Dewan Rakyat · 16 July 2019
15th Parliament, session 2, meeting 2 · 725 turns · 52,105 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Perdana
(a) apakah pendirian kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI); dan (b) adakah ia akan diperkenalkan semula dan jika ya, adakah ia dalam bentuk yang sama atau ada pembaharuan yang akan diperkenalkan?
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ataupun PPSMI telah digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ataupun MBMMBI secara berperingkat mulai tahun 2010. Namun demikian surat pekeliling ikhtisas Bilangan 12/2011 pada 4 November 2011 telah membenarkan kohort murid yang telah mengikuti PPSMI sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Di bawah Dasar MBMMBI, Dual Language Programme (DLP) pula telah diperkenalkan mulai pada tahun 2016 dengan memberi pilihan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini tidak bermakna satu sekolah mengguna dua bahasa, yang memilih bahasa Inggeris akan guna bahasa itu dan pilihan bahasa Melayu juga demikian. Mereka yang mengguna bahasa Melayu tidak akan faham jika soalan dibuat dalam bahasa Inggeris dan sebaliknya. Berkenaan pelaksanaan semula pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji secara terperinci pelaksanaan semula dasar ini dengan menyediakan sistem baru yang menggunakan pengajaran melalui IT iaitu pengajaran yang di rekod oleh guru yang terbaik yang akan diguna di semua sekolah supaya kecekapan guru yang terbaik dapat dinikmati oleh semua murid dan penuntut. Dengan cara ini, semua penuntut akan capai hasil yang hampir sama. Pihak Kementerian Pendidikan juga mengambil kira kepentingan penguasaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris kerana sudah jadi bahasa antarabangsa dan diperlukan untuk pengurusan dan perusahaan. Penguasaan bahasa Inggeris diambil kira dalam peluang pekerjaan. Tidak seperti pelajaran Geografi dan Sejarah, ilmu sains bertambah sepanjang masa hasil kaji selidik pakar yang biasanya dibuat dalam bahasa bukan bahasa Melayu. Untuk menguasai ilmu yang baru ini, kegunaan bahasa Inggeris menjadi penting. Terjemahan kepada bahasa Melayu tidak dapat dibuat melainkan oleh mereka yang pakar dalam bahasa sains-Melayu dan sains- Inggeris dan faham ilmu baru yang hendak dialih bahasa. Sebaliknya jika seseorang itu fasih
dalam bahasa sains-Inggeris, ia dapat akses secara langsung kepada ilmu-ilmu yang baru ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan itu tadi. Kalau kita rujuk kepada Janji 49 menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat dalam Buku Harapan iaitu Manifesto Pakatan Harapan, ada disebut bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diberikan dana dan kuasa secukupnya untuk menjalankan tugas, terutama untuk memastikan sistem pendidikan kita kompetitif dan selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Khusus berkaitan isu bahasa, Majlis juga diberikan kuasa untuk menentukan mekanisme untuk mempertingkat penguasaan bahasa. Jadi persoalan saya, adakah pihak kerajaan telah menerima apa-apa cadangan ataupun pandangan daripada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan khusus dalam isu bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Terima kasih.
Badan penasihat Tuan Yang di-Pertua, badan penasihat masih memberi pandangan-pandangan mereka hasil daripada siasatan mereka. Ada ramai yang berkehendak supaya pelajaran Sains dan Matematik dibuat dalam bahasa Inggeris, ada juga yang berkeras untuk terus dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah saya jelaskan, Sains dan Matematik ini bukanlah sesuatu yang diterokai dalam bahasa Melayu sebaliknya ia diusahakan oleh orang yang berbahasa yang lain. Kalau kita tidak faham bahasa itu, agak sukar untuk kita terjemah kepada bahasa Melayu. Oleh sebab itu kalau kita belajar dalam bahasa yang digunakan oleh peneroka ilmu baharu ini, maka kita dapat akses secara langsung. Di zaman dahulu Tuan Yang di-Pertua, bahasa ilmu ialah bahasa Greek dan orang-orang Arab apabila disuruh membaca, terpaksa baca teks di dalam bahasa Greek dan bahasa-bahasa lain kerana tidak ada ilmu di dalam bahasa mereka dan mereka menguasai ilmu-ilmu ini sehingga bahasa Arab itu sendiri menjadi bahasa ilmu yang terpaksa dipelajari oleh orang-orang Eropah untuk mendapat ilmu yang ada kepada orang Arab. Apabila orang Arab menolak pelajaran Sains dan Matematik, maka ilmu itu didapati oleh orang-orang Eropah dan mereka yang meneroka dan memperkenalkan ilmu baharu dalam bahasa mereka dan bahasa mereka menjadi bahasa ilmu. Kalau kita ingin mendapat ilmu mereka, kita perlulah mempelajari bahasa mereka. Jika tidak, kalau kita menunggu sehingga ada orang yang menterjemah, tidak ada orang yang boleh terjemah semua yang didapati di dalam Sains dan Matematik yang baharu ini, termasuk artificial intelligence dan lain-lain. Ini semua adalah ilmu baharu yang semasa saya belajar sains dulu tidak ada. Kalau kita tidak tahu bahasa yang diterokai, bahasa yang diguna untuk menerokai ilmu baharu ini maka sukar bagi kita untuk mendapat seorang yang boleh menterjemah ilmu baharu ini kepada bahasa kita. Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa soal perasaan kebangsaan kita mungkin mendorong kita untuk mengekalkan bahasa kita. Akan tetapi kalau kita menjadi orang yang tidak berilmu bangsa dan bahasa kita tidak akan berkembang dengan maju. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.
[Bangun]
Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Ada 30 saat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Langkawi sini, depan. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Amat Berhormat Langkawi sebentar tadi mengatakan bahawa ilmu penerokaan itu mesti berasaskan kemahiran kita menggunakan bahasa Inggeris dan apabila
Yang Amat Berhormat Langkawi introduce PPSMI pada tahun 2003, kesannya amat jelas tetapi semasa Yang Berhormat Pagoh, ada buat sikit adjustment semasa dia menjadi Menteri Pendidikan. Persoalan saya adalah Yang Amat Berhormat Langkawi menyatakan di Bangkok semasa ASEAN Summit supaya kita mewujudkan pelan ASEAN. Persoalan saya kepada Yang Amat Berhormat Langkawi, adakah kerajaan ingin mengubah literasi Asia diajar di peringkat sekolah rendah supaya di peringkat sekolah rendah sudah mengetahui bahasa- bahasa di peringkat ASEAN itu. Sama ada kita memahami budaya mereka kerana apa, untuk mewujudkan brand ASEAN yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Langkawi di Bangkok Summit akan tercapai apabila rakyat kita yang 32 juta orang ini memahami tentang literasi Asia punya budaya dan bahasa, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, itu adalah soalan lain daripada sains dan matematik, itu soal bahasa. Hari ini kita dapati penuntut kita pergi bukan sahaja ke Amerika, Britain, Australia dan New Zealand tetapi mereka juga belajar di Rusia, di Perancis. Bahkan ada yang pergi ke negara-negara Arab untuk mendapat ilmu daripada negara-negara ini, mereka perlu menguasai bahasa yang diguna untuk menyampaikan ilmu. Oleh sebab itu, kita perlu belajar bahasa ilmu yang datang daripada negara tertentu. Di kalangan orang ASEAN ini pun, yang ramai sekali yang tinggal di ASEAN ini ialah orang yang berbahasa Melayu ataupun Indonesia. Jadi, ada baiknya jika orang Thailand dan orang Filipina belajar sikit sebanyak bahasa Indonesia dan bahasa Melayu. Itu maksud saya tapi saya tidak suruh semuanya buat demikian. Terima kasih.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua kena tengok sebelah kanan sama.
Rompin.
Saya bagi satu soalan tambahan, Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sarawak menyambut baik berkenaan tentang memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sains dan matematik dan tahun depan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak juga telah menerima pakai dan akan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris di dalam pengajaran sains dan matematik. Kami memberi komitmen untuk menyalurkan sebanyak RM10 juta peruntukan untuk melatih guru-guru untuk melaksanakan legasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dan juga saya ingin mengetahui apakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membantu Sarawak menjayakan untuk pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris dan kita tahu bahawa terdapat sikit kekurangan tenaga kerja ataupun pengajar di dalam bahasa Inggeris terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Itu soalan saya.
Tuan Yang di-Pertua, di waktu keputusan dibuat untuk menjadikan semua sekolah-sekolah di Malaysia ini termasuk secondary school supaya menjadi sekolah kebangsaan yang mengguna bahasa kebangsaan, pada masa itu yang menjadi Menteri Pendidikan ialah orang Sarawak. Dia kenakan syarat itu kepada Semenanjung sahaja, tidak kepada Sarawak. Jadi Sarawak mengguna bahasa Inggeris, Semenanjung mengguna bahasa kebangsaan sehinggalah kemudian maka di Sarawak juga dipaksa menggunakan bahasa kebangsaan. Jadi penguasaan bahasa Inggeris di Sarawak itu memang lebih baik daripada di Semenanjung kerana mereka dapat belajar bukan sahaja sains, semua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin meneruskan kepada soalan lisan yang kedua. Sebelum saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas, ingin memaklumkan bahawa pada hari ini 16 Julai 2019 merupakan anniversary, ulang tahun satu tahun kita semua telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.
[Dewan tepuk]
Sila Yang Berhormat Kepala Batas.
2. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan adakah projek penambakan laut, "Penang South Reclamation" (PSR) akan menjejaskan hasil tangkapan ikan dan hidupan laut nelayan. Jika ya, apakah zon-zon penangkapan ikan yang terbabit dan apakah akan ada pembelaan buat nelayan-nelayan yang terlibat dalam bentuk pampasan yang akan diberikan bagi melindungi kebajikan para nelayan di zon-zon tersebut.
Bismilahir Rahmanir Rahim, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya Yang Berhormat Kepala Batas. Secara prinsipnya, menjadi tanggungjawab kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melindungi sumber laut dan kebajikan nelayan. Itu adalah asas kepada tanggungjawab kementerian ini. Secara keseluruhannya, pelaksanaan Projek Penang South Reclamation (PSR) akan menjejaskan seramai 4,996 orang nelayan di Pulau Pinang yang mana 1,422 orang adalah terdiri daripada nelayan tradisional Zon ‘A’. Adalah dianggarkan sebanyak 51,184 tan metrik dengan nilai RM525 juta setahun pendaratan perikanan tangkapan marin di Pulau Pinang akan terjejas akibat kemusnahan kekal ini. Projek PSR ini juga akan menjejaskan seramai 511 penternak akuakultur ataupun ikan marin dengan pengeluaran 54,742 tan metrik yang bernilai RM1.67 bilion setahun.
Yang Berhormat, memandangkan projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, maka kementerian ini berpandangan, seharusnya pembelaan atau pampasan yang sewajarnya, yang berpatutan, yang setimpal kepada nelayan-nelayan yang terjejas merupakan tanggungjawab dan perlu diambil tindakan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kementerian melalui Jabatan Perikanan telah menyarankan langkah-langkah mitigasi yang mesti dilaksanakan tanpa gagal kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti berikut: (i) menggazet Zon Konservasi Perikanan di sepanjang pesisir pantai dari Pulau Betong ke Teluk Bahang termasuk kawasan air sehingga satu batu nautika; (ii) penggazetan middle bank sebagai fisheries protected area; dan (iii) pengubahsuaian reka bentuk pulau dengan menyediakan laluan migrasi subtidal zone sedalam satu hingga dua meter ketika air surut paling rendah dengan kelebaran yang mencukupi di selatan pulau yang dicadangkan untuk udang putih besar dan udang swallow berhijrah dari Pulau Pinang ke barat Pulau Pinang. Kerajaan negeri perlu menjalankan dua kajian iaitu: (i) Ontogenetic Migration of Peanaus Merguiensis and Metapenaeus Ensis, ini udang putih, and The Impact of Dredging and Reclamation of PSR of The Two Prawns Population and Their Fisheries, one year cycle complete; dan (ii) Noise Population Impact on Fish Due to Dredging and Reclamation of PSR. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri itu pastinya akan memberi kelegaan kepada rakyat Pulau Pinang, terutamanya nelayan yang sedang menonton jawapan Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana Yang Berhormat Menteri tahu, hakikat kesan daripada projek PSR ini cukup mendalam kerana membabitkan jumlah nelayan yang disebut tadi 4,000 lebih. Saya hendak tanya, kalaulah mengambil semua perkiraan ini, kehilangan nilai ekonomi pada nelayan RM140 juta, kemusnahan kawasan ikan yang paling kaya di Pulau Pinang. Kemudiannya dengan bantahan dari semua sektor, rakyat, civil society, NGO’s, individuals, academics dan pelbagai lagi. Dilihat pula tentang model financing PSR dengan Penang Transport Master Plan yang dilihat sebagai model financing yang tidak sustainable dan viable. Apakah Yang Berhormat Menteri sebagai mewakili Kerajaan Persekutuan akan
mengambil pendirian bersama dengan rakyat Pulau Pinang dan juga terutamanya di kalangan nelayan untuk mengemukakan bantahan kepada Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat biasa duduk dalam kerajaan. Sistem Kabinet ada disiplinnya. Orang kata dengan izin, “One swallow doesn’t make a summer”. So, ada perancangan ataupun keputusan secara kolektif harus diberikan keutamaan. Akan tetapi saya ingin menegaskan bahawa dari segi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita telah pun melaporkan segala maklumat dengan data- data dan kepakaran daripada pegawai kita yang profesional. Sebagai contoh, ada dua surat yang kita telah penuhi iaitu pada 26 Jun 2019, kita telah menjawab secara terperinci. Kalau Yang Berhormat berminat, saya akan sedia berkongsikan laporan ini di mana kita telah memberikan pandangan-pandangan profesional kita iaitu LKIM dan juga Jabatan Perikanan yang kita telah membuat keseluruhan kajian. Kita juga telah memberikan pandangan-pandangan kita kepada pihak kerajaan negeri dan juga Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, NGO-NGO telah mengemukakan pandangan- pandangan, bantahan mereka dan kita bersedia untuk memberikan pandangan kita. Namun begitu Yang Berhormat, MoA tidak boleh membuat keputusan kerana keputusan ini adalah tertakluk kepada kelulusan mesyuarat Majlis Tindakan Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di situlah nanti kita akan mendengar semua pandangan dan dalam mesyuarat itu kita mengambil kira semua faktor yang disebutkan tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat Menteri kerana menjawab. Saya ingin bertanyakan susulan daripada usaha Yang Berhormat Menteri kerana kita tahu kuasa utama terletak dalam tangan Majlis Perancang Fizikal Negara. Kita sudah tentu mahu projek transportation yang lebih lestari bagi Pulau Pinang tetapi mahu atau tidak mahu daripada pengalaman Dubai, pengalaman Hong Kong, proses penambakan ini ia mempunyai environmental degradation yang tidak boleh kembali, lebih-lebih lagi ia melibatkan para nelayan. Soalan saya di sini, memandangkan 4,500 ekar ini adalah tanah yang bakal ditambak, dirancang, ini bukan kecil, ini sebesar Forest City. Maka kuasa menerusi kementerian mampu sahaja mencarikan jalan alternatif bagi pembiayaan projek ini. Hasil tangkapan laut pada para nelayan walau diberi banyak mana sekalipun pampasan, masih tidak mampu untuk menggantikan kehilangan punca rezeki. Jadi, kalau pendirian yang jelas daripada pihak Yang Berhormat, maksudnya we should be against reclamation, itu membantu kita dalam mencari refinancing yang lebih alternatif. Adakah ini bersedia untuk difikirkan oleh Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih rakan saya daripada Permatang Pauh. Sebagai anggota dalam Majlis Perancang Fizikal Negara, saya dibekalkan oleh pegawai-pegawai di peringkat LKIM dan juga perikanan tentang beberapa pandangan yang sebahagiannya disebut oleh Yang Berhormat. Apa yang perlu saya sebut sebagai tanggungjawab Menteri Pertanian dalam mesyuarat tersebut, antaranya kita bimbang tentang artificial reef, tentang tukun tiruan. Kita bimbang tentang fish aggregating device, kita bimbang tentang sea ranching eco engineering structure dan kita juga bimbang tentang bagaimana habitat. Oleh sebab bukan hanya di pulau itu sahaja yang dibina akan menerima bahannya tetapi hingga ke utara Perak. Maknanya ekosistem yang akan terjejas itu semuanya kita laporkan secara profesional kepada pihak-pihak yang berkenaan. Oleh itu Yang Berhormat, asas MoA adalah memberikan pertimbangan, pembelaan sewajarnya kepada nelayan dan juga kepada habitat dan sumber laut kita. Terima kasih Yang Berhormat di atas pandangan itu.
Boleh satu lagi Tuan Yang di- Pertua?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tidak saya benarkan.
Sebenarnya bukan 4,000 nelayan, 10,000 nelayan terjejas, bukan 4,000 Yang Berhormat Menteri.
3. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini perkhidmatan Keretapi Shuttle Tebrau antara Johor Bahru Sentral dan Woodlands Singapura yang amat popular di kalangan rakyat dan hala tuju perundingan Malaysia dengan Singapura untuk menambahkan kekerapan perkhidmatan tersebut, khususnya pada waktu puncak demi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor yang semakin serius.
Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kluang yang mengemukakan soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan tren shuttle Tebrau dari Johor Bahru ke Woodlands, Singapura telah bermula pada 1 Julai 2015 dengan 14 trip perkhidmatan sehari. Perkhidmatan pengangkutan alternatif kepada rakyat bagi kedua-dua negara ini terus mendapat sambutan yang memberangsangkan terutamanya pada waktu puncak pagi dari jam 5.30 ke 8.30 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bagi memenuhi permintaan penumpang melalui rundingan dengan Singapura, jumlah perkhidmatan tren shuttle Tebrau ini ditingkatkan secara berperingkat sehingga yang terkini jumlah perkhidmatan bertambah kepada 31 trip sehari dan kesan positifnya ialah bilangan penumpang turut meningkat dari 1,500 orang kepada 7,400 orang sehari. Statistik bilangan penumpang perkhidmatan tren shuttle Tebrau pada tahun 2015 hingga tahun 2018 adalah seperti berikut:
|TAHUN|BIL. PENUMPANG| |----:|--------------:| | 2015| 433000| | 2016| 1740000| | 2017| 2270000| | 2018| 2271000|<END_TABLE_MARKER> Dengan mengambil kira permintaan penumpang yang semakin meningkat, Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada pihak Singapore Immigration and Checkpoints Authority (ICA) pada 21 November 2018 untuk meningkatkan jumlah trip 31 trip sehari sedia ada kepada 36 trip setiap hari. Pihak ICA pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Akan tetapi, meminta ia dilaksanakan pada penghujung tahun 2019 tertakluk kepada penyiapan kerja-kerja naik taraf Woodlands Train Checkpoint oleh pihak ICA. Walau bagaimanapun pada 5 Januari 2019, pihak ICA telah memaklumkan akan perancangannya untuk memindahkan sebahagian kakitangan imigresen Singapura di WTCP bagi menangani kesesakan CIQ di Tambak Johor. Langkah ini akan memberikan kesan kepada jumlah kekerapan tren Shuttle Tebrau. Bagi memastikan kebergantungan rakyat yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau ini tidak terjejas, pihak kementerian sedang dalam proses rundingan dengan pihak Singapura agar rancangan pemindahan sebahagian kakitangannya ke CIQ di Tambak Johor, dikaji semula. Untuk makluman Yang Berhormat, minggu depan saya akan pergi ke Singapura. So, antara perkara yang akan saya bincangkan dengan pihak Kementerian Pengangkutan Singapura termasuk Menterinya adalah berkenaan dengan penambahan trip Shuttle Tebrau ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap. Sekarang kita dalam proses mengkaji semula projek RTS, ada enam bulan. Justeru dalam rancangan semula ini, sama ada kerajaan akan merancang untuk kekalkan perkhidmatan Shuttle Tebrau selepas projek RTS siap dibina. Sekiranya tidak, bolehkah kerajaan berjanji bahawa harga tiket RTS cukup menarik kepada penumpang pengangkutan awam yang sedia ada seperti harga Shuttle Tebrau? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Untuk makluman, mengikut perjanjian bilateral agreement kita, selepas kita menyiapkan projek RTS nanti, enam bulan selepas projek RTS itu disiapkan, maka perkhidmatan Shuttle Tebrau ini perlu diberhentikan. Ini tertakluk kepada perjanjian kedua-dua negara. Apa-apa kaji semula untuk sama ada perkhidmatan ini boleh dilaksanakan seterusnya ataupun dikekalkan, ini tertakluk
kepada perjanjian dengan Singapura. Akan tetapi, mengikut perjanjian asal, ia perlulah diberhentikan. Berkenaan dengan soalan, sama ada kadar tambang untuk RTS itu dapat menarik penumpang, ia kompetitif atau tidak. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, mengapakah kita mengkaji semula projek RTS itu? Antara satu faktor utamanya ialah berkenaan dengan kadar tambang. Ini disebabkan kadar tambang yang dicadangkan sebelum ini mengikut perjanjian yang telah pun ditandatangani oleh kerajaan terdahulu, kerajaan bagi kedua-dua pihak tidak boleh mengawal kadar tambang itu. Kadar tambang yang dicadangkan oleh pihak JV dan OpCo itu, bagi kita adalah amat tinggi kerana ia mencadangkan RM15 untuk satu hala. Jadi, itu sesuatu yang kita rasa tidak dapat menarik ramai penumpang untuk menggunakan tren RTS ini. Jadi, pelbagai usaha dan inisiatif sedang dijalankan. Dalam perbincangan kita, antara perkara yang amat kita titik beratkan ialah supaya kita dapat mengurangkan kos pembinaan kemudahan itu. Seterusnya akan dapat mengurangkan kadar tambangnya. Ini supaya kadar tambang yang akan dikenakan kepada mana-mana penumpang untuk menggunakan RTS itu berpatutan dan sesuatu yang dapat ditampung oleh pihak pengguna. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, ada soalan tambahan kedua? Sekiranya tidak ada Ahli-ahli Yang Berhormat...
Ada.
Silakan Yang Berhormat Pontian, 30 saat.
Ya. Ada satu lagi jalan ke Singapura iaitu Linkedua. Apakah usaha-usaha Kementerian Pengangkutan untuk memastikan Linkedua menarik untuk dilalui oleh rakyat kedua-dua negara? Sebagai contoh, ialah untuk pengurangan tol misalnya. Bilakah RTS akan disiapkan dan setakat mana RTS itu ia menggunakan double tracking, boleh membantu usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya Yang Berhormat Pontian ini tidak ada soalan. [Ketawa] Sebab tidak ada orang bertanya di sebelah sana, itu sebab dia kemukakan soalan. Akan tetapi tidak apa. Berkenaan dengan Linkedua, memang ada pelbagai usaha termasuklah pengurangan tol dan penghapusan fi kadar tol untuk pengguna motosikal dan sebagainya. Itu sememangnya sedang dilaksanakan. Berkenaan dengan RTS dan bagaimanakah ia dapat membantu, memang RTS itu adalah sesuatu yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan terutamanya di Tambak Johor. Ini kerana kita mengenal pasti bahawa orang-orang yang menggunakan Tambak Johor, mereka ini tidak akan menggunakan Linkedua walau apa pun insentif yang diberikan untuk menggunakan Linkedua. Ini disebabkan orang-orang yang menggunakan Tambak Johor ini kebanyakannya, mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan di Singapura. Mereka bekerja di pusat bandar raya di Singapura, bukannya di sebelah kawasan-kawasan perindustrian di Singapura. Jadi mereka ini, walaupun tiap-tiap hari kena beratur, kena tunggu dua, tiga jam, mereka juga terpaksa menggunakan Tambak Johor. Ini disebabkan adalah laluan yang lebih mudah dan laluan yang lebih dekat ke tempat mereka bekerja. Itu sebabnya RTS perlu dikekalkan. Kalau dapat dilaksanakan, ia masih perlu dikekalkan di lokasi yang telah dicadangkan sebelum ini iaitu di antara Bukit Chagar ke Woodlands. Jadi, kita memang membuat pelbagai perancangan untuk memastikan supaya jajaran yang telah dicadangkan sebelum ini dapat dikekalkan. Akan tetapi persoalannya, bagaimana kita mencari satu alternatif untuk membina projek infrastruktur itu dengan lebih berkesan dan dengan lebih berdaya saing, supaya dapat mengurangkan kos itu. Seterusnya, memberikan satu tawaran tambang yang kompetitif kepada pengguna. Itu merupakan pertimbangan utama oleh kerajaan pada hari ini. Ini kerana kita hendak menjayakan projek RTS itu, antara sebab ataupun faktor yang paling utama ialah kadar tambang itu mestilah berpatutan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat
Kluang tadi. Ia tidak boleh berdasarkan kepada RM15 untuk satu laluan empat kilometer. Saya rasa kalau RM15 itu, tidak ramai yang akan menggunakan tren RTS ini dan meninggalkan motosikal mereka. Jadi memang kita, harapan kita ialah supaya sesiapa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, mereka tidak menggunakan motosikal dan menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana keterlibatan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam bencana di Kuala Koh dan apakah peranan NADMA untuk memastikan tragedi seperti ini tidak berlaku lagi di kawasan lain?
Terima kasih. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di- Pertua, kejadian di Kuala Koh ditakrifkan sebagai bencana Tahap I mengikut Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara yang mana diuruskan Jabatan Pengurusan Bencana Daerah dulu, dengan penglibatan terhad pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Namun, NADMA telah memainkan peranan penting dalam pengendalian bencana berkenaan. NADMA berperanan seperti berikut: (i) merancang pelaksanaan strategi-strategi bagi menguruskan bencana melalui perbincangan teknikal di peringkat operational dan strategy untuk mengelakkan bencana ini menjadi lebih sukar; (ii) membantu menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kem Etnobotani Gua Musang kepada mangsa-mangsa yang masih memerlukan bantuan kesihatan dan kebajikan susulan; (iii) mengawal selia dan menyelaraskan tindak balas bersepadu pelbagai agensi kerajaan dalam menangani bencana tersebut. Agensi yang terlibat termasuklah Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bagi setiap agensi di peringkat negeri; (iv) menasihati Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri untuk memastikan Pusat Kawalan Operasi Bencana diaktifkan dan dioperasi dengan baik; (v) membantu dan menasihati Komando Operasi dalam menjadikan pos kawalan tempat kejadian itu sebagai pusat penyelarasan bantuan awam dan operasi yang berkesan; (vi) menyelaras atur gerak pasukan teknikal bersama Tok Batin, wakil penduduk Orang Asli, wakil NGO dan media dalam mengenal pasti lokasi dan pengambilan sampel air bagi memastikan hasil penemuan tersebut dipersetujui bersama semua pihak berkepentingan; (vii) membantu penyebaran maklumat. Jangan ada maklumat palsu berkaitan dengan kejadian ini kepada media, komuniti yang terlibat, NGO dan sukarelawan; (viii) mengatur gerak pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) untuk menyokong operasi di PKTK
dari segi penyediaan, kelengkapan sokongan seperti khemah, set generator dan alat komunikasi; dan (ix) mengatur gerak pasukan SMART untuk terlibat dalam operasi mencari dan mengeluarkan mayat dari tempat kejadian.
Tuan Yang di-Pertua, penglibatan NADMA dalam bencana seumpama ini pasti akan membantu agensi dalam melaksanakan peranannya sebagai penggubal strategi arahan dan pelan tindakan pengurusan bencana negara yang lebih berkesan. Penglibatan NADMA adalah selaras dengan disaster management culture, dengan izin yang meliputi kesiapsiagaan, tindak balas, baik pulih kesan bencana dan mitigasi bagi mengurangkan kesan bencana. Dalam pada masa itu, NADMA juga akan mengadakan kajian selepas kejadian itu, iaitu post mortem pengendalian kejadian bagi meneliti dan mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan bencana di masa hadapan, di samping peranan yang dimainkan oleh NADMA, keterlibatan aktif Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah diperlukan sangat-sangat. Kerajaan negeri di mana pegawai-pegawai daerah dan setiausaha kerajaan negeri masing-masing selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri hendaklah memainkan peranan yang lebih penting dalam menangani isu seperti ini sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian itu berlaku. Ini termasuklah dari aspek kesihatan, kebersihan dan penjagaan diri serta long term livelihood, dengan izin tanpa menjejaskan kebajikan dan identiti budaya mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas jawapan yang sangat komprehensif dan menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin. Saya juga amat prihatin dan concern dengan kes bencana dan wabak penyakit khususnya yang melibatkan kehilangan nyawa dan bukan berniat untuk memperbesarkan tetapi saya kira baru-baru ini wabak malaria Plasmodium Vivax yang dihadapi oleh komuniti Orang Asli di Pos Lenjang Kuala Lipis, Pahang juga ada kebimbangan di situ, walaupun dalam bentuk ringan dan tidak mengancam nyawa. Justeru, saya hendak bertanya kepada pihak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji penggunaan teknologi data driven contact tracking based on intelligence information dengan mewujudkan satu pangkalan data khusus profil kesihatan, data profiling untuk mengenal pasti setiap individu yang berisiko membawa penyakit berjangkit. Sebagai langkah pencegahan dan strategi pengawalan wabak penyakit dan adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan pasukan sokongan peringkat komuniti yang melibatkan tadi pelbagai pihak sepadu tetapi juga pada masa yang sama melibatkan dan melatih masyarakat terutamanya dalam kalangan Orang Asli yang sebenarnya mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang kerana soalan tambahan. Memang kita prihatin apa yang berlaku dan insiden malaria Plasmodium Vivax yang sudah lama tidak kelihatan sekarang ini didapati dalam darah Orang Asli yang di Kuala Lipis, ini kita cakap tentang Kuala Koh. Itu adalah satu cadangan yang baik sekali, kita buatkan tracking, namun sekarang ini memang ada kekangan kerana setiap Orang Asli itu walaupun diambilkan data-datanya, ada banyak yang masuk dalam hutan belantara yang tidak dapat dikesan, namun apa yang ini adalah satunya data untuk penyakit mereka, data untuk penglibatan mereka dan bagaimana mereka dalam kawasan rayau, mungkin diberikan satu tracking device. Akan tetapi kalau kita kalau kita hendak mengambil kira bahawa untuk menyerapkan mereka dalam pembangunan arus perdana, mereka juga ada gaya hidup yang berlainan dan apabila kita mengesyorkan banyak-banyak lagi yang paling asas untuk menjaga kesihatan diri, hygiene yang basic itu macam gosok gigi, menguruskan cleanliness, dengan izin. Itu pun kita mendapati mereka mesti mengubah minda mereka untuk menerima itu. Ini adalah semua yang boleh kita lakukan dan apakah kita boleh buatkan persekitaran itu, memang betul namun penerimaan mereka itulah adalah salah satu daripada faktor penting mereka hendak terima apakah nasihat kita yang kita berikan kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apabila kita meneliti kepada kes Orang Asli di Kuala Koh ini isu yang terbesar ialah masalah kesihatan ataupun kesedaran dalam kesihatan yang menyebabkan masalah itu berlarutan dan melibatkan Orang Asli ini. Jadi, apakah langkah seterusnya Kementerian Kesihatan bagi memastikan masalah kesedaran kesihatan ini dapat diterapkan kepada penduduk-penduduk masyarakat Orang Asli.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Memang betul kita hendak tetapi ini kementerian lain ya itu Kementerian Kesihatan. Sepatutnya ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Namun apa yang kita lalui ini sebab ini adalah jawapan atas disaster management. Akan tetapi susulannya memanglah untuk kita menjaga kesihatan mereka dan bukan sahaja itu. So, dalam erti factorial dengan izin, ia bukan sahaja kesihatan tetapi juga persekitaran dan juga macam apa yang dibuatkan infrastruktur mereka sendiri kerana mereka adalah orang yang merayau dan apa kalau mereka dapat masalah kekurangan sumber protein, sumber ikan dalam sungai dan ini semuanya mengeruhkan keadaan untuk mereka untuk menghadapi masalah-masalah macam penyakit malaria tadi itu. Ada juga orang yang luar datang, saya berbincang dengan Yang Berhormat Menteri JAKOA bahawa dia ada orang yang luar membawakan penyakit-penyakit itu mereka tidak dapat menahan imuniti mereka kekurangan, itu yang menyebabkan masalah. Jadi apakah Kementerian Kesihatan mereka itu dalam multi agensi ini kita menolong untuk meningkatkan kesedaran Orang-orang Asli itu sendiri untuk menjaga kesihatan mereka. Terima kasih.
Terima kasih, saya soal Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi. [Ketawa]
2. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah perbezaan duit pendeposit Tabung Haji selepas pengumuman bonus dan berapakah jumlah wang pendeposit yang dikeluarkan selepas pengumuman bonus.
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sayangi Malaysiaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah keyakinan pendeposit kepada Tabung Haji terus kekal dan utuh selepas pengumuman hibah 2018. Keyakinan pendeposit digambarkan dengan pertambahan bilangan pendeposit baharu dan jumlah simpanan yang konsisten. Pendeposit baharu bagi tempoh Januari 2019 hingga Mei 2019, iaitu selepas pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji adalah sebanyak 133,000 orang dengan jumlah deposit baharu sebanyak RM83 juta. Bagi tempoh April 2019 hingga Jun 2019, iaitu selepas pengumuman hibah pada 5 April 2019, Tabung Haji mencatatkan pertambahan pendeposit baharu yang melebihi 46,000 orang. Selain itu tiada sebarang pengeluaran yang luar biasa sehingga Jun 2019, ini menggambarkan keyakinan pendeposit terus konsisten terhadap Tabung Haji. Bagi urusan simpanan dan pengeluaran, trend yang sama dilihat bagi tahun-tahun sebelum ini iaitu pengeluaran lebih tinggi sebaik sahaja pengumuman hibah dibuat. Tuan Yang di-Pertua, pendeposit keluarkan duit selepas dapat tahu hibah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah simpanan terkumpul pendeposit pada 4 April 2019, iaitu sebelum pengumuman hibah 2018 adalah berjumlah RM74.1 bilion. Manakala simpanan terkumpul pendeposit pada 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM71.1 bilion. Pengeluaran yang tinggi ini adalah menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini selepas pengumuman hibah diisytiharkan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme dan jaminan pihak kerajaan dalam memastikan hibah Tabung Haji melebihi 1.25 peratus pada tahun-tahun ke hadapan. Kedua, apakah langkah yang diambil oleh Tabung Haji khususnya untuk memastikan masalah menunggu bagi jemaah haji ini terlalu lama yang boleh diatasi oleh pihak kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krai. Soalan yang pertama berkenaan dengan hibah, untuk memberikan hibah, dia ada dua perkara di dalam Akta Tabung Haji yang perlu dipenuhi Yang Berhormat Kuala Krai, Tuan Yang di-Pertua. Dua perkara yang perlu dipenuhi dan dalam Akta Tabung Haji, pertama di mana keadaan aset mesti melebihi liabiliti. Itu yang pertama.
Kedua, mestilah Tabung Haji membuat keuntungan yang mencukupi untuk memberi hibah. Kedua-dua syarat itu mesti dipenuhi untuk memberikan hibah. Selepas penstrukturan dan pemulihan Tabung Haji, memang kita dapati ada lebihan. Aset melebihi liabiliti dan ada sedikit keuntungan untuk kita berikan hibah. Jadi, sebab itu jumlah hibah itu sedikit. Akan tetapi, selepas kita carve out, kita ada pelan pemulihan, kita masuk dalam SPV dan kita tinggalkan aset-aset yang orang kata yang sihat, yang high performing di dalam Tabung Haji, insya-Allah, kita sudah pun melihat peningkatan keuntungan. Saya yakin, insya-Allah, dengan peningkatan keuntungan tersebut, pada tahun akan datang akan menjanjikan jumlah hibah yang lebih tinggi, insya-Allah. Berkenaan dengan kedua, masalah kuota ini. Masalah kuota ini soalan yang berbeza dan saya tidak ada masa sudah, Tuan Yang di-Pertua. Macam mana? Boleh saya jawab ataupun...
Sila teruskan. Saya beri masa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kuota haji. Kuota haji secara rasmi untuk Malaysia ialah 30,200. Itu jumlah proportionate kepada populasi jumlah penduduk dalam negara kita. Jadi memang benar, pada masa ini kita punya waiting list kalau jemaah haji mendaftar pada bulan Julai, waiting list adalah dalam 116 tahun. Jadi, bagaimana kita hendak memendekkan waiting list itu ialah kita perlu berunding bagaimana kita untuk mendapatkan kuota tambahan daripada Kerajaan Arab Saudi. Akan tetapi pada masa yang sama, ada juga pelan-pelan lain yang memberi keutamaan kepada jemaah kali pertama. Sebab, sebelum ini jemaah kali kedua boleh mendaftar dan masuk dalam queue. Jadi kita juga akan melihat bagaimana jemaah kali kedua itu kita tidak berikan keutamaan dan mungkin tidak boleh mendaftar pun supaya memberi clearing the backlog dalam senarai jemaah yang menunggu. Kita tidak boleh hendak membuat apa-apa berkenaan dengan jumlah kuota sebab itu memang proportionate kepada populasi dan setiap negara, itulah formula untuk mengira jumlah kuota jemaah haji. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, adakah kerajaan akan mengumumkan enam bulan sekali hasil pelan pemulihan Tabung Haji? Ini kerana Tabung Haji amat dekat kepada rakyat dan demi ketelusan. Kedua, adakah Tabung Haji bercadang untuk memperkasakan jabatan perhubungan awam? Ini supaya komunikasi yang lebih berkesan dapat disampaikan kepada rakyat dan hal-hal yang tuduhan-tuduhan tidak berasas boleh dijawab oleh kerajaan. Terima kasih. Dua soalan, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada soalan tambahan Tabung Haji. Berkenaan untuk melaporkan pelan pemulihan setiap enam bulan, saya kira itu kita akan memberikan cadangan kepada pihak pengurusan Tabung Haji untuk melakukan perkara tersebut dan saya kira komunikasi itu memang berterusan sejak daripada pelan pemulihan. Pihak pengurusan Tabung Haji sentiasa mengadakan kenyataan media dan berurusan dengan media untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan apa yang berlaku dalam Tabung Haji. Kedua, berkenaan dengan komunikasi yang lebih berkesan. Saya juga mengambil terima apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jeli dan akan dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan tarikh permulaan serta tarikh siap dijangka untuk projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Sandakan, pihak kementerian sedang dalam proses pelantikan perunding projek. Antara skop perkhidmatan perunding tersebut ialah untuk membuat pindaan berkaitan terhadap reka bentuk pemanjangan landasan, reka bentuk taxiway dan kerja-kerja berkaitan berdasarkan pindaan terkini dokumen International Civil Aviation Organization Annex 14. Selain itu, pelaksanaan kajian impak alam sekitar juga perlu dilaksanakan memandangkan kawasan paya dan sungai yang terdapat di hujung landasan yang akan dibangunkan merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Proses pelantikan perunding projek dijangka selesai pada bulan Ogos 2019 setelah dimuktamadkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Kerja-kerja fizikal dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan September 2019 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2021 berdasarkan tempoh pelaksanaan projek selama 18 bulan. Untuk makluman Yang Berhormat, antara skop kerja utama projek ini adalah pemanjangan landasan daripada 2,133 meter kepada 2,500 meter, pembinaan connecting taxiway baharu, pelebaran kawasan parkir pesawat dan dikonfigurasi dan menyediakan precision operation light serta kerja-kerja berkaitan. Pendek kata, kerajaan komited dan Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Sandakan ini akan disiapkan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas laporan yang teliti. Minta pendapat Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini pada awal Julai, terdapat laporan akhbar yang menyatakan bahawa Khazanah Nasional berhasrat mempelawa pelabur atau pengusaha lapangan terbang asing kepada Gatwick Airport ataupun VINCI Airports daripada Eropah menjadi rakan kongsi kepada pengusaha tempatan iaitu Malaysia Airport Holdings. Minta bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah pandangan Kementerian Pengangkutan bagi kemasukan pelabur asing, foreign investor ini boleh dipertimbangkan untuk lapangan terbang di Sabah untuk memangkinkan pembangunan industri logistik pelancongan dan menyuntik nafas baru kepada sektor penerbangan di Sabah yang sangat berpotensi? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pengangkutan bersifat terbuka kepada apa-apa cadangan daripada mana-mana pihak terutamanya pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara kita terutamanya dalam sektor aviation. Akan tetapi, sebarang cadangan dan juga pertimbangan ini mestilah dilaksanakan dengan teliti dan dengan pihak-pihak yang berkaitan terutamanya dengan pihak kerajaan, dengan pihak Khazanah, MAHB dan sebagainya. Jadi pada masa kini, saya tidak boleh mengatakan apa-apa pandangan saya secara spesifik kerana sebarang rundingan masih dijalankan. Kita berharap supaya rundingan ini dapat diteruskan dan kita akan melihat apakah cadangan yang terbaik untuk memaksimumkan nilai lapangan terbang di negara kita. Akan tetapi, apa-apa pun, rundingan kita mestilah berlandaskan kepada legal framework kita sebab legal framework yang sedia ada itu ialah sebarang lapangan terbang di negara kita ini dikendalikan oleh pihak MAHB kecuali Lapangan Terbang Senai. Jadi, apa- apa perundingan dengan pihak pelabur asing mestilah dijalankan mengikut lunas undang- undang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, betapa hebatnya sesebuah lapangan terbang itu, ia tidak mungkin menepati piawaian keselamatan udara sekiranya taraf radio communication masih di tahap rendah terutama sekali di ruang udara Sabah dan Sarawak.
Saya juga berterima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri kepada soalan saya tempoh hari telah dijawab tetapi saya mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan maklumat tambahan berkaitan dana yang akan diusahakan untuk pusat kawalan trafik udara yang baharu yang dijangka akan disiapkan pada tahun depan dan berapa peratus kah penambahbaikan yang bakal didapati di bawah projek ini? Terima kasih.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, saya memang diberikan taklimat bahawa pusat kawalan udara kita di Kota Kinabalu sedang giat dilaksanakan dan akan mengikut jadual dan akan dijalankan secara serentak. Akan tetapi dari segi spesifik soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, saya memerlukan notis untuk saya menyediakan jawapan yang lebih terperinci sebab saya tidak hendak memberikan jawapan dalam Dewan yang mulia ini tanpa maklumat yang terperinci kerana ia di luar skop daripada soalan asal ini. Jadi, saya memohon notis dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar. Terima kasih.
Saya membenarkan satu lagi soalan tambahan. Sila dari...
Lawas.
