Dewan Rakyat · 15 July 2019
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 1,468 turns · 59,422 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — Memperkenankan Akta-Akta
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Ke-14 dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 yang lalu seperti berikut: 1. Akta Levi Pelepasan 2019;
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan kehadiran ke dalam Dewan pegawai-pegawai daripada Pejabat Wakil- wakil Rakyat Parlimen Kangar. [Tepuk] .
Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, mohon pantun jugalah. “Hari Ahad masa berhibur, Hari Sabtu tawa berderai, Enam dekad berbilion terlebur, Soalan satu dari Bagan Serai”. [Tepuk]
1. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kos menangani isu penagihan dadah dapat dikurangkan jika penagih diberi kaedah rawatan seperti Medical Assisted Therapy (MAT) daripada kaedah “Zero Tolerance” yang memenjarakan mereka dan berapakah bajet yang disediakan untuk pembelian strip ujian air kencing untuk dadah.
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak boleh jawab pantun ini tetapi saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk]
Selamat datang juga ke Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan memandang serius isu dan masalah penyalahgunaan dadah dan substance di negeri dan mengambil pelbagai pendekatan baru dalam menanganinya. Implikasi kewangan sentiasa dititikberatkan melalui inisiatif holistik yang melibatkan pendekatan psikososial, pharmacotherapy dan juga spiritual bagi memastikan kejayaan dan pengekalan kepulihan keupayaan. Kejayaan program rawatan dan pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melibatkan gabungan kerjasama dengan semua agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan yang sentiasa terjalin erat, antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan badan bukan kerajaan. Kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan menyediakan dua perkhidmatan dengan penggunaan modul-modul pemulihan psikososial tertentu seperti berikut: (i) pemulihan dalam institusi yang memberikan rawatan dan pemulihan kepada client yang memasuki fasiliti pemulihan AADK melalui seksyen 6(1a), 6(1b) dan seksyen 8(3a) Akta Penagih Dadah 1983 di Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) dan Klinik Cure & Care menggunakan psikososial, antaranya modul Cure & Care Therapeutic Community dan lain-lain; (ii) pemulihan dalam komuniti yang memberi rawatan dan pemulihan kepada client dalam pengawasan di AADK daerah di bawah seksyen 6(1a), 6(1b) dan seksyen 8(3a), 8(3b) Akta Penagihan Dadah 1983 serta seksyen 15(1a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan residen Cure & Care Service Center (CCSC) serta client Pusat Integrasi Sosial. Melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti yang juga melibatkan peranan NGO, pihak kerajaan berjaya menjimatkan kos dan implikasi kewangan dengan memberi perkhidmatan kepada 53,363 client dalam kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP), berbanding seramai 6,000 orang yang menerima perkhidmatan dalam institusi. Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Antidadah Kebangsaan membelanjakan secara purata sebanyak RM35.00 seorang untuk kos pemulihan bagi seorang penagih sehari dan secara kasarnya perbelanjaan sebulan untuk seorang penagih adalah sebanyak RM1,050 ataupun RM12,775 setahun. Dalam pelaksanaan Program Pengurangan Kemudaratan di peringkat kesihatan premier, Klinik Kesihatan telah memudahkan pesakit mendapatkan rawatan methadone. Peranan AADK membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dari sudut program psikososial dan juga psiko spiritual untuk memulihkan penyalahgunaan dadah. Terapi program Medical- Assisted Therapy (MAT) bukanlah suatu kaedah yang tunggal untuk memulihkan penyalahgunaan dadah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bajet yang disediakan untuk pembelian strip ujian air kencing bagi pengesanan dadah pada tahun 2018 adalah sebanyak RM500,000. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah KDN dan semua kementerian yang terlibat. Enam dekad berjuang memerangi dadah ini dan berbilion sudah dihabiskan sedangkan isu dadah masih menjadi-jadi. Tuan Yang di-Pertua, penangkapan dengan kaedah urin/air kencing ini, pemeriksaan air kencing dan penggunaan dadah yang sedikit ini hanya memenuhkan penjara dan kebanyakannya berakhir dengan sindrom sehenti apabila mereka keluar nanti. Soalan saya, mengapakah kerajaan tidak ikut polisi antarabangsa seperti WHO, UNODC dan juga polisi negara-negara maju seperti Portugal, Switzerland yang telah berjaya menangani masalah ini dengan memperkasakan decriminalization dan juga MAT, dengan izin, Medical- Assisted Treatment Programme daripada meningkatkan peruntukan untuk membina penjara- penjara untuk menyimpan mereka yang disabit dalam seksyen 15(1) Akta Dadah 1952. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih dengan soalan tambahan yang telah diberikan sebentar tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya cadangan pelaksanaan decriminalization penagih dadah sebenarnya sekarang ini dalam perbincangan kementerian.
Isu decriminalization penagih dadah telah mendapat perhatian sejak tahun 2017 sebenarnya melalui cadangan oleh badan-badan bukan kerajaan dalam mengkaji semula program-program, rawatan dan pemulihan yang sedang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk makluman juga baru-baru ini ada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang juga membincangkan tentang cadangan untuk decriminalization penagih-penagih dadah ini. Jadi untuk makluman masih di peringkat perbincangan kita di peringkat kementerian dan insya-Allah ia juga akan kita putuskan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, apa pula rawatan yang bersasar bagi penagih kategori dadah non psychoactive substance drugs kerana NPS ini mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak menyalahi undang-undang tetapi setelah dicampur, ia mampu menimbulkan halusinasi. Pertama masalah rawatan akan timbul kerana susahnya untuk mengenal pasti golongan ini walaupun telah diambil dadah ini. Kedua, bentuk rawatannya harus bertepatan sebab mereka selalunya diambil oleh golongan profesional dan bijak pandai. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan. Berikut merupakan enam konsep dalam rawatan dan pemulihan. Untuk makluman
(i) penagihan dadah, penyakit kronik yang mudah relaps; (ii) penagihan dadah boleh dirawat; (iii) penagihan dadah sebagai pesakit; (iv) pendekatan holistik; (v) tiada pendekatan rawatan dan pemulihan tunggal dalam mengesan untuk keperluan semua individu yang terlibat dalam permasalahan dadah; dan (vi) penglibatan keluarga, pasangan dan masyarakat penting dalam membantu pemulihan individu. Jadi, maksudnya di sini Ahli Yang Berhormat bahawa kita sebenarnya melihat keadaan ini sebagai satu perkara yang cukup serius. Oleh sebab itulah kita sentiasa berbincang dan melihat kaedah-kaedah baharu dalam memastikan agar proses-proses pemulihan ini dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa.
2. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan:- (a) berapakah perincian pembayaran semula pinjaman PTPTN mengikut pecahan umur daripada tahun 2013 hingga Jun 2019; dan (b) apakah strategi dan dasar baharu yang akan dilaksanakan Kementerian untuk menggalakkan peminjam membayar balik pinjaman ataupun Kementerian akan melaksanakan semula strategi dan dasar pentadbiran terdahulu
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk tempoh 2013 sehingga Mei 2019, PTPTN telah berjaya mengutip bayaran balik berjumlah RM6.23 bilion daripada seramai 1.13 juta orang peminjam. Perincian pembayaran semula peminjam mengikut pecahan umur seperti dinyatakan berikut. Pertamanya bagi julat umur 20 tahun hingga 29 tahun, seramai 642,410 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM3,330,319,281.96. Bagi julat umur 30 tahun hingga 39 tahun pula, seramai 449,403 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak
RM2,652,965,343.18. Bagi julat umur 40 tahun hingga 49 tahun, seramai 33,047 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM228,441,538.21. Bagi julat umur 50 tahun hingga 59 tahun, seramai 2,531 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM16,148,892.77. bagi julat umur 60 tahun dan ke atas, seramai 80 peminjam telah membuat bayaran balik sebanyak RM367,234.42. Untuk strategi dan dasar baru bayaran balik PTPTN, satu Kertas Konsultasi Rakyat atau KKR telah disediakan dan dipaparkan untuk cadangan serta pandangan rakyat mulai 16 Mei sehingga 13 Jun 2019. Dapatan daripada KKR akan diperhalusi oleh satu panel penasihat khas bagi mengenal pasti cadangan terbaik yang akan diguna pakai sebagai mekanisme bayaran balik PTPTN, seterusnya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan sekitar bulan Ogos nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Persoalan saya adalah bagaimana peminjam-peminjam PTPTN ini dapat kita jaga kebajikan mereka sebagai anak muda Malaysia apabila mereka disenaraihitamkan kembali. Bagaimanakah masa depan mereka untuk membuat pinjaman khususnya untuk membuat pinjaman rumah. Bagaimana pula kementerian mengawal selia kenaikan yuran seperti mana demonstrasi tempoh hari di hadapan Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini kita belum laksanakan senarai hitam semula seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini. Jadi itu tidak timbul persoalan di Dewan mulia ini. Seperti mana telah saya sebutkan tadi, satu Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) akan dikemukakan dan akan dibentangkan kepada Kabinet dan di situ akan terdapat semua persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya kira isu yang di depan kita ialah ada dua jenis manusia yang meminjam. Pertama yang tak nak bayar langsung, peminjam tegar lebih kurang 19 peratus. Balance itu bayar sat, tidak bayar, bayar sat, tidak bayar tetapi saya rasa harus dilihat bagaimanakah mereka yang tidak bayar langsung ini, peminjam tegar ini. Saya ingat kita kena ambil tindakan. Keduanya, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan bahawa ada kaedah lain. Contoh sekarang ini ada eWallet, teknologi yang high tech. Mungkin di antara yang kita boleh gunakan ini mereka pinjam tetapi kita juga ambil sedikit-sedikit daripada eWallet mereka. Contohnya kita adakan kaedah sebelum mereka pinjam ini, depa kena sign siap-siap apakah yang harus mereka lakukan dan harus kita lakukan selepas pinjaman dibuat. Saya rasa, kalau ini terjadi, maka yang tidak bayar langsung ini insya-Allah boleh kita kurangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani di atas cadangan yang telah diberikan. Seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, satu Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) akan dibawa dan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan Ogos nanti. Saya kira di dalam kertas tersebut segala cadangan yang baik seperti dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi ada dimasukkan dan jikalau tidak dimasukkan, saya sendiri akan membawa kepada mereka cadangan-cadangan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pertahanan menyatakan keberkesanan pengoperasian Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazaar. Apakah hala tuju penglibatan Malaysia dalam usaha kemanusiaan terhadap krisis Rohingya.
Hospital Medan Malaysia yang mempunyai kapasiti 50 katil dengan kemudahan Unit Rawatan Rapi mempunyai keupayaan penuh dalam melaksanakan pembedahan seperti pembedahan am, ortopedik serta perbidanan dan sakit puan. Selain itu, kemudahan rawatan pergigian turut disediakan oleh hospital ini. Pada masa ini, Hospital Medan ini telah dapat memenuhi sebahagian besar keperluan perubatan di kem pelarian dan ia merupakan hospital rujukan di daerah berkenaan semenjak pengoperasian pada 20 November 2017, daripada kerajaan dulu sebanyak 74,103 kes telah dirawat oleh hospital ini yang bukan sahaja memberikan rawatan dan manfaat
penduduk tempatan di kawasan Cox’s Bazaar itu sendiri. Hospital Medan Malaysia ini mendapat kepujian daripada World Health Organization dan juga Refugee Relief and Repatriation Commissioner dan juga International Committee of the Red Cross. Kehadiran Hospital Medan ini juga telah meningkatkan hubungan baik dengan negara Bangladesh dan menjadikan operasi ini sebagai medan latihan untuk meningkatkan kesiagaan ATM dalam menghadapi situasi bantuan kemanusiaan dan kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan meletakkan komitmen yang tinggi bagi pengoperasian Hospital Malaysia Medan, Hospital Malaysia di Cox’s Bazaar. Ini terbukti dengan persetujuan kerajaan untuk melanjutkan pengoperasian Hospital Medan Malaysia sehingga 31 Disember 2019. Di samping itu, Timbalan Menteri saya sendiri telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Bangladesh pada 14 Mei hingga 17 Mei 2019 yang lalu untuk menilai sendiri keadaan pengoperasian hospital berkenaan serta berbincang dengan kepimpinan tertinggi Bangladesh berkenaan hala tuju hospital berkenaan.
Pihak kepimpinan Bangladesh menyambut baik sumbangan yang telah diberikan oleh Hospital Medan Malaysia dan bercadang supaya hospital ini meneruskan pengoperasiannya hingga tahun 2021. Bagi cadangan ini, pihak kerajaan masih lagi mempertimbangkan akan kewajaran meneruskan pengoperasiannya sehingga tahun 2021 dengan mengambil kira kesan utama ke atas pelarian Rohingya itu sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa ingin bertanya, adakah dalam― sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, antara perkiraan yang diambil ialah kesan kepada pelarian sendiri sama ada kita nak lanjutkan sehingga ke tahun 2021. Adakah kita melihat tentang risiko dengan keadaan yang begitu, dengan izin, hostile di Myanmar khususnya di Wilayah Rakhine dan juga banyak pengaruh yang ada di sana untuk pelarian ini terjebak ke dalam keganasan sebagai satu perkiraan di dalam keputusan untuk melanjutkan hospital ini sehingga ke tahun 2021?
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sering dibincangkan di peringkat ASEAN. Dalam pertemuan menteri-menteri pertahanan, selalunya saya timbulkan soal apabila sekumpulan manusia berkumpul di satu tempat yang begitu sempit― misalnya di Cox’s Bazar, lebih daripada satu juta pelarian yang majoritinya orang-orang Islam yang di antaranya mereka dinafikan kerakyatan dan dihalau keluar daripada tanah air mereka. Usaha bersama dengan UNHCR kita lipat gandakan di pelbagai kementerian dan di dalam ASEAN supaya mereka ini dapat kembali ke tanah air mereka. Segala bentuk bantuan kepada pelarian ini mesti diusahakan oleh Kerajaan Malaysia dan juga badan-badan antarabangsa supaya dapat mengelakkan terutamanya bila berkumpul di satu tempat dan mereka mudah dihasut supaya bertindak tidak ada jalan lain melainkan mengangkat senjata untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air mereka. Ini adalah perkara yang perlu dielakkan dan kita berusaha terus di peringkat antarabangsa melalui Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan semua kementerian supaya Myanmar mengambil pendekatan yang lebih positif pada masa yang akan datang.
Di dalam misi-misi kemanusiaan seperti hospital medan di Cox’s Bazar ini, keperluan kepada kapal logistik sangatlah penting. Sejak daripada terjadinya kebakaran KD Sri Inderapura pada tahun 2009, apakah sebenarnya status perancangan di pihak Kementerian Pertahanan daripada segi perolehan kapal Multi-Role Support Ship (MPSS) yang sudah tentu boleh menempatkan hospital medan, kelengkapan pembedahan dan sebagainya yang lebih di dalam kawalan pihak ketenteraan kita sewaktu menjalankan operasi kemanusiaan? Terima kasih.
Sebarang bentuk peralatan, kita usahakan daripada semasa ke semasa termasuklah kita berusaha untuk meminta negara-negara lain bersama dengan Malaysia dalam hal hospital medan ini. Setakat ini Arab Saudi dan UAE bersama dengan Brunei bersama dengan kita untuk membantu hospital medan di Cox’s Bazar ini. Adapun persiapan-persiapan lain akan diteruskan terutama― walaupun dalam keadaan begitu, mereka kebanyakan yang lari ini berkeluarga. Maka hubungan kasih sayang itu tetap ada di kalangan suami isteri dan sebagainya. Di kem itu pun yang baru beranak pun cukup banyak. Oleh itu, perkhidmatan untuk menguruskan soal kelahiran ini juga penting.
Malaysia sedang berusaha bersama rakan-rakan yang lain memperlengkapkan peralatan terutama dalam hendak mengendalikan soal pengurusan beranak di kem pelarian itu. Dan semua kebajikan lain akan terus kita usahakan.
Oleh kerana tajuk ini penting, saya benarkan satu lagi soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih. Soalan saya ialah, salah satu daripada kesukaran yang dihadapi adalah berkaitan dengan repatriasi Rohingya kembali kepada, sebagaimana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Saya nak bertanya, atas semangat centrality of ASEAN, adakah Kementerian Pertahanan berhajat untuk menggunakan military diplomacy? Sebab, salah satu daripada halangan utama adalah dalam kerajaan Aung San Suu Kyi ini adalah junta. Junta masih membentuk 25 peratus daripada keseluruhan dan kementerian-kementerian utama. Saya rasa ada bijaknya juga ASEAN meneroka untuk melihat military diplomacy sebagai penyelesaian yang lebih tuntas dan lebih berpanjangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kepala Batas. Memang saya sebut tadi di peringkat Kementerian Pertahanan, bila berlaku bilateral antara Malaysia dan Burma di antara Menteri Pertahanan, kita timbulkan soal bagaimana boleh menyelesaikan hal ini. Mereka memberi jaminan beberapa kali iaitu mereka sedia menerima kembali pelarian ini yang ada identiti. Masalah yang kita hadapi sekarang ialah di antara mereka yang berhijrah ini, di antaranya mereka tidak mempunyai identiti dan tidak mempunyai kad kerakyatan dan sebagainya. Perkara ini sama ada disengajakan supaya mereka tidak ada kad kerakyatan atau tidak, itu perlu kepada penyelidikan tetapi ia menjadi kesukaran termasuk yang berada di Malaysia. Lebih daripada 160,000 sekarang ini. Akan tetapi, Kerajaan Malaysia membantu mereka sekadar yang termampu termasuklah di bawah Kementerian Dalam Negeri berikhtiar untuk membantu mereka. Akan tetapi bagi yang berada di Bangladesh, memang soal identiti ini perkara yang cukup penting. Mereka menggunakan hal ini supaya mereka ada alasan tidak menerima mereka yang tidak beridentiti. Diplomasi pertahanan akan kami teruskan daripada semasa ke semasa dan tanggungjawab ini mestilah dipertanggungjawabkan oleh semua negara-negara ASEAN untuk membantu Kerajaan Myanmar menyelesaikan masalah pelarian ini. Terima kasih.
4. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapakah kemasukan pelaburan luar secara langsung (foreign direct investment) di dalam negara untuk enam bulan pertama tahun 2019 dan perincian mengenainya.
Selamat pagi dan kopivosian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada saudara saya, Yang Berhormat dari Bera. Saya ingin memohon untuk menjawab bersama pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Bera dengan Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Petrajaya kerana ketiga-tiga soalan ini adalah berkaitan dengan jumlah pelaburan langsung asing untuk tahun 2019 serta usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi terus menarik minat pelabur ke Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat sedia maklum, cabaran ekonomi global ketika ini amat tidak menentu dan sebagai negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Persekutuan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak dan terkesan akibat daripada keadaan tidak menentu pada ketika ini terutama sekali konflik perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Atas sebab ini, kementerian dan juga agensi-agensi di bawah seliaan MITI sentiasa berusaha memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan dan keutamaan oleh pelabur-pelabur asing melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan. Hasilnya dapat dibuktikan melalui jumlah kelulusan pelaburan langsung asing yang diterima oleh Persekutuan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bera serta Ahli-ahli Dewan yang lain, bagi tempoh suku tahun pertama 2019 Januari hingga ke Mac, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM53.9 bilion. Daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung domestik, dengan izin, domestic direct investment adalah RM24.6 bilion iaitu 45.6 peratus daripada jumlah yang diluluskan, manakala― soalan Yang Berhormat Bera― pelaburan langsung asing, dengan izin, foreign direct investment yang diluluskan adalah sebanyak RM29.3 bilion ataupun 54.4 peratus daripada jumlah investment yang diluluskan.
Jumlah pelaburan langsung asing yang diluluskan menunjukkan peningkatan sebanyak 73.4 peratus berbanding 16.9 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2018. Daripada jumlah keseluruhan foreign direct investment ini, sektor perkilangan masih menjadi tumpuan pelabur asing iaitu sebanyak RM20.2 bilion dan RM8.1 bilion dalam sektor perkhidmatan dan RM1 bilion dalam sektor utama lain yang meliputi perlombongan, perladangan dan komoditi serta pertanian. Peningkatan ini mencerminkan daya saing berterusan negara sebagai destinasi pilihan pelaburan asing di rantau ini. Tuan Yang di- Pertua, saya tahu masa sudah lepas tapi adanya satu soalan Yang Berhormat Bera berkenaan langkah-langkah untuk meningkatkan FDI. Tuan Yang di-Pertua, bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur ke Malaysia, kerajaan akan memanfaatkan trend mega terkini terutamanya Revolusi Perindustrian 4.0 menerusi dasar kebangsaan Industry Forward. Kerajaan juga akan terus menggunakan pendekatan pengukuhan ekosistem dalam strategi penggalakan pelaburan. Pada tahun 2018 Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini juga telah memperkenalkan strategi yang kita telah namakan sebagai 4S iaitu dengan izin dalam bahasa Inggeris, ‘Search, Seek, Secure and To Service’. Saya juga telah mengarahkan agensi di bawah MITI untuk terus menekankan aspek perkhidmatan pasca insentif dengan izin, Post Incentive Service untuk terus membantu para pelabur di negara kita menjalankan aktiviti mereka. Tuan Yang di-Pertua ada banyak lagi tapi saya akan hantar jawapan ini. Thank you very much. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat dengan jawapan yang diberikan jelas. Saya difahamkan, dimaklumkan bahawa sebahagian besar pelaburan yang terbesar daripada FDI ini adalah daripada Jepun iaitu RM8.4 bilion untuk suku pertama, RM8.4 bilion, Austria RM3.7 bilion dan sebagainya. Persoalan saya dengan pelaburan yang besar daripada Jepun yang merupakan yang tertinggi, adakah pelaburan daripada Jepun itu di masuk kira pembelian saham ataupun ekuiti di dalam Health Care International (IHS) yang dibeli oleh syarikat Mitsui daripada Jepun. Adakah perkiraan pembelian itu termasuk di dalam pelaburan yang dimaksudkan oleh Jepun?
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Tuan Yang di-Pertua, soalan itu pernah dijawab oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Saya fahami bahawa beliau juga telah menjelaskan bahawa pelaburan ini sudah dimasukkan dalam kita punya data dan bagi yang terperinci saya akan memberi dalam jawapan bertulis. We take it that confidence daripada negara-negara seperti Jepun kepada Malaysia dan juga negara asing menunjukkan bahawa mereka sedia untuk membawa pelaburan yang seperti begini dan seperti mana yang disoal, jika ini adalah satu daripadanya, saya akan memberikan jawapan lebih terperinci.
Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Tebrau. Silakan.
Soalan saya adakah pemberian IHS itu termasuk di dalam pelaburan luar atau FDI Jepun tadi because Setiausaha Politik Menteri Kewangan dia tidak boleh menjawab di dalam Parlimen ini. Dia pun tidak ada authority untuk menjawab.
Dia pernah jawab dan saya akan memberikan jawapan yang lebih terperinci dalam tulisan supaya kita mendapat satu jawapan yang dapat di - that you can digest dengan izin into more details. I’ll give more details into it.......
Yang Berhormat Tebrau, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, itu masih soalan aset negara, itu bukan FDI.
Sorry.
Maknanya pelupusan RM8.9 bilion pegangan IHS itu adakah termasuk... formula dia.
Dalam....
Kalau termasuk adalah agak janggal.
Nanti ya.
It is not the FDI. It is disposal of position.
No, this is a – I will more details into this sebab I believe that there are other figures sudah involve. You must remember the investment yang telah dikeluarkan di sini adalah investment yang telah diluluskan. Data approval tidak masuk IHS yang dimasukkan BOP (balance of payments) , FD sahaja. It’s not included in this particular answer sebab IHS ini tidak termasuk....
Baik, Terima kasih.
...because this is not approved under MIDA.
Ya silakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya untuk Yang Berhormat Menteri adalah, apakah atau adakah kerajaan PH akan utamakan industri-industri apa yang digalakkan untuk pelabur di negara kita dan apa kekangan yang akan menghalang pelabur-pelabur dari negara asing masuk ke negara kita. Terima kasih.
Dalam soalan itu saya berpendapat bahawa Yang Berhormat ingin tahu apakah kekangan dalam pelaburan. Satunya adalah kita mesti menerima bahawa banyak choice ataupun banyak pilihan bagi pelabur-pelabur asing. Satunya adalah negara kita dan Malaysia mesti membawakan satu platform di mana mereka boleh masuk dengan senang dan tidak banyak birokrasi ataupun red tape. Ini juga telah dijalankan ataupun dilaksanakan oleh pihak MITI, MIDA, MATRADE dan juga Invest KL di mana kita memberikan very easy entry bagi pelabur-pelabur asing ini dan juga dalam kelulusan yang baru ini di National Investment Committee yang diketuai oleh Menteri Kewangan dan juga Menteri dari MITI adalah bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan pelaburan yang ingin dibawakan ke Malaysia.
5. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah kementerian akan mempergiatkan perikanan laut dalam agar dapat menambah hasil tangkapan ikan yang didaratkan di Malaysia. Apakah insentif Kementerian yang ditawarkan kepada industri laut dalam?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Mersing. Kementerian menyasarkan pendaratan perikanan tangkapan marin pada tahun 2020 berjumlah 1.5 juta tan metrik. Sebagai perbandingan tahun 2018, jumlah pendaratan ikan laut dianggarkan sebanyak 259,801 tan metrik bernilai RM1.47 bilion iaitu merupakan 17 peratus daripada keseluruhan pendaratan ikan. Pelan Strategik Tangkapan Ikan Malaysia ini, izinkan saya memberitahu tentang telah wujud pelan ini yang kami sedang review dan membuat penambahbaikan. Kita telah mengenal pasti sejumlah 1,138 vesel penangkapan ikan laut dalam dilesenkan dan masih aktif. Terdapat sembilan buah kompleks pendaratan ikan laut yang telah dibangunkan, di antaranya adalah Kompleks Perikanan Kuala Perlis, Tok Bali yang akan ditambah baik dan Kuantan yang sangat pro aktif dan juga lain-lain yang sedang dalam pemerhatian kementerian.
Kita telah memberikan beberapa pendekatan termasuk pemerkasaan sumber perikanan laut, peningkatan kapasiti melalui Monitoring Control dan Surveillance (MCS) dan juga penguatkuasaan, ini yang paling penting sekali. Menaik taraf infrastruktur serta logistik dan juga pembangunan pengukuhan sumber manusia. Melalui program khusus ini kita telah menyediakan Transformasi Pukat Tunda B melalui permodenan vesel yang kita teliti, jangan berlaku lagi di masa depan pengklonan ataupun penipuan. Kemudian penyediaan spesifikasi peralatan menangkap ikan yang mesra sumber yang tidak menjahanamkan ekosistem laut itu sendiri. Kita juga membuat Pembangunan Bersepadu Kompleks Pendaratan Ikan termasuk pengezonan semula kawasan kompleks dan kita menumpukan aktiviti up stream, main stream dan juga down stream dengan izin dan kita menaik taraf kemudahan serta fasiliti pendaratan ikan dan pelaksanaan Port State, Measure (PSM) dan juga Port In, Port Out (PIPO).
Kita juga akan mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya pembelian vessel laut adalah insentif pengecualian cukai pendapatan di bawah Akta Cukai 1967. Kita hendak encourage pembelian vessel canggih ini dan kita mohon kerjasama daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau lihat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri hasil tangkapan melalui laut dalam di mana mereka menangkap ikan di antara 30 batu nautika sehingga 200 batu nautika sempadan Sempadan Ekonomi Eksklusif (ZEE), ia hanya 17 peratus. Kalau kita tengok di negara-negara maju tangkapan ikan ini adalah sampai ke 40 peratus ke 50 peratus daripada hasil protein ikan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, lesen yang kita bagi pada C2 ini amat mudah disalahgunakan. Mereka boleh pergi ke dalam 30 nautika yang mengacau hasil nelayan pantai tetapi bila mereka pergi ke zon yang sebenarnya akan wujud juga mereka boleh tangkap ikan, curi dan jual di tengah laut yang akan merugikan hasil kerana mereka ini dapat banyak subsidi daripada pemerintah. Ada tidak usaha-usaha kementerian dalam mengekang fenomena ini seperti meletakkan dalam MCS itu satelit. Selain daripada denda berat kapal-kapal ini tidak dapat melakukan salah guna, itu satu. Kedua, ada tidak kementerian sedang fikir dengan membuat satu insentif baru iaitu membenarkan trawler daripada steel atau bahan komposit yang lebih canggih yang mungkin harganya lebih daripada RM4 juta supaya ia dapat memberikan satu upstream dan juga hasil pertambahan negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Mersing mengemukakan soalan tambahan yang sangat relevan. Dua hari lepas, tiga hari lepas saya mengadakan pertemuan dengan ibu Susi, Kementerian Kelautan Indonesia. Di mana-mana saja ada dua isi yang pertama sekali trawler yang menjahanamkan ekosistem, yang kedua vessel yang diberikan disalahgunakan, menjual ikan di tengah laut dan seumpamanya. Perkara ini Yang Berhormat, kita mesti berlaku tegas. Mungkin di peringkat awal orang mengatakan kita kejam tetapi saya berjanji di dalam Dewan yang mulia ini beberapa polisi baru tentang perikanan akan saya kemukakan untuk pemerhatian kerajaan dan diharap dapat diluluskan. Termasuklah kita harus memberhentikan serta-merta vessel yang menyalahgunakan kuasa ini. Kedua, kita harus bertindak tegas untuk menenggelamkan atau menghapuskan vessel yang bukan sekadar vessel asing masuk, vessel yang sedia adapun sekiranya mereka melanggar peraturan itu harus kita kuatkuasakan. Empat tahun testimoni yang dibuat, saya rasa bukan sekadar homework yang kita pelajari dari ibu Susi tapi negara maju yang disebutkan tadi, empat tahun ikan-ikan tuna yang jauh di lautan itu berenang ke pantai dan insya-Allah pemilik-pemilik lesen A nanti dalam tempoh lima tahun akan dapat menangkap hasil laut yang banyak dan ini menguntungkan semua pihak. Insya-Allah saya, Yang Berhormat kita akan membuat segala pendekatan secara holistik dan komprehensif dan bukannya kita...
Lenggong mana ada laut...
Menyelesaikan masalah secara runcit-runcit, secara piecemeal tapi keseluruhan sistem itu harus diperbaiki. Terima kasih.
Yang Berhormat Rompin silakan.
Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Rompin bangun terlebih dahulu.
Adakah kerajaan mempunyai dasar berperingkat, akhirnya pengeluaran ikan laut dikurangkan, pengeluaran ikan darat dipertingkatkan sebagai sumber protein utama negara. Adakah dasar kerajaan untuk menghapuskan sama sekali lesen pukat tunda berperingkat-peringkat dan kemudian membuat seperti negara Jepun membela ikan laut, tuna umpamanya di Sulawesi, ikan-ikan tuna dibela di laut sebagai sumber yang berpanjangan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rompin. Kita jangan mengambil pendekatan mengurangkan tangkapan itu dan laut kurang, darat kita naikkan. Saya rasa kita perlu membuat satu pendekatan yang holistik, yang balance. Isunya adalah bagi saya supaya contohnya pukat-pukat tunda yang menjahanamkan ekosistem ini, ini yang harus kita kenal pasti siapa pemiliknya dan kita berhentikan terus menerus serta-merta lesen-lesen itu. Ini tindakan yang paling penting. Keduanya, pencerobohan vessel asing ke dalam waters kita ataupun perairan kita. Jadi saya rasa dengan wujudnya sekarang Operasi NAGA itu yang Kabinet telah pun memutuskan operasi ini diteruskan dan kapal-kapal perang kita, Menteri Pertahanan pun ada di depan saya, supaya berlabuh di tempat-tempat strategik dalam perairan kita. Ini membantu sebenarnya supaya tidak ada lagi pencerobohan kapal-kapal Vietnam di atas perairan kita. Jadi segala usaha yang akan kita lakukan ini Yang Berhormat adalah penguatkuasaan tegas dan juga suatu pendekatan yang bersistematik untuk kita mengawal perairan kita dan meningkatkan hasil kita, insya-Allah dalam masa tempoh yang terdekat terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta satu soalan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, satu daripada Papar.
Saya penting di bawa oleh persatuan nelayan untuk saya bangkitkan.
Ya, ada 10,000 orang nasib nelayan selatan Penang dan utara Perak.
Persaingan di antara Yang Berhormat Pontian dengan Yang Berhormat Pendang. Saya benarkan Yang Berhormat Pendang dululah. Dia bangun lebih awal saya tengok.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bangkitkan soalan yang ada kaitan terus sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mersing, oleh persatuan nelayan yang membawa satu memorandum kepada saya di Pendang iaitu berkenaan dengan penggunaan pukat dikatakan efisien tetapi lebih banyak bersifat destruktif, merosakkan. Operasi pukat tunda yang menggunakan dua papan tunda akan merosakkan ekosistem atau habitat marin dan mengancam sumber rezeki terutamanya di kawasan pantai dan akhirnya akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan, ia termasuk juga pengabaian terhadap konsep warisan bersama manusia. Sejauh mana program transformasi pukat tunda yang telah diperkenalkan antaranya seperti mengetatkan syarat-syarat pelesenan dan pengenalan musim tertutup Zon B dipatuhi? Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat daripada Pendang. Saya dalam pengetahuan tentang double trawler itu dan saya membuat homework saya, lesen itu dikemukakan pada zaman purba kala, zaman-zaman dulu atas beberapa faktor politik di kawasan itu, yang ini kita akan hapuskan tidak akan diizinkan sama sekali. Tentang pukat-pukat tunda ataupun pukat-pukat yang sah ataupun ada bukti melakukan pencerobohan, memusnahkan ekosistem contohnya B masuk kepada A. B akan kita transformasi kepada C dan pergi ke laut dalam dengan kita akan berikan, insentif ini cara yang terbaik. Kalau degil saya rasa kita harus batalkan lesen mereka dan musnahkan bot- bot mereka. Terima kasih.
6. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah alternatif kementerian dalam memastikan tindakan tegas diambil bagi menangani kes-kes penderaan rumah tangga khususnya di kawasan luar bandar seperti di Baling.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu keganasan rumah tangga tiga strategi telah digunakan dalam menangani isu penderaan iaitu melalui kaedah perundangan, tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kempen evokasi. Namun, selain daripada tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri juga telah mengambil beberapa langkah proaktif dengan mengadakan kempen kesedaran dan evokasi untuk menangani kes penderaan rumah tangga.
Antara program alternatif yang telah dijalankan termasuklah: (i) perkhidmatan kaunseling motivasi; (ii) klinik guaman; (iii) Program Wanita Anti Jenayah; dan (iv) kempen menangani keganasan terhadap wanita sepanjang tahun. Melalui perkhidmatan kaunseling dan motivasi, JPW melatih kumpulan wanita dalam komuniti dengan ilmu asas kaunseling yang dikenali sebagai lay counselor. Kumpulan ini merupakan sukarelawan barisan hadapan yang membantu komuniti setempat yang mengalami pelbagai masalah termasuklah isu keganasan dalam rumah tangga. Pada tahun ini, seramai 1,434 orang lay counselor telah dilatih menerusi program ini. Manakala klinik guaman pula dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh golongan wanita jika berlakunya kes penderaan dan keganasan dalam rumah tangga. Sebanyak 24 program telah dilaksanakan tahun ini melibatkan 2,940 orang peserta manakala tiga program khas yang melibatkan 142 orang peserta berjaya diadakan di negeri Kedah kerana Ahli Parlimen yang bertanya dari Kedah. Program Wanita Anti Jenayah pula dilaksanakan melalui seminar dan ceramah dengan tujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah yang membabitkan wanita. Secara keseluruhannya, sebanyak 30 program telah dilaksanakan melibatkan 6,632 orang peserta dan seramai 324 orang peserta terlibat dalam empat program yang dijalankan di negeri Kedah. Selain itu, JPW juga telah melancarkan kempen menangani keganasan terhadap wanita yang dilaksanakan sepanjang tahun dan diadakan secara berterusan di setiap program JPW. Kempen ini antara lain telah berjaya mengumpul sebanyak 24,008 tandatangan sebagai tanda sokongan menolak keganasan terhadap wanita dan negeri Kedah berjaya mengumpul sebanyak 1,320 tandatangan bagi menyokong kempen ini. Selain mengadakan kempen advokasi untuk menangani kes penderaan rumah tangga, kementerian percaya dengan memberi pendedahan awal kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga mengenai kemahiran mengenali pasangan, persediaan
mengenai tanggungjawab dalam perkahwinan dan hak pasangan dalam rumah tangga adalah sangat penting. Namun semua tindakan ini perlu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi dan kementerian yang lain serta dijalankan secara berterusan di komuniti setempat termasuklah di kawasan Parlimen masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali saya ingin rekodkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang dilihat sebagai pejuang hak asasi wanita. Terima kasih dan teruskan kerja yang murni ini. Di kesempatan ini saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa statistik yang menunjukkan bahawa kes-kes penderaan ini pada tahun 2018 contohnya adalah sebanyak hampir 4,963. Pada tahun ini, empat bulan pada tahun ini sudah menjangkau sehingga 1,980. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, salah satu isu utama dalam kes penderaan rumah tangga adalah keengganan mangsa itu sendiri untuk membuat laporan. Inilah yang menyebabkan kes yang utama. Jadi wujud kah usaha antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kementerian-kementerian lain seperti PDRM dan juga Jabatan Agama Islam iaitu JPM kerana kalau kita lihat dulu kita ada National Blue Ocean Strategy (NBOS). Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sendiri tahu bahawa enam faktor utama daripada kes-kes penderaan ini adalah kerana cemburu buta yang keterlaluan sehingga ramai golongan profesional pada hari ini takut tampil ke hadapan untuk membuat laporan. Antara lain panas baran, perselisihan faham, masalah penagihan dadah, kewangan dan juga campur tangan pihak ketiga. Jadi soalan saya tadi, adakah inter kementerian dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, soalan yang bagus sekali. Dalam sidang Parlimen yang lepas, saya telah menjawab bahawa satu multi stakeholders meeting akan dilaksanakan di peringkat Putrajaya. Kita telah memulakan perbincangan ini dan dua mesyuarat telah diadakan di peringkat kementerian kita untuk menyelaraskan model jawatankuasa ini yang akan melibatkan kementerian yang lain seperti Kementerian Dalam Negeri. Timbalan Menteri pun faham dan tahu mengenai masalah ini. Kita akan melancarkan multi stakeholders meeting ini hanya khas untuk isu domestic violence kerana seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, isu keganasan rumah tangga melibatkan laporan yang harus dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri. Oleh sebab itu kita telah turun seperti program klinik guaman tersebut di mana saya telah pergi ke satu program di PPR flat di mana kita libatkan polis untuk memberikan maklumat terperinci kepada wanita di mana kalau mereka melaporkan sesuatu aduan keganasan rumah tangga, kita kena maklumkan kepada mereka the whole process kerana mereka takut selepas buat laporan polis, apa yang akan berlaku kepada anak, apa yang akan berlaku kepada suami. Jadi kalau kita tidak bagi mereka the full picture dengan izin, mereka tidak akan keluar tampil untuk melaporkan aduan. Jadi engagement sedang berterusan sekarang dan multi stakeholders meeting itu kita akan libatkan bukan sahaja di peringkat Putrajaya tetapi di peringkat negeri juga kita akan teruskan. Hanya beberapa negeri sahaja yang ada multi stakeholders meeting setakat ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin tanya sama ada pihak kementerian bercadang untuk menggubal undang- undang iaitu Kanun Acara Jenayah kerana kita lihat bahawa pada masa sekarang terdapat peruntukan dengan izin interim protection order yang memberi perlindungan seketika kepada seseorang wanita yang membuat aduan khususnya berkenaan dengan domestic violence. Akan tetapi tidak ada apa-apa peruntukan khas di dalam Kanun Acara Jenayah yang boleh memberi perlindungan kepada kaum wanita sepanjang masa sehingga perbicaraan kes itu selesai. Jadi adakah kementerian bercadang untuk berbincang dengan Peguam Negara untuk membuat pindaan kepada undang-undang tersebut. Terima kasih.
Seperti yang saya telah jawab dalam mesyuarat multi stakeholders meeting yang akan kita laksanakan, semua pihak yang terlibat dalam memberikan perlindungan kepada wanita akan dipanggil dan kita akan tengok dalam mengambil sesuatu aduan itu, apakah cara yang terbaik yang paling pendek dan cara yang kita boleh berikan perlindungan bukan sahaja kepada mangsa, kepada anak-anak juga yang menyaksikan the violent act dengan izin.
7. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan rancangan untuk mempromosikan kopi liberica Malaysia serta meningkatkan hasil keluaran yang kini mencapai satu peratus daripada jumlah keluaran biji kopi sedunia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia hanya mempunyai dua variety kopi yang banyak ditanam iaitu liberica dan robusta. Pada tahun 2017, jumlah keluasan tanaman kopi di Malaysia adalah sebanyak 2,392 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 7,999 metrik tan. Sebanyak 1,982 hektar kopi liberica ditanam dengan pengeluaran 7,649 metrik tan. Negeri Johor dan Selangor merupakan antara pengeluar utama kopi liberica. Antara inisiatif khusus kementerian dalam meningkatkan hasil keluaran kopi adalah melalui, pertama, program pembangunan industri kopi peringkat huluan iaitu penanaman semula pokok-pokok yang telah tua dan tidak produktif dengan variety kopi liberica berhasil tinggi seperti MKL5, MKL bermaksud multi kopi liberica 5, MKL6 dan MKL7. Ini adalah research daripada MARDI. Pemulihan kawasan tanaman kopi sedia ada dengan tujuan supaya pokok-pokok yang terbiar tetapi masih produktif dipulihkan agar hasil akan terus meningkat. Integrasi tanaman kopi dengan tanaman lain juga digalakkan. Insentif-insentif yang diberikan ini adalah meliputi pembersihan kawasan perparitan, pagar, pembaikan infrastruktur asas bagi memulihkan kawasan sedia ada dan input-input pertanian lain seperti baja dan racun perosak. Kedua, program di peringkat hiliran (downstream) iaitu bantuan sokongan kementerian yang disediakan untuk mempergiatkan promosi industri kopi dalam pengeluaran produk-produk asas tani seperti Program Geran Pemadanan (matching grant), change upgrade product (CUP) dan geran pemadanan high impact product (HIP) meliputi kajian nutrisi dan jangka hayat produk.
Pembungkusan, pelabelan, pemasaran dan pensijilan premis dan Program Pembangunan Modal Insan seperti kursus penjenamaan dan pemasaran, kursus pensijilan halal dan MeSTI, kursus pembungkusan dan pelabelan. Selain itu, kementerian juga turut terlibat dalam mempromosikan kopi Liberica di peringkat tempatan dan di luar negara melalui kerjasama strategik dengan pihak industri melalui Simposium Kopi Borneo 2019 telah diadakan di Sarawak pada 6 dan 7 April dan satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak dengan Earthling’s Coffee Workshop Sdn. Bhd. earthling’s coffee pada 8 April 2019. The National Focal Point Working Group on Coffee ASEAN yang mana ia merupakan persidangan tahunan dan Malaysia merupakan ahli jawatankuasa tetap dalam committee tersebut. Kerjasama strategik bersama MIDA dan MATRADE dalam penyertaan roadshow dan mengadakan rundingan dengan negara luar yang berpotensi dan seterusnya membuka laluan pasaran pelabur-pelabur luar dalam industri ini. Ini bermaksud bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani fokus dan juga ingin membantu industri kopi dan kita ini semua peminat-peminat coffee dan kita memang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus membantu penanam petani-petani kopi. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang cukup lengkap. Saya lihat pada usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian agak banyak tetapi kita masih nampak ada masalah dengan industri kopi di Malaysia ini. Ini kerana kopi Liberica di Malaysia ini saya lihat rasanya cukup berdaya saing sekaranglah dengan biji kopi Robusta dan Arabica. Akan tetapi kurang pasaran ataupun kurang menarik orang masuk untuk menanam biji kopi Liberica ini. Walaupun sudah ada insentif tetapi tidak ada ramai penanam atau petani untuk masuk kerana untung terlalu rendah. Kalau mereka tidak ada modal business yang vertical monopoli. Jadi saya ingin tahu macam mana kementerian akan membantu mereka jadi entrepreneur kopi dan juga bolehkah kita sebagai kerajaan bermula untuk mempromosikan kopi Liberica yang hasilan tempatan di tiap-tiap pejabat Ahli Parlimen dan juga kementerian sebagai hadiah kepada pelawat dari luar negara untuk mempromosikan produk tempatan kita. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Kita seperti yang saya katakan tadi memang ada banyak program dan insentif yang kita daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ingin membantu industri kopi. Sebanyak satu juta geran yang telah disediakan untuk membantu industri kopi tetapi malangnya take-up rate itu tidak berapa tinggi. Maka ada geran lagi untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha. Cuma saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya ada dari segi comparative advantage, dari segi cuaca dan juga penanaman kopi, kita ada kekurangan dari segi labor cost dan juga tanah yang terhad. Maka industri ini tidak dapat berkembang dengan maju di Semenanjung. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak sebenarnya ada potensi yang besar di mana access to land dan juga labor itu lebih tinggi dan mereka lebih akan – dia akan boleh menanam dengan kos yang lebih rendah. Apa yang penting adalah pengusaha industri untuk meningkatkan kopi kita ke pasaran yang lebih tinggi. Itu cabaran kita. Pengusaha, pengilang sekarang masih fokus kepada 3 in 1 coffee dan sebagainya. Sebenarnya kita can move our coffee into the next level. Sekarang orang Jepun telah mencipta mesin espreso contohnya dengan kapsul. Ini adalah trend yang baharu dan saya rasa rakyat Malaysia, pengusaha-pengusaha Malaysia have to go beyond 3 in 1. We are so far the best 3 in 1 coffee if not in the world but for sure in the region. Dalam rantau ini kita the best 3 in 1 coffee tetapi the consumer taste, consumer behavior has change to capsule espresso macam itu dan perlu kita mengarah ke sana. Itulah saya hendak bagi mesej kepada pengusaha kopi bahawa there must change with consumer change of behavior in consumer then there have to catch up in this scheme. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya kita di dalam negara kita ada jelapang padi kita khususkan untuk tanaman padi. Selepas itu getah kita tanam khusus di kawasan Baling secara besar-besaran getah dan juga Musang King kita ada di Raub, ada di Segamat dan sebagainya. Soalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mengenal pasti kawasan yang betul-betul sesuai untuk kita tanam kopi ini secara besar- besaran. Ini kerana kita tengok kalau di kedai-kedai, di gerai-gerai memang banyak kopi ini dijual macam kopi jantan, timbalan menteri – Hang Tuah Jaya selalu beli Kopi Jantan untuk menguatkan semangat dia. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk mempromosikan atau mengenal pasti tanah yang betul-betul sesuai untuk tanaman kopi ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, kita sebenarnya sememangnya kita ingin dari segi kopi kita menyediakan jelapang padi kerana itu adalah security crop di mana kalau itu memastikan bahawa rakyat mempunyai beras yang mencukupi, itu security crop. Untuk kopi dan crop-crop yang lain mereka dikatakan is a drink crop maksudnya minum dan sebagainya. Jadi kita memberi kebebasan untuk petani-petani yang ingin menceburi tanaman-tanaman seperti drink crop dan sebagainya. Untuk adakan satu tanah yang khusus itu memerlukan – kita tidak dapat memastikan kerana ia perlukan investment daripada kerajaan untuk make sure that they plant the same crop forever. Itu tidak viable, belum viable lah tetapi saya hendak nampak bahawa potensi itu besar untuk tanaman kopi kerana kita mempunyai pasaran yang sangat baik dan we are the best 3 in 1 coffee in the world. Kalau bukan in the world pun this region we are the best dan eksport 3 in 1 kopi kita more than RM1 billion a year maksudnya ia mempunyai pasaran yang besar. Cuma farmers rasa belum kerana harga kopi naik turun, world market, ia komoditi. Jadi daripada negara- negara seperti Brazil dan sebagainya mereka mempunyai climate yang lebih sesuai untuk menanam dan labor cost yang lebih tinggi. Akan tetapi Malaysia kita ada cabaran dari segi climate, labor dan juga tanah. Itu pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih.
8. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan adakah pihak kementerian telah mengkaji semula tarif elektrik baru berikutan pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini agar rakyat dapat menikmati tarif yang lebih rendah.
Terima kasih, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sejak tahun 2015 telah melaksanakan penentuan tarif elektrik berdasarkan mekanisme Incentive-based Regulation (IBR) iaitu kawal selia yang berasaskan insentif. Dalam mekanisme IBR, tarif asas elektrik disemak setiap tiga tahun di mana tempoh regulatory pertama IBR bermula pada tahun 2015 hingga tahun 2017. Manakala tempoh regulatory kedua IBR bermula tahun 2018 hingga tahun 2020. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan mekanisme IBR tarif asas adalah ditentukan dengan andaian harga purata bahan api, arang batu dan gas dalam tempoh regulatory tersebut dan sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga andaian akan diselaraskan setiap enam bulan di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through atau dengan pendek ICPT sama ada dalam bentuk surcaj atau rebat bergantung kepada kos bahan api dalam tempoh tersebut.
Bagi tempoh regulatory kali ini, harga arang batu adalah ditetapkan pada kadar USD75 per metrik tan. Manakala harga gas adalah berdasarkan Pelan Rasionalisasi Harga Gas Berpaip. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun harga pasaran bahan api mengalami trend penurunan tiga bulan ini tetapi penetapan ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2019 adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun 2019. Ini di mana jika Yang Berhormat Gerik masih ingat lagi, harga arang batu pada suku pertama 2019 pernah meningkat mencecah paras USD100 per metrik tan yang jauh melebihi kadar harga asas arang batu yang telah ditetapkan pada USD75 per metrik tan. Harga arang batu baru mula menurun sejak April ini. Yang Berhormat Gerik, secara keseluruhannya, berdasarkan mekanisme ICPT, kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh Julai hingga 2019 adalah berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna. Sebenarnya surcaj perlu ditingkatkan sebanyak RM0.39 sen per kilowatt jam. Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna iaitu: (i) kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah IBR berdasarkan peruntukan Regulatory Implementation Guidelines (RIGs) dan berjaya mendapatkan jumlah penjimatan sebanyak RM336.7 juta; dan (ii) kementerian juga telah mendapatkan kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta. Oleh itu, walaupun terdapat peningkatan yang tinggi dalam kos penjanaan dan sebenarnya kadar elektrik perlu ditingkatkan dengan mengambil kedua-dua langkah di atas. Sukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua kategori pengguna elektrik baik domestik, pihak komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember 2019.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan yang amat jelas. Cumanya saya hendak bertanya, apakah jaminan kementerian bahawa tiada kenaikan surcaj tarif elektrik dan harga bahan api pada tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2019 kepada pengguna domestik terutamanya? Sejauh manakah keyakinan kementerian bahawa harga barang, harga bahan mentah itu tidak akan naik dalam tempoh tersebut? Terima kasih.
Bagi makluman Yang Berhormat Gerik, tadi saya telah panjang lebar untuk katakan bahawa kita telah mengambil dua langkah untuk memastikan bahawa tiada kenaikan tarif. Saya telah umumkan bahawa dari Julai sehingga Disember tiada kenaikan tarif elektrik. Diharap saya telah jelaskan ini dengan baik. Bagi bahan api pula, saya hendak katakan di sini, kita ada dua jenis bahan api iaitu: (i) arang batu; dan
(ii) coal gas. Kerajaan tidak boleh mengawal harga pasaran dunia arang batu disebabkan kita tiada supply, kita tiada arang batu di Malaysia. Maka, kita tidak boleh mengawal harganya. Bagi gas pula, kita telah tengok, gas asli sekarang pula ada trend peningkatan. Oleh itu, apa- apa pun, kerajaan telah mengambil langkah tersebut. Kita telah mengambil langkah dalam satu inisiatif di mana kita panggil inisiatif Reimagining Malaysia Electricity Supply Industries. Salah satu agenda di dalamnya ialah bagaimanakah kita menggunakan cara-cara untuk meningkatkan daya saing pembekalan bahan api di Malaysia. Ini supaya loji jana kuasa ada insentif yang lebih tinggi untuk mendapatkan sumber bahan api pada harga yang lebih kompetitif. Kita telah ada rancangan dan kita akan bersama-sama dengan agenda ini dan juga agenda-agenda lain dalam inisiatif Reimagining Malaysia Electricity Supply Industries. Di dalam pengumuman, kita akan jelaskan dengan lebih teliti lagi.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya, negara kita ataupun daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kita menikmati subsidi tentang tarif elektrik. Kita juga adalah negara yang agak terendah dalam tarif elektrik ini di mana kebanyakan kerajaan menyediakan subsidi bagi gas asli. Akan tetapi, dalam jangka panjang, ia akan memberikan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memupuk sifat berjimat dalam kalangan pengguna elektrik pada rakyat Malaysia? Agar penjimatan perbelanjaan elektrik ini dapat dilakukan dan juga kewangan negara dapat digunakan di tempat yang lebih baik dalam pembangunan negara. Terima kasih.
