yang Berhormat please-lah, jangan hendak bangkitkan sekarang ini seolah-olah Yang Berhormat ini parti yang suci tidak ada apa-apa. Please-lah kami semua tahu.
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat nampak tension ini, jawab soalan mudah...
[Dewan riuh]
Sabar dahulu, sabar dahulu.
Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Give me...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, boleh bagi jalan?
Apa tension sangat, soalan mudah jawab mudahlah.
Bagi jalan, bagi jalan.
Dahulu dengan PAS tidak boleh buat apa-apa, sekarang sudah boleh bercium mulut...
Sekarang saya sambung, saya sambung. Sikit sahaja.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri Undang-undang, jaga undang-undang. Jangan yang dahulu salah, sekarang buat salah pun dianggap sebagai betul dan tak boleh diambil tindakan.
Okey, saya hendak buktikan ini. Yang Berhormat sekejap, sekejap. Saya sambung sikit. Kes itu berlaku di Kampung Kuala Sawah, ketika jentera parti kita sedang mengadakan mesyuarat. SPR datang tidak membenarkan mesyuarat itu diadakan, ada munasabah? Kita boleh buktikan ini, ada video di- viral pun Yang Berhormat. Yang Berhormat jangan tension, jawab elok-elok. Jangan emosional sangat, saya takut Yang Berhormat.
Tidak, Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tidak tension langsung, sikit pun tidak tension fasal Yang Berhormat Lenggong.
Ini bukan soal sikit.
Tidak. Boleh bagi laluan? Yang Berhormat...
Bagi saya jawab dahulu, boleh Tuan Yang di- Pertua. Boleh?
Boleh? Perkara yang sama.
Sabar. Jangan takut, I will give you. Jangan takut. I’m very engage with you, no problem. Relaks, relaks. Sabar.
Yang Berhormat Tanjung Karang, tidak bagi peluang Yang Berhormat.
Yang Berhormat Tanjong Karang, kita geng lama tahulah. Jangan takut.
Sila Yang Berhormat Sepang.
I’m not worry to engage with anybody, jangan takut. I akan bagi ruang. Adapun, yang ada dalam ini Yang Berhormat Tanjong Karang pun ada, jangan takut Yang Berhormat Tanjong Karang. Sabar sikit. Patience is a virtue. Jadi saya hendak kata kepada Yang Berhormat Lenggong, kalau sekiranya ada berlaku perlanggaran undang-undang, kita ada prosedur. Kalau Yang Berhormat tidak tahu prosedur, saya harap Yang Berhormat boleh datang ke pejabat saya, saya akan ajar caranya macam mana. Jangan takut, saya boleh ajar jangan takut.
Yang Berhormat, jangan anggap saya pun tidak reti macam Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya pun reti.
Okey, seterusnya – tidak, saya tidak anggap tetapi cara tanya itu macam tidak faham...
Jangan anggap saya tidak reti macam Yang Berhormat. Saya pun reti.
Saya hendak minta laluan daripada ucapan...
Sila, sila, sila Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.
Yang Berhormat ini cakap ada bukti kah? Yang Berhormat kata tadi contoh, Yang Berhormat ambil contoh waktu kita dahulu bawa pengundi hantu. Boleh beritahu tidak, dalam petisyen mana yang pihak sana bawa kepada mahkamah dalam pilihan raya yang lepas, yang ada petisyen mengenai pengundi hantu? Sejumlah 40 ribu...
Likas, Likas.
Tidak, saya hendak tanya ada atau tidak ada? Kalau tidak ada, Yang Berhormat tarik balik tuduhan boleh? [Disampuk] Awak Yang Berhormat Menteri.
Okey, sekejap, sekejap.
Kita orang lama Yang Berhormat.
Okey, okey. Let me explain-lah.
Yang Berhormat pun ada kalah dengan saya Tanjong Karang...
You asking me, let me reply-lah.
Kalah dahulu ini.
Yang Berhormat Tanjong Karang...
Ya.
...pernah baca tidak keputusan Pilihan Raya Likas?
Tidak, tidak. No.
Datuk Kamil Awang sudah meninggal pun.
Yang Berhormat, Yang Berhormat kata Yang Berhormat lawyer. Yang Berhormat ajar kita tadi. Kalau tidak puas hati ikut peraturan. Kalau ada peraturan bila tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, mesti bawa petisyen ke mahkamah. Ada tidak mana-mana pihak buat petisyen mengenai undi hantu? Ada atau tidak ada?
Ada, ada.
Ada, di mana?
Okey...
Di mana?
Pilihan Raya Pengkalan Pasir di Kelantan, saya peguam. Nama orang yang menyamar itu ialah...
Tidak, ini yang 40 ribu.
Saya beritahu, Yusuf bin Harun.
40,000 pengundi hantu.
Ada, ada berlaku.
Yang 40 ribu pengundi hantu.
Please-lah, Yang Berhormat, sekejap Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat sekejap.
Yang Berhormat cakap...
Yang Berhormat, saya banyak buat kes-kes pilihan raya. Yang Berhormat tidak pernah sekali pun buat jadi peguam petisyen pilihan raya, tidak pernah. I have done a lot. [Tepuk]
Yang Berhormat...
Yang Berhormat, please-lah. Don’t tell me about election petition.
Yang Berhormat lawan saya pun, Yang Berhormat kalah lah.
Apa ini? Ini cerita lain.
Petisyen pilihan raya pun kalah dengan saya, hendak cakap banyak. Sudahlah Yang Berhormat.
Baik...
Yang Berhormat cakap kena bukti, jangan tuduh. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan pembangkang lagi.
That is why saya cakap. Apabila saya bagi bukti, Yang Berhormat tidak hendak dengar. Saya sebut bukti tadi.
Saya dengar.
Kes Pengkalan Pasir.
Oleh sebab saya dengar...
Kes Pengkalan Pasir melibatkan saya lawan dengan bekas Ketua Hakim Negara.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan debat, ini jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya minta dihentikanlah.
Saya tanya dengan dia. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan lawyer lawan lawyer ya. Ini adalah Ahli Yang Berhormat berbahas dengan Ahli Yang Berhormat. Sila. [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya harap beliau ini berilah peluang untuk saya jawab.
Saya risau tengok ini, tension Yang Berhormat Menteri hendak jawab. Saya bimbanglah. Itu hari sudah jadi sekali. Saya doa- doa janganlah, takut saya.
Oleh sebab dia tanya, SPR ini buat kajian.
Sila Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.
Oleh sebab dia kata buat kajian, saya tanya.
Okey, okey. Silakan, silakan.
Satu soalan sahaja. Kata sebelum tindakan dibuat, kajian dibuat. Ini yang buat tubuh tribunal untuk mengambil tindakan kepada bekas Ahli Lembaga Pengarah SPR yang sudah letak jawatan, pergi buat lagi tribunal. Ini tindakan yang betul kah SPR buat ini? Kajian telah dibuat kah? Orang sudah letak jawatan tribunal baru hendak tubuh. Betul kah tindakan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila Yang Berhormat.
Tentang isu tribunal itu, sekarang ini saya tidak jawab dahulu. Ada. [Ketawa] Sabar dahulu. Hei Yang Berhormat Lenggong, guru sekolah diamlah. Sekejap, sekejap. Saya, saya...
Sabar, jangan tension sangat. Relaks ya, relaks. Jawab elok-elok, perlahan-perlahan.
Okey, saya okey. I am okay, I am okay. But please-lah.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong ini bukan you punya level. Jangan campur sangatlah. Minta maaf.
Amboi, hebatlah.
Saya cakap Yang Berhormat Lenggong. Isu ini susah.
Saya takut. Relaks, relaks.
Tak elok takabbur Yang Berhormat Sepang.
Saya minta Yang Berhormat Lenggong jawab.
Okey, tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Yang Berhormat Tanjong Karang, Peguam Negara telah buat keputusan. Peguam Negara ini orang yang berkelulusan undang-undang, dia tahu undang- undang. Dia bukan guru sekolah, dia adalah pengamal undang-undang lebih kurang berpuluh tahun jadi peguam. Dia tahu apa dia buat. Jadi kita sebagai kerajaan, kita meminta Peguam Negara menasihati kita. Jadi apabila dia memberikan keputusan berdasarkan undang-undang, kita harus hormat keputusan beliau. Jadi saya harap Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan keputusan Peguam Negara, Yang Berhormat boleh mencabar Peguam Negara untuk berbincang ataupun berdialog. Jadi, saya harap Yang Berhormat tidak ada masalah dengan perkara itu. Sebelum saya hendak berpindah kepada perkara lain. Izinkan saya pergi kepada PMO. Yang Berhormat Tanjong Karang juga ini. Hari ini saya bagi special kepada Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang dan juga Yang Berhormat Kuala Krai bersama juga Yang Berhormat Tanjong Malim, membangkitkan isu tentang Pengerusi PAC. Sepatutnya kata Yang Berhormat Tanjong Karang daripada parti pembangkang dan menyarankan agar jawatan Pengerusi PAC wajar diberi kepada parti pembangkang sebagaimana Manifesto Pakatan Harapan. Nampak, I am willing to buka isu-isu panas ini untuk Yang Berhormat nanti berdebat dengan saya. Orang lain mungkin tidak hendak jawab ini tetapi saya hendak jawab. Untuk makluman Yang Berhormat, tentang Pengerusi PAC ini memang kita komited iaitu dalam manifesto kita kata ia adalah diberi kepada pembangkang dan kita telah lakukan. Cumanya pembangkang apabila dia jadi pengerusi, selepas itu apabila sudah lama jadi pembangkang bersama dengan Barisan Nasional, mereka tidak tahan mereka masuk kita. [Ketawa] Jadi macam mana? Kami hendak buat macam mana? Mereka tidak tahan dengan pembangkang, dengan UMNO ini. Mereka join dengan kita, hendak macam mana kita?
Yang Berhormat, banyak lagi pembangkang lain daripada dia. Itu satu sahaja masuk, ini ada lagi. Tukar sahajalah.
Sabar. I will – Yang Berhormat Lenggong, tidak ada satu soalan pun daripada Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Lenggong tidak payah, not your level-lah.
Macam takut dengan saya sahaja, takut kah Yang Berhormat?
Jadi saya harap Yang Berhormat Tanjong Karang...
Yang Berhormat Menteri takut kah dengan saya sebenarnya?
Sebenarnya memang kita daripada pihak sini pun ramai yang bersuara menyatakan tidak bersetuju dengan apa yang di – mungkin telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Contohnya Yang Berhormat daripada Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Segambut ada menyatakan. Ini menunjukkan betapa kita kerajaan sekarang ini kerajaan yang rata-rata mengamalkan kebebasan bersuara. Hatta daripada kalangan kami pun bercakap tidak bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tidak seperti Barisan Nasional dahulu, apabila berlaku 1MDB macam mana tiada seorang pun bersuara, yang bersuara ialah Timbalan Perdana Menteri dahulu yang sanggup letak jawatan. Itu baru anak jantan.
Ini bersuara...
Pedas, pedas, pedas.
Yang Berhormat Sepang nak marah dengan siapa ini? Relaks la Yang Berhormat. Nampak tension sangat ini kenapa.
Saya hendak bagi contoh lah.
Sudah habis ke belum ini?
Tuan Yang di-Pertua, Point of Oder.
...jadi jangan takut Yang Berhormat― oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kita bersedia terima semula.
Sudah habis tidak belum isu PAC ini?
Belum, belum. Sedikit sahaja lagi.
Okey, jawab bagi habis dahulu. Saya akan bangun.
Okey, baguslah Yang Berhormat Tanjong Karang hari ini, saya tengok baik lah.
[Dewan Ketawa]
jadi saya harap...
Yang Berhormat Arau saya minta Timbalan Menteri menjawab dahulu.
Saya minta...
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau tidak ada satu soalan pun. Yang Berhormat Arau ini macam tertelan kapur barus lah.
Duduk, duduk. Saya bangun you kena duduk. Duduk, duduk. Okey terima kasih. Tuan Yang di-Pertua tadi...
Eh, kalau saya tidak hendak bagi, hendak buat apa? Saya Menteri, you bukan Menteri. Duduklah!
[Dewan Riuh]
Action betul lah Yang Berhormat ini.
Ini perangai macam EXCO Melaka, ‘Kamu tahu saya siapa?’. Perangai macam itu. Saya hendak tanya Yang Berhormat...
Timbalan Menteri lah bukan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi Yang Berhormat Arau lah, buang masa.
Baik, minta Yang Berhormat Arau, kita ada keperluan.
Yang Berhormat, perkataan buang masa tarik balik. Kalau kamu hendak buang masa, saya Ahli Parlimen. Saya berhak!
Buang masa, unparliamentary.