Lawas. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pemanjangan landasan lapangan terbang untuk menampung keperluan pada masa sekarang seperti di Sandakan amatlah diperlukan termasuk di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah pendirian kerajaan terhadap permohonan pembinaan sebuah lapangan terbang baharu di Lawas menggantikan lapangan terbang sedia ada yang kecil dan sering dilanda banjir? Untuk makluman Dewan, permohonan tersebut telah pun dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebarang permohonan untuk pemanjangan landasan ataupun penaiktarafan mana-mana lapangan terbang ia memerlukan satu proses yang terperinci. Bukan sahaja dari segi kelulusan kewangan tetapi juga kelulusan daripada pihak teknikal terutamanya daripada pihak Civil Aviation Authorithy Malaysia (CAAM). Jadi berkenaan dengan soalan spesifik berkenaan dengan Lapangan Terbang Lawas, saya sedar bahawa ada permohonan itu tetapi apa-apa keputusan daripada permohonan itu, mestilah kita diberikan satu maklumat yang terperinci dan juga diputuskan oleh pihak yang berkuasa teknikal iaitu CAAM seterusnya diangkat untuk kelulusan daripada pihak Kementerian Kewangan. Saya sedar bahawa banyak janji-janji terdahulu oleh kerajaan terdahulu telah dibuat. Ini adalah untuk memenangi pilihan raya sahaja, tetapi banyak janji-janji ini dibuat tanpa melalui due process yang sebenarnya. Jadi due process itu perlu dijalankan. Saya meminta supaya Yang Berhormat bersabar dan kita melihat kepada permohonan itu dan diangkat untuk kelulusan daripada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kementerian Kewangan dan juga kalau diluluskan, maka Kementerian Pengangkutan sudah tentunya akan melaksanakan projek itu mengikut jadualnya. Terima kasih.
4. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara ] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berkaitan dengan penubuhan ‘Youth Power Club’ dengan dasar menyalurkan bantuan, adakah telah didaftarkan atau adakah ianya berperlembagaan (Akta 668) memandangkan terdapat unsur yang dipolitikkan sekiranya ada.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tenggara secara bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar bernombor 18 memandangkan soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara yang sama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Youth Power Club (YPC) masih dalam proses penubuhan di seluruh negara. YPC adalah bertaraf pertubuhan bukan kerajaan, NGO dan tertakluk di bawah Akta 668 serta perlu mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Sebagai pertubuhan belia, YPC boleh memohon bantuan aktiviti daripada
Kementerian Belia dan Sukan tertakluk kepada garis panduan pengurusan pemberian bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (KBS) pindaan 2013 yang sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Paya Besar, dana yang telah diterima oleh Majlis Belia Malaysia bagi tempoh 2015 ke 2019 ialah dana bantuan pentadbiran dan bantuan aktiviti berjumlah RM44.982 juta. Pada masa yang sama dalam tempoh masa setahun yang lepas hingga ke tarikh hari ini, kerajaan melalui KBS telah pun membelanjakan RM33.6 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan dan Tabung Persatuan yang disalurkan kepada individu, kumpulan dan NGO untuk menggerakkan program belia atau sukan yang berkait rapat dengan kawasan setempat, peringkat negeri ataupun di peringkat nasional. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, idea penubuhan YPC ini dari segi pendanaannya ialah walaupun Yang Berhormat Menteri kata dia perlu mohon tetapi saya difahamkan mereka tidak mohon, Yang Berhormat Menteri sudah beri. Jadi pendanaan ini sebenarnya mengganggu urusan belia, Majlis Belia yang sah Malaysia, negeri dan daerah kerana mereka ini sudah ada rungutan. Adakah soalan saya ini berkaitan dengan YPC ini kebanyakan rungutan yang diterima sekarang ini, ahli YPC ini diketuai oleh ahli PBBM, ARMADA? Adakah pertubuhan ini hanya untuk ARMADA sahaja? Terima kasih.
Boleh disemak keahlian YPC ini dibuka kepada semua. Cara permohonan juga cara permohonan yang diguna pakai oleh NGO-NGO belia yang lain. Penekanan yang diberikan oleh YPC adalah untuk memastikan reformasi belia dapat dilakukan bersekali. Sebagai contohnya, pelantikan YPC itu sendiri datang daripada kalangan anak muda bawah 30 tahun. Kalau kita lihat pimpinan politik, lazimnya mereka atas umur 30 tahun. Sebelum ini pun banyak Menteri Belia dan Sukan di sebelah sana yang menggerakkan program-program yang baik, sebagai contoh Rakan Muda yang baru dan juga memakan dana sebelum ini datang daripada Majlis Belia Malaysia tetapi menyasarkan golongan anak muda bawah 25 tahun dan bagi YPC bawah 30 tahun. Pada masa yang sama, ada perwakilan atau jumlah wanita yang mencukupi di pimpinan tertinggi negeri dan di peringkat Parlimen dan pada masa yang sama, ada perwakilan daripada wakil yang berbilang bangsa dan agama untuk memastikan bahawa pertubuhan belia ini mewakili ciri-ciri Malaysia yang sebenar. Kalau Yang Berhormat lihat bagi ARMADA khususnya, dia semua Melayu, semua lelaki tetapi bagi YPC bawah 30 tahun mewakili wanita dan juga rakyat Malaysia anak muda khususnya berbilang bangsa dan agama. Dari segi permohonan geran belia, seperti saya maklumkan pada minggu lepas menjawab soalan dalam Dewan ini juga, kita dalam proses untuk mengemas kini cara permohonan iaitu di mana bagi jumlah tertentu akan melalui KBS di peringkat pusat. Bagi jumlah tertentu, kita akan kembalikan kuasa kepada JBSN di peringkat negeri dan juga JBSN di peringkat daerah. Ada piawaian yang kita letakkan, kita memang meluaskan cara permohonan di mana kita membenarkan individu atau NGO-NGO yang tidak berdaftar juga untuk memohon bagi dana tersebut dan ada proses penilaiannya tersendiri supaya proses permohonan itu betul-betul inklusif. Saya beri contoh Yang Berhormat, dalam dua bulan lepas, saya dapat permohonan daripada seorang individu yang akan mewakili Malaysia, anak muda dalam Crossfit Game. Akan tetapi malangnya kalau kita lihat sistem yang sedia ada, individu ini perlu melalui salah satu persatuan tetapi bagi sukan-sukan baru ataupun pertubuhan-pertubuhan belia baru, mereka tidak atau belum lagi berdaftar atau belum lagi melalui sistem atau piawaian sedia ada dan akhirnya agak sukar untuk kita menyalurkan bantuan. Selain itu juga semua bantuan sekecil mana pun sebelum ini perlu dibincangkan di peringkat pusat ataupun KBS Putrajaya. Saya rasa lebih baik dengan izin, untuk kita decentralized untuk pastikan JBSN negeri pun diberikan peranan secukupnya untuk memastikan pengagihan itu dapat dilakukan pada kumpulan belia dan sukan di kawasan setempat dan dapat diagihkan seadil mungkin. Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu tadi tetapi saya juga ingin melahirkan juga dan juga menyampaikan tentang keresahan persatuan-persatuan belia di akar umbi tentang bagaimana apabila mereka terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membayar sewa pejabat, terpaksa membayar elaun setiausaha ataupun kerja-kerja perkeranian yang terpaksa dilakukan oleh mereka bagi menggerakkan persatuan-persatuan belia khususnya Majlis Gabungan Belia Daerah. Saya juga ingin tahu. Apakah pelan pembangunan oleh pihak KBS untuk menggerakkan belia di Malaysia ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Dalam tempoh terdekat ini kita akan keluarkan satu garis panduan untuk membantu pertubuhan-pertubuhan belia untuk transisi bagi meremajakan mereka untuk memastikan bahawa ia betul-betul inklusif dan juga mewakili anak muda yang tidak mewakili belia yang berpertubuhan dan anak muda yang sebelum ini tidak menyertai mana-mana persatuan sekalipun kerana kita ingin memastikan bahawa setiap golongan anak muda turut terbela. Akan tetapi untuk menjawab persoalan Yang Berhormat yang khusus bagi belia berpersatuan, dalam pelan transisi akan kita ketengahkan sebagai contoh mereka boleh mengguna pakai pejabat-pejabat, agensi-agensi yang terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sebagai contoh, pejabat di bawah JBSN di peringkat daerah atau negeri yang masih wujudnya kekosongan yang sedia ada. Jika hendak dibandingkan dengan menyewa satu premis yang baru. Pada masa yang sama, boleh mengguna pakai pegawai-pegawai baru muda yang dilantik melalui peringkat JBSN daerah untuk bekerjasama dan berkolaborasi untuk mereka. Akan tetapi fokus utama kementerian adalah untuk memastikan daripada kita hanya tumpu kepada dana pentadbiran, kita fokus kepada pelaksanaan program seperti negara-negara maju yang lain di mana pelaksanaan program dapat dirancakkan dengan lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan dana tahunan, dana bulanan tetapi akhirnya pelaksanaan program di peringkat akar umbi itu terbantut. Oleh sebab itu dalam pelan transisi, kita akan gabungkan kedua-dua perkara ini sekali daripada segi premis, pejabat, tenaga kerja tetapi fokus utama adalah pelaksanaan program yang harus diberikan penekanan khusus, khususnya bagi anak muda yang tidak berpersatuan. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Paya Besar.
Untuk pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Nibong Tebal.
Speaker, sebab ada kaitan dengan Paya Besar ini. Tadi janji hendak bagi.
[Dewan ketawa]
Janji tetapi tidak tunai ini, Speaker.
Sudah jawab tadi.
5. Dato' Mansor Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Industri Utama menyatakan berapa jumlah bilangan peraih-peraih getah berlesen di bawah kementerian yang beroperasi membeli getah daripada pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara dan apakah mekanisme kawalan dan pemantauan yang diguna pakai untuk memastikan penyelewengan dan manipulasi harga belian tidak berlaku.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bilangan peraih adalah seramai 2,492 orang ataupun syarikat di seluruh Semenanjung Malaysia. Mekanisme kawalan dan pemantauan adalah yang pertama pelesen dikenakan syarat untuk mempamerkan harga getah yang ditawarkan setiap hari di papan harga getah di premis masing-masing. Denda boleh dikenakan bagi kesalahan ini.
Kedua, pelesen diwajibkan mengeluarkan resit rasmi setelah selesai urus niaga membeli getah dari pekebun kecil dan merekodkan pembelian di dalam buku akaun membeli getah. Tindakan denda boleh juga dikenakan sekiranya pelesen tidak mematuhinya. Ketiga, penguat kuasa membuat pemeriksaan mengejut di premis-premis pelesen dengan membuat semakan rekod pembelian di dalam buku akaun membeli getah pelesen serta resit rasmi yang dikeluarkan dan rekod jualan getah kepada kilang pemprosesan di dalam buku akaun menjual getah. Mekanisme kawalan dan pemantauan yang keempat adalah membuat perbandingan harga setiap hari dan setiap daerah dengan penguat kuasa menghubungi pelesen untuk mendapatkan harga yang ditawarkan kepada pekebun kecil. Bagi harga yang terendah, siasatan akan dibuat oleh penguat kuasa ibu pejabat untuk mengenal pasti puncanya. Kelima ialah mengadakan program hari kesedaran pelesenan dan kualiti getah kepada pelesen supaya menawarkan harga yang munasabah kepada pekebun kecil. Keenam, kita juga menyediakan ruang dan peluang untuk pekebun kecil membuat aduan dan dialog interaktif bersama LGM melalui konsep turun padang, sembang warung, dialog, program-program IPG dan 4G di seluruh negara. Antara yang telah pun kita lawat misalnya di Kelantan, di Baling negeri Kedah, termasuk di Melaka dan juga di Perak. LGM kini untuk makluman Dewan, dalam proses Projek Rintis Sistem yang dipanggil sebagai ER1 iaitu sistem pembelian getah secara atas talian di mana semua rekod transaksi pembelian getah itu direkodkan secara atas talian dan pengeluaran resit secara elektronik melalui gadget mobile thermal printers. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan dengan menerangkan sistem kawalan yang agak baik. Kita dapati struktur urusan pembelian dan jualan getah ini agak berlapis tetapi tidaklah complicated sangat. Namun ia memberi kesan kepada penoreh- penoreh getah kecil. Umpamanya peraih, peraih jual kepada pedagang, pedagang terus kepada pengilang. Peraih tidak dibenarkan jual terus kepada kilang. Jadi kilang yang menentukan kualiti getah iaitu apa yang dipanggil DRC. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh cerita sedikit tentang itu. Adakah rancangan pihak kementerian untuk memastikan supaya proses penilaian kualiti getah ini lebih telus supaya ia tidak berlaku penyelewengan dan berlaku adil kepada pihak penoreh dan juga peraih di peringkat bawah. Itu soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat. Soalan yang begitu baik. Kita mengambil maklum tentang struktur berlapis ini di mana terdapat cabaran dan juga kekangan di dalam sektor getah ini. Ini di mana pekebun kecil akan memberi kesan antaranya ialah sebab kesan yang paling utama adalah harga daripada pelesenan yang berlapis ini dan mempunyai pelbagai peringkat. Namun, kita sedang merangka strategi yang menyeluruh sekarang ini untuk memudahkan lagi proses pelesenan ini. Di atas inisiatif inilah antara yang sedang kita kemukakan dan sedang kita teliti antaranya ialah inisiatif yang dipanggil sebagai MyCure di bawah MPI, di bawah Kementerian Industri Utama sendiri di mana kita bekerjasama dengan Malaysia Productivity Corporation. Di dalam masa yang sama kita juga sekarang sedang seperti mana yang saya sebutkan tadi dalam jawapan ialah kita juga memberikan tumpuan kepada Projek Rintis Sistem (ER1) ini iaitu pembelian getah secara atas talian di mana kita lihat ia boleh memastikan agar pekebun kecil dapat manfaat yang lebih tepat dari segi harga ini untuk memastikan agar ia lebih telus dan juga lebih efisien. Terima kasih.
Okey mengenai saya tertarik soal peraih sebentar tadi, kawasan saya melibatkan 30 kawasan FELDA dan kita tahu bahawa sebahagian kawasan FELDA adalah penoreh getah dan juga pekebun kecil yang ada. Akan tetapi suasana harga getah, harga lantai ini tidak selesai sampai kini. Walaupun Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa ada harga RM2.40 tetapi apa yang berlaku di ladang, ia sekadar RM2.25.
Maknanya peraih telah pun siang-siang sudah sakau duit ini. Jadi, warga FELDA, warga orang susah penoreh getah ini terus tertindas.
Sakau itu apa?
Kira rembat lah lebih kurang. Jadi, adakah, ada skim yang telah dilaksanakan dahulu iaitu Autoriti Transaksi-Getah (PAT) yang mana tuntutan Skim Insentif Pengeluaran Getah ini boleh dibuat oleh pekebun kecil yang mana ia telah pun dilaksanakan. Jadi saya hendak tanya, berapakah jumlah pekebun kecil yang telah membuat tuntutan insentif pengeluaran getah berdasarkan pengeluaran Mei 2019 sampai Jun 2019. Jadi berapakah purata pendapatan dari tuntutan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol kerana membangkitkan isu penyekauan ini. [Ketawa] Saya memang tentunya...
Tidak faham perkataan itu. Apa maksudnya? Tidak faham.
Kalau Yang Berhormat Kuala Krau tidak faham, saya tidak boleh buat apa lah.
Yang Berhormat Port Dickson pun tidak faham ini.
Baik, ini sudah luar topik ini.
Yang Berhormat Port Dickson, bakal Perdana Menteri itu.
Baik, saya ingin menyatakan ada dua segmen di dalam soalan Yang Berhormat. Soalnya ialah Skim 4G. Kita memang sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa dengan pendekatan kad 4G ini di ibarat macam kad pengenalan di mana hanya pelesen sahaja boleh membeli. Kalau lesen 4G itu dikemukakan dan pekebun-pekebun kecil hanya boleh jual sekiranya mempunyai kad 4G. Oleh sebab itulah saya menyatakan di dalam jawapan tadi antara yang kita buat untuk memastikan agar tidak berlakunya penyekauan ini ialah antaranya Projek Rintis Sistem (ER1) ini di mana kita memastikan akan sistem pembelian getah atas talian ini. Misalnya di Negeri Sembilan sekarang kita ada 10 yang kita buat Projek Rintis Sistem ini, di Melaka 30, Kedah 10, Kelantan 120. Jadi kita sudah mula sudah ke arah ini. Jadi, apabila dijual, direkodkan secara dalam talian. Jadi, dengan perbezaan katakanlah insentif pengeluaran getah itu diaktifkan pada harga RM2.50 tetapi harga katakanlah harga RM2.25 seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi perbezaan itu terus kita masukkan ke dalam akaun tanpa pekebun-pekebun kecil membuat permohonan secara manual. Jadi ini antara penambahbaikan yang kita lakukan. Saya juga ingin menjawab persoalan Yang Berhormat berkaitan dengan agak detil tadi angka tadi daripada Mei 2019 hingga Jun 2019. Jadi, saya minta notis sedikit kerana itu membabitkan agak detil dan saya akan kemukakan. Akan tetapi dari segi prinsipnya memang kita ke arah penambahbaikan supaya masalah pekebun kecil membuat permohonan secara manual ini dapat kita atasi. Dengan adanya atas talian ini, tidak perlu lagilah mereka isi manual dan kadang-kadang tidak berbaloi hendak membuat permohonan ini. Terima kasih.
6. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan telah berjaya dicipta untuk tempoh setahun yang lalu dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan satu juta pekerjaan dengan gaji RM2,500 dapat dicipta dalam tempoh masa 5 tahun (2018-2023).
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengalu-alukan murid-murid dari Wesley Methodist School, Ipoh, 74 orang pelawat diketuai oleh Madam Yau Sook Fun iaitu pengetua sekolah tersebut, dari kawasan saya. Terima kasih. Data sedia ada yang dihasilkan oleh DOSM, iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku kedua tahun 2019 untuk gaji pada tahun 2017 menunjukkan bahawa gaji purata mengikut kemahiran adalah sebanyak RM4,574 bagi tengah kerja mahir, RM1,947 bagi kerja separa mahir dan RM1,531 bagi tenaga kerja kemahiran rendah.
Kajian National Wage Index keluaran Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) mendapati peningkatan kadar indeks gaji dari Mac 2018 hingga September 2019 sebanyak 2.3 peratus. Seterusnya berdasarkan kepada ... secara suku tahunan bermula dari Mei 2018 sehingga Mac 2019, mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 243,000 peluang pekerjaan. Jumlah ini adalah berdasarkan kepada jumlah guna tenaga pada suku pertama pada tahun 2019, berjumlah 15,010,200 berbanding jumlah guna tenaga pada suku kedua pada tahun 2018 berjumlah 14,767,200. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, jumlah guna tenaga pada tahun 2020 dijangka akan mencecah 15,347,500. Ini merupakan peningkatan sebanyak 580,300 jumlah guna tenaga. Anggaran 240,000 setahun semenjak kerajaan memerintah pada suku kedua pada tahun 2018. Sehubungan itu, ini menunjukkan kerajaan mampu menghasilkan peluang pekerjaan dalam anggaran 200,000 setahun. Dengan jumlah anggaran tersebut, kerajaan menjangka dapat menghasilkan sejuta peluang pekerjaan dalam masa lima tahun. Cabaran kerajaan dalam menyediakan sejuta pekerjaan adalah untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dan kadar kemahiran guna tenaga mahir daripada guna tenaga separuh mahir. Bagi mencapai tujuan ini, langkah-langkah berikut sedang dijalankan oleh kerajaan: (i) kerajaan perlu menarik lebih banyak foreign direct investment; (ii) menggalakkan latihan-latihan bersifat internship di kalangan majikan bagi membolehkan lebih ramai pencari kerja tempatan diserap dalam pekerjaan dan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) menambah nilai kerja melalui universiti dan kreativiti; dan (iii) mengambil langkah-langkah yang sesuai dengan kerjasama industri untuk mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing yang bergaji rendah.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar tadi. Seperti mana Yang Berhormat Menteri sedia maklum, salah satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan adalah mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dalam lima tahun dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan. Pada 2 Mei 2019 yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi subsidi untuk menampung gaji. Anggaran yang telah diumumkan adalah dalam RM6 bilion yang dapat membantu 50,000 pekerja orang muda terutamanya menampung gaji mereka antara RM700 hingga RM1,000 sebulan. Saya nak tanya, kalau Yang Berhormat Menteri kata mampu untuk mencapai janji tersebut, kenapa kerajaan sedang mempertimbangkan? Kalau betullah kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi subsidi kepada syarikat-syarikat swasta bagi menampung gaji. Apakah Yang Berhormat Menteri setuju, daripada memberi subsidi kepada syarikat swasta untuk menampung gaji, bukankah lebih baik untuk kerajaan guna apa jua cara yang ada sama ada legislatif ataupun dengan tekanan yang lain untuk naikkan gaji minimum dan untuk memastikan bahawa jurang antara gaji CEO dengan gaji purata median pekerja biasa di syarikat swasta itu dapat dikurangkan? Bukannya membelanjakan RM6 bilion untuk memberi subsidi kepada menampung gaji itu. Itu kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau tidak betul, Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan lagi.
Yang Berhormat, nombor satu, kita perlu faham. Kita dalam stage full employment. Itu satu – kita mesti mengakui, itu adalah satu keadaan di dalam negara ini. Jadi, apabila Yang Berhormat dan lain-lain di sebelah sana mengheboh- hebohkan kita tidak ada peluang kerja, tidak benar. Itu nombor satu. Kedua, ada banyak cadangan untuk macam mana kita nak intensify supaya lebih daripada anak-anak kita, pekerja-pekerja dapat manfaat yang tertentu. Satu di antara cadangan adalah memberi galakan-galakan yang tertentu. Dahulu, kita memberi handout dan sebagainya. Kita rasa itu adalah satu yang tak berapa efektif. Apa yang lebih baik adalah kepada need based, di mana adakah ini diperlukan secara di pasaran. Kita percaya bahawa satu di antara Yang Berhormat telah lupa mengatakan adalah keperluan untuk kemahiran di antara anak-anak kita, di mana kita perlu memberi galakan-galakan tertentu supaya dikatakan dekat 300,000 hingga 500,000 orang anak-anak kita yang sekarang tidak ada, nampaknya tidak menggunakan fasiliti yang sedia ada di TVET di negara ini. Kalau mereka mendapat kemahiran pada waktu masa mereka senang atau tidak bekerja, ini sekali gus akan menyelesaikan semua perkara yang mereka hadapi. Jangan kita lupa Yang Berhormat, di luar negara ada beberapa negara di mana anak-anak mereka ingin melanjutkan atau mempelajari kemahiran tetapi tidak ada tempat. No place available. Di negara kita, reverse pula. Kita sedia ada di mana-mana TVET di lingkungan lebih kurang 30 peratus yang not occupied. Bermakna, kita ada ruangan untuk anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran di Technical and Vocational Education and Training (TVET) institut. Ini adalah apa yang Yang Berhormat patut memberi pandangan supaya anak-anak kita mengambil peluang tersebut dan bukan secara memberi wang sahaja. Itu satu di antara old-school of taught dan kita rasa kita perlu memberi satu pendidikan yang baharu, harapan yang baharu kepada anak-anak kita, memberi galakan kepada mereka supaya mereka diserapkan di work force, supaya mereka mendapat kemahiran-kemahiran tertentu. Jangan lupa Yang Berhormat, di negara kita hanya kemahiran setakat 28 percent sahaja pekerja-pekerja mahir. Walhal di negara-negara maju, lebih daripada 50 percent, 60 percent. Jadi inilah sasaran yang kita perlu – hit the target ke 60 percent kalau boleh. Terima kasih.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri jawab soalan tadi. Yang Berhormat Menteri bagi jawapan yang melancong ke tempat lain. Tidak perlu bagi saya syarahan berkenaan dengan TVET. Waktu saya jadi Menteri, kebolehpasaran di IKBN meningkat daripada 83 peratus hingga 93 peratus. Saya tanya soalan mudah sahaja, berkenaan dengan status cadangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu untuk memberi subsidi kepada syarikat swasta menampung gaji. So, saya nak minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri hari ini berkenaan dengan kenyataan tersebut secara spesifik. Kalau tidak ada, cakap tidak ada. Kalau cakap tidak ada, tidak ada.
Oh, yang ini satu keputusan muktamad belum dibuat lagi.
Oh, belum? Cakaplah belum, tidak perlu bagi syarahan.
Jadi belum ada satu keputusan muktamad. You know, you are in the Cabinet before. Ini perlu satu approval di sana, baru boleh buat satu keputusan.
Terima kasih Yang Berhormat Rembau, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
So, there’s must be a time frame. Bukan serta-merta.
Just answer yes or no, that’s all.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya, sejauh mana Yang Berhormat Menteri bersetuju. Ini saya nak bacakan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia di mana tahun 2017, di bandar terdapat 7.3 juta orang bergaji. Di mana gaji puratanya ialah RM3,038 manakala di luar bandar ada 1.4 juta orang yang bergaji dengan mengambil upah dengan upahnya adalah RM2,040.
So, saya nak tanya, bagaimana Kementerian Sumber Manusia akan adakan program-program ataupun latihan dan juga untuk pastikan mereka dapat – saya faham jawapannya akan TVET tetapi saya mendapati apabila anak-anak daripada FELDA dan luar bandar yang tidak memiliki sesuatu kelulusan di peringkat SPM walaupun mereka mempunyai Tahap II dalam MLVK ataupun sebagainya tetapi masih tidak diberikan peluang. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri terangkan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Kita ada satu sasaran yang tertentu. Kita berasa bahawa kita perlu memberi peluang yang lebih kepada anak-anak kita melanjutkan pelajaran dengan TVET untuk mendapat kemahiran. Kita memberi macam-macam kelonggaran sebenarnya. Jika dia tidak ada kelulusan tertentu, memandangkan kita ada kekosongan 30 peratus di TVET dalam negara ini, kita memberi dorongan kepada mereka. Seperti yang baru saya katakan di Cameron Highlands, di mana anak-anak Orang Asli yang tidak ada kelulusan langsung tetapi boleh baca dan tulis, mereka juga diberi peluang supaya mendapat kemahiran. Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya kita dapat – sasaran kerajaan dahulu dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, tahun hadapan kemahiran pekerja adalah lingkungan 35 peratus. Ini bukan satu sasaran yang senang untuk dicapai tetapi kita perlu inisiatif-inisiatif yang tertentu untuk menolong anak-anak kita baik di luar bandar atau di bandar. Terima kasih.
7. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah usaha yang telah dilakukan kementerian untuk memastikan status Mahkamah Syariah di Malaysia dari segi bidang kuasa dan taraf perjawatan setaraf dengan Mahkamah Sivil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tampin, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia ditambah baik dan dipertingkatkan dari segi bidang kuasa dan taraf perjawatan. Namun, ia tidak boleh dilaksanakan secara berasingan kerana aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah bukan sahaja tertumpu terhadap meningkatkan bidang kuasa semata-mata, akan tetapi ia perlu dilakukan secara holistik meliputi pelbagai aspek. Di samping itu, peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah ini hendaklah juga tertakluk kepada perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan komited untuk mereformasi Mahkamah Syariah melalui empat aspek utama iaitu: (i) memperkasakan undang-undang syariah melalui menyeragamkan undang-undang dan mewujudkan undang-undang baharu; (ii) pentadbiran kehakiman syariah; (iii) pembangunan prasarana Mahkamah Syariah; dan, (iv) peningkatan kompetensi Hakim Syarie. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: Pertama, untuk meminda dan menyeragamkan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah dengan menaikkan draf Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) sebagai model yang boleh diguna pakai oleh negeri-negeri setelah negeri-negeri dirundingkan dan bersetuju dalam usaha untuk menyeragamkan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia; Kedua, kerajaan juga melalui Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang- undang telah menjalankan kajian untuk menambahbaikkan dan menyeragamkan undang- undang syariah yang berikut iaitu; • Undang-undang Keluarga Islam, • Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, • Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah dan
• Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah. Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan undang-undang baharu dan kita lihat semalam, Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019; Ketiga, Rang Undang-undang Wakaf (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 yang kini dalam fasa untuk dimuktamadkan. Rang undang-undang ini dijangka untuk dibentangkan di sesi Parlimen akan datang. Keempat, kaedah-kaedah Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk. Kaedah ini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara. Kerajaan juga dalam memperkasakan pentadbiran kehakiman syariah bercadang untuk mewujudkan hierarki baharu Mahkamah Syariah. Kerajaan sedang berusaha ke arah menaiktarafkan Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat hingga kepada lima peringkat. Setakat ini, negeri Perak telah pun meluluskan usul di Dewan Undangan Negeri bagi menaik taraf hierarki Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat kepada empat peringkat iaitu mewujudkan lapisan baharu yang keempat yang dinamakan sebagai Mahkamah Utama Syariah. Jadi, bagi memastikan keberkesanan perancangan ini, usaha-usaha untuk memperkasakan institusi kehakiman syariah di Malaysia telah digariskan dalam pelan strategik agensi agama tahun 2019 hingga 2025. Mahkamah Syariah juga akan diperkasakan melalui cadangan pengkhususan pengendalian kes hadanah dan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah dan pengendalian kes nafkah di Mahkamah Rendah Syariah serta pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pelaksanaan program ini telah diluluskan melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mei 2019 baru-baru ini dan dalam peringkat libat urus bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Jadi, dua lagi perkara ialah pembangunan prasarana Mahkamah Syariah dan peningkatan kemahiran dan kompetensi Hakim Syarie. Ini antara perkara-perkara yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan di dalam memastikan kita memperkasakan Mahkamah Syariah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri kerana memberi jawapan yang agak panjang lebar dan meluas. Kita dapat memahami bahawa hasrat kerajaan ataupun kementerian untuk meningkatkan Mahkamah Syariah begitu bersungguh-sungguh. Cumanya persoalan saya ialah adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji penubuhan Mahkamah Syariah dan perkhidmatan kehakiman dan perundangan peringkat persekutuan? Sejauh mana usaha-usaha yang telah dilakukan dalam persoalan untuk penyeragaman dan penyelarasan Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negara serta peningkatan hukuman-hukuman yang ada pada hari ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Kita sudah pun menyediakan roadmap berkenaan dengan penyeragaman undang-undang jenayah syariah dan telah pun melalui MKI pada 13 Jun 2019 dan kita akan meneruskan libat urus di semua peringkat. Kita jangkakan pada hujung tahun 2020 ya akan selesai kita punya libat urus ini dan dapat dibawa satu model ke Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana usaha-usaha yang telah dilakukan mempertingkatkan kedudukan Mahkamah Syariah. Namun demikian, saya yakin pihak kerajaan bersetuju dengan saya bahawa untuk meningkatkan status Mahkamah Syariah, ia perlu juga melibatkan peningkatan bidang kuasa mahkamah itu sendiri, jurisdiction of the court itu sendiri. Jadi, saya hendak tanya, apakah perancangan kerajaan sekarang ini untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya dalam mengkaji semula Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965? Di mana bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah sekarang ini, mahkamah paling tinggi ataupun mahkamah utama yang hendak dibuat itu, lebih rendah daripada mahkamah rendah di dalam sistem kehakiman sivil. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat Kota Bharu. Kita akui bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah itu termaktub di dalam Akta 355.
Seperti yang saya bacakan di awal tadi, bahawa kita juga harus merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kita sedang mengkaji termasuk juga had hukuman yang sentiasa dipersoalkan. Akan tetapi kalau had hukuman itu kita naikkan, kita akui bahawa had hukuman itu memang rendah. Kita bagi contoh kalau sumbang mahram, kita tahu dalam Mahkamah Sivil hukumnya 30 tahun dan dalam Mahkamah Syariah ia begitu rendah sekali. Kita sedang mengkaji. Akan tetapi untuk mewujudkan satu layer lagi itu amat penting kerana apabila kita naikkan hukuman tanpa mewujudkan satu lagi layer untuk merayu, jadi itu mungkin tidak menimbulkan keadilan. Jadi sebab itu saya katakan tadi, perlu kita kaji secara menyeluruh dan kita juga kaji bidang kuasa tersebut seperti yang dikatakan.
Sejauh mana kajian itu sekarang ini Yang Berhormat? Sejauh mana sudah buat kajian dan juga persiapan itu?
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab?
Sila, seringkasnya.
Jadi sekarang ini, kita lihat secara menyeluruh dan ia sedang dilakukan oleh pihak JKSM dan ia dalam work in progress. Insya-Allah. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ringkas sahaja. Saya hendak bertanya, apakah pihak kerajaan melihat Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang yang diwujudkan oleh kerajaan terdahulu, telah berjaya memainkan peranan dengan baik bagi mengatasi konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dan sekali gus menyelesaikan kes yang terbabit dengan lebih cepat? Berapakah jumlah kes-kes disiplin, kes pecah amanah serta kebocoran maklumat ataupun pelanggaran etika di kalangan pengamal undang-undang? Terima kasih.
Terima kasih. Saya kira kerajaan dahulu telah pun memulakan usaha dan harus kita teruskan. Namun, ada banyak sangat kerja yang perlu dilakukan yang saya rasa agak terbantut yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Kita sekarang sedang fast track dan buat sebanyak mana yang kita boleh buat. Jadi, batu asas itu ada tetapi perlu kita jump ataupun laju ke hadapan kerana kita agak banyak ketinggalan terutama dari segi pelarasan undang-undang dan sebagainya. Berkenaan dengan data-data yang diminta, saya pohon jawapan bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perlindungan Saksi 2009 akan dipinda sebagai usaha Kerajaan untuk menambah baik prinsip ketelusan dan keterbukaan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Harapan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Tumpat kerana mengambil berat terhadap usaha kerajaan untuk menambah baik prinsip ketelusan dan keterbukaan. Terima kasih juga kerana Yang Berhormat saya rasa telah mengambil masa membaca Buku Harapan, tahniahlah. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang menyemak semula Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga Akta Perlindungan Saksi 2009, sebagai usaha untuk menambah baik prinsip ketelusan dan keterbukaan. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi menyemak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 iaitu Akta 711. Jawatankuasa ini juga masih dalam peringkat mengumpulkan input-input yang diperlukan serta menjalankan kajian dasar bagi menambah baik akta tersebut. Jawatankuasa ini juga akan mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan dan akan turut bekerjasama dengan pakar-pakar dari United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Jawatankuasa ini juga dijangka akan melengkapkan proses dan kajian pada akhir tahun 2019.
Seterusnya, kerajaan juga melalui Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pula bersama-sama dengan beberapa kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan sedang menyemak dan mengkaji pindaan-pindaan yang diperlukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 iaitu Akta 88. Dalam usaha untuk memperkemaskan peruntukan- peruntukan yang ada bagi membendung insiden ketirisan maklumat khususnya dalam persekitaran ICT dan ancaman masa kini. Pindaan Akta 88 ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020 setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri mengambil perhatian akan prinsip ketelusan dan keterbukaan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Harapan. Jika dalam konteks keterbukaan dan ketelusan yang dijanjikan adalah dari segi aspek perbelanjaan kerajaan dan kebebasan media. Walau bagaimanapun, pindaan yang perlu dibuat ke atas Akta Perlindungan Saksi 2009 iaitu Akta 696, adalah sehingga tidak menjejaskan objektif dan fungsi program perlindungan saksi. Kerahsiaan yang digariskan adalah bagi maksud keselamatan saksi itu sendiri dan kaum keluarga yang mungkin terjejas sekiranya skop keterbukaan dan ketelusan diluaskan kepada saksi. Untuk makluman Yang Berhormat, saksi perlu dilihat sebagai aset penting yang perlu dilindungi segenap aspek dan sekarang sebarang ketirisan mampu menjejaskan program perlindungan saksi. Sekian, terima kasih.
Saya difahamkan ada kehadiran Pemuda UMNO Jempol ke Dewan Parlimen bersama dengan kita pada pagi ini... [Tepuk] saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kedatangan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat ada dua perkara yang perlu kita perhalusi di sini supaya makna kebebasan itu tidak disalah gunakan. Pertama, mereka yang mendedahkan maklumat rasmi kerana mempunyai kepentingan tertentu dan kedua mereka yang mendedahkan maklumat rasmi kerana ingin menyatakan wujudnya salah laku. Begitu juga Akta Rahsia Rasmi diletakkan dalam perkara melibatkan kepentingan negara dan pada sisi yang lain ia digunakan untuk menutup skandal dan sebagainya. Oleh sebab itu, perlu ada badan yang bebas dan berintegriti untuk meneliti perkara ini. Justeru, soalan saya apakah kerajaan bersedia untuk mengangkat sebahagian dokumen yang melibatkan kepentingan rakyat secara umum seperti laporan Majlis Penasihat Kerajaan untuk tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Ini sebagai tanda menghormati kebebasan bersuara yang diberikan kepada rakyat, sebagaimana janji Pakatan Harapan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Memang kerajaan ini adalah kerajaan yang berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang lama. Di mana, kita tidak akan menyalahgunakan OSA dan insya-Allah, Yang Berhormat kita juga akan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat, Freedom of Information Act untuk kita dipanggil off set dengan izin ataupun kita balance the dity of OSA. Jadi, Yang Berhormat akan melihat satu perubahan yang besar dalam cara kita berkerajaan di mana kita akan mementingkan kerahsiaan dalam masa yang sama kita juga akan membuka dipanggil transparency. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tahu. Berapa ramai kah, jika ada, wartawan- wartawan di dakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sejak kerajaan yang baharu Pakatan Harapan terbentuk? Terima kasih.
Yang Berhormat Pasir Gudang, minta maaf saya tidak mempunyai data waktu ini. Saya berjanji akan memberikan jawapan bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
9. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan perkembangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak berjumlah RM150 juta yang akan dijalankan di kawasan Bandar Kuching untuk mengatasi masalah banjir kilat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan jawab soalan ini bersama dengan soalan nombor 12 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong. Tuan Yang di-Pertua, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak telah diluluskan
dengan siling kos projek sebanyak RM150 juta dalam RMKe-11. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dalam proses pelantikan perunding untuk reka bentuk terperinci secara tender terbuka. Perunding dijangka akan dilantik pada November 2019. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2021. Iklan perundingan akan dikeluarkan pada 25 Julai 2019 dan kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada Mac 2021 hingga Mac 2025. Kepada Yang Berhormat Batang Sadong juga telah meminta soalan bagi mengatasi masalah banjir di Sarawak sebanyak 9 projek utama tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah siling kos projek adalah sebanyak RM392.92 juta. Di mana, peruntukan di salurkan dalam tempoh lima tahun bergantung kepada keperluan aliran tunai, cash flow sebenar. Bagi tahun 2019, peruntukan yang akan disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah RM38.81 juta. Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai, cash flow project bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja fizikal, pelantikan perunding, reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja. Projek-projeknya kalau hendak saya boleh hantar kepada Yang Berhormat Batang Sadong dengan bertulis, thank you.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas keprihatinan atas isu ini. Namun, saya ingin menegaskan bahawa projek ini memang haruslah dipercepatkan dan tidak ditangguhkan lagi kerana melibatkan beberapa tempat khas di Kuching terutamanya South General Hospital yang juga sering kali mengalami masalah banjir kilat. Saya ingin bertanya, seperti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Lantikan akan dibuat November tahun ini, kenapa kita harus tunggu tahun 2021 sebelum fizikal work akan dijalankan? Bolehkah proses itu dipercepatkan dan masalah ini memang satu masalah yang kronik di Sarawak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. saya telah minta JPS untuk mempercepatkan proses untuk projek ini. Saya faham, isunya ialah banjir di dalam kawasan bandar ataupun urban flooding ada lapan tempat di sepanjang Sungai Sarawak yang terlibat. So, kita kena buat kajian keseluruhan sebelum kita boleh laksanakan projek ini. Akan tetapi, saya akan minta JPS untuk cepatkan proses di dalam isu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Saya cuma hendak tahu, sebab tadi Yang Berhormat Menteri sudah menyatakan amaun yang dilibatkan atau dari segi allocation, dengan izin. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, adakah kita kalau ianya diperuntukkan banyak itu sahaja, jadi kita tidak dapat meminta lebih kerana banjir di bandar adalah berbeza dengan keadaan di kawasan luar bandar.
Jadi yang kawasan di luar bandar ini yang memerlukan tebatan banjir. Jadi, setakat ini kerajaan Sarawak yang beri peruntukan, jadi kalau ada lagi boleh di semak semula dan kalau boleh itu dipertimbangkan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih. Boleh disalurkan melalui JPS Sarawak kepada JPS Persekutuan atas prioriti yang kita akan letakkan di mana kawasan-kawasan yang kita kena buat sesuatu dengan cara yang lebih sesuai atau lebih cepat. So, bajet itu ialah bajet yang telah ditetapkan untuk satu tahun. Untuk tanya lebih itu, melalui prosesnya ada juga cara dia untuk minta dan saya minta Yang Berhormat untuk buat demikian terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
10. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah kadar pengangguran semasa di Malaysia dan apakah usaha pihak kementerian untuk membantu belia terutamanya dalam mendapatkan pekerjaan. Bagaimanakah pihak kementerian dapat memastikan kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.
Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran pada suku tahun 2019 mencatatkan kadar 3.4 peratus manakala kadar pengangguran belia adalah 10.9 peratus. Sebagai usaha bagi membantu golongan belia meningkatkan kebolehpasaran mendapatkan pekerjaan, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut; Menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan - JobsMalaysia yang memberikan kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan pekerjaan serta menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan yang merangkumi Karnival Kerjaya, Client Account, temu duga terbuka dan sebagainya. Mewujudkan pusat sehenti penggabungan agensi seperti: (i) JobsMalaysia; (ii) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); (iii) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera di UTC bagi menyediakan khidmat nasihat profesional untuk mendapatkan pekerjaan dan latihan. (iv) mewujudkan program Graduates Enhancement Program for Employability; dan (v) melaksanakan Structured Internship Programme. Semua ini telah dijawab dahulu, jadi saya ringkaskan di sini. Memperkemaskan dan memperluaskan Program Perintisan dan Latihan Industri yang bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran belia khususnya graduan melalui latihan soft skill dan on the job training. Program-program seperti ini telah menunjukkan kejayaan di mana lebih 90 peratus belia yang mengikuti program tersebut mendapat pekerjaan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengutamakan warga tempatan dalam pengambilan pekerja dan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada tenaga kerja seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Antara usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan majikan memilih pekerja tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah seperti berikut. Menggalakkan sektor-sektor yang berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisme dan automasi untuk mengurangkan kebergantungan ke atas pekerja asing. Selain dari itu, penggajian pekerja asing hanya terbuka kepada lima sektor formal dan satu sektor informal, yang formal adalah pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan tukang masak restoran, pemerkasaan dan pencucian hotel, spa, refleksologi dan sebagainya. Untuk informal adalah bagi jawatan kerja di rumah Seterusnya, meningkatkan aktiviti pemerkasaan berkanun terhadap majikan bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang-undang dan kebajikan pekerja terus terpelihara. Kesimpulannya, kerajaan dari semasa ke semasa akan menambah baik langkah- langkah sedia ada dan akan mewujudkan lebih banyak program dan mekanisme untuk membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang begitu komprehensif namun dalam konteks realiti, memang kalau kita mengikut kepada statement Yang Berhormat Menteri. Jadi, kita sudah mencapai 100 percent employment. Itu berdasarkan ukuran antarabangsa tetapi dari segi realiti masih terdapat kelompangan ataupun tempat di mana belia tidak mendapat pekerjaan khususnya graduan yang keluar disebabkan mismatch dari segi kelayakan dan juga keperluan pasaran. Oleh sebab itu dahulu ada Program SL1M. Saya tidak pasti sama ada kementerian Yang Berhormat Menteri akan bekerjasama untuk menambah baik Program SL1M itu supaya latihan industri dan juga peluang kepada belia, graduan khususnya untuk mendapat pekerjaan ini lebih cerah lagi. Pada masa yang sama, kita perlu juga mengkaji dari segi struktur penggajian. Dari segi gaji yang sekarang ini saya kira tidak sesuai dengan apa yang diletakkan pada kadar negara kita sebuah negara yang membangun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedar bahawa SL1M dahulu sudah banyak berusaha – skim itu untuk menolong graduan-graduan. Ia masih dijalankan di Kementerian Pembangunan Usahawan yang sekarang dijalankan di
sana dan tumpuan masih diberi inisiatif yang tertentu supaya lebih graduan-graduan yang mismatch di mana apa yang kehendak dalam sektor perniagaan dan di sini nampaknya ada masalah tersebut. Oleh itu, SL1M saya harap boleh dapat menyelesaikan sedikit perkara ini untuk mengatasi pengangguran di sana. Apa yang lebih mustahak adalah anak-anak muda yang dikatakan tidak ada peluang untuk bekerja itu tidak benar kerana kalau kita tengok dalam JobsMalaysia sekarang, semasa saya memberi ucapan ada lebih kurang 100,000 dalam lingkungan itu, pekerjaan yang masih boleh di ambil oleh anak-anak muda. Akan tetapi ramai di antara mereka seperti yang saya beritahu sebelum ini tidak ada kemahiran yang tertentu jadi mereka perlu melanjutkan kemahiran mereka di TVET supaya kita tahu dalam angka yang kita ada menunjukkan bahawa 94 peratus yang keluar dari institut-institut latihan kemahiran dapat kerja dengan serta-merta. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey seperti yang kita tahu statistik yang dikeluarkan pada bulan Julai 2019 yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menunjukkan 519,000 penganggur di kalangan rakyat Malaysia kerana mereka ini kekurangan kemahiran dan pendidikan. Jadi, soalan saya daripada jumlah ini, berapa banyak kah mereka yang mempunyai pendidikan di bawah Tingkatan 3 dan di bawah Tingkatan 5 kerana mereka ini tidak – dengan adanya data ini kita boleh mengetahui apa sebabnya? Kenapa tidak mereka ini diberi ruang sepenuhnya untuk melibatkan diri dalam kursus-kursus TVET untuk memenuhi permintaan tenaga kerja demi merealisasikan hasrat revolusi industri 4.0. Saya juga ingin menyarankan kepada kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri supaya kalau boleh kementerian masuk kampung dan kutip anak-anak muda ini daripada kampung-kampung sebab mereka tidak mempunyai maklumat mengenai adanya TVET ini. Bertujuan supaya mereka boleh diberi ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka, untuk menambah kemahiran dan pelajaran terima kasih.