Soalan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga dalam proses merangka Akta Kecekapan Tenaga dan Konservasi Tenaga. Akta ini akan dibentangkan dan akta ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia, di negara kita. Ini di mana bukan sahaja dari segi domestik tetapi dari pihak komersial dan juga industri supaya kita lebih cekap dalam tenaga. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita boleh meningkatkan kecekapan tenaga, maka kita boleh menurunkan penggunaan elektrik dan bil elektrik kita. Oleh itu, ini adalah agenda ataupun low-hanging fruit kementerian yang menuju ke arah ini. Kita akan bentangkan draf, ya. Draf ini akan – telah pun disiapkan dan saya akan mendapatkan satu engagement dengan Ahli-ahli Parlimen. Apabila saya menjemput Ahli-ahli Parlimen, saya mohon Ahli-ahli Parlimen boleh datang dan berbincang dengan kita untuk memberikan feedback kepada kerajaan tentang draf Akta Kecekapan Tenaga dan Konservasi Tenaga ini. Selain itu, saya juga hendak katakan in the interim, ya. Sementara itu, kita juga ada pelan Tindakan Kecekapan Tenaga yang ada – sasaran kita adalah meningkatkan penjimatan tenaga sebanyak lapan peratus menjelang tahun 2025. Kalau Yang Berhormat berminat lagi, kita boleh bagi pelan tindakan ini untuk rujukan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin merakamkan pihak Dewan ini mengalu-alukan kehadiran rombongan dari kawasan Parlimen Gopeng [Tepuk] Juga merupakan kawasan asal saya sebelum ini.
Selamat datang.
9. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar] meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa pemohon serta jumlah geran diberikan mengikut kategori bagi program pemberian Geran 1 Pelajar 1 Perniagaan (1P1P) dan apakah mekanisme untuk memastikan geran tersebut digunakan untuk berniaga?
Tuan Yang di-Pertua, sejak Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) dilancarkan sehingga 31 Mei 2019, seramai 46,072 orang pelajar telah mendaftarkan perniagaan di bawa skim ini. Sebanyak RM2,707,400 telah digunakan daripada jumlah keseluruhan geran tersebut. S1P1P adalah merupakan satu inisiatif yang memberi peluang kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi di dalam negara yang berhasrat untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma. Walaupun mereka masih
belum menjalankan perniagaan lain, setiap pelajar yang layak boleh mendaftarkan satu perniagaan sahaja. Fi bagi pendaftaran perniagaan tersebut adalah untuk tempoh setahun yang akan ditampung oleh geran yang diperuntukkan di bawah skim ini.
Manakala, fi bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan tersebut untuk tahun-tahun seterusnya adalah tidak tertakluk di bawah skim ini. Pengenalan skim ini adalah merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam usaha memberi pendedahan dan memupuk kesedaran di kalangan para pelajar terhadap keperluan di bawah undang-undang berkaitan mendaftarkan perniagaan sekiranya mereka ingin berkecimpung di dalam perniagaan sebagai salah satu kerjaya. Pada masa yang sama, kementerian ini berharap melalui penglibatan pelajar-pelajar di dalam Program S1P1P tersebut juga dapat mengembangkan lagi komuniti perniagaan di negara ini secara amnya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan skim ini, S1P1P. Akan tetapi apa yang kita nampak adalah– tahun lepas saya nampak ramai antara anak muda yang diberhentikan bayaran BR1M ini disebabkan kerana mereka sudah mendaftar S1P1P tetapi tidak hantar di penyata kewangan untuk syarikat kerana mereka tidak memulakan atau langsung tiada perniagaan walaupun sudah mendaftar. Maka, saya anggap ini satu kegagalan walaupun kita bagi secara percuma daftar tetapi perniagaan tidak dijalankan. Maka pihak kementerian, saya hendak tanya adakah pihak kementerian akan mengkaji semula sekiranya dalam pendaftaran syarikat yang sudah mendaftar 46,000 tersebut tiada memulakan perniagaan itu, adakah lebih baik kita berhentikannya supaya tidak membebankan pihak kementerian untuk mendaftar, kemas kini syarikat yang begitu banyak ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tujuan kita melaksanakan S1P1P ini adalah untuk mencetuskan minat para pelajar untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Di bawah undang-undang, ia adalah tanggungjawab untuk sesiapa yang mendaftarkan mereka sebagai satu syarikat. Kalau mereka tidak berminat untuk meneruskan perniagaan mereka, mereka perlulah mengisikan satu form, borang untuk menghentikan pendaftaran mereka. Dalam angka yang saya ada di sini, di antara 40,000 lebih yang mendaftar melalui skim ini, lebih kurang 40 peratus yang masih aktif status mereka iaitu mereka membayar fi pembaharuan untuk meneruskan perniagaan mereka. Akan tetapi baki itu, 60 peratus yang luput, hanya 1,000 lebih yang mereka isikan borang untuk menutup syarikat iaitu kalau mereka yang mendaftarkan melalui skim ini, kalau mereka tidak berminat untuk meneruskan perniagaan, adalah tanggungjawab mereka untuk memberi maklumat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia supaya menutup syarikat mereka. Saya yakin bahawa kalau mereka ada mengisi borang menutup syarikat yang didaftarkan itu, mereka akan terus menerima bantuan sara hidup. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hasrat murni untuk pelajar-pelajar kita tidak makan gaji tetapi menjadi usahawan. Walaupun demikian, hasratnya 143,000 perniagaan didaftar, yang didaftarkan cuma 46,072 ataupun 32 peratus sahaja. Kita telah memulakan ini pada tahun 2017 lagi, bukan baru. Oleh sebab itu, kenapa gagal hanya 32 peratus sahaja daripada sasaran? 7.4 juta geran yang dibelanjakan, cuma 2.7 juta sahaja, jadi 36 peratus sahaja geran dibelanjakan. Itu pun daripada 46,000, hanya 40 peratus sahaja yang aktif. Jadi, pada saya perkara yang patut dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang ada di sini ialah untuk memastikan budaya keusahawanan itu betul-betul ditanamkan di peringkat sekolah menengah dan IPTA, barulah geran ini boleh diterima dan boleh sampai kepada 100 peratus misalnya. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Kalau tidak boleh jawab, Yang Berhormat Menteri Pendidikan jawab. Terima kasih.
Terima kasih. Saya akan jawab apa yang di bawah...
Dua dalam satu ya?
...kementerian saya. Skim ini adalah sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan dan tempoh untuk pelaksanaan skim ini adalah untuk 10 tahun. Skim ini telah bermula pada tahun 2017, maka lebih kurang 25 peratus, satu suku masa tempoh yang telah dijalankan daripada 10 tahun. Daripada sejumlah RM10 juta itu kita pun berbelanja lebih
kurang 25 peratus. Oleh itu, adalah tidak adil untuk membuat tuduhan bahawa skim ini telah gagal. Sekurang-kurangnya daripada 40,000 yang kita daftarkan, mereka masih belajar di universiti ataupun kolej itu, kalau tidak ada skim ini, mereka langsung tidak akan menceburi bidang perniagaan, mereka tidak langsung akan mendaftar dengan SSM. Oleh itu, sekurang- kurangnya setakat ini selepas dua tahun lebih kita menjalankan skim ini, sekurang-kurangnya ada 18,000 lebih orang yang masih aktif dalam perniagaan. Oleh itu, saya rasa ini adalah satu kejayaan di bawah skim ini. Sekian, terima kasih.
10. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan program rancangan yang menjurus kepada motivasi generasi muda ke arah menambah nilai jati diri sebagai warganegara Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) terus berusaha secara berterusan untuk memupuk semangat patriotik bagi menerapkan pemikiran dan menyampaikan konsep kenegaraan yang betul di dalam kalangan rakyatnya di pelbagai peringkat umur melalui pelbagai platform siaran dan saluran TV dan radio. Selaras dengan garis panduan penyiaran yang menetapkan agar bahan siaran RTM perlulah sentiasa menyokong wawasan negara dan ini tidak terkecuali bagi bahan siaran yang dapat meningkatkan jati diri anak muda di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, menerusi pelbagai wadahnya, RTM sejak dahulu lagi komited menyiarkan rancangan pelbagai genre, termasuk drama, filem, telemovie, bual bicara, pesanan khidmat masyarakat, lagu-lagu patriotik, promo, malah menyelitkan elemen semangat cinta negara dan patriotik menerusi talking points bagi DJ radio dan pengacaranya. Tuan Yang di-Pertua, sejak Januari tahun ini RTM menerusi saluran TV1 telah menyiarkan hampir 40 buah rancangan pelbagai genre yang melibatkan suntikan motivasi dan semangat cintakan negara dalam kalangan penontonnya, terutama generasi muda. Ia termasuklah program-program berat seperti Bicara Inspirasi yang memberi motivasi agar anak muda berjaya dalam kerjaya sehinggalah kepada rancangan yang ringan seperti telemovie dan rancangan hiburan seperti konsert yang masih membawa tema kenegaraan. Manakala di saluran TV Okey, rancangan motivasi generasi muda ini disiarkan meliputi 2.3 peratus jam siaran setahun. Di antara program-program Bicara Inspirasi yang telah pun ditonjolkan adalah Bicara Inspirasi: Cinta Jadi Cita-cita iaitu bersama Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr. Abd Latif Mohmod dengan topik Inspirasi Cinta Jadi Cita-cita. Bermula cita-cita beliau ingin menjadi tukang kebun, akhirnya berjaya menjadi seorang yang berjaya sehingga menerima Anugerah Saintis Muda Negara ketika beliau berusia 33 tahun dan juga berjaya memegang enam rekod individu dalam Malaysia Book Of Records. Kita juga ada Bicara Inspirasi: Tiang Seri Negara, di mana kita ada program Yang di-Pertuan Agong umpama payung yang menaungi rakyat jelata, menjadi inspirasi perpaduan dan keharmonian, menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan fahaman di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak senarai di sini, saya tidak bercadang untuk baca kerana masa tidak mengizinkan. Sekiranya sahabat saya mahu, beliau boleh dapat melalui secara bertulis. Manakala untuk— Yang Berhormat saya habis kan, minta maaf saya tahu masa tidak mengizinkan. Manakala melalui BERNAMA Yang Berhormat, agensi ini mempunyai program rancangan yang menjurus kepada motivasi generasi muda ke arah menambah nilai jati diri sebagai warganegara Malaysia. Menerusi saluran news channel pula dan Bernama Radio, BERNAMA telah menyiarkan beberapa program rancangan bual bicara dan temu bual menampilkan tetamu daripada generasi muda yang berjaya mengharungi cabaran dan dugaan dalam kehidupan dan perniagaan. Untuk ini juga Tuan Yang di-Pertua, saya ada maklumat lanjut dan saya akan salurkan, sampaikan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan agak panjang lebar. Soalan tambahan saya, jika kita lihat filem-filem zaman kegemilangan dahulu, banyak diterapkan nilai jiwa nasional berasaskan suasana masyarakat zaman itu. Contoh watak Mak Dara dalam Ibu Mertuaku, lakonan sebagai ibu mertua yang kejam hingga terlafaz dialog, “Aku hairan
mengapakah engkau Allah ciptakan menjadi manusia, kan lebih baik kau menjadi haiwan”. Lalu Mak Dara kata “Astaghfirullah Kasim”. Persoalannya, apakah langkah-langkah atau strategi kementerian untuk mengembalikan warna-warna kegemilangan lampau agar generasi muda merasakan negara ini kaya dengan semangat ketimuran dan berjiwa nasional, mohon penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya cukup setuju bahawa ada perlunya untuk kita lihat bagaimana kita boleh kembalikan khususnya banyak program-program daripada masa dahulu, di mana apa yang dibangkitkan di situ ialah semangat, bukan sahaja kenegaraan tetapi juga semangat yang boleh menunjukkan apakah sebenarnya kedudukan pada masa itu dan sebagainya. Kementerian akan mengambil tindakan dan langkah-langkah yang perlu untuk kita memberikan fokus kepada perkara itu dan sekiranya Yang Berhormat mempunyai cadangan dan sebagainya yang ingin disampaikan kepada saya, sila teruskan. Tuliskan surat kepada saya atau jumpa untuk dibincangkan, kita akan lihat bagaimana kita boleh bersama-sama melangkah ke arah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang diberikan. Adakah kerajaan bercadang untuk juga menerbitkan rencana-rencana yang menunjukkan individu-individu ataupun pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Harapan, di mana kita dapat juga sedikit sebanyak menggunakan rencana-rencana tersebut untuk menanamkan sifat-sifat yang baik dalam generasi muda di kalangan rakyat Malaysia. Terutamanya seperti Yang Amat Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Iskandar Puteri dan sebagainya. Oleh kerana ini merupakan pemimpin-pemimpin tersohor Pakatan Harapan sekarang.
Yang sijil palsu tidak payah jemputlah.
[Ketawa] Yang Berhormat Kuala Krau, Kuala Krau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa di Malaysia ini ada banyak pemimpin-pemimpin tersohor. Bukan sahaja daripada Pakatan Harapan, tetapi daripada semua lapisan masyarakat. Sekiranya perlu untuk kita mengadakan program- program untuk kita membawa ke hadapan sebenarnya apakah sumbangan mereka kepada negara ini, saya bersedia untuk kita pertimbangkan perkara itu. Memang sekarang juga kita sudah ada program-program seperti itu, sepertimana saya sebutkan tadi melalui program Bicara Inspirasi. Saya bagi satu contoh di mana kita ada Bicara Inspirasi yang bertajuk ‘Dari Seni ke Politik’ di mana kita ada program bersama dengan Yang Berhormat Lembah Pantai dengan tajuk tersebut, ‘Dari Seni ke Politik’. Jadi, ini adalah satu perkara yang telah pun kita laksanakan, mana tahu mungkin program selepas daripada ini kita boleh fokus kepada Tuan Yang di-Pertua. Satu program untuk menonjolkan sebenarnya apakah Tuan Yang di-Pertua telah pun melaksanakan...
Yang Berhormat Jelutong satu, Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sudah tentu saya akan setuju. Saya ingin mencuri masa sedikit, sebab kita hanya sampai nombor 10, mungkin kita ambil nombor 11 sebab Yang Berhormat Menteri Pendidikan ada di sini.
11. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini pelaksanaan projek penyambungan ke talian grid bekalan utama elektrik kepada sekolah-sekolah luar bandar di negeri Sarawak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan setiap sekolah di Malaysia perlu mencapai tahap keperluan infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif tanpa mengira lokasi, saiz dan jenis sekolah tersebut. Keperluan
ini termasuklah akses air bersih yang terawat, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12 jam sehari serta keperluan-keperluan asas yang lain. Berkaitan dengan penyediaan bekalan elektrik kepada sekolah luar bandar di Sarawak, KPM telah mengemukakan senarai 113 buah sekolah kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk disambungkan kepada talian grid. KPM akan sentiasa mengemas kini jumlah bilangan sekolah ini dari semasa ke semasa agar semua sekolah di Sarawak akan dapat disambungkan ke talian elektrik. Kerja-kerja penyambungan ini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui agensinya iaitu Sarawak Energy Berhad ataupun SEB. Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri Sarawak sedang menjalankan tinjauan tapak di 21 buah sekolah bantuan kerajaan untuk disambungkan kepada talian grid bagi fasa pertama. Walau bagaimanapun, didapati hanya 16 buah sekolah sahaja yang sesuai untuk disambungkan kerana lokasinya berhampiran dengan talian grid ini. Lima buah sekolah lain didapati terlalu jauh dan ia tidak sesuai untuk disambung kepada talian grid. Kerajaan Negeri Sarawak sedang melaksanakan proses tender dan dijangka syarikat berjaya akan masuk ke tapak pada September 2019. Pihak kementerian berbesar hati dan berterima kasih atas hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk membiayai kos projek penyambungan grid bekalan bantuan elektrik kepada sekolah-sekolah yang terlibat. KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa bekerjasama dengan mengadakan mesyuarat secara berkala bagi memastikan semua kerja penyambungan ini berjalan dengan lancar. Bagi pihak KPM, kita meletakkan kepentingan anak-anak sekolah, guru-guru dan juga masyarakat setempat sebagai keutamaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, daripada RM400 juta yang diumumkan dan saya difahamkan di bawah Yang Berhormat Menteri sendiri di dalam Facebook 2 Ogos 2018, dia berkata, “Berhubung dengan bekalan elektrik pula, KPM sedang mengusahakan bekalan elektrik ke sekolah Sarawak secara berfasa dengan melibatkan belanja sebanyak RM400 juta dalam empat fasa di mana ia termasuk memasang grid elektrik kepada sekolah-sekolah yang berdekatan dan juga dengan memasang sistem hybrid solar”. Saya hendak tanya, berapakah yang diperuntukkan kepada pemasangan grid elektrik kepada sekolah-sekolah yang tersenarai di Sarawak dan berapakah pula yang diperuntukkan kepada pemasangan sistem hybrid solar. Ada satu lagi, saya difahamkan bahawa kementerian ada terima RM50 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak untuk 113 buah sekolah yang bersambungkan grid elektrik, tetapi semua sekolah yang dibawa dekat dengan grid adalah 300 lebih sahaja. So, kalau macam itu saya fikir kurang lebih RM150 juta sudah cukup untuk sambungkan semua sekolah. Akan tetapi kenapakah Yang Berhormat Menteri di dalam Facebook ada berkata ada kurang RM400 juta untuk semua sekolah di Sarawak untuk bersambung.
Persoalan tersebut merupakan satu yang berbeza daripada jawapan yang telah saya berikan kerana ia melibatkan peruntukan tahun yang lepas, tahun 2018. Namun untuk— kerana ia melibatkan isu teknikal saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat yang bertanya.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sungguh seronok mendengar berkenaan tentang penyambungan elektrik. Akan tetapi saya ingin bertanyakan kepada pihak Yang Berhormat Menteri, bilakah jangka masa dan juga tarikh untuk menyiapkan projek penyambungan grid elektrik ini yang menggunakan peruntukkan sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Adakah peruntukan sebanyak RM50 juta ini telah dimuktamadkan dan juga saya tidak ingin melihat peruntukan ini dipolitikkan sama seperti peruntukan sebanyak RM1 bilion yang telah dipersetujui menggunakan mekanisme kontra, dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri tetapi sehingga kini kita tidak mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan masalah sekolah daif. Juga, saya ingin bertanyakan kepada pihak Menteri, bagaimanakah status peruntukan RM50 juta ini pada masa sekarang?
Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kita bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan kebajikan dan juga kepentingan anak-anak di sekolah akan tetap terjaga.
Jadi, sepertimana yang telah diketahui, pemasangan elektrik ke sekolah melalui grid tersebut mempunyai beberapa isu yang berkaitan dengan kontrak Jepak yang berada di dalam pengadilan pada waktu ini. Walau bagaimanapun, pada bulan Mei yang lepas, kita telah mendapat keizinan untuk menarik talian elektrik ke sekolah walaupun kontrak Jepak masih berlangsung yang melibatkan pembekalan solar elektrik yang begitu sensasi dan kita tahu masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah. Melalui proses tender terbuka dan sebagainya, sebelum hujung tahun ini kita akan pastikan semua sekolah akan dapat disambungkan kepada elektrik. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, masa pertanyaan soalan lisan sudah tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG MATA WANG 2019 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia, pengawalseliaan perniagaan, pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang dan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG BANK NEGARA MALAYSIA (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa binMotion
Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah- wilayah Persekutuan) 2019, Rang Undang-undang Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019 dan Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019, di nombor 1, 2 dan 3 seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 16 Julai 2019.”
Ada sesiapa yang menyokong?
Kota Belud mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Saya mohon untuk merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu usul untuk merujuk Ahli kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan mengelirukan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Penyata Rasmi DR.8.8.2018, Yang Berhormat Menteri Kewangan ataupun Yang Berhormat Bagan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak RM19.4 bilion wang tuntutan bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan yang lepas. Di dalam penyata PAC yang dibentangkan pada hari ini, jelas daripada segi keputusan PAC menyatakan bahawa tidak ada kehilangan wang ataupun tidak ada wang yang dirompak seperti yang dituduh oleh Yang Berhormat Bagan. Dengan ini, Yang Berhormat Bagan telah pun mengelirukan Dewan ini dan pihak pembangkang ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk Yang Berhormat Bagan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang bangun di bawah Peraturan 36(12).
Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang membuat surat secara bertulis kepada Tuan Yang di-Pertua, kemudian keputusan akan dimaklumkan. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin membalas kepada perkara...
Tidak perlu berbalas... [Ketawa] Di mana saya telah nasihatkan Ketua Pembangkang supaya buat surat secara bertulis dan akan dibawa kepada pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat yang sama. Merujuk Ahli Majlis kepada jawatankuasa ini ada dua cara. Satu, melalui secara bertulis. Satu lagi boleh diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan perkara ini adalah perkara semasa, walaupun ucapan itu dibuat beberapa bulan yang lepas iaitu pada bulan Ogos, tetapi oleh kerana laporan ini dibentangkan pada hari ini dan mengesahkan hari ini bahawa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan adalah tidak benar dan tidak tepat dan ini telah memberikan gambaran yang sangat buruk kepada kerajaan yang lepas, ini sudah menjadi satu perkara yang urgent, yang perlu disegerakan oleh Dewan. Kalau sekiranya Tuan Yang di-Pertua minta kita hantar surat dan sebagainya, sudah pasti ia akan dibincangkan dalam Majlis yang akan datang. Jadi, saya harap kalau sekiranya Tuan Yang di-Pertua minta supaya perkara ini dimajukan melalui surat, ia dapat dibincangkan dalam Mesyuarat penggal sesi kali ini juga dan bukannya sesi yang akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat Rembau telah bangun di bawah Peraturan 36(12) tetapi telah katakan perkara itu perlu disegerakan iaitu di bawah peraturan yang lain. Akan tetapi, cara yang lebih adil kepada semua pihak adalah supaya Ketua Pembangkang membawa satu usul bertulis kepada Speaker, senaraikan alasan-alasan. Ini kerana seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Rembau, Laporan PAC hanya diletakkan di atas meja pagi ini. Saya pun belum baca lagi tetapi jika terpaksa kita buat keputusan sekarang juga, saya rasa ia kurang adil dan tidak memuaskan hati kepada kedua- dua belah pihak. Okey?
Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan yang sama. Kalau laporan ini perlukan masa untuk membaca, adakah setelah pihak pembangkang buat satu usul, ada atau tidak jaminan bahawa ia akan dibincangkan dalam tempoh Mesyuarat ini juga sampai hari Khamis? Kalau itu boleh dibincangkan, saya rasa lebih adil kepada semua. Ini kerana tuduhan dibuat ialah dirompak. Sekarang kesimpulannya, tidak ada yang hilang...
[Dewan riuh]
Jadi saya rasa ini kesimpulan yang kita baca.
Tuan Yang di-Pertua, itu bukan― baca sepenuhnya.
Yang Berhormat Ayer Hitam mengelirukan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pohon...
Lihat pendapat Peguam Negara.
Tidak apa, tidak apa.
Yang Berhormat Ayer Hitam mengelirukan Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rembau juga cuba mengelirukan Dewan.
Rompak atau tidak merompak, belum lagi tahu.
Yang Berhormat Ayer Hitam sudah habis ya?
Yang Berhormat Ayer Hitam jangan hendak menegakkan benang yang basah.
Ada pecah amanah, ada pecah amanah.
Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional cuba mengelirukan Ahli Parlimen.
Dengan jelas Peguam Negara mengatakan pecah amanah.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Baca betul-betul, Yang Berhormat Ayer Hitam.
There is criminal breach of trust. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah Dewan yang mulia. Saya beri peluang dan ruang yang mencukupi kepada semua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ayer Hitam sudah habis? Yang Berhormat Rembau hendak tokok tambah lagi? Sila.
Sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon sepertimana sahabat saya daripada Yang Berhormat Ayer Hitam, Tuan Yang di- Pertua memberikan jaminan bahawa perkara ini dapat dibahaskan sebelum tamatnya sesi kali ini. Walaupun kita akan hantar surat dan sebagainya tetapi jaminan itu perlu sebab kalau tidak, perkara ini akan jadi dated kalau dibahaskan pada bulan Oktober. Saya pohon, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Ketua Pembangkang.
Sekali lagi, daripada jawapan dan bangkangan daripada pihak kerajaan, nampak ada isu yang perlu kita bincangkan ‒ yang perlu kita perbahaskan. Jadi, saya setuju bahawa dari segi peraturan, perlu ada surat dan sebagainya. Akan tetapi, kerana isu ini, isu yang besar, yang melibatkan integriti kerajaan lama dan sebagainya, yang tuduhannya merupakan tuduhan yang amat serius. Jadi, saya setuju dengan rakan-rakan, walaupun kita ikut perkara yang diputuskan oleh Tuan Yang di- Pertua, tetapi perbahasan jangan kita tunggu bulan Oktober akan datang, apabila sidang bermula pada bulan Oktober nanti. Kita bahaskan di sini dan kita putuskan secara bersama, insya-Allah selepas itu kita boleh tentukan apa keputusan yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, minta sedikit
Terima kasih Ketua Pembangkang.
36(12)...
Tuan Yang di-Pertua...
Saya menyokong supaya disegerakan prosiding ini sebab saya melihat kepada laporan yang dibentangkan oleh PAC ini pada bilangan 18. Apabila mereka ini memanggil Akauntan Negara iaitu muka surat lima yang mengatakan, Datuk Saat bin Esa yang menjadi Akauntan Negara sekarang yang telah menjelaskan bahawa duit ini tidak hilang, cuma salah masuk ke dalam akaun consolidated.
[Dewan riuh]
Ada. Melihat kepada... [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ya, bagi‒ That is my floor. Tidak apa, saya hendak menyokong...
Ya, ya. Perkara yang sama sudah dimaklumkan dan saya ambil maklum. Ahli Yang Berhormat...
...nanti kita bahas dalam jawapan Ketua Akauntan Negara. Jadi, saya menyokong.
Ahli Yang Berhormat, saya rasa Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Rembau sudah buatkan ‒ supaya perkara tidak payah berulang-ulang. Hari ini kita ada tiga rang undang-undang untuk dibahaskan dan diluluskan. Jika, perkara yang sama, point taken. Saya memberi jaminan supaya keputusan akan dibuat mengikut sepenuhnya lunas undang-undang dan peraturan mesyuarat. Sekiranya peraturan mesyuarat mengehendaki keputusan untuk sesi ini, maka ia akan dibuat.
[Bangun]
[Bangun]
Keputusan adil mengikut seluruh peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua 36(12) ada perkara lain.
Tuan Yang di-Pertua....
Tidak payah kita ulang perkara yang sama, ini membazir masa. Sudah, point taken. Ketua Pembangkang, Rembau, Ayer
Hitam, Pendang semua telah diwakili. Perkara yang sama kita tidak perlu mengulang-ulang lagi.
Perkara lain, Tuan Yang di- Pertua. Perkara yang lain Tuan Yang di-Pertua, 36(12).
Seterusnya saya menjemput Rang Undang-undang untuk perbahasan. Minta Yang Berhormat Kuala Nerus. Setiausaha dahulu.
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua, 36(12).
Sama juga.
Duduklah.
Perkara yang berbeza. saya ingin merujuk Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Sama sahaja!
Tidak! Ini perkara yang berbeza yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan..
Yang Berhormat Pontian tidak payahlah mencari...
Sama sahajalah.
Yang Berhormat Menteri Kewangan sebut RM19.4 bilion itu semua telah di – Ketua Audit Negara menyatakan [Dewan riuh].... bilion sahaja yang disahkan, bererti dia mengelirukan Dewan dua kali, bukan sekali ya, bukan sekali mengelirukan Dewan, tetapi dua kali.
Bacalah, baca! Rumusan Peguam Negara, sama sahaja rumusan Peguam Negara. Sama sahaja rumusan Peguam Negara. Yang Berhormat Pontian baca rumusan Peguam Negara, Peguam Negara... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pontian, jangan lagi membazir masa, saya sudah ulang lagi, point taken. Saya tunggu sekarang ini usul daripada Ketua Pembangkang. Setiausaha.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PROFESION GUAMAN SYARIE (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [11 Julai 2019]
Saya meminta Yang Berhormat Kuala Nerus, masa 10 minit selepas itu Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Setiu menutup tirai, sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin sedikit masa yang sebelum Yang Berhormat Kuala Nerus meneruskan perbahasan. Saya ingin...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya ingin mengucapkan welcome‒ kedatangan pelawat daripada Kota Melaka.
Mana peraturan mesyuarat ini Tuan Yang di-Pertua?
[Dewan riuh]
Pelawat tidak ada peraturan mesyuarat. Di bawah peraturan berapa ini Yang Berhormat?
...daripada Dun Duyong.
Ini Yang Berhormat, kata tadi tidak hendak benarkan membazir waktu.
Sila semua Ahli Yang Berhormat, semua anggota Dewan dan pelawat saya ucapkan selamat datang. Sila Yang Berhormat Dato’ Kuala Nerus.
[Dewan Tepuk]
Bismillaahir Rahmanir Rahiim [Membaca sepotong doa] . Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan satu firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maksudnya, Allah Taala berfirman; “Sekiranya orang yang ada tanggungjawab atas dirinya merupakan seorang yang bodoh, ataupun lemah akalnya ataupun tidak mampu untuk merencana, maka hendaklah merencana bagi pihaknya pelindungnya dengan penuh keadilan”, Surah Al-Baqarah, ayat 282. Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam memberi suatu kelebihan kepada mereka yang berada di bidang guaman syarie ataupun guaman sivil. Ini kerana, mereka inilah orang yang memperjuangkan hak golongan yang tidak mampu untuk berhujah kerana barangkali dengan sebab hujah yang tidak mampu disampaikan, ada orang yang hilang haknya ataupun ditarik haknya. Dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut, [Membaca sepotong Hadis] , “Barang siapa yang berjalan bersama orang yang kena zalim hinggalah Allah tetapkan baginya haknya, maka Allah Taala akan tetapkan dua kakinya di atas sirat Allah SWT pada hari semua kaki akan tergelincir”. Hadis diriwayat oleh Hassan Al- Albani. Jadi, hadis ini juga menunjukkan kepada kita besarnya fadilat mereka yang terlibat di bidang guaman termasuk sebagai guaman syarie. Islam memperingatkan kita bahawa [Membaca sepotong ayat] , “Jangan pula menjadi tukang hujah ataupun orang pertahankan orang-orang yang khianat”. Ini juga peringatan kepada pada peguam. Hari ini kita bincang tentang satu akta baharu, Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Tentulah antara tujuannya adalah untuk kita perkasakan kedudukan peguam syarie dari sudut hak mereka yang kita lihat sebelum ini agak tidak diberikan hak yang sebenarnya kerana mereka dilihat sebagai orang yang berada tahap yang kedua selepas peguam sivil. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita terima juga persoalan, kenapakah tidak akta ini dijadikan sebagai akta yang menyeluruh, bukan hanya untuk Wilayah Persekutuan sahaja, tetapi menyeluruh untuk seluruh negara yang akan memberi manfaat kepada semua para peguam syarie yang jumlah mereka kalau berdasarkan data dalam Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia ke-4 pada tarikh 10 November 2017, jumlah semua adalah sebanyak 2,768 orang. Adapun peguam syarie yang terlibat untuk Wilayah Persekutuan, hanyalah sejumlah 506 orang iaitu 18.3 percent. Ertinya, kalau hari ini kita berikan hak kepada peguam syarie, di peringkat Wilayah Persekutuan, macam mana pula dengan orang lain yang kena kita berikan hak? Maka, timbullah persoalan kepada kita bahawa adakah Yang Berhormat Menteri ataupun kerajaan telah berunding dengan Majlis Raja-Raja atau Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk kita usahakan, bukan hanya akta di peringkat Wilayah Persekutuan, tetapi juga untuk semua peguam syarie seluruh Malaysia, diwujudkan Majlis Peguam Syarie di bawah Majlis Raja-Raja. Mungkin Yang Berhormat Menteri akan menjawab dengan kaedah yang menyebut [Membaca sepotong ayat dalam bahasa Arab] , “Sesuatu yang tidak boleh dibuat semua sekali, kita buat sebahagian, jangan tinggal sebahagian besar daripadanya”. Akan tetapi, dalam masa yang sama, soalan yang mesti dijawab oleh Yang Berhormat Menteri ialah apakah perancangan Yang Berhormat Menteri untuk seterusnya? Selepas kita luluskan akta ini, apa dia perancangan Yang Berhormat Menteri untuk baiki benda ini lagi. Sejauh mana Yang Berhormat Menteri telah berunding dengan Majlis Raja- Raja? Bila agaknya dalam perancangan Yang Berhormat Menteri akan kita wujudkan akta yang sama yang menyeluruh untuk semua seluruh negara? Insya-Allah. Itu soalan yang mesti di jawab oleh Yang Berhormat Menteri pada hari ini. Juga antara persoalan yang penting yang Yang Berhormat Menteri kena jawab ialah, bolehkah peguam syarie di negeri lain, menjadi ataupun mendaftar secara automatik dalam Majlis Peguam Syarie di peringkat Wilayah Persekutuan? Oleh sebab, mereka tidak perlu berulang kali ‒ kalau hari ini kita hendak pada peguam syarie ini , mereka terpaksa mendaftar bagi setiap negeri. Tentulah bila ada Akta Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 ini, tentulah mereka berhasrat untuk juga beramal di peringkat wilayah Persekutuan. Adakah mereka ini perlu memohon lagi atau diberikan status automatik bila mereka berdaftar dengan negeri lain? Automatik diberikan. Dengan cara ini, kita boleh meramaikan lagi orang yang terlibat atau beramal sebagai peguam syarie di peringkat Wilayah Persekutuan. Itu perkara pertama yang ingin saya sentuh. Kedua, kalau kita lihat, sebelum wujudnya akta ini, akta yang dirujuk bagi peringkat Wilayah Persekutuan untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan masyarakat ini ialah seksyen 2 dan juga seksyen 69 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan juga Kaedah- kaedah Peguam Syarie 1993.
Persoalan yang timbul ialah apabila kita wujudkan akta baharu ini, macam mana status akta yang sedia ada ini? Sedangkan kita tidak bawa ke Parlimen untuk dipinda. Seolah-olah akan berlaku dua rujukan bagi isu yang sama melibatkan Majlis Peguam Syarie atau melibatkan peguam syarie. Itu satu. Kedua, dari sudut kuasa, kalau kita lihat akta yang sedia ada sekarang, seksyen 29 memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dalam menetapkan kaedah-kaedah termasuklah kaedah prosedur, kelayakan fi dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kita lihat dalam akta yang kita bawa pada hari ini, kuasa itu diberikan kepada Menteri. Kalau kita lihat begitu banyak dalam peruntukan yang kita bincang sekarang. Antaranya, fasal 9, fasal 64, fasal 65, fasal 66, fasal 68, fasal 92 dan fasal 93. Ini semua asalnya kalau kita lihat dalam akta yang sedia ada sekarang, kuasa itu ada pada Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi sekarang dipindahkan kepada Menteri. Persoalannya, kenapa? Kenapa kuasa Yang di-Pertuan Agong ini ditiadakan dan diberikan pula kepada Menteri? Adakah Menteri ingin menjadi Raja atau Sultan pula, menggantikan sultan yang sedia ada? Itu persoalan yang perlu dijawab. Ini kerana, seolah-olahnya akta ini tidak merujuk kepada Raja-raja. Kalau kita lihat dalam Perlembagaan kita sendiri, ada peruntukan yang menjelaskan Perkara 38(4), tentang kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja, tidak ada sebarang undang- undang yang digunakan itu melibatkan kuasa Raja-raja yang boleh diluluskan tanpa berunding dengan Majlis Raja-Raja. Jadi seolah-olahnya Menteri telah mengambil kuasa Raja-raja tanpa berunding dengan Raja-raja. Jadi, ini persoalan besar yang mesti dijawab oleh Menteri. Kita bimbang, di mana kuasa diberikan kepada Menteri, kita bimbang akan berlaku salah guna kuasa. Ini kerana semuanya di bawah pertimbangan Menteri belaka termasuklah kuasa dalam menetapkan fi, menetapkan bayaran yang mesti dikenakan kepada para peguam. Jika yang menetapkan itu adalah Menteri dan tadbir kuasa pada Majlis Peguam Syarie sendiri, tentulah akan menimbulkan persoalan tentang kepentingan Menteri dalam berurusan dengan peguam-peguam seumpama ini. Itu perkara yang kedua.
Ketiga, saya hendak menyokong usaha akta ini yang membuat syarat untuk menerima masuk peguam syarie dalam seksyen 12, dinyatakan antaranya dalam (b) beragama Islam. Saya sangat menyokong untuk kita menetapkan hanya orang yang beragama Islam sahaja yang boleh menjadi peguam syarie. Kenapa? Ini kerana, pertama sekali telah ada fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga fatwa di peringkat Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa hanya orang Islam yang diberikan hak. Persoalannya kenapa? Bagi saya persoalan yang paling penting ialah berkaitan dengan kelayakan. Kelayakannya ialah kelayakan ilmu. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kata Allah SWT, “Bertanyalah pada orang yang ada ilmu sekiranya kamu tidak tahu”. Dalam urusan berkaitan dengan guaman syarie, perlukan hanya undang-undang yang bertulis, yang mesti dirujuk oleh peguam dalam dia mengamalkan guaman syarie. Akan tetapi, ada kaedah yang ditetapkan dalam undang-undang, apa sahaja perkara yang kabur dalam undang-undang sedia ada yang bertulis mesti dirujuk pada hukum syarak. Maka, adakah peguam syarie, peguam syarie yang bukan Islam, yang hanya mempelajari undang- undang bertulis sahaja mampu merujuk semua undang-undang dalam kitab-kitab fiqah yang begitu besar untuk dia faham apa lagi perkara melibatkan hukum yang mesti kita bawa bila kita membawa satu kes yang melibatkan undang-undang syarie? Oleh sebab itu kita mengatakan bahawa, kelayakan itu tidak ada kepada peguam syarie yang bukan beragama Islam. Dia ada pada orang yang beragama Islam. Oleh sebab itu saya menyokong bahawa, syarat yang ditetapkan sebagai syarak bagi akta yang kita bincang pada hari ini. Seterusnya, perkara yang penting untuk kita lihat ialah tentang perkara yang bersabit dengan persoalan-persoalan hukuman tatatertib. Dalam undang-undang yang kita lihat, kenapa ditetapkan tatatertib itu hanya dalam konsep kaedah sahaja? Kenapa tidak dijadikan akta? Oleh sebab kita semua tahu bahawa kaedah ini sangat terhad sifatnya, berbeza dengan akta. Adakah ia satu usaha untuk merendahkan perkara berkaitan dengan tatatertib? Kalau kita lihat juga, denda yang dikenakan dalam akta yang baharu ini, denda yang dikenakan ialah RM50,000 sedangkan kalau kita dalam peguam sivil, tidak lebih daripada RM50,000. Ketiga, persoalan hukuman juga, kita bimbang bukan hanya peguam syarie dikenakan tatatertib menerusi akta ini tetapi juga akan dikenakan tatatertib menerusi satu lagi akta yang melibatkan peguam sivil. Oleh sebab, sebahagian peguam syarie ini mereka juga adalah peguam sivil. Mungkin dikenakan hukuman dua kali. Maka, bagi kita tidak adil kepada peguam syarie.
Yang Berhormat Kuala Nerus, sila menggulung. Masa sudah tamat.
Saya rasa itulah antara perkara penting yang saya harap Menteri boleh jawab sempena yang kita bincang pada hari ini. Saya menyokong undang-undang ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai.
[Membaca sepotong Doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Bagan Serai bangun menyokong Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat selama begitu banyak tahun selama ini. Sehingga hari ini, adalah satu rang undang-undang yang dikira bersejarah untuk kita bahaskan dan luluskan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hairan 30 tahun usaha-usaha awal daripada tahun 1984 untuk memartabatkan peguam syarie kerana ada double standard antara peguam syarie dan
peguam sivil ini. Selama 30 tahun diambil sedangkan dalam Perkara 31, Perkara 32 dan Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas mengamalkan dengan aman dan damai. Di negeri di mana ada Sultan maka Sultan yang menjadi ketua agama. Negeri yang tidak ada Sultan maka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama. Ini soal memartabatkan, ini soal ke arah taat dan sunah Rasullah SAW. Ini peguam agama, Mahkamah Syariah. Benda yang sangat penting. Kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Islam adalah agama persekutuan. Saya hairan kenapa 30 tahun? Kenapa lama sangat ambil? Kenapa? Apa masalahnya sebenarnya? Ini kerana kerajaan kita, kerajaan hakiki kita, “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”. Adakah kita sibuk mempertikaikan antara satu sama lain? Adakah kita sibuk berkelahi antara satu sama yang lain? Bergaduh, sombong ataupun mempertikaikan siapa lebih islamik? Negeri mana lebih islamik? Orang mana lebih islamik? Bendera mana lebih islamik? Yang pakai songkok kah? Yang pakai ketayap putih kah? Yang pakai serban kah ataupun yang tidak pakai apa-apa yang lebih islamik? Ini yang dipertikaikan. Ini kerana, apabila ada pertelingkahan, ada pergaduhan ini maka syaitan laknat masuk di celah-celah. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Akan tetapi umat hari ini tidak amalkan. Jadi kebimbangan, saya melihat 30 tahun. Kita ada undang-undang kita. Penubuhan empat badan entiti Lembaga Kelayakan Profesion Guaman, Badan Peguam Syarie yang equivalent to Malaysian Bar, seolah-olah macam Malaysian Medical Association (MMA).
Mohon mencelah, boleh?
Dan juga Badan Majlis Peguam Syarie equivalent to Bar Council ataupun Malaysian Medical Council (MMC).
Rompin, Tuan Yang di-Pertua...
Keempatnya, Lembaga Tatatertib seksyen 77, yang akan diwujudkan yang saya rasa penting.
Rompin, Yang Berhormat Bagan Serai? Sikit?
Minta maaf Yang Berhormat Rompin sebab 10 minit. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh bagi saya lima minit lagi saya bagi Yang Berhormat Rompin.
Tidak boleh.
Tidak boleh ya? Tuan Yang di-Pertua terus buat.
Masa itu emas.
Ya, masa itu emas. Masa itu – Allah sumpah dengan masa! “Wal Asr.” Tuan Yang di-Pertua, dalam Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia, umpamanya ada CME. Sini saya sebutlah, sebab saya seorang doktor, jadi ada macam hubung kaitnya, saya dapat buat perbandingan iaitu Pembangunan Profesion Peguam (CPD) lah kan? Continuing Professional Development (CPD). Ini penting sebab untuk mengangkat martabat ilmu mesti bagus. Jadi dia mesti ikut peraturan, ikut zaman supaya ilmu ada, ini penting sekali. Selain itu juga, saya lihat dalam Lembaga Tatatertib, ini pun sebab manusia ini bukan maksum. Kita bukan maksum. Kita insan pelupa! Ada syaitan ganggu kita, ada nafsu ganggu kita, ada tabiat-tabiat buruk manusia yang mengganggu kita. Jadi sudah tentu ada negligence. Saya ingin tanya, adakah peguam-peguam syarie ini perlu mengambil insurans seperti doctors? Oleh sebab ada masalah negligence dan sebagainya? Saya lihat pada perkara-perkara baharu yang diperkenalkan pada rang undang-undang ini iaitu latihan dalam kamar selama enam bulan, chambering. Chambering ini, kalau macam doktor itu housemanship lah, dua tahun. Akan tetapi, chambering ini kita tengok laluan-laluan mereka. LLB students, bila keluar kalau buat chambering dia buat sembilan bulan di court ataupun dia tidak mahu buat
dan dia end up dekat industri ataupun dia mahu buat syarie, kalau dulunya hanya interview dan diterima. Hari ini dikatakan kena buat chambering selama enam bulan. Bagaimana pula lawyers? Mereka yang hendak buat sivil dan juga syarie? Adakah mereka terpaksa melalui sembilan bulan chambering dan ditambah lagi dengan enam bulan chambering, menjadi setahun setengah?
Tidak bolehkah dia bagi diskaun umpamanya tiga bulan? Tidak bolehkah dia buat pengecualian? Adakah ini juga mendera, menyeksa lawyers kerana masa yang diambil? Sudahlah belajar teruk. Gaji tidak berapa tinggi. Ini lawyer yang cakap dengan saya. Saya tidak tahulah kalau ada lawyer di sini tolong betulkan. Satu lagi keperluan untuk mendapat perakuan amalan tahunan. Like doctors juga. Kita ada kita punya licensing, tetapi doctors kena ambil 20 point sekarang ini. 20 point untuk meneruskan kerjayanya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang fi. Ada kawan saya bawa satu kes pergi jumpa lawyer dia tengok macam itu RM60,000. Letak dahulu RM15,000 baru boleh buat kerja. Wah! Ada guideline kah? Mati budak itu. Terpaksa jual kereta, jual ini, jual itu sebab apa? Fi lawyer RM60,000. Saya hendak tanya mana guideline dia?
Ini ikut kepakaran masing- masing.
Jadi perlu ada guideline. Kalau macam itu saya hendak tanyalah apa nasib doktor pula Tuan Yang di-Pertua? Doctors ini consultation fee-nya RM10 hingga RM15 selama 27 tahun. Daripada tahun 1992 sampai sekarang ini. Apabila Private Healthcare Facilities and Services Act wujud tahun 1998 berapa pindaan telah dibuat? Dan pada tahun 2013, GP doktor perubatan am yang bekerja di hospital dinaikkan kepada RM35. Akan tetapi doctors private di klinik-klinik biasa RM10 hingga RM15 sehingga sekarang. Apakah soal kadar inflasi tidak diambil kira? Sebab selama 20 tahun sewa naik, gaji staf naik, barang naik, instrumen naik, harga ubat naik. Ini belum kita kira lagi Tuan Yang di- Pertua berkenaan dengan TPA dan MCO yang menetapkan yang menurunkan fi untuk doktor-doktor.
Yang Berhormat. Saya sedar Yang Berhormat adalah seorang doktor tetapi sekarang perbahasan guaman profesional.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua amat bijaksana. Sebab itu saya bawa saya melihat perbandingan antara doctors and lawyers. Kita tidak mahu double standard. Sudah cukuplah peguam-peguam syarie mendapat double standard berbandingkan dengan sivil. Akan tetapi hari ini kita lihatlah nasib-nasib doktor yang juga berjuang. Memang kita perjuangkan nasib B40, mereka yang pekebun kecil, nelayan, mereka yang susah, veteran, polis dan sebagainya tetapi jangan dipinggirkan doktor-doktor yang juga banyak berjasa kepada negara ini. Hari ini kita lihat peguam syarie pula. Rupa-rupanya 30 tahun. Masya-Allah 30 tahun buat apa? Adakah buat continuously? Adakah buat secara istiqamah? Ataupun buat kemudian tinggal tiga tahun? Buka balik fail tengok balik apa macam mana ini? Sebab apa? Kita ada Raja, kita ada Sultan adakah kita akan menghadap Majlis Raja-raja supaya menyeragamkan undang-undang ini di seluruh negara. Kita jangan jadi macam – saya lihat banyak isu yang saya bawa dalam Dewan ini berkaitan dengan isu tanah umpamanya. Federal kata state pegang. State control. Negeri control. Tidak ada penyeragaman. Jadi sebab itu bila isu-isu alam sekitar, isu-isu hutan ditebang, isu-isu merosakkan tanah, isu-isu kecurian tanah. Tidak dapat diselesaikan. Ini Federal kata state. State kata Federal. Rupa-rupanya ini juga berlaku dalam kes peguam syarie pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya melihat sedangkan kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang berjuang awal-awal dahulu. Jadi hari ini kita berharap Rang undang-undang Profesion Guaman Syarie ini betul-betul menepati kehendaknya iaitu untuk memartabatkan, untuk memperkasakan peguam-peguam syarie ini supaya jangan ada
double standard supaya mereka juga diberi peluang dan mereka juga diberi pengiktirafan yang sepatutnya setelah begitu lama belajar dan sebagainya. Jadi inilah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya tentang insurans tadi, tentang chambering tadi, tentang bagaimana pengiktirafan kepada peguam-peguam syarie ini akan dilakukan selepas ini dan sekali lagi Bagan Serai ingin menyatakan bangunnya Bagan Serai hari ini untuk menyokong Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie dan juga menyentuh sedikit tentang nasib doktor-doktor di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Selalu berkobar-kobar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu untuk menutup tirai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca sepotong doa] . Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang- undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan). Perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah berkenaan kaedah fi yang terletak di bawah kuasa menteri. Satu, fi pengeluaran perakuan peguam. Kedua, fi cabutan daripada daftar. Ketiga, fi pengeluaran perakuan amalan tahunan. Keempat, fi memeriksa daftar pengamal. Di mana jumlah fi tersebut tidak dinyatakan. Ini bermakna semuanya tertakluk kepada menteri untuk memutuskan berapa bayaran fi yang dikenakan. Saya kira perkara ini adalah lebih wajar jika fi ini ditentukan sendiri oleh ahli dalam profesion tersebut sebagaimana yang menjadi amalan Majlis Peguam dalam kes sivil. Jika fi ini diletakkan di bawa kuasa Menteri, kita khuatir Menteri boleh menyalahgunakan kuasa untuk menaikkan fi ini. Kedua, apa yang saya perhatikan dalam rang undang-undang ini, begitu banyak perkara yang diletakkan di bawah kuasa Menteri. Antaranya ialah kuasa untuk membuat kaedah mengawal selia amalan. Kedua, kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan penerimaan masuk sebagai peguam syarie. Ketiga, kuasa untuk membuat kaedah- kaedah berhubung dengan pemeriksaan laporan akauntan dan sebagainya. Keempat, kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tanggung rugi profesional. Hal ini menunjukkan seolah-olah urusan peguam syarie ini tertakluk kepada kehendak ahli politik, sekali gus mengambil kuasa yang asalnya menjadi milik Majlis Agama Islam yang berada di bawah Sultan. Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga tidak dinafikan bidang kuasa peguam syarie adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Namun, masih ada peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 76(1)(b) yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua negeri atau lebih. Justeru itu, saya berharap agar Perkara 76 dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengatasi ketidakseragaman antara negeri-negeri berhubung dengan peguam syarie ini. Sebagai contoh, ketidakseragaman antara umur. Negeri Johor menetapkan 18 tahun sudah layak untuk menjadi peguam syarie. Akan tetapi bagi negeri Pulau Pinang umur 21 tahun. Begitu juga ada negeri yang hanya cukup sekadar ada Ijazah Syariah tanpa diwajibkan ada Diploma Kehakiman. Sebagai contoh Wilayah Persekutuan sendiri dan negeri Perlis. Ada negeri yang tidak cukup dengan sekadar ada Ijazah Syariah bahkan kena ada Diploma Kehakiman dan Undang-undang seperti negeri Selangor, Kedah dan Perak. Jadi saya mencadangkan supaya dibuat satu penyeragaman antara negeri-negeri ini. Tuan Yang di-Pertua, setakat itu yang dapat saya bahaskan untuk tengah hari ini. Saya mohon menyokong rang undang-undang yang dibentangkan. [Membaca Sepotong Doa] . Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Setakat ini 21 orang Ahli-ahli Parlimen telah mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang ini.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa yang diperuntukkan 45 minit. Sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin merakamkan sebelum membuat penggulungan. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan pendapat mereka tentang rang undang-undang ini. Jangan tergoda janda berhias, Senyum menawan umpama jerat, Terima kasih kepada yang berbahas, Semoga RUU mencapai hasrat.
Tuan Yang di-Pertua, ada lebih kurang dalam cacatan kami 25 isu yang dibangkitkan dan sebahagian besar daripada pembahas-pembahas telah menyinggung perkara yang sama. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab semua 25 isu itu dalam perkara-perkara yang dibangkitkan.
Sila.