Awak pergilah keluar! Kalau awak hendak buang masa dengan saya, awak pergi keluar. Awak duduk di situ bukan kerana duit awak atau duit bapak awak. Ini duit kerajaan, duit rakyat!
Apa awak―
Cakap― mana semua perangai puak- puak pembangkang― EXCO Melaka kata ‘Kau kenal aku siapa?’ Ini dia kata dia kenal siapa, dia Yang Berhormat Menteri. Timbalan Menteri lah― Timbalan Menteri cabuk tu. [Dewan Ketawa]
Cabuk, cabuk pun Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri teruskan.
Samalah, whatever-lah. I dont care-lah. No problem-lah. Small matter-lah
So I don’t care also.
Have fun, have fun.
I don’t care, I don’t care.
Have fun, okey relax.
Why you worried so much.
Have fun, have fun.
Baik, sila Timbalan Menteri teruskan.
Saya kan Tuan Yang di-Pertua― bila Yang Berhormat Arau kata duit rakyat, saya tahan hendak ketawa ni. Akan tetapi, saya tahan sahaja, sebab apa― dahulu masa curi duit 1MDB ini, itu bukan duit rakyat? So, kena― please-lah kalau cakap itu, kena cermin diri dululah. Sekarang sibuk― duit rakyat! duit rakyat! Dahulu masa duit hilang, itu duit rakyat kah, bukan duit rakyat? Jawab lah!
Yang Berhormat bagi jawapan bertulislah. Dia jawab merapulah, Yang Berhormat Menteri ini Yang Berhormat Menteri ini, tidak jawab apa pun.
Yang Berhormat Menteri Undang- undang ini... Yang Berhormat Menteri ini siuman kah tidak siuman?
Bagi jawapan bertulis sahaja lah! Duduk tidak mahu dengarlah!
1MDB mahkamah putuskan― kalau bersalah, salah! Ini baru isu ini telah di bawa oleh mahkamah. Mahkamah belum putuskan. Awak Yang Berhormat Menteri Undang-undang!...
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Ini Timbalan Menteri Undang- undang tidak faham undang-undang ini.
...undang-undang.
Apalah Timbalan Menteri. Low class punya standard-lah.
Awak belajar sekolah mana dahulu?
Di mahkamah ini― mahkamah rakyat pun kena dengar juga. Kalau mahkamah rakyat ikut macam mahkamah undang-undang...
Low class punya Yang Berhormat Menteri...
Apa ini? Macam ini kah Yang Berhormat Menteri Undang-undang?
Apa ini? Yang Berhormat Menteri Undang-undang jawab macam ini... di Cameron Highlands kalah, semua kalah.
Sekarang ini mahkamah rakyat telah hukum dia di Cameron Highlands mereka telah hukum di Semenyih, akan dihukum di Rantau. Itu mahkamah rakyat.
Tidak mengapalah, tidak mengapalah. Hukumlah apa hukum pun tidak kisah lah. Tidak mengapa, kami kalau kalah, kami tidak macam
orang gila macam orang mabuk, macam tidak betul ini. Kami relaks, kami gentlemen. Ini kalah, macam orang mabuk ini, apa hal ini?
Baiklah, Terima kasih sila Timbalan Menteri. Saya minta...
Peraturan Mesyuarat Perkara 36(6)― saya minta dia tarik balik sekarang juga perkataan ‘orang gila’ dan ‘orang mabuk’. Saya Ahli Parlimen Yang Berhormat. Perkataan― saya tidak minum, saya tidak minum
Siapa yang panggil Yang Berhormat Arau gila, kenapa Yang Berhormat Arau perasan? Tidak ada siapa yang panggil Yang Berhormat Arau gila.
Apa ini― saya hendak beritahu begini...
Tidak, perkataan 36(6)― saya 36(6) tarik balik perkataan gila, mabuk.
Yang Berhormat Arau, let me― saya tidak cakap sesiapa pun...
Tuan Yang di-Pertua saya hendak tanya satu soalan.
I’m not referring to anybody. Baca dalam 36(6,) dia merujuk kepada Ahli Parlimen. Saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya tidak sentuh Yang Berhormat Arau pun. Kenapa Yang Berhormat Arau marah sangat ini? Tidak akan... pula.
Bagi peluang jawab Yang Berhormat Tanjong Karang. Bagi peluang Timbalan Menteri jawab soalan Tanjong Karang.
Yang Berhormat, saya hendak bagi tahu beginilah, kita ini Yang Berhormat kalau kita kalah atau menang pilihan raya ini, sepatutnya kita relaks lah. Jangan, jangan...
Kita relaks Yang Berhormat , Sepang saya hendak tanya satu soalan.
Yang Berhormat Sepang minta laluan sedikit.
Okey, silakan, silakan. Daripada mana? Pengkalan Chepa. Ada soalankah?
Yang Berhormat Pengkalan Chepa? Yang Berhormat Kubang Kerian?
Mana satu ini?
Saya bagi Yang Berhormat Pengkalan Chepa dahulu, silakan.
Dia Timbalan Menteri― Yang Berhormat Kangar duduk diam, Yang Berhormat Kangar tahu tulis Facebook buat fitnah sahaja.
Laluan kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa dahulu.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, sila. Diberi laluan sila.
Terima kasih kepada Menteri, eh Timbalan Menteri. Silap, saya pun tersasul sebab dia sebut dia Menteri tadi. Saya ingat sudah ada reshuffle. Saya bangkitkan dalam perbahasan saya, berkaitan dengan kesalahan Yang Berhormat Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang menggunakan aset kerajaan yang viral video itu dan ada tidak dalam jawapan Yang Berhormat Sepang untuk diberi?
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Okey, tidak mengapalah. Walaupun saya sudah pindah kepada isu PMO, tetapi oleh sebab Yang Berhormat Bachok tanya soalan tentang SPR lagi― meraikan juga soalan Yang Berhormat Bachok, saya kata sebenarnya ada jawapan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pengkalan Chepa eh? Saya ingat Yang Berhormat Bachok lagi, minta maaf. Yang Berhormat yang setakat dalam catatan setakat ini tidak ada lagi.
Nyanyuk.
Nanti jawapan bertulis. Jangan takut Yang Berhormat saya akan bagi jawapan bertulis.
Tidak, saya hendak ada kaitan yang sama ini. Akan tetapi, Yang Berhormat...
Sekejap Yang Berhormat Tanjong Karang ini isu pilihan raya atau isu PMO? Sekarang saya sudah berpindah...
Okey saya tanya ini tadi, yang pasal PAC tadi, sudah selesai belum?
Isu apa?
Jawapan pasal Pengerusi PAC tadi, sudah jawab kah belum? Sudah jawab belum?
Sudah habis, sudah habis. Silakan Yang Berhormat.
Saya hendak tanya jawapan.
Bila? Saya sudah bagi jawapan, tidak dengar kah?
Apa jawapan ia?
Sila Yang Berhormat Tanjung Karang, sila.
Ya Allah― Saya sudah kata tadi, jawapan saya― Dalam manifesto memang kita letak PAC, Pengerusinya adalah daripada pembangkang dan kita laksanakan. Bila kita laksanakan, telah pun― asalnya kita minta Ketua Pembangkang. Akan tetapi, Ketua Pembangkang tidak mahu. Diletak kepada Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran pegang PAC― masa itu pembangkang. Lepas itu pindah, sebab tidak tahan dengan Barisan Nasional. Itu saya sudah bagi jawapan. Sekarang ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata sepatutnya oleh sebab dia sudah bertukar―itu perkara di luar kemampuan.
Yang Berhormat...
Sekejap-sekejap― saya hendak menjawab ini tetapi semua bangun ini, apa ini?
Bagi peluang Timbalan Menteri habiskan jawapan.
Sebab bahasa kurang sopan.
Yang Berhormat Sepang saya...
Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh? Boleh saya?
Jangan takut, jangan takut relaks. Biar saya terangkan dahulu boleh?
Boleh saya?
Boleh-boleh jangan takut.
Yang Berhormat boleh saya? Kita cakap dengan bahasa yang baik.
Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Bera, biar saya jawab dahulu okey. Nanti saya bagi.
Biar Timbalan Menteri jawab dahulu.
Yang Berhormat Sepang sedikit lagi.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang, status sekarang ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah membuat kenyataan. Saya sudah menjawab tadi bahawa dalam― apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi kenyataan, ada daripada kalangan kami tidak setuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah bersuara. Menunjukkan bahawa Pakatan Harapan ini memilih kebebasan bersuara, membenarkan kebebasan bersuara. Jadi sekarang ini Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah membuat kenyataan bahawa beliau mesti menimbang semula. Jadi, saya rasa sekarang ini kita akan timbang― kita akan cari betul-betul yang ahli pembangkang yang bersih betul-betul, kita akan lantik sebagai Pengerusi PAC, mungkin. Akan tetapi, saya tidak pastilah dapat cari yang bersih, tidak tahu lah. Akan tetapi, Insya Allah kita akan cari yang bersih. Puas hati? Okey silakan.
Point of Oder.
Yang Berhormat Sepang, sedikit, sedikit. Yang Berhormat Sepang...
Point of Oder. Yang tadi belum selesai― Point of Oder 36(4), sebab dia menggunakan bahasa yang tidak sopan. Dia menggunakan ‘gila’ dan ‘mabuk’ ini Yang Berhormat, 36 (4).
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
[Dewan Ketawa]
Minta Yang Berhormat Sepang respons.
Okeylah, tidak mengapalah. Saya malas hendak panjangkan ini. Kalau betul lah saya cakap tadi, ‘gila’ dan ‘mabuk’ merujuk kepada Yang Berhormat Tanjong Karang, saya mohon maaflah Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya faham Yang Berhormat Arau memang― Yang Berhormat Arau bukan mabuk dan bukan gila. Saya tarik baliklah perkataan gila dan mabuk itu. Saya harap Yang Berhormat jangan lepas ini jadi macam orang mabuk lagi.
Timbalan Menteri ada 18 minit sahaja lagi.
Terima kasih, Timbalan Menteri― Timbalan Menteri bagi jawapan bahawa Pakatan Harapan committed untuk melantik Pengerusi PAC― dari segi latar belakangnya, sejak tahun 2004 ia berselang seli. Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi tidak daripada satu blok. Bermaksud kerajaan satu, timbalan dia mesti sini. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang, kedua-dua jawatan itu ada pada kerajaan. Bukankah ini satu tindakan yang tidak mengikut manifesto Pakatan Harapan, pertama. Kedua, saya tengok kamus, kalau perkataan “committed’― “ed" - past tense, bermaksud bukan akan commit. Maksudnya, mestilah dalam apa sekali keadaan itu adalah petuanya, ia patut dipatuhi. Saya hendak minta, apakah Yang Berhormat cerita tadi ada Menteri, Timbalan Menteri, dia tidak setuju― itu lain. Tindakan secara collective daripada kerajaan, itu yang kita lihat. Bukan kata kenyataan Yang Berhormat Menteri ini, Ahli Parlimen itu, itu kata tidak boleh― banyak kes lagi hendak selesai. Dia kena banyak kes― tidak mengapalah. Akan tetapi, prinsipnya tetap Pengerusi PAC pada pembangkang― tidak kira siapa. Mungkin dia tidak berapa pandai kah, tidak berapa bersih sekalipun. Itu kita akan bincang, kalau tidak betul kita hendak hukum orang ini. Hukumlah, tidak ada masalah. Mesti mengikut lunas undang-undang. Jadi committed maksud― “ed", “committed’, “ted’! yang bermaksud bukan akan dibuat, sudah dibuat dan pasti akan dibuat.
Terima kasih Ayer Hitam. Sila Timbalan Menteri.
Sudah janji tadikan? Okey, saya hendak menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri, iaitu kalau Pengerusi PAC masih dipegang oleh Yang Berhormat Beluran― Yang Berhormat Beluran kini menjadi anggota kerajaan. Pengerusi daripada anggota kerajaan― Timbalan Pengerusi, kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Ipoh Timur kan?
Yang Berhormat Ipoh Timur juga daripada anggota kerajaan. Oleh sebab itu saya faham, ada di kalangan DAP sendiri pun tidak bersetuju perkara itu diteruskan― di kalangan PKR juga tidak bersetuju.