Yang Berhormat, sebenarnya statistik 519,800 yang diberi angka minggu dahulu adalah benar dan breakdown dia saya kira tidak ada. Saya perlukan sedikit notis, mungkin saya boleh bagi secara bertulis. Yang Berhormat sendiri telah mengikut saya lebih kurang enam bulan dahulu pergi ke Serian untuk melihat satu pembinaan TVET di sana. Maknanya, kerajaan memberi perhatian dan saya setuju di Sabah dan Sarawak nampaknya semua institusi di sana 100 percent occupied, full. Ini adalah satu pendirian di mana kita akan memberi lebih ruang kepada anak-anak kita untuk melanjutkan kemahiran mereka di TVET di sana Akan tetapi kepada mereka yang tidak ada kelulusan yang tertentu, itu juga ada kelonggaran sedikit yang baru-baru ini saya telah mengumumkan di Cameron Highlands, di antara orang asli di mana walaupun tidak ada kelayakan yang tertentu tetapi asalkan mereka boleh baca dan tulis, mereka diberi tempat untuk melanjutkan pelajaran di institut-institut kemahiran terutamanya kepada anak-anak di mana di negara kita Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang kekosongan 30 peratus yang sedang ada di tempat, di institut-institut kemahiran. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, satu tambahan. Boleh?
Saya beri kesempatan kepada Yang Berhormat Serian. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri telah menyebut Serian, adakah kementerian ingin meneruskan pembinaan projek ILP Serian? Sebab, baru semalam saya telah melihat bahawa sejak kerajaan baharu mengambil tampuk pimpinan negara, pembinaan projek ILP Serian telah dihentikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang tujuh bulan lalu bila saya pergi ke Serian, saya telah memanggil Yang Berhormat Serian supaya mengikut saya ke tempat pembinaan tersebut dan selepas saya balik, saya telah memberi pandangan saya kepada Menteri Kewangan bahawa projek itu patut dijalankan.
Minggu dahulu, hari Jumaat, saya difahamkan setakat hari itu, bon yang perlu diberi oleh kontraktor tersebut belum lagi diberi. Maka itulah sebab kenapa kerajaan tidak dapat menyalurkan wang untuk memulakan kerja-kerja di sana. Maka, kalau boleh Yang Berhormat berusaha berjumpa dengan kontraktor di kawasan Yang Berhormat di mana institusi itu akan dibina, kerajaan sangat serius sebenarnya ingin melipat gandakan pembinaan di sana dan mencepatkan pembinaan supaya anak-anak kita dapat menikmati semua usaha yang dibuat untuk anak-anak muda ini. Terima kasih.
Dengan itu, tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-undang 1968; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di nombor 1 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 17 Julai 2019.”
Penyokong?
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Amat Berhormat, mohon laluan sekejap. Tuan Yang di-Pertua, semalam saya sudah kemukakan usul di bawah perkara 36(12) untuk dibahaskan. Jadi, saya mohon ruling daripada Tuan Yang di-Pertua untuk pengetahuan kita dan Dewan.
Saya sedang mengkaji. Esok saya akan beri jawapan saya. Sebab laporan itu mengandungi 51 muka surat. Jadi, saya harus meneliti dengan teliti.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa suatu rang undang-undang bernama Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pengasas-pengasas negara kita Malaysia telah pilih demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara. Ini bukanlah sistem asli kita. Sistem asli kita ialah sistem raja berkuasa mutlak, absolute monarchy. Akan tetapi, oleh sebab raja tanpa sokongan rakyat begitu lemah sehingga terpaksa tandatangan perjanjian Malayan Union untuk serah negeri-negeri mereka kepada British, maka rakyat telah bangun pada tahun 1946 untuk menebus balik negeri-negeri Melayu. Raja-raja turut bersama dan bersetuju dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk mentadbir negara mereka sendiri. Adalah dipercayai rakyat tentu bijak dalam pemilihan pemimpin mereka. Mereka tentulah tidak akan pilih orang yang ternampak jelas akan rosakkan negara mereka dan membinasakan mereka. Rakyat pasti akan menggunakan kuasa mereka melalui peti undi dan memilih wakil serta pemimpin mereka berdasarkan kebijaksanaan dan kesedaran politik mereka. Semasa Perlembagaan negara digubal, pengasas-pengasas negara pada ketika itu berpendapat umur yang sesuai untuk layak mengundi ialah 21 tahun dengan anggapan kematangan seseorang individu itu secara umumnya dicapai pada usia berkenaan. Di mana- mana sahaja di waktu negara mencapai kemerdekaan, umur 21 tahun dianggap sebagai sudah dewasa dan bertanggungjawab. Di samping itu, kita juga berpendapat dalam usaha membina negara yang berteraskan ilmu pengetahuan dan pengalaman, generasi muda sewajarnya menumpukan masa mereka untuk belajar tanpa diganggu polemik politik yang tidak kunjung sudah. Justeru, Perlembagaan Persekutuan yang dibuat di masa itu menetapkan umur 21 tahun sebagai hak kelayakan mengundi di sisi undang-undang. Negara telah melalui 14 pilihan raya umum bermula dari Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1959 sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu. Setelah hampir 60 tahun Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, kelayakan had umur mengundi 21 tahun ini tidak pernah dikaji untuk diturunkan sepertimana yang dilaksanakan di negara-negara lain yang turut mengamalkan sistem demokrasi berperwakilan. Selepas 1970-an, negara-negara maju seperti United Kingdom, Eropah Barat, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Perancis dan Australia telah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. Kemudian, ini diikuti oleh India, Pakistan, New Zealand dan semua negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia pada era 1980-an. Yang terakhir mengikuti jejak penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun ialah negara Jepun pada tahun 2016. Pada ketika ini, hanya Malaysia dan Singapura di ASEAN serta beberapa negara lain seperti Kuwait, Oman, Cameroon, Lubnan, Samoa dan Tonga yang masih mengekalkan had umur mengundi 21 tahun. Ini bermakna kesemua negara Komanwel lain yang mengamalkan demokrasi ala Westminster termasuklah India yang merupakan negara demokrasi terbesar di dunia dengan jumlah pengundi seramai 900 juta telah menetapkan umur 18 tahun sebagai umur kelayakan mengundi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hampir semua negara di Asia telah melaksanakan had umur mengundi 18 tahun dan yang terkini, beberapa negara di Eropah pula telah mula menurunkan had umur mengundi yang lebih rendah daripada 18 tahun kepada 16 tahun seperti Austria dan Scotland.
Berikutan perkembangan di seluruh dunia ini maka golongan belia di Malaysia terdorong untuk turut diberi hak mengundi seawal usia 18 tahun. Langkah ini adalah bagi
memberi peluang, ruang dan suara kepada mereka untuk sama-sama berganding bahu mencorakkan demokrasi negara melalui pilihan raya. Lagipun pada zaman sistem persekolahan terbuka kepada semua anak muda, mereka menjadi dewasa lebih awal. Kerajaan telah mengkaji semua umur mengundi dan mendapati secara umumnya kesedaran politik di kalangan belia telah meningkat. Pemikiran serta kematangan mereka juga terlihat lebih ke hadapan sesuai dengan kemajuan yang dinikmati negara. Mereka ini terdedah kepada maklumat yang luas. Pengaruh media massa dan kemajuan teknologi maklumat menjadikan mereka golongan pintar, matang berfikir, berdikari dan lebih bermaklumat. Kerajaan kini percaya mereka mampu mengimbangi keperluan menuntut ilmu dan kemahiran dengan kesedaran politik serta tanggungjawab mencorakkan masa hadapan negara yang lebih cerah. Kepercayaan yang diberikan ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan responsible citizens dengan izin iaitu warganegara yang bertanggungjawab. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengalu-alukan cadangan blok pembangkang agar golongan belia sewal usia 18 tahun bukan sahaja diberi hak mengundi tetapi turut berpeluang bersuara di Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Iaitu layak menjadi calon yang apabila dipilih akan berada bersama-sama kita di sini membahaskan undang-undang untuk kebaikan negara. Walaupun had umur kelayakan calon di kebanyakan negara Asia dan ASEAN masih kekal pada usia 21 tahun dan ke atas tetapi jika dilihat kepada negara-negara di Eropah, Australia dan New Zealand umur kelayakan calon telah diseragamkan dengan had umur mengundi 18 tahun. Oleh yang demikian, selaras dengan amalan demokrasi dunia kerajaan bersetuju mencadangkan Malaysia menurunkan had umur mengundi dan had umur calon seawal 18 tahun. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan atas cadangan barisan pembangkang juga telah bersetuju untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik. [Tepuk] Ini akan membolehkan semua warganegara Malaysia apabila berumur 18 tahun layak mendapatkan hak untuk mengundi. Mereka tidak lagi perlu untuk memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih. Ini memudahkan proses kerana rakyat Malaysia memang sudah berdaftar apabila berumur 12 tahun dan mengikut daftar ini semua yang meningkat umur kepada 18 tahun berhak mengundi. Kerajaan menjangkakan untuk lima tahun akan datang sekiranya pendaftaran secara automatik ini dilaksanakan bersekali dengan penurunan had umur mengundi 18 tahun seramai 7.8 juta pengundi baharu akan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tiap-tiap tahun sehingga tahun 2023. Oleh yang demikian, kerajaan menganggarkan jumlah pengundi pada tahun 2023 akan meningkat daripada 50 peratus meningkat lebih daripada 50 peratus, menjadikan jumlah pengundi sekitar 22.7 juta berbanding 14.9 juta pada PRU ke-14 tahun 2018. Kerajaan telah pun memulakan kerja-kerja awal melalui pelaksanaan inisiatif reformasi pilihan raya yang telah dimulakan sejak Julai tahun 2018 lagi. Kerja-kerja awal ini meliputi kajian dan penelitian ke atas pelaksanaan pendaftaran secara automatik serta keperluan pembangunan proses kerja dan pembangunan sistem. Kerajaan memahami akan keperluan untuk membuat persediaan rapi sebelum pendaftaran pemilih secara automatik ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Oleh yang demikian, SPR memerlukan satu tempoh waktu yang sesuai untuk memastikan kelancaran proses kerja yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, bagi maksud bagi melaksanakan cadangan ketiga-tiga perkara di atas pindaan kepada Perlembagaan perlu dilaksanakan. Huraian kepada pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 adalah seperti berikut; Fasal 1 rang undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa fasal 3 akta yang dicadangkan. Fasal 2 dan 4 akan mula berkuat kuasa serta-merta pada tarikh berikutan tarikh penyiaran akta yang dicadangkan dalam warta menurut seksyen 19 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]. Fasal 2 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat daripada 21 turun kepada 18 tahun.
Fasal 3 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan subfasal 3(a). Bertujuan untuk meminda perenggan (a) fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pindaan ini akan membenarkan lebih ramai warganegara Malaysia untuk mengundi. Pada masa kini, seseorang dikehendaki untuk memohon bagi pendaftaran sebagai seorang pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan tarikh kelayakan dalam perenggan (b) fasal (4) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada tarikh permohonan ini. Subfasal 3(b) bertujuan untuk meminda tarikh kelayakan perenggan (b) fasal (4) Perkara 119 untuk memberikannya maksud sebagai tarikh seseorang didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pemilih dalam sesuatu bahagian pilihan raya. Dengan pindaan ini apabila seseorang warganegara mencapai umur 18 tahun dan layak untuk mengundi dia akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Fasal 4 rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda seksyen 5 Jadual Kelapan pada Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Serupa seperti pindaan yang dicadangkan kepada perkara 47 dalam fasal 2. Perincian kepada perkara-perkara berkaitan dengan pindaan ini adalah seperti mana yang dinyatakan di dalam Akta Perlembagaan Pindaan 2019 seperti mana dalam rang undang- undang yang telah diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk tatapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pindaan kepada ketiga-tiga perkara ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dalam melaksanakan dan menguatkuasakan pindaan-pindaan tersebut, maka, beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan raya (Peraturan), Akta 1954, Akta 5, Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan Peraturan- peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 perlu dibuat. Ini bagi membolehkan penurunan hak umur calon Dewan Undangan Negeri dilaksanakan, kerajaan negeri disarankan untuk membuat pindaan terhadap peruntukan berkaitan di dalam Perlembagaan negeri atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing. Dewan yang mulia ini menyeru dan berkeyakinan penuh bahawa kerajaan negeri akan menyokong pindaan ini dan akan turut meminda peruntukan yang berkaitan. Justeru itu, saya menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini agar bersama- sama merealisasikan hasrat kita semua untuk membuka peluang kepada anak-anak muda menyumbang tenaga dan idea demi memperkasakan demokrasi negara. Tuan Yang di-Pertua, adalah diharapkan pengundi-pengundi muda akan mengambil peluang daripada pindaan ini untuk lebih arif di dalam politik negara dan mengundi dengan penuh tanggungjawab. Justeru, Suruhanjaya Pilihan Raya berperanan memberikan kesedaran proses demokrasi seawal peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. SPR memainkan peranan penting melalui Akademi Pilihan Raya yang telah pun memulakan usaha mempromosikan kesedaran demokrasi sejak tahun 2007 lagi. SPR akan terus menggandakan usaha ini bersama agensi-agensi kerajaan yang lain, parti-parti politik, NGO, masyarakat sivil dan juga media massa untuk mendaulatkan demokrasi di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kita sebagai manusia sentiasa diuji. Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan kini diuji dengan kuasa dan mandat besar yang diberikan rakyat. Manakala, blok pembangkang pula sedar akan perlunya mereka tegur kerajaan jika ada apa-apa yang perlu ditegur. Alhamdulillah, sejak peralihan kerajaan negara terus aman dan stabil. Keadaan ini membolehkan kita membuat pindaan undang-undang dan memansuhkan undang-undang yang menindas dalam keadaan yang mengikut undang- undang iaitu The Rule of Law. Kita juga menghargai tindakan bipartisan yang diutamakan apabila kebaikan negara terlibat. Saya menyeru agar kita sama-sama memastikan kita lulus pindaan ini dengan memberikan sokongan majoriti lebih dua per tiga dan mencipta sejarah baharu Malaysia. Sesungguhnya, demokrasi masih hidup di Malaysia
[Dewan Tepuk]
dikuatkan dengan tenaga dan akal fikiran anak muda.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
[Dewan Tepuk]
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Mohon seorang Menteri untuk menyokong.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Akan tetapi, sebelum itu, saya telah diberi satu senarai yang agak panjang. Itu berita baik. 58 orang telah mengatakan hasrat untuk berbahas. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk memulakan perbahasan, saya ingin maklumkan bahawa perbahasan di peringkat dasar Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dihadkan masa seperti berikut. Kita bermula dengan Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat Bera yang diberi masa selama 15 minit. Yang Berhormat Bera 15 minit, disusuli oleh wakil Pakatan Harapan 15 minit iaitu Yang Berhormat Julau, kemudian wakil daripada PAS diberikan 10 minit iaitu Yang Berhormat Kota Bharu, disusuli dengan wakil GPS Yang Berhormat Petrajaya, 10 minit dan dukacita senarai ini panjang, yang lain-lainnya diberikan –
Dua minit.
Bukan dua mini Yang Berhormat. Pantun dua kerat pun tidak boleh. Kita peruntukkan selama lima minit. Saya rasa...
Objection! Objection! Tuan Yang di- Pertua, ini rang undang-undang yang melibatkan Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua maintain 10 minit.
Tuan Yang di-Pertua...
Kita akan lihat, kita akan lihat.
Tuan Yang di-Pertua, kalau lima minit tidak payah bahas. Kita sokong terus undi. Tidak boleh buat macam itu.
Boleh. Melibatkan empat fasal sahaja Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Ini melibatkan undang-undang pindaan Perlembagaan. Masa 10 minit, Tuan Yang di-Pertua. Kenapa tidak boleh mesyuarat malam?
10 minit Tuan Yang di-Pertua
Mungkin kepada Yang Berhormat Arau saya bagi 10 minit.
Okey. Thank you.
Tidak adil, tidak adil. Mana boleh. Bagi samalah.
Mana boleh complaint, ini hak Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua yang terbaik.
Ahli Parlimen muda bagi 10 minit.
Yang Berhormat Kangar, duduk.
Tuan Yang di-Pertua, 10 minit.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab dan menggulung pada jam 6.00 petang. Jadi, kita akan berbahas dalam lingkungan tempoh itulah. Dipersilakan Ketua Pembangkang. Ya, silakan.
Bagi dua hari Tuan Yang di-Pertua, dua hari.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya bagi pihak pembangkang ingin sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah pun bersetuju dengan cadangan balas daripada pihak pembangkang
[Dewan Tepuk]
supaya had umur mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun dianggap terdaftar secara automatic apabila sampai tahap umur mereka ke 18 tahun. Jadi, terima kasih kepada pihak kerajaan. Begitu juga dengan calon. Cuma, ramai yang agak keliru apabila kita sebutkan calon boleh berumur 18 tahun mereka ingatkan automatic juga umur 18 tahun boleh jadi calon. Sebenarnya, ia terserah daripada parti. Hendak lantik berapa umur yang mereka setuju. Saya kira penurunan had umur ke 18 tahun ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan kepada golongan muda untuk memilih malah merupakan pengiktirafan kepada kemampuan mereka berfikir di dalam menentukan kepimpinan negara. Pihak pembangkang khususnya Barisan Nasional dan UMNO telah lama mengiktiraf peranan golongan muda ini. UMNO merupakan parti yang pertama yang mewujudkan Puteri UMNO iaitu mengiktiraf wanita muda selain daripada pemuda. Malah, UMNO kini sedang meminda perlembagaan parti, meminda Perlembagaan UMNO untuk membuka keahlian kepada yang berumur 16 tahun. Jadi, bermakna pengiktirafan golongan muda ini telah pun berlaku lama di dalam UMNO dan sebab itulah apabila cadangan kepada umur 18 tahun, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah pun bersetuju menerima cadangan untuk menurunkan had kadar umur.
Kalau kita lihat di seluruh dunia, lebih daripada 95 peratus negara di dunia telah pun melaksanakan undi berumur 18 tahun ini. Malah ada yang lebih muda iaitu 17 tahun. Di Indonesia misalnya di negara ASEAN umur mengundi mereka adalah 17 tahun. Di dalam Islam pun saya percaya umur baligh adalah lebih muda iaitu 16 tahun mengikut mazhab Shafie dan Hambali dan 18 tahun oleh daripada Maliki dan Hanafi. Malah di bawah Akta Umur Dewasa 1971 ataupun Akta 21 menetapkan umur dewasa adalah 18 tahun dan mereka boleh menggunakan hak mereka untuk mendapat pinjaman kewangan, lesen memandu, lesen perniagaan, memasuki kontrak dan sebagainya. Menunjukkan bahawa umur 18 tahun sudah pun diiktiraf sebagai dewasa dan mempunyai hak yang sama dengan orang-orang dewasa yang lain. Walau bagaimanapun kita percaya penurunan umur semata-mata tidak menjamin hak mereka untuk boleh mengundi kerana beberapa kekangan-kekangan yang apabila pendaftaran dibuka secara manual, banyak sebab yang mereka tidak boleh terdaftar. Hak ini sebenarnya telah pun diberikan oleh Perlembagaan kita. Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 119 telah pun menetapkan bahawa setiap warganegara yang berumur 21 tahun berhak untuk mengundi. Perkara 21, Deklarasi 1948 juga memberikan hak mengundi kepada setiap individu. Walau bagaimanapun oleh kerana kekangan-kekangan tersebut, ramai rakyat kita yang tidak mampu untuk menggunakan hak mereka sebagai pengundi. Sehingga kini seramai 3.6 juta rakyat kita yang melepasi umur 21 tahun masih tidak berdaftar sebagai pengundi. Antara kekangan tersebut yang kita boleh lihat dengan jelas apabila kedudukan tempat tinggal mereka yang jauh daripada tempat pendaftaran. Ini berlaku di kawasan- kawasan sahabat-sahabat kita di Sarawak, di Sabah dan sebagainya, yang tinggal di pulau- pulau dan sebagainya, susah untuk mendaftar dan sebagainya. Walaupun mereka boleh mengundi berdasarkan umur, tetapi kerana kekangan-kekangan tersebut, mereka tidak boleh mendaftar sebagai pengundi, kesibukan kerja dan sebagainya. Malah ada mungkin tidak memahami tentang hak mereka di dalam sistem politik negara dan sebagainya menyebabkan mereka tidak mengundi dan sebab itulah pihak blok pembangkang berpandangan bahawa hak semata-mata diberikan melalui Perlembagaan tidak berguna kerana sebab-sebab yang saya sebutkan tadi. Sebab itulah kita mencadangkan supaya mereka yang berumur 18 tahun boleh terdaftar dengan sendiri secara automatik sebagai pendaftar pengundi. Dengan itu isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dan semua rakyat boleh menggunakan hak masing- masing sebagai pengundi.
Yang Berhormat Bera, boleh mencelah.
Saya banyak lagi. Tidak apa saya habiskan dulu, nanti saya bagi.
Okey, terima kasih.
Ya, tidak diberi.
Saya amat berharap selepas akta ini diluluskan, ke semua 3.6 juta yang masih belum berdaftar iaitu selepas umur 21 tahun tadi didaftar, terdaftar secara automatik. Maknanya bukan yang 18 tahun yang akan terdaftar secara automatik selepas ini tetapi yang telah pun melepasi umur 18 tahun, seramai 3.6 juta yang belum mendaftar akan terdaftar secara automatik. Saya mohon jaminan daripada kerajaan tentang perkara ini. Walaupun kita bersetuju dengan pindaan yang menetapkan umur 18 tahun, namun beberapa kebimbangan kita tentang suasana di sekolah dan kolej. Umur 18 tahun bermakna kalau sekolah Tingkatan 6 Rendah, di kolej, Matrikulasi dan sebagainya. Bagaimana suasana di sekolah apabila kita membenarkan mereka mengundi. Apakah akan ditetapkan polisi di sekolah-sekolah? Saya harap pihak kerajaan memberikan jaminan yang jelas tentang keadaan di sekolah selepas itu. Kementerian Pendidikan mesti mempunyai undang-undang ataupun peraturan yang jelas sama ada sekolah akan digunakan sebagai tempat berpolitik, berparti, kepartian atau tidak kerana mereka telah pun berhak untuk mengundi. Seperti di universiti-universiti sudah ada kebebasan dari segi berpolitik di kalangan pelajar-pelajar universiti. Adakah di sekolah juga dan kita bimbang kalau dibenarkan maka suasana sekolah akan menjadi suasana yang tegang terutamanya apabila menghampiri pilihan raya dan sebagainya. Kita hendak tahu apakah guru-guru dibenarkan terlibat dengan politik selepas ini. Sekarang ini terdapat diskriminasi yang jelas kepada guru-guru yang terlibat dengan politik. Guru yang menyokong pembangkang disisihkan dan diberikan amaran dan sebagainya. Begitu juga dengan pelajar-pelajar. Kalau pelajar-pelajar secara terbuka menyokong parti pembangkang, apakah akan berlaku tekanan pada pelajar-pelajar ini? Kita mesti faham bahawa pelajar-pelajar ini akan naik ke IPT dan sebagainya. Adakah akan ada diskriminasi kepada mereka yang menyokong pembangkang apabila mereka ingin masuk ke universiti- universiti dan sebagainya. Mereka juga memerlukan pinjaman PTPTN, mereka juga memerlukan pinjaman-pinjaman MARA dan sebagainya. Adakah kerajaan boleh secara terbuka menerima tentangan ataupun daripada ataupun pembangkang di kalangan pelajar kerana mereka selepas ini bebas untuk memilih parti yang mereka suka atau tidak.
[Bangun]
Sekejap lagi, saya bagi, saya bagi. Jadi sebab itulah saya harap ada garis panduan ataupun peraturan-peraturan yang jelas di dalam persekolahan, di sekolah-sekolah selepas pindaan ini diluluskan sebab kita lihat hari ini diskriminasi memang jelas di sekolah-sekolah. Ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan masuk ke sekolah-sekolah, tidak dibenarkan untuk merasmikan mesyuarat PIBG, tidak dibenarkan untuk merasmikan sukan-sukan sekolah. Jadi adakah selepas ini apabila kita berikan kebebasan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6, Kolej dan sebagainya untuk memilih, adakah dibenarkan. Jadi perkara inilah yang saya....
Penjelasan, tambahan Yang Berhormat, belakang.
....yang saya perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan dari segi diskriminasi dan sebagainya, kebebasan ataupun suasana bagaimana yang ada di sekolah, di kolej, di matrikulasi dan sebagainya.
Yang Berhormat hendak tambah sikit dulu, sikit.
Yang Berhormat Arau.
Boleh saya mohon tambah masa tidak Tuan Yang di-Pertua? Fasal ketua pembangkang setengah jam biasanya. Setengah jam ya.
Setengah jam tidak sampai.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah ..
Okey, terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi saya setengah jam.
Saya juga ingin buat pencelahan. Saya mohon lebih awal Yang Berhormat Bera.
Saya berikan 20 minit.
Tiga-tiga sekali, bergilir-gilir.
Tiga-tiga sekali gilir-gilir.
Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Ketereh.
Okey, Yang Berhormat Pontian dulu. Yang Berhormat Arau sila duduk. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Bera menyebut seramai 3.6 juta yang belum mendaftar. Saya ingin memohon Yang Berhormat Bera bahawa ada satu maklumat terbaru yang diberikan kepada saya oleh Jabatan Perdana Menteri yang belum daftar ialah 3.99 juta dan pada saat dan ketika ini 4 juta yang belum mendaftar walaupun umur 21 tahun ke atas dan terima kasih kerana kepastian bahawa mereka semua automatik akan dijadikan pengundi. Perkara yang kedua Yang Berhormat Bera, sekarang ini yang keluar mengundi 80 peratus ke 85 peratus pada setiap PRU. Dengan lain perkataan ada 15 peratus ke 20 peratus yang tidak keluar mengundi. Adakah dengan kita mendaftarkan secara automatik ini, peratus keluar mengundi akan turun kepada 70 peratus ataupun 60 peratus dan adakah elok jika selepas ini kita wajibkan rakyat mengundi. Bagaimana kaedahnya boleh difikirkan kemudian. Mewajibkan rakyat mengundi. Terima kasih.
Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar bahawa kerajaan Malaysia baharu sekarang ini lebih tidak demokratik sebagaimana yang dijanjikan iaitu yang pertama peruntukan Ahli Parlimen, kami dapat RM100,000 dan mereka dapat RM3.8 juta.
Kita dulu apa pun tidak dapat.
[Dewan riuh]
Kita dulu apa pun tidak dapat.
Ini awak berjanji, janji kata ini Malaysia baharu.
Tidak apalah Yang Berhormat. Kita tumpu pada tajuk sudah.
Malaysia yang lebih demokratik. Saya rasa ini kuku besi. Keduanya seperti Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa...
Oleh sebab itu saya kata, kalau diberikan setengah jam pun tidak selesai berbahas.
Tuan Yang di-Pertua menunjukkan saya dianaktirikan. Ini Parlimen lagi dua hari hendak habis, satu soalan pun tidak naik saya hendak beritahu [ketawa] Jadi tidak demokratik. Terima kasih.
Ya, sila duduk.
Apakah Yang Berhormat sedar bahawa kerajaan sekarang...
Yang Berhormat Kota Bharu, sila duduk.
...lebih tidak demokratik sebagaimana yang dijanjikan oleh mereka.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya ingin bertanya pendapat. Apakah Yang Berhormat boleh bersetuju kalau saya katakan Yang Berhormat menzahirkan beberapa kebimbangan dengan pelaksanaan apa yang kita cadangkan hari ini termasuklah tentang kemurnian proses demokrasi dan sebagainya. Apakah Yang Berhormat boleh setuju bahawa selaras dengan apa yang hendak kita lakukan ini juga kita harus mempertingkatkan akauntabiliti parti-parti yang bertanding? Ini kerana apabila yang mengundi nanti pada usia yang muda, yang mudah sekali dipengaruhi, maka parti-parti mengeluarkan manifesto-manifesto yang mereka akhirnya tidak dipertanggungjawabkan. Mereka cuba memancing anak-anak muda dengan janji-janji yang palsu, kemudian tidak melaksanakannya. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya katakan kita juga patut memperundangkan bahawasanya Manifesto yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masa pilihan raya kalau tidak ditunaikan parti itu mesti bertanggungjawab dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya berikutnya. [Tepuk] . Begitu juga misalnya kita membuka ruang lebih banyak kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Kita sekarang mempunyai Akta Universiti dan Kolej Universiti, walaupun ia telah dipinda tetapi masih lagi bersifat kekangan. AUKU 1974 diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi dengan tujuan-tujuan untuk mengekang pergerakan aktiviti pelajar-pelajar universiti. Apakah Yang Berhormat bersetuju kalau akta-akta yang seperti ini juga turut dihapuskan bagi membenarkan proses democratization ini dan benar-benar dapat diambil bahagian oleh anak-anak muda yang bakal layak menjadi pengundi.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh bagi Jelebu sikit? Sikit sahaja.
Ya, Yang Berhormat Jelebu. Ringkaskan, masa lima minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya tidak pasti sama ada benar atau tidak, tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang umur 18 boleh jadi calon pilihan raya. Ini adalah perubahan ataupun pindaan Perlembagaan untuk 18 tahun jadi calon pilihan raya. Akan tetapi kalau tidak silap saya bagi calon Ahli Dewan Undangan Negeri, kerajaan di peringkat state pun memerlukan 21 tahun tukar ke 18 tahun. Adakah pihak kerajaan sudah buat pre-council ataupun sudah buat perbincangan dengan kerajaan negeri ini? Jangan jadi macam belia hari itu. Kata bincang dengan negeri tetapi tidak bincang, bincang dengan Majlis Belia tetapi tidak bincang. Sampai empat buah negeri pun di bawah Kerajaan Pembangkang yang tolak usul belia ini. Jangan jadi macam itu. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih. Keempat-empat pandangan tadi, saya semua setuju dan dijadikan sebahagian daripada ucapan saya. Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Ketereh tadi iaitu kebimbangan kita dari segi janji dan sebagainya. Ini kerana kurang pemahaman dari segi politik. Tidak keluar mengundi hak mereka, mereka tidak sedar dari segi kepentingan mereka untuk keluar mengundi. Walaupun belum lagi ada akta untuk mewajibkan untuk pengundi ini, tetapi mungkin boleh difikirkan oleh kerajaan. Oleh sebab itulah saya mencadangkan supaya pendidikan politik dan demokrasi harus diberikan penekanan di peringkat sekolah supaya kita boleh menyedarkan mereka mengenai hak mereka, apakah peranan Parlimen di Malaysia, apakah Raja Berperlembagaan dan sebagainya. Ini supaya mereka faham tentang sistem demokrasi kita. Ini yang menyebabkan mereka berminat untuk menjadi pengundi kalau mereka tahu hak mereka dan juga tahu tentang kenapa mereka perlu mengundi, kenapa perlu mereka pilih kerajaan dan kenapa mereka perlu pilih satu pemerintah. Jadi, kerana pemahaman mereka tentang ini jika diajar di dalam subjek atau di dalam mata pelajaran misalnya sejak daripada muda, jadi mereka boleh mengetahui hak dan sebagainya. Oleh sebab itulah saya setuju dengan Yang Berhormat Ketereh tadi bahawa kurangnya pengetahuan inilah yang menyebabkan mereka terpengaruh dengan janji-janji. Sedangkan orang dewasa pun, dengan manifesto yang begitu cantik, dengan janji yang begitu manis akhirnya terpengaruh. Inikan pula yang berumur 18 tahun ke atas kalau kurangnya pengetahuan yang mendalam tentang demokrasi dan sebagainya. Jadi sebab itulah saya harap ia dapat didedahkan lebih awal sistem pendidikan demokrasi, peranan negara, demokrasi dan sebagainya perlu didedahkan lebih awal. Malah
saya harap SPR walaupun ketika ini memperkenalkan program Pendidikan Pengundi mulai tahun 2017 sehingga 2018, tetapi hanya 31,355 orang sahaja pelajar yang menerima pendidikan pengundi tadi. Saya harap ia diperluaskan kerana dengan pengetahuan yang luas ini, tentu saja mereka tidak akan terpengaruh dengan janji-janji kosong daripada pihak yang mengeluarkan janji dan tidak menunaikan. Jadi mereka boleh menilai sendiri dengan lebih baik.
Yang Berhormat Bera, sikit. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dalam Akta 736 yang baru kita pinda Akta Perhimpunan Aman. Yang Berhormat Langkawi sebut fasal demokrasi hendak bagi pada orang muda tetapi untuk hak untuk menganjur perhimpunan aman atau menyertainya diletakkan had umur 21 tahun. Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya akta ini juga perlu turut dilakukan pindaan? Ini kerana apa, kerana kita hendak demokrasi, suara anak muda tetapi hendak menganjur perhimpunan dan menyertai pun tidak boleh, buat apa kita buat 18 tahun ke bawah had umur pengundi ini? Minta pandangan Yang Berhormat Bera.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Ketereh tadi menyebutkan tentang perlunya dihapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya harap perlu diberikan perhatian supaya kalau kita benar-benar ingin mewujudkan demokrasi kepada rakyat kita, jadi akta-akta yang menyekat seperti itu perlu dihapuskan dan sebagainya. Saya cuma hendak tambah sikit dari segi pendidikan demokrasi tadi. Negara Australia, New Zealand, Kanada, India, Thailand malah Indonesia pun sudah menerapkan pendidikan politik melalui subjek tertentu kepada semua aliran sekolah menengah dan pengajian tinggi. Pelaksanaannya dilihat telah memberi impak positif terhadap kefahaman mengenai demokrasi dan pilihan raya di negara-negara yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang lebih besar lagi selain daripada hak mengundi, berpeluang untuk mengundi tetapi satu perkara yang lebih besar adalah keadilan dan kebebasan sewaktu mengundi. SPR mesti memainkan peranan untuk memastikan pilihan raya bebas dan pengundi bebas daripada tekanan-tekanan tertentu daripada pihak kerajaan. Saya ingin mengambil contoh di dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lepas. Walaupun kesalahan pilihan raya jelas, buktinya jelas yang dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pihak SPR dan sebagainya. Sebagai contoh, saya terlibat dalam pilihan raya secara langsung selaku Pengarah Pilihan Raya. Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pemberian duit minyak dibuktikan secara bergambar, ugutan kepada tok batin dibuktikan di dalam video, penggunaan jentera kerajaan seperti kereta jabatan dan sebagainya, dibuktikan dengan video dan juga foto, calon memakai lambang di dalam kawasan 50 meter di tempat mengundi, dibuktikan dengan foto dan video, konsert. Walaupun saya selaku Pengarah Pilihan Raya mendapat surat edaran daripada pihak SPR tidak membenarkan konsert dan jamuan makan malam, perkara itu tetap berlaku secara terbuka. Begitu juga pemberian hadiah dan sebagainya, diberikan secara terbuka. Jadi yang penting bukan soal kita berhak untuk mengundi, bukan soal kita boleh mengundi kerana automatik sudah boleh mendaftar sebagai pengundi tetapi pilihan raya juga perlu pilihan raya yang bersih dan bebas daripada segala tekanan dan juga pengaruh daripada pihak kerajaan dan sebagainya.
Masa sudah sampai.
Yang Berhormat Bera...
Secara ringkas.
Apakah ini terjadi kerana SPR dan Pengerusi SPR itu dilantik daripada aktivis politik? Adakah kerana jawatan itu dikongkong oleh pihak tertentu maka mereka rasakan hendak melebarkan peluang untuk mengundi agar lebih banyak lagi manipulasi dapat dilakukan oleh SPR yang berat sebelah. [Tepuk]
Sila gulung ya.
Tumpat minta juga.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Pencelahan terakhir ya.
Perkara-perkara yang disebut masalah-masalah keadilan pilihan raya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat daripada pembangkang tadi adalah merupakan perkara yang diperjuangkan oleh Bersih sebelum daripada ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, apakah Bersih sekarang ini sudah tidak wujud lagi?
Yang Berhormat Bera, minta penjelasan.
Ya Yang Berhormat Jelutong, okey.
Terima kasih. Jadi Yang Berhormat bersetuju – Saya meneliti ucapan tadi, setuju bahawa kita juga perlu mendidik anak-anak kita mengenai konsep bebas rasuah, bebas daripada mencuri, bebas daripada merompak ...
Bebas rogol.
Bebas daripada janji kosong.
Bebas daripada mengarut dalam Dewan.
Bebas rogol siang malam, selepas itu melepaskan diri.
Hei tambi Yang Berhormat Baling, gila?
Menggulung, menggulung.
Apa tambi-tambi?
Apa?
Siapa lu punya tambi?
Siapa? Lu tambilah!
Sudahlah lu kap lam ya nga.
Masa sudah tamat.
Hei tambi, [Bercakap dalam bahasa Tamil]
Okey, saya jawab ya.
Satu minit saja.
Ya, memang saya setuju mesti dididik bebas daripada menuduh orang lain perompak di dalam Dewan. Itu pun satu perkara yang tidak patut berlaku. Bebas ...
Boleh rogollah hari- hari, selepas ini boleh rogol.
Bebas merogol, bebas “sem...”. Saya hendak sebut pun malu “sem...” apa benda itu tetapi ada.
[Tidak jelas] Jelutong pun bolehlah.
Boleh bantu saya, “sem...” apa?
Hei Yang Berhormat Baling, [Bercakap dalam bahasa Tamil] Pencurilah lu Yang Berhormat Baling.
Ya, ya masa sudah habis. Silakan.
Duit bapa you kah saya curi? Kalau duit bapa you boleh cakaplah saya curi.
Dari segi Pengerusi SPR dan sebagainya, saya percaya ini merupakan kali pertama di dalam sejarah negara, kita melantik daripada aktivis politik. Jadi sebagai aktivis politik – Saya dulu pun aktivis politik dan saya terlibat dalam politik, tentu saja kita mempunyai inclination kepada politik-politik tertentu dan sebagainya. Jadi sebab itulah saya bersetuju apabila janji daripada Manifesto Pakatan bahawa setiap jawatan penting, jawatan yang bebas yang dianggap sebagai independent itu perlu dilantik oleh Jawatankuasa Khas, Select Committee Parlimen tetapi perkara ini tidak berlaku. Saya sebagai ahli jawatankuasanya hanya berpeluang selepas angkat sumpah, baru dihantar nama ke Select Committee untuk tengok sahajalah. Jadi kita rubber stamp saja. Jadi saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Ketereh. Bersih, memang tidak bersihlah. Dulu mereka berarak di jalan raya dengan baju kuning kerana pilihan raya yang dianggap tidak bersih, dituduh kita perkara-perkara yang saya disebut tadi. Apabila berlaku kepada pihak kerajaan, tidak ada statement, bukan sahaja tidak berarak di jalan raya dengan baju kuning, tidak ada pun statement yang mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat, masa sudah selesai. Silakan.
Jadi mereka tidak bersih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk penggulungannya, saya bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan ini. Akan tetapi, saya harap pihak kerajaan meneliti dengan secara teliti kebimbangan-kebimbangan yang saya sebutkan tadi, terutamanya di sekolah-sekolah dan yang seterusnya adalah dari segi peranan dan kebebasan, keadilan yang perlu dimainkan oleh pihak SPR sewaktu pilihan raya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Silakan Yang Berhormat Julau. Selepas Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Petrajaya dan seterusnya Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk membahas pindaan Perlembagaan yang dibentangkan pada hari ini.
15 minit ya.
Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang berada di dalam era Malaysia baharu, era yang bermula apabila rakyat Malaysia terutama sekali golongan muda membuat keputusan melakarkan sejarah dan membuat perubahan melalui undi mereka. Apabila seseorang individu sudah mencapai umur 18 tahun, perundangan negara mengiktiraf individu tersebut sudah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan dan memikul tanggungjawab, cukup dewasa dan matang untuk berkahwin dan berkeluarga, cukup dewasa dan matang untuk menandatangani kontrak secara sah, bekerja sepenuh masa, membayar cukai ataupun bertanggungjawab atas jenayah yang telah dilakukan. Seseorang individu yang berumur 18 tahun juga sudah boleh menjadi anggota pasukan keselamatan dan pertahanan negara. Jika pada umur 18, seseorang individu sudah mula membayar cukai dan berjuang mempertahankan negara, tentu sekali pada umur tersebut sudah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan memilih pemimpin yang akan mentadbir negara. Maka, saya menyambut baik pindaan Perlembagaan yang
dibentangkan pada hari ini. Pada pandangan saya, penurunan had umur layak mengundi dan layak menjadi anggota Dewan Rakyat kepada 18 tahun serta pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik adalah usaha kerajaan untuk memperkukuhkan institusi demokrasi negara dan mereformasikan sistem pilihan raya. Tuan Yang di-Pertua, 95 peratus negara-negara demokrasi di dunia telah mengiktiraf umur mengundi sebagai 18 tahun. Negara jiran kita Indonesia, mempunyai umur mengundi seawal 17 tahun. Penurunan had umur layak mengundi kepada 18 tahun ini akan memberikan ruang yang lebih luas kepada aspirasi dan pandangan golongan muda dalam proses demokrasi dan pembangunan negara. Penurunan had umur calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun pula, akan membuka ruang kepada anak muda untuk bergiat aktif dalam politik dengan mengetengahkan suara anak muda dalam pembuatan dasar. Malaysia akan menjadi negara ASEAN yang pertama di mana warganegaranya layak menjadi anggota Dewan Rakyat pada usia 18 tahun. Pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik pula akan memastikan semua warganegara Malaysia yang layak, terus berdaftar sebagai pemilih dan boleh menggunakan hak mereka untuk mengundi. Di samping itu, langkah ini menjimatkan masa dan kos rakyat serta menjimatkan kos masa dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mempromosikan pendaftaran pemilih.