Semoga kita boleh tamat pada masa yang telah ditetapkan dan memandangkan kepada RUU ini adalah merupakan RUU yang baharu, profesion guaman syarie. Maka, saya cuba lah sedaya upaya untuk memenuhi permohonan ataupun soalan-soalan yang telah diajukan sama ada pihak pembangkang mahupun daripada pihak kerajaan. Perkara yang dibangkitkan ini Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Petrajaya ada menimbulkan isu tentang – tadi pun ada disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Setiu iaitu bagaimana Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie ini boleh menyelesaikan isu ketidakseragaman antara negeri-negeri. Sedangkan RUU ini terpakai hanya untuk Wilayah Persekutuan. Sememangnya RUU ini terpakai kalau diluluskan oleh Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Ia akan hanya terpakai kepada Wilayah Persekutuan. RUU ini dibuat di atas fasal (1) Perkara 74 yang dibaca bersama butiran 6(e) Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan ia hanya terpakai bagi wilayah-wilayah Persekutuan. Sekiranya Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan ini hendak dijadikan model – kalau lah dianggap baik untuk dijadikan model bagi maksud menggalakkan keseragaman yang diminta oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Maka, perkara dan harapan ini boleh kita laksanakan melalui platform iaitu Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, JAKIM dengan negeri-negeri. Maknanya kita ada satu platform untuk membawa model ini di dalam jawatankuasa ini. Apabila diperbincangkan melalui rundingan, melalui libat urus, maka kemudian dibawa kepada satu platform yang juga tertinggi dalam menentukan dasar-dasar pentadbiran Islam iaitu Malis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ataupun MKI di mana ahlinya terdiri daripada semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan juga Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri. Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Agama sebagai Timbalan. Manakala Ketua Pengarah JAKIM sebagai sekretariat. Semua -perkara yang melibatkan pentadbiran Islam dibawa di sini dan apabila dipersetujui akan dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja atau disebut sembah maklum. Ia akan ada dua. Satu, full council Majlis Raja-raja. Satu lagi, pre-council. Majlis Raja-raja yang prihatin kepada isu-isu pentadbiran Islam akan minta kita persembahkan di pre-council dahulu supaya Majlis Raja- raja ada ruang untuk tanya, ada ruang untuk faham dan bila masuk Full Council, perkara itu akan selalunya tidak ada permasalahan. Jadi kalau yang ditanya tentang tadi Yang Berhormat Kuala Nerus tanya apa kita punya pelan perancangan tadi, ya. Itulah kita ada jawatankuasa sivil dan syarak yang telah kita aktifkan semula. Kita juga ada platform pertemuan tiga bulan sekali dengan EXCO-EXCO negeri. Di situlah yang kita sampaikan hasrat dan di situlah juga yang kita akan bagi kepada
mereka maklumat-maklumat dan lebih penting ialah mereka yakin bahawa apa yang kita bawa ini bagus untuk dilaksanakan di negeri-negeri. Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan di sini, ia semuanya tertakluk kepada persetujuan negeri-negeri dengan perkenan sultan dan raja sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri selaras dengan fasal (2)(3) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan sultan dan raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri. Dengan kata lain, kita di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja kita tidak perlu untuk minta Majlis Raja-raja. Tadi ada beberapa sahabat ada sebut Majlis Raja-raja. Majlis Raja- raja ini hanya melibatkan kalau dasar itu hendak dibawa ke negeri-negeri masing-masing. Adapun untuk Wilayah Persekutuan sahaja cukup untuk kita mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya hendak betulkan sebahagian daripada pandangan yang telah diajukan oleh sahabat-sahabat sebelum ini bahawa untuk akta ini kita hanya perlu persetujuan Yang di-Pertuan Agong dan telah pun mendapat untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk kita bawa. Saya hendak recapture – sekejap ya, duduk dahulu, nanti saya akan bagi. Duduk dahulu Yang Berhormat Arau. Saya tidak habis lagi. Jangan potong stim saya.
Yang Berhormat Arau, sabar Yang Berhormat Arau.
Jadi saya hendak bagi tahu untuk pengetahuan just on record... [Disampuk]
Saya hendak sambung itu Yang Berhormat sebut itu. Hendak sokong. Tidak apa lah. Kita lawan lah. Payah sangat.
Sat, sat, sat. Just on record saya hendak bagi tahu. Saya hendak bagi tahu just on record, Akta ini mula-mula hendak dibawa ke kabinet pada sesi yang lalu untuk dipersetujui dan kemudian dibawa ke sini. Akan tetapi oleh sebab kita masa itu masih ada lagi isu-isu persetujuan daripada pihak Yang di-Pertuan Agong yang waktu itu baru dilantik. Maka pada waktu itu kita terus tarik balik. Bukan sahaja bawa di sini, Kabinet pun saya tidak bentang. Terus saya tarik balik. Ini kerana kita faham sangat dia punya proses dan prosedur di mana kuasa Yang di-Pertuan Agong itu kepada Wilayah Persekutuan ini dari segi pentadbiran Islam adalah merupakan perkenan yang mesti kita dapat sebelum kita bawa. Jadi bukan sahaja bawa parlimen, bawa Kabinet pun kita tidak bawa. Akan tetapi setelah kita dapat perkenan, setelah kita mendapat persetujuan di pihak Yang di-Pertuan Agong, Alhamdulillah kemudian baru lah kita bawa ke kabinet dibahaskan dan dipersetujui. Baru lah kita tengok senarai kita bawa ke parlimen sesi pada hari ini. Dengan kata lain saya memberi jaminan pada Ahli-ahli Parlimen sekalian dalam hal pentadbiran Islam kami amat- amat prihatin dalam soal-soal kuasa Raja-raja Melayu dan khususnya Yang di-Pertuan Agong.
Menteri, sedikit. Sedikit sahaja.
Kalau boleh perkara yang sama, ya. Ini kerana saya ada lagi 20 isu. Jadi 20 isu itu kadang-kadang sudah terjawab sebenarnya tetapi bila tanya itu – silakan.
Perkara yg sama. Ini hendak cadang kepada Yang Berhormat [Tidak jelas] . Tidak, tidak terjawab. Yang Berhormat, ini soal agama. Kita Majlis Kebangsaan, Perdana Menteri, Menteri Besar. Maaflah saya ingin menegur. Mereka bukan pakar agama. Kemudian lagi satu EXCO-EXCO Negeri, mereka bukan pakar agama. Pihak yang pakar agama ialah mufti. Jadi saya ingin bertanya di mana ruang untuk mufti supaya dapat bersama? Saya tahu kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Akan tetapi masih tidak cukup ruang untuk membolehkan supaya penyertaan mufti bersama dalam majlis membincangkan tentang agama Islam. Saya bagi tahu agama Islam adalah agama mudah. Akan tetapi dia jadi payah kalau kita mula apa yang jadi di Malaysia sekarang ini payah sebab tiap-tiap negeri ada pentadbiran. Akan tetapi punca kuasa ialah Raja. Yang Berhormat kata tidak perlu Majlis Raja-raja untuk tujuan supaya berlaku keserasian. Apakah boleh benda ini dibawa Majlis Raja-raja? Untuk makluman cukup. Walau apa pun undang-undang sebab di akhirnya kita hendak minta mereka laksanakan modul wilayah. Hendak modul macam mana? Kita buat
pun kita tidak bagi tahu dia. Yang di-Pertuan Agong seorang tidak cukup. Kena bagi tahu Majlis Raja-raja.
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Sambung sedikit.
Saya hendak cepat jawab. Tadi dia silap faham.
Boleh?
Saya sudah sebut tadi Majlis Raja-raja kalau kita hendak bawa undang-undang negeri mesti mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Dia bermula dengan MKI. Kemudian naik kepada pre-council. Kemudian naik kepada Full Council Majlis Raja-raja. Jadi saya minta perbetulkan. Saya tidak pernah kata pun kalau hendak buat di negeri-negeri tidak perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja. Duduk sat, saya tidak habis cakap lagi.
Yang Berhormat tidak faham. Saya maksudkan ini Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi bila yang saya kata majlis dalam akta ini, dalam akta ini... [Disampuk]
Saya duduk dalam Majlis ini 26 tahun tau. Saya lebih arif daripada Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau, bagilah Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Selepas itu—jangan buat tuduhan kata Yang Berhormat Menteri tidak fahamlah, kamu lebih ariflah, itu kurang sedap. Biarlah Yang Berhormat Menteri jawab dahulu, selepas itu boleh mencelah. Ya, sila.
Jadi saya hendak tarik balik tadi...
Tuan Yang di-Pertua jangan panggil saya “kamu”, saya Arau. Arau ya.
...apa kata Yang Berhormat Arau, tidak betullah tadi.
Ini Yang Berhormat...
Itu kena tarik balik itu, jangan kata begitu. Saya faham kalau hendak buat di negeri, memang kena beritahu di mana ia...
Saya kata bukan hendak buat di negeri. Yang Berhormat Menteri sebut model tadi...
Oleh sebab tadi Yang Berhormat Arau kata, Yang Berhormat Arau kata...
Yang Berhormat kata ini adalah model untuk laksanakan negeri.
...nak jadi model pasaipa tidak beritahu?
Kalau model... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau tunggu lepas Yang Berhormat Menteri jawab, saya bagi peluang. Okey?
Okey.
Jika cakap macam ini, siapa hendak dengar siapa? Sila Yang Berhormat Menteri.
Jangan kelirukan Dewan Yang Berhormat Arau. Saya bagi kepada Yang Berhormat Paya Besar.
Ya, sila Yang Berhormat Paya Besar.
Dia tarik balik perkataan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, baca peraturan mesyuarat. Ini...
Saya tidak mengelirukan Dewan.
Yang Berhormat Arau orang lama memang faham peraturan mesyuarat tetapi jangan sengaja tidak faham. Yang Berhormat Paya Besar, sila. Yang Berhormat Menteri bagi ruang.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, sila duduk Yang Berhormat Arau. Terima kasih atas kerjasama diberikan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya faham bagaimana Yang Berhormat Menteri nyatakan berkaitan MKI – dimaklumkan. Cumanya, saya hendak dapat on record, Yang Berhormat Menteri kena nyatakan di Dewan yang mulia ini, adakah pindaan yang kita akan buat selepas menggubal rang undang- undang ini Akta 505, menghilangkan atau memotong seksyen 59 itu Yang di-Pertuan Agong dan kemudian diwujudkan dalam rang undang-undang yang kita bincang hari ini? Adakah ini telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong? Adakah Yang Berhormat Menteri akan maklumkan selepas kita selesai perbahasan dan diluluskan di Dewan Rakyat ini? Apakah kerisauan Ahli-ahli Yang Berhormat? Oleh sebab saya nampak Yang Berhormat Menteri, kita bercakap tentang agama Islam. Dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri menyatakan bersetuju bahawasanya Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Wilayah Persekutuan. Akan tetapi apabila seksyen 59 ini dipinda, dipotong Perkara 2 dan Perkara 59, ia jelas menunjukkan bahawasanya meniadakan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam rang undang-undang ini. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Sambung sedikit terus.
Terima kasih. Saya rasa—tidak apa...
Yang Berhormat Menteri, saya sambung terus sedikit.
Kejap, saya hendak settle-kan...
Supaya jawab sekali gus senang.
...Sebab soalan—kalau yang sama saya boleh terus jawablah, insya-Allah.
Tidak, ada sedikit lagi saya hendak sambung.
Tidak, tidak. Sekejap, saya bagi settle yang ini.
Biar Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar kerana mempercepatkan saya punya jawapan dan tidak diganggu oleh Yang Berhormat Arau tadi. Dalam subseksyen...
Jangan cari pasal dengan saya Yang Berhormat.
Sabarlah, sekali-sekala melawak.
Yang Berhormat Arau.
Subseksyen 59(2) yang dimaksudkan tadi itu dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Wilayah Persekutuan yang dikatakan meniadakan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah-kaedah – tadilah yang disebut Menteri ada semua kuasa untuk buat kaedah dan sebagainya. Saya ingin jelaskan untuk disebut sebagai bagi jaminanlah ya. Bahawa Akta Pentadbiran Undang-undang Islam yang dimaksudkan tadi itu Wilayah-wilayah Persekutuan 1993, Akta 505 dibuat bagi mengadakan peruntukan bagi Wilayah Persekutuan ialah: (i) undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam; dan (ii) penubuhan dan organisasi mahkamah-mahkamah syariah dan perkara yang berhubung dengannya. Itu memang adalah dalam Akta 505 itu. Tujuan yang kita buat ini – tujuan rang undang-undang Profesion Guaman Syarie ini digubal pula untuk mewujudkan, satu untuk mengadakan peruntukan bagi mewujudkan (i) Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, (ii) Badan Peguam Syarie; dan (iii) Majlis Peguam Syarie. Itu yang besarnya lah yang dahulu tidak ada. Semua ini untuk mengadakan peruntukan memasukkan Peguam Syarie, mengawal selia amalan profesion guaman dan juga tahap profesionalisme Peguam-peguam Syarie di Wilayah Persekutuan. Itu the whole idea ataupun itu tujuan besar kenapa rang undang-undang ini – justeru itu, inilah baru hendak jawab itu. Justeru itu, hal perkara substantif dalam Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie ini adalah berkenaan dengan guaman syarie sahaja. Ia tidak termasuk yang besar- besar yang kata tadi benda-benda penguatkuasaan dan sebagainya tadi. Ia hanya tentang profesion guaman syarie dan penubuhan badan bebas untuk mengawal selia profesion tersebut. Bukan berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam. Penubuhan dan organisasi mahkamah syariah seperti yang termaktub dalam Akta 505 itu. Memandangkan hal ehwal berkaitan dengan profesion guaman syarie secara substantifnya diletakkan di bawah ini, yang kita sedang berbicara ini dan berbahas ini. Maka bukan lagi di bawah kawalan dan seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menurut Akta 505. Makna sudah tidak ada fasal kita sudah buat yang ini. Perkiraan bagi Menteri untuk meluluskan kaedah-kaedah yang berkenaan di bawah rang undang-undang ini – ini penting ya, tidak akan mengurangkan langsung walau sedikit kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan. Dengan kata lain Yang Berhormat Paya Besar...
Yang Berhormat Menteri.
Bagi saya explain. Apa yang dibangkitkan itu sebenarnya bukan bermakna kita mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong. Ini hanya sekadar untuk kita menjalankan tugas-tugas untuk mengawal selia profesion guaman syarie tanpa kita mengurangkan kuasa yang sedia ada di dalam akta ini. Malah disebut dalam akta ini...
Yang Berhormat Menteri, sikit.
...sebagai ia punya semangat dia ini. Kalau kita tengok akta dalam in, ia sebut Bahagian I permulaan dia kata seksyen 1(2) akta ini mula
berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam warta dan Yang di-Pertuan Agong boleh tetap tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan akta ini. Maknanya, kalau benda itu dianggap bercanggah dengan kuasa sultan, dia boleh stop benda itu. Maknanya, siapa yang ada kuasa sepenuhnya terhadap akta ini? Masih lagi di bawah Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa penjelasan itu very clear dan...
Yang Berhormat Menteri, soalan sikit sahaja.
Kita tidak perlu hendak go details sebab benda itu amat jelas dan terang sekali.
Yang Berhormat Menteri...
Saya bagi Yang Berhormat Kuala Nerus.
...boleh saya?
Isu yang sama Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Kalau kita terima akta ini dengan dalam keadaan dikatakan tadi kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak ada tetapi kata Yang Berhormat Menteri tidak mengurangkan sedikit pun. Adakah bermaksud bahawa seksyen 59 akan terus kekal?
Harap nanti Yang Berhormat Kuala Nerus tunggu, sebab nanti akan ada Akta 59 ini ditarik.
Okey, baik.
Itu sudah terjawab , sebab sudah ada dalam ini.
Soalan kedua saya ialah bila mana jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kita hanya perlu bawa kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja kerana ini melibatkan Wilayah. Akan tetapi nanti kita mengharapkan untuk dikembangkan ke seluruh Malaysia. Tidakkah dari sudut adabnya kalau kita buat macam seolah-olah kita hendak paksa pula Raja-raja untuk menerima apa yang kita bawa di peringkat Wilayah?. Tidakkah cantik kalau kita lebih awal merundingkan terlebih dahulu? Agar apabila kita bawa ke Parlimen nanti akan segera diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Ini kerana kita bimbang antara sebab ketidakseragaman berlaku ialah kerana kita barangkali kurang berunding dengan negeri-negeri hingga akhirnya berlakulah perbezaan dari sudut undang-undang. Saya rasa hendak minta jawapan Yang Berhormat Menteri.
Ya, itu yang saya tanya tadi.
Ini cerita chicken and egg-lah, kan? Nanti dahulu, duduk dahulu.
Tidak ada chicken and egg di sini.
Sudah, sudah, duduk sat. Saya tidak habis cakap lagi.
Melibatkan Raja- raja. [Ketawa]
Saya tidak habis cakap.
Chicken and egg macam mana?
Duduk, duduk. Ini umpama – saya sudah beritahu tadi, saya sudah beritahu tadi. Akta ini diperbuat di atas Perkara 74, makna Wilayah Persekutuan. Okey? Wilayah Persekutuan kita sudah dapat persetujuan Yang di-Pertuan
Agong. Pada 27 Februari, kita mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah dan dibawa perkenan kepada Yang di-Pertuan Agong, setuju pada 6 April 2019. Makna, benda itu settle sudah. Dari segi dia tahu – duduk dulu Yang Berhormat Paya Besar.
Bagi eh?
Tidak, tidak. Kalau Menteri bercakap Tuan Yang di-Pertua, kalau bercakap yang lain itu diminta duduklah.
Ya lah.
Saya tidak ingat nombor berapa.
Ahli Yang Berhormat semua faham.
Yang Berhormat Paya Besar saya minta duduk dahulu.
Bagi tidak selepas ini?
Duduk dahulu.
Bagi tidak?
Yang Berhormat Menteri minta duduk Yang Berhormat Paya Besar. duduk dahulu.
Itu bukan syarat untuk duduk.
Takkanlah tidak bagi?
Itu bukan syarat untuk duduk.
Takkanlah tidak bagi Yang Berhormat Menteri?
Itu bukan syarat untuk duduk. Duduk itu adalah hak.
Boleh lah Yang Berhormat Menteri? Sikit sahaja.
Duduk, duduk.
Tidak, ini isu Yang di-Pertuan Agong.
Duduk. Duduk.
Bukan isu...
Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang Berhormat Paya Besar boleh menghormati...
Saya menghormati Yang Berhormat Menteri itu sebab saya bangun.
Kalau hormati, kena duduk apabila saya berdiri. Saya tidak boleh semua berdiri.
Bagilah peluang saya.
Duduklah Yang Berhormat Paya Besar.
Ini isu Raja-raja Yang Berhormat Menteri.
Lailahaillallah. Yang kita duk jawab ini pun isu Raja-rajalah.
Ya, saya minta penjelasan.
Duduklah. Kau tidak faham lagi kah?
Saya minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri tidak bagi kenapa?
Duduk Yang Berhormat Paya Besar. Saya tidak akan bercakap kalau Yang Berhormat Paya Besar berdiri. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, sukacita saya ingatkan kepada Peraturan Mesyuarat, saya baca ya. Peraturan Mesyuarat 37(1), “Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap kecuali jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat.”
Kedua, jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapan dengan syarat, Ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi. Ahli Yang Berhormat semua faham, ini peraturan mesyuarat. Bukan hari ini baru diluluskan, bertahun-tahun diamalkan di Dewan yang mulia ini. Sila Yang Berhormat Menteri. Hendak berucap, minta kebenaran. Sila.
Okay. Saya pergi kepada isu Yang Berhormat Kuala Nerus tadi, yang itu sudah jelas. Kita buat ini di atas tadi lah. Ada satu lagi peruntukan sebenarnya, satu lagi peruntukan yang dibuat ini yang untuk tujuan keseragaman. Akan tetapi kita mengambil yang 74 ini kerana apa, 74 ini kita menggunakan platform yang ada dan tidak timbul bila kita buat ini kita memaksa. Itu adalah istilah yang mungkin dipakai tetapi sebenarnya tidak ada isu memaksa, yang adalah ialah ....
[Bangun]
Duduk dulu. Duduk dulu, saya tak habis cakap. Duduk, duduk. Tidak boleh, tadi baru dengar sudah tadi.
Penjelasan.
Ke tidak dengar tadi? Kalau Menteri bercakap, ke siapa bercakap, dia tidak boleh dua orang berdiri.
Yang Berhormat Menteri.
Duduk, duduk. Jadi, duduk, duduk. Saya tidak habis bercakap lagi.
Yang Berhormat Arau, di minta duduk. Sila duduk.
Tidak, saya minta penjelasan.
Yang Berhormat Arau pun minta duduk juga.
Arau minta duduk? Okay, tidak apa. Saya ikut arahan.
Ini lah contoh yang baik sekarang.
Jadi, saya harap Yang Berhormat Kuala Nerus clear.
Untuk sementara waktu.
Oleh sebab saya ada banyak lagi, Yang Berhormat Kuala Nerus. Jadi, tidak perlulah benda yang kita sudah tahu saja-saja kita hendak timbul, sebab banyak isu lagi. Saya rasa intention ini kita sudah jelas, kita sudah jelas, tidak akan membelakangkan Raja-raja, kita ada prosedur. Kita tahu, jangan cuba gambarkan macam kita buat bodoh, kita tidak tahu. Itu, kalau niat yang itu, itu benda lain lah.
Penjelasan.
Jadi, saya hendak sebut di sini...
Penjelasan Yang Berhormat.
...bahawasanya...
Sik mohon sedikit penjelasan.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja. Tak tanya sudah.
Apabila...
Look here, look here.
Kalau...
Yang Berhormat.
Apabila kita telah buat undang-undang ini sebagai model, Yang Berhormat Kuala Nerus. Sudah tentulah kalau kita hendak hasratkan...
Tumpat minta laluan sedikit.
Sik mohon juga.
Sedikit sahaja minta.
Saya tidak boleh bercakap Tuan Yang di- Pertua, kalau saya tidak habis cakap, semua hendak celah. Jadi, akhirnya...
Saya minta sedikit sahaja.
Point yang- sat. Beri saya cakap dulu, akhirnya point yang betul-betul ditimbulkan itu...
Point of order.
...dia tidak faham.
Yang Berhormat, point of order.
Jadi, itu yang...
Yang Berhormat, point of order, duduk.
Yang Berhormat, point of order kena minta dekat Tuan Yang di-Pertua, bukan saya.
Ya.
Point of Order 3...
Tolong baca perkara mana.
36(7). Nama Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong tidak boleh disebut dengan tujuan untuk mempengaruhi Majlis. Point of order. Jadi Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat kalau sebut perkataan Agong, dia Sultan Pahang tau. Sultan Pahang, bererti kalau model Wilayah ini, Pahang boleh ikut. Itu suatu yang cukup baik. Itu sebab kami kata rujuk kat Majlis Raja-raja untuk keserasian, supaya mereka – Ini bukan salah, Yang Berhormat boleh kata ‘akan pertimbangkan’. Itu sahaja, pasai apa hendak berlawan sangat? Habaq kata akan pertimbangkan untuk memaklumkan kepada Majlis Raja- raja.
Dak, saya bukan soal mempertimbangkan.
Oleh sebab kalau model Wilayah ini diikut, bererti Pahang juga boleh ikut. Oleh sebab soal Agong dan Sultan Pahang.
Itu saya kata tadi.
Benda kecil ja.
Boleh Pahang sedikit?
Kami bukan hendak bergaduh, hendak brief ja.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habaq tadi...
Jangan belakangkan Majlis Raja-raja.
Nampak dak?
Yang Berhormat Menteri.
Nampak Tuan Yang di-Pertua? Itu point dia.
Yang Berhormat Menteri, sedikit saja.
Dia landing- sat.
Yang Berhormat Arau.
Duduk dulu, saya tidak habis cakap lagi. Dia landing apa?
Yang Berhormat Menteri, soalan hendak bantu Yang Berhormat Menteri.
Dia landing, dia kata membelakangkan Majlis Raja-raja. Adakah itu tujuannya untuk dibahaskan di sini?
Ada udang di sebalik batu.
Ada udang di sebalik batu.
Tidak apa, Yang Berhormat Menteri terus jawab.
Saya rasa itu...
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Itu lah point dia, Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Menteri, hendak bantu Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kuala Nerus.
Hendak bantu.
Yang Berhormat Paya Besar, ini lah point dia, saya kata. Model ini dibawa, kemudian akan dibincangkan. Macam saya kata, MKI, dia kena bawa MKI dulu. Bila sudah siap model ini, maka salah satu agenda MKI yang bersidang dua kali setahun, Yang Berhormat Kuala Nerus, kita bawa lah benda ini. Untuk dengan itu, Majlis Raja-raja di maklumkan. Kalau macam disebut tadi, kalau Pahang dia tengok bagus, Sultan bersetuju kerana dia Yang di-Pertuan Agong, maka sudah tentu memudahkan lagi urusan kita. Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka yang duduk bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Kalau Yang di-Pertuan Agong setuju, lagi cepat benda ini boleh dilaksanakan. Jadi, kalau Perlis, maka saya akan bentanglah nanti dalam Majlis Raja-raja, dia akan bincang di peringkat Perlis. Kalau dipersetujui, Alhamdulillah. Maka, berlakulah keseragaman.
Soalan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Jadi, saya minta...
Soalan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kita tamatkan bahas.
Kenyataan Yang Berhormat Menteri ini bagus.
Dalam isu ini, sebab...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Arau.
...bila kita bercakap...
Yang Berhormat Arau, sila ikut peraturan.
Ya, saya hendak sokong dia.
Bila kita...
Ya, saya tahu. Akan tetapi bukan sekarang sokong.
Tidak, bukan soal hendak sokong. Soal dia intention tadi kita kena clear.
Hendak sokong nanti you sokonglah.
Saya jelas ini dengan jelas menyatakan...
Tidak, kita minta supaya bawa ke Majlis Raja-raja untuk makluman.
Bahawa point dia Majlis Raja-raja tidak akan dibelakangkan dalam isu ini.
[Perkataan kurang jelas]
Itu dia punya bottom line, Yang Berhormat Paya Besar. Saya rasa tidak perlulah. Kita hendak go, sebab saya ada banyak lagi yang dibangkitkan oleh...
Sedikit sahaja, satu lagi Yang Berhormat Menteri. Untuk pencelahan sahaja.
Yang Berhormat-Yang Berhormat lagi...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat.
...tentang isu kaedah...
Yang Berhormat Menteri ada 20 isu dia hendak jawab.
Saya sudah jalan 20 minit sudah.
Bagi dia jawab dulu, Yang Berhormat Paya Besar.
Dalam isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini perkara penting.
Kalau saya jawab pun...
Saya tidak bagi, yang lain semua duduk. Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya jawab pun...
Tuan Yang di-Pertua.
...dia akan pusing situ nanti.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Ni Majlis Raja-raja, saya sudah jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Paya Besar, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Sila duduk.
Saya sudah terangkan. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah tegaskan beliau ada 20 isu yang perlu dijawab. Masa kesuntukan, biarlah dia jawab. Sila.
Isu ini paling mendasar Tuan Yang di-Pertua, bagi peluang.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jawab kepada Yang Berhormat Kuala Nerus.
Kita hanya mahu bertanya dan bantu Yang Berhormat Menteri.
Isu dasar...
Bukan menentang Yang Berhormat Menteri.
...yang saya kata tentang kuasa Raja-raja...
Yang Berhormat Menteri.
...Majlis Raja-raja, semua sudah jelas disebut. Apa lagi yang hendak ditimbulkan?
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh...
Soalan saya sedikit Yang Berhormat...
Kalau boleh saya bantu. [Dewan riuh]
Ini tujuan lain lah.
Tidak ada, tidak ada. Kami hendak bantu Yang Berhormat Menteri.
Oleh sebab tadi [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, sila baca peraturan mesyuarat sebelum bangun dan kemudian mencelah. Tidak boleh, baca peraturan mesyuarat. Baru tadi saya baca untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, jika hendak bangun untuk tertib Mesyuarat saya benarkan. Akan tetapi hendak celah kena minta kebenaran. Apabila kedua belah pihak sama, apabila sebelah sini berucap, di sebelah sana katakan Yang Berhormat Jelutong hendak mencelah, saya juga minta Yang Berhormat Jelutong minta kebenaran daripada Yang Berhormat Arau. Sekarang Yang Berhormat Menteri hendak jawab, dia tidak bagi. Kita asyik hendak tegur sini, tegur sana, sampai bila dia hendak jawab? Sila Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau, sabar belum sampai pukul 4.00 petang. Sabar.
Sekurang-kurangnya kami ada tertib, Tuan Yang di-Pertua. Dulu puak-puak belah sana bercakap... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli Yang Berhormat, janganlah bazir masa.
Point of Order 36(7) tadi, dia menggunakan nama Agong untuk mempengaruhi Majlis.
Sama perkara yang sama tadi Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau sudah baca 36(7), Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Sekarang bangkit lagi peraturan yang sama, isu yang sama.
Oleh sebab dia...
Hendak buat ulang tayang sampai bila?
Dia sebut benda yang sama, dia sebut benda yang sama.
Dia sudah jawab. Jika Yang Berhormat tidak puas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, nanti jangan sokong lah dalam undi. Ada hak, bukannya kita ulang lagi, ulang lagi perkara yang sama saja. Isu yang sama saja.
Benda ini ialah dia tak jawab. Sekarang ni kata minta maklum Majlis Raja-raja.
Jawab tak jawab, ini adalah budi bicara Yang Berhormat Menteri.
Ya lah.
Yang Berhormat sebagai mantan Menteri faham.
Ya.
Dulu pun tak jawab pun. Itu budi bicara.
Ya, budi bicara sekarang kita minta, merayu. Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, jangan bazir masa lah. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua pulak jawab lebih.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Yang Berhormat Paya Besar, duduk. Saya tidak benarkan, sila.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya akan pergi ke seterusnya.
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, tak payah jawab lah. Tidak payah jawab, cukuplah.
Sedikit.
Benda itu sudah jelas, hendak jawab apa sudah.
Kita undilah, kita undi.
Semua akan ada pergi kepada proses-proses ia. Kita tidak akan membelakangkan proses itu dan kita tidak akan bentang hari ini untuk pengetahuan Ahli Parlimen sekarang. Kita tidak akan bentang hari ini kalau kita tidak dapat persetujuan yang saya sudah sebut sudah tadi. Mendapat persetujuan daripada Yang di- Pertuan Agong pada 27 Februari 2019 dan diperkenankan pada 6 April 2019 untuk akta ini. Adapun keseragaman yang disebutkan tadi, kita akan bawa ke MKI selepas diluluskan. Selepas MKI dipersetujui oleh semua Menteri besar ada, semua ada. Kemudian, barulah selepas itu dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja dan Majlis Raja-raja akan ada pre-council. Pre-council, dia akan panggil Menteri Agama. Ini apa cerita ini undang-undang ini? Maka, saya akan terangkan dan selalunya Duli-duli yang Maha Mulia Tuanku ini mereka mahu melihat pentadbiran Islam itu jadi lebih baik. Maka, jika...
Penjelasan, penjelasan Yang Berhormat. Tadi saya tanya...
Jika mereka menerima...
Okay, baik cukup.
Cadangan daripada MKI dan dipakai maka dia- Kemudian, akhirnya proses undang-undangnya Tuan Yang di-Pertua, ia kena pergi Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri kena bawa, siapa kena bawa? EXCO Agama kena, setelah mendapat perkenan daripada Sultan-sultan. Itu sahaja, kenapa benda ini dibawa jadi satu yang rumit...
You are very good.
...sedangkan prosesnya itu terlalu mudah.
Sedikit.
Tumpat, Tumpat minta sedikit.
Kemudian, saya hendak masuk kepada isu- isu lain.
Yang Berhormat Menteri, Sik.
Saya hendak move on lah, Tuan Yang di- Pertua.
Minta penjelasan sedikit.
Saya ada banyak isu lagi ni.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua.
Ada juga yang timbul dalam hal berkaitan...
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?
Saya rasa sudah jelas sudah benda itu.
Sedikit saja.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Bukan, saya bersetuju apa yang Yang Berhormat Menteri cakap tadi. Saya amat faham.
Ya, jelas.
Apa Yang Berhormat Menteri cakap tadi saya amat faham prosedur dia sebab saya bersetuju. Hanya satu saya hendak minta komitmen, Yang Berhormat Menteri pernah membuat kenyataan bahawa mulai tahun hadapan Yang Berhormat Menteri memberi jaminan bahawa hendak menyelaraskan semua
enakmen-enakmen Islam di seluruh Negara. Adakah Yang Berhormat Menteri berani janji dalam tempoh setahun Yang Berhormat Menteri boleh membuat perkara tersebut?
Itu saya kurang-kurang saya ada komitmen contohnya Profesion Guaman Syarie contohnya. Setelah 35 tahun tidak dapat kemudian kita ambil balik kalau 95 dihidupkan balik pun tidak dapat. Saya duduk setahun, saya dapat bentang. Itu komitmen sayalah. Jadi, doakanlah.
Minta pencelahan sedikit.
[Dewan riuh]
Doakanlah Yang Berhormat Tanjong Karang. Apa yang Yang Berhormat Tanjong Karang harapkan tadi dengan sokongan Yang Berhormat Tanjong Karang, kita boleh selaraskan di seluruh negara pula isu Undang-undang Jenayah Syariah. Doakanlah. Terima kasih di atas semangat yang telah diberikan kepada saya.
Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Sik minta.
Seterusnya, ada juga isu yang ditimbulkan.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri Sik tak apa, Yang Berhormat Sik duduk dahulu.
Apa yang ditimbulkan ialah mengapa tiada ahli daripada Majlis Agama Islam...
Tumpat pula, Tumpat.
...Yang Berhormat Paya Besar pun ada timbul benda itu, kan? Mengapa tiada ahli daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam keanggotaan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie yang disebut tidak ada. Memang betul tidak ada. Maka saya ingin jelaskan dari kita punya undang-undang ini, RUU ini adalah berkaitan dengan profesion guaman Syarie jangan lupa isu-isu dia. Profesion guaman syarie yang kata 505 Akta Wilayah itu besar dan masa itu duduk dalam guaman syariah duduk dalam sedikit sahaja di situ. So, kita bawa keluar yang itu sekarang. Maka profesion guaman syarie ini setelah berkuat kuasa insya-Allah dengan sokongan semua ahli Dewan, pentadbiran dan pengurusan berkenaan dengan profesion guaman syarie dia sudah tidak duduk sudah di Majlis Agama Islam Wilayah. Dahulu dia menjadi ahli itu sebab dia duduk dalam Majlis Agama Islam Wilayah. Apabila sudah keluar, sudah dikeluarkan dengan satu yang lebih power lagi untuk guaman syarie, maka dia sudah tidak duduk sudah dalam konteks dia ini terletak di bawah kawalan MAIWP. Sebaliknya diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Guaman Sharie Wilayah Persekutuan…
Minta pencelahan sedikit Yang Berhormat Menteri.
...Dari Majlis Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan. Justeru itu— saya tidak habis lagi, what point hendak...
Saya minta sahaja tidak bagi tak pe.
Tidak boleh.
Okey.
Terima kasih, sebab saya hendak layan Yang Berhormat Kuala Nerus tadi banyak tadi ini. Kalau tidak nanti tidak dapat ya, terima kasih. Justeru tadi itulah maka, memastikan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie dapat melaksanakan segala fungsinya secara bebas dan profesional adalah wajar Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie tersebut dianggotai— ini isu dia. Oleh mereka
yang mempunyai kepakaran dalam bidang perundangan syariah, dan sivil. Perkara ini telah pun mendapat persetujuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Itu isu dialah. Kalau hendak tanya kenapa MAIWP tidak ada, sebab sudah dikeluarkan. Keluarkan itu bukan sebab tidak mahu mengambil tanggungjawab itu tetapi hendak bagi lagi kuat lagi. Hendak empower lagi pada peguam-peguam syarie. Sebab itulah jawapannya tidak ada Ahli Majlis Agama Islam Wilayah dalam lembaga itu. Okey? Thank you very much. Seterusnya kita move on kepada...
Yang Berhormat Menteri, boleh?
...Cadangan mewujudkan sebuah...
Yang Berhormat Menteri.
...Majlis Peguam Syarie...
Yang Berhormat Menteri, boleh?
...Untuk seluruh Malaysia dan jawatan. Ini pun penting Yang Berhormat Paya Besar. Ini lagi penting iaitu...
Tidak, yang tadi pun penting juga.
...Banyak daripada...
Boleh Menteri?
Tidak boleh. Saya sudah jelaskan tadi.
Lah.
Terima kasih, duduk.
Itu penjelasan Yang Berhormat Menteri, bukan penjelasan saya.
Itu very simple-lah, it’s straight forward lah. You are asking something very straight forward dengan izin, I answered in a straight forward manner, so you hendak tanya apa lagi, then there will be a another issue.
Tidak, masa saya jawab.
So, saya terus masuk kepada cadangan...
Tidak, masa saya bahas Yang Berhormat Menteri tidak ada dalam Dewan.
...Mewujudkan sebuah...
Yang Berhormat Menteri tidak tahu apa saya bahaskan.
Yang Berhormat Paya Besar tolong minta kebenaran sebelum buka mulut, boleh.
Tidak, saya minta kebenaran.
Saya tidak bagi.
Dia tidak bagi, sila duduk.
Tetapi saya hendak juga.
Saya hendak mula.. .
Yang Berhormat Paya Besar faham peraturan mesyuarat, kan?
Saya hendak move on...
Faham kan?!
Saya hendak move on...
Apa Tuan Yang di-Pertua ini?
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak move on kepada isu yang lebih besar di atas harapan semua orang yang bercakap pada yang lalu yang bercakap tentang perlu atau tidak wujud Majlis Peguam Syarie di seluruh Malaysia dan jawatan yang paling penting itu Peguam Syarie Negara— Yang Berhormat Kuala Nerus. Itu harapan hendak macam itu ya. Kerajaan mengambil maklum cadangan-cadangan itu. Kita ambil maklum untuk mewujudkan sebuah Majlis Peguam Syarie Malaysia yang diminta itu dan mewujudkan sebuah Peguam Syarie Negara yang diminta itu. Memandangkan cadangan ini melibatkan persoalan dan implikasi undang-undang yang di luar RUU ini sebab yang itu dia kena another issue pula. Itu adalah satu isu lain. Bila satu isu lain, kita tidak boleh hendak kata boleh atau kita hendak kata tidak boleh. Kita ambil maklum dan dengan melihat implikasi ini, kami ingin mencadangkan satu kajian yang terperincilah dibuat bagaimana benda ini boleh dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan juga kuasa yang ada pada negeri-negeri. Itu bottom line dia di situ. So, kita ucap terima kasih di atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk melihat Mahkamah Syariah, peguam-peguam syarie kita menjadi lebih— diberikan satu— dinobatkan dan diiktiraf seperti mana yang telah dibahaskan oleh semua pihak dan kita online sama sahaja Yang Berhormat Paya Besar. Dalam isu ini tiada siapa yang kata kita tak nak. Semua ada tetapi kita juga terikat kepada undang-undang, kita juga terikat kepada kajian- kajian terperinci, kita juga— contohnya untuk hendak buat profesion guaman syarie, orang sudah buat kajian 35 tahun sudah. Maknanya betapa susahnya kita hendak sampai kepada tahap ini. Jadi, kalau Yang Berhormat bangkitkan isu tadi Majlis Peguam Syarie, Peguam Syarie Negara tentulah sama juga isu dia. Bagi pihak kerajaan, sudah tentulah di pentadbiran agama, kita ada Tuan Yang di- Pertua keutamaan-keutamaan yang saya akan...
Penjelasan Yang Berhormat..
...Tumpukan bagi memastikan cita-cita pentadbiran Islam ini menjadi lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Seterusnya, saya pergi kepada...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan.
Yang Berhormat Menteri sebut nama saya, bagilah saya Yang Berhormat Menteri.
Saya sudah hendak masuk point nombor lima sudah ini.
Yang Berhormat Menteri sebut nama saya.
Ya bukan, Yang Berhormat jangan sebut perkataan.....
Okey, saya bagi kepada Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Arau saya minta duduk diam. Kalau saya tidak bagi izin jangan bercakap. Silakan.
Yang Berhormat Paya Besar, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri bagi.
Saya tak dapat?
Tidak dapat Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Bias.
Saya harap niat Yang Berhormat Menteri untuk mengangkat peguam syarie ini seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi tetapi ada kejanggalan. Ini kerana apa? Dalam lembaga kelayakan yang disebutkan tadi ada proses, seperti mana yang Yang Berhormat Bagan Serai sebut CPD atau CME. Akan tetapi kalau Majlis Agama Islam dipisahkan daripada lembaga kelayakan ini atau keanggotaan yang sepatutnya berada dalam peguam syarie ini, bagaimana dia kena update tentang apakah tafsiran-tafsiran dan kefahaman-kefahaman? Contohnya isu qazaf yang saya bangkitkan semasa Yang Berhormat Menteri tiada dalam Dewan semasa saya bahaskan tempoh hari. Maknanya ada negeri yang meletakkan liwat dan zina. Ada negeri hanya meletakkan zina sahaja. Ini perkara-perkara yang membezakan Yang Berhormat Menteri. Itu sebabnya saya minta supaya Majlis Agama Wilayah dimasukkan sekali dan saya tidak nampak adakah ini menjatuhkan peguam syarie punya kredibiliti? Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Ya, ini benda yang berulang-ulang. Kita sudah jawab secara terus tadi bahawa bila kita buat majlis— kita buat rang undang-undang ini sudah dibebaskan. Dia lebih empower dari segi professionalism dia, dari segi dia punya kawalan, dari segi hendak meningkatkan dia punya kebolehan dan sebagainya. Isu yang dibangkit tentang kalaulah saya fahamlah Yang Berhormat Paya Besar kata perlunya ada ahli majlis itu kerana isu-isu perundangan dari segi tidak faham apa yang ada ataupun perlu kepada pakar. Saya rasa peguam-peguam syarie ini semuanya pakar, Yang Berhormat Paya Besar. Semuanya pakar, mereka lebih mengetahui. Cuma kalau hendak perlu reference ke apa itu cerita biasa. Akan tetapi saya bercakap tentang professionalism itu mesti dikawal oleh mereka yang punya professionalism itu. Saya harap dapat penjelasan. Kalau Yang Berhormat Paya Besar ada otherwise, itu pandangan Yang Berhormat Paya Besar. Kita hormatlah tetapi saya menjawab atas semangat yang ada di dalam peruntukan Perlembagaan ini di dalam RUU ini. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kelima, iaitu ini penting saya rasa ramai juga timbul termasuk Yang Berhormat Kuala Nerus dan rakan-rakan Yang Berhormat Paya Besar banyak timbul benda ini. Terima kasih kerana prihatin untuk meningkatkan peguam syarie kita. Peguam syarie yang diterima masuk dan beramal di sesebuah negeri sewajarnya dibenarkan beramal di negeri-negeri lain secara automatik. Itu antara yang dibangkitkanlah. Dia sudah terima masuk di sesebuah negeri, sewajarnya dibenarkan beramal di negeri-negeri lain secara automatik. Itu hasratnya begitu, soalannya begitu. Merujuk kepada apa yang ada dalam RUU ini Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan sub fasal 12(2) RUU PGS ini yang ada dengan kita ini, peguam syarie negeri yang telah beramal di negeri lain boleh memohon untuk diterima masuk dan beramal di Wilayah-Wilayah Persekutuan jika dia telah memenuhi syarat yang disebut dalam perenggan 12(1) (a-g). Ada syarat-syaratnya dan dia telah menjalankan amalan secara aktif sebagai seorang peguam syarie negeri di mana-mana negeri. Berdasarkan sub fasal 15(2)(b) (i), (ii) dan (iii), RUU PGS ini juga berpandukan kepada ini semua, permohonan tersebut hendaklah disertai dengan salinan perakuan bahawa dia telah diterima masuk ke negeri berkenaan, sedang beramal secara aktif dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tatatertib. Makna bolehlah tetapi still dia kena memohon.
Yang Berhormat Menteri.
Ia bukan automatik ya.
Masa sudah menunjukkan pukul 1.00. Yang Berhormat Menteri sambung semula.
Sekian, terima kasih.
Mesyuarat ditangguhkan. Sambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa Peraturan Mesyuarat sebelum mesyuarat dimulakan, P.M. 18(1).
P.M. 18(1)?
P.M. 18(1). Saya telah menghantar usul kepada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah memberi jawapan bahawa tidak perlu disegerakan dan ianya akan dilaksanakan. Saya hendak pertikaikan sebab Menteri Pelancongan telah memberi jawapan di Parlimen ini bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri Kewangan untuk menangguhkan departure levy. Jadi, jawapan Speaker dengan Yang Berhormat Menteri bercanggah. Jadi dengan itu saya minta benda ini diperbincangkan kerana ianya merupakan kepentingan orang ramai dan juga agensi-agensi pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan akan terkesan kalau sekiranya rang undang-undang ini dilaksanakan serta-merta.
Awal pagi tadi, Yang Berhormat, saya telah membaca perutusan yang mengatakan bahawa rang undang-undang itu sudah pun diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, sudah pun menjadi akta dan tidak timbul soal untuk menarik balik dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebut rang undang-undang ini tidak ditolak tetapi diminta pelaksanaannya ditangguhkan sehingga tahun 2020. Jadi kita minta pihak kerajaan menangguhkan departure levy sehingga tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia. Kalau kita hendak pelancong datang, kita kenakan levi, sudah pasti ianya akan membebankan. Saya telah bagi contoh di mana AirAsia mengenakan tambang RM150 tetapi levi sahaja RM123. Di mana mereka mampu bertahan kalau sekiranya departure levy ini diperkenalkan? Itu sebab kita minta supaya penangguhannya itu dibuat pada tahun 2020 iaitu Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan.
Mengikut amalan Dewan Rakyat, kalau disebut hendaklah disegerakan, memang ertinya amat-amat perlu disegerakan. Jadi ini apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah sesuatu hal yang boleh dibahas dalam keadaan biasa sahaja. Jadi itulah, keputusan saya adalah muktamad.
Boleh tidak Speaker beritahu bahawa keputusan kerajaan yang mengatakan mereka sedang berbincang itu dihayati? Dihayati. Meraikan. Sebab apa, Speaker jawab mungkin tidak rujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri yang kami sangat sukai, Menteri Pelancongan, yang kata, “Saya akan berbincang dengan Menteri Kewangan”. Dia cakap itu pada hari itu dan kami semua gembira. Jadi dia setuju bahawa benda itu ditangguhkan. Itu sahaja maksud saya. Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf sebab saya seronok sebab Tuan Yang di- Pertua masuk. Sekejap lagi saya akan pertikaikan sifat seorang Speaker pada seorang Ahli Parlimen dalam Mesyuarat yang lepas. Saya rasa Speaker tidak patut menunjukkan sifat, walaupun dia daripada parti lain, menunjukkan sifat benci kepada kami. Contohnya mengeluarkan perkataan, “Kamu faham tidak?”. Mana boleh kita tempik sebegitu kepada Ahli Parlimen yang mulia ini, Yang Berhormat. Tidak boleh. Kena ajar Speaker supaya nampak lebih adil.
[Dewan riuh]
Macam Yang Berhormat Jelutong buat salah macam-macam, tidak pula ditempik. Yang ini kawan ini, Yang Berhormat Paya Besar bangun tanya soalan dengan lemah-lembut, dia orang muda yang berlemah-lembut, tiba-tiba dia tempik macam itu.
Betulkah?
[Bangun]
Kalau hendak tempik itu, tempik dekat saya. Saya ialah seorang pejuang kamikaze yang luar biasa. Tidak ada masalah. [Dewan ketawa] Akan tetapi, bukan kepada Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Jelutong elok tempik dia habis-habisan. Saya dengan Yang Berhormat Jelutong elok dihukum kerana kami selalu minta pandangan dan sebagainya tetapi bukan kepada Yang Berhormat Paya Besar. Kasihan. Nanti dia sebagai orang muda nanti tergoda pemikirannya sehingga mungkin dia boleh patah semangat untuk berjuang.
Saya ingat Yang Berhormat Paya Besar memang dia handal, tidak perlu pertolongan daripada Yang Berhormat Arau. Walau apa pun...
Jadi, saya minta Peraturan 18(1), jawapan Yang Berhormat itu dirujuk balik kepada Menteri sebab Menteri buat commitment terbuka di Dewan yang mulia ini bahawa dia akan membincangkan dengan Menteri Kewangan tentang penguatkuasaan departure levy.
Ya lah, itu Yang Berhormat tanya kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan sendirilah secara langsung. Sila.
Tuan Yang di-Pertua...
Peraturan Mesyuarat juga kah?
Tidak, tidak. Hendak betulkan sedikit. Yang Berhormat Paya Besar bukannya lemah-lembut. Dia berhemah. Lemah- lembut ini bahaya. Isu semburit tengah panas.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru daripada Integrated Islamic School Shah Alam di hadapan kita. [Tepuk] Juga, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memohon izin. Masa tinggal lima minit 33 saat. Saya ingat ini ialah undang-undang yang baharu. Yang Berhormat Menteri dibaginya 45 minit. Saya, kalau boleh, biar Dewan buat ada perbezaan sedikit. Kalau pindaan undang- undang ini, pindaan, okey. Tetapi kalau rang undang-undang baharu ini, biarlah bagi masa yang lebih kepada Yang Berhormat Menteri supaya kita lebih jelas kerana ini undang-undang yang baharu. Jadi kalau boleh saya hendak merayu bagilah Yang Berhormat Menteri masa yang lebih sedikit kerana ini undang-undang yang baharu, Tuan Yang di-Pertua.
Maka kami menyokong dengan hebatnya kalau Yang Berhormat Menteri diberi sejam lagi. Sebab, dia tidak jawab fasal dia tidak rujuk kepada Majlis Raja-raja. Dia kena selesai benda ini. Jangan meminggirkan Majlis Raja-raja. Jadi kami minta diberi sejam untuk membolehkan memahami apa yang kami timbul dan dia jawab. Speaker, saya terima kasih Speaker sebab Speaker seorang yang berbudi bahasa. Terima kasih. Saya minta supaya macam inilah Speaker. Sebab, saya bekas Ahli Parlimen masa Tun Zahir dahulu. Tun Zahir perangai macam inilah, hebat, lemah-lembut dan tidak menjerit-jerit.
Terima kasih. Dia pakai lagi lemah-lembut ya. [Ketawa]
Berbudi bahasa, berbudi bahasa. Tarik balik, tarik balik.
Tarik balik ya. Terpulanglah kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri memerlukan berapa banyak masa lagi? Sejam?
Tuan Yang di-Pertua, tadi dalam penggulungan yang awal pagi tadi diberi masa saya 45 minit tetapi oleh kerana― saya pun setuju dalam saya punya ucapan awal, saya kata oleh kerana ini akta baharu, saya cubalah untuk Ahli-ahli yang bertanya itu kita cuba satisfy. Kalau ikut dalam list saya, ada 25 isu yang telah dibangkitkan melainkan kalau ada isu baharu, mungkin
ada masalah sedikitlah kita hendak lebih detail tetapi kalau 25 isu itu, semua kita sudah catat. Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua. Kalau diberi itu, saya tidak ada masalah.
Tidak, tidak. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingat setengah jam, sejam. Setengah jam cukup kot.
Sebab saya ada satu bill lagi. Selepas ini saya satu bill untuk Akta 505. Saya setuju, saya tidak ada masalah, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri...
Dengan perintah...
Kita hendak tolong sebab Menteri ini bagus kan. Kita hendak tolong supaya Menteri cuma jawab kata, kita akan mempertimbangkan, cukup. Bahawa benda ini mesti dirujuk kepada Majlis Raja-raja. Yang Berhormat, saya Ahli kepada Majlis Kebangsaan Agama Islam selama 12 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau daripada pagi tadi. Yang jadi panjang fasal inilah.
Tidak, tidak, tidak. Panjang pun..
Walaupun saya sudah jawab..
Poin ini sudah dibangkitkan..
Akan tetapi dia tidak jawab bahawa...
Saya sudah jelas. Saya sudah jelas tetapi dia masih lagi, Tuan Yang di-Pertua..
Ini Yang Berhormat, saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Ada seorang...
Saya bersetuju kalau sejam dengan kualiti...
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Menteri akan jawab poin inilah. Silakan.