Jadi kalau kesemuanya dikuasai oleh kerajaan, persepsi kepada PAC itu saya rasa tidak baik kerana di kalangan Ahli PAC ini saya lihat golongan yang profesional dan sebagainya dan mereka very professional dalam menjalankan tugas mereka. Jangan diburukkan persepsi terhadap mereka ini. Saya mengucapkan tahniah kerana keberanian Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan mengkritik perkara ini secara terbuka dan kita harap Perdana Menteri sepatutnya Perdana Menteri yang mendengar suara, bukan suara daripada pembangkang tetapi suara daripada ahli sendiri. Tidak akan ahli sendiri bercakap pun Perdana Menteri tidak hendak dengar. Jadi saya harap, saya harap Yang Berhormat Menteri yang saya rasa berani bercakap dengan Perdana Menteri, segerakanlah pelantikan Pengerusi PAC daripada kalangan pembangkang.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Bera. Saya akui ia satu perbahasan yang baik terutamanya Yang Berhormat Bera. Ini menunjukkan Ketua Pembangkang ini dia boleh menunjukkan satu sikap yang baiklah. Tahniahlah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Jangan takut Yang Berhormat. Perdana Menteri kami ini, Perdana Menteri yang pertamanya dia akan dengar cakap orang. Keduanya kita tak risau. Dia ini komited hendak lawan rasuah. Jadi saya percaya beliau akan bersedia mendengar. Dia bukan Bossku yang tidak tahu malu.
[Dewan riuh]
Sebab dia adalah Bossku yang sebenarnya sering mengatakan bahawa dia rasa risau jika orang tidak ada rasa malu. Saya sudah dengar banyak kali Yang Amat Berhormat Langkawi mengatakan sepatutnya kita orang Malaysia ini ada rasa malu kalau buat rasuah dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, saya hendak beritahu, Yang Berhormat kita ini telah membuat kenyataan bahawa dia bersedia untuk timbangkan semula.
[Bangun]
Jadi jangan takut. Kita ada dipanggil, Pakatan Harapan ini ada Majlis Presiden dan sebagainya, akan bincang semua benda ini. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, isu pelantikan daripada pembangkang ini telah pun dilakukan cuma masalahnya apabila berlaku pertukaran Ahli Parlimen bertukar kem ini, itu yang menyebabkan berlakunya perubahan itu.
Tidak payah ulanglah. Tidak payah ulang, tidak payah.
Sekejap, sekejap. Beri saya jawab dahulu.
Hendak sikit boleh?
Jadi saya hendak mengatakan begini, apa Yang Berhormat cakap semua ini akan didengar dan kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan dengar mana pendapat-pendapat yang baik dan kita akan pertimbangkan. Jangan takut. Tunggu dahulu.
Sedikit.
Kalau Yang Berhormat rasa hendak sangat pembangkang jadi ini, sila kemukakan calon. Tadi Yang Berhormat Ayer Hitam kata, “Kalau tidak bersih pun tidak apa”. Janganlah. Pilih yang bersih.
Kita sudah hantar dah.
Sebab kita hendak check wang negara...
Yang Berhormat, tengok balik Hansard apa yang saya cakap. Yang Berhormat kata mungkin orang itu tidak sesuai. Saya kata, kalau apa sekali keadaan pun, kita lantik, kalau orang itu didapati tidak bersih, hukumlah orang itu. Tidak jadi masalah. Bermaksud ia melalui apa yang dijanjikan, proses itu kita akan pilih dan pembangkang akan kemukakan satu cadangan. Itu sahaja. Yang Berhormat, itu cerita lain. Tidak payah cakaplah.
Okey fahamlah itu.
Baik, terima kasih.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat saya sedikit sahaja.
Okey. Okey. Sekejap ya Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat...
Kita beri kepada Yang Berhormat Bera sekejap, selepas itu kita beri kepada Yang Berhormat Pasir Salak.
Untuk makluman Yang Berhormat...
Akan tetapi jangan lama-lamalah. Saya ada 17 minit lagi.
Okey, okey. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sudah hantar dah nama cadangan yang kita cadangkan tersebut kepada Speaker pada 1 Mac. Sudah lama. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh ambil tindakan.
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hebat ini Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat kata Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bossku tidak malu. [Disampuk] Dengarlah saya belum habis cakap lagi. Sekarang ini tengok rakyat kata macam-macam kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir. Apa pasal dia tidak malukah? Orang kata, “Hancinglah, penipulah”, macam- macam. Pasal apa?
Bapa segala pelingkup.
Bapa pelingkuplah apalah. Yang Berhormat baca kah atau tidak ini? Buka WhatsApp, social media. Cuba tanya dia malukah atau tidak?
Semua penyokong Barisan.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak, baik. Terima kasih.
Betul atau tidak? Kedua, hendak lantik pembangkang ini, apa hendak takut Bossku? Lantiklah pembangkang sebagai pengerusi.
Sila.
Saya sebenarnya beri peluang ini saya ingat dapat soalan-soalan yang bermutu tetapi tidak ada bermutu. Minta maaflah. Akan tetapi walau macam mana pun saya ingin mengatakan beginilah...
Social media. Baca, jangan tidak baca sekarang ini. Haa teruk kena bantai.
Yang Berhormat, berilah saya. You are— let me reply first.
Pakatan Harapan is waiting your days is walk of numbered.
Okey, okeylah. Our days are numbered it is okay lah. Tidak payah main-main. Dahulu pun macam itu cakap. Kami sudah biasa dengar macam itu. Itu skrip lama, skrip basi. [Ketawa] Sudah biasa dengar dah. Berilah skrip baharu.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Skrip apa benda? Tunggu DUN Rantau tidak lama lagi. Selepas Semenyih, Rantau pula.
Ya, tahu. Selepas itu Malaysia pula. No problem. Tidak apa. By all means, kita ini demokrasi. Sekejap kita jadi kerajaan, sekejap kita jadi pembangkang. Itu perkara biasa. Jangan takut, relaks. [Disampuk] Tidak takut, baguslah. Tak
takut kena pakai songkok tegak sedikit. [Ketawa] Minta maaf ya. Jadi saya harap Yang Berhormat kawanlah. Ini makan kawan sahaja ini. Jadi saya hendak kata begini Yang Berhormat, tentang... [Disampuk] [Ketawa] Saya hendak beritahu begini Yang Berhormat. Yang Berhormat saya hendak bagi tahu beginilah sebenarnya Yang Berhormat, saya amat bersetuju, sebenarnya saya bersama dengan Yang Berhormat semua tentang pelantikan PAC ini daripada pembangkang. Bagi saya kita komited yang itu. Jadi Yang Berhormat jangan risau. Perkara ini akan dibincangkan. Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, setakat yang saya sudah lebih kurang 11 bulan mesyuarat dengan beliau, saya dapati beliau seorang yang sebenarnya bersifat terbuka dan suka dengar cakap orang. Tadi Yang Berhormat kata dia hentam macam-macam. Yang Berhormat, saya hendak beritahu Yang Berhormat. Saya Yang Berhormat, dahulu pun saya tidak setuju dengan Yang Berhormat Langkawi. Masa dahululah, masa sebelum jadi kerajaan tetapi Yang Berhormat, mungkin kita tidak setuju dengan dia tetapi tidak pernah seorang pun dia saman masa dia jadi Perdana Menteri. Akan tetapi sekarang ini, masa Yang Berhormat dahulu pun boss Yang Berhormat jadi Perdana Menteri, sama orang, pergi mahkamah tetapi saman-saman tarik balik. Jadi amat berbeza...
Yang Berhormat tidak tahu cerita dulu-dulu. 30 tahun dahulu, 40 tahun dahulu. Dia Yang Amat Berhormat Langkawi jadi Perdana Menteri yang sumbat orang masuk penjara apa semua, termasuklah Yang Berhormat Port Dickson apa semua dan kita-kita orang itu. Dialah!
Yang Berhormat, jangan samakanlah. Yang Berhormat, tidak ada manusia yang perfect.
Termasuk Yang Berhormat Bagan pun masuk. Ini Yang Berhormat Pokok Sena pun masuk tetapi sekarang sudah jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, okeylah.
Memali, Memali.
Baik, Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang, sembilan minit lagi.
Yang Berhormat, saya hendak katakan begini Yang Berhormat. Semua orang tidak ada yang tidak buat silap. Ada buat silap, jangan takut. Bila dia buat silap Yang Berhormat, sekurang-kurangnya, sekarang ini dia hendak berubah. [Disampuk] Jadi saya harap Yang Berhormat sabarlah. Jadi saya hendak terus kepada...
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jawapan bertulis, cukuplah. Mengarut-mengarut sudah ini.
Saya beri huraian ya Yang Berhormat. Okey, SPRM ya. SPRM saya teruskan kepada Yang Berhormat daripada...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Johor Bahru tetapi yang dicelah ialah Yang Berhormat Kapar.
Yang Berhormat, SPR tadi tidak jawab lagi. Yang Berhormat yang kata tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok.
No. Tinggal lapan minit saya terpaksa laju sedikitlah Yang Berhormat.
Tidak, sedikit sahaja. Yang Berhormat...
Seterusnya Yang Berhormat...
Boleh bagi jalan tak?
Okey, Yang Berhormat Tanjong Karang ada mencelah ketika Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan tentang isu tentang siasatan dilakukan sedalamnya terhadap kes terowong di Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat, berhubung siasatan SPRM ke atas isu terowong di Pulau Pinang seperti mana yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang semasa pencelahan okey dan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, pihak SPRM telah mengemukakan Kertas Siasatan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan Kertas Siasatan telah pun dikembalikan dengan arahan untuk siasatan lanjut. Jadi adalah tidak benar untuk kita membuat mana-mana pihak membuat andaian bahawa SPRM telah menutup kertas siasatan terhadap kes ini. Jadi kes ini sebenarnya dalam siasatan lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini berasal daripada saya. Dia mencelah itu. Saya tahu apa fakta dia. Ini...
Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Beri saya jawab dahulu.
Bukan dia tanya. Apa yang saya cakap lebih daripada itu. Satu kenyataan telah dibuat oleh SPRM pada 4 Mac 2019 yang mengatakan bahawa enam Kertas Siasatan telah dibuka dan tiga telah dipulangkan daripada PDRM, SPRM dan mereka kata kena siasatan lanjut dan dua lagi masih di meja PP dan satu dalam siasatan. Itu jawapan. Saya hendak tanya, apakah kandungan laporan polis yang dibuat oleh SPRM tentang apa yang terbongkar itu? Itu penting, kalau kandungan itu kata sesuatu yang tidak betul, kita kena bersihkan nama pemimpin itu. Ini bukan main-main isu ini. Kedua, kalau kandungan itu kata, perkara itu benar, pembongkaran telah dibuat, ini lagi bahaya. Macam mana dokumen ini dapat terbongkar sebegitu? Jadi, ini demi keutuhan dan integriti SPRM. Apa yang saya pentingkan integrity reputation. SPRM, apa kandungan? Kalau dia dapat sahkan kesahihan apa yang diceritakan, dibongkar itu benar. Kalau tidak, kenapa tidak diambil tindakan? Saya hendak tahu, apakah kandungan itu dan enam Kertas Siasatan. Saya tidak kata dia tutup. Tiga dipulangkan. Sudah ada tempoh 17 bulan. Kenapa begitu lama sekali sampai hari ini ADC belum buat keputusan satu pun daripada enam. Saya minta penjelasan itu secara spesifik. Kalau tidak ada jawapan, bertulis boleh.
Okey, tidak apa. Saya akan jawab. Kalau tidak lengkap, saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat, sebenarnya kalau laporan polis itu Berhormat, saya hendak beritahu Yang Berhormat, it is a public document. Yang Berhormat boleh mohon pun hendak dapatkan laporan polis. It is a public document under the law. Jadi Yang Berhormat, everybody is untitled to look into the contents of the...
Saya minta di Dewan ini belum dapat lagi.
Bukan hendak minta dekat Dewan. Bukan Dewan yang sediakan laporan polis. Minta dengan polis, bukan Dewan.
Hari ini yang mewakili SPRM ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri atau Yang Berhormat Menteri, sebab itu saya minta. Apakah kandungan itu? Boleh tidak dibuat pengesahan? Itu sahaja soalan yang begitu simple.
Itu yang saya hendak ajar Yang Berhormatlah, untuk mendapatkan laporan, itu kena minta dengan polis.
Kalau itu– sebab itulah wakil rakyat bangkitkan di Dewan ini.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Itulah saya pun tidak faham. Yang Berhormat ini faham ataupun tidak?
Yang Berhormat, saya ada pengalaman sedikit sebagai seorang pegawai undang-undang. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat hendak laporan polis, Yang Berhormat can engaged your lawyer, write to the police asking for the police report police.
Saya ada pengalaman sebagai Ahli Parlimen empat penggal. Saya juga ada kuasa di Dewan ini bertanya soalan yang berkaitan dengan rakyat, ini lagi keutuhan integriti SPR, itu sahaja. Takkan macam itu pun tidak boleh jawab, Yang Berhormat? Bertenang, bertenang, bertenang. Kita relaks, okey.