Yang Berhormat Julau, boleh celah sedikit? Terima kasih. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa pendaftaran automatik seperti ini memang akan membawa satu manfaat terutamanya kepada rakyat di Sarawak kerana kebanyakan pengundi yang belum berdaftar adalah di Sarawak? Jadi sebagai salah seorang Yang Berhormat yang muda, adakah ini satu pindaan yang sangat bersejarah untuk negeri Sarawak dan juga Malaysia?
Yang Berhormat Julau, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Julau, apa pendapat Yang Berhormat Julau tentang beribu-ribu orang yang tidak mendaftar lagi? Apabila diadakan pendaftaran secara automatik, adakah mereka yang tidak mendaftar ini, sudi keluar mengundi pula nanti ataupun perlukah diadakan undang-undang lain supaya kalau tidak keluar mengundi, dikenakan denda dan sebagainya? Macam mana Yang Berhormat Julau? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Kuching dan Yang Berhormat Bagan Serai. Saya setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching kerana dari kawasan di mana negeri Sarawak, Sabah dan kawasan-kawasan yang jauh yang ada banyak kawasan luar bandar, mereka memang susah kalau hendak pergi register undi. Jadi ini pandangan yang baik. Untuk Yang Berhormat Bagan Serai, saya pun bersetuju tetapi ini memang satu pilihan rakyat sendiri. Akan tetapi saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan bahawa terdapat seramai empat juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih. Manakala sehingga tahun 2023, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 20 tahun yang bakal layak didaftarkan adalah seramai 3.8 juta. Pertambahan 7.8 juta pengundi baru terutama sekali di kalangan golongan muda, akan mengakibatkan perubahan besar kepada landskap politik negara. Perubahan yang diharapkan akan menyuburkan lagi demokrasi di negara ini. Memandangkan pindaan Perlembagaan ini akan mengakibatkan pertambahan besar pengundi baru terutama sekali pengundi muda, pendidikan politik dan yang lebih penting lagi, pendidikan demokrasi harus diberikan kepada mereka. Usaha ini dilakukan agar anak-anak muda kita menjadi golongan yang bermaklumat dan berpengetahuan mengenai sistem politik dan institusi demokrasi negara. Tambahan pula, ada di kalangan mereka yang berkemungkinan menjadi anggota Dewan Rakyat pada Parlimen ke-15 nanti. Saya ambil maklum bahawa usaha SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) yang giat mempromosikan kesedaran demokrasi sejak tahun 2007 lagi. Saya juga difahamkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama SPR akan melaksanakan Program Sekolah Rukun Negara bagi mempersiapkan generasi muda dengan memberi pengetahuan dan mengukuhkan kefahaman berteraskan sistem demokrasi berparlimen berkaitan
Perlembagaan Malaysia dan sistem pentadbiran negara. Saya menyokong penuh usaha- usaha ini.
Yang Berhormat Julau, mungkin sambung pada pukul 2.30 petang nanti sebab sekarang sudah tepat pukul 1.02 petang. Jadi Majlis berhenti rehat sebentar sehingga pukul 2.30 petang.
Terima kasih.
Masa tinggal 7 minit 26 saat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming] mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat disambung semula dengan perbahasan rang undang-undang akta meminda Perlembagaan Persekutuan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Julau. Masa tinggal 7 minit 26 saat. Silakan.
Terima kasih. Saya ingin memohon kepada kerajaan untuk menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan APR bagi memastikan matlamat penubuhan APR khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah Warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Saya juga ingin mencadangkan penubuhan sebuah Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bagi memberikan pandangan dan nasihat kepada APR. Kita juga dapat melihat pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan giat memberikan pendidikan politik dan pendidikan demokrasi. Usaha-usaha ini harus disokong dan kerajaan harus menjalinkan kerjasama yang erat dengan pertubuhan-pertubuhan ini. Saya ingin mencadangkan pewujudan sebuah dana pendemokrasian yang dapat menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang giat menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan politik dan pendidikan demokrasi. Saya percaya langkah ini akan membantu pertubuhan-pertubuhan ini meningkatkan lagi usaha mereka dan memperkukuhkan institusi demokrasi di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, apa yang diperlukan untuk melengkapkan usaha pengukuhan institusi demokrasi negara ini adalah persekitaran yang kondusif dan terbuka bagi meraih keterlibatan suara golongan muda. Ini hanya akan dapat dicapai dengan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Hasutan 1948. Saya ambil maklum bahawa kerajaan telah memulakan langkah pertama dengan meminda AUKU dan Akta Perhimpunan Aman 2012. Yang Berhormat Simpang Renggam juga memberikan komitmen bahawa kerajaan akan memansuhkan AUKU. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Langkawi juga memberikan komitmen bahawa Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan. Sesungguh pun demikian, kerajaan juga harus memansuhkan peruntukan- peruntukan zalim yang terdapat di dalam Akta Perhimpunan Aman dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita harus memastikan wujudnya sebuah persekitaran yang kondusif supaya memastikan golongan muda dapat bergiat dengan lebih aktif dan bersuara dalam memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa tanpa rasa takut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai dua cadangan yang pada pandangan saya akan meningkatkan lagi usaha mereformasi sistem pilihan raya dan mengukuhkan institusi demokrasi negara kita iaitu:
(i) pemisahan fungsi SPR; dan (ii) penentuan tarikh atau tempoh tetap untuk pilihan raya umum dilaksanakan. Menurut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR bertanggungjawab atas tiga fungsi utama iaitu: (i) menjalankan pilihan raya; (ii) menyediakan dan menyemak daftar pemilih; dan (iii) menjalankan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya. Saya mencadangkan supaya... [Disampuk]
Yang Berhormat Julau, boleh mencelah? Ledang.
Sekejap, sekejap. Saya mencadangkan supaya tanggungjawab dan fungsi antara menjalankan pilihan raya dan menjalankan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya diasingkan. Ini bagi mengelakkan SPR daripada memikul melaksanakan dua tanggungjawab besar itu sekali gus.
Ya.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Adakah Yang Berhormat Julau, saya tertarik tadi dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Julau berkenaan dengan fungsi dan peranan SPR iaitu merangkumi tiga perkara besar iaitu: (i) berkenaan dengan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; (ii) kajian persempadanan semula; dan (iii) menjalankan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil. Saya, ingin menarik perhatian kepada perkara pertama yang berkenaan dengan pendaftaran dan semakan pemilih. Ini sebenarnya memang kita mempunyai cabaran sejak daripada dahulu yang mana daftar pemilih tidak bersih, ada nama-nama mungkin yang berganda dan yang selalunya disebutkan ialah berkenaan dengan pengundian yang sudah pun meninggal yang masih ada dalam daftar pemilih. Saya ingin sebutkan dalam Dewan yang mulia ini kepada Yang Berhormat Julau bahawa tadi saja, saya telah menerima aduan daripada seorang staf kementerian yang menyebutkan bahawa ayahnya yang telah meninggal dunia pada tahun 1994, 25 tahun yang lalu, masih lagi berada dalam senarai daftar pemilih yang dia telah semak pada pagi tadi. Ini bermakna memang benar berlaku lagi dan ini antara tugas besar yang saya rasa SPR juga perlu lakukan. Justeru, apakah Yang Berhormat Julau setuju sekiranya peranan-peranan SPR tadi itu di samping hendak daftar, ada pendaftaran secara automatik tetapi diasingkan tugas itu supaya mungkin kita wujudkan Suruhanjaya Khas untuk tujuan pendaftaran dan semakan pemilih? Terima kasih.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan saya minta dimasukkan dalam teks ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, penetapan tarikh tetap untuk hari pilihan raya atau menentukan tempoh tetap untuk kerajaan mengisytiharkan Pilihan Raya Umum secara nyata dalam peruntukan undang-undang, merupakan cadangan yang harus dipandang serius.
Cadangan ini bertepatan dengan syor yang terkandung di dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Secara khususnya, saya memetik cadangan nombor 1.1.3, objektif strategik berkaitan mereformasi sistem perundangan dan pilihan raya seperti berikut... [Membaca petikan]
“Menentukan tarikh tetap untuk hari pilihan raya atau menentukan tempoh tetap untuk kerajaan mengisytiharkan pilihan raya umum. Sebarang pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebelum tarikh atau tempoh yang ditetapkan hanya boleh dilaksanakan dengan kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.” Saya ingin tahu, sejauh manakah komitmen kerajaan dalam melaksanakan cadangan ini? Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pindaan Perlembagaan yang dibentangkan pada hari ini disokong sebulat suara oleh semua anggota Dewan yang mulia ini. Saya percaya pindaan yang dibentangkan hari ini akan dapat memperkukuhkan dan menyuburkan lagi institusi demokrasi di negara kita yang tercinta ini. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Bharu. Masa 10 minit. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan umur mengundi bagi rakyat Malaysia. Pertamanya, saya ingin menyatakan bahawa apabila kita membahaskan mengenai satu-satu cadangan pindaan undang-undang termasuk Perlembagaan, kita perlu melihat kepada satu perkara yang disebutkan sebagai legislative intent ataupun hasrat pihak yang membuat undang-undang. Dalam hal yang ada di hadapan kita sekarang ini ialah, sebagaimana yang kita dengar semasa pembentangan tadi, hasrat pindaan dibuat kepada Perkara 119 dan Perkara 47 Perlembagaan adalah secara umumnya untuk memberi peluang kepada seramai mungkin rakyat Malaysia dalam proses untuk memilih pemimpin ataupun memilih kerajaan di dalam negara kita. Kalau kita melihat dari keadaan di luar negara, kita melihat bahawa sebelum perang dunia yang kedua, umur minimum untuk pengundi-pengundi di negara-negara di dunia pada umumnya 21 tahun tetapi bermula pada pertengahan tahun 1946, umpamanya, dan sehinggalah tahun 1990-an, umur pengundi-pengundi di negara-negara di dunia telah pun diturunkan daripada 21 kepada 20 tahun, umpamanya di Czechoslovakia pada tahun 1946, kemudian diturunkan sehingga ke 18 tahun. Malah ada negara yang menurunkan umur ini sehingga kepada 16 tahun. Sebagai contohnya di negara Iran pada tahun 2007 diturunkan kepada 15 tahun, kemudian dinaikkan kepada 18 tahun, pada tahun 2009 diturunkan lagi kepada 15 tahun, akhirnya tahun 2011 dinaikkan semula kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini untuk memberikan sokongan penuh kepada cadangan pindaan Perlembagaan khususnya Perkara 119 untuk menurunkan umur minimum pengundi Malaysia daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Ini jelas adalah satu proses yang saya sebutkan sebagai suatu proses pendewasaan anak-anak muda ataupun generasi muda supaya mereka menjadi generasi yang lebih dewasa dalam waktu yang lebih cepat berbanding sebelum daripada ini. Kalau kita lihat, umur 18 tahun adalah umur yang sudah mempunyai kematangan yang cukup, mempunyai pendedahan-pendedahan yang boleh membolehkan mereka membuat decision ataupun membuat keputusan. Malahan di peringkat awal misalnya di peringkat persekolahan, kemudian di universiti atau kolej, kemudian di tempat-tempat kerja, sebagai contoh kalau kita lihat pada hari ini, pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah telah mempunyai pendedahan di dalam Parlimen. Jadi oleh sebab itu, kita amat merasakan wajar umur untuk mengundi ini dikurangkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya hendak sebutkan ialah mengenai cadangan pihak kerajaan untuk meminda dalam hal pendaftaran pemilih dibuat secara automatik. Ini juga perkara yang sewajarnya kerana kita maklum bahawa negara kita dalam konteks pilihan raya mengalami masalah ramai mereka yang layak untuk menjadi pengundi atau pemilih tetapi telah tidak melaksanakan langkah untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih.
Oleh sebab itu, selaras dengan intention ataupun hasrat untuk memberi peluang semaksima mungkin rakyat untuk menjadi pengundi, maka adalah amat wajar, sebagaimana cadangan balas daripada blok pembangkang, supaya pendaftaran ini berlaku secara automatik. Apabila seseorang rakyat Malaysia, warganegara Malaysia itu mencapai umur 18 tahun, mereka sudah menjadi pengundi. Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, perlu diingat bahawa, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, tidak mudah untuk kita menyelaraskan ataupun menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dalam hal pendaftaran automatik ini terutamanya apabila berlaku kepelbagaian atau bermacam-macam alamat di kad pengenalan rakyat Malaysia yang mungkin alamat tersebut sudah tidak wujud pada masa ini. Masalah tidak menukar alamat kepada alamat semasa, ini perkara-perkara yang saya kira perlu diselesaikan oleh agensi-agensi yang berkaitan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya dengan mereka perlu membuat kerjasama penyelarasan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan juga saya kira satu lagi agensi yang boleh memberikan bantuan kepada kerajaan ialah pihak berkuasa tempatan. Apabila seseorang rakyat itu mempunyai pemilikan terhadap harta, maka harta mereka tersenarai apabila mereka membayar cukai-cukai pintu dan sebagainya di pihak PBT di dalam kawasan mereka. Saya hendak menyarankan selagi masalah-masalah pendaftaran ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak SPR dan juga pihak yang berkenaan, maka pelaksanaan atau penguatkuasaan pindaan ini tidak sewajarnya dilaksanakan dan ia perlu ditangguhkan. Oleh sebab itulah pembangkang sebelum ini menyarankan supaya pihak kerajaan mempersiapkan terlebih dahulu segala prasarana ataupun infrastruktur berkaitan dengan pendaftaran ini sebelum membawa pindaan ini ke dalam Parlimen. Namun demikian, apabila sudah dibawa...
Yang Berhormat Kota Bharu.
...Ia saya kira boleh diteruskan dengan penyelarasan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Rantau Panjang mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua.
Hendak bagi laluan kah tidak? Rakan di belakang.
Saya bagi Yang Berhormat Rantau Panjang dahulu. Setengah minit ya.
Yang Berhormat Rantau Panjang, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Kota Bharu, sekiranya berlaku penyelewengan dalam proses pendaftaran automatik ini, siapakah yang seharusnya bertanggungjawab? Sama ada SPR atau Menteri Dalam Negeri? Dan apakah prosedur yang sepatutnya? Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya rasa itu perkara yang mungkin menjadi persoalan-persoalan yang perlu ditangani oleh pihak-pihak yang berkenaan. Bagi saya, SPR adalah agensi yang paling layak untuk menyelesaikan masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga...
Ada lagi. Sekejap.
Sekejap Yang Berhormat Pendang ya. Saya juga ingin menyentuh mengenai cadangan untuk menetapkan umur minimum bagi rakyat Malaysia menjadi calon pilihan raya. Sebagaimana yang kita maklum bahawa apabila umur untuk mengundi diturunkan kepada 18 tahun sebagaimana yang disebutkan
oleh Yang Amat Berhormat Langkawi tadi, maka sudah tentulah umur untuk calon juga perlu diturunkan. Namun demikian, bukan bermakna mereka yang berumur 18 tahun ini mungkin akan mengambil tindakan menjadi calon dan sebagainya. Paling kurang, apabila mereka pada umur 18 tahun mereka sudah menjadi pengundi, boleh jadi dalam pilihan raya yang seterusnya apabila mereka mencapai umur 23 tahun, mereka sudah mempunyai pengalaman satu kali mengundi, mungkinlah mereka akan layak ataupun lebih wajar untuk menjadi calon dan seumpamanya. Saya ada satu minit lagi sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini juga mengenai perkara-perkara yang mungkin berlaku pasca kepada pindaan yang dibuat ini.
Pertamanya saya bersetuju dengan Yang Berhormat Julau tadi bahawa kerajaan perlu mewujudkan satu silibus berhubung dengan pendidikan politik dan demokrasi supaya rakyat Malaysia yang kita beri peluang, umur semuda 18 tahun untuk menjadi pengundi, mereka memahami peranan dan tanggungjawab serta amanah yang mereka pikul sebagai rakyat Malaysia di dalam negara ini dalam konteks pilihan raya dan juga pemilihan pemimpin di dalam negara kita ini. Perkara yang kedua, yang saya rasa perlu ditangani juga oleh pihak yang berkenaan, pihak kerajaan. Jikalau sekiranya sekarang ini kita melihat ada pilihan raya- pilihan raya, mahupun pilihan raya kecil mengalami masalah peratusan keluar mengundi yang cukup rendah. Malahan bawah daripada 50 peratus, sebagai contohnya beberapa PRK yang baru-baru ini. Jadi masalah ini perlu ditangani kerana tidak ada guna kita mempunyai jumlah pengundi yang ramai, tetapi peratusan rakyat Malaysia yang keluar untuk mengundi masih lagi di tahap yang lama, malahan lebih merosot daripada itu. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya kategori pengundi awal bagi pengundi-pengundi yang mungkin mempunyai masalah pekerja di pelantar laut dan sebagainya yang tidak boleh balik pergi mengundi untuk mengundi pada hari yang ditetapkan, mereka boleh mengundi awal dan seumpamanya. Ketiganya, saya ingin mendapat pandangan daripada pihak kerajaan sama ada kerajaan akan membuat suatu peraturan ataupun undang-undang supaya rakyat Malaysia dikenakan ataupun diadakan undang-undang wajib untuk mengundi. Sama ada wajib untuk mengundi bagi mereka yang berumur 18 tahun, bermula 18 tahun ataupun sebagaimana di setengah-setengah negara, apabila umur minimum mereka boleh mengundi tetapi secara optional. Akan tetapi apabila mereka mencapai umur tertentu, misalnya 18 tahun, itu pilihan. Apabila sampai umur 20 tahun misalnya, menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk mengundi dan kalau tidak mengundi menjadi satu kesalahan.
Yang Berhormat sila menggulung.
Ya, saya ada beberapa lagi tetapi saya menghormati masa dan yang terakhirnya, saya setuju dengan pandangan supaya kerajaan memikirkan, menetapkan ataupun memberitahu tarikh pilihan raya daripada awal lagi selepas satu-satu pilihan raya. Akhirnya saya menyokong pindaan ini dan 18 undi daripada PAS, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petrajaya, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya berbahas berhubung kait dengan pindaan Perlembagaan yang menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Begitu juga kelayakan untuk menjadi calon kepada 18 tahun dan juga automatic registration as voters dengan izin. Ini sesuai dengan kedudukan perundangan kita di mana aged of majority dengan izin adalah 18 tahun. Maka, dengan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, maka
ia dapat menyelaraskan peruntukan perundangan kita dan ia selari dengan apa yang dikatakan aged of majority tersebut. Jikalau kita lihat aged of majority, maknanya mereka sudah pun boleh sain kontrak, sudah boleh bekerja, sudah boleh membayar cukai dan sudah pasti boleh berkahwin, jadi mengapa tidak membenarkan mereka untuk mengundi. Pada masa yang sama, kita melihat bahawa automatic registration ini khususnya dalam konteks negeri Sarawak, di mana negerinya begitu besar dan masalah logistik daripada segi pendaftaran pengundi. Kita kena berurusan dengan SPR dan sebagainya, ia amat menyulitkan untuk mereka mendaftar khususnya yang berada jauh di luar bandar di mana tiada kemudahan, Internet tidak ada, malahan semua kemudahan untuk mendaftar tidak wujud. Oleh sebab itu, jumlah pendaftaran pengundi amat kurang dan inilah yang menyebabkan saya kira ada sejumlah tiga juta lebih orang yang masih belum mendaftar. Sebahagiannya diwujudkan disebabkan masalah logistik yang timbul, sebab itu kita memang mencadangkan bahawa automatic registration of voters ini dengan izin dibuat. Akhirnya kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar pandangan kita dan memasukkan untuk automatic registration ini sebagai salah satu pindaan yang bakal dibuat. Jikalau kita melihat – ada juga pandangan mengatakan mengapa kita membenarkan umur 18 tahun ini mengundi. Antaranya kalau kita melihat sistem sekolah kita, mengikut mereka tidak sebenarnya melatih, mendidik anak-anak kita untuk menjadi orang yang matured ataupun matang disebabkan sistem sekolah itu sendiri tidak melahirkan dan mewujudkan suasana sedemikian. Keduanya, mereka mengatakan bahawa tiada program khusus untuk demokratik literasi diadakan untuk orang-orang muda kita dan yang ketiganya, kita juga melihat masalah dari segi teknikaliti perundangan, apa yang dikatakan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen tadi, khususnya dalam konteks automatic registration. Adakah KDN melalui Jabatan Pendaftaran, melalui polis, melalui penjara, sistemnya adakah dapat diselarikan supaya kita akan dapat menyemak senarai pengundi itu adalah benar-benar layak untuk didaftarkan dan siapa yang boleh dikeluarkan. Misalnya kalau mereka dijatuhkan hukuman sebagai penjenayah, walaupun mereka sudah keluar penjara, ada tempoh waktu tertentu sebelum mereka boleh layak menjadi pengundi. Ini adalah satu masalah teknikal yang saya kira kerajaan boleh selesaikan melalui SPR, duduk untuk berbincang dengan semua agensi ataupun kementerian berkaitan untuk pastikan bahawa senarai pengundi kita adalah senarai yang bersih, benar-benar mereka yang layak untuk berada di dalam senarai pengundian tersebut. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan, dari dahulu lagi sedang diusahakan, tetapi saya kira kalau kita duduk bersama, Insya-Allah perkara ini dapat kita selesaikan. Apa yang penting saya kira ialah memberi hak kepada mereka yang berumur 18 tahun untuk mendapat hak mengundi, sama ada mereka akan mengundi atau pun tidak, itu terserah kepada mereka. Akan tetapi, kita memberi peluang untuk mereka terlibat bersama dalam proses demokratik negara kita supaya apa sahaja polisi kita nanti adalah polisi yang sesuai untuk keseluruhan rakyat kita. Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks inilah saya kira kita di Sarawak memang menyokong pindaan ini, sama ada untuk menurunkan had umur 21 ke 18 tahun untuk mereka layak menjadi calon dan automatic registration tersebut. Ini kerana kita melihat bahawa dalam konteks negara kita, kita perlu memberi peluang lebih banyak lagi engagement ataupun empowerment kepada golongan muda ini untuk terlibat bersama dalam proses untuk membentuk polisi yang lebih baik untuk negara kita. Oleh sebab itu saya mencadangkan kepada kerajaan dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat Julau tadi, Yang Berhormat Kota Bharu bahawa pendidikan proses demokratik perlu dimulakan di peringkat sekolah. Saya kira sekolah tempat yang terbaik untuk kita sediakan kurikulum yang awal bagaimana kita hendak melatih anak-anak kita terlibat bersama dan memahami proses ataupun amalan demokratik yang baik. Pada masa yang sama, SPR perlu mengeluarkan garis panduan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan, apa yang patut dan boleh dilaksanakan di sekolah dan tidak boleh dilaksanakan di sekolah termasuk universiti. Oleh sebab politik sekarang ini, sepatutnya kita mestilah berasaskan politik yang berasaskan polisi, berasaskan pembangunan, berasaskan kepada kebaikan bukan politik yang berasaskan kepada negativity iaitu berunsurkan fitnah, membangkit kemarahan, kebencian dan itu sepatutnya di kekal dan dihapuskan di Malaysia. Kalau kita hendak menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang baik dalam amalan demokrasinya, inilah patutnya kita amalkan. Semua pihak patut mengambil tindakan termasuklah dari segi
penguatkuasaan dalam sosial media di mana kita melihat sekarang ini tersebar luas politic of hatred dengan izin, politik yang berasaskan kepada fitnah. Ini patut kita hapuskan, kita tidak mampu untuk menjadikan negara kita Malaysia ini sebuah negara yang berpecah belah disebabkan sentimen yang tidak baik perasaan kebencian dan sebagainya. Ini sepatutnya dikeluarkan ataupun dinyahkan daripada setiap kita di Malaysia ini. Oleh sebab itu saya merasakan bahawa politik kepartian tidak patut dibawa ke universiti, dibawa ke sekolah tetapi mestilah berasaskan politik yang berpandukan kepada melahirkan orang yang mengamalkan politik yang berunsur kebaikan, politik yang sihat dan sebagainya.
Yang Berhormat Petrajaya, Yang Berhormat Ayer Hitam hendak mencelah.
Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Setuju atau tidak Yang Berhormat memberi satu pandangan yang cukup bernas tetapi nampaknya yang sepatutnya dengar semua tidak ada. Perdana Menteri tidak ada. Timbalan Perdana Menteri, mungkin dia sibuk. Menteri pun tidak ada.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Menteri yang jaga KBS pun tidak dengar. Apa pandangan Yang Berhormat sekiranya...
Mereka ada di sekitar Dewan ini.
...Pandangan ini dapat kita utarakan dan kita berharap kerajaan betul-betul mendengar. Kalau tidak apa yang kita bincangkan...
Timbalan Menteri KBS ada.
Biar saya cakap. Saya bertanya kepada Yang Berhormat Petrajaya. Ini peraturan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat, pandangan yang baik daripada Yang Berhormat itu sepatutnya diserap oleh pihak Menteri. Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Itu merupakan pandangan Yang Berhormat dan saya yakin bahawa komitmen kita semua sepatutnya sama ada daripada kerajaan, daripada kita di blok pembangkang dan kita yang berkecuali ini sepatutnya mengambil komitmen bahawa bila kita menurunkan 18 tahun ini, kita memastikan bahawa generasi masa hadapan kita adalah generasi yang mengamalkan demokrasi berasaskan perjuangan untuk membawa kebaikan kepada negara kita. Dalam sudut polisi dan sudut tindakan dan segala-galanya dan mengikis segala sikap yang tidak baik terutamanya politik yang berasaskan pada kebencian, politik yang berasaskan kepada fitnah dan sebagainya. Saya kira diharapkan para Menteri dan Timbalan Menteri dan kita semua nanti akan merujuk balik pada Hansard, kepada semua perbahasan yang baik untuk dijadikan asas dan panduan untuk kita selesaikan secara kolektif apa sahaja yang membawa kebaikan kepada negara kita. Oleh sebab itu, saya menyokong apa yang dikatakan dan disuarakan oleh sebahagian daripada rakan-rakan kita dalam Ahli Parlimen ini tadi. Cadangan untuk memastikan bahawa pendidikan demokrasi ini diperluaskan. Pada masa yang sama saya melihat bahawa dalam peruntukan pindaan ini juga iaitu fasal 1 mengatakan bahawa kuat kuasa undang-undang pindaan ini ialah pada tarikh ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Untuk itu saya hendak mencadangkan pada kerajaan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan hanya mengumumkan penguatkuasaan ini setelah Menteri ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menasihatkan Yang di- Pertuan Agong melalui proses ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan hanya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bila semua technicalities telah pun diselesaikan. Apa yang saya katakan legal technicalities tadi iaitu pindaan kepada undang-undang yang berhubung kait dengan untuk menurunkan umur 18 tahun, automatic registration dan juga kepada kelayakan menjadi calon di peringkat pilihan raya. Kedua ialah untuk mengemaskinikan data pengundi. Sistem di antara polis, KDN, SPR, Jabatan Penjara dan juga Jabatan Pendaftaran Negara perlu synchronize supaya
mereka boleh berhubung antara satu sama lain, supaya siapa-siapa yang tidak layak untuk menjadi pengundi boleh dikeluarkan ataupun ada sistem untuk alert. Kalau ini semua dapat diselesaikan, barulah penguatkuasaan ini boleh kita laksanakan. Kalau tidak ianya akan menimbulkan banyak permasalahan lain kepada sistem. Hasrat baik ini nanti akan menimbulkan kepada suatu yang hasilannya tidak baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Setakat ini 59 orang Ahli Parlimen telah pun mendaftar dan ingin mengambil bahagian dalam perbahasan. Masih ada lagi 55 orang yang belum lagi bahas. Oleh demikian, mulai sekarang masa dikurangkan sehingga lima minit seorang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Marudu. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi walaupun begitu singkat sekali.
Ringkas dan padat.
Ya. Kita cuba. Pertamanya, kita sememangnya setuju dan mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan yang telah membentangkan usul pindaan ini. Sebenarnya perkara-perkara yang dibangkitkan ini telah dibentangkan sebahagiannya di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh kerana pada tahun 2011, pernah satu jawatankuasa pilihan khas yang saya berpeluang untuk mempengerusikannya, melibatkan sembilan Ahli Parlimen, sebahagian dari mereka, dua orang sudah jadi Menteri di situ. Satu menjadi Timbalan Menteri dan yang lain-lain itu sudah pencen. Di antaranya adalah soal menurunkan umur 21 tahun ke umur 18 tahun. Kami jawatankuasa pada masa itu telah membuat pendengaran awam di seluruh negara, enam zon seluruhnya dan rata-rata memang majoriti rakyat inginkan supaya takrif ataupun had umur itu diturunkan kepada 18 tahun. Jadi pihak parti saya, Parti Bersatu Sabah sememangnya dan saya secara peribadi tiada halangan untuk tujuan tersebut. Akan tetapi seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah pun sentuh perkara ini haruslah secara bukan automatik. Latihan dan pendidikan dalam bidang sains demokrasi dan seterusnya harus diambil perhatian oleh pihak SPR. Dalam cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya itu telah mencadangkan supaya SPR menubuhkan satu institut dari segi pendidikan demokrasi dan seterusnya. Anak-anak muda pergi summer camp kah, khusus untuk menghadirinya, apatah lagi mereka yang akan masuk dalam ruang daftar pemilih pada umur 18 tahun. Bagi hal kedua, automatic registration ataupun sebelum – dan yang ketiga itu adalah supaya anak-anak muda ini diberi peluang untuk menjadi calon pilihan raya. Pihak kita, pihak saya sendiri, pihak parti PBS tiada halangan, terpulang kepada parti masing-masing untuk menapis kecuali barangkali SPR perlu menapis, banyak nanti yang bebas, baru 18 tahun tidak ada parti itu kita tidak ada kawalan. Akan tetapi sistem politik berparlimen dan sistem politik berparti boleh menapis mereka yang layak dan kalau mereka ini baru 18 tahun pun layak why not untuk tujuan tersebut. Akan tetapi yang automatic registration ini, parti kita Parti Bersatu Sabah ada keraguan yang begitu tinggi. Pada masa kami membuat jawatankuasa pilihan khas itu, membuat roadshow di seluruh negara, tidak ada yang overwhelming untuk menyokongnya. Jadi dalam rumusan recommendation yang telah dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut, kita telah mengatakan kita terbuka untuk menyokongnya tetapi mesti bersihkan daftar pemilih itu. Khususnya di peringkat negeri Sabah adalah perkara yang begitu serius sekali. Semua pihak awam mengetahui bahawa daftar pemilih itu memang tercemar walaupun usaha dari semasa ke semasa membersihkannya ada. Akan tetapi masih juga seperti cerita Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum tadi. Ada yang sudah kena caj di mahkamah, dijatuhkan hukuman tetapi masih juga di dalamnya. Sebagai pengguna IC palsu ataupun IC yang telah diberi bukan mengikut peraturan. Parti kita telah memberi cadangan-cadangan dan kemukakan bukti-bukti ini tetapi proses pembersihan amat lewat sekali. So, bagi negeri Sabah dan pihak kita begitu ragu sekali. Kalau secara automatik 18 tahun terus masuk sebab pengundi. Tidak perlu memohon,
tidur-tidur pun terus terima maklumat bahawa sudah menjadi Ahli. Bagaimana dengan PTI- PTI? Bagaimana dengan anak-anak IMM13? Adakah kita biarkan begitu sahaja? Jadi ini sangat bahaya. Kita tidak mahu rakyat asing ataupun mereka yang tidak layak menjadi citizen dan pengundi. Tuan Yang di-Pertua, I round-up, untuk menentukan pilihan raya, siapa Ketua Menteri? Siapa Perdana Menteri? Jadi ini sangat penting sekali. Saya mohon mencadangkan Tuan Yang di-Pertua supaya ada penapisan juga bagi negeri Sabah either kita kecualikan mereka daripada automatik ataupun seperti dicadangkan dalam jawatankuasa pilihan khas dulu, mereka katakan barangkali pada umur 17 tahun boleh mula mendaftar dan 18 tahun baru automatik jadi. Jadi untuk Sabah perlu ada protection, perlu ada penapisan. Cannot be automatic terus bangun pagi, berumur 18 tahun sudah menjadi pengundi. Akan tetapi dia adalah anak bagi bapa-bapa yang diragui kelahirannya, ini tidak boleh. Dengan itu saya mencadangkan ada penapisan yang rapi and I think some form of pra pendaftaran supaya dirujuk kepada satu committee untuk meneliti sebelum dia menjadi automatik pada 18 tahun.
Kalau tidak, Tuan Yang di-Pertua kita akan menikmati keadaan yang bukan sahaja [Tidak jelas] kepada kita, tetapi rakyat asing dan anak rakyat asing boleh menentukan siapa Perdana Menteri, siapa Ketua Menteri, siapa Wakil Rakyat. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua negara ini tidak akan selamat. Untuk task itu, kita menyokong tetapi dengan keraguan yang tinggi mengenai dengan automatik registration. Saya berharap pihak kerajaan, SPR meneliti cadangan-cadangan yang sebelum ini telah dikeluarkan oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai penambah baikkan proses pilihan raya dan sesudah itu, saya katakan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Sekarang saya – dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu, sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk menyertai perbahasan bagi usul pindaan Perlembagaan Persekutuan kali ini. Pindaan kali ini pindaan ke atas Artikel 47 dan Artikel 119(1)(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan ia merangkumi pindaan ke atas tiga perkara. Pertama, menurunkan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Kedua, pendaftaran pengundi secara automatik dan ketiga menurunkan kelayakan umur seseorang untuk menjadi calon bagi kerusi pilihan raya umum dari 21 tahun kepada 18 tahun. Saya sebagai Wakil Rakyat yang dengan Parti DAP, saya rasa rakan-rakan saya daripada Parti DAP tiada masalah dan tetap akan menyokong atas pindaan ini kerana DAP merupakan parti yang berjiwa muda. Kita 17 tahun pun boleh masuk ke DAP sudah. So, kita memang setuju dengan 18 tahun, secara automatik boleh menjadi seorang pengundi dan anak muda pun berkelayakan untuk dicalonkan sebagai calon yang untuk bertanding di pilihan raya. Umur 18 tahun sekarang memang seorang yang cukup matang dan boleh berfikiran dengan rasional kerana memang mereka boleh memandu, boleh berniaga, boleh pinjam kewangan, menyertai pasukan keselamatan tentera atau polis, menandatangani apa- apa kontrak dan perjanjian. Kesemua ini memang selaras dengan rasional seorang anak muda 18 tahun yang boleh berkelayakan untuk menjadi calon dan juga menjadi pengundi. Di sini, saya berasal daripada Sabah. I share the similar concern with Yang Berhormat Kota Marudu. Cuma, yang lain pendapat saya berbanding dengan Yang Berhormat Kota Marudu, beliau memang bimbang tentang list, senarai pengundi yang tidak begitu bersih di Sabah ini, dengan mekanisme secara automatik boleh menjadi pengundi akan tambah seriusnya. Akan tetapi, saya rasa sini pengundi-pengundi yang palsu yang boleh dipersoalkan ini telah masuk lama ke dalam senarai pemilih. Secara automatik, pengundi di kawasan luar bandar secara automatik boleh didaftar menjadi pengundi. Ini adalah memihak kepada rakyat Sabah yang tulen yang berasal dari luar bandar. Di sini, saya juga ingin membangkitkan isu macam mana seriusnya senarai pengundi yang tidak bersih di Sabah ini. Ini merupakan satu laporan yang kajian daripada ‘MRAB’ sebuah NGO yang dulu di bawah Ahli Parlimen Serdang dan sekarang Ahli Parlimen
itu Bangi. Ini, sebanyak 49,159 pemegang kad pengenalan bermasalah didaftarkan dalam senarai pengundi Sabah yang digunakan ketika PRU Ketiga Belas. Ini adalah satu laporan pada 23 Julai 2013. Daripada laporan RCI Sabah yang dijalankan pada tahun tersebut. Pada 16 Januari 2013, Encik Ruslan bin Alias, Timbalan Ketua di bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan satu senarai yang mengandungi 130,549 nombor kad pengenalan bermasalah di mana, rekod mereka dengan JPN tidak lengkap ataupun kad mereka telah dibatalkan. Semua kad pengenalan lama tersebut dibahagikan antara senarai P1 sebanyak 51,300 nombor kad pengenalan lama, P2 sebanyak 62,550 nombor kad pengenalan lama dan P3 sebanyak 16,699 nombor kad pengenalan lama. Kad-kad pengenalan lama dalam senarai P1 dan P2 telah pun dikenal pasti sebagai kad pengenalan yang mempunyai butir- butir yang tidak lengkap dalam rekod JPN. Manakala, kad pengenalan lama dalam senarai P3 telah dibatalkan pada tahun 1996. Menurut En Ruslan bin Alias, daripada senarai P1 dan P2 yang bermasalah ini, cuma 8,553, 7.5 peratus daripada jumlah 113,850 kad pengenalan dalam senarai-senarai tersebut telah pun disiasat. Maksudnya, sejumlah 105,297 atau 92.5 peratus daripada kad pengenalan yang bermasalah ini belum lagi disiasat. Saya menyokong untuk pindaan perlembagaan pada kali ini cuma untuk mekanisme pendaftaran secara automatik haruslah dibuat bersama dengan pembersihan senarai pengundi di Sabah ini. Ini agak penting dan di mana taburan pengundi- pengundi yang bermasalah ini yang kebanyakan di 10 kawasan Parlimen yang mengandungi pengundi atau masalah ini yang boleh dipersoalkan ini adalah seperti di Kalabakan, Silam, Tawau, Sepanggar, Sempoerna, Putatan, Libaran, Batu Sapi dan Sandakan dan juga Kinabatangan. Saya harap SPR ambil prihatin yang cukup dan komitmen untuk membersihkan kesemua yang senarai pengundi yang bermasalah ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya.
Sila menggulung.
Saya rasa yang kali ini memang hari ini kita sama-sama cipta sejarah kerana membentangkan PAS sama UMNO, GPS semua pun menyokong dalam pindaan perlembagaan ini. Saya berharap, pindaan perlembagaan kali pertama yang di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang kita cuba pada sesi yang lalu itu, iaitu untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai satu pertiga atau rakan setaraf di Persekutuan Malaysia, harus kita bawa sekali selepas hari ini kita cipta sejarah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sekarang saya dari Sabah berhijrah ke Johor. Saya menjemput Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa terpanggil untuk bangkit di sini mewakili parti MCA menyokong pindaan ini. Oleh sebab cadangan asalnya iaitu menurunkan had umur daripada 21 tahun kepada umur 18 tahun, itu belum cukup menyeluruh. Setelah maklum balas atau cadangan balas daripada pihak pembangkang telah diteliti oleh pihak kerajaan, saya rasa dua cadangan yang dari blok pembangkang itu telah diterima. Maka, inilah yang menyebabkan kita sama-sama secara bipartisan kita menyokong pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia ini. Jadi, apa yang Yang Berhormat Kota Kinabalu cakap tadi, ada suatu yang sangat penting. Kenapa pindaan Perlembagaan dahulu tidak berjaya? Sekiranya guna pendekatan yang ada, sama-sama duduk semeja kita berunding bermusyawarah, saya yakin apa juga masalah kita boleh bincang. [Tepuk] Apabila ada keangkuhan, tidak mahu dengar dan minta kita duduk bersama, itu yang menyebabkan keadaan tidak tentu arah. Oleh sebab itu, saya kata satu pengajaran dan iktibar yang telah diambil oleh PH. Kali ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri panggil kita berbincang dan sebab itu dalam tempoh 20 minit selesai semua. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri muda daripada Yang Berhormat Muar. Sekurang-kurangnya mendampingi setiap Ahli Parlimen, kita dengar pandangan berlainan tidak apa. Ini kerana, kita sebagai Ahli Parlimen yang matang. Jadi, saya rasa pendekatan ini yang bipartisan ini yang patut kita tonjolkan di bawah Malaysia baharu, itu pertama.
Kedua, saya melihat apabila kita hendak membuat pindaan ini, kita tahu banyak lagi kecacatan yang ada. Saya bagi contoh, sebagai orang bukan Islam, kalau saya hendak kahwin pada umur 18 tahun, saya boleh pilih jadi Perdana Menteri kerana saya layak jadi calon. Akan tetapi, kalau saya hendak kahwin, saya mesti dapat persetujuan ibu bapa kerana 21 tahun. Oleh sebab itulah saya kata, bukan sekadar kita melihat aspek ini sahaja. Kita lihat balik undang-undang yang sedia ada. Takkan lah saya boleh jadi Perdana Menteri, saya boleh bertanding, saya boleh tentukan siapa Perdana Menteri, siapa jadi kerajaan. Akan tetapi, saya tidak boleh tentukan siapa jodoh saya dan mesti dapat persetujuan ibu bapa.
Jadi, saya mengesyorkan kepada Yang Berhormat Menteri – sekarang tidak ada, minta pegawai sampaikan. Sekurang-kurangnya tengok balik aspek undang-undang ini dan kita selaraskan. Kalau kita kata 18 tahun this make a point, orang dewasa patut kita buat secara konsisten itu utama. Kedua seperti kawan-kawan saya bangkitkan tadi tentang AUKU. Ya betul, masih ada kekangan. Kita melihat secara holistik dan itu yang sepatutnya dalam agenda Malaysia baharu dan saya sedia membantu atau memberi sokongan sekiranya kita sama-sama berbincang dan juga kita mencapai objektif secara bersama. Itu sebagai satu contoh, yang tadi saya kata ia di bawah seksyen 12, Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 yang mengatakan mesti dapat persetujuan ibu bapa kalau tidak sampai umur 21 tahun. Jadi, inilah yang dikatakan kecelaruan dan saya minta supaya aspek ini juga dilihat termasuk AUKU, itu sebagai contoh. Saya sebenarnya sokong kawan-kawan saya kata tadi ia mesti lihat dari segi tiga dimensi. Pertama, had umur turun kepada 18. Kedua, ia sepatutnya dibaca sekali dan secara pendaftaran automatik itu sangat penting. Jangan kita buat pelaksanaan tiba-tiba kita kata laksana umur 18 tahun dahulu. Oleh kerana susah sangat automatik pendaftaran, kita kemudiankan. Saya rasa ini tidak sama dengan semangat perbincangan kita. Jadi, sebab itu saya sokong dengan kawan-kawan tadi yang menyatakan bahawa dia kena buat sekali harung. Kita tidak boleh kata secara berfasa. Dalam konteks ini, yang paling penting ialah SPR kena berperanan. Pendaftaran automatik itu banyak kerja ini. Saya rasa banyak masalah lagi kerana kita tahu 21 tahun ke atas orang yang tidak berdaftar lagi empat juta orang. Sekarang ada 1.5 juta yang lebih daripada 18 tahun belum mendaftar. Jadi, setiap kohort ada 500,000 orang. Bermaksud menjelang pilihan raya akan datang, kita ada sejumlah hampir 7.5 juta pengundi baru. Bermaksud daripada 14.5 juta pengundi campur dengan 7.5 juta, sejumlah 22 juta. Apa akan terjadi kepada kawasan-kawasan yang besar, yang mempunyai pengundi yang cukup ramai dan ia perlu dilihat itu sebagai jangka panjang. Bagaimana kita hendak memastikan apa-apa juga prinsip yang kita bincang sebelum itu supaya ia konsisten? Oleh sebab itu saya kata dalam soal ini SPR kena berbincang dengan JPM. Alamat apa yang dipakai?