Ya, ya. Jawab bahawa kita akan mempertimbangkan untuk memaklumkan― bukan minta kelulusan― kepada Majlis Raja- raja. Raja-raja saya hendak bagi contoh, Tuan Yang di-Pertua. Ada Menteri Besar dahulu, jumpa menghadap seorang Raja tunjuk tentang Undang-undang Agama Islam ini.
Raja dengan marah, Baginda berkata, engkau ingat kami ini tunggul kah? Jadi, makna kata dia sensitif, Raja-Raja. Kita bawa makluman cukup. Kami Ahli-ahli Parlimen menyeru supaya pihak kerajaan menghormati Majlis Raja-Raja. Terima kasih.
Tidak mengapalah Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Menteri peluang untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tidak ada isu sebab kita sudah jawab benda itu dan tidak timbul isu tidak hormat dan sebagainya. Itu hanya persepsi yang cuba dibentuk oleh Yang Berhormat Arau.
Silakan Menteri.
Oleh itu izinkan saya untuk menyambung Tuan Yang di-Pertua.
Setengah jam ya, setengah jam.
Boleh saya tanya? Pagi tadi punya jawapan.
Baru hendak masuk, sudah tanya.
Okey, okey boleh sedikit.
[Bangun]
Yang Berhormat, beri peluang Yang Berhormat Menteri untuk jawab. Duduk dahulu.
Saya ingat nanti saya bagi untuk Ketua Pembangkang mungkin semasa saya bentang nanti, mungkin saya akan bagi ruang untuk ditanyalah. Yang Berhormat Kepala Batas pun boleh, tidak ada masalah.
Setengah jam.
Yang Berhormat Arau saya tengok dahululah macam mana. [Ketawa]
Ya Yang Berhormat Menteri setengah jam untuk menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Menteri tidak bias . Jangan buat macam itu.
Yang Berhormat Arau yang berlemah lembut, sila duduk.
Ya, berbudi bahasa.
Berbudi bahasa. Minta maaf.
Berbudi bahasa. Silakan Yang Berhormat Menteri setengah jam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya meneruskan lagi point yang dibangkitkan antaranya ialah saya sedang cuba hendak sempurnakan point iaitu peguam syarie yang diterima masuk dan beramal di sebuah negeri sewajarnya dibenarkan beramal di negeri-negeri lain secara automatik. Itu point yang saya pada masa itu diminta berhenti kerana saya sudah beritahu bahawa berdasarkan sub fasal 12(2) dalam rang undang-undang ini, peguam syarie negeri yang telah beramal di negeri lain boleh memohon untuk diterima masuk dan beramal di Wilayah-wilayah Persekutuan tetapi ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi yang telah pun disebut di dalam perenggan 12(1)(a) dan (g) dan ia telah menjalankan amalan secara aktif sebagai seorang peguam syarie negeri di mana-mana negeri. Berdasarkan sub fasal ini, permohonan tersebut hendaklah disertai dengan salinan perakuan bahawa dia telah diterima masuk di negeri berkenaan, sedang beramal secara aktif dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tatatertib. Oleh itu, peguam syarie negeri perlu memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah rang undang-undang ini untuk diterima masuk dan beramal sebagai peguam syarie di Wilayah- wilayah Persekutuan. Itu jawapan kepada syarat-syarat untuk beramal. Cuma saya hendak jelaskan automatik sini tidak timbullah. Dia cuma kena mohon untuk elak kena hukuman.
Yang Berhormat Menteri ...
Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya berkenaan beramal tadi.
Mohon penjelasan tadi.
Silakan, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti kita tahu bahawa sijil ini, bahagian kelayakan sijil akan mengeluarkan sijil untuk praktis ini di Wilayah Persekutuan sahaja dan Yang Berhormat kata lawyers syariah ini, peguam syarie di negeri lain boleh mengambil kes, mengamalkan undang-undang di Wilayah Persekutuan dengan syarat memohon untuk mendapatkan sijil tersebut. Biasanya, lawyer ini, peguam ini dia akan memohon apabila dia ada kes yang nak dibicarakan di Wilayah Persekutuan misalnya baru dia akan memohon. Kalau tidak, tidak perlu peguam daripada Pahang hendak memohon di Wilayah Persekutuan. Persoalannya,
oleh kerana dia ada kes baru dia buat permohonan, berapa lama setiap permohonan itu akan diproses? Oleh sebab dia ada kes yang nak dia mungkin hendak defense client dan sebagainya dan dia perlu memohon dahulu. Berapa lama permohonan tersebut? Itu yang pertama. Kedua, itu di Wilayah Persekutuan. Sekarang ini Wilayah Persekutuan mengeluarkan Sijil Amalan Guaman Syariah ini di Wilayah Persekutuan, tidak di negeri lain. Bagaimana negeri lain pula kalau peguam Wilayah Persekutuan yang mempunyai sijil guamannya berbeza daripada negeri lain tersebut? Ini kerana negeri lain tadi dikeluarkan oleh majlis agama dan diluluskan oleh Sultan dan sebagainya. Sedangkan Wilayah Persekutuan tidak melibatkan ketua agama dan sebagainya. Hendak mengendalikan kes di negeri lain yang mempunyai sijil yang berbeza. Bagaimana keadaan itu boleh membantu peguam syarie daripada Wilayah untuk mengendalikan kes di negeri lain tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut bahawa di dalam rang undang-undang ini syarat untuk dia beramal dari negeri lain untuk masuk ke Wilayah-wilayah Persekutuan, memenuhi syarat yang disebut dalam Perenggan 12 tadi itu. Semua syarat itu kalau dia penuhi, maka permohonan tersebut cukup yang itu, kemudian dia hendak sertai dengan salinan perakuan bahawa dia telah diterima masuk di negeri berkenaan dan dia itu aktif sebagainya. Kalau dia cukup kriteria ini Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diajukan, maka permohonan itu terpulanglah, dia akan ada prosesnya, apabila sudah cukup itu baru ia akan diproses. Kita tidak meletakkan berapa lama di sini, dalam kes inilah. So, terpulanglah keberkesanan mereka untuk memproses setelah memenuhi syarat-syarat itu. Adapun soalan yang kedua ...
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Sat na. Sekejap lagi saya bagi. Adapun soalan kedua yang kata kalau di negeri lain tidak ada macam ini. Kembali balik kepada persoalan apa yang ada kepada negeri itu, kita tidak kacau. Makna dia kena ikut baliklah. Kalau katalah saya dari Wilayah Persekutuan, saya tidak ada sijil amal saya di Perak atau di Terengganu contoh, maka saya tertakluk kepada keputusan dan juga syarat-syarat yang ditentukan di Terengganu. Oleh sebab itu saya kata tadi Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan, kalau semua negeri ada macam ini jadi senanglah sebab syarat itu sudah di-coordinate antara negeri dengan negeri. Silakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya lihat penjelasan Yang Berhormat Menteri buat tadi memang agak memang mendalam dan cuma timbul satu dua ketidakjelasan daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen ini tentang apa yang disebut. Proses yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri bawa ke MKI, kemudian bawa untuk mendapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Kabinet, saya rasa itu adalah proses yang cukup baik. Cuma yang jadi contentious sedikit bilamana dilihat balik bahawa akta ibu, Akta 505 ini untuk dipadamkan atau ditiadakan Seksyen 59(2) yang utterly express the word dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Kemudian, bagi memungkinkan Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie ini untuk come into existence tetapi dengan menggantikan banyak seksyen. Seksyen 66, Seksyen 67 dan Seksyen 68 yang berkaitan dengan semua. Ini termasuk juga Seksyen 5 iaitu berkaitan dengan lembaga. Namun tidak disebut dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, soalan saya untuk menjawab ketidakjelasan itu, apakah perkenan Ke Bawah Duli Tuanku juga merangkumi perkara-perkara tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Sebagaimana disebutkan, rang undang-undang ini yang kita bentangkan dan dibahaskan pada hari ini, tidak sama sekali mengisyaratkan apa-apa isyarat yang boleh dianggap sebagai membelakangkan Yang di-Pertuan Agong atau mengambil kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong seperti pagi tadi saya telah jelaskan.
Ini kerana apabila akta ini hendak dibuat, kita mengeluarkannya daripada Akta 505, Akta Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan dan ia dilihat sebagai satu body yang akan dikendalikan secara profesional dan perakuan itu sendiri, sebagaimana yang saya sebut pada bulan Mei tidak silap saya, telah pun diperkenankan setelah dibawa ke Majlis Agama Islam yang merupakan stakeholder yang asal itu. Saya hendak ambil dekat dia, sudah tentu saya kena rujuk dekat dia. Mereka pun sudah bahas perkara itu dan bersetuju di atas tadi, supaya Majlis Peguam Syarie ini ada satu empowerment yang lebih besar, supaya ia lebih profesional. Makna kesedaran itu berlaku bukan kita mengambil kuasa tetapi kesedaran itu berlaku untuk empower dan di atas niat baik ini lah maka yang di-Pertuan Agong tidak ada apa-apa isu dalam memberikan satu kedudukan yang lebih selesa dan juga profesional, kawal selia lebih baik untuk dijalankan tugas-tugas apa yang termaktub dalam akta ini. Jadi ia tidak membelakangkan dan ia tidak menunjukkan isyarat kita mengambil kuasa sebab Yang di- Pertuan Agong tetap punya kuasa dalam Akta 505 dan ia tetap ada dalam kuasa. Tuan Yang di-Pertua, kalau izinkan saya, benda ini dah dibahaskan pagi tadi dah...
Ya, tak perlu diulang-ulang lagilah ya.
...Untuk pengetahuan. Jadi saya hanya ulang sebab kasih saya kepada Yang Berhormat Kepala Batas, saya tidak mahu mengecewakan dia. Kalau boleh saya...
Tak. Cumanya Tuan Yang di-Pertua, minta maaf ya. Saya, sebab nak sebut ini, benda ini penting.
Saya faham, saya faham.
Akan tetapi saya lihat pada list yang tertera di hadapan saya, Yang Berhormat Kepala Batas tidak pun mengambil bahagian.
Saya tak ada di situ Tuan Yang di-Pertua, pada waktu itu tapi tidak bererti saya...
Jadi tak perlulah sebab Yang Berhormat Menteri sudah pun menjawab, pergi topik lainlah ya.
Saya faham sebab nama-nama yang – saya faham, itu telah dilahirkan di pagi tadi. Telah di...
Sebab rang undang- undang yang baru ini tak ada yang expressly mention, utterly express.
Tidak, perkara itu sudah diselesaikan.
Sudah dijawab Yang Berhormat, sudah dijawab.
Dalam jawapan saya tentang peranan Yang di-Pertuan Agong serta ia tidak membelakangkan apa-apa kuasa yang ada padanya. Kalau boleh, saya go on Tuan Yang di-Pertua.
Silakan, silakan.
Sikit Yang Berhormat.
Saya ada daripada Yang Berhormat Baling, daripada Yang Berhormat Sik, daripada Yang Berhormat Beaufort, daripada Yang Berhormat Pengerang...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Tuan Yang di-Pertua, saya berhak ambil 10 minit sebab saya di antara yang cadang supaya perbahasan dipanjangkan.
Tinggal 21 minit lagi.
Ya, itu panjang lagi.
Kalau Yang Berhormat Arau...
Yang Berhormat Menteri, sebagai kesimpulannya...
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya hendak bentang yang lain ini penting Tuan Yang di-Pertua sebab...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya?
Ya, ya. Yang Berhormat, sebagai kesimpulannya...
Yang Berhormat Menteri, kalau ada baki pada penghujung itu, Yang Berhormat Arau boleh bangun sekali lagi. Silakan. Habiskan.
Arau hujung?
Sekejap sahaja. Yang Berhormat Menteri, boleh?
Iaitu satu yang dibangkitkan oleh – saya mohon maaf sebab saya boleh nak bagi benda ini berbahas tetapi kalau repetitive, itu adalah satu yang saya kata begini, pandangan dia orang begini. Saya ambil maklum atas kesedaran bahawa isu ini jangan belakangkan Yang di-Pertuan Agong, jangan belakangkan Majlis Raja- Raja, itu memang dalam kita punya consideration.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin kalau Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan, pendek sahaja. Isu dia yang kawan-kawan timbulkan ini ialah berkaitan dengan seksyen 59(2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993, dia ada menyebut bahawa “Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong membuat kaedah-kaedah...” Ertinya, di bawah seksyen 59(2) itu ada kuasa Agong tetapi bila kita ubah di sini, kuasa Agong itu dah tak ada. Diberi kepada kuasa Yang Berhormat Menteri dan selepas ini pula, Yang Berhormat Menteri pula akan bawa, ini adalah satu rang undang-undang yang baru yang mana seksyen 59 ini akan dibatalkan. Jadi itu sahaja yang mungkin kawan-kawan tanya, mengapa di bawah seksyen 59(2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1993 ada sebut kelulusan itu daripada Yang di-Pertuan Agong tetapi apabila dipinda RUU ini, mengapa kuasa itu daripada Yang di-Pertuan Agong diganti dengan kuasa Yang Berhormat Menteri? Itu sahaja. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan.
Sebenarnya kenyataan yang menyatakan bahawa semuanya perlu mendapat – dalam tadi itulah Akta 505, saya ingin sebut di sini, terdapat juga dalam Akta 505 yang dihujahkan sebentar tadi, yang sedia ada, membenarkan sesuatu kaedah dibuat tanpa kelulusan Yang di-Pertuan Agong, ada. Ada kaedah-kaedah yang boleh dibuat. Makna itu nak menjawab bahawa dalam Akta 505 sendiri ada menetapkan selain daripada Yang di-Pertuan Agong...
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, yang ini spesifik berkaitan dengan guaman syarie, seksyen 59(2) tadi.
Tak, tak. Tadi pasal dia cakap Akta 505 itu disebut tentang Yang di-Pertuan Agong. Ada juga di dalam...
Yang saya sebut tadi seksyen 59(2), Tuan Yang di-Pertua.
Seksyen 59(2) itu memang spesifik berkaitan.
Saya nak sebut di sini bahawa ada di dalam Akta 505 itu sendiri...
Bukan Akta 505, Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya. Seksyen 59(2) itu duduk bawah Akta 505 lah.
Saya sebut tadi seksyen 59(2) itu.
Saya faham, saya faham.
Yang 505 akta, betul.
Akta 505 itu nama akta dia, seksyen 59(2) duduk bawah itu. Saya nak hujah balik kepada kenyataan yang menyatakan dalam Akta 505 sendiri yang itu dalam klausa yang lain, ada menyebut kaedah-kaedah dibuat tanpa kelulusan Yang di-Pertuan Agong seperti berikut...
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya satu soalan?
Antaranya apa dia? – Sekejap, sekejap. Kaedah-kaedah rayuan. Seksyen 57, “Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang prosedur bagi rayuan-rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu.” Maknanya tak semestinya rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. “Kuasa membuat kaedah.” Ini kuasa untuk dia buat kaedah. Seksyen 94 daripada Akta 505 menyebut, ”Majlis boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan- peruntukan bahagian ini. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama, Majlis dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri...” Menteri pun ada. “...Boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi: (a) prosedur; (b) prosedur jawatankuasa; dan (c) elaun yang patut dibayar.” Maknanya, hujahan saya, hujah balas saya, kalau jawapan secara tepat nak katakan mesti semua YDPA, dalam Akta 505 sendiri menyebut ada kuasa yang boleh dibuat tanpa YDPA dalam kaedah-kaedah. Maka samalah dalam isu ini...
Saya setuju...
Yang Berhormat Menteri, satu soalan boleh?
...Kalau kita menyatakan dia ada kuasa Yang Berhormat Menteri untuk menentukan kaedah-kaedah, maka ia bukan menggambarkan – adakah ini menggambarkan kita belakangkan Yang di-Pertuan Agong? Tidak. Itu hujahan sayalah kepada soalan...
Cuma seksyen 59(2) itu Yang Berhormat Menteri, spesifik berkaitan dengan soal profesion guaman syarie.
Yang Berhormat Menteri, minta satu soalan.
Hendak ditiadakan bagi memungkinkan, as enabler kepada the existence of rang undang-undang yang kita hendak luluskan ini. Akan tetapi di dalam seksyen 59(2), dia utterly express ataupun expressly mention bahawa dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Maka bilamana dijadikan di bawah rang undang-undang yang sekarang ini, nama ataupun kelulusan Yang di-Pertuan Agong telah dikeluarkan.
Tidak, sebab itu saya kata...
Sebab itu saya tanya, kalau sudah mendapat perkenan, saya tak ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjelaskan. Saya telah menjelaskan di awal lagi, sebenarnya pagi tadi, bahawa akta ini dibuat atas semangat Akta 505 yang jadi pemegang utama dia, pemegang utamanya yang disebut dengan jelas tentang Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Apabila dipindahkan kepada satu akta yang bebas, yang dia tidak tertakluk dengan lagi Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, sebab itulah kita menyebut tentang kuasa-kuasa Menteri itu dalam kaedah-kaedah. Bukan ini bermakna kita membelakangkan sebab, ha! Saya katakan itu kenapa? Sebab tidak mungkin kerisauan ini jadi satu yang dibesar-besarkan kalau Yang di- Pertuan Agong sendiri, dia memperkenankan...
Setuju. Ya, okey.
Begitu juga dengan Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang jadi stakeholder utama, dia membenarkan supaya dibuat satu akta yang dalam niat mengukuhkan lagi guaman. Jadi tidak timbul di situ, the spirit itu...
Maknanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan?
Oh! Sudah tentu. Saya dah jelas pagi tadi dah Yang Berhormat Kepala Batas.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah? Ledang, Ledang.
Okey, boleh saya teruskan?
Teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Celah sikit sahaja.
Yang Berhormat Ledang, benarkan?
Sebab ini ada sebut hari itu ya? Silakan.
Ya, ya.
Kalau boleh lepas ini Tuan Yang di-Pertua, beri saya ruang yang lebih selesa untuk saya selesaikan.
Lepas ini terus menjawablah Yang Berhormat Menteri.
Ada lagi 16 ke 17 poin. Terima kasihlah kepada yang bertanya.
Saya nak bantu, saya nak bantu. Cuma sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma ingin hormat apa pandangan yang telah diberikan tadi yang saya percaya dan yakin, sebenarnya tidak ada usaha untuk membelakangkan Yang di-Pertuan Agong ataupun Majlis Raja-Raja dalam hal ini tetapi perkara pokok yang kita ingin lihat ialah berkenaan dengan peguam syarie. Bagaimana kita hendak menaiktarafkan peguam syarie, melihat daripada segi kebajikan peguam syarie itu terpelihara dan juga daripada segi tatatertib, disiplin mereka juga dapat dikawal selia dengan baik. Jadi saya harap kita boleh move on dan perkara itu menjadi pertimbangan yang lebih besar bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran staf Pertubuhan IKRAM Malaysia yang hadir pada sidang kita pada kali ini. Terima kasih. [Tepuk]
Selamat datang ke Dewan Rakyat.
Yang Berhormat Menteri, minta saya beri satu soalan sahaja.
Saya ingat biarkan Yang Berhormat Menteri habiskan jawapan dahulu sebab sudah terlalu panjang.
Satu soalan sahaja. Saya nak bagi soalan minta Yang Berhormat Menteri menjawab, satu soalan sahaja. Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya berbesar jiwa saya untuk melayan semua yang bertanya.
Saya berdiri lama dah.
Akan tetapi apakan daya saya?
Nak tanya satu soalan sahaja.
Masa saya tinggal 13 minit yang dijanjikan setengah jam.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Sedangkan saya baru berada poin nombor enam.
Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Soalan sahaja, soalan sahaja.
Saya mohon supaya difahami. Boleh faham tak? Boleh?
Mungkin pada penghujungnya, biarkan Yang Berhormat Menteri menjawab dahulu ya. Silakan.
Boleh bagi peluang lepas ini? Satu soalan ya Yang Berhormat Menteri.
Tak apalah, saya rasa Yang Berhormat Kuala Nerus, dia pun dah setuju dan dia balik dia akan...
Setuju, itu yang ada soalan tadi itu.
...Usulkan benda ini. Saya akan hendak masuk kepada isu tatatertib ini, yang paling penting ini sebab kita nak jaga kualiti dan kita hendak jaga integriti. Dalam persoalan yang dibangkitkan, adakah rang undang-undang ini menyelesaikan amalan sekarang di mana peguam syarie yang disenaraihitamkan di sebuah negeri tetapi masih boleh beramal di negeri lain. Makna di negeri ini dia senarai hitam tetapi di negeri lain dia boleh beramal. Ini yang practice now. Jawapan kepada ini ialah perkara ini tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa di negeri yang berkenaan sama ada membenarkan mana-mana peguam syarie yang telah disenaraihitamkan di negeri lain untuk beramal di negeri yang berkenaan. Itu tertakluk kepada negeri. Walau bagaimanapun, bagi Wilayah- wilayah Persekutuan rang undang-undang ini telah memperuntukkan bahawa salah satu syarat untuk penerimaan masuk peguam syarie negeri di Wilayah-wilayah Persekutuan ialah untuk mengemukakan perakuan. Dia kena bagi perakuan bahawa dia tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tatatertib. Itu ada dalam kita punya RUU, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh kerana itulah yang dibangkitkan oleh ramai sahabat-sahabat kita bagi maksud penyeragaman. Yang tadi yang ditanya itu, bagi maksud penyeragaman dan mengatasi isu peguam syarie yang telah di senarai hitam di sesebuah negeri tetapi masih boleh beramal di negeri yang lain.
Mencelah sikit Yang Berhormat Menteri. Isu ini.
...which is not good. Maka dicadangkan di Dewan ini, agar negeri-negeri dengan segera mengadakan peruntukan yang serupa dengannya di negeri masing-masing agar tidak timbul isu kalau di Pahang atau di Terengganu dia blacklist, dia masih boleh beramal di Perlis contohnya. Melainkan negeri itu mensyaratkan dia mesti membuat perakuan bahawa dia tidak ada isu. So, perkara-perkara dalam rang undang-undang kita Tuan Yang di-Pertua jelas menyebut perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, minta pencelahan sedikit dalam isu ini. Isu automatik.
Kembali ke....
Menteri harus menjawab.
Dia tidak jadi automatik sebab dia masih lagi terikat dengan permohonan.
Ya, saya faham. Saya ada satu soalan Yang Berhormat Menteri. Bagi saya peluang bertanya sedikit boleh, jawablah.
Saya hendak bertanya 11 minit, kalau saya bagi....
Yang Berhormat Menteri tidak beri. Sila duduk Yang Berhormat Kuala Nerus.
Saya mengikut peraturan.
Tinggal 10 minit lagi itu.
Daripada awal minta, minta, tidak bercakap pun.
Saya tinggal 10 minit saja.
.. pun tidak hendak bagi juga.
Yang ketujuh, okey. Itu sudah selesai sebab kita telah meletakkan kualiti yang tinggi dan juga integriti kepada peguam-peguam syarie kita. Ada juga yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sik tapi dia tidak ada sini sebenarnya, tapi oleh kerana...
Tidak payah jawablah. Jawapan bertulislah. Kalau tidak ada tidak payahlah.
Tapi oleh kerana benda ini penting kepada Ahli Dewan yang ditimbulkan itu double jeopardy, makna dia kena di sini, di sini pun dia kena. Kita tidak mengamalkan double jeopardy di sini, ini kerana perkara ini terjumlah dalam masalah double jeopardy bercanggah dengan kehendak Fasal 2, Perkara 7 Perlembagaan yang memperuntukkan perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang, seorang yang telah dibebaskan daripada suatu kesalahan atau disabitkan atas satu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan. Maknanya kita menghormati doctrine double jeopardy ini dan dia tidak jadi di sini, di sini pun dia kena, tidak jadi begitu ya. Kemudian dicadangkan agar RUU ini memperuntukkan juga kuasa untuk merayu terhadap keputusan....
Soalan Yang Berhormat Menteri, isu yang ini.
.......... Lembaga Tatatertib sehingga ke Mahkamah Rayuan.....
Menteri tidak hendak bagi langsung, kita tanya ini.
Saya bukan tidak hendak bagi Yang Berhormat Kuala Nerus.....
Saya daripada tadi saya minta soalan bagi peluang saya soal.
Yang Berhormat Kuala Nerus, saya ingatkan masa terhad.
Saya ada 10 minit.
Saya hendak soal untuk pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri sebab saya bangkit isu ini.
Saya tidak ada masalah.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata dalam tidak kena, boleh caj.
Yang Berhormat Menteri tidak memberikan laluan. Sila duduk.
Soalan saya ketika tadi ialah kalau dia seorang peguam sivil dan juga dia peguam syarie....
Duduklah, orang tidak bagi laluan.
.....dia ada kebarangkalian dikenakan dua kali caj. Itu persoalannya.
Saya rasa saya sudah jawab sudah tadi.
Yang Berhormat Menteri kata tidak kena tapi dia akan terikat dengan satu lagi Akta Peguam Sivil.
Dia tidak boleh sebab, bila dia tanya, kita jawab, dia hendak pertikai, jadi panjanglah.
Sila duduklah Yang Berhormat Kuala Nerus.
Soalan saya ialah oleh kerana ini soalan peguam sivil.
Tinggal lapan minit 51 saat saja. 50 saat.
Saya boleh menjawab.
Terpulang dekat Yang Berhormat Menteri, tidak hendak bagi ruang.
Bukan tidak bagi ruang, kena faham suasana kita.
Tidak, Yang Berhormat Menteri minta setengah jam kenapa.
Setengah jam ini pun tinggal 8 minit saja.
Saya ingat elok kalau ikut.
Tuan Yang di-Pertua tidak bagi sejam ke tadi?
Dicadangkan ini tentang.....
Peraturan Mesyuarat. Ya silakan.
Ada isu yang timbul tentang kalau dia sudah dibawa merayu kepada Lembaga Tatatertib, boleh kah dia bawa sampai ke Mahkamah Rayuan Syariah. Jawapannya ialah dia diperuntukkan dalam Fasal 88, memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang terkilan dengan perintah atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah. Makna dia boleh rayu dan bila dia sudah pergi Mahkamah Syariah, kalau dia tidak puas hati lagi, dia hendak pergi kepada Mahkamah Rayuan, dia boleh. Memandangkan cuma kita tidak sebut. Kita mati sampai ke Mahkamah Tinggi sahaja sebab kalau dia sudah pergi Mahkamah Tinggi maka dia boleh pergi pula ke Mahkamah Rayuan. Itu jawapan dia. Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermaksud keputusan atau perintah Lembaga Tatatertib tersebut tidak boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah macam saya jawab tadi. Berdasarkan Seksyen 52, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan), Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa mendengar dan
memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya. Ada lagi satu yang ditanya tentang isu yang penting juga yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengerang dan juga Yang Berhormat Kota Bharu tetapi tidak ada di sini juga. Walaupun demikian soalannya amat penting Tuan Yang di-Pertua. Saya merasakan perlu untuk dikongsi bersama. Bagaimanakah kedudukan peguam syarie yang menjadi rakan kongsi dalam sesebuah firma yang mengamalkan undang-undang sivil. Dia jadi rakan kongsi kepada satu firma yang mengamalkan undang-undang sivil. RUU ini tidak menghalang seseorang peguam syarie untuk menjadi rakan kongsi dalam sesebuah firma guaman yang mengamalkan undang-undang sivil. Tidak ada halangan. Namun begitu, ada namun dia. Firma guaman tersebut perlu didaftarkan di bawah RUU ini dan akaunnya juga perlu diasingkan. Ini bagi memastikan dua entiti yang berbeza dalam satu firma ini bagi kita meletakkan status peguam syarie itu lebih dihormati melalui RUU ini. Fasal 91 RUU ini menyatakan bahawa sekiranya nama seseorang peguam syarie itu digugurkan daripada daftar right peguam bela dan peguam cara menurut Akta 166, maka secara automatiknya nama peguam syarie tersebut turut terpotong dalam semua daftar yang terdapat dalam RUU ini. Itu dia punya isu dia, kalau dia sudah terpotong dalam senarai yang ada dalam Akta 166, maka dia terpotong dalam semua daftar yang terdapat dalam RUU ini. Adakah peruntukan ini seolah-olah satu ketidakadilan terhadap peguam syarie tersebut. Yang ini ditanya juga oleh Yang Berhormat Paya Besar dan saya akan jawab dari sudut rang undang-undang ini. Berdasarkan sub fasal 11(b), RUU Peguam Guaman Syarie ini, antara orang yang layak diterima masuk sebagai peguam syarie ialah seorang peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta 166. Makna kalau dia itu hendak masuk, dia juga boleh masuk dengan dia ini berdaftar dengan sebelum ini diterima masuk peguam syarie ialah seorang peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta 166. Justeru, makna dia masuk itu atas dia ini berdaftar dengan 166. Makna yang sebelah sana. Justeru itu sekiranya seorang peguam bela dan peguam cara yang telah diterima masuk sebagai peguam syarie itu hilang kelayakan dia, makna dia masuk atas dia itu 166 dan dalam 166 itu dia sudah hilang kelayakan. Maka dia sudah hilang kelayakan untuk beramal sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dan digugurkan dari daftar right. Peguam bela dan peguam cara menurut Akta 166, maka secara automatik dia juga akan hilang kelayakan untuk beramal sebagai peguam syarie. Oleh itu adalah wajar namanya digugurkan daripada daftar peguam syarie. Maknanya tadi dia masuk itu atas tiket dia 166 daripada sana dan dia boleh masuk sebab dia boleh layak untuk memohon dan dia dapat. Tiba-tiba dia di dalam 166 telah digugurkan. Maka secara automatik tiket yang dia masuk itu pun di sini dia juga secara automatik telah digugurkan seperti mana yang termaktub di dalam 11(b) RUU Profesion Guaman Syarie ini.
Mencelah sikit boleh?
Fasal 20. Oleh kerana dia yang tanya soalan ini, saya bagi walaupun saya ada tiga minit. Silakan.
Sedikit saja Yang Berhormat Menteri. Jadi terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya harap sangat jika dapat Yang Berhormat Menteri perinci kan sedikit kalau peguam syarie ini dalam 166 seperti mana yang disebutkan Yang Berhormat Menteri, dia cease practice. Jadi dia tidak ada dalam daftar ra’ie ini. jadi adakah ia juga terkeluar untuk praktis dalam peguam syarie seperti 11(b) rang undang-undang ini.
Ya lah, dia peguam syarie, dia berdaftar dengan 166.
Dia begini, dia dalam 166, dia sudah, dia hendak praktis hanya dalam syarie sahaja. So, dalam 166, dia cease practice. Jadi dia tidak ada nama dalam daftar ra’ie.
Oh, itu cerita lainlah. Kalau dia masuk itu bukan atas dia itu ada tiket 166 itu, kalau dia tidak masuk kerana itu dia masuk, dia ikut proses chambering apa semua atau dia ada kelayakan peguam syarie, walaupun itu dia cease untuk
praktis, maka dia tidak akan terkesan. Yang ini yang disebut di sini bahawa dia tidak ada - dia masuk ke dalam peguam syarie ini di atas tiket dia itu ada daftar dia dalam 166.
Dalam akta ini jelas, mana-mana peguam syarie menjalankan undang-undang, amalan peguam bela dan peguam cara di bawah Akta 166. Jadi ia terkeluar dalam Akta 166, bukan disebabkan fraud dan bukan sebab kebanyakan, selepas itu..
Cease to practise
Ia cease practise macam mana pula?
Perkara yang itu saya kena check ia punya detail on the cease to practise thing. Perkara yang ini sebab ia ada isu. Ia terkeluar kerana mungkin atas sebab-sebab undang-undang dan sebagainya.
Itu sebabnya Yang Berhormat Menteri hujah saya supaya dalam fasal 91 ini dijelaskan sikit menyalahi..
Ia ada begini. Tidak, tidak. Saya mohon pegawai saya bantu sayalah sebab saya bukan lawyer tapi saya law maker. So, dia sebut di sini kalau cease to practise sebagai khusus yang disebut tadi ia tidak akan digugurkan sebab nama beliau masih ada dalam role cuma dia tidak cease to practise, itu another issue. Saya rasa Yang Berhormat Tanjong Karang faham yang itu. Baik, saya masuk kepada fasal 20, RUU dengan berkaitan bantahan pihak ketiga. Ada pihak yang mengandaikan dengan menyatakan kononnya bantahan ini kononnya ada satu masalah apabila ada bantahan pihak ketiga. Sebenarnya fasal ini digubal atas semangat seksyen 17, Akta Profesion Undang-undang juga, semangat itu juga dengan pengubahsuaian untuk membolehkan orang lain selain Ketua Pendakwa Raya, Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis Peguam memasukkan bantahan untuk membantah permohonan dengan membawa masuk seorang peguam Syarie dengan alasan yang munasabah dan tertakluk kepada budi bicara hakim yang mendengar permohonan tersebut. Kalau dalam Rang Undang-undang 166 itu ia menyebut tentang kaveat tapi di sini kita menyebut tentang bantahan pihak ketiga. Bantahan orang lain ini juga dilihat sebagai check and balance, tidak ada salahnya pihak ketiga untuk membuat check and balance sekiranya apa-apa maklumat berhubung dengan peguam syarie tersebut tiada dalam pengetahuan. Ini adalah untuk menjaga sekuriti dan juga integriti peguam-peguam syarie kita agar dia orang betul-betul berkualiti sehingga kita memerlukan pandangan pihak ketiga dan membuka ruang pihak ketiga untuk membantah supaya yang kita masukkan dalam guaman syarie ini adalah mereka yang betul-betul ada integriti dan mereka juga sudah selamat dari segi sekuriti skrin ia dan sebagainya.
Saya Tuan Yang di-Pertua suruh tanya penghabisan tadi. Tuan Yang di-Pertua kata, “Yang Berhormat Arau boleh tunggu hujung-hujung’’, ini hujunglah ini.
[Ketawa]
[Ketawa] Belum menggulung habis lagi.
Saya hendak tanya tentang pendaftaran tadi Yang Berhormat.
Ya.
Kalau sekiranya negeri-negeri yang mungkin fanatik kepada satu pegangan agama. Apakah akan menjadi masalah bagi orang itu kalau dia sudah dikait dirinya macam faham Sunah Waljamaah kah, Wahabi kah, Syiah kah, apakah akan jadi masalah untuk pendaftaran negeri yang berkenaan kerana Yang Berhormat sebut keseragaman tadi. Apakah keseragaman ini tidak merujuk kepada fahaman yang dipegang oleh peguam-peguam yang berkenaan, itu kesimpulan.
Sebagaimana yang saya sebut tadi adalah untuk menjaga sekuriti contohnya kalau kita tidak tahu bahawa peguam ini kita sudah
luluskan tetapi ada maklumat daripada pihak polis menyatakan dia ada isu dengan ISIS contohnya atau dia terlibat dengan Daesh contohnyalah. Maka di situ kita ada lagi satu screening bantahan dan dari situ pihak yang menerima bantahan akan melihat dan meneliti sejauh mana bantahan itu ada kredibiliti. Adapun isu kalau dia memegang fahaman-fahaman agama yang lain, selagi ia tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang ada ataupun perkara tersebut tidak menjejaskan dia punya profesionalisme, itu semua terpulanglah kepada Majlis Syarie untuk buat keputusan kepada bantahan-bantahan tersebut dan kalau dia tidak puas hati dia boleh bawa kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang akan buat keputusan. Jadi saya tidak ada jawapan sama ada kalau dia Syiah boleh atau tidak, kalau dia Wahabi boleh atau tidak atau dia ini liberal kah boleh atau tidak itu terpulang kepada - kalau ada bantahan maka mereka akan menerima bantahan itu dan membuat penelitian. Kalau dia tidak puas hati kata dia ditolak kerana itu dia bawalah kepada Mahkamah Tinggi.
Tuan Yang di-Pertua ini penting.
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Saya mohon izin daripada Tuan Yang di- Pertua adakah saya diberi masa?
Sikit. Boleh?
Ya, saya akan tambah masa, silakan.
Ini amat penting kerana kita tahu perjuangan untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah, peguam syarie ini kita sudah buat berpuluh-puluh tahun sejak merdekalah. Alhamdulillah daripada mahkamah second class sekarang sudah sama taraf dengan mahkamah yang lain. Hanya saya hendak ulang, saya ada bangkit perkara ini dalam ucapan saya. Hendak tahu peranan kerajaan kerana hari ini ada kumpulan-kumpulan tertentu, NGO’s ini yang nampaknya tidak bersetuju dengan kewujudan Mahkamah Syariah ini seperti Islamic Renaissance Front (IRF) yang mereka mengatakan untuk mengubah serta mereka mencadangkan menghapuskan kuasa undang-undang syariah melalui pindaan, ertinya dia tidak bersetuju. Begitu juga salah satu kumpulan lagi ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, sebut dengan penuh.
The Joint Action Group of Gender Equality (JAG) yang telah jelas mengatakan bahawa untuk memansuhkan undang- undang jenayah syariah. Jadi saya hendak tanya pendirian kerajaan bagaimanakah tindakan kerajaan supaya NGOs ini tidak dibiarkan...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Berleluasa.
...berleluasa. Nanti bila dia terus memainkan isu-isu macam ini saya bimbang akan menimbulkan isu sensitiviti keagamaan, nanti berlaku kecoh. Bila berlaku kecoh nanti salah UMNO, salah PAS pula. Ini stand daripada Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan Yang Berhormat Menteri? Adakah Menteri akan panggil NGOs ini untuk memberikan penjelasan kepada mereka?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang yang sebenarnya memang bertanya sebenarnya dalam ucapan bahas asalnya. Saya ingin menegaskan di sini bagi pihak kerajaan, kita tidak boleh menerima dan tidak boleh bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang menuntut supaya Mahkamah Syariah dihapuskan [Tepuk] . Itu amat jelas dan amat terang dan kita buat ini pun sebab hendak memperkasakan Mahkamah Syariah dengan pendekatan yang sesuai [Tepuk] dengan mengikut Perlembagaan yang ada. Itu kita punya stand untuk pengetahuan Dewan keseluruhannyalah. Baik, terima kasih. Saya..
Kenapa orang lain tidak tepuk tangan, kenapa kami yang tepuk. Kenapa geng kerajaan tidak tepuk? [Ketawa]
Terima kasih. Itu kena tanya dia oranglah.
Menunjukkan ada yang tidak setuju.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dia orang tepuk dalam iman [Ketawa] . Benda yang penting begini tidak perlu tepuk sebab dia berada dalam iman.
[Ketawa] Yang Berhormat P. Ramlee lah.
Baik, saya timbul satu isu lagi mohon Tuan Yang di-Pertua, benda ini amat penting sebab ada beberapa kali timbul. Mengapakah tempoh latihan dalam kamar di bawah rang undang-undang ini adalah selama enam bulan dan tidak sama seperti peguam sivil iaitu selama sembilan bulan. Itu valid question-lah. Kita melihat rasional dalam menentukan enam bulan ini berbanding sembilan bulan ialah tempoh enam bulan dalam latihan kamar ini di bawah rang undang-undang ini adalah satu tempoh yang munasabah kerana amalan dan skop guaman syarie tidak melibatkan latihan berkaitan dengan perkara conveyancing. Betul saya sebut ya Yang Berhormat Tanjong Karang? Tidak melibatkan latihan berkaitan dengan perkara conveyancing dan bidang undang-undangnya juga tidak seluas undang-undang sivil yang meliputi undang- undang Perlembagaan, korporat, perbankan, komersial, tanah, syarikat, kontrak, kecuaian, kemalangan dan sebagainya. Selain daripada menjalani tempoh latihan selama enam bulan, mana-mana yang berkelayakan yang memohon untuk diterima masuk sebagai peguam syarie juga perlu menjalani antaranya kursus-kursus pengajaran, latihan pendidikan dan peperiksaan yang berhubung dengan profesion guaman syarie. Oleh itu tempoh latihan selama enam bulan yang dicadangkan ini merupakan satu tempoh latihan yang sesuai untuk dijalani oleh mana- mana yang berkelayakan yang memohon untuk diterima masuk sebagai peguam syarie. Di samping itu, perkara-perkara yang dinyatakan di atas mereka akan sentiasa ditingkatkan profesionalisme mereka melalui kursus-kursus dan pengajaran yang disediakan. Ini isu yang jelas tentang sama ada orang bukan Islam boleh – adakah seorang peguam syarie dibenarkan untuk beramal di Mahkamah Sivil seperti mana yang diperuntukkan di bawah RUU ini yang membenarkan peguam sivil yang beragama Islam beramal, maknanya vice versa. Berdasarkan sub fasal 11(b) RUU ini, seorang peguam bela dan peguam cara yang hendak memohon sebagai peguam syarie hendaklah mempunyai kelayakan tambahan. Dia mesti ada kelayakan tambahan dalam bidang syariah atau kehakiman syarie iaitu sebagai mana yang ditetapkan di dalam fasal 12. Begitu juga sekiranya seorang peguam syarie hendak beramal di dalam sebagai peguam bela vice versa atau peguam cara di Mahkamah Sivil dia juga kena penuhi kelayakan yang telah ditetapkan di bawah Akta 166 tersebut. Perkara yang itu sebagai amalan biasalah.
Maknanya kalau berlaku vice versa itu, mesti mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ini cerita bab berkelakuan baik ini. Ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu, walaupun Yang Berhormat Kota Bharu tidak ada tetapi mungkin boleh dimanfaatkan. Mana- mana yang berkelayakan untuk terima masuk sebagai seorang peguam syarie, fasal 15 jika dia memenuhi syarat. Antara syaratnya ialah disebut berkelakuan baik. Di sini orang timbul yang kata baik itu macam mana Tuan Yang di-Pertua? Dia baik, dia tidak hisap rokok kah atau baik dia sembahyang jemaah di masjid lima waktu kah? Atau baik maknanya dia ini buat sembahyang sunat kah, selalu? Itu isu ia timbul interpretation buat baik. Akan tetapi dalam fasal 15, memperuntukkan bahawa suatu permohonan bagi penerimaan masuk hendaklah disokong oleh afidavit yang melampirkan antaranya dua perakuan terkini mengenai kelakuan baiknya.
Berdasarkan subfasal 15(3) rang undang-undang ini, permohonan afidavit, pengesahan apa-apa dokumen dan keterangan yang dinyatakan dalam fasal ini hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh mahkamah tinggi syariah. Oleh itu, afidavit yang melampirkan perakuan terkini mengenai kelakuan baiknya akan ditentukan oleh mahkamah tinggi syariah. Kita nak minta masuk mana-mana universiti pun kena ia ada referee. Kita hendak buat apa-apa mesti ada referee. So, saya rasa perkara ini biasa selagi afidavit itu tidak dipenuhi dengan pihak ketiga iaitu referee memberikan pandangan terhadap perilaku peguam-peguam yang hendak masuk ke dalam rang undang-undang ini, maka hendaklah dia penuhi afidavit tersebut dengan yang dimaksudkan perlakuan baik di situ. Ini juga ada di dalam peruntukan Akta Profesion Undang-undang 1976, sama juga. Okey, satu lagi yang penting – saya hendak dekat hujung-hujung sudah iaitu siasatan ke atas perilaku pemohon di bawah subfasal 18(1). Kononnya dikatakan tiada di bawah Akta Profesion Undang-undang. Dia buat perbandingan, yang ini Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Pengerang. Dia kata dalam Akta Profesion Undang-undang tidak ada, hanya ada di dalam kami sahaja. Sedangkan kalau kita rujuk peruntukan mengenai siasatan ke atas perilaku pemohon di bawah ini sebenarnya turut diperuntukkan di bawah Akta 166. Maknanya ada juga ya, tidak betul kalau kata tidak ada. Jadi ini hanyalah mungkin perkara-perkara penting yang saya hendak sampaikan dan sebahagian besar yang terutamanya telah saya sebut tentang kuasa Raja-raja dengan itu undang-undang ini telah dilakukan di dalam Dewan ini. Saya ada satu lagi yang tadi tanya fasal – kalau perlu saya jawab atau tidak, saya tidak tahu, fasal isu insurans. Ada dua atau tiga, Yang Berhormat Kuala Nerus pun ada tanya fasal isu insurans. Sama seperti peguam sivil, peguam syarie juga perlu mengambil insurans takaful berhubung dengan tanggung rugi terhadap apa-apa kecuaian profesional dan juga yang melibatkan kredibiliti profesion dia sebagai peguam syarie. Ini diperuntukkan dalam fasal 66 rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada apa yang diambil perhatian oleh semua Ahli Dewan ini sebagai satu perkara yang bersejarah pada hari ini kerana kita telah berjaya dengan sokongan semua Ahli Dewan terhadap rang undang-undang ini. Maka, saya dengan ini telah selesai penggulungan dengan meninggalkan di sini beberapa kerat pantun untuk kita ambil iktibar. Ucapan terima kasih saya tidak terhingga kepada semua orang termasuk rakan-rakan di sebelah sana kerana telah memberikan satu sumbangan yang cukup positif kepada akta ini. Indah huruf tulisan jawi, Hanya sesekali kita bersua, Tidak perlu kita mendakwa-dakwi, Barang yang baik diambil jua. [Tepuk] Perkara fitnah dibawa jangan, Nanti kelak mendapat tentangan, Semua pihak punya sumbangan, Terima kasih atas sokongan. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas penggulungan ini. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menyudahi jawapan dengan kata-kata indah itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Point of order. Yang Berhormat, dalam rang undang-undang ini dia sebut bahawa perkataan Islam malah peguam negara pun mesti diwakilkan kepada orang yang beragama Islam. Kenapa dibebankan kepada Ahli-ahli Parlimen yang bukan Islam untuk bersetuju dalam rang undang-undang yang menentukan tentang Islam? Itu poin saya.
Itu poin Yang Berhormat, itu bukan point of order.
Jadi, kasihan kepada mereka sebab Yang Berhormat Jelutong bukanlah dia reti apa-apa, tiba-tiba dia terpaksa bersetuju. Kasihan dia.
Sudah, sudah. Itu bukan point of order. Itu poin sahaja. Silakan.
Akan tetapi untuk Yang Berhormat keluarkan order.
Ya, tidak apa, tidak apa. Yang tidak bersetuju, kata tidak.
Mana boleh tidak bersetuju Yang Berhormat tetapi macam mana beban pada mereka?
Ya baguslah. Lebih suara yang bersetuju.
Yang Berhormat Menteri Kulasegaran dia bukan faham apa-apa agama. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, Perkara 6C dengan Perkara 36(2), saya timbulkan benda ini. Untuk Perkara 36(2) itu, saya tarik balik sebab sebenarnya saya hendak cadangkan supaya Perkara 36(2) itu tidak perlu sebut sebab di bawah Perkara 6 telah pun menyebut tentang perkataan agama Islam iaitu wakil peguam negara. Jadi, tidak perlu sebut Perkara 36(2) itu Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan tidak mengadakan benda itu, ia lebih selesa undang-undang ini, tidak perlu disebut sebab kita sudah sebut dalam Perkara 6. Keduanya Tuan Pengerusi, saya hendak ulang sekali lagi tentang Perkara 92 dan Perkara 93 supaya perkataan “Menteri” itu digantikan dengan perkataan “Yang Dipertuan Agong”. Yang Berhormat sedia maklum bahawa undang-undang di Pahang, sekarang ini Yang Dipertuan Agong adalah Sultan Pahang. Undang-undang di Pahang, semua kaedah mesti melalui sultan. Malah untuk melantik wali hakim pun kena melalui sultan. Kenapa di peringkat Wilayah kita bagi kepada Menteri? Jadi kita kena ingat bahawa kuasa Yang di- Pertuan Agong hendaklah tidak disentuh dalam hal ini. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, dahulu kita telah memperkenalkan Undang- undang Keluarga Wilayah. Masa itu saya Ahli Parlimen, tahun akhir 80-an dahulu kita perkenalkan Undang-undang Keluarga Wilayah. Selepas itu semua negeri ikut tetapi rang undang-undang tersebut dibawa makluman Majlis Raja-raja. Tuan Yang di-Pertua mungkin tengah belajar universiti tetapi Undang-undang Keluarga Wilayah telah dibawa dan lepas itu semua negeri ikut. Negeri Perlis pun ikut kecuali negeri Perlis tidak memasukkan bahagian poligami, hat lain semua diikut. Jadi ini menunjukkan bahawa kita pernah membuat undang- undang yang diikuti oleh semua negeri, bukan satu benda yang baharu, benda yang pernah kita buat. Jadi peguam syarie ini kena ingat ialah peguam yang paling teruk di dunia, di Malaysia ini sebab dia kena arif kaedah, tatacara bagi setiap negeri. Kalau dia datang ke Perlis, faham-fahamlah dia kena ikut Undang-undang Perlis. Agama Islam agama yang mudah, tidak perlu susah-susah, bukan menyusahkan orang, jadi kita masuk Perlis. Akan tetapi negeri-negeri lain, dia kena ikut kaedah negeri yang berkenaan. Jadi, jadi peguam syarie sudahlah kes itu tidak berapa banyak dibandingkan dengan sivil, jadi peguam melalui satu proses yang luar biasa, Wilayah lain dan negeri-negeri lain. Kalau Yang Berhormat nak
sebut keseragaman, Yang Berhormat boleh buat maklum kepada Majlis Raja-raja. Raja-raja nak yang itu saja, maklum. Apabila kita maklum, lepas itu kita hendak laksanakan setiap negeri, tidak ada masalah. Akan tetapi Yang Berhormat check semula Undang-undang Keluarga Wilayah, betul Yang Berhormat. Yang Berhormat belum jadi Ahli Parlimen lagi, masih belajar. Jadi, bagaimana kita dapat meletakkan negeri untuk menerima undang-undang yang diperkenalkan di peringkat Wilayah sebab dibawa ke Majlis Raja-raja untuk makluman.
Jadi saya mencadangkan, Tuan Pengerusi, supaya rang undang-undang ini dimaklumkan, walaupun lulus― mesti lulus punya, kenapa tidak lulus ya di Parlimen ini, sebab Ahli-ahli Yang Berhormat yang menguasai, selepas ini kami akan kuasai― tetapi kita minta supaya dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja. Maklum. Bukan minta kelulusan. “Majlis Raja-raja, ini rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen”. Maklum. Jadi Yang di-Pertuan Agong pun berpuas hati kerana semua kuasa Yang di-Pertuan Agong itu kita tidak sentuh. Hal raja, Yang di-Pertuan Agong jangan sentuh. Kami puak-puak Barisan Nasional, PAS dan juga pembangkang tidak pernah menyentuh hal-hal kuasa raja-raja ini. Tetapi nampaknya ada sedikit yang kekurangan di pihak Yang Berhormat dan kerajaan cuba menyentuh kuasa raja-raja dan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Saya bukan ‘ada udang di sebalik batu’ seperti Speaker sebelum ini sebut. Saya ikhlas kerana Allah sebab kita hendak supaya satu keseragaman undang-undang wujud di negara ini. Malu. Yang Berhormat, cukup malu sebuah negara yang kecil ada 13 rang undang-undang yang kena diikuti tetapi di seluruh dunia, kita tahu bahawa kebanyakan negara-negara hanya pegang satu undang-undang dan dia ada mufti besar, grand mufti. Kita Malaysia, kalau boleh Yang Berhormat, masukkan di mana-mana supaya ada mufti besar negara. Bagi Mufti Perlis dahulu jadi mufti untuk keseragaman yang indah. Sebagai contohlah, sebagai contoh. Jadi dengan itu orang melihat kehebatan agama Islam. Bukan Yang Berhormat kata, “Ini kita telah memperkenalkan satu rang undang-undang”. Orang tidak nampak hebat. Hebat apabila semua negeri ikut. Hebat apabila negara Islam di Malaysia ini diikuti dengan kaedah-kaedah yang sama di setiap negeri. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya menyokong rang undang-undang ini. Walaupun suara agak tinggi sedikit tetapi menyokong. Yang Berhormat kena terima. Dan saya hendak beritahu, saya hendak protes kepada netizen dan juga rakyat yang bubuh gambar Yang Berhormat macam singa dok menguap itu. Saya hendak beritahu ini adalah aib yang tidak harus kita buat. Jangan buat macam itu. Walaupun kita hendak mempertikaikan Menteri ini, kita pertikai, tetapi jangan buat gambar-gambar yang tidak manis. Yang Berhormat, lihat betapa murninya pihak-pihak kami tentang baik sangka kepada orang lain. Terima kasih.
Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak menyentuh fasal 9 dan saya masih agak rasa tersinggung apabila perkataan “dengan kelulusan Menteri”. Mengapa kita tidak letak “dengan kelulusan Yang di- Pertuan Agong”? Kerana apa, Yang Berhormat Menteri dalam peringkat dasar tadi ada sebut mengeluarkan satu subseksyen 59(1) dan (2) semata-mata untuk menjadikan satu badan yang besar. Tetapi apabila kita hanya letak kepada Menteri, kita tidak letakkan kepada Yang di-Pertuan Agong, saya rasa ia seolah-olah merendahkan peguam syarie ini. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri supaya beritahu Dewan yang mulia ini yang saya yakin Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya rang undang- undang ini dipinda dan digubal satu rang undang-undang baharu. Adakah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengetahui sedalam-dalamnya bahawasanya nama Yang di-Pertuan Agong tidak terletak di bawah seksyen 9, seksyen 65, seksyen 66, seksyen 67 dan seksyen 68? Itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak menyentuh juga berkaitan fasal amalan tahunan iaitu fasal 29, “Ketua Pendaftar hendaklah berpuas hati dengan semua dokumen yang perlu disebutkan dalam subseksyen (2)”. Jadi saya hendak minta― sebab dalam perbahasan saya di peringkat dasar, saya ada sebut, Yang Berhormat Menteri, perintah saraan peguam, solicitors' remuneration order (SRO). Sebab apa? Sebab dalam penghujahan Yang Berhormat Menteri tadi dalam membezakan antara enam bulan dengan sembilan bulan ada menyebut tentang urusan-urusan conveying dan urusan ini tidak termasuk dalam peguam syarie dan kenapa pula peguam syarie kena membuat laporan akauntan tahunan? Kerana apa, kalau betul hendak buat, mesti ada SRO itu. Adakah perintah saraan peguam cara atau peguam bela ini akan diputuskan oleh Yang Berhormat Menteri mengikut Akta 166 atau akta ini akan sendiri mengeluarkan jadual dan perintah saraan peguam itu? Itu persoalan saya, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tidak ada pembahas lain? Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tadi adalah soalan yang berulang. Ia telah pun dijelaskan di peringkat dasar. Jadi, kalau seseorang itu dia sudah berpengalaman, benda yang berulang itu seolah-olah sia-sialah. Jadi apabila saya sudah jawab di peringkat dasar― soalan tadilah fasal hendak maklumkan dekat Majlis Raja-raja. Saya sudah menjawab pagi tadi, Tuan Pengerusi, bahawa perkara ini setelah diluluskan di sini akan dimaklumkan kepada Majlis Raja-raja supaya diadakan tindakan. Akan tetapi sebelum Majlis Raja-raja ini hendak dimaklumkan, dia kena melalui dahulu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Jangan pura-pura tidak tahu. Selepas itu daripada MKI inilah, apabila diputuskan, barulah disembah maklum kepada Majlis Raja-raja. Saya mungkin sudah sebut mungkin semasa itu Yang Berhormat Arau tidak dengar atau Yang Berhormat Arau semasa itu...
Penjelasan.
...Dia ada sedang memikirkan apa benda macam-macam, maka...
Fikir hendak pergi Mekah.
...Saya menyatakan bahawa saya, Menteri agama akan dijemput untuk pre-council sebelum majlis full council.
Ya.
So, dalam itu saya akan menjelaskan kepada pre-council Majlis Raja-raja tentang ini.
Yang Berhormat, saya faham.
Makna kata...
Saya cadangkan tadi supaya perkataan “Menteri” diganti dengan “Yang di-Pertuan Agong”.
Tadi...
Jawapan Jawatankuasa ini adalah bukan itu. Itu jawapan semasa Majlis boleh. Jawatankuasa menjawab bahawa...
Kita sudah jawab kenapa Menteri dan ia tidak membelakangkan...
...Kerajaan tidak bercadang perkataan “Menteri” diganti dengan “Yang di-Pertuan Agong”. Itu sahaja. Jawab tak boleh sudahlah.
Tidak boleh.
Tidak perlu ulas. Tuan Pengerusi, tolong beritahu ini. Cara menjawab jJawatankuasa lain.
Yang Berhormat Menteri telah menjawab. Perkara ini telah dibangkitkan pada peringkat dasar.
Ya, sudah dijawab.
Ya, tahu tetapi sekarang ini kita hendak minta di peringkat Jawatankuasa...
Tidak ada, tidak ada.
...Tukar perkataan “Menteri” kepada “Yang di-Pertuan Agong”. Sebagai menghormati raja-raja.
Menteri tidak berniat untuk...
Kita tidak berniat untuk menukar, Tuan Pengerusi, sebab telah pun dijelaskan― Dunia ini sementara Yang Berhormat Arau, Ikhlas diri nanti adalah saham, Mulut manis berbicara, Kalau sudah lama patut-patutlah faham. Okey, saya kembali kepada Yang Berhormat Paya Besar.
Boleh?
Sama kah?
Benda yang...
Yang Berhormat Tanjong Karang, saya dah banyak jelaskan tentang benda ini kenapa...
Tuan Pengerusi, isunya very simple kerana di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) seksyen 59(2) disebut Yang di-Pertuan Agong diberikan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tetapi apabila rang undang-undang ini dibentangkan, kuasa Yang di- Pertuan Agong ini telah tiada dan diberikan kepada Menteri. Itu persoalannya. Bagaimana...
Sudah di peringkat dasar tadi.
Ya lah, itu yang dibangkitkan tadi tetapi Yang Berhormat Menteri...
Ya lah, pada peringkat Jawatankuasa kita tengok kepada butir- butirnya.
Yang Jawatankuasa....
Tuan Pengerusi, dasar okey. Jawatankuasa kita minta tukar perkataan “Menteri” kepada “Yang di-Pertuan Agong”. Jawab tidak boleh kah? Hendak dengar itu.
Yang Berhormat Menteri sudah menjawab.
Dia jawab tadi tidak boleh?
Dia tidak berhajat untuk menukar. Itu sahaja.
Saya sudah menjawab tadi, saya kata tidak boleh.
Jadi Yang Berhormat Menteri tidak mahu tukar “Menteri” kepada “Yang di-Pertuan Agong”?
Jadi kalau Yang Berhormat Arau ini tidak faham-faham daripada pagi yang saya maksudkan...
Ya Allah ya Tuhan ku, saya hendak jawapan dia bahawa kerajaan tidak bersetuju untuk menukar perkataan “Menteri” kepada “Yang di- Pertuan Agong”. Habis.
Bukan. Itu cerita lain.
Tidak. Ini Jawatankuasa, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju...
Tidak, tidak. Sekarang ini kami telah menetapkan bahawa semua ini telah diambil kira sebab isunya isu takut nanti di belakang membuat sesuatu di belakang Majlis Raja-raja, tidak ada itu...
Tidak.
Jadi jawapan saya itu tidak membawa makna kata oleh sebab itu, kita hendak tetapkan Menteri, kita tidak mahu ambil nama raja. Itu lain. Itu lain, Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat, saya kata perkataan “Menteri”...
Jadi, saya rasa saya sudah menjawab dengan cukup sopan...
...Tukar kepada “Yang di-Pertuan Agong”.
Saya harap Yang Berhormat Arau memahaminya juga dengan penuh sopan.
Cakap kerajaan tidak mahu tukar sudahlah.
Cukuplah itu.
Saya rasa benda itu...
Telah dijawab dari segi butirannya.
Saya mencadangkan supaya perkataan “Menteri” ditukar kepada “Yang di-Pertuan Agong”.
Sudah jelas.
Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju...
Menteri sudah jawab. Sudah jawab.
Dia bukan jawab, dia pusing. Ini jawab bagi betul bahawa kerajaan tidak bercadang, bersetuju menukarkan perkataan “Menteri” kepada “Yang di-Pertuan Agong”.
Sudah, sudah dijawab tadi.
Itu sahaja. Yang Berhormat cuba tengok pegawai-pegawai di belakang sana.
Peraturan mesyuarat.
Pegawai kata tidak bersetuju.
Tuan Pengerusi...
Peraturan mesyuarat?
Ya, ya. P.M. 36(7)
Saya rasa kalau― sat, sat na. Kalau Yang Berhormat Arau ini dia orang lama dia kata, saya ini memanglah budak baru, Yang Berhormat Arau, tetapi kalau ada hendak pinda, semua kita tahu dia perlu membuat usul dahulu. Buat usul. Yang ini tidak buat usul tiba-tiba hendak bahas suruh tukar, mana boleh. Usul pun tidak ada dekat meja saya.
Betul juga.
Jadi kalau kata faham...
Yang Berhormat jawablah oleh sebab tidak ada usul, maka― habis.
Masalahnya Yang Berhormat Arau dia hendak saya jawab apa yang dia hendak. Mana boleh.
Bukan. Yang Berhormat jawab...
Saya Menteri. Saya ada dasar saya. Saya ada saya punya stakeholder..
Ini bukan sayalah.
Saya menjawab...
Ini saya hanya bercakap bagi pihak Barisan...
Tidak, tidak, tidak.
Bagi pihak UMNO dan PAS.
[Tidak jelas]
Begitulah cara Menteri menjawab.
Ya, Yang Berhormat Menteri beginilah...
Jadi, kalau tidak faham, saya rasa...
Saya tidak akan implicate Yang Berhormat...
Tidak, tidak ada. Itu tidak timbul.
Kerana membelakangkan Yang di- Pertuan Agong. Tidak!
[Tidak jelas] Jadi kalau...
Ini bukan kerja saya hendak buat macam itu.
Kalau hendak pinda, saya harap...
Yang Berhormat tidak bersetuju, masukkan nama Yang di-Pertuan Agong...
Kita dapat buat usul tetapi sekarang tidak ada...
Perkataan ‘Menteri’, okeylah
Usul yang datang ke pejabat saya.
Terima kasihlah. [Pembesar suara dimatikan]
Itu memang benar, ya. Tidak ada usul, jadi tidak perlu dibahaskan. Ya. Ada peraturan mesyuarat tadi? Tidak ada? ...yang terbaik.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Habis? Baik.
Saya rasa itu sekali menjawab Yang Berhormat Paya Besar tentang isu Raja...
Itu pun isu dasar, ya.
...dan sebagainya. Saya rasa tidak perlu repetitive. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
SRO, SRO.
Fasal. Fasal.
SRO. Soalan yang kedua tadi. SRO, laporan akauntan?
[Tidak jelas]
Yang Berhormat Menteri jawab bertulis, eh?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu perkara dasar. Sudah dijawab tadi itu.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak. Laporan akauntan, Yang Berhormat tidak jawab, sebab saya menyentuh fasal 20 berapa tadi.
Ya, ya saya faham. Yang Berhormat minta supaya laporan akauntan.
Sudah.
Itu ada. Nanti saya akan bagi jawapan bertulis. [Fasal 1 hingga Fasal 93 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Puan Fuziah binti Salleh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) (NO.2) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019, satu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dibacakan kali kedua sekarang.
Penyokong?
Saya sokong.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) merupakan peruntukan yang memberi kuasa kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum syarak menjadi peguam syarie. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan kelayakan bagi penerimaan peguam syarie dan mengawal selia kelakuan peguam syarie iaitu Kaedah- kaedah Peguam Syarie 1993. Memandangkan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 yang diluluskan sebentar tadi, merupakan satu undang-undang khusus untuk mengawal selia segala amalan yang berhubungan dengan profesion guaman syarie dan seterusnya menggantikan undang-undang sedia ada, maka Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 hendaklah dipinda dengan memotong seksyen 59 bagi mengelakkan pertindihan undang-undang. Justeru, RUU ini adalah merupakan pindaan berbangkit daripada penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 yang diluluskan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, RUU yang bertujuan untuk meminda Akta Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) mengandungi empat fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan untuk memotong takrif “peguam syarie” berbangkit daripada pemotongan seksyen 59 Akta 505 dalam fasal 3. Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 59 Akta 505 untuk meniadakan peruntukan mengenai kuasa Majlis dalam perkara yang berhubungan dengan peguam syarie. Pemotongan ini berbangkit daripada penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah- wilayah Persekutuan) 2019 yang dicadangkan. Perkara yang berhubungan dengan peguam syarie akan diperuntukkan dalam Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 yang dicadangkan. Fasal 4 mengandungi peruntukan kecualian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan pindaan ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Silakan, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya tidak ada senarai daripada pihak pembangkang, ya.
Tidak, kami pakat bangun macam itu saja.
Bangun macam itu saja?
Sikit saja.
Baik, saya berikan kesempatan kepada Yang Berhormat Arau dulu, ya.
Ya, terima kasih.
Orang yang kanan, silakan.
[Ketawa]
Ya.
Selepas Yang Berhormat Arau, Kuala Nerus.
Ya.
Saya dibagi 29 minit itu, lama sangat. Saya tidak mahu.
[Ketawa]
Lima minit cukup.
Lima minit? Baik, lima minit.
Akan tetapi 29 minit...
...10 minit?
...10 minit okey.
...10 minit cukuplah.
Ini Tuan Yang di-Pertua yang arif lagi bijaksana. Kepada Menteri, ini ialah satu kejayaan yang patut diberi penghargaan. Jadi tahniahlah Menteri tetapi ada sesuatu benda Yang Berhormat Menteri kena fikir bahawa bila kita pinda rang undang-undang ini, bukan ini. Ada dua rang undang-undang yang kita pinda selepas itu mari rang undang-undang kedua dia sebut baru dilulus sebentar tadi. Mana dia tahu bahawa dilulus sebentar tadi ataupun sebentar tadi mungkin lulus dengan pindaan. Sewajarnya yang ini dibawa sehari Tuan Yang di-Pertua, dibawa sehari barulah kita nampak roh undang-undang itu, kehebatan undang-undang itu di mana selepas sehari, baru kita bawa rang undang-undang ini. Ini baru sebentar tadi kita terus pinda yang ini. Katalah tadi tak lulus, sudah pasti Yang Berhormat Menteri kena bangun untuk tarik balik akta ini. Jadi, tak nampak cantiklah, tak manislah. Yang Berhormat ini seorang suka yang cantikkan, idola janda-janda kan, jadi Yang Berhormat mesti melihat kecantikan undang-undang itu mesti dibuat dibentangkan selepas sesuatu tempoh, bagi tempoh bernafas. Yang Berhormat, ini baru lulus sekarang, bawa undang-undang ini untuk dipinda. Jadi, nampak sangat kejanggalan yang luar biasa. Tadi Yang Berhormat baca teks, makna kata pegawai ada sedia belakang, baca teks bahawa yang dilulus sebentar tadi seolah-olahnya pegawai pun sudah tahu bahawa rang undang- undang ini diluluskan. Tak bagus buat macam itu Yang Berhormat, rang undang-undang kena diberi tempoh bernafas, esoklah terbaiknya. Ini teguran yang tidak semestinya kalau teguran daripada pembangkang semua tak elok, ini yang perlu Yang Berhormat ambil ingatan. Bukan Yang Berhormat sahaja, termasuk Menteri sebelum ini. Habis kita lulus sahaja, sekejap lagi bawa undang-undang yang baru dilulus sebentar tadi. Mana boleh tahu, kalau dulu...
Yang Berhormat Arau.
Oh! Ya silakan, 20 minit okey.
Mencelah. Setuju tak Yang Berhormat Arau supaya pihak yang berkaitan menubuhkan Majlis Peguam Syarie Kebangsaan ataupun Majlis Peguam Syarie Malaysia. Yang Berhormat Arau, boleh tak Yang Berhormat Arau tolong tanyakan, berapa jumlah terkini ikut negeri-negeri daripada Perlis sampailah ke Sabah, jumlah peguam syarie yang ada supaya kita boleh memikirkan tentang perkara-perkara yang seterusnya iaitu dari segi yuran tahunan, dari segi kuorum mesyuarat dan lain-lain. Terima kasih.
Ya, itu ialah soalan saya minta Yang Berhormat Menteri tolong jawab. Itu termasuk sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Keduanya, tadi Yang Berhormat Menteri mungkin hendak jawab soalan saya, mungkin Menteri satunya ialah mungkin tak ada ilmu. Kedua, mungkin Yang Berhormat Menteri meremehkan saya, jadi tak apalah saya terimalah. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya hendak ulang balik kes-kes yang tertangguh yang dahsyat berlaku dalam Mahkamah Syariah di mana kes fasakh sebagai contoh. Jadi bekas suami sudah berkahwin lain sudah anak dua tetapi isterinya tergantung, itu kes fasakh. Kemudian kes tuntutan nafkah tergantung sampai ada anak yang terpaksa berhenti belajar
kerana menuntut nafkah dan dalam masa yang sama kena bayar wang guaman. Yang Berhormat, kita hendak tunjukkan kehebatan Mahkamah Syarah ini dengan Yang Berhormat keluarkan kenyataan bahawa hasil daripada apa yang telah dibentangkan ini, kita akan mengurangkan kes-kes yang tertunggak yang berleluasa kerana kaedah-kaedah yang dikeluarkan oleh negeri. Peguam daripada wilayah hendak datang negeri lain, dia kena ikut kaedah negeri itu tetapi kalau keseragaman yang pertama Yang Berhormat buat syarat supaya kes fasakh tiga bulan. Jadi orang laki-laki tidak boleh memain-mainkan wanita lagi. Kalau dia tak hadir mahkamah, tujuannya hendak hukum bekas isterinya, jadi tiga bulan selesai. Dulu pernah Perlis buat macam ini, tiga bulan selesai. Jadi, banyak orang rujuk kes ini ke Perlis, Yang Berhormat tak mahu sebut ada dua, tiga benda kes Perlis hebat sebab Yang Berhormat mungkin malu ataupun dan sebagainya. Kes Perlis, kes talak tiga Yang Berhormat. Kes talak tiga, tanya pegawai-pegawai di belakang. Semua dirujuk kepada Perlis. Negeri lain kalau jatuh talak tiga, tiga jatuh tetapi Perlis hanya satu. Sekali satu, kalau dua, dua, lepas itu tiga, tiga kali. Ini semua rujuk kepada Perlis. Jadi, peguam-peguam juga kena berhati-hati kalau dia masuk ke Perlis. Dia kena tengok undang-undang negeri Perlis. Kena Pahang, Pahang. Bayangkan peguam syarie bayaran tak tinggi sebab orang yang bermasalah ini sudah tentu juga tidak mempunyai kewangan yang cukup, bayaran tak tinggi. Kes tertangguh tinggi, akhirnya peguam dia hilang semangat untuk memperjuangkan satu-satu kes. Kalau Yang Berhormat bagi time frame tempoh kes fasakh tiga bulan, kes tuntutan nafkah tiga bulan. Kes talak tiga, Perlis sahaja, yang lain tak mahu buat tak apalah. Sebab apa, kena ingat ini melibatkan hukum, sebab tadi saya cadang supaya Yang Berhormat adakan Majlis Mufti ini Yang Berhormat tak hendak jawab saya. Jadi, Yang Berhormat meremehkan saya. Padahal kalau sekiranya kita hendak selesaikan kes talak tiga ini supaya negeri semua sama, saya ingat ini tidak ada masalah sebab hampir semua negeri rujuk kepada Perlis. Dulu Tuan Yang di-Pertua mungkin tengah dok belajar, Perlis pada tahun 1956, saya pun jadi tahun 1956, Perlis memperkenalkan undang-undang bahawa boleh bayar zakat dengan menggunakan wang. Bukan dengan bijirin. Mazhab Syafie mesti bayar dengan bijirin, Perlis buat wang, dengan itu Perlis di antara negeri yang paling tinggi pendapatan sebab semua orang yang hendak bayar dengan wang datang Perlis. Akhirnya negeri lain pun ubah fatwa mengikut Perlis bahawa negeri lain juga boleh dibayar dengan wang. Cuba tengok kehebatannya, demikian juga kes talak tiga sebagai contoh, boleh dirujuk bahawa kes talak tiga oleh sebab kita mempunyai nas yang cukup bahawa semua orang menerima bahawa kes talak tiga sekali talak satu, sekali talak satu bukan pi hukum tiga-tiga sekali ya. Yang ini ada nas yang boleh kita rujukkan. Ya, memang saya minta jawab benda ini supaya dalam usaha kita memperkasakan Mahkamah Syariah, dia dilihat sebagai mahkamah yang hebat ,mesti tertib dan saya rasa Mahkamah Sivil pun tak boleh buat macam kita buat. Kita bagi syarat bahawa mesti diselesaikan dalam masa tiga bulan dan semua kes tertangguh itu dapat dikurangkan. Inilah nombor satu. Nombor dua iaitu tentang keseragaman. Yang Berhormat, keseragaman ini sebenarnya benda yang cukup mudah. Kalau sekiranya negeri-negeri boleh ikut Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan). Yang Berhormat boleh buka dalam Google, boleh minta pegawai bagi Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) semua negeri ikut sekarang ini. Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan), kenapa negeri ikut, padahal yang buat di wilayah? Ini kerana benda itu dibincangkan dengan cara berhemah dan dengan ada persetujuan bersama. Kecuali rang undang-undang ini telah ditolak di peringkat Dewan Negara sekejap selepas itu diterima balik kerana ada beberapa seksyen yang kurang manis termasuk beberapa kes yang saya tidak mahu sebut perkataannya di sini tetapi ada dalam Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan), itu dipinda balik. Akan tetapi pada keseluruhannya semua negeri menerima, kalau semua negeri menerima Yang Berhormat, peguam-peguam kita dia tidaklah ada masalah sangat untuk pergi ke negeri- negeri. Sekarang dia kena ikut kaedah negeri dan bila negeri meletakkan kaedah, ini syaratnya, akhirnya peguam juga menghadapi masalah. Jadi, kita minta supaya tempoh masa diberikan kepada semua kes-kes yang hendak dibicarakan dan ini akan jadilah keseragaman itu berlaku secara tak langsung. Akan tetapi dalam keadaan sekarang ini susah hendak buat keseragaman kerana beberapa benda yang
merupakan hak negeri itu ataupun hak Raja itu kita hendak kena bincang dulu tetapi kalau kita bawa contoh tiga bulan fasakh, tiga bulan ini, tiga bulan ini, sudah pasti semua negeri akan ikut dan semua orang akan bergembira, rakyat Malaysia bergembira, PH akan gembira. Kami lagi gembiralah sebab kami yang cadang benda ini. Jadi, terima kasih di samping menyokong saya minta Yang Berhormat tolong jangan meremehkan persoalan saya, sebab benda ini besar Yang Berhormat, yang saya berdasarkan realiti kenyataan yang berlaku di sana. Jadi indahkanlah bahasa mu bila menjawab nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, sekarang giliran di sebelah kanan. Saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai. Tak ada? Ada dalam senarai tidak ada? Balik kepada sebelah sini Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah, wa salatu wa salamu ala rasulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak rakam dahulu rasa kecewa saya kerana ketika mana saya berdiri dalam sesi perbahasan jawapan Menteri tadi, saya tak diberikan peluang yang banyak untuk bertanya walaupun saya berdiri dan tidak mencelah, hanya minta izin sahaja. Sedangkan rakan saya yang lain diberi peluang, Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Arau. Jadi, saya rakamkan dalam ucapan saya pada kali ini agar Menteri memberi lebih peluang untuk saya mencelah ketika perbahasan.
Tumpat tidak diberi peluang juga Tumpat.
Apa yang kita bincang sekarang adalah untuk yang terutamanya apabila kita terima dan luluskan Akta Guaman Syarie tadi di peringkat Wilayah Persekutuan, maka tentulah ada keperluan untuk kita memotong antaranya seksyen 59, yang mana telah kita pindahkan asal kuasa meluluskan itu dalam seksyen 59 adalah milik Yang di-Pertuan Agong, dipindahkan kepada Menteri. Itu soalan yang ditanya berkali-kali oleh rakan-rakan kita sebentar tadi. Cuma, hasrat daripada kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri, tentulah agar apa yang kita buat sekarang di peringkat Wilayah Persekutuan, akan menjadi ikutan pula di peringkat negeri. Itu disebut sendiri oleh Yang Berhormat Menteri yang nanti akan dirundingkan di peringkat Majlis Hal Ehwal Islam peringkat kebangsaan dan seterusnya Majlis Raja-raja untuk akhirnya diselaraskan. Soalan saya sangat mudah, iaitu kalau kita lihat dalam enakmen-enakmen yang ada di peringkat negeri-negeri. Kita lihat perkara berkaitan dengan peguam syarie ini dibincangkan di peringkat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Kalau kita lihat seksyen-seksyen yang ada, kita lihat ada empat kaedah kuasa diberikan. Kalau kita ambil contoh negeri Selangor, negeri Terengganu, negeri Perak, negeri Perlis meletakkan di situ bahawa dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Itu di peringkat negeri yang saya sebutkan tadi. Kalau negeri Johor dan Pahang, dia tidak sebut kelulusan Sultan, cukup dengan Majlis. Kalau negeri Sarawak, diluluskan oleh Ketua Hakim. Negeri yang seperti Melaka dan Pulau Pinang, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong. Kalau hasrat Menteri ialah untuk agar apa yang kita buat di peringkat Wilayah Persekutuan, diikuti oleh semua negeri-negeri yang lain, maka soalan saya ialah, nanti hasrat Menteri nanti, kalau negeri yang dahulunya meletakkan Sultan berhak untuk meluluskan, hendak pindah kepada siapa cadangan itu? Pindah kepada MB? Kalau peringkat Wilayah Persekutuan, pindah kepada Menteri. Terengganu? Selangor? Perak? Perlis? Hendak pindah kepada MB? Negeri seperti mana Melaka dan Pulau Pinang yang kita beri kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan perkara melibatkan peguam syarie, hendak pindah kepada siapa? Ketua Menteri atau macam mana? Pulau Pinang siapa Ketua Menterinya? Ini persoalan yang saya rasa perlu dibincangkan di sini kerana hasrat Menteri adalah sangat jauh, iaitu mahu ia menjadi undang-undang yang kita boleh wujudkan Majlis Peguam
di peringkat Malaysia. Negeri Sarawak sebagai contoh, Ketua Hakim dikekalkan atau macam mana? Itu saya rasa soalan-soalan yang perlu dijawab oleh Yang Berhormat Menteri untuk kita melihat relevannya apa yang sedang kita bincang. Kemudian, soalan saya seterusnya ialah tentang perkara-perkara yang masih belum selesai, dengan merujuk kepada akta yang telah kita potong sekarang. Mana-mana kes kalau kita baca pada seksyen 4 ini. Mana-mana kes yang belum selesai, akan merujuk kepada akta yang belum kita pinda, seolah-olah kita tidak pinda. Saya rasa ini menimbulkan satu persoalan dari segi undang-undang. Saya bukan peguam syarie atau peguam sivil, saya mahukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dari sudut kaedah undang-undang. Bagaimana satu kes yang sedang berjalan hendak dirujuk pada satu akta yang sudah tidak wujud sebab, kita telah pinda akta tersebut. Dari sudut kaedah undang-undangnya macam mana? Itu sahaja soalan saya, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan jawapan dan pencerahan, kerana kita di sini hendak menyokong hasrat Yang Berhormat Menteri. Saya sebut tadi dekat Yang Berhormat Menteri, saya sokong hasrat Yang Berhormat Menteri. Ini hasrat rakyat dan hasrat para peguam syarie agar segera kita wujudkan ruang dan peluang untuk Majlis Peguam Syarie ini berdiri sendiri sehebat Majlis Peguam yang ada pada seperti peguam sivil yang ada pada hari ini. Terima kasih. Assalamualaikum... [Disampuk]
Yang Berhormat Kuala Nerus, mencelah sedikit.
Baru hendak sebut Assalam. Sila. [Ketawa]
Di Malaysia ini sejak tahun 1998, kita sudah ada apa yang dipanggil sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Jadi, saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus, apakah fungsi yang sepatutnya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini lakukan dari segi penyelarasan segala apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus tadi? Ia sepatutnya lebih dimartabatkan segala usaha JKSM ini yang telah wujud sekian lama. Terima kasih.
Perjuangan untuk kita nobatkan guaman syarie ini panjang sejarahnya. Daripada zaman penubuhan Fakulti Undang-undang di UIA oleh Profesor Ahmad Ibrahim dan disambung oleh anak murid beliau yang menguasai JKSM. Kita tahu bahawa perbincangan dalam tempoh yang panjang dan hari ini, rezeki diberikan oleh Allah kepada Pakatan Harapan, mereka yang membentang zaman dia. Sedangkan usaha yang panjang dan rundingan dengan pelbagai pihak, stakeholder termasuklah Persatuan Peguam Syariah dan sebagainya, begitu panjang. Hari ini kita lihat hasilnya. Cuma, apa yang kita tidak puas hati ialah pindah kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Menteri menimbulkan persoalan yang banyak. Saya rasa itu sahaja. Wassalamualaikum... [Disampuk]
Sekali lagi, sekali lagi Yang Berhormat Kuala Nerus. Minta laluan sekejap.
Ada tiga minit lagi. [Ketawa]
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana boleh meringankan sedikit kerenah birokrasi. Sekarang ini, kita tengok di Perlis, Wilayah Persekutuan, Selangor dan juga Kedah ataupun Kelantan, Islam ini berbeza-beza. Adakah Islam sampai macam ini? Sekarang ini kita hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana mengurangkan sedikit kerenah birokrasi, itu yang pertama. Setelah kita luluskan rang undang-undang ini, keduanya kita minta juga Yang Berhormat Menteri buat persediaan untuk kita meringankan sebab sekarang ini anak-anak kita yang belajar di universiti dia syariah compliance. Tiba-tiba bila mai practice di negeri- negeri, dia berbeza. Adakah Islam begini dilihat oleh mata orang luar yang bukan Islam? Berbeza-beza. Keduanya, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri‒ Yang Berhormat Kuala Nerus bersetuju atau tidak‒ Selepas selesai yang ini, bukan selesai, tidak selesai. Cuma,
mengurangkan kerenah birokrasi kita dalam pelaksanaan Islam. Minta juga Yang Berhormat Menteri supaya melihat balik untuk kemudahan hakim bagi menjalankan keputusan syariah compliance seperti mana sekurangnya RUU 355 dilihat kembali bagi menyesuaikan dalam pelaksanaan undang-undang dari segi peguam syarie dan juga hakim yang hendak memutuskan hukuman-hukuman. Saya minta yang itu, macam mana pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus?
Kalau kita bincang dari sudut birokrasi, sememangnya kita mahu ia dipermudahkan dan apa yang sedang kita usahakan keseragaman itu ke arah untuk kita mengurangkan birokrasi yang ada. Akan tetapi, kita perlu ingat juga kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan untuk negeri-negeri yang berdaulat dengan Perlembagaan masing-masing. Kuasa diberikan kepada Sultan dan Raja dalam perkara berkaitan dengan agama. Perlu kita faham juga perbezaan itu ada rahmatnya kerana itulah dalam fiqah Islam pun ada pelbagai mazhab. Walaupun satu hadis yang disebut daif oleh para alim ulama. [Membaca sepotong Hadis] Perbezaan kadang-kadang memberi kebaikannya. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Ada negeri yang urusan perkahwinan keduanya begitu mudah. Ada negeri yang begitu sukar. Itu semua ada rahmat masing-masing. Hendak yang senang pergi negeri senang, Perlis sebagai contoh. Hendak yang sukar, pergi yang sukar. Ia ada kebaikan dia insya-Allah. Akan tetapi, hasrat kita di sini ialah, mana yang boleh kita permudahkan menerusi landasan undang-undang, menurut peruntukan Perlembagaan, itu kita usahakan, menjadi kewajipan Yang Berhormat Menteri dan kita sokong usaha yang seumpama ini. Saya rasa itu sahaja daripada saya, terima kasih wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Ada lagi sesiapa yang ingin mengambil bahagian? Yang Berhormat Tampin sudah kah belum? Okey, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tampin selepas itu Yang Berhormat Paya Besar dan Yang Berhormat Tanjong Karang menutup tirai.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membacakan sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil bahagian untuk membahaskan usul mengadakan pindaan kepada Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang dikenali dengan Akta 505. Pindaan kepada akta ini adalah rentetan daripada perbahasan kepada Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019. Jadi, undang-undang yang diguna pakai sekarang ini, sekiranya kalau kita tidak pinda ataupun tidak ubah suai untuk dilaksanakan ataupun diluluskan, yang mengawal selia hal ehwal berhubung kait dengan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan adalah berdasarkan kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993. Jadi, usaha untuk membawa rang undang-undang bagi mengawal selia profesion guaman syarie yang sudah pun bermula sejak tahun 1984 itu harus kita lihat secara tuntas dan secara lebih sempurna supaya undang-undang guaman syarie ini dapat dilaksanakan secara lebih baik dan lebih sempurna.
Kita mengangkat kedudukan peguam syarie itu di kedudukan yang sesuai dengan profesion yang dilaksanakannya. Saya yakin dan percaya dengan perubahan ataupun dengan pindaan ini, akan menjadikan profesion guaman syarie lebih mantap dan lebih kuat. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan rang undang-undang ini diadakan adalah undang- undang yang diguna pakai bagi mentadbir peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada masa ini iaitu Kaedah-kaedah Peguam Syarie adalah sangat terhad dan tidak meliputi semua aspek yang berkenaan dengan pentadbiran dan pengawalseliaan profesion guaman syarie.
Ia memperuntukkan tentang jawatankuasa peguam syarie, kelayakan dan penerimaan masuk peguam syarie serta prosiding tatatertib sahaja. Oleh yang demikian, ia dilihat kurang berkesan untuk menjamin kebajikan, kepentingan peguam syarie dan lebih penting ialah kepentingan pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat peguam syarie. Sebagai contoh, Kaedah-kaedah Peguam Syarie, tiada peruntukan mengenai keperluan mengadakan latihan dalam kamar ataupun chambering dan sebaliknya. Kedua, kaedah-kaedah peguam syarie yang digubal pada tahun 1993 tidak pernah dipinda ataupun ditambah baik selepas penggubalan dan penguatkuasaannya. Justeru itu, rang undang-undang kali ini akan menggantikan kaedah-kaedah peguam syarie, profesion peguam-peguam syarie lebih terjamin. Rang undang-undang ini bukan sahaja memberikan fokus kepada kelayakan dan penerimaan masuk semata-mata malah ia mengambil kira kesemua aspek yang material termasuk peruntukan yang berkaitan dengan penubuhan Lembaga Kelayakan Peguam Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie yang lebih bebas. Ketiganya, apa yang saya hendak bawa ialah pada masa ini ialah pentadbiran dan pengawalseliaan hal ehwal yang berkaitan dengan profesion guaman syarie terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sudah tiba masanya ia ditadbir dan dikawal selia oleh satu badan bebas sebagaimana peguam cara dan peguam bela yang beramal di bawah sistem perundangan sivil yang dikawal selia dan ditadbir oleh satu badan bebas yang dikenali sebagai Majlis Peguam yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]. Jadi, sudah pastilah dengan wujudnya Akta Profesion Guaman Syarie ini, ia lebih menjurus ke arah untuk kita meletakkan peguam syarie itu lebih mantap dan lebih profesional lagi. Keempat, rang undang-undang ini merupakan salah satu inisiatif dan langkah kerajaan dalam memartabatkan syariah dan profesion guaman syarie. Melalui rang undang- undang ini, kompetensi peguam syarie boleh digarap dan ditambah baik daripada semasa ke semasa melalui pelbagai inisiatif seperti kursus dan latihan. Akhir sekali yang saya hendak sebutkan ialah apabila negeri-negeri telah pun menggubal dan membawa ke Dewan Undangan Negeri sebab undang-undang ataupun soal agama adalah terletak di bawah negeri. Maka, bukan sahaja Wilayah Persekutuan dan seluruh negara dan negeri-negeri yang telah meluluskan di peringkat enakmen negeri, pastinya akan mempertingkatkan lagi profesion guaman syarie di seluruh negara dan meletakkan profesion guaman syarie ini di suatu tahap yang lebih baik dan lebih diyakini untuk mengendalikan urusan-urusan keagamaan di negara kita ini. Cumanya, saya ingin mengingatkan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan apabila kita meluluskan undang-undang ini, memastikan soal segala urusan undang-undang ataupun kes-kes yang berlaku di Mahkamah Syariah dapat diselesaikan mengikut masa dan juga tidak banyak kes yang tertangguh sebagai mana yang ada pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong usul ini untuk dipinda.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan ruang dan peluang untuk saya turut serta membahaskan pindaan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]. Kita amat jelas sekali Tuan Yang di-Pertua, kita hendak meminda atau memotong seksyen 59 yang berkaitan dengan peguam syarie. Saya kira saya juga agak tersinggung kerana dalam pindaan yang dibuat ini seolah-olahnya ultra virus pada Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Saya baca Yang Berhormat Menteri. Dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan amat jelas mengatakan di bawah Bab II Majlis Raja-Raja, 38(4), “Tiada undang- undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”. Itu sebabnya Yang Berhormat Menteri, saya agak tersinggung apabila Yang Berhormat Menteri dalam
penghujahan penggulungan semasa rang undang-undang yang kita telah luluskan tadi, seolah-olah mengatakan baru hendak rujuk kepada Majlis Raja-Raja selepas pindaan diluluskan. Saya juga agak tersinggung dan rasa terkilan kenapa perkataan “Yang di-Pertuan Agong” seolah-olah dihilangkan apabila kita memansuhkan peguam syarie. Saya yakin Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai kementerian amat maklum berkaitan perkara ini. Akta 505 – saya baca satu persatu Yang Berhormat Menteri. Ia jelas menunjukkan bahawasanya seksyen 4, menubuhkan majlis dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seksyen 4 penubuhan majlis, kuasa untuk menubuhkan perbadanan. Seksyen 8(1) dan (2). Seksyen 8A juga terkandung perkataan “Yang di-Pertuan Agong”. Keanggotaan majlis, seksyen 10(2) dan (4). Jelas menunjukkan penamatan pelantikan. Seksyen 11, seksyen 12. Ini yang saya sebutkan Yang Berhormat Menteri. Minit pun perlu mendapat consent Yang di- Pertuan Agong. Seksyen 22(1), seksyen 22(3), bertindak dalam hal-hal tergempar. Seksyen 26(1) dan (2). Kerahsiaan Yang Berhormat Menteri, seksyen 28. Ada terkandung perkataan yang saya bangkitkan setiap kali Yang Berhormat Menteri. Saya bukan ada masalah dengan Rang Undang-undang Peguam Syarie ini. Saya amat menyokong sangat kerana ramai anak muda di luar sana, selepas mereka ada sivil, peguam sivil, mereka hendak jadi peguam syarie. Saya amat sokong tetapi isunya adalah kenapa perkataan “Yang di-Pertuan Agong” dinafikan haknya, meniadakan haknya dalam rang undang-undang yang telah kita luluskan tadi. Ini disebabkan dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Islam jelas kerana dalam Kerahsiaan dalam seksyen 28, Kuasa Majlis seksyen 31, Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti seksyen 32, Kuasa Mufti seksyen 33, seksyen 34, semua ada terkandung perkataan “Yang di-Pertuan Agong”. Penubuhan Mahkamah Syariah seksyen 40, Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Yang Berhormat Menteri. Seksyen 41, Pelantikan Ketua Hakim Syarie. Seksyen 42, seksyen 43, seksyen 44, seksyen 45. Ini semua jelas. Seksyen 43(3), “Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah”. Ini semua, yang saya sebutkan Yang Berhormat Menteri, kerana seksyen 58 pelantikan pendakwa syarie dan pegawai penguat kuasa agama, Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri. Akan tetapi yang mengecewakan dan menyinggung dan menyebabkan saya rasa terkilan ialah seksyen 59 juga terkandung perkataan “Yang di-Pertuan Agong”. Yang Berhormat Menteri, sepatutnya kita berunding dulu dengan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Bukannya Yang di-Pertuan Agong dahulu dan kemudiannya habis perbahasan penggulungan dan diluluskan, dibawa kepada Majlis Raja-Raja. Ini terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Menteri. Saya belum lagi sentuh perkataan kerana ini jelas menunjukkan rang undang- undang Akta 505 ini digubal kerana ingin memenuhi Perkara 3(5) seperti mana yang selalu saya sebutkan. Jadi itu sebabnya Yang Berhormat Menteri saya harap sangat kita jangan ada perkara-perkara yang seolah-olahnya menganggap ini feudal perundangan kerana ingin mempercepatkan satu segi tetapi kita melupakan bahawasanya kita telah ultra virus kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 dan Perkara 38(4).
Saya juga hendak menyentuh dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Jika Yang Berhormat Menteri dengan kelulusan fasal 9, fasal 65, fasal 66 dan fasal 67 melibatkan Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin– seperti mana Yang Berhormat Menteri Kuala Nerus beritahu tadi, adakah di peringkat negeri– sebab saya refer kepada Enakmen Pentadbiran Negeri Pahang di bawah seksyen 66 yang jelas memperuntukkan berkaitan dengan peguam syarie. Jelas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong terlibat. Adakah selepas ini, apabila ia hendak diseragamkan, siapa yang akan menggantikan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja di setiap negeri? Ini kerana apa Yang Berhormat Menteri, kita jangan lupa bahawasanya peguam syarie adalah komponen dalam memperkasakan hal ehwal undang-undang Islam. Saya juga harap sangat Yang Berhormat Menteri juga memberi komitmen. Kalau betul kita hendak menegakkan hak ehwal agama Islam dan saya bersetuju supaya Rang undang-undang 355 ini juga harus diberi komitmen di dalam Dewan yang mulai ini. Adakah pihak kementerian bersetuju untuk membuat pindaan agar mahkamah syariah ini diperkasakan? Selaras dengan pemerkasaan peguam syarie yang telah kita bincangkan
begitu panjang lebar. Jadi saya harap sangat Yang Berhormat Menteri, saya tidak mahu mengambil masa yang agak panjang. Akan tetapi peranan dan tanggungjawab Yang di- Pertuan Agong ini mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Karang menutup perbahasan, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya pun sama dengan rakan-rakan yang lain dan sama dengan Yang Berhormat Paya Besar. Saya hendak pergi direct to the point, seksyen 59 ini telah ditiadakan. Dengan pindaan ini, kita telah delete seksyen 59. Hanya saya hendak ulang lagi seperti mana Yang Berhormat Paya Besar juga menyatakan bahawa, apabila seksyen asal seksyen 59(2) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993 jelas menyebut bahawa, “Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah”, disebut itu, disebut. Apabila kita telah tiadakan seksyen 59(2) ini, bermakna satu kuasa Yang di-Pertuan Agong ini telah pun tiada di dalam Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Apabila kita telah tiadakan seksyen 59(2) ini, yang kalau kita baca ada terbabit dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah, apakah tindakan kita apabila kita delete ataupun kita memotong seksyen 59 ini? Adakah ia sejajar ataupun sama dengan Artikel 38(4) Perlembagaan Persekutuan? Tadi, Yang Berhormat Paya Besar pun sudah sebut sebab perkara ini kita kena tengok serius, ini melibatkan Perlembagaan. Kalau Perlembagaan menyatakan Perkara 38(4) bahawa hendak meminda kedudukan Raja-raja dan sebagainya ini, kena mendapat kelulusan daripada Majlis Raja-Raja. Maka saya hendak tahu, sama ada dengan hendak meminda ataupun kita hendak memotong seksyen 59 ini, adakah telah pun mendapat kelulusan daripada Majlis Raja-Raja? Adakah ia mengikut kehendak dan juga Artikel 38(4) Perlembagaan? Saya ingat itu sahaja yang saya hendak jelaskan mengenai ini, Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjong Karang, sedikit Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh? Sedarkah Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa...
Saya bagi 10 minit kepada Yang Berhormat Pontian untuk bahas.
Tidak mengapa, saya tanya sedikit sahaja.
Sila.
Sedarkah Yang Berhormat Tanjong Karang bahawa ada satu perkara yang perlu diselaraskan iaitu apabila peguam sivil untuk menjadi peguam syarie amat mudah sebenarnya, iaitu perlu menambah setahun lagi untuk mengambil Diploma in Shariah Law and Legal Practice (DSLP), hanya satu tahun. Namun kalau peguam syarie untuk menjadi juga peguam sivil, dia terpaksa mengambil empat tahun, bukan satu tahun. Seolah-olah dia kena mengambil semula apa yang dipanggil sebagai Sarjana Muda Undang-undang Tambahan. Dengan lain perkataan, ini sudah berlaku satu perkara yang tidak adil, yang sivil hendak jadi syarie cuma tambah satu tahun, tetapi yang syarie hendak juga sivil kena tambah empat tahun. Tidak bolehkah empat tahun itu dikurangkan kepada Diploma Sivil Law and Practice, katalah kalau perlu tidak sampai empat tahun, perlu dua tahun pun jadilah. Apa pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang?
Ini juga saya bangkitkan dalam ucapan saya, tetapi mungkin Yang Berhormat Menteri tidak sempat jawab. Ini respons daripada Yang Berhormat Hulu Langat dia sebut hari itu. Supaya peguam syarie dengan peguam sivil ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Pontian tetapi saya juga memahami, bahawa ini bukan di bawah jurisdiction
ataupun bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Agama. Ini kerana kalau kita hendak buat supaya peguam-peguam syarie yang juga kita tahu mereka ini juga mengambil masa empat tahun untuk mendapat ijazah syarie, jadi ini sudah tentulah kita kena ubah Legal Profession Act. Ini di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya hanya hendak Yang Berhormat Menteri supaya tolong perjuangkan supaya perjuangan kata duduk sama rendah, berdiri sama tinggi tadi, Yang Berhormat Hulu Langat duk cakap itu. Hendak kena tolong Yang Berhormat Hulu Langat, jangan hendak jadi peguam syarie mudah, tetapi apabila peguam syarie hendak praktis jadi bawah Legal Profession Act susah. Akan tetapi sudah tentulah ada pelbagai syarat akan dikenakan, kita tahu bukannya mudah dia ada enam core subjek dan sebagainya. Akan tetapi kalau boleh dibincangkan, kemungkinan dengan pengalaman-pengalaman yang ada, boleh kita beri peluang juga kepada peguam syarie ini, boleh praktis undang-undang sivil. Ini saya sudah cadang dan minta perhatian daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Memandangkan ia adalah consequential amendment, berapa minit Yang Berhormat Menteri perlukan?
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kerana soalannya lebih kurang, semua tentang kuasa raja dan sebagainya, saya perlu 10 minit sahaja.
Ya, 10 minit. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah berbahas dalam consequential. Maknanya kita buat ini di atas keperluan apabila seksyen 59 itu diambil dengan wujudnya Akta Profesion Guaman Syarie. Maka, tidak boleh tidak perkara ini dibuat untuk mengelakkan pertindihan. Cuma isunya yang dibahaskan di dalam Dewan ini sebentar tadi ialah, pertama ialah Yang Berhormat Arau itu okeylah, saya terimalah apa-apa dia bagi cadangan. Okey, fine lah saya terima dan Yang Berhormat Kuala Nerus kalau rasa saya tidak jawab, saya mohon maaflah sebab itu bukan kehendak saya tetapi untuk menghormati Dewan dan sebagainya. Akan tetapi apa yang lebih penting dalam masa sembilan minit yang berbaki ini ialah tentang isu yang dikatakan sebagai ultra virus. Ini amat-amat bahaya sebab kalau kita buat sesuatu undang-undang yang ultra virus sudah tentulah undang-undang itu dianggap sebagai tidak...
Tidak sah.
...berketepatan dengan undang-undang, saya amat bersetuju itu. Di atas sebab itu, saya ingin tegaskan dan jelaskan sekali lagi bahawa pindaan Akta 505 ini sebagaimana yang telah dinyatakan berulang kali, Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie yang ada kaitan consequential ini dan pindaan akta ini sebab dia datang sekali, adalah berkaitan dengan Wilayah Persekutuan, ia hanya Wilayah Persekutuan. Apabila kita kata Wilayah Persekutuan, Perkara 38 yang dibangkitkan tadi itu, Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Majlis Raja-Raja, tidak berbangkit sama sekali. Oleh sebab yang kita bincangkan ini, kalau tadi Yang Berhormat Tanjong Karang tanyakan tadi directlah kan, saya pun jawab directlah, tidak berbangkit. Rang undang-undang yang dipinda ini, kerana kita meletakkan rayuan profesion guaman syarie, rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan profesion guaman syarie. Ia tidak menyentuh mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja- raja. Ia tidak ada kena mengena di situ.
Sebab itu saya ingin bacakan yang dibangkitkan tadi Perkara 38(4) yang duduk di bawah Conference of Rulers. Perkara 38(4) ini dia sebut, “No law directly affecting the privileges, position, honours or dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers”. Oleh sebab yang ini kita buat bukan berkenaan dengan itu semua
tadi, maka dia tidak ada ultra vires dalam kita memperkenalkan dan juga meminda undang- undang ini. Saya jawab secara direct dan terus sebab kami juga sebelum dibuat apa-apa perundangan ini, kita adalah dinasihati oleh Pejabat Peguam Negara yang memberikan kita dia punya pandangan dan sudah tentulah perkara terakhir yang kita tidak hendak buat ialah kita buat sesuatu itu sebagai ultra vires. Saya harap saya direct jawapannya, tidak ultra vires dan tidak bercanggah. Adapun isu yang dibangkitkan oleh...
Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Saya rasa sudah jawab. Sudah cukuplah.
Tidak. Kita hendak debat berkaitan position of the rulers.
Saya sudah sebut tadi benda itu tidak ultra vires dan is a direct answer to the question, the lengthen debate you have just put forward, dengan izin. Saya hendak layan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bukan isu layan.
Saya hendak tengok― sebab dia kecil hati dengan saya tadi sebab saya dok bagi dekat Yang Berhormat Paya Besar sahajakan.
Bukan, Paya Besar sebab saya yang bangkit banyak perkara.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab Yang Berhormat Kuala Nerus.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Ada isu yang melibatkan dua perkara yang dibangkitkan agak relevan. Iaitu pertama isu kes yang belum selesai. Adakah terpakai kalau kita luluskan ini? Rang undang-undang ini memberi kuasa bahawa mana-mana kes yang belum selesai diuruskan mengikut akta ibu, dia kena ikut akta ibu iaitu Akta 505 dan perkara ini adalah lazim. Kalau dia tidak selesai lagi, maka automatik dia kena ikut yang dahulu. Yang akta ibu ini yang berlaku, bila adanya undang-undang baharu― dan kerana itu fasal 4. Ini yang kita kemukakan ini, fasal 4 ini. Di bawah kecualian dan peralihan, dia kata... [Membaca petikan] “Apa-apa permohonan oleh mana-mana orang bagi penerimaan sebagai peguam syarie, atau bantahan mengenai permohonan itu atau penerimaan sebagai peguam syarie, atau rayuan terhadap keputusan yang berhubungan dengan permohonan bagi penerimaan itu, atau prosiding tatatertib yang berhubungan dengan peguam syarie, yang belum selesai sebelum mula berkuat kuasanya akta ini hendaklah diuruskan di bawah akta ibu seolah-olah akta ibu tidak dipinda.” Dalam kes yang macam itulah. Itu satu. Kedua, Yang Berhormat Kuala Nerus tanya satu soalan yang agak relevan dan Yang Berhormat Paya Besar pun ada sentuh dalam perbahasan iaitu soalan dengan negeri- negeri. Kita tahu bahawa penyeragaman ini tidak boleh dibuat sehingga negeri-negeri menerimanya. Sudah tentulah apabila ia dibawa ke negeri-negeri, kita tidak kata kena ikut 100 peratus daripada model ini. Kita hanya meletakkan model Wilayah Persekutuan. Mungkin bila turun di negeri-negeri, maka kemungkinan dari segi keperluan negeri-negeri itu boleh berlaku kita kata apa-apa pindaan. Contoh, bila ditanya kepada saya kalau di sini Menteri yang ada kuasa untuk kaedah-kaedah dan sebaginya, apakah di negeri maka kuasa yang sebelumnya ada, contoh pada negeri itu kuasa sultan, adakah dipindahkan kepada Exco? Itu saya tidak tahu.
Penjelasan.
Itu terpulang kepada pendekatan negeri mengikut undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Akan tetapi...
Yang Berhormat Menteri, penjelasan.
...Apa yang saya ada di hadapan saya ini ialah model yang mengikut rohnya dan semangatnya ialah supaya peguam-peguam syarie diletakkan pada kedudukan yang lebih mulia dan lebih dihormati. Jadi apa yang berlaku di negeri itu terpulanglah kepada cara dan bagaimana negeri- negeri itu hendak sesuaikan. Akan tetapi rohnya di situ. Macam mana dia hendak buat, saya sebagai yang mewakili Persekutuan tidak ada kuasa untuk menentukan sebaliknya tetapi rohnya ialah untuk penyeragaman. Adapun dibangkitkan tadi JKSM.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Dalam penyelarasan rang undang-undang iaitu kita ada beberapa platform, bukan sahaja Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Yang Berhormat, penjelasan.