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Sekejap Yang Berhormat. Sekejap. Bagilah saya jawab dahulu. Yang Berhormat, tidak ada mana-mana orang yang mempertikaikan Yang Berhormat ialah wakil rakyat untuk bercakap, tidak ada orang mempertikaikan. We never dispute benda itu. Siapa yang mempertikaikan? Tidak ada orang mempertikaikan pun. Yang Berhormat yang mempertikaikan diri sendiri. Saya tidak ada mempertikaikan pun. Saya hendak katakan begini Yang Berhormat, oleh sebab– Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, kes jenayah ini tidak ada tempoh masa. Yang Berhormat kata sudah berapa tahun, kenapa tiada pendakwaan? Yang Berhormat, Yang Berhormat patutnya merasa malu bangkitkan soal itu. 1MDB kalau tidak ada perubahan kerajaan, tidak ada pendakwaan, Yang Berhormat kena faham itu.
Yang Berhormat, saya tanya secara spesifik perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan. Oleh sebab itu saya minta Yang Berhormat jawab secara spesifik. Kalau tidak, lain kali hantar Menteri jawab. Lebih ada standard tidak boleh. Ini saya bertanya satu soalan yang begitu khusus sekali, saya minta jawapan. Itu sahaja Yang Berhormat. Kalau tiada jawapan, saya hendak buka jalan bagi secara bertulis, kalau susah sangat hendak jawab, itu sahaja.
Yang Berhormat, bukan tiada jawapan Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak sabar tunggu jawapan, itu masalahnya. Yang Berhormat, saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Pangkalan Chepa, sabar dahulu. Yang Berhormat Ayer Hitam ini ada, sabar.
Semua sabar menunggu jawapan Menteri.
Yang Berhormat kenalah sabar. Okeylah, saya bagilah SPRM. Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan- mencadangkan SPRM memaklumkan kesahihan kebocoran dokumen berkaitan pembinaan terowong. SPRM kini sedang membuat laporan polis. Yang Berhormat soal itu, yang saya soal– yang saya bangkitkan isu lain, Yang Berhormat tidak sabar. Untuk makluman Yang Berhormat.
Kedua-dua pun saya bangkitkan, Yang Berhormat tengok Hansard.
Sabar dulu, saya hendak jawab, Yang Berhormat tidak bagi. Untuk makluman Yang Berhormat Ayer Hitam, pihak SPRM telah membuat laporan polis. SPRM buat laporan polis, tadi itu bukan SPRM punya laman web, tadi lain. Jadi Yang Berhormat kena fahamlah. I’m talking...
Yang Berhormat, saya pun tidak sebut! Yang Berhormat baca baliklah! Saya pun tidak faham, Yang Berhormat ini faham atau tidak.
Yang Berhormat. Saya jawab.
Yang Berhormat ini tidak faham.
SPRM telah buat laporan polis pada 28 Februari 2019 dan laporan itu berkaitan dengan kebocoran dokumen berkaitan pembinaan terowong, okey. Jadi, kes tersebut kini dalam siasatan polis. Jadi, saya harap Yang Berhormat kena berikan masa pada pihak polis untuk menjalan siasatan. Oleh sebab laporan polis....
Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kali pertama mengesahkan itu kebocoran dokumen daripada SPRM. Jadi, minta siasat betul-betul. Terima kasih.
Kalau Yang Berhormat sabar daripada tadi, Yang Berhormat dengar, Yang Berhormat dapat jawapan. Yang Berhormat tidak sabar tadi.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon mencelah. Bandar Kuching, boleh mohon mencelah isu SPRM?
Sekejap. Sekejap Yang Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Pasir Puteh ada? Tiada. Boleh ya, Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak membawa satu - merujuk kepada kes spesifik berkenaan SPRM juga. Saya baru-baru ini menerima jawapan
daripada kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa satu kes siasatan SPRM terhadapan mantan Ketua Menteri di Sarawak. Walaupun laporan siasatan itu diberikan kepada AG pada masa itu, Tan Sri Ghani Patail tetapi beliau pada masa itu telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan tersebut. Jadi sebenarnya, di Sarawak kita semua tahulah, kita ada satu joke. Kalau kita baling satu batu, ia akan terpantul kepada satu projek yang berkaitan pada individu tersebut, selepas itu akan dipantulkan pada satu lagi projek yang berkaitan dengan individu tersebut. Oleh itu, saya ingin memohonlah kalau kementerian boleh lihat semula kertas siasatan laporan SPRM itu. Walaupun AG telah menutup kes itu, tidak bermaksud tiada elemen-elemen rasuah itu. Ini akan menghantar mesej yang penting kerana sesiapa pun, walaupun ada posisi kuasa kah atau apa, mereka juga haruslah menghadap ke muka pengadilan jika ada apa-apa kegiatan rasuah. Jadi, apakah pandang Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan masalah ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, isu berkaitan dengan mantan Ketua Menteri Sarawak. Memang saya akui memang banyak laporan polis, laporan SPRM dibuat. Memang kalau ikut daripada catatan yang saya dapat ini, bahawa kes ini pada masa dahulu tidak pernah didakwa oleh Peguam Negara yang lepas. Akan tetapi saya hendak tegaskan kepada Yang Berhormat Bandar Kuching, dari segi isu criminal ini kita tidak perlu takut. Walaupun kerajaan lama mungkin melalui Peguam Negara tidak membuat sebarang pendakwaan, itu tidak bermakna kerajaan sekarang tidak boleh mengambil tindakan. Jadi, kita Yang Berhormat, Peguam Negara yang ada sekarang ini sentiasa mengambil sikap...
Yang Berhormat, peraturan. Peraturan. Peraturan. Peraturan 36(7), 36(8) dan sebagainya. Kelakuan Sultan, Yang Dipertua Negeri tidak boleh dikaitkan di dalam Parlimen ini. Tuan Yang di-Pertua, tolong stop yang tadi.
Saya minta hadkan. Ya, sila. Penjelasan.
Yang Berhormat merujuk kepada Yang Berhormat Bandar Kuching ke?
Ya, Yang Berhormat Bandar Kuching tadi membangkitkan tentang Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Saya cuma tanya penjelasan sama ada siasatan laporan SPRM itu boleh dilakukan, kenapa takut sangat?
Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan yang tanya ini bukan berkaitan dengan kapasiti sebagai TYT, sebagai bekas Ketua Menteri Sarawak. So, saya rasa kita kena bezakan itu. Melainkan kita mempertikaikan apa yang sedang dipegang sekarang. Saya rasa sekarang ini tidak pernah ada orang mempertikaikan tentang apa yang berlaku kepada TYT Sarawak. Apa yang sekarang kita bangkitkan, soalan tadi adalah berkaitan dengan ketika kapasiti sebagai Ketua Menteri Sarawak yang semua orang tahu telah banyak laporan. Jadi, dia tanya saya adakah- kepada SPRM ataupun pihak Peguam Negara, ada dakwa? Jadi, saya memberitahu bahawa oleh sebab dalam undang-undang jenayah tidak ada had masa, walaupun mungkin Peguam Negara pada masa lepas tidak mendakwa, di sini tidak bermakna Peguam Negara sekarang tidak boleh mendakwa, itu sahaja.
Baik. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Mana salahnya dari segi perundangan?
Boleh saya baca?
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, beri petua. 36(8) kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu atau Tuan- tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata atau mana-mana Suruhanjaya Jabatan Kerajaan yang ditubuhkan menurut bahagian 10 dalam perlembagaan atau ahli Suruhanjaya Pilihan Raya atau sesiapa sahaja ketua negeri, ketua-ketua negara, negeri-negeri yang bersahabat dengan Malaysia, tidak boleh disebutkan kecuali dengan keluarkan usul bersendiri bagi maksud tersebut. Maknanya, kalau usul okey tetapi kalau tidak, tidak boleh disebutkan kelakuannya dan sebagainya.
Terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk membuat penggulungan kerana masa telah tamat.
Oleh sebab tidak ada apa-apa ini, saya teruskanlah penggulungan. Penggulungan saya beginilah, banyak sebenarnya isu lain saya hendak jawab GICC, SPK, MAMPU, bahagian undang-undang.
Menteri.
Oleh sebab masa yang terlalu mencemburui kita semua, maka segala soalan-soalan yang ditanyakan itu saya akan jawab secara bertulis. Oleh kerana saya ingin tadi memberikan masa yang secukupnya untuk Yang Berhormat, khususnya daripada pembangkang untuk bertanya soalan. Oleh sebab saya rasa inilah ruang untuk mereka dapat bercakap dengan lebih mewakili rakyat. Oleh sebab itu saya beri masa. Oleh sebab mereka ini adalah wakil rakyat yang hendak bercakap bagi pihak rakyat. Saya beri masa. Sekian, terima kasih.
Memang suka pun ditanya. [Ketawa]
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri JPM. Saya ada bangkitkan perkara mengenai dengan rang undang-undang yang bakal dibentangkan di Dewan yang mulia ini mengenai dengan perlembagaan, satu, dua. Saya menyatakan adakah pihak kerajaan merujuk kepada Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak mengenai perkara ini? Saya mohon jawapan bertulis.
Yang Berhormat, sebenarnya semua ada. Sebenarnya memang saya tadi hendak cadang hendak bagi juga tetapi masa, Yang Berhormat. Jangan takut.
Akan jawab bertulis.
Sabarlah. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, jangan takut. Untuk isu-isu yang melibatkan Artikel 1(2) yang menyentuh MA63, memang ada, kita akan bagi jawapan bertulis. Jangan takut, Yang Berhormat. Kita kerajaan yang melaksanakan janji, kita akan tunaikan janji. Sekian, terima kasih.
Termasuk juga hukuman mati, kedudukan terkini, apa status dia, bagi secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin menjemput Ahli Parlimen Parit Buntar, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk buat penggulungan. Masa 45 minit. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]
Yang Berhormat Pasir Salak senyum sebab apa Yang Berhormat Pasir Salak? Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk membuat penggulungan yang saya kira terakhir bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya kira banyak soalan-soalan yang ada kepentingan khususnya di kementerian saya yang melibatkan beberapa isu yang boleh saya gariskan di sini. Dengan izin Allah jika kesemuanya dapat dikendalikan dengan baik, kita akan selesaikan 14 isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat sekalian. Kesemua 14 isu itu ialah tentang isu menangani penghinaan agama yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih di atas keprihatinan. Kemudian, isu penguatkuasaan undang-undang terhadap penghinaan agama. Kemudian juga isu unit pemantauan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bera. Program pemahaman Islam juga dibangkitkan. Dan isu yang cukup panas sampai hari ini diulang-ulang dan ditanya iaitu LGBT daripada Yang Berhormat Rantau Panjang. Kemudian, isu-isu berkaitan dengan LGBT seperti
undang-undang yang sedia ada. Ada juga yang bertanya tentang fatwa di peringkat kebangsaan tentang Sisters in Islam. Begitu juga isu penggunaan maqasid syariah yang dibangkitkan, vaksinasi, sijil halal, nafkah isteri yang diceraikan dan juga satu soalan tentang pembangunan iaitu sekolah menengah agama di Labuan dan juga tentang isu semasa iaitu khitan wanita Islam yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Kuala Nerus, dan soalan yang paling diminati ramai iaitu Tabung Haji. Jadi terpulang kalau rakan-rakan boleh tengok mana yang prioriti itu untuk dijawab...
Sayalah prioriti.
...Untuk memastikan soalan-soalan yang diajukan itu dapat kita selesaikan. Perangai buruk barang dijauhi, Dari jauh pandang sekilas, Tidak semua saya dapat penuhi, Kami cuba menjawab sepenuh ikhlas. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kami di Jabatan Perdana Menteri berkongsi hasrat yang sama dengan semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan soalan-soalan tentang kepentingan umat Islam iaitu mengangkat martabat Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dimulakan dengan kepentingan bersama ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang yang merupakan isu yang menjadi kepentingan semua pihak iaitu membangkitkan persoalan sejauh manakah tindakan dan hukuman yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu menghina Rasulullah SAW. Untuk makluman, semua kita yang ada di Dewan ini dan yang di luar sana sudah sedia maklum bahawa menghina Rasulullah SAW, menghina agama adalah merupakan satu tindakan yang salah dan berdosa. Maka, sebab itu kita mengambil langkah-langkah yang serius untuk melindungi dan mempertahankan kedudukan serta kesucian Islam sebagai Agama Persekutuan. Walaupun di luar sana gegak gempita dan hiruk pikuk mereka yang mungkin di atas motif politik kononnya mengatakan kita tidak ambil berat, kita membiarkan orang menghina agama, menghina Rasulullah dan simbol-simbol Islam, saya menganggap, Yang Berhormat, itu hanyalah kita kata kata-kata politik. Akan tetapi, semua kita yang di sini bersetuju secara muafakat bahawa tidak ada mana-mana rakyat Malaysia mahupun yang bukan orang Malaysia yang diberikan hak untuk menghina mana-mana agama, apatah lagi menghina agama Islam dan juga junjungan besar kita Muhammad SAW. Itu kita terima sebagai sesuatu yang tidak ada pertikaian. Cuma, mungkin yang hendak dirakam di sini ialah apa langkah yang kita ambil bagi menanganinya sebagai kerajaan. Dan sudah tentulah ada di sana kelemahan-kelemahan dan di sinilah kita berbincang macam mana perkara itu dapat dibaiki. Bagi membendung keadaan ini, undang-undang sedia ada telah diperuntukkan bagi menghalang mana-mana individu dan kumpulan daripada menghina kesucian agama Islam dan kemuliaan Rasulullah SAW. Saya mulakan dahulu dengan apa yang terkandung dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan yang memperuntukkan seksyen 7 bahawa... [Membaca petikan] “Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain:- (a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam.