Sila menggulung.
Kalau seseorang itu dia tulis alamat rumahnya tetapi selepas itu dia masuk matrikulasi, kolej matrikulasi, apa akan terjadi? Dia akan letak alamat masih di rumah. Jadi apabila pilihan raya itu diadakan, dia kena balik ke kawasan untuk mengundi. Sekiranya pendaftaran berdasarkan kepada alamat lama dan apabila dia bekerja pada usia 21 tahun, adakah bermaksud dia kena sekali lagi tukar alamat? Apakah mekanismenya supaya kita buat pendaftaran secara automatik? Akhirnya apabila melibatkan perpindahan, apa yang harus dilakukan? Bukan berdasarkan kepada mungkin kehendak daripada parti tertentu, bukan. Bagaimana SPR hendak memastikan ia dapat diadili, dibuat secara adil dan saksama? Saya rasa semua aspek ini kita kena tubuhkan satu jawatankuasa bagi melihat dan merangkumi by partisan untuk sama-sama berbincang. Oleh kerana kesuntukan masa, saya sekali lagi bangun di sini untuk memberi sokongan dan ini merupakan lembaran baharu dalam sejarah Parlimen Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah, selepas itu Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk Masjid Tanah lima minit, insya-Allah saya akan manfaatkannya. Bagi Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) ini, kita melihat bahawa dengan jumlah yang cukup besar, pertambahan sebanyak 25 peratus terhadap pengundi baharu. Saya juga telah pun melontarkan persoalan di Facebook dan juga Instagram, dan saya telah mendapat yang di atas pagar maksudnya tidak ke kiri tidak ke kanan sebanyak 32 peratus, yang tidak support tentang usia 18 tahun ini sebanyak 49 peratus, manakala yang support umur 18 ini adalah seramai 19 peratus. Ini menunjukkan bahawa masih lagi banyak yang perlu kita tekankan tentang peri pentingnya, tentang pemahaman kepada rakyat Malaysia di luar sana apabila ia dikuatkuasakan nanti. Ia juga melibatkan tentang tahap pemikiran apabila undi 18 tahun ini, yang mana ia akan membawa kepada matangnya belia secara lebih pendedahan dan juga budaya berfikir dengan lebih kritis lagi terhadap anak muda Malaysia. Mengundi ini bukannya ia bersifat kolektif, maksudnya secara berkelompok. Maknanya waima satu undi pun ia akan memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Bukannya soal kahwin cerai, bukannya soal ada driving license atau pun tidak tetapi ia lebih pada umur 18 tahun itu. Ini memberikan satu stigma masyarakat bahawa umur 18 ini cukup penting dan bagaimana mereka ini mudah terpengaruh. Kehadiran lebih daripada 3.8 juta bakal pengundi boleh dianggap sebagai umpamanya satu ada lontaran daripada masyarakat luar sana seolah-olah kita ingin memperjudikan negara kita. Bagaimanakah pihak kerajaan hendak menjawab stigma ini? Saya juga bersetuju dengan pandangan-pandangan daripada rakan Yang Berhormat tentang pengisian yang perlu diambil kira dan perlu dititik berat dari segi jati diri, soal tatanegara. Adakah ia akan dilakukan di peringkat sekolah ataupun di peringkat kolej, dan peringkat umur 18 tahun ini? Sama ada kita sudah suburkan lagi demokrasi ini sejak daripada awal usia 16 tahun, 17 tahun mungkin dengan peluang untuk mereka memilih sendiri Ketua Pengawas Sekolah. Kalau dahulu kita ada class rep, kita pun main undi-undi. Adakah ia akan diterjemahkan juga di sekolah-sekolah? Saya juga ingin menyentuh tentang kesan sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi, kesan yang diterima oleh secara langsung oleh SPR. Bagaimanakah persediaan dan juga persiapan pihak SPR dalam berhadapan dua perkara besar ini? Jumlah pengundi yang bertambah dan yang keduanya pendaftaran secara automatik. Di mana kalau kita tengok hari ini, saluran anak muda akan lebih bertambah ramai. Kalau kita tengok dalam PRU yang lepas, ada juga walaupun kita sudah bersiap sedia lebih awal dan sebagainya tetapi masih ada lagi saluran orang tua yang diletakkan jauh daripada saluran orang muda. Ada juga saluran orang tua yang mereka terpaksa naik tangga dan menyukarkan untuk saluran ini. Bayangkan kalau ada lebih tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas saluran dalam tempat pusat daerah mengundi di satu tempat. Ini, bagaimana kita hendak melihat persiapan daripada pihak SPR sama juga dengan petugas-petugas SPR yang melibatkan lebih banyak logistik dan juga prasarana yang perlu difikirkan oleh pihak SPR? Saya juga ingin bertanya apabila pendaftaran automatik ini, adakah kita masih lagi berpandukan kepada alamat yang tertera pada IC atau bagaimana? Sekiranya berlakunya perpindahan pengundi, ia akan membawa satu perbezaan yang cukup besar dan begitu juga apabila melihatkan akan memberikan impak yang cukup besar. Jadi, bagaimana? Adakah ia based kepada IC atau sebagaimana yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Ayer Hitam tadi? Keempatnya, berkenaan dengan implikasi undang-undang yang mana kita melihat had limit untuk mereka yang masih berada di bangku sekolah. Hari ini kalau mereka diberikan pegang jawatan oleh parti dan sebab sudah ada parti yang membuka peluang untuk anak- anak yang seawal daripada 16 tahun lagi untuk bersama dengan mereka. Apakah perlindungan yang boleh kita berikan dari segi undang-undang kepada pelajar – daripada mereka ini dan dimanipulasi? Oleh sebab kita tidak mahu ada pelajar-pelajar walaupun – sebagaimana contoh Adam Adli atau Khalid Ismath, yang sebelum ini diambil tindakan sampai mereka terpaksa digantung pengajian dan sebagainya. Kita tidak mahu lagi ada anak- anak muda mereka apabila dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu, maka mereka akan menjadi mangsa keadaan. Jadi, ini juga harus kita lihat dari segi implikasi undang-undang. Bukan hanya itu sahaja, tetapi juga kepada tenaga pengajar daripada pihak sekolah, pihak kolej dan sebagainya. Supaya tidak ada mereka yang terkesan secara langsung dari apa yang kita ingin lakukan pada hari ini.
Apa yang paling baiknya apabila ada ramai anak muda yang berdaftar sebagai pengundi, kita akan lebih menghargai anak muda. Bukan hanya sekadar di bibir tetapi juga melalui pelaksanaan. Terima kasih. Masjid Tanah menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Masjid Tanah kerana menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk perbahasan pada petang ini. Pertama sekali, saya fikir ini satu sejarah negara bagi kita dalam konteks politik Malaysia bilamana semua pembangkang bersetuju menyokong pindaan undang-undang ini yang mungkin kita boleh lihat bahawa perlunya istilah pembangkang itu disemak balik. Saya mencadangkan supaya kita tidak menggunakan term pembangkang dan kerajaan. Kita guna term majoriti dan minoriti. Saya fikir itu lebih tepat dalam konteks bahawa kita tidak dilihat hanya membangkang sesuatu perkara. Akan tetapi kalau duduk bincang, kita boleh menyokong apa-apa sahaja tindakan kerajaan. Jadi, saya cadang supaya istilah pembangkang itu ditiadakan dalam Dewan ini dan diganti dengan golongan majoriti dan golongan minoriti ya.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa isu besar kita di sini bukan soal 18 tahun sahaja tetapi yang besar ialah soal bagaimana untuk kita meningkatkan jumlah peratus keluar mengundi? Kalau kita automatik sekalipun, kalau peratus keluar mengundi tidak mencerminkan nilai sebenar, kita fikir kita gagal dalam mendidik pendidikan demokrasi ataupun pendidikan politik pada rakyat kita. Dalam konteks ini, saya terkejut dengan survey yang dibuat oleh beberapa pihak. Sebagai contoh, baru-baru ini, satu kajian yang dibuat di negara kita, mendapati bahawa terdapat suatu keputusan yang sangat mengejutkan kita. Dalam penulisan Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, beliau mengatakan berdasarkan tinjauan pendapat yang dilakukan di media sosial akhbar berkenaan, sebanyak 75 peratus daripada 15,000 orang responden mengundi tidak menyokong pindaan ini. Hasil bancian melibatkan 1,907 orang responden yang dilakukan oleh Kelab Bunga Raya, mendapati 68.4 peratus atau 1,304 orang pelajar tidak bersetuju dengan pindaan tersebut. Saya fikir ini satu benda yang tidak sepatutnya berlaku. Kemungkinan, saya lihat ada beberapa faktor yang kita perlu lihat dalam kerangka yang lebih besar. Pertama sekali ialah politik, jangan dilihat sebagai benda yang menjijikkan. Kalau politik dilihat sebagai satu benda yang tidak stabil, berkelahi, bermusuh, menyebabkan rakyat rasa, khususnya di kalangan mahasiswa sebab, satu kajian yang dibuat oleh SPR, SPR pernah melakukan satu tinjauan di universiti tempatan di mana, tinjauan yang dibuat itu memberikan keputusan yang juga sangat mengejutkan. Walaupun pada tahun 2017, SPR mewujudkan Program Pendidikan Pengundi kepada 30,000 orang pengunjung. Daripada 30,000 orang pengunjung, hanya 2,700 yang mendaftar sebagai pengundi di IPTA. Maknanya di peringkat universiti, mahasiswa juga tidak memberikan perhatian yang serius soal pendaftar pengundi. Jadi, bagi saya ialah yang penting kita setuju untuk meluluskan pindaan ini tetapi pendidikan politik lebih penting daripada pendaftaran automatik. Ini supaya ia mampu menterjemahkan peratus keluar mengundi yang baik. Sehubungan dengan itu, beberapa aspek perlu diberikan perhatian. Pertama sekali soal apabila kita setuju dengan daftar automatik, SPR juga perlu menyediakan ruang semak dan bantah senarai ini dalam tempoh yang sesuai. Sebelum ini tempohnya kadang-kadang dua minggu. Dua minggu tempoh yang tidak cukup sebenarnya. Tambahan pula, tempat yang dipamerkan itu tempat yang sangat terhad, payah untuk diberikan bantahan. Saya fikir di dalam soal ini, kita harus berlapang dada bahawa ruang bantahan perlu diberi dengan waktu yang cukup dan memudahkan proses tersebut. Di peringkat ini mungkin satu badan bagi membantu pihak SPR perlu diwujudkan di antara parti-parti politik yang ada supaya memudahkan urusan tersebut.
Saya juga ingin memberikan perhatian kepada soal beberapa cadangan tadi, supaya kerajaan menetapkan terus tarikh pilihan raya umum. Oleh sebab, kalau tidak ada satu tarikh sebagaimana yang sedang berlaku sekarang, ia menimbulkan satu ketegangan minda di kalangan pengundi, ketegangan minda di kalangan rakyat, pelabur luar juga bimbang hendak melabur dan ekonomi kita akan tidak stabil sebab tidak tahu bila pilihan raya umum diadakan. Kemudian pada waktu yang sama, menyebabkan timbul satu spekulasi yang berpanjangan. Kadang-kadang sampai masuk tiga tahun, sudah mula fikir, bila pilihan raya? Bila pilihan raya? Bila pilihan raya? Ini saya fikir sangat tidak baik dalam konteks negara kita. Bagi kestabilan masa depan ekonomi dan politik, kita harus menetapkan. Selain itu juga, saya mencadangkan supaya dilihat satu aspek iaitu perlunya rang undang-undang anti lompat parti diperkenalkan. Kalau kita biarkan suasana lompat parti berlaku, ia mengecewakan pengundi yang memilih dan ia menyebabkan satu pandangan yang sangat negatif kepada aspek politik. Saya minta supaya pihak kerajaan juga menilai aspek-aspek ini supaya calon yang menang atas parti, dia tidak boleh lompat parti melainkan dia meletak jawatan. Ini supaya penghormatan kepada yang lain dapat kita pertahankan. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batang Sadong. Selepas itu, Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberikan sokongan terhadap usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminda fasal Artikel 119(1). Saya menyokong pindaan fasal ini kerana ini bukan sahaja memberi suara kepada orang muda, tetapi juga memberikan Kerajaan Pakatan Harapan suatu inisiatif untuk memenuhi janji-janji dan tanggungjawab mereka. Dengan jutaan anak muda berusia antara 18 tahun ke 21 tahun yang melayakkan diri sebagai pengundi pada tahun 2023 apabila tiba masanya pilihan raya seterusnya, tentunya kerajaan pada hari ini akan pasti menepati janji-janji mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana sudi berunding dengan blok GPS dan menarik semula bill pindaan Perlembagaan untuk dibacakan sekali dengan pendaftaran undi automatik. Ini menunjukkan bahawa GPS sanggup bekerjasama untuk mencapai satu kata sepakat dengan Kerajaan Pakatan Harapan. Jika Menteri Perundangan dahulu sanggup melakukan yang sama, maka, tidak adalah masalah ini berlaku ya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di antara pemerhatian saya untuk pindaan RUU ini apabila melibatkan anak muda ialah supaya kerajaan memastikan syllabus pembelajaran perlu memberikan penekanan kepada sejarah penubuhan Malaysia, sebagai subjek penting dalam mata pelajaran di sekolah-sekolah. Ini kerana, proses penubuhan Malaysia telah mempamerkan proses demokrasi ketika itu walaupun dalam keadaan yang amat serba kekurangan. Kita tidak mahu melihat maklumat yang penting sekali, contohnya, Sarawak sebagai sebuah negeri pengeluar minyak yang tertinggi di Malaysia ini tetapi maklumat tersebut dikeluarkan daripada isi kandungan buku pelajaran Tingkatan Satu. Selain dari itu juga, autonomi Sarawak dari segi imigresen perlu diketahui oleh pelajar di seluruh Malaysia. Padahal kami orang Sarawak juga perlu guna kad pengenalan untuk masuk ke negeri kami sendiri. Orang Malaysia tidak perlu menggunakan pasport untuk masuk ke Sarawak. Jadi, ini adalah maklumat yang penting untuk diketahui. Kita tidak mahu apabila ada di kalangan Ahli Parlimen berbahas dan menyebut perkara yang salah di sisi undang-undang sehingga mengelirukan orang lain. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu, kami GPS memberikan penekanan kepada perkataan “Perjanjian Malaysia 1963” semasa pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada 9 April yang lalu. Oleh itu, pentingnya para guru dan pensyarah memberikan pelajaran demokrasi kepada pelajar dan menerangkan mengenai
Perlembagaan Malaysia, termasuk mengenai Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan Senarai Negeri. Selain itu juga, bagaimana proses pengundian dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri, jumlah pengundi dijangka meningkat kepada 22.7 juta orang menjelang tahun 2023, sekiranya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini diluluskan. Jadi saya bertanya pada hari ini, dengan jumlah yang begitu besar, adakah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengambil kira pelbagai faktor termasuk keupayaan pegawai-pegawai SPR untuk menyediakan daftar pemilih yang lengkap dari aspek logistik, masa yang mencukupi untuk petugas-petugas dan aspek keselamatan untuk menjalankan tugas mereka di Sarawak dengan tanah seluas 124,450 kilometer persegi dan pelbagai muka bumi di mana sebilangan besar pengundi terletak di pedalaman Sarawak yang hanya boleh diakses melalui helikopter? Adakah SPR juga boleh memberikan jaminan bahawa peti undi tersebut akan sampai ke kawasan pedalaman Sarawak, walaupun kawasan tersebut hanya mempunyai seorang pengundi? Saya ingin mengingati SPR bahawa ia dikehendaki oleh undang-undang apabila seseorang itu telah mendaftar sebagai pengundi untuk menjalankan hak demokratiknya, SPR perlu menyediakan kemudahan pengundian penuh kepada mereka ini. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. There is the way to go. Tahniah Yang Berhormat Menteri kerana berbincang. Mula-mula saya tahu Yang Berhormat Menteri takut hendak pergi ke Sarawak. Saya cakap, “Just go. Insya-Allah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan memberikan sokongan padu”. Jadi, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan juga. Terima kasih kerana mematuhi ataupun mahu mendengar apa yang diberikan kepada kita sebagai maklum balas daripada pihak kami. Jadi, dengan ini saya Tuan Yang di-Pertua, menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar. Selepas itu, Yang Berhormat Paya Besar.
Bismillahi rahmani rahim. [Membaca sepotong doa] . Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama menyertai perbahasan yang bersejarah bagi meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada kali ini. Tahniah juga kepada pihak kerajaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan yang telah mengemukakan kes mereka dalam usaha untuk melakukan pindaan ini. Tidak dilupakan juga tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan pembangkang yang turut sama mengambil kesempatan sempena pindaan ini untuk menambah baik tuntutan pindaan-pindaan yang lain yang sekali gus mempercepatkan hasrat yang sebenarnya turut didukung oleh kami di bahagian kerusi penyokong kerajaan. Perkara pertama yang ingin saya sentuh ialah tentang hak mengundi. Pada hari ini kita mungkin mengambil mudah ataupun take for granted kerana kita hidup dalam negara demokrasi kita membesar kita sudah tahu sistem sedia ada. Akan tetapi saya ingin merujuk semula pada hari ini jika kita mengambil setakat 2017 daripada data PO research mengatakan hari ini kita ada lebih kurang 96 buah negara yang mengamalkan demokrasi. Akan tetapi sebenarnya daripada 96 buah negara ini, 88 buah negara hanya mendakap demokrasi selepas perang dunia yang kedua. Ini termasuklah negara kita Malaysia yang menyatakan komitmen kepada demokrasi melalui Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan juga Pemasyhuran Malaysia 1963 yang turut menyumbang kepada statistik ini. Petunjuk utama sebuah negara demokrasi tentulah dengan adanya sistem pilihan raya di mana warganegara berpeluang untuk memilih wakil-wakil yang berkhidmat dalam bidang kuasa tertentu untuk bukan sahaja menjaga hal ehwal kebajikan warganegara tetapi juga untuk memastikan kedaulatan negara dipelihara secara aman, makmur dan sejahtera. Namun, sejarah demokrasi bukanlah straight
forward ataupun tidak lah lurus. Kalau kita rujuk kepada sejarah, kita tahu hak mengundi ini tidak mudah untuk diperoleh. Kita boleh lihat misalnya sejarah perjuangan kaum kulit hitam dan juga sejarah perjuangan wanita bagi mendapatkan hak mengundi. Kalau kita pergi jauh lagi ke belakang, kita akan tahu dalam sejarah era Gerik sendiri hak mengundi pernah dibataskan hanya kepada mereka yang berpendidikan dan berharta. Jadi, saya ingin menegaskan bahawa hak mengundi ini penting dan sudah tentulah asas kepada pemberian hak mengundi ini ialah untuk meluaskan lagi penyertaan orang ramai untuk terlibat bagi memelihara sistem yang telah kita pilih bagi menjalankan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, persoalan kedua saya ialah mengapa 18 tahun. Saya fikir rata-rata kita di sini setuju tidak banyak persoalan. Ini sesuai dengan Akta Umur Dewasa 1971 ataupun Akta 21 yang telah lama digubal. Tentulah oleh sebab orang muda dari segi undang-undang banyak melibatkan ataupun memberi kesan kepada mereka sudah tentulah layak untuk mereka terlibat memberi suara mereka melalui undi bagi menentukan supaya undang-undang dan dasar ini memberi manfaat kepada mereka. Sebagai sebuah kerajaan, kita mesti yakin bahawa mereka bersedia. Walaupun memang ada tanggapan bahawa orang yang baru berusia 18 tahun mungkin belum cukup pengetahuan, belum cukup matang. Akan tetapi kita harus ingat tidak ada dalam mana-mana syarat sebagai pengundi mengehendaki seseorang pengundi mesti cukup pengetahuan dahulu, mesti cukup pengalaman dahulu kerana ia sangat sukar diukur. Kalau kita hendak buat ukuran ini, tentulah kita sukar sebab ada juga orang tua yang mungkin kurang pendedahan dan sebagainya. Cuma soalan saya ialah bagaimanakah sekiranya kita hendak memastikan tahap kematangan yang asas itu wujud. Apakah kerajaan akan menyemak semula. Bagi saya, pengalaman saya dahulu masa sekolah kita belajar alam dan manusia sampai universiti ada satu subjek kenegaraan. Sepatutnya sudah cukup untuk menyediakan warganegara yang ada pengetahuan asas untuk terlibat dalam proses kenegaraan terutamanya dalam sebagai calon pilihan raya ataupun sebagai pengundi. Apakah jaminan bahawa kandungan ini bersifat objektif dan tidak di manipulasi untuk kepentingan politik kepartian yang sempit. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang perlu dijawab ialah mengapa kita laksanakannya kini. Saya percaya usia 18 ke 23 adalah usia terbaik untuk generasi muda terlibat dalam politik. Ketika inilah idealisme anak muda masih hangat membakar. Idealisme inilah yang akan mendorong mereka mencabar sambil belajar. Idealisme ini tidak harus dimatikan. Sebaliknya ia perlu didorong untuk menyuntik sense of purpose dengan izin kepada generasi muda. Dengan sense of purpose ini lah mereka akan melihat diri mereka sebagai seorang yang mempunyai misi dan tujuan hidup yang lebih besar. Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat dan juga negara. Mereka tidak lagi hanya belajar untuk mengingat data, fakta ataupun peristiwa. Akan tetapi akan penuh sedar bahawa mereka berpeluang untuk menyokong, menolak, mengubah, mencorak dan menentukan hala tuju negara secara bersama berdasarkan ilmu dan pengalaman semasa mereka. Ketika inilah potensi mereka akan digarap secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh. Penurunan had usia mengundi dan pendaftaran pengundian secara automatik ini pasti akan merubah padang permainan kerana ahli-ahli politik tidak lagi boleh meremehkan pandangan orang muda. Akan tetapi sebaliknya perlu berunding dengan pemegang taruh yang baharu dan lebih ramai. Jadi, soalan saya, sebelum saya pergi kepada penutup ialah apakah jaminan kerajaan agar semua yang layak mengundi akan dibenarkan mengundi dan tidak dinafikan hak mereka. Bila kita kata layak mengundi secara automatik, apakah jaminan nanti bila hari mengundi dia tidak dinafikan hak dia. Berapakah unjuran kos yang akan di belanja jika mengambil kira pertambahan pengundi baharu. Memandangkan pengundi bakal didaftarkan secara automatik, bilakah tarikh terakhir untuk seseorang pengundi berdaftar layak mengundi.
Adakah kerajaan akan mengadakan sekali lagi mengisytiharkan secara suku tahunan ataupun setiap bulan. Hakikat bahawa kerajaan tidak dapat menentukan aliran pengundi menunjukkan bahawa perubahan struktur ini ialah satu keputusan yang bersifat statesman ataupun negarawan bukan sebagai ahli politik biasa yang hanya memikirkan untuk dipilih semula dalam setiap kali pilihan raya yang kita adakan. Saya percaya inilah satu perubahan struktur yang sangat baik untuk negara, untuk jangka masa panjang dan sebagaimana kata-kata Winston Churchill kita demokrasi adalah satu sistem terbaik daripada yang terburuk yang pernah dicuba. Jadi, kita jangan jadikan kesempurnaan sebagai musuh kepada kebaikan. Saya sekali lagi berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk berbahas. Kita bukan hanya akan mencorak sejarah baharu. Akan tetapi sebagaimana yang disebut oleh ramai rakan Ahli Parlimen tadi. Selain daripada pindaan yang kita buat sejarah baharu juga akan menunjukkan bahawa sebuah kerajaan yang tidak memiliki majoriti 2/3 masih akan berjaya melakukan pindaan ataupun undang-undang baharu yang ingin dibuat sekiranya ia dikemukakan dengan cara yang baik dan juga bertujuan baik. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Paya Besar. Selepas itu, Yang Berhormat Kota Melaka.
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Saya yakin dan percaya ucapan Yang Amat Berhormat Langkawi pagi tadi jelas menunjukkan kosa kata yang penting demokrasi. Demokrasi yang telah diwujudkan oleh pengasas-pengasas negara dahulu demokrasi untuk politik dan pentadbiran negara. Akan tetapi yang paling penting dalam ucap permulaan Yang Amat Berhormat Langkawi tadi ia sebut tentang mengimbangi di antara menimba ilmu dengan kesan politik. Itu yang amat penting. Cumanya saya tidak mahu kita hanya menumpukan demokrasi ini hanya kepada had umur semata-mata. Saya cukup bangga. Walaupun saya banyak kali tidak bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan ini, tetapi dalam perkara ini saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Langkawi kerana mengiktiraf anak muda untuk membuat bacaan kali pertama. Ini sebenarnya isyarat yang jelas bahawa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan meneruskan legasi pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang mengiktiraf anak muda. Akan tetapi yang paling penting adakah refleksi yang harus kita beri tumpuan. Adakah kerajaan hari ini benar-benar memahami tentang demokrasi. Adakah kerajaan hari ini membawa anak muda kepada Industri Revolusi 4.0. Saya hendak menyebut Tuan Yang di-Pertua, kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Dalam Perkara 10 penyogokan adakah hari ini SPR dan pihak kerajaan bersiap sedia untuk memahami bahawasanya dunia anak muda hari ini bukan sahaja tertumpu pada had umur tetapi tertumpu kepada bagaimana mereka menguruskan keadaan memenuhi Industri Revolusi 4.0. Adakah penyogokan ini hanya tertumpu kepada mata wang yang hanya berbentuk kertas dan berbentuk tradisional. Apa masalahnya hari ini ialah cryptocurrency. Adakah kerajaan hari ini bersiap sedia untuk menghadapi masalah sekiranya cryptocurrency khususnya bit coin decentralized untuk dijadikan kaedah pembayaran rasuah. Adakah ini Yang Amat Berhormat Langkawi kita bersiap sedia. Kerana apa? Bila cryptocurrency ini digunakan secara decentralized hanya menggunakan cold wallet, trezor drive wallet hanya kecil sahaja dua keping duit 50 sen kita boleh membawa berjuta-juta ringgit. Adakah ini juga akan dipinda melalui Akta Kesalahan
Pilihan Raya akta yang saya sebutkan tadi. Saya hendak pergi kepada pendidikan literasi politik. Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk merujuk kepada Internet Users Survey 2018 yang dibuat oleh MCMC. Jelas menyatakan hanya 32.1 peratus anak muda atau pengguna 23.7 juta, hanya share 32.1 peratus berkaitan politik punyai isu. Jadi, perkara ini sebenarnya jangan mengingatkan bahawasanya media maya sesuai untuk kita membuat pendidikan literasi.
Saya juga hendak sentuh― lima minit― Akta Pendaftaran 1959. Saya harap sangat, Yang Amat Berhormat Langkawi, tolong kita tumpukan kepada Akta Pendaftaran Negara Peraturan 15 yang jelas menyatakan tentang pertukaran kediaman. Jangan paksa anak muda daftarkan mereka mengikut alamat bermastautin. Kerana apa? Kalau dalam Peraturan 15 di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78], jelas menyatakan apabila seseorang itu berada di tempat itu melebihi 90 hari, mereka kena tukar alamat. Ini perkara yang sebenarnya akan menyusahkan dan seolah-olah mengekang anak muda untuk memilih di mana mereka untuk mengundi. Saya harap sangat Yang Amat Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, kalau betul-betullah Kerajaan Pakatan Harapan ini serius sebagaimana― bukan menidakkan kuasa Menteri Undang-undang tetapi memberi pengiktirafan kepada anak muda, Menteri Belia dan Sukan membawa bacaan kali pertama rang undang-undang ini. Mari kita buktikan di Dewan Negara. Kita ada 70 orang Ahli Dewan Negara. Seramai 26 dipilih oleh kerajaan negeri, 44 dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya bukan hanya meletakkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan tetapi juga kepada kerajaan negeri-negeri. Saya tengok Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini berbahas mengatakan umur 18 adalah matang, boleh berkahwin. Maknanya mereka bersiap sedia untuk menjadi wakil rakyat. Akan tetapi akhirnya diputuskan oleh parti. Tidak apalah, untuk di Dewan Rakyat. Akan tetapi di Dewan Negara, mari kita buktikan. Supaya 15 ke 20 peratus jumlah ahli-ahli senator terdiri daripada anak-anak muda yang berumur 30 tahun. Ini perkara yang amat penting, Tuan Yang di-Pertua. Kerana apa? Kalau kita hanya berbicara terhadap umur 18 tahun, anak muda dekat sana― sebab kajian telah menunjukkan.
Sila menggulung.
Saya minta seminit. Apa yang pentingnya ialah kajian telah menunjukkan jelas anak-anak muda kurang bercakap tentang politik. Anak muda kurang menyertai dalam parti politik. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Jelas, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengharapkan sangat mari kita buktikan― Yang Berhormat Menteri, tolong beritahu Yang Amat Berhormat Langkawi. You are the golden boy. Jadi pastikan supaya 15 ke 20 peratus ini dapat dipenuhi supaya anak-anak muda dapat berlatih di Dewan Negara dan kemudiannya dia masuk ke Dewan Rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jangan marah-marah saya macam semalam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Masa itu emas. Saya penjaga masa juga. Tidak ada marah pun. Kena adil kepada kedua-dua belah pihak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka. Selepas itu Yang Berhormat Kuala Nerus.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam usul undi 18 pada petang ini. Dua perkara yang saya ingin bangkitkan. Yang pertama tentang integriti daftar pemilih. Seperti yang kita maklum, sebenarnya daftar pemilih adalah berdasarkan kepada butiran dalam kad pengenalan dan juga sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Terdapat banyak keraguan dalam maklumat kad pengenalan. Contohnya, pengundi yang hidup telah dikatakan mereka sudah meninggal dunia dan nama mereka telah dibatalkan. Begitu juga alamat yang tidak lengkap di mana di Melaka terdapat
44,000, sebagai contoh, di mana pengundi tidak mempunyai alamat yang lengkap. Ia merupakan 10 peratus daripada jumlah pengundi di negeri Melaka. Begitu juga yang ketiga ialah tentang pengundi hantu. Di Melaka, saya pernah dapat satu bukti di mana terdapat 32 pengundi telah didaftarkan di alamat satu rumah dalam masa yang sama. Apabila kita tanya kepada tuan rumah, tuan rumah kata dia tidak kenal kesemua 32 pengundi tersebut. Apabila kita merujuk kepada SPR, jawapan yang diberikan pada masa tersebut adalah mereka hanya berdasarkan kepada maklumat daripada kad pengenalan. Maka sudah pasti maklumat yang tidak betul ataupun sengaja dipalsukan akan menyebabkan banyak pengundi hantu. Jadi, saya ingin memberikan beberapa cadangan kepada SPR dan juga JPN untuk mengatasi masalah ini. Yang pertama, kita meminta supaya SPR menjalankan audit menyeluruh terhadap senarai daftar pengundi yang sedia ada dan SPR juga perlu diberikan kuasa untuk menyiasat. Apabila mereka menyiasat semua aduan, maka kelayakan mengundi harus digantung. Sehingga selepas siasatan dan selepas semua pembetulan telah dibuat, barulah kelayakan dipulihkan kepada pengundi yang telah diadukan. Begitu juga cadangan saya yang ketiga ialah supaya pengauditan sedemikian harus dijalankan sepanjang masa secara berterusan dan juga secara terbuka supaya kita dapat mencapai integriti daftar pemilih. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah tentang penambahan 7.8 juta pengundi baharu selepas pendaftaran secara automatik. Sudah pasti ia akan menyebabkan jurang perbezaan jumlah pengundi antara kerusi yang akan menjadi lebih ketara. Sebagai contoh, di negeri Melaka bagi Kota Melaka pada pilihan raya yang lepas mempunyai 137,000 pengundi sedangkan Masjid Tanah hanya sekadar kurang daripada 50,000 pengundi. Hampir tiga kali ganda. Bagi Sibu pula, rakan saya daripada Sibu, dia beritahu saya kawasannya begitu besar sehingga terdapat tiga PBT dalam Parlimen Sibu sahaja. Sudah pasti ini bercanggah dengan prinsip satu orang satu undi. Jadi di sini saya ingin mencadangkan kepada SPR supaya persempadanan semula perlu dilakukan sekarang. Sungguhpun mereka dikatakan perlu menunggu lapan tahun baru boleh buat persempadanan semula sekali tetapi saya rasa sudah pasti ada caranya supaya kita perlu buat persempadanan semula untuk dapat satu suasana di mana jurang berbezaan ini dapat dikurangkan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya orang yang pertama yang telah bangkitkan supaya had umur mengundi dikurangkan kepada 18 tahun sebenarnya ialah Yang Berhormat Iskandar Puteri. Pada tahun 1971 iaitu 48 tahun yang lepas, Yang Berhormat Iskandar Puteri pada masa tersebut telah bangkit dalam Parlimen mengatakan bahawa had umur harus dikurangkan kepada 18 tahun dan Yang Berhormat Iskandar Puteri juga mengesyorkan supaya adakan daftar automatik dan beliau juga mencadangkan supaya wajib undi. Hari ini kita berasa gembira kerana apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri telah menjadi satu kenyataan dan saya percaya itu merupakan hasrat keinginan seluruh rakyat Malaysia untuk kita kurangkan, kita hadkan undi kepada 18 tahun.
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya, Yang Berhormat. Sedikit. Untuk makluman semua yang hadir menyaksikan perbahasan ini, Yang Berhormat Iskandar Puteri merupakan Yang Berhormat Lim Kit Siang, pemimpin tersohor DAP. Mungkin ramai di sana di belakang tidak mengetahui. Terima kasih.
Ingat anak muda tidak tahu kah? Anak muda cerdiklah.
Mereka tahu penyamun sahaja.
Hei, hormat sedikit. Anak muda cerdiklah. Apalah kau ini.
Mereka bukan bodoh macam kamu.
Bodoh macam kamulah.
Yang Berhormat Kota Melaka, sila menggulung.
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Membodek sahaja kerja Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang adalah perbahasan pindaan Perlembagaan. Sila menggulung.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Jangan bazir masa. Sila menggulung.
Saya menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan pada petang ini...
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6).
...Dan saya juga ingin menyeru...
Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, P.M. 36(6). Kenapa tidak hendak ambil Peraturan Mesyuarat saya?
Sila baca. Sila baca.
Kita bincang tentang masa depan anak-anak muda tetapi kenapa mengatakan perkataan 36(6)? “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa”. Dia kata saya bodoh.
Itulah watak sebenar Yang Berhormat Jelutong.
Sila duduk. Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Hendak bodek bos. Habis semua orang jadi bodoh.
Tuan Yang di-Pertua, tariklah balik.
Sila duduk. Ahli Yang Berhormat, di depan saya ada seorang Ahli Yang Berhormat telah pun membacakan perintah tetap Perkara 36(6) di mana Yang Berhormat Jelutong telah melontarkan perkataan yang unparliamentarian iaitu perkataan bodoh. Saya nasihatkan Yang Berhormat Jelutong, sila tarik balik.
Saya akur kepada arahan Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik perkataan bodoh. Mungkin saya menggunakan perkataan kurang pandai.
[Ketawa]
Yang Berhormat Jelutong. Kita tarik balik, tarik balik dengan ikhlas.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sila. Puas hati Yang Berhormat Paya Besar.
Tahniah Tuan Yang di-Pertua, tahniah.
Macam inilah Tuan Yang di- Pertua.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kalau kepada Yang Berhormat Jelutong juga. Sekarang saya - Yang Berhormat Kota Melaka ada lagi. Okey ayat terakhir.
Ayat terakhir, Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyeru dan berharap agar SPR akan ambil perhatian terhadap perkara-perkara yang saya telah bangkitkan untuk kita wujudkan satu sistem demokrasi dan pilihan raya yang lebih baik. Sekian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus Selepas itu Yang Berhormat Kalabakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] . “Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang menegakkan kebenaran, keadilan dan juga menjadi saksi bagi pihak Allah S.W.T.” Hari ini kita bincang tentang pindaan Perlembagaan untuk memberi hak kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun untuk juga menjadi pengundi. Tapi walaupun saya rasa tidak ada khilaf di kalangan kita, kita bersetuju dengan cadangan tersebut dan insya-Allah akan diluluskan di sini. Namun apa yang perlu kita lihat ialah bukan hanya isu kemampuan ataupun kelayakan berdasarkan umur tetapi juga nilai tambah yang lain yang menentukan bagaimana cara kita memilih pemimpin. Oleh kerana itulah apa yang saya ingin bangkitkan ialah pentingnya kerajaan untuk menggerakkan kempen kesedaran. Kesedaran bahawa mengundi bukannya tanggungjawab sebagai seorang rakyat tetapi juga tanggungjawab kepada Tuhan, kepada agama masing-masing dan dalam Islam menyatakan bahawa ia merupakan kesaksian, memilih pemimpin adalah kesaksian dalam Islam dan seperti mana kata Nabi S.A.W [Bercakap dalam Bahasa Arab] , “Setiap kamu adalah penggembala, pemimpin dan setiap orang akan ditanya tentang apa yang dipimpin”. Jadi saya ingin mengharapkan kerajaan agar menggerakkan kempen besar- besaran memberi kesedaran untuk mengundi kerana bukan hanya anak-anak muda yang tidak mengundi bahkan juga orang-orang dewasa tidak mengundi. Kita bimbang nanti bila berlaku pilihan raya, maka jumlah yang keluar mengundi itu sedikit seperti mana berlaku sekarang terutamanya ketika mana Pilihan Raya Kecil (PRK) begitu sedikit jumlah yang keluar mengundi kerana merasakan ia bukan tanggungjawab. Maka pertama sekali kita bina kesedaran. Yang kedua juga sebagai alat bantu kepada mereka untuk memilih pemimpin. Itu pengetahuan. Hari ini kita bimbang bagaimana maklumat yang sampai kepada kita, bukannya anak muda dan khususnya anak-anak muda sampai maklumat yang separa masak atau maklumat yang bersifat sangkaan. Oleh kerana itulah dalam Al-Quran mengajar kita [Membaca sepotong ayat Al- Quran]. “Sesungguhnya jauhilah kamu pra sangka kerana pra sangka itu adalah seburuk ataupun sebohong-bohong ungkapan dan percakapan”. Oleh kerana itulah perlu ada akta- akta tambahan yang boleh membantu rakyat untuk mendapat maklumat yang benar menerusi media elektronik, media cetak dan juga media sosial terutamanya dan hari itu kita ada satu akta, akta untuk menangani sebarang bentuk fitnah. Tetapi malangnya ia telah dihapuskan dan dibatalkan. Sedangkan inilah satu cara kita untuk menjaga rakyat agar jangan tersilap dalam membuat pemilihan. Jika berlaku kesilapan, kesan yang besar pada negara. Kerana itulah penting pada kita, maklumat itu sampai kepada rakyat dengan cara yang benar. Oleh kerana itulah kalau kita dalam Islam, dalam bab pengundian ini dalam keadaan Islam menyebut [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Kata Allah Taala, “Kalau orang yang ada atau dia tanggungjawab, dia adalah orang yang bodoh atau orang yang lemah akalnya. Maka
hendaklah orang yang tidak merencana, maka hendaklah pelindung bagi dirinya merencana bagi pihak dirinya.” Ini menunjukkan kepada kita bahawa di kala kita berikan hak pada semua orang untuk mengundi tetapi akan ada orang yang tidak pandai untuk membuat pilihan, tidak reti untuk membuat pilihan yang betul menyebabkan akhirnya negara boleh saja tergadai disebabkan cara salah pilih. Maka menjadi tanggungjawab kita di sini sebagai kerajaan terutamanya untuk memastikan rakyat membuat pilihan yang tepat. Kerana itulah bagi saya juga perlu ada reformasi pada undang-undang berkaitan dengan pilihan raya. Tempoh masa berkempen, menggunakan wang yang melampau dalam berkempen, walau kita ada akta yang menyatakan jumlah yang patut kita guna untuk kempen. Akan tetapi hakikatnya ramai yang menyembunyikan fakta sebenar penggunaan duit dalam membeli pengundi. Ini semua menjadi suatu kezaliman kepada rakyat. Akhirnya orang yang patut menjadi pemimpin, tidak terpilih menjadi pemimpin tetapi orang yang zalim, orang yang tidak bagus dan tidak baik, yang tidak patut menjadi pemimpin akhirnya dengan sebab fakta yang salah, disebabkan oleh maklumat yang silap, pra sangka yang disebarkan, sangka yang disebarkan, akhirnya yang menjadi pemimpin kita adalah orang-orang yang jahat, orang- orang yang tidak bagus, yang tidak betul yang akhirnya tidak bekerja untuk rakyat, tidak memberikan kebaikan kepada negara kita. Oleh kerana itulah bagi saya, alat-alat bantu untuk memberikan maklumat dan ...
Yang Berhormat boleh minta penjelasan.
......menjadi sebahagian daripada agenda kerajaan
Yang Berhormat Kuala Nerus.
......bila mana kita luluskan akta seumpama ini.
Saya hendak minta penjelasan.
Orang seperti Yang Berhormat Jelutong tidak wajar untuk kita kembangkan saiznya kerana ia merosakkan maklumat yang sah pada kita, termasuk di Parlimen, bukan hanya di luar Parlimen. Bahkan di Parlimen menyampaikan maklumat yang salah, data yang tidak betul, prasangka dan sebagainya. Maka ini contoh yang benar macam mana seorang Ahli Parlimen Jelutong gagal memberikan amanat yang betul kepada kita di peringkat Parlimen. Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kalabakan. Lepas itu Yang Berhormat Sibuti.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat limpah kurnia Nya saya juga diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Sesungguhnya saya menyambut baik usul ini dan percaya sudah tiba masanya untuk kita memberi pengiktirafan terhadap orang muda berumur 18 tahun memainkan peranan aktif dalam proses demokrasi negara. Saya menyifatkan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had umur layak mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun sebagai pengiktirafan terhadap kemampuan golongan berusia 18 tahun untuk membuat keputusan penting sebagai orang dewasa. Memang sudah sewajarnya generasi orang muda berusia 18 tahun ini diberikan hak mengundi ketika ia mengiktiraf mereka bahawa di peringkat usia itu tidak ada halangan untuk golongan terbabit berkahwin atau mendirikan rumah tangga. Jika orang muda berusia 18 tahun masih diragui membuat keputusan sendiri sebagai pengundi pada pilihan raya, mungkin kita juga perlu menaikkan had usia berkahwin kepada 21 tahun kerana tidak percaya
mereka boleh membina institusi keluarga. Pada hari ini kita juga tidak boleh menghalang jika orang muda yang berusia 18 tahun dan sudah melepasi alam persekolahan memilih untuk bekerja berbanding meneruskan perjalanan hidup mereka dengan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malah jika ada di antara yang mencapai usia 18 tahun di dakwa di mahkamah dan didapati bersalah atau mengaku bersalah, golongan ini tidak tergolong dalam kategori juvana tetapi menerima hukuman sebagai orang yang sudah dewasa. Berdasarkan trend terkini di negara kita menunjukkan bahawa generasi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ini, mereka melanjutkan pelajaran peringkat pra universiti sudah mula ditempatkan dalam kolej Tingkatan 6. Pada peringkat usia 18 tahun ini juga orang muda, kita sudah mula keluar rumah termasuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Matrikulasi atau Diploma sama ada di institut pengajian tempatan ataupun luar negara. Saya percaya era pelarian fasa hidup orang muda yang telah mencapai 18 tahun ini cukup penting untuk kita memberi kebenaran kepada mereka supaya turut terlibat dalam proses penentuan hala tuju masa depan negara. Pada masa yang sama, proses mencungkil bakat-bakat pemimpin negara dalam perkembangan politik tanah air dari awal. Misalnya, Yang Berhormat Muar, yang boleh disifatkan pencetus gelombang kelahiran pemimpin muda berwibawa di Malaysia pada era baru. Saya juga melihat dengan serius pandangan Yang Berhormat Menteri Belia kita bahawa 95% negara demokrasi sudah melaksanakan had umur mengundi rakyat mereka pada umur 18 tahun termasuklah negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah negara-negara Komanwel juga majoritinya sudah menurunkan had umur pengundi mereka kepada 18 tahun termasuk British yang sudah menurunkan had usia mengundinya semenjak tahun 1971 lagi.