Akan tetapi juga yang ada di bawah kita ialah platform yang kita namakan sebagai...
Yang Berhormat kalau tidak bagi, cakap tidak bagilah.
...Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil di mana dalam Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syariah dan Sivil ini...
Penjelasan.
...Akan ada satu program di mana mereka akan melibat uruskan negeri-negeri. Dia akan turun ke negeri-negeri, dia akan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh.
Minta penjelasan. Kalau tidak boleh, cakap tidak bolehlah.
Kita sudah ada roadmap macam mana isu- isu penyeragaman ini termasuklah Akta Profesion Guaman Syarie ini dan juga Akta Jenayah Syariah juga kita sudah ada roadmap macam mana kita hendak engaged, libat urus pihak- pihak negeri. Semuanya akan berada di dalam KPI bahagian agama iaitu hendak memartabatkan undang-undang Islam dan keseragaman yang paling terbaik yang kita akan cuba usahakan mengambil pengalaman-pengalaman daripada yang terdahulu.
Yang Berhormat.
Itu isu-isu yang dibangkitkan.
Sedikit pencerahan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Jadi saya ingat Yang Berhormat Arau tidak ada banyak bangkit. Yang Berhormat Arau hanya sebut tentang ada Perlis lebih baik kalau bab kahwin tiga. Yang itu 10 kali dah dia sebut dalam Dewan. Takkan saya hendak ulang di sini? Jadi, bukan saya hendak merendahkan soalan...
Yang Berhormat, penjelasan. Penjelasan.
...Tetapi kadang-kadang isu itu tidak relevan untuk saya hendak jawab. Selepas itu saya hendak bagi pantun dekat Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau umpama panglima jebat, Siang malam tetap berjaga, Tuan Arau memang hebat, Sudah lama lagi bertenaga.
Okey. Bereh. Thank you very much.
Jadi saya rasa, Tuan Yang di-Pertua...
Pencerahan sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Kena bagi pantun baru Yang Berhormat Arau puas hatilah.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjimatkan masa....
Apa ini...
Saya sudah habis penggulungan saya kerana ini consequential.
Ini saya minta penjelasan sedikit.
Bila consequential, ia tidak perlu....
Yang Berhormat, di bawah 34. Point of order. Point of order.
Sebab kita hanya perlu untuk meluluskan sebagai turutan daripada Akta Profesion Guaman yang telah kita bentangkan tadi.
Point of order. Point of order.
Jadi dari itu, saya mohon Tuan Yang di- Pertua untuk menggulung perbahasan untuk petang ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Saya minta Speaker bawah 34(1).
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan
P.M. 36(6). Saya minta direkodkan Menteri bersangka jahat kepada apa yang saya sebutkan tadi kerana Yang Berhormat Menteri tidak faham tentang undang-undang, Yang Berhormat jangan cakap. Yang Berhormat memperlekehkan kononnya tentang undang-undang talak tiga tadi, Yang Berhormat memperlekehkan saya. Yang Berhormat tidak tahu, Yang Berhormat jawab kata ini akan dipertimbangkan. Yang Berhormat tidak boleh perlekehkan macam itu. Tiap-tiap negeri ada hak mereka dan Yang Berhormat telah mengeluarkan sangkaan paling jahat dalam dunia. P.M. 36(6).
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Kepada saya, dengan menuduh saya bercakap benda-benda yang remeh. Kalau sekiranya benda ini yang ditimbulkan ini remeh, akhirnya Yang Berhormat, daripada Menteri yang hebat jadi Menteri remeh. Yang Berhormat sudah diberi gelaran menteri LGBT, sekarang hendak kena beri gelaran Menteri remeh? Saya tidak mahu.
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Menteri seorang yang hebat lagi gagah perkasa tetapi kurang arif tentang agama.
Jangan lempar tuduhan. Inilah sangkaan jahat.
Ya.
Yang Berhormat Arau, sebenarnya bukan Menteri tidak mahu layan. Baca Perkara 36(1). Dalam perbahasan mesti adalah perkara yang relevan. Talak tiga kah, talak dua kah, tidak ada kaitan dengan pindaan hari ini. Sebab itu Menteri tidak layan. Sila setiausaha. [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Maaf, Yang Berhormat Menteri. Undang-undang peguam syarie itu, Yang Berhormat tidak boleh pertikai hat talak tiga. Yang Berhormat tidak faham. Sebab sekarang ini orang Kuala Lumpur ini kalau dia bercerai dia kata talak tiga, tiba-tiba dia sayang kepada isterinya, dia pergi Perlis. Itu saya sebut. Jadi Yang Berhormat Menteri kalau tidak tahu, Menteri menjawab bahawa, “Saya akan melihatnya dan mempertimbangkan”.
Yang Berhormat Arau, jangan merapu, jangan merepek. Sila. Sila Setiausaha.
Yang Berhormat, Yang Berhormat tak boleh sebut Yang Berhormat, kata yang talak tiga tak termasuk dalam tu. Ini di antara benda yang terlibat. Keterlibatan peguam ini ialah berhubung kes-kes...
Mana satu fasal dari pindaan tadi itu ada berkaitan dengan talak tiga?
Tuan Yang di-Pertua, ini kaedah negeri Tuan Yang di-Pertua di bawah kaedah negeri.
Sini Parlimen!
Ya, ini Parlimen.
Setiausaha, jangan bazir masa.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua menjerit di Dewan Negeri Perak itu bukan Dewan Negeri kah? [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berucap.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berucap fasal 1 hingga 4. Tuan Yang di-Pertua menyalahi peraturan di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua pergi... [Tidak jelas] macam itu.
Terima kasih. Saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Tidak boleh! Ini...
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk Yang Berhormat Menteri kerana meremehkan Perkara 38(4)...
Bacaan kali yang ketiga. Sila Menteri.
Perkara 38(4) memperlekehkan Majlis Raja-Raja. Saya hendak rujuk Yang Berhormat Menteri sekarang. Ini masuk bawah peraturan mana? Oleh sebab, Yang Berhormat Menteri kata tentang kedudukan Raja-raja tadi disebut, tidak perlu dirujuk...
Yang Berhormat Arau...
Padahal ia berkaitan. Jadi...
Saya rasa masa saya baca dalam bahasa Inggeris Yang Berhormat Arau dia tidak faham gamaknya itu tentang Perkara 38(4) itu. Oleh sebab, yang kita bincang ini tidak ada kena mengena dengan yang disebutkan Perkara 38(4).
Yang Berhormat Menteri...
So, saya tidak perlu jawablah.
Ya, tidak perlu jawab.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Position itu, position. Takrifan. Yang Berhormat Menteri? Position punya takrifan itu. Jangan mengelirukan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri memperlekehkan saya.
Saya memohon memaklumkan...
Perbuatan inilah satu perbuatan yang kurang ajar dan bertaraf ‘kepala bapak’. Yang Berhormat Menteri memperlekehkan saya. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, ini adalah Dewan yang mulia. Janganlah lontarkan kata-kata kesat seperti kepala bapaklah, kurang ajarlah. Sebagai orang lama, sepatutnya tunjukkan teladan yang baik. Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling, di mana ia tidak relevan. Jangan buang masa Dewan yang mulia ini. Saya menghargai kerjasama dari Yang Berhormat Arau. Sila, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang...
Yang Berhormat Menteri telah meremehkan perkara. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Itu perkara tidak benar. Sila, sila.
Dewan ini menghormati sebab ini adalah penting untuk kita pertama-tamanya meluluskan. Jadi, saya harap kita dapat tidak mengganggu ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019, suatu akta yang meminda akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua saya protes kerana Yang Berhormat Menteri memperlekehkan Perkara 38(4) dan menuduh saya tidak faham. Saya dengan ingin protes dan saya keluar sekarang.
Sila, sila. Sila tinggalkan Majlis atas kesudian sendiri. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Sumber Manusia (Tuan M. Kulasegaran) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali yang pertama pada 11 Julai 2019. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) selepas ini disebut sebagai Akta 446 menetapkan standard minimum perumahan dan menyediakan kemudahan asas bagi pekerja dan tanggungan mereka yang perlu disediakan oleh majikan hanya (only) yang menyediakan perumahan kepada pekerja. Akta 446, terpakai untuk majikan dalam sektor perladangan dan perlombongan yang menyediakan perumahan kepada pekerja. Rang undang-undang ini mencadangkan supaya liputan Akta 446 diperluaskan kepada semua sektor di negara kita. Akta 446 ini tidak mewajibkan, saya menekankan lagi ya Tuan Yang di-Pertua, tidak mewajibkan menyediakan perumahan atau penginapan kepada pekerja. Akan tetapi, sekiranya majikan menyediakan perumahan atau penginapan, ia hendaklah mematuhi standard minimum yang ditetapkan di bawah akta ini. Perluasan akta ini kepada semua sektor yang juga mengguna pakai prinsip yang sama iaitu tidak mewajibkan majikan menyediakan perumahan ataupun penginapan. Selain itu, rang undang-undang ini juga dicadangkan untuk terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja. Bagi Sabah dan Sarawak, Akta 446 ini dikecualikan pemakaiannya sejak akta ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1990. Bagi memanfaatkan pekerja di Sabah dan Sarawak, peruntukan setara akan dimasukkan dalam Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri masing-masing. Akta 446 ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sejak dikuatkuasakan pada tahun 1990, Akta 446 tidak pernah dipinda.
Dalam menggubal pindaan Akta 446, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan khususnya kesatuan sekerja, persatuan majikan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai pindaan Akta 446 ini. Kerajaan berpandangan sudah tiba masanya Akta 446 dipinda bagi meningkatkan dan memperluaskan perlindungan dan kebajikan golongan pekerja dalam aspek perumahan, penginapan dan kemudahan yang berkaitan. Pindaan ini juga akan menjadikan Akta 446 selaras dengan perkembangan standard buruh antarabangsa terutamanya dari segi pemantauan kepada standard piawaian antarabangsa iaitu R115 ILO - Workers' Housing Recommendations yang telah dibuat pada tahun 1961. Secara amnya, rang undang-undang bagi meminda Akta 446 ini adalah bertujuan untuk menemui hasrat berikut, iaitu: (i) menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan penggal kedua, Majlis Parlimen Ke14, pada 11 Mac 2019. Baginda antara lain bertitah bahawa kerajaan akan mereformasi undang-undang buruh bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa di samping menambah baik aspek perlindungan ke atas pekerja; (ii) meningkatkan faedah-faedah statutory Akta 446 bagi memastikan pekerja dalam semua sektor pekerjaan menikmati perumahan dan penginapan yang lebih baik, kemudahan asas yang selesa serta tahap kesihatan dan keselamatan yang lebih terjamin. Majikan perlu agar mempunyai pilihan sama ada untuk membina, menyewa atau menetapkan pekerja mereka dalam penginapan berpusat;
(iii) mematuhi standard perburuhan antarabangsa berhubung penyediaan perumahan kepada pekerja yang akan memudah cara perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara lain. Pemantauan ini juga membolehkan Malaysia menyertai perjanjian perdagangan bebas dan boleh mengelakkan syarikat Malaysia daripada dikenakan sekatan perdagangan; dan (iv) memenuhi janji kerajaan bagi memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan piawaian antarabangsa kerajaan antarabangsa. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk meningkatkan martabat golongan pekerja dan memastikan perlindungan hak pekerja di Malaysia setara dengan piawaian antarabangsa termasuklah konvensyen-konvensyen yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, International Labor Organization (ILO). Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara amnya rang undang-undang ini melibatkan pindaan ke atas peruntukan sedia ada dan memperkenalkan bahagian baharu iaitu Bahagian IIIA. Seterusnya, saya akan menjelaskan fasal-fasal rang undang-undang ini. Nombor satu, tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa. Fasal 1 adalah mengenai tajuk ringkas rang undang-undang ini dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa pindaan ini. Kedua, pindaan tajuk panjang. Fasal 2 rang undang-undang mencadangkan pindaan kepada tajuk panjang Akta 446 seperti berikut. Menggantikan perkataan workers dengan perkataan employees dalam teks bahasa Inggeris selari dengan cadangan penggunaan perkataan employee dalam keseluruhan Akta 446 dan memasukkan selepas perkataan ‘tanggungan mereka’ perkataan ‘penginapan untuk pekerja yang tidak ditemani oleh tanggungan dan penginapan berpusat’. Pindaan ini bertujuan memperluaskan ruang lingkung Akta 446 supaya merangkumi sektor pekerjaan lain sebagai tambahan kepada sektor estet yang terdiri daripada perladangan dan perlombongan. Akta 446 akan mempunyai kuasa untuk mengawal selia
standard minimum penginapan untuk pekerja yang tempat pekerjaannya adalah selain daripada estet. Nombor tiga, pindaan am. Fasal 3 rang undang-undang mencadangkan pindaan am seperti berikut. Menggantikan perkataan worker, workers and a worker dengan perkataan employee, employees and an employee dalam seksyen-seksyen yang berkaitan dalam teks bahasa Inggeris Akta 446 agar selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan menggantikan perkataan dua ribu dengan perkataan lima puluh ribu dan perkataan seratus dengan perkataan ‘satu ribu’ bagi setiap hari kesalahan individu itu berterusan. Ini bertujuan bagi meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 18 mengenai mengangkut pekerja yang sakit ke hospital seksyen 20 mengenai kewajipan melaporkan penyakit berjangkit dan seksyen 33 berhubung penalti am. Secara amnya cadangan menaikkan denda dalam rang undang-undang ini bertujuan untuk meningkatkan pemantauan dan menyeragamkan stream line dengan undang-undang buruh yang lain. Pindaan seksyen 1, fasal 4 rang undang-undang akan meminda seksyen 1 Akta 446 seperti berikut. Satu, menggantikan perkataan standard minimum perumahan dengan perkataan standard minimum perumahan penginapan. Selari dengan cadangan perluasan skop Akta 446 melalui peruntukan ini. Akta 446 akan dikenali sebagai Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dan menggantikan perkataan seluruh Malaysia dengan perkataan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cadangan peruntukan ini akan meminda ruang lingkup pemakaian Akta 446 supaya hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Hal ini adalah kerana Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya telah bersetuju supaya peruntukan setara dengan Akta 446 diperuntukkan dalam Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) masing-masing. Susulan itu, fasal 5 rang undang-undang memperuntukkan bahawa segala sebutan Akta 446 dalam undang-undang bertulis atau dokumen lain hendaklah merujuk kepada nama baharu apabila pindaan akta ini berkuat kuasa. Fasal 6 rang undang-undang bertujuan meminda seksyen 2 Akta 446 untuk mengehadkan pemakaian Bahagian II berhubung dengan peruntukan perumahan dan kemudahan pekerja. Ini adalah untuk menjelaskan bahawa Bahagian II Akta 446 tidak terpakai kepada Majlis Bandar raya, Majlis Perbandaran atau Wilayah Persekutuan iaitu semua ini government kuarters. Pindaan kepada seksyen 3. Fasal 7 rang undang-undang ini adalah untuk meminda tafsiran yang digunakan dalam seksyen 3 Akta 446. Selain bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan istilah employee dalam teks bahasa Inggeris Akta 446, fasal ini meminda tafsiran Menteri mengikut penggunaan semasa dan pindaan yang berbangkit kepada pegawai perubatan kesihatan yang tidak lagi meliputi di Sabah dan Sarawak. Fasal 8 rang undang-undang akan meminda seksyen 10 akta yang bertujuan menggunakan istilah employee dalam tafsiran teks bahasa Inggeris. Selain itu, fasal ini bertujuan untuk memperuntukkan bahawa majikan berkewajipan untuk menyediakan pusat asuhan kanak-kanak jika pekerja-pekerja mempunyai sekurang-kurang lima orang tanggungan di bawah umur empat tahun yang tinggal bersama mereka, berbanding 10 orang tanggungan sebelum ini. Ini hanya terpakai di ladang dan perlombongan sahaja. Rang undang-undang ini juga mencadangkan penalti bagi kesalahan dalam seksyen 10 berkaitan pusat asuhan kanak-kanak ditingkatkan daripada RM2,000 ke RM50,000 dan daripada RM100 sehari kepada RM1,000 sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Fasal 9 dan 10 adalah pindaan kepada 11 dan 12 yang masing-masing berbangkit dengan pindaan worker kepada employee dalam teks bahasa Inggeris akta ini. Fasal 10 dan 11 bertujuan meningkatkan hukuman yang dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 11 mengenai peruntukan-peruntukan tanah dan seksyen 12 mengenai dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain. Rang undang-undang ini juga mencadangkan hukuman dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM50,000 dan daripada RM50 sehari kepada RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan.
Pindaan kepada seksyen 13, fasal 11 melibatkan pindaan kepada seksyen 13 yang antara lainnya bertujuan untuk menghalang majikan daripada mengenakan apa-apa bayaran sewa atau caj ke atas pekerja estet yang disediakan perumahan kemudahan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, bahagian baharu 3A. Sebagaimana saya sebutkan awal tadi, cadangan pindaan Akta 446 termasuk perluasan skop pemakaian kepada majikan yang menyediakan penginapan untuk pekerja yang diambil untuk bekerja di tempat lain selain dari estet. Bagi maksud ini, fasal 13 bertujuan memasukkan Bahagian 3A berhubung dengan penginapan untuk pekerja. Fasal 13 ini mengandungi 15 seksyen baharu. Seksyen baharu 24(a) menjelaskan bahawa Bahagian 3A ini hanya terpakai bagi pekerja yang diambil bekerja selain untuk bekerja di estet.
Seterusnya, takrifan yang digunakan dalam Bahagian ini diperuntukkan dalam seksyen baharu 24B seperti berikut: (i) orang yang bertanggungjawab bagi penginapan, ertinya mana- mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan; (ii) penginapan, ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia; (iii) penginapan berpusat, ertinya mana-mana bangunan yang digunakan oleh perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan; dan (iv) penyedia penginapan berpusat, ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyedia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seseorang atau lebih majikan tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri. Seksyen baharu 24C bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasa Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia berhubung dengan penginapan. Fungsi-fungsi Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia yang dicadangkan adalah seperti berikut: (i) mentadbir dan mengawal selia semua perkara berhubung dengan penginapan; (ii) mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubung dengan penginapan pekerja; (iii) mengeluarkan apa-apa arahan kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan apa-apa kemudahan lain yang berhubung dengan penginapan; (iv) mengeluarkan perakuan penginapan; dan (v) melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana- mana fungsinya di bawah Bahagian ini. Seksyen 24C juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia untuk melakukan semua perkara yang perlu dan sesuai manfaat atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Bahagian ini. Seksyen baharu 24D mewajibkan supaya penginapan untuk pekerja hendaklah diperakukan dengan Perakuan Penginapan. Majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memohon Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah JTKSM dalam bentuk dan cara yang ditentukan dan disertakan dengan fi pemprosesan. JTKSM akan menjalankan
pemeriksaan di atas penginapan sebelum suatu kelulusan diberikan. Kewajipan mempunyai perakuan penginapan ini bertujuan untuk memastikan pemantauan kepada standard minimum yang ditetapkan. Majikan yang menyediakan penginapan tanpa perakuan penginapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000. Hukuman bagi penyedia penginapan berpusat yang melakukan kesalahan yang sama adalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Seksyen baharu 24E menghendaki majikan untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia jika pekerjanya telah menduduki mana- mana penginapan yang disediakan olehnya atau melalui penyedia penginapan berpusat. Hal ini bertujuan untuk memastikan Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia dapat menguatkuasakan akta ini dengan berkesan. Kegagalan mematuhi obligasi ini boleh menyebabkan majikan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000. Seksyen baharu 24F menetapkan bahawa penginapan yang disediakan untuk pekerja oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah mematuhi standard minimum yang dinyatakan di bawah akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. Standard minimum ini akan diperincikan dalam peraturan-peraturan. Seksyen baharu 24G memperuntukkan bahawa tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh Menteri, majikan boleh mengutip sewa atau caj daripada pekerja bagi penginapan yang disediakan olehnya atau melalui penyedia penginapan berpusat. Sewa atau caj tersebut hendaklah dipungut melalui potongan upah pekerja. Seksyen baharu 24H menetapkan bahawa majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika bangunan itu tidak sesuai untuk didiami manusia mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan. Seksyen ini dicadangkan bertujuan memastikan pemantauan kepada kehendak bangunan dan pembinaan di bawah undang-undang pihak berkuasa tempatan sebagai tambahan kepada pemantauan yang dikehendaki di bawah Akta 446. Majikan dan penyedia penginapan berpusat yang melanggar seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM50,000. Secara amalannya, majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah mendapatkan perakuan yang diperlukan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan dengan bangunan dan pembinaan sebelum mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia untuk mendapatkan perakuan penginapan di bawah seksyen baharu 24D yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini. Seksyen 24I memperuntukkan bahawa majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut akta atau peraturan yang dibuat di bawahnya. Keperluan bagi kemudahan ini akan dibuat dalam peraturan-peraturan. Seksyen baharu 24J rang undang-undang ini meliputi kewajipan dan tanggungjawab majikan atau penyedia penginapan berpusat mematuhi aspek keselamatan dan kesihatan. Berhubung penginapan yang disediakan untuk pekerja, kewajipan dan tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut: (i) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina; (ii) mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja; (iii) memastikan langkah keselamatan kebakaran mengikut undang- undang bertulis yang berkaitan. Dalam hal ini, undang-undang yang perlu dipatuhi termasuklah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984; (iv) memastikan supaya sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan undang-undang bertulis yang berkaitan seperti Akta Bekalan Elektrik 1990; (v) memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan
(vi) mengambil langkah menghalang pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Majikan juga berkewajipan untuk menanggung apa-apa perbelanjaan bagi imunisasi. Seksyen baharu 24K pula menghendaki setiap penginapan yang disediakan hendaklah diselenggarakan dengan sewajarnya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah JTKSM. Seksyen baharu 24L memperuntukkan bahawa majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik orang yang bertanggungjawab bagi penginapan. Orang yang dilantik ini akan bertanggungjawab bagi kebajikan dan disiplin pekerja di penginapan tersebut. Seksyen baharu 24M adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pengosongan penginapan sekiranya pekerja meletak jawatan atau diberhentikan kerja. Seksyen baharu 24N ialah seksyen terakhir dalam Bahagian IIIA ini memperuntukkan bahawa majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan untuk tanggungan pekerja. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 14 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 446 yang melibatkan perkataan ‘employees’ dalam teks bahasa Inggeris dan menggantikan perkataan ‘air dan elektrik’ dengan perkataan ‘bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik.’
Fasal 14 ini juga bertujuan memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan berhubung hal-hal berkaitan penginapan, kemudahan asas berkaitan dan kadar sewa atau caj maksimum yang boleh dikenakan. Fasal 15 rang undang-undang akan mewujudkan seksyen baharu 26A yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan apa-apa arahan yang perlu bagi memastikan pematuhan akta ini. Cadangan pindaan fasal 16, 17 dan 18 rang undang- undang ini bertujuan mengemas kini peruntukan akta mengikut standard gubalan semasa seperti berikut. Fasal 16 akan meminda seksyen 28 mengenai permulaan pendakwaan. Fasal 17 akan mewujudkan seksyen baharu 28A dan 28B berhubung dengan pengkompaunan kesalahan dan perlindungan terhadap guaman dan tindakan undang. Fasal 18 akan mewujudkan seksyen 29A berkenaan dengan kesalahan oleh syarikat dan sebagainya. Fasal 19 rang undang-undang meminda hukuman denda dalam seksyen 31 mengenai kegagalan mematuhi perintah di bawah seksyen 5, seksyen 8, seksyen 12 atau seksyen 19 akta ini. Denda dicadangkan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM50,000 dan seterus daripada RM100 kepada RM1,000 bagi setiap hari kesalahan ini berterusan. Fasal 20 pula meminda hukuman dalam seksyen 32 mengenai kegagalan mematuhi seksyen 20 atau 21 akta ini. denda dicadangkan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM10,000 dan daripada RM100 kepada RM1,000 setiap hari kesalahan ini berterusan. Fasal 21 adalah fasal terakhir rang undang-undang ini yang memperkatakan peruntukkan kecuaian dan peralihan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 adalah satu langkah pembaharuan undang-undang yang signifikan bagi menambah baik perlindungan golongan pekerja dalam semua aspek perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja. Perluasan skop Akta 446 memastikan pekerja dalam semua sektor pekerjaan menikmati perumahan dan penginapan yang lebih baik, kemudahan asas yang selesa dan tahap kesihatan dan keselamatan yang lebih terjamin.
Pada masa yang sama, pihak majikan diberikan fleksibiliti untuk menentukan sama ada ingin membina, menyewa atau menempatkan pekerja mereka di dalam penginapan berpusat mengikut kesesuaian mereka. Rang undang-undang ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan undang-undang buruh negara selari dengan piawaian dan instrumen sejagat. Seterusnya meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa-apa jua perdagangan antarabangsa. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Ada sesiapa yang menyokong?
Mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja Tahun 1990 dibuka untuk perbahasan. Boleh saya menjemput sesiapa yang ingin berbahas? [Disampuk] Yang Berhormat Arau ada berminat? Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu Kawan, selepas itu Yang Berhormat Pontian 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang Batu Kawan mengambil bahagian dalam pindaan kepada Rang Undang- undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, pada asalnya latar belakang akta ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah untuk kegunaan majikan dalam sektor perladangan dan perlombongan yang menyediakan perumahan kepada pekerja-pekerja estet yang khas untuk pekerja estet sahaja. Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Sumber Manusia yang prihatin dengan kebajikan, keselamatan dan produktiviti pekerja-pekerja sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing bagi menyediakan satu persekitaran yang baik, kondusif untuk majikan dan pekerja. Dalam pindaan rang undang-undang ini supaya aplikasi dan liputan akta ini diperluaskan kepada semua sektor di luar sektor perladangan dan perlombongan. Ini bererti, semua warga tenaga kerja dengan izin, labor force sama ada pekerja asing atau pekerja tempatan akan diberikan perlindungan yang selaras dengan roh dan semangat undang- undang pekerja di Malaysia. Memandangkan kini wujud lebih 2 juta pekerja asing di Malaysia setakat Jun ini, iaitu 13.2 peratus yang berada dalam lingkungan 15 peratus kebergantungan tenaga kerja mengikut apa yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya difahamkan bahawa pindaan akta ini tidak mewajibkan untuk majikan menyediakan perumahan dan penginapan bagi pekerja- pekerja mereka. Saya faham bahawa sekiranya majikan memilih untuk menyediakan kemudahan ini kepada pekerja mereka, maka rang undang-undang ini menyediakan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan. Saya ingin bertanya di sini, apakah industri-industri lain yang terlibat dalam pelaksanaan akta ini apabila akta ini lulus nanti? Adakah F&B terlibat? Adakah construction terlibat? Adakah sektor perkhidmatan, services terlibat? Bagaimana pula dengan pembantu rumah? Bagaimana pula dengan pegawai-pegawai yang bekerja di Pusat Khidmat Rakyat Ahli-ahli Parlimen di sini? Adakah mereka juga termaktub dan diberi perlindungan yang sama di bawah pindaan ini? Pindaan asas daripada worker kepada employees. Saya ingin tanya, adakah ini akan mengambil impak ataupun effect ke atas semua pekerja tidak kira gred pekerjaan mereka? Juga apakah “gaji” mereka? Kita faham bahawa gaji minimum hari ini adalah RM1,100. Akan tetapi, kita ingin tahu sama ada dengan pangkat-pangkat yang jawatan- jawatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja, adakah mereka juga dilindungi oleh pindaan kepada akta ini?
Tuan Yang di-Pertua, mengikut konvensyen dan protokol antarabangsa, saya menyahut baik isu keselamatan dan kesihatan pekerja yang diberikan penekanan yang tinggi oleh bukan sahaja Kementerian Sumber Manusia, malah Kerajaan Pakatan Harapan. Kita mendengar saban hari majikan-majikan ada yang tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja-pekerja mereka terutama sekali sebagai pekerja di tapak pembinaan dan juga sebagai pembantu rumah. Banyak kali kita baca dalam berita, pekerja-pekerja yang dibawa masuk menggunakan pas pekerja yang rasmi, pas pekerja yang valid dengan travel document. Akan tetapi, selepas pas itu luput, maka pihak majikan tidak bertanggungjawab untuk renew pas- pas mereka dan biarkan mereka untuk terus bekerja. Maka, pekerja-pekerja ini takut dengan enforcement pihak penguat kuasa, maka mereka akan selalu hidup dalam keadaan ketakutan atau mencari tempat-tempat untuk selalu bersembunyi. Itu yang berlaku dalam banyak-banyak kes. Di mana kita melihat kecelakaan, kemalangan yang berlaku ke atas pekerja-pekerja asing yang tidak ada dokumen sah walaupun mereka masuk dengan dokumen sah, tetapi apabila ia telah luput, mereka bagaikan pihak majikan cuci tangan ke atas kebajikan, keselamatan dan keadaan mereka di Malaysia. Jadi, dalam isu ini saya ingin bertanya, apakah tindakan pihak Jabatan Tenaga Kerja ke atas majikan yang tidak menjaga hal ehwal kebajikan dan keselamatan pekerja- pekerja mereka? Saya faham, dalam pindaan rang undang-undang ini ada kenaikan dalam (denda) yang akan dikenakan tetapi kita faham dan kita tahu banyak majikan boleh membayar denda tersebut. Mereka mampu untuk membayar denda. Apabila mereka membayar denda itu, mereka masih berdegil dengan cara-cara mereka melayan atau memberi keadaan atau persekitaran yang selamat dan bersih untuk pekerja-pekerja mereka. Kita juga tahu, sekiranya pekerja asing dibawa ke hospital, mereka perlu membayar kos perubatan yang jauh lebih tinggi daripada pekerja tempatan. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan pihak majikan untuk tidak membawa pekerja-pekerja mereka ke hospital. Kalau kamu patah kaki, kamu gunalah minyak apa-apa untuk gunakan atas luka tersebut dan balut kaki mereka.
Kita selalu lihat banyak pekerja asing dan juga ada pekerja tempatan juga mereka masih lagi bekerja walaupun mereka tidak sihat. Mereka masih lagi kerja walaupun mereka mengalami kecederaan walaupun mereka mengalami kemalangan di tempat kerja. Oleh sebab mereka tidak mahu dibayar gaji separuh hari, oleh sebab mahu mengambil cuti sakit yang mungkin akan dipotong daripada gaji mereka, mereka akan tahan sakit itu yang mungkin akan membawa padah pada masa depan di atas produktiviti mereka. Saya ingin tahu dengan pindaan ini, adakah wujud juga pindaan kepada pembayaran kos bagi pekerja-pekerja asing di hospital? Supaya ini secara tidak langsung juga akan menggalakkan majikan untuk tidak berfikir dua kali untuk membawa pekerja- pekerja asing untuk mendapat rawatan di hospital kita. When the cost is high, Yang Berhormat Menteri, mereka tidak akan membawa pekerja mereka. Jadi, saya ingin tahu kalau cadangan untuk pindaan rate untuk membawa pekerja asing ke hospital akan dipertimbangkan atau tidak? Tuan Yang di-Pertua, ingin saya juga bertanya di sini berhubung kuasa Menteri untuk membenarkan majikan untuk memungut apa-apa jumlah bagi sewa atau caj berkenaan dengan mana-mana penginapan yang disediakan oleh majikan atau menyediakan penginapan berpusat dan jumlah sewa atau caj boleh dibuat melalui potongan upah pekerja. Maka, saya ingin tahu dan dapat penjelasan, apakah amaun yang telah ditetapkan secara potongan dan bagaimana caj ini akan ditetapkan? Adakah ia ditetapkan oleh majikan itu sendiri? Apakah proses konsultasi? Ataupun bagaimana Yang Berhormat Menteri akan achieve rate yang akan dikenakan? Adakah ia mengikut industri? Adakah ianya mengikut gred ataupun gaji pada masa sekarang yang diterima oleh pekerja-pekerja asing dan tempatan tersebut? Adakah ianya juga RM50 ataupun lebih daripada itu? Sekiranya tidak ditetapkan, maka mungkin ada majikan yang akan menyalahgunakan provision ini untuk memotong jauh lebih banyak amaun daripada RM50 atau lebih daripada itu dengan memberi justifikasi, sebagai contoh, sekiranya pekerja kilang
bekerja di kilang tetapi menetap di workers hostel iaitu satu macam apartmen atau pangsapuri yang menempatkan pekerja asing yang ada kemudahan-kemudahan yang lebih daripada yang biasa. Mungkin mereka ada tenis court di sana, atau laundromat di sana. Adakah potongan itu akan mencecah satu per empat daripada gaji mereka? Saya rasa ini adalah satu isu yang kita perlu melihat. Ramai developer di luar sana membina workers’ hostel dan selepas itu menetapkan satu kos yang tinggi untuk memotong gaji daripada pekerja mereka dan ini akan mengakibatkan ejen-ejen dan majikan tidak mahu menghantar pekerja di sana sebab mereka yang menanggung potongan tersebut atau sebahagian daripada potongan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, bagaimanakah pendakwa raya akan memutuskan peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa kesalahan kriteria, kaedah dan tatacara untuk pengkompaunan kesalahan? Apakah proses pengkompaunan kesalahan ini dan siapakah yang akan, dengan izin, enforce peraturan ini? Pada masa yang sama, saya ingin juga tahu, apakah impak pindaan ini bagi pekerja wanita, sama ada pekerja asing ataupun tempatan di negara kita ini? Tuan Yang di-Pertua...
Soalan.
Saya mungkin akan habis awal sedikit.
Soalan, mohon mencelah.
Dekat mana ini?
Lembah Pantai.
Oh! Boleh. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya tertarik bila dibangkitkan isu pengkompaunan. Perkara seperti itu, saya melihat salah satu daripada fasal yang dibangkitkan berkenaan dengan pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan. Di sini diperuntukkan seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang yang bertanggungjawab bagi penginapan yang disediakan di bawah Bahagian ini. Akan tetapi, apa pandangan Yang Berhormat Batu Kawan kerana di dalam― saya tidak lihat apakah kesan sekiranya majikan atau penyedia penginapan gagal melantik seorang yang bertanggungjawab kerana tidak ada peruntukan untuk dikenakan kompaun ataupun dikenakan denda akibat kegagalan. Apakah pandangan Yang Berhormat Batu Kawan tentang perkara ini? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Batu Kawan.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai di atas keprihatinan dan soalan yang begitu baik sekali. Saya mohon ia dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya dan mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Saya juga ingin membangkitkan satu isu dan saya pasti ramai daripada Ahli Parlimen di sini telah mengharungi isu ini. Walaupun ianya isu denggi tetapi kita tahu ramai pekerja-pekerja asing yang duduk di rumah-rumah di taman-taman perumahan yang telah menjadi mangsa pekerja asing dan juga pekerja tempatan. Denggi ini isu dia pelik sedikit. Bukan satu penyakit berjangkit. Jadi saya tidak tahu kalau ianya termasuk dalam pindaan rang undang-undang ini. Tetapi ianya sebahagian besar daripada faktor bagaimana terjadinya penyakit ini adalah tempat pembiakan nyamuk di kawasan saya di Taman Inderawasih di DUN Prai, satu rumah dengan hampir 20 pekerja asing duduk sana, 13 orang telah menjadi mangsa kepada jangkitan denggi ini. Jadi, ini merupakan kelalaian mereka untuk menjaga keselamatan dan kebersihan tempat yang mereka duduk.
Adakah majikan perlu disaman atau dipertanggungjawabkan di atas kecuaian pekerja-pekerja yang tidak menjaga kebersihan rumah mereka? Mereka tidak tahu bahawa nyamuk aedes ini boleh menetas telur di satu tempat dengan air dalam one tea spoon pun, mereka tidak tahu. So, saya rasa mungkin kita perlu melihat sekiranya ada tanggungjawab ini boleh diselaraskan di antara dua-dua pihak iaitu pekerja dengan majikan. Selepas membaca pindaan ini, saya telah berhubung dengan beberapa orang majikan di dalam sektor F&B yang ada restoran, yang ada kedai makan dan mereka mengatakan walaupun telah banyak kali mereka mengingati pekerja-pekerja tempatan dan asing mereka untuk menjaga keselamatan dan menjaga kebersihan, namun ada juga pekerja-pekerja yang ingkar untuk mengikut garis panduan yang ditetapkan mengikut peraturan-peraturan yang ada di sini. Jadi, bila jadi satu musibah ke atas pekerja-pekerja tempatan atau asing ini, banyak kali jari akan dituding kepada majikan.
Yang Berhormat Batu Kawan.
Jadi, saya rasa perlu ada a sense of responsibility oleh pekerja-pekerja tersebut bersama dengan majikan. Walaupun saya faham roh pindaan ini berpihak kepada menjaga keselesaan, keselamatan, kebersihan dan kebajikan pekerja-pekerja tempatan dan asing tetapi kita juga faham ada rule of law dan kita juga faham tanggungjawab mereka sebagai orang dewasa. These are not children. They are adults and they are working here in our country.
Mohon mencelah.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik juga dengan aspek keselamatan ataupun kesihatan yang disebutkan. Adakah Yang Berhormat sedar― sebagai contoh, bila kita lihat di kawasan saya sendiri di Lembah Pantai contohnya, berdekatan dengan kawasan Bangunan Parlimen ini adalah satu tempat yang disebut sebagai Apartmen Putra Ria. Di situ sering kali penduduk merungut kepada saya bila masa terdapat pekerja yang menjadikan unit-unit apartmen itu sebagai kuarters mereka yang mana disumbatkan 12 orang, 15 orang. Tetapi dari segi standard bila kita lihat dan rujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan, sebagai contoh, ataupun Commissioner of Building (COB), bagi struktur seperti apartmen, kondominium dan sebagainya, bila kita sebut pembetungan, sebagai contoh, bila direka, ianya sesuai untuk diduduki dan digunakan oleh sejumlah mungkin empat, lima orang dewasa. Akan tetapi bila dalam keadaan seperti F&B ataupun bagi pekerja-pekerja di tapak pembinaan, mereka kebiasaannya aspek pembetungan ini mungkin tidak diambil kira. Boleh saya dapat pandangan Yang Berhormat berkenaan juga dengan aspek pembetungan dan kesihatan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai kerana membangkitkan satu isu yang sangat relevan kepada pindaan rang undang-undang ini. Saya harap pihak Kementerian Sumber Manusia mungkin dapat duduk semeja dengan Kementerian KPKT, sebab yang ini adalah di bawah KPKT dan mungkin satu program pemutihan boleh dibuat. Saya faham kita masih lagi menggunakan UUK, menggunakan garis panduan, menggunakan polisi-polisi, menggunakan even undang- undang yang lama yang belum atau tidak dipinda untuk berdekad-dekad. Tetapi hari ini tahun 2019, kita ada dua juta pekerja asing di negara kita dan mereka ini selalunya majikan atau ejen sumbatkan mereka untuk mendiami pangsapuri kos rendah atau affordable home yang sepatutnya secara dasar adalah khas untuk warganegara Malaysia. Jadi, di sini ada isu pertindihan demand and supply.
Saya harap pihak kementerian akan mengambil kira dan memberikan jawapan kepada kami sebab semua kawasan-kawasan Ahli-ahli Parlimen di sini, Yang Berhormat di sini semua ada rumah-rumah yang disalahgunakan untuk menyumbat lebih daripada 10, 20 sampai hingga 20 pekerja asing duduk dalam satu rumah yang ada kapasiti seperti Yang Berhormat Lembah Pantai nyatakan, kapasitinya untuk menampung lima orang sahaja atau enam orang sahaja. Jadi saya harap kita boleh melihat isu ini sebab sekiranya sistem
pembetungan tidak baik, maka ia akan membuka ruang untuk penyakit berjangkit yang disebut dalam RUU ini untuk merebak sebab ianya melibatkan isu kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya di sini apakah usaha kerajaan untuk memberikan kesedaran sivik kepada para majikan dan hak-hak pekerja mereka. Kita dapat lihat iltizam politik Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak wujud sebelum ini dan dalam hal ehwal kebajikan pekerja, namun undang-undang berkelas antarabangsa tiada maksud jika mindset majikan dan orang ramai yang masih mendiskriminasikan pekerja warga asing dan kadang-kadang melayan mereka seperti second-class citizen atau third-class citizen. Maka saya ingin bertanya seperti soalan saya tadi, apakah usaha kerajaan untuk menimbulkan satu perasaan untuk menghormati hak-hak pekerja asing ini menghormati hak- hak pekerja tempatan juga untuk kita memastikan produktiviti negara kita ini tidak akan terganggu dengan pindaan rang undang-undang ini. Saya faham selepas ini mungkin ada banyak keluhan daripada pihak majikan, mungkin ada banyak keluhan daripada tauke-tauke besar yang ada di luar sana kerana mereka perlu mengeluarkan wang ataupun peruntukan mereka untuk menjaga kemaslahatan dan kebajikan pekerja-pekerja ini. Namun demikian, kita juga perlu faham dengan izin, the bigger picture is that untuk negara Malaysia maju ke hadapan sebagai Tiger of Asia, kita juga mesti pastikan bahawa kebajikan dan hak asasi pekerja-pekerja tempatan kita dan juga pekerja-pekerja asing ini dilindungi oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Batu Kawan mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat Pontian. Sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mengambil bahagian mengenai Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan Kemudahan Pekerja (Pindaan) dan dari segi dasarnya, saya bersetuju terhadap rang undang-undang ini atas sebab ia memberikan kebajikan kepada pekerja, menjaga kesihatan pekerja, memberikan kemudahan asas kepada pekerja, sesuai dengan piawai Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sesuai dengan Perjanjian Perdagangan Bebas, sesuai untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang mesra kepada pekerja sama ada pekerja itu pekerja tempatan ataupun pekerja asing. Apa yang saya ingin timbulkan beberapa perkara Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri. Saya kira penginapan berpusat adalah melibatkan semua pekerja, sama ada pekerja itu pekerja tempatan, pekerja asing, pekerja profesional, pembinaan, lombong, perladangan, pekerja di kebun-kebun, amah ataupun pembantu rumah, pekerja sektor perkhidmatan, pekerja kilang. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Apa yang saya ingin tanyakan dalam perkara pertama ini ialah dari segi tempoh sesuatu pekerjaan itu. Katalah kalau sektor pembinaan itu hanya dua bulan misalnya sudah siap bangunan yang ingin dibina, adakah diwajibkan dibina penginapan yang dikehendaki ini. Jadi saya tidak tahu di dalam RUU ini ada perkataan, “tempoh” itu. Kedua ialah dari segi tempat di mana patut dibina penginapan berpusat ini. Kalau terlalu jauh ia akan menimbulkan kos tambahan kepada pekerja maka ia membebankan pekerja dari segi pengangkutan misalnya kecualilah jika majikan itu menyediakan pengangkutan. Itu hal pertama yang ingin saya timbulkan. Hal kedua ialah mengenai fasiliti di penginapan berpusat itu. Saya ingin mencadangkan supaya ada fasiliti paling kurang ialah ruang untuk rekreasi kerana mereka bukan bekerja 24 jam, mereka bekerja separuh hari. Mereka ada masa cuti, jadi kena ada ruang rekreasi satu lagi ialah ruang untuk beribadat. Pekerja-pekerja Islam Bangladesh, Indonesia, pekerja-pekerja yang beragama Islam misalnya, mereka memerlukan satu ruang
khas untuk solat dan bersembahyang. Jadi saya tidak nampak ada di mana-mana tentang perkara itu. Itu tentang perkara kedua yang saya ingin timbulkan. Perkara pertama tadi tempoh dan tempat, perkara kedua ruang ibadat dan ruang rekreasi. Perkara ketiga ialah fasal 24J mengenai keselamatan kawasan penginapan itu. Saya ada beberapa kes yang saya ingin kongsi kan di sini. Pada 22 Januari 2019 misalnya pekerja Bangladesh maut akibat lantai runtuh di kawasan pembinaan di Subang Jaya. Pada 2 Februari 2019, seorang pekerja maut dihempap jentera kilang barang lusuh di Kuala Lumpur. Pada 25 Januari 2019, seorang pekerja maut di timpa tembok dinding di kilang kayu, Kedah. Pada 18 Januari 2019 seorang pekerja maut terkena renjatan elektrik di sebuah ladang, di Sabah. Itu antara kes-kes yang dapat saya lihat di bawah Jabatan Keselamatan Kesihatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jadi yang saya ingin timbulkan di sini ialah keselamatan kawasan penginapan itu. Ia perlu dilihat dari segi keselamatan di mana tempat penginapan berpusat itu diletak supaya tidak terlalu hampir dengan kawasan pembinaan kerana kawasan pembinaan punya risiko- risiko yang tertentu. Itu perkara ketiga. Perkara keempat ialah sebagaimana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan tadi ialah mengenai keluasan penginapan yang wajar. Saya tidak lihat ada di mana- mana di sini. Apakah maksud keluasan penginapan wajar ini? Kita jangan jadikan pekerja itu macam ikan sardin, Yang Berhormat Menteri berlonggok di satu bilik sampai 10–15 orang. Jadi tentu ada SOP yang tertentu supaya keluasan untuk hidup yang agak selesa, walaupun tidak berapa selesa tetapi yang sepatutnya selesa untuk kehidupan seorang manusia. Perkara kelima ialah mengenai insurans pekerja. Ia agak berbeza sedikit tetapi apa yang ada kaitan dengan kehidupan pekerja seharian ini, kita telah ada Employee Insurance System (EIS) ataupun Sistem Insurans Pekerja 0.2 peratus potongan majikan, 0.2 peratus potongan daripada pekerja, dapat kemudahan bila bantuan segera ditamatkan pekerjaan atas sebab-sebab tertentu, maka diberikan kewangan maksimum enam bulan, RM10,800.00 maksimum. Ia adalah suatu perkara yang bagus yang telah dibuat sebelum ini lagi dan juga untuk bantuan mobiliti, penempatan semula dan beri latihan baru dan vokasional. Apa yang saya ingin tanyakan ialah jika berlaku sebagaimana contoh empat perkara yang saya sebut tadi, adakah Employee Insurance System (EIS) ini boleh membantu mereka ini dan keluarga mereka yang terlibat. Perkara yang keenam ialah 24G ini mengenai sewa untuk penginapan. Juga tadi telah ditimbulkan, saya ingin timbulkan sekali lagi supaya kita jangan mendiskriminasikan dengan potongan-potongan yang besar terhadap - apabila dibenarkan sewa itu maka dipotong misalnya peratusan yang tertentu. Oleh kerana itu kita perlu ada SOP yang tertentu supaya potongan tidak melebihi peratusan yang tertentu daripada gaji. Ini penting, jika tidak, ia akan membuka kepada diskriminasi terhadap pekerja terhadap gaji minima RM1,100 itu. Seterusnya lagi, ialah apa yang kita buat ini, saya rasa ia akan menarik sedikit sebanyak pekerja tempatan untuk bekerja dan ia adalah suatu perkara yang bagus daripada pekerja asing. Kita juga memberikan kemudahan tempat tinggal untuk pekerja tempatan dan dengan itu saya kir,a kita boleh mengurangkan sedikit pergantungan kepada warga asing untuk kerja-kerja terutama sukar, kotor, berbahaya (demanding, dirty, dangerous) sebagaimana yang kita tahu 3D ini. Satu lagi yang ingin saya timbulkan ialah fasal 24N ini, majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja kecuali pekerja lombong dan pekerja ladang. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, kalau kerja kilang, ia mengambil masa yang lama juga. Kalau kerja pembinaan mungkin tanggungan tidak perlu duduk di tempat penginapan sebab pembinaan mungkin setahun, dua tahun sudah selesai.
Akan tetapi kalau kerja kilang, selagi kilang itu tidak ditutup 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun, selagi itu pekerja boleh duduk di tempat-tempat yang disediakan. Jadi, saya ingin mencadangkan agar tempat-tempat yang tertentu seperti kilang-kilang ini perlu menyediakan tempat-tempat juga untuk tanggungan. Jika asrama itu, sediakan asrama kepada siapa yang ada anak seorang dua, yang sudah berkahwin misalnya.
Jadi, itu lagi menambah kebajikan pekerja. Setakat ini saya lihat kalau 24N itu tidak ada tentang perkara yang berkaitan kecuali ladang dan juga lombong. Ladang dan lombong itu sebab ladangnya lama, lombongnya lama. Akan tetapi kilangnya juga lama Yang Berhormat Menteri. Selagi kilang itu ada wujud, maka kilang itu memerlukan pekerja dan kita tidak boleh menghalang daripada mereka berkahwin dan mempunyai anak dan tanggungan ini perlu juga diberikan penginapan. Satu lagi ialah tentang apa yang disebut oleh Malaysian Employers Federation (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan juga Presiden Master Builders Association, Encik Foo Chek Lee yang ada 17,000 orang ahli. Kemudian Datuk Soh Tian Lai, Presiden FMN atau Federation of Malaysian Manufactures. Mereka ada 10,200 ahli. Ada di dalam akhbar ini menyatakan bahawa compulsory housing is news to us kata mereka. Dengan lain perkataan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri setakat mana libat urus telah dilakukan dengan mereka ini. Adakah perbincangan itu hanya perbincangan permulaan atau perbincangan sehingga peringkat akhir? Saya difahamkan mereka kompelin, tidak tahu akta yang final dan mereka tidak jangka perkara itu sedemikian rupa. Antara beberapa perkara yang mereka sebut ialah jika pekerja itu adalah pekerja tempatan misalnya, pekerja tempatan, mereka tidak mahu duduk di kawasan berpusat kerana mereka ada rumah sendiri. Adakah pekerja tempatan itu patut diberikan elaun penginapan kerana pekerja yang ingin duduk di kawasan berpusat, mereka mempunyai rumah yang tertentu. Akan tetapi pekerja yang ingin duduk di rumah sendiri sepatutnya diberikan elaun penginapan yang tertentu. Itu satu perkara yang dicadangkan oleh pihak yang saya sebutkan tadi. Satu lagi, ketiga-tiga pihak itu mencadangkan supaya ada kawasan khas untuk sewaan yang digazetkan oleh kementerian di mana-mana kawasan. Katakanlah kawasan baru misalnya yang boleh dijadikan khusus untuk pekerja-pekerja binaan misalnya, di sesebuah bandar yang tertentu misalnya. Di Kuala Lumpur ini misalnya ada satu kawasan khusus diletakkan di situ. Jadi, senang penjagaan dan senang untuk sewaan. Itu juga cadangan daripada mereka yang saya kira pihak kementerian boleh meneliti cadangan yang baik itu. Satu lagi yang saya ingin tanyakan ialah tentang proses kelulusan untuk membina dan menyewa penginapan berpusat itu. Bagaimana tentang pelannya, keluasannya, tempoh masa kelulusan itu bagaimana? Bagaimana permit penggunaan air misalnya. Bagaimana dari segi tapak tangki septik, pendawaian elektrik, kelulusan pelan-pelan itu hendak diberikan kepada siapa? Berapa lama ia boleh diluluskan dan kita kalau boleh kurangkan red tape supaya segala yang boleh cepat dan sesuai dengan keadaan masa sekarang ini. Segala- galanya perlukan perkara yang diluluskan dengan cepat. Itu sahaja yang ingin saya timbulkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin turut berbahas terhadap...
Ada10 minit.