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” Peruntukan itu dipakai kalaulah yang melakukan jenayah itu atau yang dituduh itu di kalangan orang Islam. Sudah ada peruntukan itu. Juga di peringkat negeri masing-masing sudah adapun peruntukan yang seumpamanya di negeri masing-masing. Adapun bagi yang bukan Islam, ada juga peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa... [Membaca petikan] “Barang siapa dengan perkataan-perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, atau dengan apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan, atau dengan mengelolakan, memajukan atau mengaturkan, atau membantu dalam mengelolakan, memajukan atau mengaturkan apa-apa aktiviti, atau selainnya dalam apa- apa cara lainnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan, atau mungkin menyebabkan, memudaratkan atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan, atas alasan keagamaan di antara orang-orang atau kumpulan yang menganut agama yang sama atau berlainan agama hendaklah dihukum dengan penjara bagi satu tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun”. Yang Berhormat, saya memberi contoh kepada Dewan bahawa akta yang ada dalam negara kita dan juga akta Wilayah Persekutuan tentang jenayah syariah Islam sudah pun termaktub beberapa peruntukan-peruntukan bagi menangani isu penghinaan agama, penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW dan seksyen yang saya bacakan dalam Kanun Keseksaan ini juga melibatkan penghinaan terhadap agama lain juga.
Yang Berhormat...
...Dan itu adalah satu...
Penjelasan...
...Perkara yang kita menghormati undang- undang yang ada. Akan tetapi saya kira...
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Ya, boleh saya bagi sebentar setelah saya selesai...
Sedikit sahaja, sedikit sahaja Yang Berhormat.
...Urusan...
Tengah Yang Berhormat dok bercakap. Itu...
... Untuk menyatakan apa...
Ada sedikit benda...
Tidak diberi laluan. Duduk dahulu Yang Berhormat Arau.
Apa yang ada dalam peruntukan...
Tidak...
...Peruntukan akta.
Yang Berhormat...
Bagi saya habis dahulu.
Peruntukan kami sudah habis baca Yang Berhormat. Kami sudah baca sebab itu saya hendak minta penjelasan sedikit. Kami sudah baca semua sudah.
Okey terima kasih.
Kami sudah minta penjelasan sedikit.
Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia...
Bagi Yang Berhormat Menteri habiskan dahulu.
Yang Berhormat, dia baca undang- undang yang kami sudah baca. Yang Berhormat, saya hendak tanya fasal... [Disampuk] Kami sudah baca, sudah hafal sudah.
Bagilah kesempatan Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan perbahasan...
Tuan Yang di-Pertua...
Yalah, akan tetapi Yang Berhormat Menteri sudah baca undang-undang.
Masalahnya Yang Berhormat Arau tidak tanya soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua yang dikasihi...
Yang Berhormat Arau tidak tanya soalan tadi...
...Dia baca undang-undang.
Saya menjawab untuk pengetahuan Yang Berhormat Rantau Panjang yang prihatin...
Yang Berhormat Rantau Panjang tidak faham...
...Kepada isu ini. Jadi... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Baling, sila duduk. Berikan Yang Berhormat Menteri kesempatan, silakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit sahaja. Yang ini sedikit...
Bagi— bukan Yang Berhormat...
Saya hendak begini. Tanya Yang Berhormat...
Saya rasa...
Undang-undang ini ada...
Saya tidak...
Kami sokong, kami... [Pembesar suara dimatikan] Kami sokong undang-undang ini.
Laluan tidak diberikan. Yang Berhormat Arau duduklah. Duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dia tidak bagi laluan, duduklah. Macam mana? Ikut peraturan. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Kalau Yang Berhormat Arau bersabar sedikit, soalan yang akan ditanya itu saya sudah ada jawapan dia bahawa undang-undang bukan segala-galanya. Itu...
Yang Berhormat, tolong jawab bahawa undang-undang ini bagus tetapi dari segi penguatkuasaan. Sekarang saya hendak tanya
berapa orang yang telah diambil tindakan? Apakah tindakan yang diambil itu serta-merta ataupun segera?
Tuan Yang di-Pertua...
Sebab ini melibatkan sentimen...
Ya, ya.
...Agama, perkauman. Jadi oleh sebab penguatkuasaan itu lambat menyebabkan orang marah. Jadi Yang Berhormat, saya hendak minta yang itu sahaja, bukan kita hendak bergaduh. Saya memang suka Yang Berhormat walaupun orang kata Yang Berhormat ‘mujahat’, saya kata Mujahid. Ya, terima kasih.
[Ketawa] Itu dia sudah mula sudah. Ya, silakan.
Saya tidak kenal ‘mujahat’, nama yang diberikan oleh ayah saya ialah Mujahid.
Yang Berhormat, nama Mujahid. Saya suka nama itu.
Terima kasih.
Terima kasih.
‘Mujahat’ saya tidak kenal. Ya, ya, ada itu— kalau itu saya kata, kalau Yang Berhormat Arau bersabar ada jawapannya berapa yang sudah ditangkap. Dalam Kerajaan Pakatan Harapan, kita tidak lengah-lengah.
[Tidak jelas]
Siapa yang bersalah kita tangkap berbanding dengan kerajaan dahulu, semua ada di sini.
Ini cari pasai. Ini cari pasai lah ini. Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri, semua sabar. Dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri dahulu. Silakan.
Saya minta Yang Berhormat Menteri bersabar. Jangan sebut kerajaan dahulu, tidak bagus sebab ini mengundang kepada pergaduhan. Yang Berhormat Menteri agama. [Pembesar suara dimatikan]
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Kita masuk kepada soalan tadi ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjawab siapa yang sudah kena, berapa aduan yang sampai. Saya hendak beritahu bahawa kita telah ada di dalam JAKIM satu jawatankuasa bersama antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kita sudah ada jawatankuasa itu. Cuma apabila timbul isu yang dibangkitkan— Yang Berhormat Arau dengarlah Yang Berhormat Arau. Tadi tanya, kalih ikut belakang buat apa?
[Ketawa]
Ini, saya duduk di depan, sini. [Pembesar suara dimatikan]
Tidak, tidak payah jawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya, tengok saya. Tengok saya. Okay, no problem.
Ya, ya. Jadi kami mengambil satu inisiatif Tuan Yang di-Pertua kerana isu ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau, dia sensitif tentang perkauman, tentang agama. Kita pun tidak mahu benda ini tidak diambil berat. Maka, kita telah menubuhkan pada 7 Mac 2019 untuk menambahbaikkan jawatankuasa yang sedia ada. Sudah ada tetapi kita hendak bagi kemas lagi. Kita menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Agama, itu nama dia. Unit Pemantauan Isu Hina Agama. Salah satu fungsi unit itu ialah memantau penulisan atau komen yang bersifat menghina agama Islam. Unit yang ini dibuat oleh JAKIM di peringkat kami secara inisiatif untuk
hendak menyelesaikan isu ini supaya tidak tersebar dan tidak merebak. Sama ada menghina Allah, menghina Nabi, menghina ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berkaitan. Aduan yang kami terima untuk makluman yang seterusnya ditanya oleh Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Parit ada di sini. Macam mana kita telah— tangkapan kesalahan yang tadi Yang Berhormat Arau tadi juga turut berminat untuk bertanya. Dalam kita punya unit ini, kita telah menerima sebanyak...
Minta laluan....
...14,500— bagi saya bagi maklumat ini dahulu, nanti saya bagi ruang. [Disampuk] Sehingga hari ini sebanyak 14,857 mesej aduan telah diterima daripada 2,671 individu yang merupakan pengadu melalui talian tersebut. Maknanya apabila kita buka talian itu, 14,000 orang datang untuk mengadu hal-hal yang berkaitan dengan isu yang kita sedang bincangkan ini. Setelah disaring— kita kena saring sebab semua maklumat yang datang bukan semuanya betul dan bukannya semua daripada akaun yang mungkin dia fake account dan sebagainya. Maka, setelah kita membuat saringan daripada mesej-mesej yang kita terima ini, kita hanya dapati sebanyak 53 aduan yang boleh dipanjangkan. Pun banyak Yang Berhormat Arau, [Tidak jelas] bukan kata [Tidak jelas] seorang hina Nabi pun sudah cukup sudah. Tidak payah hendak tunggu banyak hina. Seorang pun kita sudah berasa tidak sedap kerana kita kena pertahankan, inikan 53 aduan. Berbanding dengan 40,857 mesej daripada 2,671 pengadu, 53 aduan ini kita panjangkan kepada SKMM. Kita ini makna membantu SKMM sebenarnya. Kita membantu SKMM untuk memudahkan kerja dia. Setakat ini terdapat beberapa kes penghinaan agama sama ada menghina agama Islam atau penghinaan agama-agama lain telah diambil tindakan. Ini jawapan Yang Berhormat Arau hendak— telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa melalui tangkapan, siasatan atau pendakwaan. Antara tindakan yang telah diambil terhadap individu-individu yang menghina agama Islam adalah seperti berikut. Kes pertama, tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Kita ada di sini— saya rasa tidak perlu Tuan Yang di-Pertua untuk saya sebut nama kot...
Tidak payah, tidak payah.
Tidak payah sebab benda ini mereka ada lagi hak untuk mengadu, untuk di peringkat rayuan. Minta maaf, di peringkat rayuan. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat Arau dan soalan asal daripada Yang Berhormat Parit sebenarnya, kita ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan— enam kes yang melibatkan menghina agama Islam, enam kes yang telah diambil tindakan. Maknanya kalau ditanya ambil tindakan tidak? Jawapannya ya, diambil tindakan. Enam kes telah kita bawa. Manakala tindakan yang diambil terhadap individu yang menghina agama lain, bukan agama Islam, dia menghina agama lain ialah satu kes yang telah pun dibawa dan telah pun dituduh. Berdasarkan peruntukan undang-undang dan penubuhan Unit Pemantauan Isu Hina Agama oleh JAKIM, jelas menunjukkan bahawa kerajaan hari ini komited dalam melaksanakan usaha-usaha untuk menangani isu penghinaan agama Islam. Itu jawapan terhadap apa komitmen kita untuk memastikan bahawa agama Islam dan agama lain pun tidak boleh dihina berpandukan kepada firman Allah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] dalam surah Al-An'aam, ayat 108. “Jangan kamu menghina mana-mana Tuhan yang diseru selain daripada Allah, kelak mereka akan menghina balik agama kamu dengan penuh permusuhan dan tanpa ilmu.” Jadi itu adalah komitmen kita yang kita telah...
Minta laluan....
...Apa kita kata usahakan untuk menjawab tadi kebimbangan, keraguan, apakah tindakan...
Minta laluan.
...Supaya benda ini sama-sama kita tangani. Oleh sebab Yang Berhormat Rantau Panjang, saya berikan ruang untuk kakanda saya bertanya.
Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri lupa Padang Serai.
Terima kasih di atas pelbagai usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani isu penghinaan kepada Baginda Nabi SAW dan kita mengharapkan perkara ini tidak terus menular.
Daripada kes yang telah ditapis tadi, kita tengok penghinaan kepada Nabi SAW, enam kes dan penghinaan orang Islam kepada agama lain hanya ada satu kes. Jadi kita harapkan supaya perkara ini tidak berlaku dalam negara kita. Persoalannya, selepas daripada kes-kes ini, adakah kes-kes baru yang diterima oleh pihak JAKIM tentang aduan yang terkini? Saya ingin tahu juga, selain daripada penghinaan kepada Rasulullah, penghinaan kepada hukum- hukum Islam, penghinaan kepada agama Islam daripada sudut undang-undang Islam. Jadi apakah perkara ini juga diambil kira dan sejauh mana komitmen kerajaan untuk memastikan hukum Islam sebagaimana termaktub dalam akta syariah yang melibatkan hukuman yang termaktub dalam pindaan akta yang berkaitan dengan Akta 355. Sejauh mana usaha kerajaan untuk memastikan undang-undang yang sebagaimana termaktub dalam al- Quran ini dapat dilaksanakan dan bukan dipermainkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Minta laluan.