Justeru sudah tiba masanya untuk Malaysia turut muncul sebagai sebuah lagi negara yang mengiktiraf kredibiliti dan keupayaan orang muda untuk terlibat aktif dalam penentu hala tuju keraian atau masa depan negara dalam proses demokrasi. Saya percaya bahawa kita perlu menyediakan persediaan awal untuk mengukuhkan kesiapsiagaan orang muda yang berusia 18 tahun supaya lebih memahami dan menyedari kepentingan peranan mereka sebagai pengundi pada pilihan raya. Termasuklah memberi peluang lebih terbuka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah menengah berhubung topik kenegaraan berkaitan proses demokrasi negara, khususnya mengenai hak-hak mereka sebagai pengundi. Lebih-lebih lagi ramai yang berpendapat bahawa kelayakan automatik kepada pengundi sebaik berusia 18 tahun perlu diguna pakai untuk mengatasi isu kegagalan orang muda mendaftar sebagai pemilih dan keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. Saya juga berharap supaya tumpuan kerajaan turut diberikan kepada orang muda yang tinggal di luar bandar seperti di Sabah termasuk Kalabakan sendiri, khususnya sebagai kawasan yang mempunyai ruang akses jalur lebar terbuka yang terhad. Saya juga percaya penurunan had usia pemilih ini sebenarnya adalah penyerahan hak kepada yang berhak iaitu memberi hak kepada golongan 18 tahun untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan negara. Pada masa yang sama, mengisi tuntutan untuk menentukan proses demokrasi negara membabitkan perkhidmatan kualiti pada rakyat Malaysia. Dengan ini Kalabakan mohon menyokong, sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sekarang kita dengar suara anak muda Yang Berhormat Sibuti, lepas itu Yang Berhormat Johor Bahru. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya selaku Ahli Parlimen daripada Sarawak ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana beliau dengan cara orang muda sanggup turun naik ke Parlimen dan juga melawat kami di Sarawak untuk menerangkan apakah tujuan undi 18 ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang untuk saya untuk berbahas pindaan Perlembagaan Persekutuan pada petang ini.
Saya ingin bercakap dalam konteks Sarawak memandangkan wakil daripada GPS, Yang Berhormat Petrajaya dan juga Yang Berhormat Batang Sadong telah menjelaskan secara dasar berkenaan tentang penerimaan kami daripada GPS berkenaan undi 18. Saya juga turut terlibat pada 13 November 2018 tahun lepas. Saya dipanggil bersama dengan Yang Berhormat Menteri untuk membincangkan berkenaan undi 18 ini dan juga kita sudah dapat lihat bahawa naratif pendaftaran secara automatik dan juga penurunan had umur 21 tahun ke 18 tahun ini hampir-hampir dapat dilaksanakan dan akan berjaya selepas ini dan juga ini adalah satu perkara yang sangat-sangat baik. Saya ingin bercakap melalui konteks bagaimana Yang Berhormat Menteri mengerakkan idea undi 18 dan juga bagaimanakah keadaan yang dapat kita capai pada petang ini di mana perbahasan dapat dilaksanakan dengan agak tenang berbanding dengan pindaan Perlembagaan yang lepas. Keadaan yang sangat tegang di mana terdapat rakan- rakan di dalam Parlimen ini mengeluarkan sedikit kata-kata kesat, melabelkan GPS sebagai pengkhianat dan juga telah melabelkan pelbagai tuduhan-tuduhan setelah pindaan Perlembagaan yang pertama dibuat gagal. Pada petang ini saya sebagai wakil rakyat GPS yang muda akan menyokong pindaan ini dan juga akan menjayakan polisi mengundi 18 ini dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Langkawi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat mendengar apakah tuntutan-tuntutan daripada pihak bukan kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri berani menarik balik pindaan dan juga mengemukakan semula pindaan baharu dan inilah cara Malaysia baharu yang ingin kami lihat. Saya lihat bagaimana Yang Berhormat Menteri turun ke Sarawak, berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, menjelaskan apakah keperluannya kita menyokong pindaan Perlembagaan ini. Di Sarawak saya dapati terdapat lebih kurang 500,000 pengundi yang berusia 21 tahun ke atas masih lagi belum mengundi, belum berdaftar sebagai pengundi dan juga bukannya soal hanya memberikan hak mengundi kepada pengundi yang berusia 18 tahun. Pindaan ini, saya melihat pendaftaran automatik adalah salah satu cara memberikan hak universal kepada pengundi-pengundi terutamanya kawasan pengundi yang terdapat di kawasan luar bandar Sarawak. Terutamanya kita kena melihat dalam konteks pengundi-pengundi minoriti. Masyarakat orang Penan yang terletak jauh di pedalaman Sarawak. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat bagaimanakah cara untuk melihat komposisi pengundi- pengundi yang akan didaftarkan dan juga saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Melaka tadi bahawa setelah berlakunya pendaftaran automatik ini kita akan melihat satu jurang ataupun pertambahan pengundi yang sangat besar. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan akan menimbang semula bagaimanakah pihak SPR untuk melakukan persempadanan semula ataupun menambah jumlah kerusi Parlimen di negeri Sarawak ataupun cuba mengelakkan berlakunya proses gerrymandering di bawah Kerajaan Malaysia baharu ini. Saya juga berharap agar satu literasi demokrasi ataupun kependidikan bagaimana anak-anak muda ini akan mengundi dan juga persoalan yang saya ingin bangkitkan kepada Yang Berhormat Menteri adalah bagaimanakah proses pendaftaran secara automatik? Adakah kerajaan akan memperkenalkan voting machine ataupun pengundian secara elektronik memandangkan jumlah pengundi yang akan bertambah. Saya juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan satu rang undang-undang baharu berkenaan tentang political funding dengan izin. Memandangkan dengan jumlah pengundi yang bertambah kita akan terdedah dengan desakan-desakan logistik terutamanya di kawasan luar bandar. Saya tidak ingin bercakap dengan lebih panjang, saya daripada Sibuti, GPS menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru lepas itu suara wanita Yang Berhormat Parit Sulong. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Johor Bahru ingin memulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan.
Betul! Betul! Betul! Hidup Pakatan Harapan! [Tepuk]
Atas keberanian untuk membentangkan pindaan Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan had usia mengundi diturunkan kepada 18 tahun termasuk mereka yang ingin menjadi calon dan juga pendaftaran pengundi secara automatik. Hakikatnya ini hanya dapat dilaksanakan pada penggal Parlimen ini kerana Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai kekuatan prinsip demokrasinya.
Betul! Betul! [Tepuk]
Bersedia mengangkat martabat orang muda dan memikul cabaran masa depan.
Betul! Betul!
Kita sedar bahawa undi 18 automatik ini diangkat berdasarkan prinsip demokrasi yang lebih menyeluruh bagi memberi hak bersuara kepada rakyat Malaysia yang dewasa tanpa mengira kepentingan ataupun kelebihan sokongan politik.
Betul! Betul!
Malah persepsi umum memberikan gambaran bahawa suara anak muda adalah sebagai golongan dengan izin, anti- establishment yang mana tidak akan memberi kelebihan kepada pemerintah. Namun, kita bukanlah seperti Kerajaan UMNO, Barisan Nasional.
Betul! Itu betul.
Masakan kita boleh lupa ketika zaman UMNO Barisan Nasional ketidakadilan berlaku dalam proses pilihan raya.
Betul! Itu lagi betul. Betul, betul.
Termasuk dalam soal daftar pemilih. Sebagai contoh Kerajaan Barisan Nasional mengharamkan lantikan Penolong Pegawai Pendaftar ataupun ARO dari lantikan parti politik pada tahun 2015 kerana mereka bimbang dengan sokongan rakyat yang meningkat kepada Pakatan Harapan.
Apa ini?
Kerana itu bagi saya kita menghormati pendekatan Pakatan Harapan...
Malulah! Malu.
Daripada takut menghadapi suara rakyat, suara orang muda kita bersedia mendengar...
Betul!
Dan bagi mereka hak mengundi kerana kita percaya anak muda ada kebijakan, memberikan sokongan kepada kerajaan yang adil, bersih dan tidak rasuah.
Hidup Pakatan Harapan.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak sama dengan Kerajaan UMNO.
Betul!
Pindaan Perlembagaan ini sangat penting untuk mengangkat martabat orang muda. Sekiranya di peringkat negara anak muda ini diberikan peluang untuk memikul tanggungjawab, mempertahankan negara melalui tentera dan polis pada usia 18 tahun. Sekiranya anak muda dalam politik dikerahkan untuk memacak bendera berkempen mereka juga sewajarnya diberikan hak mengundi. Bagi Pemuda Harapan, bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK), ini
adalah peluang untuk kita tingkatkan pemahaman idealisme perjuangan yang positif, mengangkat soal-soal kenegaraan dan sentiasa ke arah perubahan yang lebih baik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.
Kepada ibu bapa di luar sana, kita harus memberi kepercayaan kepada anak-anak kita untuk sama-sama terlibat menentukan masa depan negara di samping membimbing dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan.
Yang Berhormat Johor Bahru, celah sekejap 30 saat.
Ya 10 saat, cepat.
Yang Berhormat Johor Bahru, saya rasa kita perlu menghormati blok pembangkang dan GPS. Mereka nak sokong pindaan ini, mengapa perlu kita kritik mereka. Terima kasih.
Bagus, bagus, cantik Yang Berhormat Pasir Gudang.
Yang Berhormat Jelutong. [Tidak jelas] Bukan kedai kopi ini.
Ingat dua pertiga bro, ingat dua pertiga.
Ingat, perlu dua pertiga majoriti.
Jangan sombong.
[Tidak jelas] ...untuk mengingatkan sebab akhirnya apabila kita mahu merangka ke arah masa depan, kita kena tahu bahawa hakikatnya nilai ataupun perjuangan ini mengambil masa dan bukannya datang bergolek.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!
Sebenarnya tanpa perubahan rakyat di luar sana, kita tidak boleh berbincang seperti yang ada sekarang ini. [Tepuk]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul!
Oleh sebab itu sebagai penutup, tinggal satu minit yang mana bagi saya itu adalah peringatan kepada kita semua. Yang Berhormat Kangar tadi sebut dari segi sejarah dunia, macam mana orang hitam dan sebagainya. Saya mengingatkan kita semua tentang sejarah demokrasi dalam negara ini. Jadi, apabila kita mengadakan pindaan sedemikian, dalam ruang politik baharu ini, inilah masanya untuk kita gunakan sebaik-baiknya untuk mengangkat politik matang. Cukup- cukuplah dengan politik lama, sentimen perkauman, sentimen keagamaan, menakut- nakutkan, saling benci-membenci dan juga politik wang dan rasuah. [Tepuk] Maka, saya sebenarnya menyambut baik komitmen daripada semua pihak, semua Ahli Parlimen yang bersetuju pada hari ini sebab pindaan ini tidak membawa dari segi sokongan politik mutlak kepada mana-mana pihak tetapi akhirnya saya harap kita semua apabila dinilai oleh orang luar sana, orang muda, kita tahu bahawa tanggungjawab kita adalah memastikan pindaan ini dapat diguna pakai dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Johor Bahru menyokong penuh rang undang-undang pindaan Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Apa yang saya halusi, Yang Berhormat Johor Bahru wajar ucap terima kasih
kepada Yang Berhormat Jelutong kerana menjadi ketua pasukan sorak yang paling hebat. [Ketawa] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain daripada blok pembangkang juga bersetuju satu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan ini dibawa dan dibahaskan dan kemudian disetujukan di dalam Dewan. Saya melihat ini adalah satu tindakan yang progresif, apa lagi ianya banyak dilaksanakan di kebanyakan negara. Kalau tidak silap saya, ada satu survey yang dibuat, yang telah dilaksanakan di 205 buah negara. Jadinya terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana cadangan daripada blok pembangkang untuk pendaftaran pengundi secara automatik dan juga umur 18 tahun juga layak, boleh juga menjadi calon. Kita juga maklum populasi belia di Malaysia ini untuk tahun 2016 hingga tahun 2018 pun ramai ada lebih kurang 9.1 juta. Jadinya sehubungan dengan itu, selain daripada bersetuju namun saya ingin membawa beberapa perkara ke dalam Dewan ini dan pindaan kali ini memerlukan dua pertiga. Jadinya sokongan daripada kami memanglah dan kami pun secara nyatanya telah memberikan sokongan kepada pihak kerajaan. Ada beberapa perkara yang saya perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan, terutamanya saya ingin bertanya sejauh manakah penurunan had umur ini nanti akan boleh dibuat, akan kementerian buat mempengaruhi penambahan peratusan untuk keluar mengundi. Saya hendak bagi contoh Tuan Yang di-Pertua, macam Romania, ia ada satu pilihan raya pada tahun 2016. Bila saja dibuat secara automatik daripada umur 21 tahun ke 18 tahun, jumlah pengundi yang layak tetapi hanya keluar mengundi hanya sekadar 39.8 peratus dan ianya ada penurunan. Begitu juga dengan negara India, India kita kenal sebagai satu negara yang penuh dengan demokrasi. Akan tetapi pada Disember 1989, bila umur untuk mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun, juga terdapat pengurangan dari segi jumlah mereka yang layak mengundi ini keluar mengundi ataupun turn out, turun kepada 50 peratus. Jadi, saya hendak tahu daripada pihak penerangan dan juga penjelasan daripada pihak kementerian. Apa yang kita buat ini, bagaimana pihak kementerian boleh mempengaruhi penambahan peratus keluar mengundi. Kita tengok dalam laporan SPR, ia ada menunjukkan bahawa dalam PRU-14 yang lepas ada seramai 3.6 juta yang berusia 21 tahun dia boleh dan layak mengundi tetapi dia tidak ataupun belum lagi mendaftar untuk mengundi. Akan tetapi peratusan turnout itu sangat tinggi, 82.32 peratus. Saya khuatir kalau sekiranya kita tidak tackle perkara ini dan pendekatan tidak dilaksanakan oleh pihak kementerian apabila ia dilakukan secara automatik, nanti peratusan ini akan merosot. Saya perlukan jaminan daripada pihak kementerian, cara bagaimana agar turnout voter ini boleh mencapai sasaran dan objektif daripada pihak kerajaan. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya mengenai mereka. Kalau automatik mengundi, dia akan keluar mengundi. Jadi, adakah pihak kerajaan ada membuat satu kajian mengenai penalti sekiranya pengundi ini gagal hadir atas apa-apa sebab pun. Kalau kita tengok negara jiran kita Singapura, Singapura ini kalau individu itu gagal untuk keluar mengundi, dia akan hilang kelayakan untuk mengundi dalam election yang akan datang. Mereka juga akan hilang kelayakan sebagai calon. Kalau dia nak layak semula, dia kena mohon semula. Bila mohon semula, dia kena kemukakan permohonan tersebut kepada macam SPR di tempat kita. Kalau di Australia pula, di Australia ini ada satu penalti. Kalau dia layak mengundi tetapi dia tak keluar mengundi, ada satu penalti yang dikenakan kepada mereka iaitu AUD20 ataupun sehingga AUD55. Jadinya ia ada juga satu risiko di mana lesen memandu itu akan kena tarik balik. Jadi, kalau di Malaysia kita macam mana? Jadi saya minta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini. Ataupun kalau mereka automatik tetapi tidak keluar mengundi, tidak ada apa-apa penalti akan diberikan kepada mereka.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ketiga yang saya nak utarakan juga dan saya harap point ini dapat saya habiskan adalah usaha kerajaan untuk melahirkan satu masyarakat yang well-informed voters yang perlu dibuat oleh pihak kementerian ataupun pihak kerajaan. Ini kerana pengundi ini perlu diberi pengetahuan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya habiskan point ini sahaja. Jadi, saya nak minta supaya kerajaan mungkin boleh mengkaji satu mekanisme yang diguna oleh Jerman melalui penubuhan Federal Agency for Civil Education yang mana badan ini adalah satu badan bebas dan ia memberikan satu pendidikan aspek politik dan demokrasi. Bila badan bebas ini boleh ditubuhkan, secara tidak langsungnya ia boleh merangka, menyelaras apa juga aktiviti pendidikan politik kepada rakyat. Badan ini juga bebas tanpa mengambil kira kepentingan dan juga fahaman politik. Dalam kita nak menjadikan masyarakat ataupun pengundi dan juga bakal pengundi ini well-informed voters. Jadinya ekosistem ini memang sangat penting. Saya kira ini, saya harap apa juga pandangan yang diberikan oleh saya yang mewakili UMNO dan juga Barisan Nasional dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Dengan itu saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan yang bagi saya cukup penting sebab kita tahu pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Undang-undang Tertinggi (Supreme Law) di negara kita memerlukan majoriti dua pertiga daripada jumlah Ahli Dewan. Sudah tentunya tarikh 16 Julai memahat satu sejarah baharu. Kalau tahun lepas Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua diangkat sebagai Tuan Yang di-Pertua dan kami mengangkat sumpah di hadapan Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Hari ini kita menyaksikan pindaan Perlembagaan yang pertama dalam masa 10 tahun. Walaupun kerajaan yang ada tidak memiliki kelebihan dua pertiga majoriti tetapi dengan pelbagai perbincangan, diskusi dan sebagainya yang akhirnya saya nampak kita akan berjaya dalam masa dua, tiga jam lagi untuk menyaksikan pindaan pertama yang cukup penting dalam menyemarakkan dan menyuburkan demokrasi di negara tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun dalam rang undang-undang ini ia hanya melibatkan pindaan kepada empat fasal saja. Nampak singkat dan nampak ringkas tetapi implikasinya cukup penting dari segi prinsipnya untuk menyuburkan demokrasi di negara kita. Ini kerana pindaan yang terlibat iaitu Artikel 47, Artikel 119 dan juga Jadual Kelapan untuk negeri-negeri merupakan satu implikasi yang membolehkan masa depan kita turut, anak muda kita turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara kita dan juga masa depan mereka sendiri. Bagi saya dua perkara penting hari ini iaitu: (i) menurunkan umur minimum mengundi ataupun menjadi calon kepada 18 tahun; dan (ii) menjadi pengundi secara automatik apabila mencecah umur 18 tahun. Bagi saya, ia juga merupakan satu lagi bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hari ini menepati salah satu janji dalam Buku Harapan yang menjadi sandaran kepada rakyat Malaysia ketika membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas. Bagi saya adalah amat penting pindaan ini diluluskan dan dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Walaupun kita sedia maklum bahawa anak muda sentiasa kritikal dalam menyuarakan pandangan. Selalu orang katakan, orang muda selalunya anti kerajaan dan mempunyai pandangan yang cukup kritikal terhadap kerajaan yang ada. Pindaan ini belum tentu boleh
menguntungkan kerajaan yang kita ada pada hari ini. Akan tetapi saya fikir, Kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini tidak memikirkan kepentingan politik semata-mata tetapi lebih memikirkan kepentingan dan masa depan negara dan generasi akan datang. [Tepuk] Kalau setakat memikirkan fasal kepentingan Pakatan Harapan untuk terus kekal sebagai kerajaan, mungkin jangan dibuat. Kalau dibuat, ini mungkin faktor yang menyebabkan– kami menghadapi cabaran yang lebih besar. Dengan penambahan 50 peratus pengundi, sesuatu yang kita tidak tahu macam mana trendnya esok. Akan tetapi, itu bukan menjadi persoalan dan bukan menjadi kunci utama pertimbangan. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri lebih mementingkan keperluan untuk anak muda terlibat dalam proses mendemokrasikan institusi dalam negara kita. [Tepuk] Itulah yang menjadi pokok dan saya mohon supaya hari ini kita akan membuka satu lembaran baharu dalam sejarah kita. Kalau Yang Berhormat Batu hari ini, beliau adalah Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara kita, mungkin PRU yang ke-15 rekod ini akan dipecahkan. Ini disebabkan– ya lah, daripada 21 tahun sudah jadi 18 tahun. Jangan marah ya, Yang Berhormat Batu. [Ketawa]
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya juga berharap, ada beberapa pandangan saya, tiga pandangan ringkas. Pertama, apakah yang dengan adanya pendaftaran secara automatik ini? Apakah yang akan terjadi kepada pengundi yang sudah dalam daftar pemilih yang menjadi pengundi sekarang, sekiranya mereka menukar alamat di dalam MyKad mereka dengan JPN? Apakah tempat mengundi mereka kekal pada tempat asal ataupun bertukar? Ini disebabkan kalau di dalam sistem sebelum hari ini, apa yang terjadi adalah sekiranya mereka menukar alamat dalam MyKad mereka dengan JPN, ia tidak menjejaskan, ia tidak memindahkan mereka ke kawasan baru. Mereka akan kekal di kawasan lama kecuali mereka mengisi borang ataupun memperbaiki...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Update dengan SPR berkenaan tempat mengundi. So, saya hendak tahu apa akan terjadi kepada golongan pengundi sedia ada kalau mereka tukar alamat di dalam MyKad? Kedua, untuk mereka yang akan didaftarkan secara automatik, pengundi baharu selepas pindaan pada hari ini dan selepas dua ke tiga tahun, mereka menukar alamat di dalam MyKad mereka. Apakah ia akan automatik akan ditukar ataupun ia akan berdasarkan alamat yang didaftarkan semasa? Itu perkara yang kedua yang perlu diberikan perhatian dan saya mohon penjelasan. Perkara terakhir yang saya mohon pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya supaya mengambil maklum dan mengambil serius adalah berkenaan dengan kawasan- kawasan pilihan raya. Tadi, Yang Berhormat kota Melaka ada mengatakan perkara ini. Saya bagi contoh, kita tahu antara kawasan Parlimen yang besar, besar bermaksud bukan keluasan tetapi dengan jumlah pengundi yang banyak seperti kawasan Bangi, kawasan Damansara. Saya percaya kawasan-kawasan sebegini, kalau sekarang lebih 150,000 pengundi selepas penambahan, saya percaya penambahannya bukan setakat 50 peratus, walaupun secara amnya 50 peratus. Akan tetapi, kawasan-kawasan pembandaran, ia mungkin menyaksikan lebih penambahan lebih daripada 50 peratus yang akan menyaksikan kawasan Parlimen yang mempunyai pengundi yang lebih 200,000. Kawasan saya sendiri Parlimen Rasah, kalau PRU yang ke-14, lebih 100,000. Apakah pada PRU yang ke-15 akan mencecah lebih 150,000? Jadi, faktor-faktor sebegini, apakah kita akan mewujudkan kawasan Parlimen yang dipanggil terlampau besar dan menyebabkan jurang antara sesuatu kawasan Parlimen itu menjadi bertambah besar? Faktor sebegini perlu diberikan pertimbangan dan akhirnya dicari penyelesaian yang terbaik supaya masalah ini tidak menimbulkan masalah logistik apabila hari pengundian dan sebagainya. Jadi, saya mohon menyokong 100 peratus pindaan rang undang-undang pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada kali ini. Saya mulakan dengan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan, khasnya kepada Yang Amat berhormat Perdana Menteri atau Yang Amat Berhormat Langkawi juga serta Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan di atas kejayaan dan juga usaha untuk berbincang dengan pihak pembangkang di dalam memastikan pindaan Perlembagaan ini menjadi realiti. Alhamdulillah, perbincangan ini berlangsung dengan begitu baik. Kita yakin dengan sokongan yang diberikan oleh pembangkang, akan membuahkan satu budaya politik yang baharu. Insya-Allah, ini akan dapat direalisasikan selepas daripada ini dengan usaha-usaha yang berterusan. Kita boleh duduk bersama untuk turut menyokong pihak kerajaan dalam apa jua urus tadbir, insya-Allah. Atas dasar itulah, bagi kita Parti Islam Se-Malaysia (PAS), kita mengharapkan supaya kerajaan dan Kabinet Menteri yang ada ini dapat terus mentadbir negara ini sehingga ke akhir penggal, melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh rakyat. Kita tidak mahu gangguan-gangguan yang dilakukan akan menyebabkan Kabinet Menteri menjalankan tugas dengan terganggu dan juga dalam penuh tekanan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan, saya ingin menyebut dengan pandangan Islam berkenaan dengan umur 18 tahun sebagai pengundi. Sebagaimana yang telah saya sebut di dalam perbahasan, ketika kita ingin menurunkan umur belia tempoh hari bahawa Nabi SAW telah membenarkan mereka yang berumur 15 tahun untuk keluar berperang. Oleh sebab itulah apabila umur 18 tahun ini dianggap sebagai sesuai untuk mengundi, maka ia bertepatan dengan Islam. Akan tetapi, dalam masa yang sama perlu diingatkan, adakah umur 18 tahun ini adalah merupakan salah satu indikator untuk membawa kebaikan kepada demokrasi? Ya, benar kalau kita merujuk kepada seluruh negara, di seluruh dunia, 18 tahun adalah umur yang diterima sebagai konvensi untuk umur layak mengundi di serata dunia. Negara Asia Tenggara, umur mengundi kebanyakan ialah 18 tahun termasuk Myanmar. Akan tetapi, di dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyebut bahawa umur mengundi ini tidaklah membawa maksud bahawa demokrasi telah pun dilaksanakan dengan total dan dengan baik. Ini kerana kalau kita melihat kepada tahun 2017, dalam kajian yang dikemukakan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan banyak negara yang dengan umur mengundi jauh lebih muda daripada Malaysia, berada di kedudukan yang lebih merosot berbanding Malaysia. Dari sudut tangga demokrasinya, indeks demokrasinya, Malaysia di tangga 59, Indonesia pada tangga 68, China pada tangga 139 dan Thailand pada tangga 137. Ertinya, dengan menurunkan umur mengundi sahaja, tidaklah bermaksud bahawa demokrasi telah terlaksana dengan begitu baik. Ia hendaklah datang dengan pakejnya iaitu bagaimanakah kebebasan yang diberikan kepada anak muda? Bagaimanakah akta-akta yang masih menjerut kebebasan kita untuk menyatakan pandang dan sebagainya? Oleh sebab itulah, saya ingin membawa supaya kerajaan dapat melihat kembali bagaimanakah pandangan-pandangan yang kadangkala dikemukakan oleh ahli-ahli akademik. Sebagai contoh, di universiti-universiti, ada ahli akademik yang dihalang daripada mengeluarkan pandangan. Apabila mereka menulis berkenaan dengan politik, mereka pensyarah Sains Politik. Kita tidak benarkan mereka mengeluarkan pandangan, sepertilah kita menghalang seorang tukang masak daripada memasak atau menghalang seorang penyanyi daripada menyanyi. Jadi, oleh yang demikian, selagi ia tidak merupakan– keluar daripada norma-norma undang-undang yang ada, sepatutnya mereka diberikan kebebasan untuk berkarya dan memberikan pandangan. Justeru, lainlah kalau sekiranya bahasa-bahasa yang digunakan itu, bahasa yang kesat. Maka, sudah pasti ia keluar daripada norma undang-undang yang ada. Akan tetapi, kalau sekadar melontarkan pandangan tetapi terus dikekang, maknanya elemen demokrasi masih belum dihayati dengan sepenuhnya.
Justeru, hari ini adalah merupakan satu hari yang bersejarah. Insya-Allah, pemuda, anak-anak muda akan terus dihargai selepas daripada ini kerana kita tahu bahawa yang akan memikul amanah untuk memimpin negara selepas daripada ini adalah orang-orang muda. Saya petik kata-kata seorang cendekiawan Barat, Herbert Hoover menyatakan, “Older men declare war. But it is youth that must fight and die”, dengan izin bahawa yang akan memikul tanggungjawab untuk melaksanakan amanah negara ini ialah orang-orang muda selepas daripada ini. Saya juga ingin mencadangkan supaya yang pertama ialah akta ataupun tindakan untuk mewajibkan pengundian. Kedua ialah memperkukuhkan akta ataupun undang-undang anti lompat untuk melompat parti dengan menghalang perbuatan lompat parti selepas daripada ini. Ketiga ialah mengumumkan tarikh awal pilihan raya kerana ini insya-Allah, akan lebih mengukuhkan elemen demokrasi yang kita janjikan kepada rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasir Mas mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya Yang Berhormat Tuaran. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pada hakikatnya, Tuaran dan parti saya, UPKO, menyokong pindaan ini sepenuhnya atas sebab-sebab yang sudah pun dibahaskan panjang lebar oleh Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini sebentar tadi. Bagi UPKO secara khususnya, sememangnya pengiktirafan penglibatan generasi muda sudah kami lakukan 15 tahun yang lalu, apabila Majlis Tertinggi UPKO bersetuju mewujudkan Pergerakan Komulakan UPKO bagi belia-belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 35 tahun. Justeru, kami tidak ada halangan menyokong pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi tadi, Yang Amat Berhormat Langkawi telah menyatakan bahawa SPR akan memerlukan masa yang sesuai untuk melaksanakan semua sistem untuk melaksanakan pindaan ini. Banyak consequential amendments terhadap undang-undang dan peraturan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk melaksanakan sepenuhnya. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta pihak kerajaan supaya dalam proses persediaan tersebut, kerajaan juga diminta untuk mempertimbangkan supaya melaksanakan sepenuhnya semua cadangan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah. Sebelum pendaftaran automatik, kami menggesa kerajaan untuk terlebih dahulu melakukan dengan izin, a total recall of all Malaysian ICs in Sabah and reissuing it only after stringent screening by all stakeholders. Jabatan Pendaftaran sudah beberapa kali menukar dan upgrade kad pengenalan yang ada dan tidak ada alasan kenapa usul UPKO dan semua cadangan dalam RCI mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah itu tidak dapat dilaksanakan. Apa yang saya ingin tanya ialah selepas kerajaan yang baharu ini mengambil alih, belum ada lagi yang kita dengar tentang apakah langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan ataupun tindakan-tindakan diambil untuk melaksanakan semua cadangan RCI tersebut. Akan tetapi pihak UPKO percaya bahawa jika sekiranya langkah ini diambil, semua persoalan yang berkenaan dengan isu PTI di Sabah ini dapat diselesaikan secara tuntas. Lagi pun, kita telah mengalami dalam pilihan raya yang akan datang ini kita mempunyai masa lagi yang banyak untuk melaksanakannya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulangi apa yang saya telah nyatakan semasa perbahasan dalam pembentangan Mid-Term Review Rancangan Malaysia Kesebelas tempoh hari, di mana saya mengatakan bahawa sebelum RCI tersebut dibuat, UPKO telah mengadakan satu kajian dan kita telah mendapat 1,000 responden daripada
penempatan-penempatan PTI ini. Kita dapati bahawa lebih 80 peratus daripada mereka yang mempunyai IC ini telah mendapatkan kad pengenalan mereka secara haram, secara rasuah. Mereka telah membeli kad pengenalan mereka di antara RM1,000 hingga RM10,000 satu IC dan tentu sekali pengeluaran ini tidak sah. Ini kerana ia rasuah, ia telah melibatkan pegawai- pegawai dan juga sindiket perniagaan haram. Oleh sebab itu, tidak hairan apabila pada hari ini kita melihat data, kalau kita menganalisis statistik banci penduduk tahun 1960, 1970, 1980 dan seterusnya sehingga tahun 2000, kita mendapati bahawa peningkatan penduduk Sabah yang sangat luar biasa iaitu dengan peningkatan penduduk sebanyak 417 peratus. Kalau kita menganalisis, samalah seperti sepasang suami isteri telah mendapat anak seramai 834 orang anak dalam tempoh 40 tahun. Ini suatu yang luar biasa kerana memang tidak betul dan ini membuktikan bahawa memang ada sesuatu yang tidak betul dari segi pengeluaran kad-kad pengenalan di Sabah. Apa yang paling menakjubkan lagi ialah pertambahan penduduk kaum bumiputera Melayu di Sabah iaitu sebanyak 18,350 peratus dalam tempoh yang sama. Ini bermakna, pasangan kaum bumiputera Melayu yang berkahwin pada tahun 1960 telah menghasilkan 36,700 zuriat dalam tempoh masa 40 tahun sahaja. Menurut perangkaan rasmi, kadar kelahiran di Sabah hanya 13.7 peratus. Inilah asas kita mengatakan bahawa jika pendaftaran secara automatik itu kita tidak– memang banyak keraguan. Rakyat Sabah rata-ratanya akan ragu-ragu dan hanya satu penyelesaiannya ialah recall all the ICs, reissue it back and hanya mereka yang layak mendapat IC ini yang dapat. Setelah pindaan rang undang-undang ini diluluskan, kita akan menyokongnya tetapi jangan dahulu laksanakan di Sabah selagi reissuing of IC itu dilaksanakan dengan sepenuhnya. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya Yang Berhormat Baram, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam pindaan rang undang-undang yang melibatkan had umur dan juga pendaftaran secara automatik dan had umur untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Bagi kita, saya ingat ini adalah satu usaha yang positif dan ia banyak memberi kesan yang baik kepada kita yang di kawasan luar bandar. Kalau ia melibatkan pendaftaran secara automatik di kawasan selepas ini nanti, sudah pasti bakal-bakal pengundi ataupun golongan muda tidak perlu hendak datang ke bandar ataupun ke SPR. Lagipun SPR ini tidak banyak pejabat. Dia mahu pergi ke post office lah, dia pergi ke pejabat daerahlah dan inilah kebiasaan yang kita alami selama ini. Akan tetapi dengan adanya pendaftaran secara automatik ini, saya percaya ini akan menjadikan amalan demokrasi di negara kita ini akan menjadi lebih subur. Ini juga secara langsung ataupun tidak langsung akan mengekalkan ataupun terus merancakkan lagi perpaduan di kalangan kita di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak menyebut berkenaan dengan pendaftaran automatik ini. Biasanya sekarang ini kalau kita mendaftar sebagai pengundi, alamat kita membuang undi itu memang berdasarkan kepada alamat yang ada di dalam kad pengenalan kita. Kalau kita hendak mengubah, kita akan pergi ke JPN mengubah alamat, barulah pergi menjadi pengundi di mana kita hendak ini. Namun, di beberapa tempat di kawasan Sarawak, khususnya di kawasan Baram dan kawasan luar bandar, banyak daripada golongan muda ini yang mempunyai kad pengenalan yang beralamatkan di bandar. Ini disebabkan mereka tinggal dengan saudara di bandar mahupun mereka sedang bekerja di bandar dan mungkin ibu bapa pun juga ada di bandar ini. Jadi, apabila usul ini diluluskan esok lusa, bererti golongan muda ini akan secara automatik menjadi pengundi di bandar.
Ini saya rasa pandangan sayalah sebab ini berdasarkan kepada alamat yang ada dalam kad pengenalan. Akan tetapi, adakah dengan cara automatik yang macam ini, ini bagi
saya ia mungkin menindakkan kita daripada kita punya hak demokrasi ini. Oleh sebab apabila dia buat macam ini, jadi dia tidak tahulah, dia mengundilah di bandar. Sedangkan dia mungkin dari Ulu Baram sana itu. Jadi, saya mohon supaya pihak kementerian ataupun pihak SPR mengadakan satu sistem yang lebih efektif supaya menentukan apabila dia didaftar secara automatik ada agensi-agensi khususnya mungkin, kalau dahulu dia panggil pejabat daerah untuk menentukan supaya mereka ini benar-benar mengundi di mana mereka mahu mengundi supaya as we said tadi, senarai pendaftar pengundi kita ini tidak tercemar. Ini untuk kita mengelakkan tuduhan yang bukan-bukan. Kata pengundi hantulah, pengundi inilah. Jadi, saya mohon supaya ini diteliti oleh pihak yang berkuasa untuk pastikan, menentukan kalau dia menetap di bandar, alamat di bandar tetapi dia mahu buang undi di kawasan tertentu, jadi ini dipermudahkan. Ini maksud saya Tuan Yang di-Pertua, supaya pihak SPR mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan golongan muda ini nanti dapat menunaikan tanggungjawab mereka demi untuk mengekalkan prinsip demokrasi di negara kita ini. Dengan itu saya turut menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Baram, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tampin. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan satu rang undang-undang yang penting bagi kita. Di mana kita lihat dan kita nampak kerajaan telah menapak satu langkah lagi ke hadapan dalam konteks reformasi sistem pilihan raya di Malaysia yang menjadikan sebahagian agenda penting untuk memberi peranan besar kepada golongan muda yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia Baharu. Pindaan yang bakal dibentangkan ini, umur bagi pemilih akan diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Saya ingin menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap usaha kerajaan dalam konteks pindaan umur ini. Sokongan ini sederap bersama hasrat pemegang taruh sektor belia di Malaysia di peringkat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta di peringkat pertubuhan NGO, Majlis Belia Malaysia. Kerisauan pemegang taruh, keseriusan hasrat pemegang taruh yang mewakili kepentingan 14 juta belia di Malaysia telah dizahirkan dengan mendapat dokongan daripada Dewan yang mulia ini. Secara demo grafik, seramai 3.5 juta orang pengundi baru mampu ditambah menjelang Pilihan Raya Umum yang ke-15. Ini akan memberikan landskap baru dalam sosiopolitik negara apabila peranan dan hak belia berumur 18 tahun yang sebelumnya telah dibenarkan berkahwin, memandu kereta, dikenakan hukuman jenayah seperti orang dewasa dan lain-lain lagi diangkat ke tahap memberikan mandat memilih pemimpin negara. Kecelikan pendidikan untuk sekurang-kurangnya membuat penilaian isu-isu tempatan di DUN dan di Parlimen mereka tidak perlu diragui kerana lazimnya mereka telah melepasi Sijil Pelajaran Malaysia yang merupakan peperiksaan umum tertinggi kepada semua warganegara dan tiket masuk terpenting sebelum bertebaran memilih pengkhususan di institusi pengajian tinggi. Kita juga melihat kadar celik huruf rakyat Malaysia pula telah hampir ke angkat 94.94 peratus. Mengikut laporan Adult and Youth Literacy, National Regional and Global Trends 1985 hingga 2015 terbitan UNESCO Institute for Statistics (UIS), Manakala Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia yang dibuat pada tahun 2014, menunjukkan jumlah 15 buah naskhah buku menjadi bacaan rakyat Malaysia. Peningkatan daripada hanya jumlah dua buah buku setahun pada kajian oleh badan yang sama pada tahun 2005. Data ini memberi gambaran terhadap kecaknaan rakyat Malaysia khususnya generasi baharu yang mendapat akses yang cukup luas terhadap pelbagai bahan bacaan. Ini akan membantu mereka peduli, bersikap kritis terhadap persekitaran politik, ekonomi dan sosial semasa. Justeru itu, saya berpendapat bahawa anak muda berumur 18 tahun telah sampai pada usia dewasa yang melayakkannya secara syarak, adat, sivik dan undang- undang untuk mendapat hak menentukan masa hadapan pemerintahan negara. Hal ini selari dengan Akta Umur Dewasa 1971 yang mana seksyen 2 akta berkenaan telah menetapkan bahawa umur 18 tahun adalah umur dewasa di Malaysia. Oleh hal yang
demikian, setiap warganegara dewasa sepatutnya diberi hak yang sama untuk sama-sama menentukan masa depan negara yang tercinta ini. Jika kita rujuk amalan demokrasi di negara-negara lain, ternyata Malaysia sedikit terlewat mengambil langkah-langkah ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Majlis Belia Malaysia, hanya sembilan negara di seluruh dunia yang mana masih meletakkan umur mengundi pada 21 tahun. Manakala majoriti negara di dunia telah menurunkan umur mengundi antara 16 tahun hingga 18 tahun. Maka Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah mengamalkan demokrasi dalam tempoh masa yang panjang turut sama mengambil langkah ke arah yang dihasratkan secara sejagat. Cadangan seperti pendaftaran automatik serta menurunkan had menjadi calon kepada umur 18 tahun juga, saya percaya tiada halangan Dewan ini untuk menyokongnya. Pendaftaran automatik akan membendung pertambahan gandaan undi pengundi, jumlah pengundi tidak mendaftar. Mereka mengikuti politik, membaca, memberi komentar, mempunyai kecenderungan yang jelas namun suka bertangguh-tangguhkan atau mengabaikan proses yang penting dalam pilihan raya iaitu berdaftar sebagai pemilih. Jadi, langkah mendaftar secara automatik, dilihat akan mengatasi kepincangan ini. Manakala umur sebagai calon PRU yang diusulkan turun kepada 18 tahun juga tidaklah menjadi hal yang kontradiksi dengan hasrat umur mengundi 18 tahun. Selaras dengan azam berkenaan dan sebagai membuktikan keseriusan kerajaan untuk membuktikan untuk memberi lebih banyak ruang penyertaan orang muda terhadap proses pembuatan keputusan yang tertinggi negara, maka usul ini patut disokong juga. Beberapa nilai tambah untuk dipertimbangkan oleh pihak pemegang taruh dinyatakan di sini supaya hasrat murni ini dapat dijalankan secara komprehensif. Saya menyeru pihak kerajaan untuk menyediakan belia dengan pendidikan demokrasi yang secukupnya. Pendidikan yang memberikan pendedahan kepada perjalanan demokrasi dan pilihan raya di negara ini hendaklah diberikan seawal mungkin agar belia yang akan menjadi pemilih kali pertama pada pilihan raya akan datang sudah bersedia dan mampu untuk menjalankan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. Pihak kerajaan juga diminta meluaskan kempen advokasi kelas-kelas secara terbuka yang melibatkan kumpulan sasar belia, bukan sahaja yang mendapat akses yang mudah seperti di bandar-bandar tetapi juga di luar bandar. Memperkasakan pertubuhan belia untuk menjadi operator bagi menjalankan program-program pendidikan demokrasi. Sesuai dengan status pertubuhan belia sebagai kumpulan non-partisan dan kuasa ketiga. Pemerkasaan ruang awam melalui pertubuhan- pertubuhan begini akan memberikan radius penyebaran kesedaran demokrasi dan kenegaraan ini lebih luas lagi. MBM saya yakin dan percaya sebagai contoh telah melalui beberapa tahun yang lalu dengan meluncurkan sekolah politik. MBM yang melibatkan kumpulan belia daripada pelbagai pertubuhan gabungan belia umum harus menyertai inisiatif ini.
Mohon digulung, Yang Berhormat.