Ya boleh. Terhadap Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. Pertama sekali rang undang-undang ini telah- sebelum ini ruang lingkup akta yang sebelum ini hanya terpakai untuk pekerja estet dan perlombongan. Akan tetapi melalui cadangan pindaan ini telah termasuk juga sektor lain, termasuk juga pembinaan, pembuatan dan sektor-sektor yang lain. Mengikut pemahaman saya, ia juga meliputi pekerja tempatan dan pekerja asing. Saya difahamkan tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut dalam perbahasan beliau bahawa rang undang-undang ini bukan mandatori, hanya nyatakan standard minimum. Saya ingin merujuk kepada seksyen 24F yang antara lain, seseorang majikan atau penyedia
penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa setiap penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah akta ini. Oleh itu satu perkataan baru, ‘penginapan berpusat’ telah diperkenalkan melalui rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita mengkaji perundangan ataupun standard piawaian antarabangsa, saya ingin memetik dua piawaian sahaja. Pertama ialah ILO, International Labour Organization, Workers’ Housing Recommendation serendah 61 atau lebih dikenali sebagai Recommendations 115 dan juga satu lagi piawaian antarabangsa Code of Conduct for Responsible Business Alliance. Formerly sebelum ini dikenali sebagai the electronic industry citizenship coalition yang mengawal selia piawaian EICC untuk keadaan kerja dalam industri elektronik. Akan tetapi saya membaca seksyen 24C dalam rang undang-undang ini ada beberapa perkara tentang deskripsi, description bahawa bagaimana penginapan standard minimum ini diguna pakai. Akan tetapi saya ingin memetik Recommendation 115 ILO Standard. Antara contoh Recommendation 115 adalah International Labour Organization Standard hendaklah dengan izin housing should ensure structural safety and reasonable levels of decency, hygiene and comfort. Terdapat 19 syarat. Saya hanya petik beberapa. A separate bed for each worker. Setiap pekerja hendaklah ada katil berasingan. Bed shall not be arranged in tier if more than two. Kalau penyediaan katil double decker, tidak boleh lebih daripada katil double decker. Dalam piawaian ini juga menyatakan separate accommodation of the sexes gender. Maksudnya, penginapan untuk pekerja lelaki dan pekerja perempuan hendaklah berasingan dan juga banyak lagi. Semua 19 terdapat dalam International Labour Organization Standard. Saya harap, 19 syarat daripada Recommendation 115 ini boleh dinyatakan secara pentadbiran dalam garis panduan dan kelulusan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Sumber Manusia. Apabila saya membaca rang undang-undang ini, saya juga meneliti bahawa terdapat tiga pemerhatian saya iaitu penyediaan penginapan ini tidak nyatakan kuantum sewa dan ini bermakna ia bukan seperti perundangan sebelum ini dikenakan secara percuma. Majikan boleh mengutip sewa. Kuantum tidak dinyatakan sama ada RM100, RM500, RM1,000 tidak dinyatakan. Juga saya memerhatikan bahawa dalam rang undang-undang ini, tidak ada majikan seksyen 24M. Majikan tiada kewajipan menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja. Tanggungan pekerja maksudnya anak-anak ataupun isteri pekerja. Seksyen 24L(2)(a) keperluan pekerja mematuhi peraturan tatatertib sebagaimana yang ditentukan oleh majikan. Maksudnya disiplin pekerja perlu dipatuhi dan sama ada perlu dirunding bersama pekerja itu. Ini kerana keperluan pekerja mematuhi peraturan tatatertib sebagaimana ditentukan oleh majikan. Maksudnya hanya majikan unilateral boleh menentukan peraturan tatatertib dan sama ada rujukan ataupun perbincangan dengan pekerja ini perlu diadakan. Saya ingin menyatakan secara prinsip tadi bahawa terdapat beberapa observation saya dan meminta untuk Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan lebih lanjut.
Saya ingin berkongsi apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di negeri Pulau Pinang terdapat lebih kurang 100,000 orang pekerja asing yang sah di pelbagai industri. Kebanyakannya ialah pembinaan dan juga ada yang di sektor elektronik. Seramai 100,000 orang pekerja asing ini ada yang duduk di rumah-rumah kos rendah, flat-flat kos rendah dan ada juga duduk di rumah teres dan sebagainya. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan inisiatif untuk membina asrama pekerja. Asrama pekerja ini dengan konsep yang baharu. Setiap satu boleh memuatkan lebih kurang 5000 orang pekerja, asrama pekerja untuk 5000 orang pekerja. Satu asrama pekerja telah siap dan lima buah lagi masih dalam perancangan dan telah diluluskan. Masalah yang saya observe berlaku di Seberang Perai Tengah, apabila asrama pekerja ini telah siap, yang boleh memuatkan 5000 orang pekerja ini, buat masa ini hanya 100 lebih orang pekerja yang dipindah masuk. Asrama pekerja ini dibuka sama ada pekerja tempatan ataupun pekerja asing tetapi hanya 100 lebih orang pekerja yang dipindah masuk.
Ramai yang masih duduk di taman-taman perumahan, masih duduk di rumah-rumah kos rendah. Saya meminta supaya Kementerian Sumber Manusia melihat kepada satu penyelesaian secara perundangan kerana ini bukan wajib menyediakan standard minimum tetapi ada kes-kes seperti saya kata di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, asrama pekerja telah siap tetapi kerana majikan ataupun pekerja perlu membayar yuran RM200, maka terdapat masalah pelaksanaan. Tidak ada peruntukan undang-undang yang memastikan bahawa pekerja-pekerja sama ada tempatan ataupun asing perlu duduk dalam asrama pekerja. Oleh itu, mereka masih duduk di rumah-rumah kos rendah. Rumah kos rendah sebenarnya perlu dikosongkan supaya penduduk-penduduk tempatan dapat duduk dalam rumah kos rendah. Akan tetapi sekarang rumah-rumah kos rendah ada banyak yang diduduki oleh pekerja asing. Oleh itu, kita ada satu mismatch, masalah mismatch. Walaupun kita siapkan 5,000 tempat untuk pekerja-pekerja tetapi terdapat masalah pelaksanaan kerana tiada undang- undang khusus sama ada undang-undang negeri atau undang-undang Persekutuan yang mewajibkan pekerja mesti duduk dalam asrama pekerja. Saya khasnya rujukkan kepada pekerja-pekerja asing. Oleh itu, saya meminta supaya satu perbincangan dilakukan kerana kita ada garis panduan. Di Pulau Pinang ada garis panduan asrama pekerja yang sepanjang 11 muka surat dengan pelbagai syarat dan sebagainya yang begitu baik dan asrama pekerja telah siap tetapi pekerja tidak pindah masuk. Itulah masalah yang perlu kita tangani. Sebagai rumusan, saya mengalu-alukan standard minimum ini dan harap standard minimum ini pada masa depan boleh diangkat kepada tahap lebih tinggi kepada satu acceptable standard dengan memenuhi keperluan internasional. Saya ambil maklum juga, dalam tahun 2019, Malaysia masih dalam senarai watchlist untuk human trafficking dalam Tier 2 Watch List on the human trafficking. Salah satu sebab kita masih dalam Tier 2 Watch List on the human trafficking ialah kerana kita tidak mempunyai perundangan yang mencukupi untuk pekerja asing. Oleh itu, kita masih dalam watch list dalam human trafficking yang dikeluarkan oleh United States. Kita sering dengar tadi, wakil rakyat lain tidak ada membangkitkan bahawa masalah perumahan pekerja-pekerja. Ada pekerja-pekerja construction yang duduk dalam kontena di tapak pembinaan. Itu adalah satu keadaan yang kurang memuaskan. Ventilation, pencahayaan, sanitation dan sebagainya dan ini memang kalau nak ikut ILO standard for minimum housing standard, itu memang tidak dipatuhi. Saya rasa bukan sahaja kita perlu meluluskan undang-undang ini dalam semangat ataupun spirit sahaja tetapi juga perlu pelaksanaannya. Pelaksanaan undang-undang ini supaya standard antarabangsa terhadap perburuhan, terhadap buruh atau labour standard dan juga minimum standard for housing dan ini dapat diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi sejajar dengan international standard. Dengan itu, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau kemudian Yang Berhormat Arau dan kemudian Yang Berhormat Kalabakan. Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan sebuah negara bergantung besar kepada kemahiran tenaga pekerja yang mahir dan produktif. Jadi justeru, kita mengalu-alukan pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja ini dengan harapan kita supaya pindaan ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara dan dapat menarik pelabur asing terutamanya dalam industri yang berteknologi tinggi yang memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi negara.
Kalau kita melihat daripada pindaan yang dibuat pada hari ini, kita melihat disebutkan di sana pindaan akta standard minimum untuk pekerja. Jadi, saya cadangkan supaya di masa akan datang, bukan setakat minimum malah kita meletakkan satu standard yang tinggi terutama tentang keperluan dan kemudahan pekerja. Bukan soal saja di sudut perumahan, pekerja mesti kita bela kebajikan mereka daripada semua sudut termasuk yang sudah beberapa kali saya suarakan di sini, isu hak pekerja daripada sudut ibadah, hak pekerja dalam penutupan patuh syariah yang masih lagi sampai hari ini tidak ada penentuan yang khas terutama di sektor swasta. Jadi saya ingin penjelasan mengenai sejauh mana perancangan pihak kementerian untuk membolehkan apa jua pindaan akta yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan kepada pekerja kita akan dipinda seterusnya dalam semua sektor supaya kita dapat melahirkan pekerja yang berkualiti, yang produktif dengan penyediaan ruang yang amat selesa bagi mereka untuk membolehkan kita mendapat impak yang besar daripada perkhidmatan mereka. Siapalah majikan tanpa pekerja. Kalau kita melihat daripada sudut Islam, Islam sangat menekankan tentang kebajikan pekerja. Pekerja tidak boleh dieksploitasi oleh pihak majikan. Begitu juga tidak boleh membebankan pekerja lebih daripada sepatutnya dan hubungan antara pekerja dengan majikan mestilah dalam keadaan harmoni dengan ihsan, bertolak ansur dan berperikemanusiaan supaya dapat melahirkan prestasi kerja yang cemerlang. Jadi seharusnya kita sebagai sebuah negara membangun dalam penggubalan akta ini bukan semata-mata untuk memenuhi standard buruh antarabangsa ataupun pematuhan standard di sudut hubungan ekonomi semata-mata tetapi di sudut kemanusiaan, seharusnya hak pekerja ini dibela. Saya ingin menyentuh tentang pindaan yang dibuat dalam Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja ini. Kita melihat bagaimana dalam akta ini, kerajaan menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mewajibkan penyediaan penginapan dengan standard minimum kemudahan pekerja bagi majikan untuk pekerja yang ramai. Jadi saya ingin tahu, apakah kekuatan pada undang-undang ini sekiranya ini tidak menjadi satu kewajipan, ia hanya satu pilihan. Mungkin ini akan diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjimatkan kos mereka untuk mereka tidak menyediakan perumahan yang diperlukan oleh pekerja. Bayangkan kalau satu majikan yang memiliki 100 orang pekerja, kalau mereka tidak menyediakan kemudahan penginapan dan kemudahan lain iaitu dia hanya pilihan bukan mandatori, jadi kita lihat akan berlakunya masalah penempatan pekerja. Isu yang ada dalam sekarang ini sebagaimana yang dibahaskan oleh rakan-rakan kita dalam Dewan ini, kita mempunyai berjuta-juta pekerja asing dalam negara kita, yang berdaftar lebih daripada 2 juta pekerja yang bekerja dalam negara kita. Ini belum dikira lagi pendatang asing tanpa izin. Begitu juga kita tengok bagaimana pekerja-pekerja asing ini mereka tinggal di merata-rata, di kampung-kampung. Ada di kalangan mereka yang mengambil kesempatan berkahwin dengan orang tempatan untuk membolehkan mereka menetap lama di Malaysia.
Jadi, apa penyelesaian isu ini? Satu lagi kita lihat begitu juga pekerja asing yang menyewa secara berkumpulan di rumah-rumah teres, rumah pangsa dan sebagainya yang mengundang banyak keresahan terutama di kalangan masyarakat tempatan. Jadi, apa penyelesaian sekiranya ada majikan yang mengambil sikap supaya mereka tidak menyediakan kemudahan ini? Oleh sebab ini bukan satu peraturan mandatori. Jadi, apa tindakan yang akan dikenakan? Jadi, saya ingin penjelasan juga daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Setakat ini, berapakah jumlah syarikat ataupun majikan ataupun estet yang berdaftar di bawah pihak kementerian yang telah menyediakan perkhidmatan kepada kemudahan penginapan dan perumahan kepada pekerja mereka? Berapa yang belum menyediakan? Saya ingin tahu juga sebagaimana yang disebut tadi iaitu kemudahan sebagaimana dalam seksyen 8 iaitu penyediaan pusat asuhan kanak-kanak. Jadi setakat ini kemudahan kepada pekerja yang diberi. Kita berterima kasih di atas pindaan akta yang mewajibkan supaya tanggungan daripada sepuluh kepada lima orang. Soalnya sekarang, berapa jumlah pusat asuhan yang telah disediakan setakat ini? Apakah satu galakan kepada majikan diberi kepada mereka selain daripada hukuman?
Adakah galakan diberi kepada majikan swasta ini yang menyediakan pusat asuhan kanak- kanak bagi kemudahan pekerja-pekerja mereka? Jadi, adakah setakat ini tindakan ataupun hukuman telah dikenakan kepada mereka yang telah melanggar peraturan setakat ini? Begitu juga, saya ingin menyentuh dengan berkaitan dengan hak pekerja juga iaitu berkaitan dengan kebajikan pekerja terutama pekerja-pekerja yang bekerja di kilang-kilang. Oleh sebab bukan sahaja estet, perlombongan, khususnya pekerja yang berkaitan dengan pekerja wanita. Jadi ada peraturan untuk menjamin keselamatan. Bayangkan satu kilang yang pekerja wanitanya bekerja di sebelah malam yang mungkin pulang pukul 3.00 pagi, pukul 4.00 pagi. Kita bimbang, yang paling penting ialah keselamatan mereka. Jadi, sejauh mana jaminan sekiranya pekerja ini tidak, kilang ataupun tempat bekerja ini tidak menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selamat dengan keadaan perjalanan yang tidak selamat? Jadi, apakah tindakan terhadap pengusaha- pengusaha kilang seperti ini? Begitu juga, saya ingin tahu berkaitan dengan standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja. Adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan syarat supaya penginapan yang disediakan kepada pekerja ini yang menyediakan segala infrastruktur yang bersesuaian? Contoh, penginapan untuk wanita dan penginapan untuk lelaki. Akan tetapi tidak disebutkan di sini macam mana sekiranya pihak majikan hanya menggunakan bilik air. Contohnya, penggunaan bilik air yang sesuai. Jadi, saya bimbang sekiranya perkara ini tidak disebut secara khusus, ini akan diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk meminimumkan kos mereka. Begitu juga dalam fasal 11 yang menyebutkan tentang tiada cas, seksyen 24G, fasal baharu yang mana caj penginapan dipungut melalui potongan upah pekerja. Adakah ini satu ketetapan berapa minimum ataupun maksimum potongan yang dibuat? Oleh sebab kita bimbang apabila berlakunya ruang pemotongan caj ini dibuat, ada majikan yang mungkin mengenakan caj yang besar ataupun tinggi yang menjejaskan pendapatan pekerja dengan gaji minimum yang terhad apa lagi mereka perlu menyara kehidupan berkeluarga dan sebagainya. Jadi, sejauh mana perkara diberi perhatian untuk memastikan pematuhan kepada arahan dalam akta ini tidak memberi kesan yang merugikan pekerja-pekerja yang kita hendak lindungi? Saya ingin tahu juga tentang program-program latihan, kursus-kursus yang disediakan untuk melahirkan pekerja yang mahir, yang bertanggungjawab seperti employee training. Apakah syarat-syarat yang telah dikenakan kepada pihak majikan untuk memastikan pekerja-pekerja mereka diberi latihan yang selayaknya? Begitu juga, sejauh mana peranan mereka dalam memberi kemudahan? Terutama seperti contoh hak pekerja untuk berkeluarga, untuk cuti rehat. Oleh sebab kita mendapat aduan ada pekerja terutama di restoran-restoran, rumah-rumah, di kedai-kedai makan, mereka ini seminggu penuh, tujuh hari seminggu bekerja tanpa rehat. Jadi, apakah pemantauan dibuat untuk tidak berlakunya kezaliman, penganiayaan terhadap pekerja? Begitu juga pekerja-pekerja yang diberhentikan. Mereka sudah ada tempat penginapan tetapi kerana kes-kes tertentu, mereka dibuang pekerjaan. Ini kerana kita tengok apa yang berlaku hari ini ramai pekerja yang dibuang. Apa hak mereka, kebajikan mereka sekiranya mereka dihalau keluar daripada rumah penginapan yang disediakan? Apa jadi pada keluarga mereka, anak-anak mereka yang masih bersekolah? Jadi banyak isu yang berkaitan pekerja yang saya harap mendapat penjelasan yang jelas daripada pihak kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. Isu-isu perumahan dan penginapan yang teruk telah berterusan lama. Akhirnya, Kerajaan Pakatan Harapan telah ambil tindakan yang baik untuk membaiki keadaan yang begitu teruk di Malaysia. Seolah-olahnya rakyat
Malaysia tidak mengambil berat keselamatan dan juga kesihatan pekerja-pekerja khususnya pekerja datang dari negara asing. Jadi satu langkah yang baik, saya mengalu-alukan. Dalam sini ada disebut adalah standard minima yang akan ditetapkan supaya pekerja-pekerja dapat menikmati perumahan dan penginapan yang lebih selesa dan tahap kesihatan juga keselamatan yang lebih terjamin. Jadi, saya berharap dengan isu-isu seperti 20 orang hingga 40 orang yang berkongsi satu rumah atau satu rumah kedai tidak berlaku lagi dan keadaan setiap bilik tidur pun jadi dapur itu bukan tidak akan berlaku lagi. Pembuangan sampah merata-rata oleh pekerja asing itu di tempat kediaman mereka tidak berlaku kerana itu akan menjejaskan kesihatan. Bukan sahaja pekerja-pekerja sendiri tetapi jiran-jiran khususnya warganegara kita sendiri. Jadi, saya berharap dengan kuasa yang diberi kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengeluarkan arahan yang difikirkan sesuai untuk mematuhi undang-undang yang akan dipinda. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan wujudkan garis panduan apa yang secara minimum sebagai tahap yang akan menjamin keselamatan dan juga kesihatan setiap pekerja. Saya pun berharap bukan kita lakukan atau wujudkan peraturan dan juga garis panduan sahaja tetapi saya berharap ada satu pasukan penguat kuasa juga diwujudkan untuk memastikan kediaman ataupun tempat perumahan atau penginapan yang disediakan oleh majikan betul-betul mematuhi tahap yang ditetapkan oleh kementerian. Ini supaya apa yang dijanji dalam pindaan ini dapat ditunaikan.
Di sini kita nampak pindaan ini setakat sekarang, ia tidak termasuk negeri Sabah dan negeri Sarawak. Tapi kita difahamkan Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak telah bersetuju supaya undang-undang bersamaan akan diperuntukkan di dalam Ordinan Buruh masing-masing. Jadi saya hendak bertanya Menteri, bilakah ini akan dikuatkuasakan di negeri Sabah dan Sarawak? Saya mengakhiri perbahasan saya. Saya akan sokong tapi saya berharaplah apa- apa yang kita gagal untuk memastikan pekerja-pekerja yang menyumbang besar kepada pembangunan negara kita ini dapat dijamin betul-betul di bawah pindaan rang undang- undang ini. Dengan ini saya sudi menyokong pindaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau, diikuti oleh Yang Berhormat Kalabakan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jelutong dan kemudian Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman dan juga Menteri, kawan baik saya. Jadi kawan baik ini, apa pun kena sokonglah ya. Yang keduanya, rang undang-undang ini saya hendak beritahu saya menyokong dengan penuh hebatnya tetapi beberapa teguran yang saya ingin buat kepada Yang Berhormat supaya Yang Berhormat perhatikan sebab Yang Berhormat timbulkan benda ini semasa Yang Berhormat jadi pembangkang dulu. Yang Berhormat timbulkan. Jadi kami pun bagi jawapan akan ambil tindakan. Sekarang kami pula bercakap, saya harap Yang Berhormat jangan cakap akan ambil tindakan serta-merta lagi sebab tindakan ini nampaknya tidak berjalan. Pertama, Yang Berhormat, bila kita syaratkan benda ini, saya tidak nampak satu usaha untuk memberi galakkan kepada pekerja tempatan. Kita sekarang ini memang kita kena support industri, kilang-kilang, perladangan di sini, kita kena support. Itu kena support. Akan tetapi, kita nampaknya apa pun kita buat, tidak nampak kehadiran orang tempatan untuk sama-sama berjuang dalam bidang pekerjaan. Pekerja tempatan sering kali diperlekehkan kononnya tidak mahu bekerja, kerja-kerja bawahan ini mereka tidak mahu, walaupun kita tidak ada satu bukti yang kukuh mengatakan mereka tidak mahu. Padahal kita tengok semua cleaner, cleaner orang tempatan. Orang yang jaga bilik air di sepanjang highway orang
tempatan kecuali satu, dua tempat sajalah. Jadi makna kata, mereka sanggup buat kerja. Tapi ia lebih kepada majikan. Setengah majikan seronok ambil orang asing kerana mereka senang kumpulkan, hendak kawal, tetapi orang tempatan mereka terpaksa berada di pelbagai tempat dan sebagainya, susah untuk kita mengangkut mereka. Jadi kita berharap supaya pengenalan akta ini akan memberi galakan kepada orang tempatan. Sebab apa? Yang Berhormat, sayanglah kepada orang tempatan sebab orang tempatanlah kita berada di tempat yang berada sekarang. Orang asing ini cuma datang kemudian-kemudian sahaja. Sekarang ini bila kita membenarkan terlampau ramai orang asing dan memperlekeh orang tempatan, sampai tidak ada satu usaha di pihak majikan untuk mengambil orang tempatan. Apakah Yang Berhormat bercadang― Yang Berhormat bercadang sebab Yang Berhormat Menteri yang berkuasa sekarang― bagi syarat tiap-tiap peluang pekerjaan mesti ada sekurang-kurangnya 30 peratus orang tempatan? Sebab, Yang Berhormat, cara kita memperkenalkan penginapan ini akan menyebabkan orang asing terkumpul di satu tempat yang tidak bagus. Bagi sesebuah negara, kalau mereka berada di satu tempat yang besar mereka bersama, ia tidak bagus dari segi keselamatan sosial dan lain-lain lagi. Tetapi kalau mereka berada di merata tempat, jadi senang kita hendak jaga dari segi keselamatan. Jadi kehadiran orang asing yang nampaknya tidak ada hadnya― padahal pembukaan kilang-kilang kita perlahan. Hendak buat bangunan pun it may two, three years, dengan izin, baru siap satu bangunan. Akan tetapi, pekerja asing ini nampaknya kemasukannya macam tidak dapat ditahan-tahan lagi. Masuk tidak berhenti. Kilang ini dulu sudah minta 2,000 orang pekerja, sebagai contohnya, tiba-tiba dia minta lagi. Sebab apa, pekerja ini dia kata sudah balik, sudah habis kontrak. Tapi bila mereka habis kontrak― Saya hendak ulang sekali lagi di Parlimen ini dan saya perlu jawapan yang mantap. Yang Berhormat jangan jawab seperti kawan kita tadi, dia jawab dia baca rang undang- undang kononnya saya tidak faham. Bagaimana saya boleh tidak faham? Selama 12 tahun saya jadi Ahli Majlis Kebangsaan Agama Islam. Selama 12 tahun saya bersama dengan raja- raja. Jadi saya tidak faham tentang peranan raja-raja padahal Yang Berhormat tahu bahawa peranan raja-raja ini diserahkan kepada Agong untuk negeri yang Agong jadi sultan. Akan tetapi, Agong itu sendiri datang daripada negeri dan sudah pasti kalau kita serasikan, perlahan-lahan negeri-negeri akan ikut. Maka dengan itu kita dapat seragamkan undang- undang agama Islam. Jadi, Yang Berhormat, berhubung dengan tajuk ini, kita tidak pernah dapat maklumat. Yang Berhormat pun tidak dapat. Malah Menteri yang jaga imigresen pun tidak dapat satu bentuk kawalan bahawa pekerja yang telah habis kontrak dia balik ke negara mereka. Dia orang tidak balik dan mereka berada dalam pasaran buat kerja-kerja yang kita tidak benarkan. Saya minta Yang Berhormat kawal ini supaya kuasa Yang Berhormat itu jangan serah pada Menteri lain. Ini kuasa Yang Berhormat. Dulu Yang Berhormat mempersoalkan kenapa kuasa ini ada dekat Menteri Dalam Negeri, ini hak Menteri Sumber Manusia. Kita pertikaikan. Sekarang ini, Yang Berhormat, hal sumber manusia, Yang Berhormat kuasa mutlak dibantu oleh Timbalan Menteri. Dia cuma bantu sajalah, lain-lain tidak boleh. Jadi, Yang Berhormat berkuasa untuk memastikan bahawa pekerja yang habis kontrak balik, lepas itu kita ambil orang baru. Sebab apa? Tidak ada kilang baharu― tidak banyak kilang baharulah sebab lambat hendak buat bangunan. Ini kilang lama boleh berulang kali dapat pekerja. Kita tidak ada bukti yang pekerja yang telah habis kontrak, mereka balik. Jadi dengan cara bentuk kediaman ini juga kita boleh membuat kawalan supaya mereka dapat ditentukan berada di sini mengikut tempohnya. Bila siap, balik. Dan pastikan supaya majikan buktikan kepada kita bahawa pekerja ini telah balik setelah kontraknya habis ataupun mereka dibenarkan kerja ke sektor lain. Akan tetapi yang bahayanya satu saja, sebab nanti ada perniagaan dalaman berlaku di antara syarikat-syarikat nanti supaya kalau orang ini serah pekerja, jadi mereka akan caj fees bawah meja yang sering berlaku sekarang ini dengan hebatnya. Kemudian yang kedua, Yang Berhormat, berhubung dengan industri estet. Jadi negeri-negeri yang buat industri estet ini, di peringkat awalnya memang mereka tidak sediakan perumahan. Perlahan-lahan kita sediakan perumahan. Tetapi oleh kerana hendak sediakan tempat penginapan ini lambat, jadi kita minta supaya rumah-rumah termasuk
rumah-rumah kampung yang banyak kita jadikan homestay dan sebagainya boleh kita jadikan kawasan kediaman. Kedua, Yang Berhormat, saya hendak tanya, berapa pekerja yang mensyaratkan mereka sediakan tempat kediaman? Sebab kalau dari segi construction, dia dapat projek RM100 juta, sudah pasti pekerjanya banyak mana. Kalau dia dapat projek RM10 juta ataupun RM2 juta, RM3 juta, dia kena buat juga kontena dan sebagainya. Jadi yang itu bolehlah diletakkan syarat bahawa pekerja construction tidak boleh dibuat rumah-rumah setinggan macam itu. Bagi syarat mesti dibina kontena untuk pekerja-pekerja ini. Cuma, satu, ia akan melibatkan kos kepada construction. Jadi, Yang Berhormat, kita minta supaya pekerjaan construction ini termasuk yang lain, syaratnya berapa orang untuk membolehkan kita sediakan perumahan ataupun 10 orang pun kita sedia perumahan. Itu sesuatu yang wajar ditanyakan. Jadi akhir sekali, Yang Berhormat, sebagai menyokong usul ini, Yang Berhormat tolong lihat sejauh mana undang-undang ini mampu untuk memberi ruang, peluang yang lebih kepada pekerja tempatan supaya mereka juga sama-sama berminat untuk bekerja. Dulu-dulu masa industri estet di Penang, dia sediakan perumahan untuk pekerja tempatan. Ini zaman dahulu. Sampai ada gelaran, kita dapat gelaran orang ini kata perkataan minah dan sebagainya. Ada gelaran zaman dulu. Kerana orang tempatan.
Kenapa dulu orang tempatan boleh bekerja? Kenapa sekarang tidak boleh bekerja? Orang tempatan yang dulu bekerja itu sekarang sudah bercucu dan mereka beritahu mereka berbangga, mereka ini asal pekerja kilang. Akan tetapi tiba-tiba pada zaman moden ini, kilang tak bertambah banyak, tiba-tiba pekerja asing dilambakkan di tahap yang luar biasa. Jadi saya ingin pecah rekod bahawa saya habiskan sebelum tempoh masa. Jadi saya menyokong dengan pindaan-pindaan. Terima kasih.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini, pindaan Standard Minimum Penginapan Pekerja yang sangat dekat di hati saya sebab saya ini lahir di estet, membesar di estet, anak estet.
Apa nama estet?
Bal Plantation Sdn. Bhd. - Borneo Abaca Limited. [Tepuk] Jadi saya ini anak estetlah.
Dahsyat, dahsyat.
Dahsyat, dahsyat, betul dahsyat.
Kalabakan dahsyat.
Jadi dalam menyokong pindaan ini, kita juga melihat bahawa garis panduan ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan dasar kerajaan mewajibkan majikan menyediakan penginapan mengikut standard minimum pekerja tempatan dan asing yang digajikan. Standard minimum penginapan yang terkandung dalam garis panduan ini hendaklah mematuhi kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berlandaskan kepada Recommendation 115 Workers Housing Recommendation 1965 Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Ia berobjektif memperuntukkan standard-standard minimum penginapan untuk pekerja, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja, mengekalkan ketenteraman dan keharmonian sosial di kalangan masyarakat dan mematuhi standard antarabangsa berhubung pengurusan pekerja. Akta ini boleh diaplikasikan sebagai garis panduan terpakai kepada semua majikan yang menggajikan pekerja asing bagi semua sektor di Malaysia kecuali kepada majikan yang menggajikan perkhidmatan domestik asing. Garis panduan ini juga tidak terpakai kepada tempat-tempat pekerjaan yang diliputi bagi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta 446. Bagi sektor pembinaan, penyediaan kemudahan penginapan sementara adalah tertakluk kepada Temporary Construction Site Workers Amenities dan Accommodation Code of Practice yang dikeluarkan oleh Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Bagi sektor-sektor lain yang menyediakan kemudahan penginapan sementara, majikan boleh mengguna pakai Temporary Construction Site Workers Amenities and Accommodation Code of Practice seperti dalam perkara di atas. Saya ingin mencadangkan bagi tempat penginapan yang menggunakan bangunan yang sedia didiami, setiap pekerja hendaklah diberi ruang tertutup sepenuhnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi bagi tujuan pengiraan bilangan penghuni sebuah unit kediaman. Formula pengiraan adalah seperti berikut; jumlah keluasan tertutup keseluruhan 4.5 meter persegi, jumlah penghuni dibundarkan kepada nombor yang terdekat. Bagi pengubahsuaian kegunaan bangunan bukan kediaman kepada kegunaan kediaman, kerja ubah suai hendaklah mematuhi UKBS 1984 dan standard ruang minimum seperti berikut; (i) ruang tertutup sepenuhnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi bagi setiap pekerja dan ketinggian dinding hendaklah mematuhi Undang-undang Kecil 44 dan 45 UKBS 1984; (ii) ruang dapur tidak kurang daripada satu meter persegi bagi setiap pekerja termasuk ruang makan; (iii) ruang guna sama untuk setiap 10 orang pekerja tidak kurang daripada 9 meter persegi; (iv) tandas dan bilik mandi dengan nisbah satu untuk enam pekerja dan ada dapur gas, bekalan air bersih dan bekalan elektrik; (v) kemudahan asas minimum hendaklah disediakan untuk setiap pekerja dan tidak boleh dikongsi; (vi) katil bujang, tilam dan bantal dan almari pakaian berkunci, keselamatan dan kebersihan. Majikan hendaklah memastikan suatu unit bangunan kediaman tidak boleh dikongsi oleh pekerja asing yang berlainan jantina; (vii) pengalihudaraan dan cahaya semula jadi yang mematuhi Undang- undang Kecil 39 UKBS 1984; (viii) tandas, bilik mandi dan dapur dijaga dengan keadaan bersih dan boleh digunakan; (ix) persekitaran halaman dan bangunan sentiasa dalam keadaan selamat dan bersih; (x) penyediaan kemudahan tempat pembuangan sampah, pendawaian elektrik dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa tidak dibenarkan sama sekali; dan (xi) penyediaan peti kecemasan (first aid kit) dan alat pemadam api yang mencukupi. Mana-mana majikan yang memohon pekerja asing hendaklah membuat surat komitmen berkaitan penyediaan tempat penginapan pekerja asing yang ditandatangani oleh pengarah syarikat, pemilik atau rakan kongsi di hadapan pegawai tenaga kerja. Sebagai input tambahan, pindaan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja Akta 446 akan membolehkan bukan sahaja pekerja estet malah semua pekerja industri menerima kemudahan kesihatan dan keselamatan yang lebih baik. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata menerusi akta itu, majikan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada pekerja perlu menepati piawaian ditetapkan bagi mengelakkan daripada didenda. Katanya sebelum ini, Akta 446 hanya mengawal kemudahan penginapan untuk pekerja di estet, selain diguna untuk sektor perlombongan dan pertanian. Walau bagaimanapun, pindaan yang dibentangkan di Parlimen pada sesi ini menerusi Kementerian Sumber Manusia akan memperluaskan lagi akta itu daripada segi kemudahan kepada pekerja estet dan semua pekerja industri yang lain. Akta itu juga memerlukan majikan menyediakan kemudahan penginapan secara berpusat mengikut standard ditetapkan selain perkhidmatan perubatan kepada pekerja mereka. Beliau juga
berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan seminar perubatan terkini untuk pembantu perubatan ladang baru-baru ini. Jadi, itu sahaja hujah saya. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jelutong, kemudian Yang Berhormat Rasah dan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jerai dan yang terakhir Yang Berhormat Kapar.
Terima kasih, memang patut dan cocok bahawa Yang Berhormat Kapar menjadi penggulung perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk turut serta dalam perbahasan yang cukup menarik pada petang yang begitu mulia ini. Kita lihat banyak daripada Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang masih sibuk berada di Dewan yang mulia ini memberi perhatian kepada subjek yang begitu penting tetapi kita lihat bahawa di sebelah sana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, UMNO tidak ada, MCA tidak ada, MIC tidak ada, hanya tinggal seorang sahaja daripada PAS. [Tepuk] Kita mengucapkan terima kasih, GPS pun langsung tidak ada. Ini menunjukkan sikap Barisan Nasional, sikap UMNO, sikap MCA, sikap MIC yang tak mementingkan isu yang begitu penting. Kita membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja, masalah di mana kita perlu puji kepada Menteri kita yang telah mengangkat perkara ini, menggubal undang-undang yang begitu penting, membawa kepada Dewan yang mulia ini untuk diperbahaskan tetapi langsung tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, UMNO. Walaupun berjalan berkeliaran di sana sini tetapi tidak duduk di tempat dan memberi pemerhatian kepada perkara yang begitu penting. Saya berharap bahawa pekerja- pekerja di luar sana yang menyaksikan sidang Dewan yang mulia ini akan mengambil petanda dan dalam pilihan raya yang akan datang memberi sokongan penuh kepada semua wakil Pakatan Harapan yang bertanding di kawasan-kawasan Barisan Nasional.
Penjelasan.
Yang Berhormat Arau, saya tidak bagi laluan. Duduk dulu, duduk dulu.
Ini floor Yang Berhormat Jelutong, 10 minit sahaja.
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Saya di sini.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pontian ada.
Saya di sini ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat kepada Yang Berhormat Jelutong. 36(6) dia sangkaan jahat kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.
Yang Berhormat Kota Tinggi pun ada. [Ketawa]
Baik Yang Berhormat Jelutong.
Ya, saya tahu. Baik, baik, baik.
Sebab apa, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masa saya berucap tadi memperjuangkan nasib pekerja Yang Berhormat Jelutong tak ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya tak bagi. Saya ada, saya ada di sini. Masih tercegat duduk di sini Yang Berhormat, so saya tak bagi laluan.
Tajuknya ialah.
Saya tak bagi laluan.
Eh Yang Berhormat Jelutong, tak bagi laluan kat saya?
Yang Berhormat Jelutong, BN sekarang sudah masuk dah. Teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jadi rupa-rupanya mereka sedang beristirahat di kantin tadi, minum kopi dan sebagainya dan setelah melihat perbahasan saya telah masuk kita puji, kita puji.
Saya sedang menunaikan solat Yang Berhormat.
Okey.
Baik, baik terima kasih Yang Berhormat.
Jadi 36(6) sangkaan jahat kepada kami.
Jangan buat tuduhan Yang Berhormat Jelutong.
Jadi dia rekod apa.
Apalah tuduhan. You ingat ini urusan you seorang sahaja kah?
Baik terima kasih. Yang Berhormat Jelutong teruskan.
Saya di sini ingin menyatakan bahawa kepujian yang tertinggi harus diberikan kepada Menteri. Ini kerana undang-undang yang telah digubal pada tahun 1990, baru sahaja terfikir, baru sahaja Kerajaan Pakatan Harapan, Menterinya telah mengambil masa untuk menggubal undang-undang ini untuk...
Alah sudahlah, Menteri pun seorang sahaja yang adalah, besar pula kuli.
Untuk membentangkan undang-undang ini.
Menteri seorang sahaja ada. Apa cakap Yang Berhormat Jelutong?
Janganlah ganggu saya.
You yang ganggu semua orang.
Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Ini perbahasan sayalah! Dengar perbahasan saya.
Dapat seorang Menteri sahaja Yang Berhormat nampak. Saya ingin merekodkan kepada rakyat Malaysia bahawa hanya seorang sahaja Menteri hadir masa rang undang-undang untuk memberi pembelaan kepada...
Saya tak bagi laluan, saya tak bagi laluan, terima kasih.
Yang Berhormat, dia cari pasal dengan kami. Kalau tidak, kami okey. Kami menyokong rang undang-undang ini.
Timbalan dia, timbalan. [Ketawa]
Yang Berhormat, di sini saya ingin menarik perhatian kepada peruntukan-peruntukan yang telah digubal terutamanya 24J sungguh menarik. (a) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina; (b) mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja; (c) mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang- undang yang bertulis yang berkaitan; (d) memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang yang bertulis yang berkaitan; (e) memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan (f) mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai perubatan kesihatan. Semua undang-undang dan peruntukan-peruntukan ini merangkumi perkara- perkara yang akan menjamin kesejahteraan pekerja. Pada masa yang sama dengan izin Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya boleh menyeru kerajaan baru untuk memberi perhatian kepada perkara yang mungkin menyimpang sedikit. Saya berterima kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan yang baru ini, yang menggubal undang-undang ini. Pada masa yang sama Menteri, kita juga jangan abaikan kesejahteraan, kebajikan penjawat-penjawat awam. Saya dengan izin ingin menyimpang, terutamanya anggota-anggota Polis Diraja Malaysia. Di mana saya menyeru kerajaan yang baru, memastikan bahawa berek-berek polis yang ada, semua tempat-tempat penginapan anggota polis yang ada dinaikkan taraf di seluruh negara. Ini adalah perkara yang begitu penting. Di kawasan saya di Jelutong, berulang kali saya sudah berbahas. Kita lihat berita baru-baru ini tergempar! Yang Berhormat Pekan membelanjakan RM3.5 juta menggunakan kad kredit. Kenapa kerajaan dahulu tidak memberikan perhatian kepada perkara ini? Yang Berhormat Pekan membelanjakan RM3.5 juta menggunakan kad kredit, tetapi kebajikan anggota polis diabaikan.
Point of order, ini tidak ini. Tajuknya lari Yang Berhormat, ini adalah kerja.
Tambahan, tambahan.
Yang Berhormat Arau, saya tidak bagi laluan, sila duduk.
Eh! Yang Berhormat Jelutong, kau nak bermusuh dengan saya?
Tak, saya bagi. Biar saya habiskan dulu.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, jap lagi bagi Yang Berhormat Jelutong habiskan.
Perkara ini perkara penting Yang Berhormat. Perkara berkenaan kebajikan anggota polis adalah begitu penting saya memperjuangkan dari hari pertama saya masuk ke sini. Saya memperjuangkan hak...
Kita juga memperjuangkan tetapi ini lari tajuk, lari tajuklah Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Pontian sibuk bela Yang Berhormat Pekan sahaja, angkat bakul Yang Berhormat Pekan sahaja. Yang Berhormat Pontian selalu ambil bakul Yang Berhormat Pekan sahaja.
Ini usul lain, ini usul lain.
Apa, apa menyimpang?
Standard rumah kepada para pekerja...
[Dewan riuh]
Ya inilah, kalau tak faham kerja! Balik kampung sahaja. Apa punya MP.
Nasib polis, tentera setuju tetapi tajuk kerajaan ini gagal untuk bawa rang undang-undang untuk memberi pembelaan kepada polis.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua 36(6) Tuan Yang di-Pertua. Apa fasal bagi sangkaan jahat kepada...[Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik, Yang Berhormat Jelutong, sila tidak lari daripada tajuk, sila teruskan.
Saya minta supaya kerajaan akan bawa rang undang-undang untuk membela polis dengan pekerja. Jangan cakap... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Dipersilakan. Baik Yang Berhormat Jelutong kata, dia akur. Baik sila.
Ha! Dia akur? Tetapi dia ada cakap dia kononnya memperjuangkan polis dan tentera, tetapi tidak ada rang undang-undang. Dia Menteri ini, dia bukan jaga polis dan tentera.
Yang Berhormat, ini floor saya, ini floor saya.
Ahli-ahli Yang Berhormat baik.
Rang undang-undang cabar. Cabar supaya bawa rang undang-undang untuk memberi pembelaan kepada polis dan tentera dan juga penjawat awam.
Baik, terima kasih. Baik, baik, terima kasih. Sekarang Yang Berhormat Jelutong hanya tinggal 2 minit setengah sahaja sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mereka mengganggu saya. Kita tahu, kita tahu bahawa dahulunya bila beradanya dalam kerajaan, Yang Berhormat Arau yang sungguh berwibawa, Yang Berhormat Pontian yang sungguh berwibawa sibuk dengan mengangkat bakul Yang Berhormat Pekan. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, ini Peraturan 36(6) Tuan Yang di-Pertua.
Tapi tak ada masa, so saya sekarang berbalik kepada tajuk ini...
[Dewan riuh]
Sangkaan jahat, takkan Tuan Yang di-Pertua benarkan Tuan Yang di-Pertua?
Bahawa undang-undang ini adalah undang-undang yang baik yang akan mengelakkan masalah sosial daripada berlaku.
Dia terus terang Tuan Yang di- Pertua, kuasa kerajaan.
Ada seminit lebih sahaja tak apa.
Tak bolehlah seminit lebih Tuan Yang di-Pertua.
Eh! Yang Berhormat Paya Besar, duduklah! You budak kecil, duduk, duduk! Duduklah. Sudahlah you pun ambil bakul Pekan sahaja selalu, duduklah.
Eh! Apa you lagi teruk, you lagi teruk!
[Ketawa] Ini sangkaan paling jahat dalam dunia, 36(6).
Saya minta tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Apa tarik balik?
Tarik balik!
Dah, dah Yang Berhormat Jelutong teruskan perumahan workers village ya.
So, di sini undang-undang ini adalah undang-undang yang baik yang akan mengelakkan masalah sosial.
Tarik balik, Tuan Yang di-Pertua 36(6) Tuan Yang di-Pertua.
Apa tarik balik?
Tarik baliklah you sudah sangka jahat pada saya!
Tarik balik apa? Tarik balik apa?
Ini Yang Berhormat, Yang Berhormat tuduh kami angkat bakul... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Buat usullah.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya tidak benarkan untuk mencelah. Sila, hanya tinggal 50 saat sahaja lagi sila Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, tarik baliklah perkataan itu sangkaan jahat, tarik baliklah.
Di sini ingin menyatakan bahawa undang-undang ini adalah undang-undang yang baik yang digubal oleh kerajaan baru yang akan memastikan semua masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh pekerja- pekerja dan pekerja-pekerja-pekerja...
Yang Berhormat tidak langsung memperjuangkan pekerja tempatan. Yang Berhormat Kena ingat, pekerja tempatan sekarang ini tidak mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Arau, saya tidak bagi laluan.
Ya, Yang Berhormat cakaplah tajuk itu.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.
So, kita pastikan bahawa dengan undang-undang ini, masalah-masalah sosial yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu tidak akan berulang dan saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Menteri dan juga kerajaan baru di atas undang-undang yang telah digubal ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dulu, kini dan selama- lamanya Pakatan Harapan, hidup Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Podah!
Yang Berhormat kata memperjuangkan, penulisan Yang Berhormat bohong selama ini! [Tepuk meja] [Ketawa]
Baik, baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jerai dan juga Yang Berhormat Kapar.
“Masuk bakul angkat sendiri”.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut mengambil bahagian dalam perbahasan untuk rang undang- undang pada petang ini. Saya, bagi saya yang pertama saya hendak menyatakan sokongan saya terhadap pembentangan rang undang-undang ini pada petang ini, sebab akta asal yang telah digubal pada tahun 1990 kini kita mengangkat akta ini ke satu anjakan yang baru dalam memberikan kebajikan kemudahan minimum kepada pekerja yang terlibat. Jadi, tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan walaupun hanya menjadi kerajaan lebih kurang setahun sahaja, tahniah kepada kementerian di bawah Menteri kita di atas usaha yang saya nampak kesungguhan, kegigihan daripada pihak kementerian untuk mengangkat martabat pekerja kita khasnya kebajikan, penginapan dan perumahan mereka ke satu anjakan yang baru yang tidak pernah dirasai, tidak pernah diberikan perhatian oleh rejim sebelum ini. Cuma beberapa perkara yang saya hendak sebutkan pada hari ini. Pertamanya saya hendak mengatakan, saya secara dasarnya saya bersetuju seksyen 24A yang baru dimasukkan ke dalam rang undang-undang ini sebab ia dapat meluaskan skop kepada pekerja yang terlibat iaitu selain daripada di estet.
Cuma, persoalan saya di sini, apakah selain daripada mereka yang bekerja di estet itu, ayat ini cukup meluas untuk merangkumi semua pekerja dan semua bidang yang terlibat. Tidak kira di mana, di pihak perkhidmatan, pembuatan dan sebagainya.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ataupun hanya merujuk kepada beberapa bidang tertentu sahaja. Kalau kita tengok skop asal yang lebih merujuk kepada pertanian yang dikatakan estet dan perlombongan. Tahun 1990 mungkin sesuai, mungkin sesuai untuk ketika dan masa itu. Akan tetapi, hari ini, zaman telah berubah. Sektor pekerjaan telah berubah dan sudah lebih ramai pekerja kita tidak kira di mana-mana peringkat terlibat dengan sektor pembuatan dan sebagainya. Jadi saya hendak tahu, setakat mana skop yang digariskan, yang dikatakan bahawa selain daripada mereka yang bekerja di estet itu. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ketika membuat penggulungan nanti.
Begitu juga, kalau kita ikut tafsiran estet. Ia merujuk kepada sektor pertanian yang melibatkan keluasan tanah lebih daripada 20 hektar. Kalau lebih 20 hektar itu, lebih kurang 50 ekar. Jadi, macam mana dengan mereka yang terlibat dalam sektor pertanian yang melibatkan tanah yang kurang daripada 20 hektar tersebut? Apakah ada perlindungan dan ada klausa tertentu dan perenggan tertentu untuk melindungi kebajikan mereka khasnya dari segi perumahan? Saya menyambut baik pindaan yang dibuat, rang undang-undang ini selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada tahun lepas untuk kita mengangkat kebajikan dan keperluan pekerja-pekerja ke satu tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah diberikan. Tidak pernah difikirkan.
Betul.
Betul.
Ataupun tidak pernah dilaksanakan [Tepuk] oleh rejim yang pernah berkuasa di bumi Malaysia selama 61 tahun.
[Ketawa]
Hari ini, kita berjaya melaksanakannya. Ia juga membolehkan kita memuaskan ataupun mematuhi peraturan-peraturan dalam konvensyen antarabangsa berkaitan dengan Undang-undang Buruh supaya dunia luar, pelabur dari peringkat antarabangsa melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan setakat menawarkan prasarana yang terbaik untuk pelabur. Akan tetapi, turut menghormati pekerja sebagai entiti penting dalam pembangunan menjana ekonomi negara. Jadi, saya berharap dan saya juga percaya dengan adanya rang undang-undang baharu ini, ia akan dapat membolehkan lebih ramai dan lebih banyak pelabur berskala besar antarabangsa dapat melabur di bumi Malaysia. Seterusnya, membawa anjakan kepada pembangunan ekonomi negara kita. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak menyatakan sokongan perpaduan saya adalah berkenaan pindaan terhadap seksyen 10, seksyen 11 dan seksyen 12. Hal ini terutamanya berkenaan dengan hukuman denda yang dikenakan terhadap majikan ataupun pihak-pihak yang ingkar ataupun gagal mematuhi syarat yang ditetapkan. Bagi saya, lonjakan denda yang dikenakan tersebut akan bersifat deterrent atau akan bersifat mendatangkan satu tekanan kepada pihak-pihak tersebut supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Ini disebabkan kalau sebelum itu kita tengok ketidakpatuhan hanya denda setakat RM1,000 atau RM2,000. Kalau majikan yang mempunyai kuasa kewangan yang besar, tidak ada apa. Mereka tidak akan takut. Setiap hari RM50. Apa ada pada setiap hari RM50? Akan tetapi, hari ini, kita tengok dengan pindaan tersebut, setiap hari naik kepada RM1,000. Inilah yang akan memaksa sesiapa yang ingkar dan degil itu supaya mahu tidak mahu terpaksa mematuhi peraturan yang kita tetapkan. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak katakan di sini adalah berkenaan dengan pindaan ini telah mengecualikan negeri Sabah dan Sarawak daripada akta ini. Jadi, akta ini, selepas pindaan ini dikuatkuasakan dan diwartakan hanya akan berkuat kuasa di Semenanjung dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Saya hendak bertanya, walaupun Yang Berhormat Menteri tadi ada menyatakan bahawa kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak, mereka akan meminda Ordinan Buruh masing-masing yang membawa maksud yang lebih kurang sama. Jadi, saya bertanya kenapa hendak keluarkan itu? Ini disebabkan saya merujuk kepada Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan bidang kuasa kerajaan-kerajaan baik Persekutuan mahupun negeri. Saya dapati hal ehwal berkenaan dengan buruh dan tenaga kerja, ia di bawah Senarai 1 yang sepatutnya bidang kuasa tersebut ada pada Kerajaan Persekutuan. Saya nampak pengecualian yang dibuat di Senarai 2(a) untuk Sabah dan Sarawak tidak menyebut – tidak silap saya rujukan saya tidak sebut pun kuasa yang khas diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mohon pencerahan daripada pihak Yang Berhormat Menteri. Kenapa dan apakah justifikasinya untuk kita mengeluarkan Sabah dan Sarawak berkenaan dengan perkara ini?
Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan asas kepada akta ini. Di awal pembentangan tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa rang undang-undang yang dicadangkan ini sebenarnya tidak mewajibkan semua majikan yang terbabit untuk menyediakan perumahan dan penginapan kepada pekerja mereka. Ini bermakna di sini kalau kita tengok dari segi bahasa dan secara literalnya, majikan mempunyai pilihan. Pilihan di tangan mereka untuk mereka patuhi atau tidak. Akan tetapi, sekiranya mereka pilih untuk mematuhi bagi menyediakan kemudahan perumahan dan penginapan kepada pekerja barulah mereka tertakluk kepada akta ini. Apa akan terjadi kepada majikan yang tidak memilih supaya mereka tidak tertakluk kepada akta ini? Jadi, apakah safeguard? Apakah jaminan kepada penginapan, kepada pekerja yang terlibat sekiranya majikan tersebut enggan ataupun memilih untuk tidak tertakluk kepada akta yang kita bentangkan dan bincangkan ini? Jadi, saya secara dasar, saya menganggap ia sesuatu yang baik. Sesuatu yang menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Pakatan Harapan walaupun saya membuat beberapa teguran tersebut yang saya harap supaya ia boleh diperbaiki dan boleh mendapat penjelasan. Saya percaya Yang Berhormat Menteri sebagai seorang pejuang kepada hak asasi pekerja yang telah sekian lama. Kalau tadi Yang Berhormat Arau tadi, Yang Berhormat mengakui bahawa Yang Berhormat Menteri ketika menjadi pembangkang dulu banyak membangkitkan soal-soal fasal pekerja. Saya cukup percaya Yang Berhormat Menteri kita mempunyai pengalaman yang cukup meluas dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan sektor ini. Sudah tentunya Yang Berhormat dalam keadaan dan posisi yang terbaik untuk menyediakan draf rang undang-undang ini untuk kepentingan secara menyeluruh semua pekerja yang terbabit. Jadi, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerai.
Yang Berhormat Jerai tidak ada. Diganti Yang Berhormat Sik.
Oh, Yang Berhormat tidak ada.
Yang Berhormat Jerai, tidak ada.
Silakan Yang Berhormat Sik.
Sik. Ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin bersama memberi pandangan dalam perbahasan meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990. Pertamanya, saya yakin sudah pasti pihak kementerian sebelum membentangkan pindaan akta ini, sudah mempunyai data dan statistik pekerja-pekerja di beberapa sektor yang utama yang mereka masih belum mempunyai kediaman yang standard seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Jadi, saya memohon pihak kementerian mengeluarkan data ini khususnya dalam sektor perkilangan, sektor pembinaan, perkilangan dan juga perlombongan, ia empat sektor utama ini. Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya bersetuju tadi dengan Yang Berhormat Rasah. Dalam akta ini, kita sudah membuat satu ketetapan bahawa ada hukuman kepada majikan yang tidak menyediakan standard perumahan dan kemudahan kepada pekerja.