Sambungan Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja.
Minta laluan, tambah sikit, Padang Serai.
Soalan sama? Yang Berhormat Kuala Nerus ada soalan lagi?
Ya, sambungan soalan. Sambungan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang, adakah Yang Berhormat Menteri ada jawapan kepada persoalan kenapa isu menghina Nabi ini dilihat semakin besar saiznya selepas era Pakatan Harapan atau mungkin ia besar ketika zaman Barisan Nasional? Mungkin ada jawapan Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat Bagan Serai. [Disampuk] Maaf, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri yang boleh katakan kita boleh salute lah. Setiap jawapan diberi tepat dan padat dan ambil tindakan yang tegas. Di samping itu juga soalan saya adalah saya memang setuju ambil tindakan tegas terhadap siapa-siapa yang menghina agama Islam sebab saya memang sanjung tinggi agama Islam walaupun saya bangsa lain, agama lain tetapi saya sentiasa sanjung tinggi. Di samping itu juga, untuk agama Islam, kita ada orang perhati dan juga ada ambil perhatian dan sebagainya. Apa tindakan akan ambil? Adakah orang memantau pada agama- agama lain? Itu soalan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih kepada yang mencelah dan bertanya. Untuk Yang Berhormat Rantau Panjang, akta yang saya bacakan tadi itu semua termasuklah menghina undang-undang Islam. Termasuk sekali dalamnya apa-apa perkara yang boleh dianggap sebagai menghina agama, menghina simbol dia, menghina ajaran dia dan menghina undang-undang yang ada di dalam agama tertentu. Termasuk di dalamnya menghina al-Quran, menghina hadis, hina Raja-raja dan hina institusi agama dan hina agama lain. Semua itu dah masuk sebagai satu perkara yang kita anggap boleh menimbulkan keadaan tidak selesa di dalam masyarakat yang berbagai-bagai kaum ini. Adapun persoalan yang ditanya sama ada kes hina Nabi ini semasa zaman dulu, sat lagi saya kata kerajaan dulu, dia orang marah. Yang Berhormat Arau marah saya. Saya tak mahu main isu kerajaan dahulu dan kerajaan sekarang Yang Berhormat Kuala Nerus sebab saya rasa isu hina Nabi ini, siapa-siapa sahaja yang jadi kerajaan sementelah yang ada kuasa, dia kena pastikan tidak berleluasa. Saya rasa dia punya semangat dia di situ. Bukan nak buat perbandingan dulu tak banyak walaupun saya tak berani kata tak banyak, status penghinaan Nabi yang zaman sebelumnya juga ada tetapi bila saya buat perbandingan daripada segi tindakan pantas, walaupun kami menerima berpuluh ribu, berbelas ribu tadi tetapi yang betul-betul genuine
dalam 50 lebih dan yang dah diambil tindakan itu enam dan kita ambil secara pantas. Itu saya boleh jaminlah. Adapun saya hendak buat perbandingan kenapa hari ini berbanding dulu tak banyak yang hina, hari ini hina Nabi, itu politik. Itu sebenarnya suatu soalan yang boleh membawa kita kepada tidak fokus kepada isu kita nak jaga kesucian agama. Selain daripada itu, yang ditanya kes ini ada lagi tak. Sebenarnya yang kita update tadi, yang kita bagi ini adalah yang terkini untuk pengetahuan Yang Berhormat Rantau Panjang, yang terkini.
Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya bagi lagi gambaran tak? Bahawa isu ini tidak sangat hanya tertakluk kepada undang-undang, kita meyakini sebagai law maker, bukanlah undang-undang itu jawapan kepada segala-galanya. Itu kita kena bersetujulah. Ada kaedah lain yang kita cuba buat iaitu kita cuba mendamaikan hubungan antara agama yang ada dalam negara ini. Jikalau hubungan antara agama itu damai maka tidak ada mana-mana orang yang akan menghina mana-mana agama. Oleh sebab itu kita ada buat baru-baru ini Perhimpunan Solidariti Kedamaian sebagai satu jambatan di mana pelbagai ketua agama yang ada, kita telah menyatukan supaya ketua- ketua agama ini menjaga pengikut mereka. Jangan cari ruang supaya ada di sana bermusuh- musuhan, berbenci-bencian antara agama.
Ya.
Setiu.
[Bangun]
Sebab itulah saya minta kalau boleh, usaha- usaha yang merentas kepentingan semua ini boleh disokong oleh semua pihak. Ia bukan soal isu kepartian ataupun isu pihak tertentu. Agama sama ada agama Islam atau agama lain yang telah diberikan kuasa dan hak mereka di dalam Perlembagaan, perlu kita jaga sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan kedamaian.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, sikit sahaja.
Setiu, minta penjelasan.
Jadi yang ramai ini, mana satu yang hendak tanya?
Setiu, Setiu.
Sikit, sikit sahaja.
Sikit sahaja. Saya nak setuju dengan Yang Berhormat Menteri.
Siapa yang bagi?
Yang Berhormat Pendang dia kata setuju lepas itu dia balunlah.
Tak, tak. Ini cerita, tak balun dah.
Yang Berhormat Menteri, Setiu sikit Yang Berhormat Menteri.
Saya setuju bila Yang Berhormat Menteri kata...
Yang Berhormat bagi kepada siapa, Yang Berhormat? Yang Berhormat Pendang?
Okey, boleh yang lain duduk?
Duduk dulu, duduk.
Saya nak bagi dekat Yang Berhormat Setiu. Saya tak pernah dengar suara Yang Berhormat Setiu sebenarnya, saya rindu suara Yang Berhormat Setiu. Sila.
Yang Berhormat Setiu dulu, silakan Yang Berhormat Setiu.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut bahawa penghinaan Islam ini termasuk penghinaan terhadap undang-undang Islam. Adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan tindakan kepada sesiapa yang didapati menghina undang-undang Islam seperti undang- undang hudud dan qisas? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya bagi dekat Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Pendang, silakan.
Saya setuju bila kita dah boleh mendidik ke arah keharmonian tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, setiap bangsa dan agama saling menghormati. Akan tetapi sekarang ini kita dapati insya-Allah Yang Berhormat Menteri, umat Islam tidak pernah menyentuh ataupun menghina mana-mana agama tetapi masalah sekarang ini, adakah kaedah baru di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri untuk mendidik orang-orang bukan Islam supaya menghormati agama Islam di Malaysia yang kita dah harmoni selama berapa puluh tahun dan elok tetapi lately, akhir-akhir ini kita tengok penghinaan ini semakin menjadi-jadi. Jadi adakah satu kaedah untuk mendidik orang yang bukan Islam menghormati kita dalam negara kita supaya keharmonian itu berterusan. Saya tak balun kali ini, saya tak balun.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat tadi sebut kita tidak benarkan dan kita akan mengawal siapa-siapa jua yang menghina termasuk menghina Nabi. Ada beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang secara tidak langsung menghina Nabi, macam mana? Apa tindakan yang diambil? Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan pernah menyebut bahawa Nabi pun tak tunai janji. Ini memberi gambaran seolah-olah Nabi juga tak baik semata-mata kerana tak tertunainya hajat untuk bawa jemaah menunaikan haji. Yang Berhormat setuju tak yang itu juga sepatutnya tidak disebutkan?
Masuk dalam isu tabung hajilah lepas ini.
Lepas ini isu tabung haji, kita minta tabung hajilah. Yang lain-lain itu boleh bertulislah.
Tanjong Karang.
Saya minta laluan juga sikit.
Yang Berhormat Tanjong Karang dulu, sila.
Yang Berhormat Menteri, ini bila Yang Berhormat bercakap pasal hak Islam dalam Perlembagaan, saya ada sebut dalam ucapan saya. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, kita ada hak dalam Perlembagaan. Nak tanya Yang Berhormat, apa rasionalnya Menteri Kewangan memberikan mock cheque kepada Yang Berhormat sebagai Menteri? Jadi, itu hak Yang Berhormat dan dah diluluskan dalam bajet. Mengapalah hanya Menteri Kewangan bagi mock cheque ini kepada Yang Berhormat Menteri Agama? Adakah Menteri Kewangan ini dia lebih tinggi daripada Menteri Agama? Ini yang saya hendak tahu. Apa rasionalnya? Baru-baru ini juga di Yayasan Restu, yang lima juta itu saya difahamkan memang tiap- tiap tahun kita bagi. Mengapa dibawa Menteri Kewangan dan Yang Berhormat jadi Menteri pengiring? Adakah Yang Berhormat ini jadi Menteri pengiring kepada Menteri Kewangan dalam memberikan bantuan kepada Islam? Tak kah Yang Berhormat bercadang kot nak jemput Menteri Kewangan rasmi tilawah ke nanti? Nak bagi penghormatan?
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sikit saja.
Saya berasa menyesal pula bagi ruang sebab bila sudah digress dia sudah lari tajuk kita bercakap. Ini dah lebih - itu saya kata tadi kalau kita drag kepada isu political tidak habis lah ya, sebab semua orang tahu.
Ya. Yang Berhormat sikit sahaja saya tambahan sebab daripada soalan saya.
Boleh dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak move on.
Ya, sila.
Yang Berhormat Menteri saya ingin tanya sikit.
Saya ada lagi 10 lagi. Tadi dia orang marah saya fasal Tabung Haji.
Saya ingin penjelasan berkaitan yang sama sikit saja.
Saya sudah bagi ruang kepada ....
Ya, ya saya terima kasih.
Saya penjelasan ..
Disebabkan jawapan Yang Berhormat tadi berkaitan dengan pelanggaran agama Islam, melanggar hukum Islam. Saya ingin takut terlepas sebab kata hendak jawab Tabung Haji. Isu yang berkaitan dengan NGO yang melanggar peraturan sebagai mana yang disebutkan sistem Islam yang memang telah difatwakan sesat dan banyak dakwaan-dakwaan yang memang bercanggah dengan Islam itu sendiri termasuk dengan isu berkaitan hukum faraid, isu berkaitan dengan pentafsiran Al-Quran. Begitu juga LGBT yang sangat bertentangan dengan Islam. Sejauh mana tindakan terhadap golongan ini? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Rantau Panjang bersabar jawapannya ada di sini.
Yang Berhormat, sikit saja 30 saat Yang Berhormat. 30 saat.
Saya rasa tidak adil tadi Yang Berhormat Pendang bangun. Tadi Yang Berhormat Setiu bangun.
Ya.
Saya rasa saya kena respond. Ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu. Macam saya katalah semua perkara yang menghina agama tidak kiralah menghina hukum hudud kah, menghina hukum qisas kah yang merupakan perkara yang memang sudah ada dalam syariat kita, maka itu boleh dianggap menghina dengan syarat mesti ada aduan, mesti ada pendakwaan mesti dibawa ke mahkamah. Itu isu proses biasa tapi secara menyeluruh apa saja yang menghina agama Yang Berhormat Setiu boleh letaklah apa dia tetapi semua itu mesti dibawa ke muka pengadilan itu yang dimaksudkan. Adapun yang ditanya oleh Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang sebagai seorang Islam kita tidak perlu berasa kita juga kena ada satu perasaan kita tidak boleh hina agama lain juga itu saya rasa jelas mesej yang hendak dibawa dan kepada yang bukan Islam pun kita mengharapkan agar mereka juga tidak ...
Tuan Yang di-Pertua, saya minta tolong Yang Berhormat Menteri jawab ini bertulislah. Saya minta jawab fasal Tabung Haji sebab kami tunggu ini semata-mata Tabung Haji. Cakap Tabung Haji Yang Berhormat, jangan jawab bertulis. Saya hendak minta lagi satu Yang Berhormat..
Bagi Menteri habiskan jawapan pada yang lain.
Saya habiskan. Jadi saya..
Yang Berhormat telah bagi jawapan kepada saya ini Islam sama Islam pun bergaduh ini. Yang Berhormat bagi jawapan saya fasal wahabi...
Kalau Yang Berhormat Arau berdiri begini.
Yang Berhormat Arau, ikut Peraturan Mesyuarat. Menteri hendak habiskan penjelasan berilah peluang. Silakan.
Bagi penjelasan itu kami minta bertulislah. Minta jawab Tabung Haji sekarang.
Tanggungjawab kita untuk jaga agama ini kita sudah kata dalam..
...... kami faham sudah, minta jawab bertulis.