Media massa juga harus diberi ruang yang secukupnya dan juga ruang yang seadilnya untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang penting bagi penglibatan belia untuk terlibat di dalam pilihan raya. Justeru itu, saya sepenuhnya mendukung dan menyokong usul yang dibentangkan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Terap. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya juga bangun untuk berbahas berkaitan dengan pindaan kepada rang undang-undang yang melibatkan umur 21 tahun turun kepada 18 tahun. Pertamanya, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Langkawi kerana telah bersetuju dengan blok pembangkang dan juga GPS. Bukan sahaja turun daripada 21 tahun
kepada 18 tahun tetapi bersetuju untuk dibuat secara automatik daftar pemilih. Saya juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang kerana Yang Berhormat Pasir Gudang mengingatkan kita semua mengenai dengan kebijaksanaan untuk memberi sokongan di antara kerajaan dan juga pembangkang. Saya secara peribadi kalau ingat Yang Berhormat Jelutong, ingat kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru, saya rasa macam tidak hendak sokong. [Tepuk] Akan tetapi, kita berjiwa besar. Kita berjiwa besar sebab kita rasa bahawa ini perkara yang besar untuk negara. Akan tetapi kalau perangai Yang Berhormat Jelutong, memang tidak hendak sokonglah. Kan? Ada sombong semua― macam-macam ada. Lepas itu, kata dekat kita lebih kurang perli-perli tetapi tidak sedar dekat diri. Jadi, oleh kerana ini urusan negara yang lebih besar daripada Yang Berhormat Jelutong, jadi kita semua memberi sokongan kepada itu. [Tepuk] Saya ingat yang lain semua pun baiklah. Yang Berhormat Jelutong sahajalah yang lebih. [Ketawa] Jadi, macam dalam filem P. Ramlee itu kalau Yang Berhormat Jelutong. “Hari ini hari kau Saddiq, hari esok hari aku pula.” Bukan Syed Saddiq. Tidak berkenaan Syed Saddiq. Tidak berkenaan. [Ketawa] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, yang pertama sekali saya hendak sentuh berkaitan dengan pengundi 18 tahun ini ialah yang berkaitan dengan pengetahuan ataupun ilmu kepada anak-anak muda. Dalam konteks ini, kita hendaklah disebut meningkatkan kesedaran politik di kalangan pelajar di sekolah, di kolej dan di universiti. Meningkatkan kesedaran ini merupakan satu program yang boleh sama ada dimasukkan dalam kokurikulum sejarah ataupun kokurikulum sivik berkaitan dengan kefahaman apakah yang disebut sebagai negara demokrasi dan juga pilihan raya yang diadakan pada setiap lima tahun. Jadi, maknanya kalau pelajar itu di Tingkatan 5, umur dia adalah 17 tahun, mengambil SPM. Bila dia di Tingkatan 6 rendah, lower 6 ataupun di matrikulasi, dia sudah berusia 18 tahun dan layak mengundi. Jadi, kefahaman yang jelas ini mesti ada. Pengundi muda mesti diberi kefahaman yang kuat supaya mereka menjadi orang muda bukan sahaja yang baik malah rasional. Hari ini melalui media sosial, saya ingat maklumat banyak boleh diberi. Maklumat datang dari pelbagai dan akses untuk orang muda mendapat information ini terlampau banyak. Jadi, kefahaman tentang perkara itu kena ada. Kedua, saya hendak sentuh mengenai SPR sendiri. SPR sebagai badan yang mengendalikan ataupun agensi yang mengendalikan pilihan raya, SPR mestilah mempunyai jentera yang cukup. Saya ada baca di media sosial yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rashid bahawa mungkin mengambil masa lebih dari satu tahun daripada diluluskan hari ini untuk memproses dan membolehkan umur 18 tahun ini dibawa ke SPR untuk pilihan raya. Ketiganya, NGO ataupun pemantau kepada pilihan raya. Ini penting. Sebabnya pemantau NGO ini dulu ada Bersih. Sekarang pun ada lagi Bersih. Akan tetapi Bersih yang dulu itu semua dah jadi calon Pakatan Harapan. Dah jadi calon, dah jadi Ahli Parlimen. Sekarang ini maknanya dah ada dah menyokong pada Pakatan Harapan. Jadi, kita hendak tahu bahawa NGO memberi gambaran yang benar apakah yang berlaku di bawah. Sebab, insiden yang berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya yang digambarkan. Akhir sekali adalah berkaitan dengan modul yang hendak diperkenalkan oleh kerajaan kepada anak-anak ini yang berkaitan dengan apa yang saya sebut tadi sebagai meningkatkan kesedaran politik. Modul itu kalau boleh, Tuan Yang di-Pertua, eloklah kalau kita bincang di Select Committee di Parlimen ini. Sekurang-kurangnya kita tahulah apa benda yang hendak diperkenalkan kepada anak-anak di sekolah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Syabas Yang Berhormat Padang Terap. Ada harapan boleh masuk belah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan kerana mengambil
langkah yang berani dan inklusif ini untuk menurunkan umur mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun. Ini akan mengubah landskap politik di Malaysia kerana ia merupakan satu laungan yang kuat bagi menggalakkan belia untuk turut serta dalam tanggungjawab membentuk negara. Inilah apa yang dimaksudkan oleh istilah shared prosperity yang juga melibatkan tanggungjawab bersama. Belia generasi kini adalah jauh lebih bersedia dari segi intelek, fizikal dan emosi dan mereka lebih peka berbanding generasi-generasi yang lalu ketika berdepan dengan pilihan- pilihan mereka ketika mengundi. Ketersediaan pendidikan, umur dan maklumat melalui informasi teknologi telah menghasilkan golongan belia yang sangat peka terhadap isu-isu yang penting masa kini dan apa yang mereka hendak untuk demokrasi di negara ini. Menurunkan umur mengundi selaras dengan tanggungjawab dan standard undang- undang sedia ada. Seorang yang berumur 18 tahun juga diberikan tanggungjawab membuat pilihan seperti seorang yang matang. Golongan belia merupakan antara pemegang taruh, stakeholder, dengan izin, yang terbesar dalam negara ini. Kita perlu pastikan bahawa suara mereka tidak dipinggirkan atau dipengaruhi oleh politik toksik. Nasib negara dan nasib belia saling terikat. Suara mereka perlu didengari terutamanya dalam isu peluang pekerjaan, institusi pendidikan tinggi, PTPTN, isu alam sekitar dan sebagainya. Kita perlu ambil iktibar dari contoh yang dipamerkan oleh Joshua Wong iaitu seorang aktivis yang memulakan kegiatan activism berpolitik semasa berumur 14 tahun dan seterusnya memimpin sejuta orang warga Hong Kong untuk berdemonstrasi di jalan raya. Selain daripada itu, semasa Bersih 2.0, golongan belia telah menunjukkan kepimpinan yang jelas dan wajar dicontohi. Mungkin terdapat banyak masalah-masalah awal dalam mendaftar dan menggalakkan belia untuk mengundi. Masalah-masalah ini boleh diatasi kalau kita ada rancangan jangka pendek dan panjang. Contohnya, kerisauan terhadap tahap kematangan belia pada usia 18 tahun. Ini boleh dikurangkan dengan program-program pendidikan pengundi yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang penting ialah mesti ada cukup peruntukan untuk melaksanakan program-program. Kita juga perlu tingkatkan usaha konsultasi dan menyantuni golongan belia supaya mereka memahami tanggungjawab berkongsi mereka sebagai pengundi. Saya sarankan supaya hal ini diserapkan dalam kurikulum sekolah seawal mungkin.
Pendaftaran sebanyak 1.5 juta belia yang belum berdaftar termasuk tunggakan daripada jumlah pengundi yang bakal menjadi pengundi melalui pindaan ini. Namun, saya cadangkan pendaftaran automatik dijalankan secara peringkat dengan pembersihan daftar pemilih supaya kita dapat selaraskan database di antara SPR dengan database di JPN yang juga perlu disemak. Sementara itu, pendidikan politik boleh dijalankan. Saya juga mencadangkan untuk SPR memperolehi pengundi-pengundi belia dari Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung untuk mengundi sebagai absentee voters di Semenanjung. Akhirnya yang paling penting, isu-isu belia seperti pengangguran gaji rendah dan masalah sosial dan ekonomi perlu dihadapi supaya golongan muda boleh keluar daripada keadaan kesusahan mereka. Dengan ini saya menyatakan sokongan saya terhadap usul menurunkan had umur mengundi ke 18 tahun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Seterusnya Yang Berhormat Sik.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas usul yang kita bawa hari ini. Saya yakin ia membantu belia mempertingkatkan literasi, demokrasi dan kematangan melalui pendedahan kepada pengurusan sumber ataupun pengurusan tadbir urus negara kita ini. Kedua, saya melihat apa yang kita sedang lakukan ini akan melibatkan belia yang akan mewujudkan ruang diversiti kerana golongan ini mampu memberikan idea dan melihat sesuatu isu dari persepsi yang berbeza atau bila pengundi terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan peringkat umur.
Maka, semua stakeholders yang terlibat dengan pilihan raya perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan mengambil kira kepentingan semua pihak khususnya belia. Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa persoalan yang boleh dihuraikan untuk dibincangkan oleh pihak kementerian. Pertama, apabila daftar automatik ini dilaksanakan, adakah dengan komitmen kerajaan untuk juga 3.9 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi akan didaftar sebagai pengundi? Kedua, dari kesan di sebalik automatically registration ini, dengan izin, ia tetap akan dipacu oleh sistem yang dikawal oleh manusia. Sudah pasti ada ruang-ruang manipulasi yang akan berlaku di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan atas sistem yang ada itu. Seterusnya, saya melihat Akta Pendaftaran Negara juga perlu disemak agar sistem automatik selari dengan status pemastautin atau alamat tetap bakal pemilih. Ini kerana, mereka berstatus PR juga boleh didaftarkan secara automatik. Seterusnya, persoalan polarisasi kaum juga akan semakin melebar khususnya pengundi di bandar dan di luar bandar di pedalaman. Tidak mudah untuk orang Melayu menukar alamat ke bandar, begitu juga tidak mudah orang Cina untuk menukar alamat mereka ke luar bandar. Ini perlu dilihat oleh pihak kementerian. Justeru, undang-undang mewajibkan pengundi boleh dibincangkan dalam tanggungjawab demokrasi, sama ada ia wajar ataupun tidak. Begitu juga dalam soal yang banyak dibincangkan iaitu untuk memastikan tiada penyelewengan pemilih dalam sistem automatik ini. Ruang pameran dan semakan daftar pemilih ini perlu dibuat sepanjang tahun dan enam bulan sebelum PRU sebagai semakan terakhir. Itu cadangan daripada saya. Seterusnya, kita melihat banyak yang ditimbulkan oleh para pembahas iaitu soal pendidikan politik dan demokrasi ini. Sudah pasti ia sangat penting untuk mendidik belia-belia kita memahami apa yang kami PAS selalu tegaskan, politik itu berkait dengan khalifah [Membaca sepotong kata ulama] iaitu “mendirikan agama dan mentadbir urus dunia ini dengan agama”. Perlu ada penyelarasan khususnya di peringkat Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi untuk kita mengatakan politik ini adalah politik yang murni yang melahirkan masyarakat yang sayang kepada negara, yang melihat kepimpinan adalah amanah dan bukan habuan untuk kepentingan peribadi. Terakhir, saya ingin menyinggung soal pendidikan politik ini suatu perkara yang dikeluarkan kenyataan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP pada kelmarin dalam NST dengan beliau menyebut, “Saya hairan orang-orang bodoh mana yang menasihatkan UMNO dan PAS supaya membuat cadangan balas kepada Pakatan Harapan supaya memasukkan pendaftaran automatik pengundi yang lantas dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan”. Adakah benar kenyataan ini keluar daripada Senator Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan? Siapakah yang bodoh dan kita lihat pada petang ini selepas pengundian dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya berkenaan peraturan. Jangan menuduh seseorang yang tidak ada dalam Dewan. Bila dikatakan kenyataan itu?
Ya, kenyataan dikeluarkan oleh NST dan sila rujuk kepada NST, sama ada...
Ya, rujuk kepada NST.
NST?
NST.
NST?
Ya, NST bubuh...
Mana, mana? Surat khabar NST ada?
NST bubuh gambar Lim Kit Siang, muka depan. Tidak percaya lagi ka?
Yang Berhormat Arau.
Apa lagi?
Yang Berhormat Arau, duduklah Yang Berhormat Arau.
Biar, biar.
Saya tanya dengan Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]
Lagi lanjut bergaduh, lagi singkat masa. Ya, silakan.
Terima kasih. Saya menyokong usul ini.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Mas Gading.
Tidak, dia kata UMNO dengan PAS bodoh.
Yang Berhormat Mas Gading.
Siapa yang kata?
Dia minta kepastian Yang Berhormat Jelutong.
Memang bodoh.
Yang Berhormat Mas Gading, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan pindaan perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun. Jika dilihat dari aspek hak sebagai rakyat, saya lihat pindaan ini sebagai suatu perkara yang baik. Akan tetapi, yang menjadi kerisauan saya adalah kesedaran politik itu. Sejauh manakah masyarakat kita di luar sana faham apa itu politik, apa itu pilihan raya dan apa itu BN, apa itu PH dan apa yang hendak diundi nanti. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, masyarakat kita di luar sana masih ramai yang belum jelas tentang peranan mereka sebagi pengundi. Di kawasan pendalaman, malah ada juga di bandar-bandar, mereka mengundi kerana rasa takut. Bagi mereka, kerajaan itu adalah Barisan Nasional dan kalau pilihan raya itu mesti undi Barisan Nasional. Kalau tidak nanti, bantuan kebajikan ditarik balik, duit KWAPM anak di sekolah ditarik balik, pinjaman buku teks di sekolah pun ditarik balik. Anak- anak mereka yang kerja kakitangan kerajaan akan dipindahkan ke tempat yang jauh. Alasan mereka remeh, tetapi diterima pakai oleh masyarakat di luar sana. Betapa hebatnya penjenamaan Barisan Nasional itu selama lebih 50 tahun. Tahniah, tetapi pemahaman itu salah. Saya setuju dengan Yang Berhormat Petrajaya tadi, kita perlu membawa politik yang berteraskan pembangunan, berteraskan kemajuan, bukan politik yang berteraskan kebencian, memfitnah dan sentimen-sentimen perkauman yang memecahbelahkan rakyat. Kita bukan sahaja perlu mendidik rakyat bahawa undi itu adalah satu tanggungjawab, bahawa undi itu adalah rahsia, undi adalah hak individu. Malah, bagi saya masyarakat di luar sana perlu dididik bahawa setiap projek kerajaan adalah projek dari duit kerajaan, duit rakyat bukan duit BN, bukan duit UMNO, bukan duit GPS, bukan duit PH. Maka, rakyat perlu tahu balai raya atau dewan serba guna di luar sana adalah milik rakyat, hasil duit cukai rakyat yang dikembalikan kepada rakyat sebagai projek pembangunan.
Penjelasan, kami petang ini, kami hendak sokong usul ini lah.
Ya, ya, ya.
Jangan lah perli-perli itu macam.
Tidak, tidak, tidak. Saya cuma hendak menjelaskan keadaan.
Saya keluar baru tahu.
Saya cuma hendak menjelaskan keadaan.
Jangan buat macam itu, kita hendak sokong ni. Bagilah ucapan yang baik sedikit, jangan ikut Yang Berhormat Jelutong.
Sila duduk. Dalam masa yang agak terhad...
Okey.
Ini saya ingat Yang Berhormat...
Saya teruskan, tinggal dua minit.
Tumpukan kepada pindaan.
Oleh itu, semua orang perlu tahu bahawa setiap projek adalah daripada duit kerajaan. Kita tidak mahu nanti ada suara-suara sumbang mengatakan kerajaan bahawa kenyataan PH dulu pun pergi ke sekolah yang BN buat.
Yang Berhormat.
Kerajaan memesongkan dan mengelirukan rakyat kerana tidak faham apa itu politik.
Berhujah khusus kepada pindaan Perlembagaan.
Ya. Pengetahuan serta kesedaran politik ini perlu diselitkan dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah supaya bakal-bakal pengundi ini tahu dan faham.
Bukan itu sahaja, sejarah pembentukan Malaysia, pengetahuan tentang undang- undang tanah terutama tanah istiadat juga penting dan perlu diselitkan dalam mata pelajaran dalam peringkat sekolah menengah. Pendaftaran undi secara automatik saya setuju tetapi kemudahan turun mengundi itu juga perlu dititikberatkan bagaimana kita hendak membawa berpuluh-puluh ribu orang pengundi Sarawak yang kini tinggal di Johor untuk menunaikan kewajipan mereka. Ramai lagi golongan muda, golongan belia dari Sabah dan Sarawak yang telah berhijrah ke bandar-bandar, merantau bekerja di Semenanjung untuk mencari nafkah. Jadi, bagaimanakah kita hendak mendekatkan kotak undi ini kepada rakyat? Kita tidak mahu rakyat dipancing, diumpan guna duit minyak bot ataupun duit tambang kapal terbang terutama untuk masyarakat kita di luar bandar. Mungkin SPR perlu tahu, perlu mengambil kira penyediaan pengangkutan untuk membawa masyarakat kita khususnya di luar bandar yang perlu naik bot berjam-jam dan perlu melalui jalan balak, tanah kuning berjam-jam untuk pergi mengundi. Jadi, sekian hujah saya demi belia dan masa depan masyarakat belia Malaysia. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Sekarang Yang Berhormat Hulu Rajang. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahaskan pindaan Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu saya ingin menyatakan sokongan terhadap penurunan hak undi pengundi dari 21 kepada 18 tahun dengan pendaftaran automatik dan penurunan had umur calon dari 21 kepada 18 tahun adalah disambut dengan baik. Hal ini adalah bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini adil dan saksama Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana belia-belia ini memerlukan lebih banyak suara mewakili mereka di dalam Parlimen malah kita boleh lihat lebih banyak wakil rakyat pada sesi ini secara umumnya lebih muda pada sidang Parlimen yang sebelumnya Tuan Yang di-Pertua. Ini menandakan rakyat mahu lebih darah muda menerajui negara ini dan ini adalah satu langkah yang sangat progresif. Suara anak muda harus diberikan lebih perhatian dan cadangan pindaan ini adalah salah satu usaha konkrit ke arah itu. Dengan izin, this is the
democratic way to go Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi bukan semuanya indah Tuan Yang di-Pertua. Golongan muda terutamanya mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun sangat mudah terpengaruh dengan media sosial sehingga mereka senang keliru yang mana benar yang mana palsu. Saya berharap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan sudah bersedia mendidik belia untuk membuat inform decision dengan izin, berdasarkan pembentangan usul dan polisi daripada parti-parti politik di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini semakin teruk jika kita fokus kepada negeri Sarawak, di kawasan Parlimen saya Hulu Rajang ramai golongan belia masih tidak mempunyai kad pengenalan mahupun sijil lahir. Jika mereka ini IC pun tidak ada, bagaimanakah mahu mendaftar sebagai pengundi Tuan Yang di-Pertua? Oleh itu, jika usul undi 18 ini diluluskan nanti, saya ingin meminta kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk meningkatkan usaha pendaftaran di pedalaman di negeri Sarawak. Ini adalah sangat penting bagi memastikan hak demokrasi Sarawak telah dipelihara. Oleh itu soalan saya, adakah SPR bakal mempunyai peruntukkan yang mencukupi untuk melaksanakan pendaftaran automatik? Ini adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak boleh dipandang rendah Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita berbicara tentang undi 18 sudah tentu mereka ini semua baru sahaja habis tempoh persekolahan. Tempoh mereka belajar daripada umur 16 sehingga 17 adalah satu masa yang sangat penting dalam membentuk pemikiran dan pendapat belia ini tentang politik dan pentadbiran negara. Oleh itu, kita tidak boleh lari daripada membincangkan politik dalam sistem pendidikan. Persoalannya, bagaimana kerajaan bercadang untuk memperkenalkan dan mengurus perbincangan dan pembelajaran tentang politik dalam sistem pendidikan tanpa menjadikan sekolah sebagai medan pertempuran politik nanti. Oleh itu saya berharap Yang Berhormat Simpang Renggam dapat menjawab bagaimana Kementerian Pendidikan akan mengadaptasi sistem kokurikulum yang sedia ada untuk persediaan pelajar mengundi selepas tamat zaman persekolahan nanti. Berhubung perkara yang sama, kita juga perlu sedar akan kemungkinan seorang Perdana Menteri yang berumur 18 tahun Tuan Yang di-Pertua. Walaupun nampak tidak logik tetapi secara teknikalnya perkara ini boleh terjadi Tuan Yang di-Pertua. Bayangkan jika negara ini dipimpin oleh seorang berumur 18 tahun yang baru sahaja habis sekolah Tuan Yang di-Pertua dan saya berharap pihak kerajaan sudah bersiap sedia untuk mempersiapkan anak-anak muda kita untuk mentadbir negara kita ini. Para Ahli Dewan yang mulia ini, kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah masa depan negara kita. Oleh itu, kita perlu latih dan mendidik mereka dalam menjadi pemimpin masa depan negara kita. Saya akhiri perbahasan saya dengan nyatakan saya menyokong usul pindaan Perkara 119 tetapi Tuan Yang di-Pertua, mestilah dengan pendaftaran automatik dan juga penurunan had umur calon kepada 18 tahun. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya pihak kerajaan tak payah berucap lagi lah sebab tinggal setengah jam. Kami yang berucap. Kami hendak sokong kerajaan sekejap lagi.
[Dewan riuh]
Jadi, mereka tidak perlu berucap sebab memang ini kerajaan, tak payah lagi sudah. Kami semua berucap, kalau tidak nanti tak sempat setengah jam. Ucapan saya penting untuk negara.
[Ketawa] Silakan Yang Berhormat Tanah Merah.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Tanah Merah juga ingin menyokong...
Yang Berhormat Tanah Merah kerajaan, tak perlu.
[Ketawa] Tanah Merah juga sokong penuhlah usul ini kerana ia satu amalan peraturan yang telah dilaksanakan oleh banyak negara. Terlebih dahulu, ucapan tahniahlah dan syabas kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Muar yang telah berbincang dan berunding dengan semua stakeholders. Kalaulah kita melihat rekod sebelum 1970-an, had layak mengundi di seluruh negara demokrasi ialah 21 tahun ke atas. Langkah untuk turunkan umur kepada 18 tahun bermula selepas tahun 1970-an di mana di United Kingdom tahun 1969 dan 1970, Eropah Barat tahun 1970-an, Amerika Syarikat 1971, Kanada dan Jerman 1972, Australia dan Perancis tahun 1974 diikuti India, Pakistan, New Zealand dan semua negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia pada tahun 1980-an serta Jepun, negara yang terakhir pada tahun 2016. Dalam kalangan negara ASEAN pula, rakyat Indonesia dan Timor Leste ialah pengundi yang termuda iaitu 17 tahun mereka sudah boleh mengundi, kecuali Malaysia dan Singapore, negara lain telah pun menurunkan had umur kepada 18 tahun. Terkini, selain Malaysia dan Singapore, enam buah negara lain masih mengekalkan had umur 21 tahun iaitu Kuwait, Lubnan, Oman, Cameroon, Samoa dan Tonga. Ini bermakna semua negara Komanwel lain termasuk India selaku negara demokrasi terbesar dunia masing-masing menetapkan 18 tahun sebagai umur kelayakan rakyat diberi hak mengundi dalam pilihan raya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai rang undang-undang ini, satu persoalan yang besar yang bermain di fikiran kita ialah sejauh manakah golongan berumur 18 tahun sudah benar-benar bersedia untuk menjadi seorang pengundi. Tidak dapat dinafikan, ledakan teknologi maklumat menyebabkan golongan berkenaan terdedah dengan pelbagai informasi atau maklumat termasuk politik tetapi persoalannya adakah mereka betul- betul memahami kepentingan menjadi pengundi? Tahu kah mereka betapa penting nilai satu undi yang boleh menjadi penentu kepada nasib sesebuah negara. Oleh itu, saya inginlah memberi tiga cadangan, jika masa mengizinkan di mana cadangan pertama saya ialah satu sesi penerangan secara agresif dilaksanakan bagi memberi fahaman sepenuhnya kepada golongan belia berusia 18 tahun ini. Melalui langkah ini, ia akan membolehkan mereka memahami betapa pentingnya menjadi pengundi. Statistik SPR yang menunjukkan sehingga suku pertama tahun ini seramai 3.8 juta belia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi di seluruh negara adalah sesuatu yang saya percaya membimbangkan. Ia membuktikan tahap kesedaran untuk menjadi pengundi masih rendah dalam kalangan belia dan kini saya percaya jika tiada usaha bersungguh dan komprehensif dilakukan bagi memberi fahaman kepada golongan belia berusia 18 tahun kenapa mereka perlu disenaraikan sebagai layak mengundi, saya bimbang jumlah belia tidak keluar mengundi nanti akan meningkat. Jadi, cadangan saya yang kedua pula ialah memastikan golongan berusia 18 tahun benar-benar memahami peranan mereka sebagai pengundi dan sama-sama bertanggungjawab membina negara ini melalui proses demokrasi, saya mencadangkan supaya Program Pendidikan Pengundi dilaksanakan. Saya hendak cuba ringkaskanlah. Selain itu, saya juga menyokonglah pandangan beberapa pihak supaya kerajaan membenarkan parti-parti politik memasuki universiti untuk mendekati pengundi muda.
Seperti mana yang saya katakan tadi, cabaran kita ialah bagaimana memberikan pemahaman kepada golongan muda mengenai kepentingan mereka terlibat secara langsung dalam proses demokrasi melalui pilihan raya. Bagaimanapun, melalui kebenaran yang diberikan, ia akan memberikan semua parti politik memberikan pendedahan kepada pengundi muda supaya mereka faham sistem politik dan perjalanan demokrasi di negara ini. Bagaimanapun kebenaran tersebut harus diberikan secara bersyarat iaitu parti-parti tidak harus dibenarkan sama sekali menyebarkan sebarang diayah dan propaganda apatah lagi menanam politik perpecahan dan kebencian dalam kalangan pelajar. Parti-parti harus dibenarkan masuk ke universiti hanya memberikan penjelasan mengenai kepentingan mereka menjadi pengundi dan apakah peranan yang boleh mereka mainkan bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita? Menyentuh pendaftaran pengundi berusia 18 tahun secara automatik, saya rasa ini amat baik kerana ia dapat mengelakkan seorang yang baharu mempunyai kesedaran untuk mengundi pada pilihan raya daripada terlepas membuat demikian kerana tidak berdaftar.
Apatah lagi saya di kawasan dari luar bandar, kebanyakan mereka untuk pergi ke tempat untuk mendaftar agak sukar. Jadi, dengan automatik ini, memudahkanlah mereka untuk menjadi seorang pengundi. Selain itu, data pemilih yang kini diuruskan oleh SPR selaku badan bebas mengenai pilihan raya yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan daftar itu tepat, telus dan lengkap, bersih dan terkini. Cuma, saya harap SPR dapat bekerjasama dengan– kalau sebelum ini daftar ditentukan oleh SPR tetapi selepas ini saya harap ia perlu bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana perlu diingatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan satu badan eksekutif yang terletak di bawah KDN. Okeylah, yang akhir sekali, oleh sebab masa yang tidak mengizinkan, cadangan saya yang ketiga, seperti yang saya katakan tadilah, JPN dan SPR perlu bekerjasama. Tuan Yang di-Pertua, Tanah Merah dengan ini menyatakan sokongan tidak belah bahagi pada rang undang-undang ini. Saya percaya dan yakin, masalah rang undang- undang ini akan meningkatkan nama negara dalam amalan bersih. Tanah Merah menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya kalau tengok Hansard Tuan Yang di-Pertua, sayalah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang konsisten dalam cadangan penurunan umur ini. Sudah enam ketujuh kali saya bercakap sewaktu Kerajaan Barisan Nasional tetapi tidak dilaksanakan. Pertama saya ingat, saya memang menyokong. Apa pun, kalau ribut taufan melanda pun saya tetap sokong. Pertama, Tuan Yang di-Pertua, SPR perlu melihat hari penamaan calon pada saya tidak lagi relevan. Ini kerana hari penamaan calon ini, banyak menimbulkan unsur-unsur negatif. Banyak provokasi, siapa pun calon dia akan bawa pengikut yang ramai dengan hujah-hujah yang macam-macam. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya kita tidak dedahkan anak-anak muda ini kepada situasi yang sebegitu. Mungkin, cukup siapa yang mahu bertanding, daftarkan diri, tidak perlu ada penamaan calon dan dia layak bertanding. Kos pun kurang dan provokasi pun kurang. Ini penting. Kedua, apa yang negatifnya pula, sekolah dan universiti akan jadi sasaran Tuan Yang di-Pertua, akan menjadi sarang parti-parti politik, PIBG pun begitu. Jadi ini, bagaimana persiapan pihak pimpinan di sekolah dan PIBG dalam menghadapi persoalan seperti sebegini? Positifnya, negara akan kita hidangkan dengan pemimpin-pemimpin muda yang berkualiti, yang berkaliber, berketerampilan dan mempunyai jati diri. Kalau menang, tidak perlu lompat parti. Ini kerana dia berkualiti.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.
Ini yang kita mahu. Jadi, saya harap anak-anak muda akan datang mempelajari bahawa maruah perlu dijaga. Kalau parti kalah pun, tidak perlu lompat parti. Kita perjuangkan, rakyat yang kita perjuangkan. Tidak perlu lompat-lompat!
Yang Berhormat Kinabatangan, setuju atau tidak untuk anti-lompat diadakan dalam akta anti lompat? Setuju?
Memang saya setuju, sebab ini penting untuk kita melihat kualiti pemimpin.
Kenapakah mereka bersorak Yang Berhormat Kinabatangan?
Saya tidak- mungkin mereka mahu melompat ke sini.
[Ketawa]
Selain itu Tuan Yang di- Pertua, SPR juga perlu mengkaji iaitu mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya, menang, tetapi tidak menunaikan janji pilihan raya dia boleh diambil tindakan termasuklah mengharamkan parti tersebut. [Ketawa] Oleh sebab ini dia menang kerana dia menjual sesuatu kepada rakyat, tetapi dia tidak tunaikan janji dia. Ini penting untuk dilihat, barulah ada kesaksamaan. Terakhir sekali, saya ingin mencadangkan supaya SPR ini betul-betul telus. [Ketawa] Jangan pula rule of law, terapply bagi pihak sini, tetapi bagi pihak di sebelah pemerintah tidak dikenakan. Contohnya, di Sandakan, PRK di Sandakan, dia bagi surat bahawa kempen tidak boleh bawa air minum, tidak boleh bawa makanan, tetapi di sebelah sana berkempen, berparti-parti. Asal kempen, ada makan, ada minum. Tiada tindakan juga. Jadi, untuk mengelak SPR itu dituduh, saya rasa SPR ini perlu dibawa, diselia di bawah Parlimen melalui Select Committee, biarlah SPR itu telus, biar rakyat sekarang kita ada anak muda ini. Saya ini jarang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Menteri muda ini. Akan tetapi, dalam konteks ini saya bersetuju sebab ada manfaatnya. Oleh sebab, seorang yang bijak pandai menyatakan untuk melihat pembangunan sebuah negara, maka kita lihat keterampilan anak-anak muda ia. Kita sediakan negara ini, beribu-ribu tahun untuk anak muda bukan untuk kita. Jadi, ini penting. Di sana harus faham, bahawa apa yang kita sokong ini bukan kita sokong sembarangan tetapi kita ada minda yang kita lihat ada keperluannya. Bukan macam Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Sikit-sikit bantah, sikit-sikit bantah. Ubah sikitlah! Sudah jadi pemerintah, jadi pemikiran seperti pemerintah. Jangan lagi jadi seperti pembangkang. Insya-Allah lah, kita akan memberikan kerjasama dalam isu ini dan kita lihat memang ada kepentingannya. Beri ruang pada anak muda biar mereka menjadi pemimpin.
Yang Berhormat Kinabatangan minta sedikit laluan? Sikit. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak tanya sikit, Yang Berhormat Jelutong ini background dia undang-undang kah apa? Tengok dia bangkit blah semacam sahaja. Tidak ada langsung prosedur dalam Parlimen. Minta komen sikit.
Tidak payah jawablah. Tidak ada kena-mengena.
Dia terkeluar tajuk. Tidak apalah. [Ketawa] Yang Berhormat Jelutong ini memang macam ini. Dia punya karakter memang– Dia fighter tetapi kadang-kadang tidak ngam tempatnya.
Yang Berhormat Pasir Salak macam mana?
Jadi oleh sebab itu, saya memang menyokong pindaan had umur ini daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Kita sama- sama berdoa mudah-mudahan pihak SPR dapat melaksanakan dengan baik. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau kemudian. Yang Berhormat Batu. [Ketawa]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk finally membawa pindaan ini dan juga terima kasih kepada pihak di sebelah sana untuk menyokong pindaan ini demi negara kita. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit kisah saya, di mana kemungkinan perkara ini mampu menjadi sumber penggalak kepada belia di luar sana. Apabila saya memberanikan diri untuk menjadi calon dalam pilihan raya, saya tahu bahawa pelbagai cabaran akan saya tempuhi. Dalam usia yang muda, sehingga hari ini saya masih mampu
menjalankan tugasan sebagai Ahli Parlimen bagi menyelesaikan masalah penduduk. Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Saya berpuas hati apabila saya mampu melaksanakan tugasan saya. Perkara ini menunjukkan ramai lagi belia di luar sana mampu membuatnya malahan mungkin ada yang lebih hebat daripada pencapaian yang telah saya lakukan. Sebagai pemimpin muda, saya rasa adalah harus untuk kita menggalakkan belia di luar sana untuk menceburi bidang politik. Pandangan jelik terhadap ahli politik harus diubah. Selaras dengan pandangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, maka adalah harus bagi kita memperkenalkan dengan mendidik politik nilai (value-based politic), dengan izin, kepada anak muda. Dengan cara ini, anak muda akan lebih cenderung untuk menceburi arena ini dan menjadi pemimpin pada masa yang akan datang. Sesungguhnya usaha memartabatkan suara belia amat saya sanjung bukan kerana saya salah seorang daripada pemimpin muda, tetapi moral yang jelas kelihatan adalah untuk memberikan kuasa dan mengangkat pandangan anak-anak muda. Kesinambungan daripada tindakan ini, proses kematangan dan tumbesaran para belia akan bertambah baik. Saya bersyukur walaupun sukar untuk membuat baik pulih kepada sistem yang rapuh ataupun yang telah rosak, tetapi inisiatif sebegini menunjukkan komitednya kerajaan terhadap apa yang telah dibangkitkan suatu ketika dahulu. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kita semua. Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan apabila pendaftaran sebagai pengundi dilakukan secara automatik, Malaysia baharu tidak lagi seperti kisah silam negara yang diibaratkan seperti, ‘melepaskan batok di tangga’.
Sistem hari ini bukan lagi seperti dahulu di mana ia hanya memberi kebenaran pengundi. Apabila mereka tidak mendaftar, kelayakan mengundi mereka tergugur. Kerajaan hari ini lebih komited dan lihat benar-benar ikhlas dalam apa yang mereka berikan. Oleh sebab hal sedemikianlah sistem pendaftaran automatik akan diperkenalkan dan secara tidak langsung tidak ada lagi penambahan kesesakan di pejabat pos. Mereka akan lebih efisien menjalankan kerja. Tuan Yang di-Pertua, saya jangka akan berlaku anjakan angka yang ketara terhadap jumlah pengundi, dijangkakan anggaran kenaikan sehingga 20 peratus di setiap Parlimen. Secara tidak langsung, Ahli-ahli Yang Berhormat akan memperbanyakkan aktiviti sukan dan aktiviti lain bersama anak muda. Oleh hal sedemikian, kita mampu memenuhkan masa-masa anak muda. Tiada lagi masa terluang untuk mereka dan apabila anak muda sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti, maka kadar jenayah akan menurun. Selain daripada inisiatif Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan akan bergerak lebih kreatif dan inovatif. Kementerian Belia dan Sukan juga akan menjadi satu kementerian yang terbaik. Pelbagai aktiviti dan program dari kementerian akan dilaksanakan. Akhirnya, Malaysia akan beruntung kerana mempunyai belia yang berkualiti. Merekalah akan memimpin negara kelak. Ahli-ahli Yang Berhormat, lihat juga kepada kebaikan kepada sesuatu pelaksanaan. Hentikan pandangan yang tidak baik kepada anak muda. Jauhi daripada sifat prejudis. Hentikanlah kritikan buat pemimpin muda dan pastikan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membantu kami hari ini. Ini demi masa depan kita bersama juga. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat Program Latihan Khidmat Negara adalah sebuah program yang baik tetapi ia melibatkan kos penyelenggaraan yang terlalu besar. Saya melihat adalah baik bagi kerajaan bagi mengkaji semula mekanisme penjimatan jika program ini diteruskan. Sebenarnya, tidak ada keperluan untuk mempunyai banyak lokasi kerana lebih banyak lokasi ia akan melibatkan cost overhead, dengan izin yang lebih tinggi. Jika kerajaan berhasrat untuk kekal menghentikan Program Latihan Khidmat Negara, saya berharap agar kerajaan mempunyai perancangan lain untuk menghentikan program latihan sebegini. Ingat kita adalah pencetus kepada kegemilangan kepimpinan masa hadapan dan dengan pengurangan had umur calon saya juga harap pada GA 15 nanti, rekod saya akan dipecah seperti mana pada GA 14, saya memecahkan rekod Yang Berhormat Pekan. [Tepuk]
Selepas ini Yang Berhormat kalah, orang umur 18 akan menang.
Okey, setuju. Saya pun gembira. Mengakhiri dengan sebuah pantun, dengan izin. We are not only future leaders, But are also the current leaders. Terima kasih, Batu sokong.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sekarang Yang Berhormat Pasir Puteh. Selepas ini Yang Berhormat Arau.
Okey, cantik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi sedikit ruang kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya memberi sokongan sepenuhnya kepada pindaan rang undang-undang ini bagi membolehkan generasi muda yang menjadi harapan kepada negara, mereka lebih aktif dan lebih berperanan terutamanya dalam bidang politik di dalam negara kita. Zaman sains dan teknologi ini sememangnya meletakkan seseorang manusia itu cepat matang dalam apa juga bidang. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada zaman mutakhir. Kalau kita meneliti kepada kisah pada zaman keagungan Islam, terlalu ramai anak muda bawah 20-an yang mampu menjadi para alim ulama yang hebat, yang menghafaz al- Quranul Karim dan menghafal sunan sittah. Apa saya kira, semua ini menjadi satu bukti bahawa umur 18 tahun ini adalah umur yang telah ada kemunasabahan untuk diangkat menjadi pemimpin di dalam negara yakni bertanding di dalam pilihan raya dan mereka juga memberi hak untuk mengundi. Namun begitu, suka saya sarankan kepada pihak kerajaan supaya mewujudkan satu kurikulum di peringkat sekolah-sekolah menengah supaya mereka dapat menilai parti- parti politik yang ada di dalam negara kita pada aspek dasar yang diperjuangkan. Supaya apabila tibanya hari pilihan raya, sama ada mereka hendak bertanding ataupun mereka hendak memberi undi kepada mana-mana parti, mereka memberi undi kepada dasar yang dibawa oleh parti. Bukan disebabkan mereka dibeli ataupun bukan disebabkan oleh faktor-faktor yang lain. Ini kerana saya kira politik berasaskan kepada bayaran, politik berasaskan kepada ugutan perlu dihentikan segera. Hal ini berlaku berpanjang sampai sekarang. Saya kira mereka yang lompat parti, mereka ini ada kepentingan dan mereka ini mungkin dibeli, mungkin diugut oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka lompat parti tanpa mereka melihat kepada orang-orang yang memilih mereka. Dalam aspek ini, saya mencadangkan supaya ada satu rang undang-undang yang menghalang orang-orang yang melompat parti selepas daripada pilihan raya. Ada manusia yang jenis cari kerajaan, mana-mana kerajaan yang menang. Barangkali kerajaan komunis menang pun mereka boleh sokong. Ini adalah satu budaya yang sangat tidak matang. Dalam ucapan yang ringkas ini, saya mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen Muar yang sangat terbuka. Saya ucap ribuan terima kasih di atas surat-surat yang dihantar termasuk kepada saya yang menyatakan kematangan politik beliau. Beliau alhamdulillah, mudah-mudahan insya-Allah dengan politik yang mantap begini, insya-Allah akan menjadi guru kepada Yang Berhormat Jelutong dan akan jadi guru kepada Yang Berhormat Johor Bahru dan kepada yang lain.
Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak tanya.
Insya-Allah.
Boleh saya tanya? Penjelasan.
Insya-Allah.
Boleh minta penjelasan atau tidak? Penjelasan sahaja, boleh tidak?
Boleh, boleh. Boleh sedikit.
Sila.
Jadi Yang Berhormat Pasir Puteh setuju dengan tindakan kerajaan ini dan puji kerajaan ini, betul? Puji Menteri juga, betul? Setuju?
Saya puji Bahagian Undang-undang.
Bagus, bagus, bagus.
Saya puji Bahagian Undang-undang.
Kalau...
Pindaan undang- undang itu sahaja saya puji.
Kalau begitu, kenapa doakan kerajaan ini runtuh?
Akan tetapi kalau kerajaan yang tidak tunai...
Kenapa?
Tidak tunai janji dalam pilihan raya ini, saya kecam habis-habisan. [Tepuk] Saya ada prinsip. Mana-mana pihak yang membawa kepada kebenaran, saya bersama dengan mereka. Mana-mana pihak yang tidak membawa kepada kebenaran...
[Dewan riuh]
Bagus, kawan dengan UMNO. Mereka menyokong kebenaran. Bagus, kawan dengan UMNO lagi. Bagus. [Disampuk]
Ya.
Sembilan saat.
Tuan Yang di-Pertua, saya gulung dengan serangkap pantun, insya-Allah. Si lutong jantan kencing di dahan, Semua binatang terjun ke bawah, Suara Jelutong penuh pembohongan, Berapa dibayar sampai tidak bermaruah. Sekian, terima kasih. [Ketawa]
Best. Jangan jawab. Okey.
Yang Berhormat Jelutong menahan sabar? Aik, Yang Berhormat Arau sudah bangun? [Disampuk]
Tidak panggil lagi?
Silakan, silakan.
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Ya?
Sepuluh? Sepuluh?
Yang Berhormat Arau, lima minit.
Lima minit . lima minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai mana janji di peringkat awal, jadi tekan elok-elok. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua tadi, bukan janji saya.
Speaker janji.
Akan tetapi tidak apa. Dia tulis itu lima minit, sebenarnya dia bagi 10. Okey, yang pertama sekali saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi, Tun Mahathir bin Mohamad hari ini melakarkan sejarah yang dalam pindaan Perlembagaan dia mendapat undi boleh kata 100 peratus daripada orang yang hadir. Ini sejarah dan kita kena ingat sejarah ini akan dipegang seumur hidup dan tidak mungkin Parlimen boleh dapat bukan sahaja dua pertiga, tetapi undi penuh daripada kami. [Tepuk] Ini ialah usaha baik yang dibuat oleh kerajaan dan kami akan sokong. Oleh sebab apa? Ini ialah merupakan salah satu daripada manifesto iaitu menunaikan janji.