Namun begitu, kita telah melepaskan hak dan tanggungjawab ini kepada majikan yang tidak menyediakan langsung kemudahan perumahan ini. Seolah-olah kita hanya menghukum kepada mereka, majikan yang ingin menyediakan kemudahan perumahan ini.
Namun mendapat standard yang diputuskan atau ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jadi, sudah pasti kita lihat ada kelompangan dalam akta ini dan sudah pasti ada majikan yang akan mengambil jalan keluar untuk dia langsung tidak akan menyediakan kemudahan perumahan, standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin membangkitkan, bagaimanakah spesifik kepada standard minimum kepada perumahan yang perlu disediakan oleh pihak majikan? Itu tidak disebut dalam akta ini dari segi contohnya keluasan rumah yang perlu disediakan, bilik dan sebagainya. Jadi perlu dijelaskan oleh kementerian soal spesifik...
Yang Berhormat Sik...
...standard minimum perumahan.
Yang Berhormat Sik, sikit.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua – eh Yang Berhormat Jelutong tidak ada? Yang Berhormat Jelutong keluar?
Teruskan, teruskan.
Keluar berkeliaran. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Sik, adakah Yang Berhormat Sik bersetuju agar pihak kementerian sedang meletakkan 100 pekerja bilangan itu, adakah perlu diturunkan lagi? Seramai 100 orang bilangan pekerja dalam akta yang sedia ada, supaya ia lebih tertumpu kepada hak. Oleh sebab apa yang dilakukan pada hari ini ialah 100 pekerja ini adalah jumlah yang agak besar kerana ia tidak melibatkan tanggungan, silakan.
Yang Berhormat Paya Besar, Jelutong ada di sinilah.
Oh, baru masuk? Baru masuk.
Bukan baru masuk, sentiasa ada di sini.
Sila teruskan Yang Berhormat Sik.
Saya sangat bersetuju dengan...
Ingat takutkah?
...pandangan Yang Berhormat Paya Besar supaya kementerian melihat jumlah minimum 100 pekerja itu untuk dilihat jumlah yang lebih munasabah setiap majikan perlu sediakan perumahan ini. Jadi mohon masukkan dalam ucapan saya. Seterusnya Yang Berhormat Menteri saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian ada mempunyai insentif ataupun galakan kepada pihak majikan yang mereka ini telah membelanjakan sedikit kos untuk menyediakan perumahan yang standard yang minimum ini? Contohnya dari segi pelepasan cukai dan sebagainya. Ini agak penting apabila kita ingin menggalakkan seluruh majikan, mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan satu hal yang sangat penting dalam soal kebajikan kepada seluruh pekerja-pekerjanya. Ia juga akan memberikan satu nilai tambah kepada majikan itu sendiri di samping mereka telah membantu pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan atau memberi ruang pekerjaan kepada rakyat tempatan itu sendiri. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, dalam soal galakan membina penempatan pekerja yang berpusat (CLQ) ini, apakah pihak kementerian mempunyai garis panduan yang diberikan kepada majikan untuk mereka mewujudkan penempatan berpusat ini? Supaya ia lebih tersusun dan ia tidak memberi satu gambaran. Seperti mana yang ada sekarang, iaitu kita melihat –khususnya di dalam sektor pembinaan, majikan-majikan hanya menyediakan rumah-rumah kongsi yang sangat daif, yang tidak ada langsung standard sebagai rumah yang sesuai didiami dengan tidak ada kemudahan asas, sistem perparitan, contohnya sistem elektrik. Juga ada di antara rumah-rumah kongsi ini menjadi tempat pembiakan ataupun
masalah kesihatan pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan merebaknya penyakit demam denggi dan sebagainya.
Yang Berhormat, minta laluan sedikit.
Ya?
Saya cuba hendak membantu atas isu yang sama. Adakah Yang Berhormat bersetuju juga bahawa kawasan-kawasan ini juga menjadi sarang maksiat? Sering kali menyebabkan masalah rumah tangga dan juga selalunya didatangi oleh warganegara-warganegara Malaysia ke tempat tersebut. So, kita perlu memastikan bahawa pekerja-pekerja ini diletakkan di sebuah tempat supaya pemantauan lebih efektif. Ini kerana kita lihat bahawa sering kali apabila mereka berada di tempat-tempat perumahan yang awam, tempat-tempat yang terbuka kepada orang lain, kawasan perumahan dan sebagainya, perkara ini sering kali berlaku.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Pandangan yang bagus dan sepatutnya Yang Berhormat Jelutong sentiasa memberikan pandangan sebegini. [Ketawa]
Sentiasa, sentiasa – saya sentiasa. Cuma saya hentam BN sebelah sana sahaja. Depa tidak buat apa-apa, cakap saja banyak.
Jangan fitnahlah.
... Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong rumah-rumah kongsi ini...
Sila Ahli Yang Berhormat, jangan ganggu. Sila Yang Berhormat Sik, teruskan.
Rumah-rumah kongsi pekerja khususnya pembinaan ini menjadi sarang maksiat yang sangat memberi kesan kepada masalah sosial kita. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, saya ingin membangkitkan berkaitan dengan perumahan kepada pekerja kilang ataupun industri khususnya di kawasan utara. Saya mengambil contoh, ada sebahagian pekerja-pekerja kilang yang jauh mereka tinggal di daerah Sik, daerah Baling dan mereka bekerja di Perai, di Pulau Pinang dan sebagainya. Adakah pihak kementerian melihat ada kuarters-kuarters kerajaan yang ditinggalkan dan tidak dihuni? Contohnya kuarters guru di Sungai Petani dan di bandar-bandar yang tidak didiami lagi oleh sektor perkhidmatan awam ini khususnya guru. Adakah pihak kementerian melihat rumah-rumah yang ditinggalkan dan banyak unit rumah ini yang telah menjadi rosak dan menjadi sarang kepada penagihan dadah dan sebagainya untuk digunakan oleh sektor ataupun pekerja-pekerja kilang ini dengan persetujuan dengan kementerian yang terbabit? Seterusnya, saya merujuk berkaitan dengan seksyen 24J iaitu 24J(a) menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina. Ini perlu juga dijelaskan jika ada pekerja itu yang berkeluarga serta mempunyai suami isteri dan anak, perlu diletakkan dengan jelas bagaimana kedudukan mereka, rumah yang disediakan.
[Bangun]
Seterusnya juga 24J(e) iaitu memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan. Ya.
Sila Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan kebajikan dan keperluan pekerja. Di antara isu yang berbangkit juga ada majikan yang tidak menyediakan kemudahan pengangkutan terutamanya bagi pekerja- pekerja Muslim lelaki untuk pergi solat Jumaat. Mereka terpaksa berjalan kaki jauh dengan keadaan tidak ada kemudahan. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat? Seharusnya majikan bukan sahaja kemudahan penginapan, kemudahan dari segi kesihatan, infrastruktur
tetapi kemudahan untuk mereka melakukan ibadah terutama fardu adalah menjadi satu tanggungjawab yang harus diambil perhatian. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Ya, saya sangat bersetuju bahawa pihak majikan perlu mengambil tahu hal kebajikan termasuklah soal pengangkutan mereka, soal ibadah mereka kerana tidak adillah jika pihak majikan hanya memerah keringat pekerja ini dengan sesungguh-sungguhnya tetapi kebajikan mereka diabaikan begitu sahaja. Saya rumuskan tadi dalam 24J(e) itu soal bantuan perubatan. Ada satu laporan yang saya baca bahawa ada pekerja yang mereka ini telah disahkan oleh pihak hospital mempunyai penyakit yang kritikal seperti kanser dan sebagainya. Mereka apabila dipohon untuk mendapatkan peruntukan daripada SOCSO sebanyak enam percent daripada gaji mereka itu, mereka disyaratkan untuk berhenti kerja dahulu barulah SOCSO akan memberi peruntukan enam percent ini. Adakah kementerian membenarkan dakwaan ini untuk dijelaskan kepada rakyat? Terakhir ialah saya membangkitkan – juga berkaitan dengan satu isu yang melibatkan perumahan kepada 245 buah keluarga pekerja ladang di Syarikat Berjaya di Batang Berjuntai. Isu ini sudah sekian lama, berlarutan lebih 20 tahun. Bagaimana lima buah ladang, pekerja-pekerja ini masih lagi belum mempunyai rumah yang selesa untuk mereka? Walaupun hal ini katanya adalah tanggungjawab kementerian KPKT, adakah pihak kementerian sumber manusia mencelah ataupun juga mengambil tahu berkaitan dengan kebajikan lebih daripada 245 buah keluarga pekerja ladang ini yang mereka ini menuntut hak mereka untuk disediakan perumahan yang selesa? Jadi Yang Berhormat Menteri, itu sahaja pandangan saya. Mohon saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapar yang terakhir, sila 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti rang undang-undang ini yang bertujuan untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.
Saya sambut baik sebab ia berselari ataupun bersekali dengan ILO yang mana recommendation 115 itu memang tepat dan ia melibatkan Workers’ Housing Recommendation 1961. Sebenarnya itu sepatutnya dilakukan tatkala seruan itu dibuat. Namun, kita telah bersedia dan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang sambut Konvensyen ILO ini sebagai satu daripada kategori untuk mengangkat martabat dan juga keselamatan rakyat bekerja di dalam negara ini. Apabila kita membicarakan soal sebelum ini― ini dinamakan dasar. Oleh sebab itu, apabila dasar, sekarang ini ia rang undang-undang. Jadi, bila dibuat rang undang-undang, itu menjadikan satu perkara wajib. Sebelum ini, kesatuan-kesatuan yang mengamalkan yang dipanggil housing allowance yang ada perjanjian bersama, tetapi malangnya kesatuan dalam negara ini hanya sekitar lapan peratus dan 92 peratus tidak berkesatuan dan mereka tidak langsung dikawal selia oleh rang undang-undang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan bahawa ia melibatkan pekerja. Apabila employees ataupun employee, itu sesungguhnya mewakili seluruh dalam jadual pekerjaan. Jadi, tidak perlu gusar kepada pekerja tempatan atau pekerja asing, semua terlindung. Jadi, tidak perlu ada suara yang mengatakan bahawa kita mengetepikan pekerja tempatan. Itu lontaran yang tidak menterjemah segala details yang ada dalam rang undang- undang ini. Jadi, saya minta Yang Berhormat yang ada pandangan sebegitu, simpan dalam poket, nanti balik rumah, go through balik secara detail rang undang-undang ini.
Saya ingin menyinggung akta ini yang terpakai kepada semua termasuklah mereka- mereka pekerja asing dan tempatan tanpa mengirakan implikasi daripada apa yang berlaku. Ada di kalangan kita yang mengatakan bahawa pekerja itu ada kumpulan-kumpulan. Sebelum ini ya, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum ini perladangan, perladangan memang diberikan perumahan. Dan juga pembuatan. Akan tetapi, sekarang ini meliputi seluruh sejumlah 13 juta orang pekerja yang terlibat termasuklah apa yang Yang Berhormat Jelutong perjuangkan itu. Itu termasuk sebab ia melibatkan pekerja ataupun employees. Jadi, pindaan Akta 466 ini peruntukan baharu iaitu seksyen 24(1) yang ditambah baik untuk dikawal selia, di-supervision-kan ataupun dipastikan melibatkan seluruh daripada pindaan― bukan pindaan sahaja, tetapi undang-undang baharu dimasukkan sebagai syarat wajib. Saya mengucapkan syabas kerana ia akan memberikan standard minimum yang tidak boleh dikompromikan. Inilah salah satu daripada pertanggungjawaban kita untuk memastikan pekerja itu dapat keselesaan. Maka, kita dengan secara automatik, kita menggalakkan anak-anak daripada desa-desa dan kampung boleh meraih pekerjaan dengan berpeluang di atas kos sara hidup itu dapat dikurangkan. Sebenarnya natijah itu amat besar. Kita kena melihat ia daripada segi tanpa sempadan. Inilah salah satu cara untuk kita meraikan pengangguran itu akan dikucupkan daripada 509,613 ini akan dapat dikurangkan. Satu atur cara yang cukup― saya fikir rakyat pekerja yang akan menerpa selepas remaja mereka ini mendapat peluang yang seluas- luasnya. Untuk meneruskan ucapan saya, dalam segi konteks, saya melihat satu perkara yang sebegitu kritikal, Tuan Yang di-Pertua, bila membicarakan soal kawal selia, soal penguatkuasaan, soal akta tidak boleh kita ragut ataupun kita biarkan ia berlalu. Saya di sini 11 tahun dalam Dewan yang mulia ini. Macam-macam akta, Tuan Yang di-Pertua, kita telah buat. Saya kadang-kadang tengok akta ini rasa cukup ngeri. Kerana apa? Kerana protection itu nampak dia gah tetapi implementasinya itu menjadi persoalan. Maka dengan demikian, bagaimanakah kementerian boleh memantau, menguatkuasakan akta ini secara total sedangkan terdapat kekurangan pegawai penguatkuasaan JTK? Tuan Yang di-Pertua, bayangkan, JTK kita ada sebanyak 400 orang sahaja. Hendak jaga syarikat sebanyak 1.2 juta. Huh! Dahsyat! Kemudian, kita hendak jaga 13 juta orang pekerja. Mak hoi! Macam mana agak-agaknya yang 400 orang nak perform? Saya sudah minta― dahulu ada dibicarakan dan diluluskan Kabinet tetapi sekarang ini sepi tanpa bahasa. Ini tidak boleh kita biarkan. Maka, saya ingin menegaskan bahawa pegawai JTKSM ini yang menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkanun ke tempat-tempat pekerjaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu di kalangan agensi-agensi kementerian dan pendekatan lain juga diteliti termasuklah pendekatan penguatkuasaan secara self-regulation. Sebab, Tuan Yang di-Pertua, bayangkan kalau kita ada 400 orang JTK hendak jaga 1.2 juta syarikat yang melibatkan 13 juta orang, cuba bayangkan di mana relevannya? Di mana rasionalnya yang kita hendak implement? Ada 13 akta lain dijaga oleh 400 orang ini. Apa ini? Saya sudah minta berkali-kali tambah lagi 400 orang untuk menguatkuasakan. Akan tetapi, kita biarkan begitu berlalu. Saya hendak tegaskan ini, saya hendak menyinggung sedikit atas penguatkuasaan ini. Baru-baru ini di mahkamah perusahaan, Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah 30, hakimnya nama apa? Hakimnya nama Yang Arif Param. Menjaga baru tiga bulan mahkamah itu. Selepas itu, kes Megasteel yang sepatutnya tiga tahun penantian, dia kata KPI daripada kementerian mesti selesaikan dalam masa tiga tahun itu kena dibatalkan kes tersebut. Saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Menteri, kalau inilah pendekatan KPI yang kita ambil, di tangan kanan kita zalim pekerja, di tangan kiri arahan kita, kita memang tidak peri kemanusiaan! Hati mana kita letak ini? Saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat Menteri, siasat Mahkamah 30, Yang Arif Param dan tegaskan kepada dia, jangan dizalimi mereka! Settlement boleh dibuat. Daripada total, dia minta dia hendak bagi 0.54 peratus. Fuh! Tuan Yang di-Pertua, RM16,000 daripada 0.54 peratus ini apa ini? Apa settlement ini? Syarikat yang mempunyai network yang banyak― Parkson-nya, Amsteel-nya, perumahannya Lion Group― Tuan Yang di- Pertua, hendak bagi pekerjanya RM80, RM70? Saya hendak maki tidak boleh sebab backbencher kerajaan. Kalau tidak, saya maki sudah. Akan tetapi, ini yang berlaku.
Keluar peraturan.
Kalau penguatkuasaan yang saya minta ini untuk diangkat kedudukan akta itu, saya rasa itu adil. Akan tetapi, kalau begini yang berlaku, katakan KPI atas arahan Yang Berhormat Menteri, ini saya rasa keterlaluan, kalau betul itu yang dimaklumkan kepada saya. Ingat, kezaliman yang berlaku kepada pekerja- pekerja yang kita sudah ada undang-undang, yang kita ada penguatkuasaan, tetapi kita biarkan berlalu begitu sahaja. Kita boleh bermegah dengan kekuatan undang-undang kita tetapi kita tidak boleh menetapi kehendak implementasi undang-undang itu. Kita mengkhianati atas apa yang dipersetujui. Saya minta kementerian ada manusiawi lah sedikit. Manusiawi. Tuan Yang di-Pertua, merumus daripada apa yang saya hendak bicarakan isu ini. Sebenarnya isu ini memang isu yang dinanti-nanti. Sebab, ini adalah saranan daripada International Labor Organization. Saya terkejut baru-baru ini Konvensyen 87― saya sudah beritahu MUTC tolak, tunggu 10 tahun. Ini semua mengarut. Saya sendiri terlibat secara langsung. Selepas 30 tahun Konvensyen 87 itu hendak diangkat. Sezaman Tan Sri Zainal Rampak. Saya pemuda masa itu. Kami lawan untuk Konvensyen 87. Akan tetapi, yang saya sedih dan saya rasa tersentuh apabila mewakili pekerja-pekerja menolak atas apa yang telah kita janjikan dalam manifesto. Melombong semua hujah-hujah saya. Undang-undang ini undang-undang terbaik. Akta yang ada di samping itu ada 13 akta di bawah JTK. Saya mengagumi hasrat murni kita tetapi saya hendak ingatkan, akta tidak cukup kalau tidak ada penguatkuasaan. Akta hanya boleh berlalu kalau tidak ada kekuatan penguatkuasaan. Akta itu hanya menjadi paten igauan buruk kepada mereka yang mengalaminya. Maka, saya sarankan akta yang baik ini, rang undang-undang yang molek dan comel ini perlu diangkat bersekali dengan penguatkuasaan, diberikan faedah-faedah yang telah pun dijanjikan dalam perumahan dengan standard yang kita hendak, yang ILO hendak. Akan tetapi dalam masa yang sama, harus ingat, ini adalah komitmen kerajaan yang bermaruah. Pakatan Harapan milik rakyat.
Maka, saya memohon kementerian bersungguh-sungguh untuk memastikan akta ini menjadi akta yang terbaik, yang diimplementasikan, yang berjumlah syarikat 1.2 juta yang melibatkan 13 juta. Maka saya tidak ada langsung keraguan menyokong sepenuhnya- penuhnya akta ini diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar yang merupakan pembahas yang terakhir. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
[Ketawa] . Dahsyat.
Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan ...
Yang Berhormat Menteri memerlukan berapa minit? Sejam? 45 minit?
Setengah jam ke 40 minit, I think.
40 minit.
Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019. Kementerian amat menghargai pandangan dan cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, seramai 11 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas iaitu Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bukit Bendera,
Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Kapar. Saya mulakan dengan jawapan Yang Berhormat Batu Kawan yang merupakan pertama yang berhujah hari ini. Akan tetapi sebelum itu, saya ingin memberitahu Dewan ini bahawa pada 26 hari bulan 1990, bapa kepada Yang Berhormat Batu Kawan telah membahaskan mengenai akta ibu ini dengan mengambil banyak masa dan telah bertanya banyak soalan kepada Menteri-menteri pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang kawan karib kepada saya yang telah mengajak saya masuk DAP pada tahun 1990-an. Saya berterima kasih kepada beliau. Saya mula ingin menjawab perkara pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan iaitu pindaan tidak mewajibkan majikan menyediakan penginapan kepada pekerja. Apakah industri lain yang terlibat dalam pindaan diluluskan? Jawapan, semua sektor pekerjaan terlibat termasuklah sektor F&B, perkhidmatan yang dinyatakan tadi tetapi tidak merangkumi sektor awam sahaja. Ia juga terhad kepada pekerja seperti yang didefinisikan di bawah Akta Kerja 1955. Bagi pekerjaan sebagai pembantu rumah, majikan yang menggajikan mereka telah pun diisytiharkan untuk menyediakan tempat tinggal bersama dengan majikan. Kedua, penalti yang dikenakan ke atas majikan yang gagal mematuhi Akta 446. Cadangan meningkatkan kadar penalti ini kepada RM50,000 adalah sebagai satu langkah pencegahan dalam menunjukkan ketegasan dan keseriusan kerajaan dalam menangani isu- isu perumahan dan penginapan pekerja yang tidak menemui standard minimum yang ditetapkan. Perkara ini dipandang serius oleh masyarakat antarabangsa kerana perumahan pekerja sering dikaitkan dengan isu buruh paksa (force labour) dan hak asasi manusia. Diharapkan dengan peningkatan kadar penalti akan meningkatkan pemantauan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan pekerja.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Sedikit penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ini bukan di dalam ucapan perbahasan saya tadi tetapi adalah soalan yang berhubung kait sekiranya majikan mempunyai seorang pekerja yang telah lari meninggalkan premis ataupun melarikan diri, maka sekarang ini denda terpaksa dibayar oleh majikan. Contohnya sekiranya majikan itu selalu mengingatkan pekerja itu untuk membersihkan tempat mereka tidur ataupun memotong kuku yang dalam F&B, tetapi tidak juga dibuat. Dengan izin, when they nagged their workers dan pekerja itu tidak tahan dan melarikan diri. Maka wajarkah majikan itu dikenakan denda di atas tindakan pekerja itu sendiri? Mohon Menteri memberikan sedikit penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Itu adalah daripada segi peraturan yang sedia ada, yang mewajibkan bahawa majikan perlu membayar denda. Jika ada satu polisi yang baharu, kemungkinan ia dapat ditukar tetapi setakat ini kalau pekerja lari daripada majikan dan jika majikan melaporkan kepada pihak imigresen, dia perlu, dia dimestikan membayar denda. Dia tidak boleh lari. Itu adalah keperluan daripada segi regulasi yang kita ada. Potongan ke atas gaji pekerja, berapakah kadar potongan tersebut? Mengikut seksyen 24 Akta Kerja 1955, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja menerusi permohonan majikan akan mengeluarkan permit potong gaji selepas siasatan dilakukan. Pada masa ini, kadar maksimum yang dibenarkan bagi seorang pekerja adalah sebanyak RM50 sebulan. Pada masa akan datang, perbincangan antara majikan dengan kesatuan sekerja serta kesatuan majikan akan membincangkan kadar tersebut bagi menetapkan kadar yang dipersetujui kemudian. Yang Berhormat Batu Kawan juga. Apakah kriteria dan kuasa Menteri untuk menetapkan peraturan kompaun? Peraturan berkaitan kompaun akan digubal berdasarkan kepada peruntukan baharu seksyen 28A dan peraturan ini hanya akan digubal setelah libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) dilakukan. Semua kriteria, kaedah dan tatacara mengkompaun tersebut akan digubal berdasarkan penglibatan semua stakeholders.
Yang Berhormat Lembah Pantai, perkara yang dibangkitkan, adakah tindakan yang akan diambil kepada penyedia penginapan yang gagal melantik orang bertanggungjawab. Penalti ya. Penalti adalah sebanyak RM50,000 dikenakan bagi kesalahan ini. Yang Berhormat Batu Kawan juga, majikan membenarkan pekerja asing di rumah murah ataupun pangsapuri yang sepatutnya didiami oleh pekerja tempatan. Kelulusan daripada PBT atau lain-lain agensi diperlukan dan JTKSM akan juga membuat siasatan dan pemantauan untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Pembetungan dijaga oleh siapa?
Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh saya tahu secara terperinci sebab yang ini penting. Yang Berhormat Menteri katakan ada kelulusan daripada PBT. Contoh di satu taman perumahan, ada syarikat tersebut telah menempah 10 buah rumah untuk mereka menghantar atau membenarkan pekerja mereka mendiami rumah tersebut. Apakah prosedur untuk mendapat kelulusan daripada PBT? Ini disebabkan sekarang ini, garis panduan minimum yang digunakan, yang itu pun jiran-jiran warga tempatan banyak merungut kepada kami dan memberitahu bahawa jiran mereka ada 10 orang warga asing duduk, 20 orang, mereka khuatir akan keselamatan, kebersihan dan sebagainya. Saya pasti kita semua di sini ada isu-isu yang kita berdepan di kawasan-kawasan kita sendiri. Apakah tanggungjawab ataupun peranan PBT dalam pindaan rang undang-undang ini daripada segi penempatan mereka di rumah-rumah, di taman-taman ataupun di pangsapuri kos murah ataupun affordable homes? Terima kasih.
Perbincangan telah dibuat dengan PBT. Itu nombor satu. Nombor dua, kita sedang meluaskan akta ini kepada selain daripada pekerja estet dan pekerja ladang dan mining industry. Akan tetapi bila diluaskan kepada bandar-bandar, ia dirangkumi bidang kuasa dengan PBT. Majikan sepatutnya membuat permohonan kepada PBT. Semasa itu juga, PBT perlu memberitahu kepada JTK di kementerian supaya kita dapat memberikan pandangan kita mengenai apakah tindakan yang perlu diambil dan seterusnya, jika ia adalah di taman-taman, kerap kali kuasanya adalah dengan PBT. Kita harapkan PBT tidak memberikan kelulusan atau memberi conditions tertentu. Maka dengan sekali gus, itu adalah di kuasa PBT, bukan dengan kementerian. Pembetungan dijaga oleh siapa? Pembetungan dikawal selia oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Penginapan yang dibenarkan ialah bangunan untuk kediaman manusia yang dikeluarkan oleh Certificate of Completion and Compliance (CCC) oleh PBT. Ini kerana rang undang-undang ini akan melihat dari segi standard minimum kemudahan perumahan dan penginapan pekerja, sebagai contoh ruang tidur, ruang dapur dan sebagainya. Yang Berhormat Pontian, apakah pekerja yang mempunyai tempoh pekerjaan yang singkat tertakluk kepada akta ini? Majikan yang menyediakan penginapan dan perumahan kepada pekerja walaupun dalam tempoh pekerjaan yang singkat adalah tertakluk di bawah akta ini. Apakah saiz penginapan yang wajar disediakan di bawah akta ini? Saiz penginapan akan ditetapkan dalam peraturan yang akan digubal selepas sesi libat urus diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan stakeholders. Sebagai contoh, setiap pekerja mestilah diperuntukkan keluasan tidak kurang sembilan meter persegi setiap seorang sebagaimana akta sedia ada. Di dalam cadangan meminda akta ini, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan semua pihak termasuklah menubuhkan jawatankuasa teknikal di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan secara tripartite antara kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja untuk meneliti cadangan pindaan ini. Sekiranya majikan menyediakan penginapan dan perumahan kepada pekerja, tiada elaun penginapan yang boleh dituntut oleh pekerja yang memilih untuk menginap di rumah sendiri. Cadangan kadar caj yang akan dipungut dan ditentukan dalam peraturan selepas sesi libat urus diadakan. Pada masa ini, akta ini tidak memperuntukkan kewajipan untuk majikan menyediakan penginapan kepada pekerja, justeru akta ini juga tidak meliputi orang tanggungan pekerja tersebut.
Akhir sekali, kelulusan bagi tangki adalah tertakluk kepada undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada kuasa.
Yang Berhormat Menteri, di sini Batu Kawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, maaf mengganggu. Saya bangkitkan isu tanggungjawab majikan ke atas kebersihan dan kesihatan pekerja-pekerja mereka. Realiti hari ini adalah kos rawatan di hospital kerajaan bagi pekerja asing adalah lebih tiga kali ganda daripada apa yang perlu dibayar oleh warga tempatan. Jadi, pada satu masa kita ingin menggalakkan majikan untuk ambil lebih tanggungjawab untuk menjaga kesihatan pekerja- pekerja mereka dan sekiranya mereka cedera untuk membawa mereka untuk mendapat rawatan dengan cepat. Akan tetapi pada sebaliknya kos untuk rawatan adalah tinggi, jadi secara tidak langsung majikan akan mengira kos at the end of the day is dollar and cents Yang Berhormat Menteri, they were choose not to take their workers to the hospital to get treatment. Seperti yang saya katakan akan minta pekerja itu urutlah dengan minyak kah apa with bandage and work. Oleh sebab keesokan harinya kalau pekerja itu tidak kerja, maka upah untuk hari itu tidak kan dibayar. If they take three-day leave because they can’t work, then three days the majikan doesn’t pay. So we have strike a balance Yang Berhormat Menteri. Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Yang Berhormat, apabila seorang majikan mengabaikan perkara yang diberitahu oleh Yang Berhormat, tindakan boleh diambil oleh kementerian, itu nombor satu. Nombor dua, saya ingin beritahu ada satu cadangan yang baru yang telah dibuat oleh kementerian, ini terkena kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Di mana kita mencadangkan, saya telah mencadangkan kepada kabinet iaitu social compliance audit report. Ini adalah seperti yang dikatakan oleh beberapa Ahli Parlimen. Reasonable business alliance yang membuat cadangan ini dan kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan social compliance audit report ini akan merangkumi semua yang majikan perlu buat dari segi undang-undang. Ini adalah satu pemikiran dan satu tindakan yang baharu yang hanya negara-negara yang makmur atau yang telah developed melaksanakan itu. Apakah social compliance audit report? Sebelum pekerja asing diluluskan, kita akan tidak lama lagi akan condition precedent bahawa mereka – majikan-majikan perlu memberi satu report iaitu social compliance audit report. Report itu adalah menyeluruh dan ini telah dengan sukses dibuat di beberapa buah negara di Amerika dan sebagainya. Di mana dengan thorough studies ia adalah independent report di mana majikan tidak boleh mengelak kewajipan mereka dan mereka bukan sahaja mendapat pandangan daripada majikan Tuan Yang di-Pertua, mereka juga mendapat dari their own private investigation berjumpa dengan pekerja-pekerja dan jika ada aduan-aduan ini akan diserapkan dalam report tersebut. Apakah itu beza dengan apa yang kita ada? Kita ada sekarang, kita perlukan macam Yang Berhormat Kapar selalu bangkitkan bahawa tidak cukup pegawai, tidak cukup kakitangan. Dengan sekali gus kalau kita ada kana social compliance audit report ini kita tidak perlu lagi mengawasi apa yang terjadi di dalam rumah-rumah yang diberikan kepada pekerja atau apa-apa yang dibuat oleh majikan. Ini semua akan merangkumi dan akan menyelesaikan perkara sekali gus kepada kerajaan. Saya rasa ini ada satu move on yang sangat progressive movement, saya telah memberitahu kepada Kabinet dan sekarang kabinet telah menubuhkan satu sub-committee dan juga di antara menteri-menteri, Agensi Kawal Selia (AKS) juga akan meneliti perkara ini dan ia akan menyelesaikan, saya rasa keperluan pegawai-pegawai terus pergi tempat majikan untuk menyiasat atau untuk mencari adakah mereka telah mengikuti undang-undang atau tidak. Ini satu peraturan yang baru dan saya rasa ini satu kerangka, satu new set up yang akan menolong menyelesaikan banyak masalah di antara majikan dan pekerja. Saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, isu hak pekerja. Di dalam akta ini, kemudahan penginapan perlu disediakan oleh majikan secara berasingan di antara lelaki dan perempuan dan tidak boleh bercampur. Kegagalan majikan mematuhi perkara ini adalah kesalahan yang boleh dikenakan penalti. Pekerja juga mempunyai hak dan kebebasan untuk mengamalkan ibadah dan hak beragama, pegangan masing-masing. Untuk tempat penginapan berpusat, antara syarat yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah adalah untuk menyediakan tempat beribadat untuk pekerja mereka. Akta ini tidak mewajibkan...
Penjelasan sedikit Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu, apakah peraturan ini juga dikenakan kepada majikan yang mempunyai pembantu rumah. Pembantu rumah ini tinggal bersama dengan tuan rumah dan perkara ini apabila pekerja tinggal bersama tidak berasingan, maknanya dalam satu rumah, berlaku perkara-perkara yang tidak dingini. Contoh, kes rogol yang melibatkan pembantu rumah. Ini adalah satu perkara yang melibatkan maruah, jadi apa komen, apakah satu peraturan akan dibuat untuk memastikan keselamatan pekerja terutamanya bagi yang bekerja sebagai pembantu rumah agar kes-kes merogol pembantu rumah ini tidak berlaku dalam negara, minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pembantu rumah ini, setakat ini mereka dibenarkan untuk membuat amal ibadat di sana, dibenarkan. Jika ada aduan tindakan boleh diambil, tetapi cadangan Yang Berhormat akan diambil kira dan kita tengok macam mana kita boleh melaksanakan perkara tersebut. Ini satu topik yang luar dari perkara yang sedang dibincangkan. Akta ini tidak mewajibkan mana-mana majikan menyediakan kemudahan penginapan. Tidak ada – dimestikan diberi penginapan, bagaimanapun mana-mana majikan yang ingin menggaji pekerja asing, secara dasarnya perlu menyediakan penginapan pekerja dan hendaklah mematuhi akta ini. Bilangan ladang yang ada di Semenanjung Malaysia di bawah Akta 446 sehingga 31 Mei 2019 adalah sebanyak 1,631 buah ladang. Manakala bilangan ladang yang ada perumahan adalah sebanyak 1,230 buah ladang. Sebanyak 184 buah ladang menyediakan pusat asuhan kanak-kanak di kawasan estet.
Yang Berhormat Bukit Bendera. Standard minimum seperti kawasan ruang bilangan tandas dan sewajarnya termasuk yang dinyatakan di dalam Recommendations 115 - Workers' Housing Recommendation 1961 akan dinyatakan di dalam peraturan yang akan digubal. Ia mematuhi standard antarabangsa dan sesuai didiami oleh manusia. Berhubung dengan arahan supaya pekerja mengikut arahan tatatertib yang dikeluarkan oleh majikan, arahan ini hanya terpakai bagi perkara yang berkaitan dengan penginapan sahaja. Yang Berhormat Tebrau. Secara prinsipnya, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah bersetuju supaya peruntukan Rang Undang-undang 443 diperuntukkan dalam Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) pada tahun hadapan. Kementerian Sumber Manusia juga menyambut baik cadangan-cadangan Yang Berhormat Tebrau bagi memastikan majikan tidak menetapkan 20 orang ke 30 orang dalam satu unit rumah dan menubuhkan pasukan penguatkuasaan serta penambahan pegawai bagi memastikan Akta 446 ini berjaya dikuatkuasakan.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 13(1) adakah kita cukup bilang pada saat dan ketika ini? Saya lihat cukup bilang ialah 26 orang. Akan tetapi, saya bilang dalam Dewan masih tidak cukup.
Okey, 27 orang? 28 orang? Ya, baru masuk. Cukup, cukup.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kena bagi amaran pada Yang Berhormat Pontian. Selalu suka mengganggu Dewan dengan isu-isu yang remeh. Sebagai seorang yang senior di dalam Dewan, janganlah ganggu Dewan.
Semasa saya kira tadi, tidak cukup.
Kira silap itu. Balik ke sekolah.
Yang Berhormat Menteri baru masuk.
Apa ini Yang Berhormat Pontian, ingat macam Barisan Nasionalkah?
Kita berterima kasih, sebab Yang Berhormat Pontian dia stay. Dia selalu stay.
Selalu saya kira tepat.
Okey, kita mulakan.
Ya, itu hak Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jelutong, kadang-kadang dia – tidak apa teruskan.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Kita sama-sama mengira ya. Mencukupi atau tidak. Silakan. Tadi saya kira ada 30 orang ya. Mungkin ada dua orang keluar tadi. Okey, silakan.
Yang Berhormat Kalabakan mengemukakan cadangan- cadangan seperti di dalam panduan penginapan pekerja. Kementerian Sumber Manusia menyokong cadangan-cadangan Yang Berhormat Kalabakan yang selain daripada pandangan Akta 446. Yang Berhormat, saya berasa bangga Yang Berhormat dari estet dan berada di sini. Saya rasa Yang Berhormat semestinya tahu latar belakang – I am really appreciate Yang Berhormat. Congratulations. Yang Berhormat Arau? Dia sudah lari ya?
Bukan larilah.
[Ketawa] Saya tanya. Yang Berhormat Arau saya punya kawan yang baik. Saya akan baca jawapan. Sekiranya perumahan disediakan, dijangka pekerja tempatan yang lebih tertarik untuk berhijrah keluar dari kampung untuk memasuki tempat pekerjaan di bandar dan di kawasan lain. Di samping itu, pekerja tempatan juga menikmati semua faedah yang diwujudkan di bawah rang undang-undang ini. Berapakah bilangan pekerja yang boleh ditempatkan dalam satu rumah? Bilangan maksimum pekerja yang boleh ditempatkan dalam rumah akan ditetapkan dalam peraturan yang akan menepati kehendak yang ditetapkan di bawah Konvensyen Buruh Antarabangsa dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT. Yang Berhormat Jelutong, berek polis untuk menaik taraf dan kualiti penginapan di berek polis. Saya ingin beritahu bahawa kerajaan akan mengumumkan bahawa kerajaan akan mengagihkan wang untuk berek-berek ini. Pihak kementerian akan memanjangkan perkara ini kepada pihak KDN yang bertanggungjawab ke atas perkara ini. Yang Berhormat Rasah, apakah selain daripada pekerja di estet cukup luas untuk merangkumi semua pekerja? Perkara ini telah dijawab sebentar tadi berbangkit soalan Yang Berhormat Batu Kawan. Apakah pekerja lain selain daripada yang bekerja di estet yang akan diliputi di dalam cadangan pindaan akta ini seperti yang dinyatakan dalam fasal 24A? Jawapan, perkara ini telah dijawab sebelum ini. Apakah justifikasi Sabah dan Sarawak dikeluarkan daripada pemakaian akta ini? Ini adalah kerana kehendak Sabah dan Sarawak, MA63 dan sebagainya. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri meminta mereka supaya inti pati akta ini dimasukkan di dalam ordinan buruh masing-masing bagi menyesuaikan dengan isu- isu peculiar yang wujud di Sabah dan Sarawak. Memandangkan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak adalah undang-undang Persekutuan, ini akan membangkitkan apa-apa isu yang berkait dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Sabah dan Sarawak. Walaupun beberapa persetujuan telah pun dipersetujui dengan semua terma-terma, tetapi mereka perlukan sedikit masa lagi untuk menyerapkan beberapa isu yang lain. Akhir sekali, Yang Berhormat Kapar, kekurangan pegawai JTK. Ini perkara yang kerap kali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar. Saya setuju. Saya telah mohon KSN supaya lebih banyak pegawai dilantik. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bahawa social compliance audit report ini, pada pandangan kita akan menyelesaikan semua perkara. Jika tidak ada pegawai atau tidak ada pihak yang aktif di dalam melaksanakan penguatkuasaan ia akan merangkumi perkara ini dalam social compliance audit report itu dalam sekali gus akan menyelesaikan perkara itu. Perkara yang lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar mengenai mahkamah di Kuala Lumpur. Perkara itu akan disiasat oleh kami dan kemungkinan saya akan memberikan jawapan kepada Yang Berhormat terus. Saya ingin ingatkan di sini Ahli- ahli Yang Berhormat saya telah membuat arahan kepada semua pengerusi di mahkamah
perusahaan bahawa kes-kes yang dirujuk kepada mereka patut diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah ramai di antara peguam dan juga dari kesatuan pekerja yang membuat aduan mengatakan Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia katakan bahawa mereka ingin tidak memberi adjournment atau penangguhan tetapi ingin meneruskan kes-kes tersebut. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat menolong saya kerana bila mereka seseorang pekerja hilang kerja kita berusaha untuk mendamaikan perkara tersebut. Bila kita tidak boleh selesaikan perkara itu kita rujuk kepada Mahkamah Perusahaan Malaysia supaya satu keputusan dibuat oleh hakim di Mahkamah Perusahaan Malaysia dengan seberapa segera yang boleh dan jangan kita mengabaikan perkara ini dan memberi lagi lanjutan. Sebenarnya Yang Berhormat cadangan yang kita sedia ada adalah kes-kes ini patut diselesaikan dalam tempoh satu tahun. Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan mereka dan memberi arahan bahawa kes-kes ini patut diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan. Ini adalah Yang Arif pun tahu dalam kes-kes sivil sekarang di mahkamah boleh diselesaikan dalam tempoh sembilan bulan. Kita tidak ada masalah sedemikian untuk menyelesaikan kes- kes industri dalam tempoh sembilan bulan juga. Jika ada... [Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua, mohon saya mencelah sikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri kepada JTK Negeri Johor kerana dalam kes pekerja-pekerja ladang di kawasan saya, pekerja-pekerja ladang di Ladang Awang Timur. Apabila dirujukkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah JTK Negeri Johor, mereka telah pun turun berjumpa dengan pekerja-pekerja ladang ini yang pihak majikan tidak membela nasib dan kebajikan pekerja ladang dan pekerja ladang telah pun mengadakan dua perjumpaan dengan JTK Negeri Johor. Saya harap mudah-mudahan kes ini akan selesai. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan terima kasih kepada JTK Negeri Johor. Perkara yang betul kita cakap.
Terima kasih Yang Berhormat, a very good hearted person. Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan beritahu kepada JTK Negeri Johor mengenai perkara yang diberitahu oleh Yang Berhormat. Akhir sekali Yang Berhormat, saya masih bercakap dengan Mahkamah Perusahaan Malaysia, saya rasa saya harap peguam-peguam dan juga kesatuan pekerja dan Malaysian Employers Federation akan mengakui dan memberikan kerjasama supaya kita menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Perusahaan Malaysia dengan seberapa segera yang boleh. Saya telah merujuk lebih dari 1,000 kes tahun ini ke Mahkamah Perusahaan Malaysia. Saya telah memberitahu kepada Pengerusi-pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia supaya mempercepatkan penyelesaian kes-kes tersebut dan kita harap semua kerjasama dari semua pihak supaya seberapa awal kes-kes ini dapat diselesaikan. Sekali lagi pihak Kementerian Sumber Manusia bagi pihak Kementerian Sumber Manusia saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pandangan dan cadangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian dengan merangka dasar dan program-program kementerian dengan lebih cekap dan berkesan. Sekiranya ada isu-isu yang tidak sempat dijawab, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan selepas ini dan saya mohon menjawab secara bertulis sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
[Fasal-fasal 1 hingga 21 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar) dan diluluskan]
Dengan itu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 16 Julai 2019. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.45 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — 'Zero Reject Policy' dan 'Pekeliling Penglibatan Ibu Bapa Secara Sukarela di Bilik Darjah'Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan kerana sudi datang memberi jawapan kepada ucapan saya berkaitan dengan pendidikan inklusif. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan keutamaan kepada implementasi pendidikan inklusif di peringkat kebangsaan menerusi dua polisi penting. Dua polisi penting yang disebut adalah 'Zero Reject Policy' dan 'Pekeliling Penglibatan Ibu Bapa Secara Sukarela di Bilik Darjah'. Namun, tahap toleransi pendidik yang rendah terhadap murid-murid berkelainan upaya akan menyumbangkan secara langsung terhadap ketidakberjayaan dua polisi yang disebut tadi.
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meneliti dan menilai tahap toleransi para pendidik terhadap murid-murid berkelainan upaya, terutamanya di sekolah kurang murid.
Sekolah kurang murid sepatutnya memiliki tahap toleransi yang lebih tinggi berbanding sekolah-sekolah lain disebabkan ‘enrolment’ murid yang rendah. Sekiranya tahap toleransi pendidik didapati tidak memuaskan, apakah tindakan pembetulan yang akan diambil untuk membendung perkara ini daripada berulang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Gajah terhadap keprihatinan beliau membangkitkan isu berkaitan Tahap Toleransi Pendidik Yang Rendah Terhadap Murid-murid Berkelainan Upaya.
KPM telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy), dengan izin, secara menyeluruh bagi murid berkeperluan khas (MBK). Hal ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) dinafikan daripada memasuki alam persekolahan.
Bagi memantapkan kualiti warga pendidik termasuklah meningkatkan tahap toleransi ke atas MBK, pihak pengurusan sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan pembangunan profesionalisme guru secara berterusan berdasarkan keperluan sekolah sama ada melalui pendekatan bersemuka, dalam talian (online), dengan izin, ataupun blended learning dengan izin.
Hal ini amat penting untuk membangunkan tahap keilmuan dan kepakaran guru melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP), kepimpinan dan pentadbiran serta kepakaran bidang khusus pendidikan seperti bidang pendidikan khas.
Untuk makluman, KPM melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah mengambil beberapa langkah melalui pemantapan kurikulum pendidikan guru sama ada dalam kursus pra perkhidmatan mahupun kursus dalam perkhidmatan iaitu:
(i) IPGM telah memasukkan elemen Pendidikan Khas dalam semua kursus Asas Pendidikan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Melalui kursus ini semua guru pelatih akan didedahkan dengan elemen asas pendidikan khas supaya semua guru pelatih mempunyai pengetahuan tentang pendidikan khas dan bersedia menerima murid pendidikan khas apabila mereka ditempatkan di sekolah kelak;
(ii) Kursus Pendidikan Inklusif telah dijadikan sebagai satu bidang ataupun kursus wajib yang terkandung dalam Struktur Kursus PISMP. Melalui kursus ini, semua guru pelatih akan diberi pengetahuan secara lebih mendalam tentang Pendidikan Khas supaya mereka bersedia untuk mengajar murid pendidikan khas seiring dengan dasar PPPM iaitu mengimplementasikan pendidikan inklusif dalam Dasar Pendidikan Negara;
(iii) selain daripada itu, IPGM juga melatih guru-guru pra perkhidmatan dalam bidang Pendidikan Khas iaitu bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan.
Sehingga 30 Jun 2019, sebanyak 735 buah sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai murid berkeperluan khas (MBK) dan tiada aduan tentang penolakan terhadap MBK yang diterima di SKM. Di peringkat negeri dan daerah, KPM mempunyai Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai pendidikan khas di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berperanan secara langsung untuk memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa MBK bagi menjayakan Dasar Sifar Penolakan (ZRP).
KPM amat mengalu-alukan pelibatan ibu bapa ataupun penjaga dan komuniti sebagai rakan strategik sekolah melalui Inisiatif nombor 62 Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) selaras dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025. Sehubungan dengan itu, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
(SPI) Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa, Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK) bertujuan memberi panduan kepada sekolah tentang pelaksanaan pelibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti membantu guru semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Pelibatan SdK yang merangkumi peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi dilaksanakan secara pilihan oleh sekolah bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah.
Konsep SdK melibatkan pengintegrasian sumbangan dari segi kepakaran bidang masing-masing namun masih tertakluk kepada etika profesionalisme keguruan semasa proses PdP.
Bagi membantu masyarakat khususnya ibu bapa MBK, KPM telah menyediakan saluran bagi sebarang aduan berkaitan pendidikan khas khususnya Dasar Sifar Penolakan melalui laman web iaitu http://moe.spab.gov.my atau e-mel: [email protected]. Kesimpulannya, KPM telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk menambah baik tahap toleransi warga pendidik untuk memastikan tiada murid dalam kalangan orang kurang upaya
(OKU) dinafikan daripada memasuki alam persekolahan dan memastikan golongan ini mendapat hak pendidikan yang sama seperti murid yang lain. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pertanyaan Mengenai Gabungan Perniagaan Axiata-Telenor ASASpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengemukakan satu usul ataupun satu pertanyaan mengenai Gabungan Perniagaan Axiata-Telenor ASA dan berdasarkan kenyataan Axiata Berhad kepada Bursa Malaysia, perjanjian yang akan dimeterai antara dua entiti tersebut akan menyaksikan Telenor ASA memiliki pegangan saham terbesar iaitu sebanyak 56.5 peratus berbanding Axiata 43.5 peratus dan kedua-dua entiti tersebut akan bernaung di bawah MergedCo.
Soalan saya kepada kementerian adalah, apakah faktor ekonomi yang mendorong kepada gabungan operasi perniagaan kedua-dua entiti telco ini? Adakah gabungan itu akan menjadikan MergedCo sebagai sebuah empayar telco bertaraf global di mana kekurangan dari aspek perkhidmatan dan harga internet dapat ditambah baik secara berterusan?
Soalan kedua yang saya hendak utarakan adalah, apakah jaminan kementerian dalam memastikan tidak ada seorang pun staf tempatan yang terkesan daripada gabungan perniagaan tersebut? Saya juga ingin meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menyatakan strategi jangka panjang yang akan dilaksanakan melalui gabungan tersebut dalam memastikan elemen teknologi seperti 5G dan artificial intelligence (AI) diangkat menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan perniagaan tempatan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia
(KKMM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Dr.
Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong di atas soalan ataupun usul yang dibangkitkan iaitu pertanyaan yang berkaitan mengenai gabungan perniagaan di antara telco Axiata dan juga Telenor ASA. Kementerian ini, KKMM, memandang positif cadangan kerjasama strategik antara Axiata Group dengan syarikat telekomunikasi antarabangsa Telenor ASA (Telenor) terutama dari aspek kemajuan teknologi komunikasi yang boleh memberi manfaat kepada Negara.
Cadangan penggabungan ini juga dijangka akan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber-sumber perniagaan dan seharusnya dapat memberi faedah kepada industri telekomunikasi secara keseluruhannya. Peningkatan kecekapan melalui skala dan skop yang
lebih besar ini juga akan memberi peluang kepada penerokaan pasaran baharu dan seterusnya meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang bertaraf dunia.
Menurut pengumuman oleh kedua-dua pihak yang terbabit, cadangan penggabungan ini tidak akan melibatkan pembuangan pekerja, melainkan kakitangan berkenaan ditawarkan skim pemisahan sukarela ataupun dengan izin, voluntary separation scheme (VSS). Hasil dari cadangan penggabungan ini juga adalah cadangan penubuhan pusat inovasi yang terbesar di rantau ini untuk membangunkan produk-produk teknologi terkini seperti IoT (internet of things), AI
(artificial intelligence), robotik dan 5G pada harga yang lebih berdaya saing di samping melahirkan bakat-bakat bertaraf global.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum menerima sebarang permohonan dari pihak terbabit dan dimaklumkan bahawa cadangan tersebut masih di peringkat awal perbincangan.
Jawapan berkenaan Teknologi 5G dan artificial intelligence (AI) berkaitan dengan usul yang dibangkitkan, walaupun perancangan untuk perlaksanaan 5G di Malaysia pada ketika ini masih di peringkat awal, ia tetap menjadi salah satu fokus utama kerajaan agar Malaysia dapat selari dengan negara lain dalam mendapat manfaat daripada kelebihan yang boleh ditawarkan oleh teknologi 5G nanti.
Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan yang wujud akan memberikan tekanan kepada pemain industri untuk mendapat pulangan secara berterusan agar terus wujud dan kekal relevan di dalam industri. Ini ditambah pula dengan saiz sektor telekomunikasi di Malaysia yang kecil, sumber spektrum yang terhad serta pelaburan tinggi yang diperlukan bagi menyediakan infrastruktur rangkaian. Sehubungan dengan itu, penggabungan di antara pemain industri merupakan salah satu strategi perniagaan bagi memastikan pihak yang terlibat kekal relevan.
Tuan Yang di-Pertua, di peringkat kerajaan, isu penggabungan adalah suatu keputusan komersil di antara entiti perniagaan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak berkenaan. Tugas kerajaan dalam konteks ini adalah untuk memastikan pemain industri terus kekal bersaing secara sihat bagi kepentingan pengguna. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan persekitaran yang konsisten dan stabil serta mesra perniagaan melalui peraturan-peraturan dan kawal selia yang telus.
Kementerian melalui SKMM juga tidak bercadang untuk mengehadkan pemain industri untuk hanya wujud di peringkat nasional, malahan kita menggalakkan pemain industri untuk mengembangkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa sepertimana yang dilakukan oleh Axiata dan Maxis atau Petronas yang wujud di beberapa negara lain. Dari segi penambahbaikan,
kita telah mempunyai peraturan-peraturan atau kerangka kawal selia sedia ada yang diguna pakai ke atas semua pemain industri untuk memantau situasi berkenaan. Malahan, kementerian melalui SKMM sentiasa berusaha untuk memastikan perkara sewajarnya akan diambil untuk menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Pada masa sekarang, Pasukan Petugas Khas 5G sedang meneliti kes kepenggunaan yang boleh ditambah baik dengan adanya Teknologi 5G dan impak terhadap ekonomi negara. Sesuatu laporan akan dihasilkan oleh pasukan petugas berserta syor-syor dan cadangan yang berkaitan untuk pertimbangan kerajaan. Fokus pasukan petugas itu bukan hanya terhad kepada impak ekonomi mahupun penyediaan infrastruktur, ia turut mencakupi isu keselamatan dan spektrum.
Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 16 Julai 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.00 petang]