Ini saya tidak cakap dengan Yang Berhormat Arau, saya cakap dengan Yang Berhormat Pendang sebab dia tanya tadi. Jadi maksudnya sama sahaja Yang Berhormat Pendang, kita tidak boleh hina agama dia, dia tidak boleh hina agama kita. Soal siapa yang hina lebih siapa yang hina kurang itu benda tidak kira. Seorang pun dia sudah anggap satu jenayah sudah dan saya telah sebut tadi ada juga kes yang menyebabkan agama lain juga turut dihina.
Soalan saya tadi perancangan mendidik, adakah plan perancangan untuk hendak ...
Soalan – Ya, sudah tentu ...... Saya setuju, macam saya kata tadi kalau kita hendak teruskan dengan undang-undang keseluruhannya tidak akan selesai masalah sebab ...
Tabung Haji, Tabung Haji. Ada tinggal 12 minit lagi. Adinda Mujahid, tolong jawab fasal Tabung Haji. Ini kekanda...
Menteri sudah hendak habis menjawab. Silakan.
Yang Berhormat Arau tidak menentukan apa yang saya hendak kena cakap apa yang saya tidak perlu cakap. Terima kasih.
Awak adinda saya, dengarlah cakap saya. Nurul kekanda...
Tengok.
Silakan.
Selaras juga dengan usaha kita yang kalau boleh saya potong ini saya try potong fasal dia tanya sebab isu LGBT. Isu LGBT pun saya rasa sudah jelas kita telah buat stand yang cukup terang dan jelas dan nyata bahawa LGBT kita tidak boleh terima dalam masyarakat kita dan dalam undang-undang kita dan ia telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita menerima itu sebagai dasar yang cukup terang dan jelas. Jadi saya harap lepas ini tidak ada orang yang timbul sebab benda ini kalau timbul ia lebih politik daripada perkara yang sebenarnya dan kita terima kasihlah di atas orang kata semangat kita untuk sama-sama menangani isu yang dibangkitkan.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih isu yang sama.
Ok lagi.
Apa yang saya bangkitkan ialah kenapa perarakan LGBT boleh berlaku kalau perkara itu memang tidak dipersetujui oleh kerajaan tapi perarakan golongan ini berlaku.
Tinggal 10 minit saja lagi. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Kritikal. Itu soalan yang kita sudah jawab sudah minta polis ambil tindakan untuk isu itu sebenarnya macam mana. Ia isu perhimpunan wanita kah isu perhimpunan LGBT. Kita faham isu itu adalah isu perhimpunan wanita dan kelompok ini datang tiba-tiba dia melaungkan apa yang didengar di dalam tularan. Maknanya itu bukan
ada kena mengena dengan kita bagi izin, kita bagi ruang. Itu saya kata jawapan itu dia lebih - soalan itu lebih kepada political daripada hendak selesaikan masalah yang sebenarnya. Saya masuk kepada isu - ini penting saya rasa. Tadi dia tanya tentang Sisters in Islam. Saya ingin jelaskan di sini bahawa untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa mengambil serius berkenaan ajaran-ajaran yang menyeleweng dari aspek akidah dan syariah. Saya bercakap di atas Kerajaan Federal ya. Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah Kebangsaan) kali ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan pandangan berhubung dengan aliran pemikiran liberal, hukum dan implikasinya kepada Islam di Malaysia. Yang dirujuk kepada satu pertubuhan itu pemfatwaan dan juga penguatkuasaan itu di negeri Selangor. Jadi kita tidak campur tangan urusan fatwa di peringkat negeri. Di peringkat kebangsaan kita membuatnya secara umum tanpa kita merujuk kepada mana-mana NGO. Jadi itu sahaja yang saya boleh jawab dalam konteks Sisters in Islam yang telah dibangkitkan. Yang Berhormat Kubang Kerian ..
Terima kasih Yang Berhormat Menteri saya ingin penjelasan.
Yang Berhormat Menteri.
Adakah dengan jawapan Yang Berhormat Menteri ini bermakna Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan pelbagai perkara yang bercanggah dengan Islam yang kita fahami dan sebagai mana yang telah difatwakan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Adakah makna Kerajaan Persekutuan tidak mengiktiraf apa yang telah dikeluarkan fatwa oleh Majlis Fatwa di peringkat negeri-negeri? Jadi apakah maksudnya sehingga tidak berani mengatakan apa yang mereka buat itu memang bercanggah dengan Islam. Banyak perkara-perkara isu yang mungkin tidak cukup masa kita hendak kupas di sini tentang penyelewengan yang telah dibuat oleh Sisters in Islam dan pelbagai hukum berkaitan dengan syariat Islam termasuk juga berkaitan dengan pandangan mereka terhadap beberapa syariat Islam itu sendiri sangat bercanggah dengan Islam.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri lebih arif sebelum ini sebenarnya. Sama-sama kita sebelum ini...
Sila ya.
Saya menjawab di atas kuasa Federal. Saya tidak ada kuasa di peringkat negeri. Jadi tidak bolehlah drag saya untuk saya campur tangan urusan-urusan negeri dan itu satu [Tepuk] saya ingat itu..
Tak. Sumber kuasa negeri itu adalah daripada Federal. Jangan cuba hendak pusing, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Setiu.
Daripada mana tadi? Pengkalan Chepa ya. Yang Berhormat Pengkalan Chepa pun duduk ini sebagai Ahli Parlimen. Tidak akan tidak tahu list negeri, tak akan tak tahu list federal jadi kita menghormati dan saya ingin jelaskan..
Yang Berhormat Menteri. Minta penjelasan sikit Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin jelaskan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Bila saya kata itu tidak semestinya kita mengiakan. Itu cerita lain. Kita memberikan secara umum. Sebab itu saya kata saya hanya menjawab ...
Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak canggah pandangan Yang Berhormat Menteri.
Saya hanya menjawab di peringkat Federal.
Yes, sekarang bercakap dengan Federal. Yang Berhormat Menteri.
Kalau kita hendak bincang benda fatwa ini Tuan Yang di-Pertua, tidak habis.
Yang Berhormat Menteri, saya bacakan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah kuasa Menteri.
Tadi dia tanya fatwa. Saya jawablah fatwa yang ini mai pula akta pula.
Ya, sekarang saya bacakan fatwa. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Seksyen 12, pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu dipenjarakan sehingga dua tahun. Itu di bawah bidang kuasa Wilayah Persekutuan. Itu Federal juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ..
Apa fatwa yang melanggar? SIS melanggar fatwa.
Saya menyebut tadi di peringkat Federal dan di peringkat Federal, dia tidak sebut pun Sisters in Islam.
Ini wilayah ada Federal.
Dia- bukan. Ini Muzakarah Kebangsaan.
Muzakarah Kebangsaan milik Kerajaan Persekutuan.
Muzakarah Kebangsaan tidak ada ....... pemisahan kepada satu entiti tertentu, dia buat secara umum. Terpulang kepada negeri itu, dia tengok apa masalah dia maka dia mengeluarkan..
Baik. Soalan saya ialah menurut kepada Yang Berhormat Menteri...
Saya tidak habis ini Tuan Yang di-Pertua.
Ya. Saya ingat boleh beralih ke topik lainlah.
Yang Berhormat Setiu minta laluan sedikit Yang Berhormat Menteri?
Saya minta Menteri jawab secara bertulis. Enakmen Wilayah Persekutuan menyatakan langgar fatwa boleh dipenjarakan sehingga dua tahun. Fatwa mana nak dilanggar? Fatwa kebangsaan atau fatwa yang mana?
Yang Berhormat Kuala Nerus, fatwa apa? Apa yang dia tanya tadi, Yang Berhormat Rantau Panjang tanya pasal Sisters in Islam secara khusus. Fatwa kebangsaan— nanti. Duduk, duduk.
Ada kaitan, ada kaitan.
Tak, tak. Di peringkat Persekutuan, muzakarah kebangsaan, dia tidak sebut identiti organisasi. Itu dia maksudnya.
Yang Berhormat Menteri minta laluan sedikit Menteri. Saya hendak tanya pandangan peribadi Yang Berhormat Menteri.
Saya masuk kepada isu— ini kita tidak main peribadilah. Sini kita mewakili Kerajaan. Mana boleh saya cakap atas peribadi. Akan tetapi soalannya datang daripada Yang Berhormat Jasin tahu. Yang Berhormat Jasin hadir ke tidak ini?
[Dewan riuh]
Tabung Haji.
Yang tanya Yang Berhormat Jasin.
Ya, tidak apa it’s okay.
It’s okay. Ya. Okey. Saya akan jawab tentang Tabung Haji berpandukan kepada persoalan Yang Berhormat Jasin yang ingin mengetahui tentang tarikh pengumuman hibah dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2018, kos dan subsidi bagi setiap jemaah haji, pihak yang menanggung subsidi haji dan kerugian kepada pendeposit akibat pemindahan aset Tabung Haji. Itu soalan dia. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat Jasin, pengumuman hibah tahunan bagi tahun 2018 akan dibuat setelah semakan terhadap kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2018 dimuktamadkan. Dengan kata lain, tidak lagi dimuktamadkan kerana kita masih lagi terikat dengan pelbagai kekangan-kekangan untuk memastikan kedudukan kewangan yang berakhir 2018 mematuhi sepenuhnya penggunaan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS 9) iaitu polisi tentang rosot nilai. Kita ada masalah sedikit di situ sebab kita hendak supaya kali ini kita hendak buat yang the best. Kali ini kita hendak buat yang terbaik. Oleh kerana ada kekangan-kekangan itu, kita belum tutup akaun. Tuan-tuan sendiri Yang Berhormat tahu sebelum kita hendak tutup akaun, kita kena kemas kini supaya kita dapat menambah baik pelan penstrukturan pemulihan Tabung Haji dan yang lebih penting kira dapat menunaikan untung yang boleh diagihkan ataupun yang dinamakan sebagai hibah. Ini penting supaya pengagihan hibah yang akan dibuat mengikut syarat-syarat. Saya ingin rakamkan di sini Akta Tabung Haji 1995, sebelum ini selama empat tahun berturut-turut hibah telah dikeluarkan bercanggah dan melanggar dengan Akta Tabung Haji itu sendiri. Saya tidak mahu sebut siapa yang pegang masa itu. Akan tetapi dia melanggar Akta sehingga menyebabkan satu masalah yang Bank Negara telah pun memberikan amaran tetapi tidak diambil apa-apa kiraan oleh pimpinan. Oleh sebab itu, bila kami ambil alih, perkara pertama yang kami lakukan untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian ialah memastikan imbangan antara aset dengan tanggungan itu diselesaikan dahulu. Oleh sebab itu kami mengambil masa, Yang Berhormat Arau sebelum kami betul-betul boleh mengisytiharkan hibah. Saya hendak maklumkan di sini bahawa setelah kita melakukan restructuring kepada Tabung Haji dan untuk menjaga kebajikan orang-orang yang pergi haji sebab Akta Tabung Haji di sini jelas menunjukkan bahawa fungsi utama lembaga ialah untuk menjaga kebajikan jemaah haji. [Sambil menyelak helaian buku] Oleh kerana kita prihatin hendak jaga kebajikan jemaah haji, maka kita telah melakukan pelan penstrukturan dengan kita meletakkan aset-aset yang tidak perform di satu sudut yang kita bubuh bawah SPV dan yang mana yang masih boleh perform kita jaga. Kenapa? Sebab tujuan utama perkara tersebut dilakukan adalah untuk mengimbangi balance sheet antara aset dengan liabiliti. Saya hendak maklum dalam Dewan yang mulia ini, setelah kita melakukan instrumen itu, kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji pada penghujung tahun 2018 yang belum audit sebab tidak boleh hendak keluar kita tidak audit, tetapi setakat yang ada ini, kita dijangkakan memiliki aset berjumlah RM76.5 bilion berbanding jumlah deposit dan tanggungan sebanyak RM75.5 bilion. Maknanya apa? Kita telah berjaya mengimbangi antara tanggungan dan aset. Yang ini jangan politikkanlah, tolonglah. Ini adalah usaha yang kita telah buat dan kita telah berjaya dan ini ialah satu success story. Kerajaan Pakatan Harapan sudah tentu mengambil inisiatif yang cukup besar Tuan Yang di-Pertua bagi menyelamatkan Tabung Haji. Saya minta di sana janganlah kita gunakan isu Tabung Haji ini sehingga ada yang kata, kita keluarlah daripada Tabung Haji. Janganlah kita simpan lagi kerana kononnya ini sudah disalahgunakan kuasa, sudah diletakkan bawah ini, bawah ini. Saya kata, ini akhirnya akan rugi siapa? Yang ruginya kita suruh orang Islam keluar daripada satu aset yang terbesar yang ada dalam Negara kita. Oleh sebab itu saya kata kepada Tuan Yang di-Pertua, isu ini...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, pendeposit sudah tunggu lama, sabar. Sudah hendak masuk bulan April sudah. Saya hendak bagi ingatan jangan. Ini peringatan kebaikan untuk...