Jadi Yang Berhormat, pindaan Perlembagaan ini kena nampak kepada orang muda, kita ikhlas. Kalau nampak kita tidak ikhlas, orang muda hilang kepercayaan kepada kita. Di antara benda yang orang muda hendak ialah bila janji, hendaklah kita tunaikan. Orang muda hendak yang itu. Jadi, yang pertama sekali saya minta sebagai janji kita kepada orang muda, kita bukan sahaja hendak bagi peluang kepada orang muda, tetapi siapkan tempat untuk orang muda. Saya mencadangkan supaya semua universiti awam, saya tidak pasti jumlahnya, dijadikan kawasan Parlimen baharu di mana orang muda boleh wakil daripada universiti- universiti sebagai Ahli Parlimen. Ada 13 orang Ahli Parlimen orang muda. Gerenti orang muda. Tidak ada orang lain lagi sebab mereka pelajar universiti. Sebab apa? Bila kita cakap, kita kena bikin. Jangan hanya seronok bagi tawaran, bagi peluang orang muda tetapi tidak ada kawasan Parlimen orang muda.
Yang Berhormat Arau. Belakang, Yang Berhormat Arau, 20 universiti awam. Mahasitua jangan lupa.
Ya, 20 kerusi. Tidak ada masalah. Parlimen, kita bagi pada orang muda. Ini menunjukkan bahawa kita ikhlas dengan orang muda. Keduanya, orang muda hendak supaya manifesto ini ditunaikan. Kalau tidak dia rasa yang dikatakan kerajaan ini dia kata boleh bohong-bohong. Maka di antara Manifesto PH ialah sama rata, demokrasi, demokratik tetapi pelaksanaannya tidak. Kita lihat berkomunikasi di peringkat bawah. Kalau ada orang yang cuba berbaik dengan kami, dihukum. Pegawai kerajaan ditukar, tidak naik pangkat, buang lagi JASA dan sebagainya. Kita minta supaya tunaikan janji. Di antara janjinya ialah kesamarataan. Ahli-ahli Parlimen kerajaan dapat RM3.8 juta, kenapa kami dizalimi dengan RM100 ribu? Ini janji Pakatan kepada rakyat, tunaikan. Hari ini saya minta Tun supaya buktikan kepada rakyat Malaysia untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang yang menyokong. Maka peruntukan Parlimen disamakan jumlahnya kepada RM3.8 juta. [Tepuk] Kalau tidak mahu sama pun, bagi RM3.5 juta pun, alright lah. Kita bagi mereka lebih sedikit. Akan tetapi kalau dalam bentuk RM100 ribu, ini merupakan hukuman kezaliman. Kerajaan yang dinaikkan di atas dasar balas dendam, itu bukan kerajaan. Cuba lihat ini, Tuan Guru hadir. Semua ketua parti hadir untuk memberi sokongan.
Selama 60 tahun buat sama kita, kita zalim kah?
Shut up you. Ini kamu bekas askar baru berhenti sahaja. Jangan cakap banyak ya. Okey, nombor dua. Saya cadangkan supaya sistem pengundian. Ini mungkin ditentang. Akan tetapi tolong fikir elok-elok. Singapura telah membuat pengundian cara persendirian dan juga kumpulan. Persendirian, masing-masing bertanding. Cara kumpulan, dia mensyaratkan tiap-tiap kumpulan mesti ada wakil Melayu. Kalau undi cara terbuka, tidak ada Ahli Parlimen Melayu di Singapura. Akan tetapi dia bagi syarat, supaya setiap kumpulan, ada wakil Melayu.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan.
Maka, orang Melayu...
Minta dia tarik balik hinaan kepada tentera.
Sekejap, sekejap. Duduk, duduk Yang Berhormat.
Ada wakil dalam Kerajaan Singapura. Jadi kita cadang supaya kita buat cara kumpulan. Bumiputera ada 70 peratus di negara ini, orang Cina ada 22.6 peratus di negara ini, orang India ada 6.9 peratus. Kenapa bumiputera tidak disekalikan sebagai satu kumpulan? Dengan itu kita tidak bergaduh sudah. Sampai kiamat negara ini akan berada dalam aman dan damai. Mengundi cara berkumpulan. Bumiputera sama bumiputera. Kami akan berebut sesama kami siapa hendak jadi ketua dan sebagainya. Orang Cina sama orang Cina. Orang India sama orang Cina. Dalam keadaan sekarang, kita biar DAP ...
[Dewan riuh]
“Orang India dengan orang Cina”.
Orang India dengan orang India, okey. Sekarang ini saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Iskandar Puteri kerana telah berjaya masuk muka depan New Straits Times. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat kata PH ini kena bagi peluang dua atau tiga kali lagi, selepas itu baru tukar. Yang Berhormat minta supaya acuan Malaysia ini dibuat cara DAP. Mana boleh Yang Berhormat! Acuan Malaysia tidak mengikut cara DAP. Acuan Malaysia mestilah mengikut cara Malaysia. Cara Malaysia, tunai janji. Kalau Yang Berhormat betul-betul ikhlas, beritahu PH, tunai janji. Ini tidak tunai janji. Tidak demokratik pun. Democratic Action Party tidak demokratik kerana membiarkan kezaliman berlaku di kalangan kita. Jadi akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini mengikut apa yang telah ditentukan cara Islam. Allah berfirman dalam Al-Quran, “Pilihlah pemimpin di kalangan kamu seorang yang kuat qawi dan juga amanah”. Ini Al-Quran. Amanah, kita kena amanah lah. Akan tetapi “qawi” di sini yang maksudnya kuat ialah orang muda. Orang muda dikait dengan kekuatan. Itu sebab Rasulullah SAW, Baginda dikelilingi oleh orang-orang muda. Baginda seorang sahaja yang lama tetapi dikelilingi oleh orang-orang muda, menyebabkan Baginda kuat dan kita tahu bahawa Islam berkembang pada hari ini. Malah, Baginda telah melantik seorang panglima perang sebelum Baginda wafat. Seminggu sebelum wafat, dia lantik seorang panglima perang. Seminggu ataupun tiga hari, saya tidak pasti. Seminggu sebelum itu, dilantik seorang panglima yang berumur 18 tahun. Usamah bin Zaid untuk berperang dengan tentera Rom. Dia mengetuai 40 ribu orang tentera, berdepan dengan tentera Rom 200 ribu orang. Apa yang terjadi? Semua sekali jeneral-jeneral lama termasuk Umar al-Khatab dan juga panglima-panglima lain, duduk di bawah Usamah bin Zaid, duduk di bawah orang muda. Jadi, ini cara Islam.
Masa habis.
Walaupun yang diikut hari ini adalah ikut cara Islam.
Sudah merah dah, sudah merah ya.
Ya?
Sudah merah. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya pegang janji Tuan Yang di- Pertua.
[Dewan riuh]
Hah! Tun sudah masuk. Selamat datang Tun.
Okey akhir sekali, tadi Ketua Pembangkang menyebut bahawa UMNO telah memasukkan sayap wanita muda. Sebenarnya orang yang mempengerusikan mesyuarat masa itu ialah Yang Amat Berhormat Langkawi, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan menerima wanita muda untuk menjadi sayap dan ini dia ketua yang duduk di sebelah saya. [Merujuk kepada Yang Berhormat Pengerang] [Ketawa] Jadi sebenarnya, bukan jasa kami. Jasa Tun sebagai orang UMNO. Jadi demikianlah...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Langkawi. Kehebatan UMNO ialah kehebatan Tun. Saya hendak beritahu Tun, akhir sekali bahawa kemenangan PH kerana gerakan rakyat. Akan tetapi yang pertama sekali ialah kerana aura Tun. Aura Tun yang rakyat sayang. Masa Tun duduk di luar, rakyat sayang. Orang marah pada Najib. Masa Tun masuk dalam, selepas itu wallahualam apa yang berlaku. Akan tetapi akhir sekali sebagai kesimpulan...
Sampai terbalik kereta ini [Ketawa]
Tun telah menyebut tentang 1948 Malayan Union, di mana berlaku Malayan Union, Raja-raja lemah menyokong Malayan Union. Akan tetapi UMNO telah memartabatkan Raja-raja seperti yang ada sekarang. Jadi saya minta supaya di samping apa yang telah disebutkan di sini, pindaan Perlembagaan, kita juga meminta supaya Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan diperhatikan semula, supaya Perlembagaan negeri tidak boleh melebihi Perlembagaan Persekutuan. Saya hendak beritahu Tun, saya dan kawan-kawan hari ini menyokong dan Tun tolong timbang. Tidak payah jawab semua fasal banyak-banyak. Tun tolong jawab bahawa peruntukan Parlimen, akan bagi sama rata dengan semua pihak. [Ketawa]
Tun tidak dengar.
[Dewan riuh]
Siapa yang dok bisik pada Tun itu, tolong beritahu kepada Tun, kami minta ...
[Dewan riuh]
Sudahlah, sudahlah.
Tun, saya minta, demi keadilan sebagai hadiah kami menyokong Tun dengan Tun dapat melakar sejarah, supaya Tun bagi peruntukan Parlimen sama banyak dengan semua Ahli Parlimen, RM3.8 juta. Terima kasih. Sawadikap, Tun. Terima kasih. Assalamualaikum.
Yang Berhormat, saya tahu senarai yang masih kekal agak panjang lagi.
Yang Berhormat Arau ambil tempat Yang Berhormat Baling tadi.
Ya, betul juga. Akan tetapi ada slot kosong tadi saya berikan kepada Yang Berhormat Arau, telah diubah tadi. Oleh sebab masa terhad dan saya telah pun umumkan awal tadi bahawa pukul 6.00 petang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab. Jadi maaflah, tidak ada kesempatan untuk memberi kepada yang lain. Silakan. Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang telah saya bentangkan pada hari ini. Saya ucap terima kasih terutamanya kepada pengambil bahagian yang terakhir tadi. [Ketawa]
[Ketawa]
Kadang-kadang dia tidak tahu dia dulu di sebelah mana.
[Ketawa]
Lompat sajalah.
Saya telah mendengar dan mencatat dengan teliti sesi perbahasan yang berlangsung dan dapat menyimpulkan bahawa secara umumnya kebanyakan Ahli Dewan menyokong pindaan yang dicadangkan ini tetapi telah menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan pindaan-pindaan tersebut. Sebagaimana yang telah saya jelaskan, pindaan ini adalah bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan serius merealisasikan Janji 17 dalam Buku Harapan iaitu menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran automatik berdasarkan daftar Jabatan Pendaftaran Negara. Susulan daripada cadangan penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun, terdapat saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menurunkan had umur calon kepada 18 tahun yang juga telah dibentangkan dan dibahaskan bersama di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi, saya dapati kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat agak teruja dengan pelaksanaan pindaan-pindaan ini. Namun juga telah menyatakan kebimbangan berkaitan tempoh pelaksanaannya. Tempoh pelaksanaan ini perlu dipertimbangkan kerana ianya akan menentukan hala tuju demokrasi negara. Penelitian kepada pelaksanaan ini adalah wajar bagi mengambil kira segenap aspek kebajikan bakal-bakal pengundi diberi keutamaan dan bukannya untuk memberi ruang kepada apa-apa agenda politik. Agensi-agensi pelaksana yang terlibat secara langsung sewajarnya diberi peluang dan ruang untuk membuat persediaan teratur umpamanya dari segi integrasi data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain- lain agensi yang berkaitan. Haruslah diingat dengan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik akan menyebabkan anggaran seramai 7.8 juta pengundi-pengundi baru akan didaftarkan sebagai pemilih dalam daftar pemilihan untuk tempoh lima tahun akan datang. Ini bukanlah tugas yang mudah kerana melibatkan kos, masa, penetapan, lokaliti dan bahagian pilihan raya yang betul. Dalam melaksanakan perkara ini, kerajaan tidak boleh bertolak ansur dengan apa-apa kesilapan kepada daftar pemilih kerana ia melibatkan hak setiap warganegara yang layak mengundi seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan ini difahami dan dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Ini adalah untuk memastikan hasrat kepada pindaan ini dapat diterjemahkan sepenuhnya demi menyuburkan demokrasi negara dan seterusnya meletakkan Malaysia antara setara dengan negara-negara maju lain yang telah lama berbuat demikian. Saya ingin mengingatkan kembali Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah bahawa pindaan ini memerlukan sokongan yang padu daripada semua Ahli-ahli Dewan dan juga rakyat di luar sana kerana pindaan yang kita lakukan ini memberi kesan yang sangat signifikan dan berpanjangan kepada negara dan generasi akan datang. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengulas beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen semasa perbahasan tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hampir lebih daripada 60 Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini untuk meminda perenggan (a), fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan had umur kelayakan untuk menjadi pemilih. Perenggan (b), fasal 4, Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan mengenai pendaftaran pemilih secara automatik serta perenggan (b), Perkara 47 dan seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan mengenai penurunan had umur kelayakan calon daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Yang Berhormat dari Jelebu yang memohon kepastian mengenai adakah terdapat perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri ataupun pre council mengenai penurunan had umur calon. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan belum mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi maksud penurunan had umur calon tetapi yakin bahawa had umur ini akan mendapat sokongan
kerajaan negeri kerana ia memberi ruang dan peluang kepada wakil belia untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya. Yang Berhormat Bera dan Yang Berhormat Pontian memohon pengesahan daripada kerajaan supaya 3.9 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan layak mengundi tetapi belum didaftarkan sebagai pengundi akan terdaftar secara automatik selepas cadangan pindaan ini diluluskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat cadangan pendaftaran pemilih secara automatik ini adalah meliputi 39 juta Warganegara Malaysia berumur 21 tahun yang akan didaftar secara automatik dan akan diberi keutamaan oleh SPR dalam pelaksanaan pendaftaran pemilih. Kita sedar bahawa di antara mereka yang sudah cukup umur 21 tahun tetapi tidak didaftar dahulu, mereka juga akan didaftar secara automatik. [Tepuk] Yang Berhormat Bandar Kuching ingin mendapatkan kepastian sama ada pendaftaran pemilih secara automatik akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penurunan had umur pengundi dan pendaftaran automatik akan menambah dan memberi peluang kepada pemilih di Sarawak yang berumur 18 tahun untuk mengundi. Berdasarkan kepada unjuran sehingga tahun 2021, anggaran jumlah pemilih di Sarawak akan meningkat kepada 2.04 juta orang pemilih berbanding dengan 1.96 juta pada suku tahun pertama 2019. Yang Berhormat Pontian telah mengemukakan cadangan untuk mewajibkan rakyat untuk mengundi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengundi keluar mengundi semasa PRU.
Kajian awal terhadap negara-negara yang telah mewajibkan pengundinya keluar mengundi juga tidak mendapat 100 peratus keluar mengundi. Singapura mencapai 93.56 peratus, Australia sebanyak 91.89 peratus, diikuti oleh Belgium sebanyak 88.3 peratus dan Australia sebanyak 80 peratus. Jelas sekali mereka tidak ada paksaan terhadap mengundi. Mereka boleh mengundi kerana ini adalah hak mereka dan mereka akan mengundi secara sukarela. Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi. Yang Berhormat Bagan Serai memohon kepastian sama ada mereka yang keluar mengundi akan dikenakan denda atau akan diwujudkan syarat-syarat yang mewajibkan untuk mengundi. Kalau mereka keluar, mereka tidak kena denda. Kalau tidak keluar pun tidak kena denda juga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan perlu mengkaji kesesuaian untuk mewajibkan pengundian terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mewajibkan pengundian pada masa hadapan. Yang Berhormat daripada Bera memohon kepastian mengenai peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memberikan pendedahan dan pendidikan kepada golongan muda tentang pilihan raya dan demokrasi. Ini kerana menurut beliau, hanya 31,000 orang pelajar sahaja yang dapat menghadiri Program Pendidikan Pengundi pada tahun 2017. Bagaimana SPR dapat meningkatkan jumlah ini? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah memperkenalkan Program Pendidikan Pengundi sejak tahun 2017 bagi mendekati warganegara khususnya golongan muda. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia di samping menjawab isu-isu yang kerap dibangkitkan semasa pilihan raya. Dengan kesedaran dan kefahaman tentang proses demokrasi dan pilihan raya ini, maka mereka akan berminat untuk mendaftar sebagai pemilih dan keluar mengundi semasa pilihan raya. Selain itu, SPR juga telah memperkenalkan program APR Associate Trainer atau lebih dikenali dengan nama AAT. Melalui program tersebut, SPR dapat melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih yang mampu untuk bersama-sama dengan APR bagi menyampaikan maklumat tentang proses pilihan raya di Malaysia dan memberikan kesedaran untuk mendaftar― ini dahulu. Untuk mendaftar sebagai pemilih kepada pelajar sekolah, mahasiswa dan masyarakat umum di seluruh negara.
Pada tahun 2019, APR telah merancang sebanyak 150 Program Pendidikan Pengundi yang akan memberikan manfaat kepada 45,000 orang pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah. APR juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi pelaksanaan program APR Associate Trainer dan program sekolah Rukun Negara yang bertujuan untuk menyebar luas maklumat tentang pilihan raya dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara dalam sebuah negara demokrasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, demi menjayakan hasrat untuk meningkatkan jumlah kumpulan sasar khususnya golongan belia, SPR memerlukan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi meningkatkan jumlah golongan sasar yang dapat menerima pendidikan demokrasi dan pilihan raya. APR sentiasa berusaha untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, media dan masyarakat sivil amatlah diharapkan bagi merealisasikan hasrat ini. Yang Berhormat Ketereh ingin mendapatkan kepastian sama ada kerajaan bercadang supaya akta AUKU dihapuskan untuk membenarkan anak muda mengambil bahagian dalam arena politik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkaitan dengan cadangan agar akta AUKU dihapuskan, kajian yang mendalam sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyelarasan dasar berkaitan peruntukan yang bertentangan dengan cadangan pindaan ini perlu dibuat di antara agensi-agensi yang terlibat sebelum apa-apa keputusan muktamad berkaitan pemansuhan undang-undang dibuat. Yang Berhormat Bera telah mengetengahkan isu Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR dilantik dari kalangan aktivis politik yang dikatakan boleh mewujudkan isu berat sebelah dalam pilihan raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR adalah sebuah badan bebas yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan demokrasi di negara ini. Berdasarkan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong setelah berbincang dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan pengerusi dan ahli-ahli SPR. Kebebasan SPR boleh dinilai melalui tindakan-tindakan yang dilaksanakan dan bukan hanya merujuk kepada kaedah pelantikan semata-mata. SPR bersedia untuk berjumpa dengan jawatankuasa pilihan khas yang bersifat bipartisan untuk sebarang penjelasan berkaitan SPR. Yang Berhormat Bera memohon kepastian mengenai kebebasan semasa mengundi untuk memastikan tiada tekanan tertentu daripada pihak luar, contohnya kesalahan PRK tidak diambil tindakan oleh SPR. Beliau memohon penjelasan mengenai tindakan SPR terhadap kesalahan pilihan raya di PRK Cameron Highlands. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR telah membuat lima laporan polis terhadap kesalahan pilihan raya yang telah berlaku semasa PRK Cameron Highlands yang dibuat oleh Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya. SPR tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat berkaitan kesalahan-kesalahan pilihan raya termasuklah kesalahan melibatkan unsur-unsur rasuah yang disiasat oleh SPRM. Lain-lain kesalahan pilihan raya disiasat oleh pihak PDRM ini termasuk kesalahan yang mungkin dilakukan oleh SPR sendiri. Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Sibuti mencadangkan supaya tiga fungsi SPR iaitu perjalanan pilihan raya, persempadanan dan pendaftaran pemilih diasingkan, mereformasi sistem pilihan raya, penetapan tarikh pilihan raya, pelaksanaan e-voting dan kemudahan di pusat mengundi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR dengan kerjasama Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya sedang menjalankan kajian perkara-perkara yang berkaitan reformasi pilihan raya, termasuklah perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Kinabalu dan Yang Berhormat Kota Marudu telah membangkitkan mengenai isu daftar pemilih yang tidak bersih sekiranya pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan meneliti isu tersebut dengan lebih mendalam. Kerajaan akan meneliti isu ini dengan agensi-
agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu alamat ini. Isu alamat ini merupakan salah satu perkara yang diambil kira sebelum pelaksanaan penuh pendaftaran automatik oleh SPR. Yang Berhormat Kota Bharu membangkitkan cadangan mewujudkan kategori baru pengundi awal bagi pekerja di industri minyak dan perkapalan yang bertugas pada hari bekerja untuk meningkatkan peratus keluar mengundi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan mewujudkan kategori baru pengundi awal akan melibatkan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Ini memerlukan penelitian opsyen-opsyen terbaik sebelum mempertimbangkan cadangan ini. Akhir kata, saya sekali lagi menyeru kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersatu hati bagi menyokong pindaan ini. Walaupun kita berbeza dari segi fahaman politik, kita mampu bersetuju demi kebaikan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia. [Tepuk] Marilah kita bersama-sama mencipta sejarah Malaysia pada hari ini. Dengan itu saya memohon sokongan penuh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk rang undang-undang ini diluluskan. Sekian, terima kasih.
Yang Amat Berhormat, sikit saja. Yang Amat Berhormat tak nak jawab demi keberkerjaan bersama, adakah peruntukan Parlimen dapat disamakan? [Ketawa]
Kena lompat dulu.
Sekarang ini pihak kerajaan dapat RM3.8 million, kami dapat RM100,000.
Betul kah RM100,000?
Tak bagi hari ni tak apa, lain kali, tak apa. [Ketawa]
Perdana Menteri kata tak payah jawablah. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang- undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46, fasal 5 saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Dua pertiga undi, ertinya 148 perlu diperolehi. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya akan mengumumkan keputusan. Ahli-ahli yang bersetuju sebanyak 211. [Tepuk] Ahli yang tidak bersetuju tiada. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak mengundi dalam Dewan ini tiada. [Tepuk]
Rang Undang-Undang — Senarai Ahli-Ahli Yang BersetujuBill
1. YAB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 2. YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 3. YB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 4. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 5. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 6. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 7. YB. Tuan Gobind Singh Deo, (Puchong) 8. YB. Tuan M. Kulasegaran. (Ipoh Barat)
9. YB. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 10. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 11. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang) 12. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 13. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 14. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 15. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 16. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 17. YB. Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik, (Tanjong Piai) 18. YB. Dato' Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 19. YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 20. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 21. YB. Puan Fuziah binti Salleh. (Kuantan) 22. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau). 23. YB. Tuan Chong Chieng Jen. (Stampin) 24. YB. Dr. Maszlee bin Malik.(Simpang Renggam) 25. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 26. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 27. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun. (Titiwangsa) 28. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. (Muar) 29. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof. (Alor Gajah) 30. YB. Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam. (Kuala Langat) 31. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 32. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa. (Parit Buntar) 33. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad. (Shah Alam) 34. YB. Datuk Liew Vui Keong. (Batu Sapi) 35. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi. (Silam) 36. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin. (Hang Tuah Jaya) 37. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru). 38. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 39. YB. Dr. Lee Boon Chye. (Gopeng) 40. YB. Tengku Zulpuri bin Raja Puji. (Raub) 41. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan. (Segambut) 42. YB. Puan Teo Nie Ching.(Kulai) 43. YB. Tuan Sim Chee Keong. (Bukit Mertajam) 44. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman. (Sepanggar) 45. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Omar. (Pokok Sena) 46. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli. (Lumut) 47. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin. (Sepang) 48. YB. Tuan Ong Kian Ming. (Bangi) 49. YB. Dato' Kamarudin Jaafar. (Bandar Tun Razak) 50. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis. (Kota Belud) 51. YB. Tuan Wong Kah Woh. (Ipoh Timur) 52. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 53. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 54. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 55. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 56. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 57. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 58. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 59. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 60. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 61. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 62. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 63. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 64. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 65. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 66. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 67. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 68. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 69. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 70. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 71. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah)
72. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 73. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 74. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 75. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 76. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 77. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 78. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari. (Putatan) 79. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 80. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 81. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 82. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed ( Jeli) 83. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 84. YB. Tuan Chan Foong Hin. (Kota Kinabalu) 85. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 86. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 87. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 88. YB. Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 89. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 90. YB. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin (Masjid Tanah) 91. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 92. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 93. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 94. YB. Dato'Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 95. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 96. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 97. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris @Tubau (Libaran) 98. YB. Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun. (Beaufort) 99. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 100. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 101. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 102. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 103. YB. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 104. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 105. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 106. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 107. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 108. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu (Tambun) 109. YB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir. (Jerlun) 110. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 111. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 112. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 113. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 114. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 115. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 116. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 117. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 118. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 119. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 120. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 121. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 122. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 123. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 124. YB. Tuan Charles Anthony a/l Santiago (Klang) 125. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 126. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 127. YB. Datuk Liew Chin Jing @ Christina Liew (Tawau) 128. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 129. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 130. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 131. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 132. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 133. YB. Dr. Micheal Teo Yu Keng (Miri)
134. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 135. YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 136. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee. (Sandakan) 137. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 138. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 139. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. (Bagan Datuk) 140. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 141. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 142. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said. (Pengerang) 143. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 144. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 145. YB. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) 146. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 147. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 148. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 149. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 150. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. (Pontian) 151. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 152. YB. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 153. YB. Dato' Hasbullah Osman (Gerik) 154. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 155. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 156. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 157. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 158. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 159. YB. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 160. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 161. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa. (Ketereh) 162. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. (Sembrong) 163. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 164. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 165. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 166. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 167. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 168. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 169. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 170. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 171. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 172. YB. Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 173. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 174. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 175. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 176. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 177. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 178. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 179. YB. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 180. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 181. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 182. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 183. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 184. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 185. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 186. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 187. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 188. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 189. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 190. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 191. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 192. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 193. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 194. YB. Dato' Sri Dr. Richard Riot Jaem (Serian) 195. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 196. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah)
197. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 198. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 199. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 200. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 201. YB. Datuk Ago Dagang (Kanowit) 202. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 203. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 204. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 205. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 206. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 207. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 208. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 209. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 210. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 211. YB. Tuan Yamani Hafez bin Musa (Sipitang)
Rang Undang-Undang — Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak HadirBill
1. YB. Tuan Eddin Syazlee bin Shith. (Kuala Pilah) 2. YB. Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir. (Temerloh) 3. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 4. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. (Putrajaya) 5. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 6. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar (Santubong) 7. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 8. YB. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) 9. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 10. YB. Dato' Sri Anifah bin Aman (Kimanis) 11. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) Jadi lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju.
[Dewan riuh]
Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang tetapi Ahli Yang Berhormat jangan tinggalkan Dewan, ada satu lagi pengundian pada peringkat... [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal 1 hingga Fasal 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Liew Vui Keong)]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa rang undang- undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang dan oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang ini memerlukan sokongan pada bacaan ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. [Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan]
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah keputusannya. Sama saja. [Ketawa] Ahli-ahli yang bersetuju sebanyak 211. [Tepuk] Ahli yang tidak bersetuju tiada. Ahli-ahli yang tidak mengundi tiada.
Rang Undang-Undang — Senarai Ahli-Ahli Yang BersetujuBill
1. YAB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 2. YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 3. YB. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 4. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 5. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 6. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 7. YB. Tuan Gobind Singh Deo, (Puchong) 8. YB. Tuan M. Kulasegaran. (Ipoh Barat) 9. YB. Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 10. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 11. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang) 12. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 13. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 14. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 15. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 16. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 17. YB. Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md. Rafik, (Tanjong Piai) 18. YB. Dato' Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 19. YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 20. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 21. YB. Puan Fuziah binti Salleh. (Kuantan) 22. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau). 23. YB. Tuan Chong Chieng Jen. (Stampin) 24. YB. Dr. Maszlee bin Malik.(Simpang Renggam) 25. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 26. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 27. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun. (Titiwangsa) 28. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman. (Muar) 29. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof. (Alor Gajah) 30. YB. Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam. (Kuala Langat) 31. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 32. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa. (Parit Buntar) 33. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad. (Shah Alam) 34. YB. Datuk Liew Vui Keong. (Batu Sapi) 35. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi. (Silam) 36. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin. (Hang Tuah Jaya) 37. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru). 38. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 39. YB. Dr. Lee Boon Chye. (Gopeng) 40. YB. Tengku Zulpuri bin Raja Puji. (Raub) 41. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan. (Segambut) 42. YB. Puan Teo Nie Ching.(Kulai) 43. YB. Tuan Sim Chee Keong. (Bukit Mertajam) 44. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman. (Sepanggar) 45. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Omar. (Pokok Sena) 46. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli. (Lumut) 47. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin. (Sepang) 48. YB. Tuan Ong Kian Ming. (Bangi)
49. YB. Dato' Kamarudin Jaafar. (Bandar Tun Razak) 50. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis. (Kota Belud) 51. YB. Tuan Wong Kah Woh. (Ipoh Timur) 52. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 53. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 54. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 55. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 56. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 57. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 58. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 59. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 60. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 61. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 62. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 63. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 64. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 65. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 66. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 67. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 68. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 69. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 70. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 71. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 72. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 73. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 74. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 75. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 76. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 77. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 78. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari. (Putatan) 79. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 80. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 81. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 82. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed ( Jeli) 83. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 84. YB. Tuan Chan Foong Hin. (Kota Kinabalu) 85. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 86. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 87. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 88. YB. Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 89. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 90. YB. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin (Masjid Tanah) 91. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 92. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 93. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 94. YB. Dato'Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 95. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 96. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 97. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris @Tubau (Libaran) 98. YB. Dato' Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd Dun. (Beaufort) 99. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 100. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 101. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 102. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 103. YB. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 104. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 105. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 106. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 107. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 108. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu (Tambun) 109. YB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir. (Jerlun) 110. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh)
111. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 112. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 113. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 114. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 115. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 116. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 117. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 118. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 119. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 120. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 121. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 122. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 123. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 124. YB. Tuan Charles Anthony a/l Santiago (Klang) 125. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 126. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 127. YB. Datuk Liew Chin Jing @ Christina Liew (Tawau) 128. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 129. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 130. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 131. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 132. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 133. YB. Dr. Micheal Teo Yu Keng (Miri) 134. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 135. YB. Tuan Mordi Bimol (Mas Gading) 136. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee. (Sandakan) 137. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 138. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 139. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. (Bagan Datuk) 140. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 141. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 142. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said. (Pengerang) 143. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 144. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 145. YB. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) 146. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 147. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 148. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 149. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 150. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan. (Pontian) 151. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 152. YB. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 153. YB. Dato' Hasbullah Osman (Gerik) 154. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 155. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 156. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 157. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 158. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 159. YB. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 160. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 161. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa. (Ketereh) 162. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. (Sembrong) 163. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 164. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 165. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 166. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 167. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 168. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 169. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 170. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 171. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 172. YB. Dato' Haji Mohd Salim bin Haji Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 173. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar)
174. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 175. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 176. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 177. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 178. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 179. YB. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 180. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 181. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 182. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 183. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 184. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 185. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 186. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 187. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 188. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 189. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 190. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 191. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 192. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 193. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 194. YB. Dato' Sri Dr. Richard Riot Jaem (Serian) 195. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 196. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 197. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 198. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 199. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 200. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 201. YB. Datuk Ago Dagang (Kanowit) 202. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 203. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 204. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 205. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 206. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 207. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 208. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 209. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 210. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 211. YB. Tuan Yamani Hafez bin Musa (Sipitang)
Rang Undang-Undang — Senarai Ahli-Ahli Yang Tidak HadirBill
1. YB. Tuan Eddin Syazlee bin Shith. (Kuala Pilah) 2. YB. Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir. (Temerloh) 3. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 4. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor. (Putrajaya) 5. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 6. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tunku Jaafar (Santubong) 7. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 8. YB. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) 9. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 10. YB. Dato' Sri Anifah bin Aman (Kimanis) 11. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) Lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju. Rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga; dan diluluskan]
Tahniah Yang Amat berhormat Perdana Menteri dan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan kerana melakar sejarah hari ini iaitu tepat satu tahun Parlimen ini bersidang.
[Dewan riuh]
Tahniah Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. [Ketawa]
Tuan Yang di- Pertua, boleh saya tanya? Usul untuk merujuk Yang Berhormat Bagan ini bila didengar?
[Dewan riuh]
Saya sudah jawab pagi tadi ya.
Kalau boleh, tolong...
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 17 Julai 2019. Terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.44 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Keadaan Semak dan Belukar Sepanjang Pagar Keretapi Tanah Melayu Stesen Bukit MertajamSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Keadaan semak dan belukar sepanjang pagar Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad Stesen Bukit Mertajam menjadi masalah utama buat penduduk setempat. Penduduk kawasan Padang Lalang hidup dalam kebimbangan apabila mereka memaklumkan bahawa semak dan juga belukar tersebut telah menjadi habitat pelbagai haiwan liar seperti ular dan biawak.
Berdasarkan pemerhatian juga, kawasan tanah semak dan belukar menyebabkan tanah tersebut menjadi mendap dan berlaku sekatan aliran air, sekali gus menjadi punca masalah banjir kilat di kawasan sekitar. Malah, saya pasti bahawa keadaan semak samun itu bukan sahaja memburukkan pemandangan malah menjadi lokasi pembuangan sampah- sarap.
Sebelum ini pihak MPKK Simpang Empat telah melakukan aduan kepada pihak Pejabat ADUN Seberang Jaya, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah serta pihak Perbadanan Aset Keretapi. Namun kami difahamkan sudah ada beberapa kali pertemuan antara pihak Perbadanan Aset Keretapi bersama pihak pengadu iaitu MPKK Simpang Empat, Pejabat lainnya namun masalah masih gagal untuk diselesaikan.
Terdapat usaha yang ingin dilakukan sendiri oleh Pihak MPKK Simpang Empat dengan melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan semak dan belukar tersebut. Namun pihak MPKK
Simpang Empat dimaklumkan bahawa terdapat papan syarat Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad tentang bahaya sepanjang landasan. Keadaan sebegini menjadi halangan untuk menyelesaikan masalah semak dan belukar tersebut.
Keadaan persekitaran sepanjang pagar Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad benar-benar membimbangkan kerana mendorong juga kepada pembiakan nyamuk Aedes tetapi juga menjadi sarang haiwan berbisa yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan.
Justeru, apakah langkah yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pengangkutan bagi menyelesaikan masalah semak dan belukar sepanjang pagar Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad dan pihak Parlimen Permatang Pauh mengharapkan hal ini dapat diambil tindakan segera bagi menyelenggarakan kawasan semak dan belukar berkenaan sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan kerana ia melibatkan keselamatan rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini merupakan kali pertama saya menjawab dalam Kamar Khas ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mengambil maklum mengenai kawasan di sepanjang jajaran Stesen Keretapi Bukit Mertajam yang berada dalam keadaan yang kurang memuaskan dengan dipenuhi dengan semak samun.
Berdasarkan situasi semasa, RAC dengan kerjasama daripada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara case by case basis berdasarkan zon dengan keutamaan diberikan kepada kawasan tumpuan (hotspot) dan kawasan bersebelahan dengan perumahan awam. Saya mengambil maklum aduan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh berkenaan dengan kawasan yang dinyatakan dan saya akan mengarahkan pihak RAC untuk mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah itu dan membersihkan kawasan tersebut.
Saya ingin menasihati kepada pihak MPKK yang terlibat supaya jangan mengadakan apa- apa kerja gotong-royong di kawasan tersebut kerana itu merupakan kawasan larangan. Di sepanjang laluan ataupun landasan kereta api adalah satu kawasan yang amat membahayakan supaya jangan ada apa-apa kerja yang diambil ataupun diambil tindakan secara bersendirian.
Saya akan memastikan bahawa RAC melantik kontraktor untuk membersihkan kawasan tersebut dalam keadaan yang segera.
Namun begitu, RAC menyedari bahawa terdapat keperluan pemantauan dan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dibuat secara berkala dengan lebih kerap, bukan sahaja di kawasan
terbabit malah di seluruh jajaran kereta api. Oleh yang demikian, RAC telah memulakan inisiatif dengan merancang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara berkala melalui pelantikan kontraktor pembersihan mengikut zon di seluruh Malaysia. Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien.
Sebagai makluman kepada Ahli Yang Berhormat, lantikan kontraktor bagi tiga daripada empat zon telah dimuktamadkan dan masih berbaki bagi Zon 4 iaitu di Sektor Utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang kini dalam peringkat akhir penilaian. Pelantikan kontraktor mengikut zon ini dijangka akan mula dilaksanakan pada awal bulan Ogos 2019.
Akhir sekali, RAC amat mengalu-alukan kerjasama daripada pihak Ahli Yang Berhormat dan penduduk setempat untuk menyalurkan maklumat berkaitan kerja-kerja pembersihan yang perlu dilakukan atau halangan yang mungkin terdapat di dalam kawasan tanah kereta api kepada Perbadanan ini melalui [email protected] untuk diatasi dengan sebaik mungkin ataupun sebarang aduan diberikan kepada pihak Pejabat RAC ataupun kepada pihak kementerian, kita sentiasa mengalu-alukan dan kita akan membuat terbaik untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang dibangkitkan oleh wakil rakyat mahupun penduduk-penduduk setempat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kampung-kampung baru, khasnya di Rasah. Kita sedia maklum bahawa kampung-kampung baru kini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berbanding dengan sebelum ini yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Namun, perpindahan ini dilihat masih tidak membawa manfaat yang diharapkan.
Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian:
(i) gred Perjawatan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) kini adalah S19 berbanding dengan S22 sebelum ini. Keadaan ini telah dianggap sebagai “penurunan pangkat” di kalangan kakitangan awam. Walaupun PKP merupakan lantikan politik tetapi tugasan harian mereka menyebabkan mereka sentiasa berhubung dan perlu bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, terutamanya Pejabat Daerah di kawasan masing-masing. Keadaan ini sedikit sebanyak telah
menjejaskan tugasan harian mereka kerana mereka dianggap oleh kakitangan awam sebagai “berpangkat rendah”. Apakah justifikasinya ke atas “penurunan pangkat” ini sama ada ia berkaitan dengan elaun atau bidang kuasa PKP?;
(ii) setiap MPKK Kampung Baru diperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk kerja menaik taraf atau membaik pulih infrastruktur. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM85.5 juta yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2019. Namun, apabila bill of quality (BQ) dikemukakan, sering kali berlaku pemotongan terhadap nilai kerja yang akan dilakukan, walaupun nilai BQ asal tidak melebih had RM100,000 yang ditetapkan. Contohnya apa yang terjadi untuk MPKK Kampung Baru Rasah, walaupun BQ di bawah RM100,000 tetapi masih berlaku pengurangan nilai dan saya mohon penjelasan untuk masalah ini;
(iii) pendekatan dalam memperuntukkan RM100,000 ini juga wajar diubah agar ia mencapai tujuan asalnya. Pada ketika ini, hanya dibenarkan satu projek infrastruktur yang bernilai sehingga RM100,000. Sepatutnya dibenarkan lebih daripada satu projek, dengan syarat jumlah keseluruhan nilai projek tidak melebihi RM100,000. Apakah pihak kementerian bersedia mempertimbangkan dan menerima cadangan ini?;
(iv) kenapa papan tanda projek masih menggunakan warna biru tua yang sinonim dengan rejim sebelum ini? Bolehkah ia diubah ke warna merah yang melambangkan kerajaan sekarang?; dan
(v) terdapat rungutan daripada PKP bahawa mereka terpaksa mematuhi arahan daripada Pegawai Daerah dan melaporkan diri kepada Pegawai Daerah. Ini bukan berlaku di Daerah Seremban. Apakah PKP yang dilantik oleh pihak kementerian tertakluk kepada cara kerja Pejabat Daerah kawasan masing-masing dan diwajibkan mematuhi arahan Pegawai Daerah?
Saya memohon memberikan maklumat terperinci tentang projek infrastruktur RM100,000 untuk MPKK Kampung Baru Rasah, Kampung Baru Rahang, Kampung Baru Mambau dan Kampung Baru Batu 8 Labu, iaitu termasuk nilai yang telah diluluskan dan bila pelaksanaannya.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, gred lantikan jawatan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) adalah Gred S19 yang disandarkan kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat.
Manakala Gred S22 pula merupakan gred kenaikan pangkat bagi jawatan PKP. PKP hanya layak dipertimbangkan ke gred tersebut sekiranya mereka telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun dan prestasi kerja adalah memuaskan. Oleh yang demikian, tidak berlaku penurunan pangkat kerana semua PKP pada masa ini adalah lantikan baharu. Kriteria khidmat adalah 10 tahun, ya.
Jawapan untuk soalan yang kedua, peruntukan RM100,000 hanyalah kos maksimum
(siling) untuk setiap projek dan bukannya peruntukan yang disediakan untuk setiap kampung.
Oleh yang demikian, setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tidak semestinya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 sepenuhnya kerana kelulusan adalah berdasarkan kepada jenis kerja yang dilaksanakan dengan pengiraan menggunakan kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Bagi projek yang dimohon oleh MPKK Rasah pula, kos yang dikemukakan oleh PKP adalah sebanyak RM31,950 dan kos yang diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula adalah sebanyak RM32,300.
Pada kebiasaannya, KPKT akan memberi kelulusan untuk kerja-kerja yang ingin dilaksanakan oleh MPKK dan pemotongan kos hanya akan berlaku untuk kerja-kerja yang tidak munasabah seperti permohonan sehingga RM10,000 untuk kerja pembuangan sisa bangunan.
Untuk menjawab soalan yang ketiga, sebenarnya, KPKT membenarkan setiap MPKK untuk memohon dua projek setiap tahun di mana setiap projek tidak boleh melebihi RM100,000 seperti mana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan PK 2/2013 sekiranya hendak dilaksanakan dengan kaedah gotong-royong. KPKT akan mempertimbangkan projek yang diberi keutamaan oleh MPKK. Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, KPKT akan mempertimbangkan cadangan projek kedua. Ini adalah bagi memastikan setiap kampung menerima peruntukan pembangunan masing-masing.
Bagi soalan yang keempat, untuk makluman Yang Berhormat, warna papan tanda projek merupakan warna mengikut piawaian (standard) yang diguna pakai di KPKT dan masa ini tiada cadangan dan keperluan untuk menukar warna papan tanda projek. Ini juga sudah tentu ada implikasi kos untuk dilaksanakan.
Bagi soalan yang kelima, PKP merupakan penjawat awam yang dilantik oleh KPKT dan ditempatkan di Pejabat Daerah bagi memudahkan urusan Kampung-kampung Baru dengan Pejabat Daerah. Oleh itu, PKP adalah tertakluk kepada peraturan kerja yang ditetapkan di Pejabat Daerah. Sebagai penjawat awam juga, PKP adalah tertakluk kepada Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 dan mengikut general secular, ya.
Bagi soalan yang keenam dan terakhir, bagi status kelulusan projek Kampung-kampung Baru di bawah Parlimen Rasah, KPKT telah meluluskan satu projek menaik taraf longkang berjumlah RM32,300 untuk Kampung Baru Rasah dan satu projek menaik taraf dewan yang berjumlah RM95,950 untuk Kampung Baru Mambau. Bagi Kampung Baru Rahang dan Kampung Baru Batu 8 Labu, semakan bill of quantity (BQ) masih dijalankan oleh Bahagian Kampung Baru (BKB), Jabatan Kerajaan Tempatan pada masa ini dan akan diangkat untuk kelulusan setelah semakan siap dalam minggu ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 17 Julai 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.48 petang]