Saya duduk dahulu biar dia cakap puas-puas hati sebab saya pun masa sudah habis.
Untuk kebaikan kerajaan kerana kalau berlaku run on the bank, semua orang keluar deposit, jangan salahkan mereka.
Kerajaan nanti bermasalah besar. Seramai sembilan juta lebih pendeposit yang telah mendepositkan wang mereka daripada muda sampai ke tua. Ada yang simpan duit RM5,000, ada yang RM10,000 daripada titik peluh mereka. Mereka sabar ini. Jadi, jangan Yang Berhormat serahkan main politik, serahkan kepada pengurusan, tiada had masa. PNB pun sudah umum.
Tuan Yang di-Pertua boleh saya respons sikit.
Lagi satu, kenapa SPV itu dikuasai, dipengerusikan oleh seorang yang bukan Islam.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya... [Pembesar suara dimatikan]
Ya. Silakan Menteri.
Yang lain boleh duduk, biar saya jawab supaya jawapan saya ini didengar oleh seluruh rakyat.
Harta itu Tabung Haji mengikut akta. Mengikut akta mesti diuruskan oleh orang Islam.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri akan menjawab, silakan.
Pertama, saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak tadi mungkin dia tidak dengar apa yang saya kata pada awal bahawa priority kita, keutamaan kita adalah untuk kita hendak tutup lubang besar yang telah ditinggalkan oleh sebelumnya. Itu satu fakta, jangan kita hendak bahas di sini. Itu satu fakta. Nanti dahulu saya...
Mana ada lubang-lubang, dahulu tiada lubang pun?
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Sila duduk.
Kita kena jujur, kita jangan...
Jujurlah ini. Jangan buat paper shuffling. [Pembesar suara dimatikan]
Lakukan supaya tidak berlaku yang kata tadi apa run tadi itu? Kita sudah dapat kawal, sebab kita telah mengembalikan keyakinan orang kepada Tabung Haji dalam pimpinan yang baharu dan paling utama, success kita yang kita cerita kepada orang ini yang cuba ditutup ialah kita telah berjaya tutup lubang itu yang ditinggalkan. Sekarang dengan itu kita hendak finalize supaya kita dapat menjalankan— nanti dahulu saya jawab...
Kalau ada lubang dahulu, tidak bolehlah dia orang hendak... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berilah kesempatan kepada Menteri untuk menjawab.
Itu keutamaan.
Yang Berhormat Menteri sudah menjawab, bagi tidak mengikut akta.
Pelan penstrukturan Tabung Haji, keutamaan kita ialah menutup lubang itu. Itu satu realiti.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Salak, jangan hendak cuba sembunyi-sembunyikan itu.
Yang Berhormat Menteri, bagi Lenggong peluang Menteri.
Ini Yang Berhormat, sebutkan lubang itu. Apa dia lubang itu?
Lubang yang kami dapat dalam laporan 2017 ialah RM4.1 bilion dan bila kita ambil alih...
Yang Berhormat.
...hari itu masa 2018 sudah hampir RM9 bilion...
Yang Berhormat. Bagi Lenggong jawab sikit, tanya sikit.
...Defisit antara...
Ini Yang Berhormat, yang bagi jawapan masa kerajaan dulu ialah pegawai juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab bagi... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tapi kenapa pegawai yang sama bagi jawapan...
Saya menjawab bagi mewakili Tabung Haji.
Superman mana yang boleh kambus lubang dalam masa... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Kalau Yang Berhormat semua mencelah begini rupa, mungkin Menteri lebih baik kalau memberi jawapan bertulislah.
Yang Berhormat, bagi peluang Lenggong sikit perkara yang sama.
Tak, tak. Saya hendak jawab Yang Berhormat Pasir Salak...
Yang RM4 bilion boleh tutup dalam masa beberapa bulan kah?
Yang Berhormat, laporan audit dibentangkan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Berikan kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Saya dah sebut...
Laporan audit dibentangkan setiap tahun di Dewan ini. Adakah Yang Berhormat hendak mengatakan bahawa... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Lenggong ikut peraturan mesyuarat, macam mana bangun terus bercakap ini.
Itulah yang kita buat syarikat tujuan khas.
Yang Berhormat, bagi peluang sikit Lenggong.
SPV kemudian mengeluarkan sukuk yang mana kita ada RM10 bilion kita sandarkan kepada aset Tabung Haji Yang Berhormat Pasir Salak. RM10 bilion kita sandarkan pada aset Tabung Haji okey.
Yang Berhormat, bagi Lenggong sikit. Perkara yang sama, perkara yang sama.
[Dewan riuh]
Hendak bagi ke tidak? Tak bagi.
Saya nak jawab, saya tak habis jawab lagi Yang Berhormat Pasir Salak ini supaya nanti jangan, biar dengar betul-betul.
Okey, kejap lagi bagi saya ya.
Biar dengar betul-betul. RM9.9 bilion itu adalah juga satu sukuk yang kerajaan secara terus membiayainya supaya dapat dengan itu. Kita ada RM19.9 bilion yang dengan itulah kita dapat cover apa yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum daripada ini. Jadi tidak timbul mana dalam tiga bulan boleh selesai, memang boleh selesai. Oleh sebab itu bila SPV kita tubuh, kita dah sebut dia punya Ahli Lembaga Pengarah SPV Datuk Ahmad Badri bin Mohd. Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang hari itu Yang Berhormat Pendang tanya, saya pun dah bagi jawapan bertulis. Yang Berbahagia Datin Rashidah Mohd Sies; Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Shukri bin Hussin; Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera, Encik Mohd. Hassan Ahmad, Timbalan Setiausaha Fiskal dan Ekonomi; Encik Amri Abdul Hadi Abdul Wahab, Ketua Seksyen Bahagian Fiskal.
Tak apa yang itu Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Ya.
Ini Prokhas kah? Prokhas kah? Ini syarikat Prokhas Tuan Yang di-Pertua.
Saya cakap ini SPV.
Yang tadi sebut-sebut lembaga pengarah itu.
Ini SPV urus setia jemaah, urus harta jemaah.
Ya tetapi urus setia jemaah tidak ada kuasa, you serah kepada Prokhas lebih!
Tidak, tidak. Bukan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pasir Salak, bila bertanya sesuatu kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri ingin menjawab secara lengkap, berilah kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri. Itu adab berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bagi penjelasan yang dia kata Prokhas. Boleh duduk sekejap, duduk, duduk.
[Bangun]
Ya, duduk, duduk. Lah tadi tanya.
[Dewan riuh]
Prokhas bukan mengendali, dengar sini Yang Berhormat Pasir Salak, saya ada depan ini. Sat lagi jangan cakap lain di belakang. Prokhas adalah satu syarikat yang diperbadankan oleh MOF untuk menjaga bukan, ia tidak ada urus harta jemaah ini, ia ada kuasa eksekutif yang menentukan. Prokhas bukan jaga SPV ini sahaja, ia ada tiga lagi yang ia jaga Prokhas ini, tiga lagi syarikat yang dia jaga. Keputusan semua akan kembali kepada Ahli Lembaga Pengarah SPV urus harta jemaah.
Yang Berhormat Menteri.
Kenapa Prokhas campur? Kenapa Prokhas mesti campur?
Bukan.
Kenapa tidak urus harta jemaah itu yang buat kerja ini semua, mengendalikan.
Tak, itu biasa. Ia bukan hanya jaga SPV urus harta jemaah sahaja.
Prokhas ini Menteri Kewangan punya, Tuan Lim Guan Eng.
Tidak.
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat menteri, bagi Lenggong. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua, ketika orang yang dia kata dulu tu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat Pasir Salak dengan sengaja... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Semua duduk, semua duduk, bagi Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Silakan.
Tak, kita hendak tanya pasal apa dua-dua lapis?
Prokhas, CEO nya yang kata...
Dah tubuh SPV...
Yang kata orang Cina ini, dia seorang saja pegang sebagai CEO dan dia juga tertakluk kepada ahli lembaga pengarah yang lain.
Okey, that’s it.
Dia tidak...
[Dewan riuh]
CEO report to the shareholder. Who is the shareholder? Minister of Finance!
Ini...
Dia eksekutiflah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Kita tahu sangat MOF punya.
Tuan Yang di-Pertua.
Dia mempunyai kuasa eksekutif Yang Berhormat Menteri.
[Dewan riuh]
Masa pun dah selesai Yang Berhormat, saya cadangkan beri jawapan yang bertulis sebab ini tidak boleh jadi.
Tuan Yang di-Pertua, tadi dia kata supaya pendeposit jangan lari tapi fitnah-fitnah macam inilah yang menyebabkan pendeposit lari. Sebenarnya siapa yang jaga Tabung Haji, siapa yang tak nak jaga Tabung Haji Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Dia kena jawab yang itu. Jangan main politik Yang Berhormat Pasir Salak, jangan cuba nak alihkan pandangan.
Yang nak berdalih itu mana letak kepada lembaga.
Tidak, ini pandangan racist, pandangan yang menimbulkan fitnah, pandangan yang penipuan...
Hello.
Untuk kita nak selamatkan Tabung Haji tetapi difitnah oleh Yang Berhormat Pasir Salak. [Tepuk]
[Dewan riuh]
Mengelirukan Dewan.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat...
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Macam mana Yang Berhormat Menteri boleh so emotional. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, contohi Yang Berhormat Baling, dia diam relaks saja.
[Dewan riuh]
Pakatan Harapan menipu!
[Dewan riuh]
Ya, ya saya tengah masih menunggu keadaan tenteram [Ketawa] . Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat dari Johor Bahru itu hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 2 April 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.47 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kelewatan Pembinaan Masjid Kampung Parit Bintang di Parlimen Parit SulongSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di Pertua. Saya ingin merujuk kepada usul berkaitan isu kelewatan pembinaan Masjid Kampung Parit Bintang yang terletak di Peserai, Batu Pahat yang menjadi sebahagian dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Untuk makluman, pembinaan masjid berkapasiti untuk 890 orang jemaah ini telah dimulakan pada 5 Januari 2017 dan dijangka disiapkan pada 4 Januari 2018. Kos pembinaannya adalah berjumlah RM1,699,159.26 dengan kontraktor yang telah dilantik adalah E One Multi Niaga dan bernombor kontrak, JC/T14/2016. Namun begitu, isu ini telah mula ditimbulkan oleh masyarakat setempat setelah pembinaan masjid ini hanya disiapkan sekitar 62 peratus dan lewat 28 peratus dari kadar yang sepatutnya disiapkan pada tarikh yang ditetapkan. Perkara ini secara tidak langsung telah meresahkan penduduk setempat memandangkan masjid ini menjadi keperluan buat mereka berikutan keadaan masjid sedia ada yang sempit serta agak uzur bagi menampung jumlah jemaah yang ramai di kawasan berkenaan.
Oleh yang demikian, saya mohon untuk mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian yang bertanggungjawab mengenai beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan. Pertamanya, apakah punca kelewatan pembinaan masjid ini sehingga ianya gagal disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dan sejauh manakah pihak kementerian telah memantau perkembangan pembinaan masjid sejak dari awal pembinaannya?
Soalan seterusnya, sedikit kelewatan pembinaan masjid ini pastinya akan meningkatkan kos pembinaannya. Soalan saya, apakah justifikasi pihak kementerian dalam menjelaskan hal ini dan apakah pihak kementerian boleh memberi jaminan bahawa pembinaan masjid ini nanti dapat disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat? Sekian, terima kasih.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pembinaan bagi Masjid Kampung Parit Bintang adalah berstatus dalam pelaksanaan, yang mana ia telah dimulakan pembinaannya pada 5 Januari 2017 dan tarikh siap asal adalah pada 4 Januari 2018. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh masalah aliran tunai dan masalah pengurusan pihak kontraktor, telah menyebabkan berlakunya kelewatan pelaksanaan bagi projek ini dan pihak kerajaan telah sedaya upaya membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Status kemajuan di tapak sehingga kini adalah sebanyak 85 peratus.
Untuk memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa terdekat, kerajaan dan pihak kontraktor telah membuat penjadualan semula bagi tempoh pelaksanaan projek ini dan tarikh jangkaan siap baharu adalah pada 31 Julai 2019. Penjadualan semula tidak akan memberi sebarang peningkatan kos terhadap projek ini. Kos pembinaan masjid ini kekal dengan RM1.69 juta. Agensi pelaksana Johor Corporation (JCorp), dengan izin, akan memantau rapat projek ini melalui mesyuarat tapak secara bulanan dan pemantauan secara intensif bagi memastikan kontraktor dapat menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setakat ini sebanyak 25 kali mesyuarat tapak telah diadakan sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 2 April 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.37 petang]